Kelantan · 12 November 2025
15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting (Budget) · 99 turns · 12,370 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.
(Pembukaan)
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Ketiga, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas, hari kelima. … ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا
Doa
SETIAUSAH : Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Berdoa…
[ SAMBIL BERDIRI ]
Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Balah.
(Soalan-Soalan Yang Diberitahu)Questions
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ Terima kasih Dato’ Speaker, sebelum itu saya mohon kebenaran Dato’ Speaker untuk maklumkan pada hari ini dalam Dewan yang mulia ini terdapat sebuah satu kumpulan 7 orang daripada sebuah NGO yang berdaftar dengan Kerajaan yang dikenali dengan Inspirasi Kepimpinan Kelantan dan mereka terdiri daripada Mantan Jurulatih JLKN semasa saya menjadi Ketua Pengarah di sana. Dengan itu saya mohon untuk mendapatkan jawapan bagi soalan saya pertama. Terima kasih.
Soalan 1:
[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah usaha kerajaan negeri untuk memastikan pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Pelan Strategik Kelantan Futures State 2033 agar visi Kerajaan Negeri dapat dicapai secara berperingkat, inklusif dan konsisten.]
ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Kuala Balah yang mengemukan soalan yang pertama pada pagi ini. Kerajaan Negeri melalui dokumen Kelantan Future State: Kelantan Sejahtera Tahun 2033 (KFS2033) telah menetapkan misi untuk menjadikan Kelantan sebagai Kelantan Sejahtera tahun 2033. Bagi memastikan visi ini dapat dicapai secara berperingkat, insklusif dan juga konsisten, beberapa langkah strategik telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri antaranya adalah :
1. Penstrukturan Pelaksanaan Melalui Halatuju Portfolio
Kerajaan Negeri telah menyelaraskan pelaksanaan Kelantan Future State (KFS2033) melalui Dokumen Induk Penghayatan Membangun Bersama Islam dan Halatuju Portfolio Kerajaan Negeri Kelantan 2024– 2028.
Setiap portfolio Exco telah menyediakan Pelan Tindakan Lima Tahun (2024–2028) yang berpaksikan kepada 19 Kuasa Penggerak ataupun kita panggil driven forces, yang melibatkan komponen antaranya:
I. Menekankan Kecekapan Pentadbiran, Integriti Kepimpinan, Dan
Penerapan Teknologi Digital Dalam Pengurusan Negeri
II. Pertumbuhan Ekonomi Islam, Industri Halal, Pelaburan Beretika
Dan Daya Tahan Ekonomi Hijau Yang Lestari.
III. Pembangunan Fizikal, Sistem Logistik, Akses Air Dan Jaringan
Mobiliti Sebagai Asas Kemakmuran Negeri.
IV. Pembentukan Belia Kalis Masa Depan, Insan Rabbani,
Kesejahteraan Keluarga, Dan Kestabilan Sosial Sebagai Tonggak Masyarakat Sejahtera.
V. Kelestarian Alam Sekitar Dan Pengurusan Air Sebagai Paksi
Utama Pembangunan Mampan. Melalui pendekatan ini, setiap portfolio mempunyai indikator prestasi ataupun (KPI) yang jelas dan diukur secara berkala bagi memastikan pelaksanaan dan dasar projek kerajaan negeri berjalan selaras dengan visi Kelantan Future States 2033.
2. Pemantauan Melalui UPEN dan SPARK
Pelaksanaan dan pemantauan ini dijalankan dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Unit Pemantauan dan Pelaksanaan Strategik (SPARK) Pejabat Menteri Besar Kelantan yang berfungsi sebagai penyelaras dalam memastikan setiap Pelan Tindakan dilaksanakan selaras dengan dokumen (Kelantan Futures State 2033 dan Halatuju Portfolio Kerajaan Negeri Kelantan 2024– 2028). UPEN dan SPARK bersama-sama menjalankan pemantauan prestasi secara sistematik dan turut:
i. Menyenaraikan sejumlah 770 Pelan Tindakan yang perlu dilaksanakan oleh hampir 150 jabatan dan agensi mengikut tempoh yang telah ditetapkan (2024-2028). ii. Mengadakan pemantauan secara berkala bagi memastikan status pelaksanaan Pelan Tindakan dibawah jabatan atau agensi. iii. Melaporkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan isu-isu yang timbul atau halangan yang tertentu yang mempengaruhi prestasi pelaksanaan Pelan Tindakan.
3. Menerapkan Pemikiran Masa Depan
Bagi Mengemudi Future States, Adalah Amat Penting Bahawa Pemimpin-Pemimpin Kerajaan Dan Juga Pentadbir-Pentadbir Mempunyai Pemikiran Masa Depan. Pemikiran Islam Sendiri Menekankan Konsep Al-Istiqra', Ijtihad, Dan Tajdid - Semua ini berteraskan kesedaran terhadap perubahan zaman. Sehubungan dengan itu Insititut Latihan Darul Naim ataupun ILDAN akan menganjurkan Kursus Pemikiran Masa Depan ataupun Future Thinking bagi Kepimpinan Pentadbiran Kerajaan Negeri serta Seminar Kelantan Future State 2033 sebagai platform perbincangan dan perancangan halatuju masa depan negeri.
4. Libat Urus Pelaksanaan dan Pengukuhan Sinergi
Bagi memperkukuh pelaksanaan Kelantan Future States 2033 serta memastikan penglibatan pelbagai pihak secara eksklusif Kerajaan Negeri melalui pelbagai agensi dan insitusi telah menganjurkan beberapa sesi libat urus antaranya adalah sidang NGO Kelantan Future State 2033 anjuran UBES dan juga konfederasi NGO Kelantan (KNK). Yang kedua Forum Kepimpinan Belia Kelantan Future States 2033 Harapan Anak Muda Anjuran Kelantan Future Leaders, Townhall Kelantan Future States bersama anak perantauan di setiap zon anjuran UPKN Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan serta Seisi Libat Urus Pemerkasaan Wanita Future State Anjuran UKEKWA.
Program-program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kefahaman memperluas jaringan kerjasama dan memastikan aspirasi Kelantan Sejahtera 2033 diterjamahkan secara kolektif oleh Kerajaan, Agensi dan juga Masyrakat. Terima kasih.
Dipersilakan Kuala Balah.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar, saya yakin Kelantan Future State 2033 diatur ataupun dirancang dengan begitu rupa ada strategi ada planning strategi ada KPI.
Soalan saya ialah adakah Kerajaan bercadang untuk melaporkan menentukan 19 kuasa penggerak yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat tadi untuk makluman rakyat dan juga pentadbiran kita? Terima kasih.
Terima kasih di atas soalan tambahan daripada Kuala Balah. Kelantan Future State adalah satu program jangka masa panjang yang kita bangunkan bersama dengan institusi pendidikan ternama dalam negara kita bukan yang kita buat di antara pegawai-pegawai Kerajaan Negeri sahaja dan melibatkan kepakaran-kepakaran dalam hampir kesemua bidang yang ada dalam perancangan Kerajaan Negeri Kelantan, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Universiti Teknologi Petronas dalam hal ini.
Berhubungan dengan soalan yang dibangkitan tadi, Kerajaan Negeri memang bercadang kearah Penerbitan Laporan Pelaksanaan Kelantan Future State 2033 sebagai instrument penilaian berasaskan kepada data ataupun kita panggil “Data Driven Assesment” bagi mengukur kemajuan dan pencapaian 15 kuasa penggerak ataupun “driven forces” yang digariskan dalam pelan berkenaan. Pada masa ini pemantauan pelaksanaan dilakukan secara sistematik melalui 770 inisiatif dan program di bawah hala tuju portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan. Mekanisma pelaksanaan ini membolehkan penilaian prestasi dibuat secara berterusan dengan tumpuan kepada aspek ketelusan, kebertanggungjawaban, impak hasil ataupun outcome impact, serta penjajaran strategik setiap inisiatif dengan objektif untuk Membangunkan Negeri Kelantan.
Penerbitan laporan berkenaan akan menjadi menanda aras Inshaa-Allah Penanda Aras Tadbir Urus berasaskan prestasi ataupun istilah performance based on governance, memperkukuh penyampaian dasar kerajaan dan berfungsi sebagai dan tujuan utama bagi menilai keberkesanan strategi bagi pembangunan negeri.
Langkah ini sekaligus memastikan bahawa pelaksanaan Kelantan Future States 2033 memberi impak nyata dan lestari kepada kesejahteraan rakyat serta kemakmuran Negeri Kelantan menjelang tahun 2033. Inshaa-Allah. Terima kasih.
Dipersilakan, Wakaf Bharu.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, jadi tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana telah membuat satu pelan yang terbaik. Yang penting kepada kita semua samada kita selaku pimpinan atau rakyat semua sekali dapat memberi sokongan yang padu untuk menjayakan pelan tersebut.
Soalan tambahan, apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan pelan ini tidak hanya menjadi dokumen dasar tetapi diterjemahkan kepada pelaksanaan nyata di lapangan? Sekian terima kasih.
Terima kasih, nampaknya semua ambil rasa tanggungjawab terhadap pelaksanaan ini dan sebagaimana yang saya telah sebutkan dan gariskan tadi kita ada pelan dan juga kita ada pemantauan. Inshaa-Allah dan daripada itu Kerajaan Negeri juga sebenarnya menuntut komitmen padu daripada semua agensi. Semua agensi terlibat, jabatan, pegawai pelaksanaan Serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri untuk bersama-
sama menjayakan inspirasi besar Ini. Dan kita sangat commited untuk menzahirkan dan untuk menjayakan dokumen ini agar ianya dapat kita terjemahkan di alam nyata dan juga di Lapangan Kerajaan Negeri. Inshaa-Allah. Yang seperti yang saya jelaskan tadi bahawa langkah-langkah strategik dilaksanakan bagi memastikan setiap dasar projek dan program selaras dengan 19 kuasa penggerak yang telah kita gariskan maka kepada agensi-agensi ataupun perseorangan yang terlibat dalam perancangan ini kita mahu ianya dilaksanakan berdasarkan kepada rasa tanggungjawab untuk menjayakan Intergriti, dedikasi dan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk melaksanakan tugasan dengan fokus kepada hasil yang nyata yang kita dapat yang dapat kita lihat ataupun yang kita kata sebagai “measurerable”. Istilahnya “measurerable outcome” yang dapat kita rasakan secara obejektif begitu.
Seperti kata (“Benjamin Franklin”) mintak maaf lah saya sebut kata-kata, sebab kita pun baca ayat al-quran kita baca hadis sekali sekala kita nak jugak dengar apa kata mereka kalau ianya baik, semalam Dato’ Panglima Perang baca hadis kadang-kadang benda itu orang lain ِن ِا ﻣ ُؤْ ﻣ ﻟ ا ﺎﻟﱠﺔ ﺿ ﺔ ﻣ ﻛ ﺣ ﻟ sebut tapi ianya betul tapi jika ianya betul dan ianya berhikmah maka hak kita dan kita aula sebenarnya untuk mengambil kata-kata itu untuk kita laksanakan. Dia kata apa “well done is better than well said”. Maaf saya di sini saya bercakap, nanti apabila dilaporkan ada orang kata cakap saja, “bua mace-mace, ore loni kei masing-masing ada ruang untuk kata bua la gapo la kecek sajo lah, mace-mace lah. Buko wosap lah, wosap saya, saya rasa ramai hok mitok pitih dan saya mitok pitih sebenarnya tapi abaikan, abaikan ramai hok mitok pitih dan dah ada hok keno pun, scammer. Jadi dalam wosap tu gak mace-mace lah orang buleh buat sekarang ni dalam FB tu mace-mace lah bua.
Jadi kita nak kata “well done”, kita laksanakan itu adalah “much-much better than well said” daripada kita cakap. Harini saya bercakap nanti ada orang persoalkan buat macam mana jadi kita kena buktikanlah supaya saya, ahli-ahli yang berhormat, pegawai-pegawai kerajaan tolonglah ini adalah inspirasi kita bersama, inspirasi kerajaan. Semua kata bagus tetapi ianya tidak akan jadi bagus kalau ianya hanya bagus di atas kertas perisytiharan tetapi tidak dalam pelaksanaan.
Terima kasih.
Dipersilakan, Yang Berhormat Mengkebang.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Dato’ Speaker, pohon jawapan untuk soalan saya nombor 2. Soalan 2: [Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan bentuk-bentuk usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan terutama melalui program-program khusus untuk menjadikan slogan Penghayatan Membangun Bersama Islam dihayati seterusnya diamalkan oleh golongan Gen-Z di negeri ini.]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Mengkebang atas soalan. Kerajaan Negeri melalui Dasar Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI) terus komited memastikan nilai dan gagasan Islam diterjemahkan dalam setiap dasar pembangunan negeri, termasuk dalam agenda pembangunan belia dan juga generasi muda. Golongan Generasi-Z ataupun (Gen-Z) iaitu mereka yang lahir antara tahun 1997 hingga 2012 ini menjadi kelompok utama belia Kelantan iaitu umur mereka pada
tahun 2025 adalah antara 13-28 tahun, ini termasuk pelajar sekolah menengah, pelajar universiti dan juga anak-anak muda ataupun belia muda yang sudah mula bekerja, mereka kini merupakan teras utama Kumpulan Belia Negeri Kelantan. Mereka merupakan generasi digital yang sangat terdedah dengan pengaruh global, media sosial dan juga dunia tanpa sempadan. Menyedari realiti ini Kerajaan Negeri berpandangan bahawa pendekatan terhadap pembangunan belia mesti beranjak daripada sekadar pengisian fizikal kepada penghayatan nilai-nilai islam yang hidup dalam budaya, gaya hidup dan juga minda mereka.
Antara program-program yang telah dan akan kita adakan adalah pertama Rakan Muda Al-Quran iaitu Kelantan sebagai Perintis Belia Quranni sebagai langkah memperkukuh penghayatan Islam dalam kalangan belia moden Kerajaan Negeri memperkenalkan insentif “Rakan Muda Al-Quran” iaitu satu jenama istimewa Rakan Muda Versi Kelantan yang menambah satu lagi gaya hidup kepada 10 gaya hidup rakan muda yang sedia ada. Manakala di bawah KBS dia ada 10 gaya hidup.
Sebab itu kita di Kelantan kita menjadikan 10 + 1, 10 campur 1 gaya hidup Rakan Muda. Rakan Muda Al-Quran membawa gagasan agar setiap pengajuran Program Anak Muda samada melibatkan seni, sukan, kesukarelawan, alam sekitar, ataupun teknologi ataupun apa-apa sahaja program anak muda disemai dengan pengajaran dan ibrah daripada Al-Quran dan Sunnah. Pendekatan ini menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai teras gaya hidup belia Kelantan bukan hanya dalam konteks ibadah ritual tetapi juga dalam kerja, interaksi sosial, gaya komunikasi dan juga inovasi. Melalui rakan muda Al-Quran ini generasi-Z dibimbing untuk mengekalkan gaya hidup kontemporari mereka yang dinamik dan kreatif.
Tapi pada masa yang sama membawa roh dan nilai Al-Quran dan Sunnah dalam setiap aktiviti yang dijalankan di mana pelancaran, pelancaran rakan Al-Quran yang telah dibuat pada Ramadhan yang lalu iaitu pada 22 Mac 2025 dan sedang loni kita sedang mengumpul data-data dan juga maklumat pendaftaran mereka yang berminat dan program pertama, program pertama Inshaa-Allah yang secara besaran akan diadakan pada
29 November nanti dengan kerjasama beberapa agensi yang berkaitan dan yang termasuk MAIK dan juga agensi-agensi lain. Langkah ini akan menjadikan asas kepada melahirkan belia kalis masa depan sebagaimana yang disebut oleh Dato’ TMB tadi adalah salah satu kuasa penggerak dalam Kelantan Future State 2033. Belia yang mampu menyesuaikan diri dengan perubahan dunia moden tanpa kehilangan identiti keislaman dan juga nilai-nilai luhur.
Yang kedua, program dan inisiatif penerapan nilai PMBI dalam pembangunan belia, selain daripada itu Kerajaan Negeri melalui Urusetia Belia Sukan Negeri Kelantan (UBES) turut memperkukuh penghayatan membangun bersama Islam dalam kalangan generasi-Z melalui pelaksanaan program pembangunan insan, kepimpinan dan gaya hidup sihat yang berteraskan Islam. Sepanjang 2025 (UBES) telah melaksanakan 56 program dengan penglibatan seramai 3,863 sukarelawan dan telah memberi impak ataupun manfaat kepada lebih 36,000 peserta melibatkan lebih 3,600 jam aktiviti yang telah dijalankan. Antara program berimpak tinggi yang dilaksanakan termasuklah Anak Muda Tamu Ramadhan, Kolej Gentera, Rakan Muda Al-Quran yang menumpukan aspek penghayatan rohani dan juga tarbiah Islam.
Selain daripada itu, Kelantan Future Leaders Camp, Bootcamp Academy dan Konvensyen yang membina jati diri, kepimpinan dan integriti belia Kelantan manakala Fun Run Family, cabaran memanah, “Shoot Out”, Bola Jaring, Liga Elit Dun, Piala MB, Kembara Perpaduan Kaum, Iftar Perdana dan “Hiking Gunung Stong” yang memperkukuhkan gaya hidup sihat dan juga semangat ukhuwwah dalam kalangan belia.
Sementara bengkel wacana DAMAK, pidato anak muda, kursus-kursus kemahiran serta kem kompentesi belia yang memupuk pemikiran strategik digital dan juga kepimpinan masa depan.
Program-program seperti “Echo Of Palestine”, cabaran Mr. Awang Selamat dan Smake ataupun Sambutan Hari Anak Muda Kelantan 2025
yang menanam kepekaan sosial, tanggungjawab ummah, dan juga semangat cintakan negeri serta dunia islam. Keseluruhan pelaksanaan ini merupakan agenda bersatu UBES untuk menyemai dan memperkukuh penghayatan nilai-nilai Islam, tanggungjawab sosial dan pembinaan akhlak dalam generasi belia terutamanya Gen-Z tadi agar mereka menjadi generasi Al-Qawiul Amin yang mana kuat jasadnya, mantap akhlaknya, dan juga luhur akhlak selaras dengan Dasar Membangun Bersama Islam.
Yang ketiga seterusnya ialah program kepimpinan berasaskan ideologi dan juga nilai Islam melalui Kelantan Future Leaders Institue dengan kerjasama UBES, pelbagai program berimpak tinggi dilaksanakan untuk memperkukuh kefahaman serta penghayatan nilai islam dalam kalangan kepimpinan belia antaranya Syarahan Perdana Kepimpinan, Ideologi Pemikiran Pemimpin Masa Depan yang membimbing generasi muda memahami asas falsafah (PMBI), (Kelantan Future Leader Academy Bootcamp serta Camp) merupakan latihan kepimpinan berasaskan Islam yang menekankan akhlak, integriti dan tanggungjawab sosial. Manakala (monthly leaderships circle) satu platform bulanan untuk kesinambungan, bimbingan dan juga penghayatan nilai Islam dalam kepimpinan.
Yang keempat laluan pembangunan kepimpinan berstruktur (Leaderships Partline) (KFLI) membangun laluan pembangunan kepimpinan belia yang berperingkat dan juga berstruktur di mana kalau kita ikut ke program-program yang telah diadakan contohnya Kelantan Future Leaders Camp merupakan atau sasaran peserta adalah pelajar sekolah menengah manakala (bootcamp) sasaran dia adalah pelajar lepasan SPM dan juga SPTM sementara Kelantan Future Leaders Academy, sasaran dia adalah peringkat Mahasiswa dan juga Mahasiswi. Manakala program-progam seterusnya Gentera, Fellow Darul Naim dan Adun Belia merupakan program kepimpinan bagi belia dewasa yang telah melepasi peringkat IPTA ataupun di peringkat IPTS. Keseluruhan laluan ini berasaskan kepada nilai Ubudiyyah, iaitu ketundukkan kepada Allah SWT. Mas’Uliyyah kepertanggungjawaban dan juga Itqan Kecemerlangan serta Hubbul Watan, cinta tanah air. Intipati kepada gagasan Membangun Bersama Islam.
Seterusnya adalah naratif digital dan juga media sosial, kita perlu menyesuaikan dengan ekosistem digital Gen-Z. Kerajaan Negeri turut mengoptimumkan konsep platform media sosial rasmi seperti Kelantan Future Leaders dan juga UBES Kelantan di Facebook dan juga Instagram bagi menyebar luas mesej PMBI dengan secara kreatif. Antara pendekatan yang sedang dilaksanakan adalah video pendek dan juga (reels) bertemakan Penghayatan Islam. Petikan ucapan tokoh-tokoh ilmuan dan juga pimpinan muda, dokumentasi aktiviti belia berasaskan nilai Islam.
Pendekatan ini menjadikan mesej Islam disampaikan dalam Bahasa dan bentuk yang segar, menarik dan mudah dihayati oleh golongan digital ataupun Generasi Digital. Secara keseluruhannya usaha kerajaan negeri Kelantan dalam merealisasikan gagasan penghayatan membangun bersama islam dilaksanakan melalui pendekatan menyeluruh dan juga berpaksikan nilai Al-quran serta Al-Sunnah untuk berserta dengan realiti generasi pada masa kini. Melalui Program Rakan Muda Al-Quran dan pelbagai inisiatif program daripada pihak UBES. Nilai-nilai Islam bukan hanya diajar tetapi kita ingin hidupkan dalam gaya hidup dan budaya belia Kelantan pada hari ini. Inilah pendekatan yang diyakini mampu membentuk generasi-Z ataupun Generasi Z ini menjadi belia yang berilmu, berakhlak, beridentiti Islam, berdaya saing, seterusnya memperkukuh negeri yang berkat, maju dan sejahtera di bawah naungan Penghayatan Membangun Bersama Islam.
Sekian terima kasih.
Dipersilakan, Mengkebang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, banyak sungguh Program Inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan. Meme kerajaan memang cakna kepada golongan muda. Terima kasih.
Soalan tambahan saya, apakah ukuran keberhasilan yang digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan nilai dan semangat Membangun Bersama Islam benar-benar dihayati oleh golongan muda khususnya di kalangan Generasi Z ataupun Gen-Z yang hidup dalam dunia digital dan budaya global pada masa kini? Terima kasih.
Terima kasih Mengkebang atas soalan tambahan. Secara khusus atau secara umumnya pendekatan ataupun penilaian yang kita lakukan terhadap program-program yang dilakukan. Saya boleh bahagikan kepada enam termasuk juga kesimpulan. Yang pertamanya adalah pendekatan penilaian berdasarkan nilai dan perubahan, tingkah laku dimana kerajaan negeri menilai keberhasilan, Membangun Bersama Islam tadi bukan sekadar kepada bilangan program maknanya bukan pada berapa banyak program dihasilkan tetapi lebih kepada output serta outcome tetapi melalui perubahan nilai, sikap dan gaya hidup belia. Dimana ukuran kejayaan merangkumi tiga aspek utama yang kita pertimbangkan.
Pertama penghayatan nilai islam dalam gaya hidup belia.
Yang kedua keterlibatan aktif dalam aktiviti masyarakat dan juga komuniti dan yang ketiga kemunculan pemimpin pelapis-pelapis muda yang berkarakter Islamic dan juga berintergriti dan yang kedua indicator dan hasil nyata penghayatan (PMBI) antaranya kita menilai juga dari sudut kuantitatif maknanya bilangan program yang telah dilaksanakan sepanjang 2025, di mana sebanyak 56 program telah dilaksanakan dan melibatkan ataupun memberikan impak kepada 36,000 peserta sepanjang tahun. Juga dari segi kualitatif mana lahirnya belia yang aktif dalam nilai keislaman contohnya pelajar universiti dan belia akar UMBI yang memimpin projek-projek komuniti mana selepas kita lakukan program pelajar-pelajar ataupun peserta tadi diberi tugasan untuk membuat projek-projek komuniti jadi itu menunjukkan kejayaan mereka dalam menghayati program-program yang telah kita anjurkan.
Yang ketiganya, penilaian melalui Program Rakan Muda Al-Quran, Rakan Muda Al-Quran menjadi indicator yang penting Penghayatan Membangun Bersama Islam dalam konteks moden kerana ukuran keberhasilan melalui pertama jumlah pendaftaran juga penglibatan belia secara digital dan juga kemampuan mereka menerapkan nilai-nilai Al-Quran dalam aktiviti harian, seni sukan dan komuniti. Itu antara perkara-perkara akan kita ambil perhatian.
Yang keempat seterusnya adalah Pembangunan, Kepimpinan dan juga Leadership Pipeline, keberhasilan ini diukur melalui kemajuan dalam peserta dan laluan program-program tadi, jadi maknanya setiap program, setiap step ataupun modul-modul yang kita laksanakan setiap peringkat, sejauh manakah peserta menghayati dan juga dapat menamatkan setiap modul yang dilakukan. Dan kefahaman terhadap konsep UMI dan sebagainya, keupayaan memimpin dalam adat dan akhlak Islam dan ini akan melahirkan generasi pembimbing muda Kelantan yang bukan hanya cemerlang akademik tetapi berfikir secara Islamik dan bertindak dengan penuh integriti.
Yang kelima keberhasilan dari sudut impak sosial, ini pun penting jugak. Di mana program berasakan MBI telah berjaya menanam kesedaran sosial dan tanggungjawab ummah dalam kalangan Gen-Z sebab itulah apabila keterlibatan mereka dalam program Echo of Palastine, Anak Muda Tamu Ramadhan, dan juga Program Perpaduan Kaum yang menunjukkan kesedaran mereka untuk berinteraksi dan memahami isu-isu yang berlaku di sekitar mereka.
Yang keenam keberhasilan komunikasi dan naratif Islam dalam dunia digital di mana mesej MBI ni dalam konteks sekarang ni zaman AI 40 dan zaman AI ni perlu disampaikan dalam bentuk digital dan dalam medsos. Kejayaan diukur melalui capaian, interaksi dan juga perkongsian message Islamic di platform digital.
Yang terakhir, kesimpulannya ukuran keberhasilan Membangun Bersama Islam bukan lagi berapa ramai yang hadir program ataupun berapa banyak program yang dilakukan tetapi berapa ramai yang
berubah cara fikir dan gaya hidup mereka kerana Islam. Maknanya dalam konteks belia harini Kerajaan Negeri yakin pendekatan ini secara tidak langsung telah berjaya membentuk Belia Al - Qawiyul Al Amin. Yang mana belia yang kuat jasadnya, mantap akalnya dan luhur akhlaknya. Jadi itulah jawapan soalan tambahan, sekian terima kasih.
Dipersilakan, Kota Lama.
Terima kasih kepada Dato’ Speaker, tahniah kepada YB Exco kerana saya nampak jelas dan bahawa dia perlu input kepada output ya, keberhasilan. Soalan saya berkenaan dengan Program yang bersasar kepada Gen-Z kita yang berisiko, minggu lepas kita dikejutkan dengan seorang Tiktoker daripada Kelantan yang melakukan gangguan seksual terbuka kepada seorang pelancong daripada Rusia yang kemudian beliau yang daripada Rusia ini membuat laporan polis. Sebelum itu, ada pula wanita kita yang telah mempengaruhi seorang OKU untuk menunjukkan perbuatan tidak senonoh dalam sesi live, kita jugak dengar pergaduhan anak-anak muda kita secara terbuka di tiktok sehingga menjejaskan.
Ringkaskan soalan…
Nak g dah ni, nak sapa dah pada rakyat kelantan ini terhadap akhlak anak muda kelantan. Soalan saya apakah kerajaan negeri boleh berusaha untuk mengenal pasti mereka yang terlibat dan seterusnya berusaha untuk mengadakan sesi kaunseling, khidmat nasihat supaya mereka lebih tanggungjawab untuk menjaga maruah agama dan Kelantan sebagai sebuah negeri yang menghayati Penghayatan Membangun Bersama Islam?
Soalan kedua saya, apakah tidak boleh ambil tindakan terhadap mereka yang berkelakuan tidak sopan sekurang-kurangnya..
Soalan sahaja ya...
Ni soalan dah ni, boleh ambil tindakan tak?...
Kota lama... soalan sahaja...
Untuk mengambil tindakan Kelantan ini di bawah Seksyen 21 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 109, kerana setahu saya seksyen ini tidak dicabar atau dibatalkan di mahkamah persekutuan tempoh hari? Dan ia masih berkuatkuasa. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan yang diberikan. Pertama kita kena faham, kita sekarang berurusan dengan manusia. We are not dealing with machines. Kalau even machines, kalau katakanlah kita menggunakan komputer ataupun di kilang-kilang production. Dia akan ada dia punya defect, maknanya mana-mana kilang the best kilang pun dia still ada defect. Maknanya berapa percent dan sebagainya. Dalam konteks hari ini sebagaimana yang kita sebut jumlah Gen-Z di Kelantan, anggaran jumlah Gen-Z di Kelantan adalah 600,000 ribu kalau kita berurusan dengan machines pun still ada defect, dengan manusia yang pelbagai latar belakang saya yakin akan ada mereka-mereka yang akan terlepas dan sebagainya dan bagaimana kita sebut selalu orang-orang tua sebut dalam setandang pise tu ado hok tak comey tetapi yang pentingnya adalah majority tadi sebab tu saya selalu tekankan kita kena focus kepada
perkara positive, kita bring positive vibes. Kadang-kadang benda yang berlaku itu kalau kita sebut mungkin 2 kes yang disebut tadi hanyalah 0.00 berapa percent saya tak tahu berbanding dengan 600,000 Gen-Z yang ada.
So apa yang saya nak tekankan di situ, sebab itulah kenapa kita melakukan program-program pendekatan utama di peringkat Exco Belia adalah Kelantan Future Leaders, we are targeting leaders sebab bila kita berjaya melahirkan seorang pemimpin maka dia akan membawa pengikut-pengikut di belakangnya. Maknanya apabila kita berjaya, tarbiah seorang pemimpin Inshaa-Allah kesan dia akan memberi kesan 10 mungkin 100 kepada belia-belia yang lain. Begitu juga dengan Rakan Muda Al-Quran bila kita berjaya mendidik mereka memahami Al-Quran Inshaa-Allah antara yang disaran oleh Al-Quran adalah menyampaikan dakwah menghalang, mencegah maksiat dan sebagainya. Dan ini akan menjadi agent kepada kerajaan untuk menangani ataupun mendepani generasi-generasi yang sedemikian, jadi itulah yang kita perlu fahami.
Yang keduanya saya suka juga ingin menyebut disini sebab apabila berlaku isu-isu hok muda ni kita start cuba untuk menyalahkan kerajaan bila berlaku di Kelantan. Saya suka untuk menyebut beberapa fakta di Kelantan kita ada 2 aliran pendidikan, di bawah JPN dan juga bawah YIK. Di bawah JPN jumlah pelajar lebih kurang 300,000 lebih dan di bawah YIK hanya 30,000 lebih. Which is less than 15%, kurang daripada 15% maksudnya ialah anak-anak muda yang berada secara langsung bawah Kerajaan Negeri Penghayatan Membangun Bersama Islam hanyalah less than 15%, persoalannya ialah tanggungjawab siapakah the rest? The remaining of 85%? Jadi janganlah apabila berlaku sebarang isu maka kita cuba mencari kesalahan kepada Kerajaan Negeri tetapi kita melihat kepada kesalahan individu tadi, saya rasa itulah lebih kurang untuk soalan pertama.
Yang kedua, mungkin EXCO Agama boleh jawab la kot? Pasal enakmen tadi ataupun…
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan daripada Jelawat. Dengan izin, soalan tambahan daripada Jelawat, Dato’ Speaker. Dengan izin Dato’ Speaker.
Kita dah, Boleh lah.
[KENDENGARAN GELAK KETAWA AHLI-AHLI DEWAN]
Okay, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker yang baik hati. Okay, berhubung dengan soalan daripada Kota Lama tentang Generasi-Z berhubung dengan media sosial Tiktok dan sebagainya. Okay, bagaimana anak-anak muda ini tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik di dalam Tiktok, Facebook dan sebagainya. Jika sekiranya pemimpin kadang-kadang juga menggunakan media sosial untuk kepentingan politik dengan membuat Tiktok dan Facebook dengan tujuan yang tertentu? Sebagaimana contoh sepertimana disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar, 2 hari lepas. Kota Lama sendiri di dalam Tiktok atau Facebook mengatakan bahawa Yang Berhormat Menteri Besar telah menyokong atau bersimpati kepada penyeludup. Jadi sepatutnya …
Peraturan-peraturan Dewan, saya rasa itu niat jahat itu, saya !!
Kota Lama, Sila duduk ....
Saya tidak sebut pun perkara itu, jadi ...
KOTA LAMA, SEKALI LAGI SAYA SEBUT SILA DUDUK !!
Penulisan saya, tak boleh buat sangkaan jahat begitu ...
Okay, itu 1. Yang keduanya berhubung dengan apa yang Kota Lama sendiri pernah sebutkan, tulis dalam Facebook tentang beberapa perkara mengenai gejala media sosial, juga disebut…
Soalan, soalan Yang Berhormat.
Okay, sepatutnya perkara tu sepatutnya disebutkan di dalam dewan ini. Jika ada cadangan atau sebagainya. Kota lama adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan, bukan ahli Facebook atau bukan Tiktok sedunia. Jadi ini adalah medannya, ini adalah tempatnya untuk menyatakan sedemikian. Jadi adakah Yang Berhormat EXCO setuju dengan saya? Terima kasih. Itu soalannya …
Terima kasih Jelawat, sebab itulah kita kena faham bila kita bercakap tentang media sosial Tiktok, Facebook dan sebagainya. Kita di Malaysia kita ada MCMC, kita ada Menteri Digital dan kita tahu tindakan diambil
terhadap pimpinan-pimpinan terutama pimpinan yang tidak sehaluan dengan Kerajaan Negeri Pusat. Maknanya account mereka diblok atau sebagainya. Posting ditarik balik dan sebagainya. Apa yang saya nak sebut di sini ialah sekiranya posting-posting ahli-ahli politik boleh diblok dan ditarik balik, kenapa Kerajaan Pusat kenapa Kerajaan Kota Lama tidak menghalang ataupun menyekat kandungan-kandungan negatif di internet, Facebook, Tiktok dan sebagainya supaya anak-anak muda tidak terdedah dengan perkara tersebut.
Sekian terima kasih.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Chetok.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 3.
Soalan 3:
[Minta YAB Dato Panglima Perang Menteri Besar Kelantan nyatakan, sejauh manakah sasaran tenaga hijau negeri menyumbang kepada matlamat peringkat nasional sebanyak 31% pada tahun 2025 serta apakah kapasiti semasa tenaga boleh baharu di Kelantan?]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Chetok diatas soalan yang telah dikemukakan. Kerajaan Negeri Kelantan sedang giat melaksanakan pembangunan sektor tenaga hijau sebagai salah satu komponen penting dalam Agenda Kelestarian Dan Pembangunan Mampan Negeri. Tumpuan utama diberikan kepada dua sumber tenaga yang boleh diperbaharui
iaitu Tenaga Hidro dan juga Tenaga Solar, sebagai usaha menyokong Dasar Tenaga Lestari Negara bagi mencapai 31% tenaga boleh diperbaharui pada tahun 2025.
Beberapa projek utama sedang dan telah dilaksanakan di Negeri Kelantan iaitu Projek Hidro Pergau yang dikenali sebagai Sultan Ismail Petra telah mula beroperasi sejak tahun 2003 dengan kapasiti 600 MW, menjadikannya loji bawah tanah terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain itu Dato’ Speaker, projek hidro kecil di Sungai Kenerong turut menyumbang tenaga kepada grid dengan kapasiti 20 MW. Dalam kategori tenaga solar pula, projek solar terapung Danau Tok Uban yang merupakan terbesar di Malaysia telah mula beroperasi pada Januari tahun ini 2025 dengan kapasiti 60 MW.
Tambahan pula, pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri (Nenggiri HEP) yang mempunyai kapasiti 300 MW sedang dijalankan dan dijangka siap menjelang tahun 2027. Ini merupakan projek tenaga boleh diperbaharui tunggal terbesar milik TNB di negeri ini. Di samping itu, terdapat Projek Hybrid yang menggabungkan tenaga hidro dan juga tenaga solar di Pergau dengan kapasiti 45 MW yang dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2026, termasuk dengan Integrasi Sistem Penyimpanan Tenaga (BESS).
Projek Tenaga Solar Darat di bawah pelaksanaan Syarikat Samaiden Berhad menerusi Program Large Scale Solar 5 (LSS5) pula dijadualkan untuk mula beroperasi melalui perjanjian pajakan tanah seluas 400 ekar bersama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dimana projek ini berkapasiti hampir 100 MW dan dijangka menyumbang tenaga sebanyak 150 GWh setahun. Tambahan pula, Malakoff sedang membangunkan tiga Projek Stesen Jana Kuasa Hidro Kecil (SHP) di Sungai Galas, Kuala Krai, Kelantan, dengan kapasiti gabungan 84MW iaitu Kemubu SHP (29.0MW), Kuala Geris SHP (25.0MW) dan juga Serasa SHP (30.0MW).
Dari segi penggunaan, meskipun lebih 95% kapasiti penjanaan tenaga di Kelantan datang daripada sumber hijau, kadar penyerapan ke dalam grid
adalah lebih rendah disebabkan oleh kekangan sambungan kepada Grid Nasional. Pada tahun 2025, dianggarkan sekitar 31% daripada permintaan tenaga elektrik negeri dijana daripada sumber boleh diperbaharui. Walau bagaimanapun, dengan penyempurnaan projek-projek utama seperti Nenggiri HEP, LSS5 dan rangkaian Small Hydro Plants (SHP), peratusan ini dijangka meningkat kepada sekurang-kurangnya 46% menjelang tahun 2027.
Kesimpulannya, Kelantan sedang berada pada landasan yang kukuh dalam memacu pembangunan tenaga hijau, sekali gus memperkukuh keupayaan negeri dalam menjana tenaga mampan dan menyumbang kepada sasaran tenaga boleh diperbaharui negara. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Chetok.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dan terima kasih kepada jawapan daripada pihak kerajaan. Soalan tambahan saya adakah pihak kerajaan mempunyai cadangan untuk memanfaatkan lebihan kapisiti tenaga hijau ini bagi kita membangunkan satu hub yang dipanggil Hub Tenaga Hijau Kelantan?
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Inshaa-Allah kita sentiasa ingin mengambil inisiatif terbaik untuk mempermajui lagi untuk kegunaan sumber tenaga hijau negeri. Terima kasih.
Silakan, Salor.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Saya ucapakan tahniah kepada pihak kerajaan dan diri sendiri kerana bertepatan dengan matlamat SDG Nasional sendiri, SDG 7 tak silap saya cuma kita lihat peranan ini harus dimainkan secara bersama oleh pihak GLC sendiri dan saya ingin mendapat maklum balas balik daripada Yang Berhormat EXCO sejauh mana penglibatan pihak GLC sendiri dalam memainkan peranan sendiri yang sebagaimana disebutkan tadi? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Salor. Jadi pihak GLC yang mengutamakan mainkan peranan ini ialah PKINK dan juga PMBK untuk menjana sumber tenaga hijau ini. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bunga.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Lompat Si Katak Lompat, mohon jawapan kepada soalan saya nombor 4.
Soalan 4:
[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar berkongsi indikator atau penanda aras yang digunakan kerajaan dalam menilai keberkesanan pelbagai inisiatif pembangunan wanita dan keluarga, seperti Tabung Usahawan Wanita, supaya kejayaan program ini dapat dijadikan model rujukan bagi negeri lain.]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Bukit Bunga. Maah, tak pandai nak pantun.
Mengenai dengan persoalan daripada Bukit Bunga sebelum saya menyebut indikator-indikator yang dilaksanakan oleh pihak kami khususnya UKEKWA saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyebut ataupun menyenaraikan program-program yang kami laksanakan peringkat negeri, dun yang berskala besar dan sederhana sepanjang tahun 2025.
Untuk program wanita ini kita bahagikan kepada Unit Pembangunan Wanita, Unit Kemahiran Wanita dan Unit Pembangunan Keluarga.
Untuk Program Pembangunan Wanita, ianya memfokuskan kepada pendidikan sepanjang hayat. Antara program yang kami laksanakan adalah Program Bulanan Wanita Nur Ramadhan, Kuliah Bulanan Wanita di Tumpat dan Machang. Yang kedua, Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) yang mana program ini adalah salah satu program terbesar tahunan yang kita laksanakan mensasarkan lebih kurang 2,000 orang wanita di Kelantan. Ketiga, Program “Demo Tanya, Ambo Jawab” ianya dilaksanakan di 14 parlimen.
Yang keempat Bengkel Celik Undang-Undang dilaksanakan secara berkala, Bicara Wanita Parlimen dilaksanakan 14 Parlimen di bawah naungan 1 hayat yang mengfokuskan kepada remaja lelaki dan wanita. Dan dari sudut kepimpinan wanita kami telah mewujudkan Majlis Perundingan Wanita Parlimen dan Wanita Kelantan dan Penyampaian Watikah yang kita laksanakan pada tahun ini. Kedua bengkel kepimpinan dan pengurusan organisasi MPWP. Ketiga Program Libat urus Pemerkasaan Wanita iaitu Pakar Penasihat Wanita dan MPW. Yang keempat Sesi Libat Urus Gejala Sosial yang kita buat di 14 parlimen, Kem Wanita Unggul Dan Bijak. Keenam Advokasi Memogram yang melibatkan Pejabat Kesihatan Daerah dan Bestari (HUSM). Ketujuh “We Love We
Care” di peringkat parlimen, 14 parlimen dilaksanakan, Program Pink walk tahun ni kalau kita tengok hampir seluruh parlimen ada program warna pink. Pakai tshirt warna pink wanita-wanita tu. Ini dilaksanakan sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara di 14 parlimen dengan kerjasama Pusat Kesihatan Daerah di seluruh negeri.
Program-program kemahiran wanita juga kita laksanakan bagi memberikan kemahiran kepada wanita yang berminat iaitu Kursus Asas Pembangunan Produk dan Servis bersama INSKEN, Pensijilan Kemahiran Malaysia iaitu Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu kepada alumni PPWK. Ketiga Projek Latihan Intensif Songket & Kelingkan dengan kerjasama Malaysia Craft Council (MCC) dan sekarang dilaksanakan di Pelowar di Kota Bharu iaitu di Pasar Siti Aisyah. Keempat Kursus Pengurusan Pemasaran kerjasama dengan UiTM Cawangan Kota Bharu. Kelima Penubuhan PPWK sebagaimana yang kita maklum ianya dilaksanakan bermula pada 2005 lagi. Jom buat duit daripada rumah di 45 PPWK. Bengkel Kulinari @ Rencah Rasa Mek Kelate (45 PPWK DUN), kelas DIY Bouqet dan Pembungkusan Hamper yang dilaksanakan di peringkat DUN juga 45 D
Kursus Pengurusan Pemasaran dilaksanakan di 45 DUN juga. Projek Kitar Semula Minyak Masak di 30 PPWK terpilih. Bengkel Produk Hiliran yang dilaksanakan di 14 PPWK terpilih. Yang keduabelas Bantuan Tabung Usahawan Wanita (TUW) yang bermula daripada 2016 sehingga kini dan ketiga belas Penubuhan Pusat Latihan OKU dan Armalah di Bazar Siti Aisyah. Manakala Program Pembangunan Keluarga pula adalah Sambutan Hari Suami Isteri Peringkat Negeri Kelantan yang mensasarkan 500 pasangan suami isteri. Kedua Sambutan Hari Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan yang juga melibatkan hampir 2,000 ahli keluarga. Sambutan Hari Kanak-Kanak Negeri Kelantan, Program Big Hero Peringkat Negeri Kelantan yang mensasarkan ketua keluarga dan juga lelaki yang berminat dan sambutannya amat mengalakkan seramai 710 peserta. Bengkel Parenting 360: Bijak Didik, Anak Cerdik ianya juga dilaksanakan di seluruh DUN. Skim Cakna Suri yang kita sasarkan seramai 500 orang. Sambutan Hari Warga Emas yang melibatkan juga 700 orang peserta. Insentif Penubuhan Taska di Tempat Kerja (setiap
parlimen), Kursus Asas Permata 160 orang Pengurus Taska. Skim Cakna Aulad, 700 kanak-kanak di Negeri Kelantan. Inilah sebahagian program yang kami mampu laksanakan menyeluruh untuk semua lapisan dalam masyarakat bermula daripada umur 1 hari sehingga ke umur warga emas.
Bagi menjawab soalan Bukit Bunga mengenai bagaimanakah kita menilai keberkesanan inisiatif ataupun program yang kami lakukan di peringkat Negeri Kelantan ini antaranya adalah tahap penyertaan wanita di dalam program-program yang kami laksanakan iaitu dengan mengukur jumlah peratusan yang menyertai program-program yang kita laknsakan serta kita mengukur bagaimana kehadiran ataupun kehadiran program keusahanan kepimpinan serta kebajikan yang kita laksanakan oleh Kerajaan Negeri. Kedua Peningkatan taraf sosial ekonomi wanita ianya dinilai melalui peningkatan pendapatan dan pertambahan bilangan usahawan wanita yang berjaya. Berdasarkan data Penerima Tabung Usahawan Wanita, seramai 135 orang penerima berjaya mengembangkan perniagaan mereka. Malah menurut kajian Kelantan adalah satu-satunya negeri yang kaum wanitanya mempunyai pendapatan lebih tinggi. Ketiga Kesejahteraan dan Keharmonian keluarga yang diukur melalui Buku Panduan Keluarga Mawaddah yang di isi oleh pasangan suami isteri. Peningkatan kesedaran ianya dilihat dari sudut peningkatan kesedaran terhadap tanggungjawab keibubapaan serta pengukuhan nilai kekeluargaan Islam dalam masyarakt serta penurunan kadar kes penceraian yang sebagai contoh pada tahun 2024, seramai 3,185 kes penceraian dilaporkan berbanding 4,468 kes pada tahun sebelumnya.
Keempat Keberkesanan Pelaksanaan Dasar Dan Program dinilai melalui laporan pemantauan, penilaian serta maklum balas daripada peserta program oleh agensi pelaksana. Kelima tahap kesedaran dan perubahan sikap diukur melalui kajian impak dan soal selidik selepas program untuk menilai perubahan dari segi pengetahuan, kemahiran, amalan baik dalam kalangan wanita dan juga keluarga. Keenam pencapaian selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Kelantan. Indikator pencapaian turut dipetakan selaras dengan Halatuju Portfolio Kerajaan Negeri Kelantan 2024-2028
bagi memastikan setiap inisiatif dan pelan tindakan mencapai matlamat yang ditetapkan oleh Kerajaan. Melalui pendekatan penilaian ini, Kerajaan Negeri dapat memastikan setiap inisiatif bagi program pembangunan wanita dan keluarga ini memberikan kesan yang positif terhadap pembangunan social dan kesejahteraan wanita serta keluarga. Sekian terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bunga.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO di atas jawapan yang begitu baik sekali, panjang lebar nak ulas pun tak ingat dah banyak sangat. Tahniah banyak program-program yang dianjurkan dibawah EXCO Wanita. Soalan tambahan saya adakah kerajaan negeri mempunyai mekanisma penyelarasan kursus antara agensi negeri dan penggerak di peringkat parlimen bagi memastikan setiap inisiatif pembangunan wanita dan keluarga dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan di lapangan? Sekian terima kasih.
Rasa mace masuk dah dalam jawapan tadi, nanti ambo ata jawapan ambo.
Dipersilakan Yang Berhormat Bunut Payong.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya kepada sebelum pada itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada EXCO di atas jawapan dan juga terlalu banyak program-program yang dianjurkan di bawah EXCO Pembangunan Wanita.
Soalan saya sejauh manakah kerjasama yang telah dijalinkan antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan negeri-negeri lain khususnya negeri yang di dalam SG-4 dalam Usaha Memperkukuh Pembangunan Wanita dan Institusi Kekeluargaan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bunut Payong di atas soalan tambahan.
Persoalan yang dibangkitkan, Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa membuka ruang kerjasama strategik dengan negeri-negeri lain khususnya dalam kelompok-kelompok 4 kerajaan negeri iaitu Sg-4 yang turut menekankan Agenda Pembangunan Keluarga dan Wanita.
Melalui platform ini beberapa siri perbincangan dasar perkembangan amalan terbaik dan jaringan ekonomi wanita telah dirangka bagi memperkukuhkan peranan wanita sebagai penyumbang kepada kesejahteraan keluarga dan pembangunan negeri. Pada tahun 2024 Konvensyen Pemerkasaan Pepimpinan Wanita SG-4 telah dilaksanakan iaitu Sempena Hari Sayyiditina Khadijah yang mana program ini mendapat sambutan dan turut dilaksanakan di negeri SG-4 yang lain dengan namanya. Sambutan Hari Sayyiditina Aisyah di Terengganu dan yang terkini Sambutan Hari Sayyiditina Asmak di Perlis. Bagi tujuan untuk perkongsian pengalaman berkaitan tadbir urus kerajaan pelbagai siri kunjung hormat lawatan kerja antara negeri SG-4 telah dilaksnakan sepanjang tahun 2024 dan tahun 2025.
Melalui kerjasama antara UKEKWA dan urusetia Wanita Terengganu USWA dan UMT satu penulisan berkaitan buku dasar wanita yang menekankan martabat peranan hak dan tanggungjawab sedang dilaksanakan yang melibatkan penulis daripada Kelantan dan Terengganu dan berpandukan dasar Wanita Solehah Negeri Kelantan dan Dasar Wanita Terengganu.
Dalam usaha memperkukuhkan institusi keluarga pula beberapa siri lawatan dan lawatan balas telah diadakan iaitu Lawatan Kerja Taska Mawaddah Negeri Kelantan ke Taska Permata Keluarga Wisma Darul Iman iaitu termasuklah lawatan balas daripada 3 negeri ke negeri Kelantan iaitu lawatan penanda aras daripada Jabatan Agama Islam Negeri Kedah ke Mawaddah Centre. Kunjungan hormat ke Kelantan Sempena Program Daulah Ilbiah Kelab Warga Emas DUN Maneh. Dan lawatan intergasi ukuwwah oleh NGO warga emas dari Perlis ke Mawwaddah Centre. Pada Julai 2024 telah diadakan satu bengkel strategik kluster pendidikan dan modal insan SG-4. Antara agenda adalah memperkasakan kepimpinan wanita melalui program kepimpinan melalui program wanita negeri SG-4. Majlis perundingan wanita parlimen SG-4, Kursus Kepimpinan Wanita SG-4 dan Seisi Libat Urus Wanita Professional SG-4.
Manakala untuk membangun pengupayaan wanita pula beberapa cadangan yang dilaksanakan iaitu pemerkasaan al-malah ataupun ibu tunggal. Mewujudkan pebimbing wanita di setiap komuniti setempat, sukarelawan komuniti wanita sosial kebajikan kesihatan pendidikan dan juga keselamatan. Komuniti dan program pembangunan usahawan wanita dan juga program galakkan pemilikan dan pengurusan asset. Harapan Kerajaan Negeri melalui kerjasama ini agar setiap negeri dapat saling memperkukuhkan kekuatan masing-masing dan juga bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi juga di dalam bidang pembangunan wanita dan institusi warga. Sekian.
Dipersilakan Yang Berhormat Dabong.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan bagi soalan saya nombor 5.
Soalan 5 :
[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Menteri Besar nyatakan, Apakah usaha serta langkah-langkah yang telah di laksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi menghalang dan seterusnya membasmikan gejala-gejala tidak sihat seperti LGBT dan lain-lain?]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga Yang Berhormat Mulia Dabong yang bertanyakan soalan berkaitan dengan langkah kerajaan untuk menghalang gejala-gejala khususnya LGBT yang berlaku dalam negeri. Dan untuk makluman semua Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa kerajaan negeri sentiasa memberi keutaaman di dalam menangani apa saja gejala-gejala yang berlaku di dalam negeri ini khususnya menerusi pemantapan kepada enakmen-enakmen yang telah sediada yang telah diwartakan dan yang dilaksanakan di negeri ini.
Dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan telah melakukan pendakwaan pelaksanakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan yang menyalahi Enakmen Kanun Jenayah Syariah termasuklah LGBT yang sebagaimana telah diperuntukkan secara jelas di dalam enakmen kanun jenayah syariah (1209) yang mana walaupun terdapat 16 seksyen telahpun terbatal tetapi seksyen-seksyen lain yang tidak 16 selain dari 16 itu masih lagi diguna pakai dan sah ada 68 seksyen, 16 terbatal maknanya
ada 52 seksyen yang masih lagi dikuatkuasakan sehingga ke hari ini kalau dalam isu LGBT ini seksyen contohnya seksyen 15 Fusahaqah masih lagi terpakai seksyen 19 lelaki yang berlagak perempuan masih lagi terpakai seksyen 20, EKJS (Enakmen Kanun Jenayah Syariah) perempuan yang berlagak lelaki ”pengkid” ke apa? Masih lagi terpakai dan Seksyen 22 pembedahan kosmetik yang melanggari syariah. Nok beloh jadi lube hidung jadi tiga ataupun nak tutup 1, melanggar syariah. Lain lah kalu topeng, lain la kalau apa semua. Lain tapi termasuk di dalam pembedahan-pembedahan plastik untuk jadi transgender ke apa-apa semua sekali. Hal ini masih lagi berkuatkuasa dan boleh didakwa dan Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Syariah termasuklah bekerjasama dengan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan telah mengambil beberapa kes dalam isu ini sehingga terdapat November 2025 ada 17 kes telah dibuka kertas siasatan.
Maksudnya hal ini masih lagi dikuatkuasakan, tadi Kota Lama ada tanya dalam isu yang perbuatan tidak sopan, dalam seksyen 21 EKJS (Enakmen Kanun Jenayah Syariah). Ya seksyen ini masih lagi terpakai dan memang di pihak Jabatan Bahagian Penguatkuasa Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAHEIAK) telah mengambil kes ini, ada kes-kes ini dalam isu tidak kesopanan berlaku yang banyak berlaku di media sosial di Tiktok, di Page, memang dipanggil, penguatkuasa panggil. Tetapi dia banyak kes-kes ini dalam NFA lah, ”No Further Action” kita tidak kearah untuk buat dakwaan seterusnya tetapi banyak kepada khidmat kaunseling. Ada kes memang diambil dipanggil tetapi lain kalau dia buat di luar negeri Kelantan lah. Ore kelatey tapi tengok-tengok dia g ngapu di Johor, Selangor tak boleh buat lah. Sebab dalam bidang kuasa dalam negeri kita saja, maknanya kita buat semua sekalipun penguatkuasaan itu sebab itu lah apabila berlaku diwartakan dipersetujui khususnya di dalam Dewan Undangan Negeri ini diputuskan dan disetuju serta kita dapat buat penggubalan kepada perkara-perkara yang baru cantik. Semuanya pihak Kerajaan Negeri pohon agar rakyat negeri ini dapat memberi sokongan yang penuh, tidak ada lagi yang nak menentang di atas nama tidak sama dengan persekutuan dan lain-lain yang sebagaimana berlaku kepada 16 seksyen sebelum daripada ini. Kita kerugian banyak sebenarnya contoh isu tadi lah, liwat Seksyen 14
walaupun Mahkamah Syariah masih lagi mempunyai kekuasaannya, bidang kuasanya dan isu-isu yang berkaitan dengan liwat masih lagi boleh dibawa oleh Mahkamah Sivil, ada dalam (penal code). Tetapi apa yang dibawa dalam EKJS (Enakmen Kanun Jenayah Syariah) adalah yang terbaik macam contoh dalam sumbang mahram, seksyen 47 kalau kita nak ikut (penal code) maknanya kalau isu 36B kalau suka sama suka tidak ada apa terlepas tetapi kita nak mencantikkan hukuman ini supaya ia berteras betul-betul dengan apa yang diputuskan oleh Islam oleh Syariah Islam walaupun sumbang mahram itu suka sama suka maka ia tetap bercanggah dan tidak menepati kaedah syariah maka hendaklah diputuskan hukuman maka ia ada dalam EKJS (Enakmen Kanun Jenayah Syariah) tetapi ia terbatal jadi sebab itulah kita mintak seluruh rakyat dalam negeri ini untuk memberi kerjasama yang sepenuhnya apabila sesuatu penggubalan itu berlaku, diwarta dan dilaksanakan dalam negeri untuk kita mencapai maqasid itu berlaku di dalam negeri kita.
Jadi Alhamdulillah di peringkat Jabatan Pendakwah Syariah dan juga Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah melakukan mengadakan program-Program Penerangan Undang-Undang Syariah di sekolah-sekolah, di IPT-IPT, di Masjid, di Jabatan-Jabatan Agensi-Agensi Kerajaan dan siasatan-siasatan termasuk serbuan dibuat. Jika ada aduan-aduan yang telah dilaporkan termasuklah Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah melakukan menyertai pameran-pameran dan juga booth di IPT-IPT termasuk program-program memberi penerangan kepada masyarakat di program-program yang diadakan di DUN termasuk Cakna Rakyat, program-program yang diadakan di pusat-pusat khidmat DUN untuk memberi penerangan tentang bahana dan gejala sosial LGBT yang berlaku termasuklah juga Pihak Jabatan Agama membuat billboard papan tanda di lokasi-lokasi tumpuan ramai untuk cegah daripada LGBT dan lain-lain. Terima kasih.
Silakan, Dabong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas jawapan. Ini untuk LGBT saja ni, apakah terdapat program dakwah yang disusun oleh pihak kerajaan dalam menyantuni dan menarik kembali golongan LGBT kepada fitrah?
Terima kasih Yang Berhormat Dabong atas soalan tambahan.
Khusus kepada program-program dakwah kepada pihak LGBT khususnya memang kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ada melakukan program-program yang tertentu khususnya sejak bermula pada tahun 2017 lagi telah diadakan program Tahsin Al-Quran. Panggil LGBT ni buat program Tahsin Al-Quran dan antara yang telah diadakan ialah di Pusat Khidmat Keluarga dan Sosial dan Komuniti Mawaddah Centre seramai 20 orang yang terlibat dalam Tahsin Al-Quran ini ada yang bermula dengan Mukawaddam tapi dah tamat dan boleh baca Al-Quran dengan baik dan dipandu oleh 4 orang fasilitar daripada Pusat Khidmat Sosial Komuniti yang mana program ini bekerjasama dengan pihak sahabat, program aspirasi, Persatuan Aspirasi Kelantan dan juga Persatuan Sahabat Kelantan yang turut kita bekerjasama dengan mereka untuk sama-sama menjayakan pihak LGBT ini masuk dalam program-program yang telah dibuat oleh pihak kerajaan negeri dan pihak kerajaan negeri ni sentiasa melatih fasilitator supaya mereka dapat berkomunikasi dengan ada kesan berjaya dengan pihak LGBT tersebut ataupun pihak-pihak yang lain lah, kanak-kanak Gen-Z dan lain-lain kerana itulah pada Oktober tahun lalu telah diadakan pihak JAHEIAK bekerjasama dengan Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM mengadakan satu kursus pemantapan fasilitator 50 orang yang terlibat buat di Kota Bharu dengan modul-modul bagaimana berhadapan dengan pihak audien-audien yang melakukan kesalahan termasuklah pihak LGBT tadi dan lain-lain.
Jadi Alhamdulillah telah diisi oleh pihak pakar yang dijemput kursus untuk membentangkan pemantapan fasilitator tersebut dan di Pihak Jabatan (MAIK) Majlis Agama Islam Dan Istiadat Kelantan sendiri telah mengeluarkan khutbah-khutbah kursus contohnya yang dibaca pada 8 Ogos 2025, Khutbah khas tentang LGBT, Hak Asasi Yang Batil yang dibaca pada 8 Ogos 2025 dan sebelum ini sudah ada. Maksudnya aspek dakwah pelbagai segi telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam membendungkan hal ini. Terima kasih.
Sila? Gual Periok?
Terima kasih Dato’ Speaker, pertama saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada EXCO di atas ucapan di atas jawapan yang begitu baik pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk menangani pelbagai isu sosial dan juga LGBT.
Soalan saya Dato’ Spekaer, tadi disebut tentang usaha-usaha dakwah yang dibuat bagaimana pula dari sudut penguatkuasaan undang-undang syariah terhadap gejala LGBT ini? Apakah langkah-langkah spesifik yang diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan gejala LGBT ini dapat diatasi dengan baik melalui Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah? Terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih Gual Periok.
Sebagaimana yang telah dinyatakan di awal tadi bahawa apabila ada satu-satu aduan ataupun pihak tertentu yang membuat aduan dan pihak penguatkuasa di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam sendiri berjumpa dengan pihak ini maka akan diambil tindakan dan di peringkat jabatan penguatkuasaan, Jabatan Pendakwaan Syariah sendiri akan membuat
pendakwaan di atas seksyen yang bersesuaian sebagaimana yang saya sebutkan tadi lah kebanyakkan seksyen yang berkaitannya ialah seksyen 18, seksyen 19, seksyen 20, seksyen 22 dalam TKJS 1 2019 yang dibuat terhadap seksyen-seksyen ini dan sebagaimana yang telah disebut 17 kes tu telah dibukakan kertas siasatan dan apa yang ada telah diambil tindakan dan ada yang khidmat kaunseling, termasuklah kita tengok sebenarnya ramai yang terlibat dengan kes berlagak perempuan berlagak lelaki ni ialah hasil daripada kurangnya didikan pertabihan dan pengabaian institusi keluarga itu yang ini paling besar yang dijumpai oleh kita sebab itu bukan soal hukuman yang telah diterapkan itu tapi soal khidmat kauseling itu sebab itu banyak yang kita buat program yang berbentuk Tahsin Al-quran, Program Fardhu Ain yang Alhamdulillah memang lebih 10 orang mereka kembali kepada pangkuan asal. Yang pakai lelaki orang perempuan dia dah tak jadi yang pakai perempuan yang apa sekarang ni dulu suaranya lain sekarang ni suara lain maknanya dia dah berubah dia ada kesedaran selepas daripada itu.
Jadi ini perkara-perkara yang kita rasakan menjadi tanggungjawab semua kita termasuklah Ahli-Ahli Yang Berhormat dan pastikan bagi semua di bawah pusat, di bawah DUN masing-masing melihat situasi ini dan kita buat rawatan segera kerana kebanyakkannya ialah banyak kes-kes pengabaian dalam hal ehwal berkaitan dengan keluarga.
Alhamdulillah, apa Rang Undang-Undang Keluarga Islam 2025 telahpun diluluskan dan ianya Inshaa-Allah sebenarnya untuk membesarkan dan juga menyelesaikan banyak isu-isu yang melibatkan kecuaian dan pengabaian dalam institusi keluarga. Itu lah secara ringkas, sekali lagi terima kasih.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و
Dipersilakan Yang Berhormat Kota Lama.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, jale jem gi spital soale nombor 6 jange tinggal. Terima kasih.
Soalan 6:
[Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, pelan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah parking dan kesesakan jalan raya di sekitar Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk keselesaan orang awam.]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Kota Lama. Pantun hok saya dengar tu, jale jem nombor 2 tu tak jelas mano cepat sangat.
Jadi soalan Kota Lama berkaitan dengan masalah parking lah, parking dan kesesakan dalam Hospital, Hospital Raja Perempuan Zainab (2) lah selepas viral Tiktok. Satu content daripada Influencer masuk ke kawasan parking hospital, dia mengamuk lah kata takde parking, spital pun takdok parking jadi sebelum saya jawab saya nak mengucap terima kasih dan syabas kepada para petugas di atas kita ada Doktor, Misi, MA, HA bahkan pok guard sekali yang sentiasa komited dan bertungkus lumus menjaga kebajikan para pesakit dan kita tidak meletak kebajikan para pelawat atau nak parking ikut dio lah. Jadi terima kasih kepada semua petugas kesihatan dan parking ni sebenarnya takde masalah, HPRZ II ni kalu kito gi dio buat macam hotel layanan ada lobi, takdok spital lain hospital tu kalu kito pusing letok muko pitu buleh masuk wheelchair dah ada cuma kita nak ata ore hospital ni kalu mok kito sakit isteri sakit kito ata lah jange wi mok kito gi sendiri sebab dio sakit sebagai anok suami ata bini tersayang mok kito dio turun kito parking la tepat parking yang kito sediakan di stadium. Ada beratus, beribu petak kotak parking maknanya
ore kito ni dio nok depe muko pitu dan dio lepas pado ata mok ayoh dio bini dio tu dio nok parking depe muko pitu jugok lah. Toksei berjalan kaki lah dan untuk memudahkan pergerakkan keselesaan para pelawat dan juga yang menghantar keluarga yang sakit kita MPKB sediakan jalan berbumbung loni. Kito buat tapok gajoh daripada asal tu biasa, dan kita buat bumbung pulok untuk keselesaan para pelawat kito tapi masalah kito ore melayu ni sore sakit tapi 20 ore mari melawat sebab itu lah jadi sesak. Dan kalu ikut pembangunan merancang kita dah ada sebenarnya kawasan khas untuk dibina parking bertingkat oleh KKM lah.
Malangnya memandangkan pesakit semakin ramai, rizab parking terpaksalah buat bangunan. Dan jalan HPRZ ni dia dah seratus tahun doh umur dio, dulu masa KM dulu kemungkinan cukup untuk kereta pengunjung pelawat yang mana masa itu paling-paling mewah gatih basikal atau naik teksi. Dan loni tu dengan suasana semasa jumlah pertambahan penduduk Kota Bharu saja 180,000 memang takde tapak kereta lah, takde jalan keluar kecuali para pelawat ataupun menghantar pesakit tinggal pesakit kito gi parking di Stadium.
Dan kita MPKB, HPRZ dan juga JKR kito status jalan JKR Negeri di 106 sepatutnya jalan tu jalan hospital terus tembus ke jalan Dusun Muda. Tetapi hospital tutup dan kito tiada halangan lah kerana untuk kegunaan ambulans kito tahu parking akan sumbat, traffic jem jadi kita benarkan lah hospital guna jalan JKR buat pagar khas untuk kemasukkan ambulans. Sebab itulah dia jadi sesat dan terpaksa pusing ke IPK untuk pergi ke Berek 12 dan keputusan untuk mengambil parking ni usaha bersama sebab dia banyak perbincangan dan loni pun ada mesyaurat di antara semua stake holder JKR, MPKB, dan juga hospital dalam Mesyuarat Jajahan dan lepas ni ada lagi untuk menyelesaikan masalah semasa di kawasan tu lah.
Parking ni dikenakan dengan persetujuan bersama daripada HPRZ dulu lagi sebelum 2010 lagi lamo doh isu ni kerana ore mari melawat ni dio parking lamo pertama yang melibatkan orang yang sakit ni nok hok segero ni tak dapat cari parking. Yang kedua ore hok duduk luar, kerjo lain tapi mari tupey parking, pagi malam baru ambik kereto dio parking
ni sempit jadi kito buat keputusan ambik sikit-sikit untuk Doktor Pakar, dan juga Doktor On Call dan juga parking-parking awam ni kita kenakan bayaran supaya mereka berhenti melawat sekejap sahaja. Jadi inshaa-Allah kito cuba cari kaedah yang terbaik kalu ada tapak untuk bertingkat, bertingkat tapi kito utamakan parking di Stadium dan kita menggunakan jalan berbumbung untuk ke hospital. Itu sahaja. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Kota Lama.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas jawapan. Soalan tambahan saya adalah adakah di sana langkah-langkah jangka pendek contohnya satu sistem dipanggil perkhidmatan baggy ulang alik ataupun parking for the night, parking on right dengan izin ataupun penempatan anggota trafik? Ore kito ni kalu napok Polis ni dio jadi dispilin sikit sebab kadang ada kon-konnya diletak yang menghalang jalan contohnya. Tu soalan pertama.
Soalan kedua, saya nk ucap tahniah kerana MPKB-I mendapat status ”Smart City Early Abductor” baru-baru ni daripada KPKT. Jadi soalan saya adalah apakah langkah-langkah perancangan bandar pintar yang dilaksanakan di seluruh bandar kota bharu ini? Termasuk bagi mengurus trafik termasuk penggunaan sensor trafik, aplikasi digital dan papan maklumat masa nyata?
Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan Kota Lama, banyak soalan dia tu. Jangka pendek, jangka pendek tu lah. Parking di stadium dan kita sediakan jalan berbumbung kalau uje pun buleh mari jugok ke spital dan
untuk trafik ni spital letakkan jaga, jaga ni lah yang mengawal pintu masuk ke hospital dan kon diletakkan juga dengan justifikasi untuk menghalang kereta daripada parking di tepi jalan walaupun dia letok mok dio tapi tokse parking masuk stadium dio duduk tepi jale jadi bersumbat lah jalan. Dengan kito letok kon tengoh tu maknanya kiri kanan jalan tu tak dapat lagi ruang untuk parking kereta kita nak elak ore parking di tepi jalan dan smart city betul lah. Kita Kota Bharu memang telah mendapat Anugerah Smart City Early Adopter 2025 oleh KPKT tahniah sekali lagi kepada MPKB dan memang ada perancangan kita sediakan blueprint untuk menjadikan Kota Bharu sebagai Smart City dan berkaitan bekenaan parking kalu ikutkan perancangan kita nak jadikan sebahagian Kota Bharu sebahagian kawasan park and right. Maknanya bukan semua kawasan kita benarkan masuk kereta, kita ada certain tempat akan tetapkan untuk parking kereta dan mereka boleh menggunakan jalan sebenar, Bicycle Electric ataupun Scooter Electirc yang ada dalam perancangan blueprints lah. Dan untuk smart parking, smart mobilelity ada dalam perancangan untuk IOT, IOT ni dalam parking kita akan daftarkan petak-petak parking yang ada dalam PBT kita dapat tahu berapa ribu petak parking yang ada in real time dalam pada masa yang sama kito tengok contoh yang ada di stadium ada seribu petak parking.
Pengguna aplikasi IOT kita dia masuk stadium dan dia dapat tahu berapa petak parking yang ada kosong lah. Dengan itu dia boleh cari petak-petak kosong yang paling terdekat dan pemakluman secara online tempoh masa yang akan tamat parking tersebut jika ada masalah CCTV akan pantau jika ada masalah-masalah berkaitan dengan kenderaan tempat parking untuk dimaklumkan kepada para pengguna lah.
Dan kita juga merancang untuk mengenakan zon, beberapa zon lah dalam bandar lah contohnya tempat-tempat yang menjadi tempat tumpuan ramai, terlalu compact ataupun crowded kemungkinan ataupun contohnya di HUSM, di Pasar Besar Siti Khadijah kita kemungkinan masa hadapan kita akan kenakan kadar yang berbeza atau tempat-tempat crowded tempat tumpuan ramai kita akan kenakan kadar caj berbeza dengan kawasan yang sederhana ataupun kawasan-kawasan preference supaya mereka parking terus menyelesaikan urusan untuk berikan
peluang kepada pengguna lain untuk mengambil tempat parking tersebutlah.
Dan banyak lah, kalau kita baca dalam blueprint yang telah dibuat oleh MPKB-I menuju masa depan. Inshaa-Allah kita akan mendapat satu kemudahan, beri kemudahan kepada warga kota kita yang saya percaya telah bersedia untuk berubah hidup kearah yang lebih smart pintar yang berpandukan kepada Internet Of Things dan Industrial Revolution 4.0. Terima kasih.
Silakan, Jelawat.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Pertamanya soalan saya yang pertama ialah mengenai dengan Projek Naiktaraf Pasar Besar Siti Khadijah, adakah projek ini disediakan juga kawasan parking?
Dan yang keduanya saya ingin memohon merujuk kepada satu ciapan keratan dalam Facebook, ADUN Kota Lama yang menyentuh mengenai Mesyuarat Penyelarasan Projek Menaik Taraf Pasar Besar Siti Khadijah mesyuarat ini turut disertai oleh ADUN Kota Lama dan turut disertai oleh EPPNKICU, JPM, MPKB-I serta peniaga-peniaga kecil bumiputra dan disertakan dengan gambar tapi saya tengok di dalam ni di sebelahnya ada suami ADUN Kota Lama. Jadi persoalan saya …
Maaf Dato’ Speaker saya nak merujuk kepada peraturan Dewan.
Ya, sekejap …
46 13A.
Apa dia kata?
Seorang Ahli dilarang menyindir ahli-ahli yang lain mempunyai tujuan yang serong. Kita nak tahu apa tujuan dia.
Saya rasa dia bertanya soalan.
Betul, saya bertanya soalan untuk dijawab oleh EXCO. Jadi soalan saya adakah ada beberapa peraturan yang membenarkan suami turut bersama menyertai Mesyuarat penyelarasan projek ataupun satu salahguna kuasa? Mohon pihak EXCO jawab. Terima kasih.
Jawapan dari Kota Lama dah tu, soalan mengenai menaik taraf Pasar Besar Siti Khadijah memanglah setiap tahun kita hujung tahun MPKB selaku pemilik pasar akan menghantar proposal-proposal hasil daripada penilaian tahunan untuk permohonan kepada kerajaan negeri dibawah kerajaan tempatan dan juga kepada pusat KPKT bantuan-bantuan untuk memastikan pasar sentiasa terjaga, terpelihara dan selamat lah pada para pengungjung. Itu nak naik taraf pasar. Dan parking ni memang la kita daripada dulu memang kita memang tak dapat atasi masalah parking MPKB masih lagi berusaha untuk membuat runding cara dengan pemilik bangunan Parkson untuk kita pajak daripada pemilik bangunan untuk kita gunakan basement untuk kita berikan parking, sediakan parking kepada para pengungjung pasar tapi sekarang masih lagi setakat ini masih belum berjaya dibuat runding cara dan capai persetujuan lah dan itu mengenai menaik taraf pasar. Dan mengenai soalan satu lagi, perjumpaan saya tidak dapat maklumat lah mengenai perjumpaan antara MPKB bersama dengan ADUN Kota Lama dan ICUJPP lah. Kemungkinan KPKT sendiri lah kemungkinan ada agenda perbincangan lah dan juga mengenai dengan soalan penyertaan bersama suami, Kota Lama boleh tanya dengan Kota Lama maksud penyertaan bersama suami kemungkinan tolong buat air taktahu lah dan kita Husnozon bersangka baik lah.
Mungkin Pegawai Khas dia?
Saya rasa itu saja lah saya boleh jawab soalan tambahan daripada Jelawat. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Gaal.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 7. Soalan 7: [Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan Sejauh manakah pihak kerajaan memanfaatkan produk2 yang lahir dari program
GENTERA dan ADUN Belia untuk membantu Kerajaan Negeri atau DUN2 yang mereka wakili.]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Gaal atas soalan yang ditanya. Saya ingin menjawab soalan ini sekali dengan soalan kelmarin daripada Pantai Irama. Soalan nombor 10 kelmarin Inshaa-Allah.
Berkenaan dengan GENTERA dan juga ADUN BELIA, kerajaan negeri melalui Kelantan Future Leaders State Institue dengan kerjasama UBES sentiasa memberikan penekanan terhadap kesinambongan pembangunan kepimpinan belia yang lahir dari pelbagai inisiatif terdahulunya seperti Program Gentera dan juga Adun Belia Kelantan. Graduan dan peserta dari kedua-dua program ini telah dikenal pasti sebagai antara Produk Kepimpinan Muda Negeri yang kini manfaatkan semula melalui pelbagai program pelbagai saliran pembangunan di bawah Kelantan Future Leaders yang merupakan platform induk pembangunan belia negeri yang berasaskan kepada Dasar Penghayatan Membangun Bersama Islam dan juga dasar Anak Muda Kelantan (DAMAK) serta (PELAN) Kelantan Sejahtera 2033 melalui pelan induk ini kerajaan negeri telah menstrukturkan semula dan pembangunan bakat kepimpinan belia secara berlapis dan fokus agar kesinambongan ini dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan nyata.
Saya ingin memaklumkan perkembangan terkini Program Adun Belia yang kita sudah lancarkan dan kita sudah membuat pilihan. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia bagi sesi 2025, 2026 seramai 57 orang Adun Belia Kelantan telah dilantik mewakali pelbagai kelompok dan juga institusi meliputi ini dia punya kategori-kategori. Pertama kita lantik 45 orang ADUN Belia Dun yang mewakali dun setiap kawasan dalam negeri maknanya dalam kita tengok di dalam DUN ni termasuklah juga dun-dun
daripada pembangkang maknanya Galas, Nenggiri dan Kota Lama maknanya kita mintak nama-nama dan pengesahan daripada ADUN-ADUN berkenaan. Saya dengan Kota Lama ni saye sungguh sebenarnya maknanya haritu pun bila tarikh tutup nama dari Kota Lama takdok lagi kita beri ruang lagi supaya pelapis-pelapis muda daripada Kota Lama juga dapat bersama dalam program ini.
Dan yang kedua 1 orang mewakali Majlis Gabungan Belia Kelantan, 1 orang mewakili PEKA Perpaduan Kaum maknanya wakil daripada kaum Tiong-Hwa, 1 orang wakil belia daripada OKU melalui Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU (MPPOK) dan juga 4 orang wakil daripada IPTA iaitu 1 orang daripada UMK, daripada UITM, daripada KIAS serta juga daripada IPD Kota Bharu manakala 5 orang yang dilantik khas oleh EXCO berdasarkan ketokohan dan kelebihan-kelebihan yang tertentu. Alhamdulillah dari jumlah keseluruhan tersebut, 38 adalah lelaki dan 19 adalah perempuan menunjukkan keseimbangan penciptaan yang baik dalam kepimpinan muda negeri.
Sebagai langkah pemerkasaan awal Kelantan Future Leaders telah menganjurkan bengkel pemerkasaan Adun Belia Kelantan 2025 pada 28 hingga 30 Ogos yang lalu. Dalam bengkel ini, penekanan terhadap aspek kefahaman mandak dan peranan Adun Belia, kemahiran komunikasi dasar dan advokasi komuniti serta keperluan merancang dan melaksanakan projek komuniti berimpak di kawasan masing-masing. Selain daripada itu, setiap adun belia juga diwajibkan untuk menghadiri Sidangan Belia Muda Kelantan yang pertama. Inshaa-Allah dijadualkan pada minggu hadapan 17 hingga 18 November 2025 dan seisi Sidang Kedua pada Februari dan Mac 2026. Mereka juga dikehendaki melaksanakan sekurang-kurangnya satu projek komuniti dalam tempoh pelantikan mereka perlu memegang paling kurang 1 jawatankuasa portfolio ataupun kluster portfolio dan mereka perlu bersedia bagi mengikuti seisi bimbingan dan juga pemantauan berkala daripada sebagai lanjutan daripada bengkel pemerkasaan ADUN Belia telah digerakkan melalui lima kluster jawatankuasa. Limanya antaranya adalah atau kelima-lima nya yang pertama klulster Jawatankuasa Perancangan Ekonomi dan Kewangan dan yang kedua Kluster
Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi dan juga Pembangunan Modal Ihsan, yang ketiga Kluster Jawatankuasa Agama, Dakwah dan juga Komunikasi Strategik, yang keempat Kluster Jawatankuasa Sosial, Kebajikan dan juga Komuniti, yang kelima Kluster Jawatankuasa Alam Sekitar, Pertanian dan Kerajaan Tempatan. Di mana setiap kluster-kluster ini telah melaksanakan siri mesyuarat dan konstruksi bersama agensi yang terbabit untuk membangunkan unsul dan cadangan polisi yang akan dibentangkan dalam Persidangan Undangan Dewan Belia 2025 pada November nanti.
Manakala dari segi fungsi dan gerak kerja lapangan sebagaimana soalan tadi ADUN Belia juga turut terlibat dalam beberapa aktiviti komuniti termasuk mereka terlibat dalam menggerak program kebajikan dan juga kesedaran sosial masyarakat setempat iaitu Program Cakna Rakyat Karnival di DUN dan kawasan masing-masing serta menjadi urusetia dalam Kelantan Future Leaders Convention. Mereka juga terlibat dalam kempen program kemanusian seperti Himpunan Amal Solidatari bersama dengan Palestin dan juga aktiviti-aktiviti kemanusian yang lain. Program-Program Pemerkasaan Kemahiran, Bengkel Etika Dan Bengkel Etiket, Sosial Dan Protokol dan seisi libat urus dengan agensi negeri bagi mengenal pasti isu akar umbi yang melibatkan golongan muda seperti peluang pekerjaan pembangunan kemahiran dan juga keselamatan sosial. Melalui pendekatan ini kerajaan negeri berhasrat supaya ADUN Belia bukan sekedar menjadi simbolik pelapis kepimpinan tetapi menjadi platform latihan kepimpinan sebenar yang melahirkan pepimpin muda berdaya fikir, berakhlak dan juga berjiwa rakyat seiring dengan visi Kelantan 2033. Mana kalau kita tengok dalam pipeline Kelantan Future Leaders Institue maknanya selepas melalui proses latihan di peringkat sekolah, peringkat universiti dan sebagainya akhirnya di peringkat ADUN Belia lah untuk mereka turun ke medan untuk bersama dengan masyarakat.
Sekretariat juga turut mengalakkan setiap adun belia untuk berkolaborasi dengan pusat khidmat dun masing-masing agar sumbangan mereka dapat disalurkan secara lansung kepada masyarakat dan juga anak-anak muda di kawasan mereka. Seterusnya berkenaan
dengan program Gentera graduan program Gentera yang juga sebahagiannya kini telah menjadi Adun Belia dan juga telah berada di lapangan kerjaya masing-masing yang terbukti mendapat memenuhi antara posisi strategik sebagai suara anak muda dalam kerajaan negeri mahupun agensi luar termasuk menjadi pemimpin mahasiswa dan juga pengaruh anak muda di media sosial. Graduan Gentera ini turut memainkan peranan sebagai pendokong dan juga fasilitator dalam program-program latihan kepimpinan di bawah KFLI contoh yang saya sebutkan tadi Kelantan Future Leaders Bootcamp, Academy dan juga Program Camp.
Selain daripada itu Sesi Advokasi Komuniti serta penglibatan dalam kursus kepimpinan dan serta pembangunan belia. Kesinambungan ini akan memastikan pelaburan latihan terdahulu tidak akan terhenti maknanya dia ada continuation dia sebalik diperluas melalui rangka kerja pembangunan belia yang sistematik dan berterusan melalui pendekatan ini juga kerajaan negeri bukan sahaja berjaya mengekalkan momentum benda yang dilatih tapi turut memperkukuh jaringan beliau dalam urus tadbir negeri dan masyarakat setempat. Usaha ini adalah sejajar dengan inspirasi kerajaan negeri untuk melahirkan Belia Al-Qawiyyul Al-Amin, belia yang komited, berilmu, berintergriti yang mampu menjadi pemimpin Kelantan pada masa hadapan bagi mencapai Kelantan Sejahtera 2033. Sekian terima kasih.
Silakan, Gaal.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan. Soalan tambahan saya ialah apakah ukuran ataupun indikator ataupun (KPI) yang digunakan oleh pihak kerajaan untuk menilai Kebersanaan Gentera dan Adun Belia khususnya terhadap impak dan manfaatnya kepada komuniti dan pembangunan modal insan?
Terima kasih.
Terima kasih Gaal atas soalan tambahan tadi, secara umumnya sasaran program-program di bawah Adun Belia dan Gentera dan juga KFLI kita akan fokus kepada outcome base secara umumnya. Sebagaimana yang disebut tadi Inshaa-Allah pembentangan ataupun persidangan yang akan diadakan pada 17 hingga 18 November nanti kita akan fokus kepada usul-usul dan yang akan dibentangkan. Dan unsul ini akan kita mengadakan undian di kalangan belia-belia untuk lihat keutamaan usul-usul yang dibentangkan maknanya undian ni akan diadakan secara terbuka di media sosial. Dan isu yang dibahas akhirnya menjadi cerminan realiti ataupun Inspirasi Anak Muda Kelantan yang selain daripada itu akan susulan data dan unsul yang dicadangkan dalam Persidangan DUN Belia tadi Inshaa-Allah kita akan angkat melalui portfolio belia ini kita akan angkat ke Mesyuarat MMK untuk kita mempertimbangkan mana-mana yang boleh kita laksanakan maknanya bukan saja bual kosong maknanya sebarang cadangan dan isu kita akan angkat untuk pertimbangan di peringkat MMK. Dan pada masa yang sama mereka juga akan melakukan program-program yang projek komuniti di mana setiap Adun Belia akan diberikan tugasan untuk melaksanakan satu projek yang berkonsepkan (RFP) maknanya mereka kena melakukan proposal dan kena angkat ke EXCO dan kita akan tengok mana-mana projek yang viabble kita akan gunakan dana di bawah EXCO untuk kita memberikan peruntukkan kepada Dun tadi untuk melaksanakan program di dun masing-masing. Selain daripada itu kita juga mengadakan pemantauan dan juga penilaian melalui prestasi ADUN Belia dipantau melalui laporan berkala maknanya urusetia secretary akan mendapatkan laporan berkala dan juga penglibatan aktif dalam lima kluster jawatankuasa yang telah diwujudkan tadi jadi secara umumnya graduan gentera dan adun belia kini kita lihat telah berperanan sebagai Fasililator, Pemimpin Komuniti dan Penggerak Program Kelantan Future Leaders. Jadi itulah terhadap mereka inilah yang akan menjadi pemimpin Kelantan pada masa depan.
Cuma saya nak tekankan disini ialah setiap kali program kepimpinan anak muda ataupun di dalam Kelantan Future Leaders Institue yang kita tekankan bahawa apabila kita bercakap tentang pemimpin, pemimpin masa depan kita bukan bercakap tentang pemimpin kerajaan semata-mata bukannya pemimpin politik semata-semata maknanya mereka juga akan menjadi pemimpin mungkin di peringkat penjawat awam mungkin mereka inilah bakal Setiausaha Kerajaan, bakal Pegawai Kewangan Negeri dan sebagainya. Dan mereka juga bakal pemimpin dalam masyarakat dalam industri dalam ekonomi dan sebagainya. Itulah yang kita tekankan dalam kepimpinan masa depan. Terima kasih.
Dipersilakan, Yang Berhormat Gual Ipoh.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau tadinya Bukit Bunga lompat si katak lompat Gual Ipoh nya sorong papan tarik papan mohon jawapan nombor 8.
Soalan 8 :
[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan bagaimana Kerajaan Negeri boleh memberi peluang kepada warga penggiat seni khasnya anak-anak seni dari negeri ini?]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﻪﻠﻟ, ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih banyak atas kesempatan untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh YB Adun Gual Ipoh.
Kerajaan Negeri Kelantan melalui agensinya dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan (MOTAC) melalui agensinya JKKN sentiasa memberi ruang dan peluang yang banyak kepada penggiat-penggiat seni dan budaya dalam menampilkan bakat mereka samada dalam majlis-majlis rasmi ataupun melalui acara-acara yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan dan juga syarikat dan juga persatuan-persatuan yang berkaitan sebagai contohnya beberapa bulan yang lalu PKINK telah mengadakan satu program perhimpunan 1100 pendikir yang diadakan di stadium. Dan kita dapati sambutannya sangat bagus sehingga yang berhimpun bukannya 1100 pendikir bahkan menjadi 1200 pendikir. Ternyata bahawa dikir barat adalah satu bentuk budaya kita dan juga kesenian kita yang sangat popular di kalangan masyarakat Kelate. Selain daripada dikir barat lagi satu yang juga tidak kurang popular ialah silat. Dan banyak persatuan silat yang tumbuh merata-rata seperti jugak pasukan pendikir dan menjadi cadangan pihak kerajaan supaya mengadakan satu perhimpunan besar-besaran juga para pesilat di Negeri Kelate ni dicadangkan lebih daripada 1000 pendekar silat ataupun pengamal silat yang datang dari pelbagai perguruan silat untuk berhimpun. Inshaa-Allah akan diberitahu kemudian mengenai tempat dan tarikhnya.
Saya ingin mengambil kesempatan Dato’ Speaker untuk jawab beberapa soalan berkenaan dengan silat ini yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan ini yang tidak sempat dikemukakan soalan dan tidak sempat dijawab jadi dalam masa tambahan ini ada pertanyaan berkenaan dengan syarat kerajaan untuk mengadakan satu pusat latihan silat tetapi pihak kerajaan setakat ini belum ada cadangan untuk berbuat demikian. Tetapi kita terus membantu perguruan-perguruan silat yang ada di merata-rata tempat dan juga dijalankan oleh pertubuhan dan persatuan silat dan sebagai contoh ada persatuan Setanjak namanya, dia ada 30 buah gelanggang Panglima Gayung ada 120 gelanggang Silat Lintau ada 2 buah gelanggang Silat Terlak Asli 210 buah gelanggang silat cekak Ustaz Hanafi 14 buah Silat Pusaka Gayung ada 17 buah. Ini tidak termasuk yang ada di sekolah
atau di pusat-pusat pengajian tinggi. Yang Berhormat Dato’ Speaker, di dalam majlis-majlis rasmi yang dianjurkan oleh samada jabatan ataupun agensi kerajaan baik negeri mahupun pusat. Kegiatan persembahan seperti silat dan juga dikir barat ini sering diadakan di samping itu pihak persatuan dan juga agensi mengadakan pertandingan bagi mengalakkan penglibatan penggiat seni silat dan juga dikir barat ini. Dan sebagai contohnya baru-baru ini kita mengadakan Pertanding Silat Nago Boro itu menunjukkan ketangkasan pesilat mempersembahkan bakatnya dan juga silat jatuh yang kedua-duanya diadakan di Jajahan Pasir Mas.
Dan di samping itu TIC Agensi di bawah seliaan Jawatankuasa Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri menyediakan ruang, tempat dan masa secara percuma untuk persatuan-persatuan silat dan juga persatuan-persatuan seni dan budaya membuat persembahan di Gelanggang Seni pada setiap hari isnin, hari rabu dan hari sabtu. Kesemua ini diadakan di waktu petang diadakan secara percuma tapi kepada penggiat seni ini kita bagi imbuhan lah cuma masuk tu secara percuma. Di samping itu persembahan diadakan di Laman Warisan Kampung Laut iaitu pada hari jumaat petang dan kerjasama ingin saya sebut di sini kita mendapat kerjasama yang sangat erat dengan pihak kementerian pelancongan melalui Tourism Malaysia dan juga JKKN Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan yang di bawah MOTAC memberi banyak sumbangan dan bantuan kepada persatuan-persatuan kebudayaan dan kesenian di Negeri Kelantan ini. Terima kasih banyak.
Dipersilakan, Yang Berhormat Galas. Sila. Tak ada soalan tambahan. Tidak ada soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, mendulang emas di Kelantan pohon jawapan nombor 9.
Soalan 9:
[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, perkembangan terkini projek KB Sentral.]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan 9 daripada Galas ya. Sebenarnya Yang Berhormat Galas saya sudah menghurai secara panjang lebar dalam penggulungan saya berhubung dengan KB Central telah dibangkitkan. Walaubagaimanapun saya cuba untuk memberikan jawapan terhadap soalan secara khusus. Setakat ini sebagaimana yang saya sebut pada baru-baru ini bahawa kerja-kerja rawatan tanah atau (Soil Treatment) dan juga persediaan tapak sedang berjalan di sana. Dan saya dapat sebab ramai yang mempersoalkan betul ataupun tidak malah disertakan dengan gambar. Saya pun ada gambar yang diberikan oleh Yang Berhormat Mulia Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan berhubung dengan kerja tanah-tanah tersebut dilaksanakan di sana dan berhubung dengan kerja-kerja tanah tersebut antaranya adalah kerja-kerja pembersihan ataupun (site clearing), pengorekkan longkang dan pembetulan sempadan tapak dan dimaklumkan kerja-kerja ini dimaklumkan oleh pihak JKR mengambil masa sehingga 12 bulan dan memakan perbelanjaan sehingga 18 Juta, 18 Juta Ringgit sebabnya adalah kedudukan keadaan tanah disitu yang asalnya adalah tanah sawah, paya dan sebagainya. Jadi memerlukan kerja-kerja yang sebegitu. Terima kasih itu adalah maklumat sehingga kini. Terima kasih.
Dipersilakan, Kuala Balah. Soalan akhir, maaf tak ada soalan tambahan dah. Kerana masa yang …
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, mintak soalan nombor 10.
Soalan 10:
[Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan apakah tindakan susulan selepas Majlis TVET Negeri Kelantan ditubuhkan, siapakah ahli Majlis berkenaan dan apakah 'Key Performance Indicator' (KPI) yang ditetapkan untuk menilai tahap keberkesanannya?]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Kuala Balah yang mengemukan soalan mengenai Majlis TVET Negeri Kelantan. YB Dato’ Speaker, Majlis TVET Negeri Kelantan ditubuhkan pada 10 Ogos 2025 sebulan 2 hari baru dan majlis ini jawatankuasa induk yang dipengerusikan Yang Berhormat Dato’ TMB dan Ahli-ahlinya disertai oleh portfolio pelancongan, kebudayaan, kesenian dan warisan, portfolio Sumber Manusia perdagangan dan keusahawanan, portfolio pertanian, portfolio pendidikan, pembangunan keluarga, belia sukan NGO dan juga Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia dan diurusetiakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri manakala Jawatankuasa kerjanya dipengerusikan oleh YB pengerusi jawatankuasa pendidikan, Pengajian tinggi teknologi hijau, digital dan inovasi negeri dan diurusetiakan oleh KIAS. Ataupun Pengarah KIAS Skills Delopment Centre (KIAS DEC), dan dianggotai oleh Yang Berhormat Timbalan EXCO Pendidikan dan dikalangan wakil-wakil industri agensi kerajaan wakil media, agensi kerajaan persekutuan. Inshaa-Allah kita akan merangka gerak kerja dan soalan daripada Kuala Balah lagi Key Perfomance Indicator (KPI) Majlis Tvet Negeri Kelantan iaitu kita menilainya pertamanya peningkatan pelajar Tvet di kalangan belia, pelajar tercicir, komuniti luar bandar dan B40. Itu key dia untuk kita nilai kejayaan. Keduanya bilangan MoU, MoU kolobrasi industri termasuk Akademi Dalam Industry (ADI) contohnya minggu lepas pun kita dah bersama dengan CIDB untuk sama-sama kita membangunkan Tvet. Yang ketiganya
tahap kebolehpasaran graduan tvet Kelantan dan yang keempat nya kesedaran masyarakat terhadap Tvet yang kelima peningkatan kompentensi, jurulatih Tvet yang keenam pembangunan data raya Tvet Kelantan dan yang ketujuhnya bilangan kajian penyelidikan Tvet laporan dasar.
Inshaa-Allah cadangan maklum balas tu selepas 6 bulan, tapi untuk setakat ni baru 1 bulan 10 hari. Inshaa-Allah tahun hadapan kita akan lapor pulak jika ada soalan berkenaan perkembangan Tvet Negeri Kelantan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya berhasrat untuk menangguhkan Persidangan Dewan. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang persidangan ini berlangsung. Semoga segala teguran dan buah fikiran yang dikemukan akan menjadi asbab kepada kemajuan dan pembangunan Negeri Kelantan yang kita kasihi.
Semua Ahli Yang Berhormat dipersilakan ke sesi bergambar di pintu hadapan Dewan selepas daripada Dewan ini ditangguhkan. Marilah kita mengakhiri persidangan dewan pada kali ini dengan membaca Tasbih Kafarah dan Surah Wal Asr’.
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 11.00 PAGI DAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU KELAK.