Kelantan · 23 April 2026
15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 73 turns · 12,265 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.
(Pembukaan)
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Persidangan Kali Pertama, Bagi Tempoh Penggal Keempat, Dewan Negeri Kelantan, Hari Ketiga. … ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا
Doa
Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Doa.
[ SAMBIL BERDIRI ]
Pengesahan Peringatan Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas
Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, soalan-soalan yang diberitahu.
(Soalan-Soalan Yang Diberitahu) — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan MulutQuestions
Saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Balah.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Mohon jawapan kepada soalan saya nombor 1.
Soalan 1 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah mekanisme pemantauan yang ditetapkan Kerajaan Negeri bagi memastikan Belanjawan 2026 dilaksanakan mengikut skop, kos dan garis masa, serta tindakan terhadap projek yang lewat atau gagal capai sasaran? ]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih pada Yang Berhormat Kuala Balah yang mengemukakan soalan. Firman Allahu Taala:
ِ ِ ﺎ ﻣ ﻮ ﻗ ﻚ ﻟ ذَٰ ﲔ ﺑ ﺎ ﻛ َ ﱰ ﻘ ْ ﻳ ﱂ ا۟ ﻮ ﻓ ﺮ ِ ﺴ ﻳ ﱂ ا۟ ﻮ ﻘ ﻧﻔ أَ إِذَآ ﻳﻦ ﻟﱠﺬ ـَ َ نَ ُ ُ َ ًۭ َا َْ َ وَ ُُوا۟ ـَ َْ وَ ْ ُ َْ َوَٱ Maksudnya: Dan juga mereka yang diredhai oleh Allah itu ialah seorang yang apabila mereka berbelanja, mereka tidak boros dan juga mereka tidak bakhil. Sebaliknya perbelanjaan mereka secara sederhana berhemah, pertengahan di antara keduanya yakni di antara boros dan bakhil.
Kerajaan negeri khususnya melalui Pejabat Perbendaharaan Negeri dan Unit Perancang Ekonomi memainkan peranan utama sebagai penyelaras dan pemantau pelaksana program dan projek-projek utama negeri di bawah Belanjawan 2026 supaya menepati sasaran dan objektif yang telah ditetapkan. Perbelanjaan bajet 2026 diuruskan secara berhemah dengan mengambil kira impak dan kesan jangka pendek dan juga kesan jangka panjang. Kedudukan kewangan semasa serta ekonomi negara yang berdepan dengan ketidaktentuan. Kerajaan negeri memantau secara
lebih dekat pelaksanaan projek-projek pembangunan yang bersifat kepentingan rakyat dan segera supaya dapat memberikan kesan secara terus kepada rakyat melalui pelaksanaan semakan semula keutamaan projek, kajian impak projek dan kos kewangan projek.
Projek-projek ini akan dikawal selia melalui Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Bahagian Koordinasi dan Program Khas (BKPK). Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pula berperanan sebagai urusetia pemantauan projek pembangunan negeri dengan berapa mekanisme yang telah ditetapkan seperti pelaporan berkala bulanan, pemantauan menerusi lawatan tapak secara berkala dan mekanisme tindakan terhadap projek lewat atau gagal sasaran melalui agensi pelaksana.
Sekiranya sesuatu projek menunjukkan kelewatan atau gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan, kerajaan negeri akan mengambil tindakan secara berperingkat dan tegas melalui agensi pelaksana. Antaranya termasuk pengeluaran surat teguran rasmi serta arahan supaya pelan pemilihan, pelan pemilihan dikemukakan lengkap dengan garis masa pelaksanaan yang jelas. Projek berkenaan juga akan dipantau dengan lebih kerap melalui mesyuarat khas dan juga lawatan tapak bagi memastikan tindakan pembetulan dilaksanakan mengikut jadual yang dipersetujui. Sekiranya kelewatan berpunca daripada kecuaian atau kegagalan pihak kontraktor, tindakan kontraktor seperti penggunaan LED akan dilaksanakan selaras dengan syarat perjanjian dalam keadaan yang lebih serius dan menjejaskan kepentingan awam. Kerajaan negeri berhak menamatkan kontrak dan melantik kontraktor baru tertakluk kepada peraturan kewangan dan tatacara perolehan yang berkuatkuasa.
Secara keseluruhannya pendekatan pemantauan oleh kerajaan negeri bukan sekadar berbentuk laporan tetapi melibatkan libat urus berterusan penyelarasan rentas jabatan serta introvensi awal bagi memastikan pelaksanaan Belanjawan 2026 menepati skop, kos dan garis masa yang telah diluluskan. Sekian.
Silakan Kuala Balah.
Terima kasih Yang Amat Berhormat, Dato’ Panglima Perang. Soalan tambahan saya ialah dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu begini, apakah langkah-langkah mitigasi misalnya. Untuk memastikan belanjawan kita mengikut perkara ataupun perkara yang telah ditetapkan? Terima kasih.
Terima kasih YB Kuala Balah di atas soalan tambahan sekejap tadi. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum bahawa suasana ekonomi global pada ketika ini tidak menentu yang boleh menyebabkan perancangan awal kerajaan turut menerima kesan dari segi perbelanjaan dan pelaksanaan program. Oleh yang demikian, kerajaan negeri telah mengambil langkah proaktif dalam menghadapi situasi tersebut. Iaitu pertama, tadbir urus kewangan berdisiplin iaitu memastikan setiap perbelanjaan negeri diurus dengan penuh integriti, cekap dan berhemah bagi menjamin kemampanan fizikal. Dalam Quran disebut, cara pengurusan dan siapa yang patut menguruskan kewangan ini. ِ ﲔ ﻣ َْ ﻷ ا ِي ﻮ ﻘ ْ ﻟ ا ﺮ ﺟ ْ ﺄ ﺘ ﺳ ا ﻦ ِ ﻣ ﲑ ﺧ ﱠ ُإِن ﱡ َ ْتَ َ َ ْ َ َْ َ Ada dua sifat. Yang pertama, Al-Qawiy. Al-Qawiy makna berkelayakan. Professional dalam sesuatu bidang. Ini bidang kewangan kena lantik orang professional. Yang kedua, Al-Amin. Ada sifat amanah. Professional pun kalau tidak amanah, tak jadi juga. Ini yang heboh, tapi kita tak tahu lah sebenar apa yang berlaku, orang yang diberi amanah tentang persoalan kewangan termasuklah soal duit zakat. Jadi ini kalau betul lah. Saya tak tahu betul atau tidak. Tapi kalau betul ini cukup-cukup mendukacitakan kita lah, sebab apa nama ni, duit zakat ini duit golongan tertentu, dia ada asnaf dia.
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ﻢ ﻮﻬﺑ ُ ﻠ ﻗ ﺔ ﻟﱠﻔ ﺆ ﻤ ْ ﻟ ﺎ ﻬ ﻴ َ ﻠ ﻋ ﲔ ﻠ ﻤ ﻌ ْ ﻟ ﲔ ﻜ ﺴ ﻤ ْ ﻟ ﺮ ﻘ ﻔ ﻠ ْ ﻟ ﺖ ﻗ ﻟﺼﱠﺪ ٱ ﺎ َ ﳕﱠ ـُ َ َ ُ َـٰ ْإِ ُُ َ ُ وَٱ َ ـْ َ َ َـٰ وَٱ َـٰ َ وَٱ َآءِ ُ َ Ada lapan golongan, ini fuqara’-fuqara’ ni, mufakir lah.
ِ ِ ﲔ ﻜ ﺴ ﻤ ْ ﻟ َـٰ َ وَٱ Orang miskin. Fuqara’ ni kedudukan dia lebih lemah berbanding dengan orang miskin. Sebab tu Allah Taala sebut fuqara’ dulu. Fuqara’ ni maknanya orang yang pendapatan dia, perolehan dia berbanding dengan keperluan dia, keperluan dia tak dapat dipenuhi dengan pendapatan yang dia dapat. Sebagai contoh, dia perlu kewajipan dia, dia belanja hok wajib. Sepuluh ringgit sehari. Itu contoh lah, tapi apa yang dia dapat tujuh ringgit jah. Maknanya dia tok cukup lah. Tu fuqara’.
Orang miskin ni boleh jadi dia, keperluan dia sepuluh ringgit dan pendapatan dia sepuluh ringgit. Jadi kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang tuh. Jadi kalau tidak ada sifat Al-Amin, siapa pun, termasuklah kita yang diberi amanah mentadbir negeri pun, kalau takdak dua sifat ni memang tak boleh. ِ ﲔ ﻣ َْ ﻷ ا ِي ﻮ ﻘ ْ ﻟ ا ﺮ ﺟ ْ ﺄ ﺘ ﺳ ا ﻦ ِ ﻣ ﲑ ﺧ ﱠ ُإِن ﱡ َ ْتَ َ َ ْ َ َْ َ Jadi tadbir urus kewangan berdisiplin iaitu memastikan setiap perbelanjaan negeri diurus dengan penuh integriti, cekap dan berhemah bagi menjamin kemampanan fizikal. Kedua, bajet berimpak tinggi dengan memberi fokus kepada projek dan inisiatif yang memberi pulangan nilai maksimum serta manfaat langsung pada rakyat. Kita Kelantan walaupun kita ni tidak negeri kaya dan selalu orang sebut kita ni negeri miskin tapi takpo. Miskin pun takpo lagi, jangan fakir jah. Tapi walaupun kita dikatakan miskin tetapi untuk membantu rakyat, semalam kita telah luluskan segera RM2 Juta walaupun mengikut sesetengah orang RM2 Juta ni sikit tapi bagi kita bukan lagi kaya ni banyak lah. Tapi tak apa lah, orang-orang tua sebut, kalau kita bagi banyak tu tanda ada, kalau kita bagi sikit tanda ingat. Jadi hok kemarin tu tanda ingat lah, tanda ingat.
Ketiga, kerjasama persekutuan dan negeri melalui pengukuhan hubungan dan synergy antara kerajaan negeri dan persekutuan bagi melancarkan pelaksanaan projek pembangunan nasional di peringkat
Negeri Kelantan. Kita ni, saya selalu sebut, kerajaan negeri ni anok, ibarat anok. Kerajaan persekutuan ni ayoh. Jadi anok dengan ayoh ni, kita kena berunding lah dan ini lah yang kita amalkan sebenarnya daripada dulu lagi yang kita amalkan. Dan Alhamdulillah saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang beri layanan Kelantan ini sama seperti negeri-negeri lain. Bahkan setengah negeri kata Kelantan ni kadang-kadang diberi layanan lebih, itu orang negeri lain lah kata. Kita tak tahu, tapi takpo lah. Kita sama takpo, kalau lebih koho takpo. Koho takpo. [YB Ketawa Kecil]
Jadi sebab kita Kelantan ni kita ketinggalan lama dah. Jadi kita nak kejar dia, jadi adalah wajar setiap permohonan dan keperluan rakyat Kelantan dipertimbangkan segera oleh kerajaan persekutuan dan saya ucap terima kasih. Sekian.
Dipersilakan Salor.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang. Kita dalam belanjawan lepas, kita ada sebut bahawa pertambahan pelaburan lebih daripada RM1 Billion saya difahamkan dan saya sendiri ada sarankan dalam perbahasan lepas supaya peluang-peluang ini kita pastikan tidak terlepas kepada pihak luar. Cuma soalan tambahan saya bagaimana ataupun adakah terdapat sebarang mekanisme ataupun dasar di pihak kerajaan negeri untuk pastikan peluang ini diberikan kepada syarikat-syarikat tempatan terutamanya kepada GLC negeri sendiri. Supaya mereka lebih kompeten dan lebih, apa ni, dapat menambah pendapatan peringkat GLC tempatan lah. Ok terima kasih.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Salor di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Adalah menjadi dasar kerajaan negeri untuk mengutamakan penglibatan syarikat berkaitan Kerajaan GLC dalam pelaksanaan pelbagai program dan projek pembangunan selaras dengan kepakaran, bidang tumpuan dan keutamaan strategi setiap GLC. Sebagai contoh, sektor pertanian dan bioteknologi diterajui oleh Kelantan Biotech Corperation dan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad yang berperanan sebagai pemangkin pembangunan industri bioteknologi dan agro berasaskan inovasi di negeri ini. Sektor digital dan teknologi maklumat diperkukuh melalui peranan Infraquest dan Kelantan ICT Gateway sebagai agensi sehenti dan rakan strategik kerajaan negeri dalam merancang, menyelaras serta memantau pembangunan ICT dan ekonomi digital. Sektor perlombongan dan sumber mineral dilaksanakan melalui syarikat seperti PMBK Az-Zahab, Caston yang terlibat dalam aktiviti perlombongan mineral. Dan aktiviti hiliran berkaitan tenaga, sektor tenaga hijau dan utiliti digerakkan oleh kerajaan Kelantan Utilities Mubarakan Holdings yang menerajui pelaburan strategik dalam bidang tenaga hijau, pengurusan sisa, air bersih dan teknologi lestari.
Kesemua GLC ini turut mengetuai Jawatankuasa Portfolio EXCO mengikut sektor masing-masing bagi memastikan penyelarasan dasar pelaksanaan keberkesanan pelaksanaan serta mekanisme impak pembangunan ekonomi negeri. Sekian.
Saya persilakan Galas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor dua. Terima kasih.
Soalan 2 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, berapakah permohonan Lesen Mendulang Emas Kecil yang telah diluluskan semenjak ia dibuka awal tahun ini. ]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Galas ya. Sejak pembukaan Januari 2026. Sebanyak 493 lesen mendulang emas kecil, pada awal tahun ini ya telah diproses, telah diterima ya 493 dan sedang diproses serta dinilai berdasarkan syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan sebelum sebarang kelulusan diberikan. Setakat ini jumlah permohonan diluluskan yang telah disiap diproses adalah sebanyak 333 permohonan dan sebanyak 54 permohonan telah diambil oleh pemohon. Terima kasih.
Silakan Galas.
Dato’ Speaker terima kasih. Saya nya ambil kesempatan nak ucap tahniah lah kepada kerajaan di atas kelulusan lesen mendulang yang difahamkan tadi 333 telah pun lulus. Soalan tambahan saya ialah, hasil daripada pemantauan yang dibuat oleh pihak kerajaan, adakah semua penerima lesen ini mendulang secara aktif? Dan yang keduanya royalti, adakah kita tetapkan ataupun ambil ataupun kenaan royalti dan jika ada, berapakah jumlah royalti yang telah dikutip setakat ini? Terima kasih.
Terima kasih kepada Galas di atas soalan tambahan ya. Sebenarnya Alhamdulillah rakyat rasa gembira dan seronok apabila dilibatkan sekali
dengan aktiviti ekonomi berdasarkan kepada mineral terutamanya emas yang mana melombong emas adalah sesuatu yang memerlukan kepada modal yang sangat besar dan rakyat tidak mampu untuk berbuat demikian.
Walaubagaimanapun, kerajaan sangat menyedari bahawa secara kecil-kecilan sebab sebelum ini pun sudah ada aktiviti mendulang secara kecil-kecilan tetapi Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan hendak memastikan bahawa ianya dibuat secara legal mengikut perundangan dan kita dapat mengawal supaya kita dapat menentukan keselamatan pendulang dan sebagainya dalam masa yang sama sekurang-kurangnya kerajaan dapat tahu ya sejauh mana, seramai mana dan banyak mana yang rakyat dapat. Di atas pertanyaan daripada Galas tadi ya, apabila rakyat mendulang, rakyat memohon dan kita telah mengeluarkan 54 lesen yang telah diambil walaupun kita telah meluluskan 33 kita tidak dapat nak pastikan secara jelas adakah mereka aktif ataupun tidak sebab kebanyakan daripada mereka sebenarnya bukan secara sepenuh masa mendulang tetapi secara part-time sahaja dan kita telah, setakat ini memberikan kebenaran kepada dua syarikat untuk membeli daripada pendulang-pendulang ini. Kenapa? Kerana juga kita nak pastikan ianya mengikut peraturan dan tidak mempergunakan dan untuk tujuan tersebut setakat ini kita masih lagi belum dapat menerima satu jumlah setakat mana pendapatan yang rakyat dapat daripada hasil mendulang itu ya, terima kasih.
Dipersilakan Kelaboran. Maaf. Dipersilakan Gaal.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Tahniah kepada kerajaan negeri kerana telah berjaya buka lesen untuk pendulang-pendulang kecil. Soalan tambahan saya ialah bagaimanakah kerajaan boleh mempastikan perluasan lesen mendulang emas kecil ini dilaksanakan secara terkawal
yang tidak menjejaskan sungai, tebing sungai dan mempastikan penguatkuasaan kepada pendulang ini dapat dibuat secara terkawal lah. Terima kasih.
Terima kasih Gaal. Kita ada satu enakmen ya. Enakmen mineral yang di dalam itu ada dijelaskan berkenaan dengan perkara-perkara bagi memastikan alam sekitar tidak terjejas dan sebagainya. Maka kerajaan negeri bagi memastikan setiap lesen mendulang emas dikeluarkan tertakluk kepada syarat teknikal yang sangat ketat termasuk penetapan kawasan yang dibenarkan, kaedah kerja serta pematuhan kepada garis panduan alam sekitar.
Selain itu syarat-syarat khusus untuk turut dinyatakan dalam lesen mendulang dan dipaparkan dalam lesen itu bagi memastikan pematuhan, dalam lesen itu dipaparkan syarat-syarat dimana letaknya kawasan yang dibenarkan mendulang dan dalam masa yang sama juga diberi petunjuk bahawa kawasan ini sebenarnya ada potensi mineral iaitu lah emas bagi membantu para pelesen untuk fokus kepada mendulang itu.
Pemantauan berterusan dilaksanakan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan bersama agensi teknikal seperti Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan aktiviti mendulang dijalankan secara terkawal dan tidak menjejaskan sungai, tebing serta ekosistem setempat. Kita mengenakan memberikan syarat lesen dan sebagainya sebenarnya ia bukan sekali-kali bermaksud kita ingin berniaga dengan rakyat, tidak…tetapi untuk memastikan keselamatan rakyat pendulang, dalam masa yang sama juga untuk memastikan ekosistem dan juga alam sekitar terjaga. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Tumboh.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Pantun sikit pagi ni…
Burung Terbang Di Awan Biru, Hinggap Sebentar Di Pohon Sena, Jika Tekun Menimba Ilmu, Mohon Jawapan Soalan Nombor Tiga.
Soalan 3 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah intervensi khusus yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi sekolah-sekolah yang dikenal pasti berprestasi rendah, termasuk mekanisme pemantauan pelaksanaannya? ]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kita tok jawab dengan pantun lah, kita jawab direct. Intervensi khusus yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi sekolah-sekolah yang dikenalpasti berprestasi rendah ialah yang pertamanya intervensi akademik berfokus iaitu kita menempatkan guru-guru ataupun menempatkan guru-guru berpengalaman ataupun guru cemerlang bagi membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan izin PDP dan juga melaksanakan kelas tambahan klinik subjek kritikal dan juga program lonjakan akademi dan juga kita mengadakan bengkel teknik menjawab peperiksaan serta pemantauan berkala oleh Pegawai Akademik YIK.
Jadi kalau kita tengok kepada prestasi peperiksaan baruni, keputusan peperiksaan YIK meningkat. Ketiga-tiga jenis peperiksaan. SMU, SPM dan juga STAM dan yang paling menarik, sekolah-sekolah yang dipanggil sekolah rakyat. SMUA bantuan juga berjaya mencapai keputusan peperiksaan pelajarnya dalam SPM baruni 10A, bukan kata Maahad jah
buleh, tapi SMUA pun mampu pelajar-pelajar dia mencapai keputusan yang cemerlang.
Yang keduanya, kempen kesedaran dan juga promosi sekolah, pelaksanaan kempen kesedaran melalui pemasangan banner dan hebahan media bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sekolah YIK dan juga kita mengadakan sesi penerangan dan promosi di sekolah-sekolah rendah sebagai usaha menarik kemasukan pelajar baru dan ini kita mendapat kerjasama daripada BBC Kelab Penyokong Kerajaan. Terima kasih. Terima kasih daun keladi, kalau buleh nok lagi. Lebih lagi.
Yang ketiga, pendekatan ziarah dan libat urus ibubapa dengan kita mengadakan lawatan ke rumah pelajar sasaran khususnya yang berisiko keciciran ataupun berprestasi rendah dan juga mengadakan sesi libat urus bersama ibubapa bagi mengenalpasti punca masalah dan merangka pelan sokongan bersama dan juga mengadakan program motivasi pelajar dan juga ibubapa secara berkala.
Yang keempatnya, insentif dan bantuan kebajikan memberi insentif yuran bagi pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan dan juga bantuan pakaian seragam atau keperluan asas persekolahan, kito wi pakaian dan juga sokongan kewangan bersasar melalui dana kebajikan YIK dan sumbangan pihak berkaitan. Ni juga kita mendapat bantuan daripada YAKIN yang menaja, banyak menaja pelajar-pelajar kita yang ibubapa yang kurang berkemampuan. Jadi bagi memastikan intervensi ini berkesan, kerajaan negeri melaksanakan mekanisma pemantauan seperti berikut. Yang pertama, penetapan prestasi utama KPI bagi setiap sekolah yang terlibat. Yang keduanya, laporan berkala oleh pihak sekolah kepada YIK. Yang ketiga, lawatan pemantauan dan penilaian impak oleh Pegawai Akademik. Dan yang keempatnya mesyuarat penambahbaikan susulan bagi menilai keberkesanan tindakan yang diambil. Jadi hasil laporan yang sampai kemasukan pelajar ke sekolah YIK pada tahun ini meningkat, selain daripada peperiksaan-peperiksaan juga meningkat. Terima kasih.
Silakan Pasir Tumboh.
Terima kasih kepada Kerajaan yang telah pun menjawab soalan saya nombor tiga tadi. Dan saya nak ucap tahniah sekali lagi kepada Yang Berhormat Dato’ EXCO Pendidikan di atas kerja kuatnya yang menyebabkan Yayasan Islam Kelantan mendapat kejayaan yang paling cemerlang pada tahun 2025. Dan saya juga ingin mengucapkan sekali lagi lah tahniah kepada YB Melor kerana dapat posting yang paling tinggi dalam dewan ini. [Kedengaran para YB menepuk meja]
Hampir 100,000. Seratus ribu lebih mengenai isu orang naik muto. Tahniah kedua-duanya. Soalan tambahannya ialah, sejauh manakah kerajaan negeri melihat TVET sebagai intervensi utama bagi pelajar yang kurang cenderung kepada akademik di sekolah berprestasi rendah?
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Pasir Tumboh ni cakna kepada YIK lah. Alhamdulillah Kerajaan Negeri melalui TVET sebagai satu laluan penting, bukan sampingan lah. TVET ni penting dan berpotensi besar untuk dijadikan intervensi kepada pelajar yang kurang cenderung kepada aliran akademik khususnya di sekolah berprestasi rendah.
Namun begitu, setakat ini pelaksanaannya di peringkat sekolah masih belum diteroka secara menyeluruh kerana pada masa ini hanya dua sekolah sahaja yang menjalankan program TVET dan pelaksanaannya pula masih di peringkat awal. Antara usaha yang telah bermula ialah melalui pentauliahan program kemahiran di bawah penyelarasan Majlis TVET Negeri Kelantan bersama pusat latihan seperti kita wujudkan di Kelantan. Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB), KIASDEC serta rangkaian Institusi Pondok dan Tahfiz.
Antara program yang telah mendapat pentauliahan ialah Program Operasi Pengeluaran Tanaman. EXCO Pertanian banyak bantu, banyak di pondok-pondok dan juga di sekolah termasuk pelaksanaannya di Maahad Muhammadi Gua Musang yang telah mendapat sijil pada baru ni.
Disamping itu, pendekatan akademik dalam industri iaitu ADI turut membuka ruang supaya latihan kemahiran dapat diselaraskan dengan keperluan sebenar industri. Walaupun majoriti institusi TVET berada di bawah seliaan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri tetap menggunakan ruang dan kuasa yang ada untuk membina peluang latihan kepada anak-anak Kelantan walaupun secara kecil sebagai contoh Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Beta Hulu menunjukkan pencapaian baik di peringkat YIK. Jabatan Pembangunan Kemahiran, duk kkeney ko sekoloh ni lah. Jadi In Shaa Allah 13hb ni saya panggil Jabatan Pembangunan Kemahiran Kuala Lumpur untuk sama-sama berbincang bagaimana kita nak menafaatkan anak-anak kita yang hebat dapat hafal Quran dan juga mahir dapat tauliah dengan TVET.
Namun pelaksanaan TVET di sekolah itu masih bersifat sampingan dan belum memenuhi keperluan pensijilan sepenuhnya kerana kekangan masa sebab pelajar ni kena hafal Quran setahun tujuh juzuk, lima tahun khatam. Kekangan masa pembelajaran serta tumpuan kepada tahfiz. Maahad Muhammadi Gua Musang pula baru sahaja memulakan langkah itu. Justeru kerajaan negeri melihat TVET bukan sekadar pilihan sampingan tetapi sebagai laluan yang perlu diperkukuh secara berperingkat melalui Majlis TVET Negeri Kelantan agar pada masa hadapan ia benar-benar menjadi intervensi yang berkesan kepada pelajar yang memerlukan laluan kemahiran. Terima kasih.
Silakan Gual Ipoh.
Terima kasih kepada Dato’ Speaker. Buleh sekali ni bangun…
Apa ni nak balas pantun Pasir Tumboh.
Pagi Ceria Mentari Berseri, Burung Berkicau Di Dahan Tinggi, Hari Terakhir Kita Berada Disini, Semoga Kenangan Terindah Terpahat Di Hati.
Soalannya, memandangkan Kelantan melaksanakan pemantauan kurikulum dua kali setahun. Jadi saya nak tanya sejauh manakah kerajaan negeri bersedia untuk membangunkan pengkalan data yang berpusat yang mampu memberi amaran awal ataupun early warning system bagi sekolah-sekolah yang menunjukkan trend menurun prestasi sebelum berakhirnya tahun berikut? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Gual Ipoh atas soalan yang cukup baik. Jadi sehingga kini Kerajaan telah melaksanakan Program Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) untuk semua sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan bagi memastikan data pengajian dan juga peperiksaan seperti berikut, kita mengadakan ujian pengesanan satu, ujian pengesanan dua, peperiksaan pertengahan tahun dan juga peperiksaan percubaan.
Walaubagaimanapun sistem ini boleh ditambah baik atau dipertingkatkan kemampuannya untuk menganalisis data pelajar yang lebih besar dan saya juga sedang membangunkan satu sistem digital, ke arah sekolah digital iaitu berpusat untuk kita memantau prestasi akademik para pelajar-pelajar Yayasan Islam Kelantan. In Shaa Allah kalau benda ini menjadi kenyataan, lebih mudah lagi untuk kita memantau prestasi anak-anak kita di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Jelawat.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Hari Lebaran makan ketupat, Mohon jawapan soalan empat. Terima kasih.
Soalan 4 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah usaha kerajaan bagi membantu anak-anak muda terutamanya dari segi kemahiran supaya mereka boleh berdikari untuk mencari rezeki dengan kemahiran yang dipelajari. ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Jelawat atas soalan. Kerajaan negeri menyedari bahawa cabaran utama anak-anak muda hari ini bukan sekadar mendapatkan pekerjaan tetapi memiliki kemahiran yang membolehkan mereka berdikari, menjana pendapatan sendiri dan juga menjadi penyumbang kepada ekonomi negeri. Atas asas ini pendekatan kerajaan negeri bukan bersifat one-off ataupun bermusim tetapi berasaskan pembangunan kemahiran yang berstruktur diiktiraf dan mempunyai laluan kerjaya yang jelas.
Pertama, kita mengadakan kursus dan latihan kemahiran berasaskan keperluan industri. Kerajaan negeri melalui urusetia belia dan sukan telah melaksanakan pelbagai kursus kemahiran yang termasuk adalah Kursus Teknologi Maklumat IT dan Digital Scale. Kursus Gunting Rambut dan Kemahiran Dandanan serta kursus-kursus lain. Kursus-kursus kemahiran teknikal dan keusahawanan mikro dimana kursus ini
memberi fokus kepada kemahiran yang boleh terus menjana pendapatan sama ada melalui pekerjaan ataupun perniagaan sendiri.
Yang kedua, Diploma Kemahiran yang diiktiraf ataupun dengan kerjasama strategik Program TVET. Lebih penting Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri tidak hanya menawarkan kursus asas tapi telah mengadakan kerjasama strategik dengan TVET-tech USIM dalam pelaksanaan Program Kejurulatihan Bina Insan Negara di mana program ini merupakan Diploma Kemahiran yang diiktriaf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran JPK di bawah keseliaan Kementerian Sumber Manusia dan juga menggunakan piawaian sistem pensijilan Kemahiran Malaysia SKM ataupun JKM. Ini bermakna anak-anak muda Kelantan bukan sahaja menerima sijil penyertaan tetapi memperoleh kelayakan yang sah di peringkat nasional meningkatkan kebolehpasaran dan juga mobiliti kerjaya mereka.
Yang ketiga, Kelantan Used Digital-Preneur. Ini adalah salah satu inisiatif untuk membangunkan usahawan digital dan In Shaa Allah pelancaran ataupun program sulung akan diadakan dalam bulan 6 atau bulan 7 ini yang masih dalam peringkat perancangan In Shaa Allah dan In Shaa Allah melalui program ini anak-anak muda kita, belia kita akan menjadi usahawan digital yang berjaya dan melalui proses networking, mentoring dan juga In Shaa Allah sedikit suntikan dana belia niaga. Jadi yang seterusnya adalah model latih, bimbing, sandar iaitu pendekatan kerajaan negeri merangkumi tiga fasa utama. Pertama, Latihan Kemahiran, memberikan kompetensi teknikal dan softskill.
Yang kedua, bimbingan serta mentoring. Peserta tidak dibiarkan selepas tamat kursus. Mereka dibimbing dari sudut pembangunan sahsiah, disiplin kerja dan pengurusan diri. Yang ketiga, laluan berdikari. Peserta digalakkan untuk bekerja dalam industri, menjadi jurulatih komuniti dan juga memulakan perniagaan mikro berasaskan kemahiran. Kita mahu melahirkan belia yang bukan sekadar job seeker tetapi job creator.
Makna selepas mereka berjaya dalam kursus mendapat kemahiran dan sebagainya, mereka berjaya dalam perniagaan mereka dan akhirnya
mereka memberi peluang kerjaya ataupun kerja kepada rakan-rakan sebaya di kampung dan juga di bandar. Selaras dengan agenda Pembangunan Belia Negeri, inisiatif ini juga adalah selaras dengan agenda Pembangunan Belia Negeri yang menekankan Pembangunan Kompetensi iaitu Al-Qawiy, Pembinaan Integriti dan Akhlak Al-Amin. Pengurangan kebergantungan kepada bantuan semata-mata dan juga mobiliti sosial melalui kemahiran. Kerajaan negeri percaya bahawa kemahiran adalah benteng sosial apabila anak-anak muda mempunyai kemahiran pendapatan, mereka lebih stabil dari sudut ekonomi, sosial dan juga emosi. Sekian terima kasih.
Silakan Jelawat.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Banyak program kemahiran telah dijalankan oleh pihak kerajaan dan saya ucap tahniah cuma soalan tambahan saya, apakah mekanisme ataupun indikator kejayaan yang digunakan oleh pihak kerajaan dalam mengukur ataupun menilai keberkesanan program kemahiran yang telah dilaksanakan? Terima kasih.
Terima kasih Jelawat atas soalan tambahan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi menilai keberkesanan program kemahiran kerajaan negeri menggunakan beberapa indikator utama yang bersifat output dan juga outcome. Antaranya kadar kebolehpasaran peserta sama ada mendapat pekerjaan atau memulakan perniagaan selepas tamat latihan. Maksudnya bila tamat latihan, untuk memastikan mereka mendapat pekerjaan di mana-mana institusi ataupun mereka memulakan perniagaan sendiri.
Yang kedua, peningkatan pendapatan peserta, manakala hok tadi baru nok start, hok ni hok start doh, sudah ada asas dia, kita tambah kemahiran
dia dan kita nak selepas mereka menjalani latihan bersama kita ni akhirnya mereka mendapat pendapatan tambahan daripada, berbanding sebelum ini. Tahap kesinambungan penglibatan iaitu sejauh manakah peserta terus aktif dalam bidang yang dilatih maknanya kalau dia gi latihan gunting rambut, maknanya kita mengharapkan selepas mereka mengikuti kursus tersebut mungkin mereka boleh buka kedai gunting ataupun mereka bekerja dengan mana-mana kedai gunting yang lain.
Bilangan besar yang berjaya menjadi usahawan kecil termasuk yang mampu berdikari tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan. Makna selepas mereka mengikuti kursus yang kita jalankan dan dengan sedikit suntikan dana akhirnya mereka boleh menjadi usahawan yang mikro, yang tidak bergantung lagi kepada bantuan kerajaan.
Selain daripada itu, melalui sistem ekosistem seperti Kelantan Future Leaders, kerajaan negeri juga sedang membangunkan pendekatan berasaskan data dan pemantauan berterusan bagi menilai perkembangan peserta secara sistematik. Terima kasih.
Silakan Chempaka.
Terima kasih pada Yang Berhormat Dato’ Speaker. Daripada jawapan tadi kita dapat dengar mengatakan bahawa di negeri kita ni pelbagai jenis latihan telah diberikan kepada belia-belia di peringkat negeri ada di JAHEAIK, di UKEKWA sendiri daripada segi jahitan, gunting rambut dan sebagainya. Jadi daripada latihan-latihan yang telah dibuat tersebut, saya nak tanya daripada pihak kerajaan sendirinya, bagaimanakah kita di peringkat kerajaan ni nak memastikan bahawa latihan kemahiran yang telah diberikan itu sebenarnya benar-benar membawa kepada peluang pekerjaan dan keusahawanan sebab bukan semata-mata tinggal latihan, sijil macam tu saja. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Chempaka. Secara umumnya apabila kita mengambil ataupun mengadakan memilih sebarang kursus ataupun pengendali kursus, kita memastikan pendekatan yang jelas iaitu setiap latihan dilaksanakan mempunyai linkage terus daripada industri dan peluang ekonomi sebenar. Itu lah kadang-kadang kita beri latihan kemahiran ataupun program penempatan pekerjaan sebagainya dan mereka mempunyai link ataupun selepas mereka menamatkan latihan, mereka akan terus dapat bekerja.
Antaranya adalah yang kita jalankan program penempatan pekerjaan industri yang mana memberi pengalaman kerja sebenar kepada peserta sebelum memasuki pasaran pekerjaan, hok ni kita mengadakan kerjasama dengan UTM dan bila peserta menjalani latihan, mereka mendapat sijil daripada UTM maknanya semasa kursus pun dia dah dapat elaun, bila tamat kursus mereka mendapat sijil dan akhirnya mendapat pekerjaan dalam industri dengan sijil yang mereka ada.
Reka bentuk kursus yang bersifat hands-on ataupun demand relevant selari dengan keperluan pasaran seperti bidang makanan dan perkhidmatan maknanya kursus-kursus yang kita pilih tu adalah yang ada permintaan supaya akhirnya bila mereka tamat kursus, mereka mempunyai peluang pekerjaan.
Yang ketiga penyediaan platform sokongan seperti townhall usahawan yang menghubungkan peserta dengan agensi-agensi pembiayaan dan peluang perniagaan maknanya bila kita buat kursus ataupun townhall tadi kita melibatkan juga agensi-agensi kewangan yang akhirnya peserta ni dapat networking dan juga dapat maklumat tentang peluang-peluang kewangan.
Dan yang keempat, penerapan elemen projek output sebenar di mana peserta bukan hanya belajar tetapi menghasilkan produk ataupun berkaitan yang boleh di komersial kan. Maknanya selepas mereka menjalani latihan, mereka mendapat ataupun menyediakan produk yang
vibal untuk dimasuk dalam pasaran so pendekatan ini memastikan latihan diberikan bukan sahaja teori tetapi terus membawa pada peluang pekerjaan dan juga keusahawanan yang realistik. Terima kasih.
Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Pulai Chondong.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Bonus diberi kepada semua, Mohon jawapan saya soalan nombor lima.
Soalan 5 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam memelihara dan memperkasa aktiviti sosio-budaya, institusi Agama serta peranan masjid dan surau sebagai pusat pembangunan komuniti di DUN Pulai Chondong. ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Pulai Chondong di atas persoalan yang berkaitan dengan inisiatif dan juga apa agenda yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri dalam memperkasakan aktiviti sosial budaya dan juga peranan institusi Agama dan khususnya di Pulai Chondong. Dan untuk maklumannya, Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi Pembangunan Islam, JAHEAIK, Jabatan Mufti, Pendakwaan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah dengan sokongan padu daripada Majlis Agama Islam dan Majlis Istiadat dan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Kelantan sentiasa mengadakan program-program untuk memperkasakan institusi-institusi agama dan masjid di Negeri Kelantan Darulnaim. Di semua lah. Di semua jajahan-jajahan yang ada di dalam Negeri Kelantan ini tidak ketinggalan.
Kalau di Pulai Chondong sendirinya umpamanya program penerangan undang-undang syariah supaya masyarakat jelas dan faham apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri di dalam pelaksanaan syariah telah dilaksanakan, boleh dikatakan semua masjid mukim di Pulai Chondong tidak terkecuali, satu masjid pun. YB Pulai Chondong boleh semak di mana umpamanya ini yang terkini antara tahun 2025 lah yang kita laksanakan di Masjid Mukim Tok Jelawat, Masjid Mukim Joh, Masjid Mukim Belukar, Masjid Mukim Galang, Madrasah Haji Jusoh Kampung Buntut Tok Mekteh Labok, Surau Annur PPR Bukit Belah, Masjid Keputeraan Maahad Tahfiz.
Semua ini telah diadakan penerangan Undang-Undang Islam dan Syariah Islam supaya masyarakat komuniti setempat yang ada itu boleh hadir untuk mendengar apakah yang telah dilaksanakan oleh peringkat kerajaan negeri dan selain daripada itu program-program untuk komuniti setempat dengan kerjasama pelbagai NGO termasuk lah sebelum ini program kerjasama dengan JAKIM, santapan rohani guru-guru KAFA di Masjid Mukim Pulai Chondong pada Mac 2024 dan juga forum-forum bicara Ad-Din dan forum-forum tentang hari-hari kebesaran Islam yang lebih mensasarkan kepada komuniti setempat termasuklah peringkat anak-anak muda dan program-program yang melibatkan pembasmian gejala sosial seumpama telah dilakukan di Masjid Maahad Syamsul Maarif Lelaki pada 25hb Oktober 2025 yang lalu supaya juga di komuniti pelajar-pelajar sekolah umpamanya mendapat taklimat yang jelas tentang bagaimana hal ehwal isu-isu yang terkini dari sudut yang perlu dikekang ataupun perlu dihindarkan masuk di dalam anak-anak muda ataupun di tempat-tempat institusi pendidikan dan juga institusi pengajian dan Bahagian Dakwah Halaqah di Negeri Kelantan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam juga mengadakan program-program untuk menghidupkan masjid ini dengan tadarus-tadarus dan untuk makluman sepanjang Ramadan yang lalu diadakan tadarus Al-
Quran di Pulai Chondong saja 13 masjid telah diadakan tadarus Al-Quran dan dengan tazkirah sebelum daripada berbuka puasa masjid di Pohon Jati JPM, Masjid Surau Lama, Kerawang, Masjid Laha, Masjid At-Taqwa, Masjid Batu Kedai, Madrasah Kenanga, Madrasah Taman Redha, Surau Hijau Kampung Belukar, Masjid Keputeraan, Masjid Takil dan ini antara yang disenaraikan dan ada madrasah-madrasah lain lagi di dalam DUN Pulai Chondong termasuklah diadakan peringkat Dhuha dan muslimat ini diadakan solat tasbih pada jam 9:30 pagi pada setiap Ramadan dan ada 9 tempat telah diadakan oleh peringkat muslimat di Bahagian Dakwah Halaqah termasuk Khatam Quran Perdana Muslimat pada Mac 2026 yang lalu.
Maknanya rancak program-program, aktiviti-aktiviti di jajahan masing-masing. Ini contoh di DUN Pulai Chondong dan di DUN-DUN yang lain pun sama lah institusi masjid dan juga institusi-institusi pendidikan tarbiyah yang ada di dalam jajahan masing-masing. Jadi kesempatan ini saya nak rakamkan ucapan terima kasih lah kepada agensi-agensi yang menggerakkan pembangunan Islam dan kita telah lancarkan shariah life ini untuk digerakkan ke lapangan dan institusi sudah tentu lah JAHEAIK, Jabatan Mufti dengan sokongan padu daripada MAIK dan semua agensi-agensi agama termasuklah Ketua-Ketua Jajahan yang merupakan pengerusi pembangunan Islam yang telah memberi sokongan yang penuh kepada usaha-usaha ni. Terima kasih.
Silakan Pulai Chondong.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat EXCO yang menjawab soalan yang telah saya ajukan. Cuma saya lihat, saya biasa sebut dalam kuliah saya, kita nampak di masjid ni golongan yang paling ramai menghadiri ataupun mengimarah masjid adalah orang-orang tua lah. Biasa saya sebut orang yang insurans tak terima dah. Anak-anak muda ni tidak begitu ramai kerana saya ada pengalaman bersama dengan
Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar ke Acheh. Saya lihat di Acheh, masjid-masjid dipenuhi oleh anak-anak muda. Jadi kena pikirkan usaha-usaha untuk mempastikan kebetulan ada rombongan daripada sekolah mana saya tak tahu lah pada pagi ni.
Soalan tambahan saya, apakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh masjid di Kelantan sebagai contoh dan boleh dijadikan panduan sebagai pusat pembangunan komuniti terutama kepada anak-anak muda? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Pulai Chondong di atas soalan tambahan tersebut. Data terkini menunjukkan bahawa anak-anak muda ini juga memenuhi di tempat-tempat ibadat di masjid, di surau kerana kita lihat sekarang ini Alhamdulillah imam-imam telah pun meng-upgrade program-program dan aktiviti dengan kreativiti yang tersendiri memang apa anak-anak muda mempunyai kesedaran yang tinggi di Negeri Kelantan Darulnaim.
Baru-baru ini Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan apabila mengumumkan statistik pembayar zakat, untuk makluman Ahli-Ahli Dewan, pembayar zakat baru 2025 dimana 2025 ini sejarah, zakat kita dapat RM354,000,000 yang tertinggi dalam sejarah Negeri Kelantan ini dimana pembayar baru nya ialah 63% terdiri daripada anak muda berusia 29 hingga 39 tahun, 20 hingga 39 tahun. [Kedengaran para YB menepuk meja]
Kesedaran yang tinggi di peringkat anak-anak muda. Ini satu data yang tinggi dan saya nak ucap terima kasih kepada imam-imam yang sekarang ini juga mereka mengikuti arus perdana dengan mereka juga mempromosikan anak-anak muda supaya mendekati institusi-institusi masjid ini. Saya buat contohkan Masjid Muhammadi lah, Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu rancak dengan program anak-anak muda di mana contohnya, telah diadakan himpunan anak muda bermotor, solat jemaah Maghrib, solat Isyak baca surah Al-Mulk kemudian anak-anak muda pemilik EX-5 berkumpul dan 2,000 lebih anak-anak muda pemilik
EX-5 ini boleh berkumpul di Masjid Muhammadi, selepas mereka solat, mereka berkumpul lah di dataran dan mereka disantuni disitu kerana aktiviti-aktiviti yang dicetuskan ini menarik dan memberi, menarik minat mereka untuk hadir ke masjid. Contohnya program yang dilakukan oleh Masjid Muhammadi, Masjid Jamek Muhammadi saya difahamkan, imam dia ada ke disini?
Ya tahniah antara program nya dilakukan Program Night Run maknanya ini juga peminat-peminat sukan running ni dia akan hadir sekiranya di masjid-masjid anjurkan Program Night Run, Subuh Run, Masjid Muhammadi dianjurkan ini. Antaranya Subuh Run ini bermula pada 4:30 pagi lagi, bermula dengan larian disudahi dengan Qiamullai solat Subuh jadi, dapat dikumpulkan 1,000 anak muda. Anak muda yang running ni dia tidak yang hok insurans dah ni. [YB ketawa kecil]
Hok ni ni yang insurans cover lagi 1,000 lebih hadir. Begitu juga dengan Night Run dan Kempen Solat Subuh Macam Solat Jumaat, kita tengok ini bukan saja semua masjid telah buat di Negeri Kelantan Darulnaim dan di Masjid Muhammadi pernah mengumpulkan 5,000 lebih orang jemaah dan 60%, 50% lebih, 60% nya adalah di kalangan anak-anak muda, anak-anak muda. Begitu lah juga dengan pertandingan e-sport yang dianjurkan mengumpulkan sehingga 500 peserta dan kebanyakannya adalah anak-anak muda termasuklah juga contohnya di masjid. Di Masjid Jamek Sultan Ismail Petra di Kubang Kerian contohnya, terdekat ini 2 Mei 2026, Masjid Jamek Sultan Ismail Petra Kubang Kerian akan menganjurkan Program Mega Pelikat Run 2026. Run pakai kain pelikat, lagumana? Haha Jubah Run ke apa. Jadi ini sekali dengan karnival lah.
Mereka akan adakan Program-Program Rakyat untuk menyantuni rakyat, ada check kesihatan percuma, auto-show vespa, pemilik-pemilik vespa boleh berkumpul di dataran, ada memanah dan dilibatkan juga influencer-influencer termasuklah akan dihadirkan Ex-Treble TRW Kapten Pia, Daud Su, Farhan Ben Ten dan lain-lain dan dijangkakan 3,000 akan hadir dan sudah tentu lah 50% lebih itu akan dihadiri oleh belia anak-anak muda. Ini dengan kerjasama NGO Sihate dan peringkat kerjasama masjid lah.
Termasuklah aktiviti-aktiviti yang diadakan, aktiviti memanah, aktiviti silat, macam di Masjid Ismail Petra ni dia ada kelas seni pertahan diri, silat gayung warisan setiap petang Khamis diadakan disamping program-program kuliah pengajian yang saya tak sebut. Yang tu memang sudah al-maklum Minaddin bin Darurah, Kelas Pengajian Tafsir, kelas yang ni memang wajib dah. Saya sebut ini program-program yang telah pun di upgrade oleh imam-imam untuk menarik golongan anak muda. Jadi golongan ini, anak muda hadir untuk mengikuti bersama program-program sebegitu dan bila cuti sekolah akan ada kem yang dianjurkan oleh masjid sebelum daripada ni cuti sekolah kita tengok NGO, program-program, institusi pengajian yang adakan.
Sekarang ni masjid bila cuti sekolah pun adakan kem juga. Dan lebih daripada biasanya 200 hingga 300 penyertaan di kalangan anak-anak muda. Sama ada di peringkat menengah ataupun di peringkat sekolah rendah. Jadi ini menarik kerana dalam pembentukan anak-anak muda ini mereka perlu digerakkan dengan tadi bagaimana syariah, itu mesti memasuki diri mereka live dihadirkan dengan elemen-elemen yang baik.
Untuk makluman juga, dalam beberapa hari yang lepas, 3 hari yang lepas di jeriji besi di dalam penjara di Pusat Pemulihan Akhlak Machang di bawah dalam Temangan ya, di Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah keluar dua orang hafiz Al-Quran 30 Juzuk. Bayangkan. [Kedengaran tepukan meja para YB].
Ini inisiatif daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang telah pun menubuhkan Maahad Tahfiz Al-Furqan seramai 28 orang yang ada ni dua orang telah berjaya. Satu orang tu dia hafal dalam tempoh 1 tahun 8 bulan 14 hari saja. Dan baruni telah diberi penghargaan, Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan sebagai YDP MAIK hadir memberikan penghargaan yang besar ini dan salah seorang nya mendapat insentif huffaz daripada MAIK.
Orang muda walaupun mereka, ya lah ada tersalah melakukan kesilapan-kesilapan tetapi walaupun duk di dalam penjara, boleh jadi baik.
ِ ﺎ ﻬ ﺤ َْ ﲤ ﺔ ﻨ ﺴ ﳊ ا ﺔ ﺌ ا ﻊ ِ ﺒ ﺗ َ َ ﻟﺴﱠﻴ ْ َ ُ َ َ َْ َ ِّ وَأَ Nabi kata, “Dan iringi lah yang jahat itu dengan kebaikan, nescaya akan hilang yang jahat itu.”
Walaupun dia pernah melakukan kesalahan-kesalahan tetapi kebaikan itu dibuat di Negeri Kelantan ini. Alhamdulillah dapat lahir hafiz 30 Juzuk dalam penjara, siapa sangka? Ya, ini ada berlaku di dalam negara kita dan Negeri Kelantan kita dan 2,3 hari lepas saja majlis ini diadakan dan ini mencetuskan satu fenomena bahawa memang kita kena bentuk rakyat kita ini dengan suasana-suasana keislaman, didikan-didikan syariat islam ini supaya melebar luas termasuk apatah lagi di institusi-institusi masjid yang kita adakan termasuk lah di masjid-masjid yang lain saya buat contoh dua tadi dan boleh dikatakan anak-anak muda sekarang ini, kalau buat kelas Al-Quran, Tafsir Al-Quran memang anak-anak muda yang hadir, anak-anak tua tu ada juga, tapi anak-anak muda ramai. Pusat Tarannum Al-Quran JAHEAIK anak-anak muda di Pusat Tarannum apa, masjid-masjid yang buka, anak-anak muda.
Dan saya ambil kesempatan ini juga untuk ucap tahniah pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 1447/2026 yang diadakan di Negeri Terengganu pada tahun ini di mana Hafazan Kategori Juzuk 1-10 Negeri Kelantan Darulnaim mendapat Johan iaitulah Siti Sofiyyah Binti Mohd Zainuri dengan 94.65%. Tahniah dia dapat Johan dan yang lelakinya dapat Naib Johan Abdul Karim Mohamad Azrae 98.08%. Tinggi peratusnya tapi yang Johan tu tinggi lagi.
Jadi maksudnya ada wakil daripada Kelantan, ini semua anak muda yang telah mewakili Negeri Kelantan dan memberi imej yang baik kepada kerajaan negeri. Jadi dengan ini dinyatakan bahawa statistik dan data-data terkini memang anak-anak muda mula mendekati dan mencari satu jalan untuk, bagaimana mengubati keadaan diri masing-masing dan mereka juga menjumpai bahawa itu adalah tempat institusi ibadat. Jadi, anak-anak, pakat-pakat puak-puak kita Ahli-Ahli Yang Berhormat, semua-semua sekali yang berada dalam Dewan yang mulia ini, kita pakat memperamaikan khususnya tarik anak-anak muda supaya mereka
terlibat dengan institusi-institusi, rapat dengan institusi-institusi ibadat khususnya masjid dan surau.
ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ا ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ﻴ ﻠ ﻋ ُ َ ﻪﻠﻟﱠ ُ ُ َ ﻟﺴﱠﻼ َ ُوَا َ ـَ وَ َْ وَرَ ْ ْ َ مُ
Dipersilakan Wakaf Bharu.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sebelum soalan tambahan, dalam kesempatan ini saya ucap tahniah kepada EXCO Agama yang telah memainkan peranan untuk mendidik terutamanya di kalangan anak-anak muda hal solat dan sebagainya. Dan berbagai-bagai aktiviti anak muda, masjid mesra anak muda. Jadi, anak muda ni kita perlu santuni termasuk apa yang berlaku di airport. Jadi anak muda kadang-kadang teruja. Jadi bila teruja, dia cuba nak merasai tapi bila dilarang terus dia tak buat. Jadi kita cuba jangan perbesar-besarkan sebab kita kena santuni anak-anak muda. Anak-anak muda ni, anak muda Kelantan, anak muda yang bermaruah. [Kedengaran para YB menepuk meja]
Soalan tambahan saya, apakah perkembangan terkini berkait kajian solat Negeri Kelantan yang telah dibuat di peringkat negeri? Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Wakaf Bharu di atas soalan tambahan itu. Itu berkait dengan kajian solat ya. Ya, memang Kerajaan Negeri Kelantan telah melihat bahawa perkara utama antara yang perlu difikirkan dan diberi perhatiannya ialah isu solat lima waktu di dalam negeri ini. Kita meyakini bahawa sekiranya solat lima waktu ini apabila dipenuhi, takdak yang tuang solat, maka In Shaa Allah gejala-gejala tidak baik ini dia dapat
dikurangkan dan dapat disifarkan sekiranya berjaya betul-betul. Jadi sebab itu, kita minta supaya pihak-pihak yang berautoriti untuk membuat kajian khas tentang solat lima waktu di Negeri Kelantan Darulnaim ini. Ada ke tak yang tak tunai solat lima waktu? Kita nak tahu.
Kajian ini dilaksanakan di 45 DUN di 14 kawasan ya dan telah pun bermula pada bulan September, bulan Oktober khususnya pada 2025 yang lalu dan In Shaa Allah, Jun 2026 ini siap. Jun 2026 ni kita dapat tahu sekiranya ada yang tidak solat lima waktu. Jadi In Shaa Allah kita doakan supaya ada lah dan ada lima tahap kajian yang telah dibuat. Iaitu lah kajian rintis yang mana ada 121 responden jumlah sample yang kita telah keluarkan. Dan kajian ini sebenarnya untuk nilai kesesuaian instrument yang apa sebelum daripada kajian sebenar. Yang ni sudah lepas. Dan sekarang ini tahap peninjauan. Tahap yang keduanya ialah tahap peninjauan di mana tahap ini melibatkan 1,500 borang soal selidik. Ini bermula daripada bulan Februari yang lalu dan In Shaa Allah bulan Mac selesai. Jadi ini sudah selesai dan masuk sekarang ni April ialah tahap penambahbaikan.
Tahap penambahbaikan ini dia melibatkan 3,000 borang kaji selidik. Ini berdasarkan penambahbaikan taburan penduduk dan juga kita akan kenalpasti kelemahan-kelemahan di dalam tahap yang kedua untuk kita pastikan kaji selidik itu betul-betul berlaku dengan baik. Jadi ini In Shaa Allah pada April ini dapat diselesaikan dan tahap penyempurnaan ini tahap yang keempat ini akan diedar 1,800 borang soal selidik yang akan menyempurnakan keseimbangan tahap semua sekali lah. Jadi ini dijangka Mei akan selesai dan tahap lima penyediaan laporan.
Yang ni In Shaa Allah penyediaan laporan akhir ini dia akan melibatkan semakan oleh ahli-ahli penyelidik serta pengesahan oleh penilai luar yang apa, yang berautoriti sebelum dimuktamadkan jadi In Shaa Allah yang ini akan selesai pada Jun nanti. Bila selesai nanti In Shaa Allah akan kita kemukakan secara rasmi bagaimana untuk menyelesaikan isu solat lah. Jadi ini kajian pertama yang ada di peringkat kerajaan negeri yang kita lakukan untuk pastikan dalam sebuah negeri tu ada ke tidak rakyat yang tidak solat lima waktu. Minta-minta takdok dah. Dok tapi kajian ini kita
buat adalah semata-mata menjadi kayu ukur kepada apa-apa kes yang berlaku dalam negeri.
Kes apa-apa yang tidak baik dia sebenarnya berpunca daripada sini, daripada solat ini. Jadi sebab itu lah kajian ini dibuat dan In Shaa Allah bila siap Jun nanti kita doakan sama-sama supaya dapat keputusan yang terbaik. Tak baik pun kita kena selesaikan secara bersama. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua Jajahan semuanya akan dipanggil untuk diberi taklimat bagaimana untuk selesaikan kelapangan dalam shariah life nanti untuk membasmi perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam negeri, negara kita. Terima kasih.
ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ا ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ﻴ ﻠ ﻋ ُ َ ﻪﻠﻟﱠ ُ ُ َ ﻟﺴﱠﻼ َ ُوَا َ ـَ وَ َْ وَرَ ْ ْ َ مُ
Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Kota Lama.
Terima kasih Dato’ Speaker. Pohon jawapan saya soalan nombor enam.
Soalan 6 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, tahap kejayaan pelaksanaan dan penguatkuasaan hukuman denda terhadap perbuatan membuang sampah secara tidak bertanggungjawab di seluruh Kelantan selaras dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) serta inisiatif kebersihan KPKT termasuk jumlah individu yang telah dikenakan denda. ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih pada Yang Berhormat Kota Lama atas soalan berkaitan dengan penguatkuasaan kebersihan di Negeri Kelantan inisiatif juga dan juga 12 kompaun telah dikeluarkan. Penguatkuasaan merupakan salah satu objektif utama di bawah Dasar Kelantanku Bersih yang telah berakhir pada tahun, penghujung tahun lepas lah.
Bagaimana telah disebutkan di dalam perbahasan semalam oleh Yang Berhormat ADUN Bunut Payong tapi ambo tak sempat nak buat penggulungan dan In Shaa Allah ambo akan masukkan penggulungan di dalam jawapan untuk soalan nombor lapan, Kota Lama. Penguatkuasaan adalah salah satu objektif berdasarkan Kelantanku Bersih dan ambo mohon izin daripada Dato’ Speaker untuk membacakan sepintas lalu mengenai Dasar Kelantanku Bersih.
Lima objektif yang utama. Yang pertama, kesedaran. Sikap masyarakat kita telah capai objektif ini kita telah mengadakan pelbagai gotong-royong perdana di Peringkat DUN, Peringkat Parlimen, Peringkat Komuniti, RKT, Persatuan Surau dan semua sekali lah. Antara jenama-jenama gotong-royong kita iaitu RIAS riadah sambil kutip sampah, air suki aiskrim untuk kanak-kanak, PLOGGING plug-in-jogging, GORO gotong-royong sebagainya. Itu untuk meningkatkan kesedaran pengetahuan, amalan kebersihan dalam masyarakat dan ke arah budaya bersih sihat selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam.
Objektif yang kedua dasar ialah amalan kitar semula. Meningkatkan amalan kitar semula di kalangan komuniti dan masyarakat untuk kelestarian alam sekitar kita telah adakan pelbagai Program 3R. Kita telah adakan Program Used Cooking Oil kita adakan program di setiap drive-thru di lokasi centre dan juga program-program bengkel untuk muslimat iaitu menukarkan sabun apa ni, minyak terpakai kepada sabun.
Dasar objektif ketiga kitaran ekonomi. Menggalakkan inisiatif kitaran ekonomi, sekular ekonomi dan konsep sisa sebagai sumber. Kita di tapak pusat telah berjaya menukarkan sampah kepada pendapatan, waste-to-wise. Antaranya kita telah adakan ayat MRF Material Recovery Facility kita telah asingkan sampah-sampah sehingga menjadi compose dan
menghasilkan plastik, bahan-bahan metal dan juga bahan-bahan plastik dan kita juga adakan love remind di tapak Beris Lalang dan juga BSF Black Solder Fly.
Dan juga objektif keempat aktiviti kebersihan. Memantapkan kerjasama dan pelaksanaan aktiviti kebersihan bersama agensi masyarakat penduduk NGO. Antara program besar kita adakan PKAH. Program Komuniti Alam Hijau telah mendapat penyertaan daripada hampir 50 buah sekolah daripada Jabatan Pendidikan Negeri dengan penyertaan hampir 80,000 pelajar seluruh Kelantan kita adakan Anugerah Kelantanku Bersih pada semua yang terlibat PBT, sekolah-sekolah NGO, komuniti dan akhir sekali iaitu tajuk kita penguatkuasaan dan kita adakan pemasangan CCTV secara berperingkat di semua PBT. Dasar ini, objektif ini untuk memperkasakan tadbir urus pengurusan sisa pepejal, polisi, pengawasan dan penguatkuasaan secara bersepadu supaya lebih cekap dan berkesan.
Dan penguatkuasaan kita telah berjaya mengubah naratif rakyat Kelantan yang mana kalau kita saman pemungut sampah 100% menyokong tindakan penguatkuasa berbanding kita kompaun mereka yang melanggar syarat, membina bangunan, mereka yang menjaja tepi jalan kita kompaun akan di kondem oleh rakyat. Jadi kalau sampah ni, kita saman kompaun dok, 100% komen netizen tu walaupun cyber trooper dia menyokong, makna tiada alasan di kalangan rakyat kita untuk menafikan usaha-usaha PBT untuk menjadikan Kelantan sebagai sebuah negeri yang bersih, indah dan ceria.
Dan berbalik kepada penguatkuasaan, ada dua akta utama lah di Malaysia yang diberi punca kuasa untuk memastikan Negara Malaysia dan semua negeri-negeri menjadi negeri yang bersih itu Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan. Yang kedua, Akta 672, Akta Pengurusan Sisa Pepejal Pembersihan Awam, ada beza yang ketara antara dua akta ni. Yang kita pakai sekarang ni 171 bagi negeri akta gunapakai 672 telah dihuraikan semalam. Bezanya ketara iaitu Akta 171, satu Akta Tradisional. Maknanya dah lama tidak dipinda.
Yang pertama, dari segi hukuman. Hukuman maksimum Akta RM2,000 berbanding 672 RM100,000. Penjara daripada 5 tahun 171, 672 5 tahun dan Akta 171 lebih kepada pengurusan domestik di kalangan komuniti berbanding dengan 672 dia lebih kepada pengurusan-pengurusan melibatkan industri perumahan-perumahan dan juga bandar-bandar yang terancang. Itu beza utama antara dua akta ni lah.
Dan untuk inisiatif-inisiatif dan mekanisma penguatkuasaan sebagaimana soalan, pihak berkuasa menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan kebersihan terjaga. Antaranya pasukan khas dan juga operasi berjadual kita ada taskforce untuk menjaga kebersihan di tempat-tempat yang terpilih dan juga operasi berjadual oleh penguatkuasa. Operasi ini dia banyak lah operasi ni bukan hanya kebersihan tapi kita ada operasi apa ni, Operasi Lesen, Operasi Isyarat Lesen, kita ada Operasi Bangunan Haram, kita ada Operasi Penjaja Kecil, kita ada Operasi Tutup Aurat, kita ada Operasi Hiburan dan pelbagai operasi lagi antaranya operasi untuk kebersihan. Saya ambik satu begitu saja lah.
MPKB-BRI contohnya mengadakan operasi tiga kali seminggu khas untuk kebersihan dengan fokus kepada premis perniagaan bagi memastikan antaranya menyediakan tong sampah yang mencukupi, kedai ni dia keno sedia sendiri tong.
Yang kedua, penggunaan teknologi CCTV mekanisma nya MPKB-BRI memasang 18 unit CCTV berhampiran tong-tong sampah yang terpilih lah atau di kawasan-kawasan tertentu lah untuk mengesan pembuangan sampah haram terutama sekali sampah-sampah yang di buang secara pukal dok, dio bubuh peti sejuk dalam tong sapoh kecik, dio keto buruk dio bubuh jugok. Ni antara sampah pukal dan juga illegal dumping, sampah-sampah haram. Ya. Dio duduk di Ketereh, dio buang depe MPKB sapoh tu, tok buang di Ketereh, tong ada. Tu antara sampah-sampah haram lah. Dan PBT lain juga mengadakan operasi masing-masing dan juga memasang CCTV di kawasan-kawasan hotspot masing-masing, cuba kita tengok dalam facebook, ada PBT yang upload kesalahan-kesalahan untuk diberikan kesedaran kepada semua rakyat supaya jangan membuang sampah, kita ada rakaman dan tahap kejayaan pelaksanaan.
Tahap kejayaan berbeza mengikut PBT. Saya ambil sub saja yang cemerlang iaitu Majlis Daerah Machang. Machang telah mendapat anugerah lah tahun lepas melaporkan tahap kejayaan yang tinggi iaitu sebanyak 80% dan saya percaya Machang telah banyak berlaku perubahan, nok cari sapoh pun takdok doh Mache loni. In Shaa Allah. Dan kalau pagi-pagi tu dia ada choley duk round dale bandar tepi-tepi jalan utama, geng choley ni bukan OKU, dio kutip sapoh. Sapoh-sapoh yang terjatuh ataupun ditinggalkan oleh RORO dan sebagainya. Antara masalahnya kekangan utama, kesukaran mendapatkan bukti yang kukuh untuk mengeluarkan kompaun terhadap pelaku. Ni antara kekangan kita walaupun kita ada CCTV, CCTV kita ni tidok napok jelas. Dok, tok napok jelas nombor plate, contohnya dok. Nombor plate pun kade-kade dio guno keto oghe lain. Dio guno keto jiran dio. Jadi, kita nok buat kompaun tu susah lah.
Secara keseluruhannya, penguatkuasaan dijalankan secara berkala untuk memastikan masyarakat mematuhi peraturan ditetapkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 171 dan undang-undang kecil berkaitan kita. 171 walaupun dia ada klausa PBT untuk menjaga kebersihan tetapi pelaksanaan ni lebih kepada UUK, undang undang kecil kebersihan dan juga undang-undang kecil kebersihan di komuniti masing-masing lah. Kalau UUK ni dia punya kompaun antara RM50 ke RM500 lah biasa. Walaupun peruntukan membenarkan sehingga RM2,000 tapi biasa PBT hanya menekankan RM50 kepada RM500 sebagai apa ni, sebagai punitif lebih kepada kita bagi pengajaran kepada mereka yang membuang sampah dan statistik, statistik kompaun dan individu yang dikenakan kompaun berbeza antara PBT dan ambo ambil beberapa PBT sebagai rekod kompuan dikenakan atas kesalahan sampah dan dari CCTV saya ambil data tahun 2025. 2026 ni kita dapat data yang lengkap. Antaranya MPKB-BRI mengeluarkan kompaun sebanyak 177 kompaun dan bilangannya berjumlah 85,518 CCTV. Seterusnya Ketereh MBKP 10 kompaun, jumlah kompaun RM5,000 dan Gua Musang 16 kompaun berjumlah RM8,000 dan ada antara PBT yang kurang berkompaun tetapi lebih banyak memberikan notis amaran antaranya Pasir Mas. Notis sebanyak 33 notis Kuala Krai 16 notis dikeluarkan.
Itu antara apa ni, statistik kompaun notis dikeluarkan bagi memastikan rakyat kita patuh kepada untuk menjaga kebersihan dan akhirnya saya ingin menyimpulkan bahawasanya sekiranya kita ingin menjadikan Kelantan sebagai sebuah negeri yang betul-betul bersih, betul-betul indah dan betul-betul ceria, kita terpaksa membuka ruang rundingan untuk menggunapakai Akta 672 kerana objektif akhir kita iaitu penguatkuasaan dengan kita kekal status-quo 171 kawalan negeri kekal sampah bawah kita tetapi penguatkuasaan akan sentiasa lemah kerana kadar kompaun yang amat rendah berbanding 672 sampai RM100,000. Satu-satu tidak dapat mengendali kes-kes sampah-sampah industri di keluar tadi lah, kilang-kilang, kedai-kedai komersial kita hanya ada peruntukan sehingga RM2,000 sahaja.
Dan juga option kedua kita terima pakai 672, kita terima je atas pusat, takdok hal kei, dok sebab penguatkuasaan kuat. Buleh penjara lima tahun denda sampai RM100,000 tapi akan hilang sebahagian kuasa negeri. Pengompaun tu oghe daripada pusat lah mari, buke penguatkuasa kita. Tokleh kecek kkiro. Dan juga option ketiga kita naik taraf Akta 171 meminta Kerajaan Pusat supaya menaikkan kadar kompaun sehingga RM500,000 untuk digunapakai di negeri-negeri yang tak terima Akta 672 supaya hukuman dia setara untuk kita naikkan kadar denda UUK kita sehingga RM10,000 ataupun RM20,000. Kita naik taraf 171, kita boleh kekalkan kuasa autonomi negeri. Dan dalam masa sama kita kena tingkatkan peruntukan kepada PBT untuk mengambil lebih ramai petugas kebersihan membuat perolehan jentera-jentera baru dan terkini dan juga untuk kita menjalankan kempen-kempen dalaman supaya layak dapat meningkatkan apa ni, tahap kebersihan di kawasan masing-masing.
Akhirnya isu kebersihan bukan lagi isu kesedaran semata-mata, kita kempen habis reng doh. Dan tahun ni pun dengan tahun lepas untuk tempoh penguatkuasaan enforcement tetapi isu penguatkuasaan yang tegas tanpa penalti yang setimpal kita hanya mengurus sampah sampai bila-bila. Bukan menyelesaikan masalah. Sekian saja.
Silakan Kota Lama.
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan. Mulai 1 Januari 2026, KPKT melaksanakan perintah khidmat masyarakat bagi kesalahan membuang sampah kecil dan garis panduan ini bertarikh 31 Mac menunjukkan bahawa PBT dan negeri boleh melaksanakan khidmat masyarakat ini melalui Akta A1773 denda dia sampai RM2,000 hingga RM10,000.
Jadi soalan saya adalah, apakah kekangan kita untuk melaksanakan kesemua yang kita nak lakukan tu terutama tadi yang sebut tadi CCTV tu, adakah rancangan kita untuk upgrade CCTV kita ataupun menambah lagi penguatkuasaan untuk kita turun ke bawah?
Dan soalan saya yang kedua adalah, berhubung dengan hasrat negeri menimbangkan penerimaan Akta 672 ni disebut EXCO, bilakah unjuran keputusannya dan pelaksanaannya kerana bagi saya dia membantu pengurusan kebersihan di tempat kita selain daripada sampah industri tadi dia juga membantu kita mengurus sampah di hari biasa dan terutama di musim perayaan yang menjadi sungutan rakyat kita. Terima kasih.
Terima kasih pada Kota Lama atas dua soalan tambahan. Yang pertama, mengenai pemakaian pindaan Akta 171 iaitu Seksyen 124 untuk pelaksanaan hukuman, dia panggil khidmat masyarakat. Negara maju telah mengambil inisiatif awal, dia buat awal lagi, jadi istilah dia panggil, istilah dia name and shame, kita name and shame kepada dengan izin pesalah, kita namakan dan kita malukan dan ini adalah satu inisiatif yang dicadangkan di peringkat parlimen telah diluluskan iaitu kita jatuhkan hukuman, majistret akan jatuhkan hukuman kepada pesalah yang dibuktikan bersalah perlu menjalani khidmat masyarakat selama 12 jam
dalam tempoh 6 bulan dengan pengawasan pegawai dilantik oleh mahkamah setelah dipastikan pesalah, sempurna mental dan fizikal, tidak OKU dan kanak-akan akan dikawal bawah Akta Kanak-Kanak lah.
Kita MMK telah meluluskan secara dasar untuk menggunapakai akta tersebut untuk bawa ke dalam dewan untuk meminda kesalahan ini kerana ia melibatkan tiga akta utama. Akta 171, Akta 131 Parit, Jalan dan Bangunan, Akta 133 Perancangan Bandar dan Desa. In Shaa Allah pah kita bawa ke dewan, kita terima cuma untuk kenakan akta untuk kenakan hukuman ke masyarakat, perlu buat pendakwaan, perlu dibuka IP, kertas siasatan ada siasatan pendakwaan dibuktikan bersalah baru lah dijatuhkan hukuman khidmat masyarakat selama 12 jam. Itu jalan terakhir. Kita pun telah masuk ke fasa terakhir penguatkuasaan. In Shaa Allah kita sama-sama menyokong dasar kerajaan pusat untuk jadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih dan kita negeri, negeri yang bersih. Itu respon daripada akta lah.
Yang kedua, mengenai 672 semalam saya dah sentuh sedikit sebanyak 672, kita pun dah beberapa kali buat perbahasan Akta 672, akta yang mana sepatutnya diwajibkan pada semua negeri untuk laksanakan dasar keberkesanan negara 2019 saya sebut semalam. Walaubagaimana kita ada kekangan tadi lah, kita akan terima tapi kuasa kita akan kurang. Kalau kata syarikat S buka, penguatkuasa dia kenakan denda kepada rakyat RM50,000. Rakyat akan marah pada YB, dia akan marah pada PBT, dia marah pada negeri sedangkan yang mendenda tu bukan kita. Yang pertama lah.
Aduan dibuat kepada syarikat swasta. Kalau kita terima 672, syarikat yang akan masuk Alam Flora Sdn. Bhd. Alam Flora ni satu syarikat yang berpengalaman dalam pengurusan sisa pepejal tetapi suasana di kampung-kampung, desa-desa bukan menjadi keutamaan. Dia hanya laksana KPI dia, SOP dia untuk dapatkan tuntutan. Kerja-kerja pembersihan setakat ni kita telah hantar surat, minat kita untuk bersama-sama dengan semua negeri-negeri lain pasal 672 tinggal lagi keputusan di peringkat kabinet. Kabinet akan buat kertas kabinet untuk dibentangkan cuma sehari dua ni ambo rasa payah sebab kerajaan pusat
takdok pitih. Kalau terima 672, Pusat akan subsidise kita punya kerja-kerja dan nilai tahunan.
Kalau di Kedah 247 Juta, 243 Juta tahun lepas. Di Kelantan ni tak rasminya 200 Juta maka pusat terpaksa keluarkan 150 Juta setahun kepada Kelantan untuk sempurnakan kerja-kerja dan kita tak free. PBT kena mencarum kadar semasa kos pembersihan kepada satu akaun, akaun amanah kebersihan dalam kajian kita setiap tahun semua PBT kita kumpul kos pembersihan iaitu 50 Juta lebih kurang. Jadi 50 Juta setahun kita bagi pada akaun pengurusan amanah kebersihan, pusat akan inject kepada syarikat, 150 Juta haa tuh. Setakat ni kita tunggu keputusan daripada pusat dan kita sama-sama doa supaya diluluskan lah dok. Kita nok loni jange duk heret-heret tali lah. Kalu kito nok demo duk tarik tali pulok. Jadi lamo pulok. In Shaa Allah.
Gaal.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sampah ni satu benda yang isu global lah, dia tidak beranak sampah ni. Isu kebersihan bukan saja dibuat oleh orang awam tapi sampah ni juga banyak berlaku di pasar-pasar malam, pasar-pasar tani yang disumbangkan oleh pengunjung. Tapi bukan saja pengunjung tapi kadang-kadang sampah ni disumbang oleh peniaga tu sendiri. Jadi apakah langkah proaktif yang diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani isu ini? Terima kasih.
Terima kasih Gaal atas soalan tambahan mengenai pengurusan sampah di pasar-pasar lah. Pasar-pasar antaranya pasar malam dan juga pasar pagi. Ambo ada beberapa contoh inisiatif telah diambil oleh PBT dan ambo nak ambil PBT yang terbaik tahun lepas lah, Machang lah. Untuk makluman dan juga garis panduan kepada semua PBT-PBT supaya dapat
mengambil contoh Machang lah. Ambo ambil kaedah Machang mengendalikan sampah tapak pasar tani, pasar pagi atau pasar malam di Machang lah. Yang pertama, pelaksanaan program pembahagian plastik sampah selama dua bulan untuk mendisiplinkan peniaga-peniaga. Selepas dua bulan tiada lagi plastik sampah disediakan dan peniaga sedia sendiri jadi dia ubah tradisi pasar pagi, pasar malam selama 2 bulan YDP dia wajibkan pembahagian plastik kepada semua peniaga.
Yang kedua, menyediakan tong roundbin hok kecik tu di setiap empat gerai untuk kemudahan pengunjung membuang sisa plastik, biar ada roundbin dulu.
Yang ketiga, hebahan kepada peniaga untuk memasukkan sampah ke dalam plastik masing-masing oleh anggota penguatkuasa 15 minit sebelum tamat perniagaan, dia guna speaker dok haa nok tutup doh ni dok. Jadi pakat-pakat kutip sampah masing-masing.
Empat, setiap pelesen diwajibkan membawa penyapu masing-masing haa bawak nyapuh. Untuk membersihkan lot niaga selepas aktiviti jualan dan wajib urus sampah masing-masing sebelum pulang sehingga bersih.
Yang kelima, mesyuarat berkala dan taklimat bersama persatuan peniaga, jjupo sokmo. Haa dok? Jjupo sokmo. Sebulan sekali ko, wak make, wak minum dengan peniaga. Suko lah peniaga nya.
Yang keenam, pemantauan awal pagi, sebelum start pasar pagi dia dan selepas nak habis tamat operasi perniagaan oleh dua anggota penguatkuasa. Dikeliling. Dua oghe keliling. Makna penguatkuasa tok tinggal, ada sokmo.
Yang ketujuh, membuat edaran memo peringatan, speaker guno pantau dok, ada memo peringatan setiap bulan ni untuk ajar supaya ubah tabiat. Yang kelapan, pegawai atasan membuat rondaan spotcheck, haa DO sediri turun. Dok? Kaba-kaba ada DO. Gelepar la penguatkuasa ni lah.
Yang kesembilan, penguatkuasaan kepada peniaga yang ingkar. Aaa ni enforcement di mana peniaga meninggalkan sampah di tapak niaga, notis amaran dan kompaun. Kesalahan pertama, notis amaran. Kesalahan kedua, kompaun. Kesalahan kali ketiga dan berulang, batal, tarik lesen perniagaan.
Kesepuluh, jika semua peniaga ingkar arahan Majlis Daerah Machang penutupan keseluruhan. Tutup selalu ataupun gantung operasi selama tiga bulan, tutup terus dok?
Yang terakhir, petugas kebersihan masuk mengikut waktu yang ditetapkan selepas operasi tamat perniagaan untuk mengutip sampah yang siap dikumpulkan dalam plastik sampah sebagaimana arahan MDM. Jadi petugas ni ambil plastik yang telah berbungkus sampah, bukan yang berterabur gitu dok.
Jadi untuk laksana ni kita kena buat engagement dengan para peniaga kena kecek kiro, keno wak minum teh nah. Bagi taklimat, bagi dulu keperluan, didik dia dok, dia ada tabiat kutip sampah setiap habis waktu perniagaan baru lah kita kenakan penguatkuasaan. Kalu degil jugok, kita buleh tutup tiga bulan, dua bulan atau berapa waktu tertentu sebagai menyatakan ketegasan kita supaya semua peniaga bersih, pengunjung pun suko mari, comey dan In Shaa Allah kita dapat menjadikan pasar kita pagi, pasar malam sebagai pasar yang digemari, dikunjungi oleh para pembeli dan tidak mati pasar kita. Wallahua’lam. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Kelaboran.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan bagi soalan saya nombor 7.
Soalan 7 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah pendekatan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dalam pendigitalan sektor pertanian? ]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan daripada Kelaboran. Kerajaan Negeri Kelantan komited memperkukuh pendigitalan sektor pertanian melalui pendekatan menyeluruh yang melibatkan penggunaan sistem digital, teknologi pintar serta pembangunan kapasiti pengusaha. Inisiatif ini dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan sektor pertanian.
Pertama, penggunaan sistem geotanaman, institusi pemetaan digital yang merekodkan maklumat ladang secara bersepadu termasuk lokasi GPS, jenis tanaman, keluasan serta profil pengusaha. Sistem ini membolehkan perancangan pengeluaran makanan dilakukan secara lebih tepat dan berasaskan data.
Yang kedua, pendigitalan perkhidmatan pertanian. Kerajaan negeri turut melaksanakan pendigitalan perkhidmatan melalui modul e-Pengembangan. Pensijilan MyGap, MyOrganik secara dalam talian serta sistem e-GAM Geran Agropreneur Muda. Langkah ini memudahkan urusan petani serta mempercepatkan penyampaian perkhidmatan.
Yang ketiga, penggunaan teknologi pertanian pintar smart farming. Di mana pengusaha digalakkan mengaplikasikan Internet Of Things (IOT). Kecerdasan buatan AI dan sistem fetergasi pintar melalui insentif serta geran padanan seperti Program Geran Agropreneur Muda Upskill. Ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti serta kecekapan penggunaan input pertanian.
Yang keempat, pembangunan kapasiti pengusaha. Kerajaan negeri juga memberi penekanan kepada pembangunan kapasiti pengusaha ini melalui latihan dan kursus yang berkaitan teknologi digital. Pendekatan ini penting bagi memastikan petani bukan sahaja menerima teknologi tapi mampu menggunakannya secara efektif dalam operasi harian mereka.
Yang kelima, pembangunan drone pertanian. Melalui Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad, program seperti Al-Falah, drone Darulnaim Afdhal telah diperkenalkan bagi melatih juruterbang, pilot drone pertanian. Inisiatif ini membuka ruang kepada penggunaan drone dalam pemetaan, pemantauan dan semburan tanaman secara lebih efisien.
Yang keenam, kita juga menggunakan rumah cendawan pintar yang diperkenalkan melalui anak syarikat kita KPKB di mana dengan penggunaan IOT, rumah cendawan pintar ini, pengusaha mampu mengawal operasi secara automatik. Ini membuktikan bahawa teknologi digital mampu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja serta meningkatkan hasil pengeluaran.
Yang ketujuh, kita ada model ladang pintar Rong Chenok Agro Valley, Pasir Mas. Ini di bawah pengurusan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan. Di mana perbadanan ini memainkan peranan aktif memperkenalkan penggunaan sensor automasi, sistem pemantauan kelembapan tanah serta teknologi fetergasi pintar di Rong Chenok Agro Valley, Pasir Mas. Malah pembinaan reban ayam tertutup berteknologi tinggi menunjukkan transformasi ke arah pertanian moden dan berskala komersial.
Yang kelapan, dalam aspek pemasaran digital pula, FAMA memperkukuhkan peranannya melalui pendigitalan platform Agro Bazar Online (ABO) yang membolehkan petani memasarkan produk secara terus kepada pengguna sehingga Mac 2026, tiga bulan pertama tahun ni. Platform ini telah merekodkan jualan hampir RM2.9 Juta dengan lebih 79,000 transaksi di peringkat nasional.
Kesimpulannya, pendekatan pendigitalan ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan pengeluaran dan pemasaran malah memperkukuh daya saing sektor pertanian negeri. Ia juga menjadi asas penting untuk menarik minat golongan belia serta memastikan Kelantan bergerak ke arah pertanian pintar dan mampan juga dapat menghilangkan stigma lama terhadap bidang pertanian yang terkenal dengan stigma 3D, dirty = kotor, dangerous = bahaya dan difficult = susah, bidang pertanian dengan permodenan sektor pertanian ini In Shaa Allah lebih ramai golongan pemuda akan minat dan tidak merasa terbeban dengan sektor yang penting ini. Sekian terima kasih.
Sila kelaboran.
Terima kasih di atas jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Kita nampak bahawa pertanian di negeri kita bergerak kearah pendigitalan yang menyeluruh. Soalan tambahan saya, sejauh mana penggunaan teknologi RFID telah dilaksanakan dalam sektor ternakan di negeri ini khususnya bagi bertujuan pengesanan dan pemantauan kesihatan serta kawalan penyakit?
Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih soalan tambahan Kelaboran. Pendekatan RFID dalam pengurusan ternakan, ni juga benda yang penting lah dalam peringkat permulaan kita perkenalkan. Kerajaan negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar, telah mula melaksanakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) sebagai usaha memodenkan sistem pengurusan ternakan. Teknologi ini digunakan bagi meningkatkan kecekapan dan aspek daya jejak pemantauan kesihatan serta kawalan penyakit secara lebih sistematik. Penggunaan microchip RFID ini melibatkan ternakan seperti Lembu Hibrid Naimbif, kuda serta haiwan kesayangan. Microchip ini berfungsi
sebagai pengenalan unit haiwan sekaligus membolehkan rekod kesihatan, vaksinasi dan rawatan dipantau dengan lebih teratur dan berpusat di mana setiap pemasangan microchip disertakan dengan rekod dalam buku passport yang telah diakses melalui Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan. Ni sistem rekod dan status semasa, juga mudah dengan sistem RFID ni.
Bagi tahun 2025 pelaksanaan ini melibatkan ni kita peringkat pengenalan, baru 127 ekor kuda, 145 ekor lembu hibrid serta beberapa haiwan kesayangan. Ini lah menunjukkan satu perkembangan baik, penggunaan teknologi ini di bidang penternakan di Negeri Kelantan. Secara keseluruhannya teknologi RFID berpotensi memeperkukuh sistem daya jejak ternakan dari ladang ke pengguna, farm to folk.
Di samping meningkatkan kawalan penyakit dan keselamatan makanan. Kerajaan negeri akan terus memperluaskan perlaksanaan serta meningkatkan kesedaran kepada para penternak bagi memastikan penggunaan teknologi yang penting ini lebih menyeluruh dan digunakan oleh penternak dan juga jabatan di masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Sila. Semerak.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih dan tahniah pada kerajaan kerana telah banyak terlibat dalam membuat pendekatan kepada pendigitalan dalam sektor pertanian. Cuma saya ingin menarik perhatian berkenaan dengan perikanan pula. Dalam sektor perikanan, apakah kerajaan turut membantu sektor perikanan dalam mendapatkan mereka kepada pendigitalan? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih soalan tambahan daripada Semerak. Semerak ni dia DUN yang ada pantai. Nelayan agak ramai lah. Ni gambaran kepada kecaknaan seorang YB di kawasan beliau. Kerajaan negeri melalui Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif pendigitalan bagi membantu nelayan meningkatkan kecekapan operasi, hasil tangkapan dan pengurusan sektor perikanan.
Antaranya, System Face Identification (SFI) membantu nelayan mengenalpasti lokasi penangkapan ikan menggunakan data satellite. Sekaligus mengurangkan kos operasi sehingga 30% dan menjimatkan masa, nak semak dimana ikan berkumpul untuk memudahkan tangkapan.
Yang kedua, sistem e-lesen perikanan. Membolehkan permohonan dan pembaharu lesen dilakukan secara atas talian dalam talian, menjadikan urusan lebih cepat, mudah dan menjimatkan kos. Haa tok payoh bergerak-gerak gi pejabat lah. Buleh buat dumoh.
Yang ketiga, sistem MFVR rekod wisel. Menyelaraskan maklumat wisel dan nelayan untuk tujuan pemantauan dan perkongsian data antara agensi-agensi.
Yang keempat, penggunaan code QR digunakan sebagai identifikasi wisel bagi meningkatkan ketepatan data dan memudahkan pemantauan oleh pihak berkuasa.
Yang kelima, ada sistem e-logbook. Membolehkan pelaporan aktiviti penangkapan ikan secara masa nyata, real time. Membantu analisis data dan perancangan, strategi perikanan negara.
Secara kesimpulannya, program pendigitalan ini sebenarnya berjalan secara menyeluruh lah. Bidang pertanian pun ada, penternakan dan juga perikanannya. In Shaa Allah sekiranya teknologi-teknologi ini kita gunakan secara lebih baik dan lebih meluas. Sektor pertanian Negeri Kelantan akan menjadi lebih mampan dan lebih terserlah In Shaa Allah.
Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Bunut Payong.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya pohon jawapan soalan saya nombor 8.
Soalan 8 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah langkah-langkah dan program yang telah diambil oleh kerajaan sebagai menyahut sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026. ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang Berhormat ADUN Bunut Payong. Tuan-tuan, puan-puan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Yang Berhormat ADUN Bunut Payong bertanya tentang langkah dan program yang sedang dan yang telah diambil oleh kerajaan sebagai menyahut sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026. Untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, dalam Dewan ini Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan beberapa program melalui dua agensi.
Yang pertama, yang dikenali dengan nama TIC ataupun Pusat Penerangan Pelancongan Negeri. Dan yang keduanya ialah Majlis Kebudayaan dan Kesenian Negeri yang juga dikenali dengan nama singkatnya MKN. Saya ingin mengambil kesempatan dalam Dewan ini untuk memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah bersetuju untuk meluluskan cadangan bagi menjenamakan TIC tadi kepada nama baru. Nama barunya ialah Tourism Kelantan. Antara sebabnya ialah TIC tidak menggambarkan perkasaan
kepada agensi ini. Di negeri-negeri seluruh Malaysia boleh dikatakan kesemuanya negeri mempunyai tourism negeri masing-masing.
Sedangkan kita satu-satunya Negeri Kelantan ni hok duk pakai TIC Centre, Pusat Penerangan Pelancongan bukannya satu gambaran yang memberi tahap keperkasaan kepada agensi ini so terima kasih banyak kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah bersetuju dengan langkah ini. Mudah-mudahan Tourism Kelantan akan diperkasakan dengan lebih baik lagi dengan mempunyai tahap perbadanan. In Shaa Allah.
Untuk tujuan mengambil bahagian dalam menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026, kerajaan negeri melalui dua agensi tadi telah menyediakan 64 program bagi tahun ini dan ini melebihi kira-kira 20 program yang dianjurkan pada tahun yang lalu. Program dilaksanakan dengan kerjasama pihak swasta, Majlis Daerah dan juga persatuan-persatuan.
Di antara program yang boleh kita sebut di sini ialah mengenai penyertaan Toursim Kelantan dan juga MKN di dalam misi promosi Kelantan ke luar negeri. Kemudian, penglibatan dalam program Putrajaya Open Day pada 29 Januari tahun ini. Dan sambil itu kita juga melibatkan diri dalam MATTA Fair bulan April, tahun ini dan juga MAH Fair Malaysian Association of Hotel pada Mei tahun ini juga dan Kelantan Showcase MARA yang dijadualkan pada bulan Julai 2026.
Selain dari penyertaan dalam program promosi tersebut, antara langkah-langkah lain yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan adalah seperti berikut. Mempergiat promosi digital dan media sosial melalui penghasilan video promosi, kandungan kreatif serta kerjasama dengan pempengaruh, influencers, pelancongan bagi memperluaskan capaian pasaran domestik dan antarabangsa.
Yang kedua, menganjurkan acara dan festival pelancongan negeri seperti festival kebudayaan, makanan tradisional, sukan tradisional dan acara-acara lain yang berkaitan dengan heritage ataupun warisan bagi menarik lebih ramai pelancong ke Kelantan sepanjang tahun 2026.
Yang ketiga, memperkukuh kerjasama strategik antara kerajaan negeri, agensi-agensi pelancongan, pusat, pengusaha hotel, penggiat industri kreatif dan komuniti setempat bagi menyediakan pakej-pakej pelancongan yang lebih menarik dan kompetitif.
Yang keempat, menambah baik kemudahan dan infrastruktur pelancongan termasuk papan tanda arah, pusat informasi pelancongan dalam rancangan untuk tidak saja di airport, kita ada satu kiosk di airport, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra tetapi juga di pintu-pintu masuk seperti di Rantau Panjang dan juga di Pengkalan Kubor iaitu dalam perancangan. In Shaa Allah.
Yang kelima, menyediakan latihan dan kursus peningkatan kemahiran kepada pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong bagi memastikan perkhidmatan yang mesra dan profesional dan berkualiti tinggi.
Dan yang keenam, mempromosikan produk pelancongan berasaskan komuniti seperti homestay, kraftangan, makanan tradisonal dan eco-pelancongan bagi memperkasakan ekonomi setempat. Mengadakan kempen kesedaran kebersihan dan kelas keadaan di lokasi pelancongan bersama dengan pihak berkuasa tempatan. Sekian, terima kasih.
Silakan Bunut Payong.
Tahniah pada pihak kerajaan yang telah menambah program-program sepanjang tahun ini kepada 64 program. Cuma soalan tambahan saya, saya ingin tahu sejauh mana tahap kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam merancang serta melaksanakan inisiatif bagi menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 khususnya aspek penyelarasan promosi pelancongan, pembaharuan
infrastruktur serta sokongan kepada pemain industri pelancongan di peringkat negeri. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan. Hubungan antara kerajaan negeri melalui dua agensi tadi dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan MOTAC khususnya adalah baik dan saya lihat ada peningkatan dari segi keakraban dan sokongan kepada program yang kita anjurkan. Ada yang kita anjurkan bersama dengan agensi MOTAC seperti JKKN Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri, yang ni di bawah MOTAC dan In Shaa Allah dalam bulan Julai nanti, satu program besar-besaran yakni yang bernama Kelantan Arts and Culture Festival akan diadakan di Tok Bali di Jeti Tok Bali, Pasir Puteh pada 1 hingga 4 haribulan Julai. Ni antara contoh nya lah ya. Juga MOTAC menyediakan beberapa geran bantuan kewangan kepada pengusaha-pengusaha yang menghasilkan produk-produk pelancongan. Geran ini boleh dipohon melalui pejabat MOTAC yang berada di Kuantan. Ini ada satu lagi usaha yang kita cuba untuk membawa balik pejabat MOTAC untuk Wilayah Timur daripada Kuantan ke Kota Bharu.
Permohonan sudah dibuat dan In Shaa Allah dalam pertimbangan. Jadi lebih memudahkan lah usaha pihak pengusaha pelancongan, produk-produk pelancongan untuk berhubung dengan MOTAC. Dan selain daripada itu, promosi yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia, lagi satu agensi di bawah MOTAC. Promosi Malaysia dan juga negeri-negeri ke luar negara pada tahun-tahun yang lalu kita tidak ada kesempatan untuk menyertai promosi ini. Kalau ada pun, jemputan ataupun tawaran kepada kita sangat suntuk masanya untuk kita membuat persiapan sewajarnya tetapi dalam tahun yang lalu dan tahun ini kita diberi notis yang cukup untuk membuat persiapan untuk menyertai misi ke luar negara untuk mempromosi Malaysia dan sekaligus mempromosi negeri.
Biasanya Tourism Malaysia menyediakan satu pavilion yang besar dan di mana negeri-negeri yang terlibat boleh mengadakan kiosk masing-masing dalam itu untuk mempromosi produk-produk pelancongan
daripada negeri masing-masing. So kita telah mengambil bahagian dan yang terkini yang telah kita sertai ialah di Berlin yang dianjurkan oleh ITB, ini satu Badan Pelancongan Antarabangsa dan melalui Tourism Malaysia kita dijemput dan kita telah menyertai yang menghasilkan satu perjanjian antara satu syarikat travel agensi Kelate dengan satu syarikat travel agency Jepun yang bernilai lebih pada RM2.3 Juta itu. Jadi itulah di antara yang boleh saya sebut menggambarkan hubungan yang baik dan kerjasama yang erat antara MOTAC dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya berhasrat untuk menangguhkan persidangan dewan, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang persidangan ini berlangsung. Mudah-mudahan segala teguran dan buah fikiran yang telah dikemukakan sepanjang perbahasan dua hari ini akan menjadi asbab kepada kemajuan dan pembangunan Negeri Kelantan yang kita kasihi. Marilah kita mengakhiri persidangan kali ini dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah Al-‘Asr dan persidangan akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 11:00 PAGI DAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA SATU TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU KELAK.