Kedah · 16 April 2020
14th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 30 turns · 2,750 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
KAWASAN 1. YB. Dato’ Ahmad Bin Kasim, DSDK., SDK., JP. (Speaker)
2. Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir DMK., SPMK., SJMK.,DGSM.,DHMS.,DSNS.,SSS.,JP. (Menteri Besar) Jitra
3. YB. Dato’ Dr. Ismail Bin Salleh, DSDK., AMK. Pengkalan Kundor
4. YB. Encik Tan Kok Yew, BKM. Derga
5. YB. Dato’ Zamri Bin Yusuf, DSSS., SMK., JP. Suka Menanti
6. YB. Encik Azman Bin Nasrudin, SSS., PJK., Lunas
7. YB. Encik Mohd Asmirul Anuar Bin Aris Kubang Rotan
8. YB. Encik Ooi Tze Min Bakar Arang
9. YB. Dr. Salmee Bin Said, SSS. Kota Siputeh
10. YB. Encik Summugam A/L Rengasamy Bukit Selambau
11. YB. Pn. Hjh. Halimaton Shaadiah Binti Saad, SSS. Bukit Kayu Hitam
12. YB. Dato’ Ir. Hj. Phahrolrazi Bin Hj. Zawawi, DSDK., JP. Alor Mengkudu
13. YB. Dato’ Wira Hj. Amiruddin Bin Hamzah, Anak Bukit
DGMK., DSDK., JP.
14. YB. Dr. Robert Ling Kui Ee Sidam
15. YB. Dato’ Johari Bin Abdul, DSDK. Gurun
16. YB. Encik Juhari Bin Bulat, BKM., AMK. (Timbalan Speaker) Ayer Hangat
17. YB. Encik Yeo Keng Chuan Kulim
18. YB. Encik Teh Swee Leong Kota Darul Aman
19. YB. Dato’ Wira Dr. Ku Abd. Rahman Bin Ku Ismail, DGMK., DSDK., BKM., JP. Guar Chempedak
20. YB. Encik Muhammad Sanusi Bin Md. Nor, AMK. Jeneri
21. YB. Dato’ Ustazah Hjh. Siti Ashah Binti Hj. Ghazali, DSDK., AMK. Merbau Pulas
22. YB. Encik Romani Bin Wan Salim Bukit Pinang
23. YB. Ustaz Mohd Azam Bin Abd. Samat Sungai Limau
24. YB. Dato’ Dr. Hj. Mohd Hayati Bin Othman, DSDK., AMK. Tokai
25. YB. Brig. Jen (B) Dato’ Haji Najmi Bin Haji Ahmad DSDK., PAT., JSM., KAT., KMN. Kupang
26. YB. Ustaz Ahmad Fadzli Bin Hashim Pantai Merdeka
27. YB. Tn. Hj. Abdul Nasir Bin Idris, BKM. Bayu
28. YB. Ustaz Mohd Isa Bin Shafie, JP. Belantek
29. YB. Mejar (B) Mansor Bin Zakaria, PCK., PNBB., PJM., PPS. Kuala Ketil
30. YB. Ustaz Salim Bin Mahmood, PJK. Bukit Lada
31. YB. Encik Mohd Radzi Bin Md. Amin Pedu
32. YB. Tn. Hj. Mohamad Yusof Bin Zakaria, BKM. Kuala Nerang
33. YB. Encik. Azhar Bin Ibrahim, PJK., BKM. Ayer Hitam
34. YB. Ustaz Hj. Hanif Bin Hj. Ghazali Tanjung Dawai
35. YB. Dato’ Suraya Binti Yaacob, DSDK., PJN.,SDK., AMK., BKM., JP. Sungai Tiang
36. YB. Dato’ Norsabrina Binti Mohd Noor, DSDK., SMK., BCM., PJK. Bandar Baharu
TIDAK HADIR
BIL
KAWASAN 1. YB. Encik Mohd Firdaus Bin Ahmad Kuah
Ahli-Ahli Rasmi
(YB. Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim) DPSS., DSDK., JSD., SSS., AMK., AMN.,BCK.
PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI
(YB. Tuan Nik Azhan Hakim Bin Nik Mahmood )
PEGAWAI KEWANGAN NEGERI
(YB. Dato’ Haji Isahak Bin Murat., DSSS., SDK., AMK., BCK.)
Pegawai Kanan Dewan
(Encik Nasrun Bin Dato' Mohd Sheriff, AMK.,BCK.)
PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI
(Puan Nor Hafizah Binti Md. Rejab)
BENTARA MESYUARAT
(Encik Mohd. Radzi bin Abd. Hadi)
PETUGAS-PETUGAS DEWAN
Encik Zaidi bin Ahmad [ Setiausaha Pejabat N32]
Puan Nor Amira binti Ghazali [ Setiausaha Pejabat N27 ]
Puan Siti Rohani binti Md Isa [ Pembantu Tadbir P/O N19 ]
Encik Abdul Halim bin Md. Daud [ Pembantu Operasi N14 ]
Encik Nazri bin Budiman [ Pembantu Operasi N11 ]
Encik Mohd Haniff Bin Idros [ Pembantu Operasi N11 ]
[Dewan disambung semula pada jam 9.00 pagi]
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan disambung semula. Doa.
I. Tuan Setiausaha Dewan – Bacaan Doa
Urusan seterusnya Tuan Setiausaha Dewan.
Pembentangan Kertas-Kertas Dewan Oleh YAB. Dato’ Seri Utama Menteri Besar Kedah.
Dengan hormatnya dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Menteri Besar untuk membentangkannya.
II. Pembentangan Kertas-Kertas Dewan
Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Paduka Speaker, dengan ini saya pohon membentangkan Kertas-Kertas Dewan yang berikut seperti di meja Ahli-Ahli Yang Berhormat :-
Kertas Dewan Bil. 01 Tahun 2020
Penyata Kewangan Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.
Kertas Dewan Bil. 02 Tahun 2020 Penyata Kewangan Yayasan Islam Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.
Kertas Dewan Bil. 03 Tahun 2020 Penyata Kewangan Lembaga Biasiswa Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.
Kertas Dewan Bil. 04 Tahun 2020 Penyata Kewangan Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.
Kertas Dewan Bil. 05 Tahun 2020 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah [PKNK] bagi Tahun 2018.
Kertas Dewan Bil. 06 Tahun 2020 Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.
Kertas Dewan Bil. 07 Tahun 2020 Penyata Kewangan Negeri Kedah Darul Aman Bagi Tahun 2018.
Kertas Dewan Bil. 08 Tahun 2020 Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.
[Majlis Bandaraya Alor Setar, Majlis Perbandaran Sungai Petani, MajlisPerbandaran Langkawi, Majlis Perbandaran Kulim, Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Majlis Daerah Baling, Majlis Daerah Pendang, Majlis Daerah Yan, Majlis Daerah Sik, Majlis Daerah Padang Terap dan Majlis Daerah Bandar Baharu].
Kertas Dewan Bil. 09 Tahun 2020 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah [LSAN] bagi tahun 2018.
Kertas Dewan Bil. 10 Tahun 2020 Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri Kedah Tahun 2018 Dan Laporan Ketua Audit Negara Pengurusan Aktiviti Jabatan Negeri Kedah Tahun 2018 Siri 2.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih YAB. Dato’ Seri Utama Menteri Besar di atas pembentangan Kertas-kertas Dewan sebentar tadi. Kertas-kertas Dewan yang dibentangkan itulah yang akan menjadi dokumen rasmi yang boleh dirujuk untuk apa sahaja yang boleh dijadikan sebagai asas ataupun fakta yang betul.
Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.
Pemakluman daripada YB. Dato’ Paduka Speaker.
III. Pemakluman Oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sebagaimana yang termaklum negara kita khususnya dan dunia amnya sedang mengalami satu saat yang getir yang belum pernah berlaku sehebat ini. Sejak merdeka inilah suasana gawat yang menghantui rakyat kita, ancaman Covid 19 yang memerlukan kesepakatan dan keutuhan seluruh rakyat dan seluruh masyarakat tanpa mengira latar belakang, status sosial, keturunan dan agama.
Bagi mengekang penularan wabak ini kerajaan telah mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama bermula daripada 18 hingga 31 Mac 2020 diikuti dengan fasa yang kedua daripada 1 – 14 April 2020 dan kini kita telah memasuki fasa yang ketiga bermula daripada 15 – 28 April 2020. Kemungkinan juga ia akan bersambung lagi ke fasa yang keempat dan yang kelima, kemungkinan sehingga selesai Aidilfitri, ini jangkaan saya sahaja. PKP ini menyebabkan semua pergerakan kita dibataskan kecuali melakukan perkara-perkara asas sahaja. PKP ini telah memberikan kesan kepada kehidupan kita seluruhnya, kesan sosial, budaya apa lagi kesan ekonomi kepada semua lapisan masyarakat golongan penternak, petani, peladang, peniaga kecil, orang biasa, usahawan.
Saya mendapat maklumat terlalu banyak berkaitan dengan keadaan masyarakat kita hari ini terutamanya golongan-golongan yang berpendapatan rendah. Namun bagi orang-orang yang beriman kita penuh yakin bahawa musibah ini datangnya dari Allah swt. dan di sebalik musibah ini ada hikmah yang tersembunyi yang perlu kita cari lalu kita mengambil sikap yang positif sebagaimana Allah swt sebutkan dalam surah Al-Baqarah.
Dan sesungguhnya kami akan berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, orang-orang yang apabila mereka ini ditimpakan dengan satu kesusahan maka mereka menyebutkan innalillahiwainnailaihirojiun. Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Surah Al-Baqarah Ayat 155 & 156.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, suasana ini juga menyebabkan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri terpaksa mengubahsuai keadaan dengan memberikan keutamaan kepada masalah-masalah asas rakyat ‘survival’ bagi memastikan ‘survival’ dan kelangsungan hidup rakyat. Begitu juga dengan sesi-sesi Persidangan DUN ini yang tergendala dan terpaksa dipinda sebanyak 4 kali daripada tarikh asalnya 1 – 4 Mac 2020 dan ini kali ketiga yang kita pinda daripada asalnya. Kesemua tarikh-tarikh yang kita pinda ini, kita mesti buat mengikut peraturan-peraturan dewan, undang-undang yang termaktub dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah khususnya kepada Perkara 11(1) yang menyatakan bahawa “YAB. Menteri Besar atau wakilnya boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan dari semasa ke semasa” dan daripada setiap kali tarikh baru yang kita cadangkan itu kita mesti wartakan. Jadi, belum ada lagi dalam sejarah Dewan Undangan Negeri, kita pinda sehingga 3 kali dan kita terpaksa mewartakan 4 kali, bermakna pewartaan yang pertama, pindaan kali kedua, yang ketiga dan kali ini yang keempat.
Jadi, setiap kali warta itu ianya memakan belanja juga walaupun tidaklah mahal tetapi bermakna rekod pewartaan tarikh undang-undang Dewan ini dijadikan sebagai satu undang-undang. Melainkan sekiranya kita menangguhkan Dewan dengan kita tidak menetapkan tarikh sebagai contoh hari ini kita tangguh dan kita akan menetapkan tarikh pada persidangan yang akan datang. Pada ketika sidang yang akan datang kita mesti memberikan notis 21 hari tapi bila kita wartakan untuk kita letakkan tarikh yang akan datang, bermakna notis 21 hari itu akan terpakai, setiap kali kita wartakan. Persidangan kali ini dalam suasana PKP ini diadakan bagi mengelakkan implikasi undang-undang yang menyatakan Sidang DUN mesti diadakan dalam tempoh 6 bulan dan tarikh akhir bagi Sidang DUN Kedah adalah pada 24 April 2020 bermakna minggu depan. Kita tak buat Sidang DUN kali ini, minggu depan terbubar DUN, bila terbubar DUN pilihanraya pula lah, pilihanraya semasa covid. Jadi, sidang kali ini juga kita mendapat nasihat dan pemantauan yang rapi daripada Majlis Keselamatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Beberapa langkah bagi memenuhi prosedur ini mesti dipatuhi antaranya ialah ‘Thermal Scanning’ suhu badan bagi semua yang hadir bermula dari pintu masuk ke Wisma Darul Aman sehinggalah sebelum kita masuk ke Sidang DUN pagi tadi. Kita duduk dalam jarak lebih dari 1 meter. Oleh sebab itu kita selang selikan, YB. Jeneri kekal di tempatnya, YB. Merbau Pulas duduk di tempat Bukit Pinang, YB. Bukit Pinang duduk di tempat Tokai, jadi kita pindah sebab ini permintaan daripada KKM. Kerana apa? Kerana orang akan mengambil gambar dan sebagainya, benda ini akan tersebar tengok Sidang DUN Kedah, pemimpin suruh duduk jarak-jarak, mereka duduk dekat-dekat, jadi kita pastikan perkara ini dilaksanakan. Jumlah kehadiran dihadkan, tiada jemputan daripada Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan juga pihak wartawan luar yang ada hanyalah media Kerajaan Negeri.
Yang kita jemput pada hari ini ialah Pemangku Pengarah Majlis Keselamatan Negeri dan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah. Begitu juga maklumat asas mengenai tahap kesihatan yang perlu diisi oleh semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dan juga Ahli-Ahli yang lain yang hadir pada hari ini di luar Dewan tadi. Sidang DUN ini pada asalnya adalah majlis ataupun titah perasmian KDYMM Tuanku Sultan Kedah namun suasana tidak mengizinkan. Oleh itu, kita hanya mengedarkan titah ucapan kepada semua Ahli Yang Berhormat sebentar lagi. Tindakan ini setelah mendapat perkenan daripada KDYMM Tuanku Sultan sendiri dan ianya menepati Perkara 56 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah maksudnya KDYMM Tuanku Sultan boleh hadir dan dia boleh menyampaikan ucapannya kepada majlis ini dengan mengedarkan. Persidangan seumpama ini juga dilakukan oleh negeri-negeri lain seperti Negeri Terengganu yang hanya mengedarkan titah ucapan perasmian KDYMM Tuanku Sultan Terengganu.
Jadi, nampaknya Sultan Kedah berminat dan minta kita ikut Terengganu yang mengedarkan titah ucapan perasmian tetapi berlainan dengan Kelantan di mana Menteri Besar menyampaikan ucapan titah perasmian bagi pihak KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Terengganu buat Sidang DUN 30 minit, Kelantan panjang sikitlah 45 minit sebab ada titah ucapan, di Kedah ini kita kata dalam 15 minit sat lagi habis 20 minit. Esok pula Sidang DUN Negeri Pulau Pinang, begitu juga negeri-negeri yang lain oleh kerana implikasi perundangan itu jadi Melaka pun akan buat, Perak pun akan buat, Selangor buat awal lagi ketika PKP yang pertama tetapi mereka pendekkan daripada 4 hari oleh kerana ada arahan PKP mereka pendekkan dalam 2 hari dan mereka akan buat lagi dalam tempoh PKP yang ketiga ini.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kita akan bertemu bulan Ramadhan dan sedikit masa lagi Hari Raya Aidilfitri yang sudah pasti Ramadhan dan Aidilfitri pada tahun ini berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini. Saya rasa Dewan yang mulia ini kita mesti merakamkan penghargaan dan tahniah serta terima kasih yang tidak berbelah bahagi khususnya kepada hero-hero baru rakyat Malaysia iaitu para kakitangan barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia, yang mempertahankan diri mereka, mempertaruhkan nyawa mereka, mempertahankan rakyat Malaysia daripada serangan Covid 19 ini. Jadi, saya rasa Dewan ini mesti merakamkan penghargaan yang tidak berbelah bahagi. Terima kasih Pengarah Kesihatan yang sudi hadir, sampaikanlah penghargaan kami, Ahli-Ahli Dewan, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang terpaksa bertungkus lumus juga bersama dengan rakyat tetapi kami ucapkan terima kasih berbanyak-banyak kepada hero-hero baru rakyat Malaysia.
Kalau dulu Panglima Perang saja, Brigeder Jeneral dan sebagainya tetapi sekarang ini para doktor-doktor, ada yang membincangkan di peringkat internasional. Sekarang ini para doktor mengatasi semua dalam ranking utama, para doktor, para medic inilah mereka yang akan menjadi pertahanan negara. Suasana juga berubah. Jadi, Tokai senyum panjang, Pengkalan Kundor pun senyum panjang, jadi hero-hero baru rakyat Malaysia. Yang yang lain ada doktor lagi tak? Bagi semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya mendoakan semoga semua kita tabah mengharungi saat getir ini apalagi dalam memenuhi harapan dan tuntutan rakyat jelata, kita tingkatkan dialog dan kerjasama di semua peringkat bagi menghadapi suasana terkini. Insya-Allah semoga Allah swt memudahkan kita semua, mensejahterakan negeri dan negara kita serta mengembalikan keadaan pulih seperti sediakala. Itu saja ucapan yang ingin saya zahirkan pada pagi ini.
Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.
IV. Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri Kedah Tahun 2018 Dan Laporan Ketua Audit Negara Pengurusan Aktiviti Jabatan Negeri Kedah Tahun 2018 Siri 2
Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri Kedah Tahun 2018 Dan Laporan Ketua Audit Negara Pengurusan Aktiviti Jabatan Negeri Kedah Tahun 2018 Siri 2 kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah Darul Aman.
Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Utama Menteri Besar untuk mencadangkan usul tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Paduka Speaker, saya pohon mencadangkan suatu Usul yang berbunyi:-“Bahawa Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri Kedah Tahun 2018 Dan Laporan Ketua Audit Negara Pengurusan Aktiviti Jabatan Negeri Kedah Tahun 2018 Siri 2 seperti yang terkandung dalam Kertas Dewan Bil. 10 Tahun 2020 itu diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri untuk memeriksa dan menyampaikan penyata dan cadangan-cadangan berkenaan dengan kira-kira itu kepada Dewan ini”.
Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Paduka Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah satu usul yang berbunyi :-
“Bahawa Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri Kedah Tahun 2018 Dan Laporan Ketua Audit Negara Pengurusan Aktiviti Jabatan Negeri Kedah Tahun 2018 Siri 2 seperti yang terkandung dalam Kertas Dewan Bil. 10 Tahun 2020 itu diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri untuk memeriksa dan menyampaikan penyata dan cadangan-cadangan berkenaan dengan kira-kira itu kepada Dewan ini”.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini minta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Usul ini diluluskan.
Urusan seterusnya Tuan Setiausaha!
Sebelum itu, saya minta oleh kerana kertas ini diberi kepada PAC Negeri jadi saya rasa PAC Negeri boleh terus mengadakan mesyuarat walaupun dalam tempoh PKP ini. Walaupun PKP panjang tapi boleh teruskan mesyuarat, boleh buat kerap-kerap sikit, elaun lebih sikit.
Silakan Tuan Setiausaha!
V. Pengedaran Titah Ucapan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Sempena Istiadat Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-14.Address / budget
Pengedaran Titah Ucapan KDYMM Tuanku Sultan Kedah sempena Istiadat Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-14.
Sepertimana yang saya sebut di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Perkara 56 menyebutkan “Maka bolehlah raja pemerintah memberi ucapan di dalam Dewan Udangan Negeri dan boleh menghantar titah kepadanya”. Bermakna “nya” itu kepada Dewan Undangan Negeri. Jadi Tuanku Sultan menghantarkan titahnya kepada kita untuk dibaca, diteliti dan selepas ini kita boleh bahaskan. Silakan Bentara Dewan untuk mengedarkan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Urusan seterusnya Tuan Setiausaha Dewan!
VI. Tangguhan Sidang Dewan
Tangguhan Sidang Dewan
Silakan YAB. Dato’ Seri Utama Menteri Besar.
Yang Berhormat Dato’ Paduka Speaker,dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana perkara-perkara di dalam Atur cara Persidangan Dewan pada kali ini telahpun selesai dibincangkan, maka saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 16(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya persidangan ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Paduka Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian kerana perjalanan urusan mesyuarat kita ini yang paling ringkas dalam sejarah. Ini juga kena catat dalam sejarah, sejarah Dewan juga, kalau dulu paling ringkas 1 jam tetapi oleh kerana suasana covid ini tidak mengizinkan kita mengadakan perbincangan tetapi saya tidak mahu berjanji kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat pada persidangan yang akan datang perbincangan bersama YAB. Dato’Seri Utama Menteri Besar juga kita akan panjangkan kalau suasana mengizinkan, mungkin bukan seminggu, mungkin 2 minggu supaya Ahli-Ahli Yang Berormat betul-betul berpuas hati. Ini bukan janji saya tetapi ia bergantung kepada keadaan.
Saya harap suasana negara, suasana negeri kembali aman dan kita boleh duduk bersidang untuk kita membincangkan isu-isu rakyat secara keseluruhannya. Kerjasama yang baik daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang hadir pada hari ini juga saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Sidang Dewan kali ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak.
Terima kasih.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
[Dewan ditangguhkan pada jam 9.25 pagi]