Kedah · 25 August 2020
14th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · 469 turns · 38,542 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Jawapan Kepada Pertanyaan Dewan Mengikut Peraturan 22(6)Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah 1. Pertanyaan-Pertanyaan Mulut 2. Pertanyaan-Pertanyaan BertulisQuestions
Mengumumkan ketibaan Tuan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Kedah.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang Dewan disambung semula.
Bacaan Doa.
-DOA
Untuk urusan yang seterusnya saya akan mulakan dengan Usul Pemilihan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang baharu.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menurut Perkara 54(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman, Dewan Undangan Negeri dari semasa ke semasa perlu memilih mana-mana orang untuk menjadi Ahli atau layak menjadi Ahli Dewan Negeri sebagaimana ditentukan oleh Dewan Negeri sebagai Speaker dan Perkara 3 Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman iaitu bila-bila jawatan Speaker itu menjadi kosong, baik dengan sebab di bubarkan Dewan atau dengan lain-lain sebab maka Dewan sebaik-baik cukup bilang ahlinya hendaklah memilih Speaker.
Oleh itu saya pohon mendapat cadangan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk membuat cadangan. (YB. Alor Mengkudu mencelah)
Yang Berusaha Tuan Setiausaha Dewan, Peraturan Dewan. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya ingin membaca satu peraturan Dewan disini iaitu dibawah Peraturan Memilih Speaker, Perkara 4 – Aturan Memilih Speaker hendaklah seperti yang tersebut dibawah ini:- (1) Tiap-tiap ahli yang hendak mencadangkan nama seorang Ahli Dewan itu yang hendak dipilih jadi Speaker, hendaklah mempastian terlebih dahulu iaitu ahli itu suka berkhidmat jika ia dipilih dan juga hendaklah memberitahu kepada Setiausaha dengan bersurat sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat.
Saya ingin membuat sedikit Yang Berusaha Tuan Setiausaha dan mohon penjelasan kepada YAB. Jeneri, tugas pertama nak jawab itu iaitu dalam isu Perkara 1 ini, tiap-tiap ahli berhak mencadang ertinya dia menjadi satu hak untuk setiap ahli dewan yang ingin mencadangkan calon dan calon itu hendaklah bersetuju dan yang kedua hendaklah mengemukakan satu hari sebelum tapi dalam isu kita sekarang, Dewan tidak pernah memberi notis kepada Adun bahawa berlaku kekosongan. Jadi, kalau tidak ada notis untuk berlaku kekosongan bagaimana Perkara 4(1) ini hendak dilaksanakan? Saya telah menyemak dengan semua Adun-Adun tiada sesiapa pun menerima pemakluman mengatakan ada kekosongan. Saya berpendapat bahawa pemilihan pada hari ini berlaku kecacatan kerana kekosongan itu tidak dimaklumkan ertinya hak sebagai Ahli Dewan untuk mencadangkan itu tidak ada yang diperuntukan dalam peraturan.
Jadi, mungkin pihak kerajaan berpendapat bahawa tidak ada disebut untuk diberi notis tapi kita hendaklah faham bahawa dalam melaksanakan perkara ini hendaklah diberikan notis, kalau tidak diberi notis bagaimana satu ini nak dilaksanakan macam mana perlu ada cadangan, ini isu peraturan! Jadi, saya minta supaya dijelaskan dulu bahawa bagaimana tidak dimaklumkan notis kekosongan ini kepada semua Ahli-Ahli Dewan. Saya pohon penjelasan daripada YAB. Jeneri.
Oleh itu, saya pohon mendapat cadangan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk membuat cadangan.
Tuan Setiausaha Dewan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon mencadangkan Yang Berhormat Encik Juhari bin Bulat Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat dipilih menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman mengikut Peraturan Mesyuarat 4(2), Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, saya juga telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih.
Tuan Setiausaha Dewan, saya pohon menyokong cadangan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Tuan Setiausaha, saya masih berpegang dengan apa yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang bahawa peraturan ini mesti dihormati kerana perkara tertinggi yang mengikat kita adalah buku Peraturan Dewan ini dan kalau ini pun kita tak boleh ikuti apalah nilai mesyuarat kita yang ada pada hari ini. Jadi, saya nak supaya perkara 2 ini diperjelaskan oleh YAB. Jeneri sebelum apa-apa usul diusulkan. Soalan tadi belum dijawab, soalan yang diusulkan oleh Ketua Pembangkan belum dijawab. Sekian, terima kasih.
Yang Berusaha Tuan Setiausaha, saya ingin menerangkan beberapa perkara berkaitan dengan pelantikan Speaker pada hari ini. Yang pertamanya mengenai Pelantikan Speaker, menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, Peraturan 54(2) membolehkan Speaker pada mana-mana masa meletakkan jawatan di dalam surat yang ada tandatangannya dan dialamatkan kepada Setiausaha Dewan Undangan Negeri dan Speaker pada masa tersebut telah meletakkan jawatan makanya jawatan Speaker adalah kosong pada masa tersebut.
Kemudiannya, tidak ada peraturan mana-mana pun untuk memberi usul dan memberi notis untuk Ahli-Ahli Dewan yang lain, Peraturan 26(1) – Usul hendaklah dengan pemberitahu melainkan bagi maksud dibawah perenggan 26 (a) hingga (s).
Usul untuk mengosongkan Speaker dan Timbalan Speaker memerlukan pemberitahu kerana tidak dikecualikan dalam perenggan (a) hingga (s). Peraturan 27 (3) – Peraturan Mesyuarat Dewan pula menyatakan hanya bagi maksud mengosongkan Speaker dan Timbalan Speaker jika perletakan jawatan mereka tidak laku. Untuk di Kedah konteks kedudukan di Kedah pemberitahu usul dalam tempoh 14 hari tidak perlu kerana Speaker dan Timbalan Speaker telah meletakkan jawatan sebelum Dewan bersidang lagi. Jadi, saya kira tidak ada peruntukan pun yang menyatakan tempoh untuk Setiausaha Dewan kemukakan Aturan Mesyuarat dan juga Notis itu.
Peraturan Dewan sekali lagi! Yang kita bincang ini adalah kekosongan bahawa Dewan mesti dimaklumkan akan ada kekosongan atau telah berlaku kekosongan. Dan siapakah Ahli-Ahli Dewan, kita lah! Kerajaan dan juga Pembangkang, ini adalah Ahli Dewan. Jadi, harus ada pemakluman bahawa Menteri Besar atau sesiapa juga maklumkan kepada dunia, wahai rakyat Kedah, hari ini ada kekosongan yang berlaku dan Insya-Allah dalam sidang yang akan datang akan dinamakan seorang oleh saya. Jadi, notis kena hantar lah. Ahli-Ahli Yang Berhormat samada Kubang Rotan ka, Alor Mengkudu ka, Gurun ka bahawa hari ini ada kekosongan dan dalam persidangan kita akan cadangkan. Itu yang berlaku dan kalau kita mai di sini tapi kita pun tak tau samada Speaker berhenti ka, sakit ka, kita tak tau. Tiba-tiba kena ambushed macam ini, saya rasa satu yang tidak kena. Jadi, semangat ini dimaklumkan, semangat ini dicatit dengan jelas bahawa Dewan ini mesti dimaklumkan sebab itu kita rasa kita harus ada norma baru bahawa kita treat kerajaan, kerajaan akan treat pembangkang, pembangkang akan treat kerajaan sebagai kawan sebab kita akan membangunkan negeri ini, soal warna cerita lain, merah hijau cerita lain tetapi untuk membangunkan negeri ini, kita harus ada hormat menghormati kerana yang nak dibangunkan ialah rakyat sebab itu peraturan mesti diikuti dengan ‘spirit’ yang jelas untuk membangunkan negeri kita. Itu yang kita minta sebab dalam surat yang dihantar 13 Ogos 2020, saya baca perenggan kedua.
Adalah dimaklumkan bahawa Aturcara Mesyuarat Dewan bagi Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke-14 akan dihantar kemudian. Ada Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat disini. Tiada! Ini yang kita tunggu-tunggu sekurang-kurangnya mungkin MB nak hantar surat. Untuk makluman Yang Berhormat kita akan mencadangkan
seorang Speaker, kan Speaker yang lama ada satu dua tiga sebab ataupun dia dah letak jawatan.
Jadi, kita tunggu-tunggu juga sampai semalam paling tidak pun SMS, kita akan mencadangkan satu nama, saya akan sokong Insya-Allah dan saya akan minta Ketua Pembangkang juga menyokong tapi bila peraturan tidak diikuti itu yang rasa-rasanya kita dah mula dengan suasana yang tidak cantik. Terima kasih.
Tuan Setiausaha, Peraturaan Dewan juga! YB. Gurun juga ada sebut peraturan dewan tapi tadi pun YB. Alor Mengkudu pun ada sebut. Tidak ada satu peraturan pun yang minta kerajaan untuk hantar notis dan itu pun disebut oleh Alor Mengkudu dan Gurun pun ada sebut kalau ada SMS atau dalam group kita 2, 3 hari yang lepas telah dimasukkan perjalanan persidangan kita hari ini yang akan ada pelantikan Speaker dan juga Timbalan Speaker. Jadi, perkara ini perkara yang telah pun dimaklumkan dan saya yakin Ahli-Ahli Yang Berhormat samada kerajaan atau pembangkang kita tau Speaker telah letakkan jawatan sebab Speaker pun di kalangan rakan-rakan pihak pembangkang juga takkan bila letak jawatan tak maklum kepada rakan-rakan. Jadi, kita yakin perkara itu telah pun sedia maklum dan apa yang kita buat hari ini memenuhi peraturan dewan juga.
Tuan Setiausaha Dewan, Peraturan Dewan! Jadi, saya kira mesyuarat kita adalah mesyuarat tertinggi di peringkat negeri dan kalau di peringkat organisasi yang rendah pun ada agenda dan ada peraturan yang mesti diikuti dan kita mengikuti sebab kita terikat dengan peraturan ROS dan sebagainya maka hari ini adalah mesyuarat tertinggi di peringkat negeri yang juga ada peraturannya dan kami tidak dapat apa-apa notis pun tentang mesyuarat, tentang perletakan jawatan speaker, kami tiada notis dan juga kita ‘refer’ kepada apa yang dibaca oleh ketua pembangkang perkara 4 (1) setiap ahli dewan disebut berhak untuk mencadang, setiap diantara kami, sama ada pembangkang ataupun kerajaan berhak untuk mencadang speaker. Bagaimana kita nak cadang kalau kita tidak ada notis, bagaimana kita nak cadang kalau kita tak tahu pun bahawa Speaker letak jawatan. Jadi, inilah perkara asas yang saya rasa kita tak boleh buat macam tu, ini dewan, ini peringkat tertinggi. Kalau peringkat tertinggi pun, kita tidak
hormati peraturan yang telah dibuat, peraturan kerajaan! Jadi, saya kira ini adalah sesuatu yang malang dalam konteks Dewan Undangan Negeri kita.
Saya pun nak sambung, mengenai Peraturan Mesyuarat 4(1), kalau ikut amalan di Parlimen, memang ada notis 14 hari tapi ini bukan Parlimen tapi Dewan Undangan Negeri Kedah. Jadi, 14 hari itu adalah notis sekiranya seorang Speaker itu hendak digugurkan jawatannya tapi dalam kes ini, YBhg. Dato’ Paduka Ahmad Bin Kassim, kami dimaklumkan beliau telah meletakkan jawatannya sendiri, sepatutnya notis itu datang juga daripada pihak kerajaan. Oleh sebab itu, notis 14 hari untuk pengguguran itu tidak berbangkit.
Walaupun begitu, untuk mencadangkan nama Speaker baru, memanglah sepatutnya sekurang-kurangnya sehari notis diberikan. Kita semua sedia maklum bahawa di pihak kerajaan sekarang ada 23 orang Adun dan di pihak kami adalah 13 Adun, tak mungkin kami boleh menang sekiranya kami mencadangkan nama tetapi proses itu perlu dipatuhi, ianya bukan bermakna akan ada pertelingkahan dalam soal pemilihan sebab sudah tentu siapa juga yang dicadangkan oleh pihak kerajaan akan dilantik sebagai Speaker. Jadi, itu tidak menjadi masalah tetapi peraturan mesyuarat seharusnya dipatuhi sepenuhnya.
Peraturan Mesyuarat! Peraturan 4. Assalamualaikum Setiausaha dan seluruh Ahli Dewan. Pada saya mudah saja apabila kita lihat Peraturan 4(1) ini sebagai satu Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, disitu jelas menunjukkan bagaimana untuk tiap-tiap 36 Ahli Dewan ini berhak mencalonkan seorang Speaker bila berlaku kekosongan. Soal kekosongan macam mana itu lain cerita, tapi sekarang ini untuk melaksanakan peraturan ini kita diberikan syarat juga untuk menamakan dalam tempoh satu hari. Notis rasmi tak dikeluarkan pun tak apa tapi tetap diberikan peraturan satu hari. Jadi, untuk melaksanakan satu yang wajib ini, benda itu menjadi wajib kepada kaedah peraturan ini sebagai melaksanakan Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah. Jadi, saya juga ingin menarik perhatian kita bahawa untuk melaksanakan peraturan sebagai satu Dewan yang mulia ini, notis rasmi kalau pun nak dielak daripada dikeluarkan tetapi perkara peletakan jawatan atau kekosongan Speaker ini adalah satu benda yang rasmi tidak boleh hanya tau di kedai kopi ataupun baca surat khabar yang diumumkan mana-mana Exco
kononnya pada satu tarikh sekian-sekian akan lantik seorang Speaker baru itu tak betul, ianya mesti ada satu notis rasmi memaklumkan kalau tidak benda itu adalah satu rahsia kerajaan.
Jadi, dalam 36 orang kita ini, saya nak tau siapa yang dapat rahsia kerajaan itu, siapa yang mengetahui dan menyebarkan rahsia kerajaan bahawa berlakunya kekosongan itu, seolah-olah dia melanggar akta rahsia kerajaan. Jadi, kami disini hari ini tidak tahu melainkan sekarang baru diberitahu ada kekosongan. Jadi, kami ingin mencadangkan tetapi dah tidak diberikan hak untuk mencadang.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Pejabat Dewan Undangan Negeri telah menerima surat daripada pihak Kerajaan berkenaan pencalonan Speaker dan telah mendapat persetujuan secara bertulis daripada calon yang dicadangkan.
Oleh kerana hanya ada satu pencalonan bagi jawatan Speaker dan bagi mematuhi Peraturan 4(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, maka saya dengan ini mengisytiharkan Yang Berhormat Encik Juhari bin Bulat telah dipilih menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman. (YB. Jitra mencelah)
Itu bukan jawapan kepada soalan yang dikemukakan.
Dipersilakan Yang Berhormat Encik Juhari bin Bulat untuk tampil di hadapan astaka untuk dipakaikan Jubah Rasmi Speaker oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Peraturan Dewan! Peraturan Dewan!
Ini tak patut berlaku Tuan Setiausaha.
Simpan kut Peraturan Dewan ni!
Kita hanya nak minta ikut peraturan sahaja!
Dengan hormatnya dipersilakan Yang Berhormat ADUN Guar Chempedak mengiringi Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memakaikan JUBAH Rasmi Speaker kepada Yang Berhormat Encik Juhari bin Bulat di atas Astaka.
Permintaan kita tidak keterlaluan.
Teruskan sahaja!
Kita hanya nak minta ikut peraturan tetap Dewan sahaja! Boleh buat yang lain, kita tak halang untuk lantik Speaker!
Lantik Speaker tak ikut peraturan!
Tak payah tunggu notis lah YB! YB. kena ambil tau lah, dah tak dak Speaker kena lantiklah! Peraturan kata tak payah habaq pun dekat Ahli-Ahli Yang Berhormat semua!
Peraturan Dewan! Untuk rekod bukan untuk apa! Peraturan Dewan iaitu kami berpendapat bahawa oleh kerana perlantikan ini tidak mengikut peraturan tetapi diteruskan juga, ertinya akan berjalan Dewan ini, pohon dicatitkan bahawa pihak pembangkang tidak turut serta dalam urusan penerimaan pelantikan ini kerana tidak termaktub. Walaubagaimanapun, YB. Speaker kami menghormati YB. Speaker dan akan terus bekerjasama dengan urusan Dewan. Terima kasih.
Terima kasih!
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, pemilihan Speaker yang baharu telah selesai di sempurnakan dan kini saya menyerahkan semula perjalanan mesyuarat seterusnya kepada Yang Berhormat Tuan Speaker.
Terima kasih Tuan Setiausaha Dewan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian kerana memilih saya sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman pada kali ini. Bagi melicinkan perjalanan persidangan Dewan ini, dari semasa ke semasa saya mohon kerjasama yang sebaiknya bagi memastikan kelancaran perjalanan persidangan Dewan ini, supaya dapat memberi penambahbaikan pada masa yang akan datang.
YB. Speaker, Peraturan Dewan! Benda lain pula YB. Speaker, Peraturan Dewan.
Ya..silakan!
Peraturan Dewan! Bila lama di dalam Dewan ini maklumlah! Jadi, YB. Speaker sebut cadangan-cadangan pembaikan, disini saya nak sebut Peraturan-Peraturan Dewan ini perlu kita hormati iaitu perkara mengenai 9(1) dan 9(2), YB. Speaker boleh rujuk Perkara 9(1) dan 9(2) tentang bagaimana majlis ataupun sidang dun ini dipanggil. Dalam urusan memanggil Sidang Dun ini pun dia ada peraturan dia, YB. Speaker! Sebab itu saya perlu ambil dulu ucapan sebab mulakan Sidang Dun. Ini tidak pernah berlaku sepanjang saya ada dalam Dewan cara memanggil Sidang DUN ini. Saya yakin pegawai-pegawai kita di MMK cukup berpengalaman tetapi oleh kerana tidak ada satu keputusan yang jelas daripada pihak kerajaan menyebabkan mereka itu teragak-agak untuk memanggil Sidang Dun.
Yang pertama saya nak sebut bahawa, Sidang Dun mula dipanggil pada 9 Julai 2020, notis ini! Kemudian, selepas beberapa lama, selepas surat ini, keluar pula tambah hari, boleh tambah tak dak masalah. Pada 16 Julai 2020 tambah pula hari daripada 26hb jadi 2 hari, makna kata yang mula tu kata nak sidang apa, yang kedua mungkin ada cadangan baru nak tambah masa atau apa ka, ertinya nampak uncertainty di situ. Itu tak pa! Itu bukan kecacatan yang agak jelas di situ tetapi yang menjadi satu kecacatan yang tidak pernah berlaku. Dalam 9(2) Setiausaha hendaklah menyediakan untuk tiap-tiap Ahli dengan seberapa segera yang boleh sebelum tiap-tiap mesyuarat satu naskhah aturan urusan mesyuarat bagi mesyuarat itu. Ertinya selepas satu tempoh menerima notis hendaklah disegerakan memberi aturan mesyuarat ertinya kerajaan sudah ada satu niat ataupun cadangan bagaimana apa yang nak dibahaskan dalam mesyuarat YB. Speaker.
Dalam isu mesyuarat kita ini, tak pernah berlaku yang saya nak sebut ini, ianya tidak memenuhi kehendak 9(2) ini, iaitu terima surat iaitu pada 13 Ogos 2020, Adalah dimaklumkan bahawa Aturcara Mesyuarat Dewan bagi Mesyuarat Penggal Kedua Dewan Undangana Negeri Ke-14 akan dihantar kemudian. Ini tak pernah berlaku dalam mesyuarat akan dimaklum hantar kemudian, sampai nak mesyuarat pun tak dak. Hari ini baru ada ini, baru terima aturan dewan atas meja ini.
Jadi, dalam konteks 9(2) ini sudah tidak ada berlaku kecacatan dalam pengurusan Dewan, YB. Speaker. Walaupun ada diberi secara whatsapp, saya kira whatsapp tidak dikira dalam konteks urusan rasmi lah! Jadi, saya nak bangkitkan YB. Speaker, perkara ini tidak patut berlaku untuk mesyuarat akan datang sebab YB. Speaker akan mengambil tanggungjawab dalam isu bagaimana peraturan dewan ini hendaklah dihormati untuk membolehkan Dewan ini berjalan dengan teratur dan sempurna.
Terima kasih Alor Mengkudu. Insya-Allah pada masa akan datang saya akan memastikan perkara-perkara begini tidak akan berlaku lagi. Jadi, pihak Setiausaha pun cubalah memenuhi kehendak peraturan, jika kata 20 hari, 22 hari itu kita hantar siap-siap. Insya-Allah. Sebenarnya ucapan saya ada sedikit lagi tapi oleh kerana Alor Mengkudu bangun, saya bagi dan hormat untuk Alor Mengkudu bercakap dulu. Sebenarnya di sini, di Dewan ini saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada mantan Speaker YB. Dato’ Paduka Ahmad Bin Kassim kerana beliau telah pun berjaya menjadi Speaker yang baik dan Dewan Kedah berjalan 22 bulan dengan harmoni sekali. Jadi, saya amat berharap harmoni ini diteruskan lagi. Oleh kerana perkhidmatan YB. Dato’ Paduka Speaker begitu baik, jadi saya amat berharaplah Kerajaan Negeri Kedah bolehlah memberi apa-apa imbuhan untuk tanda penghargaan Negeri Kedah kepada mantan Speaker.
Yang keduanya ialah saya nak umumkan di sini ada satu surat iaitu pemilihan YB. Dato’ Haji Ir. Phahrolrazi Bin Haji Zawawi sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah. Ini ada pemakluman. Jadi, saya harap Dewan setujulah terima Alor Mengkudu sebagai Ketua Pembangkang. Urusan seterusnya, saya persilakan Tuan Setiausaha!
Pemilihan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, disebabkan saya telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah berkuatkuasa 23 Ogos 2020 maka telah berlaku kekosongan kepada jawatan Timbalan Speaker menurut perkara 54(2A) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah.
Oleh itu, menurut Perkara 54(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman dan Peraturan 6(1) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, Dewan Undangan Negeri dari masa ke semasa hendaklah memilih seorang daripada Ahlinya untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Timbalan Speaker. Sehubungan itu, saya mohon mendapat cadangan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah untuk membuat cadangan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan Yang Berhormat Ustaz Ahmad Fadzli bin Hashim Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Merdeka dipilih sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman mengikut Peraturan Mesyuarat 6(1), Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman,
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan yang dibuat oleh YAB. Menteri Besar.
Dipersilakan Yang Berhormat Ustaz Ahmad Fadzli bin Hashim untuk memperkenalkan diri kepada Dewan.
[YB. Ustaz Ahmad Fadzli Bin Hashim bangun memperkenalkan diri]
Terima kasih YB. Ustaz Ahmad Fadzli bin Hashim dari Pantai Merdeka kerana sanggup menggalas jawatan Timbalan Speaker. Diharap Timbalan Speaker dapatlah berganding dengan Speaker untuk menjalankan persidangan kita dengan sebaik-baiknya.
Peraturan Mesyuarat! YB. Speaker, tak kan tak tanya belah sini juga kalau ada cadangan! Ada tak dak tu lain cerita tapi sekurang-kurangnya satu cadangan saja ka?
Awat Jitra terlajak dah baru nak bagitau! Dah terlajak dah kita teruskanlah na! Boleh dak?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Pejabat Dewan Undangan Negeri telah menerima satu surat cadangan sahaja daripada pihak Kerajaan dan dipersetujui oleh calon yang dicadangkan.
Oleh kerana hanya ada satu pencalonan bagi jawatan Timbalan Speaker dan bagi mematuhi Peraturan 4(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, maka saya dengan ini mengisytiharkan Yang Berhormat Ustaz Ahmad Fadzli bin Hashim telah dipilih menjadi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah.
Urusan seterusnya Tuan Setiausaha
Pembentangan Kertas-Kertas Dewan oleh YAB. Menteri Besar.
Dipersilakan YAB. Menteri Besar Kedah untuk membentangkannya.
Bismillahirrahmanirahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan ini saya mohon membentangkan Kertas-Kertas Dewan yang berikut seperti di meja Ahli-Ahli Yang Berhormat :-
Kertas Dewan Bil. 11 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Lembaga Tabung Pegawai-Pegawai Masjid Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.
Kertas Dewan Bil. 12 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Lembaga
Penanam-Penanam Padi Negeri
Kedah Bagi Tahun 2018.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih YAB. Jeneri! Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha
Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Mulut.
Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Mulut. Sekarang pukul 9.40 pagi dan akan tamat pada pukul 10.40 pagi. Silakan soalan yang pertama.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Speaker dan Ahli-Ahli Dewan, saya pohon jawapan bagi soalan nombor 1.
1. Apakah program-program bantuan dan rangsangan ekonomi kerajaan baru Perikatan Nasional Negeri Kedah kepada penduduk yang terjejas dengan pandemik Covid-19 selepas memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)?
Terima kasih YB. Alor Mengkudu. YB. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia, Kerajaan Negeri amat memahami bebanan yang dihadapi oleh rakyat di negeri ini terutamanya bagi golongan yang terputus sumber pendapatan dan memerlukan bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban sewaktu menghadapi pandemik covid ini. Untuk tujuan itu, Pejabat Kewangan Negeri Kedah telah memperuntukkan Pemberian Bantuan One-Off Covid-19 berjumlah RM300.00 bagi setiap orang yang layak menerima.
Sejak 18 Mei 2020 (sejak Perikatan Nasional mengambil alih) sehingga kini, Kerajaan Negeri telah mengagihkan pemberian ini kepada 9,678 penerima dengan jumlah agihan adalah sebanyak RM 2,903,400.00 melibatkan fasa-fasa seperti berikut;
Tarikh Bantuan Disalurkan Fasa 18 Mei 2020 PKP 21 Mei 2020 PKP 15 Jun 2020 PKPP 19 Jun 2020 PKPP 10 Julai 2020 PKPP 9 Ogos 2020 PKPP
*Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020
Selain daripada Pemberian Bantuan One-Off Covid-19 berjumlah RM300.00, Kerajaan Negeri turut menyalurkan bantuan Sumbangan Sentuhan Kasih Covid-19 kepada rakyat yang terjejas melibatkan Kluster Sivaganga di Negeri Kedah sebanyak RM49,980.00. Terima kasih.
Soalan tambahan?
Terima kasih YAB. Jeneri. Berhubung dengan jawapan yang diberi tadi iaitu ‘one off’ RM300.00 itu, saya rasa mungkin peruntukan daripada kerajaan dahulu, cuma dia sambung. Tak dak masalah apa! Kemudian, Sivagangga ini peruntukan baru yang diluluskan. Terima kasih kepada kerajaan. Yang saya nak tanya apakah program-program oleh kerana Covid ini dah kembali pula, pihak rakyat belum mendengar lagi cadangan baru daripada kerajaan baru oleh kerana peruntukan terdahulu sudah habis dah diberi tetapi isu kesulitan rakyat ini dia berterusan terutamanya melibatkan kawasan PKPD dan juga kawasan yang terjejas perniagaan mereka. Jadi, saya nak tanya cadangan program baru kalau ada, kalau tak dak tak apa sebab Yang Berhormat ni baru. Kalau ada, kawan-kawan kita juga! Kalau ada ataupun dala perancangan. Jadi, soalan saya apabila cadangan untuk ini melibatkan perbelanjaan, apakah terutamanya perbelanjaan yang digunakan ini perlu kepada kelulusan Dewan kalau sekiranya tiada peruntukan di dalam bajet yang lepas. Pohon penjelasan.
Boleh saya minta soalan tambahan YB. Tuan Speaker?
Nanti, bagi saya jawab dulu! Terima kasih YB. Alor Mengkudu, yang pertamanya saya nak ucapkan terima kasih di atas keprihatinan Alor Mengkudu kepada rakyat yang sedang
menghadapi pandemik covid. Kita telah mengadakan Mesyuarat MKN tanpa selang lah! Setiap 2 minggu atau sekiranya ada keperluan kita akan panggil mesyuarat hampir 3 hari sekali kita panggil meneliti perkembangan-perkembangan terkini tentang Covid yang melanda semula Negeri Kedah khususnya Kluster Tawar, Kluster Sala, Kluster Sivagangga yang kita semua sedia maklum dan kluster-kluster ini telah meletakkan Kedah dalam kebimbangan khususnya di kawasan Baling, Kuala Muda dan juga Yan. Walaupun nama Kluster Sala tapi ianya berlaku di Guar Chempedak.
YB. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kita ada membuat syor-syor yang mana kita tidak dapat umumkan kerana syor-syor yang kita buat berdasarkan keputusan dalam Mesyuarat MKN itu terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan contohnya TEMCO yang diambil untuk menghadapi Kluster Sivagangga. Tujuan TEMCO adalah untuk memutuskan rantaian Covid 19. Walaupun kita mencadangkannya lebih awal tapi oleh kerana TEMCO ini berada dibawa bidang kuasa Kerajaan Persekutuan maka kita tunggu Kerajaan Persekutuan bersidang di peringkat persekutuan bersama MKN dan semua agensi yang terbabit dengan MKN di peringkat persekutun untuk mengumumkan. Demikian juga syor-syor yang kita buat untuk menghadapi kluster-kluster berikutnya yang sedang melanda di Negeri Kedah pada waktu ini. Kita masih menunggu apakah respon yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap syor-syor JKN Negeri Kedah telah kemukakan. Antara program baru ialah bantuan kepada Kluster Sivagangga ini diberikan semalam saya menerima 300 pek untuk 300 keluarga yang disumbangkan oleh Yayasan Petronas untuk disumbangkan kepada keluarga yang masih lagi berada dalam kawasan TEMCO di beberapa lokasi di Daerah Kubang Pasu. Bantuan daripada Kluster Tawar dan Kluster Sala akan disalurkan apabila Jabatan Kesihatan Negeri Kedah memuktamadkan bilangan kes yang terlibat dengan kuarantin di rumah untuk seluruh ahli keluarga.
Peruntukan yang digunakan adalah peruntukan yang sediada bagi tahun 2020. Saya ingin mengambil kesempatan juga untuk memberi ingatan kepada seluruh Ahli Yang Berhormat supaya sebagai pemimpin di peringkat Dun masing-masing untuk memberi ingatan kepada rakyat di bawah untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan supaya kita semua dapat memutuskan rantaian Covid 19 untuk kebaikan Negeri Kedah yang kita cintai ini. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan?
Assalamualaikum YB. Tuan Speaker, boleh minta laluan?
Ok, boleh satu sahaja soalan tambahan.
Baik! Mengenai one off Covid 19 yang RM300.00 itu saya bagi contoh Kota Siputeh sendiri sepatutnya 700 penduduk dapat tetapi kita dapat 528 orang sahaja, baki lebih kurang 172 orang lagi katanya akan diberikan secara tunai melalui Pejabat Daerah tapi sampai sekarang pihak penduduk tak dapat. Jadi, saya nak tahu status pemberian ini dan saya rasa kawasan lain pun lebih kurang sama juga lah!
Berkenaan 700 yang disenaraikan oleh Adun-Adun sebelum perubahan kerajaan. Kerajaan komited untuk membuat pembayaran melalui akaun bank namun begitu nama-nama yang dikemukakan kepada kerajaan, ada akaun bank tidak telly dengan nama da nada akaun bank tidak boleh masuk duit dah, tak tau samada nombor lari satu angka atau duit penuh dalam akaun dia. Kerajaan memutuskan akan menerima pakai 700 nama itu dan akan diberikan secara tunai dan akan diuruskan oleh Pusat Khidmat Dun masing-masing dan tambahan selepas daripada 700 itu ialah 17 dun lagi kita beri seorang 300 orang bagi setiap dun yang menjadikan jumlah yang saya sebutkan tadi ialah 9,000 orang lebih. Jadi, Insya-Allah saya harap Kota Siputeh akan merujuk kepada Penyelaras Dun yang dilantik oleh kerajaan untuk memastikan pembayaran itu dibuat. Kalau tak dapat juga boleh mengemukakan sekali lagi nama-nama orang yang tak dapat 150 orang. Terima kasih.
Soalan nombor 2! Silakan YB. Bukit Lada!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker mohon jawapan bagi soalan nombor 2.
2. Pohon dinyatakan:-
Apakah Kerajaan Negeri bersedia menawarkan tanah bagi perluasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Gajah Mati Pokok Sena?
Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih kepada YB. Bukit Lada atas soalan yang diutarakan. Apakah Kerajaan Negeri bersedia menawarkan tanah bagi perluasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Gajah Mati Pokok Sena?
Kerajaan Negeri tiada halangan sekiranya ada tanah-tanah yang sesuai untuk diusahakan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang baru. Kerajaan Negeri bersetuju supaya Jabatan Pertanian meneruskan projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Gajah Mati, Pokok Sena. TKPM di Gajah Mati Pokok Sena berkeluasan fizikal 59.7 hektar dan keluasan boleh bertanam sehingga kini adalah 40.27 hektar. Bilangan peserta yang menyertai projek tanaman di bawah Jabatan Pertanian adalah seramai 17 orang. Jenis-jenis tanaman yang diusahakan adalah seperti jagung, pisang, betik, nenas, dan tanaman fertigasi. Sumber peruntukan bagi projek TKPM ini dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Soalan tambahan? Kita bagi tuan yang tanya dulu!
Terima kasih kepada YB. Speaker, soalan tambahan adalah apabila kita melihat program ini sangat baik untuk rakyat khususnya di Bukit Lada dan penyertaan daripada peserta-peserta yang mendapat kawasan ini lebih kurang 17 orang yang disebutkan tadi ini dapat diberikan kesan yang baik kepada mereka kerana mereka tidak ada tanah. Jadi, mereka boleh gunakan lebih kurang 3 atau 4 hektar setiap orang yang diberikan kepada mereka untuk mengeluarkan mereka daripada kemiskinan. Jadi, saya mencadangkan adakah kerajaan mencadangkan untuk diperluaskan di kawasan-kawasan lain lagi untuk kepentingan rakyat kita.
Terima kasih YB. Bukit Lada! Untuk makluman Bukit Lada dan Sidang Dewan. Selain daripada kita ada TKPM Gajah Mati, Pokok Sena, kita juga ada TKPM Bukit Perak di Pendang, yang keluasan fizikalnya 48.5 hektar dan keluasan boleh bertanam ialah 39 hektar. Untuk maklumat YB. Bukit Lada dan Sidang Dewan, tanah-tanah yang terbiar yang ada di Negeri Kedah ini adalah agak banyak. Selain daripada itu, tanah-tanah terbiar ini kebanyakannya adalah hak individu yang mana pihak jabatan pertanian telah pun mengenalpasti tanah-tanah dan juga lokasi-lokasi yang telah pun dikenalpasti oleh Jabatan Pertanian adalah tanah-tanah terbiar. Jadi, bagi pihak Jabatan Pertanian dan saya sendiri sebagai Exco dalam Jawatankuasa Tetap Pertanian saya telah meminta untuk Pejabat Tanah dan Daerah dan juga Jabatan Pertanian berkolaborasi mengenalpasti tuan-tuan tanah yang kita ada masalah sekarang di hadapan kita ialah tuan-tuan tanah yang tidak boleh dikenalpasti.
Bagi tanah kerajaan yang dicadangkan oleh Bukit Lada supaya diperluaskan Insya-Allah kita sedang melihat kawasan-kawasan yang sesuai untuk dijadikan TKPM yang ketiga. Memang kita sedang berusaha sebab di Kedah baru ada 2 TKPM dan Insya-Allah dimana-mana kawasan yang ada di Negeri Kedah ini dijadikan TKPM yang ketiga.
Untuk maksud yang seterusnya maknanya pembangunan tanah-tanah yang terbiar. Saya didatangani oleh ramai pengusaha-pengusaha anak muda yang memerlukan tanah. Mereka yang berminat dalam industri pertanian ini memerlukan tanah. Jadi, antara langkah untuk mengatasi bagi memenuhi keperluan tanah kepada pengusaha-pengusaha ini. Itulah yang saya sebutkan tadi Jabatan Pertanian dan juga Pejabat Tanah dan Daerah sedang berkolaborasi mengenalpasti tuan-tuan tanah supaya boleh terus dihubungi oleh pihak-pihak
yang berkaitan yang berminat dan mereka yang berminat boleh terus menghubungi. Kita ada data jumlah keluasan di setiap daerah tetapi kita tidak ada data yang lengkap tentang tuan tanah itu. Sekian, terima kasih.
Silakan YB. Kota Darul Aman.
Terima kasih YB. Tuan Speaker, soalan tambahan saya ialah semakan Jawatankuasa PAC tahun lepas bersama dengan Menteri Besar Jeneri dengan Tuan Speaker, kita katakan projek ini gagal, masa itu Tuan Speaker bagi markah 2 daripada 10. Jadi, saya nak tanya adakah sesuai projek TKPM Gajah Mati, Pokok Sena sesuai diteruskan. Terima kasih.
Untuk makluman YB. Kota Darul Aman, daripada luas fizikal yang ada di TKPM Gajah Mati, iaitu 59.7 hektar, luas dibangunkan 40.27 hektar, luas bertanam 12.80 hektar, luas berhasil 7.85 hektar, ini yang terbaru. Jadi, hasil-hasil yang dikeluarkan ini melihatkan ada peningkatan semenjak tahun 2020 daripada tahun 2019 sehingga kini. Jadi, pengeluaran hasil bagi Jun 2020, di TKPM Gajah Mati, jenis tanaman sasaran tahunan 134 metrik tan, kuantiti pengeluaran adalah 44.56 dan peratus pencapaian ialah 33.30, buah-buahan ialah sasaran tahunan 340, kuantiti pengeluaran 8.188 tan, kontan 111 metrik tan, kuantiti pengeluaran 22.6 tan dan jumlah keseluruhan kuantiti pengeluaran adalah 75.393 tan. Saya faham ketika awal saya mengambilalih Exco Pertanian, memang ada berlaku kekosongan yang tidak diusahakan dan sebagainya tetapi Jabatan Pertanian telah pun menapis dan memanggil peserta-peserta yang baru dan hingga kini tiada lot kosong yang boleh diisi sebab semuanya telah penuh di TKPM Gajah Mati dan saya telah pun 2 kali melawat TKPM Gajah Mati memantau projek-projek yang diusahakan oleh pengusaha-pengusaha dan Alhamdulillah ada peningkatan dari segi hasil dan sebagainya.
Silakan YB. Kota Siputeh!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya mohon jawapan bagi soalan nombor 3.
3. Kita sedia maklum melalui media sosial dan media cetak tentang isu keganasan rumah tangga dan isu wanita yang sering menjadi mangsa ganguan seksual.
a) Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membantu bagi membela nasib mereka?
b) Adakah terdapat fasiliti tempat selamat bagi kes keganasan rumah tangga sebagai tempat perlindungan sementara bagi wanita di Negeri Kedah?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh dan Salam Sejahtera. YB. Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, YB. Kota Siputeh, kita sedia maklum melalui media sosial dan media cetak tentang isu keganasan rumah tangga dan isu wanita yang sering menjadi mangsa ganguan seksual. Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membantu bagi membela nasib mereka? Jawapannya ialah Kerajaan Negeri memperkasakan melalui program yang dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kedah (PPW) iaitu dengan menganjurkan 13 buah program Literasi Undang-Undang (LUU) yang melibatkan seramai 604 orang dan 5 buah program Wanita Anti Jenayah (WAJA) yang melibatkan seramai 560 orang pada tahun 2019 dan 2020. Program ini memberi penerangan secara jelas mengenai hak-hak seorang wanita dalam perkahwinan dan memberi ilmu pengetahuan dalam mengambil langkah-langkah dan tindakan undang-undang sekiranya mereka mengalami keganasan rumah tangga dan gangguan seksual.
Selain itu, Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kedah (PPW) turut menyediakan perkhidmatan kaunseling motivasi kepada wanita-wanita yang mempunyai masalah dan cabaran di dalam kehidupan mereka. Pihak PPW akan membantu mereka dengan memberi
khidmat kaunseling dan penerangan secara jelas dalam mengambil langkah-langkah dan tindakan yang sewajarnya seperti memohon Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD), melaporkan kepada pihak berwajib dan sebagainya bagi menangani isu ini. Ianya bertujuan untuk membantu wanita melakukan perubahan tingkahlaku, pemikiran dan perasaan ke arah yang lebih positif dan bersesuaian dengan keperluan semasa mereka.
Untuk soalan (b) Adakah terdapat fasiliti tempat selamat bagi kes keganasan rumah tangga sebagai tempat perlindungan sementara bagi wanita di Negeri Kedah? Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan fasiliti tempat selamat bagi kes keganasan rumahtangga sebagai tempat perlindungan sementara bagi wanita di negeri Kedah, iaitu bertempat di Rumah Transit Negeri Kedah, Taman Pulasan di bawah penyeliaan Majlis Kebajikan Negeri Kedah dan Taman Sinar Harapan, Jitra di bawah penyeliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah.
Soalan tambahan? Silakan!
YB. Tuan Speaker, soalan tambahan saya, baru ini ada kes di Changlun tetapi masalah rumah perlindungan sementara tiada! Jadi, saya nak tahu bila sebenarnya akan beroperasi rumah perlindungan yang dikatakan ada itu? Yang keduanya, apakah program-program untuk kaum lelaki pula untuk mengatasi masalah rumah tangga ini? Sekiranya ada, apakah program tersebut dan sekiranya tiada bila agaknya akan dilaksanakan program khususnya untuk kaum bapa ini? Yang ketiga, berapakah jumlah laporan ataupun aduan keganasan rumah tangga yang dilaporkan sepanjang tempoh PKP bagi Negeri Kedah dan sekiranya ada aduan apakah langkah-langkah yang diambil?
Terima kasih YB. Kota Siputeh. Untuk makluman semua, rumah transit di Negeri Kedah ini yang beralamat di No.340 hingga 345 di Jalan Pulasan, Jitra ini adalah yang telah dirasmikan secara rasminya pada bulan Januari yang lalu dimana rumah ini juga menjadi perlindungan sementara kepada gelandangan, pengemis, kanak-kanak jalanan dan kes-kes keganasan rumah tangga yang diberi keutamaan. Untuk makluman semua, pada tahun 2020 tidak ada kemasukan penghuni rumah transit di Negeri Kedah ini memandangkan perlu mendapat kelulusan pengoperasian dibawah Seksyen 23 Akta Pusat Jagaan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Jadi, surat kelulusan itu telah kita kemukakan kepada menteri dan belum mendapat jawapan lagi. Jadi, persiapan di situ memang ada tetapi pemprosesan tidak dapat dijalankan kerana mengikut Akta Seksyen 23 kelulusan itu hanya menteri sahaja yang dapat beri kelulusan dan Insya-Allah surat pun telah dihantar dan dalam masa terdekat, bila kita telefon kepada SetPol Menteri dan Menteri akan memberikan kelulusan dalam masa terdekat. Insya-Allah.
Jadi, untuk soalan masalah orang lelaki dalam keganasan rumah tangga ini kita akan bekerjasama juga dengan Jabatan Agama Islam kerana tiada orang perempuan, tiadalah orang lelaki Yang Berhormat! Jadi, masalah ini bukanlah masalah orang perempuan sahaja tetapi masalah kaum lelaki juga!
Insya-Allah kita bekerjsama dengan Jabatan Agama Islam dan Pejabat-Pejabat Agama Islam di daerah masing-masing supaya menganjurkan kursus-kursus raikan cinta balik dan Insya-Allah dalam LPPKN akan buat program sebegitu kerana perancangan telah dibuat dan juga telah dimasukkan dalam portfolio saya tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana tempoh PKP dan apa yang penting sekali kita kena menerapkan nilai ilmu agama dan tanggungjawab sebagai suami dan tanggungjawab kepada tuhan amat penting. Insya-Allah ianya akan diadakan selepas tempoh PKP ini dan mengenai penduduk di Changlun itu macam saya katakana kepada YB. Kota Siputeh dimana kita tidak menerima lagi kerana Akta 23 itu kita tidak dapat beroperasi lagi di rumah transit. Sekian, terima kasih.
Tuan Speaker, minta soalan tambahan satu lagi?
Silakan!
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Berbalik kepada jawapan yang diberikan terkakhir tadi tentang rumah transit itu, rasmi bulan Januari tahun ini sekarang kita dah hampir hujung bulan Ogos. Masalahnya masih belum beroperasi, kita sewa 5 pintu, sepintu RM1,000 semuanya RM5,000. Rasmi bulan Januari tahun ini, bulan Ogos tak boleh beroperasi sebab hanya nak tunggu surat daripada YB. Menteri. Saya rasa ini satu yang cukup mendukacitakan, ‘administrative’ saja. Jadi, saya mohon agar benda ini dapat diberi perhatian dengan segera kerana keperluan untuk menempatkan orang di situ ada, rumah dah ada, sewa dah sampai 8 bulan dah mungkin lebih lagi hanya nak dapatkan kebenaran itu macam kita tak ada planning. Sepatutnya semasa nak setup itu dah pun submit dan dengan hubungan yang baik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sepatutnya benda itu boleh diselesaikan. Soalan saya agak bila dan jangan kita bagi lama lagi sebab benda duk ada terbuang begitu sahaja tak dapat digunakan. Terima kasih.
Silakan YB. Bukit Kayu Hitam! Agak-agak bila nak ‘start’ tu?
YB. Anak Bukit, untuk makluman semua, perkara-perkara dalam program disitu dapat dijalankan kecuali kita kena mengazetkan rumah itu sebab rumah itu adalah kawasan selamat. Jadi, Akta 23 itu, saya hanya kena dapat kelulusan menteri sahaja dulu. Jadi, Insya-Allah YB. Dato’ kita akan percepatkan proses ini dan kita tau masalah bila kita buat proses gelandangan ini kita nampak banyak rumah di situ perlu kita percepatkan dan seperti saya katakana proses sedang dijalankan dan Insya-Allah dalam masa terdekat Yang Berhormat!
Terima kasih. Soalan nombor 4.
Pat Pat Siku Lipat, Tolong jawab soalan saya nombor 4.
4. Antara pelabur baru di Kulim Hi-Tech Park ialah Music Tube Commercial My Sdn Bhd didalam bidang Advanced Electronic.
Pohon dinyatakan:-
a) Latar belakang syarikat
b) Operasi syarikat ini di tempat lain
c) Bidang spesifik pelaburan advanced electronic
d) Nilai pelaburan
e) Bilangan pekerjaan dan julat gaji
f) Pembinaan kilang dan tarikh mula operasi
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Soalan yang pertama saya nak perbetul di sini bukan music tube tapi music tribe. Soalan nombor 4 ini ada pecahan. Jadi, saya nak pergi satu persatu kepada jawapan ini. Untuk (a) iaitu latar belakang syarikat. Nama syarikat Music Tribe Commercial MY Sdn Bhd. Ia diasaskan oleh Uli Behringer pada tahun 1989 sebagai sebuah syarikat peralatan audio di Willich, Jerman. Music Tribe adalah pereka, pengeluar dan pengedar audio panggung profesional yang terkemuka berkaitan dengan peralatan, alat muzik dan produk audio. (b) Operasi syarikat ini di tempat lain. Tempat-tempat itu ialah United Kingdom, Denmark, Sweden, Kanada, Jerman, Jepun, China, Filipina, Scotland, USA. Jadi, Malaysia ni negara yang ke-11. (c) Bidang spesifik pelaburan advanced electronic. Bidang pelaburan di KHTP ialah Penyelidikan & Pembangunan (Research & Development).
Keduanya, Rangkaian pembuatan & pembekalan digital (Digital Manufacturing & Supply Chain).
Ketiganya ialah Data Analytics and Artificial Intelligence. (d) Nilai Pelaburan. Nilai pelaburan daripada syarikat Music Tribe adalah RM 1 bilion dan pecahan pelaburan adalah seperti berikut:- Pajakan tanah, reka bentuk bangunan, permit dan lain-lain yang berkaitan RM150 juta. Yang keduanya Pusat latihan, Smart Energy, Infrastruktur Digital serta Peralatan automasi untuk pengilangan bagi Fasa 1, RM250 juta. Ketiganya ialah Bangunan tambahan dan peralatan iaitu Fasa 2, RM400 juta. Yang keempat ialah Bangunan tambahan dan peralatan bagi Fasa 3, RM200 juta.
Seterusnya (e) Bilangan pekerjaan dan julat gaji. Jumlah bilangan pekerja adalah seramai 1,000 orang yang akan diambil secara berperingkat mengikut 3 fasa seperti berikut:- Fasa 1 - 200 orang, Fasa 2 - 350 orang, Fasa 3 - 450 orang. Julat gaji untuk pekerja di sini dianggarkan sebab disini ianya melibatkan tahapnya lebih tinggi iaitu ‘technician level’ lebih daripada RM3,000 sebulan. Untuk (f) Pembinaan kilang dan tarikh mula operasi. Cadangan pembinaan kilang adalah seperti berikut :- Fasa 1 – tahun 2021, Fasa 2 (bangunan tambahan) – tahun 2022, dan Fasa 3 (bangunan tambahan) – tahun 2023.
Bangunan kilang utama (fasa 1) akan mula beroperasi pada tahun 2021. Buat ketika ini Music Tribe telah menyewa satu unit bangunan kilang Semi-D berkeluasan 12,500 kaki persegi, milik Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) di Jalan Hi-Tech 2/6 untuk pejabat pentadbiran dan juga kilang pemasangan sementara menunggu proses membina kilang pembuatan dan penyelidikan fasa pertama siap dibangunkan sepenuhnya. Insya-Allah.
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Guar Chempedak yang telah bagi jawapan tadi. Soalan tambahan saya ialah sebelum itu saya nak ucapkan tahniah kepada pihak pengurusan terutamanya Kulim Hi-Tech yang proaktif sebenarnya saya difahamkan kita dapat pelaburan ini ialah bila kita dapat tau berlakunya covid dan juga pandemic covid di China dan juga trade war antara China dan US. Banyak yang nak relocated manufacturing facilities mereka. Jadi, yang ini antara yang kita di Kedah ini ‘terpa’ (dengan izin) terpa pi kat depa offer dan kemudian bawa mai ke Kulim Hi-Tech.
Jadi, soalan tambahan saya Tuan Speaker ialah ada lagi tak usaha-usaha yang sedang kita buat sebab ini memberikan pulangan yang cukup baik 1B punya investment, 1,000 peluang pekerjaan dan julat gaji technician sahaja melebihi RM3,000, which is very good maknanya
usaha yang kita jalankan untuk kita merebut peluang bukan sahaja manufacturing yang originnya nak dibawa keluar sebab nak lari dari trade war dan tariff yang dikenakan oleh US kepada produk China tetapi banyak fasiliti yang dibuat originnya adalah di Jepun tetapi mereka mengadakan manufacturing facilities nya di China. Apakah usaha kita untuk kita membawa masuk ke Negara kita akan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan kita.
Soalan kedua, yang ini tak apa kalau YB. Guar Chempedak tiada jawapan sekarang pun boleh bagi secara bertulis. Daripada tahun 2019, punya investment yang di approve oleh pihak MIDA ke Negeri Kedah, kita dapat FDI dalam 8.1 billion campur dengan domestic investment 3.4, RM11.5 billion. Soalan saya ialah ini approved, realized yang dapat dijadikan maknanya akhir ini jadilah bukan sahaja diberikan kebenaran dan akhirnya jadi dan berapa banyak daripada jumlah RM11.5 billion itu. Terima kasih.
Untuk soalan tambahan yang pertama samada ada tak lagi pelaburan yang diperolehi. Memang ada dan setakat ini tak boleh diumumkan oleh MIDA lagi. Itu untuk suku tahun kedua, dia tak umumkan lagi. Benda itu ada, insya-allah dan pihak KTPC memang melaksanakan program promosi dan pemasaran begitu aktif sekali sungguhpun dalam keadaan Covid-19 ketika ini. Tapi insya-allah ada beberapa projek yang besar juga yang akan dilaksanakan di situ dan Insa-Allah akan diumumkan oleh pihak MADA dalam masa yang terdekat. Soalan bagi yang kedua itu tentang syarikat-syarikat Jepun yang beroperasi di China dan disebabkan trade war dan sebagainya apakah kita akan buat sesuatu untuk menarik mereka datang ke Malaysia. Ya jawapannya, cumanya pergerakan kita terhad sedikit dari segi aktiviti menarik pelaburan kerana masalah sekarang mereka tak boleh datang ke sini dan kita juga tak boleh pergi ke sana.
Insya-Allah atas izin Allah, Covid 19 ini akan reda dan kita akan berusaha dengan gigih untuk menentukan kita akan dapat peluang daripada syarikat-syarikat Jepun yang beroperasi di China untuk datang ke Negeri Kedah ini. Sekian, terima kasih.
Realized Investment!
Yang 2019 tu ka? Setakat ini tidak ada berita yang mengatakan projek-projek ini tidak diteruskan dan Insya-Allah diteruskan seperti biasa. Jadi, tahun 2019 kita ucapkan tahniah sebab belah sana dapat banyak pelaburan tapi tahun ini kurang sedikit. Suku tahun yang pertama tahun 2020, kita dah dapat RM1.1 billion dan kedudukan nombor 5 dalam negara. Insya-Allah tahun 2020 jumlah ini kita akan lihat angka yang lebih lagi Insya-Allah.
Ya..silakan YB. Suka Menanti
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya pohon penjelasan daripada YB. Guar Chempedak tentang operasi Kilang Hi-Tech sebegini yang melibatkan Music Tribe yang dalam bidang RND digital analytic data dan juga AI ini, mreka sangat memerlukan satu kestabilan bekalan elektrik yang cukup stabil sepanjang tempoh beroperasi 24 jam. Jadi, saya ingint tahu penjelasan daripada pihak kerajaan samada pembekal elektrik yang sekarang ini di Kulim Hi-Tech yang kita dah tau sampai ke had dia. Adakah kerajaan akan bincang untuk pengembangan supply elektrik di Kulim Hi-Tech ataupun kerajaan akan menjemput TNB sendiri untuk membuka ruang atau membekalkan elektrik yang lebih stabil di kawasan Kulim Hi-Tech.
YB. Tuan Speaker, jawapannya adalah seperti berikut. Jawapannya ialah seperti berikut Syarikat Nur Power adalah syarikat ‘independent’ (swasta) yang membekalkan tenaga elektrik kepada Kulim Hi-Tech Park, satu-satunya dalam Malaysia. Lesen yang mereka perolehi ialah 440 megawatt dan buat masa sekarang ini mereka hanya menggunakan dalam 220 megawatt. Jadinya Nur Power tidak perlu kelulusan untuk meningkatkan kapasiti. Insya-Allah perkara ini yang tidak menjadikan sebarang masalah dan Music Tribe akan dapat beroperasi seperti mana yang dirancangkan. Insya-Allah.
Terima kasih soalan nombor 5, silakan!
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Jangkitan Covid 19 serata dunia, ada menteri tak ikut SOP. Soalan saya nombor 5, sila jawab dengan rapi!
5. Kedah tidak terkecuali daripada jangkitan Covid 19.
Pohon dinyatakan :
a) Jumlah terkini pesakit dan jumlah kematian?
b) Bilakah tarikh terakhir jangkitan tempatan?
c) Apakah SOP yang di laksanakan oleh institusi masjid dan surau dalam usaha untuk membenarkan solat Jumaat dan berjemaah?
Bismillahirrahmanirahi. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Pengkalan Kundor, sahabatku. Soalan berhubung dengan jumlah terkini pesakit dan jumlah kematian. Alhamdulillah kematian di Kedah ini hanya satu sahaja. Jumlah terkini setakat 23 Ogos 2020, dua hari lepas, yang semalam itu Ketua Pengarah tak umum lagi, kita tak boleh umumlah. Jumlah keserluruhan adalah 200 kes. Jumlah yang masih dirawat adalah 74, dalam ICU ada 5, bantuan pernafasan tiada, kes yang sembuh ialah 125. Kemudian, perincian mengikut daerah di Langkawi ada 5 kes, Kubang Pasu ada 29 kes, Padang Terap ada 5 kes, Kota Setar ada 35 kes, Pendang pula 3 kes. Ini kes daripada mula dulu. Yan – 4 kes, Kuala Muda – 57 kes, Sik – 2 kes, Baling – 21 kes, Kulim – 38 kes, Bandar Baharu – 1 kes.
Kemudian, bilakah tarikh terakhir jangkitan tempatan? Dalam rekod 23 Ogos 2020 iaitu di Tawar maknanya kluster Tawar lah.
Soalan yang seterusnya ialah SOP untuk masjid dan surau. Sebenarnya jawapan yang diberikan oleh Jabatan Agama kepada saya ini ada 11 muka surat, boleh terus sampai habis?
Ringkas sahaja!
Ya..ringkas sahaja no! Untuk makluman Yang Berhormat, pihak masjid dan surau melalui arahan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah Darul Aman telah memainkan peranan yang penting dalam usaha secara konsisten demi mengekang penularan wabak Covid-19.SOP kebenaran dan penangguhan solat Jumaat dan solat fardu berjemaah telah melalui fasa pelaksanaan yang berbeza-beza, dan dilaksanakan berdasarkan keadaan semasa dan situasi terkini wabak Covid-19. Bermula daripada 17 Mac 2020 sehingga 2 Ogos 2020, kronologi pelaksanaan dan penangguhan aktiviti keagamaan di masjid dan surau Negeri Kedah Darul Aman adalah seperti berikut. Ini saya ringkaskan sahajalah, kalau nak baca 11 muka surat ini, setengah jam tak habis. Maknanya SOP yang telah digariskan adalah sebelum pergi kena ambil wuduk di rumah, bawa sejadah, masuk melalui pintu yang diarahkan oleh surau atau masjid, ambil suhu badan kemudian jarak antara ahli Jemaah adalaj satu meter antara seorang dengan seorang yang lain dan keluar ikut pintu yang lain daripada pintu masuk. Itu secara ringkas SOP yang telah digariskan. Nak secara detail saya akan bagi jawapan secara bertulis kepada Pengkalan Kundor. Terima kasih Tuan Speaker.
Soalan tambahan saya adalah berkait daripada malangnya di Negeri Kedah kita ada gelombang kedua sepertimana yang disebut oleh YAB. Menteri Besar tadi, gelombang Sivagangga, Sala, Tawar dan juga Kuala Muda. Sefaham saya setakat ini hanya Kluster Sivagangga yang diisytiharkan sebagai mukim-mukim itu kawasan TEMCO. Yang ketiga lagi saya difahamkan belum diisytiharkan. Jadi, apakah kriteria untuk diisytiharkan satu-satu
mukim itu sebagai kawasan TEMCO, apakah kriterianya sebab satu diisytihar, tiga lagi belum lah, mungkin akan datang akan diisytiharkan, saya pun tak pasti.
Soalan keduanya ialah dari segi penguatkuasaan ataupun dari segi pelaksanaan SOP yang disebut tadi, sebab ada masjid-masjid tertentu yang itu dibawah kawalan Jabatan Agama Islam kita, ataupun ‘entity private’ surau di highway ditutup. Surau di tempat-tempat stesen minyak ada ditutup, apakah selain daripada arahan Jabatan Agama Islam tadi, surau-surau ini tidak termasuk di dalam bilangan yang patut ditutup tetapi masih lagi ditutup, mereka ini bukan dibawah PLUS tetapi di bawah ‘private entity’ siapa yang control ini sebenarnya sebab apabila surau ditutup, bukan surau sahaja tetapi tempat makan juga ditutup, ia memberi kepayahan kepada orang ramai, padahal kawasan-kawasan yang ditutup itu bukanlah kawasan yang terlibat dengan TEMCO yang dimaksudkan tadi. Jadi, dua soalan tambahan ini!
Tuan speaker Terima kasih kepada YB. Pengkalan Kundor kerana mengemukakan soalan tambahan. sebenarnya kawasan-kawasan yang baru kita kata kata gelombang kedua lah iaitu Kluster Muda, Tawar, Sala dan juga yang terbaru di Sik belum ada kluster lagi tapi di Sik sudah ada kes. Memang kita dalam mesyuarat MKN telah mengesyorkan adakan halangan tertentu perlu diadakan macam orang mai pas baton lah kita nak pergi stop di depan batton tu supaya ianya tidak keluar daripada kawasan kawasan yang ada kes dia. Kita telah buat syor kepada kepada, MKN telah buat syor kepada Kementerian Kesihatan di pusat kepada MKN Majlis Keselamatan Negara tetapi Majlis Keselamatan Negara mungkin memandang perkara ini tidak keperluan sepertimana kita buat di kluster Sivagangga dan kita masih lagi menunggu syor-syor JKKN Negeri buat kepada MKN. Jadi, bila MKN tak luluskan jadi kita tidak boleh mengadakan semacam TEMCO untuk kluster-kluster di sebelah Sungai Petani dan dan inilah yang pertama. Jadi, kita tunggulah doa semoga kes ini dapat pulih dengan segeralah sebelum JKKN yang kita syorkan ini diluluskan oleh MKN.
Kemudian, tentang surau-surau memang kita ada arahan daripada pihak PBT, arahan kepada surau-surau yang ada di PBT supaya kita mengarahkan mereka melaksanakan SOP yang telah di syorkan oleh JKKN sebab PBT ni dia ada di bawah negeri maknanya kita ada hak
untuk melaksanakan apa-apa syor yang tidak bercanggah dengan apa yang telah dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara.
Jadi, apabila kita syorkan kepada stesen minyak, surau-surau yang yang kita tetap private lah maka mereka perlu mematuhi arahan-arahan PBT yang kita telah keluarkan. Itu menyebabkan setengah-setengah stesen minyak dan surau telah melaksanakan syor-syor yang telah dibuat oleh JKKN di Negeri melalui PBTmasing-masing. Terima kasih Tuan Speaker
Sikit sahaja Tuan Speaker, penjelasan yang ingin saya dapat adalah kita faham kalau penutupan itu berlaku sebab dulu tutup selepas itu buka, bila TEMCO tutup balik tetapi bukan kawasan TEMCO, ini kawasan biasa. Jadi, maksud saya penguatkuasaan tadi siapa, penyelarasan itu tidak ada. Adakah sebenarnya tol ataupun Gurun dua hala, adakah sebenarnya patut ditutup atau tidak? Siapa dari segi penguatkuasaan dan penyelarasan. Terima kasih.
Boleh jawab Tuan Speaker?
Jawab! Jawab! Jangan tak jawab!
Terima kasih Pengkalan Kundor. Sebenarnya apa dari segi kita kata macam yang pertama sekali saya nak tahu lah ataupun RNR mana yang ditutup?
Spesifik tadi Gurun!
Gurun, walaupun tidak berada dibawah TEMCO, perjalanan daripada Kubang Pasu nak pi Sungai Petani, stesen-stesen minyak atau RNR tersebut, mereka mempunyai masalah penjagaan SOP nya dengan berkesan mungkin mereka tutup ataupun masa itu mungkin Yang Berhormat sampai itu, dia nak buat sanitasi ka dia tutup dulu tapi dari segi penguatkuasaan memang kita letakkan kepada PDRM lah untuk menguatkuasakan perkara tersebut. Kalau di PBT kita ada Penguatkuasa PBT untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut. Terima kasih YB. Tuan Speaker.
Ya..Sungai Limau, silakan!
YB. Speaker soalan saya berkaitan dengan nama-nama cluster ini, Sivagangga, Sala, Muda dan sebagainya sebab nama-nama ni kadang-kadang dia akan beri kesan kepada suatu jumlah yang besar, mukim yang besar sedangkan tadi contoh Menteri Besar ada sebut berlaku di Guar tapi yang terkesannya adalah di Kuala Sala jauh daripada Guar Cempedak. Jadi, mungkin boleh mencadangkan kepada Pihak MKN nama kepada kluster-kluster ini dispesifikasikan kepada tempat-tempat tertentu supaya dia tidak memberikan panik kepada jumlah rakyat yang ramai. Terima kasih.
Terima kasih kepada Sungai Limau, mungkin kena di kawaan dia kut! Sebenarnya nama-nama ini dipilih berdasarkan kepada permulaan kes itu macam di Tawar, start kes di Tawar itu dibubuh nama Tawar tetapi yang kes Sivagangga itu kita tak letak Napoh, kita letak Sivagangga. Pada peringkat permulaan kita tak mau isu yang dibangkitkna oleh Sungai Limau tulah kita letak Sivagangga tapi oleh kerana banyak tempat yang jadi nak jadi mudah untuk kita fahami permulaan kes itu di Mukim Sala Besar. Jadi, kita bubuh Sala lah! Minta maaf pada Sungai Limau kerana kena kawasannya kalau kawasan saya pun mungkin saya marah juga tapi ini telah ditetapkan Oleh Kementerian Kesihatan dan juga Majlis Keselamatan Negara. Jadi, kita terpaksa akurlah kita mengucapkan selamatlah kepada Sungai Limau kerana Sungai Limau tak diletakkan nama sebagai kluster tu! Terima kasih YB. Speaker.
Sebenarnya peraturan ni dia tak bagi dah ada dua kali soalan tambahan tapi hari ini saya bermurah hati bagi belah ni!
Terima kasih Tuan Speaker sebab isu covid ini penting untuk rakyat. Terima kasih Tokai yang menjawab. Soalan saya ialah sebab kita memandangkan isu gelombang kedua di kedai ni yang telah kita nampak penularan termasuk terlibat jangkitan antara pelajar sekolah dan juga pelajar kepada cikgu. Soalan saya ialah apakah kriteria atau pun kaedah yang ditetapkan oleh kerajaan di mana keperluan untuk menutup sekolah sebab kebimbangan ramai adakah kita pun tak ada info kadang-kadang kita pun tak tahu adakah sekolah ditutup atau tidak ditutup bila berlaku sesuatu kes di kawasan itu ataupun hanya berlaku ada positif kes sahaja ditutup atau pun ada positif kes dan ada ‘closed contact’ yang perlu untuk pergi mendapatkan ‘swab test’ dan sekolah itu perlu ditutup sebab kadangkala dia belum tahu positif atau tidak positif tetapi anak dia pergi ke sekolah, isteri dia masih pergi sekolah dan akhirnya dia mungkin kita tidak dapat putuskan rantaian penularan itulah so mohon jawapan. Terima kasih.
2 minit sahaja Tokai untuk jawab! Ohh.. Jeneri tolong jawab! Silakan!
Terima kasih Tuan Speaker, kerajaan prihatin bahawa gelombang yang kedua yang kita hadapi ini lebih serius dan sukar untuk ditangani berbanding dengan gelombang pertama bila Kerajaan Persekutuan memperkenalkan PKP bagi seluruh Negara. Bagi gelombang yang kedua dia tidak datang dengan PKP tapi dia datang secara berkelompok berkaitan dengan kluster-kluster sivagangga tadi dia agak centralized di Napoh, di Binjal dan di Kampung Hulu, di Padang Terap, maka TEMCO diperkenalkan kerana kawasannya tidak luas. Di Napoh kita TEMCO dalam radius 1 km dan kawasan tu ditandakan dengan jelas, 1 km bukan kawasan yang sangat besar termasuk di Binjal satu kampung saja ada berapa rumah boleh dilaksanakan TEMCO, di Kampung Hulu begitu juga tapi dalam Kluster Tawar, dia telah merebak daripada Pekan Tawar ke Kuala Muda ke tempat-tempat lain di seluruh Kedah. Jadi, TEMCO tidak dapat dilaksanakan tanda TEMCO ni ‘Targeted Enhancement’ tak boleh nak target lagi kerana dia telah merebak dengan begitu luas. Kita mengadakan perbincangan ni
hampir setiap minggu bagaimana untuk mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan.
Berkenaan dengan sekolah, sekolah memang kita ada cadang untuk penutupan tetapi penutupan sekolah terletak di bawah Kerajaan Persekutuan dan pengumuman itu mesti dibuat oleh Kementerian Pendidikan. Namun begitu, ada sekolah yang budak pun tak mai, cikgu pun tak mai contohnya Sekolah Padang Meha dia tertutup dengan sendirinya, orang takutlah stigma kebimbangan.
Kebimbangan ini bagus, kerajaan tak teruk sangatlah nak nak suruh orang SOP sebab orang dah takut. Sekolah Sungai Karangan itu dapat perintah penutupan kelas daripada Pegawai Kesihatan Daerah termasuk sekolah di Kulim Hi-Tech, sekolah rendah yang juga mendapat perintah penutupan kelas bukan penutupan sekolah. Tindakan-tindakan yang segera ini perlu diambil untuk mengelakkan lebih banyak ‘closed contact’ pergi ke merata-rata tempat dan kita sedang berusaha untuk meyakinkan Kerajaan Persekutuan bahawa ‘closed contact’ yang dapat dikesan oleh Jabatan Kesihatan Negeri sedang berlegar-legar seperti yang disebutkan oleh Tokai tadi mereka sedang seolah-olah sedang pass batton macam acara lari berganti-ganti. Oleh yang demikian penting untuk kerajaan mengambil tindakan menyekat di hadapan sebelum mereka sempat memasingkan batton itu. Cadangan telah dikemukakan termasuk melanjutkan cuti sekolah minggu lepas ini kepada 14 hari termasuk itu syor yang kita kemukakan supaya dia jadi 14 hari tapi syor itu belum lagi mendapat pertimbangan saya fikir sehari dua lagi mungkin akan diberi pertimbangan tapi kita menghadapi masalah bila PKPP hanya diwartakan sehingga 31 Ogos. Kalau nak ditambahkan lagi PKPP ni mesti diwartakan sekali lagi untuk menambahkan jumlah menjadi 14 hari. Ini pertimbangan-pertimbangan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk diambil oleh tindakan Kerajaan Persekutuan dan kita sangat berharap supaya Kerajaan Persekutuan meneliti kes di Kedah dan juga di beberapa negeri lain yang sedang dilanda wabak covid yang berselerak ini supaya kita dapat menanganinya secara berkesan. Saya ucap terima kasih kepada keperihatinan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat kepada Pandemik Covid ini dan marilah kita berdoa supaya cabaran yang besar ini dapat dilepasi bersama-sama. Terima kasih.
Terima kasih YAB. Jeneri. Soalan nombor 6. Silakan!
Tuan Speaker, pohon penjelasan soalan nombor 6.
6. Pohon dinyatakan:-
a) Sejauh manakah usaha dan perancangan Kerajaan Negeri menangani masalah banjir di Baling melalui Rancangan Tebatan Banjir (RTB)?
b) Berapakah jumlah peruntukan yang dicadangkan untuk disalurkan bagi tujuan di atas?
Terima kasih Yang Berhormat Bayu Bismillahirrahmanirrahim. Yang saya hormati YB. Tuan Speaker dan Adun Bayu. Jawapan saya a) Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah telah merancang untuk melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Baling, Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Baling Fasa 2 dan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Baling Ulu bagi menangani masalah banjir di Daerah Baling.
Untuk jawapan (b) berapakah jumlah peruntukan yang dicadangkan? Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Baling telah diluluskan dibawah RMK-11 dengan kos sebanyak RM15 juta. Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran juga telah memohon melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Baling Fasa 2 dibawah RMK-12 dengan anggaran kos sebanyak RM55 juta. Disamping itu, JPS juga mengemukakan permohonan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Baling Ulu kepada Kerajaan Negeri dengan anggaran kos sebanyak RM900 ribu.
Silakan soalan tambahan?
YB. Speaker, jadi kita ucapakan terima kasihlah kalau kita nampak seperti yang diumumkan oleh YB. Exco peruntukan yang besar RM15 juta dalam RMK-11 dan RM55 juta dalam RMK-12. Jadi, persoalan saya boleh kat kita nak tahu angka yang banyak ni di tempat atau senarai tempat yang akan diberikan perhatian dan yang akan diberikan peruntukan sebanyak itu?
Terima kasih di atas soalan tambahan YB. Bayu tadi. Untuk Rancangan Malaysia Ke-11 RM15 juta tersebut kita akan mulakan dengan pelantikan jurutera perunding untuk rekabentuk dan kemudiannya sejumlah tersebut juga akan diberikan untuk pengambilan tanah dan kemudiannya untuk kerja-kerja fizikal. Baling ni ada masalah besar kerana kawasannya agak besar.
Implikasi banjir pun juga agak besar tetapi untuk Rancangan Malaysia Ke-11, RM15 juta ini kita nak tumpukan kajian Lembangan Sungai Ketil tersebut. Kerja-kerja fizikal yang akan dibuat adalah di dalam Kawasan Utara Sungai Kupang supaya kita dapat tangani dulu masalah kawasan Sungai Kupang tersebut sebelum kita sambung kemudiannya dalam Rancangan Tebatan Banjir Fasa Kedua yang berjumlah RM55 juta. Nanti bila RM55 juta tersebut untuk Rancangan Malaysia Ke-12, kalau diluluskan Insya-Allah oleh JPS Persekutuan kita akan sambung dengan reka bentuk yang mengambil kira Sungai Ketil, Sungai Baling dan Sungai Limau keseluruhannya.
Silakan YB. Kubang Rotan!
Terima kasih YB. Tuan Speaker cuma saya nak tanya berkaitan Rancangan Tebatan Banjir juga kepada YB. Sungai Tiang bukan di Baling tetapi ada dua tempat iaitu di Dun Kubang Rotan, termasuk Anak Bukit tolong tanya sekali ya! YB. Speaker nak tanya Rancangan
Tebatan Banjir di peringkat di Dun Kubang Rotan dan Dun Anak Bukit itu nak tahu statusnya sekiranya YB. Sungai Tiang ada maklumat!
Saya bagi jawapan bertulis tu supaya tidak silap nanti takut bagi informasi silap nanti akan mengganggu. Terima kasih.
Ya..Yaa! Satu lagi YB. Suka Menanti.
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Jadi, alhamdulillah saya tengok ada satu perancangan yang perlu diberikan keutamaan sebab banjir ni dia berkaitan secara langsung dengan sumber air. Banjir berkaitan secara langsung dengan sumber air dan kalau tengok pula kajian RTB atau pun Lembangan Sungai Ulu Muda itu, Sungai Ketil tu boleh membekalkan 1/3 lagi potensi air untuk Sungai Muda.
Jadi, saya minta supaya kerajaan berikan satu tumpuan khusus supaya benar-benar merancang RTB fasal 2 tadi yang RM55 juta tu bukan sekadar menyelesaikan masalah banjir di Baling sebab saya simpati dengan Baling kalau kawasan Bongok tu ada yang setahun sampai empat kali, sampai enam kali pun ada di Kawasan Bongok. Kalau kawasan Siong tu mungkinlah dalam tiga empat kali baik sikit daripada Bongok. Jadi, kita minta tolong supaya betul-betul berikan tumpuan, kajian ini benar-benar melaksanakan di kawasan Sungai Ketil ni untuk tujuan kedua-dua sekali bagi selesai masalah banjir dan juga selesai masalah takungan air yang sangat berpotensi di Sungai Ketil.
Kerajaan ambil maklum, YB. Speaker!
Sebab itu saya bagi tanya! Ok, kita sudah selesai dalam urusan Pertanyaan-Pertanyaan mulut. Silakan Tuan Setiausaha! [YB. Jitra mencelah]
YB. Tuan Speaker, tadi Tuan Speaker kata habis pukul 10.45 ka tadi?
10.40!
10.40? Bukan 10.45 ka?
Dak, 10.40 pagi. Ini kita berhenti 10.42 pagi lari 2 minit.
Pemilihan Ahli Dewan Negara Yang Dipilih Oleh Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, suka saya memaklumkan di sini bahawa Setiausaha Dewan Negara telah memohon secara bersurat kepada Istana Negara supaya memilih Ahli-Ahli Dewan Negara bagi mewakili Negeri Kedah ini mengikut surat daripada Istana Negara
bertarikh 12 Jun 2020 bersamaan 20 Syawal 1441H yang berbunyi seperti berikut:-
TAMAT TEMPOH PELANTIKAN AHLI DEWAN NEGARA YANG DIPILIH OLEH DEWAN UNDANGAN NEGERI.
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa YB. Senator Dato’ Ananthan A/L Somasundaram dan YB. Senator Dato’ Hj. Mohd Suhaimi bin Abdullah yang telah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Kedah munurut perkara 41(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dan telah tamat tempoh perkhidmatannya pada 14 Ogos 2020.Menurut Bahagian 1(2) dalam Jadual Ketujuh Perlembagaan Persekutuan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dengan ini berkenan memberikan notis kepada KDYMM Baginda Sultan Kedah bahawa dua orang Ahli Dewan Negara hendaklah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dengan seberapa segera untuk mengisi kekosongan itu. Oleh yang demikian, dipohon kesudian tuan untuk menyembahkan kepada KDYMM Baginda Sultan Kedah berkenaan notis ini agar kekosongan yang berkenaan dapat diisi setelah dipertimbangkan dan dipilih oleh Dewan Undangan Negeri. Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Surat ini dikeluarkan oleh Kolonel (B) Datuk Nazim Bin Mohd Alim ,Setiausaha Sulit Kanan Kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI.
Dengan demikian hari ini saya minta cadangan daripada Tuan-Tuan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Dipersilakan YAB. Menteri Besar untuk membuat cadangan.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya membuat cadangan bagi Pemilihan Ahli Dewan Negara untuk mengisi kekosongan-kekosongan tersebut saya mewakili rakyat Negeri Kedah Darul Aman yang tercinta, mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kedua-dua orang Ahli Dewan Negara di atas khidmat yang diberikan kepada Negeri Kedah Darul Aman selama tiga tahun. Dengan ini Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian saya mohon mencadangkan bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini dengan sukacitanya mencadangakan dan memilih YBhg. Ustaz Ahmad Bin Yahya menjadi
Ahli Dewan Negara yang baharu untuk menggantikan tempat YB. Dato’ Hj. Mohd Suhaimi bin Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 14 Ogos 2020 dan saya telahpun mendapat persetujuan dengan bersurat daripadanya bagi maksud tersebut.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya telah menerima surat persetujuan yang telah ditandatangani oleh YBhg. Ustaz Ahmad Bin Yahya. Dengan segala hormatnya dipersilakan YBhg. Ustaz Ahmad Bin Yahya untuk memperkenalkan diri kepada Dewan.
(YBhg. Ustaz Ahmad Bin Yahya memperkenalkan diri kepada Dewan)
Terima kasih Ustaz. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya dengan rasminya mengesahkan bahawa mengikut kehendak Jadual Ketujuh Perlembagaan Malaysia, Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada hari ini bersetuju memilih YBhg. Ustaz Ahmad Bin Yahya menjadi Ahli Dewan Negara mulai daripada 25 Ogos 2020.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, bagi mengisi kekosongan yang berlaku disebabkan tamat tempoh perkhidmatan YB. Dato’ Dr Anathan A/L Somasundaram sebagai Ahli Dewan Negara pada 14 Ogos 2020, saya pohon mendengar cadangan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian.
Dipersilakan YAB. Menteri Besar untuk membuat cadangan.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya pohon mencadangkan bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini dengan sukacitanya mencadangkan dan memilih YBhg. Dato’ Wira Othman Bin Aziz menjadi Ahli Dewan Negara yang baharu untuk menggantikan tempat YB. Dato’ Dr Anathan A/L Somasundaram yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 14 Ogos 2020 dan saya telahpun mendapat persetujuan dengan bersurat daripadanya bagi maksud tersebut.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya telah menerima surat persetujuan yang telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Wira Othman Bin Aziz.
Dengan hormatnya dipersilakan YBhg. Dato’ Wira Othman Bin Aziz untuk memperkenalkan diri kepada Dewan.
(YBhg. Dato’ Wira Othman Bin Aziz memperkenalkan diri kepada Dewan)
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya dengan rasminya mengesahkan bahawa mengikut kehendak Jadual Ketujuh Perlembagaan Malaysia, Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini bersetuju memilih YBhg. Dato’ Wira Othman Bin Aziz menjadi Ahli Dewan Negara mulai daripada 25 Ogos 2020.
Bagi pihak Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah di atas pemilihan YBhg. Ustaz Ahmad Bin Yahya dan YBhg. Dato’ Wira Othman Bin Aziz sebagai Ahli Dewan Negara bagi Negeri Kedah Darul Aman mulai 25 Ogos 2020. Semoga mereka akan berada dalam keadaan sihat untuk terus berkhidmat bagi membangunkan Negara Malaysia dan Negeri Kedah Darul Aman tercinta ini. Dewan Yang Mulia ini dan seluruh rakyat negeri ini menaruh harapan yang tinggi kepada Yang Berhormat berdua.
Sekian, terima kasih.
Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha Dewan!
Usul Ucapan Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.
Untuk memulakan Usul ini saya mempersilakan YAB. Menteri Besar untuk mencadangkan Usul tersebut.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya pohon mencadangkan satu Usul yang berbunyi seperti berikut :
“Bahawa Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman mempersembahkan Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ucapan yang berbunyi:-“Patek-Patek sekalian, Speaker dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman di dalam Persidangan ini dengan penuh hormat dan takzimnya Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah di atas perkenannya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyampaikan Titah Ucapan Sempena Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Keempat Belas pada 16 April 2020”. Sekian, terima Kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut.
Urusan seterusnya
Perbahasan di atas usul Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah secara dasar.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, perbahasan di atas usul Ucapan Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, saya mohon kerjasama Ahli-Ahli Yang Berhormat agar menumpukan ucapan-ucapan Yang Berhormat kepada perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri Kedah sahaja dan tidak mengulangi perkara-perkara yang telah di sentuh oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat lain. Saya mendapat daripada sebelah kiri saya 3 orang Ahli yang akan berucap dan saya akan beri di sebelah kanan saya 4 orang untuk berucap. 4 orang itu spesifiknya adalah 1 daripada UMNO dan 3 daripada PAS. Sebelah sini nak tambah 4 juga! Ok, dalam ni ada Alor Mengkudu, Gurun dan Jitra! Siapa nak tambah seorang lagi? Ok, Suka Menanti! Jadi, saya ini baik hati, bagi 4 – 4, walaupun minta 3 kita bagi 4, janji jangan keluar duit sahaja! Sebelah mana nak mula dulu? Ok, Alor Mengkudu dulu! Silakan YB. Alor Mengkudu.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahirobbil A’lamin Wabihi’ Nasta’in Wa’ssolatu Wassala’muala Sai’dilmursalin Wa’ala A’lihi Wasohbihi’ Aj’main. Salam Sejahtera. Auzubillahiminashaitanirrajiim……[YB. Speaker mencelah]
Minta maaf nah Alor Mengkudu, masa saya bagi dalam 10 minit!
Bagi ketua kita minta 20 minit, untuk Ketua Pembangkang!
15 minit na!
Ok, baik!
Ok, 15 minit untuk ketua!
Surah Al-Maidah Ayat 44
Surah Al-Maidah Ayat 45
Surah Al-Maidah Ayat 47
Selalu duk baca ayat ini! Dulu masa duk ceramah! Maksudnya ayat 44 ini siapa yang tidak menghukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah maka mereka itu kafir. Ayat yang kedua pula ialah siapa yang tidak menghukum apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka itu zalim, Ayat 45. Siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka itu fasikh, Ayat 47. Nak hurai pi baca tafsir masing-masing.
YB. Tuan Speaker, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya berucap membahas Usul Menjunjung Kasih kepada KDYMM di atas Titah Ucapan yang telah pun diedarkan dalam sesi Sidang Dun pada bulan April yang lepas dan YAB. Jeneri, Ahli-Ahli Exco, Ahli-Ahli Dewan, Pegawai-Pegawai Kerajaan yang hadir. Pertama sebagai berlaku pertukaran kerajaan ini, nak ambil kesempatan nak tanya lah, bukan nak jawab la, kemudian pun tak pa! Kerajaan yang baru ambil alih ni nak boh nama kerajaan apa? Kerajaan Pakatan Nasional ka? Kerajaan Muafakat Nasional ka? Kerajaan apa di Negeri Kedah ini. Dia nampak warna –warni tu sangat! Macam-macam warna duk ada ni! Kalau tengok di peringkat nasional ini, dia tak tau nak jadi macam mana? Sat Muafakat Nasional, ada pihak parti Umno kata kami tak mau masuk Perikatan Nasional. Sebenarnya di Kedah ini kita nak panggil apa? Ada satu nama lah mudah untuk kita, dulu ada Kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan Pakatan Harapan. Jadi, ini sebagai permulaanlah!
Satu perkara yang tidak pernah berlaku dalam Dewan Undangan Negeri Kedah dan di peringkat Kerajaan Negeri Kedah adalah pertukaran kerajaan di pertengahan penggal. Dalam sejarah tak ada berlaku tetapi berlaku pertukaran kerajaan di awal penggal pada tahun 2008 itu permulaan apabila PKR, apabila Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS ketika itu termasuk saya lah, telah pun mengambil alih kerajaan sama dengan sebelah sana juga lah, berlaku pertukaran kerajaan, di awal penggal! Itu satu pengalaman baru kepada kerajaan, kakitangan kerajaan di Negeri Kedah tetapi kali ini pertukaran kerajaan berlaku di pertengahan
penggal, bukan saja di sini diikuti dengan bukan saja kita mengikuti apa yang berlaku di peringkat pusat, berubah kerajaan di pertengahan penggal.
Kita sedia maklum semua orang yang rasional menyatakan ini bukan satu amalan yang bagus sebenarnya sebab satu tempoh 5 tahun ataupun dalam 4 tahun lebih, separuh penggal 2 tahun tak sempat pun nak buat dasar pun! Nak buat satu dasar ambil masa dekat 2 tahun jadi kerajaan bukan mudah untuk menguruskan kerajaan! Habis dua tahun baru duk buat dasar baru, kerajaan baru masuk, nak sesuaikan kakitangan kerajaan, nak sediakan blueprint.
Jadi, kalau berlaku perubahan seperti ini amalan ini berulangkali berlaku sebenarnya tidak cukup baik kepada mana-mana negara dan juga kepada negeri. Akhirnya, kerajaan baru yang masuk pula dah nak kena buat perancangan pula! Jadi, nak laksanakan bila? Bila nak laksanakan sebenarnya? Apabila sesuatu kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat, mula mengambil alih pada awal tahun ianya ada manifestonya sebab dia dah janji pada rakyat dan rakyat memilih atas manifesto janji tapi jika kerajaan yang separuh penggal yang ambil alih ni dengan dia punya campuran, lompat dan sebagainya sebenarnya dasar apa ini? Contoh macam Guar Cempedak atas dasar apa? Dasar apa yang sebenarnya nak jadi satu ….(YB. Sungai Limau mencelah)
Boleh bagi laluan?
Boleh bagi habis tajuk dulu, saya akan bagi! Selesai saya akan bagi, sebelum masuk tajuk lain saya akan bagi!
Dak! Dak! Nak ambil yang tu lah!
Dak! Saya akan bagi selepas tajuk ini, saya akan bagi! Saya gentleman! Jadi, sekarang sebenarnya dia tidak begitu, demokrasi betul atas dasar demokrasi tetapi dari segi amalan
sebenarnya tak cukup baik tapi bagi pihak yang baru dapat kerajaan, baguslah sebab kami masuk kerajaan tapi sebenarnya ‘overall’ tak baik! Kita di Kedah bukan tukar kerajaan, tukar MB sudah habis empat kali dalam ingatan saya! Di pertengahan penggal! Itupun sudah mula terjejas sebelum daripada Kerajaan Pakatan Rakyat ambil alih pun sudah berlaku pertukaran MB di pertengahan penggal! Terjejas sebenarnya sebab-sebab politik! Lepas pada itu dah dua kali berlaku pertukaran! MB bertukar dah kena buat satu, itu pun dah terjejas inikan berlaku pertukaran kerajaan!
Jadi, saya sebenarnya nak mengajak sebelah sana supaya kita sama-sama bincang, pada ketika saya dalam kerajaan 2004, hampir jatuh kerajaan juga pertengahan penggal. Masuk-masuk kerajaan, adalah kumpulan yang nak beli wakil kerajaan itu. Dan dua sudah keluar pun! Tinggal nak dua lagi dah! Hampir-hampir kita nak jatuh pada ketika itu! [YB. Suka Menanti minta laluan]
YB. Alor Mengkudu, laluan!
Baru nak mula!
Boleh tak kita bagi yang Sungai Limau dulu? Sebab dia minta dulu!
Terima kasih YB. Alor Mengkudu! Terima kasih Speaker, tadi disebut amalan yang berlaku pertukaran-pertukaran di pertengahan jalan ni adalah satu senario yang kurang baik dan memang kita akui cuma dari sudut perubahan ini perlu apabila berlaku cukup majoriti dan sokongan kepada seseorang untuk nak jadi menteri besar, mendapat sokongan maka itulah amalan demokrasi yang berlaku dalam negara dan juga negeri kita. Yang Berhormat Alor Mengkudu juga menyebut tentang manifesto, kita tengok masa pemerintahan dulu pun disebut banyak kali….(YB. Alor Mengkudu mencelah)
Saya ingat Speaker, minta tanya soalan kalau tidak masa saya habis!
Tak apa! Saya bagi 20 minitlah Alor Mengkudu!
Bukan saya nak tanya Alor Mengkudu disebut manifesto kerajaan yang dulu tapi tak tunai manifesto pun. Jadi, kita harap kerajaan Insya-allah walaupun tanpa manifesto tetapi mampu untuk membawa aspirasi rakyat!
Minta laluan!
Ya..silakan! Tak tanya soalan!
Adakah Alor Mengkudu bersetuju dengan saya dalam kontak Negeri Kedah, kerajaan kita berubah apabila berlaku suatu pengkhianatan sebab kerajaan berjalan dengan baik, kerajaan yang diketuai oleh YB. Jitra tidak ada masalah apa-apa! Tetapi dengan tiba-tiba dia berubah disebabkan oleh hilang majoriti dan hilang majority ini adalah disebabkan oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri melompat ke sebelah sana yang menjadikan kerajaan hilang majority! Lompat ini adalah perbuatan yang disebut dalam titah Tuanku hendaklah beramanah jujur, bertanggungjawab dan lompat ini adalah sesuatu yang tidak beramanah dan ianya melakukan suatu pengkhianatan kepada mandat rakyat! Rakyat bagi mandat untuk lima tahun tetapi di tengah-tengah dia mengkhianati mandat rakyat dan kalau boleh saya sebutkan ini adalah kerajaan hari ini adalah kerajaan yang ditadbir urus oleh Menteri Besar yang tidak
dipilih oleh rakyat! Rakyat tidak memilih PAS untuk memerintah tapi disebabkan oleh pengkhianatan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri yang diolah oleh sudah tentu majoritinya PAS yang di belakangnya yang menggunakan ‘tag line’ durian luruh apabila sampai masanya! Mereka menggunakan kesempatan itu untuk mengkhianati dan hari ini adalah boleh kita sebut kerajaan yang mengkhianati mandat rakyat! Adakah YB. Alor Mengkudu bersetuju?
Yaa..saya bersetuju! Saya nak teruskan uacpaan saya lah, kalau saya huraikan lagi, lagi panjang lah!
Ya..ya! Teruskan!
Jadi, sekarang ni amalan itu sebenarnya tak bagus! Demokrasi ini ok, itu hukum demokrasi. Tapi sebenarnya kesan tak bagus! Kita boleh terima tapi kalau kita jadi kerajaan pun, ‘very fragile’ sebenarnya! Bukan kata kukuh! Sebab dia boleh lompat ramai! ‘Anything can happen’ (dengan izin) . Saya nak mengajak supaya bagi pihak kita kalau kita pernah duduk kerajaan pun, kalau duduk tak stabil nak memerintah pun tak boleh macam mana nak memerintah? Macam di peringkat Kerajaan Persekutuan sekarang ada berapa undi saja? 2 undi saja different! Macam mana dia nak duduk! Tak mari ja, usul itu akan ditolak! Saya nak mengajak untuk kita duduk bincang secara rasional tu sebelah sana mungkin boleh kita anjur supaya Adun-Adun kita duduk, kita bincang bagaimana amalan tukar kerajaan di tengah ini sukar dilakukan bukan tak boleh berlaku, sukar dilakukan dengan meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah dengan berapa keadaan, dia akan memberi keuntungan kepada sesiapa yang menjadi kerajaan supaya dia boleh menamatkan tugasnya sebagai kerajaan untuk penggal kecuali ada satu sebab tertentu yang cukup kuat, yang luar biasa sebagai contoh selama ini calon-calon yang bertanding adalah berasaskan individu dengan izin guna simbol dia boleh lompat parti tinggal sedangkan parti peranan penting untuk dia menang,dia pergi
bertanding sendiri dia tak boleh menang! Ada kemungkinan dipinda supaya yang bertanding parti bukan calon! Dia boleh pergi tapi parti punya kerusi kecuali parti itu nak pergi lain, parti sendiri nak berubah! Itu lain atau kemungkinan yang boleh difikirkan untuk kebaikan kedua-dua belah pihak bila kita jadi kerajaan sekiranya berlaku isu lompat keluar meninggalkan parti yang menyebabkan hilang majoriti maka mesti dipanggil Pilihan Raya Negeri! Tidak ada lagi pertukaran sebab mandat perlu dikembalikan kepada rakyat.
Itu cadangan dan contoh untuk kita bincang bersama adakah kemungkinan untuk kita pinda undang-undang tubuh dan sekarang ini di parlimen pun sudah mula ada perbincangan tanpa mengira latar belakang parti politik Umno pun ada sebut, dua tiga parti jadi ini kita nak lihat supaya jangan berlakulah keadaan yang tidak stabil! Dalam isu dalam isu seterusnya sebab masa suntuk saya…..(YB. Jitra mencelah)
Mohon saya celah sikit! Sat saja! Pendek sahaja!
Ya..silakan!
Yang Berhormat Alor Mengkudu, setuju ka tidak Yang Berhormat soal apa yang telah dicadangkan Yang Berhormat tadi sekiranya ada berlaku lagi lompatan sepatutnya kerusi itu mungkin dikosongkan untuk di pilih semula wakil rakyatnya. Dan perkara ini memang pun telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri apabila Yang Berhormat Guar Chempedak lompat daripada belah sini ke Pakatan Harapan ketika dulu. Saya ingat Sidang Dewan yang lepas perbahasan yang sangat panas berlaku apabila Guar Chempedak menyeberangi lantai orang kata, dan duduk di sebelah sana. Walhal dengan lompatan beliau ketika itu tidaklah menjatuhkan kerajaan malah cuma menambah majoriti kerajaan Pakatan Harapan ketika itu berbanding dengan kali ini. Dengan ada majoriti 10 itu kerajaan Pakatan Harapan tertumbang kepada kerajaan taktau lah Perikatan Nasional ka Muafakat Nasional!
Terima kasih kepada soalan itu ! Saya mengira itu salah satu daripada ‘option’….
Alor Mengkudu, bunyi dari sana nu!
Jawab satu soalan dulu! Nanti sat! Sat lagi saya bagi!
Sambung! Sambung! Sama! Sama!
Kalau sama tak payah tanya!
Dak! Dak! Sambungan!
Ohh..sambung!
Terima kasih YB. Speaker! Terima kasih YB. Alor Mengkudu, saya cuma nak tanya Yang Berhormat Alor Mengkudu setuju tak yang mana Yang Berhormat Alor Mengkudu pernah tukar pasti sekali dan Yang Berhormat Jitra pernah tukar parti tak tau berapa kali mungkin dua dan saya juga rasa tadi daripada YAB. Jeneri pun tak perlu……(YB. Jitra mencelah)
Yang Berhormat, saya dipecat daripada parti! Saya tidak meletak jawatan dalam parti!
YAB. Jeneri pun tak perlu untuk menjadi Yang Amat Berhormat daripada sokongan rakyat, tetapi untuk menjadi Yang Amat Berhormat perlu sokongan majoriti Yang Berhormat Ahli-Ahli Yang Berhormat sahaja! Setuju tak Yang Berhormat Alor Mengkudu!
Saya jawab yang ini dulu sebab itu dia sensitif sikit! Segera saya nak bagi perhatian! Pertama, macam YB. Jitra tadi dia kata dia dipecat bukan keluar parti! Saya sendiri juga diminta dikeluarkan daripada parti bukan kata saya keluar dari parti tetapi diminta supaya meninggalkan parti! (YB. Speaker mencelah).
Kalau boleh, kita fokus kepada Ucapan Menjunjung Kasih!
Jadi, sekarang apa yang saya nak sebut di sini adalah lebih kepada usaha untuk mencari jalan supaya sesuatu kerajaan itu lebih stabil dan kita pun tak naklah ulang macam itu Jeneri dia marah pasal lompat, saya tak berapa nak kata sangat tapi akhirnya duduk sebelah kan! Jadi, kita tak perlu terlalu ambil sikap ekstrem dalam masalah ini tapi kita mencari jalan bagaimana sesuatu kerajaan itu menjadi lebih stabil dan salah satu option yang dicadang saya setuju, kita boleh fikir bersama bahawa perlu ada satu antilompat, satu peruntukan kalau lompat mesti kerusi kosong mungkin boleh dipertimbangkan kalau dalam perbahasan untuk kita bincang sebab dia dah banyak perkara, mungkin dia akan tak boleh laksana dan sebagainya jadi kita akan tengok dari semua sudut!
Secara khusus mengenai membahas ucapan Titah Ucapan KDYMM Tuanku Sulan yang lepas yang mana diedarkan teks ucapan itu kepada kita oleh kerana Covid yang begitu memuncak
pada masa itu, pada masa 16 April menyebabkan kita mengadakan sidang Dewan untuk memenuhi keperluan dan KDYMM Tuanku Sultan tak dapatlah menyampaikan dan sekadar mengedar dan kita pada hari ini nak bahas dan saya melihat bahawa ucapan kepada KDYMM Tuanku Sultan adalah masih relevan tambah dalam isu yang disebutan mengenai Covid! Kita bahas banyak mengenai Covid. Hampir banyak muka surat yang saya baca hampir banyak dikaitkan dengan Covid sahaja betapa kesan yang begitu hebat Covid kepada negara dan juga kepada kehidupan kehidupan kita!
YB. Alor Mengkudu ada 2 minit lagi ni! 20 minit ini saya bagi bukan 15 minit!
20 minit dah! Ok, bagi saya habis tajuk saja! Jadi, sekarang Covid terus bukan kata kita sedia maklum dah berkembang semula! Begitu rapuhnya ketahanan kita sekarang dalam serangan ‘invisible enemy’ (dengan izin) setengah kata musuh yang kita tak nampak ini. Begitu hebatnya, sebenarnya dah kembali dan kita lihat di dunia sekarang ini lebih kurang 24 juta yang kena jangkitan, 890 ribu yang mati dan ianya akan naik mungkin akan naik 1 juta atau akan naik lagi, Malaysia sahaja 9,274 jangkitan! 125 yang telah mati dan yang telah pulih sepenuhnya lebih daripada 8,000. Alhamdulillah di Malaysia. Jadi, sekarang dan ramalan WHO dan pakar-pakar penyakit berjangkit ini ada yang kata dia akan berlarutan sampai dua tahun lagi baru nak boleh selesai bayang tengok dua tahun akan terjejas seluruh dan ada yang mengatakan selama-lamanya akan ada kuman ini! Itu lagi berat. Ertinya, dalam keadaan muka nak kena tutup sepanjang masa, bolehkah kita nak duduk ni? Kerja terhad! Pelancongan tidak boleh! Negara terpaksa disekat! Ekonomi terjejas dengan keadaan yang baru.
Jadi, saya berharap Kerajaan Negeri Kedah dan juga Kerajaan Malaysia perlu membuat perancangan dalam keadaan Covid akan terus berada makna kata isu nak fikir pasal pelancongan tak boleh diberi! Mesti cari cara alternatif! Itu cerita pelancongan sahaja tak kira benda lain! Bagaimana urusan-urusan antara negara tak boleh bergerak disebabkan barang makanan dan sebagainya! Jadi, itu saya harap kerajaan yang ada ni nak kena beri perhatian lah dah jadi kerajaan ni nak kena fikir ni! Kerajaan hilang! Pengangguran meningkat! Kedai tak boleh dibuka! Apa nak jadi dengan pengangguran ni? Kita bagi duit tapi dia masih perlu lagi, habis duit dia minta lagi, dia tak dia bekerja! Jadi, nak kena lihat bagaimana isu yang berkaitan
dengan hidup, live dan livelihood (dengan izin) hidup dan kehidupan! Kehidupan ini, hidup kita boleh sekat orang, kita boleh buat PKP pergerakan tetapi kehidupan ini masalah!
Jadi, ini nak kena tengok! Jadi, oleh kerana masa pun tak cukup banyak, saya nak ambil kesempatan sekali lagi penghargaan kepada ‘frontliners’ (petugas), ini kita tak boleh tinggal! Mereka ini memang mengorbankan hidup mereka! Di kalangan keluarga saya pun yang bekerja di hospital, ada yang dah mula kena jangkitan so mereka itu telah terlalu rapat dengan pesakit, mudah kena jangkitan jadi ‘frontliners’ ni bagi saya mereka membuat satu pengorbanan yang sangat besar terutamanya KKM, Polis, Rela, ATM pun terlibat, banyak pihak yang terlibat dan seluruh kakitangan kerajaan dan juga saya juga perlu memberi penghargaan juga kepada rakyat Malaysia! Rakyat Malaysia boleh dikatakan di antara rakyat yang patut, mesti kita terima hakikat ini berbanding dengan negara lain! Buat peraturan dia orang bangun demonstratsi seperti di Amerika!
Jadi, rakyat Malaysia ini patut kita kita juga turut beri penghargaan kerana memberi kerjasama dalam mematuhi, adalah sikit-sikit, cuma malangnya ni ada yang langgar tu, dendanya teruk kena! Sampai RM8,000 kena penjara! Tapi bila mai VIP ini, denda murah! Itu orang complaint! Ini satu amalan yang tak boleh, orantg atasan rendah tetapi orang biasa kena denda mahal dengan penjara dan sebagainya. Ini memang satu amalan yang..(YB. Speaker mencelah)
Sila landing! Sila landing!
Ok tutup dah! Habis dah! Nak gulung dah! Saya nak landing dah dengan ucapan itu oleh kerana, terima kasih YB. Speaker saya dengan ini menyokong Usul Menjunjung Kasih KDYMM Tuanku Sultan atas titah ucapan pada April yang lepas!
Waalaikumussalam. Terima kasih YB. Alor Mengkudu! Silakan sebelah kanan! Ya… YB. Sungai Limau dipersilakan! 10 minit!
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillahi Robbil’ Alamin, Wabihi’ Naasta’in, Wassola’tu Wassala’muala Rasulillah Wa’aala Alihi’ Wasohbihi’ Ajmain. Amma’ Baq!
Qulillahumma Malikal Mulki Tu’til Mulka Man Tasyaa’ Wa Tanzi’ul-Mulka Min Man Tasyaa’ Wa Tu’izzu Man Tasyaa’ Wa Tudzillu Man Tasyaa’ , Biyadikal-Khairu, Innaka ‘Ala Kulli Syain Qadiir, Sodakhallahul Azim.
Terima kasih kepada YB. Speaker, Yang Amat Berhormat dan seluruh Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pegawai-Pegawai Kerajaan. Pertamanya, dalam membahas Usul Menjunjung Kasih kepada Ucapan KDYMM Tunku sultan yang telah diedarkan kepada kita pada pembukaan sidang yang lalu bulan April yang lalu dan selepas daripada bukaan sidang itu berlaku, peralihan kepimpinan negeri kepada Pakatan Harapan kepada kerajaan yang sedia ada memimpin pada hari ini! Dan kita merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh pegawai-pegawai kerajaan kerana peralihan kerajaan ini berlaku dengan penuh aman dan mematuhi peraturan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Jadi, terima kasih kita dahulukan kepada Yang Berhormat Datuk Paduka Setiausaha Kerajaan yang kelmarin sambut Ulang Tahun Kelahiran.
Jadi, kita ucap selamat hari lahir dan juga yang memimpin seluruh pegawai- pegawai kakitangan Kerajaan dalam memastikan peralihan yang berlaku ini dengan penuh tertib dan cermat dan juga aman! Kita juga merakamkan ucapan tahniah kepada YAB.Jeneri yang telah dipilih untuk mengetuai kerajaan ini dan alhamdulillah selepas diberikan mandat sebagai Menteri Besar beliau telah dalam tempoh yang dekat selepas 3 hari mampu untuk menubuhkan kerajaan dengan penubuhan pelantikan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri selepas dilantik menjadi menteri besar. Ini merupakan suatu kematangan, suatu kerjasama yang erat yang ada pada kami Ahli-Ahli Yang Berhormat walaupun disebut kita menjadi kerajaan di pertengahan penggal tetapi kemampuan untuk memimpin Kerajaan Negeri oleh YAB. Jeneri
dan juga barisan Exco kita yakin mampu untuk mensejahterakan rakyat dan membangunkan Negeri Kedah.
YB. Tuan Speaker, minta laluan!
Ya..silakan!
Terima kasih YB. Sungai Limau, saya masih pergi kepada perkara yang sangat asas, saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Sungai Limau bahawa peralihan itu sangat tertib tapi tertib itu bermula dengan saya pergi kepada asas tadi, pengkhianatan daripada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, tanpa khianat ianya tidak berlaku, tanpa lompat! Khianat adalah khianat kepada mandat rakyat, khianat adalah khianat kepada parti, khianat adalah khianat kepada rakan-rakan. Jadi, ianya bermula dengan khianat ini maka sebab lompat tulah hasilnya. Laluan tertib sebab apa? Sebab kita tidak ingin untuk, kita juga menghormati sebab itu juga peraturan yang dibolehkan maknanya bila ada majority, ianya boleh tapi nak ada majoriti tu laluan itu adalah khianat! Khianat ini ayat Al-Quran saya ingat Sungai Limau lebih tahu menyebut banyak ayat-ayat tentang khianat, hadith-hadith yang saya sebut tentang khianat, itulah yang saya sebut asas kepada tertib ini bermula dengan pengkhianatan. Adakah YB. Sungai Limau bersetuju?
Baik, sebut tadi lompat parti dan sebagainya, Pengkalan Kundor juga ada pengalaman, perkara itu tak pa, kita hanya sebut benda yang telah lalu…(YB. Pengkalan Kundor mencelah)
Minta laluan! Pengalaman apa? Saya minta Sungai Limau sebut pengalaman apa?
Daripada parti keluar PAS kepada tu! Baik tak pa, saya nak sebut yang berlaku di kalangan PN ni bukan lompat dia sebagai suatu ikut arahan daripada pusat peralihan berlaku mungkin sebab tak puas hati apa yang berlaku di peringkat pusat menyebabkan satu rakan kami Muafakat Nasional menerima rakan baru daripada Bersatu dan ada sokongan daripada Adun-Adun yang lain. Ini merupakan kerajaan yang kita bina pada hari ini dan kalau kalau Pengkalan Kundor sebut mandat rakyat, keputusan pilihan raya itu 18 - PKR, PAS kita dapat 15, Barisan Nasional ada 3,!18 :18!
Minta laluan YB. Speaker?
Maksudnya kerusi yang sama yang kita dapat pada lepas pilihan raya itu secaara kebetulan mungkin Jitra sebelum itu ada pengalaman menjadi Menteri Besar, jadi dipilih menjadi Menteri Besar.
Minta laluan! YB. Speaker, saya nak bagitau sikit mengenai mandat rakyat. Nampak Sungai Limau keliru mandat rakyat pun dia tak paham!
Saya sebut tadi 18:18, Speaker.
Saya ambil contoh mandat rakyat sebab saya nampak Sungai Limau pun tak faham! Saya ambil contoh Lunas, rakyat Lunas memilih Lunas pada masa Pilihanraya, dia bagi mandat kepada Lunas disebabkan oleh Lunas berada di atas Parti A maka rakyat memberi mandat kepada dia dan pada masa itu kalau dia tidak berada pada parti itu maka belum tentu rakyat akan beri mandat kepada dia, dan inilah mengkhianati mandat yang diberikan kepada dia, rakyat memberi mandat kepada dia di atas parti tertentu, di atas platform tertentu tiba-tiba dia khianat itu maksud khianat rakyat yang saya maksudkan.
Kita sebut tadi semasa selepas pilihanraya 18:18, sipi sangat berlaku cuma kebetulan Jitra dipilih untuk menjadi menteri besar pada waktu itu dan sebenarnya rakyat Negeri Kedah, rakyat Kedah kalau saya tengok keputusan pilihanraya yang dulu.
Jumlah undi yang diperolehi oleh PAS - 13,511 undi, jumlah undi yang diperolehi oleh Barisan Nasional - 280,754 dan jumlah undi yang diperolehi oleh Pakatan Harapan pada waktu tu atas logo PKR hanya memperolehi 343. Gabungan jumlah undi yang diperolehi oleh PAS campur dengan UMNO kalau kita ikut majoriti rakyat Kedah 595,865 rakyat Kedah sokong kepada PAS dan juga Barisan Nasional berbanding dengan Pakatan Harapan pada 345,000 sahaja!
YB. Sungai Limau, saya minta laluan untuk sekali lagi saya nak sebut bahawa…..
Dah panjang, saya hanya diberi masa 10 minit!
Sistem kita bukan dia kira seorang-seorang macam tu! Sistem yang ada dalam negara kita….
Baik! Baik! Benda itu pun diakui tadi disebut oleh Alor Mengkudu, demokrasi kita patuh! Peralihan kuasa ini berlaku penuh aman mengikut demokrasi!
Ya..Ya..!
Ok, Pengkalan Kundor duduk dulu! Duduk sat!
Bagi saya laluan pula!
Nanti sat na! Nampak makin panas! Saya ini bermurah hati daripada 10 minit tambah jadi 15 minit pula untuk setiap adun. Kalau pencelahan itu celah pendek-pendek sudah lah! Silakan!
Pendek-pendek saja ya! Terima kasih YB. Speaker! Kalaulah Pengkalan Kundor dan sahabat-sahabat sebelah sana menyebut bahawa apa yang dilakukan oleh Guar Chempedak tu Adalah suatu pengkhianatan kenapa waktu PH berkuasa dulu boleh terima dia? Dan tak timbul pun mengenai pengkhianatan tapi bila mari zaman kami ini disebutkan pengkhianatan. Terima kasih.
Terima kasih YB. Speaker, saya masukkan ianya sebahagian daripada ucapan saya! Jadi, kita harap...
Laluan! Laluan! Sungai Limau, Speaker, saya tidak berpeluang untuk berucap sekarang, saya tidak termasuk dalam 4 itu!
Tak pa! Tak pa! Pengkalan Kundor, ohh tak dak dalam senarai no!
Bagi saya last sekali! 5 daripada sini, last sekali tu saya!
Ok, Pengkalan Kundor duduk dulu! Saya bagi nama last sekali nanti!
Yang ke-5, last sekali tu ok!
Pengkalan Kundor ni panas ni hari ini!
Teruskan YB. Sungai Limau!
Baik! YB. Speaker, jadi kita rakamkan ucapan tahniah kepada YAB. Jeneri dan seluruh Ahli Exco sepanjang tempoh tiga bulan ini telah mampu untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat dalam mengetuai Kerajaan Negeri Kedah dan walaupun keadaan suasana covid ini tapi mampu dapat menangani dengan cara yang berhemah dan rakyat dapat disantuni dengan baik. Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita juga merakamkan ucapan nak mengingatkan kepada kita semua, sebagai pemimpin yang telah pun dilantik oleh rakyat bahawa mandat ini, saya yakin sama ada pihak kerajaan and ataupun pihak pembangkang, semua kita berhasrat untuk memberikan pandangan, menjadi semak imbang kepada kerajaan yang sedia ada dan itulah yang telah kami laksanakan sebelum ni masa kita menjadi pembangkang, kita memberikan pandangan di samping kita bagi komentar supaya perkara-
perkara itu dilaksanakan oleh pihak kerajaan dengan cara yang lebih baik! Peringatan kepada diri saya dan kepada kita semua apabila kita diberikan amanah dan tanggungjawab ini sudah pasti amanah dan tanggungjawab ini merupakan perkara yang akan disoal oleh Allah swt. di hari akhirat tak kiralah semua samada yang jawatan politik kakitangan kerajaan dan sebagainya. Setiap tanggungjawab yang kita laksanakan ini akan dihisab oleh Allah swt. dan Allah swt. menyediakan kepada kita syurga apa kebaikan yang kita buat dan juga neraka bagi dosa yang kita lakukan dan kepada kepimpinan ini Nabi Saw.
Saya rasa saya pernah ulang berapa kali dalam Sidang Dewan ini dan peringatan daripada baginda Rasulullah saw. “mamin walil la yaro’il yatan wahuwa qhoshu’lahum illa’harromallah hu’alaihil jannah’ Siapa sahaja di kalangan kamu yang dipilih menjadi pemimpin, menjadi pemimpin kepada rakyat dan bila dia jadi pemimpin dia menipu, ‘Qhushullahum’ (menipu) tak kiralah samada peringkat negeri atau pusat yang janji tak buat, sebut manifesto dan sebagainya menyalahi manifesto sebagainya ‘Qhushullahum’ tipu rakyat illa’harromallah hu’alaihil jannah’ Allah janjikan, nabi sebut kepada mereka ini, Allah haramkan kepada mereka syurga kerana nikmat yang paling agung di sisi Allah swt. Jadi, peringatan kepada kita semua untuk kita melaksanakan tanggungjawab kita dengan cara yang berhemah. Semasa menjadi kerajaan bahas dalam kerajaan ini, baru kali pertama pengalaman walaupun berada 2 penggal, penggal yang pertama dan penggal yang kedua, dua-dua penggal sebelum ni jadi pembangkang!
Jadi, perbahasan untuk kerajaan ini saya nak rangkumkan apa yang pernah juga dulu kita mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk dilaksanakan. Sebagai contoh cadangan-cadangan untuk kerajaan supaya dapat hasil baru bagi kerajaan! Kita pernah dulu mencadangkan supaya kerajaan menilai semula tuntutan kepada pihak Kerajaan Persekutuan., Hari ini Kerajaan Kedah, Kerajaan Persekutuan dengan satu bendera kita harap YAB. Menteri Besar dan pihak kerajaan untuk bersungguh-sungguh dalam kita menuntut, membuat tuntutan kepada Kerajaan Persekutuan atas pengorbanan Negeri Kedah mengekalkan tanah pertanian dibandingkan untuk kita majukan sebagai perindustrian yang nilai tanah dia hasil kerajaan dapat lebih tinggi dan juga kerana kita menjaga kedaulatan makanan negara dengan sawah padi yang terbentang luas, Kedah membekalkan hampir 40 peratus! Kita usahakan! Petani-petani kita usahakan kita mengekalkan kedaulatan negara ini dengan kita tak korbankan kepada pembangunan yang lain dan juga kita mengekalkan sumber hutan sebagai kawasan tadahan menyebabkan kita tak boleh nak bangunkan kawasan-
kawasan tersebut jadi pulangan kepada negeri amat minima! Jadi, kita harap kerajaan berusaha…(Speaker mencelah)
YB. Sungai Limau ada dua minit lagi nah!
Allahuakbar! Kerajaan berusaha untuk mendapatkan hasil baru ini dengan perbincangan daripada Kerajaan Persekutuan dan juga bincangan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. S Sebelum ini kita pernah mencadangkan supaya kita mengenakan caj kepada air yang daripada Kedah yang digunakan oleh Negeri Pulau Pinang! Kita juga pernah mencadangkan supaya cukai dikutip daripada PLUS, PLUS yang mengutip hasil tol setiap hari tapi negeri tidak mendapat hasil daripada kutipan tersebut walaupun lebuh raya dibina dalam negeri kita. Caj kepada TNB tiang tiang elektrik yang dipasak di atas tanah kita! TNB dapat hasil tapi tidak ada pun satu caj yang dikenakan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk mendapat hasil daripada TNB tersebut! Caj ruang udara bagi setiap billboard yang dipasang serta aktiviti cable car di Langkawi yang melalui ruang dan kawasan berbukit yang juga merupakan milik Kerajaan Negeri. Kami juga pernah membangkitkan tentang kerugian anak-anak syarikat Kerajaan Negeri semasa Pakatan Harapan memerintah dulu yang sepatutnya dia menjana keuntungan kepada pihak kerajaan dan juga dengan GLC yang untung dia dapat buat program kebajikan CSR untuk membantu rakyat! Saya mohon penjelasan pihak kerajaan untuk mengesahkan iaitu anak-anak syarikat yang kerugian ini supaya ia menjadi suatu garis sempadan perbincangan kita pada masa depan janganlah bila ada laporan selepas ini, pihak pembangkang sebut yang inilah Kerajaan Negeri sedangkan apa yang berlaku itu ditanggung daripada pengurusan yang telah lalu.
Jadi, kerajaan boleh untuk menyebut beberapa perkara yang asas supaya menjadi garis sempadan pemerintahan Pakatan Harapan terdahulu dan juga apa yang diusahakan oleh kerajaan hari ini supaya prestasi buruk yang lalu dapat kita perbaiki dan ia menjadi suatu perbandingan pada masa yang akan datang. Kita juga pernah mencadangkan supaya kerajaan mempelbagaikan hasil pertanian dan bantuan kepada rakyat dan contohnya bantuan kursus kewangan kepada peserta-peserta ataupun rakyat yang terlibat dengan pertanian ini! Saya juga mencadangkan supaya diadakan satu aplikasi yang memudahkan pendaftaran kita
daftarkan seluruh peniaga-peniaga di Negeri Kedah, para petani di Negeri Kedah dan bila mereka daftar, apa sahaja maklumat bantuan yang ada mereka hanya rujuk satu aplikasi tersebut! Semua orang boleh tau secara cepat daripada nak tahu melalui media, melalui TV, melalui radio tapi kalau kita dah senaraikan maklumat atau pun ada dalam satu aplikasi semua rujukan itu mempermudahkan rakyat untuk memperolehi bantuan dan sebagainya. Yang Berhormat Speaker…..(YB. Speaker mencelah)
Ingat nak kata Sekian terima kasih!
Tak lengkap no perbahasan ini kalau saya tidak menyentuh tentang pendidikan yang Kedah ini merupakan imej ilmu ini sinonim dengan Negeri Kedah bahkan kita ada banyak pondok-pondok, kita juga ada banyak institusi-institusi pendidikan, Sekolah Agama Rakyat yang kemuncaknya di Kedah juga kita ada UNISHAM di peringkat tinggi. Jadi, kita mengharapkan Kerajaan Negeri mengadakan satu pelan supaya institusi pondok, sekolah-sekolah Agama Rakyat yang sebelum daripada ini mereka ini kita sebut ruang untuk sambung kepada peringkat yang lebih tinggi dapat kita selaraskan di peringkat negeri. Alhamdulillah ramai tok-tok guru di Negeri Kedah masih lagi ada dan kita harap untuk Tok Guru ini dimanfaatkan supaya ilmu mereka ini bukan hanya dimanfaatkan untuk anak-anak pondok tapi juga dimanfaatkan oleh seluruh Negeri Kedah. Mungkin boleh disiarkan ucapan-ucapan, pengajian-pengajian mereka secara langsung samada di radio ataupun media-media yang lain. Semoga ia dapat kita selaraskan di peringkat negeri.
Akhirnya, ucapan saya rakamkan ucapan tahniah dan terima kasih juga atas berlapang dada dan berbesar hatinya YAB. Menteri Besar dan juga barisan Exco apabila diumumkan bantuan 2000 pengurusan kepada pihak pembangkang yang kami sebelum ni pun tak dapat tapi diumumkan oleh Menteri Besar, bantuan pengurusan bulanan 2000 kepada pihak pembangkand dan juga bantuan projek kecil 70,000 yang juga dilaksanakan sebelum daripada ini dan kita harap ia bukan sahaja dapat kita menggunakan peruntukan yang ada bagi membantu rakyat tapi juga untuk mengendurkan suasana panas yang berlaku dalam dewan walaupun aircond yang amat sejuk ini.
Jadi, Yang Berhormat Speaker, saya rasa setakat itu sebab YB. Speaker pun sebut hanya tinggal 2 minit dan saya yakin lebih daripada 2 minit dan moga-moga perbahasan waktu covid yang kita adakan secara singkat ini Insya-Allah selepas daripada ini kita boleh panjangkan lagi. Sekian, kita boleh menerima usul menjunjung kasih ucapan KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Sungai Limau. Sekarang saya menjemput YB. Gurun. 15 minit!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Tuan Speaker. saya nak mula dengan ucap terima kasih kepada YB.Tuan Speaker kerana telah memberi peluang dan saya juga ingin menjunjung kasih di atas Titah Tuanku yang berlaku pada 16 April 2020 yang lalu.
Saya nak mulakan dengan mengambil apa yang telah pun dikatakan oleh Ketua Pembangkang tadi, bagaimana pengambilan kerajaan di separuh penggal ini akan membawa bencana kepada kerajaan bukan sahaja Kerajaan Negeri tetapi juga kalau berlaku di federal, begitu juga berlaku sebab itu di peringkat parlimen, IPU Parlimen Malaysia telah menubuhkan satu Kaukus yang dipengerusikan oleh Padang Rengas, Yang Berhormat Datuk Nazri Aziz yang saya menyertai kaukus itu termasuk dengan semua wakil-wakil parti berada, kita bincang untuk negara bukan untuk kita, untuk Negara! Untuk masa depan, rakyat negara ini termasuk Kedah dan negeri-negeru lain bagaimana kita melihat akan hancurnya negara kita kalau ini berlaku berterusan.
Sebagai contoh YB. Tuan Speaker, bayangkanlah kalau saya seorang seperti George Soros, yang ada ribuan billion dan saya boleh beli negeri kita! Saya boleh beli seorang wakil rakyat dengan mungkin RM20 hingga RM25 juta untuk lompat parti dan akhirnya seperti yang disebut oleh kawan-kawan oleh kerana majoriti sokong seseorang itu maka tertubuhlah kerajaan! Ini tak teruk kalau di Kedah bayangkan kalau apa yang berlaku di pusat ‘billionaire’ masuk dan kita tahu ‘billionaire’ di dunia ada dua sahaja iaitu di Amerika dan China, peperangan berlaku sekarang ini, ‘trade war’ dan ada orang daripada Amerika dan China yang datang bawa billion-billion, dia boleh set sebab itu di parlimen, hanya ada dua orang sahaja majoriti, dua orang
lompat habis jatuh kerajaan! Esok belah sini pula ada, tiga orang lompat jatuh pula kerajaan, bila kita nak stable? Sebab itu Kaukus ini akan membincangkan bagaimana kita harus ada satu undang-undang untuk menyekat orang-orang yang dipilih oleh rakyat melalui parti dia tidak ‘cross over’ dan jatuh kerajaan! Kita akan bacakan diantaranya ialah parti-parti sahaja yang bertanding dalam pilihanraya akan datang.
Parti list maknanya kawasan Sungai Petani saja tidak ditandingi oleh individu tetapi parti ini bertanding dengan 4,5 parti yang lain dan sudah tentu akan ada tiga empat orang yang senaraikan sebagai wakil parti ini contohnya Johari Abdul mewakili parti A di bawah Johari Abdul ada Ahmad di bawah Ahmad ada Kassim contoh Johari Abdul Ahmad dan Kassim maknanya kalau Johari Abdul ‘cross’ pun parti tak jatuh orang yang kedua naik, orang yang kedua ‘cross’ orang yang ketiga naik akhirnya akhirnya kerajaan tak jatuh sebab itu pelabur-pelabur datang, dia nak tengok kita bukan dia tengok wajah kita, dia nak tengok stabil atau tidak kerajaan itu! Sebab kalau bayangkan seorang itu bawa berbilion-bilion untuk dilaburkan di Negara kita, dia sangka parti inilah yang akan membawa wadah ‘development’ yang lebih kondusif, lebih ‘reasonable’ daripada segi ‘tax structure’ dan sebagainya! Tiba-tiba ada orang yang beli wakil-wakil rakyat dan akhirnya lompat dan tubuh satu kerajaan yang pemikirannya yang ‘tax struture’ berbeza yang pemikiran tidak ‘finding’ mungkin naturalize dia punya industri dan ini benda besar seabb itu saya yakin Insya-Allah kita akan perkenalkan perjumpaan-perjumpaan kita, kita beri masa dalam 4 hingga bersetuju maknanya jika dia tidak bersetuju dengan pandangan kita ini maka parti itu mempunyai pemikiran untuk rampas perjalanan kerajaan di separuh jalan! Jadi saya yakin Insya-Allah apabila kita bentangkan di parlimen, saya harap juga Dewan yang mulia ini akan mempertimbangkan supaya tidak berlakunya bukan untuk kita hari ini tetapi untuk generasi-generasi akan datang supaya negeri kita selamat!
YB. Tuan Speaker, Tuanku juga telah menyebut beberapa perkera tetapi saya nak masuk juga isu covid 19, pandemik yang luar biasa, bagaimana dunia telah berubah sebaik sahaja isu covid 19 berlaku bagaimana sistem dunia berubah tiba-tiba dalam masa 7, 8 bulan ini bagaimana ‘whole world’, norma-norma yang lama tidak lagi ‘aplicable’ tetapi telah berlakunya norma-norma baru yang luar biasa sebab itu saya melihat di samping kita dah bincang panjang bagaimana ianya telah melanda bukan saja negeri kita tapi seluruh dunia! Apakah masalah-masalah kita lalui itu semua kita nak bincang tapi yang saya nak tekan di sini dan juga nak minta kerajaan respon di ‘aftermath’ maknanya selepas habis yang berlaku ni apa yang akan berlaku pada negeri kita sebab itu Tuan Speaker, sementara ini sedang berlaku kita harus
melihat apa yang harus kita lakukan untuk menyelamatkan negeri kita. Kalau di parlimen semalam, hari ini dan esok kita sedang bincangkan pakej bagaimana untuk membantu rakyat Malaysia dengan memperkenalkan 45 billion untuk membantu rangsangkan balik ekonomi agar supaya ekonomi tidak lumpuh walaupun kita tak bersetuju di peringkat pembangkang 45, kita minta 90, kita kena double sebab 45 itu amat kecil kalau dibandingkan bagaimana Negara-negara lain seperti Singapura, Indonesia, Filipina yang meletakkan kedudukan mereka ini lebih baik daripada yang yang kita letak sebab itu kita minta lebih dan kita bincang semalam, hari ini saya ingat akan dibuat undian untuk itu!
Baik, yang saya nak sebut di sini Tuan Speaker ialah harus ada keberanian kerajaan membantu rakyat di bawah dengan memastikan apa juga norma-norma dahulu kita batalkan atau kendurkan sebagai contohnya saya nak bagi kalau dahulu ada anak muda nak meniaga di PBTt dia punya kerenah ni tuhan sajalah mengetahui, nak meniaga kat tempat saya di Gurun, nak meniaga goreng pisang di depan satu tempat tak sampai 7 hari, majlis datang ambil pisang dia, ambil minyak dia, ambil semua dan akhirnya orang miskin yang di Gurun ini yang nak bela anak bini dia, modal RM350 bukan sahaja pisang dia diangkut, semua diangkut norma ini kena tukar ‘because’ rakyat susah sekarang! Sebab tu saya minta kerjaan yang ada menasihati Exco yang ada, menasihati pegawai-pegawai kerajaan yang ada supaya bersimpati dengan rakyat! Ya…betul kita ada undang-undang, betul kita ada SOP tetapi itu SOP yang dipakai dalam keadaan normal tapi sekarang bukan dalam keadaan normal sebab itu saya minta, saya minta sungguh-sungguh supaya kendurkan malah PBT-PBT harus mencari jalan bagaimana untuk menolong mereka ini? Betul! Sesaklah, Jam lah, kotorlah, baik soalnya orang nak makan tak ada duit sekarang! Kamu nak kira kotor sesak, ataupun rakyat kelaparan? Harus ada! Nanti sat! Saya tengah deras ni! Sat! Sat! Sebab itu saya mintalah supaya PBT-PBT melihat balik SOP ini dengan niat supaya membantu rakyat dibawah khususnya anak muda!
Yang keduanya, mereka-mereka yang keluar dari university, sekolah sekarang beribu yang balik dua tiga hari yang lepas, ada sekumpulan anak-anak muda dari Indonesia balik jumpa saya, “Dato’ kami nak meniaga tapi PBT tanya macam-macam, kami tak ada dui, tak ada itu, tak ada ini! Susah! Jadi, saya minta supaya harus ada cara baru untuk membantu mereka! Ya..silakan Sungai Limau! (YB. Sungai Limau minta laluan)
Terima kasih YB. Gurun! Rungutan yang disebut oleh Gurun itu saya rasa kami pun dah bangkit dah dulu tentang nak memudahkan orang meniaga! Jadi, sepanjang perjalanan walaupun tempoh covid ini, kita nampak perjalanan rakyat boleh meniaga tu okey bila kerajaan dah umumkan beberapa PKP, PKPP dan sebagainya cuma yang Gurun sebut itu mungkin yang kerajaan dulu kut!
Saya tak mau main politik di sini! Saya nak cakap benda yang betul! Tak payah politiklah, politik kita main kat luar! Ini adalah realiti! Kerajaan baru, kerajaan lama, kenapa tak buat itu tak payah lah, ‘that’s something to me a bit small’, terlalu kecil untuk kita bincang dalam Dewan. Kita bincang benda yang besar!
Baik, isu yang kedua ……(YB. Kota Siputeh minta laluan)
Yang Berhormat Gurun, boleh saya sambung sikit?
Ya..silakan!
Saya nak bangkitkan isu tentang nelayan ya! Nelayan di Kuala Sanglang! Kuala Sanglang, Kedah tidak terlibat dengan TEMCO tapi apa kerajaan buat sekarang? YB. Gurun, setuju atau tidak, kerajaan kena bantu nelayan contohnya nelayan di Kuala Sanglang, mereka menghadapi masalah, peraih, pemborong tak mai beli sedangkan kawasan itu bukan kawasan TEMCO!
Ok, saya harap sat lagi kerajaan tolong jawab lah! Saya pun tak dak jawapan!
Sedikit laluan YB. Gurun! Adakah Gurun bersetuju dalam usaha untuk kita menolong rakyat, kita kena ada satu mindset baru, mindset baru ini bermula daripada ahli-ahli politik yang membuat dasar, turun kepada pegawai kerajaan yang melaksanakan itu mindset untuk memastikan bahawa kehidupan rakyat dalam norma baru ini dapat dipastikan dapat hidup dan dapat lebih baik daripada apa yang ada sekarang!
saya setuju dengan dua-dua sahabat saya bahawa kita harus ada mindset baru macam soalan selalu American atau Europian akan tanya, dia jumpa kita “Sir, what can i do for you”? Kalau kita sebagai pegawai kerajaan, kita ada pelanggan soalan pertama orang bertanya “what can i do for you”? Itulah harus ada pemikiran baru sekarang? Apa yang boleh saya bantu anda? Dalam keadaan sekarang ini bagaimana saya boleh bantu anda? Kalau harus ada abc caranya boleh tak kita keluarkan ‘mainover’ supaya isu-isu yang kita rasa boleh tolong, tolong dia dimana tolong itu menjadi keutamaan kepada ini tak boleh lah! Itu tak boleh lah! Dia cari alasan tak boleh daripada boleh. Jadi, saya minta sangat, saya tahu kawan-kawan saya yang menjadi kerajaan sekarang ini, sudah lama menjadi pembangkang dan merasai apa yang telah dilalui! Saya pun tak nak kata kami hebat sangat dulu pun, ada masalah-masalah kita tetapi Janganlah kita…..(YB. Bandar Baharu minta laluan)
Minta laluan! Minta laluan!
YB. Gurun, ada celahan daripada Bandar Baharu!
Ya..silakan!
YB. Speaker, terima kasih YB. Gurun! YB. Gurun tahu tak bahawa semasa PKP ini, PBT tlah mengeluarkan arahan tadbir urus yang mana mengeluarkan permit kepada ‘runner-runner’ (dengan izin) iaitu permit menghantar makanan untuk membantu penjaja-penjaja dan juga membuka pasar malam-pasar malam mengikut SOP yang telah dipersetujui!
Ya..saya sedar sebab saya tahu apa yang sedang berlaku. Yang saya nak sebut di sini ialah kita permudahkan! Isunya ialah permudahkan sebab tu saya kata kita ada kawasan-kawasan PBT yang banyak yang PBT sendiri harus mencari jalan bagaimana membantu mereka tanpa dipinta! PBT mungkin mempunyai kawasan-kawasan yang luas yang tidak digunakan sekarang inilah waktunya untuk PBT buka untuk menjemput mereka semua meniaga dan meniaga dengan memberikan segala bentuk bantuan supaya tidak menyusahkan! Harus ingat dengan keadaannya sekarang ni Tuan Speaker, ada orang bunuh diri dah jadi oleh kerana itu kita kena anggap Mawar Tak Mungkin kau ni bunuh diri dah! Jadi, oleh kerana itu kita kena anggap bahawa tak mungkin kawan ini bunuh diri kalau sekiranya tak sampai level yang cukup susah. Jadi, kita tahu, kita ada kuasa, kita ada kedudukan! Yang saya nak sebut ni hendaklah membantu mereka!
Isu yang kedua saya nak bangunkan ialah tentang bagaimana kita bernasib baik duduk di Kedah ni sebab kita ialah negeri pertanian! Tiba-tiba dengan pandemik ini, negeri pertanianlah yang paling bernasib baik, tiba-tiba sebab kita ada makanan! Bayangkanlah kalau kita bukan negeri pertanian bayangkanlah apa yang akan berlaku sebab itu saya mencadangkan kepada kerajaan untuk memberikan enhancement untuk melonjakkan kedudukan kita bukan sahaja sebagai negeri pertanian tetapi negeri pertanian yang hebat sebagai contoh kalau kita boleh bagi contoh Taiwan sebagai negara yang paling, Taiwan besar Pahang sahaja! Bukan besar pun tetapi setiap inci tanah, tanah di Taiwan tu digunakan! Saya nak sebut ini, Guar Chempedak senyum! Pasal apa saya kata sebab Guar Chepedak biasa jadi ‘Embassador’ di Taiwan sebab itu dia tahu bagaimana setiap inci tanah di Taiwan untuk digunakan untuk pertanian dan kita mempunyai tanah yang luas tapi kadang-kadang tadbir urus kita tentang tanah ini.
Saya bagi contoh di kawasan saya di Gurun, hutan berdehau tanah ‘federal’ bila PPK nak minta tanam jagung, kerajaan federal kata kena bayar sekian-sekian! Hutan berdehau dah berpuluh tahun dah tak buat apa tapi bila mai rakyat nak tanam bukan tanam tanaman ini, nak tanam tanaman kontan seperti jagung dan biasalah, depa hantar surat minta bayar dari jumlah yang luar biasa jumlahnya! Ini masalah yang kita ada sebab tu saya rasa harus ada pemikiran baru di mana harus kita perkemaskan kedudu kan kita sebagai jelapang padi tetapi juga tanah-tanah kita yang ada harus kita gunakan untuk kedudukan kita sebagai negeri pertanian. Akhirnya, yang menyelamatkan manusia dengan pandemic covid 19 ini ialah makanan jadi sebab itu negara-negara yang menghasilkan makanan akan duduk dalam keadaan yang lebih baik daripada negara-negara industri.
YB. Gurun, ada dua minit lagi!
Baik, akhir sekali ialah alam sekitar! Pokok nak tumbuh berpuluh tahun tetapi kita nak tebang 20 minit! Kita tebang pokok, kita hancurkan alam sekitar, kita nak bangunkan balik alam sekitar ini suatu yang luar biasa la sebab itu bila saya baca ‘statement ‘yang dikeluarkan oleh Presiden Donald Trump yang dia keluar daripada Perjanjian Paris di dalam alam sekitar ini, saya rasa manusia yang sepatutnya ‘educated’ inilah yang akan menjaga alam sekitar tetapi dia boleh keluar daripada ‘Paris Agreement’ maknanya bagi dia alam sekitar tidak penting tetapi kita tak mahu jadi orang seperti ini.
Sebab itu saya mencadangkan Tuanku sebut dalam hal alam sekitar ini dibuka 6 bagaimana kita harus ‘sustained’ bukan saja ‘sustained’ tapi ‘enhanced’ jaga alam sekitar dengan baik termasuklah bukan saya tidak menebang pokok-pokok tapi memperbanyakkan pokok-pokok yang ditanam, menjaga sungai-sungai kita, menjaga hasil mahsul kita kerana ini adalah amanah yang mesti kita berikan kita ‘pass the baton’ kepada generasi akan datang. Saya mintalah supaya hasil-hasil kerajaan ini haruslah di fikir jauh daripada pemikiran untuk merosakkan alam sekitar sebab once rosakkan alam sekitar ini untuk kembalikan seperti sediakala ianya akan memakan masa yang cukup panjang! Dengan itu, saya menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Tuanku dan saya menyokong! Terima kasih! Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Gurun! Sekarang saya persilakan YB. Bandar Baharu!
Bismillahiirahmanirahim! Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera YB. Speaker, YAB. Jeneri, sahabat-sahabat Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pegawai Tadbir Negeri dan Persekutuan serta Sidang Dewan yang saya hormati sekalian.
Alhamdulillah terima kasih kerana saya dapat mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah!
Titah Ucapan Semasa Kerajaan Pakatan Harapan, Bahas Usul Kerajaan Perikatan Nasional Pula, Kedah Sejahtera Nikmat Kemuafakatan, Kedah Terus Maju Rakyat Pasti Terbela.
Insya-Allah! Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Jeneri, semua barisan-barisan Exco dan sahabat-sahabat Yang Berhormat sekalian dalam kejayaan kita membentuk satu Kerajaan Baru, Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua! Tahniah juga kepada Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga Timbalan Speaker serta Yang Berhormat Senator yang telah dilantik tadi!
Dalam titah ucapan Tuanku Sultan kita tengok banyak yang diceritakan berkenaan dengan kekalutan dan juga ancaman Covid 19. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua ;frontliners’ yang telah bersama-sama mengurus pandemik covid 19 di Negeri Kedah ini dan kita juga terdedah kepada satu norma yang baru seperti kita hari ini kita terpaksa memakai ‘mask’ muka, kalau YB. Salim kata dia takkan jadi masmuki sebab memang mask muka guna untuk tutup muka. Jadi hampir 167 hari kita dalam masa PKP ini yang akan berlanjutan sehingga 31 Ogos dan kita tak tahu lagi lepas ni macam mana pengumumannya dan banyak jugalah dalam kehijauan Kedah, kita ni agak terencat dalam zon
hijau, terencat dengan mutasi-mutasi yang baru dan semoga ini akan dijauhkan lagilah daripada Kedah dan contacts bila kita diserang wabak ini patutnya kita terancam tetapi ada peluang-peluang yang kita boleh ambil daripada pandemik covid 19 ini contohnya dalam kemakmuran dan juga kaedah penghebatan ekonomi digital dan dalam Wawasan kemakmuran bersama juga Kedah nampaknya banak tertinggal bila diumumkan pada tahun 2019 kepada kerajaan yang dulu berkenaan dengan penggunaan ekonomi digital ini! Kita tahu ekonomi digital ini memang dalam masa PKP kita duk cakap kalau kita, contoh saya bagi dekat Bandar Baharu tu Pak Long Saidin, dia nak order apa makan tengah hari, dia tua dah dua dua orang, tapi tak boleh, dia takut nak pergi market dia order COD saja! Ini adalah antara ekonomi digital yang telah diwujudkan dan telah orang kata hebat diguna semasa pandemik covid 19 ini dan juga Mak Long Maria dulu dia berniaga di gerai Majlis Daerah Bandar Baharu lepas itu bila tak boleh buka kedai masa PKP ni dia jadi ‘runner’sampai KFC pun dia tolong tapau dia pi hantar dekat kampong-kampung! Ini ada salah satu penggunaan, dia guna Facebook ekonomi digital ini, dia guna WhatsApp dan dia guna banyak-banyak cara iaitu Instagram untuk mendapatkan pendapatan semasa pandemic ovid 19! Ini baru di Bandar Baharu, waima di Kuah pun sampailah keseluruhan apa Jeneri, Sik, Kuala Nerang dan sebagainya, kita guna ekonomi digital ini dan kita tengok dalam Wawasan Kemakmuran Bersama yang telah dibuat pada 2019 kerajaan dahulu, banyak yang Kedah tertinggal dalam K-Economic Growth Activities, K-GA ini, kita hanya di ‘zoom’ kan sebagai ekonomi sempadan dan logistic, ekonomi pelancongan, tak ada langsung kita dalam ekonomi digital ini dan nampaknya peluang ini telah dilepaskan oleh kerajaan yang terdahulu, yang mana pertanian nilai tinggi pun kita tak dapat dibahagi kepada negeri lain! Tenaga Bio baru pun diberi kepada Perlis, Hub Industri 4.0 pun diberi kepada negeri-negeri lain dan ini perlu diambil balik oleh Kerajaan Negeri yang sekarang ini untuk Kedah lebih hebat dalam ekonomi digital dan tak lupa juga untuk kita perhebatkan dalam infrastruktur-infrastruktur ICT yang mana kita tahu kita tak boleh lagi ketinggalan.
Dalam makmal infrastruktur digital negara contohnya jangan bagi kita tertinggal lagi Kedah ini yang mana kita tak akan dapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dalam kita menaiktaraf dan memperhebatkan infrastruktur ICT untuk kita menjayakan ekonomi digital ini. Kita juga tengok dalam Titah Tuanku Sultan mengatakan bahawa ekonomi digital daripada ‘bottom up’ maksudnya daripada bawah! Kalau kata Maksu Rina yang jual pasembur, jual mi goreng di tepi jalan tu dia sebenarnya apa peranan dan apa yang dia boleh dapat daripada ekonomi digital ini? Jadi, bottom-up daripada bawah, daripada rakyat, kita tengok setiap daerah perlulah menyatakan apakah kehendak dan keperluan untuk kita sama-sama bantu dalam ekonomi digital ini. Dan saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada
bahagian ICT Negeri kerana telah menaiktaraf Kedah Net kita! Setiap daerah, setiap Pejabat Daerah telah diberi dedicated (dengan izin) dedicated jalur lebar sebanyak 20 bandwith dan juga dedicated kepada Wisma! (YB. Pengkalan Kundor minta laluan)
YB. Bandar Baharu, minta laluan!
YB. Bandar Baharu, Pengkalan Kundor bangun!
Ya..silakan Pengkalan Kundor!
Minta sedikit pandangan daripada Bandar Baharu, saya sangat bersetuju dengan pandangan Bandar Baharu bahawa berkembangnya ekonomi digital sekarang ini kesan daripada covid, maknanya ini adalah salah satu daripada norma baru tapi akhirnya rakyat yang menggunakan produk ekonomi digital ini, kos yang terpaksa ditanggung contoh kalau dia makan kat kedai mungkin RM4, tapi dia beli dengan menggunakan ‘runner’ tadi dia akan naik RM6 ataupun seumpamanya! Jadi, bagaimana pandangan Bandar Baharu untuk mengatasi perkara-perkara yang saya sebutkan ini.
Terima kasih YB. Pengkalan Kundor, saya ingat nanti boleh kerajaan sambung untuk menjawab itu dan saya nak sambung perbahasan saya berkenaan dengan ekonomi digital lagi iaitu kita tahu akan mai lagi satu iaitu GIG Ekonomi. GIG Ekonomi ini akan mewujudkan giga-giga ini (dengan izin) yang mana satu trend pendigitalan kerja menerusi kegiatan ‘sharing economy’ ini (dengan izin) melalui platform contohnya grab food panda dan sebagainya. Jadi, adakah kita bersedia di dalam Negeri Kedah ini untuk kita sama-sama menjayakan ekonomi
digital dan kita pun tengok banyak GIG Ekonomi yang bercirikan kontrak jangka pendek yang mana kita tahu banyak yang hilang pekerjaan semasa PKP, yang mana perlu membuat satu evolusi dalam cara hidup depa, cara nak pergi beli barang, kena takut nak pergi market, kena pergi guna runner dan sampai laki sendiri pun kita nak bagi senarai barang pun bila kata umum, umum saja ketua isi rumah saja yang boleh keluar pergi beli barang ampai kita suruh beli sabun basuh pun jadi bawa balik sabun lantai! YB. Speaker, jadi ini kita perlu evolusi yang mana akan ada satu GIG Economy ini yang mana orang dah tak boleh kerja, yang itu tadi suami sayalah yang saya cerita tadi tu, YB. Sungai Tiang kan! Jadi, dia akan ada satu GIG Economy yang mana kita kerja secara bebas dan individu! Maksudnya dah kena buang, dah tak ada pekerjaan! Jadi, kita masuk dalam GIG Economy. Jadi, kita kena tengok kerajaan untuk bersama-sama dalam kita memperhebatkan ekonomi digital untuk ekonomi Kedah ini.
Yang keduanya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan pelaburan yang mana kita tahu memang ada perencatan pelaburanlah di dalam Negeri Kedah ini yang mana daripada bulan 3, kita tengok tak ada lagi diumumkan, berapa pelaburan di Kedah tetapi saya difahamkan pada kuota, pada suku pertama pelaburan Kedah telah mencapai RM1.5 billion di Kedah dan harap akan ada lagi semasa pandemic covid 19 ini, tindakan-tindakan Pelan Tindakan Ekonomi dan insentif tambahan kepada pelabur-pelabur yang nak mai ini! Contohnya, kalau kita bolehlah bincang Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan, kalau kita tahu ada plan jana semula ekonomi Negara, penjana kan apalah salahnya kalau kita Kedah ni mohon kepada Kerajaan Persekutuan ini, satu rangsangan pakej ekonomi untuk pelabur saja tapi industr-industri yang khas ini maksudnya kita ada Kulim Hi-Tech Park, kita mempunyai penggiat-penggiat industri yang khas dan bila pelabur-pelabur ni nak mai bukan saja depa takut, kalau tak stabil kerajaan, tadi ramai Pengkalan Kundor pun kata, Alor Mengkudu pun kata, YB. Jitra pun kata, kerajaan tak stabil ‘moral of the story’ kerajaan tak stabil ni YB. Speaker (dengan izin) baiklah kita jadi orang yang setia dalam parti! UMNO kami tinggal dua ketul saja, Sungai Tiang dan Bandar Baharu, jadi setia lama-lama tengok jadi kerajaan balik kan! Setia!
Jadi, pelaburan ni saya nak cadangkan supaya mungkin Kerajaan Negeri Kedah boleh berbincang mencadangkan satu perangsang nama maksud mungkin satu pakej rangsangan pelaburan khas daripada Kedah boleh diguna pakai pada negeri-negeri lain, kita panggil kat situ perangsang ke apa ka, supaya dalam 4 line, pelabur-pelabur ni yang invest Kedah, yang Kulim Technology Park Corporation duk usaha ni jadi bila kita boleh umumkan sambutan pakej perangsang ini, kita bolehlah menggiatkan dan merancakkan kedatangan pelabur kita!
Contohnya KXP ni Kulim International Airport yang mana kita memang nak sangat KXP ni sebab kita tahu kat KXP ni dia akan memperkasakan sosio-ekonomi rakyat Negeri Kedah dan juga seluruh Wilayah Utara ni!
YB. Bandar Baharu, ada 3 minit lagi!
Baik! Terima kasih YB. Tuan Speaker! Kita tahu juga baru-baru ni dalam Majlis Fizikal Negara MPSN yang mana kita tahu KXP tak dapat dibentangkan tetapi kita dah tahu juga bahawa pembangunan HUB SLAM ataupun Hub Sidam Logistics Aerospace And Manufacturing ini dah lulus RM300 juta Kerajaan Persekutuan bagi untuk SLAM dan kita tahu juga dah dapat RM1.7 billion yang telah diumumkan oleh Menteri melalui NCIA ‘Northern Corridor Highway’ ni pun dah dapat! Macam mana komponen-komponen yang kecil ini, kalau disepadukan menjadi satu komponen yang besar, KXP tak dibentangkan iaitu kita telah mencadangkan satu, orang kata punca ekonomi, punca kegiatan pelaburan yang hebat di Negeri Kedah yang akan menukar paksi ekonomi dalaman Kedah dan seluruh Wilayah Utara ini iaitu Kedah Aerotropolis kalau orang Bandar Baharu sebut Bandar Metro Udara! Kalau orang Jeneri dia sebut Bandar Kapal Terbang dengan cara mudahlah, nak faham Kedah Aerotropolis tu.
Jadi, kita memohon supaya Kedah Aerotropolis ini terus disokong oleh semua kerajaan atau pembangkang, kita tahu kita dah usaha ini daripada zaman YB. Jitra pun, sama-sama sepadu ingin meneruskan Kedah Aerotropolis ini dan kita berharap ‘pilot’ kita ini YAB. Jeneri sebagai pilot kita yang baru ini akan terus ‘preseverance’ dan ‘persistent’ (dengan izin) iaitu lebih gigih, lebih cekal, lebih konsisten dan fokus untuk kita betul-betul’ take off’ (dengan izin) dan ‘landing’ di landasan KXP yang betul dan juga selamat nanti!
Jadi, saya juga ingin memohon dan menyatakan di sini bahawa dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 juga telah menyatakan di situ bahawa berkenaan dengan Aeroangkasa Industry dipersetujui dan ditulis secara sah berkenaan dengan Kedah akan mengunggului industri aeroangkasa ini, jadi tidaklah boleh diperkotak-katikkan atau dipersoalkan bahawa kita akan terus dapat dan jayakan Kedah Aerotropolis ini kerana ianya akan menjadi satu ‘catalyst’ atau satu ‘game changer’ (dengan izin) menjadi pemangkin kepada prospek ekonomi Negeri
Kedah ini dan sinerginya haruslah kita bersama-sama dan saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Jeneri yang betul-betul telah orang kata mencapai sepakat bersama dengan pihak Kementerian Pengangkutan, baru-baru ini yang telah bersetuju dengan cadangan kita bahawa satu ‘task force’ khas dibuat antara KXP dan juga Kerajaan Negeri dengan MOT supaya kita betul-betul bersedia dan mendapat kejayaan dalam MPSN yang akan datang.
Jadi, YB. Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat kata pantun lama :
Negeri Kedah Negeri Bertuah, Aman Sejahtera Untuk Semua, Bangun Bersama Cabaran Diredah, Rukun Harmoni Rakyat Bahagia.
Sekian, sahaja perbahasan ucapan menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Wabillahitaufik Walhidayah Assalamualaikum Wabarakatuh. Terima kasih.
Terima kasih YB. Bandar Baharu! YB. Bandar Baharu mengambil masa 18 minit dalam ucapan beliau. Tahniah diucapkan kerana mematuhi masa yang ditetapkan! Seterusnya saya persilakan YB. Jitra!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. YB. Tuan Timbalan Speaker, Jitra juga turut membahaskan Usul Menjunjung Kasih terhadap Titah yang telah disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sewaktu pembukaan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke-14 pada 16 April 2020 yang lepas.
Permulaannya ialah mengenai Covid. Sepertimana yang kita semua sedia maklum rakyat sangat merana dengan kekangan-kekangan yang terpaksa mereka tanggung kerana ekonomi yang tidak bertumbuh dan sumber pendapatan yang agak terjejas. Ini menjadi norma-norma
baru yang sangat mencabar namun ada juga peluang-peluang yang boleh diambil kesempatan.
Antara lain, saya lihat bahawa ada bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri khususnya untuk industri kecil dan sederhana. Persoalannya ialah ada berapa banyak ataupun berapa ramai Usahawan-Usahawan IKS yang telah mendapat manfaat daripada bantuan-bantuan ini? Adakah ianya semua sampai kepada sasaran kerana masih ramai lagi yang saya dengar tidak mendapat manfaat daripada bantuan yang telah diumumkan walaupun mereka rasakan bahawa mereka layak untuk menerima. Saya fikir ini perlu diberi perhatian kerana kita tahu bahawa IKS memainkan peranan yang sangat penting untuk pertumbuhan ekonomi suatu negara termasuklah Negeri Kedah ini dan sekiranya sumber pendapatan mereka terjejas, maka terjejas jugalah ekonomi negeri.
Yang keduanya ialah soal kewangan. Sepertimana yang kita semua sedia ingat di Sidang Dewan yang lepas, ketika saya duduk di sebelah sana, ada beberapa Adun-Adun Pembangkang ketika itu yang telah mencadangkan kepada saya, selaku Menteri Besar untuk memujuk Perdana Menteri iaitu ayahanda saya sendiri memberi duit kepada Kedah.
Setelah saya kemukakan permintaan secara rasmi kepada Perdana Menteri ketika itu Alhamdulillah, Tun Mahathir bersama dengan Menteri Kewangan YB. Lim Guan Eng telah meluluskan RM200 juta untuk Kedah, tarikhnya saya ingat di minggu terakhir tahun 2019 iaitu pada bulan 12, ianya merupakan satu geran ‘one off’. Jadi, yang ingin saya tanya ialah bagaimana wang RM200 juta telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri? Saya harap tidaklah untuk membeli Mercedes Benz untuk Exco dan sebagainya sepertimana yang berlaku di Kelantan. Kalau dah ada wang sebanyak itu, apa perlunya dicadangkan supaya aktiviti pembalakan dimulakan semula? Kerana ini menimbulkan rasa bimbang di atas pernyataan yang telah di buat oleh YAB. Jeneri sendiri mengenai kononnya ada pampasan ataupun ganti rugi yang seharusnya dibayar kepada pemegang-pemegang konsesi balak di Kedah ini, yang awal-awal ni ada yang berjumlah saya tak ingat mula-mula tu disebut RM600 juta, kemudian naik menjadi RM1 bilion, kemudian ada pula kenyataan RM1.5 billion. Ini satu perkara yang sangat membingungkan kerana seingat saya, pada 2 minggu terakhir saya memegang jawatan Menteri Besar, saya telah mempengerusikan 3 mesyuarat iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hasil Negeri di mana kita telah selesaikan semua isu-isu yang berbangkit berkait dengan soal penangguhan ataupun pembatalan konsesi-konsesi pembalakan khususnya di Ulu muda.
Daripada tindakan yang telah kami ambil itu jelas bahawa tidak ada lagi sebab kenapa syarikat-syarikat konsesi ni boleh membuat sebarang tuntutan kepada Kerajaan Negeri. Apabila kenyataan telah dikeluarkan oleh YAB. Jeneri, ini menimbulkan rasa cemas dan ianya satu berita yang begitu mengejutkan kerana tidak pernah dalam tempoh 25 bulan Kerajaan PH menerajui Negeri Kedah ini, masalah pampasan itu boleh mencecah sampai angka-angka yang begitu menakjubkan iaitu RM1.5 billion.
Seterusnya, saya nak bangkitkan mengenai projek-projek pembangunan sebentar tadi, YB. Bandar Baharu pun ada sentuh, projek-projek yang telah pun diisytiharkan….. (YB. Bakar Arang mencelah)
Minta laluan! Nak sentuh sedikit berkenaan dengan Covid!
Ya..silakan!
Terima kasih YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Jitra kerana bagi laluan untuk pencelahan! Saya nak tanya Jitra berkenaan pandangan tentang apakah keberkesanan arahan Kerajaan Negeri tentang arahan PBT yang dikeluarkan untuk sekatan waktu perniagaan baru-baru ini bila ada gelombang kedua selepas Sivagangga, ada kluster Tawar, Muda dan sebagainya dan memberi arahan sekatan perniagaan di mana pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam di mukim-mukim yang terjejas sahaja dan juga tidak boleh makan di tempat itu sebab bila kita nampak walaupun ada sekatan waktu perniagaan tetapi penduduk masih boleh ‘cross’ sempadan daerah tanpa sekat sebab PKP dahulu ialah seluruh negara, PKP semua orang tak boleh keluar, semua orang tak payah pergi kerja dan ‘stay at home’ saja tapi sekarang sudah PKPP semua orang perlu pergi kerja, perlu pergi sekolah tetapi sekarang ada
sekatan waktu perniagaan itu, walaupun sekat di mukim itu tetapi penduduk boleh sahaja pergi ke mukim bersebelahan sahaja!
YB. Bakar Arang, Soalan! Soalan!
Ya..soalan saya ialah adakah ini berkesan dan keduanya ialah ianya terjejas pendapatan peniaga khususnya peniaga makanan dimana mereka hanya boleh berniaga sampai pukul 8.00 malam sahaja dan menyebabkan ramai penduduk pergi ke sebelah sempadan untuk membeli dan menyebabkan kesesakan lagi. Adakah ini berkesan untuk memutuskan rantaian penularan covid ataupun dengan cara begini ia mungkin menyebabkan kesesakan lagi di tempat lain dan menyebabkan penularan di mukim-mukim yang lain lah! Ini soalan saya, terima kasih!
Minta laluan sikit YB. Speaker!
Ya..boleh!
YB. Jitra ada menyebut isu tuntutan pampasan syarikat-syarikat balak yang jumlahnya billion. Jadi, adakah pandangan YB. Jitra apabila isu ini diutarakan oleh YAB. Menteri Besar. Apakah pandangan YB. Jitra ini sebagai satu helah untuk dibenarkan semula pembalakan di kawasan yang telah digazetkan sebagai kawasan Hutan Simpan.
Terima kasih. Yang pertamanya saya mohon supaya dimasukkan persoalan yang telah dibangkitkan oleh Bakar Arang tadi dalam perbahasan saya. Bagi menjawab Pengkalan Kundor, saya ingat yang ni eloklah YAB. Jeneri sendirilah yang jawab kerana pada pandangan kami di peringkat Pakatan Harapan dan Pejuang ketika kita mentadbir kerajaan tidak langsung timbul persoalan mengenai pembalakan kerana memang pun hasrat kerajaan ketika itu ialah untuk mengurangkan sebarang bentuk pembalakan di Negeri Kedah ini. Saya mula nak menyentuh tadi mengenai kenyataan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi sewaktu Kerajaan Pakatan Harapan. Sekarang beliau menjawat jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Ketika itu beliau sendiri telah mengumumkan beberapa Projek Ikonik di Negeri Kedah ni termasuk KXP, Lebuhraya SPIKE dan lebuhraya yang berhubung dengan Jambatan Pulau Pinang. Yang kedua, kita ingin tahu apa sebenarnya perkembangan terkini mengenai projek-projek pembangunan yang penting ini?
Tadi pun YB. Bandar Baharu telah sentuh mengenai mesyuarat MPFN yang mana saya ingat YAB. Jeneri sendiri hadir dan mendengar sendiri bawa KXP itu tak termasuk dalam agenda Mesyuarat MPFN yang lepas. Kenyataan daripada Menteri Pengangkutan pula agak mencemaskan apabila beliau mengatakan bahawa perlu ada kajian lagi, nak kena buat ‘study’ demi ‘study’ lagi. Kajian terakhir ni katanya akan hanya berakhir pada tahun 2023. Jadi, 3 tahun lagi walhal saya ingat untuk tujuan KXP ini saya ingat tak kurang 3 kajian yang terperinci yang telah dilaksanakan. Semua pihak telah bersetuju bahawa ianya satu projek yang perlu dibuat termasuk Kerajaan Persekutuan. Jadi, pendirian Kerajaan Persekutuan yang baru ini membimbangkan kita kerana nampaknya tidak lagi ada kesungguhan, tidak lagi ada azam politik baik di peringkat pusat mahupun di peringkat Kerajaan Negeri sendiri untuk meneruskan projek yang tentunya akan memberi limpahan ekonomi yang besar bagi bukan hanya Negeri Kedah tetapi di Wilayah Utara ini. Selain itu, (Bandar Baharu minta laluan)
Laluan!
Ya..silakan!
YB. Speaker, terima kasih YB. Jitra! Adakah YB. Jitra tahu mengapakah KXP tidak dibentangkan di MPFN dan kenapa MOT memberi respon sebegitu kerana adakah ianya tidak nampak punca kuasa dimana projek ini sebenarnya? Sebelum ini kerajaan terdahulu tidak pernah mendaftar projek ini di mana-mana atau kerajaan yang sekarang ini masih lagi tercari-cari dimanakah pendaftaran dan punca kuasa bagi projek KXP itu yang sebelum ini mungkin tak pernah YB. Jitra usahakan ataupun sebagainya.
Sepertimana yang kita tahu projek sebesar ini tentunya memerlukan kelulusan daripada MPFN. Perkara ini telah pun dibangkitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri kemudian tentunya beberapa kali dalam Mesyuarat NCIA di mana bukan hanya keputusan diberikan tetapi peruntukan pun disediakan. Kalau kita lihat balik kepada Minit Mesyuarat NCIA yang telah dipengerusikan oleh Tun Mahathir ketika itu, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memperuntukkan RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri Kedah membuat pengambilan tanah. Kalau dah sampai tahap itu takkanlah belum lagi dipersetujui oleh kerajaan pusat. Jadi, selain daripada itu, kita juga telah beberapa kali mengumunkan dalam Sidang Dewan ini mengenai Loji Rawatan Air, kita tahu bahawa ada 5 projek LRA yang besar di Kedah ini dan kelima-limanya telah pun mendapat keputusan dengan Bajet yang disediakan oleh Kerajaan Pusat. Baru-baru ini saya lihat Sungai Tiang sekali lagi mengumunkan mengenai Pelubang tak tau berapa kali lagi lah nak umum tapi projek yang sama saja! Memang Kedah menantikan supaya projek ini di dilaksanakan segera untuk menangani masalah bekalan air yang dihadapi oleh Kedah.
Selain daripada itu, Projek-Projek Ikonik yang lain seperti Rubber City, Bukit Kayu Hitam,Taman Teknologi Sains, ini juga perlukan perhatian Kerajaan Negeri dan saya mohon supaya Kerajaan Negeri memberi penjelasan sedikit apa perkembangan terkini. Sebelum ini juga adalah merupakan perancangan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan dulu bersama kerjasama erat dengan pihak BPEN untuk Melancarkan Pelan Perancangan Kedah 2035 ataupun singkatannya Kedah 2035.
Sepatutnya pada Sidang Dewan inilah perancangan itu dibentangkan supaya boleh dibahaskan selama mungkin seminggu ataupun dua minggu tetapi setakat ini saya tak dengar bahawa Kerajaan Negeri Perikatan Nasional ingin terus melaksanakan Kedah 2035. Soal pelaburan, kita tahu bahawa sebelum ini Kerajaan Pakatan Harapan telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM11.5 billion, ini merupakan satu angka yang begitu luar biasa, tak pernah lagi tercatat dalam sejarah Kedah, kita boleh mencecah lebih daripada RM10 billion yang meletakkan Kedah nombor 3 tertinggi di Malaysia ini. Yang membimbangkan ialah dengan perubahan kerajaan, keyakinan pelabur terhadap Kedah ini bagaimana sebenarnya? Jadi, yang ingin kita tahu bukan setakat yang mana yang telah diluluskan oleh pihak MIDA tetapi dari segi pelaksanaannya, adakah pelabur-pelabur ini sudah mula membina kilang kilang mereka dan yang mana buktikan walaupun berlaku pandemik covid ini, mereka masih lagi ingin meneruskan dengan perancangan mereka untuk melabur di Kedah.
Perkara ini berkait dengan peluang pekerjaan dan limpahan ekonomi. (YB. Bandar Baharu minta laluan)
YB. Speaker, YB. Jitra, tadi RM10 billion yang YB. Jitra bagitau itu, rupa-rupanya 50% daripada itu hanyalah ‘expansion’ (dengan izin) Intel dan kita tengok juga masa zaman kerajaan yang dulu, Pakatan Harapan. Antara kerisauan pelabur ini yang mana PBT Hi-Tech yang dicadangkan untuk digabungkan dengan MPKK. Ini adalah kerisauan yang hebat sebenarnya oleh pelabur-pelabur. Jadi, adakah YB. Jitra maklum dan setuju berkenaan perkara ini.
Yang itu boleh tanya kepada Kerajaan Negeri lah! Walaupun expansion tetapi expansion pun masih pelaburan! Sebenarnya lebih mudah untuk mendapat pelaburan daripada penambahan kapasiti seperti expansion daripada untuk menarik pelabur-pelabur yang baru. Seterusnya, saya ingin sentuh sikit mengenai garis kemiskinan sepertimana yang kita semua sedia
maklum, Kerajaan Persekutua telah mengumumkan bahawa garis kemiskinan telah dinaikkan daripada RM980.00 kepada RM2,208.00.
Ini satu tindakan yang begitu berani sekali kerana sekaligus ianya menambahkan jumlah rakyat Malaysia yang hidup di bawah garis kemiskinan yang baru ini. Yang menimbulkan persoalannya ialah apa tindakan yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan termasuk Kerajaan Negeri sendiri untuk membantu mereka-mereka yang datang daripada keluarga di bawah garis kemiskinan yang terbaru, RM2,208.00. Kalau dulunya dianggap B40 ini, saya agak….(YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Jitra, masa sebenar sudah habis!
Ohhh…yaka! Nak kena ‘landing’ lah ni!
Tapi saya bermurah hati saya bagi lagi 5 minit tambahan! Sebab saya rasa perbahasan ini penting melibatkan isu kemiskinan. Jadi, perbahasan pun menarik dan berhemah. Jadi, saya tambah lagi 5 minit!
Baik, terima kasih!. Bukan ka dah awal-awal kut rancang nak bagi 20 minit tapi kata 15 lepas tu tambah 5 minit untuk nampak murah hati? Tapi, tak apa lah terima kasih banyak-banyak!
Saya nak sentuh sikit, akhirnya mengenai politik. Sepertimana yang YB. Alor Mengkudu pun sebut mengenai nama kerajaan itu sendiri Perikatan Nasional ka Muafakat Nasional ka? Saya ingat itu penting kerana biasanyalah wakil-wakil rakyat ni mestilah mewakili parti. Kalau di Parlimen pun isu ini memang dipertikaikan kerana tidak ada dalam mana-mana ‘hansard’ disebut bahawa seorang Ahli Parlimen itu mewakili Perikatan Nasional. Nama itu belum lagi wujud! Saya bangkitkan perkara ini kerana kami-kami yang asalnya dulu daripada Parti
Pribumi Bersatu Malaysia dipecat daripada parti kami kerana tidak menyokong Kerajaan Perikatan Nasional walhal PN itu belum lagi didaftarkan!
Secara sampingannya, saya pun tertanya-tanyalah agaknya YB. Sidam sekarang terletak di mana? Mungkin dah nak menyertai Bersatu kut, kerana Bersatu nampaknya tidak lagi Pribumi! Sistem demokrasi yang kita diamalkan di Malaysia ini, rakyat tentulah berhak untuk membuat pilihan kerajaan apa yang mereka mahukan! Biasanya pilihan ini dibuat melalui Pilihan Raya Umum. Jadi, pilihan yang mereka buat ini berdasarkan kepada keyakinan mereka terhadap sesuatu parti politik, terhadap calon-calon yang bertanding dan sebagainya. Kalau mereka tak yakin maka mereka akan tolak! Kalau mereka yakin, mereka akan undi dan memenangkan! Jadi, apa bukti sebenarnya bahawa tindakan rampasan kuasa yang telah berlaku, kerajaan tebuk atap ini. Bukan istilah saya lah, ada orang lain yang guna. Yang mendapat restu daripada rakyat!
YB. Jitra, saya tambah masa tadi, saya ingat isu kemiskinan dan pelaburan! Jadi, saya minta kita fokus kepada isu yang tadi ni!
Dak, politik pun berkait dengan semua yang Ahli-Ahli Yang Berhormat sentuh. Saya ingat tak kurang penting! Jadi, adakah diambil petanda daripada pilihan raya kecil di kawasan-kawasan lain termasuk di negeri-negeri lain sebagai satu signal kepada kita di Negeri Kedah ini untuk membuat perubahan. Adakah keputusan di Semenyih ataupun Tanjung Piai ada kena mengena dengan Bukit Kayu Hitam ka dengan Belantik. Jadi, saya ingat tak ada apa-apa kena mengena! Ya…sila! (YB. Sungai Limau minta laluan)
Terima kasih YB. Jitra! Soalan mandat rakyat, berapa kali kita sebut mandat rakyat! Adakah Jitra bersetuju keputusan pilihan raya yang terdahulu PRU ke-14 18:18 lah pada waktu itu dan dari sudut jumlah undi yang diperolehi, tadi pun saya sebut PAS dengan 315,000, BN dengan 280,000 menjadikan jumlah 595,865 berbanding PH pada waktu itu atas satu logo PKR hanya RM345,519! Jadi, secara kita boleh nampak mandat rakyat sebenarnya sama-sama dengan
PAS dan juga Barisan Nasional pada waktu itu keseluruhan campur-campur jumlah undi! Terima kasih!
Mungkin YB. Sungai Limau belum lagi sedar bahawa sistem pemilihan yang kita amalkan di Malaysia ini ialah ‘first-past-the-post’ (dengan izin) bukan undi popular! Jadi, siapa pun yang menang dalam satu-satu kawasan dengan majoriti, dialah dapat! Kalau nak buat undi popular kena pinda perlembagaan pula. Dan yang YB. Sungai Limau tadi pun mengakui sebenarnya bahawa berlakunya lompatan daripada belah Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional atas arahan pihak atasan, bukannya atas mandat rakyat! Malah ini juga yang diakui sendiri oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat belah sana apabila ditanya soalan. “Apakah sebabnya Menteri Besar daripada Jitra itu perlu digugurkan daripada jawatannya?” Tidak ada seorang pun yang menjawab bahawa Jitra gagal melaksanakan tanggungjawab dia, dia tak cekap ka ataupun lebih teruk lagi dia curi duit ka, menyeleweng ka salahgunakuasa ka. Jadi, yang dijawab hanyalah “arahan atasan”. Jadi, saya tak tahulah kalau arahan atasan itu boleh dianggap sebagai satu alasan yang boleh diterima.
Saya pernah lalui kejadian ini sewaktu saya dulu memegang jawatan Menteri Besar di bawah kerajaan Barisan Nasional tetapi saya ingat semua Ahli-Ahli Yang Berhormat tahu apa yang berlaku selepas itu. Jadi, saya harap Perikatan Nasional pun boleh beringat-ingatlah kerana bila rakyat buat keputusan pada pilihan raya umum dia mungkin akan berubah sekali lagi!
YB. Jitra, masa dah lebih 22 minit!
Saya minta 2 saat boleh?
Ok, boleh!
YB. Jitra, demi rakyat, demi menjamin kestabilan politik, demi kemakmuran Negeri Kedah, demi pentadbirannegara kita untuk jangka masa panjang setujukah kita cadangkan dalam dewan ni Jawatankuasa Khas berkaitan dengan isu anti lompat parti ditubuhkan, dibahasm bincang lepas itu kita meluluskan satu untuk mendesak serta mendesak parlimen untuk menggubal rang undang-undang bagi menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen dari lompat parti tanpa alasan munasabah! Undang-undang ini perlu dipastikan selaras dengan perlembagaan persekutuan dan tidak timbul soal dengan kebebasan berpersatuan! Setujukah Jitra?
Terima kasih YB. Kulim kerana telah menepati tempoh dua saat yang saya berikan tadi! Sebenarnya, itulah point terakhir saya, saya sangat-sangat setuju dengan apa yang telah dicadangkan oleh YB. Kulim dan saya harap Dewan Negeri Kedah ni boleh diusulkan, bahas elok-elok dan luluskan satu pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah supaya lompat parti ini tidak lagi berlaku, supaya kita tidak lagi mengkhianati mandat rakyat yang telah diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum.
Dengan itu, Tuan Timbalan Speaker saya menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan KDYMM Tuanku Sultan pada perasmian Dewan yang lepas.
Terima kasih YB. Jitra! Seterusnya saya mempersilakan YB. Ayer Hitam. Silakan YB. Ayer Hitam.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirahim, Alhamdulillahi Rabbil A’lamin Washolatu’ Wassalamu Ala’Asrofil Ambiya’ Iwal Mursalin Wa'ala A’lihi
Wasohbihi’ Ajma'in. Robbishrohli Sodri’ Wa Yassirli’ Amri Wahlul Uq’datan’ Milisaani’ Yafqouhu’ Qouli, Amma’Baq.
Terima kasih YB. Timbalan Speaker, YAB. Menteri Besar, YB. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB. Adun-Adun, Yang Berbahagia, Yang Berusaha Ketua-Ketua Jabatan, Agensi-Agensi Kerajaan, Ahli Sidang, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah sama-sama kita panjatkan syukur kita kepada Allah swt. kerana dengan izinnya dapat kita sama-sama pada hari ini, hadir untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah untuk sama-sama bersidang dalam sidang kita pada kali ini. Terima kasih kepada YB. Timbalan speaker kerana memberi laluan kepada saya untuk turut berucap, membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa Istiadat Perasmian Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga pada 16 April yang lalu. Sebelum saya meneruskan ucapan, saya ingin menzahirkan ucapan menjunjung kasih ke atas KDYMM Tuanku Sultan, atas titah ucapan tersebut yang saya rasa ianya merupakan satu ucapan yang menyeluruh dan komprehensif. Saya juga ingin ucapkan tahniah kepada YB. Ayer Hangat di atas pelantikan speaker sebenatar tadi dan juga YB. Pantai Merdeka sebagai Timbalan Speaker dengan harapan kedua-dua YB. Speaker dan YB. Timbalan Speaker akan terus menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang sepertimana yang telah dibuat, dilakukan oleh YB. Mantan Speaker dan Timbalan yang lepas. Mudah-mudahan perjalanan sidang kita akan terus dari semasa ke semasa bertambah baik. Insya-Allah!
YB. Speaker, pada awal Titah Tuanku Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia mengingatkan kita akan kepentingan sifat amanah yang perlu dipikul oleh setiap pemimpin. Saya yakin Titah Tuanku relevan sepanjang zaman walaupun Titah Tuanku itu semasa pimpinan yang lalu, semasa Kerajaan Pakatan Harapan tetapi amanah ini tidaklah terhad kepada satu kerajaan! Insya-Allah saya yakin pimpinan yang baharu di bawahnya YB. Menteri Besar yang baru akan mengambil ingatan ini sebagai satu asas kepada pentadbiran kerajaan dan juga kepada perancangan program-program atau apa-apa aktiviti yang akan dilakukan kerajaan di Negeri Kedah ini. Saya yakin dan saya rasa semua Ahli Dewan bersetuju dengan saya kurang lebih 100 hari pemerintahan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kerajaan baharu ini sudah nampak tanda-tanda daripada ucapan dan tindakan beliau dan kerajaan yang menampakkan bahawa amanah itu diberi satu asas dalam ucapan dan juga perancangan kerajaan pada ketika ini.
Dizahirkan dengan secara jelas dan bersungguh-sungguh bila mana setiap kali kita baca ataupun kita dapat laporan daripada Media Pas, Mesyuarat Exco dan sebagainya. Kenyataan-kenyataan Menteri Besar dalam menzahirkan rancangan Kerajaan Negeri meletakkan amanah itu sebagai satu yang dijadikan asas untuk terus mentadbir negeri ini. Insya-Allah.
YB. Speaker, saya sangat tersentuh dengan Ucapan Tuanku agar peningkatan yang jitu diambil dalam memastikan pengeluaran tanaman padi sebagai jaminan keselamatan makanan Negara. 40% pengeluaran padi atau beras di dalam Negara kita ini, datangnya dari Jelapang Padi, Negeri Kedah Darul Aman yang kita sayangi ini. Saya juga berterima kasih kepada YB. Gurun dalam ucapan di parlimen baru-baru ini membahas dengan panjang lebar tentang perlunya isu makanan keselamatan ini diberi keutamaan. Jadi, saya sukalah Dewan kita pada hari mengambil pendekatan yang sama harga isu makanan keselamatan ini terus diperjuangkan dengan meminta ataupun menjurus kepada penyelesaian masalah-masalah berkaitan dengan penanaman padi khususnya isu benih padi yang bermutu, isu bekalan baja dan racun yang berkualiti dan juga isu pengaliran air yang mencukupi kepada petani-petani agar mereka, petani sana dapat meningkatkan lagi penghasilan beras untuk menampung keperluan negeri dan negara kita. Insya-Allah!
Walaupun penanaman padi ini tidak begitu terkesan dengan covid 19 yang sedang kita alami ini tetapi sedikit sebanyak bilamana sekatan ataupun keadaan petani yang tidak boleh seperti terdahulu menjalankan usaha menanam padi, kita rasa sikit sebanyak akan memberi kesan juga kepada penanaman padi pada masa akan datang. Oleh itu, jawatan-jawatan berkaitan dengan penanaman padi ini seperti MADA, JPS ,Jabatan Pertanian, BERNAS dan sebagainya. Itulah sentiasa ada satu kefahaman kepada mereka untuk sama-sama meletakkan bahawa beras sebagai makanan ruji, nasi sebagai makanan ruji, ianya dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa supaya kita untuk mempunyai cukup makanan untuk kita terus hidup di muka bumi ini. Cuma…(YB. Anak Bukit minta laluan)
Mohon laluan sikit YB. Ayer Hitam? Boleh na?
Insa-Allah! Insya-Allah!
Minta kepada Timbalan Speaker!
Terima kasih YB. Ayer Hitam, terima kasih YB. Timbalan Speaker! Ya.. berkenaan dengan penanaman padi di Negeri Kedah ini, setuju tak Ayer Hitam kalau kita katakan antara sebab kita tak dapat nak istilah Kedah beginilah nak kenjoi naik lagi dia punya apa produktviti kita tu ke mungkin 7, 8 ke 10 tan tu adalah kerana Farms Holding ataupun saiz pemilikan bendang tu adalah terlalu kecil. Jadi, terlalu ramai yang buat bendang dalam saiz yang terlalu kecil yang tidak ekonomikal untuk kita urusnya secara ladang! Jadi, setuju tak Ayer Hitam kalau boleh kita cadangkan kepada agensi seperti MADA dan sebagainya, kita wujudkan satu konsortium yang boleh ambil alih bendang-bendang hat kecil ini supaya dapat diuruskan secara ladang dan ‘in return’ sewa bendang kepada mereka tu kita tawarkan dalam harga yang maknanya kalau dia buat sendiri tu dengan dia lah kadang-kadang orang kita ni pun dengan 3T, ‘tanam tinggal tuai’ boleh tak banyak mana, bila dia ‘convert’ balik sebulan boleh katalah serelung RM250 katalah kan bersih. Jadi, kalau kita boleh tawar pada dia lebih daripada tu sewa serelung mungkin itu akan menjadikan dia rasa tak pa, dia boleh lepas buang dan kita dapat melaksanakan peladangan tu dengan lebih baik dan produktif lebih tinggi dan Kedah bukan 40% mungkin 50% hingga 60% kepada pengeluaran negara. Terima kasih Ayer Hitam!
Terima kasih YB. Anak Bukit. Saya setuju dengan saranan yang dibuat oleh YB. Anak Bukit, saya pun rasa dah ada usaha ke arah itu. Disebut dalam Titah Ucapan Tuanku ini sudah ada usaha untuk mewujudkan estet-estet padi yang mana mungkin cadangan Anak Bukit itu dapat digunapakai dalam kelulusan kepada cadangan ini.
YB. Ayer Hitam, sat na! Kita akan berhenti pada jam 1.00 tengahari. Jadi, saya persilakan YAB. Menteri Besar.
YB. Tuan Speaker, Saya pohon mencadangkan di bawah peraturan 12(1) (a) Peraturan Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya Sidang Dewan pagi ini disambung semula pada jam 2.30 petang selepas disambung pada pada jam 1.00 tengahari. Sekian terima kasih.
Terima kasih YAB. Jeneri. Silakan YB. Ayer Hitam sambung sampai jam 1.00 tengahari. Insya-Allah!
Terima kasih YB. Timbalan Speaker, terima kasih YB. Anak Bukit. Seterusnya, saya ingin menyentuh sikit mengenai usaha padi ini juga bila mana yang terkini ini saya difahamkan ada kerisauan daripada para pesawah yang telah mula menuai padi hari ini bila mana pemotongan padi menggunakan kaedah yang baharu mungkin menggunakannya mesin di mana kita kata ‘sample’ padi dimasukkan di mesin itu dan dia guna kaedah sendirilah untuk mengukur sejauh mana pemutuan padi tu dan hasilnya berbanding dengan yang lepas tu dia makin tinggi pemotongannya. Ini satu kerisauanlah yang saya mungkin tak dapat pastikan secara ini tetapi disebutkan juga oleh YB. Kuala Nerang semasa rehat bahawa ini menimbulkan kerisauan kepada petani-petani, hasil mereka akan berkurang.
Jika ini berlaku, saya haraplah pihak Exco Pertanian seterusnya untuk melihat perkara ini supaya kita dapat ambil satu langkah yang boleh mengurangkan kerisauan ini dengan usaha-usaha untuk letakkan satu syiling kepada potongan pemutuan padi ini kepada satu angka yang lebih munasabah yang boleh mengikat petani ini untuk terus berusaha mengikat untuk meningkatkan lagi hasil penanaman padi. Ada yang sebut sampai 40% walaupun sekarang ni kita faham sekarang ada hujan sebagainya tapi takkanlah sampai kepada 40% kerana ini akan memberi kesan buruk kepada mereka.
YB. Speaker, satu lagi yang disentuh oleh KDYMM Tunku ialah tentang perlunya tadbir urus yang baik dan usaha pihak kerajaan untuk memakmurkan Negeri Kedah ini. Tentulah tadbir urus yang baik ini ianya berkait dengan penyediaan prasarana yang bermutu, yang kondusif untuk digunapakai oleh penjawat awam untuk melaksanakan tugas mereka.
Satu hal yang saya suka sebut disini ialah tentang kewujudan satu bentuk pentadbiran yang lebih khusus untuk kawasan ataupun di daerah Kubang Pasu yang mempunyai 2 parlimen iaitu Parlimen Jerlun dan Parlimen Kubang Pasu. Satu usaha yang dibuat selama dahulu saya ingat YB. Jitra masa menjadi MB dahulu pernah merasmikan satu bangunan yang disebut sebagai Pejabat Daerah Kecil Jerlun, Ayer Hitam. Nampaknya usaha itu dah ada, usaha untuk mewujudkan satu daerah baru di kawasan Jerlun sebahagian daripada Kubang Pasu. Jadi, saya harap usaha ini diteruskan supaya kita dapat melahirkan satu tempat atau kawasan yang lebih kecil untuk diurus oleh penjawat awam dengan itu dapat memberikan satu impak yang maksima kepada pembangunan di kawasan itu. Sekarang ini Kubang Pasu merangkumi 2 parlimen. Kita nampaklah keberatan kepada pembangunan itu terlebih kepada Kubang Pasu dengan ada pelbagai jenis kemudahan di sana. YB. Anak Bukit mesti bersetuju sebab dia Ahli Parlimen Kubang Pasu! Banyak institusi pendidikan yang ada di sana, kita ada UUM, kita ada Politeknik, kita ada ILP, kita ada IPDA dan banyak lagi institusi pendidikan yang bertaraf kebangsaan bahkan antarabangsa berbanding dengan di Jerlun yang tidak ada sebuah pun yang institusi pendidikan yang bertaraf tinggi disitulah kecuali ada Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, yang terbaru Sekolah Menengah Agama Jerlun yang berdekatan dengan Kubang Pasu! Jadi, saya haraplah perhatian diberikan mengenai perkara ini sebab kita dah ada asas dah dan dimulakan oleh Jitra dahulu cuma tak dikembangkan lagi! Yang mana diadakan daerah baru Jerlun ini Insya-Allah akan merancakkan lagi pembangunan di kawasan Jerlun seterusnya di Ayer Hitam dan kawasan Kota Siputeh. Insya-Allah.
Seterusnya saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada YAB. Menteri Besar diatas usahanya untuk menyegerakan pembinaan ataupun menaiktaraf ataupun meningkatkan lagi kapasiti Loji Rawatan Air Pelubang yang akan disegerakan pada pada hujung tahun ini untuk disegerakan pembinaannya untuk menampung keperluan yang sangat mendesak di kawasan Jerlun dan Kubang Pasu di mana bangunan yang kita sebut sebagai SBZ memerlukan kepada bekalan air yang mencukupi dan juga masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di sekitar, Parlimen Kubang Pasu dan Jerlun tentang masalah tekanan air yang rendah.
Kita biasa bawa perkara ini kepada SADA dan SADA turun di beberapa kawasan di Kota Siputeh dan Ayer Hitam mendengar rintihan rakyat dan menyatakan satu penyelesaian jangka masa pendek dengan membenarkan ataupun mengizinkan atau meminta pihak SADA membekalkan air semasa ke semasa secara tangki tapi ia takkan memuaskan ataupun menyelesaikan masalah yang besar.
Jadi, saya yakinlah Insya-Allah dengan kejayaan kerajaan untuk menyegerakan Pelubang II ini akan mengatasi masalah tekanan air yang berlarutan sejak sekian lama di kawasan-kawasan Ayer Hitam dan Kota Siputeh dan kawasan lain-lain!
Boleh minta laluan sikit! Terima kasih YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Ayer Hitam. Saya nak bangkitkan isu masalah air ini, banyak kawasan yang berlaku kebocoran tapi SADA lambat ambil tindakan, pernah saya lihat di kawasan saya Kota Siputeh, ada satu kampung itu air tu duk keluar sampai boleh jadi kolam , sampai boleh jadi parit! Kita bagi tahu kat SADA tak mai repair pun! Jadi, itulah YB. Ayer hitam setuju tak minta tolong SADA segerakanlah! Kalau apa-apa masalah yang berlaku berkaitan dengan paip air dan sebagainya. Terima kasih YB. Tuan Speaker.
Bukan setakat setuju bahkan kita telah buat pun, kita minta SADA untuk terus dan beri perhatian kepada rungutan rakyat. Walaupun telah mengambil tindakan yang agak segera tetapi masih belum dapat menyelesaikan masalah. Terima kasih kepada SADA kerana telah menyediakan ‘booster pump’ di kawasan Ayer Hitam untuk memberi tekanan yang kuat kepada air ini untuk sampai ke Pida-Pida tapi sistem yang lama mungkin tidak mengizinkan lagi sebab apa bila disebut oleh Pegawai Penyelia SADA di sana, jika ditekankan tekanan yang lebih tinggi mungkin paip-paip yang menyerap air ke kawasan utama itu akan pecah dan sebagainya. Ini mungkin akan beri kesan kepada meningkatnya NRW dalam pengawasan SADA itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, selain d harapan daripada penduduk di sekitar Ayer hitam dan juga di Jerlun ini supaya mewujudkan kawasan tadahan baru Jerlun. Isu-isu yang lama dapat diselesaikan dengan segera.
Antaranya ialah pendapatan kepada Projek Perumahan Rakyat Jerlun yang sekian lama sudah tertangguh. Saya pernah sebut dalam Dewan ini dalam sidang yang lepas tahun lepas bertanya tentang perkara yang sama disebut oleh katanya tentang akan ada segera temuduga interview kepada mereka yang memohon untuk memasuki ke 630 buah rumah yang telah pun siap untuk diduduki. Saya pun telah turun ke bahagian projek perumahan itu berjumpa dengan pegawai atau penyelia di situ, mereka menyebut bahawa rumah dah siap cuma menunggu serta masuk dan juga kelulusan daripada pihak negeri untuk mereka memasang meter air dan meter elektrik cuma perkara ini tertangguh sejak sekian lama. Disebut dahulu oleh Dewan ini akan ada interview hujung bulan 12, 2019 tapi sekarang dah bulan 8, 2020 perkara itu masih lagi belum berlakulah. Saya harap pihak kerajaan khususnya Exco Perumahan dan Tempatan ini dengan segera untuk memastikan bahawa perkara ini dapat diatasi dengan segera.
Boleh sekali lagi?
Boleh!
Terima kasih YB. Ayer Hitam kerana sentiasa beri laluan kepada saya dan terima kasih Speaker, isu yang sama perumahan di Ayer Hitam dan lebih lama lagi daripada itu ialah di Kampung Kilat. Saya duk naik ETS, duk lalu kot tu duk nampak memang cantik tapi tak masuk-masuk lagi. Jadi, setuju tak Ayer Hitam kata dan satu lagi saya nak sebut teguran Ketua Audit Negara terhadap perumahan PPR ni, ada satu kes yang yang ni kes daripada pemaju nak serah kepada KPKT sampai sangat 500 hari lebih tertunggak maknanya dekat-dekat 2 tahun. Jadi, setuju tak Ayer Hitam kata benda yang dah siap dan saya ingat benda di Kampung Kilat itu, rumah yang diberikan dan dia ada lot speial untuk orang kelainan upaya, design yang cukup special, harga yang diberikan dengan subsidi kerajaan yang cukup tinggi tapi bila mai dah siap tu lambat tidakkah ini merencatkan peluang kepada rakyat yang sepatutnya boleh masuk itu supaya disegerakan dapat masuk. Jadi, apa pandangan Ayer Hitam tentang perkara ini termasuk the one di Ayer Hitam tu sendirilah.
YB. Anak Bukit, terima kasih. Saya bersetuju dengan apa saranan yang dibuat oleh Yang Berhormat dan Insya-Allah kita harapkan kerajaan yang baru ni Insya-Allah 100 hari sekarang ni mungkin sebelum 100 hari yang kedua ini akan dapat selesaikan masalah ini supaya rakyat yang memohon itu dapat menduduki rumah seperti yang mereka harapkan.
Jadi, YB. Speaker saya rasa cukup setakat ini ucapan untuk kali ini dan Insyaallah ada masa kita akan berjumpa lagi. Jadi, saya menyokong penuh Usul Menjunjung Kasih Kepada KDYMM Tuanku Sultan atas ucapan perasmian baginda pada sidang yang lepas. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB. Ayer Hitam kerana patuh kepada waktu yang diperuntukan. Jadi, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kita akan berhenti rehat dan dewan akan disambung pada 2.30 petang. Dengan itu, sidang ditangguhkan.
[Dewan disambung semula pada jam 2.30 petang]
Bismillahirahmanirahim, dewan disambung semula. Giliran sebelah sini, Suka Menanti. Lima belas minit.
Assalamualaikum w.t.h. Salam sejahtera, terima kasih kepada tuan speaker yang berikan saya peluang berucap dan juga ruang mengambil bahagian untuk menjunjung kasih di atas titah ucapan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sempena istiadat perasmian mesyuarat pertama penggal ketiga DUN Kedah ke empat belas. Jadi, alhamdulilah kita mengambil iktibar dan peringatan di atas pesanan yang diberikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai hadis baginda Nabi Muhammad S.A.W. bahawa “kamu semua adalah pemimpin, dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin”. Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker, kita negeri Kedah tidak terkecuali daripada serangan COVID-19, malah pelbagai kluster mula timbul sejak bulan julai dan bulan ogos kali ini. Sehinggakan pada ketika ini kes, kes telah mencecah kepada dua ratus. Jadi, saya ingin merakamkan penghargaan kepada staf dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang bertungkus-lumus menyaring dan merawat mereka-mereka yang terlibat atau disyaki berisiko tinggi, begitu juga dengan staf MKN, PDRM dan pasukan-pasukan yang beruniform, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah, ATM, RELA, sukarelawan pusat khidmat, serta bantuan-bantuan yang datang daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah dan juga NGO. Jadi untuk makluman kita semua, kita sekarang ini dengan ‘hashtag’ (dengan izin) “kita belum menang”. Jadi, saya ingin mohon kepada Kerajaan Negeri supaya mengambil langkah lebih serius, agresif dan efisien dalam mengawal dan membendung risiko COVID-19 dari terus merebak dan mewujudkan kluster-kluster yang pelbagai ketika ini. Jadi, Dato Speaker, Tuan Speaker apa yang kita ingin tahu ialah ingin melihat apakah komitmen yang seterusnya pihak Kerajaan Negeri untuk menjaga kepentingan penjaja dan peniaga kecil agar mampu bangkit semula untuk menjana ekonomi keluarga mereka.
Kalau sebelum ini pakej rangsangan ekonomi yang disediakan pada bulan March dan April lalu ketika kes ini sekitar tujuh puluh, lapan puluh, sekarang ini bila kes dah jadi dua ratus, kita ingin tahu apakah pakej ransangan ekonomi yang seterusnya. Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker, ketika kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan Negeri melalui mandat rakyat pada Mei 2018, ingin kita maklumkan balik ialah hutang Kerajaan Negeri berkaitan bekalan air pada ketika itu dengan jumlah hutangnya 1.8 billion ringgit dan kontrak hutang lagi yang telah pun ditandatangan ialah sekitar hampir 1 billion pada ketika itu sejak Mei 2018. Selepas beberapa siri rundingan berdasarkan konsep Federal Democratic Goverment (dengan izin) hasil perbincangan tersebut bersiri-siri perbincangan maka hutang tersebut telah berjaya dikurangkan kepada hanya RM1.1 billion semasa peralihan kuasa pada Mei 2020 dan begitu juga, kita dapat jaminan daripada pihak kementerian bahawa empat daripada lima projek utama tadi telah pun disenaraikan sebagai projek yang akan dipersetujui sebagai geran kepada kerajaan Kedah. Jadi, kita mohon penjelasan daripada kerajaan mengenai status jumlah hutang pada ketika ini. Hutang bekalan air dan juga kita nak tahu apakah rundingan mampu dan diteruskan oleh kerajaan semasa, lebih-lebih lagi yang. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga ingin mendapatkan penjelasan apabila kita mendengar Yang Berhormat Menteri Air ketika datang ke Kedah memaklumkan atau mengumumkan berjumlah rancangan, peruntukan telah mengumumkan bahawa RM4.4 billion diperuntukkan untuk selesai masalah air di Kedah. Jadi, kita mohon diperincikan pecahan apa sebenarnya yang terlibat. Apa sebenarnya yang ada dalam RM4.4. billion yang diumumkan oleh Menteri Air tersebut. Kemudian kita juga ingin mendapat penjelasan khususnya apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyatakan dalam sidang akhbar bahawa satu projek pembaikkan paip dasar laut atau pun submarine pipe (dengan izin) diperlukan segera kerana katanya dalam kenyataan tersebut bahawa 40 MLD yang dipam pada ketika ini daripada tanah besar hanya sampai di Langkawi hanya 20 MLD. Itu disebut dan dinyatakan dalam sidang akhbar tersebut, sebab itu sebanyak RM50 juta diperlukan untuk kerja pembaikkan segera ini, jadi kita menantikan, Yang Berhormat Speaker tentang penjelasan khusus jumlah peruntukkan yang diperlukan tersebut dan dewan ini ingin tahu adakah dana negeri atau pun hutang tambahan lagi untuk negeri atau geran persekutuan dan sebagainya dan kalau boleh nak tahu jumlah lebih spesifik 50 juta tu anggaran yang besar. Berapa sebenarnya.
Sebab untuk makluman sepanjang pengetahuan saya, kapasiti paip submarine ini atau pun Submarine Pipe ini (dengan izin) dari tanah besar ke Langkawi ke tempat Tuan Speaker, kapasitinya adalah 60 MLD dan pada kebiasaannya ketika kita pam pada biasa yang sampai di Langkawi adalah 58 MLD dan bila berlaku satu penurunan yang kita akan kesan kalaulah di bawah 55 MLD akan mula segera dikesan termasuklah berlakunya menyelam untuk mencari kebocoran yang berlaku. Jadi, sepanjang pengetahuan saya tidak pernahlah sampai sehingga 20 MLD. Namun, kita mohon penjelasan dalam bentuk pengesahan daripada pihak kerajaan apakah keadaan semasa dalam dua, tiga bulan terakhir ini begitu teruk sekali submarine pipe (dengan izin) ini sehingga MB menyebut pam 40 MLD dari tanah besar sampai ke Langkawi hanya 20 MLD. Kita mohon penjelasan. Jadi, Tuan Speaker yang seterusnya ialah dalam fasa PH di awal tahun haritu, kita telah lakukan tender terbuka yang dikendalikan oleh jabatan teknikal yang berkepakaran tinggi iaitu Jabatan Kerja Raya dan tender-tender tersebut sebanyak empat tender besar telah pun dikeluarkan dan saya harapkan sekarang ini dalam proses penelitian dan diharapkan empat projek ini yang telah mendapat jaminan kementerian bahawa 1.2 billion itu adalah geran. Jadi, kita harapkan empat projek ini diteruskan dengan segera, lebih-lebih lagi sekali lagi kita dikelirukan dengan satu kenyataan oleh YB Menteri juga yang datang ke Kedah. Dia kata tender keempat-empat projek ini lebih, telah pun berjalan dan dalam kenyataan tersebut disebut logi Bukit Selambau akan siap lebih awal kerana pembinaan telah dimulakan. Jadi, mungkin saya tak tau lah dalam masa seratus hari ini dah jadi ke tidak ka. Jadi, kita mohon penjelasan daripada pihak kerajaan tentang kenyataan yang begini boleh mengelirukan sebab bunyi macam dah mula tapi rasanya belum mula.
Minta laluan
Nanti ganti balik masa.
Yang Berhormat Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Suka Menanti. Tadi Yang Berhormat Suka Menanti menyatakan berkenaan dengan segera, berapa jumlah peruntukan, kenapa lambat, kenapa tak buat lagi, dan saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Suka Menanti. Kenapa lima logi rawatan air yang memang asas keperluan rakyat negeri Kedah dulu 22 bulan tidak berjalan-jalan, tak mula-mula tu. Kenapa Yang Berhormat Suka Menanti, terima kasih.
Ok. Terima kasih, Bandar Baru. Jadi, saya rasa dah diterangkan sebelum ini, tapi nak kena buka panjang la kan. Bagaimana dalam proses itu diperbetulkan kedudukan, dari mana tender, siapa yang handle, kepakaran mana nak dipakai, bagaimana cara melaksanakan kaedah tender dan paling pentingnya, akhirnya menjaga kantung negeri ni banyak mana kita nak kena hutang lagi dan alhamdulilah hasil rundingan dan berkat kesabaran kita berbincang tu kita mendapat pengesahan tentang diberikan geran dan kesabaran ini kena tinggi. Dari tadi dia kata sabar, sabar, sabar, akhirnya jadi kerajaan. Cuma saya sedih nama dia sebut dalam surat khabar, kata nak jadi Timbalan Speaker, hat tu sat lagi kita sembang di hujung sat lagi. Dan yang seterusnya Dato’, Yang Berhormat Speaker, saya ingin juga menanyakan tentang komitmen kerajaan dalam menurunkan NRW ini yang bagaimana memerlukan dana yang cukup besar jadi kita nak tau juga apakah usaha, inisiatif kerajaan untuk mencari dana atau pun pelabur untuk membantu penukaran paip-paip lama ini yang akan memberikan kesan walaupun lima projek mega tadi mengepam kuantiti yang besar tetapi kalaulah paip tadi masih lagi tidak diberikan perhatian, mungkin dengan NRW dengan sekitar 48% itu masih lagi kehilangan yang agak besar. Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker, satu lagi saya ingin mengucapkan syabas kepada kerajaan sekarang ini bila diteruskan inisiatif kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini dalam bidang kerja raya antaranya inisiatif pertama kita memperkenalkan sistem pendaftaran setempat di Pejabat Daerah dan di Pejabat SUK dan kontraktor ini boleh mengambil bahagian di semua jabatan. Dan alhamdulilah setakat la saya tengok tak ada lah polisi baharu yang membatalkan pendaftaran tersebut yang memberikan kepentingan kepada lebih 2,500 kontraktor di Kedah.
Yang keduanya, kita ada inisiatif yang kedua tentang kerja raya ini ialah inisiatif kerja undi yang kita pertingkatkan jumlah, perbanyakkan kuantitinya supaya hampir kesemua kontraktor
mampu mendapat peluang sekurang-kurangnya sekali dalam setahun mendapat projek. Itu pun nampaknya diteruskan. Inisiatif yang ketiga ialah tentang menaikkan amount (dengan izin) kerja undi, kalau dulunya lima puluh ribu sebagai maksimum, ketika inisiatif Pakatan Harapan kita naikkan kepada seratus lima puluh ribu dan pada tahun ini nampaknya dah dinaikkan kepada dua ratus ribu dalam fasa ketiga ini. Ini juga saya ucapkan syabas, tahniah, namun, inisiatif keempat yang saya ingin dapat penjelasan ialah mengenai peluang latihan dan khusus kepada usahawan muda untuk menceburi bidang pembinaan. Kalau dulu kita telah perkenalkan usaha dan latihan supaya anak-anak muda ini mendapat peluang dan bimbingan daripada CIDB, BPKU dan juga ABM untuk menceburi bidang pembinaan ini. Jadi, setakat sekarang saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan sama ada kerajaan terus berhasrat untuk meneruskan usaha membantu usahawan muda menceburi bidang pembinaan ini. Jika, ada sila nyatakan apa nama konsep yang dilaksanakan. Dan yang terakhir dalam bidang kerja raya ini, saya ingin maklumkan ialah tentang konsep jalan selamat yang telah pun dilaksanakan sebelum ini berjaya mengurangkan beberapa kes kemalangan di tempat yang sebelum ini kemalangan disebabkan oleh jalan raya. Jadi, Tuan Speaker, ingin saya maklumkan juga tentang perkara berikutnya ialah pada saya, saya tertarik dengan pendidikan awal kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Jadi, saya melihat tabika yang dikendalikan oleh Kemas sangat memerlukan sokongan dan dokongan oleh pihak-pihak kerajaan. Tabika ini berada dalam keadaan yang kurang ceria, kurang menarik sebelum ini jadi kita berikan sokongan lebih ceria, lebih menarik, dan pada ketika ini tabika Kemas di seluruh Kedah. Saya melihat ada 832 buah dengan memberikan peluang kepada lapan belas ribu kanak-kanak. Jadi, ianya penting kerana lapan belas ribu ini belumlah berpuas hati. Kalau saya, saya belum puas hati sebab lapan belas ribu ini adalah sekitar empat puluh peratus sahaja kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Jadi saya nak tahu komitmen kerajaan, lebih-lebih lagi kerajaan PAS dengan Menteri Besar PAS ni, Adakah akan terus memberikan komitmen sepenuhnya kepada tabika kemas ini berbanding dengan tabika swasta untuk sama-sama dapat bersaing dan mendapat perhatian yang baik dalam memberikan peluang kepada keluarga berpendapatan rendah memberikan pendidikan awal kepada anak-anak mereka. Jadi, saya juga ingin tahu daripada pihak kerajaan komitmen dalam memberikan sepenuh sokongan.
Yang keduanya, saya juga ingin tahu tentang polisi kerajaan kedah kepada tadika-tadika swasta, termasuklah tadika yang dikendalikan oleh PAS iaitu Pasti adakah Pasti ini berdaftar dengan mana-mana jabatan di negeri Kedah. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga ingin mengambil perhatian tentang bagaimana musim kemarau panjang yang telah melanda Kedah sejak akhir 2019 sehinggalah April 2020 yang telah menyebabkan penggunaan takungan air empangan hingga ke paras yang cukup kritikal. Syukur alhamdulilah ketika datang hujan pada akhir bulan April sehingga bulan Julai baru-baru ini, takungan-takungan kita telah menunjukkan kembalinya kepada satu kapasiti yang seperti sedia kala sebab hujan yang cukup lebat dan juga kawasan tadahan dan lembangan sungai berfungsi sebaiknya. Kita mohon pengesahan daripada pihak kerajaan apakah selepas ini pembalakkan akan diteruskan semula kerana kita dapat lihat kesan apabila tidak ada pembalakkan di kawasan tadahan dan lembangan sungai ni, pengaliran air begitu efisien sehinggakan ke tadahan kita dapat menampung kembali ke kapasiti yang asal. Jadi, kita ingin tahu supaya komitmen pihak kerajaan dalam menyusun kembali alam sekitar kita menjaga kawasan tadahan dan juga lembangan sungai dan kita juga ingin mengajak kita semua menyedari bahawa sebenarnya kadar hujan tahunan di Kedah kita adalah lebih rendah daripada purata nasional. Itu adalah satu fakta yang kita minta selepas ini kalau boleh pihak kerajaan bentangkan di dewan ini purata hujan untuk lima tahun terakhir di Kedah dan kita bandingkan dengan purata hujan nasional supaya kita semua lebih peka dengan apa yang sepatutnya kita ambil bahagian dalam menjaga sumber air di Kedah ini. Jadi, Tuan Speaker yang seterusnya ialah saya ingin memohon.
Yang terakhir ke?
Dua ja, senarai-senarai ja.
Dia 18 minit dah tu.
Ok. Ok. Cuba ringkaskan sikit. Yang terakhirnya, ialah saya nak memohon kerjasama daripada kerajaan dalam pembangunan semula di kawasan Bandaraya Alor Setar ni. Saya nak senaraikan tiga perkara yang telah pun kita bincangkan berikan priority (dengan izin) keutamaan sebelum ini diteruskan oleh kerajaan sekarang. Yang pertamanya, adalah jalan daripada Alor Setar ke Kangar, yang bermula daripada simpang Mergong ke Kemboja tu kita telah bincang habis-habisan dengan pihak kementerian dan telah pun dibuka untuk tender terbuka untuk kedua-dua lantikan konsultan dan kontraktor. Kita harap kerajaan memberikan priority buat follow up (dengan izin) supaya projek ini berjalan. Yang keduanya, ialah penggantian jabatan Manjalara di Jalan Putra dekat dengan Pasar Kampung Berjaya. Yang telah pun selesai reka bentuk, kita telah pun pilih reka bentuk yang sesuai dengan jambatan asal tahun 1960 itu dan dijadualkan tender pada ketika inilah. Kita harap kerajaan boleh buat follow up (dengan izin) khususnya EXCO Kerja Raya boleh buat follow up (dengan izin). Ambillah nama dekat dia pun takpa janji projek tu berjalan di Alor Setar ni. Yang ketiga, ialah pembangunan semula pasar Kampung Berjaya yang juga telah dalam proses rundingan kita dengan pihak ICU, JPM. Yang dahulunya dihantar pelan kecil minta duit banyak kemudian akhirnya kita perbetulkan balik pelan yang sebenar dengan harga yang sebenar dan benda tu boleh dirundingkan dan saya yakin pihak JPM boleh membantu kita ICU, JPM boleh membantu kita untuk memberikan satu ruang keselesaan kepada penjaja dan peniaga di Alor Setar ni, kerana pasar di Kampung Berjaya bukan sahaja penting untuk peniaga tetapi juga merupakan satu lokasi tarikan pelancongan. Dan yang terakhir ialah saya ingin merakamkanlah atau menzahirkan kekecewaan kita apabila hari ini dalam urusan, urusan melantik Speaker ni kita. Kita mengabaikan konsep yang disebut dalam ini walaupun seperti dibahaskan tadi. Tidaklah sebut kena beri notis dan akhirnya semua orang boleh terima tidak perlu bagi notis satu hari. Tetapi, akhirnya untuk mencalonkan seorang nama oleh mana-mana 36 ADUN ni masih memerlukan satu hari notis. Jadi, akhirnya kalau tuan-tuan yang pernah mengaji agama ni kita tau lah. Untuk melakukan sesuatu perkara ni wajib dan kewajipan tadi menjadi wajib kena dilaksanakan akhirnya bagaimana nak dapatkan satu hari kalau tidak ada makluman satu hari. Yang kedua, prisnip yang saya ambil kira di sini walaupun tidak disebut tadi ialah prinsip rahsia kerajaan. Ini satu contohlah, banyak lagi contoh yang lain tentang rahsia kerajaan bagaimana kita bila mengangkat sumpah kita kena menjaga rahsia kerajaan.
Jadi, kalaupun kita dah dapat maklumat kekosongan Speaker tapi kita tak maklumkan secara rasmi kepada kawan lain. Kita dianggap tidak tahu maklumat tersebut, melainkan pada harinilah baru kita dimaklumkan kalaupun ada orang boleh sebut lebih awal, buat kenyataan dalam surat khabar, sebut pula siapa akan jadi Speaker. Siapa akan jadi Timbalan Speaker pada 16 Ogos, tapi masih lagi benda tu menjadi rahsia kerajaan yang tak sepatutnya disebut dan saya harap benda tu dikembalikanlah sebagai satu hak yang saya ingin merekodkan rasa kurang selesalah. Walaupun, akhirnya tidaklah ada masalah pun. Tuan Speaker ni pun adalah Tuan Speaker yang kita dah kenal lama dah dan kita tau kebolehan, kemampuan dia dan dia tak patut takut kalah pun. Tapi bagilah proper (dengan izin) dari segi channelnya (dengan izin) dan akhir sekali. Barulah yang akhirnya ialah tentang perkataan mandat tu lah. Mandat rakyat Mei 2018 ialah bagaimana gabungan ataupun pendirian mana-mana parti, kalau gabungan Pakatan Harapan memang semua tu Pakatan Harapan bertanding dapat 18 kerusi. Semua Barisan Nasional bertanding dapat 3 kerusi. Semua PAS bertanding dapat 15 kerusi. Akhirnya mandat ialah 18, 15, 3. Jadi, janganlah duk kira pecahan balik sebab masa tu tak pernah bersatu pun untuk bergabung macam mana, melainkan yang bergabung tu adalah Pakatan Harapan. Jadi, Tuan Speaker sekali lagi saya mohon merakamkan menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam merasmikan Sidang Dewan ini dan mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih, Suka Menanti. Harap EXCO-EXCO tu catitlah apa yang, yang ditimbulkan oleh ADUN-ADUN esok penggulungan, tolong setiap EXCO yang terlibat dengan cadangan, usul tu, kena respon esok jadi take note. Seterusnya, sebelah sini, ada sorang lagi, Tanjung Dawai.
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum w.t.h, dihormati Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan EXCO Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, para pegawai yang dikasihi sekalian. Terdahulu syukur kerana pada hari ini kita dapat untuk berada di dewan yang mulia ini antaranya adalah untuk membahaskan ucapan titah Tuanku Sultan dan saya juga ingin untuk merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jitra atas tugas dan juga usaha yang telah dilakukan sepanjang menjadi menteri besar sepanjang 25 bulan yang lalu.
Dan juga ucapan tahniah atas perlantikan Yang Berhormat Speaker dan juga Timbalan Speaker yang baru dan juga Ahli Dewan Negara yang baru dipilih sebentar tadi. Yang Berhormat Speaker, berdasarkan titah ucapan Tuanku memperlihatkan keprihatinan dan kasih sayang Tuanku kepada rakyat dan juga negeri Kedah ini. Sepanjang ucapan tersebut kita boleh mengira bagaimana disebut sebanyak 16 kali perkataan COVID-19. Suatu perkara yang sedang membelenggu kita pada hari ini. Dan hari ini kita memberikan ucapan wakil-wakil semuanya pasti akan menyebut tentang pandemik ini. Yang Berhormat Speaker, apa yang disentuh di muka pertama lagi oleh tuanku sultan ialah berkaitan tanggungjawab pemimpin dalam melaksanakan amanah, adil mestilah dilihat adil, bukan sekadar dengan kata-kata sahaja. Nabi S.A.W. memberikan peringatan “La Imana Liman La Amanata Lah”, tidak diakui, tidak sempurna iman seseorang yang tidak ada sifat amanah. Saya yakin air mata yang telah pun banyak mengalir daripada kelopak mata Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah jujur daripada hatinya. Menyelami kesusahan rakyat kerana hidupnya juga daripada rakyat biasa, lahir daripada keluarga yang pernah mengalami hidup perit membesar di dalam hutan di dalam sungai tentunya akan juga menyelami keperitan yang ditanggung oleh rakyat sekarang ini. Lebih-lebih lagi di waktu covid-19 ini. Dengan apa yang disebut sebagai negeri Kedah tempat orang kaya berbakti, tempat orang miskin bertumpang berteduh. Moga-moga dengan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan turun ke daerah-daerah mengadakan mesyuarat Kerajaan Negeri di daerah-daerah walaupun tidak sampai seratus hari diberikan amanah sebagai Menteri Besar moga-moga dapat untuk menyelesaikan dengan segera dan pantas keperluan yang ada di setiap daerah InsyaAllah. Yang Berhormat Speaker, saya ingin berpesan di pihak kami yang sekarang berada di pihak kerajaan dan juga sahabat-sahabat yang duduk di blok pembangkang bahawa semua kita dipikulkan dengan satu amanah tetapi amanah lebih berat lagi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga barisan EXCO. Peringatan untuk saya dan juga sahabat-sahabat diblok kerajaan ini supaya memerhati dan juga membantu sahabat-sahabat agar mereka menunaikan tanggungjawab. Tidak terpegun dan terliur dengan jawatan dan juga kekayaan atau pun peluang-peluang untuk mengkayakan diri, kerana, itu adalah sesuatu yang pernah Nabi S.A.W. sebut. Apabila umatku melakukan 15 perkara “Halla Bihal Bala’”, maka, layaklah umat itu untuk ditimpa bala.
Pertama, Nabi sebut “Iza Kanal Maghnamu Duwala” apabila kekayaan negara atau pun negeri itu berlegar pada orang tertentu sahaja. “Wal Amanatu Maghnama” dan amanah itu menjadi sumber kekayaan dengan jawatan yang dipikulkan. Bukan peluang untuk menambah kekayaan, menambah kekuasaan tetapi peluang untuk mendapat pahala dan beroleh syurga di akhirat nanti. Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah ketua yang akan mengetuai kami, untuk sampai dan juga memasuki syurga di akhir nanti. Moga-moga Yang Amat Berhormat sentiasa ingat dan juga membantu kami untuk sampai ke tempat yang mulia yang diharapkan itu. Kalaulah saidina Umar R.A. apabila dia ingin untuk melantik seseorang sebagai gabenor, dia akan mengaudit terlebih dahulu harta orang yang dicalonkan untuk menjadi gabenornya. Banyak mana yang ada dan setelah mana habis tempoh sebagai gabenor diaudit lagi bahkan ada peristiwa Saidina Umar memanggil ketika mana gabenornya itu sedang bertugas apabila mendapat khabar bahawa ada pertambahan kekayaan harta yang dimiliki oleh gabenor. Itulah sikap yang sepatutnya juga ada pada pimpinan baru kerajaan Kedah pada hari ini. Moga-moga sahabat-sahabat di pihak kerajaan tidak mengambil peluang bahkan menjadi peringatan bahawa itu adalah sesuatu yang menyebabkan amanah akan terburai dan menyebabkan urusan menjadi sukar ketika mana kita di akhirat nanti. Yang Berhormat Tuan Speaker, kesan daripada Covid-19 kita boleh melihat dalam tempoh beberapa bulan bagaimana rumah tangga ada yang goncang bahkan punah di tengah jalan akibat daripada pandemik ini. Bagaimana pasangan tidak dapat menerima, pasangan yang sorang lagi tidak mempunyai kerja, dibuang kerja, tidak ada pendapatan, rumah tangga menjadi suatu bebanan yang besar dan itulah yang kita tengok sekarang. Walaupun ada kenyataan bahawa tempoh itu menyebabkan ramai ibu-ibu yang hamil kerana disebabkan dikuarantin. Walaupun ada juga kebaikkan di sebalik pandemik tersebut, bagaimana seorang isteri dapat mengetahui tahap ilmu agama suaminya, boleh baca Quran atau pun tidak, berani jadi imam atau pun tidak, dan sampai boleh baca khutbah raya haritu ka dak. Semuanya itu ada hikmahnya, walaupun kesannya juga besar yang bersifat negatif, tapi, satu perkara yang sedang berlaku sepertimana kajian yang dibuat di luar negeri dan itulah juga yang disebut berlaku dalam negara kita walaupun tidak diuar-uarkan. Bagaimana tempoh Covid-19 ini satu perniagaan yang tidak mencatatkan kerugian adalah perniagaan yang berbentuk lucah. Video-video lucah telah digandakan tempahannya terutamanya di luar negeri dan juga kita yang ada di Malaysia ini.
Moga-moga Allah S.W.T lindungi kita, dengan agama kita membangunkan negeri ini, ini Kedah yang sepatutnya telah pun diletakkan sebagai negeri pertama menerima islam. Saya mohon kepada EXCO agama untuk menggerakkan satu usaha supaya unsur-unsur dan juga faktor-faktor yang menjadi punca kemungkaran berlaku di dalam negeri kita dapat untuk dikenal pasti dan dibenteras kerana ia adalah punca pandemik ini akan berterusan. Rakyat juga akan hidup dalam keadaan merana kerana maksiat dan dosa itu menyebabkan orang akan hidup dalam tanpa rahmat Allah S.W.T. Saya mungkin boleh mencadangkan agar pihak EXCO agama berkerjasama dengan NGO-NGO yang ada keprihatinan walaupun mungkin mereka tidak mengetahui selok-belok SOP untuk membenteras kemungkaran tapi mungkin boleh berbincang untuk memastikan negeri kita ini bersih daripada punca-punca yang menyebabkan bala ini berterusan.
YB.Tanjung Dawai, ada nak minta mencelah.
Ya, silakan.
Ok. Terima kasih, YB. Tanjung Dawai. Terima kasih Tuan Speaker. Tadi ada disebutkan tentang NGO. Jadi, saya nak bertanyalah pada YB Tanjung Dawai. YB Tanjung Dawai bersetuju atau pun tidak sekiranya Malaysia Against Pronografi sebuah NGO untuk masuk ya ke sekolah-sekolah. Kalau sebelum ini masa saya menjadi EXCO pembangunan insan sumber manusia, sebelum ini NGO ini Malaysia Against Pronografi ni masuk sehingga ke 200 buah sekolah ya untuk menyampaikan mesej tentang supaya kanak-kanak, pelajar kita tidak terlibat dengan pronografi. Jadi, adakah kerajaan yang baru ini bersedia ya untuk membenarkan NGO ini untuk memasuki, kalau sebelum ini kami sebenarnya target untuk masukkan ke sekolah agama pula, sekolah agama di Kedah ini untuk Malaysia Against Pronografi ini masuk beri penerangan tentang masalah-masalah yang kepada pelajar-pelajar kita. Terima kasih.
Terima kasih, Kota Siputeh. Bersedia atau pun tidak insyaallah akan dijawab oleh EXCO, tapi yang baik insyaallah dapat sokongan. Berkaitkan dengan NGO-NGO ini kerana di kawasan ini saya tidak pasti, tapi, di Kuala Muda ada NGO-NGO yang aktif tetapi bagi saya mereka kadang-kadang terlajak tapi mereka punya semangat untuk membantu. Mungkin ada kerjasama yang boleh dilakukan. Dan tempoh Covid-19 ini antara perkara yang boleh untuk saya sentuh ialah bagaimana ujian besar terhadap orang umat islam di Kedah terutamanya yang sebelum ini memprotes Jabatan Agama, memprotes Jabatan Mufti konon-kononnya menyekat untuk sembahyang jemaah, sembahyang Jumaat. Tapi, bila diizinkan untuk sembahyang Jumaat, tak penuh pun masjid. Tak pi penuh pun, sebelum diizinkan tu mengamuk, goncang pintu masjid pun ada, tapi bila diizin tak nampak muka pun. Jadi, satu yang saya nak sebut ni ialah kesan daripada Covid-19 ialah orang Islam terutama di Kedah ini pada hari Jumaat seolah-oleh mereka lupa ada kewajiban sembahyang Jumaat. Pasai apa, mereka kata masjid ada had tertentu bagi hat boleh pi jelah. Kalau lebih tu tak boleh masuk dah. Dia jadi satu keringanan untuk melaksanakan kewajiban itu. Dan saya ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri yang baru mengumumkan.....(YB. Pengkalan Kundor minta laluan)
Minta laluan ya, laluan.
Ya, silakan.
Mungkin ada di antara....
Tuan Speaker!
Tuan Speaker. Tuan Speaker, minta laluan. Mungkin ada di antara masjid-masjid yang melaksanakan SOP yang akhirnya mereka-mereka yang hendak berjemaah, melakukan sembahyang jumaat tadi terpaksa meninggalkan masjid tersebut. Di antaranya adalah apabila sampai waktu orang dah masuk semua, dia kunci terus pagar. Sampai macam tu sekali, ada di antaranya yang apabila jemputan, ada masjid-masjid yang melakukan jemputan tetapi yang mai tu bukan jemputan, yang ini bukan semua masjid, tetapi ada masjid-masjid yang macam tu. Jadi, apabila nama tidak tersenarai dalam jemputan tu maka, dia tidak membenarkan. Jadi, adakah SOP-SOP ini yang perlu dilihat semula untuk memastikan bahawa akhirnya mereka yang nak ke masjid itu apa ni dipastikan bahawa dia berada di masjid itu walaupun duduk di bawah. Ada masjid-masjid yang membenarkan sehingga duk bawah pun tak apa. Jadi, adakah pada pandangan Tanjung Dawai beberapa SOP yang agak ketat tadi yang akhirnya menjadikan mereka-mereka yang hendak hadir sembahyang jumaat itu tidak boleh berlaku.
Terima kasih, Pengkalan Kundur. Bagi saya bergantung kepada pihak berkuasa masjid. Contoh baru-baru ini dalam mesyuarat peringkat daerah, keselamatan peringkat daerah, OCPD Kuala Muda memuji tindakan Masjid Andalusia Sungai Petani, Bandar Laguna Merbok yang mengikut SOP yang bagi memastikan keselamatan jemaah. Tapi ada masjid-masjid yang contoh di kampung-kampung yang biasanya tidak penuh pun waktu sembahyang jumaat. Jadi, ada masjid contoh dalam masa di zon kuning sekarang ini yang tidak dibenarkan untuk sembahyang jumaat contohnya, atau pun untuk dilakukan aktiviti-aktiviti sepertimana biasa. Di luar daripada zon kuning ada juga masjid yang mengambil sikap berpendirian untuk mengikuti SOP yang sama demi keselamatan. Jadi bagi saya, itu bergantung kepada pihak masjid itu sendiri. Jadi kalau Bandar Laguna Merbok, Masjid Andalusia itu dia dengan penduduk yang ramai, dia perlu untuk mengambil nama, tapi di masjid mungkin tidak sampai ke peringkat mengambil nama untuk sembahyang jumaat. Yang kedua, ingin saya sentuh ialah berkaitan dengan pendidikan yang juga terkesan dengan Covid-19 ini. Bagaimana kesannya sepertimana di WEF sebut bahawa sekitar 1 billion pelajar-pelajar peringkat rendah dan juga menengah di dunia ini tidak dapat untuk meneruskan pengajian seperti biasa. Beralih kepada pengajian di rumah tetapi apa yang berlaku ialah dengan kekurangan dan juga kelemahan di sudut fasaliti yang ada menyebabkan pembelajaran di rumah itu ada tidak dapat dilaksanakan sepertimana yang dikehendaki. Jadi, sebahagian sahaja waris atau kawasan-
kawasan tertentu yang boleh melaksanakan pembelajaran di rumah. Kalau di kampung payah la nak dapat untuk mengaji dengan sebab internet apa semua. Saya minta supaya Kerajaan Negeri supaya Exco bahagian telekomunikasi dapat untuk berbincang bagi memastikan internet di kawasan-kawasan yang slow, yang lembab dapat dipertingkatkan kualitinya bagi memastikan pembelajaran di rumah itu dapat dilaksanakan. Hari ini, kita melihat bagaimana pendidikan telah pun dimulakan kembali, tapi dalam tempoh itu mak ayah dapat belajar banyak. YB. Tuan Speaker, belajar macam mana yang sebelum ni mungkin mak ayah komen yang bukan-bukan kepada guru pendidik. Tapi, bila mereka duduk di rumah dikuarantin dengan anak-anak mereka terpaksa untuk mengurus pendidikan sendiri di rumah. Mereka nak mengamuk baru mengajar anak sendiri dua, tiga orang, tu pun mengamuk dah. Tak boleh nak bayang macam mana guru boleh kawal dalam kelas 30, 40 orang. Waris dapat pengajaran besar dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, keprihatinan kepada pondok-pondok dan sekolah agama rakyat yang kakitangannya juga terjejas teruk kerana pendapatan daripada sekolah agama rakyat dan pondok terputus akibat daripada Covid-19 yang bergantung dengan sumbangan dan juga yuran yang sedikit atas keprihatinan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri. Alhamdulilah bantuan telah pun diberikan kepada sekolah-sekolah agama iaitu guru-guru dan juga guru pondok. Yang ketiga, berkaitan dengan air. Biasa perkara yang saya sebut, saya ucap ribuan terima kasih atas keprihatinan kerajaan dan juga khusus kepada Exco air yang telah pun turun berapa kali ke Merbok khususnya di Tanjung Dawai berani berdepan dengan penduduk di Taman Lembah Bujang fasa IV. Berdepan di surau fasa IV mendengar keluhan, suatu perkara yang bagi saya patut dan wajar dipuji dan apabila Yang Berhormat Dato’ Exco pergi melawat empangan ataupun di tupah. Bawa sekali dengan orang-orang kampung, penduduk untuk melihat sendiri realiti yang ada di tupah supaya mereka mengetahui dan mengerti tentang permasalahan yang berlaku sekian lama dan saya harap moga-moga seperti mana yang disebutkan oleh pihak sana tentang projek-projek lima projek loji rawatan air. Termasuklah di Bukit Selambau untuk menyelesaikan air yang di Merbok terutamanya Tanjung Dawai dapat dilaksanakan. Tidak ada kajian demi kajian yang akhirnya menyebabkan masa terbuang dan kos duit pun juga akan dibazirkan. Cukup dan memadailah dengan kerugian yang ditanggung oleh SADA sebelum ini. Rugi macam mana, hantar air, air percuma tanpa dapat bayaran. Terpaksa sewa lori pula berbagai kewangan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi menghantar air kepada pihak-pihak yang
terjejas akibat daripada masalah air di Tanjung Dawai. Jadi, saya mohon moga-moga projek yang telah pun disebutkan akan dilaksanakan serius pihak Kerajaan Negeri akan melaksanakan dan seperti mana yang diuar-uarkan paling lewat pada 2023 masalah itu dapat diselesaikan doa-doa, moga-moga Kerajaan Negeri dapat menunaikan apa yang dijanjikan itu insyaallah. Yang keempat, yang terakhir ialah berkaitan dengan pencemaran udara sepertimana dimaklumi juga berapa bulan yang lalu yang berlaku di Semeling. Tapak perlupusan sampah di Semeling yang merupakan antara tapak perlupusan yang besar menyebabkan pencemaran udara yang cukup kritikal sedangkan kawasan itu ada universiti dua buah, sekolah-sekolah rendah dan menengah yang banyak. Taman-taman perumahan yang juga banyak, tapi sangkaan saya ingat kot tapak perlupusan itu telah pun ditutup. Rupa-rupanya masih lagi dibuka, saya mohon supaya Kerajaan Negeri dapat untuk membuat satu fungsi bagi menyelesaikan keluhan rakyat berkaitan dengan pencemaran udara di Semeling ini, yang mengikut seperti mana jawapan yang diberikan kepada soalan bertulis saya bahawa operasi untuk pemadaman pembakaran yang berlaku di tapak perlupusan sampah Semeling itu kos yang ditanggung hampir 2 juta ringgit telah pun dibelanjakan. Hampir 2 juta ringgit. Tetapi masalah itu masih lagi berlaku sehinggakan bau busuk asap itu sampai masuk di DUN Guar Chempedak, di Singkir. Sampai ke Singkir. Jauh, Singkir, Singkir. Jadi, terbaru dua hari lepas bila saya turun ziarah orang di Bedong. Mereka menyebut bahawa bau busuk itu masih lagi ada, asap juga masih lagi ada. Jadi, saya mohon daripada pihak Kerajaan Negeri dapat untuk menyelesaikan dan tidak sewajarnya tapak itu dikekalkan dan perlu untuk dipindah ke kawasan yang lain. Saya mohon untuk berhenti dan terima kasih di atas peluang yang diberikan jadi tak mau cakap panjang.
Sengaja Speaker tak mau berenti, biar dulu.
Jadi, saya menyokong Usul Titah Ucapan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Tuanku, sekian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih, YB. Tanjung Dawai. Saja saya bagi lebih 5 minit, dia terlajak sendiri. Sekarang, kita nak minta doktor dulu. Nak ambik berapa minit ni?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, sat-sat pendek. Dalam 15 minit lebih kurang.
Saya bagi 20.
Alhamdulillah. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Kedah. Rakan-rakan EXCO, rakan-rakan ADUN, pihak kerajaan, tuan-tuan, puan-puan yang dirahmati Allah S.W.T. sekalian. Yang pertama, saya melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk sama-sama berbahas dalam perbahasan titah atau pun usul menjunjung kasih kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dalam titah ucapan di dewan yang lalu saya akan menyentuh beberapa perkara terutamanya dari segi ucapan atau pun titah tuanku pada titah yang lalu, pada dewan yang lalu. Pada umumnya tuanku menyentuh tiga perkara di awal-awal titah dalam berkait dengan satu sifat iaitu sifat amanah, bertanggungjawab dan jujur, dan pada bahagian yang kedua adalah berkait dengan apa-apa juga yang berkaitan dengan Covid dan pada diakhirnya adalah berkaitan dengan projek-projek yang ekonomi. Jadi, saya akan menyentuh satu sahaja iaitu yang pertama iaitu satu sifat yang mesti ada semua orang. Tuanku bertitah dan sifat itu sangat penting yang semestinya ada pada setiap kita. Dalam satu ayat dalam teks yang kita sama-sama baca pada pagi ini, “beta menyarankan agar amanah rakyat tidak dipersiakan, janganlah ia dicemari dengan kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyat”. Jadi, sifat yang saya sebut tadi ni amanah lawannya khianat, amanah lawannya khianat dan sifat ini mesti ada pada setiap individu. Amanah pada diri sendiri, cuba bayang kalau kita tidak amanah pada diri sendiri. Kita mesti beramanah pada diri sendiri, beramanah tidak mengkhianati diri sendiri. Contoh, kalau kita ada penyakit contoh kencing manis, adalah sukar untuk kita nak regularise kita untuk kita setiap hari makan ubat dua kali sehari contohnya. Lalu
kita selang-selang sehari ataupun dua, tiga hari sekali kita ambik ubat. Maka kita mengkhianati diri kita, kita tidak beramanah pada diri kita, lalu akhirnya dia berenti di mana, dia berenti kerat kaki. Jadi, kesan daripada tidak amanah tadi adalah kesan pada diri sendiri. Dan sudah tentu apabila pada diri sendiri sifat amanah ini mesti ada, maka inilah juga sifat yang mesti ada dalam masyarakat, mesti ada dalam kawasan yang lebih besar. Apatah lagi pada ahli-ahli politik yang bertanggungjawab langsung kepada rakyat. Dan saya mahu kaitkan dengan amanah ini lagi sekali sebab ini merupakan perkara yang sangat asas. Tidak pernah berlaku dalam negeri kita tapi berlaku pada kali ini. Itu amanah yang diberikan oleh rakyat, saya kira Sungai Limau tadi telah dijawab, bukan dia kira seorang-seorang macam tu tapi amanah itu diberi kepada parti yang dia wakili. Sebab sistem kita macam tu, first pass the post (dengan izin). Jadi, sistem kita macam tu, maknanya amanah yang diberi haritu ni adalah amanah yang diberikan kepada Pakatan Harapan untuk memerintah dan kalau katakan lemah sangat pun maka amanah ini rakyat telah faham secara konvensialnya. Secara biasanya, rakyat faham bahawa amanah ini adalah untuk lima tahun. Kalau teruk sangat, maka selepas 5 tahun rakyat akan ubah pasai apa, rakyat faham dah amanah ini lima tahun. Tapi, apa yang berlaku adalah dia tidak berlaku macam tu, amanah yang rakyat faham lima tahun ini akhirnya telah dirampas di tengah-tengah jalan. Bagi saya laju sikit. Baru masuk gear 3.
Nak. Nak. Nak tanya la. Sebelum pi gear terus, saya nak potong payah pula kan. Adakah yang berhormat setuju.
Tuan Speaker!
Ya. Yang Berhormat Tuan Speaker. Nak tanya Pengakalan Kundur setuju, peralihan ini sebenarnya dia bukan bermula di perigkat negeri. Tapi bermula bila perletakkan jawatan Perdana Menteri, kemudian barulah beralih sampai harini pun. Jitra masih taktau lagi sama
ada duk dalam Pakatan Harapan ataupun sebelah parti lain sebab Pejuang parti baru kan. Jadi, tadi tanya dia kata macam mana yang sebelah sana pun taktau lagi nak pi kot mana. Sokong Port Dickson ataupun sokong Langkawi. Ya, terima kasih.
Sungai Limau selalu cuba membawa, mengalih pandangan supaya apa yang saya hujah itu dapat dipertikaikan. Kita balik kepada peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Tun kepada apa ni Paklah Badawi. Berubah. Tetapi kerajaan tidak berubah, juga daripada Paklah kepada Najib. Berubah tak kerajaan, tidak berubah. Berlaku dak peralihan Perdana Menteri. Berlaku. Pasai apa tak berubah, pasai tidak ada orang lompat. Pasai tidak ada orang khianat. Berlaku perubahan baru ni sebab kalau katakan Tun yang meletak jawatan tapi selepas tu. Ok ahli-ahli parlimen kata kita beri mandat rakyat, rakyat telah memberi mandat selama 5 tahun untuk mereka menguruskan, maka ahli-ahli parlimen dalam kerajaan Pakatan Harapan bincang. Bincang akhir-akhir sekali katakan Gurun naik Perdana Menteri, tapi ini tidak berlaku macam tu sebab berlakunya lompat tadi yang mengkhianat mandat rakyat tadi. Jadi, saya kira dewan hari ini jelas bahawa bukan isu letak jawatan. Kedah letak jawatan tak. Dak. Pasaipa Kedah jatuh. Jitra letak jawatan?, dak. Jatuh sebab ada orang lompat. Sebab majoriti hilang dan kami menghormati satu lagi perundangan yang apabila hilang majoriti maka kami jatuh. Maka, kami hormati itu. Saya tak pertikai itu, tapi harini saya bercakap tentang satu sifat iaitu amanah. Khianat, dan saya nak kita sama-sama maklum dalam Quran sebut puluhan kali ayat yang berkait dengan amanah. Dalam hadis saya ingat, ribuan hadis atau pun ratusan hadis yang menyebut tentang sifat amanah. Jadi, kalau saya boleh baca dua harini. Maksudnya, adalah, hadis yang pertama adalah dari al-bukhari dan muslim, yang dua dari Imam Ahmad, yang pertama dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w beliau bersabda “tanda orang munafik ada 3, iaitu apabila bercerita atau berbicara dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila dia diberi amanah dia khianat”. Hadis yang kedua dari Anas Bin Malik r.a. Nabi s.a.w. tidak berkhutbah pada kami melainkan beliau bersabda “tidak ada iman bagi orang tidak memiliki sifat amanah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menepati janji”. Jadi, sifat yang sangat penting ini setelah tuanku bertitah hanya sebulan, bulan 4, 16 April, bulan 5 selepas lepas tu bagaimana kita melihat wakil-wakil rakyat tadi tidak melakukan amanah. Mengkhianati mandat rakyat dan akhirnya, dengan khianat mandat rakyat itu maka berubah kerajaan. Jadi, inilah sifat yang patut ada.
Minta laluan, Speaker.
Silakan
YB. Pengkalan Kundor, saya ingin bertanya. Komen YB. Pengkalan Kundur dengan tindakan yang pernah dirancang oleh Ketua Pembangkang sekarang di Parlimen untuk projek 16 September 2009 dulu?
Saya serahkan kepada rakan-rakan kita untuk menjawab. Jadi, saya kira jelas pada kali ini adalah pertama kali dalam sejarah negeri Kedah berlaku perubahan kerajaan yang sudah tentu berpunca daripada sifat gelojoh ingin berkuasa melakukan khianat terhadap mandat rakyat dan saya kira rakyat mesti faham ini. Kalau pun nak kerajaan, tunggu 5 tahun kerana mandat rakyat 5 tahun dan saya kira rakyat telah faham apa yang berlaku dan kita rasa dalam pilihanraya yang akan datang rakyat akan menilai apa yang kita buat pada hari ini.
Yang Berhormat Pengkalan Kundor, izinkan saya mencelah.
Izinkan saya beri kepada rakan, YB. Jitra dulu lepas tu YB. Kuala Ketil.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Tuan Speaker dan Yang Berhormat Pengkalan Kundor, setuju ke tidak Ahli Yang Berhormat bahawa sepertimana yang termaktub dalam undang-undang tubuh Kerajaan Kedah iaitu perkara 37(6) yang mana dinyatakan jika Menteri Besar itu tiada lagi dipercayai oleh kebanyakan Ahli-Ahli Dewan Negeri, maka ketika itu melainkan dengan permintaan raja pemerintah memansuhkan Dewan Negeri, hendaklah dia pinta berhenti Majlis Mesyuarat Kerajaan. Perkara yang lebih kurang sama termaktub juga dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana Perdana Menteri juga sekiranya beliau tidak lagi menikmati sokongan majoriti dalam dewan rakyat seharusnya meletak jawatan. Dan itulah
yang telah berlaku kepada Ahli Parlimen Langkawi apabila sehari sebelum beliau mengeluarkan surat perletakan jawatannya, berlaku apa yang dikenali sebagai “Langkah Sheraton”, di mana saya tak ingat lebih kurang 120 mungkin, Ahli-Ahli Parlimen daripada UMNO, PAS dan dicampur pula lagi sebahagian daripada PKR, daripada BERSATU, yang berhimpun di Hotel Sheraton tersebut dan diwar-warkan kepada media bahawa Kerajaan Pakatan Harapan sudah tumbang. Maka itu sebabnya YB. Langkawi telah mengeluarkan surat perletakan jawatan tersebut.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Pengkalan Kundor. Terima kasih beri pulang untuk saya bertanya pendapat YB. Pengkalan Kundor. Tadi YB. Pengkalan Kundor ada menyatakan bahawa Tuanku ada menitahkan tentang jujur dan amanah. Sebulan selepas tu berlaku pengkhianatan. Jadi, saya ingin nyatakan sini bahawa pelantikan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Jeneri juga direstui oleh Tuanku Sultan dan diproses jalan dengan lancar, baik. Adakah itu juga menyatakan bahawa Tuanku Sultan juga tidak setuju ataupun Yang Berhormat juga tidak setuju dengan keputusan Tuanku Sultan.
Saya jawab yang YB. Kuala Ketil dulu. Dari awal saya menyebut kita menghormati dan kita tidak pernah pertikai dan itu juga wujud dalam peruntukan undang-undang. Apabila hilang majoriti, masuk kepada YB. Jitra, maka dia hilang majoriti, beliau tidak lagi berhak untuk memerintah sebab dia hilang majoriti. Tapi, dalam proses nak hilang majoriti itu yang saya pertikaikan, saya tak pertikai lantikan Menteri Besar sekarang. Itu lantikan yang sah. Lantikan yang sah ikut perundangan tapi proses sebelum itu, itu yang saya sebut tadi. Jadi, saya kira kita dah faham bahawa inilah kerajaan yang ada pada hari ini, kerajaan yang sah. Tapi....(YB. Alor Mengkudu mencelah)
Saya juga ingin.....(YB. Speaker mencelah)
Tuan speaker....
Lantikan.... eh! Yang Berhormat Speaker, ya. Adakah Yang Berhormat Pengkalan Kundor setuju, kalau tidak dihentikan amalan lompat, sekarang berlaku di Sabah. Sekarang ni, dah berlaku dah di Sabah. Semua kita tau, bagaimana kes lompat ni, awat dia pi ‘free’ (dengan izin), tak ‘free’ (dengan izin). Tak ‘free’ (dengan izin) pergi lompat-lompat ubah parti tu. Dah isytihar dah kata ada majoriti bawa pergi ke Ketua Menteri. Bawak ke pihak yang dapat majoriti tu kata nak bawak mengadap. Ketua menteri pergi dulu, ni politik akhirnya berlaku satu pilihan raya. Apa ni ketua terima? Adakah Yang Berhormat bersetuju amalan ini, kita nak terus kita bersabarlah yang sepatutnya. Adakah kita bersetuju bahawa amalan ini akan diteruskan pada masa hadapan? Dengan masa sekarang pun, Yang Berhomat Jeneri baru duk Menteri Besar, duk dua, tiga bulan lagi dah lompat pula. Setuju ka dak, tak setuju kan? Macam mana baru duduk ja ni dah pakat lompat pula. Atas sebab-sebab tertentu bolehkah kita terima? Saya pun tak boleh terima, tak. Jadi, minta hurai sikit masalah ini supaya pakat-pakat faham. “We should stop”. Adakah setuju?
Yang berhormat.
Berbalik, Ya.
Nak tambah sikit boleh tak? Sikit ja, nak tambah yang tadi. Tadi kita bercakap mengenai lompat-melompat, saya nak sentuh mengenai apa sebabnya lompat. Tambah kita lihat di peringkat Persekutuan, lantikan yang diberikan kepada mereka-mereka yang melompat tadi, ada yang dilantik jawatan Menteri, Timbalan Menteri, GLC dan sebagainya. Di peringkat negeri mungkin ada juga latikan Exco Kerajaan Negeri dan sebagainya, kita tak pasti. Tapi, setuju ke tidak yang berhormat sekiranya kita minta SPRM untuk menyiasat, kita nak supaya kerajaan yang ada ni kewibawaannya tak dipertikaikan. Kita nak supaya tidak ada rasa sangsi atau buruk sangka.
Jadi, kalau kita minta SPRM untuk siasat kalau ada apa-apa habuan yang diterima contohnya ya. Maka itu boleh dianggap sebagai satu kesalahan yang mana menyebabkan sebuah kerajaan di gulingkan.
Saya sangat bersetuju temtation ataupun dia punya apa dugaan, kepada untuk dia mengkhianati mandat tadi. Maka, habuan-habuan, maka kita sangat bersetuju untuk SPRM masuk dan melihat kepada semua tadi apakah punca yang menjadikan dia mengkhianat. Ataupun dia khianat pasal tiada habuan pun, tapi nak kuasa, khianat juga. Khianat, khianat pelbagai peringkat yang saya sebutkan tadi. Jadi, saya juga bersetuju dengan Pengkalan Kundor supaya mengkhianati ini tidak boleh berlaku.
Bersetuju dengan siapa?
Pengkalan Kundor pula. Alor Mengkudu.
Ooo..Alor Mengkudu.
Alor Mengkudu pasal, pasal saya tunjuk contoh tadi bahawa khianat pada diri pun tak boleh. Khianat tak makan ubat kencing manis pun tak boleh. Dia khianat diri dia. Apatah lagi khianat dalam bentuk besar. Jadi, sebab tu kita nak supaya, saya sangat bersetuju dengan cadangan-cadangan supaya ada satu peruntukan undang-undang. Kita manusia ni sangat terhad. Ada undang-undang yang untuk mengawal, kalau nak perintah dengan apa ni dengan mandat teruskan. Walaupun, ada kelemahan, teruskan sebab itu mandat. Saya nak pendek sebab saya rasa Tuan Speaker pun tengok jam, itu yang pertama. Yang kedua, saya nak kembali kepada bagaimana kita sebagai sebuah kerajaan, apa yang berlaku setengah jam, mungkin sejam dalam perlantikan Speaker tadi adalah sesuatu yang sangat tidak manis, sangat tidak teliti, nah.
Kami menerima peringatan melalui Whatsapp pada hari bulan. Peringatan tentang dewan ni. Dan aturcara-aturcara dia, aturan mesyuarat dan seumpamanya. Tetapi secara khusus berkenaan dengan speaker itu tidak dinyatakan. Ini dalam perkara 41 yang kita perbahaskan tadi ni, perkara yang boleh kita perbahaskan. Jadi, kalaulah pihak kerajaan lebih teliti, lebih cermat, lebih prihatin mengikut satu-persatu, maka, tak timbul benda tadi. Tak timbul, tak timbul perbahasan yang kita pertikaikan tadi. Maknanya, maklum kepada ahli-ahli dewan bahawa telah ada perletakkan jawatan Speaker dan kalau ada cadangan untuk mengusulkan Speaker, sila. Kalau ada sebegitu. Maka, benda tadi berlaku secara cantik, tapi bila tak berlaku cantik macam tu dan 41 itu boleh, boleh ditafsirkan dengan cara yang berbeza jadi macam tadi. Jadi, kita nak, kita tanak benda-benda ini berlaku di masa-masa hadapan. Yang ketiga, saya sangat bimbang dengan halatuju Kerajaan Negeri apabila Jeneri ambil alih haritu, beberapa misi awalnya adalah seolah-olah menyatakan halatuju. Itu yang pertama, kita akan mengkaji semula untuk tebang hutan di Ulu Muda. Jadi perkara yang paling awal ini disebut dalam PC setelah menjadi Menteri Besar. Saya kira ianya sangat-sangat yang perlu kita beri titik berat sebab saya kira inilah halatujunya. Halatujunya seolah-olah hendak membuka semula. Setelah kerajaan Pakatan Harapan memberi jaminan kepada empat lebih juta kepada rakyat di zon utara ini supaya menikmati bekalan air yang cukup dari segi minum dan juga dari segi pengairan padi. Maka, tiba-tiba kita nampak. Jadi Jeneri akan jawab nanti. Seolah-olah dia nak membuka semula apa yang telah kita apa ni perketatkan, perjuangkan kepada rakyat dengan kita mencari sumber-sumber lain kepada Kerajaan Negeri melalui sumber-sumber apa ni yang berbeza.
Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Pengkalan Kundor. Saya ingin juga mohon penjelasan macam Pengkalan Kundor juga sebab dalam jawapan juga, dalam soalan tentang lesen pembalakan sejak Mei 2018 hingga Mei 2020 dijawab oleh kerajaan sebanyak 23 lesen pembalakkan dikeluarkan sejak Mei 2018 hingga Mei 2020. Jadi, hat tu zaman Pakatan Harapan mungkin ada pindaan dan sebagainya sebab ada lesen yang dikeluarkan. Jadi mohon juga penjelasan. Sila.
Jadi, yang seterusnya adalah hala tuju tadi lah. Hala tuju tadi kita nak supaya, kita akan bantu, kita pembangkang sifat kita bukanlah membangkang semata-mata, tetapi kita akan bantu dari segi tanggungjawab. Saya tgok tanggungjawab dalam bola, bola, bola YB Jeneri. Bola sepak, bola sepak ni menjadi sukan dunia yang kita telah tahu, maka, saya melihat apa yang dihujahkan haritu ni seolah-olah lebih untuk nak persalahkan kita daripada nak menyelesaikan masalah. Jadi, kalau kita sikap begitu sudah tentu kita rasa sesuatu yang sangat tidak baik, dengan lebih menyalahkan orang lain daripada nak berusaha untuk menyelesaikan masalah. Jadi, kalau hala tuju, sikap, tanggungjawab yang ditunjukkan sebegitu daripada awal, maka, kita bimbang hala tuju mana negeri Kedah yang nak bawa. Setelah, dah la ambik separuh jalan, tidak ada manifesto dan seumpamanya, mentadbir secara itu pula. Jadi, saya rasa itulah perkara-perkara yang saya nak sebut. Jadi, saya tutup dengan satu ayat Quran yang juga berkait dengan amanah Innallah’ Hayudafiu’fiu’anila’zinaa’manu Innallah’alayuhibbu’qulu Qawwa’min Kaffur “sesungguhnya Allah membela orang yang beriman, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang khianat, lagi tidak bersyukur”. Jadi, saya menggambil peluang ini untuk juga menyokong usul, menjunjung kasih kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Sekian.
Terima kasih, Pengkalan Kundor. Kalau saya tak beri peluang kepada wakil rakyat DAP. DAP belum bercakap, dia duk perhati ja orang bercakap. Jadi, saya terfikir dan saya nak jemputlah wakil daripada Kota Darul Aman untuk cakap ikut suka panjang mana dia nak bercakap.
Terima kasih, Tuan Speaker. Saya akan patuhi masa yang ditetapkan.
Saya bagi masa tak ni, dia nak katup pula. Ok silakan.
Salam sejahtera, salam harapan, salam merdeka diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Jeneri. Ahli-ahli majlis mesyuarat, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan titah ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Dewan yang dihormati sekalian. Sebelum membahas titah ucapan Tuanku Sultan, ingin saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas-petugas perubatan kesihatan, polis, tentera, APM, KKM terutamanya mereka daripada barisan hadapan frontliners (dengan izin) dari sektor kerajaan, swasta, sukarelawan dan juga badan bukan kerajaan NGO atas jasa dan pengorbanan mereka ketika negara dilanda ancaman penularan wabak COVID-19. Tanpa mereka, penularan COVID-19 sudah tentu tidak terkawal malah berkemungkinan akan menjadi malapetaka besar kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya berasa syukur dan amat berbesar hati dengan titah ucapan Tuanku yang telah memulakan asas yang penting di mana kepentingan, di mana pemimpin yang amanah akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan berbanding kepentingan diri sendiri. Namun, apa yang rakyat Kedah saksikan beberapa bulan lalu adalah tidak sama dengan apa yang disampaikan oleh titah Tuanku kerana kepentingan diri sendiri melebihi kepentingan rakyat. Apabila kita melihat 6 ADUN di sebelah sana mencapai kesepakatan untuk membelakangi mandat dan nyawa rakyat. Menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan. Sedapnya bila dengar ini ucapan dalam surat khabar “kami ada bot baharu yang mai, jadi kami ambil keputusan untuk naik bot tersebut”.
Dia kata kat Speaker pa.
Kami rasa ayat ni perlu diperbetulkan kerana lompat tetap lompat, apabila dua ‘jump’, empat ‘jump, thats why we change goverment’ (dengan izin). Tindakan naik bot baru ini seolah-olah kami sebagai rakan seperjuangan dikhianati kerana sebelum tukar kerajaan tiap-tiap hari boleh kita ramah mesra di hadapan.
Tapi, tiba-tiba ada agenda gulingkan kerajaan dari dalaman, dalam saat-saat krisis wabak COVID-19. Mereka sanggup gadaikan mandat rakyat yang diberi undi oleh ratusan ribu pengundi dan rakan seperjuangan demi mempertahankan jawatan EXCO dan GLC. Ini sesuatu amalan yang tidak patut kita contohi dan tidak dapat dimaafkan kerana mandat rakyat telah dikhianati. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Dewan yang dihormati sekalian, berikutan peralihan kuasa Kerajaan Negeri, perancangan pembangunan negeri Kedah melihat insiden wakil rakyat lompat sana sini sehingga tubuh dan jatuh satu kerajaan. Saya ingin sarankan yang kat sana supaya berhati-hati sebab kita tak tau siapa kawan siapa lawan. Nanti lompat, jatuh pula kerajaan Perikatan Nasional. Tahun 1996 sehingga tahun 2020, tempoh 24 tahun kita tukar 8 kali Menteri Besar. Maknanya purata survival rate survival period (dengan izin) seorang Menteri Besar Kedah hanya 3 tahun sahaja. Mungkin tak sampai 3 tahun lagi kita akan tukar MB lagi. Kerajaan baru naik, semua yang dibikin dulu reset semula. Pelan pembangunan Kedah 2035, yang dirangka kerajaan Pakatan Harapan dalam tempoh 24 bulan pemerintahan sudah tentu akan ubah juga. KXP yang baru-baru diumumkan oleh Menteri Pengangkutan merupakan satu contoh permulaan pembatalan yang akan berlaku. Macam mana kita nak maju kehadapan apabila kesinambungan dasar tiada dalam pentadbiran negeri. Kerajaan PAS atau dinamakan Perikatan Nasional, Muafakat Nasional memberikan naritif dengan slogan “Kedah Sejahtera, Nikmat untuk Semua” tak semestinya dapat tercapai sekiranya semua tak usaha gigih untuk membangunkan negeri Kedah yang semakin mundur berikutan politik yang kecoh dan COVID-19. Kita sebagai pemimpin negeri.
Kota Darul Aman, ada pencelahan
Silakan.
Tuan Speaker, sudahkah Kota Darul Aman satu kajian telah dibuat di Thailand. Setiap kali berlaku rampasan kuasa di Thailand, kemajuan negeri Thailand berundur 20 tahun ke belakang. Jadi, maknanya setiap kali kerajaan baru naik, tentera ambil alih, dia undur lagi 20 tahun. Ini tidak pernah berlaku di Malaysia.
Oleh kerana pertukaran kerajaan sekarang ini, setujukah Kota Darul Aman dengan saya, kalau trend ini berterusan apa-apa juga kita kata the first time is already difficult (dengan izin), kali pertama sahaja yang susahnya. Macam orang kawin dua, tigalah. Yang pertama ok, yang kedua, ketiga tu dia terus la lepastu. Maknanya nak lepas kali kedua tu susah, tapi dalam kes ini kalau dilihat trend ini. Apa janji yang pilihanraya akan datang. Katakanlah sapa-sapa juga yang menang, majoritinya 3:4:5 akan berlaku berterusan dan kalau tidak ada undang-undang untuk menyekat tindakan ini, maka, kerajaan kita akan terus berundur, berundur dan berundur, dan yang selesa ialah orang yang lompat jadi wakil rakyat tapi rakyat terus menderita. Apa pandangan yang berhormat tentang ni, terima kasih.
Ok, Yang Berhormat Gurun, saya setuju sepenuhnya kerana melihat perkembangan beberapa negara. Kita dapat lihat contohnya Vietnam, di mana dalam beberapa tahun ni bila dasarnya berterusan, perkembangan ekonomi merancak dan bila kita tengok China sejak 45 tahun tak ubah kerajaan kekalkan polisi dasarnya negara berkembang sangat maju. Tapi, bila berlaku peralihan kuasa, rampasan kuasa kerajaan itu akan mundur 10 tahun atau 20 tahun sepertimana yang di cakapkan Gurun adalah benar. Jadi sambung semula, kepada titah ucapan. Ya. Dipersilakan.
Baik, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, tadi sebut ada berlaku rampasan kuasa tapi hat yang kita buat ni bukan rampasan kuasa. Ikut law (dengan izin) yang betul. Dan insyaallah kita yakin kita akan dapat madu, dan rakan-rakan hat yang pernah jadi EXCO negeri Kedah dulu yang rasa disini ni lebih selesa untuk nak maju negeri daripada kerajaan hat dahulu yang 22 tahun, yang 22 bulan yang berlangsung sebelum daripada ni. Jadi, adakah Yang Berhormat Kota Darul Aman, kalau kita nak ambil sejarah-sejarah negara-negara luar, blok komunis ka, blok apa, tapi kita ada ciri kita sendiri. Ya kita setuju untuk semua pakat jaga jati diri masing-masing, setia, tapi, dalam tempoh kerajaan Pakatan Harapan perintah pun benda tu tak berlaku walaupun didesak sebelum daripada ni. Jadi, kita bersetuju adakah sepatutnya undang-undang ini dibuat lebih awal. Dipersilakan.
Terima Kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Kota Darul Aman. Saya melihat berkenaan dengan ini dijadikan platform luahan hati Yang Berhormat pembangkang untuk mengata kepada beberapa orang individu yang lompat. Kami di sini yang membentuk kerajaan ini, kami masih lagi majoriti yang setia, yang tidak melompat. Yang inginkan perubahan ke arah kebaikkan. Jadi, saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Kota Darul Aman, kenapa menggunakan platform sidang DUN yang kita ingin move on (dengan izin), yang kita ingin memberi satu apa kebaikkan kepada rakyat, membela rakyat dalam sidang DUN ini dijadikan platform untuk luahan parti pembangkang ni. Kenapa.
Hari ni ja YB, esok takda dah. Hari ni hari luahan perasaan.
Terima kasih, terima kasih Tuan Speaker. Sebab kalau kita tak bahas sekarang ni, maknanya kita dah. Kita nak bagitau rakan-rakan kita apa tu kebenaran yang diistiharkan oleh tuhan, ok itu sahaja. Ok saya sambung semula, kita sebagai wakil rakyat merupakan pemimpin negeri yang dipilih mahupun majoriti ataupun minoriti harus kita bertekad memikul tanggungjawab dan mengambil inisiatif untuk mengubah nasib setiap rakyat agar kita agar rakyat kita hidup mewah dan bahagian pada masa depan. Dan menerusi sistem urus tadbir terbaik dan juga dasar-dasar yang membina serta berterusan. Kita ambil. Bagi saya sambung dulu. Sebab saya rasa semua nak balik awal. Jadi, saya habiskan dulu.
YB Kota Darul Aman. Saya bagi extend (dengan izin) masa, bagi dia tanya.
Ok.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Kalau tak silap saya, saya dengar tadi YB. Kota Darul Aman kata kerajaan membatalkan projek KXP. Betul ka ucapan tadi? Saya rasa Yang Berhormat sebut yang tu.
Dalam rancangan Warta, ok.
Dalam rancangan batal. Tak betul tu, tak boleh mengelirukan Dewan. Yang kedua Yang Berhormat Speaker, saya tertanya-tanya pasal belah sana sebut lompat, khianat, lompat, khianat. Macam YB. Guar, YB. Kuah, mereka tak lompat pun dari parti mereka. Pimpinan yang ada di pusat tu. Daripada parti yang sama yang mereka masih dalam parti yang sama. Cuma sealiran dia yang di Negeri dan Pusat tu nak selari.
Parti pun tak boleh lompat, ok. Yang itu hakikat. Bila lompat kena keluarkan jawatan. Ok. So kita nampak kerajaan Pakatan Harapan dalam tempoh 24 bulan kita melihat kepentingan ekonomi melalui FDI. Jadi, dalam kita nampak konteks di Kedah ni sekiranya kita tidak bawa dana, dari luar untuk merancakkan ekonomi kita. Kalau kita nak bertekad menggunakan pertanian sebagai sumber utama membangunkan negeri Kedah. Maknanya dia akan lambat dan kita lihat prestasi dari tahun 2019 negeri Kedah mencatatkan jumlah pelaburan dalam sektor perkilangan sebanyak 11.5 billion iaitu pencapaian tertinggi dalam sejarah Negeri Kedah dan meletakkan kerajaan nombor tiga dalam sektor perkilangan, pelaburan sektor perkilangan di seluruh Malaysia. Tahun ini suku pertama pada, suku pertama kita mencatatkan 1.1 billion dalam keadaan COVID kita nampak kerajaan PH betul-betul komited untuk perjuangkan lebih banyak pelaburan masuk ke negeri Kedah. Dan baru-baru ini saya nampak Menteri Besar Jeneri ada keluarkan satu kenyataan di mana Kedah terima pelaburan 3.06 billion tapi mengikut laporan MIDA pada suku pertama kita cuma ada pelaburan sebanyak 1.1 billion. Jadi, saya minta jawapan kenapa perbezaan sebanyak 2.05 billion dimansuhkan. Yang Berhormat Tuan Speaker dan ahli-ahli dewan yang dihormati sekalian, saya dapat merasai kebimbangan Tuanku Sultan terhadap kekalutan berdepan dengan ancaman COVID-19, lanjutan perintah kawalan pergerakkan dan penamatan moratorium yang akan menyebabkan lebih rakyat Kedah menganggur dan menghadapi masalah kewangan. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat Kedah mengharungi zaman kesusahan ini yang bakal melanda sebulan, dua nanti.
Kita lihat berdasarkan ‘survey’ Tenaga Buruh (STB), Jabatan Perangkaan Malaysia, USM, jumlah pengangguran golongan belia antara 15 hingga 30 tahun di Negeri Kedah pada suku tahun pertama 2020 adalah seramai 32.1 ribu orang dengan kadar pengangguran 7.8% , manakala pada suku kedua 2020 kadar pengangguran belia di negeri Kedah meningkat 0.8 mata peratus kepada 8.6% dengan bilangan pengangguran belia seramai 31 ribu orang. Melihat angka yang diberikan Jabatan Perangkaan Malaysia, pengangguran di Malaysia kini di Kedah, di Kedah semakin meningkat. Jadi, apakah pakej-pakej yang bakal ditawarkan kerajaan dalam melonjakkan ekonomi dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada golongan anak muda yang merupakan tunjang Kerajaan Negeri. Pada pendapat saya, 200 juta yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri zaman Pakatan Harapan harus digunakan sepenuhnya untuk merangsang ekonomi dan membantu rakyat dalam masa yang susah ini. Yang Berhormat Tuan Speaker dan ahli-ahli yang dihormati sekalian, bila peralihan kuasa di negeri berlaku, bermakna tamatnya riwayat perkhidmatan ahli-ahli majlis kerajaan tempatan dari wakil Pakatan Harapan. Pembentukan sesebuah Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan yang sihat harus merangkumi perwakilan semua kaum. Ini baru dapat merapatkan jalinan hubungan dan persefahaman antara kaum dan agama. Melihat kepada barisan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan sekarang, tiada lagi perwakilan dari komuniti India kerana ADUN yang memahami komuniti kaum India iaitu Bukit Selambau masih duduk bersama dengan kami. Bagi Lunas yang menjawat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India sudah tentu beliau tidak pakar semacam Bukit Selambau. Kita ambil.
Boleh Yang Berhormat.
Ya
Boleh?.
Boleh, dipersilakan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Kota Darul Aman. Sedarkah Yang Berhormat bahawa Yang Amat Berhormat telah melantik seorang Pegawai Khas kepada kaum India untuk membantu hal-hal kaum India. Yang Berhormat tau dak?
Yang tu tak cukup, sat lagi saya sambung, saya ingat ada kat belakang. Ok, kita ambil Majlis Bandaraya Alor Setar sebagai contoh semua di kalangan Ahli-Ahli Majlis yang baru dilantik tiada seorang daripada komuniti kaum India. Lantikan Ex-Officio tiada, politik tiada, NGO lagi tiada. Perwakilan dari kaum India sifar sehingga kita nampak tiada suara di kalangan masyarakat India boleh disampaikan pada pihak atasan. Ketiadaan ‘bottom up’ dan persefahaman antara kaum dan agama dipercayai satu punca utama di mana Kuil Arya Madurai Veeran, Jalan Stesen dan banyak Rumah Ibadat Bukan Islam dirobohkan setelah Kerajaan Perikatan Nasional mengambil alih. Walaupun saya dah tulis surat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Jeneri dan EXCO-EXCO yang terlibat tetapi kerajaan masih bertekad untuk merobohkan kuil tersebut. Sat. Sila duduk. Saya habiskan, nak habis dah.
Bukan.
Silakan.
Yang Berhormat Speaker.
Ya.
Yang Berhormat Kota Darul Aman. Satu juga YB masalah kesesakan jalan station boleh diatasi tanpa, tanpa perobohan kuil itu. Boleh ka diatasi.
Terus, terus sambung Yang Berhormat Speaker. Tadi.
Nanti sat nak tanya Kota Darul Aman. Boleh bagi?.
Dia banyak kali dah.
Banyak kali dah.
Dak. Saya tak, tak mencelah lagi yang dia ni.
Bagi saya habiskan.
Sebab ada tadi mengelirukan dewan. Bila sebut dan banyak lagi.
Tak, floor ni yang Kota Darul Aman. Dia tak bagi, tak boleh.
Minta diperbetulkan kenyataan tu.
Ok, saya rasa amat kecewa dan sedih apabila Kerajaan Negeri melaksanakan perobohan kuil ini. Jadi, sebagai....(YB. Sungai Limau mencelah)
Yang Berhormat Speaker, dia tak perbetulkan balik tu. Dia sebut tadi, banyak kuil dirobohkan. Ia mengelirukan Dewan.
Satu kuil saja kut.
Kuil satu, rumah ibadat bukan Islam banyak. Ok. Bagi saja teruskan dulu. Ok. Adakah....
Minta, minta.
Kalau banyak. Sebut Yang Berhormat.
Adakah kerajaan memikirkan perasaan komuniti Hindu apabila mengambil tindakan merobohkan kuil tersebut. Apatah lagi merobohkan kuil pada 1:30 pagi bila orang tidur lena dengan 100 anggota penguatkuasa. Adakah baloi kuil 70 tahun dirobohkan. Pokok besar dicantas dan diratakan untuk buat tapak tempat letak motosikal. Bagi saya ini merupakan satu perancangan bandar yang tak masuk akal dan tidak relevan dengan landskap sedia ada di mana stesen yang begitu sempit. Kerajaan Negeri harus menghormati kedaulatan hak asasi manusia dan kebebasan agama dalam isu ini dan tidak mengambil tindakan dalam keadaan terburu-buru. Perbincangan dua hala, pengubahsuaian dasar, pemberian tanah kerajaan dan kewangan untuk pembinaan harus dilaksanakan dengan segera bagi menyelesaikan isu-isu sebegini. Seperti yang disarankan Titah Tuanku, kita harus saling menghormati dan merapatkan hubungan antara kaum. Kedah harmoni kerana kepelbagaian, jangan rosakkan kepelbagaian ini dengan agenda persendirian.
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Boleh bagi laluan sikit?.
Bagi saya.
Tak sebut sat lagi Yang Berhormat.
Saya menyaran Kerajaan Negeri menangguhkan serta-merta segala tindakan perobohan.
Peraturan Dewan! Peraturan Dewan!
Yang Berhormat.
Peraturan dewan. Peraturan dewan.
Yang Berhormat Speaker.
Peraturan. Silakan, apa dia.
Peraturan dewan Yang Berhormat Tuan Speaker. Perkara 35(6) seseorang ahli tidak boleh membaca ucapannya tetapi boleh dibacanya cabutan-cabutan daripada buku-buku atau surat-surat kerana hendak menyokong hujahnya. Mohon.
Kota Darul Aman. Tak leh baca 100%, sekali sekala boleh.
Ok.
Yang Berhormat.
Jadi, saya menyaran Kerajaan Negeri untuk menangguhkan segala tindakan perobohan dengan serta merta supaya segelintir bangunan dan bangunan tanpa kebenaran merancang yang melibatkan sensitiviti agama dan kaum sehingga ada dasar baharu.
Kota Darul Aman...
Habis dah kan point. Masa pun lebih dah.
Dato Speaker, saya nak minta pandangan Kota Darul Aman. Saya mendengar dengan jelas dalam parlimen baru-baru ini, bila menteri perpaduan negara datang ke Kedah. Dan isu ini amat panas bila disebut beberapa kuil, beberapa kuil diruntuh, dirobohkan. Jadi kita pun panik juga berapa kuil tu banyak mana. 15 ka, 20 ka, 25 ka. Jadi, sebab itu akhirnya Menteri Perpaduan Negara menyatakan bahawa betapa pentingnya apabila kita ambil tindakan harus ada perbincangan di antara orang yang terlibat. Termasuklah jawatankuasa kuil dan sebagainya. Jadi, setujukah Kota Darul Aman dengan saya di sini. Kalau kita mencadangkan pada kerajaan baru ini, saya sarankan Yang Berhormat cadangkan sebentar lagi. Saya tak boleh sebab saya floor Yang Berhormat. Mencandangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan Hindu Endowment Board seperti yang wujud di Pulau Pinang. Di Pulau Pinang, masalah-masalah kuil ini, masalah-masalah kuil ini hampir tidak ada kerana Hindu Endowment Board kontrol perlaksanaan dan perjalanan kuil ini. Jadi, apa-apa juga masalah yang timbul akibat daripada perjalanan kuil ini akan dirujuk kepada Hindu Endowment Board, Hindu Endowment Board akan berbicara dengan kerajaan dan akhirnya masalah ini selesai. Tak payah terlibat dengan PBT, tak payah.
Jadi, kalau tidak dia akan berlarutkan hingga ke parlimen. Dan kita miss code macam juga macam apa ni Bandar Baharu kata tadi. Berapa, berapa kuil 2,3,5 beberapa kuil. Jadi, ini semua miss leading jadi lebih baik untuk mengelakkan kecelaruan dan juga rasa emosi yang tidak ada, tidak sepatutnya berlaku. Mungkin niat Yang Berhormat betul tapi niat orang dengar berbeza. Jadi, tidak ada macth (dengan izin) di situ dan mengakibatkan kita berkawan begitu lama tapi kerana miss statement (dengan izin) ini ataupun salah pendengaran ini kita bermasam muka dan sepatutnya negeri maju, kita menjadi huru-hara kerana hal-hal yang tidak sepatutnya. Bersetujukah cadangan saya pada Yang Berhormat untuk mencadangkan kepada kerajaan untuk melihat bahawa harus ditubuhkan Hindu Endowment Board, terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih, tuan Speaker.
Sama-sama. You punya time dah lajak banyak tau.
Ok. Ok.
Landing. Landing. (dengan izin)
Yang Berhormat Speaker, peraturan dewan. Jadi, nak minta untuk Kota Darul Aman tarik balik, apa ni banyak kuil yang dirobohkan tadi.
Peraturan berapa?.
Peraturan 36(6), tidak boleh, seorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat dan peraturan 36(10)(c), perkataan-perkataan yang harus ataupun menaikkan perasaan sakit hati dan bermusuh-musuhan antara kaum. Jadi minta tarik balik dan juga apa tu mengelirukan dewan.
Terima kasih, Tuan Speaker.
YB, soalan dia beberapa tu. Dia orang tak mau perkataan beberapa tu.
Jadi, sini ada surat khabar, kuil ada satu termasuk Rumah Ibadat Bukan Islam ada 2,3 yang kena roboh bila Perikatan Nasional ambil alih. Yang ini mereka tulis dekat surat khabar dan yang ini insiden yang kena roboh. So, di Desa Seraya di Taman Restu dan di Jalan Stesen. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri Besar untuk lihat Jeneri untuk melihat semula yang dirobohkan. Jadi.
Ok. You buat landing. (dengan izin)
Saya landing, ok. Dan memandangkan, yang ini saya bagi habis. Memandangkan peningkatan penularan COVID-19 dan pematuhan SOP yang dipertingkatkan kami menerima rungutan daripada rakyat yang mengatakan tindakan kompaun tidak relevan dan dipohon untuk mengurangkan kadar kompaun. Ini kerana mereka tidak mampu untuk bayar kepada kesalahan apabila ingkar PKP. Salah sikit pun kena, apa yang mereka maklum. Salah sikit pun kena kompaun, buat pun kena kompaun, tak buat pun kena kompaun. Jadi, kami dimaklumkan biasanya yang ingkar kesalahan SOP kad pengenalan biasanya akan diambil oleh penguatkuasa kemudian dipanggil ke balai polis dan diberi notis bayaran kompaun ingkar PKP sebanyak satu ribu tanpa sebab yang jelas. Jadi, adakah penguatkuasaan ini patut, patut kita diteliti semula dan pematuhan SOP diterangkan kepada rakyat jelata. Apakah SOP yang benar-benar yang patut rakyat kita buat agar tidak dikena tangkap. Jadi, saya berharap agar kerana bila kita lihat Bank Negara laporan Bank Negara menunjukkan bahawa 75% daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan sekurang-kurangnya satu ribu. Jadi, saya rasa kadar charge seribu tu terlalu tinggi dan kalau boleh minta kurangkan. Akhir sekali, saya menyeru Kerajaan Negeri laksanakan apa-apa yang patut dan telah kami cadangkan tadi, sebentar tadi dan bila nak panggil mesyuarat DUN usahlah takut bagi notis
bersertakan agenda mesyuarat. Kami akan sokong yang dibentangkan oleh kerajaan kerana kami juga pernah jadi kerajaan. Patik, saya merakamkan ucapan menjunjung kasih dan sokong titah ucapan Ke Bawah Duli Ke Bawah Mulia Tuanku Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Negeri Kedah yang ke 29. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Kota Darul Aman. Saya rasa sebelah kanan ni pun patut saya jemput seorang untuk saya bagi satu, satu penggulungan menjunjung kasih Tuanku Sultan kerana kita ada masa lagi 24 minit. Saya nak habiskan juga dengan apa nama usul menjunjung kasih ni. Silakan sebelah kanan. Kuala Nerang ka, Kuala Ketil belum ya. Jangan dua kali pula. Silakan Kuala Ketil.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Sebenarnya nak bahas susah di kerajaan ni.
Susah.
Di pembangkang senang.
Duk biasa jadi hat tu lama dah. Jadi, takpa-takpa cuba juga.
Tu yang malas nak bangun tu. Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum w.t.h., salam sejahtera, salam kedah sejahtera nikmat untuk semua. Alhamdulillahirobbilalamin, washolatu wassalamu 'ala asrofil ambiya iwal mursalin wa'ala alihi wasohbihi aj ma'in. Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman. Saf kepimpinan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Yang Berhormat Dato’ ketua pembangkang, Yang Berhormat mantan Menteri Besar.
Tempat saya tu Yang Berhormat. Mungkin ada chance boleh jadi Menteri Besar lepas ni kut. Yang Berhormat-Yang Berhormat, Yang Berhormat Datuk Setiausaha Kerajaan, ketua-ketua jabatan seterusnya pada hadirin yang dirahmati Allah sekalian hendaknya. Pertama dan selamanya marilah kita panjatkan tanda kesyukuran terhadap Allah s.w.t. kerana atas limpah kurnia serta keizinannya dapat kita dipertemukan pada sidang dewan yang mulia ini. Sesungguhnya dengan rahmat dan kasih sayang Allah kita rakyat Kedah masih lagi terpelihara dari ancaman, musibah dan bala bencana yang akhirnya mengekang kehidupan kita. Terima kasih, yang tidak terhingga saya ucapkan kepada frontliner seperti mana JKM, Jabatan Kebajikan, JKM, KKM, Polis, ATM, APM, RELA dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dan juga kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat kerana menggerakkan bantuan sempena COVID-19 atau pun sepanjang tempoh PKP. Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat sekalian, musibah yang kita terima hari ini hendaklah kita insafi dari kita bahawa ini adalah sebahagian daripada peringatan Allah S.W.T kepada kita yang selama ini yang melupakan atau kurang mensyukuri atas nikmat yang diberikan-Nya. Moga-moga kita terus kekal beriman, bertaqwa kepadanya walau apa benda bencana yang akan kita hadapi. Yang Berhormat Speaker, terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas Perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah atas pelantikan Yang Amat Berhormat Kedah yang ke-14 iaitu Tuan Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor, anak kelahiran Sik, muda tampan bergaya, mudah senyuman, bodek ni. Senang linangan air matanya serta berwawasan tinggi selesa dengan panggilan kampung boy. Noh? Memacu Kedah dengan slogan “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”. Dalam ucapan Tuanku Sultan tempoh hari, tuanku banyak menyentuh bahawa betapa seriusnya usaha-usaha untuk menyekat penularan wabak COVID-19 yang secara tidak langsung membebaskan rakyat Kedah dari pandemik ini sehingga hari ini kita telah melalui hari ke-161 PKP dan ke-77 PKPP. Malaysia mencatatkan 9281 kes keseluruhannya dan 8971 kes sembuh. Kedah berada dalam kedudukan yang ke-10 tertinggi iaitu 193 kes dengan Kuala Lumpur mencatatkan angka tertinggi iaitu 2559 kes. Jika, dibandingkan dengan angka dunia lebih kurang 23 juta kes berbanding 16 juta kes sembuh dalam kalangan asian Malaysia berada di tangga keempat dengan negara tertinggi iaitu Filipina 197 ribu. Sedikit bercerita tentang COVID-19 ini, tahun 2020 ini kita dikejutkan dengan penularan satu virus dari Wuhan, China yang telah menyebabkan ribuan manusia terkorban dengan nama virus Novel Corona, Corona, COVID-19 ini turut tersebar hingga ke Malaysia.
Penularan-penularan yang dilaporkan turut tersebar melalui udara menambah kegerunan di setiap segenap lapisan masyarakat. Tambahan pula para pengkaji masih lagi tidak menemukan sebarang ubat anti-virus ataupun vaksin bagi wabak ini. Semalam di parlimen dibentangkan bahawa berpuluh vaksin dicipta namun hanya 3 sahaja yang melepasi tahap klinikal itu pun belum disahkan. Sejarah tentang wabak penyakit ini pernah berlaku di zaman pemerintahan Saidina Khalifah Umar Al-Khattab iaitu wabak yang berlaku di Amwas Palestin yang menyebabkan rakyat terlibat dengan wabak ta’un, sehinggakan seorang sahabat Rasullulah S.A.W juga terlibat di sana sehinggalah bagaimana khalifah Umar untuk nak pergi melawat akhirnya dibacakan satu hadis daripada Abdul Rahman Bin Auf, iaitu juga apabila kamu mendengar ta’un di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya, jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, janganlah kamu keluar daripadanya. Riwayat AL-Bukhari dan muslim. Ini menunjukkan bahawa sudah berlaku pada sesuatu ketika itu, sejarah membuktikan bahawa berlaku dah seolah seperti PKP iaitu kuarantin jika berlakunya wabak yang boleh menular kepada masyarakat sekeliling. Wabak yang tersebar ini melalui bekalan air berpunca daripada mayat-mayat tentera Rom yang tidak diurus ditambah juga dengan jumlah kematian yang tentera mereka yang sangat besar menjadi titik permulaan kepada tersebarnya wabak taun di Amwas ini. Ini adalah satu contoh bagaimana sejarah yang telah berlaku dan akhirnya kita telah melaksanakan mengikut contoh yang telah berlaku. Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Apabila berlakunya COVID-19 dan juga PKP sepertimana sahabat-sahabat saya telah maklumkan sebentar tadi, bahawa pentingnya negara yang mempunyai sumber makanan yang mencukupi sudah pasti akan menghadapi satu keadaan yang tidak tenteram. Negara yang tidak mempunyai sumber makanan sudah tentulah akan berlaku mogok, rusuhan dan sebagainya kerana untuk mendapatkan bekalan makanan. Dan kita alhamdulilah, di negara kita di Malaysia kita mempunyai bekalan makanan yang mencukupi sepanjang tempoh PKP dan PKPP, maka, di sini boleh kita nyatakan bahawa bekalan makanan asasi seperti beras. Bukan lagi diletakkan sebagai ‘security food’ (dengan izin) tetapi telah diletakkan sebagai kedaulatan makanan, kerana negara yang mempunyai sumber makanan dia akan pastikan rakyatnya terjamin dan terbela waktu dalam kuarantin dan sebagainya. Manakala, pada ketika itu walau kita ada duit banyak berjuta sekalipun, maka kita tidak akan berguna sebab tidak ada makanan untuk dibeli atau nak dapatkan makanan.
Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat sekalian, sesungguhnya teknologi pertanian ini perlu, penting dalam untuk kita menambahkan sumber makanan kita. Sumber makanan negara kita, sumber makanan negeri kita, maka, di sini saya ingin mencadangkan bahawa dalam untuk memperkasakan industri makanan. Kita hendaklah melihat kepada teknologi-teknologi yang ada dalam industri makanan tersebut. Makna kita perlu kepada teknologi yang terbaru untuk menambahbaik kepada teknologi makanan yang kita ada sedia sekarang. Saya mengambil contoh, salah satu contoh semalam 24 hari bulan. Saya telah pergi melawat di Sangyong Agricultural, sebuah anak syarikat daripada Chantika dan juga Pertama Padi, bagaimana mereka menggunakan dron untuk projek semai benih padi, semai padi menggunakan dron. Semai padi, membaja dan juga meracun. Inilah dron ni teknologi yang terkini, banyak di gunakan sama ada di waktu saya melawat di Sungai Besar dia gunakan secara meluas. Di Kedah pun banyak juga anak-anak muda yang telah membeli dron tersebut, dia gunakan teknologi ini untuk membantu dalam industri pertanian kita. Bukan setakat pokok padi saja, dia boleh gunakan untuk getah, untuk sawit, untuk kebun buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Dia boleh naik sampai 100 kaki tinggi, boleh pergi sampai 3 kilometer jauhnya, ini dron. Tapi, harga dia agak mahal sikitlah, Yang Berhormat EXCO noh, kalau, berapa. 60 ribu satu. Murah la. Kalau yang murah sikit tu dia boleh meracun saja, dalam 30 ribu. Kalau 60 ribu dia boleh buat dalam 3,4 kerja. Saya pi tengok sendirilah. Dan dalam masa yang sama juga saya mohon kepada petani-petani juga diberi. Mereka menyediakan sumber makanan kepada kita. Sepatutnya mereka hidup senang, selesa dalam negara kita, tetapi, kebanyakkan petani-petani kita hidup dalam keadaan yang sederhana. Sedangkan orang tengah, orang tengah yang ambik bahan dan mengeksport sebagainya, supply (dengan izin) , mereka ini hidup senang. Jadi, kita juga kena usahakan suatu perkara bagaimana untuk meningkatkan taraf kehidupan petani-petani. Dan saya difahamkan bahawa kerajaan telah memberikan sedikit peruntukan kepada petani-petani yang menerima musibah untuk mereka dapat sikit tuntutan dan sebagainya. Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat sekalian, kita juga tahu bahawa Kedah menyediakan hampir 40% kawasan pertanian dan selebihnya adalah kawasan-kawasan untuk tadahan air dan sebagainya.
Ini adalah satu pengorbanan yang besar rakyat Kedah kepada negara. Sepertimana sahabat-sahabat sedia maklum sebelum ini. Kita walaupun melihat sawah padi yang terbentang luas, kita ada hujan hutan hijau yang di kawasan tadahan air dan sebagainya. Kita juga membekalkan bekalan air untuk negara jiran, saya mencadangkan di sini Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga kerajaan untuk mengusahakan terus pampasan daripada kerajaan pusat sebagai ganti rugi kepada kita yang telah menyediakan sedikit prasarana untuk rakyat negera ini kalau dapat alhamdulilah kita nak lagi berterusan benda ni sebab kita menyediakan satu kawasan yang luas untuk tanam padi dan sebagainya. Dan juga beberapa prospek pelaburan. Saya melihat kehadiran menteri yang baru-baru ni sampai ke Kedah itu, Menteri Perusaharaan, Peladangan Dan Komuniti. Apabila sampai di Kedah mengumumkan beberapa projek pelaburan ataupun tambahan kepada kerajaan seperti usahawan baru projek Lembaga Koko Malaysia dan juga menyediakan geran satu 1.5 juta kepada usahawan coklat di Langkawi, tapi Tuan Berhormat Speaker tak bawa pun kita coklat harini ni. Patut kena bawa coklat bagi sorang sikit.
Dia, penggal depan la.
Ni, hub coklat ni. Minggu depan. Dan kementerian turut mencadangkan bahawa projek iaitu Ladang Komuniti Getah itu membangunkan ladang buluh di kawasan tersorot, kawasan ladang nukleus bagi pengeluaran biji benih kenaf dan juga pembangunan ladang komuniti demi membangunkan industri. Industri komuniti di Kedah sehingga mampu memperolehi pendapatan sehingga hampir dua ribu ringgit sebulan dan projek pembangunan ladang komuniti getah, getah, manakala bagi pembangunan ladang buluh mampu pendapatan bersih sebanyak 14 ribu setiap hektar. Dan kawasan-kawasan ladang nukleus bagi pengeluaran biji benih kenaf dengan tambahan sehingga tiga ratus hektar. Dan, hektar pula dianggarkan dapat menghasilkan 90 ribu kilogram biji benih tambahan kepada keperluan biji benih kenaf negara. Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat sekalian, dalam tempoh PKP ini kita diperkenalkan dengan cara shopline, shop online, shop online (dengan izin) iaitu satu sistem perniagaan yang baru. Menggantikan norma yang lama, menggantikan norma yang baru.
Semalam saya lihat satu program bual bicara di TV1 iaitu melibatkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan MDEC, Malaysia Digital Economic Corp, MDEC iaitu memperkasakan e-dagang, e-commerce dan juga digital ekonomi. Benda ini dia telah menunjuk contoh, beberapa contoh kepada kita seperti orang berniaga burger sekalipun yang terkesan dengan PKP, apabila program ini diperkenalkan perniaga burger itu dia boleh keluar daripada zon yang terkongkong tadi, dia jadi usahawan yang, yang hebat. Boleh supply burger dan sebagainya dengan duduk buka stor di rumah tetapi business dia berjalan. Termasuk orang yang membekalkan salad, sayur-sayuran di kedai yang terjejas hampir 20% saja. Mereka ini berlaku waktu PKP tetapi dengan shop online tadi dia mampu mengangkat business dia sampai tahap 90%, dan beberapa contoh yang ditunjukkan. Ini ialah saya lihat benda satu perkembangan yang baik yang boleh dipraktikan oleh kerajaan hari ini untuk diperkasakan kepada anak-anak muda kita dan bantuan usahawan muda juga kerajaan telah memperkenalkan. Hampir 6,000 pemohon dengan berjumlah hampir 103.4 juta diperkenalkan pada hari ini. Ini ucapan ni ka penggulungan ni. Sama lebih kurang ja.
Saya pun heran juga. Homework (dengan izin) buat bila ni. Tak baca kan.
Sat-sat sikit lagi. Sikit lagi.
Kerling-kerling boleh.
Dan akhirnya. Akhirnya lah sebab sat lagi banyak point habis sat lagi. EXCO tak sempat nak gulung pulak.
Minta laluan.
Mengambil.
Kuala ketil ada pencelahan.
Mana. Ok. Ok, Dato’. Lawan tak apa lagi.
Ok, terima kasih Tuan Speaker. Saya cukup tertarik dengan Kuala Ketil yang mempunyai idea yang besar. Punya idea yang besar boleh bentang bagaimana pertanian menggunakan artificial inteligent (dengan izin) dengan dron sebagainya. Dan bagaimana dia bandingkan tentang getah ni kalau usaha kuat pun dapat dua ribu sebulan. Tapi kalau tanam buluh 14 ribu sebulan. Kenaf lebih lagi, kemudian shop online tadi nampak macam maju. Jadi, saya nak tanya pandangan Kuala Ketil. Maksudnya yang mana yang Kuala Ketil nak cadang nak balik, nak cadang supaya kerajaan Kedah bantu benda-benda ni berlaku dulu di kawasan Kuala Ketil. Supaya orang Kuala Ketil tu maju dulu. Insyaallah.
Sikit, sikit nak tanya buluh tu kat mana. Duk cadang la, tanam kat mana buluh.
Nanti saya jawab, last sikit saya jawab. Kalau saya tak jawab. Esok Exco jawab. Untuk Yang Berhormat Suka Menanti, ada dalam. Saya nak bercakap lagi ni, pasai yang di Kuala Ketil nak buat di mana tu. Tapi tak habis lagi, dia tak boleh pi lebih kurang, sat lagi lupa habis. Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat sekalian. Dia tak, tak prepare macam ni la. Mengambil slogan Kedah Sejahtera, Nikmat untuk Semua, saya tertarik dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar selalu bercakap nak bagi ubah zon kekayaan yang ada sekarang ni, belah pantai barat nak ubah kepada pantai timur. Termasuk dalam Kedah ni kalau kita lihat Sik, Baling agak ketinggalan berbanding belah tepi laut ataupun tengah pekan. Jadi, kita nak lihat bahawa “Nikmat Untuk Semua” ni, rakyat yang sebelah kami ni yang terima banjir. Saya taktau banjir berapa kali ni. Alhamdulillah dengan tambatan yang diumumkan oleh Exco InsyaAllah dia akan bangunkan kembali termasuk di Kuala Ketil ni. Kuala Ketil, Yang Berhormat Suka Menanti nak buat di Kuala Ketil la ni, tu yang cadang ni.
Di Kuala Ketil ni ada satu kawasan industri yang kilang kondom yang disebut tu di Kuala Ketil la tu. Tapi bukan kondom tu bukan kondom cerita, dia getah. Dan dijadikan kondom tu. Maksud dia di Kuala Ketil juga ada kawasan industri walaupun di Kuala Ketil dan kawasan Baling. Jadi, untuk membangunkan “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua” ni, saya rasa sangat mengharapkan daripada kerajaan bagi memacu Kedah Sejahtera kepada semua iaitu membangunkan industri secara bottom up iaitu kita di peringkat luar bandar ada beberapa industri yang kita boleh bangunkan seiring untuk membantu kerajaan sama ada secara terus atau shop online. Contohnya, saya kata di Batu Besar, Sik. Sempadan dengan Parit Panjang, kawasan tu tepi jalan selalu dijual benda yang, bantal kekabu. Bantal kekabu, jeruk kelubi lepas tu serkap ayam. Yang Berhormat tau ka dak ni. Hat yang duk cekup ayam yang buat dengan buluh tu. Macam-macam, milak, milak apa tak tau, bahasa baku orang panggil apa? Hat duk tangkap ikan tu la. Kebanyakkan jual di pekan-pekan luar bandar di tepi jalan. Tetapi menjadi satu industri kepada pelancong-pelancong domestik, sama ada orang Kelantan, Terengganu yang lalu jalan tu, mesti berenti, mesti beli. Tapi setakat mana mereka nak,nak berjaya kalau setakat untuk domestik sahaja. Jadi, benda-benda ni boleh berlaku secara shop online, mungkin dia boleh pasarkan. Ikan pekasam tadi tu, boleh sampai ke peringkat antarabangsa. Macam mana kita bincang dengan Gurun dulu, Gurun noh. Ikan bilis mata biru di Pantai Merdeka di Tanjung Dawai, dipasarkan sampai ke Ireland. Makna ikan bilis mata biru ni, hanya beberapa negara sahaja ada. Tapi dengan shop online dia boleh sampai ke peringkat dunia. Yang dicerita MDEC, MDEC semalam la. Saya pun ikut dengar cerita dia la. Maksud dia sampai tahap tu, kalau shop online tadi di orang Kuala Ketil ni tak perlu banyak kedai takpa dah. Tetapi boleh bangunkan ekonomi secara mudah tapi boleh pasarkan ke peringkat antarabangsa. Maksud dia sampai ke tahap tu. Itu dari segi industri. Yang keduanya membasmi kemiskinan luar bandar. Dalam buku ni pun ada statistik menunjukkan orang Baling ni kadar kemiskinan yang cukup tinggi. Dato’ noh. Cukup tinggi kadar kemiskinannya, jadi, kita harap dengan Kedah Sejahtera ni, Nikmat Untuk Semua membangunkan kemiskinan luar bandar dan seterusnya ialah saya nak beberapa perkara yang saya nak usulkan mungkin terakhir dalam ucapan saya ni. Mengusahakan lesen kepada nelayan-nelayan zon A, hampir enam ribu lesen diperlukan untuk lesen-lesen nelayan zon A iaitu nelayan pantai yang bot kecil-kecil ni.
Termasuk Langkawi sama.
Langkawi bot besar dah.
Bot kecil pun takda lesen.
Ok. Ok. Baik. Membanteras judi, ekor atau pun judi online. Banyak sekarang ni berleluasa termasuk pekan Kuala Ketil sendiri. Kedai tak buka, tetapi orang boleh beli. Dia ketuk pintu syarat, dia buka cermin, dia jual. Prepaid ini cukup banyak, kita nak buat aduan setempat memang tak berjaya. Saya bercakap dalam dewan ni, sekurang-kurangnya mungkin ada pihak-pihak yang boleh ambil tindakan. Boleh kata semua pekan ada berlaku terhadap judi online. Kemudian, pemulihan kepada GLC-GLC yang hadapi masalah, mungkin yang Yang Berhormat akan ada pandangan bagaimana GLC yang mempunyai masalah dan juga membantu peniaga-peniaga kecil yang juga hadapi masalah hari ini. Seperti kawan-kawan kita bagitau tadi. Peniaga-peniaga seperti pasar malam, di kaki lima apabila berlaku PKP tambah situasi sekarang ni kluster tawar, boleh berniaga sampai pukul 8 saja. Lepastu take away (dengan izin) tak leh makan di situ. Walaupun pegawai daerah membenarkan membuka pasar malam, tetapi penganjur tak berani nak buka. Sebab arahan PKP tadi tu terpaksa nak buat SOP dan sebagainya menyusahkan kepada penganjur. Jadi, penganjur tak berani nak buka, hanya satu saja buka di peladang. Tu pun orang takda waktu malam sebab dengan norma baru ni kebanyakkan orang tak keluar malam dah. Lepak. Jadi, kebanyakkan dia akan terjejas walaupun start (dengan izin) March itu hari sampai sekarang ni, kita lihat masih ada peniaga-peniaga kita yang tidak ada pekerjaan. Contoh yang berniaga kain baju, mereka yang tidak boleh berniaga. Kalau berniaga makanan insyaallah boleh lagi. Itu antara yang kita boleh lihat pendekatan bagaimana untuk membantu mereka.
Dan yang seterusnya ialah keselamatan penduduk kampung daripada ancaman dadah. Dan juga rasuah dan pecah rumah. Baru-baru ni di Merbau Pulas, kawasan EXCO, EXCO kita
berlaku tembak-menembak, 3 orang, seorang meninggal kot tak silap aku. Dua orang cedera. Orang Melayu, punca dia adalah kes curi, kes pecah rumah, curi lembu, curi kambing dan sebagainya. Kita bawa lembu seekor, satu biji lori, boleh masuk tiga ekor lembu ja. Depa sebiji kereta Wira boleh masuk tiga ekor lembu juga. Kereta Wira ja. Jadi, inilah. Gejala-gejala ini kalau tidak dibanteras, tidak dimusnahkan, tidak di hapuskan, tidak dikawal dan sebagainya. Maka dia akan semakin berleluasa dan sebagainya. Dan satu ancaman kepada masyarakat hari ini. Saya harap kerajaan akan mengarahkan pihak-pihak yang tertentu mengambil tindakan kepada ancaman dadah, ketum dan sebagainya. Dan akhir sekali, akhir sekali, yang betul akhir ni. Kehidupan rakyat yang terhimpit dengan kemiskinan ini seperti orang kampung belah Baling ni kebanyakkan orang tiada tanah. Duduk tanah rezab nak minta air, paip air dia kata prosedur tanah rezab tak boleh. Nak minta elektrik pun ada prosedur dia. Jadi, akhirnya mereka terhimpit dengan kemiskinan. Kerja-kerja kampung. Jadi, kadang-kadang, bukan kerajaan la ni Yang Berhormat Speaker. Kerajaan lama dah, lulus kepada pendatang-pendatang asing duduk di Kedah ni sampai buat kampung halaman Yang Berhormat Gurun. Ada kampung semua cukup, mereka menguasai ekonomi, menguasai tempat pertanian setempat. Sehinggakan jadi nelayan yang tak berenti sampai orang tempatan sendiri pun tak boleh pi jadi nelayan. Banyak orang luar yang diberi keistimewaan duduk di negara kita, akhirnya orang kita sendiri nak dapat satu keistimewaan cukup susah. Susah Yang Berhormat Speaker. Jadi, kita minta satu perhatian daripada kerajaan untuk membantu usaha-usaha ini untuk rakyat, nikmat untuk semua tadi tu, dapat dirasai oleh nikmat orang-orang bawahan seperti kampung-kampung kami ni ha. Dan, akhir sekali, akhir ni, marilah kita menyokong hasrat dan wawasan Yang Aman Berhormat Menteri Besar. Nak habis dah Yang Berhormat.
Sikit ja.
Boleh. Ok. Ok. Sebab tempat sama boleh bagi.
Ok Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kuala Ketil. Saya dengar ucapan ataupun perbahasan Yang Berhormat tadi. Tak tau lah kalau saya tak dengar ataupun Yang Berhormat Menteri lupa nak sebut mengenai pelancongan. Sebelum ini kita tahu bahawa di Gunung Baling tu ada gua dan ada permintaan daripada Yang Berhormat sendiri Yang Berhormat daripada Bayu, Yang Berhormat daripada Kupang untuk Gunung Baling ni supaya disediakan peruntukan ataupun bantuan daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri membangunkan gua-gua ini supaya ianya menjadi satu tarikan pelancongan. Adakah Yang Berhormat masih lagi ingin mendapat sokongan itu daripada kerajaan dan apa bentuk bantuan yang diperlukan daripada kerajaan itu sendiri.
Terima kasih Yang Berhormat Jitra. Masih terbayang bagaimana Yang Berhormat Jitra datang tengok gunung Pulai tu. Kami bersama sekali masa tu. Jadi, untuk program pelancongan di Baling ni, saya difahamkan Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat datang ke daerah Baling 29 hari bulan baru ni. Ya, Yang Berhormat noh. Telah diberi sedikit peruntukan untuk membangunkan Gua Sireh. Gua Sireh. Dan insyaallah 29 ni, Yang Berhormat EXCO kita juga akan datang untuk melihat Gua Air dan Gua Kelambu di situ. Juga satu peruntukan untuk membangunkan pelancongan. Kita kekal dengan apa Yang Berhormat Jitra buat dulu. Sebagai kita nak angkatkan kawasan itu sebagai perlancongan, ya. Kami dalam mesyuarat daerah pun, kami masih utarakan benda yang sama untuk beberapa benda-benda yang menjadi warisan dan juga keistimewaan kepada Gunung Baling tu. Kami akan jadikan sebagai hub perlancongan. Dan akhir sekali marilah kita menyokong hasrat dan wawasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, bersatulah kita, elakkan konflik politik di masa PKP ini. Rakyat perlukan kerajaan yang prihatin dan lihat kehidupan mereka, bantu mereka, bimbing mereka, dan keluarkan mereka dari zon kehidupan yang lama kepada norma baru.bukan lagi ekstrem berpolitik hingga terus berpecah belah. Dan akhir sekali, saya menjunjung kasih titah ucapan Tuanku Sultan Kedah. Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat semua yang telah mengemukakan Usul Menjunjung Kasih Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan esok selepas jawapan mulut, kita akan mendengar penggulungan daripada Yang Berhormat Exco-Exco pula. Jadi, pada pukul 4:35 ini saya tangguhkan dewan sehingga pukul 9.00 pagi esok. Sekian terima kasih.
[Sidang Dewan ditanggguhkan pada jam 9.00 pagi]
Mengumumkan ketibaan Tuan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Kedah.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang