Kelantan · 10 November 2025
15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting (Budget) · 131 turns · 33,788 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.
(Pembukaan)
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Ketiga, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas, Hari Ketiga. … ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا
Doa
Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, doa…
[ SAMBIL BERDIRI ]
Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions
Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, soalan-soalan yang diberitahu.
Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan MulutQuestions
Dipersilakan Yang Berhotmat Chetok.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 1.
Soalan 1 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, Apakah pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memperkukuhkan kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bagi menjayakan perlaksanaan projek-projek pembangunan di Kelantan?]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Chetok yang mengemukakan soalan.
ل ﺗﻌﺎ ﷲ ل ﻗﺎ
وان ﻟﻌﺪ وا ﻻﰒ ا ﻋﻠﻰ ا ﻧﻮ و ﺗﻌﺎ ﻻ و ى ﻟﺘﻘﻮ وا ﻟﱪ ا ﻋﻠﻰ ا ﻧﻮ و ﺗﻌﺎ و Maksudnya : “Dan hendaklah kamu tolong menolong dalam perkara dalam kebaikan, kebajikan dan ketaqwaan. Jangan sekali-kali kamu tolong-menolong dalam perkara yang melibatkan dosa dan juga pemusuhan.”
Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa komited memperkukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan selari dengan semangat federalisme dan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan kejayaan perlaksanaan projek-projek pembangunan di Negeri Kelantan ini.
Pendekatan yang diambil melibatkan penyelarasan dan pemantauan rapi terhadap projek-projek yang telah diluluskan dibawah Rancangan Malaysia. Proses ini dilaksanakan melalui pelbagai mesyuarat penting seperti Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNG) yang di pengerusikan oleh Menteri Besar. Yang kedua Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNG) yang di pengerusikan oleh Yang Berhormat Mulia Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri.
Yang ketiga, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) yang di pengerusikan oleh Ketua Jajahan. Yang keempat penyelarasan dan perlaksanaan pemantauan juga dibuat melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur ECERDC menerusi Jawatankuasa Perlaksanaan Dan Penyelarasan Negeri yang di
pengerusikan oleh Menteri Besar. Melalui mekanisme penyelarasan ini hubungan antara Kerajaan Negeri dan juga kerajaan Persekutuan dapat diperkukuhkan bagi memastikan perlaksanaan projek pembangunan berjalan dengan lancar, tersusun dan menepati matlamat pembangunan rakyat di Negeri Kelantan ini.
Sila Chetok.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada pihak kerajaan Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar yang telah memberikan penjelasan mengenai kerjasama projek-projek di bawah Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri.
Soalan saya ialah sejauh manakah tindakan Kerajaan Negeri bagi memastikan prestasi perlaksanaan projek di bawah RMK-12 yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat tadi dilaksanakan mengikut jadual.
Terima kasih Yang Berhormat Chetok. Kerajaan Negeri melalui agensi induk seperti Unit Perancang Ekonomi (UPEN) dari semasa ke semasa akan memastikan pihak-pihak yang terlibat untuk mengemaskini status semasa perlaksanaan projek khususnya melalui Mesyuarat portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang berkaitan ataupun mesyuarat khas. Kalau ada masalah kita adakan mesyuarat khas bagi meneliti setiap projek yang kalau kita lihat berjalan tidak mengikut jadual kita buat mesyuarat.
Sebarang isu-isu yang berbangkit yang melibatkan atau memerlukan tindakan segera atau penyelesaian daripada jabatan ataupun agensi dibawah Kerajaan Negeri akan disusuli dan diselaraskan melalui mesyuarat khas khususnya mengikut keperluan. Kita semua kita ni kena ingat Nabi sebut dalam satu doa.
ﻴﻪ ِا َ ﻋﻠ ﻖ ﻘ ﻓﺎﺷ ﻋﻠﻴﻬﻢ ﻖﱠ ﺸ ﻓ ﺎ ﺷﻴﺌ ِ أُ ﺮ ِ ﻣ أ ﻣﻦ ﱄ ِ و ﻦ ﻣ ﻟﻠﻬ َ ﻣﱠﱵ ْ ُ ْ َ ً ْ ْ َ ﻢﱠ ُ “Wahai Tuhanku sapo-sapo dia yang diberi amanah untuk memegang urusan ummatku tiba-tiba dia menyusahkan orang ramai.”
Menyusahkan ummatku susahkanlah hidupnya. ﻴﻪ َ ﻋﻠ ﻖ ﻘ ﻓﺎﺷ ْ ُ ْ
Biar dia hidup dalam keadaan susah. Dia buat gapo jupo susoh. Ini doa Nabi SAW supaya kita pemimpin diperingkat kerajaan ke pegawai-pegawai kita kena permudahkan ke arah menyelesaikan masalah
ﺮ ﻔ ﻨ ﺗ ﻻ و ﺮ ﺸ ﺑ و ﺮ ﺴ ﻌ ﺗ ﻻ و ﺮ ﺴ ﻳ ِّ ُوا ـَ ـُ ُوا، ِّ َ ُوا، ِّ َ ـُ ُوا ِّ َ
Rasulullah telah letak asas dia, kita kena mudah asalkan tak وا ﺮ ﺴ ﻳ ِّ َ bercanggah dengan peraturan mengikut tapi jangan kita menyusahkan orang, jangan. Kalu kita kata kepada orang yang datang untuk berurusan ni tak boleh ni, ni tak betul ni pokcik. Kaedah tak betul haa kita bagitahu yang betulnyo gini. Ha kita tolong mudoh. Jangan kata ha gini-gini tok betul ni. Ha pah kita tok royak hok betul lagumano, kito tolok. Tak boleh.
mudoh jangan payoh. . Beri berita gembira ﺮ ﺴ ﻌ ﺗ ﻻ و ﺮ ﺴ ﻳ ﺮ ﻔ ﻨ ﺗ ﻻ و ﺮ ﺸ ﺑ و ـُ ِّ ـَ ـُ ِّ ُوا ِّ َ ُوا ِّ َ ُوا ُوا، َ jangan bui berita yang menakutkan orang. Ini dasar yang diletakkan oleh Nabi SAW dan inilah yang kita amalkan. Dan setakat ini Alhamdulillah hubungan kita dengan kerajaan Persekutuan pun baik. Agensi-agensi Negeri dengan agensi Persekutuan pun baik, Alhamdulillah saya ucap ribuan terima kasih.
Sila Galas.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas jawapan yang amat baik saya dengar sebentar tadi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam ada beberapa Ahli-Ahli Yang Berhormat yang menyatakan kegusaran dan juga ketidakpuasan hati penubuhan JPP di Negeri Kelantan kita ini. Saya nak minta pandangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkaitan perkara ini yang dikatakan penubuhan IJPP atau ICU ini melanggar perlembagaan. Sedangkan kalau saya dengar jawapan daripada Yang Amat Berhormat tadi ternyata hubungannya baik.
Dan yang keduanya dalam pengetahuan Yang Amat Berhormat Menteri Besar setakat inilah ada ke projek-projek yang dikawal, diselia oleh JPP ini tidak memberi manfaat kepada rakyat di Negeri Kelantan kita ini, terima kasih.
Terima kasih pada Yang Berhormat Galas di atas soalan tambahan. Sebenarnya saya yakin bahawa pemerintah di peringkat Pusat yang ada hari ini pun sedar bahawa JPP ini dulu tidak disenangi. Memang termasuklah yang memerintah di peringkat pusat pun sebab dia sekali dengan kita jugok dulu mempersoalkan. Jadi bukan sahaja rakyat Kelantan mempersoalkan, rakyat negeri lain pun mempersoalkan termasuk yang diberi mandat memerintah di peringkat pusat pun pernah mempersoalkan tentang kewujudan JPP ni. Itu hakikat sejarah yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Tetapi apabila jabatan ini telah wujud, bila telah wujud kita kena runding cara telah wujud.
Macam kita, kita sebagai contoh di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam kita buat undang-undang. Ada undang-undang, ada peraturan. Berkahwin luar negara atau berkahwin tanpa kebenaran itu akan dikenakan tindakan. Tapi bila dah kahwin doh jabatan mintak supaya daftar jugok, runding jugok. Tidak kata doh mu kahwin, ikut mu lah aku tok wak doh surat beranok. Arr dop. Tu kaedah dia begitu. Tapi oleh kerana JPP dah wujud dah, dah ada dah. Dan lebih-lebih lagi sekarang ini hubungan kita dengan JPP baik, haa baik. Jadi kita gunakan kesempatan yang ada untuk kita berkhidmat untuk rakyat. Haa tu. Tu kaedah dia. Dia dalam Islam begini kaedah,
ﻪ ّ ﻠ ﺟ ك ﱰ ﻳ ﻻ ﻛﻠﻪ رك ﺪ ﻳ ﻻ ﻣﺎ ُ ُ ُ Kalau kita tak boleh buat semua jangan tinggal semua.
Kalau semua benda yang kita nok tok dapat, takpo. Kita ambik manfaat separuh pun takpo. Jangan bila tak dapat semua kita tolok. Haa tak boleh. Sebab dalam dunia ni memang kalu kita nak cari semua supaya kita puas hati takdok yang puas hati. Puas hati dalam Syurga baru puas hati. Haa tu kito keno mikir caro tu. Suami isteri ada perasaan tak puas hati, dop? Suami dia ada tak puas hati pada isteri. Betul dop Yang Berhormat Galas. Isteri pun ada tok puas hati. Tapi yang boleh kekal rumah tangga ini kerana tolak ansur. Bukan tolok ansur-ansur. Tolak ansur. Ha sebab tulah Quran sebut
ﲪﺔ ور دة ﻣﻮ ﺑﻴﻨﻜﻢ ﺟﻌﻞ و
Allah taala jadikan kamu di antara kamu suami isteri itu ﲪﺔ. ور دة ﻣﻮ
ni maknanya kasih sayang, kesian belas. دة ﻣﻮ ﲪﺔni ور Dalam kitab tafsir dia sebut biasanya yang mengekalkan rumah tangga orang muda ini kerana dia ada kasih sayang. Tapi bila tua walaupun kasih sayang telah berkurangan, itu tetap ada kesian belas. Ha ingat ﲪﺔ ور dekneh kita sama tua doh, kita sakit dia caro kito. Pah dia sakit bakpo kito nok buang dia, tok keno. Haa tu ﲪﺔ. ور Jadi kita takdok bendo atas dunia orang puas hati, takdok. Dalam Syurga baru puas hati belako. Maka kita oleh kerana JPP ni ado doh kita adakan hubungan yang baik lebih-lebih lagi JPP ni sekarang ini Alhamdulillah. Kita buat Mesyuarat, mari Pengarah. Saya ucap tahniah Pengarah JPP. Tapi sebenar dia tukar doh nama tidok JPP dop? ICU? Takpolah orang kita duk lekat nama lama lagi. Alhamdulillah dan kita harap kerjasama yang baik ini berterusan demi untuk kebaikan rakyat. Kita boleh. Kita bagi pandangan pun di, di ambil beratlah, satunya. Yang satu lagi apa, dua sakni?
Dan projek yang tergendala.
Projek tergendala?
Adakah projek yang dilaksana oleh JPP ini tidak memberi manfaat kepada Negeri Kelantan.
Beri manfaat, takdok hok tok memberi manfaat. Semua projek-projek yang buat itu memberi manfaat cuma kita kena pantau kadang-kadang projek itu tidak siap mengikut jadual, kadang-kadang. Dan tidak hok persekutuan sahaja
tapi hok Negeri pun ada hok tak ikut jadual kita akui, takdok masalah, masalah. Tapi takpolah kita bincang, haa bincang.
Dalam Quran disebut asas pada yang penting mesyuarat. ﺑﻴﻨﻬﻢ رى ﺷﻮ ﻣﺮﻫﻢ وأ Haa yang penting mesyuarat dan Nabi SAW sebut,
ر ﺳﺘﺸﺎ ا ﻣﻦ م ﻧﺪ ﻻ و ر، ﺳﺘﺨﺎ ا ﻣﻦ ب ﺧﺎ ﻣﺎ orang yang beristikharah tidak akan rugi. Nak buat sesuatu istikharah, tak rugi. ر ﺳﺘﺸﺎ ا ﻣﻦ م ﻧﺪ ﻻ و Dan orang yang bermesyuarat tidak akan menyesal. Itu Nabi SAW sebut. Siapa mesyuarat tidak akan menyesal. Keputusan yang kita buat keputusan melalui keputusan mesyuarat. Jadi kalau ada kelewatan kita bincanglah apa dia masalah sebenar dan kita pakat atasi. Sekian, ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Sila Wakaf Bharu.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan sejauh manakah agensi Kerajaan Negeri seperti UPEN, PBT, GLC serta wakil rakyat terutamanya wakil rakyat tempatan dilibatkan dalam perlaksanaan bersama projek JPP bagi memastikan keselarasan dasar dan juga keberkesanan projek, sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Wakaf Bharu. Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk melibatkan semua pihak dan semua perkara yang
melibatkan projek pembangunan untuk rakyat khususnya hasrat Kerajaan Negeri ianya melibatkan wakil-wakil rakyat setempat itu hasrat kita.
Jadi kalau boleh hasrat kita dilaksanakan itu terbaiklah. Sebagai contoh projek infrastruktur seperti tebatan banjir, pembinaan jalan raya atau sebagainya perlu mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan dibawa ke peringkat seterusnya untuk penilaian. Kerana kalau kita tidak bincang dengan wakil rakyat setempat ataupun rakyat setempat kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat ini terbaik. Tetapi di peringkat perlaksanaannya kita tengok kesannya tidak begitu. Sebagai contoh tebatan banjir, tebatan banjir mengikut pandangan masyarakat setempat bukan begitu caranya. Masyarakat setempat mencadangkan supaya di gali terusan tali air, tu masyarakat setempat cadang begitu.
Tapi kita lihat apa yang dibuat, dibuat benteng dan perkara ini saya dah, dah apa nama ni maklumkan pada Perdana Menteri dan juga kepada Timbalan Perdana Menteri supaya kajian teliti perlu dibuat. Bahkan pegawai-pegawai di peringkat Persekutuan yang berasal daripada Kelantan pun merungut seolah-olah apa yang dibuat itu kajian itu tidak begitu teliti dan tidak turun ke bawah. Haa ini buka, bukan sahaja saya yang menyebut. Pegawai-pegawai kanan pun sebut begitu. Yang berada di Persekutuan sebab itu dia kata payah selesai. Jadi saya sebut kepada Yang Berhormat Perdana Menteri supaya penelitian dibuat apakah tebatan banjir itu benar-benar boleh atasi masalah banjir.
Jadi kita serah kepada bahagian teknikallah. Tapi kita harap jangan duk sign atas kertas, jangan. Pandangan orang kampung pun kena ambik kira jugok. Sebab dia tahu sebab dia kadang-kadang suasana muka bumi dia berubah. Dulu di sini sungai, kemudian sungai itu beralih tempat lain, bila lamo masa dia jadi macamtu. Jadi penelitian itu perlu. Jadi hasrat kitanya begitulah.
Sebagaimana jawapan saya sebentar tadi platform yang digunakan oleh pihak ICU bagi membincangkan isu ini ialah melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri, saya ada sebut tadi. Dia di pengerusikan oleh Yang Berhormat Mulia Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Platform ini diadakan secara berkala dan juga merupakan satu lagi saluran pemantauan bagi memastikan projek-projek dibawah Kerajaan Persekutuan dilaksanakan mengikut jadual. Isu-isu
berbangkit akan diselaraskan oleh Jabatan dan juga agensi yang terlibat. Sekian,
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Dipersilakan Yang Berhormat Galas.
Yang Berhotmat Dato Speaker, pohon jawapan untuk soalan saya nombor 2. Soalan 2 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, nama-nama syarikat yang sedang menjalankan usahama dengan PKINK dalam Pajakan Melombong yang masih lagi berkuat kuasa sehingga sekarang.]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Galas. Sehingga kini kerajaan Negeri melalui PKINK telah mengadakan beberapa usaha sama pajakan melombong dengan syarikat-syarikat yang beroperasi secara sah dan juga berkuatkuasa. Syarikat-syarikat yang terlibat adalah seperti berikut : Bil Syarikat No. Pajakan Melombong . (ML) 1. CMNM Mining Group Sdn. Bhd. ML 10/2016(957.52HA) Tempoh ML 21 Tahun 1) 31hb. Disember 2017 2) 31hb. Disember 2021 Pembaharuan 1
3) 31hb. Disember 2025 Pembaharuan 2 4) 31hb. Disember 2029 Pembaharuan 3 5) 31hb. Disember 2034 Pembaharuan 4 Tempoh Perjanjian Bermula 20.1.2017 Hingga tamat tempoh ML 2. Prima Warisan Venture Sdn Bhd ML 2/2005 (408HA) (Pembaharuan 2) Tempoh ML 5 Tahun 19/9/2021 – 18/9/2026 Tempoh Perjanjian 19/9/2021 – 18/9/2026 3. FMR (Fortune Minerals ML 4/2014(24.57HA) Resources) Tempoh ML 10 Tahun 27/2/2014 – 26/2/2024 Tempoh Perjanjian 15.6.2023 – 2.5.2028 ML 5/2007(121.60HA) Tempoh ML 5 Tahun 15/11/2022 – 14/11/2027 Tempoh Perjanjian 15.6.2023 – 2.5.2028
ML 2/2010(125.90HA) Tempoh ML 5 Tahun 3/5/2023 – 2/5/2028 Tempoh Perjanjian 15.6.2023 – 2.5.2028 4. Sri Damar Mine Trading Sdn. ML 19/2009 (251.1 HA) (Pembaharuan 2) Bhd. Tempoh ML5 Tahun 23/12/2020 - 22/12/2025 Tempoh Perjanjian 23/12/2020 - 22/12/2025 5. Uzie Gold Mining Sdn Bhd ML 2/ 2021 (198.20 HA) Tempoh ML4 Tahun 1.4.2021 – 31.3.2024 Tempoh Perjanjian 1.4.2021 – 31.3.2024
Kerajaan Negeri sentiasa memastikan semua syarikat ini mematuhi peraturan pajakan melombong yang telah ditetapkan melaksanakan operasi dengan penuh tanggungjawab dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri serta kesejahteraan komuniti setempat. Pemantauan berterusan turut dijalankan bagi memastikan setiap aktiviti perlombongan dijalankan secara selamat, mampan dan mematuhi piawaian alam sekitar. Terima kasih.
Sila Galas.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dan saya nak rujuk kepada beberapa insiden Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri Besar berkaitan dengan insiden pencemaran sungai di wilayah Sungai Kelaik dan juga sering di Gua Musang. Beberapa notis kerja dikeluarkan dan kompaun juga telah dikeluarkan terhadap pengendali perlombongan berkaitan JV PKINK ini sejak tahun 2024.
Soalan tambahan saya ialah apakah mekanisme pemantauan yang masih nyata seperti Online turbidity sensor atau laporan DOE operator standard. Base yang diwajibkan bagi mencegah suspended solid (SS) yang berlebihan memberi kesan kepada kualiti air dan eko pelancongan dan juga keselamatan pengguna. Dan apakah tindakan tegas kerajaan telah di ambil selepas arahan henti kerja dilaksanakan kepada dua syarikat yang dikaitkan dengan pencemaran Sungai Kelaik tersebut serta tangkapan lombong emas haram oleh PGA yang berlangsung pada bulan lepas Oktober tahun 2025, terima kasih.
Terima kasih kepada soalan tambahan. Yang pertama saya jawab secara umum dulu kita tidak go spesifik kepada syarikat-syarikat yang disebutkan itu ya. Memang terdapat syarikat yang telah ditamatkan perjanjian pajakan atau usaha sama dengan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan disebabkan kegagalan mematuhi syarat serta garis panduan yang telah ditetapkan dalam perjanjian, ya.
Penamatan ini dibuat setelah pihak kerajaan dan juga pihak PKINK menjalankan semakan dan penilaian menyeluruh terhadap prestasi serta tahap pematuhan syarikat-syarikat tersebut terhadap syarat-syarat yang telah kita tetapkan termasuklah juga terhadap kesan alam sekitar dan juga berhubung dengan tadbir urus yang baik. Sebagaimana diketahui proses ini turut mengambil kira keperluan mendapatkan kelulusan-kelulusan EIA yang biasanya memerlukan tempoh kita memerlukan tempoh masa tertentu untuk diselesaikan.
Jadi dalam hal ini memang kerajaan sangat mengambil berat soal impak tehadap alam sekitar. Dan sebagaimana jawapan yang telah saya sebutkan tadi ada beberapa syarikat yang telah memang kita tamatkan disebabkan pelanggaran-pelanggaran terhadap isu tersebut.
Walau bagaimanapun untuk spesifik kepada dua syarikat yang disebutkan tanpa nama tadi yang boleh berikan terus kepada pihak kerajaan untuk dilihat sama ada syarikat ini telahpun di ambil tindakan oleh pihak kerajaan dan sekiranya belum di ambil tindakan kita akan buat siasatan dengan bantuan daripada pihak YB Galas. Terima kasih.
Sila Gual Ipoh.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya adalah apakah apa ni nilai rampasan PBT perlombongan haram ini dan nilai kompaun yang dapat kita maklum ataupun dapat kita rangka dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini.
Soalan saya pada sesi yang lepas adalah berkaitan dengan bukan sahaja perlombongan berkaitan dengan emas. Emas ini pun satu hal juga kelmarin. Saya bangun dua kali, 2 3 kali sebab emas ni ada di Gual Ipoh saja. Takdok kawasan lain ni. Jadi pulangan hasil itu perlu seimbanglah kepada kawasan-kawasan perlombongan yang terdapat di kawasan Gual Ipoh dalam bentuk infra pada rakyat di kawasan berkenaan.
Jadi tahun lepas perlombongan ini juga adalah terlibat dengan perlombongan pasir sebagaimana yang kita tahu kalau kita lihat perlombongan pasir ini bagaimanakah SOP dan kawalan EIA ataupun kawalan tebingan sungai supaya kelestarian sungai dapat terjaga. Kadang-kadang sepatutnya pasir di ambil di pertengahan sungai dan di pam kepada kawasan darat menjadi seperti gunung pasir, kemudian dia ambil di situ.
Tapi apa yang berlaku hari ini tebingan-tebingan sungai juga di ambil tanah-tanah sebagai buat perlambakan atau …
[ MENCELAH] Soalannya ya… soalannya…
Soalannya, apakah SOP perlombongan pasir supaya kelestarian sungai ataupun cintailah sungai kita ini dapat terkawal. Terima kasih.
Terima kasih, terima kasih kepada YB Gual Ipoh. YB saya mohon maaf ya kerana SOP tu panjang. Jadi saya tidak dapat sebutkan satu persatu di sini tapi saya jamin bahawa SOP tu memang ada. Tapi sebagaimana kita tahu dan dibangkitkan juga oleh Galas tadi syarikat-syarikat ini ada yang mematuhi SOP dan ada yang melanggar SOP. Sebab itulah kita ada Bahagian Penguatkuasaan.
Ginilah ya oleh sebab kita semua ini sayang pada alam sekitar dan juga sayang pada negeri hari yang pertama saya telah sebut bahawa kalau ikut kepada media sosial banyak aduan-aduan secara kita kata secara kita nak kata aduan melalui media sosial tapi siapa yang mengadu kita tak tahu nama pula nama samaran. Tapi bila kita masuk kita dapati bahawa ianya sebenarnya tidak ada. Itulah hanyalah sebagai satu sangkaan semata-mata ya. Jadi kita perlukan, memang kita tahu benda itu ada tapi pemantauan kita tak dapat secara menyeluruh dan jauh ke dalam.
Sebab itulah kalau kita sama-sama memantau dan kalaulah ditakdirkan bahawa kita semua ada maklumat dan maklumat itu memang betul melanggar, tolong serahkan kepada pihak kerajaan. Kita akan kuatkuasakan In Shaa Allah. Memang urusan pasir itu memang melanggar. Dia ada syarat, dia ada syarat itu sangat ketat untuk memastikan tebing-tebing itu terjaga. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bunga.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 3. Terima kasih.
Soalan 3 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar menjelaskan potensi pembangunan bandar baharu sempadan Bukit Bunga-Buketa sebagai hab perdagangan dan pelancongan antarabangsa, termasuk usaha kerajaan menarik pelaburan, pembangunan tanah strategik, dan mengangkat sempadan ini sebagai ikon ekonomi Kelantan.]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada ADUN Bukit Bunga. Bukit Bunga merupakan salah satu pekan yang penting dalam jajahan Tanah Merah. Lokasinya strategik berada di pinggir jalan atau laluan utama ke timur dan barat semenanjung Malaysia, yang juga merupakan pintu masuk sempadan negara antara Malaysia dan Thailand iaitu Bukit Bunga - Buketa.
Rancangan Tempatan Jajahan Tanah Merah 2020 (Pelanjutan 2025) menetapkan bahawa Pekan Bukit Bunga adalah Kawasan Promosi Pembangunan Pelancongan Sempadan.
Secara keseluruhannya, Kawasan Promosi Pembangunan di Bukit Bunga melibatkan kawasan seluas 143.40 hektar atau 10.30% daripada keseluruhan kawasan Bukit Bunga. Kawasan ini akan diberi penekanan di dalam memperkukuhkan peranannya sebagai Pusat Pertumbuhan Baru dan salah satu pintu masuk utama ke Negeri Kelantan amnya dan Negara khususnya.
Perancangan kawasan ini akan memfokuskan kepada pembangunan yang komprehensif dengan keutamaan pembangunan perniagaan dan komponen-komponen sokongan lain. Antara komponen pembangunan utama di dalam Kawasan Promosi Pembangunan Bukit Bunga 2020 ialah:-
i. Kawasan Perniagaan
• Kompleks Niaga Bukit Bunga • Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan Kawasan TLK Berpusat
• Zon Bebas Cukai • Kawasan Pusat Perniagaan • Terminal Pengangkutan Bersepadu • Kawasan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bukit Bunga
ii. Kawasan Institusi dan Kemudahan • Pusat Penerangan Pelancongan • Masjid • Pusat Keselamatan 1 (Balai Polis: naiktaraf / perpindahan balai polis sedia ada ke tapak baru dan Balai Bomba Bukit Bunga) • Pusat Keselamatan 2 (Pusat Kesihatan, Pengkalan UPP, Pusat Kuarantina dan Pangkalan Unit Keselamatan) Kuartes Kerajaan / Asrama Pekerja / Asrama Pelajar • Perpustakaan Awam dan Dewan Serbaguna
iii. Kawasan Lain-lain
• Kawasan Rekreasi (Taman Bandar / Linear) • Sistem Perhubungan dan Sistem Infrastruktur Utama Cadangan Imej dan Pengindahan Bandar Bukit Bunga.
Terima kasih.
Sila Bukit Bunga.
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO pihak kerajaan di atas jawapan yang diberikan yang sudah pasti sekiranya menjadi kenyataan akan memberi satu senyuman yang manis oleh penduduk Bunkit Bunga, terima kasih. Soalan tambahan saya, apakah insentif ataupun skim khas yang boleh ditawarkan kepada usahawan ataupun pelabur baharu untuk membangunkan industri di Bukit Bunga. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan. Pertama sekali insentif atau skim khas ditawarkan ialah pertama kita mempercepatkan proses tertentu ya dan kecuali cukai contohnya 70% kepada status finenya dan lain-lain cukai contoh cukai pintu untuk tempoh-tempoh tertentu boleh dibagikan kepada industri-industri yang dibangunkan di Bukit Bunga itulah di antaranya. Terima kasih.
Sila Kuala Balah.
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih juga EXCO. Apa yang EXCO sebutkan tadi dari segi pentadbiran, betul Bukit Bunga di bawah Tanah Merah. Tapi dari segi Parlimen dibawah Jeli, adik-beradik Galas. Adik beradik Kuala Balah. Soalan saya begini, untuk membangun sesuatu kawasan baru seperti Bukit Bunga memang bagus pun sebab memerlukan kerjasama dengan pihak, pihak besar atau pihak yang mempunyai sumber kewangan.
Sumber kewangan kalau di negeri memang kita perlukan agensi-agensi kerajaan PKINK dan sebagainya. Agensi pusat ada yang pihak berkuasa. ECERDC contohnya, MIDA dan sebagainya. Bagaimana kita boleh bekerjasama dengan agensi ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Dato’ Kuala Balah. Yang Berhormat Kuala Balah. Memang di pertumbuhan Bukit Bunga ialah dikenalpasti sebagai pertumbuhan segitiga triangle iaitu NTGT yang mana Indonesia, Malaysia, Thailand growth triangle yang ianya telah diwujudkan bertahun-tahun lama dah sebelum pada ini ialah zaman Perdana Menteri yang lepas TUN Dr. Mahathir lagi dan Perdana Menteri Thailand pada waktu itu ialah Chuan Leekpai pada tahun 1993 lagi. Dan ia berkembnag, berkembang sehinggalah kini dan wujudnya NTGT plaza dan sebagainya itu ialah kerjasama dengan pusat.
Dan beberapa kali kita telah mengadakan Mesyuarat termasuk semasa saya memegang infrastruktur tempoh hari beberapa kali ke Indonesia
Mekabaliton dan Hatyai dan di tempat-tempat lain di Batam dan sebagainya untuk membincangkan dengan Indonesia, Thailand dan Malaysia sendiri. Dan ianya menjadi realisasi sehingga kini menjadi satu pack yang baik dan telah lihat walaupun sekian lama sudah ada improvement ataupun tambah baik kepada tempat-tempat tersebut. Memang kerjasama dengan MIDA, Matrix dan semua agensi pusat dan negeri untuk membangunkan untuk merealisasikan plan NTGT ini dan itulah hasilnya jambatan kedua Tak Bai dan Pengkalan Kubor, Jambatan Sungai Golok, Rantau Panjang dan Plaza NTGT Bukit Bunga pun itulah hasilnya sekarang kita dapat lihatlah progressnya. Jadi kerjasama yang rapat di antara pusat dan negeri itu sama-sama penting, begitu juga Indonesia, Malaysia, Thailand. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Salor.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan bagi soalan saya nombor 4. Soalan 4 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah langkah Kerajaan negeri dalam tangani masalah anjing liar yang semakin membimbangkan serta mengancam keselamatan masyarakat awam?]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Speaker, sebelum menjawab soalan pada Salor izinkan saya untuk mengucapkan tahniah kepada Majlis Daerah Ketereh Bandaraya Islam di atas pencapaian tempat kedua sempena anugerah PBT cemerlang, sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025
dibawah kategori kempen pengurusan haiwan terbiar di Bangi Avenue, Bangi. Dan juga terima kasih kepada Veterinar, Jabatan Veterinar untuk pencinta haiwan, NGO serta ihsan dan juga aktivis haiwan yang telah berjaya membina rumah lindungan anjing pertama di Kelantan.
Dan yang kedua terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar kerana telah memilih Kelantan sebagai tuan rumah sempena hari Rabies Sedunia Peringkat Kebangsaan di Mydin Mall pada 18 Oktober lepas dan untuk menjawab soalan Salor mengenai masalah anjing liar yang semakin membimbangkan serta mengancam keselamatan masyarakat awam.
Untuk makluman Salor Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai kuasa untuk membanteras isu haiwan liar seperti anjing berdasarkan punca kuasa di bawah Seksyen 73 dan Seksyen 102 Akta Kerajaan Tempatan 171 iaitu kuasa Majlis untuk menggubal undang-undang kecil berkaitan pengawalan haiwan berkeliaran di tempat awam dan Seksyen 80 dimana PBT boleh memberi notis kepada pemilik haiwan agar tidak membiarkan haiwan merayau. Jika ingkar tindakan undang-undang boleh diambil. Selain daripada itu, PBT juga boleh menjalankan penguatkuasaan haiwan merayau melalui Undang-undang Kecil Haiwan Merayau dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing yang memberikan kuasa kepada PBT untuk menangkap, menyita dan mengenakan kompoun / denda terhadap pemilik anjing. Penguatkuasaan Pelesenan Anjing juga sedang giat dilaksanakan oleh PBT dengan kadar bayaran RM20.00 ke RM80.00 bagi lesen dan RM10.00 ke RM20.00 bagi lencana besi. Kita ada 12 PBT dan daripada siasatan saya bukan semua PBT telah mewartakan undang-undang kecil perlesenan anjing. Jadi saya minta PBT-PBT walaupun tak ada anjing supaya menggubal dan mewartakan dudukan kecil perlesenan anjing. Macam Dabong dia tak ada anjing kemungkinanlah. Nak kena wartalah untuk masa depan kerana kita Kelantan ini kita berada di sempadan Thailand. Kalau ikut pada Jabatan Veterinar Kelantan dipilih sebagai Tuan Rumah kerana kita ini dikatakan negeri zon penampang pada rabies bukan hanya vape, dadah, barang-barang haram masuk ke sempadan. Anjing pun masuk juga. Jadi Kelantan terpilih sebagai tuan rumah hari rabies sedunia untuk menggerakkan kempen pevaksinan kepada anjing-anjing.
Tambahan itu juga, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan (JPVNK) juga bertanggungjawab dalam mengendalikan masalah haiwan liar termasuk anjing liar terutamanya melibatkan haiwan yang dijangkiti penyakit seperti ‘rabies’ berdasarkan Seksyen 32 – 42 Akta Binatang 1953. Kawalan penyakit zunosis (penyakit yang boleh merebak dari haiwan ke manusia)adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Manakala operasi Penguatkuasaan Bersepadu Rabbies dengan kaedah tembakan diadakan secara berkala bagi semua PBT di Negeri Kelantan.
Sila Salor.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas dalam jawapan. Isu anjing ini sebenarnya isu yang sebenarnya kita dah caro cukup lama dah. Cuma dari sudut perlaksanaannya saya ucap tahniahlah pada PBT yang berkenaan Majlis Daerah Ketereh atas inisiatif.
Cuma kita diperingkat ADUN-ADUN kita harapakan satu penyelesaian yang konkrit dan konsistenlah. Satunya kalau boleh mungkin Yang Berhormat EXCO boleh sebutkan statistik apa ni statistik berkaitan dengan kacau ganggu oleh anjing ini sendiri operasi-operasi di pihak PBT sendiri dan juga saya nampak isu jangkitan satu isu, yang isu keselamatan menjadi isu yang lagi besar …
Soalan ya …
Penduduk kita ini, penduduk kita ini agak fobia ialah dengan ialah dengan anjing ini sendiri kerana mengganggu keselamatan penduduklah. Cuma apakah yang bagi saya langkah-langkah dari sudut pengvaksinan dan sebagai contoh satu lagi dari sudut kepatuhan oleh pemilik-pemilik anjing sendirilah bila berkait dengan isu.
Terima kasih soalan tambahan daripada Salor. Berkaitan dengan anjing ini kita ada macam berita tadi ada Akta Binatang 1953 dan di Kelantan kita pihak Jabatan Veterinar telah mewartakan perintah penvaksinan penyakit anjing gila di Kelantan 2025 yang mana menyebut seksyen 2 semua anjing yang berusia 3 bulan dan ke atas dalam Negeri Kelantan hendaklah diserahkan untuk penvaksinan penyakit anjing gila pada tarikh yang dia tentukan dan mana-mana anjing yang berumur tiga bulan atau lebih pada 01 Januari 2025 di negeri Kelantan selepas 30 April 2025 hendaklah memakai pada badan satu lencana leburan bernombor bagi keterangan bahawa anjing itu telah disuntik supaya terpelihara dari penyakit anjing gila.
Dan mana-mana anjing yang berumur 3 bulan atau lebih yang dijumpai dalam negeri Kelantan selepas 14 hari dari tarikh 30 April 2025 sama ada merayau-rayau atau tidak yang tidak memakai pada badannya satu lencana bernombor akan dimusnahkan. Ikut prosedur setiap anjing sebelum boleh dilesenkan oleh PBT hendaklah mendapatkan suntikan vaksin. Kalau tak vaksin tak boleh keluar lesenlah. Lepas 30 April ada lesen tak ada lencana maka Veterinar boleh memusnahkan anjing tersebut. Cuma kita ada masalah dengan apa ni NGO pencinta haiwan yang meminta kita jangan musnahkan anjing sebab itu telah membuat apa ni rumah perlindungan anjing.
Dan kalau ikut pada operasi kita ni, kita sesi lepas saya telah apa ini laporkan operasi contohnya PBT yang paling banyak operasilah. Gua Musang pada 2025, 25 operasi, 36 ekor anjing di musnahkan. 2026 setakat Jun 38 operasi, 87 ekor anjing telah dimusnahkan. Tumpat 2025, 40 operasi 54 ekor anjing dimusnahkan. Setakat Julai tahun ini 12 operasi, 24 ekor telah dimusnahkan. Dan ancaman kalau ikut pada Jabatan Veterinar saya dapat maklumat daripada PBT setakat Oktober 2025, 1126 ekor anjing telah di vaksin dan ada 25 aduan gigitan. 17 ekor haiwan bertuan, anjing bertuan, 7 ekor tidak bertuan.
Dan kalau ikut pada garis panduan untuk membolehkan kita membela anjing bilangan anjing tidak boleh lebih 2 ekor bagi rumah teres. Tak dibenarkan keluar daripada pagarlah. Dan 4 ekor maksimum bagi rumah banglo. Rumah bertingkat tak dibenarkan memelihara anjing dan
sekiranya dibawa keluar pada pagar rumah hendaklah di rantai. Jika gagal boleh dikompaun atau anjing disita atau dirampas oleh PBT. Terima kasih.
Baik bagi Kota Lama. Dia minat.
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih EXCO atas jawapan tahniah kerana berjaya mengadakan rumah perlindungan anjing. Dan bagi saya anjing liar ni masalahnya ada dimana-mana mungkin boleh disebutkan jugak di Kota Bharu berapa tangkapan telah dilakukan. Dan saya sebenarnya nak tanya apakah cara lain kalau tengok tadi berpuluh-puluh yang di silent atau dimatikan kan? Jadi kalau ini sebenarnya adalah sesuatu yang mungkin akan di sukailah terutama oleh pencinta haiwan dan sebagainya.
Jadi adakah di sana program untuk menghalang pembiakan anjing-anjing ini melalui contohnya melalui program pengkasian. Mungkin ada kerjasama dengan pihak universiti contohnya UMK yang ada Jabatan Veterinar ni dan yang keduanya kita juga ada masalah kucing terbiar. Jadi nak bertanyakan soalan sama ada kerajaan ada tak insentif ataupun galakan kepada pencinta-pencinta haiwan yang mahu apa ni menjaga ataupun membina rumah-rumah kucing terbiar jugak. Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada ADUN Kota Lama. Itulah sebagaimana diberitahu oleh ADUN Kota Lama maksudnya diperingkat Jabatan Veterinar memang ada programlah. Program untuk menggalakkan pencinta anjing untuk buat pemantulan ataupun kasilah kepada anjing yang mana kalau dia bela anjing dia tidak berhasrat untuk membiakkan dan kita pun tidak benarkan untuk pembiakanlah di rumah untuk anjing dibela untuk keselamatan.
Dan sebagaimana disebut tadi memang ada beberapa PBT yang telah berkolaborasi dengan NGO untuk mewujudkan rumah perlindungan bagi kucing yang mana kita tahu kucing-kucing banyak dibuang di pasar besar awam, pasar-pasar borong.
Dan saya lihat ada satu kes yang berjaya di Pasir Mas. Di Pasir Mas telah berjaya berkolaborasi dengan NGO mewujudkan rumah kucing dan ada sumbangan diterima daripada orang ramai untuk membiayai pembelian makanan dan juga untuk penyelenggaraan rumah. Kita sebut dan saya menggalakkanlah pada semua PBT boleh cuba berkolaborasi dengan NGO-NGO ynag cintakan haiwan untuk kita sama-sama atasi masalah haiwan terbiar, kucing terbiar, anjing terbiar dan juga haiwan merayaulah. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Pantai Irama.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker,
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Pohon jawapan kepada soalan saya nombor 5.
Soalan 5 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah strategi Kerajaan Negeri dalam membantu meningkatkan taraf hidup para nelayan, petani, dan peniaga kecil di Bachok, khususnya dengan cabaran kos sara hidup yang semakin tinggi. ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Pantai Irama. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Pantai Irama bertanyakan mengenai bantuan untuk meningkatkan taraf hidup nelayan, petani dan peniaga kecil di Bachok. Saya akan kira bukan hanya Bachoklah jawapan yang ini juga kepada semua kawasan yang ada pantai seperti di jajahan Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu dan Tumpat.
Bagi Bachok Alhamdulillah pihak Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok telah melancarkan Pelan Strategik 2025-2030 pada 14 Ogos 2025 yang lalu, yang merangkumi beberapa teras strategik utama. Di mana di bawah Teras 2 menyebut Memacu Pembangunan Jajahan Seimbang dan Mampan, dengan mewujudkan Zon Pelancongan berasaskan potensi
produk-produk tempatan. Jadi bagi nelayan kita kerajaan menggalakkan nelayan terlibat secara aktif dalam pelancongan komuniti di mana para nelayan boleh digalakkan menghasilkan produk sampingan keropok lekor, ikan kering, belacan serta pelbagai hasil laut yang berpotensi untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Samalah dengan petani dan juga peniaga kecil. Mereka sebenarnya bukan hanya dapat bantuan melalui jabatan berkaitan seperti Jabatan Perikanan Negeri Kelantan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) para nelayan ini juga boleh mendapatkan bantuan menerusi EXCO Usahawan, EXCO Belia, EXCO Wanita dan dibawah Portfolio Pertanian juga ada Bantuan Jaringan Pasaran Desa. Dan dibawah empat portfolio EXCO ini digabungkan dibawah satu Majlis Pembangunan Usahawan Kelantan (MPUK) di mana para peniaga kecil yang membuat pendaftaran melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) boleh memohon input-input pertanian, input-input nelayan mesin untuk mengeluarkan produk dan juga pembukusan labelling, perlabelan semuanya boleh dibantu dengan bantuan-bantuan bukan kerajaan dari pelbagai pihak.
Dibawah Jabatan Pertanian juga terdapat beberapa bantuan untuk para petani khususnya kita tengok di Bachok, baik Pasir Puteh biasanya nelayan ni di waktu yang sama mereka juga petani. Khususnya di musim Timur Laut, mereka mungkin tak boleh turun ke laut. Di waktu itu mereka perlu mencari semua pendapatan yang lain. Jadi Jabatan Pertanian boleh membantu mereka melalui Pembangunan Industri Buah-Buahan, Pembangunan Industri Sayur-sayuran, Pembangunan Industri Usahawan Tani dan Pembangunan Tanah Terbiar.
In Shaa Allah dengan kesungguhan para nelayan, para peniaga kecil dan juga pesawah-pesawah ni kerajaan sentiasa melihat kebajikan mereka dan keperluan mereka terutamanya kerajaan menyediakan input-input yang boleh membantu mereka mengeluarkan produk yang lebih berkualiti, haa In Shaa Allah sekian, terima kasih.
Dipersilakan Pantai Irama.
Terima Kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertamanya Alhamduliilah syukur kepada Allah SWT dan terima kasih kepada pihak kerajaan dalam, daripada jawapan tadi dan juga program-program yang telah ataupun bantuan-bantuan yang telah disalurkan kepada petani dan juga nelayan khususnya dikawasan Bachoklah.
Untuk makluman Dewan yang mulia, 32 kilometer sepanjang pantai dan saya yakin mungkin paling panjang di Kelantan ini yang melibatkan pantai di Bachok. Dan 80% nya ialah melibatkan DUN Pantai Irama. Bermakna permasalahan dan juga penglibatan rakyat dengan nelayan dengan hasil laut amat tinggi di Bachok. Soalan-soalannya memandangkan nelayan dan juga petani khususnya di Bachok yang terdedah dengan impak perubahan iklim monsun terutamanya bulan 11 dan 12 ini apakah strategi mitigasi bencana yang digerakkan oleh pihak Kerajaan Negeri dalam melindungi hasil dan pendapatan mereka, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan Pantai Irama. Sebenarnya Monsun Timur Laut sudah bermula. Jadi Pejabat Perikanan Negeri Kelantan sentiasa mengeluarkan notis amaran cuaca buruk kepada para nelayan susulan daripada pengumuman oleh Jabatan Meteordologi bagi memastikan nelayan sentiasa peka dengan perubahan cuaca semasa. Bila ada pengumuman ini para nelayan boleh mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan perahu, kapal, peralatan menangkap ikan ditempatkan di lokasi yang selamat.
Satu jabatan juga menggalakkan nelayan supaya turun ke laut dengan menggunakan peralatan menangkap ikan mengikut musim dan spesis yang tertentu. Antara peralatan yang digunakan oleh nelayan Bachok, haa ikut musim ya pukat bawal, pukat senangin, pukat pari, kail mengail, candat sotong, pukat udang, pukat kaya, pukat malas dan pukat tangsi pintal.
Di jabatan akan mengeluarkan notis jika ada nelayan yang terkesan dan disusuli dengan bantuan yang sewajarnya. Kita ada juga Bantuan Sejahtera Tani, bantuan kepada nelayan yang ditimpa musibah dan
bencana. Tapi kita mengharapkan mereka bertindak lebih awal supaya tidak terlibat dengan ditimpa musibah.
Bagi nelayan yang terlibat dengan ada jugak melaksanakan projek pertanian yang juga menjadi pesawah, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM400 ribu ringgit bagi tahun 2025 dibawah Pembangunan Industri Padi melalui bantuan infrastruktur peralatan, input pertanian yang diperlukan oleh petani.
Jadi itulah beberapa kaedah yang dibuat oleh pihak terbabit dalam mitigasi bencana ni. Bagi kawasan berisiko pelan mitigasi jangka pendek sedang dirangka oleh Kerajaan Negeri bagi mengelakkan risiko banjir adalah seperti kerja-kerja naiktaraf seperti pengairan sawah, membaik pulih batas, pembinaan pembentung, menyelenggara parit dan sebagainya.
Jadi kita mengharapkan pihak Pusat Khidmat DUN boleh bekerjasama dengan jabatan dan juga pihak kerajaan membuat aduan lebih awal ataupun persiapan awal kepada kerajaan untuk menyediakan bantuan-bantuan yang sepatutnya kepada pihak yang terbabit. Sekian, terima kasih.
Dipersilakan Gaal.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Dato’ EXCO yang telah memberikan jawapan. Dan tadi Yang Berhormat EXCO telah menyebut berkenaan dengan Bantuan Sejahtera Tani. Soalan tambahan saya adakah kerajaan berhasrat untuk meneruskan Bantuan Sejahtera Tani ini kepada para nelayan dan petani yang telah terjejas akibat daripada banjir, kemarau dana pa-apa musibah lain. Dan adakah bantuan ini diperluaskan kepada nelayan darat dan juga pengusaha-pengusaha kolam ikan? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan Gaal. Ya kerajaan telah menyediakan bantuan sejahtera tani khususnya ketika negara kita dilanda Covid 2019 lagi. Kita menyediakan bantuan khas
kepada mangsa-mangsa ataupun para nelayan atau petani yang terlibat yang ditimpa musibah ekoran daripada banjir atau kemarau yang teruk dan sebagainya. Jadi Bantuan Sejahtera Tani ini seperti tabung bencanalah, Tabung Bencana Pertanian. Selain ada dibawah Jabatan Pertanian, Kerajaan Negeri juga In Shaa Allah akan meneruskan bantuan sejahtera tani ini mengikut keadaan dan mengikut kemampuan kewangan Kerajaan Negeri. Sekian, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Jelawat.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan nombor 6.
Soalan 6 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, berapakah jumlah bilangan pelajar telah yang mendapat manfaat dari pelaksanaan program tuisyen rakyat yang mula diperkenalkan tahun lalu dan apakah pencapaian program tersebut. ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﻢ ﺑﺴ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih pada Jelawat yang mengemukakan soalan berkenaan dengan Tuisyen Rakyat Sejahtera yang mula kita perkenalkan pada tahun 2024 yang mana julung-julung kalinya kita adakan Tuisyen Rakyat Sejahtera Kelantan yang melibatkan empat subjek teras di mana bilangan pelajar yang terlibat ialah sebanyak seramai 1495 orang yang melibatkan peruntukan sebanyak RM477 ribu ringgit.
Jadi munafaat yang kita dapat ialah hasilnya berlaku peningkatan dalam keputusan peperiksaan SPM di mana tahun 2023 keputusan SPM peringkat negeri ialah sebanyak 95.08%. Dan pada tahun lepas berlaku peningkatan kepada 95.99%. Berlaku peningkatan point 9.1%. Itulah antara munafaat yang kita dapat yang mana pelajar ni boleh menambah
ilmu bagi memudahkan mereka ini menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan.
Maka itu julung-julung kali yang kita adakan. Jadi pada tahun ini 2025 kita perkasakan lagi. Di mana penyertaan dikalangan pelajar yang meningkat hampir 100%. Di mana jumlah pelajarnya seramai 2604 orang pelajar. Maknanya dua kelas la. Dulu sekelas. Tahun ni dua kelas di setiap DUN. Dan ada DUN ni dia kreatif lagi dia membuka bukan setakat itu sahaja sehingga hampir ke tarikh peperiksaan di mana SPM akan berlangsung tidak berapa lama lagi, beberapa hari lagi untuk memulakan peperiksaan SPM. Di mana tahun ni nya melibatkan bajet sahaja sebanyak RM675 ribu ringgit. Dan kita harapkan semoga peperiksaan SPM tahun ni yang anak-anak kita akan menduduki beberapa hari lagi berlakunya peningkatan pencapaian pada tahun ini In Shaa Allah.
Kita doakanlah supaya anak-anak kita ni berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun ini. Terima kasih.
Silakan Jelawat.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan terima kasih juga kepada EXCO. Dan program ini Tuisyen Rakyat ini merupakan satu program yang berjaya dan kesannya dapat kita lihat sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat EXCO sebentar tadi. Cuma ramai sebenarnya yang berminat untuk menyertai Tuisyen Rakyat ini tapi adakalanya tidak berkesempatan disebabkan oleh kekangan masa. Pihak sekolah sendiri pun kadang-kadang dia ada kelas tambahan yang menyebabkan bertembung dengan Tuisyen Rakyat ini. Dan ada ketikanya pihak DUN tidak dapat menyediakan kelas ataupun tempat yang mencukupi untuk pelajar-pelajar yang ramai yang masuk nak memohon untuk jadi apa ni mengikuti Tuisyen Sejahtera ini. Jadi apakah kerajaan bercadang untuk penambahbaikan program ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan tadi. Ya kita telah buat kajian penilaian hasil program yang kita buat, memang
banyak bertembunglah dengan pihak sekolah dan seumpamanya tuisyen dan sebagainya.
Dan kita telah mencuba satu kaedah baru yang dinamakan E-Tuisyen Rakyat Sejahtera. Dalam E-Tuisyen Rakyat Sejahtera ini melibatkan empat subjek teras. E-Tuisyen ni kita kerjasama dengan Telekom Malaysia untuk kita sediakan format menjawab tuisyen ni secara atas talian yang melibatkan semua subjek SPM dan boleh dilayari oleh calon-calon SPM.
Jadi pada tahun ini kita cuba melibatkan 1896 calon SPM yang menggunakan E-Tuisyen Rakyat Sejahtera. Dan In Shaa Allah kalau Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian perasan dalam Bajet kita pun sudah disediakan untuk tahun depan ni akan kita cuba untuk mengadakan E-Tuisyen Rakyat Sejahtera diadakan secara percuma untuk seluruh calon-calon SPM di seluruh Negeri Kelantan. Itulah komitmen kita untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Bahkan bukan setakat SPM lah mungkin kita akan gi lagi ke peringkat STPM, STAM. Dan tadi pun saya sempat bersama-sama dengan pelajar calon SMU di Maahad Muhammadi Perempuan yang akan mulakan peperiksaan SMU pada pukul 8.00 tadi. Wi semangat kerana sekolah ini pernah melahirkan tokoh pelajar cemerlang 20A di peringkat negara. Terima kasih.
Silakan Limbongan.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan tambahan saya berkaitan dengan E-Tuisyen, bagaimana saya ingin tahu berkaitan dengan kos kewangan berkaitan dengan E-Tuisyen yang telah dirancang yang telah dilaksanakan pada tahun ini dan bagaimana pelajar dapat manfaat serta adakah ia menjadi dasar ataupun tetap bagi pihak kerajaan untuk mengadakan acara tahunanlah maksudnya, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan. Kita ikhtiarlah sedaya upaya mungkin. Kaedah tahun ni kita bersama dengan
Telekom Malaysia di mana dia menetapkan satu kepala per head RM30. Satu id untuk dua orang.
Jadi sebab itulah pelajar yang kita pilihnya percubaan ni 1896 orang melibatkan peruntukan hampir RM100 ribu. Hampir RM100 ribu dan tahun depan ni pihak kerajaan berbincang dengan Bahagian Teknologi Maklumat Negeri Kelantan akan kita lebarkan lagi menyediakan format-format yang terbaik dengan kerjasama guru-guru pakar dan juga pihak Telekom Malaysia untuk kita sediakan secara percuma untuk calon-calon SPM. Haa itulah yang cuba kita usahakan. Terima kasih.
Silakan Pengkalan Pasir.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Soalan tambahan saya, kalau kita lihat bagaimana kepentingan kerajaan dalam proses pembangunan binaan rakyat. Dan kalau ikut statistik yang dikeluarkan oleh Dato’ Dr. Zaleha perangkaan mengenai penjawat awam di Jabatan Pendidikan dan juga kesihatan menunjukkan bahawa daripada 1.3 juta penjawat awam, 170 ribu adalah daripada rakyat Kelantan iaitu 13%. Ni menunjukkan bahawa pembangunan minda itu patut diteruskan.
Soalan saya kalau kita tengok sekarang program Tuisyen Rakyat Sejahtera hanya dikhususkan kepada rakyat-rakyat golongan yang agak Dha’if. Penglibatanlah hanya kita bayar gaji kepada guru-guru yang agak mahal maknanya RM200 untuk guru-guru pakar.
Apakah kerajaan bersedia ataupun ingin membuat penambahbaikan untuk apa ni agar memohon agar sukarelawan-sukarelawan, saya percaya ramai guru-guru yang hendak memberikan ilmu agar program-program penambahan minda rakyat ini dapat kita majukan.
Yang keduanya, adakah kerajaan bersedia juga untuk mempastikan pelajar-pelajar yang berjaya ini apabila mereka berjaya mendapat pekerjaan yang baik seterusnya mereka akan meneruskan lagi memberi khidmat dalam bentuk kewangan dan sebagainya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih atas soalan tambahan. Sebenarnya calon SPM ini 26 ribu lebih dan kita mampu buatnya tahun ni 2600. E-Tuisyen 1800. Jadi bila kita buat ini munafaatnya napok tinggi berganda. Jadi kita terima kasihlah bila kita wak E-Tuiyen maka tuisyen MADANI pun Alhamdulillah sama-sama. Galas dop? Jadi 09 Ogos baru ni PM mari melancarkan tuisyen MADANI yang bajetnya sebanyak RM6.993 juta bersama Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang dan Yang Berhormat Mulia Dato’ Kaya Perkasa. Jadi kita harap dengan yang kita buat ini dapat kerjasama daripada semua pihak sebab itulah kita kata Kelantan ini menerajui perubahan. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Tawang.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 7. Soalan 7 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, sejauh manakah keberkesanan program untuk OKU yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui MPPOK serta PPO berperanan di setiap Parlimen? ]
ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Tawang di atas soalan yang menunjukkan keprihatinan terhadap golongan istimewa yang ada di Kelantan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kedatangan Yang Di-Pertua dan AJK Majlis Persefahaman Dan Pertubuhan OKU Kelantan dalam dewan ini pada pagi ini. Terima kasih. Dia nok dengar gapo kita kecek tentang insan istimewa ini.
Alhamdulillah dalam bajet Negeri Kelantan pada 2026 baru-baru ini peruntukan bagi bantuan dan Program Komuniti OKU telah meningkat daripada RM500 ribu kepada RM600 ribu iaitu dinaikkan kepada RM100 ribu untuk golongan istimewa ini.
Bagi menjamin keberkesanan program kerjasama padu diwujudkan antara kerajaan dan Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan (MPPOK) yang melibatkan pelbagai NGO OKU serta usaha yang tidak berhenti di kalangan mereka. Penyelaras Pembangunan OKU Parlimen serta agensi utama kerajaan Negeri seperti JKM, U-KEKWA yang telah menunjukkan kesan yang amat ketara terhadap kesejahteraan komuniti OKU di negeri ini.
Sebagai contoh dari segi penyertaan dan kesedaran masyarakat maklumat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan adalah Kelantan adalah antara negeri yang tertinggi pendaftaran OKU sehingga ke hari ini iaitu seramai 59 277 orang. Tahniah diucapkan kepada terutamanya pihak NGO-NGO dan juga MPPOK Kelantan atas usaha pendaftaran ini. Ini menunjukkan tahap kesedaran masyarakat dan rakyat Kelantan semakin tinggi terhadap kepentingan mendaftar serta keistimewaan OKU dibawah Kerajaan Negeri Kelantan iaitu JKM itu sendiri.
Alhamdulillah antara hasil yang dapat kita lihat daripada program-program penerangan dan advokasi yang di perturunkan oleh MPPOK dan PPO serta kerjasama semua pihak.
Dari aspek pembangunan jati diri dan spiritual, program seperti pembinaan dan pemerkasaan jati diri OKU iaitu kuliah Dhuha, jelajah OKU, imarah masjid, Majlis Berbuka Puasa dan solat berjemaah OKU serta kelas Al-Quran dan Fardu Ain untuk mereka ini Berjaya melahirkan ramai peserta OKU yang lebih yakin, berilmu dan aktif dalam aktiviti masyarakat serta kehadiran mereka yang menggalakkan ke masjid-masjid.
Dari aspek pendidikan dan kepimpinan, kerjasama antara MPPOK dengan agensi berkaitan telah membuka peluang kepada OKU menambah kemahiran dan keterampilan kepimpinan. Ia berjaya memperkasakan penggerak OKU dan melahirkan lebih ramai OKU yang berani tampil dalam masyarakat dan menjadi wakil penyelaras di tempat masing-masing.
Dari aspek peluang pekerjaan dan ekonomi melalui program Pemerkasaan Ekonomi OKU, MPPOK dan PPO telah membantu ramai OKU dengan menjalinkan kerjasama dalam membantu ramai OKU dengan mengatur dan mengenalpasti OKU yang memerlukan dan bantuan peralatan dan juga latihan serta bimbingan keusahawanan yang disediakan oleh agensi berkaitan. IPT dan juga badan korporat juga membatu mereka menjana pendapatan sendiri dan tidak hanya bergantung kepada bantuan bulanan mereka sahaja.
Dari aspek dasar dan tadbir urus, penubuhan Majlis Penasihat OKU Negeri Kelantan MPON serta pelantikan penyelidik sebagai Kumpulan Pemikir Dasar OKU Muqarrabun ianya menunjukkan keberkesanan dari sudut perancangan Dasar dan Pemantauan Bersepadu di peringkat negeri sehingga boleh menghasilkan buku fiqh siasah bagi memenuhi keperluan OKU yang akan diterbitkan pada tahun hadapan, In Shaa Allah.
Kesemua usaha ini menunjukkan bahawa pendekatan Kerajaan Negeri bukan hanya bersifat kebajikan tetapi juga pembangunan modal insan dan pemberdayaan OKU agar mereka dapat berdikari serta menyumbang kembali kepada masyarakat.
Untuk makluman dewan yang mulia mesyuarat MPPON yang diadakan pada 03 November yang lalu telah bersetuju untuk mewujudkan satu inisiatif baru yang dinamakan Jawatankuasa Bertindak Gagasan OKU Muqarrabun. Tujuan jawatankuasa ini adalah untuk melancarkan setiap inisiatif yang dicadangkan dan memastikan dasar OKU Muqarrabun Kelantan benar-benar memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakt terutamanya insan-insan istimewa ini. Semoga segala ikhtiar ini diberkati Allah SWT dan menjadi asbab kepada kesejahteraan serta kemuliaan golongan OKU di Negeri Kelantan ini. Sekian, terima kasih.
Silakan Tawang.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Alhamdulillah golongan OKU ini adalah satu bahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Persoalannya iaitulah apakah bentuk bantuan kebajikan serta sokongan “Psychosocial" yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada golongan ini.
Terima kasih kepada soalan tambahan. Di antara apa orang panggil sokongan “Psychosocial" yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri adalah melalui JKM iaitu elaun pekerja OKU, EPOKU iaitu sebanyak RM450 sebulan iaitu untuk menggalakkan OKU bekerja dan berdikari.
Kedua, bantuan bagi OKU yang tidak bekerja RM300 sebulan. Bantuan pesakit terlantar RM500 sebulan kepada keluarga yang menjaga OKU yang terbabit. Bantuan bagi pembelian alat tiruan ataupun alat sokongan bagi membantu OKU yang memerlukan seperti kerusi roda, kerusi roda khas kaki atau tangan palsu dan alat pendengaran.
Penubuhan 46 pusat pemulihan dalam komuniti PPDK telah di tubuhkan di seluruh negeri ini bagi menyediakan program pemulihan pembelajaran dan latihan kepada OKU. Program job post perkhidmatan sokongan bagi membantu OKU untuk penyesuaian dan penempatan pekerjaan agar OKU terus kekal dalam sektor pekerjaan.
Dan seterusnya melalui kerjasama MPPOK, PPO dan Pusat Khidmat DUN. Bantuan Ma’ruf OKU, bantuan hari raya, program motivasi dan pemerkasaan diri OKU sebagaimana yang disebutkan tadi kuliah Dhuha, jelajah masjid-masjid dan juga serta program pemerkasaan ekonomi OKU. Sekian, terima kasih.
Dipersilakan Kota Lama.
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih pada Exco atas jawapan yang mantap tadi. Saya nak bertanya daripada 59 ribu tadi congakan saya adalah 3% daripada populasi di Kelantan. Kalau ikut WHO dia menganggarkan 15% populasi dunia ini ada OKU ataupun ada disability.
Di Malaysia, 2% yang di register ataupun yang didaftarkan. Jadi persoalan saya tahniah tadilah bahawa Kelantan melebihi aras nasional. Apa kalau kita tengok peringkat dunia maknanya kita menganggarkan dalam populasi kita di 10 ke 15 atau 12 % OKU. Jadi apa sasaran kerajaan Negeri untuk meningkatkan maknanya ada lagi yang ketinggalan.
Soalan saya, itu yang pertama. Yang keduanya adalah berapa peratusan yang sudah di daftar ini sebenar sudah berdaftar dengan E-Kasih contohnya ya. Dan apakah lagi bentuk-bentuk bantuan dan dalam sudut ini mungkin saya mahu penjelasan daripada EXCO, berapa peratusan ya untuk kita bantu 59 ribu OKU ini yang datangnya daipada pusat dan berapa peratus daripada Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Pertama mengenai bagaimana cara untuk waktu kita memperbanyakkan lagi menambah pendaftaran OKU di Kelantan. Sebagaimana yang disebutkan tadilah melalui NGO-NGO, kesedaran masyarakat melalui wakil-wakil rakyat, program-program yang kita buat di peringkat-peringkat DUN-DUN kita sentiasa mewar-warkan benda ini.
Memang pada tahap awalnya satu orang panggil masalah besar untuk mengeluarkan OKU ini keluar dalam masyarakat untuk bersama. Hasil daripada penubuhan MPPOK penyelaras di peringkat Parlimen dan juga dengan kerjasama penghulu Alhamdulillah sehingga ke hari ini jumlahnya sebegini. Dan memanglah kalau, kalau diikutkan kita berniat untuk membantu semua orang, semua orang terutamanya golongan istimewa ini tapi bagi saya setakat ini bukan berpuas hati tetapi saya merasakan Kelantanlah satu-satunya negeri yang cukup-cukup cakna kepada golongan OKU. Bukan saja di Kelantan pihak MMPOK ini telah keluarkan Negeri Kelantan, keluar daripada Negeri Kelantan menjelajah ke negeri-negeri menceritakan bagaimana Kerajaan Negeri Kelantan ini cakna, cara kepada golongan OKU.
Jadi tahniah hebatnya insan istimewa ini yang membawa asasnya dasar “Membangun Bersama Islam” ini dengan dasar OKU Muqarrabun ini keluar Kelantan dan mudah-mudahan ianya menjadi kesedaran kepada kerajaan Negeri lain dan juga kerajaan masyarakat di seluruh Malaysia ini, apa masyarakat di seluruh Malaysia ni menjadi satu kesedaran yang perdana untuk mendaftar golongan istimewa ini bagi mendapat bantuan-
bantuan dan kebajikan yang disediakan khususnya untuk pusat. Dan dari sudut peratus tu nanti saya bagitahu personal lah. Terima kasih.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Dipersilakan Yang Berhormat Mengkebang.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan untuk soalan saya nombor 8. Terima kasih. Soalan 8 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan sejauh manakah impak pelaksanaan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Sambutan Hari Wukuf, Hari Mabit dan sebagainya dari sudut dakwah dan tarbiah kepada masyarakat Kelantan secara keseluruhannya. ]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻴﻜﻢ ﻋﻠ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan terima kasih kepada Mengkebang. Firman Allah SWT :
ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ ٍۢ ِ ِ ِ رٍ ﻮ ﻜ ُ ﺷ رٍۢ ﺒﱠﺎ ﺻ ﻞ ﻜ ُ ِّ ﻟ ﺖ ﺎﻳ ﻟ ﻚ ﻟ ﰱ إِن ﱠ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﻢ ِ ﻳﱠﯩ ٰ َِ ﺄﺑ ﻢ ﻫ ﺮ ﻛ َ َ ذَٰ ِّ َ ِّ َـٰ َـَٔ ُ ْ وَذَ Maksudnya: Dan ingatkanlah pada mereka itu hari hari Allah yang demikian itu ada tanda peringatan dan kebesaran bagi mereka yang kuat sabarnya dan kuat bersyukurnya. (Surah Ibrahim: Ayat 5)
Mengkebang tadi ada bertanya tentang berkaitan impak-impak daripada perlaksanaan Kerajaan Negeri terhadap sambutan hari-hari kebesaran Islam yang diadakan sepanjang tahun. Dan memang hari kebesaran Islam ini adalah tuntutan dan memang perlu dilaksanakan sebagaimana ayat yang telah saya bacakan di dalam surah Ibrahim di dalam Ayat 5 tadi, ﻢ ِأَ ﻳﱠﯩ ٰ
ِ maksudnya ialah sebagaimana pandangan Al-Iman Ibnu Katsir iaitulah ﻪﻠﻟﱠ ٱ hari-hari kebesaran Islam. Dan hari-hari mempunyai sejarah yang besar.
Jadi hari-hari ini perlu disambut dan perlu diadakan majlis-majlis memperingati kerana mesti akan ada kesannya ataupun impaknya kepada pendengar-pendengar ataupun rakyat. Oleh kerana itulah saban tahun Kerajaan Negeri mengadakan sambutan ini dan dari sudut dakwah serta tarbiah ada kesan-kesan yang baik kepada rakyat negeri ini.
Yang pertama dari sudut dakwahnya kesannya dia dapat beri peluang untuk sebarkan ilmu, kefahaman dan penghayatan ajaran Islam kepada seluruh rakyat negeri Kelantan.
Dan yang keduanya, dia dapat memperkukuhkan syiar Islam dan menyemarakkan rasa cinta kepada syariat Islam ini. Sebab itulah Alhamdulillah sehingga kini kita tengok setelah 35 tahun Kelantan ditadbir dengan “Membangun Bersama Islam”. Berbeza kita tengok dengan Alhamdulillah dengan negeri-negeri yang lain. Juga contohnya soal billboard. Di negeri ini tidak ada larangan ataupun mempunyai larangan terhadap perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat ada di tayangkan di billboard-billboard. Kalau iklan syampu tak boleh tunjuk rambut. Tapi kalau kita pergi ke tempat yang lain syampu mesti tunjuk rambut, dop? Kena ada perempuan.
Jadi maksudnya kita mempunyai satu garis panduan dan kesedaran terhadap impak-impak daripada program-program sambutan kebesaran Islam bahkan Alhamdulillah di rumah rakyat-rakyat kita ini kita tengok kalau kita pergi tak ada gambar-gambar nate hok sakut di atas rumoh. Takdok gambar-gambar patung ataupun apa-apa gambar yang bercanggah dengan syariah. Adanya gambar-gambar ada khat, ada ayat-ayat pilihan ya, gambar-gambar yang baik, gambar-gambar ulama’ haa begitu. Tapi kalau kita pergi tempat lain tengok gambar Jet Li, gambar pelakon, gambar haiwan. Jadi maksudnya ini adalah impak kepada rakyat hasil daripada program yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri.
Begitulah juga Alhamdulillah tahniah kepada pihak sekolah, pihak agensi-agensi kerajaan yang juga setiap kali adanya hari kebesaran Islam mereka telah mengadakan sambutan diperingkat masing-masing demi untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada sama ada di sekolah-sekolah kepada para pelajar dan juga kepada para pekerja di seluruh agensi baik Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Dari sudut tarbiahnya pula, program ini sebenarnya ia mendidik jiwa masyarakat dapat memberi satu penghayatan dan pembangunan rohani, contoh melalui Hijratul Rasul. Maka dapat di sini dinyatakan suatu kepentingan perancangan kepentingan untuk membentuk suatu pengorbanan dalam diri masing-masing supaya kita dapat mempertahankan agama Islam itu lebih baik daripada kita mempertahankan diri kita, keluarga kita sahaja tetapi agama Islam itu kita jadikan sebagai keutamaan untuk kita pertahankan di dalam kehidupan kita. Itu keberkesanan hasil daripada Hijratul Rasul. Contoh melalui Hubbun Nabi ataupun Maulidur Rasul maka rakyat akan diberikan pendedahan tentang kepentingan supaya pri pentingnya kita sentiasa terikat dengan Sunnah Nabi SAW dan juga melaksanakan apa yang diminta oleh syariat Islam oleh junjungan Nabi Muhammad SAW dan dia meluas di dalam masyarakat dan hal ini sebenarnya dapat membangkitkan semangat untuk rakyat negeri kita menjadi rakyat yang utamakan syariat, mengutamakan perlaksanaan syariat Islam.
Kalau dulu ketika mana Salahuddin menguasai Al-Ayyubiah, maka antara yang dia hidupakan dalam kebesaran Islam ialah Hubbun Nabi ataupun Maulidur Rasul ini sehinggakan dua tahun ini daripada itu kesannya umat Islam dapat membebaskan Baitul Maqdis. Jadi kesan-kesan itu ada pada setiap hari kebesaran Islam, Hari Wukuf, Hari Mabit mendidik kita supaya kita bersama bersatu padu dan untuk membangunkan supaya umat Islam ini sentiasa bersefahaman di antara satu sama lain.
Begitulah juga dengan hari-hari kebesaran yang lain yang tidak saya sebutkan satu persatu seperti nisfu Syaaban, Nuzul Al-Quran, sempena Ramadhan dan lain-lain. Ia sudah tentu mempunyai suatu kebesaran yang tersendiri dan kesan-kesan yang tersendiri kepada rakyat negeri ini, terima kasih.
Silakan Mengkebang.
Ok terima kasih apa ni jawapan penjelasan panjang lebar daripada Kerajaan Negeri yang tadi. Untuk soalan tambahan saya bagaimanakah kerajaan memastikan program-program dakwah atau pendidikan Islam ini sampai kepada generasi muda atau kita kenali generasi Y, sorry generasi Z pada hari ini. Ok, terima kasih.
Terima kasih kepada Mengkebang atas soalan tambahan tadi. Dan sememangnya pihak kerajaan Negeri sendiri telah mengutamakan program-program yang berbentuk dakwah dan juga tarbiah ini kepada generasi-generasi muda ya, Gen Z dan sewaktu dengannya yang mana umpamanya program melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam membina Remaja Iman (KRS) ataupun membina remaja iman, Kem Remaja Soleh di mana program ini ada modul khusus yang telah diterapkan dan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan pada setiap tahun RM100 ribu untuk diadakan program ini sampai ke sasaran pada setiap jajahan. Dan program ini sebenarnya daripada 2022 yang lalu, kalau saya ambik dari 2022 telah melahirkan seramai alumninya seramai 2200 orang di 11 jajahan.
Dan daripada MRI, KRS inilah dipilih oleh pusat-pusat Khidmat DUN calon-calon untuk DUN Belia, calon-calon untuk GENTERA, calon-calon untuk kepimpinan pelapis di peringkat DUN masing-masing. Hasil daripada program dakwah dan tarbiah ini di mana ada modul khusus yang diterapkan. Umpamanya modul MRI ini ialah yang pertama kita hidup bertuhan supaya diterapkan akidah yang sohih dan supaya mereka ini sentiasa buat kerja berdasarkan syariah tak lari.
Dan yang keduanya, peta hidup muslim mereka akan diberi pendedahan bagaimana umur sehingga 21 tahun, umur sehingga 30 tahun, sehingga 40 tahun dalam bidang kerjaya, pendidikan. Peta hidup mereka.
Dan yang ketiganya, cabaran yang menggugat juga turut didedahkan dengan cabaran-cabaran terkini umpama berada di era AI yang terkini macam mana anak-anak muda perlu imbangkan kehidupan mereka dan yang keempatnya ialah modul cinta kepada Nabi SAW dimasukkan juga supaya mereka ini ada sandaran terhadap apa sahaja perilaku yang dilakukan. Jadi mereka akan ambil daripada sandaran daripada sirah
Nabi. Ini hadis Nabi, ini sahabat yang kata. Kita tidak mahu sandaran mereka ini daripada pelakon sekian, ha ini daripada pemikir doktrin yang tidak jelas sekian tetapi mesti di ambil daripada sumber-sumber dan tokoh-tokoh yang jelas.
Dan yang akhirnya modul kemenjadian remaja muslim Kelantan khusus dibuat maknanya orang Kelantan ni, anak muda Kelantan ni kalu dia nak main berhibur ini cara berhibur. Kalau dia nak bersukan ini cara bersukan. Sebab tu kita tengok apa termasuklah di liga elit yang telah pun selesai dilaksanakan dan sekarang ini piala MB kita tengok berbeza dengan anak-anak muda yang bermain di tempat-tempat yang lain khususnya di negeri-negeri yang lain. Ini contoh hasil daripada kesan dakwah dan tarbiah antara yang dilakukan selain daripada program-program yang lain yang disusun oleh Kerajaan Negeri untuk anak-anak muda khususnya Gen Z ni. Terima kasih.
Ahli-Ahli Berhormat sekalian, saya berhasrat untuk menangguhkan sidang dewan pagi ini. Dewan akan bersambung pada jam 11.00 pagi.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM10.33 PAGI DAN AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 11.00 PAGI.
(Urusan Dewan selepas rehat)
PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 11.00 PAGI
Persidangan dewan disambung semula. Penggulungan yang akan dibuat oleh pihak Kerajaan daripada perbahasan Belanjawan 2026 yang telah disertai oleh seramai oleh 21 orang Ahli-Ahli Dewan Negeri. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan untuk membuat penggulungan.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih atas kesempatan untuk memberi pandangan dalam sesi penggulungan perbahasan bajet pada tahun ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar yang telah dalam perbentangan bajet yang memperuntukkan sebanyak RM7.6 juta kepada Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan bagi perbelanjaan tahun hadapan.
Walaupun jumlah ini kalau dikira masih belum cukup untuk kita dengan selesa melaksanakan rancangan-rancangan telah di atur namun ianya merupakan pertambahan daripada jumlah yang telah diperuntukkan pada tahun yang lepas. Jadi pada tahun yang lepas program bagi promosi dan juga menggalakkan kegiatan perlancongan dan kebudayaan yang telah menghasilkan jumlah pengunjung ke Kelantan 11.5 juta pengunjung dengan bajet yang lebih kurang RM2 juta ini saya mengirakan dan mengharapkan agar jumlah pengunjung pada tahun 2025 ini akan bertambah dan sasaran kita ialah seramai 11 juta orang. Meningkat 1 juta lebih daripada tahun yang sebelumnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada Ahli-Ahli Dewan Yang Berhormat daripada Salor dan seterusnyalah yang dalam ucapan masing-masing menyinggung secara tidak langsung dan ada yang
menyentuh hal pelancongan dan kebudayaan secara langsung. Saya ingin respon kepada beberapa cadangan dan pandangan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berkaitan terutamanya Yang Berhormat Salor, menyebut tentang kemungkinan Kelantan menjadi satu destinasi untuk pelancong-pelancong berumur pelancong veteran. Beliau menggunakan istilah silver economi, ekonomi orang tua. Simbol pada rambutlah. Dalam hal ini saya dan Dato’ Hadi daripada Kuala Balah … ha masuk dalam kategori inilah. Dan ini ada kaitan dengan pihak health tourism.
Jadi ini salah satu daripada program yang kita sedang mula merencana untuk menggalakkan perlancongan dengan berasaskan kepada kesihatan. Lebih-lebih lagi pula kos kita ini sangat murah berbanding dengan kos rawatan di Pantai Barat di hospital-hospital besar di Pantai Barat dan tahap rawatan kita di hospital kita ada di Kota Bharu seperti Hospital Pakar universiti Sains, Kubang Kerian dan apa ni Kumpulan Perdana, KPJ dan juga KBMC. Kesemuanya mempunyai tahap rawatan yang standard kalau tidak lebih menyamai tahap rawatan yang diperolehi daripada hospital apa nama di Pantai Barat Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang. Dah mula dah Yang Berhormat Yang Dipertua datangnya pengunjung yang bertujuan untuk mendapat rawatan di ketiga-tiga hospital ini.
Satu hal yang penting juga untuk kita ketahui Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, satu-satunya hospital yang diiktiraf bukan saja oleh pihak kerajaan tetapi pihak swasta sebagai hospital Pakar mengenai neuro. Pertamanya mengenai pembedahan otak. Itu saya rasa ini satu yang kita sedang usahakan dan akan mendapat pulangan yang In Shaa Allah memberi munafaat kepada bukan saja pemain dalam bidang health tourism tetapi juga mereka yang terlibat dalam industri pelancongan keseluruhannya.
Yang Berhormat Tendong walaupun dalam ucapan beliau tak sempat sebut tentang perlancongan saya dengar hujung aja, pelancongan lepas tu dah habis masa. Jadi komunikasi saya dengan dia, dia kata ooo yang dia mintak, dia cadang supaya Kota Bharu ini memandangkan usaha untuk nak mempertingkatkan facilities airportnya menjadi persediaan untuk antrabangsa, penerbangan antarabangsa kita wajar ambil langkah untuk mendapatkan persetujuan daripada syarikat-syarikat penerbangan
untuk menjadikan Kota Bharu sebagai hub penerbangan untuk sekitar Kawasan Timur Barat. Timur Barat pulaa, timur apa itu Timur Laut ini.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat daripada Tendong, memang kita telah mula usahakan sejak daripada mulanya pereseran yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan bahawa dengan persetujuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Airport Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu akan dijadikan lapangan terbang antarabangsa. Dan kita memang layak untuk itu. Sebab sekarang ini domestik. Dan domestik ini airport kita adalah yang kedua tersibuk di seluruh Malaysia. Dan nombor satu tersibuk di Semenanjung Malaysia. Katanya yang nombor satu tu daripada Sarawaklah. Kita ada 24 penerbangan satu hari. Dan mengikut kenyataan yang dibuatoleh Ketua Pengarah Lapangan Terbang Malaysia Airport Berhad, baru-baru ini bahawa dalam tempoh 9 bulan sahaja airport Kota Bharu telah mengendalikan satu 1.3 juta penumpang. Itu sudah cukup memberi keyakinan bahawa wajar airport kita ini dinaikkan menjadi taraf airport antarabangsa.
Saya telah mengambil inisiatif untuk bertemu dengan pihak berkuasa syarikat Air Asia bersama dengan Yang Berhormat Dr. Izani selaku Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan berbincang dengan hal ini dan komitment daripada Air Asia ialah bahawa mereka sedang menimbang secara serious untuk menjadikan Kota Bharu sebagai hub untuk Timur Laut. Maknanya Timur Laut itu merujuk kepada kawasan Thailand, Indo China, Filipines dan juga Cambodia, Vietnam. Jadi cuma mereka pada masa itu orang kata mereka tidak boleh buat sekarang sebab tak cukup kapal terbang. Aircraft dia sejak daripada Covid apabila penerbangan semua kena grounded selepas covid angkat diangkat boleh terbang balik, makna setiap aircraft tu nak kena under go dia panggil apa ni triple maintenance apa namanya dan macam-macam lagilah repair dan itu mengambil masa. Sebab dia tempat apa namanya pemulihan ataupun servis punya hanger di Kuala Lumpur itu kecil, tidak besar jadi jumlah aircraft yang boleh dibaiki, di servis balik iaitu mengambil masa yang agak lama, so sebaik sahaja kita cukup, aircraft ready untuk bergerak mereka akan datang mulakan di Kota Bharu ini. Itu satu.
Yang keduanya, School Airlines. School Airlines pernah datang ke Kota Bharu, berhenti masa covid dan mengambil masa yang agak lama untuk review penerbangan, untuk memulihkan penerbangan. So Alhamdulillah
mereka dah mula datang ke Kota Bharu dan ini memberi kita peluang yang baik untuk mendapat exposure terus ke Singapura sebagai tempat untuk kita adakan promosi pelancongan ke Kelantan.
Yang seterusnya, Yang Berhormat dari Nenggiri, menyebut tentang perlunya persidangan dibuat untuk mengambil munafaat daripada kawasan Nenggiri, tasik Nenggiri yang sedang dalam pembinaan untuk tujuan pelancongan. Terima kasih atas cadangan ini memang kita dah apa namanya buat tinjauan. Dan untuk tujuan ini pihak swasta adalah pihak yang lebih baik untuk mengambil inisiatif bagi membuat cadangan pada kerajaan untuk melaksanakan tourist punya aktiviti di situ. Jadi In Shaa Allah kita akan mula keluarkan request for proposal apa ni cadangan untuk apa-apa projek yang ingin dilaksanakan oleh pihak swasta di sana.
Yang Berhormat Pulai Chondong minta bantuan daripada TIC untuk ikut memberi publisiti kepada tempat-tempat pelancongan yang ada di sekitar daerah Machang. In Shaa Allah ini kita ambil perhatian dan memang TIC di antara tugas utamanya ialah untuk membuat promosi mengenai tempat-tempat yang menarik untuk para pelancong.
Wakaf Bharu sebut mengenai pengindahan kawasan Wakaf Bharu untuk dijadikan dengan tempat kunjungan masyarakat di sekitar Kota Bharu dan Tumpat. Dan Alhamdulillah saya juga ikut rasa gembira dengan kejayaan yang telah dicapai, pengindahan di sekitar Pasar Wakaf Bharu.
Dan Yang Berhormat Pantai Irama menyebut tentang kegiatan yang bersifat keadaan masa apa namanya banjir ini, musim-musim tengkujuh muncul ombak yang telah kita jadikan kegiatan sebagai acara tahunan. Tahun lepas kita dah adakan di pantai Kemasin dan tahun ini pun di tempat yang sama yang lebih besar lagi In Shaa Allah dan seterusnya.
Begitulah juga cadangan beliau berkenaan dengan pusat latihan silat wajar ditubuhkan. Ini sedikit masalah kerana seni silat ini mempunyai pelbagai jenis dan masing-masing sekarang ini latihannya dibuat di tempat masing-masing. Seeloknya betullah kita ada satu tempat dan silat satu jenis tapi yang berlaku sekarang ini di Kelantan kita ini kita ada macam-macam jenis silat.
Dan keduanya ialah di sekolah pun diambil silat sebagai satu kegiatan ko-kurikulum. Dan tidak semua sekolah mengambil semua jenis silat. Ada satu dua jenis silat. Walau bagaimanapun kegiatan latihan silat dan dipromosikan di kalangan para pelajar orang-orang muda ini sedang berjalan rancak, Alhamdulillah.
Dan Yang Berhormat Kuala Balah menyebut tentang Jeli untuk dijadikan salah satu tempat perlancongan yang ulung kerana ianya bertempat di pintu masuk ke Kelantan daripada Penang dan juga Perak. Dan ini saya sangat setuju In Shaa Allah kita bersama Yang Berhormat Kuala Balah dan juga Yang Berhormat Bukit Bunga walaupun dari segi daerah pentadbirannya dia di bawah Tanah Merah tetapi dari segi kawasan pilihanraya sama dalam parlimen Jeli. Kita sama In Shaa Allah akan membangunkan Jeli ini kerana ia terdapat di sana beberapa hal yang agak istimewa tak ada tempat lain, yang pertamanya ialah batu permata, batu kecubung haa itu hanya Jeli jer yang ada dan belum kita mula memasarkannya secara agresif. Yang keduanya masakan yang menggunakan apa itu pokok pijat itu, haa itu walaupun dalam hal ini Kuala Krai pun kata dia pun ada juga pijat tapi takpolah kita berdua tak buatlah tapi lain-lain tempat tak ada ini benda-benda yang unik di kawasan ini perlu kita ketengahkan dan utarakan.
Dan yang akhirnya ialah Yang Berhormat Mulia dari Dabong saya ikut perbahasannya dengan teliti. Yang Berhormat Mulia menyampaikan pandangannya dengan penuh semangat Alahmdulillah. Ingin saya ucapkan tahniah kepada Dabong kerana Dabong merupakan satu-satunya daerah antara yang awal daripada Kelantan ini yang mendapat exposure ke luar Malaysia dengan program “Train To Dabong”. Ini juga terima kasih banyak kepada (KTMB) Keretapi Tanah Melayu Berhad yang telah memulakan program ini. So “Train To Dabong” ini masih berjalan sampai sekarang.
Cuma ada beberapa hal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mulia Dabong berkenaan dengan kurangnya maklumat kepada pengunjung mengenai tempat-tempat yang menarik di Dabong. Dalam pada kita menerima ini sebagai juga tanggungjawab Jawatankuasa Pelancongan melalui TIC namun Pihak Berkuasa Tempatan Dabong juga harus mengambil tanggungjawab ini. Majlis Daerah Dabong saya fikir kena ikut samalah dalam memberi penerangan kepada para pengunjung datang ke
Dabong dan juga komuniti Dabong berdiri di bawah Yang Berhormat Mulia Ahli Dewan Undangan Negeri Dabong dapat kita organize untuk memberi penerangan yang secukupnya kepada pengunjung. Sebahagian daripada pengunjung datang dengan secara DIY. Maknanya datang sendiri gitu. Bukan melalui agensi pelancongan.
Kalau melalui agensi pelancongan sudah pastilah mereka di bawak ke sana ke mari dengan penuh rencana. Tapi oleh kerana sebahagian besarnya datang dengan cara bersendirian, jadi mereka sampai-sampai dia agak limited terhad tempat-tempat yang dia patutnya dikunjungi. Itulah sebabnya perlu kepada penerangan yang lebih. Jadi ini bekerjasamalah yang erat antara kita daripada Kota Bharu TIC dan juga pihak yang berkuasa pihak yang terlibat di Dabong terutamanya Majlis Daerah Dabong.
Dan kita juga wajar apa namanya memaklumkan bahawa Dabong juga mendapat perhatian daripada pihak Menteri Besar secara langsung melalui bantuan kewangan daripada MOTAC, Ministry of Tourism Culture ataupun Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan telah memberi peruntukan yang agak banyak dan juga untuk Dabong saya kira-kira hampir RM4 juta dalam tempoh dua tahun ini, 2024 dan 2025.
Selain daripada itu, terdapat juga bantuan daripada Jabatan Mineral dan juga Geologi pasal Dabong duduk dalam kawasan geo park. So ini apa namanya telah memberi Dabong kedudukan yang agak lebih daripada daerah lain. So In Shaa Allah kita perbaiki perkhidmatan kita dan perbaiki penampilan kita untuk menarik lebih ramai lagi.
Tapi satu hal yang ingin saya sebut bahawa kita di Dabong itu kena mempunyai persiapan yang kukuh. Saya risau apabila terlalu sukses kita punya promosi ramai orang datang, tempat terhad dan kita ada masalah. So, saya menyeru kepada Majlis Daerah terutamanya YB Dabong untuk membuat persiapan secukupnya bagi menampung keperluan dan jumlah pengunjung yang In Shaa Allah akan datang dengan lebih ramai lagi pada tahun-tahun yang mendatang. Sekian, terima kasih.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Dipersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO & Perpaduan Masyarakat.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Amar D’Raja, Speaker. Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang, MB atas peruntukan Belanjawan 2026 yang telah diperuntukan kepada Portfolio Belia, Sukan, NGO Dan Perpaduan Masyarakat yang berjumlah RM10.3 juta. Dan juga terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh tentang Portfolio Belia, Sukan, NGO Dan Perpaduan Masyarakat. Dan pada pagi ini saya juga ingin mengalu-alukan kedatangan Ahli-Ahli ADUN Belia yang turut bersama kita pada persidangan pada hari ini. Selamat datang.
Dan In Shaa Allah untuk sesi penggulungan ini saya akan menggulungkan berdasarkan portfolio yang dibangkitkan. Yang pertama tentang portfolio belia. YB Galas secara tidak langsung ada menyentuh sedikit tentang isu penyalahgunaan dadah. Apabila beliau bercakap tentang peruntukan ataupun perubahan pengkalan-pengkalan haram di Rantau Panjang. Dan beliau menyebut jumlah agihan di negeri Kelantan pada tahun lepas adalah RM11 ribu atau begitulah lebih kurangnya. Cuma saya suka ingin menyampaikan ataupun berkongsi beberapa statistik dan berita baik untuk kita. Sebab berdasarkan statistik terkini daripada AADK dan juga PDRM dan semua agensi yang terlibat sehingga Jun 2025 telah berlaku penurunan sebanyak 7.3% di Negeri Kelantan berbanding pada tahun 2024 iaitu sehingga Jun 2025 jumlah penagih dadah adalah 14 320 berbanding Jun sehingga Jun 2025 sebanyak 15 448 iaitu penurunan 7.3%.
Dan berdasarkan data juga angka ini merupakan yang keempat tertinggi di Malaysia selepas Selangor, Kedah dan Johor dari segi angka. Manakala kadar privellence per 100 ribu penduduk juga menurun pada 2024 purata penduduk adalah 418, bagi tahun 2025 adalah 758.
Dan di sini saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada PDRM, AADK dan Agensi Kawalan Dan Perlindungan Sempadan AKPS dan semua pihak yang terlibat dalam membantu menurunkan kadar ini Alhamdulillah.
YB Jelawat ada menyebut juga tentang Kelantan sebagai pembekal modal insan kepada negara. Saya suka juga ingin mengulas tentang perkara ini di mana kita semua tahu bahawa anak-anak muda Kelantan ramai yang berjaya dalam pelbagai bidang akademik, sukan, interpreneur dan sebagainya. Walaupun nama yang kita semua biasa dengar Khairul Aming dan nama-nama lain yang cukup cemerlang dan hebat.
Dan begitu juga kalau kita tengok berdasarkan data jumlah pelajar Kelantan di universiti mengikut laporan KPT, Kementerian Pengajian Tinggi bagi tahun 2024 di IPTA, ni IPTA saja ni tidak termasuk IPTS dan institusi di luar negara dan sebagainya. Seramai 47 441 orang. Itu di universiti. Dan beberapa hari yang lepas, beberapa hari yang lepas di sebut tentang bilangan penjawat awam, bilangan penjawat awam yang berasal daripada Kelantan adalah sehingga bagi tahun 2025 di mana Kelantan merekodkan seramai 170 383 penjawat awam bersamaan 13% daripada keseluruhan 1.3 juta penjawat awam di Malaysia. Alhamdulillah tahniah sekali lagi pada sew luruh rakyat Kelantan.
Jadi apabila kita melihat kepada faktor-faktor tadi kadang-kadang kita juga agak sedih bila ada sebahagian daripada kita bila bercakap tentang Kelantan, apabila bercakap tentang belia, anak muda, rakyat Kelantan dan sebagainya selalu melihat kepada sudut-sudut yang negatif apabila berlaku contohnya di beritakan kes penagihan dadah berlaku penangkapan dan sebagainya. Pada waktu itu di media sosial dan di media arus perdana digambarkan seolah-olah hanya Kelantan yang terlibat dan negeri lain tidak terlibat. Apabila beberapa bulan yang lepas berlaku tangkapan kes pelacuran. Gege gegok orang-orang tertentu seolah-olah Kelantan sahaja yang berlaku kes tersebut sedangkan negeri lain tidak ada. Jadi saya cukup kesal dengan sikap-sikap sedemikian.
Seterusnya YB Nenggiri ada menyebut tentang portal Kelantan marketplace untuk kegunaan usahawan muda dan termasuk juga YB Chempaka ada juga menyentuh tentang mencadangkan pembangunan digital hub.
Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan semua melalui portfolio Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat kita sedang membangunkan apa yang disokong satu eko sistem Kelantan Youth DigitalPreneur untuk satu eko sistem untuk membantu usahawan-usahawan muda Kelantan untuk terlibat dalam industri ataupun ekonomi digital. Di mana kita telah mengadakan satu round table discussion ataupun persidangan meja bulat pada 02hb November yang lalu bertempat di sebuah hotel Kota Bharu yang melibatkan agensi-agensi daripada Persekutuan terutamanya MDEC dan juga technology provider, Telekom, Celcom, Digi dan GLC-GLC di Kelantan, Kelantan ICT Gateway, ECDC dan juga institut pengajian tinggi UMK dan juga pemain-pemain industri termasuk anak-anak muda kita yang sudah berjaya dalam apa dalam ekonomi digital termasuk yang baru belajar. Dan Alhamdulillah kita telah berjaya menghimpunkan seramai 28 orang stakeholders untuk membincangkan satu hala tuju dan untuk membentuk satu ekosistem Kelantan Youth DigitalPreneur. Dan In Shaa Allah selepas ini akan ada pertemuan-pertemuan dan perbincangan seterusnya untuk kita menyediakan satu roadmap yang lengkap.
Manakala YB Pulai Chondong dan juga Pantai Irama ada menyentuh tentang program Az-Ziwaj. Di mana antara cadangannya supaya sumbangan untuk kedua-dua pasangan maknanya lelaki dapat dan perempuan pun dapat. Dan Pantai Irama juga mencadangkan supaya diadakan juga program sampingan bekwoh perdana dan sebagainya. Buat masa ini saya rasa kita belum bersedia lagi untuk menambah peruntukan tersebut disebabkan faktor kewangan semasa yang masih belum orang kata memberansangkan maknanya kita ada untuk meneruskan apa yang sedia ada dan In Shaa Allah kita doakan selepas ini jika apa ini pendapatan-pendapatan yang lain terutamanya REE dan yang lain. Dan In Shaa Allah jika kewangan mengizinkan kita boleh mempertimbangkan perkara-perkara tersebut.
Cuma mengenai program-program yang lain In Shaa Allah program-program sampingan ini akan kita boleh buat penyelarasan bersama dengan EXCO Pembangunan Keluarga dan juga Exco Agama.
Seterusnya saya ingin masuk kepada portfolio sukan. Isu yang banyak dibangkitkan ialah isu padang bola iaitu satu DUN satu padang bola. Nenggiri membangkitkan tentang keperluan-keperluan untuk
menaikkan ataupun keperluan satu padang bola yang memenuhi piawaian dan Nenggiri mencadangkan di padang bola Jerek.
Berdasarkan maklumat saya sudah merujuk pihak Pejabat Tanah di Gua Musang. Di dalam DUN Nenggiri setakat ini ada dua padang bola utama. Satu di padang Jerek, Jerek dih orang panggil? Dia bahasa Kelate pendek-pendek jah dih. Jerek dih maknanya satu di Jerek dan satu lagi adalah di perumahan Ladang Sungai Terah, ataupun perumahan Tok Guru. Di mana berdasarkan maklumat pada keluasan tanah di mana kedua-duanya ini adalah memang tanah kerajaan dan adalah rizab untuk masuk awam. Hokni boleh digunakan untuk orang ramai.
Di sungai Terah keluasan dia adalah 2.077 hektar, di perumahan Ladang Sungai Terah. Manakala di Jerek tadi keluasan dia 0.79 hektar. Sorry, keluasan tanah adalah 1.599 hektar. Itu keluasan tanah. Walaubagaimanapun hok Jerek itu dia ada banyak bangunan-bangunan di atas tanah termasuk gelanggang takraw dan sebagainya.
So, bagi maksud satu padang bola yang memenuhi piawaian menurut pandangan Pejabat Tanah Gua Musang, Jerek itu dia tak cukup saiz. Jadi mungkin, mungkin saya mencadangkan permohonan boleh diangkat kepada pihak kerajaan untuk di ladang Sungai Terah In Shaa Allah.
Manakala YB Gual Periok membangkit tentang keperluan padang bola sepak di Gual Periok dan setakat ini kita telah di pihak kerajaan telah memberi sedikit sumbangan. Nak kata banyak dok jugok sikit jah dih? Sekadar untuk menambah dan sebagainya untuk padang di Maahad Muhammadi Rantau Panjang. Jadi mungkin selepas ini mungkin pihak ADUN boleh berbincang dengan pihak sekolah dan juga pihak YIK untuk mengangkat padang tersebut sebagai satu padang utama di Gual Periok, In Shaa Allah.
Manakala YB Pengkalan Pasir ada menyebut tentang projek naiktaraf mini stadium di Pasir Mas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat semua nilai projek bagi pembangunan mini stadium Pasir Mas adalah 4.160 maknanya RM4.16 juta. Yang mana sebagaimana disebut projek sudah bermula di mana tarikh masuk tapak adalah pada 03hb. 11 yang lalu. Dan tempoh projek adalah 72 minggu dan In Shaa Allah jangkaan siap adalah pada 21 Mac 2027. Siap sebelum SUKMA 2028 maknanya In Shaa Allah
mini padang stadium Pasir Mas ini juga merupakan salah satu venue untuk acara bola sepak bagi SUKMA 2028.
Cuma untuk rekod saya suka menyebutkan di sini dalam, sebab ada soalan sebenar tapi tokdey jawab mengenai satu padang, satu DUN. Setakat ini bermula pada sesi ini kita telah dan sedang membangunkan kerja baikpulih dan juga naiktaraf di lima lokasi padang bola.
Yang pertama padang bola di Apam Putra di Pasir Mas. Yang kedua padang di Gual Ipoh, Tanah Merah. Yang ketiga, padang di Bukit Panau Tanah Merah, padang Domis. Padang ini lama doh cuma kita membuat penambahbaikan dari segi infra. Yang keempat padang Bukit Tok Ali, Kuala Balah Jeli, Alhamdulillah telah berjalan ya, Alhamdulillah. Dan juga padang Rekang Hulu di Bachok.
Ok seterusnya YB Pulai Chondong membangkitkan tentang sukan sepak takraw dan kita kata kalau boleh minta bantuan kepada GASTAK. Makna kata boleh RM100 ribu pun takpo doh dih. Jadi untuk makluman berdasarkan rekod untuk sepanjang tahun 2025 pihak kerajaan telah menyumbang sebanyak RM195 ribu untuk GASTAK. Maknanya sumbangan ini lebih kepada untuk penyertaan ke STL, Sepak Takraw League dan juga untuk penganjuran piala TMB dan In Shaa Allah akan berlangsung pada penghujung bulan 11 dan awal bulan 12 nanti piala TMB yang mana akan melibatkan Parlimen dan juga peringkat negeri In Shaa Allah. Jadi tak ada masalah la dih. In Shaa Allah sekiranya kewangan mengizinkan kita boleh tambah lagi In Shaa Allah. Cuma dalam pencelahannya YB Kota Lama ada bertanyakan tentang bantuan pada KELSDEAF. KELSDEAF ini satu persatuan sukan orang pekak. Yang mana selalu mengadakan kunjung hormat dan perbincangan dengan saya dan juga beberapa agensi yang lain. Dia isu KELSDEAF ini dia unik sikit. Kita perlu memahami isu ini ya.
Pertama sekali dia di bawah majlis sukan negara ataupun diperingkat Olimpik sekalipun dia hanya dua sukan yang diiktiraf. Maknanya sukan yang able, orang yang sihat supo kitolah yang cukup syarat apa semua kan, cukup anggota dan sebagainya. Dan satu lagi dia panggil, sukan para, para olimpik SUKMA dan sebagainya. Sukan orang-orang OKU yang pelbagai OKU. Isunya ialah KELSDEAF ni tok tahu nak duk mano. Dari segi fizikal dia boleh compete dengan orang-orang yang able. Jadi walau
bagaimanapun mereka tok se compete dengan orang yang able. Jadi mereka mempunyai sukan dia sendiri, dia anjur sukan dia sendiri. Jadi akhirnya menyebabkan isu peruntukan. Makna dia secara khususnya kalau di MSN memang tidak ada peruntukan khusus.
Walaubagaimanapun, ha walaubagaimanapun kita concern, kita prihatin kita diperingkat kerajaannya kita membantu setakat yang kita bolehlah berdasarkan kedudukan kewangan yang ada. Makna sepanjang 2024 kita telah menyumbang sebanyak RM24 ribu sahaja kepada KELSDEAF. RM24 ribu sepanjang 2024. 2025 ada peningkatan sebanyak RM31 675, ini pelbagailah maknanya rasanya sumbangan ini diberi berdasarkan permintaan. Contoh bila dia nak join sukan futsal diperingkat kebangsaan, dia minta sumbangan. Bila dia nak join sukan bowling, dia minta sumbangan. Bila dia nak join sukan bola sepak dia minta sumbangan. Jadi kita akan menyumbang berdasarkan permohonan.
Dan yang terakhir itu yang agak viral iaitu bila mereka ingin ke SUKMA dio mana sukan orang pekak di Malaysia. Dan pada waktu itu di pihak kerajaannya menyumbang RM10 ribu. Dan Alhamdulillah berdasarkan maklumat yang kita dapat, pihak ICU pun menyumbang RM20 ribu dan juga pejabat ADUN Kota Lama turut menyumbang. Terima kasih ADUN Kota Lama. Cuma saya suka juga ingin menyebut beberapa faktalah apabila kita melihat dari sudut yang betullah.
Kalau kita bercakap tentang perkara per kapita dari segi peruntukan yang mana jumlah penduduk Kelantan aggaran untuk 2025 adalah 1.9 juta. Ini termasuk pekak, OKU dan sebagainya. Dan juga berdasarkan data juga jumlah orang pekak di Kelantan adalah seramai 3 036 orang. Jadi kalau kita ikut per kapita ni berdasarkan kewangan yang kita sudah sumbangkan dia lebih kurang per kapita untuk orang pekak ini dia boleh 10 ya untuk bantuan per kapita. Daripada RM30 ribu tadi dia ada RM3 ribu lebih. Jadi atas sor palo dalam RM10 ya.
Manakala untuk orang yang able supo kito ni per kapita hanya RM1.60 sahaja. Maknanya kalau kita kecek tentang fakta itu dari segi ratio tu sudah tinggilah bantuan kepada orang pekak walaupun bagaimanapun saya kata bukan kata bukan kita nak limit In Shaa Allah kita meraikan sekiranya ada permintaan dan sekiranya bajet ada. Macam loni pun dia duk tengoh mitok untuk menjadi tuan rumah pada tahun depan makna
futsal Malaysia, jadi kita pun nenggung jugok nak cari duit mano dih. Haa bendo-bendo gitula key jadi mungkin kita akan tengok keutamaan kita la.
[MENCELAH] Boleh penjelasan … aaa dibenarkan?
Tokleh doh dih? Penggulungan tokleh dih …
Atas EXCO la … biasa penggulungan tak ada penjelasan …
Tak apa … sila …
Sikit yah tentang saya difahamkan bahawa sukan orang pekak ini sudah diiktiraf di peringkat nasional. Tetapi maknanya ada tiga sukan, able sukan orang biasa kemudian sukan para dan sukan orang pekak. Cuma yang saya difahamkan dia belum lagi daripada sudut birokrasi turun ke bawah itu tidak berapa jelas, jadi mungkin EXCO lebih arif tentang perkara ini, terima kasih.
Berdasarkan setakat maklumat yang saya ada belum lagi. Ya mungkin kalau Kota Lama ada maklumat mungkin boleh sampaikan pada saya In Shaa Allah. Ok seterusnya portfolio NGO. YB Bukit Bunga ada membangkitkan tentang kriteria permohonan geran untuk program NGO dan Perpaduan Masyarakat. Untuk makluman Ahli Dewan semua dibawah portfolio NGO peruntukan sangat terhad. Berbanding dengan portfolio lain. Manakala tadi kalau sukan RM3 juta, belia RM3.1 juta, untuk NGO hanyalah RM200 ribu sahaja. Dan bila kita sebut NGO ni dia macam-macam NGO. NGO sekolah, NGO sukan, NGO kampung, KRT dan sebagainya. Jadi RM200 ribu ni nok settle semua ni terlalu limited. Dan kadang-kadang masalahnya hok mari ni dia mintak untuk jamuan, dia
mintak untuk apa ni hari keluarga which is saya rasa agak susahlah untuk kita memberi kelulusan dan keutamaan kita akan tengok lebih kepada program-program kebajikan maknanya permohonan untuk mengadakan program kepada yang memberi manfaat kepada orang lain. Bukan sekadar untuk persatuan dia sahaja. Jadi keutamaan kita lebih kepada peruntukan-peruntukan yang tersebutlah.
Sebab pada masa yang sama untuk dengan dana yang ada ini juga digunakan oleh unit NGO dibawah U-BES untuk mengadakan program konvensyen NGO, iftar NGO dan sebagainya. Dan akhirnya hok 200 ni tinggal tok sapa 100 pun untuk sumbangan-sumbangan kepada NGO. Haa gitulah mungkin jadi In Shaa Allah pada masa-masa akan datang jika kewangan mengizinkan pihak kewangan boleh pertimbanglah kita tambah lagi peruntukan untuk NGO.
Seterusnya YB Nenggiri ada membangkitkan ini secara tidak langsunglah saya nak sebut jugak membangkitkan tentang isu konflik hidupan liar, gajah. Haa ini berkaitan dengan gajah. Hokni pun mungkin saya yakin EXCO Komuniti akan jawab lebih luas. Cuma saya nak menjawab dalam skop NGO. Untuk makluman berdasarkan rekod Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar dan Taman Negara Perhilitan merekodkan 4 919 aduan konflik manusia, gajah di Malaysia sepanjang 2020-2024. Maknanya di seluruh Malaysia. Kes Kelantan yang saya ada data sini adalah direkodkan pada tahun 2020 sebanyak 128 kes. Hok 2025 ini saya tidak ada data lagi. Cuma apa yang saya nak sebutkan di sini adalah dibawah Kementerian Perladangan dia ada satu yayasan. Dia panggil MPOGCF. Ataupun dalam Bahasa Melayunya Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia, Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation. Yang mana saya berada di sanalah sebelum saya meletak jawatan untuk bertanding.
Dan yayasan ini dia mempunyai peruntukan untuk program-program yang melibatkan Human Wildlife Conflict. Makna gajah, harimau apa-apa sahaja yang melibatkan Human Wildlife Conflict ada peruntukan. Dan yayasan ini juga telah meluluskan bajet dan dah selesai pun menjalankan kajian dengan kerjasama UMK dan juga Jabatan Perhilitan what they call kajian untuk feasibility koridor gajah di Jeli. Selesai doh dia buat. Maknanya dia ada satu kajian yang dia buat cuma masalahnya bila nak melaksanakannya melibatkan laluan kebun, laluan ladang-ladang kadang-kadang milik persendirian yang akhirnya mereka tokse wi lalu.
Jadi bila tokse wi lalu masalahlah. Sebab gajah ni dia dari segi pergerakannya dia ada laluan dia. Ha dia memang lalu kot tu sokmo. Makna dia lalu kot tu dia balik kot tu dan sebagainya.
Jadi bila adanya koridor ni dan In Shaa Allah benda ini akan berjaya di atasi sebab antara kejayaan-kejayaan yang pernah dibuat di sebuah ladang sawit di Sabah dan juga di FELDA Sungai Ara di Johor yang mana yayasan ini bekerjasama dengan NGO disana untuk melaksanakan program ini. Jadi lanjutan daripada itu melihat daripada sudut NGO pihak yayasan telah datang berjumpa dengan pejabat EXCO NGO dan bila kita panggil pegawai U-BES kita check dengan konfiderasi NGO Kelantan, senarai-senarai NGO yang berdaftar di Kelantan ini kita tok jupo NGO yang aktif dalam menangani isu alam sekitar.
Jadi itu antara cabaran kitalah. Dan hasil daripada itu perbincangan dengan ADUN YB Kuala Balah, difahamkan semalam pertemuan dengan pihak yayasan telah bersetuju untuk rakan-rakan di Jeli dan Kuala Balah menubuhkan sebuah NGO yang mengurus alam sekitar ini dan akan bekerjasama dengan yayasan ini untuk projek mitigasilah. Untuk mitigasi dari segi mengurangkan Human Wildlife Conflict ataupun dari sudut ini konflik manusia gajah. Sebab ini isu-isu nasional. Dan memang satu isu yang besar yang perlu ditangani bersama. Jadi tahniah pada YB Kuala Balah atas inisiatif ini dan semoga mungkin juga pihak Nenggiri ataupun pihak-pihak kawasan yang terlibat dengan isu konflik gajah dan juga manusia ini boleh berbincang dengan YB Kuala Balah atau mungkin boleh direct dengan MPODCF tadi tengok ruang-ruang kerjasama yang boleh dilakukan.
Seterusnya, akhir sekali tentang perpaduan masyarakat. Yang ni YB Pulai Chondong juga ada sebut tentang cadangan tadi program Integrasi antara kaum yang melibatkan sekolah YIK, sekolah Tamil dan sekolah Cina ini mungkin EXCO Pendidikan boleh ulas lebih panjang. Cuma diperingkat EXCO Perpaduan kita menyokong penuh cadangan itu dan juga makna usaha tersebut juga kita sentiasa lakukan makna selain daripada hok tadi hok melalui sekolah tadi setakat ini melalui … melalui U-BES, pelbagai program yang telah kita laksanakan yang membabitkan perpaduan kaum.
Antaranya terbaru baru minggu lepas ya, satu program “Train To Dabong” yang kita menggabungkan peserta pelbagai kaum yang melibatkan 35
orang, 10 orang Melayu, 15 orang Cina dan 10 orang Siam. Jadi itu adalah salah satu usaha-usaha untuk kita merapatkan perpaduan dikalangan anak muda kita.
Selain daripada itu kita juga mengadakan yang ni dianjurkan oleh pihak swasta ataupun pihak wild di Repek tu dia ada persatuan di situ dan setiap tahun dia buat kejohanan bola sepak. Kejohanan antara Siam dengan perpaduan kaum dan sebagainya yang itupun kita menyediakan peruntukan untuk mereka mengadakan program tersebut. Selain daripada itu program Harmony Fest yang kita baru selesai pada minggu lepas bersama dengan orang-orang Asli dan In Shaa Allah program ini akan kita adakan daripada masa ke semasa dan juga karnival Kelantan Model Perpaduan.
Jadi secara ringkasnya begitulah yang ingin saya sebutkan di sini cuma ada beberapa perkara lagi sebagai kesimpulannya. Kita di bawah portfolio Belia, Sukan, NGO Dan Perpaduan Masyarakat sekarang ini ada beberapa flagship programme yang saya rasa perlu dimaklumkan di sini untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat semua.
Pertamanya yang kita telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar adalah Kelantan Future Leaders Institute. Mana satu agensi, satu badan yang akan merancang pemetaan kepada hala tuju kepimpinan masa depan Negeri Kelantan di mana beberapa program kita telah adakan Kelantan Future Leaders Camp yang melibatkan 150 peserta pelajar sekolah. Kelantan Future Leaders Bootcamp yang melibatkan 139 pelajar lepasan SPM dan juga STPM. Dan juga Kelantan Future Leaders Academy yang melibatkan 98 pelajar daripada IPTA dan IPTS.
Selain daripada itu kita juga telah mengadakan konvensyen Kelantan Future Leaders yang melibatkan hampir 300 orang peserta dan juga yang bersama kita pada hari ini adalah ADUN Belia yang In Shaa Allah dia akan bersidang tak lama lagi, seminggu dua lagi yang melibatkan 57 orang ADUN yang telah kita pilih. Dan Alhamdulillah berdasarkan rekod dari segi pencapaian total effect leaders yang kita telah kumpulkan dalam data base kita ini pelbagai latar belakang seramai 739 orang pemimpin-pemimpin muda yang telah kita pernah kenalpasti dan berada dalam data base kita untuk kita bangunkan.
Selain daripada itu, bagi portfolio belia juga sebagaimana saya sebut tadi kita membangunkan kem KYD Kelantan Youth Digitalpreneur untuk membangun membina eko sistem usahawan digital anak muda Kelantan. Itu adalah salah satu lagi dan flagship programme dibawah EXCO Belia.
Manakala satu lagi perkara saya ingin sentuh untuk makluman kita bersama juga ialah tentang dasar Sukan Bersama Islam yang sedang kita perhalusi, sedang kita bina ini dengan kerjasama pakar-pakar daripada UM di mana kita telah mengadakan Majlis Pertukaran Dokumen (MOA) pada 29 Mei lalu. Di mana pakar-pakar ini terdiri daripada bidang agama, bidang sains sukan dan perubatan. Maknanya mereka melihat dari semua sudut. Dan setakat Oktober 2025 pelbagai pelaksanaan telah dilakukan dan berdasarkan rekod telah mencapai sehingga 40% kemajuan maknanya kita dah dalam menyiapkan dasar Sukan Bersama Islam tadi kita telah menyiapkan 40% dan In Shaa Allah ada lagi beberapa fasa yang akan dilakukan.
Antara yang telah dilakukan adalah Fasa 1 pada 06 Februari yang lalu Round Table Discussion (PUM) yang melibatkan ahli akademik, pengamal sukan dan agensi kerajaan di mana fokus perbincangan adalah isu pakaian atlet, pengasingan ruang dan waktu serta penjadualan bagi menghormati waktu ibadah. Fasa kedua pada 17 April 2025 fokus group discussion di negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu yang melibatkan penyertaan atlet jurulatih dan agensi kerajaan. Antara cadangan utama adalah inovasi pakaian patuh syariah. Ha ini antara cabaran-cabaran yang Kelantan perlu hadapi bagi menjadi tuan rumah SUKMA 2028.
Selain daripada itu kempen kesedaran masyarakat dan juga penyediaan fasiliti mesra ibadah dan kajian khas pada Ogos 2025 di mana meneliti model penganjuran sukan patuh syariah di UIA yang berjaya menguruskan pengasingan jantina dan pematuhan aurat tanpa menjejaskan prestasi atlet. Dan In Shaa Allah pada penghujung minggu ini team penyedia ini akan ke Riyadh untuk membuat kajian untuk Islamic Solidarity Game yang akan berlaku di sana, In Shaa Allah. Semoga kita mendapat maklumat-maklumat tambahan di situ.
Dan satu lagi tentang saya juga ingin highlight tentang sukanlah. Ini satu yang baru yang kita cuba popularkan di Kelantan. Kalu di peringkat pusat
dia ada SUKMA sukan Malaysia. So Kelantan ni dia ada sukan ini Sukan Kelantan. Di mana kejohanan ini baru berlangsung sahaja. Makna baru habis kelamarin. Makna berlangsung daripada 17 Oktober hingga 10 November yang mana melibatkan atlet jurulatih dan penggiat sukan di seluruh negeri. Di mana berdasarkan rekod kejohanan ini menghimpunkan penglibatan seramai 2500 orang peserta keseluruhannya di mana 1000 lebih atlet lelaki, 400 lebih atlet wanita dan sebagainya. 19 jenis sukan dipertandingkan saya tak nak sebut semualah di mana penganjuran yang terlibat Majlis Sukan Negeri, Persatuan Sukan Negeri, Jabatan Pendidikan, Yayasan Islam dan juga IPTA. Dan In Shaa Allah tujuan sukan ini diadakan adalah mana-mana syarat penyertaan adalah berumur 20 tahun ke bawah. Tujuan kita adalah untuk mengenalpasti atlet-atlet yang berpotensi untuk mewakili negeri ke SUKMA 2026-2028.
Jadi akhirnya kalau kita review balik titah bersempena dengan Keputeraan Sultan Muhammad Ke-V yang ke 56, Tuanku Al-Sultan menegaskan bahawa Kerajaan Negeri perlu memberi perhatian kepada kepimpinan belia keusahawanan dan inovasi digital sebagai asas pembangunan Kelantan ke hadapan. Dan In Shaa Allah kita mengambil apa ni perhatian terhadap titah tersebut dan In Shaa Allah kita akan cuba laksanakan.
Dan pada hari ini anak-anak muda Kelantan tidak hanya sekadar menanti peluang tetapi sudah ramai yang telah mencipta peluang supaya memberi peluang-peluang dan juga peluang pekerjaan pada belia-belia yang lain. Kerajaan Negeri dan juga agensi pembangunan belia akan terus memperkukuhkan eko sistem sokongan pada para belia iaitu latihan, mentoring, kemudahan insentif dan juga jaringan nasional dan international. Dan usaha bagi kita menanam nilai teras seperti semangat bekerjasama, kesedaran budaya, keterbukaan teknologi adalah penting bagi memastikan belia bukan sekadar penerima bantuan tetapi pencipta dan pemimpin masa depan.
Sebagai penutup kita bangga dengan belia Kelantan yang telah menonjol. Kini tugas kita adalah memastikan peta jalan ataupun roadmap menjadi nyata untuk membolehkan lebih ramai daripada mereka melangkah daripada potensi kepada prestasi. Sekian, assalamualaikum wbt.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat. Seterusnya saya mempersilakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar. Dipersilakan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya tiada penggulungan.
Ok baik. Saya mempersilakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Keluarga Dan Wanita. Dipersilakan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, ninggal boktam sorang puan ni. ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Dato’ Speaker. Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan junjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Muhammad Ke V atas keprihatin dan kecaknaan Baginda Tuanku berkaitan pengurniaan darjah kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia, D.J.M.K untuk wakil rakyat wanita pada tahun ini Alhamdulillah. Terima kasih juga di atas ruang dan pelaung yang diberikan kepada saya untuk dalam sesi penggulungan pada hari ini. Juga terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Lama yang telah banyak menyentuh berkaitan
dengan portfolio saya pada perbahasan semalam. Dalam ucapan Yang Berhormat Kota Lama beliau ada menyentuh berkaitan dengan peruntukan pembangunan wanita. Sebelum itu saya ingin mengambil peluang mewakili seluruh wanita Kelantan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana sentiasa mengambil berat ke atas kebajikan wanita seluruh negeri Kelantan.
Untuk makluman portfolio pembangunan wanita dan keluarga diwujudkan pada 2008 yang bermula dengan peruntukan sebanyak RM3 juta. Alhamdulillah tahun demi tahun sehingga ke hari ini jumlah peruntukan telah meningkat sehingga RM77.6 juta. Daripada jumlah itu sebanyak RM3.6 juta telah diperuntukkan bagi pembangunan dan kemahiran wanita. Manakala tambahan sejumlah RM5.8 juta khusus untuk bantuan Armalah yang menjadikan jumlah keseluruhan bajet untuk wanita adalah sebanyak RM9.4 juta. Berbanding hanya RM65 ribu yang diperuntukkan oleh persekutuan untuk Program Pembangunan Wanita Kelantan pada tahun ini dimaklumkan.
Untuk makluman saya ingin menyebut tentang isu Armalah. RM5.4 juta pada tahun ini ianya melibatkan 28 853 orang yang mana bagi saya melibat saya rasa terlibat seluruh DUN-DUN ataupun rakyat Kelantan yang berstatus Armalah berdaftar termasuk DUN Nenggiri, DUN Kota Lama dan DUN Galas. Maknanya tidak terkecuali yang berdaftar. Jadi saya ingin maklumkan sekiranya ada rakyat daripada tiga DUN yang dikatakan macam kita ni tidak mesra, tidak bersama untuk mencari, untuk memberi bantuan tolong maklumkan. Kalau tokleh maklum kepada pihak PKD yang ada, tolong maklumkan kepada kami dengan syarat Armalah itu berdaftar dan tidak ada syarat lain selain daripada layak. Hok geley sekat ni pun (paras lengan) zaman arwah Tok Guru dia kata berilah gelang sekat ni pun. Kita kira hilang doh sebeloh tangan dia. Tidak ada suami tapi yang penting Armalah yang berdaftar. Dan kita kalau tanya kenapa DUN ni RM1200, hoktu RM800, kaedah pembahagian tu bergantung kepada kesesuain DUN masing-masing. Ada yang buat giliran, ada yang buat giliran tapi tahun ni boleh, tahun ni tokleh. Jadi itu kaedah pembahagian yang hak-hak ini bergantung kepada penyesuaian dan kecek kirolah wakil rakyat tersebut.
Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, semalam Kota Lama ada membangkitkan tentang taska ataupun kebajikan taska penjagaan anak-
anak bagi peniaga-peniaga di Pasar Siti Khadijah. Pihak kerajaan sentiasa mengalu-alukan permohonan dari pengusaha taska yang berminat kerana kami telahpun mewujudkan satu program insentif taska sejak 2021 lagi.
Untuk makluman, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM2.5 juta untuk membantu hampir 100 pengusaha taska di negeri Kelantan sejak ianya diperkenalkan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Kota Lama ada menyentuh tentang peluang pekerjaan untuk wanita-wanita Kelantan. Kami dengan keupayaan, kemampuan kewangan yang ada ingin menyebut bahawa antara usaha yang kami rasa memberi peluang yang sangat besar kepada wanita iaitu melalui kemahiran iaitu dengan membuka mewujudkan sebanyak 45 Pusat Pembangunan Wanita Kelantan di mana para wanita, beliawanis tempatan mendapatkan latihan kemahiran terutamanya dalam bidang jahitan, kelimkan, sulaman, kraftangan, kulinari. Sehingga kini ianya melibatkan lebih kurang 7 ribu lebih wanita termasuk Armalah, OKU tanpa mengira bangsa, fahaman politik telah menjadi pelatih bagi PPWK ini. Diharapkan dengan usaha yang mungkin atas oranglah nak tengok benda ini terlalu kecil ataupun ianya besar tapi bagi kami dengan keupayaan yang ada itu satu usaha yang cukup besar untuk membantu wanita Kelantan dalam meningkatkan ekonomi mereka.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan ini ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada MOTAC dan ucapan tahniah kepada Alumni Jahitan PPWK dengan bimbingan agensi-agensi berkaitan termasuklah kraftangan Malaysia dan kini mereka berada di China, India yang membawa hasil produk batik untuk dipasarkan diperingkat antarabangsa. Alhamdulillah dan tahniah.
Akhirnya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Chempaka, Gaal, Wakaf Bharu, YB Kuala Balah beserta yang lain-lain yang menyentuh, menyentuh portfolio saya. Ucapan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama yang baik kepada kami khususnya U-KEKWA dalam usaha melaksanakan dan menjayakan program-program yang diturunkan kebawah dan semoga ianya memberikan munafaat yang terbaik untuk rakyat Kelantan.
Sedikit tanda ingat, Banyak tanda ada,Kelantan sejahtera prihatin rakyat, Ekonomi berkat, negeri rahmat,
ﷲ ﺑﺮﻛﺔ ﻋﻠﻰ وا ﺳﲑ
Sekian,
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita. Sangat-sangat dekat dihati kita. Seterusnya saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar. Dipersilakan Yang Berhormat.
ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
ِ ِ ِ ﻪﻠﻟﱠ ا ʭ ﺪ ﻫ أَنْ ﻻ ﻮ َ ﻟ ﺪ ﺘ ﻬ ﻨ ﻟ ﻨﱠﺎ ﻛ ُ ﺎ ﻣ َا ﺬ ﳍ ʭ ﺪ ﻫ ِي ﻟﱠﺬ ا ﻪﻠﻟ ﱠ ﺪ ﻤ ﳊ َ َا َ َا ُ ُا َ ْ ِيَ َ ْ ـَ َ وَ َِ َ ْ َْ
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin merafak sembah ucapan sekalung tahniah kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke V di atas ulangtahun sambutan Keputeraan Tuanku Kali Ke 56 tahun 2025 dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang di atas pembentangan Belanjawan Kelantan Tahun 2026 bernilai RM1.54 billion dengan asas utama bertemakan Prihatin Rakyat, Ekonomi Berkat, Negeri Rahmat.
ر ﻮ ﻔ ﻏ ﱞ ﺔ ﺒ ﻴ َ ﻃ ﺪ ﻠ ْ ﺑ ُ َ ٌ وَرَب َ ِّ َةٌ ـَ
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih juga kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, seramai 12 orang yang telah berbahas dan telah menyentuh portfolio Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar. Antaranya YB Salor, YB Kota Lama, YB Jelawat, YB Nenggiri, YB Limbongan, YB Wakaf Bharu, YB Pantai Irama, YB Kuala Balah, YB Gual Ipoh, YB Chempaka, YB Gual Periok dan juga YB Dabong.
Saya ingin terus kepada perbahasan YB Salor yang ada menyentuh mengenai rumah Dhuafa’ dan Rumah Mampu Milik Kelantan. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah menambahkan bilangan unit rumah Dhuafa’ daripada 3 kepada 4 unit pada setiap ADUN. Dan untuk makluman semua kita kerajaan Negeri telah membina sebanyak 3 528 buah rumah untuk 5 tahun berakhir bermula 2020 sehingga 2025. Dia bermula 2019 lagi rumah Dhuafa’ ni. Untuk lima tahun terakhir 636 buah rumah adalah bina baharu dan 2 850 buah baikpulih dari segi kosnya pula sebanyak RM59 809 461.81 telah dibelanjakan untuk pembinaan berjumlah RM33 309 400 bagi bina baharu dan sebanyak RM29 500 061.81 untuk baikpulih makna kita meletakkan agenda pembinaan rumah rakyat rumah Dhuafa’ secara percuma pada rakyat kita yang memerlukan penginapan terutama sekali mereka yang mempunyai keluarga yang ramailah.
Dan mengenai Rumah Mampu Milik, kita Kelantan telah berjaya membina sebanyak daripada 2013 sehingga 2025, 1453 buah Rumah Mampu Milik Kelantan yang mana dua keadah iaitu sama ada kita jual terus rumah ini ataupun kita untuk konsep yang kita cadangkan bermula tahun hadapan rent to own, sewa untuk pemilikan. Dan kita akan fikir cadangan daripada Salor untuk kita buat kaedah sewa kepada golongan M40 yang mana golongan pertengahan dalam proses untuk establish kehidupan. Dan sebelum ini kita buat rumah RAKR, Rumah Awam Kos Rendah kaedah sewa beli yang berumur 30 tahun kita bagi sewa kepada rakyat kita, cukup 30 tahun kita panggil untuk mengambil hak milik maknanya bila dia datang kita boleh kenal siapa.
Masalah rakyat kita ini dia dapat rumah Awam Kos Rendah bayar sewa RM50 sebulan tiba-tiba datang pihak ketiga mengaku dialah pemilik
rumah tersebut. Dan telah dibayar kepada pemilik asal RM4 ribu ringgit, RM5 ribu ringgit. Jadi kita nak elakkan kes-kes meng ali babakan kemudahan-kemudahan perumahan yang kerajaan kita sediakan jumlah yang besar untuk membantu rakyat kita yang memerlukan rumah. Dan untuk tahun 2025, kita bahagian perumahan dalam proses untuk menggubal dasar Rumah Mampu Milik Kelantan 2025. Kali terakhir kita gubal Rumah Mampu Milik dasar pada 2020. Revised balik daripada dasar asal 2015. Maknanya kita dah makan masa yang lama.
Kalau bawah dasar baru, dasar lama dulu rumah dibahagi kepada tiga, rumah kos rendah RM45 000. Dengan harga RM45 000 termasuk tanah mustahil untuk meneruskan pembinaan rumah kos rendah. Dan untuk dasar baru kita cuba pecahkan kepada dua kategori sahaja iaitu rumah bernilai RM70 000, RM180 000 Baitul Ilmi dicadangkan namanya dan juga Baitul Rudhah, rumah RM180 000 sehingga RM250 000. In Shaa Allah kita cuba cari kaedah untuk membolehkan golongan-golongan berpendapatan rendah termasuk N40 untuk memiliki rumah masing-masing dengan kaedah beli terus yang pertama ataupun sewa dan beli, rent to own kita bagi kepada tiga fasa. Lima tahun pertama kita bagi masa kepada mereka yang layak untuk menyewa dengan Kerajaan Negeri untuk mereka establish account. Masalah kita, pembeli kita, pengurusan kewangan.
Kegagalan pembeli untuk menguruskan kewangan dia submit permohonan untuk financing maka pembiaya bank tak dapat bagi kelulusan kerana masalah pengurusan kewangan di pihak kita dan saya pada dua tahun lepas berhasrat untuk membuat kursus-kursus pengurusan kewangan pada rakyat kita terutama sekali pada mereka yang berniaga sendiri. Dia berniaga untung tapi gak akaun bank pun takdok. Ikat duit dengan kertas, letok duit bawah bantal, duit banyok. Tapi untuk buat pembiayaan takdok akaun untuk dinilai oleh pembiaya.
Dan In Shaa Allah dengan kaedah baru ini kita merasakan kita dapat memberi bantuan kepada mereka yang ingin memiliki rumah kita bagi peluang lima tahun pertama, establish account. Lima tahun kedua, 10 tahun kita offer lagi dan tahun ke 15 kita cuba offer kali terakhir untuk membuat pembelian terus pada rumah-rumah yang mereka sewakan.
Seterusnya Kota Lama ada menyentuh mengenai juga rumah Dhuafa’ yang jawab tadi dan sedikit rasa nak tambah daripada jawapan EXCO Kebajikan Wanita Pasar Siti Khadijah untuk kita sediakan ekosistem yang economic pada para peniaga untuk cadangan Kota Lama supaya di ambil inisiatif untuk membina nursery rumah asuhan untuk anak-anak peniaga yang kebanyakkannya wanita. In Shaa Allah saya akan membuat perbincangan dengan Persatuan Penjaja ataupun koperasi MPKB untuk kita fikir bagaimana untuk kita realisasikan cadangan Kota Lama.
Dan kalau ikut pada perancangan BKT kita merancang untuk membina satu sudut mini taman permainan untuk kanak-kanak dalam fasa-fasa utama kita. Cari satu kompaun ruangan yang tak berapa sempit kita pagar macam dalam apa ni di McD, di KFC dia ada satu ruang kanak-kanak bermain ada pagar. Letak bola gapo ibubapa boleh beli, anak dia tinggalkan sekejap dengan penjagaan daripada persatuanlah dan benda ini telah dilaksanakan di Pasar Besar Tanah Merah. Di tingkat 3 saya tengok ada ruang untuk permainan kanak-kanak. Berikan keselesaan kepada ibubapa untuk membeli belah.
Dan Kota Lama juga menyentuh mengenai taman rekreasi yang dikatakan terbengkalai. Saya rasa berdasarkan laporan daripada MPKB-BRI lokasi tersebut terletak di Kota Nawira dan sebenarnya bukan terbengkalai tetapi pembinaan dia bahagi kepada dua fasa. Itu tema dia, Taman Aromaterapi. Fasa 1 telah siap. Iaitu struktur telah siap bernilai RM250 ribu dan untuk fasa 2, akan baru dimasukkan alat-alat permainan dan juga pengcahayaan. Jadi diberikan kelulusan untuk dua fasa. Fasa 1 untuk pembinaan landskap kejur, batu-bata tempat duduk dan untuk fasa 2 baru kita akan masukkan alat-alat permainan yang sesuai dengan Taman Aromaterapi dan ada permohonan daripada penduduk Kota Nawira untuk mereka menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan taman angkat mereka yang dah ada permohonan untuk dia mendapatkan tapak untuk membuka kiosk untuk menyelenggara balasan sehingga ada Taman Aromaterapi tersebut itu kita akan buat perbincangan lanjut dengan permohonan penduduk tamanlah.
Dan Jelawat menyentuh mengenai RM12 juta Kelantanku Bersih yang mana tidak mengcukupi, betullah. Untuk kita memastikan Kelantan kita ini bersih sebersihnya. Kalau ikutkan kepada due diligence yang dibuat oleh PKN kita memerlukan jumlah antara RM150 juta ke RM200 juta satu
tahun untuk kita memastikan Kelantan kita ini dapat melakukan kerja-kerja pembersihan awam dan pengurusan sisa pepejal mengikut SOP dan KPI yang telah ditetapkan oleh SW Corp dan kita RM12 juta ini kita gunakan untuk kita membeli tong sampah secara tahunan diagihkan kepada semua PBT untuk membeli tong roro, untuk kita menjayakan pembinaan zon bersih indah ceria dan menambahkan keceriaan pengcahayaan naiktaraf taman-taman permainan, taman-taman rekreasi di seluruh 12 PBT yang ada di Kelantan.
Dan cadangan daripada Jelawat juga untuk diwujudkan unit audit kebersihan. Sebenarnya kita sudah ada seksyen inspektorat di Bahagian Tempatan ada pegawai, penolong pegawai yang ditugaskan untuk memantau setiap suku tahunan 3 bulan sekali kesemua PBT-PBT untuk memantau kelulusan-kelulusan pembinaan-pembinaan telah kita luluskan pergerakan-pergerakan dan juga membuat teguran-teguran yang perlu pada PBT yang terlibat. Dan pada penggal lepas kita dua penggal lepas kita telah buat satu inisiatif satu anugerah Kelantanku Bersih untuk kita memberi pengiktirafan kepada PBT-PBT yang telah mejayakan agenda Kelantanku Bersih kita. Dan In Shaa Allah untuk tahun ini kita buat pada bulan 12 dan inisiatif ini dilakukan secara berterusan kerana kebersihan juga menjadi satu indikator kepada semua PBT dalam penilaian indeks kebersihan negara, dasar kebersihan negara indeks apa ni, bandar mampan dan juga indeks-indeks keluarga apa ni bandar bahagia dan sebagainya.
Makna-makna kerja pembersihan dilakukan secara berterusan, dan pemantauan juga dibuat oleh bahagian Kajian Tempatan dan juga KPKT itu sendiri. Dan juga di majlis kita ada Pengerusi Jawatankuasa Kebersihan yang 24 jam ditugaskan untuk memantau kebersihan-kebersihan yang dijadualkan di semua PBT. Tinggal lagi PBT ni dia tak buat posting, buat posting dop… Jadi kita hok buat posting tu dalam sebulan tu sor dio ambik. Tapi viral. Sedangkan kita ni hari ini hari-hari buat. Start pukul 6 pagi lagi nyapuh ni. Kalu kutip sapoh sapa kul 9 malam sapa subuh tapi tok buat posting. Sebab pegawai kita ni nak buat posting tokleh maroh ko SU. SU pun tokleh nok buat posting. YDP saja dibenarkan membuat posting bagi pihak PBT.
Jadi kita tambah perbincangan untuk kita publish kepada rakyat kerja-kerja yang kita buat supaya rakyat melihat sekarang ini dia tok tengok
mata lendir dio, dio tengok di Facebook, Tiktok. Kalu kita tak post gak macam tok wak kijo haa tuh. Itu masalah zaman millennium. Zaman IT sekarang ni lah. Dan kalau kita tak jawab isu dia kato ho kaloh la haa dop? Haa masalah. Nok jawab sokmo tu bukan kerja kita la. Kita dari pagi sampai malam rutin kita tak perlu kita publish. Itulah rutin kita sapu sampah, kita memungut sampah, membuang ke pusat pelupusan, kita membuat penyelenggaraan berkala dan kita respon kepada setiap aduan. Aduan ni banyak, dop? Kadang-kadang mari 100 sehari. Dan kita buat priority kita. Mana sempat kita buat dulu dan untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan ini dia ada procedure kewangan. Bukan hari ini dapat ruang 5 minit nok siap tokleh, dia kena buat kertas dulu, ada BQ, dapat kelulusan daripada kewangan, peruntukan mana nak ambik dapat kelulusan daripada apa ni Pengarah Kewangan PBT ataupun Pegawai Kewangan. Barulah kita boleh ada audit pulak. Ada kemungkinan akan melibatkan perlantikan kontraktor luar untuk membuat kerja-kerja pembersihan dan juga penyelenggaraan dan sungai tercemar.
Dan Alhamdulillah tahun ini tak termasuk 25 sungai tercemar di Malaysia dan kita memang tak termasuklah Kelantan. Dan kita tak ada sungai yang berasid, bertoksik, Kelantan tak ada. Yang ada NTU tinggi. NTU ni kekeruhanlah. Walaupun kekeruhan tapi tidak tercemar. Tidak tercemar, keruh sahaja. Dan respon saya kepada Jelawat, gotong-royong. Gotong-royong PBT yang tidak mendapat sambutan komuniti. Dan kita gotomg-royong ni selalu kempen supaya semua rakyat keluar gotong-royong peniaga pasar membuat gotong-royong di pasar masing-masing. Komuniti buat gotong-royong di peringkat perumahan masing-masing. Dan gotong-royong biasa dilakukan oleh PBT lah. PBT dia buat gotong-royong pada hari bekerja. Hari Ahad, hari Khamis. Hari Khamis ni orang kampung tok tubik. Jadi orang kampung ni dia mintak PBT buat gotong-royong pada hari Jumaat, hari Sabtu. Jumaat-Sabtu ni PBT tok tubik. Sebab PBT ni bercuti.
Kalau keluar dia terpaksa membayar OT lah jadi kita akan cuba berbincang macam mana untuk kita dapat menjayakan agenda gotong-royong untuk menjamin kebersihan di semua tempat dan ada permintaan supaya diberi kelonggaran untuk sumbangan kepada NGO yang melakukan kerja pembersihan gotong-royong ataupun Persatuan Pasar-Pasar Borong dan juga komuniti untuk melaksanakan gotong-royong dengan sumbangan daripada Kerajaan Negeri.
Sekarang ini kita melaksanakan kaedah gotong-royong di anjurkan oleh PBT dan dijemput sama NGO ataupun pasar-pasar untuk hadir untuk menjayakan program tersebutlah.
Dan Nenggiri, Nenggiri saya nak ambik hidupan liar yang telah disentuh oleh EXCO Belia Sukan tadi, Jerek tu taman permainan yang ada untuk Nenggiri lama doh siap tu kemungkinan ada masalah penyelenggaraan sebab lama doh siap. Zaman YB Yusof lagi siap. Tambah taman permainan di Jerek 4 ekar. Saya nak respon untuk Nenggiri konflik ancaman hidupan liar dengan dokumen apa ni katanya kekurangan perangkap untuk tahun ini untuk makluman Nenggiri kita telah membeli sebanyak 32 unit perangkap haiwan liar untuk kita dan kita agihkan kepada PBT-PBT setiap PBT akan dapat empat perangkap. Setakat ini perangkap kera satu, perangkap beruang satu, perangkap harimau kumbang satu, perangkap harimau Malaya satu. Satu PBT tu ada tiga, kalu bandar takdok rimaulah. Kalu tempat-tempat ramai Kuala Krai, Gua Musang, Jeli ada empat perangkaplah. Dan contohnya harimau Malaya, perangkap dia bernilai RM17 ribu ringgit satu.
Untuk harimau kumbang, RM9 ribu ringgit dan juga beruang. 30 perangkap ini ditempatkan di PBT dan akan digunakan oleh Jabatan Perhilitan berdasarkan kepada aduan. Aduan awam jadi Perhilitan akan ambik dengan PBT, dan PBT sama-sama PBT boleh pinjam meminjam untuk menangani masalah aduan konflik manusia dan juga binatang liar. Dan jumlah untuk tahun ini duit EFT kita belanjakan sebanyak RM340 ribu hanya untuk membeli perangkap haiwan liar. Dan untuk latihan kepada komuniti dibawah Perhilitan mereka telah melantik ranger community daripada kalangan masyarakat Asli untuk dijadikan sebagai pengawas hidupan liar di komuniti masing-masing, post masing-masing dan diberikan elaun bulanan.
Dan juga di insuranskan keselamatan mereka berlaku dua tahun lepas kematian ranger komuniti dalam masyarakat orang Asli apa ni meninggal dunia dan telah mendapat tak silap saya RM800 ribu ringgit pampasan atas kematian akibat serangan hidupan liar dan mereka juga bertanggungjawab untuk memberi latihan kepada masyarakat Asli masing-masing cara untuk mengelakkan konflik antara haiwan liar dan juga manusia.
Dan mengenai bantuan pampasan kepada mereka yang kehilangan hasil pertanian ada disediakan bantuan kerugian harta benda dan tanaman akibat serangan binatang liar, siap ada borang dia. Borang Perhilitan dan juga bantuan serangan binatang liar bawah JKM ada borang dia boleh download, disahkan oleh pegawai Veterinar dan diserahkan kepada JKM untuk mereka menilai berapakah kerugian yang akan diterima kepada mangsa serangan kebunlah oleh binatang liar.
Dan respon saya kepada Limbongan. Sedikit saja Limbongan kelestrian alam diperuntukkan kepada kawasan saya RM500 ribu ringgit untuk penggelakan alam sekitar. Dan saya berkongsi bajet dengan EXCO Hijau Dato’ Wan Roslan untuk kita menggerakkan Program Komuniti Alam Hijau Kelantan. Kita didik pelajar-pelajar sekolah rendah kerana jumlah peserta seramai 30 ribu orang pelajar sekolah rendah yang mendapat ilmu-ilmu kitar semula dengan pelbagai galakan dan In Shaa Allah bulan 12 ini kita akan bagi anugerah-anugerah kepada sekolah-sekolah yang telah berjaya melaksanakan kempen budaya alam sekitar.
Dan untuk pengswastaan cadagan Limbongan supaya di swastakan kerja-kerja kutipan sampah. Memang kita telah memberikan konsesi kepada empat PBT iaitu MPKB, Ketereh, Pasir Puteh dan juga Pasir Mas untuk melantik kontraktor swasta untuk membuat kerja-kerja pembersihan terutama sekali jalan-jalan protokol. Dan MPKB dia ada tiga zon, Zon A, Zon B kita swastakan pada syarikat untuk melaksanakan pembersihan hendaklah kaedah itu membolehkan kita membuat pemantauan secara teliti kerja-kerja pembersihan dan Alhamdulillah tengok-tengokkan dalam bandar Kota Bharu Alhamdulillah bersihlah.
Dan respon kepada Wakaf Bharu. Wakaf Bharu bertanyakan mengenai peruntukan tambahan bagi melengkapkan Taman Puteri Saadong yang baru kita buat serahan untuk kegunaan masyarakat. Kita tengok pada Tiktok dan juga FB, Alhamdulillah rakyat sudah mula menggunakan Taman Puteri Sa’adong Wakaf Bharu untuk bersenam dan mengamalkan budaya hidup sihat. Sekarang Wakaf Bharu telah melaksanakan beberapa programlah. Fun Walk tengok ada rekreasi petang-petang. Cuma ada sedikit sudut di taman tersebut yang dia punya walk way tidak tersambunglah. In Shaa Allah YB Wakaf Bharu boleh angkat permohonan kepada Tumpat untuk kita buat kajian untuk kita melengkapkan laluan tersebut In Shaa Allah untuk tahun 2026 lah. Taman Sri Pendek, Taman
Sri Periuk, yang ni saya belum dapat maklumat kemungkinan taman ini taman yang lama yang diminta oleh YB Wakaf Bharu, kemungkinan longkang-longkang pun tersumbat ataupun dibuat spesifikasi yang pada waktu itu yang mana sekarang ini sudah tidak dapat menampung perjalanan ataupun laluan air. Kita akan buat kajian.
Dan untuk makluman untuk tahun ini lima projek taman rekreasi akan di serahkan pada PBT. Yang pertama Taman Sinaran Tanah Merah telah beroperasi dan Taman Kala, Ketereh akan diserahkan sikit lagi. Taman Makan Utama Pasir Mas dan Taman Rekreasi Puteri Sa’adong Wakaf Bharu telah beroperasi dan Taman Mahkota dalam bandar Pasir Puteh telah disiapkan In Shaa Allah. Cuma tinggal lagi tugas PBT untuk kita menyelenggara contoh Taman Bukit Gerobak, Psair Puteh. Keluasan taman 30 ekar. Cukup dua minggu rumput naik. 30 ekar ni patoh pinggang jugaklah nok mesin. Setiap dua bulan kena selenggara. Setiap dua minggu kena mesin rumput. Tulah masalah kita, kita boleh perbanyakkan taman-taman permainan, taman rekreasi tinggal lagi yang kita perlu cari bajet khusus untuk kerja-kerja penyelenggaraan supaya taman permainan sentiasa boleh digunakan dengan selesa oleh para pengunjung.
Dan sedikit Pantai Irama mengenai RMK. RMK Khas untuk projek RMK Telung, Bachok. Tanah ini milik kebajikan dan kos projek RM8 juta untuk 28 unit rumah RMK di Bachok dan saya sedang buat perbincangan dengan perumahan untuk kita menggunakan kaedah rent to own dan kita akan beri keutamaan untuk kita bagi kepada golongan OKU untuk mendapatkan rumah di Telung Bachok. Dan kaedah tadilah rent to own.
Dan untuk makluman semua kita telah berjaya membina sebanyak RMK 153 unit rumah RMK bermula tahun 2013 sehingga sekarang telah siap 1453 dalam proses dibina tahun depan. Dalam bajet ada, 334 buah rumah akan diserahkan kunci hujung tahun ini di Badang In Shaa Allah bangunan bertingkat dan 207 unit lagi akan dibina pada tahun depan iaitu di Bunut Susu, 178 unit tadilah Telung 28 unit disamping rumah-rumah residasi rakyat PPR peringkat pusat ada banyak juga rumah akan dibuat dan pemilihan dibuat oleh Jabatan Perumahan Negara.
Dan Kuala Balah. Kuala Balah menyentuh mengenai blueprint bandar Pintar Kelantan. Alhamdulillah Yang Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar telah melancarkan blueprint bandar pintar Kelantan pada 29 Oktober lepas dan saya ingin mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniahlah kepada MPKB- BRI yang telah di anugerah Smart City Early Adopter 2025 langkah awal dengan menyiapkan plan strategik blueprint bandar pintar Islam di Kelantan yang telah mendapat anugerah oleh KPKT pada 28 sehari sebelum kita melancarkan bandar pintar peringkat negeri. Tahniah pada YDP dan semua yang telah bertungkus lumus merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Kota Bharu sebagai pilot projeklah untuk bandar pintar dan harapan saya semua PBT kena bersedia, kena buat plan strategik dan blueprint untuk kita jadikan semua bandar-bandar kita sebagai bandar pintar.
Dan kesempatan ini saya juga ucap tahniah pada semua YDP-YDP PBT kerana telah berjaya mencapai tahap bandar mampan PBT iaitu semua PBT kita mendapat markah 90% ke atas. Pada tahun lepas satu PBT belum mencapai bandar mampan iaitu Dabong, Dabong dop tok sapa 80, 78 dan tahun ini Dabong mendapat markah 92.72% kemungkinan pelancongan wak turun RM5,6 juta jadi Alhamdullilah la naik markah. Dan tempat pertama di Kelantan iaitu Bachok. Bachok mendapat 96.96 markah bandar mampan. Yang kedua, MPKB-BRI 96.85 markah dan Machang tempat ketiga 96.61 markah.
Jadi yang ke 12 PBT, bawah sekalilah. Pasir Mas tapi markah 90.93, A+ la boleh bagi A+ la 90 ni. Hok lain tu atas 90 belakolah. Dan kita menunggu keputusan bandar paling bahagia. Dan penuh harapan saya dengan kerja buat usaha berterusan semua PBT kita walaupun pelbagai tomahan, simulasi dilontarkan di media sosial kita masih bertahan. Dan tahun ini Kuala Krai bandar paling bahagia dop. Empat tahun sebelum ni Jeli. Jadi tahun depan ni In Shaa Allah kita nok lebih pada tiga tempat PBT kita mendapat taraf bandar paling bahagia di Malaysia, In Shaa Allah.
Dan Gual Ipoh ada dua lagi, tiga lagi. Gual Ipoh meminta supaya tempat rekreasi dibanyakkan ya. Di Tanah Merah ni ada Taman Raudhah Pecong dalam bandar Guillemard bawah Gual Ipoh doh. Taman Maka akan diserahkan apa ni taman rekreasi, sudah operasi. Taman Dataran Tanah Merah ada latar hujan, latar bijih Bukit Panau kongsi dengan Pasir Mas lah.
Dan pertimbangan kerajaan supaya dapat membina jalan menghubungkan Gual Ipoh ke bandar utama. Gual Ipoh dia paling dekat kalu kot dalam dengan Pasir Kelam, Mengkebang. Pasir Kelam jambatan sedikit terbengkalai, siap tu kita cuba sambungkan Gual Ipoh dengan Pasir Kelam terus ke bandar Kuala Krai. Dan di DUN Guchil kalau dulu RM99 juta untuk menurap jalan daripada keluar seberang sungai ke bahagia. 9 kilometer RM99 juta nak kata boleh sambungkan Gual Ipoh ke Bahagia terus ke Kampung Biak Dabong terus ke sana ada satu jambatan Biak. Boleh jadikan perhubungan pedalaman Kelantan tersambung kepada Dabong terus ke Tanah Merah kita akan beri pertimbangan kepada cadangan Gual Ipoh untuk pos trak lah. Jalan pesisir sungai.
Dan Chempaka kebersihan komuniti ganjaran kita dah sentuh tadi ganjaran daripada komuniti dan anugerah-anugerah kita dan insentif dan juga cadangan untuk buat mukim bersih, komuniti bersih. Kita pada penggal lepas telah buat pertandingan mukim bersih. Cuma masalah kita ni ada dekat 600 mukim, lebih 600 mukim di Kelantan ini tak cukup pengadil. 600 ni kalau nok jalan gak 60 sebulan tokdey nok buat In Shaa Allah.
Dan Gual Periok. Gual Periok memohon kemudahan awam untuk penduduk Gual Periok taman rekreasi. Untuk Gual Periok kita ada mencadangkan satu kawasan di Gual Tinggi untuk dijadikan taman rekreasi awam. Walaubagaimanapun hasil kajian tak dapat dilaksanakan kerana lokasi tersebut terletak berdekatan bersebelahan dengan laluan pencawang elektrik berkuota tinggi dan juga laluan masuk utama TNB dan terpaksa buat pengambilan dan juga dilanda banjir kita cuba cari tapak yang baru dalam tempoh tersebut kita sedang menaiktaraf kompleks penggawa Rantau Panjang. Bandar Rantau Panjang tu dengan kita sedang membina katanya sekarang ini ada holding pagar dop… dataran terbuka, menara tinjau, pentas terbuka, ruang parkir yang selesa, lot bangunan untuk semi D bajet daripada ECRDC dengan bajet sejumlah RM2 juta sekali proses pembinaan status semasa progress 11% untuk DUN Gual Perioklah. Gual periok ni dia kena selesai-selesai banjir dululah, Rantau Panjnag tu.
Dan akhir sekalilah Dabonglah. Dabong saya juga masukkan kupasan Dabong dalam ucapan penggulungan saya iaitu terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah meluluskan sebanyak RM7.6 juta untuk
pembangunan pelancongan Kampung Lestari untuk Sungai Kenerong dan juga Kampung Mambong. Kenerong ini bawah Dabonglah. Mambong bawah saya. Itu satu kampung yang hanya boleh sampai dengan motor bot. Motor galoh. Motor galoh kawasan penempatan asal masyarakat melayu yang telah berusia hampir 300 tahun diasaskan oleh Tengku Sulong dan juga Tok Bara yang telah mewariskan kesenian membuat tembikar, tembikar tanah Mambonglah dan setiap minggu ada rombongan, kunjungan daripada pelajar-pelajar universiti membuat kajian tembikar Mambong. Pensyarah-pensyarah ada thesis PHD mengenai Mambong Alhamdulillah dengan peruntukan ini akan memberikan lagi rasa semangat pada penduduk kampung untuk jadikan kampung tersebut sebagai pusat pelancongan pesisir tebing sungai Kelantan.
Dan saya ucap terima kasih dan tahniah kepada semua Yang Di Pertua-Yang Di Pertua PBT Kelantan, SU-SU PBT Ketua Ahli Majlis dan semua yang telah menjayakan Kelantanku Bersih dan terima kasih kepada Pengarah dan staff Perumahan, Bahagian Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan juga JAS yang telah sama-sama memastikan Kelantan kita terus bersih terus terpelihara dan hijau, In Shaa Allah. Sekian saja Dato’ Yang Dipertua,
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian dan saya berhasrat untuk menangguhkan sidang kita pada tengahari ini. Sidang kita akan disambung pada jam 02.30 petang. Terima kasih.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 12.44 TENGAHARI DAN AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 02.30 PETANG
PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 02.30 PETANG
Persidangan dewan disambung semula. Saya mempersilakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan & Hubungan Seranta.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mulai dengan sabda Nabi SAW
ﺎ ﻬ ﺤ َْ ﲤ ﻨﺔ ﳊﺴ ا ﺌﺔ ا ﻊ ِ ِ ﺗﺒ وأ َ ُ َ َ ِّ ﻟﺴﱠﻴ َ Dan iringilah keburukan yang ada itu dengan perkara yang baik, nescaya akan menghapuskan keburukan tersebut. Hadis riwayat Tarmizi. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengambil peluang sempena penggulungan pada hari ini untuk merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang, Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan di atas pembentangan Belanjawan 2026 yang telah pun sempurna dibentang dan diperbahaskan oleh seramai 21 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang yang telah menjadikan teras yang paling utama di dalam belanjawan iaitulah memperkukuh pembangunan Islam, pendidikan dan modal insan dengan memperuntukkan sejumlah RM181.71 juta yang dicerakinkan di antara modal insan dan pendidikan yang mana menunjukkan bahawa keutamaan Kerajaan Negeri serta kecaknaan Kerajaan Negeri di dalam hal ehwal yang berkaitan dengan pembangunan manusiawi di bumi negeri Kelantan Darulnaim ini, ya Alhamdulillah.
Saya pada hari ini juga mengambil peluang untuk merakamkan terima kasih kepada seluruh Ahli-Ahli Yang Berhormat seramai 21 orang yang telah mengambil peluang berbahas dan Alhamdulillah perbahasan tersebut menyentuh kesemua hal ehwal yang berkaitan dengan portfolio di Ahli-Ahli Mesyuarat Mesyuarat Kerajaan Negeri termasuklah ada lima Yang Berhormat yang telah menyentuh portfolio saya iaitulah Chetok, Gual Periok, Bukit Bunga, Dabong dan juga Pengkalan Pasir. Terima kasih
kepada yang menyentuh portfolio ini dan In Shaa Allah saya pada penggulungan akan menfokuskan pada persoalan-persoalan yang berkaitan dengan yang ditimbulkan sahaja. Tapi sebelum itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon maaf tadi Paloh berbisik pada saya dia kata YB tolong sebut ramai muslimat Paloh datang jauh, arr tolong sebutlah sikit. Jadi saya pun sebutlah tanpa apa-apa ada bayaran percent apa-apa, ya.
[MENCELAH] Ada jamuan makan ker Paloh?
Ya, apa Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada makna, maksudnya ada. Jadi sempena penggulungan pada hari ini ada perkara-perkara yang disentuh tadi khususnya Chetok dan juga Gual Periok kebetulan berada di Rantau Panjang dan Pasir Mas yang menyentuh hal ehwal yang berkaitan dengan pembangunan halal di negeri Kelantan Darulnaim sehinggakan Chetok mencadangkan supaya Kelantan ini dijadikan sebagai hub halal utama dan Kelantan Halal Gateway yang akan menjadi satu keutamaan ataupun area yang akan ada di Negeri Kelantan Darulnaim. Dan sudah tentulah juga kerana pusat halal ataupun Halal Park yang sudah ada di Pasir Mas itu kita tengok masih lagi memerlukan kepada satu suntikan-suntikan yang terbaik. Jadi mereka yang ada berhampiran dengan Halal Park itu terasa situasi tersebut jadi sebab itulah Chetok dan juga Gual Periok ni tanya.
Saya nak maklumkan bahawa memanglah Halal Park di Pasir Mas ini sekarang ini kita ada 50 lot yang kita boleh beli ataupun sewa untuk apa-apa sahaja hal ehwal yang berkaitan dengan proses penjualan makanan halal ataupun makanan ataupun selain daripada makanan untuk pergudangan untuk farmaceutical, untuk kosmetik, untuk logistik dan lain-lain benda itu kita minta juga jasa Yang Berhormat Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ada dalam Dewan Undangan Negeri ini untuk mempromosikan selain daripada pihak kami sendiri, pihak kerajaan Negeri yang melakukan promosikan tertentu jadi pihak Ahli-Ahli Yang Berhormat termasuklah Chetok, Gual Periok juga tarik rakan-rakan daripada luar supaya mereka dapat pergi belilah paling-paling murah dengan harga RM400 ribu di situ sehingga RM800 ribu ataupun dekat
RM1 juta ataupun sewa. Sekarang ini 20 lebih lot industri telah pun penuh. Masih ada lagi sebab 50 semuanya. RM86 juta Fasa 1 dan Fasa 2 yang telah dihabiskan untuk Halal Park Pasir Mas ini perlu diambil keutamaan oleh kita semua.
Bagaimana untuk kita tarik walaupun boleh jadi ia adalah merupakan pekerja-pekerja yang kita anggap boleh jadi diperingkat perusahaan yang sederhana tetapi sebenarnya boleh kita cari jalan yang terbaik supaya ada diperluaskan tempat yang sudah kita ada, telah sediakan dengan infra yang baik, letrik yang baik, air yang baik ke situ termasuk jalan raya yang baik dan 10 kilometer sahaja ke Rantau Panjang dan sempadan. Jadi maksudnya areanya cukup mempunyai keistimewaan yang tertentu.
Jadi semua mengambil peranan dalam hal ini. Nenggiri pun berminat tarik rakan-rakan pelabur untuk mereka dapat berpusat membuat pelaburan dalam industri untuk membangunkan ekosistem halal khususnya di Halal Park Pasir Mas.
Saya sendiri pada 01 Julai yang lalu saya pergi ke Singapore bertemu dengan Menteri Kanan Negara Hal Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Hal Ehwal Masyarakat Islam ya dan apa menyuarakan beberapa kerjasama antaranya ialah kita keluarkan beberapa dan situasi tentang pembangunan halal yang ada di Negeri Kelantan termasuk Halal Park di Pasir Mas dan pihak beliau tertarik juga untuk mengadakan kerjasama di dalam pelaburan khususnya di Halal Park di Pasir Mas yang ada di dalam bidang kosmetik.
Jadi maksudnya sebenarnya apabila promosi-promosi ini sampai kepada sesiapa sahaja dia akan berminat. Kerana satunya, Kelantan Darulnaim. Saya sebut Kelantan Darulnaim. Apabila kita pergi ke mana-mana rupa-rupanya Kelantan kita ini oleh kerana kita sudah 35 tahun di bawah MBI maka ia sudah dikenali diperingkat seantero, bukan hanya nasional tetapi peringkat international. Jadi apabila di sebut Kelantan mereka tertarik dengan ada makanan, ada tempat pelancongan, kebudayaannya dan pelbagailah termasuk pendidikan dan pemusatan program keagamaan yang mana ia menjadi satu tarikan kepada pihak luar.
Jadi apabila In Shaa Allah dengan projek-projek pembangunan 2027, 2028 apabila siap sepenuhnya. Kita doakan supaya negeri Kelantan kita
bertambah keberkatan dan keluasan di dalam pembangunan selain aspek manusiawi ia dan juga kepada aspek-aspek material yang ada di dalam negeri ini.
Jadi In Shaa Allah pihak Kerajaan Negeri telahpun melancarkan Majlis Pembangunan Industri Halal Negeri Kelantan pada 04 September yang lalu di Renai Hotel oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang telah pun dilancar belum bermesyuarat lagi. In Shaa Allah saya telah bawakan senarai-senarai Jawatankuasa Majlis Pembangunan Halal negeri ini ke peringkat Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan yang telahpun dipersetujui dengan beberapa penambahan dan In Shaa Allah mesyuarat kali pertama akan berlaku pada tahun ini juga dan In Shaa Allah kita akan ini akan ada kerjasama dengan pihak di Persekutuan untuk kita membangunkan dan sama-sama menjayakan Plan Strategik Halal 2030. Yang kita nak bukan setakat negeri kita tapi produk-produk halal tempatan ini dibawa ke seantero ke peringkat antarabangsa.
Sepatutnya kali ini kita berada di Shanghai, China untuk menghadiri pameran halal Malaysia-China cuma oleh kerana kita mintak keizinan daripada pihak Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk tidak dapat menghadiri ke Shanghai kerana negeri Kelantan terlibat dengan sidang DUN dan sidang paling pentinglah iaitu sidang bajet, jadi kita tak dapat ke sana dan Majlis Pembangunan Halal pun belum bermesyuarat In Shaa Allah kita akan bermesyuarat pada tahun ini dan kita akan melaksanakan beberapa perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama dan cadangan daripada Chetok juga itu akan dibawa di dalam mesyuarat nanti.
Dan sebenarnya kita di Kelantan ini Alhamdulillah telah pun menongkah arus dengan kita memperlebar, memperluaskan proses untuk pembangunan halal di Negeri Kelantan ini dan KIAS telahpun menubuhkan Pusat Halal KIAS (KIASHAC) yang mana KIASHAC ini telah bernaung di bawah JAKIM dan berkerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan untuk sama-sama membimbing, memberi latihan, khidmat nasihat kepada para pengusaha dan usahawan tempatan dalam aspek pematuhan halal. Alhamdulillah sehingga kini bahagian halal dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan telah mengadakan pelbagai aktiviti, program-program sehingga tahun 2024 lah. Data yang saya ada program kefahaman, pembudayaan halal kepada
masyarakat dilakukan sebanyak 37 program dan latihan, bengkel, kursus berkaitan dengan pembudayaan halal dan taklimat tentang pensijilan halal diadakan sebanyak 33 kali.
Dan Alhamdulillah di negeri Kelantan ini ada sehingga kini ada 48 premis makanan, produk makanan Non-Muslim yang mengambil pensijilan SPHM, Sijil apa Pengesahan Halal Malaysia. Bukan setakat Muslim tetapi Non-Muslim dan sehingga Oktober 2025 seramai sebanyak 379 premis yang telah memiliki Sijil Pengesahan Halal di Negeri Kelantan Darulnaim, Alhamdulillah.
Dan kesedaran tentang pensijilan halal ini berlaku daripada masa ke semasa dan pihak Jabatan Agama Bahagian Pensijilan Halal membuat kursus, taklimat secara percuma. Secara percuma sebab ada di sana dinyatakan bahawa tak boleh kita nak ambil sijil halal kena ada RM2,3 ribu, RM5 ribu. Itu consultant. Itu kadang-kadang takdok berkait dengan Kerajaan Negeri kita pun tidak tahu. Di Jabatan Agama melalui unit halal ataupun bahgaian halal, free of charge. Tidak ada ambil satu sen pun wang. Ha jadi ini kita kena ingat bahawa kerana Kerajaan Negeri nak mempermudahkan kepada rakyat supaya mereka mempunyai pensijilan halal dalam apa jua produk yang mereka ada pada hari ini.
Dan cuma pihak Kerajaan Negeri bersama dengan Jabatan Negeri dan JAKIM amat ketat di dalam masalah logo halal ini kerana ada polimik halal yang timbul baru-baru ini, maka berdasarkan kepada Perintah Dagangan, Perakuan Dan Perdagangan Halal 2011 hanya JAKIM dan juga Jabatan Agama Negeri sahaja yang diberi kuasa untuk mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia ini kepada mana-mana pihak yang telah diperakui.
Yang lain-lain bentuk perakuan walaupun napok sijilnya ori, walaupun nampak begitu tak boleh seperti yang diwar-war, muslim choice dan lain-lain sebelum daripada ini, itu tak boleh. Jadi apa itulah beberapa perkara yang saya lihat perlunya untuk sama-sama kita membangunkan pembangunan halal ini secara bersama di Kelantan Darulnaim.
Yang keduanya, Bukit Bunga, Dabong ada mempersoalkan ada bertanya tentang isu pembangunan pondok pemerkasaan pondok di Kelantan Darulnaim ini. Cuma untuk maklumannya yang berkait dengan
pemerdayaan pondok secara akademik ataupun secara akreditasi dan itu In Shaa Allah YB Exco Pendidikan akan jawab dan saya menyentuh soal perkara yang berkaitan dengan pembangunan Tarbawi, pembangunan latihan pondok, guiru-guru pondok dan kebajikan pondok yang turut diseliakan oleh jabatan Agama di Negeri Kelantan Darulnaim ini.
Jadi apa berkenaan dengan cadangan daripada Dabong sendiri supaya dicadangkan adanya majlis dakwah dan juga institusi guru pondok ya, cadangan baik tetapi di Kelantan ini sudah pun ada Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB), jadi Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB). Jadi Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB) ini memang bersama dengan Kerajaan Negeri mempastikan penyelarasan berlaku di antara program-program di kalangan pondok yang ada di negeri Kelantan Darulnaim ini. Dan kerajaan Negeri sebenarnya telah bersama-sama dengan Pusat Pondok Berhad dan juga tuan-tuan guru pondok yang ada di negeri Kelantan untuk kita melakukan langkahan bersama di dalam menjayakan program-program kewibawaan ulama’ ini.
Memang Bukit Bunga sebut tentang kita nak pelajar pondok nanti bukan setakat mereka berada di pondok tetapi mereka keluar nanti sebagai pakar dalam ekonomi, dalam IT ada sijil yang tersendiri itu sudahpun dibuat lama oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Dan untuk makluman, juga saya pun baru balik daripada Maghribi di mana antara tempat yang kita pergi Universiti Qarawiyyin yang mana ini universiti yang terlama tertua di dunia yang Zaitunah itu pusat halaqah ilmu yang tertua di dunia, Universiti dia datang kemudian tetapi dari sudut universiti jami’atul nya ialah di Qarawiyyin yang melahirkan pakar-pakar ulama’-ulama’ besar seumpama kita dengar Ibnu Qaldun dan lain-lain lahir dari universiti itu. Dan masih sekarang ini melaksanakan pengajian turath yang berwibawa yang mempunyai kerusi-kerusi yang melahirkan ulama’ yang hebat, kerusi Feqah, kerusi tafsir, kerusi hadis, kerusi dalam falsafah dan pengajian matematik, falak, faraid.
Pengajian yang berbentuk astronomi, geologi semuanya di ajar dan dia ada kerusi-kerusi yang tersendiri yang memang orang yang terlibat belajar secara tiga tahun, mereka akan menjadi pakar. Selepas tiga tahun baru mereka akan pergi ke universiti untuk mendapatkan sijil. Jadi tuan-tuan guru pondok yang menyertai lawatan ini sangat tertarik dan ia
adalah satu perkara yang mengujakan kita dan In Shaa Allah Kerajaan Negeri akan membuat hubungan dengan apa pihak universiti ini untuk mengekalkan kewibawaan ulama’ yang ada di negeri Kelantan ini sampai ke bila-bila kerana ulama’ pondok ini dia kekal tradisi ilmu itu. Ada tradisi yang dia tidak boleh dibuang. Aaa kalau buang dia tak akan sempurna, dia tak, tak jadi. Ha jadi dia kena ada, dia kena Matan al-Ajrumiyyah juga, haa Dato’ Speaker dia kena ada juga makna dia tak boleh pergi direct kepada pengajian-pengajian moden walaupun lebih mudah tapi dia juga kena ada kitab-kitab turosnya yang tersendiri yang mesti dikenali dan dibaca.
Jadi soal latihan itu In Shaa Allah akan dijalinkan dengan kementerian wakaf dan juga Hal Ehwal Islam Negara Morocco untuk latihan kewibawaan ulama’ itu dan apa sekiranya ia melibatkan perkara-perkara melalui akreditasi MQA dan lain-lain Kerajaan Negeri akan berbincang dan bermesyuarat diperingkat yang selanjutnya untuk memperkembangkan dan menjayakan soal MOU ataupun MOA yang akan bakal diadakan tersebut.
Jadi soalnya Kerajaan Negeri sentiasa mementingkan Pembangunan Hal Ehwal Guru Pondok ini dan baru-baru ini pun pada 27 September yang lalu yang di urusetiakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, tuan-tuan guru pondok bukan di Kelantan sahaja, seluruh Malaysia telah berhimpun di pondok Gelang Emas Pasir Mas di dalam Ijtimak Pondok Se-Malaysia yang telahpun dibentangkan di beberapa kertas-kertas kerja ada forum, ada ceramah dan resolusi-resolusi yang diadakan bagi sentiasa menyelaras situasi pondok dan guru-guru pondok, murid-murid yang belajar di pondok ini belajar di atas landasan yang tepat yang tidak lari daripada ataupun tidak bercanggah dengan apa dasar yang ada di dalam Kerajaan Negeri Kelantan ini.
Dan begitulah juga dengan pondok pembangunan, pondok berhad ini juga mengadakan banyak program termasuk mutaqah Ahli Sunnah Wal Jamaah melibatkan ulama’ dari dalam dan luar negara dan pemerkasaan guru-guru pondok juga dibuat oleh Pusat Pembangunan Pondok Berhad seumpama kursus Pengurusan, kursus IT pun dibuat, kursus Media Sosial dibuat dan lain-lain yang bersifat kursus-kursus pengurusan terkini selari dengan era AI juga sebenarnya dibuat diperingkat Pusat Pembangunan Pondok Berhad. Bukan kata nama Tok Guru Pondok tok tahu AI. Lebih Chat GPT ini dia lebih tahu pada kita lagi. Jadi maksudnya
apa nama tuan guru pondok pada hari ini juga mereka selari dengan arus yang berlaku pada hari ini.
Dan Kerajaan Negeri juga In Shaa Allah akan terus bersama-sama memperhebatkan untuk melaksanakan program-program dakwah dan tarbiyah dalam menangani program, segala masalah gejala sosial yang berlaku sebagaimana yang disentuh oleh Dabong supaya bagaimana boleh terhakis dengan cara lebih sehingga habis gejala-gejala sosial, masalah-masalah gejala-gejala yang tidak sihat berlaku dalam negeri kita.
Jadi In Shaa Allah Kerajaan Negeri akan memberi keutamaan dalam hal ini dan pada tahun ini juga In Shaa Allah terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah meluluskan peruntukan untuk satu program baru nanti dalam membina dakwah yang lebih berkarisma dan apa untuk GEN Z dan lain-lain untuk melalui Shariah Life dengan wajah Kelantan sejahtera.
Jadi program ini akan In Shaa Allah berlangsung pada tahun ini juga dan seterusnya akan ditubuhkan sekretariat Shariah Life dan akan diadakan wacana bersiri ke seluruh jajahan, ke seluruh jajahan, 11 jajahan dengan diadakan program-program yang bermodul yang telah akan diputuskan di dalam Shariah Life yang akan dilancarkan pada tahun ini juga sebenarnya dijangka pada November ini juga. In Shaa Allah dan kita akan jemput semua Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk menghadiri majlis pelancaran Shariah Life yang akan diadakan pada bulan ini. In Shaa Allah ataupun dalam tahun ini juga.
Jadi program ini akan memfokuskan kepada membangunkan pembangunan manusiawi yang lebih jadi manusia yang sedar, manusia yang bertanggungjawab, manusia yang ada masa depan dan ada manusia yang dan In Shaa Allah boleh menjadi pelapis di mana-mana tempat yang ada komuniti di dalam negeri Kelantan Darulniam ini. Itulah beberapa perkara yang saya nak sentuh berkaitan dengan soalan-soalan yang dikemukakan kepada saya. Yang lain tu kita akan berjumpa di Nasken Coffee di mana-manalah.
Ahli-Ahli Yang Berhormat terima kasih sekali lagi kepada semua. Saya ucapkan terima kasih juga kepada seluruh agensi di bawah portfolio saya
yang telah bertungkus lumus bekerja keras dalam mempastikan semua program-program yang dilaksanakan berjaya, terima kasih sekali lagi …
ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻟﻜﻢ و ﱄ ﻟﻌﻈﻴﻢ ا ﺳﺘﻐﻔﺮﷲ وأ ا ﻫﺬ ﻗﻮﱃ ل ﻗﻮ ا
Terima kasih. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Negeri Kelantan yang telah membentangkan Bajet Belanjawan Negeri Kelantan yang bertemakan “Kelantan Sejahtera, Prihatin Rakyat, Ekonomi Berkat, Negeri Rahmat” dengan meletakkan teras 4 dan teras paling utama sebagaimana yang disebut oleh sahabat sebelah sakni Exco Agama. Dimana pembangunan Islam, pendidikan dan modal insan berjumlah RM 181.71 juta merangkumi institusi utama iaitu Yayasan Islam Kelantan (YIK), Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dan juga Institusi Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 150.77 juta. Terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat dan juga telah meletakkan komitmen dengan mengisytiharkan sebuah lagi tahϐiz yang bakal dibangunkan di Kuala Krai bermula tahun hadapan dalam rangka untuk menjadikan memenuhi cita-cita kita untuk satu tahϐiz satu jajahan. Sekiranya tahun depan ini dapat dilaksanakan ini jajahan yang ke-8 In Shaa Allah. Tinggal lagi Gua Musang dan Jeli. Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam Perbahasan Ucapan Belanjawan tidak banyak Ahli-Ahli Yang Berhormat menyentuh portfolio saya. Antaranya Nenggiri yang menyentuh tentang liputan telekomunikasi yang sering terputus dan ada gangguan juga ditimbulkan
oleh Yang Berhormat Wakaf Bharu. Dimana Kerajaan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik termasuk ke Kampung Jeram Tekuh dan juga Pos Bok dan sekitarnya… sekitarnya. Jadi untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kualiti liputan telekomunikasi ini sangat dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan juga bentuk muka bumi. Faktor persekitaran ini dengan bangunan tinggi, bentuk muka bumi berbukit dan sebagainya. Dan dia juga merupakan halangan yang menyebabkan berlakunya mengalami gangguan liputan ataupun dia menerima isyarat yang lemah. Selain itu, berlaku juga gangguan di Nenggiri ataupun Gua Musang ni secara umumnya berpunca daripada kejadian ϔiber cut iaitu yang kerap berlaku semasa aktiviti pembinaan lebuh raya Central Spine Road (CSR). Insiden kerosakan gentian optik memberi kesan sementara kepada liputan telekomunikasi ini. Dan pihak MCMC sentiasa memantau, mengadakan perbincangan dengan pihak PBT, agensi-agensi yang berkaitan dan bermula pada 24…. bermula pada 14 Julai 2025, pihak MCMC menambah lagi rangakaian yang kedua iaitu UMobile Sdn. Bhd. Dan In Shaa Allah akan juga dimasukkan ke Gua Musang. Jadi In Shaa Allah dari semasa ke semasa pihak MCMC akan mengambil daya inisiatif untuk menyelesaikan masalah yang dialami oleh bahagian-bahagian yang terkesan dengan liputan telekomunikasi. Yang keduanya, Pulai Chondong juga membangkitkan tentang KIAS, mercu tanda KIAS. Jadi sekarang ini KIAS sedang merangka ataupun merancang membina jejantas yang boleh menghubungkan kampus A dengan kampus B yang seterusnya dapat membina… dapat membina… dan mengadakan mercu tanda kepada masyarakat dan juga menarik kepada masyarakat untuk sama-sama kita menjayakan Pendidikan Islam di KIAS. Begitu juga Limbongan. Pulai Chondong tadi Program Integrasi Pendidikan. Tadi juga dijawab oleh Exco Belia dan juga Perpaduan. Setakat ni nyo kito buat integrasi melalui pendidikan ini dengan Bahasa Cina. Jadi Alhamdulillah kita telah menubuhkan kelab-kelab Bahasa Mandarin di sekolah-sekolah agama kita di YIK dan prestasinya amat membanggakan. Jadi pelajar-pelajar kita ni dengan cepat boleh
menguasai Bahasa Cina dan telah kita cuba mengadakan pantomime dalam Bahas Cina ni cukup menarik. Dimana dalam Perayaan Menyambut Hari YIK, pelajar-pelajar ini mengadakan pantomime dalam Bahasa Cina ni Yang Berhormat Dato’ Speaker, Alhamdulillah cepat buleh kecek Arab, buleh kecek Cina dan juga kita mengadakan MOU dengan University Jihan di Chinesse untuk kita berkolaborasi mengadakan hubungan dua hala dengan KIAS. YB-YB kita pun kita telah mengadakan kursus Bahasa Cina. Sero YB pun pandai jugok dok cakak Cina? Berapo ore hok pandai? Cuma Siam, India belum lagi. In Shaa Allah kalau berjaya kita buat pulok. Begitu juga Limbongan menyentuh tentang menyediakan latihan yang tersusun. Jadi YIK dan ILDAN sedang menyusun latihan-latihan guru secara tersusun bagi menjayakan agenda pendidikan kita. Alhamdulillah dengan komitmen yang dilaksanakan di peringkat YIK dan juga ILDAN kita nampak pencapaian-pencapaian anak-anak di peringkat peperiksaan ini amat membanggakan. Dimana pelajar-pelajar kita pun kalau tahun lepas 82 sekolah kita ambil SPM, 42 mencapai 100%, 50% lebih tahniah dan syabas kepada urusetia kita yang telah melaksana tugas dengan baik. Begitu juga dengan TVETKB dan KIASDEC mengambil tanggungjawab ini untuk kita laksanakan pendidikan TVET di seluruh negeri Kelantan. Begitu juga dengan DPRK untuk seluruh negeri. Jadi DPRK kita ni sebenarnya digubal menggunakan panel-panel pakar di peringkat pakar-pakar universiti IPT di seluruh negara. Sebenarnya Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bercita-cita untuk kita pegang Putrajaya, kita bersedia dah DPRK ni K tu buleh tukar DPRM haa Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jadi itu lah komitmen kita In Shaa Allah kalau diberi peluang kita sudah bersedia akan tukar DPRK ni kepada DPRM Dasar Pendidikan Rabbani Malaysia. Begitu juga Pendidikan Islam dan STEM. Kita juga telah memasukkan unsur sains, teknologi, engineering, matematik ke sekolah YIK. Dan sebagaimana dimaklumkan pada kelmarin pelajar-pelajar kita yang kita hantar, sekolah kita yang kita hantar di Karnival STEM Kebangsaan di UMK. 6 buah sekolah tu menang belako. 2 emas, 3 perak, 1 gangsa. Yang pertamanya sebagaimana diumumkan kelmarin hok emasnya Maahad Muhammadi Gua Musang, tahniah pada Gua Musang dan juga Maahad
Sains Tok Guru, nok oyak hok ni sekolah selected, hok ni sekolah ikut sumbak juga boleh mencapai pingat emas dalam pertandingan STEM di peringkat kebangsaan. Begitu juga Gaal dan Pengkalan Pasir menyentuh Tuisyen Rakyat Sejahtera. Sebagaimana dalam jawapan tadi meme Tuisyen Rakyat Sejahtera ini kita untuk memberi peluang sama rata kepada calon-calon SPM. Calon-calon SPM kita ni Yang Berhormat Dato’ Speaker, ado 2600 lebih. Setakat ini kita mampu hanya, tahun mula-mula perkenal 1495, tahun ni nya Alhamdulillah hampir sekali ganda 2604 orang. Dan untuk melebarkan lagi kita perkemaskan Tuisyen Rakyat Sejahtera ini dengan E-Tuisyen Rakyat Sejahtera ini dan kita cuba tahun ni iiatu seramai 1896 orang. Dan In Shaa Allah kita doakan anak-anak kita berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang akan dilaksanakan beberapa hari lagi. Begitu juga dengan Chempaka dan Dabong yang menyentuh dengan persoalan TVET gabungan dengan akhlak. Alhamdulillah kita berjaya membentuk Jawatankuasa TVET Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ TMB kita. In Shaa Allah kita akan mengadakan rancangan dan setakat ininya kita telah melaksanakan program TVET ini di pondok dan juga tahϐiz. Alhamdulillah menampakkan pencapaian yang terbaik kerjasama dengan Exco Pertanian. Dimana TVET pertanian ni berjaya melahirkan pelajar-pelajar kita yang mahir dalam bidang pertanian dan juga maahad tahϐiz. Begitu juga Yang Berhormat Dato’ Speaker, Dabong menyentuh tentang Maahad Tahϐiz Kuala Krai, sebagaimana yang disebut tadi. Dan juga Bukit Bunga serta Galas mengenai pendigitalan pondok, Galas pendigitalan dewan. Maka kita ambil maklum lah dengan pondok kita akan berbincang dengan Exco Agama dan dengan pendigital Dewan Undangan Negeri ambil maklum In Shaa Allah. Itu lah dapat saya jawab soalan persoalan yang dikemukakan Ahli-Ahli Dewan. Semoga dapat menjawab segala persoalan yang ditimbulkan. Dato’ Speaker, terima kasih.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و , ﻪﻠﻟ ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا , ﻟﻌﺎﳌﲔ ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Dato’ Menteri Besar Kelantan yang telah berjaya membentangkan Belanjawan Kelantan 2026 yang mana juga telah memperuntukkan pelbagai bantuan untuk pembangunan sektor pertanian dengan lebih hebat dan mampan. Merujuk kepada ucapan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar pada hari pertama persidangan, Alhamdulillah sektor pertanian yang merupakan penyumbang kedua ekonomi Kelantan memulih kepada 2.8% berbanding pengucupan 1.6% yang dicatatkan pada tahun 2023 didorong oleh prestasi baik subsektor tanaman, ternakan dan perikanan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sepanjang Perbahasan semalam sekitar 11 Ahli-Ahli Yang Berhormat yang menyentuh perihal sektor pertanian, ternakan dan perikanan iaitu Pasir Tumboh, Galas, Limbongan, Wakaf Bharu, Pantai Irama, Kuala Balah, Bukit Bunga, Gaal, Chempaka, Gual Periuk dan Dabong. Pasir Tumboh mencadangkan gerakan secara agresif dan besar-besaran secara menyeluruh di negeri Kelantan dengan mengajak supaya kita merujuk kepada Rancangan Buku Hijau yang pernah dilancarkan oleh Almarhum Tun Abdul Razak 1974 lagi. In Shaa Allah kita dah ambil buku ni dan kita dan baca yang mana adanya beberapa program kita yang bersamaan yang telah kita laksanakan seperti Program Dapur Hijau yang
kita telah sasarkan kepada golongan wanita dan beliawanis yang dikembangkan kepada Program Keluarga Bertani diperkenalkan semenjak 2015 sehingga kini melibatkan 22 770 penerima manfaat daripada kit Dapur Hijau tersebut. Yang mana kita telah membuat pemantauan dan berusaha memilih di kalangan peserta untuk diangkat menjadi usahawan Dapur Hijau dengan kita agihkan kepada mereka sistem pertanian hidroponik untuk menambahkan hasil yang lebih baik dan lebih banyak. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengucapkan terima kasih kepada pertambahan sebanyak RM 50 ribu bagi pelaksanaan Program Dapur Hijau pada tahun hadapan 2026. Dengan itu jumlah peruntukan projek ini ialah sebanyak RM 250 ribu. Juga Pasir Tumboh membangkitkan perihal pembangunan tanah-tanah (TPK) yang terbiar untuk dibangunkan dengan projek-projek pertanian atau penternakan melalui agensi-agensi berkaitan. Saya amat bersetuju untuk pihak PTG dan UPEN mengkaji dan melaksana mekanisme proses kelulusan penggunaan tanah yang lebih cepat untuk membangunkan projek keterjaminan makanan negeri diwujudkan dengan kadar segera. Sekali gus melancarkan agenda pembangunan tanah-tanah terbiar milik Kerajaan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Galas ada menyebut perihal RKK Lojing yang diselit dengan pertanyaan tentang Projek Tanaman Anggur. Sebenarnya projek Tanaman Anggur diusahakan di atas tanah seluas 2.42 ekar di atas milik Darulnaim Agro Management Sdn. Bhd Damai di Jajahan Kecil Lojing oleh penyewa tanah dan Syarikat Fresh Momentum Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd. Setakat ini variati yang ditanam adalah variati jenis kyoho, red pearl dan berry. Pasaran anggur ini adalah untuk pasar tempatan dan majoritinya untuk diedarkan ke pasar raya besar AEON di seluruh Malaysia. Bukan untuk buat arak dan sebagainya. Kapasiti pengeluaran pada masa sekarang adalah sebanyak 4 hingga 5 tan setahun. Dan In Shaa Allah tuan-tuan boleh juga pergi melawat lah untuk mendapatkan rasa, sebab tokleh bawok sini. Yang Berhormat Galas juga membangkitkan tentang isu pemilikan saham kilang padi Beras Darulnaim Sdn Bhd dimana ditanya mengenai
perbezaan yang kita sebut dalam negosiasi dengan pihak kilang sehingga kita boleh mendapatkan saham sehingga 35%. Sebenarnya sekarang pihak KPKB telah memiliki saham sebanyak 15% mengikut kemampuan yang ada setakat ini dan share ini ataupun saham ini boleh ditambah dari semasa ke semasa sehingga 35%. Dan adalah ditegaskan dan dimaklumkan kepada Sidang Dewan tiada penggunaan dana awam Kerajaan dalam pembelian saham ini. Keseluruhan saham sebanyak 15% ini merupakan pelaburan strategik daripada sumber kewangan milik sendiri Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB). Begitu juga Galas bertanya tentang Program Skim Al-It’am Kerajaan Negeri Kelantan. Sebenarnya sekarang Program Skim Al-It’am ini tidak lagi menggunakan beras tempatan. Ianya ekoran arahan rasmi daripada Kerajaan Persekutuan bermula tahun 2024 melalui Pejabat Ketua Pengarah Kawalan Selia Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan agar menggantikan beras putih tempatan dalam urusan tender pembekalan bagi tujuan intervensi tambahan bagi mengatasi isu kekurangan bekalan beras putih tempatan dalam pasaran. Arahan Kerajaan Persekutuan agar beras putih tempatan perlu berada dalam pasaran terbuka bagi tujuan penimbal jika berlaku krisis kekurangan beras bekalan negara. Oleh itu Kerajaan Persekutuan mengarahkan penggantian kepada beras import putih. Jadi sekarang ni Skim Al-It’am terpaksalah kita agihkan kepada rakyat beras import putih sekali pun kita di Kelantan ini memiliki beras yang lebih SSL rakyat Kelantan. Dan kita harap Galas yang bertanya ni boleh mejadi orang tengah memberi, membuat satu perundingan supaya memberi kebenaran kepada Kelantan dalam Skim Al-It’am ini kita ada kilang sendiri yang kita berkongsi dengan pihak pelabur. Dan juga kita mempunyai stock pile yang banyak, beras yang mencukupi sebenarnya beras tempatan. Ye In Shaa Allah juga adalah terbaik untuk rakyat kita yang selama ini sudah lama menggunakan beras ini Skim Al-It’am dah lebih 10 tahun. Seterusnya saya akan ringkaskan oleh kerana ramai ni ada 9 orang lagi, 11 semua yang menyentuh tentang pertanian kemudian saya akan rangkumkan jawapan. ADUN Limbongan bertanyakan tentang
pembangunan modal insan dan TVET Pertanian untuk melahirkan tenaga mahir dan belia berkemahiran tinggi dalam teknologi pertanian. Wakaf Bharu berkaitan dengan pengukuhan keusahawan tani dan ekonomi rakyat juga ke arah membangunkan modal insan usahawan tani, model usahawan tani. Juga DUN Pantai Irama untuk pemerkasaan pertanian pintar dan rantaian nilai agro yang mana Yang Berhormat Pantai Irama banyak menyebut tentang kelebihan Pantai Irama yang sinonim dengan pertanian dengan Gerakan Pertanian Al-Falah. Kemudian cadangan dan inisiatif yang In Shaa Allah kita akan ambil perhatian. Dan In Shaa Allah Pantai Irama kita akan beri tumpuan selepas ini dengan cadangan-cadangan yang sangat baik.
Sebenarnya cadangan-cadangan semua Ahli Yang Berhormat ini sebahagian besarnya sudah ada dalam perancangan strategik pertanian di Kelantan dibawah Portfolio Pertanian dan juga dibawah jabatan dan agensi GLC Kerajaan yang sedang memberi penekanan kepada cadangan-cadangan Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Kuala Balah mencadangkan pembinaan jambatan Ladang Lubok Bongor bagi mempertingkatkan akses para petani. In Shaa Allah kita akan meminta pihak Jabatan JPS untuk membuat kajian dan keboleh laksanaan projek ini yang In Shaa Allah kita akan usaha lah dengan bajet yang ada kerana dengan cadangan tersebut memang sesuai dan nampak boleh membantu para petani dan meningkatkan ekonomi rakyat.
Bukit Bunga telah membentangkan dan juga buat cadangan-cadangan terbaik kepada sektor pertanian iaitu ingin membangunkan Bukit Bunga sebagai hub pertanian logistik agro tempatan, penubuhan pusat pengumpulan, pembungkusan dan pemasaran RCCPC di Bukit Bunga, kena sediakan tapak lah In Shaa Allah kita tengok. Pelaksanaan Pertanian Pintar dan Latihan Agropreneur Muda Digital dan Program Latihan 1000 Belia. Yang mana kita dah ada dalam target kita dan juga pelan strategik kita membangunkan lebih 1000 belia dan beliawanis dalam bidang pertanian. Gaal ingin menjadikan Gaal sebagai DUN Pertanian kerana potensi dan projek-projek pertanian yang sudah dilaksanakan di DUN tersebut termasuk mewujudkan CPPC yang juga sudah dalam perancangan kami
bersama dengan Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd. Dan menambah kuota input pertanian kepada rakyat DUN Gaal yang kebanyakan yang terlibat dengan pertanian, penternakan dan perikanan. In Shaa Allah kita akan tengok bersama. Chempaka mencadangkan transformasi pertanian moden dan ekonomi baharu dengan cadangan-cadangan yang sangat menarik iaitu membina agropreneur muda baharu tanpa orang tengah, fokus kepada projek pertanian berskala besar ini kita buat dengan bersama KPKM Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dengan bajet yang disalurkan melalui Kerajaan Negeri. Kita sedang bangunkan beberapa projek yang berskala lebih besar. Juga penubuhan Agro Hub Kelantan Timur berasaskan teknologi digital dan data tanah bagi pertanian berjumlah tinggi In Shaa Allah. Seterusnya Gual Periuk, Rantau Panjang dicadang sebagai zon ekonomi khas sempadan fokus kepada aktiviti pemprosesan agro industri, pengumpulan hasil tani, pelaburan sektor makanan lintas sempadan. Dan Dabong, sesuai dengan Dabong ni juga DUN Agro Pelancongan ingin melihat lebih banyak projek-projek agro-tourism ini dapat dibangunkan di DUN Dabong. Dan galakkan usaha tani mengurus tempat, menghasilkan pertanian dengan penghasilan produk yang lebih berkualiti dan sebagainya. Yang Berhormat Dato’ Speaker, In Shaa Allah semua cadangan yang disebutkan tadi akan diambil perhatian oleh pihak Kerajaan dan sebahagiannya saya akan sebut sudah ada di dalam perancangan strategik jabatan dan juga agensi berkaitan. Contohnya dalam sektor pertanian bagi tahun 2026 jabatan pertanian akan terus memberi khidmat pengembangan dan pembangunan pertanian melalui pemindahan teknologi, penumpuan kepada pembangunan tanaman bagi meningkatkan pengeluaran selari dengan dasar keterjaminan makanan. Pemerkasaan pengeluaran tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bawang, kelapa, kopi dan kepelbagaian tanaman hijau sebagai makanan ternakan serta industri agrikultur di samping kemampuan komiditi terpilih bagi tujuan eksport. Dimana dalam perancangan jabatan telah dimasukkan pembangunan modal insan dan aktiviti pengembangan,
kursus dan latihan mensasarkan 600 golongan sasar. Di samping pembudayaan makanan selamat melalui amalan pertanian baik myGAP dan juga myOrganic. Dan persijilan ladang sebanyak 296 sijil melibatkan 37 kawasan perkhidmatan di negeri Kelantan. Begitu juga dalam sektor penternakan, apa yang dicadangkan tadi seperti pembangunan penternakan lembu Naimbif, Program Ternakan Ruminan, Lestari Ayam Kampung, pawah rusa sontani, projek homeplot dan sebagainya. Semuanya dah masuk di dalam cadangan dan pelan strategik sektor penternekan negeri Kelantan. Dan sektor perikanan, tahun hadapan misi Jabatan Perikanan Malaysia adalah untuk mengembangkan industri perikanan yang dinamik berpandukan pasaran melalui pendekatan kreatif dan inovatif serta menguruskan sumber perikanan negara secara efisien, inovatif dan mesra alam. Dimana pihak jabatan memastikan seramai 100 orang usahawan baru dan sedia ada lebih proaktif dan komited dalam menghasilkan serta mengeluarkan produk hiliran. Bagi tahun hadapan 5 usahawan baru di bawah Program My Agro Preneur Perikanan MyAP akan dibangunkan serta dua projek baru dibawah My Agro Preneur Perikanan siap akan dibangunkan.
Begitu lah pembangunan infrastruktur tani dan beberapa projek pertanian dibawah agensi seperti dibawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan kita akan buat lebih baik daripada sebelum ini. Contohnya Projek Ayam Pedaging, dalam cadangan kita akan menternak lebih 200 ribu ekor setahun daripada sekarang ni hanya sedikit. Dan sudah dibuat reban ayam tertutup automatik. Melon madu Kelantan, peningkatan hasil 15% melalui fertigasi moden dan tambah nilai komersil. Ternakan lembu intergrasi, dulunya 20-30 ekor sekarangnya lebih 100 ekor di Rong Chenak. Pisang komersil, …… akuakultur, lada, buah tin, anggur, kopi, udang putih, lembu korban dan komersil semuanya akan menjana hasil dan meningkatkan SSL daging dan juga hasil-hasil pertanian dan membuka peluang pekerjaan baru.
Dibawah KPKB ada juga bertanya mengenai projek-projek baru seperti mewujudkan hub jualan dan kilang makanan ternakan yang sedang dibangunkan dan sedang berkembang. Begitu juga projek tanaman
kelapa, nenas komersil baru dengan nilai tambah kepada pasaran. Dan produk IKS juga akuakultur diperkasa ke tahap komersil dan moden. Dan juga disebutkan oleh Exco Pendidikan tadi kerjasama dengan portfolio lain iaitu program TVET Pertanian diperluas kepada pondok, tahfiz dan yayasan-yayasan yang telah dibincang untuk turut serta.
Dibawah Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd, ditingkatkan pengeluaran-pengeluaran seperti semi beku charolais, pengeluaran bekalan berkualiti tinggi sudah berjaya. Kemudian projek kambing kala hari, pembiakbakaan juga sedang berkembang. Dan In Shaa Allah tahun hadapan pemoperasian GMCC iaitu kilang pemprosesan produk susu kambing segar formula dan tablet di Ketereh dan Pasir Puteh sedang bermula dengan peningkatan ternakan kambing-kambing tenusu di kawasan-kawasan terpilih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagaimana hasrat yang disuarakan oleh Yang Berhormat ADUN Gaal dan Pantai Irama bagi memperkukuhkan hala tuju sektor pertanian negeri Kelantan saya menyambut baik lah hasrat mereka untuk menjadikan DUN Gaal dan DUN Pantai Irama sebagai DUN Pertanian Negeri Kelantan yang In Shaa Allah yang akan diberi tumpuan lebih baik lah tahun hadapan. DUN Gaal ni ada lah potensi dia, kekuatan sedia ada seperti tanaman padi, sayuran, penternakan rakyat, pembangunan Kelantan Bio Valley 150 ekar dan tapak baru 100 ekar di Kandis, tanaman nenas 40 ekar di Gaal ni, durian, pisang, makmal industri kelulut darulnaim yang dalam… Dan wajar lah kita mengiktiraf DUN Gaal sebagai DUN Pertanian.
Juga DUN Pantai Irama, berdasarkan potensinya sebagai jajaran pantai yang bertebaran, paling ramai lah nelayan. Zon pnternakan lembu naimbif. Dimana bertuahnya Pantai Irama ni nelayannya ramai, penternaknya juga ramai, petani pun paling ramai. Dimana pusat rujukan pertanian moden di TPKM Telung, berada di Pantai Irama taman kekal pengeluaran makanan dimana tahun ini TKPM Telung ini telah mendapat penarafan star rating lah 5 bintang daripada pihak Kementerian yang juga hanya 5 buah sahaja daripada 37 TKPM seluruh Malaysia, 5 buah sahaja yang mendapat 5 bintang termasuk TKPM Telung, TKPM Batang Merbau dan TKPM Lojing. Tahniah juga kepada jabatan pertanian lah ketiga-tiga
TKPM ini mendapat 5 bintang. Walaupun hanya 5 di seluruh Malaysia kita menyapu bersih ketiga-tiganya telah meningkat kepada star ratingnya 5 bintang Alhamdulillah.
Jadi bagi merealisasikan hasrat Kerajaan membangunkan sektor pertanian, industri agro makanan dan komoditi saya mengharapkan kerjasama erat setiap lapisan masyarakat, ketua-ketua jajahan, penggawa, para penghulu serta warga pusat khidmat DUN sama-sama menjadi ejen perkembangan pertanian yang lebih hebat dan gagah. In Shaa Allah dengan kerjasama semua pihak sektor pertanian akan bertambah baik dan berkembang maju yang mana produk-produk pertanian akan diindustrikan sehingga pemasarannya ke luar negara. Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam Perbahasan semalam, moga-moga setiap cadangan dan juga apa-apa keluhan yang dikemukakan akan diambil perhatian oleh pihak Kerajaan. Sekian terima kasih.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih saya ucapkan kerana memberi sedikit ruang kepada saya untuk membuat Penggulungan Perbahasan. Syabas dan tahniah saya panjangkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Menteri Besar Negeri Kelantan yang telah berjaya membentangkan Bajet 2026 Negeri Kelantan dengan jayanya. Terdapat beberapa Yang Berhormat telah menyentuh hal pelaburan, industri dan yang berkaitan.
Antaranya ialah Yang Berhormat Wakaf Bharu supaya Skim Mikro Kredit dapat membantu usahawan yang ingin memulakan dan menguruskan perniagaan masing-masing sama ada modal pusingan dan peralatan. Itu lah yang diharapkan dengan adanya skim tersebut, pihak Yang Berhormat juga dapat mengenali pemohon-pemohon daripada DUN masing-masing yang berkaitan yang menjalankan perniagaan.
Yang Berhormat Tendong dan Yang Berhormat Salor mahukan sektor pelaburan menjadi lebih berdaya tahan dengan menumpukan perkilangan yang boleh memberi pekerjaan kepada rakyat tempatan. Kami sentiasa adakan perbincangan dan libat urus dengan pihak MIDA, MATRADE dan kementerian MITI, KUSKOP dan lain-lain bagi menyatakan, menentukan pihak yang ada potensi melabur di Kelantan dalam bidang yang sesuai dengan iklim suasana di Kelantan.
Yang Berhormat Pulai Chondong berharap projek taman industry IBS Machang berjalan lancar. Untuk perhatian Yang Berhormat, status terkini di tapak ialah fizikal 90%, tarikh siap dijangka 4 April 2026, kerja-kerja tanah 100%, kerja permbinaan 90%, infrastruktur 76%.
Yang Berhormat Galas bertanyakan Bandar Baru Perabut Gua Musang. Lawatan tapak projek yang dilakukan oleh Yang Amat Mulia Tengku Kaya Perkasa SUK, Dato’ SUK pada 18 September tempoh hari dilaksanakan bersama-sama dnegan pihak Kerajaan Tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan Gua Musang (PBT Gua Musang) bagi menilai kerja-kerja tapak merangkumi kerja-kerja pembersihan tapak, penanda sempadan, pemasangan folding, pagar sudah dipasang, taklimat ringkas dan penjelasan lanjut. Ia ditumpu kepada fasa 1 sahaja. Mesyuarat akan datang dijangka pada 16 November ini akan melibatkan pihak yang terbabit.
Begitu juga dengan Bandar Bentara, ada sedikit perubahan. Rancangan Kawasan Khas RKK Bandar Dato’ Bentara, Kerajaan melalui kajian geologi dan cari gali sumber bumi telah mengenal pasti satu potensi baru ekonomi strategik Bandar Dato’ Bentara, Gua Musang. Hasil penemuan deposit bukan radioaktif unsur nadir bumi atau NR-REE dengan anggaran simpanan sebanyak 40 ribu tan total rare earth concentrate dengan izin.
Kawasan deposit ini dikenalpasti melepasi zon sekitar Panggung Lalat dan Ladang Paket. Selaras dengan itu potensi ini Kerajaan Negeri sedang menguruskan satu sesi perbincangan rasmi berhubung dengan Cadangan Penubuhan Rancangan Tempatan Gua Musang 2020 perlanjutan 2025 serta Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Dato’ Bentara.
Beliau juga ingin mengetahui tentang perubahan tentang Madinah As-Salam. Projek cadangan membina menyiapkan kedai satu tingkat 60 unit al sub telah ditamatkan kontrak pada 21 Mac 2024. Penamatan ini dibuat setelah JKR Negeri Kelantan selaku agensi pelaksana mengemukakan perakuan bahawa syarikat yang terlibat tidak dapat meneruskan pembangunan berkaitan kenaikan mendadak kos bahan binaan. Pihak JKR Kelantan juga berpandangan bahawa tapak pembinaan asal merupakan kawasan penanaman padi yang rendah dan tanah yang lembut. Sehubungan dengan itu, kaedah rawatan tanah dikenal pasti ialah menggunakan prefabricated vertical drain dengan izin dan kosnya meningkat dan dengan faktor demikian kita akan ubah struktur pembinaan di tapak.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah menyampaikan skim bina usahawan, galakan usahawan berdikari, menyampaikan peralatan tertentu di peringkat DUN masing-masing termasuk pembangkang, kepada semua Yang Berhormat yang sedikit sebanyak menyentuh sambil lalu atau tidak langsung portfolio dalam Perbahasan. Cadangan yang baik akan diambil tahu dan diberi perhatian. Cadangan yang kurang baik dijadikan sempadan. Dan terima kasih kepada semua kakitangan awam SUK yang telah berkhidmat dalam portfolio termasuk portfolio saya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, apa juga peruntukan yang diberi.
Hari esok hari selasa, Hari lusa hari rabu, Buat lah dengan segera, Tuhan sahaja yang maha tahu. Sekian.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-Undang. Dipersilakan Yang Berhormat.
ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ
ِ ِ ِ ِ ِ ﲔ ﻤ ﻟﻈﱠﺎﻟ ا ﻰ َ ﻠ ﻋ ﻻﱠ إِ ﺪ ﻋ ﻻ َ ﲔ ﺘﱠﻘ ﻤ ﻠ ْ ﻟ ﺔ ﺒ ﺎﻗ ﻟﻌ ﻟﻌﺎﳌﲔ ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا ُ َ َ ْوَانَ ُ وَ َ ُ َ َ وَا ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و , ﻪﻠﻟ ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا
ِ ِ ﱄ ﻮ ﻗ ا ﻮ ﻬ ﻘ ﻔ ﻳ ﺎﱐ ِ ﺴ ﻟ ﻦ ﻣ ﺪ ﻘ ﻋ ﻞ ُ ﻠ ﺣ ِي ﺮ ﻣ أَ ﱄ ِ ﺮ ﺴ ﻳ ﺪ ﺻ ﱄ ِ ﺮ ﺷ ا ـَ َ ْ َةً ْ ْرِي ْ ِرَبِّ ْ ُ ـَ َ ْ ُ ْ ْ وَا ْ ْ ِّ َ وَ َ َحْ Yang Berhormat Dato Speaker, saya ingin mulakan ucapan Penggulungan saya dengan membaca sepotong ayat Al-Quran yang mengandungi dua ayat walaupun sepotong mengandungi dua ayat daripada Surah Isra daripada ayat 83 hingga 84 yang saya rasakan ada kena mengena dengan persidangan kita pada kali ini pertanggungjawaban kita kepada Tuhan dan juga kepada rakyat dan tanggungjawab yang mesti kita laksanakan walaupun saya tidak berhasrat untuk menafsirkan ayat tersebut :
ل ﺗﻌﺎ ﷲ ل ﻗﺎ
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ِ ِ ِ ن ﺎ ﻛ ا ﻣ ﻪ ﺒ ﺎﻧ ﲜ Ϩ ﺮ ﻋ أَ نِ ﺎ ﺴ ﻧ ﻹ ا ﻰ ﻠ ﻋ ﺎ ﻨ ﻤ ﻌ ﻧ َأَ َ ﻟﺸﱠﺮﱡ ﺴﱠﻪ ََىٰ ْ ْ ِْ َ َ َ ـْ ُ َ وَإِذَا َِ وَ َضَ َ ْ َ وَإِذَا
ﺎ ﻮﺳ ﺌ ﻳ ً ُ ـَ
ِ ِ ِ ِ ﻴﻼ ً ﺒ ﺳ َىٰ ﺪ ﻫ ْ أَ ﻮ ﻫ ﻦ َِ ﲟ ﻢ َ ﻠ ْ ﻋ أَ ﻢ ﺑﱡﻜ ُ ﺮ ـَ ﻓ ﻪ ﺘ َ ﻠ ﺎﻛ ﺷ َ ﻰ ٰ َ ﻠ ﻋ ﻞ ﻤ ﻌ ﻳ ﻞﱞ ُ ﻛ ﻞ ُ ﻗ َ َ ُ ْ ُ ْ َ َ ُ َ ْ ـَ ْ Yang kira-kira maksud, sesungguhnya perangai manusia itu lah apabila kami limpahkan kepada mereka nikmat yang banyak mereka lupa dan mereka berpaling daripada mensyukuri nikmat-nikmat Allah S.W.T. tetapi apabila ditarik daripada mereka dan mereka ditimpa kesusahan, mereka menjadi putus asa dan kadang-kadang mereka juga lupa kepada Allah S.W.T. Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka yang mempunyai jawatan, mereka yang diberikan anugerah Allah S.W.T. bahawasa setiap orang daripada kamu hendaklah melakukan kerja, menjalankan amanah mengikut tanggungjawab jawatan dan apa sahaja kemudahan yang ada kepada kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu itu amat tahu siapa yang ada di antara kamu yang mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian, Alhamdulillah dan saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Perbahasan Bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan baru-baru ini. Semua cadangan dan teguran sudah tentu adalah untuk kebaikan negeri Kelantan dan kita kerajaan amat menghargainya.
Saya mempunyai tugas yang sangat berat Yang Berhormat Dato’ Speaker pada petang ini, saya terpaksa menjunjung tugas yang diamanahkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang yang tidak dapat ada bersama dengan kita. Saya diminta untuk menggulung Perbahasan yang juga menyentuh portfolio Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan dan Penggulungan kepada isu-isu yang dibangkitkan berkenaan portfolio saya sendiri. Untuk tujuan tersebut saya mengambil kesempatan untuk menggabungkan kedua-duanya dan mungkin masa yang saya ambil adalah agak lebih sedikit kerana beban yang saya tanggung itu juga adalah amat besar. Dan saya berterima kasih kepada Exco-Exco yang sebenarnya walaupun asalnya katanya akan mengambil masa yang lama tetapi telah mengurangkan
masa yang diambil semata-mata untuk memberikan peluang kepada saya.
Dalam hal ini, beberapa perkara telah dibangkitkan oleh ramai Yang Berhormat tidak perlu kami sebutkan kerana sebahagian daripadanya telah pun dijelaskan dalam jawapan kepada soalan-soalan mulut. Antaranya ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat membangkitkan hubungan antara negeri dan juga persekutuan dalam konteks federalisma. Ini telah pun dijelaskan dalam jawapan mulut. Begitu juga dengan hampir ramai yang mengambil bahagian menyentuh tentang Program Pembinaan Insan ye tetapi dalam konteks menghargai program Kerajaan Negeri yang begitu banyak dan bukan hanya dibawah portfolio saya sahaja tetapi dibawah portfolio belia, wanita, dibawah portfolio agama dan juga dibawah portfolio pendidikan. Tetapi dalam masa yang sama ada juga cadangan-cadangan yang dibangkitkan dan kita amat menghargai cadangan tersebut. In Shaa Allah Kerajaan akan meneliti segala cadangan dan juga kritikan yang mungkin ada. Juga disebutkan dan disentuh secara khusus oleh Melor dengan pemerkasaan Dewan Undangan Negeri Kelantan dan ini kita telah jawab juga secara panjang lebar dalam jawapan saya pada hari yang pertama.
Izinkan saya mulakan dengan serangkap pantun, Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Dikatakan negeri kita penuh sengketa, Kononnya mundur tiada kemajuan, Namun di sana kasihnya menjelma, Iman dan ilmu menjadi pedoman. Yang Berhormat ADUN daripada Galas ada bertanyakan tentang simpanan emas. ADUN Galas telah minta dan mohon keizinan sebenarnya memaklumkan kepada saya untuk tidak berada pada Dewan ini pada petang ini kerana menghadiri Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan tapi mungkin jawapan ini akan sampai kepada Yang Berhormat Galas ye. Dia bertanyakan berkenaan dengan simpanan emas jongkong emas yang ada di dalam simpanan Kerajaan Negeri Kelantan. Ye Alhamdulillah dan nilaiannya hampir RM50 hingga RM51 juta mengikut kiraan semasa ye.
Dan kesemua jongkong ini adalah dalam pemilikan Kerajaan Negeri. Kenapa tidak dimasukkan ke dalam akaun yang disatukan juga ditanyakan oleh Galas, kerana Kerajaan Negeri mengamalkan bajet tahunan berasaskan tunai yang mana ianya mencatatkan urus niaga tunai sahaja. Manakala terimaan hasil yang berbentuk fizikal seperti jongkong ada dilaporkan dalam Penyata Kewangan Kerajaan Negeri setiap akhir tahun. Jongkong emas ini akan diiktiraf sebagai hasil apabila ianya dijual dan diakaunkan di dalam akaun hasil disatukan pada tahun kewangan tersebut selaras Perkara 97 Perlembagaan Persekutuan.
Perbendaharaan Negeri bercadang untuk menjadikan jongkong emas ini sebagai sandaran bagi pinjaman kewangan di antara negeri dengan persekutuan kerana pada waktu ini polisi pinjaman oleh Kerajaan Persekutuan menetapkan sandaran kepada semua pinjaman yang bernilai sama ada tanah atau emas atau sebagainya. Pada hari yang pertama saya ada menyebut tentang bagaimana Kerajaan Negeri Kelantan menguruskan pendapatan hasil daripada perlombongan emas. Yang mana Alhamdulillah pendapatan kita disudut peratusnya kita mendapat hasil yang lebih tinggi daripada negeri-negeri yang lain. Agak nakal juga apabila semalam saya mendapati ada laporan yang seolah-olah saya telah meletakkan Kelantan lebih cerdik nak dibandingkan negeri lain dalam pengurusan emas, seolah saya memperbodohkan negeri lain. Saya nafikan sama sekali dan laporan sebegitu amat tidak bertanggungjawab.
Saya nak sebutkan di sini adalah saya cuba menjawab bahawa Kerajaan Kelantan memberikan hasil emas kepada orang luar. Sedangkan Kerajaan tidak mendapat apa-apa. Saya pun sudah menjelaskan hal ini bahawa dalam hal ini kalau dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain hasil dari perlombongan emas kita lebih bnayak meletakkan peratusnya kepada para pelombong. Kita 10 ye kepada Kerajaan Negeri sedangkan negeri-negeri lain adalah antara 5 hingga 7.5 sahaja. Manakala tribute kepada PKINK ataupun anak-anak syarikat Kerajaan Negeri kita 4 sedangkan negeri-negeri lain 7 sahaja. Itu menunjukkan bagaimana Kerajaan Negeri mampu menjaga kebajikan negeri hasil daripada perlombongan emas ini. Tidak sekali-kali kita mengatakan orang lain tidak pandai menguruskan ye, terima kasih.
Ini ada satu berita gembira untuk rakyat. Apabila bercakap soal emas kita mendapat respon yang baik apabila kita menjawab sebegitu. Tetapi ada rakyat yang bertanya apa faedah secara langsung untuk rakyat dalam hal emas ini. Maka saya telah mendapat keizinan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan hari ini kita nak isytiharkan bahawa Kerajaan bercadang untuk membenarkan rakyat mengusahakan perlombongan emas secara kaedah mendulang dan Kerajaan akan memberikan lesen kepada rakyat. Teruskan mendulang atas tanah kerajaan, jangan menceroboh tanah yang telah diberi kepada syarikat ataupun sesiapa sahaja Kerajaan akan beri lesen sudah tentu dengan syarat-syarat tertentu bertujuan untuk rekod dan juga bertujuan untuk menjaga keselamatan. Dalam masa yang sama adalah untuk memantau supaya ianya nanti tidak merosakkan alam sekitar. Itu berita gembira untuk rakyat. Rakyat boleh melombong dengan cara mendulang, rakyat akan mendapat secara langsung faedah daripada khazanah yang ada dalam negeri Kelantan.
Gunung tinggi bukan penghalang, Laut luas bukan alasan, Kerajaan adil negeri gemilang, Rakyat tetap diberi keutamaan. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dihormati dan juga dikasihi sekalian, disebutkan juga oleh Galas berhubung dengan keadilan. Saya nak sentuh sekali lagi sebab semalam berlaku sedikit kekecohan dalam Dewan kita berhubung dengan maksud keadilan. Adakah adil itu bermaksud satu-satu dalam Islam? Tidak, dalam keadaan Islam dua untuk lelaki satu untuk perempuan, itu keadilan. Kenapa? Kerana kita mesti melihat apa rasionalnya. Dalam hal ini ulama kita menyebut adil itu bermaksud ﺿﻊ و ﻣﻘﺎﻣﮫ ﻓﻰ ء ﻟﺷﻲ ا meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kasut saya jauh lebih mahal daripada songkok saya tuan-tuan ye tapi saya meletakkan yang mahal itu di kaki dan yang murah itu di kepala. Dan itu adalah adil kalau saya letakkan kasut di kepala dan songkok di kaki sudah tentu orang kata saya adalah orang bukan siuman kerana akal manusia menerima hakikat sebegitu.
Ye begitu juga dalam hal ini Kerajaan Negeri sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberikan peruntukan yang sama RKP kepad semua wakil-wakil rakyat termasuk lah juga pembangkang. Dan RKP ini setahu saya saya tidak pasti lah negeri-negeri lain tidak pun berikan kepad wakil-wakil rakyat pembangkang. Begitu juga di peringkat federal, Parlimen. Betulkan saya… Melor ye Parlimen tidak beri kepada pembangkang. Tapi kita bagi. Tapi sebagai wakil Kerajaan Negeri dan pembangkang sebagai wakil Kerajaan Pusat, pembangkang menerima jumlah peruntukan yang besar daripada pusat. Dan untuk tujuan menyamakan sekurang-kurangnya, walaupun sebenarnya lebih pembangkang mendapat peruntukan yang lebih apabila dicampur dengan yang dapat daripada pusat maka kita memberikan kepada pihak wakil Kerajaan Negeri. Sebab kalau dikira sebab kita pun pernah menjadi wakil rakyat pembangkang, wakil rakyat kerajaan di peringkat pusat sewaktu kita memerintah pusat. Untuk pengurusan Pusat Khidmat DUN sahaja kita dapat daripada kerajaan persekutuan sejumlah RM 300 ribu dan saya rasa itu tetap juga pihak pembangkang dalam negeri menerimanya dan kami tidak menerimanya. Dan apa yang diterima oleh pihak penyokong negeri tidak pun sebanyak itu. Kalau kami nak beri jumlah yang sama maka peruntukan yang akan dapat kepada wakil-wakil pembangkang jauh lebih besar daripada Menteri Besar dan juga jauh lebih besar daripada Exco. Itu yang dikatakan tidak adil ye.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dikasihi dan dihormati sekalian, isu KB Sentral dibangkitkan lagi ye, Exconya tidak ada di sini tapi biar lah saya yang menjawabnya. Memang benar, ditanya betul ke soil treatment kerja-kerja tanah ini dibuat… betul. Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh melawat. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri tunjukkan kepada saya, saya apabila dipersoalkan saya pun tergugat kepercayaan saya. Saya kata betul, sebab maklumat yang saya dapat daripada Yang Berhormat Dato’ Tengku Setiausaha Kerajaan Negeri dulu sewaktu saya menjawab dalam Dewan ini. Dan saya tanya lagi, dia kata betul YB dia pun tunjuk gambar kepada saya ye kerja-kerja tanah yang sedang dijalankan itu. Tentang cek RM 2 juta yang ditanyakan itu yang diterima oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Syarikat Widad asalnya kita berikan untuk projek ini, sebenarnya yang diberikan itu bukan RM 2 juta tapi satu mock cheque yang besar.
Tujuannya adalah untuk perbelanjaan persiapan jalan masuk ke tapak projek. Tetapi apabila pemberian projek kepada Widad itu ditarik balik tidak ada sebarang pembayaran yang telah dilakukan kepada Kerajaan Negeri. KB Sentral ini Ahli-Ahli Yang Berhormat memang kita mengakui bermasalah daripada awal lagi. Malang sebegitu ye. Tapi sebagaimana yang telah diulaskan semalam, oleh Jelawat pun sebut dan beberapa orang wakil kerajaan yang lain sebut bahawa Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya tidak mempunyai halangan dari sudut kewangan seperti Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa bidang kuasa yang luas pun ada projek-projek yang bermasalah di seluruh negara. Dalam konteks di negeri Kelantan ini ada 12 projek yang diluluskan tapi belum juga dilaksanakan. Tapi yang dibangkitkan adalah KB Sentral KB Sentral KB Sentral. Kenapa? Saya nak minta lah juga wakil-wakil kerajaan sebutkan juga kenapa berdiam diri. Kalau orang lain boleh bangkitkan soal KB Sentral, kita ada 30 lebih wakil kerajaan bangkitkan juga untuk faedah rakyat. Kenapa projek-projek yang diluluskan ini, kamu kan ada kuasa, kamu kan ada wang. Kenapa tidak disiap dalam waktu yang ditetapkan? Baru rakyat juga boleh faham. Dan dengan itu juga rakyat faham bahawa tidak semua benda yang kita rancangkan itu boleh dilaksanakan dengan cepat dan dengan tepat. Itu sudah biasa begitu. Rumah kita sendiri pun kita jangka 2 tahun siap kadang-kadang 10 tahun tak siap lagi. Memang ada projek yang malang sebegitu. Jangan disifatkan satu-satu kerajaan itu sebagai gagal dengan hanya satu projek gagal. Kalau begitu Kerajaan Pusat gagal lah apabila hanya di Kelantan sahaja tidak mampu menyiapkan 12 projek yang telah diluluskan dalam keadaan kamu ada wang, dalam keadaan kamu ada kuasa.
Saya dimaklumkan ye Perhentian Bersepadu Gombak sepatutnya siap pada tahun 2018 tetapi dirasmikan pada tahun, dibuka pada tahun 2025 tuan-tuan. Berapa lama tergendala. Itu pun saya dimaklumkan tapi perlu perincian lagi lah. Usaha sama Kerajaan Pusat dengan pihak swasta selama 25 tahun itu pun mengambil masa selama berapa lama patutnya dapat 2018 sudah beroperasi tetapi baru 2025 beroperasi.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dihormati lagi dikasihi sekalian, perobohan pengkalan haram di Rantau Panjang YB Kota Lama ada menyentuh saya, saya diam saya tak jawab. Dalam tiktok katanya bahkan
saya tak tengok pun. Tak semua benda saya kena jawab tapi harini apabila dibangkitkan dalam Dewan saya rasa saya perlu jelaskanlah walaupun Jelawat dah jelaskan dah ye. Perobohan pengkalan haram adalah keputusan bersama antara Kerajaan Negeri dengan pihak penguasa, pihak polis, pihak PTG… PTG Kerajaan Negeri Kelantan yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan dalam perbincangan. Saya sendiri walaupun ada yang mengolok-olokkan saya satu ketika apabila saya menyebut bahawa perlu dibina tembok bagi mencegah penyeludupan. Kita punya sempadan dengan Thailand lebih daripada 110 kilometer. YB nok keno tembok macam west german, east german macam tembok Gaza ke. Ada yang mengolok-olokkan saya. Sedangkan idea yang saya lontarkan itu adalah hasil perbincangan saya dengan ketua polis negeri Kelantan. Bukannya bina sejauh itu, tidak… tetapi tempat-tempat tertentu yang menjadi tumpuan kepada penyeludup-penyeludup ini. Dan tujuan pembinaan ini juga lain daripada kita dapat mengurangkan penyeludupan walaupun tidak dapat mencegah kesemuanya ia menjadi benteng kepada banjir. Itu tujuan saya. Dan setelah saya lontarkan itu diperolokkan setengahnya kemudian ditegaskan lagi oleh Dato’ KP Kelantan Alhamdulillah ye.
Saya apabila saya kata saya bersimpati sepatutnya Kota Lama telefon saya, ini tak masuk akal bagaimana Timbalan Menteri Besar bersimpati dengan penyeludup sedangkan sebelum ini keluar kenyataan bina tembok. Dia call saya betul ke tidak kenyataan itu ye. Kenyataan itu dilaporkan dan laporan itu maklumlah dia penulisan dia tak sama dengan percakapan. Tapi apabila kita baca kalau ianya very simple bertentangan dengan akal pemikiran yang logik kita tanya dulu betul ke tidak laporan ini. Takkan lah Timbalan Menteri Besar Kelantan bersimpati dengan penyeludupan dadah. Tapi itu lah kesimpulan yang dibuat ye, teguran bukan teguran lah. Ejekan yang paling keras datang daripada seorang bekas menteri yang letak jawatan. Saya tak jawab sebab saya bersimpati dengan masalah yang sedang dia hadapi dengan parti dia. Saya tak jawab pun ye. Dia kata macam mana pimpinan Kerajaan Negeri berasa simpati dengan penyeludp-penyeludup dadah. Amboi… tak masuk akal langsung. Tapi saya faham tekanan yang sedang dihadapi oleh beliau pada waktu itu. Dan saya mengambil pilihan untuk tidak berkata apa-apa, tidak
menjawab. Ye sebab itu saya mendapati bahawa orang ramai akhirnya menerima logiknya itu dan telah pun dijelaskan juga oleh Jelawat.
Ye pengkalan haram kerana dia terletak dalam tanah kerajaan. Tetapi orang sekelilingnya apabila ada pengkalan mereka menggunakan untuk aktiviti harian. Pengkalan di belakang rumah kita aktiviti harian biasa, main perahu, kadang-kadang cari ikan, kadang memancing dan juga mengail. Ini aktiviti yang tidak haram, tinggal lagi menggunakan pengkalan haram. Tapi malangnya pengkalan haram itu digunakan oleh penyeludup-penyeludup. Penyeludup-penyeludup ini bukan orang situ pun, kadang-kadang orang luar. Dan saya rasa Ahli-Ahli Yang Berhormat semua faham semua tahu dan cukup malang lah kalau tidak tahu bahawa bukan semua orang yang duduk di sempadan itu mereka adalah penyeludup. Tidak tuan-tuan, mereka orang biasa macam kita. Tetapi kita juga kena faham ye sosio ekonomi orang di situ ye kadang-kadang abang yang sebelah sini adiknya sebelah sana. Bahkan kita dimaklumkan bahawa betul ke tidak Gual Periuk, betul ye. Kadang-kadang kita dimaklumkan bahawa ramai anak-anak yang berada di sebelah sana belajar di sekolah agama sebelah sini ye. Mereka tidak masuk melalui jambatan menggunakan passport dan sebagainya sebaliknya menggunakan pengkalan-pengkalan ini. Tidak sah pengkalan ini. Oleh kerana tidak sah dan digunakan juga pula diambil kesempatan oleh para penyeludup dadah ini. Dadah ini nak dibawa ke negeri lain sebenarnya ye. Nak dibawa ke negeri lain sebagaimana beras siam nak dibawa ke negeri lain, sebagaimana pauh siam yang manis yang sedap nak dibawa ke negeri lain tapi lalu kut Kelantan. Orang Kelantan dapat dulu. Nak dibawa ke negeri lain lalu kut Kelantan. Kastam Kelantan rampas. Rampasan RM 100 juta pil kuda di Kelantan. Ye lah sebab masuk melalui Kelantan nak buat macam mana.
Sebab itu MB dah jelaskan kita adalah negeri sempadan. Kita duduk di hadapan. Alhamdulillah tuan-tuan, God works in very mysterious way kata orang putih Tuhan ni cara dia bekerja kadang-kadang ini kita tak faham lepas tu baru kita kata ohh begitu. Kalau lah Kelantan ini tidak ada ramai para ulama, kalau lah Kelantan ini tidak ramai pelajar-pelajar agama, kalau lah Kelantan ini tidak banyak sekolah-sekolah agama, masjid tidak berfungsi, kalau lah rakyat Kelantan ini rakyat yang tidak beragama saya
tak tahu lah apa akan jadi kepada negeri ini. Maka sebab itu lah Allah meletakkan negeri Kelantan di barisan hadapan yang kuat duduk di depan sebab dia berhadapan dengan musuh yang juga kuat.
Begitu juga sebelah Thailand benda-benda yang tidak baik yang masuk sebelah sana daerah Narathiwat dulu yang dapat. Bukan kata semua benda mari daripada Malaysia ini baik, bukan kata semua mari daripada Thailand itu jahat. Sama-sama sahaja. Dia bawa masuk benda baik, dia bawa masuk benda buruk. Kita bawa keluar benda baik, kita bawa keluar benda buruk. Yang kita berada di hadapan ini lah yang mula-mula sekali mati. Kita ini lah yang mula-mula sekali mendapat luka. Hargailah kematian kita. Jangan pula kita diejek. Kalau tidak kerana kita yang luka anda yang akan mati nanti. Itu lah kedudukan kita.
Maka isunya adalah saya ditanya, saya ditanya oleh pemberita pada waktu itu apa persiapan Kerajaan, apakah bantuan kerajaan kepada orang-orang yang terpaksa berhadapan dengan situasi yang sebelum ini, mereka menggunakan pengkalan-pengkalan ini, mereka bukan penyeludup ye. Maka saya katakan Kerajaan Negeri mesti juga bertanggungjawab, kerajaan pusat mesti juga bertanggungjawab. Pengkalan ini mesti dirobohkan. Kerana apa? Kerana haram digunakan oleh mereka-mereka yang tidak bermoral dan aktviti-aktiviti jenayah. Jadi situasinya isunya bagaimana cara kita nak bantu. Ramai yang terkesan.
Penagih dadah apabila mereka didapati menagih akhirnya mereka di tempatkan di pusat pemulihan. Adakah itu bermaksud kita simpati kepada penagih dadah? Adakah itu bermaksud kita simpati kepada penjual pengedar dadah? Tidak, kita nak mengatasinya kita nak mengubatinya. Dan dalam hal ini mereka bukan penjenayah pun tapi bagaimana kita nak membantu mereka. Dan saya mencadangkan supaya berikan laluan mudah kepada anak-anak yang bersekolah. Bagaimana caranya? Itu lah Kerajaan Persekutuan kena fikirkan dan itu bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Mungkin lesenkan bot-bot dan sebagainya. Dan kalau saya kata begitu ada juga yang kata bahwa Timbalan Menteri Besar Kelantan lesenkan bot untuk tujuan penyeludupan dadah pula. Jangan begitu. Sebab itu saya kata fikir dengan logik. Saya mengajar undang-
undang dulu, kita ada rules of interpretation. Mula-mula kita kena… YB Melor ye. Mula-mula kita kena interpret satu-satu kluasa undang-undang itu mengikut literal tapi kalau dia tak logik, tak masuk akal, kalau kita rasakan ini bukan maksud kerajaan maka kita kena pergi kepada golden interpretation ataupun kita kena pergi kepada purposive interpretation ataupun akhir sekali kita kena tengok mischief interpretation. Guna 2-3 logik. Jangan ambil kesempatan. Itu caranya. Dan angkat unsur feqah pun ada. Kita nak menafsirkan ini, kita tengok mantuknya bagaimana. Kemudian kita tengok mafhumnya bagaimana… kemudian mafhum ada mafhum muwafaqah, ada mafhum mukhalafah. Kalau seorang pemimpin itu buat kenyataan yang tak logik kita kena tengok purposivenya kita kena tengok muwafaqahnya bagaimana. Saya hairan bagaimana kesimpulan begitu tidak dapat budak-budak kata tak dapat dibrain oleh setengah-setengah orang.
Isu Perjanjian Malaysia United State ataupun Agreement of Reciprocal Trade. Saya menulis panjang lebar 2 kali hal ini. Kebimbangan saya dan benda ini dibangkitkan oleh Kota Lama, oleh Tendong dan juga dicelah oleh Galas. Sebenarnya kebimbangan kerajaan ini ada asasnya, ada asasnya. Kita cukup terluka dengan Perjanjian Petroleum 1974. Perjanjian yang sebegitu jelas sekali. Yang Amat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah, dia kata apa dia kata standard three pupil… student… budak darjah 3 pun boleh faham perjanjian ini. Itu lah Kerajaan Negeri mesti diberi 5% royalti ye cukup jelas dia kata. Kalau yang jelas itu pun mereka boleh mengubahnya di peringkat pelaksanaan, apatah lagi perjanjian yang awal-awal lagi sudah dipertikaikan oleh banyak pihak. Sebab itu Kerajaan Kelantan ada asas yang kukuh untuk rasa bimbang. Sebab itu lah akhir kenyataan saya yang saya tulis panjang lebar ada saya sebut jika perjanjian itu tidak bermaksud begitu maka anggaplah ianya sebagai peringatan. Saya sebut anggaplah ianya sebagai peringatan. Contohnya ye kita buat disebut ditanya oleh Galas tu kerajaan Kelantan buat MOU dengan Lynas tu, Lynas tu bukankah ada cawangan di Texas, bukankah base dia di Amerika, bukahkah base dia di Australia. Ye itulah contohnya. Itulah contoh di pihak kami pihak Kerajaan Negeri Kelantan. Kita dengan Lynas. Kita berhak menentukan dengan siapa kita nak usaha sama, banyak mana dan kaedahnya bagaimana. Bukan Lynas sahaja yang
datang ke Kelantan jumpa kami. Banyak pihak daripada China. Kalau saya nak kata 2 kali sebulan mungkin boleh, setiap bulan sudah pasti. Harini sahaja 2 pihak hubungi saya nak bincang pasal REE, kita kata datang kita boleh bincang, daripada Amerika pun datang, China pun datang, Jepun pun datang, Korea pun datang. Kami ada kebebasan. Kenapa? Hak kami. Kami ada kebebasan, hak kami, dalam bumi kami. Itu yang kita nak.
Dan setakat ini setelah kita bincang punya bincang kita lihat Lynas menawarkan yang paling baik dan kita masuk dengan Lynas. Dan itu yang kita nak. Sebab kita takut nanti, dikhabarkan kepada kita kemungkinan kesan perjanjian tersebut hak itu akan diambil alih oleh persekutuan dan juag ditentukan oleh Amerika Syarikat. Sebab ada peruntukan yang boleh dienterprate begitu. Ini lawyer 2-3 orang lawyer. Tuan-tuan boleh untuk tuan-tuan kata ye ataupun tidak. Tuan-tuan nak suruh kata ye dia ada caranya, tuan-tuan nak suruh kata tidak pun dia ada caranya. Bagaimana nanti peruntukan itu digunakan oleh mereka untuk mengambil hak kita, menafikan hak kita, untuk memilih kepada siapa kita nak bekerjasama dengan mana pihak, kaedah apa, banyak mana, harganya berapa. Itu yang kita gusarkan. Dan kita ada sebab untuk kegusaran tersebut. Itu hak kami. Kami nak satu je iaitu lah kami nak supaya kami dirundingi sebab ianya hak kami. Ni tak runding langsung, tiba-tiba tandatangan ye. Tak manis kita anak Melayu, orang Melayu jual hak orang tanpa bincang dengan tuannya. Nok ambil anok ore pun kito gi mine dulu. Tak manis ambil begitu. Kita kena… sebab itu lah kita ada hak untuk berhati-hati sebab lain macam caranya ye.
Bunga mawar gugur di taman, Air mengalir tenang di kali, Luka semalam jadi pedoman, Petroleum kita… Jangan terkeliru manis berbudi. Pantun lagi…
Jika cinta datang semula… Jika cinta datang semula, Ku sambut bukan dengan lena, Tetapi dengan penuh rasa, Dan jiwa yang sudah kenal derita. Kita dah rasa sebab itu kita berhati-hati.
Kuala Balah bangkitkan tentang Bandar Tok Bali, Tunjung dan juga Jeli sebagai bandar baru yang perlu diutamakan kerana mempunyai keistimewaan tertentu. Alhamdulillah kita ada RKK khas ye Rancangan Kemajuan Khas Perbadanan Tok Bali ye dan juga Perbadanan Bandar Baru Tunjung. Namun Jeli masih lagi dalam pertimbangan Kerajaan Negeri. Tapi hasil daripada penjelasan YB daripada…. YB daripada Kuala Balah, tok napok daripada sini YB. YB daripada Kuala Balah tersebut Kerajaan melihat bahawa memang Jeli berpotensi ye. Tapi Kerajaan melihat bahawa dengan ECRL ini ia adalah satu aset yang penting untuk Kerajaan Negeri Kelantan. Dan In Shaa Allah ye kerajaan telah merancang dan ini telah pun dijawab dalam sidang yang lalu beberapa bandar baru telah kita rancang di sepanjang ECRL itu.
Gual Periuk dan juga Chempaka mencadangkan agar Kerajaan berusaha mengalihkan pendapatan kerajaan dari sumber pembalakan atau perhutanan dan hasil cukai tanah kepada sumber-sumber baru yang lain. Terima kasih. Sememangnya cadangan tersebut konsisten dengan usaha yang sedang pihak Kerajaan cuba laksanakan. Untuk makluman YB semua, Kerajaan sudah mengurangkan kebergantungan kita kepada pembalakan ye. Perasan ataupun tidak ye. Kita tidak lagi menganggap pembalakan sumber utama kita dan kita mula menjauhkan, bukan menjauhkan diri… tidak ye tapi kita cuba berfikir untuk kelestari-kelestarian alam. Dan kita cuba meneroka pendapatan-pendapatan baru yang lain. Tapi di sana ramai lagi lah budak-budak lah kita anggap begitu lah. Ye tanggapan menganggap dia menulis rata-rata bahawa Kelantan ini tidak pandai mencari wang, yang retinya adalah jual balak. Takde duit jual balak, tok reti nok uruskan ekonomi negeri.
Ini saya nak bagitahu kepada tuan-tuan dan tolong sebarkan. BBC tolong sebarkan ye. Kita pernah ditegur… kita pernah ditegur oleh pegawai daripada Jabatan Perhutanan Persekutuan, kita pernah ditegur oleh pegawai Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tentang bagaimana cara kita menguruskan kawasan balak. Kita ditegur tuan-tuan. Tegur kerana apa ? Kerana kita tidak menggunakan sepenuhnya peruntukan penebangan balak yang dibenarkan (CTT). Kita ditegur kerana kita tak ambil semua balak sedangkan kita dibenarkan untuk ambil balak CTT. Dia ada catuan tebangan balak setiap tahun. Dia kata Kelantan kami bagi
banyak ni kenapa you tak tebang, kenapa you tak ambil. Dia kata ingat kalau you tak ambil kita kecilkan, kalau you tak perlu kita tak bagi dah lepas ni. Kita pernah ditegur. Bukan kita ditegur kerana kita tidak pandai menguruskan tetapi kita ditegur kerana kita tidak ambil sebagaimana yang dibenarkan. Dan ini faktanya. Penggunaan kuota pembalakan melalui Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara bagi RMK 12 adalah 3900 hektar setahun ataupun kesemuanya berjumlah 19 500 hektar. Namun Kelantan pembukaan kawasan pembalakan hutan berkurang setiap tahun. Apabila kuota yang diberikan masih banyak yang tidak digunakan. Contoh bagaimana kita bergerak, menjauhkan diri daripada sumber pembalakan semata-mata. Bermula tahun 2021, kuota diberikan kepada kita 3900 hektar setahun tetapi kita hanya tebang 1277 hektar sahaja. Dan masih berbaki 2623 hektar 2021. 2022 kuota yang dibenarkan kepada kita adalah 3900 hektar, kita hanya tebang 1702 sahaja, baki lagi 2193 hektar kita tak usik. 2023 kuota yang diberikan kepada kita 3900 hektar, kita hanya tebang 740 hektar sahaja dan bakinya lagi 3160 hektar. 2024 kuota yang diberikan kepada kita 3900 hektar, yang kita tebang 486 hektar sahaja dan baki lagi 3054 hektar. Tahun ini 2025 kuota yang diberikan kepada kita oleh MKN adalah 3900 hektar tapi kita hanya tebang 740 hektar sahaja dan baki lagi 3160 hektar. Keseluruhan kuota dalam masa 5 tahun ini adalah sebanyak 19 500 hektar tetapi kita hanya tebang balak kita hanya 5305 sahaja dan baki keseluruhannya sebanyak 14 195 hektar sahaja. Peratus yang kita tebang daripada yang dibenarkan kepada kita adalah 27.2% sahaja. Kata kita makan balak, sebab mereka tak tahu. Dikatanya kita berwajah durja, dituduh keji tanpa bukti namun senyum tetap terjaga kerana yakin Tuhan mengerti.
Kerajaan berusaha mengenal pasti kepelbagaian sumber hasil baru seperti bidang industri, sumber tenaga baru, pelancongan yang mengenengahkan kelainan dan keistimewaan setempat termasuk cadangan daripada Chetok untuk jadikan Kelantan sebagai Hub Halal Pantai Timur kerana berdekatan dengan Thailand. Sumber lain adalah dari sumber hasil mineral baru terutamanya REE dan beberapa mineral lain yang ada dalam bumi Kelantan.
YB Pasir Tumboh mencadangkan Kerajaan mewujudkan mekanisme proses kelulusan tanah lebih cepat. Ye ini memang kita tengah usahakan In Shaa Allah ye kita memang Kerajaan ke arah itu sama ada permohonan individu dan juga untuk tujuan pembangunan industri. Kerajaan wujudkan In Shaa Allah green lane termasuk lah juga urusan tukar milik tanah. Kita permudahkan In Shaa Allah sebab ada antaranya yang bersifat very straight forward tetapi oleh kerana tertakluk kepada peraturan lama yang mungkin sesuai pada waktu itu. Dan ianya kita mesti kemas kinikan, kita perbaiki agar ianya bersesuaian dengan zaman sekarang.
Kota Lama menyebut bahawa perbelanjaan mengurus kenapa jauh lebih besar dari pembangunan yang dibangkitkan oleh Kota Lama tadi. Sebenarnya untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa ye. Ia berlaku di kebanyakan negeri pun dalam Malaysia ini mengurus jauh lebih besar daripada bajet pembangunan. Saya hanya ambil beberapa perbandingan sahaja. Ye kerana apa, mengurus ini melibatkan komitemen Kerajaan untuk menampung perbelanjaan mengurus yang berterusan malah semakin meningkat emolumen penjawat awam, bayaran utiliti dan lain-lain. Walaupun demikian, Kerajaan tetap memberi tumpuan kepada perbelanjaan pembangunan yang berimpak tinggi seperti dalam sektor infrastruktur, ekonomi rakyat dan juga kesejahteraan sosial. Sebagai perbandingan, Kerajaan Persekutuan hanya 20.4% sahaja daripada bajet untuk tujuan pembangunan, negeri Kedah 19.08% sahaja, Terengganu 16.97%, Johor tinggi bukan bermaksud tinggi sangat tidak tapi lebih tinggi daripada Kelantan iaitu lah 27. 65% tapi bajetnya hampir RM 2 bilion ye. Manakala kita 24.89% hampir 25%. Hampir ¼ daripada bajet kita untuk tujuan pembangunan. Ini lebih tinggi nak dibandingkan dengan 16.97%, 19.8% dan Kerajaan even Kerajaan Persekutuan sendiri pun hanya 20.4% sahaja daripada bajet.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dikasihi lagi dihormati sekalian, ini portfolio Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. YB Galas dan Kota Lama, adakah sasaran hasil tahun lepas berjaya dicapai? Untuk makluman Dewan yang mulia, berdasarkan kutipan hasil sebenar pada tahun 2024 iaitu sebanyak RM 907.88 juta. Ia memberi sumbangan sebanyak 83.86% berbanding dengan bajet ye walaupun tak tercapai tapi
9 hampir 94% pencapaian. Ia adalah sesuatu yang tinggi sebenarnya. Dan jangkaan prestasi kutipan sebenar yang sama bagi tahun 2025. Maka Kerajaan yakin sasaran kutipan hasil 100% pada tahun 2026 akan dicapai.
Berapa jumlah sebenar wang ihsan yang telah diterima? Galas dan juga Kota Lama tanya. Pembayaran wang ihsan dilaksanakan di dalam pelbagai bentuk melibatkan pembayaran secara tunai, kontra hutang dan peruntukan berbentuk projek. Sehingga akhir Oktober 2025, sejumlah RM 238.87 juta telah dibayar kepada Kerajaan Negeri iaitu RM 230 juta secara tunai dan sebanyak RM 8.87 juta secara penyelarasan hutang Kerajaan Negeri. Pembayaran wang ihsan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri adalah bergantung kepada jumlah pengeluaran minyak dan juga harga minyak mentah dunia.
Pengurusan defisit mengapa defisit ye. Apakah langkah-langkah yang dirancang, Kota Lama tanya bagi menampung kekurangan hasil dan menstabilkan peruntukan kewangan negeri. Kerajaan Negeri mensasarkan bajet seimbang ke tahun-tahun akan datang melalui penurunan defisit iaitu sebanyak RM 85.47 juta atau 47.88% dari tahun 2024 berbanding dengan 2025 ye sebanyak RM 93.02 juta. 2024 RM 1.78 juta berbanding… RM 178.49 juta berbanding dengan RM 93.02 juta pada 2025 ye. Sebanyak RM 6.82 juta ataupun 7.33% dari tahun 2025 iaitu lah RM 9302 juta berbanding tahun 2026 RM 86.20 juta.
Walau bagaimanapun, prestasi sebenar kewangan Kerajaan mengambil menggambarkan lebihan akaun semasa pada tahun 2024 iaitu sebanyak RM 10.92 juta, walaupun perbelanjaan… walaupun bajetnya bajet defisit tetapi yang sebenarnya kita ada lebihan sebanyak RM 10.92 juta ye. Apakah faktor yang menyebabkan peningkatan perbelanjaan mengurus tahun 2026 kepada RM 1.10 bilion. Peningkatan perbelanjaan mengurus tahun 2026 iaitu lah pertambahan sebanyak RM 12.42 juta berbanding tahun 2025 adalah disebabkan daripada beberapa faktor utama iaitu lah pertama, keperluan bayaran balik deposit yang sebelum ini telah dijadikan sebagai hasil Kerajaan sebanyak RM 2.0 juta. Kedua, peningkatan bayaran gaji dan juga elaun yang melibatkan kenaikan gaji tahunan sebanyak 3% dan pelarasan gaji 7% di bawah SSPA yang akan
berkuatkuasa pada awal 2026. Seterusnya Kerajaan turut menambah peruntukan program kebajikan rakyat seperti Rumah Dhuafat dan Skim Mikro Usahawan bagi membantu rakyat berpendapatan rendah serta memperkenalkan beberapa peruntukan baru merangkumi pembangunan market place negeri, program digital dan AI literasi, program tuisyen rakyat percuma, inisiatif pasar raya kel-agro serta program berkaitan keterjaminan makanan, penyertaan sukma ke-22 dan pelbagai inisiatif lain yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Secara keseluruhannya Yang Berhormat Dato’ Speaker, peningkatan ini menunjukkan komitmen Kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara, perkhidmatan awam lebih cekap dan ekonomi negeri terus berdaya tahan. Apakah faktor? Ditanya lagi. Kenaikan mendadak perbelanjaan negeri selepas Covid 2022-2026. Adakah berkait dengan lantikan politik yang ramai. Ada juga nak sentuh lantikan politik di situ ye. MB telefon saya 2 kali untuk jelaskan perkara ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan akan terus berpegang kepada prinsip pengurusan fiskal yang berhemah, memastikan segala komitmen dan inisiatif yang dilaksanakan benar-benar membawa manfaat kepada lapisan rakyat. Kenaikan anggaran perbelanjaan negeri selepas tahun 2022 tidak dapat dielakkan kerana Kerajaan berdepan dengan kesan langsung daripada fasa pemulihan pasca pandemik Covid 2019. Dalam tempoh tersebut Kerajaan perlu menampung kos komitmen baru termasuk pelarasan gaji minimum, kenaikan tahunan penjawat awam serta pelaksanaan sistem saraan perkhidmatan awam yang membawa implikasi kewangan sebanyak 15% mulai tahun 2025.
Selain itu, peningkatan ketara dalam kos operasi turut dipengaruhi oleh kenaikan harga minyak, bil utiliti, barangan keperluan pejabat dan bahan binaan yang terkesan akibat inflasi global dan gangguan bekalan rantaian antarabangsa. Pelaksanaan variation of price ataupun VOP di dalam kontrak pembinaan juga memberi kesan langsung kepada perbelanjaan pembangunan negeri. Perbelanjaan negeri kekal berpaksikan tanggungjawab fiskal yang berhemah dengan kawalan ketat terhadap perbelanjaan mengikut keutamaan sebenar rakyat dan keperluan perkhidmatan. Kerajaan Negeri terus memberi tumpuan kepada aspek
kebajikan, pembangunan frasarana asas dan pembangunan ekonomi negeri dengan memastikan setiap ringgit dibelanjakan memberi impak yang nyata kepada rakyat.
Adakah sebab lantikan politik yang ramai? Tidak... lantikan politik sama daripada zaman Tok Guru sampai lah sekarang dan menjadi amalan kepada Kerajaan yang memerintah sama ada di peringkat negeri ataupun di peringkat Persekutuan ada lantikan politik untuk memberikan perkhidmatan yang maksimum kepada rakyat. Dan ianya adalah mengikut undang-undang dan mereka layak juga untuk mendapat pertimbangan daripada pihak Kerajaan. Sebab itu kita beri bonus kepada pegawai Kerajaan, kita juga beri bonus kepada mereka walaupun sebenarnya pemberian bonus kepada mereka ini tidak setara dengan khidmat mereka, tidak sama dengan apa yang kita berikan kepada Kerajaan... mereka mereka langsung. Tidak menjadi sebab. Ada ketua pembangkang, dia tidak ada di sini. Tengahari tadi masukkan dalam status dia, dia kata beri banyak kepada lantikan politik, kurangkan bantuan rakyat. Tidak… bantuan rakyat tidak kurang malah bertambah. Lihat sahaja bagaimana kita tambah Rumah Dhuafat daripada 3 kepada 5. Lantikan politik kita tak tambah, sama sahaja ye. Kita buat sebagaimana Pusat buat. Pusat bagi bantuan RM 500, kita juga bagi RM 500 tak kurang ye. Itu tidak betul sebegitu.
Terimaan bukan hasil Kota Lama tanya. Terimaan bukan hasil yang mengatasi berbanding hasil yang lain. Terimaan bukan hasil terdiri daripada geran Kerajaan Persekutuan. Ini yang cuba nak dihighlightkan oleh Kota Lama kita faham sangat ye. Yang diluluskan oleh majlis kewangan negara dan perlembagaan Persekutuan yang menjadi hak kepada Kerajaan Negeri seperti wang ihsan. Takpe lah setakat ni tadi keluar tadi terus pemberita tanya saya wang ihsan, wang ihsan. Saya kata buat dia lah setakat ini kita terima juga atas nama wang ihsan. Walaupun wang ihsan itu sebenarnya hak orang, hak kita adalah royalti. Tapi takpe lah kita menggunakan kaedah untuk menggunakan cara diplomasi ye kita terima dulu wang ihsan. Sumbangan anak syarikat, pelarasan akaun defisit hasil dan lain-lain.
Antara jenis peruntukan tersebut ialah yang pertama, pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup ataupun dia panggil Tahap mengikut Perkara 109 (6) Perlembagaan Persekutuan, disalurkan bagi membantu negeri memperkukuh kesejahteraan rakyat ada dalam perlembagaan. Yang kedua, pemberian mengikut bilangan orang atau perkapita gran, ini pun ada dalam Perlembagaan 109 (1) (a). Sebab kita adalah sebuah negeri dalam Persekutuan dan juga pembayar cukai kepada Kerajaan Persekutuan. Semua negeri menerima jumlah peruntukan berdasarkan jumlah penduduk masing-masing. Yang ketiga, pemberian pembayaran perkhidmatan 10% berdasarkan Perkara 80 (5) Perlembagan Persekutuan, bayaran ini diberikan kepada negeri atas penglibatan kakitangan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan projek-projek Persekutuan di peringkat negeri. Keempat, pemberian pembiayaan perbelanjaan mengurus jabatan di bawah senarai bersama 50% dirujuk kepada Senarai 3 Senarai Bersama Jadual Kesembilan Perkara 82 Perlembagaan Persekutuan. Semuanya menjadi hak negeri di dalam Perlembagaan Persekutuan. Semua negeri menerima peruntukan ini bagi menampung separuh daripada kos pengurusan jabatan-jabatan tertentu yang dikongsi antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Oleh itu, sebahagian terimaan bukan hasil adalah terdiri daripada pemberian wang ihsan sebanyak RM 238.87 juta sehingga Oktober 2025. Pemberian mengikut ramai penduduk ye iaitu lah sebanyak RM 28.39 juta dan pemberian 50% kos pengurusan jabatan negeri sebanyak RM 33.41 juta serta lain-lain geran daripada Kerajaan Persekutuan.
Kota Lama… terimaan sumbangan syarikat berkaitan Kerajaan kepada Kerajaan Negeri berjumlah RM 800 ribu berbanding RM 4 juta dalam anggaran kenapa kecil sangat. Jawapannya adalah sumbangan anak syarikat di bajetkan pada tahun 2026 sebanyak RM 4.0 juta dengan mengambil kira unjuran keuntungan badan berkanun dan syarikat berkaitan Kerajaan di dalam perniagaan bagi sesuatu tempoh. Dalam pada itu, terdapat badan berkanun yang mengutamakan pembayaran hutang kepada Kerajaan Negeri sebagaimana keutamaan yang telah menyebabkan sumbangan kepada Kerajaan berkurangan itu sebabnya. Pembayaran hutang ini telah diambil kira sebagai hasil pada tahun ianya
dibayar. GLC juga banyak berperanan dalam sumbangan berbentuk CSR yang disampaikan secara terus dalam bentuk bantuan kepada rakyat tempatan seperti bantuan bencana banjir, ribut dan sebagainya.
Apakah strategi Kerajaan Negeri? Kota Lama juga tanya bagi meningkatkan kutipan hasil tunggakan dan hasil tanah. Yang pertama, meningkat aktiviti penguatkuasaan serta pelaksanaan dasar Kerajaan kepada cukai tanah milik anak syarikat dan badan berkanun. Dimana pada tahun 2024 peningkatan sebanyak RM 13.74 juta berbanding 2023. Yang kedua, memesrakan pembayaran secara online iaitu portal hasil dan cashless di pejabat tanah dan jajahan dimana sebanyak 18.11% telah berjaya dicapain pada tahun 2024. Ketiga, memberikan potongan denda lewat cukai tanah. Dan yang keempat, memperbanyak mekanisme kutipan di tempat-tempat awam seperti pasar runcit bagi memudahkan pembayaran oleh rakyat.
YB Chetok mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mewujudkan unit khas pengambilan balik tanah untuk mempercepat pelaksanaan projek-projek strategik ye. Yang Berhormat Dato’ Speaker, tadi pun saya dah sentuh dibangkitkan oleh YB Presiden BBC Pasir Tumboh, Kerajaan Negeri telah pun mewujudkan satu unit khas Task Force Pengambilan Tanah di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan untuk projek melibatkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan juga Unit Pengambilan Tanah dan Unit Tanah Persekutuan di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) bagi menguruskan pengambilan tanah bagi projek-projek melibatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Sudah tentu unit ini mempunyai peranan yang penting untuk memastikan urusan pengambilan tanah dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan berpandukan peruntukan undnag-undang yang sedia ada.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dalam Perbahasan, kepada semua Exco-Exco Kerajaan Negeri Kelantan juga kepada saya dan juga kepada Dato’ Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan. Kita semua ِ ِ ِ ﺪ ﻫ أَ ﻮ ﻫ ﻦ ﲟ ﻢ ﻠ ﻋ أَ ﻢ ﺮ ﻓ ﻪ ﺘ ﻠ ﺎﻛ ﺷ ﻰ ﻠ ﻋ ﻞ ﻤ ﻌ ﻳ ﻛ ﻞ ﻗ َى ٰ ْ َِ َ ْ ﺑﱡﻜ ُ ـَ َ َ ٰ َ َ ﻞﱞ ُ ُ َ ُ ْ ُ ْ َ ُ َ ْ ـَ ْ
Kita berkhidmat untuk rakyat In Shaa Allah. Apa pun orang kata ِ ﻴﻼ. ً ﺒ ﺳ َ kepada kita, kita adalah dengan cara kita. We do it in our own way… ada satu lagu mat saleh saya tak ingat ye. YB Melor tahu. My Way itu tak tajuk dia? My Way. Kita ikut… orang nak kata... kata lah takpe ye. Kata orang tanahnya gersang… orang kata kepada kita lah.
Kata orang tanahnya gersang, Airnya keruh jalannya sempit, Namun di hati rakyatnya tenang, Budi dan iman menjadi penyabit.
Semalam satu channel radio. Tak silap saya radio Manis telefon saya, dia kata nak interview YB pukul 10 pagi esok berhubung dengan laporan mengatakan orang Kelantan lah yang paling ramai menduduki jabatan-jabatan Kerajaan dengan jumlahnya 170 383 orang iaitu lah lebih daripada 13% daripada 1 300 000 penjawat awam. Dia kata nak tanya YB, saya kata esok.. esok saya ada Sidang DUN. Dia kata boleh tak YB rakam, saya rakam. Dan pagi tadi disiarkan lah kot mungkin. Saya nak cari lah sama ada disiarkan ataupun tidak ye. Di antara lain saya kata rakyat Kelantan sama sahaja rakyat di negeri yang lain. Ramai yang baik, ada yang buruk. Ramai yang beragama, ada juga yang nakal. Tapi masalahnya kalau rakyat Kelantan nakal, negerinya yang disabitkan. Yang disebutnya begitu tapi tidak kepada orang lain ye. Ini adalah ketidakadilan lah. Maka ini pesanan saya kepada lebih 170 ribu penjawat awam Kelantan di seluruh negara, anda adalah wira negara, wira agama, wira bangsa.. anda ada jiwa dan anda ada harga. Anda disitu disebabkan merit bukan kasihan belas, bukan kabel.
Jaga budi, jaga pekerti kerana orang menilai diri, Tapi disabitkan pula kepada negeri, Kelantan tetap teguh bernama, Bersama iman, rakyatnya setia. Tanah merah disangkan kering, Namun menumbuh padi berbuah, Rakyatnya jujur hatinya bening, Bahasanya lembut pekertinya indah.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar Kelantan.
Timbalan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar :-SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2026 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU BAGI MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU Hendaklah dibaca Bagi Kali Yang Kedua. “AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA SETUJU.” “AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA TIDAK” Dipersetujukan.
SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2026 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU BAGI MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU
Sekarang Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. [COKMAR DITURUNKAN]
Fasal 2 dan Jadual.
Fasal 2 dan Jadual Menjadi Sebahagian Daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 1 dan Fasal-Fasal Mengundangkan.
Fasal 1 dan Fasal-Fasal Mengundangkan Menjadi Sebahagian Daripada Rang Undang-Undang. Persidangan Dewan disambung semula. [COKMAR DINAIKKAN]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa satu Rang Undang-Undang yang bergelar :-SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2026 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU BAGI MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU Telah ditimbang dalam peringkat Jawatankuasa Fasal Demi Fasal dan telah dipersetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar :-SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2026 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU BAGI MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU Hendaklah dibaca Bagi Kali Yang Ketdua dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang berada di hadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar :-SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2026 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU BAGI MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU Hendaklah dibaca Bagi Kali Ketiga dan diluluskan sekarang. “AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA SETUJU” “AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA TIDAK” Dipersetujukan. Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca Bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.
Enakmen ini bolehlah dinamakan enakmen perbekalan 2026 tahun 2025 dan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2026. Rang Undang-Undang Yang Kedua diterima dan diluluskan. DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH BADAN UNDANGAN BAGI NEGERI KELANTAN
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan pula cadangan mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Kelantan Tahun 2026 yang telah dibentang dan dibahas bersekali dengan Rang Undang-Undang Kedua bagi diundi. “AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA SETUJU” “AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA TIDAK”
Dipersetujukan. Cadangan Mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Kelantan Tahun 2026 diterima dan diluluskan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya berhasrat untuk menangguhkan Dewan. Persidangan Dewan ditangguhkan dan akan disambung semula pada esok 11 November 2025 jam 9.00 pagi. Mari lah kita tutup sesi petang ini dengan membaca Surah Al-Asr dan Tasbih Kafarah. Sekian terima kasih.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 04.40 PETANG DAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA ESOK HARI 11 NOVEMBER 2025 PADA JAM 09.00 PAGI