Johor · 21 November 2025
15th Assembly, 4th session, 3rd meeting (Budget 2026) · 279 turns · 17,119 words · official PDF ↗
ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.
Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Speaker.
Bismillahirrahmaanirrahim. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar (Bacaan selawat). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan Salam Maju Johor. Ahli-Ahli Yang Berhormat, patik dan seluruh Ahli Dewan Negeri dengan penuh takzim merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih serta merakamkan ucapan tahniah dan seterusnya ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda pada 22 November 2025. Patik sekalian berdoa semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan keafiatan, hidayah dan inayah ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong serta ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong agar terus menaungi dan memayungi Bangsa Johor serta rakyat jelata dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan dimulakan sekarang.
Soalan-Soalan Lisan.Questions
Dijemput Yang Berhormat Endau.
Yang Berhormat Datuk Speaker soalan Endau nombor 1.
Apakah kerajaan bercadang untuk menambah jumlah kewangan untuk geran kepada pusat aktiviti warga emas dan adakah kerajaan bersedia menyediakan jumlah penambahbaikan kepada PAWE Sejahtera Endau memandangkan PAWE ini masih baru dan banyak keperluan masih belum ada?
Dijemput Yang Berhormat Simpang Jeram.
Hadir persidangan naik skuter, baju melayu kemas bergaya; terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan dari Simpang Jeram nombor 2.
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) merupakan pusat perkhidmatan komuniti bercorak pendampingan sosial (reaching out). Apakah ada hasrat kerajaan negeri untuk meluaskan aktiviti pusat ini sebagai pusat jagaan warga emas terutama kepada mereka yang tidak mempunyai waris?
Sila.
Bismillahirahmaanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Maju Johor. Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih Endau dan terima kasih Simpang Jeram. Datuk Speaker soalan yang diajukan kepada saya pada kali ini adalah berkaitan permerkasaan warga emas. Saya mohon izin Datuk Speaker untuk menjawab bersekali. Datuk Speaker, Kerajaan Negeri Johor sentiasa komited dalam memperkasa kebajikan serta kesejahteraan warga emas di negara ini. Pada masa ini terdapat 23 buah Pusat Aktiviti Warga Emas yang beroperasi di negeri Johor dengan peruntukan geran tahunan bagi setiap Pusat Aktiviti Warga Emas ini adalah sebanyak RM50,000.00 merangkumi
bayaran elaun penyelia dan pembantu, bayaran utiliti, sewaan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Aktiviti Warga Emas ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker Pusat Aktiviti Warga Emas Sejahtera Endau merupakan PAWE baharu yang ditubuhkan pada tahun 2024 dan menerima sejumlah RM49,460.00 daripada kerajaan persekutuan bagi kerja-kerja penyelenggaran dan pembaikan PAWE. Kerajaan negeri pada setiap tahun memperuntukan bantuan bagi pembaikan yang melibatkan bangunan pejabat Institusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti dan juga PAWE.
Selain itu kerajaan juga menggalakan kerjasama dengan pihak swasta, syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan melalui konsep tanggungjawab sosial korporat bagi menyokong pembangunan dan kelasterian operasi PAWE. Yang Berhormat Datuk Speaker, Pusat Aktiviti Warga Emas ini ditubuhkan daripada manifestasi dasar dan pelan tindakan warga emas negara dengan objektif seperti berikut:
1. Mempelbagai dan memperluaskan kemudahan-kemudahan untuk kesejahteraan dan pembangunan warga emas.
2. Meningkatkan kualiti hidup warga emas selari dengan konsep warga emas yang produktif dan aktif.
3. Memberi ruang kepada warga emas agar dihargai melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran mereka.
4. Menggalakan penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak dalam pembangunan warga emas selaras dengan dasar warga emas negara dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara dan,
5. Menyatupadukan pelbagai etnik dan agama dalam sesebuah komuniti.
Memandangkan PAWE adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966, maka jawatankuasa PAWE berhak menentukan aktiviti yang dijalankan berdasakan kepada lima (5) dimensi. Namun begitu, kerajaan negeri akan mengkaji keperluan untuk memperluaskan PAWE sebagai pusat jagaan warga emas bagi memastikan nasib warga emas di negeri Johor ini sentiasa terbela. Walau bagaimanapun bagi menampung keperluan warga emas yang memerlukan perlindungan dan penjagaan di negeri Johor adalah dimaklumkan bahawa sehingga November 2025, terdapat sebanyak 96 buah pusat jagaan warga emas yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dikendalikan oleh pertubuhan bukan kerajaan, terima kasih Datuk Speaker.
Dijemput Yang Berhormat Bukit Naning.
Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Bukit Naning nombor 3.
Apakah langkah Majlis Agama Islam Negeri Johor dalam mengawal dan mengharamkan aktiviti tabung sumbangan tidak berdaftar atau tidak diluluskan, terutamanya di kedai dan restoran serta apakah mekanisme alternatif yang boleh digunakan bagi menjaga kesucian dan integriti sumbangan umat Islam?
Bismillahirahmaanirahim, terima kasih Datuk Speaker, salam Maju Johor. Yang Berhormat Bukit Naning tanya pasal langkah Majlis Agama Islam Negeri Johor dalam kawal dan mengharamkan aktiviti tabung sumbangan yang tak berdaftar atau tak diluluskan terutama di kedai dan restoran. Apakah mekanisme alternatif yang boleh digunakan? Datuk Speaker, banyak kita pergi kedai mamak, restoran nanti dekat kaunter bayaran tu cashier itu ada tabung. Nasihat saya Datuk Speaker, Ahli
Dewan jangan sumbang tabung yang tidak dapat permit. Sebab, sebab dia salah Datuk Speaker. Siapa nak kutip derma mesti dengan kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Johor sebab kuasanya diberikan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor, ah itu dia. Dekat LED, dekat skrin masing-masing kita tunjukkan.
Datuk Speaker kuasanya bawah MAIJ, penguatkuasaannya bawah JAIJ - Jabatan Agama Islam. Datuk Speaker, peraturannya kita baca biar semua faham, biar semua dengar, biar semua tahu. Jabatan Agama Islam hanya membenarkan kutipan derma atau sumbangan dilakukan oleh pihak yang mempunyai kebenaran bertulis daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor seksyen 106 Enakmen Pentadbiran. Datuk Speaker, ini kuasa Majlis, kita boleh benarkan orang kutip, kita boleh benarkan orang pungut tapi dengan kebenaran. Datuk Speaker, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor ada buat garis panduan, siapa yang tak tahu tolong tengok dan dengar penerangan ni, ini carta alir dia, ada ditunjukkan kaedah-kaedah. badan, institusi, pusat pertubuhan boleh kutip dengan permohonan.
Datuk Speaker masa yang kita tengok dalam carta itu, antaranya Datuk Speaker ada semakan keselamatan. Ini yang kadang-kadang masing-masing tak jelas, kenapa MAIJ, JAIJ sedikit berhati-hati dalam beri kelulusan. Mana boleh awak mohon sebab mungkin awak pertubuhan dakwah semata-mata, awak mohon dua (2) bulan tak dapat awak terus kutip sendiri, tak boleh. Kalau kami lambat, ni Pengarah Jabatan Agama Islam ada, CEO MAIJ pun ada, dengar ni. Kalau kita punya proses lambat, saya arahkan Jabatan Agama Islam tengok balik proses dan percepatkan, jangan menyusahkan pertubuhan-pertubuhan nak mohon. Tapi saya harap pertubuhan pun sabar sikit. Sebab kalau tak ada permit kita boleh rampas, nanti kalau rampas kita tak seronok, yang dirampas tak seronok, yang merampas pun orang aim, ha ni ustaz ni rupanya yang merampas.
Orang tu buat kerja Datuk Speaker, jangan pulak marah dia. Ketelusan integriti mesti ada, wang pungutan mesti semata-mata bagi tujuan yang dibenarkan. Datuk Speaker kita banyak dapat tabung, tabung itu bukan dari Johor pun, dapat tabung kita rampas bukan dari Malaysia pun. Mana pulak orang dari negara luar boleh kutip dekat kita. Ini sebab dia ingat kita tak kuatkuasa. Saya nak bagitahu ada penguatkuasaannya dan semua mesti ikut dan patuh. Datuk Speaker ada tunjuk sikit, siapa yang tak patuh peraturan, 106 Seksyennya di bawah Enakmen Pasal 4 dan Pasal 5, mana-mana yang melanggar subseksyen 4 itu dia dikira buat salah dan kalau salah Datuk Speaker boleh kena denda tak lebih RM3,000.00 atau kena penjara atau kedua-duanya. Takkanlah sebab kutip derma kita nak masukkan tuan-tuan dalam penjara, tapi kalau tuan-tuan tak ikut, terpaksa saya buat tindakan. Maka, saya mohon kita patuh dan kita perbaharui.
Datuk Speaker ada data sikit tu saya kongsikan, setakat mana Januari sampai September tahun ini kita ada buat sitaan Datuk Speaker, tabung masjid, surau pun ada juga yang surau daripada negara luar pun tiba-tiba kutip derma dekat Segamat contohnya, orang negara luar, tu ada datanya, gambarnya pun ada. Macam gambar saya pun ada Datuk Speaker, kat situ. Dalam Johor Datuk Speaker tabung yang disita 59 tabung. Nilai keseluruhannya luar Johor , luar negara pun ada nilainya RM9,215.50. Data bagi sitaan madarasah ada juga ni, madrasan sekolah pondok, saya nasihatkan Tuan Mudir minta izin, berapa yang kita rampas 1,109 tabung, RM44,159.00 kita rampas, nasihat saya mohon.
Tabung Persatuan Pertubuhan 734 tabung kita sita. Ini tahun ini aje ni RM38,003.93 dan yang terakhir tuan-tuan ada keseluruhannya RM91,378.75 kita sita. Datuk Speaker kita harap tak berulang, kita raikan sangat orang nak mohon tapi kena minta kebenaran. Ada data Datuk Speaker pasal tangkapan ada juga itu bukan sita, tangkap pun ada, tengok tu jadual dia. Ada dua (2) kes Datuk Speaker, kesalahan berulang 2024 dah kena 2025 dia buat lagi, pihak yang sama. Ini macam mana ni nak dibagi nasihat tapi buat benda yang sama, berulang, tak bagus. Kita harap, tak naklah, saya pun kalau boleh kat Kluang pun ada, Johor Bahru ada orang Kota pun ada ni ha yang saya kena buat kempen kesedaran. Maka hari ini antaranya saya minta bantuan Yang Berhormat Yang Berhormat bagitahu pada semua pihak supaya mesti buat
perkara dengan baik dan supaya perkara itu dapat kita laksanakan dengan bagus. Datuk Speaker ada juga pertubuhan..
Yang Berhormat panjang lagi?
Sikit Datuk Speaker, nak bagi tahu bahawa pertubuhan-pertubuhan yang kita rampas ini Datuk Speaker, ada kita berikan pengecualian dengan syarat dia mohon cepat dan kita luluskan cepat, wallahualam, terima kasih.
Yang Berhormat kata jangan bagi kepada yang tak ada permit, tapi kalau dia banyak duit, dia kata ikhlas nak bagi RM10.00 tak boleh juga?
Kalau dia nak, Datuk Speaker ada slide saya sediakan hujung, siapa yang nak mendermakan gunakan tabung sedia ada, Datuk Speaker, tabung bawah Majlis Agama Islam ada, tabung bawah tanah perkuburan ada, Tabung Wakaf Johor, sumbang setiap tahun ha itu gambar-gambar ni.
Ok baik.
Derma kat tabung tu, Terima kasih.
Saya bagi satu lagi soalan tambahan, satu lagi soalan YB Kemelah. Sila.
Salam Maju Johor Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Kemelah nombor 4, terima kasih.
Bilakah projek perkhidmatan train elektrik (ETS) dari Segamat ke Johor Bahru dijangka siap sepenuhnya dan mula beroperasi?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat sejahtera. Salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kemelah. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat projek Electrified Double Track dengan izin, atau pun ETS dari Gemas ke Johor Bahru dilaksanakan dengan kos kontrak berjumlah RM8.9 bilion dan telah pun mula memasuki tapak pembinaan pada 1 Disember 2016. Projek ini melibatkan pembinaan jajaran sepanjang 192 kilometer yang merentasi daerah Segamat, Kluang dan Kulai sehinggalah ke Johor Bahru. Sehingga 30 September 2025, kemajuan fizikal projek ini telah mencapai 99.94% dan baki kerja akhir sedang dimuktamadkan. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung bulan November dan pada bulan Disember ini akan ada apa kita sebut, testing terakhir dan tiket-tiket telah pun dijual bermula pada bulan ini untuk operasi pada 1 Januari 2026. Dah boleh beli tiket Yang Berhormat Datuk Speaker.
Seiring dengan kemajuan projek ini, perkhidmatan train elektrik atau pun ETS ini telah dilaksanakan secara berperingkat. Pada 15 Mac 2025, perkhidmatan ETS mula beroperasi sehingga Segamat dengan empat (4) trip sehari. Seterusnya pada 30 Ogos perkhidmatan ini dilanjutkan ke Kluang dengan dua (2) trip sehari. Kemudian pada 10 Oktober 2025 yang lalu, terdapat penambahan dua (2) lagi trip tambahan bagi hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bagi menampung permintaan penumpang hujung minggu. Apabila projek ini siap sepenuhnya, perkhidmatan ETS akan mula beroperasi sehingga Johor Bahru. Secara keseluruhan, sebanyak 12 trip train ETS sehari akan disediakan iaitu lapan (8) trip Kuala Lumpur - Johor Bahru, dua (2) trip Johor Bahru ke Padang Besar dan dua (2) trip Johor Bahru ke Butterworth.
Yang Berhormat Datuk Speaker, projek ini akan memberi manfaat besar kepada penumpang harian, pelajar, pekerja, peniaga serta komuniti setempat di sepanjang laluan seperti Segamat, Layang-Layang, Kluang, Kulai dan Johor Bahru dengan perjalanan yang lebih
pantas, selesa dan kos efektif. Ia akan memberi lebih banyak pilihan mobiliti kepada rakyat. Selain itu, kewujudan laluan ETS sehingga ke Johor Bahru juga akan mengukuhkan rangkaian ekonomi wilayah selatan khususnya melalui peningkatan pergerakan pelancong dan pelawat, penggalakan aktiviti pelaburan dan pengwujudan rantaian perdagangan dan logistik yang lebih cekap. Secara keseluruhannya, projek ini ada pemangkin kepada pembangunan sosio ekonomi secara menjadikan Johor Bahru sebagai hab pengangkutan dan pintu masuk ekonomi yang lebih strategik. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, jika terdapat soalan-soalan yang tidak dijawab yang disenaraikan yang belum dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama. Saya hanya dapat membenarkan tiga (3) soalan sebab hari ini kita ada beberapa Rang Undang-Undang yang mengambil masa dan oleh kerana hari ini hari Jumaat maka, sebab itu saya terpaksa membenarkan tiga (3) soalan tanpa soalan tambahan.
Soalan-Soalan Bertulis.Questions
Jawapan kepada soalan-soalan bertulis oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat ada dibentangkan di atas meja mesyuarat.
Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2026) Tahun 2025.Bill
Sebelum saya menjemput Yang Amat Berhormat, saya ingin mengalu-alukan Dewan yang mulia ini, mengalu-alukan kehadiran pemerhati seramai 100 orang yang terdiri daripada Dewan Muda Johor (Dewan bertepuk). Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Simpang Renggam, ha, ini tempat MB ini. Penggerak Masjid dan Surau, Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis PBT, Masjid As-Syuhadah Pekan Gemas Baru Segamat, Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia Negeri Johor. Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor (UiTM), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), DUN kawasan Larkin. Mahasiswa dan guru-guru agama.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Bagi Bacaan Kali Yang Kedua Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2026) Tahun 2025 disambung sekarang. Yang Amat Berhormat Dato’ dijemput.
Bismillahirrahmaanirrahim. (Bacaan doa). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya jua, dapat kita bersama-sama hadir dalam sesi penggulungan Belanjawan Johor 2026 yang bertemakan Bangsa Johor Sejahtera. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas membawa suara rakyat setempat dan negeri dengan penuh bersemangat, matang dan bernas. Saya mengikuti dengan rapat perbahasan yang telah berlangsung, mendengar segala cadangan, teguran, maklum balas malah ada juga yang mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh. Apa pun keadaan, dan juga pandangan Ahli-Ahli Yang Berhormat sedang diteliti untuk dibawa ke peringkat kerajaan bagi tindakan seterusnya. Pada masa yang sama, setiap perkara yang dibangkitkan itu memerlukan follow through maka, saya menyeru Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk terus memantau dan memperjuangkan isu-isu kawasan masing-masing menerusi platform Majlis Tindakan DUN.
Yang Berhormat Datuk Speaker, melalui dua mesyuarat Tindakan DUN yang dilaksanakan di setiap DUN tahun ini. Kita telah berjaya menyelesaikan lebih 300 isu. Dalam pelaksanaan sebanyak 236 isu, dalam permohon 359 isu, dan dalam siasatan sebanyak 389 perkara. Bagi mempercepatkan isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat melalui Wakil-Wakil Rakyat, untuk
tahun hadapan saya telah meminta supaya Mesyuarat Tindakan DUN yang dipengerusikan oleh YB-YB EXCO angkat dilaksanakan sekurang-kurangnya empat (4) kali tahun hadapan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga turut ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Timbalan Speaker yang telah mengatur perjalanan Persidangan Dewan Negeri Johor dengan baik dan bijaksana. (Dewan bertepuk). Kota Iskandar saksi negeri; Medan perbahasan sidang harmoni; Speaker dan Timbalan bijak bestari; Mengemudi Dewan penuh murni (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Datuk Speaker, sewaktu saya menyampaikan ucapan penggulungan Belanjawan Johor 2025 pada Disember tahun yang lepas, di dalam Dewan yang mulia ini saya telah menyatakan bahawa tahun ini, tahun 2025 akan menjadi tahun yang amat penting. Detik penentu atau the defining moment bagi kerajaan negeri serta seluruh Bangsa Johor. Pada ketika itu, kita berada di persimpangan terakhir. Sebelum sempadan ekonomi negeri Johor dibuka seluas-luasnya. Sebagai destinasi, para pelabur seluruh dunia menerusi perjanjian Johor - Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ). Kita pada masa ketika itu mempunyai pilihan, we had a choice sama ada untuk kekal dengan status KOR atau merebut peluang keemasan yang berada di depan mata kita. Dalam keadaan penuh debaran dan rasa teruja saya telah memperingatkan seluruh barisan kepimpinan kerajaan negeri untuk bersiap sedia. Kita perlu bersiap sedia bagi memastikan limpahan ekonomi, pelaburan dan pekerjaan yang masuk dapat direbut dan dimanfaatkan oleh seluruh Bangsa Johor. Sebulan selepas penggulungan saya, kerajaan Malaysia bersama kerajaan Singapura telah secara rasmi menandatangani perjanjian JS-SEZ. Johor mencipta sejarah dengan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas. Satu-satunya zon ekonomi dalam dunia yang merentasi dua negara. Ini Yang Berhormat Datuk Speaker, kita juga mencipta sejarah. Pertama kali dalam sejarah DUN, setahu saya lah kita berbaju Melayu dalam sidang DUN ini, terima kasih Datuk Speaker. (Dewan bertepuk), sempena hari Jumaat.
Yang Berhormat Datuk Speaker, susulan dari perjanjian JS-SEZ yang dimertai awal tahun ini, alhamdulillah hasil kerja keras pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan. Johor terus melakar sejarah pertumbuhan ekonomi yang paling tinggi dalam negara. Belanjawan dan pendapatan hasil yang paling tinggi, hasil jualan pertanian tertinggi dalam negara. Kita menjadi negeri pertama diiktiraf sebagai smart state. Kejayaan membawa ikon-ikon sukan dunia, untuk berada di Johor sebagaimana yang kita saksikan pada hari Selasa baru-baru ini. Kejayaan menjalinkan kerjasama dengan universiti-universiti terkemuka dunia dan yang terkini Yang Berhormat Datuk Speaker, Johor telah merekodkan pelaburan tertinggi dalam negara, berjumlah RM91.1 bilion (Dewan bertepuk). Bahkan insya-Allah, Johor bakal merekodkan jumlah pelaburan melebihi RM102 bilion menjelang akhir tahun ini. Sekali gus, menjadi negeri dengan jumlah pelaburan tertinggi dalam sejarah negara. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Datuk Speaker, bukan niat saya untuk mendabik dada, mahu pun bermegah-megah dengan kejayaan yang telah kita capai bersama. Tetapi hakikatnya, syukur alhamdulilah, dengan deretan kejayaan inilah Johor mampu memulangkan setiap ringgit setiap sen yang diperolehi bagi memanfaatkan rakyat dan Bangsa Johor yang kita semua kasihi. Bermula September lalu, sehingga pembentangan Belanjawan Johor baru-baru ini, kerajaan negeri, telah meluluskan bantuan kewangan yang terbesar dalam sejarah negeri, untuk disalurkan kepada rakyat dengan jumlah keseluruhan melebihi RM225 juta yang memanfaatkan lebih daripada 1.5 juta penerima. Kerajaan negeri juga telah berjaya mencapai sasaran sifar miskin tegar dan kini kita beralih untuk mensifarkan keluarga miskin pula.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menginsafi, bahawa segala rezeki dan kejayaan yang dicapai ini datangnya daripada Allah SWT.
Pemilik segala kerajaan. Lahaulawalaquwataillabillah. Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan dan keizinan Allah SWT. Saya menyeru kepada semua yang berada di dalam Dewan ini, marilah kita sama-sama bersyukur di atas rezeki, kemakmuran serta pelbagai kejayaan yang telah dicapai oleh negeri Johor. Allah SWT berfirman dalam Surah Ibrahim Ayat Ke-7, yang berbunyi (doa).
Yang bermaksud, dan ingatlah, ketika tuhanmu mengingatkan, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan menambah nikmatku kepadamu. Dan demi sesungguhnya jika kamu kufur dan ingkar azabku amatlah pedih.
Yang Berhormat Datuk Speaker, pada kesempatan ini, patik bagi pihak kerajaan negeri menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas segala titah, nasihat dan pandangan yang sentiasa menjadi pedoman dalam kami menggubal dasar serta melaksanakan amanah pentadbiran ini. Semoga Allah SWT terus mengurniakan keberkatan, kekuatan dan perlindungan kepada Seri Paduka Baginda dalam memayungi negeri dan negara. Patik juga menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Pemangku Sultan Johor atas segala nasihat dan bimbingan yang dicurahkan kepada patik dan kepimpinan negeri, demi kesejahteraan Bangsa Johor.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan penghargaan, setinggi-tinggi pengiktirafan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan, khususnya mereka yang telah memainkan peranan besar dalam kejayaan Johor yang saya sebutkan tadi. Dari segi peningkatan luar biasa hasil negeri, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Asman Shah bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd. Ridha bin Dato’ Haji Abdul Kadir, Pegawai Kewangan Negeri dan pasukan PNJ. Tidak lupa juga kepada Tuan Haji Mohd. Shakib bin Haji Ali, Pengarah PTG dan seluruh pentadbiran Tanah Johor. Mana PTG?. Oh tak datang hari ni.
Sila bangun.
Haji Shakib tak datang hari ni. Kena amik attendance ni Datuk Speaker. Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd. Nasir, TSUK Pembangunan dan seluruh pasukan BPEN, termasuk Dr. Amirul. Mana Dr. Amirul datang tak hari ni? Majlis Agama Islam Negeri Johor, Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) Datuk-Datuk Bandar dan Yang DiPertua PBT-PBT dan juga GLC-GLC. Dari segi kejayaan rekod pelaburan tertinggi, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Menteri Besar Johor yang ke-18, yang juga mentor saya, Penasihat Ekonomi Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Haji Hasni bin Mohammad. Terima kasih Sir. Tidak lupa juga saya ucapkan tahniah kepada Johor Most Eligible Bachelor, YB Lee Ting Han selaku EXCO Pelaburan (Dewan bertepuk). Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd. Jafni bin Mohd Shukor, EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan. YB Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, EXCO Kerja Raya dan Infrastruktur, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd. Nor Azam bin Dato’ Haji Osman, CEO IRDA dan pasukannya. Tuan Haji Natazha bin Hariss, CEO Invest Johor dan pasukannya, Encik Mohamad Reduan bin Mohd Zabri, Pengarah MIDA Johor, kita anggap dia orang Johor ye tok.
Dan tidak dilupakan rakan-rakan daripada kerajaan persekutuan Yang Berhormat Speaker yang memainkan peranan yang cukup penting contohnya, Yang Berhormat Senator Tengku Dato’ Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri MITI serta seluruh pasukannya; Yang Berhormat Senator Datuk Seri Amir Hamzah bin Haji Zan, Menteri Kewangan Kedua; Yang Berbahagia Datuk Johan Mahmood Merican, KSP; Yang Berusaha Encik John Patrick, Setiausaha Bahagian Cukai MOF; Yang Berbahagia Dato’ Nor Azmie bin Diron, KSU Kementerian Ekonomi dan pasukannya. Pasukan ini, Yang Berhormat Datuk Speaker, menunjukkan betapa pentingnya gerak kerja berpasukan, koordinasi dan memecahkan silo-silo untuk mendapatkan kejayaan demi negeri dan negara yang kita cintai. Dari segi kejayaan merekodkan jualan pertanian tertinggi dalam negara. Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat saya Dato’ Zahari bin Sarip, EXCO Pertanian Industri dan Asas Tani. Dia begitu semangat hari ni Tok, bukan sahaja dibawa warga masjid As-Syuhadah dan Wak Mintato pun ada.
Lepas ni ada jamuan buah-buahan tak Yang Berhormat?
Wak Mintato tolong bangun. Kita nak kenal (Dewan bertepuk). Tahniah dan syabas atas infaq tempoh hari.
Yang Amat Berhormat minta EXCO Pertanian lepas ni bagi kita goodies bag buah-buahan tempatan.
Yang Berhormat Dato’ Zahari, itu arahan daripada Speaker. Mana tadi? Terima kasih saya ucapkan kepada Pengarah Pertanian, Perikanan, Veterinar, FAMA, LPNM Johor dan GLC-CLC yang terlibat. Dari segi kejayaan mencapai pengiktirafan sebagai smart state pertama dalam negara. Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd. Jafni bin Md. Shukor, EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tidak lupa juga kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd. Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBJB, Datuk-Datuk Bandar serta Yang DiPertua PBT-PBT dan juga Plan Malaysia.
Yang Berhormat Datuk Speaker, ini bukan satu perkara mudah nak buat. Dia punya senarai check list untuk jadi smart city atau pun smart state ini berjela-jela, tapi berkat usaha micro manage setiap item kita telah berjaya melaksananya. Kita bagi tepukan germuruh kepada team Dato’ Jafni (Dewan bertepuk). Dari segi kejayaan melaksanakan pelbagai agenda Orang Muda Johor, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada YB Mohd. Hairi bin Mad Shah, EXCO Belia dan Sukan, tidak lupa juga kepada YB Dato’ Haji Onn bin Jabar, TSUK Sukarelawan Belia dan Sukan. Mana dia? Ini ada cerita sikit Datuk Speaker, Dato’ Onn Jabar ni, dia sepatutnya dah bersara. Tapi bila dititah, diminta untuk sambung, beliau tak teragak-agak demi memperjuangkan dan berkhidmat untuk negeri ini. Terima kasih Dato’. Terima kasih Pengarah MSN, IDO, Jabatan Belia dan Sukan dan juga Majlis Belia Negeri Johor, Dewan Muda Johor dan juga Southern Volunteers.
Dari segi pencapaian kejayaan mencapai sasaran sifar miskin tegar, terima kasih saya ucapkan kepada YB Haji Mohd. Fared bin Haji Mohd. Khalid, EXCO Hal EhwaL Agama Islam, YB Hajah Khairin-Nisa binti Ismail, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Datuk Haji Ismail bin Haji Abu, TSUK Pengurusan, Puan Norliyati binti Md. Nor, TSUK Pemantauan Projek dan Kesejahteraan Rakyat, Pegawai-Pegawai Daerah, rakan-rakan EXCO dan semua Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang menjayakannya. Majlis Agama Islam Negeri Johor, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Penghulu, Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis serta pemimpin-pemimpin akar umbi. Dari segi kerjasama universiti terkemuka dunia, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat YB Aznan bin Tamin, EXCO Pendidikan; Yang Berhormat Dato’ Haji Ramlee bin Haji Abdul Rahman, Ketua Eksekutif PDT dan pasukannya; pasukan (JTDC) Johor Talent Development Council serta institusi-institusi Pendidikan Tinggi seperti UTM, UTHM, UiTM dan juga KPYPJ.
Yang Berhormat Datuk Speaker, kita bersyukur kerana kita berjaya mencapai semua perkara ini dengan kaedah gerak kerja berpasukan. Sebagai tanda penghargaan kepada seluruh kakitangan pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan Johor, semua yang telah bertungkus lumus bekerja keras dan memastikan kejayaan dicapai. Ahli-Ahli Yang Berhormat marilah kita semua berdiri, kita semua berdiri, ayuh kita berikan satu tepukan paling gemuruh kepada semua. (Dewan bertepuk). Terima kasih. Saudara dan saudari ketahuilah, ketahuilah bahawa seluruh negeri dan Bangsa Johor berbangga dengan khidmat bakti, khidmat bakti yang telah anda curahkan. Saya sedar, ini bukan perjalanan yang mudah, begitu banyak liku yang telah kita tempuhi bersama, malah setiap kali saya menerima berita kejayaan-kejayaan besar negeri ini, bergenang, bergenang air mata, saya mengenangkan betapa saudara dan saudari telah berkorban, berusaha bermati-matian untuk mencapai hasil yang terbaik demi rakyat dan negeri yang kita cintai ini.
Semoga Allah SWT memberikan ganjaran sebesar-besarnya di dunia dan di akhirat, insya-Allah. Yang Berhormat Datuk Speaker, ramai yang mungkin beranggapan bahawa destinasi akhir bagi Johor adalah JS-SEZ, namun bagi saya ia hanyalah satu permulaan, ia hanyalah detik tip of the iceberg, dengan izin. Jika dibandingkan dengan potensi sebenar negeri Johor, bayangkan semua kejayaan yang saya sebutkan tadi, telah dicapai meskipun ETS belum beroperasi. Menghubungkan JB dan Kuala Lumpur, RTS Datuk Speaker belum beroperasi menghubungkan JB dengan Singapura. Elevated ART masih lagi dalam peringkat kelulusan, lebuh raya PLUS sedang dilebarkan. Lebuh raya Pantai Timur LPT 4 dan West Coast Expressway (WCE) masih di peringkat kajian, bagi menghubungkan seluruh wilayah Pantai Timur dan juga Pantai Barat Johor. Blue print untuk JS-SEZ yang komprehensif masih dalam proses untuk dimuktamadkan, insya-Allah apabila semua inisiatif ini selesai dilaksanakan, Johor saya yakin akan membangun dengan lebih pesat (Dewan bertepuk). Yang Berhormat Datuk Speaker, dengan segala yang telah dicapai kemanakah hala tuju Johor yang seterusnya? Adakah kita sudah boleh menghela nafas lega dengan harapan bahawa jalan di hadapan akan menjadi lebih mudah. Saya ingin menegaskan ini bukan masanya untuk kita merasa selesa. Kejayaan awal yang telah kita capai ini bukan sebab untuk kita bermegah-megah, untuk kita mendabik dada, jauh sekali untuk kembali kepada amalan biasa seperti dulu. Sebaliknya momentum yang telah kita bina ini menuntut kita untuk bekerja lebih keras dan bergerak lebih pantas bagi setiap puncak yang berjaya didaki, langkah seterusnya adalah untuk kita pergi lebih jauh dan mendaki lebih tinggi. Disebalik deretan kejayaan demi kejayaan yang telah kita capai, apa yang paling mengujakan sebenarnya adalah semua ini hanyalah satu permulaan, it is only the beginning, Datuk Speaker. Saya mengambil maklum pandangan ikhlas dan kebimbangan yang mengatakan bahawa kerajaan negeri terlalu memberi tumpuan hanya kepada pembangunan di JB dan JS-SEZ. Sebagai Menteri Besar saya tidak sekali-kali lupa untuk memperjuangkan kemajuan dan pembangunan yang menyeluruh merentasi 10 daerah dan 16 PBT, demi memanfaatkan empat (4) juta rakyat Johor. Hakikatnya adalah JS-SEZ ini berperanan sebagai pemangkin, pencetus dan tapak asas dan batu loncatan, JS-SEZ destinasi untuk Johor. Impian dan cita-cita adalah jauh lebih besar iaitu supaya setiap penjuru, setiap daerah, setiap sisi dan sudut negeri ini mencapai tahap negeri maju menjelang tahun 2030. Inilah destinasi hakiki, our true north dengan izin, yang menjadi kiblat pembangunan negeri Johor. Impian dan cita-cita ini akan dicapai melalui perancangan rapi dan terperinci di bawah Johor Economi Tranfomation Plan (JETP) yang akan membangunkan setiap daerah di negeri Johor. Johor Bahru dan Kulai akan terus menjadi hab AI, hab pembuatan berteknologi, ekonomi digital aero angkasa dan perkhidmatan berorientasikan eksport. Segamat diperkukuh sebagai zon tanaman bernilai tinggi dan pemprosesan bio jisim. Tangkak sebagai pusat transit strategik dan agro pelancongan, Muar sebagai kompleks tenaga perindustrian, pusat pelancongan, industri pemprosesan makanan bernilai tinggi, Batu Pahat diperkasa dengan industri pemprosesan dan juga pembuatan, Pontian sebagai hab tenaga biru hijau dan produk akuakultur, Kota Tinggi sebagai gerbang tenaga hab kimia hijau pertanian dan juga pelancongan, Mersing diposisikan sebagai hab ekonomi biru dan juga eko pelancongan dan Kluang, daerah saya, sebagai hab agro pemprosesan bernilai tinggi pertanian dan logistik. Yang Berhormat Speaker saya mohon minum air.
Sila Yang Amat Berhormat.
Yang Berhormat Datuk Speaker, insya-Allah melalui perancangan Johor Economic Transformation Plan ini Johor sedang bergerak menuju sasaran utama menjelang tahun 2030. Pertamanya, dari segi pertumbuhan ekonomi kita mahu menggandakan nilai KDNK Negeri Johor kepada RM260 bilion.
Kedua, dari segi pendapatan rakyat kita mahu meningkatkan KDNK perkapita melebihi RM69,000.00 sekaligus mengangkat bangsa Johor melepasi ambang pendapatan tinggi, insya-Allah. Ketiga, dari segi peluang kejayaan kita mahu mengujudkan 200,000 pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi. JETP ini memberi fokus kepada empat (4) intervensi strategik utama iaitu ketersediaan infrastruktur. Kedua, polisi mesra pelabur. Ketiga, insentif fizikal dan non-fizikal dan keempat penyediaan tenaga kerja. Daripada keseluruhan 32 inisiatif sebanyak 13 inisiatif berimpak tinggi telah dikenalpasti, diberikan keutamaan dan dipercepatkan pelaksanaannya. Yang Berhormat Datuk Speaker mungkin ada yang di dalam Dewan ini bertanya mengapa kita perlu lakukan semua ini. Sudah ada JS-SEZ mengapa perlu bercita-cita lebih tinggi nak buat JETP pula. Tidakkah cukup untuk kita tenang-tenang, hidup selesa sebagaimana selama ini. Mengapa perlu kita menyusahkan hidup kita sendiri. Jawapan saya Yang Berhormat Speaker mudah, kerana kita oleh dan mampu melaksanakannya. (Dewan bertepuk.) Potensi yang ada pada Johor adalah terlalu besar, untuk kita kekal bermain dalam gelanggang kecil yang sama. Selama berpuluh-puluh tahun kita melihat kemajuan dan kehebatan jiran di seberang, jiran di seberang. Kita sekadar dikenali sebagai jiran kepada sebuah negara yang maju. Negara kelas pertama. Mungkin, tidak terlintas dihati dan sanubari kita bahawa negeri dan Bangsa Johor ini sendiri sebenarnya berupaya untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju di pentas dunia. (Dewan bertepuk.) Yang Berhormat Datuk Speaker, izinkan saya memetik ucapan mendiang Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapore pada tahun 1990. Beliau mengatakan bahawa ”Johor has basic infrastructures already in place. If Kuala Lumpur backs Johor with priority in infrastructure and builds polytechnics and engineering faculties there, if they catch up with us in technical education, they will overtake us economically". Kenyataan ini telah diungkapkan lebih 30 tahun yang lepas. Pada zaman dan dunia yang jauh berbeza daripada hari ini. Hari ini Singapura telah jauh berada di hadapan. Matlamat kita sekarang bukan untuk bersaing tetapi menjadi rakan strategik yang melengkapi satu sama lain. Membina wilayah kemakmuran dengan menjadikan Singapura rakan strategik dan juga penanda aras, the bench mark.
Yang Berhormat Datuk Speaker, pada hemat saya kenyataan mendiang Lee Kuan Yew itu masih lagi relevan, dalam konteks Johor sentiasa bersedia untuk menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara. Johor mempunyai tanah, Johor mempunyai bakat, Johor mempunyai industri, Johor mempunyai lokasi strategik serta momentum pelaburan yang melebihi negeri-negeri lain. Yang diperlukan ialah suntikan infrastruktur utama, peningkatan kapasiti bakat dan sokongan dasar yang konsisten daripada kerajaan persekutuan. Bila Johor maju Datuk Speaker, pastinya manfaat yang diperolehi oleh negera Malaysia ini jauh lebih besar. Johor berupaya muncul sebagai the next engine of growth kepada Malaysia dan sekali gus mempercepatkan lonjakan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, insya Allah.
Yang Berhormat Datuk Speaker, setiap tahun Johor merupakan antara penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Maka dalam pada kita menghargai segala sokongan dan kerjasama kerajaan persekutuan, tidak salah untuk Johor menegaskan pendiriannya dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan negeri. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Johor sentiasa menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang menzahirkan agar kerajaan persekutuan menyalurkan kembali sekurang-kurangnya 25% hasil cukai pendapatan yang disumbangkan oleh Johor. (Dewan bertepuk.) Untuk digunakan semula demi pembangunan negeri Johor ini. YB Stulang minta macam-macam Yang Berhormat Speaker, mana hendak cari duit? Selain itu, jika isu-isu utama yang terus membelenggu Johor tidak diselesaikan segera, ia akan membawa mudarat besar kepada negara dan juga negeri ini. Tanpa penyelesaian bagi isu kesesakan lalu lintas di Johor, eko sistem trafik akan mencapai tahap kritikal, yang akan menyebabkan rakyat secara keseluruhan lebih merana. Tanpa penyelesaian bagi isu kesesakan dan juga kekurangan
tenaga perubatan di hospital-hospital utama Johor, sistem kesihatan awam di negeri ini akan lumpuh. Tanpa tindakan segera untuk menyelesaikan projek-projek yang masih berada pada tahap pra pelaksanaan, potensi Johor akan terus tersekat. Dalam hal ini, kerajaan negeri sekali lagi menjunjung titah Pemangku Sultan Johor yang menggesa perhatian di peringkat kerajaan persekutuan untuk menyegerakan projek-projek kritikal di Johor yang tertangguh khususnya projek elevated ERT, HSA 2, klinik-klinik kesihatan dan juga sekolah-sekolah daif.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya minum sikit lagi boleh? Terima kasih. Yang Berhormat Datuk Speaker, dengan bermulanya era JS-SEZ ini, kita tidak ada lagi ruang untuk menoleh ke belakang. Kita telah mendaki terlalu tinggi, melangkah terlalu jauh untuk kembali berpatah arah. Kapal yang kita kemudi telah jauh meninggalkan pelabuhan, maka yang ada hanyalah dua pilihan. Maju kehadapan atau ditinggalkan. Saya ingin menyatakan dengan setegas-tegasnya, jangan ada yang beranggapan bahawa usaha dan gerak kerja yang perlu kita galas akan menjadi mudah untuk tahun-tahun yang mendatang. Destinasi yang ingin kita tuju, destinasi yang ingin kita sampai memerlukan usaha yang berlipat ganda. Maka, saya ingin Datuk Speaker, mengambil kesempatan ini untuk berbicara hati ke hati dengan penuh ketulusan dan berterus terang dengan semua Ahli-Ahli yang berada di dalam Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, semua yang berada di hadapan saya di kanan, kiri dan belakang saya adalah pemimpin-pemimpin tertinggi negeri Johor. Kita semua adalah khalifah-khalifah utama negeri ini. Daripada Yang Berhormat Datuk Speaker, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, barisan EXCO, Dato’ PKN, Dato’ LA, Ahli-Ahli Yang Berhormat, TSUK-TSUK, Pegawai-pegawai Daerah. Mana Pegawai-pegawai Daerah?
Sebelah depan Yang Amat Berhormat.
Dia dah pindah ke belakang. Datuk-Datuk Bandar, ketua-ketua jabatan negeri dan juga persekutuan, maju mundur negeri ini terletak di tangan kita. We are the make of break of Johor.
Dalam kita bergerak, membawa Johor ke hadapan, ramai orang boleh mengulas, ramai yang boleh mengkritik dan memberikan analisa. Mereka boleh bersorak, mereka boleh mengecam dan memberikan pandangan tetapi tanggungjawab yang sebenar berada di atas bahu kita. Tidak ada sesiapa diluar sana yang akan bekerja lebih kuat, lebih tekun dan lebih bersungguh-sungguh demi Johor jika bukan kita sendiri. Dan kita lakukan bukan semata-mata untuk generasi hari ini, tetapi juga untuk masa depan generasi anak cucu cicit kita.
Kepada rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat, para pegawai kanan kerajaan dan juga ketua-ketua jabatan, saya tahu bukan mudah untuk bekerja dengan saya. Ramai, ramai yang bergelut dan melalui masa yang sangat mencabar untuk menyesuaikan diri dengan rentak pentadbiran saya. Sebahagian besar saudara dan saudari telah berkhidmat sekian lama melalui pentadbiran Menteri-Menteri Besar yang pelbagai dengan pengalaman luas dan kebijaksanaan yang mendalam. Saya akui Yang Berhormat Speaker, cara kerja saya mungkin berbeza dan mengundang rasa tidak selesa. Ada yang mengatakan saya terlalu agresif, saya terlalu pushy, saya terlalu mendesak dengan expectation yang terlalu tinggi dan tidak munasabah. Teguran saya terlalu tegas dan tajam.
Saya menerima semua maklum balas ini dengan penuh insaf, berlapang dada dan hati yang terbuka. Saya memohon maaf. Saya memohon kepada semua yang pernah saya singgung, terluka atau terasa hati dengan tutur kata dan tindakan saya, dalam saya menunaikan tanggungjawab saya sebagai pemimpin. Wallahi, saya hanya mahukan yang terbaik untuk Bangsa Johor. Saya tidak membenci mana-mana individu, saya tidak mendesak saudara dan saudari dengan niat untuk menyusahkan. Segala tekanan, segala desakan, tuntutan yang berat itu adalah kerana saya memikul amanah, tanggungjawab yang besar untuk membela nasib 4 juta rakyat Johor. Tuan-tuan dan puan-puan, saya juga terbeban untuk menjawab
dengan Allah SWT nanti. Setiap kali menerima aduan dan rintihan, sama ada melalui WhatsApp, komen di Facebook atau instagram, video di Tik Tok, saya tidak boleh memejamkan mata. Saya tidak boleh memekakkan telinga dan saya tidak boleh membutakan hati. Saya tidak tergamak untuk berkata ini bukan bidang kuasa saya. Kerana bagi rakyat di bawah sana, siapa lagi yang boleh mereka harap kalau bukan saya dan kalau bukan kita. Apa yang paling saya takuti adalah membayangkan hari di mana saya bersama semua yang berada di dalam Dewan ini, akan berdiri di hadapan Allah SWT. Dan ditanya tentang amanah dan tanggungjawab kita sebagai pemimpin, sebagai khalifah. Hari di mana segala pangkat, jawatan dan kedudukan yang kita miliki ini, menjadi saksi terhadap segala yang telah kita kerjakan. Tidak ada sesiapa pun dari kalangan kita yang akan terlepas daripada disoal. Bagi setiap aduan yang tidak diendahkan, setiap lubang jalan yang terbiar, setiap kemalangan yang berlaku atas kecuaian, setiap projek yang tertangguh, setiap keluarga yang sengsara dan menderita, saya bersama saudara dan saudari perlu menjawab di hadapan Allah SWT nanti.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mengenang kisah Sayyidina Umar Al-Khatab, seorang khalifah yang menyamar di malam hari untuk melihat sendiri keadaan rakyat di bawah. Pada suatu malam, Sayyidina Umar menemui seorang ibu yang begitu miskin sehingga terpaksa memasak batu sebagai helah untuk menenangkan anaknya yang kelaparan. Dengan harapan anaknya itu akan tertidur semasa menunggu. Sayyidina Umar mendengar ibu itu merintih, ibu itu mengatakan bahawa khalifah telah menzaliminya. Khalifah Umar menzalimi. Sayyidina Umar menangis, menangis mendengar rintihan ibu itu sehingga tangisan membasahi jubahnya, mengenangkan betapa berat amanahnya sebagai seorang pemimpin. Semasa Sayyidina Umar pulang untuk segera membawa bekalan makanan kepada ibu tersebut, pembantunya menawarkan diri untuk memikul makanan tersebut. Namun, khalifah menolak tawaran pembantunya dengan berkata, di hari pengadilan nanti engkau tidak akan dapat memikul beban-bebanku. Hari ini berapa banyak kisah yang sama, yang mungkin berlaku di luar sana. Dari Muar hingga ke Johor Bahru, dari Segamat hingga ke Mersing, yang tidak kita endahkan dan tidak kita peduli. Apakah nasib kita semua di hadapan Allah SWT nanti?
Yang Berhormat Datuk Speaker, sekian sahaja penggulungan saya. Muafakat itu berkat, kepada Allah kita berserah. (Dewan bertepuk). Wabbilahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Machap. Saya yakin apa yang telah dihuraikan dalam penggulungan itu boleh dan akan dicapai. Terutamanya penghuraian tentang Teras Ekonomi iaitu perlaksanaan JETP dan satu tag line yang menangkap imaginasi saya yang diungkapkan oleh Yang Amat Berhormat iaitu kita boleh dan kita mampu melaksanakannya. Ini adalah satu tag line yang harus kita dokong bersama. Dalam bahasa Inggeris, dengan izin, Do It, Believe It And Achieve It. Kalau ini sama-sama didokong oleh kita, insya-Allah, Maju Johor 2030 akan tercapai. Cuma ada satu janji Yang Amat Berhormat belum dilaksanakan. Yang Amat Berhormat berjanji untuk belanja saya makan di restoran Korea, sampai sekarang belum dilaksanakan. Dan makanan Korea yang saya minat Yang Berhormat ialah Sundubujjigae, kalau tak ada di negeri Johor ini, kita terpaksa pergi Korea. Di Myeon-deong ada satu restoran namanya Busan-Jib ada makanan ini, Sundubujjigae ya. Insya-Allah Yang Berhormat ya, jangan lupa janji tersebut, saya tunggu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2026) Tahun 2025 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.
Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2026 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.
Dewan Negeri bersidang sebagai Jawatankuasa.
JADUAL.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM2,563,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.01 itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.01, peruntukan sebanyak RM2,563,000.00 adalah diperlukan untuk pengurusan bajet Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1,340,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen serta elaun-elaun kepada anggota jabatan dan bakinya sebanyak RM1,223,000.00 ialah untuk perbelanjaan-perbelanjaan pengurusan yang lain.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli Yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM240.843,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan sebanyak RM240,843,000.00 diperuntukkan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran pejabat-pejabat di bawah kawalan Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti kerajaan bagi memajukan dan menaikkan taraf hidup rakyat negeri Johor. Peruntukan yang diperlukan bagi tiap-tiap aktiviti adalah seperti berikut:-
Pentadbiran Am Bahagian Pengurusan - RM37,627,000.00 Pelbagai Perkhidmatan - RM66,919.000.00 Menteri Besar Johor - RM19,891,000.00 Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor - RM8,605,000.00 Dewan Negeri Johor - RM37,882,000.00 Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) - RM10,727,000.00 Audit Dalam - RM2,539,000.00 Tourism Johor - RM 2,450,000.00 Pemberian kepada Agensi - RM19,200,000.00 Kem Sultan Ibrahim - RM19,360,000.00 Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor - RM7,207,000.00 Johor Economic, Tourism and Culture Office (JETCO) - RM5,060,000.00 Bahagian Pemantauan dan Kesejahteraan Rakyat - RM3,376,000.00
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM42,391,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, sejumlah RM42,391,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut:-
Kerajaan Tempatan - RM26,897,000.00
Perumahan - RM12,168,000.00 Landskap - RM3,326,000.00
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM15,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Peruntukan berjumlah RM15,000,000.00 disediakan bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran di bawah Kebudayaan.
Perkara itu dikemukakan untuk mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM14,500,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Peruntukan berjumlah RM14,500,000.00 disediakan bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran di bawah Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM66,300,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, sejumlah RM66.300,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti berikut:
Rakan Muda dan Sukan
-RM45,500,000.00 Institut Dato’Onn
-RM11,055,000.00 Sukan, Belia dan Sukarelawan - RM9,745,000.00
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM16,580,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, sejumlah RM16,580.000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut :
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia - RM10,753,000.00 Invest Johor
-RM2,489,000.00 Unit Strategik Modal Insan Johor
-RM3,338,000.00
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM34,423,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, sejumlah RM34,423.000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut :
ICT@Johor
-RM26,584,000.00 Media Digital Johor - RM7,839,000.00
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM20,693.000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.04, Perbendaharaan Negeri itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.04, peruntukan sebanyak sejumlah RM20,693.000.00 diperlukan bagi Pengurusan dan Pentadbiran Pebendaharaan Negeri. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM9,481,000.00 diperuntukkan untuk perbelanjaan Emolumen, RM5,228,000.00 untuk perbelanjaan Perkhidmatan dan Bekalan RM1,920,000.00 untuk Pemilikan Aset, RM1,064,000.00 untuk perbelanjaan Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap dan baki RM3,000,000.00 untuk perbelanjaan Pulangan Balik Hasil dan Hapuskira.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM27,508.000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.07, Jabatan Pertanian Negeri Johor itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.07, peruntukan sebanyak berjumlah RM27,508,000.00 adalah diperlukan untuk pengurusan Jabatan Pertanian. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM19,184.000.00 diperlukan untuk pembayaran Emolumen kepada anggota jabatan dan bakinya sebanyak RM8,324.000.00 ialah untuk perbelanjaan-perbelanjaan pengurusan yang lain.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM95,111,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran, peruntukan yang diperlukan adalah berjumlah RM95,111,000.00. Sejumlah RM35,946,000.00 disediakan untuk perbelanjaan Emolumen, RM57,450,000.00 diperlukan untuk Perkhidmatan dan Bekalan termasuk pengendalian dan penyelenggaraan sungai-sungai, RM970,000.00 disediakan untuk Pemilikan Aset jabatan dan RM745,000.00 pula disediakan untuk Pemberian dan
Kenaan Bayaran Tetap termasuk bayaran Gantian Cuti Rehat kepada anggota-anggota jabatan yang bersara.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM14,295,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, peruntukan sebanyak RM14,295.000.00 diperlukan untuk perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar termasuk Emolumen Kakitangan dan bagi melaksanakan tugas-tugas pengurusan yang berkaitan dengan haiwan serta meningkatkan kemajuan industri ternakan di seluruh negeri Johor.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM7,922,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.12, Pejabat Kebun Bunga DiRaja itu, RM8,222,000.00 Kepala Perbelanjaan B.13, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.12, peruntukan berjumlah RM7,922,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan pengurusan Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor. Peruntukan sebanyak RM8,222.000.00 bagi Maksud Bekalan B.13 pula adalah untuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa bagi melaksanakan tugas-tugas pengawalan pembangunan fizikal penyelarasan perancangan fizikal, serta penyediaan rancangan-rancangan tempatan.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM23,605,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.19, Jabatan Perhutanan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.19, peruntukan berjumlah RM23,605.000.00 diperlukan untuk perbelanjaan Pengurusan dan Pentadbiran Jabatan Perhutanan. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM17,117.000.00 adalah perbelanjaan Emolumen, manakala baki sebanyak RM6,488,000.00 adalah untuk lain-lain perbelanjaan termasuk Perkhidmatan dan Bekalan Jabatan, Pemilikan Aset serta Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM372,629,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.21, Jabatan Agama Islam itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Datuk Speaker, bagi Maksud Bekalan B.21, Jabatan Agama Islam, peruntukan sebanyak RM372,629,000.00 diperlukan untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan Agama Islam di dalam usaha-usaha memperkukuh Syiar Islam termasuk perbelanjaan pengurusan di bawah Pendidikan Agama Islam serta bantuan kepada Sekolah-sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor. Peruntukan yang diperlukan bagi tiap-tiap aktiviti ialah sebagaimana berikut:
Pentadbiran Am
-RM78,846,000.00 Pendidikan Agama Islam - RM293,783,000.00
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM30,956,000.00 Bagi Kepala Perbelanjaan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Bagi Maksud Bekalan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat, peruntukan yang diperlukan bagi Tahun 2026 ialah berjumlah RM30,956,000.00. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM7,560,000.00 diperlukan untuk pembayaran Emolumen kepada anggota jabatan, RM3,120.000.00 untuk perbelanjaan Perkhidmatan dan Bekalan, RM200,000.00 untuk Pemilikan Aset dan baki sebanyak RM20,076,000.00 untuk perbelanjaan Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap yang merupakan bantuan-bantuan dan sumbangan kebajikan kepada individu dan juga masyarakat. Ini termasuklah bantuan kepada penduduk-penduduk miskin dan bantuan malapetaka seperti banjir.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM98,949,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.24, Jabatan Kerja Raya itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.24, Jabatan Kerja Raya, peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2026 ialah berjumlah RM98,949,000.00. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM61,009,000.00 diperlukan untuk pembayaran Emolumen kepada anggota jabatan, RM35,952,000.00 untuk perbelanjaan Perkhidmatan dan Bekalan, RM888,000.00 untuk pemilikan Aset. RM1.087.000.00 untuk perbelanjaan Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap manakala baki sebanyak RM13,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan-perbelanjaan lain jabatan.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM8,170,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar Istana Besar, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar Istana Besar, peruntukan yang diperlukan ialah berjumlah RM8,170,000.00. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM3,620,000.00 adalah perbelanjaan Emolumen, manakal baki sebanyak RM4,550,000.00 adalah untuk lain-lain perbelanjaan termasuk Perkhidmatan dan Bekalan jabatan, Pemilikan Aset dan Kenaan Bayaran Tetap.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini, maafkan saya. Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,085,300,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.28, sumbangan kepada Kumpulan Wang Berkanun itu; hendaklah jadi sebahagian dari Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.28 pula, peruntukan sebanyak RM1,085,300,000.00 diperlukan untuk
Sumbangan Kepada Kumpulan Wang Berkanun. Jumlah tersebut diperlukan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang-Kumpulan Wang di bawah Seksyen 10 yang lain.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM16,773,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.29, Jabatan Kehakiman Syariah itu; RM4,092,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.32, Jabatan Mufti itu; RM4,113,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.33, Jabatan Pendakwaan Syariah itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.29, peruntukan sebanyak RM16,773,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran Jabatan Kehakiman Syariah bagi tahun 2026. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM8,758,000.00 disediakan untuk perbelanjaan emolumen, sebanyak RM7,042,000.00 untuk perbelanjaan Perkhidmatan dan Bekalan, sebanyak RM750,000.00 untuk perbelanjaan Pemilikan Aset dan sebanyak RM223,000.00 untuk perbelanjaan Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.
Bagi Maksud Bekalan B.32, peruntukan sebanyak RM4,092,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran bagi Jabatan Mufti.
Bagi Maksud Bekalan B.33, peruntukan sebanyak RM4,113,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran bagi Jabatan Pendakwaan Syariah.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM6,961,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru itu; RM7,770,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.42, Pejabat Daerah Muar itu; RM7,261,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat itu; RM6,290,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.44, Pejabat Daerah Pontian itu; RM7,270,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.45, Pejabat Daerah Segamat itu; RM5,545,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.46, Pejabat Daerah Kluang itu; RM6,603,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi itu; RM4,921,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.48, Pejabat Daerah Mersing itu; RM5,279,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.49, Pejabat Daerah Kulai itu; RM4,279,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.50, Pejabat Daerah Tangkak itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.41 hingga B.50 di bawah pentadbiran daerah negeri Johor, sejumlah RM62,629,000.00 disediakan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran pejabat-pejabat daerah di seluruh negeri Johor. Peruntukan yang diperlukan adalah sebagaimana berikut :
B.41 Pejabat Daerah Johor Bahru - RM6,961,000.00 B.42 Pejabat Daerah Muar
-RM7,770,000.00 B.43 Pejabat Daerah Batu Pahat - RM7,261,000.00 B.44 Pejabat Daerah Pontian
-RM6,290,000.00 B.45 Pejabat Daerah Segamat
-RM7,270,000.00 B.46 Pejabat Daerah Kluang
-RM5,545,000.00 B.47 Pejabat Daerah Kota Tinggi - RM6,603,000.00 B.48 Pejabat Daerah Mersing
-RM4,921,000.00 B.49 Pejabat Daerah Kulai
-RM5,279,000.00 B.50 Pejabat Daerah Tangkak
-RM4,279,000.00
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM38,019,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.51, Pejabat Tanah dan Galian itu; RM9,341,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru itu; RM6,927,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.53, Pejabat Tanah Muar itu; RM9,191,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat itu; RM4,916,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.55, Pejabat Tanah Pontian itu; RM6,109,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.56, Pejabat Tanah Segamat itu; RM6,299,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.57, Pejabat Tanah Kluang itu; RM8,077,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi itu; RM4,527,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.59, Pejabat Tanah Mersing itu; RM4,678,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.60, Pejabat Tanah Kulai itu; RM4,661,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.61, Pejabat Tanah Tangkak itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B51 hingga B.61 di bawah Pentadbiran Tanah Negeri Johor, sejumlah RM102,745,000.00 disediakan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran Pejabat-Pejabat Tanah di seluruh negeri Johor. Peruntukan yang diperlukan adalah sebagaimana berikut:
B.51 Pejabat Tanah dan Galian
-RM38,019,000.00 B.52 Pejabat Tanah Johor Bahru - RM9,341,000.00 B.53 Pejabat Tanah Muar
-RM6,927,000.00 B.54 Pejabat Tanah Batu Pahat
-RM9,191,000.00 B.55 Pejabat Tanah Pontian
-RM4,916,000.00 B.56 Pejabat Tanah Segamat
-RM6,109,000.00 B.57 Pejabat Tanah Kluang
-RM6,299,000.00 B.58 Pejabat Tanah Kota Tinggi
-RM8,077,000.00 B.59 Pejabat Tanah Mersing
-RM4,527,000.00 B.60 Pejabat Tanah Kulai
-RM4,678,000.00 B.61 Pejabat Tanah Tangkak
-RM4,661,000.00
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan; Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Jadual jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
FASAL 1
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
FASAL 2
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Dewan Negeri Bersidang Semula.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatunya dan
dipersetujukan tanpa pindaan. Maka, saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan segera.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan (2026) Tahun 2025 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan.
Bahawa dengan ini adalah Diperundang-Undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut :
Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan (2026) Tahun 2025 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2026.
Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Johor Tahun 2026.
Yang Berhormat Datuk Speaker saya mohon membawa rundingan supaya Dewan ini serta-merta berpindah menjadi Jawatankuasa bagi keseluruhan Dewan Negeri untuk menimbangkan anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Johor Tahun 2026 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 30 Tahun 2025 dan memperakukan sama ada peranggaran itu patut diluluskan oleh Dewan ini dengan dipinda atau tiada dipinda.
Peruntukan yang diperlukan untuk Penganggaran Pembangunan Tahun 2026 adalah berjumlah RM1,100,000,000.00 di bawah 3 Jawatankuasa seperti berikut :
1. Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi dan Pelancongan Negeri Johor - RM897,322,800.00.
2. Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor - RM60,250,000.00.
3. Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor - RM142,427,200.00.
Penjelasan lanjut bagi peruntukan tersebut akan diberi di peringkat jawatankuasa berkenaan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu dipersetujukan.
Dewan Negeri Bersidang Sebagai Jawatankuasa.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM498,094,300.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.70, Pejabat Menteri Besar Johor itu; RM260,104,500.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.71, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) itu; RM139,124,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.72, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Pembangunan P.70, Pejabat Menteri Besar Johor, peruntukan sebanyak RM498,094,300.00 disediakan bagi tahun 2026. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM113,156,000.00 diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja Pembangunan Fizikal, RM307,768,300.00 bagi Pembangunan Sosial dan RM63,170,000.00 bagi Pembangunan Kerja-Kerja Kecil. Manakala sebanyak RM14,000,000.00 pula disediakan untuk perbelanjaan Pengambilan Balik Tanah bagi tujuan projek-projek pembangunan kemudahan awam.
Bagi Maksud Pembangunan P.71, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), peruntukan sebanyak RM260,104,500.00 disediakan untuk tahun 2026. Sebanyak RM50,560,000.00 disediakan bagi Projek Pembangunan Ekonomi dan Inklusif. Sejumlah RM137,130,000.00 pula diperuntukkan bagi Projek-Projek Pembangunan Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selain daripada itu, RM11,008,000.00 disediakan bagi projek-projek di bawah Pertanian dan Industri Asas Tani. Untuk pembangunan Modal Insan, Keluarga dan Masyarakat diperuntukkan sejumlah RM8,395,000.00. Bagi pelaksanaan projek-projek berkaitan Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar disediakan sejumlah RM13,419,500.00. Manakala RM13,742,000.00 disediakan bagi pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi. RM3,350,000.00 pula disediakan bagi program pembangunan Belia dan Sukan. Bagi menggalakkan aktiviti pelancongan negeri Johor, sejumlah, peruntukan sejumlah RM9,500,000.00 disediakan. Akhir sekali, sebanyak RM13,000,000.00 untuk Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Bagi Maksud Pembangunan P.72, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) peruntukan sebanyak RM139,124,000.00 disediakan untuk tahun 2026. Sebanyak RM60,628,000.00 disediakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan, baik pulih dan naik taraf kuarters kerajaan dan bangunan negeri serta bangunan-bangunan kerajaan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Kota Iskandar. Di samping itu juga, sebanyak RM18,050,000.00 pula disediakan bagi bangunan-bangunan kerajaan negeri dan akhir sekali sebanyak RM60,446,000.00 disediakan bagi kerja-kerja kecil dan projek khas daerah.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM60,250,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.73, Jabatan Agama Islam itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Datuk Speaker, bagi Maksud Pembangunan P.73, Jabatan Agama Islam, peruntukan sebanyak RM60,250,000.00 disediakan untuk tahun 2026.
Sejumlah RM1,100,000.00 disediakan untuk Pusat Islam Iskandar Johor dan RM43,770,000.00 pula untuk pembangunan sekolah agama di seluruh negeri Johor serta Pejabat Pendidikan Islam Negeri Johor. Peruntukan sebanyak RM150,000.00 bagi kenderaan penguatkuasaan dan jentera. Peruntukan sebanyak RM2,000,000.00 bagi kelengkapan masjid-masjid dan pelaksanaan kerja-kerja yang dirancang bagi membina rumah pegawai, guru-guru agama dan kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Peruntukan sebanyak RM2,530,000.00 adalah bagi kelengkapan dan kemudahan di Makam DiRaja dan tanah perkuburan. Peruntukan sebanyak RM7,800,000.00 adalah untuk membina dan memperelok masjid-masjid Johor serta RM2,900,000.00 bagi bangunan-bangunan Pejabat-Pejabat Agama Islam Negeri Johor dan bangunan-bangunan Mahkamah Syariah Negeri Johor.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM101,227,200.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.74, Jabatan Kerja Raya itu, RM41,200,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.75, Jabatan Pengairan dan Saliran itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Pembangunan P.74, Jabatan Kerja Raya peruntukan sebanyak RM101,227,200.00 disediakan untuk tahun 2026.
Sebanyak RM42,792,200.00 diperlukan untuk jalan dan jambatan negeri dan sebanyak RM10,440,000.00 untuk melebarkan jalan-jalan negeri, membina tembok tepi sungai, rancangan mengelak banjir dan menaik taraf. Sebanyak RM750,000.00 diperlukan, diperuntukkan untuk kenderaan dan jentera. Peruntukan sejumlah RM2,900,000.00 juga disediakan untuk menaik taraf sistem mekanikal dan elektrikal di bangunan-bangunan kerajaan dan RM2,400,000.00 diperuntukkan untuk kerja-kerja kecil yang lain. Sejumlah RM500,000.00 disediakan untuk kerja-kerja pembinaan bangunan-bangunan kerajaan di negeri Johor. Sebanyak RM3,445,000.00 disediakan bagi menaik taraf bangunan-bangunan utama kerajaan serta kemudahan dan keperluan bangunan. Akhir sekali berjumlah RM38,000,000.00 diperuntukkan untuk bangunan-bangunan negeri.
Bagi Maksud Pembangunan P.75, Jabatan Pengairan dan Saliran, peruntukan sebanyak RM41,200,000.00 disediakan untuk pelaksanaan projek-projek bagi tahun 2026.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1,500,000.00 adalah bagi jentera kenderaan, loji dan pintu air serta kelengkapan. Manakala sebanyak RM540,000.00 disediakan untuk premis dan bangunan jabatan. Sebanyak RM961,000.00 disediakan untuk kajian dan reka bentuk. Di samping itu, sebanyak RM25,328,500.00 disediakan bagi rancangan tebatan banjir, saliran mesra alam, zon pantai dan lembangan sungai. Sebanyak RM5,890,500.00 disediakan bagi pengurusan sumber air dan hidrologi, pembangunan infrastruktur pengairan, saliran pertanian dan asas tani serta muara sungai di seluruh negeri Johor. Dan akhir sekali, sebanyak RM6,980,000.00 disediakan bagi pengurusan keselamatan empangan, lintasan dan jalan ladang serta kerja-kerja kecil.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Yang Berhormat Pengerusi, oleh sebab maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 30 Tahun 2025 itu telah pun selesai ditimbangkan, maka saya membawa rundingan supaya ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu dimaklumkan serta-merta kepada Dewan Negeri.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Dewan Negeri bersidang semula.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Jawatankuasa Dewan ini telah pun menimbang dan meluluskan tanpa pindaan maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 30 Tahun 2025.
Dari itu, saya membawa rundingan supaya Dewan ini bersetuju dengan ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu iaitu rundingan wang jumlah RM1,100,000,000.00 yang dicadangkan bagi peranggaran pembangunan tahun 2026 itu diluluskan oleh Dewan Negeri ini. Dan, dengan itu mengambil ketetapan bahawa sejumlah wang yang tidak melebihi RM1,100,000,000.00 hendaklah dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan dalam tahun kewangan 2026 bagi menyempurnakan maksud yang dinyatakan dalam kertas mesyuarat tersebut.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu dipersetujukan.
Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan (No. 2) Tahun 2025.Bill
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan (No.2) Tahun 2025 dibacakan kali yang pertama.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang pertama.
Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2025 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa saya akan membawa rundingan untuk bacaan kali yang kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada hari ini juga. Dan saya membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 112(2) ditangguhkan sementara agar pertimbangan Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Peraturan Tetap 112(2) ditangguhkan sementara.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tambahan peruntukan ini merupakan tambahan kedua bagi Perbelanjaan Bekalan Tahun 2025. Tambahan peruntukan diperlukan adalah sebanyak RM486,145,000.00 sebagaimana yang dimasukkan di dalam Enakmen Perbekalan Tambahan Tahun 2025 di bawah 11 Jawatankuasa seperti berikut:
1. Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan, Pembangunan, Ekonomi dan Perancangan Negeri Johor - RM411,489,00.00.
2. Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar - RM3,409,000.00.
3. Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor - RM3,264,000.00.
4. Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor - RM352,000.000.
5. Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor - RM1,702,000.00.
6. Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor - RM1,368,000.00.
7. Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor - RM46,148,000.00.
8. Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor - RM3,120,000.00.
9. Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor - RM1,511,000.00.
10. Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor - RM13,030,000.00 dan
11. Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor - RM752,000.00.
Penjelasan lanjut bagi peruntukan tersebut akan diberi di peringkat Jawatankuasa berkenaan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua.
Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2025 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu.
Dewan Bersidang Sebagai Jawatankuasa.
JADUAL.
Perkara dihadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM138,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.01, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peruntukan tambahan sebanyak RM138,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 kepada kakitangan jabatan.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angka tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM7,829,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan tambahan sebanyak RM7,829,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran emolumen kepada kakitangan lantikan baharu. Kekurangan peruntukan juga adalah bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025
kepada kakitangan jabatan serta pembayaran ganjaran tamat perkhidmatan kakitangan jabatan bagi tiap-tiap aktiviti seperti berikut:
1. Pentadbiran Am, Bahagian Pengurusan
- RM2,217,000.00 2. Menteri Besar Johor
- RM650,000.00 3. Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor
- RM740,0000.00 4. Dewan Negeri Johor
- RM2,141,000.00 5. Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ)
- RM323,000.00 6. Audit Dalam
- RM281,000.00 7. Tourism Johor
- RM144,000.00 8. Kem Sultan Ibrahim
- RM318,000.00 9. Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor
- RM699,000.00 10. Johor Economic, Tourism and Culture Office (JETCO) - RM14,000.00 11. Bahagian Pemantauan dan Kesejahteraan Rakyat - RM302,000.00
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angka tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu sejumlah wang RM1,988,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan tambahan sebanyak RM1,988,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran emolumen kepada kakitangan lantikan baharu. Kekurangan peruntukan juga adalah bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 kepada kakitangan jabatan bagi tiap-tiap aktiviti seperti berikut:
1. Kerajaan Tempatan - RM468,000.00. 2. Perumahan - RM1,320,000.00. 3. Landskap - RM200,000.00.
Perkara itu dikemukan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,368,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah Maksud Bekalan B.03 - Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan tambahan sebanyak RM1,368,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran emolumen kepada kakitangan lantikan baharu, pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 kepada kakitangan jabatan. Peruntukan tambahan juga adalah bagi menampung kekurangan peruntukan bayaran kerja-kerja penyelenggaraan dan penganjuran program rasmi jabatan. Peruntukan tambahan bagi tiap-tiap aktiviti adalah seperti berikut:
1. Institut Dato’ Onn
- RM703,000.00. 2. Sukan, Belia dan Sukarelawan - RM665,000.00.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,373,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan tambahan sebanyak RM1,373,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran emolumen kepada kakitangan lantikan baharu, pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 kepada kakitangan jabatan. Peruntukan tambahan juga adalah bagi menampung kekurangan peruntukan untuk bayaran kos perbelanjaan bagi mengikuti Kursus Leadership Masterclass ke Aston University Birmingham, United Kingdom oleh Pegawai Tadbir Negeri Johor. Peruntukan tambahan bagi tiap-tiap aktiviti adalah seperti berikut:
1. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia - RM854,000.00. 2. Invest Johor - RM137,000.00. 3. Unit Strategik Modal Insan Johor - RM382,000.00.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM752,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan tambahan sebanyak RM752,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 kepada kakitangan jabatan bagi tiap-tiap aktiviti seperti berikut:
1. ICT @ Johor - RM548,000.00. 2. Media Digital Johor - RM204,000.00.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM990,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.04, Perbendaharaan Negeri itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah Maksud Bekalan B.04 Perbendaharaan Negeri, peruntukan tambahan sebanyak RM990,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 kepada kakitangan jabatan.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM2,221,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.07, Jabatan Pertanian itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah Maksud Bekalan B.07 Jabatan Pertanian, peruntukan tambahan sebanyak RM2,221,000.00 diperlukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 kepada kakitangan jabatan.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM4,965,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah Maksud Bekalan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran, peruntukan tambahan sebanyak RM4,965,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran emolumen kepada kakitangan lantikan baharu, pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 kepada kakitangan jabatan.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,188,000.00 diperlukan bagi Kepala Perbelanjaan B.10, Jabatan Perkhidmatan Verterinar itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah Maksud Bekalan B.10 Jabatan Perkhidmatan Veterinar, peruntukan tambahan sebanyak RM1,188,000.00 diperlukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 kepada kakitangan jabatan.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM736,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.12, Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor itu; RM540,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.13, Jabatan Perancang Bandar dan Desa itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah Maksud Bekalan B.12, Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor; peruntukan tambahan sebanyak RM736,000.00 diperlukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 kepada kakitangan jabatan.
Di bawah Maksud Bekalan B.13, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa peruntukan tambahan sebanyak RM540,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 kepada kakitangan jabatan.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan. Jadual jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Perkara di hadapan jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM3,120,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.19 Jabatan Perhutanan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah Maksud Bekalan B.19 Jabatan Perhutanan peruntukan tambahan sebanyak RM3,120,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran elaun lebih masa bagi operasi penguatkuasaan, rondaan hutan, pemantauan aktiviti eko-pelancongan serta program rasmi jabatan dan pembayaran elaun perjalanan pegawai dan kakitangan jabatan. Peruntukan
tambahan juga diperlukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 kepada kakitangan jabatan serta pembayaran penyelenggaraan luar jangka jabatan dan pembayaran pelbagai bentuk perkhidmatan.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM44,026,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.21, Jabatan Agama Islam itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, di bawah Maksud Bekalan B.21, Jabatan Agama Islam, peruntukan tambahan sebanyak RM44,026,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran elaun tetap kakitangan, pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 kepada kakitangan jabatan, Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 kepada Guru KAFA, pembayaran bekalan Pakaian Rasmi Pegawai Agama dan Pegawai Masjid Kerajaan, pembayaran bekalan makanan bermasak kenaikan harga tender serta pembayaran perkhidmatan pembersihan dan keselamatan. Peruntukan tambahan bagi tiap-tiap aktiviti seperti berikut:
1. Pentadbiran Am - RM6,328,000.00. 2. Pendidikan Agama Islam - RM37,698,000.00.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,702,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah Maksud Bekalan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat, peruntukan sebanyak, peruntukan tambahan sebanyak RM1,702,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 kepada kakitangan jabatan dan Petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, PDK.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM8,065,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.24, Jabatan Kerja Raya itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Maksud Bekalan B.24 Jabatan Kerja Raya, peruntukan tambahan sebanyak RM8,065,000.00 diperlukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 kepada kakitangan jabatan.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM352,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar, Istana Besar Johor itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah Maksud Bekalan B.26 Muzium DiRaja Abu Bakar Istana Besar Johor, peruntukan tambahan sebanyak RM352,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 kepada kakitangan jabatan.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM388,184,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.28, caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah Maksud Bekalan B.28 pula peruntukan tambahan sebanyak RM388,184,000.00 diperlukan untuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan kerana terdapat kelulusan tambahan peruntukan pembangunan tahun 2025 dan caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan kerana terdapat kelulusan tambahan peruntukan Pembangunan tahun 2025 dan caruman ke Kumpulan Wang Amanah Pembinaan Istana Baru Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,221,000.00 bagi Kepada Perbelanjaan B.29, Jabatan Kehakiman Syariah itu; RM307,000 bagi Kepala Perbelanjaan B.32, Jabatan Mufti itu, RM594,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.33, bagi Jabatan Pendakwaan Syariah itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah Maksud Bekalan B.29, Jabatan Kehakiman Syariah peruntukan tambahan sebanyak RM1,221,000.00 diperuntukkan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 kepada kakitangan jabatan.
Di bawah Maksud Bekalan B.32, Jabatan Mufti peruntukan tambahan sebanyak RM307,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 kepada kakitangan.
Di bawah Maksud Bekalan B.33, Jabatan Pendakwaan Syariah peruntukan tambahan RM594,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran emolumen kepada kakitangan baharu dilantik, kekurangan peruntukan juga bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 kepada kakitangan.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM542,000.00 bagi Kepada Perbelanjaan B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru itu; RM512,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.42, Pejabat Daerah Muar itu; RM638,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat itu; RM527,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.44, Pejabat Daerah Pontian itu; RM551,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.45, Pejabat Daerah Segamat itu dan RM415,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.46, Pejabat Daerah Kluang itu; RM526,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi itu; RM370,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.48, Pejabat Daerah Mersing; RM313,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.49, Pejabat Daerah Kulai itu; RM343,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.50, Pejabat Daerah Tangkak itu, hendaklah jadi sebahagian dari Jadual itu.
Bagi Maksud Bekalan B.41 hingga B.50 di bawah Pentadbiran Daerah Negeri Johor sejumlah RM4,737,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran emolumen kepada kakitangan baharu jabatan, bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 kepada kakitangan jabatan Pejabat-Pejabat Daerah di seluruh negeri Johor.
Peruntukan yang diperlukan ialah sebagaimana berikut: B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru; RM542,000.00, B.42, Pejabat Daerah Muar; RM512,000.00, B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat; RM638,000.00, B.44, Pejabat Daerah Pontian; RM527,000.00, B.45, Pejabat Daerah Segamat; RM551,000.00, B.46, Pejabat Daerah Kluang; RM415,000.00, B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi; RM526,000.00, B.48, Pejabat Daerah Mersing; RM370,000.00, B.49, Pejabat Daerah Kulai; RM313,000.00, B.50, Pejabat Daerah Tangkak; RM343,000.00.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM3,389,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.51, Pejabat Tanah dan Galian itu; RM925,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru itu; RM677,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.53, Pejabat Tanah Muar itu; RM976,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat itu; RM559,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.55, Pejabat Tanah Pontian itu; RM646,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.56, Pejabat Tanah Segamat itu; RM593,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.57, Pejabat Tanah Kluang itu; RM591,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi itu; RM372,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.59, Pejabat Tanah Mersing itu; RM555,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.60, Pejabat Tanah Kulai itu; RM466,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.61, Pejabat Tanah Tangkak itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.51 hingga B.61, di bawah Pentadbiran Tanah Negeri Johor sejumlah RM9,749,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran emolumen kepada kakitangan baharu jabatan, pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 serta pembayaran Gantian Cuti Rehat kepada kakitangan jabatan Pejabat-Pejabat Tanah di seluruh negeri Johor.
Peruntukan yang diperlukan adalah sebagaimana berikut, B.51, Pejabat Tanah dan Galian RM3,389,000.00, B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru RM925,000.00, B.53 Pejabat Tanah Muar RM677,000.00, B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat RM976,000.00, B.55, Pejabat Tanah Pontian RM559,000.00, B.56, Pejabat Tanah Segamat RM646,000.00, B.57, Pejabat Tanah Kluang RM593,000.00, B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi RM591,000.00, B.59, Pejabat Tanah Mersing RM372,000.00, B.60, Pejabat Tanah Kulai RM555,000.00, B.61, Pejabat Tanah Tangkak RM466,000.00.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
FASAL 1.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
FASAL 2.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Dewan Negeri bersidang Semula.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun dipertimbang dalam Jawatankuasa satu-persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Maka saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong Rundingan itu.
Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan Kedua Tahun 2025 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan.
Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Bahawa dengan ini adalah diperundang-undang oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut:
Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (No. 2 Tahun) 2025.
Peranggaran Tambahan Pembangunan Ketiga Tahun 2025.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Dewan ini serta-merta berpindah kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa bagi keseluruhan Dewan Negeri untuk menimbangkan Peranggaran Tambahan Pembangunan Ketiga Tahun 2025 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 34 Tahun 2025 dan memperakukan sama ada peranggaran itu patut diluluskan oleh Dewan ini dengan pindaan atau tiada dipinda.
Tambahan peruntukan ini merupakan tambahan ketiga bagi Peranggaran Pembangunan Tahun 2025. Tambahan peruntukan diperlukan adalah sebanyak RM168,982,000.00 sebagaimana yang dimasukkan dalam Peranggaran Tambahan Pembangunan Ketiga Tahun 2025 di bawah satu Jawatankuasa seperti berikut:
1. Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan, Pembangunan Ekonomi dan Pelancongan Negeri Johor, RM168,982,000.00. Penjelasan lanjut bagi peruntukan tersebut akan diberi di peringkat Jawatankuasa berkenaan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu dipersetujukan.
Dewan Negeri bersidang sebagai Jawatankuasa.
Di bawah Maksud Pembangunan P.70, Pejabat Menteri Besar Johor, peruntukan tambahan yang diperlukan adalah sebanyak RM153,982,000.00 berdasarkan peningkatan hasil semasa dan demi kepentingan kesejahteraan rakyat sejumlah RM2,500,000.00 diperlukan untuk menampung pembayaran projek-projek di bawah Pembangunan Fizikal dan sebanyak RM151,482,000.00 untuk pembayaran bagi projek-projek di bawah Pembangunan Sosial. Di bawah Maksud Pembangunan P.71, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pembangunan peruntukan tambahan yang diperlukan adalah sebanyak RM15,000,000.00 untuk menampung kekurangan peruntukan bagi penyaluran geran keseimbangan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Yang Berhormat Datuk Pengerusi, oleh sebab maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 34 Tahun 2025 telah pun selesai dipertimbangkan. Maka saya membawa rundingan supaya ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu dimaklumkan serta-merta kepada Dewan Negeri.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Dewan Negeri Bersidang Semula.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Jawatankuasa Dewan ini telah pun menimbang dan meluluskan tanpa pindaan maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 34 Tahun 2025. Dari itu saya membawa rundingan supaya Dewan ini bersetuju dengan ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu iaitu peruntukan wang berjumlah RM168,982,000.00 yang dicadangkan bagi Peranggaran Tambahan Pembangunan Ketiga Tahun 2025 itu diluluskan oleh Dewan Negeri ini. Dan dengan itu mengambil ketetapan bahawa sejumlah wang yang tidak melebihi RM168,982,000.00 hendaklah dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan dalam tahun bagi menyempurnakan maksud yang dinyatakan dalam kertas mesyuarat tersebut.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu dipersetujukan.
Rang Undang-Undang Enakmen Hotel Johor 2025.Bill
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Rang Undang-Undang Enakmen Hotel Johor dibaca kali yang pertama.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang pertama.
Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi perlesenan dan pengawalan hotel di Negeri Johor dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara agar Rundingan Untuk Bacaan Kali Kedua Bagi Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan; Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Yang Berhormat Datuk Speaker. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, Salam Maju Johor, saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon izin untuk mencadangkan bacaan suatu Rang Undang-Undang yang bernama Enakmen Hotel Johor 2025, yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi perlesenan dan pengawalan hotel di negeri Johor dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, berdasarkan Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan, yang dibaca bersama Perenggan 5(b) Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Badan Perundangan Negeri diberi kuasa untuk menggubal undang-undang berkaitan perkara perkhidmatan tempatan, termasuk rumah tumpangan dan rumah pemalaman.
Peruntukan ini membolehkan Kerajaan Negeri Johor menetapkan peraturan perlesenan, kawalan dan perkara-perkara lain yang berkaitan hotel, sekaligus memastikan aktiviti perhotelan dan penginapan dijalankan secara selamat, teratur dan berkualiti. Ia juga memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk menyusun dasar yang sesuai untuk keperluan tempatan serta menyokong pertumbuhan industri perhotelan secara mampan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, sehingga hari ini, urusan permohonan lesen hotel di Johor adalah di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui kawalan Undang-Undang Kecil PBT masing-masing. Kaedah Pentadbiran ini merupakan amalan yang digunakan secara meluas oleh majoriti PBT di seluruh negara.
Walau bagaimanapun, negeri Perak dan Pahang telah mengambil langkah penyeragaman dalam tadbir urus berkaitan urusan hotel di seluruh Negeri Perak dan Pahang sebagai usaha untuk memperkukuh industri perhotelan.
Untuk makluman Ahli-Ahli Berhormat, negeri Perak dan Pahang, masing-masing telah meluluskan Enakmen Hotel Perak 2023 dan Enakmen Hotel Pahang 2020. Enakmen-Enakmen tersebut dijadikan rujukan asas oleh negeri Johor dalam penggubalan Enakmen Hotel, dengan penyelesaian mengikut keperluan dan keadaan khusus negeri Johor. Sebagai makluman, cadangan Enakmen baharu ini bukanlah untuk menarik balik kuasa Pihak Berkuasa Tempatan berhubung perlesenan hotel, tetapi sebagai satu cara penyelarasan perolehan yang seragam dalam negeri Johor.
Yang Berhormat Datuk Speaker, selaras dengan punca kuasa yang telah diperuntukkan, kerajaan negeri telah bersetuju cadangan pengenaan caj kembara melalui penggubalan Enakmen Hotel yang baru ini. Sebagai makluman, negeri Johor bukanlah negeri pertama yang
memperkenalkan caj kembara dan beberapa buah negeri lain telah pun melaksanakannya caj seumpama ini antaranya Melaka dikenali sebagai caj warisan. Negeri Pahang melalui caj kelestarian, negeri Perak melalui caj perkhidmatan tempatan dan Pulau Pinang melalui fi hotel.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Rang Undang-Undang Hotel Johor 2025 atau dikenali sebagai RUU Hotel yang dicadangkan ini mengandungi 37 seksyen yang dibahagikan kepada 5 bahagian. Bagi memberi gambaran keseluruhan tentang kandungan Rang Undang-Undang ini, izinkan saya menjelaskan secara ringkas lima bahagian utama yang terkandung di dalamnya.
Bahagian pertama, memperuntukkan mengenai tajuk ringkas, tarikh kuat kuasa, tafsiran istilah utama serta skop pemakaian enakmen, bagi menjelaskan dengan jelas tujuan dan bidang kuat kuasa undang-undang ini.
Bahagian kedua pula, menumpukan kepada perkara-perkara perlesenan, termasuk kewajipan untuk mendapatkan lesen, tatacara permohonan, tempoh sah laku lesen, pemindahan hak milik atau pengurusan hotel serta penggantungan dan pembatalan lesen. Bahagian ini juga menetapkan tanggung jawab pemohon dan pemegang lesen bagi memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melesen.
Bahagian ketiga, memperincikan kuasa Pihak Berkuasa Melesen untuk menetapkan caj kembara, fi perlesenan dan bayaran lain yang berkaitan di samping memperuntukkan mekanisme pengurusan kutipan hasil serta tanggung jawab hotel dalam pelaporan dan pembayaran kepada tabung amanah yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Bahagian keempat, memberi kuasa penguatkuasaan kepada pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan penyiasatan, penggeledahan, penyitaan, penutupan premis serta melarang mana-mana pihak daripada menghalang atau mengganggu pegawai semasa menjalankan tugas rasmi.
Akhir sekali, bahagian lima, memperuntukkan pelbagai peruntukan pelengkap yang merangkumi perlantikan pegawai yang diberi kuasa, tanggung jawab terhadap kerahsiaan maklumat, kesalahan yang dilakukan oleh pegawai perkhidmatan, ejen ataupun perbadanan, penalti am, kuasa untuk mengkompaun kesalahan serta kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk membuat peraturan tambahan bagi maksud pelaksanaan undang-undang ini dan dengan lebih teratur dan berkesan. Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa pembelanjaan wang tambahan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Rang Undang-Undang Hotel Johor 2025, yang dicadangkan adalah terutamanya bagi mengawal perlesenan dan operasi hotel di negeri Johor, memastikan keselamatan, kualiti dan kebersihan penginapan serta menyokong pertumbuhan industri pelancongan secara mampan. RUU ini adalah merangkumi hal perlesenan, caj kembara, kuasa penguatkuasaan, tanggungjawab pegawai, penalti dan peraturan tambahan dengan semua hasil disalurkan kepada Akaun Amanah Kerajaan Negeri tanpa kos tambahan. Adalah disasarkan dengan berkuat kuasanya RUU Hotel Johor 2025 ini nanti, maka ia dapat menjadi pemangkin kepada industri perhotelan negeri Johor dalam merealisasikan citra Tahun Melawat Johor 2025.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.
Ahli-Ahli yang bersetuju, dijemput angkat tangan, yang tak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.
Suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi perlesenan dan pengawalan hotel di Negeri Johor dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Dewan Negeri Bersidang Sebagai Jawatankuasa.
Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4, Fasal 5, Fasal 6, Fasal 7, Fasal 8, Fasal 9 dan Fasal 10.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4, Fasal 5, Fasal 6, Fasal 7, Fasal 8, Fasal 9, Fasal 10 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Ahli-Ahli yang bersetuju, dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4, Fasal 5, Fasal 6, Fasal 7, Fasal 8, Fasal 9, Fasal 10 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Fasal 11, Fasal 12, Fasal 13, Fasal 14, Fasal 15, Fasal 16, Fasal 17, Fasal 18, Fasal 19 dan Fasal 20.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 11, Fasal 12, Fasal 13, Fasal 14, Fasal 15, Fasal 16, Fasal 17, Fasal 18, Fasal 19, Fasal 20 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Ahli-Ahli yang bersetuju, dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 11, Fasal 12, Fasal 13, Fasal 14, Fasal 15, Fasal 16, Fasal 17, Fasal 18, Fasal 19, Fasal 20 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Fasal 21, Fasal 22, Fasal 23, Fasal 24, Fasal 25, Fasal 26, Fasal 27, Fasal 28, Fasal 29, Fasal 30.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 21, Fasal 22, Fasal 23, Fasal 24, Fasal 25, Fasal 26, Fasal 27, Fasal 28, Fasal 29, Fasal 30 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Ahli-Ahli yang bersetuju, dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 21, Fasal 22, Fasal 23, Fasal 24, Fasal 25, Fasal 26, Fasal 27, Fasal 28, Fasal 29, Fasal 30 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Fasal 31, Fasal 32, Fasal 33, Fasal 34, Fasal 35, Fasal 36, Fasal 37.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 31, Fasal 32, Fasal 33, Fasal 34, Fasal 35, Fasal 36, Fasal 37 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 31, Fasal 32, Fasal 33, Fasal 34, Fasal 35, Fasal 36, Fasal 37 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Banyak betul fasalnya.
Dewan Negeri Bersidang Semula.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam jawatankuasa satu persatu dan dipersetujukan tanpa pindaan.
Dari itu, saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Hotel Johor 2025 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rundingan itu dikemukakan, bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Bahawa dengan ini Diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut:
Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Hotel Johor 2025.
Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh ianya disiarkan dalam Warta dan terpakai bagi seluruh Negeri Johor.
Ahli-Ahli Yang Berhormat oleh kerana kita ada satu lagi Rang Undang-Undang ye, yang memerlukan masa dan sekarang ini, kita pun sudah masuk jam 12.32 dan azan ialah lebih kurang 12.51. Jadi, saya tangguhkan Sidang Dewan ini kepada jam 2.30 petang.
Persidangan ditangguhkan pada jam 12:32 tengah hari.
Persidangan bersambung semula pada jam 2:30 petang.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Datuk Speaker.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan dimulakan sekarang.
Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) (Pindaan) 2025.Bill
Bismillahirrahmannirahim. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) (Pindaan) 2025.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang pertama.
Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997 (Enakmen No. 4 Tahun 1997).
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara agar
rundingan untuk bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan ini dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya mencadangkan bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang untuk meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997 (Enakmen No.4 Tahun 1997) ini, izinkan saya memberikan ringkasan berkenaan yang sama. Datuk Speaker, sejak Enakmen ini diwartakan pada 8 Oktober 1998, belum ada sebarang pindaan terhadap Enakmen ini selepas 27 tahun ianya berkuatkuasa, sehinggalah pada hari ini. Maka saya ingin merakamkan bahawa ini adalah sejarah bagi Dewan yang mulia ini.
Datuk Speaker, saya terus kepada tujuan Rang Undang-Undang ini. Pertama, mengemaskini tafsiran seksyen terkini dalam Enakmen Kesalahan ini mengikut kepada Enakmen Pentadbiran terkini iaitu Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 sepertimana tafsiran Enakmen Pentadbiran, fatwa, Hukum Syarak, Mufti, Hakim, Mahkamah dan seterusnya menambah tafsiran baharu seperti perbuatan di seksyen 4 berkaitan doktrin ajaran sesat, mengikut sebagaimana tafsiran Kanun Keseksaan (Akta 574), pihak berkuasa agama, tempat awam dan tidak bermoral.
Juga yang kedua, menyemak kembali peruntukan seksyen ini agar ia selari dengan perkembangan semasa.
Ketiga, mewujudkan seksyen baharu iaitu menambah baik pematuhan umat Islam selari dengan Hukum Syarak seperti kesalahan wanita berpakaian dan berlagak seperti lelaki dan hukuman alternatif kepada pesalah jenayah syariah.
Datuk Speaker, Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. Saya mohon mencadang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua sekarang, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.
Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997 (Enakmen No. 4 Tahun 1997)
Dewan Negeri Bersidang sebagai Jawatankuasa.
Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4, Fasal 5, Fasal 6, Fasal 7, Fasal 8.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4, Fasal 5, Fasal 6, Fasal 7, Fasal 8 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4, Fasal 5, Fasal 6, Fasal 7, Fasal 8 ini jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Dewan Negeri bersidang semula.
Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun dipertimbangkan dalam jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Dengan itu, saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) (Pindaan) 2025 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Bahawa dengan ini Diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut: Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) (Pindaan) 2025.
Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh ia disiarkan dalam Warta.
Rang Undang-Undang Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Johor) (Pindaan) 2025.Bill
Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Rang Undang-Undang Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Johor) (Pindaan) 2025.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang pertama.
Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Johor) 2003 (Enakmen No. 18 Tahun 2003).
Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara agar rundingan untuk bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara.
Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Datuk Speaker, Rang Undang-Undang ketiga adalah untuk meminda Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Johor) 2003 [Enakmen No.18 Tahun 2003], izinkan saya memberikan penerangan secara ringkas.
Datuk Speaker, tujuan pindaan Enakmen ini dalam Rang Undang-Undang ini adalah untuk menyemak kembali tafsiran Hukum Syarak dan komputer dalam Enakmen keterangan agar selari dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 dan juga perkembangan semasa.
Kedua, tujuannya mewujudkan seksyen baharu untuk menambah baik peruntukan yang membabitkan penggunaan peranti komputer dan aplikasi atas talian seperti pembuktian dokumen awam yang dikeluarkan oleh komputer juga kebolehterimaan dokumen yang dikeluarkan oleh komputer dan pernyataan yang terkandung di dalamnya, nilai yang boleh diberikan pada dokumen yang dikeluarkan oleh komputer dan pernyataan yang terkandung di dalamnya dan anggapan fakta dalam penyiaran. Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.
Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.
Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Johor) 2003 (Enakmen No. 18 Tahun 2003).
Dewan Negeri Bersidang Sebagai Jawatankuasa.
Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4, Fasal 5, Fasal 6, Fasal 7.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4, Fasal 5, Fasal 6, Fasal 7 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4, Fasal 5, Fasal 6, Fasal 7 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Dewan Negeri Bersidang Semula.
Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Dari itu, saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
YB Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Johor) (Pindaan) 2025 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Bahawa dengan ini Diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut:
Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Johor) (Pindaan) 2025.
Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh ia disiarkan dalam Warta.
Rang Undang-Undang Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) (Pindaan) 2025.Bill
Dengan izin Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Rang Undang-Undang Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) (Pindaan) 2025.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang pertama.
Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003 (Enakmen No. 19 Tahun 2003).
Dengan izin Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara agar rundingan untuk bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara.
Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Rang Undang-Undang Ketiga yang saya nak bacakan kali kedua ini adalah untuk meminda Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003 (Enakmen No.19/2003), izinkan saya memberikan tujuan pindaannya.
Datuk Speaker, Enakmen ini sudah 22 tahun tidak dipinda. Tujuannya adalah untuk menyemak kembali peruntukan seksyen sedia ada dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah agar ia selari dengan perkembangan semasa seperti memasukkan peruntukan berkaitan kesalahan dengan penerbitan secara elektronik.
Dan yang kedua mewujudkan tafsiran dan seksyen baharu untuk menambah baik Enakmen Tatacara Jenayah Syariah seperti tafsiran capaian, dan seksyen baharu iaitu capaian kepada
data berkomputer. Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. Datuk Speaker saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.
Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.
Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003 (Enakmen No. 19 Tahun 2003).
Dewan Negeri Bersidang Sebagai Jawatankuasa.
Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Dewan Negeri Bersidang Semula.
Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Dengan itu, saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) (Pindaan) 2025 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Bahawa dengan ini Diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut:
Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) (Pindaan) 2025.
Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh ia disiarkan dalam Warta.
Rang Undang-Undang Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Pindaan) 2025.Bill
Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Rang Undang-Undang Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam (Pindaan) 2025.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang pertama.
Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1991 [Enakmen No. 11 Tahun 1991].
Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara agar rundingan untuk bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara.
Datuk Speaker, Saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Rang Undang-Undang keempat dan yang terakhir pada hari ini adalah untuk meminda Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1991 [Enakmen No.11 Tahun 1991], sebelum saya meneruskan saya bacakan tujuannya.
Akta ini sudah 33 tahun Datuk Speaker tidak disemak dan tiada pindaan ini juga sejarah untuk sesi Dewan pada kali ini. Tujuannya adalah untuk mengemaskini tafsiran dan seksyen terkini dalam Enakmen Sekolah Agama ini agar selari dengan Enakmen Pentadbiran terkini iaitu Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 seperti tafsiran Sekolah Agama, Hukum Syarak, Majlis dan sebagainya.
Kedua, untuk menyemak kembali peruntukan seksyen sedia ada dalam Enakmen Sekolah Agama agar ia selari dengan perkembangan semasa seperti memasukkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan lantikan Pihak Berkuasa Negeri sebagai Pendaftar dan Timbalan Pendaftar, perakuan pendaftaran sementara untuk memberi peluang Sekolah Agama yang tidak cukup syarat untuk melengkapkan syarat pendaftaran, Sekolah Agama yang dalam siasatan juga boleh digantung dan sebagainya.
Tujuan yang ketiga, mewujudkan seksyen baharu untuk menambah baik pengurusan pentadbiran pendaftaran Sekolah Agama dan pemantauan serta tindakan yang boleh diambil pada Sekolah Agama yang tidak mahu mendaftar dengan Pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor seperti syarat-syarat Sekolah Agama yang tidak boleh didaftarkan.
Dan keempat, memberi kuasa kepada Penguasa Agama untuk untuk memasuki, menyiasat, memeriksa Sekolah Agama dan kuasa Majlis untuk menutup Sekolah Agama yang tidak berdaftar serta apa-apa tindakan lain difikirkan Pendaftar adalah patut atau perlu dilakukan.
Rang Undang-Undang ini tidak melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. Datuk Speaker saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.
Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1991 [Enakmen No. 11 Tahun 1991].
Dewan Negeri Bersidang Sebagai Jawatankuasa.
Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Ahli-Ahli yang bersetuju di jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3 dan Fasal 4 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Dewan Negeri Bersidang Semula.
Datuk Speaker, Saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Oleh itu, saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Datuk Speaker,saya menyokong rundingan itu.
Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam (Pindaan) 2025 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju dijemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Bahawa dengan ini Diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut:
Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam (Pindaan) 2025. Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh ia disiarkan dalam Warta.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Dewan ini ditangguhkan.
Bismillahirahmaanirahim, Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu. (Dewan bertepuk)
Alhamdulillah, selesai sudah persidangan kita kali ini. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi terima kasih kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri termasuk
di pihak pengimbang dan di pihak kerajaan yang sama-sama mendukung integriti Dewan Negeri Johor ini. Dan, alhamdulillah setinggi tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan seluruh yang terlibat terutamanya Ketua-ketua Jabatan, kaki-kakitangan kerajaan baik diperingkat negeri dan persekutuan yang sama-sama mendukung hasrat menjadikan Johor negeri maju menjelang 2030.
Oleh itu, saya berharap kita mengambil iktibar sepertimana contoh Sayyidina Umar yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Machap tadi iaitu bahawa kita ini turun ke bawah dan saya yakin Yang Berhormat semua adalah Wakil Rakyat yang sentiasa berada di kawasan dan tugas kita juga mencari orang miskin dan menyelesaikan masalah kita dan sebab itulah saya berharap habis sahaja Dewan ini bersidang kita kembali ke kawasan kita menjalankan tugas kita sebagai Ahli Yang Berhormat.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ini saya tangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Persidangan ditangguhkan pada jam 3:00 petang.
Pegawai-Pegawai Bertugas:
Jurutulis
Puan Zarina binti Abdul Kadir
Penolong Jurutulis
Encik Mohd Ezwan bin Abdul Ghani Encik Muhammad Syahfiq Nizam bin Zulkipli
Koordinator
Puan Hajah Rohana binti Matang
Pembantu Tadbir (Penerbitan)
Puan Malina binti Mohd Nasir Puan Hajah Noraisah binti Mohd Yusof Encik Ariff bin Abu Bakar
Pembantu Khidmat Am (Bentara)
Encik Razine bin Sulaiman Encik Hamdan bin Markom Encik Norhayadi bin Hussien Encik Muhamad Khirunizam bin Pahmi Encik Mohd Norazri bin Kasim Encik Mohd Sapri bin Manan Encik Muhammad Khairul bin Arop Encik Muhammad Zulhilmi bin Mohd Amran
Setiausaha Pejabat (Pelapor Dewan)
Puan Norazilawati binti Masri Puan Norhafizah binti Osman Puan Nurul Ain binti Zainal Abidin Puan Shuriati binti Hajar Puan Hajah Saniah binti Kassim Puan Siti Rojimah binti Abd. Razak Puan Hajah Azlin bin Bahrin Puan Junaidah binti Paing Puan Zahiti binti Muhamad Hamdi Puan Hajah Fareza binti Musa Puan Noor Dalilah binti Dahalan Puan Raihanah binti Ismail Puan Hajah Haironisha binti Zainal Abidin Puan Norlydialina binti Ithnain Puan Hajah Rumiah binti Semirono Puan Fakhrinnazia binti Fuad
Rakaman
Encik Nor Risam bin Esa Encik Azizan bin Md Sidi Encik Khairul Anuar bin Umar Usman
Juruaudio Video
Encik Ismail bin Abu Bakar Encik Noorazhan bin Mohd Salleh Encik Mohd Noriskandar binti Rosli Encik Shamsul Anuar bin Kamarludin Mohd Faizal bin Ja’ffar