Kelantan · 21 March 2023

14th Assembly, 5th session, 4th meeting · 156 turns · 11,911 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.

(Pembukaan)

Setiausaha

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Persidangan Kali Keempat Bagi Tempoh Penggal Kelima, Dewan Negeri Kelantan Keempatbelas, HARI KEDUA

…… ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا

Doa

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Berdoa….

[ SAMBIL BERDIRI ]

II … UCAPAN OLEH YB DATO’ SPEAKER

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, Ucapan Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya menerima surat permohonan untuk tidak menghadiri Persidangan pada hari ini dari 2 Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Salor dan juga Yang Berhormat Kota Lama. Dengan ini saya meluluskan permohonan kedua-dua Ahli Yang Berhormat tersebut.

Ahli-Ahli Yang Berhormat semua selepas kita menamatkan Persidangan pada hari ini saya menjemput semua Ahli Yang Berhormat bersama pasangan untuk bergambar. Group photo last, ... saya juga menjemput semua Ahli Yang Berhormat ke jamuan sempena ambang Ramadan dan Persidangan terakhir bagi Penggal ini. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi Insha Allah. Sila…

Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Ketiga, soalan-soalan yang diberitahu.

Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan MulutQuestions

Speaker

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Bukit Bunga. YB AMRAN BIN ARIFFIN :[ MEWAKILI YB BUKIT BUNGA]

. ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Pohon jawapan Bukit Bunga soalan nombor 1. Soalan 1 : [ Nyatakan adakah terdapat perbezaan hubungan Kerajaan Negeri Kelantan dengan Kerajaan Persekutuan selepas PRU ke 15 yang lalu.]

Ustaz Dato' Hj Ahmad b YakobPAS · GSMenteri Besar · Pasir Pekan

.. ، ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Yang Berhormat Dato’ Speaker, hubungan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan masih berjalan dengan baik. Ini terbukti apabila beberapa program bersama telah kita laksanakan. Antaranya yang awal-awal lagi kita bersama dengan Yang Amat Berhormat PM dan juga

TPM meninjau dan juga menziarahi PPS banjir sama ada di Rantau Panjang dan pun di Pasir Puteh pada awal tahun baru-baru ini. Terakhir kita adakan satu Pengerusi bersama dalam mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Khas MTPN dengan Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan juga perubahan iklim. Yang terakhir sekali baru-baru ini pada 19hb kita adakan perasmian bersama Pasar Tok Kenali di Binjai dengan Yang Berhormat Menteri Kerajaan Tempatan dan lain-lain tu berjalan seperti biasa antara pegawai-pegawai Persekutuan dengan Pegawai-Pegawai Negeri dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan dan kebaikan untuk rakyat.

Terima kasih.

Speaker

Kok Lanas….

Terima kasih Dato’ Speaker, saya nak ucap penghargaan dan tahniah kepada Kerajaan kerana mempunyai sikap yang sedemikian. Saya ingat dalam ucapan bajet kita tahun lepas pesanan saya dan harapan saya pun begitu kerana hubungan baik antara kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat adalah sangat penting walaupun kita punyai fahaman politik dan dasar politik yang berbeza. Sebelum soalan tambahan, ada sikit nak tambah. Saya teringat zaman Allahyarham Tan Sri Asri menjadi Menteri Besar saya masa tu kecik, tahun 60-an. Selalu tengok Allahyarham Tan Sri Asri rapat dengan Tungku Abdul Rahman, rapat dengan Tun Abdul Razak walaupun parti berbeza. Malah pada masa tu pertikaian politik jauh lebih hebat daripada sekarang pada masa itu. Tetapi Allahyarham Tun Razak dan Tan Sri Asri adalah merupakan sahabat baik walaupun partinya yang berbeza.

Soalan tambahan saya, ialah saya mengikut Perbahasan Perlimen di antara Ahli Parlimen Tumpat dengan PM X atau PM-10 yang claim dalam ucapan dia bahawa dia telah beri peruntukkan yang banyak kepada Kelantan. Saya sebenarnya sedang mencari fakta tersebut. Jadi soalan tambahan saya adakah benar dakwaan Perdana Menteri itu memberi peruntukkan yang lebih daripada dulu ataupun ianya hanya retorik biasa seorang Ahli Politik?

Terima kasih.

Ustaz Dato' Hj Ahmad b YakobPAS · GSMenteri Besar · Pasir Pekan

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada sahabat saya daripada Kok Lanas, apa yang kita maklumi dan kebiasaannya yang kita terima sejak daripada mana-mana pentadbiran Perdana Menteri selama ini pun ada beberapa yang tertentulah seperti pemberian berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, pemberian mengikut kepala itu memang kita terima setakat ni pun begitu tidak ada perubahan. Pemberian di bawah undang-undang serta peraturan kewangan yang lain wang ihsan dan sebagainya tapi setakat ni kita tidak ada satu calculate yang terbaru ni lebih atau kurang kita sedang meneliti lagi hari ni setakat hari ini. Cuma yang pasti terima ialah yang RM50 juta yang diisytihar oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri waktu banjir baru nih dan telah pun kita terima melalui JPP, Insha Allah jawapan nya akan ada nanti.

Terima kasih.

Speaker

Ayer lanas.

Dato' Hj Mustapa bin MohamedUMNO · BNAir Lanas

.. ، ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

. ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Bentara Kanan atas jawapan tadi. Sebelum saya teruskan dengan soalan tambahan saya ingin membuat satu cadangan oleh kerana hari ini hari terakhir, saya mohon pertimbangan Dato’ Speaker, supaya kita selesaikan semua soalan 19 soalan itu bergantung kepada Dato’ Speaker lah, kerana hari terakhir ni takut tak puas nak “kecek” itu untuk pertimbangan.

Soalan tambahan saya, saya menyusul Kok Lanas tadi yang pertamanya kita ucap tahniahlah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas jawapan tadi dan terkini seperti yang disebutkan tadi lawatan 2 program iaitu pembukaan Pasar Tok Kenali dan juga penyerahan kunci untuk Rumah Kos Rendah di mana Menteri Kerajaan Tempatan akan memberi perhatian. Satu kenyataan yang menyejukkanlah dan kenyataan di Parlimen daripada Perdana Menteri dan Menteri-Menteri

lain menyatakan bahawa Kelantan menerima RM 350 juta peruntukkan tambahan. Peruntukkan ni banyaklah dan yang kita bincangkan ini mungkin peruntukkan pembangunan. Peruntukkan pembangunan ni ada 2, sambung. Sambung ni kena buatlah yang retok, sekolah dalam pembinaan. Yang kedua, baru. Biasanya dalam pengalaman saya biasa seminggu selepas bajet dibentangkan senarai itu akan diserahkan kepada pejabat SUK maka Kerajaan Negeri sudah pasti sudah pun mengetahui sama ada benar ataupun tidak kenyataan bahawa ada peruntukkan tambahan RM 350 juta kalau itu benar maka kita ucap terima kasih.

Dan seterusnya saya nak tanya sama ada peruntukkan satu, nak buat ni satu masalah lantikan kontraktor kelmarin kita bincang pasal tanah. Jadi dulu saya bersama Yang Berhormat Kadok EXCO Infra seminggu sekali bersama dengan Pengarah JKR Negeri kita ada saya bermesyuarat untuk pantau lapangan terbang, projek guna sama di Tunjong, projek lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai central spine. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menghidupkan semula jawatankuasa tersebut kerana kita dapati Kadok boleh mengesahkan Yang Berhormat EXCO boleh mengesahkan bahawa proses telah banyak membantu untuk merancakkan dan mempercepatkan umpamanya lapangan terbang kita sebagai contohlah.

Jadi soalan kita yang pertama sama ada Kerajaan bercadang untuk mendapatkan kepastian kenyataan di Parlimen lebih RM350 juta tambahan. Tambahan daripada tahun ataupun…. Tambahan ni 2 maksud, pertama yang bajet. Pertama yang dibentangkan pada 7 Oktober tahun lepas untuk tahun ini yang kedua dibentangkan sekali lagi oleh Yang Berhormat Perdana Menteri atau Menteri Kewangan. Jadi peruntukkan tambahan itu maksudnya tambahan berbanding dengan 2022 ataupun berbanding dengan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 7 Oktober yang lalu. Jadi kepastian sama ada Kerajaan Negeri sudah pun mendapat senarai projek terperinci, yang kedua sama ada Kerajaan Negeri bercadang untuk menghidupkan semula Jawatankuasa untuk pantau peruntukkan satu tapi yang penting sekali ialah kadang-kadang lambat macam umpamanya fasa 2b Lebuh Raya nih yang sohorlah, Pengarah JKR sapa loni tak tahu hala tuju lagi sebagai contohlah.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, panjang sikit. Jadi saya mohon pertimbangan Yang Berhormat Dato’ Speaker, hari ni kita selesai belaka 19 soalan kerana hari ini hari terakhir.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Ustaz Dato' Hj Ahmad b YakobPAS · GSMenteri Besar · Pasir Pekan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Ayer Lanas. Yang telah mengemukakan beberapa persoalan berhubung dengan Jawatankuasa Penyeliaan ataupun Jawatankuasa Pemantauan itu khusus kepada Kerjaraya dan sebagainya saya minta supaya dapat di perhalusi semula oleh Yang Berhormat EXCO Kerjarayalah. Dan kita memang mustahak benda ni untuk membuat pemantauan terhadap program-program yang telah pun diluluskan seperti jambatan Palekbang di bawah ECER kita sudah mendapat makluman bahawa kemungkinan harganya sudah meningkat kepada lebih RM51 juta oleh kerana masa. Insya Allah benda-benda ni akan mendapat perhatian kita dalam pemantauan nanti. Yang seterusnya ialah berhubung dengan apa ni tadi panjang sangat benda tu… peruntukkan RM350 juta. Setakat ini masih belum lagi sampai kepada Majlis Mesyuarat Negeri tentang sama ada bajet yang ditambah itu daripada pentadbiran sebelum ini ataupun semasa kita belum mendapat secara terperinci. Walaubagaimanapun Insha Allah pihak Bendahari akan kemukakan nanti secara terperinci butiran kewangan-kewangan yang telahpun sampai kepada Kerajaan Negeri. Saya minta notis dulu, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Galas.

. ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Saya pohon jawapan soalan nombor 2.

Soalan 2 :

[ Nyatakan pakah wujud kawasan penempatan baru yang dicadangkan oleh PTJ Gua Musang dan PTJ Kecil Lojing setelah mengenalpasti mana-mana baki tanah Kerajaan, adakah berlaku penyusunan penempatan kampung tradisional yang serba /kekurangan. ]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Yang Berhormat daripada Galas Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang telah menyediakan beberapa cadangan kawasan untuk menyusun penempatan semula bagi mereka yang terlibat di Gua Musang antaranya ialah penempatan di Kampung Tanah Puteh mukim Bandar Gua Musang dan juga mukim Pulai yang melibatkan kawasan seluas 181.710 hektar iaitu dengan di Bandar Gua Musang. Yang kedua, di Sungai Kepal Mukim Bandar Daerah Galas Gua Musang yang terdiri daripada 2 blok kawasan iaitu kawasan yang pertama seluas 24.2348 hektar dan kawasan yang kedua ialah seluas 98.25 hektar dan yang ketiga ialah kawasan di sekitar jalan industri seluas 14.294 hektar mukim Bandar Gua Musang yang diwujudkan untuk menyelesaikan masalah penempatan haram, penduduk miskin dan asnaf yang memerlukan menempatan segera bagi lot-lot kediaman. Bagi kawasan jajahan kecil Lojing ada 2 kawasan yang dikenalpasti untuk penempatan semula ni iaitu yang pertama ialah di Mukim Sigal seluas 15 ekar dan di Mukim Belau seluas 27.2 ekar.

Perancangan juga dibuat untuk diambil kira penempatan semula kampung-kampung tradisional yang berada di kawasan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Speaker

Sila, galas.

Terima kasih Timbalan Menteri Besar atas jawapan yang telah diberikan. Soalan tambahan saya lama manakah tempoh yang dijangkakan oleh pihak Kerajaan untuk kita menyelesaikan isu setinggan di kawasan Galas terutamanya kerana isu ini berlarutan sejak daripada tahun 80-an lagi. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan di

atas peruntukan untuk menyediakan tanah Kerajaan untuk dijadikan kawasan perumahan untuk mereka ini. Cuma soalan saya bilakah projek-projek rakyat dapat kita segerakan untuk diberikan kepada setinggan.

Pihak Kerajaan telah berusaha secepat yang mungkin cuma ada beberapa isu teknikal antaranya bila kita kenal pasti kawasan kita kena ukur untuk menentukan kawasan dan pecahan-pecahan lot itu satu isu. Kemudian antara isu lain yang kita hadapinya ialah sebahagian mereka yang terlibat ini enggan berpindah. Ada macam-macam alasan untuk mereka ni tidak berpindah antara isu-isu teknikal yang dihadapi oleh pihak berkuasa yang kita akan cuba selesaikan.

Speaker

Paloh..

Amran bin ArifinUMNO · BNPaloh

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Berkenaan dengan kampung tradisional ini kita terdapat lagi satu isu yang mana ada penempatan kampung yang lengkap infrastrukturnya tetapi dari segi pengiktirafannya masih lagi berada dalam hutan simpan kekal. Contoh di kampung Kala dalam DUN YB Abd Aziz di Nenggiri. Jadi soalannya, apakah usaha-usaha yang patut kita buat yang mana sepatutnya kita buat yang infrastrukturnya ada sekolah ada, surau ada dewan. Jadi kita kena adakan usaha keluarkan kampung-kampung ini daripada hutan simpan kekal. Jadi persoalannya bagaimanakah usaha yang patut kita buat dan disegerakan bagi membolehkan penduduk kampung dapat menikmati kemudahan-kemudahan yang lain.

Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tu ada dalam makluman dan perhatian Kerajaan dan saya baru-baru ni hasil daripada lawatan saya ke Gua Musang saya telah mencadangkan supaya pihak JHET mengangkat perkara ni dalam mesyuarat mereka dan berbincang dengan Pejabat Tanah dan Jajahan bagaimana usaha yang perlu kita buat antara yang boleh kita cadangkan dan kampung dan ke kawasan

hutan simpan ataupun kalau kita nak keluarkan kita boleh beri permit kebenaran sebagaimana yang kita berikan kepada Pondok Kenerong di Gua Musang itu yang tidak dikeluarkan daripada hutan simpan tetapi diberikan permit kebenaran oleh pihak Perhutanan Negeri.

Speaker

Kemuning…

Hj Mohd Roseli bin IsmailPAS · GSKemuning

. ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana memberi peluang kepada Kemuning untuk soalan tambahan selepas beberapa kali bangun. Jadi merujuk beberapa soalan yang ditimbulkan oleh Galas berhubung dengan penempatan-penempatan baru Orang Asli saya mengambil kesempatan terlebih dahulu untuk mengucapkan tahniah terima kasih banyak kepada Kerajaan Negeri kerana prihatin dan cakna terhadap Orang-Orang Asli. Jadi persoalan saya di sini soalan tambahan saya nya ialah apakah Kerajaan sudah ada perancangan untuk membangun mengadakan penempatan-penempatan baru ini untuk membentuk satu kawasan yang berkonsepkan Desa Taqwa ataupun menwujudkan sekolah-sekolah agama supaya orang-orang asli ini dapat diberi dakwah islamiah ataupun pengajaran islam dengan lebih baik lagi. Supaya mereka dapat mempertahankan akidah akhlak islamiah, dan sebagainya. Adakah sudah ada perancangannya, sekian terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya rasa ada kesilapan soalan tambahan. Kita bincang tentang penempatan semula orang yang bukan asli. Orang asli tak ada dalam ini. Ada pun tentang orang asli ni untuk pembangunan mereka sebenarnya pihak JKHOA ada perancangan-perancangan dan kita sendiri di peringkat Negeri kita bersetuju untuk mewujudkan satu pusat latihan dakwah di Lojing yang telah pun pada dasarnya bersetuju dan konsep pembangunan pun telah diterima oleh pihak Kerajaan Negeri cuma menunggu masa untuk dilaksanakan. Jadi ini antara usaha kita untuk mendidik orang-orang asli yang memeluk

agama Islam ini supaya mereka lebih faham tentang agama dan boleh mengamalkan dalam kehidupan mereka.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Guchil.

.. ، ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Bersongkok hitam terlihat gagah, MB Kelantan kesayangan kita, Hari terakhir bukannya berpisah, Soalan saya bernombor tiga.

Terima kasih.

Dato' Hj Mohd Hanifa bin AhmadPAS · GSPengkalan Pasir

Tak berapa kena Dato’ Speaker hujung tuh, [ sambil tergelak] tapi pada tak sedia jawapan pelah.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Guchil bagi tahun 2023 Kerajaan Negeri Kelantan memfokus kepada pembangunan sektor perindustrian di Tok Bali Pasir Puteh terutama dalam sektor oil & gas. Dan juga sepertimana saya sebutkan semalam kita juga fokus kepada Industri IBS di Labok sedang dalam pembinaan Labok Machang dan juga kita memberi fokus kepada Bandar perabut di Gua Musang.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah selesai melaksanakan urusan Pengambilan Balik Tanah Fasa 1 bagi kawasan Perindustrian Tok Bali. Sekarang ni Kerajaan Negeri telah mengangkat permohonan melalui Rolling Plan 3 (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk meneruskan lagi Pengambilan Balik Tanah Fasa 2 seluas 100 ekar lagi di Tok Bali.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga sedang di dalam proses menyiapkan kerja-kerja pembinaan infrastruktur asas di Bandar Perabut Gua Musang dan Kerajaan telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM3.3 juta untuk pembinaan asas jalan masuk ke projek Bandar Gua Musang yang seluas 350 ekar.

Terima kasih.

Speaker

Sila, Guchil….

Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih jawapan daripada pihak Kerajaan. Tahniah kepada masyarakat di Gua Musang yang mendapat Bandar Perabut, masyarakat di Machang mendapat industri IBS dan juga di Tok Bali jajahan untuk diwujudkan sebuah pelabuhan dan bandar perikanan. Di Kuala Krai untuk makluman Yang Berhormat kita ada satu kawasan industri iaitu kawasan industri Staponal yang mana kawasan ini amat sesuai untuk satu kawasan industri belum dapat lagi dibangunkan sehingga sekarang. Jadi saya ingin bertanya sekiranya pihak Kerajaan ada merancang untuk membangunkan semula kawasan Staponal dan kawasan sekitarnya yang mana sekarang ni zon industri yang mana jika dibuat satu industri yang sesuai untuk kawasan tersebut akan memberikan impak yang besar kepada masyarakat Kuala Krai khasnya untuk menambahkan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.

Terima kasih.

Dato' Hj Mohd Hanifa bin AhmadPAS · GSPengkalan Pasir

Terima kasih soalan tambahan Guchil. Memang Staponal kita ada juga rancangan untuk memperbaiki sebabnya infra Staponal itu tidak berapa baik itulah dan kita bercadang untuk menambah peruntukan untuk baiki infra, satu. Yang keduanya, kita ada cadangan untuk mewujudkan satu lagi kawasan industri di Kuala Krai iaitu kita telah mengecam satu kawasan seluas 96.7 ekar di kawasan baru Pahi. Cadangan ini akan diteruskan dengan segera bagi tahun 2023 ini Insha Allah Kuala Krai akan dapat 2 kawasan industri iaitu kawasan Staponal dan lagi satu kawasan di Pahi.

Terima kasih.

Speaker

Ayer Lanas.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada 3 sektor utamalah dalam Negeri Kelantan dan Malaysia. Satu ialah pembuatan, sektor pertanian yang besar dan yang ketiga ialah perkhidmatan. Jadi tahniahlah dengan kemajuan yang disebut oleh Yang Berhormat Dato’ EXCO, di Tok Bali dan IBS sekali. Saya nak tumpu kepada pelancongan. Saya rasa pelancongan termasuk sektor perkhidmatan yang memang diberi tumpuan pada hari ini, saya pagi tadi ada peluang untuk berjumpa dengan Yang Berhormat EXCO Pelancongan.

Jadi saya nak sebut Jeli sikitlah bersama dengan DO Jeli kita telah berusaha lebih setahun lebihlah untuk memajukan pelancongan dan kita rasa di Jeli ni meletop dengan Lata Kashmir, Bukit Salor, Lata Renyuk, Lata Janggut dan beberapa kawasan yang lainlah.

Jadi oleh kerana tahun depan merupakan Tahun Melawat Kelantanlah. Saya bagi pihak Yang Berhormat EXCO berpengerusi dengan kami apakah perancangan yang terlibat sekarang bulan ini dan bulan hadapan untuk kita bersiap sedia supaya sektor pelancongan yang saya rasa berpotensi yang sangat besar menjadi sumber pendapatan baru untuk rakyat Kelantan, itu yang pertamanyalah.

Yang keduanya, saya telah mengusulkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Yang Berhormat EXCO yang ditubuhkkan oleh Jawatankuasa Majlis Perundingan bersama dengan jajahan-jajahan dan saya yakin dengan peluang-peluang kerja nih. Sanggup untuk pengerusikan bagi Jeli mempengerusikan Jawatankuasa Pelancongan supaya kita dapat rancang dengan lebih tersusun dan banyak perkara-perkara cabaran yang kita hadapi seperti infrastruktur, kebersihan dan lain-lain lagi yang perlu kita tangani. Jadi kalau ada majlis tu Insha Allah kita akan dapat tangani dengan lebih tersusun dan mantap lagi, terima kasih Dato’ Speaker.

Dato' Hj Mohd Hanifa bin AhmadPAS · GSPengkalan Pasir

Yang Berhormat Dato’ Speaker, itu lebih kepada pelancongan. Saya rasa EXCO Pelancongan akan gulunglah apabila sampai ruangnya. Terima kasih.

Speaker

EXCO Pelancongan nak jawab ko? Buleh saya bagi peluang….

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Terima kasih kepada Ayer Lanas, yang begitu prihatin dan uniknya di Jeli ini kita ada nama-nama seperti Hindustan dan telah menjadi sebutan ramai begitu juga ada Hokaido ada Jepun ada….

Speaker

[MENCELAH] Lata Keding Yang Berhormat..

…. Lata Keding pun ada… Alhamdulillah satu cadangan yang baik dan kita akan berusaha di peringkat Negeri kita ada Majlis Perundingan dan eloklah kita ada perundangan di jajahan-jajahan. Satu idea yang baik dan kita akan berusaha ke arah itu, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kelaboran.

Hj Mohd Adanan bin HassanPAS · PNKelaboran

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan bagi soalan saya nombor 4.

Soalan 4 :

[ Nyatakan apakah usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan bagi menarik minat pegawai-pegawai Kerajaan untuk menyertai program Diploma Tasawwur Islam dan berapakah bilangan Pegawai Kerajaan Negeri Kelatan yang lulus Diploma Tasawwur Islam setakat ini. ]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Kelaboran. Kerajaan Negeri Kelantan telah Program Tasawwur Islam dengan kerjasama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) kepada pegawai-pegawai Kerajaan Negeri bermula pada tahun 2013 sehingga kini seramai 127 orang pegawai telah berjaya mendapat sijil di peringkat Sijil Tasawwur Islam manakala seramai 30 orang daripada jumlah tersebut telah berjaya mendapat kelulusan Diploma Eksekutif Tasawwur Islam. Pada tahun 2022, program ini diteruskan dengan program Tasawwur Islam siri 5 2022 kepada 30 orang pegawai Negeri yang terpilih dan telah memulakan kuliah pengajian pada 23 Jun 2022.

Antara objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk memupuk nilai-nilai agama Islam dalam sistem pentadbiran dan pengurusan Kerajaan serta membentuk pegawai yang menghayati dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam Perkhidmatan Awam. Kerajaan juga sedang mengkaji untuk memberikan nilai tambah kepada pegawai-pegawai yang mempunyai Diploma dan Sijil tersebut bagi proses kenaikkan pangkat dan sebagainya ini sedang diteliti, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kok Lanas.

Pantun sikit boleh ko? Ada tasik namanya Chini, Katanya ada naga sedang berjemur, Soalan terakhir penggal ini, Pohon jawapan soalan nombor 5.

Soalan 5 :

[Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan perkembangan terkini pembinaan Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai.]

.. ، ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada sahabat saya Kok Lanas. Sebelum saya jawab soalan nombor 5 izinkan saya respon sikit soalan berkaitan dengan cadangan daripada Yang Berhormat Ayer Lanas tadi berkaitan dengan Jawatankuasa pemantau projek-projek dan jawatankuasa ini ditubuhkan atas inisiatif Yang Berhormat Ayer Lanas selaku Menteri Ekonomi pada waktu itu dan saya bercadang untuk mengekalkan Jawatankuasa ini dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Ayer Lanas dan saya sebagai Timbalannya Insha Allah.

Jadi jawatankuasa ini bila kita bermesyuarat kita dapat menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku di tapak dan di lapangan terutamanya dalam kes-kes pengambilan balik tanah dan sebagainya. Jadi Insha Allah Jawatankuasa ini kita akan teruskan.

Pada soalan nombor 5, Insha Allah saya jawab Lebuhraya KBKK merupakan jalanraya yang dibina bermula daripada Kota Bharu ke Kuala Krai. Pembinaan jalan ini adalah sepanjang 66.88 km melibatkan kos sebanyak RM2.33 billion. Ianya dipecahkan kepada 7 pakej:-

Pakej pertama pakej 1B-Pasir Hor ke Kadok siap doh. Pakej kedua pakej 2A – Kadok ke Ketereh telah siap jugak. Pakej 2B- Ketereh ke Kok Lanas… pakej ini masih dalam peringkat pembinaan sepatutnya siap 100% tetapi pembinaan sebenarnya 80%. Pakej ini berjalan dalam tempoh berdenda maknanya kontraktor meneruskan projek ini tetapi dalam keadaan di denda hari-hari... dendanya besar jugaklah.

Yang keempat pakej 2C dan 3A – Kok Lanas ke Bukit Tiu. Pakej ini diperingkat pembinaan dan dijangka disiapkan pada 5 Mac 2026. Pakej 3B – Kampung Berangan Mek Nab ke Kampung Keroh yang dulunya kita kenal lebuhraya rakyat dan pakej ini juga sedang dalam proses

pembinaan dan Insha Allah akan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Kemajuan setakat ininya baru 0.51%. Dan akhirnya pakej 3C-…Pakej 3B satu lagi Kampung Berangan Mek Nab ke Kampung Keroh juga dalam peringkat pembinaan kemajuan kerja setakat ini ialah 7.26 %. Dan pakej yang akhir sekalinya Kampung Keroh ke Kuala Krai – pakej ini diperingkat pembinaan kemajuan kerja bagi pakej ini adalah 6.23%.

Sekian terima kasih.

Speaker

Sila Kok Lanas.

Soalan nombor 5 ini saya ajukan kerana terdapat rungutan yang sangat kuatlah daripada rakyat Kelantan dan saya harap rungutan ini akan diambil kira oleh bakal Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Projek ini. Sebab terutamanya orang Kok Lanas yang pakej 2B tu sepatutnya dah siap. Saya diberitahu dia dapat tambahan RM70 juta lagi bila dah lewat tak boleh buat Perdana Menteri ke-9 sambung dia jugak bagi RM70 juta tambahan sebab kalau lantik kontraktor baru kos akan lebih lagi dan sekarang kena denda. Saya pohon supaya paksa la dia ni kena buat kena selesaikan jugak sebelum akhir tahun ini. Soalan tambahan saya ialah mengenai ramai orang duk bercakaplah tak kira daripada mana, apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat mengenai pakej yang Berangan Mek Nab tu adakah Kerajaan Pusat ambil 100% ataupun pakai design lama yang ini banyak orang tanya, saya pun tak boleh jawab. Saya pun tak tahu kenapa di tanya saya, saya kata kena tanyalah pihak yang berkenaan. Jadi saya ingat Ayer Lanas lepas ni nak kena pastikan bahawa biar ada deal yang baik untuk Kerajaan sebab yang penting bukan perkara dulu, perkara ke hadapan sebab politic its about today dengan izin tomorrow and the future its never about the pass, always remember that. Sebab itu perkara-perkara yang lalu kita kena lupakan. Kita mesti ke hadapan jadi saya nak minta supaya perkara ini kita selesaikan. Jangan jadi masalah kepada that pakej, terima kasih.

Terima kasih kepada Kok Lanas soalan tambahan… berkaitan denga pakej 2B dalam taklimat baru-baru ini kita diberi taklimat pakej 2B ni akan dibuat 2 fasa. Pakej 2B ni lebih kurang 60 kilometer lebih fasa pertama ni lebih kurang 3 kilometer dia akan siapkan dan akan diserahkan pada bulan Mei tahun ini Insha Allah dan yang baki tu akan disiapkan pada bulan September ini Insha Allah. Jadi kita ucap syabas dan tahniah kepada kontraktor walaupun dalam keadaan berdenda dia buat kijo. Dendanya besarlah lebih kurang RM30 ribu sehari satu jumlah yang besar.

Berkaitan dengan Lebuhraya Rakyat ni Yang Berhormat Dato’ Speaker, sepertimana kita sedia maklum bahawa Kerajaan Persekutuan bersetuju mengambil alih pembinaan. Cumanya dia mengambil alih tanpa liabiliti kita, hutang kita. Untuk makluman Yang Berhormat Kok Lanas hutang kita lebih kurang RM60 juta lebih kita duk bayar sikit-sikit loni tinggal lagi RM53 juta dan kita minta jasa baik Kok Lanas supaya bice dan ambil sekali dengan hute-hute kitalah. Jadi harap Kok Lanas setuju…[ SAMBIL TERSENYUM]

Kok Lanas tu ok tapi Ayer Lanas…..

Sekian, terima kasih…

Speaker

Kok Lanas dan Ayer Lanas sama-sama ada peranan Insha Allah. Dipersilakan Yang Berhormat Gaal.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon kepada jawapan saya soalan nombor 6.

Soalan 6 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, kaedah menyalurkan wang peruntukan RM50 juta untuk mengsa banjir yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Disember yang lalu.]

Ustaz Dato' Hj Ahmad b YakobPAS · GSMenteri Besar · Pasir Pekan

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kaedah penyaluran wang peruntukan RM50 juta untuk mangsa banjir yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Disember 22 yang lepas :

Yang pertamanya ialah, Kerajaan Persekutuan menyalurkan sebanyak RM50 juta kepada Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan ICU JPM. Di mana Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan PPNK ICU JPM ini telah pun mengadakan mesyuarat di mana Ketua-Ketua Jajahan sebagai Pengerusi Peringkat Jajahan telah dipanggil untuk bermesyuarat bersama dengan Pejabat Pembangunan Negeri bagi menerima mendapat senarai mangsa banjir yang berpindah dan tidak berpindah.

Sekian terima kasih.

Speaker

Sila, Limbongan.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya ialah adakah telah selesai penyaluran dan penyampaian kepada mangsa-mangsa banjir sama ada yang berpindah ke pusat-pusat pemindahan sementara ataupun yang terkena banjir tapi tidak berpindah ke Pusat Pemindahan sementara.

Ustaz Dato' Hj Ahmad b YakobPAS · GSMenteri Besar · Pasir Pekan

Yang Berhormat Dato’ Speaker, penyaluran sudah pun dibuat dan dapat maklumat senarai yang berpindah dan yang tidak berpindah sehingga kini ada sedikit maklumat yer. Setakat ini pihak Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan PPNK ICU JPM telah menyalurkan kepada Ketua-Ketua

Jajahan sebanyak RM21.41 juta yang terdiri daripada RM12.3 juta untuk bantuan kepada mangsa yang berpindah dan RM 9.1 juta kepada mangsa yang tidak berpindah. Dan RM30,000.00 untuk waris mangsa yang meninggal dunia sebagaimana yang telah dimaklumkan. Yang lain-lain sedang dalam proses untuk bayar. Yang telah bayar yang berpindah seperti Pasir Puteh dan juga Bachok, ada lagi Tumpat yang tidak berpindah belum bayar lagi dan adalah beberapa jajahan secara butirannya telah bayar dan sebahagiannya belum lagi mengikut maklumat awal.

Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Balah…ada?owh tidak ada tuan… dipersilakan Yang Berhormat Wakaf Bharu….

Hj Mohd Rusli bin AbdullahPAS · PNWakaf Bharu

.. ، ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 8.

Soalan 8 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, status terkini pembinaan jambatan yang bakal memberi kemudahan dengan menghubungkan penduduk di Palekbang (Jajahan Tumpat) dengan Kg. Gok Kapur (Jajahan Kota Bharu).

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertamanya terima kasih kepada Yang Berhormat Wakaf Bharu. Pembinaan Jambatan Palekbang telah diluluskan sebagaimana pengumuman YAB Perdana Menteri pada 9 September 2022 sewaktu Majlis Perasmian Laman Warisan Kampung Laut. Sehingga kini, Kerajaan Negeri masih menunggu surat setuju terima bagi pelaksanaan di bawah Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur ECERDC.

Sekian, terima kasih.

Speaker

Wakaf Bharu,

Hj Mohd Rusli bin AbdullahPAS · PNWakaf Bharu

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum soalan tambahan saya ingin tahu status di mana flayover Wakaf Bharu yang mana merupakan salah satu projek kalau ikutkan penghujung ataupun 31 hb 12 siap tetapi masih ditangguhkan lagi difahamkan sehingga bulan 6. Jadi soalan tambahan, apakah status terkini projek flayover, sekian terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan ni lain sikit dari soalan asal, jadi saya minta notislah. Mungkin kita akan bagi jawapan bertulis nanti kepada Yang Berhormat Wakaf Bharu.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Tanjung Mas.

Hajjah Rohani binti IbrahimPAS · PNTanjong Mas

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan bagi soalan saya nombor 9. Soalan 9 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, adakah pohak Kerajaan berhasrat untuk membina sebuah lagi padang karpet turf, memandangkan sambutannya yang luar biasa. ]

Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Yang Berhormat Dato’ Speaker, orang pantun kita pun nak pantun jugaklah. Pasal Ahli-Ahli Yang Berhormat ramai pantun ambo nok jawab sikitlah. Pasal kata sidang terakhir.

Kompleks sukan buat di Selising, Sebagai tuan rumah sukan SUKMA, Kalu YB tak nak kena kencing, Lepas ni marilah kita sama-sama dengan Perikatan Nasional.

[ DIIKUTI KETUKAN MEJA OLEH AHLI-AHLI YANG BERHORMAT ]

Lulus doh? Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Tanjung Mas yang membangkitkan pasal padang turf ataupun padang sintetik. Jadi Kerajaan bukan sahaja berhasrat untuk membina sebuah lagi padang karpet turf memandangkan sambutannya begitu luar biasa mengalakkan. Bahkan Kerajaan Negeri telah mengemukakan 5 permohonan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 rolling plan ke-4 iaitu kita mengangkat permohonan:

i- Mencadang membina dan menyiapkan padang bola sintetik di atas tapak Yayasan Islam Kelantan Tunjong, Kota Bharu yang dipohon melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Kerana kita tahu YIK ni juga mewakili Kerajaan Negeri bertanding dalam sukan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Malaysia dan baru ni dia mendapat johan keseluruhan jadi wajar diberi keutamaan jugak.

ii- Yang keduanya, juga kita mengangkat cadangan membina pusat aktiviti komuniti yang mengandungi padang bola sepak sintetik (turf) di Gua Musang, Kelantan yang dipohon melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

iii- Dan yang ketiga, kita juga mengangkat cadangan Membina Kompleks Sukan Komuniti Pasir Puteh yang mengandungi padang bola sintetik di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

iv- Dan yang keempatnya, cadangan naik taraf Pusat Sukan Tanah Merah yang mengandungi padang bola sintetik di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

v- Dan yang kelimanya, kita mengangkat juga cadangan membina kemudahan sukan di Padang Bola Taman Desa Kemumin Padang Tembak di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Terima kasih.

[ YB DATO’ TIMBALAN SPEAKER MENGAMBIL ALIH TUGAS SPEAKER ]

Hj Mohd Roseli bin IsmailPAS · GSKemuning

Kemuning [BANGUN]….

Speaker

[SAMBIL TERSENYUM]Tendong….

Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Yang pertamanya tahniah kepada pihak Kerajaan pertamanya di bawah EXCO Belia dan Sukan di atas kesungguhan dan komitmen dalam memajukan dan mempertingkatkan infra-infra dan kemudahan-kemudahan kepada belia-belia dan juga khususnya dalam pembangunan bola sepak dan sebagainya. Cuma soalan tambahan, adakah pihak Kerajaan terutama di bawah EXCO Belia, menerima tawaran daripada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia ataupun FAM berkaitan dengan tawaran FAM untuk menaiktaraf padang bola biasa kepada yang lebih berkualiti dan kalau menerima tawaran ini apakah pihak Kerajaan bersetuju dengan tawaran ini dengan mengambil kira kos-kos yang terpaksa ditanggung antaranya maintanence kepada padang ataupun rumput baru yang ditawarkan oleh pihak FAM ini.

Terima kasih.

Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Terima kasih Dato’ Speaker, kepada Tendong yang juga Presiden Kelantan United dia berhasrat bermain di padang sintetik yang comel. Jadi Kementerian dan Sukan dalam mesyuarat dalam peringkat tertinggi Majlis Sukan Negara telah memaklumkan dan kita telah menerima surat tawaran untuk tukar padang rumput padang di mana-mana lokasi yang dia beri tawaran cuma satu buah negeri yang dianggarkan berharga sejuta dan perbelanjaannya 50/50 Negeri separuh Kementerian separuh. Jadi surat tersebut sudah saya panjangkan kepada pihak

Perbadanan Stadium untuk buat kajianlah dengan kos penyelenggaraan dan sebagainya.

Terima kasih.

Speaker

Kemuning..

Mohd Roseli bin IsmailPAS · GSKemuning

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Berhubung dengan soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Tanjong Mas sekejap tadi berhubung dengan padang karpet turf jadi adakah pihak Kerajaan bercadang membina rumput karpet turf ni disemua jajahan dalam negeri Kelantan khususnya untuk kaum wanita sebab ramai wanita dalam Dewan kita pada pagi ini.

Dan yang keduanya apakah cadangan berkaitan dengan cadangan yang diangkat oleh Kemuning berkaitan dengan berhubung untuk menaiktaraf padang di Berangan Mek Nab kita angkat perkara ini kepada pihak Kementerian tetapi oleh kerana pertukaran Kerajaan dan Kemuning telah mengangkat buat kali kedua kepada pihak EXCO nak tahu perkembangan terkini, sekian terima kasih.

Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Terima kasih Dato’ Speaker, dan Kemuning. Berhubung dengan padang bola sintetik untuk wanita tu bila kita buat boleh guna belakolah. Wanita dan juga lelaki dan yang kedua menaik taraf padang bola Berangan Meknab tu tahun lepas lagi kita lulus. Yang Berhormat boleh semak dengan pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah untuk dinaiktaraf padang yang ada di Berangan Mek Nab, sekian terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Nengiri.

Abdul Aziz bin YusoffUMNO · BNNenggiri

.. ، ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Batu papan banyak buluh, Pohon jawapan nombor 10.

Soalan 10 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah perancangan Kerajaan dari segi penempatan dan mewujudkan Bandar Baru hasil dari pembinaan empangan Nenggiri termasuk perancangan menjadikannya sebagai destinasi pelancongan. ]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk jawapan nombor 10 ini hasil daripada pembinaan Empangan Nenggiri ini yang bertujuan untuk hidroelektrik dan mengurangkan risiko berlaku banjir di samping memenuhi keperluan bekalan air bersih ada beberapa kampung penempatan orang asli yang terpaksa dipindah iaitu Pos Tohoi, Pos Pulat dan kampung Pos Kuala Wias dan Kerajaan Negeri hasil daripada beberapa kali berbincang dengan pihak-pihak yang berkaitan telah mengenalpasti 2 kawasan baru untuk penempatan ini yang kita sebut sebagai plot A dan juga plot B. Plot A ni iaitu melibatkan penempatan semula orang-orang asli daripada Pos Pulat dan Kuala Wias. Manakala Plot B penempatan semula orang asli daripada Pos Tohoi.

Adapun tentang cadangan mewujudkan bandar baru di sekitar ataupun berdekatan dengan empangan Nenggiri ini setakat ini belum ada perancangan dan juga cadangan daripada pihak Kerajaan untuk membangun ataupun membina bandar baru. Adapun tentang destinasi pelancongan perkara ini sudah ada dalam RTJ Rancangan Tempatan Jajahan Gua Musang yang mana ada cadangan untuk memajukan kawasan sekitar Nenggiri itu sebagai destinasi pelanconganya terutamanya di Sungai Nenggiri dengan program yang disebut sebagai Nenggiri Eco Challenge yang melibatkan penyertaan peserta antarabangsa dan juga rakyat tempatan. Selain daripada itu ada juga beberapa aktiviti yang dicadangkan seperti aktiviti ekspedisi, berkayak, berakit dan juga program “homestay”di Kampung Star.

Sekian, terima kasih.

Abdul Aziz bin YusoffUMNO · BNNenggiri

Soalan tambahan bolehkah pihak kerajaan memaklumkan kepada kita sejauh manakah kemajuan pembinaan empangan Nenggiri setakat ini.

Yang ni kena Yang Berhormat Dato’ Azami kena jawab peratus Nenggiri pembangunan Nenggiri kalau boleh. Saya tak ada data.

Timbalan Speaker

Sila kalau YB Exco ada maklumat. Silakan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, setakat ini kita tidak ada maklumat lagi. In Shaa Allah kita akan bagi secara bertulis nanti lah kepada Nenggiri In Shaa Allah.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Pulai Chondong.

Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Sebelum saya bertanya jawapan soalan yang ke-11, saya nak berpantun pasal hari ini hari terakhir, pantun ini yang bermula kelmarin dok lulus, yang kedua boleh 5 markah dan ni yang terakhir.

Daun kelur sangatlah hebat, Anak nakal ayuhlah bertaubat, Terima kasih wahai sahabat, Kebersamaan kita bersama sepanjang DUN ini sangatlah hebat.

Sekian terima kasih. Mohon jawapan nombor 11.

Soalan 11 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, sejauh mana perkembangan pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa, Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai ECRL dan adakah semua projek ini berjalan mengikut waktunya. ]

Boleh bui markah penuh ko tu ?

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Pulai Chondong. Kita ore profesional dok reti nok pantun jadi dokleh nok jawab pantun tadi tu. Kita jawab kepada soalan khusus lah. Berkaitan dengan soalan nombor 11 status beberapa projek yang sedang dijalankan di Kelantan kita pada masa sekarang ini terutama sekalinya Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Status terkini projek pembesaran dan menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu adalah sebagaimana berikut yang dirancangkan 21.39%, sebenar 15.68% sedikit kelewatan sebanyak 5.71%, tempoh pembinaannya 36 bulan.

Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai telah saya jawab pada soalan nombor 5 tadi soalan daripada Yang Berhormat Kok Lanas. Berkaitan dengan projek laluan Pantai Timur ECRL Negeri Kelantan, status terkini adalah pertama Projek Laluan ECRL ini berjalan dengan baik, kemajuan infrastruktur setakat ini sebanyak 44.76% dibawah penyeliaan dan pemantauan berterusan daripada MRL, kontraktor utama iaitu China Communications Construction Sdn. Bhd. (CCCC) telah berjaya memasang T beam yang pertama pada 28 November 2022 di Jambatan No. 5 berdekatan Kampung Jerus, Jajahan Pasir Puteh. Di samping itu juga, kelulusan Kebenaran Merancang (KM) bagi Stesen Kota Bharu dan Pasir Puteh telah diperolehi daripada pihak JKNPP Kelantan pada 1 November

2022 bagi Stesen Pasir Puteh dan 3 November 2022 Stesen Kota Bharu. Sejajar dengan itu, pihak kontraktor telahpun memulakan kerja-kerja pemulihan tanah di kawasan Stesen Kota Bharu. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Kemuning, sila.

Mohd Roseli bin IsmailPAS · GSKemuning

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan saya ialah berhubung dengan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu – Kuala Krai. Jadi saya nak fokusnya ialah Leburaya Rakyat dipakej Bukit Tiu Berangan Mek Nab. Dulu memang lah kita namakan lebuhraya ini Lebuhraya Rakyat, adakah nama Lebuhraya Rakyat ini masih kekal dengan nama itu ataupun ditukar dengan nama baru.

Dan yang keduanya, kalau sebagaimana yang dimaklum pada masa mula-mula kita buat lebuhraya dulu pada tahun 2012 tak silap saya dan dijangka siapnya pada tahun 2018. Jadi apakah untuk Pakej Berangan Mek Nab, jadi apakah sebab kelewatan ini sehingga 2023 belum siap, sekarang kita nak masuk pilihan raya yang baru, hari raya puasa, hari raya haji berapa kali. Jadi saya minta penjelasan lah sikit sebab rakyat duk tanyo sokmo untuk perkembangan terkini Lebuhraya Rakyat Berangan Mek Nab dan berapakah kos terbaru yang terlibat dan bila dijangka siap. Minta penjelasan. Sekian terima kasih.

Terima kasih soalan tambahan daripada Kemuning. Berkaitan dengan nama tu kita akan bincang nanti lah bila dah siap, yang pentingnya siap dulu lebuhraya tu dan lebuhraya ini melibatkan belanja RM 262 juta untuk pembinaan Lebuhraya Rakyat kita ni. Kelewatan itu sebagaimana kita sedia maklum lah berlaku beberapa masalah yang kita Kerajaan Negeri hadapi dan perundingan diantara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan untuk kita menyerahkan pembinaan projek ini berjalan dengan lama. Alhamdulillah lah berjalan dengan baik. In Shaa

Allah bulan Mac 2026 nanti lebuhraya ini akan siap sepenuhnya Kota Bharu – Kuala Krai In Shaa Allah.

Timbalan Speaker

Silakan Tendong.

Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sebelum kepada soalan tambahan, tadi saya bangun terlupa nak berpantun. Jadi ingin mengambil kesempatan juga lah untuk berpantun tapi bukan berpantun untuk ni tapi cadangan. Dalam pantun ini ada satu cadangan, sebab duk tengok sahabat-sahabat duk berpantun tu mace-mace irama kita dengar. Pantunnya berbunyi begini Dato’ Speaker.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Saya bangun penuh hormat, Kepada Yang Berhormat Dato’ Mejar, Buatlah kursus pantun kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

(MENCELAH)

Pahni kita minta Dato’ Mejar boleh jawablah.

Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Soalan tambahan melalui penerangan yang dibuat oleh pihak kerajaan berkaitan dengan projek-projek yang berimpak tinggi yang sudah kita semua dengar tadi. Soalannya bagaimana pula dengan Projek Tambatan Banjir, adakah ianya berjalan mengikut jadual sebagaimana yang berlaku sebelum ini ataupun adalah berlaku apa-apa kelewatan sebagaimana kita sedia maklum lah pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri berkaitan kos dan sebagainya. Kita bimbang takut-takut ada kelewatan di situ atas sebab beberapa perkara yang mungkin diluar jangkaan kita. Minta penjelasan daripada pihak kerajaan.

Terima kasih kepada Tendong soalan tambahan berkaitan dengan tambatan banjir. Sebagaimana kita sedia maklum lah Yang Amat Berhormat Dato’ Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Fasa 3 kita akan teruskan, Fasa 2 telah melantik kontraktor, Fasa 3 akan diteruskan secepat mungkin lah. Cuma kalau ada masalah-masalah berkaitan ditapak nanti In Shaa Allah jawatankuasa yang ditubuhkan tadi kita akan selesaikan sebaik mungkin In Shaa Allah.

Timbalan Speaker

Ayer Lanas.

Terima kasih Dato’ Speaker. Saya tumpu soalan tambahan kepada Lapangan Terbang Ismail Petra. Kalau mengikut jawapan Exco tadi kelewatan kira-kira 5% lah, prestasi kira-kira 15% sepatutnya 21%. Ini merupakan satu antara pintu masuk utama ke Negeri Kelantan melambangkan imej kita. Jadi tempoh pembinaan 36 bulan ada beberapa projek ini memang lewat. Jadi dengan 5-6% lewat setakat ini ni adakah pada pandangan Yang Berhormat Exco, kontraktor tidak akan dapat memastikan Lapangan Terbang ini pembesarannya dapat diselesaikan dibina dalam tempoh ditetapkan.

Sekarang ini kita sedia maklum bahawa berlaku kesesakan yang amat serius walaupun penerbangan sedikit berbanding dengan tempoh sebelum Covid tetapi pada masa ini kesesakan amat serius jadi kalu 2 tahun lagi baru siap. Maka kita dapat bayanglah betapa seriusnya masalah ini dan kita harap ada pendekatan tertentu oleh pihak Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Pusat untuk memastikan kontraktor ini mempercepatkan pembinaannya supaya ia dapat memberi lambang dan imej yang lebih baik tentang salah satu pintu masuk utama ke negeri kita ini. Terima kasih Dato’ Speaker.

Terima kasih kepada soalan tambahan Ayer Lanas. Hanya kelewatan yang berlaku disebab oleh Covid baru-baru ini, kemasukan pekerja-pekerja asing susah. Jadi dalam taklimat baru-baru ini pihak kontraktor dan juga MOF memberi jaminan bahawa projek ini akan diteruskan dan akan dijangka siap pada tempoh yang ditetapkan.

Masalah dia sekarang ini ialah mendapat pekerja mahir. Pekerja-pekerja mahir kita ni “toksir gi kijo” situ secara mudah. “Dio nok nyo” pertama sekali ikat bata dan yang keduanya orang pandai plaster. Jadi kalau sapo-sapo ado buruh yang mahir dua perkara ni boleh gi jupo pihak kontraktor di tapak. Ini lah dua perkara yang dihadapi oleh kontraktor sekarang ni. Masalah duit takdok masalah cuma masalah mendapat pekerja mahir. Dan pihak kontraktor sekarang sedang berusaha bawa masuk pekerja-pekerja daripada Bangladesh, dalam proses dijangkanya 1-2 bulan lagi akan kemasukan pekerja-pekerja asing nanti. Dan yakin dan percaya bahawa projek ini dapat dilaksanakan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan In Shaa Allah.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Gaal.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 13.

Soalan 13 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, berapakah jumlah stesen Mek Awe yang telah diwujudkan di Kelantan dan berapakah jumlah belia yang terlibat.]

Haji Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri melalui Urusetia Belia dan Sukan iaitu UBeS menyediakan satu platform perniagaan kepada anak-anak muda belia dan beliawanis dengan jenama yang kita namakan Stesen Mek Awey. Jadi jumlah keseluruhan yang kita adakan

sebanyak 8 di kawasan ataupun parlimen iaitu di Tunjung, Stesen Mek Awey Tunjung, Stesen Mek Awey Pulai Chondong, Stesen Mek Awey Kelaboran, Stesen Mek Awey Wakaf Mek Zainab, Stesen Mek Awey Panchor, Stesen Mek Awey Chiku. Yang ketujuhnya Stesen Mek Awey Gaal dan yang terakhir 7 Mac baru ni Stesen Mek Awey di Tanah Merah kawasan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Tendong. Silap Pulai Chondong. Minta maaf.

Haji Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Soalan tambahan saya, pertama saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Exco yang telah melaksanakan satu program yang sangat baik dalam membantu usahawan belia. Soalan tambahan saya ialah saya melihat beberapa Stesen Mek Awey ini nampaknya “supo tutup doh”. Jadi apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan supaya program yang diadakan ini dapat dipantau dengan baik dan dapat diteruskan. Sekian terima kasih.

Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Ye terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih kepada ADUN Pulai Chondong. Sebenarnya kita berusaha untuk mendidik anak-anak muda kita ni sebab zaman dulu “kito bui bare hile, bui duit habih”. Jadi sekarang ni kita jenamakan pula dengan Stesen Mek Awey ni kita jemput vendor-vendor yang telah masyhur dalam masyarakat kita contoh Ashok Kuey Teow, Takoyaki, Sub Depo dan sebagainya. Syarat kita dia tak boleh buat balik ataupun dia milik secara peribadi sehingga dia ni boleh berjaya dalam bisnes ataupun perniagaan dia.

Jadi peringkat awal ni nampak kemajuan dan ada setengahnya tidak dapat memenuhi apabila dia ada masalah ni dia tidak rujuk kepada kita. Jadi In Shaa Allah pihak Urusetia Belia dan Sukan akan buat kajian lah

untuk pengurusan supaya mereka ni terus berjaya dan dapat menjana pendapatan harian kepada mereka untuk meringankan beban harian kepada mereka. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Kita ada buat ko anugerah Mek Awey yang cemerlang. Boleh buat mungkin, isu nak tutup tu mungkin dapat diatasi lah kalau…

Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Dato’ Speaker, meme dale perancangan kito cumo kita tidok perabih lagi kawasan-kawasan parlimen 14. Setakat ni baru 8, habis semua tu baru kito nilai dan In Shaa Allah kito akan berikan penghargaan kepada yang terbaik. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Kemuning.

Mohd Roseli bin IsmailPAS · GSKemuning

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan tambahan saya ialah saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan Exco berkaitan dengan konsep Stesen Mek Awey sebab kalau kita lihat Mek “dale Bahasa kito ni ore perempuan… budok perempuan, Awey ni budok laki”. Jadi konsep Stesen Mek Awey ataupun kedai kiosk yang kita wujudkan ini adakah syarat kita kena campur “ado Mek ado Awey ataupun dia boleh berasingan hok ni hok Mek belako hok ni hok Awey belako”. Dan yang keduanya, perlu dijelas lah konsep Mek Awey biar nampak jelas. “Pasal napok mace campur”. Pastu yang keduanya apa peruntukan yang dikhusus kepada mereka ni adakah atas nama individu atau atas nama kelompok group. Terima kasih.

Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Kemuning. “Mek ni betul lah ore tino” tapi kita terjemahkan dalam bahasa digunakan ialah beliawanis. “Awey ore jate, budok-budok jate jadi belia. Supo kito lah persatuan ibubapa, ibu dulu baru pok. Jadi supo jugok Mek Awey”, beliawanis dulu baru belia kerana dalam bidang perniagaan ni arwah Tok Guru sebut pun sebab tu “dio buh” nama Pasar Siti Khadijah pasal “mek” ramai “awey kure” sikit. Jadi atas asas tu lah dan kita pun biasa duk guna dialek “kelate ni mek awey”, kayanya bahasa kita. Jadi bila kita letak Stesen Mek Awey ni stesen ni tempat berkumpul dan budak-budak muda ni meme dia suka berkumpul.

Dan trend sekarang ini belia beliawanis kita ni dia berkumpul sambil-sambil dia minum, dia tidak nak heavy-heavy, dia nak separuh heavy sebabtu lah kita cari vendor-vendor yang mempunyai citarasa anak-anak muda mace takoyaki, sub depo, Ashok Kuey Teow yang terbaru “hok kito buko di Tanah Merah tu pukul 11 habis doh”. “Berderu pakat mari pasal santai-santai gitu lah”. Itu lah konsep kita.

Dan kita menyediakan peruntukan kerana kerajaan menyediakan peruntukan dibawah Belia Niaga ni RM500 000. Jadi kita tetapkan satu kawasan itu lebih kurang RM50 000 ataupun RM60 000. Kalu 10 kawasan habih lah peruntukan tu. Dan setiap Mek ataupun Awey ni kita bagi peruntukannya lebih kurang RM5 000 ataupun RM6 000 untuk membantu belia beliawanis kita dengan disupport oleh vendor-vendor tadi. Sebabtu lah kita buat kiosk tu secara kekal, campur dengan kita bina kiosk tersebut lebih kure kosnya RM50 000 ataupun RM60 000 dan selebihnya ditanggung oleh YB-YB lah. Sebabtu lah “dok serupo, jadi YB ni ado lebih dio buat comey lagi dok”. Itu lah konsep yang kita beri, dicampur dengan dasar kerajaan kita ialah Taawun (kerjasama).

Selain daripada itu, penaja-penaja juga turut bersama lah untuk kita menjayakan benda ni. Jadi Mek Awey tu nama lah. Moga kita ni disebut lagutu doh, jadi dalam masyarakat kita pun jual pun sekali lah sama ada mek ataupun awey hok bersanggupan untuk menyertai program kita ni Stesen Mek Awey. Dan setiap kawasan tu penyertaan ada 5 ada 6. Maksimanya 6, minimanya 5. Dibimbing oleh vendor-vendor kito. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kelaboran.

Hj Mohd Adanan bin HassanPAS · PNKelaboran

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan kepada soalan saya nombor 14.

Soalan 14 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan Negeri Kelantan bagi menarik pelabur untuk mengusahakan pengeluaran mineral nadir bumi di negeri Kelantan.]

Ustaz Dato' Hj Ahmad b YakobPAS · GSMenteri Besar · Pasir Pekan

Yang Berhormat Dato’ Speaker, berhubung dengan REE ataupun nadi bumi ini kerajaan giat membuat kajian kawasan-kawasan yang berpotensi tinggi memiliki atau adanya REE. Yang keduanya ialah kita sedang meneliti secara terperinci SOP yang sepatut akan digunakan oleh mana-mana pihak yang dibenar oleh kerajaan.

Untuk makluman Yang Berhormat, dari segi pelabur kita tidak ada masalah sebenarnya. Perkara ini telah dipromosikan oleh Yang Berhormat Menteri KeTSA (Kementerian Tenaga dan Sumber Asli) dulu waktu pentadbiran Perdana Menteri yang ke-9 dahulu dimana ia telah menyatakan bahawa kerajaan ataupun negeri Kelantan dah kenal pasti dia kata mempunyai potensi unsur nadi bumi ataupun REE dengan nilai RM 125 bilion. Maka dengan disebut oleh Menteri waktu itu ramai pelabur-pelabur datang untuk meninjau tentang potensi mengusaha mengeluarkan REE di Kelantan. Cuma kita amat-amat berhati-hati dengan dua perkara tadi setelah selesai kedua-duanya In Shaa Allah kita akan beri kepada mana-mana yang terbaik oleh Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Paloh.

Amran bin AriffinUMNO · BNPaloh

Dato’ Speaker... sambung pantun.

Pat pat siku lipat, Sayang PN sangat lambat, Tubuh kerajaan mandat rakyat, Kerajaan MADANI BN tongkat.

Sambung sikit lagi.

Soalan 15 pertanyaan rakyat, Diceruk kampung dibincang hangat, Pohon jawapan yang memberi semangat. Terima kasih.

Soalan 15 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan bagi menampung kerugian penduduk yang terjejas hasil tanaman akibat dari serangan haiwan liar seperti gajah.]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Paloh. Serangan haiwan liar seperti gajah ke atas hasil pertanian banyak berlaku di kawasan pedalaman seperti Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah. Serangan haiwan liar ini berlaku keatas tanaman dikategorikan sebagai Bencana Bukan Alam.

Kerajaan melalui Jabatan Pertanian mempunyai peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berdasarkan permohonan yang diterima daripada para petani atau usahawantani terbabit dengan ancaman atau kerosakan hasil pertanian dibawah Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA).

Menurut rekod, pada tahun 2022 sehingga awal tahun 2023, Jabatan Pertanian Negeri Kelantan telah menerima permohonan kerosakan tanaman akibat haiwan liar melibatkan serangan gajah liar dan beruang membabitkan 6 orang petani dengan nilai cadangan bantuan berjumlah RM 25 000. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Paloh.

Amran bin AriffinUMNO · BNPaloh

Terima kasih diatas jawapan Yang Berhormat Exco. Soalan tambahan saya pertamanya adalah berkenaan dengan bagaimana cara yang paling mudah untuk memohon kerana melibatkan ramai mangsa yang terjejas akibat serangan haiwan liar khususnya gajah lah yang mana sekarang ini telah melibatkan serangan terhadap kelapa sawit. Ini saya faham membabitkan agensi dibawah persekutuan seperti KESEDAR dan FELDA dan juga terdapat daripada kampung tradisional.

Yang keduanya, adalah berkenaan dengan cadangan untuk mengatasi serangan gajah liar ini. Ini barang kali bukan dibawah portfolio pertanian tetapi soalan tambahan saya adakah pihak kerajaan bercadang untuk sekurang-kurangnya mengatasi masalah ini dengan cara mengemukakan kepada pihak Kerajaan Pusat untuk memindahklan, menyediakan peruntukan pertamanya bagi memindahkan binatang-binatang liar seperti gajah yang mana melibatkan RM60 000 satu ekor, kalau kerja-kerja pemindahan perlu dilakukan. Dan bilangan gajah yang terlibat saya percaya bukan sahaja di Gua Musang, di Kuala Krai pun saya tengok YB Hilmi dalam Facebook dia pun juga mengalami masalah gajah melibatkan jumlah yang besar maknanya kos yang diperlukan sangat banyak.

Dan bagaimana kalau kita cadangkan kepada Kerajaan Pusat supaya kita mengambil inisiatif untuk memindahkan gajah-gajah ini ke Taman Negara. Dan sudah tentu lah Taman Negara ini keluasannya sangat luas dan paling terbaik boleh kita usahakan untuk masa depan lah. Kita usahakan untuk membuat pagar gajah sebagaimana cadangan Perhilitan. The best solution untuk mengatasi masalah ternakan ini bukan setakat halau dengan tembakan atau menyediakan lampu silau tadi. Tetapi yang paling baik mengikut Perhilitan ialah pagar gajah. Isunya kos pagar gajah sangat mahal dan kalau lah kita boleh

mengangkat cadangan untuk masa akan datang kepada pihak kerajaan supaya Taman Negara Kelantan, Pahang dan Terengganu ini kita pagar dan kita tempatkan binatang-binatang liar ini baru lah saya ingat masalah serangan gajah liar ataupun binatang-binatang lain dapat kita atasi di negara kita. Persoalannya adakah kita boleh mencadangkan kepada Kerajaan Pusat cadangan yang sudah tentu akan melibatkan kos yang besar kerana Taman Negara kita luas, Taman Negara Malaysia berjumlah 4343 kilometer dan Kelantan sahaja 1043 kilometer. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Paloh. Berkaitan dengan cara memohon bantuan akibat kerosakan serangan binatang liar ni sebagaimana yang disebarkan oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri Kelantan melalui beberapa kaedah. Pertama membuat laporan ke pejabat polis berdekatan tentang kerosakan dan gambar-gambar sekiranya bilangan penternak ataupun petani yang terbabit tidak ramai laporan individu. Sekiranya berkelompok ramai boleh buat laporan secara berkelompok. Seterusnya dibawa laporan tersebut ke Pejabat Pertanian Daerah untuk diangkat ke pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. In Shaa Allah dengan cara tersebut pihak Pejabat Pertanian akan membuat permohonan dan menguruskan agihan kepada para pemohon.

Berkaitan dengan pemindahan gajah ini memang lah memerlukan kepada kos yang besar contohnya baru ini pada 9hb Mac 2023 Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Perhilitan Kelantan mengambil masa lebih 6 jam untuk memindahkan seekor gajah jantan dewasa di Jalan Subong. Rancangan Pemulihan RPT Lembaga Kemajuan Kelantan KESEDAR Selatan Sungai Terah pada hari Sabtu, mana berlaku pada hari Khamis kemudian hari Sabtu dipindah. Dimana Ketua Transferkasi gajah liar RPT Sungai Terah Jimi Unau berkata gajah liar diberi nama Disubong dengan berat anggarannya 2.5 tan ditangkap pada 9 pagi Khamis, hari Sabtu dipindahkan.

Dan nak pindah ni perlu kepada 2 ekor gajah denak yang dibawa daripada Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Sungai Deka, Terengganu. Maknanya Jabatan Perhilitan perlu kos yang agak besar, nak pindah seekor gajah kena ada 2 gajah denak yang lain. Dan gajah ni dia agak rumit lah. Tapi sekiranya ada aduan daripada pihak para petani, penternak yang terlibat In Shaa Allah pihak kerajaan akan

berusaha supaya beberapa kaedah yang boleh digunakan menyekat gajah tadi boleh dilakukan. Dan saya setuju lah sebagaimana cadangan daripada Paloh untuk mengangkat kepada pihak Kerajaan Pusat. Cuma kita akan tengok lah bagaimana respon mereka kerana boleh jadi bajet untuk buat pagar pada taman-taman negara ini agak besar juga. Jadi cadangan tu sebenarnya baik. Sekian terima kasih.

[YB DATO’ SPEAKER MENGAMBIL ALIH SEBAGAI SPEAKER DEWAN]

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Manek Urai.

Haji Mohd Fauzi bin AbdullahPAS · PNManek Urai

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 16.

Soalan 16 :

[ Minta YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan lagi tahap kebersihan dan prasarana serta kemudahan awam di setiap kawasan bandar, kampung dan pendalaman bagi mengelakkan penyakit berjangkit dan berbahaya? ]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Manek Urai. Kita semua maklum bahawa kebersihan ataupun kekotoran sangat berkaitan dengan penyakit-penyakit berjangkit dan penyakit-penyakit bahaya sama ada dia menjadi punca tempat pembiakan nyamuk, sejenis nyamuk, penyakit-penyakit bawaan vektor nyamuk ataupun dia boleh bawa penyakit oleh rodentia ataupun tikus dan sebagainya. Pokoknya kotor, memberi kesan yang tidak baik kepada penyakit berjangkit. Selain daripada itu, dia juga memberi kesan yang tidak baik kepada suasana dan juga orang panggil suasana yang tidak baik lah.

Jadi dalam mengatasi perkara ini kerajaan melihat dua faktor. Pertama, faktor netizen atau faktor masyarakat. Dan yang kedua ialah faktor daripada kerajaan sendiri. Jadi kerajaan sendiri akan berusaha untuk meningkatkan kebersihan dengan cara pertama, dari segi sampah… kutipan sampah, efficiency kutipan sampah dan juga menjadikan tempat-tempat ini lebih baik daripada biasa. Maknanya pengurusan sampah daripada kutipan sampah sehingga kepada pengurusan tapak pelupusan sampah, itu satu.

Yang kedua, kerajaan melihat bahawa tanpa sokongan rakyat, tanpa penglibatan rakyat makna usaha ini tidak berkesan sepenuhnya. Maka kita mesti mendidik rakyat supaya rakyat, pertama mengurus sampah dengan baik daripada source daripada sumber di rumah. Yang kedua mengajar supaya meletak sampah di tempat yang sebetulnya. Yang ketiga supaya rakyat kita tahu jadual meletak sampah. Bukan 24 jam nok letok sapoh dok. Ini membantu jadi kesannya ialah ini. Yang keseterusnya, kita mengajak rakyat untuk sama-sama bergotong-royong untuk melihat kepentingan kebersihan. Maka kita melakukan gotong-royong itu adalah suatu pendidikan supaya rakyat kita merasakan bahawa kebersihan ini menjadi tanggungjawab bersama dengan PBT. Itu yang kita lakukan sepanjang tahun bermula tahun 2019 sehingga kini. Dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua YDP Setiausaha terutama Ahli Majlis yang telah menyokong mendokong peranan ini. Dan kita tengok di peringkat semua PBT sekarang ini begitu aktif melakukan kerja-kerja kebersihan dan sebagainya.

Yang kedua, kita untuk mengatasi perkara ini, sakit ni kadang-kadang sakit kerana berjangkit. Tapi ada juga sakit kerana “takdok tempat-tempat ore nok release, loni ore mudo panggil healing”. Jadi Alhamdulillah hari ini dengan kita buat satu benda ini, Zon Bersih Indah Ceria untuk semua PBT. Untuk tahun lepas kita dah buat di semua PBT meletakkan satu Zon Bersih Indah Ceria, peringkat awalan dengan kos yang tidak besar. Namun, master plan kita nya ialah setiap Zon Bersih Indah Ceria ini akan sentiasa ditambah baik dengan komponen-komponen dan dijaga dengan baik supaya suatu hari nanti Zon Bersih Indah Ceria ini kelihatan sangat baik, cantik dan menjadi tempat healing. Dan sekarang ini kita kearah itu.

Dan satu lagi sepertimana yang disebut oleh Ayer Lanas tadi, makna kita berkolaborasi dengan KPKT dan sebagainya. Kita cuba menaiktarafkan kesemua tempat-tempat rekreasi kita sama ada rekreasi kita dibentuk

air-air terjun di peringkat gunung ataupun di peringkat pantai kita. Maka itu lah disebut kita cuba bawa kepada rakyat kita suatu benda kebersihan tempat rekreasi. Sekali lagi di sini kita melihat bahawa kita perlu sesuatu pendidikan berterusan supaya rakyat “kito tidok buwe sapoh kokse”. “Kalu kito tengok di Pantai Senok dan sebagainya sepak doh dengan tong sapoh, menjadikan tempat tu dok comey kerana tong sapoh banyok dooh”. “Tapi rakyat kito gitu lah dio buleh bawa sapoh begitu banyok tapi nok buat kelik dokleh, nok bubuh dale tong sapoh”. Jadi pendidikan-pendidikan ini adalah suatu benda proses berterusan. Dan In Shaa Allah kerajaan komited untuk buat begitu supaya suatu hari nanti Kerjasama daripada rakyat dan kerajaan ini boleh memimpin.

Dari aspek rakyat kerajaan pula, kerajaan telah menambah peruntukan yang makin hari makin banyak lah. Alhamdulillah terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita. Kalau kita tengok peruntukan kita 2022 sebanyak RM11 juta Program Kelantanku Bersih yang ini termasuklah kempen kebersihan, pemerkasaan jentera, menaiktaraf zon bersih dan sebagainya. Projek pembangunan, jalan, longkang gapo sebanyak RM26 juta. Bagi tahun daripada 2023, daripada RM11 juta itu kita naik kepada RM16.5 juta untuk Program Kelantanku Bersih sahaja. Ini termasuklah penyediaan lori pemprosesan sampah RM5 juta, program kebersihan dan keceriaan RM11.5 juta, Kelantan Bersih dan keceriaan bandar hampir RM5 juta, penswastaan kutipan sisa pepejal RM5 juta. Dan ini In Shaa Allah akan dinaikkan lagi apabila kita cuba meningkatkan lagi efficiency kutipan sampah. Pengurusan sisa pepejal daripada RM1 juta kepada RM1.5 juta. Itu yang lepas.

Kerajaan Negeri juga telah menambah peruntukan kesejahteraan rakyat dan pembangunan PBT kepada RM43 juta bagi tahun 2023 berbanding RM21 juta pada tahun 2022. Makna peningkatan sekali ganda ini menunjukkan keseriusan kerajaan untuk melihat bahawa kebersihan ini satu elemen yang sangat penting dan sangat utama bagi kerajaan. Justeru itu lah, kalau kita melihat ucapan-ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar setiap tahun di awal tahun sentiasa menekan kepada kebersihan supaya kita rakyat Kelate berubah kearah kebersihan. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Tumboh.

Haji Abdul Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum nak tanya soalan, nak pantun juga lah.

Speaker

Nok pantun jugok?

Haji Abdul Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Nok pantun jugok. Pasal napok Pulai Chondong dok jadi-jadi pantun dio.

Speaker

Saya yang menilai Yang Berhormat.

Haji Abdul Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Laksamana Hang Tuah ke DUN Nenggiri, Terpijak anak burung tempua, Saya menyusun sepuluh jari, Maaf diminta dari semua. Mohon jawapan soalan nombor 17.

Speaker

Soalannya ?

Haji Abdul Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Mohon jawapan soalan nombor 17. Sebut doh.. Soalan 17: [ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, bermula 2018 hingga Disember 2022 berapakah Dasar-dasar atau perubahan-perubahan yang dapat dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.]

Ustaz Dato' Hj Ahmad b YakobPAS · GSMenteri Besar · Pasir Pekan

Kuat pantun ni. Maaf...

Yang Berhormat Dato’ Speaker, oleh kerana seronok sangat dengar pantun “dok teringat doh ambo nok jawab”.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, antara dasar yang telah digubal bermula dari tahun 2018 sehingga 2022 adalah sebagaimana berikut. Dia bertukar sedikit dengan Dato’ Amar ni. Itu untuk Dato’ Amar, hok ni untuk ana.

Pertama ialah Dasar Pendidikan Rabbani yang sedang rancak dilaksanakan sekarang oleh dibawah portfolio pendidikan. Dua Penubuhan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan juga sedang beroperasi setelah kita luluskan dasar-dasar itu. Penubuhan Bahagian Koridor Infrastruktur Utiliti Negeri Kelantan. Empat, Kaedah-Kaedah Sumber Air Negeri Kelantan 2020, Dasar Qawammah Lelaki Kelantan, Dasar Anak Yatim Islah Kelantan, Dasar Wanita Solehah, Dasar Pelaburan Negeri Kelantan, Kelantanku Bersih. Sepuluhnya, Enakmen Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan. Sebelas, Enakmen Hibah. Dua belas, Enakmen Hak Akses Dan Penggunaan Tanah Infrastruktur Negeri Kelantan 2022. Itu lah antara dasar yang telah digubal daripada tahun 2018 sehingga 2022. Terima kasih.

Speaker

Sila Pantai Irama.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terutamanya sebelum soalan, pantun saya khusus kepada Paloh dan juga Pulai Chondong.

Bulan Ramadan solat Jemaah, Sudah terawih rasa segar, Muafakat Nasional mengukuhkan Ummah, Kerajaan Perpaduan ikatan longgar.

Hati-hati sahabatku BN, Jangan terkena lipat-lipat, Muafakat Nasional terasa tenang, Muafakat Islam semakin kuat.

Soalan saya nya soalan tambahan apakah halangan-halangan pihak kerajaan dalam melaksanakan dasar kerajaan. Terima kasih.

Ustaz Dato' Hj Ahmad b YakobPAS · GSMenteri Besar · Pasir Pekan

Oleh kerana soalan itu umum sangat, dasar nya banyak jadi ada lah halangan-halangan itu sememangnya menjadi satu rempah-ratus kepada kerajaan lah. Masalah masyarakat tak memahami, kemudian dasar tak dihormati. Itu perkara-perkara yang kita hadapi lah. In Shaa Allah apabila semua portfolio melaksanakan dasar-dasar yang telah kita putuskan In Shaa Allah benda itu akan difahami dengan baik. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Tanjong Mas.

Hajjah Rohani binti IbrahimPAS · PNTanjong Mas

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Pohon jawapan bagi soalan saya nombor 18.

Soalan 18:

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, Apakah tindakan kerajaan terhadap sistem longkang dan perparitan yang sering kali jadi masalah ketika hujan yang berterusan masalah ini berlaku hampir semua daerah terutama di Bandar Lama Pasir Putih dan kawasan-kawasan lain lagi.]

Speaker

Soalan nombor 18.

Mitok maaf takdok dale hok saya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Tanjong Mas. Dalam usaha untuk mewujudkan sistem longkang dan perparitan yang lebih efisien di negeri ini kerajaan melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan sedang menyediakan Pelan Perancangan Saliran dan Perparitan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Negeri Kelantan.

Kerajaan juga telah membuat keputusan bersetuju agar Pihak Berkuasa menyalurkan geran sebanyak RM1 juta kepada setiap Majlis Daerah Negeri Kelantan dan RM2 juta kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu. Jadi Alhamdulillah dalam perbincangan kerajaan nya ialah oleh kerana pendapatan-pendapatan di peringkat Pihak Berkuasa Tempat Negeri Kelantan ini, dari sudut pendapatannya untuk membuat kerja-kerja infrastruktur agak kurang. Maka kerajaan negeri Alhamdulillah telah meluluskan sebanyak RM13 juta untuk program perparitan di seluruh PBT. Jadi oleh kerana PBT MPKB ini besar sikit kita buwi dia RM2 juta dan hok lain tu sejuta sejuta semua sekali. Dan kesemua PBT telah pun mengangkat program-program ataupun perancangan-perancangan kepada saya khususnya untuk melaksanakan program perparitan dalam PBT masing-masing.

Dan perparitan yang kita cuba buat ini ialah kita akan berkolaborasi antara parit kerajaan tempatan dengan juga bahagian utiliti hok JKR ni supaya air itu ada tempat untuk keluar ke tempat-tempat yang sepatutnya ke sungai.

Jadi Alhamdulillah Yang Berhormat kita pun sebut “kalu saloh dok cukup buleh mitok” peruntukan tambahan. Jadi begitu lah keseriusan kita “dale keadaan kito takdok pitih kito buat sikit-sikit”, “bilo ado kito” terus cuba untuk menyelesaikan masalah kelongkangan dalam kawasan PBT. kita Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kok Lanas.

Akhir ni kena pantun molek sikit lah. Parlimen sudah, ADUN pun sudah, Hanya pencen sedang menanti, Jika ada apa-apa yang tersalah, Pohon jangan simpan dalam hati. Ada petir ada guruh, Pecah kaca pecah gelas, Hok ni hok akhir sungguh, Tolong jawab soalan nombor 19. Terima kasih.

Speaker

Lulus Yang Berhormat. Soalan 19 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, kejayaan yang telah dicapai dalam program Bertani Satu Ibadah. ]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Kok Lanas. Gagasan ‘Bertani Satu Ibadah’ merupakan gagasan yang tidak asing lagi di Negeri Kelantan bagi merealisasikan hasrat Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara. Konsep Bertani Satu Ibadah mengajak rakya khususnya para petani, penternak, peladang dan nelayan supaya bekerja dengan tekun, cekap, bersungguh-sungguh dalam pekerjaan dan sentiasa berusaha memperbaiki prestasi kerja dimana konsep U.M.I (Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan) juga

diterapkan kepada mereka. Kejayaan gagasan ini boleh dirujuk kepada statistik pengeluaran hasil yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Contohnya, bagi tanaman buah-buahan, Kelantan adalah pengeluar hasil tertinggi bagi tanaman tembikai di peringkat kebangsaan dengan hasil tuaian 47,119.0 metrik tan. Yang kedua, Kelantan adalah pengeluar ketiga tertinggi bagi tanaman durian selepas Pahang dan Johor.

Dari segi tanaman sayuran, pengeluaran hasil tertinggi tanaman cili sebanyak 7621.8 metrik tan dimana cili solok merupakan identiti Negeri Kelantan, dan tidak banyak ditanam di negeri lain. Yang kedua, pengeluar kedua tertinggi bagi tanaman tomato. Pengeluar ketiga tertinggi bagi tanaman kubis bulat. Dan banyak lagi lah kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh pihak Negeri Kelantan dalam sektor pertanian.

Dan konsep Bertani Satu ibadah ini lebih memberi tumpuan kepada pembinaan sikap attitude dan juga tingkah laku kepada para petani supaya mereka menjadi petani yang baik. Bukan sahaja diberi ilmu pertanian, tetapi ilmu menjadi seorang petani yang beriman, bertakwa dimana dari segi kajian pakar-pakar motivasi sendiri kejayaan mana-mana projek atau program lebih banyak bergantung kepada attitude dan behaviour ni, sikap dan tingkah laku. Itu lah Kerajaan Negeri mengutamakan konsep U.M.I ini diterapkan kepada semua termasuk para petani, penternak, peladang dan nelayan di dalam kursus-kursus dan juga bengkel pertanian yang kita anjurkan di semua jajahan. Sekian terima kasih.

Speaker

Kok Lanas.

Oleh kerana kita berakhir dengan ibadah. Maka takdok soalan tambahan, terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat semua, Alhamdulillah kita sempat menyelesaikan semua 19 soalan pada hari ini, menepati apa yang dipohon oleh Yang Berhormat Ayer Lanas. Terima kasih diucapkan

kepada pihak kerajaan yang telah memberi jawapan dan juga semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengemukakan soalan. Saya difahamkan Yang Berhormat Tawang ada sesuatu yang nak diusulkan. Sila.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Cuma Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya minta special request daripada YB Dato’ Speaker sebelum menyampaikan ini untuk menyampaikan pantun dakwah.

Speaker

Yang Berhormat Tawang ado pantun jugok ?

Ado ado. Pantun dakwah. Yang pertama…

Seni berpolitik tinggi di awan, Bukan hanya pandai berlawan, Tapi untuk semangat setia kawan, Menyatukan hati kekalkan perpaduan.

Yang kedua…

Cincin permata kilauan cahaya, Pengikat mesra si cincin suasa, Berbeza fahaman adat dan budaya, Bukan penghalang penyatuan bangsa.

Hok ni special untuk Kok Lanas…

Dari Kok Lanas pergi ke Masai, Masuk Kelantan dengan transnasional aman damai, YB Kok Lanas orangnya pandai, Mari lah Kok Lanas bersama kawan-kawannya masuk Perikatan Nasional.

Speaker

Lulus 99 peratus.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon untuk mengemukakan satu usul berdasarkan kepada peruntukan Standing Order Negeri Kelantan Perkara 30(1) iaitu cadangan menangguhkan Persidangan Dewan kerana merunding perkara-perkara mustahak bagi orang ramai.

Speaker

Sila sila Tawang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini membuat ketetapan supaya Menteri Besar sebagai ketua Kerajaan Negeri Kelantan dapat meneruskan rundingan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dengan kadar segera bagi mengembalikan hak royalti minyak kepada rakyat Kelantan.

Speaker

Sila YB Tawang serahkan kenyataan bertulis cadangan tersebut kepada saya.

[YB TAWANG MENYERAHKAN KENYATAAN BERTULIS KEPADA YB DATO’ SPEAKER]

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, satu cadangan telah dibuat oleh Yang Berhormat Tawang iaitu bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini membuat ketetapan supaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai ketua Kerajaan Negeri Kelantan dapat meneruskan rundingan dengan Yang Amat berhormat Perdana Menteri Malaysia dengan kadar segera bagi mengembalikan hak royalti minyak kepada rakyat Negeri Kelantan.

Ada sokongan ?

[KESEMUA AHLI YANG BERHORMAT BANGUN MENYOKONG CADANGAN YB TAWANG]

Alhamdulillah sebulat suara saya telah meneliti cadangan ini dan saya mendapati dan berpendapat cadangan ini telah memenuhi 3 syarat, yang pertamanya perkara yang tertentu dan mustahak, yang keduanya untuk kepentingan orang ramai dan yang ketiga perlu disegerakan. Dengan itu saya menerima cadangan ini dan saya persilakan Yang Berhormat Tawang kemukakan ucapan cadangan.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﻪﻠﻟ, ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ل ﺗﻌﺎ ﷲ ل ﻗﺎ

ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ﻰ ﻠ ﻋ ﻮ ﻗ ﺂ ﻨ ﺷ ﻢ ﻨﱠﻜ ُ ﻣ ﺮ ِ ﳚ ﻻ ﻂ ﺴ ﻘ ْ ﻟ ﺎﺑ ﺪ ﻬ ﺷ ﻪﻠﻟ ﱠ ﲔ ﻣ ا ﻗ ا ﻮ ﻮﻧ ﻛ ا ﻮ ﻨ ﻣ آ ﻳﻦ ﻟﱠﺬ ا ﺎ ـ ﻳ أَ ʮ ٰ َ َ ْمٍ ـَ نُ َ َ ْ َ َْ َ ْ َ ُ َ ﻮﱠ ـَ ُ ُ ُ َ ﱡﻬ َ َ وَ َاءَ َ ِ ِ ِ ِ ن ﻮ ﻠ ﻤ ﻌ ﺗ ﺎ ﲟ ﲑ ﺒ ﺧ ا إِن ﱠ ا ا ﻮ ﱠﻘ ـ ﺗ ﻮ ﱠﻘ ـ ﻠﺘ ﻟ ﺮ ﻗ أَ ﻮ ﻫ ا ﻮ ﻟ ﺪ ﻋ ا ا ﻮ ﻟ ﺪ ﻌ ﺗ ﻻﱠ َأَ ُ ْ ـَ َِ َ ﻪﻠﻟﱠ ﻪﻠﻟﱠ ُ ْ ـْ ُ ُ ْ ُ ْ ـَ َ ٌ َ َ وَا َىٰ َبُ َ Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan jangan lah sekali-kali kebencian mu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adil lah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwa lah kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

(Surah Al-Maidah, Ayat 8)

Yang Berhormat Dato’ Speaker, berdirinya saya di sini di dalam Dewan yang mulia ini bagi mencadangkan satu usul berkaitan bayaran tunai royalti petroleum yang sedang hangat pada ketika ini berikutan jawapan Yang Berhormat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Diplomasi yang menyatakan hak bayaran tunai petroleum adalah terhad di dalam perairan 3 batu nautika sahaja. Pada hakikatnya Dewan yang mulia ini telah pun menolak untuk meratifikasikan Akta Laut Wilayah 2012 Akta 750 pada 5 November 2015 Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri juga telah menyebut dalam ucapan Belanjawan 2023 bahawa sebahagian wang ehsan akan diurus melalui Kerajaan Persekutuan dan ini menyalahi Perjanjian 1975 yang telah ditandatangani Kerajaan Kelantan dan Petronas.

Perjanjian Kerajaan Kelantan dan Petronas pada 5 Mei 1975 dalam fasal 1 ada jelas menyatakan Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan Negeri secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan jumlah 5% daripada nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan.

Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Hussein ketika menjawab pertanyaan Yang Berhormat Lim Kit Siang Parlimen Petaling Jaya Timur di Dewan Rakyat menyatakan mengikut perjanjian itu tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut.

Di dalam Dewan yang mulia ini juga pada 16 Jun 2013, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan telah bertitah supaya penyelesaian isu tuntutan royalti petroleum dapat diselesaikan mengikut perjanjian yang telah ditandatangani.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Dewan yang mulia ini juga mencadangkan agar Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan dapat pergi berunding dengan YAB Perdana Menteri dalam usaha mengembalikan hak rakyat Kelantan ini. Maka kita berharap Kerajaan Madani pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlaku adil selaras dengan semangat federalisma dan teras Malaysia Madani iaitu nilai ehsan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan.

Speaker

Sekarang saya kemukakan cadangan ini bagi Perbahasan.

Oleh kerana tidak ada Perbahasan, maka tidak ada Penggulungan.

Buleh ?

Speaker

Silakan.

Okay. Takdok ? Maaf ..

Speaker

Oleh kerana tidak ada Perbahasan, maka tidak ada Penggulungan oleh pihak kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ini ialah satu cadangan bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini membuat ketetapan supaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai ketua Kerajaan Negeri Kelantan dapat meneruskan rundingan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dengan kadar segera bagi mengembalikan hak royalti minyak kepada rakyat Negeri Kelantan. Dengan demikian, sekarang saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi. AHLI-AHLI YANG BERHORMAT BERSETUJU, KATA SETUJU. AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA TIDAK. [SEMUA AHLI YANG BERHORMAT BERSETUJU] Maka ianya dipersetujukan. Cadangan tersebut diterima dan diluluskan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya dan Timbalan Speaker serta semua kakitangan Pejabat Dewan Negeri ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang selama ini telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada kami sepanjang kita bersama dalam Dewan yang mulia ini.

Ustaz Dato' Hj Ahmad b YakobPAS · GSMenteri Besar · Pasir Pekan

Dato’ Speaker… sebelum Dato’ Speaker menutup Dewan pada hari ini ada satu perkara untuk menyatakan.

Speaker

Silakan…

Ustaz Dato' Hj Ahmad b YakobPAS · GSMenteri Besar · Pasir Pekan

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kerana diberi laluan kepada ambo sebagai terakhir untuk Dewan hari ini. Saya ucap tahniah kepada semua Ahli-ahli Dewan yang telah pun membawa ke Dewan ini permasalahan yang timbul di tempat masing-masing sebagai tugas dan tanggungjawab kita untuk mengemukakan di dalam Dewan dan kesemua fakta-fakta yang dikemukakan telah mendapat perhatian. Dan kita mengucap terima kasih dan penghargaan di atas usaha Ahli-ahli Dewan yang penat lelah, susah dan sebagainya itu diberi ganjaran oleh Allah S.W.T dalam kontek Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan. Yang terakhir sekali Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin menyatakan di sini bahawa untuk Aidilfitri kali ini kita sedia untuk RM700 kepada semua penjawat awam, sama juga kita beri kepada lantikan politik sebagaimana amalan biasa. Yang kedua, sebelum kita menutup juga saya dan kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan elaun penghulu daripada RM1,100 kepada RM1,500. Terima kasih.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Speaker

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور م ﻟﺴﻼ ا ﻋﻠﻴﻜﻢ و

Sekali lagi saya ingin menyatakan di sini, saya dan Timbalan Speaker serta semua kakitangan Pejabat Dewan Negeri ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang selama ini telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada kami sepanjang kita berada di dalam Dewan ini. Saya juga mohon banyak-banyak kemaafan jika ada kesilapan dan atau apa-apa yang tidak disenangi oleh

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sepanjang saya mengendalikan Dewan ini.

Ahli Yang Berhormat sekalian, saya berhasrat untuk menangguhkan Persidangan Dewan dan Dewan akan bersidang semula pada tarikh dan masa yang akan diberitahu kelak. Mari lah sama-sama kita tangguhkan dengan Tasbih Kafarah dan Suratul Asr.

Dengan ini Dewan ditangguhkan.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 10.55 PAGI DAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA TARIKH DAN MASA YANG AKAN DIBERITAHU KELAK.