Kelantan · 19 July 2022
14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 123 turns · 10,588 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.
(Pembukaan)
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Persidangan Kali Kedua, Bagi Tempoh Penggal Kelima, Dewan Negeri Kelantan Yang Keempatbelas, HARI KEDUA.
Doa
Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Berdoa…. … ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا
Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions
Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, Soalan-Soalan Yang Diberitahu.
Dipersilakan Yang Berhormat Semerak.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 1.
Soalan 1 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah perancangan jangka panjang dan sederhana Kerajaan bagi memastikan pembangunan Tok Bali seiring dengan arus pembangunan Negara, terutama dengan wujudnya jajaran Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan keretapi laju-ECRL. ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Kerajaan Negeri komited dalam membangunkan kawasan Tok Bali sebagai kawasan pertumbuhan baru di Negeri Kelantan melalui pewartaan kawasan Rancangan Khas Bandar Tok Bali. ECERDC Ekonomi Pantai Timur di mana pembangunan di Tok Bali ni yang telah di adakan 2 peringkat jawatankuasa. jawatankuasa pembangunan Tok Bali pengerusi bersama Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan,
Peringkat kedua ialah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal yang di Pengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Kaya Setia di mana kita mempunyai 2 jawatankuasa ini berbincang dari masa ke semasa dan kita ada 2 peringkat iaitu jangka pendek dan jangka panjang.
Jangka pendeknya ialah perancangan jangka pendek iaitu:-
a) Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali
Ini jangka pendeknya di mana ia akan jadikan Tok Bali sebagai hub perikanan serta destinasi eko-pelancongan laut utama di Pantai Timur. Ia juga akan membuka peluang bagi pemain PKS menceburkan diri dalam aktiviti hiliran perikanan.
Pembanguan Fasa 1B sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada bulan Disember 2022.
b) Pembinaan Jeti Pendaratan Tambahan di LKIM Tok Bali.
Projek ini bagi memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan dalam menjadikan Tok Bali sebagai hub perikanan utama. Jururunding telah
dilantik pada April 2022 dan pelantikan Kontraktor dijangka pada Mac 2023. Pembinaan dijangka siap pada Jun 2024. c) Kerja-Kerja menaik taraf Sungai Semerak oleh JPS. Bagi menyelesaikan isu mendapan di Sungai Semerak, langkah penyelesaian jangka pendek telah diambil dengan menjalankan kerja-kerja pengorekan Sungai Semerak oleh JPS. Cuma yang tinggal laginya Jabatan mana yang akan membuat permohonan pada Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan ke-4 Perancangan Pembangunan jangka panjang :-a) Taman Industri Tok Bali TBIP merupakan projek taman indutri bercampur yang akan menumpukan kepada aktiviti nilai tambah (hiliran)merangkumi antara lain minyak kelapa dara, produk-produk industri minyak, gas dan petrokimia dan perikanan seperti paip, struktur besi dan valve steel sheet dan lain-lainlah. Seterusnya ialah pelabuhan Tok Bali dalam usaha Jawatankuasa Pembangunan Tok Bali melihat bahawa persiapan-persiapan sedang berjalan bagi menaikkan taraf pelabuhan Tok Bali daripada supply base. Kemudian terakhir sekali menaikkan taraf jalan iaitu FT482 yang menghubungi CSR dan juga Lebuhraya KB-KK. Terima kasih.
Pasir Tumboh.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Kalau kita bacalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan masa lawatan beliau
ke Tok Bali antaranya penekanan disebutnya Tok Bali disasarkan menjadi pusat pertumbuhan baru di Kelantan dan menerusi cukai khas serta projek berimpak tinggi di kawasan ini sehingga di yakini dapat menyumbang kearah mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM2.3 billion dan ia juga di jangka dapat menjana 4200 peluang pekerjaan baru dan 270 peluang keusahawanan untuk masyarakat tempatan.
Soalannya ialah pertamanya ialah sejauh manakah kejayaan perancangan pembangunan Tok Bali yang telah dapat direalisasikan dan soalan keduanya ialah berapakah sekali dengan nama sekali syarikat yang telah mencebur diri dalam pembangunan Tok Bali?
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kejayaan yang kita lihat sekarang ini ialah pendaratan ikan di Tok Bali melalui LKIM dan yang keduanya ialah kemajuan yang dicapai oleh supply base dan kita lihat bahawa penambahan kemasukkan kapal-kapal di setiap tahun peningkatan berlaku maknanya ada potensi Tok Bali menjadi satu pertumbuhan baru adapun syarikat-syarikat tu saya perlu notislah. Yang telah…. memang ada tapi perlu notis dulu.
Dipersilakan Yang Berhormat Paloh.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan bagi soalan saya nombor 2.
Soalan 2:
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, status semasa projek Empangan Lebir dan jumlah kampung, nama kampung dan jumlah penduduk yang terlibat dalam projek ini. ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Ahli Dewan daripada Paloh. Projek pembinaan Empangan Sungai Lebir ini masih diperingkat
kelulusan dasar dan sedang tunggu kelulusan peruntukkan daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air ataupun KASA.
Terima kasih.
Sila, Paloh.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih di atas maklum balas yang pertamanya kita melihat kepada jumlah-jumlah projek yang dibuat pada hari ini telah menunjukkan peningkatan. Walaubagaimanapun …. Kemakmuran kilang simen di Gua Musang, kilang perabot di …… memandangkan …[ MASALAH VIDEO ]
Menimbulkan kebimbangan kepada saya kerana saya dimaklumkan melibatkan kawasan-kawasan tanah rancangan seperti KESEDAR, itu yang merisaukan saya dipihak Wakil Rakyat.
Yang keduanya sebagai Pengerusi nak tahu juga, apakah sebab utama sehinggakan projek ini telah mendapat …… terlalu awal sekurang-kurangnya mendapat memberi gambaran kita sebagai pimpinan dan rakyat sebagai penerima manfaat.
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama tentang perlaksanaan projek ini sebagaimana saya sebut kita hanya meluluskan pada dasar dan kemudian permohonan diangkat kepada pihak Persekutuan melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air, jadi bila akan bermula bergantung kepada kelulusan peruntukkan daripada pihak kementerian. Kalau kelulusan itu cepat maka cepatlah perlaksanaan projek ini. Cuma pengalaman kita dalam perlaksanaan projek yang besar seperti ini biasanya makan masa bertahun-tahun sebelum boleh dimulakan seperti mana yang ada berlaku di Nenggiri. Kelulusan kepada projek empangan Nenggiri ini sudah dibuat beberapa tahun yang lepas lagi tapi apabila diluluskan dia memerlukan apa ni apa ni orey kata penelitian teknikal ke aspek-aspek yang perlu dan apabila dapat kelulusan baru boleh dimulakan. Nak mula ni pun
memakan masa sebab itu baru sahaja dibuat majlis pecah tanah baru-baru ni di Nenggiri.
Jadi ini pun kita jangka akan mengambil masa yang agak lama juga jadi. Walau bagaimanapun kita berharap apabila kelulusan diperolehi Insyallah projek ini boleh bermula. Tentang kampung itu memang kalau dalam cadangan yang dikemukakan oleh pihak jabatan ataupun pihak yang terlibat dalam menyediakan projek ini melibatkan banyak kampung, Kampung-kampung biasa, kawasan penempatan KESEDAR dan juga beberapa penempatan orang asli. Walau mana pun pada pandangan kita perkara ini boleh kita atasi iaitu dengan kita menyediakan penempatan semula sebagaimana yang kita buat di Nenggiri untuk orang asli sebagai contohnya kita telah meluluskan dua kawasan penempatan yang baru dengan kemudahan yang lebih baik dan lebih teratur bagi orang asli. Jadi yang ini pun dalam proses perlaksanaan saya percaya pihak kerajaan akan meneliti dengan cermat perkara ini dan memastikan supaya pihak-pihak yang terlibat terutama orang kampung la kalau kita guna bahasa ini akan terbela dan mereka akan mendapat gantian atau pampasan yang munasabah. Sekian Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Guchil.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker saya mohon jawapan untuk saya soalan nombor 3.
Soalan 3:
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, adakah pihak Yayasan Islam Kelantan berhasrat untuk memulakan semula Program Askar Wataniah kepada pelajar YIK sebagaimana pernah dilakukan sekitar tahun 1995 dahulu dan kenapa program yang baik ini diberhentikan dahulu. ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato Speaker terima kasih kepada Guchil, program askar wataniah tidak diwartakan dalam Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia dan digantikan dengan badan uniform yang terdapat dalam sistem pentaksiran tersebut. Pasukan badan uniform yang dilaksanakan di semua sekolah Yayasan Islam Kelantan juga diselaraskan dengan badan uniform yang ada dalam sistem PAJSK Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Briged Bakti, Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia, Kadet Bomba, Kadet Polis, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia dan lain-lain. Terima kasih.
Sila Guchil.
Terima kasih ... “Masalah Audio”....
Terima kasih satu cadangan yang baik memandangkan sukan-sukan tersebut yang diistilahkan sebagai sukan Sunnah iaitu antaranya memanah, berkuda, dan berenang semakin mendapat tempat dalam masyarakat. Insyallah kita di Yayasan Islam Kelantan akan melihat dan mengkaji kesesuaian untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah di bawah kelolaan kita Insyallah. Terima kasih.
Galas.
“Masalah Audio” .
Terima kasih kepada Galas, memang pasukan kadet bersatu Malaysia lelaki ada dalam pasukan badan uniform di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan begitu juga penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya Insyallah akan dilibatkan secara maksimum terima Kasih.
Dipersilakan Wakaf Bharu.
“Masalah Audio”.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker terima kasih Wakaf Bharu mengenai Covid di Kelantan sehingga minggu epidomologi ke-24 yang bertarikh 16 Jun makna sehingga 16 Jun jumlahnya ialah sebanyak 78,727 kes namun demikian syukur alhamdulillah sehingga kini kesnya menurun dengan begitu ketara dan kes harian kita kurang daripada 50 kes dan terakhirnya ialah sebanyak 37 kes sahaja iaitu pada 17/7/2020. Satu benda yang patut kita syukuri, Alhamdulillah.
Yang kedua masalah HFMD masalah ini berlaku terlalu tinggi tahun ini berbanding tahun lepas. Tahun lepas epid yang sama epidomologi ke-28 hanya 261 kes sementara untuk tahun ni ialah sebanyak 7078 kes yang berlaku. Namun demikian juga pada minggu epidomologi ke-28 ini kes menurun dengan banyak iaitu penurunan sebanyak 58.8%. Terima kasih.
Wakaf Bharu, Sila.
Terima Kasih kepada “Masalah Audio” .
Terima Kasih Wakaf Bharu. Proses vaksinasi adalah proses yang berterusan yang sentiasa dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. Pun begitu vaksinasi ni sebahagian daripada kita orang panggil anti vaksin ni kalu kita tengok tokleh sebut la sebut vaksin dio serang selalu itu pun satu hal juga. Namun demikian bagi kita proses vaksinasi di peringkat negara dalam pelan pemulihan negara adalah suatu proses yang berjaya. Yang kedua saya juga ingin berkongsi bahawa kajian HFMD juga kita ada vaksin dan vaksin HFMD ini dan juga influenza ini satu vaksin yang berkesan dan bagi saya ia adalah bagi saya ialah satu yang patut kita ambil dan dari sudut jabatan kesihatan proses vaksinasi samada covid ataupun influenza sentiasa dimasukkan dalam program-program pencegahan mereka. Terima Kasih.
Kok Lanas.
Terima kasih.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Seperti mana saranan dari ahli Exco untuk ambil anti influenza saya nak maklum saya pun dah ambik dan Alhamdulillah dan dia saya nak cadang pada kita adun-adun ni semua orang pergi ambiklah anti-influenza ni kalu tak nak ambik vaksinasi tambahan yang ke-4 ambik la vaksin anti-influenza ni Insyallah kita akan lebih sihat. Mengenai soalan ini saya nak kongsi pengalaman cucu saya Aslan Nayal Maskhadov berumur tiga tahun setengah
Apa nama dia Yang Berhormat? Ulang sekali lagi sedak namonyo.
Ambik nama panglima perang Republik Chechen yang mati syahid apa nama ni dio terkena penyakit kuku dan mulut di pusat kanak-kanak.
Selepas dua minggu ayahnya doktor maknya doktor akhirnya dia sembuh. Tapi sehingga sekarang fobia yang dia terima ialah dia tak mau pergi pusat kanak-kanak dan bila tanya kenapa Aslan tak nak pergi dia kata nanti sakit mulut pujuk macam mana pun tak mahu pergi walaupun sudah di vaksinasi. So apa yang saya nak kongsi saya nak cadangkan pada Kerajaan dan nak tanya juga boleh tak kerajaan jadikan menjadikan satu rutin kepada Jabatan Kesihatan untuk hadir ke pusat-pusat latihan kanak-kanak ni ataupun mungkin Pasti supaya mereka semua di vaksinasi kan. Sebab kalau duk tunggu ibubapa bawa pergi yang takda kesedaran takkan buat jadi kalau kita dah vaksin macam dulu-dulu Jabatan Pergigian sekolah-sekolah pergi lawat sekolah-sekolah check gigi. Saya terima saya di antara penerima rawatan gigi masa sekolah rendah sehingga menyebabkan saya sekarang boleh makan tebu sehingga umur 66 tahun pun boleh makan tebu macam keluar dalam TikTok. Jadi kesan lawatan ke tadika dan ke sekolah dan ke tadika sangat penting. Bolehkah Kerajaan Negeri mengatur perkara ini. Terima Kasih.
Terima kasih Kok Lanas kerana berkongsi mengenai kes HFMD untuk cucu dia apa pun yang kita setuju dengan kok lanas bahawa penyebaran kes HFMD ini 90% berlaku di taska dan juga wabak berlaku di kalangan taska terutama 90% lebih berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah 6 tahun pihak Jabatan Kesihatan Negeri biasanya ada laporan baru dia akan pergi check. Oleh kerana penularan ini kerana titisan air, batuk, sentuhan dan sebagainya maka tindakkan segera di buat oleh Jabatan Kesihatan Negeri ialah bila terdapat kes di pusat-pusat rawatan, pusat-pusat jagaan kanak-kanak pusat dan asuhan, Pasti dan sebagainya maka pusat asuhan itu ditutup dalam tempoh 2 minggu untuk mencegah perkara ini berlaku kesan yang dibuat oleh Jabatan kesihatan melalui penutupan taska yang terlibat dengan jangkitan ini boleh dapat menyebabkan kes ini menurun dengan ketara. Tahniah kepada Jabatan Kesihatan Negeri.
Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bunga.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon mendapat jawapan kepada soalan saya nombor 5.
Soalan 5 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, bilakah Kerajaan Negeri akan membina sebuah terminal bas bersepadu menggantikan terminal bas sementara di Lembah Sireh.]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Bukit Bunga di atas soalan. Jawapannya ialah Kerajaan Negeri telah memulakan inisiatif untuk membina terminal bas bersepadu yang baru bagi mengganti terminal bas sementara di Lembah Sireh dengan mengeluarkan request for proposal, dengan izin. Projek pembangunan terminal pengangkutan bersepadu ataupun dikenali sebagai KB Sentral pada hujung tahun 2020 lagi. Ekoran pandemik Covid-19, proses request for proposal ini sedikit tergendala. Melalui request for proposal tersebut Kerajaan Negeri pada 01 Jun 2022 baru-baru ini telah memilih satu syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Saham kategori papan utama untuk melaksanakan pembangunan KB Sentral di atas tanah seluas 17.37 ekar yang merangkumi stesen bas bersepadu, bangunan komersial dan apartment. Stesen bas bersepadu di jangka siap pada tahun 2025. Manakala keseluruhan pembangunan yang lain akan siap pada, dalam tempoh sembilan tahun, terima kasih.
Sila Bukit Bunga.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Bukit Bunga ingin mendapat komitmen la, degree of commitment pada pihak Kerajaan Negeri mengenai terminal bas ini sebab pengalaman lalu menunjukkan bahawasanya terminal bas ini mengambil tempat priority yang mungkin tidak utamalah oleh pihak Kerajaan Negeri.
Saya cuba imbas sikit kebetulan Yang Berhormat Exco yang menjawab tadi pernah terlibat dengan pelancaran pembangunan di KBMALL 2001, di mana YB pada waktu itu adalah CEO kepada PKINK, dimana di antara komponen pembangunan kawasan tersebut pada 2001 adalah membina juga sebuah terminal sepertimana yang dicadangkan sekejap tadi. Itu tahun 2001.
Kemudian berlaku perpindahan terminal bas ini daripada Jalan Hamzah pada 2009 lagi dengan kita menumpang pada waktu ini di Lembah Sireh 2009 sampai sekarang maknanya sudah lebih daripada, lebih kurang 13 tahun yang lepas. Itu kalau di ambil yang pindah sementara. Sudah pasti juga dengan cadangan ataupun pada perancangan Kerajaan Negeri akan ada satu terminal sepertimana yang dicadangkan sekejap tadi yang sekarang ini pada peringkat sudah melantik kontraktor yang berkenaan.
Dan kalau saya, saya trace balik pada 2001 dan 2009, itu adalah satu tempoh yang panjang. Dan baru sekejap tadi dinyatakan bahawasanya barang baru nak buat kick-off. Jadi saya ingin tahu dan tentunya rakyat diluar ingin tahu bila kita akan ada satu terminal bas bersepadu yang betul-betul akan menjadi kenyataan di Kelantan kita ini, In Shaa Allah terima kasih.
Terima kasih Bukit Bunga. Sepertimana yang saya jawab tadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, In Shaa Allah terminal bas bersepadu ini ataupun KB Sentral ini akan siap pada tahun 2025. Itu komitmen kita kerana atas dua sebab. Yang pertama nak menggantikan stesen bas sementara di Lembah Sireh. Yang keduanya ialah kerana kita nak selarikan dengan ECRL, East Coast Rail Line di mana East Coast Rail Line ini tempatnya juga di tapak ini. Dekat dengan tapak ini dan akan siap 2025.
Dan kita berhasrat untuk menyiapkan dan kita sudah bagi, bagi tekanan kepada kontraktor yang telah dilantik supaya memulakan projek segera dan kita berhasrat untuk apa itu melancarkan dalam tempoh sebulan ini projek ini. In Shaa Allah apa-apa kesusahan yang ditanggung oleh rakyat Kelantan khususnya Kota Bharu ini akan dapat diselesaikan dalam tahun 2025 nanti.
Dan juga kita hendak selarikan dengan SUKMA yang akan berlangsung di Kelantan pada 2025-2026. Maka projek ini adalah satu projek yang kita tekankan supaya ianya jadi kenyataan. Dan setakat itulah saya nak sambung lagi itu takut terlampau komited kepada projek ini, In Shaa Allah, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Salor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan bagi soalan saya nombor 6.
Soalan 6 : [Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah usaha kerajaan untuk menarik golongan muda berumur 18 tahun memahami bidang politik ekonomi dan juga sosial.]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, usaha kerajaan untuk menarik golongan muda yang berumur 18 tahun memahami bidang politik, ekonomi dan juga sosial, di mana Kerajaan Negeri melalui Urusetia Belia dan Sukan sentiasa mengadakan program-program bersifat kepimpinan dan yang berkaitan dengannya seperti kita mengadakan townhall belia, forum, seminar dan seumpamanya. Program generasi sejahtera Kelantan ataupun singkatannya GENTERA dengan izin, di dedahkan dengan ilmu kepimpinan melalui modul dasar “Membangun Bersama Islam” merentasi falsafah Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan It’qan. Dan juga pembelanjaran matlamat pembangunan mampan dan juga pengucapan awam melalui Modul Oretor dan Moderator. Pihak kerajaan juga mengambil inisiatif menubuhkan ADUN Belia yang melibatkan 45 orang anak muda mewakili 45 DUN yang terdiri daripada komuniti GENTERA yang telah terdedah kepada latihan dan sebagainya.
Ada belia Kelantan yang berkonsepkan progress ini dijangka bersidang selepas negeri dan negara berdepan dengan pandemik Covid-19.
Berhubung dengan soal ekonomi, pihak Kerajaan Negeri melalui Urusetia Belia dan Sukan juga menganjurkan pelbagai segmen pendedahan tentang ilmu ekonomi melalui bengkel, seminar dan seumpamanya.
Urusetia Belia dan Sukan juga merangka tiga strategi utama dalam mendedah dan memberi peluang kepada belia-beliawanis menceburi bidang ekonomi. Strategi pertama rangkaian produk “Mek Awe”. Mek Awe terdiri daripada tiga produk utama.
Iaitu yang pertamanya Stesen Mek Awe. Setakat ini sebanyak empat stesen Mek Awe telah dibuka beroperasi yang melibatkan DUN Pulai Chondong, DUN Kelaboran, DUN Tanjong Mas dan DUN Panchor.
Yang keduanya, kiosk Mek Awe iaitu berupa unit kiosk yang diberikan kepada 42 orang anak muda dan beropearsi di tempat-tempat yang sesuai.
Dan yang ketiganya, Café Mek Awe masih dalam perancangan berkonsepkan kedai kopi yang menepati citarasa anak muda dan masyarakat hari ini.
Manakala strategi yang kedua ialah penubuhan Akademik Abdul Rahman Al-Aufi. Akademik Al-Aufi dengan izin, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Urusetia Belia dan Sukan dan membangunkan premis kosong di tingkat tiga Bazar Tok Guru dengan mendapat kerjasama daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan, (PMBK) sebanyak 20 lot kedai di aras berkenaan di ubah suai bagi menempatkan bilik bagi tujuan mengadakan kursus-kursus kemahiran dengan kerjasama pelbagai pihak.
Antara kursus yang akan diadakan ialah kursus gunting rambut, kursus kulinari, urutan, bekam dan sebagainya. Manakala beberapa lot kedai di sediakan kepada anak muda untuk menjalankan aktiviti perniagaan dengan beberapa inisiatif oleh pihak Kerajaan Negeri seperti sewaan lot kedai percuma bagi tempoh tertentu dan beberapa kemudahan fasiliti lain beserta adalah dipilih dikalangan mereka yang mengikuti kursus di bawah akademik Al-Aufi sebelum daripadanya.
Dan strategi ketiga ialah program penempatan pekerjaan industri. Di mana pihak Urusetia Belia dan Sukan menjalinkan kerjasama melalui
program tersebut dengan dua syarikat. Iaitu pertamanya Syarikat Insan Inisiatif Sdn Bhd. Program Penempatan Pekerjaan Industri (PPI).
Yang keduanya, Syarikat C U Sha Sdn Bhd (PPIA), industri berkaitan komponen kenderaan seperti Industri Suntikan Plastik, Metal Stapping, Computerized Numerical Control (CNC) serta pengendalian mesin.
Penempatan untuk pekerjaan industri ini telah bermula sejak tahun 2020 dan suatu taklimat secara atas talian telah diberikan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ia merupakan suatu program penempatan pekerjaan industri-industri besar terutama di Shah Alam, Pulau Pinang dan Nilai.
Antara industri yang terlibat dalam program ini ialah seperti Panasonic, Nestle, YAMAHA, PERODUA, HICOM, TOYOTA dan seumpamanya. Syarikat-syarikat adalah yang tersenarai di Bursa Malaysia dan mempunyai kepatuhan seperti disyaratkan serta mempraktikkan syarat ditetapkan RBA bagi memastikan produk dapat di eksport ke luar negara.
Fokus dan fungsi utama program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran insaniah peserta dan dalam masa yang sama mendedahkan dalam persekitaran pekerjaan di pelbagai industri. Program ini terhenti seketika ketika negara dilanda Covid-19 dan pada tahun 2022 Program Penempatan Pekerjaan Industri ini dimulakan semula dengan cara pihak Urusetia Belia dan Sukan Kelantan turut memberi taklimat hampir keseluruh Dewan-Dewan Undangan Negeri.
Menariknya program penempatan pekerjaan industri ini tidak meletakkan sebarang syarat kelayakkan sijil akademik dan sesiapa sahaja yang mempunyai komitmen tinggi untuk menyertai program ini dikalangan belia dan beliawanis adalah dipelawa dan terbuka. Pihak Kerajaan Negeri menanggung kos penghantaran peserta ke lokasi kursus.
Majlis pelepasan diadakan secara bersiri di Kompleks Kota Darulnaim. Peserta akan mengikuti satu taklimat selama tujuh hari di hotel dan segala kos adalah ditanggung oleh pihak syarikat peganjur bersama. Setelah tamat sesi taklimat peserta akan mengikuti kursus pembelajaran sambil bekerja selama tempoh enam bulan dengan dibayar elaun bulanan antara RM1500 hingga RM2500.
Penginapan pangsapuri-pangsapuri dan pengangkutan ke tempat kerja disediakan secara percuma selain penyediaan makanan. Agenda
pembangunan insan dan kerohanian turut disertakan dalam program penempatan pekerjaan industri ini. Selepas tamat tempoh kursus peserta akan menerima pengiktirafan pensijilan professional yang diiktiraf oleh Universiti Teknologi Malaysia iaitu UTM Space dan suatu program graduasi diadakan selepas tamat sesi kursus.
Selain itu, program ini mendapat kerjasama pihak ECR, HICOM, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Terengganu. Peserta diberi pilihan, kebebasan dan tawaran sama ada untuk menerima atau tidak sebagai pekerja tetap di industri-industri berkenaan.
Setakat ini jumlah peserta yang mengikuti program penempatan pekerjaan industri melalui Urusetia Belia dan Sukan Kelantan berjumlah 250 orang dan seramai 100 orang menamatkan kursus dan ditempatkan di industri berdasarkan kepada kelayakkan dan juga layak menerima pelbagai insentif-insentif lain seperti pekerja mempunyai rekod kehadiran baik, diberi bonus bulanan selain elaun kerja lebih masa iaitu OT. Sebagai rekod laporan yang diterima daripada pihak industri bahawa pekerja belia dan beliawanis daripada Negeri Kelantan adalah peserta yang mempunyai disiplin berkelakuan baik dan tiada masalah besar.
Program penempatan pekerjaan industri ini akan berterusan dan sesi taklimat pada belia dan beliawanis secara berjadual akan diadakan. Pihak belia dan sukan mengambil tanggungjawab sentiasa bekerjasama dengan pihak DUN, pihak Ahli-Ahli Yang Berhormat dimohon akan sentiasa mengambil maklum berkenaan sesi taklimat tersebut.
Manakala pendedahan dan pemahaman ilmu sosial ianya adalah bersifat subjektif dan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pemahaman aspek ilmu sosial dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan terutama dalam menangani gejala sosial yang berlaku pada hari ini.
Pihak kerajaan pada tahun 2019 telah menggubal Pelan Tindakan Strategi Menangani Gejala Sosial Dan Maksiat bagi tempoh 2020, 2023 yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan Pengajian Tinggi Sains dan STeknologi Negeri Kelantan. Satu bengkel strategik telah diadakan pada 22 Disember 2019 dan yang resolusi dicapai melalui bengkel tersebut ialah dengan menyenaraikan tujuh gejala yang dikenalpasti iaitu gejala penyalahgunaan dadah dan ketum, gejala rokok dan wape, gejala maksiat
berkaitan seks, gejala penderaan, gejala akhlak dan gejala sosial di sekolah. Setiap gejala ini mempunyai pelan tindakan strategi merangkumi isu sasaran pendekatan program jangka pendek, program jangka panjang dan agensi pelaksana. Manakala melalui Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan telah melaksanakan beberapa program mengikut kluster seperti berikut. Pembangunan Sosial Politik, Kursus Kepimpinan Organisasi, Fellow Perdana dan Fellow Korporat, Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri, Pembangunan Kepimpinan Sahsiah, Kem Anak Muda, Projek Riben Kuning, Intervensi Sosial Dari Belia Untuk Belia, Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri, Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri, Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Dan yang ketiganya Pembangunan Ekonomi, Program Youth Career, Y Career, Webinar Digital, Skim Pinjaman Tabung Ekonomi Belia, dan juga Keusahawan Sosial. Dan yang terakhir yang keempat, Sukarelawan Rakan Muda Prihatin. Sekian, terima kasih.
Salor.
Hari ini kita semua tahu sedia maklum bahawa umur 18 akan dapat mengundi pada PRU yang akan datang, In Shaa Allah. Jadi soalan tambahan saya apakah usaha-usaha di pihak kerajaan supaya anak muda ini seawal umur 15 ataupun 16, 3-4 tahun sebelum mereka berhadapan dengan PRU mereka lebih memahami tentang situasi politik tanah air tidak mudah terpengaruh dengan media sosial semata-mata.
ﻋﻠﻢ أ ﷲ و Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kita dengan kerjasama melalui Jawatankuasa Pendidikan mengadakan program-program terutamanya khusus, kalau kita ingat dasar kita “Membangun Bersama
Islam” kita memberi terutamanya kefahaman Islam dimananya di peringkat menengah rendah. Kita tekankan kepada ilmu-ilmu fardhu sembahyang sebagainya. In Shaa Allah kalu dea anok-anok kito ni pehe Islam sembahyang dok tinggal automatik politik dio pehe selalu. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Sila Paloh.
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan tambahan saya adalah berkenaan program belia dalam konteks sukan. Sebelum itu, saya ingin merakamkan penghargaan tahniah kepada Yang Berhormat Pengerusi Sukan kita krana merancang dan melaksanakan banyak program berkenaan dengan penyertaan belia di negeri kita. Cuma persoalan saya sejauh manakah pihak negeri telah menjalankan kerjasama dengan pihak pejabat belia daerah umpamanya kerana didapati pihak belia daerah menjalankan programnya dengan kaedah dan cara tersendiri. Contohnya baru-baru ini diadakan sukan dibawah penganjuran pejabat belia daerah. Dan kita pula ada melaksanakan umpamanya Liga Elit DUN tanpa melibatkan pejabat-pejabat daerah. Jadi tak molek lah kita sudah sama-sama dalam satu kerajaan sama, kalau boleh kita nak tengok kebersamaan itu berlaku di peringkat grassroot yang pertama.
Yang keduanya persoalan saya tentang penganjuran Liga Elit DUN, ada DUN yang telah buat, ada DUN yang belum buat. DUN yang belum buat ini belia-belia kita tanya bila tok wakil nak buat ni. Sedangkan kita belum blur lagi, peruntukan tak tahu melalui kita ke melalui siapa ke. Kalau boleh Yang Berhormat Pengerusi jelaskan tentang pelaksanaan Liga Elit DUN itu sendiri kerana kita nak selesai di peringkat bawah tu kita nak buat cepat-cepat supaya perkara-perkara yang melibatkan orang muda ni kita beri keutamaan. Terima kasih.
Okay terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.. Paloh. Sebenarnya program belia sukan ni kita selaras di peringkat negeri 3 agensi utama UBES (Urusetia Belia dan Sukan), Majlis Sukan Negeri dan Jabatan Belia dan Sukan. Jadi contohnya, Malaysia Sport League yang dianjurkan oleh Kementerian Belia kita selaras di peringkat negeri. Ketiga-tiga agensi ini terlibat. Begitu juga Liga Elit DUN kita buat mesyuarat penyelarasan bersama. Jadi bagi tugas lah puok-puok dio nih. Cuma dari sudut pelaksanaan boleh rujuk kepada agensi-agensi yang menganjurkan.
Contohnya MSN, Malaysia Sport League dia ada 5 jenis sukan boleh rujuk ke dia dari sudut penyertaan melalui pbj di peringkat daerah. Manakala, Liga Elit DUN boleh merujuk kepada Urusetia Belia dan Sukan dari sudut teknik dan cara bagi menganjurkan perlawanan bola di peringkat DUN. Jadi setakat ni nya kita menerima maklum mendapat sambutan yang menggalakkan dimana kita target 700 lebih pasukan yang terlibat dalam Liga Elit DUN dijangka tamat 8 hari bulan September ni kita akan teruskan dengan Piala MB pula. Sekian terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Pulai Chondong.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Malaysia negara demokrasi, di sana ada Pakatan Nasional, Muafakat Nasional, Pakatan Harapan. Mohon jawapan soalan saya nombor 8.
Soalan 8 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, adakah terdapat kajian yang telah dibuat bagi mengenalpasti tempat-tempat yang berpotensi untuk dibangunkan bagi sektor pelancongan di Jajahan Machang selain daripada Kolam Air Panas Tok Bok dan Hutan Lipur Bukit Bakar. ]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Pulai Chondong. Majlis Daerah Machang telah membuat lawatan dan juga mengenal pasti kawasan-kawasan baru yang amat berpotensi bagi dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong selain daripada Tok Bok. Persisiran pantai atau persisiran sungai di Kelantan di Paloh Rawa, kawasan ini berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan rekreasi. Persisiran sungai menghubungkan Paloh Rawa ke Jambatan Guillemard. Kedua dicadangkan juga sedang membuat kajian supaya Bandar Machang dengan menyediakan laluan menghubungkan 3 kawasan utama iaitu aktiviti perniagaan dan kesenian, jajahan itu di Taman Seni Cek Mek Molek, Dataran Kemahkotaan dan Dataran Kenanga.
Pemerkasaan pasar malam serta menarik aktiviti pelancongan dalam Bandar Machang pada waktu malam seperti di Wakaf Che Yeh dan Medan Mara di Kota Bharu. Begitu yang sedia ada sekarang kesan-kesan tinggalan Peperangan Dunia Kedua 1941-1945 sebagaimana yang kita tahu kawasan lapangan terbang Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Gong Gedak Pasir Puteh dan ada satu lagi di Lalang Luas di Machang yang telah dibom pada 1941. Itu juga menjadi tarikan kepada pelancong-pelancong khususnya pelancong yang minat dalam sejarah. Terima kasih.
Pulai Chondong.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya pertama saya ucap tahniah lah kepada Exco Kerajaan yang telah mengambil langkah-langkah untuk merancakkan tarikan untuk kawasan-kawasan pelancongan. Cuma saya rasa saya tidak begitu nampak apakah langkah-langkah ataupun yang telah dibuat inisiatif yang telah dibuat oleh kerajaan untuk mempromosikan kawasan-kawasan pelancongan yang begitu banyak di negeri Kelantan supaya pihak kerajaan dapat menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke Kelantan. Dan soalan tambahan kedua, berapakah anggaran kemasukan pelancong ke negeri Kelantan bagi tahun 2022. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Pulai Chondong. Yang meminati hal-hal pelancongan ini ............. Baru-baru ini kita mengadakan Hari Muzium Antarabangsa yang julung-julung kali ataupun yang pertama kali dibuat dalam sejarah ke Kelantan ini lebih kurang 1000 orang. Dan kita juga telah mengadakan lawatan ke Dabong lebih kurang 500 orang. Sampai di Dabong Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada yang tak pernah naik kereta api pun, kita pergi menggunakan kereta api dan lebih kurang 8 coach dan sampai di sana kita mengadakan jamuan dan juga lumba perahu dan juga mengadakan persembahan kesenian Kelantan kepada pengunjung-pengunjung. Itu salah satu promosi kita 19hb hingga 25hb di Kota Bharu. Dan tempat penginapan dan juga makanan tradisional telah disediakan.
Itu satu promosi secara langsung. Dan begitu juga promosi juga dilakukan melalui influencer-influencer, youtuber. Begitu juga kita akan menghadiri International Travel Expo Ho Chi Minh City pada bulan September yang mana meliputi 40 buah negara akan hadir di Ho Chi Minh City termasuk MPKB mewakili Kelantan dan juga TIC. Dan satu lagi ialah Tourism Malaysia juga akan menganjurkan satu trip fam trip daripada selatan negeri kita ke Pantai Timur pada bulan September juga merangkumi
sebuah bas lebih kurang 40 orang termasuk media dan juga agen pelancongan ke negeri Kelantan pada bulan September.
Dan baru-baru ini juga RTM telah menyiarkan pertandingan seni silat jatuh 2 hari. Dan kita juga ada permintaan dari sehari dua lagi ke Melaka untuk mengenali seni silat jatuh. Ini juga promosi-promosi yang kita jalankan. Dan pada bulan.... setelah endemik ini berlaku juga kemasukan pelancong setakat ini daripada kemasukan pintu masuk kita iaitu di Bukit Bunga, Pengkalan Kubor dan juga Rantau Panjang lebih kurang 15 000 orang setakat Mac baru ini. Terima kasih.
Galas.
Terima kasih Dato’ Speaker. Pertamanya saya mengucapkan tahniah kepada Exco Pelancongan kita yang saya lihat antara usaha yang telah dilaksanakan berkesan dan berjaya menarik ramai pelancong ke negeri kita. Berkaitan soalan Kolam Air Panas Tok Bok ini saya ingin bertanya soalan tambahan saya sejauh manakah sambutan pelancong-pelancong temapatan ataupun daripada luar berkenaan kehadiran ke Kolam Air Panas Tok Bok dan mengambil peluang ini saya nak tanya berkenaan Kolam Air Panas Sungai Ber, apakah status terkini berkenaan dengan pembinaan Kolam Air Panas Sungai Ber. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan daripada Galas yang juga meminati hal-hal pelancongan ini. Di Tok Bok ni kita sedang buat percubaan akhirnya dalam lebih kurang dalam 30 hari hingga 40 hari dikawal selia oleh Majlis Daerah Machang dan ada sedikit perkara-perkara yang perlu diberi pembaikan, benda-benda yang dibuat oleh SEDC baru-baru ini dan peringkat akhir In Shaa Allah apabila siap kita akan buka kepada public kepada awam. Sekarang tempoh percubaan bagi tempat chalet dan
tempat yang elok. Kalau dulu kita pernah pergi ke sana tempat yang begitu rupa sekarang telah lagi bertambah value added kepada tempat tersebut dan menjadi tempat yang akan dikunjungi oleh masyarakat selepas ini. Sekarang dalam tempoh percubaan.
Yang keduanya, Ber itu sudah kenal pasti dan kita sedang berbincang dengan Jabatan Perhutanan tentang kajian bagaimana untuk mengekalkan keasliannya dan juga beberapa pandangan. Kita sedang mendapat input untuk buka ataupun menambah kebaikan kepada Ber. Kita ada 3 di Batu Melintang, di Tok Bok dan di Ber, Lojing. Jadi itu salah satu tempat yang kita kena jaga supaya kita tidak merosakkan tempat tersebut. Itu lah kajian mendalam yang perlu diadakan. Setakat itu yang kita buat sekarang dan sudah ada perbincangan dengan pihak Perhutanan lah. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Chetok.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 9.
Soalan 9 :
[Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf serta melebarkan jambatan tali air Kampung Terumbu Lemal yang menghubungkan Kampung Lemal ke Kampung Lubuk Tapah, Pasir Mas.]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Chetok. Untuk makluman Yang Berhormat, pada ketika ini Kerajaan Negeri mengambil perhatian berkaitan dengan cadangan melebar dan menaik taraf kedua-dua jambatan tersebut. Difahamkan bahawa JPS telah mengadakan lawatan bersama-sama dengan Yang Berhormat dan mendapati bahawa dua buah jambatan itu merupakan jambatan untuk kegunaan kenderaan sederhana berat sahaja. Pihak kerajaan mencadangkan supaya Yang Berhormat membuat permohonan secara rasmi untuk kita mendapatkan peruntukan bagi pembinaan jambatan baru yang boleh dilalui oleh kenderaan berat. Terima kasih.
Silakan Chetok.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Exco diatas maklum balas. Yang Berhormat Dato’ Speaker mengambil kira kepada situasi di jambatan Kampung Terumbu ini sudah sedia ada 2 buah jambatan berkembar sebenarnya yang dirasakan kalau kita mempunyai satu reka bentuk yang baharu kita boleh mencantumkan 2 jambatan tersebut untuk lebar dan sesuai untuk digunakan kepada masyarakat setempat.
Yang kedua, jambatan ini merupakan laluan utama ke Pondok Lubok Tapah dan juga 2-3 kampung sekitar itu. Yang ketiganya, bagi membolehkan kenderaan bomba memasuki kawasan ini apabila berlaku kebakaran. Jadi soalan saya adakah pihak kerajaan akan membuat penilaian segera seterusnya mempertimbangkan pembinaan naik taraf jambatan ini bagi keselesaan penduduk sekitar. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan daripada Chetok. Sebagaimana saya sebutkan tadi bahawa Yang Berhormat boleh membuat permohonan kepada pihak kerajaan untuk kita mendapatkan peruntukan. Dan pihak JPS ini bersedia menyediakan reka bentuk yang sesuai bagi pembinaan baru jambatan ini bagi mmebolehkan semua kenderaan berat melalui jambatan tersebut. Jadi dipohonkan supaya surat permohonan secara rasmi itu dibuat secepat mungkin lah untuk kita berbincang dengan pihak JPS bagi mendapat peruntukan dan juga mereka bina jambatan yang baru. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Balah.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Dato’ Speaker, pohon supaya saya mendapat jawapan kepada soalan saya soalan nombor 10.
Soalan 10 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, berapakah diskaun yang diberikan untuk rakyat negeri yang tidak mampu membayar premium tanah. ]
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, bagi meringankan bebanan dan juga membantu rakyat memiliki tanah Kerajaan Negeri telah menawarkan potongan ataupun diskaun bagi bayaran premium tanah. Potongan atau diskaun ini diberikan mengikut latar belakang pemohon
dan juga berpandukan perakuan yang dibuat oleh wakil-wakil rakyat dan mendapat sokongan daripada pihak Pejabat Tanah dan Jajahan.
Setakat ini ada bermacam-macam kadar diskaun yang diberikan bermula daripada yang paling rendah ialah 10% bayaran diskaun dan setakat ini yang maksimumnya ialah 70%. Secara puratanya ialah dalam lebih kurang 50% setiap permohonan itu. Sekian terima kasih.
Kuala Balah.
Dato’ Speaker, soalan tambahan kepada soalan nombor 10. Adakah kerajaan bercadang untuk memudahkan pembayaran hasil-hasil tanah termasuk juga premium di seluruh Pejabat Tanah ini dengan mengaktifkan semula program suatu masa dulu dimana D.O-D.O tanah ini dan juga penggawa akan pergi ke kampung-kampung tertentu dalam 2 hari 3 hari ke sana untuk menyelesaikan masalah cukai-cukai tanah ini. Dan adakah kerajaan bercadang suatu masa supaya cukai tanah ini boleh dibayar secara online saja. Dalam kata lah dalam masa 2-3 tahun lagi tak payah kita pergi ke Pejabat Tanah ataupun kepada... contohnya sekarang ini banyak bayaran yang kita tahu hanya boleh pergi ke 7 Eleven saja atau kepada kedai-kedai, pejabat pos begitu saja. Terima kasih.
Sebenarnya kerajaan memang sentiasa berusaha untuk mempermuudahkan urusan dengan rakyat ini. Cuma dalam konteks pembayaran online ini kita perlu meningkatkan sistem kita dulu sebab pada peringkat awal dulu antara masalah nya antara Pejabat Tanah dan Pejabat Tanah yang lain ini macam tidak ada connection. Dan sekarang ini itu yang kita cuba atasi sebab itu juga kadang-kadang berlaku antara Pejabat Tanah dan PTG dia macam tidak ada connection.
Dan ini kita cuba tingkatkan dan bila selesai benda ini semua mungkin kita boleh beralih ke fasa yang seterusnya ataupun tentang kaedah kutipan itu memang kita menggalakkan Pejabat-pejabat Tanah dan Jajahan ini untuk mencari jalan yang terbaik bagaimana untuk memungut hasil tanah ini. Ada Pejabat Tanah dan Jajahan dia turun ke pasar-pasar tani contohnya untuk membuka kaunter bergerak bagi mengutip hasil tanah. Dan ini kita serah kepada pihak pengurusan ataupun pihak Pejabat Tanah dan Jajahan. Walau bagaimanapun, kita mengambil maklum dan memberi perhatian kepada saranan-saranan untuk meningkatkan lagi pungutan ataupun kutipan hasil. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Kelaboran.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan bagi soalan nombor 11. Soalan 11 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi memupuk kesedaran berniaga khususnya berniaga atas talian kepada belia-belia yang keluar universiti. ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Kelaboran di atas soalan yang diberikan. Usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi memupuk kesedaran berniaga khususnya berniaga atas talian kepada belia-belia, perniagaan hujung jari gaya baru berniaga. Perniagaan ini adalah yang paling ringkas dan boleh dijalankan secara sambilan menerusi laman sosial tanpa memerlukan modal yang besar atau kemahiran canggih untuk mengendalikannya. Sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan dengan risiko kerugian sifar atau sangat minimum. Bahkan ada juga yang pada mulanya menjalankan perniagaan ini secara sambilan tetapi akhirnya ia sebagai sumber pendapatan utama.
Kerajaan Negeri Kelantan di bawah seliaan Urusetia Belia dan Sukan (U-BES) dengan visi “Anak Muda Kelantan Bermaruah” berusaha sedaya upaya untuk melahirkan usahawan khususnya kepada belia dan beliawanis. Perkembangan evolusi industri 4.0 menyebabkan peluang pekerjaan semakin kurang kerana rata-rata ingin mengurangkan jumlah pekerja pelbagai sektor.
Oleh itu U-BES menyediakan program-program bagi melahirkan usahawan berjaya dengan membekalkan ilmu teknik pemasaran tanpa kos, free cost marketing adalah di antaranya kursus online marketing diterjemahkan kepada usahawan-usahawan yang baru jinak dalam perniagaan.
Program kursus singkat ini membentuk usahawan agar menggunakan semaksimum mungkin media sosial dengan mengambil kira faktor waktu yang singkat dan kekangan masa pembeli untuk membeli di kedai mahupun pasaraya. Kursus ini melibatkan FB dan Instagram adalah medium pasaran atas talian yang diikuti oleh hampir semua orang. Kursus ini memperincikan kaedah penggunaan, malah teknik pasaran yang fokus kepada pengguna medium tersebut. Seminar usahawan Youtuber dilaksanakan untuk menggunakan media sosial sebagai sumber pendapatan utama. Dewasa ini kaedah penonton melihat Youtube memberi pendapatan kepada pemilik akaun Youtube. Pihak Kerajaan Negeri hanya memberi garis panduan kepada peserta mengikut acuan Islam dalam menghasilkan bahan dalam Youtube.
Bengkel kerjaya freelancer sekarang ini begitu banyak website dan portal freelance di luar sana, untuk membantu sebagai freelancer buat duit di Malaysia dengan menyediakan servis dan perkhidmatan kepada bakal pelanggan secara online. Dengan jumlah traffik yang tinggi di laman web portal freelancing terkenal ini, ia membantu menghubungkan dengan bakal pelanggan dan mengembang kerjaya secara online. Realitinya ramai yang telah berjaya buat duit termasuk dari Malaysia secara freelancer sama ada secara pereka grafik, web design, translater digital, marketing, pakar pemasaran digital, programmer, buat video marketing dan banyak lagi masuk duit Tiktok.
Seminar peluang kerjaya E-Rizki dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (M-DEC). Program E-Rizki membolehkan rakyat terutamanya golongan perpendapatan rendah menjana pendapatan
tambahan dengan melakukan tugasan-tugasan digital melalui platform secara atas talian. Peserta E-Rizki akan dipadankan dengan kerja-kerja digital bersesuaian dengan skill masing-masing. Kerajaan Negeri melalui syarikat anak PKINK, Kelantan I-City Gateway Sdn Bhd juga telah menguruskan Geran Bantuan Usahawan Digital (BUDI) Kelantan Digital Start Up Programme kepada usahawan yang layak secara one-off. Di samping itu, PKINK juga membantu usahawan dalam bentuk pemberian sumbangan peralatan pada suatu majlis penyerahan bantuan peralatan kepada sepuluh usahawan Kelantan yang diadakan pada Mac 2021. PKINK juga telah mengadakan sesi perjumpaan dengan pihak usahawan secara virtual untuk mengetahui perancangan dan permasalahan mereka akibat daripada penularan pandemik Covid-19.
Bermula 01 hingga 31 Oktober 2021, Kerajaan Negeri telah menganjurkan E-Karnival Usahawan Kelantan (EUK) secara atas talian, banyak program menarik dan bermanfaat disediakan untuk usahawan dan orang ramai sepanjang karnival tersebut. Antaranya lebih 30 topik webinar dan bual bicara usahawan. Lebih kurang 100 booth pameran maya usahawan dan agensi kerajaan juga, sesi live streaming usahawan dan aktiviti jualan secara maya. PKINK juga melalui anak syarikat Kelantan I-City Gateway Sdn Bhd juga, dalam masa yang sama turut mengadakan karnival E-Dagang melalui platform dalam shoppe bagi mempromosikan produk usahawan tempatan. PKINK juga melalui bahagian usahawan IKS dan perhubungan antarabangsa kumpulan turut menganjurkan kursus-kursus secara atas talian dan kepada para usahawan.
Antara kursus yang telah dijalankan adalah Kursus Asas Keusahawanan Digital dan Kursus Pengurusan Akaun Dan Kewangan untuk usahawan. Kesemua kursus ini dijalankan secara dalam talian dengan penyertaan lebih kurang 30 orang setiap sesi.
Bagi melahirkan usahawan-usahawan dari kalangan belia dan beliawanis di Kelantan, PKINK telah merancang untuk melaksanakan beberapa langkah untuk tujuan tersebut. Antaranya yang pertama, menganjurkan 51 latihan dibawah Program Latihan Keusahawanan Khas (LASAK) PKINK dan Program Siswazah Perintis Keusahawanan (PROSPEK) PKINK bermula pada tahun 2018 berjumlah 1736 peserta. Seramai 798 orang belia dan beliawanis iaitu 45% yang telah menyertainya daripada jumlah
keseluruhan tersebut. Di samping itu, golongan ini juga turut menyertai program kerjasama PKINK bersama agensi keusahawanan lain seperti Perbadanan Nasional Bhd, PNS, PUNB, TEKUN, MARA, SME CORP dan pelbagai agensi lain.
Bagi memberi pendedahan tentang ilmu keusahawanan di peringkat sekolah menengah, PKINK melalui peruntukkan Rancangan Malaysia Ke 11 telah mendapat geran untuk penganjuran program Tunas Niaga Proton yang melibatkan 20 sekolah Jabatan Pendidikan Negeri dan 20 buah sekolah Yayasan Islam Kelantan yang melibatkan 400 orang pelajar.
Pada masa yang sama dalam usaha membuka minda belia dan beliawanis ke arah bidang keusahawanan, PKINK juga merancang untuk mengadakan Program Motivasi Keusahawanan pada tahun ini. PKINK juga telah dan akan menyertai pelbagai ekspo yang berimpak tinggi dengan membawa usahawan-usahawan yang berpotensi untuk pasaran luar negara seperti penyertaan di Penang Halal Ekspo dan Conference (PISEC) 2022, MAHA 2022, Malaysian International Halal Showcase (MIHAS) 2022 dan banyak lagi di bawah payung KALA Sentral. Terima kasih.
Wakaf Bharu.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam kesempatan yang ada hari ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan melalui Exco Anak Muda yang telah memberi peruntukkan tambahan RM100 ribu kepada usahawan muda yang mana ianya dapat memberi satu motivasi dan juga membantu usahawan muda yang ada di DUN masing-masing.
Soalannya, soalan tambahan, apakah usaha yang dimainkan oleh kerajaan di mana kalau kita melihat negeri Kelantan ini, kita ada universiti UMK, USM, UITM dan sebagainya yang mana mereka mempunyai pakar-pakar dalam bidang sama ada ekonomi, pengurusan, akaun dan sebagainya untuk memberi kerjasama dalam membantu usahawan-usahawan ataupun mungkin ianya boleh dijadikan pilot projek ataupun anak angkat
kepada universiti untuk membantu, usaha untuk membantu usahawan anak muda Kelantan, sekian terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Wakaf Bharu. Kita telah mengadakan perbincangan dan perjumpaan dengan UMK, Bahagian Usahawan dan diminta untuk mengumpulkan kertas-kertas cadangan kepada kita untuk membangunkan belia, beliawanis kita dalam bidang usahawan. In Shaa Allah kita akan teliti kertas-kertas cadangan tersebut dengan kerjasama agensi kita Urusetia Belia dan Sukan, terima kasih.
Kelaboran, sila.
……….. kita lihat bahawa kesungguhan Kerajaan Negeri melatih dan membimbing belia-belia kita untuk berniaga, sudah pasti ada anak-anak muda kita yang ingin membesarkan perniagaan mereka.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan pinjaman-pinjaman bagi memastikan mereka yang berjaya ini dapat dibesarkan lagi perniagaan mereka?
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Kelaboran. Jadi antara usaha komitmen kerajaan sebagaimana disebut oleh Wakaf Bharu tadi, Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar bersetuju untuk anak muda ini mengaktifkan perniagaan mereka dengan meluluskan peruntukkan RM4.5 juta, RM100 ribu satu DUN dan telah pun diberi kepada DUN-DUN. Semoga anak muda terus melebarkan perniagaan mereka.
Yang keduanya melalui SEDC sebagaimana yang disebut tadi bahagian Usahawan sentiasa memberikan panduan, bantuan dan sebagainya. Dan untuk meneruskan lagi bahagian agensi-agensi yang ada di Negeri Kelantan seperti MARA, SME CORP dan sebagainya.
Jadi boleh merujuk kepada agensi-agensi berkenaan untuk melebarkan lagi, membesarkan lagi usahawan-usahawan belia dan beliawanis kita. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Tendong.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, mohon jawapan untuk soalan nombor 12.
Soalan 12 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, sejauhmanakah kemajuan atau status projek perumahan mampu milik yang dicadangkan kerajaan pembinaannya di Daerah Bunut Susu dalam DUN Tendong. ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya menjawab soalan ke 12 izinkan saya untuk clarify balik jawapan saya, soalan tambahan daripada Kok Lanas mengenai vaksin sekejap tadi. Yang saya maksudkan dengan vaksin dalam jawapan tadi ialah vaksin Covid-19 dan vaksin influenza. Jadi saya kira Yang Berhormat Kok Lanas mengenai vaksin itu adalah vaksin influenza. Adapun HFMD tidak ada vaksin. Kerana penyakit HFMD ini ialah penyakit yang self-limiting dan tidak ada ubat yang spesifik untuk penyakit HFMD.
Penyakit ini kita rawat mengikut simptom yang ada kecuali dia terjadi komplikasi lain umpamanya secondary bacterial infection dan treatment dia accordingly, dengan izin.
Jadi jawapan nombor 12 ini, projek perumahan rakyat Bunut Susu ini ada dibawah PMBK, Perbadanan Menteri Besar dan buat masa sekarang ini dia masih lagi dalam proses mengemukakan apa itu permohonan ke menara Malaysia ke Jawatankuasa Selia, JAKMPP peringkat negeri.
Namun demikian kerja-kerja tanah sedang berlaku dan proses penambunan ataupun proses penambakan sedang berlaku, terima kasih.
Silakan Tendong.
Terima kasih atas jawapan pihak kerajaan. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan di atas penerimaan cadangan daripada Tendong pada masa dulu untuk menjadikan tapak tanah PMBK ini sebagai satu cadangan pembinaan Rumah Mampu Milik bagi keperluan masyarakat tempatan.
Soalannya ialah adakah pihak kerajaan mengenalpasti dan juga bercadang untuk menyusun dari sudut keperluan komponen-komponen dalaman dalam projek berkenaan terutama komponen-komponen melibatkan dewan orang ramai dan juga komponen kawasan hijau dan seumpamanya. Kalau masih belum ada di peringkat perancangan, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mempastikan komponen-komponen ini dimasukkan dalam cadangan plan pembinaan.
Kemudian yang keduanya, saya ingin mintak jawapan daripada kerajaan komitmen dari sudut bilakah projek pembinaan Rumah Mampu Milik ini akan selesai sepenuhnya. Sekurang-kurangnya mungkin ada jangkaan berapa tahun lagi untuk mempastikan projek ini dapat kita kenalpasti bila tarikh ataupun mungkin ada garis akhir pembinaannya untuk disiapkan pembinaan Rumah Mampu Milik ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih pada Tendong. Pertama, Tendong ni haritu dia mintak projek ini buat tempat dia. Beres, kita setuju buat. Hari ini kita buat merancang, dia mintak nok komponen pulok. Kita nak layan jugak In Shaa Allah. Kita nak layan juga apa-apa pandangan yang dibuat oleh Tendong tadi In Shaa Allah akan diteliti oleh PMBKB untuk, untuk kita tengok kesesuaian keperluan dewan, kawasan hijau dan sebagainya, mengenai bila projek itu nok sudoh kita hanya boleh kata In Shaa Allah, projek itu akan selesai dalam tempoh masa yang kita akan tentukan In Shaa Allah. Terima kasih.
Bunut Payong. Silakan.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Dato’ Speaker, apabila melihat kepada projek perumahan Mampu Milik, saya terpanggil untuk menyatakan satu hasrat yang tersirat dalam hati di kawasan saya di flat Kampung Sireh, flat Kampung Sireh di kawasan Bunut Payong yang mana kita lihat pengosongan setengah-setengah hampir lebih kurang 80% telah berlaku di flat Kampung Sireh. Di mana kalau kita lihat Dato’ Speaker, sekarang ini telah menjadi satu masalah.
Kalaulah pihak kerajaan ingin ambil kawasan tersebut untuk pembangunan, saya mengharapkan ianya dipercepatkan dan kalaulah tidak kawasan itu sekarang menjadi orang panggil kawasan dimana yang tidak terurus dan menjadi menimbulkan gejala-gejala yang tidak sihat berlaku yang mana kalaulah ianya perlu dipercepatkan, saya mengharapkan kerajaan mempercepatkan. Kalau memerlukan perobohan, percepatkan perobohan supaya ianya tidak menjadi tapak kepada pembiakan penyakit macam denggi dan sebagainya.
Yang keduanya yang menjadi masalah sekarang yang mengganggu penduduk yang masih ada dua tiga orang itu adalah gangguan kepada gejala sosial dan sebagainya. Mintak pihak kerajaan mempercepatkan proses tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Bunut Payong. Soalan 12 ini soalan sangat spesifik mengenai perumahan apa itu Rumah Mampu Milik di Bunut Payong eh di Bunut Susu. Namun demikian apa yang dibangkitkan oleh Bunut Payong In Shaa Allah kita ambil dan kita teliti apa yang sepatutnya kita boleh laksanakan dalam masa yang segera In Shaa Allah. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Semerak.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 14.
Soalan 14 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk menubuhkan satu kolej atau institusi pengajiian tinggi yang berasaskan pelabuhan dan maritim di Tok Bali, yang mana sesuai dengan kedudukan geografi di Kuala Sungai Semerak dan pelabuhan Tok Bali, di samping wujudnya agensi maritim seperti APMM di Semerak. ]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, sehingga kini Kerajaan Negeri belum bercadang bagi penubuhan satu kolej atau institusi pengajian tinggi yang berasaskan pelabuhan dan maritim di Tok Bali. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Pulai Chondong.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Daun ketupat daun palas, Pohon jawapan soalan saya nombor 14. Nombor 15, maaf. Soalan 15 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan apakah usaha ataupun program-program yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan kes kemurungan, tekanan hidup yang telah berlaku sejak akhir-akhir ini di Negeri Kelantan supaya ianya dapat dibendung dari terus merebak.]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, penyakit kemurungan ataupun depression ini termasuk dalam penyakit mental. Dan penyakit mental ini
adalah penyakit gangguan fungsi otak. Dia melibatkan perubahan dari proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku dan juga kecelaruan minda. Dan penyakit minda ini, penyakit mental ini mengikut WHO nya dia merupakan antara lima penyakit yang menyebabkan hilang keupayaan kerja. Dan jangkaan dalam 2022 ini kes mental ini membawa kepada apa itu dijangka menjadi penyebab kedua kepada hilang upaya kerja di seluruh dunia.
Apapun kemurungan di dalam negeri ini di peringkat negeri, di peringkat negeri kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan, pihak Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah melakukan saringan melalui kajian tekanan kerja dan hubungannya dengan kesejahteraan psikologi.
Manakala bagi masyarakat awam pula, pelbagai program dibuat di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan sepertimana yang disebut dibawah ini. Pertamanya Program Saringan Kesihatan Mental. Perkhidmatan Kesihatan Mental di Klinik Kesihatan, Perkhidmatan Psikitrik di hospital dan juga program Kesedaran Peringkat Komuniti dan yang akhirnya ialah Talian Psikologi, terima kasih.
Sila Pulai Chondong.
Sehari dua ini kita melihat banyak perkara-perkara yang berlaku yang menampakkan sebagai yang disebut oleh Yang Berhormat Exco kecelaruan minda sehingga sehari dua ini berlaku kecelaruan akidah bagi saya lah.
Jadi soalan tambahan saya orang-orang politik yang celaru minda ini termasuk dalam kemurungan ataupun sakit mental. Makna ramai kita lihat bila dah jadi mantan orang politik dia keluar macam-macam pernyataan dinyatakan. Nak respon YB Exco nya, hokni masuk jugak ko dalam bab-bab ini? Sekian, terima kasih.
Exco boleh jawab kalau nok jawab.
Payoh kakloh nok jawab soalan lagu ni. Dia ginilah Yang Berhormat Pulai Chondong. Kalu ada beraso demo ni, apa tu kalu beraso, sapo-sapolah sama ada mantan ko, tidak mantan ko, apa-apa saja yang kelihatan seperti ada kecelaruan minda, tolong ata kita la biar kita akses deh. Tolong hantar pada Exco Kesihatan ataupun kita refer kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk kita akses minda dia, sama ada dia ni setakat celaru lebih kurang ko atau masuk dalam bab apa tu sakit minda ataupun sakit mental. Hoktu kalau kita rasa ada sila buat reference ataupun hantar mari kita untuk kita buat accessment. Untuk kita kata selalu sakit mental takut tidak adil ha Kok Lanas, jadi kalau boleh hantar mari kita, kita nilai, In Shaa Allah. Terima kasih.
Kok Lanas nok tamboh ko, nok, nok soal ni?
Nok, nok tamboh sikit. Untuk ekor apa yang Pulai Chondong…
[MENCELAH] Ok, silakan Kok Lanas.
… tapi dia bukan … saya tak tahu ianya kemurungan minda atau tidak. Sehari dua ini kita lihat satu video tular, seorang pemuda yang saya fikir dia celaru minda, tetapi dibawah dikategorikan sebagai anti Islam, anti Nabi SAW. Dan ianya berlaku, saya terkejut ianya adalah berlaku di Kelantan dan di Pulai Chondong, di Pulai Chondong. Mengikut laporan
pagi ini lah, saya duk baca tadi. Dan, dan sikap itu adalah sebenarnya keterlaluan. Mujurnya apabila polis tangkap di dapati ianya positif dadah.
So, dia bukan sahaja celaru, hah Exco Agama takdokla, dia bukan celaru dari segi kefahaman agama tetapi celaru dari segi pemikirannya sendiri. Jadi saya fikir bila orang daripada Kelantan celaru agama sebenarnya imej kita jadi tak baik. Kalau daripada yang dua hari sebelum itu daripada Puchong, yang maki Nabi, maki Islam. Yang semalam lagi dahsyat. Saya tengok video penuh. Alhamdulillah polis berjaya tangkap. Jadi benda macam ini ni saya tak tahulah Exco Kesihatan boleh jawab ke tidak. Macamana kita nak selesai masalah seperti ini, terima kasih.
Terima kasih Kok Lanas. Kalau kita tengok dari aspek sakit mental ini, pertama dia ada kategori neurosis dan physcotic. Ok neurosis berkaitan dengan perasaan, mood dan sebagainya. Adapun physcotic ini ialah penyakit otak tegar yang menyebabkan neuro transmeter dalam palo imbalance, of neuro transmeter dalam palo. So, penyakit-penyakit ini dia ada characteristic dia nombor satu, penyakit yang dia ada MDP. Minor Depression Psychosis dan juga apa tu Skizofrenia. Dan dua ini, pertama puncanya dia adalah satu genetic, yang kedua ialah substances.
So, yang berlaku dalam masyarakat hari ini ialah punca oleh substan, dadah ataupun pil kuda. Yang merosakkan pemikiran mereka. Dan kita yang bila kena orang melayu kepada orang Islam yang dia ada sedikit basic agama bila mari kena Psychosis seperti Skizofrenia. Dia akan ada hallucination, third degree hallucination, dia ada paranoid, dia ada delusion dan sebagainya.
Maka ketika itu dia akan bergantung kepada neuro transmeter dalam palo dia, dia akan kecek apa yang dia ada. Maka orang-orang lagu ni kita kena clarify walaupun dia kecek anti Islam dan sebagainya. Dia ini orang tokleh nak pakai. Kerana bahasa mudahnya ‘gilo’. Bahasa mudahnya ‘gilo’. Dan physcotic ini ‘gilo’. Dia panggil sama ada Skizofrenia ataupun even medic Depressive Psychosis. Ha itu dia jawapan pada itu, makna kita semua tokleh sensitif sangat dengan hok gilo itu. Kalu tok gilo lain kira. Kita wak kiro lagu lain. Hok gilo ni kita kena royak bahawa hok dia sebut gapo
semua itu tidak memberi kesan kepada “Membangun Bersama Islam” kerana dia ‘gilo’. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Gaal.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan saya bagi soalan nombor 16.
Soalan 16 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, adakah Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan bercadang untuk menambahbaik dan melebarkan jajaran jalanraya dari Selising ke sempadan Kelantan Terengganu di Bukit Yong.]
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, pertama sekali terima kasih kepada Yang Berhormat Gaal. Sebelum saya menjawab soalan nombor 16, izinkan saya untuk menjawab soalan tambahan daripada YB Paloh semalam berkaitan dengan keretapi Express Wau dari Tumpat ke Kuala Lumpur. Untuk makluman Yang Berhormat KTMB tidak dapat meneruskan operasi perkhidmatan keretapi Express Wau dari Tumpat ke Kuala Lumpur di sebabkan menanggung kos operasi yang tinggi dan kerugian sebanyak RM6 juta setiap tahun.
Selain itu, larian Express Wau ini tidak begitu sesuai buat masa ini disebabkan KTMB ada menyediakan train-train lain yang boleh menghubungkan ke Pantai Timur melalui train ETS dari Kuala Lumpur ke Gemas. Itu jawapan kepada soalan tambahan.
Berkaitan dengan soalan 16 daripada Gaal, untuk makluman Yang Berhormat, jalan yang terlibat merupakan jalan persekutuan FT 003. Laluan ini merupakan laluan utama untuk ke Terengganu dan seterusnya ke Selatan-Malaysia. Pada waktu puncak jalan ini berada dalam tahap perkhidmatan F dan perlu dinaik taraf. Cadangan untuk penambahbaikan dan pelebaran jalan telah pun termasuk dalam perancangan yang akan dijalankan secara berperingkat. JKR Negeri Kelantan telah merancang untuk menaiktaraf jalan FT 003 daripada dua lorong satu hala kepada empat lorong dua hala. Sehingga kini jalan ini telah dinaiktaraf bermula dari Pasir Tumboh ke Pekan Melor. Manakala dari pekan Melor ke sehingga Pak Badol masih dalam pembinaan.
Bagi fasa berikutnya JKR Kelantan akan mengangkat permohonan kepada Kementerian Kerjaraya melalui Rancangan Malaysia Ke-12. Cadangan naik taraf ini akan berakhir di Bukit Yong. Cadangan naik taraf ini juga bergantung kepada keupayaan kewangan negara. Terima kasih.
Silakan Galas.
Terima kasih Dato’ Speaker. Saya nak kaitkan berkaitan dengan jalan di sempadan sebagaimana yang jawapan Exco tadi, saya nak tarik perhatian berkenaan dengan jalan-jalan di pintu masuk ke negeri kita. Ya kita sedar bahawa jalan-jalan ini ialah jalan persekutuan. Walaubagaimanapun kalau kita tengok kepada tragedi yang berlaku sewaktu Aidilfitri baru-baru ini setelah beberapa viral atau setelah sekian lama barulah jalan-jalan ini dibaiki oleh pihak yang sepatutnya.
Soalan saya, tidak adakah mekanisme ataupun kerjasama di antara pihak-pihak yang terlibat untuk memastikan agar jalan-jalan yang rosak terutama jalan pintu masuk ke sempadan negeri Kelantan kita ini dibuat maintenance lebih awal. Jangan tunggu sapa dia kata serupo dengan belikat firaun dan sebagainya. Jadi perkara ini memburukkan imej Kerajaan Negeri kita. Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Galas untuk mendapat jawapan yang tepat In Shaa Allah saya mohon notis, besok saya akan jawab, In Shaa Allah.
Persilakan Yang Berhormat Kemuning.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, mohon jawapan bagi soalan saya nombor 17, terima kasih.
Soalan 17:
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, sejauh manakah kejayaan yang telah dicapai oleh wanita-wanita Kelantan dalam bidang akademik, ekonomi dan politik sama ada di peringkat negeri, negara dan antarabangsa. ]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Kemuning. Kerajaan Negeri Kelantan dalam rangka menyediakan plan tindakan dan platform terbaik dalam menghimpunkan wanita-wanita Kelantan yang cemerlang dalam pelbagai bidang ataupun untuk menyumbangkan kepada negeri. Dan ini dikumpulkan di bawah satu projek baru yang dinamakan sebagai Genius Abqariyah. Iaitu cemerlang dan berpotensi dari pelbagai bidang yang telah pun di kenalpasti dalam Negeri Kelantan.
Jenis program yang merupakan kecemerlangan wanita berteraskan kepada hala tuju kerajaan Kelantan melangkah ke hadapan 2018-2023 melalui bidang fokus lima, strategi dua belas dan program empat puluh tiga.
Dalam bidang akademik kita melihat Alhamdulillah pencapaian demi pencapaian telah pun diperolehi yang mana ramai wanita kita bukan sahaja masuk universiti tetapi telah pun mencapai kepada peringkat PHD, dan juga Profesor dan Profesor Madya. Dan di bidang akademik sebagai contohnya rekod 2019 terdapat 20 590 orang wanita Kelantan telah memasuki universiti dan tahun 2020, 23 588 orang wanita Kelantan telahpun memasuki universiti.
Dalam bidang ekonomi kita melihat, Alhamdulillah dibawah rekod Usahawan Kementerian Luar Bandar KPLB pada tahun 2021 yang berdaftar di Kelantan didapati bahawa untuk wanita Kelantan ialah jumlahnya 7916 yang telah berdaftar sebagai usahawan berada kedua tertinggi selepas Selangor. Dan Alhamdulillah di Kelantan kita telah pun membuka banyak PPWK, Pusat Pembangunan Wanita Kelantan dan hingga kini lebih daripada 4 000 orang telah pun bergraduasi dari bidang jahitan dan juga bidang sulaman.
Dan kita lihat juga Alhamdulillah setiap tahun bermula tahun 2005 kita telahpun melantik dan mengiktiraf ramai wanita-wanita dimana yang berumur 40 kebawah sebagai ikon wanita dalam pelbagai bidang dan juga untuk 40 ke atas sebagai tokoh-tokoh. Dan sehingga kini lebih 200 orang telahpun dikenalpasti dan diberikan anugerah sama ada peringkat DUN, Parlimen ataupun peringkat negeri.
Dan bidang politik, Alhamdulillah kita melihat wanita Kelantan muncul sebagai pelapis atau penerus kepada generasi Cik Siti Wan Kembang di mana di dalam tempoh 30 tahun lebih daripada sepuluh wanita telah diangkat menjadi lantikan politik iaitu Yang Berhormat di Negeri Kelantan. Yang menariknya daripada sepuluh orang wanita yang telah pun dilantik menjadi Senator, menjadi ADUN dan juga Exco, lima daripada mereka dilantik oleh Kerajaan Negeri dan dipilih oleh rakyat berumur kurang daripada 40 dan lima telah pun dilantik melebihi umur 40 tahun. Ini bererti Kerajaan Kelantan memberikan pengiktirafan kepada wanita muda dan juga wanita dewasa dalam memberikan khidmat. Berdasarkan kepada prestasi cemerlang mereka, kita
mengharapkan In Shaa Allah dalam PRU yang ke-15 lebih banyak post-post dan jawatan yang diberikan kepada wanita untuk meneruskan khidmat mereka di Negeri Kelantan. Sekian, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Limbongan.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan bagi soalan saya nombor 18. Soalan 18 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, jumlah Usahawan Muda yang telah dibantu khususnya yang terjejas akibat Covid-19 dan berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut. ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Limbongan. Jumlah peruntukkan yang telah dibahagikan kepada usahawan muda yang terjejas akibat Covid-19 adalah seperti berikut. Bantuan melalui portfolio Belia Sukan Dan NGO berjumlah RM4.5 juta. Seperti yang disebut oleh Exco Belia Dan Sukan NGO sekejap tadi. Kedua, melalui portfolio Pertanian Industri Asas Tani Boiteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar berjumlah lebih kurang RM1.5 juta. Bantuan melalui portfolio Industri Perdagangan, Pelaburan berjumlah RM3.4 juta. Saya ambil bantuan sepenuhnya daripada portfolio Belia RM4.5 juta, separuh daripada bantuan portfolio Pertanian kerana RM1.3 juta itu umum. Maka kita ambil 20% nya di bahagi kepada belia dan juga saya mengambil, saya ambil daripada RM3.4 juta portfolio Industri, separuh
iaitu RM1.7 juta, jadi jumlah keseluruhan bantuan kepada belia bagi menghadapi Covid-19 ialah sebanyak RM6.8 juta.
Bilangan penerima setakat ini kita belum dapat laporan lagi tetapi saya kira sebab kita bagi kelonggaran kepada tiap-tiap ADUN, 45 ADUN tu untuk membagi bantuan lebih kurang RM1000 bagi satu belia dalam DUN masing-masing. Maka kalau kita bahagi RM6.8 juta ini, maka lebih kurang 6875 belia yang menerima bantuan akibat daripada Covid-19 ini. Terima kasih.
Silakan Galas.
Terima kasih Dato’ Speaker. Pertamanya saya mewakili rakyat Galas nak ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan di atas bantuan-bantuan yang diberikan terutamanya kepada usahawan muda di negeri kita.
Soalan tambahan saya, adakah lagi peruntukkan tambahan terutamanya kepada usahawan muda belia niaga kerana sambutan yang diberikan oleh para belia kita mengenai sumbangan Kerajaan Negeri RM100 ribu baru-baru ini amat-amat menggalakkan. Dan kita masih lagi menerima permohonan-permohonan daripada anak-anak muda dalam negeri kita untuk mereka mendapatkan peruntukkan dan juga dana untuk mereka memulakan perniagaan. Terima kasih.
Terima kasih di atas soalan tambahan. Bukan sahaja Galas nok, sayo pun nok juga tambahan ini. Cuma kita bergantung kepada peruntukkan yang ada oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan kita akan minta jasa baik bincang dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar untuk menambah peruntukkan dan dalam sekarang ini baru bulan Julai, maka kita masih ada lima bulan lagi sekiranya ada peruntukkan tambahan maka kita akan salurkan melalui tiap-tiap DUN supaya mereka boleh mencari belia-belia yang perlu diberi bantuan, In Shaa Allah. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Apam Putra.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Dato’ Speaker, saya mohon jawapan soalan nombor 19.
Soalan 19 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah perancangan dan dasar baru Kerajaan Negeri dalam pengurusan kutipan, pengangkutan dan pelupusan sisa pepejal di seluruh negeri Kelantan untuk 10 tahun akan datang. ]
Terima kasih Yang Berhormat Apam Putra mengenai pengurusan sisa pepejal dalam sepuluh tahun akan datang In Shaa Allah Kelantan ini, loni kita sedang merangka dasar kebersihan Negeri Kelantan. Pun demikian apabila kita melihat bahawa PBT, setengah-setengah PBT yang tidak mampu mengurus urusan kutipan sampah, maka untuk kebelakangan ini kita cuba ambil, kita cuba swastakan pengurusan sampah untuk lima PBT terlebih dahulu sebagai kajian. Pertamanya kita memulakan apa itu pengswastaan di MPKB yang jumlahnya hampir RM3 juta kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM900 ribu dan sebanyak RM2.3 juta ditanggung oleh MPKB. Feedback yang kita terima daripada pengswastaan ini sangat baik. Daripada feedback yang sangat baik ini kita lanjutkan kepada empat PBT yang lain. PBT yang kita tambah ialah PBT Majlis Daerah Ketereh, Majlis Daerah Machang, Majlis Daerah Pasir Mas dan Majlis Daerah Pasir Puteh. Mengenai Majlis Daerah Ketereh dia lambat sikit pasal kebetulan baru ini dia berlaku pertukaran Setiausaha, berlaku pertukaran apa tu YDP, dia masih dalam proses perolehan yang kos pengswastaan di Ketereh adalah sebanyak RM432 ribu, Daerah Machang RM432 ribu juga. Majlis Daerah
Pasir Mas RM432 ribu juga dan Majlis Daerah Pasir Puteh sebanyak RM274 ribu. Adapun Majlis Daerah Machang, Pasir Mas dan Pasir Puteh telah pun berlaku. Apa pun kita telah anugerah, kita telah pun berikan kontrak kepada dua PUJ dan satu syarikat lain. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang saya berhasrat untuk menangguhkan dewan dan dewan akan bersidang semula pada hari esok 20 Zulhijjah 1443H bersamaan 20hb.07.2022 pada jam 09.00 pagi. Marilah sama-sama kita tangguhkan Dewan dengan membaca surah Al-Asr dan Tasbih Kafarah.
Dengan ini dewan ditangguhkan.
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 10.45 PAGI DAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA ESOK HARI 20 ZULHIJJAH 1443H BERSAMAAN 20HB JULAI 2022, JAM 9.00 PAGI.