Negeri Sembilan · 2 July 2018
14th Assembly, 1st session, 1st meeting (Special) · 18 turns · 1,349 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.
Bacaan Doa
Perkara Pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.
[Y.B. ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, muka surat 11 di dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]
Pemilihan Dan Pelantikan Yang Dipertua Dewan
Perkara Kedua, Pemilihan Dan Pelantikan Yang Dipertua Dewan.
Sebelum kita meneruskan acara tersebut, marilah kita sama-sama mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. dan segala kepujian yang tidak terhingga serta selawat dan salam kepada junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tuan Haji Aminuddin bin Haji Harun dan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang telah pun dipilih menjadi Ahli Dewan Negeri, Negeri Sembilan bagi penggal Yang Ke-14.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, seterusnya kita ke agenda Pemilihan Dan Pelantikan Yang Dipertua Dewan selaras Fasal 57(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dan Peraturan II Aturan 1(1) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri, Negeri Sembilan.
Dengan ini, saya mempersilakan seorang Ahli Yang Berhormat mencadangkan cara mengemukakan Usul dan seorang Ahli Yang Berhormat untuk menyokong Usul tersebut.
Tuan Setiausaha Dewan, menurut Fasal 57(1A) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan 1959, saya mengemukakan usul bahawa, Yang Berbahagia Tuan Zulkefly Mohamad bin Omar adalah dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri.
Tuan Setiausaha Dewan, saya menyokong usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana seorang sahaja dicadangkan dan telah disokong menjadi Yang Dipertua, maka menurut Peraturan II, Aturan 7(3) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan, dengan ini saya memasyhurkan Yang Berhormat Tuan Zulkefly Mohamad bin Omar dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14.
Upacara Mengangkat Sumpah Yang Dipertua Dewan Dan Menandatangani Surat Sumpah
Seterusnya Perkara Ketiga, Upacara Mengangkat Sumpah Yang Dipertua Dewan dan Menandatangani Surat Sumpah. Dijemput Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan masuk ke Galeri Persidangan untuk upacara mengangkat sumpah jawatan.
[Y.B. Yang Dipertua masuk ke Galeri Persidangan diiringi Petugas Dewan.]
Dijemput Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat untuk menyarungkan jubah dan songkok kepada Yang Dipertua Dewan.
[Y.A.B. ADUN Sikamat menyarungkan jubah dan songkok kepada Y.B. Yang Dipertua Dewan.]
[Y.B. Yang Dipertua Dewan menuju ke kerusi Yang Dipertua dengan diiringi oleh Y.A.B. ADUN Sikamat dan Setiausaha Dewan.]
[Y.A.B. ADUN Sikamat kembali ke tempat beliau.]
[Y.B. Yang Dipertua Dewan melafazkan ucapan mengangkat sumpah dan seterusnya beliau duduk di kerusi Yang Dipertua Dewan dan
menandatangani surat sumpah dengan diperhatikan oleh Setiausaha Dewan.]
[Setiausaha Dewan kembali ke tempat beliau dengan membawa surat sumpah yang telah ditandatangani]
Upacara Mengangkat Sumpah Jawatan Dan Menandatangani Surat Sumpah Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Di Hadapan Yang Dipertua Dewan
Perkara Keempat, Upacara Mengangkat Sumpah Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri di hadapan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri.
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri, Sikamat mengangkat sumpah jawatan seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan I Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Sembilan, serta mengikut kaedah Bahagian Yang Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
[Y.A.B. ADUN Sikamat melafazkan ucapan mengangkat sumpah dan seterusnya menandatangani Surat Sumpah]
[Upacara ini telah dilakukan oleh semua Ahli Yang Berhormat yang berikut yang namanya dipanggil oleh Y.B. Yang Dipertua Dewan:
4.1 Y.B. Tuan Teo Kok Seong; ADUN Bahau.
4.2 Y.B. Tuan Dr. Mohamad Rafie bin Ab. Malek; ADUN Ampangan.
4.3 Y.B. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan; ADUN Rantau.
4.4 Y.B. Dato’ Seri Dr. Haji Awaludin bin Said; ADUN Kota.
4.5 Y.B. Dato’ Manickam a/l Letchuman; ADUN Jeram Padang.
4.6 Y.B. Dato’ Haji Ismail bin Lasim; ADUN Juasseh.
4.7 Y.B. Tuan Haji Mohamad Taufek bin Abd. Ghani; ADUN Paroi.
4.8 Y.B. Tuan Haji Ismail bin Ahmad; ADUN Labu.
4.9 Y.B. Tuan Arul Kumar a/l Jambunathan; ADUN Nilai.
4.10 Y.B. Tuan Haji Bakri bin Sawir; ADUN Klawang.
4.11 Y.B. Tuan Veerapan a/l Superamaniam; ADUN Repah.
4.12 Y.B. Tuan Mohamad Nazarudin bin Sabtu; ADUN Pilah.
4.13 Y.B. Puan Nicole Tan Lee Koon; ADUN Bukit Kepayang.
4.14 Y.B. Tuan Choo Ken Hwa; ADUN Lukut.
4.15 Y.B. Tuan Loke Siew Fook; ADUN Chennah.
4.16 Y.B. Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd. Deli; ADUN Serting.
4.17 Y.B. Dato’ Haji Abd. Samad bin Haji Ibrahim; ADUN Seri Menanti.
4.18 Y.B. Dato’ Zaifulbahri bin Idris; ADUN Chembong.
4.19 Y.B. Tuan Ravi a/l Munusamy; ADUN Sri Tanjung.
4.20 Y.B. Tuan Haji Suhaimi bin Kassim; ADUN Lenggeng.
4.21 Y.B. Tuan Yek Diew Ching; ADUN Chuah.
4.22 Y.B. Tuan Gunasekaren a/l Palasamy; ADUN Seremban Jaya.
4.23 Y.B. Tuan Yap Yew Weng; ADUN Mambau.
4.24 Y.B. Tuan Ng Chin Tsai; ADUN Temiang.
4.25 Y.B. Puan Mary Josephine Prittam Singh; ADUN Rahang.
4.26 Y.B. Tuan Chew Seh Yong; ADUN Lobak.
4.27 Y.B. Dato’ Haji Tun Hairudin bin Abu Bakar; ADUN Bagan Pinang.
4.28 Y.B. Dato’ Abd. Razak bin Ab. Said; ADUN Gemas.
4.29 Y.B. Tuan Mohd. Razi bin Mohd. Ali; ADUN Sungai Lui.
4.30 Y.B. Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohd. Redza; ADUN Linggi.
4.31 Y.B. Dato’ Mohd. Isam bin Mohd. Isa; ADUN Gemencheh.
4.32 Y.B. Dato’ Adnan bin Abu Hassan; ADUN Senaling.
4.33 Y.B. Tuan Mustapha bin Nagoor; ADUN Palong.
4.34 Y.B. Tuan Noor Azmi bin Yusof; ADUN Pertang.
Pemilihan Dan Pelantikan Timbalan Yang Dipertua Dewan
Perkara Kelima, Pemilihan Dan Pelantikan Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan.
Ahli Yang Berhormat sekalian, menurut Peraturan 2 Aturan 1(1) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri, Negeri Sembilan menyatakan bahawa “Dewan Negeri juga hendaklah memilih seorang Timbalan Yang Dipertua dalam mesyuarat yang mula-mula sekali diadakan selepas Pilihanraya; atau pada permulaan urusan mesyuarat dalam mesyuarat yang mula-mula sekali diadakan selepas daripada jawatan Timbalan Yang Dipertua itu kosong”.
Oleh yang demikian, saya mempersilakan seorang ahli Yang Berhormat mencadangkan seorang ahli yang hadir pada hari ini untuk menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan dengan cara mengemukakan Usul, seorang ahli Yang Berhormat untuk menyokong Usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana seorang saja ahli yang di …..
Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, saya mengemukakan usul bahawa yang, Yang Berhormat Tuan Ravi a/l Munusamy; ADUN Sri Tanjung, adalah dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri.
Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, saya menyokong usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana seorang sahaja yang dicadangkan, dan telah disokong menjadi Timbalan Yang Dipertua, maka dengan ini saya memasyhurkan bahawa Yang Berhormat Tuan Ravi a/l Munusamy; ADUN Sri Tanjung dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Sembilan Yang Ke-14.
Perutusan Yang Dipertua Dewan
Perkara Keenam, Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan.
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Segala puji bagi Allah s.w.t. dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tuan Haji Aminuddin Harun selaku Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap ADUN Sikamat dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14 ini.
Pelantikan ini adalah merupakan pelantikan yang besar, merupakan amanah besar kepada diri saya, yang perlu saya tunaikan. Dan begitu, saya akan mencuba sedaya upaya untuk mengendalikan Dewan ini dengan sebaik yang mungkin selaras dengan mandat yang diberikan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan yang telah berjaya mengambil alih
dan menerajui Kerajaan Negeri Sembilan yang baru melalui Gabungan Pakatan Harapan yang berjaya menonggak cabaran yang paling getir dalam sejarah pilihan raya umum selepas 61 tahun kita merdeka.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk syabas kepada Yang Amat Berhormat Tuan Haji Aminuddin bin Harun yang telah dipilih sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang Ke 13.
Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berjaya menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri ini sama ada telah memenangi semula kerusi pilihan raya ataupun yang baru dipilih.
Ahli Yang Berhormat sekalian, PRU telah pun berlalu. Justeru itu marilah kita sama-sama bekerja serta bersama-sama menjadikan Dewan ini, yang mulia ini sebaik-baiknya untuk kita membincangkan soal-soal kepentingan rakyat dan membela nasib rakyat, dan membangunkan negeri ini selaras dengan kehendak rakyat serta kita ingin mencapai negara maju, serta negara yang selamat, aman sejahtera dan harmoni di antara semua kaum dalam negara kita ini.
Sebagai Yang Dipertua yang baru, dan saya amat menghargai seluruh kerjasama dan sokongan bagi melancarkan perjalanan Dewan ini. Sebagai Yang Dipertua juga saya akan menjaga soal keharmonian dan kehormatan Dewan ini. Sebab itu saya mengharapkan semua Ahli Dewan ini mestilah memahami bahawa tanggungjawab tuan-tuan Ahli Yang Berhormat tanggungjawab yang besar kepada rakyat Negeri Sembilan. Jadi atas kupasan itu, sekian, terima kasih.
Penangguhan MesyuaratAdjournment
Perkara Ketujuh, Penangguhan Mesyuarat.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dengan ini saya menangguhkan Dewan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 11.41 pagi.