Negeri Sembilan · 24 September 2018

14th Assembly, 1st session, 2nd meeting (Opening) · 20 turns · 749 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua Dewan.

[Persidangan dimulakan pada jam 10.04 pagi]

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Persidangan Kedua (Perasmian) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14. Susunan Mesyuarat. Perkara Pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.

[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua, Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahhirrahmannirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Yang Amat Berhormat Tuan Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke Persidangan Kedua (Perasmian) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14, dan akan berlangsung selama 4 hari, bermula dari hari ini, Isnin, 24 September 2018 hingga ke hari Rabu, inshaa Allah, 27 September 2018.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar lagi kita akan mendengar titah ucapan dan perasmian persidangan Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Justeru itu, saya menyeru supaya yang hadir di Dewan yang mulia ini, khususnya ahli-ahli Yang Berhormat supaya mengikuti serta memberi sepenuh perhatian kepada Titah Ucapan Baginda yang memberi fokus serta hala tuju pembangunan Negeri Sembilan bagi tahun 2018 dan seterusnya.

Kepada ketua-ketua jabatan, di samping menghor, mengamati titah ucapan baginda Duli Yang Mulia Yang di-Pertuan Besar, saya juga berharap ketua-ketua jabatan dapat mengikuti segala perbahasan yang diambil bahagian oleh ahli-ahli Yang Berhormat serta mengambil tindakan susulan mengenai isu-isu yang dibangkitkan di Dewan ini, demi kepentingan rakyat. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT

Peringatan Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga, Mengesahkan Peringatan Mesyuarat. Pertama, mengesahkan Peringatan Mesyuarat Kali Ketiga (Belanjawan) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-13 yang telah diadakan pada 27 dan 28 November 2017.

Yang Dipertua Dewan

Ahli, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, memaklumkan bahawa Peringatan Mesyuarat Kali Ketiga, bela, belia, (Belanjawan) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-13 yang telah diadakan pada 27 dan 28 November 2017 telah pun diedarkan salinannya. Oleh itu ada apa-apa teguran? Sekiranya tiada, diharap seorang ahli mencadangkan dan seorang ahli menyokong supaya disahkan.

Tuan Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya mohon izin mencadang supaya Peringatan Mesyuarat tersebut disahkan.

Yang Dipertua Dewan

Sokong?

Yang Berhormat, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Peringatan Mesyuarat ini disahkan, sila angkat tangan [semua 36 orang ahli Yang Berhormat bersetuju]. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Tak ada. Peringatan Mesyuarat ini disahkan.

Setiausaha Dewan

Kedua, mengesahkan Peringatan Mesyuarat Kali Pertama (Khas) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang telah diadakan pada 2 Julai 2018.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Peringatan Mesyuarat Kali Pertama (Khas) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Ke-14 yang telah diadakan pada 2 Julai 2018 telah pun diedarkan salinannya. Oleh itu ada apa-apa teguran? Sekiranya tiada, diharap seorang ahli mencadangkan dan seorang ahli menyokong supaya disahkan.

Tuan Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya mohon izin mencadangkan supaya Peringatan Mesyuarat tersebut disahkan.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Yang Berhormat Yang Dipertua, saya bangun, saya sokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Peringatan Mesyuarat tersebut disahkan.

[Seterusnya YB Yang Dipertua Dewan menandatangani kedua-dua Peringatan Mesyuarat yang telah disahkan.]

Titah Ucapan DirajaAddress / budget

Setiausaha Dewan

Perkara Keempat, Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan, puan-puan sekalian, sebentar lagi Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan akan menyampaikan Titah baginda dalam Dewan ini, Dewan yang mulia ini. Dan sekarang Dewan ditangguhkan sebentar untuk keberangkatan tiba Ke Bawah Duli Tuanku.

[Persidangan Dewan ditangguhkan seketika]

[YB Yang Dipertua Dewan meninggalkan Galeri Persidangan]

Setiausaha Dewan

Ketibaan Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin.

Ketibaan Yang Teramat Mulia Undang Luak Johol;

Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan.

Yang Dipertua Dewan

Mengadap Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, ampun Tuanku, Patik memohon perkenan Ke Bawah Duli Tuanku untuk melafazkan Titah ke sidang hadirin dalam Dewan yang mulia ini. Mohon perkenan Tuanku.

[YAB ADUN Sikamat menyembahkan Teks Titah Ucapan DiRaja kepada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan]

[Titah ucapan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan seperti di Lampiran A]

[YAB ADUN Sikamat mengambil semula Teks Titah Ucapan]

Yang Dipertua Dewan

Menjunjung kasih Tuanku. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan.

Dewan akan disambung semula pada hari Selasa, 26 September 2018 [25 September 2018] bersamaan 15 Muharram 1440 Hijrah mulai jam 10.00 pagi. Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan. Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin meninggal Dewan.

[Persidangan Dewan Undangan Negeri ditangguhkan pada jam 10.55 pagi]