Kelantan · 20 April 2026

15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 10 turns · 1,765 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.

Doa

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Doa.

[ BERDOA SAMBIL BERDIRI ]

Pengesahan Peringatan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan), Bagi Tempoh Penggal Yang Ketiga, Dewan Negeri Kelantan KelimabelasAddress / budget

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, Pengesahan Peringatan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan), Bagi Tempoh Penggal Ketiga, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas.

Speaker

Minta cadangan…

Hj Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

، ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Peringatan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan), Bagi Tempoh Penggal Ketiga, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas yang telah diadakan pada hari-hari Khamis, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu 15, 18, 19, 20 dan 21 Jamadil Awal 1447H bersamaan 06hb, 09hb, 10hb,11hb dan 12hb November 2025 supaya diterima dan disahkan.

Speaker

Sokongan…

Mohd Rusli bin AbdullahPAS · PNWakaf Bharu

، ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya Peringatan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan), Bagi Tempoh Penggal Ketiga, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas yang telah diadakan pada hari-hari Khamis, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu 15, 18, 19, 20 dan 21 Jamadil Awal 1447H bersamaan 06hb, 09hb, 10hb,11hb dan 12hb November 2025 supaya diterima dan disahkan.

Dengan demikian, sekarang saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi.

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK.”

Dipersetujukan.

Peringatan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan), Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas yang telah diadakan pada hari-hari Khamis, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu 15, 18, 19, 20 dan 21

Jamadil Awal 1447H bersamaan 06hb, 09hb, 10hb, 11hb dan 12hb November 2025 diterima dan disahkan.

[ PERINGATAN PERSIDANGAN KALI KETIGA (BELANJAWAN), BAGI TEMPOH PENGGAL KETIGA, DEWAN NEGERI KELANTAN KELIMABELAS DISAHKAN]

[ SETIAUSAHA MENGANGKAT TEKS PERINGATAN TERSEBUT KEPADA YB DATO’ SPEAKER ]

Titah Ucapan D’rajaAddress / budget

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Ketiga, Titah Ucapan D’Raja.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Persidangan Dewan akan ditempohkan buat seketika bagi memberi ruang kepada saya dan Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar meninggalkan Dewan Persidangan untuk menyambut dan seterusnya mengiringi keberangkatan masuk Yang Maha Mulia Pemangku Raja ke Dewan Persidangan bagi Istiadat Pembukaan Penggal Yang Keempat, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas.

[ JURU ACARA DARI URUSETIA PENERANGAN AKAN MENGAMBIL ALIH TUGAS SEBAGAI JURU ACARA DAN MENGISYTIHARKAN SUSUNAN MAJLIS DAN ATURCARA MENGIKUT SUSUNAN URUSAN ATURCARA UPACARA MAJLIS PERASMIAN SETERUSNYA ]

[ SETIAUSAHA DEWAN AKAN MENGAMBIL TEMPAT BERSAMA-SAMA DENGAN PELAPOR DEWAN DAN BENTARA DEWAN ]

[ YB DATO’ SPEAKER DAN DATIN, YAB USTAZ DATO’ PANGLIMA PERANG MENTERI BESAR DAN DATIN MENINGGALKAN DEWAN PERSIDANGAN ]

[ YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA BERANGKAT MASUK KE MAJLIS PERSIDANGAN ]

[ JURUACARA ISYTIHAR “BAHAWA YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA AKAN BERTITAH ]

[ YAB USTAZ DATO’ PANGLIMA PERANG MENTERI BESAR MENGAMBIL, MEMBAWA DAN SETERUSNYA MENYEMBAH TEKS TITAH UCAPAN D’RAJA KEPADA YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA]

[ YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA BERTITAH] ، ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Segala Puji Dan Syukur Kepada Allah Jua. Beta Rafakkan Ke Hadrat Allah Subhanahu Wataala, Yang Telah Melimpahkan Rahmat Dan Kurnianya, Mengizinkan Beta menyempurnakan Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Bagi Tempoh Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas, Tahun Dua Ribu Dua Puluh Enam Pada Hari Ini. Selawat Dan Salam Beta Persembahkan Kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kepada ahli keluarga baginda, para sahabat dan para pengikut Baginda hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, Beta merakamkan penghargaan atas segala usaha dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua pihak dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat. Beta berharap agar semua Ahli Yang Berhormat dan seluruh jentera Kerajaan Negeri serta rakyat Negeri Kelantan dapat terus memberikan khidmat dan komitmen yang terbaik demi kemajuan dan kesejahteraan Negeri Kelantan Darul Naim. Dunia kini berhadapan dengan perubahan global yang semakin dinamik dan mencabar. Ketidaktentuan ekonomi antarabangsa, perubahan iklim serta ketegangan geopolitik antara kuasa besar memberikan kesan langsung kepada rantaian bekalan, keterjaminan sumber makanan dan kos kehidupan di seluruh dunia. Perkembangan ini turut memberikan implikasi kepada negara kita dan negeri-negeri termasuk Kelantan. Sehubungan dengan itu, dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks ini, Beta menyeru seluruh rakyat dan Kerajaan Negeri Beta supaya dapat menumpukan usaha-usaha meningkatkan

keupayaan ekonomi, dan kekal memelihara keharmonian sosial, menghormati nilai keagamaan dan menghargai perpaduan masyarakat selari dengan dasar Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar induk kerajaan Negeri Kelantan.

Beta ingin menegaskan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memelihara suasana yang aman dan harmoni dengan menjunjung tinggi undang-undang, peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan dalam setiap aspek kehidupan, termasuk di dalam perkara sensitif merangkumi pembinaan rumah atau tempat ibadat yang menjadi perhatian ramai ketika ini. Kepatuhan ini bukan sahaja mencerminkan kematangan sivik, malah menjadi asas penting dalam mengelakkan sebarang bentuk pertelingkahan dan ketidakharmonian.

Sebarang tindakan yang mencemar kesucian agama atau menimbulkan ketegangan antara kaum tidak boleh diterima sama sekali. Undang-undang perlu dilaksanakan secara adil dan tegas serta disusuli dengan pelaksanaan program kesedaran bagi memastikan keamanan awam serta keharmonian negeri ini terus terpelihara.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Beta menyambut baik usaha berterusan Kerajaan Persekutuan dalam memperkukuh daya tahan ekonomi negara melalui pelbagai dasar pembangunan dan inisiatif strategik yang turut memberikan manfaat kepada Negeri Kelantan. Sehubungan dengan itu, Beta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim Perdana Menteri Malaysia di atas kerjasama strategik bersama kerajaan negeri yang telah menyumbangkan kejayaan dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini.

Beta berasa sukacita atas pengoperasian Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang telah siap dinaik taraf sepenuhnya. Beta juga

menzahirkan harapan agar kerjasama pihak Persekutuan dan Negeri diteruskan dengan pelaksanaan Projek Kota Bharu Sentral melalui integrasi pembangunan laluan rel pantai timur (ECRL) sebagai hab transit moden yang bakal menjadi pemangkin ekonomi setempat.

Beta melihat keadaan infrastruktur di Negeri Kelantan masih lagi perlu ditambah baik agar tidak ketinggalan berbanding negeri-negeri lain di malaysia. Oleh itu, beta amat berharap agar kerajaan negeri mengambil berat terhadap perancangan dan pelaksanaan infrastruktur di negeri ini dengan pelibatan langsung Kerajaan Persekutuan. Pembangunan infrastruktur yang menyeluruh ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak perancangan pembangunan pada masa akan datang.

Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian,

Kekuatan sesebuah negeri bermula dengan kecekapan pentadbirannya. Justeru, Beta ingin menegaskan bahawa kepentingan tadbir urus yang cekap, berintegriti dan telus hendaklah sentiasa menjadi teras dalam setiap urusan rasmi kerajaan. Para penjawat awam hendaklah terus memperkukuh integriti, meningkatkan produktiviti serta memastikan penyampaian perkhidmatan awam dilaksanakan secara cekap dan berkesan. Hal ini amat penting bagi memelihara keyakinan rakyat dan pelabur terhadap pentadbiran negeri ini agar sentiasa bebas daripada sebarang isu rasuah serta pelanggaran integriti dalam kalangan penjawat awam. Pemerkasaan pemahaman dan penghayatan kepada konsep Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan (UMI) juga perlulah diterapkan dengan lebih mendalam dalam kalangan semua penjawat awam.

Beta juga ingin menegaskan bahawa setiap perancangan dan pelaksanaan pembangunan hendaklah mematuhi dokumen perancangan yang telah diluluskan. Pematuhan ini amat penting bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan secara sistematik dan mampan. Kerajaan Negeri juga hendaklah terus memperkasa sektor-sektor ekonomi berimpak tinggi bagi merangsang pertumbuhan

ekonomi negeri.

Pada masa yang sama, pembangunan Tok Bali Industrial Park sebagai hab perindustrian baharu berpotensi menarik pelaburan dalam sektor pembuatan, pemprosesan makanan, logistik serta industri marin. Peluang yang terhasil daripada pembangunan kawasan industri baharu ini wajar direbut dan diberikan perhatian oleh setiap lapisan rakyat Beta.

Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian,

Sektor pelancongan turut menjadi pemangkin penting kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Beta bersyukur kerana Negeri Kelantan Darul Naim dianugerahkan keindahan alam semula jadi, warisan budaya serta tradisi yang unik, sekali gus menjadikan negeri Beta sebagai destinasi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

Oleh itu, Beta menyeru kerajaan negeri agar terus mempergiat usaha menaik taraf kemudahan pelancongan serta memperluas promosi pelancongan selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2026. Sebagai sebuah negeri yang turut menampilkan keunikan gastronomi sebagai tarikan utama pelancongan, dalam konteks pengurusan makanan khususnya Beta menggesa pihak yang terlibat termasuk penyedia makanan perlu memastikan makanan yang dijual adalah halal, bersih, dijual pada harga berpatutan dan seharusnya memberikan layanan mesra sebagai identiti hospitaliti di Negeri Kelantan. Sehubungan dengan aspek melibatkan makanan juga, khususnya sebagai input kepada penyediaan makanan, kerajaan negeri sewajarnya memperkukuh bidang pertanian secara lebih strategik bagi memastikan bekalan makanan negeri kekal mencukupi dan berkualiti.

Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian,

Beta juga ingin menegaskan bahawa Negeri Kelantan hendaklah memantapkan sistem pendidikan yang holistik dan seimbang,

merangkumi pendidikan arus perdana, pendidikan agama serta pendidikan kemahiran. Sistem pendidikan yang mantap akan melengkapi generasi muda dengan ilmu pengetahuan, akhlak dan kemahiran yang relevan dengan keperluan semasa. Hal ini penting bagi melahirkan modal insan yang berkualiti serta kukuh pegangan rohani dan nilai akhlaknya, sekali gus menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan Negeri Kelantan.

Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian,

Beta amat prihatin dengan tahap kesihatan fizikal dan mental rakyat Beta. Justeru, Beta menggesa Kerajaan Negeri agar dapat mewujudkan platform sokongan khidmat psikologi, sokongan sosial, sokongan persekitaran dan sokongan kerohanian, seperti penyediaan taman-taman rekreasi dan kemudahan sukan. Beta juga ingin menekankan kepentingan kerajaan Beta bagi menilai semula bantuan kebajikan yang bersesuaian, meningkatkan capaian kepada pusat kaunseling komuniti dan pemerkasaan institusi agama sebagai instrumen kesejahteraan rakyat Beta.

Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian,

Beta menaruh keyakinan bahawa melalui perpaduan, kerjasama dan komitmen semua pihak, Negeri Kelantan akan terus melangkah maju sebagai sebuah negeri yang makmur, sejahtera dan diberkati.

Marilah kita bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha bagi memastikan setiap perancangan pembangunan dapat dilaksanakan secara berterusan dan memberi manfaat kepada generasi masa hadapan. Akhirnya, semoga segala usaha ini sentiasa mendapat keberkatan Ilahi. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim Beta dengan ini merasmikan Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Yang Ke 15 Bagi Tahun 2026.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah,

Wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[ YAB USTAZ DATO’ PANGLIMA PERANG MENTERI BESAR TAMPIL DAN MENYAMBUT TEKS TITAH UCAPAN D’RAJA DARIPADA YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA ]

[ SETELAH COKMAR BERADA DIHADAPAN SUSUNAN BENDERA, JURUACARA ISYTIHAR “BAHAWA YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA AKAN BERANGKAT MENINGGALKAN DEWAN PERSIDANGAN KE BILIK REHAT DI RAJA” ]

[ LAGU SELAMAT SULTAN DIMAINKAN ]

[YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA AKAN BERJALAN KAUS KE PINTU UTAMA DEWAN NEGERI UNTUK SESI BERGAMBAR]

[YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA MENINGGALKAN MAJLIS UNTUK BERANGKAT PULANG]

[ YB DATO’ SPEAKER DAN YAB USTAZ DATO’ PANGLIMA PERANG MENTERI BESAR MASUK KE MAJLIS PERSIDANGAN ] * * *

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Alhamdulillah Istiadat Pembukaan telah pun selesai dan sekarang saya berhasrat untuk menangguhkan persidangan Dewan dan Dewan akan bersidang semula pada hari Selasa 03 Zulkaedah 1447 Hijriah bersamaan 21hb. April 2026 bermula pada jam 9.00 pagi. Semua Ahli Yang Berhormat dijemput ke ruang Pintu Utama Dewan Negeri Kelantan untuk sesi bergambar bersama YMM Pemangku Raja dan selepas itu ke Jamuan Makan Tengahari di Dewan Bunga Teratai.

Marilah sama-sama kita menutup persidangan pada pagi ini dengan membaca Tasbih Kaffarah dan Surah wal ‘Asr.

[ PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN ]

[ MAJLIS BERSURAI ]