Kelantan · 20 March 2023
14th Assembly, 5th session, 4th meeting · 133 turns · 10,510 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.
(Pembukaan)
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Persidangan Kali Keempat, Bagi Tempoh Penggal Kelima, Dewan Negeri Kelantan Yang Keempatbelas, … ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا
Doa
Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Berdoa….
[ SAMBIL BERDIRI ]
II … UCAPAN OLEH YB DATO’ SPEAKER
Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, Ucapan Yang Berhormat Dato’ Speaker.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, saya menerima surat permohonan untuk tidak menghadiri Persidangan pada kali ini dari dua orang Ahli Yang Berhormat iaitu Kijang dan Bukit Bunga. Untuk itu saya meluluskan permohonan mereka berdua pada kali ini. Saya juga mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak pada semua Ahli Yang Berhormat semoga kita semua mendapat taufik dan inayah dari Allah SWT.
ﻗﻴﺎﻣﻪ و ﺻﻴﺎﻣﻪ ﻗﻨﺎ ارز و ﻓﻴﻪ ﻟﻨﺎ رك ﺎﺑ و ن ﻣﻀﺎ ر ﺑﻠﻐﻨﺎ ﻟﻠﻬﻢ ا Ahli Yang Berhormat sekalian, bersama kita menyaksi, turut menyaksi persidangan kita pada kali ini adalah satu rombongan daripada Wanita Muslimat Terengganu yang diketuai oleh ADUN Wanitanya seramai 45 orang. Daripada Kelab Kebajikan Kota Bharu seramai 20 orang. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1) Pasir Mas, 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring.
Sila.
Pengesahan Peringatan Persidangan Kali Yang Ketiga Bagi Tempoh Penggal Yang Kelima, Dewan Undangan Negeri Kelantan Keempatbelas
Susunan Urusan Persidangan Yang Ketiga, Pengesahan Peringatan Persidangan Kali Yang Ketiga Bagi Tempoh Penggal Yang Kelima, Dewan Undangan Negeri Kelantan Keempatbelas.
Minta cadangan…
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan Peringatan Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kelima, Dewan Negeri Kelantan Keempatbelas yang telah diadakan pada hari-hari Khamis, Ahad, Isnin dan Rabu 29 RabiulAkhir, 02, 04 dan 05 JamadilAwal 1444 Hijriah bersamaan 24hb, 27hb, 29hb dan 30hb November 2022 Dewan Negeri Kelantan supaya diterima dan disahkan.
Minta sokongan…
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya Peringatan Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan), Bagi Tempoh Penggal Kelima, Dewan Negeri Kelantan Keempatbelas yang telah diadakan pada hari-hari Khamis, Ahad, Isnin dan Rabu 29 RabiulAkhir, 02, 04 dan 05 JamadilAwal 1444 Hijriah bersamaan 24hb, 27hb, 29hb dan 30hb November 2022 Dewan Negeri Kelantan supaya diterima dan disahkan.
Dengan demikian, sekarang saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi.
AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK.”
Dipersetujukan.
Peringatan Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan), Bagi Tempoh Penggal Kelima, Dewan Negeri Kelantan Keempatbelas yang telah diadakan pada hari-hari Khamis, Ahad, Isnin dan Rabu 29 RabiulAkhir, 02, 04 dan 05 JamadilAwal 1444 Hijriah bersamaan 24hb, 27hb, 29hb dan 30hb November 2022 Dewan Negeri Kelantan supaya diterima dan disahkan.
[ PERINGATAN PERSIDANGAN KALI KETIGA (BELANJAWAN) BAGI TEMPOH PENGGAL YANG KELIMA DEWAN NEGERI KELANTAN KEEMPATBELAS DISAHKAN ]
[ SETIAUSAHA MENGANGKAT TEKS-TEKS PERINGATAN TERSEBUT KEPADA YB DATO’ SPEAKER]
Kertas-Kertas Yang Dibentang Di Atas Meja
Susunan Urusan Persidangan Yang Keempat, Kertas-Kertas Yang Dibentang Di Atas Meja.
Kertas-Kertas tersebut ialah Kertas Dewan Bil. 01 Tahun 2023 hingga Kertas Dewan Bil. 07 Tahun 2023 sebagaimana berikut : -
1. Kertas Dewan Bil.1/2023 .. Kenyataan Wang Pendahuluan Yang Diperbuat mengikut Seksyen 6 (2) daripada Akta Pembangunan 1966 dibentangkan mengikut Seksyen 6 (2) daripada Wang Pembangunan 1966.
2. Kertas Dewan Bil. 2/2023 .. Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023.
3. Kertas Dewan Bil. 3/2023 .. Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan Bagi Tahun 2021.
4. Kertas Dewan Bil. 4/2023 .. Penyata Kewangan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Bagi Tahun 2021.
5. Kertas Dewan Bil. 5/2023 .. Penyata Kewangan Yayasan Islam Kelantan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021.
6. Kertas Dewan Bil. 6/2023 .. Laporan Tahunan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan Tahun 2021 dan Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021.
7. Kertas Dewan Bil. 7/2023 .. Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Kumpulan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021.
8. Kertas Dewan Bil. 8/2023 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Pasir Puteh Tahun 2021.
Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions
Susunan Urusan Persidangan Yang Kelima, soalan-soalan yang diberitahu.
Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan BertulisQuestions
Soalan-soalan oleh :
YB MOHD NAZLAN B MOHAMED HASBULLAH YB HJ MOHD FAUZI BIN ABDULLAH YB HJ MOHD ADANAN BIN HASSAN YB HJ MOHD RUSLI BIN ABDULLAH YB HILMI BIN ABDULLAH YB HJ AZHAR BIN SALLEH YB HJ HUZAIMY B CHE HUSIN YB SAIFUL ADLI BIN ABU BAKAR YB DATO’ HJ MOHD ADHAN BIN KECHIK YB HJ AMRAN BIN ARIFFIN YB HJ MOHD SYAHBUDDIN BIN HASHIM
Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan MulutQuestions
Soalan-soalan oleh :
YB HJ ABDUL RAHMAN BIN YUNUS YB HJH ROHANI BINTI IBRAHIM YB MOHD NAZLAN B MOHAMED HASBULLAH YB HJ ABDUL AZIZ BIN KADIR YB HJ MOHD FAUZI BIN ABDULLAH YB HJ MOHD ADANAN BIN HASSAN YB MOHD RODZI BIN JA’AFAR YB HJ MOHD RUSLI BIN ABDULLAH YB HILMI BIN ABDULLAH YB HJ AZHAR BIN SALLEH YB SAIFUL ADLI BIN ABU BAKAR YB DATUK SERI SR HJ MD ALWI BIN HJ CHE AHMAD
YB DATUK HJ ABDUL AZIZ BIN DERASHID YB DATO’ HJ MOHD ADHAN BIN KECHIK YB BAKRI@MOHD BAKRI BIN MUSTAPHA YB ABDUL AZIZ BIN YUSOFF YB HJ MOHD SYAHBUDDIN BIN HASHIM YB HJ AMRAN BIN ARIFFIN YB DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED
[ YB DATO’ SPEAKER AKAN MENGAMBIL ALIH SETERUSNYA….]
Dipersilakan Yang Berhormat Kok Lanas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan bagi soalan yang pertama. Terima kasih.
Soalan 1 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah prosedur atau proses yang digunakan dalam urusan pengambilan tanah-tanah untuk projek-projek Kerajaan Persekutuan di Kelantan. ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pengambilan tanah projek-projek kerajaan Persekutuan di Kelantan adalah diurus melalui JKPTG Negeri Kelantan di mana prosesnya adalah mempunyai persamaan mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960. Antaranya pra pengambilan tanah iaitu mesti ada permohonan. Pertimbangan pentadbiran tanah apabila permohonan itu diangkat pada pentadbiran tanah terdahulu.
Kemudian pertimbangan dan penelitian oleh pihak UPEN atau kalau di wilayah di Wilayah Persekutuan, laporan penuh perundingan yang berjalan. Kemudian keputusan Pihak Berkuasa Negeri sama ada permohonan itu layak ataupun tidak. Barulah proses akan dikemuka dikeluarkan apabila dipersetujui oleh Pihak Kerajaan Negeri untuk menyatakan dalam seksyen (4) kepada tuan-tuan tanah. Kemudian
selama diberi tempoh dua tahun. Dalam masa itu sekiranya ada apa-apa, tidak ada apa-apa dalam masa singkat boleh setelah diberi notis seksyen (4) kemudian seksyen (8) untuk pengambilan. Itulah secara ringkas proses yang dibuat kecuali apabila pihak tuan-tuan tanah tidak bersetuju boleh lah mengemukakan rayuan di mahkamah. Mungkin hanya setuju dari segi harga untuk buat rayuan. Terima kasih.
Paloh.
Terima kasih Dato’ Speaker. Saya ada satu soalan tambahan berkenaan dengan pengambilan tanah bagi projek-projek Kerajaan Persekutuan iaitu berkenaan dengan status terkini pengambilan tanah bagi pembinaan lebuhraya CSR menyebabkan projek daripada Bukit Sejuk ke Sungai Bayu yang mana melibatkan pengambilan ladang peneroka yang mana dua isu yang perlu saya jawab dibawah iaitu dari pihak kontraktor, bila apa ni kelulusan diberikan supaya kerja-kerja dapat dipercepatkan manakala pihak rakyat biasalah nak tahu bila boleh dapat pampasan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Paloh. Kerajaan apabila naik sahaja ataupun di angkat daripada kerajaan, cerita apabila pengambilan tanah tidak ada banyak persoalan terutama apabila menyentuh kepentingan awam dengan serta merta boleh diberi kelulusan. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Ayer Lanas.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor 2. Terima kasih.
Soalan 2 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, jumlah keluasan tanah untuk penduduk Kampung Orang Asli Sg Rual yang telah digazetkan. Adakah Kerajaan Negeri bercadang memperluaskan kawasan ini memandangkan bilangan penduduk kampung tersebut yang tinggi.]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Ayer Lanas dan juga dewan ini keluasan tanah ataupun penempatan bagi Orang Asli di Sungai Rual mengikut apa ini pelan warta yang telah diluluskan dalam tahun 2013 ialah seluas 592.82 hektar.
Adapun tentang cadangan untuk meluaskan kawasan ini kita menunggu cadangan dan juga permohonan daripada pihak JAKOA kerana biasanya urusan untuk penempatan orang Asli ini kita menerima cadangan daripada JAKOA dan apabila kerajaan berpuas hati dengan cadangan tersebut dari segi keluasan, kedudukan dan sebagainya barulah kita wartakan. Sekian terima kasih.
Ayer Lanas.
Dato’ Speaker, soalan tambahan. Di kawasan Jeli cuma satu sahaja perkampungan Orang Asli berbanding Gua Musang yang banyak kawasan. Jadi saya ucap terima kasih kerana telah di gazet mengikut jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar akan diberi pertimbangan bila ada permohonan. Isunya ialah yang pertama ialah pertambahan penduduk yang ketara buka pada tahun 1972, 15 tahun dulu cuma 104 keluarga, sekarang 205 keluarga.
Jadi isunya ialah keluasan tanah tidak mencukupi untuk menyara kehidupan mereka dan hal orang Asli ini kita sedia maklum miskin mereka dan kawasan merayau mereka pun semakin berkurangan, berkaitan juga dengan pembalakan.
Jadi mengikut jawapan Yang Berhormat menunggu permohonan daripada JAKOA, tapi saya nak tahu apabila JAKOA membuat permohonan, apakah akan menjadi pertimbangan utama Kerajaan Negeri untuk menimbangkan permohonan tersebut.
Yang kedua apakah perancangan Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Pusat untuk majukan taraf hidup sosio ekonomi Orang Asli. Kerana mereka dalam keadaan yang semakin tertindih, adakah Kerajaan Negeri menubuhkan pasukan khas Kerajaan Pusat dan Negeri untuk merancang kaedah-kaedah bagaimana boleh memajukan lagi permohonan Orang Asli bukan sahaja Sungai Rual, Jeli tapi juga seluruh Kelantan. Terima kasih Dato’ Speaker.
Untuk makluman Yang Berhormat sepertimana yang saya sebutkan tadi bila JAKOA angkat permohonan ataupun cadangan untuk pengwartaan kawasan penempatan Orang Asli, cadangan ini akan diteliti oleh pihak PTG melihat beberapa aspek antaranya ialah kedudukan kawasan tersebut sesuai, tidak sesuai ataupun berlaku pertindihan dan sebagainya.
Apabila pihak PTG telah berpuas hati cadangan ini akan diangkat kepada pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan. Dan bila masuk Majlis Mesyuarat Kerajaan ini kita biasanya akan buat keputusan segera, aaa segera kita tidak tangguhlah. Cuma kadang-kadang proses itu diperingkat penilaian oleh pihak PTG itu kadang-kadang berlaku kelambatan. Adapun tentang cadangan untuk meluaskan kawasan ini mungkin Yang Berhormat boleh berbincang ataupun mencadangkan kepada JAKOA supaya melihat perkara ini dan mengangkat permohonan seberapa segera kepada kerajaan.
Adapun tentang usaha apa ini meningkatkan taraf kehidupan Orang Asli ini kita Kerajaan Negeri lebih bersifat membantu dan memudah carakan kerana tugas utama ini sepertimana yang kita tahu dibawah JAKOA. JAKOA ini ditubuhkan khusus oleh Pihak Persekutuan untuk menjaga kebajikan dan hal ehwal Orang Asli dan setakat ini kita Negeri Kelantan ini memberi kerjasama penuh kepada JAKOA dalam perkara-perkara yang apa ni boleh memberikan kebaikan kepada Orang Asli, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Pulai Chondong.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pagi hari mari Dewan naik kereta Persona, mohon jawapan soalan saya nombor 3.
Soalan 3 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, adakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membangunkan Jajahan Machang sebagai jajahan perindustrian dan apakah perkembangan terkini IBS di Sungai Bagan Estet diatas tapak seluas 200 hektar.]
Belago ko lagu tu?
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Pulai Chondong di atas soalan nombor tiga. Jawapannya ialah sebelum saya jawab tu, saya nak perbetulkan fakta sikit. Soalannya apakah perkembangan terkini IBS di Sungai Bagan Estate di atas tapak seluas 200 hektar. Sebenarnya bukan 200 hektar, 200 ekar, terima kasih.
Berdasar kepada rancangan struktur negeri, Machang akan memfokus kepada aktiviti berasaskan kepada pendidikan Institusi Latihan Pertanian Dan Pelancongan. Walau bagaimanapun dengan mengambil kira perkembangan terkini sektor perindustrian dijalankan di jajahan Machang khususnya dengan pembangunan bandar IBS ataupun industrial dengan izin building system, majlis Daerah Machang akan
menyelaras semula aktiviti perindustrian dalam kawasan rancangan tempatan jajahan Machang yang akan dilaksanakan kepada masa akan datang.
Dalam konteks IBS, Kerajaan Negeri telah melantik Perbadanan Iktisad Negeri Kelantan iaitu PKINK sebagai pengurus projek pembinaan infrastruktur asas bagi taman industri IBS, Bagan Labok Machang. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur asas tersebut bermula pada 15 Ogos 2022 dan dijadual siap pada 12 Ogos 2024 iaitu selama dua tahun. Sehingga Mac 2023 kemajuan fizikal di tapak telah mencapai 7%. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur asas dijangka akan menjadi semakin rancak pada bulan April dan seterusnya. Setelah pihak PKINK mendapat kelulusan penuh penilaian impak alam sekitar EIA daripada Jabatan Alam sekitar Negeri Kelantan.
Untuk makluman Yang Berhormat dalam dewan, pembangunan taman industri IBS ini bakal menyediakan 47 lot industri, 60 lot kedai pejabat komersial dan akan dijangka akan mewujudkan 3500 peluang pekerjaan baru pada rakyat Negeri Kelantan.
Satu lagi projek di Machang khususnya juga dalam kawasan Sungai Bagan Estet, Machang ialah pembangunan hospital swasta, rumah kedai dan perumahan awam di atas tanah seluas 62 ekar dengan kos tanah lebih kurang dalam RM6.9 juta yang telahpun dibayar oleh syarikat yang berjaya untuk apa ni menjayakan projek ini. Syarikat berkenaan ialah syarikat Kumpulan Sekata Sdn Bhd yang telah mendapat kelulusan zonning untuk hospital swasta daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Tumboh.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan saya nombor 4.
Soalan 4 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, jelaskan Pondok Pasir Tumboh merupakan salah satu destinasi Pelancongan. Apakah usaha kerajaan bagi kemudahan Asas yang kurang baik.]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Pasir Tumboh. Terdapat beberapa destinasi pelancongan di Kelantan ini termasuk pondok-pondok ya, pondok di Pasir Puteh, pondok Kandis di Bachok dan begitu juga pondok di Pasir Tumboh. Rancangan kerajaan setakat ini untuk menambah baik kemudahan asas di pondok Pasir Tumboh seperti membaiki landskap yang sesuai, galeri yang ada di ubah suai atau ditambah baik dan begitu juga mengadakan bilik penginapan. Begitu juga dengan tempat letak kereta atau kawasan parking kenderaan di kawasan Pasir Tumboh. Terima kasih.
Sila Pantai Irama.
YB HJ HUZAIMY B CHE HUSIN
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih. Industri pelancongan di Kelantan semakin subur dan industri ini juga semakin rancak selepas daripada kurangnya Covid, redanya Covid-19. Soalannya sejauh mana semangat kebersamaan atau penyelarasan bersama dengan agensi-agensi yang terlibat termasuk juga NGO Kebudayaan dalam menggerakkan aktiviti kebayan ini. Dan juga saya difahamkan dalam satu masa dahulu Pejabat Tanah Jajahan Bachok dan juga Majlis Daerah Bachok bandar pelancongan islam telah mengadakan meja bulat, persidangan meja bulat dengan NGO-NGO Kebudayaan dan telah menghasilkan atau disebut sebagai Jejak Warisan Bachok (JWB) yang telah mengcukilkan atau menimbulkan beberapa-beberapa lokasi, beberapa lokasi yang perlu didapati oleh pelancong terutamanya pelancong dalam negeri dan juga luar negeri termasuk pelancong, pelancongan ilmu termasuk juga seperti Seni Studio And Gallery (SSG) yang berada di Beris Lalang dan juga beberapa kawasan lain termasuk tempat membuat rebana ubi di Bukit Marok di antara lokasi-lokasi di
sebut sebagai Jejak Warisan Kebudayaan yang diterjemahkan dalam jejak warisan Bachok, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan daripada Pantai Irama. Sebenarnya Pantai Irama ini “sudah gaharu, cendana pula, sudah tahu bertanya pula”. Tetapi oleh kerana melibatkan Jejak Warisan ini aspek kebudayaan Negeri Kelantan ini kita bekerjasama dengan NGO-NGO termasuk dalam permainan wayang kulit ataupun rebana, kertuk, seni silat dan lain-lain lagi. Sebab itulah kita membaik pulih di Pantai Melawi kita mempunyai satu pillbox, kubu British. Dulu masa melawan Jepun.
Jadi setelah mendapat sambutan kerana ada dataran dia boleh bergambar di situ dan sebagainya. Kita akan teruskan, kita akan beri kerjasama sepenuhnya kepada NGO-NGO yang meminati dalam aspek warisan kebudayaan mahupun makanan tradisional seperti kerabu nipah di kawasan Bachok, sambal pijak di kawasan Jeli dan Dabong, Kuala Krai jadi ini sedang berjalan dan saya ucap terima kasih kepada semua NGO-NGO yang meminati kawasan aspek kebudayaan dan warisan di Kelantan ini. Terima kasih.
Ayer Lanas.
Terima kasih Dato’ Speaker. Kalau kita lihat kepada pondok sebagai destinasi pelancongan ini antara daya tarikan di Kelantan lah. Kalau kita lihat semua destinasi pondok ini sebagai destinasi pelancongan, mana satu yang terbaik yang terulunglah dan adakah yang terbaik itu boleh kita jadikan contoh templet untuk diikuti oleh pondok-pondok lainlah maksud saya boleh tak kita namakan satu destinasi pondok yang ulung, yang terbaik di Kelantan ini yang boleh kita promosikan bukan sahaja dalam negeri kita dan juga di luar negeri. Terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Lanas. Sangat meminati aspek pelancongan juga dan kita nampak di Jeli itu terserlah sekarang ya.
Walau bagaimanapun pondok yang sesuai untuk dilawati kalau kita pergi ke Jeram Mengaji, kawasan DUN Selising ya, Pasir Puteh ada sebuah pondok yang dinamakan Ihya Ulumuddin di Kampung Berangan, itu boleh dijadi Benchmark sekali pondok itu tersebut. Juga di Pasir Tumboh dan juga di Kandis, di Kandis kerana ada pondok moden dan kita dah siap dah chalet tertentu ada empat buah rumah penginapan. Jadi bolehla melawati tempat-tempat tersebut dan sangat sesuai. Dan ini juga telah dilawati oleh pelancong-pelancong domestik dan antarabangsa juga. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Galas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan untuk soalan saya nombor 5.
Soalan 5 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah usaha yang dibuat oleh Jabatan Sumber Air Kelantan bagi menyelesaikan masalah pengambilan sumber air yang tidak terkawal yang boleh menjejaskan punca sumber air iaitu sungai-sungai di kawasan Lojing.]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Galas. Untuk makluman Yang Berhormat Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan adalah diberi mandat sebagaimana bila Enakmen Sumber Air Negeri Kelantan 2019 untuk menjalankan penguatkuasaan lesen bagi semua penggunaan sumber air khususnya di Tanah Tinggi Lojing. Semakan yang dibuat oleh Jabatan mendapati bahawa terdapat beratus-ratus pengusaha kebun sayur telah menggunakan sumber air untuk keguaan bertani komersial tanpa lesen yang sah.
Sehingga tahun 2022 data guna tanah yang diperolehi daripada plan Malaysia Kelantan telah menunjukkan sejumlah 20 000 hektar
bersamaan dengan 49 420 ekar tanah di Jajahan Kecil Lojing telah digunakan bagi tujuan pertanian juga secara langsung telah menggunakan sumber air tanpa sebarang kebenaran dari pihak jabatan. Masalah pengambilan sumber air tanpa kawalan yang berlaku kini hanya boleh dikawal melalui pelesenan dan penguatkuasaan oleh jabatan kerajaan. Jabatan telah merangka dan mengatur strategi bagi perlesenan semua pengebun melalui lesen sementara yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kali Ke 21 yang bersidang pada 19 Oktober 2022. Terima kasih.
Sila Galas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan oleh kerana beratus-ratus pekebun mengusahakan ladang di kawasan Lojing ini satu pasukan khas perlu ditubuhkan bagi kita menguatkuasa kes-kes kecurian sumber air ini. Saya ingin mencadangkan agar pasukan khas ini diwujudkan terus di bawah pejabat keseliaan pejabat Yang Berhormat Exco agar perkara-perkara kecuaian ini dapat kita kurangkan dari semasa ke semasa. Saya ambil contoh lawatan mengejut juga boleh dilaksanakan sebagaimana yang dibuat oleh Yang Berhormat Exco pada Mei 2019 di mana kita dapat mengesan kes kecurian air di sungai yang natijahnya menjana pendapatan kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri dibayar lebih daripada RM700 ribu kerana kejayaan kita mengesan kes kecuriaan air pada waktu itu. Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan tambahan. Satu cadangan yang baik. In Syaa Allah kita akan bincang nanti.
Dipersilakan Nenggiri.
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan tambahan, apakah langkah-langkah kerajaan di dalam kita mengawal sumber air khususnya punca air tandak dimana terdapat pencemaran ataupun pembalakan yang menyebabkan air tandak ini apabila hujan dia menjadi keruh dan bila kemarau ianya menjadi kering. Takdok air. Apakah yang dibuat oleh tindakan kerajaan? Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan tambahan. Kalu boleh spesifik sikit kawasan tandak mana tu untuk kita dapat maklumat secara detail nanti In Syaa Allah.
Ok dipersilakan Yang Berhormat Kelaboran.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan bagi soalan saya nombor 6. Soalan 6 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah mereka yang berkahwin di Thailand yang tidak didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Kelantan.]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Kelaboran yang mengemukakan soalan. Perkahwinan tanpa kebenaran
merupakan perkahwinan yang melanggar batas normal kemasyarakatan walaupun menepati hukum syarak, berkahwin ini tetap dipandang sebagai satu kesalahan di sisi undang-undang keluarga islam. Faktor utama pasangan mengambil tindakan ini disebabkan tidak mendapat kebenaran daripada wali, tentangan keluarga, keinginan untuk berpoligami dan tidak mahu mengikut prosedur perkahwinan yang dikatakan rumit.
Perkahwinan yang dituntut dalam islam adalah perkahwinan yang menepati hukum syariat yang telah digariskan. Walau bagaimanapun dalam kehidupan masyarakat terdapat juga perkahwinan yang dilangsungkan tanpa kebenaran. Mana-mana pasangan yang bernikah tanpa kebenaran di kira melanggar Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002 dimana kesalahan ini boleh menyebabkan mereka dihukum denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Sehubungan dengan itu, antara usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan bagi menyelesaikan masalah mereka yang berkahwin di Thailand yang tidak didaftarkan ialah dengan melaksanakan Program Pemutihan Pendaftaran Perkahwinan Tanpa Kebenaran, sah nikah hidup berkat selama tiga bulan bermula 14 November 2021 hingga 14 Februari 2022.
Program ini mensasarkan perkahwinan yang berlangsung bermula tahun 2005 dan sebelumnya. Di mana pemohon hanya perlu mendaftarkan terus perkahwinan tersebut di bahagian Undang-Undang Keluarga Islam atau Pejabat-Pejabat Agama Jajahan tanpa perlu membayar denda di mahkamah.
Statistik menunjukkan bilangan jumlah keseluruhan kes yang didaftarkan sepanjang program ini dilaksanakan adalah sebanyak 207 kes. Perinciannya adalah seperti berikut:
BIL. BAHAGIAN KES 1. Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam 60 2. Pejabat Agama Jajahan Kota Bharu 23 3. Pejabat Agama Jajahan Pasir Mas 46 4. Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah 16 5. Pejabat Agama Jajahan Bachok 12
6. Pejabat Agama Jajahan Gua Musang 3 7. Pejabat Agama Jajahan Pasir Puteh 7 8. Pejabat Agama Jajahan Machang 7 9. Pejabat Agama Jajahan Jeli 4 10. Pejabat Agama Jajahan Tumpat 21 11. Pejabat Agama Jajahan Kuala Krai 8
Seksyen Agama Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing tidak ada didaftarkan walaupun satu kes.
Selain itu juga, antara usaha lain yang dilakukan untuk menggalakkan mereka supaya mendaftar perkahwinan setelah berkahwin di Thailand ialah yang pertama melalui penerangan dalam kursus Pra Perkahwinan. Yang kedua melalui perjumpaan imam-imam mukim supaya memaklumkan perkara tersebut kepada anak mukim.
Yang ketiga melalui perjumpaan Penolong Pendaftar Perkahwinan mengenai kepentingan pendaftaran anak mukim. Yang keempat memberi penerangan dalam kursus pasca perkahwinan. Yang kelima penerangan melalui ceramah-ceramah mengenai kesan-kesan perkahwinan yang tidak didaftarkan. Sekian,
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Ramai nak bertanya ni. Sila Kok Lanas dulu.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya minta maaf saya lambat tadi. Daripada pengalaman Kerajaan Negeri dan juga pengalaman Dato’ Exco yang telah begitu lama memegang portfolio agama ini, apakah benar connotation yang mengatakan bahawa lebih baik minta maaf daripada minta kebenaran. Itu sahaja soalan tambahan. Kalu boleh ulas sikit.
Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat daripada Kok Lanas yang nampaknya berminat tentang topik ini. Sebenarnya pihak kerajaan bukan merumitkan untuk rakyat Kelantan melangsungkan perkahwinan sama ada yang belum berkahwin, tak pernah berkahwin ataupun yang
nak berpoligami. Di mana pasangan yang nak berpoligami hendaklah memohon kebenaran daripada mahkamah walaupun isteri pertama tidak bersetuju. Kalau mahkamah mendapati pemohon itu menepati syarak-syarak yang ditetapkan oleh hukum syarak, maka pihak mahkamah boleh memberi kebenaran. Jadi tidak timbul masalah langsung dalam perkara ini. Cuma perlu kepada keberanian. Itu sahaja.
Ada peluang tu Yang berhormat. Sila Tawang napok minat juga ni.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Jadi soalannya tambahannya masalah sekarang ininya, nikoh alik siam ni lambat daftar, lambat nok selesai. Jadi soalannya bagaimana proses pendaftaran itu dapat dipercepatkan dalam tempoh seminggu ke, dua minggu ke? Masalah sekarang ini lambat sehingga dua tahun, tiga tahun. Dapat anak nok bin kepada bapa dia ni tak boleh. Hal ini yang rakyat nak tahu. Apakah langkah-langkah yang kerajaan boleh royak ke rakyat kalau berlaku perkahwinan di Thailand pendaftaran itu dapat dipercepatkan.
Sebenarnya kelambatan kelewatan itu berlaku kerana mereka sendiri lewat mendaftar, satu. Yang kedua bila mereka mendaftar maklumat-maklumat yang dikehendaki oleh pihak pentadbiran itu tidak cukup. Umpamanya mereka apa nama ini berkahwin di Thailand tetapi mereka memasuki Thailand tidak dengan jalan yang sah. Jadi siapa yang nak mengesahkan perkahwinan ini. Dia perlu masuk dengan passport, keno cop passport.
Jadi kalau peraturan-peraturan itu diikuti maka pendaftaran itu akan dapat dilakukan dengan segera In Syaa Allah. Kalau Tawang ada masalah ataupun rakyat Tawang ada masalah bab ini boleh berhubung dengan pihak Pejabat Agama dan kalau tok selesai boleh maklum kepada Exco Pembangunan Islam In Syaa Allah.
Paloh pun nok jugok? Sila Paloh.
Isu sedak kea ni. Pertamanya terima kasih kepada Yang berhormat Exco kerana yang telah mengadakan program pemutihan yang mana sebenarnya membantu kepada isu-isu daftar lewat perkahwinan disebabkan berkahwin alik Siam ini. Cuma saya, soalan tambahan adakah pihak kerajaan akan mengadakan program ini secara berkala kerana kepentingannya banyak.
Sekiranya melebihi tujuh tahun dia akan berbangkit pada isu kedua anak sekoloh, Allahuakbar. Takdok surat beranok, takdok gapo. Jadi kalau saya sarankan kalaulah program ini dijalan secara berkala bukan sahaja melibatkan MAIK tetapi perlu melibatkan JPN, Jabatan Pendaftaran Negara. Kerana dibawah ini isu berbangkit. Maknanya tak boleh wak surat beranok, tokleh wak IC dan sebagainya, terima kasih.
Itu satu cadangan yang baik dan In Syaa Allah pihak kerajaan akan pertimbangkan.
Semerak takdok soalan? Dipersilakan Gaal.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا YB Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 7.
Soalan 7 :
[Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, adakah Kerajaan bercadang untuk membina Pusat Pemindahan Banjir Sementara (PPS) Kekal di setiap jajahan yang terlibat dengan banjir di seluruh Kelantan.]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Gaal. Kerajaan memang bercadang untuk membina Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di setiap jajahan yang terlibat dengan banjir. Setakat ini pihak kerajaan telah pun mengenal pasti 15 lokasi bagi pembinaan tempat ini walaubagaimanapun dapat 12 lokasi di bawah tanah kerajaan manakala 3 lokasi lain adalah tanah yang perlu dibuat pengambilan balik yang melibatkan,
BIL. JAJAHAN LOKASI / DAERAH LUAS STATUS TANAH 1. Kota Kompleks Kebajikan, 1.500 ekar Tanah Bharu Madinah As Salam, Kerajaan Tunjong 2. Kota Kampung Ketereh (SK 0.300 ekar Milik Pesuruhjaya Bharu Seri Ketereh) Tanah Persekutuan (PTP)
3. Tumpat PT 1541, Kg Pengkalan 20.607 ekar Tanah Kerajaan Nangka, Mukim Tumpat, Jajahan Tumpat 4. Pasir Mas Kampung Kelapa Wangi, 5 ekar Tanah Kerajaan Mukim Apam Gual Periok Pasir Mas 5. Machang Pulai Chondong 3 ekar Tanah Rizab Haiwan 6. Pasir Padang Pak Amat 5.893 ekar Tanah Milik Puteh Individu 7. Pasir Cherang Ruku 3.156 ekar Tanah Milik Puteh Individu 8. Pasir Changgai 2.118 ekar Tanah Milik Puteh Individu 9. Tanah Jedok, Kampung Bendang 2.328 ekar Tanah Merah Besar Kerajaan 10. Tanah Ulu kusial, Kampung 0.142 ekar Tanah Kerajaan Merah Sokor
11. Kuala Kampung Pahi, Kuala 5.985 ekar Milik Krai Pahi Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) 12. Kuala Kampung Kemubu, 5 ekar Tanah Kerajaan Krai Kemubu
13. Jeli Tapak Pasar Tani Kg 10.966 ekar Tanah Ayer Lanas 17600 Jeli Kerajaan Kelantan 14. Gua Kampung Ketil, Gua 23.131 ekar Milik Musang Musang Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) 15. Gua Kg Limau Kasturi, 1 ekar Tanah Musang Bertam Kerajaan
Kerajaan juga berbincang dengan pihak agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk menggunakan peta (NADMA) bagi membina sekurang-kurangnya 3 buah dulu Pusat Pemindahan Kekal. Pada 13 Februari 2023 ketua NADMA telah melawat tiga kawasan di Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Mas iaitu di Kompleks Kebajikan di Kampung Nangka dan juga Kampung Bangi. Kita doakan agar ianya dipercepatkan. Terima kasih.
Sila Kok Lanas.
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Dato’ Exco, Yang Berhormat. Saya di Ketereh ada satu pusat yang tak perlu pun dibina oleh kerajaan tapi pusat ini dah memang menjadi tumpuan kepada mangsa banjir iaitu di pusat Outreach Abim di atas tali air. Masa saya pengerusi KADA dulu kita ada peruntukkan sedikit kita bina bangunan. Sekarang ini bangunan itu sebahagiannya sudah rosak.
Sekiranya Yang Berhormat mempunyai peruntukkan dibawah peruntukkan Pusat Banjir ini saya nak cadangkan supaya tempat itu di upgrade sebab di situ adalah bukan sahaja boleh berguna semasa banjir tetapi boleh digunakan untuk penempatan anak-anak Orang Asli yang di buat oleh Outreach Abim. Terima kasih.
Terima kasih Kok Lanas. Dalam hal ini kerana ia melibatkan tanah persendirian bukan tanah kerajaan …tanah kerajaan?
Kerajaan, tanah KADA ….
… tanah KADA? Kalau tanah KADA saya rasa ini boleh In Syaa Allah boleh diangkat kepada pihak (NADMA) untuk sama-sama kita pertimbangkan kerana dalam pengurusan banjir ini untuk urusan pemindahan ini akan diselesaikan dibawah (NADMA) dan juga JKM, In Syaa Allah terima kasih. [DATO’ TIMBALAN SPEAKER MENGAMBIL ALIH ]
Bunot Payong.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Dato’ Speaker. Saya nak tanya berkenaan dengan tempat penempatan mangsa banjir ini. Adakah praktikal kita bina bangunan tetap sedangkan penggunaan pada mangsa banjir ini adalah untuk seketika sahaja. Jadi minta jelaskan.
Terima kasih kepada Bunot Payong. Dalam kes ini dinamakan sebagai Pusat Pemindahan Kekal (PPK) bukan Pusat Pemindahan Banjir. Ertinya ia akan digunakan dalam segala hal yang membabitkan hal serta berkaitan bencana, bukan hanya ketika banjir sahaja. Dalam hal ini kita melihat sekarang kebanyakkan pusat-pusat pemindahan banjir sementara ini digunakan di sekolah-sekolah. Ini menganggu sistem persekolahan kerana sekarang ini krisis ataupun
bencana banjir berlaku kadang-kadang tidak mengikut musim dan kita kadang-kadang mengalami masalah sebagaimana Covid-19 yang telah pun kita hadapi sebelum ini. Jadi cadangan untuk Pusat Pemindahan Kekal (PPK) ini adalah perlu bagi kemudahan rakyat. Terima kasih.
Dipersilakan YB Haji Mohd Rusli Bin Abdullah, Wakaf Bharu.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 8.
Soalan 8 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, perkembangan semasa pembinaan menara telekomunikasi yang akan dipasang dikeseluruhan Negeri Kelantan sebagaimana yang telah diumumkan oleh kerajaan persekutuan.]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Wakaf Bharu. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Pelaksanaan Pelan Digital Negara (JENDELA) fasa 1 (2020-2022) dan fasa II (2023-2025) dimana capaian jaringan dan liputan internet sedang diperluaskan secara berperingkat di Negeri Kelantan. Setakat ini sebanyak 64 buah menara baharu telah siap beroperasi. Baki 65 lagi dalam peringkat perlaksanaan daripada 129 jumlah yang dirancang. Kesemua inisiatif yang sedang dalam peringkat perlaksanaan akan siap sepenuhnya pada suku keempat 2023.
Selain daripada menara-menara baru, naiktaraf stesen pemancar juga dilaksanakan yang mana sebanyak 1925 buah yang telah dirancang dan siap sebanyak 1921, maknanya tinggal empat sahaja lagi yang belum siap dinaiktarafkan. Begitu juga dengan premis tersedia gentian optic
perancangan adalah sebanyak 82 370 premis hampir separuh telah siap iaitu sebanyak 39 976 buah. Terima kasih.
Silakan Wakaf Bharu.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam kesempatan yang ada pada pagi ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan juga SKMM yang mana telah mengambil tindakan di atas soalan yang telah dibangkitkan oleh Wakaf Bharu sebelum ini iaitu dengan melaksanakan beberapa lokasi iaitu dalam bentuk portable ataupun menara sementara. Walaupun sementara ianya dapat membantu masalah telekomunikasi di Wakaf Bharu khususnya.
Jadi soalan tambahan apakah Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk memohon kepada SKMM menyenaraikan menara-menara sama ada menara kekal ataupun sementara untuk diagihkan kepada 45 DUN sebagai panduan kepada kita semua. Sekian terima kasih.
Ok terima kasih kepada soalan tambahan. Memang Kerajaan Negeri sangat rapat berkerjasama dengan pihak SKMM. Begitu juga dengan Kementerian Komunikasi. Kerajaan yang lepas, maksud saya kerajaan sebelum daripada Pilihanraya yang ke -15, kita mengadakan perjumpaan antara kementerian dan juga wakil-wakil Kerajaan Negeri 3-4 kali setahun.
Di situ kita diberikan maklumat berkenaan dengan projek-projek yang sedang berjalan dan juga maklumat-maklumat berkenaan dengan sejauh mana terutamanya projek JENDELA ini telah dapat disempurnakan oleh pihak-pihak yang berwajib terutamanya oleh pihak TELCO. Kita mengharapkan kerajaan baru ini pun dapat meneruskan usaha yang baik ini supaya Kerajaan Negeri mendapat maklumat berhubung dengan perkembangan-perkembangan yang terbaru. Saya difahamkan baru-baru ini Menteri Komunikasi datang ke Kelantan dan melawat beberapa tempat terutamanya menara-menara baru. Kita ucapkan terima kasih tapi alangkah baiknya kalau wakil Kerajaan Negeri juga dijemput untuk bersama supaya jalinan kerjasama yang baik itu dapat dikekalkan ya.
Selain daripada itu, berbalik kepada cadangan tersebut In Syaa Allah kita akan laksanakan oleh kerana 129 tapak untuk saya senaraikan pada pagi ini adalah terlalu banyak dan terlalu panjang. Cukup bagi saya untuk saya simpulkan Bachok adalah dirancangkan sebanyak empat buah dan kesemua empat-empatnya telah siap dilaksanakan.
Gua Musang sebanyak 13 buah tapi setakat ini hanya 2 buah yang mampu disiapkan. Jeli sebanyak 9 buah yang telah siap 3, Jajahan Kecil Lojing 8 buah dalam perancangan belum siap sepenuhnya. Tidak ada yang siap maksud saya. Kota Bharu 12 yang dirancang, kesemuanya telah siap dilaksanakan, dibina. Kuala Krai 31 buah tetapi yang siap hanya baru 3 buah sahaja. Machang 12 buah, yang telah siap sudah pun 9 buah. Pasir Mas 11, kesemuanya telah siap. Pasir Puteh 5, kesemuanya telah siap. Tanah Merah 16, yang siap adalah 7. Tumpat 8, yang siapnya kesemua, ya. 129 yang dirancang 64 telah siap, dalam perlaksanaan 65 buah, terima kasih.
Silakan, kok lanas.
Terima kasih. Background dalam kawasan saya Kok Lanas terdapat sebuah Kem Tentera yang menempatkan 4 Batalion besar dan 12 unit-unit kecil dan di situ rungutan dulu, saya dah sebut dulu kerajaan, kerajaan sebelum ini telah pun bersetuju untuk mempastikan bahawa kawasan kem tentera itu yang sangat memerlukan capaian internet yang pantas dan konsisten, dengan izin. Sebelum saya nak tanya jadi tak tahu yang 8 buah di Kota Bharu Itu telah siap.
Jadi soalan tambahan saya ialah 12 Kota Bharu, oh 12. Soalan tambahan saya, saya diberitahu akan dibuat oleh Syarikat Kerajaan Negeri yang bernama Infraques semua – semua perlaksanaan akan dilaksanakan oleh anak Syarikat Kerajaan Negeri Infraques. Soalan tambahan saya apakah pencapaian internet untuk kawasan keselamatan itu sekarang ini telah pun dipenuhi, sebab itu merupakan janji Menteri dahulu bersama dengan Menteri Pertahanan kepada Kem Tentera sebab aset-aset terbaru mereka memerlukan pencapaian internet yang baik. Terima kasih.
Terima kasih kepada Kok Lanas, itu penting ya saya faham keperluan itu. Dan oleh kerana itu kawasan keselamatan mungkin ada beberapa prosedur yang perlu diikuti. Walaubagimanapun saya akan dapatkan Kerjasama daripada (STMM) untuk kita tahu sejauh mana pekembangannya untuk hari ini saya tidak boleh bagi jawapan yang tepat. Terima kasih walaubagaimanapun kita mengambil berat soal itu, dan itu mesti diberikan keutamaan. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Guchil.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Sungguh terang cahaya bulan, Syahru Syaaban diakhir pecan, Ahlam Wasahlam ya Ramadhan, Dato’ Speaker soalan saya nombor 9. Soalan 9 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah langkah Kerajaan Negeri dalam memenuhi Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025.]
Luluslah pantun, yang tadi tak lulus yang tadi.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Guchil. Dalam memenuhi Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025, Kerajaan Negeri Melalui Persidangan Bagi
Jawatankuasa Kerja Sekuriti Makanan Negeri Bilangan 1, 2022 pada 1hb Jun 2022 dan Jawatankuasa Induk Sekuriti Makanan Negeri Bilangan 1, 2022 pada 26hb September 2022 telah membuat ketetapan agar penekanan Sekuriti Makanan Negeri Kelantan perlu meliputi 5 teras strategik utama dalam Dasar Sekuriti Makanan Negara. Teras strategik pertama Perluasan Penggunaan Teknologi. Teras strategik kedua Memperkasaan Kajian Dan Penyelidikan. Teras strategik ketiga Memperkasaan Data Sekuriti Makanan. Teras strategik empat Perluasan Kolaborasi Strategik dan yang kelima, Penggukuhan Governant Jawatan Dan Agensi.
Selaras dengan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara pada tahun 2021- 2025 pelbagai usaha Kerajaan Negeri, melalui jabatan-jabatan dan agensi berkaitan telah dan sedang dilaksanakan. Ianya juga selaras dengan Dasar Pertanian dan Pelan Tindakan Strategik Pertanian Negeri Kelantan 2021-2025 yang telah digariskan dalam gagasan “Bertani Satu Ibadah” kearah menjadikan Kelantan Jelapang Makanan Negara.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Alhamdullilah Negeri Kelantan terus mengalami perkembangan baik dan peningkatan hasil-hasil pertanian melalui beberapa sektor seperti padi, penternakan kambing, buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagi sumber makanan padi atau beras, kadar sara diri bagi Negeri Kelantan 2020 ialah telah mencapai 208%. Dari segi kelapa mencapai 196%, sumber daging kambing dan bebiri mencapai 190%, buah-buahan 117%, sayur-sayuran 98% dan sumber protein ikan 93%.
Ada empat sektor yang perlu diberikan fokus dan tumpuan memandangkan tahap sara diri SSL Negeri masih rendah iaitu ternakan lembu dan kerbau 17%, susu segar 16%, daging ayam 11% dan telur ayam serta itik 0.8%.
Di bawah Jawatankuasa Induk Sekuriti Makanan Negeri Kelantan telah dibincangkan usaha-usaha bagi meningkatkan kadar sara diri kepada empat sektor tersebut dengan memfokuskan beberapa projek.
Yang pertama Kerajaan Negeri telah meluluskan pembangunan industri ternakan ayam pedaging melalui projek Komuniti Ternakan Ayam Pedaging yang akan dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan dengan kerjasama kumpulan Pertanian Kelantan Berhad dengan peruntukan sejumlah RM1 280 000.
Yang kedua projek penghasilan sumber makanan ternakan ruminan dari sumber rumput napier 209 dengan peruntukan sebanyak RM2 250 000. Yang ketiga projek ternakan lembu Intergrasi Al-Falah melalui Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad yang akan dilaksanakan di ladang-ladang sawit bagi meningkatkan pengeluaran lembu serta kerajaan juga telah memasukkan dalam peruntukan Bajet 2023 untuk penternakan kerbau.
Yang keempat dalam usaha meningkatkan pengeluaran susu segar, kerajaan melalui kerjasama ECRDC telah bersetuju untuk membina dua pusat pengumpulan susu segar. Satu di Ketereh dan di Pasir Putih.
Bagi merancakkan pengumpulan dan pengeluaran tersebut, melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah memfokuskan bantuan imput-imput ternakan kepada para penternak terutamanya kambing dan juga lembu tenusu, penternak yang sedia menternak lembu-lembu tenusu dan kambing-kambing tenusu dan juga peternak-peternak baru di kawasan-kawasan terpilih.
Yang kelima, dalam usaha meningkatkan kadar sara diri sumber telur Kerajaan Negeri dalam proses berbincang dengan beberapa syarikat dan pelabur-pelabur berpontesi di mana beberapa tapak projek telah dikenal pasti dan disediakan untuk pembangunan ladang-ladang, ladang ayam penelur.
Yang keenam, Jawatankuasa Food Sekuriti Negeri juga bersetuju dan telah memanjangkan cadangan projek pembinaan, pusat penternakan ayam dan penetasan telur A3 pada pihak Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECRDC) bagi mendapatkan kerjasama dan bantuan dalam menjayakan projek-projek tersebut oleh kaedah-kaedah yang sesuai. Sekian, terima kasih.
Guchil.
Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Exco. Daripada jawapan tadi kita apa telah mengadakan pelbagai usahalah untuk mengatasi masalah food sekuriti terutama sekali dalam Negeri Kelantan. Akhir sekali, mengenai telur Malaysia merupakan pengeksport utama telur suatu waktu dahulu di tempat ketiga selepas Thailand dan Indonesialah.
Daripada jawapan tadi kita dapat tahu bahawasanya aset-aset untuk telur amatlah rendahlah dan telur akan menjadi permintaan utama menjelang Ramadhan dan juga syawal. Biasanya kaum wanita Armalah akan mengusahakan membuat kuih-muih dan juga kuih raya menjelang Ramadhan. Kemungkinan kita tahun ini tidak ada kuih raya kerana harga telur tinggi, harga kuih akan meningkat.
Soalan saya apakah sebenarnya masalah utama yang dihadapi sebab soalan ini sebenarnya sesuai di tanya kepada Menteri tapi kalau boleh Yang Berhormat Exco dapat memberikan sedikit pencerahan, masalah utama yang menyebabkan sehingga ke hari ini masalah telur masih belum dapat di atasi. Kalau tiktok masyarakat netizen akan tanya mana telur kami? Jadi kalau boleh Yang Berhormat Exco dapat memberikan pencerahan dan penerangan masalah utama yang dihadapi oleh Negara dan juga Negeri untuk membolehkan aset-aset telur kembali meningkat. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Guchil, Sebenarnya isu telur bukan telur kita, telur ayam menjadi persoalan yang dibangkitkan di dalam Dewan Rakyat, Parlimen yang agak hebat perbincangannya. Di mana memanglah Malaysia merupakan Negara penggeluar telur untuk pasaran domestik dan pasaran eskport ke Luar Negara. Dimana sejak tahun 2010 kalau kita tengok data daripada pejabat Perangkaan, banyak ladang-ladang ternakan ayam penelur dilaksanakan di Malaysia yang pernah mencapai pada 2010 ternakan ayam ini melebihi 60 juta ekor ayam penelur. Dan kalau kita tengok dalam perbahasan Dewan Rakyat baru-baru ni sebab soalan ini biasanya perlu dibangkitan kepada Kementerian Pertanian dan juga keterjaminan makanan Malaysia. Saya tengok perbahasan menarik daripada sorang Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, dia kata pertimbangan di antara nak mengawal harga kawalan telur dan juga permain industri kerana itulah antara cadangan Menteri Pertanian ialah membawa telur daripada luar daripada Tamil Nadu tak silap daripada India, jadi itu sebahagian yang mereka katakan usaha untuk memecah monopoli permain-permain industri ladang penelur ini.
Jadi barangkali sekiranya kita dapat memajukan ternakan ayam penelur ini kalau kontek di Negeri Kelantan di tempat kita sendiri. Cuma masalah berbangkit ialah isu dedak makanan dan dedak makanan ayam penelur ini lebih mahal daripada ayam daging jadi kita sedang berusaha memperbanyakkan ladang-ladang komuniti dengan penternak-
penternak yang sedia ada dengan memberi bantuan pembinaan reban yang lebih besar dan imput-imput yang berkaitan In Syaa Allah usaha meningkatkan kadar sara diri bagi sumber telur Negeri Kelantan sedang dilaksanakan oleh Pihak Kerajaan. Sekian terima kasih.
Pantai Irama.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nya soalan tambahan, dalam usaha melaksanakan Dasar Sekuriti Negara, adakah tidak terhalang ataupun, terkesan dengan fenomena cuaca yang tidak menentu atau cuaca luar biasa yang mana kalau kita merujuk kepada nelayan dan juga petani di kawasan di kampung-kampung dengan cuaca tidak menentu ini yang luar biasa ini, memberi kesan kepada mereka.
Hujan yang berpanjangan dan juga kalau ke laut, laut yang sentiasa bergelora dan kita dapati bahawa daripada Oktober sehingga sekarang ini masih lagi nelayan-nelayan tidak dapat ke laut.
Jadi soalan kedua pula, sejauh mana pihak Kerajaan dalam usaha memahami keadaan ini dalam usaha untuk membantu petani-petani yang terlibat dalam, dalam kerosakkan tanaman kerana banjir. Dan yang kedua nelayan-nelayan yang tidak boleh turun ke laut dalam tempoh yang sangat panjang dan juga nelayan terlibat dalam kemalangan sepanjang tempoh-tempoh yang bergelora ini. Terima kasih.
Exco boleh jawab sebab soalan ni lain tadi kita masalah telur, kalau exco nk jawab, silakan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan daripada Pantai Irama. Jadi sebenarnya pihak jabatan telah berusaha sedaya upaya mengeluarkan kalendar pertanian supaya para petani boleh mengikuti jadual-jadual penanaman mengikut yang dicadangkan, supaya tidak berlaku lambakkan dan juga dapat menggelakkan daripada berlakunya kerosakan akibat climate change perubahan cuaca yang berlaku, In Syaa Allah usaha-usaha yang mantap dilaksanakan oleh pihak yang berautoriti ini dengan mengambil pandangan daripada
jabatan-jabatan yang berkaitan dapat membantu mengurangkan kerosakkan-kerosakkan hasil-hasil pertanian.
Dan bantuan-bantuan kepada para petani, penternak ladang, nelayan yang menghadapi masalah kerosakkan hasil akibat bencana banjir baru-baru ini kita sedang dalam proses kita telah mengangkat kepada Kementerian Pertanian dan keterjaminan makanan yang dibawahnya ada Bantuan Bencana Pertanian dan sebahagian daripadanya sedang di agihkan kepada para petani yang telah memohon dan menghantar laporan melalui jabatan-jabatan, semua ada. Sama ada bidang pertanian, peternakan dan juga bantuan kepada para nelayan, dimana dalam hujung tahun lepas Kerajaan Negeri Kelantan telah memperuntukkan sebanyak RM 500,000.00 bantuan kepada bahagian perikanan darat dan nelayan untuk membantu mereka yang mengatasi masalah kurang hasil tangkapan kerana laut bergelora dan sebagainya, kita dalam proses memberi bantuan kepada mereka-mereka yang memohon. Sekian Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Pulai Chondong.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Tok berani nok pantun takut saloh pulok. Main bola sapa peluh, mohon jawapan soalan saya nombor 10.
Soalan 10 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, adakah diberikan geran tahunan ataupun peruntukan khusus kepada Majlis Daerah Machang bagi menguruskan Kolam Air Panas Tok Bok dan adakah kerajaan berpuashati dengan sambutan yang diberikan pada masa ini.]
Boleh diterima la.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Pulai Chondong. Bertuahlah Pulai Chondong kerana Kolam Air Panas Tok Bok ni berada di Pulai Chondong dan Kerajaan sedia menimbang apa-apa peruntukan yang diperlukan berdasar kepada permintaan untuk menambahbaik terutama kemudahan asas struktur fasiliti bagi keselesaan para pengunjung atau pelancong.
Dalam aspek puas hati setakat ini Alhamdullilah dan terima kasih kepada petugas-petugas Majlis Daerah Machang yang telah menguruskannya, izinkan saya sedikit membaca tentang data-data pengunjung. Pertama mulai September kita buka ada lebih kurang 10,832 pengunjung termasuk lelaki dan wanita, bulan Oktober 2022, 6831 orang, November 2022 seramai 3295, Disember 2022, 1609. Jumlah pada 2022 ialah 22 567.
Manakala, Januari 2023 5378, Febuari 2023 6427, Mac 2023 4148 jumlah 15 953. Jumlah semua sekali pengunjung di Kolam Air Panas bulan September sehingga Mac 2023 ialah 38 523 orang. Dan jumlah hasil kutipan kita termasuk kolam termasuk penginapan chalet dan jumlah kutipan sewaan kiosk dan sebagainya pada 2022, RM 96 898.
Januari, Febuari dan Mac 2023 RM 89 607 dan jumlah semua sekalinya ialah RM 186 505. Jadi dengan adanya angka-angka ini setakat ini Kerajaan berpuas hati kerana kerjasama daripada Majlis Daerah Machang. Walaubagaimanapun, masih lagi ada benda-benda yang perlu ditingkat, ditambahbaik. Terima kasih daun keladi jika perlu mohon lagi In Syaa Allah akan diberi cuma laksanalah dengan teliti. Terima kasih.
Sila Pulai Chondong
Soalan tambahan, pertama saya ucap tahniah kepada pihak kerajaan cuma saya cadangkan kalau ada dalam perancangan supaya penambahbaikan kepada kolam. Adakah perancangan untuk membina splash rasanya kalau ada splash tempat mandi kanak-kanak boleh
menarik lebih ramai lagi pengguna untuk datang ke Kolam Air Panas, sekian terima kasih.
Dato’ Speaker memanglah menjadi satu impianlah kerajaan bagi yang terbaik untuk rakyatnya, kita ada kolam air panas lah nak kolam air sejuk pula. Tapi lagumanapun In Syaa Allah kita akan mempertimbangkan kerana splash ini kalau ibu bapa pergi di kolam air panas kanak-kanak ataupun yang lain boleh menggunakan splash tersebut. Air sungai mudik ke Kuala Suasa, laut menanti penuh mesra sementara mempunyai sedikit kuasa, kita buatlah yang terbaik untuk rakyat kita Alhamdulillah.
Dipersilakan Yang Berhormat Manek Urai, Kuala Balah takdok.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 12.
Soalan 12 :
[ Minta YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina semula jambatan Kg Temalir yang rosak akibat banjir.]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertamanya terima kasih Yang Berhormat Manek Urai. Berkaitan dengan cadangan membina semula Jambatan Kampung Temalir yang rosak akibat banjir Kerajaan Negeri melalui unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan telah pun mengangkat permohonan ini dalam Program Rancangan Malaysia yang ke 12 mengikut plan 3 dan juga plan 4 dan sedang menunggu kelulusan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Kementerian Kemajuan Desa Wilayah In Syaa Allah kita sama sama berdoalah supaya permohonan ini diluluskan dengan secepat mungkin, In Syaa Allah.
Jelawat.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih di atas jawapan kepada soalan Manek Urai. Saya nak tarik perhatian kepada jambatan ni, jambatan ni kalau kita kira jambatan Manek Urai ni jambatan yang di tenggelami oleh banjir. Selain daripada itu, ada jambatan-jambatan yang perlu dibaiki lagi terutamanya jambatan sempit di Negeri Kelantan. Adakah Kerajaan telah ada mempunyai senarai seluruh Kelantan ini jambatan-jambatan sempit yang perlu di baik pulih dan diperbesarkan?
Yang keduanya dalam senarai tersebut mungkin senarai yang berhubung dengan jambatan sempit ini termasuklah jambatan Bukit Temalung di Gunung yang difahamkan pada tahun 1921 dulu semasa pembentangan pembangunan oleh (JPP) Jabatan Pembangunan Persekutuan di Jajahan Bachok ada di sebuah jambatan Bukit Temalung ini termasuk di dalam yang akan dibina baru. Jadi mintalah pihak Exco ini tanya khabar supaya jambatan tersebut dapat dilaksanakan, … sangat kritikal.
Yang Berhormat Dato’ Speaker terima kasih kepada Jelawat In Syaa Allah saya akan beri secara bertulis nanti bila saya dapat maklumat daripada pihak berkenaan dan In Syaa Allah jambatan yang Berhormat sebut tadi kita akan ambil tindakan sepatutnya In Syaa Allah.
Dipersilakan Tanjong Mas.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan bagi soalan saya nombor 13.
Soalan 13 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan,Perkembangan terkini Terminal Bas Kelantan.]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Tanjong Mas. Soalan mengenai dengan terminal bas. Sekarang kita guna namanya adalah KB Central. Alhamdulillah pada 12 Mac iaitu minggu lepas pada hari Isnin minggu lepas telah dilangsungkan satu Majlis Penyerahan Surat lantikan Pemaju Projek Pembangunan KB Central kepada Syarikat Widad Business Group di sebuah Hotel di Kota Bharu.
Secara asasnya Pembangunan KB Central akan dibangunkan dan akan di integrasi dengan Station ECRL (East Coast Rail Line) Tunjong yang terletak bersebelahan tapak projek. ECRL ni In Syaa Allah akan siap dalam tahun 2027 dan KB Central ini akan siap pada tahun 2026. Cadangan pembangunan projek KB Central Terminal Bas ber Gred A yang melibatkan kawasan 5 ekar akan merangkumi komponen berikut.
Terminal Bas Express, terminal bas henti-henti, station teksi dan E-Hailing, parkir awam, kemudahan awam, hotel, apartment dan komponen-komponen lain iaitu seperti pusat membeli belah, kiosk, kafe dan lain-lain yang berkaitan. Untuk makluman projek ini bernilai lebih kurang, projek ini bernilai KB Central ni RM64 juta dan keseluruhan projek dalam kawasan ini akan bernilai termasuk hotel, apartment, pangsapuri dan perniagaan seperti mana saya sebut tadi adalah sebanyak RM172 juta.
Selepas Penyerahan Surat Pelantikan minggu lepas Malaysia Kelantan sedang dalam proses penyediaan kebenaran merancang projek ini. Apabila kita siap kebenaran merancang ini maka In Syaa Allah kita akan syarikat akan masuk tapak tidak lewat daripada bulan 10 Oktober tahun ini In Syaa Allah. Terima kasih.
Sila Tawang.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Soalan tambahan, tadi Exco telah menyebut beberapa komponen yang akan dibina. Bagaimana dengan ruangan solat? Maaflah saya nak tegur Kerajaan lepas-lepas dahni Kerajaan walaupun kita “Membangun Bersama Islam” tapi kerajaan dalam merancang itu tidak memberi perhatian kepada ruangan solat termasuklah di Airport.
Jadi saya harap dan nak tanya kerajaan dalam komponen ini ada atau tidak ruangan untuk bina masjid. Kita kadang-kadang malu, kita pergi ke Bangkok lapangan terbang dia ruangan solat tu luas. Dia Budha, kita Islam. Tapi nak sembahyang berjujuk beratur. Jadi saya harap di KB Central ini tidak berlaku macam tu, minta penjelesan daripada pihak Kerajaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebenarnya ada ruang solat. Kita dirikan surau. Cadangan kita nak dirikan masjid tapi dia berhampiran dengan masjid di Tunjong maka kita cadangkan supaya dirikan surau. Dan surau ini di tengah-tengah kompleks itu. Pelan pun kalua saya Yang Berhormat Tawang nak tengok boleh tengok pelan, ada dengan saya ni. Cuma saya tadi tertinggal komponen tu. Ini propose development perancangan development yang telah di submit kepada Kerajaan Negeri dan kita terima. Inilah bukunya. Ada di dalamnya ruang solat iaitu madrasah yang di tengah-tengah. Terima kasih.
Galas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih dan juga tahniah lah kepada Kerajaan di atas inisiatif untuk pembinaan KB Central. Soalan tambahan saya sejauh manakah jaminan daripada pihak kerajaan berkenaan dengan pembangunan KB Central ini dapat siap pada tahun 2026 kerana kegagalan sebelum daripada ini sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar, kegagalan kontraktor menyebabkan Terminal Bas Negeri Kelantan sebelum ini tidak dapat dilaksanakan. Jadi adakah pihak kerajaan dapat memberi jaminan bahawa tempoh waktu iaitu pada tahun 2026 KB Central ini akan siap. Terima kasih.
In Syaa Allah kita sebagai manusia ni In Sya Allah lah kita cuba sedaya upaya untuk dapat siapkan dalam akhir tahun 2026. Dan pemilihan syarikat ini adalah mengikut garis panduan yang cukup baik. Kita panggil syarikat-syarikat BOT, Bill Operate Transfer dalam 5 syarikat dan kita pilih syarikat terbaik.
Syarikat ini dipilih kerana dalam pemilihan kita pertamanya ialah pengalaman dia. Yang keduanya ialah rekod-rekod dia. Pertamanya rekod kerja-kerja yang telah dibuat. Yang keduanya kewangan dia, kuat atau pun tidak? Berpandu kepada jawatankuasa khusus teknikal jawatan teknikal khusus telah memilih syarikat ini dan kita telah mencadangkan dengan tegas bahawasanya projek ini mesti di siapkan akhir 2026 ini dan jaminan itu di sambut baik di syarikat ini In Syaa Allah kita tengok lah. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Gual Ipoh.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Dato’ Speaker mohon soalan saya nombor 14.
Soalan 14 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah persediaan konkrit dari Kerajaan Negeri dalam menghadapi krisis makanan dunia terutamanya kepada golongan miskin.]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan Gual Ipoh. Kerajaan Negeri Kelantan telah menyediakan satu bajet khas untuk keselamatan makanan ataupun Food Security bagi Bajet 2023 sebanyak RM10 juta dibawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan dan lain-lain agensi Kerajaan yang berkaitan supaya kita dapat sama-sama memastikan keterjaminan makanan kepada seluruh rakyat Negeri Kelantan dan juga rakyat Malaysia.
Antara strategi dan langkah-langkah yang dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri dalam mendepani isu-isu keselamatan makanan, pertama membangunkan penyelidikan pembangunan dan pengkormesialan
produk input pertanian organik di co-center Kelantan International Organic Resources di Machang bagi memenuhi keperluan input pertanian organik untuk tanaman yang lebih terjamin dan sihat.
Yang kedua penganjuran dan pelaksanaan Program Komuniti secara berkala memberi pendedahan dan ilmu-ilmu pertanian seperti Program Dapur Hijau, Program Komuniti, bantuan-bantuan baja organik ditingkatkan, pembinaan belia tani Al-falah, Bio Usahawan, OKU Tani dan kita perhebatkan bengkel-bengkel pertanian organik dengan kerjasama jabatan dengan penggunaan teknologi-teknologi moden pertanian.
Yang ketiga Projek Penyelidikan Pembangunan dan Pengkomersialan Produk Bioteknologi Penternakan, Projek Pelestarian Lembu Naim Beef, makmal Bio-Art, penghasilan straw semen beku, baka carole Naim Beef. Bagi memenuhi bekalan straw semen kepada peternak dengan harga yang berpatutan dan mendapat baka yang berkualiti, juga perolehan baka kambing Red Kalahari, arnab pedaging, bangunan industri lebah kelulut dan Projek Makmal Inovasi Kelulut Darul Naim (MIKDAM).
Yang keempat, pembangunan projek folder untuk bekalan makanan ternakan haiwan yang mengcukupi kepada penternak di Kelantan dengan sasaran mencapai 2300 matrik tan setahun pada tahun 2025. Perancangan dan pembangunan projek folder di Jeram Pasu seluas 60 ekar bagi membekalkan makanan ternakan kepada penternak dengan harga yang berpatutan serta menyedia bekalan dalam bentuk yang tahan lama seperti high dan silage.
Pembangunan Projek Kandang Lestari bagi meningkatkan penjagaan dan penternakan lembu-lembu Hybrid Naim Beef yang melibatkan 7 kandang lestari setiap tahun, bagi memastikan penternak-penternak terpilih boleh menternak lembu yang mengikut kesesuaian tempat dan menjaga kelestarian alam. Di mana sasaran minimal penternak mestilah menternak 5 ekor lembu Naim Beef bagi penternak yang ini memohon kandang-kandang lestari. Dan banyak lagi input-input pertanian peternakan dan juga perikanan disediakan oleh Pihak Kerajaan bagi memastikan keterjaminan makanan bagi rakyat seluruh Negeri Kelantan. Sekian, terima kasih.
Sila Gual Ipoh.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan tambahan saya. Dalam situasi dunia hari ini banyak artikel-artikel yang mencatatkan bahawa krisis makanan, krisis di peringkat dunia, peringkat seluruh negara. Persediaan antara negara-negara telah dibuat contohnya di Indonesia buka tanah yang cukup luas untuk pertanian di Kalimantan. Tidak kurang di negara-negara Asean yang lain. Krisis politik di Malaysia saya nampak persediaan terhadap untuk buat persediaan ini terlalu kecil tak terkecuali bagi Negeri Kelantan. Tahu atau tidak kita harga sayur dipasaran berapa sekarang sekilo? Harga ikan Talapia sendiri pun sudah mencecah RM10, harga buah jambu madu Thailand RM14, mata kucing RM18 dan banyak harga melambung naik.
Mungkin krisis ini telah pun bermula. Dalam cacatan kita dapati satu pada tahun 2023 bermulanya krisis ini dan bagi saya membuat analisis bahawa sekiranya pendapatan mencapai 2000 hingga 2300 kita tidak mampu untuk survive keluarga kita.
Untuk makluman Dato’ Speaker, peringkat di peringkat buruh purata pendapatan mereka ialah RM 70, pendapatan bagi pekerja-pekerja am di kedai-kedai Hardware dan sebagainya dalam lingkungan RM40. Penoreh-penoreh getah pendapatan mereka dalam sekitar RM15 hingga RM 20 sehari. Ertinya keseimbangan pendapatan dengan persediaan pemakanan yang perlu oleh rakyat sesuatu perkara yang paling penting untuk kita nilai balik.
Soalan, Yang Berhormat?
Soalan saya, apakah persediaan di peringkat kita di Negeri untuk menghadapi krisis yang besar ini berbanding dengan pendapatan yang terlalu kecil untuk membantu raykat bagi mencapai keselesaan keluarga. Terima kasih.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan Gual Ipoh. Ni sebenarnya oleh kerana krisis ini disebut di permulaan tadi krisis
global dan melanda dunia bagi peringkat Malaysia ada 2 Kementerian yang sepatutnya mengambil peranan penting dalam perkara ini.
Kementerian yang bertanggungjawab menghasilkan sumber-sumber makanan dan pertanian ini Kementarian Pertanian dan juga keterjaminan makanan. Kemudian kawalan harganya Kementerian Dalam Negeri. Jadi In Syaa Allah mereka akan merancanglah bagaimana usaha-usaha untuk menjamin sumber makanan cukup kalau sekiranya tak berjaya barangkali kena tukar Kerajaan pula barangkali.
Dan bagi Negeri Kelantan, Negeri Kelantan kita sebenarnya telah menyediakan tapak-tapak pertanian sebagaimana disebutkan dalam sidang yang lalu contohnya, di kawasan Gua Musang kita telah menyediakan satu tanah pertanian dan penternakan sebanyak 1500 ekar di kawasan Gua Musang supaya dapat dibangunkan dengan pertanian dan peternakan. Dan kita telah membuat tawaran dan berbincang dengan ECRDC untuk pembangunan peternakan lembu pedaging di sana dan masih dalam perbincangan yang In Syaa Allah sekiranya tidak ada mana-mana halangan mungkin projek ini patut diteruskan. Dan dia mengambil lebih kurang 800 ekar yang berbaki lagi. Juga kita telah berbincang dengan pelabur-pelabur yang lain untuk memastikan tanah-tanah pertanian yang telah kita sediakan tadi dapat dibangunkan dan kita masih ada di kawasan-kawasan lain reserve untuk pertanian dan penternakan. Cuma perlu kepada kos kerana kawasan setengahnya berbukit dan perlu kepada kawasan terlalu lembah untuk kita buat tambun tanah dan sebagainya. Maksudnya Kerajaan Negeri telah menyediakan tapak-tapak ini di setiap jajahan ada reserve untuk ternakan dan juga pertanian. Sekian, terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian saya berhasrat untuk menamatkan sesi soal jawab untuk hari ini untuk kita beralih ke susunan urusan seterusnya, silakan.
VI … CADANGAN-CADANGAN YANG DIBERITAHU.
Susunan Urusan Persidangan Yang Keenam, Cadangan-cadangan Yang Diberitahu.
Cadangan Yang Pertama, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Akan Mencadangkan –
[ Cadangan Yang Pertama ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan -
BAHAWA DEWAN INI, MENGIKUT SEKSYEN 6 (2) DARIPADA AKTA KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN TAHUN 1966 MELULUSKAN DAN MENGUNTUKKAN MULAI DARIPADA 1 HB JANUARI 2023 ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN TAMBAHAN PERTAMA BAGI TAHUN 2023 SEBAGAIMANA TERKANDUNG DI DALAM DAN DIBENTANGKAN SEBAGAI KERTAS DEWAN BIL. 01 DAN 02 TAHUN 2023.
Ulasan cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bahawa Dewan ini mengikut seksyen enam (2) daripada Akta Kumpulan Wang Pembangunan Tahun 1,966 meluluskan dan meruntukan mulai daripada 1 Januari 2023 anggaran perbelanjaan pembangunan tambahan pertama bagi tahun 2023 sepertimana terkandung di dalam dan dibentangkan sebagai kertas bilangan 01 dan 02 tahun 2023,
Yang Berhormat Tuan Speaker, usul ini bertujuan untuk mendapatkan kuasa dari Dewan ini bagi membolehkan satu peruntukan tambahan sebanyak RM46 100 000 bagi menampung perbelanjaan dibawah maksud Pembangunan P02 Pejabat Menteri Besar dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri tahun 2023 yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terdahulu pada ini.
Peruntukan tambahan ini merupakan peruntukan bagi Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Yang Pertama Bagi Tahun 2023 yang telah diterima oleh Perbendaharaan Negeri Kelantan bagi menampung keperluan perbelanjaan dibawah kod projek P02/02109. Pengambilan balik tanah untuk Projek Negeri berjumlah RM46 100 000 yang tidak dapat di elakkan. Perbelanjaan ini merupakan perbelanjaan mustahak setelah diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan mengikut Seksyen (9) Akta Pembangunan 1996.
Demikian dibentangkan Usul Peruntukan Pembangunan Tambahan Pertama 2023 untuk kelulusan Dewan. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan bahawa Dewan ini, mengikut Seksyen 6 (2) daripada Akta Kumpulan Wang Pembangunan Tahun 1966 meluluskan dan menguntukkan mulai daripada 1 hb Januari 2023 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama bagi Tahun 2023 sebagaimana terkandung di dalam dan dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bil. 01 dan 02 Tahun 2023.
Dengan demikian, sekarang saya kemukakan cadangan tersebut bagi Perbahasan.
[ JIKA ADA PERBAHASAN] [PENGGULUNGAN DARI PIHAK KERAJAAN]
Oleh kerana tidak ada, Ok Kok Lanas.
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya sebenarnya tak banyak pun nak cakap tapi saya tengok pertambahan tambahan bajet ini adalah sangat penting disebut tadi adalah mengenai pengambilan balik tanah.
Dan soalan saya yang pertama di dalam Dewan hari ni pun mengenai pelan acquisition dengan izin atau pengambilan balik tanah. Apa yang saya nak sebutkan di sini ialah terdapat persepsi, persepsi besar di peringkat Persekutuan yang ingin menyalahkan Kerajaan Negeri dalam usaha melaksanakan Projek-projek Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kerana pengambilan tanah ini lambat dilaksanakan. Sekarang kita tahu bahawa kelambatan itu sebahagian besarnya adalah kerana ketidak cukupan wang, tetapi kita diberitahu bahawa pengambilan tanah itu tidak dapat dilaksanakan kerana ketidak cekapan PTG yang tidak dapat synchronize dengan pejabat-pejabat tanah.
Saya bagai contoh dalam kawasan saya ada CSR Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai yang sudah lama diluluskan tetapi proses pengambilan tanah sampai sekarang projek daripada Soko ke Berangan Mek Nab pengambilan tanah land acquisition masih belum dapat dibuat sehingga kontraktor terpaksa berjumpa dengan tuan-tuan tanah memohon kebenaran untuk lalu. Bila kita semak katanya duit sudah diberi oleh Kerajaan Persekutuan. Banyak tuan-tuan tanah sebab dia kawasan saya datang jumpa saya, saya kata saya tak boleh buat apa benda macam ni. Bila timbul pula masalah KPTG tak mahu lepas kepada Pejabat Tanah.
So this is where the masalah yang timbul. Begitu juga dengan Projek CSR banyak pakej daripada Kuala Krai ke Gua Musang. Ada banyak 4, 5 pakej.
Saya bertemu dengan salah seorang daripada kontraktor, dia tahu dia tanya saya sebab saya Juruukur. Dia kata ada 135 lot yang perlu diambil balik tetapi yang selesai untuk pengambilan hanya 35 lot, 100 lot lagi tak selesai. Saya kata kenapa? Ini yang dia tak faham dia kata. Adakah tak ada duit? Adakah slow dalam segi proses? Bila saya tanya beberapa Juruukur yang terlibat, dia kata kita pun tak boleh nak selesaikan masalah. Jadi bila saya tengok bahawasanya hari ini kita ada memperuntukan peruntukan tambahan untuk memgambil, membayar dan saya rasa ia satu perkara yang baik dan bagus. Sebab kita kena selesaikan, jangan orang tuduh kita bahawasanya kita lambat, orang nak buat pembangunan tapi kita lambat.
Ini juga terkesan dengan kawasan saya sendiri, kampung saya. Saya banyak kali ini kali yang keempat saya bercakap mengenai pengambilan balik tanah Sekolah Arab Ittihadiah Tanjung Pagar. Saya diberitahu Exco telah bersetuju untuk mengambil balik tetapi sekali lagi duit tak ada, tak cukup. Macam mana nak bayar kalau duit tak ada. Sedangkan sekolah itu sangat memerlukan kawasan yang luas. Kawasan yang tuan tanah sanggup jual. Kami orang kampung termasuk saya dah beli tapi ada sikit lagi portion yang dia tak mahu jual. So kerajaan telah buat keputusan untuk ambil balik. So saya harap, harapan saya bila duit ni dah ada segeralah ambil supaya Sekolah Arab Ittihadiah ini akan dapat kawasan yang luas demi kepentingan masyarakat setempat, saya mohon menyokong cadangan ini, terima kasih.
Terima kasih. Ada lagi? Kalau tidak ada saya persilakan pihak kerajaan untuk membuat pengolongan. Sila Yang Amat Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kok Lanas yang telah bersama mengambil bahagian dalam peruntukan tambahan pembangunan sebanyak RM46 100 000. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kok Lanas, pengambilan tanah kalau yang berasas kepada awam 3A bawah Seksyen (3)A dia tidak banyak karenah. Dimana bagi saya sentiasa sampai sahaja di meja saya terus hari yang pertama juga saya sign untuk buat kelulusan. Yang keduanya ialah peruntukan yang kita peruntukan tambahan hari ni untuk projek-projek kerajaan negeri. Adapun terpaksa kita lihat di mana dia punya sangkutnya. Sebab apabila sampai sahaja di meja saya terus terutama pengambilan tanah bagi projek-projek seperti CSR dan juga mana -mana projek untuk awam, kita segerakan supaya tidak tertunggak jadi. Terima kasih sekali lagi atas prihatin Yang Berhormat apa ni Kok Lanas, semoga yang tapak sekolah kita dah lulus lama dah. In Syaa Allah mungkin ada kita akan buat pengambilan segera untuk munafaat awam. Terima kasih dan saya ucap terima kasih semua kepada yang mengambil bahagian kepada semua. Mungkin ini adalah untuk Dewan terakhir untuk kita, mungkin bukan lagi. Ini adalah terakhir bagi kita untuk Dewan ini untuk penggal ini sebab tempoh hayat kita hingga 28 Jun Dewan ini sekiranya tidak bubar ia akan bubar dengan sendiri.
Esok ada lagi Yang Amat Berhormat
Esok ada lagi … sebab esok takut takdok peluang esok. Terima kasih.
Terima kasih. Sekarang saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi.
“AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA”SETUJU” “AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”
Dipersetujukan..
Cadangan Yang Pertama diterima dan diluluskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya berhasrat untuk menangguhkan persidangan dan Dewan akan bersidang semula besok 21 Mac 2023, jam 9.00 pagi. Dengan ini Dewan ditangguhkan dengan tasbih kafarah dan Suratul Asr. Dewan ditangguhkan.
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 10.45 PAGI DAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA ESOK PAGI 21 MAC 2023, JAM 9.00 PAGI.