Negeri Sembilan · 19 April 2022

14th Assembly, 5th session, 1st meeting (Opening) · 257 turns · 25,100 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Susunan Mesyuarat. Perkara Pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.

[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Alhamdulillahhirabbil'alamin wassolatuwassalamu'ala asrofilambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitubillahirobba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula. Allahuma’afini fibadani, allahuma’afini fisam’i, allahumaa’afini fibasori. Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan Pencipta Alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, hari ini masuk 19 April 2022 untuk hari pertama bagi Persidangan Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Ke-14 disambung semula.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya menyeru kepada semua hadirin agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tata kelakuan dan etika sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Selain itu, saya juga memberikan peringatan kepada semua hadirin untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Di sini saya ingin maklumkan bahawa Yang Berhormat Puan Mary Josephine Prittam Singh; ADUN Rahang telah disahkan positif melalui ujian RTK saliva semalam dan beliau tidak dapat menghadiri Dewan pada kali ini kerana perlu menjalani tempoh kuarantin mulai 18 April hingga 24 April. Manakala Tuan Haji Mohamad Nazaruddin bin Sabtu; ADUN Pilah pula tidak dapat hadir pada semalam ….

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Hari ni ada Dato’.

Yang Dipertua Dewan

Semalam, semalam. Semalam, dengar dulu, dengar dulu.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Mintak maaf.

Yang Dipertua Dewan

Sorry ya, dengar dulu. Pada 18 April kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Sijil cuti sakit telah pun beliau hantar kepada saya dan saya telah terima. Dan yang lain nampaknya tak ada, setakat ni tak ada makluman, ada yang tak hadir, semua hadir ya, kecuali Rahang. Oleh itu saya sudahi ucapan saya dengan wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

Membentangkan Kertas Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga, Membentangkan Kertas Dewan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin membentangkan Kertas-Kertas Dewan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian iaitu:

3.1 Kertas Dewan Bil. 2/2022 Cadangan Pindaan Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan.

3.2 Kertas Dewan Bil. 3/2022 Pemilihan Ahli Dewan Negara melalui Dewan Undangan Negeri.

3.3 Kertas Dewan Bil. 4/2022 Cadangan Penggubalan Rang Undang-Undang Majlis Perbandaran Jempol 2022.

3.4 Kertas Dewan Bil. 5/2022 Usul Di Bawah Peraturan XVIII(1) Dan Peraturan XXVIIIC, Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan 1960.

Manakala bagi Kertas Dewan Bil. 1/2022 iaitu Cadangan Rang Undang-Undang Pemegangan Tanah Adat 2021 yang telah diedarkan sebelum ini, ditarik balik selaras dengan perintah, dengan Peraturan XVIII(6). Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kertas Dewan Bilangan 2 hingga 5 Tahun 2022 adalah dibentangkan. Manakala, Kertas Dewan Bilangan 1/2022 – Cadangan Rang Undang-Undang Pemegangan Tanah Adat 2022 ditarik balik.

Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun membentangkan Laporan dan Penyata Kewangan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Laporan Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan Negeri, Negeri Sembilan Tahun 2020.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Laporan dan Penyata Kewangan adalah dibentangkan.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Pertama)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara kelima, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-pertanyaan yang berkehendakkan jawapan lisan (Hari Pertama).

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengingatkan semula kepada ahli Yang Berhormat soalan lisan ni soalan tambahan kepada yang, yang beri, yang beri soalan. Dan, manakala bagi soalan yang ada gabungan pun boleh, yang ada

gabungan, ada gabungan boleh buat soalan tambahan. Jadi, saya persilakan Chennah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Salam sejahtera, selamat pagi Dato’ Yang Dipertua dan ahli-ahli Dewan. Saya mengemukakan soalan yang pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, kejadian bencana banjir yang bermula pada hujung tahun 2021 telah melanda Negeri Sembilan dan telah menyebabkan kerosakan harta benda yang amat dahsyat. Maklumat terkini setakat Mac 2022, Kerajaan Negeri telah membantu sejumlah enam, membantu sebanyak 6.186 juta berupa sumbangan wang ihsan 1,000.00 ringgit kepada 6,186 buah keluarga yang terjejas akibat banjir. Kesemua senarai nama mangsa yang terlibat adalah disahkan oleh Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah dan kesemua peruntukan telah disalurkan melalui Pusat Khidmat DUN kawasan yang terlibat.

Selain daripada Bantuan Ihsan Banjir sebanyak 1,000.00 ringgit setiap keluarga yang terjejas akibat banjir, Kerajaan Negeri juga turut memberikan bantuan seperti berikut:

 Pertama: pengecualian fi bayaran cetak semula geran tanah termasuk fi carian rasmi, fi pendaftaran surat akuan, fi pendaftaran hak milik hilang, fi notis dan sijil nikah yang diperolehi di Negeri Sembilan.

 Yang kedua: sumbangan sebanyak 1,000.00 ringgit kepada 491 penternak, peladang, pengusaha sayur yang terlibat dalam agromakanan. Ini merupakan satu inisiatif tambahan yang kita umumkan kemudian. Dan alhamdulillah, kita sedang menyampaikan sumbangan-sumbangan ini kepada penerima dan kita antara negeri yang telah menjalankan ataupun memberi kepada peladang, pengusaha sayur dan penternak untuk menerima sumbangan ini.

 Yang ketiga: peruntukan sebanyak 1 juta untuk baik pulih rumah dan infrastruktur.

 Keempat: peruntukan sebanyak 5 juta untuk kerja-kerja darurat dan baik pulih jalan dan jambatan rosak.

 Yang kelima: 700 ratus ribu telah diberikan bagi bantuan keperluan asas seperti pakaian dan makanan.

 Keenam: 300 ribu telah dibelanjakan bagi kerja-kerja pembersihan di 4 daerah yang terlibat banjir.

Tindakan pemulihan pasca banjir melibatkan 6 daerah telah dilaksanakan selepas keadaan mengizinkan berupa gotong-royong pembersihan dan pemulihan kawasan-kawasan terkesan akibat banjir. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Kerajaan Negeri dan syabas kepada Kerajaan Negeri kerana telah mengambil satu langkah yang pantas dalam meluluskan pembayaran-pembayaran bayaran ihsan kepada mangsa-mangsa banjir yang melebihi 6,000 orang ataupun 6,000 isi keluarga. Itu merupakan satu tindakan yang amat dihargai dan juga amat pantas sekali.

Namun begitu Dato’ Dipertua, saya nak tanya ialah, kerana banjir yang berlaku pada Disember lalu memberikan kerosakan yang teruk terutamanya beberapa daerah. Dan ada infrastruktur dan juga kawasan-kawasan yang melibatkan kerja-kerja pembaikan bukan saja daripada Kerajaan Negeri, tetapi juga jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan.

Pada pagi tadi saya menerima jawapan bertulis berkenaan dengan jumlah rumah yang musnah dalam banjir di kawasan Daerah Jelebu melibatkan 2 kawasan DUN iaitu Klawang dan juga DUN Chennah. Mengikut laporan yang diberikan ada 810 rumah yang terjejas. Saya faham bahawa bukan semuanya rumah ini rosak, dia ada sebahagian yang terjejas dan kita membantu dari segi bayaran ihsan untuk membaiki rumah-rumah tersebut. Tetapi ada juga rumah-rumah yang musnah secara langsung. Jadi ada tindakan ataupun peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membantu membina rumah-rumah semula ini dengan bantuan ataupun kerjasama daripada Kerajaan Negeri dari segi penyediaan tapak tanah.

Jadi dalam keadaan sebegitu ataupun projek-projek yang lain melibatkan jambatan, tanah runtuh dan sebagainya, dia melibatkan jabatan-jabatan Persekutuan ataupun bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. Saya nak tanya bahawa, apakah mekanisme penyelarasan untuk memastikan semua kerja-kerja ini dapat dilaksanakan dengan baik kerana saya lihat ada juga projek-projek yang masih belum mula lagi dari segi pembaikan. Justeru itu, saya harap, berharap pihak Kerajaan Negeri dapat membuat satu mekanisme pemantauan supaya

semua kerja-kerja pasca banjir ini dapat dilaksanakan dalam kadar yang segera dan kembali kepada seperti yang biasa. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih soalan tambahan tersebut. Bagi pihak Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri telah menyediakan sebuah tapak di Kampung Puom ya, dan alhamdulillah telah selesai ya, kita telah selesaikan kerja-kerja tersebut dan akan, diserahkan kepada pihak ICU ya. Pihak Pejabat Pembangunan, Pembangunan Negeri ya. Dan mengenai projek perumahan yang ingin di apa, dibaiki, itu di bawah KPLB ya. Jadi kita berharap bahawa pihak KPLB dapat segerakan urusan tersebut dan saya harap bahawa kita tidak ada masalah untuk memberi kerjasama yang baik kepada agensi-agensi pihak Persekutuan bagi memastikan bahawa kerja-kerja tersebut dapat dilaksanakan dengan segera dan kita akan memberikan kerjasama yang baik ya. Kita akan minta supaya Pejabat Daerah supaya memberikan kerjasama bagi memastikan usaha-usaha tersebut dapat dilaksanakan dengan segera ya. Kita maklum apa yang berlaku kepada mereka yang ditimpa bencana ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Rantau.

(percakapan secara off mic).

Yang Dipertua Dewan

1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih ADUN Rantau. Apakah langkah diambil ya. Jadi, Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan telah merangka langkah jangka masa pendek dan jangka masa panjang untuk mengurangkan kesan banjir di Kampung Bemban dan Kampung Limsum di mana:

Banjir di Kampung Bemban:

 Penyelesaian jangka pendek, JPS sedang dalam proses perolehan sebutharga Kerja Penyaluran Sungai dan Membina Penahan Tebing Sungai Bemban dengan anggaran kos sebanyak 150,000.00 ringgit.

 Yang kedua: manakala penyelesaian jangka panjang, menyelaraskan bersama pihak Perbadanan Aset Keretapi (RAC) untuk membuka pembentung lama di Sungai Bemban bagi melancarkan aliran sungai. Kos projek akan ditanggung oleh pihak Perbadanan Aset Keretapi.

Banjir di Kampung Linsum pula, Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi Fasa 4, Negeri Sembilan yang berjumlah 66 juta ini sedang berjalan dan projek tersebut dijangka siap pada 25 Mei 2022 ini. Projek dijangka dapat mengurangkan risiko banjir di Kampung Linsum. Dan RAC, pihak RAC juga telah berjumpa dengan pihak SUK untuk membincangkan isu di Kampung Bemban tersebut. Terima kasih Dato’.

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Sikamat kerana mengambil langkah proaktif tentang banjir yang dihadapi. Dia, isu dia, Dato’ Yang Dipertua, ialah berkenaan dengan Kampung Bemban tersebut pembangunan yang dah terlampau banyak di atas tersebut. Kawasannya terutamanya kawasan pembangunan Iringan Bayu. Sungai kecil yang ada di situ kecik, jadi kita mintak supaya Kerajaan Negeri membesarkan sungai tersebut dan usaha untuk merobohkan pembentungan yang dah dekat 80 tahun, lintasan keretapi di Bemban itu perlu di, di, dibesarkan kerana dah tak boleh menampung.

Satu yang saya nak beri, tanya dan apakah langkah yang nak dibuat ataupun perlu diambil oleh Kerajaan Negeri ialah berkenaan dengan banjir di Kampung Pasir Linsum. Banjir Kampung Linsum tu dulu setiap tahun, Dato’ Dipertua, tapi setelah kita buat projek tebatan banjir di Sungai Linggi yang telah siap fasa tu Dato’ Dipertua, tetapi ada usaha. Saya dah bawak dalam Dewan ini dulu bahawa kegiatan menggali dan jugak mengambil pasir di kawasan tersebut akan mendatangkan bencana. Itu saya sebut, ada dalam hansard Dewan. Dia akan bawak bencana Dato’ Dipertua. 15 tahun kawasan tu dah tak pernah banjir lagi. Tetapi kerana kegiatan mengambil pasir tersebut dan lori-lori lalu di atas ban tersebut, dia punya ban tersebut semakin lama makin mendap dan ada jugak kegiatan untuk memotong ban tersebut supaya direndahkan lagi. Jadi ini menyebabkan air limpahan, bila banjir air naik, sungai, melalu di situ Dato’ Dipertua. Saya nak tanya, apakah yang akan diambil, tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri sama ada kegiatan mengambil pasir yang memang dia menghalang laluan air supaya lalu terus Dato’ Dipertua, apakah Kerajaan Negeri tidak, ataupun mengambil tindakan terhadap kegiatan tersebut dan jugak menaikkan semula. Sebab projek tebatan banjir di kawasan Linsum sampai ke Kuala Sawah ni dah siap Dato’ Dipertua ya, yang nak siap tu ialah daripada Kuala Sawah sampai Angsamas, Angsamas sampai ke atas sampailah sungai ke kawasan Temiang. Jadi saya nak tanya, apakah langkah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri supaya tidaklah setiap kali hari hujan, Kampung Bemban dan jugak Kampung Pasir. Kampung Bemban tadi Yang Berhormat Sikamat telah pun bagikan penerangan, alhamdulillah, tetapi

di Kampung Pasir ni Dato’ Dipertua, penduduk sentiasa hidup dalam ketakutan apabila saja hujan. Bukan hujan di Rantau, tapi bila hujan di Seremban lebat, maka yang menerima padahnya ialah kawasan di hiliran seperti di Kampung Pasir dan Siliau. Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Mengenai Kampung Bemban, Pengurus Besar akan, telah mengarahkan untuk pihaknya berunding dengan pihak penduduk sebelum keputusan diambil. Yang keduanya, mengenai tindakan di Kampung Linsum, saya akan minta supaya diarahkan satu siasatan dan kajian supaya kita dapat benar-benar, kalau perlu dihentikan, kita hentikan segera. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Seterusnya, Lenggeng.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Dato’ Yang Dipertua, saya bertanyakan soalan yang kedua, soalan yang kedua.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, soalan mengenai Yayasan Negeri Sembilan. Tanah Rizab Perhutanan yang diberikan hak mengusaha kepada Yayasan Negeri Sembilan oleh Kerajaan Negeri Sembilan adalah berdasarkan kepada fakta-fakta yang berikut:

 Ianya, pertama: ianya adalah untuk kegunaan pembangunan semula hutan berasaskan tanaman klon getah yang dibenarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri.

 Keduanya: pembangunan semula Tanah Rizab Hutan ini melibatkan sebanyak 11 operator yang berbeza merangkumi kawasan seluas 1,540.05 hektar iaitu 3,805.46 ekar.

 Pulangan yang, kepada kepada Yayasan Negeri Sembilan adalah dalam bentuk sewaan tahunan sebanyak 60.00 ringgit/hektar setahun.

 Hasil daripada Kerajaan Negeri Sembilan melalui Permit Penggunaan Hutan (Jabatan Perhutanan Negeri) sebanyak, yang dibayar oleh Yayasan Negeri Sembilan adalah sebanyak 40.00 ringgit/hektar setahun. Pendapatan Kasar pada tahun 2011 hingga 2017 adalah sebanyak 59,748.00 ringgit setahun dari satu syarikat usahasama manakala Pendapatan Kasar bagi tahun 2018 hingga 2021 adalah sebanyak 154,005.00 ringgit daripada 11 syarikat usahasama.

Itu saja Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua. Berdasarkan daripada laporan yang dibentangkan oleh Dato’, Dato’ Seri Menteri Besar kita, kadar sewaan, ya kalau kita lihat dalam bentuk, bentuk ekar ya, cumanya 8.00 ringgit seekar dalam masa setahun. Dan bagi saya kadar tersebut sangat-sangat tidak munasabah dan murah. Adakah kerajaan berhasrat untuk melihat balik perjanjian ini dan apa penyelesaian dia?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Kerajaan Negeri melalui Yayasan dan Jabatan Hutan sedang ya, sedang menga, menga, mengakhiri perbincangan untuk melihat semula perkara ini. Dan kita juga telah, akan memanggil pengusaha-pengusaha ini untuk mereka melihat ya, apa, sewaan yang begitu rendah. Dan Kerajaan Negeri pada hari ini ingin melihat bahawa sewaan itu diperbarui kerana dengan hanya sekitar 8.00 ringgit sebulan ya, itu adalah tidak berpatutan dan kita berharap bahawa dengan peningkatan ini juga hasil kepada Yayasan Negeri Sembilan akan bertambah baik jika dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Dan kita berharap ini dapat di, diselesaikan dengan, dengan segera dan perkara tersebut insyaAllah, pertemuan akan diadakan dalam tempoh terdekat ini, di antara pengusaha, Jabatan Perhutanan dan juga Yayasan Negeri Sembilan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang berbangkit ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Sekarang saya persilakan Kota.

Dato’ Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1.

Assalamualaikum WBT, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada ADUN Kota di atas soalan yang berkaitan dengan banjir dan kesan kepada pengusaha-pengusaha agromakanan. Yang Dipertua, kejadian bencana banjir yang berlaku pada Disember 2021 hingga Januari 2022 yang telah menjejaskan seramai lebih kurang 491 pengusaha agromakanan iaitu 239 orang di sektor tanaman, 141 di sektor penternakan dan 110 111 di sektor akuakultur.

Bagi DUN Kota, seramai 38 pengusaha telah terjejas iaitu seramai 8 orang di sektor tanaman dan 9 orang penternak dan 21 di sektor akuakultur.

Kerajaan Negeri seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi telah menyumbang wang ihsan berjumlah 1,000.00 seorang kepada semua pengusaha makanan yang terjejas akibat banjir yang melanda pada hujung tahun lalu itu, dan sumbangannya ini telah pun ya, disalurkan melalui ADUN dan Penyelaras kawasan masing-masing. Sekian.

Yang Dipertua Dewan

Ada? Tak ada ya? Saya teruskan kepada Yang Berhormat Chuah.

Dato’ Yang Dipertua, Chuah mengemukakan soalan pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, kejadian banjir yang bermula pada hujung tahun ‘21 telah melanda Negeri Sembilan dan menyebabkan kerosakan harta yang amat dahsyat. Maklumat terkini setakat 2022, saya telah maklumkan tadi, sebanyak 6 juta telah di, disalurkan selain bantuan ihsan seperti yang saya maklumkan, Kerajaan Negeri melalui JKM ya, juga telah menyediakan bantuan seperti langkah-langkah pemulihan dan mengurangkan beban mangsa bencana. Item dalam, dan kadar bantuan tersebut telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Rujukan: SUKNS.(R) 600-4/1/7 (1169) Klt.3 pada 25 Mei 2021. Maklumat bantuan yang diberikan adalah seperti berikut iaitu:

 Pertama: Bantuan Segera Bencana Alam (BSBA) merupakan bantuan bayaran sekaligus dengan kadar maksimum 400.00 ringgit sama ada dalam bentuk wang tunai ataupun barangan makanan atau kedua-duanya.

 Yang kedua: Kit Makanan berbentuk barangan keperluan makanan kering bernilai 100.00 ringgit dipertimbangkan kepada mangsa yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan 50.00 ringgit dipertimbangkan kepada yang tidak berpindah.

 Bekalan makanan, yang ketiga: bekalan makanan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan kadar sebanyak 25.00 ringgit sehari dan, dengan sekurang-kurangnya 4 kali makan kepada mangsa dan petugas.

 Yang keempat: bekalan keperluan lain seperti tikar, toto, selimut, kain batik/pelikat, tuala dan lain-lain turut disediakan.

Syarat mangsa yang layak menerima Bantuan Bencana melalui agensi JKM adalah seperti berikut:

 Mangsa merupakan warganegara Malaysia yang berpindah dari tempat kediaman mereka ke pusat pemindahan atau tempat-tempat lain yang ditetapkan.

 Yang kedua: mangsa (warganegara Malaysia) yang tidak berpindah tetapi dikenal pasti menghadapi masalah seperti alatan keperluan dapur mengalami kerosakan dan tidak boleh digunakan akibat bencana.

JKM akan terus menyalurkan bantuan ini berdasarkan syarat-syarat seperti yang dinyatakan di sebentar tadi. Selain itu juga Kerajaan Negeri melalui JKM juga memberikan bantuan seperti berikut:

 Perbekalan makanan dan pengagihan keperluan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). JKM telah membuat perbekalan makanan kepada mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang didaftarkan. JKM juga telah memberi barang keperluan bencana kepada semua ketua isi keluarga seperti bantal, toto, selimut, refreshment kit, hygiene kit sebagai mangsa berpin, sebaik mangsa berpindah ke PPS yang didaftarkan.

 Kit Makanan Permulaan. JKM juga telah membuat pengagihan kit makanan permulaan kepada semua KIR yang telah berpindah semasa PPS dibuka sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing melalui barang sumbangan luar ataupun syarikat korporat, badan bukan kerajaan, dan juga individu, yang diterima sepanjang tempoh PPS dibuka Kit ini terdiri daripada makanan kering, peralatan kebersihan diri, air mineral dan pakaian terpakai.

 Bantuan Sokongan Psikologi. JKM menyediakan khidmat sokongan psikologi dan emosi kepada semua mangsa PPS yang dibuka. JKM juga masih meneruskan bantuan sokongan psikologi kepada mangsa di kawasan yang teruk terjejas walaupun PPS telah ditutup. Ini termasuklah menyantuni mangsa banjir dengan mengadakan lawatan rumah ke rumah secara berkala dengan panggilan, dan panggilan telefon bagi mengenal pasti keadaan semasa serta isu psikologi yang dihadapi, seterusnya menjalankan intervensi kepada mangsa yang memerlukan. Sehingga kini, tiada kes mangsa dikenal pasti mengalami gangguan psikologi pada situasi teruk dan membimbangkan.

 Bantuan Kewangan Bulanan. Sehingga kini, JKM telah menyantuni mangsa banjir serta mengedarkan borang permohonan bantuan kewangan bulanan melibatkan kawasan yang terlibat dengan kemusnahan rumah, harta benda. Permohonan lengkap yang dihantar akan disantuni oleh pegawai JKM sebelum dipertimbangkan bagi tujuan kelulusan mengikut skim yang bersesuaian.

Jawapan ini juga menjawab Pertanyaan Lisan Hari Pertama daripada ADUN Gemencheh yang bertajuk “Bantuan Kepada Mangsa Banjir”, Pertanyaan Lisan Hari Kedua ADUN Pertang yang bertajuk “Bantuan Banjir”, Pertanyaan Bertulis daripada ADUN Chennah yang bertajuk “Jumlah Bantuan Kepada Mangsa Banjir” dan Pertanyaan Bertulis daripada ADUN Jeram Padang yang bertajuk “Bantuan Darurat Banjir”. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Sama-sama.

Soalan tambahan ya. Chuah mohon dikemaskini langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan jumlah mangsa banjir. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, kita melihat bahawa setiap kawasan yang, kawasan banjir itu kita kenal pasti dan hari ini pihak JPS diarahkan telah cuba untuk mengenal pasti punca dan kalau keadaan itu minima, kita akan buat segera dan kerja-kerja ada yang sedang dijalankan dan akan dijalankan daripada masa ke semasa. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Soalan tambahan Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Kalau daripada rekod yang kami terima daripada apa, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jelebu bersama kami di DUN Pertang, jumlah bantuan yang telah kita salurkan kepada mangsa banjir iaitu KIR sebanyak 1,769 ahli keluarga telah kita bantu dengan kos sebanyak 1.769 juta ringgit, bantuan wang ihsan. Tetapi daripada laporan daripada Chennah tadi, di Jelebu hanya 810 orang isi rumah yang dibantu melalui Kerajaan Negeri.

Soalan saya, kenapa beza yang begitu jauh bantuan daripada pihak daripada Kerajaan Pusat melalui Ahli Parlimen Jelebu sebanyak 1,769. Tetapi daripada bantuan Kerajaan Negeri hanya 810 isi rumah ya. Saya berharap, mintak penjelasan .....

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Mencelah sedikit. Saya rasa apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pertang tu tak tepat. Saya tak kata hanya 810 orang terima bantuan. Saya menyatakan jawapan kepada saya adalah jumlah rumah yang musnah ataupun terjejas. Ada mangsa-mangsa banjir ni, rumah dia tak terjejas. Walaupun masuk air, tapi nya rumah tak musnah. Itu maksud saya. Jadi apa yang saya katakan, mengikut senarai ini ada 810 rumah dalam DUN Klawang dan juga DUN Chennah. Tetapi sudah tentunya ada ramai lagi yang juga terkena rumah-rumah mereka. Jadi, saya tahu bahawa ada 1,000 lebih isi rumah yang telah diberikan bantuan ihsan sebab di kawasan DUN Chennah saja ada lebih kurang, lebih 600. Di DUN Klawang lebih banyak lagi. Jadi tak tepat bahawa hanya 800. Lebih kurang sama 1,000 lebih tu. Terima kasih.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

(percakapan secara off mic).

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay Dato’ Dipertua, isu bilangan ini mungkin ada sedikit kurang di Kerajaan Negeri kerana apa yang Kerajaan Negeri, dasar Kerajaan Negeri, nama-nama tersebut harus mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Bencana yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah ya. Kalau nama tersebut disahkan, baru kita ada pembayaran. Kalau tidak disahkan, kita tidak akan ada pembayaran. Jadi, itu yang Kerajaan Negeri lakukan. Dan kita rasa itu yang terbaik dan jika ada yang tertinggal, kita tidak ada masalah untuk kita lihat semula perkara-perkara tersebut. Tetapi perkara, senarai nama mestilah disahkan oleh Pegawai Daerah selaku Pengerusi Bencana Daerah di setiap daerah ya. Jadi, mungkin di Jelebu ada sedikit perbezaan ya. Tak ada masalah. Mungkin dia dapat lebih daripada Persekutuan, itu tak ada masalah ya. Tetapi Kerajaan Negeri dengan disiplin dia, dengan integriti pastikan bahawa benar-benar kita akan bantu, tak ada masalah. Dan kalau ada tertinggal pun, kita tak ada masalah untuk melihat semula senarai tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau tak ada, kita pergi seterusnya kepada Yang Berhormat Jeram Padang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan pertama.

Assalamualaikum WBT, terima kasih Tuan Speaker dan jugak sahabat yang bertanya. Terdapat beberapa projek di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi pembinaan dan menaik taraf kemudahan infrastruktur di perkampungan Orang Asli di seluruh Negeri Sembilan. Di dalam kawasan DUN Jeram Padang, terdapat satu projek naik taraf longkang di Kampung Orang Asli Langkap Dangi dengan kos 20,000.00 di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Saya jugak suka mengucapkan syabas, terima kasih kepada bantuan daripada KPLB-lah. Selain itu, terdapat 5 projek bekalan air bersih di Kampung Orang Asli Sungai Klibang, Jeram Padang, Lubuk Temenggalan, Sungai Raya dan Temarom dengan nilai keseluruhan projek sebanyak 250,000.00 bergantung kepada keadaan semasa berkaitan kerosakan dan Projek Bekalan Air Luar Bandar di bawah KPLB yang dilaksanakanlah.

Sehingga kini, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan hanya menjalinkan kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan serta agensi-agensi yang berkaitan, yang terlibat bagi turut serta dalam perancangan pembangunan kemudahan infrastruktur asas di kampung Orang Asli sentiasa, dan sentiasa terbuka dengan segala cadangan pembangunan yang dikemukakan. Saya sebagai EXCO sebenarnya dah pergi kebanyakan kampung-kampung Orang Asli di seluruh Negeri Sembilan-lah ya.

Oleh kerana kerajaan, Jabatan Orang Asli ni di bawah KPLB dan juga Kementerian di apa, Kementerian Luar Bandar, dan belanjawan pada tahun 2022 Kerajaan Negeri Sembilan tidak menyatakan secara khusus mengenai peruntukan khas kepada warga Orang Asli di Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, peruntukan bagi kampung Orang Asli ini dipertimbangkan sekiranya terdapat permohonan daripada pihak JAKOA dan Pejabat Daerah daripada pelbagai vot peruntukan pembangunan dan MARRIS berdasarkan keperluan dari masa ke semasa.

Jikalau ada yang rasanya tak, tak dilaksanakan, saya harap ADUN boleh maklumlah. Sebenarnya kami tak ada masalah untuk terlibat membantu kampung Orang Asli di seluruh Negeri Sembilan. Walaupun di bawah federal ya, kita akan terlibat untuk membantu. Terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua di sini ada soalan tambahan. Yang pertama terima kasihlah atas pembaikan longkang di Kampung Langkap yang bernilai lebih kurang 20K ini. Bagi air rawat untuk 250,000.00 ringgit untuk 5 buah buah kampung untuk Orang Asli di DUN saya juga saya ucapkan terima kasih. Tetapi masalah itu tidak

akan terselesai sehingga kita sediakan air bersih, paip. Air paip. Air SAINS-lah. Jadi memang dah beberapa kali saya dah buat permohonan, kepada JAKOA Kebangsaan, JAKOA Negeri dan tetapi, ada dikemukakan tetapi belum ada lagi keputusan, saya anggapkan, semoga saya berharap Yang Berhormat labu tu membawa isu ini ke peringkat atas sehingga ia dimasukkan dalam Rancangan Malaysia yang berikut supaya kesemua 5 kampung itu menerima air rawat.

Dan soalan tambahan saya, ada beberapa jalan di kampung-kampung Asli di DUN saya ni, DUN Jeram Padang telah rosak teruk selepas hujan lebat tempoh hari. Antaranya jalan Sungai Persom, jalan Sungai Klebang dan sungai, jalan Kampung Orang Asli Jeram Padang. Ketiga-tiga kampung ini telah mengalami kerosakan yang teruk. Baru-baru ini saya telah membaiki sedikit di Kampung Jeram Padang tetapi tak memadai. Jadi apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf jalan-jalan kampung Asli sama ada peruntukan MARRIS ini digunakan atau boleh digunakan atau tidak.

Dan yang kedua, untuk tahun 2023 nanti, dalam bajet nanti, saya mintak Kerajaan Pakatan Harapan ini mengambil inisiatif untuk memberikan peruntukan khas untuk kampung-kampung Orang Asli. Jangan kita hanya bergantung kepada Kerajaan Persekutuan saja. Itu adalah cadangan saya. Sekian, terima kasih.

Terima kasih di atas soalan tambahan. Saya suka memaklumkan bahawa memang Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Harapan bercadang untuk menyediakan kemudahan infrastruktur yang selengkapnya kepada semua kampung Orang Asli sebagai mana kita sedang rancak melaksanakan kepada semua kampung-kampung di seluruh Negeri Sembilan sebanyak 433 kampung. Walau macam manapun, saya mohon kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan jugak mana-mana institusi yang terlibat, termasuk KPLB, untuk kita senaraikan dan kita rancang dan kita hantar. Saya tak ada masalah untuk menghantar direct kepada Persekutuan untuk kita pastikan supaya kemudahan air ini memang sepatutnya sebegitulah. Sepatutnya telah lama disediakan sebab kita mahu apa kemudahan yang ada di kampung ataupun di bandar akan dirasai dan dinikmati oleh penduduk Orang Asli. Sebab dia merupakan penduduk dan warganegara Malaysia. Tak ada standard, tak ada bezalah pada saya itu yang kami sedia maklum, dan kita akan buat. Dan mana-mana infrastruktur yang berkaitan yang melibatkan Kerajaan Negeri, saya akan cuba membantu menggunakan sama ada MPKK ataupun melalui institusi yang ada berdekatan, untuk membantulah, membaiki jalan. Dan saya terima kasih di atas inisiatif yang dibuat oleh mana-mana ADUN dan jugak Ahli

Parlimen yang terlibat dengan kampung-kampung Orang Asli. Itu harapan saya.

Dan saya rasa dalam hubungan Orang Asli ni memang ada banyak lagi perkampungan, terutama ada satu, ada beberapa kampung yang belum dapat kemudahan air dan api. Jadi kita akan sediakan dulu untuk mena-mana kampung yang tertinggal tersebut. Tapi walau macam mana pun kalau ada kemusnahan akibat daripada tanah runtuh sebagainya, kita kena ambil tindakanlah. Saya akan rujuk dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menyediakan bantuan untuk kadar segera memastikan supaya kemudahan tersebut dapat dinikmati oleh penduduk kampung Orang Asli secepat mungkin. Terima kasih.

Satu, berkenaan dengan Orang Asli ya. Boleh tak Yang Berhormat daripada Labu menyatakan dah berapa banyak kampung tradisi, perkampungan tradisi Orang Asli ini yang telah diwartakan ya. Kerana pewartaan ini amat penting Dato’ Dipertua, kerana mereka ni duduk dalam hutan dan kalau kita tengok dalam peta besar memang kita tak nampak mereka ada kampung di situ. Jadi, apa yang perlu kita lakukan, yang telah pun bermula dulu, ialah mewartakan kawasan kampung Orang Asli supaya jika ada apa-apa rancangan misalnya nak buat pembalakan ke apa, kampung Orang Asli ini tidak terjejas. Nak tahu berapa jumlah kampung Orang Asli yang telah pun dan yang akan di, di, diwartakan oleh Kerajaan Negeri bersama dengan Kerajaan Persekutuan? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Saya tak dapat figure yang sebenar untuk hari ini. Walau macam mana pun saya boleh nyatakan dulu ada beberapa, lebih kurang 10 untuk, untuk makluman dulu ya, dan cuba dirizabkan. Tapi walau macam mana pun ada masalah apabila sebahagian itu tak nak. Mungkin tanah tu tak cukup besar, jadi dia nak lebih. Ada jugak. Haa ini kita akan merujuk balik. Dan jawapan bertulis akan kita beri secara detail.

Saya suka memaklumkan dalam Dewan yang mulia ini bahawa memang perlu kita gazetkan tanah-tanah itu sebab dia melibatkan kehidupan Orang Asli ya. Orang Asli ni makin lama bertambah ramai. Jadi kawasan dia yang dirizabkan tu mungkin tak cukup. Itu sebabnya ada sebahagian dia tak setuju lagi dengan cadangan yang diberi oleh kerajaan. Walau macam mana pun kita akan cuba berbincang dan memastikan supaya mana-mana tanah dah cuba dirizabkan, untuk dirizabkan dulu. Dan kalau ada permintaan lain, kita akan buat kemudian. Terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Dipertua, jawab, soalan saya belum dijawab. Adakah peruntukan MARRIS akan digunakan untuk menaik taraf jalan-jalan di kampung Orang Asli? Seperti yang .....

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Mengenai peruntukan MARRIS, kita sedia maklum dia mesti harus berdaftar dengan pihak MARRIS. Kalau jalan itu di bawah pihak MARRIS kita akan ambil tindakan segera. Terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Sikamat, boleh tak saya dapatkan senarai jika ada apa ni, jalan-jalan di kampung Orang Asli di DUN Jeram Padang itu, sama ada diwartakan atau tidak atau didaftarkan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Kita akan beri jawapan bertulis.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Jeram, terima kasih Yang Berhormat Labu dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Seterusnya kita pergi kepada soalan Yang Berhormat Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua .....

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Saya mengemukakan soalan yang pertama.

Yang Dipertua Dewan

Pertama ya?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 22 Julai 2020 telah meluluskan cadangan pembangunan Rumah Mampu Milik sebanyak 203 unit rumah yang terdiri daripada 94 unit RM, Rumah Mampu Milik Type A dan 109 unit rumah Type C. Projek Rumah Mampu Milik tersebut telah pun mendapat kelulusan Kebenaran Merancang daripada Majlis Bandaraya Seremban pada 10 Disember 2020.

Meskipun begitu, kerja-kerja pembinaan tidak dapat dilaksanakan akibat pandemik COVID-19. Selain itu, bekas pekerja ladang yang masih tinggal ataupun mendiami kawasan tersebut enggan untuk berpindah. Namun begitu, satu sesi perjumpaan ataupun perbincangan di antara Pentadbiran Kerajaan Negeri dengan MBI dengan 36 bekas pekerja ladang yang masih mendiamai, mendiami tapak projek tersebut telah

diadakan pada 27 Januari 2022. Dan hasilnya, kesemua bekas pekerja yang masih mendiam, menduduki di kawasan tersebut telah bersetuju dan telah pun berpindah daripada tapak projek tersebut pada 27 Februari 2020 [2022] bagi memberi laluan untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan projek baru tersebut.

Setakat ini, pihak pemaju telah pun dilantik, sedang melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan kerja-kerja pembinaan tersebut juga telah dimulakan. Dan akan disiapkan dalam tempoh 24 bulan dengan sasaran projek tersebut dapat disiapkan pada 24, sorry, sebelum 1 Mac 2024.

Pelbagai bantuan telah disediakan oleh Pentadbiran Kerajaan Negeri dengan, dan MBI untuk membantu meringankan beban bekas pekerja ladang Sime Darby yang terlibat dengan pelaksanaan projek Rumah Mampu Milik ini. Antara bantuan yang dipersetujui adalah seperti berikut:

 Pertama: memberikan subsidi sebanyak 44,000.00 bagi tujuan pembelian rumah jenis Type A di projek Rumah Mampu Milik Taman Kirby bagi kesemua 36 bekas pekerja ladang dengan harga jualan Type A tersebut adalah sebanyak RM36,000.00 seunit. Harga asal Type A adalah sebanyak 80,000.00 ringgit.

 Yang kedua: pentadbiran Kerajaan Negeri turut untuk menyediakan Skim Sewa Beli bagi bekas pekerja Ladang Kirby yang tidak layak mendapat pinjaman bank bagi tujuan pembelian Rumah Mampu Milik Type A pada harga 36,000.00 tersebut.

 Yang ketiga: MBI bersetuju untuk bersetuju untuk menyalurkan bantuan kewangan sejumlah RM500.00 sebulan kepada keluarga yang tidak mempunyai tempat tinggal sementara sehingga projek perumahan tersebut siap dan diserahkan kepada mereka yang dianggarkan 24 bulan.

 Yang keempat: sebidang tanah seluas 1 ekar juga akan dirizabkan sebagai rumah ibadat (kuil) untuk, kuil yang sedia ada untuk kegunaan penduduk di kawasan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Yang Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Saya mahu terima kasih kepada ADUN Nilai; EXCO Negeri Sembilan,

satu jawapan yang jelas. Saya mahu terima kasih dan, Dato’ Yang Dipertua saya mahu ucapan ribuan terima kasih Dewan yang mulia, 1972, zaman Perdana Menteri; Tun Razak, 50 juta projek perumahan ladang-ladang di Malaysia. Saya telah difahamkan bahawa Kementerian Sumber Manusia mempunyai satu peruntukan untuk melaksanakan projek perumahan kepada pekerja-pekerja ladang. Adakah sebarang perancangan pelaksanaan projek seperti itu di Negeri Sembilan? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Terima kasih. Seperti mana yang dinyatakan, rumah itu adalah sesuatu keperluan di mana terdapat beberapa ladang di Negeri Sembilan yang masih diduduki oleh ramai ataupun banyak keluarga di kawasan ladang dan masih bergantung kepada kemudahan-kemudahan yang disiap, yang disiapkan oleh pengurusan ladang tersebut. Dan memang ada ramai yang tidak ada rumah di luar kawasan perladangan tersebut.

Di peringkat Kerajaan Negeri, saya sebelum ini telah berjumpa dengan beberapa pihak berkepentingan khususnya di ladang-ladang yang mempunyai ramai penduduk yang masih bergantung kepada kemudahan-kemudahan asas oleh pengurusan ladang dan kita telah pun mengenal pasti beberapa cadangan dan akan dipanjangkan kepada Kementerian Sumber Manusia sepertimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Seremban Jaya tadi untuk kita boleh menggunakan peruntukan yang telah pun wujud tersebut untuk kita melaksanakan perumahan, projek perumahan perladangan di kawasan Negeri Sembilan. Dan itu terpulang ataupun kita harap ia dapat dipertimbangkan oleh Kementerian Sumber Manusia mengikut peruntukan yang telah sedia ada itu. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okay terima kasih kepada yang bertanya. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Serting.

Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Soalan ini juga ya, ada soalan daripada ADUN Jeram Padang dan juga ADUN Temiang ya. Jawapan ini juga menjawab pertanyaan lisan keti, hari ketiga ADUN Jeram Padang yang bertajuk “Lesen Pembalakan”, dan Pertanyaan Bertulis daripada ADUN Temiang yang bertajuk “Pembalakan”.

Untuk makluman Yang Berhormat, keluasan Hutan Simpan Kekal Negeri Sembilan adalah sejumlah 155,143 hektar meliputi 23% daripada keluasan tanah negeri. Daripada keluasan tersebut, seluas

94,973 hektar ataupun 61% dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran manakala seluas 60,169 hektar (38%) merupakan Hutan Perlindungan.

Keluasan penguha, pengu, pengusahasilan hutan dalam kawasan Hutan Simpan Kekal dikawal melalui penentuan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang ditetapkan oleh Majlis Tanah Negara setiap Rancangan Malaysia. Bagi Negeri Sembilan, CTT yang telah ditetapkan di bawah RMKe-12 adalah seluas 2,000 hektar setahun.

Berdasarkan rekod Jabatan Perhutanan, seluas 3,706.78 hektar kawasan Hutan Simpan Kekal telah dilesenkan daripada tahun 2019 sehingga 2021 dengan tujuan kutipan hasil sebanyak 9.33 juta.

Maklumat lanjut keluasan pengusahasilan dan kutipan hasil mulai 2019 sehingga 2021 adalah seperti berikut:

 Bagi tahun 2019, keluasan adalah sebanyak 1,380 hektar – kutipan hasil [4.2] juta.

 Bagi tahun 2020 – 1,124 hektar – kutipan hasil 2.83 juta.

 Bagi tahun 2021 – 1,198 hektar iaitu 2.3 juta ringgit.

Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:

 Oracle Media Sdn. Bhd. – pelesen, di kawasan dilesenkan 66A Hutan Simpan Triang, ser, keluasan 26.8 hektar.

 Yang kedua: Oracle Media juga, 67A Hutan Simpan Triang – 79.48 hektar.

 Kok Seong Trading – 73A dan 75A, Hutan Simpan Kenaboi – 69.88 hektar.

 Sempena Kualiti – 52 Hutan Simpan Pasoh – 68.32 hektar.

 Kualiti [Kuala] Abadi Sdn. Bhd. – 90A Hutan Simpan Kenaboi – 78.76 hektar.

 Lambang Lestari Sdn. Bhd. – 15, 16 dan 8, Hutan Simpan Tebong – 102.42 hektar.

 Selasih Enterprise – 17, Hutan Simpan Senaling Inas – 46.04 hektar.

 Layar [Layak] Mekar Sdn. Bhd. – 90B, Hutan Simpan Kenaboi – 72.53 hektar.

 Selasih Enterprise – 16, Hutan Simpan Senaling Inas – 9.21 hektar.

 Nadi Kiara Sdn. Bhd. – 39, Hutan Simpan Senaling Inas – 170.38 hektar.

 Layak Mekar Sdn. Bhd. – 55, Hutan Simpan Kenaboi – 53.66 hektar.

 Lambang Lestari Sdn. Bhd. – 62B, Hutan Simpan Serting – 54.75.

 Oracle Media Sdn. Bhd. – 65 & 66, Hutan Simpan Triang – 87.26 hektar.

 H&Y Brother Enterprise – 55A & 52B, Hutan Simpan Pasoh – 136.14 hektar.

 Yang Teramat Mulia Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato' Muhammad bin Abdullah; Undang Luak Johol – 35, Hutan Simpan Serting – 152.12 hektar.

 Layar [Layak] Mekar Sdn. Bhd. – 70, Hutan Simpan Kenaboi – 96.94 hektar.

 Selasih Enterprise – 15, Hutan Simpan Senaling Inas – 79.37 hektar.

Pada tahun 2019.

 Kok Seong Trading – 2, Hutan Simpan Pelangai – 70.90 hektar.

 NJL NS Trading – 74, Hutan Simpan Pasoh – 23.65 hektar.

 Bilang Maju Sdn. Bhd. – 32, Hutan Simpan Serting – 187.36.

 Yang Mulia Amat Setia Ahmad Nazir – 88A, Hutan Simpan Kenaboi – 155.27 hektar.

 Semarak Omega – 5, Hutan Simpan Triang – 94.46.

 Takrif Janji Sdn. Bhd. – 54, 55, 71 & 74, Hutan Simpan Kenaboi – 37.09.

 Junjung Bersatu Sdn. Bhd. – 69, Hutan Simpan Kenaboi – 212.87.  Oracle Media Sdn. Bhd. – 64, Hutan Simpan Kenaboi – 96.29.

 Kuala Abadi Sdn. Bhd. – 63, Hutan Simpan Serting – 141.00.

 Deilek Putso Trading – 22, 23 & 24, Hutan Simpan Lenggeng – 105.6 hektar.

2021:

 Agenda Berkat Sdn. Bhd. – Kompartmen 38, Hutan Simpan Serting.

 Semarak Omega Sdn. Bhd. – Kompartmen 16, Hutan Simpan Gapau – 103.47.

 Untung Handal Sdn. Bhd. – Kompartmen [8], Hutan Simpan Gapau – 52.72.

 Yang Mulia Dato' Amar Setia Ahmad Nazir Bin Yang Teramat Mulia Dato' Klana Petra Hj. Mubarak Al-Haj – Kompartmen 88B, Hutan Simpan Kenaboi – 118.90.

 Junjung Bersatu Sdn. Bhd. – Kompartmen 6 & 7, Hutan Simpan Gapau – 226.18.

 Lestari, Lambang Lestari Sdn. Bhd. – Kompartmen 30, Hutan Simpan Serting – 52.65.

 Senja Era Timber – Kompartmen 75, Hutan Simpan Pasoh – 50.00 hektar.

 Layar [Layak] Mekar Sdn. Bhd. – Kompartmen 57, Hutan Simpan Kenaboi – 124.93 hektar.

 Oracle Media Sdn. Bhd. – Kompartmen 63, Hutan Simpan Kenaboi – 82.6

 Untung Handal Sdn. Bhd. – Kompartmen 28, Hutan Simpan Senaling Inas – 108.78 hektar.

 Semarak Omega Sdn. Bhd. – Kompartmen 14, Hutan Simpan Gapau – 32.39.

 Takrif Janji Sdn. Bhd. – Kompartmen 24, Hutan Simpan Pelangai –

Pertanyaan-Pertanyaan — DanQuestions

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

 Monova Sdn. Bhd. – Kompartmen 24, Hutan Simpan Lenggeng – 100 hektar.

di tahun 2021. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Waah, Dato’ Yang Dipertua, osah banyak eh tu. Daripada tahun berapa, 2019 sampai ’21, di kawasan Jelobu dan jugak Jompol. Jadi, terima kasih atas keberanian Kerajaan Negeri ya, menyenaraikan syarikat-syarikat ya, yang diluluskan pembalakan di Negeri Sembilan. Sebab saya dah lamo tanyo ni. Tigo ompek kali dah saya tanyo, tak berjawab. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri sebab saya nak tahu jugak ya, sebab hari-hari kita tengok lori masuk sini, jadi cuma persoalan saya sekarang, setakat mana jaminan ya, oleh pihak yang berkenaan khususnya Jabatan Perhutanan supaya ekosistem ya, ekosistem yang juga yang terganggu, mungkin juga memberi kesan kepada banjir kilat hari itu pembalakan dan sebagainya. Ini sangat penting. Jumlahnya memanglah banyak tadi, lotih Mentori Bosar yo, menyenaraikannya satu-satu. Dek banyak eh. Tapi yang penting sekarang ni jugak, selain daripada itu, ekosistem kita adakah dapat dijaga atau tidak. Setakat mana jaminan, ada Pengarah Hutan sini? Ya, yang diberi oleh Jabatan Perhutanan untuk memastikan ekosistem kita tidak terganggu dan juga akan memberi risiko yang amat besar di masa akan datang sekiranya berlaku banjir dan sebagainya, runtuhan, pembalakan, sebagaimana yang kita sedia maklumlah ya, dalam banjir kilat ataupun banjir yang berlaku sebelum ini. Mungkin bukan di negeri kita, tapi di negeri lain supaya tidak berlaku di negeri kita ini. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, sikit, apa ni .....

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Soalan tak berkenaan.

.... dia, sama dengan soalan saya nombor 30 sebenarnya, pembalakan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Ya, ya.

Jadi saya bersetuju apa yang dikatakan oleh apa ni, Serting tadi berkaitan dengan pengawasan untuk ekosistem berkaitan dengan anak-anak sungai yang di hulu supaya Jabatan Hutan dan jugak mereka-mereka yang terlibat dalam kerja-kerja pembalakan ini dapat mengambil kira seperti menyediakan silt trap dah jugak apa jugak keperluan-keperluan yang boleh tidak, yang boleh menyebabkan

kawasan-kawasan persekitaran terjejas seperti banjir kilat dan jugak perkara-perkara yang lain. Terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Dipertua, soalan juga berkenaan dengan yang sama. Saya juga ingin tahu apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan hidupan liar tidak terjejas ataupun apakah langkah untuk memastikan hidupan haiwan-haiwan liar di kawasan-kawasan pembalakan itu .....

Yang Dipertua Dewan

Sama, sama.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

..... juga di, diambil kira .....

Yang Dipertua Dewan

Sama, soalan tadi.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, dia kata banyak ya. Untuk tahun 2017 sebanyak 3,318. 2016 – 3,172 ya. 2018 tinggal 1,401 ya. Untuk 3 tahun, 2019 hingga 2021 hanya 3,706 ya. Dia setahun setahun 3,000. Kito 3 tahun 3,000. Mana banyak? Dan untuk pengetahuan, sebab tuan-tuan bukannya, Yang Berhormat bukannya apa, pengusaha ataupun penebang balak. Balak ini lesen dia lulus selepas kelulusan balak tersebut, kawasan balak. Kalau tahun ni dapat lesen apa, keluasan tanah balak, bukan dia tebang hari ini, 2 tahun lagi dia baru tebang. Tahun depan baru tebang. 3 tahun lagi dia boleh tebang. Yang pentingnya dia dapat lesen. Siapa yang bagi lesen ketika itu? Kerajaan mano bagi lesen? Kerajaan hari ini hanya luluskan pembalakan hanya kepada Yayasan Negeri Sembilan. Dan kita kawal mengikut yang saya katakan tadi. Dan tak lebih daripada tu. Tahun ni, tahun lepas pun tak ada kelulusan ya, hanya ada kelulusan bagi individu-individu yang punya tanah persendirian, tanah bermilik. Untuk tahun 2019 – 17 orang ada tanah bermilik, itu yang saya sebut tadi. Tahun 2020 ada 22. Tahun 2021 ada 27. Jadi saya sebut ya. Jadi tolonglah ya, balak tak boleh ba, dapat hari ni tebang besok. Kalau boleh buat, alhamdulillah ya. Hebat ya. Jadi saya berharap bahawa lesen yang telah diluluskan kita tak batalkan pun ya. Kita akur dah lulus. Kita tak nak dibawa ke mahkamah, Kerajaan Negeri. Jadi saya berharap bahawa kerajaan terdahulu fahamlah, kita teruskan. Yang kita, elok kita teruskan tetapi kita kawal.

Mengenai apa yang dikatakan tadi, jaga hutan kita. Memang kita jaga. Dan, kita tak luluskan pun tahun lepas, kelulusan hutan-hutan kerajaan untuk ditebang ya. Kerana itu, apabila banjir berlaku, kita mampu jawab dengan baik, tidak seperti negeri-negeri lain ya. Jadi, saya harap berlaku adil kepada kerajaan yang ada pada hari ini kerana kita yakin

apa yang kita usahakan untuk generasi akan datang, insyaAllah. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat .....

Dato’ Dipertua, saya tengok tadi, senarai tu syarikat yang samo yo. Banyak tadi saya tengok 5 – 6 kompartmen tu syarikat yang samo jo.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Itu saya kata tadi. Kita akan semak daripada tahun bilo dio dapat syarikat yang samo tu yo. Jawapan akan saya berikan pada sidang DUN akan datang. Terima kasih.

Yang lulus, yang maksud saya tu sekarang lah, bukan yang dulu. Okay, terima kasih Dato’ Dipertua.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dah saya jawab tadi bahawa kelulusan itu mungkin daripada kerajaan dahulu ya. Jadi kalau nak jugak jawapan, saya akan bagi jawapan dan insyaAllah saya akan buat, bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat, daripada Serting yang telah membuat pertanyaan. Seterusnya kita pergi kepada soalan Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Mambau kemukakan soalan pertama.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Mambau yang berbunyi, yang mengenai Projek Perumahan Mampu Milik Negeri Sembilan. Jawapan ini juga bagi menjawab Pertanyaan Lisan Hari Kedua daripada ADUN Lobak yang bertajuk “Rumah Mampu Milik”, pertanyaan, Pertanyaan Lisan Hari Ketiga daripada ADUN Lenggeng yang bertajuk “Prestasi Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan Dalam Membina Rumah Mampu Milik Type A Atau Yang Seumpamanya”, Pertanyaan Bertulis daripada ADUN Jeram Padang yang bertajuk “Rumah Mampu Milik”, Pertanyaan Bertulis daripada ADUN Gemencheh yang bertajuk “Perumahan Mampu Milik”.

Dato’ Yang Dipertua, Dasar Perumahan Negeri Sembilan telah menetapkan supaya pemaju menyediakan Rumah Mampu Milik jenis Type A berharga tidak melebihi 80,000.00 ringgit, Rumah Mampu Milik

Type B berharga tidak melebihi 250,000.00 ringgit dan Rumah Mampu Milik Type C berharga tidak melebihi 400,000.00 ringgit.

Namun begitu, Dasar Perumahan Negeri Sembilan hanya meletakkan syarat-syarat permohonan untuk pendaftaran ke atas semua projek Rumah Mampu Milik Type A yang berharga tidak melebihi 80,000.00 ringgit di seluruh daerah di Negeri Sembilan seperti berikut:

 Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi 3,500.00 ringgit sebulan;

 Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam daerah projek serta telah berkahwin; dan

 Keutamaan kepada pemohon yang belum memiliki rumah atau tanah.

Untuk Rumah Mampu Milik yang telah diluluskan Kebenaran Merancang sejak 2018 sehingga sekarang adalah sebanyak 24,430 unit ya. Perincian adalah seperti berikut: untuk Rumah Mampu Milik Type A sebanyak 7,518 unit, Rumah Mampu Milik Type B – 8,467 unit dan Rumah Mampu Milik Type C adalah sebanyak 8,445 unit. Terima kasih.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Jadi bagaimanakah sambutan daripada rakyat jelita di Negeri Sembilan sejak tawaran pelaksanaan tahun 2018 Rumah Mampu Milik ini? Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay, terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Mambau. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya untuk sambutan orang ramai terhadap Rumah Mampu Milik di Negeri Sembilan amat menggalakkan. Memang ramai yang menanti-nantikan rumah jenis Type A kerana bagi rumah jenis Type A yang berharga tidak melebihi 80,000.00 ringgit itu dia perlu menghadiri sesi pengundian. Seperti apa yang saya telah pun jelaskan tadi, syarat dan juga kriteria bagi pemohon yang layak sahaja, mereka akan dipanggil untuk sesi pengundian. Itu yang pertama.

Yang kedua, di Negeri Sembilan, selain daripada Rumah Mampu Milik yang kita syaratkan kepada pihak pemaju swasta, pihak Kerajaan Negeri telah pun mengambil inisiatif, kali pertama dalam sejarah Negeri Sembilan, kita telah pun berjaya membangunkan dan membina Rumah Penjawat Awat, kali pertama dalam sejarah, 351 unit kepada semua penjawat di Negeri Sembilan. Itu salah satu perkara yang kita telah, kita telah pun usahakan. Dan pada masa akan datang, kita ada tambahan

lagi 71 unit rumah yang 2 tingkat untuk penjawat awam. Ini tak pernah berlaku di dalam sejarah Negeri Sembilan.

Yang ketiga, Rumah Harapan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Rumah Harapan ini kita telah pun lancarkan sejak tahun yang lepas. Untuk tahun lepas, kita memperuntukkan sebanyak 5 juta ringgit dan untuk tahun ni, juga sama 5 juta ringgit untuk kita membina 120 unit Rumah Harapan di seluruh Negeri Sembilan. Jadi ini adalah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah, membantu rakyat kita untuk memiliki rumah yang diidami oleh mereka.

Jadi, saya berharap rakan-rakan di Dewan yang mulia ini, juga boleh bantu pihak Kerajaan Negeri untuk mempromosikan dasar-dasar Rumah Harapan, dasar-dasar rumah jenis Type A kerana setiap kali kalau kita adanya sesi pengundian, sudah tentunya kita akan membuat publisiti di Facebook Bahagian Perumahan di bawah SUK Kerajaan Negeri Sembilan. Itu jawapan sayalah kepada Yang Berhormat Mambau. Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ .....

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Dipertua, soalan tambahan kerana ia juga dijawab bersama dengan soalan bertulis saya. Dato’ Yang Dipertua, Rumah Mampu Milik yang terdapat di kawasan DUN saya; DUN Jeram Padang antaranya ada 3 Bandar Baru IOI, Desa Puteri dan Kasih Putera. Ketiga-tiga ni adalah telah dimajukan semasa Kerajaan Barisan Nasional terdahulu. Dan kemudian saya dah beberapa kali mintak Yang Berhormat Bahau ini mempertimbangkan Rumah Mampu Milik di Pekan Rompin, sudah lama tak ada Rumah Mampu Milik, selepas Rumah Kos Rendah yang dibina dulu. Dan beliau sendiri adalah berasal dari Pekan Rompin. Tahu pun tentang perkara ini. Jadi saya berha, saya ingin tanya apakah ada cadangan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan ini untuk memajukan sebidang tanah di Pekan Rompin atau di sekitar Pekan Rompin untuk tujuan Rumah Mampu Milik ini? Sekian, terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Jeram Padang. Saya rasa soalan yang sama telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat Jeram Padang sebelum, pada sesi yang lepas. Untuk makluman Yang Berhormat Jeram Padang, seperti apa yang saya katakan tadi, salah satu program iaitu Program Rumah Harapan itu saya rasa penduduk yang tinggal di Rompin mereka boleh mohon asalkan mereka ada tanah sendiri mereka di kawasan kampung mereka.

Yang kedua, kalau bagi projek perumahan swasta, saya rasa itu kita perlu bergantung kepada pihak pemaju yang sudi untuk melabur di kawasan Rompin. Saya berasal dari Rompin, kawasan situ pada awalnya ‘80an, ‘90an, adanya beberapa pemaju cuba membangunkan projek di situ tetapi akhirnya cuma satu, satu berjaya saja. Yang lain memang tak, tak jadi bangun, tanah pun menjadi kosong saja sehingga hari ini. Jadi, ba, bagi saya yang paling penting sebab kalau dari Rompin ke Bahau, jarak dia tak berapa jauh. Dan setakat ini bukan sahaja di IOI, di Taman Kasih Putera dan juga di Taman Desa Puteri, saya rasa ada pemaju telah pun menunjukkan minat mereka untuk membina lebih kurang, lebih daripada 500 Rumah Mampu Milik di tapak Era Golf Club yang terdahulu. Itu dalam perancanganlah. Kalau ada apa-apa kita akan memberi maklum balaslah kepada Yang Berhormat dan juga kita akan memaklumkan kepada orang awam.

Sudah tentunya keutamaan Kerajaan Negeri Sembilan kita nak pastikan kita nak bina sebanyak mungkin Rumah Mampu Milik demi kesejahteraan rakyat kita. Terima kasih Yang Dipertua.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dipertua, soalan tambahan. Dato’, Dato’ Dipertua, terima kasih. Tahniahlah kerana Bahau dan Kerajaan PH berjayakan Rumah Mampu Milik dan Rumah Harapan. Tetapi sini ada satu ni, pemohon kerana kami difahamkan sebagai contoh di Lobak ni, Rumah Pangsa PPRT. Kami difahamkan sebanyak 50 unit sudah rosak, so MBS pun ada berancang supaya nak dapat 500,000.00 untuk dibaiki. Ini untuk sewa saja. Sebulan 100.00. Tapi, pada masa yang pandemik ini, nampak ramai, ramai yang memohon untuk rumah diduduk. Ramai lagi B-B40 yang tak mampu pun nak ada, atau rumah. So saya cadangkan, mungkin kerajaan berikan peruntukan kepada MBS untuk membaiki rumah pangsa yang sewa tu dibaiki. 50, dia 50.00 ringgit, kosong, sudah kosong 3 tahun. So saya mengharap, ini lagi cepat, lagi cepat dan membantu golongan yang B-B40. So kami harap Kerajaan PH perhatian kepentingan ni. Lagi cepat, lagi kesan untuk membantu B-B40. Sekian, terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay, terima kasih cadangan dan juga pandangan daripada Yang Berhormat Lobak. Saya mohon Majlis Bandaraya Seremban untuk teliti perkara inilah. Jikalau adanya keperluan, saya rasa kalau kosnya munasabah saya rasa wajar kita pertimbangkan untuk kita wujudnya rumah di mana kita boleh guna konsep sewa, sewa kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih.

Sedikit Dato’ Yang Dipertua. Disebabkan, memandangkan untuk perumahan Type A ni begitu popular, begitu mendapat sambutan, memang benarlah kita tak berapa banyak unit untuk dibagi kepada mereka-mereka yang memerlukan. Saya bercadang, saya cadangkan jugaklah kepada Kerajaan Negeri sebab kita ada satu skim daripada Kerajaan Persekutuan iaitu Rumah Mesra Rakyat. Cuma pemohon tak, tidak memiliki tanah. Boleh ke Kerajaan Negeri dapat menyediakan tanah untuk tapak-tapak rumah untuk perumahan untuk Rumah Mesra Rakyat untuk masya, rakyat Negeri Sembilan membina rumah di atas tanah kerajaan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri? Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih soalan ataupun cadangan daripada Yang Berhormat Gemencheh. Bagi saya, saya rasa yang paling penting sebab salah satu syarat Rumah Mesra Rakyat, dia sama dengan Rumah Harapan. Dia perlu adanya tanah sendiri dia. Cuma kebaikan Rumah Harapan ialah proses permohonan itu untuk mendapat kelulusan dia lebih pantas, lebih laju daripada Rumah Mesra Rakyat. Sebab itu kita wujudkan program Rumah Harapan untuk memastikan mereka yang kurang berpendapatan dapat memiliki rumah mereka.

Cadangan Yang Berhormat men, Gemencheh mengenai adakah kerajaan sedia, sedia untuk menyediakan tanah supaya dibe, di, dibina ataupun dibangunkan Rumah Mesra Rakyat itu, itu cadangan Yang Berhormat. Tapi bagi pihak Kerajaan Negeri, kalau adanya tanah yang sesuai untuk membina Rumah Mampu Milik, Kerajaan Negeri kita akan menerusi PKNNS untuk membuat peng, pembangunan. Itu sesuatu perkara yang kita telah pun lakukan melalui PKNNS. Kalau di Gemencheh adanya tanah yang sesuai ataupun tanah kerajaan yang sesuai, sudah tentunya kita akan bercadang untuk membuat sesuatu. Kerana sebelum ini, kita pernah membuat permohonan kepada pihak KPKT, sebab kita ada beberapa bidang tanah yang sesuai untuk membina ni, rumah PPR tetapi pihak Kerajaan Pusat telah pun tukar konsepnya. Sebelum ini konsep PPR dia sewa, dia rent-to-own, sewa sehingga memiliki rumah tetapi pihak Kerajaan Pusat telah pun tukar konsep. Sebab itu pihak Kerajaan Negeri telah pun mengambil pendirian untuk mencari jalan sendiri untuk kita nak membina Rumah Mampu Milik dengan PKNNS kerana bagi Kerajaan Negeri yang paling penting kita nak rakyat kita memiliki rumah bukan kita nak mem, membenarkan rakyat kita setakat menjadi penyewa sahaja.

Jadi, ini berlaku di projek PPR Rantau. Untuk projek PPR Rantau, sesi pengundian kita telah pun jalankan dan 90 pemilik rumah kita telah pun kenal pasti. Tetapi mengapa sampai hari ini mereka tidak dapat

kunci mereka adalah disebabkan adanya perkara yang tersangkut di peringkat KPKT. Kerajaan Negeri dengan ikhlas, dengan ikhlas hati kita nak bantu mereka kerana pada masa itu, KPKT telah pun tukar konsep menjadi konsep sewa sahaja. Jadi, untuk mempertahankan kepentingan mereka yang telah pun berjaya dalam sesi pengundian, Kerajaan Negeri telah pun mengambil inisiatif. Kita tawarkan Kerajaan Pusat, kita beli setiap unit rumah yang dibina itu dengan harga 35,000.00. Kita menawarkan 3.5 juta kepada Kerajaan Pusat supaya kita dapat mengambil alih projek tersebut dan kita serah kunci kepada mereka yang telah pun berjaya dalam sesi pengundian.

Untuk makluman Dato’ Yang Dipertua dan juga Dewan yang mulia ini, mereka yang berjaya dalam sesi pengundian itu semua, semua adalah mereka yang berpendapatan rendah. Dan saya dah beberapa kali berbincang dengan Menteri KPKT. Cuma setakat ini, belum ada apa-apa kata putus daripada KPKT. Dan sudah tentunya dalam perkara ini, saya percaya Yang Berhormat Rantau mungkin boleh bantu dalam perkara ini supaya dapat maklumkan, sama-sama kita maklumkan kepada Menteri KPKT supaya guna senarai nama yang telah pun berjaya dalam sesi pengundian agar kita dapat membantu mereka supaya mereka dapat, dapat masuk rumah mereka yang telah pun berjaya dalam sesi pengundian itu. Sekurang-kurangnya mereka jadi pemilik tetapi kita bukan nak mereka jadi penyewa.

Itu apalah, sedikit penjelasan ataupun sedikit pandangan saya dalam isu PPR ataupun Rumah Mampu Milik di Negeri Sembilan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Dato’ Yang Dipertua kepada YB Bahau berkenaan dengan PPRT di Rantau. Saya pun memang musykil mengapa rumah yang telah lama siap kan, tidak dapat dibagi kepada mereka yang telah pun diundi, kan. Saya akan cuba untuk berjumpa dengan pihak KPKT jika masalahnya di sana ya. Kalau di sini tak ada apa-apa, dan saya akan mintak supaya perkara ini diper, disegerakan kerana adalah merupakan sesuatu yang malanglah kan. Jika ianya dah lama siap, rumah pun dah mula uzur .....

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ya, saya mohon apalah, kerjasama daripada Yang Berhormat Rantau. Sebab sesi pengundian telah pun kita laksanakan. 90 pemilik telah pun kita kenal pasti, dan mereka berjaya dalam sesi pengundian. Cuma sekarang kita masih sangkutlah dengan persetujuan daripada pihak Persekutuan ataupun pihak KPKT. Saya haraplah Yang Berhormat Rantau dalam perkara ini kita perlu bersama. Yang penting mereka telah pun melalui sesi pengundian dan sesi pengundian itu

telah pun dihadiri oleh saksi-saksi daripada PDRM dan juga SPRM. Dan sesi pengundian itu dijalankan secara transparence, kita buat secara FB Live. Dan senarai yang kita gunakan itu dia bukan saja setakat senarai daripada sejak 2018 tetapi senarai-senarai yang pernah dihantar sebelum Kerajaan Pakatan Harapan itu kita juga guna pakai. Jadi, semua daripada mereka diberi ruang untuk hadir sesi pengundian tersebut. Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Speaker. Satu penerangan yang amat jelas. Saya harap kita sama-sama ya, saya akan jumpa jugak pihak KPKT kerana rumah tu kalau tak dijaga pun dah banyak kena curi. Wayar dah habis, semua Dato’ Dipertua ya. Memang sayang Dato’ Dipertua ya. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Linggi.

Berkenaan yang sama .....

Yang Dipertua Dewan

Tak, tak, ada kaitan dengan soalan ni?

Ya, ya, topik yang sama. Topik yang sama. Ya, ya, sebentar. Tadi saya rasa Yang Berhormat sedia maklum di Linggi memang tanah di Tampin Linggi tu, sebelum ni pun kita, Yang Berhormat pernah sebut tentang kerjasama dengan Kerajaan Pusat. Dan tadi saya dengar alternatif untuk menggunakan PKNS, PKNNS. Adakah tanah di Tampin Linggi itu termasuk dalam salah satu opsyen tersebut?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Setakat ini cuma di, kita cadangkan di PPR Rantau. Cuma untuk di Linggi nanti kita akan lihat macam mana kita cuba bantu.

Yang Dipertua Dewan

Okay, seterusnya saya persilakan .....

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, sorry, soalan yang berkenaan yang sama juga. Sebenarnya dekat sekitar Pekan Rompin ni tak ada tanah Kerajaan. Jadi, saya dah beberapa kali cadangkan untuk membuat pengambilan tanah daripada ladang berdekatan yang tepi jalan di antara Bahau – Rompin tu. Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkannya?

Yang Dipertua Dewan

Ladang .....

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ramai yang berminat mengenai isu Rumah Mampu Milik. Untuk apa, di kawasan Rompin, memang saya pun sedia maklum memang tak ada tanah kerajaan yang sesuai digunakan untuk projek Rumah Mampu Milik. Cuma ladang saya rasa mungkin dengan usaha Kerajaan Negeri ataupun dengan inisiatif Yang Berhormat Jeram Padang, mungkinlah kita boleh sama-sama bincang dengan pihak ladang adakah mereka sudi untuk menyediakan tanah supaya bekas pekerja-pekerja ladang mereka diberi ruang untuk tinggal di kawasan Rompin. Itu sesuatu yang saya rasa kita perlu usahakan.

Saya sedia maklum walaupun pada zaman dahulu di Rompin, tadi Yang Berhormat Jeram Padang banyak kalilah sebut mengapa tak ada Rumah Mampu Milik, tetapi saya harap pada masa itu pun Yang Berhormat Jeram Padang pun adanya usaha untuk wujudkan Rumah Mampu Milik di kawasan situ. Jangan bimbang Yang Berhormat Jeram Padang, sudah tentunya kita akan cuba pastikan kalau adanya tapak yang sesuai, kita akan cuba pastikan kita buat sesuatulah di tanah tersebut. Itu saja jawapan ataupun penjelasan saya. Terima kasih. Harap-harapnya tak ada soalan lain lagi ya. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya, okay.....

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Ada lagi, ada lagi. Saya, saya daripada Lenggeng. Soalan saya sama.

Yang Dipertua Dewan

Soalan Lenggeng termasuk dalam soalan utama? Tak ada? Okay.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Di, di DUN Lenggeng ni ada sebidang tanah milik Kerajaan Negeri yang sebelum ni termasuk dalam list pembinaan Rumah Mampu Milik oleh KPKT tapi bila kerajaan tu dah bertukar, jadi nampaknya dia hanging, nampaknya macam gantung tak bertali tu. Dan mungkin langsung tak, tak akan dibina apa-apa pun. Saya suka nak mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar tanah-tanah milik Kerajaan Negeri yang dikenal pasti untuk dibuat Rumah Mampu Milik ni, adakan kerjasama dengan pemaju yang mampulah ya, yang mampu dan dia dengan tidaklah dikatakan terlalu murah, 80K tu, dan tidaklah pulak terlalu mahal ya. Jadi harga tu macam sayalah cadangkan dalam 100 ribu lebih ke, bawah 200 ribu ya, supaya lebih ramai lagi ya, rakyat dapat memiliki rumah ya dengan, dengan tanah-tanah kerajaan yang memang telah digazetkan untuk pembinaan perumahan ya. Sekian cadangan saya.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ya, terima kasih cadangan dan juga pandangan daripada Yang Berhormat Lenggeng. Saya rasa apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Lenggeng tadi dia merupakan satu projek perumahan swasta. Satu projek perumahan swasta di mana kalau tak silap syarikat tersebut diwajibkan untuk membina lebih kurang 500 unit rumah jenis Type A pada masa itu ya. Memandangkan syarikat itu, syarikat itu dia telah pun di, dijualkan kepada syarikat yang lain, dijualkan kepada syarikat yang lain, lepas tu adanya beberapa syarikat yang membeli, yang membeli projek-projek mereka. Sebagai contoh dia ada 4 fasa, projek dia ada 4 fasa. Ada syarikat yang beli fasa pertama. Ada syarikat B yang beli fasa kedua. Jadi ini telah pun melambatkan proses syarikat tersebut untuk menunaikan komitmen mereka membina Rumah Mampu Milik Jenis Type A.

Walau bagaimanapun, saya pernah bincang dengan syarikat tersebut, dan syarikat tersebut setakat ini ya, memang tak ada kemampuan untuk nak bina. Cuma syarikat tersebut telah pun menjual fasa-fasa yang lain kepada syarikat yang lain. Dan untuk fasa yang lain pulak, Rumah Mampu Milik mereka telah pun berjaya dibinalah. Cuma yang 80,000.00 itu, setakat ini masih belum berjaya dimulakan. Walau bagaimanapun, kita akan lihatlah macam mana kita dapat hidup balikkan projek tersebut. Itu apalah, itu jawapan saya kepada Yang Berhormat Lenggeng. Terima kasih.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Dia bukan begitu, ni, YB. Tanah yang saya maksudkan ini bukan di sebelah Lenggeng tetapi di sebelah Pantai. Itu tanah Kerajaan Negeri betul. Ada pun tanah yang, yang, yang disebut tadi tu terletak di Lenggeng. Itu memang di bawah pemilik pemajulah.

Jadi suka jugak untuk saya cadangkan, untuk saya cadangkan, mung, mungkin, saya tak tahulah, ini KPKT punya kuasa, untuk review baliklah, 80K tu mungkin terlalu murah dengan, dengan, dengan masa sekarang ya. Saya pun tak tahu benda ni. Dan boleh di-review balik ya, supaya harganya itu mampu dibina oleh kontraktor ataupun boleh dibina oleh pemaju. Dalam masa yang sama, yelah yang saya maksudkan tadi ni, tanah kerajaan tu sendiri balik di Pantai ya. Yang itu pun kalau 80K tu tak boleh nak dibuat, saya cadangkan boleh jugak kita adakan perbincangan, win-win situation dengan mereka yang bersedia ya, untuk membina Rumah Mampu Milik ini supaya yelah, kesejahteraan rakyat itu yang kita nak utamakan.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay, terima kasih Yang Berhormat Lenggeng. Untuk tanah kerajaan yang disebut di Pantai tersebut, Kerajaan Negeri kita akan kaji. Sebenarnya tanah tersebut kita pernah tawarkan kepada

KPKT-lah. Cuma konsepnya dia tukar kepada konsep sewa, kita pun onhold-lah demi kepentingan rakyat kita. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya kira semua soalan telah terjawab tadi Bahau.

Dato’ Pengerusi.

Yang Dipertua Dewan

Ya, tadi saya dah panggil Seri Menanti 3 kali kan? Jadi saya bagi peluanglah Seri Menanti.

Terima kasih Seri Menanti. Sayang Pengerusi tu kan, Speaker, Dato’ Speaker, Terima kasih banyak-banyak, saya mengemukakan soalan yang pertama dan sekali dengan tambahan Dato’ Speaker. Kita tapau sekali, kita jamak sekali ya. Iaitu apakah apa ni, tindakan yang boleh kita lakukan disebabkan banjir tadi, yang berlaku banjir tadi, disebabkan oleh penarahan, penarahan ya, bukit tadi yang untuk pembangunan pertanian dan ia menyebabkan banjir di kawasan hilir tadi yang apa, berlaku di rumah-rumah orang kampung tadi. Ateh bukit dia tarah, dio toghangkan, bilo hujan, air tadi kuek, balun rumah ni, Dato’ Yang Dipertua. Jadi, apakah tindakan yang boleh Kerajaan Negeri ambil? Sebab ini saya rasa bukan sahaja berlaku di Seri Menanti, tetapi berlaku di tompek-tompek yang lain jugak. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, hasil siasatan mendapati tanah runtuh yang berlaku ya, yang berlaku di DUN Seri Menanti pada 1 Januari 2022 itu adalah berpunca daripada hakisan tanah di Talang Ulu yang disebabkan oleh kadar taburan hujan lebat yang berterusan di luar kebiasaan. Tanah runtuh tersebut telah dibersihkan pada minggu yang sama oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Pilah menggunakan peruntukan sedia ada. Semakan mendapati tidak berlaku sebarang kejadian jalan terputus yang melibatkan Jalan Negeri di dalam DUN Seri Menanti. Walau bagaimanapun, terdapat 3 kerosakan cerun, satu kerosakan tebing di, dan satu kerosakan bahu jalan di Jalan Negeri dalam, dalam, jalan tersebut berpunca daripada hujan dengan kelebat, kelebatan luar biasa pada Januari, 1 Januari 2022, melibatkan laluan N24, N29 dan N135, N135.

Walau bagaimanapun, laluan alternatif juga telah disediakan untuk penduduk kampung bagi jalan-jalan yang ditutup akibat bencana tersebut.

Permohonan bagi penambah baik jalan-jalan yang rosak akibat banjir di Daerah Kuala Pilah termasuk jalan Talang Ulu telah dibuat melalui, telah dibuat dalam tempoh 7 hari selepas bencana tersebut berlaku dan mendapat kelulusan pada 25 Februari 2022. Iklan sebutharga telah dikeluarkan pada 28 Februari 2022 dan tindakan pembaikan akan segera dilakukan setelah selesai proses sebutharga. Dalam sama yang sama, pihak JKR Daerah Kuala Pilah akan segera melaksanakan kerja-kerja pembaikan kerosakan cerun pada bulan April 2022 dan kerja pembaikan kerosakan tebing serta bahu jalan dijangka dilaksanakan pada bulan Mei 2022.

Mengenai soalan tambahan, Dato’ Yang Dipertua, PLAN Malaysia telah menyediakan satu garis panduan mengenai tanah-tanah pertanian yang cerunnya melebihi 45° ya, slope, 45 cerun, 45° ya. Jadi, PLAN Malaysia telah mendapat kelulusan dan kita mewajibkan bagi pihak pemilik tanah sama ada tanah pertanian untuk memastikan pembangunan tanah pertanian mereka juga mematuhi arahan ataupun peraturan yang telah ditetapkan oleh PLAN Malaysia. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih, ada jamak lagi?

Dato’ Dipertua, saya tak berapa jelas sangat. Maksud saya tadi penguatkuasaan sebab kita tak ada penguatkuasaan. Jadi bila, bila tak ada tadi, nampak dia masing-masing tak perlu maklumkan ke Pejabat Tanah untuk mereka menggunakan. Ataupun Pejabat Tanah pun, kalau dia pun pergi pun sana, dia boleh buat apa? Sebab tujuan tadi membangunkan. Tetapi apabila berlaku banjir tadi, orang yang kena banjir tadi yang marah. Jadi, maksud saya tadi, apakah penguatkuasaan yang boleh kita buat kepada pengusaha-pengusaha patut dia, dia mengikutlah ya, SOP yang sepatut, yang disediakan kerajaan tadi. Dia tak ikut. Jadi, penguatsaan, penguatkuasaan tadi Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan tersebut. Saya faham, cuma mengenai penguatkuasaan itu, baru, perkara ini baru diluluskan ya, baru diluluskan mungkin belum diwartakan. Saya kena semak. Dan selepas ini Pejabat Daerah ya, Pejabat Daerah, EXCO boleh ambil tindakan sebenarnya. Pejabat Daerah tu sendiri boleh ambil tindakan kalau mereka yang membangunkan tanah cerun dia lebih daripada 45° ya. Jadi kita harap bahawa tindakan-tindakan, kalau mereka nampak mereka boleh ambil tindakan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Yang Berhormat – Yang Berhormat yang bertanya, dan terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan EXCO-EXCO yang telah menjawab soalan-soalan yang telah dibentangkan pada pagi ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jawapan bagi pertanyaan, pertanyaan apa, lisan ni yang bertulis akan dijawablah.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan BertulisQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-pertanyaan yang berkehendakkan jawapan bertulis. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun membentangkan jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis yang telah diberitahu terlebih dahulu seperti dibentangkan di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis adalah dibentangkan.

Rang Undang-Undang Pertama — Rang Undang-Undang Pemegangan Tanat Adat 2022Bill

Setiausaha Dewan

Perkara keenam, Rang Undang-Undang pertama, dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Dipertua, boleh, boleh saya bangun sekejap untuk memberi teguran dan jugak bantahanlah, Dato’ Yang Dipertua. Pertama berkenaan dengan Susunan Mesyuarat ini, adalah molek sebenarnya Dato’ Yang Dipertua, usul membahas usul tentang menjunjung kasih titah ucapan Diraja ini patutnya kita dulukan dalam persidangan kita. Tapi oleh kerana telah pun diletakkan Rang Undang-Undang mendahului, saya berharap pada masa akan datang Dato’ Dipertua, usul Titah Tuanku ni mestilah kita bahaskan dulu supaya kita dapat mengucap, menjunjung kasih kepada Tuanku sebelum kita masuk persidangan kita. Jadi, perkara ni saya harap mendapat perhatian. Walaupun bidang kuasa Dato’ Yang Dipertua, tapi saya harap Dato’ Yang Dipertua ambil perhatian perkara macam ni sebab perkara-perkara ini amatlah sensitif Dato’ Yang Dipertua, kerana meletakkan usul titah menjunjung kasih Tuanku ni di bawah. Jadi usul titah Tuanku ni mesti kita dulukan sebab itulah yang sepatutnya. Dan Tuanku datang ke Dewan kita setahun sekali Dato’ Yang Dipertua. Jadi bantahan dan

jugak teguran ini saya harap kita rakamkan dalam Dewan yang mulia ini supaya tidak berlaku pada masa-masa yang akan datang, Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih atas ingatan Kota. Cuma kita akan buat peraturanlah, lepas ni, ada peraturan, pasal peraturan 10:00 – 11:30 tu, ni soalan lisan. Jadi kita ambil dia punya ruang tu. Dan saya rasa memang patutlah usul ni diawalkan sebab untuk menghormati, insyaAllah kita akan, kita akan buat, buat tindakan lepas ni insyaAllah. Silakan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, merujuk perkara Peraturan XXIV Perintah 26, saya memohon menarik balik cadangan Rang Undang-Undang pemegangan, Pemegangan Tanah Adat 2021 ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat telah menarik balik rang undang-undang tadi …

Dato’ Yang Dipertua, kita dah ke agenda ke …..

Yang Dipertua Dewan

….. dah sebut tadi …..

….. kedua selepas soalan lisan ni. Sebab menarik balik tu tadi, dah sebut dah tadi …..

Yang Dipertua Dewan

Haa dah sebut.

Kita sekarang ni dalam berbincang pasal Rang Undang-Undang Perbandaran Jempol.

Yang Dipertua Dewan

Okay, tak apa, kita teruskan …..

Ya, kita bukannya lagi tanah adat …..

Yang Dipertua Dewan

Itu saya, itu saya nak sebut tadi tu. Tak apa Rantau. Saya terus, saya rasa kita teruskan lagi, ini, silakan.

Rang Undang-Undang KeduaBill

Yang Dipertua Dewan

Rang Undang-Undang Majlis Perbandaran Jempol 2022.

[Bacaan kali pertama]

Setiausaha Dewan

Perkara ketujuh, Rang Undang-Undang kedua, dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Sebab perkara tersebut telah dijadualkan, jadi tadi kita tarik baliklah. Jadi perkara ketujuh, Rang Undang-Undang Kedua, dipersilakan Yang Amat Berhormat, eh. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan Rang Undang-Undang Majlis Perbandaran Jempol 2022, dibacakan bagi kali pertama. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Puaso.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Cadang dulu, cadang sudah?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dah.

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah, dah, cadang dah. Sokong ya.

(percakapan secara off mic)

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan bacaan bagi kali kedua Rang Undang-Undang ini, sukalah saya memberi penerangan ringkas atas tujuan dan sebab-sebab Rang Undang-Undang dimajukan. Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemberian taraf Perbandaran dan perkara-perkara lain yang dibangkitkan dari penukaran nama Majlis Daerah Jempol kepada Majlis Perbandaran Jempol. Dijatang, dicadangkan peruntukan Rang Undang-Undang seperti berikut:

 Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan Tarikh permulaan kuat kuasa enakmen yang dicadangkan. Enakmen ini dicadangkan sebagai Enakmen Majlis Perbandaran Jempol 2022 dan berkuat kuasa 3 Januari 2018.

 Fasal 2 bertujuan untuk mengubah gelaran Majlis perban, Majlis Daerah Jempol kepada Majlis Perbandaran Jempol.

 Fasal 3 mengandungi peruntukan ke, kecualian Subfasal (1) bertujuan untuk memelihara hak, kewajipan, kuasa dan keistimewaan Yang Dipertua Majlis Daerah Jempol dan pegawai-pegawai lain. Subfasal (2) memperuntukkan bahawa kesahan dan kesan apa tindakan, prosiding, pemindah, pemindahakan, pemindahan hak milik, surat ikatan, urusan perjanjian dan

sebagainya yang dibuat oleh Majlis Daerah Jempol tidaklah terjejas oleh sebab perubahan tarafnya kepada Perbandaran.

 Fasal 4 memperuntukkan bahawa apabila mula berkuatkuasanya enakmen yang dicadangkan, segala sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai Majlis Daerah Jempol hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Majlis perbandaran Jempol. Sebutan mengenai Ahli Majlis Daerah Jempol hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Ahli Majlis Perbandaran Jempol dan sebutan mengenai Yang Dipertua dan Setiausaha Majlis Daerah Jempol hendaklah masing-masing ditafsirkan sebagai sebutan Yang Dipertua dan Setiausaha Majlis Perbandaran Jempol.

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan kerajaan dalam perbelan, perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya tidak dapat ditentukan sekarang ini. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sekian penerangan ringkas saya. Dan dengan ini saya mencadangkan Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali kedua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Majlis Perbandaran Jempol 2022 telah dicadang dan untuk dibacakan bagi kedua dan telah, untuk sokongan, siapa sokong tadi …..

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Penjelasan dulu …..

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Dato’ Dipertua. Saya mintak supaya urusetia memberikan sedikit penjelasan. Sebab dalam dokumen yang saya terima, dokumen ataupun Rang Undang-Undang itu tidak dilampirkan. Sebab blue bill itu saya tak pasti semua ahli Dewan atau tidak sebab saya tak dapat blue bill tersebut …..

Yang Dipertua Dewan

Boleh.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

….. jadi nak bahas ya, mesti ada dokumen. Ada yang ada, ada yang tak ada. Saya nampak ada ahli Dewan yang ada, tapi saya punya fail ni tak ada.

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat ahli, Yang Berhormat ahli Dewan sekalian, saya mohon izin daripada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua untuk maklumkan semula. Kita telah pun mengeluarkan notis kepada semua ahli Dewan bahawa beberapa dokumen yang telah kita

edarkan awal, khususnya berkaitan dengan Rang Undang-Undang akan diguna pakai semula. Kita tak akan mengeluarkan Rang Undang-Undang yang barulah. Untuk makluman. Kita dah keluarkan notis awal.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon jugak untuk mengingatkan semula bahawa Dewan yang mulia ini ada terlepas satu aturan iaitu bacaan Kepala Rang Undang-Undang. Jadi, sebab, pada masa ini saya membacakan untuk Kepala Rang Undang-Undang buat kali yang pertamalah untuk mengelakkan kita punya perbincangan terbatallah ya.

“Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi penukaran gelaran dan perkara-perkara lain yang berbangkit daripada pemberian taraf Perbandaran kepada Majlis Daerah Jempol”.

[Bacaan kali kedua]

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Majlis Perbandaran Jempol 2022 telah dicadang untuk dibacakan bagi kali kedua dan saya buka, kemukakan ini, perkara ini untuk perbahasan kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat.

Dato’ Dipertua, izinkan saya untuk memberikan sedikit pandangan. Berkenaan nombor satu pandangan saya, tadi kesilapan yang telah diperbetulkan oleh urus setia tadi memang betul. Dia mesti baca Kepala dulu.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

….. tak boleh disokong sebab Rang Undang-Undang belum lagi dibaca. Belum dibahas.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Belum dibahas, nak sokong apa ya? Jadi …..

Yang Dipertua Dewan

Seremban Jaya cepat tadi sokong kan …..

Itu sebabnya betul yang dibuat oleh urus setia tu, membaca Kepala dulu, Dato’ Dipertua bukak kepada perbahasan. Kemudian barulah disokong …..

Yang Dipertua Dewan

Ya.

….. Dato’ Dipertua ya, barulah dibahaskan ….

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Kalau tak cacat nanti.

Yang Dipertua Dewan

Betullah tadi tu, silakan.

Dato’ Dipertua, berkenaan dengan Rang Undang-Undang yang dibentangkan ini dia merupakan satu keperluan kerana Majlis Perbandaran, Daerah ya, Majlis Perbandaran Jempol telah pun diisytiharkan. Memang itu pun hasrat untuk kita untuk memperkasakan regional district-district kita supaya tumpuan pembangunan tidak di satu tempat di Seremban ataupun di Port Dickson sahaja. Ini memang telah pun disusun atur sejak dulu lagi. Dan kita ucap tahniahlah kepada kepimpinan di Jempol kerana telah dapat melayakkan diri menjadi sebagai satu perbandaran. Dia ada 2 dulu Dato’ Yang Dipertua ya, kita punya matlamat iaitu Jempol satu dan jugak Tampin lagi satu ya.

Yang Dipertua Dewan

Tampin.

Tampin. Jadi saya tak tahu bila Tampin boleh dapat melayakkan diri untuk dijadikan sebagai berstatus sebagai perbandaran. Di dalam perbandaran ini, Dato’ Dipertua, banyaklah yang perlu dilakukan oleh kepimpinan di perbandaran tersebut kerana bila taraf sebagai perbandaran, dia tidak lagi boleh lagi beroperasi sebagai Majlis Daerah ya. Perbandaran ini merupakan sesuatu penaiktarafan yang baik dan rakyat di Jempol memerlukan suatu tahap perkhidmatan yang lebih baik. Kita tak boleh duduk statik sepertimana dulu Majlis Daerah tetapi bila dah naik taraf menjadi perbandaran, tahap urus setia kita, tahap perkhidmatan kita kepada rakyat di dalam kawasan tersebut masih di tahap yang sama.

Jadi saya, kita berharap supaya pihak Kerajaan Negeri dan jugak Majlis Perbandaran Daerah Jempol dapat mempertingkatkan tahap perkhidmatan mereka terutamanya urusan bila kita lalu kat situ, sekali saya lalu, urusan pelupusan sisa pepejal ini Dato’ Dipertua ya, kerana kita, Majlis Perbandaran, Negeri Sembilan telah diiktiraf telah pun ataupun di, bukan diiktiraf ya, ataupun telah dijadikan sebagai negeri yang bahagia. 3 negeri yang bahagia kan? Bahagia hidup di Negeri Sembilan, alhamdulillah. Jadi, setiap perbandaran, Majlis Perbandaran,

Pihak Berkuasa Tempatan mesti mempunyai suatu hasrat untuk melihat supaya taraf ini sentiasa dapat kita jaga. Dan yang pentingnya kesejahteraan penduduk di satu-satu tempat tersebut mendapat perkhidmatan yang terbaik, Dato’ Yang Dipertua ya. Jangan kita biarkan sisa-sisa pepejal, dan jugak yang paling penting sekali ialah pelupusan sampah berpukal ini Dato’ Dipertua ya, kerana dia ada 2 jenis lupusan. Satu sisa pepejal, satu berpukal. Jadi yang banyak terbiarnya berpukal, bukan sahaja di Majlis Perbandaran Jempol tapi di Majlis Perbandaran, di Bandaraya Seremban ini pun Dato’ Dipertua, masih lagi kelihatan pemandangan yang tidak baik, yang kita lihat banyak kadang-kadang berkumpul-kumpul dahan-dahan pokok dan yang lain-lain yang ditebang yang telah pun apa, disusun tetapi tidak diambil dengan segera ataupun beberapa lama terbiar.

Dato’ Dipertua, Daerah Jempol ini merupakan satu daerah yang besar. Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku semalam, semasa merasmikan, merasmikan Dewan kita yang mulia ini, Tuanku single out bahawa Jempol, Jelebu dan Rembau mesti menjadi sebagai kawasan biodiversiti. Jadi, ini perlu kita pastikan supaya Majlis Perbandaran ini mempunyai matlamat dia ya. Kita tidak boleh nak ikut, katakan nak membangunkan sebab membangunkan dari segi pembangunan yang, yang, seperti di Seremban ataupun di bandar-bandar lain. Jadi, Jempol mesti mempunyai karekter dia sendiri yang mana dia boleh menarik ramai pelabur terutamanya dari segi pertanian, dari segi agro base activities Dato’ Dipertua.

Jadi, pembentangan kertas Rang Undang-Undang ini untuk mengubah Rang Undang-Undang daripada Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran ini adalah merupakan sesuatu yang perlu dan kita harap supaya Majlis Perbandaran Jempol akan terus sentiasa dan berusaha untuk mempertingkatkan tahap perkhidmatan dan menjadikan ianya sebagai salah satu Majlis Perbandaran yang baik, diurus dengan baik. Dan mungkin satu hari nanti akan jadi sebagai antara Majlis Perbandaran yang terbaik dalam negara kita. Saya menyokong Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Rantau kerana menyokong. Ada lagi? Silakan Jeram.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya mengalu-alukan perubahan Majlis Daerah Jempol ke Majlis Perbandaran Jempol. Ini adalah satu langkah yang telah diambil oleh kerajaan terdahulu dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau yang

telah mengambil langkah awal untuk menjadikan Majlis Daerah Jempol ini kepada Majlis Perbandaran.

Pada masa yang sama saya selaku penghuni di Majlis Perbandaran Jempol ingin mengetengahkan beberapa cadangan. Yang pertama ni, pastikanlah Kerajaan Negeri Sembilan ini mengambil kira akan pembangunan yang sistematik ataupun yang boleh dikatakan sebagai yang seimbang apabila sampainya ada projek-projek pembangunan, kemungkinan besar pemilik-pemilik tanah yang berada di kawasan Majlis Perbandaran Jempol nanti akan cuba memajukannya. Dan kita tak boleh halang, tetapi kita perlu pastikan pembangunan yang dilakukan tidak menjejaskan kesejahteraan hidup penduduk di kam, Majlis Perbandaran Jempol ini. Sekarang ini kita dah mula mengalami banjir-banjir kilat antaranya di bawah kawasan berdekatan dengan Taman Meranti, kawasan Taman Rasa Sayang dan ini adalah kawasan yang sedang mengalami kemajuan. Jadi pada masa-masa yang akan datang, apabila ji, ada projek-projek pembangunan yang ditengahkan untuk kelulusan itu, kami juga mohonlah agar satu salinan projek pembangunan itu juga disampaikan kepada ADUN-ADUN. Tak kiralah sama ada ADUN Kerajaan ataupun ADUN pembangkang. Sekurang-kurangnya kami dapat memberikan pandangan yang membina untuk memastikan pembangunan itu pembangunan adalah yang sistematik.

Pada masa yang sama memang dari dahulu lagi kerajaan Barisan Nasional telah memastikan cukai-cukai tanah ataupun cukai-cukai pintu ini tidak dinaikkan apabila status Majlis itu diubah menjadi Majlis Perbandaran. Jadi saya berharap perkara yang sama dikekalkan dan diteruskan di Majlis Perbandaran Jempol nanti sebab kami tidak mahu ada rungutan-rungutan daripada penduduk bahawa mereka ini dibebankan dengan kenaikan cukai nanti. Pada masa yang sama kemudahan-kemudahan yang disediakan di kawasan Majlis Perbandaran Jempol juga adalah mesti setaraf dengan Majlis Perbandaran. Jadi, apabila ada kemudahan yang disediakan itu, saya berharap ia adalah pembangunan yang, ataupun infrastruktur yang lengkap. Dengan cadang, dengan kata tersebut juga saya ingin mencadangkan agar Hospital Jempol ini dinaik taraf sebagai Hospital Pakar di Jempol itu. Walaupun ia adalah di bawah Kerajaan Persekutuan, saya mintak supaya Kerajaan Pakatan Harapan ini cuba memastikanlah juga kita masih lagi bergantung dengan Hospital Kuala Pilah. Kadang-kadang ia tidak dapat memenuhi harapan-harapan daripada penduduk di situ.

Dan seterusnya juga saya juga harapkan penduduk di kawasan Perbandaran Jempol ini dapat memiliki rumah. Jadi untuk itu saya

berharap kerajaan ini membuat satu perancangan yang, yang teratur untuk pastikan Rumah-rumah Mampu Milik di kawasan tersebut itu diperbanyakkan. Jangan-jangan kita dah naikkan taraf sebagai Majlis Perbandaran, tetapi penduduk di situ tu masih lagi tidak mendapat ataupun tidak dapat peluang untuk memiliki rumah.

Dan untuk tapak pelupusan ini, untuk pengetahuan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, kini hanya satu saja kawasan yang digunakan untuk tapak pelupusan iaitu sam, tapak pelupusan sampah di jalan ke arah ladang koko. Dan ia, saya nampak ia dah penuh dan nampaknya ia tak cukup nanti apabila pembangunan pesat berlaku di kawasan perbandaran tersebut. Jadi, saya berharap kerajaan itu dapat mengenal pasti satu lagi tapak pelupusan sampah yang terletak jauh daripada kawasan-kawasan perumahan. Saya berharap ia perlu diambil kira kerana saya pasti volume-nya akan tetap bertambah dengan Majlis Perbandaran nanti.

Dan saya juga mintak supaya kerajaan mewujudkan kawasan ataupun tapak industri ringan lebih banyak di kawasan Majlis Perbandaran Jempol ini sebab sekarang ini hanya di sekitar Bandar IOI sahaja yang diadakan kawasan industri ringan. Tetapi saya anggapkan jika kawasan industri ini diperbanyakkan dan diberikan keistimewaan kepada pemaju-pemaju nanti, maka peluang pekerjaan dapat disediakan di situ. Mereka tak perlu lagi bergerak ke tempat-tempat yang lain.

Itu saja daripada saya. Dan sekali lagi saya rakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau dan juga kepada Kerajaan Pakatan Harapan sekarang yang meneruskan langkah terdahulu sehingga mengisytiharkan Majlis Daerah Jempol kepada Majlis Perbandaran Jempol. Sekian, saya sokong usul tersebut.

Dato’ Yang Dipertua, saya sebagai salah seorang, salah seorang Wakil Rakyat daripada kawasan Jempol ni sudah tentu berasa bangga ya, dengan naik tarafnya Majlis Daerah Jempol kepada Majlis Perbandaran. Yang mana saya masih ingat lagi Daerah Jempol ni wujud pada tahun 1981, kira yang bongsu jugaklah ya, di Negeri Sembilan ni. Alhamdulillah. Jadi, naik taraf ni kerana usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini ya, merangka program-program pembangunan ya, dari segi ekonominya. Dan alhamdulillah ya, sebelum ini di bawah Kerajaan Barisan Nasional, dengan segala kriteria ataupun syarat-syarat ya, yang membolehkan ya, Majlis Daerah Jempol ni dinaik taraf ke Majlis Perbandaran kerana usaha bersungguh-sungguh kepimpinan setempat khususnya Kerajaan Negeri yang merangka berbagai strategi pembangunan untuk membolehkan ya, Majlis Daerah

Jempol ya, sebuah daerah yang jauh, yang mana kebanyakannya kawasan pertanian tapi akhirnya akibat dari beberapa perancangan yang tepat, yang betul oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum itu ya, akhirnya kita berjaya, dapat juga akhirnya menaik taraf sebagai Majlis Perbandaran.

Ini adalah satu kebaikan bagi rakyat Negeri Sembilan keseluruhannya untuk memastikan akhirnya nanti semua Majlis Daerah ya, di Negeri Sembilan ini ya, akan dapat dinaik taraf ya, sebagai Majlis Perbandaran. Dan maka sudah tentulah syarat-syarat ya, kriteria yang ditetapkan itu ya, akan memberi kesejahteraan ya, kepada rakyat khususnya di Daerah Jempol dan sudah pasti apa juga tindakan-tindakan yang diambil nanti memastikan ya, ia tidak menjejas ya, kepentingan masyarakat di sana. Jadi, sudah semestinyalah saya berasa amat bangga dan berbesar hati dan ianya telah pun kita putuskan di bawah Kerajaan Barisan Nasional dulu. Ini adalah untuk kesejahteraan ya, kemajuan kita di Negeri Sembilan keseluruhannya supaya pembangunan ya, di seluruh Negeri Sembilan ini seimbang iaitu khususnya kalau lihat pada hari ini, Daerah Jempol iaitu kawasan luar bandar pun dengan perancangan ya, dan juga strategi yang tepat, akhirnya dapat juga memenuhi syarat-syarat untuk menjadi sebuah Majlis Perbandaran.

Jadi itu sajalah saya ucapkan. Alhamdulillah, terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Rantau dulu selaku Menteri Besar ya, dapat selaku, dan juga Menteri Besar dahulu kerana dapat ya, membantu ya Daerah Jempol dalam berbagai sudut dan juga kerjasama daripada kepimpinan setempat, pihak pentadbir daerah keseluruhannya. Alhamdulillah, hari ini dapatlah ya, kita nyatakan hasrat tersebut dengan naik tarafnya Majlis Daerah Jempol kepada Majlis Perbandaran dan terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ada lagi nak apa, tak ada? Bahau? Silakan.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau, Yang Berhormat Jeram Padang dan juga Yang Berhormat Serting yang telah pun mengambil perbahasan dalam Rang Undang-Undang Majlis Perbandaran Jempol tadi.

Untuk makluman Yang berhor, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan juga ahli-ahli Dewan yang mulia ini, penaik taraf Majlis ban, Perbandaran Jempol ini memang sesuatu yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga Jempol. Jadi tadi kita lihat Yang Berhormat Jeram Padang dan juga Serting turut mengambil bahagian dalam perbahasan mereka dan juga menyatakan sokongan mereka terhadap Rang Undang-

Undang ini. Dan sudah tentunya saya selaku ADUN Bahau dan juga EXCO yang menjaga portfolio Kerajaan Tempatan, saya juga amat berasa bangga kerana menaik taraf ini kita dapat laksanakan ketika zaman Pakatan Harapan memerintah Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, saya setuju sebelum ni memang adanya usaha daripada kerajaan yang terdahulu iaitu daripada Yang Berhormat Rantau dan juga pasukan EXCO-nya. Itu sesuatu yang kita tidak boleh nafikan.

Tetapi selepas kita mengambil alih, kita telah pun men, menjalankan dan juga melaksanakan banyak pembaharuan dari segi Pihak Berkuasa Tempatan. Sebagai contoh, pada hari ini, selepas 9 haribulan Mei tahun ribu, tahun 2018, semua PBT di Negeri Sembilan, Mesyuarat Full Council ataupun Majlis Mesyuarat Penuh setiap PBT itu, dia perlu dibuka kepada orang awam. Itu salah satu janji manifesto kita ketika pilihan raya yang dahulu kerana Kerajaan Pakatan Harapan, kita nak pastikan orang ramai, orang ramai dapat melibatkan diri mereka hadir sebagai pemerhati ke PBT untuk meneliti dan melihat ataupun mendengar dengan diri sendirinya apakah dasar-dasar yang sedang ataupun akan dilaksanakan oleh PBT, PBT kita.

Sama juga di Majlis Perbandaran Jempol, pada hari ini Full Council Meeting Majlis Perbandaran Jempol kita terbuka kepada orang ramai. Seperti apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Jeram Padang tadi, Yang Berhormat Jeram Padang, beliau kata dia harap dapat menerima senarai ataupun makluman daripada Majlis Perbandaran mengenai pembangunan-pembangunan yang terkini. Saya rasa itu cadangan beliau dan sebenarnya pada hari ini, Full Council kita terbuka, kalau Yang Berhormat Jeram Padang ada minat nanti saya bawak Yang Berhormat Jeram Padang sekali kita turun menjadi pemerhati. Kita lihat macam mana keterbukaan PBT kita pada hari ini. Itu salah satu pencapaian yang kita telah pun berjaya laksanakan. Walaupun pada masa dahulu aktanya membenarkan mesyuarat tersebut terbuka kepada orang ramai, tetapi pada masa itu, tidak berjaya dilaksanakan. Itu satu, bagi saya, itu satu kejayaan di, di mana pandangan dan juga cadangan orang ramai sentiasa kita ambil kira di peringkat PBT kita khususnya di Majlis Perbandaran Jempol.

Dari segi infrastruktur, saya percaya kalau adanya rakan-rakan kita, kalau adanya ahli-ahli Yang Berhormat yang lama tak datang ke Jempol, sudah tentunya kalau datang ke Jempol, kita akan merasai perubahan yang telah pun kita laksanakan sejak tahun 2018. Dari segi jalan raya, saya boleh kata di Daerah Jempol, di semua kawasan bawah seliaan Majlis Perbandaran Jempol, kita selia dengan baik khususnya dari segi pencaya, pencahayaan. Kita lihat di Daerah Jempol saja kita telah pun

memperuntukkan sebanyak 240 juta untuk kita menyediakan 299 lampu LED. Jadi, kalau pada hari ini, Yang Berhormat ataupun siapa-siapa yang datang ke Jempol, mereka boleh merasai kalau waktu malam pun di mana-mana sahaja jalan itu terang dengan adanya kemudahan lampu LED ini termasuk di Batu Kikir, termasuk di, di mana-mana sahaja di dalam Daerah Jempol. Kalau satu ketika dahulu, di Batu Kikir, waktu malam, malam dia agak gelap. Seli, selepas 2018, kita telah pun membuat banyak kerja-kerja naik taraf bukan sahaja dari segi jalan, dari segi sistem perparitan, tetapi juga dari segi lampu jalan.

Dan untuk maklumat Yang Berhormat Serting, di Batu Kikir juga kita telah pun, sedang dalam proses menaik taraf bus station yang sedia ada. Dan juga pada masa yang sama kita akan wujudkan satu dataran Batu Kikir dan kita nak pastikan bahawa pembangunan di, di kawasan Majlis Perbandaran Jempol ini, dia akan sama rata, tak kiralah di Bahau, di Jeram Padang ataupun di Batu Kikir. Semua tempat ini kita dijaga dengan baik dan juga sama rata.

Dan untuk makluman Yang Berhormat Jeram padang juga, kalau pada masa dahulu, sebelum ni, kita, perkhidmatan bas percuma kita setakat dari Taman Tuanku Puan Chik sehingga ke Serting, sampai ke Hospital Jempol. Tetapi untuk tahun ini, kita telah pun menambah jajaran bas percuma kita iaitu bukan sahaja dari Taman Tuanku Puan Chik sehingga ke Serting, Hospital Jempol, tetapi perkhidmatan bas percuma kita juga sampai ke Taman Desa Puteri. Jadi dia merangkumi kawasan DUN Bahau, DUN Serting dan juga kawasan DUN Jeram Padang. Jadi, itu adalah usaha yang telah pun Kerajaan Negeri Pakatan Harapaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Sikamat, yang telah pun usahakan di Daerah Jempol sebab pada pilihan raya yang lepas, kita menjanjikan, kita akan membuat sesuatu di Negeri Sembilan Timur. Dan inilah usaha kita untuk membangunan kawasan Daerah Jempol ataupun kawasan di bawah selia, di bawah seliaan Majlis Perbandaran Jempol.

Dan bukan sahaja daripada segi infra, sebenarnya di Majlis Perbandaran Jempol kita telah pun terima beberapa cadangan, adanya syarikat hospital swasta yang datang beberapa kali. Mereka ada minat untuk membina hospital swasta di kawasan Bahau dan juga di kawasan Serting. Walau bagaimanapun, itu masih dalam perbincangan. Dan bagi saya dan juga rakan-rakan yang menjadi Wakil Rakyat di kawasan Jempol, sudah tentunya kita berharap perkara-perkara yang sebegini dapat direalisasikan dalam masa yang akan, akan datang.

Untuk pemangnan perumahan, setakat ini IOI masih ada ruang untuk membuat rumah-rumah mereka. Dan di sebelah golf club, Era Golf Club,

yang dulunya Era Golf Club memang mereka dah masuk KM untuk nak mohon untuk nak bina Rumah Mampu Milik di kawasan situ. Dan sudah tentunya pihak Kerajaan Negeri, kita akan terus berusaha memastikan semua yang berada di Jempol itu akan sentiasa hudup dalam keada, keadaan yang sejahtera. Jadi saya rasa itu, sedikit sebanyak yang saya boleh jawab dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Majlis Perbandaran Jempol. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih yang Berhormat Bahau. Ada lain-lain daripada Kerajaan Negeri nak jawab. Tak ada? Pihak kerajaan, tak ada? Terima kasih kepada Yang Berhormat Bahau yang menjawab bagi pihak kerajaan. Saya kira jelas ya, apa dijawab oleh beliau. Jadi kita minta pada ahli-ahli Yang Berhormat supaya, Rang Undang-Undang Majlis Perbandaran Jempol ni telah dibahas dan dijawab oleh pihak kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan, telah dibacakan, yang bersetuju, boleh kata …..

Dato’ Dipertua, tunggu sebentar. Kita kena ikut prosedur betul-betul …..

Yang Dipertua Dewan

Jadi …..

Kita kena buat bacaan kedua …..

Yang Dipertua Dewan

Kedua …..

….. lepas tu jawatankuasa ya …..

Yang Dipertua Dewan

Tadi kan sebut, dah baca kedua ya. Ahli-ahli Yang Berhormat Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Semua. Yang berkecuali? Tak ada ya? Sebab tak bersetuju tak ada tadi, tanya berkecuali. Rang Undang-Undang ini akan dibacakan kali, kali kedua ya.

[Jumlah undian: semua 32 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju manakala YB ADUN Jeram Padang dan YB ADUN Johol tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi penukaran gelaran dan perkara-perkara lain yang berbangkit daripada pemberian taraf Perbandaran kepada Majlis Daerah Jempol.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

….. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Haa okay, betul. Ada lagi? Tak ada ya? Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal, sila, dia kena cokmar apa ni, sila angkat tangan. Okay semua setuju ya, sebulat suara bersetuju, tak ada berkecuali ya? Silakan. Ada, tak, cokmar ni nak angkat ni.

(percakapan secara off mic)

Yang Dipertua Dewan

Dewan bersidang secara jawatankuasa. Angkat cepat. Semua, semua dah lari apa, agenda di bulan poso punyo pasal.

[Jumlah undian: semua 32 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju manakala YB ADUN Jeram Padang dan YB ADUN Johol tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

[Cokmar diturunkan]

[Dewan bersidang secara Jawatankuasa]

Pengerusi (Jawatankuasa)

Saya cadang bulan puasa ni saya nak, nak apa, kalau boleh nak awalkan sikitlah. Boleh setuju? Kang jam kang. Haa tu lah. Haa, pukul 2? Saya nak tanya dulu yang bukan Islam, kalau dia nak makan pulak kang. Nak terus sampai pukul 2, boleh? Nak menghormati orang bukan Islam. Boleh? Kalau boleh, kita terus duduk sampai pukul

2. Ada tak bantah tak? Saya ni, kita di demokrasi ni, demokrasi. Setuju? Setuju, setuju kita terus sampai pukul 2 ya. Okay. Terima kasih yang cadang. Haa ya. Nak makan? Okay, silakan. Dah angkat dah?

Setiausaha Dewan

Fasal 1.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Tak ada kan? Tiada bantah, tiada bantahan, Fasal 1 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha Dewan

Fasal 2.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 2 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha Dewan

Fasal 3.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Tak ada ya? Jika tiada, Fasal 3 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha Dewan

Fasal 4.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 4 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan tersebut. Terima kasih.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Majlis Perbandaran Jempol 2022 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju kata “setuju”. Yang tidak, yang tidak bersetuju? Tak ada ya. Lebih bersetuju. Dewan bersidang semula.

[Cokmar dinaikkan]

[Dewan bersidang semula]

[Bacaan kali yang ketiga]

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Majlis Perbandaran

Jempol 2022 telah ditimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju dengan Rang Undang-Undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Tak ada ya? Semua bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

[Jumlah undian: semua 32 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju manakala YB ADUN Jeram Padang dan YB ADUN Johol tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Setiausaha Dewan

Enakmen Majlis Perbandaran Jempol 2022. “Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri”.

Usul PertamaMotion

Setiausaha Dewan

Perkara kelapan, Usul Pertama.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun untuk mengemukakan usul seperti berikut “Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menjunjung kasih Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas Titah Ucapan Baginda bagi merasmikan Pembukaan Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14.”

Dato’ Yang Dipertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Nuzul Al-Quran dan juga selamat berpuasa kepada semua ahli-ahli Dewan dan juga rakan-rakan yang beragama Islam. Bulan puasa ini menguji kesabaran orang yang berpuasa. Jadi kita mesti sama-sama bersabar dalam perbahasan hari pun penuh kesabaran, kita perlu berhujah dan juga berbahas dengan sabar. Dan saya juga bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh Dato’ Yang Dipertua tadi, supaya kita tidak berhenti, kita sambung sampai pukul 2. Jadi, untuk ADUN-ADUN yang bukan beragama Islam, kita pun sama-sama bersabar, kita tunggu sampai pukul 2.

Dato’ Dipertua, pada pembukaan semalam oleh Tuanku, Tuanku telah menggariskan pelbagai prestasi Kerajaan Negeri dalam tempoh setahun yang lalu. Kita melihat bahawa dalam titah ucapan Tuanku ada disebut prestasi kewangan Negeri Sembilan masih kukuh dengan adanya rizab yang ham, masih ada 734 juta. Menunjukkan bahawa kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Sembilan masih begitu kukuh. Begitu juga dengan pencapaian dari segi pelaburan, di mana pada tahun lalu, kita telah berjaya mendapat pelaburan sebanyak 5.8 bilion ringgit untuk Negeri Sembilan dan menjana lebih banyak, lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak Negeri Sembilan, sebanyak 3,000 kerja, pekerjaan yang telah pun dijana.

Begitu juga dengan pengukuhan ekonomi rakyat di mana ratusan juta telah pun dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk mendaya upaya ekonomi rakyat. Pencapaian-pencapaian yang lain termasuk pembangunan luar bandar dan juga pemerkasaan bidang pendidikan dan sebagainya.

Dato’ Yang Dipertua, persekitaran politik yang kukuh amat penting untuk kita terus mencapai pencapaian-pencapaian ini, untuk negara dan juga untuk negeri. Sejak kita merdeka, negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Dan kita telah melihat bahawa sistem demokrasi berparlimen ini telah menyediakan satu persekitaran politik yang stabil kepada pembangunan negara sejak tahun 1957. Ia memberikan satu kestabilan dan persekitaran untuk supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan mengambil kira mandat daripada rakyat dan juga permintaan-permintaan daripada rakyat dan juga keadaan sosio ekonomi dalam masyarakat kita.

Sistem demokrasi ini mesti kita jaga dengan baik. Dan satu sistem demokrasi yang sihat itu sangat penting untuk kita memastikan ada kesinambungan dari segi pembangunan ekonomi dan juga negara. Kita melihat bahawa walaupun dalam sistem demokrasi ini, dia juga memberikan ruang untuk pertukaran parti pemerintah, untuk mengetuai Kerajaan Persekutuan ataupun Kerajaan Negeri. Tetapi kalau semua pihak menjaga sistem demokrasi ini, dan menghormati sistem demokrasi ini, maka sebenarnya pertukaran kerajaan itu bukan menjadi satu masalah di mana dalam satu sistem demokrasi, pertukaran parti pemerintah ataupun pertukaran kerajaan adalah satu yang biasa dan lumrah dalam sistem ini.

Apabila parti yang telah lama berkuasa, kalau mereka ada menghadapi apa-apa masalah, ataupun tidak dapat memenuhi permintaan daripada

rakyat, maka parti yang lain akan diberikan mandat oleh rakyat untuk menerajui kerajaan tersebut. Dan ini terbukti di Negeri Sembilan. Walaupun sejak tahun 2018 kita ada kerajaan yang baru, tetapi rata-ratanya prestasi Kerajaan Negeri dapat diteruskan dengan baik, dapat kita memastikan dari segi pelbagai indikator, dari segi pelbagai prestasi, Kerajaan Negeri yang baru ini masih dapat menjalankan tugas dengan baik dan memacu negeri kita ke arah yang lebih tinggi.

Seperti apa yang dikatakan oleh rakan-rakan tadi, dalam perbahasan berkenaan dengan Majlis Perbandaran Jempol. Perkara yang baik, yang pernah dilakukan ataupun dirancang oleh dulu, sudah tentunya Kerajaan Negeri yang baru mengambil alih akan teruskan. Apa yang kekurangan kita akan tambah baik. Apa yang tak baik kita akan buang. Apa dasar yang patut kita bawa untuk memberikan satu keadaan ataupun satu kehidupan yang lebih baik kepada rakyat, kita akan laksanakan. Jadi, itu adalah lumrah dalam sistem demokrasi. Dan setiap pihak dalam politik negara kita ini, setiap parti yang bertanding, setiap ahli politik yang masuk dalam gelanggang, mesti menghormati peraturan tersebut. Mesti menghormati sistem ini.

Negara kita telah menghadapi krisis politik sepanjang 2 tahun yang lalu. Selepas tempoh 2018, kita telah melihat bahawa negara kita telah bertukar Kerajaan Persekutuan sebanyak 3 kali. 2018 kerajaan baru dibentuk selepas pilihan raya, yang mendapat mandat yang jelas daripada rakyat dalam Pilhan Raya Umum Yang Ke-14. Dan parti politik yang bertanding menghormati keputusan tersebut. Malah parti yang sebelum ini menjadi kerajaan menghormati keputusan tersebut. Tetapi agak malang apabila menjelang tahun 2020, kita ada pertukaran kerajaan, bukannya melalui pilihan raya, tetapi melalui satu langkah yang dinamakan sebagai langkah Sheraton, yang telah merosakkan sistem politik negara kita ini. Dan langkah Sheraton itu yang membentuk sebuah kerajaan yang tidak stabil dan tidak kukuh, kerana dia tidak mendapat mandat daripada rakyat. Tetapi mendapat persetujuan daripada Ahli-Ahli Parlimen bukannya berdasarkan kepada prinsip, bukannya berdasarkan kepada satu manifesto ataupun satu fahaman politik untuk membawa negara ke arah yang lebih baik, tetapi oleh kerana kepentingan politik masing-masing. Maka kerajaan yang terbentuk itu tidak stabil. Dan dia tak sampai pun 2 tahun, malah lebih, lebih, lebih pendek daripada Kerajaan Pakatan Harapan, hanya 17 bulan saja. Maka kerajaan tersebut pun tumbang dan digulingkan oleh Ahli-Ahli Parlimen yang membentuk kerajaan itu sendiri.

Justeru itu kita ada Perdana Menteri yang ketiga selepas 17 bulan. Sekarang ini, Perdana Menteri yang ketiga ini tak sampai setahun pun.

Tak sampai setahun tapi walaupun nampaknya stabil, tetapi juga ada juga pergolakan-pergolakan dalaman. Tetapi untuk pihak Pakatan Harapan selepas apa berlaku pada bulan, bulan September tahun lalu, maka Pakatan Harapan telah pun di peringkat Persekutuan telah mengambil satu keputusan supaya untuk kita memainkan peranan kita dengan lebih konstruktif dan kita mencapai satu persefahaman dengan Kerajaan Persekutuan yang baru, dengan Perdana Menteri yang baru, supaya kita ingin menstabilkan politik negara kita dengan cara bahawa kita ada satu persefahaman bagaimana kita boleh membentuk satu kerjasama yang lebih konstruktif, yang lebih membina untuk negara. Antara syarat yang paling penting di mana kita telah mencapai memorandum persefahaman itu ialah untuk kita menggubal satu Akta Anti Lompat Parti kerana kita merasakan bahawa punca kepada segala masalah krisis politik yang kita hadapi ialah kerana ada Wakil Rakyat terutamanya Ahli-Ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat, mengikut platform parti masing-masing, selepas mereka menang, mereka tidak mengikut platform tersebut. Mereka melompat ke arah ataupun ke lo, ke parti yang lain. Mereka boleh mengalihkan sokongan mereka dengan sekelip mata sahaja kerana dalam Perlembagaan Persekutuan, yang menjadi Perdana Menteri bukannya ditentukan oleh parti, tetapi ditentukan oleh Ahli Dewan Rakyat yang menyokong seseorang itu menjadi perdana Menteri. Justeru itu, kuasa yang terlalu besar diberikan kepada Ahli Dewan Rakyat ataupun Ahli Parlimen yang dipilih mengikut platform parti itu untuk menentukan hala tuju ataupun kelangsungan sesebuah kerajaan tersebut.

Maka bagi kita, perlu adanya undang-undang untuk menyekat perkara ini. Walaupun di Negeri Sembilan kita bertuah, kita bernasib baik kerana Negeri Sembilan rata-ratanya kita amat stabil sejak tahun 2018, walaupun di peringkat Persekutuan ada pertukaran kerajaan, di Negeri Sembilan, kita dah memerintah sebanyak, selama 4 tahun dan tidak ada apa-apa perubahan di peringkat Kerajaan Negeri. Dan saya harap dan saya yakin bahawa ini mesti kita pertahankan, mesti kita teruskan sehinggalah akhir tempoh Dewan Undangan Negeri ini. Supaya ini memberikan keyakinan kepada semua pihak, kepada rakyat, kepada pengundi, kepada pelabur bahawa kerajaan yang dibentuk melalui pilihan raya itu mesti dipertahankan sepanjang tempoh mandat yang diberikan itu. Jadi Negeri Sembilan, walapun kita tidak menghadapi krisis seperti itu, tetapi perlu ada jaminan, perlu ada jaminan bahawa melalui undang-undang supaya kerajaan yang terbentuk itu mesti stabil, mesti dapat melaksanakan tanggungjawab dan tugasnya sepanjang tempoh yang diberikan iaitu selama 5 tahun.

Justeru itu, Dato’ Dipertua, baru-baru ini satu pindaan rang undang-undang pindaan perlembagaan telah pun dibentangkan di Dewan Rakyat, tetapi dia belum diluluskan kerana Ahli-Ahli Dewan Rakyat merasakan bahawa cadangan pindaan tersebut terlalu luas. Dia perlu diperincikan lagi untuk memastikan unsur-unsur melarang anti lompat parti itu, melarang lompat parti itu mesti diterangkan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan kita. Kalau perlu ada satu undang-undang khusus, ia mesti dibentangkan secara bersama. Justeru pada 11 April yang lalu, di Dewan Rakyat, telah memutuskan satu Jawatankuasa Pilihan Khas dibentuk untuk merangka dan mengkaji bagaimana Akta Anti Lompat Parti ini dapat dilaksanakan melalui pindaan perlembagaan ataupun melalui satu akta. Maka Jawatankuasa Khas ini diberikan masa sebulan untuk kembali ke Dewan Rakyat untuk mencadangkan apa-apa pindaan yang diperlukan. Jadi kita mengharapkan dan kita yakin bahawa satu pindaan Perlembagaan Persekutuan akan dapat dilaksanakan ataupun diluluskan di Dewan Rakyat menjelang penghujung bulan Mei nanti.

Apa yang saya nak sarankan dan saya nak nyatakan di Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan pada hari ini ialah supaya Kerajaan Negeri mesti mengambil langkah segera untuk menggubal undang-undang yang sama di peringkat negeri. Iaitu melalui pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, melarang mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri yang sudah dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya atas tiket parti, dia tak boleh bertukar parti. Sebab separuh jalan. Pernah berlaku dalam Negeri Sembilan jugak, dalam Dewan Undangan Negeri saya, Dewan Undangan Negeri ini. Penggal pertama saya, rakan saya yang sama-sama menang pada ketika itu bersama saya iaitu Bahau. Bukan Bahau sekarang. Bahau dulu. Dia pun jadi katak. Dia pun lompat separuh jalan. Jadi, kita nak melihat bahawa Negeri Sembilan juga ada undang-undang yang khusus, walaupun Perlembagaan Persekutuan itu akan digubal, dia akan juga akan melibatkan negeri-negeri di bawah Persekutuan. Tetapi adalah lebih elok, saya rasa, bahawa Kerajaan Negeri mengambil satu langkah yang proaktif iaitu sejurus selepas Parlimen meluluskan pindaan Perlembagaan tersebut, berkenaan dengan Akta Lompat Parti. Kerajaan Negeri mengarahkan supaya pihak Penasihat Undang-Undang, melalui AG’s Chambers untuk menggubal satu enakmen ataupun pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Itu saya terpulang kepada pihak Kerajaan Negeri untuk melihat apakah mekanisme yang terbaik. Sama ada melalui satu enakmen ataupun pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Itu boleh dikaji, apakah mekanisme yang terbaik.

Tetapi pokoknya ialah, satu undang-undang khusus mesti kita buat di peringkat negeri juga untuk menghindarkan dan juga melarang mana-mana ahli Dewan yang menang daripada melompat parti, sama ada daripada blok kerajaan mahupun daripada blok pembangkang. Dan saya harap bahawa pindaan ini dapat dibawa ke Dewan Undangan Negeri secepat mungkin. Kalau Parlimen dapat meluluskan ini, pindaan ini pada bulan Mei nanti, maka saya harap kalau ada keperluan kita mengadakan sidang khas untuk Dewan Undangan Negeri, saya cadangkan dan saya sarankan, Yang Amat Berhormat panggil sidang untuk kita luluskan, sama-sama luluskan enakmen ataupun pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh negeri itu. Jadi itu pertama, Dato’ Dipertua.

Perkara kedua yang saya sebut ialah berkenaan dengan apa juga yang di, apa yang dititahkan oleh Tuanku semalam, dalam ucap, dalam penutup ucapan Tuanku semalam, Tuanku ada mengucapkan syabas di atas penganugerahan Bandar Mampan Negeri Sembilan 2021 kepada Majlis Daerah Jelebu yang mendapat tempat ketiga Anugerah Bandar Mampan 2021 bagi kategori Majlis Daerah Peringkat Kebangsaan. Saya selaku ADUN Chennah, daripada Daerah Jelebu, saya juga ingin me, merakamkan syabas dan tahniah kepada Majlis Daerah Jelebu khususnya kepada Pegawai Daerah Jelebu yang telah berusaha dan Majlis Daerah Jelebu memenangi anugerah tersebut.

Begitu juga Negeri Sembilan telah pun baru-baru mendapat satu pengiktirafan, dan bagi saya begitu bermakna sekali iaitu Negeri Sembilan diumumkan sebagai antara 3 negeri yang paling bahagia di Malaysia. The happiest state. Kita sama-sama bahagia. Jadi ini saya rasa satu petanda yang baik untuk Negeri Sembilan. Apabila kita menyatakan bahagia itu, bahagia itu abstrak bagaimana kita nak tafsir ataupun definasikan bahagia itu, kebahagiaan itu. Tetapi bagi saya, kalau bahagia itu maksudnya kita berasa gembira, kita hidup dengan aman, kita hidup dengan damai dan kita hidup bermasyarakat dengan baik, dan saya lihat bahawa, selalu saya mengatakan bahawa saya bangga sebagai anak Negeri Sembilan kerana kita ni berlainan daripada negeri-negeri lain. Walaupun kita di bawah satu negara, tetapi Negeri Sembilan ini ada keunikan dia, baik dari segi politiknya, baik dari segi budayanya, kita ada keunikannya.

Malah politik Negeri Sembilan ini jauh lebih damai daripada negeri-negeri lain. Keamanan politik di Negeri Sembilan ini jauh berbeza dengan negeri, negeri-negeri lain. Malah rakan saya sendiri kadang-kadang mereka tak faham. Mengapa saya boleh duduk minum kopi dengan Rantau kadang-kadang. Sebab kita melihat bahawa politik ini

tak ada masalah. Walaupun kita ada prinsip yang berlainan, kita ada pandangan politik yang berlainan, tetapi kita tidak bermusuhan antara satu sama lain. Dan itu perlu kita terapkan nilai dalam masyarakat kita, bahawa kita mesti ada satu sikap, ada satu cara kehidupan yang sederhana dalam segala apa yang kita buat. Baik daripada politik ataupun ekonomi kita ataupun kehidupan kita, cara pentadbiran kita dan sebagainya. Dan itu saya melihat bahawa pentingnya kita nak mengekalkan ciri-ciri kebahagian ini di Negeri Sembilan ini.

Dan sudah tentunya kita harap juga keluarga Negeri Sembilan ini cukup bahagia. Orang yang berkahwin di sini, orang yang beranak di sini, semuanya bahagia-bahagia belaka. Macam Dato’ Yang Dipertua jugak. Dato’ Dipertua pun sangat bahagia, saya tahu. Jadi, kita harap bahawa rakyat Negeri Sembilan terus bahagia, terus bahagia ini, dia perlu ada satu kehidupan yang baik. Traffic jam tak banyak, kita punya stress tak banyak, kita pun ada work life balance. Kerja kita ba, bagus, kita punya kehidupan pun bagus. Ada keseimbangan. Ada balance di antara kehidupan dan juga pekerjaan kita. Jadi, tekanan hidup itu dapat direndahkan. Jadi itu kita harap dapat kita kekalkan.

Dan sudah tentunya Kerajaan Negeri dan juga PBT memainkan peranan yang sangat penting untuk kita pastikan kebahagian ini dapat diteruskan sebab dari segi perancangan, pembangunan negeri kita, dari segi perancangan perbandaran kita, kemampanan perbandaran kita, alam sekitar kita, kebersihan perumahan kita, kebersihan alam di, di, di tempat awam kita dan juga kemudahan-kemudahan riadah dan sebagainya. Semua itu menjurus kepada untuk kita mencapai satu kebahagiaan untuk rakyat kita. Jadi, itu mesti kita teruskan.

Tetapi satu perkara yang sangat penting, Dato’ Dipertua. Sekarang ini ialah kita mesti rancang dan juga kita mesti melihat bagaimana kita menghadapi perkara ini iaitu bencana-bencana alam yang sering berlaku seperti banjir besar, tanah runtuh dan sebagainya. Kalau dulu kita selalu menghadapinya, banjir kilat. Zaman awal saya menjadi ADUN, semasa Yang Amat ber, Yang Berhormat Rantau ketika tu menjadi Menteri Besar, memang selalu kita dalam Dewan ini membahaskan banjir-banjir kilat. Tempat macam Lobak biasalah banjir kilat, longkang kecil dan sebagainya. Tapi tak pernah lihat satu skala banjir yang begitu besar seperti apa yang berlaku pada bulan Disember lalu. Di Daerah Jelebu, Jelebu ini kalau kita belajar geografi, sepatutnya Jelebu ini tempat yang paling kering tetapi sekarang ini hujan begitu lebat, kuantiti hujan yang begitu banyak, dan dalam masa beberapa bulan ini, dah berkali-kali banjir besar berlaku. Banjir paling teruk bulan Disember lepas. Tetapi bulan Februari dan bulan Mac juga

berlaku beberapa kali banjir kilat kepada kawasan-kawasan perumahan yang dulunya tak pernah ada banjir seperti ini. Sudah tentunya kita melihat kepada infrastruktur yang mungkin sudah usang, yang sudah lama tak, tidak dapat menampung air. Tetapi juga tidak dapat dipertikaikan bahawa kuantiti yang, hujan yang turun itu jauh lebih banyak. Memang itu satu fakta. Dan juga kawasan-kawasan tanah runtuh. Itu menjadi satu masalah besar apabila bencana berlaku sebab kala hujan berlaku dengan lebat, dia bukan sahaja banjir tetapi juga mengakibatkan tanah runtuh. Tanah runtuh itu amat membahayakan kepada penduduk juga kepada pengguna jalan raya.

Justeru itu, semua bencana-bencana ini kita lihat dia menjurus kepada satu masalah besar iaitu masalah yang dihadapi oleh global sekarang. Masalah yang dihadapi oleh dunia sekarang iaitu masalah perubahan iklim, climate change. Ini merupakan satu fenomena yang melanda seluruh dunia. Tidak ada satu negara, tidak ada satu kerajaan di dunia ini sekarang yang boleh mengatakan bahawa perubahan iklim itu tidak memberikan kesan kepada negaranya. Setiap negara akan berasakan kesan tersebut. Kesan perubahan iklim. Jadi, apa yang kita lihat pada hari ini, bencana yang berlaku itu, dia ada satu punca masalah yang lebih besar iaitu perubahan iklim. Perubahan iklim itu merupakan satu konsep yang mungkin masih baru dalam negara kita. Rata-rata rakyat kita ni masih belum sedar apa sebenarnya perubahan iklim, apakah kesan kepada kehidupan kita, apakah kesan kepada alam sekitar kita. Jadi rata-rata rakyat kita masih belum ada kesedaran yang sangat tinggi dalam perkara ini. Saya yakin di kalangan ahli-ahli politik pun masih belum ada kesedaran yang tinggi kerana rata-rata dalam politik negara kita ini, agenda ataupun isu peyu, perubahan iklim ini tidak menjadi pertikaian, belum menjadi satu persaingan di kalangan parti-parti untuk melihat dasar siapa yang lebih baik dari segi untuk kita menghadapi perubahan iklim.

Tetapi di negara-negara barat, saya lihat bahawa perubahan iklim itu sudah ada satu kesedaran yang sangat tinggi, bukan di kalangan orang politik tetapi di kalangan remaja. Dan juga anak-anak muda di negara-negara barat yang mendominasi demonstrasi, yang memimpin gerakan-gerakan untuk menekan kerajaan dalam dasar-dasar perubahan iklim ini bukannya orang-orang politik, bukannya orang-orang tua, tetapi anak-anak muda belasan tahun, remaja, pelajar-pelajar sekolah menengah. Mereka sudah begitu arif, begitu sedar berkenaan dengan alam sekitar, berkenaan dengan kesam, kesan perubahan iklim.

Jadi perkara seperti ini saya yakin dia mesti kita tangani. Dan suka tak suka, dia akan datang. Perubahan iklim ini akan dia akan memberikan

kesan kepada semua. Dan kita tak boleh terlepas daripada perkara ini. Justeru itu saya nak mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya mengambil langkah yang lebih proaktif dalam perkara ini. Bukannya kita hanya menangani masalah banjir ataupun bencana saja, tetapi untuk melihat kepada satu pendekatan yang lebih holistik bagaimana kita nak menangani masalah-masalah ini pada masa-masa akan datang. Percayalah bahawa banjir-banjir besar seperti yang berlaku pada bulan Disember yang lalu, dia bukan lagi banjir sekali dalam 50 tahun. Ada orang Jelebu bagitahu saya, dia kata tak pernah lihat banjir ini selama 50 tahun dia duduk di sana. Tetapi saya yakin bahawa bencana seperti ini akan lebih kerap berlaku kerana perubahan iklim merupakan satu masalah yang melanda global, yang begitu serius pada hari ini.

Justeru itu saya nak mencadangkan supaya Kerajaan Negeri melihat perkara ini dengan lebih holistik. Langkah pertamanya, membentuk satu jawatankuasa bertindak berkenaan dengan perubahan iklim iaitu mewujudkan satu portfolio khusus berkenaan dengan perubahan iklim. Semasa Pakatan Harapan membentuk Kerajaan Persekutuan, kita telah membentuk satu kementerian. Walaupun ia bukannya satu kementerian khusus kepada perubahan iklim, tetapi dia dicantumkan dengan sains teknologi, alam sekitar dan juga perubahan iklim. Kementerian Alam Sekitar, Sains Teknologi dan juga Perubahan Iklim. Dan ada portfolio khusus berkenaan dengan dasar bagaimana kita nak menangani perubahan iklim.

Jadi saya berharap langkah holistik ini dapat diambil oleh pihak Kerajaan Negeri kerana untuk kita menangani isu seperti perubahan iklim ini, dia perlu kerjasama dan juga penglibatan daripada pelbagai agensi. Daripada Jabatan Meteorologi, daripada Jabatan Alam Sekitar, daripada Jabatan Kerja Raya dan sebagainya kerana kita melihat juga kepada kesan-kesan ini dan juga sebelum dia berlaku bencana, kita perlu ambil tindakan. Umpamanya sekarang ini di Selangor ada banyak hotspot berkenaan dengan tanah runtuh. Apa yang berlaku di Ampang baru-baru ini, tanah runtuh, tiba-tiba, sebab banyak taman perumahan dulu dibina, diluluskan di tepi-tepi bukit ataupun di atas bukit. Di Negeri Sembilan pun, di Seremban pun banyak kawasan perumahan kita ini dibina di atas bukit. Jadi, kalau kita tidak mengambil satu langkah yang proaktif, saya bimbang bahawa pada masa hadapan ia akan memberikan satu kesan ataupun satu bahaya kepada penduduk-pernduduk kita. Jadi perlu ada daripada jabatan-jabatan yang tertentu, daripada pakar-pakar untuk melihat hotspot-hotspot ini dan bagaimana kita boleh membuat sesuatu untuk memastikan bahawa pergerakan tanah itu dapat kita, dapat kita tahu lebih awal dan supaya langkah-

langkah awal dapat kita ambil untuk memastikan kalau berlakunya tanah runtuh, ia dapat meminimakan impak kepada orang ramai.

Dari segi jawatankuasa bencana, saya juga berharap bahawa Kerajaan Negeri mengambil satu langkah yang proaktif untuk melihat balik bagaimana struktur jawatankuasa bencana kita. Rata-rata kita mesti mengakui bahawa ada kekurangan dari segi pengurusan bencana. Baik di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri semasa banjir besar berlaku, pihak NADMA juga ada yang mengkritik dan juga dipersalahkan dan memang ada perlu bahawa kita melihat kepada apa-apa kekurangan di peringkat negeri dan juga di peringkat daerah. Kita juga perlu melihat bagaimana kita memperkemaskan lagi struktur jawatankuasa bencana tersebut supaya ada lebih banyak kordinasi di kalangan jabatan-jabatan di peringkat daerah supaya memastikan pertamanya, bantuan dapat diberikan dengan lebih cepat. Umpamanya nak bukak pusat pemindahan, dia mesti ada satu punca kuasa yang jelas. Saya tahu dia, punca kuasa berada di Pegawai Daerah tetapi bagaimana kita menggerakkan pusat pemindahan itu dan kordinasi dengan jabatan-jabatan lain. Ada keperluan-keperluan khusus yang diperlukan untuk pusat pemindahan banjir ini. Dan juga bagaimana kita nak mengangkut mangsa-mangsa banjir ini ke pusat tersebut. Dari segi pengangkutan, dari segi kordinasi penyelamat dan sebagainya. Saya tahu bahawa banyak agensi di Daerah Jelebu umpamanya, bot penyelamat tak cukup. Kalau ada pun mungkin satu dua saja. Tapi dia tak cukup bot penyelamat. Dan kita ada, ada usaha yang diperlukan untuk kita tambah kekuatan ini.

Saya tahu di peringkat Kerajaan Persekutuan, mereka ada agensi dan jabatan mereka, Bomba Penyelamat dan sebagainya. Tetapi di peringkat negeri, apa yang kita boleh buat ialah lebih proaktif. Malah baru-baru ini saya juga mendapat tajaan daripada sebuah syarikat swasta, menajakan 3 bot penyelamat. Saya serahkan kepada MPKK supaya MPKK juga bersiap siaga. Saya nampak Ampangan pun ada usaha sebegitu. Dia beli sampan dia sendiri, ada enjin dialah. Dan kita latih supaya ada skuad penyelamat yang boleh bertindak segera apabila berlaku bencana. Dan ini sangat penting, saya rasa ini perlu juga kita serapkan kepada salah satu tugasan kepada MPKK kita. Jadi salah satu job scope kepada MPKK ini juga bagaimana kita bertindak sebagai first response team. Kalau sebelum respons team daripada Bomba & Penyelamat sampai, MPKK juga ada sedikit latihan asas bagaimana nak menyelamatkan mangsa-mangsa banjir dan sebagainya. Jadi ini saya rasa perlu kita buat dan kita ambil tindakan yang lebih proaktif.

Saya berharap jawatankuasa ini dapat dilihat kembali. Saya tahu bahawa ada struktur pengurusan bencana di peringkat negeri dan juga di, peringkat daerah sebelum ini. Tetapi sudah sampai masanya ia perlu diperkemaskan lagi, diperkukuhkan lagi dan tengok ada apa-apa keperluan di peringkat daerah-daerah. Kerajaan Negeri perlu mengambil tindakan untuk membantu menyediakan kemudahan tersebut dan juga peralatan keselamatan untuk MPKK dan, ataupun kepada Majlis Daerah. Saya berharap ini dapat diambil tindakan segera sebelum mana-mana bencana berlaku kerana kita sekarang ini menghadapi satu keadaan di mana kita tak tahu bencana bila berlaku. Bila-bila boleh berlaku. Banjir ini sudah tak, tak ada musimlah. Kalau dulu kita boleh agak-agak bulan berapa selalu hujan lebat. Sekarang ini tak tentu, tak tentu, dia, hujan lebat kadang-kadang dia boleh menyebabkan banjir kilat yang, yang dahsyat kepada kawasan-kawasan yang tak pernah banjir dulu. Jadi perkara-perkara seperti ini saya harap dapat dikenal pasti dan juga diambil tindakan segera.

Perkara yang ketiga, Dato’ Dipertua dan penutup saya ialah dalam titah ucapan Tuanku juga ada menyebut berkenaan dengan memperkasakan ataupun mengukuhkan ekonomi rakyat. Memang dalam tempoh 4 tahun yang lalu ini, Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri telah pun membelanjakan banyak peruntukan, ratusan juta untuk memperkukuhkan ekonomi rakyat. Kita ada banyak insentif, ada banyak inisiatif baru, ada program-program khusus. Walaupun dia program-program berbentuk mikro tetapi bersasar kepada peniaga-peniaga kecil, peniaga-peniaga mikro dan sebagainya. Tujuan dan objektif kita ialah mem, memperkukuhkan ataupun memperdayakan ekonomi rakyat supaya usahawan-usahawan kecil ini dapat berkembang, dapat mengubah kehidupan mereka. Ini semuanya satu inisiatif yang baik dan juga semuanya usaha yang murni.

Tetapi saya rasa di peringkat Kerajaan Negeri, kita tiap-tiap tahun kita dalam belanjawan kita, kita bahas, kita luluskan peruntukan. Sudah tentu apabila dibawa ke Dewan Undangan Negeri ini, dia sudah tentunya mendapat sokongan. Tetapi pentingnya juga kita perlu melihat keberkesanan sesuatu dasar itu. Saya nak mencadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri mengarahkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) mungkin dengan kerjasama bersama-sama dengan IPTA dan sebagainya, penyelidik-penyelidik sains sosial, untuk melihat, membuat kajian di lapangan ke atas penerima-penerima bantuan ini. Sebab selalunya kita kalau dapat laporan ialah laporan berbentuk kuantitif, kuantitatif saja iaitu berapa penerima. Umpamanya TUNS satu tahun berapa dibelanjakan, berapa penerima dia. TUNS Plus berapa penerima dia. Tetapi kita tak pernah lihat keberkesanan dasar

itu ataupun dari segi qualitative report terhadap dasar itu. Umpamanya penerima TUNS, dia dapat bantuan daripada Kerajaan Negeri dan membeli peralatan untuk membuat bisnes dia. Mungkin perlu kita lihat sama ada program tersebut, insentif tersebut berjaya membantu penerima itu. Kalau berjaya, bagaimana membantu dia. Apakah bentuk peralatan yang diberikan, apakah bentuk bantuan yang diberikan yang membantu orang itu keluar daripada kemiskinan, yang mungkin dia punya bisnes dah bertambah baik.

Jadi, saya rasa penyelidikan-penyelidikan, kajian-kajian ini perlu untuk kita mendapat satu gambaran bagaimana dasar kita diterjemahkan kepada bentuk bantuan yang bersasar, yang benar-benar membantu penerima-penerima ini. Yang paling penting, objektif kita ialah meningkatkan tahap sosio ekonomi rakyat kita. Dan juga membasmi kemiskinan. Itu yang paling penting. Jadi saya berharap bahawa satu kajian dapat dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri. Mungkin melalui kerjasama dengan IPTA, saya yakin banyak penyelidik yang sanggup membuat kajian-kajian lapangan tersebut. Untuk melihat penerima-penerima bantuan daripada Kerajaan Negeri ini, bagaimana mengubah kedudukan ataupun kehidupan ekonomi mereka. Jadi saya harap ini dapat dibuat dan dibentangkan balik ke Dewan Undangan Negeri, semasa sidang belanjawan nanti, bentangkan juga apakah yang telah kita luluskan, apa yang telah kita belanjakan, haa inilah hasil dia. Inilah prestasi dia. Bukan saja dari segi prestasi, tetapi ada contoh-contoh khusus bagaimana orang itu mendapat manfaat daripada dasar kerajaan. Dan itu secara tak langsung dia memberikan feedback yang baik kepada Kerajaan Negeri supaya kalau kita rasa bahawa kajian itu menunjukkan bahawa dia tak mencapai sasaran dia, maka dasar itu boleh dikaji balik, boleh ditambah baik dan sebagainya. Dan itu sesuatu yang mesti kita buat secara berkala supaya dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan ini betul-betul sampai kepada kumpulan sasar dan juga memberi bantuan kepada rakyat yang kita nak bantu.

Dato’ Dipertua, saya, satu perkara lagi saya nak sentuh jugak ialah, di kawasan saya di DUN Chennah, dia merupakan satu kawasan pertanian dan juga ada satu kawas, merupakan satu kawasan yang mempunyai potensi yang cukup besar untuk eko pelancongan, eco tourism. Sebab kita pun dah, Kerajaan Negeri pun dah buat dasar untuk menjadikan Jelebu ini sebagai satu tempat biodiversiti. Satu, kita nak pelihara Daerah Jelebu ini sebab ada Hutan Simpan yang banyak, ada gunung ganang yang banyak, tempat ini memang baik, cantik dan kita kena jaga alam sekitar dia. Tetapi pada masa yang sama, kita juga kena lihat bagaimana kita nak meningkatkan ekonomi daerah tersebut. Jadi

antara aktiviti ekonomi yang penting kepada Jelebu, selain pertanian ialah eko pelancongan.

Dan saya baru-baru ini mendapat permin, ataupun pertanyaan daripada pihak swasta bagaimana untuk melabur di Daerah Jelebu khususnya untuk membuka ataupun menerokai sektor eco tourism. Dan salah satu dasar ataupun masalah yang dihadapi, bukan masalah tapi cabaran yang dihadapi ialah bagaimana kita convert tanah-tanah pertanian menjadi tanah-tanah eko pelancongan. Jadi, di Negeri Sembilan saya difahamkan belum ada dasar lagi berkenaan dengan penggunaan tanah pertanian untuk tujuan pembinaan eco tourism. Di Selangor sudah dirangka dasar khusus untuk menjadikan tanah pertanian, dia boleh convert bukannya kepada tanah komersial, sebab saya tahu bahawa ada juga pandangan kata bahawa kalau mereka nak convert, convert kepada komersiallah. Tapi, rata-ratanya pelabur-pelabur eco tourism ini memberikan feedback bahawa dia kata kalau semuanya berdasarkan kepada komersial, kadar komersial, dia tak viable. Sebab eko pelancongan ini, dia memerlukan pelaburan yang besar juga. Dan juga pulangannya lambat. Dia bukannya dalam 2 – 3 tahun boleh mendapat pulangan. Dia sanggup melabur tetapi perlu ada satu tempoh yang panjang untuk mereka mendapat returns mereka. Jadi justeru itu mereka mengharapkan supaya ada satu facili, facilitation daripada pihak Kerajaan Negeri. Dari segi kalau kemudahan tanah itu. Kalau tanah pertanian, mereka boleh pohon untuk Kebenaran Merancang untuk tapak-tapak eco tourism. Dia bukannya bangunan semata-mata tapi dia menggunakan konsep pelbagailah. Umpamanya ada konsep camping, kem, meletakkan khemah-khemah untuk, untuk penginapan dan sebagainya. Jadi perkara-perkara seperti itu dia berlandaskan kepada konsep eko pelancongan. Dan saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat melihat perkara ini untuk melihat bagaimana kita dapat membantu untuk menggalakkan pelaburan dalam sektor eko pelancongan ini supaya penggunaan tanah khususnya tanah pertanian ini dapat dipermudahkan lagi untuk supaya kelulusan-kelulusan di peringkat PBT dapat dilaksanakan dengan lebih segera dan lebih cepat. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri akan melihat kepada perkara-perkara yang saya nyatakan tadi.

Kesimpulannya Dato’ Dipertua, saya hari ini tema saya “kemampanan” memandangkan Negeri Sembilan menjadi bandar mampan, apa ni, Jelebu menjadi bandar mampan, dapat anugerah. Negeri Sembilan pulak menda, menjadi negeri bahagia. Jadi kemampanan ini dia mesti, mesti mampan dari segi politik, mampan dari segi ekonomi dan mampan dari segi alam sekitar. Jadi baru dia ada kemampanan. Kalau Dato’ Yang Dipertua nak mampan sebagai Dato’ Dipertua pun kena jaga-

jaga. Haa, ini baru boleh mampan. Dia sustainable. Apa yang perlu sustainable itu dia perlu mesti kita jaga dengan baik. Hormati sistem tersebut, kita ada sistem yang baik, dan semua pihak mesti menghormati sistem tersebut.

Justeru itu, saya berharap Dato’ Dipertua, kita bersama-sama untuk menjunjung kasih kepada titah ucapan Duli Yang Maha Yang Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, yang telah disampaikan atau telah dititahkan semalam, Dewan mengambil satu ketetapan untuk menjunjung kasih. Maka dengan itu saya mohon mencadangkan usul tersebut untuk dibahaskan. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Chennah. Tahniah kepada Jelebu ya, kerana telah berjaya mendapat anugerah mampan. Saya kira kita perlu, persilakan menyokong. Menyokong usul. Okay, dipersilakan untuk menyokong. Labu ada. Lenggeng kan? Mana? Menyokong, tak ada? Okay.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Tak mahu cakap? Sokong saja? Haa, okay. Jadi, kita buka perbahasan ya. Dah ada yang cadang, dah ada yang sokong, kita akan habis pukul 2 ya. Yang Amat Berhormat Rantau nak cakap? Yang Berhormat Rantau nak cakap? Okay, silakan.

Terima kasih Yang Berbahagia Dato’ Speaker membenarkan saya untuk mengambil bahagian dalam usul menjunjung kasih titah DiRaja, Tuanku Yang di-Pertuan Besar semasa merasmikan perasmian sidang Dewan kita penggal yang kelima, untuk, pada, pada semalam. Dato’ Dipertua, Dewan mengambil berat berkenaan dengan titah ucapan Tuanku, berkenaan dengan pandangan-pandangan titah Tuanku. Dan apa yang perlu Dewan ini lakukan ialah untuk bersama-sama pastikan supaya sebagai ahli yang dilantik oleh rakyat kawasan masing-masing, kita mesti bersama-sama pastikan supaya Negeri Sembilan ini dapat diurus dengan baik oleh Kerajaan. Kerajaan mana pun yang mentadbir, dia merupakan kerajaan yang mesti bertanggungjawab untuk pengakhir cerita dia, untuk memastikan supaya manafaat dan faedahnya dapat dirasai dan dinikmati oleh rakyat. Itu penting ya. Kerajaan BN ke, Kerajaan PH ke, tak kesahlah. Dah menang, dah diberikan mandat oleh rakyat, maka tugas masing-masing kita adalah untuk pastikan dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan itu berjaya dilakukan dan dilaksanakan dengan baik.

Alhamdulillah, Dato’ Yang Dipertua, walaupun negara kita, dunia dilanda oleh wabak COVID-19, tetapi negara kita telah pun masuk kepada fasa endemik ya, mulai daripada 1 April yang lalu. Walaupun bagaimanapun, Dato’ Yang Dipertua, kita sentiasa mesti perlu berhati-hati, rakyat mesti sentiasa berhati-hati menjaga kesihatan masing-masing. Kena COVID Dato’ Yang Dipertua, trauma ya, Dato’ Yang Dipertua. Saya kena semasa, sebelum penamaan calon di pilihan raya Negeri Johor, Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Tangguh Dewan, saya kono, tapi tak, tahu pasal apo, tak ada simptom. Makan sodap, semua, tak ada beza ….

Saya, saya kena Dato’ Dipertua, agaknya varian yang lebih, lebih kuat rasanya. Demam panas 3 hari ya. Batuk sampai sekarang suara saya tak baik lagi Dato’ Yang Dipertua. Dan yang paling apa tu, sakit kepala. Throbbing pain, berdenyut-denyut Dato’ Dipertua. Tapi alhamdulillah, walaupun sakit, balik jugak, selepas kuarantin pergi Johor dan pilihan raya Negeri Johor mem, memberikan keputusan yang menyebabkan hilang rasa sakit Dato’ Dipertua ya. Alhamdulillah. Ini adat kita bertanding, menang kalah tu biasa kan. Kita menang kita urus kerajaan, kita kalah kita sama-sama bantu.

Itu sebabnya tadi Yang Berhormat daripada Chennah mengatakan Negeri Sembilan ni kita aman. Bahkan dapat status negeri yang bahagia sebab kami, Dato’ Yang Dipertua, mengamalkan, saya mengamalkan politik sederhana. Yang baik kita sokong, yang tak baik kita tegur Dato’ Dipertua, dan kita berikan pandangan. Kita jarang jadi sebagai, di Dewan-Dewan yang lain, tak mahu cakap menjerit-jerit macam orang hilang akal Dato’ Dipertua ya, kita baik kita sokong ya, tak ada masalah. Mana tak betul kita tegur. Sorry pagi tadi banyak kali tegur Dato’ Dipertua ya, kerana bulan puasa agaknya kan.

Jadi Dato’ Dipertua, titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku amat benar dan amat memberikan hala tuju dan petunjuk yang baik kepada kerajaan. Dan kami, kita sebagai ahli Dewan ini Dato’ Dipertua, yang penting ialah rakyat mesti diberikan keutamaan. Apa jua yang nak kita buat, apa jua yang kita bincangkan di sini, mestilah pengakhir ceritanya untuk memberikan manaafat yang baik kepada rakyat.

Dato’ Dipertua, saya nak memberikan pandangan sedikit kepada Dato’ Dipertua ya, Kerajaan Negeri perlu dalam, betul ada RPNS – Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 5 Tahun 2021 – 2025, tetapi dia perlu dirancang dan dilaksanakan dengan segera Dato’ Dipertua kerana kesannya setakat hari ini, belum ada nampak, belum ada nampak lagi

RPNS datang memberikan kesan yang baik kalau boleh, bajet ataupun belanjawan tahunan telah pun kita setuju. Belanjakan duit yang telah pun kita luluskan bersama tersebut, supaya apa sahaja cadangan, apa sahaja usaha untuk kita memperbaiki keadaan kehidupan rakyat dapat dilaksanakan segera. Rakyat hidup menderita Dato’ Dipertua. Ini kita mesti akui kerana selepas mengalami keadaan PKP selama 2 tahun, hilang pekerjaan, hilang mata pencarian. Ada yang kehilangan ibu bapak, kehilangan suami, kehilangan isteri dan satu keluarga pun ada yang hilang, terus tak ada zuriat Dato’ Yang Dipertua. Ini suatu malapetaka bencana yang melanda negara kita yang tak pernah kita impikan. Maka segala usaha, segala dasar yang telah pun digubal, mesti disegerakan ya, untuk kita dapat dengan yakin, dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat untuk mereka membina semula kehidupan. Banyak mereka kehidupan mereka terjejas, amat terjejas Dato’ Yang Dipertua. Maka, usaha ini perlu dilakukan untuk memberikan keyakinan, menyediakan kemudahan supaya rakyat dapat membina semula kehidupan mereka. Mana yang perlu dibantu secara fizikal, kita bantu secara fizikal. Mana yang perlu dibantu secara menyediakan kemudahan, kita sediakan kemudahan. Mana yang perlu kita bantu, untuk kita memberikan mereka memulakan kehidupan, kita buat. Haa itu sebabnya tadi ada sebut TUNS, TUNS Plus, PH GEM, macam-macamlah yang telah pun direka, ataupun yang dibuat, didasarkan, segerakan supaya ianya dapat dilihat menghasilkan suatu hasil dasar yang baik kepada rakyat ya, Dato’ Dipertua ya.

Ramai, ramai yang susah Dato’ Yang Dipertua. Ditambah pulak oleh bebanan yang dihadapi oleh rakyat pada hari ini dengan kenaikan harga barang yang nampaknya tak terkawal ya. Tak terkawal. Ada duit pun kadang-kadang tak boleh nak beli, tak ada barang nak dibeli. Barangnya tak ada. Saya tak tau, Dato’ Dipertua, ini perlu. Kita tak boleh, tak payah menuding jari sesiapa tetapi kita pastikan, cari cara ya, untuk kita pastikan supaya kehidupan rakyat terutamanya sumber makanan ini mencukupi di Negeri Sembilan. Makanya saya nak mencadangkan jugaklah di sini, supaya projek-projek yang dulunya kita, kita telah pun usahakan seperti adanya tapak kekal, TKPM, tapak kekal pemakanan kan, pertanian, usahakan semula Dato’ Dipertua. Banyak orang yang bermodal yang tidak mempunyai tanah, tempat untuk mereka mengusahakan, mengeluarkan bahan-bahan makanan terutamanya sayur-sayuran, Dato’ Dipertua.

Saya mintak supaya Kerajaan Negeri usahakan segera ya. Jemput mereka-mereka yang mempunyai modal, mereka yang mempunyai minat untuk berusaha mengeluarkan makanan untuk rakyat Negeri Sembilan dulu Dato’ Yang Dipertua. Kita jangan nak, kata nak bekalkan

ke luar Negeri Sembilan, nak bekalkan ke Selangor ke, ke Kuala Lumpur ke. Bekalkan dulu makanan di, untuk rakyat Negeri Sembilan, Dato’ Dipertua ya. Kalau boleh, kita sediakan benih-benih, Dato’ Dipertua, benih-benih ikan. Banyak lombong-lombong yang terbiar ya. Benih-benih ikan segerakan. Jabatan Pertanian, saya rasa Dato’ Yang Dipertua, melalui MAFI kan, dan Jabatan Pertanian di peringkat negeri kita isi, kita penuhkan lombong-lombong terbiar ini, buatkan ia sebagai ternakan ikan air darat bersangkar, Dato’ Dipertua, tak perlu kita pergi, terpaksa bergantung kepada industri laut dalam ke apa. Itu risiko dia tinggi. Banyak Dato’ Yang Dipertua ya, lombong-lombong yang terbiar.

Bahkan kalau boleh dicadangkan kita mempunyai empangan-empangan yang besar. Kalau kita boleh 1/10 ataupun 1/8 daripada empangan-empangan kita itu dijadikan sebagai industri untuk kita mengeluarkan industri ikan air tawar, ternakan bersangkar pun kita buat, Dato’ Yang Dipertua supaya barang makanan di Negeri Sembilan ini mencukupi dan boleh kita tawarkan dengan harga yang murah. Kalau kita boleh buat setahun sekali macam mantai perdana, Dato’ Dipertua kan, yang mana harganya amat rendah, mengapa tidak kita boleh buat secara harian pulak ya. Kita buat segera. Usahakan semula tanah-tanah terbiar. Usahakan semula tapak-tapak yang diselia oleh kerajaan, tapak yang nak mengeluarkan makanan. Ramai orang berminat tetapi mereka tak ada tempat untuk mengeluarkan hasil makanan dan yang lain-lain.

Sawah-sawah terbiar, di kawasan daripada sini, jalan daripada, kalau lepas daripada Bukit Putus, daripada Terachi, Tanjung Ipoh itu Dato’ Dipertua, sawah-sawah tersebut jadikan segera. Mintak supaya pihak kerajaan gunakanlah ya, sebab bajet memang ada, rizab kita ada, gunakan rizab kita. Gunakan apa sahaja sumber kewangan yang ada supaya masa inilah masa yang terbaik untuk menunjukkan bahawa kerajaan prihatin, kerajaan memang berhasrat nak membela rakyat. Tak kesahlah, Kerajaan Pakatan Harapan buat, dapat nama baik pun tak apa. Kita nak lihat supaya rakyat ini mendapat pembelaan. Siapa dia nak pilih nanti pilihan raya ke berapa nanti, 15, Dato’ Dipertua, itu terpulang ya. Kita tak, tak kesah. Asalkan kita dapat melepaskan rakyat daripada cengkaman kesusahan dan kesengsaraan yang sedang dihadapi oleh mereka. Itu penting. Itu tentang makan, perut. Bila perut dah ada, Dato’ Dipertua, kita mesti ada atap yang melindungi kita daripada hujan dan panas.

Tadi bila bercakap pasal perumahan kan, YB daripada Bahau banyak soalan. Kerana satu soalan yang amat popular ya, berkenaan Rumah Mampu Milik. Banyak orang memerlukan, orang kata tempat kediaman,

Dato’ Yang Dipertua. Nak beli rumah, rumah yang swasta ni mahal. Itu sebabnya Kerajaan Negeri Sembilan semasa Kerajaan BN dulu kita ada Dasar Perumahan Kerajaan Negeri Sembilan sendiri. Kita tak gunakan Dasar Perumahan Kerajaan, Dasar Perumahan Negara. Kita buatkan. Memang kita ketika oti, untuk buat rumah 30 ribu – 40 ribu ni memang tak munasabah. Tapi kita buat rumah berharga 80 ribu supaya rumah dia selesa. 950 – 1,050 kaki persegi, yang ada 3 bilik, 2 bilik air, Dato’ Dipertua. Jadi selesa untuk didiami oleh rakyat, bukannya lagi rumah macam sarang burung. Satu bilik yang luasnya 5 – 600 kaki persegi. Itu tak boleh lagi dah. Saya mintak kerajaan janganlah ya, hapuskanlah dasar tersebut, buat Rumah Mampu Mlik.

Tadi ada cadangan mengatakan supaya harga ni kita tambah tinggi sikit. Itu pun tak apa Dato’ Dipertua, kerana harga barang binaan sekarang Dato’ Dipertua, melambung tinggi. Besi daripada 1,500.00 naik 4,000.00 dah Dato’ Yang Dipertua. Daripada 1,500.00 satu tan kepada 1,200 eh, 4,200.00 – 4,800.00. Itu pun kalau nak cepat, kena bayar pulak duit, duit tambahan yang, untuk menghantar cepat, Dato’ Dipertua. Bayangkan. Industri ini mengalami tekanan yang amat kuat. Jadi Kerajaan Negeri tengoklah ya, supaya kalau boleh mana-mana tempat, tanah kerajaan yang ada, tadi ada dicadangkan supaya pengambilan tanah estet-estet ataupun di kawasan-kawasan di luar bandar, ambil alih.

Macam kita buat dulu, zaman BN, Dato’ Dipertua, dia orang nak buat perumahan, kita kecualikan dia, lepas tu kita ambil tanah macam di Labu kan. Ada berapa ratus ekar, khusus itu dulu untuk kita buat supaya kita bina keseluruhannya tempat tersebut adalah untuk Rumah Mampu Milik Type A, Dato’ Dipertua ya, banyak. Macam di estet Kirby. Estet tersebut kita ambil, pengambilan tanahnya ini kita ambil. Saya tak tahu status di Kirby estate dah siap ataupun belum, khusus untuk orang-orang yang duduk di situ. Pekerja-pekerja estet, Dato’ Yang Dipertua, memang perlukan pembela, pembelaan khusus. Yang lain-lain tu perlu tapi orang estet ni banyak yang telah pun displace, Dato’ Dipertua dengan izin ya, mereka hidup 2 – 3 keturunan dalam estet. Ramai anak-anak sekarang ni berumur 30 – 40 tahun, dia punya dunia tu, tulah estet dia. Tetapi bila estet ini telah pun menukar dasar mereka, mereka telah pun memerlukan, mereka lebih menggunakan tenaga buruh asing daripada buruh tempatan, Dato’ Yang Dipertua, mereka ini telah pun terpaksa keluar daripada estet. Ke mana mereka nak pergi. Tu sebabnya di Tanah Merah, kita buatkan Rumah Mampu Milik khusus untuk pekerja estet di situ. Di Seliau Guthrie Dato’ Yang Dipertua, khusus di situ. Dan jugak di Kirby, khusus untuk orang-orang di situ.

Dan di samping itu, tanah-tanah kerajaan, saya yakin ada lagi tapi bukan dalam bandarlah ya, di pinggir bandar pun tak apa, Dato’ Dipertua, di pinggir bandar pun tak apa. Dulu kita ada tanah kerajaan kita buat Flat Seri Perdana di Paroi, kita buatkan di bawah, bersama-sama dengan KPKT, dengan Flat Yasmin di Senawang, Dato’ Dipertua ya. Itu kita buat untuk menempatkan semula setinggan-setinggan di sekitar kawasan Paroi ataupun di sekitar kawasan Sungai Paroi ketika itu, kita tempatkan mereka khusus di situ. Dan jugak setinggan-setinggan yang duduk di Kawasan Industri Senawang, Dato’ Dipertua ya. Jadi ini perlu kita kaji semula, lihat semula supaya jangan kita bagi tanahlah kepada orang tetapi kerajaan gunakan tanah yang ada. Sayangnya itu hari, sepatutnya di kawasan yang di Labu tu kita buat jugak rumah seperti itu, Dato’ Yang Dipertua, supaya dapat kita menyediakan tempat tinggal untuk mereka yang tidak mampu membeli rumah yang diusahakan oleh pihak swasta. Rumah pihak swasta dah mahal Dato’ Dipertua ya. Dan sekarang pulak dengan harga bahan binaan yang tinggi, saya tak nampak adanya kemungkinan harga rumah akan dapat distabilkan ataupun tambah naik.

Jadi, perut dah ada, Dato’ Yang Dipertua, ada atap yang melindungi kita. Dan apa yang dititahkan oleh Tuanku semalam ialah pelajaran. Pelajaran penting Dato’ Dipertua. Negeri Sembilan ni tak besar, kecik ya. Nak katakan kita sumber galian kita, sumber asli kita tak berapa banyak. Apa yang penting Dato’ Yang Dipertua ialah kita mesti berjaya berupaya mengeluarkan cerdik pandai yang ramai. Itu penting. Itu sebabnya semasa Kerajaan Barisan Nasional dulu, saya Dato’ Yang Dipertua, saya harap supaya Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat dapat menyambung ya, supaya dasar kita nak jadikan Negeri Sembilan ni sebagai Lembah Ilmu diperkasakan lagi ya. Kita nak jadikan Negeri Sembilan ini sebagai Lembah Ilmu di mana tempat ia melahirkan ramai cerdik pandai, melahirkan ramai bijak pandai yang walaupun nanti tak boleh berkhidmat di Negeri Sembilan tetapi dapat kita tumpang bertodoh sama-sama Dato’ Dipertua kan. Kalau dia dah jadi sebagai orang bosa di kementerian mana-mana, takkan dia lupa kampung dia sendiri. Ini perlu kita teruskan, perlu kita lakukan.

Dan apa yang disebut bahawa kita akan membantu sekolah-sekolah tahfiz itu, memang benar. Kita dulu dah buat dah Dasar Tahfiz Negara supaya mereka yang menghantar anak-anak ataupun anak-anak yang belajar di sini, Dato’ Yang Dipertua, tidak terus tercicir dalam arus perdana. Kita bawak dia masuk dalam arus perdana. Dan dalam masa yang sama mereka meneruskan hasrat untuk menjadi orang-orang yang huffaz dalam Al-Quran, Dato’ Yang Dipertua. Ini perlu kita buat. Dan saya tak tahu sejauh mana, dulu kita dah buat perjanjian dengan

kerajaan, kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah-sekolah agama negeri daif masa ketika itu. Dan kita nak perkasakan, kita tak ada kewangan, tak cukup dan tak mampu. Maka kita buat perjanjian kerjasama kita panggil sebagai apa yang dipanggil Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Maka dilihat, Dato’ Yang Dipertua, diberi peluang yang sama, diberikan kemudahan yang sama, anak-anak pelajar-pelajar di sekolah-sekolah agama ini cemerlang. Dan lonjakan apa yang dipanggil sebagai lonjakan keemasan apa dipanggil, saya pun lupa dah Dato’ Dipertua, lonjakan-lonjakan kecemerlangan semuanya banyak daripada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Dan dalam masa yang sama, mereka ini meneruskan apa dipanggil mata pelajaran dini.

Dan ada jugak yang telah pun dibuat ketika itu dan berjaya sama ada masih diteruskan ataupun tidak, iaitu apa yang dipanggil sebagai Program Smart Huffaz di sekolah-sekolah harian yang mempunyai asrama, Dato’ Yang Dipertua. KGV ada Dato’ Dipertua, tetapi ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam, berkenaan dengan perbelanjaan untuk membiayai tenaga-tenaga pengajar untuk kita, anak-anak kita menghafal Al Quran. Jadi ini perlu kita satukan menjadi sebagai suatu sistem bersepadu agar minat ibu bapak, ibu bapak minat nak hantar anak-anaknya ke sekolah-sekolah begini, Dato’ Dipertua, tetapi kita sebagai kerajaan, mesti pro aktif ya, kalau kita biarkan mereka di sekolah-sekolah pondok dan tahfiz-tahfiz persendirian Dato’ Dipertua, tanpa di, kita buat sesuatu pengawasan, dan jugak mem, pro aktif untuk kita mempertingkatkan mutu mereka itu, nanti anak-anak ini, Dato’ Yang Dipertua, akan menjadi anak-anak yang terkeluar daripada arus perdana kita dan susah untuk mereka menyesuaikan diri. Maka kita perlu lakukan ini di Negeri Sembilan. Kita boleh buat melalui Majlis Agama Islam.

Dato’ Yang Dipertua, yang lain-lain, kita harap supaya Kerajaan Negeri meneruskan segala usaha untuk menterjemahkan usaha mentadbir, usaha meng, mensejahterakan rakyat kerana di luar sana banyak keluhan Dato’ Yang Dipertua ya. Kalau boleh, peniaga-peniaga yang tidak mampu masuk ke kedai, mereka berniaga di gerai-gerai Dato’ Dipertua, dalam keadaan yang susah begini, janganlah kacau sangat ya. Jangan kacau ya. Saya mintaklah di sini, kepada Yang Amat Berhormat Sikamat kan, gunakan budi bicara kita supaya mereka yang hilang pekerjaan, mereka yang hilang punca rezeki, Dato’ Dipertua, bagaimana mereka nak meneruskan kehidupan. Jadi, salah satu cara yang senang, yang untuk mereka dapat meneruskan kehidupan ialah dengan berniaga kecil-kecilan ya. Mereka berniaga kecil-kecilan, biarlah mereka berniaga, tapi kalau boleh usahakan tempat yang sesuai.

Siapkan kemudahan-kemudahan air ataupun letrik, macam kita buat di Taman Tuanku Jaafar, macam kita buat di Paroi Jaya kan. Kita siapkan tempat orang boleh berniaga ya, supaya mereka ini boleh berniaga untuk mereka meneruskan kehidupan mereka.

Dah hilang kerja Dato’ Dipertua. Kilang-kilang banyak tutup. Kilang-kilang banyak buang kerja. Pihak swasta sekarang pun susah nak hidup. Jadi mereka, macam mana anak tengah nak membesar, anak tengah bersekolah Dato’ Dipertua, perbelanjaan tinggi, kos sara hidup bertambah tinggi. Maka ini kalau boleh kita buatkanlah supaya kelonggaran bagilah. Dan Kerajaan Negeri bagilah arahan, bagilah petunjuk kepada Pihak-pihak Kerajaan Tempatan agar mereka-mereka yang berusaha untuk meneruskan kehidupan Dato’ Dipertua, janganlah diganggu sangat ya. Supaya mereka dapat belanja tambahan dan jugak mencari rezeki mereka, insyaAllah Dato’ Dipertua ya. Asalkan mereka ini menjaga kebersihan dan jugak tidak mengganggu keselamatan dan jugak lalu lintas, insyaAllah, Dato’ Dipertua.

Dan satu lagi saya nak bagitahu tadi, sistem pengangkutan sisa pepejal dan jugak sampah berpukal, Dato’ Yang Dipertua, perlu diperkemaskan lagi ya. Kita dah jadi Bandaraya Seremban, Dato’ Dipertua ya, kerana …..

Yang Dipertua Dewan

Semalam saya tengok dah ada mesin, MBS dia hancurkan apa, dahan-dahan kayu tu. Dah ada dah.

Kalau dah ada, bagus Dato’ Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Semalam dekat taman saya, mesin tu dia hancurkan kayu …..

Masih banyak lagi kita lihat tempat-tempat sampah-sampah berpukal ini masih tidak lagi dipungut kerana kita dah jadi Majlis Bandaraya, Majlis Bandaraya Seremban, Dato Dipertua ya, kita mesti jugak mempunyai optik yang baik sebagai sebuah bandar raya. Binatang-binatang berkeliaran banyak lagi Dato’ Dipertua ya, anjing-anjing bekeliaran banyak. Tapi yang paling banyak sekali di Rantau, Dato’ Yang Dipertua ialah binatang ternakan Dato’ Dipertua, berkeliaran, banyak accident, meninggal dunia ada, cedera ada Dato’ Dipertua, cedera …..

Yang Dipertua Dewan

(percakapan secara off mic)

Dia bukan kobau, lembu Dato’ Dipertua ya, lembu. Kobau banyak kek Rombau ya. Lembu banyak, berkeliaran dan ada

yang tidur di atas jalan, macam-macam. Kita nasihatkanlah supaya tuan punya mengambil inisiatif untuk menjaga binatang ternakan masing-masing. Masalah Dato’ Dipertua, kobau masing-masing ni bila hari biasa tak ada tuan punyo, bila nak rayo kang, haa semua dah ada tuan punya Dato’ Dipertua, haa ni kobau sayalah, ini lombu dia, macam-macam ya. Jadi, optik dia tak baik. Dan yang paling tak baik ialah dia menyebabkan banyak kemalangan jiwa, kemalangan jalan raya disebabkan oleh binatang ternakan yang banyak berkeliaran di atas jalan dan yang lain-lain Dato’ Yang Dipertua.

Jadi, saya di sini Dato’ Dipertua, ada Duli Yang Maha Mulia bertitah semalam mengatakan semalam bahawa kita tak dapat memungut hasil seperti mana yang sepatut kita pungut. Ini, boleh jadi semasa dalam COVID Dato’ Dipertua, tetapi ia jugak mendatangkan masalah jugak kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri telah pun membuat belanjawan yang defisit dengan harapan bahawa pungutan tersebut pun 100%. Kalau pungutan tak dapat 100%, belanjawan kita defisit, kita ada double jeorpardy, Dato’ Dipertua ya. Defisit dahlah besar, lepas tu hasil yang patut kita pungut pun tak dapat kita pungut. Jadi ini membebankan Kerajaan Negeri. Saya tak tahu macam mana, tapi dah 2 tahun kita berbelanja defisit yang begitu besar, dan jugak kita punya pendapatan yang tak dapat dipungut sepenuhnya.

2022 ini Dato’ Dipertua, kita harap supaya keadaan dah bertambah baik dan kita pastikan supaya Negeri Sembilan menggubal apa sahaja perundangan ataupun dasar, Dato’ Dipertua, bukan perundangan tetapi dasar untuk menggamit seramai mungkin. YB Ampangan saya rasa boleh membuatkan dasar-dasar untuk pastikan supaya Negeri Sembilan ini kita advantage, kita dekat dengan, dengan Kuala Lumpur, kita dekat dengan airport, kita dekat dengan Port Klang, macam-macam. Di sana dah saturated, dengan izin Dato’ Dipertuaya, di sana kawasannya dah, dah tepu ya, tepu dan harga hartanah di situ tinggi Dato’ Dipertua. Jadi yang baiknya Negeri Sembilan masih lagi mempunyai kawasan.

Maka siapkan Negeri Sembilan sebagai satu kawasan yang boleh menggamit dan jugak membawa banyak pelabur. Kalau boleh buatlah dasar, kita, Kerajaan Negeri Sembilan ambil alih tanah ataupun beli tanah-tanah daripada estet-estet, Dato’ Dipertua, kita buat industri, kawasan industrial park kita dan kita jangan jual, kita sewakan Dato’ Yang Dipertua. Banyak multi nasional sekarang dia tidak mahu membeli tanah, Dato’ Dipertua, dia tak nak beli tanah. A foreign company, they don’t want to own an asset in foreign land, dengan izin. Mereka lebih rela menyewa dan diletakkannya di dalam dia punya kos operasi. Dengan begitu nanti Dato’ Yang Dipertua, sama ada Kerajaan

Negeri ataupun mana-mana agensi Kerajaan Negeri akan terjamin pulak dia punya pendapatan 15 tahun, 20 tahun yang akan datang. Kita ambil tanah misalnya kawasan dalam Malaysia Vision Valley, ambilkan 1,000 ekar, beli, kita ada rizab kita. Beli semasa tanah belum mahal lagi Dato’ Dipertua, kan. Besok dah dibangunkan besok, tanah bertambah mahal. Kita beli. Dan jangan kita jual kerana banyak perbincangan, saya jumpa ramai Dato’ Dipertua ya, ramai pelabur-pelabur potensi, pelabur yang nak melabur, tapi ini sikap mereka sekarang. Mereka tak mahu mem, mempunyai aset di, di negara asing. Mereka lebih rela operasi, kos operasi mereka tinggi kerana itu dijadikan sebagai kos operasi. Menyewa building, menyewa tanah dan yang lain-lain.

Jadi kalau Kerajaan Negeri boleh buat begini, Dato’ Dipertua, dengan satu kaedah baru. Kalau di negeri lain, mereka terpaksa beli tanah, di Negeri Sembilan mereka tak perlu beli tanah, dia buat building saja, tapi kita menyewa tanah ataupun bangunan kita kepada syarikat-syarikat tersebut dan kita akan dapat ataupun Kerajaan Negeri ataupun MBI ke apa, boleh mendapat pendapatan ataupun fixed income yang boleh kita jadikan sebagai hasil untuk jangka masa yang panjang. Ini satu cara jugak Dato’ Dipertua, untuk kita menggamit orang-orang datang melabur di kawasan kita.

Jadi akhir sekali Dato’ Dipertua, saya harap supaya keharmonian, kesejahteraan rakyat negeri kita dapat, Negeri Sembilan ni sebagai negeri bahagia kerana Dato’ Dipertua, kerana kestabilan. Ini perlu kita kekalkan. Kestabilan ini perlu kita kekalkan ya. Itu sebabnya saya, saya memang tidak, saya memang tidak percaya dengan kerajaan pintu belakang Dato’ Dipertua ya, itu saya tak percaya. Itu sebab di Negeri Sembilan orang kata nak buat, saya tak buat apa ya. I don’t believe, I don’t believe in that sebab tawaran apa saja bagi pada saya, saya tak akan terima kerana bagi saya, kita sebagai ahli Dewan yang dipilih, kita 5 sekali ataupun berapa tahun sekali, pilihan raya, kita bertemu dengan rakyat, terpulanglah ya. Janganlah kita buat macam-macam cara, macam-macam kaedah sehinggakan negara akhirnya jadi kucar kacir, negeri akhirnya kelam kabut. Mengapa Negeri Sembilan ni aman, sebab kami aman, relax saja. You are the government, you manage the state. Mana yang betul, mana yang baik kami sokong. Mana yang tak baik kami tegur, tapi jangan kena tegur marah pulak ya. Itu biasalah adat kita kan, tapi kita tegur secara baik ya. Tak ada apa isu-isu Dato’ Dipertua kan. Walaupun ada apa, Dato’ Yang Dipertua ya, tahun lepas ada ura-ura macam-macam dalam kerajaan, kami duduk relax aja, tak ada benda, ya, no. Sebab saya mengamalkan dasar, Dato’ Dipertua, bahawa we have to deal above board, kita jangan pening-pening kepala, uruskan. Tak lama lagi pun, lagi setahun kan, tak pun tahulah kan, lagi

berapa lama lagi setahun kan? Lagi setahun lagi besok kita bertemu semula di gelanggang kita, boleh jadi menang di Melaka kita menang banyak, di Johor menagn banyak, boleh jadi di Negeri Sembilan besok kita menang banyak pulak ya, Dato’ Dipertua kan. Ini, ini, ini all the game of throne kan, tak ada masalah. Betul kan? Jadi, no heart feeling. Jangan kita bergaduh-gaduh. Kita berada di sini Dato’ Dipertua, faedahnya untuk rakyat, jangan kita berada di sini, rakyat menderita. Itu tak betul cara ya. Kita di sini untuk kita mentadbir negeri atau jugak kita bertukar fikiran, untuk faedah, kenikmatan rakyat. Nikmat rakyat, rakyat dapat. Bukan kita berada di sini bergaduh tak tentu arah kan, YB Sikamat kan? Sudahnya rakyat huru hara. Buat apa? Jadi itu bukan cara saya, bukan cara kita ya.

Jadi teruskan ya. Jadi saya menjunjung kasih ya, bukan menyokong ataupun tidak, menjunjung kasihlah ya. Kita dengan Tuanku, kita cakap menjunjung kasih ya. Menjunjung kasih titah Tuanku semasa perasmian, Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Tuanku belum bertitah lagi, Speaker dah cakap menjunjung kasih. Apa benda? Semalam kan. Nasib baik Tuanku tak, tak tegur kan. Tuanku tak bertitah lagi, Dato’ Dipertua kata menjunjung kasih. Saya pun hairan ya. Dato’ Dipertua, bergurau ya. Selamat ber, menjalankan ibadah puasa. Assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Rantau. Banyak jugak apa tadi, cadangan-cadangan yang perlu kita ambil perhatian. Cumanya Dewan ni, Negeri Sembilan ni hebatlah sekarang ni. Kita ada Setiausaha Agung DAP dalam Dewan kita, nombor 1 ya, DAP Setiausaha Agung nombor 1. Kita ada nombor 2 dalam UMNO, Timbalan Presiden. Ada lagi? Ada pulak nanti insyaAllah bakal Naib Presiden di Negeri Sembilan pulak.

Dato’ Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua …..

Saya menyokong penuh Dato’ Yang Dipertua, rakan saya. Apa-apa yang boleh dibantu saya bantu.

Yang Dipertua Dewan

Jadi, persidangan Negeri Sembilan ni nampaknya bagus, semakin bagus, alhamdulillah kerana pemimpinnya yang baik, yang mempunyai pemikiran jauh dan kita tak ada gaduh ya, dalam nilah. Jadi saya pun rasa bangga jugak, jumpa kawan-kawan kata, apa kata, Negeri Sembilan kita ada Setiausaha Agung, ada Timbalan Presiden, cuma Presiden tak ada lagi. Coming soon kot, insyaAllah.

Itu ayat nak membunuh tu.

Yang Dipertua Dewan

Okay. Terima kasih Yang Berhormat Rantau. Gurau-gurau, tadi nampak nak tidur kan. Jadi saya dah janji, janji pukul 2 haa, pukul 2, jadi …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

….. dah janji, saya tepati janji dululah. Saya mintak ada beberapa orang bercakap hari ini, besok sambung lagi lah ya. Kalau boleh, selesaikan.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, saya mahu sokong ADUN kawasan Rantau, banyak baik. Hari ini saya betul tahniah pasal masalah ladang, memang saya terima kasih. Lagi, saya mahu terima kasih kepada SG DAP saudara Anthony Loke dan ADUN Chennah, terima kasih ya, tadi saya sokong….

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Ini hari, hari sokonglah.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Dia pun puasa, dia pun puasa dia kata. Pasal tu sokong …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih ke atas Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas titah ucapan baginda merasmikan pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Ke-14 ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini.

Titah ucapan. Dato’ Yang Dipertua, saya tertarik dengan titah Tuanku dalam ucapannya bahawa Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) perlu memainkan peranan untuk membantu petani, penternak dan pe, peladang dari segi menambah baik infrastruktur, mengawal harga input pertanian dan per, penternakan serta penggunaan jentera moden. Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong agar kos import makanan yang mencecah Ringgit Malaysia 63.6 bilion sepatutnya diteliti terlebih dahulu dan bukannya men, mengelakkan dasar Kerajaan Negeri kerana Kerajaan Negeri sentiasa memberi kerjasama dengan semua pihak dengan menyediakan tanah untuk dimajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat dan juga bekalan sumber makanan. Dato’ Yang Dipertua, kerjasama semua pihak pasti memberi hasil.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menarik perhatian pihak per, persidangan Dewan yang mulia bahawa dewan orang ramai yang dibina di taman-taman perumahan dan kampung adalah satu kemudahan awam yang sangat penting kepada penduduk setempat dan pihak awam bagi berbagai tujuan seperti majlis perkahwinan, program, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. Dato’ Yang Dipertua, saya ingin memohon agar kadar sewa yang agak tinggi dapat dikaji semula agar semua lapisan masyarakat dapat menggunakan dewan orang ramai bagi pelbagai tujuan dan sekaligus ianya boleh mendatangkan hasil yang lebih kepada pihak PBT mahupun pihak Majlis.

Dato’ Yang Dipertua, dewan orang ramai juga perlu ditambah baik dengan menyediakan peralatan kerusi, meja, giant fan, alat penghawa dingin agar dewan ini serba lengkap dan boleh menarik tumpuan setiap lapisan masyarakat bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan dengan kadar sewa yang lebih murah selasa [selesa] dan serap [serba] lengkap.

Dato’ Yang Dipertua, projek PEMERKASA yang telah dilaksanakan pada tahun lepas – 2021, telah memberi manfaat kepada semua ADUN kawasan bagi melaksana projek-projek kecil bagi kerja-kerja membaiki pulih dan menyelenggara setiap projek pembangunan. Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Sembilan dan semua pihak yang terlibat atas perlaksanaan projek PEMERKASA yang dilaksanakan tahun lepas. Dato’ Yang Dipertua, 15 buah projek cadangan telah dilaksanakan di DUN Seremban Jaya melibatkan Taman Seremban Jaya, Taman Seri Mawar, Taman Bidara, Taman Rahang, Kampung Baru Rahang dan Kampung Sungai Gadut. Antara kerja-kerja telah dilaksanakan ialah membaik pulih dan menyelenggara gelanggang futsal, gelanggang bola kerajang, bola keranjang, tandas awam, taman permainan, balai raya, jalan, jalan raya, sistem perparitan dan longkang dan tangga yang menjadi laluan pintas utama. Dato’ Yang Dipertua, oleh yang demikian saya berharap projek PEMERKASA seperti ini dapat dilaksanakan semula tahun ini bagi menye, menye, menyelesaikan banyak isu setempat demi kebajikan dan keselesaian [keselesaan] masyarakat setempat.

Dato’ Yang Dipertua, permohonan eKasih masih belum difaham oleh golongan B40. Ini memang ni kira federal, tapi saya mahu bangkit dalam Dewan yang mulia ini. Apakah tujuan permohonan eKasih? Apakah manfaat permohonan eKasih? Dan apakah syarat yang ditetapkan bagi permohonan eKasih? Dato’ Yang Dipertua, masyarakat perlu faham dan jelas maksud serta tujuan permohonan eKasih agar permohonan tidak mensi, menyifatkan ianya sebagai satu bantuan

tetapi ia adalah proses atau mendapatkan maklumat isi rumah bagi melayakkan sebarang bantuan yang dilaksanakan oleh pihak Persekutuan atau pihak Kerajaan Negeri. Dato’ Yang Dipertua, bagi mencapai matlamat ini, pihak Jabatan Kebajikan Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga perlu memainkan peranan agar golongan B40 tidak terpinggir. Dato’ Yang Dipertua, sejauh manakah permohonan eKasih ini telah memberi kesan dan apakah jenis-jenis bantuan yang diterima oleh golongan B40 sejak dilaksanakan?

Dato’ Yang Dipertua, tahun 2021, selain ancaman wabak COVID-19 sedunia, musibah banjir yang tidak diundang dan tidak dijangka juga telah memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia. Rakyat terpaksa menjalani kehidupan seharian secara norma baru, kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Dato’ Yang Dipertua, musibah banjir yang telah melanda seluruh negeri telah memberi kesan kepada seluruh rakyat di mana ramai yang telah kehilangan tempat tinggal, rosak harta benda dan juga terkorban nyawa. Semua musibah atau bencana yang berlaku ini adalah ketentuan Yang mau [Maha] Berkuasa, tetapi kita sebagai manusia yang hidup di dunia ini terpaksa juga mengharungi saat-saat getir ini.

Dato’ Yang Dipertua, pihak Kerajaan Negeri Sembilan telah memberi banyak sumbangan dan bantuan kepada mangsa dan keluarga COVID bagi mer, meringan, meringankan bebana [bebanan] keluarga ketika pandemik COVID-19. Dato’ Yang Dipertua, sejak itu pihak Kerajaan Negeri Sembilan juga perlu menambah lebih banyak bantuan bagi membantu mangsa-mangsa banjir pula. Apakah jenis-jenis bantuan banjir yang telah dilaksanakan di Negeri Sembilan dan berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk isu banjir sejak ia melanda terutama di seluruh Negeri Sembilan? Sebab Dewan yang mulia ini, saya tanya soalan ini, pasal rakyat bertanya kepada ADUN sebagai Seremban Jaya. Luar kira Negeri punya orang, banyak orang mintak bantuan, Negeri Sembilan adakah? Saya cakap; banyak sudah hantar. Tapi mereka tak ada faham, sebab kita 22 bulan, apa kita buat, tara beri kepada rakyat, tara beritahu kepada rakyat. Sebab itu rakyat ada tanya. Tapi sekarang ada faham. Sebab itu saya beritahu di sini.

Ini, tadi, last-last point Dato’ Dipertua. Ini kira, tadi saya sudah lisan, memang sudah, saudara Arul sudah jawab. Tapi saya lagi satu kali mahu beritahu Dewan yang mulia ini. Sebab ADUN kawasan Rantau, hari ini saya banyak happy pasal cakap masalah ladang. Itu baiklah, kita, saya mahu terima kasih. Sebab itu, lagi satu kali saya mahu dalam, dalam yang mulia, saya mahu beritahu ini masalah.

Dato’ Yang Dipertua, pada sekitar tahun 1972, memang saya hormati Tuan Abdul Razak yang menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Tun, Tun. Sorry, sorry, sorry. Dato’ Yang Dipertua, ADUN kawasan Rantau …..

Tun Abdul Razak, bukan tuan.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Tun, Tun.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Okay, sorry. Menjadi Perdana Menteri ketika itu kerana mencadangkan membina rumah untuk pekerja ladang. Namun tidak mendapat dilaksanakan meskipun 50 juta telah diperuntukkan. ’72, ’72, wang itu sudah tepikan 50 juta. Tapi 2018 bila Pakatan Harapan menang, Menteri Sumber Manusia masa itu, 22 bulan, haa itu M.Kula, YB M.Kula, dia dapat tahu ini haa. Dato’ Yang Dipertua, pihak Kerajaan Negeri Sembilan juga telah dicadang dan merancang untuk membina rumah di tanah, Tanah Merah, Seliau Rantau dan Ladang Kirby memandangkan ianya adalah satu rancangan yang baik. Saya mahu terima kasih kepada ADUN kawasan Rantau.

Dato’ Dipertua, mencelah.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Boleh boleh boleh.

Itu bukan YB Kula, itu bukan YB Kula suruh, kita bikin …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

(percakapan secara off mic)

Tapi, tapi tadi YB Seremban Jaya kata YB Kula bikin, bukan, itu kita bikin …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Tapi Dato’, Dato’ Seri, Dato’ Seri, masa itu, itu 50 juta, Sumber Manusia tak dapat, sampai sekarang tak ada keluar apa. Okay, Dato’ Yang Dipertua. Cadangan membina rumah pekerja ladang ini juga telah dibawa semula oleh, tadi saya cakap, YB Kulasegaren, bekas Menteri Sumber Manusia di Sungai Siput, Perak di kawasan luas 10 ekar, dalam 22 bulan. Ketika Pakatan Harapan

menjadi kerajaan, tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana PH ditumbangkan oleh kerajaan, kerajaan pintu belakang.

Dato’ Dipertua, saya nak betulkan fakta. Bukan ditumbangkan, tapi sendiri tumbang.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Okay. Dato’ Yang Dipertua, okay, saya terima kasih kepada menjunjung kasih Tuanku. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Haa ni saya nak ingatkan ya, saya bercadang sebenarnya nak habiskan ucap usul ni, kalau boleh hari ini, besok nak gulung je. Kalau apa, kalau boleh ringkaskan ucapan. Ambil point-point je. Sebab, tak boleh? Haa? Besok ucapan jangan panjang ya. Pasal ramai tak berucap. Kalau nak mana sempat je lah, boleh? Mana sempat je besok. Tak mesti habis semua. Ni Dewan ni semua dapek berucap, tak pernah berlaku ya, kita haa, separuh besok berucap kan? Haa ya. Okay saya teruskan lagi. Siapa lagi? Sebelum pukul 2. Lotih dah? Tak ada? Haa kalau begitu, besok tak semua dapat berucap ya, cuma besok kita ada separuh, mungkin dapat berucaplah. Jadi, kalau dah tak nak semua ni, nampak macam nak suruh saya tangguh ni. Yo ko? Kalau setuju kata setuju. Waah, yang tak setuju? Haa sikit je. Tapi suara bersetuju lebih ramai.

Kalau tak setuju, duduklah sorang-sorang.

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Yang Dipertua Dewan

Kita tangguh dulu kita punya sidang hari ini, dan sambung besok ya. Kalau boleh besok saya nak awalkan sikitlah, tak usah pukul 10 lah. Okaylah, besok kita jumpa pukul 10 pagi. Dewan kita tangguhkan untuk hari ini insyaAllah, 20 April. Sekian, Dewan ditangguhkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.46 petang.