Kelantan · 9 November 2025
15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting (Budget) · 306 turns · 38,041 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.
(Pembukaan)
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Ketiga, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas, HARI KEDUA … ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا
Doa
Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Berdoa… [ SAMBIL BERDIRI ] II … SOALAN-SOALAN YANG DIBERITAHU
Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, Soalan-Soalan Yang Diberitahu.
(Soalan-Soalan Yang Diberitahu) — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan MulutQuestions
Dipersilakan Yang Berhormat Pengkalan Pasir.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan soalan saya nombor 1.
Soalan 1 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah fokus Kerajaan Negeri dalam pembangunan minda rakyat untuk mempastikan negeri ini sentiasa mendapat keberkatan serta kesejahteraan kehidupan berlandaskan Agama Islam untuk menjadi contoh terbaik bagaimana mentadbir sebuah negeri mengikut kehendak Al-Quran.]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada ADUN Pengkalan Pasir yang mengemukakan soalan yang pertama sekejap tadi.
ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ل ﻗﺎ
ٍۢ ِ ﻷ ٓءِ ﺎ ٱ ﻦ ﻣ ﺖ ﻛ ﺮ ﺑ ﻢ ﻬ ﻴ َ ﻠ ﻋ ﺎ ﻨ ﺤ ﺘ ﻔ َ ﻟ ﻮ ﱠﻘ ـ ﺗ ا۟ ﻮ ﻨ ﻣ ﺮ ﻘ ْ ﻟ ٱ ﻞ ﻫ أَ أَن ﱠ ﻮ َ ﻟ ﻟﺴﱠﻤ َـٰ َ َ َ َ ُ ُ ْ َْرْض ِوَ وَٱ َ َ ِّ َ ـَ ْ َ ْ ْا۟ وَٱ َ ءَا َىٰٓ َ ْ Surah Al-A’raf ayat 96
Maksudnya:-
Kalaulah ahli penduduk sesuatu negeri itu benar-benar beriman dalam arti kata yang sebenar dan benar-benar bertaqwa kepada Allah ﻮ ◌ ﱠﻘ ـ ﺗ َ ْا وَٱ ٍۢ ِ ﻷ ٓءِ ﺎ ٱ ﻦ ﻣ ﺖ ﻛ ﺮ ﺑ ﻢ ﻬ ِ ﻴ ﻠ ﻋ ﺎ ﻨ ﺤ ﺘ ﻔ ﻟ ﻟﺴﱠﻤ َـٰ َ َ َ َ َ َْرْض وَٱ َ َ ِّ َ ـَ ْ َ ْ
nescaya ataupun pasti kami akan bukakan kepada mereka pintu keberkatan daripada langit dan bumi.
Kerajaan Negeri di bawah dasar penghayatan Membangun Bersama Islam sentiasa istiqomah memastikan setiap aspek pentadbiran dan program
rakyat berpaksikan kepada kehendak Al-Quran dengan harapan agar negeri ini terus dilimpahi keberkatan dan rahmat Allah S.W.T.
Syarat Allah Taala beri keberkatan disebut 2 sebagaimana ayat yang saya sebut di dalam muqaddimah sekejap tadi yang pertama ( beriman) ا ﻮ ﻨ ﻣ ُ ۟ءَا َ dengan iman yang sebenar sebagaimana yang dinyatakan kepada Rasullullah S.A
(ﻟﻴﺲ ﻟﻌﻤﻞ) ا ﺻﺪﻗﻪ و ﻟﻘﻠﺐ ا ﰲ ﻗﺮ و ﻣﺎ ﻟﻜﻨﻪ و ﺎﺑﻟﺘﺤﻠﻲ ﻻ و ﺎﺑﻟﺘﻤﲏ ن ﻹﳝﺎ ا Iman itu bukanlah semata-mata dakwaan ataupun pernyataan bila kita nyatakan kita mengaku kita beriman apakah di sisi Allah dikira beriman? Tidak Rasulullah menyebut ialah suatu keyakinan yang ﻟﻘﻠﺐ ا ﰲ ﻗﺮ و ﻣﺎ ada dalam hati dan dibenarkan melalui tindakan melalui ﻟﻌﻤﻞ ا ﺪﻗﻪ ـــــــ ﺻ و amalan. Iman macam ni yang akan menurunkan rahmat. Dan kalau penduduk negeri itu benar-benar bertaqwa. Taqwa yang sebenar di sebut oleh Saidina Ali karama allahuwajhah….
ﻟﺮﺣﻴﻞ ا م ﻟﻴﻮ اد ﻹﺳﺘﻌﺪ وا ﺎﺑﻟﻘﻠﻴﻞ ﻟﻘﻨﺎﻋﺔ وا ﺎﺑﻟﺘﻨﺰﻳﻞ ﻟﻌﻤﻞ وا ﳉﻠﻴﻞ ا ﻣﻦ ف ﳋﻮ ا Saidina Ali mengariskan 4 ciri taqwa untuk melayakkan seorang itu diakui diiktiraf sebagai orang yang benar-benar bertaqwa iaitu yang pertama takut kepada Allah yang kedua reda dengan pemberian Allah. Walaupun sedikit kita reda, yang ketiga beramal dengan undang-undang yang diturunkan oleh Allah. Yang keempat melakukan amalan di dunia yang disediakan sebagai persediaan untuk kita berdepan dengan Allah di hari akhirat. Dalam semua setiap aspek aktiviti kehidupan kita. Dalam ibadah kita, muamalah kita, siasah, politik, pemerintahan, munakahaq nikah kawin... semua. jenayah dari segi undang-undang jenayah dan inilah yang kita nak dilaksanakan di negeri Kelantan dan kita telah melaksanakan dan kita istiqomah melaksanakan. Kerajaan Negeri telah melaksanakan pada konsep pengurusan ihtirofi melalui 5 ciri utama. Ini yang kita telah buat… yang pertama “hawariyun” pendokong kepada perjuangan yang suci, yang kedua “kafaah” akhlak integriti sebagai asas
pengurusan ihtirofi. Yang ketiga, “wafaun bil ahdi” iaitu keinginan untuk mencapai piawaian yang terbaik dalam semua tindakan. Yang keempat, “himatul amal” mengejar peningkatan kualiti dan cita-cita dalam profession dan yang kelima, “hafazoh” memelihara dan meningkatkan imej profesion.
Untuk makluman Yang Berhormat kini Kerajaan Negeri dalam tempoh modul intirofi kepada semua penjawat awam negeri Kelantan. Kerajaan Negeri juga menerusi Sumber Mamusia juga sedang melaksanakan program Sijil Tasawur Islam sehingga kini sebanyak 4 siri telah diadakan melibatkan 127 orang pegawai dari kumpulan pengurusan dan professional. Program Diploma Eksekutif Tasawur Islam 2018-2019 bermula 30 Julai 2018 yang melibatkan seramai 30 orang pegawai terpilih daripada 127 orang pegawai.
Kedua, dalam aspek ekonomi Kerajaan Negeri memastikan agar semua patuh syariah sepenuhnya. Kita semua masih ingat waktu Almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Tok Guru Nik Aziz di beri mandat amanah mentadbir negeri Kelantan. Tok Guru minta kepada Dato’ Pegawai Kewangan Negeri supaya duit-duit dalam bank-bank yang lain dipindahkan kepada Perbankan Islam semua sekali. Ini cerita ni semua orang tahu sehingga Pengurus-Pengurus Bank datang bertemu dengan Tok Guru. Merayu, naya la kita nak niaga kalau semua duit Kerajaan bawa keluar masuk bank Islam belako. Tok Guru kata saya diberi mandat oleh rakyat dan yang paling utama Allah memerintah supaya kita tidak terlibat dengan riba. Diharamkan…
ﻮ ﺑ ﻟﺮ ٱ ﺣ ﻊ ﻴ ﺒ ْ ﻟ ٱ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﺣ ٰا ﺮﱠ ﻞﱠ ۟وَأَ ـَ ِّ مَ َ وَ َ ْ ـَ ُ َ Surah Al-Baqarah ayat 275
Allah taala menghalalkan jual beli, mengharamkan riba. Tok Guru sebut dan pernah saya dengar dari mulut Tok Guru sendiri tak minum air, tak puas hati. Angkat air dalam perjumpaan Tok Guru, air pun tak minum. Tak puah hati dengan arahan Tok Guru tapi mereka balik ke Ibu Pejabat masing-masing bermesyuarat akhir sekali bank-bank buka kaunter Islam. Alhamdulillah makna itu suatu kejayaan. Walaupun kita hanya pegang
satu negeri. Jadi itulah kita memang tak benarkan bank-bank yang terlibat dengan riba kita tidak berurusan kecuali kaunter Islamic tak po. Pengurusan kewangan Negeri bebas riba sejak tahun 1990 sehingga ke hari ini dan Insya Allah sampai bila-bila. Benda yang baik ni kena teruskan. Penubuhan panel syariah bagi memantau dan menasihati syarikat berkaitan GLC dan pemerkasaan sistem Ar-Rahnu di mana Permodalan Kelantan Berhad PKB sebagai contoh kini menjadi peneraju utama projek penggadai Islam di Malaysia 4 cawangan di seluruh Malaysia termasuk di Sabah sahaja kita ada 10 cawangan. Alhamdulillah, makna bukan sahaja di Kelanan masuk malah luar daripada Kelantan. Kita boleh kemukakan penyelesaian Islam kepada masyarakat. Jadi mereka boleh pilih nak make lembu sembelih hok nih. Nok make lembu hok tepoh ke lori tak dok arah la. Makna ada pilihan arr… rakyat ada pilihan termasuk negeri lain iaitu kita dapat menyebar luaskan Alhamdulillah.
Ketiga dalam aspek pendidikan Kerajaan Negeri sedang melaksanakan dasar Pendidikan Rabbani di semua Institusi di seluruh negeri Kelantan YIK hasilnya yang kita telah dapat tahun sehingga tahun 2024 sehingga tahun lepas kita telah berjaya melahirkan 5,370 hafiz dan hafizah yang hafaz Al-Quran di Negeri Kelantan. Alhamdulillah ramai doh kita berhasrat kalau boleh tiap-tiap Keluarga ni ada seorang yang hafaz Quran. Tiap-tiap keluarga, jadi kalau kita kata terlepas doh anak besar-besar belako doh, cucu tak po, tanamkan keazaman bagi semangat kepada anak-anak kita dan cucu-cucu kita. Biarlah ada seorang dalam keluarga kita ni hok hafal quran.
Seramai 3,752 orang pelajar sedang mengikuti pengajian tahfiz sepenuh masa di sekolah-sekolah YIK tadi yang saya sebut 5,000 lebih tu dah hafiz dan hafizah yang sedang sekarang in mengikuti Sekolah Tahfiz bawah Yayasan Islam Kelantan seramai 3,570 itu tak termasuk sekolah-sekolah swasta. Sekolah-sekolah Swasta Tahfiz Swasta banyak. Dalam DUN saya, dalam DUN Meranti saja ada 4 hok swasta itu DUN Meranti saja dan DUN Meranti ni Alhamdulillah sekolah Arab di bawah YIK yang paling banyak ialah DUN Meranti. Ada 7 buah barangkali orang tanya pasal apa setengah DUN lain tu ada sebuah, 2 buah. Meranti ni sapa 7, dia gini, biasa
Sekolah Agama ni dia bermula dengan pondok. Meranti ni dia banyak pondok dari dulu lagi. Jadi Tok Guru Pondok zaman dulu dia buat pondok, dia buat sekolah. Dia buat pondok, dia buat sekolah. Jadi oleh kerana Meranti ni banyak pondok, jadi pondok-pondok ni bila Tok Guru meninggal dunia... malap ataupun mati tapi Sekolah Agama hidup jadi sekolah-sekolah ini dan kebanyakkan diserahkan kepada di bawah Yayasan Islam Kelantan itu jadi banyak tuh. Dia bekas-bekas pondok.
Usaha pendidikan berteraskan wahyu ini turut diperluas ke institusi seperti KIAS serta pusat-pusat pengajian pondok termasuk pondok moden di negeri Kelantan ini. Kita ada pondok-pondok dan kita ada pondok moden dan pondok moden kita ini ada SPM... ada SPM. Jadi pelajar kita boleh masuk Universiti dalam negeri dan luar negara. Dan dah berjaya pun masuk Universiti dah berjaya doh hok lepasan pondok Moden ni ramai dah yang dapat Ijazah dan Ijazahnya diiktiraf. Alhamdulillah, yang jadi Pensyarah-Pensyarah pun ada yang buat PHD pun ada dah. Itu hok pondok, hok jadi Professor pun ramai doh, ini kejayaan kitalah.
Yang keempat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam melaksanakan pelbagai program bagi memperkukuh Ilmu dan amalan islami rakyat Kelantan antaranya program membina Generasi Solat. Yang kedua, program Membina Generasi Al-Quran. Jadi kita nak rakyat kita sembahyang bukan saja sembahyang tak tinggal… kita nak sembahyang ada roh. Sembahyang yang ada roh ni disebut
◌ ﺮ ِ ﻨﻜ ﻤ ﻟ ﺎ ﺸ ﺤ ﻔ ﻟ ٱ ﻦ ِ ﻋ ﻰ ﻬ ﻨ ﺗ ﻮ ٱ إِن ﱠ ◌ َ ْ ٓءِ َ ْ ـْ ـَ ٰةَ َ ﻟﺼﱠﻠ ُ وَٱ َ ْ َ ٰ َ Surah Al-Ankabut ayat 45
Sembahyang itu boleh mengcegah dari perbuatan keji dan mungkar.
Itu sembahyang yang kita nak. Orang embahyang ni orang juruh… orang betul-betul sembahyang. Kemudian orang ni kita buat Program Membina Generasi Al-Quran bukan sahaja kita nak rakyat kita ni membaca Al-
Quran dengan bacaan yang betul, kita nak rakyat kita memahami isi kandungan Al-Quran. Dan bukan sahaja kita nak rakyat kita memahami isi kandungan Al-Quran, kita nak rakyat kita menghayati ajaran Al-Quran.
Kemudian kita juga ada pusat Taranum Al-Quran untuk melahirkan Qari dan Qariah yang berwibawa sehingga menjadi juara bukan sahaja di peringkat Kebangsaan bahkan di peringkat Antarabangsa. Dan sebenar guru-guru yang mengajar Qari di seluruh negara bukan sahaja seluruh negara bahkan peringkat Asia pun mari belajar dengan guru daripada Kelantan. Di antaranya Allahyarham Ustaz Dato’ Nik Jaafar… Dato’ Nik Jaafar ni orang Brunei pun mari ngaji dengan dia. Orang Thailand belajar dengan dia, orang Indonesia pun mari belajar dengan dia. Dia ni Hakim Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa, dia orang Pasir Mas waris ambo. Tapi dia suara sedap ambo suara tak sedap.
Selain itu sebanyak 2700 guru Al-Quran telah dilantik di bawah bahagian Dakwah dan Halaqat Negeri bagi memastikan ilmu Al-Quran terus berkembang di setiap lapisan rakyat terutama generasi muda. Kita nak rakyat kita ni khatam Al-Quran belako. Dan Alhamdulillah satu kesedaran baru dalam masyarakat kita ni kelas-kelas Iqra ataupun kelas Iqraati bukan sahaja mendapat sambutan daripada kalangan anak-anak... ibubapa pun ada loni. Orang ada kesedaran doh.,.. orang pencen ngaji Qiraati tak po bagus, sebab ngaji ni ِ ِ ◌ ﺪAlhamdulillah ﻟﻠﱠﺤ ا ﱃ إ ﺪ ﻬ ﻤ ْ ﻟ ا ﻦ ﻣ ْ ْ َ َ orang tak malu doh, kalu dulu orang tua malu nak ngaji. Sebenanrya dia tak payah malu nak ngaji… malu kita tua doh tak boleh baca Al-Quran itu baru betul. Arr... malu kita tua doh tak boleh baca Al-Quran, kita ngaji tak po. Jadi satu kesedaran baru kita tengok tempat kelas Qiraati orang tua mengaji tak dok masalah orang tak malu doh loni.
Alhamdulillah satu perkembangan yang baik…oleh yang demikian, Kerajaan Negeri menegaskan bahawa pengtadbiran, ekonomi dan sosial mesti dibina di atas asas syariat Islam agar segala dasar dan polisi membawa keberkatan dan kesejahteraan hidup rakyat. Dengan pelaksanaan dasar yang bersepadu ini Kelantan Insha Allah terus menjadi model pentadbiran Islam yang harmoni, adil dan sejahteran
berlandaskan tuntutan Al-Quran dan As-sunnah. Insha Allah Kerajaan Negeri akan istiqomah memperkukuhkan minda rakyat demi mencapai keberkatan Allah serta kebahagian hidup rakyat di dunia dan juga di Akhirat.
Walahua’lam…
Pengkalan Pasir, sila.
Terima kasih Dato’ Panglima Perang. Soalan tambahan saya Allah Taala menyebut ِ ِ ِ ِ ِ ِ ﲔ ﻤ ﻠ ﺴ ﻤ ْ ﻟ ا ﻦ ﻣ ﻧﱠﲏ ِ إِ لَ ﺎ ﻗ ﺎ ﺎﳊ ﺻ ﻞ ﻤ ﻋ ﻪﻠﻟﱠ ا ﱃ َ إِ ﺎ ﻋ ﱠﻦ ﳑ ﻻ ً ﻮ ﻗ ﻦ ﺴ ﺣ أَ ﻦ ﻣ َ ـَ َوَ ْ ُ َ وَ ًِ َ َ َ وَ َ دَ ْ ْ ُ َ ْ ْ َ
dan juga hadis sebut
ﻳﺔ آ ﻟﻮ و ﻋﲏ ا ﺑﻠﻐﻮ Kepentingan dalam konteks dakwah. Apakah usaha-usaha Kerajaan dalam mempastikan di samping kita penghayatan Membangun Bersama Islam untuk mempastikan tanggungjawab dakwah ni dilakukan di segenap masyarakat terutamanya di kalangan-kalangan ADUN yang menggunakan politik sebagai unsur-unsur dakwah. Begitu juga di kalangan penjawat-penjawat awam untuk mempastikan dakwah itu dilakukan bukan sahaja dilakukan oleh Ustaz-Ustaz tapi di kalangan seluruh masyarakat yang beragama Islam.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Pasir atas soalan tambahan. Kita semua tahu bahawa dakwah ini tugas kita orang Islam… bukan tugas Ustaz saja tidak. Rasulullah bersabda ;-
ﻳﺔ آ ﻟﻮ و ﻋﲏ ا ﺑﻠﻐﻮ sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat saja yang kamu tahu, satu ayat sampaikan. Jadi saya percaya orang-orang Islam ni semua tahu satu ayat tak dok yang tak tahu sebab sembahyang ni wajib dan sembahyang tu tidak sah kalau tak baca suratul Fatihah. Semua orang yang sembahyang kena baca Suratul Fatihah kerana Nabi sebut
ِ ِ ِ ِ ب ﺎ ﺘ ﻟﻜ ا ﺔ ﺎﲢ ﺑﻔ ﺮ ﻘ ﻳ ﱂ ﻦ ﻤ ﻟ ﻼ َ ﺻ ﻻ َ َ ْ ةَ َ َِ َأْ ـَ َْ ْ َ َ Tidak ada sembahyang maksud tidak ada sembahyang kata Imam
ة ﻟﺼﻼ ا ﺗﺼﺢ ﻻ أي tidak sah sembahyang bagi orang yang tidak membaca surah Al-Fatihah. Jadi semua orang sembahyang ni dia baca suratul Fatihah. Jadi dia sudah tahu Suratul Fatihah tu bukan satu ayat … itu 7 ayat. 7 ni banyak lebih daripada 1… banyaklah.
ِ ﺎﱐ ﺜ ﻤ ْ ﻟ ا ﻣﻦ ﺎ ﻌ ﺒ ﺳ ك ﺗﻴﻨﺎ آ ﺪ ﻘ َ ﻟ َ َ َ ً ـْ َ ْوَ demi sesungguhnya kami telah kurniakan kepada engkau wahai Muhammad, 7 ayat yang diulang-ulang. Maksud ِ ﺎﱐ ﺜ ﻤ ْ ﻟ ا ﻣﻦ ﺎ ﻌ ﺒ ﺳ َ َ ً ـْ َ 7 ayat yang diulang-ulangkan itu ialah Suratul Fatihah ada 7 ayat. 7 ayat yang diulang-ulangkan dalam sembahyang wajib kena ulang. Rakaat pertama wajib kena baca Suratul Fatihah, rakaat kedua wajib, rakaat ketiga wajib, rakaat keempat wajib. Sembahyang waktu sembahyang hak wajib pun wajib Suratul Fatihah, sembahyang sunat pun wajib baca Suratul Fatihah, sembahyang mayat pun wajib baca Suratul Fatihah. Jadi Suratul Fatihah ni ada 7 ayat. Jadi Nabi sebut
ﻳﺔ آ ﻟﻮ و ﻋﲏ ا ﺑﻠﻐﻮ
sampaikan daripada aku apa yang aku ajar walaupun satu ayat.
Jadi makna kita semua sekurang-kurang 7 tahu. Kita ajar tak po doh. Jadi ini tugas... tugas ni jangan letak pada Ustaz saja, jangan letak pada Imam saja dan sebenarnya imam tu Imam. Maknanya pemimpin
" ﻋﻴﺘﻪ ر ﻋﻦ ول ﻣﺴﺆ ﻛﻠﻜﻢ و راعٍ "ﻛﻠﻜﻢ Semua kaum pemimpin dan semua pemimpin akan ditanya tentang orang-orang yang berada di bawah kepimpinannya. Ketua Negara pemimpin, Ketua Negeri pemimpin, EXCO pemimpin, Speaker pemimpin, Wakil Rakyat pemimpin, Ketua Pejabat pemimpin, Pegawai pemimpin, Orang Kampung pemimpin sekurang-kurang pemimpin kepada keluarga. Jadi akan tanya tentang orang yang berada di bawah kepimpinannya. ِ ِ ʭ ﻢ ﻴﻜ ُ ﻠ ﻫ ﻢ ﻜ ُ ﺴ ﻔ ﻧ أَ ا ﻮ ﻗ ا ﻮ ﻨ ﻣ آ ﻳﻦ ﻟﱠﺬ ا ﺎ ﱡﻬ ـ ﻳ أَ ʮ ـْ ُ َرًا ْ ْ وَأَ ْ َ ُ ُ َ َ َ َ
Wahai orang-orang beriman hendaklah kamu jaga diri kamu dan keluarga kamu daripada menjadi bahan bakaran api neraka.
Saidina Ali ketika mentafsirkan ayat ini, Saidina Ali menyebut
ﻋﻠﻤﻮﻫﻢ و ﺑﻮﻫﻢ أد bagaimana cara kita nak cegah diri, keluarga kita daripada api neraka? Nak cegah diri kita, kita faham doh. Kita tak buat benda jahat kita buat benda baik. Baik, bagaimana kita nak cegah keluarga kita? ﻋﻠﻤﻮﻫﻢ و ﺑﻮﻫﻢ أد kata Saidina Ali, “didiklah mereka, bimbinglah mereka dengan ajaran Islam.”
Jadi didiklah anak-anak, sebab itulah sebelum kita persalahkan orang lain kita kena persalahkan diri kita sendiri dulu sebagai pemimpin keluarga. Ni letak kesalahan pada sekolahlah, letak kesalahan pada Kerajaan la makna kita mudah. Tak polah kalau kita nak letak pun. Hak utama kita ketua keluarga ِ ء ﺎ ﺴ ﻟﻨ ا ﻰ َ ﻠ ﻋ ﻮ ﻣ ا ﻗ لُ ﺎ ﺟ ﻟﺮ ا ِّ نَ ﻮﱠ ـَ َ َ ُ َ ِّ kita kemukakan dasar lelaki qawwam. Qawwam ni lelaki tu apa nama ni… menjadi pemimpin kepada orang perempuan pemimpin kepada keluarga.
Akibat daripada kita tak laksana tugas menyampaikan seruan ajaran Rasul walaupun satu ayat inilah menjadikan keluarga porak peranda, masyarakat jadi porak peranda. Akhir sekali orang letak kesalahan pada Kerajaanlah. Tak terbayanglah pada fikiran kita. Orang boleh bunuh sepupu tapi tak tergambar pun berlakulah. Sepupu ni mace adik-beradiklah. Tok dio tok kita…mugo sepupu, tok dio tu tok kita. Buleh pok sedara tetak anak sedaro. Anak sedaro anak kitalah.
Jadi tugas dakwah ni semua oranglah. Termasuk pegawai-pegawai Kerajaan dan berdakwah ni yang paling baik
ل ﳌﻘﺎ ا ن ﻟﺴﺎ ﻣﻦ ﻓﺼﺢ ا ل ﳊﺎ ا ن ﻟﺴﺎ “kita tunjuk contoh melalui amalan lebih berkesan melalui kata-kata”.
Orang tengok, jadi sebab tu kalau Ketua Pejabat tunjuk contoh yang baiklah anak buah dia, Ketua Pejabat tak leh kecek banyak. Dia mari sebelum waktu, anak buah mari selalu. Aii tok leh…. Bos kita pukul 8 ado doh. Kita pukul 8 duk main kedai kopi lagi kita kerja contoh jah. Maaf la kalu betule pun, [ TERGELAK] contoh. Dakwah bil haq dan orang tengok tindakan kita misalnya bila orang mari berurusan di Pejabat dan memang kita ada dan kita panggil mari mokcik. Mokcik ada masalah gapo? Kita selesai tidak kata mari minggu tidak selesai…. Minggu depe tak selesai. Kita bekerja di bawah Kerajaan Penghayatan Membangun Bersama Islam. Membangun Bersama Islam guano lagu ni dia kata. Jadi bila kita buat baik itu dakwah. Jadi dakwah ni semua orang kena berperanan melakukan dakwah bukan Ustaz saja tidak. Semua-semua kita ini yang kita nak di Kelantan ni supaya orang dapat gambaran inilah Kerajaan yang berpandukan kepada Islam. Inilah pegawai-pegawai yang berada di bawah Kerajaan meletakkan Islam sebagai asas pemerintahan. Orang tengok pembangkang pun orang tengok. Inilah pembangkang yang berada dalam Dewan Negeri Kelantan yang berasaskan kepada Islam. Lain dia kata, tidak kata serang membabi buta dok. Sebab babi pun kita tok sir, buta pun kita toksir. Gabung 2 tu lagi kita toksir. Jadi kita nak lagu tuh…nak tengok suasana yang harmoni kalau kita ada teguran-teguran yang baik. Gitu kita nak... bukan tak leh kritik, boleh tapi berfakta. Dan
fakta ni kena menyeluruh jangan pula kita bawa fakta tahun 2024 jenayah meningkat, 2025 jenayah menurun kita tak royak 2025 sedangkan Ketua Polis buat kenyataan doh 2025 menurun kadar jenayah di Kelantan menurun. Kita ambik data 2024. Tak boleh macam tu tak boleh. Jadi kita nak semua semua orang. Jadi itulah hasrat Kerajaan Negeri dan Insha Allah kalau kita semua dapat melaksanakan kaedah ini Kerajaan kita, rakyat kita, negeri kita akan jadi negeri
ر ﻮ ﻔ ﻏ ﱞ ﺔ ﺒ ﻴ َ ﻃ ﺪ ﻠ ْ ﺑ ◌ َ ٌۭ ٌۭ ُ وَرَب َ ِّ َةٌۭ ـَ Surah Saba ayat 15
Sekian,
Ok, Sila Galas.
Yang Amat Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih jawapan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi. Saya besetuju dengan apa yang diungkapkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkaitan dengan hasrat kita semua nak melihat negeri kita ini maju dan Berjaya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Kita sekarang ini berada di era rovolusi 4.0 perkembangan kecerdasan buatan ataupun orang panggil Artificial Intelligence dalam dunia hari ini bergerak dengan laju, pantas dan cekap. Soalan tambahan saya ialah bagaimana pihak Kerajaan kita memanfaatkan rovulusi data ataupun Artificial Intelligence ini dalam pendbiran negeri dalam memastikan pentadbiran kita terus dapat mentadbir dengan terus cemerlang mengikut Al-Quran dan mencerminkan intifori dengan berjaya. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Galas. Kita sekarang ni Kerajaan Negeri mengamalkan pendigitalan data-data di Pejabat Tanah ni kita guna hak semasalah. Loni mudah jah… loni kita nak bayar hasil tanah mana-mana pun boleh maknanya kita tidak ketinggalan la dalam soal ni Alhamdulillah. Kita kena manfaatkan kemudahan-kemudahan yang ada ni. Dan kita sebenarnya Islam ni mengiktiraf teknologi bukan kata Islam ni ketinggalan zaman tidak iktiraf teknologi, tidak-tidak. Kalau kita baca kitab Tafsir Al-Kabir Imam Fakhruddin Al-Razi menyebut
ﻣﺎﻧﺔ وأ د ﻟﻌﺒﺎ ا دة ﻋﺒﺎ و اء ﻷﻣﺮ ا ل ﻋﺪ و ء ﻟﻌﻠﻤﺎ ا ﻋﻠﻢ : ء ﺷﻴﺎ أ ﲞﻤﺴﺔ ﻳﻨﺖ ز ن ﺑﺴﺘﺎ ﻟﺪﻧﻴﺎ ا
ﶈﱰﻓﲔ ا ﻧﺼﻴﺤﺔ و ر ﻟﺘﺠﺎ ا ulama sebut lama doh.
Maksudnya :- dunia ini umpama taman yang indah yang dihiasi dengan 5 perhiasan. Perhiasan dunia ni kalau ada 5 ni taman ni akan menjadi taman yang sangat indah dan akan menjadi tarikan kepada pengunjung-pengunjung. Dunia ni kena ada 5 kata Imam Fakruddin Al-Razi.
Yang pertama, ilmu ulama - kita manfaatkan ilmu yang ada pada para ulama. Kalau ulama ni pewaris Nabi
ا ﺛﻮ ر ﻳﻮ ﱂ ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا إن ء، ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ﺛﺔ ور ء ﻟﻌﻠﻤﺎ ا إن
ﻓﺮ وا ﲝﻆ ﺧﺬ أ ﺧﺬﻩ أ ﻓﻤﻦ ﻟﻌﻠﻢ ا ا ﺛﻮ ور ﳕﺎ إ ﳘﺎ در ﻻ و ﻳﻨﺎ د ً راً
“Ulama itu menerima pusaka Nabi … ini Nabi sebut Ulama dan para Nabi bila wafat dia tidak meninggalkan pusaka ◌ dinar pun ﳘﺎduit در ﻻ و ﻳﻨﺎ د راً tidak duit dirham pun tidak. Nabi tidak tinggal harta… tapi ﻟﻜﻦ و … ﻋﻠﻤﻦ Nabi bila wafat dia mewariskan ilmu sesiapa yang mengambil ilmu dia telah mengambil bahagian yang paling bernilai. Itu satu ilmu yang ada pada para Ulama.
Yang kedua, -, keadilan yang ada pada para pemerintah. Ini ء ﻟﻌﻠﻤﺎ ا ل ﻋﺪ perhiasan dunia. Ilmu Ulama yang ada tu mantap pemeritah yang adil dan percayalah adil ni bila kita letak Islam asas pemerintahan baru adil. Tidak ada yang lebih adil daripada pemerintah Islam kerana apa kerana Islam ni ajaran Allah. Siapa lagi nak lebih adil daripada Allah Taala.
ِ ِ ِ ﲔ ﻤ ﻜ ﳊ ٱ ﻢ ﻜ َ ﺣ َِ ﺄﺑ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﺲ ﻴ َ ﻟ أَ َ َْـٰ ْ ُ ْ َ Surah Al-Tin ayat 8
kita bacakan dalam Al-Quran…
ِ ِ َأ ِ ﲔ ﻤ ﻜ ﳊ ٱ ﻢ ﻜ َ ﺣ َِ ﺄﺑ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﺲ ﻴ َ ﻟ َ َْـٰ ْ ُ ْ َ …adakah . Allah hakim yang paling adil.
Disunatkan bagi orang yang membaca ayat ini ataupun orang yang mendengar bacaan ayat ini menjawab ﻟﺸﺎﻫﺪﻳﻦ ا ﻣﻦ ﻟﻚ ذ ﻋﻠﻰ ʭ وأ ، ﺑﻠﻰ saya jadi saksi pahtu bila Tok Imam baca ayat ni ِ ِ ◌ ﲔ ﻤ ﻜ ﳊ ٱ ﻢ ِ ﻜ َ ﺣ َِ ﺄﺑ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﺲ ﻴ َ ﻟ َ َْـٰ ْ ُ ْ َ Dia tidak rukuk sahaja, ﻟﺸﺎﻫﺪﻳﻦ ا ﻣﻦ ﻟﻚ ذ ﻋﻠﻰ ʭ وأ ، ﺑﻠﻰ
tok imam pun kata gitu, ore alik belake pun kata gini. ﻟﻚ ذ ﻋﻠﻰ ʭ وأ ، ﺑﻠﻰ
Allah la hukum yang paling adil. Jadi Islam lebih-ﺎﻫﺪﻳﻦhukum ـــ ﻟﺸ ا ﻣﻦ lebih lagi kalau ulama itu dia juga umara’ itu yang terbaik tak dok sapo yang boleh nafikan. Saidina Abu Bakar dia ulama dia umara’…dia ulama dia pemerintah. Saidina Umar dia ulama dia umara’. Walaupun tidak semestinya ulamak itu umara. Tidak..tetapi saya sebutkan yang terbaik. Saidina Osman dia ulama dia umara’. Saidina Ali dia Ulama dia Umara’. Hatta Zalifah Muaawiyah dia ulama dia umara’. Umar Abdul Aziz dia ulama dia umara’.
Yang ketiga, ibadah yang dilakukan oleh para hamba Allah. Ini perhiasan dunia bila tuhanbuat perhiasan ibadah orang ni dia akan jurus. Orang yang ada sifat perhambaan diri pada Allah ni orang paling jurus.
Yang keempat, sifat amanah yang ada kepada golongan korporat. Golongan korporat yang amanah bukan tipu orang tu tidak. Ni ada orang pandai nego tapi dia nipu. Hok ni skim pelaburan-pelaburan cepat kaya nih. Allah sian…. Sapa loni Kerajaan tak leh nak bendung. Nok royak demo ni dia pandai… pandai tipu orang. Ni bila pencen blh duit apa ni..bila pencen? Saya pun tak reti sebab saya tak rajin pencen [TERGELAK] tak polah dia boleh duit banyak ni... marilah skim pelaburan masuk RM100,000 tiap-tiap bulan boleh RM3,000. Dia pun beraso banyak la… pencen dia RM3,000 campur duit pelaburan RM3,000. Habis dia bagi duit… pahtu dio duk report polis kena tipu. Buke satu kes buke satu masa sapa sekarang ni kita pun pelik la orang kita ni. Kerajaan pun pelik, Kerajaan habis doh jange terpengaruh, jange sama ada Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat nasihat lagu tu tok leh buat apa. Jadi orang meniaga ni kena ada sifat amanah. Ini perhiasan...
Yang kelima, haaa hok ni nok sebut… nasihatul muhtarifin- pandangan daripada golongan professional. Ni golongan professional..kita turut pandangan professional pahtu kita bice. Loni kita guna online belako doh. Loni Alhamdulillah makna kita ikut perkembangan sosial makna kalau kata ada cadangan-cadangan yang baik takpo. Boleh kita tak kira daripada pihak Kerajaan ataupun pihak pembangkang. Maknanya Kerajaan patut kena buat nih…pahtu supaya kita lebih kemas lagi lebih tersusun lagi kita alu-alukan. Hok cadangan daripada ADUN Galas ni kita buat doh. Kalu ada cadangan untuk kemas kita terima Insha Allah.
Walahua’lam.
Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Balah…
Terima kasih Dato’ Speaker… mohon jawapan kepada soalan saya nombor 2.
Soalan 2 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan apakah dasar penjualan emas mentah bagi memastikan hasil negeriini diurus secara telus dan berkesan dan apakah usaha untuk memastikan pengusaha perlombongan emas patuh terhadap garis panduan yang ditetapkan? ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Kuala Balah yang telah membangkitkan persoalan berkenaan dengan emas yer...
Dasar penjualan emas mentah dikawal melalui peruntukan Enakmen Urusan Emas Mentah 1991 yang mana di antara syarat utama peruntukan Enakmen tersebut adalah pembeli emas mentah di Kelantan hendaklah mempunyai lesen membeli emas mentah yang dikeluarkan oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Manakala untuk memastikan pemprosesan itu secara telus ada satu pemantauan iaitulah melalui satu standard operasi printing prosedur SOP oleh PTG yang mana ianya meliputi semua peringkat proses pengeluaran, pengasingan, pembakaran dan juga bagi penentuan kualiti jongkong emas.
Beberapa pendekatan telah dilaksanakan bagi memastikan pihak pengusaha perlombongan emas mematuhi terhadap garis panduan yang telah ditetapkan sebagaimana berikut :-
i- Sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan semasa kerja-kerja perlombongan dijalankan, agensi berkaitan seperti Jabatan Mineral dan Geosains dan Jabatan Alam Sekitar akan bertanggungjawab untuk mengambil sebarang tindakan yang wajar di bawah peruntukan undang-undang masing-masing.
ii- Begitu juga sebarang pelanggaran syarat di dalam lesen tenemen mineral atau di dalam Enakmen Mineral 2001, tindakan pelucut hakan/pembatalan lesen akan diambil oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan melalui peruntukan Enakmen Mineral 2001.
Terima kasih.
Sila Kuala Balah..
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar. Emas yang mempunyai nilai-nilai yang tinggi dari segi komersialnya dan penambahan nilainya juga boleh dibuat dengan pelbagai cara. Apakah peranan GLC kita terutamanya untuk meningkatkan lagi misalnya industri hiliran untuk menigkatkan tambah nilai emas tadi. Terima kasih.
Terima kasih, kita antara negeri pengeluar emas dan memang ada langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kerajaan melalui GLC antaranya Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd (KGT) anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang berperanan sebagai peneraju dalam pembangunan industri emas sejak tahun 2008. Penubuhan KGT dalam strategik bagi memperkukuh Kelantan sebagai pusat perdagagangan emas patuh syariah di rantau ini. KGT terlibat dalam
aktiviti hiliran sebagaimana yang ditanya termasuk pengeluaran, penjenamaan dan pemasaran produk emas tempatan seperti dinar, dirham, syiling emas, wafer dan juga jongkong emas. Selain itu KGT turut memperkenalkan platform digital EDND iaitu sistem tabungan pelaburan emas secara dalam talian yang patuh syariah bagi memudahkan masyarakat bagi memiliki dan menguruskan simpanan emas dengan lebih selamat dan efisyen. KGT juga menawarkan beberapa perkhidmatan lain seperti perkhidmatan simpanan emas bertakaful dan program simpanan progresif bagi dana persaraan. Ianya mengangkat kewujudan KGT melengkapkan ecosistem dan solusi dalam industri emas untuk mendekatkan rakyat dengan pelaburan emas KGT menawarkan saham perak secara tabungan yang kemudiannya boleh ditukarkan kepada emas. Berdasarkan rekod pertumbuhan yang memberangsangkan dan sebagai contoh bagi tahun 2024 KGT memperkukuh operasi serta menjenamakan semula produknya dengan keuntungan yang melebihi RM200.
Bagi pendekatan ini Kerajaan Negeri bukan sahaja rantaian nilai industri emas peringkat negeri malah turut diberikan peluang dan memperluaskan usahasama GLC Negeri dengan syarikat swasta dalam perancangan hiliran emas sejajar dengan aspirasi Membangun Bersama Islam yang menekankan ekonomi berasaskan syariat serta kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.
Terima kasih.
[YB DATO’ TIMBALAN SPEAKER MENGAMBIL ALIH TEMPAT SEBAGAI YB DATO’ SPEAKER ]
Dipersilakan Galas…
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih atas peluang yang diberikan. Pada Ogos 2025 dilaporkan dalam media, Kerajaan Kelantan siasat hebahan mahu jual kawasan lombong emas RM12 juta dan saya nampak di sini ada kenyataan daripada Timbalan Menteri Besar untuk menyiasat perkara ini. Justeru soalan saya apakah perkembangan siasatan berkenaan dengan hebahan yang dibuat membabitkan kawasan di Mukim Kusial Tanah Merah nih?
Yang kedua Dato’ Speaker, saya melihat sekarang berlaku monopoli terhadap sumber emas Negeri Kelantan terhadap satu atau dua syarikat yang terbesar adalah syarikat di Singapura yang telah pun bermula tahun 2010 lebih daripada 7 tan emas kita perolehi melalui syarikat ini. Soalan tambahan saya ialah apakah usaha dari syarikat anak negeri melalui PMBK Azzahab untuk menggunakan teknologi yang sama untuk mendapatkan emas dan nampak ada kejayaan daripada syarikat luar tidak adakah usaha daripada Kerajaan Negeri untk menggunakan anak syarikat-anak syarikat untuk kita gali emas daripada bumi negeri kita ini, terima kasih.
Terima kasih kepada Galas yang bertanyakan. Sebenarnya banyak laporan-laporan melalui media sosial yang mana setelah kita kaji dan kita dapati laporan itu hanya berbentuk pandangan-pandangan sisipan ataupun kita kata hearsel sebegitulah sehinggalah kita dapati belum benar-benar berlaku pelanggaran ataupun jualan secara haram dan sebagainya. Apa yang dibangkitkan sebegitu kita masih lagi mengkaji dan meneliti dan kita menunggu laporan. Berhubung dengan cadangan daripada Galas itu memang menjadi hasrat Kerajaan sebenarnya dan sebagaimana kita semua pun tahu industri emas ini bukan calang-calang iya untuk kita menceburi bidang tersebut dan kita banyak melibatkan syarikat-syarikat yang benar-benar berkemampuan dan juga daripada luar. Tapi Galas menyebut hanya dimenopoli oleh satu ataupun dua syarikat. Sebenarnya satu syarikat besar kita mengeluarkan CMNM
Mining Coporation sebenarnya bukan satu syarikat YB, 20 syarikat. Kita telah mengeluarkan lesen kepada 20 syarikat. 19 berskala kecil dan kemampuan tersebut tapi satu sahaja yang disebut tadi yang berskala besar kerana dia memang benar-benar berkemampuan daripada 20 syarikat tadi yang mana kita galakkan sehingga kini seperti yang saya sebutkan kita telah mengeluarkan 20 lesen melombong tapi yang benar-benar dapat melaksanakan adalah 4 yang benar-benar aktif. Satu adalah yang CMNM dengan kerjasama PKINK, yang kedua Yayasan Kraftangan Kelantan berskala kecil, yang ketiga Warisan Skala berskala kecil, yang ketiga PKINK melalui syarikat Prima Warisan Venture juga berskala kecil.
Tapi nak bagitahu kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat semua, kita tadi MB minta saya sebut kita mengalu-alukan terutama syarikat-syarikat bumiputera mari kita bukan nak sekat. Kita sangat mengalu-alukan tapi kena pastikan bahawa ada kemampuan dan juga ada kepakaran dan juga mestilah syarikat itu syarikat benar-benar berhasrat untuk melombong bukannya untuk menjual kepada syarikat-syarikat yang lain. Ada juga ini sebenarnya picisan yang disebut melalui internet dan sebagainya yang mana kita tidak tahu sumber pun tapi biarlah kita sebutkan di sini bahawa kata Kelantan ni sikit jah boleh kepada rakyat. Sikit jah boleh kepada Kerajaan hasil daripada emas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Saya nak bagitahu kita telah mengenalpasti 5 buah negeri yang mengeluarkan emas daripada 5 buah negeri yang mengeluarkan emas itu kadar royalti adalah 5.57% manakala kadar tribute hanya 3% kepada mana-mana syarikat negeri. Tapi Kelantan kadar royalti 10% lebih tinggi sekali ganda daripada negeri-negeri lain mengenakan kepada syarikat. Tribute yang kita kenakan 4%. Maknanya di antara negeri-negeri pengeluar emas Kelantanlah yang paling mendapat untung daripada syarikat yang mengeluarkan emas nak dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain dan Kelantanlah yang paling cakna terhadap hak rakyat dan hak Kerajaan Negeri terhadap mineral yang ada di bumi Kelantan nak dibandingkan dengan 5 negeri yang lain. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Nenggiri.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan bagi soalan saya nombor 3.
Soalan 3 :
[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan apakah pelan pembangunan Kerajaan Negeri Kelantan bagi menafaatkan projek Empangan Nenggiri. ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan daripada Nenggiri. Pelan Pembagunan Kerajaan Negeri bagi memanfaatkan pembinaan Empangan Nenggiri:
Terdapat pelbagai faedah yang dapat dimanfaatkan hasil daripada pembinaan Empangan Nenggiri kelak, antaranya ialah :
1. Potensi untuk dikembangkan sebagai kawasan tarikan eko pelancongan dengan mengambil kira pembinaan prasarana dan infrastruktur yang telah dibina di kawasan berkenaan. 2. Penjanaan tenaga solar melalui pelaksanaan solar terapung yang di atas kawasan tasik Empangan Nenggiri yang telah siap dibina kelak. 3. Kewujudan kelompak penduduk yang mengoperasikan Empangan Nenggiri akan menyebabkan kewujudan satu kitaran ekonomi baharu di kawasan berkenaan dan akan membuka peluang bagi perkembangan sektor-sektor ekonomi yang lebih berdaya saing.
4. Perlembagaan ekonomi penternakan dengan kemudahan bagi melaksanakan zon ekonomi akuakultur di dalam kawasan tasik berkenaan. 5. Menambah baik sistem pengairan di kawasan sekitar dan sewajarnya dipantau secara sistematik bagi memastikan menfaatnya dapat digunakan oleh sektor lain merangkumi pengintegrasian untuk kemudahan pertanian dan penternakan.
Terima kasih.
Silakan Nenggiri...
Kawasan hutan simpan Nenggiri merupakan kawasan yang paling banyak diberikan kelulusan untuk konsesi ladang hutan. Ia merupakan satu kawasan yang paling terdedah pada kemusnahan alam sekitar dan konflik hidupan liar seperti serangan gajah dan harimau. Dan dengan siapnya empangan ini nanti sudah pasti ianya juga dimanafaatkan untuk menjadi kawasan eco pelancongan. Soalan saya apakah Kerajaan masih mahu terus memberikan kelulusan ladang hutan di kawasan Nenggiri pada masa hadapan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Terima kasih kepada soalan tambahan itu akan dibincangkan dengan Jabatan Perhutanan dan juga pihak berkenaan supaya kajian dibuat dengan lebih teliti lagi. Terima kasih.
Dipersilakan Mengkebang.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana memberikan saya peluang kepada saya soalan tambahan. Soalan tambahan saya berbunyi, adakah Kerajaan Negeri bercadang menjadikan kawasan empangan Nenggiri sebagai hub tenaga lestari dengan kombinasi tenaga hidro dan solar terapung serta menjadi model dengan izin … Sistem pertama di Pantai Timur. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan. Sudah tentu Kerajaan akan meneliti perkara tersebut dengan sebaik mungkin dan setakat ini kita ada solar terapung di Danau Tok Uban dan mungkin selepas ini akan jadi yang terbesar di Kelantan Insha Allah.
Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Pulai Chondong.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Tuan Speaker, Melati kuntum tumbuh merata, Sayang si comel makan Ketupat, Assalamualaikum mulanya kata, Mohon jawapan saya soalan nombor 4 berkaitan bola sepak.
Sekian terima kasih.
Soalan 4 :
[Minta YAB Ustaz Dato’Panglima Peraeng Menteri Besar nyatakan, apakah langkah-langkah serta sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan bagi mengangkat semula kegemilangan sukan bolasepak Kelantan?]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih Pulai Chondong di atas soalan tambahan yang diberikan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa komited dan berpandangan jauh dalam usaha mengembalikan semula kegemilangan sukan bola sepak di Negeri Kelantan yang suatu ketika dahulu pernah menjadi kebanggaan rakyat Kelantan dan juga kebangkitan ikon sukan di tanah air. Walaubagaimana pun secara asasnya perlu kita fahami bahawa pengurusan sukan bola sepak di negeri secara langsungnya adalah di bawah KAFA iaitu bawah bidang kuasa bola sepak Negeri Kelantan KAFA selaku badan yang berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia PGS dan juga KAFA ni bernaung di bawah FAM di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia. Namun kita memahami isu yang berlaku di bawah KAFA pada hari ini Kerajaan Negeri tidak pernah berdiam diri sebaliknya pelbagai langkah dan usaha strategik dan sokongan telah diambil bagi memperkukuh ekosistem bola sepak di negeri Kelantan. Sama ada di peringkat dasar, di peringkat akar umbi mahupun kolaborasi bersama sektor swasta juga akademik.
Terbaru saya telah mengadakan satu pertemuan dengan Pesuruhjaya Sukan di Bukit Jalil pada 7 Oktober yang lalu bagi membincangkan secara menyeluruh isu-isu berkait dengan pengurusan bola sepak di Kelantan terutamanya status KAFA yang sekarang ni digantung oleh FAM. Secara umumnya Insha Allah Alhamdulillah rancangan itu kita mendapat padangan dan ulasan daripada PGS dan Insha Allah akan ada jalan penyelesaiannya sebab berdasarkan maklumat daripada PGS di peringkat PGS pada waktu ini KAFA itu sendiri tidak mempunyai masalah. Makna masih sah di Peringkat PGS. Cuma isunya adalah badan-badan gabungan
di bawah FAM. Jadi di pihak Kerajaannya kita telah menghantar satu surat rasmi kepada PGS untuk menyatakan secara rasmi apakah isu yang berlaku dan apakah jalan-jalan penyelesaian yang kita boleh ambil untuk membantu menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam KAFA.
Walaubagaimanapun itu antara tugas ataupun peranan KAFA disebabkan keadaan yang terganggu tadi maka Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk membangunkan sukan bola sepak di Negeri Kelantan. Antaranya yang pertama melalui UBES melalui Urusetia Belia dan Sukan bagi memperkukuhkan pembangunan bola sepak negeri Kelantan yang sebagaimana kita maklum kita telah menganjurkan liga elit DUN yang telah berlangsung lebih daripada 30 tahun yang di peringkat DUN-DUN yang akhirnya akan pergi ke peringkat Negeri. Jadi untuk makluman Ahli-Ahli Dewan dan semua yang hadir pada hari ini pada hari ini di peringkat DUN sukan yang menyertai liga elit DUN adalah sebanyak 458 pasukan seluruh negeri Kelantan yang melibatkan 45 DUN dan kejohanan ini telah menghimpunkan seramai 10,354 orang pemain-pemain berdaftar yang terlibat dalam Liga DUN dan juga 2,290 pegawai makna setiap pasukan akan ada 5 orang pegawai dan keseluruhnnya adalah 2,290 yang berdaftar daripada pelbagai kelab dan persatuan tempatan.
Liga ini bukan sahaja berfungsi menjadi platform pembangunan bakat belia tempatan dan pemilihan rasmi bakat belia tempatan untuk menentukan wakil pasukan DUN ke piala Menteri Besar. Itu yang pertama, yang kita buat tadi yang melibatkan pembangunan bola sepak di akar umbi. Yang kedua, adalah penganjuran Piala Menteri Besar yang sedang berlangsung sekarang ni di peringkat kalah mati yang merupakan juga inisiatif tentang bawah UBES. Edisi kali ini sebagaimana yang lepas menghimpunkan sebanyak 48 pasukan yang terdiri daripada 45 DUN yang menang di peringkat DUN tadi dan 3 pasukan jemputan dan kita nak mengembangkan lagi sukan ini maka kita jemputan 3 pasukan jemputan yang terdiri daripada pasukan Orang Asli maknanya team bola sepak kita ni terdiri daripada rakan-rakan kita daripada Orang Asli.
Yang kedua, pasukan daripada kaum Siam. Makna Orang Siam ni dia ada pasukan bola dia tapi kadang-kadang dia takut untuk berlawan dengan
puak-puak kita dia kata puak kita ganas. Jadi biasanya dia ada liga dia sendiri. Maknanya Alhamdulillah kita kata tak po you buat liga you sendiri tapi kita jemput satu pasukan untuk bersama-sama dalam Piala MB dan bagi memastikan pasukan pelapis juga ada kita menjemput pasukan daripada YIK yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang mewakili daripada Negeri Kelantan di sekolah YIK. Kejohanan ini menghimpukan lebih 1400 peserta daripada 1104 pemain dan juga 336 pegawai yang berdaftar. Jadi pasukan tadi telah dipilih yang terdiri daripada pasukan Johan Liga Elit DUN mengikut pemain-pemain yang dipilih oleh pengurusan.
Yang ketiga, di samping itu sumbangan dan bantuan kewangan secara bersasar kepada Persatuan Kelab-Kelab Bola Sepak diadakan berdasarkan permohonan dan keperluan semasa termasuk juga bantuan logistik, fasiliti serta insentif menyertai pertandingan. Sokongan terhadap inisiatif komuniti dan juga sektor swasta termasuk program bola sepak sosial dan juga bulanan nostalgia sepertimana kita ikuti perlawanan estable dan sebagainya dan selain daripada itu kita juga menyokong penganjuran-penganjuran Liga Dun tempatan sebagaimana Liga Tumpat, Liga Siam dan pelbagai liga yang lain. Langkah ini juga akan membantu menyemarakkan kembali minat dan juga sokongan penyokong-penyokong Negeri Kelantan.
Yang lima adalah sokongan terhadap kelab-kelab terbaru… loni kita ada banyak kelab daripada Kelantan sama ada yang terdiri Liga Super ataupun Liga Amatur. Antaranya adalah sebagaimana kita tahu Kelantan Darulnaim FC ataupun yang dikenali sebagai Kelantan The Red Warrior yang kita bersaing di Liga Super serta Kelantan WTS FC dan juga Kelantan The Red Warrior FC di Liga A1. Hok ni ramai keliru ni hok mana so Liga Super hok mana so Liga A1. Hok Liga Super Kelantan The Red Warrior Kelantan TRW hok dalam liga A1 Kelantan Red Warrior KRW. Lepas ni harap-harap kita tak tukar doh dih. Dan kita juga ada FC yang berada di Liga A2 yang dilihat semakin aktif dalam penganjuran program-program perlawanan dan sebagainya. Jadi itu antara perkaranya.
Dan yang keenam selain daripada itu juga Kerajaan Negeri sentiasa menyokong dan juga membantu pertumbuhan akademik bola sepak dan juga kelab-kelab tempatan dalam melahirkan bakat-bakat baru di peringkat akar umbi. Jadi itulah lebih kurang beberapa usaha yang dilakukan untuk memajukan sukan bola sepak Negeri Kelantan. Terima kasih.
Dipersilakan Pulai Chondong.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat EXCO kerana telah menerangkan atau menjawab berkaitan dengan perkembangan bola sepak. Saya pun pening sebenarnya… banyak sangat pasukan tapi so pun tak menang. Kalu banyak menang boleh kira. Walaupun begitu sekarang sedang rancak Kejohanan Piala Menteri Besar. Saya nak tanya satu soalan tambahan mengenai saya nak tanya telah dijawab oleh Yang Berhormat EXCO ada ke pemain-pemain Liga Dun ini telah berjaya dipilih ke peringkat yang lebih tinggi peringkat Kebangsaan contohnya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan, secara asalnya kita tengok ada 4 pasukan yang mewakili Kelantan dalam Liga Bola Sepak …. Maka secara langsungnya ada peluang-peluang anak muda Kelantan bermain adalah lebih luas dan berdasarkan maklumat yang saya ada mungkin beberapa nama yang saya boleh sebut disini antara pemain-pemain yang pernah terlibat dengan Liga DUN akhirnya Berjaya ke peringkat yang lebih tinggi. Antaranya adalah Ahmad Syiham Azmi yang sebelum ni beraksi dalam team Salor dan sekarang ni pada tahun 2025 mewakili JDT kemudian yang keduanya Mohd Fikri Che Soh daripada DUN Kijang dan sekarang ni mewakili Kelantan The Red Warrior. Yang ketiga, Muhamad Hakimi Bin Abdullah daripada DUN Meranti dan sekarang ni bersama dengan
pasukan Negeri Sembilan. Yang keempat, Nik Akif Syahiran Bin Nik Mat daripada Mengkebang dan sekarang ni bersama team Imegresen. Yang kelima, Fakrul Bin Che Ramli daripada Kemuning mewakili Kelantan WTS, seterusnya Muhamad Khalaif Bin Naskam daripada Panchor mewakili Terengganu sekarang ini dan Muhamad Khairul Nizam Bin Che Soh daripada Panchor dan sekarang ini mewakili WTS dan mungkin beberapa nama lagi tidak dapat disebutkan di sini.Terima kasih.
Dipersilakan Wakaf Bharu.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Sebelum soalan tambahan saya ingin mengucapkan terima kasih pada Kerajaan Negeri melalui EXCO Belia kerana telah memartabatkan sukan bola dan sekarang ni sedang berlangsung di mana Wakaf Bharu ambo nak mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Wakaf Bharu FC yang telah berjaya menumpaskan pasukan Tawang dan akan melangkah ke suku akhir semoga Wakaf Bharu FC dinobatkan sebagai juara tahun ini. Soalan tambahan saya sukan lain sepak takraw, badminton, yang mana juga menjadi diminati oleh terutamanya di kalangan anak-anak muda apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memartabatkan sukan ini dan antaranya sepak takraw dan sekarang ni kita buat di peringkat Parlimen dan mungkin boleh dijadikan kejohanan di peringkat DUN umpama Liga Elit DUN.
Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan secara umumnya kalau kita tengok pada hari ini bagi sukan sepak takraw kita ada peringkat Parlimen dan pemenang peringkat Parlimen akan mewakili Parlimen ke peringkat lebih tinggi piala TMB. Setakat ini berdasarkan maklumat-maklumat di bawah kita belum berhasrat untuk berada di peringkat DUN disebabkan tak berapa nak ada dan dia tidak akan kompetetif. Jadi sepak takraw ini buat masa ini kita akan buat di peringkat Parlimen sahaja. Manakala di kejohanan badminton pada waktu ini kita tengok banyak penganjuran-penganjuran di anjurkan oleh pasukan-pasukan ataupun organisasi swasta pertubuhan-pertubuhan dan sebagainya dan kita menyokong kejohanan-kejohanan tersebut. Cuma di peringkat Kerajaan Negerinya melalui MSN Majlis Sukan Negeri bermula pada tahun ini kita menganjurkan sukan Kelantan yang sebelum ni banyak dibuat tapi diserahkan kepada Persatuan tapi bermula pada tahun ini sukan Kelantan ini diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negeri dan telah bermula beberapa minggu yang lepas dan telah berakhir pada minggu ini. Dan hari ini ada beberapa acara terakhir termasuk silat di Gelanggang Seni dan di Dewan MPKB Jubli Perak. Jadi ini termasuk sukan badminton yang telah berlangsung pada 2 minggu yang lepas. Jadi sekarang bukan setakat bola sepak, takraw malah sukan-sukan utama yang ada di negeri Kelantan ini sekarang ni menjadi perhatian di peringkat MSN untuk kita menganjurkan sukan Kelantan dan Insha Allah akan memberi peluang kepada anak-anak muda untuk beraksi dan menunjuk bakat mereka.
Sekian, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Tawang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan soalan saya yang nombor 5.
Soalan 5 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan adakah Kerajaan Negeri Kelantan mempunyai perancangan untuk mewujudkan Zon Pelancongan berasaskan produk tempatan seperti ubi, jagung, hasil laut dan sebagainya bagi merancakkan industri pelancongan berasaskan tani? ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Terima kasih Tawang, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya berhasrat untuk menjawab soalan 5 hari ini bersama dengan soalan nombor 19 dari Kemuning yang hampir sama bertanya tentang zon pelancongan atau pembangunan agro tourism.
Kerajaan Negeri mempunyai perancangan dan telah menjalankan pelbagai inisiatif dan dalam usaha mewujudkan zon pelancongan berasaskan produk tempatan iaitu bersama kerjasama erat agensi-agensi berkaitan seperti daripada UPEN, TIC, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan juga bersama pihak Berkuasa Tempatan. Kami telah berusaha untuk mengabungkan industri pertanian dan industri pelancongan bagi memperkukuh sektor agro pelancongan sebagai sumber tarikan baru di negeri ini. Sebagai contoh, bagi produk jagung Kuala Balah di Daerah Jeli telah dikenalpasti sebagai lokasi utama yang berpotensi tinggi kerana kawasan tersebut merupakan antara kawasan tanaman jagung terbesar di Negeri Kelantan. Juga di komuniti Kampung Paloh Tanah Merah kita beri tumpuan sehingga 2025 lebih RM500 ribu telah diperuntukkan melalui Jabatan Pertanian Negeri Kelantan untuk membangunkan zon jagung dan tanaman kontang. Juga bagi produk ubi-ubian sebagaimana yang ditanya oleh Tawang yang diselaraskan di bawah Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Hasil kajian daripada pihak MARDI akan disalurkan kepada Jabatan Teknikal seperti Jabatan Pertanian untuk diperturunkan dan dilaksanakan kepada golongan sasar.
Lokasi projek yang difokuskan tanaman ubi ialah di Bachok dan Pasir Puteh mengikut data daripada Geoportal Jabatan Pertanian keluasan bagi tanaman ubi yang diusahakan oleh petani di bawah bimbingan jabatan adalah seluas 583.26 hektar di Bachok dan 100.6 hektar di Pasir Puteh. Menjadikan jumlah keseluruhan tanaman ubi-ubian Pasir Puteh dan Bachok 700 hektar. Bachok sebenarnya beruntung kerana di sana ada pusat Penyelidikan kecemerlangan ubi-ubian yang sentiasa membantu para petani mengusahakan tanaman ubi dan produk hiliran sekali gus pusat ini menjadi pusat rujukan latihan dan lawatan teknologi pertanian. Selain itu produk tempatan juga yang menjadi daya tarikan di Bachok seperti mangga harum manis di Melawi dan Kandis juga produk hiliran nira Pantai Irama yang kalau kita tengok secara lebih menyeluruh lebih banyak lagi tempat-tempat agro pelancongan baru seperti gi Gaal ada perniagaan Agro Valley di Gong Datok, kemudian pusat ternakan lembu tenusu di Jeram Mengaji di Selising juga ladang kemunting di Limbongan Rong Chenok Agro Valley di Pasir Mas. Ayer Lanas juga tidak ketinggalan dibangunkan zon agro pelancongan Nenas di mana Pusat Khidmat DUN Ayer Lanas bersama komuniti belia berkerjasama dengan Lembaga Perindustrian Nenas membangunkan sebuah kilang pemprosesan tuaian yang ketiga sisa-sisa nenas di Jeli. Begitu juga kalau kita tengok produk yang boleh di jadikan pelancongan di Bachok seperti tanaman tembikai yang mana Bachok merupakan kawasan yang paling luas tanaman tembikai iaitu seluas 1,202.84 hektar yang mengeluarkan hasil sebanyak 21,759.2 metrik tan setiap tahun. Yang kedua Pasir Puteh yang hampir 300 hektar di tanam di kawasan Pasir Puteh dengan tanaman tembikai.
Kalau kita tengok bahagian sektor hasil laut Kerajaan Kelantan mengenalpasti sektor utama yang telah sedia beroperasi dan berpotensi tinggi dimajukan sebagai sebahagian zon pelancongan berasaskan produk tempatan itu LKIM Getting, Tumpat dan LKIM Tok Bali, Pasir Puteh. Kedua-dua lokasi ini merupakan 2 pusat pendaratan ini yang atau pengumpulan hasil laut yang aktif selain menjadi tempat jualan borong dan runcit bagi pelbagai makanan laut segar di negeri ini di samping dengan PBT dan juga jabatan-jabatan yang berkaitan dan menganjurkan festival hasil laut, hutan secara berkala dan juga promosi pelancongan
komuniti lawatan ke kampung nelayan, pengalaman menangkap ikan dan aktiviti berkayak menaiki bot menyusuri kawasan-kawasan muara.
Selain itu antara yang kita cadangkan untuk pembangunan agro pelancongan yang melibatkan nelayan darat dan akuakultur di Negeri Kelantan seperti santuari ikan sungai Chali Mukim Paloh Jajahan Gua Musang. Di mana program dijalankan bersama DOF Kelantan dan Majlis Daerah Gua Musang untuk pembangunan infrastruktur. Seterusnya santuari FMC Kelah Ecopark Mukim Batu Mengkebang jajahan Kuala Krai dibangunkan pihak swasta dengan kerjasama DOF Kelantan bagi pembangunan dan akan dimasukkan dalam pembangunan santuri baharu tahun hadapan. Juga tidak ketinggalan zon santuri akuakultur Danau Tok Uban Jajahan Pasir Mas sebagai satu kawasan strategik sumber hasil ikan akuakultur di mana telah diwujudkan bot-bot pelancongan yang diusahakan oleh penduduk tempatan dan syarikat swasta bagi menikmati selusuri kawasan tasik danau yang berkonsepkan kafe terapung. Sekian, terima kasih.
Dipersilakan Tawang.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan ataupun pihak swasta bagi meningkatkan hasil tani menerusi packaging yang menarik dan juga produk yang bermutu seterusnya bagi menarik la pelancong ke kawasan-kawasan tertentu. Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan Tawang. Iya Yang Berhormat Dato’ Speaker, memang telah mula bekerjasama dengan beberapa pihak
termasuk agensi dan jabatan bagi meningkatkan mutu produktiviti hasil-hasil pertanian di mana pelabelan dan juga pemasaran-pemasaran yang lebih luas telah dibantu oleh beberapa jabatan dengan kerjasama eratlah dengan UPEN, Jabatan Pertanian Kelantan, FAMA, MARDI dan seperti Perbadanan Kemajuan Pertanian, kumpulan Pertanian Berhad KPKB, Kelantan Biotek Coperation dan sebagainya. Masing-masing memberi tumpuan kepada Pembangunan Usahawan Tani untuk menghasilkan produk-produk yang lebih baik untuk menjamin pasaran yang lebih luas, sekian terima kasih.
Dipersilakan Kelaboran…
Terima kasih kepada jawapan yang telah diberikan oleh pihak Kerajaan. Soalan tambahan saya apakah strategi promosi yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk perkenalkan zon pertanian produk tempatan Kelantan di peringkat nasional dan antarabangsa.
Terima kasih soalan tambahan daripada Kelaboran. Ia kita telah membantu usahawan kita memasarkan banyak produk-produk mereka ke peringkat antarabangsa melalui penganjuran-penganjuran di peringkat antarabangsa kita bantu mereka melalui FAMA dan beberapa agensi seperti kita hantar mereka sebagai peserta memasarkan produk di fest Singapura dan juga berlaku di China di peringkat Kebangsaannya di hadiri oleh seluruh negara di peringkat dunia, dan di MAHA Serdang. Itulah yang kita usahakan di mana peserta-peserta kita telah menembusi pasaran antarabangsa ini dan telah berjaya menaikkan Kelantan dibeberapa tahap yang dibanggakan.
Sekian, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Pantai Irama.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker,
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Pohon jawapan soalan saya nombor 6.
Soalan 6:
[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dalam memperkasa pendidikan Islam dan akademik, termasuk Institusi Tahfiz Sains, Maahad dan dalam merealisasikan Pendidikan Rabbani.]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Pantai Irama di atas soalan yang dikemukakan. Langkah-langkah Kerajaan dalam memperkasakan Pendidikan Islam dan akademik termasuk tahfiz iaitu mengamalkan serampang 2 mata dalam pembelajaran dan ditambah lagi dengan mata pelajaran digabung jalin dengan matapelajaran Arab Agama yang berasaskan kepada dicampur lagi ﻳﱯdan ِ ﺄﺗ ﻦ ـــــــ ﺴ ﺣ َ ﺄ ـــ ﻓ ﰊ ﲏ ِ ﱠﺑ أَد َ َْدِ َ َ ْ ِّ رَ َ dengan kurikulum akademik arus perdana peringkat Kebangsaan dan ditambah lagi dengan program tahfiz 30 jam seminggu. Dan sekolah-sekolah yang diwujudkan di sekolah Kerajaan Negeri berasaskan kepada bidang fokus yang kita tentukan yang pertama fokusnya untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beriman dan bertaqwa kepada Allah dan layak untuk membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan ummah.
Maka disitulah wujudnya sekolah-sekolah agama di bawah Kerajaan Negeri. Dan Alhamdulillah pencapaian yang tertinggi setakat ini mampu meraih kejayaan pencapaian SPM sehingga dapat mencapai 20A. Dan juga di pertandingan di peringkat kepimpinannya ialah pernah menjuarai johan peringkat remaja Kebangsaan.
Yang keduanya, bidang fokus kita untuk melahirkan para alim ulama yang mampu berdepan dengan cabaran semasa maka diwujudkan Pusat Pengajian Pondok Moden sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar tadi di Kandis.
Dan yang ketiganya bidang fokus kita adalah untuk melahirkan setelah Kelantan ditadbir oleh Ulama’ Membangun Bersama Islam maka untuk melahirkan Ulama’ yang mahir dalam ilmu Al-Quran ataupun disebut atau dibaca Quran dia boleh sambung ataupun dibaca Bahasa Melayunya dia boleh jawab dengan Al-Quran maka disebutnya dengan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat di Pulai Chondong. Dan setakat ini Maahad Tahfiz ini telah melakar beberapa kejayaan sehingga boleh mewakili negara peringkat Antarabangsa seperti di Mesir, di Jordan, di Dubai dan sebagainya danbidang fokus pula untuk melahirkan professional dalam bidang Al-Quran maka ditubuhkan pula Maahad Tahfiz Sains di mana juga telah melakarkan pelbagai kejayaan di peringkat Negeri dan juga antarabangsa. Dan yang terbaru ni saya dapat maklum 3 orang pelajar bekas Maahad Tahfiz Sains di Kok Lanas telah menyuarai pertandingan Hafazan di peringkat Negeri 30 Juzuk di Negeri Terengganu bukan setakat Kelantan kita nih... Terengganu pasal kita buka untuk kemasukan pelajar di Negeri Kelantan 10% untuk pelajar luar selain daripada Negeri Kelantan.
Dan yang keduanya dapat menjuarai pertandingan hafazan Al-Quran Peringkat 20 juzuk jugak di negeri Terengganu dan yang ketiganya dapat menjuarai hafazan 30 juzuk peringkat Wilayah Persekutuan. Itulah antara kejayaan yang telah kita capai dan kesemua bidang fokus ini kita perkukuhkan dengan dasar Pendidikan Rabbani Kelantan semoga pelajar-pelajar ini dapat melahirkan sebagai pelajar yang mempunyai penampilan akhlak yang terpuji dan gabung jalin ini juga dapat kita
tengok kejayaannya juga pada tahun 2025 ini di mana dalam bidang sains teknologi engineering dan juga matematik STEAM yang kita juga laksanakan di sekolah-sekolah kita di negeri Kelantan di mana kita telah menghantar 6 buah sekolah di Karnival STEAM Peringkat Kebangsaan di UMK bulan lepas di mana ke enam enam buah sekolah kita ini berjaya dalam karnival tersebut di mana 2 buah sekolah ini mencapai Pingat Emas Maahad Muhammadi Gua Musang hujung sekali di DUN Galas.
Yang keduanya Maahad Sains Tok Guru juga memperolehi Pingat Emas dan 3 buah sekolah mendapat pingat Perak. Iaitu SMU(A) Al-Kautsar Tahfiz Al-Kautsar Peringat, yang keduanya SMU(A) Diniah Bonggor di mana sekolah ni di bawah DUN Meranti. Sekolah ni nya tiap-tiap tahun tenggelam. Jadi memulakan pengajian tu baru sokmo…. kerusi meja baru sokmo tetapi mampu lagi melakarkan kejayaan. Dan yang ketiga hok dapat pingat Peraknya, ialah SMU Sulamiah Bunut Payong sekolah biasa. Dan satunya yang mendapat pingat Gangsa ialah Maahad Tahfiz Sains Bustanul Ariffin di Berangan Tumpat.
Itulah saja hasil gabung jalin kita dalam akademik dan juga sains. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih.
Silakan Pantai Irama.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertamanya syukur Alhamdullah kepada Allah S.W.T atas penjelasan daripada pihak Kerajaan tadi menjelaskan bahawa kejayaan demi kejayaan terhasil daripada pusat pendidikan Yayasan Islam Kelantan. Soalan tambahan sayanya apakah langkah-langkah dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran bahawa masih banyak lagi sekolah-sekolah yang bermasalah di peringkat Maahad-Maahad di jajahan-jajahan termasuk Bachok sendiri dalam akhir-akhir pengurangan pelajar.
Dan yang kedua juga berkaitan dengan usaha untuk mengembalikan semula institusi pendidikan YIK terutamanya Maahad Muhammadi Bani dan juga Banat dalam merealisasikan ataupun gabungan kecemerlangan akademik dan pembinaan akhlak kepimpinan rabbanni.
Dan soalan keduanya berkaitan Maahad Tahfiz Sains Yaakubiah Nipah yang difahamkan ada penambahbaikan perubahan tempat yang memenuhi kehendak masyarakat ataupun ibubapa. Adakah usaha ini atau cadangan ini diteruskan ataupun tidak?
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih di atas soalan tambahan. Kita sedar bila kita buat ni pelbagai kejayaan yang kita perolehi maka banyak kaedah yang kita buat untuk negeri dan semasa saya pegawai dulu ni pun banyak kaedah dan penerangan dan banyak negerinya tubuh. Jadi tubuh ni banyak la orang nak mari tempat kita. Jadi banyak dah proses pembelajaran kita ditiru oleh negeri-negeri lain jadi sekarang ni kita sedang menganjurkan kempen dan sekarang ni kita buka pendaftaran pelajar-pelajar untuk sesi 2026. Dan juga kita mengadakan sidang meja bulat pakar-pakar pendidikan untuk kita mengembalikan kegemilangan Maahad Muhammadi Lelaki dan juga Maahad Muhammadi Perempuan. Jadi kita jemput pakar-pakar Bahasa Arab di peringkat Institusi pengajian tinggi dan telah merangka satu kaedah pengajaran yang dinamakan air barakah jadi kita mula terapkan ia ni ditempat Maahad Lelaki dan Maahad Perempuan bermula Januari 2025.
Jadi hasrat kitanya supaya kita boleh melangkah setempat lagi bila masuk sekolah ni boleh kecek arab. Itu harapan kita… jadi setakat ni nya nampak ada sedikit perubahanlah hasil daripada kerjasama daipada pakar-pakar tersebut. Dan juga berkaitan dengan Maahad Tahfiz Sains di Bachok tu kita sedang mengenalpasti satu tapak baru di Bachok kerana Maahad Tahfiz Sains Bachok ni tempat dia ni sempit. Crowded sangat tak dapat menampung dengan kepadatan pelajar-pelajar maka kita telah mengenal pasti satu tapak berdekatan dengan pondok moden kita. Insha Allah
kalau diberikan rezeki yang murah akan dipercepatkan lagi untuk kita bina tempat baru untuk Maahad Tahfiz Sains di Bachok. Terima kasih.
Dipersilakan Gaal.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya apakah penilaian yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan untk menilai kesan pendidikan Rabbani terhadap terhadap perjalanan pendidikan dan pengurangan gejala sosial termasuklah antibuli. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih atas soalan tambahan. Dasar pendidikan Rabbani Kelantan yang kita telah perkenalkan di sekolah-sekolah kita ada senarai semak yang mana pegawai-pegawai akan turut ke sekolah-sekolah dan dia akan semak berdasarkan senarai semak yang ada. Contoh memulakan pengajian dengan bacaan Al-Quran dan juga berbagai program di peringkat pengukuhan pengajian dan pembelajaran dalam bidang Tafsirnya, dalam bidang Tauhidnya dan sebagainya. Dia ada senarai semak sejauh manakah pihak sekolah dapat atau yang kita keluarkan untuk dilaksanakan di peringkat sekolah di kalangan pelajar dan juga di kalangan guru. Bukan setakat pelajar saja guru pun kena melaksanakan arahan yang telah dikeluarkan dan pelaksanaan dasar pendidikan Rabbani supaya penghayatan Membangun Bersama Islam ini dapat dihayati betul-betul oleh warga pendidik kita seterus dapat membentuk apa yang dihasratkan oleh kerajaan dengan mengadakan kiraab komuniti rabani hasil daripada pelajar-pelajar sekolah ni balik kampong dia boleh mempengaruhi masyarakat kampong maka akan jadilah kiraab. Komuniti Rabbani yang sentiasa patuh kepada ajaran Allah S.W.T dan akhirnya sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang tadi hasrat kitanya
ر ﻮ ﻔ ﻏ َ ﱞ ﺔ ﺒ ﻴ َ ﻃ ﺪ ﻠ ْ ﺑ ◌ ُ ٌۭ ٌۭ وَرَب َ ِّ َةٌۭ ـَ Surah Saba ayat 15
Insha Allah dapat direalisasikan. Terima kasih.
Terima kasih dan tahniah kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah terlibat pada sesi pada pagi ini. Saya berhasrat untuk menangguhkan sidang pada pagi ini. Dewan akan bersambung pada jam 11.05 minit pagi.
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 10.35 DAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA 11.05 PAGI.
(Urusan Dewan selepas rehat)
PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 11.05 PAGI.
Persidangan Dewan bersambung semula.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar Suatu suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu. Sekarang saya kemukakan Rang Undang-Undang tersebut bagi Perbahasan.
Sila, sila... sila… Pasir Tumboh sila …
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian membahaskan Belanjawan Negeri Kelantan pada tahun 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Panglima Perang Menteri Besar Kelantan pada 6 November 2025 pada hari Khamis yang lepas. Belanjawan ini mencerminkan satu defisit fiskal yang kukuh serta berpandangan jauh serta berpaksikan prinsip Membangun Bersama Islam. Dasar mengimbangkan pembangunan fizikal dengan kesan kepada rakyatnya. Sejak tahun 1990 Kerajaan Negeri telah berjaya membentangkan Belanjawan Negeri secara konsisten setiap tahun tanpa… menjadikan Kelantan Negeri yang paling stabil dan berdisplin dalam pengurusan kewangan awam. Walaupun berdepan dengan kekangan hasil dan tekanan ekonomi. Kerajaan Negeri tetap memastikan setiap perbelanjaan memberi manfaat kepada rakyat dan dilaksanakan dengan penuh manfaat serta integriti keberhasilan membuktikan
pengurusan berpaksikan Islam bukan sahaja berkesan tetapi memberi pendekatan serta keyakinan rakyat terhadap Kerajaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Seterusnya saya ingin menyentuh mengenai memperkasakan sektor pertanian dan keterjaminan makanan. Sektor pertanian, penternakan, perikanan terus menjadi nadi kepada ekonomi rakyat Kelantan. Dalam Belanjawan 2026 Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM6.5 juta bagi memperkukuhkan sektor ini melalui pelbagai program agro. Latihan agro serta pembangunan usahawan … berdaya saing. Langkah ini membuktikan komitmen Kerajaan untuk menjaminkan keterjaminan makanan Negeri disamping memperkukuhkan pendapatan rakyat luar bandar.
Negeri Kelantan keluasannya ialah 15,999 kilometer persegi. Keluasan kawasan pertanian adalah 413,415 hektar. Kawasan pertanian yakni sawah padi seadanya yakni 26,833 hektar. Menurut laporan Parlimen 2023 keluasan tanah terbiar adalah sebanyak 4,815 hektar daripada jumlah itu telah pun diusahakan yakni sebanyak 3,320 hektar yang telah diusahakan bermula daripada tahun 2006 dan baki yang ada sekarang ialah 4,494.74 hektar.
Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan yakni supaya kita kembalikan apa yang telah dilaksanakan oleh mantan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak. Jadi 1974 beliau telah memperkenalkan green book policy buku hijau. Kenapa dia memperkenalkan dasar ini? Antaranya ialah kerana negara ketika itu menghadapi masalah harga barang yang terlalu tinggi. Sayur dengan harga yang mahal, ikan dengan harga yang paling mahal, makanannya harganya paling mahal maka dia turut memperkenalkan dasar buku hijau ini.
Oleh sebab itulah, kalau kita tengok buku hijau ini dia tanam di sekeliling rumah-rumah di persekitaran sekolah-sekolah di tanah-tanah Kerajaan yang terbiar dan di tempat-tempat yang sesuai untuk mereka ini tanam hanya sekitar untuk makanan seharian sahaja. Saya mencadangkan
kepada Kerajaan Negeri supaya Yang Berhormat EXCO Pertanian mengemukakan program ini secara agresif. Gerakan yang paling besar gerakan dalam seluruh negeri Kelantan kita. Supaya kita dapat mengelakkan daripada harga makanan yang mahal dengan sayuran, dengan ikan serta boleh pero dengan apa pun kita boleh pelihara dengan secara sendirinya.
Makanan pengeluaran kalau kita tengok dasarnya ialah meningkatkan pengeluaran makanan dalam negeri supaya tidak bergantung kepada eksport. Menggunakan tanah terbiar dan termasuk kawasan lapang di kampung, bandar, sekolah dan tanah Kerajaan. Menggalakan rakyat menanam sendiri bahan makanan asas seperti sayur, buah, ayam, ikan dan ternakan kecil. Mewujudkan semangat berdikari dan jimat cermat dalam di kalangan masyarakat.
Yang kedua, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin mencadangkan supaya pembangunan tanah PTK ataupun tanah Kerajaan yang terbiar dibangunkan dengan projek-projek pertanian dan penternakan melalui agensi Pertanian Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Kelantan, Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad satu makanisma proses kelulusan penggunaan tanah yang lebih cepat untuk membangunkan projek keterjaminan makanan negeri dan juga ternakan negeri hendaklah diwujudkan dengan segera.
Seterusnya ingin saya sentuh semangat federalisme dan perlunya keadilan dan agihan peruntukan pembangunan Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri. Kerjasama 2 peringkat ini amat berpaksikan prinsip saling menghormati bidang kuasa serta menjamin keseimbangan dan pembahagian hasil dan juga tangungjawab. Keagihan dan peruntukan-peruntukan pembangunan kepada negeri-negeri mestilah dilaksanakan dengan sama tanpa mengira perbezaan politik Negeri Kelantan sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia berhak memperuntukkan daripada hasil kepada semua negeri-negeri secara adil juga saksama.
Yang Berhormat Dato’ Spaeker, Permulaan semasa Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang setelah angkat sumpah Menteri Besar yang pertama sekalinya adalah apabila wartawan tanya mengenai peruntukan maka Yang Amat Berhormat menyatakan peruntukan juga akan diberikan kepada Wakil Rakyat Kerajaan dan juga Wakil Rakyat Pembangkang. Tapi saya tak terima peruntukan Kerajaan Pusat untuk Wakil Rakyat ADUN di Kelantan. Orang lain saya tak tahulah. Tapi semasa Perikatan Nasional memerintah dulu kita terima yakni peruntukan direct daripada Kuala Lumpur kepada Kerajaan Negeri kepada ADUN-ADUN melalui JPP sebanyak RM300,000 setahun. Dan semua projek-projek ini projek-projek yang akan sampai ke ADUN-ADUN ini ialah di dalam maklumat ADUN masing-masing yang berada di tempat masing-masing. [MENCELAH] Speaker….
Ada yang bangun Yang Berhormat..
Saya tak bagi Yang Berhormat…
Tak bagi…
… bagaimana kalau kita tengok ….
Jelawat bangun Yang Berhormat….
Jelawat sempadan dengan saya, patut saya bagi…[TERSENYUM]
Er… terima kasih Pasir Tumboh yer… tadi Pasir Tumboh kata masa Perikatan Nasional ada bagi RM300,000 kepada ADUN dan sekarang dah tak bagi adakah Pasir Tumboh bersetuju dengan saya dan kita mendapatkan peruntukan supaya lebih adil mesti menag pulak di Malaysia ini. Setuju ataupun tidak?
Lebih daripada setuju…
Sila…sila sambung lagi…. Kenapa masih ada lagi Penghulu-Penghulu, ada Penghulu Kerajaan Pusat, ada Penghulu Kerajaan Negeri. Kalau kita di Kelantan ada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sore sahaja, kalau Setiausaha Kerajaan ada sore sahaja, ada Pegawai Kewangan sore sahaja. Jadi Penghulu ni ada D.O sorang saja. Penghulu-penghulu ni bawah D.O kita tidak perlu ramai pun. Penghulu ni yang sah yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri. Pasal dia berada di dalam Kerajaan Negeri tapi masih lagi ada Penghulu-Penghulu yang dilantik. Ada Penghulu, ada JPP, ada bahagian-bahagian lagilah. Jadi kita terjemahlah bagaimanakah faderalisma ini Yang Amat Berhormat sentiasa bersama PMX sentiasa bersama-sama dengan PMX bagaimanakah kita boleh nak hapuskan dan kita nak supaya semuanya ialah ….
[BANGUN MENCELAH]
Pasal duk sebelah ambo xbui dia cuit.
Bui jugak….?
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Pasir Tumboh. Saya tertarik apabila Yang Berhormat Pasir Tumboh menyebutkan bahawa hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat dari sudut faderalismanya dan kita lihat bagaimana Kerajaan Negeri terutamanya yang dipimpin oleh Yang Berhormat Dato’ Panglima Menteri Besar cuba mencari jalan mengeratkan hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat. Tetapi apabila berlaku sebagaimana Yang Berhormat Pasir Tumboh sebut tadi apa yang boleh dilihat oleh Yang Berhormat Pasir Tumboh siapa sebenarnya yang cuba untuk menjarakkan ataupun yang cuba untuk tidak mengharmonikan hubungan antara Negeri dengan Persekutuan. Sebab kita tengok Yang Amat Berhormat begitu bersungguh-sungguh dalam menjalinkan hubungan sedangkan apa yang terjadi ini seolah-olah tidak ada keharmonian dalam menghormati antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Apa pandangan Yang Berhormat Pasir Tumboh,..terima kasih..
ﻟﻌﻈﻴﻢ ا ﺎﺑﻟﻜﺘﺐ ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ل ﻗﺎ ِ ﺮ ِ۞ ﻨﻜ َ ﻤ ْ ﻟ ٓءِ ﺎ ﺸ ﺤ ﻔ ْ ﻟ ٱ ﻦ ِ ﻋ ﻰ ﻬ ﻨ ﻳ ﰉ ﺮ ﻘ ْ ﻟ ٱ ذِى ٓئِ ﺎ ﻳﺘ ﻦ ِ ﺴ ﺣ ﻹ ِْ ﺪ ﻌ ْ ﭑﻟ ﺑ ﺮ ﻣ ϩ ﻪﻠﻟﱠ ٱ إِن ﱠ َ ـْ ُ ْلِ ُ وَٱ َ ْ َ ٰ َ ـَ وَ َٰ ْ َ وَإِ َـٰ ْ وَٱ َ ُ ُ َْ َ ِ ﻛﱠﺮ ﺬ َ ﺗ ﻢ ﻠﱠﻜ ُ ﻌ َ ﻟ ﻢ ﻜ ُ ُ ﻈ ﻌ ﻳ ﻰ ِ ﻐ ﺒ ْ ﻟ َ ْ ُون۹۰ َوَٱ ْ َ ْ َ ـَ Surah Al-Nahl ayat 90
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, membuat kebaikan dan memberi bantuan kepada kerabat. Kita juga melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pelajaran kepada kamu agar kamu selalu ingat.
Saya rasa PMX tak tahu bakali. Kita minta Yang Amat Berhormat Menteri Besarlah sebagai Ketua Kerajaan ini yang berlaku hal dibawahnya. Dan yang ketiganya ialah pembangunan infra dan juga perbandaran. Bagi memastikan keseimbangan hak ni khusus oleh kerana Bandar Baru Tunjong berada di dalam DUN Pasir Tumboh DUN saya maka saya ingin menyentuh sedikit sebanyak mengenai Bandar Baru Tunjong bagi memastikan seimbangan pembangunan ini oleh kerana Bandar Baru Tunjong berada di dalam DUN Pasir Tumboh DUN saya maka saya ingin menyentuh sedikit sebanyak mengenai Bandar Baru Tunjong bagi memastikan keseimbangan pembangunan fizikal dan juga sosial. Saya ingin menyentuh tentang 2 projek besar Negeri iaitu rancangan khas Bandar Baru Tunjong 2035 dan rancangan khas RKK yakni bandar Diraja Al-Muhammadi Kubang Kerian di bawah DUN Demit.
Bagi RKK Bandar Baru Tunjong 2035 saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri memperkukuhkan keupayaan Bandar Baru Tunjong PBBT sebagai peneraju untuk pembangunan kawasan ini PBT wajar diperkasa dari aspek bidang kuasa. Strategik pelaksanaan serta makanisma pemantauan projek. Pada masa yang sama PBBT perlu disokong dengan sumber kewangan dan teknikal yang mampan agar pembangunan infra asas seperti jalan raya, saliran, bekalan utiliti dan kemudahan awam dapat disiapkan mengikut jadual.
Saya juga mencadangkan agar penglibatan komuniti setempat dan pelaburan swasta diperluaskan melalui pendekatan kolaboratif. Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan pembangunan lebih dinamik tetapi turut menjadikan ekosistem ekonomi baru yang ekslusif dan berdaya saing.
Bandar Baru Tunjong mesti direalisasikan bukan semata-mata sebagai pusat komersial moden tetapi sebagai bandar seimbang berteraskan
sosial ekonomi dan alam sekitar yang harmoni. Dalam hal ini satu laporan kemajuan tahunan PBBT wajar dibentang secara berkala kepada Kerajaan Negeri bagi memastikan ketelusan dan keberkesanaan pelaksanaan visi bandar hijau dan pintar negeri Kelantan. PBBT juga perlu diperkuatkan dengan tenaga professional berkemahiran tinggi dalam bidang perancangan bandar, kejuruteraan ekonomi dan pengurusan pelaburan agar mampu melaksanakan projek berskala besar dengan cekap dan berimpak tinggi.
Selain itu saya menyarankan supaya dasar pembangunan yang lebih telus dan mesra pelabur diwujudkan lagi bagi mempercepatkan kelulusan projek serta menarik pelabur swasta yang berdaya tahan dan patuh syariah.
Dan seterusnya ialah saya juga ingin sentuh sedikit iaitu RKK Bandar Diraja Al-Muhammadi Kubang Kerian. Saya ingin menegaskan bahawa projek ini membawa nilai simbolik yang amat besar kepada negeri. Sebagai lambang warisan Diraja keindahan seni bina Islam kemajuan pembangunan moden yang berteraskan kesejahteraan rakyat. Saya mengesyorkan agar pelaksanaan projek ini diberi keutamaan melalui pelarasan jabatan antara jabatan dengan agensi pelaksanaan. Dengan penekanan terhadap perancangan fizikal pengurusan tanah, penyediaan infra dan pembangunan sosial ekonomi. Saya juga menyarankan agar kenyataan-kenyataan separuh masak yang tidak menyeluruh dielakkan ia boleh menimbulkan sebagai satu yang tidak baik.
Dan sebelum saya mengakhiri Perbahasan ini izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta seluruh barisan pentadbiran atas pembentangan Belanjawan Negeri Kelantan 2026 yang penuh dengan kebijaksanaan, keseimbangan dan keutamaan kepada rakyat. Bajet ini bukan sahaja kewangan tetapi manifestasi kepada Islam yang adil berintegriti dan berorentasikan kesejahteraan kepada rakyat.
Saya percaya bajet kali ini akan menjadikan pemangkin kepada gagasan besar Kelantan sejahtera 2033. Yang menekankan pembangunan ekonomi berasaskan nilai Islam, kemajuan rakyat dan kelestarian negeri.
Sekian,
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا ﻳﻪ, ا ﳍﺪ وا ﺗﻮﻓﻖ ﻪﻠﻟ ﺎﺑ و
Sila, Chetok …
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Amar Diraja Dato’ Speaker, kerana memberikan laluan kepada saya untuk bersama mengambil bahagian untuk membahaskan perbahasan Bajet kali ini. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Hj Nasuruddin Bin Hj Daud Menteri Besar Kelantan di atas pembentangan Belanjawan Negeri Kelantan 2026 yang amat menyeluruh menyaksikan prinsip Kelantan sejahtera prihatin rakyat, ekonomi berkat, negeri rahmat.
Pembentangan Belanjawan kali ini jelas memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan ekonomi, memelihara kebajikan rakyat serta memastikan pembangunan negeri terus berada pada landasan syariat yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat Kelantan. Kelantan kini menempuh satu fasa pembangunan baru yang lebih progresif hasil daripada usahasama bersepadu Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan komitmen padu daripada Kerajaan Negeri Kelantan. Sehingga September 2025 ECERDC telah berjaya merealisasikan pelaburan berjumlah RM1.12 billion di Kelantan. Nilai pelaburan kini mencecah kepada RM 736 juta melibatkan sektor pertanian moden, perkhidmatan dan juga IKS. ECERDC menyasarkan RM9.5 billion pelaburan swasta pada tahun 2025 dengan jumlah 26, 950
peluang pekerjaan dan juga 19,760 keusahawanan. Kemajuan ini merupakan manifestasi ialah hasil perancangan strategik Kerajaan Negeri Kelantan dan juga ECERDC dalam melaksanakan agenda pembangunan yang berimpak tinggi. ECERDC memainkan peranan penting dalam menarik pelaburan baru menyediakan infrastruktur sokongan strategik. Melatih tenaga kerja tempatan dan mempastikan pembangunan yang seimbang dalam memastikan pojek-projek di Kelantan berjalan lancar disarankan agar Kerajaan Negeri menubuhkan satu unit khas pengambilan tanah di Pejabat Tanah dan Galian tujuan bagi menyelaras semua urusan berkaitan tentang projek pembangunan dan juga pelaburan.
Jawatankuasa ini diharapkan dapat mempercepatkan proses kelulusan mengurangkan birokrasi dalam masa pengambilan tanah mengurangkan birokrasi dalam masa pentadbiran tanah yang sama bagi memperkasakan dengan pengkalan data yang dikemaskini dan telus dari masa ke semasa. Harapan rakyat Kelantan agar projek-projek strategik termasuk Jambatan Palekbang Kota Bharu Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU), Lebuh Raya Utama Kuala Krai, Taman Industri Tok Bali, projek tebatan banjir serta Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bakal menjadi pemangkin kepada ekonomi Kelantan. Saya juga amat menyokong hasrat Kerajaan Negeri dalam Belanjawan 2026 di mana Kerajaan Pusat di seru agar menyegerakan pembinaan LPT3 kerana lebuhraya ini akan menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi Kelantan dengan meningkatkan kecekapan logistik mengurangkan kos penghantaran dan memperluaskan akses pelaburan serta pelancongan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Sektor tenaga baru kini muncul sebagai pemacu baharu pertumbuhan ekonomi Kelantan. Seiring dengan aspirasi Negeri ke arah pembangunan hijau dan mampan. Berdasarkan laporan ekonomi sosioekonomi Kelantan 2024 sektor tenaga baru berada di bawah kategori aktiviti ekonomi hijau dan tenaga boleh diperbaharui yang mencatat pertumbuhan positif sejajar dengan Persekutuan ke arah neutral karbon
menjelang tahun 2050. Walaupun sumbangan langsung kepada KDNK ini masih kecil anggaran sekitar 0.05-0.07% daripada keseluruhan KDNK negeri pada 2024 pertumbuhan konsisten dengan kadar 4.2% setahun menjadikannya salah satu subsektor yang meningkat paling pesat di bawah kategori tenaga dan juga utiliti. Potensi besar sektor ini terletak pada semua sumber semula jadi Negeri Kelantan. Di mana Kelantan mempunyai sinaran matahari tinggi, sungai berarus deras dan kawasan tanah tinggi yang sesuai untuk projek solar komuniti mini hidro dan juga tenaga biogas. Saya menyambut baik langkah Kerajaan Negeri melalui Belanjawan 2026 yang memperuntukkan sejumlah RM4 juta ringgit bagi pembangunan digital dan juga teknologi hijau termasuk inisiatif tenaga Pintar di bangunan Kerajaan dan juga institusi Islam. Ini menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk memanfaatkan potensi tenaga bersih dalam pembangunan tempatan.
Antara kawasan berpotensi tinggi ialah Kampung Rong Chenok di Pasir Mas yang bukan sahaja dikenali sebagai Agro Valley tetapi juga sesuai dijadikan zon pembangunan bersepadu tenaga baharu berasaskan sisa pertanian dan juga penternakan. Saya berharap lebih banyak projek dalam sektor ini dan anak syarikat Kerajaan Negeri GLC diberi peluang dan keterhadapan dalam usaha ini supaya potensi ini dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan secara menyeluruh.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Kita kini juga berada dalam arus perubahan global di mana industri halal bukan sekadar sektor keagamaan tetapi telah menjadi ekosistem ekonomi strategik yang bernilai billion-dollar yang memberi manfaat kepada umat Islam dan bukan Islam di seluruh dunia. Laporan Antarabangsa menunjukkan bahawa pasaran makanan halal global dianggarkan bernilai USD 2.17 trillion pada tahun 2024 dan dijangka mencecah USD 6 trillion 2033 dengan pertumbuhan tahunan sekitar 12%. Rantau Asia Pasific menguasai lebih 4% pasaran halal dunia dan Malaysia kekal sebagai peneraju utama Rantau ini. Pada tahun 2024 eksport halal Malaysia mencapai RM61.8 billion manakala industri halal
dijangka menyumbang 11% kepada KDNK negara menjelang 2030. Nilai pasaran tempatan dianggarkan sekitar USD 50.6 billion bersamaan dengan RM240 billion. Menunjukkan potensi besar yang perlu dimanfaatkan secara lebih sistematik.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Dalam konteks Negeri Kelantan potensi ini amat signifikan ekonomi negeri berkembang sebanyak 3.6% dengan nilai KDNK RM28.7 billion dan sektor pertanian serta perkhidmatan kekal sebagai penyumbang utama masing-masing 20.1% dan 70.1% daripada keseluruhan ekonomi negeri. Kedua-dua sektor ini merupakan teras kepada ekosistem halal negeri terutama dalam bidang pertanian makanan, ligistik, perancangan Islam dan keusahawanan kecil. Subsektor makanan mencatatkan pertumbuhan 5.5% pada tahun 2024 manakala perdagangan rentas makanan sempadan ke Thailand menyumbang RM6.6 billion nilai dagangan antarabangsa dengan Thailand menguasai sebanyak 3.36% daripada jumlah tersebut. Dengan kekuatan ini menjadikan Kelantan Negeri yang begitu strategik untuk menjadikan hub ekonomi halal Pantai Timur merupakan sumber pertanian kepakaran tempatan kedudukan geografi yang unik.
[MEMOTONG]... Ada 2 minit lagi.
Sehubungan dengan itu saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri menggerakkan dan memperkasakan Majlis Halal Negeri Kelantan sebagai badan penyelaras utama dasar dan pelaksanaan industri halal. Majlis ini perlu berfungsi sebagai one stop centre untuk penyelarasan dasar antara Kerajaan Negeri PBT, Agensi Pusat, Sektor Swasta serta melaksanakan memantau piawaian halal di seluruh negeri.
Kedua, membangunkan hub-halal neger - saya mencadangkan supaya hub-halal Kelantan dibangunkan di bandar-bandar sempadan seperti Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli dan Tumpat selain mempastikan hub-halal di Pasir Mas terus diperkasakan. Hub-halal ini berperanan untuk mengabungkan pusat pemprosesan penyelidikan logistik dan juga latihan kerja halal.
Ketiga, saya mencadangkan agar kempen-kempen Kelantan Halal Gate Way dilancarkan bagi mempromosikan produk halal di bawah jenama Negeri Kelantan. Kerajaan Negeri juga boleh memperkukuhkan platform market place negeri untuk pemasaran digital produk halal tempatan melalui E-Dagang. Yang Berhormat Dato’ Speaker, akhirnya saya menyeru agar seluruh Ahli-Ahli Yang Berhormat terus bersatu hati memperkukuh muafakat dan mendokong aspirasi Kelantan sejahtera 2033 dan dengan ini saya Chetok mohon menyokong Belanjawan yang telah dibentangkan ini Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Kelantan.
Sekian,
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Sila, Galas…
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertamanya saya nak menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku di atas penganugerahan Darjah Jiwa Mahkota Kelantan kepada Galas pada baru-baru ini. Dan saya juga nak mengucapkan setinggi –tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga kepada Yang
Berhormat Dato’ Setiausaha Negeri Kelantan atas sokongan pengurniaan ini. Dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana tempoh persidangan kita pada kali ini nampaknya panjang daripada biasa.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, ucapan tahniah saya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan pada tahun 2026 ini yang mensasarkan 1.43 billion belanjawan kita dengan defisit berkurang daripada tahun lepas. Kalau tahun lepas kita 90 juta lebih dan tahun ini kita mensasarkan defisit 86.2 juta.
Namun begitu Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin membawa Sidang Dewan kepada anggaran kutipan hasil yang diunjurkan dalam Belanjawan ini ialah sebanyak 1.20 billion. Mungkin Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar boleh nyatakan kepada kita setakat Oktober ataupun awal November ini berapakah berjaya dikutip untuk tahun 2025 kerana kalau kita tengok Kerajaan Negeri Pahang telah pun mengumumkan kejayaan mengutip anggaran hasil sebagaimana yang diunjurkan dalam Belanjawan yang lepas. Dan saya yakin kita juga berjaya mengutip hasil sebagaimana yang diunjurkan.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Pertamanya, saya nak menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku diatas penganugerahan Darjah Jiwa Mahkota Kelantan pada Galas baru-baru ini dan saya juga nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga kepada Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan diatas sokongan yang diberikan atas pengurniaan ini dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana tempoh perbahasan..tempoh apa ni..persidangan kita pada kali ini nampaknya panjang daripada biasa.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, ucapan tahniah saya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan belanjawan pada tahun
2026 ini yang mensasarkan RM1.43 Billion belanjawan kita dengan defisit berkurang daripada tahun lepas. Kalau tahun lepas kita RM90 Juta lebih dan tahun ini kita sasarkan defisit dengan RM86.2 Juta. Namun begitu, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin membawa sidang dewan kepada anggaran kutipan hasil yang diunjurkan dalam belanjawan ini ialah sebanyak RM1.02 Billion. Mungkin Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar boleh menyatakan kepada kita setakat Oktober ataupun awal November ini, berapakah berjaya dikutip untuk tahun 2025? Kerana kalau kita tengok Kerajaan Negeri Pahang telah pun mengumumkan kejayaan mengutip anggaran hasil sebagaimana yang diunjurkan dalam belanjawan mereka yang lepas dan saya yakin kita juga berjaya mengutip hasil sebagaimana yang kita unjurkan. Kalau tahun lepas Belanjawan 2025 kita sasarkan RM997.25 Juta hasil yang bakal kita kutip. Maka sehingga hari ini ataupun sehingga Oktober, berapakah kutipan hasil yang berjaya kita peroleh serta banyak mana wang ehsan yang telah kita terima daripada Kerajaan Pusat?
Sidang dewan sekalian, defisit, bagi saya defisit ini perkara biasa. Belanjawan di mana-mana peringkat negeri pun akan berlaku defisit cuma bagaimanakah tindakan Kerajaan Negeri kita nak urus defisit tersebut? Saya nak ambil perhatian sidang dewan berkenaan dengan perbelanjaan mengurus negeri. Sebagaimana yang saya lihat ia telah naik agak mendadak bagi tahun kita, tahun 2026, tahun semasa ini ialah sebanyak RM1.1 Billion berbanding dengan tahun 2018 kalau kita boleh mulakan sebanyak RM546.49 Juta. 2019 RM579.5 Juta. Kemudian 2020 RM701.55 Juta. 2022 RM922.81 Juta… ini kita fahamlah, maknanya selepas daripada COVID. Kemudian 2023 RM862.35 Juta. 2024 RM1.15 Juta. 2025 RM1.09 Billion. Sorry. 2024 RM1.15 Billion. 2025 RM1.09 Billion dan pada tahun ini belanjawan kita mencatatkan bahawasanya perbelanjaan mengurus kita ialah sebanyak RM1.1 Billion.
Agak ketara kenaikan ini berbanding dengan 5 tahun ke belakang eerr…ketara kenaikan mengurus ini apakah faktor sebenarnya ataupun ada… boleh saya katakan kenaikan ini antara penyebab-penyebab atau puncanya ialah banyaknya lantikan politik yang dibuat dalam negeri kita? Ataupun sumbangan-sumbangan kepada NGO politik yang menyebabkan
perbelanjaan mengurus ini meningkat naik dan Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mencari perincian sebenarnya berkaitan dengan perkara ini. Kalau dulu komponen ini berada di bawah objek 42000 ataupun 42000 dibawah code 42000 merangkumi bayaran kepada YIK, merangkumi SKIM seperti KIFALAH, AL-IT’AM, DHUAFA’, AZ-ZIWAAJ, ARMALAH dan juga perbelanjaan lantikan politik seperti penghulu, HALAQAT dan juga sumbangan-sumbangan NGO namun Tuan Speaker mulai dua, tiga tahun ini, saya lihat objek ataupun code 42,000 ini tidak lagi diterbitkan dalam buku bajet negeri. Mungkin ada didalam kepala-kepala lain yang tidak diketahui ataupun disembunyikan kepada saya ataupun saya tidak jumpa. Jadi saya harap ini, yang saya bangkit ini...Yang Berhormat Dato’ Speaker, bukan soal politik ini soal tadbir urus dan juga accountability.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak kembali kepada Gua Musang dan juga Galas. Dalam belanjawan pada tahun ini saya melihat untuk pembangunan bandar perabot tidak dinyatakan. Biasanya tiap-tiap tahun ada perbelanjaan ataupun bajet yang disediakan untuk bandar perabot tetapi dalam belanjawan pada kali ini saya nampak tidak ada sebarang peruntukan disediakan untuk bandar perabot. Soalan saya Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertanyaan saya adakah bandar perabot ini sudah tidak akan kita laksanakan ataupun apakah kedudukannya terkini kerana saya diberitahu dan mendapat maklum pihak Kerajaan boleh betulkan saya kalau sekiranya makluman ini tidak benar berkenaan dengan geran milikan yang diperolehi oleh pihak syarikat tanpa apa-apa pelaksanaan lagi di peringkat lapangan tetapi sebahagian kawasan tersebut telahpun mempunyai geran milikan.
Begitu juga dengan bajet untuk Bandar Dato’ Bentara Kanan, saya tengok dalam bajet ini juga tidak disediakan sebarang bajet untuk projek pembangunan Bandar Dato’ Bentara Kanan. Adakah projek ini juga tidak akan dilaksanakan dalam belanjawan ataupun dalam masa yang akan datang, ataupun apa statusnya sekarang ini kerana sewaktu upacara pecah tanah dilihat seolah-olah pembangunan Dato’ Bentara Kanan ini nak buat lolo-lolo(tergesa-gesa) doh. Tapi apabila kita tengok dua, tiga tahun ni, terutama nya pada tahun ini tidak ada bajet untuk
Pembangunan Dato’ Bentara Kanan ini menimbulkan tanda tanya. Begitu juga bajet untuk RKK Lojing tadi ape ni pihak Pasir Tumboh ada tanya berkenaan dengan RKK Lojing Al-Muhammadi, saya nak tanya tentang RKK Lojing, ada peruntukan khas tak untuk kita meneruskan RKK Lojing dalam belanjawan pada kali ini kerana saya tidak nampak belanjawan ini menunjukkan penerusan RKK Lojing ini melainkan ada disebut berkaitan dengan ladang anggur di Lojing ini terdapat satu ladang anggur yang diusahakan oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan melalui Damai Darulnaim Agromanagement Industri Sdn. Bhd. Dan anggur-anggur ini saya dimaklumkan 100% nya akan di eksport untuk tujuan eksport.
Soalan saya adalah, apakah nama variati anggur ini? Syarikat manakah yang mengeksport dan ke negara manakah anggur itu nak di eksport? Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak bangkitkan juga berkenaan dengan kebanggaan, Pembangunan Madinah di Negeri Kelantan? Ada 3 Madinah, pembangunan Madinah yang dibina di Negeri Kelantan iaitu Madinah As-Salam, Madinah Riadah dan juga Madinah Ramadhan. Kesemuanya ini kita harapkan ianya dapat berjaya disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan dengan bajet yang telah pun disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri.
Saya nakkan kepada… nak fokuskan kepada Madinah As-Salam. Madinah As-Salam ini dilancarkan dengan penuh semangat pada tahun 2022, kos asalnya ialah RM80 Juta. Namun laporan Ketua Audit Negara dan juga jawapan bertulis Kerajaan Negeri menunjukkan belanja sebenar kini telah mencecah RM82 Juta dan projek ini telah diberi lanjutan masa iaitu extension of time sebanyak 657 hari hampir 2 tahun dan saya nampak dalam Madinah As-Salam ini ada beberapa komponen tukar fungsinya. Ada dulu, kita ada dewan serbaguna dan rumah kedai. Dewan serbaguna dan rumah kedai ini mungkin dijangkakan boleh menjana pendapatan kepada Kerajaan dengan sewaan dan sebagainya. Namun ianya telah ditukar kepada landscape dan juga taman. Justeru, apakah justifikasi pertukaran ini? Daripada rumah kedai kepada landscape. Dan kita juga berharap Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita berharap Madinah As-Salam ini akan menjadi mercu tanda yang baru kepada Negeri Kelantan kita ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak pergi kepada berkaitan dengan emas. Saya amat setuju dan tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar sebentar tadi berkaitan dengan emas di Negeri Kelantan ini. Ya benar Kelantan antara negeri yang Allah Taala berikan emas kepada kita. Kita bersyukur kepada Allah S.W.T di atas nikmat ini dan saya juga tertarik dengan jawapan daripada ciapan Yang Berhormat EXCO PBT yang berkaitan dengan jongkong emas yang ada di Negeri Kelantan ini.
Royalti kita dapat 10%. Sebagaimana kata Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar. Antara yang tertinggi yang diperoleh 8% dan juga 2%. 2% dalam bentuk jongkong emas. Dalam bentuk jongkong emas ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak tanya adakah yang terlibat dengan jongkong emas ini tidak di akaunkan. Kalau tidak di akaunkan, kenapa ia tidak di akaunkan? Dan dimasukkan di dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan? Kerana apa? Kerana tiap-tiap tahun kita mendapati belanjawan kita ialah belanjawan defisit. Adakah apabila kita ada simpan jongkong emas dan saya dimaklumkan jongkong emas kita ni banyak ada ni, banyak ada… tapi banyak mana tu taktahu lah. Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar boleh bagitahu kita lah jumlah sebenar hok ada di tempat kita ni... jongkong emas tu. Bagus lah ada jongkong emas ni saya pun setuju kerana jongkong emas ni dia laku kuk-kuk mana pun, dia tidak seperti hasil bumi yang lain kena proses dulu baru jjadi harga. Emas ni ore buto jjupo pun buleh jual emas ni, tok kira. Dan kita harap, kalau ada jongkong emas ini tidak di akaunkan. Kenapa ia tidak di akaunkan? Kalau tidak di akaunkan maka ia tidak terikat kepada tatacara kewangan untuk dibelanjakan atau dengan kata lain tiada kawalan kewangan terhadap jongkong emas ini…ia kita boleh guna ia bagaimana nak dibelanjakan kerana kita tidak ada penyata, tidak ada dalam penyata sedangkan itu merupakan hasil negeri dan hak rakyat dan saya kira perkara ini boleh diperjelaskan oleh pihak Kerajaan kepada kita.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya tertarik dengan apa yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkaitan dengan… dalam sidang yang lepas menyebut soal beras Darulnaim. Sebagaimana kita tahu, kita juga berbangga kita punyai kilang beras kita
sendiri. Diumumkan bahawasanya... Yang Amat Berhormat umumkan 35% kita akan miliki saham kilang beras Darulnaim ini. Tetapi carian saya mendapati di dalam SSM sebenar yang telah kita ada di dalam pegangan yang kita ada KPKB, Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad hanya memiliki 15% berbanding dengan kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar baru-baru ini sebanyak 35%.
Mungkin boleh diberitahu kepada dewan yang mulia ini, kemana baki 20% sebagaimana yang boleh kita katakan yang dijanjikan ataupun yang dikatakan sebelum pada ini dan adakah peruntukan awam telah disalurkan tanpa pegangan sebenar dan ini menimbulkan tanda tanya kilang ini menerima kontrak membekal beras AL-IT’AM kepada tuan-tuan puan-puan sekalian untuk diedarkan, Ahli-Ahli Yang Berhormat diedarkan ke DUN masing-masing kecuali tiga DUN ni lah, memang kita takleh nak edar lah beras ni bernilai RM6.6 Juta setahun daripada Kerajaan Negeri dan rakyat berhak tahu. Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat sekalian, adakah ini pelaburan strategik ataupun sekadar kerjasama membeli beras daripada kilang yang dimiliki sepenuhnya, ramai dimiliki majoritinya oleh keluarga PECK ni.
Saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat Pasir Tumboh sebentar tadi yang menyatakan kepada kita bahawasanya keadilan perlu diberikan kepada semua wakil rakyat, saya setuju sangat tuh. Haa dok? Sama ada di pihak Pembangkang atau di pihak Kerajaan kerana waktu pengumuman dulu yang Yang Berhormat Pasir Tumboh tok oyak perabih sakni tuh. Yang Berhormat Menteri Besar kata akan memberikan peruntukan secara adil dan sepenuhnya kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat tetapi kita di sini tidak menerima sepenuh dan seadilnya. Maka kalu nok bbetul adil, nok wi penuh, wi penuh dulu kepada Pembangkang. Begitu juga lantikan politik, Yang Berhormat Pasir Tumboh tadi timbulkan berkenaan dengan lantikan Tok Ngulu di kawasan. Kenapa kena ada dua?
Saya juga nak tanya ya pihak Kerajaan Negeri, kenapa perlu diwujudkan Penyelia DUN? Sedangkan Ahli Dewan Undangan Negeri telah pun ada. Segala peruntukan yang diberikan kepada Penyelia DUN adalah peruntukan yang sepatutnya dapat kepada Ahli Yang Berhormat dan
disini saya kira… saya kira… [kedengaran YB mencelah] sepatutnya lah… .sepatutnya..saya tok buwi Yang Berhormat..kalu Yang Berhormat nak tamboh masa saya, saya bagi.
[mencelah sambil tertawa] Sikit jah… tak payah tambah tak apo.
Galas tak bagi…
Haa terima kasih.
Pembetulan fakta Yang Berhormat. Pembetulan fakta sikit takut… sebab… Terima kasih Yang Berhormat. Yang saya maksudkan... terima kasih atas pencelahan yang diberikan. Saya nya apabila disebut Kerajaan Negeri juga tidak berlaku adil apabila tidak memberi peruntukan yang sepatutnya dimana ADUN Kerajaan Negeri tapi bagi saya, pemberian Kerajaan Negeri ini satu fakta yang mana Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk mengadilkan keadaan. Jadi wakil rakyat daripada Pembangkang juga Kerajaan memberi peruntukan. Sedangkan kami di peringkat Kerajaan Negeri… wakil-wakil rakyat Kerajaan Negeri langsung tidak dapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan walaupun mungkin kalau tidak sebahagian pun, mungkin suku daripada peruntukan yang sebelum ini diberi tapi sekarang ni tidak diberi. Jadi keadilan itu jauh bezanya antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Jadi pembetulan fakta itu perlu diperjelaskan lah.
Dok eh. Bakpo nok bbetul nya… Mugo Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat buleh hampir RM1 Juta. Wakil rakyat Pembangkang buleh RM250,000. Adil kuk mano YB Tendong? Berkaitan dengan peruntukan dengan Persekutuan, hoktu kena Yang Amat Berhormat Menteri Besar kecek dengan PMX. Yang Amat Berhormat Menteri Besar ni dia ada hubungan baik dengan PMX dan saya amat terharu dengan hubungan baik ini. Sehingga kan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ni mintak sahaja apa pun, saya Nampak Yang Berhormat PMX ni tok tolok lagi setakat daripada ni. Hok kita kecek ni sekarang ni adalah peruntukan daripada Kerajaan Negeri. Bukan peruntukan daripada Pusat. Hok Pusat ni kita serah kepada MB minta sebagaimana Pasir Tumboh royak kepada Menteri Besar sakni lah. [kedengaran suara YB mencelah]
Saya tak bagi.
Saya nak perbetulkan yang saya bagitahu tadi.
Galas tak bagi..minta duduk.
Dok kalau nok wi adil, Pusat wi blako, Negeri wi blako.
Galas tak bagi laluan…
Dok kalu nok wi adil, Kerajaan Negeri keno wi jugok lah kepada Pembangkang. [Suasana dalam dewan sedikit tegang..]
Pusat wi dulu blako..lepah tu kita ejah wi blako
Wi kito dulu. Kito tunjuk kito dulu! Ni hok oghe kito nok. Hok kito tokse bbagi. Ni keadilan pihak kito ni. Kito dale kuasa kito dulu. Kalu kito beraso kito nok berlaku adil. Bagi hok tangan kito dulu. Macam mana kito hok duk tangan oghe kito nok? Hok dale tangan kito tokse buwi? Tok betul!
Kito buwi doh sebahagian… Pusat tok wi langsung… [Suasana dalam dewan masih tegang.]
Ahli-Ahli Yang Berhormat… Galas tidak memberi laluan ok. Jadi minta… minta duduk.
Galas… boleh bagi laluan sikit…? Galas… Galas… boleh bagi sikit. Ermm... terima kasih pada Yang Berhormat Speaker. Galas betul tak kalau dikatakan bahawa dalam kebiasaannya kita ni dituntut untuk menunaikan tanggungjawab sebelum meminta hak kita? Jadi hok kito sebut ni tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memberikan seadilnya kepada semua ADUN termasuk Pembangkang. Betul atau tidak?
Saya setuju lah. Kito buat gapo dalam kuasa kito dulu. Hok kito buleh buat kito laksanakan dulu. Ni kito napok hok oghe dulu! Hok kito tokse bbagi. Yang Berhormat Dato’ Speaker... [YB mencelah]
Yang Berhormat, adakah Kerajaan Negeri tidak memberi peruntukan kepada Yang Berhormat?
Saya kata bagi! Tapi tidak sama!
Terima kasih Yang Berhormat. Ini fakta menyatakan bahawa Kerajaan tidak menganak-tirikan…
Baik saya akan tambah masa. YB Galas bagi laluan. Minta bagi laluan kepada..
Saya tok bagi. Yang Berhormat saya tok bagi tapi bangun jugok.
Saya tambah masa.
Terima kasih.
Silakan Pasir Tumboh punya.
Ada peraturan-peraturan dewan, saya sebut tadi ialah peruntukan, peruntukan Kerajaan. Peruntukan Kerajaan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat hanya dapat RM250,000 dan termasuk Galas, Kota Lama dan juga Nenggiri. Tapi Kerajaan Pusat kita tak dapat apa pun. Itu maksud saya, yang dia soal sekarang ni…
[YB mencelah] Betul la Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pehe doh tu. Saya pehe doh. Terima kasih Pasir Tumboh.
Peruntukan JKR dia tanya. Itu tugas JKR buat jalan…
Bilo pulok saya tanya peruntukan JKR nya? Saya tanyo peruntukan-peruntukan lain seperti peruntukan DHUAFA’, SKIM-SKIM di bawah Kerajaan melalui wakil rakyat.
Galas telah memesongkan fakta sebenar…
Tidok lalu melalui wakil rakyat yang sah! Tadi mitok supaya keadilan! Tok Ngulu bakpo lantik Tok Ngulu Pusat, ado doh Tok Ngulu Negeri? Ni wakil rakyat ado doh ni! Lantik wak gapo penyelia DUN?! Dan peruntukan-peruntukan wakil rakyat gi kepada Penyelia DUN Yang Berhormat! Ini kah keadilan Kerajaan kita?
[YB ingin mencelah] Mintak laluan… Melor...
Aaaa..saya tak bagi Yang Berhormat. Terima kasih. Saya tak bagi.
Ok… teruskan Galas.
Haha… KB Central Yang Berhormat. Sekali lagi saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Kerajaan Negeri Kelantan Menteri Besar kerana memasukkan KB Central ini di dalam belanjawan pada kali ini, cuma Yang Berhormat cerita KB Central ni panjang cerita dia, semua kita tahu dan di peringkat rakyat Negeri Kelantan pun tertunggu-tunggu bila sebenarnya nak buat nih? Tapi ada sinar baru apabila kita nyatakan In Shaa Allah tahun depe kito buat. In Shaa Allah ni banyok tahun doh! Takpolah kita bersedia dan juga menanti-nantikan cuma Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak tanya pada kali ini ni...
Dua minit Galas…
Terima kasih. Saya nak tanya pada kali ini baru ni Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar ada sebut tanah telah pun dilaksanakan dan saya tengok dalam bajet pun tidak ada perbelanjaan dikeluarkan pada tahun lepas berkaitan dengan KB Central ini. Benarkah kerja-kerja tanah ini telah dilaksanakan ataupun pemilihan kepada syarikat untuk melaksanakan kerja-kerja tanah ini telah pun dilaksanakan. Mungkin itu yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar, saya tak tahu dan saya berharap Yang Amat Berhormat Menteri Besar, KB Central ini dapat kita laksanakan dengan sebaik mungkin. In Shaa Allah kita menantikan KB Central ini.
Cuma ada satu persoalan saya, dengan WIDAD Group dulu, ada RM2 Juta kita terima cek sewaktu perjanjian, tandatangan perjanjian, saya nak tanya… cek ni untuk apa?..Yang Berhormat Speaker, apakah duit ini telah digunakan oleh Kerajaan? Ataupun telah kita pulangkan kepada Syarikat WIDAD Group ini tanpa kita gunakan kerana kita tidak meneruskan pemilihan syarikat ini sebagai syarikat yang melaksanakan Projek KB Central ini. Marilah kita menyokong penuh apa yang nak dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri daripada bagi kepada syarikat, pilih syarikat. Buat request for proposal juga tidak berjaya, cuba nak buat direct nego juga nampak tidak berjaya, akhirnya Kerajaan nak buat sendiri tu bagus dan saya mengharapkan pada kali ini kita berjaya laksanakannya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak pergi yang terakhir ialah berkaitan dengan pengkalan haram yang telah dirobohkan oleh pihak polis dan juga Kerajaan Negeri kita. Saya ucap tahniah lah kepada pihak polis Negeri Kelantan yang telah memberi… boleh kita anggap sebagai setahun lepas notis kepada pengkalan-pengkalan haram ini. Kita bersetuju sepenuhnya pengkalan-pengkalan ini telah pun dirobohkan dan kita tahu pengkalan-pengkalan ini juga menjadi pintu masuk kepada pengedaran dadah di negeri kita. Dan selain daripada itu kita pun tahu, bukan semua dadah yang masuk, ataupun bukan dadah sahaja yang masuk melalui pengkalan haram ini. Tetapi lebih dari 11,000 penagih dadah aktif direkodkan di Kelantan hingga Mac 2025 menjadikan negeri
ini tiga tertinggi di Malaysia dan saya bersetuju apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kedudukan kita berhampiran dengan sempadan ini juga menyebabkan kita mencatatkan rekod yang tinggi kadar penagih dadah di tempat kita.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga tertarik dengan isu mata pencarian rakyat yang diwarkan baru-baru ini. Ini bukan isu mata pencarian rakyat. Kita roboh pengkalan-pengkalan haram ini, bukan kita nak menjejaskan mana-mana mata pencarian. Ini darurat sosial, kalau sempadan terus longgar, kita sedang menggadai masa depan Kelantan kita sendiri. Dan dalam hal ini saya berharap Yang Berhormat Dato’ Speaker…
Masa dah habis ya.
[YB menyambung...] Dato’ Speaker… akhirnya saya berharap, dalam belanjawan kita pada kali ini juga kita fokuskan dan berikan sedikit peruntukan kepada pengusaha-pengusaha yang berada di sepanjang jajaran yang terlibat dengan sempadan Kelantan dan juga Thailand ini. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Galas mohon menyokong.
Saya persilakan Yang Berhormat Melor.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberikan izin untuk saya bersama-sama menyertai perbahasan, bagi perbahasan bajet pada kali ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertama sekali izinkan lah saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan di atas pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Dato’
Panglima Perang Menteri Besar, Bajet Kelantan 2026 dengan tema “Kelantan Sejahtera, Prihatin Rakyat, Ekonomi Berkat dan Negeri Rahmat”.
Dato’ Yang Dipertua sebentar tadi sebelum kita dengar Galas dan turut disokong oleh... apa nama… Kota Lama. Berkaitan dengan keadilan dalam pembahagian peruntukan dan ekonomi negeri. Dia sebut kita wakil rakyat Kerajaan ni dapat RM1 Juta... dok? Peruntukan… ambo tok pernah dengar lagi dapat RM1 Juta. Yang kita tahu peruntukan yang sama setiap Ahli-Ahli Dewan RM250,000 sebagaimana yang disebut oleh Pasir Tumboh dan turut diperolehi oleh Galas, Kota Lama dan juga Nenggiri. Peruntukan Pembangunan yang disebut oleh Galas tadi berada di bawah Pejabat Tanah yang dikelolakan oleh Pejabat-Pejabat Tanah dan juga Ketua Jajahan. Bukan wakil rakyat yang meluluskan kelulusan ataupun projek-projek itu. Jangan mengelirukan sehingga rakyat kata oh YB ni ada peruntukan RM1 Juta ke… tidak. Kita mohon pun kadang-kadang kita tak dapat, so tak kira lah ada penyelia ke, takdok penyelia ke. Tapi pokok nya kuasa melulus itu berada pada Ketua Jajahan Pejabat Tanah, jadi kita semua sama je...
Melor ko, Galas ko, Kota Lama ko, peruntukan yang disebut tadi adalah berada di bawah Pejabat Tanah, agensi sah Kerajaan Negeri. Itu pertama.
Kedua, kalau nak bercakap tentang keadilan peruntukan, kita tahu negeri kita ni bergantung harap kepada hasil. Sebahagian besarnya daripada Persekutuan kerana itu peruntukan perlembagaan, 109 geran perkapitan negeri…pembayaran atas kepala. Semua mesti diturunkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Negeri. Dari mana Kerajaan Persekutuan ambil hasil ni? Daripada Negeri, dia kutip cukai di Negeri melalui agensi LHDN, melalui Kastam, melalui Mahkamah-Mahkamah dan Agensi Persekutuan ambil sedut hasil ini. Dia kena pulangkan semula kepada Negeri dan kita minta supaya pulang ni pulang awal lah supaya kita boleh merancang dengan lebih baik. Ni hujung tahun baru nak bagi. Itu peruntukan yang dijamin oleh perlembagaan secara jelas.
Kedua, petroleum... kita ditipu sejak tahun 1974. Semeta nama wang ehsan, semeta itu, semeta ini. Bakpo tokleh buwi secara tetap kepada Kelantan? Lepastu mari pulak Akta Laut Wilayah 2012 memendekkan jarak batu Nautika kepada 3 batu Nautika. Memindahkan pendaratan daripada bumi ini ke Songkhla… [kelihatan YB Galas bangun] duduk dulu… duduk dulu. Ambo nok bangun tadi demo tok buwi. Duduk dulu. Nok oyak cerito bab adil dalam peruntukan dan pembahagian. Duduk dulu, dengar dulu.
Melor tok bagi laluan Galas ...
Melor royak… dengar 20 minit khutbah Galas. Acu dengar hok Melor nok royak. Melor nok royak. Tadi Galas toksoh kecek bab keadilan tentang ekonomi, federalisma, petroleum dirompak dari Negeri ini dipulangkan atas nama wang ehsan. Kade-kade buwi, kade-kade dok. Ada maso kita memerintah dulu sapa RM300-400 Juta. Loni nok dapat RM250 Juta pun tok buleh dapat. Duduk dulu.
Dok, Galas suruh bawok ke Mahkamah. Melor tok bagi.
Duduk dulu. Takpo laa… bakpo ya payoh sangat
Dok eh, duk kecek hok tulo.
Dato’ Speaker… tengok dia duk kacau saya.
Galas… sila duduk. Melor tidak bagi laluan.
Lawyer sajo…
Duduk dulu. Duduk. Nok cerito bab keadilan. Gi Mahkamah wak gapo nya demo oghe politik! Kecek bab adil tapi tokse buwi, bila ada kuasa Persekutuan, buwi lah! Baru kito buleh buwi sama rata kepada semua wakil rakyat dale negeri ini, kalau sedara tidak merompak petroleum dari Negeri Klate. Mari Trump, berjoget. Kito ingat gapo dia… rupa-rupanya nok gadaikan REE Negeri ni…sign doh dulu ni. Apa benda macam ni? Kita nak bercakap tentang adil tadi… Galas sebut adil apo ada penyelia. Ambo nak kata JPP ni mari mana? JPP… Apa punca kuasa undang-undang dalam Negeri ini yang menubuhkan JPP? Projek Pembangunan negara disalurkan melalui MTC yang tidak sah. Dan Galas juga lah yang gi duk baris. Setiap projek kena endorsement daripada Galas, Nenggiri dan Kota Lama. Kita semua ni, semua tidak dipandang. berbillion-billion disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan yang tidak pernah dipilih dengan mandat rakyat yang sah dalam Negeri Kelantan. Nok kecek tentang pengadilan, awok kena pehe molek dulu!
Bukankah Menteri Besar…
Duduk dulu. Jange kecek gitu. Galas oghe lamo.
Aaaa… tok adil gitu Yang Berhormat… duk tey tey tey. Sayo rujuk kepada 46/13.
Duduk dulu. Peraturan gapo?
Peraturan 46/13.
Haa sila… peraturan takpo, saya bagi.
Menimbul-nimbulkan soalan-soalan peribadi. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak tanya, bila masa saya buat keputusan JPP?
Saya… tidok peribadi..kito cerito operate JPP. Dio akan rujuk pada wakil rakyat Persekutuan.
Pahtu bakpo tuju ko saya soghe nya? JPP buke start daripada Galas jadi Ketua Pembangkang.
Iyaa kito tahu lamo doh..hok lamo tu lamo la..
Harini pun Yang Amat Berhormat jadi pengerusi bersama, Majlis Tindakan Pembangunan Negeri.
Duduk duduk... duduk dulu..
Galas… Mintak duduk.
Duduk… duduk… Nok cerita bab keadilan… JPP ni punca kuasa mari mano? Dia dipilih oleh rakyat ko? Dia dijamin oleh Lembaga Persekutuan ko? Dia ada dalam Undang-Undang tubuh Negeri ko? Takdok! Ini semua ditubuhkan hasil kebencian pemimpin politik Persekutuan kepada Negeri Kelate! Itu jah nya. Pahtu nok kecek bab keadilan?
Pemimpin tu duk mano loni?
Eh duduk duduk duduk...
[Ulang soalan] Pemimpin tu duk mano loni?
Dan disambung oleh pemimpin seperti Parti kamu Galas, Kota Lama dan juga Nenggiri. Disambung! Hok buat dulu… dia tobak doh. Dio tubik doh parti tu.
[YB mencelah] Tuduhan tu… dok eh tuduhan tu..JPP ni ada setiap negeri..setiap negeri..bukan sahaja Negeri Pembangkang.
Nenggiri minta duduk. Sekarang floor untuk Melor ya. Minta duduk.
Tunggu, ambo nok ceramoh bab keadilan. Setiap negeri tidak semestinya sah. Kalau benda tu tetap tidak sah dan meragut mandat rakyat. Hok kito nok cerito tadi ialah bab keadilan ekonomi yang Galas sedap sangat duduk timbuk kita. Ni bila kita timbuk, kena dengar lah. Kalu nok berkecek bab adil, petroleum, JPP ni semua kena bbetul. Kalu ini punca asalnya salah… kita, generasi kita kena bbetul! Bukan sambung. Jadi kalu nok royak hok takdok projek ni daripada Galas, daripada Kota Lama, daripada Nenggiri, ambo tok cayo sikit habuk. Dok? Pitih… fund JPP tu, demo lebih tahu dan kita tok tahu sikit habuk. Kaba-kaba jadi. Kaba-kaba jadi.
Tuan Dipertua, izinkan lah saya menyambung perbahasan ini Dato’ Speaker. Berkaitan dengan bajet yang telah dibentang oleh Kerajaan Negeri Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Menteri Besar sebentar tadi dan saya nak sentuh satu perkara sahaja. Saya ucap terima kasih atas soalan Pasir Tumboh smale berkaitan dengan Pemerkasaan Dewan Negeri dan telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar bahawa Kerajaan Negeri bersedia untuk memperkasakan dewan
ini dengan cara mengasingkan struktur pentadbiran Dewan Negeri daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan.
Dato’ Speaker, Yang Berhormat Dato’ Speaker… saya nak mencadangkan beberapa perkara yang perlu barangkali diambil tindakan segera dan kebetulannya pada Mei lepas, Jawatankuasa Terpilih Negeri Kelantan yang saya turut bersama-samanya dan Jawatankuasa Kecil Pemerkasaan Dewan telah berkunjung ke Dewan Undangan Negeri Sabah, kita nak belajar kita tengok bagaimana mereka mengendali keseluruhan sistem Dewan Negeri di Negeri Sabah. Dan pada Jun 2025, kami telah berkunjung ke Dewan Undangan Negeri Selangor, kita belajar, kita tengok dan kita diberi penerangan. Memang lah disana semua peruntukan di tentang dewan termasuk elaun saraan, termasuk pencen, termasuk semua sekali di Sabah, dikhususkan, diturunkan sepenuhnya kepada dewan. Bajet dia seingat saya RM96 Juta setahun tapi kita tahu kita negeri yang tidak mempunyai kemampuan itu. Begitu juga di Selangor. Bajet Pembangunan Dewan di Negeri Selangor yang ada dikhususkan terus kepada Dewan Negeri ini.
Tapi apa yang saya tertarik. Yang saya fikir negeri kita walaupun kita masih belum mampu ke peringkat itu, tetapi sekurang-kurangnya kita mesti bersedia untuk memperuntukkan satu peruntukan khusus kepada Dewan Negeri yang kita tahu di bawah bajet ini. Bila kita tanya, pegawai akan sebut kita, dibawah “item B03” tapi kita tak mahu lagi B03 tu, kita nak diperuntukkan terus kepada Dewan Negeri dan Kerajaan mesti bersedia untuk mencadangkan ataupun mengadakan pengawal kewangan sendiri kepada Dewan Negeri supaya Dewan Negeri dapat menjalankan Program Pembangunan Dewan antaranya Program Pembangunan Ahli-Ahli Dewan Negeri sama ada Pembangkang ataupun Kerajaan menyediakan kursus-kursus dan bengkel-bengkel serta Pembangunan Research yang saya yakin akan memberikan kebaikan kepada kita semua dalam bersama membangunkan Negeri ini.
Melor. Cadangan.
Sila.
Melor duk gi doh di Selangor, gi Sabah dan baru-baru ni PAC Kedah maghi ke Negeri Kelate. Di dalam Dewan Negeri mereka ini, dia sediakan sejumlah peruntukan kepada Ketua Pembangkang. Cadangan saya ataupun pertanyaan saya adakah Melor juga ada menyediakan cadangan untuk Ketua Pembangkang? Terima kasih.
[YB tertawa kecil…] Tokdey habis… baru nok sebut. Terima kasih Galas. Ambo kalau ada peruntukan khusus, kalau Kerajaan kita bersetuju mungkin tokleh tahun ni, tahun depe. Meme kito nok mitok supaya sekurang-kurangnya BBC ado satu pejabat dengan staf dia. Dan kita kena bagi pada Pembangkang ni. Satu pejabat Ketua Pembangkang kito buwi lebih elaun sikit dengan pembantunya sebab mereka juga dipilih oleh rakyat. Biarlah Kerajaan dia di Putrajaya tu zalim kepada kita takpo. Kita jangan ulangi kezaliman dan pendistribusian itu. Terima kasih Galas. Itu ambo nok cadangkan.
Kedua…perkara yang kedua saya nak cadangkan ialah sampai masanya perkara yang paling mendesak ialah…
Err… Melor… dua minit…
Tiga… tiga..Dato’ dia kacau lama tadi, lima takpo.
Tu baru satu minit.
Ho..tadi Dato’ buwi dua ko dia… dia kacau lama Melor. [sambal tertawa] Dato’ Speaker, digitalisasi dewan, digitalization of dewan ni, nombor satu benda yang ambo raso perlu beruboh hokni, hansard. Kalau kita tengok parlimen perbahasan harini tokdey pukul 9 pagi esok tu siap doh hansard di upload ke website Parlimen. Soalan-soalan dewan sehari sebelum selepas sidang, malam tu dah di upload ke situ. Jawapan-jawapan bertulis Kerajaan di upload ke situ. Jadi kita duk dumoh kita tahu doh apa nok berlaku esok hari. Tapi minta maaf sebut lah kita di dewan ini… penyata rasmi hansard ni kita dapat 4 bulan, ni sidang bulan Julai. Loni bulan 11, 4 bulan baru kita dapat. Dan bentuknya hardcopy…hardcopy ni mula-mula letok dale kereto, pah tinggal dale pejabat lepah tu toktahu mano lah, tohok sebahagian. Dan kita tidak ada akses untuk rujukan masa akan datang, sedangkan hansard ini lah yang merakamkan perbahasan besar tentang dasar yang nak dirujuk oleh anak cucu kita 10, 20 tahun, 100 tahun yang akan datang. Kita tengok 70 tahun hansard di Parlimen. Kita boleh rujuk lagi. Di atas fingertip je. Jadi saya minta lah supaya Kerajaan Negeri memandang serius tentang digitalisasi dewan. Ini kita duk pakai…ni kita nak panggil apa ni… mic nih… mic nih… [sambil memegang mikrofon].
Saya pergi kepada beberapa dewan negeri yang lain, oghe tok pakai doh ni teknologi ni yang dipakai di Sabah, di Sarawak, di Selangor, di Kedah, di Terengganu ialah integrated AV conferencing. Dia combine sekali audio, video, err… tab… dekat dengan internet, ada skrin besar. Jadi ini memudahkan. Bukan sahaja untuk dewan merakamkan perbahasan tetapi juga memudahkan untuk Ahli-Ahli Dewan memerlukan, masa singkat nak buat research, dia buleh terus masuk… dan sistem ini adalah... apa ni… sangat-sangat diperlukan oleh. Dewan Negeri kita sebagaimana Dewan-Dewan Negeri lain telah upgrade dan saya dimaklumkan bahawa kos takdok lah mahal… RM5-6 Juta jah, dok? Saya rasa mungkin dewan ini
perlu bergerak ke arah itu. Dan paling penting Dato’ Speaker, yang saya rasa perlukan perhatian segera ialah Arkib Dewan.
Kita pergi ke dewan-dewan lain, dia ada macam satu muzium. Semua yang sejarah-sejarah lama tu kita buleh tengok comey ni. Kita mari ke dewan kita, pejabat pun takdok di dewan kita. Ada di tempat lain. Dan muzium kita seolah-olah terjaga. Jadi ambo minta sangat-sangat supaya…saya faham bahawa kita banyak kekangan kewangan tetapi sebagaimana jawapan Dato’ Menteri Besar, kalau kita nak bergerak ke arah pemerkasaan, kita mesti memulakan dengan langkah yang pertama. Dan langkah yang pertama yang saya nak cadangkan, sediakan satu peruntukan khusus, direct kepada dewan. RM3 Juta ke setahun, RM5 Juta ke setahun… dengan pengawal kewangan nya tersendiri yang bebas daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Saya percaya kalau langkah ini kita mulakan, Dewan Yang Mulia ini akan menjadi satu badan yang memenuhi ciri Kerajaan Demokrasi, Legislative, Executive dan Judiciary Dato’ Speaker, dengan perbahasan itu saya mohon menyokong Belanjawan Kelantan 2026. Terima kasih.
Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Salor.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terlebih dahulu, patik serta rakyat Salor seluruhnya. Menjunjung kasih, setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Al-Sultan Kelantan atas Ulangtahun Keputeraan serta Menjunjung Kasih atas kurniaan Tuanku Al-Sultan. Sama-sama kita doakan moga Tuanku dalam payungan rahmat Ilahi. Daulat Tuanku. Keduanya, Salor ingin mengucapkan tahniah buat Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas kejayaan membentangkan Belanjawan 2026,
bertemakan “Prihatin Kelantan, Ekonomi Berkat dan Negeri Rahmat”. Menyusun strategi yang jelas, suatu yang menjadi kebiasaan untuk tepat mencapai matlamat. Namun memastikan ianya benar, suatu yang jarang diletakkan oleh pertimbangan para pemimpin. Jadi tindakan yang benar ini lah yang akan menterjemahkan maksud berkat dan rahmat dalam tema belanjawan kali ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada kesempatan kali ni, saya fokus kepada pembudayaan ekonomi negeri dan rakyat.
Saya rakamkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang menunjukkan peningkatan KDNK pada tahunn 2024. Dan kita doakan moga sasaran 6% bagi tahun ini mencapai matlamat. Pertumbuhan ekonomi Kelantan pada kadar 3.6% adalah sejajar dengan arus nasional walaupun sedikit rendah daripada kadar purata KDNK nasional negara yang mencerminkan fasa pemulihan berasaskan ekonomi negeri dan masih 70% dominasinya oleh sektor perkhidmatan sedangkan punca hasil kita sendiri bergantung pada sumber tradisional iaitu tanah dan hutan. Ini menunjukkan perlu kepada penjajaran semula struktur ekonomi dan struktur hasil negeri supaya kemakmuran ekonomi rakyat turut memperkukuh kewangan Kerajaan Negeri. Sektor ekonomi akan memberikan hasil buat negeri jadi jana sumber baru tanpa beban hutang langsung kepada rakyat tapi kepada sektor yang menumpang dan dapat manfaat secara komersial.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam belanjawan lepas…dalam belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, peruntukan EFT yakni pemindahan fiscal ecology dijangka terima oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada kadar RM2 Juta menunjukkan Kelantan mula diterima dalam penilaian alam sekitar walaupun anggaran ini agak kecil daripada peruntukan RM250 Juta oleh pihak Kerajaan Persekutuan, ia sebagai satu langkah memastikan Kelantan turut serta dan memilih ekonomi hijau sebagai suatu hasil baru. Penstrukturan dasar hijau negeri bukan sekadar langkah alam sekitar tapi bagi saya sebagai satu strategi fiskal baru. Memperkukuh hasil bukan cukai negeri.
Apa yang saya maksudkan disini, strategi fiskal hijau ini bukan bermaksud kehilangan hasil kepada negeri. Tapi penukaran bentuk hasil
yang bukan saja lestari tapi lebih stabil dari sudut fiskal nya. Dari eksploitasi kepada ekosistem, yang pastinya kita risau dengan hasil yang mungkin akan makin berkurang kepada hasil karbon, biodiversity dan pelancongan yang saya percaya kelak mempunyai nilai lebih tinggi serta konsisten. Kita dah tunjukkan komitmen kita dengan pindaan enakmen, perhutanan negara, pemakaian 1,185 pada persidangan tahun lepas juga Amanat Tahun Baru 2025 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar turut menyebut hal ini sebagai satu pendekatan pengukuhan hasil negeri. Justeru langkah segera kita adalah bagaimana kita harus tingkatkan tahap pelaporan serta tadbir urus lestari kerana perkiraan ini bukan sekadar perkiraan dari sudut keluasan hutan semata-mata yang kita miliki tapi turut melibatkan amanah pengurusan dan kualiti pelaporan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kelantan bukan sahaja kaya dengan hutan, tapi dengan lautan. Kita mempunyai garis pantai cukup luas daripada Tumpat ke Bachok. Pelabuhan Tok Bali sebagai pintu utama ke Laut China Selatan. Jika tadi saya sebutkan berkaitan dengan ekonomi hijau, saya ingin menarik perhatian kepada ekonomi biru yang juga mempunyai potensi besar jika diteroka secara lestari yang boleh juga menyumbang kepada KDNK. Perasmian jeti pelancongan Tok Bali dan diwujudkan menjadi pelengkap kepada Pelabuhan Tok Bali sebagai bandar Pelabuhan Maritim Kelantan. Saya berharap Kerajaan Negeri terus meneliti prospek atau pun potensi menjadikan Tok Bali sebagai hub-pembaikan dan selenggara kapal iaitu Marine-Hub, maintaince, repair and overhaul, dengan izin.
Bagi Pantai Timur, sebagaimana model Kemaman Kecil MRO, MRO Maritim adalah salah satu bentuk ekonomi dengan izin, kerana mampu meningkatkan aktiviti pelayaran dan perikanan yang lebih mampan, juga secara langsung mengurangkan jarak pembaikan yang harus dilalui oleh kapal, bio-teknologi laut juga termasuk dalam planta ini. Ia tidak memusnahkan alam tetapi mempunyai potensi secara lestari kepada hasil berteknologi tinggi.
Allah berfirman dalam Surah An-Nahl: Ayat 14: “Dan Dia lah yang menundukkan laut kepada kamu supaya kamu dapat makan daripadanya
daging yang lembut, ikan dan kamu mengeluarkannya daripada perhiasan mutiara hasil laut yang perlu kamu makan.” Firman ini jelas menunjukkan potensi yang cukup besar kepada hasil laut menjadi bahan aktif keperluan khususnya dalam kosmetik, supplement kesihatan dan pharmaceutical. Dan pasaran global bagi industri ini mencecah billion dalam setahun dan sedang berkembang besar. Malaysia sendiri menunjukkan komitmen dengan tandatangan National biotechnology policy 2.0 yang menjadi tonggak kepada industri bioteknologi negara dan tidak terlambat untuk kita meneroka dan melihat potensi ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ucapkan tahniah juga kepada pihak Kerajaan Negeri dengan peningkatan pelaburan sebanyak RM1.5 Billion berbanding RM0.2 Billion pada tahun 2023… 2024? 2023.. Satu pencapaian yang bagi saya amat membanggakan dan kita lihat ia sebagai kejayaan Negeri dan MIDA. Ia lebih penting untuk kita lihat bagaimana ia terjemahkan kepada peluang pekerjaan, kepada peluang hasil negeri, peningkatan ekonomi buat rakyat dan saya berpandangan, Kerajaan perlu mengambil langkah segera dengan memperkasa taskforce pelaburan negeri, dimiliki oleh pihak Kerajaan Negeri dalam...
Dua minit...
[YB menyambung…] ekosistem industri dan pelaksanaan dasar hasil berperingkat agar pelaburan ini benar-benar menjadi pemangkin kepada kesejahteraan Kelantan dan saya cadangkan kita kena ada satu Kelantan supplier registry dengan izin dan kita harapkan dapat jadi pembekal pula kepada prospek-prospek ini. Buy Kelantan First, sekiranya ada pembekal ini yang mempunyai keupayaan memenuhi keperluan di peringkat domestik dan insentif galakkan pembekal ini khususnya dalam meningkatkan kualiti produk sedia ada oleh Maida dan sebagai tuan rumah, kita Kerajaan Negeri dan insentif khusus oleh pihak negeri bagi prospek yang memilih untuk berada dalam ekosistem ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, minggu lepas kita bangga dengan berita baik mendominasikan anak-anak Kelantan dalam sektor awam negara, Kelantan mungkin berhadapan dengan negeri tua andai tenaga muda kita terus keluar memberi khidmat di luar dan memilih negeri ini menjadi pelabuhan akhir saat mereka besar. Walaupun DOSM tidak letakkan Kelantan dalam lima tangga teratas, ia bukan sekadar cabaran demografi dan beban sosial. Namun kita lihat keunikan Kelantan kita boleh ubah masalah ini menjadi peluang ekonomi baru untuk membangunkan silver economy. Silver economy ni ambik sempena pesara-pesara yang umurnya agak silver.
Andai kita tidak mampu bersaing di padang yang sama dengan negeri-negeri lain tapi kita ada padang sendiri yang mempunyai kelebihan sebagai negeri berkat. Silver economy ni boleh dibangunkan dengan tumpuan untuk sektor penjagaan kesihatan dan pelancongan senior. Malah baru ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri telah merasmikan satu projek intis di Salor iaitu Darusyiffa’ di Pondok Beta Hilir Salor yang memberi fokus kepada pesara VIP yang ingin mendapat ketenangan di pondok-pondok kita, In Shaa Allah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya rakamkan tahniah pada Kerajaan Negeri kerana dalam… atas keprihatinan dan peningkatan pembinaan rumah DHUAFA’ daripada 150 unit kepada 180unit yang diberikan secara percuma kepada rakyat. Langkah ini membuktikan kesungguhan memastikan tiada rakyat Kelantan yang terbiar tanpa tempat berteduh selari dengan tema prihatin belanjawan kali ini. Namun pada masa yang sama, saya ingin menarik perhatian terhadap kelompok pertengahan iaitu kelompok bekerja membayar komitmen cukai tetapi tidak layak menerima bantuan langsung.
Golongan ini juga semakin tertekan dengan peningkatan kos sara hidup, terutama perumahan yang harus disewa, pendidikan anak-anak dan kesihatan. Disebabkan mereka ni berkerja, kadang-kadang nak buat pinjaman pun, dari sudut kelayakan mereka ni tak lepas. Nak minta bantuan pun tak layak disebabkan mereka ada punca pendapatan tertentu. Oleh itu saya turut mencadangkan Kerajaan turut memperluas
dasar rumah mampu milik khususnya kepada kelompok M40. M40 bawah. Dengan menyediakan khidmat tambahan bagi memastikan pinjaman mudah bagi pembeli rumah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
“Alam asas ekonomi lestari, ekonomi biru bersumber lautan. Budi Dato’ Speaker saya sanjungi, atas peluang sertai perbahasa.n..”
Salurkan jutaan terima kasih atas kesempatan ini Salor menyokong… Salor mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Salor. Ahli-Ahli Berhormat sekalian, sebelum saya menangguhkan sidang pada tengahari ini, suka lah saya memberi peringatan bahawa piagam pemakaian yang digunapakai untuk masuk ke dewan adalah lengkap seperti yang telah kita buat dalam Pekeliling Kerajaan Negeri dan ini termasuklah pemakaian tali leher ya. Saya mengambil maklum bahawa masih lagi ada di kalangan pemerhati dan tetamu yang hadir sidang dewan pada pagi ini tidak mematuhi sepenuhnya piagam pemakaian. Untuk peringatan semua juga, piagam pemakaian yang digunapakai di Perlimen adalah berbeza dengan yang digunapakai di dalam Dewan Negeri Kelantan. Piagam pemakaian di Pusat ataupun di Parlimen buat masa sekarang tidak diterima di Dewan Yang Mulia ini. Ahli-Ahli Berhormat sekalian, saya berhasrat untuk menangguhkan sidang kita pada tengahari ini, dewan akan bersambung pada jam 2 petang.
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 12.35 TENGAHARI DAN AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 02.00 PETANG.
PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 02.00 PETANG
Persidangan dewan disambung semula. Giliran siapa? Kota Lama… sila...
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا [Doa dibaca] Yang Berhormat Dato’ Speaker, Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Haji Mohd Amar Abdullah. Semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Pegawai-Pegawai Kerajaan. Saya mulakan dengan merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan doa kebahagiaan sempena ulangtahun Hari Keputeraan Al-Sultan Kelantan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V yang ke 56 pada tahun 2025 ini. Izinkan saya untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Panglima Perang atas pembentangan belanjawan 2025 baru-baru ini. Terima kasih atas kesempatan yang diberikan untuk Kota Lama mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan kali ini. Saya menggunakan panduan dan semangat ayat 67 Surah Furqan yang maksudnya: “Dan orang-orang yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kikir adalah perbelanjaan itu di tengah-tengah antara keduanya.” Jadi prinsip Al-Quran ini menuntut untuk kita melakukan keseimbangan dan kebertanggungjawaban dalam kita mengurus harta termasuk dalam hal bajet perbendaharaan negeri.
“Tegak Megah Kota Lama, Tempat Bersejarah Penuh Makna, Di Dewan Mulia Kami Bersama Menyemak Belanjawan Demi Rakyat Jelata”
Belanjawan 2026 merupakan...ia berjumlah RM1.43 Billion yang dibentangkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar baru-baru ini berkurang daripada tahun lepas RM1.4 Billion. Walaupun defisit nya makin kecil, tetapi suka saya ingatkan belanja mengurus kekal sangat besar. 77 bernisbah 23 berbanding perbelanjaan pembangunan dan sebagai negeri berekonomi membangun macam Kelantan ni, kita bimbang ini akan mengunci negeri dalam pola defisit berulang. Beberapa soalan yang saya mahu kemukakan adalah pertama, bila kah Kerajaan akan memperkenalkan hak pertumbuhan perbelanjaan mengurus dan meletakkan sasaran pengurangan defisit sekurang-kurangnya 20% setahun. Kedua, komponan hasil terbesar ialah terimaan bukan hasil melalui geran atau terimaan Kerajaan Persekutuan. Ini bukti komitmen Kerajaan Persekutuan yang tidak pernah meng-anak tirikan Kelantan sebagaimana yang diakui oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Dan sememangnya patut diberikan kredit yang sewajarnya. Apakah pelan 12 bulan akan datang? Untuk menaikkan kutipan cukai tanah termasuk tunggakan lebih daripada 80%? Besar ni...dan memulihkan premium tanah agar pendapatan negeri tidak terlalu bergantung kepada terimaan Pusat. Saya juga ingin penjelasan tentang terimaan sumbangan anak syarikat Kerajaan Negeri dalam buku belanjawan 2026, ia yang dianggarkan sebanyak RM4,000,000 ya tahun 2025. Sedangkan terimaan sebenar hanya sebanyak RM800,000 pada tahun 2024. Persoalannya, apakah jaminan Kerajaan untuk membuat lompatan prestasi ini?
Ketiga, pelaburan perkilangan 2024 meningkat ke RM1.7 Billion tetapi FDI masih kecil daripada domestik. Semakan data MIDA, Kelantan menduduki tangga keempat dari bawah sudut pelaburan asing ini. Apakah KPI, FDI, bilangan projek dan bilangan pekerjaan bergaji medium yang bakal terhasil yang Kerajaan tetapkan untuk 2026. Bilangan projek dan pekerjaan yang bertambah akan meningkatkan pendapatan negeri mengurangkan kadar pengangguran di samping menggalakkan pertumbuhan ekonomi daripada perbelanjaan setempat. Dan ini tuan-tuan dan puan-puan, Ahli-Ahli Yang Berhormat, amat penting bagi
membantu anak muda daripada terpaksa berhijrah mencari pekerjaan di negeri luar.
Yang keempat, bila agaknya Kerajaan-Kerajaan akan mewujud dan membentangkan dashboard realtime result ataupun hasil masa nyata untuk cukai tanah, premium, lesen hasil hutan dan value for money test iaitu Ujian Penilaian Keberbaloian, perbelanjaan untuk semua projek ini. Ini bagi memenuhi hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam belanjawan baru ini yang mahu setiap ringgit dibelanjakan dengan penuh berhemah dan berkesan. Saya juga mahu lihat dalam belanjawan ini, program-program pembangunan ekonomi yang benar-benar dapat meningkatkan pendapatan rakyat terutama dalam golongan miskin dan miskin tegar. Alhamdulillah beberapa kemudahan awam dan berbagai projek Persekutuan. Alhamdulillah sedikit sebanyak kualiti hidup dapat ditingkatkan namun penjana ekonomi rakyat termasuk yang berniaga di pasar masih memerlukan sokongan daripada Kerajaan Negeri untuk mewujudkan ekosistem penjanaan ekonomi.
Oleh itu, apa yang disebut dalam bajet baru-baru ini berkenaan ekosistem penjanaan ekonomi ada namun perlu dihalusi kerana hakikatnya tidak semua rakyat ya…dapat merasai inisiatif bersasar yang dirancang dalam bajet ini. Ramai rakyat Kota Lama macam lah juga di Galas yang susah masih tak dapat bekalan beras Al-It’am atau mendapat peluang rumah Dhuafa’ atau gerbang Az-ziwaj dan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan Kerajaan Negeri. Justeru, kalau disebutkan tadi tentang Penghulu Persekutuan apa kurangnya dengan Kerajaan Negeri melantik penyelaras di DUN kami bagi menyalurkan bantuan.
Yang Berhormat Speaker, saya menyokong cadangan Melor, dah ada ke Melor? Belum ada lagi. untuk memperkasakan Institusi Dewan termasuk memberi peruntukan berasingan untuk Pejalan Dewan, memperkasa peranan Ketua Pembangkang dan melaksanakan elemen ketelusan dengan memfungsikan buku belanjawan, hansard dan penyata jawatankuasa yang ada serta memberikan peruntukan pembangunan saksama kepada semua Ahli Dewan. Jawapan soalan dewan yang tak sempat dijawab. Macam hari ini, baru 6 yang boleh dijawab dibanding
dengan 21 soalan. Ya bayangkan kalau jawapan yang memang sudah tersedia kita boleh muatnaik kan dalam page kita. Bayangkan ya, ini adalah sebenar langkah kedepan yang patut dipuji yang akan memberi manafaat kepada rakyat di luar sana.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dua kenyataan Melor mengelirukan dewan. Pertama, tentang JPP atau sekarang dikenali sebagai Pejabat Pembangunan Persekutuan. Kenapa? Kerana kenyataan ini bercanggah dengan pendirian semua Menteri Besar sebelum ini. Malah Allahyarham Tan Sri Dato’ Bentara Kanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam kenyataan nya yang disiarkan di akhbar tahun 1992 menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan adil. Kalau sangsi sila bawa ke mahkamah…ya. Kalau dilihat penubuhan institusi JPP ini bercanggah dengan perlembagaan.
Keduanya adalah Melor membawa naratif tidak tepat, membawa maksud Kerajaan Persekutuan menggadaikan hak REE Kelantan melalui perjanjian dagang Amerika. Hakikatnya dasar dan peraturan sedia ada REE ini mesti diproses dalam negara, tidak boleh dibawa keluar secara raw material. Yang sebenarnya perjanjian dagang timbal balas dengan US, Malaysia US ini tetap tidak menjejaskan undang-undang tempatan yang sedia ada. Sebenarnya perjanjian ni akan membantu sebab kita dikenakan zero tarif untuk produk-produk sawit, jadi kita sebenarnya membantu peladang-peladang sawit kita supaya boleh dieksport ke negara…ya... eksport ke US ni adalah 12%... so tinggi…
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya setuju dengan kenyataan Dato’ TMB yang mengatakan bahawa Kelantan mesti tegas mempertahankan hak REE walaupun ada sedikit kekeliruan yang mengatakan tiada sekatan eksport ataupun tarif Amerika. Hakikatnya Amerika adalah pembeli dan kita adalah penjual maka kita sebenarnya kita diikat dengan undang-undang Malaysia yang mengatakan bahawa REE ini mesti diproses disini dan tentunya saya mesti mempertahankan juga bahawa Kelantan, anak Kelantan mesti mendapat manafaat yang terbanyak sekali daripada mineral kita, kritikal mineral ini dan perjanjian ini dipakai oleh undang-undang tempatan.
Masa ada dua minit lagi…
Oh cepatnya...Jadi selebihnya ya, Dato’ Speaker…saya nak sebutkan bahawa soal wanita dan sosial ekonomi mesti kita ketengahkan. Jadi kita tak nafikan penglibatan wanita. Tapi kalau kita tengok dalam bajet baru ini. RM13 Juta diperuntukkan kepada wanita tetapi dikongsi...dengan siapa? Dengan anak muda, dengan warga emas dan keluarga. Jika dipuratakan hampir sama diperuntukkan untuk perantau. Mana mungkin peruntukan untuk separuh dengan penduduk Kelantan ini setara dengan peruntukan yang diberikan kepada anak perantau dan NGO walaupun untuk tujuan hubbul watan. Di mana keutamaan kita? Dan untuk itu, saya memang nak menekankan ya...memohon kepada Dewan Yang Mulia ini bahawa wanita perlu dibantu... ya…dalam banyak..kita nak wanita terlibat maka dia perlu dibantu, pendidikan nya, peluang pekerjaan, program pembangunan kepimpinan termasuklah juga polisi yang inklusif, kesihatan nya termasuk kesihatan mental dan juga sokongan sosial termasuk penjagaan anak dan waktu kerja anjal. Apa perkembangan polisi taska? Dan waktu kerja anjal agensi dan institusi milik Kerajaan Negeri dan di pasar awam. Berapa peratus yang sudah melaksanakan nya? Dan ini tentu memerlukan peruntukan kewangan yang secukupnya.
Ahli-Ahli Berhormat, saya memang nak akhiri dengan kita bayangkan 90% daripada yang berniaga dan menghidupkan pasar kita adalah wanita termasuk di Pasar Besar Siti Khadijah. Tapi saya kesian melihat ibu-ibu peniaga yang terpaksa membawa bayi dan anak pra-sekolah ke ruang niaga yang sempit kerana tiada perkhidmatan penjagaan anak di lokasi. Paling membimbangkan ya, bila mok dia tu, ibu dia nak berniaga, siapa yang akan mengganti pengasuh ni? Yang Berhormat ada jawapan dia. Ya, gajet. Yang mendatangkan lebih banyak masalah berantai. Justeru, ya...dalam hal ni, ya topik pemangkuan keluarga, saya juga nak sebutkan tentang…
Masa… masa Yang Berhormat… dah cukup.
Peluang untuk nak membina taman rekreasi. Tahniah kepada Kerajaan yang memperuntukkan RM2 Juta untuk pembinaan taman rekreasi tapi saya mohon untuk supaya ianya dilihat dan supaya dia tidak jadi gajah putih sebab kalau kita boleh bawa keluarga kita ni samada indoor atau outdoor, maka dia boleh membantu kita menangani taufan, gejala sosial yang membadai negara kita sekarang ini. Justeru ya, saya akhiri dengan mengatakan ada satu projek dekat Wakaf Mek Zainab, namanya Taman Aromaterapi iaitu berdepan dengan Sekolah Tengku Indera Petra tapi kalau Yang Berhormat tengok, saya rasa konsepnya amat sayang sebab tak ada buaian ya, tak ada yang kanak-kanak suka. Jadi saya rasa, ini perlu dilihat semula, kalau boleh diperbaiki, saya rasa ia akan membantu.
Masa… masa…
Jadi akhirnya ya Dato’ Speaker, saya akhiri dengan mengatakan bahawa sebenarnya “Seperti Sungai Yang Mengalir Membawa Kehidupan Ke Setiap Desa, Belanjawan Ini Mengalir Membawa Manafaat Ke Setiap Rakyat Tanpa Mengira Di Pihak Mana Mereka Berada, Marilah kita memastikan alirannya terus lancar dan memberi hasil yang nyata. Dengan ini saya menyokong belanjawan 2026.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و
Siapa lagi? Jelawat, sila…
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Jelawat bangun untuk menyokong belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 6 November yang lalu. Apa yang ingin disentuh oleh Jelawat ialah pertamanya mengenai dengan Kelantanku Bersih sebanyak RM12 Juta peruntukan telah diperuntukkan untuk Kelantanku Bersih dan ini menunjukkan komitmen Kerajaan untuk menjadikan Kelantan ini sebagai suatu negeri yang bersih dan walaupun kebersihan ini sentiasa menjadi komitmen yang utama oleh pihak Kerajaan tetapi sebenarnya kebersihan ini setiap hari boleh berlaku isu kebersihan. Ada ketikanya lori rosak dan sebagainya dan ada pula mata-mata lalat yang selalu mengambil gambar dan kemudian pos kan dalam FB untuk dijadikan isu politik dan sebagainya.
Jadi saya mencadangkan disini supaya diwujudkan satu unit kebersihan di peringkat negeri, unit audit dan kebersihan di peringkat negeri. Agar pemantauan yang lebih kerap dapat dilakukan mungkin sebulan sekali ataupun 3 bulan sekali kemukakan laporan dan kaji di mana kelemahan dan kekurangan supaya kekurangan dan kelemahan ini boleh diatasi dengan baik dan saya juga mencadangkan agar komuniti mengadakan gotong-royong. Kalau kita lihat biasanya komuniti ini mengadakan gotong-royong pada hari cuti, Jumaat dan Sabtu. Manakala kakitangan Kerajaan, personel PBT mengadakan gotong-royong pada hari bekerja. Jadi tidak ada satu… apa ni... seolah-olah tidak ada kerjasama diantara keduanya. Jadi apa kata kita peruntukkan satu peruntukan kepada komuniti untuk kos sekadar makan minum, duit air untuk mengadakan gotong-royong ini dan kita semarakkan konsep gotong-royong ini agar kebersihan kita dapat kita pastikan sentiasa terjaga dan sebagainya di setiap inci bumi Kelantan ini.
Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengenai dengan lampu solar, terima kasih kepada Pihak Kerajaan kerana memperuntukkan suatu jumlah yang agak besar untuk lampu solar dan lampu solar ini memang penting terutama di kawasan-kawasan pedalaman contoh di kawasan sebelah-sebelah Selatan, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan
sebagainya juga di kawasan DUN Jelawat sendiri. Memang kalau kita malam-malam kita naik kereta berseorangan pukul 12, pukul 1 dengan lingkaran jalan-jalan kampung yang begitu banyak, kita akan rasa seram sejuk dan agak takut juga lah ya Galas… takut kakloh… male jjale soghe-soghe terutama kita yang takdok pistol lagi lah. Jadi kalau boleh diperbanyakkan peruntukan untuk lampu solar ini. Kerana mungkin kawasan yang berbeza. Bagi kawasan DUN yang agak bandar dia tidak perlu sangat kepada lampu solar kerana pencahayaan lingkaran jalan tidak sebegitu, pencahayaan tidak terlalu banyak dan lingkaran jalan pun tidak begitu banyak. Jadi takdok masalah untuk lampu solar. Tapi di kawasan-kawasan kampung, di kawasan-kawasan DUN yang agak kedalaman, itulah peluang yang terdesak. Jadi saya pohon agar peruntukan ini diberikan mengikut keperluan bukan sama rata di antara DUN-DUN yang terlibat.
Di sini juga saya ingin menyentuh tentang cadangan Melor dan Galas tadi berhubung dengan elaun kepada Ketua Pembangkang. Saya setuju untuk diberikan peruntukan khusus kepada dewan ini untuk perkasakan dewan. Cuma untuk Ketua Pembangkang ini saya berbeza pendapat dengan Galas dan juga Melor. Maaf Melor, maaf Galas. Saya berbeza pendapat. Kita lihat Pembangkang di Kelantan ini cuma ada tiga oghe. Kalu ibarat smaye gak, soghe tok ime, soghe tok bilal, soghe tok siok. Tiga oghe, tokleh wak Jumaat, jadi kalu kita nok bagi elaun, nok naik elaun pun kena tengok jugok masjid tu setaro mano. Jadi kalu sekadar tiga oghe tu gak, tu pon tigo tu belum tentu lagi, mungkin tinggal dua jah sebenarnya. Belum tentu lagi, tapi ada tiga oghe sahaja. Jadi ambo raso benda ni keno tangguh dulu lah Melor, Galas, keno tangguh dulu. Kalu ramai sikit In Shaa Allah Kerajaan Negeri pun berbesar hati nak bagi. Tapi kalu sekadar tiga oghe, orkk dulu lah. Biar dulu. Biar ramai sikit lagi. Ho tokse? Haa tokse ramai pulok. Dia tokse ramai nok wak guano, biar lah.
Ok seterusnya saya suka menyentuh tentang apa yang telah dikemukakan oleh Galas tadi mengenai dengan KB Central. Terima kasih Galas kerana prihatin berhubung dengan KB Central ini. Memang Kerajaan Negeri sentiasa prihatin kepada rakyat, cakna kepada rakyat dan mengambil tanggungjawab untuk membina KB Central ini sendiri. Pada masa yang
sama selain kita fokuskan kepada KB Central, saya juga berharap supaya Galas dan juga Kota Lama dan Nenggiri supaya fokuskan juga kepada projek-projek Persekutuan yang masih belum dilaksanakan walaupun kelulusan telah diberikan. Banyak projek-projek nya, bersama-sama dengan saya ada senarai projek daripada RMK terdahulu yang masih belum dilaksanakan walaupun telah diluluskan. Saya sebutkan satu contoh ya, Jalan Tanah Merah, Kusial dan Kampung Ipoh kilometer 2.5 tahun kelulusan 2015. Ini belum dilaksanakan. Membina dan menaik taraf infrastruktur pengairan dan saliran di Kemasin Semerak, Pasir Puteh 2016 belum dilaksanakan. Pembinaan Balai Polis Rantau Panjang belum dilaksanakan. Dan semuanya ada 12 projek yang belum dilaksanakan. Dan saya…
[YB mencelah] Minta laluan Jelawat… boleh?
Mengkebang bangun
Ok lah.
Jelawat cerita tadi pasal apa ni… projek-projek yang belum siap, belum dimulakan lagi dih. Tapi hok projek hok delay ni bawah Kerajaan Persekutuan, contoh, saya ambik contoh Jambatan Pasir Kelang ni 5 tahun doh. Projek bukannya besar sangat. Jambatan Sungai Durian 5 tahun kalu rekod, beneath record. Book of record ni, pendek ketok, 5 tahun tok siap-siap. Apa pandangan ni? Perak di bawah KPLB dan di bawah Kerajaan Persekutuan ni projek ni. Apa sebab menyebabkan delay? Nok projek tapi delay. Nyaknyo ko rakyat kita. Ok terima kasih.
Jelawat bukan Menteri ya Yang Berhormat… [kedengaran para YB tertawa].
Terima kasih Speaker tolong jawab. Terima kasih. Ok seterusnya… saya juga suka menyentuh mengenai dengan apa yang disebutkan sebagai pengkalan haram tadi. Galas ada sebut tentang pengkalan haram. Sebenarnya Kelantan memang suka ataupun menyokong perobohan pengkalan-pengkalan haram. Cuma apa yang Menteri Besar ialah kita mesti melihat apakah langkah terbaik untuk kita membantu penduduk yang terjejas. Daripada yang selama ini mencari rezeki melalui menggunakan pengkalan tersebut. Bagaimana kita nak bantu mereka? Ini bukan soal Kerajaan Negeri tidak suka kepada perobohan pengkalan haram. Bukan mengatakan bahawa aktiviti di pengkalan haram tersebut sebagai tempat untuk mencari rezeki. Bukan. Tapi yang kita nak sebut sekarang ialah cara untuk membantu mereka yang terjejas ini. Dan ini senang saja sebenarnya. Kita jadikan pengkalan haram tersebut sebagai pengkalan yang halal. Kita bina ICQS di situ. Letaklah polis situ dan sebagainya supaya jadikan ia sebagai pengkalan yang halal. Sekarang ni pengkalan yang halal ada tiga. Takbai, Pengkalan Kubur, Bukit Bunga dan juga Rantau Panjang.
Masa… masa… masa ada dua minit lagi...
Ok kita gi hok lain la pulok. Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kota Lama ada sebut tentang ramai orang muda berhijrah keluar dari Negeri Kelantan. Saya nak sebut sini bahawa sebenarnya Kelantan merupakan satu kilang yang boleh melahirkan ramai orang yang berkemampuan untuk melakukan kerja di mana-mana peringkat. Sebagai
contohnya penjawat awam, daripada Kelantan 13% penjawat awam terdiri daripada rakyat Kelantan. Ini menunjukkan bahawa sebenarnya Kelantan berjaya melahirkan sumber manusia yang hebat mengatasi negeri-negeri yang lain. Kerana itu lah mereka berhijrah untuk berkerja di sana. Ramai orang-orang besar di Kuala Lumpur berjaya terdiri daripada orang-orang Kelantan.
Seterusnya Dato’ Speaker, saya…semalam saya terbaca dalam satu akhbar tentang seorang Presiden yang menyatakan, mempertikaikan tentang dasar Membangun Bersama Islam di Kelantan ini. Katanya, apa yang nak dibanggakan dengan dasar Membangun Bersama Islam jika rakyat di negeri mereka masih lagi dihimpit kemiskinan, kekotoran, kemunduran dan juga ketiadaan peluang pekerjaan. Ini diucapkan dalam konvensyen parti presiden berkenaan, konvensyen parti, bukan ceramah politik. Sepatutnya konvensyen parti ni dituju kepada, hala tuju parti, dasar parti tapi ini diucapkan untuk kritik sebuah negeri iaitu Kelantan dan presiden ini sebenarnya pernah bertanding di Kelantan. Jadi Ahli Parlimen di Kelantan. Negeri yang dikata kotor, dikatakan miskin ini. Selain presiden, Kota Lama juga menjadi Ahli Dewan Negeri di Kelantan. Kalau Kelantan dihimpit kemiskinan, kekotoran dan sebagainya. Takkan lah Kota Lama duduk sini bertahun-tahun, berpuluh tahun doh. Berpuluh tahun duduk di Kelantan. Maknanya Kelantan ini merupakan suatu tempat yang sejahtera, yang harmoni untuk didiami.
Masa Yang Berhormat cukup.
Dan kalau maksudnya untuk terus dihimpit kemiskinan ini memang dari segi statistiknya saya sebutkan miskin tegar pada akhir November 2024 mengikut data E-kasih yang paling tinggi ialah Kuala Lumpur. 474 KIR diikuti oleh Kedah, Sabah, Johor, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu dan baru lah Kelantan. Itu miskin tegar. Dan mengenai dengan kekotoran…sikit lagi Dato’ Speaker. Berhubung dengan kekotoran, saya
cuba cari statisik kekotoran mengikut negeri-negeri tapi tak jumpa. Yang saya jumpanya ialah tentang laporan mengenai dengan sungai tercemar di Malaysia. 25 sungai tercemar di Malaysia, tidak ada satu pun sungai daripada Negeri Kelantan. Dan ada satu laporan mengenai dengan Sungai Tebrau di Johor, pernah disenaraikan salah satu sungai paling kotor di dunia. Ini Johor, Kelantan tak ada. Dan Malaysia sendiri pernah dikatakan sebagai menduduki tempat yang ke-50 negara paling kotor di dunia mengikut indeks prestasi alam sekitar EPI 2022.
Masa… masa…Yang Berhormat…
Ok dengan ini saya pohon menyokong. Terima kasih.
Tendong...
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Alhamdulilllahirabil alamin [bacaan doa] Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, diharapkan tidak ada lah yang bangun mencelah dalam ucapan saya ini memandangkan masa yang begitu terhad yang diberikan oleh Dato’ Speaker. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan di atas pembentangan Bajet Kelantan 2026 yang berjumlah RM1.43 Billion dengan tema besar, “Kelantan Sejahtera, Prihatin Rakyat, Ekonomi Berkat, Negeri Rahmat”.
Fakta jelas menunjukkan bahawa walaupun berdepan dengan cabaran ekonomi global, KDNK Kelantan terus berkembang. 3.6% pada tahun 2024 berbanding 2.6% pada tahun 2023 dengan nilai ekonomi meningkat kepada RM28.7 Billion. Ini bukti nyata bahawa dasar Membangun Bersama Islam yang menjadi nadi pentadbiran selama 35 tahun bukan sekadar slogan tetapi model pentadbiran berkat yang menghasilkan kestabilan disiplin fiskal dan keutuhan ekonomi negeri.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, selepas 35 tahun pentadbiran Islam di Kelantan, negeri ini membuktikan bahawa keadilan dan kebajikan rakyat bukan hanya dapat dijaga malah boleh terus ditingkatkan. Tahun ini sebanyak RM67.27 Juta diperuntukkan untuk perbelanjaan dan pembudayaan rakyat termasuk pembinaan rakyat termasuk 180 unit rumah Dhuafa’, Skim Bantuan Bulanan Al-Musa’adah kepada lebih 70,000 penerima serta bantuan makanan asas kepada 13,620 rakyat miskin. Dalam keadaan ekonomi negara tidak menentu Kelantan tetap mengamalkan belanjawan berhemah. Defisit berjaya dikurangkan kepada RM86.2 Juta berbanding RM93 Juta jumlah sebelumnya. Satu pencapaian yang jarang dilihat dalam mana-mana negeri di Malaysia ini. Ini lah keberkatan pentadbiran Islam yang berpaksikan Maqasid Syariah, membela rakyat tanpa mengenal dengan, tanpa mengandaikan, mengabaikan amanah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, hari ini selepas tiga dekad. Lebih daripada tiga dekad setengah Membangun Bersama Islam, kita menyaksikan keberhasilan dalam bentuk dasar yang konsisten, rakyat yang berdaya tahan dan negeri yang terus makmur. Sektor pelaburan perkilangan sahaja contohnya melonjak kepada RM1.7 Billion pada tahun 2024. Meningkat hampir 90%, berbanding tahun sebelumnya. Dengan pelaburan domestik sebanyak RM1.2 Billion. Ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan dasar negeri. Dalam masa sama Kerajaan turut menyalurkan RM181.71 Juta bagi pembangunan Islam, pendidikan dan moral insan. Memastikan kemajuan rohani dan jasmani berjalan seiring. Maka setelah 35 tahun Kelantan berdiri teguh bukan dengan janji tetapi dengan rekod dan hasil yang membuktikan Islam itu bukan penghalang pembangunan tetapi sumber keberkatan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya sekali lagi merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah kempimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kerajaan seluruhnya atas kejayaan meningkatkan hasil negeri khususnya daripada sektor hasil hutan yang kini mencatat pertumbuhan baharu sebanyak RM3.6 Juta menerusi cukai hasil hutan yang lain. Serta kenaikan bayaran permit perhutanan kepada RM10 Juta pada tahun ini. Ini bukan sekadar angka, tetapi bukti kepada kecekapan pentadbiran, pengurusan sumber secara lestari dan berintegriti yang menjadi lambang dasar Membangun Bersama Islam. Hasil bumi diurus dengan penuh amanah, hasilnya pula kembali kepada rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, menyentuh tentang hasil bumi ini, saya mengambil kesempatan di sini ingin menyatakan sokongan yang penuh terhadap kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar Kelantan yang dengan tegas mempertahankan hak Negeri Kelantan terhadap hasil nadir bumi, REE daripada dijadikan bahan tawar-menawar atau rundingan dalam mana-mana perjanjian antarabangsa termasuk perjanjian perdagangan ataupun perjanjian timbal balik ART antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Negeri Kelantan telah mengurus sumber bumi ini dengan prinsip kedaulatan negeri sebagaimana termaktub dalam perlembagaan dan kita tidak akan sekali-kali tunduk kepada negeri luar yang mahu mencapuri urusan domestik.
[YB mencelah] Yang Berhormat Tendong,
Semerak bangun Yang Berhormat.
Mintak laluan. Sikit jah...
Tadi wi amaran doh tokse wi bangun.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Tendong. Saya ingin merujuk sikit Yang Berhormat Tendong. Apakah pandangan Yang Berhormat Tendong bilamana tadi Kota Lama menyebut bahawa dalam perjanjian ART, ianya memberi kelebihan kepada kita di Malaysia sedangkan kalau kita baca dalam perjanjian itu salah satu dalam perjanjian itu, dalam bawah artikel 2.20 bahawa Malaysia, dengan izin ambo mitok ambo baca sikit.
Bahasa Arab ko?
Bahasa... bahasa lain sikit. “Malaysia share remove the 80% local content rule and allowed broadcasting of foreign programming during prime time (RTM, TV3) and so on.” Jadi kalau kita tengok kepada salah satu dalam ni, ianya melambangkan kita lebih terbuka, kita kena...kita tak boleh hadkan program kita kepada local product. Kita kena terbuka dan kita kena bagi broadcasting lain boleh masuk dalam negara kita. Apa pandangan Tendong?
Terima kasih Yang Berhormat Semerak. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menjawab kesimpulan saja lah. Kesimpulan dari keseluruhan perjanjian ini lah. Saya… bila kita tengok selepas daripada perjanjian yang dibuat tak sampai seminggu. Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh duta besar, Amerika Syarikat ke Malaysia apabila Amerika Syarikat membuat kenyataan, Amerika
Syarikat memberi amaran tentang garis merah jika Malaysia sama ada sertai breach ataupun apa-apa yang dibuat yang melanggar perjanjian, maknanya tak sampai seminggu perjanjian dibuat, negara luar sudah ada keberanian dalam mencampuri urusan kedaulatan negara kita. Jadi, tu kesimpulan yang saya buat daripada apa yang dijanjikan. Sebab tu malang sekali apabila Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan yang ada hari ini sanggup menandatangani perjanjian ini tanpa sebarang klausa perlindungan kedaulatan seperti mana kalau kita tengok yang dibuat oleh Negara Kemboja, ada klausa yang tidak menyerahkan sepenuhnya, makna ada klausa yang menyelamat undang-undang negara dalam bentuk perjanjian yang dibuat tidak sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian yang dibuat oleh Malaysia dan Amerika Syarikat. Kuota seperti ini dimasukkan oleh Kerajaan Kemboja dalam perjanjian mereka. Tidak kah ini ada unsur ataupun paling tidak dipandang oleh rakyat adanya unsur pengkhianatan kepada asas kenegaraan kita. Ini membuka ruang kepada campur tangan kuasa asing dalam dasar ekonomi, perdagangan digital dan bahkan kawalan eksport…
Ada Galas mintak laluan…
Sekejap, sekejap. Bahkan kawalan eksport bahan strategi seperti REE…
Masa ada dua minit lagi…
[YB menyambung] Kita tidak mahu Kerajaan Persekutuan dipandang seolah-olah rakyat melihat wajah sebenar penjajah moden yang diselindungi di sebalik kerjasama ekonomi
Saya mitok pandangan daripada Tendong. Saya senada dengan Tendong, mana boleh ambil barang kito semudah-mudah dalam negeri kito hok kito lah. Cuma 30 Mei tahun 2025 tahun ni, Kelantan dilaporkan telah menandatangani MOU dengan LNAS REE. Apakah perkembangan terkini mengenainya kalau Tendong tahu sebab napok expert sakni pasal REE dan adakah perjanjian yang bakal dimetrai dengan LNAS REE ni melibatkan eksport REE mentah atau magnet REE? Kerana apa Tendong? Ambo tanya ni sebab LNAS REE ni juga mengeksport REE ke fasiliti mereka di Texas, US untuk di proses. Jadi sebenarnya kita tak setuju ni atas dasar gapo ni? Terima kasih.
Terima kasih sahabat ambo, Galas. Untuk menjawab soalan ini, saya…untuk menarik pada perhatian dalam perjanjian itu, berkaitan dengan REE ini, sebelum ini kita tidak ada satu ketetapan yang khusus bahawa kita perlunya mengeksport ataupun bekerjasama dengan mana-mana negara. Tetapi melalui perjanjian ini, pedagang Amerika Syarikat yang menetapkan Malaysia tidak boleh menghalang eksport termasuk usul Nadir Bumi ke Amerika Syarikat. Maknanya Amerika boleh tentukan dan kita tidak ada klausa untuk kita tidak mengikut apa yang dipersetujui ataupun apa yang dimahukan oleh Amerika Syarikat…
[YB mencelah] Penjelasan, penjelasan...
Masa tak ada Yang Berhormat…
Penjelasan ni penting.
Oleh kerana tu Yang Berhormat Dato’ Speaker…perjanjian ini cukup merisaukan. Bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga ianya menyentuh kepada perundangan negara kita, kedaulatan negara. Jadi sebab itu lah…
[YB mencelah] Tendong baca ke dok ada share…
Ada yang bangun Yang Berhormat… Dia tak bagi jalan Yang Berhormat.
Penting ni, kalau untuk berlaku adil kena buwi hok ni… sebab saya rasa
Yang Berhormat tak bagi. Itu hak dia, hak dia. Itu hak Tendong.
Sebelah sini bangun juga Tendong.
Saya gunakan dengan… apa… mana-mana ahli ini peraturan Dewan sebab saya rasa dia mengelirukan.
Tak ada peraturan dewan. Sebut nombor berapa atau perkara yang ke berapa.
Kalau yang berucap tak benarkan tak boleh bangun.
Sekarang ni floor, floor ada pada Tendong, sila… silakan
Saya nak teruskan Yang Berhormat.
[YB mencelah] Masa bagi ke Gual Ipoh lah sikit.
Masa dah nak habis dah.
Di dewan yang mulia ini perjanjian ini adalah seumpama… walaupun kasar tapi supaya, saya terpaksa sebut ianya seumpama Malayan Union 2.0. Jika dahulu penjajah datang dengan senapang dan kapal perang, kini ia datang dengan bentuk dokumentasi dan tandatangan pemimpin yang dianggap oleh rakyat sebagai pemimpin yang rakus. Jangan kita lupa sejarah bukan sahaja mencatat nama mereka yang menentang penjajah tetapi mereka yang menggadaikan kedaulatan tanah air ini kepada tangan-tangan asing atas nama pelaburan dan diplomasi.
Oleh itu saya menyeru agar dewan yang mulia ini berdiri teguh bersama kepimpinan negeri, mempertahankan setiap inci bumi negeri kita sama ada hutan, mineral mahupun REE sebagai hak mutlak rakyat Kelantan. [Kedengaran bunyi tepukan meja] dan negeri-negeri berdaulat di bawah Persekutuan Malaysia. Dan kepada tangan-tangan yang menandatangani perjanjian REE ini bersiaplah kalau selepas ini nama-nama kamu akan dikenang dalam buku sejarah bukan sebagai pembela negara tetapi sebagai penjual kedaulatan bangsa.
Masa cukup Yang Berhormat. Masa cukup.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sikit lagi Yang Berhormat.
Ada lagi? Berapa kali sikit ni?
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan atas keberanian, kebijaksanaan memperuntukkan sejumlah besar RM181.1 Juta bagi sektor Pendidikan Islam dan Pembangunann Modal Insan dalam perbelanjaan 2026. Angka ini bukan sekadar menunjukkan keutamaan Kerajaan terhadap industri pendidikan malah menggambarkan falsafah-falsafah besar pentadbiran Membangun Bersama Islam bahawa membina manusia jauh lebih utama daripada membina bangunan tinggi. Negeri ini memahami bahawa kekuatan sebenar bukan kepada menara konkrit tetapi pada akhlak dan ilmu insan yang mendokongnya. Dalam masa…dalam suasana di mana kita melihat…
Ringkaskan Yang Berhormat.
Longgar memelihara nilai agama
Ringkaskan, masa dah terlebih Yang Berhormat. Kesimpulan pulak. [sambal tertawa]
Yang Berhormat Tendong, minta penjelasan boleh? Sikit lagi.
Yang terakhir…
Saya nak tanya ni, penting.
Masa dia lebih doh. Hmm terlebih.
Saya nak sentuh sikit soal pelancongan …
Masa dah habis. Banyak. Ramai lagi nak berucap.
Kalau nak berucap, saya akhiri dengan pantun lah Yang Berhormat. Untuk berlaku adil pada Kota Lama dan semua.
[YB mencelah] Penjelasan boleh lah…
Pantun pun dua rangkap aje.
Bukan dua rangkap, dua pantun. Untuk berlaku adil saya bagi satu pantun untuk Kerajaan Persekutuan, satu pantun untuk Kerajaan Negeri.
[YB mencelah] Alah… penjelasan sikit jah...
Kota Lama, dia tak bagi laluan.
Tak bagi laluan. Untuk pantun saja.
Masa dia dah habis dah.
Untuk berlaku adil saya bagi satu pantun untuk Kerajaan Persekutuan bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pantunnya berbunyi gini Dato’ Speaker.
Hmm lamo nok pantun pun.
[YB tertawa kecil] Jangan ganggu Yang Berhormat. “Kalau pemimpin asyik menari konon mesra tunjuk budaya, Rakyat dibawah tertindas setiap hari, Pemimpin berbohong dah jadi budaya” Ini untuk…
Cukup lah empat rangkap doh.
Dan untuk Kerajaan Negeri bagi berlaku adil. “Mentari senja indah berseri, Burung pulang ke sarang lama, Doa dipohon setiap hari, Agar negeri sejahtera bersama.” ِ ِ ِ ِ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ا ﺔ ﻳ ﺪ ﳍ وا ﻖ ﻴ ﻓ ﱠﻮ ـ ﻟﺘ ا ﻪﻠﻟ ﺎﺑ ﻟﺴﱠﻼ ُ َا ْوَ ْ َ َمُ وَ َ ُ ْ ْ
Siapa lagi? Sila Nenggiri…
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker yang turut membenarkan Nenggiri bersama dalam perbahasan belanjawan Kelantan pada kali ini yang bertema kan “Kelantan Sejahtera, Prihatin Rakyat, Ekonomi Berkat, Negeri Rahmat.”
Yang Berhormat Dato’ Speaker, ambo ingin menyentuh direct kepada isu dale kawasan lah. Sebab ADUN-ADUN lain dah ulas pasal negeri, ambo direct to the point dale kawasan memandangkan masa yang tidak mengizinkan. Utamanya mengenai ancaman hidupan liar. Di kawasan ambo di Nenggiri dikelilingi oleh hutan yang kaya dengan flora dan fauna yang unik. Namun begitu, keselamatan penduduk terdedah kepada bahaya apabila hidupan liar seperti beruang, gajah, harimau memasuki kawasan penempatan mereka. Ini berdasarkan aduan yang kerap diterima daripada penduduk di Felda Perasu RKT Jeram Tekoh, Sungai Asap, Kampung Batu 6, Kampung Serian Batu 11, 12, Kampung Jelekan, Kampung Cerek, Kampung Kala, RKT Meranto, Pos Pasik, Pos Simpoh dan Pos Gob serta Taman Agropolitan Rantau Manis.
Selain daripada itu, ambo juga dikhabarkan bahawa pihak perhilitan berdepan dengan kekangan bilangan perangkap yang sangat terhad untuk menangkap binatang buas. Atau beruang liar ini yang semakin kerap muncul. Tanpa perangkap yang mencukupi dan sistem tangkapan yang efisien maka risiko ini akan berlanjutan dan menjejaskan kesejahteraan penduduk kerana mereka terus terdedah kepada ancaman yang boleh membahayakan nyawa. Saya mohon pihak berwajib yang pertamanya, menambah bilangan perangkap yang sesuai untuk beruang dan haiwan liar yang lain. Yang kedua, menjalankan pemantauan yang
berkala terutamanya di zon kritikal dimana zon merah iaitu zon konflik antara hidupan liar dan manusia.
Seterusnya memberikan pendidikan dan kesedaran kepada penduduk kampung bagaimana ia bertindak pantas dan selamat apabila berhadapan dengan haiwan liar ini. Dato’ Speaker, keduanya mengenai masalah lampu jalan, sama seperti ADUN Jelawat tadi. Saya ingin membawa perhatian dewan kepada isu yang sangat kritikal ini bagi kawasan Nenggiri, terdapat rungutan daripada penduduk di perkampungan orang asli, pengguna sepanjang jalan Felda Perasu, Jeram Tekoh, Sungai Asap, Serian dan juga jajaran jalan D29 dan D23 yang masih memerlukan tambahan lampu jalan. Kekurangan lampu jalan ini bukan sahaja mendatangkan risiko kepada pengguna tetapi ianya juga memberi ancaman binatang buas malah turut menyebabkan kemalangan akibat struktur jalan yang mengundang bahaya kepada pengguna.
Saya dengan rendah diri memohon agar pihak berwajib dapat memberikan keutamaan dalam jadual pemasangan lampu jalan ini. Dato’ Speaker, yang ketiganya ialah isu liputan rangkaian telekomunikasi. Antara kawasan Nenggiri yang masih lagi belum ada menara telekomunikasi ni adalah di zon 3, Jeram Tekoh dan di kawasan Pos Gob. Terdapat beberapa, telah beberapa kali saya usulkan di dalam dewan yang mulia ini mengenai masalah liputan rangkaian telekomunikasi di negeri ini. Lebih menyedihkan di kawasan RKT Sungai Asap, Kampung Pulau Setelu dan Kampung Ana Limau Kasturi. Walaupun sudah mempunyai menara tetapi liputan rangkaian sering terputus dan tidak stabil dan ianya boleh dikatakan terjadi hampir setiap bulan. Hal ini menyebabkan pelajar sukar menduduki PDP dalam talian. Usahawan pula tidak dapat membuat transaksi atas talian. Malah hubungan kekeluargaan jarak jauh juga turut terganggu. Saya mohon penjelasan dari pihak berkenaan adakah liputan on-off ini berlaku di sebabkan upgrade daripada 4G ke 5G ataupun atas alasan-alasan lain? Tuntasnya telekomunikasi pada hari ini adalah asas kepada pembangunan ekonomi, pendidikan sosial dan rakyat Nenggiri tidak harus tertinggal daripada kemudahan ini.
Dato’ Speaker, isu keempat adalah mengenai isu keselamatan jalan raya. Saya ingin menyentuh keadaan jalan raya yang menjadi nadi utama perhubungan di kawasan DUN Nenggiri khususnya di Jalan D29, Jalan Gua Musang Jelawang dan D235, Jalan Jerek Bertam. Saya terlebih dahulu ingin merakamkan terima kasih pada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, pihak Kerajaan Negeri dan JKR Negeri Kelantan di atas tindakan pantas menyelesaikan masalah tanah runtuh di Kilometer 35.4, Jalan Gua Musang Jelawang di Kampung Meranto yang kini boleh dilalui dengan selamat oleh penduduk. Namun begitu, saya juga ingin menarik perhatian terhadap beberapa perkara yang masih menjadi kebimbangan kepada pengguna jalan raya. Antaranya ialah keadaan jalan rosak dan berlubang di Kilometer 31.5. Jalan Gua Musang Jelawang D29 yang berisiko tinggi menyebabkan kemalangan. Mohon agar peruntukan segera dapat disalurkan bagi membaik pulih jalan ini demi keselamatan pengguna di jalan D235, Jalan Jerek Bertam lama sering dilalui oleh lori yang melebihi had muatan dan jentera berat, ianya perlu diberi perhatian yang khusus kerana keadaannya boleh mengundang kemalangan. Ia kerana…ini kerana ianya merupakan jalan utama bagi anak-anak kita dari Kampung Bertam Baru, Bertam Lama untuk ke Sekolah Tengku Bendahara dan bagi sesi persekolahan dan merupakan jalan alternatif apabila musim perayaan.
Dengan ini saya memohon agar penambahan penambahbaikan segera di Jalan D29 Gua Musang Jelawang dan D235 agar tidak menunggu sehingga situasi yang menjadi lebih parah dan kritikal sehinggakan mengancam nyawa dan keselamatan penduduk. Dato’ Speaker, isu kelima ialah berkaitan dengan kemudahan fasiliti awam, padang bola, taman permainan komuniti dan tempat pelupusan sampah. Di kawasan Nenggiri terutamanya di Kampung Jerek, penduduk ataupun orang muda di kawasan tersebut ada memohon padang yang meneliti spesifikasi untuk anak muda serta komuniti menganjurkan perlawanan ataupun kejohanan-kejohanan bolasepak.
Saya mendapat tahu ada peruntukan melalui Kerajaan Negeri setiap DUN, satu padang yang mengspesifik spesifikasi ini dan saya mohon di DUN Nenggiri dapat dilaksanakan di kawasan Kampung Jerek ini. Saya juga
memohon agar taman permainan komuniti yang mesra dengan anak-anak kita dibina di kawasan di Kampung Pulau Setelu dan Zon 3 Jeram Tekoh. Kawasan ini memang tiada lagi kawasan taman permainan untuk anak-anak kita. Ianya menjadi permintaan utama penduduk di kawasan berkenaan. Tidak lupa juga ambo ingin memohon tempat pelupusan sampah yang teratur bagi kawasan-kawasan kampung tradisional di kawasan Nenggiri. Kebanyakan di kawasan tradisional ini mereka membuang sampah secara tidak teratur dan membuang sampah merata-rata terutamanya di kawasan sungai. Ianya mengundang rasa tidak elok di mata kerana kita mementing kebersihan kepada sungai kita. Jadi ambo mohon pembinaan atau tempat perlupusan sampah ini di kampung-kampung seperti di Kampung Limau Kasturi, Kampung Jerek dan Kampung Sedar. Dato’ Speaker seterusnya…Nenggiri juga menuntut pembangunan seimbang dimana di kawasan Nenggiri ada satu projek mega iaitu Empangan Nenggiri. Rakyat Nenggiri pastinya bakal dan akan berdepan dengan impak sosial dan alam sekitar yang amat besar. Ambo memohon rakyat Nenggiri bukan hanya menjadi pemerhati kepada pembangunan di tanah tumpah mereka sendiri. Mohon agar limpahan manafaat dari projek ini agar dihalakan kembali untuk meningkatkan taraf hidup dan sosial ekonomi masyarakat setempat Nenggiri. Ia merupakan peluang ekonomi yang baru cukup besar. Rakyat Nenggiri harus diberi keutamaan dan bimbingan untuk merebut peluang perniagaan di sekitarnya seperti program khas untuk eko-pelancongan yang diuruskan oleh komuniti tempatan serta memberi galakan dan modal untuk industri penternakan ikan air tawar yang berkala, berskala komersial.
Masa dua minit lagi.
Dato’ Speaker, saya juga ingin menyentuh mengenai…saya juga memuji langkah Kerajaan dalam memperuntukkan sebanyak RM62.88 Juta bagi pembangunan fizikal termasuk RM18 Juta bagi rumah mampu milik
Kelantan RMMK dan RM35 Juta bagi infrastruktur jalan, jambatan serta saliran. Namun jumlah ini masih kecil berbanding keperluan yang sebenar rakyat di seluruh jajahan. Isu bekalan air perlu dilihat bukan lagi sebagai masalah teknikal tetapi sebagai isu hak asasi rakyat. Masalah paip lama, tekanan rendah dan kualiti rawatan air perlu diselesaikan dengan pendekatan baru termasuk penggunaan teknologi rawatan modula, pelaburan bersama sektor swasta dan penyelenggaraan berasaskan prestasi. Setiap titis air yang sampai ke paip rumah rakyat adalah simbol kecekapan tadbir urus.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam hal pembangunan ekonomi rakyat, saya melihat usaha murni tetapi saya melihat ada usaha murni tapi belum menyeluruh termasuklah peruntukan RM8.9 Juta bagi memperdayakan ekonomi rakyat termasuk skim mikro usahawan. Program usahawan berdikari dan platform marketplace negeri adalah langkah baik. Ia membuka ruang kepada penjaja, petani dan anak muda berdikari. Namun kita perlu jujur, jumlah peruntukan ini hanya sekitar 0.6% daripada keseluruhan belanjawan.
Masa cukup dah Yang Berhormat.
Sikit lagi Dato’.
Banyak helai lagi ko?
Sikit lagi. [tertawa kecil] Saya penutup lah. Jadi saya ingin tegaskan disini, Pembangkang sebenarnya bukan musuh Kerajaan, Pembangkang ialah cermin yang mengukur supaya Kerajaan
tidak alpa. Kita semua melihat…kita semua mahu melihat Kelantan makmur, berdaya saing dan berjiwa Islam yang progresif. Tetapi rahmat tidak akan turun kepada sistem yang tidak jujur dan keberkatan tidak akan kekal dalam pentadbiran yang tidak telus. Jika kita berani berubah, memperbetulkan kelemahan dan menegakkan integriti dalam belanjawan maka tidak mustahil Kelantan akan menjadi contoh negeri Islam yang maju dan adil. Akhir kata Tuan Speaker, marilah kita jadikan perbahasan belanjawan kali ini bukan sekadar ritual tahunan tetapi titik perubahan supaya politik Kelantan “Dari Slogan Ke Sistem, Dari Retorik Ke Realiti Dan Dari Janji Ke Hasil. Sekian. Nenggiri menyokong.
Ok… siapa lagi? Pulai Chondong… sila.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ِ ِ ا ﻮ ۟إِن ﻤ ﻜ ُ ﲢ أَن سِ ﻟﻨﱠﺎ ٱ ﲔ ﺑ ﻢ ﺘ ﻤ ﻜ َ ﺣ ﺎ ﻬ ﻠ ﻫ أَ ﱃ إِ ﺖ ﻨ ﻣ َْ ﻷ ٱ وا۟ ﱡ ﺆ ﺗ أَن ﻢ ﻛ ُ ﺮ ﻣ ϩ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﱠ َٰٓ ـُ ُ َْ َْ َ ُ ْ َ وَإِذَا َ ْ َـٰ َـٰ َد ْ ُ ُ َْ َ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ﲑ ﺼ ﺑ ﺎ ﻴﻌ ﲰ ﺎ ﻛ َ ﻪﻠﻟﱠ ٱ إِن ﱠ ِۦٓ ﻪ ﺑ ﻢ ﻜ ُ ُ ﻈ ﻌ ﻳ ﻤﱠﺎ ﻌ ﻧ ﻪﻠﻟﱠ ٱ إِن ﱠ ﺪ ﻌ ْ ﭑﻟ ﺑ َِ نَ ْلِ ًۭا َ ً َ َ َ َ
Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya yang berhak, menerima dan apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan suruhanNya itu memberi pengajaran sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar dan sentiasa melihat.” - Surah An-Nisa’ ayat 58.
ﻟﻌﺎﳌﲔ ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi sedikit ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan ucapan belanjawan Negeri Kelantan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar dalam persidangan kali ketiga pada
tahun ini. Suka saya ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah pada Kerajaan Membangun Bersama Islam yang telah memerintah Kelantan selama 35 tahun dan baru ni kita telah sambut 35 tahun Kerajaan Membangun Bersama Islam dan juga sambutan 7 tahun PAS. Ini menandakan bahawa Kerajaan di bawah pimpinan ulama dan teknokrat dapat bertahan dengan begitu lama walaupun dulunya kita dihina dengan negeri gerhana, memerintah tiga, enam bulan hingga dua. tiga bulan tak mampu nak bayar gaji dan terbukti bahawa Kerajaan yang dipimpin oleh, oghe panggil Tok Lebai ni Alhamdulillah masih bertahan hingga ke hari ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Alhamdulillah Yang Berhormat Dato’ Panglima Perang telah membentangkan satu belanjawan yang seimbang, inklusif dan komprehensif walaupun menguruskan negeri dalam suasana ketegangan geopolitik dan juga perang tariff yang sedang berlaku antara kuasa besar Amerika Syarikat dan China. Alhamdulillah pertumbuhan ekonomi Kelantan bertumbuh daripada 3.6% pada tahun 2024 berbanding 2.6% pada tahun 2013. Walaupun dalam keadaan begini, Kerajaan Kelantan masih bertahan dan saya rasa telah masuk tahun kedua bajet yang dibentangkan melebihi RM1 Billion. Bukan sikit RM1 Billion ni. Alhamdulillah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya melihat teras atau fokus belanjawan yang dibentangkan ialah merangkumi empat perkara iaitu berkaitan dengan pembelaan dan pemberdayaan rakyat, keterjaminan makanan dan kemampanan ekonomi. Kesejahteraan rakyat dan kelestarian negeri. Dan juga yang keempat, pembangunan Islam, pendidikan dan modal insan. In Shaa Allah saya mengharapkan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Menteri Besar, In Shaa Allah dapat dilaksanakan sebaik mungkin dan dapat memberi pulangan kepada rakyat yang In Shaa Allah sudah pasti menantikan nikmat-nikmat hasil dan rezeki yang Allah anugerahkan secara adil dan saksama yang telah dianugerahkan kepada Negeri Kelantan.
Terima kasih pada Pihak Kerajaan yang telah memberikan beberapa peruntukan yang seimbang dengan teras-teras yang telah dinyatakan
tadi. Saya menyeru supaya setiap portfolio di bawah EXCO masing-masing dapat mempastikan harapan rakyat dan tanggungkjawab diberikan dapat dirasai oleh rakyat dengan seadil-adilnya. Ni yang YB Galas nok tadi dok? Semua kita nak keadilan. Tapi keadilan tu diterjemahkan ditafsirkan sebagai ﻣﻮﺿﻌﻪ ﰲ ء ﻟﺸﻲ ا ﺿﻊ و Kalau kita letak kasut atas kepala tu adil lah dan In Shaa Allah pihak penggulungan Dato’ MB akan mengulas kerana tadi kita gegey sikit bab keadilan. Ambo ucap terima kasih kepada YB Nenggiri adik kita, yang napok sedak dengar sikit. Deh? Hok Galas pun sedak jugok. Deh. Dua-dua sedak.
Baik, di sini saya ingin mencadangkan supaya...beberapa perkara, dari segi penggunaan modal insan...saya nampak walaupun dalam kekangan kita duit yang tidak banyak, KIAS perlu diambil berat diberi peruntukan yang lebih besar dan saya cadangkan KIAS membina satu mercu tanda benchmark. Banyak kita gi ke universiti-univerisiti, bila kita gi dia ada satu benchmark yang menampakkan gah nya universiti tersebut. Jadi KIAS ni saya tak nampak lagi. Tapi keno buwi pitih la ke KIAS nya, baru buleh laksanakan.
Yang kedua, saya nak syorkan Program Integrasi di antara sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan dengan sekolah-sekolah Tamil ataupun sekolah Cina diadakan Program Integrasi dalam bentuk aktiviti supaya boleh memupuk lagi semangat perpaduan di antara bangsa-bangsa yang ada di Negeri Kelantan ini walaupun kita tak dengar lagi 35 tahun ni tidak dengar lagi ada, bangsa-bangsa lain yang berarak dan sebagainya untuk melahirkan ketidakpuasan hati kepada Kerajaan Negeri. Alhamdulillah sebab tu saya sebut Negeri Kelantan boleh dijadikan model kepada perpaduan nasional. Dari segi sukan dan…sukan saya nak sebut tadi dalam soalan saya bertanyakan bab bola sepak. Saya sebut sini berkaitan dengan sepak takraw, bola dan sepak takraw merupakan sukan yang begitu diminati oleh rakyat di Negeri Kelantan. Saya cadangkan kepada gabungan sepak takraw Kelantan, Yang Berhormat EXCO boleh memberi sedikit sumbangan, tidak banyak, RM100,000 takpo doh. Untuk aktiviti dan juga apa saja sebagai contoh, sekarang sedang berlangsung
Kejohanan Sepak Takraw Tun Ali, kito tok gi tu bukei gapo, kito takdok pitih sebenarnyo. Hari-hari kito tengok dale Astro tapi Kelantan kita sekadar quadrant sahaja main empat oghe. Dio sebab gapo? Sebab bajet tok berapo ado.
Baik, saya nak cadangkan dari segi kebajikan dan sosial supaya, kita pernah sebut dulu diberikan sumbangan sikit Az-Ziwaaj kepada kedua-dua belah pihak. Hok jate pun buwi, hok tino pun buwi dan kalu molek nya diadakan program-program yang boleh menampakkan kemeriahan...bila kita bagi Az-Ziwaaj ni kita buat majlis ataupun macamana saya pun tak ingat, pernah dibuat ataupun tidak.
Masa ada dua minit lagi Yang Berhormat.
Ohh panje lagi dua minit tuh. Alhamdulillah. Baik…begitu juga ditambah bantuan-bantuan usahawan kepada OKU kerana di luar sana ramai OKU-OKU yang ingin berniaga tapi kadang-kadang mereka ini tidak ada modal untuk perniagaan. Saya nak pergi kepada sikit berkaitan dengan DUN saya di Pulai Chondong. Alhamdulillah sekarang dah ada Projek IBS, kolam air panas telah pun tersergam indah. Terima kasih kepada EXCO dahulu dan sekarang dan yang terkini nya…
[YB mencelah] mencelah. Pasir Tumboh mencelah.
Masa nak habis, tapi pasal... atas dasar Presiden BBC kita buwi lah.
Terima kasih YB Pulai Chondong. Soalannya ialah pasal duk main hal sepak takraw Yang Berhormat Speaker. Jadi saya nak tahu kedudukan ataupun prestasi...prestasi sepak takraw Negeri Kelantan ni, napok minat sangat tu saya nak tahu juga lah setaro mana.
Terima kasih. Sebenarnya EXCO sukan yang jawab ni. Tapi Alhamdulillah tahun ini dalam grand prit peringkat kebangsaan kita masuk separuh akhir dua kali dan akhir sekali. Prestasinya menggalakkan sebab tu saya nak pastikan kita takdok doh sukan hok kita napok kito buleh, nok jaga bola sepak kos dia tinggi sangat, bola sepak ni tak banyak sangat. Setahun RM200,000 tapi RM100,000 kito cari lah sebenarnya. Dio ado oghe-oghe kuat dio start doh loni ni. Baik terima kasih di atas soalan yang diajukan oleh YB Pasir Tumboh…
[YB mencelah] Baik soalan penjelasan
Saya ni oghe baik...buwi lah.
Buwi deh… ok...terima kasih pada Pulai Chondong. Persoalan saya tadi YB ada sebut pasal OKU, OKU ni minat main sukan jugok. Jadi agaknya patut tak Kerajaan Negeri memberikan bantuan jugak kepada OKU… dia panggil… pendengaran. Dia ada sukan oghe biasa ni, ada sukan paralimpik. OKU pendengaran ni dia kena suku… mugo dia gagoh cumo dia tok dengar jadi patut tak kita beri sokongan sebab ada satu tu persatuan sukan orang pekak Kelate. Baru ni dio menang dapat perak,
dapat emas dalam Kejohanan Sukan Orang Pekak Malaysia di Sarawak. Jadi mintak pandangan Yang Berhormat.
Saya rasa yang ni pun dalam makluman EXCO dan OKU ni berkaitan dengan YB Dato’ Kakni, In Shaa Allah akan dijawab oleh YB Kakni dan saya menyokong lah sebarang usaha untuk membantu OKU yang terlibat dalam sukan hingga ke peringkat kebangsaan. Baik. Dato’ kena tamboh ko ambo seminit deh. Jadi IBS ni saya difahamkan progres dia berjalan dengan baik tapi saya mohon supaya kerana dia ada program ni, projek ni bersama CIDB dan juga KDNK dipercepatkan kerana ia boleh memberi banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Begitu juga berkaitan dengan pusat rekreasi kolam air panas. Sekarang ni nampak berdaya maju, saya bukan cadang untuk Kolam Air Panas Tokbok saja. Kalau boleh diberi one-off kepada tempat-tempat perjuangan yang nampak berdaya maju supaya boleh ditambah baik keperluan-keperluan di pusat-pusat pelancongan. Satu rancangan saya supaya pihak pelancongan ataupun TIC mengadakan pertunjukan kebudayaan.
Masa dah habis YB…
Di pusat-pusat pelancongan ini supaya boleh menarik pelancong dengan lebih ramai. Jadi terima kasih Dato’ Speaker, saya mohon menyokong belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Sekian. Wassalamualaikum w.b.t.
Terima kasih. Saya persilakan Limbongan.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas sedikit tentang perbahasan pada hari ini. Alhamdulillah saya ingin fokus kepada kelestarian alam. Islam menegaskan kepada kita bahawa tentang kebersihan.
ِ . Prinsip ini bukan sekadar berkaitan dengan diri ن ِا ﺎ ﳝ ﻹ ْ ا ﻦ ﻣ ﺔ ﺎﻓ َ ﻟﻨﱠﻈ َْ ُ َ َ ataupun individu itu sendiri. Tetapi ia mencerminkan tanggungjawab sosial dan tadbir urus terhadap alam sekitar. Maka apabila Kerajaan memberi perhatian kepada agenda “Kelantanku Bersih” dan kelestarian persekitaran lestari melalui peruntukan sebanyak RM12 Juta dalam belanjawan 2026, ia adalah langkah yang amat bertepatan dengan tuntutan syarak dan keperluan semasa. Namun, kita perlu akui cabaran semasa berdasarkan dasar Kerajaan penghayatan Membangun Bersama Islam, hari ini kita melihat tugas dan kesedaran bukan terletak kepada pihak Kerajaan itu sendiri tapi kesedaran itu masih lemah lagi pada masyarakat di bawah sana tentang menjaga kelestarian alam. Cabaran semasa kita pada hari ini terutamanya kepada pihak Kerajaan tempatan masih terdapat kawasan yang menghadapi masalah kutipan sampah yang tidak teratur. Begitu juga tentang tapak pelupusan yang hampir penuh. Begitu juga dengan kenderaan-kenderaan yang sering rosak dan juga kesedaran yang kurang, oghe panggil kesedaran yang kurang tinggi seluruh masyarakat. Dengan ini untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan agenda ini saya ingin mencadangkan beberapa perkara.
Pertama, memperluaskan penswastaan pengurusan sisa pepejal di semua PBT bagi memastikan standard kebersihan yang lebih seragam dan efisien. Penswastaan ini boleh membantu meningkatkan mutu perkhidmatan melalui sistem pemantauan prestasi yang lebih ketat. Yang kedua, Kerajaan Negeri wajar mempertimbangkan inisiatif cukai atau pengiktirafan khas kepada syarikat hijau termasuk perniagaan yang mengamalkan konsep kelestarian seperti penggunaan tenaga solar,
bahan mesra alam dan pengurangan sisa plastik. Ini sejajar dengan ekonomi hijau yang turut memberi impak kepada peluang pekerjaan baru.
Yang ketiga dari aspek pendidikan. Pendidikan alam sekitar perlu diperkuatkan dalam kurikulum sekolah-sekolah YIK, generasi muda perlu dibentuk dengan kesedaran ekologi Islam, memahami bahawa menjaga alam sekitar adalah ibadah dan amanah daripada Allah SWT selaras dengan penghayatan Membangun Bersama Islam. Dato’ Speaker…Yang Berhormat Dato’ Speaker, negeri maju bukan semata-mata diukur pada bangunan yang tinggi atau angka pelaburan yang besar. Tetapi pada kualiti manusia yang membangunkan negeri tersebut. Data ekonomi semasa menunjukkan bahawa lebih 55% tenaga kerja Kelantan masih terlibat dalam sektor tidak formal. Dan hanya 23% memiliki latihan teknikal. Ini memberi isyarat jelas bahawa kita perlu memperkukuhkan pelaburan dalam bidang ilmu, kemahiran dan akhlak rakyat negeri ini. Saya menyambut baik langkah Kerajaan Negeri memperuntukkan RM181.71 Juta untuk pembangunan Islam, pendidikan dan modal insan dalam belanjawan 2026. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan untuk melahirkan rakyat yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik dan kemahiran tetapi juga berakhlak dan berjiwa Islam.
Namun saya ingin mencadangkan agar peruntukan ini disusun dengan lebih strategik dan berpaksikan kepada beberapa pendekatan. Pertama, memperkasakan latihan teknikal dan vokasional. Kita perlu memperluaskan peluang latihan terutamanya di bawah ILDAN, KIAS dan GLC Negeri bagi melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Anak-anak muda perlu digilap dan digalakkan untuk memilih bidang TVET dan vokasional yang mempunyai potensi pasaran kerja yang luas seperti automasi tenaga boleh baharu dan teknologi pertanian moden.
Yang kedua, cadangan yang kedua ialah Program Generasi Rabbani, saya mencadangkan supaya Program Generasi Rabbani dilaksanakan secara menyeluruh di Sekolah Menengah terutamanya di Sekolah Menengah Agama dan Pondok-Pondok. Program ini bukan sekadar tumpuan kepada ilmu agama tetapi juga menanam nilai kepimpinan, disiplin dan semangat
berkhidmat kepada masyarakat sekaligus Kerajaan dapat memastikan program-program dakwah dan pendidikan Islam sampai ke generasi muda di peringkat bawah.
Yang ketiga, penyepaduan pendidikan Islam dan STEM. Sudah tiba masanya sistem pendidikan Negeri mengimbangkan ilmu agama dan sains moden. Pelajar kita perlu didedahkan kepada pendidikan Islam yang berbentuk akhlak dan pada masa yang sama menguasai STEM iaitu Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Gabungan dua aliran ini melahirkan generasi yang bijak dan berakhlak tinggi.
Yang terakhir ialah cadangan saya penubuhan dana latihan modal insan negeri. Saya mencadangkan supaya diwujudkan dana latihan modal insan negeri dengan sasaran melatih sekurang-kurangnya 5,000 anak muda setiap tahun dalam pelbagai bidang kemahiran. Dana ini boleh dilaksanakan melalui kerjasama GLC, Institusi Pendidikan Negeri dan Pihak Industri Tempatan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, pembangunan modal insan tidak akan berjaya tanpa sokongan komuniti dan pimpinan setempat. Kita perlu libatkan masjid, pondok, pusat komuniti dan NGO Islam dalam membimbing anak muda ke arah hidup yang produktif dan bermaruah serta berprinsip Islam. Dengan itu, saya menyokong belanjawan 2026 maka marilah kita jadikan pelaburan dalam modal insan sebagai pelaburan jangka panjang negeri dengan manusia yang berilmu, berakhlak dan berkemahiran. In Shaa Allah Kelantan akan terus maju, makmur dan diberkati. Terima kasih.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ر و ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Dipersilakan Wakaf Bharu.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
ﻟﻌﺎﳌﲔ ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana telah memberi ruang kepada Wakaf Bharu dalam… mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan bagi Kelantan 2026 yang bertema kan “Kelantan Sejahtera, Prihatin Rakyat, Ekonomi Berkat, Negeri Rahmat.” Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam kesempatan yang ada pada petang ini. Wakaf Bharu merafak sembah setinggi-tinggi junjung kasih kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Muhammad Ke-V atas penganugerahan darjah kebesaran Seri Mahkota (SMK) kepada Wakaf Bharu. Sesungguhnya penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat besar dan penuh bermakna kepada rakyat Wakaf Bharu. Junjung kasih Tuanku.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Wakaf Bharu juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan bersama barisan EXCO yang telah membentangkan Belanjawan Negeri Kelantan Tahun 2026 dengan penuh tanggungjawab dan berpaksikan kesejahteraan rakyat. Saya juga ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada EXCO Kerajaan Tempatan kerana telah mendapat peruntukan menaik taraf Padang Rekreasi Puteri Saadong dalam DUN Wakaf Bharu. Namun begitu saya masih memerlukan beberapa peruntukan lagi untuk melengkapkan lagi taman tersebut. Kemudahan ini untuk memberi manfaat kepada lebih ramai pengunjung terutamanya golongan belia dan keluarga.
Penghargaan juga ditujukan kepada EXCO Pelancongan dan Kesenian kerana telah meluluskan peruntukan bagi menghasilkan karya mural yang menterjemahkan identiti Wakaf Bharu sebagai pusat ekonomi rakyat sekaligus sebagai pekan pelancongan. Alhamdulillah hasil daripada itu kita dapat lihat rakyat mendapat kemudahan Padang
Rekreasi Puteri Saadong dengan pelbagai pengisian aktiviti riadah serta kekeluargaan yang menyemarakkan semangat gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat Wakaf Bharu.
Belanjawan Negeri Kelantan 2026 yang bernilai RM1.43 Billion merangkumi empat teras iaitu pembelaan dan pembudayaan rakyat, keterjaminan makanan dan kemampanan ekonomi, kesejahteraan rakyat, kelestarian negeri dan paling utama pembangunan insan, pendidikan dan modal insan. Belanjawan ini melambangkan keprihatinan Kerajaan Negeri yang berterusan terhadap kebajikan rakyat mesikpun berhadapan dengan pelabgai tekanan serta cabaran. Pertama fokus yang saya akan ketengahkan iaitu kebajikan dan pembelaan rakyat. Saya menyambut baik langkah Kerajaan Negeri menguruskan pelbagai skim bantuan seperti Khairat Kifaalah, gerbang Az-Ziwaaj, Al-It’am Tabung Serambi Mekah iaitu tabung kepada mangsa bencana. Skim bantuan tersebut terbukti memberi impak yang besar kepada rakyat di DUN Wakaf Bharu di mana ratusan menerima, mendapat manfaat setiap bulan. Ini lah bukti bahawa dasar penghayatan Membangun Bersama Islam bukan sekadar slogan tetapi diterjemahkan melalui tindakan yang nyata.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang kedua, pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam. Saya ingin menarik perhatian terhadap Taman Perumahan, Taman Sari Periuk yang merupakan taman yang paling awal yang berada dalam DUN Wakaf Bharu. Walaupun taman ini telah lama dibangunkan namun masih banyak kemudahan awam yang perlu dibangunkan seperti Tempat Rekreasi yang sesuai termasuk dewan serbaguna yang amat diperlukan bagi penganjuran, aktiviti kemasyarakatan setempat. Maka saya memohon agar pihak Kerajaan dapat mempertimbangkan peruntukan khas bagi menaik taraf kawasan ini demi keselesaan dan kebajikan penduduk setempat. Di samping itu infrastruktur seperti longkang juga sangat diperlukan bagi mengelakkan banjir kilat berlaku di kawasan tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang ketiga... memperkasakan ekonomi tempatan. Saya juga ingin menyatakan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana mengambil langkah untuk menguruskan pelbagai
bantuan peruntukan kepada usahawan tempatan seperti pembangunan Usahawan Tani Al-Falah, Usahawan Belia, Usahawan Armalah, Usahawan Wanita dan Bantuan Infrastruktur Usahawan. Program sebegini amat bermakna di hati rakyat kerana di samping mendapat, mengukuhkan ekonomi keluarga, para usahawan berpeluang mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan muda dan wanita yang seterusnya dapat menyumbang kepada KDNK.
Saya juga ingin menyambut SKIM baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan iaitu SKIM Bantuan Mikro iaitu peruntukan RM4.5 Juta telah diberikan peruntukan untuk pinjaman selain daripada peruntukan-peruntukan lain dalam bentuk SKIM Bantuan Mikro iaitu pinjaman sebanyak maksima RM10,000 setiap pemohon yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri. Inisiatif ini amat bertepatan dengan keperluan semasa kerana ia membantu usahawan kecil mengembangkan perniagaan tanpa perlu bergantung kepada pinjaman tidak berlesen ataupun terperangkap dengan sindiket penipuan atas talian seperti along dan scam pelaburan yang tidak wujud. Hari ni kita masalah yang menimbul di kalangan terutamanya peniaga-peniaga kecil iaitu oghe nego kecil ni, dia nok modal mudoh, kadangkala dia tok banyok perlu, hanya RM5,000 sahaja. Jadi oleh kerana itu dia terpaksa cari jalan mudah, ada yang terperangkap dengan along sehingga bayar sampai 5 kali ganda. Jadi oleh kerana itu, usaha ini, peruntukan ini, semoga ianya dapat membantu peniaga-peniaga kecil, cuma cara perlaksanaan Wakaf Bharu mengharapkan supaya permudahkan urusan supaya, peniaga-peniaga kecil ini dapat memberi manfaat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, antara yang ingin dibangkitkan oleh Wakaf Bharu ialah liputan internet. Sebelum ini saya pernah bangkit dalam dewan ini Alhamdulillah telah banyak mendapat perhatian dan telah membina menara melalui Kerajaan Negeri dan juga SKM dan masih ada beberapa lokasi antaranya Salak Timur, Padang Mandur dan Jeram Melintang. Saya ingin mengharapkan supaya dapat diambil tindakan supaya terutamanya di kalangan anak-anak kita nak belajar, oghe-oghe nego loni guno online. Jadi itulah yang menjadikan harapan kami di Wakaf
Bharu ni supaya untuk memberi keselesaan kepada rakyat Wakaf Bharu. Jadi akhir sekali Wakaf Bharu menyokong pembelanjawan 2026.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و
Terima kasih. Saya persilakan Pantai Irama.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Alhamdulillah [bacaan doa] Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, memberi peluang kepada Pantai Irama menyampaikan ucapan dalam perbahasan Belanjawan Kelantan Tahun 2026. Alhamdulillah. Terutamanya mengatur kesyukuran kepada Allah SWT dan mengucapkan syabas tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Panglima Perang atas pembentangan Belanjawan Negeri Kelantan Tahun 2026, Khamis lalu di dewan yang mulia ini dengan penuh semangat kecaknaan dan penuh berkeyakinan dalam menunaikan satu amanah besar yang melambangkan tekad serta visi Kerajaan Negeri bagi terus memacu Negeri Kelantan berpaksikan Maqasid Syariah yang menjadikan teras penggerak kepada penghayatan Membangun Bersama Islam. Boleh rujuk muka surat 7. Tema belanjawan tahun ini “Kelantan Sejahtera, Prihatin Rakyat, Ekonomi Berkat, Negeri Rahmat” adalah tema Belanjawan Kelantan 2026 sebagai keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan kesejahteraan sosial.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagaimana muka surat 3, sektor pertanian merupakan penyumbang kedua terbesar ekonomi Kelantan memulih kepada 2.8% berbanding dengan pengucupan 1.6% yang dicatatkan tahun 2023. Ini didorong oleh prestasi baik sektor tanaman dan perikanan. Kesempatan ini Pantai Irama mengucapkan tahniah kepada Kerajaan khususnya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian
berjaya menjadikan Pertanian Al-Falah, membantu rangsangan ekonomi Kelantan. Sektor pertanian menjadi nadi kepada ekonomi Kelantan. Ramai rakyat kita bergantung kepada hasil bumi, sama ada tanaman padi, kelapa, tembikai, sayur-sayuran juga termasuk ternakan, lembu, kerbau dan sebagainya. Dengan perubahan zaman, pertanian kini perlu digerakkan ke arah kemajuan yang berteraskan syariah dan teknologi moden. Pendekatan Al-Falah memberi roh kepada pembangunan ini. Ia menggabungkan ilmu iman dan inovasi. Pendekatan Al-Falah memberi roh kepada pembangunan sektor pertanian. Pertanian bukan saja pekerjaan tetapi ia satu ibadat dan juga jihad ekonomi. Pantai Irama mencadangkan penglibatan belia dan sokongan Kerajaan penting sebagai langkah strategik, menjamin sekuriti makanan dan kemandirian ekonomi negara.
Kenalpasti belia yang berminat dan ada potensi, kursus dan motivasi membantu belia menguasai ilmu moden, sistem fetergasi, pertanian pintar dan penguasaan agro ekonomi. Dengan sokongan padu Kerajaan dari segi latihan, modal dan juga teknologi. Golongan muda mampu menjadikan pertanian sebagai sumber sektor moden, berdaya saing dan berkat. Kedua, dalam sektor penternakan merupakan satu komponen penting dalam menjamin kitaran ekonomi yang dan sekuriti makanan negara. Sektor ini berdepan dengan cabaran termasuk kesan perubahan cuaca, peningkatan kos makanan ternakan. Ancaman penyakit haiwan dan saingan harga dan pasaran juga kita mengharapkan agensi-agensi pertanian yang terlibat KPKB, Perbadanan Pertanian dan sebagainya. Lain-lain agensi bagi membantu dalam usaha menggerakkan usaha menambahbaikan dalam sektor penternakan. Pantai Irama mencadangkan memperkasakan dengan teliti program latihan bagi penternak bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan penternakan yang baik teknik pemakanan haiwan dan pengendalian biosekuriti.
Yang kedua menggalakkan penggunaan teknologi, teknologi moden dalam penternakan seperti sistem automasi untuk memberi makanan dan minuman serta penggunaan aplikasi untuk memantau kesihatan haiwan dan pengurusan ladang. Yang ketiga, membangunkan Pusat
Rawatan Veterinar yang lebih banyak dan diakses untuk memberi penjagaan kesihatan yang lebih baik kepada haiwan ternakan dan cadangan yang keempat, mengharapkan amalan pengurusan sumber yang lestari termasuk pengurusan tanah dan air yang lebih baik dan untuk mempastikan kesinambungan sumber makanan haiwan.
Yang kelima, mewujudkan jaringan pemasaran yang lebih baik untuk produk ternakan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam Sektor Pelancongan boleh merujuk muka surat 20 terus, ucapan Menteri Besar sebanyak RM7.6 Juta diperuntukkan bagi program pelancongan dan kebudayaan serta pembangunan infrastruktur pelancongan. Usaha ini akan memperkukuhkan Kelantan sebagai destinasi pelancongan Islam sekaligus menjana pendapatan komuniti tempatan menerusi industri kecil dan sederhana. Kesempatan ini juga diucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Kerajaan terutama EXCO Pelancongan Ayer Lanas yang telah memperkenalkan program-program dan aktiviti baru dalam memperhebatkan industri pelancongan termasuk dua hari lepas dan karnival baru, meme hebat dan sepatutnya... tahniah Jelawat, tempat lokasi... mempunyai karnival baru dan pernah EXCO kita buat Pesta Mmukat juga menjadi tarikan kepada pelancong dalam dan luar negeri. Dan perlu dengan tidak mengabaikan juga lokasi-lokasi lama yang menjadi tempat tarikan pelancong. Kalau di Bachok, Kubu Jepun Kuala Gam yang perlu diberi penambahbaikan yang saya yakin ianya juga tempat yang sangat strategik untuk pelancong. Tanpa usaha menjaga dan mempromosikan pusat…
Dua minit…
Heh? Dua minit? Ho nok habis doh. Kerajaan juga perlu menambahbaikan kepada aktiviti luncur ombak musim monsun timur laut yang diadakan di Pantai Impian, Kemasin Bachok yang juga menarik perhatian pelancong dalam dan luar negeri. Kemudahan akses jalan infra dan lain-lain
kemudahan perlu diberi perhatian. Kerajaan juga perlu mengambil perhatian dalam memelihara seni warisan tradisional Kelantan seperti wayang kulit, dikir barat, berbagai jenis warisan silat, silat cekak, silat gayung, silat tari, silat pulut, silat jatuh dan lain-lain silat. Kerajaan Negeri dicadangkan menubuhkan pusat latihan, seni warisan dan persilatan Kelantan yang berperanan sebagai institusi penyelidikan dan latihan dan pemeliharaan seni bela diri tradisi berteraskan Islam.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebanyak RM13.2 Juta diperuntukkan bertujuan memperkasakan dasar-dasar berkaitan dengan anak muda. Warga wanita, warga emas dan Program Az-Ziwaaj sebagaimana apa yang disebut oleh Pulai Chondong tadi. Khususnya kepada Program Az-Ziwaaj dalam usaha menangani masalah sosial di kalangan anak muda. Skim ini menyediakan saguhati atau bantuan sekali bayar RM1,000 kepada pasangan pengantin baru yang memerlukan dan di page rasmi dan laporan media menunjukkan puluhan ribu pasangan telah menerima manafaat ini. Pantai Irama mencadangkan selain daripada kursus pra-perkahwinan, kursus lanjutan kaunseling, pengurusan rumah tangga, pengurusan kewangan bagi membantu pasangan muda baru ini menjalani kehidupan dan juga amat setuju diadakan Program Rai Cinta ataupun Program Kesyukuran Bekwoh Perdana yang boleh memberi ransangan kepada anak-anak muda lain untuk menguruskan kehidupan dengan dengan baik. Dan yang terakhir sekali. Potong doh setengoh tu pengetua. Eh, Dato’ Speaker. [YB tertawa kecil]
Akhir sekali Yang Berhormat Dato’ Speaker, boleh disimpulkan bahawa Bajet 2026 yang dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar menunjukkan hasil Kerajaan meningkat, perbelanjaan mengurus kekal terkawal dengan nilai semangat muafakat yang kuat dan yakin hasrat untuk jadikan Kelantan Sejahtera tercapai. Pantai Irama yang mewakili rakyat Pantai Irama mengucapkan jutaan terima kasih di atas kemudahan infra yang telah dan sedang yang akan diuruskan terutama dalam bajet 2026 ini RMMK, Rumah Mampu Milik yang diperuntukkan kepada Bachok RM08.0 Juta di Telong, saya mewakili rakyat Bachok mesranya mengucap terima kasih penghargaan kepada Kerajaan.
Bajet kita belanja mesra, Ada semangat nilai muafakat, Tema bajet Kelantan Sejahtera, Prihatin Rakyat Ekonomi Berkat. Pantai Irama pohon menyokong, sekian.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و
Terima kasih Pantai Irama. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Kuala Balah.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya bercadang asalnya nak bercakap banyak mengenai ekonomi dan juga modal insan tapi saya akan skip semua yang telah disebutkan oleh rakan-rakan dalam dewan sebentar tadi. Ini bertujuan untuk menjimatkan masa. Berasaskan peningkatan KDNK Kelantan sebanyak 3.6%. Tahun 2023 dan 2024 dan juga berasaskan nilai pelaburan Kelantan meningkat sebanyak 90%. 23,24. Bagi memastikan momentum ini, momentum pertumbuhan ini terus dipertahankan tumpuan pelaburan perlu digerakkan secara strategik mengikut kekuatan geografi dan juga keunikan kawasan masing-masing. Saya berpandangan sekurang-kurangnya tiga bandar baru yang wajar diberi perhatian sebagai pemangkin ekonomi masa depan Negeri Kelantan.
Pertama, Tok Bali. Kita tahu di Pasir Puteh berpotensi dibangunkan sebagai hub-pelaburan Timur yang menggabungkan pelabuhan perikanan moden, terminal, kargo laut dan industri makanan halal. Kedudukan strategik nya pesisir Laut China Selatan memberi nilai
tambah untuk dijadikan pusat eksport hasil laut dan logistik Selatan. Sekaligus memperkukuh hasil negeri melalui perdagangan dan pelabuhan.
Kedua, Bandar Baru Tunjong kita juga tahu berpotensi untuk menjadi hub-bandar raya moden berasaskan seksyen ECRL yang menghubungkan Kelantan dengan Lembah Klang. Pembangunan Zon Pedagang Bebas, Tunjong akan mewujudkan pusat perniagaan digital, perkhidmatan kewangan Islam dan pelancongan bandar moden dan berdaya maju.
Yang ketiga, Jeli. Sebagai pintu masuk dari Utara dan Barat Malaysia bersesuaian untuk sebagai bersesuaian dengan taraf bandar paling bahagia. Jajahan ini boleh diisytiharkan sebagai jajahan pelancongan dengan alam semulajadi dan masyarakat setempat yang mesra pelancong. Disini terdapat banyak lokasi boleh dinaik taraf sebagai kawasan pelancongan di peringkat nasional dan antarabangsa. Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli telah menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 lokasi untuk dijadikan sebagai resort pelancongan. Pembangunan bandar adalah antara petunjuk utama kemajuan sesuatu negeri. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri kerana telah berjaya melancarkan blueprint Bandar Pintar Negeri Kelantan 2040. Mensasarkan pembangunan perbandaran menggunakan teknologi moden berpaksikan nilai Islam dan moral.
Saya yakin PBT ada pelan pembangunan strategik masing-masing seperti yang dibangunkan oleh Majlis Daerah Jeli saya tahu. Saya berharap pelan strategik PBT selari dengan blueprint Bandar Pintar Negeri seperti yang telah dilancarkan baru-baru ini. Negeri Kelantan mempunyai potensi besar telah disebutkan oleh Yang Berhormat Tunjong tadi...err Tendong tadi. Saya tidak bercadang hendak memberi penjelasan ataupun dengan lebih detail tetapi saya berharap kita akan memutuskan dalam dewan ini apakah pendirian kita jikalau RNEE ini memasuki ruang kawasan kita. In Shaa Allah. Di samping pembangunan kawasan bandar, jangan pinggirkan masyarakat kampung sektor pertanian memberi impak yang besar, bukan sahaja bagi kecukupan makanan tetapi mewujudkan bukan sahaja, bukan mewujudkan peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi
negeri. Keadaan infra di kawasan pedalaman perlu diberi perhatian yang serius. Bertujuan untuk membangunkan kawasan tanah terbiar memudahkan orang kampung, khusus kampung saya sebutkan sini iaitu Lubuk Bongor, ia mempunyai penduduk 3,000 orang. 240 buah rumah berkerja di tanah milikan PKNK hanya disebelah di padang kampungnya yang dipisahkan oleh Sungai Pergau.
Saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan mengambil inisiatif membina sebuah jambatan untuk penduduk kampung tersebut pergi ke taman atau pergi ke kebun-kebunnya untuk menjalankan kerja-kerja pertanian dan pada masa yang sama boleh memberi keselesaan kepada penduduk di situ untuk bekerja di ladang Lubuk Bongor hanya bersebelahan kampung mereka. Pada masa kini mereka terpaksa pergi ke satu kampung lain yang jauhnya sampai 10 kilometer hanya untuk pergi dan jarak yang nampak daripada rumah ke kebun tersebut. Pembangunan modal insan saya memang bercadang hendak bercakap juga telah disebut oleh Limbongan tadi saya skip untuk memberi masa kepada rakan-rakan lain.
Saya ingin menyentuh tentang inisiatif Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan petani dan penternak yang banyak menyumbang kepada kestabilan ekonomi Kelantan. Bantuan khas sejahtera tani merupakan langkah yang sangat bermakna dan wajar diteruskan. Bantuan ini bukan sahaja meringankan beban golongan tani tetapi turut menjadi jaring keselamatan sosial apabila mereka dengan bencana alam seperti kemarau, banjir dan sebagainya yang sering berlaku di kawasan-kawasan pendalaman. Begitu juga serangan binatang liar yang terjadi hampir setiap minggu, setiap malam yang telah merosakkan tanaman dan juga ternakan penduduk-penduduk tempatan. Saya mohon supaya pertimbangan yang serius daripada Kerajaan Negeri agar bantuan ini diperuntukkan secara khusus dan berterusan. Itu sahaja daripada saya, dengan ini saya menyokong penuh Belanjawan 2026. Terima kasih.
Terima kasih. Dipersilakan Gual Ipoh.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Dan terima kasih kepada YB Dato’ Speaker kerana memberi laluan kepada Gual Ipoh untuk turut berbahas pada Bajet 2026. Saya nampak cadangan saya ni ke arah futuristic sikit. Namun ia adalah perlu kerana kita bercakap tadi banyak mengenai dengan beberapa perkara yang Kelantan kita ni khususnya di Kota Bharu dengan projek-projek yang telah pun tercatat dan dirancang yang mana kita bimbang atau khuatir kepada berlaku nya bottle net ataupun kesesakan terlampau di Kota Bharu khususnya sebagaimana Bandar Baru Tunjong dengan Madinah As-Salam yang menjadi pusat central nanti yang bersepadu dengan ECRL yang kata tadi daripada Lembah Klang ni yang highspeed rail ni akan sampai ke Tunjong juga disitu dibina terminal bersepadu KB Central dan juga adalah laluan terakhir iaitu CSR, Central Spine Road yang juga akan bersambung dengan projek yang telah diluluskan iaitu pembesaran lebuhraya empat lorong daripada Rantau Panjang ke Pasir Mas dan juga pembinaan Jambatan Sungai Golok.
Yang kedua sebagai pintu masuk utama kepada Negeri Kelantan. Keduanya ialah juga kita tahu bahawasanya Lapangan Terbang Antarabangsa kita, airport Sultan Ismail akan dinaiktaraf menjadi International Airport. Yang menjadi pintu masuk dan keluar utama kepada bukan sahaja Negeri Kelantan malahan rantau ni, Terengganu, Selatan Thailand dan sebagainya. Seterusnya kita juga sering ataupun dengar iaitu kita meminta supaya LPPT 3 yang juga nanti akan bersambung kepada Pasir Puteh dan seterusnya projek yang bakal berlangsung juga adalah pembinaan lebuhraya daripada Kubang Kerian ke Bachok dan kita juga telah ataupun sedang berlaku projek iaitu penyambungan ataupun jambatan daripada Tumpat iaitu di Palekbang ke Kampung Banggol. Jadi sudah tentu ia akan menyebabkan bertambahnya jumlah kesesakan yang tidak mungkin terkawal suatu hari nanti kepada Kota Bharu maka satu alternatif baru dan saya mencadangkan supaya membina satu lingkaran Skyway, tak kira lah nak nama lingkaran apa pun.
Lingkaran Madinah As-Salam ko, lingkaran…ataupun Link Skyway ko dan sebagainya. Yang pasti ia akan menyambungkan kepada beberapa jalan-jalan tadi supaya kita boleh akses dengan airport dan pusat bandar termasuk dengan jalan baru Jambatan Palekbang dan Kampung Banggol tadi dan Madinah As-Salam yang tentunya ape ni, menjadi sibuk kerana di situ lah pusat bersepadu perbandaran baru.
Cadangan kepada kita juga memohon supaya cadangan ni diangkat kepada Persekutuan dan mungkin pihak Kerajaan Negeri boleh memulakan dengan pelan dia dulu. Sebab kita minimakan penggunaan tanah kerana ia adalah Skyway dan mungkin juga boleh diajukan dan diutarakan kepada syarikat konsensi. Saya rasa tidak menjadi masalah sekiranya jalan ini dibina secara ber-tol sebab untuk akses daripada Madinah As-Salam ataupun Tunjong kepada airport, kalau dengan keadaan situasi yang ada pada hari ini mengambil masa tak kurang daripada setengah jam juga, banyak traffic light dan sebagainya. Jadi mungkin dengan ada nya Skyway ni kita hanya mengambil masa hanya sekitar 5 minit ataupun 10 minit untuk melepasi bandar Kota Bharu. Jadi saya check dengan chatgpt tadi ada pantun sikit. [kedengaran para YB tertawa] Berkenaan dengan Skyway...
“Burung helang meniti awan, Awan nipis berarak pergi, Lingkaran Skyway kita bangunkan, Kota Bharu naik bertaraf dunia nanti.”
“Ombak kecil di Pantai Cahaya Bulan, Perahu layar menuju persisiran, Skyway bukan sekadar jalan, Ia jambatan masa depan menuju moden dan futuristic.”
“Kain songket benang dicelup, Sulaman emas halus tenunan, Skyway mengangkat bandar berkelompok, Madinah As-Salam jadi pusat kesatuan.”
In Shaa Allah. Seterusnya, cadangan daripada saya adalah, ni kerana banyak kali gi melawat ni deh... Jadi iaitu adalah Kota Bharu Waterfront. Kalau kita tengok di persisiran Sungai Kelantan yang persisiran bandar Kota Bharu memang sesuai untuk dibina satu waterfront yang bermula daripada Kampung Sireh sehingga ke melepasi Jambatan di Palekbang ke baru ni… ke Kampung Laut ataupun Banggol Pulau Pisang yang melepasi Tokong Mek. Ado Tokong Mek situ, tok tahu lah oghe panggil Tokong Mek kei? Betul kei?
Ok maka dengan pembinaan… apa nama… waterfront ini, dia akan menjadikan bandar Kota Bharu sebagai aero-tropolice Pantai Timur sebab mungkin kita boleh mewujudkan satu cruise untuk persiaran sebagaimana yang ada di Bangkok, di Guangzhou, termasuk juga lah di Melaka ataupun di Kuching Waterpark. Jadi persisiran sungai ini dalam masa kita membina waterfront juga hendaklah diperbanyakkan pokok-pokok ataupun taman-taman-taman rekreasi bagi penduduk untuk beriadah ataupun berekreasi supaya apa ni…tekanan ataupun mental boleh dilepaskan ataupun terjamin.
Dalam konsep melaksanakan waterfront ni yang kita juga boleh menggunakan kaedah bersistem konsensi dimana syarikat yang akan memajukan ape ni…cruise tadi ataupun waterfront ini boleh membinanya dengan begitu indah dan baik. Kemudian Kerajaan Negeri sudah tentu memperolehi hasil daripada perkhidmatan itu. In Shaa Allah. Yang ketiganya, kita juga di Kota Bharu ini seringkali bila berlaku hujan, maka kelihatan berlaku takungan air ataupun banjir kilat.
Dua minit YB…
Maka kita mencadangkan supaya ada satu laluan longkang bawah tanah yang besar dan terus mengalirkan air berkenaan kepada sungai Kelantan. Akhirnya, selanjutnya saya juga ingin menyentuh lah mengenai DUN saya
iaitu DUN Gual Ipoh. Jadi sebagaimana yang kita… yang saya selalu sebut DUN Gual Ipoh ini adalah seperti terkepung ataupun tidak ada penyambungan jalan-jalan dengan kawasan Selatan sedangkan di sana juga pihak Galas dan Nenggiri ada Kelantan, South Kelantan authority, di development authority ni iaitu KESEDAR ni tetapi saya di..satu-satunya DUN di Gual Ipoh yang termasuk dalam kawasan KESEDAR bersama dengan keseluruhan Jeli, bersama dengan keseluruhan Kuala Krai dan keseluruhan Gua Musang. Namun kita boleh dalam menghubungkan jalan ini direalisasikan maka sudah tentu bukan sahaja Gual Ipoh yang mendapat manafaat daripadanya. Malahan Dabong di Biak dan di Jelawang, begitu juga dengan Mengkebang dan sebagainya termasuk lah di Kuala Balah dan Bukit Bunga contohnya kita masih belum berhubung.
Saya suka menarik perhatian kepada satu jalan yang dicadang iaitu jalan daripada Ulu Bentan ke Air Chanang di kawasan Bukit Bunga yang hanya sekitar dalam 10 kilometer sahaja. Hari ini pihak-pihak penanam durian telah memohon dengan saya untuk membuat jalan secara sendiri termasuklah memohon batu, kalboard dan sebagainya sehingga sudah 4 kilometer terbinanya jalan itu. Masih berbaki lagi hanya sekitar 6 kilometer sahaja dan sekiranya berlaku jalan ini maka sudah tentu pengaliran kenderaan juga memasuki Gual Ipoh. Kalau kita tengok geografi Gual Ipoh ini sangat-sangat lah tidak kondusif dan boleh…
Masa dah habis YB.
Boleh ape ni…masyarakat nya berdikari, mandiri dan kendiri kerana ianya terkepung yang saya katakan tadi. Oleh kerana masa telah pun berakhir maka saya dengan ini menyokong bajet ataupun belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar iaitu Bajet 2026. Sekian terima kasih.
Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Bukit Bunga.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kerana memberi ruang kepada Bukit Bunga untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Kelantan Tahun 2026 yang bertema kan “Kelantan Sejahtera, Prihatin Rakyat, Ekonomi Berkat, Negeri Rahmat”. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta seluruh jentera Kerajaan Negeri atas usaha gigih merangka belanjawan yang menyeluruh berpaksikan Kesejahteraan Rakyat dan Kelestarian Ekonomi Negeri.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, belanjawan 2026 hadir pada waktu yang mencabar ketika negeri dan negara sedang berhadapan dengan perubahan iklim. Tekanan kos sara hidup serta keperluan memperkukuh sektor pertanian dan pendidikan. Laporan terkini oleh DOSM melalui agriculture cencus 2023 interim report dengan izin, menyebut bahawa sektor pertanian di Kelantan melibatkan lebih 82,000 isi rumah dan menyumbang kira-kira 22% kepada KDNK negeri. Ini menunjukkan potensi besar negeri kita dalam sektor agro makanan dan keterjaminan makanan di sisi lain Kelantan turut mengekalkan keunggulan nya sebagai negeri pendidikan akhlak tradisional dengan ratusan institusi pondok, tahfiz dan madrasah yang terus memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, institusi pondok, tahfiz dan madrasah bukan sekadar warisan pendidikan Islam tetapi institusi sosial dan intelektual yang telah membentuk agar kekuatan masyarakat Kelantan sejak berabad-abad. Di sini lah lahirnya generasi ulama, pendidik dan
pemimpin yang menjadi penyambung, rantaian ilmu daripada zaman Tok Kenali hingga kini. Namun Yang Berhormat Dato’ Speaker, dunia yang kita diami hari ini sudah berubah. Kita kini berhadapan dengan gelombang digitalisasi liberalism pemikiran, tekanan ekonomi dan pertembungan nilai global dalam realiti baru ini, lulusan pondok tidak lagi boleh hanya menjadi penjaga ilmu tetapi mesti menjadi ejen perubah. Pembimbing masyarakat yang mampu mentafsir Islam dalam konteks moden serta memimpin perubahan sosial dengan hikmah dan kebijaksanaan. Belanjawan 2026 yang memperuntukkan RM9 Juta bagi pembangunan institusi agama amat dialu-alukan tetapi izinkan saya menyarankan supaya pendekatan ke arah pemberdayaan pondok ini dilakukan secara lebih menyeluruh dan berpaksikan hasil outcome base dengan izin bukan sekadar dengan bantuan tahunan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, langkah Kerajaan ke arah akreditasi pondok Negeri Kelantan, APK amat tepat tetapi perlaksanaan nya perlu diperluas daripada sekadar pendaftaran kepada transformasi sistem pendidikan Islam negeri. Saya mencadangkan supaya kurikulum pondok-pondok diberi ruang integrasi dengan ilmu kontemporari seperti pentadbiran Islam, teknologi maklumat, kemahiran komunikasi dan ekonomi komuniti. Ini penting agar lulusan pondok bukan hanya mampu membaca kitab tetapi juga memimpin organisasi, mengurus komuniti dan memahami dengan cabaran masyarakat moden dengan struktur akreditasi yang menyeluruh, pondok boleh menjadi Pusat Latihan Kepimpinan Ummah melahirkan Murabbi, Mujahid Sosial dan pemikiran dasar islamik yang boleh menyumbang kepada pembangunan negeri bukan sekadar dalam bidang agama tetapi dalam pengurusan ekonomi dan sosial.
Saya cadangkan penubuhan Institut Kepimpinan Pondok dan Komuniti Islam Kelantan (IKPIK) dibawah YIK sebagai pusat latihan lanjutan bagi graduan pondok agar mereka dibekalkan dengan kemahiran komunikasi masa, dasar awam serta tadbir urus komuniti. Yang Berhormat Dato’ Speaker, guru-guru pondok ialah pewaris tugas para Anbia’ tetapi kebajikan mereka sering terpinggir dicelah arus pembangunan. Ramai yang berkhidmat tanpa perlindungan sosial yang jelas. Saya menyokong
cadangan SKIM lindungan sosial guru pondok dan mencadangkan ianya dinaik taraf kepada bentuk SKIM professionalism, guru agama negeri dengan faedah caruman KWSP, SOCSO serta latihan peningkatan kemahiran secara berkala.
Dalam era pasca pandemik, dunia ilmu tidak lagi terikat kepada bilik kuliah atau pondok tradisional. Oleh itu, saya menyarankan supaya Kerajaan Negeri menubuhkan hub-pondok digital Kelantan sebagai ekosistem ilmu Islam moden sebuah platform yang menggabungkan rakaman dan stream kuliah kitab secara dalam talian. Pengkalan data Kitab Thurat dan nota pengajian pondok, modul e-learning untuk pelajar pondok luar bandar dan program digital dakwah bagi melatih asatizah muda menjadi pendakwah media sosial yang berhemah dan beretika. Hub ini boleh digerakkan secara kolaboratif antara KIAS, YIK dan Unidigital negeri serta disokong oleh dana CSR syarikat teknologi. Dengan ini pondok bukan sahaja kekal sebagai pusat ilmu klasik tetapi muncul sebagai pusat penyebaran ilmu Islam digital untuk generasi Z dan Alpha.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sudah tiba masanya kita melihat keluaran pondok bukan sebagai kelompok tertutup. Tetapi sebagai aset sosial dan intelektual negeri. Graduan pondok dan tahfiz perlu diberi laluan untuk berperanan dalam sektor ekonomi sosial dan pentadbiran. Antara langkah-langkah yang boleh dipertimbangkan yang pertama, program penempatan graduan pondok di Jabatan Agama Institusi Zakat dan GLC Islamik Negeri supaya mereka mengaplikasikan ilmu dalam konteks pengurusan dan dasar awam. Program kepimpinan komuniti Islam iaitu latihan kepimpinan, advokasi sosial dan komunikasi masyarakat kepada graduan pondok muda agar mereka menjadi change agent dengan izin yang mampu menangani isu sosial seperti ketagihan, gejala remaja dan tekanan ekonomi keluarga. Penglibatan dalam ekonomi sosial islamik pondok boleh menjadi pemangkin Projek Koperasi Wakaf, Ladang Pertanian Halal atau Pusat Khidmat Komuniti yang akan menjadi ilmu Islam bukan hanya diajar tetapi diamalkan untuk membangun ekonomi ummat. Jika potensi ini dibangunkan dengan rapi, saya yakin dan percaya lulusan pondok mampu menjadi ulama haraki moden yang bukan hanya
mengajar kitab. Tetapi memimpin masyarakat ke arah perubahan nilai, kesejahteraan sosial dan pembangunan ekonomi berkat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam suasana masyarakat yang semakin pelbagai dan dinamik, perpaduan sosial perlu terus diperkukuh sebagai tiang kestabilan negeri. Saya menyambut baik cadangan kerajaan menubuhkan Majlis Perpaduan Negeri Kelantan (MPNK) sebagai platform rasmi bagi menyelaras semua program perpaduan di peringkat negeri dan jajahan. Langkah ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan keharmonian terus terpelihara. Antara cadangan dan sokongan seperti Program Sukan Rakyat dan Muhibbah dan Hari Anak Kelantan Global boleh diperluas bagi menghubungkan generasi muda dengan masyarakat perantau. Ini bukan sekadar acara sosial tetapi jambatan memperkukuh identiti dan semangat cintakan negeri. Geran perpaduan komuniti kepada NGO dan masjid juga amat baik jika dilaksanakan.
Saya mencadangkan agar diberi panduan penggunaan geran supaya aktiviti dijalankan benar-benar berimpak kepada masyarakat. Program hubbul watan di sekolah-sekolah wajar diteruskan dan diperkasa supaya nilai kecintaan kepada negeri dan negara dipupuk sejak usia awal lagi. Keseluruhannya, pendekatan Kerajaan Negeri dalam agenda perpaduan ini amat bertepatan. Dengan semangat firman Allah SWT dalam Surah Al-Imran ayat 103: “Berpeganglah kamu semua kepada tali Allah dan jangan lah kamu bercerai-berai.”
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam konteks ekonomi rakyat, saya ingin menzahirkan pandangan mengenai Bukit Bunga yang memiliki potensi besar sebagai hub pertanian logisik dan agro sempadan. Lokasi yang strategik bersebelahan dengan Thailand menjadikannya pusat yang sesuai bagi pengumpulan hasil pertanian dan aktiviti eksport negeri.
Dua minit…
Menurut data DOSM Kelantan 2025, nilai hasil pertanian negeri meningkat lebih 8.6% berbanding tahun sebelumnya dengan peningkatan ketara dalam subsektor padi, sayuran dan ternakan. Maka usaha kerajaan menumpukan kepada agro-hub Negeri Kelantan amat wajar dan perlu dilaksanakan dengan segera. Antara cadangan penambahbaikan seperti pusat pengumpulan hasil di Bukit Bunga dijadikan pusat sehenti untuk penyimpanan, pembungkusan dan penghantaran hasil pertanian. Pertanian pintar berasaskan data, perlaksanaan skim subsidi pintar pertanian perlu dipantau agar benar-benar memberi manafaat kepada petani dan bukan hanya kepada pengantara. Latihan agropreneur muda digital. Program melatih 1,000 anak muda setahun wajar dilaksanakan khususnya di Bukit Bunga sebagai model agrotech hub negeri.
Saya yakin jika projek-projek ini dijalankan dengan strategi bersepadu, Bukit Bunga bukan sahaja menjadi pintu masuk perdagangan tetapi juga penyumbang utama kepada keterjaminan makanan negeri dan negara. Yang Berhormat Dato’ Speaker, secara keseluruhannya Belanjawan Negeri Kelantan 2026 memperlihatkan keseimbangan yang baik antara pembangunan rohani, sosial dan ekonomi rakyat. Peranan pondok dan madrasah memperkukuhkan aspek kerohanian, perpaduan sosial, membina keharmonian dan sektor pertanian memastikan kelangsungan ekonomi serta keterjaminan makanan.
Sebagai ADUN saya berdiri menyokong penuh hasrat dan dasar yang telah digariskan oleh Kerajaan Negeri dengan tekad agar setiap peruntukan dilaksanakan dengan cermat, berfokus dan berimpak tinggi kepada rakyat. Akhirnya mari lah kita sama-sama menjayakan visi “Kelantan Sejahtera, Prihatin Rakyat, Ekonomi Berkat, Negeri Rahmat.” Mudah-mudahan negeri kita terus dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah SWT. Sekian
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و Bukit Bunga mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih. Dipersilakan Gaal.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi peluang kepada Gaal untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2026. Mewakili rakyat Gaal saya merakamkan ucapan tahniah kepada Pihak Kerajaan yang telah membentangkan satu belanjawan yang terbaik yang bertema kan “Kelantan Sejahtera, Prihatin Rakyat, Ekonomi Berkat, Negeri Rahmat.” Sebagai keseimbangan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan sosial, In Shaa Allah RM1.4 Billion akan dapat keberkatan daripada Allah SWT dan bergerak ke arah
ر ﻏﻔﻮ ورب ﻃﻴﺒﺔ ة ﺑﻠﺪ
Yang berhormat Dato’ Speaker, Gaal mengambil kesempatan untuk menyentuh beberapa perkara yang belum lagi disentuh oleh para sahabat. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam sektor pendidikan Gaal mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri di atas keprihatinan Kerajaan Negeri memberikan keutamaan terhadap sektor pendidikan yang tidak pernah dikurangkan peruntukan dengan satu jumlah yang lebih besar diperuntukkan sebanyak iaitu lah pada 2026 sebanyak RM150.77 Juta diperuntukkan untuk sektor pendidikan. Menjadi agenda utama Kerajaan Negeri untuk memperkasakan sektor pendidikan sebagai manafaat jangka panjang kepada Kerajaan.
Inisiatif Kerajaan menganjurkan Program Tuisyen Rakyat ataupun TRS sangat membantu golongan yang kurang bernasib baik. Tahniah kepada pihak Kerajaan kerana penganjuran di atas kejayaan penganjuran tuisyen rakyat ini yang memberi impak yang sangat positif kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan kerana dengan tuisyen rakyat ini para
pelajar mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan sijil pelajaran pada tahun 2024 yang lepas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Gaal mencadangkan pada pihak Kerajaan supaya memberikan peruntukan yang lebih besar untuk penganjuran, pelaksanaan TRS pada tahun hadapan supaya pihak DUN dapat menyediakan fasiliti yang baik untuk pelaksanaan pada tahun hadapan. Selain itu, Gaal juga mencadangkan kepada pihak Kerajaan supaya mengadakan Program Tuisyen Rakyat ini lebih awal supaya ianya tidak bertembung dengan program-program yang dilaksanakan di peringkat sekolah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Gaal juga menaruh harapan yang tinggi dalam bidang pendidikan ini kepada pihak Kerajaan supaya memberikan perhatian khusus kepada sebuah sekolah ugama arab iaitu Sekolah Ugama Arab Nurul Huda, Bukit Yong yang berada di pintu sempadan masuk ke Kelantan daripada Terengganu yang menjadi mercu tanda kepada kerajaan Negeri Kelantan. Gaal mengharapkan supaya Sekolah Arab Nurul Huda Bukit Yong ini diberikan keutamaan dengan beberapa kemudahan seperti asrama lelaki dan perempuan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekolah yang mempunyai fasiliti asrama yang cukup akan menjadi pilihan kepada para pelajar yang berada jauh daripada sekolah dan dia juga boleh meningkatkan mutu dan persaingan imej dengan sekolah-sekolah lain.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Alhamdulillah pertumbuhan bandar di Kelantan amat memberangsangkan. Ini bukan sahaja diakui oleh rakyat Kelantan bahkan diakui oleh rakyat di negeri-negeri lain. Kelonjakan pembangunan di Negeri Kelantan dalam aspek pembangunan fizikal yang berlaku hasil daripada pelaburan projek berimpak tinggi yang telah masuk ke Kelantan. Gaal masih menunggu apa-apa bentuk pembangunan fizikal yang boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan yang secara langsung dapat merangsang sosial ekonomi penduduk setempat khususnya dalam DUN Gaal. Dengan wujudnya stesen ECRL, Pasir Puteh di Jeram Tuli di Mukim Jeram, Pasir Puteh stesen kedua di Kelantan yang melibatkan stesen penumpang dan stesen kargo yang akan memberikan
kesan yang positif kepada sosial ekonomi penduduk setempat. Di samping dapat meningkatkan pendapatan hasil negeri.
Impak segera daripada kewujudan berkenaan telah memberi peluang telah memberi pulangan yang lumayan kepada penduduk setempat kerana kenaikan nilai hartanah di kawasan tersebut di samping bayaran yang begitu tinggi yang telah di bayar oleh pihak ECRL, pihak Kerajaan yang membolehkan rakyat yang kurang berkemampuan di kawasan tersebut membina kediaman yang lebih selesa. Yang Berhormat Dato’ Speaker, justeru itu Gaal mencadangkan kepada pihak Kerajaan supaya kajian kesan positif jangka panjang dibuat dengan kewujudan stesen ECRL tersebut. Dan mencadangkan supaya pihak Kerajaan dapat mewujudkan bandar industri di kawasan sekitar stesen ECRL di Jeram Tuli dan di kawasan Jeram.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sektor pertanian kekal sebagai penyumbang kedua terbesar kepada pertumbuhan ekonomi di Kelantan, sumbangan sektor pertanian kepada keluaran dalam negeri kasar KDNK melebih 20% sekaligus memperkukuh kedudukannya sebagai tunjang penting kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Pengeluaran hasil pertanian negeri ini juga sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Gaal berhasrat untuk menjadi sebuah DUN pertanian kerana pelbagai produk pertanian yang telah diusahakan oleh penduduk tempatan. Antaranya tanaman padi, tanaman nenas fetirgasi, penternakan, nelayan darat, kelapa, madu kelulut dan juga tanaman nangka. Gaal merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan melalui Yang Berhormat Dato’ EXCO Pertanian yang sentiasa memberikan peruntukan yang tinggi untuk pembangunan industri-industri tersebut di DUN Gaal.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk menjadikan Gaal sebagai DUN pertanian, Gaal menyambut baik usaha Kerajaan Negeri melalui Belanjawan Kelantan. Belanjawan 2026 ini, Kerajaan Kelantan telah memperuntukkan sebanyak RM81.77 Juta untuk memperkasakan sektor pertanian sebagai usaha menjadikan Kelantan sebagai Jelapang makanan negara. Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi meperkasakan sektor
pertanian dan menjadikan Kelantan sebagai jelapang makanan negara, Gaal mencadangkan kepada pihak Kerajaan supaya mewujudkan pusat belian padi rumah sejuk beku, pusat pengumpulan sayur-sayuran dan pengumpulan hasil-hasil pertanian untuk penduduk tempatan di DUN Gaal. Gaal juga mencadangkan kepada pihak Kerajaan untuk menambah bilangan ataupun kuota kepada penerima input pertanian seperti bantuan baja subsidi, racun, baja folia dan sebagainya. Sebagai suatu insentif dan galakan kepada masyarakat mengusahakan pertanian.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Gaal juga ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan supaya walaupun impak yang positif yang begitu tinggi dengan kewujudan jajaran ECRL di… khususnya dalam DUN Gaal dan stesennya berada dalam DUN Gaal sebahagiannya. Gaal mencadangkan supaya dari sudut kesan kepada banjir di kawasan DUN Gaal. Gaal mencadangkan supaya pihak Kerajaan sentiasa memantau kesan daripada jajaran tersebut yang mana pada tahun 2024 yang lepas, suatu takungan air telah berlaku hasil daripada jajaran tersebut yang melibatkan beberapa buah kampung di dalam DUN Gaal seperti Kampung Batu Hitam, Pengkalan Pauh, Jeram dan sebagainya yang telah berlaku dan yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang telah melibatkan kerugian yang sangat besar. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan harapan tersebut, Gaal menyokong Belanjawan 2026. Terima kasih.
Siapa lagi? Chempaka. Sila.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Dengan segala hormatnya Dato’ Speaker, terima kasih atas peluang untuk bersama menyumbang pandangan dalam perbahasan Belanjawan Negeri Kelantan Tahun 2026 yang bertema kan “Kelantan Sejahtera, Prihatin Rakyat, Ekonomi Berkat, Negeri Rahmat.” Tema ini mencerminkan
komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat, kemakmuran ekonomi serta kelastarian sosial melalui pendekatan penghayatan Membangun Bersama Islam. Saya yakin dalam rangka belanjawan ini, pelbagai faktor telah ditimbang dengan cermat berpaksikan prinsip Islam yang menuntut kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.
Pembangunan bukan hanya tentang projek dan angka tetapi juga tentang membangun akal, akhlak dan jiwa manusia. Tiga tunjang, rahmat, taqwa dan zakat mengingatkan kita bahawa dasar Kerajaan bukan sekadar menambah hasil tetapi menambah keberkatan. Kerajaan ini tidak mengejar kemajuan zahir semata-mata tetapi berhasrat membina negeri yang makmur rakyatnya, tenteram hatinya dan bersih roh nya. Yang Berhormat Dato’ Speaker, jumlah keseluruhan belanjawan negeri ialah RM1.43 Billion dengan defisit berkurang kepada RM86 Juta, ini bukan angka kecil, ia tanda disiplin fizikal dan tanggungjawab kewangan yang tinggi. Saya bersyukur kerana Kerajaan tidak memilih jalan mudah dengan pinjaman besar-besaran ataupun janji populis yang tidak berpijak di bumi nyata.
Sebaliknya hasil negeri disusun semula secara berhemah menimbang antara keperluan dan kemampuan sebenar. Namun saya wajib menyatakan dengan jujur pada hari ini, struktur hasil negeri masih terlalu bergantung kepada tanah premium dan hasil hutan. Sumber ini tidak salah tetapi tidak mampan, kita di saf Kerajaan tidak boleh terus berpuas hati dengan pola lama ini. Sudah tiba masanya Kelantan beralih kepada ekonomi baru yang lestari, strategik dan sesuai dengan kekuatan sebenar negeri. Sebagai contohnya Yang Berhormat Mulia Dato’ Speaker, dalam pelancongan Islam dan eko, pelancongan komuniti. Kelantan mempunyai kelebihan unik budaya Islam yang hidup, seni warisan, sistem pendidikan Islam yang mantap, makanan dan rakyat yang mesra, kita boleh menjadi model pelancongan berteraskan syariah dengan penglibatan masyarakat tempatan sebagai pengusaha homestay, penggiat seni dan penyedia makanan halal premium dikendalikan secara professional, sektor ini mampu menjadi sumber hasil baru tanpa menjejaskan alam sekitar.
Kedua contoh, industri halal bersepadu, sudah tiba masanya Kelantan menubuhkan halal-hub Timur yang benar-benar beroperasi bukan sekadar di atas papan tanda, fokus kepada pemprosesan makanan, kosmetik dan pharmaceutical halal tentunya dengan pengiktirafan halal Malaysia yang kukuh oleh JAKIM akan menjadikan Kelantan pintu masuk eksport halal ke Selatan Thailand dan Asian.
Ketiga sebagai contoh, ekonomi digital dan teknologi hijau, anak muda Kelantan ramai yang mahir dalam bidang IT ke peringkat dunia, reka bentuk dan kandungan digital. Kerajaan boleh menubuhkan digital talent park iaitu hub untuk menghimpunkan pereka aplikasi. Penggiat kandungan dan usahawan muda sementara itu tenaga suria dan bio-gas di luar bandar boleh dijadikan sumber hasil tenaga baru boleh baru negeri.
Yang keempat, pertanyaan pintar dan agro ekonomi moden, pertanian tradisional mesti berubah dengan teknologi dan data petani boleh menembusi pasaran luar tanpa orang tengah. Kita bina model agro panel baru yang bukan sahaja sekadar menanam tetapi lebih kepada mengurus, menjenamakan dan memasarkan produk sendiri. Inilah masanya, untuk kita menulis bab baru dalam ekonomi Kelantan. Daripada ekonomi berasaskan sumber, kepada ekonomi berasaskan ilmu dan inovasi. Itu lah wajah sebenar ekonomi berkat, hasilnya halal, perniagaannya adil dan manfaatnya kembali semula kepada rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi teras pembelaan dan pemberdayaan rakyat, peruntukan RM60 Juta membuktikan kerajaan tidak pernah berpaling daripada tanggungjawab sosial. 180 buah rumah Dhuafa’, 45 buah rumah kos rendah percuma, bantuan Musa’adah, Al-It’am. Kepada ribuan penerima adalah bukti dasar Islam terlaksana dan bukan hanya sekadar dilaungkan. Namun, pembelaan tanpa pemberdayaan tidak akan memutuskan rantai kemiskinan. Kita bantu rakyat susah, betul. Tetapi lebih dari itu kita mesti bangunkan potensi mereka. Orang miskin tidak hanya perlukan bantuan. Mereka perlukan peluang untuk berdikari. Maka saya mencadangkan supaya setiap penerima bantuan digabungkan dalam satu SKIM, micro-usahawan ataupun projek jaya diri, bantuan
bukan tilam yang melalaikan tetapi benih yang akan menumbuhkan keyakinan. Kita boleh membangunkan kluster usahawan komuniti di setiap mukim dengan latihan modal kecil dan bimbingan pemasaran digital. Ini lah pemberdayaan sebenar, selari dengan semangat ekonomi berkat, dimana kekayaan beredar secara adil dalam kalangan rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, keterjaminan makanan kini bukan lagi isu kampung ia isu strategik negara, peruntukan RM6.5 Juta untuk sektor agro dan penternakan adalah langkah tepat tetapi pendekatannya perlu lebih komersial, berskala besar dan moden. Projek seperti melon madu di Rong Chenok, Ladang Anggur di Lojing, Lembu Naim Beef mesti menjadi model ekonomi sebenar, bukan sekadar contoh di laporan. Rakyat mahu lihat hasil bukan papan tanda dan kita mesti memperkukuhkan rantaian nilai agro. Petani tidak boleh kekal penanam semata-mata, mereka mesti menjadi usahawan tani. Kalau nilai tambah produk naik, ekonomi kampung pun akan juga naik.
Saya mencadangkan penubuhan agro-hub Kelantan Timur, sebagai pusat pemprosesan dan pemasaran hasil tani dengan teknologi digital dan data tanah kita boleh menukar pertanian sara diri kepada pertanian bernilai tinggi. Saya juga menyambut baik pelaburan perkilangan RM1.7 Billion tahun lalu. Namun pelaburan mesti berimpak sosial, membuka peluang kepada anak Kelantan sendiri bukan hanya catatan di kertas. Kerajaan boleh memperkenalkan penarafan pelaburan berimpak sosial, Kelantan impact rating bagi menilai sejauh mana pelabur menyumbang kepada pekerjaan dan komuniti tempatan. Itu lah semangat ekonomi berkat, pelaburan bukan sekadar menguntungkan tetapi menambah nilai kemanusiaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, beralih kepada teras kesejahteraan rakyat dan kelestarian negeri. Peruntukan RM95 Juta meliputi jalan, jambatan, rumah mampu milik, air bersih, kebersihan dan taman awam. Ini bukan sekadar pembangunan fizikal tetapi pelaburan terhadap maruah hidup rakyat. Saya memuji usaha Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM9.4 Juta bagi sistem air. Namun, masalah air bukan sekadar teknikal. Ia adalah merupakan isu tadbir urus, kita mesti berani
menilai semula model pengurusan air negeri termasuk aspek pemilikan, pembiayaan dan keupayaan teknikal. Rakyat tidak menuntut kesempurnaan, mereka hanya mahu air bersih yang mengalir setiap hari. Isu kebersihan menuntut kepada keberanian politik…
Masa ada dua minit lagi...
Kita perlu bergerak daripada kempen bermusim kepada pendekatan committee dengan ganjaran dan penalti, PBT boleh melaksanakan program komuniti bersih sejahtera, dimana kampung yang kekal bersih sepanjang tahun diberi geran khas pembangunan, kebersihan, bukan urusan kontraktor semata-mata tetapi adalah merupakan tanggungjawab bersama.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, akhir sekali untuk teras keempat, iaitu Islam, pendidikan dan modal insan yang merupakan nadi pentadbiran Kelantan sebanyak RM181 Juta diperuntukkan, bukti walau apa pun cabaran fizikal, kerajaan tidak berkompromi dengan akidah dan nilai. Saya mencadangkan untuk penubuhan akademi TVET Islam Kelantan iaitu gabungan latihan kemahiran, keusahawanan dan teknologi digital dengan nilai tarbiah. Ini akan melahirkan tenaga mahir yang membawa akhlak Islam ke dalam sektor industri dan teknologi.
Akhirnya teras ini bukan sekadar peruntukan, ia adalah merupakan jangka panjang untuk memastikan roh Islam hidup dalam pentadbiran dan hati rakyat Kelantan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, secara keseluruhannya dan kesimpulannya, Belanjawan 2026 ini bukan belanjawan yang sempurna tetapi belanjawan yang jujur dan berpijak di bumi nyata. Kita tidak menunggu keajaiban dari luar, Kelantan telah membuktikan bahawa dengan dasar Islam yang jelas dan kepimpinan yang amanah, negeri ini mampu membina kemakmuran dengan caranya sendiri.
Marilah kita bersama menjayakan aspirasi Kelantan Sejahtera 2033, negeri yang membangun dengan ilmu, makmur dengan iman dan memerintah dengan ihsan. Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk, hidup sandar menyandar umpama aur dengan tebing. Begitulah seharusnya hubungan antara Kerajaan dan rakyat. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon menyokong. Sekian
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و
Ok terima kasih. Sapo lagi? Oh Gual Periok. Silakan.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kerana memberi peluang kepada Gual Periok untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Kelantan Tahun 2026 yang bertema kan “Kelantan Sejahtera, Prihatin Rakyat, Ekonomi Berkat, Negeri Rahmat.” Disini juga saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar di atas pembentangan bajet yang telah dibentangkan pada 6 November yang lepas. Saya ingin menyentuh beberapa perkara yang masih lagi belum disentuh oleh rakan-rakan Ahli Dewan Negeri yang lain.
Yang pertama, prestasi dan cabaran fiskal negeri. Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sejak tahun 2024, era PMBI - Penghayatan Membangun Bersama Islam, Kelantan telah membentangkan tiga belanjawan dengan jurang defisit yang semakin berkurang daripada RM178.49 Juta pada tahun 2024 kepada RM86.2 Juta untuk bajet pada tahun hadapan. Ini membuktikan berlakunya penyesuaian fiskal berperingkat. Hasil kawalan perbelanjaan dan pertumbuhan hasil negeri. Dari sudut hasil pertumbuhan 11-13% setahun. Bagi cukai tanah dan hutan menunjukkan kebergantungan berterusan kepada sektor tradisional dan sebaliknya hasil bukan cukai
menurun sebanyak 6% akibat kemorosotan premium tanah dan lesen balak. Manakala terimaan bukan hasil RM378.26 Juta kekal kecil berbanding negeri perindustrian iaitu kurang daripada 10% daripada keseluruhan hasil. Ini menunjukkan kita masih belum menembusi sektor bernilai tinggi seperti teknologi, pelancongan moden, tenaga baharu dan juga ekonomi digital. Gual Periok mencadangkan pelaksanaan strategi hasil baru ataupun new revenue base melibatkan teknologi hijau, REE, royalty carbon dan caj perkhidmatan digital bagi menyeimbangkan struktur fiskal menjelang 2030.
Soalan saya, adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk melaksanakan semakan menyeluruh struktur hasil negeri termasuk kadar fee, lesen dan royalti mineral bagi menutup jurang hasil yang semakin melebar di antara Negeri Kelantan dan negeri lain di Pantai Timur. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menyentuh juga berkenaan dengan Rantau Panjang iaitu nadi bagi DUN Gual Periok. Pembangunan fizikal Rantau Panjang. Rantau Panjang mempunyai potensi strategik sebagai hub-perdagangan sempadan dan pintu masuk utama ke Thailand-Selatan. Namun, buat masa ini, potensi ini masih belum dimajukan secara optimal. Kawasan ini berhadapan dengan tiga cabaran utama. Iaitu struktur pra-sarana yang agak ketinggalan. Kelemahan pengurusan logistik dan kadar banjir tinggi yang menjejaskan aktiviti ekonomi.
Potensi besar Rantau Panjang, projek besar seperti ECRL, sejauh 665 kilometer dijangka siap pada tahun 2027 perlu dimanfaatkan untuk pembangunan ekonomi sempadan. Walaubagaimanapun, cadangan laluan tambahan hingga ke Rantau Panjang sebagaimana yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan diharapkan dapat membantu membangunkan Rantau Panjang dari sudut perdagangan dua hala Malaysia-Thailand dan juga pelancongan antarabangsa. Cadangan projek menghidupkan semula naik taraf landasan keretapi Pasir Mas-Rantau Panjang yang menelan belanja RM264 Juta juga turut memberi kesan positif kepada aktiviti kargo, pelancongan dan pasaran borong antara dua negara. Rantau Panjang dengan kedudukan yang begitu strategik, seharusnya dimanfaatkan
dengan mewujudkan zon ekonomi khas sempadan, special economic zone Rantau Panjang dengan memberikan tumpuan kepada perdagangan borong, makanan halal, logistik darat dan pemprosesan agro industri yang akan memperkukuhkan integrasi ekonomi Kelantan-Thailand yang kini hanya mencatat sekitar 7% daripada jumlah dagangan sempadan Malaysia-Thailand.
Pembangunan halal park Pasir Mas wajar dijadikan komponen kepada special economic zone ini sebagai hub-pemprosesan, pensijilan dan pengeksportan produk halal berasaskan pertanian dan makanan laut ke pasaran ASEAN serta Asia Barat. Integrasi antara Rantau Panjang sebagai pintu dagang dan halal park Pasir Mas sebagai pusat nilai tambah halal akan mewujudkan rantaian ekonomi lengkap dari pengeluaran, pemprosesan hingga kepada pasaran antarabangsa. Sekaligus menjadikan kawasan sempadan Kelantan sebagai model ekonomi Islam, rentas sempadan pertam… sebagai model ekonomi Islam, rentas sempadan pertama di Malaysia.
Dato’ Yang Dipertua, isu-isu berkepentingan DUN Gual Periok ataupun Rantau Panjang yang pertama, jalanraya Pasir Mas-Rantau Panjang yang sering sesak dan sibuk di waktu puncak yang sering terjejas dan menjejaskan akibat banjir. Pertama, saya ingin rakamkan ucapan terima kasih kepada pengumuman Projek Naik Taraf Empat Lorong yang telah diumumkan di bawah Bajet Persekutuan 2026. Di mana kemajuannya masih perlahan, semoga ianya dapat dipercepatkan supaya ia dapat memberikan manfaat yang segera kepada rakyat. Projek ini perlu dilaksanakan dengan reka bentuk kejuruteraan rentang dan mesra banjir termasuk sistem saliran bawah tanah dan penebatan tanah di kawasan rendah seperti Gual Tinggi dan pekan Rantau Panjang dan yang terkini cadangan penambahbaikan daripada dua kepada empat lorong. Dari ICQS hingga ke Balai Bomba Rantau Panjang dengan design yang dicadangkan untuk ditinggikan paras jalan setinggi 1 meter dan dengan ini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merayu supaya design ini dikaji semula kerana keadaan banjir sekarang ini pun yang sudah agak teruk di Rantau Panjang sekiranya dinaikkan lagi paras jalan raya 1 meter daripada paras sekarang. Saya yakin pekan Rantau Panjang akan tenggelam sepenuhnya
sekiranya tidak dilaksanakan secara berhati-hati. Jadi harap benda ni diberikan perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri. Kemudian yang kedua, proses tembatan banjir (PLSB) Sungai Golok yang projek ini dijangka siap pada tahun 2030 dan saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada JPS Kelantan diketuai oleh Tuan Pengarah yang telah turun padang berjumpa langsung dengan penduduk yang terlibat. Dan saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas tindakan-tindakan segera itu telah diambil. Di antaranya ialah membersihkan dan mendalamkan Hulu Muara, Sungai Lemang Lanchang untuk… sebagai langkah kontinjensi terhadap banjir yang akan, yang bakal melanda pada hujung tahun ini.
Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mencadangkan supaya design projek PLSB Sungai Golok ni dikaji semula sepenuhnya. Kerana 3,4 tahun mutaakhir ini sejak daripada projek benteng ini dibuat menunjukkan banjir yang semakin teruk melanda pekan Rantau Panjang. Jadi mungkin sudah sampai masanya satu kajian menyeluruh dibuat semula untuk mempastikan projek ini dapat berjalan dengan baik dan tidak memberikan kesan yang buruk kepada rakyat Rantau Panjang…
Masa ada dua minit lagi…
Saya juga ingin mencadangkan supaya diwujudkan satu cadangan sungai alternatif untuk mengalirkan air terus ke laut bagi mempastikan projek ini dapat memberikan kesan yang baik kepada rakyat Rantau Panjang. Dan seterusnya saya ingin menyentuh tentang kemudahan awam DUN Gual Periok. Kawasan DUN Gual Periok ataupun Rantau Panjang masih agak ketinggalan dari segi kemudahan asas rakyat berbanding kawasan lain di jajahan Pasir Mas dan juga jajahan-jajahan yang lain. Sehingga kini masih tiada padang bola awam yang berskala penuh di Rantau Panjang untuk liga elit DUN, kami terpaksa bermain di Stadium Pasir Mas, keluar daripada DUN kami. Ketiadaan taman rekreasi keluarga di kawasan
Rantau Panjang dan ketiadaan pasar basah setempat untuk menjadi pusat ekonomi setempat di Rantau Panjang. Maka melalui peruntukan satu PBT, satu padang yang diperuntukkan sebanyak RM80.8 Juta dan peruntukan taman awam sebanyak RM2 Juta maka saya ingin merayu supaya Gual Periok diberikan keutamaan di dalam peruntukan ini untuk dilaksanakan pada tahun hadapan. Jadi, Yang Berhormat Speaker, maka saya dengan ini menyokong sepenuhnya belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Ok terima kasih. Dabong sila…
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, Alhamdulillah ... [bacaan doa] Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi peluang. Ingat tokde nok berucap doh. Alhamdulillah. Jadi sebelum daripada Dabong berucap, nok bbetul sikit ucapan daripada Kota Lama. Kota Lama sebut Allahyarham Dato’ Bentara Kanan, nok bbetul hoktu jah takut ado dalam hansard sedangkan Dato’ Bentara Kanan Alhamdulillah masih sihat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini kepada satu bidang yang mempunyai potensi besar untuk menjana ekonomi luar bandar iaitu pelancongan agro di kawasan Dabong. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Dabong berkeluasan sebuah Negeri Perlis dan Dabong juga…Dabong yang terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Dabong, jajahan Kuala Krai memiliki keunikan tersendiri sebagai kawasan tanah tinggi yang kaya dengan sumber alam semulajadi. Kawasan ini merupakan pintu masuk ke Gunung Stong, Gua Ikan dan Air Terjun Jelawang. Yang sememangnya terkenal dalam kalangan pencinta alam dan pelancong domestik. Dengan keindahan
semulajadi ini, Dabong mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan agro dan eco berasaskan komuniti tani.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sektor pelancongan negeri mencatat pertumbuhan 5.2% pada tahun 2024 dan menyumbang lebih 63% daripada KDNK Negeri melalui sektor perkhidmatan dan pelancongan. Ini menunjukkan bahawa pelancongan terus menjadi nadi ekonomi negeri. Namun, saya ingin menegaskan bahawa aspek promosi pelancongan luar bandar termasuk di Dabong masih kurang berkesan dan tidak tersusun. Ramai pelancong luar tidak mengetahui kewujudan destinasi indah seperti Air Terjun Jelawang, Sungai Kenerong, Kampung Mambong dan kawasan pertanian komuniti yang berpotensi menjadi produk pelancongan. Promosi masih tertumpu kepada bandar utama seperti Kota Bharu, Tok Bali sedangkan kawasan seperti Dabong mampu menawarkan pengalaman pelancongan desa yang unik dan authentic jika dipromosikan secara berstrategi. Cuma di kawasan Dabong ni kalau boleh lube jale tu…berlube banyok sikit. Harap-harap menjadi perhatian lah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong usaha Kerajaan Negeri melalui Belanjawan Kelantan 2026 yang memperuntukkan RM7.6 Juta bagi pembangunan pelancongan dan kebudayaan. Termasuk inisiatif kampung lestari alam di Sungai Kenerong dan Kampung Mambong berhampiran dengan DUN Dabong. Ini adalah langkah yang baik namun saya berpandangan peruntukan tersebut perlu disertai dengan pelan promosi pelancongan yang lebih agresif dan berfokus. Kerajaan Negeri boleh memperkukuh kerjasama dengan agensi pelancongan, institusi pendidikan dan penggiat media bagi mempromosi Dabong Agro Eco-valley sebagai jenama pelancongan baharu Negeri Kelantan. Pembangunan infrastruktur digital seperti portal visit Dabong online dan penggunaan media sosial rasmi negeri untuk promosi berterusan amat penting supaya produk pelancongan komuniti ini dapat diketengahkan ke peringkat nasional dan antarabangsa.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin mencadangkan agar zon agro-eco Dabong diwujudkan secara rasmi. Menggabungkan aktiviti pertanian komuniti, penternakan kecil dan lawatan pendidikan dengan
penyertaan belia dan koperasi tempatan. Aktiviti seperti lawatan ladang, penginapan desa (farmstay), pemprosesan madu kelulut, tanaman herba serta penggunaan tenaga hijau di kawasan pelancongan boleh menjadi tarikan baharu yang selaras dengan dasar Kelantan Hijau dan berdaya saing 2030. Dengan peningkatan yang bersepadu dan promosi yang lebih bersusun, saya yakin Dabong dan Kuala Krai mampu muncul sebagai destinasi pelancongan agro utama Pantai Timur. Sekaligus membantu meningkatkan pendapatan rakyat luar bandar serta memperkukuh imej Kelantan sebagai negeri Islam yang berbudaya dan berdaya saing. Kelantan sebagai negeri serambi mekah terus menzahirkan komitmen tinggi dalam menjadikan Islam sebagai dasar dan tunjang pentadbiran negeri. Belanjawan Negeri Kelantan 2026 memperuntukkan sebanyak RM181.17 Juta bagi memperkukuh pembangunan Islam, pendidikan dan modal insan yang melibatkan institusi utama seperti Yayasan Islam Kelantan (YIK), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAHEAIK) dan Institut Latihan Darulnaim (ILDAN). Peruntukan ini menunjukkan iltizam Kerajaan Negeri dalam melahirkan masyarakat yang bukan sahaja berilmu dan berakhlak tetapi juga berperanan dalam membina tamadun Islam moden yang berpaksikan nilai-nilai Rabbani.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain memperkukuh institusi sedia ada, Kerajaan turut memperuntukkan RM9 Juta bagi pembangunan pondok, tahfiz dan madrasah termasuk pembinaan Maahad Tahfiz baharu di Kuala Krai serta RM10.2 Juta bagi pendidikan dan pembelajaran seluruh negeri termasuk tuisyen rakyat sejahtera. Langkah ini amat penting bagi memastikan warisan pendidikan pondok terus subur sebagai institusi ilmu yang melahirkan generasi Ulul Albab. Namun, dalam konteks cabaran semasa, saya berpandangan usaha permodenan sistem pondok dan integrasi ilmu tradisional dengan kemahiran kontemporari perlu dipergiatkan. Kurikulum pondok boleh diperluas dengan elemen TVET, teknologi digital dan pengurusan keusahawanan Islam agar para pelajar bukan sahaja berperanan sebagai pendakwah tetapi juga sebagai tenaga penggerak ekonomi ummah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan juga memperuntukkan RM3.05 Juta bagi program dakwah dan pembangunan insan seperti Program Generasi Rabbani. Program Membina Remaja Iman (MRI). Program kecemerlangan solat dan shariah live berwajah Kelantan Sejahtera. Namun semua ini menggambarkan tekad Kerajaan untuk melahirkan masyarakat berakhlak dan bebas gejala sosial sejajar…sejajar dengan gagasan negeri rahmat yang menekankan keseimbangan antara pembangunan material dan spiritual. Saya mencadangkan agar majlis dakwah dan institusi pondok di Negeri Kelantan diwujudkan sebagai badan penyelaras tunggal bagi menyatukan gerak kerja dakwah, latihan, guru-guru pondok serta pengurusan institusi-institusi Islam secara lebih tersusun…
Masa ada dua minit lagi…
Dalam masa yang sama, modal insan berteraskan nilai Islam perlu terus diperkasa melalui ILDAN, KIAS dan Program Kepimpinan Muda Islam bagi membentuk generasi pemimpin berintegriti yang berkhidmat atas dasar ibadah dan amanah. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan dasar membangun Islam. Dengan dasar membangun bersama Islam yang konsisten sejak tiga dekad, saya yakin Kelantan akan terus menjadi model Negeri Islam moden yang seimbang antara kemajuan duniawi dan kesejahteraan rohani. Maka usaha memartabatkan dakwah, memperkukuh institusi pondok serta membangunkan modal insan berasaskan nilai Islam wajar diteruskan dan diperkasakan dalam belanjawan akan datang demi menegakkan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran yang…kemakmuran ummah yang berkat.
Akhir sekali saya menyeru kepada semua pihak agar bersama-sama menjayakan Belanjawan Kelantan 2026 ini dengan penuh rasa tanggungjawab, selaras dengan konsep Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan. Marilah sama-sama kita terus mendokong pentadbiran Islam di
Negeri Kelantan yang bertuah ini berteraskan ihsan, amanah kebajikan kepada rakyat. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Dabong menyokong belanjawan. Wallahu’alam.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Sila Pengkalan Pasir… yang akhir.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, [bacaan doa] Izinkan saya memulakan perbahasan pada hari ini dengan membaca dua potong ayat Al-Quran daripada Surah Kahf: Ayat 45 ِ ِ ِ ﻴﺪ ﻋ ﺎ ﳜ ﻦ ﻣ ﺮ ﻘ ﭑﻟ ﺑ ﺮ ِّ ﻛ ﺬ َ ﻓ فُ ََ ُ َ وَ َ ۡءَانِ Yang bermaksud: “Berilah peringatan dengan Al-Quran bagi sesiapa yang takut akan azabku.” dan juga firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl: Ayat 97 yang berbunyi….
ِ ِ ِ ﺔ ﺒ ﻴ ﻃ ﻮ ﻴ ﺣ ﻨﱠﻪ ﻴ ِ ﻴ ﺤ ﻨ ﻠ ﻓ ﻦ ﻣ ﺆ ﻣ ﻮ ﻫ ﻰ ﻧﺜ أُ ﺮ ٍ ﻛ ﻦ ﻣ ﺎ ﺤ ﻠ ﺻ ﻞ ﻤ ﻋ ﻦ ﻣ ًۭ َ ِّ َ ٰةًۭ ـَ َ ُۥ ـَ ْ ُ َ ـَ ْ ُ ُ ٰ َ أَوْ َ ذَ ِّ ًۭ َـٰ َ ْ َ ٌۭ َ وَ َ ٧٩ ﻮ ُ ﻠ ﻤ ﻌ ﻳ ا۟ ﻮ ﺎﻧ ﻛ ﺎ ﻣ ﻦ ِ ﺴ ﺣ َِ ﺄﺑ ﻢ ﻫ ﺮ ﺟ أَ ﻢ ﱠﻬ ـ ﻨ ﻳ ﺰ ِ ﺠ ﻨ َ ﻟ نَ ُ َ َ َ ْ ـَ َ َ ْ ُ َ ْ ْ ُ ـَ ْ وَ Yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal soleh baik lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka sesungguhnya kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan memberi balas kepada mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada yang apa mereka kerjakan.”
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menyentuh beberapa perkara dalam perbahasan ini. Yang pertamanya dalam teras pembangunan Islam, pendidikan dan modal insan. Sebagaimana yang telah disebut rakan saya oleh Bukit Bunga tadi, Chempaka pun sebut dan juga Dabong sebut. Bagaimana kepentingan pembangunan modal insan, kalau kita lihat angka-angka yang ditunjukkan, menunjukkan bahawa RM181 Juta yakni sebanyak 12% daripada belanjawan kita dikhaskan
untuk pembangunan modal insan. Dan kita lihat bagaimana ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar mengatakan bahawa pembangunan kita…membangun bersama Islam bukan sekadar kita memerlukan kemajuan-kemajuan fizikal tetapi yang lebih penting bagaimana kita nak mempastikan rakyat-rakyat kita berjaya di dunia lebih-lebih lagi berkembang di syurga Allah Taala.
Itu yang pertamanya. Bagaimana kepentingan modal insan ini dapat membentukkan sesuatu gagasan pemikiran rakyat. Dan kalau kita lihat bagaimana Yang Amat Berhormat Allahyarham Tok Guru Nik Aziz dulu menjelaskan kepada kita bagaimana telah dibinakan satu wawasan Membangun Bersama Islam dan kalau kita tengok sebelum ni tidak pernah ada dunia ini dalam bentuk Kerajaan membangunkan satu modal insan untuk mempastikan setiap daripada rakyat ni mempunyai cita-cita bukan sahaja kejayaan dunia tapi kejayaan di akhirat. Sebab tu lah kalau kita lihat secara terperincinya bagaimana Kerajaan memberikan peruntukan kepada YIK, KIAS, JAHEIK, ILDAN, Maahad Tahfiz dan In Shaa Allah akan dibangunkan di Kuala Krai selanjutnya untuk Masjid dan Pondok RM10.2 Juta untuk pendidikan termasuk Institusi Sejahtera. Dan saya ingin merakamkan disini juga kalau kita tengok Institusi Sejahtera yang mana berlaku di Pengkalan Pasir, tahun lepas lagi kita buat dengan satu kelas ni di Pengkalan Pasir ni dia ada 5 sekolah, 6 sekolah menengah. Dan apabila kita melakukan untuk…kebanyakannya untuk Sekolah Arab sebab kebanyakan pelajar-pelajar dhaif ni Sekolah Arab. Dan keputusan yang kita dapati pada tahun ini adalah daripada 6 buah sekolah ini, Sekolah Maahad Perempuan telah menunjukkan prestasi yang kedua di samping ada Sekolah Kebangsaan Bestari Kubang Bemban, sekoloh tu nombor satu dan Sekolah Maahad Perempuan telah menunjukkan prestasi dengan 3 orang guru mendapat dan berbanding dengan 37 orang daripada Sekolah Kubang Bemban.
Ini menunjukkan kepada kita sebagaimana tuisyen dengan mempunyai potensi yang lebih bagaimana kita nak mengangkat darjat kemampuan berfikir rakyat, mempastikan mereka ini berfikir dengan baik dan berfikir adalah satu tahap yang lebih besar. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk membahaskan tentang kemampanan ekonomi
dan kalau kita lihat dalam akhir-akhir yang dijelaskan tadi bahawa kebanyakan ekomomi kita begantung kepada domestik ataupun pelaburan dalaman. Dan kebergantungan kita kepada FDI - Foreign Domestic Investment amat sedikit. Sudah tentu lah ini adalah beberapa perkara, kemudahan-kemudahan infrastruktur yang masih dalam perjalanan ataupun masih dalam proses-proses pembinaan dan saya yakin dengan keadaan sekarang ini apabila siapnya keseluruhan projek-projek yang besar itu dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, In Shaa Allah kemampuan kita untuk melahirkan satu industri yang lebih berkemampuan akan terjalin.
Dan saya juga ingin menunjukkan tahniah di sini kepada pihak PKINK terutamanya telah mendapat kelulusan daripada RMK13 bermula tahun depan, dua projek yang saya rasakan cukup besar. Yang pertama ialah pembangunan, pembangunan Bazar Siti Aisyah dengan peruntukan yang telah diperuntukkan oleh Kementerian Ekonomi sebanyak RM28 Juta untuk kita membangunkan satu pusat bukan sahaja industri batik tetapi juga industri lain dan sebagainya. Yang keduanya, PKINK juga telah berjaya mendapat peruntukan daripada Kementerian Ekonomi sebanyak RM90 Juta untuk sebagai loan pembelian tanah di Cherang Tuli ni menunjukkan kebersamaan kita dengan Kerajaan Pusat manakala keperluan kita mewujudkan satu hub ataupun satu industri yang baru dan In Shaa Allah apabila siapnya ECRL pada tahun 2027, kita sudah ada kawasan untuk kita manfaatkan penggunaan kargo ECRL.
Begitu juga dengan beberapa projek yang, lain saya juga ingin mengambil kesempatan disini bagaimana beberapa projek telah diluluskan untuk DUN Pengkalan Pasir. Yang pertamanya penaiktarafan mini stadium yang baharu saja bermula sebanyak RM4.1 Juta. Yang keduanya, proses penambahbaikan ataupun tebing di JIAS dan kalau kita lihat sejarah JIAS ni tahun 2019 lagi. Maso abepar lagi. Ok. Dan bagaimana berlakunya runtuhan, kalau dulu berlaku runtuhan di bawah pohon celagi telah diperuntukkan sebanyak RM64 Juta dan selepas itu ada sedikit pertumbuhan, peruntukan tambahan sebanyak RM 25 Juta dan yang terbaru ni adalah akan dibukakan tender untuk tahun depan dan kalau kita lihat bagaimana Pengkalan Pasir ni dia berada di persisir Sungai
Sekatan bermula daripada Tal 7 sapa lah Lemal dan keadaan sekarang adalah amat membimbangkan dan kalau kita lihat daripada laporan-laporan dan saya mengucapkan tahniah kepada JPS yang telah membentangkan kepada PMX beberapa kali meyakinkan kepada mereka, kalu tok buat hok JIAS ni, tahun ni tok start ataupun tahun depe tok start maka kebarangkalian takut takdok doh DUN Pengkalan Pasir tahu, mitok jauh lah. Ok itu antara beberapa projek yang telah diberikan untuk DUN Pengkalan Pasir.
Saya juga ingin menarik perhatian disini beberapa projek yang lain yang perlu kita usahakan dan kalau kita tengok bandar Pasir Mas ni, kalau dulu bandar Pasir Mas ni menjadi salah satu bandar yang menarik tapi sekarang apabila berlakunya pemindahan Pejabat Daerah Pasir Mas kepada Lubok Jong, berlakunya permindahan Pusat Pentadbiran dan untuk makluman semua Pasir Mas lah satu-satunya Daerah Rantau Panjang yang berkongsi satu Majlis Daerah yang mana disebabkan oleh perpecahan ini maka berlaku agihan di antara kedua-dua Majlis Daerah itu. Satu Majlis Daerah dan kawasan yang cukup dah dan kalau kita lihat kalau dulu nya bandar Pasir Mas ni kita ada laluan kereta api dan Alhamdulillah dikhabarkan bahawa Kerajaan Pusat telah pun bersetuju untuk membangunkan semula laluan kereta api dan saya pun telah berebut, telah dua kali berjumpa dengan pihak RAC untuk membangunkan semula tapak seluas 5.5 ekar di sekitar stesen kereta api Pasir Mas dan kalau kita tengok status sekarang agak mulia dan sebagainya dan In Shaa Allah petang ni saya dan YB Kamaruzaman kita akan bersama wakil RAC dan mereka nak melihat sendiri bagaimanakah pertolongan ataupun konsep-konsep pembangunan yang berteraskan kepada konsep swasta ini In Shaa Allah saya yakin pembangunan di bandar Pasir Mas itu akan dapat diterapkan sebaik mungkin.
Akhir sekali lah saya menyeru kepada semua wakil-wakil rakyat pimpinan negeri dan wakil-wakil jabatan. Tugas kita sebagai wakil rakyat bukan sekadar kita berupaya ataupun berhujah dengan fakta-fakta dan sebagainya. Tapi tugas kita yang lebih penting bagaimana kita nak memastikan minda rakyat itu dibangunkan bagaimana kita nak rakyat itu, adanya satu hari akhirat, adanya satu hari pembalasan yang akan
meneguhkan kedudukan kita di dunia ini dan selebihnya kita berserah kepada Allah Taala dan kita berharap dengan kerjasama kita semua ini dan saya yakin hasrat kepada dua-dua pihak Pembangkang kita dan perbahasan kita ini hanyalah sebagai perbahasan untuk kita bersama membangunkan rakyat Kelantan dan In Shaa Allah saya yakin dengan kebersamaan kita dan mempastikan semua gerak kerja kita dan kita sebagai wakil rakyat sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, kita hendaklah menjadi contoh dalam membentuk akhlak kita dalam bidang politik sebagai dakwah untuk kita mengajak seluruh rakyat-rakyat kita mentaati kepada Allah Taala. Jadi saya rasa cukup lah setakat tu.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Alhamdulillah. Seramai 21 orang Ahli-Ahli Dewan telah menyertai perbahasan Belanjawan 2026. Penggulungan akan dibuat oleh pihak Kerajaan bermula pada esok. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya berhasrat untuk menangguhkan persidangan. Persidangan dewan akan disambung semula besok, 10hb November pada jam 9 pagi. Mari lah kita akhiri persidangan pada petang ini dengan membaca tasbih kafarah dalam Surah Al-Asr.
Persidangan dewan ditangguh.
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 04.59 PETANG DAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA HARI ESOK 10HB NOVEMBER 2025 PADA JAM 09.00 PAGI.