Kedah · 16 April 2026
15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 184 turns · 29,576 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua. Dewan disambung semula. Bacaan doa.
BACAAN DOA
Alhamdulillahi Rabbul Samawati Wa'l-Ardi Wa'l-Rabbul Alamin. Wa Salatu Wa Salamu Ala Sayyidina Muhammadin Sayyidil Mursalin. Wa Ala Alihi Wa Sahbihi Ajma'in. Dengan nama Allah. Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala pujian bagi Allah. Tuhan yang memerintah sekalian langit dan bumi dan Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas Rasul kami Nabi Muhammad. Penghulu sekalian Rasul dan diatas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah yang Maha Berkuasa. Engkaulah Tuhan yang Maha Adil, Bijaksana dan Pemurah. Tuhan yang telah mengaturkan kewajipan Sultan Pemerintah dan meletakkan tanggungan pertubuhan dewan untuk keselamatan pemerintah dan kesejahteraan rakyat. Kami hamba-hambamu yang Engkau telah perkenan meletakkan tanggungjawab bagi menyempurnakan segala pekerjaan dalam dewan ini memohon dengan limpah kurniaanmu berkatilah apa jua kiranya amalan-amalan pekerjaan kami dalam dewan ini. Sesungguhnya kami menjunjung perintah dan kebesaranmu maka anugerahkanlah kepada kami taufik dan hidayahmu yang menyeluruh bagi memimpin kami ketika berunding dan menimbang segala perkara yang didatangkan di hadapan kami. Dan kekalkanlah diatas kami sifat-sifat amanah jujur dan bertanggungjawab bagi menegakkan syariatmu dan menambahkan kemakmuran dan kesejahteraan negeri Kedah Darul Aman dan sekalian penduduknya. Rabbana Atina Fiddunya Hasanah Wa Fil Akhirati Hasanah Waqina Azabannar. Aamin Ya Rabbal Alamin.
Untuk makluman semua Ahli-ahli Yang Berhormat pada pagi ini, Dewan Undangan Negeri Kedah ada menerima tetamu daripada Sekolah Menengah Islam Darul Ulum, seramai 39 orang termasuk guru dan pegawai-pegawai daripada SADA (Syarikat Air Darul Aman) seramai 11 orang. Saya mengambil kesempatan ini untuk nak mengucapkan selamat datang ke Dewan Undangan Negeri Kedah. Urusan seterusnya.
Sambungan kepada pertanyaan-pertanyaan mulut.
I. Sambungan Sesi Pertanyaan-Pertanyaan MulutQuestions
Sebelum saya menjemput YB. Bayu, saya ingin menyampaikan serangkap pantun. Saya mohon izin sebab pantun saya ni pantun import. Sebab saya duk tengok tadi ni bila saya masuk ramai YB-YB macam dalam keadaan tertanya-tanya kenapa timbalan awal pagi ni. Jadi bukan apa, sebab saya nak menyampaikan serangkap pantun yang telah pun diimport, jadi saya minta izin. Prachum sapa ruamchai phatana, Kedah rungreung kau klai talot pai.
Jadi saya nak terjemah ka YB. Sidam nak terjemah? Saya terjemah.
Persidangan Dewan bersama membangun, Kedah makmur terus maju selamanya.
Seterusnya, saya menjemput YB. Bayu untuk membuat persoalan.
Terima kasih YB. Tuan Speaker. YB. Tuan Speaker mula dengan pantun, saya pun nak mula dengan pantun jugalah.
Pecah kaca pecah gelas, Soalan saya nombor sebelas. Terima kasih.
11. Pohon dinyatakan apakah program dan langkah yang telah serta akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi memperkukuhkan semula semangat muhibah dan perpaduan antara kaum dan agama dalam keadaan semasa yang semakin mencabar?
Dipersilakan YB. Kulim.
Pagi-pagi soalan satu, Saya jawab soalan Bayu.
Hahaha…Terima kasih YB. Tuan Speaker. Salam sejahtera dan selamat pagi. Soalan daripada YB. Bayu. “Pohon nyatakan program dan langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi memperkukuhkan semula semangat muhibah dan perpaduan antara kaum dan agama”. Jawapannya, kerajaan negeri sentiasa komited dalam memastikan keharmonian serta perpaduan antara kaum dan agama terus dipelihara dalam menghadapi cabaran semasa yang semakin kompleks. Pelbagai program dan inisiatif telah serta terus dilaksanakan bagi memperkukuhkan semangat muhibbah dalam kalangan rakyat. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan negeri adalah seperti menganjurkan program perpaduan dan kemasyarakatan seperti sambutan rumah terbuka perayaan utama. Program kebudayaan serta aktiviti komuniti yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum bagi memupuk interaksi dan persefahaman antara masyarakat. Seperti contoh, kerajaan negeri melalui rumah terbuka Aidilfitri Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Negeri Kedah, telah memperlihatkan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat dalam kalangan pelbagai budaya yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Ada melayu, cina, india, siam. Ada yang tua, ada yang muda, ada yang kecil, ada sami, ada sifu, dan sebagainya. Kehadiran pemimpin kaum yang turut sama hadir menunjukkan bahawa nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat di negeri ini sangat tinggi, sekali gus menepis dakwaan bahawa Negeri Kedah merupakan negeri yang mempunyai tahap perpaduan yang sangat rendah di negara kita ini. Di samping itu, melalui memperkasakan peranan komuniti setempat melalui Majlis Ketua Kampung dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam melaksanakan program kemasyarakatan dan aktiviti perpaduan di peringkat akar umbi. Apa yang kita boleh buat di peringkat akar umbi. Seperti mengaktifkan semula aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan, bangunan serata, sambutan perayaan bersama, dan aktiviti kebudayaan melibatkan pelbagai kaum bagi merapatkan jurang persefahaman sesama ahli masyarakat.
Sebagai contoh, sempena Tahun Melawat Kedah 2025, kerajaan negeri telah menganjurkan gotong-royong besar-besaran “Experience Kedah” yang telah melibatkan semua daerah yang berjalan serentak di 36 kawasan DUN Negeri Kedah. Program gotong-royong ini bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan kawasan sekitar, namun turut menjadi wadah bagi memperkenalkan kawasan-kawasan menarik di Kedah. Melalui aktiviti ini juga, kita dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di Negeri Kedah. Tahniah kepada YB. Kuala Ketil dan YB. Kubang Rotan yang menjayakan program gotong-royong ini. Seterusnya, melaksanakan program dialog dan wacana antara agama serta kaum dengan kerjasama agensi kerajaan, institusi pendidikan dan pertubuhan masyarakat bagi meningkatkan kefahaman, toleransi dan sikap saling menghormati. Sebagai contoh di bawah portfolio saya, kami telah mengadakan mesyuarat berkaitan hal ehwal masyarakat cina, india, siam dengan penglibatan NGO-NGO (Badan Bukan Kerajaan) serta pemimpin-pemimpin komuniti. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan pelbagai isu yang melibatkan agama, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebajikan bagi setiap masyarakat agar suara-suara mereka dapat didengar dan diberi perhatian yang sewajarnya. Selain daripada itu, memperluaskan program kesedaran dan pendidikan perpaduan khususnya dalam kalangan belia dan pelajar melalui ceramah, forum, program, sukarelawan, dan aktiviti komuniti yang menekankan nilai keharmonian serta kebersamaan dalam masyarakat majmuk. Sebagai contoh, kerajaan negeri telah menganjurkan kem bina sahsiah di bawah YB. Merbau Pulas, EXCO Pembangunan Insan, bagi menyediakan pengisian rohani dan jasmani kepada anak-anak Kedah yang berusia dari 14 hingga 19 tahun. Selain daripada itu, kita ada program Bakti Siswa Perdana yang dianjurkan di bawah YB. Jitra, EXCO Pengajian Tinggi, dengan penglibatan seramai 1,500 mahasiswa mahasiswi anak Kedah yang sudi menyumbang kembali kepada negeri tercinta kita ini melalui pelbagai aktiviti pembangunan dan khidmat masyarakat. Tahun lepas, para peserta Bakti Siswa Perdana juga turut serta dalam Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Kampung, Karnival Kampung Sejahtera serta Kenduri Rakyat bersama masyarakat setempat yang memupuk semangat muhibah dan perpaduan. Langkah seterusnya, untuk memperkukuhkan semangat kerjasama, semangat perpaduan melalui kerjasama strategik antara kerajaan negeri, agensi persekutuan, pihak berkuasa tempatan, serta pelbagai pertubuhan masyarakat dalam merancang dan melaksanakan program yang bersifat inklusif demi memastikan kestabilan sosial dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Sebagai contoh, kerajaan negeri turut menjalinkan kerjasama yang erat dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan di negeri kita.
Dalam usaha memperkukuhkan semula semangat muhibah dan perpaduan antara kaum dan agama, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah menganjurkan program-program seperti ceramah perpaduan dan kempen-kempen kesedaran yang menekankan pentingnya hidup bersama secara harmoni dalam kepelbagaian agama, budaya dan adat resam pelbagai kaum terutamanya melalui penggunaan media sosial masa kini, misalnya, aplikasi TikTok. Sebagai contoh, sempena Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Negeri Kedah yang telah diadakan di Dataran Darul Aman, Jitra telah mengetengahkan kepentingan silang budaya dalam kalangan masyarakat pelbagai bangsa di Negeri Kedah. Termasuk juga inisiatif Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berfungsi sebagai tunjang perpaduan, keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat melalui usaha sukarela. Jawatankuasa KRT diperkasakan dan menganjurkan dialog antara pemimpin, agama, kaum, dan dialog bersama wakil rakyat untuk menyelesaikan isu sensitif secara harmoni. Sebagai contoh, penganjuran rumah terbuka Aidilfitri dan perayaan serta program bubur lambuk di kawasan KRT telah membuka peluang bagi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum yang tinggal di taman atau kawasan berkenaan. Secara tuntasnya, kerajaan negeri dengan kerjasama semua agensi kerajaan yang berkaitan akan terus komited dalam memperkasa usaha-usaha ini agar semangat muhibbah, toleransi dan perpaduan dalam kalangan rakyat Negeri Kedah ini terus kukuh dan terpelihara. Terima kasih.
Terima kasih YB. Kulim. Soalan tambahan.
Terima kasih YB. Tuan Speaker dan juga terima kasih kepada YB. Kulim di atas jawapan daripada YB. Bayu tadi. Cuma soalan tambahan saya kepada YB. Kulim, adakah kerajaan negeri mempunyai pelan jangka panjang atau dasar khusus bagi memperkukuh perpaduan antara kaum dan agama khususnya dalam menghadapi cabaran semasa? Terima kasih.
Silakan, YB. Kulim.
Saya memang setuju dengan soalan yang dikemukakan oleh saudara kita YB. Bayu, bahawa usaha memperkukuhkan semangat perpaduan pada masa kini semakin mencabar lebih-lebih lagi dengan pelbagai pengaruh dan isu yang telah timbul di kalangan media sosial. Jadi pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri termasuk penyediaan RM600,000 dalam setahun, dalam bajet kerajaan negeri sebagai dasar kerajaan negeri bertujuan untuk menganjurkan program-program yang boleh memupuk semangat perpaduan. Setakat pengetahuan saya, tidak ada semua negeri menyediakan peruntukan ini, peruntukan seumpama ini. Jadi, usaha atau peruntukan ini bukan sekadar tertumpu kepada penganjuran program atau perayaan kebudayaan semata-mata tetapi ia lebih kepada bagaimana kita membina nilai kebersamaan supaya kita dapat mengukuhkan hubungan di antara masyarakat. Justeru, kita semua harus mengingati bahawa Negeri Kedah merupakan negeri yang terbuka dan mengamalkan semangat kebersamaan untuk memperkukuhkan semangat perpaduan di antara semua kaum. Dan selain daripada itu, di peringkat kebangsaan, Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah merangka satu dasar bagi memperkasakan perpaduan antara kaum di Malaysia. Dasar tersebut dirujuk sebagai pemerkasaan pengurusan isu perpaduan negara melalui penubuhan Pusat Rujukan Isu Sensitif Masyarakat (PRISMA). Dan PRISMA ini menggantikan Bilik Gerakan Perpaduan yang telah digunakan secara tradisi sejak tahun 1969 sehingga kini. Bilik Gerakan Perpaduan ini memberikan pendekatan fizikal, pemantauan manual dan respon yang tertumpu kepada pengurusan krisis selepas sesuatu insiden yang berlaku. Walau bagaimanapun, dengan kewujudan PRISMA, ia akan lebih inklusif dalam mendepani cabaran semasa di mana lebih sesuai untuk mendepani cabaran media sosial yang pantas melalui platform integrasi nasional dipacu oleh data akar umbi dan penyelarasan strategik. Justeru bagi saya, kejayaan untuk menguruskan isu perpaduan tidak terhad di peringkat negeri semata-mata, ia turut dipacu oleh kepimpinan proaktif, sokongan dan komitmen yang jitu daripada peringkat persekutuan dan Kementerian Perpaduan. Dan untuk mencapai inisiatif strategi sekaligus memastikan keharmonian dan kestabilan negeri yang terus terpelihara. Sekian, terima kasih. Jawapan daripada saya.
Terima kasih, YB. Kulim.
YB. Tuan Speaker?
YB. Tuan Speaker, ada soalan tambahan lagi boleh?
Saya mohon maaf. Pagi ni saya cuma benarkan satu soalan tambahan saja. Seterusnya, saya menjemput YB. Kota Siputeh, dipersilakan.
Soalan seterusnya nombor 12 pada EXCO Pertanian, YB. Suka Menanti.
12. Pohon dinyatakan jadual kekerapan penguatkuasaan tinjaun operasi maritim dan perikanan di laut bagi mengatasi isu pencerobohan zon aktiviti nelayan asing.
Silakan, YB. Suka Menanti.
Terima kasih, YB. Tuan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. ‘Sawadikap, sabai dee mai?’
‘Sabai’ (dengan izin).
YB. Sidam pun senyum dah, okey dah tu. Ha ha ha…YB. Tuan Speaker, soalan YB. Kota Siputeh berbunyi, “Pohon dinyatakan jadual kekerapan penguatkuasaan tinjauan operasi maritim dan perikanan di laut bagi mengatasi isu pencerobohan zon aktiviti nelayan asing”. YB. Tuan Speaker, isu pelanggaran sempadan zon oleh pengusaha-pengusaha bot komersial yang menggajikan nelayan asing sebagai pekerja telah menjadi fokus utama pihak kerajaan menerusi Jabatan Perikanan Malaysia kerana ianya melibatkan kemusnahan kepada sumber perikanan dan juga bagi menjaga hak-hak nelayan tradisi atau kawasan pantai yang sering berhadapan masalah
kekurangan hasil tangkapan akibat pencerobohan bot-bot komersial dari zon B, B1 dan melebihi sempadan zon yang dibenarkan. Keutamaan rondaan penguatkuasaan adalah tertumpu di kawasan zon A iaitu pada jarak di bawah 5 batu nautika dari pesisir pantai bagi memastikan aktiviti pencerobohan dapat dikekang. Selain itu, kekerapan rondaan ditingkatkan secara intensif pada waktu malam dan awal pagi kerana penceroboh sering mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti haram dalam keadaan gelap. Bagi memastikan keberkesanan operasi, jadual rondaan dilaksanakan secara rawak atau tidak mengikut polar yang tetap supaya pergerakan aset penguatkuasa tidak mudah dihidu atau dikesan oleh pihak TONTO. Ni kita panggil TONTO laut, hat JPJ dok perang dengan TONTO darat. Ada laut pun ada TONTO kita, ada. Geng cari makan macam tulah. TONTO laut yang sentiasa memantau operasi pihak berkuasa, depa boleh bau ni. Bot ronda nak mai waktu mana, tang mana, depa tau ni. Hebat depa punya alat komunikasi dan communication system depa hebat. Jenuh dok jaga lawan dengan puak ni pun. Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia atau (APMM) juga turut melakukan rondaan di kawasan berkenaan bagi membanteras dan menghalang daripada berlakunya aktiviti pencerobohan bot-bot zon lain melebihi sempadan zon yang dibenarkan. Selain itu, Jabatan Perikanan juga telah mewajibkan pemasangan peranti Automatic Identifying System atau AIS atau Mobile Tracking Unit atau MTU pada semua bot pukat tunda zon B, B1 dan zon C. Peranti ini boleh mengesan bot-bot pukat tunda yang menceroboh kawasan terutama di zon A iaitu pelayaran kurang 5 batu nautika dari pantai. Sekiranya pihak Jabatan Perikanan mengesyaki bot-bot ini melakukan kesalahan menceroboh kawasan, surat amaran atau peringatan akan diberikan kepada pemilik-pemilik bot tersebut bagi memastikan perkara ini tidak berulang. YB. Tuan Speaker, juga YB. Kota Siputeh, dan Ahli-ahli Yang Berhormat, isu masalah nelayan tempatan kita ni, yang dok pi tangkap ikan secara kecil-kecilan di tepi-tepi laut ni, di persisir pantai ni, kesian kat depa juga. Hari tu kita biasa buat, kalau YB. Kota Siputeh ingat, kita buat Program Sembang Santai di Kuala Sanglang. Ada seorang nelayan ni dia kata, “YB, saya pi ke laut nak boleh 20 ekor pun jenuh”. Ni YB. Tuan Speaker, nak boleh 20 ekor pun jenuh dia kata. Apa maknanya, maknanya kata kalau boleh kurang daripada 20 ekor, modal boh minyak pon tak boleh cover. Tu, kesusahan, keperitan nelayan kita. Macam juga orang buat bendang saya sembang kemarin ni, YB. Sidam. YB. Sidam taubat tak pi dah ke laut kalau dapat tak sampai 20 ekor kan? Nak cari makan macam mana? Nak juai pun tak laku. Last-last ambil hat tu, balik goreng ja la. Goreng buh ‘kin kao’ la kan, makan, yang tu ja. Jadi kesian kat depa. Jadi saya mengharap sangat di sini saya merayu bagi pihak nelayan lah di persisiran pantai kita. Saya berterima kasih kepada pihak agensi penguatkuasa yang melakukan sedaya mungkin ya, rondaan dan sebagainya. Tapi saya harap sekiranya ada kokongan aset, beli tambah aset. Kerajaan boleh belanja buat kapal selam tu
berapa YB. Kuala Ketil? Berapa RM5 ka RM6 billion? Tak nampak rupa kapal selam lagi kan? Jadi boleh tambah peruntukan untuk menambah jumlah aset-aset untuk agensi-agensi buat bahasa kita, buat rondaan yang lebih kerap. Sekian, terima kasih YB. Tuan Speaker, daripada saya.
Terima kasih, YB. Suka Menanti. Soalan tambahan.
YB. Tuan Speaker, saya tertarik dengan apa yang YB. Suka Menanti nyatakan sebentar tadi, bila katanya ada TONTO. Ini yang kita juga mengharapkan sebab mekanisme penyaluran aduan itu sendiri di peringkat para nelayan ini. Dek kerana kalau kita tengok TONTO ni dan juga counter TONTO di peringkat kalau contohnya di darat ni, kita ada polis. Polis kalau geng-geng orang kata, yang main motor ni, yang mat rempit ni depa dok marah ni pasal ada geng-geng 42 ni, orang kata. Contoh 42 ni depa tarik kunci lagu tu suka-suka hati depa, contohlah kan. Tapi kita tak ada benda yang sama untuk geng-geng nelayan ni kan. Untuk orang depa nak salurkan maklumat dan sebagainya. Dan bila depa masuk ke zon-zon ni semua, kadang-kadang kita tak pasti bagaimana yang mungkin ada orang yang sama yang boleh serap dan boleh menyampaikan aduan dan kita counter balik supaya perkara ni tak berlaku. Sebab kesan rantaian atas isu masalah nelayan ni cukup besar sehingga akan mengakibatkan masalah sosial kat dalam kalangan komuniti nelayan tu sendiri. Jadinya kita harap perkara ini dapat kita atasi lah secara bersama, insya-Allah.
Silakan, YB. Suka Menanti.
YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Kota Siputeh. Saya amat setuju dengan isu yang dibangkitkan. Oleh itu, kita mohon sekali macam saya sebut tadi mintalah rondaan tu dibuat dengan lebih kerap dan lebih efisien. Sekarang juga sistem la ni, teknologi macam-macam la ni, YB. Tuan Speaker, kan. Kut atas darat pun geng, Allah, macam-macam lah TONTO darat. YB. Tuan Speaker tahulah, dia biasa duk ni… Tambah hat bawak lori, lagi tau PM (personal message) TONTO, JPJ nak mai waktu mana apa semua depa tahu. Kut laut macam tu juga, YB. Tuan Speaker. Jadi saya mengharap agensi-agensi yang berkaitan tolong tengok. Kesian macam saya kata tadi, orang pi
ke laut nak boleh 20 ekor pun jenuh. Lepas tu mai pulak geng pukat tunda mai duk mai, habis ikan kut tepi laut.
Untuk makluman YB. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita ada reserve dipanggil TEV ‘Total Economic Value’, ‘reserve’ hasil perikanan kita di persisiran pantai di lautan Kedah ni, di sepanjang pantai. Adalah yang terbanyak di semenanjung, RM20 billion lebih, termasuk Kuala Kedah. Jadi itulah kita kena jaga, yang ni yang Allah SWT bagi kita. Apa jua yang Allah SWT bagi kita kena ni, amanah Allah SWT kita kena jaga. Yang ni untuk rakyat, kita kena jagalah. Macam saya sebut kemarin, kita ada seorang Menteri Besar yang penuh kejujuran dan amanah, jaga. Sebab itu kita dapat hasil terbanyak, kutipan hasil terbanyak dalam sejarah.
Jadi begitulah juga kita mengharapkan kejujuran dan amanah daripada semua yang terlibat untuk menjaga kemaslahatan masyarakat baik petani, pesawah, peladang, nelayan dan semua. YB. Tuan Speaker pun buat dusun, tapi tunggu panggil, tak panggil-panggil lagi. Tak tau duk habaq durian tak luruh, tak luruh gitu lah. Ha ha ha..Sekian, YB. Tuan Speaker, terima kasih.
Terima kasih, YB. Suka Menanti. Seterusnya, saya menjemput YB. Anak Bukit. Dipersilakan.
Terima kasih, YB. Tuan Speaker. Kuala Nerang Merbau Pulas, Soalan saya nombor 13.
13. Mohon dinyatakan maklumat terkini tentang projek menaik taraf Loji Rawatan Air Lubuk Buntar, Loji Rawatan Air Pelubang dan Loji Rawatan Air Jenun Baru dari aspek:-a) Kos setiap Loji Rawatan Air b) Penambahan kapasiti pengeluaran air c) Tarikh mula, Extension On Time (EOT) dan tarikh siap d) Jumlah akaun dan daerah yang akan menerima manfaat
Dipersilakan, YB. Kuala Nerang.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih YB. Tuan Speaker, YB. Anak Bukit. Terima kasih kepada YB. Anak Bukit yang telah mengemukakan soalan yang berbunyi, mohon dinyatakan maklumat terkini tentang Projek Naik taraf Loji Rawatan Air di Lubuk Buntar, Loji Rawatan Air Pelubang dan juga Loji Rawatan Air di Jenun Baru, dari aspek kos setiap loji rawatan. Yang kedua dari segi penambahan kapasiti pengeluaran, tarikh mula, EOT (Extension of Time) dan tarikh siap, dan yang keempat yang diminta ditanya oleh YB. Anak Bukit, jumlah akaun dan daerah yang akan menerima manfaat. YB. Tuan Speaker, YB. Anak Bukit dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat sidang dewan yang dihormati sekalian. LRA (Loji Rawatan Air) Lubuk Buntar, kos projek ini ialah RM51.999 juta lebih kurang RM52 juta dengan penambahan kapasiti RM34 juta liter sehari. Tarikh mula projek ini telah lama 2/5/2021, mendapat EOT (Extension of Time) sebanyak 7 kali dan alhamdulillah bagaimanapun dah siap pada 8/1/2026, siap 100 % dan telah pun diserahkan oleh JKR (Jabatan Kerja Raya) kepada pihak BPEN (Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri) pada kerajaan negeri yang dihadiri disaksikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar pada 29/3/2026. Dan manfaat yang diterima, yang akan diterima, yang telah pun diterima, ialah sebanyak 12,359 akaun di Bandar Baru dan sebahagian Kulim sebenarnya telah menerima manfaat sejak November 2025. Yang kedua Jenun Baru, Loji Rawatan Air Jenun Baru kos projek ialah RM156.8 juta dengan tambahan kapasiti RM55 juta liter sehari, tarikh mula juga telah lama 6/6/2021, mendapat EOT (Extension of Time) sebanyak 8 kali dan dijangka siap insya-Allah pada 29/5/2026. Manfaat yang didapati oleh rakyat di sana Daerah Yan sebanyak 17,700 akaun, Yan Besar hingga Ruat, Bukit Besar sehingga Simpang Empat, Kolam Bukit Besar ke Tandop, Teluk Bagan dan Teluk Bagan hujung sejak Disember 2025, walaupun projek belum siap sepenuhnya tetapi manfaat telah dirasai oleh rakyat di kawasan tersebut. Sementara di Daerah Pendang, sebanyak 15,300 akaun telah mendapat manfaat dari Kolam Jambul Lama ke kawasan Ayer Puteh dan sebahagian Pekan Pendang dan Bukit Raya sejak pertengahan Februari 2026. Inilah hasil kesungguhan kerajaan negeri melalui agensi-agensi seperti JKR dan SADA bagi memastikan rakyat mendapat bekalan air walaupun projek itu belum siap sepenuhnya.
Demikian juga di Loji Rawatan Air Pelubang, Pelubang kos Loji Rawatan ialah RM431 juta yang ni menggunakan pinjaman kepada kerajaan persekutuan yang mesti dibayar balik oleh kita kerajaan negeri, dengan penambahan kapasiti pengeluaran ialah RM227 juta liter sehari. Tarikh mula projek ini juga telah lama sejak 20/5/2021, dan mendapat EOT sebanyak 3 kali setakat ini sehingga dijangka siap 7/7/2026 dan kemungkinan mendapat tambahan atas alasan seperti yang saya sebutkan kelmarin ada isu berhubung dengan izin lalu yang melibatkan PLUS dan juga LLM, pakat tolong doa, moga-moga urusan ini dapat selesai dengan cepat dan projek ini dapat siap mengikut jadual dan kita harap pada tahun ini dapat selesai dengan sempurna insya-Allah. Yang terakhir, pada masa ini Lubuk Batu 5,500 akaun dapat tekanan air yang baik, yang lebih baik daripada sebelum ini dan November 2023, penduduk sekitar Sungai Baru dan Kuala Sungai di Kubang Rotan telah dapat sebanyak 2,200 akaun dapat tekanan yang lebih baik, YB. Kubang Rotan boleh tolong sahkan betul, betul ke ni, betul, alhamdulillah. Manfaat Pelubang ni secara keseluruhannya Daerah Kota Setar 94,406 akaun ni kalau dah siap semua nanti dan Kubang Pasu sebanyak 54,988 akaun yang meliputi kawasan KTPC dan juga SBEZ DELAPAN insya-Allah, sekian terima kasih YB. Tuan Speaker.
Terima kasih YB. Kuala Nerang. Satu sahaja soalan tambahan.
Boleh jawab sekali YB. Tuan Speaker yang baik hati.
Boleh.
Soalan tambahan satu lagi
Ya, tapi sekali jawab saja.
DUN Sungai Tiang.
Huh?
Nih DUN Sungai Tiang.
Ya.
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Berhubung dengan bekalan air ni saya dapati banyak kawasan-kawasan yang tinggi terutama di hujung saliran tu dia menghadapi masalah, jadi saya rasa SADA perlu memikirkan elevated reservoir yang saya selalu sebut ataupun kawasan-kawasan tinggi, contohnya di Charok Kudong dia ada kolam takungan tetapi tak pam naik di Bukit Kecil yang berada di atas bukit. Itu masalah yang dihadapi oleh penduduk, dia tengok dekat saja dengan rumah dia tapi air tak ada. Ini soalan yang pendek, tepat dan padat, terima kasih YB. Tuan Speaker.
Sama dengan Kubur Panjang lah tu? Yang YB. Tokai cakap kelmarin tu.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan saya, selain daripada LRA Lubuk Buntar, LRA Jenun Baru, LRA Pelubang, LRA Bukit Selambau, dan LRA Sungai Limau, mohon nyatakan projek-projek LRA lain yang telah diluluskan, anggaran kos, jangka mula dan jangka siap serta sumber pembiayaan masing-masing bagi memastikan pengurusan sumber air mampan, sekian.
Silakan YB. Kuala Nerang.
Terima kasih YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Sungai Tiang, YB. Anak Bukit, eh YB. Tokai, minta maaf.
Eh! YB. Tokai, YB. Sungai Tiang duk di atas.
Tarik balik, tarik balik, YB. Sungai Tiang duk diatas, mewakili YB. Sungai Tiang. Saya jawab yang YB. Tokai dulu ya. Memang kita akui ada tempat-tempat tertentu yang pertama lebih tinggi, yang kedua dia dihujung sistem, kawasan ini memang kita akui akan menghadapi masalah tekanan air dan akan lebih kritikal ketika musim perayaan, ini kita akui dan bukan setakat mengakui tetapi SADA hari ini alhamdulillah SADA ramai di belakang sana yang pakai tie merah, saya pun tie merah hari ini, terima kasih satu tepukan kepada SADA tahniah atas usaha dan kejayaan yang telah dilaksanakan, hari ini hadir boleh dengar sendiri keluhan dan juga suara daripada YB. Tokai, YB. Sungai Tiang dan seumpamanya, tempat-tempat yang jauh daripada sumber bekalan loji dan juga tempat yang tinggi memang kita akui dia ada tekanan, tetapi langkah tindakan, yang telah diambil oleh SADA ialah antaranya membina rumah pam dan insya-Allah akan ditambah dari masa ke semasa ya.
Di samping itu, banyak lagi aktiviti lain seperti active leakage control mengawal dan juga mencari tempat-tempat mana yang bocor, untuk diperbaiki diganti paip dan sebagainya sebab perkara ini akan insya-Allah akan menambahkan tekanan, bila paip bocor seperti yang kita faham, tekanan akan menurun, bila tekanan menurun, orang yang di depan dia mungkin dapat air, orang yang di hujung sistem di hujung sana tak dapat, perbandingan mudah kalau kita di rumah pakai bekalan air, buka paip katakan lah pasang paip banyak 5 6 paip dan kita cuba buka sekaligus serentak apa jadi, jadinya air mestilah akan perlahan, tambah-tambah hat yang hujung pula kan, hat dekat meter deras lah, hat hujung tu mesti perlahan, itulah lebih kurang perbandingan keadaan yang berlaku, tetapi insya-Allah saya yakin dan selama ini pun telah diusahakan secara serius dan bersungguh-sungguh oleh SADA untuk mengatasi masalah yang disebutkan oleh YB. Tokai dan juga YB. Sungai Tiang tadi.
Baik, balik kepada soalan yang ditanya oleh YB. Anak Bukit, YB. Tuan Speaker ada lebih kurang 9 Loji Rawatan Air ya, yang melibatkan pembiayaan daripada PAAB (Pengurusan Aset Air Berhad) PAAB sebanyak 2 projek, pembiayaan SADA sendiri 1 projek dan pembiayaan oleh kerajaan persekutuan di bawah Agensi KKDW (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah) sebanyak 6 projek. Projek pembinaan
LRA Sungai Karangan fasa 1, nilai lebih dari RM700 juta, saya ada angka tempat tapi tak boleh sebut saya sebut lebih kurang eh RM700 ke atas sedang dalam reka bentuk terperinci, diluluskan tahun 2024 dan insya-Allah dijangka mula bina pada 2027, dijangka siap 2029 insya-Allah, sama seperti yang saya selalu sebut pakat doa, moga-moga berjalan dengan lancar. Yang kedua, bawah PAAB juga ialah Projek Bina Loji Rawatan Air di Sidam Kiri fasa 1 Daerah Kuala Muda juga RM700 juta lebih, peringkat reka bentuk terperinci dan dapat kelulusan 2024 juga insya-Allah akan mula 2027, dijangka siap 2030 projek ini lebih besar, lebih banyak. Projek dibawah peruntukan SADA sendiri, Loji Compact di LRA Kulim Hi-Tech yang bernilai RM100 juta, dan dalam proses kelulusan SPAN telah diluluskan Bajet 2025, akan dibina 2026 insya-Allah, dijangka siap 2027. Projek di bawah KKDW peruntukan kerajaan persekutuan, saya ambil kesempatan ini mewakili kerajaan negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan persekutuan yang telah meluluskan bajet untuk projek-projek yang akan saya sebutkan nanti. Pertama Projek LRA Jeniang Baru Daerah Sik, bernilai RM84juta yang sedang dalam pembinaan sekarang ini, di mana % kemajuan yang terkini ialah kalau mengikut jadual 42.07% YB. Tuan Speaker, tetapi ada sedikit kelewatan sebanyak 4.97% maknanya kemajuan semasa dari sudut fizikal ialah 37.1 % yang dijangka siap insya-Allah pada 2027.
Seterusnya, Projek Bekalan Air Luar Bandar di Tupah, untuk menaik taraf LRA Tupah bernilai lebih RM30 juta, tahun 2022 dah lulus dan insya-Allah akan dibuat tahun depan siap 2029 insya-Allah. Naik taraf Loji Rawatan Air Jeneri di Sik, lebih RM70 juta, lulus 2023, mula siap insya-Allah, mula buat 2027, jangka siap 2030. Naik taraf Loji Rawatan Air Bukit Selambau fasa 3 yang tengah buat, yang saya sebut kelmarin itu, yang itu fasa 2 ya, ini lebih RM60 juta, 2024 diluluskan, jangka bina 2028, jangka siap 2031 insya-Allah. Berikutnya naik taraf Loji Bekalan Air Jenun Lama Daerah Pendang lebih RM90 juta di peringkat lantikan perundingan, lulus 2025, jangka mula 2028, jangka siap 2031. Dan terakhir ialah Loji Rawatan Air Bikan di Daerah Kulim lebih RM60 juta, lulus tahun ini dan jangan mula 2028, jangka siap 2030. Inilah YB. Tuan Speaker, lebih kurang LRA yang akan dibuat, dan perinciannya yang juga kita kira menyahut seruan, nasihat, pesanan, daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya pengurusan air ini lebih cekap dan kita melihat lebih serius insya-Allah, terima kasih YB. Tuan Speaker.
Terima kasih YB. Kuala Nerang. Seterusnya saya menjemput YB. Bakar Arang dipersilakan.
Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker, saya pohon jawapan untuk soalan 14.
14. Pohon dinyatakan:-Berapakah jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan infrastruktur sukan yang telah diluluskan serta yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri bagi semua daerah di Negeri Kedah dalam tempoh tiga tahun terakhir, iaitu dari tahun 2023 hingga 2025?
Dipersilakan YB. Alor Mengkudu.
Terima kasih YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Bakar Arang. Soalan daripada YB. Bakar Arang berbunyi, pohon dinyatakan berapakah jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan infrastruktur sukan yang telah diluluskan, serta yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri bagi semua daerah di Negeri Kedah dalam tempoh 3 tahun terakhir, iaitu di tahun 2023 hingga 2025. Melalui peruntukan pembangunan dibawah P.04 berikut mereka merupakan jumlah peruntukannya telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri mengikut tahun 2023 pada tahun 2023, sejumlah RM3,067,108.93 telah dibelanjakan sebagai perbelanjaan sebenar yang merangkumi pelaksanaan pelbagai inisiatif peningkatan dan penyelenggaraan infrastruktur sukan antaranya termasuk kerja-kerja baik pulih di di gimnasium di Kompleks Sukan Muadzam Shah, penaiktarafan sistem pencahayaan di Stadium Darul Aman, kerja-kerja naik taraf pam serta sistem pencahayaan di Stadium Sultan Abdul Halim, serta penaiktarafan infrastruktur sukan di Laman Sena. 2024, perbelanjaan sebenar berjumlah RM2,781,354.07 telah diperuntukkan bagi melaksanakan projek-projek penaiktarafan utama yang memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti kemudahan sedia ada. Ini termasuk kerja-kerja menaik taraf sistem pencahayaan di Stadium Darul Aman serta penaiktarafan Dewan Gelanggang bagi sukan Tinju, Muay Thai, Wushu dan Angkat Berat di Kompleks Sukan Muadzam Shah.
Pada tahun 2025, perbelanjaan sebenar sebanyak RM577,770.23 telah direkodkan melibatkan pelaksanaan kerja-kerja baik pulih di Kompleks Sukan Sultan Abdul Halim, serta kerja-kerja siasatan tanah di Kompleks Akuatik sebagai langkah awal dalam perancangan pembangunan dan penambahbaikan fasiliti sukan.
Selain itu, pada tahun 2025 kerajaan negeri juga telah menerima Peruntukan Naik Taraf dan Pembinaan Baharu Kemudahan Sukan Negeri Kedah secara keseluruhannya, berjumlah RM2juta daripada Kementerian Belia dan Sukan, telah diperuntukan bagi pelaksanaan dua komponen utama iaitu RM1 juta untuk kerja-kerja naik taraf kemudahan sukan sedia ada, dan yang keduanya RM1juta pembinaan baharu kemudahan sukan berskala kecil di Negeri Kedah. Peruntukan ini telah disalurkan kepada seluruh Negeri Kedah mengikut DUN serta melibatkan pelbagai agensi termasuk negeri dan persekutuan, itu jawapan saya. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih YB. Alor Mengkudu. Soalan tambahan.
Terima kasih YB. Tuan Speaker, cumanya saya nak tanya berkenaan tentang dasar sukan ibadah yang semalam YB. EXCO jawab. Cumanya saya nak tahu adalah dasar sukan ibadah ini, adalah dia bersifat macam apa nama sertifikasi ataupun workshop ataupun siapa yang terlibat dalam dasar sukan ibadah ini di mana dia adakah semua atlet ke atau semua players ke, kena melalui proses ini dan apakah cas yang diadakan untuk ini, terima kasih.
YB. EXCO boleh sekali kah?
Yah, sikit saja nah.
Ya, sikit saja. Terima kasih YB. Tuan Speaker, berkenaan dengan peranan daripada sumbangan daripada menteri-menteri yang ada di Negeri Kedah ini, kebetulan menteri sukan ni orang Kedah, kemudian KDN (Kementerian Dalam Negeri) pun orang Kedah. Jadi saya mengharapkan YB. Bakar Arang ni boleh tambah sikit lagi lah kalau sebelum
ni orang luar kan, jadi kalau boleh pohon ketua pembangkang sikit minta supaya ditambahkan lagi peruntukan untuk aktiviti sukan di Negeri Kedah ini, apa pandangan EXCO.
Silakan YB. Alor Mengkudu.
Baik, terima kasih soalan daripada YB. Bakar Arang ada juga YB. Bukit Lada. Saya ingat soalan ni, soalan semalamlah kalau nak ikut relate dengan soalan ni tak adalah untuk hari ini punya tajuk kan, tapi apa pun okey saya terima apa YB. Bakar Arang punya ni, sahabat saya ni, orang baik. Cuma berkenaan dengan isu sukan satu ibadah ni untuk makluman penglibatan ini di peringkat masih lagi di peringkat kajian, dan saya rasa di peringkat kajian pun di peringkat terakhir lah dan insya-Allah. Penglibatan sebenarnya melibatkan semua atlet, apa pun yang saya maklum semalam kita lebih khususkan kepada atlet-atlet yang beragama Islam lah dari sudut pemakaian, dari sudut etika, sebenarnya pelbagai bukan saja kita fokus kepada pakaian dan juga dari sudut pemikiran dan juga etika-etika semasa bersukan. Contohnya dalam keadaan kita bersukan kita tak mahu waktu rehat tu kita letakkan sebagai waktu rehat tapi kita letakkan waktu rehat sebagai waktu untuk solat dan rehat ha, jadi kita nak memperingatkan bahawa, itu yang saya katakan kita nak jadikan sukan tu sebagai satu ibadah di samping kita bersukan ingatan dan memori kita sentiasa ada kepada Allah subhanahu wa ta'ala maksudnya kita tak lupa ibadah, that's why kita sebut bahawa sukan sebagai satu ibadah yang menyebabkan penglibatannya semua pihak. Jadi bila saya tahu kebimbangan yang ada pada pihak YB. Bakar Arang tapi saya yakin yang ni kita lebih fokus kepada orang-orang Islam tetapi apa pun untuk makluman YB. Bakar Arang, ada rungutan, ada kebimbangan, dari sudut renang lah, renang di antara benda sukan-sukan kadang-kadang menimbulkan sikit tanda-tanyalah. Tapi untuk maklumat persatuan renang telah mengikuti sepanjang kita perbincangan berkenaan dengan sukan untuk ibadah ni non muslim juga, saya tak ingat nama dia, pengerusi dia tapi dia telah menyediakan semua pakaian yang menutup aurat semua daripada kepala sehingga ke habislah menyeluruh lah tapi sesuai dengan berenanglah, kita tak boleh lah pakai berenang pakai jubah, nak tutup ke semua, tak sesuai jadi saya nak kata pakaian ni bersesuaian dengan sukan yang kita lalui.
Betul tak YB, itu maksud saya jadi jangan bimbang saya ingat pendekatan-pendekatan yang seterusnya kita akan terus berjalan kita akan dapat maklumat penglibatan daripada persatuan-persatuan daripada semua KBS (Kementerian Belia dan Sukan), daripada Majlis Sukan Negara, dan juga semua akan terlibat secara langsung dan insya-Allah kita akan memurnikan secara baik dan insya-Allah kita akan jadikan sukan sebagai satu ibadah sebagai model kepada sukan di Malaysia, insya-Allah, Itu jawapan untuk YB. Bakar Arang lah.
Yang untuk YB. Bukit Lada terima kasih, sebenarnya kita menunggu-nunggu daripada YB. Bukit Lada nah, 2 malam 3 malam lepas kita ada satu program jamuan sempena dengan Karnival Bakat Olimpik kita jadi penganjur di sini, kita makan malam sekali dengan apa Yang Amat Berhormat Jeneri, dan alhamdulillah kita dah berjumpa dengan apa menteri sukan yang baru lah, orang Sungai Petani, orang YB. Bakar Arang dan ada permintaan-permintaan tertentu dan saya ingat insya-Allah sehingga Yang Amat Berhormat Jeneri, mengatakan ataupun membuat apa permohonan kepada YB. Sungai Petani, Yang Amat Berhormat Menteri bahawa ini lah peluang nah sebab kita ada dua menteri saja, satu menteri dalam negeri di Kulim, ha tu sebagai mana yang YB. Lunas dok tuntut tu kan, yang kedua ni menteri sukan jadi inilah peluang untuk kita memperbanyakkan peruntukan dan orang kata guna peluang ni untuk kita majukan sukan di Negeri Kedah, dan saya rasa sebelum dia nak masuk melangkah dalam kereta tu, dia berjanji insya-Allah saya akan buktikan kepada Menteri Besar kepada Yang Amat Berhormat Jeneri bahawa dia akan tunai akan apa yang diperkatakan dalam jamuan itulah, jadi kita tunggulah insya-Allah, okey baik terima kasih.
Baik, terima kasih YB. Alor Mengkudu. Seterusnya, saya menjemput YB. Lunas, dipersilakan.
Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh. Pergi ke pasar membeli gelas, Singgah sebentar membeli nanas, Banyak soalan sudah dibalas, Penutupnya soalan tetap nombor 15.
15. Pohon dinyatakan:-
a) Apakah jenis industri yang menjadi fokus utama kerajaan negeri dalam menarik pelaburan baharu?
b) Apakah kriteria yang digunakan bagi memastikan pelaburan tersebut benar-benar memberi nilai tambah kepada ekonomi negeri serta manfaat kepada rakyat tempatan?
c) Adakah kerajaan negeri lebih menumpukan kepada jumlah pelaburan semata-mata, atau turut menilai kualiti pelaburan?
Terima kasih, saya tak payah jawablah pantun tu. Saya jemput YB. Jitra, cuma saya nak minta supaya ringkaskannya jawapan dan kalau ada yang tak sempat dalam masa jawapan ini kita bawa ke sesi penggulungan.
Terima kasih YB. Tuan Speaker, kalau tak boleh reset time saya untuk sesi ini, sesi penggulungan tolong reset.
Kita reset nah.
Terima kasih YB. Lunas, sahabat saya. Berkaitan dengan soalan nombor 15 yang mana YB. Lunas bertanya tentang apakah jenis industri yang menjadi fokus utama kerajaan negeri dalam menarik pelaburan baharu. YB. Tuan Speaker, kita Negeri Kedah sedang bergerak meluncur laju untuk terus memposisikan diri kita sebagai salah sebuah negeri yang paling berjaya di Malaysia.
Kita ingin menyatakan disini bahawa kesungguhan kita mendokong aspirasi negara, iaitu dalam National Industrial Master Plan benar-benar menjadi asas kepada usaha kita, untuk membolehkan Malaysia terus melakar pencapaian-pencapaian hebat di peringkat dunia dan Kedah mengambil peranan khususnya dalam konteks menjadikan Negeri Kedah sebagai destinasi pelaburan terbaik di negara kita. Alhamdulillah, pada tahun 2025, kita telah berjaya menarik pelaburan yang besar iaitu sebanyak 27.8 billion. Jadi ini satu pencapaian besar negeri kita yang mana saya boleh katakan ia adalah dalam segala kekurangan yang mungkin ada dan kekangan tetapi kita kekal YB. Tuan Speaker dan Ahli Dewan mulia kita kekal rank number one untuk manufacturing sector di Malaysia. Jadi dalam usaha kita untuk memposisikan diri kita sebagai negeri yang terus kekal momentumnya, kita memberi fokus ya kembali kepada soalan YB. Lunas, kita memberi fokus kepada Sektor Elektrikal Elektronik, yang mana kita lihat negara telah memberi satu pengiktirafan kepada negeri-negeri di utara tanah air iaitu Pulau Pinang dan Kedah khususnya Kulim sebagai Hub Elektrikal Elektronik negara. Jadi dalam erti kata lain perlulah kerajaan pusat melihat bagaimana segala bentuk sokongan perlu diberikan kepada Kulim bagi membolehkan kekuatan dapat dibina dan kemenangan dapat diraih oleh Malaysia di pentas antarabangsa. Ini bukan cerita Penang lawan Kedah, ini bukan cerita Kedah lawan Perak, jadi kita nak lihat lebih besar jiwa-jiwa pemimpin nasional kita agar dapat dibangunkan sebuah kawasan perindustrian yang benar-benar menjadi kebanggaan Malaysia satu hari nanti iaitu di Kulim secara khususnya. YB. Tuan Speaker, sektor kedua yang diberi perhatian atau tumpuan oleh negeri kita ialah Industri Peranti Perubatan ini medical devices ini adalah satu segmen yang lucrative yang sedang meningkat naik dan kita sedang mengorak langkah untuk menjadi pemain utama di segmen ini dan syarikat-syarikat besar ini berada di Kulim Hi-Tech Park, berada di Kuala Ketil, dan kita akan terus kembangkan potensi segmen ini. Dan juga segmen yang begitu memberi impak dan satu kesan besar kepada kita secara keseluruhannya adalah semiconductor iaitu di mana segmen ini kita mempunyai syarikat-syarikat MNC (Multinasional) terbesar di dunia, yang mana dunia telah recognise Kulim, dunia telah recognise Kulim, saya ulang dunia telah recognise Kulim sebagai Hub Semiconductor dunia. Jadi ini satu pencapaian luar biasa, sebab itu saya katakan kita perlu gerakkan usaha untuk terus melonjakkan Kulim sebagai destinasi pelaburan terbaik untuk semiconductor buat negara kita Malaysia di pentas dunia menjadi terkemuka, jadi segala bentuk bantuan, sokongan, dokongan, daripada kerajaan pusat ditagih, dan kita konteks Negeri Kedah ini memberikan segala yang termampu kita antaranya kita menubuhkan Kedah One Investment Team kita bekerjasama erat dengan agensi-agensi kerajaan, pusat, dan negeri, kita tak ada perbezaan, kita mendokong satu
sama lain bagi membolehkan kita dapat memberikan perkhidmatan terbaik, dan kita juga menggerakkan usaha-usaha bersepadu iaitu kita ada E10 di mana segala process from the kebenaran merancang daripada planning approval to the first good being a sported boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan, dan rekod terbaik kita ialah 8 bulan daripada merancang sehingga barang di eksport 8 bulan boleh dilakukan di Kedah, ini pencapaian terbaik kita di Malaysia dan untuk Malaysia. Jadi, kalau kita kata dalam konteks Kedah ini tidak bersama dengan kerajaan pusat untuk mendukung agenda besar negara tidak benar sama sekali ya, walaupun kita ni sikit sebanyak tidak diberikan ruang dan perhatian pencapaian-pencapaian kita untuk tempoh 5 tahun terkini ini, kita telah membawa pelaburan sekitar 190 bilion ke Negeri Kedah 5 tahun terkini, around 190 billion tetapi tak ada news pun keluar, atau tak dipanggil pun Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk di interview oleh BERNAMA (Malaysian National News Agency) ataupun RTM (Radio Televisyen Malaysia) atau TV3 macam mana Kedah ni boleh berjaya sedemikian rupa. Ini kelemahan di peringkat nasional, saya bukan nak belasah kerajaan persekutuan ni hari-hari, tapi tuan-tuan kena berjiwa besar, ini cerita bagaimana state memberi komitmen mendokong segala aspirasi negara, kita buat segala yang termungkin oleh kita. Jadi dengan kata lain, YB. Tuan Speaker, YB. Tuan Speaker tengok jam banyak kali, jadi sebab saya sebut reset tu, YB. Tuan Speaker pon serba salah untuk memendekkan ucapan saya, jadi kembali kepada pendekatan kita sektor yang kita last YB. Tuan Speaker, untuk menjawab soalan sahabat saya, iaitu kita juga memfokus kepada renewable energy. Renewable energy ini adalah satu segmen di mana kita telah berjaya menarik syarikat-syarikat utama dunia dalam renewable energy ini iaitu seperti EVE dan CosMX dan juga banyak lagi akan datang ke negeri kita dan kita akan menjadikan negeri kita Hub Industri Bateri boleh perbaharui, yang mana ini adalah satu lagi kekuatan yang akan juga berada di Kulim. So, terima kasih kepada Majlis Perbandaran Kulim dan juga Pejabat Daerah Kulim serta semua agensi MIDA dan juga semua kerajaan pusat dan juga agensi-agensi negeri yang membolehkan kita berjaya melonjakkan diri kita khususnya juga dalam dokongan kita di sini Invest Kedah dan juga BPEN, terima kasih YB. Tuan Speaker.
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Jitra atas jawapan yang padu dan mantap. YB. Sidam dan YB. Bakar Arang tengok eh ni fakta. Baik, soalan saya kepada Yang Berhormat Jitra kalau mengikut daripada jawapan yang diberikan tentang kejayaan Negeri Kedah untuk kita kata menjadi johan dari segi pelaburan dalam Sektor Semiconductor jadi adakah kerajaan negeri merancang untuk menambah baik dasar sedia ada untuk kita menarik lebih banyak pelaburan baru masuk ke Kedah dan juga apakah sektor baru yang menjadi fokus kepada pelaburan tersebut, terima kasih.
YB. Jitra, saya mohon pada YB. Jitra, berikan jawapan soalan tambahan ini pada sesi pergulungan nanti ya, saya mohon maaf.
Baik, YB. Tuan Speaker.
Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha.
Sambungan Penggulungan di atas Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Secara Dasar oleh Pihak Kerajaan.
II. Sambungan Penggulungan Di Atas Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan KedahMotion
Terima kasih, Tuan Setiausaha Dewan. Sesi Penggulungan. Saya menjemput YB. Kuala Nerang untuk menghabiskan penggulungannya yang tergendala kemarin, dan masa yang diperuntukkan adalah sebanyak 10 minit. Dipersilakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih YB. Tuan Speaker memberi laluan untuk saya menyambung sedikit lagi.
YB. Tuan Speaker dan semua Ahli-ahli Dewan dan para pemerhati sekalian. Saya ingin merujuk kepada titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, pada muka surat 10 yang menekankan tentang kelangsungan keperluan kepada air berhubung rapat dengan kestabilan sumber air khususnya di kawasan hutan tadahan. Kemarin saya telah mengulas berhubung dengan kawasan tadahan air di kawasan Hutan Ulu Muda. Titah Tuanku Sultan; “Fenomena cuaca yang semakin tidak menentu termasuk ketidakseimbangan polar hujan dan musim kemarau yang berlaku ketika ini, memerlukan pengurusan sumber air yang mampan, serta menambah baik pelan mitigasi risiko bencana secara lebih serius perlu dilaksanakan”. Patik menjunjung kasih dan juga mengalu-alukan saranan dan peringatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Izinkan saya YB. Tuan Speaker, untuk menyebut tentang beberapa persediaan dan tindakan mitigasi yang telah dan insya-Allah akan terus dilaksanakan oleh SADA) berhubung dengan air ini. Sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi risiko perubahan iklim seperti kemarau dan sebagainya, SADA telah menyelaraskan tindakan mitigasi serta mengaktifkan modus operandi sedia ada bagi memastikan operasi loji agihan bekalan dan pelan kontigensi dapat dilaksanakan secara berkesan. Antaranya ialah yang pertama, penyediaan ‘multistage pump’ telah dilaksanakan sebagai langkah kesiapsiagaan bagi memastikan keupayaan pengepaman bekalan air dapat dipertingkatkan, terutama dalam tempoh musim kemarau. Yang kedua, pemantauan kualiti air mentah dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan semua air mentah kekal dalam tahap yang selamat dan sesuai untuk rawatan. Tiga, persediaan logistik dan aset bekalan air telah disusun lebih awal termasuk lori tangki dan tanki statik, serta aset sokongan lain bagi menghadapi sebarang gangguan. Untuk makluman dewan, pada musim perayaan yang lepas, sebanyak 113 buah kenderaan atau lori telah disediakan untuk menghantar air ke kawasan yang terjejas. Yang keempat, kawalan penggunaan air untuk sektor pertanian turut diberi perhatian melalui penjelasan bersama agensi berkaitan, bagi memastikan penggunaan sumber air lebih terkawal semasa musim kemarau. Yang kelima, melibatkan sesi libat urus dengan agensi kerajaan bagi menyelaraskan tindakan mitigasi, kongsian maklumat, dan pelaksanaan pelan kontingensi.
Dan berikutnya aktiviti penguatkuasaan di lapangan dijalankan secara berterusan bagi memantau sebarang pelanggaran atau penggunaan air secara tidak sah atau kecurian air. Selain itu, tindakan pemasangan pembaikan semula weir dan penahan air yang runtuh di Batu 5 Sik dan Bukit Selambau juga sebagai usaha untuk memastikan bekalan air mentah sentiasa mencukupi. Kemudian, kerja-kerja mencuci muka sauk seperti yang dibuat di loji rawatan air di Kuala Nerang, Sungai Limau, Mahang, Bikan, dan beberapa tempat yang lain, supaya dapat mengurangkan pemendapan sedimen yang boleh menjejaskan kemasukan air mentah. Selain itu, pemasangan PRV atau ‘Pressure Reducing Valve’ juga sebagai langkah mitigasi kemarau bagi mengawal tekanan dan mengurangkan kehilangan air dan memastikan bekalan air lebih stabil ke kawasan yang kritikal. Berikutnya, untuk menghadapi kemarau dan juga keadaan-keadaan risiko itu, SADA juga telah mengaktifkan secara serius, bahkan menambahkan kakitangan, untuk mengesan kebocoran melalui aktiviti ‘Active Leakage Control’ atau ringkas ALC untuk menstabilkan tekanan sistem agihan dan juga meningkatkan paras tangki simpanan. Yang ni saya dah sebut sebahagiannya, dan untuk makluman semua, insya-Allah kita akan teruskan usaha untuk mengenal pasti kebocoran bagi meningkatkan tekanan ini. Dan juga dalam kajian SADA, ialah untuk melaksanakan ‘Floating Pontoon Pump’, pam terapung boleh duduk di tengah-tengah sungai tu, jadi kalau ayaq surut dia boleh masih boleh sedut air daripada tengah sungai ya, walaupun pada muka sauk sedia ada tu dia dah air tak sampai, jadi dia boleh pi sedut di tengah. Ini masih dalam kajian, kita harap dapat dilaksanakan. Selain daripada itu, seperti yang tuan-tuan, yang sidang dewan maklum, operasi pembenihan awan juga telah dilaksanakan dan kita harap ada kesan ada hasil untuk menambahkan sumber air. YB. Tuan Speaker, izinkan saya mengulas sedikit berhubung dengan apa yang disentuh oleh YB. Ketua Pembangkang kemarin. Yang pertama kemarin saya dah sebut, tapi hari ini kena ulang sebut, pembetulan fakta berhubung dengan pelantikan kontraktor oleh kerajaan bagi projek RTB yang saya sebut kemarin beberapa projek RTB, proses menyediakan dokumen, proses memanggil tender, proses melantik kontraktor, bukan dilakukan oleh kerajaan negeri tetapi dibuat oleh kerajaan persekutuan untuk projek RTB yang disebut tadi.
YB. Sidam sebut tentang, “keperluan air bersih sentiasa dalam capaian”. Untuk makluman, SADA sentiasa mengambil maklum terhadap isu infrastruktur awam di kawasan yang pesat membangun, dan terima kasih YB. Sidam dalam ucapan penggulungan pun sebut, Kedah negeri pesat membangun. Satu kredit kepada kerajaan negeri, terima kasih. Bagi memastikan keterjaminan dan kelangsungan bekalan air terawat yang mencukupi serta mampan, beberapa langkah strategik sedang dan akan dilaksanakan. Antaranya ialah; Pertama, perancangan kapasiti bekalan air. SADA melaksanakan perancangan unjuran permintaan air sehingga 2050, dengan mengambil kira faktor peningkatan penggunaan domestik, rumah makin banyak YB. Tuan Speaker lani nah, orang pun guna air makin banyak. Pembangunan projek berimpak tinggi semua diambil kira dengan kadar kehilangan air NRW (Non-Revenue Water) juga menjadi perhatian yang serius. Untuk makluman dewan, saya juga ingin memaklumkan tentang NRW, sebelum ini telah dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik oleh SADA, kehilangan air tidak berhasil ni. Jumlah yang agak tinggi, tetapi oleh kerana kontraktor yang berkenaan tidak dapat capai prestasi target yang kita tetapkan, lalu pihak SADA mengikut terma yang disediakan, yang telah dipersetujui, telah ditamatkan kontrak pada hujung tahun lepas, dan mulai Julai tahun 2025, SADA telah melakukan tindakan segera yang signifikan untuk memastikan keberkesanan perancangan supaya NRW yang lebih baik dapat dicapai target itu. Antaranya ialah melalui tiga teras utama dengan memperkenalkan memperkasakan jabatan agihan dan NRW, dan juga penggantian paip-paip kritikan-kritikal yang mana yang dah lama, yang usang, digantikan. Hasil daripada tindakan itu, %an NRW telah berjaya diturunkan daripada tahun 2025 sebanyak 51.8%, telah berjaya diturunkan kepada 50.7% sehingga Mac 2025, perunduran sebanyak 1.1%. Dan kita meletakkan target sasaran yang kita harap dapat capai boleh dalam masa yang lebih lama untuk menurunkan % yang lebih besar insya-Allah… (YB. Tuan Speaker mencelah)
Yang Berhormat Kuala Nerang, ada dua minit lagi.
2 minit ya. Jadi yang saya tak sempat jawab, saya harap boleh dapat jawab secara bertulis ya. Kapasiti loji rawatan air ditingkatkan dinaiktarafkan dan kita berharap untuk tahun 2050 nanti sekurang-kurangnya kita dapat capai margin 10 hingga 15 % lebihan air.
Dan juga untuk makluman dewan, projek-projek berimpak tinggi yang sedang dan juga yang telah dilaksanakan, seperti yang telah dimaklumkan ialah di Pelubang, Jenun Baru, Bukit Selambau, Lubuk Buntar, Sungai Limau yang telah pun ditender semula, Jeniang Baru, Sungai Karangan Fasa 1, Sidam Kiri Fasa 1, dan juga yang sedang dalam perancangan dan telah diluluskan peruntukan seperti yang disebut tadi di Tupah, di Jeneri, Bukit Selambau Fasa 3, Jenun Lama, Bikan, Kodiang Fasa 1 dan seumpamanya. YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli dewan yang dihormati sekalian, saya menegaskan bahawa pihak kerajaan negeri insya-Allah akan terus memberikan sokongan, memberikan khidmat kepada seluruh rakyat bagi memastikan rakyat mendapat bekalan air yang mencukupi dan tidak menjadi sebab untuk menghalang pelabur-pelabur daripada masuk ke Negeri Kedah. YB. Tuan Speaker, saya ingin sudahi, saya ingin akhiri ucapan penangguhan saya ini dengan merumuskan bahawa dunia hari ini sedang berdepan dengan perubahan iklim yang ekstrem, krisis air global, dan juga ketidaktentuan ekonomi akibat konflik geopolitik sepertimana yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, yang membawa kesan kepada keterjaminan sumber air, kos pembangunan infrastruktur, keseimbangan fiskal negeri. Jadi insya-Allah, kita akan terus mempercepatkan projek infrastruktur kritikal. Kedua, menjamin bekalan air yang stabil dan mampan. Perkukuhkan pengurusan sumber air. Dan juga meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan. Akhirnya YB. Tuan Speaker, saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, yang telah menyampaikan titah ucapan yang memberikan manfaat yang sangat besar kepada kita. Izinkan saya untuk mengakhiri ucapan ini dengan menyebut sepotong ayat Al-Quran al Karim yang kita harap menjadi panduan kepada kita. Auzubillahi minnassyaiton nirajeem, ِوَلَوۡ أَنه أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتهقَوۡ اْ لَفَتَحۡ نَا عَلَيۡهِم بَرَكَٰتٖ م ِنَ ٱلسهمَآٰءِ وَٱۡلۡ َرۡ ض
“Dan sekiranya penduduk suatu kaum satu negeri itu bertakwa kepada Allah hu subhanahu wa ta’ala akan dilimpahkan kepada mereka, dibukakan pintu rezeki”.
Rezeki ni YB. Tuan Speaker, bukan hanya melalui usaha kita, kita usaha diwajibkan, kita kena ikhtiar, tapi pada masa yang sama bergantung kepada Allah hu subhanahu wa ta’ala. Saya mengajak diri saya dan semua, supaya sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah hu subhanahu wa ta’ala dan menjadikan ini sebagai asas pemerintahan pengurusan dan pentadbiran kita. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, kepada semua barisan EXCO, Kepada Yang Berhormat Setiausaha Negeri, Ketua-ketua Jabatan termasuk SADA, JKR, LSANK, JPS, JMG (Jabatan Mineral dan Geosains), MADA, Perhutanan, PERHILITAN, Jabatan Alam Sekitar, TNB, dan semua agensi yang tak saya sebutkan, tapi ada kaitan langsung dengan saya, juga Ketua Agensi di Peringkat Daerah, DO, DO. Padang Terap khususnya, terima kasih banyak atas khidmat yang diberikan. Akhirnya, tuan-tuan sidang Dewan sekalian, izinkan saya sudahi dengan serangkap pantun, Dato’ Seri Sanusi pemimpin berwibawa, Disenangi disayangi Raja dan rakyat jelata, Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua, The Greater Kedah kita pacu bersama. Insya-Allah, sekian terima kasih.
Terima kasih YB. Kuala Nerang. Seterusnya saya menjemput, YB. Bukit Kayu Hitam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Kebajikan, Salam Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. YB. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Jeneri, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Datuk Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Datuk Pegawai Undang-undang Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Daerah, Ketua-ketua Jabatan, pemerhati, serta sidang dewan yang dihormati sekalian. Di kesempatan ini, patik merafak sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Salahuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Negeri Kedah Darul Aman, di atas titah ucapan sempena perasmian pembukaan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman bagi Mesyuarat Pertama Penggal keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman
yang Ke-15. Semoga Allah subhanahu wa ta'ala mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan Tuanku Sultanah Kedah serta Kerabat Diraja Kedah agar dapat bersemayam di atas takhta kerajaan Negeri Kedah dengan penuh kebesaran dan kedaulatan. Sesungguhnya titah Tuanku Sultan amat menyeluruh, berwawasan dan tepat pada masanya dalam mengemudi Negeri Kedah ke arah kemajuan yang seimbang di antara pembangunan ekonomi, kesejahteraan sosial, dan juga perpaduan rakyat. Kerajaan negeri sentiasa komited untuk memastikan segala dasar dan pelaksanaan program berada di landasan yang selari dengan inspirasi The Greater Kedah. Sekalung penghargaan dan tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Jeneri serta barisan kepimpinan kerajaan negeri yang telah menunjukkan kestabilan pentadbiran serta kecekapan dalam mengurus negeri ini sepanjang tempoh 2023 hingga 2026. YB. Tuan Speaker, sidang dewan yang dihormati, pertama kali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Nadzman bin Mustafa yang dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri, menggantikan Yang Berbahagia Datuk Syed Wira Khairol Syed Abidin, mantan Pegawai Kewangan Negeri yang bersara wajib. Terima kasih Datuk Syed Wira, di atas perkhidmatan beliau di dalam kerajaan negeri. Sebagai Adun Bukit Kayu Hitam, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Dato’ Muhammad Mahazi bin Haji Ibrahim, mantan Pegawai Daerah Kubang Pasu yang dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Pengurusan Kerajaan Negeri Kedah. Terima kasih di atas perkhidmatan beliau sebagai Pegawai Daerah Kubang Pasu selama 3 tahun 4 bulan 6 hari. Saya juga ucapkan selamat datang kepada yang Di-pertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu yang baru iaitu Encik Junaidi bin Abdul Rani yang menggantikan Allahyarham Encik Badrulhisyam Haji Sulaiman, salam takziah daripada saya kepada ahli keluarga Allahyarham Encik Badrulhisyam, semoga Allah subhanahu wata’ala mencucuri rahmat ke atas rohnya. Tidak dilupakan juga tahniah kepada Pegawai Tadbir Negeri yang lain, yang terlibat di dalam pertukaran pentadbiran baru-baru ini, selamat bertugas. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya rakamkan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah di atas komitmen, kepimpinan, serta kepercayaan yang diberikan dalam mengangkat martabat wanita sebagai Pentadbir Negeri iaitu KCS (Kedah Civil Service) serta beriltizam untuk menyokong agenda memperkasakan wanita di Negeri Kedah ini, khususnya dalam membuka ruang dan peluang kepada pegawai wanita untuk menduduki jawatan tertinggi di dalam pentadbiran negeri.
Sebagai contoh, Puan Amirah Khairiah binti Abdul Latip sebagai Pegawai Daerah Kubang Pasu, tahniah. Puan Hajah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad sebagai Pegawai Daerah Padang Terap. Puan Sunita binti Abdul Aziz sebagai Yang Di-pertua Majlis Perbandaran Taman Perindustrian Kulim Hi-Tech dan Puan Hajah Maznim binti Ismail sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di dalam rombakan dan pertukaran pegawai baru-baru ini. Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan keadilan dan kesaksamaan dalam perkhidmatan awam, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan kepimpinan wanita yang berwibawa, berintegriti, dan berdaya saing. Ia sekaligus membuktikan bahawa keupayaan, kompetensi, dan juga dedikasi menjadi asas utama dalam menentukan kepemimpinan tanpa mengira jantina. Sesungguhnya langkah progresif ini akan menjadi inspirasi kepada generasi penjawat awam wanita untuk terus melangkah ke hadapan, menyumbang dengan penuh lebih signifikan kepada pembangunan negeri serta memperkukuhkan sistem pentadbiran yang inklusif dan juga cemerlang. Saya juga ingin memaklumkan pada sidang dewan, inisiatif membina kemahiran wanita dengan program Sejahtera Care iaitu satu penjenamaan semula daripada Tabung Sejahtera Wanita sebagai platform pembangunan wanita yang lebih sistematik. YB. Tuan Speaker, pada tahun 2025, Sejahtera Care telah melahirkan seramai 150 orang usahawan wanita di bidang penjagaan kesihatan iaitu urutan terapi. Mereka diberi latihan dan kursus latihan kemahiran urutan terapi SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) tahap tiga. Kursus keusahawanan dan juga digital marketing, dan bengkel kewangan dan juga pengurusan perniagaan, insya-Allah pada tahun 2026 dan tahun-tahun seterusnya program ini akan diperluaskan dan dipelbagaikan. Pertamanya, insya-Allah kita akan mewujudkan Akademi Usahawan Wanita Kedah, yang mana program latihan intensif selama 3 bulan, yang mana modul akan diberikan seperti asas perniagaan, pemasaran digital di TikTok Shop dan Shopee, pengurusan kewangan, serta pembangunan produk. Sasarannya kepada 100 peserta setiap tahun. Yang keduanya, akan mewujudkan geran Mikro Usahawan Wanita iaitu bantuan modal kecil selepas tamat latihan. Cadangannya RM3,000 ke RM5,000 seorang, untuk membeli mesin, bahan, dan juga peralatan. Syaratnya; wajid tamat kursus Akademi Usahawan dan juga membentang pelan perniagaan. Sasarannya kepada 50 orang usahawan setahun.
Yang ketiga, mewujudkan Mentor Usahawan Kedah. Setiap usahawan dipadankan dengan mentor dengan tempoh bimbingan selama 6 bulan. Seterusnya, program Digital Usahawan Wanita, membantu peserta meniaga secara online seperti; kelas, live selling, pemasaran di TikTok, fotografi produk, dan juga branding. Sasarannya seramai 200 orang usahawan. Dan seterusnya, kita akan mengadakan Karnival Usahawan Wanita Kedah. Program tahunan memasarkan produk peserta seperti aktiviti mengurus jualan, business ‘matching’, pameran produk, dan sebagainya. Sasaran impak keseluruhan kita akan sasarkan, akan melahirkan 200 wanita dilatih, melahirkan 50 orang usahawan baru diwujudkan, 20 perniagaan berjaya berkembang, dan peningkatan pendapatan keluarga B40. YB. Tuan Speaker, kerajaan Negeri Kedah tetap beriltizam untuk memastikan Rumah Transit Negeri Kedah (RTNK) kekal berfungsi dengan kecekapan dan keberkesanan yang tertinggi. Kita akan mengoptimumkan sumber sedia ada, agar setiap sen yang dibelanjakan secara strategi dan memberi impak maksimum kepada kumpulan sasar. Untuk makluman sidang dewan yang dihormati, kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan dua rumah transit, RTNK yang pertamanya bertempat di daerah Kubang Pasu, dan yang keduanya di daerah Langkawi. RTNK kini telah beroperasi dan bersedia menempatkan mangsa-mangsa seperti keganasan rumah tangga, orang papa gelandangan, pelesir dan juga pengemis, mangsa-mangsa kes penderaan, kes-kes terdampar, demi memastikan semua mangsa ini mendapat perlindungan yang sewajarnya. Kerajaan akan terus memperkukuhkan jaringan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan, pertubuhan bukan kerajaan NGO, serta komuniti setempat bagi memperluaskan capaian bantuan, meningkatkan program pemulihan, dan memastikan setiap individu yang memerlukan perlindungan sementara supaya tidak terpinggir. Marilah kita menjadikan kecekapan pengurusan dan keprihatinan sebagai kekuatan utama supaya Kedah kekal sebagai negeri makmur, sejahtera, dan penuh kasih sayang untuk setiap lapisan rakyatnya. YB. Tuan Speaker, proses penggubalan Dasar Wanita Kedah (DWK) telah bermula sejak 17 Disember 2023 sebagai hala tuju strategik bagi memperkasakan peranan wanita secara holistik di Negeri Kedah. Penggubalan dasar ini dilaksanakan secara komprehensif melalui pendekatan saintifik, melalui perbincangan kumpulan berfokus untuk menggali isu di lapangan yang lebih jelas dan responsif daripada pelbagai latar belakang. Perbincangan meja bulat bersama pemegang taruh juga dilakukan bagi mengenal pasti jurang dasar dan maklum balas bagi semua pihak yang berkepentingan.
Di dalam memperkemaskinikan lagi proses penggubalan dasar melalui akar umbi, pengumpulan data dan bancian telah diadakan di 12 daerah di Negeri Kedah, dan juga disempurnakan dengan jayanya. Justeru itu, peringkat terkini adalah dalam tindakan semakan kali kedua draf akhir Dasar Wanita Kedah. Walau bagaimanapun satu taklimat buku Dasar Wanita Negeri Kedah kepada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan dibuat di dalam masa terdekat, dan insya-Allah majlis Dasar Wanita Negeri Kedah akan dilancarkan di dalam bulan Jun nanti, insya-Allah. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan Negeri Kedah terus komited menyokong gerak kerja Majlis Kebajikan Negeri Kedah (MKNK) melalui pemberian geran tahunan berjumlah RM190,000 iaitu pada 9 April 2026 yang lalu, seramai 38 Persatuan Sukarela Kebajikan (PSK) di seluruh Negeri Kedah telah menerima geran berkenaan dengan setiap satunya menerima sebanyak RM5,000 bagi maksud membantu pelaksanaan program dan serta urusan pentadbiran. Bagi warga emas, kerajaan juga telah menyediakan geran aktiviti dan pengurusan sebanyak RM105,000 kepada 15 pusat aktiviti warga emas, di mana setiap PAWE (Pusat Aktiviti Warga Emas) telah pun menerima RM7,000, iaitu fasa pertama diadakan pada 22 Januari lalu sebanyak RM5,000, dan RM2,000 bakinya dimasukkan ke fasa kedua dan diserahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada PAWE-PAWE yang terlibat. Dari tahun 2021 hingga tahun 2023, kerajaan negeri juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM5,244,800 yang melibatkan 23,777 penerima yang menerima manfaat BSPT (Bantuan Pesakit Terlantar) ini. Jadi tuan-tuan dan puan-puan, BSPT ini adalah merupakan satu program kerajaan yang sangat baik dan perlu diteruskan. Dan pada tahun 2024 hingga pada Mac 2026 pada tahun ini, sebanyak RM3,000,340 telah diperuntukkan, yang sekarang ini melibatkan 6,680 penerima juga telah menerima manfaat pada tahun kali ini. Insya-Allah mulai tahun ini, bantuan ini akan diperluaskan bukan sahaja kepada pesakit terlantar, tetapi juga kepada pemohon orang-orang yang mempunyai sakit kronik yang lain. Permohonan ini, untuk mendapatkan bantuan ini, boleh dibuat melalui sistem permohonan atas talian iaitu kedahcare.gov.my. Untuk pengetahuan dewan, selain bantuan secara one-of yang diberikan kepada pemohon, jawatankuasa BSPT juga mengadakan program lawatan setiap bulan ke rumah pesakit yang terpilih. Program ini diadakan secara berkala, setiap bulan di 36 DUN di seluruh Negeri Kedah ini. Program ini mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Pejabat Kewangan Negeri, Bahagian Perancang Bandar Ekonomi Negeri Kedah (BPEN), Lembaga Zakat Negeri Kedah, Baitulmal, PERKESO dan MBI dalam menyediakan sumbangan tambahan berbentuk kewangan dan juga peralatan bagi memenuhi keperluan pesakit.
Sidang dewan yang dihormati sekalian, segala pencapaian ini bukanlah hasil usaha individu tetapi ianya merupakan hasil kerjasama erat di antara kerajaan negeri, agensi persekutuan, NGO, pemimpin komuniti, dan seluruh rakyat Negeri Kedah. Sesungguhnya, kita semua memikul amanah besar untuk memastikan tiada rakyat yang tercicir dalam arus pembangunan negeri. Akhir kata, sekali lagi saya ingin menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan mengatakan komitmen penuh untuk terus memperkukuhkan kebajikan, memperkasakan wanita dan memelihara institusi keluarga dan memantapkan perpaduan di Negeri Kedah ini. Saya akhiri dengan serangkap pantun; Padi menguning di bendang luas, Disiram hujan menyubur bumi, Rakyat dijaga penuh ikhlas, Kedah Sejahtera kekal harmoni. Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir & batin. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih YB. Bukit Kayu Hitam. Seterusnya, saya menjemput YB. Jitra, dipersilakan. Masa yang ditetapkan 30 minit.
Terima kasih YB. Tuan Speaker, 30 minit tu dah reset ka? Reset ok baik. Bismillahirrahmanirrahim assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua. Alhamdulillahi rabbil 'alamin, wassalatu wassalamu 'ala asrofil anbiya-i wal mursalin, sayyidina Muhammadin wa 'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rabbi sadri wa yassirli amri, wahlul 'uqdatan min lisani, yafqahu qawli. Yang saya hormati lagi kasihi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Jeneri, sahabat-sahabat YB. EXCO dan ADUN, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri tahniah juga diucapkan di atas lantikan dan selamat bertugas, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri, Yang Berhormat Dato’ TSUK Pembangunan, Yang Berhormat Dato’ TSUK Pengurusan tahniah atas nantikan dan selamat bertugas diucapkan pegawai-pegawai daerah khususnya daerah Kubang Pasu Puan Amirah dan juga YDP-YDP Majlis Perbandaran khususnya YDP Kubang Pasu juga, Encik Junaidi bin Abdul Rani serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri dan pusat dan juga anak-anak pelajar yang bersama kita.
Bersyukur kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan izin Allah dapat kita bersama hari ini dalam sidang ini untuk melihat akan masa depan negeri kita. Beradanya kita di sini bukanlah untuk mencari salah siapa tetapi untuk mengenal pasti strategi terbaik dan juga inisiatif terbaik yang boleh dihasilkan oleh anak negerinya buat negeri yang kita cintai ini. Jadi bertitik tolak daripada perkara tersebut semalam saya telah mengupas akan isu berkaitan dengan krisis tenaga yang mana kita tahu apa yang berlaku di negara kita dan dunia berkaitan dengan krisis tenaga ini ianya mengundang ataupun memberi impak yang besar kepada kita sebagai negeri. Di samping kita mengatakan ia adalah isu nasional dan juga sahabat saya dari YB. Bakar Arang sendiri mencuit dengan mengatakan apakah langkah-langkah dilakukan oleh negeri pastinya kita boleh mengambil langkah-langkah tetapi ianya bersifat dalaman dan lebih kepada meningkatkan kecekapan dengan kata lain, segala keperluan atau kemampuan untuk memberikan insentif-insentif bersifat kewangan itu pada dasarnya agak terhad kerana apa, kerana seperti saya kata sepatutnya tahun ini kita boleh menjana pendapatan hasil daripada cukai tanah sebanyak 120 juta lagi tetapi kerana ketidakcekapan kerajaan madani yang mana mereka ini tidak mampu untuk membuat keputusan they do not know who is who actually yang support to make the decision sepatutnya di mesyuarat Majlis Tanah Negara diputuskan tetapi dibawa ke kabinet sampai ke kabinet pun tak tahu macam mana nak buat keputusan hingga hari ini tak ada keputusan. Jadi RM 120 juta hak Kedah sepatutnya dapat pada Kedah tahun ini tidak dapat direalisasikan kerana kelemahan pentadbiran Putrajaya hari ini. Jadi ini satu perkaralah yang saya boleh katakan kita memerlukan kerajaan yang berpengalaman dan saya juga rasa hairan “kerana apa YB. Tuan Speaker”? Kerana kita mempunyai Pegawai-Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang terlatih yang boleh memberi nasihat-nasihat ini perlunya kita mempunyai hubungan rapat dengan pegawai-pegawai tinggi kerajaan ini, baik di peringkat pusat mahupun negeri kerana mereka adalah individu-individu ataupun kakitangan yang mahir tentang segala dasar dan peraturan segala perkara berkaitan. Jadi, orang politik ni kalau dia tak chance ini masalah dia itulah yang berlaku dalam konteks kerajaan madani hari ini. Jadi kembali kepada isu krisis ini, saya ingin mengatakan bahawa rata-rata kita merasakan atau menzahirkan rasa kebimbangan dan bagaimana nasib para petani kita, izinkan saya juga untuk membawa dalam konteks pemain-pemain industri kita. Di Malaysia ini ada 1.15 juta SME (Small Medium Enterprise) 1.5 million bukan jumlah yang kecil. Yang semalam saya cakap 54,000 itu itu member for Federation Of Malaysian Manufacturers, tapi kalau keseluruhan back bone of award economy iaitu syarikat-syarikat SME (Small Medium Enterprise) ini jumlah dia 1.5 million dan 1.1 million, SME ini menyumbang dengan kata lain sorry 1.5 itu total keseluruhan, total keseluruhan syarikat daftar di Malaysia termasuk SME dan juga syarikat besar GLC (Government-Linked Companies), MNC (Multinational
Corporations) dan all together 1.15 million dan SME sahaja 1.11 juta dan SME ini menyumbang 39.5 % kepada KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) negara dan jumlah sumbangan ini kalau dalam ringgitnya RM 652.4billion you cuma know money. Tetapi bagaimana hari ini kerajaan memberi signal kepada mereka sehinggakan Federation Of Malaysian Manufacturers sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa mereka dalam keadaan yang akan sangat tenat sekiranya tidak didatangkan insentif-insentif rangsangan ekonomi yang segera. Dalam kita memerintah selama 33 bulan, kita telah memperuntukkan berbilion ringgit untuk pakej-pakej rangsangan ekonomi kita laksanakan, kita arahkan bank-bank melaksanakan moratorium supaya memberi ruang untuk bernafas, tetapi hari ini kita lihat kerajaan hari ini tidak ada langkah-langkah strategik sedemikian. Masih lagi bermain persepsi dan terus memarahi rakyat ini masalah kita hari ini. Jadi rakyat jangan dimaharahi kerana rakyat 5 tahun sekali dia ada kuasa yang tak terbendung oleh siapa-siapa ahli politik. Jadi kita harus lihat di sini hormati rakyat, sayangi rakyat, datangkan dasar-dasar yang mendukung dan memenuhi harapan rakyat bukan rakyat minta banyak tetapi pertimbangan.
Jadi YB. Tuan Speaker di dalam negara kita ada 40,000 syarikat besar iaitu represent about 3 % daripada 1.5 million tadi, 40,000 ni termasuk MNC, GLC and all companies yang listed di Bursa. Jadi dengan kata lain total 40,000 dan FMM (Federation of Malaysian Manufacturers) sendiri ada 54,000 ahli dia. Jadi mereka ini suara mereka sangat kritikal kepada negara. Saya bawa kepada negeri kita Kedah ada berapa banyak syarikat yang ada di Negeri Kedah. Syarikat yang ada di Kedah lebih kurang 45,000 buah syarikat yang ada di Negeri Kedah dan berapa banyak daripada 45,000 ni 43,650 adalah SME jadi dia punya ratio lebih kurang juga iaitu 97% di national level, 97 % di state level, 43,650 berapa banyak syarikat besar MNC, GLC dan yang tersenarai total, total syarikat-syarikat besar di Kedah 1350 jumlah syarikat besar. Jadi apa yang boleh saya gambarkan disini ialah hari ini apa yang kita nantikan adalah pakej rangsangan yang begitu penting, yang begitu diharapkan oleh negeri kita. Yang ni kita kata tadi kalau kita YB. Bakar Arang atau YB. Bayu kata, “apa state boleh buat” . We are asking you what is the federal is doing for the states hari ini. Ini masalah terbesar sebab dia confirm duit tu ada di federal sana untuk mendatangkan pakej-pakej rangsangan ekonomi tetapi nampaknya belum lagi betulkan saya kalau saya tersasar tapi pengetahuan saya tidak dengar lagilah langkah-langkah strategi yang telah dibentangkan ataupun diluluskan sepatutnya dipanggil satu sidang parlimen khas untuk membincangkan krisis ini tapi semua hairannya tak ada langsung inisiatif melakukan perkara tersebut. Inilah kelemahan kita hari ini, ini bukan against federal government, bukan against Prime Minister, but against the weak system of managing the country pendekatan pasukan yang lemah dalam mentadbir negara. Jadi dalam
kata lain syarikat-syarikat FMM ini dan syarikat-syarikat Small Medium Enterprise ini saya katakan ada 25,000 terkesan dia punya production cost operation, kos dia akan meningkat sekitar 10 to 30 % 25,000. Lepas tu 12,000 syarikat around 30 to 50 % kos dia akan meningkat sebanyak 30 ke 50 dan 6000 sekitar 50 % ke atas. Bayangkan apa akan jadi kepada daya saing negara, apa akan jadi kepada vendor - vendor yang bekalkan kepada syarikat-syarikat besar if this small corporation is SME tak boleh bekalkan apa juga bekalan kepada vendor-vendor MNC dan seumpamanya kita berada di ambang keruntuhan ekonomi dan kita masih lagi tak nampak satu-satu usaha yang mana the country has press the panic button to address this issues, tak buat lagi. Kita masih lagi duk cerita pasal kita bagi subsidi, kita bagi subsidi people knows already kita dah tahu dah you bagi subsidi 200 liter untuk petrol. Kita tahu itu, don’t keep on telling us about 1.99 dengan 200 liter. It’s not enough for the country, to run the country, to full the country, we need more than that. Jadi ini perkara yang perlu diberi perhatian jika kerajaan madani gagal membendung krisis tenaga ini, ia akan membawa kepada inflasi, harga barang akan naik dan terus naik dan dia akan pergi hyper inflation kalau dia berpanjangan dia panggil hyper inflation dan dia akan naik dan nilai ringgit mula jatuh dan rakyat hilang kepercayaan. Sekarang ni rakyat dah mula hilang kepercayaan federal government ni, madani ni YB. Bakar Arang dan juga YB Sidam, dia aware tak rakyat dah hilang kepercayaan sebab tu apa ada ura-ura pula nak kata call for darurat. Ini semua kerja gila YB., kerana minyak yang nak call of darurat. Jadi dengan kata lain YB. Tuan Speaker, kalau kita tak lakukan segera dia akan jadi stagflation iaitu dimana stagflation ini harga naik ekonomi lembab dan pengangguran mula berlaku. Pengangguran mula berlaku dan worst kes senario dia akan pergi kepada economic recession dan finally economic deflation. Economic recession, economic deflation ni YB. Tuan Speaker dan ahli dewan yang mulia dia bukan semestinya kena dalam bentuk regional tak semesti economy recession and deflation at depression boleh berlaku dalam konteks country negara jiran okey kita tak okey sebab dasar kita tak betul fundamental kita salah. Jadi jelas kenaikan harga minyak diesel dan petrol secara mendadak memberi gambaran buruk dan cara kerajaan pusat menangani krisis. Jadi kita memerlukan Malaysia ataupun kerajaan lebih baik dalam usaha menangani krisis seperti ini. Saya ingin juga respond minta izin YB. Tuan Speaker..,(YB. Tuan Speaker mencelah).
Pelan-pelan YB. Jitra, jaga kesihatan.
Baik, terima kasih (ketawa kecil). Saya reset pace saya kepada nasihat YB. Tuan Speaker. Terima kasih YB. Tuan Speaker, YB. Tuan Speaker saya ingin juga respons tentang sahabat saya di sebelah sana dan juga mereka di luar sana mengatakan bahawa saya ni sokong anti Sabah dan Sarawak kerana saya semalam mempersoalkan mengapa Sabah dan Sarawak mempunyai kadar subsidi ataupun harga minyak yang lebih rendah daripada semenanjung, saya tak against Sabah dan Sarawak. Hari ini saya nak clearkan kenyataan ini, saya sebenarnya seperti semua kita tahu makna kemiskinan dan deritanya kemiskinan dan apa yang berlaku di Sabah Sarawak hari ini adalah kegagalan kerajaan dahulu. Segala perkara kos sara hidup yang tinggi, bekalan makanan perlu dieksport ataupun diimport dari semenanjung kepada Sabah dan Sarawak. We have to ship all those goods pergi Sabah Sarawak kerana kegagalan kerajaan terdahulu i said loud and clear kerajaan kegagalan terdahulu untuk membangunkan sektor ekonomi food security untuk Sabah dan Sarawak. Kalau kita naik kapal terbang pun daripada Kuala Lumpur pergi Sabah dan Sarawak ni berapa jam. Jadi memandangkan lebih 60 tahun kerajaan terdahulu memerintah nak salahkan sepenuhnya kepada kerajaan madani hari ini pun tak fair juga mereka baru berapa tahun saja 3 tahun lebih right, tetapi kerajaan terdahulu mereka telah gagal untuk membangunkan ekonomi Sabah dan Sarawak iaitu dia orang boleh berdiri sendiri di atas kaki mereka sendiri baik daripada food securitynya, baik daripada education systemnya dan berbagai-bagai segmen yang membolehkan mereka ketika mana krisis mereka ini mampu untuk mengekang krisis. Tapi hari ini di bawah gambaran kita kena bagi Sabah Sarawak murah minyak sebab mereka susah, jalan raya mereka teruk rosak, mereka tinggal di pedalaman, electricity tak ada all these thing the failure of previous government. Jadi kalau itu lah realitinya sahabat-sahabat saya di Sabah dan Sarawak, maka tidak ada harapan lagi pada mereka yang menawarkan diri untuk terus memerintah Sabah dan Sarawak. Binalah Sabah dan Sarawak di tangan-tangan orang Sabah dan Sarawak sendiri dan kita di semenanjung sentiasa terbuka Perikatan Nasional sentiasa terbuka untuk bersama membina Malaysia baru yang lebih baik dan sejahtera. Jadi dengan kata lain itulah kesan kegagalan sebuah kerajaan yang diberi mandat, kemiskinan tak kenal bangsa, kemiskinan tak kenal negeri, kemiskinan tidak kenal agama. Jadi sebagai pemerintah harus memainkan peranan kerana apa, kerana kegagalan kita memerintah atau memimpin dengan baik akan menjadi satu mimpi ngeri buat semua yang berada di bawah pemerintahan kita. Jadi kalau kita tengok jalan berlubang di Sabah dan Sarawak saya minta maaflah, di sini bercakap tentang Sabah dan Sarawak bukan kita parlimen. Tapi bila dikaitkan dengan kita Anti Pas khususnya
anti Sabah Sarawak itu salah sama sekali sebab kita berpegang kepada keadilan, kalau kita diberi kesempatan untuk memerintah Malaysia insya-Allah Sabah dan Sarawak akan kita bangunkan sama maju dengan semenanjung insya-Allah. Jadi dengan kata lain, marilah kita lihat bagaimana kita dapat bergerak sebagai sebuah pasukan atau negara yang sayangkan tanah air ini. Dalam konteks TGK (The Greater Kedah), izinkan saya YB. Tuan Speaker iaitu krisis tenaga ini memberi kesan kepada perancangan negeri untuk memacu dalam buku The Greater Kedah kita, kita ada memberi fokus untuk menjana sekitar 50billion untuk sektor pertanian, perikanan dan penternakan, 50billion by 2030. Jumlah ini cukup besar tetapi kalau nelayan kita dan juga para petani kita dan semua kita yang terlibat dalam sektor ini terkesan kerana kenaikan kos harga barang dan seumpamanya kos baja, kos racun, kos jentera dan segalanya bayangkan sasaran ini mungkin tidak dapat dicapai. Begitu juga dengan sektor pembuatan (manufacturing sector) by 2030 our state targeting to secure at least 1060 billion worth of investment. Ini satu juga tetapi kalau mesej dan signal diberikan oleh kerajaan pusat kepada dunia walaupun mereka seperti berbicara kepada rakyat, kepada kita tetapi dunia hari ini, information that come from the Prime Minister office, all the ministers boleh dibaca oleh siapa saja. Ini bukan boleh cakap ikut dulu macam biasa-biasa seperti dulu, dulu kita boleh control akhbar kita boleh pastikan apa berita nak keluar, chief editor akan decide everything. Hari ini things that you said now immediately boleh keluar split second already spread all over the world. Jadi apabila kerajaan hari ini tidak cermat dalam dengan kata lain memastikan apa yang disampaikan digambarkan seperti mana saya katakan kerajaan memberi gambaran Malaysia hanya ada reserve minyak sehingga hujung bulan 5, 45 days from 15 of April, 45 hari. Ini mesej apa ni, mesej gila ini! Sedangkan kita ada reserve oil kita kenapa nak sebut kita hanya ada reserve oil sehingga hujung Mei. Dikatakan oleh menteri-menteri kita, dikatakan oleh Perdana Menteri ini satu kenyataan gila saya katakan. Sebab apa? Give a wrong signal to the investors local international, sebab dia orang kata “Malaysia in crisis?” sebab itu jangan sebarang cakap benda-benda sebab tu semalam saya kata strategy communication. Jepun ada simpanan 254 hari, Jepun tak ada pun telaga minyak, China ada 115 hari, Thailand ada 91 hari, kita kadang-kadang buat comparison dengan Thailand begitu begini, but they have 91 days reserve or petroleum compare to us 45 days. Filipina dia ada berapa? Dia ada 55 hari better than us, tuan-tuan bayangkanlah inilah realiti kita what kind of communication there our ministers and Prime Minister are talking about. Masalah itu besar kita, kita syok cerita kita nak create satu sentimen, kita nak create satu rasa, kita harus berjimat, kita harus cut cost dan semua. Tetapi kita lupa bahawa this information going to be integrated by investors sebab tu saya cakap dia sudut pelabur. Jadi kalau inilah kaedahnya kita dalam bahaya termasuklah dalam konteks kita
sebagai negeri yang sedang memacu agenda menarik pelabur-pelabur tempatan dan antarabangsa. Singapura have a reserve which is months ahead tak ada masalah kalau beberapa bulan pun krisis ini berpanjangan. Semalam YB. Bukit Selambau talking about pelaburan saya ingin kaitkan untuk makluman YB. Tuan Speaker dan ahli dewan yang mulia, daripada tahun 2020 hingga 2026, 6 tahun total amount or investment receive by our state 180 bilion, tuan-tuan berikanlah big round of applause Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Sanusi Md Nor di bawah kepimpinan beliau 5 tahun pentadbiran membawa masuk 180 bilion record telah diciptakan. Tapi macam saya kata tadilah tak ada siapa pun panggil nak tanya apa rahsia kita, kalau tak panggil Yang Amat Berhormat Menteri Besar tak panggil saya pun tak apa sebab im too focus panggillah kita punya apa ni Dato’ YDP kita, Dato' Elmi kita, panggil kita punya DO Kulim kita dan kita panggil semua agensi-agensi ni pun tak apa you didn't have to call us but we need to share this information unfortunately tidak begitu. Samalah juga di KHTP (Kulim Hi-Tech Park ) dan kita ada YDP kita puan kita dimana KHTP daripada 1994 hingga 2026 total amount investment received by KHTP 190 billion. Dalam tempoh 6 tahun terkini 2020 hingga 2026 daripada 190, 147 bilion receive in the most recent 6 years di Kulim Hi-Tech Park kita. Ini realiti tak boleh siapa deny, this is the facts! Jadi apa yang kita buat? Kita tubuhkan TGK Management Office, kita melaksanakan intend di semua kawasan perindustrian kita. Baik daripada Kulim Industrial Corridor, Kulim Hi-Tech Park, di Kuala Ketil, kita ada di Sungai Petani, di Gurun kita ada di Alor Setar pun kita ada, kita ada di Padang Terap dan juga di (SBEZ) Special Border Economic Zone Bukit Kayu Hitam. Kita membentuk Kedah one investment team, kita membangunkan program Kedah one thousand yang profesional. Yang ni nak sentuh sikit YB. Tuan Speaker. (YB. Bakar Arang mencelah)
Mohon celah ya.
Saya tak bagi banyak lagi ini!
Banyak lagi, masa kita agak terhad. Teruskan YB. Jitra.
Minta maaf YB. Bakar Arang, saya tahu dia panas tapi bertenang, bertenang jadi YB. Tuan Speaker, sabar, sabar, sabar separuh daripada iman. Jadi YB. Tuan Speaker, kembali kepada kita ni, kita bangunkan Kedah yang profesional program untuk kita melahirkan anak-anak kita, ni saya bukanlah nak benda ni, perkara ni saya rasa tak sepatutnya berlaku. YB. Tuan Speaker tahun lepas kita buat STEM Fair, (Science, Technology, Engineering and Mathematics) exhibition. Kita buat di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech Park, kita hebahkan kepada semua sekolah-sekolah, ini untuk anak-anak kita. Sebab dia orang ini akan menjadi feeder, dia orang ini akan menjadi leaders in the future. Kita panggil semua sekolah-sekolah ini datanglah, sekolah-sekolah kebangsaan, sekolah-sekolah bawah kerajaan negeri dan seumpamanya termasuk maahad tahfiz pun kita panggil, dia orang datang. Tapi YB. Tuan Speaker dan untuk pengetahuan la ini kalau ada JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) dekat sini, sudah-sudah lah kita main politik murahan ini, apa yang berlaku apabila pukul 2:00 petang, 2:30 saya sampai untuk merasmikan semua anak-anak sekolah ini diarahkan naik bas dan balik. Inilah perangai saya pun tak tau JPN ada tak dalam ni? Pengarah JPN ka timbalan ka. Mana JPN? Ada, janganlah buat macam ni puan. Kita is embarrassing, saya bukan nak kata JPN, panggil semua budak-budak naik bas balik. Adab apa yang sedang diajar? (YB. Tuan Speaker mencelah)
YB. Jitra, bukan saya nak memihak mana-mana saya rasa JPN pun dia menerima arahan.
Itulah. Jadi saya tak salahkan pegawai-pegawai di negeri, saya salahkan menteri di pusat. Jadi kita kena ambil alih pusat kalau macam ini. Baru pegawai-pegawai ini boleh ikut apa yang sebaiknya untuk negeri kita.
Ya. kita reset.
Kita reset federal, okey. Jangan marah puan JPN saya bukan go against you, tak dak apa saya rasa kesian anak-anak ini. Anak-anak dia pun tengah seronok, excited, ada clean room, ada all the engineers, top engineers datang. Sebab di Kulim ini Infineon
datang, AT&S (Austria Technologie & Systemtechnik) datang dia orang semua seronok. Tiba-tiba panggil “jom semua naik bas, balik!”. Budak-budak terpinga pun balik la diorang. Saya tak nak panjangkan tajuk tu rugi. So, kita bangunkan one thousand yang professional program ini. Kita harap berilah sokongan iaitu.. (YB. Sidam mencelah)
Boleh mencelah?
Masa tak mengizinkan minta maaf.
Masa tak mengizinkan.
Tak nak bagitahu..
Jadi dengan kata lain, YB. Tuan Speaker saya mengharapkan Kedah one thousand yang profesional ni mendapat sokongan padu daripada JPN sebab kita nak dapat the best brain anak-anak kita ni form 3 form 4 form 5 to be train dalam program-program kita to be prepared untuk menjadi future leaders from state Kedah insya-Allah doakan berjaya. Lepas tu kita juga dalam kekangan kita ni terima kasih kepada KTPC (Kulim Technology Park Corporation) yang sudi untuk mengambil tanggungjawab membina iaitu apa dipanggil Kedah Science Technology dan Innovation Arena kalau di Penang ada, Penang Sains Kluster, kalau di Alor Setar ada Pusat Sains Negara kita ada state own bawah KHTP iaitu Kedah Science Technology dan Innovation Arena insya-Allah dalam berapa bulan ni akan siap.
YB. Jitra, sukacita saya nak memaklumkan Yang Berhormat ada 5 minit lagi.
Baik, baik cukup, cukup. Jadi dengan kata lain tuan-tuan, YB. Tuan Speaker, walaupun apa kekangan dan juga cabaran kita terus melangkah, walaupun ikatlah tangan dan kaki kita, kita tidak akan mengalah kerana kita yakin kesungguhan dan keikhlasan akan menang jua di akhirnya. Banyak dakwaan mengatakan bahawa semua pelaburan yang masuk ke Kedah adalah hasil usaha MIDA (Malaysian Investment Development Authority), ini pun satu lah bukanlah saya nak menafikan tak dia bukan, it takes to tango. As simple as that kan? MIDA ni dia pergi buat promotion ke luar negara. Dia bawa flag Malaysia, dia tak bawa flag Kedah, dia tak bawa flag Negeri Sembilan, dia tak bawa flag Penang, dia tak bawa flag Johor, dia bawa flag Malaysia. So dia promote Malaysia, insentif begini-begini, so kalau investors you convince, investors tu pun bukan kecil-kecil anak. Dia multi billion corporation, when they want to make decisions they do the diligent processes. Dia akan study setiap negara ni, katalah dia tertarik ke Malaysia. Right? so dia akan datang, dia akan throw MIDA dia datang so MIDA akan kata ikutlah kalau MIDA punya officer tu nak promote Penang dulu, dia akan ceritalah Penang. Dan kalau nak promote Selangor, Selangor lah, Johor, Johorlah! tapi kalau MIDA punya officer kata you should go to Kedah because the ecosystem is there dia akan datang Kedah. Anyway dia akan study semua state di Malaysia ni who give the best perks in terms of support. Baru akhirnya dibuat decision, itu kaedah satu MIDA yang tolong promote Malaysia dia orang datang dan dia akan approach negeri-negeri. Kita sambut kita complete lah. Kan? Apa yang kita boleh, kita boleh kata kita daripada kebenaran merancang sampai first good be exported in Kedah can be done in 10 months. Our top record is 8 month, dia orang ni Cina dia membuat hospital during covid ini , YB. Tuan Speaker 6 hari siap hospital dia. Jadi kita sebut 8 bulan, 10 bulan ini pada dia okeyla international standard. Tapi negeri lain mungkin tidak selaju kita fair enough.
Balik kepada situ ada juga IPA kita Investment Promotion Arm state iaitu invest Kedah kadangkala kita ada kita punya park developer kita seperti KHTP atau KDPC ataupun NGX (Northern Gateway Sdn Bhd) for SBEZ. Dia orang ni pergi buat promotion, dia keluar their own money, they go and do the promotion to the foreign country, dia approach all these companies dan dia juga promote the states, at the same time Malaysia. So itu satu kaedah lagi, jadi bukan purely 100 % MIDA dan I’m not saying 100 % state is a combination of the two parties in promoting our states and country. Jadi sikit lagi YB. Tuan Speaker. Jadi dengan kata lain, dalam konteks hubungan kita dengan MIDA ni sangat baik dengan agensi-agensi imigresen, kastam, bomba, TNB, telekom, you know SADA and you know it semualah yang terlibat. Saya tak dapat mention semua tetapi mereka ini memberi komitmen dan kita manage to address all the problems yang telah timbul dan seumpamanya. Jadi dengan kata lain, kita berjaya untuk tempoh 6 tahun terkini mencipta lebih kurang 50,000 peluang
pekerjaan untuk anak-anak Kedah, majority occupied atau diisi oleh anak Kedah alhamdulillah. Jadi insya-Allah dia ambil masa lah sikit. Jadi saya nak sampai ke penghujung dah YB. Tuan Speaker. Dengan kata lain, kita punya Kulim Hi-Tech Park adalah leading investment destination for the state 82 % of the investment came to our state pelaburan itu berlaku di Kulim Hi-Tech Park dengan jumlah RM146.82 billion tetapi rising industrial park yang Kulim Industrial Corridor (KIC) dan juga Special Border Economic Zone (SBEZ) tidak dilupakan juga Kedah Rubber City (KRC) speaking of. Jadi dengan kata lain sedikit lagi YB. Tuan Speaker masa kecederaan ini, kalau kita nak ambil contoh fokus kita seperti saya kata awal tadi sektor elektrikal elektronik, semikonduktor, sektor peranti perubatan dan juga sektor renewal energy dan kita juga memberi fokus kepada isu-isu untuk menjadikan segala yang kita rancang menjadi satu kenyataan. kita rangkumkan dia dalam satu gagasan dipanggil The Greater Kedah. The Greater Kedah ni tuan-tuan jadi kalau boleh saya lontarkan idea ni tuan-tuan kalau tuan-tuan memimpin agensi-agensi pastikan you are in line with The Greater Kedah punya KPI (Key Performance Indicator) dan juga vision of The Greater Kedah untuk membangunkan negeri kita. jangan buat di luar daripada kerangka The Greater Kedah. Jadi dengan kata lain, apa yang perlu kita lakukan saya ingin menyatakan di sini iaitu kita sebenarnya sama ada tuan-tuan sedar atau tidak agenda The Greater Kedah ini yang kita KPI kan dan kita pantau prestasi setiap tiga bulan sebenarnya ialah structural reform for the state. Yang ni mungkin orang sedar mungkin orang tak sedar. Structural reform on economic structure, reform on the governance structure, reform on the infrastructure and logistics. Sebab tu kita lihat bagaimana SADA kena pulun. Sebab apa? Keadaan tak sama dengan 20 tahun dulu. Demand for water ya sangat tinggi hari ini. Industrial park minta air jutaan million liter a day dan juga kawasan-kawasan perumahan. Kita juga sudah reform ekosistem perniagaan, reform fiskal negeri kita, reform sosial dan kesejahteraan bawah YB. Bukit Kayu Hitam, reform institution dan penyelarasan, reform on technology innovation, reform perancangan negeri. Sebenarnya reform ni sedang berjalan sama ada kita sedar atau tidak. Jadi YB. Tuan Speaker, last but not least saya juga sebenarnya apabila kita dapat laporan daripada ni walaupun sahabat saya YB. Kulim telah kupas tentang indeks perpaduan nasional ni. Jadi saya sebenarnya nak sentuh jugalah sikit YB. Tuan Speaker, YB. Tuan Speaker saya ni baru mula saja ya ada lagi 20 minit.
Silakan.
Gurau (ketawa kecil). Ok YB. Tuan Speaker, kenapa saya nak sentuh apa kaitan dia?. Sebab dia ada dalam The Greater Kedah iaitu keterangkuman sosial dan budaya iaitu teras ketiga kita dan juga dia memberi gambaran kepada orang yang mana mungkin bacalah laporan ini. Pelabur-pelabur mungkin kata eh di Negeri Kedah ni ada isu perpaduan yang serious because we are ranked at the bottom of the list. Ni something very wrong ya. Jadi apa yang saya nak rebut kajian ni. Saya nak katakan kajian ni bias dan saya nak dewan ni rekodkan supaya mereka yang buat kajian ni lebih berhati-hati dan lebih terbuka. Apa antara point saya nak highlight? 3 point sahaja. Daripada 10 yang ada, I can give all of them tapi saya bagi 3. Ranking dibuat tanpa pendedahan ralat statistik. Kita tak ada details of it dari sudut ralat statistik. Kedah mempunyai kadar respon paling rendah. Bila responden jumlah responden bila you buat survey responden you rendah, dia akan lead apa? No response bias. Contohnya, sepatutnya tanya 10 orang. 10 orang jawab katalah baik dengan tak baik. kalau 8 orang jawab baik, so kita tahu 80 % kan yang baik. Tapi kalau responden 2 orang seorang jawab tak baik 50 % tak baik. tadi 20 % saja. kalau 10 orang 8 orang sebut baik dan 2 orang saja sebut tak baik so yang sebut tak baik for the state adalah 20 %. Tapi kalau responden saya rendah 2 orang saja dan 2 orang ni seorang cakap baik, seorang cakap tak baik my responden %age dia 50 % cakap tak baik. So this is a fundamental floor of this research, jadi perkara ni yang kita harus ketengahkan dan mereka kena harus berhati-hati dan tak boleh terburu-buru ya. dan apa lagi yang ketiga ni YB. Tuan Speaker, indeks ini mencampur adukkan unsur perpaduan sosial dengan persepsi terhadap tadbir urus dan pembangunan. Apa kaitan you punya kajian tentang perpaduan nasional dengan tadbir urus dan pembangunan? You nak kaji pembangunan, you kaji pembangunan. Macam mana you boleh generalize kan finding situ dan akhirnya memberi gambaran yang salah. This is a something yang perlu diberikan perhatian oleh mereka yang melakukan kajian with you respect to the team. I am not against them, saya pun daripada dunia akademik sebelum ni tetapi when it’s come to the state of Kedah, i must stand up and defend my state. Sama-sama kita mempertahankan negeri kita, ada 10 perkara la YB. Tuan Speaker tapi saya bagi 3 saja. Jadi YB. Tuan Speaker..
Yang ketiga dah.
Ya?
Yang ketiga dah.
Ah ya dan juga YB. Tuan Speaker saya juga ini habis dah ni penutup ya. Saya memberikan komitmen YB. Tuan Speaker membaca rancangan pendidikan tinggi malaysia, punyalah tebal tuan-tuan. This is the rancangan pendidikan tinggi malaysia. Ini satu bab rancangan lepas tu pelan tindakan dia YB. Tuan speaker dan ahli dewan ni pula tebal dia. Saya baca benda ni sebab saya nak tahu negara ni sedang bawa anak kita ni pergi mana. Saya baca. Saya tak tahulah siapa baca benda ni. Ni dia dokumen dia, saya tak pernah tengok rancangan setebal inilah ya. Rancangan sebuah kementerian tak tahu berapa banyak dibelanjakan saya tak nak pergi angle tu. Tetapi saya nak angkat satu dua perkara ja sikit. Nak habis dah nak landing dah ni. Walaupun YB. Tuan Speaker sepatut saya ada 20 minit lagi tapi YB. Tuan Speaker bagi saya 2 minit saja, saya terimalah.
Okey, saya bagi contoh satu YB. Tuan Speaker, sikit la ni untuk perhatian kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Not against pengajian-pengajian tinggi tapi fikirkan la, untuk satu perkara saja dia panggil Lonjakan 1. Lonjakan 1 ni berkaitan Pembelajaran Berpaksikan Kemanusiaan Berciri Keusahawanan dan Adaptif. Lonjakan 1 pada saya dah hilang roh dia. Sepatutnya bukan berpaksikan kemanusiaan berpaksikan ketuhanan. Rukun negara kepercayaan kepada Tuhan dia dah tersasar manusia dulu. Tuhan dulu! Jiwa dulu dibentuk. Tapi tu satu perkara okey. Untuk satu lonjakan ni ada 46 KPI correct me if I’m wrong dan lain-lain tu berpuluh-puluh lah. Untuk satu lonjakan 46. Saya nak ambil satu pemerkasaan inovasi pembelajaran. Apa KPI dia? KPI dia bilangan inovasi dihasilkan oleh pelajar IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam), IPTA jumlah inovasi YB. Tuan Speaker, berapa jumlah pelajar di IPT (Institusi Pengajian Tinggi) hari ni? 600,000 orang campur private 600,000 total 1.2 million, 600,000 berapa sasaran dia? Ini bilangan inovasi dihasilkan oleh pembelajar IPTA. Di mana YB. Tuan Speaker, dimana? Sasaran dia 100 orang.. (YB Tuan Speaker mencelah)
Peraturan mesyuarat YB.
Okey, silakan.
Terima kasih.
Peraturan berapa tadi?
Okey kalau ikut Peraturan 9 muka surat 32. “Dalam apa-apa perbahasan tidak boleh disebut kelakuan atau sifat-sifat siapa Ahli Parlimen atau Dewan Negeri atau siapa-siapa pegawai kerajaan selain daripada kelakuan dan menjalankan urusan sebagai Ahli Parlimen atau ahli Dewan Negeri atau pegawai kerajaan.” Jadi, tadi disebut YB. Jitra menyerang pegawai kerajaan di… (YB. Jitra mencelah)
Saya tak serang. Saya sebut pasal pelan tindakan.
Dak! Dak! Sebelum itu, sebelum itu.
Sebelum itu tadi lah patut tanya. Takdak takdak.
Sebelum Pegawai Pendidikan Kedah.
Saya menafikan sekeras-kerasnya. Tarik balik YB.
Ok, teruskan YB. Jitra.
Takdak takdak. Saya kata laporan ni rancangan ni saya kata diorang dah buat, diorang ikut arahan siapa jugaklah diorang dah buat so fair enough tapi saya sebagai..
Bukan. Tadi yang naik bas tu.
Saya.. Ha?
Yang naik bas tadi ni.
Allah, tadi lama dah YB. YB. lena.
Tak kira lama! Benda ni diminitkan.
Betul! Saya cerita pasal bas bukan orang.
Tak boleh la menyerang pegawai pendidikan tu.
Saya tak serang pegawai JPN. Saya merayu pegawai JPN. YB. confuse! Antara rayuan dan juga tuduhan. Ini rayuan Ok.
Teruskan YB. Jitra. Masa terhad.
YB. baru tersedar ni saya rasa. Ok takpa YB., nanti kita ada coffee talk lah kita lepas ni saya explain further. Jadi YB. Tuan Speaker, 300 pelajar-pelajar ni pelajar-pelajar IPTA kita ada lebih kurang dalam 600,000. Berapa sasaran dia untuk bilangan inovasi dihasilkan oleh pembelajar IPTA? Sasaran dia tahun 2026 100 orang, tahun 2027 100 orang, tahun 2028 100. 100, 100, 100 fundamentally wrong. Satu jumlah terlalu kecil. Kedua, tak ada peningkatan. 100 bagi 600,000 kali 100 berapa %? 0.016 % tak sampai 1 %. What kind of planning is this? Maaflah YB. Tuan Speaker.
Boleh landing YB.
Landing eh. Kita landing eh sebab dia makin naik 30,000 kaki dia payah nanti nak turun. Last YB. Tuan Speaker, iaitu tentang satu lagi ini saya ambil satu ja lonjakan ni. Bilangan pengambilan siswa SULUNG dalam kalangan permohon yang layak. Apa ni program SULUNG ni YB.? Mungkin kita tak tahu IPT IPTA khususnya ya IPT lah eh dia ada program SULUNG (Program Pembangunan Siswa Sulung). Maksud SULUNG ni anak pertama daripada keluarga miskin diberi laluan keistimewaan untuk masuk ke universiti. Tapi tak sebut program kritikal, masuk universiti ja. Ambil program tak ada demand pun dalam industri pun you masuk universiti. Syarat dia masuk universiti. Itu yang kita faham daripada definisi ni. Berapa YB. Tuan Speaker? Daripada 300,000 intake setiap tahun, 2,500. 2,500 kalau kita bahagi dengan 300,000 kali dengan 100 % lah kita simple calculation dia 0.8 %. 0.8 % daripada boleh kiralah tak sampai 1 %. Kalau 300,000, 10 % 30,000. Kalau 1 % ialah 3,000. Kalau 0.8 % tak sampai pun 3,000. Itulah sampailah figure 2,500 inilah yang dikatakan satu usaha yang baik dan murni tetapi tak ada keberanian, will power regardless race and religion. Inilah anak-anak yang perlu diangkat. Sepatutnya jumlah dia significant enough untuk memastikan kemiskinan dapat dengan kata lain, kita dapat membasmi kemiskinan apabila anak-anak keluarga susah berjaya menjadi accountant, berjaya menjadi engineer, berjaya menjadi pilot atau apa juga mereka akan keluarkan. Kalau kita buatlah sasaran 10 % daripada 300,000 iaitu 30,000. Kalau 30,000 kita buat, meanings that every year bila dia graduate 30,000, 30,000 keluarga akan keluar daripada kemiskinan. Next year 30,000. Empat tahun 120,000. Diorang tak nampak ni. 2,500 4 tahun setahun 2,500. 4 tahun baru berapa? Baru 10,000. We can do better Perikatan Nasional insya-Allah. Dengan itu, saya dengan rendah hati YB. Tuan Speaker, dengan ini saya menyokong dan menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Dia nak turun payah (ketawa kecil). Terima kasih YB. Jitra dan seterusnya dipersilakan YB. Sungai Limau.
YB. Jitra nak turun payah. Sungai Limau nak naik payah (ketawa). Minyak mahal. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillahi rabbil alamin wabihi nasta'in wassalatu wassalamu 'ala ashrafil anbiya'i wal mursalin, wa 'ala alihi wa sahbihi ajma'in. Robbisrohli sodri, wayassirli amri, wahlul 'uqdatammil lisani yafqohu qauli. Ama ba'ad. Qa lallahu taala fi kitabul karim ba'da auzubillahi mina syaitan nirajeem َوََلَ يَجْرِ مَنهكُمْ شَنَـَٔانُ قَوْ م عَلَىٰٰٓ أََله تَعْدِلُوا۟ ۚ ٱعْدِلُوا۟ هُوَ أَقْرَبُ لِلتهقْوَىٰ ۖ وَٱتهقُوا۟ ٱَّلله َ ۚ إِنه ٱَّلله َ خَبِيرٌٍۢ بِمَا تَعْمَلُون
“Janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kepada siapa jua pun kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kamu kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan”. (Surah Al-Maidah, ayat 8) YB. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Pegawai Undang-Undang, semua seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, barisan pengamal media, anak-anak tetamu daripada Sekolah Menengah Islam Darul Ulum sebagai pemerhati pada pagi ini seterusnya tuan-tuan puan-puan yang berada dalam dewan dan yang mengikuti siaran secara langsung di page Urusetia Penerangan Darul Aman. Terlebih dulu, saya rakamkan ucapan terima kasih kepada YB. Tuan Speaker yang berikan keizinan untuk pada pagi ini saya melakukan penggulungan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri yang Ke-15 yang sudah pasti penggulungan yang akan dilakukan ini respons kepada cadangan, pandangan, soalan dibangkitkan oleh rakan-rakan ADUN dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan portfolio Agama, Pendidikan, Komunikasi dan Penerangan. Terlebih dahulu, seperti rakan-rakan yang lain tapi secara ringkas saya rakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri yang baru, Yang Berhormat Timbalan Setiausaha Pengurusan Kerajaan dan juga rakan-rakan Pegawai KCS yang lain yang telah pun naik pangkat ditukar tempat dan secara khusus kepada Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Fuad bin Che Ani, Pegawai Daerah Yan yang baru.
Selamat datang dan bertugas di daerah Yan dan ucapan terima kasih pada YB. Puan Maznim binti Ismail yang berpindah ke LADA, Langkawi. Terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan dan semoga sukses di tempat baru dan kita doakanlah moga-moga usaha yang kita laksanakan seluruhnya bukan hanya sekadar memenuhi tanggungjawab sebagai pegawai-pegawai yang telah pun dilantik. Tetapi kita harap kita doakan semoga seluruh yang kita laksanakan akan menjadi ibadah, akan menjadi amal soleh, akan memberatkan timbangan kita di hari akhirat bertemu dengan Allah SWT. Tadi pun YB. Bakar Arang ada bertanya pada YB. Alor Mengkudu tentang Sukan Satu Ibadah. Jadi, tak perlu bimbang, tak perlu takut. Bila kita sebut ibadah, maka secara asasnya ia akan mengingatkan kita kepada segala peraturan daripada Allah SWT sama ada bentuk suruhannya dan juga bentuk larangannya. Yang sudah pasti ini perlu difahami oleh semua supaya dalam kehidupan kita, kita tidak separate kan bahagi oh hat ni hanya untuk dunia. Tapi semua yang kita buat di dunia,
ِالدُّنْيَا مَزْرَعَةُ اآلخِ رَة
Dunia ni bagi kami umat Islam, sebagai tempat bercucuk tanam untuk kita mendapat habuan, janji Allah SWT di hari akhirat. Buat baik diberikan kebaikan, jahat dan zalim tidak adil pada orang akan menerima sengsara, azab daripada Allah SWT. Jadi YB. Bakar Arang tak perlu bimbang, kita tak ada paksaan dalam melaksanakan konsep Sukan Sebagai Ibadah supaya sebagai suatu ingatan. Satu ingatan kepada semua. Kerja kita ni ibadah, jangan rasuah, jangan buat zalim. Sukan adalah ibadah untuk kesihatan, untuk silaturahim. Jangan buat perkara-perkara yang akan merosakkan, mencederakan orang kerana itu larangan daripada tuhan. Pertanian juga ibadah, mencari sumber rezeki daripada hasil tanaman kita, berbakti kepada tanah dan semualah amalan-amalan itu ada panduan, disiplin, adab daripada Islam daripada Allah dan baginda Rasulullah SAW. YB. Tuan Speaker, izinkan saya untuk memulakan penggulungan ini dengan menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi penghargaan atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku Sultan yang telah pun menyentuh secara jelas dalam titah ucapan baginda tuanku yang mengaitkan tentang pentadbiran Kerajaan Negeri, memuji kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Jeneri dan sokongan daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh pegawai-pegawai dalam mengurus, mentadbir pengurusan di peringkat kerajaan dan sudah pasti pentadbiran yang baik akan menatijahkan kestabilan, kemakmuran, keharmonian dinikmati oleh seluruh rakyat Negeri Kedah Darul Aman. Dan baginda tuanku juga secara jelas menyentuh tentang perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian khususnya oleh Kerajaan Persekutuan dalam memahami konsep federalisme. Tanggungjawab yang perlu diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan
negeri. Janganlah kerana berbeza parti, berbeza bendera, berbeza sokongan menyebabkan ada negeri-negeri yang tidak mendapat perhatian daripada Kerajaan Persekutuan dengan konsep federalisme yang telah pun disebutkan tadi. Sebagai contoh, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan ada senarai persekutuan ada senarai negeri dan ada senarai bersama. Kita perlu memahami seluruhnya senarai-senarai ini supaya kita tahu mana tanggungjawab persekutuan dan mana tanggungjawab negeri, mana tanggungjawab bersama. Dan saya pernah sebut dalam sidang sebelum daripada ni apabila beberapa ADUN bangkitkan tentang pendidikan sebagai contoh pendidikan dalam Jadual Kesembilan ia merupakan senarai di peringkat persekutuan. Jadi, kelmarin dalam berbahas ada ADUN-ADUN menyebut tentang kenaikan harga diesel yang menyebabkan petani-petani, menyebabkan pengangkutan untuk ke Langkawi terpaksa naik harga dan sebagainya. Mungkin ditanya apa tindakan negeri dijawab YB. Jitra, YB. Kubang Rotan pun jawab beberapa inisiatif yang dilaksanakan di peringkat negeri tetapi kita tidak mampu untuk berikan kewangan yang banyak kerana semua hasil-hasil cukai-cukai dikutip oleh persekutuan. Jadi, YB. Tuan Speaker sebelum ditanya apa tindakan negeri dan kita pun sebenarnya rakyat nampak tanggungjawab itu tanggungjawab di peringkat persekutuan. Daripada harga RM3 naik melonjak kepada RM6.72. Mungkin turun sikit dan disebut Sabah Sarawak boleh kekal harga. Sebenarnya kita minta, rakyat minta kekalkan harga dinikmati oleh Sabah Sarawak sama di semenanjung kerana kita juga rakyat Malaysia. Kita juga membayar cukai yang sama dan sepatutnya perkara ini boleh dilaksanakan sebelum daripada ini ada pandangan daripada sejak nak kata Ketua-ketua Pembangkang sebelum ni dia sebut “kita untung RM8 billion belanja RM5 bilion sahaja daripada keuntungan Petronas untuk kita berikan subsidi mampu untuk menurunkan harga.” Tapi bila hari ni perkara itu tidak berlaku. Inilah yang dipersoalkan sepatutnya Kerajaan Persekutuan boleh buat lebih baik daripada apa yang sedia ada supaya tidak membebankan rakyat. Inilah konsep federalisme ataupun Jadual Kesembilan yang boleh dirujuk dalam perlembagaan untuk kita menentukan tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan oleh setiap kerajaan. Dan Kerajaan Persekutuan sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar khususnya dalam memastikan perkara ini dapat dilaksanakan secara adil kepada seluruh negeri-negeri. YB. Tuan Speaker, izinkan juga saya untuk merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah. Pada tahun 2025 di penghujung tahun, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah telah dianugerahkan tiga anugerah. Pertamanya, Penarafan Lima Bintang Pematuhan Arahan Amalan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Tahun 2025 dan arahan-arahan ini berpusat untuk penyelarasan pentadbiran undang-undang di seluruh mahkamah syariah di Malaysia. Anugerah yang kedua, Anugerah Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Ketua Setiausaha Negara,
KSN atas kejayaan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah melaksanakan mengurangkan masa tempoh penyediaan dokumentasi kes mahkamah syariah. Kalau sebelum ni daripada 3 hari diringkaskan penyediaan itu hanya kepada 30 minit saja YB. Tuan Speaker. Dan anugerah yang ketiga juga Anugerah Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Ketua Setiausaha Negara atas kejayaan melaksanakan projek birokrasi iaitu mempercepatkan pendaftaran dan pemfailan kes mahkamah tinggi syariah melalui pengintegrasian daftar silang. Inilah antara anugerah yang telah pun diperolehi oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Mewakili Kerajaan Negeri, kita rakamkan ucapan tahniah dan kita yakin banyak lagi agensi-agensi yang telah pun melakukan inovasi dalam setiap pekerjaan mereka khususnya untuk memudahkan dan mempercepatkan proses-proses di setiap institusi. YB. Tuan Speaker, sebelum seterusnya saya mengajak sidang dewan untuk sama-sama kita rakamkan ucapan tahniah kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Lembaga Maktab Mahmud dan seluruh pentadbir sekolah-sekolah dan juga guru-guru dan ibu bapa atas kejayaan cemerlang anak-anak pelajar kita dalam peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) 2025 yang telah pun diumumkan. Pencapaian Negeri Kedah 4.52 mata Gred Purata Negeri. Alhamdulillah antara yang terbaik untuk tahun ini kerana sebelum daripada ini pada tahun yang lepas, gred purata kita 4.64 dan 4.52 itu juga merupakan gred purata yang sama untuk sekolah-sekolah yang berada di dalam bandar dan juga sekolah-sekolah yang berada di luar bandar. Makna dia YB. Tuan Speaker, anak-anak kita di dalam bandar dan juga di luar bandar mendapat akses pendidikan yang sama dan setara insya-Allah dengan keluarnya keputusan SPM 2025 yang lalu. Jadi YB. Tuan Speaker, di peringkat negeri insya-Allah kita akan mengadakan Program Anugerah Sanjungan Ilmu pada 23 April yang akan datang untuk kita raikan anak-anak kita yang berjaya di peringkat KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardu Ain), SPI (Peperiksaan Sijil Pendidikan Islam), SMRA (Sijil Menengah Rendah Agama), SPM, STAM dan juga Sijil Tahfiz Malaysia untuk kali yang ke-3 yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar pada 23 April yang akan datang.
Saya juga di kesempatan ini mengajak kita semua ahli dewan dan juga seluruh rakyat Negeri Kedah dan rakyat Malaysia untuk kita mengimbau suatu peristiwa yang menyedihkan khususnya serangan yang berlaku kepada sebuah institusi pendidikan kanak-kanak perempuan di Minab, Iran pada 28 Februari 2026 yang lalu. Peristiwa ini pengeboman ini telah mengorbankan lebih ataupun 150 jiwa besarnya di kalangan anak-anak dan juga mencederakan lebih daripada 100 orang kanak-kanak. Ini merupakan suatu kezaliman dan juga suatu pengkhianatan terhadap nilai kemanusiaan itu sendiri. Walaupun ia merupakan suatu yang ditegah dan juga pelanggaran kepada undang-undang antarabangsa, tetapi kita melihat dunia hanya diam kerana ia dilaksanakan oleh Israel dan juga Amerika dalam peperangan yang
baru berlaku. Dalam Islam kita ditegah walaupun ketika perang untuk membunuh kanak-kanak, wanita, warga tua dan Nabi SAW juga menegah kita daripada melakukan perkara-perkara tersebut. Sejarah membuktikan dimana Saidina Umar ibnu Khattab ketika mengutuskan panglima ataupun rombongan ataupun batalion untuk berperang. Antara ingatan antara pesanan iaitu tidak boleh untuk membunuh wanita, kanak-kanak, orang-orang tua, tebang pokok-pokok, membakar dusun-dusun dan juga merobohkan rumah-rumah ibadat bukan Islam kerana ini merupakan adab, ini merupakan disiplin. Inilah yang merupakan perintah ubudiyyah ataupun ibadah kita kepada Allah SWT. Ia berbeza dalam banyak siri-siri peperangan yang pernah kita dengar. Antaranya yang telah lakukan oleh tentera Salib khususnya semasa mereka menang menawan Baitul Maqdis pada 1099 membunuh ratusan puluhan ribu khususnya umat Islam dan juga dibunuh juga di kalangan Yahudi sehinggakan dikhabarkan darah sampai ke tumit pada waktu itu. Dan juga sejarah berikutnya ketika mana Hulagu Khan menawan Baghdad dikhabarkan sungai-sungai merah dan ada sungai-sungai yang hitam. Kerana bukan hanya pembunuhan tetapi merosakkan buku-buku ilmuan-ilmuan kerana Baghdad pada waktu itu menjadi tempat nadi kepada sumber ilmu kemajuan khususnya bukan hanya umat Islam tapi juga kepada dunia pada waktu itu. Inilah antara perbezaan yang boleh kita nampak dan saya yakin apa yang berlaku di pembunuhan pengeboman di Iran baru-baru ini kepada institusi sekolah juga kita jangan lupa yang terus-menerus menerima ancaman pembunuhan umat Islam di bumi Palestin yang tuan-tuan Yang Berhormat sekalian telah pun puluhan tahun mereka kanak-kanak, wanita, orang tua, hak mereka dizalimi dan kita harapkan usaha yang berterusan khususnya daripada seluruh umat Islam sama ada dan masyarakat bukan Islam untuk melancarkan Sumud yang telah pun masuk kali yang ke berapa ini akan membolehkan pandangan dunia nampak supaya Palestin akan bebas pada masa yang akan datang.
YB. Tuan Speaker dan ahli sidang dewan yang mulia se kalian, seterusnya saya ingin mengucapkan berkaitan dengan portfolio yang telahpun dipersoalkan, dibahaskan, dicadangkan oleh sebahagian besar Ahli-ahli Yang Berhormat. Antaranya… (YB. Kupang minta laluan)
YB. Tuan Speaker…
YB. Tokai.
YB. Tuan Speaker, boleh saya mencelah sikit?
YB. Kupang bangun, YB.
Tak tau ah, baru nak masuk.
Silakan, YB. Kupang.
Terima kasih, YB. Tuan Speaker. Saya sendiri ingin menyentuh dalam cara kita melakukan sesuatu dalam cross budaya melalui hari-hari kebesaran dan perayaan-perayaan agama. Yang mana kita harus ingat bahawa di sana ada garis merah sempadan yang harus dihormati oleh pihak-pihak yang terlibat. Jadi umpamanya, baru-baru ini kita lihat bahawa budaya mercun di dalam menyambut Aidilfitri. Sampai pada malam raya tu dah suara-suara takbir hilang dengan letupan mercun-mercun. Dan ada di sebuah pekan dekat kawasan saya menghabiskan RM7,000 untuk menyambut Aidilfitri dengan mercun. Jadi di sini ada cross budaya. Dimana kalau kita tidak memberi perhatian sebenarnya, besok dia akan bersebati, budaya yang bersebati dengan apa nama ni, budaya-budaya yang lain, yang kita lupa bahawa di sana ada garis merah sempadan yang perlu diraikan. Jadi saya minta supaya pihak yang berwajib, sekurang-kurangnya mempunyai suatu garis panduan supaya perkara-perkara ini tidak berlarutan dan akhirnya akan menyebatikan di antara budaya-budaya itu dengan kita lupa bahawa di sana ada garis merah yang perlu diraikan. Terima kasih.
Terima kasih, YB. Kupang. Dipersilakan, YB. Sungai Limau dan seterusnya rangkum dan ‘landing’ sekali.
Baik, terima kasih kepada YB. Kupang atas cadangan, pandangan yang diberikan berkaitan mercun. Memang tuan-tuan, jadi YB sekalian, tuan-tuan semua, bila ada
lesen ni dia jadi macam tu. Mungkin pihak PDRM cuba untuk mengawal. Kadang-kadang tengah duk sembahyang, sembahyang tarawih terkejut Tok Imam, lupa ayat apa dia baca. Jadi ini juga termasuk dalam perkara-perkara yang antaranya adab, disiplin dan juga termasuk dalam:-ِۖإِنه ٱلۡمُبَذِ رِ ينَ كَانُوٰٓ اْ إِخۡ وَٰ نَ ٱلشهيَٰطِين Jadi kita harap perkara ini khususnya pihak yang berwajib, juga ibu bapa untuk kita berpada-pada dalam kita nak meraikan kemeriahan bila nak raya ni tapi jangan kita lupa kepada adab-adab, disiplin, panduan yang ada. Pertamanya berkaitan dengan cadangan, pandangan daripada YB. Tokai untuk berhubung, masjid sebagai R&R dan juga pemasangan, kita panggil apa, caj elektrik untuk EV Setakat yang maklumat yang kita ada, perkara itu masih lagi belum ada di masjid khususnya untuk caj EV, tapi R&R ni Alhamdulillah, banyak dah masjid-masjid yang sedang giat untuk membangunkan, mempromosikan masjid tu bukan hanya tempat untuk sembahyang tapi juga tempat komuniti, tempat untuk ekonomi setempat. Dan sebagai contoh, masjid yang terkenal apa dia, Masjid Al-Bushra. Kemudian, Masjid Aman di Kuala Kedah. Kemudian, Masjid Fatimah di Jitra dan banyak lagi yang kita tak sebut. Dan saya juga yakin dan harapkan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah kita bukan hanya memberikan kursus, khususnya kepada imam tentang perkara-perkara rutin yang dia buat untuk ibadah di masjid tapi juga kepada setiausaha masjid, kepada bendahari masjid, jawatankuasa masjid, jawatankuasa Rakan Muda Masjid, untuk mereka juga berkursus apa lagi aktiviti-aktiviti yang boleh untuk kita kembangkan, laksanakan di masjid supaya ia menjadi pusat komuniti dan juga pusat ekonomi sosial kepada masyarakat ahli kariah. Jadi kita harap kalau masjid nak buat sendiri caj EV tu mungkin kos. Tapi kalau ada di kalangan pihak swasta yang mungkin ada masjid tertentu yang kita lihat sesuai. Kereta EV pun banyak kawasan setempat. Mungkin boleh bincang dengan pihak masjid dan juga jangan lupa, Majlis Agama Islam Negeri Kedah yang menjadi pemilik tanah kepada khususnya institusi-institusi masjid ini dalam negeri kita mengadakan perbincangan jika bersesuaian untuk kita adakan perkara itu di masjid-masjid kita. Kedua, yang dibangkitkan oleh YB. Pedu berkaitan dengan ketidakhadiran solat jumaat. YB. Belantek cadang untuk kita banyakkan solat subuh, solat jumaat pun tak mai. Kita nak buat solat subuh macam jumaat. Kita anjur di peringkat negeri, berapa siri program dan kita juga harap di peringkat daerah, peringkat komuniti, peringkat masjid, kita menggalakkan kehadiran. Saya yakin bila kita buat tu, anak-anak muda yang tertarik dengan, tapi kena ada program lah. Kalau mai setakat nak sembahyang saja tu, dia jadi macam biasalah. Tapi kalau kita ada program sampingan yang lain untuk kita menarik masyarakat. Jadi untuk ketidakhadiran solat jumaat ni untuk makluman Ahli Yang Berhormat di Negeri Kedah, individu yang tidak menunaikan solat jumaat tanpa uzur syarie boleh
dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014. Peruntukan ini memperuntukkan bahawa, mana-mana orang Islam yang meninggalkan solat jumaat khususnya jika dilakukan secara berulang seperti tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang dibenarkan syarak boleh dikenakan hukuman sama ada denda, pemenjaraan atau kedua-duanya sekali sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Dan dari sudut penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah bertanggungjawab dalam memantau serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap kesalahan ini. Pendekatan diambil lazimnya, YB. Tuan Speaker, memberi tumpuan kepada kes-kes yang berulang selaras dengan usaha mendidik dan membimbing masyarakat agar mematuhi tuntutan agama. Kerajaan negeri menekankan bahawa pelaksanaan undang-undang ini juga bukan semata-mata bersifat menghukum tetapi lebih kepada mendidik serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan umat Islam mengenai kepentingan kewajipan menunaikan solat jumaat. Jadi…
Banyak lagi tak, YB.?
Kita cepat-cepat noh, boleh noh?
Silakan, YB. Sungai Limau. Rangkum sekali.
Baik, terima kasih.
Dalam mukadimah tadi pun dah terselit jawapan-jawapan. Rangkumkan sekali.
Seterusnya, yang YB. Bukit Selambau menyebut berkaitan dengan tanah kubur. Perkara tu pun dah pun dijelaskan oleh YB. Kuala Ketil dan di peringkat kita, jabatan agama dan juga EXCO Agama pada 25 Disember 2025, kita mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kajian Tapak Perkuburan Islam Negeri Kedah yang diadakan di PTG untuk kita melihat perancangan ataupun keperluan kita kepada kubur-kubur yang sedia ada. Untuk makluman, di peringkat PLAN Malaysia telah
mengadakan kajian-kajian tentang kubur ni dan antara dapatan yang dibuat di tiga daerah Kuala Muda, Kota Setar dan juga Kulim. Saya ambil contoh ringkas saja untuk daerah Kota Setar, semua keluasan kubur yang ada 69.99 hektar, lebih kurang 67 hektar kubur. Campur-campur semua masjid dalam Kota Setar di 28 mukim dan juga tahap penggunaan sekarang ni 34 hektar. Unjuran kematian, ni rekod-rekod yang ada campur tolak, bilangan kematian untuk Kota Setar setahun lebih kurang 3,263 orang. Jadi kalau ikut unjuran ni, dengan keluasan yang ada, masih boleh 14 tahun lagi, contoh. Jadi di peringkat Majlis Agama Islam dan juga jawatankuasa, ada kita merancang untuk buka lagi dua tapak perkuburan yang diurus secara berpusat. Kalau masjid urus, kadang-kadang dia untuk ahli kariah ja. Yang diurus secara berpusat, insya-Allah untuk Kota Setar dicadangkan dua tempat. Dan bagi Kuala Muda, untuk kubur ni, YB. Tuan Speaker, keluasan 67.45 hektar, yang dah guna 41.59 hektar, boleh tahan lebih kurang 10 tahun lagi. Dan di Kuala Muda juga ada cadangan untuk buka lagi yang dikenal pasti satu, satu tempat. Dan yang ketiga, di Kulim. YB. Kulim pun ada boleh dengar ni. Penemuan ada 31 hektar, 17 hektar yang dah guna, jadi boleh tahan lagi 9.7 tahun. Cuma Kulim nya nak cari tanah payah. Setakat la ni masih lagi belum ada dan kita melihat usaha daripada AJK masjid pun duk mai pejabat, duk habaq, duk kutip wakaf, Alhamdulillah benda tu berlaku tapi di peringkat negeri juga kita nak bertanggungjawab untuk negeri kita juga merancang perlu ada tanah-tanah yang kita khususkan bagi masa depan ataupun masa depan kita semua. Dan yang terakhir, tentang YB. Belantek saya dah sebut tadi, YB. Belantek tentang cadangan yang telah pun dikemukakan.
Jadi kita harap semua pihak akan bersama-sama dan bagi Bandar Baharu tentang Maktab Mahmud Bandar Baharu, Alhamdulillah. Maktab Mahmud ni kita pun dah buat lawatan dan kita ada mohon proses di peringkat kerajaan ni untuk pengambilan tanah yang berdekatan dengan sekolah dan perkara itu telah pun diangkat di peringkat PTG (Pejabat Tanah dan Galian). Pada masa ini proses tersebut berada di peringkat Seksyen 4 dan sedang diproses sebelum masuk kepada Seksyen 8. Jadi usaha sedang dilaksanakan dan kita juga telah angkat dalam RMK13 di peringkat negeri untuk Maktab Mahmud Bandar Baharu dan juga Maktab Mahmud Yan. Dan saya juga secara khusus jumpa dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebenarnya supaya sebab Maktab Mahmud Bandar Baharu ni antara SABK. Jadi kalau sebelum ini dasar. Diperingkat kementerian SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) boleh terima bangunan baru cuma kita pun tak ingat bila. Sekarang ni SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) tak terima dah bangunan baru daripada kementerian. Jadi kita harap perkara tu dapat diproses balik supaya sekolah-sekolah, khususnya sekolah agama mendaftar SABK ni dapat untuk kita bangunkan kerana prestasi peperiksaan secara khusus dan kemenjadian pelajar-
pelajar di sekolah-sekolah agama kita ni mendapat yang baik, insya-Allah. Jadi untuk akhirnya, MCMC komunikasi satu ja lah, walaupun panjang disediakan. Mengajak kita semua khususnya pimpinan masyarakat di peringkat daerah-daerah dan juga di peringkat kariah. Kalau yang mengalami masalah talian secara khusus supaya kita dapat untuk download aplikasi MCMC NEXUS, M-C-M-C N-E-X-U-S, NEXUS. Aplikasi itu boleh secara langsung kita nak tengok speed test di kawasan yang terbabit dan secara langsung perkara itu akan dipantau, dapat terus direct kepada MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dekat keadaan setempat. Jadi ketua-ketua kampung, mungkin pegawai-pegawai di peringkat Majlis Daerah Pejabat Tanah sebagainya. Sekolah-sekolah dan juga seluruh lah, kalau ada yang menghadapi masalah speed di kawasan masing-masing boleh untuk kita adakan aplikasi ini dan seterusnya maklumat itu akan sampai kepada MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Dan YB. Tuan Speaker, sekarang ni sedang berlangsung Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Terengganu dan pada tahun lepas kita Kedah mendapat johan keseluruhan bagi majlis tilawah dan kita harap peserta-peserta daripada Negeri Kedah kategori Tilawah Al-Quran, Nurfikri Fahmi Bin Md. Shahidan, Nuradilah Binti Azdi. Daripada Tahfiz Al-Quran, 1 hingga 10 juzuk, Muhammad Taftazani Bin Ismail dan Ulya Maisarah Binti Ismail. Kategori 1 hingga 20 juzuk hafazan, Aqil Hafiz Bin Hazalan Haffiz, Nur Syifa’ Najwa Binti Mohamad Husni dan kategori hafazan Al-Quran 1 hingga 30 juzuk, Muhammad Rifaei’ Bin Mat Zuki dan Nur Hani Binti Abdul Razak. Moga-moga mereka mendapat keputusan terbaik dan juga kita Kedah kekal untuk mendapat johan keseluruhan bagi majlis tilawah pada tahun ini. Dan bagi mengakhiri ucapan penggulungan, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bangkitkan pertanyaan dan mengemukakan isu-isu yang berkaitan dengan Jawatankuasa Tetap Pendidikan Agama Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah. Juga ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua rakan-rakan dan ketua-ketua jabatan, agensi-agensi negeri dan persekutuan yang telah pun membantu kami dalam menjayakan dasar di peringkat negeri dan juga aktiviti yang dianjurkan diperingkat portfolio khususnya dan kita yakin semua yang kita laksanakan itu semuanya akan beri kebaikan kepada negeri kita dan juga mensejahterakan rakyat dan akan menjadi amal soleh di sisi Allah SWT. Jadi dengan itu, saya menyokong dan menjunjung kasih atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri pada 13 April yang lalu. Yang baik kepada Allah SWT, yang lemah, kelemahan dari diri saya sendiri. Saya mohon ampun dan maaf, أ ََْ قُولُ قَوْ لِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ هللاَ لِي وَلَكُم
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, YB. Sungai Limau. Dipersilakan, YB. Merbau Pulas.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
َالْحَمْدُ َّللِ ه ِ رَبِ الْعَالَمِينَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتهقِينَ وََلَ عُدْوَانَ إَِله عَلَى الظهالِمِين ُسُبْحَانَكَ َلَ عِلْمَ لَنَا إَِله مَا عَلهمْتَنَا إِنهكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيم قَالَ رَبِ اشْرَحْ لِي صَدْرِ ي وَيَسِ رْ لِي أَمْرِ ي وَاحْلُلْ عُقْدَة مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْ لِي
Sekuntum melur idaman dara, Kelopaknya jatuh di tepi hutan, Salam dihulur pembuka bicara, Moga kukuh pentadbiran kerajaan.
Yang saya kasihi, YB. Tuan Speaker, Yang saya kasihi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, ADUN-ADUN, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan, Dato’ Dr. Nadzman Mustaffa. Tahniah kepada Dato’ telah dilantik sebagai pegawai kewangan negeri dan juga terima kasih kepada mantan SFO Dato' Wira Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin. Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri Kedah, pegawai-pegawai daerah terutamanya pegawai Daerah Kulim lah, daerah saya Kulim, dan juga Yang Di-Pertua MPKK, Dato’ Helmi yang ada pada pagi ini. Pegawai-pegawai daerah, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, wakil agensi daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah, KEDA, KKDW, RISDA, JPS, SADA, JKR dan yang tidak tersebut di sini. Tak lupa juga kepada yang mengikuti sidang ini secara live dan juga secara tidak langsung, yang mengucapkan jutaan terima kasih kepada penghulu-penghulu mukim dan juga MKK pengerusi dan setiausaha MKK yang sentiasa bersedia untuk membantu rakyat. Dan juga tetamu daripada Sekolah Menengah Islam Darul Ulum iaitu di Pokok Sena pada hari ini. Sebelum saya meneruskan ucapan, saya mengucapkan ‘Sannah Helwah’, selamat hari lahir kepada Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Fauzi Bin Mustaffa pada hari ini, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Pembangunan. Hari ini, ke berapa saya tak tahu, tapi hari inilah hari lahir. 35, 35 hahaha…Dato’ Arof kelmarin? Allah, tak teringat kelmarin ya, hahaha…45? Haha…Saya mulakan dengan ayat Surah Yusuf:-
أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم ْيُوسُفُ أَيُّهَا ٱلص ِ د ِيقُ أَفْتِنَا فِى سَبْعِ بَقَرَٰ ت ٍۢ سِمَان ٍۢ يَأْكُلُهُنه سَبْعٌ عِجَافًٌۭ وَسَبْعِ سُنٍۢبُلَـٰت خُض ٍۢ ر ٍۢ وَأُخَرَ يَابِسَـٰت َلهعَل ِىٰٓ أَرْجِ عُ إِلَى ٱلنهاسِ لَعَلههُمْ يَعْلَمُون “Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia, Yusuf, wahai orang-orang yang benar pada segala-galanya. Tafsirkanlah kepada kami seorang bermimpi melihat tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai biji-bijian yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering. Tafsirkanlah supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu. Semoga mereka mendapat pengetahuan tafsirannya”. Surah Yusuf, ayat 47 hingga 49, menyediakan panduan Al-Quran yang komprehensif dalam menghadapi kegawatan ekonomi melalui strategi, “simpan tujuh tahun, tuai tujuh tahun”, yang menekankan kepada berjimat-cermat, pengurusan bekalan makanan sekuriti, perancangan kewangan jangka panjang, dan menyimpan hasil lebihan semasa waktu senang untuk kegunaan waktu krisis.
Ayat ini mengisytiharkan, mengisyaratkan bahawa Nabi Yusuf AS tidak hanya sekadar mentafsir mimpi atau mengambil maklum bahkan, Baginda telah mengusulkan saranan dan perancangan ekonomi jangka panjang 15 tahun untuk menghadapi musim kemarau yang telah Baginda jangkakan.
YB. Tuan Speaker, terlebih dahulu patik bagi pihak kerajaan negeri merafak sembah, setinggi-tinggi menjunjung kasih kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Kedah Darul Aman Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah atas titah ucapan Diraja yang amat sarat dengan panduan serta mencerminkan keprihatinan Tuanku terhadap kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Kedah Darul Aman. Sesungguhnya, titah Tuanku dizahirkan dalam suasana dunia yang sedang berdepan ketidaktentuan ekonomi global yang semakin mencabar. Susulan perkembangan geopolitik semakin terkesan dari peperangan Asia Barat. Konflik yang berlaku ini turut memberi kesan langsung kepada ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat di negeri ini. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah agar dapat bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Kedah dengan penuh kebesaran dan kedaulatan. YB. Tuan Speaker serta sidang dewan sekalian, di sini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian secara aktif dalam perbahasan pada kali ini khususnya yang menyentuh aspek-aspek di bawah portfolio pembangunan luar bandar, kemiskinan dan pembangunan insan.
Saya amat menghargai segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan. Setiap pandangan itu akan diteliti dengan penuh perhatian sebagai sumbangan bernilai dalam memperkukuhkan dasar dan takbir urus kerajaan negeri. Perbahasan yang konstruktif dan matang daripada YB sekalian mencerminkan keprihatinan kita bersama terhadap kesejahteraan rakyat serta masa depan Negeri Kedah Darul Aman. Sepanjang sesi perbahasan hari ini, saya telah meneliti dengan cermat setiap hujah yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Jelas bahawa isu tekanan ekonomi semasa merupakan antara kebimbangan utama yang dizahirkan. Perkara ini merupakan realiti yang sedang dihadapi oleh rakyat di semua lapisan merangkumi ke peningkatan kos sara hidup, ketidakseimbangan peluang pekerjaan serta ketidaktentuan landskap ekonomi semasa. Tahun 2026 dijangka menjadi tahun yang kritikal buat negara berikutan krisis ekonomi yang sedang melanda. Namun demikian, perlu difahami bahawa ini bukanlah kali pertama Malaysia berdepan dengan cabaran seumpama ini. Negara telah melalui episod kegawatan ekonomi yang getir termasuk Krisis Kewangan Asia 1997 hingga 1998 serta Krisis Ekonomi Global pada 2008. Dan kita berjaya bangkit dengan ketahanan serta dasar yang tepat. Sehubungan dengan itu, peranan kerajaan negeri amat penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara khususnya dalam menangani tekanan kos sara hidup, memperkukuhkan ekonomi tempatan serta melindungi golongan yang paling terkesan. Di bawah portfolio saya, usaha membasmi kemiskinan Negeri Kedah akan terus diperkasa secara menyeluruh dan bersasar. Khususnya dalam mendepani kesan krisis ekonomi semasa, kerajaan negeri akan memastikan pendekatan yang dilaksanakan bukan sahaja berbentuk bantuan jangka pendek tetapi turut memberi penekanan kepada pemerkasaan ekonomi rakyat secara berstruktur dan berimpak tinggi. YB. Tuan Speaker, terlebih dahulu izinkan saya memberikan maklum balas terhadap isu-isu utama yang dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli YB. Bayu telah membahaskan berkenaan permasalahan yang dialami oleh penoreh getah. Rentetan masalah seperti ketidaktentuan harga getah dan isu cuaca seperti musim kemarau berpanjangan dan musim tengkujuh yang menjejaskan pendapatan penoreh getah. Yang disebut boleh memotong, setahun boleh memotong empat bulan saja, yang selebihnya tu tak potong, cuti berehat. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menerusi RISDA, telah menyediakan pelbagai inisiatif dan bantuan dalam pelbagai program pembangunan dalam memastikan industri getah terus kekal relevan dan terus memberi impak tinggi yang berpanjangan, bukan sahaja kepada keluarga pekebun kecil malah kepada negara. Antara usaha yang dilaksanakan oleh RISDA bagi membantu golongan penoreh dan pekebun kecil getah adalah melalui inisiatif pendekatan anchor buyer iaitu pembeli utama menerusi Kempen Belian Harga Getah Bermaruah.
Program ini dilaksanakan dengan pendekatan pembelian getah skrap secara terus di dalam kebun pada harga yang lebih adil dan berpatutan. Daripada RM 3 ke RM 3.70, tak ada orang tengah dah beli getah terus dalam kebun. Melalui kaedah ini, pekebun kecil tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada orang tengah, sekaligus memberi ruang kepada mereka untuk menikmati pulangan hasil lebih baik. Kempen ini dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh Negeri Kedah, merangkumi peringkat daerah hingga ke kampung-kampung bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati secara inklusif oleh pekebun kecil tanpa mengira lokasi. Selain itu, bagi memudahkan urusan pekebun, pembelian getah skrap juga turut dilaksanakan secara terus di dalam kebun melalui kemudahan lesen getah bergerak. Pendekatan ini bukan sahaja menjimatkan kos dan masa, malah mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah. Bagi pekebun kecil yang berminat untuk menyertai inisiatif ini, mereka boleh terus berhubung dengan pegawai RISDA, melalui RISDA Plantation di kawasan masing-masing. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan penyertaan, saya mohon kepada semua Ahli Yang Berhormat agar menyampaikan inisiatif yang sangat baik ini kepada penoreh getah di kawasan masing-masing. Kerajaan negeri melihat inisiatif ini sebagai satu langkah proaktif dalam memastikan kebajikan pekebun kecil terus terbela, di samping memperkukuhkan kestabilan harga dan industri getah khususnya dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar. YB. Tuan Speaker, bagi Negeri Kedah, KKDW telah meluluskan sebanyak 103 buah projek melibatkan peruntukan sebanyak RM 275,891,600 juta. Suka untuk saya kongsikan antara contoh pelaksanaan projek yang disebut oleh sebahagian tadi oleh YB. Kuala Nerang. Ini juga termasuk dalam peruntukan dalam KKDW untuk air di peringkat luar bandar. Adalah Program Pengukuhan Institusi dan Ekonomi Desa berjumlah RM 2 juta. Program ini di bawah agensi KEDA, bertujuan untuk menangani masalah institusi dan organisasi luar bandar yang masih memerlukan bimbingan berterusan disebabkan kurang kemahiran, pengetahuan serta pendedahan kepada amalan struktur organisasi yang terbaik. Disamping itu, kerajaan negeri turut memberi komitmen dan kerjasama penuh dalam menyediakan tapak tanah 50 ekar untuk Projek Pemajuan Kawasan di Charuk Tembaga, Sik, Kedah, telah diperuntukkan 50 ekar. Projek PPK yang bernilai lebih daripada RM 46 juta, bertujuan untuk membangunkan penempatan bersepadu yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur asas dan ameniti sosial yang dijangka akan memulakan kerja-kerja fizikal di tapak seawal suku tahun ketiga tahun ini juga. Sebanyak 130 buah unit rumah iaitu Program Perumahan Rakyat Sejahtera akan dibina dan ianya akan diberikan kepada golongan miskin tegar, miskin, serta golongan yang memerlukan, khususnya buat penduduk di Daerah Sik. YB. Tuan Speaker, di bawah portfolio pembangunan luar bandar, Kerajaan Negeri Kedah komited dengan membandarkan luar bandar ke arah The Greater Kedah 2050 dengan mendepani cabaran era baharu dan tuntutan perubahan dalam teknologi
kecerdasan buatan AI, masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar Negeri Kedah perlu didedahkan dengan penggunaan elemen AI dalam kehidupan harian mereka. Mungkin hari ini terdapat jurang yang ketara dalam pembangunan AI di antara penduduk bandar dan luar bandar. Namun kita harus sedar bahawa satu hari nanti perancangan dan pelaksanaan pembangunan kawasan luar bandar sama ada melalui agensi kerajaan atau masyarakat amnya, perlu dilaksanakan secara bersama bagi memastikan kerajaan negeri dapat menjayakan gagasan The Greater Kedah 2050 dengan lebih efisien. Dengan kerjasama dengan sokongan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan agensi-agensi seperti Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah, MARA dan RISDA, FELCRA, KEMAR dan juga JAKOA, saya yakin peranan dan tanggungjawab semua agensi ini akan dapat membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat di negeri ini menerusi inisiatif serta program agensi masing-masing. Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi memastikan akses jaringan jalan, banyak sangat dalam ucapan-ucapan Yang Berhormat tak sebut sangat jalan-jalan kuranglah sebut jalan perhubungan desa, jalan luar bandar, mini-mini tart kurang dah sebut, cuma disebut tentang padi, sebut tentang tebatan banjir, dan juga diesel, yang lain tu kurang sebut dah. Kita boleh gambarkan bagaimana masyarakat sekarang sudah ada infrastruktur yang baiklah, kalau kita lihat setiap kali ada cabut undi tu memang kita tengok jalan tart sekarang ni merelit, hitam merelit dah sekarang ni insya-Allah.
Walau bagaimanapun, bagi memastikan akses jaringan jalan perhubungan desa di kawasan luar bandar terus meningkat KKDW telah memperuntukkan sebanyak RM22 juta dan pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa di Negeri Kedah bagi tahun ini setakat 14 April 2026 telah meluluskan sebanyak 116 buah Projek Jalan Perhubungan Desa merangkumi pelbagai daerah di negeri ini.
Di sentuh juga oleh YB. Pedu tentang Lot Sejahtera, saya rasa Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar lah yang akan menjelaskan tentang Lot Sejahtera sebentar lagi insya-Allah, sebab kita bagi ruang tapi segala pandangan dan cadangan daripada YB. Pedu tu kita akan buat penilaian semula untuk pelaksanaan di masa depan. Dalam program kemiskinan juga kita ada beberapa Program Pembasmi Kemiskinan iaitu The Pearl of Kedah. The Pearl Of Kedah ini kita ambik balik projek kita 300 anak-anak kita daripada kalangan B40, kita dah mula daftar dengan mencarum dengan PTPTN RM30, apabila anak-anak dicarumkan kepada PTPTN selama setahun berjumlah RM110,000 kita terus RM110,000 yang menjadi pendeposit itu bukan anak itu bapa kepada anak itu, sebab anak ini baru berumur 14 13 tahun bapa tu akan menjadi pendeposit kepada anak-anak itu untuk dicarumkan dalam PTPTN.
Kenapa kita carum begitu kerana RM30 yang kita carum itu, RM10 sebagai takaful kepada keluarga itu, RM20 adalah sebagai simpanan, apabila jadi takaful, keluarga itu seandainya jadi apa-apa berlaku kepada pendeposit kepada ayah budak itu, ayah anak-anak ini, dia akan dapat elaun kemasukan hospital, dia masuk hospital orang anak B40 ni, masuk hospital ada elaun hospital, ada bayaran sehari RM25, kalau dia ada berlaku kematian, anak ini akan dapat sumbangan khairat kematian, kalau berlaku kematian kerana kemalangan pendeposit ini dia akan dapat lebih kurang RM60,000 sebagai wang sebagai kita panggil di sini bayaran kematian, kalau dia ada penyakit kritikal pun ada dan juga termasuk ilat jadi ilat kemalangan. Ini semua adalah perlindungan kepada pendeposit, waris kepada anak-anak yang telah kita pilih sebagai masuk dalam Program The Pearl of Kedah. Inilah diantara inisiatif kerajaan untuk jangka panjang tetapi anak-anak ini dalam pemantauan kita hanya selama 3 tahun sahaja sampai 2028, selepas ini anak-anak ni akan dewasa, besar masuk universiti akan di sambunglah sekiranya ada lagi pendapatan daripada ibu ayah hanya minta carum anak ini sehari RM1 sahaja sebulan RM30 yang paling minima, sebab RM10 sebahagian takaful, RM20 sebagai simpanan. Inilah yang kita harapkan kepada semua masyarakat di luar sana yang tidak terlibat pun dengan The Pearl of Kedah tetapi ambillah inisiatif bagaimana untuk mencarum dalam PTPTN ini sebagai pencarum sebagai pendeposit untuk kita dapat ada sumbangan kewangan kepada anak-anak kita apabila berlaku sesuatu musibah yang tidak dijangka kepada kita, itulah hasrat kerajaan untuk membantu golongan B40 dalam Negeri Kedah ini.
Seterusnya, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mengakhiri ucapan penggulungan saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat berhubung perkara-perkara telah dibangkitkan, akan saya berikan sepenuh perhatian bersama tindakan yang sewajar, bagi menangani setiap permasalahan dan mengambil langkah yang terbaik untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Kedah, di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar. Kerjasama dan sokongan ditunjukkan oleh semua Ahli Yang Berhormat terhadap inisiatif kerajaan terutamanya bagi mengendalikan isu-isu berkaitan, kesejahteraan rakyat diharap dapat memberi manfaat kepada rakyat secara seluruh. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah memberi kerjasama yang baik bersama MKK, pengerusi dan setiausaha untuk menyalurkan sumbangan kepada rakyat di bawah sana dengan panduan MKK siapakah yang layak, dan telah menyedarkan sumbangan kita dengan penuh keadilan, keadilan sumbangan itu, bukan keadilan yang lain, keadilan sumbangan itu kepada masyarakat. Jadi, semoga setiap niat dan tugasan yang kita laksanakan mendapat keberkatan dan balasan baik dari Allah subhanahu wa ta'ala, saya sudahi dengan pantun
Bertatah kilauan jadi dambaan, Permata sakti bersinar indah, Tahniah Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas kejayaan, Taburlah bakti bersulam akidah.
Burung merpati terbang tinggi, Singgah sebentar pindahan tua, Teruskan usaha jangan berhenti, Semoga Negeri Kedah terus berjaya.
Insya-allah, semoga dengan ini menjunjung kasih dan menyokong penuh Usul Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Sempena Mesyuarat Pertama Penggal Keempat dalam Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang ke-15. Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih YB. Merbau Pulas. Dan seterusnya, dipersilakan Yang Amat Berhormat Jeneri.
Macam nak mengajar. Terima kasih YB. Tuan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rakan-rakan EXCO, Ahli-ahli Dewan, Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan, Rakan-rakan kerajaan, Jabatan, Pegawai-pegawai daerah, Yang Dipertua Majlis, Pegawai-pegawai yang mewakili agensi dan jabatan yang ada di dewan ini, rakan-rakan yang berada di luar, YB. Sidam Ketua Pembangkang yang baik hati. Nak bagi lembut sikit, supaya ni saya pun nak target nak perabih sekerat hari saja, kalau habis semua agenda ni boleh balik kut noh. Pertama sekali saya di kesempatan ini untuk menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Negeri Kedah di atas titah yang telah dizahirkan sempena Perasmian Sidang DUN pada kali ini, saya juga mengambil serius tentang perkara-perkara telah dibangkitkan dalam titah ucapan Tuanku, antaranya tentang Langkawi, jadi YB. Tuan Speaker, Langkawi kampung YB. Tuan Speakerlah. Langkawi juga dimadahkan cara indah oleh YB. Kuah, hahaha, kira madah la kan, macam ChatGPT tulis tu, bahasa dia cantik. Pertama sekali kita kenal Langkawi ni sebagai pulau bebas cukai, saya tak pernah pergi Langkawi sampailah saya masuk universiti, tahun yang ke-3, duk angan-angan saja, saya ni orang kampung, orang belah ulu nuh, dengar Langkawi ni syok tak ada dah, depa habaq kata Pak Long tu menantu dia kaya, kontraktor bawa pi Langkawi,
tidur hotel RM100 semalam, kami kut Sik tu RM100 ni mahal ya amat dahlah, pasal sewa rumah pun RM80, sewa rumah kut Sik RM80 tu saja sebulan, kawan tu pi duk hotel semalam RM100, mahal ya amat kalau duk sebulan RM3,000, jadi cita-cita nak pi Langkawi tu membara, ish nak pi lah mesti syoknya pulau ni, tempat ni kan. Itulah gambaran rakyat banyak tentang Langkawi. Tapi akhir-akhir ni bila orang mula bercakap benda tak elok Langkawi mahal, ikan seekor RM1,000, Langkawi mahal, feri tak ada tinggal tiga trip. Ini baru betul. Tapi orang duk cakap benda hat tak elok semua tentang Langkawi. Saya rasa ini trend yang tak bagus untuk kemajuan. Pulau Langkawi tu sektor pelancongan, saya rasa benda ini perlu dihentikan, termasuklah benda-benda tak elok ni disebut di Parlimen, saya tak tahu tujuan murni yang ingin dicapai tu apa, tapi akhir daripada ucapan-ucapan tu ialah gambaran buruk kepada wilayah Kedah Darul Aman. Langkawi ni kita namakan dia Langkawi Permata Kedah. Satu pulau yang telah memberi pulangan ekonomi yang besar kepada negara dalam sektor pelancongan, juga memberi kehidupan kepada 1,020 ribu orang duduk Langkawi pada masa ini. Juga menghidupkan sektor pengangkutan, kereta-kereta sewa di Langkawi. Banyak pengusaha-pengusaha ada orang kampung saya nama Mat Akhir, arwah dah, dia ni cakap macam saya, bahasa dia bahasa orang Sik, pi duduklah kahwin 2 bulan balik cakap Langkawi, dia pi buat kereta sewa. Hang jelir lidah Mat Akhir, aku nak kikis dengan cincin emas. Apa cakap Langkawi? Duk baru 2 bulan sahaja, hebat, macam orang Kedah pergi Kuala Lumpur 2 minggu, balik cakap Kuala Lumpur. Orang tua kata, “hang jelir lidah, aku kikis dengan ni cincin emas”. Pasai apa kikis dengan cincin emas YB. Sidam, dulu-dulu orang bela burung gembala kerbau, depa ambil anak gembala kerbau balik bubuh dalam sarang, depa pagi-pagi minum air, depa kikis lidah tu dengan cincin emas dan depa ajarlah burung tu bercakap. Boleh bercakap. Suruh ajar dia “YB. Sidam, YB. Sidam”. YB. Sidam dia tak tahu YB. Sidam itu siapa. Dulu-dulu punya cerita, zaman kanak-kanak kayuh ‘gerek’ dari Kuala Teloi, pakai seluar pendek naik ‘gerek’, naik atas palang tak lepas lagi, masuk kut celah kayuh sampai Sungai Pau, lima enam kilometer pi naik pokok pinang ambil gembala kerbau, balik kikis-kikis boleh cakap. Tak tahu dia ajar apa, budak tu nama Chak Go. Tuan-tuan sekalian, Langkawi diisytihar pulau bebas cukai tahun 1987, tahun 1987 saya tingkatan 1, umur 13 tahun. Ada beberapa item yang disenaraikan barangan bebas cukai di Langkawi. Tujuan diisytiharkan pulau bebas cukai ini ialah untuk merangsang pelancongan, kalau ayat-ayat, istilah-istilah, ungkapan-ungkapan yang tidak merangsang pelancongan toksah sebut, toksah dibangkitkan, orang yang bangkitkan tu orang kerajaan, pening lagu tu. Yang kedua, membangunkan ekonomi wilayah utara. Tujuan Langkawi diisytiharkan bebas cukai ni untuk membangunkan ekonomi wilayah ni, banyak yang hidup antaranya, Kuala Perlis. Hidup Kuala Perlis tu kerana Langkawi. Depa nak marah
saya, pun marahlah, biarkan, tapi betul lah tu, kalau tak ada jeti nak pi Langkawi tu, Kuala Perlis tu adalah juga. Bukan tak ada apa, ikan bakar ada. Kemudian menjadikan Langkawi destinasi membeli-belah antarabangsa, maka orang pergi ke sana tu untuk membeli-belah, bagaimana dilaksanakan dasar ini. Yang pertama ialah zon bebas cukai duty free, premis-premis diberi lesen untuk menjual barang tak kena cukai, murahlah, dia kalau kita pergi beli barang, sama harga sini orang tak pi, jadi barang kena murah. Kawasan tertentu di Kuah, di Cenang, di lapangan terbang, barangan tidak dikenakan duty import dan cukai jualan, had pembelian dan kawalan kastam, pelancong hanya boleh bawa keluar barang dalam kuantiti tertentu, dikawal oleh Jabatan Kastam. Cara dan sistem dia berfungsi barang import masuk ke Langkawi tanpa cukai, dijual di kedai berlesen duty free, dengan syarat pembeli kena menginap 48 jam di Langkawi, 2 malam lah, patuh had bawa keluar. Secara praktikal, tidak ada angka rasmi jumlah item yang tetap kerana ia berubah ikut polisi kastam. Namun, secara operasi dia dibahagi kepada 7 atau 8 kategori besar, yang popular. Minta maaflah nah, bukan saya nak sokong industri tu, yang popular rokok, dulu-dulu ni kalau pi Langkawi hang beli kat aku setin, dulu duk dalam tin tu, kalau pi Langkawi tak bawa balik hat tu, macam tak pi Langkawi. Yang benda tu lah, kalau bukan kita nak sokong tapi hat popular. Coklat, minyak gamat, minyak wangi dah kosmetik, barangan pengguna kitchenware. Dulu ni orang pergi semua pergi rayalah hari-hari kebesaran depa akan keluar benda tu letak atas meja hat sangkut tu, camca, garpu, pisau, mesti ada hari raya, tu hat pusing buh kuih tu, semua beli Langkawi. La ni orang tak bubuh dah, pasal harga di sini sama dengan Langkawi. Cenderamata dan barangan runcit, barangan elektrik yang tertentu, dalam praktikalnya terdapat ratusan ribu barangan dan item tapi jumlahnya tidak tetap. Had dan kuantiti berubah ikut polisi kastam. Biasanya kerajaan tetapkan untuk alkohol dan rokok serta barangan lain ada had tertentu yang boleh dibawa keluar. Yang jadi ikonik di Langkawi bagi pelancong domestik ni kain pelikat, kain batik, minyak gamat, coklat, tapi bila depa letak hat tu tak boleh bawa keluar, orang tak pi. Orang nak pergi beli hat tu. Walaupun depa had 3 helai kadang-kadang 10 helai boleh lepas. Saya harap untuk menggalakkan semula sektor pelancongan, duty free di Langkawi, pihak kastam khususnya MOF lah untuk menentukan barang-barang yang menjadi killer produk bagi domestik tourist kena lepaslah, tak perlu duk tahan depa. Dasar ini berubah sejak tahun 1987 hingga 2015. Dasar ni berjalan stabil Langkawi telah muncul sebagai ikon duty free Malaysia. Orang daripada seluruh Malaysia ni mai, bukan orang Kedah saja, berbondong-bondong sewa bas nak pi Langkawi. Sehingga tahun 2016 hingga tahun 2020, kawalan mula diperketatkan, lesen kedai dikurangkan, kawalan ketirisan barangan menjadi alasan, YB. Kuah depa kata tirih. 2021 jadi titik penting perubahan sebahagian pengecualian cukai telah dikurangkan,
contohnya rokok dan tembakau, hat ni sensitif tak apalah, menyebabkan persepsi bahawa status pulau bebas cukai penuh telah terjejas, orang kata tak ada duty free dah harga macam sini, tok sah pi lah. 2023 hingga 2025, muncul desakan untuk kembalikan status sepenuhnya pulau bebas cukai ke Langkawi dan itulah menjadi hasrat kerajaan negeri pun. Kepada Kerajaan Persekutuan, hidupkan semula sektor pelancongan. Pada waktu ini, secara rasminya masih pulau bebas cukai tapi barangannya telah dikurangkan, premisnya yang berlesen telah dikurangkan. Yang baru-baru ini diperkenalkan ialah kenderaan, yang ini saya rasa jadi isu penting. Di Langkawi ni ada satu industri kereta mewah, syarikat-syarikat kereta high-end ni Mercedes, McLaren, Ferrari, mai buka outlet di situ untuk jual kereta duty free, dan orang-orang kaya mai berbelanja di Langkawi. Depa bawa duit banyak juta-juta, bukan macam kita. Depa beli kereta mewah park di situ. Sebulan sekali depa mai ke Langkawi, berbelanja sambil menikmati kelazatan kereta tu. Lazat kut mana kita pun tak tahu, dia seronok bawa. Depa suruh saya try sekali, kita tak biasakan. Nah, badan besar lagu ni, tak berapa sesuai ya, kereta tu kecil. Tuan-tuan sekalian, akhir sekali kerajaan baru-baru ni telah mengumumkan kereta yang di bawah RM300,000 saja yang duty free, lebih daripada tu kena cukai balik, RM300,000 depa kata baik beli motor, GS kah nih Encik Amri noh, beli DX NGV ka kita pi ride, kereta kena bebas cukai. Alasan kerajaan ialah depa orang kaya ni dia beli 3 biji, dia bawa keluar setahun sebiji boleh bawa keluar 90 hari, jadi 90 hari 3 bulan lah, jadi bila dia 3 biji, dia beli 4 biji dia boleh pakai kereta mewah tu setahun di luar, tapi dia kena rotate. Jadi muncul industri hotel kereta, dia buat tempat parking yang eksklusif park kereta di situ. Semua itu membantu sektor ekonomi Langkawi, dia mai dia spend duit situ, dia kaya, dia kalau orang kaya tak belanja duit, dia tak ada spillover kepada orang susah ni, perniagaan-perniagaan lain. Kerajaan kata depa ni ambil kesempatan bawa kereta tu keluar, memang peraturan boleh bawa keluar 90 hari dan dia ada banyak dia bawa keluar kereta lain pula, hat itu bukan salah dia, tak boleh, tak boleh tarik balik keistimewaan tu pada orang ni, itu keistimewaan yang di dia dapat kerana dia spend duit, jadi untuk depa kata depa dia di guna di luar, dah dia boleh 90 hari, 3 bulan lagi dia guna kereta lain pula, bukan kereta yang sama, bukan salah, dia kata ketirisan, saya rasa ini bukan ketirisan, kawalan kepada keluar kereta kalau 90 hari dah dibenarkan dia ada 90 hari untuk kereta yang berikutnya tu, bukan satu kesalahan. Jadi tarik balik industri tu, saya kata tutuplah beberapa sektor penting yang menjadi nadi kepada pembangunan ekonomi di Langkawi. Saya harap perkara ini dinilai semula oleh MOF. Ada orang kaya duk plan nak buat hotel kereta, banyak tempat-tempat yang kita beri kelulusan untuk garaj eksklusif kenderaan ni, tak ada dah la. Dia pun jem, mula satu sektor ekonomi tertutup dengan langkah ini. Saya harap ia dapat
dinilai semula oleh Kementerian Kewangan. Yang diibangkitkan lagi dalam titah ucapan Tuanku semalam ialah arahan untuk kawal perbelanjaan selepas daripada Sidang DUN pada kali ini, pihak SFO (Pegawai Kewangan Negeri) akan melaksanakan lebih cepat. Tiap-tiap tahun kita buat kawalan perbelanjaan cuma pada bulan 9, mula kadang-kadang bulan 6, kadang bulan 9 sampai hujung kawalan perbelanjaan. Kita mula buat sekatan kepada projek-projek Pembangunan. Yang tak boleh buat lagi, kena Tangguh, kita tangguh, tapi untuk tahun ni oleh kerana kita ambil kira perkembangan ekonomi di Asia Barat, sekarang krisis Asia Barat dan kesan ekonomi kepada dunia termasuk kepada negara dan negeri kita, maka kawalan perbelanjaan ni akan dibuat lebih cepat, akan dimulakan sebaik saja habis sidang. Gaji ADUN ada lagi, gaji elaun YB. Sidam ada lagi, jangan takut. Yang kita nak sekat ni ialah projek-projek yang tidak penting tapi sehingga bulan Mac, kita telah meluluskan perbelanjaan pembangunan RM102 juta, dah keluar SST (Sales and Service Tax) itu tak boleh sekatlah, hat tu akan berjalanlah. Untuk projek-projek yang akan datang tu mungkin akan ada sekatan untuk kita ambil kira perkembangan yang sedang terjadi di negara kita. YB. Gurun dan YB. Lunas ada sebut tentang peruntukan tambahan untuk pemberian bantuan, YB. Gurun ni duit dia pun berlambak hat main bola dulu tak habis, pakailah hat itu dulu. Buat masa sekarang, kerajaan tak berhasrat untuk tambah lagi kerana semua perbelanjaan dikawal dan kita luluslah dalam Sidang DUN ni pada bajet yang lepas. Kita akan berbelanja apa yang ada, tapi kita tidaklah sehingga YB. tak boleh nak bergerak. Saya harap YB. boleh bergerak lagi. Juallah kek lapis tu dulu, pakat duk promosi apa, dia suruh saya promote, saya pun tolong promote juga, tak ada ‘cemey’, tak bagi apa pun. YB. Bakar Arang, YB. Guar Chempedak menyebut tentang keperluan kerajaan untuk berbelanja berhemah insya-Allah YB. Bakar Arang saya, EXCO-EXCO, pegawai kerajaan ni tak ada lagi sewa helikopter pi jalan-jalan, tak dak. Saya ingat sepanjang kita jadi kerajaan inilah, tak ada lagi kerajaan negeri sewa helikopter, belum pernah. Kita biasa naik helikopter tumpang hat polis masa Iboi banjir lumpur, depa bawa kita naik helikopter, itulah kali pertama naik helikopter dengan Perdana Menteri pada masa itulah, bukan PMX (Perdana Menteri ke-10), Perdana Menteri 9 masa itu. Kita tak ada. Kita naik pesawat komersial nak pergi Kuala Lumpur sejimat yang boleh. Saya pun tak ada lagi duduk hotel yang grand-grand, tak ada. Hotel yang saya ni biasa-biasa saja, murah saja tak ada duduk St. Regis ka apa, tak pernah lagi, St. Regis tang mana pun tak tahu. YB. Guar Chempedak, task force untuk menghadapi krisis kita akan ambil perhatian, jika ada keperluan, kita akan adakan team itu. YB. Anak Bukit, YB. Belantek, YB. Tanjung Dawai, YB. Bandar Baharu tentang pengekalan kawasan jelapang. Tuan-tuan sekalian, ini saya nak cerita sedikit panjang, tapi taklah sampai pukul 2:00
petang. Pengekalan jelapang makanan untuk negara, pada 6 September 2025, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan pembangunan sebahagian kawasan di Jelapang Padi khususnya di Alor Setar. Pembangunan ini dijangka merancakkan pertumbuhan ekonomi dalam sektor industri, perumahan, dan komersial. Pasai apa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri setuju, pasal sejak mula jadi Menteri Besar ni, saya duk tuntut bayaran khas pampasan kepada kawasan padi, pengekalan kawasan padi, kerana kita ada tekanan yang kuat kepada beberapa kawasan di Alor Setar khususnya yang termasuk dalam Rancangan Tempatan Daerah khususnya Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang dan Yan. 10,677 hektar masuk dalam Rancangan Tempatan Daerah yang boleh dibangunkan dengan perumahan komersial dan institusi, dan di kawasan lain yang berpotensi ada lagi 4,995 hektar di daerah-daerah berkenaan. Maksudnya kita 15,000 hektar yang berpotensi dibangunkan dengan sektor lain. Tuan-tuan sekalian, sawah padi ni cukai tanah dia murah. Daripada 222,000 tanah bersyarat padi walaupun kita tanam 108 dalam kawasan jelapang, 32,000 di luar jelapang, kita ada 140,000 hektar lebih kurang yang bertanam padi dan infra ban 140,000 tu. Tanah kita bersyarat padi 222,000 hektar, luas walaupun tak tanam padi, ada tanam lain tu jadi ‘rang’. Kut Sidam tu, kan orang tak tanam pokok padi tumbuh pokok lain, pada itu jadi ‘rang’. Kalau belah dalam ataupun kering tapi syarat dia padi.
Tanah bersyarat padi cukai rendah daripada keseluruhan 222,000 hektar itu, cukai yang boleh dipungut daripada tanah bersyarat padi RM2.5 juta sahaja. Tuan-tuan bayang kalau tanah tu semua di convert jadi syarat bangunan, syarat komersial, industri, cukainya akan menjadi beratus-ratus juta. Untuk keseluruhan kawasan tanam padi kalau convert pergi komersial, kita akan kutip cukai tanah saja RM1.7 billion. Kaya, cukai tanah RM1.7 billion kan noh, awat tak kaya, kaya lah, tapi tak boleh kutip pasal kita kena kekal kawasan tu sebagai kawasan padi. Untuk mengelak tekanan tu, kita tak perlu tukarlah jadi komersial, kekal sektor padi sebab kita nak keluar padi untuk negara, nak jamin bekalan ini kekal. Tetapi kawasan-kawasan yang telah dibenarkan oleh Perdana Menteri untuk mengelak bayar pampasan tu telah termasuk dalam kawasan yang telah disenaraikan sebagai kawasan yang akan terlibat dengan 5 kali 2 tahun, dan kerajaan telah beri peruntukan diluluskan RM5 bilion dan telah diberi dalam fasa 1 ini RM1 bililon untuk membangunkan infrastruktur tanaman 5 kali 2 tahun dalam kawasan itu. Bila dia bagi RM5billion untuk bangunkan infra bagi tanaman 5 kali 2 tahun, takkan kita nak tukar kawasan tu jadi perumahan, jadi parit gila yang dibangunkan itu jadi, nanti tak bermanfaat pula. Kita harap, dengan parit gila, tersier, parit gila ni, orang YB. Sidam panggil, kita panggil tersier kut Sik tu, hebat lah.
Maka, kerajaan negeri telah bersedia mengorbankan kawasan-kawasan jelapang yang terlibat, daripada dibangunkan sebagai kawasan industri, komersial, dan perumahan yang boleh menyumbang hasil yang signifikan kepada kerajaan negeri. Oleh kerana ada RM5 bilion tu kita tak mau la. Satgi buat parit, tengok-tengok naik rumah. Nak buat apa, parit gila kat situ, jadi tak sesuai. Berdasarkan analisis Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, kawasan potensi pembangunan di dalam kawasan jelapang yang perlu dikekalkan sebagai kawasan padi adalah berkeluasan 8,694.52 hektar, kerana bertindih dengan projek penanaman padi 5 kali 2 tahun yang dilaksanakan bagi menjamin kesinambungan pengeluaran padi dan beras negara. Dalam hal ini, pengorbanan untuk kekalkan kawasan ini menyebabkan kehilangan potensi hasil kepada kerajaan negeri. Maka atas dasar inilah, Kerajaan Persekutuan perlu menyediakan insentif fiskal secara tahunan kepada kerajaan negeri. Hat tu duk ulang tu, hat tu yang KDYMM Tuanku Sultan titahkan dalam ucapan perasmian, kerana kita telah berkorban begitu banyak, semakin hari pengorbanan itu semakin besar, maka perlulah disediakan peruntukan ni. Saya harap YB. Sidam dan YB. Bakar Arang pun sokong, bukan la nak pakai duit elaun kita pun, duit lain. Dan semua peruntukan-peruntukan yang kita minta ini adalah untuk rakyat Negeri Kedah. Dia bagi alasan, kerajaan bagi alasan, khususnya Kementerian Pertanian ni, dia kata duk bagi dah, baja subsidi, beri kat MADA buat ban, buat infrastruktur, buat parit, bagi dah kepada pesawah subsidi baja, traktor. pergi kepada pesawah, duit tu tak mai kepada kerajaan negeri. Yang menjadi tuntutan kita ini ialah hasil negeri yang terpaksa dikorbankan untuk kawasan padi. Yang kita nak, mai kepada kerajaan negeri hat nak bagi kat pesawah, bagi la, jangan berhenti pulak hat tu. Hat yang kita nak ni ialah potensi kutipan hasil yang tak boleh kita buat kerana kita tak tukaq syarat sawah tu, maka kita tak dapat la hasil tu. Hat itulah perlu diganti dengan insentif fiskal yang perlu disalur kepada kerajaan negeri, akan memberi manfaat… (YB. Tokai mencelah)
YB. Tuan Speaker…
Ya, ya Dato’, takpa takpa.
YB. Tokai bangun. Silakan YB. Tokai.
Terima kasih YB. Tuan Speaker, saya nak tambah ajinomoto kepada YAB. Jeneri ni. Dalam jawapan pada soalan saya hari tu, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar ada menyebut tentang melupuskan apa denda lewat bayar RM49 juta, kemudian kita terlepas peluang untuk mendapat hasil cukai tanah disebabkan oleh kelewatan mereka meluluskan review kita terhadap hasil tanah RM120 juta, makna dekat-dekat RM160 juta kita tak dapat kutip di situ. Jadi untuk, apa kita kata, kantung kita nak kembung balik lah noh, kita harap kerajaan persekutuan ni apa prihatin lah dengan desakan daripada atau rayuan daripada negeri ini terhadap rayuan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar kepada pusat ni. Terima kasih YB. Tuan Speaker.
Terima kasih YB. Tokai. Dipersilakan YAB. Jeneri.
Saya setuju masukkan ucapan YB. Tokai tu dalam ucapan saya. Tiru depa la. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tentang padi ni, bila kita taruh sawah padi, dia kena ada sungai untuk bawa air mai. Bila kena ada sungai, kena ada empangan, bila kena ada empangan, ada kawasan tadahan. Jadi ni lah set atau pakej yang kita korbankan di negeri ini. Untuk makluman kita semua, keluasan hutan simpan kekal di Kedah yang telah diwartakan di bawah Seksyen 7 Akta Perhutanan Negara 1984, adalah seluas lebih kurang 341,976 hektar ataupun 36 % daripada keluasan Negeri Kedah, disimpan untuk kawasan tadahan. Daripada keseluruhan hutan simpan kekal di Kedah, terdapat 4 kawasan hutan simpan yang membekal dan mempunyai kaitan sumber air kepada empat empangan utama, yang menjadi punca kepada sumber air Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Hutan Simpan Ulu Muda ada Empangan Muda, yang kering lani tu, lani dok penuh balik dah. Hutan Simpan Pedu, Empangan Pedu. Hutan Simpan Bukit Keramat, ada Empangan Ahning. Hutan Simpan Ternas, ada Empangan Beris. Kawasan hutan simpan ini telah dibina empangan berfungsi untuk bekalkan air ke kawasan berdekatan seperti berikut; Ulu Muda - Empangan Muda, dia bekal air ke Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Pedu - Empangan Pedu, dia bekalkan air ke Kedah dan Perlis. Bukit Keramat ada Empangan Ahning, bekalkan Kedah dan Perlis. Ternas yang ada Empangan Beris, bekal air kepada Kedah dan Pulau Pinang.
Atas pengorbanan mengekalkan kawasan tadahan hutan tadahan air, hutan-hutan yang saya dah sebutkan tadi yang membekal air mentah kepada Pulau Pinang yang belum dibayar, (sambil tertawa)..bayar lah Pulau Pinang oi! Banyak kali sebut dah ni. Dan Perlis juga untuk pertanian sawah padi, kerajaan negeri telah memohon insentif fiskal sejak sekian lama. Permohonan ini selaras dengan keputusan jemaah menteri, pada 7 Mei 2003, yang telah menimbang memorandum nombor 113/2356/2003 dengan persetujuan seperti berikut; Kerajaan Kedah diminta menghentikan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air Empangan Muda, supaya kawasan tadahan air Empangan Muda dan Pedu, seluas 1,156 KM persegi diwarta sebagai kawasan perlindungan Ulu Muda. Tiga, supaya kementerian kewangan mengkaji cadangan pembayaran ganti rugi kepada kerajaan Negeri Kedah, dan hasil kajian itu dikemukakan kepada jemaah menteri. Bukan baru lama dah, 2003. Haa telah dibuat keputusan ini dan kita pun gazetlah, di sekitar Empangan Muda tu tak boleh dibalak, 105,000 hektar tak boleh dibalak. Di luar 105,000 itu ada kelulusan, dan itu sedang dihentikan perlahan-lahan, habis pembalakan yang telah dilesenkan sebelum ni, yang saya kata kena tunggu 18 tahun, pasal dah ada kelulusan yang begitu banyak. Dua tempat yang paling besar di Ulu Muda tu lah, lulus sebelum saya. Jadi nak batal tak boleh, nanti nak kena bayar ganti rugi, biar dia tebang ikut peraturan Jabatan Hutan, tebangan kuota kita 4,000 hektar setahun. Jangan lebih daripada itu, dan sekarang ni sedang dilaksanakan, banyak tu pun kena tebang, kena tunggu 18 tahun tu baru kelulusan tu habis. Jadi kita tak boleh lulus baru lah, jadi sengkek lah sikit, tak ada hasil tu. Meskipun pada masa ini, kerajaan persekutuan ada memberi EFT (Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation). EFT, dia bayar daripada RM50 juta yang diperuntukkan, dibahagi ikut negeri, ikut keluasan hutan negeri-negeri. Sebelum ni, semua EFT tu kena belanja balik dalam hutan, dia tidak termasuk sebagai hasil negeri, tapi buat projek buat program tanaman semula ke apa buh baja pokok balak kah, pi belanja balik dalam hutan. Saya kata, “apa manfaat dia? Hutan tu mana kena bubuh baja dia besar dah, besar sendiri”. Bertahun-tahun saya suarakan supaya EFT ni boleh jadi hasil, masuk sebagai hasil. Akhirnya, pada tahun 2025, sebahagiannya telah dibenar sekitar 30 % sebagai hasil, yang tahun lepas kita dapat RM17 juta, RM3.9 juta dibenar masukkan sebagai hasil, RM13.8 juta kekal sebagai EFT kena belanja dalam hutan. Tak pa lah kita belilah pokok benih apa, pi tanam. Kerajaan negeri telah mengemukakan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Mei 2023 berhubung pemberian insentif fiskal bagi pengekalan kawasan tanaman padi dan hutan tadahan air berjumlah RM200 juta. Untuk mengekalkan padi
dan hutan tadi tu lah. RM200 juta ja pun, saya habaq kata RM100 juta kalau bagi untuk Ulu Muda, pokok kemuncup pun kita tak tebang (sambil tertawa). Jangan kata pokok balak, hat kemuncup pun tak tebang, biar dia besar. Kalau boleh, kalau dia boleh jadi tadahan. Meskipun ada beberapa kompulsri pembentangan dan perbincangan, kerajaan persekutuan masih belum mempertimbangkan permohonan ini. Selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah adalah wajar untuk kerajaan persekutuan mempertimbangkan permohonan kerajaan negeri. Kerajaan negeri akan terus bersuara, kerana pengorbanan ini hanya akan berbaloi dengan bayaran insentif fiskal yang setimpal, yang kita akan terima, insya-Allah. Yang disebut oleh YB. Tokai kemarin, saya kata ada kronologi, hat RM120 juta tu, kemarin saya off-hand saja, hari ni saya nak bagi kronologi dia. Kita tubuhkan pasukan khas yang telah diputuskan oleh MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan) pada 7 Februari 2024. Walaupun kita cadang 2026, selari dengan kehendak Kanun Tanah Negara Seksyen 101 tu, yang terakhir kita buat 2016, maka 2026 adalah tempoh 10 tahun yang dibenarkan. Tahun 2024 kita tubuhkan pasukan khas untuk semakan semula kadar cukai tanah, premium pelupusan tanah, fee bagi lesen pendudukan sementara, fee pejabat dan lain-lain yang berkaitan. 15 Julai 2025, Majlis Mesyuarat Kerajaan telah meluluskan kadar baharu bagi cukai tanah di Kedah yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2026. 17 November 2025, kerajaan negeri telah membentangkan cadangan semakan kadar sewa tanah, ini cukai tanah, Kedah dalam mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-82 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita harap dapat kelulusan lah, nak ligan tarikh, kena buat sebelum 1 Januari. Sehingga Januari tahun 2026, tak keluar lagi (sambil tertawa). Duk ding dong, ding dong hat saya suruh hantar pi Kabinet tu, mesyuarat nak buat keputusan di tempat lain tu. Tak tau, tak dapat nasihat kut, ataupun hari tu dia tengah marah, orang tak berani nak habaq. Dia kan suka marah orang. Ada orang tegur dalam podcast, kurangkan marah-marah, cakap elok-elok kan. Saya marah, ada ketika marah, hari melawak kita melawak lah. Saya jarang dah marah lani. Sorang EXCO ni tak pernah kena marah lagi, betul Tok Leh? Tak dak. Jarang marah. Saya tau derita dimarah ni (sambil tertawa). Sebab tu saya jarang marah dah. Minit mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-82 dikeluarkan kepada kerajaan negeri memutuskan seperti berikut, keluar bulan Januari; majlis telah menimbangkan fakta-fakta di atas, memutuskan bahawa tidak bersetuju dengan kenaikan kadar cukai tanah bagi tanah persekutuan yang digunakan untuk tujuan awam. Hat saya sebut kemarin hat depa ‘spark’ tu lah, RM52 juta tu. Walau bagaimanapun pelaksanaan cukai tanah bagi Kedah hanya dapat dilaksanakan setelah isu kenaikan cukai tanah
milik persekutuan bagi tujuan awam dibincangkan dan diputuskan di peringkat jemaah menteri sebelum dibentang semula dalam mesyuarat MTN akan datang. Tuan-tuan sekalian, kalau depa habaq awal sebelum Januari 2026, bukan kata tak naik, suruh reduce, kita reduce. Untuk tujuan awam, macam sekolah kan noh, apa nama cukai RM10, kita nak RM8, kita bagi la RM8. Habaqlah! Tu pasai depa tak habaq, tak maklum. Nak berapa? Tak bagi maklum balas, bila tak bagi maklum balas, kita nak tindak macam mana. Jadi sebenarnya, kalau dia tanya kita, kalau dia nak tolong kita sungguhlah, berapa duit cukai tanah persekutuan? Dia habaq kata RM44 juta, dalam semakan tu naik jadi RM52 juta, kenaikan tu lebih kurang RM9 juta, lebih kurang. Tapi sebenarnya bila diambil kira balik tanah-tanah persekutuan yang telah tamat tempoh pajakan, cukai yang perlu dibayar, dapatan semakan baru ni, walaupun rekod dia RM52 juta, bila tamat tempoh tanah-tanah persekutuan sebahagiannya, jumlah yang perlu dibayar oleh kerajaan persekutuan hanyalah RM41 juta, bukan RM44 juta bukan RM52 juta. Bila disemak balik, dah depa tak tanya! Macam mana nak habaq. Minit tak keluar. Saya rasa depa kalut kut hari tu ka, kena marah ka, bini marah di rumah ka, saya tak tau. Tapi semua tak buat keputusan, bila dah terlambat kita pun tak boleh laksana tahun ni, kita hilang RM120 juta, hangpa punya pasal. Pada 23 Januari, 10 hari berikutnya, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan ulasan mengenai cadangan semakan kadar sewa tanah dan cukai tanah Kedah yang dibentang dalam MTN (Majlis Tanah Negara) ke-82 itu. Dalam ulasan tersebut, MOF (Kementerian Kewangan Malaysia) mengesyorkan tiga perkara yang perlu dikaji semula oleh kerajaan negeri dalam melaksanakan semakan kadar cukai tanah. Nak kena buat Usul dulu ka? Kita syarah lah sampai habis…
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk Usul.
YB. Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 12 (1) (a) dan dibaca dengan provision dibawah peraturan 12(1)(b), peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya Sidang Dewan pada tengah hari ini diteruskan sehingga selesai aturcara mesyuarat dewan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dipersilakan YB. Merbau Pulas.
Saya pohon menyokong Usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersetuju dengan Usul yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar tersebut. Sekian, terima kasih.
Ulasan MOF pada 23 Januari 2026 ialah; Pertama, tiada kenaikan ke atas cukai tanah yang dikenakan adalah atas tanah milik kerajaan persekutuan. Habaq tahun lepas ja, selepas tempoh, depa habaq bulan November tu, bolehlah kita timbang, tapi langkah tahun ni tak boleh buat dah. Rebate ke atas cukai tanah diberi, terutama bagi tapak tanah pelaksanaan projek bangunan kerajaan persekutuan. Bukan setakat rebate, dia minta free pun kita bagi! Hat projek awam ni. Sungguh! Kita bagi nominal RM10, takkan RM10 tak boleh bayar. Tidak menaikkan cukai tanah terlalu tinggi yang bakal membebankan rakyat. Ha tu tak habaq pun kita tahu, mana ada kita buat dasar membebankan rakyat. Hat duk buat membebankan rakyat tu hangpa! MOF. Kita tak habaq pun kita tak buat. Ini bukan benda baru, kita dok buat dah kerja tu, tapi depa bagi syarat tu. Macam nak ajaq itik berenang pula. Haa siapa nak bebankan rakyat, mengundi esok orang tolak la. Saya ingat tak lama lagi nu hat belah nu, dengan harga minyak ni, bungkuih. Bungkuih nak jawab tak boleh. Kalau saya duk belah sana, saya tak tau jawab saya lari saja (dewan tertawa). Nak jawab tak boleh. Tuan-tuan sekalian, tulah menyebab kepada kita hilang hasil. Dah la minta fiskal, tak bagi. Hasil kita nak naik tak boleh, tersekat. Walaupun demikian, kita tetap beroperasi seperti biasa. Kita atur kedudukan kewangan kita, kita atur perbelanjaan kita, kita ‘cut cost’, kita tingkatkan hasil yang sedia ada, dan kutipan hasil tertinggi kerajaan Negeri Kedah adalah pada tahun 2025, alhamdulillah. Rakyat bertanya dah hasil banyak ni mai sikit (dewan tertawa), takkan tak boleh kot. Saya harap depa pun fahamlah cabaran-cabaran sedang dihadapi oleh kerajaan negeri, kalau tak meningkat hasil maka program-program kerajaan pun akan tersangkut, ah sekarang ni alhamdulillah kita boleh bergerak dengan baik, kita tak adalah sampai terpaksa pi berhutang macam dulu-dulu.
Alhamdulillah hutang dulu-dulu selesai dah RM200 juta. Depa hutang, dia tak panggil hutanglah dia panggil apa, pendahuluan, sebenarnya tu hutanglah, dia panggil pendahuluan pi ambil di Putrajaya, bayar gaji. Masa tu duit kita tinggal RM43 juta, alhamdulillah keadaan sekarang ni baik, kita ada dekat-dekat RM500 juta reserve kita. Untuk kita beroperasi. Bayangkan dulu tinggal RM43 juta, ‘ghagaih’ tangga Putrajaya la minta nak hutang untuk bayar gaji. Berlaku di negeri ini. Tuan-tuan sekalian, kita nak habis dah YB. Tuan Speaker noh. Saya pun tidak berhasrat lah untuk menggulung dengan panjang lebar. Saya ucap terima kasih kepada barisan EXCO yang telah menggulung, menyimpulkan dengan rapi ya, segala isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Ada yang, saya pun dulu saya main killer kan nah, lani saya bagi YB. Jitra pula killer, saya jadi feeder ja, feeder tak teruk sangat, killer teruk bos (sambil tertawa), masa depa lambung tinggi kita pun kena panjat tinggi timing tak kena sangkut di net jatuh, hempaih ni. Hempaih ni teruk oh, bangkit tu tak habaq la sakit, tapi sakitlah. Tuan-tuan sekalian… (YB. Tokai mencelah)
YB. Tuan Speaker, sikit gi, sebelum nak landing, makan nasi pukul satu…
Silakan.
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Kita menghadapi kekurangan apa kemungkinan RM120 juta kalau sekiranya review cukai ini dilaksanakan, dan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar juga ada mengatakan ada cukai yang diturunkan, ada juga cukai yang dinaikkan. Jadi saya nak tahu, maknanya pertambahan RM120 juta, fikiran kita kalau bertambah ni maknanya naiklah kan? Haa jadi hat turun tu macam mana, haa contoh-contoh macam mana yang mereka ni mendapat penurunan cukai tu. Terima kasih YB. Tuan Speaker.
Silakan Yang Amat Berhormat.
Terima kasih YB. Tokai, terima kasih YB. Tuan Speaker. Yang kita beri, kebenaran untuk kenaikkan ni kawasan-kawasan orang kaya, tanah industri, tanah perniagaan. Yang kita tak bagi naik ni tanah orang kampung, tanah sawah padi, tanah getah. Kita tahan. Ada yang turun. Jadi detail nya saya tak boleh lah bagi hari ini, saya boleh jawab macam YB. Derga jawab, saya nak jawab bertulis. Haaa kemaih YB. Derga pun, dia pun nak jawab tulis juga (seluruh Ahli Dewan tertawa). Tanah-tanah industri banyak, ada peningkatan lah. Oleh kerana kawasan industri semakin banyak, maka hasil semakin meningkat. Sama dengan projek-projek pembangunan, kalau makin hari makin banyak projek, kena bayar projek-projek tu, macam-macam bayaran dia kena. Maka hasil akan meningkat, yang jadi kerisauan kita dengan krisis ini juga, takut pemaju-pemaju ni dia tunggu kesan dia, maka dia tak buat permohonan, maka dia punya bayaran tu kurangla, bila kurang, hasil pun kurang lah. Sebab tu kita menimbangkan kesan kepada krisis ini, tengok kepada projek-projek jalan ka dak. Kalau projek maju meneruskan projek, maka akan ada hasil untuk negeri. Kalau dia kata tunggu sat dulu, ah hasil kita pun kurang lah. Kita harap itu tidak berlaku. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih setinggi-tinggi penghargaan kepada semua EXCO dan portfolio. Tuan-tuan boleh tengok, ni rakan-rakan kita di luar dewan pun boleh tengok, kerana kita ada live. Macam mana EXCO-EXCO sekarang ni memberi jawapan dan maklum balas kepada tugasan depa, makna depa buat kerja, depa faham bidang tugas depa, depa tahu depa sedang deal dengan apa. Inilah kepimpinan kita, kita tak ada one man show. Ada orang jadi ketua, semua menteri hang buat kerja tapi nak umum aku. Bila nak jadi gutu, berselerak habis semua menteri-menteri pun down jadi, dah buat kerja letih-letih, nama tak naik. Menteri tu orang politik. Nama tak naik jahanam lah, naik nama dia seorang. Bila naik nama dia seorang, orang kata menteri tak dak ka? Hak nu dia umum, hak ni dia umum, hak ni dia nak, hah ni hang kena bentang kat kawan ni, hat ni hang kena bagi kat aku. Nama hang sorang naik, nama orang lain tak naik, lari kawan tu pun. Lani buat podcast, tutuh balik lah (seluruh Ahli Dewan tertawa). Hat tu yang punca dia kalau hangpa nak tau. Semua nak kat dia. Haa penyakit tu, penyakit. Tak bagi orang lain naik. Aku semua. One man show, tak boleh. Jadi, Alhamdulillah kita di Kedah ni semua buat kerja, atas petak masing-masing, portfolio masing-masing, jawab sendiri-sendiri. Alhamdulillah jawapan baik, tenang. Saya bersyukur di atas prestasi EXCO-EXCO yang telah ada. Saya ucap terima kasih setinggi-tingginya kepada team Dato’ Seri Haji Norizan Ghazali SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri), SFO dan semua pegawai-pegawai di pentadbiran yang telah komited dengan tugas masing-masing. Tuan-tuan tau, nak habaq Dewan ini, Puan Husna yang jaga team yang buat kajian semakan ni, dia punya
pulun nak bagi selesai masalah ni, bila tak keluar minit ni dia teriak. Pasal dia letih, tuan-tuan 8 ratus ribu lebih dokumen kena semak, satu-satu team dia buat, untuk selesaikan masalah ni tiba-tiba tak keluar minit. Kerja dua tahun komited untuk selesaikan benda ni. Pegawai-pegawai di PTG, di pejabat tanah, di daerah-daerah, teliti satu-satu buat buku, buat cadangan, buat perbandingan, pi negeri lain kaji, macam-macam depa buat. Tau-tau minit tak keluar. Frust dan depa teriak, dan saya bersimpati lah di atas tangisan tu. Bayaran kepada tangisan tu ialah kasih sayang suami (seluruh Ahli Dewan tertawa). Orang laki dia, sayang dia. Dato’ Pengarah PTG (Pejabat Tanah & Galian) dan pasukan yang bersengkang mata menguruskan hasil, mengawal perbelanjaan yang selari dengan bajet yang diluluskan di dalam dewan yang mulia ini. Saya rakamkan jutaan terima kasih, semoga jasa tuan-tuan itu, selain diberi rezeki yang halal juga diberkati Allah subhanahu wa ta’ala, diberi kebahagiaan keluarga. Yang Berhormat Adun-Adun yang telah tidak berhenti berkhidmat, termasuk YB. Sidam dan YB. Bakar Arang, yang telah menjalankan fungsi dan peranan masing-masing di bawah, menguruskan iKAFALAH (Bantuan Khairat Kematian), iBAKIPT (Bantuan Awal Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi), Tabung Tunku Mahmud, hadir di tengah orang ramai ketika mereka susah. Meraikan ketika mereka gembira. Hidup dan menghadapi cabaran bersama-sama dengan orang ramai. Terima kasih semua Ahli-ahli Yang Berhormat Adun-adun, semoga tuan-tuan dipilih lagi pada pilihanraya akan datang, kalau jadi calon lah. YB. Sidam, saya harap YB. Sidam jadi calon nah. Mai belah ni, saya bagi lah (sambil tertawa). Agensi-agensi yang menguruskan utiliti penting, SADA , yang diketuai oleh Tuan Radzuan bin Osman dan team dia di SADA. Dia ada majlis gerakan SADA yang mengumpulkan kepala-kepala ni buat keputusan besar untuk negeri. Kena maki hari-hari, tapi depa ni rilek ja macam orang pekak. Tenang aja, walaupun kena maki, pasai depa tau depa buat kerja sehabis baik, sedaya upaya yang depa ada. Kerja SADA ni tuan-tuan, depa ni takdak tidur. Nak buat kerja, kalau ada kerosakan, dia tak boleh buat tengah hari, tengah orang ramai tu, kena tunggu orang bersurai, tengah malam baqu depa turun dalam kubang tu, kerja sampai pagi. Hat ni la jasa besaq depa, kadang-kadang orang bukan tau, dia tau maki. Haa buat aduan tak sampai, last-last maki Menteri Besar la, saya pun buat pekak saja (sambil tertawa). Nak mengurus tak boleh, saya tolong habaq kat Radzuan, Radzuan ligan budak dia pulak, lagu tu lah kehidupan hari-hari. Semoga selesailah sehingga kita mati. SADA, TNB, Syarikat-syarikat Telco yang telah memberi servis utiliti kepada orang ramai di Kedah ni, saya ucap terima kasih. Agensi persekutuan yang terus mengemudi jabatan masing-masing dalam landskap politik yang unik di Kedah. Di Kedah ni unik, kerajaan negeri baik, depa nak tak berkawan pun tak sampai hati, kira kita baik. Bos depa nak lagu lain. Bos depa hak duk hurung kut Lunas tu, saya harap
mereka insaflah (seluruh Ahli Dewan tertawa). Tuan-tuan kalau nak main politik sampai orang perli main lagu tu, malu oh. Saya tak boleh lagu tu. Kalau kita buat kerja betul, lepas tu orang kata, tak apa lagi. Ni kita pun kona, guna jabatan agensi, guna kenderaan, peruntukan, pi longgok tempat kita nak tanding, lagu mana YB. Lunas? YB. Lunas nak cakap something ka? Cakap dah kemarin kan noh, dia buat kerja jamuan raya, 18 hari bulan, kawan tu nak buat bola 17 hari bulan ke 19 hari bulan, berebut tempat. Apa Menteri Dalam Negeri buat bola? Menteri Dalam Negeri jaga keselamatan dalam negeri. Agensi-agensi penting yang berbelas, berpuluh jabatan di bawah dia. Pi buat bola? Aduh, nak jadi apa Malaysia ni? Balik habaq dia. Habaq kata orang perli buat lagu tu, “malulah bos”. Saya ucap terima kasih kepada seluruh rakyat Kedah yang kuat bersabar, tenang menepis berita dan khabar palsu, menolak budaya buruk, meraikan kebaikan, dan kita akan menjadi warga yang diberkati tuhan, insya-Allah. Saya ucap terima kasih juga kepada parti-parti politik yang telah berperanan berkhidmat untuk negara, berkhidmat untuk orang ramai, dan menolak kepentingan diri. Nak main politik tuan-tuan, letak kepentingan diri di belakang sekali, kalau tidak toksah masuk politik. Politik zaman la ni tak boleh, letak diri dulu, orang ‘kuis’ laa. Zaman cari kepentingan dalam parti politik sudah berlalu, parti politik sekarang ni menjadi platform memberi servis dan khidmat, bukan mencari kekayaan. Siapa yang masuk politik, parti apa tak kira, cari benda, bersedialah untuk ditolak. Tak dan sua orang jongoi, orang ‘katok’ dah, tak boleh, terutama di Kedah, saya akan isytihar perang kepada ahli politik yang memperdagangkan diri untuk kepentingan diri. Nak ambil hasil negeri, untuk kepentingan diri dia, nak masuk parti politik, kita perang orang macam tu. Untuk rakyat Kedah yang sedang sakit, nak kena rai juga, kalau kita sebut ini apa meringankan kesakitan, yang sedang sakit di rumah, di hospital, kami di kerajaan negeri, di persidangan dewan pada kali ini merakamkan ucapan takziah. Kerajaan bersimpati dan berduka cita kepada derita yang sedang dihadapi. Untuk anak-anak yang sedang menguruskan orang tua, keluarga yang sakit dan uzur, bersabarlah. Tentulah ada balasan yang baik untuk tuan-tuan di dunia ini, dan juga di akhirat. Untuk anak-anak dan ibu ayah yang sedang bergembira, dengan kejayaan anak-anak dalam peperiksaan, kerajaan ucapkan tahniah dan berdoa semoga banyak kejayaan lain akan menyusul. Untuk anak-anak yang melupai orang tua, ha ini pun kena habaq juga, janganlah jadi si tanggang. Ibu ayah kita di kampung, pinjam YB. Jitra punya ibu ayah, orang Kedah ni panggil mak pak gitu saja, bila sebut ibu ayah kami tau lah bukan orang Kedah. Tapi sedap lah kan noh, ibu ayah, izinkan saya. Kepada anak-anak yang terlupa ibu ayah di kampung, saya ambil peluang untuk menyatakan satu hari nanti tuan-tuan akan dilupakan oleh anak-anak tuan-tuan. Jangan buat. Ingatlah ibu ayah kita, berilah
khidmat sebagai anak selagi mereka ada. Yang tak dak, tak boleh dah. Ingat. Tak susah pun jadi anak, yang susah ni jadi mak pak tu, jadi anak seronok, ingatlah peranan dan tanggungjawab anak kepada ibu ayah, kalau kita senang di bandar, berkongsi lah dengan adik-beradik di kampung. Orang yang paling afdal untuk diberi sedekah. Quraba’, makna kata orang dekat lah, orang dekat kita adik-beradik kita ah, jadi tolonglah, janganlah panggil wakil rakyat tolong adik-beradik kita, hat tu kerja dia untuk orang ramai. Wakil rakyat tu ada adik beradik dia jugak. Kita yang telah senang, ingatlah adik-beradik ingatlah orang terdekat. Untuk rakan-rakan pasukan keselamatan, polis, sebut polis dulu lah, jangan marah. Pasukan keselamatan polis, tentera, bomba, misi doktor di hospital, pekerja kebersihan di tengah panas, pemandu bas teksi e-healing, pemandu lori treler yang sedang bermain muzik di lebuhraya. Ada tuan-tuan kalau pi di Sakan tu petang-petang, duk situ ada satu trek sepanjang highway tu tempat depa bunyi hon tu, jadi tuan-tuan nak dengar muzik pi situ, dia bunyi macam-macam. Sampai situ depa akan tekan, jadi satu hiburan juga. Siapa yang tak biasa pi la dok situ try, kat Kampung Sakan tu, saya duk di Tok Keling tu dengaq la. Sepanjang-panjang tu dia berlawan hon muzik, pakat berlawan. Bas ekspres, pemandu bas ekspres yang dok main muzik di highway, saya harap semoga semua orang sedang enjoy dengan kerjaya masing-masing, membawa pulang rezeki yang halal untuk anak-anak dan keluarga. Untuk anak-anak di sekolah yang sedang belajar, belajar bersungguh-sungguh, tambah ilmu dan kemahiran, nanti besar jadi pemimpin yang berguna. Bukan pemimpin yang dimaki saban hari. Jadi pemimpin jadi orang, jadi orang yang menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara, insya-Allah, tuan-tuan adik-adik semua akan terus berjaya, baca buku rajin-rajin, jangan main ‘game’. Ni kena pesanan dalam dewan, kurangkan main ‘game’, jangan berkurung dalam bilik sorang-sorang sampai pagi tak tidur main ‘game’. Adik-adik jangan buat kerja tu, nanti adik-adik membesar sebagai orang yang gagal, kerana asyik dengan ‘game’. Akhir sekali, untuk orang-orang miskin… (YB. Sidam mencelah)
Hati lembut rupanya, hati lembut.
Mulut ja deqaih. Hang baqu tau ka? (sambil tertawa) …dan anak yatim. Ada orang dia cengey pasai dia hati lembut. Bekas bos saya tu dia ‘cengey’, akhir sekali saya pi tanya orang tua-tua, “Lagu mana aku nak hadap bos macam ni?”, sampai kita pun tak tau nak buat apa dah noh, jawab kena, tak jawab kena, mai kena, tak mai pun kena, semua kena, ni nak buat lagu mana taktau. Pi lah tanya orang tua-tua, habaq-habaq orang lain kata dia lagu ni, “Bos hang tu hati dia lembut, dia kalau tak cengey, dengan
dia-dia sekali hancur, sebab hati dia mudah tersentuh. Jadi untuk elakkan hati dia tu kerap sangat tersentuh, maka dia pi cengey. Kalau tak, mai kat hati dia. Haa tu cara dia, hadapi kehidupan dia. Haa, tau dah tau dah. Kita pun balik, haa aku usik, hang teriak kut haa. Dan last sekali selesai kerja saya 5 tahun. Yang orang bagi tempoh 3 bulan saya lari, saya tak lari. Dapat petua tulah, jadi tuan-tuan ada setengah orang cengey ni kerana hati dia terlalu lembut. Dia nak elak daripada dipergunakan orang atas hati dia, maka dia pi cengey. Saya pun ingat saya mungkin kategori tu juga, jadi hangpa jangan ambil kesempatan pulak (sambil tertawa). Untuk orang-orang miskin dan anak-anak yatim, anda adalah keluarga kami, ahli keluarga bagi kerajaan ini. Seluruh tenaga dan upaya kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang dibarisi oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan, adalah bertujuan untuk menyantuni orang-orang miskin dan anak-anak yatim sebagai satu keluarga besar Kedah Darul Aman. Hat tu ja nak kata. Pasai pada masa kita miskin YB. Sidam, YB. Sidam pun bukan orang kaya, kita tak pernah dengar orang kata lagu tu kat kita. Dan kita pun jarang diberi kesempatan untuk bersama dengan orang-orang yang ada kuasa, untuk ubah buat polisi yang memandang muka kita. Polisi dulu-dulu dia pandang muka orang kaya, pasal depa tu ada duit, polisi yang baik untuk depa, duit tu mai kat dia sama. Kita lani tak boleh lagu tu. Polisi dan dasar kita, kerja buat kita, kena pandang orang miskin. Pasai semua kekayaan ni bukan mai pada manusia. Kaya, rezeki melimpah ruah ni semua Allah yang maha kaya ni bagi. Bila kita bagi perhatian serius kepada orang miskin, anak-anak yatim, fisabilillah, yang Allah perintahkan kita, maka semua kaya tu, dia akan mai kat kita insya-Allah. Haa tu sajalah beza kerajaan dulu dengan lani. Saya harap Kerajaan Persekutuan pun tengoklah kita, kita bukan orang kaya, kita negeri orang-orang miskin. Bila kita minta sesuatu, jangan letak politik tu di depan, tengoklah kami ni mewakili siapa, sapa ada di belakang kami. Jangan tengok muka Sanusi tu walaupun hang marah dia. Sanusi bukan jahat selalu, jahat pasai ada mikrofon ini ja (sambil tertawa), kita ganaih pasai dapat mikrofon. Tak pakai mikrofon, kita tak ganaih. Kita pun baik, pasal aku nak cakap bagi hang dengar, maka kita pun cakap. Bila cakap kasar hang dengar, masa cakap halus hang tak mau dengar. Jadi kita cakap kuat sikit, tengoklah siapa yang ada di belakang kami. Tengok sapa orang-orang yang kami jaga. RM200 juta RM100 juta bukan besar, kecik ja. Saya ingat tiket kapal terbang sewa tu depa duk pi merata dunia tu, lebih daripada tu lagi. Bergerak sorang dua ja. Cuba bagi kat kami. 2.2 juta orang di sini, perlu kepada benda tu, bagi lah kerajaan kami uruskan, untuk kebajikan rakyat di Kedah. Sikit ja RM200 juta, depa habaq kata subsidi minyak, subsidi minyak RM48 billion. Satu bulan, RM4 billion. RM4 billion, RM4 ribu juta sebulan. Haa, nak cover hat nu la kot, hat sana tu. Saya masa YB. Jitra sebut kemarin, bukan kita suruh penaik harga minyak Sabah Sarawak, kita nak minyak murah. Kalau sana murah bagus, bagi lah kami
murah sama dengan sana, tu maksud kita. Dan saya rasa semua rakyat Malaysia faham, yang tak faham ceplos ni ja. Ceplos orang dok hat spin ni, depa kata apa nama “suruh dok penaik minyak Sabah Sarawak, tak kesian kat Sabah Sarawak”. Hampa ni fikir terbalik, kami nak minyak murah. Oleh kerana murah tu betul lah, bagi lah sini murah sama. Kalau nak bagi sana ja murah, baik jadi Perdana Menteri sana, betul kan? Haa.. Tengok orang Kedah, jangan tengok politik dulu. Orang Kedah ni siapa. Hat duk bagi makan orang kaya di Kuala Lumpur tu orang Kedah ni lah. Hat duk trektar bendang ni, lani duk traktor kering pun tak kering, nak beli minyak tong tak boleh, tauke traktor tu dia kata nak beli minyak tong boleh setong, tu pun puaih kerling dengan atendan kedai minyak tu. Boleh setong pulak, minyak mahai. Tak boleh beli tong pun. Traktor tak boleh, mesin duk jalan gak, padi duk luruh. Jadi, kesianlah kepada orang Kedah. Tengoklah muka kami, walaupun meluat kat muka Sanusi, tengoklah orang bendang, orang sawah padi ni. Bagilah peruntukan tu, yang urus duit bukan saya. Pegawai Kewangan Negeri! Dia yang akan uruskan, program-program kita atoq, kalau tak kena program, kita tegurlah. Duit tu bagilah dulu. Jangan duk kerok situ. Oleh kerana hangpa takut kami merelit, jadi duit tahan, cukai tak bagi buat, hilang RM120 juta. Hat nu tahan, hat ni tahan, macam mana? Jadi tuan-tuan sekalian, kami ni doa orang-orang susah, bersama dengan kita insya-Allah. Kita pun tak ada niat nak jadi kaya duk sini, nak mengurus supaya kita bentuk satu legasi kerajaan selepas daripada kita ini, adalah kerajaan yang memberi keutamaan kepada orang-orang miskin dan anak-anak yatim, tu saja. Sebab tulah saya selalu bagi nasihat pada ADUN-ADUN, walaupun kita kaya, tapi hiduplah macam mana orang Kedah hidup. Tidur macam mana depa tidur. Satgi depa kata buat rumah baru pula. Last, tak boleh buat apa la lagu tu noh. Kita ada anak bini, nak pi duk di mana, saya duk kuarters kerajaan tu 6 tahun dah. Tentulah nak kena ada rumah, depa sekolah sini, kerja sini anak-anak tu. Takkan nak kena pindah randah, tentulah nak kena ada kediaman di sini. Haa buatlah, buat tu viral pulak, kata kaya melana tembak ratus ribu, hampuk muka hang di tembok baru hang tau. Rumah biasa ja la, gaya orang Alor Setar, gaya orang Kedah. Tuan-tuan sekalian, saya ucap terima kasih di atas semua yang telah mengambil bahagian. Semoga kita semua diberkati. Satu ayat untuk pesanan kita; ِوَٱلْعَصْر ١ إِنه ٱْلِْنسَٰنَ لَفِى خُسْر ٢
ِإَِله ٱلهذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصهٰ لِحَٰ تِ وَتَوَاصَوْ ا۟ بِٱلْحَقِ وَتَوَاصَوْ ا۟ بِٱلصهبْر ٣ Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh, dan terima kasih Yang Amat Berhormat Jeneri. Dan seterusnya, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah satu usul yang berbunyi, “Patik-patik sekalian, Speaker dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman dalam persidangan ini dengan penuh hormat dan takzimnya menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah di atas perkenannya Tuanku menyampaikan Titah Ucapan Sempena Perasmian Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang ke-15”. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju dengan cadangan ini, minta kata “setuju”. [Dipersetujui]
Usul diluluskan.
Seterusnya, Tuan Setiausaha.
Usul penyerahan Laporan Ketua Audit Negara Negeri Kedah Darul Aman 1/2026 kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Kedah Darul Aman.
III. Usul Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara Negeri Kedah 1/2026 Kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah Darul AmanMotion
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar mencadangkan usul tersebut.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan satu usul yang berbunyi:-“Bahawa Laporan Ketua Audit Negara Negeri Kedah Darul Aman 1/2026 seperti yang terkandung dalam Kertas Dewan Bil. 5 tahun 2026 itu diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri untuk memeriksa dan menyampaikan penyata dan cadangan-cadangan berkenaan dengan kira-kira itu kepada Dewan ini”. Terima kasih.
YB. Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah satu usul yang berbunyi:-“Bahawa Laporan Ketua Audit Negara Negeri Kedah Darul Aman Bil. 1/2026 seperti yang terkandung dalam Kertas Dewan Bil. 5 tahun 2026 itu diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri untuk pemeriksaan dan menyampaikan penyata dan cadangan-cadangan berkenaan dengan kira-kira itu kepada Dewan ini”.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini minta kata “setuju”, dan yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]
Usul ini diluluskan.
Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha.
Tangguhan Sidang Dewan.
IV. Tangguhan Sidang Dewan
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar.
Haa YB. Tokai, boleh balik dah (sambil tertawa). YB. Tuan Speaker, tuan-tuan dan puan-puan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana perkara-perkara di dalam Agenda Persidangan Dewan pada kali ini telah pun selesai dibincangkan, maka saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 16(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya persidangan ini ditangguhkan sehingga ke satu masa yang akan ditetapkan kelak. Terima kasih.
YB. Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Terima kasih, YB. Sungai Limau. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih atas kerjasama yang telah pun diberikan oleh Yang Berhormat sehingga perjalanan urusan mesyuarat dapat berjalan dengan sempurna dan teratur. Kerjasama yang begini diharap dapat diteruskan dengan baik pada masa-masa akan datang. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Sidang Dewan kali ini ditangguh sehingga ke satu masa yang diberitahu kelak. Sekian, wabillahi taufik wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Sidang Dewan ditangguhkan pada jam 1.21 tengah hari]