Kelantan · 22 April 2026

15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 121 turns · 33,677 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.

(Pembukaan)

Setiausaha

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Keempat, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas, Hari Kedua. … ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا

Doa

Setiausaha

[ SAMBIL BERDIRI ] Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Doa.

Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, Soalan-soalan Yang Diberitahu.

Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan MulutQuestions

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Mengkebang.

Tuan Zubir bin Abu BakarPAS · PNMengkebang

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan untuk soalan saya nombor 1. Terima kasih.

Soalan 1 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah langkah khusus Kerajaan Negeri Kelantan bagi meningkatkan ketelusan dalam penyampaian perkhidmatan awam agar keyakinan rakyat terhadap pentadbiran negeri terus diperkukuh? ]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Mengkebang yang mengemukakan soalan.

ل ﺗﻌﺎ ﷲ ل ﻗﺎ

ِ ﺐ ِ ﻴ ﻐ ﻟ ا ﺎﱂ ِِ ﻋ ﱃ إِ ﱰ ﺳ ﻮ ﻨ ﻣ ﺆ ﻤ ﻟ ﻪ ﻮﻟ ﺳ ﻢ ﻜ ﻠ ﻤ ﻋ ا ﲑ ﺴ ﻓ ا ﻮ ﻠ ﻤ ﻋ ا ﻞ ِ ﻗ ◌ ْ ونَ ﱡ نَ ْ ُ ُ َ ﻪﻠﻟﱠ َ ُ ُ ْ َ َ َٰ َُد َ وَ ُ ْ ُ وَا ُ ُ وَرَ ْ َ َ ُ ََى َ َ ْ َ ن ﻮ ُ ﻠ ﻤ ﻌ ﺗ ﻢ ﺘ ﻨ ﻛ ﺎ ﲟ ﻢ ﻜ ُ ﺌ ﺒ ﻨ ﻴ ﻓ ﺎ ﻟﺸﱠﻬ ـَ ُ ـْ ُ َِ ُ ـَ ـَ َوَا َ ْ ْ ْ ِّ ـُ دَةِ َ Maksudnya : Katakanlah beramal dan bekerja lah kamu, maka sesungguhnya Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman melihat apa yang kamu lakukan. Dan apa yang kamu lakukan dan yang kamu kerjakan akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala perkara yang ghaib dan perkara yang nyata. Dan Allah akan menjelaskan kepada kamu satu persatu tentang apa yang kamu lakukan di dunia.

Langkah kerajaan negeri bagi meningkatkan ketelusan perkhidmatan awam dari sudut pembangunan sumber manusia kerajaan negeri Kelantan komited memperkukuh ketelusan penyampaian perkhidmatan awam bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran negeri. Usaha ini melibatkan fokus utama.

Yang pertama, pembangunan modal insan. Pelaksanaan program prolik bagi meningkatkan kompetensi, integriti dan kemahiran kepimpinan penjawat awam selaras dengan prinsip tadbir urus dan akauntabiliti.

Yang kedua, prestasi dan tatatertib. Pengukuhan disiplin melalui panel penasihat tatatertib serta pengiktirafan prestasi menerusi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi memupuk budaya kerja berkualiti.

Yang ketiga, perjawatan dan organisasi. Langkah seperti audit organisasi, penetapan tugas jelas, pusingan kerja, pengisytiharan harta dan program integriti dilaksanakan bagi memastikan akauntabiliti dan mengelakkan konflik kepentingan. Yang keempat, kesejahteraan psikologi. Inisiatif seperti MyPsyD, Program Pembangunan Psikologi dan Modul Smart Itqan membantu meningkatkan kestabilan emosi keprofesionalisma dan kualiti perkhidmatan penjawat awam. Yang kelima, pematuhan prosedur. Semua urusan perkhidmatan dilaksanakan mengikut peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan dengan proses semakan dan perakuan yang jelas.

Keseluruhan langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan tadbir urus yang telus, cekap dan berintegriti demi memperkukuhkan kepercayaan rakyat. Sekian.

Timbalan Speaker

Silakan Mengkebang.

Tuan Zubir bin Abu BakarPAS · PNMengkebang

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas jawapan yang diberikan tadi. Cuma saya nak tanya Sistem Hisbah, adakah kerajaan negeri berhasrat untuk melaksanakan Sistem Hisbah atau ombudsman sebagai mekanisme terhadap tadbir urus negeri ini. Terima kasih.

Terima kasih kepada ADUN Mengkebang di atas soalan tambahan berkenaan dengan Sistem Hisbah. Hisbah ini memang penting dalam Islam ا ﻧﻮ ز ﻮ ﺗ أن ﻗﺒﻞ ﻧﻔﺴ أ ا ﻧﻮ ا، ﺤﺎﺳ ﺗ أن ﻗﺒﻞ ﻧﻔﺴ أ ا ﺒﻮ ﺣﺎﺳ . Maksudnya hendaklah ﻜﻢ وزِ ﺒﻮ ﻜﻢ kamu hisab, hisbah ini hisab. Ilmu hisab lah, matematik, hitungan وا ﺑ ﺣﺎﺳ م ﻛ ﻧﻔﺳ أ ل ﻗﺑ أن وا ﺑ ﺣﺎﺳ ﺗ hendaklah kamu hisab, muhasabah diri kamu sebelum kamu dihisab, sebelum kamu dihitung diakhirat ا ﻧﻮ ﻜﻢ ﻧﻔﺴ أ ﻗﺒﻞ أن ا ﻧﻮ ز ﻮ ﺗ dan وزِ hendaklah kamu timbang amalan kamu sebelum amalan kamu ditimbang di hadapan Allah S.W.T. Bila kita timbang di dunia, kita muhasabah di dunia kita masih ada ruang dan peluang untuk memperbaiki amalan kita. Termasuklah kita yang memikul amanah sebagai sama ada Penjawat Awam atau orang politik atau semua. Kita memikul amanah dan tanggungjawab, dan amanah serta tanggungjawab ini akan dipersoalkan di hadapan Allah S.W.T. Oleh kerana itu, kita hendaklah memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab.

Kerajaan negeri sentiasa komited untuk memperkukuhkan aspek akauntabiliti, ketelusan dan integriti dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam. Dalam hal ini, konsep Hisbah yang menekankan pemantauan berterusan, pencegahan salah guna kuasa serta pemeliharaan kepentingan rakyat adalah selari dengan pendekatan pentadbiran Kerajaan Negeri. Pada masa yang sama, prinsip ombudsman turut diberi perhatian sebagai satu mekanisma semak dan imbang yang bebas dan telus.

Buat masa ini, fungsi pemantauan tersebut dilaksanakan melalui mekanisma sedia ada dengan memperkasakan fungsi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri (PAC). PAC ini dilantik oleh Dewan Negeri dan saya pernah 2 penggal saya jadi anggota PAC, ahli PAC yang dilantik oleh Dewan. Dimana PAC bukan sahaja selalu mengadakan mesyuarat bahkan bila ada laporan daripada Jabatan Audit tentang perkara-perkara yang tak selesai dalam mana-mana jabatan. Maka PAC akan masuk ke jabatan tersebut untuk kita menyelesaikan masalah yang berlaku. Kita panggil Ketua Jabatan gapo ni, PAC akan panggil. Jadi Pengarah Audit Negeri ini termasuk ahli PAC yang bersama-sama dalam apa nama ni gerak kerja

untuk menyelesaikan persoalan-persoalan yang timbul di mana-mana jabatan. Dan PAC ini dia ada kuasa sebab dia dilantik oleh Dewan.

Saya pernah suatu ketika ada satu pengarah jabatan ini dia ada mesyuarat di Kuala Lumpur, PAC bersidang di jabatan dia, dia hantar wakil apa nama ni kita panggil dia balik daripada Kuala Lumpur balik. Kita tangguh mesyuarat sehingga dia balik, dia balik pada hari yang sama. Jadi kita nak pastikan apa nama ni fungsi hisbah dilaksanakan. Walaupun nama PAC, nama tak penting tapi fungsi hisbah itu dapat dilaksanakan dengan adanya PAC.

Selain daripada itu, Kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas yang dianggotai oleh Ahli-Ahli Dewan bagi sektor tertentu seperti Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan, Jawatankuasa Pilihan Khas Sosial, Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus dan lain-lain mengikut aspek pemantauan yang hendak dilaksanakan. Kesimpulannya keutamaan Kerajaan Negeri adalah memastikan setiap mekanisma pemantauan yang dilaksanakan mampu menjamin ketelusan, keadilan, kebertanggungjawaban selaras dengan Penghayatan Membangun Bersama Islam. Kita bukan setakat nak membangun bersama Islam, penghayatan nak semua… pemimpin, rakyat.. semua. Sebab Islam itu sendiri makna selamat م ﺗﺳﻠ م ﺳﻠ أ kamu terima Islam, kamu selamat Nabi sebut… selamat. Jadi bila pemerintahan berlandas kepada Islam jangan bimbang orang Islam selamat, orang bukan Islam pun selamat, dijamin keselamatan mereka. Sekian.

Timbalan Speaker

Persilakan Kota Lama.

Terima kasih kepada Dato’ Speaker. Saya ingin mengucapkan merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas kesediaan Kerajaan Negeri membuat melakukan pembaharuan institusi kita ini dengan mengadakan Jawatankuasa Pilihan Khas

disebutkan tadi pendidikan, tadbir urus dan sebagainya. Jadi soalan saya adalah adakah PAC ini contohnya, adakah kerajaan negeri bercadang untuk membentangkan laporan jawatankuasa ini seperti PAC ini ke dalam Dewan ataupun menerbitkan dapatan-dapatan atau laporan ini supaya ia boleh menjadi tatapan umum untuk menunjukkan ketelusan Kerajaan Negeri. Keduanya, soalan saya ni berkait sedikit dengan, saya nampak tadi ada portal myPSM dan di dalamnya ada juga ruangan psikologi. Jadi saya nak bertanya sekiranya Penjawat-Penjawat Awam ini menghadapi cabaran-cabaran…

Timbalan Speaker

(MENCELAH)

Soalan sahaja… ringkas kan.

Contohnya gangguan seksual di tempat kerja, contohnya. Apakah mekanisme yang diwujudkan dalam pentadbiran kita supaya di sana ada dia boleh menyalurkan masalah ini untuk kebaikan penjawat awam kita. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Lama. Berkenaan dengan laporan PAC ini Yang Berhormat boleh bertanya dan tidak menjadi amalan kita dibentang di dalam Dewan, bukan semua perkara dibentang tapi semua Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh bertanya. Dan apa nama ni pihak kerajaan akan mengemukakan jawapan.

Yang kedua, berkenaan dengan kalau ada gangguan seksual di kalangan penjawat-penjawat awam ini kita boleh lapor kepada Ketua Jabatan lah. ketua jabatan dia ada kaedah dia untuk kita ambil tindakan dan perkara ini selaras seluruh negara bukan negeri kita sahaja. Sekian.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Salor.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan bagi soalan saya nombor 2.

Soalan 2 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah langkah-langkah serta mekanisme pemantauan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan tahap profesionalisme kebertanggungjawaban serta nilai integriti para penghulu di seluruh Kelantan sentiasa diperkukuh, dipantau dan berada pada tahap yang paling tinggi demi menjamin kepercayaan serta kesejahteraan rakyat. ]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﱃ ﺗﻌﺎ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Salor yang sekali lagi bertanyakan berkenaan dengan integriti. Tadi pun Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar telah pun menjawab berkenaan dengan integriti dan semalam saya juga telah menjawab berkenaan dengan integriti. Itu menunjukkan keprihatinan Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan dengan integriti di kalangan Penjawat Awam Negeri Kelantan. Alhamdulillah itu adalah satu kesedaran di antara kita semua lah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ayat yang dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Mentei Besar tadi adalah sangat relevan bekerja, kamu hendak lah bekerja tetapi ا ﻮ ُ ﻠ ﻤ ﻋ ْ ا ﻞ ِ ُ ﻗ ◌ ﻢ ﻜ ُ َ ﻠ ﻤ ﻋ َ ﻪﻠﻟﱠ ا ﲑ ﺴ َ ﻓ َ َ ْ َ ُ ََى َ ِ ini adalah akauntabiliti dalam ﻢ ﻜ ُ ﺌ ﺒ ﻨ ﻴ ـَ ﻓ ﺎ ﻟﺸﱠﻬ ﺐ ِ ﻴ ﻐ ْ ﻟ ا ﺎﱂ ِِ ﻋ ﱃ إِ ونَ ﱡ ﱰ ﺳ نَ ﻮ ﻨ ﻣ ﺆ ﻤ ْ ﻟ ﻪ ُ ﻮﻟ ﺳ ْ ُ ِّ ـَ ـُ دَةِ َ وَا ْ َ َ َٰ َُد َ وَ ُ ْ ُ وَا ُ ُ وَرَ konteks Islam yang membezakan antara Islam mungkin dengan sistem yang lain bahawa kita mempunyai dua bentuk pemantauan. Satu pemantauan di dunia dalam bentuk undang-undang ataupun syariat. Yang keduanya adalah pemantauan yang akan kita jawab di hari akhirat.

Yang Amat Berhormat Dato’ Bentara Setia Allahyarham Tan Sri Tuan Guru Nik Abdul Aziz dia kata sebagaimana kamu nak jawab di hadapan Allah begitu lah kamu jawab di dunia. Apabila kita nak jawab soalan di dunia ini hendak lah fikir itu lah juga jawapan yang akan kita berikan di hadapan Allah S.W.T. Itu adalah sebagai pembukaan saya Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Bagi menjawab soalan Salor tadi langkah-langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan bagi memastikan penghulu melaksanakan tugas tanggungjawab dengan profesional dan mempunyai nilai integriti serta dalam masa yang sama profesionalisme diperkukuhkan. Sebahagian daripada jawapan yang saya telah berikan semalam itu juga terpakai kepada penghulu. Tetapi penghulu ini adalah satu mekanisme yang paling hampir antara kerajaan negeri dengan rakyat. Maka mungkin dia sedikit berbeza. Antaranya adalah kita mengadakan kursus, program, taklimat kepada penghulu di Negeri Kelantan melalui Bahagian Integriti dan juga Tadbir Urus (BITU) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang kita laksanakan, pernah kita laksanakan dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM). Yang mana dalam program kursus taklimat kepada penghulu di seluruh Kelantan ianya bertujuan untuk meningkatkan kompetensi dan juga profesionalisma penghulu. Penghulu pun ada SOP tertentu dan tahap profesionalisma yang kita harapkan.

Latihan berkala juga kita laksanakan kepada semua penghulu berkaitan dengan integriti ini dan juga bagaimana nak menguruskan konflik di kalangan rakyat. Begitu juga dengan kepimpinan dan penyampaian

perkhidmatan awam, juga memberikan latihan merangkumi aspek perundangan, pengurusan komuniti dan juga etika kerja.

Yang kedua, mekanisme pemantauan dan penilaian prestasi. Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan sistem penilaian prestasi tahunan kepada para penghulu di Negeri Kelantan untuk menilai kecekapan pentadbiran, pengurusan, aduan dan tahap kepuasan rakyat melalui Urusetia Penghulu Negeri Kelantan yang secara khusus mentadbir penghulu di Negeri Kelantan. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri akan melaksanakan satu pemantauan secara berskala yang dipantau oleh Pejabat Tanah dan juga Jajahan melalui laporan bulanan ataupun melaksanakan lawatan tapak.

Yang ketiga, bengkel, kursus dan seminar dan juga latihan ini juga selain daripada yang dilaksanakan oleh BITU dan juga IIM dan juga oleh Pejabat Tanah dan Jajahan juga dilaksanakan menerusi Urusetia Penghulu di Negeri Kelantan, IPTG Institut Pemaham... Institut IPTG Tok Guru… Institut Pemikiran, mohon maaf ye… Institut Pemikiran Tok Guru melalui ILDAN, melalui YATOK dan juga melalui agensi-agensi Kerajaan yang lain berhubung dengan kefahaman Dasar Penghayatan Islam. Itu yang saya maksudkan, di dunia dilaksanakan oleh institusi yang saya sebutkan sebelum ini. Tetapi perlu difahamkan juga tentang tanggungjawab akhirat, maka institusi seperti IPTG, ILDAN dan juga YATOK ini kita berikan tanggungjawab supaya penghulu faham tentang dasar Kerajaan Negeri, faham tentang dasar UMI Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan, tahu bagaimana nak melaksanakan K-RABB Komuniti Rabbani dalam masyarakat dan juga pelbagai dasar Kerajaan dan juga perkara-perkara yang masuk dalam kepimpinan dan kehidupan bermasyarakat. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Timbalan Speaker

Persilakan Salor.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar atas huraian dan jawapan sebentar tadi. Dan kita pun ucap terima kasih kepada para penghulu kita yang merupakan tangan dan kaki kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang merupakan mata dan telinga kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mereka ni wakil rakyat ketiga lah dalam memberi khidmat kepada rakyat In Shaa Allah. Cuma soalan tambahan saya dalam kita menambah nilai dari aspek integriti, bagaimana mekanisme di pihak kerajaan negeri sendiri untuk kita pastikan mereka dapat menjalankan khidmat dan berfungsi memainkan peranan mereka dengan sebaiknya. Dan adakah dengan cabaran-cabaran semasa sekarang, dengan pertambahan rakyat sebagai contoh ada cadangan pihak kerajaan sendiri untuk menambahkan elaun sebagai insentif kepada penghulu kita. Okay terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Salor yang bertanyakan soalan tambahan. Untuk tujuan tersebut kita sentiasa memperkasakan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang sebenarnya baru kita tubuhkan dan kita aktifkan. Yang mana MPKK ini adalah sebenarnya satu Jawatankuasa Penasihat Penghulu dimana penghulu tidak boleh menjalankan kerja berseorangan, perlu kepada bantuan, maka MPKK ini lah diharapkan dapat memperkasakan institusi tersebut dan menimbulkan rasa kecaknaan di kalangan pimpinan masyarakat setempat. Sebab satu-satu kampung, desa dan sebagainya bukan penghulu sahaja menjadi pemimpin, ramai lagi yang sebenarnya mempunyai kelebihan untuk memimpin dan mempengaruhi masyarakat. Dan mereka ini yang kita ambil menjadi jawatankuasa bagi membantu penghulu. Ini lah yang cuba kita perkasakan.

Begitu juga dengan apa yang saya sebutkan di antara modul latihan-latihan yang disediakan juga, yang dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri yang dibawa urusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan juga beberapa agensi yang saya sebutkan tadi umpamanya

ILDAN, IPTG, YATOK dan sebagainya. Begitu juga penyampaian maklumat di antara penghulu dan rakyat, Kerajaan kepada rakyat itu adalah peranan penghulu. Dan di sini lah saya ingin mengambil kesempatan ini sebab yang paling dekat dengan rakyat adalah penghulu dan yang paling dekat dengan penghulu adalah Ahli-Ahli Yang Berhormat. Di situ pentingnya Pusat Khidmat DUN memainkan peranan sebagai alat penyampaian dua hala antara rakyat kepada Kerajaan dan Kerajaan kepada rakyat. Di sini pengurusan maklumat itu mesti distrategikan supaya ianya pantas dan dapat diambil tindakan yang cepat bagi faedah dan juga kepentingan rakyat.

Elaun dan insentif memang itu sentiasa menjadi sesuatu yang Kerajaan fikirkan. Kita sekarang ini berbincang soal inflasi, kenaikan harga barang, kekangan ekonomi dan sebagainya, jadi penghulu juga berhadapan dengan masalah yang sedemikian. Kita sentiasa fikirkan itu tetapi sebagaimana yang disebutkan bahawa kenaikan insentif adalah sentiasa dikaji bersesuaian dengan kemampuan Kerajaan. Itu lah saya boleh sebutkan begitu ye In Shaa Allah satu masa apabila Kerajaan rasakan mampu maka kita akan cuba daripada semasa ke semasa nilai balik. Dalam pada itu pun kalau kita buat kenaikan kita kena bayar secara bulanan. Kemungkinan kemampuan terhad. Sebab itu lah Kerajaan apabila rasakan mampu untuk tahun itu Kerajaan beri bonus dan sebagainya. Contohnya di hari raya, awal tahun dan sebagainya lah. Terima kasih YB Salor.

Timbalan Speaker

Persilakan Gual Periok.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas pelbagai program yang dilaksanakan untuk memperkasakan fungsi penghulu-penghulu. Untuk menambahbaik keberkesanan tugas penghulu ini adakah wujud mekanisme audit yang

dijalankan kepada penghulu-penghulu untuk memastikan penghulu menjalankan fungsi mereka secara berkesan. Terima kasih.

Buat masa ini sebenarnya tidak ada satu mekanisma audit yang khusus kepada penghulu tetapi apabila perlu dipakaikan sistem yang sudah sedia ada. Walau bagaimanapun, pemantauan performance penghulu dan juga dari sudut tanggungjawab dan sebagainya kita perkasakan dan laksanakan melalui Urusetia Penghulu Kerajaan Negeri Kelantan. Dan mungkin satu masa kita boleh arahkan kepada ILDAN untuk melihat dan saya rasa itu adalah perancangannya untuk kita buat satu audit khusus berkenaan dengan penghulu ini. Dan sekarang ini ILDAN telah melaksanakan beberapa program dan modul khas untuk penghulu ini dari sudut dengan izin delivery dan juga pemantauan performance kerja. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat Bukit Bunga.

Tuan Mohd Almidi bin JaafarBERSATU · PNBukit Bunga

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan kepada soalan saya nombor 3. Terima kasih.

Soalan 3 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah langkah Kerajaan Negeri bagi membangunkan rantaian nilai nenas (pemprosesan, eksport, penjenamaan) supaya menjadi kluster ekonomi wilayah timur ? ]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ت ﺑﺮﻛﺎ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Bukit Bunga. Kerajaan negeri melalui kerjasama erat Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia Negeri Kelantan telah mengambil beberapa langkah strategik bagi membangunkan rantaian nilai industri nenas merangkumi aspek pemprosesan, eksport dan penjenamaan agar ia mampu berkembang sebagai kluster ekonomi di wilayah timur melalui program-program berikut :

a) Pertama, memperkasakan konsep “Satu Kali Tanam, Tiga Kali Tuai”, di mana tanaman nenas bukan sahaja menghasilkan buah tetapi juga sulur iaitu anak benih dan sisa tanaman yang boleh diproses menjadi produk bernilai tambah seperti makanan ternakan, ruminan dan juga ikan. Pendekatan ini mengurangkan pembaziran serta meningkatkan nilai ekonomi keseluruhan industri. Di mana kilang proses sisa nenas ini dah siap dan hampir beroperasi yang dibangunkan di Jajahan Jeli.

b) Yang kedua, mengoptimumkan penggunaan tanah terbiar melalui pembangunan ladang nenas berskala besar dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kapasiti pengeluaran secara konsisten serta mewujudkan rantaian pembekal bagi industri. Sekali gus, membuka potensi Kelantan sebagai negeri pengeluar dan pengeksport nenas.

c) Yang ketiga, memperkukuh pelaksanaan konsep Satu Daerah, Satu Industri (SDSI) bagi membangunkan industri hiliran berasaskan nenas. Usahawan tempatan diperkasa melalui program pemprosesan dan inovasi seperti menghasilkan bongkah cendawan melalui sisa nenas dan juga makanan ruminan dan ikan.

d) Yang keempat, mempergiatkan promosi pembangunan usahawan dan penglibatan belia. Pendekatan ini mewujudkan rantaian ekonomi lengkap daripada penanaman hingga pemprosesan sehingga dapat membuka peluang pekerjaan kepada komuniti setempat. Di mana dalam menyokong rantaian nilai nenas ini Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd dalam proses pembinaan satu pusat pengumpulan dan pemprosesan hasil nenas di Kelantan Bio Valley Pasir Puteh untuk menghasilkan produk-produk hiliran berasaskan nenas seperti jus dan kordial.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, hasil daripada inisiatif ini lah keluasan tanaman nenas di Kelantan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. In Shaa Allah berdasarkan perkembangan semasa dan permintaan terhadap industri nenas jangkaan keluasan tanaman baharu pada tahun 2026 ini dianggarkan mencecah sehingga 140 hektar ataupun 345.8 ekar. In Shaa Allah dengan minat para petani yang nampak semakin baik industri nenas akan berkembang baik di Negeri Kelantan In Shaa Allah.

Timbalan Speaker

Silakan Bukit Bunga.

Tuan Mohd Almidi bin JaafarBERSATU · PNBukit Bunga

Terima kasih.. terima kasih di atas jawapan yang telah diberikan oleh pihak Kerajaan sebentar tadi. Soalan tambahan saya sejauh manakah Kerajaan Negeri telah mengenal pasti jajahan yang akan dijadikan eco district bagi kluster nenas Kelantan memandangkan hasrat Kerajaan sebelum ini mahu mewujudkan Satu Jajahan Satu Produk Hiliran Utama. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Bukit Bunga. Setakat ini Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lembaga

Perindustrian Nenas telah mengenal pasti ada dua jajahan yang kita lihat penanaman nenas begitu rancak iaitu jajahan Pasir Puteh dan Jeli juga diekori jajahan Pasir Mas.

Di mana di Pasir Puteh, kita telah bersama satu Koperasi Masjid Permata Rambai dalam DUN Limbongan yang telah menanam siap menanam nenas seluas 15 ekar dan juga lebih 20 peserta tanaman nenas yang sedang dipantau oleh Lembaga Perindustrian Nenas dan mendapat sumbangan serta teknikal penanaman daripada Lembaga.

Yang kedua, di jajahan Jeli bagaimana saya sebutkan tadi ada komuniti pemuda telah membangunkan projek tanaman nenas setempat seluas 12 ekar di mana di situ lah kita telah membina kilang pemprosesan sisa nenas. Yang saya sebut tadi nenas ini dia satu tanaman yang satu kali tanam tiga kali tuai. Jadi kita dah mula membina proses-proses seterusnya dan In Shaa Allah juga jajahan Pasir Mas dengan Jabatan Pertanian telah mengenal pasti ada satu kawasan di Bukit Tandak iaitu kawasan yang subur dengan penanaman nenas dan telah mula berkembang. In Shaa Allah juga diikuti telah mula berkembang di jajahan Tanah Merah. Jadi dua jajahan yang utama sekali ialah Pasir Puteh dan juga Jeli. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Persilakan Wakaf Bharu.

Tuan Mohd Rusli bin AbdullahPAS · PNWakaf Bharu

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan tambahan saya baru-baru ini variati nenas MS16 diperkenalkan kepada umum, sebenarnya variati nenas manakah yang menjadi keutamaan Kerajaan Negeri dan Lembaga Perindustrian Nenas Kelantan untuk dikembangkan di negeri ini? Apakah kelebihannya? Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan Wakaf Bharu. Variati nenas yang menjadi pilihan lah oleh Lembaga Perindustrian Nenas ialah MD2 atau MD Two. Di mana dia dari segi kelebihan variati ini ialah dia bernilai komersil yang tinggi dan kualiti premium serta berpotensi untuk eksport. Namun demikian, petani-petani kita ni menanam nenas dengan pelbagai variati. Dan Lembaga Perindustrian Nenas telah mula bawa masuk SG1 ataupun Sarawak Gold 1 yang kita telah mula buat ladang, benih nenas. Dan juga di bawah MARDI yang disebutkan tadi ialah satu varieti baru yang sangat menarik kerana dia lebih singkat masa untuk menghasilkan buah termasuk Nenas Mutiara, Nenas Cobek dan sebagainya. Tapi yang diberi pilihan utama ialah MD2 lah. In Shaa Allah esok kita boleh try lah In Shaa Allah buah dia tu In Shaa Allah.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Manek Urai.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 4.

Soalan 4 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, sejauh manakah tahap keberkesanan pelaksanaan program Tuisyen Rakyat yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan negeri, khususnya dari segi pencapaian akademik pelajar, kadar kehadiran, serta impaknya terhadap pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Manek Urai, Manek Urai atas kecaknaan anak-anak kita nak belajar. Jadi tahap keberkesanan pelaksanaan program Tuisyen Rakyat Sejahtera yang dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri. Setakat ini Kerajaan Negeri telah melaksanakan penilaian awal secara khusus dengan mengaitkan data penyertaan program Tuisyen Rakyat Sejahtera dan juga program yang kedua iaitu e-Tuisyen dengan Keputusan SPM 2025 yang telah diumumkan baru-baru ini khususnya melalui data maklum balas yang diterima daripada peserta program.

Melalui semakan tersebut, daripada 361 responden bagi program Tuisyen Rakyat Sejahtera seramai 21 pelajar dikenal pasti memperolehi keputusan 9A ke atas. Dan manakala daripada 229 respon daripada program e-tuisyen seramai 24 pelajar dikenal pasti mencapai keputusan yang sama 9A ke atas. Dan paling membanggakan daripada data yang kita dapat sekolah-sekolah di luar bandar juga mampu melahirkan pelajar cemerlang, dengan pencapaian SPM 2025 iaitu memperolehi 10A. Satu di SMU (A) Bustanus Saadah, Morak, satu di SMU (A) Meheliah, Geting dan dua di SMU (A) Rumaniah Paloh, Tanah Merah, 2 orang. Sekolah ni infranya tidak mencukupi tapi apabila kita buat Tuisyen Rakyat Sejahtera. Jadi saya dimaklumkan ADUN dia Bukit Panau turut serta dalam kelas tu. Betul ko Yang Berhormat? Padan anok murid dia berjaya buleh 10A.

Secara keseluruhannya sebanyak 45 rekod pelajar cemerlang yang memperolehi 9A ke atas telah dikenal pasti setakat ini. Walau bagaimanapun, penilaian ini masih belum bersifat menyeluruh kerana data yang ada setakat ini hanya melibatkan peserta yang telah mengemukakan respon dan belum meliputi keseluruhan peserta sebenar bagi kedua-dua program. Tetapi bila diumumkan 9A ke atas untuk Kerajaan bagi sumbangan RM500 setakat ini telah mendaftar 1139

orang… haa ramai... ramai hok cerdik tu 9A. Kalu kito turun ko 8A lagi ramai.

Oleh itu, dapatan semasa wajar dilihat sebagai penilaian awal yang positif terhadap keberkesanan program-program berkenaan. Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan penilaian ini secara berterusan dan lebih menyeluruh dari semasa ke semasa melalui pengumpulan data tambahan, penyelarasan maklumat peserta serta semakan lanjut terhadap pencapaian pelajar supaya impak sebenar program dapat nilai dengan lebih tepat, komprehensif dan juga meyakinkan.

Dari segi peratus kehadiran, hasil dapatan daripada semakan rekod kehadiran pelajar ke kelas Tuisyen Rakyat Sejahtera yang telah dijalankan di 24 DUN. Kita buat kajian ni di 24 daripapa 45 DUN didapati seramai 1432 orang pelajar yang telah mengikuti program ini dan peratus kehadirannya sebanyak 77.28%. Ini kerana bertembung kea sekolah buat kelas tambahan, kelas malam dan sebagainya. Jadi kita ni menyediakan kelas Tuisyen Rakyat Sejahtera secara percuma, jadi manfaatnya lebih kepada impak keluarga yang berpendapatan rendah B40. Jadi ramai lah yang mengambil kesempatan ini dan juga dapat meringankan beban belanja untuk menghantar anak ke kelas tambahan. Tambahan kelas hok kito buat pulok dekat dengan rumah di setiap DUN dan ditentukan oleh DUN masing-masing. Terima kasih Dato’ Speaker.

Timbalan Speaker

Silakan Manek Urai.

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih tahniah kepada Exco kerana telah berjaya berusaha supaya pelajar-pelajar Negeri Kelantan ini menjadi pelajar yang terbaik. Dato’ Speaker, soalan tambahan saya adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk beralih kepada moden e-tuisyen yang dibangunkan sendiri melalui portal Kerajaan Negeri dengan

menggunakan tenaga pengajar yang sedia ada daripada YIK agar Kerajaan tidak lagi terus bergantung kepada penyedia luar. Terima kasih.

Okay terima kasih Manek Urai atas soalan tambahan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, ye Kerajaan Negeri sememangnya sedang ke arah itu. Sebab guru-guru YIK ni pakar, 2003 dulu Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat tu cikgu kito 100%. Sebab kito tidok dapat MOU dengan kementerian, cikgu kito 100%. SPM tahun itu satu-satunya sekolah terbaik negara, bukan Kelantan... negara. Jadi itu lah tahniah kepada guru-guru kita yang cemerlang.

Jadi pada masa ini satu sistem e-tuisyen negeri sedang dibangunkan sendiri melalui portal negeri sebagai langkah memperkukuhkan keupayaan dalaman dan mengurangkan kebergantungan kepada penyedia luar. Jadi kita bina sendiri. Pembangunan sistem ini dilaksanakan secara bersama melalui jawatankuasa yang melibatkan Yayasan Islam Kelantan, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) dan Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd (KIGSB). Dari sudut kandungan pula tenaga pengajar yang melibatkan bukan sahaja daripada YIK malah turut melibatkan guru-guru pakar dari seluruh Negeri Kelantan. Dan untuk menjayakan program ini, kita buat kerjasama dengan Kesatuan Guru Pakar untuk mempastikan pelajar kita ni lebih kedepan.

Jadi bagi tahun ini, pelaksanaan awal sistem ini dijangka akan dimulakan terlebih dahulu bagi pelajar calon SPM dengan melibatkan semua subjek SPM sebelum diperluaskan secara berperingkat pada masa hadapan. Sebab kita nak perluas e-tuisyen rakyat ni e-tuisyen ni kerana dia melibatkan semua subjek SPM. Kalu subjek SPM tu 12, 12 jadi Persatuan Guru Pakar ni akan buat modul pengajaran dan kita akan sebarkan kepada calon SPM tahun ni telah dimasukkan dalam buku bajet secara percuma. Kalu baru ni kita target 1896 orang kerana e-tuisyen ni dia menggunakan ID, satu ID kita bagi dua orang. Satu ID pelajar dua orang pelajar, satu ID guru untuk dua guru. Jadi dia boleh layari sepanjang masa.

Tahun lepas kita buat 15 Ogos hingga 15 November. Jadi dapatannya ada pelajar yang kita target, bila saya berbincang dengan Pengarah YIK tahun lepas kita dapat pelajar straight A 80. Jadi 2025 baru ni kita target 100. Dan keputusan yang keluar pada baru ini pelajar kita YIK yang dapat full A ialah 92, sikit lagi nok sapa 100. Jadi tahun ni kita akan lebarkan e-tuisyen rakyat tapi TRS kita teruskan kerana ini untuk manfaat rakyat bawahan dan terbuka. Bajet tok tamboh tapi pelajar tamboh. Pasal apa ? Dio takdok ID, ikut sumbak ah.. dok. Kalu baru ni dapati ado setengah DUN tu 20 ore sedangkan dia muat 40 jadi kena tamboh pelajar bajet dok tamboh pasal Kerajaan dok tamboh… bajet. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Pengkalan Pasir.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Exco. Soalan tambahan saya kalau kita lihat bisnes model TRS sekarang adalah Kerajaan menyediakan peruntukan yang banyak. Apakah Kerajaan bercadang untuk meluaskan keterlibatan guru-guru yang pencen untuk bersama-sama mengajar dan mempastikan program ini dapat diperluaskan bukan sekadar SPM tapi mungkin di peringkat-peringkat yang lain ?

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih atas soalan tambahan. Ni pilot projek kito, jadi kito pun nok try SPM, kito ado STAM, kito ado STPM. Jadi ini pilot projek kito. Jadi bila berjaya kita akan lebarkan. Contoh tahun ni kita lebar e-tuisyen… e-tuisyen, jadi TRS ni Tuisyen Rakyat Sejahtera ni dia 4 subjek teras sebab tu kita nak perlebar e-tuisyen ni dia melibatkan semua subjek SPM. Jadi bukan setakat SPM kita akan melangkah lebih jauh lagi, STAM sebab pelajar kita pun ramai ambil STAM. Dan ini juga melayakkan pelajar kita menyambung ke peringkat

IPT seluruh negara dan juga luar negara… pelajar-pelajar kita dan juga STPM. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kemuning.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, Hari Raya telah pun dirai bersama, Mohon jawapan bagi soalan saya nombor 5. Terima kasih. Soalan 5 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah peranan Mawaddah Support Team di peringkat Parlimen ? ]

Dato' Rohani binti IbrahimPAS · PNTanjong Mas

Kito tok pandai pantun. ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada ADUN Kemuning atas soalan yang dikemukakan. Mawaddah Support Team ataupun MST telah dibentuk di semua 14 parlimen di seluruh negeri iaitu bermula daripada 2020.

MST berperanan sebagai satu kumpulan sokongan sosial keluarga yang bergerak secara aktif dan bersasar menangani isu sosial dalam komuniti setempat. MST secara strukturnya berada di bawah Majlis Pembangunan Keluarga Mawaddah (MPKM) Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan.

MST juga bertindak sebagai pemudah cara yang berperanan untuk memberi khidmat nasihat secara langsung dalam usaha memperkasakan institusi keluarga dan kesejahteraan sosial selaras dengan Dasar Keluarga Mawaddah Kelantan.

MST di setiap parlimen juga berperanan memberikan pandangan dan cadangan terhadap polisi Kerajaan Negeri iaitu mengenai isu semasa, hak serta keperluan keluarga yang sejahtera agar pembangunan keluarga khususnya keluarga yang ada isu-isu sosial untuk disantuni dengan sebaik mungkin.

MST juga menjadi platform yang terbaik untuk menghimpunkan tenaga profesional yang telah bersara dan dimanfaatkan kembali kepada komuniti setempat. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Kemuning.

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Exco di atas penerangan yang diberikan sebentar tadi. Soalan tambahan saya apakah perbezaan di antara Mawaddah Support Team ini dengan MPWP ataupun Majlis Perundingan Wanita Parlimen terutamanya dari segi bidang tugas dan sasaran. Terima kasih.

Dato' Rohani binti IbrahimPAS · PNTanjong Mas

Terima kasih kepada soalan tambahan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagaimana yang saya sebutkan tadi Mawaddah Support Team memberi fokus kepada isu sosial dalam keluarga. Sasarannya adalah ketua keluarga… ketua keluarga dan juga keluarga yang berisiko.

Antara program MST Parlimen yang telah dan akan dilaksanakan iaitu :

i. Ziarah Mahabbah Keluarga Mawaddah iaitu keluarga contoh yang terdiri daripada 65 keluarga di seluruh Negeri Kelantan.

ii. Kedua, Ziarah Keluarga Berisiko 2025 seramai 20 keluarga di setiap parlimen iaitu terdiri daripada prospek penjara dan klien AADK.

iii. Ketiga, Program Big Hero Peringkat Parlimen 2026. Seramai 150 orang lelaki setiap parlimen iaitu terdiri daripada prospek penjara dan juga klien AADK.

iv. Keempat, Program Rehat dan Rawat iaitu bagi keluarga yang berisiko yang In Shaa Allah akan dilaksanakan pada 2026 yang melibatkan 10 keluarga yang terlibat dalam kes dadah di setiap parlimen.

Manakala MPWP menumpukan kepada aspek pembangunan, pemerkasaan dan permasalahatan wanita yang mana sasarannya adalah kaum wanita. Sebagai contoh program yang dilaksanakan sebahagian daripada program yang kita laksanakan oleh MPWP adalah :

a) Sesi Libat Urus Pemerkasaan Sosial Wanita.

b) Kedua, We Love We Care iaitu menangani sekurang-kurangnya 10 kes keganasan rumah tangga di setiap parlimen.

c) Ketiga, Bantuan Cakna Hawa dan juga lain-lain.

Kedua-duanya bergerak seiring di peringkat Parlimen untuk memberikan impak yang terbaik kepada masyarakat. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Bunut Payong.

Tuan Shaari bin Mat YamanPAS · PNBunut Payong

Terima kasih di atas jawapan yang telah diberikan oleh pihak Kerajaan tentang peranan yang telah dibuat oleh Mawaddah Support Team. Soalan tambahan saya… soalan tambahan bagi isu ini adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperluaskan fungsi Mawaddah Support Team (MST) dengan kerjasama agensi lain seperti kaunseling profesional, institusi agama atau NGO bagi memperkukuhkan institusi keluarga.

Dato' Rohani binti IbrahimPAS · PNTanjong Mas

Terima kasih kepada Bunut Payong atas soalan tambahan. Kerajaan Negeri pada prinsipnya sememangnya terbuka dan sentiasa memperkukuhkan fungsi MST iaitu melalui pendekatan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak. Kerjasama rentas agensi ini telah pun berjaya dilaksanakan bersama dengan pihak Jabatan Penjara Malaysia dan juga Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Di samping itu, MST di pelbagai peringkat di parlimen turut menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan NGO di kawasan Parlimen masing-masing bagi melaksanakan pelbagai inisiatif keluarga dan juga intervensi sosial. Selain daripada itu, kerajaan negeri juga telah menubuhkan kumpulan sokongan sosial di peringkat negeri yang terdiri daripada tenaga sokongan psiko sosial bertauliah merangkumi kaunselor berdaftar, psikologis klinikal dan juga pegawai perubatan psikiatri bagi membantu keluarga yang menghadapi masalah emosi dan juga bagi memastikan kesejahteraan keluarga tersebut.

Kerajaan Negeri juga telah memperluaskan kerjasama dengan inisiatif iaitu melalui institusi agama khususnya JAHEAIK dalam memperkukuhkan aspek bimbingan spiritual iaitu berteraskan nilai keagamaan termasuk pengukuhan akidah, pembentukan sahsiah dan juga pemantapan peranan keluarga sebagai satu institusi asas dalam masyarakat.

Harapan kami dengan adanya program-program sebegini ianya sedikit sebanyak dapat meringankan amsalah yang dihadapi oleh masyarakat khususnya bagi keluarga yang berisiko. Sekian.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Timbalan Speaker

Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Dabong.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan bagi soalan saya nombor 6.

Soalan 6 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah inisiatif strategik yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi menjadikan Kelantan sebagai hub industri halal yang berdaya saing di peringkat nasional ? ]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

ﻪﻠﻟ ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih pertamanya kepada Dabong ye, Dabong bertanyakan tentang inisiatif strategik pembangunan halal di Kelantan. Jadi Kerajaan Negeri pada asasnya telah menyediakan pelbagai inisiatif strategik. Ini sebenarnya bagi menjadikan Negeri Kelantan kita sebagai hub industri halal yang berdaya saing di peringkat nasional. Jadi oleh kerana itu lah Kerajaan Negeri Kelantan telah pun menubuhkan Majlis Pembangunan Industri Halal Negeri dan ianya telah dirasmikan pada 4 September 2025 yang lalu. Sebenarnya bagi mempastikan bahawa industri halal ini terus diperkasakan di Negeri Kelantan Darul Naim dan ia juga untuk menarik pelaburan halal selain memperbanyakkan dan mempercepatkan proses pensijilan halal supaya Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) ini dimiliki oleh semua pemain-pemain industri bahkan usahawan-usahawan kecil di Negeri Kelantan Darul Naim ini.

Dan ini sebenarnya adalah selaras dengan titah Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan yang telah menyatakan di dalam titah tersebut supaya pembekal-pembekal makanan di Kelantan ini khususnya untuk membekalkan makanan yang bersih, halal, yang berkualiti dan juga memberi kemesraan dan hospitaliti yang baik kepada seluruh rakyat negeri. Ini keutamaan kita di dalam menaikkan industri halal di peringkat Negeri Kelantan Darul Naim ini.

Dan Majlis Pembangunan Industri Halal ini juga sebenarnya kita telah pun mengadakan satu mesyuarat jawatankuasa induk yang pertama pada 15 Februari yang lalu. Dan mesyuarat ini sebenarnya untuk terus membincangkan tentang bagaimana penyelarasan strategik dan program-program yang sepatutnya bersesuaian dilakukan selaras dengan era masa kini. Dan jawatankuasa induk ini terdiri keahliannya daripada Portfolio Jawatankuasa Pelaburan, Kerajaan Tempatan, Pertanian, Halal Development Corporation Sdn Bhd (HDC), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Jabatan Pertanian, Veterinar, Jabatan

Perikanan, Bahagian Kerajaan Tempatan, Invest Kelantan, PKINK, ECRDC dan Kolej Islam Antarabangsa (KIAS).

Dan selain daripada itu, Kerajaan Negeri sentiasa memikirkan cara bagaimana untuk supaya pensijilan halal ini terus mendapat sokongan. Antaranya, Kerajaan Negeri telah memberikan ini tahun ini memberi diskaun fee pensijilan kotej halal sebanyak 75%. Sepatutnya usahawan untuk kotej halal ini dia nak dapat sijil dia kena bayar RM200 tetapi dia hanya perlu bayar RM50 sahaja sebagai satu semangat lah kena ada juga. Jadi potongan 75% ini sebenarnya adalah merupakan satu inisiatif dan juga lah insentif Kerajaan Negeri lah bagi membantu usahawan kecil tempatan mencari pasaran modal yang lebih besar dan khususnya dengan adanya pensijilan halal di Kelantan ini.

Dan In Shaa Allah dengan potongan fee sebanyak 75% ini In Shaa Allah akan dapat memanfaatkan sekitar 66 orang usahawan-usahawan kecil yang home based food ataupun penyediaan makanan dari rumah ini In Shaa Allah ye. Dan di kesempatan ini saya nak ucapkan tahniah kepada Syarikat SR Rezeki Venture milik Puan Nor Syahirah Ruslan daripada Kampung Paya Bemban, Kota Bharu. Ini beliau merupakan pemilik sijil halal kategori kotej yang pertama di Kelantan yang mempunyai SPHM Sijil Pengesahan Halal Malaysia, tahniah kepada dia ye. Dan saya sendiri telah menyerahkan sijil itu pada minggu yang lalu dan memberi sokongan kepada produk yang telah dibuat olehnya adalah lasagna ayam alfredo dan lasagna daging bolognese. Ini antara yang apa yang sedap lah. Dan yang telah pun dibekalkan di Al-Khatiri Coffee, di Sogno Coffee dan juga di Kayuan Coffee berdekatan dengan Kompleks Kota Darulnaim. Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh singgah di situ tapi bayar masing-masing lah ye, lepas sidang boleh singgah tok aci. Dia kena panaskan dok boleh bawa macam buah-buah Exco Pertanian dia boleh bawa buah… takyah panas, ni panas dia dokleh bawa ke dalam Dewan.

Jadi apa kita kena support kepada usahawan-usahawan kecil kita ini. Dan banyak lagi yang lain-lain yang akan mendapatkan SPHM Sijil Pengesahan Halal ini. Ini usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk membangunkan sektor ini dan menjadi minat apa usahawan-usahawan kita untuk membekalkan

khususnya dalam apa produk yang kita kenakan adanya Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Dan di situ juga oleh kerana itu lah Kerajaan Negeri telah merancang bagaimana untuk mengadakan program-program yang sewajarnya untuk selari dengan pembangunan Majlis Industri Halal Negeri Kelantan ini. Dan In Shaa Allah terdekat ini akan diadakan satu Program Dialog Pembangunan Halal Negeri Kelantan ye. Sasarannya melibatkan pemegang taruh dan pemain industri. Ini bertujuan untuk perbincangan strategik hala tuju pembangunan halal negeri dan bagaimana untuk memberi keyakinan yang penuh kepada seluruh rakyat berkaitan dengan halal ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Speaker dan semua Ahli Dewan bahawa pemilik ye premis di kalangan non-Muslim sendiri telah mempunyai 45 premis yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Maknanya bukan SPHM ini hanya dimiliki perlu oleh orang-orang Islam sahaja tetapi mereka-mereka yang bukan beragama Islam. Kerana untuk mempastikan bahawa bila ada SPHM maka premis itu adalah premis yang berkualiti dan bersih yang terbaik.

Dan In Shaa Allah akan diadakan juga Seminar Pemantapan Pengurusan Halal Negeri Kelantan yang bertujuan untuk mempastikan sistem jaminan dan integriti halal ini dapat terus disinergikan. Dan sasarannya juga adalah kepada seluruh pemain-pemain industri, termasuk lah In Shaa Allah berusaha ke arah untuk mendapatkan akreditasi standard ISO/IEC 17065. Ini sebagaimana yang Bahagian Pengurusan Halal JAKIM dapat. Kita nak usaha juga ke arah ini bagi mencapai piawaian antarabangsa supaya In Shaa Allah kita dapat kendalikan pensijilan produk halal, proses perkhidmatan secara lebih kompeten, konsisten untuk meningkatkan kredibiliti, ketelusan dan juga penerimaan di peringkat global In Shaa Allah.

Dan Alhamdulillah di bawah Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan kini di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra pun mempunyai Pusat Halal KIAS ataupun KIASHAC yang sudah pun mendapat tempat dan pengiktirafan antarabangsa Alhamdulillah. Dimana Pusat Halal KIAS telah dilantik ye

sebagai perunding halal bagi Syarikat S Tradition yang berpengkalan di Singapura ye melantik syarikat daripada… perunding daripada Pusat Halal KIAS. Dan baru-baru ini Pusat Halal KIAS telah dijemput ke Tokyo untuk mendapatkan input berkaitan dengan pensijilan halal di negara Jepun dan bertemu dengan Nippon Asia Halal Association yang merupakan salah satu badan pensijilan halal di Jepun yang diiktiraf oleh JAKIM. Dan semua ini adalah merupakan usaha sama usaha sama yang akan dilakukan peringkat demi peringkat untuk mempastikan bahawa bagaimana industri halal ini dapat dapat diberi sinergi yang sepatutnya di Negeri Kelantan Darul Naim. Terima kasih Dato’ Speaker.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Mulia Dabong sekali lagi.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan pendek jah, jawapan panje. Terima kasih Yang Berhormat Exco. Ini satu tambahan soalan, jadi berapakah jumlah pelaburan komited yang direkodkan oleh Taman Industri Halal di Pasir Mas sehingga kini dan apakah bentuk dan jenis barangan halal yang telah sedia ada di Halal Hub Pasir Mas. Terima kasih.

Terima kasih kepada sekali lagi Yang Berhormat Mulia Dabong. Kita ada di Kelantan di Pasir Mas ni Halal Hub Pasir Mas, Taman Industri Halal Pasir Mas ini sebenarnya telah dibangunkan di tanah seluas 108 ekar oleh ECRDC dengan sokongan penuh Kerajaan Negeri Kelantan. Dan apa sebenarnya adalah untuk memenuhi keperluan perusahaan kecil dan sederhana termasuk lah sebenarnya untuk membangunklan sektor-sektor halal dan produk-produk halal di Negeri Kelantan Darul Naim.

Sehingga kini untuk makluman seluruh Ahli-Ahli Yang Berhormat sejumlah Ringgit Malaysia 45 juta pelaburan komited telah direkodkan di Taman Industri Halal Pasir Mas. Dan ini In Shaa Allah berpotensi untuk

menjana sehingga 200 ataupun 200 lebih peluang pekerjaan kepada anak-anak Negeri Kelantan In Shaa Allah. Dan ada 45 lot industri yang telah terjual, ini merangkumi sektor pembuatan dan juga perkhidmatan. Selain itu ada sejumlah 23% kompleks perniagaan usahawan EBC telah pun disewakan kepada syarikat-syarikat tempatan bagi mengusahakan pelbagai produk.

Dan apa menariknya tahun yang lalu saya ke Singapore ada syarikat daripada Singapore yang berminat untuk datang membeli lot-lot industri di Taman Industri Halal Pasir Mas. Jadi apa kita lebih utamakan kepada pemain-pemain industri tempatan kita dulu, anak-anak Kelantan kita. Tapi kita juga akan membuka peluang ini kepada syarikat-syarikat yang berada di luar negara. Dan mereka In Shaa Allah akan menjual produk-produk halal seumpama produk kosmetik, pharmaceutical dan lain-lain lagi lah yang sudah ada lebih kepada produk makanan dan ada juga produk-produk yang berkaitan dengan perubatan.

Dan apa pencapaian sebenarnya pelaburan tersebut adalah merupakan hasil promosi dan juga sesi libat yang telah dilakukan oleh pihak ECRDC sendiri dengan sokongan penuh daripada Kerajaan Negeri, PKINK dan juga agensi-agensi yang berkaitan ye. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Salor.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Exco memandang kita sendiri Negeri Kelantan Negeri Serambi Mekah adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membangunkan ataupun untuk meletakkan dasar halal Negeri Kelantan sebagai bukti komitmen dan kesungguhan negeri dalam sektor ini. Terima kasih.

Terima kasih Salor. Ye pada dasarnya memang Kerajaan Negeri sendiri berasrat untuk mewujudkan atau apa membangunkan Dasar Pembangunan Halal Negeri Kelantan. Dan ini sebenarnya dan sebenarnya sewajarnya dan sepatutnya memang bukan setakat Negeri Kelantan, negeri-negeri yang lain pun mempunyai satu dasar bagi pembangunan halal ini kerana ia menjadi bukan setakat satu agenda di peringkat nasional tetapi ia adalah agenda yang besar di peringkat antarabangsa di peringkat global. Dan sehingga kini Kerajaan Negeri telah meneliti sebenarnya ada satu proposal tentang dasar pembangunan halal. Ini yang telah pun dikemukakan oleh Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra ye untuk menjalankan satu kajian dan mengemukakan cadangan-cadangan yang sesuai bagi Dasar Pembangunan Halal Negeri Kelantan. Jadi kajian ini sebenarnya adalah bermatlamatkan untuk kenal pasti usaha-usaha dan cabaran-cabaran dalam memperkasakan sektor halal ini termasuk lah dibuat analisis-analisis hasil-hasil usaha yang dicapai dalam pemerkasaan sektor halal di Negeri Kelantan Darul Naim. Jadi kertas ataupun proposal ini telah pun apa diteliti di peringkat pihak Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan akan diteliti di dalam Mesyuarat Pembangunan Islam dan Dakwah nanti dan seterusnya akan diangkat untuk mendapat persetujuan. Jadi ye kita akan apa membesarkan sektor ini dan mempunyai satu dasar halal yang jelas di Negeri Kelantan Darul Naim. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Pulai Chondong.

Tuan Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Kelmarin soalan saya nombor 12 tak sempat. Giliran berbahas pun tak sempat juga.

Yang Berhormat Dato Speaker,

Tamat sudah musim tengkujuh, Mohon jawapan saya soalan nombor 7. Soalan 7 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, adakah Yayasan Islam Kelantan berhasrat untuk membuka aliran Sains Tulen di Maahad Syamsul Maarif Perempuan dan aliran TVET di Maahad Syamsul Maarif Lelaki bagi menarik pelajar untuk memilih kedua-dua sekolah tersebut. ]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Pulai Chondong. Harini baru boleh bersiaran. Terima kasih lah seorang Yang Berhormat yang cakna kepada anak buah dia di Pulai Chondong. Yang berkenaan dengan nak buka aliran sains tulen dan juga aliran TVET di Maahad Syamsul Maarif Lelaki dan juga Perempuan.

Kerajaan Negeri melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) sentiasa terbuka dan responsif terhadap cadangan penambahbaikan aliran pengajian di sekolah-sekolah di bawah pentadbirannya, termasuk cadangan membuka aliran Sains Tulen di Maahad Syamsul Maarif Perempuan dan aliran TVET di Maahad Syamsul Maarif Lelaki.

Untuk pengetahuan Dewan, YIK ni bidang fokus yang pelbagai. Pertamanya untuk melahirkan huffaz, YIK menubuhkan tahϐiz. Tahϐiz pun ada qiraat, ada sains dan ada tahϐiz sahaja dan juga aliran arab agama. Dan YIK juga ada aliran pondok. Dan YIK juga ada aliran tadika. Jadi berhubung perkara tersebut, pertimbangan kerajaan adalah berdasarkan beberapa faktor utama.

Pertama, berdasarkan permohonan dan keperluan sekolah. Kena mohon dulu YB. Sebarang pembukaan aliran baharu akan diteliti berdasarkan permohonan rasmi pihak sekolah serta kajian keperluan setempat, termasuk unjuran kemasukan pelajar dan kesediaan prasarana. Takut kita buka dok cukup sekelas… rugi dok. Pernah kita buka per head dia mencecah 5000… rugi… rugi Kerajaan lah dok. Sebab tu lah kena buat kajian unjuran kemasukan pelajar dan juga kesediaan prasarana.

Yang kedua, keupayaan dan kesesuaian pelajar. kerajaan negeri mengambil kira kemampuan akademik dan juga kecenderungan pelajar untuk mengikuti aliran Sains Tulen atau TVET agar pelaksanaannya benar-benar memberi manfaat dan tidak menjejaskan prestasi keseluruhan sekolah.

Jadi kita tengok Syamsul Maarif ni contoh lah Matematik dio ni tidok excellent mano, jadi kalu kito nok buko aliran sains ni dengan add math, ϐizik, bio, kimia takut menjejaskan… rugi. Kalu aliran biasa ni dia boleh up 10A ko yang mendapat tawaran yang Istimewa. Hok tu kito keno buat kajian jugok.

Dan yang ketiganya, keseimbangan dengan identiti pendidikan YIK. Dalam masa yang sama, tumpuan utama YIK kekal kepada pemerkasaan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sebagai teras dan identiti sekolah-sekolah YIK. Hok tu jadi sekolah YIK ni, ditubuh melalui enakmen Yayasan Islam Kelantan untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, bertakwa kepada Allah dan layak berkhidmat untuk membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan ummah. Hok tu… dok… pasal kito tengok aliran biasa ni tidak menjurus koktu maka negeri ambil tanggungjawab ni. Itu adalah identiti Pendidikan YIK. Jadi sebarang peluasan aliran akan dilaksanakan tanpa mengabaikan matlamat melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berteraskan Al-Quran dan juga Al-Sunnah.

Jadi kita tubuh aliran sains, tahϐiz sains jadi berteraskan kepada ilmu, akhlak, Quran, Sunnah tu di dada dia. Jadi sebab tu lah kita berjaya lahir pelajar 20A, 18A tapi dalam dada dia ada Quran. Bila dia sambung belajar ke US, contoh satu tahun tu pelajar 18A sambung belajar ditawarkan ke

US dia mengetuai bacaan Al-Quran pelajar-pelajar Asia… haa tu. Maknanya generasi yang berilmu, berakhlak, berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Itu fokus kita.

Jadi kerajaan negeri akan melaksanakan kajian menyeluruh dari sudut kurikulum, tenaga pengajar, prasarana serta implikasi kewangan sebelum sebarang keputusan muktamad diambil. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Pulai Chondong. Dipersilakan Yang Berhormat Tendong.

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Kalau tuan pergi memancing, Jangan lupa membawa umpan. Kontinjen Kelantan hebat bersaing, Soalan berkaitan nombor 8.

Soalan 8 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah sasaran rasmi pungutan pingat yang di tetapkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan bagi penyertaan dalam SUKMA Selangor 2026 ?]

Tuan Zamakhshari bin MohamadPAS · PNApam Putra

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih juga Yang Berhormat Tendong. Kerajaan Kelantan melalui Majlis Sukan Negeri Kelantan telah menetapkan sasaran rasmi kontinjen Kelantan di SUKMA…sasaran kontinjen Kelantan di SUKMA Selangor 2026 iaitu untuk pingat emas sasaran kita adalah 16, perak 8, manakala pingat gangsa adalah 11.

Sasaran ini mencerminkan keyakinan Kerajaan Negeri terhadap kesiap siagaan Kontinjen Kelantan yang akan menyertai 35 daripada 37 jenis sukan yang akan dipertandingkan. Penetapan ini dibuat berdasarkan analisa prestasi SUKMA terdahulu, perkembangan semasa atlet pelapis, keberkesanan program pembangunan sukan negeri serta pengukuhan aspek kejurulatihan dan juga fasiliti latihan.

Kerajaan melalui Majlis Sukan Negeri Kelantan komited untuk memastikan setiap atlet ada pada tahap terbaik dan bersedia untuk bersaing secara kompetitif di peringkat kebangsaan. Dengan sokongan padu semua pihak persatuan sukan, jurulatih, pegawai dan atlet Kerajaan Negeri yakin sasaran yang ditetapkan ini akan menjadi realistik, berstrategi dan mampu dicapai. Seterusnya memperkukuh kedudukan Kelantan dalam arena sukan negara. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Tendong.

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Terima kasih kepada Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Kerajaan. Soalan tambahan, melalui penjelasan tadi sejauh mana pihak Kerajaan ataupun di bawah Exco Sukan ini menyusun program-program yang melibatkan atlet di peringkat akar umbi ini bagi kesiapsiagaan untuk target ataupun untuk persiapan SUKMA pada tahun ini. Terima kasih.

Tuan Zamakhshari bin MohamadPAS · PNApam Putra

Terima kasih atas soalan tambahan. Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Kelantan memberi penekanan serius terhadap pembangunan atlet daripada peringkat akar umbi sebagai asas utama kesiapsiagaan kontinjen SUKMA Selangor pada tahun ini.

Pendekatan ini dilaksanakan secara berfasa melalui 3 peringkat iaitu pembangunan atlet iaitu bakat, pelapis dan juga elit. Atlet peringkat elit merupakan kumpulan utama SUKMA, manakala atlet bakat dan pelapis

dikenal pasti lebih awal untuk dipersiapkan sebagai pelapis masa depan termasuk pendedahan kepada kejohanan peringkat kebangsaan dan juga serket kebangsaan. Bagi memperkukuh ekosistem ini MSN telah melaksanakan pelbagai program pembangunan seperti Kem Pemerkasaan Pembangunan Sukan, Bengkel Road To SUKMA Selangor 2026, Kursus Sains Sukan Tahap 1 dan 2, Ujian Kecergasan Atlet Siri 1-3, Bengkel Anti-Doping, Nutrition Talk, High Attitude Training Camp, Bengkel Sport Injury serta program attachment latihan di lapangan yang berkaitan. Selain itu atlet juga didedahkan melalui penyertaan kejohanan dan juga serket kebangsaan, penganjuran kejohanan dalaman serta kem-kem latihan berfokus termasuk kem altet SUKMA dan juga kem atlet bakat, pelapis dan juga olimpik.

Keseluruhan pendekatan ini telah meningkatkan tahap kesiapsiagaan atlet secara menyeluruh dari segi ϐizikal, teknikal dan mental. Sekali gus memastikan kontinjen Kelantan lebih bersedia dan kompetitif menghadapi SUKMA 2026. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Persilakan Galas.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang Berhormat Exco, sewaktu SUKMA yang diadakan di Sarawak Yang Berhormat telah mengumumkan bahawa sasaran pingat kita ialah 56. Namun dukacita pencapaian kita hanya lah 3 itu pun gangsa. Dan kita berada di tangga 13 daripada 13 negeri yang menyertai. Dan pada kali ini Yang Berhormat ada menyatakan bahawasanya kita mensasarkan 16 emas, perak 8 dan juga gangsa 11. Ini harapan kita dan kita berharap sasaran ini dapat kita capai.

Kalau lah pencapaian SUKMA terdahulu jadi sandaran saya nampak bahawasanya ia telah menjadi perancangan yang retorik. Soalan tambahan saya, bagaimana negeri kita ataupun pihak jawatankuasa Yang Berhormat memastikan agar isu-isu penghijrahan atlet berbakat negeri

kita yang telah berhijrah ke negeri lain. Dan bagaimana kekurangan jurulatih yang berkualiti ditangani dalam kita menghadapi SUKMA.

Dan yang kedua Yang Berhormat, saya ingin menarik perhatian Dewan ini berkaitan dengan sukan pilihan iaitu sukan bola baling. SUKMA 2028 kita jadi tuan rumah adakah pihak kerajaan bercadang ataupun berhasrat untuk mengangkat sukan-sukan pilihan ini yang ada potensi untuk kita dapat pingat, untuk kita train daripada awal lagi supaya pingat dapat disumbangkan sempena kita jadi tuan rumah SUKMA 2028. Terima kasih.

Tuan Zamakhshari bin MohamadPAS · PNApam Putra

Terima kasih Galas di atas soalan tambahan. Pertama cabaran tentang penghijrahan atlet. Kita akui ini adalah satu cabaran yang besar untuk Kontinjen Kelantan kerana biasanya atlet-atlet ini ditawarkan dengan elaun yang lebih besar oleh negeri-negeri lain. Jadi salah satu pendekatan yang kita ambil adalah pertamanya untuk membina ataupun membina semangat kenegerian ataupun semangat cintakan Kelantan. Jadi mana-mana atlet yang mempunyai semangat cintakan Kelantan walaupun ditawar dengan elaun yang lebih tinggi di tempat lain In Shaa Allah mereka akan kekal di Kelantan. Itu salah satu pendekatan.

Selain daripada itu, kita juga berusaha untuk menempatkan atlet-atlet tersebut di mana-mana agensi Kerajaan ataupun GLC ataupun PBT dan sebagainya. Tapi itu memerlukan kelayakan akademik berdasarkan merit dan sebagainya. Jadi kalau mereka mempunyai kelayakan akademik yang mencukupi sekurang-kurangnya lulus SPM dengan baik, jadi mungkin ada peluang untuk penempatan mana-mana jawatan yang sesuai di mana-mana agensi Kerajaan. Itu salah satu pendekatan untuk kita memastikan mereka kekal di Kelantan.

Yang kedua mengenai isu kejurulatihan. Berdasarkan maklumat yang saya dapat hari ini daripada MSN setakat ini kita tidak nampak isu berkaitan dengan kejurulatihan, semuanya berjalan dengan baik dan tidak ada isu-isu yang berkenaan.

Soalan kedua mengenai sukan pilihan. Ini juga satu apa ni satu isu yang agak kompleks juga. Sebagai contoh pada tahun ini apabila SUKMA di Selangor, dia ada beberapa perbahasan dari segi sukan utama dan sukan pilihan. Dan biasa sukan utama ini kekal, itu tiada isu. Cuma sukan pilihan ni dia banyak faktor yang akan menentukan sukan-sukan mana yang ditentukan. Antaranya adalah sekurang-kurangnya ada 6 penyertaan daripada kontinjen seluruh negara dan juga yang paling penting akhirnya adalah kewangan, kemampuan kewangan. Dan kalau kita tengok hari ini pun, semalam ataupun beberapa hari yang lepas kecoh di media ataupun di peringkat Kerajaan apabila dalam Sidang DUN saya difahamkan Titah Sultan Selangor agar SUKMA Selangor ditangguhkan.

Jadi sekarang ini pun disebabkan faktor kewangan, faktor ekonomi semasa. Setakat ini kita belum mendapat keputusan rasmi, perbincangan masih diadakan di peringkat Kementerian dan peringkat Exco Sukan In Shaa Allah telah dicadangkan satu tarikh pada penghujung bulan ini akan diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA di peringkat negara yang akan diadakan secara hibrid yang akan dipengerusikan oleh YB Menteri untuk menentukan sama ada SUKMA Selangor 2026 diteruskan ataupun dikecilkan skala ataupun ditangguhkan.

So berbalik kepada soalan YB Galas tadi, akhirnya dia bergantung kepada jumlah penyertaan negeri-negeri dan juga kemampuan kewangan tuan rumah. Jadi kalau Galas boleh tolong cari duit banyok untuk sukan tersebut mungkin In Shaa Allah dia dapat sponsor mana-mana kita boleh pertimbangkan untuk dijadikan salah satu sukan untuk 2028. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Bunut Payong.

Tuan Shaari bin Mat YamanPAS · PNBunut Payong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan soalan saya nombor 9.

Soalan 9 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, langkah untuk menarik semula pelancong dalam negeri ke pusat-pusat membeli belah yang menjadi tarikan sebelum ini. ]

Datuk Kamaruddin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﻻﻩ وا ﻣﻦ و ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ آ ﻋﻠﻰ و ﻪﻠﻟ ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Bunut Payong atas soalan. Yang Berhormat Bunut Payong mahu mengetahui langkah yang boleh diambil untuk menarik semula pelancong dalam negeri ke pusat-pusat membeli belah yang menjadi tarikan sebelum ini.

Pusat membeli belah yang ingin kita bicarakan ialah kebanyakannya yang ada di Kota Bharu. Ore mari untuk shopping kebanyakannya mari di Kota Bharu. Dan ada beberapa pusat membeli belah yang tersohor tapi ada juga yang mengalami masalah ekonomi. Dan beberapanya telah terpaksa tutup. Antara yang boleh disebut ialah Parkson, tu dah tutup. Hankyu pun tutup. Di samping itu ada beberapa yang lain yang nampaknya masih boleh bertahan. Dan bahkan setengah tu meningkat maju lagi misalnya AEON, Mydin, Lotus tu begitu gitu lah ye dan Billion juga sedang mengalami satu macam transformasi sekarang ini.

Ini daripada hasil tinjauan yang kita buat lah. Dan kebanyakan mereka ini boleh dikatakan semuanya adalah milik swasta. Ada yang datang meminta bantuan kepada Kerajaan dalam bentuk cadangan ataupun permohonan mengadakan program bersama dan ada yang tidak. Jadi kita ambil keputusan untuk layan yang datang lah. Di antara yang datang jumpa mencadangkan kerjasama ialah AEON. AEON Alhamdulillah dia agak agresif dalam marketing, pernah diadakan beberapa acara pada penghujung tahun lepas dan pada awal tahun ini. Satu daripadanya ialah menjadi tapak pertandingan ayam serama… ayam baik. Kemudian

keduanya tapak untuk kid grand prix tapak apa namanya lumba kereta untuk kanak-kanak.

Jadi itu adalah antara program yang dianjurkan dengan bantuan kita dan telah menarik perhatian. Kita selain daripada itu boleh lah memberi cadangan kepada pihak swasta ini pihak shopping mall ini pusat membeli belah ini ialah untuk pertamanya mengadakan parking yang cukup itu pertimbangan.

Keduanya produk… produk yang biar apa namanya ada pengkhususan produk, misalnya saya perhatikan Mydin dia banyak food stuff barang-barang makanan dan ini telah menggalakkan pengunjung daripada Thailand datang untuk membeli belah di hujung minggu. Billion saya perhatikan kalau dulu dia menjual produk pelbagai sekarang ini nampak dia tumpu pada high end product. High end product maknanya yang bernilai tinggi khusus untuk pengunjung yang mahu barang-barang import, barang-barang yang nilai tinggi yang biasanya terdapat di Kuala Lumpur so dia bawa ke mari dan dijual di Billion. So saya ingat ini satu… satu cara bisnes yang munasabah mengikut perkembangan semasa.

Selain daripada itu, ada juga tapak-tapak membeli belah. Ini yang dimiliki oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang ada mengalami masalah tiada pengunjung tapi ada yang masih boleh bertahan bahkan bertambah baik.

Yang menjadi masalah yang agak apa itu muram sekarang ini ialah tapak di Wakaf Che Yeh. Wakaf Che Yeh yang dulu tempat yang tersohor menjadi tumpuan, sekarang ini sudah lengang tak ada orang. Dan.. tapi macam tapak di medan… di Dataran MPKB itu meriah masih walaupun kedua-duanya tak sama apa namanya bahan yang dipersembahkan. Di Wakaf Che Yeh itu dia banyak kepada barang basah, ini sudah diambil alih oleh TEMAN. Jadi TEMAN sekarang menjadi tumpuan. Saya ada berbincang secara tidak… secara santai saja lah dengan Yang Berhormat Bunut Payong kerana bahagian ini bawah DUN Bunut Payong untuk membuka dengan kerjasama pihak MPKB lah ye cadangan kepada mana-mana pemaju ataupun pengusaha untuk memanfaatkan kawasan itu dengan mengadakan satu pasaran besar yang bersifat apa namanya macam

jumble sale khusus untuk sama ada elektronik produk ataupun barang bundle daripada yang berkualiti daripada negara-negara yang maju boleh dijadikan salah satu tarikan kepada pengunjung-pengunjung. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Bunut Payong.

Tuan Shaari bin Mat YamanPAS · PNBunut Payong

Terima kasih kepada pihak Kerajaan di atas jawapan yang agak panjang lebar tadi. Soalan tambahan saya antara indikator utama tarikan pelancong membeli produk kita adalah kerana keunikan dan keaslian produk makanan dan kraf tangan Kelantan. Adakah terdapat usaha-usaha oleh kerajaan negeri dalam memperbanyakkan hasil produk-produk tersebut. Sekian terima kasih.

Datuk Kamaruddin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

Terima kasih atas soalan tambahan. Ye memang ada usaha dan kita berurusan dengan pelbagai pengusaha sama ada dalam bidang makanan ataupun juga produk kraf tangan. Saya berpandangan bahawa masalah kita, jika ianya masalah ialah bukannya pengeluaran tapi marketing. Masalah kita ialah bagaimana nak memasarkan produk kita. Ini yang kita kurang dan menyebabkan kita agak kurang terkenal kerana pemasaran kita lemah. So kita belum ada satu agensi, belum ada satu badan yang khusus menumpukan usaha dan kegiatan dalam memasarkan Kelantan Made Product keluar.

Pun begitu masih ada juga lah usaha kecil-kecilan, misalnya beberapa misi yang kita buat di luar negeri untuk mempamerkan dan menunjuk barang keluaran daripada Kelantan ni. Dan misalnya semasa event MAHA ke dianjur semasa peringkat Pusat kita menyertai dan kemudian Hari Wilayah Persekutuan pada 1hb Februari tahun ini pun kita menyertai. Ini kita maksudnya Kerajaan mengumpulkan pengusaha-pengusaha sama

ada dalam bidang makanan ataupun produk untuk ambil bahagian di dalam pameran tersebut dan kita tanggung tapaknya. So dan awal bulan Mei nanti In Shaa Allah di Johor Bahru juga kita akan menyertai satu misi Pasaran Kraf Tangan yang akan diadakan di Angsana Mall di Johor Bahru. Marketnya sekitar Johor dan juga Singapore. So itu yang sedang kita usahakan dan akan terus usahakan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Galas.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih. Yang Berhormat Exco telah menyatakan bahawasanya kita telah memertai kontrak pelancongan RM2.3 juta di ITB Berlin yang menyasarkan 2300 orang pelancong Jepun mari ke Negeri Kelantan sepanjang tahun 2026 ni. Saya ucap tahniah atas kontrak ini. Cuma soalan saya nya sebagaimana yang dinyatakan tadi adakah destinasi pusat membeli belah seperti AEON Mall, Mydin, Lotus juga jadi destinasi kita nak bawa pelancong Jepun mari ke Negeri Kelantan dan tengok pusat membeli belah kita ni.

Dan kalau tidak Yang Berhormat, apakah usaha yang dibuat selain daripada tempat ekopelancongan kita nak bawa ke Wakaf Che Yeh… Wakaf Che Yeh selok doh, nok bawa ke Pengakalan Kubor… Pengkalan Kubor pun slow, nok bawa ke Rantau Panjang… Rantau Panjang pun hidup segan mati tak mahu. Jadi apakah perancangan yang dibuat oleh Kerajaan dalam memastikan agar pelancong-pelancong international yang mari ke Negeri Kelantan ini berasa oh comey Kelate kito ni. Dan kito tokse jadi indah khabar dari rupa. Terima kasih.

Datuk Kamaruddin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

Terima kasih Yang Berhormat Galas. Saya bercadang untuk nak menyentuh hari ini masa Penggulungan nanti ye. Tapi oleh kerana dibangkitkan saya boleh sebut sikit-sikit lah. Pertamanya mengenai

kontrak yang ditanda tangan di ITB Berlin, itu ialah di antara syarikat kita Kelantan ni dengan satu syarikat travel agency daripada Jepun. Sasaran kita ialah pengunjung daripada Jepun datang ke Kelantan dan menikmati keindahan seperti Yang Berhormat sebut alam semula jadinya, makanannya, gastronominya. Orang Jepun ni dia kuat makan, yang keduanya dia suka makanan apa ni laut, seafood dan kita Alhamdulillah. Yang ketiganya mereka juga suka eco tourism. So Dabong sudah pastinya lah akan menjadi satu tempat yang utama dalam senarai kita.

Selain daripada itu, mereka juga minat kepada cultural activities dan juga kraf tangan. So saya ϐikir mereka bukan lah nok mari tengok, nok beli belah di shopping mall pasal tempat dia lebih hebat lagi. Tapi Pasar Siti Khadijah satu tempat menarik bagi mereka. So ini semua dalam perancangan dan persiapan untuk menerima mereka ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya berhasrat untuk menangguhkan Dewan. Sebelum saya menangguhkan Dewan saya ingin mengalukan tetamu istimewa barisan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Cabang Empat Wakaf Bharu seramai lebih kurang 30 pelajar. Dewan akan disambung semula pada jam 11.15 pagi.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 10.45 PAGI DAN AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 11.15 PAGI

(Urusan Dewan selepas rehat)

Timbalan Speaker

PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 11.15 PAGI

Speaker

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Persidangan Dewan disambung semula. Semalam seramai 21 orang ahli telah membahaskan usul menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Yang Maha Mulia Pemangku Raja dan hari ini pihak Kerajaan akan membuat Penggulungan kepada perbahasan-perbahasan yang telah dilakukan semalam. Saya persilakan daripada Kerajaan. Siapa yang akan menggulung? Sila.

Datuk Kamarudin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﻻﻩ وا ﻣﻦ و ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ آ ﻋﻠﻰ و ﻪﻠﻟ ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dato’ Speaker, pertamanya ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker atas kesempatan untuk mengambil bahagian di dalam Perbahasan usul menyokong Titah Ucapan D’Raja yang telah disampaikan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja semasa perasmian Dewan pada hari semalam.

Ada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri dalam Perbahasan berkenaan dengan isu pelancongan dalam negeri kita. Dan ini adalah sebagai respon kepada Titah Ucapan yang disampaikan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja yang menyebut dalam Titah Ucapan baginda mengenai pelancongan dan khusus mengenai gastronomi.

Sewajarnya pelancongan menjadi satu daripada aktiviti pemangkin ekonomi. Bahkan bagi setengah-setengah negara pelancongan menjadi kegiatan utama asas kepada pembangunan dan kelangsungan kegiatan ekonomi bagi negara-negara tersebut. Contohnya negara Maldive, 100% pendapatan negaranya ialah hasil daripada pelancongan. Demikian juga

dengan Nepal dan juga Bali di Indonesia. Dan ada beberapa negara lain termasuk lah negara jiran kita Thailand yang banyak bergantung kepada hasil pendapatan negara daripada kegiatan pelancongan.

Jadi bagi kita Negeri Kelantan ni pelancongan adalah suatu yang sangat berpotensi untuk dimajukan dan boleh menjadi sumber tambahan kepada pendapatan negeri. Dan cumanya kemajuan pelancongan bergantung rapat dengan, pertamanya mengenai keadaan politik semasa baik di peringkat global mahupun di peringkat Rantau. Sepertimana yang berlaku sekarang, peperangan di Teluk Parsi dikatakan akan menjejaskan tahap pelancongan peringkat dunia kepada… boleh jadi 50% maknanya menurun apabila ianya menyebabkan kenaikan kos penerbangan, pelan penerbangan juga tidak menjadi sekerap yang terdahulu. Jadi sedikit sebanyak akan membawa kepada penurunan jumlah pelancong yang akan datang khususnya kita di Malaysia ini menerima pelancong daripada Timur Tengah dan juga daripada Eropah… Eropah Barat.

Jadi dalam satu hal kita mendoakan agar suasana kembali jadi aman dan sejahtera bagi menggalakkan kegiatan pelancong. Di samping yang lain kita terpaksa bersedia juga lah untuk menerima keadaan yang mungkin membawa kesan yang tidak begitu baik kepada negara kita dalam hal pelancongan. Dalam apa pun keadaan usaha telah kita jalankan. Duli Yang Mulia Pemangku Raja telah bertitah berkenaan dengan gastronomi. Satu-satunya tarikan pelancong kita di Negeri Kelantan ni ialah makanan. Ini telah diakui oleh pengunjung-pengunjung daripada luar negeri maksudnya domestik luar negeri Kelantan dan juga pengunjung antarabangsa.

Bahkan salah satu daripada menu daripada Kelantan yang diangkat untuk dijadikan item dalam pertandingan masak di peringkat antarabangsa pada tahun lalu di Dubai iaitu nasi kerabu telah berjaya dipilih sebagai johan masakan. Itu nasi kerabu yang mungkin yang sudah pasti bukannya dia bawak ore yang buat daripada Kelate lah di sana tu. Ni puak puak chef di Kuala Lumpur saje yang bawak tu. Dan saya agaknya boleh jadi nasi kerabu tu dalam 70-80% jah hok ado komponen hok aslinya. Dan kita tak tahu nasi kerabu mano tu, nasi kerabu tumis ko, nasi kerabu golok ko, nasi

kerabu putih ko, hitam ko kito tak tahu tapi pokoknya nasi kerabu lah Alhamdulillah. Jadi kalu dio mari sini jupo dengan hok asli ni lagi lah tokse kelik kalih, In Shaa Allah tu nasi kerabu jah tu.

So dalam hal mempromosikan gastronomi pihak Kerajaan sedang bercadang sedang bersiapkan untuk mengadakan food festival di dua tempat, satu di Johor Bahru sekali lagi, ye Johor Bahru ni basically kita nak tackle market daripada Singapura dan yang keduanya ialah di Kuala Lumpur. Semuanya itu sedang dalam perancangan. Dan ini selain daripada memberi galakan dan juga bantuan yang sewajarnya kepada pengusaha-pengusaha yang memohon permit dan bantuan untuk mengadakan pesta makanan di dalam negeri kita seperti yang banyak kali berlaku pada tahun yang lalu dengan mendapat sambutan yang sungguh baik.

Cumanya complaint yang saya terima ialah mengenai dengan harga. Apabila buat di sini ramai yang complaint kata harganya agak lebih mahal daripada makanan di luar daripada pesta. So ini satu isu yang In Shaa Allah kita akan cuba handle, kita cuba uruskan dengan pihak penganjur supaya ia tidak menjadi suatu yang boleh menjejaskan sokongan orang ramai kepada usaha ini.

Saya juga ingin berterima kasih kepada ADUN dari Tawang yang menyebut tentang Bachok sebagai Bandar Pelancongan yang dinobatkan oleh Kerajaan. Kerajaan berhasrat untuk tidak sahaja mengehadkan Bandar Pelancongan ini kepada Bachok. Walaupun sekarang ini Bachok itu kita sebut lah Bandar Pelancongan dan dia ada lah dia punya keistimewaan dia. Tapi juga hasrat kita pada jangka masa yang panjang sikit ialah untuk menjadikan semua bandar di Kelantan ini sebagai bandar yang mempunyai nilai yang tinggi untuk menarik pelancong ke tempat-tempat bandar-bandar tersebut.

Bachok sewajarnya dengan pantainya terpanjang. Kalu kito di Kelate ni Pantai Bachok lah yang terpanjang, bersih, landai, luas, menampung beberapa jenis kegiatan yang besar, yang telah diadakan… yang akan diadakan seterusnya bukan sahaja oleh penganjur yang berkaitan dengan

kesenian tetapi juga dengan pertanian dan lain-lain dibuat di Bachok. Dan cuma di 1-2 tempat di daerah Bachok masih dalam DUN Tawang akses… akses ke pantai itu agak sedikit bermasalah kerana jalannya sempit. Dan ini telah dibawa kepada perbincangan dengan pihak Majlis Daerah dan juga Pejabat Tanah bagaimana untuk kita permudahkan orang lalu lintas. Dan kalau tak kita selesaikan masalah ini dalam jangka masa yang dekat dia mungkin menjejaskan potensi Pantai Senok ini dimajukan sebagai satu lagi tempat yang besar untuk pelancongan. Itu sangat besar apatah lagi dengan adanya jambatan yang sedang dibina sekarang ini yang akan menghubungi Pulau Gajah dan terus ke Pengkalan Chepa dan terus ke airport dan Kota Bharu.

Dan ini boleh jadi satu jalan utama alternatif yang baik bagi travelers bagi mereka yang menggunakan jalan raya daripada Besut untuk ke Kota Bharu untuk ke airport ye. In Shaa Allah jadi orang di sekitar jalan itu akan mendapat limpahan manfaat ekonominya. Di bandar-bandar lain semuanya ada tarikan masing-masing. Pasir Puteh dengan sejarahnya, Kota Bharu sebagai tempat berkumpulnya kegiatan budaya, makanan, shopping. Tumpat dengan pulau-pulau yang pelbagai termasuk dengan ϔloating market. Pasir Mas dengan Tasik Tok Uban nya, dengan ϔloating solar nya. Kuala Krai dan Jeli dengan Gua Musang dengan eco-tourism. Jadi Tanah Merah, tak lupa Tanah Merah dengan Guillemard nya. Tahniah YB kerana kesungguhan untuk mempromosikan Guillemard. In Shaa Allah ini semuanya dalam perhatian Kerajaan untuk dibangunkan. Machang dengan Bukit Bakau dia, dengan pusat pengajiannya. Dan In Shaa Allah boleh jadi tertakluk kepada rundingan dengan pihak kelab golf Kelate ni. Boleh jadi kita akan cari tempat sebagai alternatif kepada tapak yang ada sekarang ini di Machang.

Dan Dabong… Dabong saya nak sebutkan Yang Berhormat Mulia Dabong dalam ucapan seolah-olah macam merintih lah untuk kita ambil usaha yang lebih untuk mempertingkat dan memperkenalkan Dabong kepada pengunjung dari dalam negeri dan dari luar negara. Untuk makluman Yang Berhormat Mulia ADUN Dabong memang Dabong ni kita bawa mana-mana. Baru-baru ini seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Galas yang bertanya berkenaan dengan satu pasaran pelancongan

terbuka antarabangsa di Berlin, Jerman kita bawa Dabong ke sana. Tapi bukan bawa ADUNnya, bawa bendanya ye dengan video dengan segala macamnya. Boleh jadi kes tak bawa ADUN Dabong kot… In Shaa Allah dikesempatan lain lah.. tok bawa tuan dia ni. Dalam apa namanya perjanjian yang kita apa namanya endorse kita saksikan antara satu syarikat pelancongan Kelate ni dengan syarikat pelancongan daripada Jepun itu yang mensasarkan berapa juta ye yang bernilai RM2.3 juta perjanjian pelancongan ini. Isu yang kita bawa utamanya ialah tarikan Dabong itu. So dan In Shaa Allah eco-tourism ini menjadi forte kita maknanya kekuatan kita di Kelantan selain daripada makanan dan juga cultural activities.

Dan selain daripada itu saya ingin juga… patut sebut awal tadi lagi tapi saya ingat tak terlewat juga untuk memberi penjelasan berkenaan dengan kedudukan usaha pelancongan di peringkat negeri ini berbanding dengan yang di peringkat Persekutuan. Mengikut Jadual 9 Perlembagaan Malaysia, pelancongan adalah dibawah senarai federal bukan dibawah senarai negeri ertinya tugas untuk mempromosi Malaysia dan negeri-negeri di dalamnya itu ialah tugas federal. Dia patut lebih banyak belanja untuk mempromosi negeri-negeri yang agak terkebelakang dari segi promosi.

Tapi saya ada perhatikan masa dalam perjumpaan di antara negeri-negeri bersama dengan menteri dan kegiatan-kegiatan yang mereka lakukan. Negeri-negeri yang sudah terkenal, mendapat sokongan dan juga peruntukan yang lebih banyak. Manakala negeri tersebut tak perlu lagi. Negeri macam negeri Melaka, Melaka mendapat yang terbanyak apa namanya sokongan bahkan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat di Melaka dan ratusan puluhan juta belanja untuk tujuan itu ye. Penang juga tak perlu kepada sokongan lagi dah, sudah terkenal semuanya ini. Tetapi ye lah itu lah masalah kita. Apa pun kita masih apa namanya merasa terhutang budi dengan Kerajaan Pusat melalui MOTEC dalam beberapa tahun ini agarnya lebih mesra. Dan saya percaya ini sebahagian besarnya hubungan baik dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang ini. Dan kita berharapkan hubungan baik ini dapat diteruskan

ditingkatkan. Dan dengan demikian usaha-usaha untuk memajukan Negeri Kelantan dalam bidang pelancongan ini mendapat sokongan dan juga peruntukan yang lebih. Dan akhirnya itu lah kita doakan mudah-mudahan suasana ekonomi dunia dan juga politik dunia, geo politik dunia akan kembali tenang dan maju kerana dengan demikian saja lah pelancongan di negeri-negeri di Malaysia ini tidak terkecuali Kelantan akan mendapat ruang untuk memajukan diri kita dalam bidang ini. Sekian terima kasih.

Speaker

Okay terima kasih. Lagi? Yang Berhormat, sila.

Tuan Zamakhshari bin MuhamadPAS · PNApam Putra

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﻪﻠﻟ, ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ِ ِ ِ ﱄ ﻮ ﻗ ا ﻮ ﻬ ﻘ ﻔ ﻳ ﺎﱐ ﺴ ﻟ ﻦ ﻣ ﺪ ﻘ ﻋ ﻞ ُ ﻠ ﺣ ِي ﺮ ﻣ أَ ﱄ ِ ﺮ ﺴ ﻳ ﺪ ﺻ ﱄ ِ ﺮ ﺷ ا ـَ َ ْ ْ ْرِي ْ ِرَبِّ ْ ُ ـَ َ ْ َةً ُ ْ ْ وَا ْ ْ ِّ َ وَ َ َحْ Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Perbahasan Titah D’Raja khususnya yang telah menyentuh Portfolio Belia, Sukan, NGO serta Perpaduan Masyarakat. Izinkan saya untuk membuat Penggulungan terhadap beberapa perkara yang telah dibangkitkan. Pertamanya YB Galas, YB Galas ada membangkitkan tentang isu pembangunan fasiliti sukan serta rekreasi. Secara umumnya, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memperkasa pembangunan sukan sebagai medium untuk membina jati diri belia. Sepanjang tempoh semasa beberapa kemudahan sukan telah dinaik taraf secara berfasa di seluruh negeri. Dengan saya ini ada senarai lebih kurang 15 projek ataupun pembangunan penambahbaikan kemudahan-kemudahan sukan dibawah peruntukan Projek

Pembangunan Belia P02 dibawah Setiausaha Kerajaan Negeri. Dimana dibawah peruntukan P02 ini untuk penyediaan infra sukan, peruntukan Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM800 ribu setahun. Jadi setiap tahun peruntukan itu akan digunakan untuk projek-projek menaik taraf fasiliti sukan.

Selain daripada itu, kita juga… ada juga peruntukan dibawah Portfolio Exco. Mace tadi direct bawah SUK RM800 ribu, dibawah Exco peruntukan untuk belia dan sukan kadang-kadang kita guna juga sebahagian daripada peruntukan itu untuk kemudahan fasiliti sukan. Selain daripada itu, peruntukan dibawah RKP di peringkat DUN juga boleh digunakan untuk membangunkan kemudahan sukan termasuk contohnya biasanya kalau di kampung-kampung gak dia boleh buat court sepak takraw untuk kemudahan anak-anak muda khususnya. Selain daripada itu, peruntukan pembangunan sukan dibawah Portfolio Exco sendiri adalah sebanyak RM3 juta. Sebarang program-program sukan boleh menggunakan peruntukan tersebut termasuklah yang kita gunakan yang kita belanjakan lebih kurang RM1.5 juta, separuh daripada bajet tersebut untuk Liga Elit DUN serta Piala MB. Satu bajet yang cukup besar yang melibatkan sejumlah besar anak muda Kelantan.

Yang kelima, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan dana tahunan kepada Majlis Sukan Negeri untuk sukan berprestasi tinggi sebanyak RM4 juta setahun. Maknanya banyak lah peruntukan-peruntukan yang kita peruntukan untuk pembangunan sukan. Selain daripada itu, SUKMA Kelantan 2028 juga menerima peruntukan sebanyak RM1 juta bagi tahun 2026. Jadi kalu kita campur semua tadi keseluruhan bajet ataupun peruntukan untuk aktiviti sukan di Negeri Kelantan melebihi RM10 juta. Tidak termasuk bajet dibawah Kementerian Belia dan Sukan, maknanya JBS pun banyak program-program sukan dilakukan dan juga termasuk juga Jabatan Perpaduan Masyarakat dia ada juga bawah program-program sukan yang diadakan.

Dan saya yakin pada masa yang sama dibawah sahabat saya Exco Kerajaan Tempatan juga telah banyak dibelanjakan untuk pembangunan dan pembinaan pusat rekreasi di seluruh negeri. Manakala loni kita tengok di

Kelate ni boleh dikatakan setiap daerah itu telah dibangunkan pusat-pusat rekreasi untuk anak-anak muda ataupun keluarga untuk berekreasi. Selain hok tadi juga, ada juga peruntukan dibawah EFT untuk membangunkan kawasan-kawasan rekreasi berasaskan nature conservation. Antara yang telah dibangunkan di tempat ambo sendiri adalah Taman Wetland Apam Putra yang hampir siap sepenuhnya.

Dan nok oyak dari segi compackment kesungguhan Kerajaan Negeri dalam membangunkan fasiliti sukan. Apabila Kelantan mengambil keputusan untuk menjadi tuan rumah SUKMA 2028, itu adalah satu cabaran untuk menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi kepada rakyat. Maknanya selain daripada kita dapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk contohnya membangunkan Kompleks Sukan Bukit Merbau yang melibatkan 5 venue utama. Hok ni ramai ore saloh pehe, kade-kade dio kato hok tu hok Pusat, kalu dok harap ko Pusat dok jale.

Betul… Pusat peruntukan venue adalah dibawah Pusat, tetapi untuk sebelum venue itu boleh dibina perlu ada kerja-kerja tanah, perlu ada kerja-kerja infra. Kerja-kerja tanah dan infra ni adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri yang jumlahnya cukup besar juga. Setakat ini kita telah membelanjakan lebih RM160 juta untuk kerja tanah dan infra bagi pembangunan Kompleks Sukan Bukit Merbau. Jadi untuk mengatakan bahawa kita tidak serius dalam membangunkan fasiliti sukan ini adalah sangat tidak tepat lah berdasarkan jumlah kesemua yang saya sebut tadi makna satu jumlah yang besar untuk membangunkan fasiliti kemudahan sukan untuk rakyat Kelantan khususnya anak muda.

Seterusnya YB Bunut Payong, YB Tendong, YB Gual Ipoh membangkitkan tentang pembangunan infrastruktur sukan dan rekreasi di kawasan masing-masing. Kerajaan Negeri mengambil maklum cadangan yang dikemukakan. Bunut Payong membangkitkan kemudahan padang bola sepak, pusat komuniti serta riadah di Lembah Sireh. Berdasarkan maklumat yang saya dapat daripada Pejabat Tanah dan Galian tiada tanah kerajaan di Lembah Sireh yang sesuai dijadikan padang bola sepak serta pusat komuniti. Sebab majoriti tanah yang kita tengok walaupun napok kosong loni adalah hak milik swasta ataupun hak milik individu. Jadi

sehubungan dengan itu, bagi membangunkan kawasan tersebut dengan pusat rekreasi ataupun kemudahan sukan saya menyarankan YB Bunut Payong agar dapat mengadakan perbincangan dengan pemilik tanah untuk membangunkan kemudahan padang bola dan juga pusat komuniti di situ. In Shaa Allah di pihak Kerajaan kita bersedia membantu dalam menjayakan perbincangan tersebut.

Kemudian Gual Ipoh, Gual Ipoh ada sebut tentang kompleks sukan dia ataupun pusat rekreasi. Jadi setakat ini Kerajaan telah membelanjakan ataupun meluluskan RM200 ribu untuk menyiapkan padang bola sebagai salah satu komponen utama di taman rekreasi tersebut. Tahun ini pun nampak ada permohonan lain, setakat ini saya KIV dulu, kita utamakan DUN hok takdok pade dulu. Ni selesai doh pade dih, jadi bahagian tambahan tu In Shaa Allah boleh cuba dapatkan peruntukan-peruntukan lain dulu In Shaa Allah.

Dan YB Tendong sebut tentang pembangunan kawasan rekreasi di Tendong dan cadangan litar sukan lasak dan juga sukan permotoran. Sebagaimana saya sebut sebelum ini Kerajaan telah merizabkan dan mewartakan tanah seluas 3.7288 hektar di Mukim Sokor Daerah Hulu Kesial sebagai tapak sukan motor cross yang telah diluluskan dalam Mesyuarat MMK Kali-4 2026. Jadi setakat ini dari segi bawah Kerajaan nya kita dah warta situ untuk kita bangunkan sebagai pusat sukan motor lasak. Jadi walau bagaimanapun untuk aktiviti dale DUN Tendong tu In Shaa Allah terutamanya di Teluk Kerengga tu kita tidak ada masalah untuk memberi sokongan sebagaimana yang sudah berjalan sukan motor cross antarabangsa In Shaa Allah.

Secara umumnya apabila kita bercakap tentang kemudahan sukan dan rekreasi pendekatan Kerajaan adalah pertamanya ianya dilakukan secara berfasa. Maknanya kita bukan buat sekali gus kita buat sikit-sikit. Yang kedua, berdasarkan keutamaan dan kemampuan kewangan negeri. Sebab itu lah apabila tahun lepas kita mempromosikan Satu DUN, Satu Padang Bola pada tahun ini kita menerima banyak permohonan. Hok tahun lepas sikit jah sebab baru, tahun ni bila dah banyak DUN-DUN yang dapat jadi banyak permohonan saya terima. Jadi dengan bajet yang terhad kita perlu

tengok keutamaan. Jadi keutamaan kita adalah DUN yang masih belum mempunyai padang. Hok ado doh tu nok bekki tu ork dulu, kita utamakan dulu pada hok mano takdok dulu. Itu keutamaan. Dan In Shaa Allah kalu pitih lebih kito buleh buat tempat-tempat lain. Yang ketiga adalah kerjasama dengan PBT, agensi berkaitan termasuk Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta Jabatan Pembangunan Persekutuan yang ada bajet yang In Shaa Allah kita boleh dapatkan bajet untuk pembangunan sukan.

Kemudian YB Pengkalan Pasir… YB Pengkalan Pasir ada menyentuh tentang pembangunan belia dan juga ikon anak muda. In Shaa Allah dibawah program KFLI Kelantan Future Leader Institute kita akan terus memperkasakan program tersebut untuk melahirkan ikon-ikon belia, membina kepimpinan muda sebagai pelapis pimpinan masa depan negeri. Dan In Shaa Allah ikon Kelantan Future Leader ini KFLI ini akan menjadi role model masyarakat dalam segala bidang. Sebab itu fokus kita dalam Kelantan Future Leader ini kita nak diversify sebab itu lah penyertaan terbuka daripada sekolah YIK, daripada sekolah kebangsaan, daripada MRSM, daripada SBP, daripada tahϐiz dan sebagainya terbuka. Jadi kita mahu mix of leaders termasuk academician, entrepreneur, usahawan, perkhidmatan awam, bakal-bakal PTN, bakal-bakal PTD, tokoh-tokoh korporat serta pemimpin masyarakat. Itu yang In Shaa Allah ikon-ikon yang akan kita lahirkan. Sebab itu lah dalam konteks KFLI ini kita bukan sekadar mengadakan program sebagai peserta program tetapi In Shaa Allah anak-anak muda yang bersama kita itu bakal menjadi pemimpin masa depan Negeri Kelantan.

Seterusnya YB Kota Lama, dia tiap-tiap tahun mesti ada yang menyentuh dan peminat setia juga ni dih In Shaa Allah. Saya pun minat juga dia. Jadi dia ada dua isu yang dibangkitkan. Pertama isu sewa tapak bazar walaupun secara langsungnya In Shaa Allah secara panjang lebar akan dijawab oleh rakan saya Exco PBT cuma Kota Lama ada juga menyentuh tentang bazar di stadium. Sebenarnya bazar di stadium ni sebagaimana disentuh oleh Kota Lama adalah isu lama sebenarnya. Isu berbangkit pada 2024. 2025 selesai takdok isu pun. Dan sebenarnya apabila berbangkit pada 2024 ianya telah selesai dengan baik. Maknanya liney dan peniaga di

situ tidak ada isu dan Alhamdulillah berniaga dengan baik dan mereka mendapat pendapatan yang baik. Sebab itu lah dalam konteks Bazar Ramadan khususnya saya bercakap spesiϐik tentang tapak di stadium sebabnya ia di bawah Perbadanan Stadium. Mungkin tapak PBT yang lain akan diulaskan oleh Exco PBT.

Dalam konteks bazar ataupun dalam konteks bisnes kita perlu menyeimbangkan antara kebajikan peniaga dan juga kelestarian pengurusan fasiliti. Sebab stadium ini dia memerlukan dana untuk maintenance. Kalau sebelum ni kita tengok antaranya masalah kerusi yang belum cukup, tandas yang masih lagi yang belum ada sebahagian tandas masih belum diperbaiki. Dan Alhamdulillah mace loni pun, kalau sebelum ini berbangkit isu score board, Alhamdulillah score board ni kita sudah dapat kerjasama daripada pihak swasta kita buat smart partnership dan sedang dalam proses untuk test percubaan untuk digunakan selepas ini. Dan sebab itu lah dalam konteks ekonomi ini ataupun dalam konteks bisnes dia ada konsep demand and supply. Maksudnya bila permintaan itu tinggi maka harga akan jadi tinggi. Sebab itu lah kalau kita tengok dalam konteks di dataran stadium itu dengan permintaan yang tinggi yang ada, walaupun harga dia lebih tinggi berbanding dengan tempat-tempat lain permintaan masih banyak, permintaan masih tinggi.

Berdasarkan rekod yang saya dapat daripada Perbadanan Stadium, jumlah sewaan ataupun jumlah lot yang ditawarkan adalah 150 lot dengan harga tapak biasa RM1350 habis dijual. Dan Alhamdulillah maknanya semuanya berjalan dengan baik dan peniaga pun gembira. Takdok pun peniaga complaint dengan harga tersebut dan mereka dapat keuntungan. Cuma mungkin faktor-faktor yang lebih murah tu In Shaa Allah akan ada diulas oleh Exco PBT. Cuma saya bercakap spesiϐik di tapak stadium.

Okay kemudian isu hok panas dih.. isu hok panas sakni pun saya tengok Facebook pun dah agak viral sikit apabila komen rakan-rakan daripada Melor dan juga Gual Periuk tentang isu apa ni di rempit ataupun sokor rempit di lapangan terbang. Walaupun dalam komen tu ada lah salah seorang netizen tu tersasul macam mana dia kata ADUN Melor dengan

ADUN Apam Putra, entah macam mana dikaitkan saya dan dia kata Gual Periuk. Okay dalam isu ini saya melihat bahawa sebab itu saya kata saya minat Kota Lama ini dia selalu membangkitkan isu-isu berkaitan dengan belia. Dan selalunya isu yang dibangkitkan ialah isu-isu yang negatif. Kalu dulu isu dadah, tahun ni isu rempit, tahun depe tok tahu isu gapo lah. Jadi hok mano dea tubik viral isu tu akan disambut oleh Kota Lama.

Saya suka mengajak Ahli Dewan yang mulia ini dalam isu-isu yang melibatkan gejala sosial secara umum ataupun rempit secara khususnya kita perlu melihat secara komprehensif, kita perlu melihat daripada semua sudut. Saya nak bawa sor cerito sikit lah, cerito ore buto dengan gajah. Mungkin puok kito biasa dengar kea, beberapa ore buto dengan gajah. Gajah ni besar. Gajah adalah binatang yang besar. Dan bila ore buto ni dio pege ekor gajah, bilo ore tanyo gajah ni lagu mano, dio kato gajah ni kecil jah, panje. Makna sebab dio pege ekor, sebab dio tok napok hok lain. Ore buto hok lain dio pege kaki, ore tanyo gajah ni lagu mano, dio kato gajah ni memanjang, menegak makna keras dio kato gajah. Pahtu ado ore buto hok lain dio pege perut, perut gajah dih. Bila ore tanyo gajah ni lagu mano, gajah ni bulat besar. Dan ado hok ore pege telinga, bilo tanyo gajah ni lagu mano, dio kato gajah ni lembik okay. So apa sahaja yang tuan-tuan sebut ataupun apa saja sebut berkenaan dengan isu rempit, isu sosial ini betul. Nok kato budak bermasalah betul tapi nok kato hok tok bermasalah pun betul jugok sebab bergantung kepada sudut mano hok kito tengok, bergantung penilaian mana yang kita buat. Yang kita bimbangnya kalu dio pege gajah takpo takut dio pege najis gajah, kaba-kaba dio kato gajah ni busuk sebab dio pege najis. Kita bimbang… harap-harap Kota Lama bukan lagu tu lah dih. Makna bukan saloh pege gitu okay.

So sebab itu lah dalam konteks ni saya ingin mengajak kita memahami dulu dalam pengurusan dia panggil Root Cause Analysis ataupun dalam perancangan dia ada SWOT Analysis. Maknanya bila SWOT ni antaranya ialah Situational Analysis. Maknanya sebelum kita nak mengulas tentang sesuatu isu tu we have to understand the situation behind dengan izin. So isu rempit di Malaysia ni bila kita sebut rempit merujuk kepada aktiviti lumba haram, aksi berbahaya di jalan raya serta budaya geng motosikal yang sering melibatkan golongan muda.

Persoalan yang saya ingin tanya kepada semua yang hadir pada hari ini adakah yang berlaku di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra adalah lumba haram. Ada nampak budok nerap? Ataupun adakah mereka melakukan aksi berbahaya? Maknanya mitah kokse ko gapo ko ataupun maknanya benda-benda yang begitu. Tetapi ingin saya tegaskan di sini bukan kata saya sokong. Nanti kato Exco Belia sokong anak muda merempit... dok. Sebab itu lah sebelum saya pergi lebih lanjut saya suka ingin membaca secara penuh kenyataan media saya yang dikeluarkan pada 6hb April, hari ini 22 doh dih. Maknanya lebih 2 minggu kenyataan ini yang viral di Malaysiakini dan beberapa akhbar. Tapi dia sebut sor jah biasa lah kan berita ini dia akan cari mana-mana yang boleh menarik dan boleh menimbulkan kontroversi. Jadi hari ini saya nak baca penuh supaya kita dapat melihat keseluruhan… keseluruhan.

Okay… kenyataan media 6hb April 2026 isu aktiviti rempit di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Pendekatan menyeluruh melalui penguatkuasaan dan pembangunan belia. So point kita adalah pendekatan menyeluruh, penguatkuasaan dan pembangunan belia. So ini penerangan rasmi Kerajaan. Kerajaan Negeri Kelantan memandang serius isu aktiviti tidak sihat melibatkan segelintir anak muda di kawasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa yang tular di media sosial baru-baru ini. Sehubungan dengan itu, ditegaskan bahawa sebarang kelakuan yang boleh membahayakan keselamatan awam adalah tidak boleh dikompromi dan perlu ditangani secara tegas melalui tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa. Itu ayat pertama. Penegasan yang pertama maknanya sebarang perlakuan yang boleh membahayakan keselamatan awam adalah tidak boleh dikompromi dan perlu ditangani secara tegas melalui tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa. Jadi kalau lah apa yang berlaku itu menimbulkan bahaya kepada keselamatan awam maka tindakan perlu diambil.

Okay walau bagaimanapun, ayat ni hok tubik dulu. Dio tok tubik hok ayat mulo-mulo tu, dio tubik walau bagaimanapun. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa isu ini tidak wajar dilihat secara sempit atau digeneralisasikan sehingga mencerminkan keseluruhan anak

muda Kelantan, hakikatnya majoriti anak muda negeri ini aktif dalam bidang pendidikan, sukan, keusahawanan serta pelbagai program pembangunan diri yang positif. Hok ni hok tubik walau bagaimanapun, hok kito kato kita tidak bersetuju dan perlu ambil tindakan tu tok tubik. Jadi kito keno pehe situ.

Okay pendekatan menyeluruh Kerajaan Negeri bagi menangani isu ini secara berkesan Kerajaan Negeri menggunakan pendekatan bersepadu yang merangkumi aspek berikut. Dia ada 3, penguatkuasaan, pembangunan belia, penyediaan kemudahan riadah dan aktiviti alternatif. Penguatkuasaan, kerjasama erat pihak berkuasa seperti PDRM, JPJ serta Masjid Airport Hall Sdn. Bhd. sebagai tuan rumah kepada lapangan terbang tadi. Sokongan terhadap operasi penguatkuasaan berterusan di kawasan berisiko makna bukan setakat di lapangan terbang, mana-mana tempat berisiko berlakunya lumba haram dan sebagainya. Aktiviti rempit ini perlu ada penguatkuasaan yang berterusan. Pemantauan berkala bagi memastikan keselamatan awam sentiasa terjamin. Itu yang pertama.

Yang kedua, pendekatan kita adalah pembangunan belia. Memperluas pelaksanaan program-program pembangunan belia yang berfokus kepada pembinaan sahsiah, kemahiran dan kepimpinan. Ini termasuk program pembangunan kepimpinan belia dibawah Kelantan Future Leaders Institute, program pembangunan jati diri belia dibawah Anak Muda Rakan Al-Quran serta lain-lain program akar umbi belia dan sukan dibawah Urusetia Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Kelantan.

Yang ketiga… yang kedua, mengaktiϐkan platform belia di peringkat negeri dan komuniti sebagai ruang penglibatan positif dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan. Dan menggalakkan penyertaan anak muda dalam aktiviti sukan, kesukarelawan dan juga keusahawanan. Okay itu yang kedua penguatkuasaan, pembangunan belia.

Dan yang ketiga adalah penyediaan kemudahan riadah dan aktiviti alternatif. Itu yang berbangkit isu litar yang kita cadangkan. Pewartaan tanah Kerajaan sebagai tapak sukan motor cross sebagaimana saya sebut

kepada jawapan kepada Tendong tadi. Di Mukim Sokor Tanah Merah sedang digerakkan bagi menyediakan ruang aktiviti permotoran yang lebih selamat dan terkawal. Walaupun kita rasa ianya tidak boleh menyelesaikan masalah ini sepenuhnya, sekurang-kurangnya ia mengurangkan isu tersebut.

Penambahbaikan kemudahan riadah keluarga dan rekreasi di seluruh negeri bagi memenuhi keperluan anak muda dan masyarakat. Sebagaimana saya sebut tadi dibawah Exco PBT, loni kito tengok banyok tempat-tempat rekreasi yang sedang dan telah dibangunkan. Sokongan dan juga penglibatan Kerajaan Negeri dalam aktiviti sihat permotoran seperti RXZ Forever Legend dan juga Mat Moto Day. Walaupun ada juga kata-kata sumbang bakpo duk wat gitu nyo, bakpo duk sokong puok-puok ni nyo. Jadi kalu kito tok buat demo kato gapo alternatif untuk hok duk rempit tadi. Jadi sebenarnya itu adalah satu ruang untuk mereka mengeksprasi diri mereka secara terkawal.

Okay tanggungjawab bersama. Kerajaan Negeri menegaskan bahawa isu sosial seperti ini memerlukan kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa, institusi pendidikan, komuniti dan anak muda itu sendiri. Dalam konteks ini pembinaan nilai, disiplin dan tanggungjawab perlu diperkukuh agar setiap individu memahami batas kebebasan serta menghormati keselamatan dan kepentingan awam.

Dan akhir sekali, penegasan Kerajaan Negeri. Dengar molek deh 3 ni deh. Penegasan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri akan terus komited untuk memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara. Yang kedua, memperkasa pembangunan belia secara holistik. Makna kita bukan dale bahasa pengurusan dia panggil ϔire ϔighting, makna kita bukan kerja kita bila ada isu nok menyelesaikan isu tu tapi lebih kepada holistik. Kita membangunkan, memperkasa pembangunan belia secara holistik. Maknanya pelbagai program kita buat tadi. Hok akhirnya terlepas sore dua masalah nok wat gano kea. Itu lah realiti kehidupan. Tidak ada semua perfect.

Yang ketiga, menyediakan ruang dan peluang constructive kepada anak muda. Isu ini harus ditangani secara bijaksana berfokus kepada penyelesaian jangka panjang bukannya melalui pelabelan ataupun persepsi yang tidak membantu usaha membina generasi masa hadapan. Panje saya baca dih. Maknanya ini lah kenyataan media pada 6 April. Tapi hok tubiknya adalah Kerajaan Negeri bela mat rempit. Tubik tajuk tu jah. Isinya takdok ore nok baco. Jadi tu lah antara masalah puok kito loni kito baco tajuk hurai selalu tanpa kita memahami isu yang disampaikan.

Cuma sebelum saya akhiri saya nak ulas juga lah nak berkongsi juga beberapa data yang melibatkan rempit kepada puok kita semua. Statistik dan trend semasa penglibatan kes dan tangkapan. Menurut Polis DiRaja Malaysia, ribuan tangkapan dibuat setiap tahun dalam operasi khas seperti Ops Samseng Jalanan dan sebagainya. Anggaran kasar roughly ϔigure kasar sepanjang 2022 hingga 2023 lebih 100 ribu tangkapan berkaitan lumba haram dan kesalahan motosikal berbahaya… lebih 100 ribu. Majoriti kes melibatkan lelaki berumur 15 hingga 30 tahun. Gen Z lah ni, anak-anak muda kita. Okay untuk berlaku adil sebab itu saya kata kita kena buat Situational Analysis, kita kena buat SWOT Analysis, kita kena faham apa yang berlaku secara keseluruhannya.

Saya suka ikut membuat sedikit perbandingan mengikut negeri-negeri. Tiada statistik rasmi yang lengkap dan konsisten mengikut negeri khususnya untuk isu rempit ini yang diterbitkan secara terbuka setiap tahun. Cuma apa yang ada ialah macam saya sebut tadi lah data tangkapan operasi oleh PDRM, data kemalangan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan kedua-dua ini tidak selalu dipecahkan maknanya kito tok tahu lah secara detail. Tapi namun begitu kita boleh menggunakan indikator ini sebagai satu indikator yang paling hampir dalam kita membuat penilaian dalam isu rempit ini. Dimana anggaran trend mengikut negeri berdasarkan data operasi dan kemalangan, negeri hotspot yang melibatkan rempit.

Berdasarkan laporan operasi PDRM dan liputan media ada 3 negeri hotspot rempit ni Selangor, Johor, Pulau Pinang. Sebab kito keno pehe jugok kito keno berlaku adil jugok makna bukan kito nok memburukkan

mereka tapi sebabnya pertama kepadatan penduduk mereka lebih tinggi… ramai... penduduk ramai, anak muda tu lebih ramai so percentage dia lebih tinggi. Kedua, lebuh raya dan jalan bandar luas. Sek-sek rempit ni dia suka jalan yang lurus kea bila lebuh raya situ lah dia berehi nyo. Kemudian negeri-negeri tadi Selangor, Johor dan Pulau Pinang ni aktif malam hujung minggu aktif. Makna hujung minggu dia banyak aktiviti-aktiviti jadi budok ni tok tidur lah. Jadi kelab malam macam-macam konsert dan sebagainya. Okay negeri yang tahap sederhana Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah. Hok tu tahap sederhana berdasarkan data. Aktiviti berlaku tetapi tertumpu di bandar-bandar tertentu okay. Dan negeri yang tahap lebih rendah relatif Kelantan, Terengganu, Perlis. Maksudnya kita ni bilo kecek pasal rempit ni kito dalam kategori yang tahap lebih relatif berbanding dengan negeri-negeri lain. Again bila sebut gitu dia kata nok nyaloh ore lain lah maknanya takpo lah eh, dok tapi makna kita keno berlaku adil dalam membuat penilaian.

Kes wujud mace saya sebut tadi di Kelantan kes wujud skala lebih kecil mungkin kurang pendedahan media sebab kade-kade dia rempit tu kampung. Dale kampung saya pun ada juga saya tahu DUN saya ado satu hotspot jugok untuk rempit ni. Dan baru ni pun telah berlaku operasi PDRM, Alhamdulillah terima kasih PDRM. Dan kade-kade dio buleh bersifat local lah di negeri-negeri tersebut.

So secara kesimpulan dalam isu rempit ni setakat ini tiada statistik yang rasmi yang memperincikan gejala rempit mengikut negeri secara menyeluruh. Dia tidak rasmi lah, hok ni lebih kepada data-data yang dianalisa. Namun berdasarkan data operasi PDRM dan trend kemalangan oleh MIROS tadi aktiviti ini tertumpu di negeri pendudukan padat dan kawasan bandar ataupun urban. So ini menunjukkan bahawa isu rempit ini bukan soal mana-mana negeri Kelate ko, Johor, Selangor dan sebagainya. Tetapi berkait rapat dengan faktor perbandaran, peluang belia dan persekitaran sosial. Sebab itu kita kena kait juga peluang belia tadi. Jadi sebab itu lah trend ini berbeza mengikut demograϐi dan persekitaran.

Okay punca dia bakpo berlaku begini, hok tu kade-kade sesetengah pihak hanya melihat satu sudut, kalu pembangkang gak Galas, Kota Lama, Nenggiri akan melihat satu sudut jah secara khusus kurang kemudahan untuk anak muda. Betul… itu adalah satu faktor, cuma itu adalah satu bahagian daripada faktor, banyak lagi faktor lain. Disini mengikut kajian, hok ni kajian ni, kajian oleh UPM dan UM.. 70% pelaku macam saya sebut tadi terdiri daripada remaja bawah umur 30 tahun. Faktor utama dia ada 4 selain daripada faktor kurang aktiviti alternatif tadi. Pertama, pengaruh rakan sebaya. Yang kedua tadi lah kurang aktiviti alternatif. Yang ketiga keinginan mencari identiti dan pengiktirafan. Jiwa anak muda ni dia nak suh sohor dih dio lah nombor 1, dio buat paling bahaya kea. Dan yang keempat latar belakang pendidikan dan juga keluarga. Bila sebut keluarga ni kena ingat bukan semo anok ore PAS dih, ado jugok anok ore UMNO, ado jugok anok ore Amanah. Jadi semua terlibat.

Okay cabaran lagu mano nok selesai. Walaupun penguatkuasaan berterusan isu ini masih berlaku. Mace kito tengok polis buat operasi sokmo dan contoh yang paling ketara ialah isu di Pengkalan Chepa itu. Gege lah semeta kea. Polis buat operasi selesai masalah. Jadi itu yang perlu dibuat. Maknanya walaupun penguatkuasaan berterusan isu ini masih berlaku kerana pertama budaya dan identiti subculture. Dalam bahasa ore muda gak rempit adalah lifestyle. Kalau dulu zaman arwah Tok Guru dulu zaman YB Dato’ Fattah jadi Exco Belia kita ada satu NGO rempit ni nama dia MERAK Minda Evolusi Rempit Anak Kelantan. Maknanya menghimpunkan anak-anak muda mat rempit ni dan salah sore bos dio nyo nok sebut namo ko? Buleh sebut ko nama dia dalam Dewan? Bos dio maso tu Azai kalu sapo kenal lah, sohor lah dio hari ni kea. Dio loni seorang usahawan yang berjaya padahal waktu tu ada tatu raso, ado tatu dih, ado tatu ado mace-mace. Tapi apabila ditarbiah oleh Dato’ Fattah dan juga oleh Yang Amat Berhormat arwah Tok Guru dulu dia boleh berubah padahal masa tu dia lah palo sek-sek rempit ni. Masa tu puok-puok dio saya tengok apabila kita buat program di Pantai Tujuh masa tu, kita buat ijtimak… ijtimak nok sembahyang hajat sebagainya puok dio mari dengan motor gendong ore tino tok pakai tudung, maknanya setaro tu. Tapi Alhamdulillah apabila kita dekati mereka, mereka boleh berubah.

Okay yang kedua mudah akses motosikal. Loni mudoh benar budok-budok buleh motor. Yang ketiga again macam saya sebut tadi kurang platform alternatif untuk belia lepasan sekolah yang kita akui kita perlu perbanyakan lagi ruang-ruang untuk mereka. Dan penguatkuasaan tidak konsisten di sesetengah kawasan.

Okay last sekali, so what is the solution? Apakah kita sebut sebut tadi nok lepas tangan. Gapo jalan penyelesaian dia? Pertama kita perlu mengadakan pendekatan 3P, prevention, policing, participation dengan izin. Prevention, pencegahan pendidikan awal di sekolah. Gano-gano pun budok ni bermula di sekolah. Hok ni pun jadi isu jugok sebenarnya. Apabila sebut sekolah ni semalam pun saya rasa tok perasan sapo ado sebut pasal JPN semalam. Di Kelantan ni kita ada 2 aliran secara hok besar lah selain daripada swasta, kita ada YIK, kita ada JPN Jabatan Pendidikan Negeri. Dan di YIK ni hanya lah lebih kurang 30 ribu lebih pelajar, dibawah JPN 300 lebih. Makna di YIK tak sampai 20%. So apabila kita bercakap pendidikan awal di sekolah peranan yang lebih besar adalah perlu dimainkan oleh federal yang menguasai sekolah-sekolah JPN. Dan Alhamdulillah walaupun dengan kekangan kewangan Kerajaan Negeri melalui YIK sudah boleh orang kata pendidikan lebih pada 30 ribu anak-anak muda kita In Shaa Allah.

Policing ataupun penguatkuasaan yang konsisten. Ini kerja PDRM, kerja JPJ dan kita mengharapkan KDN Kementerian Dalam Negeri menyediakan peruntukan yang secukupnya dari segi jentera, dari segi anggota dan sebagainya pada PDRM dan JPJ untuk menangani isu ini.

Seterusnya participation. Maknanya penyertaan, libatkan belia dalam aktiviti sihat Sebab itu lah loni hok saya sebut tadi kea banyok program-program dibawah Kelantan Future Leaders, dibawah U-BeS, dibawah JBS dan NGO-NGO lain banyok doh program-program yang dibuat. Okay yang kedua, sediakan alternatif. Itu lah yang kita nak buat tu, kita cadang litar di Sokor tu tapi hok ni setakat ni kita bermula dengan motor cross. Dan In Shaa Allah lepas sidang DUN ni saya sudah merancang untuk mengadakan lawatan dan tengok apa kita boleh buat dengan SU Majlis Daerah dan juga JBS. Kita cuba tengok lah apa kita boleh bangunkan di situ. Dan juga

program motor sport yang sah sebagaimana yang saya sebut tadi RXZ Forever Legend, Mat Moto Day dan mana-mana program yang dibawah kawalan kita.

Dan seterusnya adalah intervensi komuniti, campur tangan komuniti. Pertamanya mentor belia dan In Shaa Allah yang ni pun kita buat doh. Cuma tok ramai, makna loni kito ado ahli lebih kure 500 anak muda rakan Al-Quran. Ye ini lah anak-anak muda yang akan menjadi mentor, akan menjadi pembimbing rakan-rakan sebaya di akar umbi, rakan muda dibawah JBS. Itu banyak program-program dia untuk mendekati anak-anak muda ni supaya tidak terlibat dengan program yang negatif dan terlibat dengan program-program yang positif. Program-program masjid dan komuniti, program-program dibawah JAHEAIK, dibawah masjid dan sebagainya. Dan Alhamdulillah dibawah saya pun banyak menerima permohonan daripada masjid-masjid nak buat e-sport, nak buat sukan, nak buat mace-mace. Jadi satu pendekatan yang baik oleh pihak masjid.

Dan yang keempat untuk pencegahan. Perlu ada data dan juga policing. Maksudnya pihak penguatkuasaan perlu fokus kepada hotspot coserpate JPJ, PDRM. Makna perlu fokus kepada tempat-tempat yang panas.

So kesimpulan dia anak muda ini bukan masalah untuk kita buang tetapi aset untuk kita bentuk. Makna bukan kata bila ada tu kita terus abaikan mereka tapi mereka lah aset masa depan negeri, masa depan negara yang perlu kita sama-sama bentuk. Jadi sebagai kesimpulan dalam isu ini Kerajaan Negeri berpandangan bahawa pendekatan menangani gejala sosial termasuk gejala rempit ini tidak boleh hanya bersifat penguatkuasaan semata-mata. Sebaliknya perlu dilaksanakan secara seimbang antara pencegahan, penguatkuasaan dan pembangunan belia. In Shaa Allah kita bersama-sama ke arah tersebut.

Jadi sebagai penutup Yang Berhormat Dato’ Speaker, pendekatan Kerajaan Negeri jelas dalam isu belia, sukan, NGO dan perpaduan masyarakat ini ialah pertama kita menekankan bahawa belia adalah sebagai aset bukan masalah. Yang kedua, sukan sebagai medium perpaduan. Yang ketiga, NGO merupakan rakan strategik kepada Kerajaan

Negeri. Dan yang keempat, semua pembangunan kita adalah berasaskan nilai Islam. Jadi kita tidak membina negeri ini dengan retorik tetapi dengan kerja dengan dasar dan In Shaa Allah dengan keberkatan.

Akhir sekali saya ingin menegaskan bahawa kita sentiasa terbuka menerima pandangan, semua cadangan-cadangan akan diteliti dan kita pertimbangkan. Dan fokus kita adalah untuk kesejahteraan rakyat seluruhnya.

Firman Allah Taala dalam Surat Al-Taubat Ayat 105…. Al-Taubah 105. Dan katakanlah bekerjalah kamu maka Allah akan melihat pekerjaan kamu. Dengan itu saya menyokong penuh Titah D’Raja yang telah disampaikan. Sekian.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺎﱃ ﺗﻌ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Speaker

Okay terima kasih. Yang Berhormat takde? Sila Yang Berhormat Pengerusi Kerajaan Tempatan pada Penggulungan.

Hilmi bin AbdullahPAS · PNGuchil

ِ ِ ﻢ ِأَ ﻴ ا نِ ﺎ ﻄ ٰ ﻟﺸﱠﻴ ا ﻦ ﻣ ﻪﻠﻟ ﺎﺑ ِ ﻮ ﻋ ْ ﻟﺮﱠﺟ ْ َ ِّٰ ْذُ ُ ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ َ ﺮ ﺑ ﻪﻠﻟﱠ ا ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ َ ا ُ ـَ ُ َْ ْ َ مُ ﻟﺴﱠﻼ َ وَ وَرَ ْ Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana memberikan saya ruang waktu untuk bersama-sama dalam Penggulungan ini untuk membuat Penggulungan. Patik merafakkan sembah dan menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Yang Maha Mulia Pemangku Raja kepada semua Ahli Yang Berhormat Semasa Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas Tahun 2026 pada hari Isnin yang lepas. Yang Maha Mulia Tuanku ada bertitah berkaitan portfolio dengan izin patik mohon bacakan titah tersebut.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Beta amat prihatin dengan tahap kesihatan fizikal dan mental rakyat Beta. Justeru beta menggesa rakyat Beta agar dapat menwujudkan platfoam sokongan khidmat psikologi, sokongan sosial, sokongan persekitaran dan sokongan kerohanian seperti penyediaan taman-taman rekreasi dan juga kemudahan sukan. Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat Duli Yang Maha Tuanku menekankan kita semua Ahli Yang Berhormat memberikan penekanan untuk kita melahirkan masyarakat yang sihat lagi sejahtera dan menyentuh mengenai penyakit sebagaimana Titah Yang Maha Mulia Tuanku iaitu sebagaimana yang kita tahu penyakit ni ada 2 jenis lah penyakit fizikal dan juga penyakit mental. Penyakit fizikal ni ada 2 bahagian, 2 kategori penyakit berjangkit, penyakit tak berjangkit. Penyakit berjangkit berpunca daripada virus bakteria parasit kulat dan boleh berjangkit sesama manusia melalui sentuhan, udara, pemakanan dan sebagainya. Dan satu lagi penyakit yang tidak berjangkit iaitu penyakit-penyakit yang disebabkan oleh kegagalan anggota kita organ kita seperti kardiovaskular jantung, respiratori, pernafasan, kanser disebabkan oleh diabetis kencing manis yang disebabkan oleh kolestrol yang tinggi ataupun tekanan darah tinggi yang mana untuk mengatasi penyakit tak berjangkit ini kita kena ubah tabiat kita, tabiat pemakanan kita dan juga cara hidup kita supaya menjadi rakyat yang aktif, cergas fizikalnya dan juga sejahtera mentalnya.

Penyakit kedua ialah penyakit mental yang ditekankan oleh Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja untuk kita sama-sama mengatasi mental berlakunya kemurungan dia ada 3 jenis penyakit utama. Yang pertama depresi depression kemurungan. Yang kedua stress tekanan tertekan dan yang ketiga anxiety. Anxiety ni takut tiba-tiba... Jadi penyakit mental ni merupakan satu penyakit alaf baru yang mana akan menyerang manusia jika mereka tidak berada dalam masyakat ataupun gagal mengurus tekanan hidup dengan pelbagai cabaran zaman moden ini.

Dan untuk makluman Ahli Dewan semua juga menurut laporan HMNS tahun 2023, kemurungan saya ambil satu saja kemurungan depression daripada 1 juta penduduk 4.6% akan menghidap kemurungan. Dan golongan yang paling rentan iaitu yang berumur antara 16-29 tahun antara penghidap kemurungan yang tertinggi. Dan untuk kanak-kanak 1

daripada 6 kanak-kanak akan menghadapi kemurungan ¼ remaja akan mengalami kemurungan dan juga 11.2% ibu bersalin pasca pantang akan menghadapi kemurungan ore kata gila meroyan.

Dan bermula tahun 2019 – 2024 seramai 2954 orang telah membunuh diri. Dan daripada jumlah tersebut 53% akibat masalah mental baki itu makan pil kuda, hutang banyak dan masalah lain separuh tu disebabkan oleh masalah mental. Dan di peringkat Jabatan Kesihatan Kementerian Kesihatan ada satu talian khas HEAL 15555 yang kita sedia khas untuk mereka-mereka yang menghadapi masalah depression masalah stress masalah anxiety untuk menghubungi pakar psikologi untuk mendapatkan nasihat yang betul dan daripada tahun 2022 sehingga 2025 sebanyak 1,139.589 panggilan diterima oleh petugas-petugas psikiatri yang diamanahkan untuk menyelia talian HEAL ini. 179,000 yang menelefon dan juga Talian Kasih di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat iaitu talian kasih 15999 itulah talian-talian yang disediakan oleh pihak Kerajaan untuk membantu mereka-mereka yang memerlukan khidmat sokongan sosial dan Jabatan Kesihatan Kelantan melalui Unit Kesihatan Mental Jabatan Kesihatan Awam JKN dengan kerjasama Jabatan Psikiatri dan kesihatan mental di semua hospital serta unit psikologi dan kaunseling bagi pengurusan JKN serta kerjasama pelbagai agensi Kerajaan dan juga bukan Kerajaan mula turun untuk mendasarkan program-program khidmat sosial psikologi untuk membantu semua rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk mengatasi masalah sakit mental. Atau inisiatif iaitu aktiviti postvention iaitu khidmat psikologi kepada keluarga yang mana ahli keluarga telah membunuh diri ada program postvention.

Yang kedua kita adakah setiap tahun Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Hari Pencegahan Buli kena ada hari sambutan ini masing-masing pakat beringat ada masalah terus telefon pakar-pakar psikiatri dan juga buat saringan mental di Klinik-klinik yang berdekatan. Dan juga ada kursus iaitu kursus Malaysia Suicide Awareness Voice Of Hope (MYSAVE) bagi melatih petugas Kesihatan sebagai agen pencegahan bunuh diri di peringkat klinik dan komuniti. Selain itu Kem Sejahtera Minda dilaksanakan pada petugas kesihatan sendiri. Maknanya pakar psikiatri juga kemungkinan dan akan menjadi mangsa kemurungan atau depression dengar masalah orang jadi jangkit ko dia. Ataupun terlalu banyak panggilan dia terlalu simpati menyebabkan dia tak dapat

mengawal dia punya mental sendiri. Itu antara masalah-masalah yang berlakulah.

Dan di peringkat masyarakat kita ada program Kumpulan Sokongan Sukarelawan Komuniti Minda Sejahtera atau MINDSET Komuniti MINDSET di semua Daerah yang sedang diperkasakan saya pada awal tahun telah turun ke Gual Ipoh ke Kampung kongsi lima kita lancarkan program K-MINDSET kita lantik duta di kalangan masyarakat daripada Penghulu, Penggawa, Imam daripada anak muda dan juga daripada wanita untuk menjadi duta kepada masyarakat untuk menjadi tempat mengadu berbincang jika ada masalah berlaku dalam masyarakat tersebut. Cuma ada beberapa soalan yang timbul ada pesakit yang menghubungi talian HEAL ore kelate telefon tu akat tu kecek luar. Jadi dia nak mengadu tu terbantut. Jadi kita cuba berbincang dengan JKM tu supaya dia punya operator tu sekiranya panggilan dengan dialek Kedah kena orang Kedah lah layan. Dialek Kelate kena orang Kelate lah laye supaya kita dapat memberikan khidmat yang boleh diterima oleh pesakit mental.

Dan antara cadangan daripada Yang Amat Mulia Tuanku supaya untuk mengatasi masalah psikologi di kalangan masyarakat supaya di adakan diperbanyakkan taman-taman rekreasi dan juga kemudahan sukan kita nak masyarakat ataupun rakan-rakan yang terlibat dengan kemurungan terlibat dengan tekanan perasaan supaya dapat bergaul dengan masyarakat boleh bual. Barulah dia akan release dia punya tension dia untuk itu kita Pihak Kerajaan Negeri mencuba sebaik mungkin untuk memperbanyakkan tempat-tempat rekreasi dan juga kemudahan sukan. Begitulah kita mendengar laporan daripada EXCO Belia dan Sukan EXCO Pelancongan juga menyentuh mengenai kemuduhan-kemudahan kawasan-kawasan rekreasi pelancongan yang telah kita menaiktaraf sepanjang penggal ini dan juga Penggal lepas dan kita minta kepada semua rakyatlah supaya dapat meluangkan masa hujung minggu keluar daripada rumah supaya menjadi keluarga yang aktif. Hujung minggu hari Jumaat lepas dengar ngajar ko Petang tu bawa anak-anak keluar makan. Hari Sabtu mak dan Pak bangun awal jalan keliling rumah cari tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes lepas tu jalan ke taman-taman rekreasi yang mana kita cuba wujudkan satu DUN satu taman rekreasi yang kita cuba naik taraf taman-taman rekreasi yang telah abandoned yang mana telah terbengkalai yang tertinggal. Minta izin saya ingin bacakan supaya

semua rakyat kita dapat makluman bahawasanya banyak tempat-tempat menarik yang telah kita lahirkan yang hidup sejahtera mindanya.

Untuk MPKB ada bandaraya waktu malam tempat makan malam Pantai Cahaya Bulan ni kita naiktaraf RM18 juta telah luluskan 2 fasa Pantai Kundur, Dataran Muhammadi, River Cruise Sungai Pengkalan Chepa, ada Pantai Kemayang, ada Pantai Nusuk akan naik taraf lepas pada ni Taman Al-Fursan sekarang ni dinamakan Taman Teluk Puteri bawah Dato’ Amar Sri Diraja Teluk Puteri dan Taman Perbadanan Tengku Anis iaitu taman terbesarlah itu MPKB dan di Ketereh ada Taman Serambi Alam, ada Taman Makmur, ada Taman Autocity Tunjung, ada Desa Gemalai kawasan padi, ada Taman Kala Perdana, ada Wetland ni kita tangguh sekejap. Ada Taman Maha Perdana ada Kampus Kompleks Sukan Taman Saad Bin Abi Waqqas Ketereh lepas ni kawasan Gua Musang hok ni kawasan Galas nih ada Gua Nion Chiku 2 Galas sendiri yang majukan ada Gua Musang banyak Gua ada Sungai Rimba wangi, Taman Wangi Sungai Ketil, ada Arang Lojing, ada Taman Tasik Ketitir, Etnobotani, Musang Eco Park Masjid Buluh, Taman Tasik Utama ada terbaru Bukit Chupak tak sapa lagi Bukit Chupak ni deh. Bukit Chupak ada Dataran Dato’ Kaya Setia Dataran Titiwangsa banyak tempat-tempat ni kemungkinan kita pun tak tahu. Jadi kita luangkan masa hujung minggu.

Pasir Mas ada sebut tadi Wetland, ada Taman Makro Utama ada Bukit Kwang, ada Taman Danau Tok Uban, Bukit Panau tu sempadan Tanah Merah dan Pasir Mas banyak lagilah. Dan contohnya lagi Tanah Merah terbaru Taman Sinaran ada Guillemard Bridge, Lata Hujan, Lata Telaga Bijih, Dataran Tanah Merah, Dataran Raudah Kuala Krai, Taman Bahagia la nih, Lata Berangin, Lata Papan, Mini Zoo, Taman Tema Air, Tangga Bradley Taman Tasik Krai, Taman TitiWangsa, Taman Botani, Taman Masjid Machang, Dataran Kenanga, Dataran Kemahkotaan, Bukit Bakau Jeram Linang, Kolam Air Panas Tok Bok, Cabang 4 View tak sapa lagi nih. Tumpat, Taman Warisan, Padang Kemahkotaan, Taman Tengku Mahkota Pantai Geting, Pantai Sri Tujuh, Pasar Terapung, Teluk Renjuna, Pasar Sri Tanjung, Taman Puteri Saadong, terbaru banyak.

Jadi kita minta pada semua Yang Berhormat boleh merangka program-program berbentuk kesihatan kita buat fun walk kita buat fun run supaya rakyat boleh keluar daripada kepompong rumah masing-masing. Insha Allah apabila kita keluar kita akan dapat rakan-rakan yang baru, rakan-

rakan yang boleh kita meluah perasaan boleh berbincang masalah Insha Allah dengan kerjasama semua sekali kita dapat memberikan rakyat yang sihat mindanya sejahtera dan Insha Allah kita dapat mengatasi masalah-masalah penyakit berjangkit yang tidak berjangkit yang gemuk tu jadi kurus. Yang tu mengenai Titah Yang Amat Mulia Tuankulah.

Dan respond saya kepada Galas bertanyakan mengenai adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan insentif ataupun inisiatif kepada golongan-golongan yang terkesan dengan kenaikan harga diesel lah diesel mahal. Kita …PBT lah kerana PBT tidak menerima sebarang subsidi diesel. Kita sari-sari kita bergerak dengan diesel lori sampah kita roro kita, compactor kita, bulldozer kita guna diesel 4x4 kita semua dengan diesel tanpa subsidi daripada Kerajaan sebahagian PBT terpaksa membuat perancangan mengurangkan trip sekalo 10 trip kita hantar sampah jadi 8 trip dan kutipan kemungkinan akan dikurangkan sekiranya harga diesel sebelum selagi belum stabil diesel. Jadi kita menghadapi menghadapi masalah kekangan kewangan di peringkat PBT. Walaubagaimana pun kita akan cuba berbincang dengan Kerajaan supaya Kerajaan boleh memikirkan cara bagaimana untuk kita membuat program insentif ataupun inisiatif untuk mengurangkan beban pembayar cukai kita yang menyewa premis-premis milik PBT dan ambo akan membawa benda ni kepada Kerajaan untuk kita bincang, Insha Allah supaya Kerajaan dapat meluluskan insentif bagi membantu usahawan-usahawan bumiputera usahawan kecil yang beroperasi dalam kawasan PBT.

Ambo nak respond kepada Kota Lama mengenai yang pertama bazar. Bazar Ramadan ni kita berlaku sedikit kekhilafan semasa kita menganjurkan bazar Ramadan dan juga bazar Aidilfitri. Bazar Ramadan ni jualan sebelum berbuka puasa. Bazar Aidilfitri ni selepas berbuka puasa dia berbeza deh. Dan untuk bazar Ramadan yang kata mahal tu jadi bazar-bazar Ramadan tu kita MPKB paling mahal RM530 sebulan bazar Ramadan kita. Pasar Malam Padang Tembak 70 tapak RM420 sewa dia. Pasar Malam Kubang Kerian di convert kepada bazar ramadanlah 74 tapak RM530. Pasar Malam Taman Bendahara 85 tapak RM520, Pasar Malam Kota Jembal 50 tapak RM290, tapak pasar Malam Kedai Buloh 30 tapak RM400, Pasar Malam Tok Kenali Binjai 60 tapak RM500, belakang KB MALL 20 tapak ini milik individu RM450, Setelit Islam Pasir Tumboh 80 tapak RM500, depan Arika Kubang Kerian 40 tapak RM500 okey yang

ini milik persendirian dan di sewakan diberi pajak kepada operator dan operator mengenakan RM1,350 sebulan iaitu di Stadium. Yang ini YB EXCO Belialah dia punya Lembaga. Sebab apa RM1,350? Dia bagi khemah dan luaslah khemah tu 20x10 dan kita tak ada apa-apa kita hanya ambil permit perniagaan sementara kita serahkan kepada budi bicara antara tuan tanah dengan juga operator untuk mengenakan sewa sepatutnya kepada para peniaga dan pastilah peniaga akan dapat servis yang terbaik. Ada stage ada cabutan mutor dia ada program-program yang lebih menarik untuk menarik lebih ramai pengunjung dia ada tiktokers dia ada influencer untuk menarik pelanggan mari tu ramai pade dengan sewa tu 1,300 Lembah Sireh kepunyaan pemaju 1 tapak RM1300. Tapak Pasar Malam Berek 12 50 tapak RM400. Kalau MPKB bawah RM500. Satu lagi MYDIN MALL Tunjong 150 tapak RM1300.

Dan bazar Aidilfitri menjual baju raya:-Parit Dalam 4 tempatlah Parit Dalam 200 tapak RM500, Pasar Siti Khadijah 100 tapak RM500, Pasar Parit Dalam hok sakni depe Parkson ni Parit Dalam hok so lagi biasa tuh 100 tapak RM500 dan Pasar Malam Wakaf Che Yeh 800 tapak RM195 yang ini dia buat permohonan dengan Dato’ Panglima Perang jadi dapat RM195 paling murahlah iaitu 800 petak. Dan bagi peniaga yang tidak beroperasi dia tak guna tapak hari biasa dia kena bayar kepala bakul lah kepada operator. Jadi jika ada mengatakan RM4000,RM5000 itu kemungkinan ali baba tapi tahun ni kita tidak terima sebarang aduan berlaku Ali Baba ke atas tapak-tapak Pasar Ramadan dan juga tapak-tapak bazar Aidilfitri kita.

Yang kedua, Kota Lama lagi menyatakan bahawasanya Kelantan merupakan negeri kedua bantut selepas daripada Sabah. Jadi ambo pun telefon pegawai daripada Jabatan Kesihatan Kelantan nak tengok nombor 2 mana cari-cari tak jumpa jadi hantarlah satu pautan kepada ambonya….

Kena betul fakta tu saya tak sebut pun kedua terbantut. Kena tengok balik dua punya …

Hilmi bin AbdullahPAS · PNGuchil

Berapa percent sebut marin?

Saya tak sebut pun kedua bantut. Saya cuma pernah sebut pernah merekodkan 34%..

Speaker

Yang Berhormat,

minta maaf…

Speaker

Minta bangun untuk minta penjelasan…

Hilmi bin AbdullahPAS · PNGuchil

berapa sebut semalam?

Ok, saya sebut semalam bahawa keadaan bantut di Malaysia ini 21.8% dan ketika itu Kelantan 2019 merekodkan 34% itu dalam 3.

Hilmi bin AbdulahPAS · PNGuchil

Kelantan?

Haaa…

Hilmi bin AbdullahPAS · PNGuchil

34?

34% saya tak sebut pun saya rasa semalam tu saya ..

Hilmi bin AbdullahPAS · PNGuchil

34..ok kita pegang ke 34.

Sebab saya tak sebut..

Hilmi bin AbdullahPAS · PNGuchil

Terima kasih... terima kasih… jadi kadar indeks kebantutan negaralah. Malaysia betul la sebagaimana disebut oleh Kota Lama iaitu sebanyak 21%. Yang tu kajian National Health and Morbidity Survey Tinjauan Kesihatan Mobility Kelantan Tahun 2022 lah iaitu Malaysia 21.25% dan kadar bantut daripada rekod dengan saya ni ada dekat 400 ambo cabut ambil so tajuk mengenai bantut lah. Malaysia 2022 dan yang terkinilah 2023, 2024 tak ada. Yang paling bantut dalam dia punya servey yang pertama Pahang 28.2%, yang kedua Sabah/Labuan25.3% yang ketiga KL/Putrajaya 23.4% maknanya KL/ Putrajaya pun kurang makanan juga. Yang keempat Kedah 23.7%, yang kelima baru Kelantan 23%, yang keenam Selangor 26%, Melaka 21% dan kita paling bimbang iaitu di kalangan masyarakat orang asli average seluruh negara 43.8%. Ini adalah hasil servey kajian yang dibuat oleh penyata Jawatankuasa Pilihan Wanita Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat. Tajuk bantut di kalangan kanak-kanak Malaysia Tahun 2026 melibatkan semua Ahli Parlimen pembangkang baik, mahupun Kerajaan baik.

Jadi walaubagaimana pun kita semua negeri mestilah berikan bekerjasama kerana kita melahirkan rakyat yang sihat yang akan memberikan produktiviti kepada sumber manusia di masa depan. Seterusnya ambo nak respond sikit kepada ..

Speaker

[MEMOTONG] Panjang lagi ke Yang Berhormat? Kalau panjang kita sambung petang.

Hilmi bin AbdullahPAS · PNGuchil

Panjang lagi…

Speaker

Panjang lagi boleh sambung selepas ini …

Hilmi bin AbdullahPAS · PNGuchil

Sebab yang itu Akta 672 perlu dijawab satu isu yang penting untuk semua Ahli Dewan fahamlah 672 telah dibangkitkan dalam Dewan. Saya mohon sambung selepas daripada ini.

Speaker

Sambung selepas ini kalau panjang sambung lepas Dewan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya berhasrat untuk menangguhkan Persidangan. Persidangan Dewan ditangguhkan dan akan disambung semula pada jam 2.15 petang.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 12.45 TENGAHARI DAN AKAN BERSAMBUNG SEMULA PADA JAM 2.15 PETANG.

PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 2.15 PETANG.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kita berhasrat untuk menghabiskan Penggulungan daripada pihak Kerajaan pada hari ini. Sekali lagi saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar. Dipersilakan….

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon untuk menyambung Penggulungan saya pada petang ini. Saya ingin teruskan kepada ADUN Jelawat yang bertanyakan mengenai status penerimaan Akta 672 iaitu Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Tahun 2007 oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Untuk makluman Jelawat kita Kerajaan Negeri masih lagi menunggu maklum balas daripada JPSPN Jabatan pengurusan Sisa Pepejal Pembersihan Awam mengenai surat makluman yang telah kita hantar kepada JPSPN mengatakan untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai hasrat kita untuk menilai semula pemakaian Akta 672. Cuma untuk makluman semua Ahli Dewan Akta ini adalah satu Akta yang mana akan memberikan kuasa eksekutif kepada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan kerja-kerja pelupusan Sisa pepejal Awam di seluruh Negeri Kelantan. Di antara dia ada pro dan cons dia sebab di pihak Kerajaan Negeri kita tidak ingin pisang berbuah 3 kali dan kita tidak ingin disengat berkali-kali. Kita ada sejarah kita telah menerima Akta Petroleum 75 sekarang ini kita tidak pernah menerima bayaran royalti 5% yang dijanjikan sebagaimana yang tercatat dalam perjanjian pembangunan petroleum.

Kita juga telah menerima Akta Migrasi Air tapi perjalanan tidak sebagaimana kita harapkan dan ada beberapa percubaan untuk mengambil alih hasil hutan kita itu tabung kredit untuk tujuan mengambil alih hasil kita ada juga usaha-usaha dia buat untuk sebab untuk mengambil alih kuasa-kuasa yang ada pada Negeri seperti Akta …. bandar

ataupun …. Jadi ini adalah satu apa ni satu program untuk kita melaksanakan dasar pembersihan awam yang telah dilancarkan di peringkat Persekutuan pada Tahun 2019 dan kita selaku sebuah negeri yang juga salah satu negeri dalam Malaysia juga bersama-sama Kerajaan Pusat untuk menjayakan Akta Pembersihan Awam. Walaubagaimanapun untuk menjayakan Akta Pembersihan Awam ini kita hendaklah sama taraf daripada kerja pembersihan awam keupayaan buruh-buruh kita dan juga semua spesifikasi pembersihan kita kena patuh kepada KPI yang telah ditetapkan oleh JPSPN. Selain kita menerima Akta 672 kita mendapat subsidi. Yang begitu tinggi sekarang ini kita di Kelantan kos pembersihan awam seluruh 12 PBT kita dalam RM50 juta setahun yang menyamai 30% daripada kos sebenar yang kita perlu laburkan untuk pastikan Kelantan kita ini bersih, indah dan ceria sebagaimana negeri-negeri yang telah menerima Akta 672. Kos sebenar yang kita perlu keluarkan iaitu 30% iaitu kelebihan kita punya Akta 672. Walaubagaimanapun kita sebenarnya ada ruangan lain untuk mendapatkan geran daripada Persekutuan untuk kita melaksanakan kerja-kerja pembersihan di dalam Negeri Kelantan.

Antaranya dalam Perlembagaan Persekutuan ada satu perkara penting iaitu Perkara 82 Perlembagaan Persekutuan iaitu untuk membolehkan Kerajaan Persekutuan membiayai perkhidmatan-perkhidmatan tersebut yang menyebut Perlembagaan Persekutuan membenarkan Persekutuan membiayai perbelanjaan Negeri yang berkaitan dengan kebersihan awam dan kesihatan awam dengan syarat projek tersebut adalah dengan melaksanakan dasar Persekutuan iaitu dasar kebersihan negara satu dasar Persekutuan dan kita menjadikan dasar tersebut sepatutnya Persekutuan boleh menyalurkan bantuan kepada Kerajaan Negeri untuk menjalankan kerja-kerja pengurusan sisa-sisa pepejal dan pembersihan awam secara kendiri. Dengan syarat Kerajaan Negeri beraku janji memberikan komitmen mengikut dasar Persekutuan. Dan Kerajaan Persekutuan memberikan kelulusan khas kerana berkenaan dasar tersebut patut boleh dirunding dengan Persekutuan kerana kita tidak ingin kehilangan kuasa Negeri. Kalau kita menerima Akta 672 Akta itu menyebut Kerajaan Negeri hendaklah memberikan kuasa eksekutif kepada Persekutuan untuk menguruskan kerja-kerja pengurusan sisa

pepejal dan pembersihan awam. Ini antara pertimbangan kita terpaksa bagi dengan teliti dan kalau kita terima 672 kita terpaksa menerima syarikat asing masuk ke Kelantan untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan awam daripada kutip sampah, potong rumput, cuci longkang itu kebersihan bandar.

Yang kedua, sistem pepejal pelupusan di tapak pelupusan swasta akan masuk. Jadi kita Wakil Rakyat kalau nak adu ada aduan kena buat aduan kepada syarikat swasta. Sebelum ni kita buat aduan kepada SU Majlis ataupun kepada YDP Majlis. Kalau terima 672 kita hanya boleh buat aduan kepada manager ataupun CEO syarikat sebab tu saya gunakan istilah sampah berdaulat dan ini antara kekangan-kekangan kita perlu nilai dan ambil kira dan cuma kita dalam keadaan ekonomi semasa dan juga untuk memastikan Kelantan berdiri sama rendah berdiri sama tinggi duduk sama rendah negeri lain dan juga dimaklumkan telah menghantar nota hasrat semua sekali negeri untuk menerima akta 672 kita juga bersama-sama selangkah dengan negeri lain untuk sama-sama membincangkan secara lebih lanjut. Akta 672 bersama-sama doa supaya akta ini dapat dijayakan dalam keadaan kita Kelantan juga akan memiliki kuasa eksekutif dalam menguruskan pembersihan awam dan juga pengurusan sisa pepejal di dalam Kelantan. Itu respon kepada Jelawat.

Seterusnya kepada Nenggiri, Nenggiri simple saja…. Nenggiri bertanyakan hidupan liar. Untuk makluman Nenggiri beberapa ADUN bertanyakan mengenai masalah hidupan liar dalam bandar dan juga dalam kawasan hutanlah. Dalam bandar ni masalah keralah, kera dan anjing dalam hutan ni masalah gajah, harimau, beruang dan sebagainya. Untuk makluman Nenggiri dan ADUN-ADUN yang bertanya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Kali Ke15/2025 yang disahkan pada 30 Julai 2025 telah membuat keputusan bersetuju meluluskan cadangan penubuhan Jawatankuasa Tindakan Alam Sekitar Negeri Kelantan. Dan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Alam Sekitar Negeri Kelantan telah diadakan pada 2 Februari 2026 yang dipengerusikan oleh saya sendirilah dan untuk konflik hidupan liar dan manusia MMK kali ke-6 2026 pada tahun ni lah yang telah disahkan pada 28 Februari 2026 telah membuat keputusan bersetuju meluluskan cadangan penubuhan

Jawatankuasa Khas Pengurusan Konflik Hidupan Liar dan Manusia Negeri Kelantan dan mesyuarat Jawatankuasa Khas Konflik Hidupan Liar dan Manusia Negeri Kelntan dicadangkan akan diadakan pada 5 Mei 2026.

Kita baru tubuhkan jawatankuasa dan kita akan buat beberapa kajian antara perbincangan utama yang kita akan adakan iaitu membincangkan kaedah untuk memastikan hidupan liar ni dia boleh bergerak dalam negeri secara terkawal kalau kita buat kajianlah orang kampong pun cerita dop gajah, rimau, beruang hok ada di kelate nih dia mari daripada seluruh negara sebab negeri lain ni tak dok hutan doh. Sebab kita Kelantan masih lagi mengekalkan 51% kawasan berhutan. 48% hampir ada hutan simpan. Jadi hutan-hutan negeri lain ni tak dok habis maka binatang serba mak niko ni jadi tempat berhutan. Maka dia mari kot nilah. Apa lagi yang disebut oleh Melor semalam mengenai Felda, Kesedar kalau kita kira berapa keluasan yang telah kita cuci yang kita bangunkan pastilah hampir 100 ekar ambo rasa. Itulah dulu kawasan berhutan didiami oleh haiwan-haiwan liar habitat-habitat binatang. Jadi kita cuci wak rumah peneroka kita cuci tanam kelapa sawit tak timbul lagi habitat haiwan hok pupus ni dok? Sekarang ni baru timbul masa kita nak bangunkan hutan ni barulah timbul isu hidupan liar, alam sekitar. Negeri lain buat pembersihan hutan tak timbul. Kita ni masih lagi mengekalkan 51% kawasan yang berhutan.

Dan respond kepada Tawang, Tawang bertanyakan Pantai Senok lah. Pantai Senok untuk makluman Tawang, Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam telah mendapat kelulusan pada 11 November 2025 untuk membangunkan Pantai Senok naiktaraf kemudahan pelancongan Pantai Senok Bachok mengikut kepada kertas ni sebanyak RM5 juta dalam proses pulmonary works di tapak Insha Allah setahun dua lagi akan siap segala kemudahan Pantai Senok dan kita Negeri telah naiktaraf jalan buka jalan besar dan akan bina jambatan akan menghubungkan ke Kota Bharu lepas ni Senok akan jadi bandar Insha Allah. Tahniah kepada Tawang deh.

Dan Bunut Payong, Bunut Payong bertanyakan Kelantanku Bersih. Kelantanku Bersih adalah satu dasar yang telah kita sama-sama bersetuju

untuk dijadikan satu dasar kebersihan Negeri Kelantan yang mana berakhir pada 2025 tahun lepas. Ia bermula dengan Dasar Kebersihan Negara tadi 2019 dan kita menyambut baik dan telah merangka Dasar Kelantanku Bersih dengan 5 teras, 13 strategi dan 62 pelan tindakan. Inilah kempen EXCO Kerajaan Tempatan untuk menjadikan Kelantan sebuah negeri Kelantan yang bersih yang indah dan ceria. Untuk bersih ni kita perlukan sokongan bantuan daripada seluruh rakyat dan kerjasama daripada semua Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjayakan program-program yang telah digariskan dibawah Kelantanku Bersih dan kita mulakan kempen Anugerah Kelantanku Bersih hasil daripada sinilah kita Kelantan ni setiap tahun ada wakil PBT kita yang mendapat anugerah Bandar Bahagia di Malaysia tahun ni Dabong dapat Bandar Paling Bahagia di Malaysia. Cuma ambo nak betulkan sikit Dabong tu bukan Dabong tu, Majlis Daerah Dabong bermula daripada Manik Urai hingga ke Dabong tapi melibatkan 2 ADUN lah. Cuma Majlis Daerah ni Dabong. Jadi kebahagian ni bermula daripada Manik Urai terus ke Dabong. Dia ada beberapa indicator yang menjadi penilaian iaitu perkhidmatan pimpinan pemimpin masyarakat kepada rakyat menyebabkan rakyat rasa bahagia. Komen tu A sokmo, jadi bahagia gak buleh markah tinggi ialah Bandar Paling Bahagia di Malaysia di Dabong. Tahun lepas Kuala Krai sebelum tu Jeli, sebelum tu Kuala Krai dan juga Gua Musang. Sebelum tu Jeli. Jadi bandar-bandar agak pedalaman bahagia. Jadi bandar bahagia hilir ni kena tingkatkan servis khidmat kepada rakyatlah.

Seterusnya Bunut Payong bertanyakan tentang Taman Rekreasi. Taman Rekreasi untuk warga kota perlu untuk penduduk Bunut Payong Lembah Sireh. Untuk makluman Bunut Payong, MPKB-BRI telah merancang pembangunan taman rekreasi untuk warga Kota Bharu khususnya penduduk di Bunut Payong dan Lembah Sireh melalui cadangan menaiktaraf kolam takungan Jabatan Pengairan dan Saliran JPS di Lembah Sireh kepada sebuah Taman Rekreasi pada RMK-13 serta cadangan Taman Mualim di Pintu Geng melalui peruntukan EFT. Inisiatif ini bertujuan menyediakan ruang rekreasi baru kepada komuniti setempat dalam persekitaran yang lebih teratur, selamat dan selesa. Lepas ni Bunut Payong kena follow up Dato’ PKN mengenai cadangan-cadangan yang telah diutarakan. Dan respond mengenai kesesakan

lalulintas yang berlaku di Jalan Masjid Sultan Mansur Kampung Sireh. JKR mengambil maklum terhadap kesesakan lalulintas di hadapan Masjid Kampung Sireh kesesakan ini disebabkan oleh kadar penggunaan jalan untuk ke kawasan pembangunan bercampur Lembah Sireh adalah tinggi. Walaubagaimanapun berdasarkan pada pelan induk kawasan pembangunan bercampur Lembah Sireh yang mendapat kelulusan hendaklah merancang …. Oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam pada 29 Disember 2013 terdapat impak keluar jalan masuk yang perlu dibina oleh pemaju pembangunan bercampur bandar Lembah Sireh. Sehingga kini hanya 2 jalan keluar masuk telah disediakan oleh pihak pemaju itu jalan Maulana Kurasan dan jalan masuk Tesco. Kedua-dua jalan ini adalah sediaan di bawah MPKB manakala 2 lagi jalan keluar masuk ke pembangunan bercampur masih lagi belum dibina oleh pihak pemaju iaitu Jalan Pintu Geng dan Jalan Sri Kota Kubur Terap. Ketiadaan 2 jalan ini menyebabkan penguraian aliran trafik dan menyumbang kepada kesesakan lalulintas di jalan tersebut sehingga ke hadapan Masjid Kampung Sireh.

Satu mesyuarat penyelarasan antara pihak pemaju dengan MPKB, JKR dan pihak Negeri perlu dibuat bagi meneliti perkara ini mencari penyelesaian yang komprehensif. Insha Allah kita bawa benda ni ke Dewan dan akan satu priority lah kepada MPKB untuk menyelesaikan trafik di Lembah Sireh.

Seterusnya saya ingin pendek saja, respon kepada Tendong. Tendong bertanyakan kepada Taman Rekreasi kawasan lapang di sebelah Masjid Mukim Bunut Payong dan juga rizab kawasan lapang Rumah Mampu Milik Bunut Susu. Dan kalau jadi kita akan bina kawasan lapang tersebut setelah kita siap membina taman Rumah Mampu Milik di kawasan Tendong. Jadi Tendong kena sabar sikitlah. Dalam proses Insha Allah.

Seterusnya Chempaka, Chempaka bertanyakan mengenai telah dijawab iaitu isu no wrong door iaitu mengenai aduan yang terpilih. Nak buat aduan tidak ambil semua aduan tersebut. Dan untuk makluman Chempaka kita ada aplikasi aduan awam, kita ada PBT care boleh di isi aduan tersebut ada portal e-Aduan PBT dan juga aduan Kelantan. Ambo

minta semua ADUN-ADUN boleh download lah dan isi e-Aduan Kelantan.gov.my. lapor apa sahaja jadi pihak Negeri akan buat pemantauan dan kalau ada MPKB kita akan salur kepada MPKB dan boleh tracking laporan itu bila diambil tindakan status semasa dan bila selesai itu peringkat Negeri. Di peringkat Persekutuan ada SISPA Insha Allah kita buat aduan secara teratur dan kita didik dan kita juga buat aduan secara teratur. Masalah kita loni rakyat kita ada aduan masuk dalam facebook dia tag YB. YB tak tengok pun kade-kade 2 minggu. Guano YB tak buat kijo? Padahal kita tak tahu. Jadi dia kira aduan dia selesai jika YB jawab dalam Facebook baru selesai. Jadi apabila masalah berlaku di kalangan masyarakat kitalah.

Seterusnya Pengkalan Pasir bertanyakan mengenai pengasingan kuasa YDP dengan Ketua Jajahan. Cadangan dia lah... pengasingan YDP dengan Ketua Jajahan pernah dibincangkan di beberapa peringkat forum namun masih belum diputuskan pelaksanaannya oleh kerana ia melibatkan peruntukkan kewangan yang besar kerana melibatkan Penubuhan Jawatankuasa Khas YDP Gred N14 dan Jusa C atau setaraf. Buat masa ini waran perjawatan hanya diwujudkan kepdaa Ketua Jajahan Gred N 14 atau Jusa C dan perlu Ketua Jajahan dibayar elaun sahaja sebagai menjalankan tugas-tugas YDP dan juga PBT. Benda ini akan dibincangkan daripada masa ke semasa oleh Bahagian Kerajaan Tempatan bagi memastikan perancangan di pihak PBT sebagaimana kerisauan Pengkalan Pasir berlaku perubahan perjawatan YDP. YDP dia mari sebentar dia naik pangkat. Jadi walaubagaimanapun ambo rasa ambo percaya perancangan-perancangan PBT berlandaskan kepada blueprint PBT rancangan jangka masa panjang PBT, Pelan Strategik PBT walaupun telah bertukar YDP, bertukar SU dan ambo percaya pentadbiran dapat menjalankan kepada pelan strategik kita pembangunan berdasarkan kepada arti yang telah diwartakan kepada setiap PBT masing-masing.

Ambo rasa itu sahajalah untuk respon daripada Perbahasan daripada ADUN-ADUN yang terlibat. Terima kasih kepada ADUN-ADUN yang menyentuh portfolio Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar. Semoga kita dapat sama-sama berganding bahu mewujudkan sebuah negeri yang bersih, indah ceria, rakyat yang sihat,

dan juga sejahtera dan juga negeri yang boleh memberikan kehidupan yang lebih bermakna kepada rakyat Kelantan, Insha Allah.

Ambo akhiri

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا ﻳﻪ, ا ﳍﺪ وا ﺗﻮﻓﻖ ﻪﻠﻟ ﺎﺑ و

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat… seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah Penerangan dan hubungan Seranta, dipersilakan Yang Berhormat.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mulai Penggulungan pada petang ini dengan membaca firman Allah Taala daripada Surah Al-Insyirah ayat 7 dan 8

ﺐ ﺼ ﺎﻧ ﻓ ﺖ ﻏ ْ ﺮ ﻓ ﺎ ﻓ ْ َ ـَ ِذَا َ ْ َ َ َ

ﺐ ﻏ ﺎ ﻓ ﻚ ﺑ ﱃ ٰ َ َ َ ْوَاِ رْ ِّ رَ Maksudnya dan apabila selesai daripada kamu selesaikan satu-satu tugasan maka hendaklah kamu berusaha lagi untuk tugasan yang lain. Dan kepada Tuhan kamulah kamu menyerahkan segala pengharapan kamu.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menjunjung kasih sempena dengan Persidangan kali ini ke hadapan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan yang telah menyentuh dan menegaskan untuk menjaga kesucian agama Islam dan supaya rakyat negeri ini tidak menimbulkan apa-apa ketegangan di antara kaum serta melaksanakan program-program kesedaran untuk kefahaman agama Islam ini dilaksanakan dengan jayanya dan saya ingin menyatakan terima kasih kepada 21 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah membuah perbahasan Titah tersebut dan 5 daripadanya ada menyentuh tentang portfolio saya

iaitulah Pasir Tumboh, Galas, Kota Lama, Jelawat dan juga Pengkalan Pasir.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian,

Tadi saya mulakan dengan bacaan ayat Al-Quran berkaitan dengan tugasan, kerja dan tanggungjawab kerana di dalam Islam ini apabila kita selesai laksanakan apa sahaja tugasan maka kita tidak boleh berehat tidak boleh berhenti untuk memikirkan bahawa kita sudah selesaikan tugasan kerana di dalam Islam ini tugasan tidak akan selesai ada sahaja jalan-jalan kebaikan yang mesti diselesaikan dan difikirkan oleh kita untuk kita menambah pahala di dalam kehidupan kita.

Jadi itulah semua Ahli-Ahli Yang Berhormat khususnya yang berada di dalam Dewan yang mulia ini. Saya ingin menjawab beberapa persoalan yang berkaitan dengan pertanyaan khususnya yang berkaitan dengan Halaqat Negeri dan Pasir Tumboh juga menyentuh pemerkasaan berkaitan dengan Halaqat Negeri dan pondok dan juga Pengkalan Pasir yang menyentuh secara khusus tentang guru-guru Halaqat yang ada di Negeri Kelantan Darulnaim ini yang ada disebut bahawa kebanyakkan sudah berumur boleh jadi 70 tahun ke atas tua-tua dah. Jadi ada yang boleh jadi tidak mampu untuk mengajar dan kebanyakkannya dilihat tidak mengajar di balaisoh-balaisoh. Boleh jadi ada di masjid-masjid. Sebenarnya guru halaqat pembantu dan pegawai halaqat seramai 536 orang yang ada di negeri Kelantan ini 70% nya adalah berumur 60 tahun ke bawah 70% di mana yang berumur 21-40 tahun seramai 186 oarng iaitu 34.7% dan 41-60 tahun 189 orang iaitu 35.3%. Yang 61 ke atas ini ialah seramai 161 iaitu 30%.

Maksudnya tidak semua Guru-Guru Halaqat ini adalah orang-orang yang tua katakan tak boleh mengajar. Tetapi kita di Negeri Kelantan Darulnaim ini yang berumur semakin dia berumur dia dah mengajar umur 40 50 semakin dia berumur 60 dia tak ada kerja lain dia tumpu untuk mengajar dan ilmunya makin matang yang umur 60 lebih itu adalah lebih mantap dan lebih baik. Ada juga jadi kena tengok daripada pelbagai aspek bahkan Guru-Guru Halaqat ini sebenarnya telah mengajar bukan setakat yang

dikatakan di masjid-masjid sahaja yang ada elaun tambahan ke apa tidak, di Surau sebanyak 378 surau di Negeri Kelantan, 506 masjid dan lain-lain tempat 136. Iaitu di pusat-pusat khidmat DUN, kadang-kadang ada yang panggil di Pejabat-Pejabat Kerajaan, kadang-kadang ada dipanggil di tempat-tempat terbuka sempena program-program yang dianjurkan. Jadi dipanggil guru-guru pegawai halaqat ini. Jadi mereka telah melaksanakan gerak kerja ini secara baik dengan silibus kalau di masjid surau itu yang telah diputuskan silibus sebelum daripada ini yang mereka bawa yang mereka mengajar yang itulah ada penambahan-penambahan sedikit itu berdasarkan kepada situasi semasa pada hari ini.

Iaitulah tafsir yang digunakan iaitu tafsir pimpinan Ar-Rahman Syeikh Abdullah Basmit hadith 40 Imam Nawawi, Kitab Tasawwur, kitab penawar bagi hati, Sheikh Abdul Khadir Mandili, Fekah kitab idaman penuntut Tuan Guru Hj Abdul Ali Yahya dan kitab akidah kitab asas akidah Islam Sheikh Abdul Aziz Umar Ahmad keluaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Itu antara perkara yang telah disusun dan pada sesi ini pada tahun ini ada diwujudkan panel untuk membaik mengupgred menambah baik silibus yang ada dan Insha Allah setelah daripada panel ini bersidang dan kemudian mencadangkan cadangan penambahbaikkan silibus tersebut maka akan diangkat kepada Jawatankuasa Pembangunan Islam untuk diluluskan dan diangkat kepada peringkat yang ke seterusnya.

Jelawat ada banyak menyentuh tentang persoalan Rang Undang-Undang khususnya yang berkenaan tentang Enakmen Mahkamah Syariah 2022 bagaimana apa yang terjadi dengan Rang Undang-Undang ini sekarang dan untuk makluman Rang Undang-Undang Mahkamah keterangan Mahkamah Syariah 2002 ini sekarang ini dalam proses penelitian di peringkat pemurnian oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan Darulnaim setelah daripada beberapa penambahbaikan dan semakan yang telah dibuat oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri telah menghantar beberapa semakan dan penambahbaikan tersebut pada 26 Februari yang lalu untuk dibuat penelitian dan proses pelaksanaannya oleh Jabtan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan. Begitulah juga dengan Enakmen

Tatacara Jenayah Syariah setelah daripada 2002 dikuatkuasakan 2003 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah yang terkini yang telah diluluskan pada pindaannya 2022 dan telah dikuatkuasakan pada 17 Mac 2024 telah pun dilaksanakan. Bila Jelawat tanya maksudnya mungkin disana ada beberapa perkara yang boleh jadi tidak dimaklumi oleh pihak Ahli-Ahli Yang Berhormat. Telah pun dikuatkuasakan Mac 2024 dan ada pertanyaan tentang cadangan Rang Undang-Undang untuk membasmi ajaran sesat di Negeri Kelantan ini di pihak kerajaan negeri melihat bahawa khususnya pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan bahawa dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 sudah ada peruntukan berkaitan untuk membasmi ajaran sesat.

Sebenarnya kita dah ada dah cukup dalam Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 itu seksyen yang ke tujuh sudah ada mereka-mereka yang memutarbelit agama Islam hukum-hukum bagi mereka yang mengubah tentang ajaran Islam ini dan berkenaan dengan Enakmen Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan iaitu Perkara 119 (1) yang ini telah disebut khusus tentang ajaran sesat dan tentang hukuman kepada mereka yang membawa ajaran sesat dalam Negeri Kelantan ini. Pun begitu ada cadangan untuk mewujudkan Rang Undang-Undang ini dan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan dan setakat ini Insha Allah selepas daripada selesai Pindaan yang akan dibuat kepada EKJS (I) 2019 pada tahun ini dan juga kepada bila diwartakan kepada Undang-Undang Keluarga Islam nanti Insha Allah akan difikirkan untuk cadangan tersebut.

Ada persoalan berkaitan tentang mengguna pakai bagaimana kerajaan mengguna pakai kaedah-kaedah Peguam Syarie di Negeri Kelantan ini dalam menjaga Hal Ehwal berkaitan dengan Peguam Syarie di negeri Kelantan. Kerajaan Negeri dalam menjaga hal ehwal Peguam Syarie ini sebenarnya kita telah menggunakan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Pindaan 1998 yang mana kaedah-kaedah Peguam Syarie 2000 telah digunakan dan untuk makluman ada satu Jawatankuasa telah diwujudkan untuk melihat Pindaan kaedah-kaedah Peguam Syarie ini dan kini sudah berada di fasa akhir.

Jadi Insha Allah akan diteliti dan setelah daripada disempurnakan beberapa kaedah tersebut maka akan Insha Allah akan dibuat pemakluman nanti. Dan untuk maklumannya sumbang sarang di peringkat Pejabat Penasihat Undang-Undang dan juga di peringkat Mahkamah Syariah telah dibuat dalam perkara ini untuk kita mempastikan bahawa Peguam Syarie di Negeri Kelantan kita ini Insha Allah ada Enakmennya lebih baik dan ia lebih baik jika ia terasing daripada Enakmen Pentadbiran Syariah itu sedang diteliti.

Dan berkenaan dengan penguatkuasaan Jabatan Penguatkuasaan di bawah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kelantan ini sebenarnya satu mesyuarat telah diadakan di mana telah dipersetujui untuk diperkasakan penguatkuasaan di Jabatan Peguatkuasaan Syariah JAHEAIK. Dan pemerkasaan itu akan berlaku daripada tahap ke tahaplah daripada semasa ke semasa dari sudut infrastruktur dan dari sudut logistik, sumber manusia dan juga perkara-perkara tersebut perlu dilihat dari sudut kemampuan kewangan Kerajaan Negeri Kelantan dan satu kertas kerja dan telah pun diangkat berkaitan dengan pemerkasaan Jabatan Penguatkuasaan Syariah ini dan telah dipersetujui secara dasarnya dan kini telah berada dan diangkat ke pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia pada Julai 2025 yang lalu.

Dan kakitangan-kakitangan yang membuat serbuan dan tangkapan ini sebagaimana yang telah disuarakan oleh Jelawat untuk maklumannya Insha Allah Kerajaan Negeri meneliti dan sekarang ini telah membuat semakan untuk penambahan kakitangan gred 41 ini dan sedang usaha untuk mempastikan bahawa kita dapat melaksanakan tugasan khususnya yang berkaitan dengan tatacara tindakan serbuan dan kuatkuasa agama itu dapat dilakukan secara professional dan mengikut lunas undang-undang.

Dan itulah saya kira beberapa persoalan yang telah dibangkitkan oleh Jelawat dan apa yang saya ingin menyentuh sedikit perkara yang apa telah disentuh oleh Galas berkaitan dengan manifesto yang mana Galas menyatakan bahawa dakwaan 84% manifesto yang dicapai oleh Kerajaan Negeri itu adalah bukan angka yang kecil itu adalah suatu perkara yang

besar yang perlu definasikan. Apa pelaksanaan? Jadi saya kira Galas pun sudah faham bahawa manifesto itu sendiri ialah tawaran janji yang perlu dilunaskan setelah daripada ditawarkan semasa nak berkempen pilihanraya dan apabila telah mendapat mandat maka tawaran manifesto itu semuanya boleh dikatakan manifesto ini tawarannya baik-baik tidak ada tawaran yang tidak baik cuma berbezanya apabila ada manifesto kadang-kadang dibuat oleh satu-satu parti politik itu manifesto yang berada di awan-awangan yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Tapi kita di Kelantan Darulnaim ini sejak daripada dulu lagi dan untuk manifesto PRU 15 yang lalu saya masih ingat Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan Yang Berhormat Dato’ Bentara Kanan sekarang ni ada di sini dia mengingatkan kepada panel-panel yang membuat manifesto supaya pastikan manifesto tersebut jangan manifesto yang tidak berpijak di bumi nyata. Manifesto yang memang tidak masuk akal untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bila kita memerintah Kerajaan Negeri mesti manifesto itu adalah manifesto yang ada di dalam kemampuan kita kerana kita wajib laksanakan selepas daripada itu. Maka setelah daripada kita mendapat mandat untuk memerintah Kerajaan Negeri maka diwujudkan satu pasukan pemantau supaya Kerajaan Negeri tidak mahu rakyat nyatakan bahawa kita adalah Kerajaan yang menipu. Kerajaan yang tidak melaksanakan manifesto kerana kita berasaskan bahawa janji itu perlu dilaksanakan sebagaimana firman Allah S.W.T:-

ِۖ ِ ﻻ ﻮ ﺴ ﻣ ﺎ ﻛ َ ﺪ ﻬ ﻌ ْ ﻟ ا اِن ﱠ ﺪ ﻬ ﻌ ْ ﻟ ﺎﺑ ﻮ ﻓ نَ ـُ ًوَاَوْ ْ ْـُٔ َ َ ْ َ ْ َ ْا Dan hendaklah tepati janji kerana janji itu akan dipersoalkan oleh Allah S.W.T kelak

Surah Al-Israq ayat 34.

Al-Imam Sa’di menyatakan

ِ ﻴﻢ ﻈ ﻌ ْ ﻟ ا ﰒ ﻹ ِْ ا ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻌ ﻓ ا ﻮ ﻔ ﺗ ﱂ ﻳﻞ ﺰ ِ ﳉ ا ﱠﻮ ـ ﻟﺜ ا ﻢ ﻜ ُ َ ﻠ ﻓ ﻢ ﺘ ﻴ ﻓ ِنْ ﺈ ﻓ ـَ ُ ـَ ـَ ُ ـَ َ ُ َ ُْ ُ ْ َ َْ وَإِنْ ُ، َْ َابُ ُ ْ ـْ وَ

“Maka jika kamu menunaikan (janji tersebut), bagi kamu pahala yang besar; dan jika kamu tidak menunaikannya, maka ke atas kamu dosa yang besar.”

Kalau kamu laksanakan janji ataupun dalam Bahasa kita Bahasa manisfesto kalau kamu laksanakan manifesto kamu akan dapat pahala yang besar. ِ ﻴﻢ ﻈ ﻌ ْ ﻟ ا ﰒ ﻹ ِْ ا ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻌ ﻓ ا ﻮ ﻔ ﺗ ﱂ ـَ ُ ـَ ُ َ ُْ ُ ْ َ َْ وَإِنْ Dan sekiranya kamu tidak laksanakan manifesto tidak ada cara usaha untuk laksana manifesto kamu dapat dosa yang besar.

Inilah yang ditakuti oleh Kerajaan Membangun Bersama Islam sebab itu dilantik pemantau dan Alhamdulillah pemantau di pejabat yang tertinggilah di Negeri Kelantan di pejabat Menteri Besar dilantik iaitulah SPARK iaitulah Unit Pemantauan dan Pelaksanaan Strategik Pejabat Menteri Besar dijadikan sebagai pemantau untuk mempastikan bahawa manifesto tawaran PRU 15 itu dilaksanakan sebelum masuk PRU 16 sepatutnya tempoh 5 tahun setelah dipantau sebelum masuk 3 tahun sengaja dan Kerajaan Negeri memang sengaja mengisytiharkan sebelum tempoh awal lagi contoh 50% , 50% lah kena maklum. Tapi Alhamdulillah kebetulan masuk September 2023 sehinggalah Januari 2026 manifesto itu telah capai sehingga 84%. 18 tawaran yang telah ditawarkan dan peratusan kiraan skala itu adalah berdasarkan skala yang telah ditetapkan itu sekiranya kalau tak jalan apa-apa manifesto walaupun langsung. Memang tak dapat markah tetapi julat 1-49 sekiranya kertas kerja sudah dibuat ada dah 2,3,4 markah sudah 1-49 dan sekiranya sudah dipersetujui dalam mesyuarat dan telah dipersetujui untuk dibuat dia naik sikit markah sampai 10 tetapi dia tidak akan sampai 50 sehinggalah apa yang dihasilkan di dalam kertas kerja itu dilaksanakan.

Dilaksanakan tidak sepenuhnya lagi dibuat Jawatankuasa diwujudkan semua sekali dan 50-70% ini ialah yang menunjukkan peringkat rundingan telah diselesaikan dan 71-89% menandakan peringkat pelaksanaan dan 90-100% diberikan kepada inisiatif yang telah siap dan juga yang telah beroperasi. Kalau beroperasi yang tidak siap sepenuhnya

lagi boleh jadi 91-93 tapi kalau disiapkan sepenuhnya maka diletakkan 100% dan hal ini sebenarnya dia bergantung kepada program-program yang ditawarkan tadi dan untuk makluman program yang ditawarkan adalah 96 program. Bukan semua sekali hal ehwal yang berkaitan dengan yang kita rasa orang fikir yang ni Kerajaan kena buat iaitu yang ada dalam manifesto tak semestinya yang ditawarkan oleh Kerajaan Parti Islam Semalaysia itu apabila memerintah Negeri ialah 96 program dan perincian program-program anaknya ialah sebanyak 154 program dan untuk maklumannya yang belum lagi dilaksanakan daripada 96 program ini adalah 11 program.

Yang ni kita tak laksanakan dan dalam manifesto baru-baru ini yang dapat 100% satu sahaja daripada 18 tawaran hanya 1 tawaran sahaja 100% dan ada yang dapat 50% bagi kita 50% fail lagi mesti dilaksanakan. Jadi kita bagitahu awal supaya pemegang-pemegang taruh, agensi-agensi terbabit hendaklah meningkatkan dan laksanakan sebelum berakhir 5 tahun wajib 100% semua sekali dilaksanakan kerana ini janji kita kepada rakyat kita tidak mahu dipersoal di hadapan Allah S.W.T kita sebagai penipu. Kerana dalam hadis yang soheh dinyatakan

Hari akhirat kelak sesungguhnya orang tidak melaksanakan janji dia orang yang pelawak tidak melaksanakan janji dia maka akan ditegakkan satu panji di akhirat kelak maka akan berkatalah malaikat berkatalah ini adalah sipulan janji pengkhianatan si fulan bin si fulan.

Dia sebut nama kita, kita tak mahu di Negeri Kelantan ini akhirat kelak si fulan bin si fulan dia sebut ini adalah pengkhianatan kamu… ini pengkhianatan kamu kita tengok benda ni sebab tu kita tidak kira siapa, laksanakan benda ni kepada rakyat. Jadi Alhamdulillah baru-baru ini awal tahun ini dalam tahun ini kita dedahkan 84% tapi ada yang 50% paling rendah 50% dan sebenarnya yang dapat 90% ke atas ini hanyalah 7 tawaran sahaja dan yang mendapat 70-90% 9 tawaran dan 70% ke bawah adalah 2 tawaran dan yang mendapat paling rendah 50% itu ada satu tawaran lagi. Jadi maksudnya masih ada lagi benda-benda yang perlu diperbaiki lagi ini bukan konflik. Dan untuk makluman manifesto ini ada benda-benda yang dibuat oleh Kerajaan Negeri tak dok pun dalam

manifesto tapi dilaksanakan. Contoh tadi saya dah jawab dalam Majlis Pembangunan halal merasmikan Majlis Pembangunan Halal Negeri bukan senang nak basmi itu tak dok pun dalam manifesto tetapi kita telah buat perasmian dan wujudkan jawatankuasa untuk satu agenda yang besar di dalam negeri sepatutnya tak buat pun tak po sebab tak dop pun di dalam manifesto tapi kita buat demi kesejahteraan rakyat.

Manifesto ini adalah sebagai satu janji pada masa itu yang kita lihat relevan pada masa itu dan kini sudah 2 tahun lebih 3 tahun kita lihat ada perkara-perkara lain tak ada dalam manifesto tapi ia adalah relevan dan demi kebaikan rakyat maka kena buat tak dok dalam manifesto takpo. Tetapi manifesto ni benda-benda baik maknanya apabila capai 84% Galas pun patutnya dia kata terima kasihlah tahniahlah Kerajaan Negeri banyak dah tu buat tapi buat 11% tak buat lagi tu tawaran yang tidak buat. Jangan kata dakwa yang 84% ni mari mana. Ar sedak ar gimik politik sebab ni benda-benda baik dan kita buat sebenarnya Kerajaan Negeri memberi penekanan di dalam persoalan untuk memberi kemudahan kepada rakyat ini dan kesenangan keselesaan kepada rakyat Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar setiap kali mesyuarat EXCO apabila timbul apa-apa kesusahan dia baca ayat

٦ ﺮ ﺴ ﻳ ﺮ ِ ﺴ ﻌ ْ ﻟ ٱ ﻊ ﻣ إِن ﱠ ًۭا ْ ُ ْ ُ َ َ baca ayat baca hadis

ِ ِ ِ " ﺮ ﻵﺧ ﺎ ﻴ ﻟﺪﱡﻧ ا ﰲ ِ ﻪ ﻴ َ ﻠ ﻋ ﷲ ﻳ ٍ، ﺮ ﺴ ﻌ ﻣ ﻰ َ ﻠ ﻋ ﻳ ﻦ ﻣ " ـْ ﺴﱠﺮ ﺴﱠﺮ َة ِوَ وَا َ ْ َ ُ َ َ ْ ُ َ َ َ ْ َ siapa yang memudahkan urusan orang yang susah maka Allah akan mempermudahkan urusan kita.

Kita Kerajaan kita mempermudahkan urusan-urusan rakyat maka Insha Allah Allah mempermudahkan urusan Kerajaan.

Jadi Alhamdulillah kita tengok ini antaranya kita tengok negeri kita PMX permudah belako. Kerajaan Kelate nak lagumana, MB nak lagumana permudah belako itu maksudnya Allah S.W.T hok kita fikir juga bahawa lembutkan hati PMX kita untuk mempermudahkan urusan di Kelantan

sebab kita pemimpin Kelantan kita pemimpin mempermudahkan yang lain. Pahtu hok yang kedua ayat yang Dato’ Panglima Perang baca kan tadi tu kena tanya dialah. Jadi kita nak bagitahu bahawa ini adalah KPI kita di dalam mengurus hal ehwal rakyat manifesto ini memang wajib kita laksanakan tetapi ada perkara-perkara yang tidak melibatkan manifesto pun itu adalah perkara yang wajib dilaksanakan oleh peringkat Kerajaan Negeri Kelantan Darulnaim.

Dan perkara itu sebenarnya kita berganding bahu di antara satu sama lain untuk rakyat walaupun boleh jadi parti berbeza tetapi untuk kesejahteraan rakyat, kebajikan rakyat ini kita melupakan persoalan warna-warna parti in pilihanraya time pilihanraya tapi tidak pilihanraya kita sama-sama bagaimana kita mempastikan rakyat kita ni berada di dalam keselesaan dan berada di dalam kesejahteraan dan mereka tidak terabai. Inilah yang usaha yang saya sedikit menjawab persoalan berkaitan dengan manifesto itu yang sebenarnya mengikut skala yang telah ditetapkan dan pemantauan wajib yang ditetapkan oleh pihak kita supaya tidak ada seorang pun agensi pemegang taruh yang berkaitan portfolio yang tidak melaksanakan manifesto. Kalau ada yang tidak yang melaksanakan kita nak pilihanraya esok lusa ada lagi yang tak laksana maka kita semua akan dipertanggungjawabkan kelak di hadapan Allah S.W.T.

Itu pentingnya pemantauan ini jadi sebab itu kita dedahkan berani kita dedahkan biar rakyat tahu setakat mana rakyat nak tanya ni dapat 100% ni bakpo sebab dalam setiap tawaran itu ada program kadang-kadang ada 7 program ada 4 program. Contohnya perantau Galas ada kata macam mana ekonomi rakyat kita yang berada di perantauan adakah terbela dah semua kita tak masuk yang tu mempastikan rakyat yang berada di luar Kelantan Darul Naim mereka juga sudah tidak terabai dan juga tidak ada yang berada di dalam kesudahan kemiskinan. Arr.. tak dok hok tu tetapi sudah diletakkan program-program yang tertentu dan ada 4 program dan 4 program ini telah dilaksanakan. Alhamdulillah sepenuhnya jadi dia dapat 100% berdasarkan kepada program tersebut. Bukan berdasarkan kepada unjuran semua sekali apa yang kita jangkakan dan masa serta

perkara-perkara yang kita nampak menjadi harapan dan tuntutan daripada rakyat.

Itulah yang saya kira berkaitan dengan sedikit sebanyak manifesto yang telah ditimbulkan dan saya juga ingin sedikit menyentuh apa yang disentuh oleh Bunut Payong dan juga Kota Lama tentang kesihatan mental dan gejala sosial di peringkat kalangan belia yang berlaku yang kita sudah ada pun beberapa perkara-perkara yang menghalang daripada mereka membasmi pembasmian gejala sosial dan lain-lain sebenarnya yang perlu menjawab portfofio ini adalah portfolio kesihatan dan juga belia dan telah disentuh pun apa nama tadi oleh portfolio kesihatan dan juga belia. Cuma saya nak nyatakan di sini bahawa sebenarnya di peringkat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan JAHEAIK akan memperkenalkan satu pilot projek berkaitan dengan perkhidmatan terapi jiwa berasaskan rukyah syariah jampi dalam Islam ini berdasarkan ayat-ayat suci Al-Quran dan juga kaunseling psiko spiritual ini kepada masyarakat dan benda ini penting kerana kita tengok pihak KKM sendiri telah menubuhkan bahagian perubatan tradisonal dan komplimentari bagi mengurus hal ehwal yang berkaitan dengan mistik dan berkaitan dengan perkara ini.

Jadi kita di Kelantan di bawah pelaksanaan agenda syariah life, syariah life telah dirasmikan pada tahun lepas. Syariah life ini akan pergi kepada semua sama ada yang kesihatan mental berkaitan dengan ekonomi, berkaitan dengan belia. Yang ni pun tak ada dalam manifesto nih takdop tak sentuh pun tapi kita buat kerana untuk mempastikan bahawa sistem perjalanan rakyat di Negeri Kelantan ni berjalan dengan mengikut tuntutan syariat tak lari sedikit pun. Jadi antara bagaimana cara untuk menyelesaikan permasalahan masalah mental dan seumpamanya ini maka Insha Allah satu pilot projek yang bernama terapi jiwa yang berasaskan rukyah syariah dan kaunseling psiko spiritual akan diperkenalkan dan ia sebenarnya sebagai langkah intervensi awal untuk pendekatan terapi mengikut kaca mata syariah boleh guna ayat-ayat Al-Quran. Kadang-kadang orang tak baca Al-Quran ambil air sembahyang pun dop muka tak rajin ambil air sembahyang bila kita gunakan Al-Quran kita bacakan orang tu jadi lain doh.

Jadi terapi ni penting juga dan juga penting juga untuk mengelakkan masyarakat merujuk kita tak mahu masyarakat merujuk kepada bomoh-bomoh yang buat benda-benda kurafat yang tak ada dalam yariat Islam dan kita nak supaya rakyat negeri kita ini dalam hal ehwal yang berkaitan dengan masalah kecelaruan jiwa masalah apa-apa masalah peribadi juga merujuk kepada institusi agama dia tidak lupa institusi ini. Jadi oleh kerana itu Insha Allah juga akan dilaksanakan dengan kerjasama dengan pihak hospital dan pihak kesihatan bukan kita nak ambil tugas hospital atau pun khidmat mereka yang lain tetapi untuk menyempurnakan lagi pelaksanaan bagaimana membasmikan gejala-gejala yang tidak sihat di dalam negeri kita.

Terima kasih sekali lagi saya ingin ucapkan kepada semua yang terlibat di dalam membahaskan ucapan Titah dan juga yang menyentuh portfolio saya minta maaf sekiranya ada salah dan silap sehingga berjumpa lagi.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat, seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Pengerusi Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan inovasi. Dipersilakan…

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin merakamkan setinggi ucapan junjung kasih di atas Titah Ucapan Diraja yang telah dititahkan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan pada Dewan ini pada hari Isnin 2 Zulkaedah 1447 Hijrah bersamaan dengan 20 April 2026 Masihi.

Anak nelayan kelaut pagi, Menarik pukat bersama teman, Titah Tuanku menjadi pedoman Negeri, Negeri aman sepanjang zaman.

Terima kasih kepada semua Ahli Dewan yang telah mengambil bahagian membahas Titah Ucapan Diraja dan ada beberapa Ahli Dewan yang menyentuh portfolio saya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Tumboh atas ucapan tahniah kepada calon-calon SPM yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang pada pengumuman baru-baru ini 30 Mac di mana ia telah meningkat pencapaian SPM. Bukan setakat SPM, STAM dan juga SMU semuanya meningkat dan seramai 92 orang memperolehi straight A berbanding 80 orang sebelum daripada ini. Jadi Kerajaan bersetuju sebagaimana lazimnya memberikan sumbangan kecemerlangan sebanyak RM500 kepada calon-calon yang memperolehi 9A keatas SPM, MUMTAZ STAM dan juga STPM 4A. Jadi kita telah membuka bermula 9 April lepas sehingga tutupnya pada 19 April seramai 1139 calon yang layak telah pun mengisi borang. Jadi oleh kerana STPM belum diumumkan lagi maka kita rasa ada lagi pelajar yang tercicir maka kita sambung lagi buka peluang kepada pelajar-pelajar yang tidak berkesempatan sehingga 29 April nanti. Jadi sebarkanlah kepada calon-calon yang mempunyai kelayakkan tersebut.

Yang Berhormat Galas ada membangkitkan pencapaian manifesto telah dijawab oleh sahabat saya EXCO Agama dan Penerangan, manakala Yang Berhormat Semerak menyentuh persoalan capaian internet bagi memastikan penduduk mendapat menikmati liputan internet yang baik. Pihak MCMC bersama pemberi perkhidmatan sentiasa berbincang, merancang dan melaksanakna langkah-langkah penambahbaikan seperti menambah menara telekomunikasi baru, menaiktaraf atau menambah kapasiti rangkaian serta menjalankan ujian dan pemeriksaan secara berkala.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan orang awam digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan lokasi-lokasi yang mengalami masalah kualiti perkhidmatan melalui MCMC nexus. MCMC nexus adalah portal

analitik rangkaian digital dan ujian kelajuan rasmi Malaysia. Satu alat revolusional yang dibangunkan oleh Surahanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SKMM dengan izin. Manakala mengenai green teknologi hidro Kerajaan sentiasa membuka peluang kepada pelabur untuk membangunkan sektor ini. Manakala Lembah Sireh silikon pun pihak Kerajaan melalui PKINK dan Kelantan ICT GATEWAY masih lagi dalam usaha mengenal pasti dan mencari pelabur berpotensi dan memuktamadkan lokasi sebagaimana cadangan awalnya iaitu di Tunjong tapi kena beralih kepada lain pula.

Yang Berhormat Nenggiri meminta Kerajaan menyediakan kemudahan tanah yang lebih luas untuk kemudahan sekolah itu bergantung atas pihak sekolah melalui Kementerian Pendidikan dan boleh dipohon kepada Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Wakaf Bharu menyentuh tentang penubuhan perbadanan digital. Pihak Kerajaan telah mengadakan beberapa siri lawatan ke Perbadanan Digital Negara dan yang terakhir ke Perbadanan Digital Sarawak SDEC Sarawak Digital Economic Coperation dan pada 15-16 April yang lepas kita telah adakan sesi libat urus yang di urusetiakan oleh UPEN dan PBTM Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat bersama Perbadanan Digital Sarawak di Hotel Perdana sebagai penanda aras penubuhan Perbadanan Digital Negeri Kelantan.

Mengenai isu keselamatan siber dan juga gejala scammer kerajaan negeri juga berusaha melindungi rakyat bagi ancaman penipuan dalam talian dengan mengadakan kerjasama erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC dan juga pihak keselamatan bagi mengelak perkara ini berlaku dengan lebih serius di samping membawa isu ini ke pihak Kementerian untuk diambil tindakan yang sewajarnya. Dan sempena sidang DUN kali ini MCMC mengadakan kempen internet selamat yang mana kalau Ahli Yang Berbormat keluar Dewan ni pihak MCMC membuka meja untuk mana-mana Yang Berhormat sapa-sapa yang kebetulan berkunjung ke sidang DUN ini ada masalah talian dan sebagainya boleh merujuk di meja tersebut.

Yang Berhormat Dabong, Kuala Krai, Yang Berhormat Dabong Kuala Balah dan juga Galas menyebut tentang memperkukuhkan pendidikan dan TVET. Untuk makluman Kerajaan Negeri Kelantan dan juga menubuhkan majlis TVET negeri sebagai platform rasmi bagi menyelaras ekosistem pendidikan dan latihan kemahiran di negeri ini. Walaupun banyak institusi di negeri ini pusat kemahiran TVET berada di bawah selian Kerajaan Persekutuan namun kerajaan negeri tetap menggunakan ruang, peranan dan kuasa yang ada untuk membina laluan kepada anak-anak Kelantan. Walaupun bermula secara kecil agar mereka tidak tercicir daripada arus pembangunan kemahiran.

Antara perkembangan awal yang dicapai ialah pentauliahan beberapa program kemahiran melalui pusat latihan seperti KPKB, KIASDEC serta institusi Pondok dan Tahfiz yang mana pada 13 April yang lepas pengtauliahan ini telah disampaikan kepada agensi tersebut oleh Ketua Pengarah JPK Malaysia di Kota Darulnaim ini yang meliputi bidang seperti operasi pengeluaran tanaman, pengendalian tanaman cendawan, peroperasian masjid dan juga pengajaran tahfiz dan dalam masa yang sama pendekatan Akademik Dalam Industri (ADI) anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran JPK turut diberi perhatian kerana model ini rapat dengan Industri sekali gus membantu memastikan kemahiran yang diikuti benar-benar mempunyai padanan dengan peluang pekerjaan yang sebenar.

Dan untuk makluman Kerajaan Negeri Kelantan telah menerima tawaran daripada Korea untuk menghantar pelajar ke negara tersebut dalam bidang TVET iaitu yang ditawarkan seramai 15 orang dalam bidang Diploma Kejuruteraan Mekanikal selama tempoh pengajian 3 tahun. Jadi Kerajaan sekarang ini membuat penelitian atas tawaran tersebut bersama agensi YAKIN jadi kita bincang kita akan semak dan Insha Allah kita akan hantar untuk pelajar kita untuk menyambung pelajaran di Korea. Cuma syarat dia ngaji sana kerja sana. Jadi hok tulah kita tapi Insha Allah kita akan cuba realisasikan.

Mengenai naiktaraf KIAS kepada universiti penuh ini dalam proses Insha Allah sedikit masa lagi KIAS akan bergerak ke arah itu kita doakan semoga hasrat kita dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Yang Berhormat Pengkalan Pasir mencadangkan kurikulum tahfiz diperbaharui. Hasil dari kajian daripada agensi dan negeri-negeri yang datang membuat kajian ke sekolah tahfiz kita dari sudut kurikulum model pengajaran dan pembelajaran dan beberapa buah negeri telah mengambil kurikulam kita untuk membuka sekolah tahfiz di tempat mereka. Banyak negeri dalam Malaysia ini menggunakan sukatan kita. Dalam masa yang sama juga kita adalah terbaik dan telah menjadi agen perubahan masyarakat kebolehan pelajar tahfiz kita ialah menterjemah makna kepada ayat Al-Quran dan ayat Al-Quran kepada maksud. Makna pelajar kita ni kita baca kot melayu dia boleh royak kot ayat Quran. Baca ayat Quran dia boleh terjemah kepada Bahasa Melayu. Hok tu yang kita bagi tokoh dan paling hebat baru nih kita nak bagi bacaan bersanat sempena graduasi yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang pelajar kita memecah rekod di baca tanpa henti, tanpa salah, 18 jam. 30 juzuk tanpa salah. Yang memeriksa dia ni guru yang semak dia nih 4 ore tak pade sore. Kita bagi anugerah khas Dato’ Panglima Perang Menteri Besar kepada pelajar tersebut.

Manakala mereka yang menyebarkan ilmu yang ada contohnya pelajar kita yang dapat tawaran ke US pada satu tahun tu maka bila berada di sana dengan ilmu hafazan yang ada dia dapat mengetuai halaqat bacaan Al-Quran untuk pelajar-pelajar Asia. Inilah kemampuan Pelajar kita, begitu juga bila saya pergi mesyuarat di USM Pengarah USM kata setakat pelajar tahfiz pelajar sekolah arab masuk ni berubah suasana di USM dan mana-mana hospital pun nak buat cara mengendalikan pesakit mengikut syarie ikut syarak dia mari ke hospital USM. Sebab Pegawai Agama pertama yang bertugas ialah yang sekarang ni Ahli Parlimen Pengkalan Chepa juga bekas pelajar kita. Begitu juga ada doktor, ada ahli farmasi sekarang ini menjadi pengkuliah Maghrib di serata tempat di negeri Kelantan kita. Jadi itulah kehebatannya. Ada doktor Al-Hafiz doktor bertugas di Sabah anak buah kita dalam suasana dia ni seorang Penjawat Awam dia juga menyertai pertandingan hafazan supa baru inilah

Musabaqoh, Tilawah dan dia memperolehi Naib Johan di Peringkat Kebangsaan dia ni doktor dan mewakili Malaysia ke peringkat Antarabangsa di Oman Jordan. Makna dia boleh jaga lagi bacaan Al-Quran dia tu. Hasil daripada pendekatan pendidikan holistik yang dilaksanakan ini kita dapat melihat bagaimana sistem pendidikan YIK telah melahirkan ramai professional dalam pelbagai bidang yang bukan sahaja cemerlang dari segi kerjaya tetapi juga membawa bersama mereka nilai-nilai Islam adat dan akhlak yang tinggi. Mereka menjadi kudrat yakni teladan kepada masyarakat yang membuktikan kejayaan model pendidikan model Islam yang menyeluruh di Negeri Kelantan.

Pergi ke pekan membeli rotan Rotan dibeli buat anyaman Perbahasan diakhiri dengan penggulungan Segala pandangan jadi pedoman.

Anak dara memetik kenanga Kenanga di susun di atas para Andai ada silap dan sengketa Maaf di pohon kepada semua.

Wallahua’lam

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Pengerusi Pertanian Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau. Dipersilakan Yang Berhormat.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﳌﺮﺳﻠﲔ, وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ ا ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و Pertamanya saya ingin menjunjung kasih ke hadapan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan di atas Titah Perasmian dalam Persidangan pada kali ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Sebagaimana yang telah dizahirkan dalam Titah Perasmian dunia hari ini sedang berhadapan dengan landskap gelombang yang semakin mencabar. Ketidaktentuan ekonomi perubahan iklim yang ekstrem serta ketegangan geopolitik dan krisis peperangan ketika ini memberi kesan langsung kepada kestabilan rangkaian bekalan keterjaminan makanan dan kos sara hidup rakyat.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi –tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian secara aktif dalam perbahasan menjunjung kasih atas Titah Perasmian khususnya yang menyentuh perihal sektor pertanian negeri dan keterjaminan makanan. Kerajaan negeri memandang serius segala pandangan, teguran dan cadangan yang dikemukakan sepanjang Perbahasan. Setiap input yang telah diberikan akan diteliti secara menyeluruh sebagai asas untuk memperkukuh dasar dan pelaksanaan program pembangunan negeri khususnya dalam sektor strategik pertanian dan keterjaminan makanan memastikan kesejahteraan rakyat. Keperluan bekalan makanan yang secukupnya sebagai keselamatan makanan food security semakin menjadi perhatian ketika dunia dilanda krisis semulajadi atau buatan manusia yang menggugat pengeluaran rantaian bekalan makanan.

Ramai Ahli Yang Berhormat menyentuh tentang keperluan bantuan atau pakej rangsangan khusus daripada pihak Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat khususnya para petani, penternak dan nelayan melebihi krisis yang sedang dihadapi ini.

Untuk makluman sidang Dewan sekalian, melalui Portfolio Pertanian Industri Agro Makanan Komuniti bersama pihak UPEN Negeri Kelantan juga jabatan-jabatan serta agensi-agensi berkaitan telah mengambil inisiatif awal mengadakan mesyuarat khusus berkaitan dengan isu bekalan dan harga makanan berhubung dengan krisis geopolitik dan perubahan iklim pada 12 April 2026 yang lepas. Hasil mesyuarat tersebut semua jabatan dan agensi berkaitan pertanian sudah memulakan langkah segera yang perlu diambil bagi mengurangkan impak dan kesan dari krisis ini. Begitu juga Majlis Mesyuarat Kerajaan sebelum ini telah bersetuju untuk menggunakan peruntukan sedia ada bagi membantu para penternak bagi program khas Agihan Bantuan Makanan Ternakan Biofiq Al-Falah berjumlah RM200,000 kepada para penternak di Negeri Kelantan.

Untuk makluman sidang Dewan juga pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri kelantan bersama dengan pihak Penggawa dan para Penghulu seluruh negeri Kelantan sedang bergerak melaksanakan Bancian Ternakan Ruminan Negeri Kelantan 2016 untuk dapatkan data yang terkini bilangan penternak dan populasi ruminan lembu, kerbau kambing, biri-biri dan sebagainya untuk memudahkan kita menyediakan bantuan yang selayaknya.

Menyentuh perihal bantuan sejahtera tani di Negeri Kelantan sebenarnya saban tahunlah Kerajaan Negeri melalui pertimbangan hemat dan cermat kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar memikirkan kemaslahatan para petani, penternak dan rakyatnya. Tiap-tiap tahun ada sokmo Insha Allah cadangan pelaksanaan bantuan Sejahtera Tani 2026 sebenarnya sudah ada dalam penelitian Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga telah diteliti bersamalah oleh Ahli Majlis Mesyuarat bersama dengan Yang Mulia Dato’ Kaya Perkasa, Setiausaha Kerajaan Negeri juga bersama dengan Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan

Negeri duk tengok-tengoklah bagaimana kita boleh membantu para petani, penternak dan nelayan dan mereka yang terkesan dengan impak global tadi.

Insha Allah lah kita akan dengarlah mungkin ada khabar gembira yang akan disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar nanti Insha Allah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Galas ada menyentuh mengenai pihak Negeri memohon peruntukkan daripada Persekutuan untuk memastikan pengairan dan juga keperluan asas infra Pertanian khususnya padi di Negeri Kelantan. Ini adalah satu perkara yang sudah semestinya kerana Negeri dan Persekutuan adalah memikul tanggungjawab bersama memastikan food security ini dapat berjalan dengan baik dan semestinya Negeri dengan Persekutuan ini seperti anak dengan ayah. Sekiranya ada sesuatu yang perlu dipohon mestilah kita memohon kerana bila mana peruntukkan ini turun kebaikannya adalah untuk semua pihak termasuk pihak Kerajaan Persekutuan yang sekarang ini mensasarkan SSR pengeluaran padi beras ini sehingga 75% seandainya infra asas pertanian di Kelantan tidak lengkap bagaimana Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Keterjaminan Makanan memastikan sasaran 75% akan tercapai kerana Kelantan bersama Negeri SG4 iaitu Kedah, Terengganu dan Perlis sebenarnya sebagai periuk nasi negara. Yang setakat ini 4 negeri ini menyumbang lebih 70% bekalan beras tempatan negara.

Alhamdulillah jadi perlu sangatlah Kelantan diberi tumpuan untuk menyiapkan lebih banyak infra-infra asas pertanian di bawah KADA, IADA Kemasin Semarak dan bersama dengan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan juga JPS Jabatan Pengairan dan Saliran yang membantu bersama-sama dengan bajet yang besar sebenarnya untuk menyiapkan infra-infra ini.

Menurut Persatuan Persaudaraan Pesawah Malaysia ringkasannya PESAWAH petani mempunyai keupayaan terhad untuk menyerap peningkatan kos membajak dan juga menuai melebihi 50%. Dan kos keseluruhan termasuk baja dan racun sehingga 65% yang akan

meningkatkan risiko kelewatan musim penanaman juga pengurangan keluasan tanaman dan mungkin akan berlakulah kemerosotan atas pengeluaran hasil padi tempatan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Chetok dan Yang Berhormat Gaal atas pandangan yang konstraktif berkaitan pembangunan pertanian dan keterjaminan makanan Negeri ini. Chetok ada menyentuh perihal hiliran dengan memperkasakan industri hiliran pertanian bagi meningkatkan nilai tambah hasil pertanian dari bahan mentah kepada produk berjenama dan berorentasikan pasaran.

Juga prihal pemerkasaan dan penyelarasan agensi termasuk juga pemerkasaan Rong Chenok Agro Valley sebagai model rujukan pertanian bersepadu untuk memacu keterjaminan makanan dan juga transformasi sektor pertanian negeri. Terima kasih di atas pandangan tersebut yang mana pihak Kerajaan telah mula mengorak langkah sejak begitu lama dengan sentiasa bekerja dengan Portfolio Pelaburan, Perindustrian Dan Perdagangan di bawah Yang Berhormat Dato’ Mejar Anizam dalam memperkasa industri hiliran ini. Pembangunan kilang-kilang kecil pusat-pusat pengumpulan dan pemprosesan hasil tani sedang giat dibangunkan mengikut potensi dan juga persiapan usahawan-usahawan yang mana portfolio saya dengan Portfolio Pelaburan, Perindustrian Dan Perdagangan ini bergerak bersama-sama membantu usahawan IKS dan sebagainya untuk produk-produk hiliran ini menjadikan produk-produk tempatan ini boleh dipasarkan di pasaran yang lebih meluas.

Juga sebenarnya kita telah menyusun strategi bersama dengan keterlibatan invest Kelantan ECRDC dan pelbagai agensi berkaitan bagi memperhebat pembangunan usahawan seluruh negeri Kelantan. Alhamdulillah pada ketika ini kita dapat lihat Rong Chenok Agro Valley telah mula menunjukkan impaknya dalam pembangunan modenisasi contoh sektor pertanian negeri. Semoga ia disokong dan dibangunkan menjadi salah satu gedung pengeluaran makanan negeri Insha Allah. Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Gaal menyentuh beberapa perkara penting dalam sektor pertanian khususnya di Pasir Puteh iaitu di Kelantan Bio Valley di Gong Datuk Gaal yang mana Kerajaan Negeri melalui anak syarikat PMBK iaitu Kelantan Biotect Coporation Sdn. Bhd membangunkan banyak projek-projek pertanian di Gong Datuk ini dan juga isu kilang makanan ternakan sebenarnya ia adalah salah satu flagship projek keutamaan Kerajaan Negeri yang akan membantu para penternak mendapatkan pellet makanan ruminan ataupun penternakan dengan harga yang lebih baik kerana dapat dihasilkan dan dikilang tempatan dengan bahan-bahan semulajadi tempatan yang boleh mengurangkan kos pengangkutan import daripada negeri-negeri lain pallet ternakan ini. Dan sebidang tanah Kerajaan telah dikenalpasti di Pasir Puteh yang boleh menempatkan sebuah kilang ternakan makanan dan pihak KPKB Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad sedang berusaha untuk merealisasikan pembinaan kilang ini dengan memohon dana daripada pihak Kementerian dan juga daripada MOF Kementerian Kewangan untuk membantu Kerajaan Negeri dan juga agensi supaya keperluan rakyat ataupun penternak ini dapat kita beri kebajikan mereka dengan sebaiknya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Kita juga melihat beberapa Ahli Yang Berhormat menyentuh secara umum tentang keperluan kerajaan negeri menyusun strategi dan memandang serius kepada Negeri Kelantan yang merupakan jelapang makanan negera. Insha Allah semua pandangan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang membuat perbahasan akan diperhalusi dan diambil tindakan yang sewajarnya di bawah Jawatankuasa yang saya sama-sama dengan jabatan dan agensi menguruskannya. Moga-moga pandangan tersebut adalah untuk kebaikan kita bersama.

Bendang dan sawah anugerah Allah, Danau padi hasilkan semua sumber makanan, Petani peladang bertawakal berserah kepada Allah, Diesel naik imput harga meningkat itulah cabaran dan cobaan.

Sekian, terima kasih.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Dato’. Seterusnya saya mempersilakan Dato’ Timbalan Menteri Besar Pengerusi Pembangunan Wilayah, Sumber Asli Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-Undang. Dipersilakan Yang Berhormat…

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker,

ِ ِ ﻢ ِأَ ﻴ ا نِ ﺎ ﻄ ٰ ﻟﺸﱠﻴ ا ﻦ ﻣ ﻪﻠﻟ ﺎﺑ ِ ﻮ ﻋ ْ ﻟﺮﱠﺟ ْ َ ِّٰ ْذُ ُ ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ َ ﺮ ﺑ ﻪﻠﻟﱠ ا ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ َ ا ُ ـَ ُ َْ ْ َ مُ ﻟﺴﱠﻼ َ وَ وَرَ ْ

ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ﻻ ﺪﱡ ﻌ ﺗ ﻻ َ ﻟﱠﱵ ِ ا ﻪ ﻤ ﻌ ﻧ ﻰ َ ﻠ ﻋ ﻩ ﺮ ﻜ ُ ﺸ ﻧ ،ِا ﻴﻪ ﻓ ﺎ ﻛ ً ﺎ ﺒ ﻣ ﺎ ﺒ ﻴ َ ﻃ ﲑ ﺜ ﻛ َ ﺪ ﲪ ﻩ ﺪ ﻤ ﳓ ﲔ ﻤ َ ﺎﻟ ﻌ ْ ﻟ ا ﻪﻠﻟ ﱠ ﺪ ﻤ ﳊ َوَ وَ َ ـُ َ َ ُ ُ ْ َ رَ َ ُ ً ِّ ًا ًا َْ ُ ُ َ َْ َ، َ رَبِّ ُ ْ َْ ِ ِ ِ ﻪ. ﻴ َ ﻟ إِ ﻮ ﺘ ﻧ ﻩ ﺮ ﻔ ﻐ ﺘ ﺴ ﻧ ﻪ ﻴﻨ ﻌ ﺘ ﺴ ﻧ ، ﻰ ﺼ ﲢ ْ بُ ُ ـَ ُ، ْ ـَ َ ُ ُ َ َ َ ُْ وَ ُ ْ وَ ْ وَ

ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ﲔ ﻌ ﲨ أ ﻪ ﺎﺑ ﺤ ﺻ ﻪ ﻟ آ ﻰ َ ﻠ ﻋ ﲔ ﻠ ﺳ ﺮ ﻤ ْ ﻟ ءِ ﺎ ﻴ ﺒ ْ ﻧ َْ ﻷ ا ﺮ ﺷ ْ أَ ٍ، ﻤﱠﺪ ﳏ ʭ ﺪ ﻴ ﺳ ﻰ َ ﻠ ﻋ ﻟﺴﱠﻼ َ ةُ ﻟﺼﱠﻼ َ ،َ َْ َوَا َ ْ وَأَ َ وَ َ، َ ْ ُ وَا َ َفِ َُ َ ِّ َ َ مُ وَا ِِ ِ ﻳﻦ. ﻟﺪ ا ﻮ ﻳ ﱃ َ إِ نٍ ﺎ ﺴ ﺣ ﺈﺑ ﻢ ﻬ ﻌ ﺒ ﺗ ﻦ ﻣ ِّ َ ِوَ ْمِ ـَ َ ْ ْ ُ َ ْ َ

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dato’-Dato’ yang dihormati sekalian saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas ruang dan kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menggulung perbahasan menjunjung kasih Titah

Diraja pada persidangan Dewan Negeri Kelantan kali ini, bagi pihak Kerajaan Negeri.

Saya juga tidak ketinggalan bersama dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat semua untuk menjunjung kasih atas Titah Pemangku Raja yang kita dapati sarat dengan panduan keprihatinan serta penegasan yang jelas dan tuntas terhadap keperluan memperkukuh tadbir urus, mempertingkat kecekapan pentadbiran, memacu pembangunan negeri secara mampan serta menjamin kesejahteraan rakyat Kelantan secara menyeluruh dan juga berterusan.

Titah tersebut merupakan satu amanah besar yang perlu dijunjung dan diterjemahkan dengan penuh kesungguhan oleh seluruh jentera pentadbiran. Sepertimana yang telah dititahkan, saya ingin ambil sebahagiannya kekuatan sesebuah negeri bermula dengan kecekapan pentadbirannya. Justeru, Titah Baginda Beta ingin menegaskan bahawa kepentingan tadbir urus yang cekap, berintegriti dan telus hendaklah sentiasa menjadi teras dalam setiap urusan rasmi kerajaan. Para penjawat awam hendaklah terus memperkukuh integriti, meningkatkan produktiviti serta memastikan penyampaian perkhidmatan awam dilaksanakan secara cekap dan berkesan.”

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Sesungguhnya Titah Ucapan ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri dan juga yang tepat dengan satu hadith Nabi S.A yang sentiasa kita junjung dan kita ulang-ulangkan dalam Kompleks Kota Darulnaim ini iaitulah ِ ِ ﻪ ﻨ ﻘ ﺘ ﻳ ﻼ ﻤ ﻋ ﻢ ﻛ ﺪ ُ ﺣ أ ﻞ ﻤ ﻋ إذا ﳛ ﷲ ﱠ ْ أنْ ً ُ ﺐﱡ ُِ ُ َ ـُ َإن َ ْ َ َ َ َ

Sesungguhnya Allah itu amat kasih dan sayang cinta kepada seseorang yang apabila dia melakukan satu-satu kerja dilakukan dengan penuh teliti, penuh tanggungjawab sempurna dan bersungguh-sungguh.

Sehubungan dengan tu, Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa seluruh penjawat awam dan pegawai di semua peringkat hendaklah melaksanakan amanah dengan penuh disiplin, komitmen dan rasa tanggungjawab yang tinggi. Setiap tugasan perlu dilaksanakan dan diselesaikan dengan cepat, cekap, tepat pada masanya dan berlandaskan prinsip integriti yang tidak boleh dikompromi.

Maka tidak sepatutnya ada lagi rungutan orang ramai tentang sebarang bentuk kelemahan tadbir urus kelewatan yang tidak munasabah dalam satu satu urusan atau sikap sambal lewa dalam melaksanakan tugas. Semua kita diberikan amanah dan kita perlu sedar bahawa setiap keputusan dan tindakan akan dinilai bukan saja dari sudut pencapaian dan juga dari segi kejujuran dan kesungguhan dalam memikul tanggungjawab dan akhirnya kita akan berhadapan dengan hisab Allah S.W.T di hari akhirat.

Merbah tempua menari di taman, Singgah seketika di dahan meranti Titah baginda kami junjungkan Penuh setia di laman hati.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kesemua 21 orang Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah mengambil bahagian secara aktif dalam perbahasan ini, tidak kira dari pihak Kerajaan ataupun Pembangkang dengan diberikan pelbagai pandangan, teguran yang membina demi memperkukuhkan lagi pentadbiran serta kesejahteraan rakyat.

Percayalah bahawa semua teguran-teguran cadangan-cadangan itu tidak sia-sia. Ahli-Ali Yang Berhormat datang dengan persediaan dan sudah tentu ia akan dinilai dan tidak akan dikesampingkan. In Shaa Allah Ia menggambarkan bahawa ia mencerminkan komitmen tinggi Ahli-Ahli Yang Berhormat pada memastikan setiap dasar dan pelaksanaan

Kerajaan sentiasa relevan berkesan serta berpaksikan kepentingan rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah menyentuh portfolio saya dan juga portfolio Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan juga Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya dan Utiliti. Dan Insha Allah saya akan mengambil kesempatan untuk sedikit mungkin mengulas, atau menjawab atau menjelaskan perkara-perkara yang dibangkitkan itu.

Saya menyentuh beberapa perkara yang menjadi keutamaan dalam portfolio saya antaranya Yang Berhormat Pasir Tumbuh telah membangkitkan mengenai kecekapan pengurusan penghulu. Dan ini sebenarnya telah pun saya jawab panjang lebar dalam sesi soalan lisan.

Alhamdulillah sepanjang tahun ini Urus Setia Penghulu telah melaksanakan beberapa program dan kursus pemerkasaan, antaranya:

• Kursus Induksi Penghulu Baharu 2026 • Kursus “Leadership Trust” • Kursus dan Bengkel Kemahiran Artifficial Intelligent (AI) • Kursus Pemerkasaan Pengurusan MPKK • Seminar dan Bengkel Pengurusan Kebajikan dan Ekonomi MPKK • Program Pemerkasaan Ekonomi dan Kebajikan MPKK termasuk kepada masyarakat Orang Asli di Gua Musang

Kesemua inisiatif ini dilaksanakan secara tersusun dan berterusan dengan matlamat untuk memperkukuh keupayaan, meningkatkan tahap profesionalisme serta memantapkan integriti penghulu dan kepimpinan di peringkat akar umbi, agar lebih cekap, lebih responsif dan berkesan dalam mengurus hal ehwal masyarakat, di samping memastikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, inklusif dan juga berimpak tinggi.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Seterusnya, Yang Berhormat Chetok dan Yang Berhormat daripada Galas telah membangkitkan berkenaan perkembangan beberapa projek pembangunan strategik di negeri ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, secara keseluruhannya kerajaan negeri melalui agensi-agensi berkaitan serta Pihak Berkuasa Tempatan sedang menggerakkan perancangan dan pelaksanaan pembangunan sebenarnya secara holistik, tersusun dan berfasa, khususnya dalam membangunkan bandar-bandar baharu serta pusat pentadbiran strategik di beberapa jajahan utama.

Tanpa menafikan ada kelewatan dalam hal-hal tertentu khususnya yang disebutkan oleh YB Galas itu sentiasa dalam perhatian tetapi ada perkembangan. YB insha Allah akan dilaporkan nanti.

Alhamdulillah, dalam suasana ekonomi yang mencabar, minat pelabur terhadap potensi negeri Kelantan kekal positif dan memberangsangkan. kerajaan negeri sentiasa mengamalkan pendekatan yang proaktif, terbuka serta mesra pelabur dengan memberikan kerjasama yang baik, di samping memastikan setiap cadangan pelaburan diteliti secara berhemah, berintegriti dan selaras dengan kepentingan jangka panjang negeri serta kesejahteraan rakyat.

Dalam hal ini saya ingin menyentuh sedikit sebelum saya meneruskan ucapan saya, selain dari YB Chetok, YB Semerak ada menyentuh tentang negeri mesti bersikap pelabur. Terima kasih dan Alhamdulillah setelah kita mengamati pelabur-pelabur yang datang dan kita menimbang permintaan-permintaan mereka maka dalam mesyuarat EXCO yang baru kita telah memutuskan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa yang sangat penting. Jawatankuasa ini di pengerusikan sendiri oleh Yang Berhormat Mulia Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Tengku Kaya Perkasa iaitulah untuk ita melihat secara menyeluruh sebenarnya sistem yang kita amalkan dalam negeri begitu juga dengan fi sekiranya ada di semua peringkat daripada peringkat kita di Kota Bharu sampailah

kepada Pejabat Tanah dan kenaan-kenaan tertentu caj-caj tertentu agar ianya kompetetif. Dan dalam hal ini kita bandingkan dengan negeri-negeri yang lain supaya pelabur tidak membeza-bezakan ataupun tidak membanding-bandingkan dan kalau boleh kita ingin kalau boleh rendah daripada negeri-negeri yang lain agar ianya boleh menarik pelabur ke Negeri Kelantan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya ingin menyambung berkenaan dengan perkembangan Bandar Baru dan sebagainya. Antaranya, di kawasan Ketereh melalui inisiatif Perbandaran Islam, dua pusat pertumbuhan baharu sedang dipacu iaitu Bandar Baharu Buloh Poh dan juga Bandar Baharu Kok Lanas, yang kini berada di peringkat penilaian kertas cadangan pelabur oleh INVEST Kelantan, sebagai langkah memastikan pelaburan yang benar-benar berkualiti, berdaya maju dan mampan dan kita rasakan 2 buah bandar baru yang sedang kita rancang ini boleh dilaksanakan kerana ianya adalah berdekatan dengan Bandar Kota Bharu sebagai limpahan perkembangan dan kemajuan juga berdekatan dengan Bandar Baru Tunjong dan masih lagi dalam laluan ECRL, Insha Allah.

Manakala bagi pembangunan Bandar Tumpat Perdana dan Pusat Pentadbiran Baharu Kuala Krai, usaha berterusan sedang dipergiat untuk mengenalpasti serta menarik pelabur-pelabur berpotensi, sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan yang lebih seimbang, inklusif dan menyeluruh di setiap jajahan.

Dalam masa yang sama, penyusunan semula Zon Bebas Cukai Rantau Panjang turut dilaksanakan dengan beberapa penambahbaikan teknikal terhadap pelan susun atur, bagi memastikan keserasian dengan keperluan semasa serta penyelarasan dengan cadangan pembangunan bandar sempadan di bawah inisiatif Kementerian Ekonomi. Dan sewaktu lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Kelantan ini adalah antara perkara yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga yang dibincangkan sewaktu kita membincangkan berkenaan

dengan pembangunan bersama pegawai jajahan dan juga pegawai-pegawai tinggi di Pasir Puteh.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Pembangunan Tok Bali pula dirangka secara komprehensif berasaskan Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Puteh 2035 (Penggantian) dengan wawasan untuk menjadikan Tok Bali sebagai sebuah bandar maritim, pelabuhan dan juga pusat pelancongan yang berdaya saing, sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri dalam persekitaran fizikal yang lengkap dan berkualiti tinggi. Bagi merealisasikan hasrat ini, Rancangan Kawasan Khas Tok Bali 2045 telah disediakan sebagai pelan tindakan menyeluruh yang merangkumi pelan susun atur, pelan pengurusan, fasa pelaksanaan, kos serta pendekatan pembangunan, melibatkan keluasan 16,810.62 hektar yang merangkumi beberapa mukim di jajahan Pasir Puteh dan juga Dan ini sekali gus menjawab cadangan dan juga persoalan yang telah Bachok yang dibangkitkan oleh Gaal semalam.

Antara komponen utama ialah pembangunan Tok Bali Supply Base seluas 320 hektar yang berfungsi sebagai pelabuhan industri dan berpotensi menjadi terminal petrokimia. Pembangunan Fasa 1 telah siap sepenuhnya, manakala Fasa 2 kini mencapai sekitar 50 % dan dijangka siap pada tahun 2027. Kemasukan syarikat-syarikat utama seperti Chevron, PPJO dan Hibiscus Malaysia yang telah memindahkan operasi ke fasiliti ini jelas mengukuhkan kedudukan Tok Bali sebagai hab industri maritim yang semakin berkembang.

Selain itu, pembinaan Pejabat Polis Marin telah siap dan kini dalam proses mendapatkan kelulusan CCC. Projek Tok Bali Integrated Fisheries Park yang memfokuskan kepada pembangunan industri perikanan moden pula sedang dalam pelaksanaan dan kini mencapai sekitar 30 peratus kemajuan. Dalam sektor perumahan, pembangunan Residential Tok Bali melibatkan keluasan 45.3 ekar turut berjalan dengan baik, dengan Fasa 1A sebanyak 500 unit rumah PRIMA telah pun siap, manakala fasa seterusnya dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2028.

Komponen asas seperti pelabuhan, zon industri dan taman perikanan telah mula beroperasi atau hampir siap sepenuhnya, manakala beberapa projek berskala besar sedang berada dalam fasa pelaksanaan. Ini menunjukkan bahawa Tok Bali kini berada pada landasan pertumbuhan yang kukuh dan berpotensi besar untuk muncul sebagai pusat ekonomi maritim utama di Pantai Timur dalam tempoh yang terdekat, Insha Allah.

Kesemua langkah ini mencerminkan kesungguhan dan komitmen tinggi kerajaan negeri dalam merangka pembangunan yang strategik, berdaya saing dan berimpak tinggi, di samping terus memperkukuh keyakinan pelabur, merancakkan pertumbuhan ekonomi serta memastikan manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat Negeri Kelantan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Sebenarnya sudah banyak bandar-bandar baru yang telah dapat kita realisasikan tapi kalaulah boleh saya cadangkan supaya bandar-bandar baru ni tidak dinamakan bandar baru kerana ia tidak mencerminkan perkembangan. Bandar Machang apabila kita besarkan jadi Bandar Baru Machang, kemudian 20 tahun lagi besarkan lagi Bandar Baru Machang. Sudah 3 bandar tapi tetap juga Machang. Pasir Mas, Bandar Pasir Mas ,.. Beberapa kilo daripada situ ada Bandar Baru Bandar Baru Pasir Mas. Kemudian beberapa kilo ada di buat Bandar Baru Pasir Mas. Tetap juga Pasir Mas. So macam kita tidak ada perkembangan bandar. Ada 2 bandar sahaja, Machang dan Pasir Mas. Saya setuju umpamanya di Tanah Merah. Ada bandar Tanah Merah kemudian tidak jauh daripada situ ada satu bandar baru tak dinamakan Bandar Baru Tanah Merah tapi diberi nama lain. Kita sudah ada penambahan bandar. Jadi selepas ini apabila ada bandar baru yang dibuat, gunalah nama lain dan carilah nama yang agak manis di dengar. Machang baru-baru ini kita buka satu bandar baru dan kita tidak letak lagi nama Bandar Baru Machang. Berapa bandar baru nan kita ada di Machang? Kita bagi setakat ini mungkin peringkat sementara dulu, Bandar Mentara Machang. Jadi di Machang sekurang-kurangnya ada 2 bandar. Machang dan Bandar Seri Mentara, bukan lagi hanya satu bandar sahaja.

Dan satu lagi saya cakap dengan Dato’ PKN, nama-nama jalan ni saya mintalah supaya mungkinlah pegawai-pegawai yang bertanggungjawab di peringkat Jajahan dan Daerah dan sebagainya cuba lihat nama-nama yang diberikan. Biarlah Nampak kan ada kesungguhan jangan ambil mudah. Satu lorong dibuat dilorong sana ada seorang yang bernama Nusi. Maka diletakkan nama jalan itu Jalan Nusi. Saya lalu di antara Machang dengan Pasir Puteh. Sebelah kanannya ada Taman Air Panas di depannya ada satu lorong baru. Diletakkan nama Lorong Depan Taman Air Panas. Ada satu lorong Yang Berhormat Dato’ PKN dia bagikan nama kepada saya. Apa nama lorong tadi? Ada satu lorong diletakkan tar dan dinamakan lorong itu panjang namanya Lorong Tepi Tempat Basuh Kereta. Lorong tepi tiang api, Lorong Depan Kubur. Kubur ni ada 4 segi mana satu depan? Jadi saya rasa la elok kalau dilihat nama-nama sebegini tunjukkan satu kesungguhan bukan saya kata tak sungguh tapi cuba cari nama supaya senang untuk kita cari alamatnya dan juga manis didengar kita orang Melayu manis orangnya sifat untuk mendengar perkataan-perkataan tersebut la sama juga kalau di tempat saya di Temangan itu sudah sampai masanya beberapa buah kampong untuk kita lihat kembali agar nama-nama yang dikira kurang senang didengar kita ubah kepada yang lebih senang didengar.

Nama yang mungkin orang luar boleh terjemahkan sebagai lucah kita ubahkan kepada nama baru yang lebih bersifatkan kesederhanaan, kematangan…Dato’ MB sebut Kampong Pek [SAMBIL GELAK] kita tak ada masalah la kita di Machang kita faham tak dok masalah. Itu bila sebut Kampung Pek kita tahu tempatnya di mana. Tapi ada orang yang sensitif, bila kita sebut dia ehh... sebab cara dia fikir macam tu. Dia kira nak terjemah kot tuh. Jadi kita tutup la ruang. Begitu la juga dengan nama binatang-binatang yang mungkin lembu. Kalau di Selangor Batang Berjuntai cantik namanya indah pada pandangan tapi ada orang yang terjemah sebegitu dan Kerajaan Selangor tukar kepada Bandar Bestari kebetulan ada Universiti di situ Bestari Jaya dan sebagainya.

Jadi saya rasa elok la mungkin kita fikir sebegitu tuan-tuan. Ni pantun untuk EXCO Pertanian, sebelum saya terlupa iya...

Semalam bawang bersama melon, Hari ini nenas dihulur, Baik sungguh budimu Tuan, Esok kiranya madu pula.

[KETUKAN MEJA OLEH AHLI-AHLI YANG BERHORMAT]

MB sebut madu baru ni ya… YB Nenggiri adinda saya YB Nenggiri terima kasih kerana bagi saya yang ditanyakan oleh YB Nenggiri itu mengambarkan ingin tahu dan saya boleh menjelaskan lagi berhubung dengan apa yang saya telah jelaskan dalam Sidang yang lepas berhubung dengan CTT catuan tebangan. Walaupun begitu ada 2 perkara iaitulah yang pertama berhubung dengan Orang Asli.

Kerajaan Negeri Kelantan ingin menegaskan bahawa pengurusan kawasan Hutan Simpan Kekal termasuk di Nenggiri dilaksanakan secara terancang, berlandaskan undang undang, serta mengambil kira kepentingan alam sekitar, pembangunan negeri dan kebajikan masyarakat setempat termasuk juga termasuklah masyarakat Orang Asli.

Di kawasan Nenggiri dan sekitarnya, terdapat beberapa penempatan masyarakat Orang Asli dalam Hutan Simpan Kekal seperti di Pos Rekom, Pos Simpor, Pos Tohoi dan Pos Gob yang melibatkan kampung kampung kecil termasuk Kg. Jader Lama, Kg. Jader Baru, Kg. Dangdut mungkin sesuai juga kita fikirkan…Kg. Dangdut, Kg. Penat, Kg. Simpor dan Kg. Rekom. Kerajaan Negeri mengiktiraf kewujudan komuniti ini serta hubungan tradisi mereka dengan kawasan hutan. Aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat Orang Asli seperti pertanian kecil dan pengambilan hasil hutan adalah sebahagian daripada sumber sara hidup mereka. Kerajaan negeri tidak menafikan keperluan ini, sebaliknya mengambil pendekatan untuk memastikan aktiviti tersebut dapat diurus secara lebih tersusun, sah dan mampan demi kelangsungan jangka panjang.

Kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan sebenarnya kita sentiasa bekerjasama rapat dengan JAKOA bagi menyelaras keperluan masyarakat Orang Asli supaya aktiviti ekonomi mereka dapat dilaksanakan secara sah, tanpa menjejaskan fungsi Hutan Simpan sebagai kawasan perlindungan sumber asli.

Isu Tanah Adat Orang Asli adalah isu yang kompleks dan melibatkan dasar di peringkat nasional kerana di Kelatan tidak sebegitu ye. Sehubungan itu, kerajaan negeri mengambil pendekatan berhati hati, berhemah dan berlandaskan undang undang dalam menimbang setiap tuntutan, agar keseimbangan antara hak komuniti, kepentingan negeri dan kelestarian alam sekitar dapat dicapai.

Kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada pandangan mana mana pihak termasuk NGO. Walau bagaimanapun, setiap isu perlu dinilai secara fakta dan menyeluruh, serta ditangani melalui saluran rasmi bersama agensi berkaitan seperti JAKOA bagi memastikan penyelesaian yang adil dan tidak bersifat persepsi semata mata.

Berhubung dengan pemberian konsesi Ladang Hutan di kawasan Nenggiri, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan melaksanakan pengeluaran lesen secara terkawal melalui dua kaedah utama iaitu Catuan Tebangan Tahunan yang disebutkan yang saya jelaskan. Itu memerlukan kepda lesen yang kita pohon kepada Majlis Tanah Negara. Begitu juga dengan dan Kawasan Pembangunan seperti Ladang Hutan, utiliti, empangan dan juga lombong. Pendekatan ini adalah selaras dengan prinsip pengurusan hutan secara mampan. Dua-duanya adalah sebenarnya mematuhi piawai dan juga mematuhi peraturan. Kerajaan Negeri telah meluluskan projek pembangunan Ladang Hutan seluas 189,766.60 hektar dengan pematuhan kepada ketetapan Majlis Tanah Negara. CTT tetap juga CTT dan kita tidak menggunakan sepenuhnya kebenaran yang dibenarkan. Tapi berkenaan dengan yang kaedah kedua ini pun juga kita guna bukan bermaksud kita tidak guna sepenuhnya CTT tapi kita langgar dengan cara lain, tidak. Dua-duanya mengikut peraturan.

Pelaksanaan projek ini adalah dalam zon yang telah dikenal pasti serta selari dengan dasar perhutanan negara dan pelan strategik industri perkayuan yang menekankan kelestarian sumber. Isu yang dibangkitkan oleh ADUN Nenggiri adalah kurang tepat kerana ia mengaitkan pengusahasilan kayu secara umum dengan keseluruhan Kawasan Pembangunan. Untuk penjelasan, pengusahasilan kayu di bawah Catuan Tebangan Tahunan ataupun (CTT) hanya melibatkan kawasan tertentu yang ditetapkan setiap tahun dan dikawal secara ketat mengikut pelan pengurusan hutan. Manakala Kawasan Pembangunan pula merangkumi komponen yang lebih luas seperti Ladang Hutan, utiliti, empangan dan lombong, yang tidak semuanya melibatkan aktiviti pembalakan semasa. Oleh itu, keluasan yang dirujuk tidak boleh disamakan secara langsung dengan kawasan sebenar pengusahasilan kayu. Kesemua aktiviti ini dilaksanakan dalam kawasan Hutan Simpan Negeri Kelantan termasuk Hutan Simpan Nenggiri secara terkawal, berfasa dan tertakluk kepada peraturan serta pemantauan berterusan oleh pihak berkuasa. Sehingga kini, pembangunan Ladang Hutan telah dilaksanakan meliputi 136,923.93 hektar di tiga jajahan hutan dengan kadar penubuhan sebanyak 60%. Baki 40 % sedang dilaksanakan dengan pematuhan sepenuhnya kepada syarat Penilaian Impak Alam Sekitar bagi memastikan keseimbangan antara pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar. Pelaksanaan ini turut melalui semakan dan kerjasama dengan Jabatan Audit Negara. Setiap maklumbalas dan pengesahan lapangan telah diambil kira bagi memastikan ketelusan dan pematuhan kepada prosedur. Sehingga tahun 2025, sebanyak 81,929 hektar atau 60 % Ladang Hutan telah berjaya ditubuhkan. Secara keseluruhannya, Yang Berhormat pembangunan Ladang Hutan ini bukan sahaja menyumbang kepada hasil negeri secara mampan, malah memberi manfaat langsung kepada penduduk setempat termasuk masyarakat Orang Asli melalui peluang pekerjaan, peningkatan

pendapatan dan pembangunan infrastruktur secara lebih tersusun di kawasan Nenggiri. Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Di sebutkan juga Yang Berhormat Gaal ada isu berkenaan dengan kelewatan pengeluaran lesen penjualan dan pemindahan kayu getah. Baru-baru ini ada dilaporkan sebenarnya …. Kita beberapa kali ada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar sendiri pun berjumpa dengan persatuan kemudian saya juga berjumpa dengan persatuan.

Pihak Berkuasa Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengurus selia hal ehwal berkaitan pengeluaran serta pemindahan hasil hutan termasuk kayu getah, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Berdasarkan rekod, purata pengeluaran Lesen Pemindah (Borang 5) bagi pengusahasilan kayu getah dalam tempoh satu bulan adalah sebanyak 55 buah lesen sebulan dan saya baru dimaklumkan oleh Yang Amat Berusaha Pengarah Jabatan Hutan Kelantan untuk April sahaja setakat ini kita sudah pun meluluskan 66 lesen. Dan dalam tempoh 14 hari bekerja cepat sebenarnya sebagaimana dalam Garis Panduan yang telah ditetapkan berdasarkan Pekeliling Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan Bil. 1 Tahun 2025 dan Bil. 1 Tahun 2026 yang telah dibuat penambahbaikan hasil daripada libaturus antara Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan saya dengan Ahli-Ahli Persatuan yang mana kita mengambil kira rungutan dan pandangan dari pelbagai pihak termasuklah pengusaha dan juga pemain industri berkaitan Kayu Getah di Negeri Kelantan. Penambahbaikan ini turut melibatkan ringkasan proses serta pengurangan tempoh bagi pengeluaran kayu getah di Negeri Kelantan dengan syarat.

Baru-baru ini dibangkitkan dengan syarat kita ini pastikan bahawa dokumen hendaklah lengkap. Kalau semua dokumen hendaklah lengkap Insha Allah mengikut amalan kita dalam masa 14 hari saja lesen dapat

dikeluarkan. Apapun kenapa antaranya yang paling penting adalah geran, geran mesti ada sebab kita nak memastikan bahawa getah itu dipindahkan dengan pengetahuan dan juga izin daripada pemilik. Kita bimbang kalau tidak ada geran mungkin berlaku kesilapan ataupun pencerobohan dan sebagainya sebab itulah faktor geran itu yang utama. Kalau tidak ada geran pemilik yang sebenar ia tidak dapat diproses dan inilah yang berlaku baru-baru ini.

Walaupun penambahbaikan telah dibuat, mungkin masih berlaku kelewatan di beberapa tempat tapi anggaplah kes terpencil seumpama ini dan juga Insha Allah kita akan mengambil tindakan susulan bagi mengenalpasti sebab berlaku kelewatan seterusnya mengatasi masalah yang berbangkit.

Bagi menggulung perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan, izinkan saya menegaskan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah yang proaktif, responsif dan berstrategi dalam mendepani cabaran ekonomi semasa, khususnya dalam memastikan kelangsungan serta pemerkasaan usahawan tempatan di tengah ketidaktentuan geopolitik global.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan pelaksanaan Skim Kredit Mikro sebagai satu intervensi strategik berimpak tinggi yang berteraskan konsep qard… qarduhassan. Skim ini menawarkan pembiayaan antara RM3,000 hingga RM10,000 dengan tempoh bayaran balik yang fleksibel antara tiga hingga lima tahun. Bagi memperkukuh pelaksanaan inisiatif ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan dana berjumlah RM1 juta sebagai pemangkin utama.

Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan dan iltizam kerajaan negeri dalam memperluas akses pembiayaan kepada golongan usahawan IKS, khususnya mereka yang berdepan kekangan untuk mendapatkan kemudahan melalui saluran perbankan konvensional. Dengan pendekatan yang lebih anjal dan mesra usahawan, skim ini membuka

ruang kepada mereka yang kekurangan dokumen kewangan, berpendapatan tidak tetap serta tidak mempunyai cagaran.

Sebagai langkah pemantapan pelaksanaan, satu sesi taklimat telah diadakan pada 6hb April 2026 melibatkan Pusat Khidmat DUN, yang dihadiri oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ADUN serta wakil-wakil PKD, bagi memastikan kefahaman yang menyeluruh serta penyelarasan yang berkesan di peringkat pelaksanaan.

Lebih membanggakan, bagi fasa awal pelaksanaan, institusi kewangan yang terlibat telah melaporkan pencapaian kutipan bayaran balik sebanyak 100% bagi tempoh dua bulan pertama tahun 2026. Amanah ini menunjukkan bahawa ada tanggungjawab di pihak peminjam. In baru 2 bulan yang pertama kita mengharapkan ianya berterusan sehingga akhir bayaran bulanan yang terakhir Insha Allah. Prestasi cemerlang ini menggambarkan tahap disiplin dan komitmen tinggi dalam kalangan penerima, di samping mengukuhkan keyakinan terhadap keberkesanan dasar Kerajaan Negeri dalam membina ekosistem keusahawanan yang berdaya tahan dan mampan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya menjawab menggulung bagi pihak 2 orang EXCO lain mungkin mengambil sedikit masa. Bagi menjamin kebajikan penjaja dan peniaga kecil, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan hampir RM150,000 untuk menaja seramai 900 penerima di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) melalui PERKESO bagi tempoh dua belas bulan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperluas perlindungan sosial kepada golongan usahawan mikro agar lebih terlindung, berdaya tahan dan bersedia menghadapi sebarang risiko ketika menjalankan aktiviti ekonomi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya ingin menyentuh sedikit berhubung dengan isu bekalan air yang dibangkitkan oleh Kuala Balah adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa kawasan yang masih lagi bergantung kepada sistem bekalan air bergranviti melalui air yang ditandak yang dibangunkan secara komuniti dan lain-lain agensi. Pada masa ini jumlah keseluruhan kawasan tandak air komuniti masih dalam peringkat pengumpulan data dan pengesahan daripada jabatan yang berkaitan.

Namun tindakan telah diambil oleh pihak JSAN kerja-kerja ukur dan pewartaan kawasan tandak air komuniti di jajahan Jeli telah ditetapkan sebagai salah satu petunjuk prestasi utama JSAN, KPI JSAN menunjukkan kesungguhan bagi memperkukuh tadbir urus sumber air memastikanpenggunaan yang lebih teratur dan berlesen serta menjamin kelestarian dan keselamatan bekalan air kepada penduduk secara berterusan. Untuk tujuan tersebut JSAN telah diperuntukkan RM100,000 daripada Kerajaan Negeri daripada peruntukkan Ecological Fiscal Transfer atau EFT untuk tujuan ini bagi tujuan untuk melakukan kerja-kerja ukur itu ya.

Selain itu sistem bekalan air deh Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) di kawasan berkenaan turut sebenarnya berdepan dengan isu teknikal apabila satu jejari daripada 3 jejari telaga sedia ada telah mengalami kerosakan kerana ini menjejaskan kapasiti pengeluaran air dan seterusnya menyebabkan bekalan air yang rendah kepada penduduk setempat khususnya semasa musim kemarau dan musim perayaan yang lalu.

Dalam menangani situasi ini pihak AKSB sedang melaksanakan usaha membaikpulih muka saut sedia ada bagi meningkatkan keupayaan sistem dalam menampung pemintaan bekalan air bersih. Projek baik pulih dijangka siap dalam masa terdekat dan diharap dapat memperbaiki tahap bekalan air kepada penduduk di kawasan yang terlibat.

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan JSAN telah memperuntukkan sejumlah RM2juta bagi pembangunan sumber air alternatifnya sebagai langkah menangani isu bekalan air di kawasan terlibat.

Sehubungan dengan itu setiap aduan dan permohonan diterima akan dinilai dari aspek teknikal oleh JSAN bagi membolehkan pengesyoran kelulusan dibuat untuk penggunaan peruntukan tersebut secara berfokus dan juga berkesan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Mengkebang menyentuh tentang REE dan diharapkan agar supaya dipercepatkan pengeluaran REE dan justeru kita akan mendapat hasil yang cepat juga begitulah lebih kurang dan juga mencadangkan supaya dalam industri hiliran ataupun di istilahkan sebagai …. Nanti akan ada syarikat-syarikat yang datang ke Kelantan membuka kilang-kilang umpamanya super… dan sebagainya di Kelantan. Memang itulah sebenarnya yang kita harapkan berlaku. Walaubagaimanapun kita masih lagi terikat dengan beberapa peraturan Kerajaan Persekutuan yang mana setakat ini kita melakukan sebaik mungkin prosedur yang ada di dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri. Umpamanya sebagai contohnya 2 minggu yang lepas saya telah dilaporkan oleh 2 buah syarikat yang datang secara fullforce bersama dengan pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan melaporkan yang mana 2 kawasan yang kita luluskan untuk 2 syarikat ini apa yang telah mereka lakukan dan dalam masa yang sama kita menjanjikan apa yang ada dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri akan kita percepatkan.

Walaupun begitu ianya tetap tertakluk kepada polisi dan dasar Kerajaan Persekutuan apa lagi yang melibatkan mineral yang sebenarnya yang agak kontroversi dalam keadaan kita berhadapan dengan geopolitik yang ada di dalam dunia secara global pada hari inilah. Insha Allah bagaimanapun kita ada alternatifnya setakat hari ini secara sahnya hanya ada satu syarikat yang boleh memproses dalam negara dan juga mengeksport ke luar dan kita sedang mencuba kaedah tersebut.

Dan berhubung dengan syarikat besar datang untuk membuka kilang-kilang seumpamanya itulah harapan kita. Walaubagaimanapun setelah kita berbincang dengan beberapa syarikat ini didapati mereka ingin melihat dulu kualiti REE yang kita ada kualitinya belum dapat kita berikan sehingga ia dikeluarkan dalam masa yang sama mereka ingin melihat volume setakat mana kita boleh berikan kepada mereka sebab nak set up factory ataupun pelan ataupun nak buat sebuah kilang yang berteknologi tinggi memerlukan kepada perbelanjaan yang besar. Oleh sebab itu mereka ingin melihat adakah ianya berbaloi dengan pelaburan yang mereka lakukan dan itu sebenarnya mengambil masa yang lama.

REE dalam Negeri Kelantan ini mungkin kita tidak dapat beri semua kepada mereka dan mungkin tidak mencukupi dari sudut volumenya dan kita nak minta daripada Terengganu nak minta daripada Kedah nak minta daripada Perak dan sebagainya. Mereka juga ada cita-cita untuk mengadakan kilang dalam negeri mereka sendiri. Itulah sebenarnya yang sedang mereka hadapi buat waktu ini.

Terima kasih walaubagaimanapun kepada Yang Berhormat daripada Mengkebang, Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagai penutup penggulungan ini, saya merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat atas perbahasan yang sarat dengan pandangan bernas dan cadangan konstruktif. Segala yang dibahaskan akan terus diteliti dan diterjemahkan dalam kerangka tadbir urus yang berintegriti, telus dan berakauntabiliti. Kalau saya boleh berikan tema kepada sidang kita kali ini ialah sidang akauntabiliti dan juga integriti.

Titah Diraja yang dizahirkan menjadi paksi halatuju pentadbiran negeri, satu amanah kepimpinan yang menuntut pelaksanaan secara berstrategi, berdisiplin dan berteraskan nilai-nilai syariah. Kerajaan Negeri kekal komited untuk memastikan setiap dasar dan inisiatif digerakkan secara menyeluruh, berpaksikan keseimbangan antara pembangunan ekonomi, kesejahteraan sosial dan keberkatan Ilahi.

Dengan penuh takzim, patik menjunjung kasih atas Titah Diraja serta mempertegaskan iltizam untuk melaksanakannya dengan sebaiknya.

Semoga segala usaha ini dipandu dan diberkati Allah SWT ke arah merealisasikan aspirasi ر ﻮ ﻔ ﻏ ﱞ ﺔ ﺒ ﻴ َ ﻃ ﺪ ﻠ ْ ﺑ ◌ َ ٌۭ ٌۭ ُ وَرَب َ ِّ َةٌۭ ـَ Surah Saba ayat 15 Petang redup di hujung desa, Burung hinggap di atas para; Titah Diraja dijunjung kasih sepenuh masa, Negeri berkat, rakyat sejahtera. Sekian, terima kasih. ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا ﻳﻪ, ا ﳍﺪ وا ﺗﻮﻓﻖ ﻪﻠﻟ ﺎﺑ و

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar untuk membuat Penggulungan.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﳌﺮﺳﻠﲔ, وا ء ﻧﺒﻴﺎ ﻷ ا ف ﺷﺮ ا ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا ﲨﻌﲔ أ

ِ ِ ِ ِ ِ ﺔ ﲪ ﺮ ﻤ ْ ﻟ ﺎﺑ ﻮ ﺻ ﻮ ﺗ ﻟﺼﱠﱪ ﺎﺑ ﻮ ﺻ ﻮ ﺗ ا ﻮ ﻨ ﻣ آ ﻳﻦ ﻟﱠﺬ ا ﻦ ﻣ ﺎ ﻛ َ ﱠ ﰒ ُ ََ َ ـَ ِْ َ ـَ ُ َ نَ ْ َ ْا َا وَ ْا َا وَ َ َ Surah Al-Balad Ayat 17

Maksudnya:-

Selain dari itu dia menjadi orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar dan berpesa-pesan dengan kasih sayang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi junjung kasih ke hadapan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan atas limpah berkenan berangkat mencemar duli menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas bagi tahun 2026. Sesungguhnya Titah Ucapan Tuanku akan terus menjadi panduan dan pedoman kepada Kerajaan Negeri ke dalam rencana pembangunan serta memakmurkan negeri Kelantan.

Sepanjang sesi perbahasan ini, seramai 21 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian, dan daripada jumlah tersebut, 9 Ahli Yang Berhormat telah secara langsung menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan portfolio Menteri Besar.

Secara kesimpulannya, semua Ahli-Ahli Yang Berhormat telah menzahirkan kecaknaan dan keprihatinan yang amat mendalam terhadap aspek pentadbiran negeri, pembangunan ekonomi, pengurusan tanah, infrastruktur serta kebajikan rakyat. Hal ini adalah seiring dengan Titah Diraja Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan yang menekankan aspek kesejahteraan rakyat untuk diambil perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri.

Sikap responsif tersebut selari dengan firman Allah S.W.T yang saya bacakan dalam mukaddimah ucapan sekejap tadi agar saling berpesan sesama orang-orang yang beriman khususnya dalam konteks berkerajaan ini. Pesanan yang berkait secara langsung adalah ﺎﺑﳌﺮﲪﺔ ا ﺻﻮ ا ﺗﻮ و iaitu saling berpesan dengan kasih sayang.

Apabila berbahas tentang soal keterjaminan makanan dan daya tahan hidup rakyat, ia termasuk dalam konteks saling berpesan dengan kasih

sayang supaya memberikan belas kasihan, ihsan kepada golongan yang memerlukan atau pun meringankan bebanan yang ditanggung dan memenuhi keperluan asas hidup rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Pasir Tumboh dan beberapa lagi Ahli Yang Berhormat menyentuh berkaitan federalisme, peranan ICU JPM serta cadangan pakej rangsangan ekonomi. Kerajaan Negeri menegaskan komitmen untuk terus mengamalkan pendekatan federalisme yang matang dan konstruktif. Hubungan dengan Kerajaan Persekutuan termasuk ICU JPM sentiasa diperkukuh bagi memastikan setiap projek yang diluluskan dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat maksimum kepada rakyat negeri ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melaksanakan penyelarasan secara berstruktur melalui Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan, yang dipengerusikan bersama oleh YAB Menteri Besar dan YB Menteri dari Kerajaan Persekutuan. Platform ini menjadi medan penting dalam menyelaras dasar, keutamaan serta pelaksanaan projek antara kedua-dua pihak. Di peringkat pelaksanaan pula, penyelarasan diteruskan melalui Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri, bagi memastikan projek dilaksanakan secara berkesan dan sebarang isu dapat diselesaikan dengan segera. Menjadi harapan kerajaan negeri agar semua agensi baik peringkat negeri mahupun Persekutuan, agar sentiasa bekerjasama bagi kepentingan rakyat dan selaras dengan semangat federalisme yang termaktub dalam perlembagaan negara. Galas telah membangkitkan berkaitan Laporan Audit berkenaan dengan prestasi anak syarikat Kerajaan GLC. Pertama, status hutang anak syarikat kepada syarikat induk. Mekanisme suntikan modal kepada anak syarikat merupakan amalan biasa bagi menyokong kelangsungan operasi dan pembangunan perniagaan.

Melalui sokongan tersebut, anak syarikat berupaya menjana keuntungan serta seterusnya memberi pulangan dan sumbangan kepada syarikat induk. Sehubungan itu, bagi memastikan pengurusan kewangan yang lebih teratur dan berdisiplin, syarikat telah ditetapkan jadual pembayaran balik secara berjadual terhadap suntikan modal yang diterima. Kedua, syarikat berstatus Penggulungan dan Dorman. Berdasarkan Laporan Audit Tahun 2024, terdapat sejumlah 11 syarikat dorman di bawah Kumpulan PKINK. Daripada jumlah tersebut, sebahagian syarikat telah digulungkan, sebahagiannya masih dalam proses penggulungan, manakala selebihnya akan diaktifkan bagi tujuan perniagaan lain pada masa hadapan. Hakikatnya, ada yang untung dan ada yang rugi itulah perniagaan. Tetapi sebenarnya yang untung jauh mengatasi yang rugi. Banyak kita untung cuma kalau saya isytihar nanti ramai pula nak minta [SAMBIL GELAK]. Musim-musin ni nih jadi kita pun ada yang kita nak bagi cuma tak nak umum untung banyak mana. Tapi banyak hok untung YB Alhamdulillah. Keseluruhannya, kewujudan syarikat-syarikat berkenaan tidak menimbulkan sebarang beban kewangan yang material kepada PKINK mahupun Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Isu-isu berkaitan KESEDAR dan tanah peneroka KESEDAR yang dibangkitkan oleh Melor, Nenggiri dan juga Galas, menzahirkan ada beberapa isu berbangkit yang tertunggak dan belum selesai.

Justeru, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Tanah KESEDAR [KETUKAN MEJA OLEH AHLI-AHLI YANG BERHORMAT] bagi membincangkan serta mencari penyelesaian menyeluruh terhadap isu-isu yang berbangkit, khususnya berkaitan pemberimilikan tanah kepada para peneroka. Jadi kita sama-sama cari jalan untuk selesai masalah rakyat. Dalam pada itu juga, Mengkebang membangkitkan mengenai pembahagian strategik Zon Ekonomi Terancang. Pada dasarnya

Perancangan Negeri Kelantan adalah berasaskan Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2040 (RSN Kelantan 2040), disokong oleh Rancangan Tempatan (RTJ) setiap jajahan dan Rancangan Khas Kawasan (RKK) merupakan kerangka perancangan guna tanah yang menyeluruh, berhierarki dan saling melengkapi. Ia berfungsi sebagai panduan rasmi pembangunan fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar negeri. Adapun zon ekonomi terancang yang Mengkebang bangkitkan itu sebenarnya telah pun terkandung dalam rancangan-rancangan ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Chempaka menyentuh berkait sistem penyampaian Kerajaan dan pendekatan no wrong door policy. Secara umumnya, pentadbiran ini di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah berusaha meningkatkan sistem penyampaian di semua peringkat jabatan dan agensi Kerajaan di peringkat Negeri mahu pun jajahan. Sebagai contohnya, kalau kita hendak berkahwin, jangan pula ke pejabat Kastam, nanti akan dikenakan cukai. Tetapi hendaklah ke Pejabat Agama, barulah boleh sempurnakan urusan perkahwinan. Kalau ada masalah boleh rujuk kepada EXCO Agama.

Walaupun pendekatan tersebut tidak digunakan secara formal, namun praktis pelaksanaannya tetap dijalankan, di mana setiap jabatan diberi peringatan dan kesedaran untuk saling memahami skop serta fungsi jabatan lain. Matlamat kita jelas iaitu untuk memastikan setiap permasalahan rakyat dapat diselesaikan dengan mudah dan segera. Nabi S.A bersabda:-

ﺮ ﺴ ﻌ ﺗ ﻻ َ ﺮ ﺴ ﻳ ـُ ِّ َ وَ ْ ِّ َ

ﺮ ﻔ ﻨ ﺗ َ ﻻ ﺮ ﺸ ﺑ ِّ َ ـُ ِّ ُوا وَ ُوا َ

Permudahkan jangan menyusahkan”.. jadi kita kena mudahkan urusan rakyat kita selagi tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan kena mudah. berikan berita gembira jangan kita وا ﺮ ﻔ ﻨ ﺗ ﻻ ﺮ ﺸ ﺑ ِّ َ ُ َ ـُ وَ ُوا ِّ َ melarikan orang beri berita menyebabkan orang lari orang tak suka jangan.

Chempaka juga membangkitkan cadangan kajian pelaksanaan skim Contract For Service (CFS) yang diamalkan di dalam pentadbiran. Secara prinsipnya, Skim Contract Of Service (COS) dan Contract For Service (CFS) mempunyai asas-asas kewujudannya yang tersendiri.

Walaubagaimana pun, Kerajaan Negeri akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan kebajikan Penjawat Awam Kerajaan terpelihara kerana seluruh Penjawat Awam sama ada berstatus tetap atau kontrak adalah tulang belakang kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Seterusnya, Pengkalan Pasir menyentuh pemisahan kuasa antara Ketua Jajahan dan YDP PBT. Perkara ini ada dilaksanakan di beberapa negeri lain. Insya-Allah, kita akan buat kajian yang menyeluruh terhadap cadangan ini.

Akhir sekali, Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap nasib rakyat yang terkesan akibat ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, khususnya melibatkan golongan petani serta pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang menjadi tulang belakang ekonomi negeri.

Justeru, sukacita saya mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat berjumlah RM2 juta, [KETUKAN MEJA] yang akan disalurkan secara bersasar, iaitu RM1 juta kepada golongan petani bagi memperkukuh sektor agromakanan dan RM1 juta kepada pengusaha IKS bagi merangsang pertumbuhan serta kelangsungan perniagaan mereka. [KETUKAN MEJA]

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela, di samping memperkukuh daya tahan

ekonomi negeri dalam menghadapi cabaran semasa. Mekanisme penyaluran insentif ini akan dimuktamadkan oleh Kerajaan Negeri dalam masa terdekat. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Sekian dahulu ucapan penggulungan saya.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا ﻳﻪ, ا ﳍﺪ وا ﺗﻮﻓﻖ ﻪﻠﻟ ﺎﺑ و

Speaker

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan – “BAHAWA DEWAN INI MEMBUAT KETETAPAN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN JUNJUNG KASIH DI ATAS TITAH UCAPAN DIRAJA YANG TELAH DITITAHKAN OLEH YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA KEPADA DEWAN INI PADA HARI ISNIN 02 ZULKAEDAH 1447 H BERSAMAAN DENGAN 20HB APRIL 2026 MASIHI.” Sekarang saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi. AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU” AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK” Dipersetujukan. Cadangan Yang Pertama diterima dan diluluskan. Alhamdulillah, Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, Saya dengan ini berhasrat untuk menangguhkan Persidangan. Persidangan Dewan ditangguhkan dan akan disambung semula pada esok 23hb April pada jam 9.00 pagi. Marilah kita sama-sama menangguhkan Persidangan pada petang ini dengan membaca tasbih kafarah dan Surah Al-Asr. Persidangan Dewan ditangguhkan.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA 4.30 PETANG DAN AKAN BERSAMBUNG SEMULA PADA JAM 9.00 PAGI ESOK.