Kelantan · 18 July 2022

14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 143 turns · 13,340 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.

(Pembukaan)

Setiausaha

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Persidangan Kali Kedua, Bagi Tempoh Penggal Kelima, Dewan Negeri Kelantan Yang Keempatbelas, … ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا

Doa

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Berdoa….

[ SAMBIL BERDIRI ]

Pengesahan Peringatan Persidangan Kali Yang Pertama Bagi Tempoh Penggal Yang Kelima, Dewan Undangan Negeri Kelantan Keempatbelas

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, Pengesahan Peringatan Persidangan Kali Yang Pertama Bagi Tempoh Penggal Yang Kelima, Dewan Undangan Negeri Kelantan Keempatbelas.

Speaker

Minta cadangan…

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

ن ﺗﺮﲪﻮ ﻟﻌﻠﻜﻢ ﷲ ا ﺗﻘﻮ وا ﺧﻮﻳﻜﻢ أ ﺑﲔ ا ﻓﺄﺻﻠﺤﻮ ة ﺧﻮ إ ن ﳌﺆﻣﻨﻮ ا ﳕﺎ إ ﻟﻘﺎﺋﻞ ا ﳊﻤﺪﻪﻠﻟ ا , ﲨﻌﲔ آ ﺻﺤﺎﺑﻪ وأ ﻟﻪ آ ﻋﻠﻰ و ﷲ ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ا ﺗﻔﺮﻗﻮ ﻻ و ﲨﻴﻌﺎ ﷲ ﲝﺒﻞ ا ﻋﺘﺼﻤﻮ وا ﺗﻌﺎﱃ ل ﻗﺎ و Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan Peringatan Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Kelima, Dewan Negeri Kelantan Keempatbelas yang telah diadakan pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis 25, 26, 27 dan 28 Syaaban 1443 Hijriah bersamaan 28hb, 29hb, 30hb dan 31hb Mac 2022 Dewan Negeri Kelantan supaya diterima dan disahkan.

Speaker

Terima kasih, sokongan…

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya Kok Lanas mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ok terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya Peringatan Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Kelima, Dewan Negeri Kelantan Keempatbelas yang telah diadakan pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis 25, 26, 27 dan 28 Syaaban 1443 Hijriah bersamaan 28hb, 29hb, 30hb dan 31hb Mac 2022 Dewan Negeri Kelantan supaya diterima dan disahkan. Dengan demikian, sekarang saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi. AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK.” Dipersetujukan. Peringatan Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Kelima, Dewan Negeri Kelantan Keempatbelas yang telah diadakan pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis 25, 26, 27 dan 28 Syaaban 1443 Hijriah bersamaan 28hb, 29hb, 30hb dan 31hb Mac 2022 Dewan Negeri Kelantan supaya diterima dan disahkan.

[ PERINGATAN PERSIDANGAN KALI PERTAMA BAGI TEMPOH PENGGAL YANG KELIMA DEWAN NEGERI KELANTAN KEEMPATBELAS DISAHKAN]

[ SETIAUSAHA MENGANGKAT TEKS-TEKS PERINGATAN TERSEBUT KEPADA YB DATO’ SPEAKER]

III … UCAPAN OLEH YB DATO’ SPEAKER

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Ketiga, Ucapan Oleh Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya menerima sepucuk surat permohonan untuk tidak menghadiri persidangan pada kali ini daripada Yang Berhormat Muhammad Bakri bin Mustafa, Gual Ipoh kerana masalah kesihatan. Saya juga menerima surat permohonan dari Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, Ayer Lanas yang tidak dapat hadir pada hari ini dan esok kerana bertembung dengan persidangan Parlimen. Untuk itu, saya meluluskan permohonan kedua-dua mereka.

Kertas-Kertas Yang Dibentang Di Atas Meja

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Keempat, Kertas-Kertas Yang Dibentang Di atas Meja.

Kertas-Kertas tersebut ialah Kertas Dewan Bil. 15 Tahun 2022 hingga Kertas Dewan Bil. 18 Tahun 2022 sebagaimana yang dibentang di atas meja Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah sebagaimana berikut : -

1. Kertas Dewan Bil. 15/2022 .. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2020 Siri 1 Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kelantan.

2. Kertas Dewan Bil. 16/2022 .. Laporan Prestasi Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan sehingga 20 Mac 2022

3. Kertas Dewan Bil. 17/2022 .. Penyata Kewangan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Bagi Tahun 2020

4. Kertas Dewan Bil. 18/2022 .. Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Kumpulan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020 yang telah diaudit.

Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Kelima, Soalan-Soalan Yang Diberitahu.

Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan BertulisQuestions

Setiausaha

Soalan-soalan oleh :

YB HJ ABDUL RAHMAN BIN YUNUS YB DATO’ HJ MOHAMAD BIN AWANG YB HJH ROHANI BINTI IBRAHIM YB HJ MOHD FAUZI BIN ABDULLAH YB HJ ABDUL AZZIZ BIN KADIR YB ABDUL RASUL BIN MOHAMAD YB HJ HUZAIMY B CHE HUSSIN YB HJ MOHD ROSELI BIN ISMAIL YB HJ MOHD ADANAN BIN HASSAN YB ZURAIDIN BIN ABDULLAH YB HILMI BIN ABDULLAH YB HJ AZHAR BIN SALLEH YB HJ SAIFUL ADLI BIN ABU BAKAR YB DATO’ HJ MOHD ADHAN BIN KECHIK YB MOHD SYAHBUDDIN BIN HASHIM

Jawapan-jawapan bagi soalan-soalan tersebut adalah sebagaimana yang dibentang di atas meja di hadapan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.

Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan MulutQuestions

Setiausaha

YB DATO’ DR HJ RAMLI BIN MAMAT YB HJH ROHANI BINTI IBRAHIM YB HJ MOHD FAUZI BIN ABDULLAH

YB HJ ABDUL AZZIZ BIN KADIR YB ABDUL RASUL BIN MOHAMAD YB HJ MOHD HUZAIMY BIN CHE HUSIN YB MOHD NAZLAN B MOHAMED HASBULLAH YB HJ MOHD ROSELI BIN ISMAIL YB ROZI BIN MUHAMAD YB HJ MOHD ADANAN BIN HASSAN YB MOHD RODZI BIN JA’AFAR YB HJ ZURAIDIN BIN ABDULLAH YB HJ MOHD RUSLI BIN ABDULLAH YB HILMI BIN ABDULLAH YB WAN HASSAN BIN WAN IBRAHIM YB HJ AZHAR BIN SALLEH YB HJ SAIFUL ADLI BIN ABU BAKAR YB DATUK SERI HJ MD ALWI BIN HJ CHE AHMAD YB DATUK HJ ABDUL AZIZ BIN DERASHID YB DATO’ HJ MOHD ADHAN BIN KECHIK YB BAKRI@MOHD BAKRI BIN MUSTAPHA YB ABDUL AZIZ BIN YUSOFF YB HJ MOHD SYAHBUDDIN BIN HASHIM YB HJ AMRAN BIN ARIFFIN YB DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED

[ YB DATO’ SPEAKER AKAN MENGAMBIL ALIH SETERUSNYA….]

Speaker

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Kok Lanas.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Kok Lanas memohon jawapan bagi soalan nombor 1.

Soalan 1:

[ Mohon YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah harapan kerajaan dari siapnya Projek Empangan Nenggiri dan bilakah ianya dijangka siap.]

Ustaz Dato' Hj Ahmad b YakobPAS · GSMenteri Besar · Pasir Pekan

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

Terima kasih Yang Berhormat Kok Lanas. Selain daripada membekalkan tenaga kepada Great National, empangan ini juga akan dapat memberi manfaat berikut. Pertama ialah tempatan banjir, meminimakan kesan fenomena banjir besar yang kerap melanda negeri Kelantan di sebahagian besar negeri. Kedua, sumber air bersih untuk bekalan air. Yang ketiganya sumber pengairan untuk pertanian, dan yang kelimanya pelancongan, mungkin peluang-peluang pelancongan akan berlaku di sana dan juga projek empangan negeri ini dijangka siap pada tahun 2027. Terima kasih.

Speaker

Sila Kok Lanas.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Saya sebenarnya amat gembira melihat bahawa akhirnya, cita-cita kita untuk melihat sebuah empangan besar yang memberi manfaat kepada perkara-perkara yang disebut oleh Yang Amat Berhormat tadi iaitu tenaga pencegahan banjir, sumber air untuk minuman, sumber air untuk pertanian akan memberi manfaat yang besar bukan sahaja kepada penduduk di kawasan Gua Musang, tetapi juga kita di hilir ini yang akan menerima kesan yang baik.

Saya dimaklumkan, sebelum saya tanya soalan tambahan, bahawa empangan kita ini tidaklah besar sangat, ianya hanya 5000 hektar berbanding dengan Tasik Kenyir yang merangkumi 35,000 hektar, sama luas dengan Pulau Singapura. Kita hanya satu per tujuh. Ertinya storage kita tidaklah sebesar storage yang ada di Kenyir. Sungguhpun begitu, kawasan yang akan terkesan hasil daripada tambakan air ini, 5000 hektar juga adalah besar walaupun tidak terlalu besar.

Soalan tambahan saya ialah kebimbangan yang timbul hasil daripada kerja empangan ini, sebab kita telah tengok apa yang berlaku di Bakun, apa yang berlaku di Kedah, apa yang berlaku di Hulu Langat. Tambah lagi apabila baru-baru ini Kerajaan Negeri mengumumkan bahawa pembalakan untuk kawasan tersebut akan didahulukan dan ini menimbulkan persepsi negatif daripada rakyat jelata bahawa kita mengutamakan hasil itu dahulu daripada impak

selepasnya, berbeza dengan Kenyir dan Temenggor. Di Kenyir dan Temenggor, Pembalakan dibuat underwater logging. Maknanya dia kumpulkan air dahulu dengan pokok-pokok dan tanaman yang terbiar lepas itu baru buat logging. Tapi kita dah umumkan. Kebimbangan sayanya bila pengumuman sedemikian, mudahlah musuh-musuh kita mengambil sikap negatif.

Jadi saya nak tanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri err duk ingat duk di Parlimen, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Kerajaan Negeri mesti memberi jaminan bahawa sungguhpun kita membuat tebangan terlebih dahulu, tetapi soal environment atau alam sekitar akan dikawal sepenuhnya sebab projek ini bukan projek swasta, ianya ialah projek di bawah TNB yang telah pun membayar konsesi sebanyak RM 100 juta. Jaminan ini perlu sebab saya bimbang, musim-musim akhir-akhir ini, sebarang pengumuman daripada kerajaan selalu dilihat sebagai negatif.

Jadi, kita kena berhati-hati dalam perkara sedemikian. Jadi, jaminan itu yang saya nak dengar daripada Yang Amat Berhormat bahawa Kerajaan Negeri akan mempastikan keadaan alam sekitar kawasan tersebut akan terjamin dan tidak akan berlaku seperti apa yang berlaku di Baling, di Hulu Langat dan lain-lain tempat. Terima kasih.

Ustaz Dato' Hj Ahmad b YakobPAS · GSMenteri Besar · Pasir Pekan

Terima kasih Yang Berhormat Kok Lanas. Kebimbangan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat saya rasa sesuatu yang wajar memandangan apa yang berlaku sebelum ini, effect, effect sebelum ini. Untuk itu, beberapa perkara telahpun dibuat. Contohnya ialah kajian potensi mineral kita dah buat, kajian penerimaan awam kita dah buat dan kajian effect alam sekitar juga, environment effect ini sedang kita buat. Jadi, perkara seperti ini akan memberi panduan kepada kerajaan. Kerajaan sangat simpati dan mengambil berat sebarang perkara dan kesan yang tidak baik kepada rakyat.

Jadi sebab itu kita buat kajian yang detail berhubung dengan Empangan Nenggiri ini. Kawasan yang kita kata maksudnya didahulukan mengeluarkan kayu ialah kawasan untuk penempatan orang Asli. Itu yang dahulu dan dalam kajian kita, tidak semua kawasan yang ditenggelamkan itu diambil dahulu. Ini memang sama dengan pandangan Yang Berhormat Kok Lanas yang perlu, yang telah mendapat kajian, yang mendapat perakuan daripada beberapa kajian-kajian yang telah

dibuat. Sekarang ini, setengah-sestengah bahagian lagi sedang kita buat kajian lagi. Terima kasih.

Speaker

Kuala Balah.

Datuk Hj Ab Aziz b Hj DerashidUMNO · BNKuala Balah

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan tambahan saya, pertamanya nak ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan rakan-rakan EXCO kerana telah berjaya mengadakan satu projek yang besar untuk negeri Kelantan. Tahun ini kita tiada projek besar dan ini adalah merupakan satu pemangkin kepada ekonomi negeri Kelantan. Pertamanya, saya lihat ini merupakan satu peluang untuk anak-anak muda negeri Kelantan untuk mendapatkan pekerjaan. Jadi tahniah. Saya nak tanya kalau boleh berapa banyak agaknya peluang pekerjaan yang dapat disediakan oleh, oleh empangan Nenggiri ini yang berharga saya difahamkan RM5 billion?

Juga yang kedua, adakah tabung seperti Tabung Tok Kenali dibuat untuk projek ini sebab masa kita bina Empangan Pergau dulu, kita buat satu tabung untuk generasi masa depan hasil daripada sumbangan empangan ini. Terima kasih.

Ustaz Dato' Hj Ahmad b YakobPAS · GSMenteri Besar · Pasir Pekan

Terima kasih kepada sahabat ambo daripada Pergau, err Kuala Balah. Pertama sekali ialah berhubung dengan soalan tadi. Mengikut taklimat yang diberi kepada kita waktu hari perasmian baru-baru ini, tidak kurang daripada 2500 orang pada peringkat pertama dalam pelbagai sektor dan kita tidak ada setakat ini cuma ada tabung pelajaran. Kita mengadakan tabung pelajaran kepada Kerajaan Negeri. Mana-mana projek atau mana-mana program yang ada setakat ini, kita mengenakan untuk mereka tabung kepada tabung pelajaran setakat ini. Terima kasih.

Speaker

Nenggiri.

Tuan Abdul Aziz YusoffUMNO · BNNenggiri

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Pertamanya, saya bagi pihak rakyat Nenggiri nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan yang telah berjaya melancarkan projek ini dengan Majlis Pecah Tanah pada 12 Jun yang lalu oleh YAB Dato Bentara Kanan Menteri Besar. Soalan tambahan sayanya ialah soalan daripada rakyat. Mengapakah majlis sebesar itu yang dikatakan menelan belanja RM2 juta tidak dijemput rakyat tempatan? Mereka bersungut mengapa mereka tidak dijemput sedangkan mereka juga terlibat dengan tanaman mereka, pokok mereka dan rumah-rumah mereka yang terlibat. Itu soalan pertama.

Yang keduanya, dalam sidang yang lepas saya ada bersungut berkenaan dengan bayaran Ex-Gratia. Apakah kerajaan tidak bercadang untuk menambah bayaran Ex-Gratia kepada mereka yang terlibat? Terima kasih.

Ustaz Dato' Hj Ahmad b YakobPAS · GSMenteri Besar · Pasir Pekan

Pertama, urusan jemputan ini ialah urusan Tenaga Nasional. Sebab kita tahu kehadiran hari itu urusan Tenaga Nasional. Saya pun dijemput oleh Tenaga Nasional. Yang kedua, Ex-Gratia memang ada bayaran. Untuk menambah yang selepas ini, bergantung kepada kajian dan apa yang terlibat oleh pihak Tenaga Nasional. Ok terima kasih.

Speaker

Ada lagi? Pasir Tumboh.

Haji Abd. Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker. Oleh kerana projek ini menenggelamkan 5384 hektar tanah, jadi soalannya adalah apakah kebaikan ataupun manfaat yang diperolehi oleh masyarakat orang Asli atau asal dari projek yang terkesan dengan projek empangan hydro negeri ini?

Ustaz Dato' Hj Ahmad b YakobPAS · GSMenteri Besar · Pasir Pekan

Yang Berhormat Dato Speaker, faedah yang akan diperolehi orang Asli ialah mereka ditempatkan di tempat yang lebih baik dengan peluang-peluang

kemudahan awam yang diberi dan mereka juga berpeluang untuk mengusaha tanaman getah. Ini tiga perkara yang dilihat daripada masa dahulu dan telah diadakan 30 kali, apa itu lebih 30 kali kita adakan sesi libat urus dengan semua mereka ini dan ketiga-tiga tempat semua Pos Tohoi, Pulat dan Pos Kampung Kuala Wias. Mereka ditempatkan di tempat yang baik, tempat yang baharu dan lebih baik dengan kemudahan-kemudahan awam dan mereka akan diberi kawasan menanam tanaman getah dan ini In Shaa Allah, ini lebih baik daripada apa yang ada hari ini. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Limbongan.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﺔ ﲪ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato Speaker. Mohon jawapan bagi soalan saya nombor 2.

Soalan 2 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah projek pembangunan terkini bagi Jajahan Pasir Puteh amnya dan di dalam DUN Limbongan khasnya.]

Yang Berhormat Dato Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Limbongan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain, pada masa ini pembangunan di jajahan Pasir Puteh banyak tertumpu di kawasan Tok Bali. Antara yang telah komited untuk dibangunkan ialah Pejabat Polis Marin, Jeti Kargo, Dataran Bahtera sebagai kawasan riadah, pembinaan Sekolah Kebangsaan Tok Bali yang baharu, dan yang ketiga ialah pembangunan kawasan industri (ECER) di Bandar Baharu Perindustrian Tok Bali.

Selain daripada itu, projek pembangunan yang ada di Pasir Puteh ialah cadangan untuk membina sebuah stadium di Bukit Merbau, iaitu di kawasan yang kita panggil sebagai Madinah Ar-Riyadah ataupun bandar sukan di Bukit Merbau dan stadium ini dijangka akan menjadi venue utama bagi Temasya Sukan Malaysia ataupun SUKMA yang akan berlangsung pada tahun 2026 dan stadium ini dapat

menampung 40 000 pengunjung pada satu satu masa. Adapun pembangunan secara khusus dalam DUN Limbongan, ada tiga yang utama iaitu pertama ialah pembesaran Pasar Siti Hajar di Mukim Limbongan dan tapak yang baharu ini mempunyai keluasan 3.37 ekar.

Yang kedua ialah pembangunan ataupun pembinaan taman awam di Bukit Gedombak, satu taman awam yang pertama dan satu-satunya di jajahan Pasir Puteh. Luas taman awam ini ialah lebih kurang 23 ekar dan dilengkapi dengan komponen landskap lembut dan juga landskap kejur. Yang ketiga ialah Pembinaan Stesen dan Jajaran ECRL, iaitu stesen untuk penumpang dan kargo yang akan dibina di Mukim Padang Pak Amat dan Mukim Jeram. Pembinaan Stesen dan Jajaran ECRL yang baharu ini akan memberikan impak yang besar dalam aspek ekonomi dan sosial terutamanya di dalam DUN Limbongan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Manek Urai.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 3.

Soalan 3 :

[Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina sebuah asrama baru bagi pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab Falahiah Sg Sok.]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Manek Urai. Keperluan untuk pembangunan sebuah asrama baharu bagi Sekolah Menengah Agama Arab Falahiah Sungai Sok masih dalam peringkat kajian oleh Yayasan Islam Kelantan memandangkan isu pemilikan tanah di tapak berkenaan perlu diselesaikan

terlebih dahulu agar tapak tersebut menjadi milik Yayasan Islam Kelantan. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Ayer Lanas. Maaf, Ayer Lanas tidak ada. Dipersilakan Yang Berhormat Paloh.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker. Pohon jawapan Paloh bagi soalan nombor 5.

Soalan 5 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, adakah benar projek kilang simen Chiku 7 telah dibatalkan.]

Dato' Hj Hanifa b AhmadPAS · GSPengkalan Pasir

Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Paloh. Jawapan kepada soalan Yang Berhormat tidak benar. Kilang simen ini di Chiku 7 ini akan diteruskan bahkan hari ini, satu perjumpaan akan diadakan di Kementerian Kerja Raya untuk membina, cadangan untuk membina jalan daripada Ladang Serasa ke tapak yang sepanjang lebih kurang 10 kilometer yang akan dihadiri oleh Majlis Daerah Gua Musang dan juga UPEN dan akan dipengerusi oleh Pihak Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur.

Dan untuk makluman, Yang Berhormat pun tahu bahawasanya pada 5hb 07 lepas, kita telah mengadakan satu lawatan ke Chiku 1 & 2 dan telah diadakan taklimat. Yang Berhormat pun hadir dan jelas dengan slide dan sebagainya bahawa projek ini akan diteruskan dan dia ada fasa-fasanya mengikut apa yang ditaklimat kepada kita hari itu. Yang hadir pada taklimat hari itu ialah CEO ASN Cement iaitu John Reeve daripada Australia, assistant GM dia iaitu MIDA, Setiausaha Majlis Daerah Gua Musang, Pengarah UPEN dan tiga Ahli Majlis Daerah Gua Musang. Dalam taklimat itu dinyatakan dengan jelas proses kilang ini akan diteruskan dan schedule pembinaan pun dinyatakan dengan jelas iaitu side clearing akan siap pada September 2022, side labelling pada 2022 Disember, lepas itu plan construction kilang itu akan dimulakan Oktober 2022 dan akan siap

pada Jun 2023. Test commissioning akan dibuat pada Disember 2023. Kilang simen pertama iaitu first cement production akan keluar pada jun 2024, iaitu lebih kurang dua tahun setengah lagi. Saya pun ragu dan saya pun soal, boleh ke tidak ini dicapai? Dia kata boleh dicapai kerana kilang ini ada preference yang dibuat di China terus dihantar dan dipasang siap, bukan dibina di tapak itu sendiri.

Selepas itu kita masuk ke tapak itu. Daripada chiku 1 itu lebih kurang 20 kilometer melalui Chiku 5, 6, 7, 8 dan akhirnya kita sampai di tapak itu dan jelas tapak itu telah diratakan dan ada piling dan sebagainya. Dan saya yakinlah dan saya rasa Yang Berhormat pun yakin kilang simen ini akan dapat disiapkan pada akhir tahun 2024 dan In Shaa Allah akan menjana peluang pekerjaan lebih kurang kepada 1000 orang penduduk, khususnya bagi Daerah Gua Musang. Terima kasih.

Speaker

Paloh.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi dan juga jawapan yang rakyat Paloh khususnya dan saya juga nak dengar. Maknanya jelas tadi akan diteruskan setelah sekian lama, kita faham ada kekangan. Cuma beberapa perkara yang perlu kita mengambil perhatian dan perlu kita rekodkan.

Pertamanya, Paloh nak tahu bagaimana polisi kita terhadap pengambilan pekerja di kilang simen tersebut, peratusan pekerjanya kerana kilang simen ini memerlukan pekerja mahir, separuh mahir dan perlu peralatan. Itu pertama dan kalau boleh biarlah peratusan itu biarlah memberi peluang yang lebih banyak kepada local ataupun penduduk tempatan.

Yang keduanya, apabila melibatkan hal-hal pekerjaan mahir, separuh mahir sudah tentulah memerlukan latihan. Apakah usaha yang telah dibuat kerana dua tahun masa ini telah lama. Apakah usaha yang telah dibuat ataupun akan dibuat untuk menghasilkan ataupun mengeluarkan pekerja mahir, separuh mahir tersebut terutamanya dari kalangan warga tempatan.

Yang ketiganya, saya mencadangkan bahawa di Paloh itu ada satu pusat Pusat Giatmara di Chiku 5. Boleh tak kita manfaatkan institusi ini sebagai salah satu pusat ataupun institusi yang dapat melatih pekerja mahir dan separuh mahir yang diperlukan di kilang tersebut bagi memberi peluang yang lebih besar kepada warga tempatan untuk terlibat dalam kilang simen.

Seterusnya, apakah peluang ekonomi, adakah sistem pengangkutan, barangan dan sebagainya? Ini juga kita perlu beri perhatian supaya penduduk tempatan dapat memperoleh manfaat daripadanya dan jangan kita lupa sama sekali dengan adanya kilang simen, kita jangkakan penambahan penduduk di kawasan Paloh khususnya di Chiku. Jadi, kita kena bagi perhatian khususnya isu-isu air. Kita tak nak banyak rumah dibina, banyak rumah kedai dibina tetapi kita ada masalah air. Last sekali pesanan daripada warga Chiku, dengan adanya kilang simen ini kita jangkakan harga simen itu biarlah murah kerana orang Chiku sebut kepada saya, kita nak simen itu biar harganya murah. Terima kasih.

Dato' Hj Hanifa b AhmadPAS · GSPengkalan Pasir

Banyak soalan tambahan tu Dato’ Speaker. Berapa? Tujuh ke? Takpelah mengenai dengan pekerjaan apa itu, kuota pekerjaan kepada anak Kelantan, polisinya kita ialah apabila kita runding dengan mana-mana syarikat sekalipun, kita mensyaratkan bahawasanya 80% adalah pekerja-pekerja daripada rakyat Kelantan. Kalau dia ada bermasalah, makna kita boleh runding tetapi kita letak syaratnya mana-mana sekalipun kilang simen, baik kilang-kilang lain, baik kilang perabot baik, maka kita syaratkan bahawasanya 80% mesti adalah rakyat Kelantan.

Saya ambil contoh Rohm-Wako. Rohm-Wako ini dia ada 2100 pekerja, 95% adalah rakyat Kelantan. 95%, bukan 80% syarat kita, tapi dia melebihi daripada syarat kita, 95%. Saya tanya juga, mengapakah diberi banyak peluang kepada rakyat Kelantan? Dia kata rakyat Kelantan ini ‘mudah baso’. Menerima arahan baik dan kerjanya kemahiran ada. Itulah sebabnya diberi keutamaan kepada rakyat Kelantan.

Saya yakinlah pun dengan kilang simen ini, dengan CEO dia, kita bincang bahawasanya apabila siap nanti, peluang pekerjaan itu sekurang-kurangnya 80% kepada rakyat Kelantan. Pekerja mahir, saya juga telah nyatakan bahawasanya kita bincang juga hari itu, kita boleh gunakan Pusat Giatmara

untuk melatih pekerja-pekerja mahir ini. Kemungkinan akhir tahun ini kita akan mulakan melatih sebabnya pekerja-pekerja ini lebih kurang dalam 1000 orang. Pada peringkat awalnya, dia akan ambil dalam 300 orang pekerja. Selepas itu, akan meningkat dari masa ke semasa, dari semasa ke semasa. Spill over. Apakah aktiviti-aktiviti yang dapat dijanakan? Ini biasa dalam satu kawasan industri seperti Pengkalan Chepalah, dia akan ada spill over limpahan ekonomi kepada rakyat-rakyat tempatan. Cuma rakyat tempatan kita itu akan diselaraskan seelok-eloknya oleh Majlis Daerah Gua Musang.

Majlis Daerah Gua Musang memainkan peranan yang penting dalam industri simen ini kerana dia merupakan salah satu daripada merupakan joint venture partner kepada ASN Cement ini. Apa-apa masalah akan diselesaikan dengan Majlis Daerah dan saya akan cuba selaraskan melalui UPEN, Majlis Daerah dan sebagainya untuk mengatasi apa-apa masalah yang timbul dan kita harap Yang Berhormat Paloh, apa itu kawasannya kilang simen di kawasannya dapat memberi input yang baik untuk menjayakan kilang simen ini In Shaa Allah. Terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya terlupa sebut tadi, saya bagi pihak Dewan Negeri Kelantan ingin merakamkan setinggi ucapan takziah kepada Yang Berhormat Ustaz Haji Wan Roslan Wan Hamat, ahli EXCO kita atas kehilangan isteri tercinta pada hari Sabtu, 16 Julai yang lalu. Marilah kita sama-sama hadiahkan al-Fatihah.

[Al- Fatihah dibacakan oleh semua Ahli Dewan]

Dipersilakan Pantai Irama.

Hj Mohd Huzaimy b Che HussinPAS · PNPantai Irama

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 6.

Soalan 6 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, sejauhmanakah perkembangan prestasi kebersihan terutama tempat tumpuan utama seperti pasar, stesen bas dan kawasan pelancongan.]

Dr. Izani b Haji HusinPAS · PNKijang

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menjawab soalan nombor 6 bersekali dengan soalan nombor 9 yang disoal oleh ADUN Kemuning. Soalan nombor 9 yang berkaitan dengan isu yang sama. Yang Berhormat Dato’ Speaker, kebersihan merupakan satu perkara besar yang diberi komitmen oleh kerajaan. Sebelum pada ini, kita dimomokkan dengan Kelantan sebuah negeri kotor dan rakyat pengotor. Setelah kita mulakan kempen ‘Kelantanku Bersih’ daripada 2019 sehingga kini, perancangan-perancangan yang dibawa oleh pihak kerajaan tempatan dan juga rancangan-rancangan yang telah dibuat di peringkat PBT seluruh Kelantan, kita boleh lihat hari ini bahawa kenyataan-kenyataan tersebut sudah tidak kedengaran lagi. Namun demikian, bagi pihak kerajaan, kebersihan ini kita masih belum berpuas hati dan kita meneruskan perancangan-perancangan kebersihan ini daripada pihak kerajaan tempatan dan juga di pihak PBT masing-masing.

Justeru itu, pusingan lawatan ke PBT untuk pusingan pertama telah tamat dan pusingan kedua telah berlaku dan tinggal lagi tiga PBT yang belum sempat dilawati iaitu Bachok, Ketereh dan juga apa itu MPKB sendiri. Dalam pusingan lawatan kedua, kita bawa ataupun kita cuba untuk membuat satu kawasan yang dipanggil ‘Zon Bersih, Indah, Ceria untuk kita tumpukan sebagai tempat contoh kebersihan untuk setiap PBT dan kita telah laksanakan sedemikian itu. Bagi menunjukkan komitmen kita bahawa kebersihan ini ialah suatu yang penting, maka kita telah meluluskan, kerajaan telah meluluskan bajet yang agak besar untuk keceriaan tempat-tempat seperti pasar, stesen bas dan tempat-tempat pelancongan yang lain. Izinkan saya membaca Dato’ Speaker.

Pasar dan gerai bagi MPKB menaikkan laluan pejalan kaki. Di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu, membaik pulih longkang di sekitar Pasar Berek 12 yang menelan kos lebih kurang RM15O ribu dah siap, menaik taraf Pasar Peringat, membekal dan memasang bidai aluminium di Pasar Mulong, Ketereh yang melibatkan kos RM120 ribu, menaik taraf gerai penjaja di Pusat Bandar Chiku, Gua Musang RM80 ribu. MPKB-BRI menaik taraf stesen bas sementara, ini telah diluluskan. Kita baru dapat kebenaran berbelanja dan In Shaa Allah benda itu akan dilaksanakan. Menaik taraf stesen bas sementara Lembah Sireh berjumlah

RM165 ribu, membina dan menyiapkan sebuah gelanggang futsal di Kedai Buloh berjumlah RM109 ribu, membina tandas awam di Stesen Kereta Api Dabong dan pengindahan Bandar Dabong itu sendiri menelan belanja RM80 ribu, membina dan menyiapkan dataran terbuka dan pencahayaan di kawasan Gua Musang berjumlah RM500 ribu. Jumlah semua sekali RM859 ribu.

Tempat-tempat pelancongan yang telah kita naik taraf dan kita luluskan ialah Projek Keceriaan dan Menaik Taraf Kawasan Lapang di Tangga Krai, Kuala Krai berjumlah RM139 ribu, kerja-kerja membekal dan memasang blok bearing di Pantai Senok, Tawang, Bachok menelan belanja RM223 ribu, kerja-kerja menaik taraf kemudahan awam di kawasan peranginan Lata Kertas. Kita membina jalan masuk dan tempat itu juga berjumlah RM54 ribu. Dan projek menaik taraf kemudahan pelancongan trail bandar di Jalan Padang serta kerja-kerja berkaitan di Mukim Bandar Machang berjumlah RM187 ribu dan membina infrastruktur dan kemudahan awam di Taman Lata Renyuk, Jeli berjumlah RM95 ribu dan membina pembangunan semula Taman Rehlah di atas lot Mukim Cherang Ruku, Daerah Semerak berjumlah RM735 ribu, totalnya ialah RM1.579 juta. Inilah komitmen kita untuk melihat satu kebersihan dan juga penambahbaikan tempat-tempat rekreasi.

Yang kedua, jika ditanya bahawa adakah kita berpuas hati dengan program kebersihan bandar-bandar kita, jawabnya kita masih belum berpuas hati. Justeru itu, kita telah turun kepada PBT masing-masing dan PBT masing-masing telah merancang program setahun untuk kebersihan dan saya berharap tahun ini kita dapat gemblengkan tenaga-tenaga NGO dan juga barangkali kita boleh gemblengkan tenaga-tenaga ADUN di setiap DUN yang boleh menjadikan agenda kebersihan menjadi agenda bersama negeri, In Shaa Allah dia akan lebih, lebih baik.

Untuk bajet kebersihan, kempen-kempen kebersihan yang telah kita laksanakan sekarang ini, setakat penggal kedua tahun 2022 ini, kita telah berbelanja sebanyak RM7.3 juta untuk program itu. Saya berharap bahawa dengan komitmen kerajaan, dengan perbelanjaan kerajaan, dengan sokongan rakyat, Insyaallah kita dapat menterjemahkan Kelantan sebagai sebuah negeri yang bersih. Kita ada dua komponen, satu komponen kerajaan, satu komponen rakyat. Kerajaan cuba mempersiapkan dari sudut infrastruktur. Kita tahu bahawa bila kita masuk, kita tengok lori-lori dan sebagainya di peringkat PBT kita agak teruk

dan justeru itu, kita menambah daripada tahun ke tahun dan In Shaa Allah sekiranya kewangan kita baik, teguh, kita mohon setelah membuat perbincangan ‘lebih kurang’ dengan Dato’ SUK dan Dato’ Pegawai Kewangan bahawa kita ingin menambahkan lagi RM5 juta lagi untuk tahun depan untuk pembelian lori-lori dan sebagainya untuk diatur di peringkat PBT-PBT yang pendapatannya kurang untuk menambah efisiensi di peringkat kutipan apa itu bagi peringkat PBT masing-masing, satu komponen. Komponen yang kedua ialah komponen rakyat. Komponen rakyat inilah yang kita cuba bawa supaya kesedaran rakyat terhadap kebersihan ini semakin meningkat dan kajian yang telah dibuat, Alhamdulilllah saya cukup bersyukur bahawa ada perubahan ke arah itu, namun demikian, perubahan sikap merupakan suatu yang payah, sukar. Maka, kita pihak kerajaan tetap akan meneruskan dengan perancangan-perancangan yang lebih teliti. Insyaallah, kita rasa satu hari nanti Kelantan, In Shaa Allah Insyallah boleh menjadi negeri yang paling bersih, In Shaa Allah. Terima kasih.

Speaker

Pantai Irama.

Hj Mohd Huzaimy b Che HussinPAS · PNPantai Irama

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Alhamdulillah, terima kasih atas jawapan pihak kerajaan dan tahniah khususnya kepada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan dalam bersungguh-sungguh menjayakan kempen ‘Kelantanku Bersih’ dan telah memperlihatkan kebaikan ataupun tambah baik kualiti kebersihan terutamanya tempat-tempat tumpuan awam dan juga kawasan-kawasan tumpuan dengan kerjasama juga NGO dan sebagainya.

Masalahnya perubahan sikap masyarakat, pengguna masih rendah lagi. Soalan sayanya adakah kerajaan bercadang, tindakan susulan, apakah tindakan susulan bagi memastikan peningkatan kefahaman pentingnya kebersihan dalam kehidupan bermasyarakat dan adakah kerajaan bercadang penguatkuasaan undang-undang dalam membentuk sikap pengguna. Terima kasih.

Dr. Izani b Haji HusinPAS · PNKijang

Terima kasih Pantai Irama. Pertamanya seperti saya sebutkan tadi bahawa perubahan sikap ialah satu perkara yang payah dan dia memerlukan satu komitmen dan perlukan masa yang panjang, yang penting ialah di pihak kerajaan tidak berputus asa dan perancangan-perancangan mestilah diteliti, ditambah baik untuk mengubah sikap masyarakat. Dan untuk, untuk itu, dari sudut penguatkuasaan, kalau Yang Berhormat perasan bahawa saya telah memulakan di Bachok. Kita telah mulakan kompaun orang-orang yang letak sampah di bawah dan juga membuang sampah di rata-rata. Ini peringkat kajian, kita nak lihat bagaimana dan kompaun itu telah berlaku untuk kawasan Bachok terlebih dahulu. Kenapa kita buat di Bachok? Kerana beberapa tempat peranginan yang kita buat, kita letak tong sampah begitu banyak. Lebih kurang tak kurang dari 100 meter, satu tong sampah. Sepatutnya tidak ada sampah, tetapi sampah terlalu banyak. Dengan lidinya, bekas airnya, plastiknya dan sebagainya.

Jadi, tidak ada alasan untuk kita tidak kompaun kerana tempat begitu baik dan indah ini sepatutnya dijaga dan moto kita mudah. ‘Jange Tohok Sapoh Kokse’. Kutip sapoh ataupun jange tohok sapoh kokse. Hok tok kutip takpo lagi, hok kito nok rakyat kito jange tohok sapoh kokse. Satu benda yang sangat ringkas, jange tohok sapoh kokse yang akan memberi impak terlalu besar dari sudut pengutipan sampah. Kalu tohok sapoh, bagaimana pekerja kita terpaksa menghabiskan masa untuk kutip hok bowoh tu? Secara mudahnya, bila tok tohok, ore tok kutip, itu je. Jadi moto ‘Jange Tohok Sapoh Kokse’ ialah satu benda yang sangat ringkas tetapi memberi impak yang besar. Justeru itu, kita mesti mengadakan kempen berterusan yang, yang, yang, yang orang panggil dengan kolaborasi semua pihak. In Shaa Allah Insyaallah, kita rasa kalau kita konsisten, kita akan dapat hasil yang baik. In Shaa Allah. Terima kasih.

Speaker

Tendong.

Tuan Rozi b MuhammadPAS · PNTendong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan tambahan. Pertama, tahniahlah kepada pihak kerajaan dalam usaha-usaha memperkasakan isu-isu kebersihan. Selain daripada itu juga, yang berkait rapat dengan isu kebersihan

ini ialah keceriaan. Soalan tambahannya ialah, adakah kerajaan sentiasa memberi tumpuan terutama kepada tumpuan keceriaan jambatan-jambatan utama. Sebagai contohnya, Jambatan Sultan Yahya, yang kedua Jambatan Sultan Ismail antara Tendong ke Pendek sebab kalau kita lihat terlalu lama isu jambatan-jambatan ini. Kita lihat di kiri kanan jambatan itu seringkali keceriaannya begitu malap apabila berlakunya lunturan cat dan juga lumut-lumut yang ada di kiri kanan jambatan itu menyebabkan pemandangan kepada kiri kanan jambatan hilang keceriaannya. Jadi, adakah kerajaan memberi tumpuan?

Yang keduanya ialah kepada keceriaan di simpang-simpang utama yang sentiasa menjadi tumpuan masyarakat terutama pengguna-pengguna jalan raya yang sentiasa berhenti setiap kali lampu-lampu isyarat. Tempat-tempat simpang-simpang utama yang dikenal pasti, yang boleh dinaik taraf ataupun yang boleh dibina satu bentuk landskap dan sebagainya bagi keceriaan sepanjang laluan utama terutamanya di simpang-simpang dan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan juga dilihat sudah ada. Cuma adakah kita sudah merasakan yang kita bina sekarang ini mencukupi ataupun perlu lagi penambah tempat-tempat kepada keceriaan terutama di simpang-simpang. Jadi, mohon jawapan kerajaan. Terima kasih.

Dr. Izani b Haji HusinPAS · PNKijang

Terima kasih Tendong. Yang Berhormat Speaker. ‘Bersih, Indah, Ceria’ merupakan moto sebahagian daripada moto kerajaan tempatan hari ini. Seperti mana yang disebut oleh Tendong dan saya bersetuju bahawa terlalu banyak benda-benda yang perlu kita tambah baik atau meningkatkan kawasan-kawasan untuk dijadikan kawasan yang lebih ceria. Sebab itu, kita sekarang ini kita turun ke semua PBT, setiap PBT mesti mengadakan satu zon ‘Bersih, Indah, Ceria’. Kita kaedah feqah kalu tokleh buat semua, jange duk tinggal semua. Kita buat sekat-sekat “gheng” hok ado, sekat-sekat pitih hok ado, kita cuba buat dan kita rangka untuk satu tempoh masa tertentu dan In Shaa Allah satu masa nanti, dia akan jadi realiti. Kena ingat bahawa nok buat satu hal, nok maintain satu hal dan benda ini memerlukan satu kos yang tinggi.

Justeru itu, kerajaan merancang dengan teliti untuk meningkatkan kawasan-kawasan ini untuk diberi keceriaan dan sebagainya. Jadi, saya berterima kasih

kepada soalan tersebut. Satu perkara yang saya ingin highlight kan di sini ialah permasalahan kita, PBT dengan jalan-jalan persekutuan, yang ini jalan-jalan protokol persekutuan. Jalan-jalan ini tidak di bawah selenggaraan PBT, tetapi di bawah selenggaraan JKR kerana dia di bawah Pusat. Oleh itu, kita melihat pandangan daripada netizen ataupun orang-orang luar bahawa rumput tidak dipotong, longkang tidak diselenggara dan sebagainya. Justeru itu, saya juga ingin memberi kefahaman bahawa jalan-jalan ini tidak di bawah PBT dan kita tidak ada peruntukan untuk melaksanakan perkara tersebut. Jadi justeru itu, saya mohon daripada JKR, Pusat Persekutuan untuk menambah sedikit bajet kepada Kelantan untuk maintain jalan-jalan Persekutuan, setiap daripada pintu masuk jalan ke Kelantan supaya semua jalan-jalan ini diselenggara dengan baik dari sudut rumput, longkang dan sebagainya. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Apam Putra.

Abdul Rasul b MohamedPAS · GSApam Putra

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Dato’ Speaker. Saya mohon jawapan kepada soalan nombor 7.

Soalan 7 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah status permohonan JKR dengan KTMB untuk membina jejambat melintasi jalan keretapi bagi jalan negeri dari Kg Kelar ke Chicha Tinggi, Pasir Mas.]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Apam Putra. Untuk makluman Yang Berhormat, status pembinaan jejambat melintasi kereta api ini, pihak JKR telah pun mengangkat permohonan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui cadangan projek membina jalan dan jambatan melintasi rail kereta api Kampung Kelar ke Kampung Chicha Tinggi, Pasir Mas, Kelantan dalam peruntukan Rancangan

Malaysia ke-12, plan nombor 2 dan sedang menunggu kelulusan daripada pihak berkenaan. Terima kasih.

Speaker

Sila Galas.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih. Soalan tambahan saya, apakah mekanisme ataupun kaedah ataupun cara yang disediakan ataupun diperuntukkan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan-kemalangan atau rempuhan kereta api kepada para penduduk yang tinggal di sepanjang jajaran rail kereta api kerana di Galas, telah berlaku banyak kemalangan ataupun rempuhan kereta api. Terima kasih.

Untuk makluman Yang Berhormat, Terima kasih kepada soalan tambahan. Sememangnya pihak KTMB sentiasa mengambil berat berkaitan dengan soal keselamatan dan kita ada apa dia panggil itu, palang, lampu isyarat keselamatan cumanya bergantung kepada pihak penduduk setempatlah, kena berhati-hati, kena ambil perhatian terhadap keselamatan mereka masing-masing dan Insyaallah, kalau semuanya dapat mengikuti arahan-arahan yang didisiplinkan oleh pihak KTMB, kemungkinan besar tidak akan berlaku. Walau bagaimanapun, kalau ada cadangan-cadangan tambahan daripada Yang Berhormat untuk kita meningkatkan lagi keselamatan penduduk setempat, mungkin kita boleh bincang nanti In Shaa Allah. Terima kasih.

Speaker

Paloh.

Amran b AriffinUMNO · BNPaloh

Terima kasih Dato’ Speaker. Kereta api itu saya teringat kepada beberapa pertanyaan daripada orang kitalah berkenaan dengan status Ekspress Wau. Jadi, kalau lah boleh dikongsikan dalam dewan yang mulia ini apakah statusnya? Apakah selepas banjir 2014 sehingga kini, tidak pernah lagi beroperasi Ekspress Wau ini? Kenapa dan apakah sebabnya? Itu pertanyaan rakyat kerana rakyat

memang rindu dan setia dengan perkhidmatan Wau Ekspress termasuk kenangan-kenangan kita zaman belajar dulu. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Paloh. Saya minta notis daripada Yang Berhormat Speaker dan In Shaa Allah saya akan bagi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat Paloh nanti, In Shaa Allah. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Tanjong Mas.

Puan Hjh Rohani bt IbrahimPAS · PNTanjong Mas

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan bagi soalan nombor 8. Soalan 8 : [Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah langkah-langkah serta tindakan jangka panjang dan jangka pendek pihak kerajaan dalam menangani krisis bekalan makanan yang di jangka melanda Kelantan khususnya.]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Mas. Soalan ini akan dijawab bersama bagi soalan nombor 7 hari kedua daripada Kok Lanas kerana berkaitan pertanyaan hampir sama. Sektor pertanian merupakan penyumbang kedua terbesar KDNK negeri Kelantan iaitu sebanyak 23% mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia. Dasar pertanian Negeri Kelantan dan Plan Tindakan Strategik Pertanian Negeri Kelantan 2021 sehingga 2025 menjadi rujukan utama bagi perancangan pembangunan sektor pertanian negeri Kelantan.

Selaras dengan gagasan ‘Bertani Satu Ibadah’ dan dasar ‘Membangun Bersama Islam’ untuk menjadikan Kelantan sebagai jelapang makanan negara. Berdasarkan data kadar sara diri, self-suffiency level (SSL) 2020 menunjukkan Kelantan berada pada landasan yang tepat dalam menjayakan misi sebagai jelapang makanan negara, Alhamdulillah. Antara data yang disediakan oleh jabatan berkaitan dengan sumber bekalan makanan.

Yang pertama beras, SSL Kelantan ialah 208%, kelapa 196%, daging kambing atau bebiri 190%, buah-buahan 117%, sayur-sayuran 98% dan ikan 93%. In Shaa Allah, kita harap dan doakan Kelantan tidak akan menghadapi situasi kekurangan makanan sekiranya berlaku krisis bekalan makanan. Memandangkan pengeluaran bagi beras, buah-buahan, kambing telah melebihi tahap sara diri penduduk Kelantan, manakala pengeluaran bagi ikan dan sayuran mencukupi tahap sara diri rakyat Kelantan.

Untuk makluman, Kerajaan Negeri Kelantan juga telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan jawatankuasa induk sekuriti makanan negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat, Ustaz Dato Bentara Kanan Menteri Besar dan Jawatankuasa Kerja Sekuriti Makanan Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Ia ditubuhkan pada 11 Mei 2022 melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Bil. 8 2022. Jawatankuasa ini melibatkan pelbagai agensi termasuk jabatan dan agensi kerajaan persekutuan dan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan serta wakil dari Institusi Pendidikan Tinggi bagi memperhalusi isu-isu berkaitan dan langkah-langkah penyelesaian yang sesuai bagi isu-isu yang berbangkit. Setiap pihak yang terlibat juga telah diminta menyediakan pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi menjamin sekuriti dan bekalan makanan negeri Kelantan.

Selain itu, beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan sebagaimana berikut. Menyediakan peruntukan khas sebanyak RM10 juta melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan bagi pelaksanaan projek-projek food security seperti ternakan ayam pedaging tertutup semi automatik dan penternakan lembu secara integrasi di ladang-ladang sawit. Projek ternakan lembu secara integrasi dalam ladang sawit sedang dilaksanakan oleh Pihak Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad di Paloh, Gua Musang. Menyediakan kawasan jelapang padi baharu melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri

Kelantan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bagi membangunkan smap sawah berskala besar, smap SPB 100 hektar di mukim Bunut Susu, Pasir Mas.

Mengisytiharkan Danau Tok Uban sebagai Zon Industri Akuakultur dalam usaha menambah beberapa kawasan berpotensi yang baharu yang kita sedang angkat ialah Zon Industri Akuakultur Laguna, Semerak. Meningkatkan proses pemindahan ilmu, teknologi dan teknikal kepada masyarakat melalui program latihan seperti Agrobio Class, Seminar Semarak Organik al-Falah, diskusi organik dan pelbagai latihan di bawah jabatan-jabatan dan agensi berkaitan. Mempergiat kempen penglibatan masyarakat dalam sektor pertanian penternakan dan perikanan seperti merancakkan Program Dapur Hijau, Kempen Komuniti iaitu Kempen Penghasilan dan Penyimpanan Benih-Benih Tanaman. Seterusnya, membangunkan program pembangunan makanan ternakan alternatif Al-Falah di DUN-DUN sasaran sebagai pusat penghasilan makanan alternatif dibuat oleh komuniti-komuniti penternak. Sekian, terima kasih.

Speaker

Kuala Balah.

Datuk Hj. Ab Aziz b Hj DerashidUMNO · BNKuala Balah

Saya ingin bertanya kepada Exco Pertanian adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan ternakan lembu susu secara besar-besaran di negeri Kelantan dengan menggunakan tanah-tanah terbiar yang begitu luas, terutama sekali dalam jajaran di antara Kuala Krai ke Gua Musang dan Kota Bharu ke Kuala Krai. Sebab kita lalu tu nampak memang tanah tu banyaklah, jadi saya cadangkan supaya Kerajaan Negeri bekerjasama dengan syarikat-syarikat besar untuk mengadakan usaha sama ternakan lembu susu ini berskala besar. Terima Kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker terima kasih kepada soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kuala Balah. Kerajaan Negeri memang telah buat perbincangan untuk ternakan lembu tenusu secara besar-besaran, dalam pembangunan tanah terbiar di Lojing di kawasan rizab haiwan yang telah disediakan melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan bersama ECERDC di tanah yang telah disediakan seluas 800 ekar untuk ternakan lembu tenusu secara

besar-besaran . In Shaa Allah akan dimasukkan dalam RP (Rancangan Pertanian) yang akan datang, sedang dalam perbincangan pihak UPEN dengan pihak ECERDC.

[ YB DATO’ TIMBALAN SPEAKER MENGAMBIL ALIH TUGAS SPEAKER ]

Timbalan Speaker

Galas.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco atas jawapan sebentar tadi, soalan tambahan saya apakah Kerajaan Negeri mempunyai simpanan makanan untuk rakyat sekiranya negeri kita mengalami masalah terputus bekalan makanan asas dan jika ada, selama manakah simpanan tersebut dapat bertahan, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan dari Yang Berhormat Galas, Alhamdulillah kita telah membuat tambahan simpanan sebagaimananya yang disebutkan tadi. Sumber makanan utama iaitu beras telah mengcukupi dan melebihi tahap sara diri rakyat Kelantan dan kita mempunyai kilang padi Bernas yang besar di Padang Pak Amat, Pasir Puteh yang telah membekalkan makanan atau beras bukan hanya untuk rakyat Kelantan tetapi kepada negeri-negeri yang lain. Jadi simpanan ini kalau mengikut apa yang telah dibentang pada kita dapat menyimpan mengikut keperluan dari setahun ke setahun kalau kita menyimpan untuk stockpile yang besar untuk beberapa tahun, kita belum ada kawasan yang tempat simpanan untuk tahun-tahun yang panjang tetapi kita menyimpan untuk setakat ini keperluan-keperluan dari setahun ke setahun dengan mengcukupi. Jadi untuk data simpanan tahunan yang lama sebenarnya kita belum membuat satu tempat yang khas untuk simpanan demikian. Walaupun demikian, kilang-kilang padi kita yang ada di Kelantan telah menyediakan bekalan dan juga pemprosesan beras yang cukup untuk rakyat Kelantan bagi beberapa tahun yang akan datang In Shaa Allah.

Dato' Dr. Ramli b MamatPAS · GSBunut Payong

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Timbalan Speaker

Bunut Payong.

Dato' Dr. Ramli b MamatPAS · GSBunut Payong

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Soalan tambahan adakah kerajaan menyedari bahawasanya kebanyakkan daripada rakyat-rakyat Kelantan menggunakan beras daripada Thailand. Jadi apakah, apakah yang kita buat kerajaan buat untuk mengelakkan penggunaan beras daripada Thailand disebabkan oleh bekalan beras yang dinyatakan oleh kerajaan penghasilannya adalah lebih daripada keperluan pemakanan di negeri Kelantan. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Bunut Payong, Alhamdulillah rakyat Kelantan ini mempunyai pilihan untuk makanan sajian mereka harian kerana kita berhampiran dengan Thailand ataupun kita panggil beras siam jadi rakyat Kelantan ini dia ada pilihan, pun demikian kita sentiasa kempen supaya rakyat kita menggunakan beras tempatan yang lebih baik.

Dalam usaha kita, kempen tersebut kita buat satu program Al-It’am iaitu pengagihan beras percuma kepada rakyat yang memerlukan di setiap DUN sebanyak 300 orang penerima setiap DUN dengan beras tempatan kita. Itu sebahagian kempen kita dan mereka boleh menerima dengan baik tidak ada apa-apa rungutan dengan beras tempatan kita yang In Shaa Allah juga semakin diterima oleh kerana kempen kita ini daripada penerima 200 kemudian menjadi 250 orang setiap DUN dan sekarang ni hampir kepada 300 orang setiap DUN dengan kita membua setiap pusingan dengan kempen menggunakan beras tempatan.

Timbalan Speaker

Bunut Payong, errr Pasir Tumboh.

YB TUAN HJ ABD. RAHMAN B YUNUS Acap bangun tokleh semace, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya masih lagi mengikuti kehendak soalan nombor 8 tadi yang diajukan oleh Tanjung Mas. Sebelah kalu kito tengok banyak negara-negara sekarang ini seperti Sri Lanka dan beberapa negara menghadapi inflasi akibat daripada Covid-19, dan kito Kelate ni sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Pengerusi Exco Pertanian tadi, masih lagi di tahap yang boleh membanggakan. Apa pun itu boleh jadi dalam jangka masa yang pendek, yang panjang dan sekiranya krisis ini berlanjutan dok, sekiranya krisis pemakanan ini adalah berlanjutan, apakah kita telah mengambil kira sebab sebelah daripada negeri kita ini adalah negara Thailand, negara Thailand ini adalah negara pertanian yang banyak mengeluarkan hasil-hasil pertanian. Apakah kita telah mengadakan hubungan kerajaan negeri dengan Thailand, hubungan apa nak panggil ni hubungan pemakanankah, hubungan persiapan untuk menghadapi sekiranya kita menghadapi masalah makanan ini. Dan soalan yang keduanya ialah Kelantan ni kito tidak boleh nok tolok doh. 90% daripada bumi Kelantan ini adalah untuk pertanian dop, 90% adalah untuk pertanian. Apakah kerajaan, usaha kerajaan dalam jangka masa yang panjang untuk kito nok tengok rakyat kito yang takdok kijo ko ataupun yang masih bekerja yang mereka ni berminat untuk menceburi bidang pertaniannya dan untuk menceburi bidang pertaniannya. Apakah kerajaan perancangan kerajaan?

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Pasir Tumboh. Ada dua soalan tambahan, pertama hubungan Kelantan dengan Thailand dari segi sektor pertanian. Alhamdulillah kita telah membuat beberapa perbincangan dan lawatan sebelum kita dilanda dengan Covid-19 baru-baru ini, beberapa rombongan kita telah pergi ke sana dan rombongan Thailand telah mari ke Kelantan melalui agensi-agensi untuk Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd, kita telah buat kerjasama strategik dari segi pembangunan bioteknologi pertanian Kelantan dengan Thailand dan juga kita telah menghantar beberapa rombongan usahawan kita untuk berkursus

selama seminggu setakat ini tiga pusingan kita hantar ke Thailand untuk mendapatkan pengalaman dan juga berlaku di sana training tentang pertanian-pertanian berteknologi moden dengan Thailand. In Shaa Allah hubungan yang strategik ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan kerajaan negeri Thailand.

Berkenaan dengan usaha kita meramaikan usahawan tani sebenarnya kita telah gunakan beberapa bajet yang agak besarlah dalam pembangunan usahawan tani melalui jabatan-jabatan, Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan Negeri Kelantan dan juga oleh agensi Kerajaan Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Pertanian kemudian Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd dan juga Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd. Kita telah berusaha untuk meramaikan lagi usahawan-usahawan tani dan juga melalui pusat khidmat DUN dan ini tahun ke-2 kita beri peruntukan sebanyak RM30 ribu setiap DUN tahun yang ke-2 tahun ini untuk melahirkan usahawan-usahawan tani khususnya kepada para pemuda dan pemudi yang berminat dengan pertanian yang kita sedari. Kelantan mempunyai tanah pertanian yang subur dan masih ada tanah-tanah terbiar yang dapat dibangunkan dan juga Kerajaan Negeri sejak lebih 10 tahun memperuntukkan lebih RM600 ribu melalui Jabatan Pertanian di Kelantan di bawah peruntukan pembangunan tanah terbiar pertanian In Shaa Allah dengan usaha kita buat ini akan lahir ramai usahawan-usahawan tani yang berjaya In Shaa Allah.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bunga.

Dato' Haji Mohd Adhan b KechikUMNO · BNBukit Bunga

Yang Berhormat Timbalan Speaker pohon jawapan kepada soalan saya yang nombor 10.

Soalan 10 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah kaedah kawalselia pengeluaran emas daripada lombong yang ditetapkan oleh Kerajaan.]

Ustaz Dato' Hj Ahmad b YakobPAS · GSMenteri Besar · Pasir Pekan

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, kawalan selia pengeluaran emas daripada lombong ini bermula daripada produk mentah dibawa masuk ke Palong kemudian berkunci yang dimeteri rapi mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Tempoh masa pencuciannya Palong ini bergantung kepada berbeza mengikut jenis, iaitu kalau seminggu untuk Olivia, sebulan ialah sebulan sekali untuk Hardrock. Jadi pada hari pengeluaran emas akan dihadiri oleh dan disaksikan oleh tiga pihak iaitu wakil dari pejabat PTG ataupun Pengarah Tanah Galian, yang kedua wakil dari pemegang lesen dan yang ketiga juga wakil dari kontraktor ataupun syarikat. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Sila Bukit Bunga.

Dato' Haji Mohd Adhan b KechikUMNO · BNBukit Bunga

Soalan tambahan saya mungkin ada dua ataupun tiga, kawalan ini dilihat amat mustahaklah oleh kerana perlombongan emas boleh menjadi sumber pendapatan yang tidak sedikitlah kepada Kerajaan Negeri dan saya lihat unjuran pendapatan yang dibuat oleh sebuah syarikat yang sedang mengusahakan perlombongan di Kelantan ini dan saya lihat apa yang berlaku seolah-olahnya akan hanya ada satu buah syarikat utama sahajalah yang akan melombong di negeri Kelantan ini, sebab pajakan-pajakan yang ada di serata negeri Kelantan ini nampaknya ada usaha join venture yang dibuat oleh pemilik permit dengan syarikat yang berkenaan.

Dari segi syarikat itu memanglah keuntungan yang diraih sejak daripada tahun 2012 sehingga 2021 begitu besar dari segi revenue yang diperolehi pada tahun 2012 umpamanya mereka memperolehi lebih daripada 16juta USD. Manakala pada tahun 2020 sudah meningkat kepada 23juta USD. Dan kalau dilihat kepada pendapatan yang diperolehi pada tahun 2021 pula umpamanya sudah melonjak kepada 32 juta USD juga. Maknanya kalau dalam masa setahun 2020, 23 juta lebih USD kepada 32 juta USD ini adalah merupakan satu pendapatan yang begitu lumayan oleh pihak syarikat. Sudah tentu Kerajaan Negeri juga akan memperolehi pendapatan yang lebih kerana dari segi royaltinya kita cas pada waktu ini saya difahamkan ialah 10% daripada revenue tersebut.

Bayangkan jikalau kita dapat menjawab dengan baik soalan yang pernah dikemukakan oleh pihak Audit Negara kepada Kerajaan Negeri dari segi kawalan ini kawalan perolehan dan juga terutamanya lah dari segi kita kegagalan pihak pelesen merekodkan pendapatan. Ada ditegur pada tahun 2018 apakah tindakan yang dah dibuat oleh pihak PKINK yang merupakan pelesen utama yang telah membuat join venture dengan syarikat berkenaan. Sebab jikalau rekod itu tidak disimpan dengan baik dari segi perolehan syarikat revenue yang akhirnya daripada royalti itu sudah tentu ia akan merugikan kerajaan negeri. Ini dari sudut kawalan yang pertama. Yang keduanya walaupun disebut oleh YAB tadi ada pihak-pihak yang berwajib menjaga dari segi pengeluaran emas itu daripada Palong membawak kepada akhirnya emas itu bawak keluar daripada lombong. Tapi ada kebimbangan apakah kawalan itu mencukupi, mencukupi dan berkesan kerana emas ini adalah satu bahan mineral yang kecil ya. Walaupun boleh di, di, dijadikan sebagai jongkong saya difahamkan sudah lebih daripada, minta maaf ya, 6.5 tan sudah diangkut keluar daripada negeri kita daripada bumi Kelantan ini bagi tempoh 2012 sehingga 2021, 6.5 tan jong emas ini sudah dibawa keluar daripada bumi Kelantan. Adakah bagi tempoh tersebut munasabah? Dari segi berat itu, ini berkait dengan kawalan la. Yang Amat Berhormat adakah kita berpuas hati dalam tempoh tersebut 6.5 tan sahaja ke atau “nah nah” bahasa Kelantan kito “nah banyok dekeneh”. Itu juga saya rasa perlu kepada perhatian daripada Kerajaan Negeri, sebab saya lihat unjuran revenue yang di report, yang dilaporkan oleh syarikat ini melalui annual reportnya pada 2020, tadi revenuenya 23juta USD dan 2021 kepada 32 juta USD ini satu lonjakan yang begitu tinggi. Jadi, saya, saya percaya ini perlu mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak Kerajaan Negeri supaya hasil royalti kita pungut itu apa namanya dapat kita perolehi dengan sebenar-benarnya.

Timbalan Speaker

(MENCELAH): Cukup dengan dua soalan dulu lepas ni kita sambung.

Dato' Haji Mohd Adhan b KechikUMNO · BNBukit Bunga

Ini perlu kepada penerangan kalau tidok tok pehe ni sebab tu saya ambik masa sikit.

Timbalan Speaker

Ok, terima kasih.

Dato' Haji Mohd Adhan b KechikUMNO · BNBukit Bunga

Kemudiannya dari segi jongkong emas itu daripada lombong. Kawasan lombong pun ni dio sudah jadi eksklusif. Kalau kita pergi Sokor adakah pihak Kerajaan Negeri saya difahamkan hari tu walaupun saya tidak dijemput saya tahu Dato’ SS dan rombongan ada masuk ke situ tetapi adakah benar-benar kemasukan kita di situ ada kesan dari segi penguatkuasaan apa yang sebenarnya kita nak cari ataupun semata-mata hanyalah satu pesta melawat. Ooo Kerajaan Negeri pergi melawat satu kawasan lombong emas. Adakah kita benar-benar dapat memahami dari segi operasi yang ada di situ. Dalam kawasan lombong itu dengan yang ada guard nyo. Betullah emas ini perlu kepada jagaan yang rapi tapi adakah kerapian penjagaan itu adakah bermaksud untuk kepentingan pelombong ataupun boleh dijadikan sebagai senjata untuk kita, kita kerajaan negeri kita ini mendapat satu kawalan demi kepentingan Kerajaan Negeri kita. Kalaulah semata-mata kita, kita kata saya pernah mendapat jawapan ini dalam sidang yang lepas di mana YAB juga menjawab, kita ...

Timbalan Speaker

(MENCELAH): Sidang lepas doh jawab doh.

Dato' Haji Mohd Adhan b KechikUMNO · BNBukit Bunga

Betul, betul, saya nok related.

Timbalan Speaker

(MENCELAH) Sila. Saya rasa biar Yang Amat Berhormat yang jawabkan satu soalan itu dulu.

Dato' Haji Mohd Adhan b KechikUMNO · BNBukit Bunga

Tokleh tokleh tok sapa makrab lagi dengar deh, dengar dulu dengar kan dulu, sobar sobar

Timbalan Speaker

(MENCELAH) Sila, sila, sila Yang Amat Berhormat ...

Dato' Haji Mohd Adhan b KechikUMNO · BNBukit Bunga

Sobar, saya belum habis lagi Yang Berhormat Dato’ Speaker, takkan lagu ni pun tokleh nok sobar. Jongkong-jongkong emas ni kalau dibawa keluar melalui jalan darat it’s alright ok ada, ada dikatakan ada roadblock dan sebagainya tapi berapa kerat roadblock itu kita lakukan? Adakah pihak kerajaan menyedari bahawasanya ataupun mengetahui ada kemungkinan jongkong-jongkong emas ini dibawa keluar dengan helikopter, helipad dalam kawasan itu, helipad. Helikopter datang ambik emas ke mana emas itu di bawa pergi? Macam mana kita kawal mengenai dari segi emas yang dibawa keluar itu?

Timbalan Speaker

Saya rasa, saya rasa Yang Amat Berhormat boleh faham dah faham sila Yang Amat Berhormat lepas ni saya sambung kalu ada soalan tambahan lagi. Silakan duduk, sila duduk.

Ustaz Dato' Hj Ahmad b YakobPAS · GSMenteri Besar · Pasir Pekan

Yang Berhormat Dato’ Speaker, apa yang kita laksanakan selama ini mempunyai peraturan-peraturan yang cukup lengkap dan laporan-laporan yang bertulis di mana hari kito cuci dan kita timbang bersama ada tiga pihak. Dan hari itu jugak ada pembelinya, kebiasaannya pembelinya ada. Ataupun biasa atau pembeli dan timbang dan keluar rekod setiap pembelian emas ditimbang dan keluar rekod sama ada helikopter ke kereta api ke, kereta apa sekali pun di mana rekod itu ada bersama, banyak mana emas itu di keluarkan daripada kilang dan banyak mana telah dibeli. Kebiasaan itulah sahaja.

Kemungkinan kita dari jauh nampak helikopter mari, betul. Tetapi telah pun di rekod. Jadi In Shaa Allah apa yang kita buat ini kita yakin, ha kita yakin bahawa apa yang kita telah beri tugas, melaksana tugas dengan betul. Dan kita buat lawatan, kita telah diberi taklimat satu per satu bagaimana proses-proses ini dibuat sehingga emas itu keluar menjadi jongkong dan dihadiri berkenaan untuk berapa rekod yang diterima.

Setakat ini kita tidak ada masalah tapi kalau ada dzan yang tidak dapat diterima, jadi kita cubalah sedaya upaya untuk mendapat penjelasan yang kita lihat operasinya lagi. Setakat ini kita yakin bahawa apa yang keluar itu sudah pun

diambil kira semua. Pihak PKINK bersama dengan dapat royalti yang telah didapati dari emas yang telah dijual tadi. Ok terima kasih.

Timbalan Speaker

Sila Bukit Bunga sekali lagi.

Dato' Haji Mohd Adhan b KechikUMNO · BNBukit Bunga

Saya tadi nak masuk satu cadangan lain iaitu dari segi kawalan ini kenapa kita tidak guna pakai sistem yang dipakai oleh pihak kerajaan Persekutuan di dalam kilang-kilang. Kilang-kilang besar di mana ada pegawai kastam yang bertugas di situ sepenuh masa ya. Kalau kita hanyalah mengharap masa, maso nak ngayok, maso nak nimbang maknanya kita tidak ada surveillance situ adalah tidak berkesan kerana pada masa-masa tertentu, pada waktu-waktu yang ditetapkan oleh tentunya, nombor satu sekali pengusaha yang berkenaan. Ok takpelah saya ini mungkin nampak boleh la terlajak sikit dari segi nak jaga, nak jaga hasil kerajaan Kelantan ni bukan sebab apa-apa ya, tak mau berlaku ketirisan yang besar-besaran dan juga kerana saya tertarik dengan teguran yang pernah dibuat oleh audit sendiri terhadap operasi ini ya. Yang kedua, dari segi kawalan lagi. Dari segi kawalan kaedah perlombongan yang dilakukan di tapak ya, saya difahamkan di lombong yang ada di Kelate kita ni dia ada menggunakan kaedah cyanide. Kolam takungan sinida cyanide, kolam ini dibuat secara besar-besar, besar-besar beberapa kolam di dalam kawasan perlombongan itu biasanya dia duduk bukan duk bawah, ini peliknya sinida ni duk duduk atas bukit.

Jadi kolam ni adakah pihak kerajaan pernah semak tengok kolam-kolam ini adakah wajar ianya dibuat dalam kaedah tersebut. Saya difahamkan dan saya terbaca dalam perlombongan ini di Brazil umpamanya pernah berlaku kolam takungan Sinida ini, dia bilo mari palo air seperti mana berlaku di baling yang terkini tu dan tempat-tempat lain menyebabkan banjir besar-besaran. Ramai orang mati, lombong emas jugak. Di Hubei di China jugak perkara yang sama pernah berlaku kerana kaedah perlombongan emas yang dilaksanakan itu saya difahamkan di Kelantan kita pun guna kaedah yang sama. Jadi hak ni kena berhati-hati. Saya rasa perlu ada perhatian pihak Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Ustaz Dato' Hj Ahmad b YakobPAS · GSMenteri Besar · Pasir Pekan

Terima kasih kepada apa pandangan dan cadangan yang diberi oleh Bukit Bunga. Apa pun kita ada Jabatan Mineral dan juga pihak jabatan mineral sentiasa melihat bagaimana larutan resap karbon yang dilakukan itu samada bocor atau tidak bocor. Jadi apa yang dibuat di laporan setakat ini dia berpuas hati dengan kaedah yang dilakukan oleh pihak syarikat setakat ini. Terima Kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Jelawat.

Hj Abdul Aziz b KadirPAS · GSJelawat

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻦ ﻟﺮﲪ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker mohon jawapan saya bagi nombor soalan 11. Soalan 11 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, jumlah kekosongan jawatan penggawa dan pembantu penggawa yang belum di isi di seluruh negeri khususnya di Jajahan Bachok sehingga kini.]

Yang Berhormat Timbalan Speaker untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Jelawat,kekosongan jawatan Penggawa dan Pembantu Penggawa di seluruh negeri Kelantan sehingga kini ialah 17 kekosongan iaitu 10 bagi jawatan Penggawa dan 7 bagi Pembantu Penggawa. Bagi jawatan Penggawa kekosongan ini satu di Bachok, satu di Jeli, satu di jajahan kecil Lojing, satu di Machang, dua di Pasir Mas, satu di Pasir Puteh, satu di Tanah Merah, dan dua di Tumpat. Manakala kekosongan bagi jawatan Pembantu Penggawa ialah satu di Bachok, empat di jajahan Kota Bharu, satu di Pasir Mas, satu di Tanah Merah, semua sekali ialah tujuh. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Jelawat.

Hj Abdul Aziz b KadirPAS · GSJelawat

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih di atas jawapan yang telah diberi oleh pihak kerajaan berhubung dengan soalan nombor 11. Perkara yang berbangkit sekarang ini, kerajaan dapat menyelesai masalah apa ni tanggungan penggawa ini dari segi satu penggawa menanggung dua mukim seperti mana berlaku di dalam DUN Jelawatnya di mukim Gunung dan mukim Mahligai, Alhamdulillah telah selesai. Persoalan yang ada pada kita sekarang ini adakah kerajaan sedar bahawasanya berlaku pertindanan tugas juga, mukim penggawa ini berada di dalam dua DUN. Umpamanya kalau di Jelawat kita mukim Penggawa Berkelam dia menanggung tugas-tugas dalam DUN Tawang dan tugas-tugas dalam DUN Jelawat. Begitu juga mukim juga penggawa Telong menanggung tugas di Pantai Irama. Begitu juga dalam DUN Jelawat. Apakah kerajaan satu masa nanti akan cuba untuk menyelesai permasalahan ini In Shaa Allah.

Yang Berhormat Timbalan Speaker saya tak beberapa faham soalan itu sebab kalau kekosongan penggawa itu memang kita akan buat pengisian bila ada calon yang sesuai ataupun yang layak. Tapi dari segi mukim ni penggawa ni dio ada daerah dia, mukim tu penghulu. Penggawa ni dia ada daerah dan memang ada berlaku daerah penggawa ni duduk dalam dua DUN. Jadi tidak berlaku pertindihan tugas sebenarnya sebab dia bertugas dalam daerah dio. Cuma kebetulan kawasan daerah itu ada dalam DUN, ni ada dalam DUN ni. Itu maksudnya. Sebagai contohnya di kawasan saya Pengkalan Chepa tu, daerah Kemumin, daerah Kemumin ada Penghulu dalam daerah Kemumin ni dalam DUN Panchor. Dan ada penghulu dalam daerah Kemumin ni dalam DUN Chempaka. Penggawanya sorang saja. Jadi tidak berlaku pertindihan tugas. Sebab penggawa ni bertugas dalam daerah dia. Dia ada beza tu. Jadi tu sayo kata saya tak beberapa faham tentang persoalan tu. Kalau penggawa itu menanggung tugas dua daerah, itu kita akan tengok dan kita akan buat pengisian kepada kekosongan itu. Jadi Itu penjelasan saya, terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Galas.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker dan saya juga mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Menteri Besar di atas pengisian jawatan Penggawa di Galas yang dipangku lama, cuma tambahan soalan berkenaan dengan cadangan ataupun pihak kerajaan bagi pembinaan pejabat-pejabat penggawa daerah Kuala Betis ini kerana bagi memudahkan masyarakat melayu dan orang Asli di Kuala Betis bagi mendapatkan khidmat penggawa. Sekarang ni untuk pengetahuan Yang Berhormat mereka terpaksa ke Pejabat Tanah Kecil Lojing yang jaraknya hampir 80km sehala sekiranya memerlukan khidmat Penggawa. Terima kasih.

Ok In Shaa Allah saya akan ambil perhatian perkara ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat Limbongan.

Mohd Nazlan b MohamedPAS · GSLimbongan

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan Kelantan kerajaan yang peka. Aspek pendidikan diberi perhatian yang khas. Yang Berhormat Dato’ Speaker mohon jawapan soalan saya nombor 12. Soalan 12 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah Kursus Pengajian atau Bidang Pengajian yang baharu yang ditawarkan oleh Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra @ KIAS selepas dinaiktaraf menjadi Kolej Universiti. ]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Limbongan yang telah bertanyakan berkenaan kursus-kursus ataupun bidang pengajian baru yang ditawarkan oleh kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) selepas di naiktaraf menjadi kolej Universiti. Untuk pengetahuan Ahli-Ahli Yang Berhormat setelah di naik taraf menjadi kolej Universiti maka beberapa, 11 kursus pengajian atau bidang pengajian yang baru ditawarkan. i. Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Pengurusan Halal (Kepujian) ii. Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Pengurusan (Kepujian) iii. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Pengurusan (Kepujian) iv. Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-Qur’an Dengan Pengurusan (Kepujian) v. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kepujian) vi. Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Untuk Tujuan Khusus (Kepujian) vii. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat (Kewangan Islam) (Kepujian) viii. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Dengan Multimedia (Kepujian) ix. Diploma Teknologi Maklumat x. Asasi Pengajian Islam xi. Asasi Pengurusan Perniagaan Terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Pantai Irama.

Haji Mohd Huzaimy b Che HussinPAS · PNPantai Irama

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker pohon jawapan kepada saya soalan nombor 13. Soalan 13 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, berapakah jumlah nelayan yang berdaftar mengikut jajahan dan apakah jenis bantuan yang telah disalurkan kepada mereka.]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker terima kasih kepada Pantai Irama yang bertanyakan jumlah nelayan yang berdaftar mengikut jajahan dan bantuan yang disalurkan kepada nelayan. Mengikut perangkaan Jabatan Perikanan Negeri Kelantan nelayan yang berdaftar bagi tahun 2020 mengikut jajahan seperti berikut: Nelayan Berdaftar Tahun 2020 (Data Rasmi Merujuk Kepada Perangkaan Jabatan Perikanan)

Daerah/Zon Zon A Zon B Zon C Zon C2 Zon C3 Jumlah Kota Bharu 591 25 110 0 0 726 Tumpat 831 97 190 8 0 1126 Bachok 893 4 73 70 0 1040 Pasir Puteh 221 43 219 2125 0 2608 Jumlah 5500

Manakala jenis bantuan yang disalurkan bagi tahun lepas 2021:

i. Peralatan sokongan menangkap ikan iaitu enjin galah.

ii. Peralatan galakan teknologi iaitu GPS Garmin-agihan kepada nelayan pantai negeri Kelantan sebagai bantuan peralatan teknologi.

iii. Peralatan ikan hiasan iaitu besen plastik, dan kerek telaga.

iv. Peralatan ternakan untuk diberi bantuan kepada nelayan (pukat sangkar, tong pelampung, kayu, besi).

v. Peranti pengumpulan ikan (unjam) bagi komuniti perikanan untuk peningkatan sumber perikanan di empat jajahan iaitu Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu dan Tumpat.

vi. Makanan Rumusan Ikan Air Payau Dan Air Tawar.

vii. Benih ikan kap kepala besar bersaiz 3-4 inci, benih ikan siakap, benih hidup udang galah.

viii. Peralatan menangkap ikan iaitu pukat udang tiga lapis, pukat hanyut (pukat kaya) untuk nelayan – twine.

ix. Peralatan menangkap ikan iaitu bahan-bahan membina unjam pesisir pantai untuk nelayan myKomuniti (myKP), Pulau Belongan, Bachok Kelantan di bawah myKomuniti perikanan.

x. Peralatan menangkap ikan seperti Tong Insulasi HDPE 100 liter dan pukat hanyut.

Melalui peruntukkan pembangunan pantai dan akuakultur Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM350 ribu setiap tahun bagi pembangunan nelayan pantai dan darat melalui program nelayan Al-falah dengan kerjasama pejabat DUN berkaitan. Dari peruntukan ini setiap tahun di khususkan sebanyak RM150 ribu bagi pembangunan nelayan darat di kawasan Sungai Rasal dan Sungai Danau Tok Uban Pasir Mas Kelantan. Di mana bermula 2008 hanya 10 orang penternak dengan peruntukkan ini telah melakukan peningkatan yang mendadak dengan penternak di sana seramai 77

orang penternak dengan jumlah sangkar hampir 300 petak. Dan telah berjaya melahirkan tiga kumpulan penternak berdaftar di bawah Jabatan Perikanan Negeri Kelantan di kawasan Danau Tok Uban. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Pantai Irama, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Pertamanya terima kasih di atas jawapan daripada pihak kerajaan. Daripada jawapan tadi jelas kita lihat bahawa industri perikanan antara industri yang juga besar di Kelantan. Yang Berhormat Dato’ Speaker saya juga yakin bahawa dalam suasana PKP, lepas PKP dan juga kes Covid-19 ini, kita hadapi juga masalah suasana cuaca yang tidak menentu yang menyebabkan khususnya nelayan laut yang menyebabkan hasil pendapatan mereka terjejas kerana suasana cuaca yang tidak menentu. Dan juga beberapa kes yang berlaku yang mana kemalangan di laut dan juga kemalangan di muka kuala yang kita dilihat ataupun dalam catatan sayanya ada 11 kes kemalangan di laut di Bachok dan juga di muka kuala. Cadangan saya soalan sayanya, tidakkah kerajaan bercadang untuk menambahkan peruntukkan kepada nelayan khususnya yang menghadapi musim tengkujuh ini dan juga kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan kemalangan di laut. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Pantai Irama. Sebagaimana yang kita sedia maklumlah perubahan cuaca berlaku terutamanya dengan jelas pada tahun ini yang memberi kesan kepada nelayan-nelayan terutamanya nelayan Zon A lah nelayan pantai ini, jadi kita telah tahun ini menyediakan peruntukkan bantuan kepada nelayan-nelayan seluruh Kelantan sebagai bantuan one-off yang kita telah laksanakan melalui pusat khidmat DUN dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan. Dan berkaitan dengan kemalangan di muka kuala ni berlaku jugak tapi tidak la begitu teruk oleh kerana dapat dikawal dengan beberapa taklimat daripada pusat daripada jabatan-jabatan dan juga daripada LKIM sendiri yang

memberi amaran kepada nelayan-nelayan di masa-masa yang tidak sepatutnya mereka keluar. Jadi mereka mempunyai maklumat sebenarnya daripada pihak jabatan yang berkaitan. Dan saya juga telah berbincanglah dengan pihak UPEN dan juga pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, In Shaa Allah cadangan untuk menambah bajet kepada nelayan-nelayan ini In Shaa Allah akan diperhalusi dan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak kerajaan In Shaa Allah kita akan dengarlah dari Yang Amat Berhormat nanti In Shaa Allah.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Tanjong Mas.

Puan Hjh Rohani bt IbrahimPAS · PNTanjong Mas

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker pohon jawapan bagi soalan 14.

Soalan 14 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah perkembangan terkini berkaitan usaha-usaha kerajaan dalam menangani isu masalah air di negeri Kelantan.]

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Mas, sememangnya kita Kerajaan Negeri cuba mengatasi masalah air di negeri Kelantan kita ini dengan beberapa pendekatan. Pertamanya kita meningkatkan sumber air mentah. Untuk makluman Yang Berhormat sumber air mentah kita ini, kita perolehi dari dua punca iaitu air sungai dan juga air tanah. Perancangan telah dibuat untuk menangkung air sungai melalui kaedah takungan air pinggiran air sungai TAPS dan takungan empangan cadangan pembinaan TAPS dengan kapasiti 500 juta liter sehari telah pun dirancang di Labok, Machang dan cadangan ini telah pun diangkat ke Kerajaan Persekutuan untuk kelulusan pelaksanaan dalam RU plan tiga tahun 2023 dalam rancangan Malaysia ke-12. Dengan siapnya projek TAPS

ini pada tahun 2027, jaminan- jaminan air mentah di kawasan utara lembangan sungai Kelantan akan dapat meningkat. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Galas.

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Exco sebentar tadi, soalan tambahan saya ialah berkaitan dengan penukaran paip. Berapakah jumlah kilometer paip lama yang telah ditukar dari sasaran 4006 kilometer dari tahun 2020 hingga kini. Sebagai contoh mengikut kenyataan Yang Berhormat Menteri Besar pada Mei 2022 hanya 340km paip dilaksanakan pada tahun ini dan 220km pada tahun 2023.

Perkembangan sebegini Yang Amat Berhormat saya lihat amat perlahan seolah-olah penukaran paip ini kurang penting berbanding dengan pembinaan loji-loji mini yang akhirnya tidak dapat mencapai kapasiti sebenar beroperasi oleh paip bocor. Jadi soalan saya apakah penyebab berlaku keadaan ini, adakah sukar untuk memohon daripada Perbadanan Aset Air Berhad ataupun daripada SPAN peruntukan untuk penukaran paip berbanding memohon peruntukkan untuk membina loji. Terima kasih.

Terima kasih kepada soalan tambahan, sememangnya lah kerja-kerja paip mengambil masa yang panjang, di samping kita melibatkan peruntukkan yang besar sebagaimana dalam jawapan saya pada sidang dewan lepas, untuk kita menukar 4006 km paip uzur di kelate kita ini, kita melibatkan kita belanja sebanyak RM1.3 Billion. Yang Amat Berhormat Dato’ Bentara Kanan telah pun membuat permohonan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita hok dulu. Tapi statusnya sampai sekarang jawapannya masih belum kita terima dan kita mengharapkanlah bila turun peruntukkan RM1.3 Billion kemungkinan besar kita dapat menyelesaikan masalah penukaran paip sepanjang 4000 km. Untuk makluman Yang Berhormat di samping peruntukkan kita juga melibatkan jabatan-jabatan, ataupun agensi-agensi kerajaan kerana sebahagian besar dari

paip kita ini letaknya di bawah, di bawah jalan. Maka untuk mendapat kebenaran untuk kita gali dan sebagainya kita kena dapat kebenaran daripada pertamanya, JKR. Yang kedua, Majlis-Majlis Daerah dan yang ketiganya apa ni Tenaga Nasional dan sebagainya. Kerana sebahagian besar apa ni bekalan-bekalan elektrik dan telekom duduk bawah jalan belako, kabel dan sebagainya. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, sememangnya lah kita mengakui bahawa proses penukaran paip mengambil masa yang panjang. Untuk makluman Yang Berhormat, mengikut rekod yang kita ada, saya sebut disini bahawa cadangan kerja penggantian paip lama dan uzur dengan paip baru di negeri Kelantan tahun 2018, kita hanya apa ini dapat menyelesaikan pakej 1, pakej 2, pakej 4, pakej 5, pakej 7 sebanyak 97km sahaja melalui pembiayaan PAAB.

Manakala pakej 3 sepanjang 95km dalam proses baru nak tender bagi cadangan kerja paip yang lama dan uzur di Negeri Kelantan tahun 2019 pakej 1, 95km kita akan siap pada tahun 2024 dalam proses pembinaan. Pakej yang kedua, 155km dah start dari tahun 2022, dijangka siap tahun 2024 baru dalam proses pelantikan kontraktor. Jadi masa inilah menyebabkan kita merasakan bahawa kalau ada satu pendekatan yang kita boleh buat supaya proses masa ini dapat dipercepatkan In Shaa Allah kita dapat menyelesaikan masalah ini dengan sebaik. In Shaa Allah.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Tendong.

Tuan Rozi b MuhamadPAS · PNTendong

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, mohon jawapan untuk soalan nombor 15.

Soalan 15 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, sejauhmanakah usaha-usaha kerajaan dalam menangani masalah pembalakan haram dan berapakah jumlah kawasan pembalakan yang dilakukan secara haram yang dapat dikesan dalam tempoh 2020 dan 2021.]

Ustaz Dato' Hj Ahmad b YakobPAS · GSMenteri Besar · Pasir Pekan

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tendong. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah melaksanakan usaha-usaha untuk menangani masalah pembalakan haram dengan kaedah pemantauan kawasan berhutan secara berkala melalui pendirian ataupun pendirian jauh ataupun dipanggil FMRS dan juga Sistem e-Geospatial Perhutanan (e-GP). Penggunaan drone pemantauan berkala secara rondaan. Operasi bersepadu pelbagai agensi penguatkuasaan dan sebagainya di mana Kerajaan Negeri ,melalui JPNK juga amat memandang serius dan telah mengambil tindakan tegas dengan melaksanakan pendakwaan di mahkamah melalui peruntukkan Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985. Jumlah kawasan pembalakan yang dilakukan secara haram yang dapat dikesan dalam tempoh 2020 dan 2021 adalah seperti tahun 2020 ialah 10.84 hektar kawasan satu kawasan sahaja dan 2021 seluas 21.85 hektar juga satu kawasan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Tendong.

Rozi b MuhamadPAS · PNTendong

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat atas jawapan yang diberikan, soalan tambahannya ialah daripada tempoh 2020 hingga 2021 ini adalah tempoh di mana negara kita dalam keadaan PKP ataupun dalam kawalan pandemik Covid-19. Jadi dalam tempoh berkenaan ada di rekodkan berlaku kecurian atau pembalakan haram ini. Jadi adakah pihak kerajaan juga ada melakukan tindakan dari sudut pemantauan dalam tempoh PKP yang berlaku antara tahun 2020 hingga 2021. Terima kasih.

Ustaz Dato' Hj Ahmad b YakobPAS · GSMenteri Besar · Pasir Pekan

Ya sememangnya kita ada pemantauan berterusan walaupun dalam PKP dia di mana petugas bertugas secara bergilir untuk sentiasa secara berkala la, sama ada melalui e-GP ataupun melalui drone dan sebagainya untuk mengesani pembalak-pembalak yang secara haram ini.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kelaboran.

Hj Mohd Adanan b HassanPAS · PNKelaboran

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker pohon bagi jawapan dari soalan saya nombor 16.

Soalan 16 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi menaiktarafkan tempat–tempat rekreasi di negeri Kelantan supaya boleh menjadi tarikan pelancong dan tempat tumpuan masyarakat.]

Dr Izani b Haji HusinPAS · PNKijang

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Kelaboran. Untuk makluman kita semua bahawa tempat-tempat rekreasi sudah menjadi satu keperluan dan kita melihat bahawa tempat-tempat rekreasi yang kita buka tidak dapat menampung kehadiran apa tu pengunjung-pengunjung ke tempat rekreasi. Dua hari lepas saya ke Cucur Puteri, ke Lata Berangin, Jeram Mengaji dan dua tiga tempat yang saya lalui bahawa pengunjung sangat ramai, di Lata Berangi tu infra yang kita buat tu rosak habis dah. Saya tanyo “bakpo patah habis palo paip ni, over used dio kata. Ramai lajok orey masuk tubik masuk tubik sehingga rosak terlalu cepat di Lata Berangin. Dan begitu juga kebersihan saya tak berpuas hati di Lata Berangin dan saya jumpa satu lata yang baru cantik airnya jernih belum dinamakan lagi. Hajatnyo nok bubuh nama Lata Doktor situ. Apa pun dalam, dalam kita menyedari tempat-tempat rekreasi ini adalah suatu keperluan maka kita melalui beberapa Jabatan, Jabatan Perhutanan sendiri, Jabatan Perhilitan, Jabatan Hutan Landskap Negara, Kerajaan Tempatan PBT bergabung untuk menambah baik tempat-tempat rekreasi ini. Contohnya, di kerja-kerja pembaikan di Taman Negara Kuala Koh bersama dengan PERHILITAN. Kemudian dengan Majlis Daerah Tumpat kita menambah baik projek Historical Site View, Jabatan Biji Besi Kampung Jong

Bakar , Laman Tujuh, ,Pantai Sri Tujuh, Dataran Genting. Itu kita menambah baik cantik di Pantai Tujuh dan juga Pantai Genting. Bagi Majlis Daerah Machang kita telah menaik taraf kemudahan tandas awam serta kerja-kerja berkaitan di Night Trail Bandar Machang Kelantan serta menaik taraf Kolam Air Panas Tok Bok. Di Majlis Daerah Dabong kita telah menaik taraf kemudahan awam di kawasan pelancongan tapak view point Gunung Stong, Dabong dan kerja menaik taraf kawasan peranginan Lata Kertas selain mempromosi sepenuhnya fenomena Train to Dabong. Dan juga di Dabong, kita telah menambah kemudahan untuk tandas awam, telah meluluskan apa tu untuk tandas awam dan juga kita akan mencantikkan di sudut mengecat kawasan bandar Dabong untuk lebih ceria lagi, oleh kerana Train to Dabong sudah menjadi telah jadi fenomena maka kita akan melihat Dabong telah menjadi satu tempat yang kita perlu kita tambah baik, In Shaa Allah. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar beri bajet dia sikit baru ini. Bagi Majlis Dabong juga kita telah menaik taraf kemudahan awam di kawasan pelancongan tapak view itu tadi saya ulangi. Yang kedua Majlis Daerah Jeli cadangan menaik taraf kemudahan infrastruktur pelancongan di kolam air panas Jeli Gunung Reng, Lata Renyuk, Lata Janggut, Lata Keding, di Jajahan Jeli. Lata Renyuk juga kita telah menambah kemudahan yang banyak cantik dan Lata Renyuk juga tidak mampu juga menampung pengunjung di hari-hari minggu terlalu ramai orey g di Lata Renyuk dan Lata Janggut tuh. Di Majlis Daerah Gua Musang cadangan dataran di tepi Sungai Ketir dua, Ketir hok dalam luar tu kito telah pun memberi peruntukkan untuk menambah baik Majlis Daerah Tanah Merah. Cadangan naik taraf kawasan rekreasi Lata Hujan, Hujan Ulu Kusial Tanah Merah dan naik taraf landskap yang berhampiran dengan Jambatan Guillemard Kusial, Tanah Merah. Di Majlis Perbandaran Kota Bharu ini kita telah pun selesai saya rasa hampir selesai pengambilan tanah di Pantai Cahaya Bulan untuk kita naik taraf di Pantai Kundur, cantik. Taman Perbandaran Tengku Anis, Tanjung Cat, Taman Al-Fursan, Padang Tembak dan juga Padang Rekreasi Gong Dermin, kita telah menambah baik sedikit demi sedikit. Majlis Daerah Kuala Krai menaik taraf Lata Berangin, naik taraf comey comey dah tapi rosak dah sikit, keno g baiki pulok dah keno baiki pulok Lata Berangin itu.

Membangunkan semula Mini Zoo Kuala Krai In Shaa Allah akan dibuka bila doh Dato’ Mejar, tok ingat dah akan dibuko, bulan ni jugok raso. Menaik taraf tangga Krai sebagai destinasi pelancongan warisan dan dalam proses membaik pulih dan naik taraf Jambatan Sultan Ismail, retok gantung sebagai monumen warisan. Hak ni kita telah luluskan dalam Exco untuk maintain buat molek Jambatan Krai hok lamo tu. Haa itulah saja saya rasa, jadi kita pihak kerajaan telah melihat bahawa tempat-tempat rekreasi ini adalah suatu keperluan kepada rakyat dan kita melihat rakyat kita di hujung minggu penuh tok kiro tempat rekreasi itu sama ada sepanjang pantai daripada Tumpat kepada Pasir Puteh. Dan juga di sepanjang apa tu tempat-tempat peranginan air terjun, Lata dan sebagainya. Jadi saya rasa kita akan teliti perkara ini untuk maintain naik taraf dan jugok buko tempat-tempat baru bergantung kepada kewangan yang ada dan seperti saya sebut tadilah maknanya kita terpaksa mencari kewangan daripada pelbagai jabatan untuk merealisasikan apa tu untuk meningkat taraf apa itu tempat-tempat rekreasi ini, terima kasih.

Timbalan Speaker

(MENCELAH) Yang Berhormat, Yang Berhormat apa dia ni orang lamo duk teringat ko Jeram Linang. Guano Jeram Linang Yang Berhormat?

Dr Izani b Haji HusinPAS · PNKijang

Pun dalam proses naik taraf juga.

Timbalan Speaker

Silakan apa ni Limbongan.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jeram Pasu antara lokasi yang sentiasa meniti di bibir mulut masyarakat. Cuma akhir-akhir ini terpaksa melalui tempoh rawatan yang lama. Jadi apakah pandangan kerajaan untuk memastikan rekreasi air terjun di Jeram Pasu ini dapat dibuka semula untuk masyarakat.

Dr Izani b Haji HusinPAS · PNKijang

Terima kasih Limbongan, betullah apa tu Jeram Pasu ni boleh katakan tempat hok mulo-mulo bukolah awal, kita zaman kecik tempat tu la kito g mainnya tetapi dia telah melalui proses pembaikian-pembaikian sehinggakan saya bila saya jadi Exco ni saya g tengok tu, dio tidak jadi semulajadi. Dio jadi buat nge simen dan sebagainya dan bilo mari palo air gapo semua, dia rosak banyok. Dan sekarang ini dalam proses pemulihan masih kita tak buka lagi la. Dan In Shaa Allah kita akan tengok lebih kurang sebab peruntukkan yang marinya ialah peruntukkan daripada Jabatan Landskap Negara kalau tak silap saya. Jadi In Shaa Allah saya ambil perhatian apa yang disebut oleh Yang Berhormat Limbongan tadi.

Timbalan Speaker

Silakan Gaal.

Mohd Rodzi b JaafarPAS · PNGaal

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Bila sebut Jeram Linang teringat ko Jeram Linang. Terima kasih pada pihak kerajaan kerana telah menceriakan pusat-pusat peranginan di seluruh negeri Kelantan. Soalan tambahan sayanya ialah apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menaik taraf laluan masuk ke hutan Lipur Jeram Linang yang sekarang ni telah diliputi oleh hutan dan bas telah tak dapat masuk lamo dah ke Jeram Linang dan satu ialah penambahbaikkan laluan masuk ke Lata Tujuh di Bukit Yong. Terima kasih.

Dr Izani b Haji HusinPAS · PNKijang

Yang Berhormat Speaker, boleh jadi kerana kita buka banyak do’oh tempat peranginan tu jadi pilihan tu ke lain hoktu hok naik rok tu bokali. Apapun In Shaa Allah kita saya ambik hok serious In Shaa Allah kita ambik perhatian mengenai apa yang di di soal di tanya tadi, In Shaa Allah.

Timbalan Speaker

Kok Lanas sila.

Terima kasih Dato’ Speaker, banyak kali doh bangun. Saya dengan Exco KPKT ni, banyak bendo nak cadang tapi sebab takdo ucapan tapi saya gembira dengar

mengenai rekreasi adalah satu keperluan. Istilah yang digunakan oleh Yang Berhormat Exco dan saya nak tambah I want to add to that dengan izin “recreation place is a human right now “. Saya hok tempat pelancongan tu takpolah tapi saya lebih berminat kepada public park,dengan izin ya. Any city in the world, any good city in the world. Mana-mana bandar raya dalam dunia semuanya ada public park yang bagus. Kito toksoh banding London Central Park, New York Central Park, Brazil kito tengok bandar-bandar kecik di, di, di Malaysia. Saya baru ni pergi ke Ipoh saya terkejut tengok di depan Hotel Casuarina yang dulunya adalah padang biasa telah jadi Public Park. Orang duduk hotel boleh keluar buat jogging track, walking track ada benda-benda yang simple, tidok expensive, tidok mahal. Jadi saya nak tanya Exco adakah, saya nak cadanglah supaya Kota Bharu nok jadi lagu tu. Contoh la contoh. Dulu saya cadang dalam ucapan saya supaya ambik alih Swap Land dengan tanah RISDA di pusat benih di Ketereh di Kok Lanas tu menjadi simple public park. Dan situ ada highway baru, ada central spine, ada ECRL, kemudian ada stadium. Biar dio jadi tempat di mana family boleh pergi recreaction. Begitu jugok bandar Kota Bharu. Kito akan ada stadium besar di, di, di Selising. Kawasan stadium tu saya nok mitok sangat jangan develop dengan bangunan. Recreate that area, stadium tu takdok. Lepas pada ini tak perlu dah ada situ. Kito demolish jadikan ianya sebagai Kota Bharu Central Park. Oh di Tunjong for example. Kita duk sibuk nak penaik bangunan-bangunan pencakar langit tinggi. Orang berebut sebab itu duit kepada orang swasta tetapi rakyat memerlukan pusat rekreasi public yang mana kita boleh lahirkan. Kuala Lumpur ada masalah tu. Putrajaya loni jadi bandar rekreasi. Jadi saya soalan tambahan saya nyo nak, nak tanyo Exco adakah perancangan sedemikian menjadikan Kota Bharu suatu hari ado Public Park, wifi free di mana family tok payoh g jauh. Tok payoh cari latar-latar di sekeliling negeri, kita cari kreatif yang kosnya yang sangat rendoh, terima kasih.

Dr Izani b Haji HusinPAS · PNKijang

Yang Berhormat Dato’ Speaker terima kasih kepada Kok Lanas. Alhamdulillah saya sangat bersetuju dengan apa yang disebut oleh Kok Lanas dan kita kalau tengok di nya di sikit tepi tu, kita buat jupo tanah kecik kito buat. Dan even di Kok Lanas sendiri pun tepi tu ado doh sikit kecik-kecik hok lagu tu. Sebab kita tidok punyai tanah lapang yang ada untuk kita buat. Yang terbaru ni kita telah

merancang di Tanah Merah. Padang Tanah Merah hok kita wak perjumpaan PM baru ni Dato’, itu kita akan rancang untuk jadi Public. Hari ini pun kalu kito gi Padang Tanah Merah tu pun malam-malam orang bowok bekal. Dio berkelah keluarga malam-malam dan kita telah pun bersama dengan Majlis Daerah Tanah Merah telah merancang untuk jadikan padang tu seperti yang disebut itu tadi. Makna ada tempat rekreasi, ado tempat orang jalan kaki, ado tempat dan sebagainya. Dan idea itu sangat baik untuk kita kembangkan dalam bandar-bandar, cuma masalah kita sedikit ialah tanah. Kita tidak punyai tanah lapang kerana semuanya sudah overload apa tu crowded over crowded dengan bangunan.

Jadi kita dalam perancangan kita seperti saya sebut tadi apa tu Tanah Merah akan jadi tempat yang sedemikian. Dan di Gua Musang, di Gua Musang yang saya sebut dekat pesisir apa tu Ketir tu dekat dewan dio tu padang luas tu jugok boleh kita jadikan yang disebut tadi. Cuma dalam bentuk bergantung kepada kewangan kita. Tapi idea itu kita sangat setuju kerana hari ini kita tengok masyarakat kita mencari tempat-tempat tadi. Sebab itu saya sebut ia menjadi satu keperluan.

(MENCELAH) Termasuk la di Airport Kota Bharu tu,orang gi ke Airport tu sama ada nok rekreasi atau nok tengok kapal terbang tok tahu la sebab create la. Malu jugok ko orang pakat berungga pakat g tengok kapal terbang.

Dr Izani b Haji HusinPAS · PNKijang

Jalanlah, dio tanah takdok rapat ke Airport unless apa tu Airport tu boleh bui sedikit tanah kito untuk kita, kita, kita jadikan, tempat lagu tu. Kito boleh mintak dana, kalu, kalu kita ada tapak yang baik bersama dengan mana-mana tempat, kita boleh mintak dana daripada Persekutuan dan sebagainya. Saya rasa perkara ini dalam, dalam apa itu pemikiran, dalam perancangan kita, cuma masa dan perlu diletakkan dalam bentuk yang lebih strategik.

(MENCELAH) Yang Berhormat convert kebun nyor tu, kebun nyor Airport tu tukar jadi public. I mean we create jadi public park ni di Airport rather gi duk tepi jalan gi takdop kebun nyor tu tok berapo hasil lah mano pada Malaysia Airport.

Dr Izani b Haji HusinPAS · PNKijang

Ok Airport telah mari jupo dengan kita, dia akan cuba. Cuma masuk kot Putik tu ado jalan kecik situ, dia akan buko situ jadi tempat, dia, dia telah proposal awal untuk dia bentang kepada kita, cuma dio tidak mari bentang lagi. Dio mari jupo kito suroh dio mari dengan proper proposal pembentangan apa yang nak buat, menara tinjau dan sebagainya. Masuk kok tu untuk sepanjang nyor tu. Ambo pun serupo Dato’ lah nyor tu takdo hasil dah buang-buanglah. Kita buat suatu yang lebih baik. Terima kasih Datuk, terima kasih Speaker.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian saya berhasrat untuk menangguhkan persidangan dan dewan akan bersidang semula pada jam 09.00 pagi esok. Marilah sama-sama kita tangguhkan dengan bacaan tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Dewan ditangguhkan.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 11.09 PAGI DAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA ESOK PAGI 19 JULAI 2022 PADA JAM 9.00 PAGI