Negeri Sembilan · 21 April 2022

14th Assembly, 5th session, 1st meeting (Opening) · 430 turns · 37,492 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.

[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

YB Yang Dipertua Dewan: Bismillahhirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Alhamdulillahhirabbil'alamin wassolatuwassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitubillahirobba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula. Allahuma’afini fibadani, allahuma’afini fisam’i, allahuma’afini fibasori. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan pencipta alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabat Baginda.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, hari ini kita masuk 21 April 2022 iaitu hari ketiga bagi Persidangan Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Sembilan Ke-14 disambung semula.

Justeru itu, saya menyeru kepada seluruh ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tata kelakuan dan etika sebagai Ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Selain daripada itu, saya, saya juga ingin memberikan peringatan kepada semua hadirin untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Di sini saya ingin memaklumkan bahawa hari ini merupakan pelancaran kempen jom mem, “Jom Baca Bersama Untuk 10 minit Sehari” yang akan dilancarkan serentak seluruh negara pada jam 11.00 hingga 11.10 pagi. Sebagai tanda serta menjayakan kempen ini, yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan bagi peringkat negeri. Walau bagaimanapun, Dewan masih berada dalam sesi soalan lisan pada 11.00 tersebut, maka Dewan akan meluangkan masa selama 10 minit untuk kempen tersebut sejurus selesai sesi soalan lisan pada hari ini. Hadirin dan hadirat dihormati sekalian, saya mengharapkan Dewan kali ini akan dapat bersidang dengan baik, dan kita akan menepati masa. Dan insyaAllah hari ni kita akan melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin demi untuk negeri kita, insyaAllah. Sekian, wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Ketiga)Questions

Setiausaha Dewan

perkara ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Ketiga).

Yang Dipertua Dewan

Saya mempersilakan yang pertama, kawan saya saudara YB Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan nombor 2.

Yang Dipertua Dewan

Nombor 2, okay. Oh, nombor 2. Mana Taufek mana? [Pertanyaan nombor 2 di bawah portfolio YB ADUN Paroi, namun beliau tiada di dalam Galeri Persidangan]

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan nombor 1.

Yang Dipertua Dewan

Nombor 1.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Haa okay.

[YB ADUN Paroi masuk ke Galeri Persidangan].

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Tukar balik soalan nombor 1, eh nombor 2

Yang Dipertua Dewan

Mana satu betul? Nombor 1 ke nombor 2?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Nombor 2.

Yang Dipertua Dewan

2. Nanti dia tak sampai hajat pulak.

Minta maaf Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Silakan.

Terima kasih kepada ADUN ra, ADUN Seremban Jaya atas pertanyaan tentang industri permainan esport. Dato’ Yang Dipertua, sukan elektronik atau esport telah diiktiraf sebagai salah satu sukan yang akan dipertandingkan di peringkat Sukan SEA. Alhamdulillah, pasukan esport Negeri Sembilan yang dikenali sebagai Tabah NSEA. Tabah ini adalah Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan, NSEA ini adalah Negeri Sembilan Esports Association ataupun Persatuan Esports Negeri Sembilan. Di mana TABAH di bawah Pejabat EXCO Belia Dan Sukan telah berkolaborasi dalam membangunkan sukan esports di Negeri Sembilan.

Jadi pasukan Tabah NSEA ini telah muncul sebagai pasukan terbaik semasa pemilihan pasukan yang akan mewakili Malaysia di Sukan SEA. Dan Tabah NSEA ini merupakan satu-satunya pasukan yang telah ditaja atau dibiayai oleh Kerajaan Negeri. Ini satu kejayaan kerana istimewanya Tabah NSEA ini, mereka bukan saja telah menunjukkan prestasi yang baik ketika bertanding, tetapi sepanjang mereka menjalani latihan, pasukan Tabah NSEA ini yang terdiri daripada 4 orang anak muda juga telah dididik sepanjang mereka menjalani latihan, mereka jugak tidak pernah meninggalkan solat secara berjemaah di kalangan mereka sendiri. Dan sepanjang mereka di bulan Ramadhan ini jugak, mereka telah menjadi contoh kepada anak-anak muda yang minat dalam sukan esport di mana mereka jugak menjalani ibadah puasa dengan baik dan menjadi contoh kepada anak-anak muda yang lain.

Program pembangunan sukan elektronik yang akan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri bersama Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan ialah memfokuskan kepada Esports Education, Esports Career dan Esports Health. Jadi sukan elektronik ini ianya jugak boleh menjadi karier, menjadi kerjaya kepada anak-anak muda kita. Saya mengambil beberapa contoh, antaranya adalah seorang anak muda dari Port Dickson, yang dilahirkan di Port Dickson, saudara Soloz atau namanya Mohd. Faris, merupakan seorang ikon sukan esport di peringkat Asia. Di

mana beliau jugak telah memenangi pingat gangsa di Sukan SEA di Manila pada tahun 2019. Dan beliau juga adalah satu ikon anak muda kerana mereka yang menjadi pengikutnya di media sosial berjumlah hampir 2.6 juta orang. Soloz mempunyai pendapatan yang saya kira mungkin lagi tinggi daripada pendapatan Dato’ Yang Dipertua. Gaji beliau, bulanan beliau melebihi 30 – 50 ribu sebulan. Beliau terlibat secara sepenuh di dalam bidang esport ini ya, saudara Soloz. Yang kedua, kalau kita kenal adalah anak muda daripada Kuala Pilah ya, saudara Din Jumper yang juga merupakan seorang ikon anak muda Negeri Sembilan yang telah berjaya menjadi ikon sukan esport di peringkat Malaysia, kebangsaan.

Jadi maknanya sukan esport ini boleh jugak menjadi karier. Dan dalam masa yang sama Kerajaan Negeri dan Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan ini ingin menjadikan sukan ini jugak secara sihat. Budaya dalam anak-anak muda kita supaya mereka ini boleh mengimbangi antara minat mereka dalam sukan elektronik ini dan jugak mengimbangi mereka, pencapaian mereka dalam bidang akademik ataupun kalau mereka di peringkat sekolah, kita ingin mereka jugak mempunyai tanggungjawab yang sama dalam menjaga pencapaian mereka dalam bidang akademik.

Esports Education lebih memfokuskan untuk pemain-pemain ini bermain secara profesional yang akan diajar oleh jurulatih berpengalaman. Mana, manakala sukan, manakala Esports Career memfokuskan kepada kerjaya di dalam industri esport seperti team manager, content creator, PC builder, live streaming, production dan lain-lain. Manakala Esports Health pula adalah program bersama Fakulti Perubatan Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, iaitu program kesedaran bagaimana bermain esport secara sihat yang dinamakan sebagai Esports Medica. Selain daripada itu, Persatuan esport atau Sukan Elektronik Negeri Sembilan jugak mempunyai Esports Youth Hub yang melibatkan program pembangunan esports di hab yang disediakan oleh kerajaan dan dengan kerjasama Persatuan Esports Negeri Sembilan.

Tuan-tuan, persidang DUN yang dikasihi sekalian, Dato’ Yang Dipertua, sepertimana saya sebut tadi, terdapat penglibatan pemain profesional dari Negeri Sembilan yang telah menyertai pasukan profesional dari luar negara dan memenangi PUBG Mobile Asia Tenggara yang dikenal, yang merupakan anak muda daripada Kuala Pilah yang bernama Mohd. Izzrudin bin Hashim. Pada masa yang sama juga terdapat jugak effluencer daripada Negeri Sembilan yang dikenali sebagai Soloz atau nama sebenar beliau ialah saudara Faris Zakaria, yang merupakan

effluencer yang terbesar dalam sukan esports di Malaysia. Itu saja Dato’ Dipertua, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Tuan Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ada tambahan?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, saya mau ucapan ribuan terima kasih EXCO Paroi jelaskan soalan saya. Tapi ada soalan tambahan. Apakah jenis permainan esport yang mendapat sambutan pemain muda? Terima kasih Dato’.

Dato’ Yang Dipertua, sebab saya ni bukan peminat sukan esport ya, dan tak pernah mainlah. Saya tak pasti dalam sidang Dewan ni ada di kalangan Yang Berhormat yang bermain esport. Tetapi antara yang diminati adalah sukan PUB atau esports PUBG Mobile ataupun, Mobile Legends, FIFA. FIFA ini adalah persatuan yang, atau esport yang melibatkan permainan bola sepak ya. Dan bagi saya kita terpaksa meraikan anak-anak muda ni dalam sukan yang mereka minati ini, tapi tulah beberapa contoh yang menjadi tren anak muda pada masa ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Paroi. Saya persilakan YB Pertang.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, kita sedia maklum bahawa banjir yang berlaku pada 18 Disember telah menyebabkan Jeram Toi yang merupakan tapak rekreasi yang terkenal di Jelebu telah, telah rosak teruk dan tidak menjadi tumpuan ya, pada masa kini. Dan kita sedia maklum tempat tersebut merupakan tumpuan penduduk tempatan dan luar Negeri Sembilan ya. Dan kita maklum perkara tersebut telah merugikan kita dari segi pelancongan.

Sebaik sahaja berlaku kejadian banjir ya, di Taman Eko Rimba Jeram Toi, pihak Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dengan kerjasama agensi kerajaan lain di Daerah Jelebu telah mengadakan pembersihan sungai dan persekitaran di Taman Eko Rimba Jeram Toi.

Jabatan Perhutanan juga telah memohon peruntukan PEMERKASA bagi kerja-kerja awalan pembersihan sebelum dijalankan kerja menaik taraf.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri melalui UPEN akan menyediakan peruntukan Pembangunan Semula Taman Eko Rimba Jeram Toi dengan kos anggaran sebanyak 2.5 juta. Pembangunan semula ini dijangka dapat menaikkan imej Taman Eko Rimba Jeram Toi sebagai satu lokasi pelancongan yang menarik di Daerah Jelebu dalam masa yang terdekat ini, insyaAllah.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Seterusnya saya persilakan Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan nombor 3.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Mambau yang mengenai pasar awam Rasah Jaya. Untuk makluman Yang Berhormat Mambau, lot-lot gerai yang disebutkan oleh Yang Berhormat Mambau di Pasar Awam Rasah Jaya adalah milik pemaju iaitu Menang Development Sdn. Bhd. Urusan sewaan premis adalah di bawah kawalan pemilik tersebut. Terima kasih.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Tuan Yang Dipertua, soalan tambahan. Berkaitan dengan Pasar Awam Rasah Jaya, saya difahamkan pihak MBS telah mem, memperuntukkan kelulusan peruntukan 200 ribu untuk menaik taraf Pasar Awam Rasah Jaya pada Oktober tahun lepas. Dan 100 ribu untuk lanskap telah diuruskan dengan baik, terima kasih. Dan saya ingin tahu 100 ribu lagi untuk menaik taraf Pasar Awam Rasah Jaya dalaman masih belum di, projek, projek itu masih belum dimulakan dan tertangguh sehingga hari, hari, hari ini. Jadi saya min, saya mintak penjelasan kepada pihak Kerajaan Negeri, apakah sebabnya yang terjadi begini? Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Mambau. Kerajaan Negeri, kami mengambil maklumlah apa yang telah pun disampaikan oleh Yang Berhormat Mambau. Dan sudah tentunya Majlis Perbandaran Seremban akan mengambil tindakan yang sewajarnyalah terhadap masalah naik taraf di Pasar Awam Rasah Jaya. Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua, mintak tu, isu pasar. Isu pasar di Seremban besar, Pasar Besar Seremban yang tingkat atas, itu masalah tandas, yang kebersihan tu. Saya mohon apa rancangan untuk ke, kepentingan dan kebersihan tandas di Pasar Besar Seremban, tingkat atas? Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Lobak yang juga tanya mengenai isu berkenaan dengan pasar. Yang ni mengenai kebersihan tandas. Untuk makluman Dato’ Yang Dipertua dan juga ahli-ahli Dewan sekalian, Majlis Bandaraya sentiasa mengambil perhatian terhadap segala isu yang berkenaan dengan kebersihanlah, terutamanya terhadap kebersihan di tandas-tandas awam yang diselia oleh MBS ataupun mana-mana pihak. Dan untuk makluman Yang Berhormat Lobak, MBS telah pun mengambil tindakan dan, bagi saya yang paling penting saya rasa sebagai orang awam juga kita adanya tanggungjawab untuk menjaga kebersihan semua kemudahan asas yang, yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Dan pada masa yang sama juga saya mohon apa, ahli-ahli Yang Berhormat supaya sentiasa dapat mengikuti sebab apa yang dilaksanakan oleh MBS, saya boleh kata Majlis Bandaraya Seremban, salah satu Majlis Bandaraya di mana kita sentiasa memaklum kepada orang awam apakah usaha ataupun kerja-kerja pembersihan yang kita laksanakan di semua premis di bawah seliaan Majlis Bandaraya. Dan, dalam perkara ini, saya rasa kita sebagai Wakil Rakyat, adanya tanggungjawab, bukan sahaja untuk memastikan di semua kemudahan awam, termasuk tandas awam itu perlu dijaga dengan baik. Pada masa yang sama kita ju, jugak ada tanggungjawab untuk memastikan orang awam, dan sentiasa menyeru kepada orang awam supaya sentiasa menjaga kemudahan awam kita, termasuk menjaga kebersihan di tandas awam kita.

Saya maklum, Yang Berhormat Lobak memang seorang yang sentiasa prihatin kepada nasib peniaga pasar besar dan juga pengunjung-pengunjung pasar besar. Kerana bagi saya, Pasar Besar Seremban itu dia memang merupakan salah satu tempatlah, yang perlu dikunjungi oleh siapa-siapa yang datang ke Seremban. Jadi kebersihan di tandas itu, tandas awam itu memang sangat penting kepada kita semua. Dan sudah tentunya Majlis Bandaraya Seremban dan juga persatuan pasar akan memantau dengan lebih rapi untuk memastikan tandas itu sentiasa berada di dalam keadaan yang bersih. Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua, terima kasih jawapan dari Bahau. Sebenarnya Wakil Rakyat kawasan bersiap sedia untuk berusaha sama dengan pihak kerajaan utamanya di Pasar Besar Seremban. Kerana tempat ni memang satu tempat pelancongan. Lagi pun, kebersihan tu, dia seimbang taraf Bandaraya Seremban. So Datuk Bandar pun selalu pantau. So kami sedia berusaha tapi, seperti yang Bahau cakap ni, Wakil Rakyat, pengguna, gerai-gerai tuan gerai pasar tu sama-sama usaha, sama-sama bertanggungjawab. Sekian terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Jeram Padang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada saudara saya daripada Jeram Padang, di atas soalan berhubung dengan balai raya yang dibina, yang akan dibinalah.

Berdasarkan pada rekod Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol, pada 2021, balai raya di Fasa 1 Taman Bahau telah dikenal pasti sebagai tidak selamat diduduki dan ulasan teknikal daripada pihak JKR sedang diperolehi. Pada masa ini didapati tiada keperluan untuk membina baharu balai raya di Taman Bahau tersebut kerana telah terdapat sebuah dewan orang ramai yang telah pun dinaik taraf dan dibaik pulih oleh Majlis Perbandaran Jempol pada tahun 2020 sebagai kemudahan untuk masyarakat setempat melaksanakan aktiviti dan program berteraskan komuniti.

Saya suka menjelaskan bahawa balai raya ni lah satu tempat di mana boleh digunakan oleh komuniti di kampung-kampung, biasanyalah. Sama ada di kampung tradisional, kampung baru dan jugak kampung Orang Asli. Tetapi bagi, di bawah PBT ataupun Majlis Perbandaran, biasanya balai raya tidak ada, hanya dibina dewan ataupun bangunan awam atau dewan orang ramai ataupun dewan awamlah. Jadi, kemudahan-kemudahan tersebut boleh digunapakai sebagaimana menggunakan balai raya di kampung-kampung. Jadi ini yang dapat saya jelaskan. Dan kalau boleh merujuk kepada pihak yang mentadbir, ataupun yang menguruskan balai raya ataupun dewan orang ramai tersebut, untuk digunapakai dan jugak di bawah selenggaraan mereka yang terlibat. Itu untuk maklumat. Terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas jawapan. Kedudukan balai raya ni adalah di taman. Jadi saya tak pasti sama ada ia diletakkan di jabatan luar bandar ataupun di bawah PBT. Itu yang pertama.

Yang kedua tu, saya juga ingin nak nyatakan di situ sudah ada tapak, sudah memang sudah ada satu balai raya dulu. Telah digunapakai, bukan terbiar sahaja. Tetapi kini ia mengalami kerosakan yang besar. Jadi saya cadangkanlah daripada kita biarkan bangunan itu rosak lagi dan terbiar sebegitu saja, lebih baik tapak sudah sedia ada, saya mintak Kerajaan Pakatan Harapan untuk mempertimbangkan untuk membina

satu balai raya di situ supaya kalau kita bina memang ada penggunaannya. Jadi itu adalah cadangan saya. Saya berharap Kerajaan Negeri akan pertimbangkan balik tentang perkara ini kerana jawapan terdahulu adalah akan bina balai raya. Jawapan sekarang adalah ia tidak perlu dibina. Walau bagaimanapun, kalau kita biarkan itu adalah sesuatu yang menyakitkan mata memandanglah. Itu saja, terima kasih.

Terima kasih di atas cadangan dan pandangan. Walau bagaimanapun kita merujuk kepada pihak jabatan terlibat, JKR untuk sama ada merobohkan ataupun kita membaik pulih, ataupun mengganti yang barulah. Itu yang saya boleh jawab dulu, sementara ini. Dan walau macam mana pun saya mintak pihak yang terlibat di kawasan tersebut supaya mengemukakan secepat mungkin apa tindakan yang sepatutnya dilaksanakan, termasuk jugak PBT yang terlibatlah. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan. Saya kemukakan soalan pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, soalan pertama mengenai Kampung Bukit Jong. Dato’ Yang Dipertua, Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban masih belum menerima sebarang permohonan untuk hakmilik kekal di bawah seksyen 76 Kanun Tanah Negara [Akta 828] memandangkan permohonan pemberimilikan masih dibekukan sejak tahun 2017. Walau bagaimanapun, hasil bancian di kawasan Bukit Jong dan Bukit Temiang pada tahun 2021, terdapat 31 buah rumah yang meliputi 70% daripada kawasan keseluruhan tanah kerajaan didapati tidak termasuk pendudukan dalam kawasan berimilik Menang Tiara sebelum ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya, soalan tambahan di mana saya satu kepastianlah kepada Kerajaan Negeri, ada ke kelulusan kepada mereka, penduduk-penduduk asal ni di Kampung Bukit Jong diberikan hakmilik kekal sekiranya mereka membuat permohonan? Kerana apa yang saya tahu, sementara ni ada 2 – 3 yang terima ini, pen, apa, pemilik sementara, TOL saja. Dan mereka memang harap dan sangat haraplah Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan memberikan hakmilik kekal, pemilikan hakmilik tanah kepada mereka dan bukannya TOL.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan tambahan, saya sedia maklum bahawa perkara tersebut, dan kita sebenarnya sedang merancang untuk pembangunan di projek, kawasan Bukit Jong dan Bukit Temiang dan pastinya akan memberikan kelebihan kepada 31 buah rumah tersebut ya. Pemilik rumah tersebut. Jadi itu perancangan Kerajaan Negeri, dan insyaAllah kita akan, akan maklumkan kepada ADUN kawasan apa perancangan yang, yang terdekat ini, yang sedang dirancang oleh pihak Kerajaan Negeri. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Seterusnya saya persilakan Seri Menanti.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan yang pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat ADUN Seri Menanti mengenai tanah pajakan ataupun pegangan bebas.

Dato’ Yang Dipertua, jumlah keluasan keseluruhan yang telah diluluskan bagi peno, permohonan penukaran tempoh pegangan hakmilik daripada pajakan kepada selama-lamanya adalah seramai, adalah, adalah 64,710 meter persegi iaitu 6.47 hektar. Dari jumlah tersebut 59,622 meter persegi ataupun 5.96 hektar luas tanah telah diluluskan di Daerah Seremban, 2,383 meter persegi (0.24 hektar) di Daerah Kecil Gemas, 1,672 meter persegi (0.17 hektar) di Daerah Tampin dan 1,033 meter persegi (0.10 hektar) di Daerah Jempol. Setakat ini belum ada permohonan diluluskan di Daerah Port Dickson, Daerah Kuala Pilah, Daerah Jelebu dan Daerah Rembau.

Jumlah keseluruhan lot yang telah diluluskan permohonan penukaran tempoh pegangan hakmilik daripada pajakan kepada selama-lamanya adalah sebanyak 207 lot tanah. Sebanyak 162 lot tanah diluluskan di Daerah Seremban iaitu 64 tanah diluluskan kepada kaum Melayu, 89 lot tanah kepada kaum Cina dan 9 lot kepada kaum India. Sebanyak 21 lot tanah diluluskan di Daerah Kecil Gemas iaitu 10 lot diluluskan kepada kaum Melayu, 10 lot tanah kepada kaum Cina dan 1 lot tanah kepada kaum India. Sebanyak 17 lot tanah diluluskan di Daerah Tampin iaitu 16 lot tanah diluluskan kaum Cina dan 1 lot kepada kaum India. Sebanyak 7 lot tanah diluluskan di Daerah Jempol iaitu 6 lot tanah diluluskan kepada kaum Cina dan 1 lot tanah kepada kaum India.

Jumlah permohonan yang telah diterima di Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson adalah sebanyak 11 permohonan dan permohonan

tersebut sedang diproses. Manakala jumlah permohonan yang sedang diterima di Pejabat Daerah Tanah Rembau adalah sebanyak 35 permohonan dan permohonan tersebut sedang diproses. Tiada permohonan diterima di Pejabat Daerah Tanah Kuala Pilah dan Pejabat Daerah Tanah Jelebu. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Seterusnya saya persilakan, Rahang ya. Ada siapa yang nak wakilkan Rahang ni, soalan ni?

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya wakilkan untuk Rahang-lah …..

Yang Dipertua Dewan

Soalan.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. soalan pertama.

Yang Dipertua Dewan

Soalan pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, soalan ADUN Rahang berhubung dengan Pelan Pembangunan Negeri Sembilan. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri telah merangka dan merancang pembangunan di Negeri Sembilan secara holistik melalui dokumen pembangunan seperti berikut:

i. Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045 ii. Pelan Pembangunan Komprehensif MVV 2.0 iii. Pelan Pembangunan Luar Bandar 2040 iv. Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan (2021 – 2025)

Pelan Pembangunan Komprehensif MVV. Perancangan pembangunan Negeri Sembilan di bawah Pelan Pembangunan Komprehensif MVV bagi tempoh 5 tahun iaitu 2022 hingga 2026 akan menumpukan kepada:

 Usaha membangun MVV 2.0 kini ditumpukan kepada kawasan yang diklasifikasikan sebagai Parcel A di Nilai yang merupakan kawasan yang mendapat rebakan daripada kawasan Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang dihubungkan melalui jaringan Lebuhraya Utara Selatan. Untuk itu, sukacita dimaklumkan bahawa pembangunan Taman Perindustrian baharu di Hamilton, Parcel A, MVV 2.0 telah dilancarkan pada 26 Oktober 2021 yang lalu dengan kerja-kerja tanah pembangunan kawasan perindutrian Fasa 1 dan 2 seluas 188 ekar telah bermula sejak pertengahan tahun 2021 dan

dijangka siap menjelang November 2023. Dalam masa yang sama, pembangunan XME Business Park, Nilai Impian seluas hampir 70 ekar juga sedang giat dijalankan pihak pemaju dan lebih 70 peratus lot yang ditawarkan telah terjual.

 Atas kejayaan yang tersebut, usaha membangun kawasan berkenaan tidak terhenti setakat itu sahaja dengan fasa selanjutnya pembangunan kawasan perindustrian Hamilton sedang diperincikan. Manakala, kawasan Labu di Parcel A kini dalam penyediaan pelan susun atur oleh pihak pemaju dengan menetapkan pelancaran pada tahun 2024. Pembangunan ini akan dapat membantu meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan serta perniagaan di Negeri Sembilan.

 Dalam masa yang sama, projek pembangunan jalan raya baru dari Nilai ke Bandar Enstek juga sedang bejalan dan dijangka siap pada tahun 2023 yang mana akan dapat menghubungkan kawasan projek heartbeat MVV secara holistik.

 Selain daripada itu, perbincangan bagi pembangunan Parcel B dan C, MVV 2.0 sedang berjalan di antara agensi berkaitan pelaburan Kerajaan Negeri bersama pihak berkepentingan. Pada masa yang sama, usaha bagi meningkatkan pelaburan di Port Dickson turut sama direncanakan dengan usaha membangunkan kawasan pesisir pantai Port Dickson sebagai sebuah hab maritim dijangka akan dapat meningkatkan ekonomi dan persekitaran kawasan tersebut.

Pelan Pembangunan Luar Bandar 2019-2040:

 Bagi tempoh 5 tahun pembangunan luar bandar pula akan menumpukan kepada penyediaan infrastruktur asas secara holistik di kawasan luar bandar supaya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi serta menjadi asas kepada peningkatan kualiti kehidupan masyarakat luar bandar yang mampan. Dengan kerjasama erat Kerajaan Persekutuan, tumpuan diberikan kepada penyediaan infrastruktur dan liputan telekomunikasi khususnya perliputan, liputan jalur lebar di kawasan kampung bagi memastikan penduduk luar bandar mendapat akses berkualiti kepada kesalinghubungan digital serta menambah baik ketersambungan liputan telekomunikasi. Menjelang tahun 2025, disasarkan 100% kawasan berpenduduk tidak kira kawasan bandar mahupun luar bandar di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya mendapat kemudahan liputan jalur lebar 4G. Selain itu, PPLBNS

2040 turut telah memberi penekanan terhadap naik taraf jalan perhubungan antara desa serta pembinaan jalan raya utama menerusi Lingkaran Dalam dan Luar Negeri Sembilan (Inner and Outer Ring Road) bagi mengadakan, menggandakan aktiviti ekonomi khususnya perdagangan. Projek-projek bina baharu jalan telah diluluskan secara berperingkat di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Kerja Raya bagi melengkapkan lingkaran perhubungan jalan raya di Negeri Sembilan secara keseluruhan.

 Pembinaan jaringan jalan raya dan seumpamanya ini menjadi asas kepada satu lagi pemacu perubahan utama PPLBNS 2040 dalam tempoh 5 tahun iaitu memperkasakan mod sistem pengangkutan awam kawasan luar bandar. Kini, Pentadbiran Kerajaan Negeri dengan kerjasama pihak MARA dan MARALiner berusaha untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam yang sistematik dengan pelaksanaan projek rintis perkhidmatan bas henti-henti meliputi 2 daerah iaitu Daerah Tampin dan Rembau. Selain itu, Kerajaan Negeri turut memberi fokus kepada pembangunan sektor pelancongan merangkumi pelancongan pantai, eko, eko-pelancongan serta pelancongan berteraskan warisan dan budaya. Sebagai contoh, kawasan Hutan Simpan Kenaboi seluas 9,000 hektar dibangunkan sebagai Taman Negeri Kenaboi yang terdiri daripada Pusat Eko-Pelancongan dan kini sedang giat dijalankan pembangunan Pusat Konservasi Tapir Kebangsaan. Pembangunan mampan sentiasa diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri dalam merangka pembangunan di kawasan luar bandar dengan mengutamakan konsep memelihara sumber alam dan biodiversiti sesuatu kawasan bagi mengekalkan keunikan serta kelestarian alam sekitar.

Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan (2021 – 2025) pula. Dari sudut per, perspektif struktur ekonomi Negeri Sembilan, Keluaran Dalam Negeri Kasar berkembang sederhana dengan kadar purata sebanyak 3.41% setahun bagi tempoh 8 tahun iaitu 2010 – 2018 lebih rendah berbanding paras pertumbuhan KDNK nasional 4.0 setahun bagi tempoh yang sama. Pada tahun 2019, KDNK Negeri Sembilan berkembang sebanyak 5.1% berbanding KDNK nasional sebanyak 4.4%.

Secara umumnya, median pendapatan isi rumah di Negeri Sembilan pula telah meningkat secara berterusan. Pada tahun 2019, sebagai contoh, pendapatan isi rumah median meningkat kepada 5,005.00 ringgit sebulan daripada 4,579.00 ringgit pada tahun 2016. Purata pertumbuhan tahunan terkompaun bagi median pendapatan ini pula

ialah sebanyak 3%. Walau bagaimanapun, peningkatan nilai pendapatan isi rumah ini adalah lebih rendah berbanding nasional, 7,901.00 ringgit dengan kadar 3.9% setahun untuk tempoh yang sama.

Keadaan ini antaranya dipengaruhi oleh pengagihan pampasan pekerja atau Compensation of Employees kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar secara keseluruhannya rendah kerana struktur industri yang berintensifkan buruh. Apabila ekonomi atau industri berintensifkan buruh, pertumbuhan output atau pengeluaran akan meminta lebih banyak pekerja di kategori separuh mahir dan tidak mahir.

Berdasarkan data Laporan Survei Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, tenaga buruh yang berkemahiran rendah adalah 60,200 orang iaitu 12.3% manakala separa mahir adalah 283,000 orang ataupun 58.0% merangkumi 70.3% daripada keseluruhan tenaga kerja di Negeri Sembilan. Komposisi terbesar tertumpu di sektor pembuatan dan perdagangan borong dan runcit. Sekumpulan kecil juga terlibat dalam aktiviti pengangkutan dan penyimpanan.

Sehubungan dengan itu, untuk mencapai matlamat Negeri Maju Berpendapatan Tinggi, Negeri Sembilan memerlukan KDNK berkembang pada kadar minimum 5.5% setahun untuk tempoh 10 tahun melalui penglibatan aktif sektor perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah tinggi, sektor pembuatan berteknologi tinggi di samping terus menggiatkan sektor pertanian menerusi kaedah ICT serta bioteknologi agar permintaan buruh mahir dapat dipertingkatkan.

Dalam usaha untuk memastikan keterangkuman pembangunan agar manfaat pertumbuhan dapat diagihkan secara adil, UPEN melalui UPMCS dan Jabatan Perangkaan Malaysia sedang membangunkan Jadual Input Output Negeri Sembilan sebagai asas rujukan utama dalam Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan (2021 – 2025). Ia penting bagi Kerajaan Negeri menyusun hala tuju strategik berdasarkan kekuatan sektor ekonomi di peringkat negeri dan daerah agar kesan pengganda dan limpahan ekonomi dapat dimaksima ke seluruh negeri, bandar dan luar bandar, dan daerah-daerah. Pendekatan ini memastikan perbelanjaan dan pelaburan ke atas pertumbuhan sektor ekonomi adalah inklusif kepada semua penduduk.

Beberapa bidang tumpuan telah dikenal pasti dalam Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan (2021 – 2025) yang akan menjadi new game change, changers kepada pembangunan ekonomi negeri. Antara, pertama, memperkukuh pertumbuhan ekonomi melalui pengenalpastian sektor bernilai tinggi dan strategik, hubungkait sektor

ekonomi yang lebih kuat dan galakan diversiti sektor ekonomi akan memberi kesan limpahan yang tinggi dan inklusif. Kedua, meningkatkan daya saing perusahaan mikro, kecil dan sederhana sebagai peneraju pertumbuhan. Ketiga, menjana sumber ekonomi baharu berasaskan kelestarian alam sekitar. Keempat, memperbaiki pengagihan pendapatan luar bandar melalui pemerkasaan sektor pertanian yang lebih produktif dan berintensifkan teknologi. Dan kelima, mendaya upaya modal insan dan bakat bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.

Bidang-bidang tumpuan di atas dijangka dapat melonjakkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi dalam tempoh 5 tahun akan datang. KDNK dijangka bertumbuh antara 4.6% sehingga 5.5% bagi tempoh 2021 sehingga 2025, pertumbuhan yang lebih baik berbanding 2.1% berbanding tempoh 2016 sehingga 2020. Pendapatan per kapita diunjurkan meningkat sebanyak 3.36% berbanding hanya 1.23% setahun dalam tempoh 2016 sehingga 2020. Seiring dengan peningkatan KDNK dan pendapatan per kapita, jumlah kutipan hasil negeri dijangka meningkat sebanyak 3.4% setahun. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua, saya mahu terima kasih Dato’ Yang Dipertua, pasal apa, ADUN Rahang tiada di dalam Dewan, mereka pandemik COVID, tapi beri peluang. Itu saya mahu terima kasih. Lagi satu soalan itu, ADUN Sikamat; Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan, jawapan jelas yang baik. Saya tiada soalan tambahan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

YB Seremban Jaya, okay terima kasih. Seterusnya saya pergi kepada Chombong.

Dato’ Yang Dipertua ….

Yang Dipertua Dewan

Chembong ni…..

Yb ADUN Chembong: ….. disebabkan bulan puasa ni, kita semua baik hati, jadi saya tarik balik soalan, saya, saya mohon dia dijawab secara bertulis kepada saya Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ini kali pertama dalam sejarah tarik balik ni, soalan. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Dipertua, saya kemukakan soalan kedua, kedua.

Yang Dipertua Dewan

Kedua ya.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Lobak. Soalan Yang Berhormat Lobak mengenai projek perumahan rakyat. Untuk makluman Yang Berhormat Lobak, jumlah penyewa di Program Perumahan Rakyat Bersepadu Senawang, Daerah Seremban di bawah pentadbiran Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan adalah sebanyak 413 penyewa. Baki 7 unit sedang dalam tindakan penguatkuasaan dan juga pengisian di peringkat Bahagian Perumahan. Daripada jumlah tersebut, seramai 304 orang penyewa mempunyai rekod tunggakan bayaran sewa.

PPR merupakan projek perumahan yang dibangunkan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Sebelum ini, Kerajaan Negeri telah menawarkan 11 tapak tanah bagi pembangunan PPR di Negeri Sembilan. 3 daripada 11 cadangan tapak perumahan diserahkan kepada Jabatan Perumahan Negara untuk pelaksanaan Program Rumah Malaysia ya, berkonsep sewa, pada tahun 2022 dan lawatan teknikal telah dilaksanakan oleh pihak KPKT iaitu di Kampung Dato’ Johan, Jempol, di FELCRA Air Hitam, Jempol dan di Kampung Jelin, Jelebu.

2 cadangan tapak perumahan itu, iaitu di Kampung Sawah Pachitan, Port Dickson dan Kampung Tenai, Tampin telah dikemukakan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi cadangan permohonan Program Pemajuan Kawasan ataupun PPK. Satu lagi tapak perumahan iaitu di Kampung Air Bong, Jempol telah dicadangkan bagi Projek Tanaman Pisang Lang oleh Invest Negeri Sembilan. Satu lagi tapak perumahan iaitu di Kampung Pantai, Seremban telah dicadangkan bagi Projek PPR Pantai namun hasil lawatan pihak KPKT pada 4 Jun tahun 2020 mendapati bahawa kawasan tersebut kurang sesuai untuk pembangunan PPR kerana melibatkan kos yang tinggi bagi kerja-kerja tanah.

Baki 4 tapak perumahan telah dirizabkan bagi pembangunan perumahan rakyat iaitu di Kampung Linggi, Port Dickson, Kampung Sawah Chuah, Port Dickson, Kampung Punggur, Tampin dan juga Kampung Kg. Gemas, Tampin.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih jawapan dari Bahau yang jelas sekali. So kami mohon nak tahu tu, jumlah tunggakan yang dihutang tu untuk penyewa dan apa langkah kerajaan untuk mengatasikan tunggakan hutang yang tertinggal tu. Soalan tambahan lagi, kerana di kawasan DUN Lobak banyak rumah pangsa kos rendah. Saya dimaklumkan

bahawa yang Rumah Pangsa Sri Amber dia dengan syaratnya kena jual kepada harga dia dia kos rendah, so bila pemaju nak jual tu, dia kena syarat yang ada. So ni kos rendah untuk pemohon yang B-B40 tu. Tapi yang setakat ni, saya difahamkan, Sri Amber tu masih ada 8 lagi kosong. Walaupun pemaju dia nak ada pembeli, tapi dengan syarat yang tak penuh tu, kerana dia kos rendah, dulu dia pendapatan dia agak rendah dari guide line sekarang, dengan izinnya.

So kami mohon Unit Perumahan boleh kaji semula jikalau boleh kasi peluang untuk B40 punya golongan dapat membeli rumah yang kosong tu, masih kosong. Kerana pemaju pun tak dapat nak jual kerana syarat-syarat yang tertentu ada. So kami mohon ni Unit Perumahan, kaji semula bahawa yang kosong tu boleh dijual kepada B40. Sekian, harapkan timbang dari kerajaan. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih, 2 soalan tambahan daripada Yang Berhormat Lobak. Yang pertama, yang pertama mengenai tunggakan sewa di rumah PPR. Untuk makluman Yang Berhormat Lobak, saya rasa kita semua sedia maklum, untuk rakan-rakan kita yang tinggal di rumah PPR, kebanyakan daripada mereka adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah. Untuk makluman semua ahli Dewan, pada musum pandemik, ketika PKP dah beberapa kali Kerajaan Negeri telah pun memutuskan untuk kita mengecewakan, mengecualikan, mengecualikan sewa terhadap semua rumah PPR dan juga semua rumah awam yang di bawah kawal selia Kerajaan Negeri dan juga PBT.

Jadi, dari apa yang telah pun disampaikan Yang Berhormat Lobak, mengenai macam mana kita nak selesaikan masalah tunggakan itu, bagi pihak Kerajaan Negeri Sembilan, kita sentiasa, sentiasa memahami kesusahan yang dihadapi oleh rakyat. Jadi kalau dari segi tindakan penguatkuasaan pun kita memang jarang, jarang melaksanakan tindakan-tindakan penguatkuasaan ataupun kita nak mengutip balik sewa yang tertunggak. Yang paling penting kita perlu pastikan khususnya pada musim pandemik, dan sekarang pula kita masuk fasa pengalihan endemik, yang paling penting kita nak pastikan mereka dapat terus tinggal, tinggal di situ.

Dan saya rasa salah satu perkara yang sering diutarakan oleh Yang Berhormat Lobak dan jugak Yang Berhormat – Yang Berhormat yang lain, kerana adanya pihak yang tidak bertanggungjawab, mereka menyewakan unit-unit ini kepada, kepada orang lainlah. Itu sesuatu yang kita tidak dapat bertolak ansurlah. Walau bagaimanapun, kita memang memahami masalah yang dihadapi oleh rakyat. Dan kita akan cuba untuk membantu mereka.

Yang kedua, ni mengenai salah satu projek perumahan, flat, yang dimajukan oleh salah seorang, salah satu pemaju di mana adanya unit-unit rumah kos rendah, unit-unit ru, unit-unit kos rendah yang masih, masih belum terjual, yang masih belum terjual. Saya rasa perkara ni sesuatu perkara yang baru bagi saya dan juga rakan-rakan sejawat kita dari, di Bahagian Perumahan, saya rasa kami akan teliti perkara ini. Jikalau rumah itu dia masih sesuai untuk dijual, dan kita akan cuba membantu pemaju tersebut dan untuk memastikan lot-lot tersebut dapat dijual kepada mereka yang berkelayakan.

Saya memang sedia maklumlah, kalau rumah kos rendah pada masa dahulu kemungkinan harga dia 15 ribu – 20 ribu. Tetapi pada hari ini, rumah kos rendah sudah tentunya harga dia mencecah sekurang-kurangnya 80 ribu. Dan sudah tentunya syarat-syarat pada masa dahulu sudah kurang sesuai digunapakai pada masa inilah. Dan saya harap mungkin dalam perkara ini kita boleh bekerjasama untuk memastikan kita dapat bantu pemaju dan pada masa yang sama, unit-unit tersebut juga dapat dijual kepada mereka yang berpendapatan rendah ataupun mereka yang layak. Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih. Saya akan kasi itu maklumat yang Rumah Pangsa Sri Amber kepada Bahau. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Bagan Pinang.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan yang pertama.

Yang Dipertua Dewan

Pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan Bagan Pinang ya. Kita sedia maklum bahawa kawasan lalu lintas, kesesakan lalu lintas di persiaran, persisiran jalan Pantai Port Dickson berlaku setiap kali hujung minggu disebabkan kehadiran pelancong yang cukup tinggi sekarang. Dan kita telah me, me, melihat perkara tersebut. Pihak Majlis Perbandaran Port Dickson mengesyorkan agar ada jalan alternatif disediakan. Untuk menyelesaikan dalam jangka masa panjang iaitu pihak JKR telah mengangkat permohonan Projek Menaik Taraf Jalan Melaka / Lubok Cina – Port Dickson (Teluk Kemang) Laluan FT005 di bawah RMK-12, RP3 di, ke Kementerian Kerja Raya pada 5 Januari 2022 yang lepas.

Susulan mesyuarat pelarasan bersama pihak PDRM pada 22 Disember 2021 dan 19 Januari 2022, JKR Elektrik akan memanjangkan tempoh masa persimpangan lampu isyarat di laluan persisiran pantai (jalan utama) ketika cuti umum dan hujung minggu bagi kelancaran lalu lintas sebagai penyelesaian jangka pendek. Jadi, itu yang kita cuba lakukan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, saya mohon rancangan yang baik ini dapat disegerakan sebaik mungkin kerana kita tahu kesesakan lalu lintas akan menyebabkan kita punya pengunjung pantai atau pelancong akan balik ke tempat, kawasan yang lain. Itu saja, terima kasih Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat dan jugak Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Bagan Pinang …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Dato’ Dipertua, saya juga mintak tolong soalan tambahan. Kesesakan lalu lintas di kawasan Port Dickson.

Yang Dipertua Dewan

Ada kaitan ya?

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Ya, ini. Saya juga ada cadang kerana daripada Port Dickson nak pergi Batu 4, ambil, ambil masa lebih kurang satu setengah jam. Sentiasa pukul 1 hingga 2, selepas tamat sekolah. Saya ada cadangan sebab di belakang sekolah SDASA memang ada satu jalan alternatif. Saya pernah bangkit ni dalam Pejabat Daerah. Kalau boleh saya mintak maklum ni. Dan saya mohon daripada Kerajaan Negeri buat jalan alternatif ini akan di keluar di, di jalan PD Utama. So mungkin itu satu cadangan yang baik. Kalau boleh saya mintak Kerajaan Negeri ambil tindakan sewajarnya, terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih ADUN Sri Tanjung ya. ADUN Sri Tanjung, terima kasih cadangan tersebut. InsyaAllah kita akan kaji jalan……

Nama sudah hilang ka?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Kita akan kaji jalan tersebut, laluan tersebut untuk kalau boleh dia mengatasi masalah lalu lintas. Di samping itu juga projek daripada Lukut ke Si Rusa sedang diusahakan, sedang berjalan. Dan ini juga mungkin akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua, sama jugak ni, di Jalan Tun Dr. Ismail, kawasan DUN Lobak. Masa tu pada pertengahan sekolah, khasnya di Jalan Tun Dr Ismail dia pernah sesak satu, 45 minit jam, jam tu Jalan Tun Dr. Ismail. Saya telah buat surat kepada Trafik dan Polis Daerah Seremban, kami mohon jasa baiklah mungkin hantar pegawai trafik datang setengah jam cukup untuk pegawai di Jalan Tun Dr. Ismail khasnya di sekolah depan Sekolah Tinggi Chung Hwa. Memang tu kawasan yang lebar sekali, dan memang bahaya untuk penggunaan jalan, lalu lintas. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay terima kasih soalan tambahan, satu lagi luar kawasan ya. Daripada Port Dickson ke Seremban. Jadi perkara tersebut akan saya minta pihak JKR untuk buat kajian dan kita akan maklumkan kepada pihak Polis untuk mohon kerjasama daripada mereka. Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Sikamat.

Yang Dipertua Dewan

Okay, terima kasih Yang Amat Berhormat. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Chuah.

Dato’ Yang Dipertua, Chuah mengemukakan soalan nombor 2.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Chuah, yang mengenai keperluan sebuah balai bomba di DUN Chuah. Untuk makluman Yang Berhormat Chuah, kawasan Bukit Pelandok pada masa kini mendapat …..

Yang Dipertua Dewan

Kejap, kejap. Sekarang nombor 1 nombor 2 ni? Mintak YB, soalan nombor 2 ya? Nombor 2 ni Bahau. Nombor 2, Repah.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Nombor 2, sorry.

Yang Dipertua Dewan

Sila duduk.

Proaktiflah. Terima kasih Dato’ …..

Yang Dipertua Dewan

Silakan Repah.

…. Dato’ Yang Dipertua Dewan. Terima kasih juga kepada ADUN Chuah yang bertanyakan berkaitan perkidmatan ambulans di Bukit Pelandok. Dato’ Yang Dipertua, Klinik Kesihatan

Bukit Pelandok mempunyai sebuah ambulans. Ambulans yang sedia ada pernah mengalami kerosakan sebanyak 2 kali pada tahun 2021 namun telah dibaiki dan kini berfungsi dengan baik. Sepanjang tempoh kerosakan tersebut, perkhidmatan ambulans disediakan oleh klinik kesihatan terdekat dan secara bersepadu di bawah liputan Medical Emergency Call Center yang berpusat di Hospital Tuanku Jaafar. Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan telah membuat permohonan ke Kementerian Kesihatan Malaysia untuk penambahan ambulans bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan.

Dato’ Yang Dipertua, perkara berkenaan ambulans ini memang perkara yang sensitif di Negeri Sembilan. Khususnya ada klinik-klinik kesihatan yang mempunyai ambulans tapi ada yang tidak dapat digunakan dengan baik. Jadi saya pernah membawa permohonan ini kepada, sebelum ni, mantan Menteri Kesihatan semasa PH berada di Kerajaan Pusat, saya telah membawa isu ini supaya setiap klinik kesihatan ni disediakan dengan ambulans tambahan sebanyak 2 biji di klinik kesihatan. Dan selepas tu, selepas PH dijatuhkan, telah juga permohonan ni disampaikan kepada Kerajaan PN pada masa tersebut, mantan perdana, mantan Menteri Kesihatan adalah Datuk Seri Adam Baba. Perkara ini pernah dibangkitkan kepada beliau. Dan sekarang perkara ini telah dipanjangkan kepada Menteri Kesihatan sekarang, dan kita harap Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan untuk menyediakan ambulans untuk Negeri Sembilan. Dan saya rasa Menteri Kesihatan pun daripada Negeri Sembilan khususnya daripada Parlimen Rembau, so kita harap perkara berkenaan ambulans ini dapat diselesaikan dengan yang terbaiklah dan secepat mungkin. Terima kasih.

Dato’ Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Oh ya soalan tambahan.

Ya, soalan tambahan. Selain dari ambulans, keleng, kelengkapan klinik seperti alat-alat komputer, kerusi roda, kerusi untuk pesakit sewaktu menunggu di tempat atau ruangan menunggu yang lama perlu digantikan dengan kadar secepat mungkin jugak. Mohon Kerajaan Negeri yang prihatin, bantu dengan peruntukan khas demi keselesaan kakitangan klinik dan jugak pesakit. Terima kasih.

Terima kasih kepada ADUN Chuah yang bertanyakan soalan tambahan berkaitan dengan peralatan untuk fasiliti kerajaan. Dato’ Yang diper, Dipertua, sebenarnya bidang kuasa fasiliti kerajaan, kesihatan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Dan

saya akan panjangkan kepada Kementerian Kesihatan untuk mengambil tindakan yang segera untuk menyediakan peralatan yang diminta oleh ADUN Chuah. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih YB Repah. Saya nak maklumkan kepada sidang, di atas ketidakhadiran YB Rantau ya, dia kata kurang sihat hari ni, pasca COVID. Chennah masih apa, dimaklumkan semalam pasal pergi Parlimen ya. Saya ingat yang lain-lain semua ada. Ada yang lain ya, okay. Seterusnya kita pergi kepada soalan, oh Pilah, Pilah ada, ada, Dato’, okay. Chembong, Chembong pandang beto-beto. Okay. Bukan ya, ado ambil suaro jo la, adoi nakal lain. Okay. Gemas, YB Gemas, silakan.

Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan nombor 1.

Yang Dipertua Dewan

Haa nombor 1, okay.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas soalan ADUN Gemas. Dato’ Dipertua, Pembinaan Muzium Keretapi Gemas kini telah dalam proses pelaksanaan secara berperingkat oleh Majlis Daerah Tampin dengan persetujuan bersama Perbadanan Aset Keretapi dan KTMB. Pejabat Daerah Kecil Gemas juga telah menerima peruntukan sebanyak 490 ribu daripada Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) pada tahun 2021 untuk tujuan pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf stesen keretapi lama Gemas kepada muzium dan kerja-kerja menaik taraf tersebut telah siap dilaksanakan pada bulan November 2021. Perancangan selanjutnya ke arah membangunkan muzium keretapi Gemas adalah di bawah tindakan Majlis Daerah Tampin bagi tahun 2022.

Untuk makluman Yang Berhormat, perancangan Kerajaan Negeri untuk merealisasikan sebuah muzium keretapi di Gemas melalui Majlis Daerah Tampin bermula pada tahun 2020, mempunyai 3 fasa. Fasa 1 bagi tahun 2020 dan 2021 sebanyak 1,060,000.00 kos dikeluarkan dan status pembangunan telah siap pada 30 November 2021. Skop kerja di fasa 1 ialah menaik, membaik pulih bangunan lama, jejantas, tandas, surau, 6 gerabak keretapi, 2 platform, longkang, mengganti pagar lama, mengganti gutter, menaik taraf pendawaian elektrik dan menaik taraf pera, peralatan elektrik termasuk lampu, kipas dan aircond.

Bagi Fasa 2 bagi tahun 2022 dan 2023, permohonan peruntukan sebanyak 1 juta telah dihantar ke KPKT dan Kementerian Pelancongan. Antara skop kerja ialah pembinaan bangunan muzium tambahan, baik

pulih jambatan timbang, baik pulih table pusingan lokomotif lama dan landasan lama. Manakala bagi Fasa 3 – 2023-2024, peruntukan sebanyak 2 juta diperlukan bagi menaik taraf landskap, water front sungai dan tempat letak kereta.

Pihak Perbadanan Aset Keretapi juga telah bersetuju agar Majlis Daerah Tampin mengambil alih operasi kawasan stesen lama untuk dijadikan muzium keretapi dan perjanjian di antara Majlis Daerah Tampin dan RAC akan ditandatangani dalam masa terdekat ini. Pihak KTM juga telah bersetuju untuk menguruskan muzium dan menyediakan bahan-bahan pameran selaras dengan kelulusan daripada pihak pengurusan aset, atasan KTMB agar kesemua koleksi KTMB dari zaman penjajahan akan diletakkan di Muzium Gemas.

Buat masa sekarang, permohonan sewaan, ruang niaga oleh Majlis Daerah Tampin sedang dibuka. Dan insyaAllah Kopi Gemas telah menghantar permohonan. Di samping itu juga pihak pelancongan juga telah be, ber, telah berbincang dengan pihak Keretapi untuk mendapatkan gerabak khas basikal pada hujung minggu untuk laluan basikal di Gemas. Mereka naik daripada KL, daripada Seremban sampai ke Tampin, lepas tu mereka boleh ataupun sampai ke Gemas, mereka boleh berbasikal di kawasan Gemas. Jadi, itu rancangan kita bagi menggalakkan pelancongan di kawasan Gemas. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Seterusnya saya persilakan ADUN Seremban …..

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

…. Jaya.

Ni ada soalan tambahan sikit.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.

Dato’ Dipertua .….

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Saya mengemukakan soalan ketiga.

….. ada sikit, tambahan sikit.

Yang Dipertua Dewan

Oh tambahan. Minta maaf, mintak maaf ….

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Sorry, sorry, sorry.

Yang Dipertua Dewan

….. tak nampak.

Terima kasih di atas penerangan daripada Sikamat. Dan saya rasa amat berbesar hatilah seperti yang dirancangkan melalui pelan tindakan dan perancangan-perancangan yang begitu panjang sekali. Cuma saya kalau bolehlah, saya minta di dalam kawasan muzium tu di satu sudut yang jauh sikit tu, kita buat macam apa, couch untuk, couch yang boleh orang kata boleh tidur macam hotel bajet, ataupun restoran kat sebelah situ. Jadi saya rasa mereka yang naik ETS ataupun LRT tu nanti akan boleh tidur di Gemas sementara waktu nak meneruskan perjalanan sama ada di utara ataupun di pantai timur. Jadi saya rasa di sinilah Gemas merupakan hab pengangkutan keretapi daripada dulu, dan kita kekalkan tradisi tersebut pada masa yang akan datang. Sekian Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih atas pandangan, dan, kita memang ada untuk buat restoran di apa, di gerabak keretapi tersebut ya, buat. Tapi apa, tempat tinggal tersebut, kita akan mintak lagi tambahan lagilah kot untuk kita rasa boleh buat untuk mereka boleh tinggal di situ, untuk tidur situ, atas, dan yang penting majlis kahwin juga boleh diadakan di kawasan tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ada soalan tambahan. Di kawasan Port Dickson juga KTM ini bersejarah. Tak, KTM ini bersejarah di Port Dickson. Baru-baru ni landasan keretapi di Port Dickson ni sudah dikeluarkan. Saya rasa mintak Kerajaan Negeri mohon daripada persekutuan, kita letak balik landasan keretapi, itu ialah cipta sejarah. Kita hanya sekarang tinggal 2 pintu sahaja, tetapi landasan keretapi dicuri ke, ataupun tiba-tiba sudah hilang. So saya mohon tolong letak balik landasan itu untuk cipta sejarah. Sebab bandar sejarah di Port Dickson. Terima kasih.

Terima kasih soalan tambahan, ke Port Dickson pulak. Daripada Gemas ke Port Dickson ya. Soalan, sebenarnya kita, alhamdulillah kita juga telah mendapat kerjasama daripada YB EXCO; YB Choo yang telah membuat bantahan ya, tentang perkara tersebut. Dan satu perbincangan telah diadakan di antara RAC dengan pihak Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri. Perkara tersebut telah berjalan, dan mereka telah stop bekerja mengangkat landasan tersebut. Dan mereka bersetuju untuk dipasang selepas mendapat kelulusan daripada pihak Menteri yang berkenaan. Jadi, kita berharap bahawa dia dapat dipasang semula sebagai tempat bersejarah yang, yang lama di Port Dickson. Dan

kita berharap tempat tersebut juga boleh dibangunkan sebagai kawasan pelancongan pada masa akan datang, insyaAllah. Terima kasih atas soalan tambahan.

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Yang Dipertua Dewan

Dah jam nanti boleh pakailah, internal-lah, hari perayaan selalu jam kan. Khusus dalam PD saja. Okay, Seremban Jaya. Sudah ganggu sikit.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Okay, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya kemukakan soalan nombor 1. Terima kasih Dato’.

Dato’ Yang Dipertua, saya tengok soalan dia sampai 3 Dato’ Dipertua, dengan soalan yang samo.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Pasal lagi saya chance. Lagi 15 minit Dato’, saya ingat soalan 19 saya ada, saya ingat, harap-harap saya ada chance …..

Yelah, saya sokonglah, saya sokonglah.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Okay, Seri Menanti, thank you aa.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan ADUN Seremban Jaya, mengenai hutang, berapakah hutang Kerajaan persekutuan, ni selalu orang suka tanya berapa hutang Kerajaan Negeri kepada kerajaan persekutuan. Ni soalan dia, berapakah hutang Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sembilan, jika ada. Jika ada, bagaimana ia dilunaskan?

Dato’ Dipertua, secara teknikalnya, Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai apa-apa hutang dengan Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan melalui pesejuruh, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan mempunyai tunggakan bayaran premium yang, tanah yang masih belum dijelaskan sejumlah 2.208 bilion. Jumlah tunggakan premium terbesar ialah pemberimilikan tanah lapang sasar Kementerian Pertahanan di Gemas ber, sejumlah 2.162 bilion.

Beberapa siri perbincangan melibatkan pelbagai peringkat telah diadakan dengan Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Menteri Kewangan dan pegawai-pegawai kedua-dua belah pihak sejak tahun 2018. Status terkini dimaklumkan

bahawa Kementerian Pertahanan dalam penyediaan Kertas Jemaah Menteri untuk kelulusan Kabinet. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Seterusnya saya pergi kepada soalan berikutnya, Sungai Lui.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 3.

Yang Dipertua Dewan

Siapa ni? Kacau betul.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, dan terima kepada Sungai Lui di atas pertanyaan berkaitan dengan usaha yang dibuat oleh kerajaan, perancangan kerajaan dalam program usahaniaga khususnya di kalangan belia dan beliawanis yang berada di kawasan luar bandar terutama kampung-kampung.

Dato’ Yang Dipertua, terdapat banyak inisiatif Kerajaan Negeri di dalam bajet atau belanjawan 2022 yang mengambil tema mendaya upaya ekonomi rakyat, yang menjurus ke arah untuk membantu belia dan beliawanis dalam program usahaniaga. Sudah pasti antara yang paling mendapat sambutan adalah Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) di mana Kerajaan Negeri memberikan geran sebanyak 3,000.00 ringgit kepada usahawan belia yang layak bagi tujuan meningkatkan kapasiti dan keupayaan perniagaan sedia ada, yang kita sasarkan kepada penjaja dan peniaga kecil dengan dana sebanyak 3 juta ringgit. Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa Tabung Pembangunan usahawan (TUNS) ini telah masuk pelaksanaannya bagi tahun yang ketiga.

Begitu jugak dengan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus (TUNS Plus). Di mana kesemua inisiatif ini, di mana yang berkaitan dengan TUNS Plus ini kita memberikan pinjaman mudah tanpa faedah antara 5,000.00, 10 ribu dan 15 ribu dengan maksimum tempoh pembayarannya sebanyak, selama 5 tahun. Dengan jumlah dana yang diperuntukkan ialah sebanyak 3 juta ringgit. Dan di kalangan usahawan-usahawan ini sudah pasti yang paling ramai yang mengambil manafaat adalah usahawan belia.

Di samping itu jugak, bagi belia-belia yang terlibat dengan pertanian, kita jugak mempunyai inisiatif di bawah bajet 2020 di mana kita memberikan apa yang disebut sebagai siswazah tani INSIST9 sebanyak 5,000.00 ke 10 ribu kepada sisiwazah yang tiada pekerjaan tetapi terlibat dalam sektor pertanian. Bagi petani-petani muda yang tidak

mempunyai ijazah tetapi berminat dalam pertanian, kita ada inisiatif petani muda yang juaak memberikan bantuan 5,000.00 hingga 10 ribu setiap orang, dengan dana yang diperuntukkan sebanyak 500 ribu.

Di samping itu jugak, bagi belia-belia di peringkat kampung, di kawasan luar bandar, mereka jugak boleh menjalankan aktiviti bagi memperkasakan kemahiran mereka dalam bidang usahaniaga ini terutama kalau mereka nak belajar tentang business online, perniagaan atas talian, mereka jugak boleh menganjurkan kursus-kursus di mana Kerajaan Negeri memperuntukkan 1.3 juta kepada 433 MPKK supaya mereka boleh memanafaatkan kursus-kursus yang boleh dianjurkan oleh MPKK di bawah geran aktiviti belia. Dan jugak, kita jugak boleh bekerjasama dengan MPKK di bawah geran aktiviti sebanyak 5,000.00 ringgit dengan jumlah keseluruhannya sebanyak 2.1 juta ringgit.

Manakala bagi sepanjang tahun 2021, Kementerian Belia Dan Sukan melalui Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan telah melaksanakan berbagai program serta kursus usahawan belia dalam usaha membantu golongan belia yang terjejas akibat COVID-19, yang mana antaranya:

i. Kursus Asas Usahawan ii. Program Y – Career Business Online iii. Kursus Penjenamaan Dan Pelabelan Produk

Bagi tahun 2022, pihak Kementerian Belia Dan Sukan dalam usaha menyusun atur program-program yang melibatkan usahawan belia khususnya usahawan belia luar bandar. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Paroi. Gemas.

Dato’ Dipertua, nak soalan tambahan. Nak, saya nak bertanyalah, adakah akademik menebar roti canai tu termasuk dalam kategori yang akan dapat bantuan? Akademik menebar roti canai yang diumumkan sebelum ini, adakah dia termasuk dalam satu ruang untuk dalam program usahaniaga yang boleh kita bantu? Terima kasih.

Terima kasih kepada Sungai Lui yang bertanya tentang usaha Kerajaan Negeri ataupun melalui Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan. Untuk kita memberikan ilmu tentang penghasilan produk yang saya kira dianggap sebagai produk yang tidak ada nilai komersial tetapi sebenarnya ianya merupakan suatu bidang yang mendapat sambutan di peringkat antarabangsa. Banyak restoran-

restoran terkemuka di Singapura bahkan ada yang di negara-negara Arab yang mereka berminat untuk mendapatkan chef ataupun mereka yang mahir dalam menyediakan roti canai ini.

Sepatutnya kita berasa bangga sebagaimana negara-negara seperti Jepun, mereka mempunyai akademi sushi di Tokyo ya, khusus bagi mengajar anak-anak muda yang minat dengan sushi di, di, diajar di akademi sushi. Begitu jugak kalau di Korea, mereka ada akademi kimchi ya, yang khusus mengajar mereka. Walaupun kimchi tu hanya bersifat seperti jeruk sayur, tetapi mereka tetap berbangga dengan adanya produk-produk yang telah mendapat sambutan di seluruh dunia, dan berbangga dengan orang kata anak-anak di dunia lain, di negara-negara lain jugak berminat untuk makan produk-produk daripada negara-negara luar.

Jadi begitu jugak hasrat saya untuk melihat bagaimana produk Malaysia, roti canai ini jugak boleh kita tingkatkan prestasi ataupun dikenali di seluruh dunia melalui usaha kita untuk mengajar lebih banyak anak-anak muda di Negeri Sembilan ini mempunyai kemahiran. Bukan sekadar menebar roti canai, tetapi bermula daripada penyediaan doh roti canai dan jugak menebar, menyediakan kuah-kuah yang sesuai, kari dan sebagainya, dal dan sebagainya. Begitu jugak untuk memberikan penambahbaikan dari segi orang kata perasa-perasa yang baru, kita masih orang kata roti canai sekarang ni ada yang ditambah cheese ya, saya yakin Dato’ Yang Dipertua mungkin kena cuba ni. Roti canai cheese di mana mereka letak cheese dan jugak dah jadi macam pizza pulak ya. Jadi banyak penambah-penambahbaikan yang boleh kita ajar di, di kursus-kursus yang melibatkan roti canai yang akan kita bekerjasama dengan Kolej Akademi Yayasan Negeri Sembilan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Tak ada ya. Seterusnya saya persilakan Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan pertama.

Terima kasih kepada ADUN Mambau yang bertanyakan soalan berkaitan pemberian vaksin COVID-19, PICKids. Dato’ Yang Dipertua, Program PICKids di Negeri Sembilan telah dimulakan pada 3 Februari 2022 dan sehingga 20 April 2022, pemberian vaksin dos pertama di bawah PICKids adalah sebanyak 53,752 dos telah diberikan bersamaan dengan 45.9% daripada

keseluruhan kanak-kanak yang didaftar iaitu 117,200 mengikut data daripada Jabatan Statistik Malaysia.

Dan kalau mengikut daerah setakat 5 April 2022, untuk Jempol sebanyak 1,523 dos telah diberikan, untuk Jelebu – 1,523 dan untuk Jempol – 3,939 dos, untuk Kuala Pilah – 3,230 dos telah diberikan, Port Dickson – 5,694 dos telah diberikan, Rembau – 2,067 dos telah diberikan, untuk Seremban – 31,030 dos telah diberikan dan untuk Tampin – 2,812 dos telah diberikan. Terima kasih.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua, berkenaan dengan pemberian vaksin COVID-19, COVID-19 juga. Soalan tambahan macam ni, adakah suntikan dos keempat vaksin COVID-19 akan dilaksanakan kepada orang awam di Negeri Sembilan pada masa terdekat? Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Mam, haa ni Mambau, nombor 3 pun tak perlu, nombor 4 lagi tak perlulah.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

EXCO ke? EXCO jawab dululah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Terima kasih kepada Dato’ Speaker. Terima kasih kepada ADUN Mambau yang bertanyakan sama ada dos keempat akan dilaksanakan atau tidak. Dato’ Speaker, buat masa ini KKM memberikan dos penggalak iaitu dos ketiga. Ia adalah satu dos yang tidak diwajibkan tetapi digalakkan kepada orang ramai untuk menerima dos penggalak ini. Dan kalau kita lihat dari segi pencapaian Malaysia setakat hari ini, dos, 68% telah menerima booster. Dan kalau kita lihat untuk Negeri Sembilan, pencapaian untuk dos ketiga adalah sebanyak 79.9% setakat 20 April 2022. Dan setakat ni tidak ada apa-apa arahan diterima daripada KKM berkaitan dengan dos keempat. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Tak tahulah, kawan saya mati lepas ambil booster. Penggalak yang ketiga. Okay. Seterusnya kita pergi kepada Linggi.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan pertama.

Yang Dipertua Dewan

Soalan nombor 1 ya. Haa, Veerapan.

Terima kasih kepada ADUN Linggi yang bertanyakan berkaitan dengan pencemaran sungai. Dato’ Yang Dipertua, Jabatan

Alam Sekitar Negeri Sembilan mengambil perhatian serius berhubung masalah pencemaran terhadap Sungai Linggi. Aktiviti yang boleh menyumbangkan kepada kekotoran sungai di antaranya berpunca daripada aktiviti kerja tanah.

Jabatan Alam Sekitar menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Kawalan aktiviti kerja tanah di bawah JAS adalah aktiviti-aktiviti di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) 2015 (EIA). Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan akan memastikan semua syarat EIA dipatuh sepenuhnya. Manakala kawalan pelepasan efluen ke sungai dari pihak industri dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 juga bertujuan untuk mengawal aktiviti penjanaan buangan terjadual yang terhasil daripada premis industri sehingga ia dilupuskan di premis yang dilesenkan oleh JAS. JAS sentiasa memantau premis-premis yang menghasilkan buangan terjadual melalui aktiviti penguatkuasaan secara berterusan.

JAS turut menjalankan aktiviti rondaan untuk memantau sungai-sungai di Negeri Sembilan supaya tidak dijadikan tempat pelupusan haram buangan. JAS tidak mengawal pencemaran terhadap sampah yang dibuang ke dalam sungai. Untuk makluman, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah melantik perunding bagi Kerja-Kerja Rekabentuk Terperinci Bagi Membina Logboom Dan Perangkap Sampah Serta Kerja-Kerja Berkaitan Sungai Linggi, Daerah Seremban. Tender dijangka akan diiklankan pada bulan April tahun 2022.

Selain daripada itu, kerja-kerja penyelenggaraan struktur perangkap sampah di Sungai Temiang juga akan mula dilaksanakan dalam bulan Mac 2022. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Repah.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua, berkenaan sungai tu. Sungai Temiang dalam kawasan DUN Lobak tu.

Soalan tambahan daripada saya.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Berkaitan?

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Berkaitan itu sungai.

Saya punya soalan.

Yang Dipertua Dewan

Linggi, bagi Linggi dulu, Linggi dulu.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Okay.

Yang Dipertua Dewan

Bagi Linggi dulu, Linggi pasal apa?

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas jawapan yang, terima kasih atas jawapan yang diberikan. Kalau, kalau kita lihat soalan asal saya, saya ada mengaitkan pencemaran ni dengan berlakunya banjir ya. Jadi daripada jawapan yang diberi tadi ada 2 perkara yang saya nak bangkitkan.

Pertamanya tadi dimaklumkan bahawa Alam Sekitar tidak bertanggungjawab terhadap aktiviti, mengawal selia ataupun aktiviti pembuangan sampah dalam sungai. Betul ya? Betul ya? Baik. Kalau itu, saya nak dapatkan pencerahan daripada kerajaan, siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan itu tidak berlaku? Kerana pembuangan sampah dalam sungai ni merupakan salah satu faktor utama mengapa banjir berlaku. Bila banyak sampah terperangkap, sedimen di dalam sungai jadi, dah jadi, jadi cetek dan kemungkinan banjir itu, risikonya bertambah tinggi.

Keduanya, saya nak tanya, adakah Kerajaan Negeri sekarang ini ada membuat kajian ataupun ada membuat ramalan betapa kita sedia ambil maklum tentang, tentang climate change yang disebut oleh Chennah, dan juga global, global warming ataupun pemanasan global yang berterusan sekarang ini, kerana saya percaya paras laut makin tahun akan makin tinggi. Jadi bila paras laut makin, makin lama, makin tahun makin tinggi dan kita ni Semenanjung, maksud dia, keliling kita laut. Dan antara punca mengapa selalunya banjir di kawasan kita ni, kerana bila air laut pasang, lepas tu bila darat hujan, jadi kita akan, akan banjir. Jadi adakah kerajaan sekarang ni telah ada kajian tentang, mungkin 10 tahun, mungkin berbelas tahun akan datang, berapa ketinggian paras air laut ini dan macam mana dia akan menjejaskan negeri kita khususnya di pantai PD di mana banyak hotel-hotel di, di pantai itu? Terima kasih Dato’ Dipertua.

Terima kasih kepada ADUN Linggi yang bertanyakan soalan tambahan tadi ya, berkaitan dengan bidang kuasa, berkaitan dengan banjir tersebut. Apa yang saya maklumkan tadi adalah

berkaitan bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar adalah kepada peraturan-peraturan di bawah Jabatan Alam Sekitar. Tapi untuk sampah yang, seperti yang dikatakan tadi yang mengakibatkan banjir ini, kita lihat memang sikap manusia ni membuang sampah di merata-rata tempat dan juga ia masuk ke sungai dan akhirnya berlaku banjir disebabkan oleh sampah tersebut. Dan itu sebabnya Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran telah mengambil tindakan untuk melaksanakan logboom dan juga perangkap sampah supaya sampah-sampah yang masuk ke sungai ni dapat dibersihkan dan seterusnya dapat mengelakkan banjir pada masa hadapan.

Selain dari itu, tadi juga dibangkitkan berkenaan dengan perubahan iklim. Dan kita ambil maklum, dan Kerajaan Negeri akan membuat kajian terhadap perkara tersebut. Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, mengenai apa, kajian ya, sebenarnya kajian tersebut dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian KASA ya, Kementerian Alam Sekitar Dan Air. Dan kajian tersebut adalah merupakan polisi kerajaan, polisi Kerajaan Persekutuan tentang climate change. Saya harap bahawa ini dapat dibuat ke seluruh negara dan apabila dapat, kita akan mengambil tindakan-tindakan yang sepatutnya bagi pihak Kerajaan Negeri. Itu untuk climate change.

Dan yang keduanya mengenai sampah ya, tadi. Sebenarnya tadi yang dikatakan oleh YB EXCO memang tepat kerana kita sekarang bermula di Daerah Seremban supaya sampah-sampah tidak turun ke Sungai Linggi ya. Kita buat di Seremban supaya sampah daripada Seremban tak turun ke Sungai Linggi. Cuma kita sekarang menghadapi masalah apabila air sungai yang daripada Melaka ya. Jadi itu sedang buat, kita dibuat kajian oleh JPS untuk melihat sama ada sampah tersebut daripada Melaka ataupun daripada Seremban. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua.

Dia, kejap ya, mintak maaf. Kalau faham saya tadi, seolah-olah pembuangan sampah ke dalam sungai ini, satunya tiada dalam bidang kuasa, bidang kuasa Alam Sekitar. Saya nak tanya, adakah pembuangan sampah ke dalam sungai ni satu kesalahan atau tidak? Kalau satu, kalau belum lagi satu kesalahan, saya cadangkan supaya kita buat undang-undang menjadikan ianya satu kesalahan

supaya ia tidak berterusan dan siapa yang melakukannya akan di, dihukumlah.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay, saya jawab, membuang sampah adalah suatu kesalahan. Apa jua sampah, buang di dalam sungai ke, buang mana-mana adalah satu kesalahan, di bawah Majlis ada, ada, ada, ada denda dia. Kalau, ada kompaun dia. Kalau di bawah SWCorp ada denda dia ya. Jadi membuang sampah memanglah satu kesalahan dan saya mohon kepada rakyat Negeri Sembilan supaya tidak membuang sampah ya, sama ada di mana-mana tempat ya, di Seremban Jaya yang dimaklumkan daripada semalam, dan di mana-mana tempat, tolong jangan buang sampah kerana kita berharap bahawa ini dapat mendisiplinkan masyarakat supaya sampah itu dilonggokkan dan dikumpulkan supaya tidak dibuang di merata tempat. Dan akan merosakkan pemandangan dan merosakkan masalah dan mendatangkan masalah yang lain kepada mereka yang duduk berhampiran kawasan tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua, perkara yang sama. So di kawasan ni, Sungai Temiang, di kawasan DUN Lobak, memang kami kerjasama dengan penduduk tempatan sampah buang di sungai tu, memang kurang. Tapi saya nak tanya tu, kerajaan ke atau penguatkuasa sejak ini berapa notis atau yang saman dikeluarkan oleh pihak penguatkuasa? Selain tu, saya pun nak mohon kerajaan membantu kerana bantuan DUN saja tak cukup, dari P56, kerana NGO sekarang sedia membuat program enzime untuk membersihkan air sungai. So kami harap kerajaan mungkin dengan kerjasama JPS, atau MBS, buat itu program dengan besar-besar sekali untuk men, mendidik penduduk atau budak-budak sekolah supaya mengambil bahagian program membuat enzime. Enzime tu untuk membersihkan air sungai. So kami harap Kerajaan PH atau berikan satu peruntukan untuk bertambah baik untuk NGO membe, membesarkan program yang tersebut. Terima kasih.

Terima kasih kepada soalan tambahan yang ditanya oleh ADUN Lobak. Dato’ Yang Dipertua, sebenarnya memang kita di bawah Jabatan Alam Sekitar memberi kesedaran kepada orang ramai berkaitan bagaimana kita menjaga sungai kita. Sebab sungai ini adalah punca air untuk minuman. Dan kita harus menjaga sungai kita dengan baik. Jadi memang kita ada buat program-program bersama dengan sekolah dan juga program dengan NGO untuk menjaga sungai kita di Negeri Sembilan ni. Dan saya juga ambil maklum berkenaan cadangan yang diutarakan oleh ADUN Lobak. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang bertanya dan terima kasih kepada EXCO-EXCO dan Menteri Besar yang telah menjawab. Masa kita dah terlebih sebenarnya ya, tak apalah, hari ini. Dan kita tamatkan di sini untuk soalan lisan. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan secara bertulis ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagaimana yang saya janjikan pagi tadi, berkaitan dengan “Program Jom Baca Bersama 10 Minit”, kita lancarkan, yang dilancarkan pada hari ini di, maka Dewan dengan ini meluangkan masa sebentar selama 10 minit ya, untuk semua ahli Yang Berhormat membaca sebarang bahan bacaan atau rujukan yang sesuai. Jadi, kita mula sekarang selama 10 minit, ambil bahan bacaan yang mana-mana ada untuk kita menghormati supaya kempen membaca 10 minit. Dipersilakan.

[Mesyuarat ditangguhkan selama 10 minit]

Yang Dipertua Dewan

Ya, terima kepada semua yang telah memberi sokongan, dan sekarang kita masuk ke agenda seterusnya. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ADUN-ADUN yang telah mengambil bahagian, dan pada yang, EXCO, dan Yang Berhormat Menteri Besar telah menjawab soalan-soalan berkaitan, hadiran yang dihormati sekalian.

Usul Pertama — Sambungan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan DirajaMotion

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan DiRaja telah pun tamat semalam dan semua ahli Yang Berhormat telah pun mengambil bahagian ya. Seterusnya saya mempersilakan pihak kerajaan untuk menjawab.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bala, bahagian dalam perbahasan dan menyentuh perkara-perkara yang berkenaan dengan portfolio saya; Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan juga Kampung Baru.

Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat Jeram Padang ada memohon pen, penjelasan mengenai jaminan kepada pemilik rumah baru dari sudut perundangan untuk rumah-rumah yang mengalami lantai, dinding dan struktur bangunan selepas 10 tahun mendiami kediaman tersebut terutamanya di Taman Desa Puteri, Bahau. Untuk makluman Yang Berhormat Jeram Padang, di bawah Akta Pemajuan Perumahan atau Housing Development Act (HDA), akta ini adalah untuk melindungi kepentingan pembeli hartanah kediaman dalam pasaran utama dari pemaju untuk jangka masa yang tertentu. Tempoh Liabiliti Kecacatan (Defect Liability Period) atau DLP adalah 24 bulan bermula dari tarikh menerima kunci. Jika terdapat sebarang keretakan, kebocoran atau kecacatan pada hartanah baru, pembeli mempunyai sehingga 2 tahun untuk melaporkannya kepada pemaju untuk diperbaiki tanpa sebarang caj.

Yang, okay, seterusnya Yang Berhormat Sungai Lui telah pun membangkitkan UDA Holdings …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, I just want to get it ….

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ya silakan.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. sorry. Structure default defect macam mana, kalau lantai okaylah. Tapi yang structure itself ada tak apa-apa jaminan?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Seperti apa yang saya telah pun jelaskan tadi, sebenarnya saya pun berasa simpatilah terhadap pemilik-pemilik rumah di situ. Cuma kalau dari segi undang-undang, dia memang 2 tahun sahaja, warrantee mereka. Jadi saya rasa dalam perkara ini mungkin di peringkat Kerajaan Pusat kita perlu mengubah akta yang sedia ada supaya pembeli-pembeli ini kita dapat pertahankan hak mereka. Cuma setakat ini kalau dari segi undang-undang memang, memang tak bolehlah, tak boleh buat apa-apa sebab dah lebih daripada warrantee tersebut.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Saya mintaklah Yang Berhormat Bahau, selaku ahli EXCO Bahagian Perumahan menulis surat kepada Kerajaan Pusat-lah untuk mintak, kerana kalau ada apa ni, kerosakan pada structure itself macam bumbung tu, saya berharap ia dipertimbangkan untuk lanjutan jaminanlah.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay, terima kasih. Saya mengambil maklumlah dan saya akan bawak perkara ini kepada Menteri yang berkenaanlah.

Harap-harapnya kita dapat laksanakan sesuatu untuk kita sama-sama pertahankan kepentingan penduduk kita.

ADUN Sungai Lui ada membangkitkan isu yang berkenaan dengan UDA Holdings akan membantu membina bangunan secara CSR untuk Koperasi Penjawat Awam, Jelebu. Mohon Majlis Daerah Jelebu untuk bantu. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, Sungai Lui ada? Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Lui, saya rasa secara ringkasnya permohonan, permohonan UDA Holdings tersebut dia tidak memenuhi syarat-syarat yang telah pun ditetapkan oleh OSC dan juga JKR. Dan walau bagaimanapun, pihak Majlis Daerah Jelebu, kita sedia untuk kerjasamalah. Cuma saya rasa perkara yang paling penting perlu pastikan UDA Holdings itu dia dapat memenuhi apa-apa syarat yang telah pun di, disyaratkanlah, di dalam permohonan tersebut. Saya harap saya dapat menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Lui.

Yang seterusnya, ni kembali kepada Yang Berhormat Jeram Padang. Mengenai pembinaan, mengenai isu pembinaan rumah mesra rakyat di belakang Taman Rasa Sayang, Bahau yang telah pun menyebabkan banjir. Untuk makluman Yang Berhormat Jeram Padang, setakat ini tak ada projek pembinaan rumah mesra rakyat. Cuma banjir kilat di kawasan tersebut dia berpunca daripada kadar hujan yang terlalu tinggi serta terdapat limpahan air di kawasan bukit sekitar taman. Paras air Sungai Bahau yang melimpah ketika itu menyebabkan air backflow ke kawasan taman perumahan. Sungai, dia itu, di, yang berdekatan dengan Sungai Bahau-lah, Taman Cempaka, Taman Melati dan juga Taman Rasa Sayang, Bahau.

Satu lagi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jeram Padang adalah mengenai isu penutupan jalan ke kuil di Kampung Ladang Geddes. Untuk makluman Yang Berhormat Jeram Padang, Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol telah menerima aduan daripada pihak Kuil Maha Mariamman, pemilik tanah dan MPKK. Hasil semakan mendapati kuil ini terletak di atas tanah lot 40008 Pekan Ladang Geddes yang merupakan tanah milik. Jalan masuk ke kuil sedia ada berada di atas tanah lot 40011 Pekan Ladang Geddes. Dan pemilik tanah ingin menutup jalan tersebut. Memandang tanah terlibat adalah tanah milik, dan sebarang pertikaian di atas tanah milik adalah di luar bidang kuasa Pentadbir Tanah Daerah. Pihak bertelingkah dinasihatkan supaya merujuk isu tersebut ke Mahkamah Tinggi Malaya. Merujuk kepada permohonan bina baru jalan di atas rizab jalan berhampiran, permohonan telah dimajukan kepada Bahagian Pembangunan, Pejabat Daerah Jempol dan akan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan dan peruntukan berkaitan. Dan sedikit maklumat tambahan kepada Yang

Berhormat Jeram Padang. Sebenarnya sejak perkara itu berlaku, MPKK telah pun menghubungi Pejabat Daerah dan setakat ini saya difahamkan kedua-dua pihak telah pun mencapai persetujuan di mana setakat ini mereka tidak akan tutup jalan tersebut. So setakat ini, memang masih boleh digunakanlah jalan tersebut untuk akses ke kuil.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Just nak sekali lagi, nama, pengesahan saja, Dato’ Yang Dipertua, adakah kuil itu letak di atas tanah persendirian, confirm?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Kalau ikut apa yang termaktub di dalam jawapan ini, dia berada di atas tanah milik. Berada di tanah milik. Terletak di atas Lot 40008, Pekan Ladang Geddes. Mungkin nanti saya kongsikan jawapan inilah kepada Yang Berhormat.

Seterusnya juga daripada Yang Berhormat Jeram Padang, Yang Berhormat Jeram Padang memberi, Yang Berhormat Jeram Padang memang satu apalah, pencinta haiwan, pencinta nyawa yang sentiasanya memperjuangkan nasib haiwan. Dan bagi saya, saya juga amat menghargailah se, sebarang cadangan dan juga pandangan daripada beliau kerana dari segi kerajaan untuk mengendalikan isu haiwan terbiar ini, memang bukan salah satu perkara yang senang. Saya rasa kita semua sedia maklum dan ini bukan kali pertamalah kita menceritakan isu haiwan terbiar, tak kira lembu, anjing, kucing dan sebagainya. Cuma apa yang kita boleh pastikan, kita cuba sedaya upaya untuk memastikan kita tidak menggunakan cara put to sleep.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jawapan yang saya terima daripada Majlis Bandaraya Seremban pun, tadi jawapan tersebut telah pun menyatakan setakat ini kita memang tidak menggunakan cara put to sleep. Kita serahkan anjing yang telah pun diselamatkan ataupun ditangkap itu, kita serahkan kepada NGO dan NGO itu mereka akan simpan anjing tersebutlah. Jadi, saya rasa Yang Berhormat Jeram Padang dalam perkara ini kita perlu bersama.

Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya apabila berlakunya penangkapan-penangkapan anjing terbiar, kebiasaannyalah kalau ada isu-isu yang timbul, sudah tentunya Yang Berhormat Jeram Padang akan menghu, menghubungi saya secara peribadilah. Dan saya boleh katalah, setiap kali Yang Berhormat Jeram Padang menghubungi saya, tak pernah satu kali saya miss untuk berkomunikasi dengan beliau. Dan kita sama-sama selesaikan masalah itu. Cuma ….

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Terima kasih, terima kasih banyak-banyak. Memang, memang Yang Berhormat Bahau ni sentiasa menjawablah, respons pada dengan ni …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Cuma saya rasa apa yang kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri dan juga PBT adalah kita bukan senangnya untuk mendapatkan tanah. Saya rasa ada Yang Berhormat yang mencadangkan supaya kita gunakan, Yang Berhormat Port Dickson tak ada, dia mencadangkan kita menggunakan tanah di bawah pencawang elektrik. Cuma kalau tanah-tanah di bawah pencawang elektrik itu, kalau setakat tanaman kontan, itu okay. Kalau untuk sebagai tempat untuk simpan haiwan, dia memang kurang sesuai. Tempat simpan haiwan itu kita perlu memastikan tapak yang disediakan itu, dia perlu adanya infra untuk memastikan kita dapat melindungi haiwan bukan setapaknya, bukan setakat tanah, tetapi kita perlu memagarnya, perlu adanya struktur-struktur untuk melindungi mereka. Jadi ini sesuatu cabaran kepada Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, saya rasa dalam 4 tahun ni, kita telah pun melaksanakan apa yang terbaik. Kalau pada masa dahulu, NGO se, selalu, selalu mengutarakan pelbagai cadangan, pandangan tetapi kita mengambil kira apa, segala pandangan mereka dan kita telah pun bekerjasama dengan mereka untuk menyelesaikan isu haiwan liar.

Cuma memang setakat ini memang banyak aduan, banyak ahli Yang Berhormat telah pun menyatakan masalah ini di dalam Dewan yang mulia ini. Dan saya mohon supaya pihak PBT ketika mengambil tindakan, kita cuba mengambil tindakan dengan cara yang berhemah. Dan saya juga berterima kasihlah kepada semua PBT yang telah pun mengambil tindakan. Kerana memang bukan sesuatu yang senang di-handle. Kalau ada sesiapa-sesiapa yang digigit saya, saya sendiri ataupun YB Nicole yang melawat mereka di hospital, kita dimarah oleh ahli keluarga mereka. Tetapi ketika kita tangkap pula, kita di, dimarah ataupun di, dimakilah oleh, oleh pihak-pihak yang, yang cinta kepada haiwan.

Walau bagaimanapun, saya rasa pada hari ini sekurang-kurangnya saya boleh menyatakan di Negeri Sembilan, sekurang-kurangnya kita telah pun mencapai satu keadaan di mana win-win situasi telah pun kita telah wujudkan dan ada kerjasama daripada pihak kerajaan, saya sendiri dengan, dengan pelbagai apa, pandangan, cadangan daripada pihak pembangkang khususnya daripada Yang Berhormat Manickam, kita berharaplah perkara ini kita dapat selesai dengan bersama-sama.

Yang seterusnya Yang Berhormat Chembong, okay, Yang Berhormat Chembong, untuk makluman Yang Berhormat Chembong, kontraktor yang tersebut merupakan, nama dia Gemencheh Granite, Gemencheh Granite. So Pihak Berkuasa Negeri telah pun melantik Gemencheh Granite bagi menaik taraf jalan dan longkang di kawasan-kawasan perumahan terpilih di Daerah Rembau berdasarkan kemampuan kewangan dan perka, kepakaran mereka. Keseluruhan projek di Daerah ra, Rembau dibiayai melalui peruntukan MARRIS.

Ini juga daripada yang Berhormat Chembong, yang mengenai kerja-kerja, kerja-kerja meroboh binaan semas, semasa penggantian longkang. Kerja-kerja penggantian dan menaik taraf longkang adalah berdasarkan keperluan semasa bagi menggantikan jenis longkang yang dibaiki, jenis longkang yang lebih baik serta selaras di semua kawasan. Kebanyakan binaan yang dirobohkan adalah binaan yang didapati mengganggu kerja-kerja penggantian selain merupakan binaan yang dibuat tanpa kebenaran ataupun kelulusan Majlis Daerah jembau, Daerah Rembau.

Dan seterusnya kejadian tebing runtuh berkenaan di Taman, di jalan TSJ, Taman Seri Rembau Fasa 1. Kejadian tebing run, runtuh berlaku pada 18 Mac pada tahun ni, selepas pihak kontraktor melaksanakan pengorekan longkang asal. Berdasarkan siasatan lanjut, perkara ini terjadi bukan kerana kecuaian kontraktor tetapi keadaan tebing yang lama dan tidak lagi kukuh. Pihak kontraktor telah pun mengambil tindakan awal bagi mengelakkan runtuhan lebih teruk. Kontraktor juga telah melaksanakan pembaikan segera dan telah selesai 100%.

Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin Dato’ Dipertua …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ya, ya, ya sila, sila.

…. untuk buat sedikit pencerahan dan jugak mohon penjelasan, Dato’ Yang Dipertua. Tentang tebing runtuh di perumahan Taman Seri Rembau tersebut, dia ada 2 Dato’ Yang Dipertua. Satunya adalah disebabkan kontraktor korek longkang dan tebing runtuh. Kes ini telah diselesaikan oleh pihak kontraktor itu sendiri. Yang saya sebut semalam Dato’ Yang Dipertua, adalah bencana, tebing runtuh yang disebabkan oleh bencana pada hujung tahun lepas, yang disebut semalam, Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Gambar yang hantar kat saya tu ke?

Haa gambar yang saya hantar kat Dato’ Dipertua tu. Sehingga semalam belum dibuat lagi, saya, saya rasa kurang apa tu, pemahaman daripada EXCO Kerajaan, Perumahan, Tempatan Dato’ Dipertua. Itu pertama …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay, terima kasih.

Keduanya Dato’ Yang Dipertua, saya mohon sedikit pencerahan.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ada lagi, sila, sila.

Saya mohon ya, tentang peruntukan ganti longkang di taman-taman perumahan di Daerah Rembau. Saya mohon semalam penjelasan apa rasionalnya peruntukan tersebut disalurkan terus kepada kontraktor tersebut? Dan kenapa ianya tidak disalurkan kepada PBT ataupun Majlis Daerah, Dato’ Dipertua? Itu maksud saya. Adakah disebabkan ketidakmampuan staf-staf Majlis Daerah dan sebagainya? Itu, itu persoalan saya semalam. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Dipertua, saya mohon sedikit penjelasan daripada Yang Dipertua berkaitan dengan sesi penggulungan ni. Sepatutnya saya cadangkan supaya sesi penggulungan ni tidak ada soalan-soalan tambahan lagi. Nanti berapa kali nak gulung. Dah gulung, lepas tu gulung lagi, gulung, jadi supaya proses ini berjalan dengan lancar …..

Yang Dipertua Dewan

Tak, tak, tak. Itu bukan soalan tambahan, kena faham. Dia ….

Yelah, tapi ada gangguan …..

Yang Dipertua Dewan

…. itu bukan soalan tambahan. Duduk, duduk, duduk.

Saya cadangkan supaya …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk, duduk, sila duduk.

….. dibuat penjelasanlah supaya …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk.

….. ada peraturan yang …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk.

….. jelas.

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk. Dengar saya cakap dulu. Saya bercakap, awak bercakap. Sebenar tadi tu bukan, saya ingat bukan, bukan, bukan, bukan apa, soalan tambahan. Dia nak dapat kepastian jawapan tadi tu. Sama tempat tadi, tempat yang disebut ke atau lain. Sebab yang disebut tadi, jawapan tadi nak, ini bencana banjir, mungkin nak dapat penjelesan. Okay, teruskan Teo.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih pencerahan daripada Yang Berhormat Chembong tadi. Okay, isu berkenaan infra, dia sebenarnya di bawah portfolio Menteri Besar. Dan selepas ni saya rasa Yang Amat Berhormat Menteri yang, beliau akan jawab. Dan, dan mengenai apa yang telah diperkatakan Yang berhormat Chembong, so dia ada 2 tempat runtuh kan. Satu Lorong 12 TSR.

Lorong 11.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Lorong 11, okay, lorong, yang, apa yang saya dimaklumkan Lorong 12 TSR dan juga Lorong 44. Betul tak?

[percakapan secara off mic]

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay tak apa Yang Berhormat. Untuk perkara ini nanti saya bagi jawapan secara bertulislah.

Tak payah bagi jawapan pun tak apa, tapi yang, yang saya mohonkan ambil tindakan …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ya.

….. tindakan ya. Sebab dari bulan 12 Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay tak perlu bimbang, kita akan usahakan. Okay, terima kasih Yang Berhormat Chembong.

Okay, Yang Berhormat Temiang, Yang Berhormat Temiang telah pun mengutarakan isu berkenaan isu takung, isu kolam takungan banjir

Taman Bukit Sarimban. Untuk makluman Yang Berhormat Temiang, kolam takungan Taman Bukit Sarimban masih di bawah tanggungjawab pemaju iaitu Eng Han Property Sdn. Bhd. dan belum serah kepada JPS. Pihak Majlis akan mengarahkan pihak pemaju untuk membuat penyelenggaraan.

Okay ini mengenai Permit Dinding Sesekat. Untuk makluman Yang Berhormat Temiang, Permit Dinding Sesekat mula dikuatkuasakan di Seremban pada tahun 2016 bagi menggantikan pelan-pelan yang sepatutnya dikemukakan oleh pihak perunding bagi pemohon yang ada membuat ubahan/tambahan dalam premis mereka. Kita mendengarlah apa, segala pandangan dan juga cadangan daripada Yang Berhormat Temiang. Dan Majlis Bandaraya Seremban akan lihat dalam perkara ini. Dan kita akan cuba mempermudahkan proses dan juga kita akan cuba lihat macam mana kita dapatkan mengurangkan beban dari segi pemohon.

Okay Yang Berhormat Lobak mengenai peng, penyerahan geran kepada Badan Pengurusan Bersama ataupun Perbadanan Pengurusan. Kerajaan Negeri telah meluluskan inisiatif geran kepada Badan Pengurusan Bersama ataupun Perbadanan Pengurusan di bawah belanjawan tahun 2022. Sebanyak 221 JMB ataupun MC akan menerima geran sebanyak 5,000.00 ringgit. Tindakan penyelarasan dan gerak kerja telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya Seremban. Peruntukan akan disalurkan kepada MBS sebelum diagihkan kepada semua JMB ataupun MC yang terlibat. Sesi penyerahan geran dijangka akan diadakan pada bulan penghujung Mei pada tahun ini.

Ni Yang Berhormat Sungai Lui, permintaan Rumah Mampu Milik di Sungai Lui, Daerah Jempol. Sehingga kini tiada projek perumbahan Rumah Mampu Milik swasta dan kerajaan yang akan dibangunkan di dalam kawasan Sungai Lui. Namun Kerajaan Negeri sedang mengkaji kesesuaian pembinaan rumahan, Rumah Mampu Milik dan rumah sewa beli di beberapa lokasi yang mempunyai tapak yang sesuai di Negeri Sembilan.

ADUN Chuah memohon penjelasan bilakah Rumah PPR Ladang Tanah Merah akan dijual kepada pemohon dan bila tarikh untuk penyerahan kunci rumah. Yang Berhormat Chuah? Yang Berhormat Chuah tak ada. So nanti saya jawab secara bertulislah kepada Yang Berhormat Chuah.

Okay Yang Berhormat Seri Menanti juga mencadangkan supaya dapat dikenal pasti dan memberi bantuan sewajarnya kepada peniaga kecil yang terjejas pendapatan semasa wabak COVID melanda negara. Untuk makluman Yang Berhormat Seri Menanti, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dengan menyediakan peruntukan dan insentif bagi membantu peniaga-peniaga kecil yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 dengan memberikan bantuan seperti berikut:

 Bantuan khas sebanyak 300.00 seorang secara sekali (one off) kepada peniaga ataupun penjaja tanpa premis dengan peruntukan sebanyak 1.5 juta pada tahun lepas iaitu tahun 2021; dan juga

 Pengecualian sewa gerai dan pasar untuk tempoh 4 bulan pada tahun 2021.

Bagi permohonan Lesen perniagaan pemohon perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak PBT. PBT bersama-sama Ahli Majlis sentiasa turun padang dan membantu mereka yang memerlukan bantuan termasuk para peniaga kecil yang terkesan.

ADUN Linggi, ADUN Linggi ada mengutarakan mengenai isu pengisian rumah pangsa dan Rumah Awam Harga Rendah di Negeri Sembilan. So Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perumahan melaksanakan proses pengisian rumah pangsa dan Rumah Awam Harga Rendah di Negeri Sembilan berdasarkan prosedur dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Prosedur pengisian bagi unit-unit kosong dilaksanakan secara teliti dan pemohon, permohonan yang diterima akan melalui proses saringan tertakluk kepada syarat-syarat yang tertentu. Dan Yang Berhormat Linggi, Linggi ada? Linggi tak ada, dan saya akan apalah, saya bagi jawapan, Linggi ada, okay.

Chuah, Chuah pun sudah kembali ya.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay. Syarat-syarat untuk rumah harga, rumah harga rendah adalah seperti berikut:

 Pemohon dan pasangan mestilah warganegara Malaysia  Berumur 21 tahun hingga 60 tahun  Sudah berkahwin  Tidak pernah memiliki rumah dan sebarang tanah yang di, yang boleh dibina rumah  Pendapatan isi rumah bulanan 700.00 ringgit sehingga 1,500.00 ringgit.

Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perumahan sentiasa komited dalam memastikan pengisian rumah pangsa dan juga rumah harga rendah mematuhi syarat-syarat tersebut.

Untuk makluman, unit-unit yang masih kosong di Rumah Awam Harga Rendah Negeri Sembilan kini sedang dalam perhatian dan tindakan oleh Unit Penguatkuasaan, Bahagian Perumahan. Selain itu, unit-unit kosong yang telah rosak dan tidak lagi selamat diduduki tidak akan ditawarkan kepada awam dan sedang dalam tindakan pembaikan oleh Kerajaan Negeri.

ADUN Linggi juga ada menyentuh mengenai banyak masalah berkaitan kera, anjing liar dan juga babi hutan. Dan ni saya rasa tadi saya telah pun jawablah ketika saya menjawab apa yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Jeram Padang. Sekiranya ada apa-apa aduan saja, boleh mengadulah kepada, direct menuju kepada PBT yang berkenaan ataupun kepada saya, diri sendiri saya pun tak ada masalah.

Yang Berhormat …..

Dato’ Speaker, Dato’ Speaker, saya tadi, semalam saya ada apa ni, soalan saya tu iaitu berkaitan dengan babi hutan. Walaupun dia di, tengok di alam sekitar kan, tapi dia berlaku …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

PERHILITAN.

….. di, haa, PERHILITAN, alam sekitar ya tak?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

PERHILITAN.

Dia berlaku di kawasan apalah, tamanlah.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ya, ya, ya.

Makna bawah PBT, bawah PBT. Dan, jadi saya punya, saya punya soalan tu masih lagi tadi, belum …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yelah, yelah.

….. jawablah.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

….. samalah, babi hutan ke, haiwan terbiar ke, pihak PBT ataupun jabatan yang berkenaan akan mengambil tindakanlah. Cuma kalau ada tempat yang specific ataupun hotspot mungkin Yang

Berhormat Seri Menanti boleh maklum kepada sayalah nanti. Kita lihat macam mana kita selesaikan. Bukan perkara yang senang, tapi kita cuba usahakanlah. Okay Yang Berhormat Seri Menanti.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mencadangkan hari tu, semalam, supaya dihapuskan kan. Dihapuskan apa tu …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Untuk apa, untuk babi, babi liar …..

Ya, ya, babi liar.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

….. dia SOP, sekarang SOP yang sedia ada memang, memang tidak dibenarkan bunuhlah. Saya rasa kita ada satu, kita telah pun gubal satu akta di Parlimen, dan akta tersebut digubal semasa saya menjadi Ahli Parlimen jugak. So apa-apa tindakan terhadap haiwan ataupun binatang, kita tidak boleh bunuh. Itu sesuatu yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Pusat.

Okay Yang Berhormat Mambau, mengenai pelaksanaan bebas beg plastik. Untuk makluman Yang Berhormat Mambau, penguatkuasaan bebas beg plastik bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik di Seremban dan juga mengubah pemikiran masyarakat bahawa beg plastik adalah bukan sumber percuma, tetapi sumber asasnya adalah daripada petroleum yang sukar untuk dilupuskan. Oleh itu penggunaan beg plastik yang lebih efisyen adalah wajar bagi menjamin kemampanan alam sekitar. Pihak Majlis akan mengambil pendekatan berhemah dalam penguatkuasaan larangan penggunan beg plastik. Pada masa ini, Majlis cuma memberikan notis agar para peniaga meningkatkan kesedaran mereka mengenai larangan ini.

Yang Berhormat Mambau juga mengutarakan mengenai pemasangan palang penghalang di Lot 40795. Pihak Majlis akan mendapatkan nasihat perundangan bagi pemasangan palang penghalang di tanah milik persendirian. Pihak Majlis akan mengambil tindakan sewajarnya setelah mendapat maklum balas yang diperlukan.

Okay Yang Berhormat Seremban Jaya, ada ke? Yang Berhormat Seremban Jaya mengenai kadar sewaan dewan orang ramai Majlis Bandaraya Seremban. Untuk makluman Yang Berhormat Seremban Jaya, kadar sewaan dewan MBS bermula dari harga 50.00 ringgit sejam sehingga 250.00 ringgit sejam. Kadar yang dikenakan telah mengambil kira kos penyelenggaraan dan penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta MBS. Kadar ini juga telah digunapakai

sejak tahun 2015 dan sepanjang tempoh itu, tiada kenaikan dikenakan. Semua dewan kecuali 3 dewan iaitu Dewan Besar MBS, Dewan Perbandaran Nilai dan juga Dewan Komuniti man, Mantau mempunyai kemudahan gelanggang badminton. Kadar sewaan gelanggang kadar sewaan adalah bermula pada kadar 10.00 ringgit sehingga 18.00 ringgit sejam. Antara kemudahan lain yang disediakan di dewan-dewan serbaguna adalah tandas awam, tempat letak kereta dan juga bilik mesyuarat. Setiap kerosakan diambil tindakan pembaikan oleh Jabatan Kejuruteraan MBS.

Dato’ Yang Dipertua, ada 3 lagi saja. Okay, sila.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

ADUN Bahau, ini dewan orang ramai di Taman Seremban Jaya, memang dewan itu memang cantik. Kurang-kurang 1,000 orang boleh duduk. Tapi dia punya fan, dinding punya fan memang panas. Lagi satu alat tu barang-barang table, kerusi, memang tak ada. Di Seremban Jaya dan sebelah Seremban Selatan, B40 yang banyak. Sebab itu saya mintak Taman Seremban Jaya, boleh tak kurang sikit ini alat-alat, saya mohon itulah. Okay, terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay terima kasih cadangan dan juga pandangan daripada Yang Berhormat Seremban Jaya. So, kami mengambil, mengambil maklumlah cadangan Seremban Jaya. Saya mohon MBS untuk kajilah, tengok bolehkah kita laksanakan apa yang di, dicadangkan oleh Yang Berhormat Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang terakhir, Yang Berhormat Temiang, semalam ada menyentuh perkara mengenai lantikan perundingan Inspiranza Sdn. Bhd. So projek telah dilaksanakan di tapak bina melalui bajet pelancongan di bawah tajuk Kajian Induk Menaik Taraf Sistem Pejalan Kaki Di Pusat Bandar Seremban, Negeri Sembilan. Sebanyak 3 perunding telah dilantik bagi projek tersebut iaitu:

i. Juru, juru, Jurukur Tanah Abdul Sukor sebanyak (ringgit)30,396.43 sen

ii. Perunding Inspiranza Sdn. Bhd. (Jurutera C&S) sebanyak Ringgit Malaysia 139 ribu; dan

iii. KR Associate (Jurutera M&E) sebanyak 21,000.00 ringgit.

Skop kerja adalah bagi menjalankan kerja-kerja mengumpul data ukuran dan lukisan cadangan di 6 jalan yang telah ditetapkan oleh MBS. Lantikan telah dilakukan dalam Mesyuarat Sebut Harga MBS pada 11 Ogos 2021 kerana harga yang ditawarkan rendah, dan munasabah. Kerja-kerja berkenaan telah dimulakan pada 20 Ogos tahun 2021 dan tamat pada 29 Oktober pada tahun yang lepas. Dan kerja-kerja telah siap dijalankan dan bayaran projek adalah (ringgit)190,396.43 sen berbanding dengan siling bajet 200 ribu ringgit. Jadi Yang Berhormat Temiang, jadi dalam perkara ini apa yang Kerajaan Negeri ingin sampaikan adalah sebenarnya untuk pelantikan perunding ataupun kontraktor, kita memang mengamalkan sistem tender terbukalah. Jadi segalanya dia terbuka. Dan juga yang penting bagi Kerajaan Negeri Sembilan dan juga MBS nothing to hide-lah.

Saya rasa itu sahaja yang saya ingin sampaikan. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan. Terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, ada satu soalan belum dijawab, jika tak salah longgokan sampah di Bandar Seremban Selatan Fasa 2, yang semalam saya timbulkan yang disokong Seremban Jaya.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Jeram Padang, saya rasa longgokan sampah itu saya rasa semalam Seremban Jaya telah jawab. Seremban Jaya telah jawab bagi, bagi pihak saya. Walau bagai, kita, kita memang ambil maklumlah perkara tersebut, dan MBS, SWCorp akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Yang Dipertua Dewan, minta maaflah. Saya juga ada satu soalan mungkin terlepas pandanglah. Semalam punya perbahasan iaitu projek menyelenggara pembentungan dan yang berkaitan di Jalan Seng Meng Lee, yang belum disiapkan. Nak tahu bila akan boleh siap.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Temiang, untuk soalan tersebut, saya mohon jawab secara bertulislah. Terima kasih.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya ingin membuat penggulungan. Dato’ Yang …..

Yang Dipertua Dewan

…. [sebahagian percakapan secara off mic] ….. sekarang pukul 2 ya. Kalau masing-masing cakap fokus, dan tak ada soalan tambahanlah, saya, soalan yang semalam okay, nak dapat penjelasan boleh, boleh tanya balik ya. Okay, terima kasih.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Dato’ Yang Dipertua dan Dewan yang mulia ini, bersempena dengan sesi perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; Tuanku Muhriz ibni almarhum Tuanku Munawir yang menyeru kami untuk mencari jalan penyatuan dan menghindari persengkatan, persengketaan. Dan Tuanku mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Sembilan atas penganugerahan Bandar Mampan dan juga Negeri Bahagia. Sukacita saya menggulungkan perbahasan kali ini dengan menjawab 2 isu sahaja yang menunjukkan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan dalam isu wanita, keluarga dan kebajikan yang menjadi teras kepada pembangunan masyarakat bersih, muafakat dan sejahtera.

Kepada Yang Berhormat Temiang yang bertanyakan tentang Rumah Minda Ceria, selepas ini dikenali sebagai RMC. Ini adalah permintaan daripada mereka yang ingin mendengar pantun; buluh betung rebungnya miang, tumbuh, tumbuh hampir pokok Sakat, Rumah Seri Kenangan Temiang banyak berjasa pada rakyat. Minta izin untuk bukak mask.

RSK diwujudkan untuk membantu warga emas yang tidak mempunyai waris dan berkeperluan untuk hidup dalam keadaan sejahtera serta mempunyai penjagaan, perlindungan dan rawatan yang sempurna. Kehidupan di institusi ini memberikan jaringan sosial kepada warga emas untuk berinteraksi semasa rakan sebaya melalui aktiviti dan program yang ditetapkan. Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut: penjagaan dan perlindungan, kaunseling dan bimbingan, pemulihan cara kerja, pemulihan anggota, aktiviti rekreasi, rawatan perubatan, kemudahan beribadat.

RSK ditubuhkan pada tahun 1942. Pada pada tahun 2013, RSK dirobohkan dan baru siap 7 tahun kemudian iaitu pada 19 haribulan Oktober 2020. Di mana RSK mula menerima penghuni pada 24 Februari 2021 seramai 78 orang. Mereka terdiri daripada penghuni RSK Johor Bahru yang juga dirobohkan untuk dibina semula. Kemasukan ke dalam RSK ditangguhkan dari, 11 Ogos 2021 sehingga 31 Disember 2021 kerana pandemik COVID-19. Namun mereka menerima semula kemasukan pada 1 haribulan Januari 2020. Sehingga hari ini, RSK Seremban mempunyai 73 orang penghuni yang terdiri daripada 16 orang perempuan dan 57 orang lelaki. Kapasiti maksimum RSK adalah 220 – 110 wanita, 110 lelaki.

Dan RSK Seremban terbuka permohonannya kepada semua termasuk Negeri Sembilan. Kelulusan masuk ke RSK Seremban adalah oleh Ketua

Pengarah Kebajikan masya, Masyarakat di ibu pejabat. Rum, RSK menerima kemasukan kes melalui 2 cara. Cara yang pertama adalah kemasukan sukarela mengikut Kaedah-Kaedah Bagi Pengurusan Rumah Orang-Orang Tua 1983. Kemasukan, permohonan kemasukan warga emas ke RSK secara sukarela oleh pemohon ataupun waris boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat di mana-mana daerah pemohon tinggal. Pegawai Kebajikan Masyarakat akan menjalankan siasatan terhadap kes tersebut dan selepas itu akan membuat permohonan melalui e-JKM dan dihantar untuk semakan dan ulasan dan sokongan oleh Pengarah JKM Negeri Sembilan. Selepas itu, permohonan tersebut dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat di ibu pejabat untuk dipertimbangkan kelulusan kemasukan ke RSK, bergantung kepada kekosongan tempat dan juga syarat-syarat.

Syarat kemasukan adalah yang pertamanya warganegara berumur 60 tahun ke atas, tidak mengidap penyakit berjangkitan, yang boleh menguruskan diri, tiada tempat tinggal, tiada pendapatan, tidak mempunyai waris atau saudara. Dan keputusan kemasukan ke RSK akan dimaklumkan dalam masa 2 bulan dari tarikh permohonan lengkap, lengkap diterima.

Kaedah kedua adalah kemasukan melalui Perintah Mahkamah di bawah Akta Orang Papa 1977. Berdasarkan Seksyen 3(2), Akta Orang Papa 1977, mana-mana orang papa atau lebih dikenali sebagai gelandangan, boleh diambil, boleh diselamatkan dan diperintahkan oleh mahkamah untuk dimasukkan ke dalam RSK selama tempoh tidak melebihi 3 tahun. Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Bahagian Penguatkuasaan akan mengambil gelandangan tersebut yang, yang mengemis sehingga menimbulkan kacauganggu di mana-mana tempat awam melalui pelaksanaan operasi bersepadu secara berkala/berjadual/menerima aduan daripada masyarakat setempat.

Berkenaan gelandangan, terpanggil untuk saya beritahu tentang selain daripada PH GEM, ada orang yang menyebut “germ”. “Germ” itu kuman. Ini PH GEM. Selain daripada PH GEM, kita ada Rumah Minda Ceria atau lebih dikenali sebagai RMC. Rumah Minda Ceria adalah rumah transit di salah satu inisiatif baru Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan bagi bidang tumpuan kebajikan. RMC telah diluluskan pelaksanaannya dalam pembentangan bajet Kerajaan Negeri Sembilan tahun 2021. RMC merupakan pusat perlindungan dan pemulihan bagi golongan gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal, yang tidak mempunyai pekerjaan, yang mengemis dan merayau-rayau dari satu lokasi ke satu lokasi lain.

Izin saya beritahu sedikit latar belakang ter, tentang RMC. Se, selalunya saya menerima aduan berkenaan dengan gelandangan. Ada satu kes di Rasah Jaya di mana gelandangan tersebut tidak dapat diselamatkan, berbulan-bulan saya menerima aduan tersebut. Maka saya menyiasat. Didapati bahawa setiap kali ada aduan tersebut, 3 agensi akan pergi ke lokasi tersebut. Ada ambulans, ada JKM, ada PDRM. Tapi mereka berbincang-bincang, tidak dapat cari satu jalan penyelesaian tanggungjawab siapa untuk menyelamatkan gelandangan tersebut. Kerana di bawah Akta Kesihatan Mental, hanya pihak kesihatan dan PDRM mempunyai bidang kuasa untuk menyelamatkan. Tapi, malangnya orang dia salah faham, dia ingat semua kerja JKM untuk menyelamatkan gelandangan. Namun, saya terpaksa menubuhkan RMC ini supaya saya dapat buat, mem, menyelesaikan masalah yang merentasi agensi di mana RMC akan selamatkan dulu gelandangan tersebut, tidak kira dia ada masalah kesihatan mental, atau dimensia atau da, penghi, penghidap dadah, ataupun penghidu gam, ataupun apa-apa lagi masalah mereka. Kita selamatkan dulu, masuk ke dalam rumah transit RMC, selepas itu kita buat saringan dan kita kenal pasti apa masalah mereka. Lepas tu kita akan panjangkan kepada AADK, Imigresen jikalau mereka PATI, kepada pihak hospital di mana mereka ada bakat, kepakaran untuk menyelesaikan masalah ketagihan alkohol, ataupun glue. Inilah dia RMC dalam Bahasa Melayu – Rumah Minda Ceria, dalam Bahasa Tamil ialah mare valve, dalam Bahasa Mandarin adalah kuàilè xīn jiā.

Golongan sasar ini telah mencetuskan isu berkaitan, tadi saya kata ketenteraman awam, kebersihan dan kesalamatan teruma, terutamanya dalam tempoh COVID-19. Dan ini akan memburukkan imej Bandaraya Seremban, maka saya rasa ini adalah satu pelaburan yang bagus dari pihak Kerajaan Negeri Sembilan untuk membantu jaga imej Bandaraya Seremban. RMC menjalankan program pemulihan golongan gelandangan agar mereka pulih dan boleh berfungsi dengan baik di dalam keluarga dan masyarakat. Selepas program pemulihan, kita akan buat, disusuli program integrasi di mana kita buat program penempatan pekerjaan untuk mereka. Keseluruhan program perlindungan, pemulihan dan integrasi ini dijangkakan akan mengambil tempoh 1 tahun atau 2 tahun, di mana penghuni-penghuni ini akan terus tinggal dalam RMC dan kita akan pantau status mereka. Mereka akan pergi kerja, balik daripada kerja, tapi terus tetap tinggal dalam RMC supaya dapat pantau. Sebelum ini, masalah adalah selepas penempatan pekerjaan, mereka cabut lari, tak nak berkekalan dalam kerja tersebut. So dengan RMC, dengan harapan kita dapat memantau keadaan penghuni tersebut.

Operasi RMC dijalankan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bernama Pertubuhan Rumah Minda Ceria Negeri Sembilan dan dipantau oleh JKM Negeri Sembilan. RMC sekarang aktif dalam peninjauan kerja menyelamat, memberi perlindungan, pemulihan dan pemantauan kepada lebih kurang 40 orang, 46 orang gelandangan di samping menjalankan aktiviti dan program dengan penglibatan pelbagai agensi seperti AADK, Kesihatan, Jabatan Pendaftaran Negara, PDRM dan Imigresen.

Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Seremban Jaya dan juga Yang Berhormat Gemas,

Mari pergi bandar Rokan, Untuk cari ikan ketutu, Bila cakap soal kebajikan, Ma, mari sama kita bantu.

Saya rasa ada ramai tidak begitu faham tentang apa itu istilah B40 ataupun eKasih. B40 dan eKasih bukan satu program ataupun bantuan. Mereka adalah, eKasih dan B40 adalah informasi di mana agensi-agensi berkenaan atau agensi berwajib akan mengambil informasi daripada B40 dan juga eKasih untuk memberi bantuan kepada mereka. Misal kata, B40, B40 adalah setiap isi rumah rakyat Malaysia yang boleh dikelaskan dalam salah satu kategori mengikut pendapatan bulanan antaranya B40, M40 dan T20. B40 adalah kumpulan berpenda, berpendapatan rendah yang sering digelar bottom 40 (B40) dan M adalah middle 40, T adalah top 20, mewakili 40% daripada penduduk Malaysia dan, dan statistik ini ditafsirkan Jabatan Statistik Negara melalui kajian mereka termasuk mereka mengatakan bahawa isi rumah se, gaji isi rumah sebulan 4,850.00 merupakan B40. eKasih pula adalah satu sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini dijadikan rujukan oleh kementerian atau agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program per, pembasmian kemiskinan. eKasih, saya ulangi ya, bukan satu program, tapi ia merupakan satu pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri atau ICU yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. Data eKasih digunakan oleh kementerian atau agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan. Misal kata, Pejabat Daerah dan daerah, Tanah Seremban, mereka menggunakan eKasih. Syarat untuk eKasih adalah PGK mesti di bawah 2,088.00 dan berdaftar dengan eKasih dan diperakukan oleh Mesyuarat Focus Group.

Dan bantuan yang diterima oleh DUN Seremban Jaya di bawah eKasih ya, adalah mis, seramai 414 peserta di bawah miskin, 419 peserta di bawah miskin, sorry, miskin tegar – 414, miskin – 419. Jenis-jenis bantuan yang diberi oleh Pejabat Tanah Dan Daerah Seremban adalah bina baru atau baik pulih projek perumahan termiskin dan C4U.

Okay, dan untuk B40¸ siapa yang mengambil informasi dari B40 untuk memberi bantuan ialah Kementerian Kewangan di mana Kementerian Kewangan memberi insurans kesihatan bawah MySalam, di bawah iSuri KWSP, dan juga Bantuan Keluarga Malaysia.

Di bawah, bantuan di bawah JKM pulak, JKM menggunakan PGK makanan iaitu 1,000.00 berapa, 1,000.00 lebihlah. Dan mereka memberi bantuan kepada kumpulan sasar jabatan iaitu bantuan bulanan kepada kumpulan sasar. Sebanyak 6 bantuan, jenis bantuan yang diberi oleh JKM iaitu:

 Bantuan Warga Emas sebanyak 500.00

 Bantuan Kanak-Kanak bagi ibu atau bapa tunggal berkelayakan bermula dari 100.00 sehingga 1,000.00 ringgit.

 Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya sebanyak 450.00

 Bantuan Penjagaan OKU / Pesakit Terlantar sebanyak 500.00 sebulan.

 Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja seba, seba, sebanyak 300.00 sebulan

 Bantuan Anak Pelihara sebanyak 250.00 sehingga 500.00 sebulan.

Penggunaan PGK yang terbaru ini iaitu 1,169.00 ringgit sebulan ini adalah berkuatkuasa pada 1 haribulan Januari 2022.

Berkenaan bantuan-bantuan banjir, JKM telah menyediakan bantuan seperti di bawah, sebagai langkah-langkah pemulihan dan mengurangkan beban mangsa bencana. Item dan kadar bantuan di bawah, ni baru diluluskan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan rujukan SUKNS(R)600-4/1/7(1169) Klt. 3 pada 20 haribulan Mei 2022. Ini masih baru, kita sudah tambah baik dan peningkatan dari segi bantuan:

i. Bantuan segera bencana alam merupakan bantuan bayaran sekaligus dengan kadar maksimum 400.00 sebulan dalam bentuk wang tunai ataupun barangan makanan kedua-duanya.

ii. Bantuan kit makanan berbentuk barang keperluan makanan kering bernilai 100.00 dipertimbangkan kepada mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan semen, sementara. Tapi untuk mereka yang tidak pindah, 50.00 ringgit dipertimbangkan kepada mereka.

iii. Bekalan makanan di PPS dengan kadar catuan sebanyak 25.00 ringgit sehari, sebanyak 4 kali sehari kepada mangsa dan petugas.

iv. Bekalan keperluan lain seperti tikar, toto, selimut, kain batik, pelikat, tuala dan lain-lain turut disediakan.

Syarat-syarat menerima bantuan bencana melalui agensi JKM adalah seperti berikut: mangsa yang pindah dari tempat kediaman mereka ke pusat pemindahan sementara ataupun mangsa yang tidak berpindah tapi mereka terjejas oleh banjir tersebut dan dikenal pasti menghadapi masalah seperti alat keperluan dapur, kerosakan yang di, di, diakibatkan oleh bencana.

Jumlah perben, perbelanjaan bencana banjir di bawah JKM yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan mulai tahun 2020 sehingga 2022 adalah seperti berikut: pada tahun 2020 – 18,225.00 ringgit, pada tahun 2021 – 7,450.00, sehingga Mac 2022 – (ringgit)481,384.50 sen telah dibelanjakan. Itu adalah jawapan.

Kepada warga, saya ingin menzahirkan ucapan penghargaan saya kepada semua warga kerja dalam portfoliolah, terutamanya Puan Rosnah dan pasukan JKM NS yang instrumental dalam pembentangan kertas kerja RMC, penubuhan dan juga pemantauan RMC. Dalam fasa peralihan ke endemik ini, bukan lagi endemik tau, ini fasal peralihan ke endemik, maka harap semua dapat jaga SOP dan juga jangan leka. Saya juga mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua sahabat yang beragama Islam dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sekian saya ingin mengakhiri pantun, dengan satu pantun …..

Dato’ Dipertua, sebelum …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Ini apa ni, ucap …..

Dato’ Yang Dipertua, ada satu persoalan saya, saya tanya belum dapat dijawab.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Apa tu?

Status banjir kilat, mereka rumah-rumah yang terlibat dengan banjir kilat, setakat ni tidak ada bantuan ataupun pampasan yang diberi kepada mereka. Jadi apakah cara bagaimana kita boleh membantu untuk mereka yang ditimpa banjir kilat?

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih atas soal, soalan daripada Yang Berhormat Gemas. Sepertimana yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, hanya beri maklumat kepada Pejabat Daerah, kepada DO. Kita akan ambil tindakan yang selanjutnya. Okay. Saya ingin mengakhiri dengan serangkap pantun,

Mari makan kuih keria, bukan keria viral, Kuih yang sangat berharga, Negeri Sembilan negeri paling bahagia, Itu jasa PH juga.

Sekian terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih, Yang Berhormat Nilai.

Okay, Dato’ Yang Dipertua, ada 4 isu. Yang pertama berkaitan dengan isu jalan masuk, tadi telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Bahau. Tapi sedikit tambahan, kepada Yang Berhormat Jeram Padang bahawa tanah kuil itu memang atas tanah milik yang didaftarkan atas nama pemegang amanah kuil tersebut. Maka jalan itu, hanya jalan itu saja ada berada di atas tanah milik orang lain. So sepertimana yang tadi katakan, kita akan, buat masa ini tidak ada apa-apa halangan. Tapi kita akan jumpa dengan pihak pemilik tanah yang baru itu untuk kita selesaikan. Walau apa pun, jalan, masalah jalan ini hanya dapat diselesaikan jika ada pembangunan ataupun membuat jalan baru di atas tanah rizab berhampiran. Dan Pejabat Daerah pun telah pun menyatakan bahawa telah mohon kepada, untuk bina baru jalan tersebut.

Yang keduanya adalah berkaitan dengan Kuil Sri Maha Mariamman, Lukut. Yang Berhormat Jeram Padang juga. Kuil ini berada di atas rizab tanah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). Pihak PTP telah mengeluarkan untuk mengosong, mengosongkan premis melalu surat arahan bertarikh pada 2 September 2021 kepada pihak kuil. O lehitu kita pun telah beberapa kali telah berjumpa dengan pihak pengurusan dan juga sedang mengenal pasti tanah-tanah yang lebih sesuai untuk dipindahkan.

Yang kedua berkaitan dengan Kuil Sri Anjeneayar, Sri Anjeneayar, Jalan Pantai. Kuil ini juga berada di atas sebahagian tanah rizab Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dan juga sebahagian rizab jalan iaitu di atas tahah kem askar, kem tentera. Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson (PTDPD) telah mendapatkan nilaian daripada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan proses melengkapkan permohonan pelepasan sebahagian rizab persekutuan untuk maksud negeri kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Sembilan telah pun dibuat.

Dan isu yang terakhir adalah berkaitan dengan pusat pembakaran mayat di Sua Betong, PD yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Chuah dan juga Yang Berhoramt Jeram Padang. Pusat itu sepertimana yang kita tahu telah lama tidak dapat disiapkan, dan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan 1.3 juta untuk melengkapkan semua keperluan di situ. Dan setakat hari ini 2 mesin baru telah pun dimasukkan, telah pun dipasang dan sedang diuji dan dalam masa terdekat akan, akan di, akan boleh beroperasi. Dan cadangan untuk mohon kepada PBT untuk diambil alih, itu kita akan cadangkan supaya ia boleh memastikan harga itu ataupun bayaran itu lebih murah dan juga boleh meringankan beban keluarga-keluarga yang kehilangan ahli keluarga. Terima kasih.

Assalamualaikum WBT, bismillahhirrahmanirrahim, alhamdulillahirabbil’alamin, wabihinasta’in, wassolatuwassalamu'ala asrofilambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Robbisrohlisodri wayassirli amri wahlul uqdatam millisani yafqahu qauli. A’uzubillahiminasyaiton nirrajim [melafazkan bacaan ayat 38 surah Asy-Syuura]. Qola Rasulullah SAW taraktu fikum amraini lan tuzhilluu maa tamassaktum bihimaa kitaballah wa sunnata rasullah.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Dato’ tak, saya tak dengar izin yang saya, boleh kan? Haa, saya tak dengar tadi sebut silakan Klawang, minta maaf.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, sahabat-sahabat daripada saf kepimpinan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan, ahli-ahli Yang Berhormat daripada barisan kerajaan dan pembangkang, pengarah-pengarah jabatan dan semua pegawai-pegawai Kerajaan Pakatan Harapan Negeri

Sembilan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, hadirin hadirat yang berada di dalam Dewan yang mulia, mahupun yang menonton secara langsung.

Sebelum saya pergi jauh, inginkan saya untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pertolongan dan bantuan daripada semua pihak semasa Jelebu dilanda musibah banjir besar pada akhir tahun, akhir tahun lalu dan beberapa siri kecil kemudiannya. Terutamanya kepada Yang Berhormat Chennah, yang memberikan bantuan awal wang tunai di kawasan Titi iaitu kawasan DUN Chennah, serta beberapa kawasan Hosapa dan Ladang Jelebu walaupun ianya di dalam kawasan Klawang. Iaitu inilah 3 kawasan yang paling teruk, kawasan penempatan yang paling teruk terjejas. Kalau di Hosapa itu sehingga ada level ke, sampai 8 kaki.

Ucapan jutaan terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat kepimpinan besar kita, dan Yang Berhormat – Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri yang turut turun ke Jelebu. Kepada Tuan DO serta semua agensi kerajaan yang sama ada mahu yang dalam negeri, negeri mahupun Persekutuan, NGO-NGO luar dan dalam Negeri Sembilan dan tidak lupa kepada perseorangan yang turut membantu.

Dato’ Yang Dipertua, saya nak mengingatkan diri saya dan semua hadirin di dalam bulan bulan Ramadhan yang mulia ini, supaya kita jangan membuat kerja-kerja fasik munafik ni ya. Semalam beberapa Yang Berhormat dari pembangkang menyentuh isu arahan untuk memilih sama ada mengekalkan jawatan di dalam organisasi Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan ataupun memilih jawatan Kerajaan Persekutuan yang diwujudkan dengan tindakan pengkhianatan kepada Kerajaan PH, yang disambut oleh kumpulan perompak, penyamun dan pencuri.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar mungkin nak men-detail-kan selepas ni kot, tetapi biar saya mulakan dulu. Apa masalah eh Dato’ Yang Dipertua ya? Oh, perpecahan. Eh siapo mulokan? Ya. Sejak Kerajaan PH mengambil alih Mei 2018, apo yang kito buek menjuruskan kepada perpecahan? Apo yang kami sekat berbanding kerajaan dulu? Kita kena bandingkan baru kita nampak, toleh ke belakang sikit ya. Eh, 2017 ni, ni, Dato’ Yang Dipertua, saya nak pasang banner Maal Hijrah pun tak bagi ya. Itu pun tak dibenarkan ya. Sekarang macam-macam banner boleh naik ya. Tak ada masalah. Tapi baru ni, ado orang main kasar dengan saya. Saya dah pasang banner, kemudian ditutup banner saya tu. Haa saya terpaksa buek laporan polislah. Akhirnya dibuka dengan sendirinya.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan PH Negeri Sembilan ini tidak ambil tindakan apa pun selama ni. Kita tahu siapa pengerusi masjid, kita tahu siapa AJK masjid. Kita pulangkan kepada ahli kariah untuk melantik walaupun kita tahu sebahagian mereka hanya datang ke masjid kadang-kadang semasa pengundian AJK dan pegawai masjid saja. Kita tahu siapa mereka ini. Ada pengerusi masjid Ketua Cawangan, ada SU masjid juga Ketua Cawangan, di Jelobu-lah, tompek lain saya tak tahu. Ada kami kesah masa tu? Dah lebih pada 3 tahun saya kira ya.

Tetapi apabila kerajaan pintu belakang ini, ataupun tebuk atap ini mewujudkan JPKKP, Yang Berhormat Rantau pun tak setuju, dia sebut hari, hari pertama tu saya kira ya. Eh ini untuk apa? Kenapa pada masa itu tidak difikirkan, sebab sudah ada MPKK? Kalau ada pulak JPKKP, di tompek yang samo, fungsi tak jauh beza, tak kah itu akan ada perpecahan? Janganlah lempar batu sorok tangan yang, Dato’ Yang Dipertua ya. Saya difahamkan kalau buek kojo-kojo macam ni, ni lah kojo-kojo munafik, na’uzubillah. Kami saya kira Kerajaan Negeri hanya react, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, di mana salah satu prinsip Islam itu adalah kita memang tak pernah cari musuh, tetapi kalau kita jumpo insyaAllah tidak lari. Kerajaan tebuk ataplah yang membuatkan perpecahan ini Dato’ Yang Dipertua. Dah ado MPKK, eh wujudkan pulak JPKKP. Untuk apo ni? Tak terfikirkah ke arah apabilanya diwujudkan ini, ianya perpe, adanya perpecahan di luar sana? Konon nak jaga kepentingan rakyat. Betulkah? Atau hanya untuk menjaga tempolok kumpulan tertentu.

Dato’ Yang Dipertua.

Apa kerajaan yang, saya …..

….. apa pun yang Kerajaan PH …..

Dato’ Yang Dipertua.

…. buek, dah lombut dah tu …..

Dato’ Yang Dipertua.

Saya tak bagi …..

Sekejap saja.

…. mencelah.

Sekejap saja.

Saya tak bagi celah.

Tak apa, sekejap saja …..

Saya tak bagi celah. Lembut …..

….. sekiranya kalau kita tentang satu …..

….. apa yang dibuat oleh Kerajaan …..

…. Jelebu sahaja …..

….. Pakatan Harapan Negeri Sembilan …..

Yang Dipertua Dewan

Gemas, Gemas, duduk.

…. dah lembut dah tu …..

….. semua tempat yang lain …..

Yang Dipertua Dewan

Gemas, Gemas, duduk. Dia tak bagi celah.

….. dah lembut dah tu ya

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah, dah, dia tak bagi laluan tu. Duduk, duduk.

….. bercakap sebagai EXCO …..

Saya tak bagi laluan. Ini floor saya.

….. bercakap sebagai EXCO menceritakan tentang …..

Ini floor saya.

….. tentang peruntukan yang lain ….

Yang Dipertua Dewan

Gemas.

Ini floor saya.

Yang Dipertua Dewan

Duduk Gemas.

…. adalah tidak wajar EXCO mewakili, bercakap …..

Saya tak bagi celah, ini floor saya.

…. untuk negeri, bukan …..

Ini floor saya.

…. untuk Jelebu sahaja.

Ini floor saya.

Jadi kalau ini …..

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah, dah, gini, gini, duduk, duduk.

…. contoh yang terbaik dari …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk.

Ini floor saya.

….. EXCO ni …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk, duduk, duduk.

….. macam ni, dalam bulan yang baik, nak cerita …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk.

….. kalau pun yang baik, nak cerita bab ini …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk.

…. kat kampung masing-masing, tempat masing-masing …..

Yang Dipertua Dewan

Gemas.

Dato’ Yang Dipertua …..

….. DUN masing-masing.

Yang Dipertua Dewan

Gemas duduk.

Kerajaan Negeri Sembilan …..

Yang Dipertua Dewan

Saya suruh duduk!

…. Ya saya akan duduk.

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk sekarang! Duduk!

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Langsung tak hormat saya cakap!

Dato’ Yang Dipertua, mintak maaf. Kerajaan Negeri Sembilan ni saya rasa dah lembut dah. Kita pun kita minta pilihlah ya, antara 2 darjat ni. Nak kekal bersama kami kerajaan pilihan rakyat di Negeri Sembilan atau nak pilih kerajaan yang tebuk atap tu. Kita kata pilihlah, itu saja. Bukan kita nak, nak, nak buat benda-benda yang lain. Jadi, saya kira janganlah dibangkitkan sepatutnya di Dewan yang mulia ini, perkara ini ya. Bak kata allahyarham Tuk Guru Nik Aziz, kurang cerdiklah.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; Tuanku Muhriz ibni almarhum Tuanku Munawir di atas titah perasmian pada hari pertama persidangan, Tuanku menyentuh berkaitan dengan pengukuhan ekonomi rakyat, salah satunya melalui sektor pertanian. InsyaAllah kita akan berusaha sedaya upaya untuk menjayakan projek-projek yang bakal dirancangkan untuk kesejahteraan rakyat.

Saya ucapkan sekali lagi tahniah, tetapi hari ini Rantau tak ado. Kemenangan yang bergaya pada PRN Melaka, ditambah dengan kemenangan overwhelm, dengan izin, di Johor. Tapi tak perlulah kita berbangga sangat, umum tahu pergolakannya sehingga KM dilantik pada 1 pagi, dan yang umum Menteri Besar yang perlu, yang nak disebut-sebut telah bertukar. Saya nak ingatkan kita bersama di sini. Satu kejayaan atau kemenangan itu tidak semestinya anugerah nikmat daripada Allah SWT, ianya juga mungkin istidraj, na’uzubillah.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan, Rantau hari ni tak ada, kita jawab dengan bertulis, insyaAllah.

ADUN Lenggeng yang membangkitkan berkaitan dengan produk pertanian 3P. Aktiviti agro pelancongan ini memerlukan penyelarasan dan berbagai pihak di antara pemilik ladang, pemain industri di sektor pelancongan dan agensi pelaksana. Pemilik-pemilik ladang perlu menyediakan fasiliti ladang yang sesuai dan seterusnya penyediaan pakej aktiviti di ladangnya seperti aktiviti tour ladang, penuaian hasil dan pemberian makanan kepada ternak, kepada ternakan. Manakala pemain industri di sektor pelancongan ini seperti agensi pelancongan diperlukan untuk menyelaras dan bergerak secara konsortium bagi mewujudkan eko sistem pelancongan pertanian yang mampan.

Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Perikanan telah mengenal pasti pengusaha-pengusaha yang dikategorikan sebagai yang pertama melaksanakan aktiviti agro pelancongan. Di antaranya:

 Nabila Farm di Pantai,  Syarikat A-Farm Agrotech di Broga,  Broga Bliss Eco Garden di Seremban,  Durian Ecolodge di Repah.

Yang kedua, pengusaha yang berpotensi untuk melaksanakan aktiviti agro pelancongan di antaranya:

 ADS Eco Glamping Enterprise di Seremban,  N9 Agro Farm Sdn. Bhd. di Seremban, dan  Kluster Durian Ulu Beranang juga di Seremban.

Syarikat A-Farm Agrotech telah diusahakan oleh Stanley Kong Chee Leong di atas tanah sendiri seluas 2 ekar di Broga. Beliau aktif menjalankan penanaman kelapa pisang dan pembelian, pembenihan dan ternakan berbagai spesis ikan air tawar terutamanya kelah. Beliau juga telah naik taraf infrastruktur seperti pembinaan dewan, lanskap, surau dan jalan masuk. Dengan kepakaran yang ada, syarikat juga menawarkan kursus pengurusan akuakultur dan aspek pelanco, agro pelancongan secara teori dan praktikal kepada penternak/pengusaha yang lain menceburi bidang agrokultur. Agensi-agensi lain yang turut dijadikan rakan strategik adalah Lembaga Pelancongan bagi promosi dan AgroBank sebagai agensi pembiayaan.

ADUN Lenggeng jugak membangkitkan isu FRI Glami Lemi. Walaupun ianya sudah apa nama ni, bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, walau bagaimanapun, untuk makluman, hampir 70% iaitu 47 hektar struktur tanah di pusat penyelidikan ini adalah ….

Yang Dipertua Dewan

Klawang.

….. berpasir.

Yang Dipertua Dewan

Kejap, kejap. Saya nak membuat pertanyaan ya, pasal ni hari ketiga, hari ini saya nak teruskan, bagi yang bukan Islam boleh ya? Teruskan, setuju ya? Kita, no break. Tak kita mesti orang bukan Islam, hormat dia orang dulu, tanya dia orang. Boleh? Tak ada bantahan ya? Dan saya nak dapat persetujuan semua, boleh bersetuju dengan saya? Boleh bersetuju dengan saya? Okay. Tak ada bantahan? Tak ada bantahan, teruskan. Dah pukul 1. Silakan Yang Berhormat.

Perkara ini menjadikan kawasan tersebut tidak sesuai pembinaan kolam bagi menjalankan aktiviti akuakultur. Susulan itu, perancangan bagi pembinaan mini empangan di kawasan itu telah di, telah diusahakan. Walau bagaimanapun, ianya tidak dapat dijalankan sehingga sekarang oleh kerana akibat kekangan peruntukan. Dan pembinaan ataupun pembangunan di situ secara menyeluruhnya oleh, oleh Kerajaan Persekutuan.

ADUN Chuah ada membangkitkan per, perkara berkaitan beberapa ekor lembu yang mati tidak, akibat minum air sungai. Mungkin Yang Berhormat Repah nak menyentuh nanti, tetapi di pihak Veterinar, kita memberikan maklumat kejadian itu berlaku pada 10 Januari 2021. Bahagian Kesihatan Veterinar telah bersama dengan Pejabat Daerah Port Dickson telah menjalankan lawatan, siasatan dan bedah siasat ke atas bangkai lembu yang, yang terlibat. Lembu-lembu telah dilepaskan berkeliaran meragut di kawasan pelupusan sampah Cypark tanpa pengawasan penternak dan disyaki mati akibat keracunan berdasarkan penemuan bedah siasat yang dibuat. Laporan penuh …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Celah, celah sikit.

Ya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’, celah, celah sikit. Itu 17 ekor minum air racun mati bukan? Itu Veterinar ada boleh kasi pampasan tak?

Apa nama ni, pampasan memang, dalam kes ini, memang tidak ada. Pelepas, haa ni, pampasan hanya di dalam kes di mana pelupusan perlu dibuat apabila ianya berkaitan dengan penyakit. Dan ianya hanyalah kepada penyakit zoonotic iaitu penyakit haiwan yang boleh berjangkit kepada manusia. Dan ianya jugak adalah ber, ber, berdasarkan kelulusan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Lenggeng jugak ada membangkitkan motivasi pembangunan untuk pengusaha-pengusaha. Pembangunan galakan pengeluaran hasil bukan saja terhad kepada insentif pemberian input pertanian, infrastruktur ladang malah turut melaksanakan aktiviti penembangan termasuk penganjuran kursus-kursus teknikal kepada pengusaha dan petani. Pengusaha-pengusaha boleh memohon sama ada secara, secara atas talian di laman-laman web rasmi agensi pertanian dan lain-lain agensi yang berkaitan.

DUN, ADUN Kota, kerugian akibat banjir. Di DUN Kota, kejadian banjir yang berlaku pada Disember 2021 sehingga Januari 2022 menjejaskan seramai 38 pengusaha di sana iaitu seramai 8 orang di sektor tanaman, 9 di sektor penternakan dan 21 di sektor akuakultur. Bagi keseluruhan Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk membantu mangsa-mangsa banjir bukan sahaja melalui peruntukan negeri malah turut dipanjangkan ke Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri telah menyalurkan bantuan ihsan setiap pengusaha sebanyak 1,000.00 ringgit dan kesemua yang terlibat adalah 491 pengusaha.

Terakhir, ADUN Lenggeng, tiada pemantauan, sasaran pengeluaran, okay, di padang ragut. Sebenarnya pemantauan itu ada ya, dan rekod-rekodnya kita, kita perolehi daripada pengusaha-pengusaha iaitu 2018 sebanyak lebih kurang 20,000 tan metrik yang dikeluarkan daripada kawasan, kawasan padang ragut ataupun rizab Veterinar. Tahun 2019 lebih kurang 20.5 ribu tan. Tahun 2020 berkurangan sedikit kepada 19,000 tan. Tahun 2021 turun kepada 16.89 tan. Seperti yang kita maklum, adanya kekangan-kekangan yang berkaitan dengan COVID-19.

Dato’ Yang Dipertua, ada juga masih dalam 2 hari ini beberapa Yang Berhormat sebut berkaitan dengan pandemik COVID-19. Tetapi seperti yang saya sebutkan di Dewan yang sebelum ini, kita jangan lupa, penegasan daripada Allah SWT, apa pun yang berlaku itu adalah hasil daripada tangan-tangan manusia itu sendiri. Oleh itu, elok benar kita saya ulangi, menghayati punca asal COVID ini, yang mana ianya segelintir masyarakat di Wuhan yang memakan makanan eksotik, dengan izin, yang dilarang oleh Allah SWT. Allah SWT telah

berfirman…. [melafazkan bacaan ayat 168 surah Al Baqarah]. Wahai manusia makanlah apa yang ada di dunia ini, yang halal dan toyyiban, iaitu halal lagi baik, dan janganlah kamu mengikut kehendak syaitan, sesungguhnya ia bagi kamu adalah musuh yang nyata.

Marilah kita sama-sama mempraktikkan agama kita selaras dengan rukun negara kita yang pertama. Al Quran adalah petunjuk untuk manusia semuanya tetapi tanpa penghayatan dan syahadah, serta tidak diamalkan, ianya tidak akan menjadi petunjuk ataupun rahmat, rahmatanlil’alamin, dengan izin. Apa yang kita dapat sekarang, berkaitan dengan apa yang telah dilakukan terdahulu. Dan apa yang kita akan dapat kelak, berkaitan dengan apa yang kita lakukan sekarang. Apa pun, di kesempatan ini saya ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa dan selamat menyambut aidilfitri, maaf zahir dan batin. Wallahu’alam, kita berjumpa lagi, kalau tidak berjumpa di dunia ini, pasti kita, pastikan kita berusaha bertemu di syurga kelak. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam WBT. Siapa lagi? Teruskan. Ya, silakan Choo, YB Choo.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua, saya menyambut baik pandangan prospektif perpaduan yang dibangkitkan oleh Senaling semalam. Bagi saya medium perpaduan bukan hanya wujud, malah ia wujud dalam kehidupan seharian kita di berbagai medium seperti sukan, seni pertahanan diri, kesihatan, kebajikan, keselamatan, muzik dan nyanyian, makanan tradisi mahupun dalam sesi sidang Dewan yang mulia ini. Syukur Negeri Sembilan dapat diangkat sebagai negeri yang berbahagia berkat kestabilannya ekonominya dan perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakatnya.

Terjemahan perpaduan dan keharmonian masyarakat di Negeri Sembilan juga boleh diliat, dilihat melalui penyusunan semula Jawatankuasa Rukun Tetangga bagi sesi 2022/2023 yang telah dilaksanakan. Walaupun mempunyai latar belakang fahaman politik yang berbeza umum, namun penyusunan dan pelantikan tersebut secara umumnya dapat dilaksanakan dengan harmoni. Ianya membuktikan kematangan pemimpin tempatan kita menerajui rukun tetangga mewakili kawasan masing-masing.

Dato’ Yang Dipertua, di negara mahupun negeri kita, semangat perpaduan dalam komuniti dan masyarakat pelbagai kaum adalah sebahagian daripada warisan dan sejarah kita. Ia menjadi sumber penting integrasi kaum semenjak penubuhan negeri dan negara dan

pastinya memainkan peranan penting dalam menjadikan tempat kita sebagai tempat yang harmoni untuk kita hidup, kita belajar dan kita bekerja. Cabaran kita pada masa ini adalah bagaimana kita mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbagai kaum, agama dan budaya. Amat dikesali jika ada sesiapa yang membuat kenyataan panas dan pro, provocative yang membawa kepada konflik dan ketegangan serius yang boleh menjejaskan keamanan, keharmonian dan perpaduan masyarakat.

Dato’ Yang Dipertua, sebagai warga Negeri Sembilan yang bertanggungjawab dan cintakan bumi tercinta ini, adalah menjadi kewajipan kita untuk sama-sama kita mempertahankan kesejahteraan dan keharmonian dengan mengawal diri sendiri daripada melakukan perbuatan kena, keganasan dan provokasi yang akan mengundangkan konflik dan perselisihan faham antara kaum. Saya, dengan ini saya menyeru kepada setiap warga Negeri Sembilan supaya memainkan peranan masing-masing untuk menyatupadukan Negeri Sembilan berdasarkan nilai murni yang diajar semua agama dan kaum, dan bukannya sengaja mengamalkan dan mengeksplolita, mengeksploitasikan sentimen etnik sahaja. Apa yang kita perlu hari ini bukan wira etnik yang memperjuangkan kaumnya sahaja, ta, tetapi kita perlukan lebih ramai lagi pembina jambatan etnik dan duta kedamaian yang dapat membantu memupuk semangat muafakat, saling hormat menghormati, bertolak ansur demi keamanan dan kesejahteraan negeri dan negara.

Untuk menjawab soalan Yang Berhormat ADUN Chembong mengenai soalan pemindahan Tabika Perpaduan Taman Pedas Perdana ke bangunan Dewan Komuniti Taman Pedas, Pedas Perdana. Untuk maklumat Yang Berhormat, pemindahan Tabika Perpaduan Taman Pedas Perdana di bangunan Dewan Komuniti Taman Pedas Perdana adalah bersifat sementara kerana penam, penamatan kontrak sewaan dan pemilik rumah pada 31 Disember 2021 yang lalu. Pihak JPNIN Negeri Sembilan telah memohon peruntukan bagi pembinaan bangunan Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan di tapak tanah milik Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional yang terletak bersebelahan dengan Dewan Komuniti Taman Pedas Perdana. Permohonan kelulusan dan peruntukan bagi pembinaan bangunan tersebut telah dikemukakan kepada pihak Kementerian Perpaduan Negara di bawah projek Rolling Plan Ke-3, Rancangan Malaysia Ke-12 pada 10 Januari 2022. Okay, itu jawapan.

Dato’ Yang Dipertua, tidak lupa, Dato’ Yang Dipertua, tak lupa saya ingin ucapkan terima kasih kepala, kepada semua jabatan dan agensi

kerajaan, tak kira ne, Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan dalam usaha menjaga bab, dalam bab perpaduan dan kesejahteraan rakyat. Syabas dan tahniah. Itu saja, terima kasih, Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Lukut. Sangat jelas dan terang maksudnya. Seterusnya, YB Repah; Veerapan.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih juga kepada ahli-ahli Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini. Dan ada beberapa isu yang telah disentuh berkaitan dengan portfolio saya. Saya ingin, saya menjawab kepada isu yang dibangkitkan bermula dengan ADUN Chuah. ADUN Chuah membangkitkan perkara berkaitan apakah status tindakan di mana berhubung banyak ternakan yang mati setelah meminum air sungai di ladang tersebut, selain turut digunakan untuk mencuci dan menjadi tempat kanak-kanak bermain. Untuk makluman ADUN Chuah, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan sentiasa memantau dari masa ke semasa pematuhan pelepasn leachate daripada leachate treatment plan di Cypark Smart Technology Ladang Merah, Ladang Tanah Merah, Port Dickson bagi memastikan pelepasannya mematuhi had yang ditetapkan dan tidak mencemarkan air sungai di ladang tersebut.

Pada 3 November 2021, Pegawai Penyiasat Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah menjalankan siasatan di Cypark Smart Technology dan satu set sampel telah diambil di takat akhir pelepasan di Cypark dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia. Hasil keputusan analisa didapati leachate yang dilepaskan mematuhi had yang ditetapkan. Parameter in-situ juga telah diambil di 2 kawasan iaitu Anak Sungai Unyai dan saluran terowong long culvert Cypark. Keputusan parameter in-situ adalah patuh. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan mengam, akan mengambil tindakan yang tegas dan serius sekiranya pihak Cypark didapati melepaskan leachate yang melebihan, melebihi had.

Jabatan Alam Sekitar juga telah membuka satu kertas siasatan terhadap Cypark kerana didapati melepaskan leachate melebihi had yang ditetapkan pada 26 Jun 2020. Mahkamah Sesyen Seremban telah menjatuhkan hukuman pada 20 April 2022 dengan didenda sebanyak Ringgit Malaysia 22,000.00 ringgit atau penjara 6 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Selain dari itu, saya juga ingin menyatakan bahawa sekiranya pihak Cypark tidak mematuhi ataupun gagal membuat pemantauan di tempat Cypark tersebut, saya akan memberi satu amaran yang tegas kepada mereka supaya perkara ini tidak berulang pada masa hadapan.

Kita tahu sebenar, sebelum ni ada berlaku insiden, 2 atau 3 insiden berkaitan dengan lembu meminum air yang dilepaskan daripada Cypark tersebut dan lembu, lembu tersebut lebih kurang 17 ekor lembu telah mati. Dan hasil siasatan juga menunjukkan bahawa lembu tersebut meninggal, mati akibat daripada minum air yang beracun. Jadi, sekiranya perkara ini berlaku lagi, kita akan ambil tindakan yang tegas dan boleh menahan operasi Cypark sekiranya tindakan yang sewajarnya tidak diambil oleh pihak Cypark. Dan untuk penternak-penternak lembu juga, saya nasihatkan mereka untuk mengambil tindakan terhadap Cypark termasuk tindakan guaman untuk menuntut ganti rugi. Bagi pihak kerajaan, kerajaan hanya boleh ambil, ambil tindakan terhadap Cypark sekiranya mereka gagal mematuhi peraturan di bawah undang-undang Jabatan Alam Sekitar.

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya ADUN Chennah membangkitkan isu berkaitan dengan memohon Kerajaan Negeri membentuk jawatankuasa bertindak dan portfolio khas bagi menangani isu perubahan iklim. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di peringkat Persekutuan terdapat 2 peringkat yang diwujudkan bagi menangani isu perubahan iklim. Peringkat berkenaan ialah:

 Satu: Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim (Malaysia Climate Change Action Council) (MyCAC). Majlis ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merupakan platform tertinggi untuk menetapkan hala tuju serta membincangkan hal-hal berkaitan tindakan perubahan iklim di peringkat Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri.

 Peringkat kedua adalah: Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Mengenai Perubahan Iklim (National Steering Committee on Climate Change). Kementerian Alam Sekitar Dan Air merupakan national, National Focal Point bagi perkara yang berkaitan perubahan iklim, perubahan iklim serta bertanggungjawab bagi menyelaras pelaksanaan inisiatif-inisiatif perubahan iklim di peringkat nasional selaras dengan komitmen dan obligasi negara di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Framework Convention on Climate Change) dan Paris Agreement. Penyelarasan dan pelaksanaan dasar dan agenda perubahan iklim negara dilaksanakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Mengenai Perubahan Iklam (National Steering Committee on Climate Change).

Di peringkat pentadbiran Kerajaan Negeri pula, sentiasa kita menitikberatkan isu perubahan iklim agar Negeri Sembilan sentiasa

bersedia menghadapi kesan perubahan iklim pada masa ini. Isu perubahan iklim ini merupakan salah satu elemen di bawah hal ehwal alam sekitar, dan sesuai dijadikan sebagai salah satu agenda tumpuan di bawah Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi Dan Kepenggunaan. Justeru itu, pada peringkat awal sebarang perancangan dan cadangan inisiatif bagi menangani isu perubahan iklim masih wajar dibincangkan melalui platform Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi Dan Kepenggunaan.

Dato’ Yang Dipertua, ADUN Chuah juga membangkitkan isu berkaitan dengan, merujuk kepada peristiwa cuaca buruk dan banjir di beberapa daerah di Negeri Sembilan pada bulan Disember 2021. Saranan YB ADUN Chuah supaya Pejabat Meteorologi Negeri Sembilan memberikan ramalan cuaca yang lebih tepat. Untuk makluman YB Chuah, Jabatan Meteorologi Malaysia sentiasa memantau situasi cuaca negara dan akan mengeluarkan maklumat dan amaran sekiranya bencana dijangka berlaku terutamanya melibatkan hujan lebat ekstrem.

Episod hujan berterusan yang berlaku pada Disember 2021, iaitu bermula pada 12 Disember hingga 19 Disember 2021 telah mengakibatkan banjir di beberapa negeri di Semenanjung seperti Selangor dan Pahang serta termasuk beberapa daerah di Negeri Sembilan. Keadaan hujan lebat berterusan ini disebabkan kehadiran Taufan Rai yang bersekali dengan luruan monsun yang saling berinteraksi dengan sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan pada tempoh masa tersebut. Ia telah menyebabkan berlakunya penumpuan kelembapan udara yang tinggi dan seterusnya menghasilkan hujan lebat berterusan yang menyeluruh.

Untuk episod hujan berterusan dalam tempoh 12 Disember 2021 hingga 19 Disember 2021, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan mulai 11 Disember 2021 yang melibatkan Terengganu, Pahang, Selangor, Perak dan juga Johor. Amaran ini telah dikemaskinikan dari masa ke semasa di dalam tempoh tersebut berdasarkan data-data dan ramalan cuaca modul cuaca berangka terkini. Amran cuaca buruk ini juga melibatkan daerah-daerah di Negeri Sembilan. Pihak Pejabat Meteorologi Negeri Sembilan juga telah menyebarkan amaran hujan berterusan dan sebarang amaran cuaca buruk terkini kepada kumpulan pengurusan bencana negeri dan juga daerah melalui aplikasi WhatsApp. Jabatan Meteorologi juga turut menyebarkan makluman amaran hujan berterusan kepada orang awam melalui laman web rasmi, semua platform media sosial rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia serta aplikasi MyCuaca.

Dato’ Yang Dipertua, berkenaan dengan ADUN Seremban Jaya yang membangkitkan isu dalam soalan lisan semalam iaitu berkaitan dengan berapakah jumlah kompaun yang telah dijelaskan terhadap notis yang telah dikeluarkan terhadap notis di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Untuk makluman Yang Berhormat, sejak 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021, sejumlah 457 notis memerintahkan kehadiran ke mahkamah di bawah Seksyen 32(b) yang boleh dikompaun bernilai 173,950.00 ringgit telah dikeluarkan ke atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Daripada jumlah 457 notis tersebut, sebanyak 312 notis telah dijalan, telah menjelaskan bayaran kompaun berjumlah 76,630.00 ringgit. Manakala dari 1 Januari 2022 sehingga 2 April 2022, sejumlah 593 notis memerintahkan kehadiran ke mahkamah telah dikeluarkan dan di, ber, yang bernilai 163,600.00 ringgit telah dikeluarkan ke atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Daripada jumlah tersebut, iaitu 593 notis yang dikeluarkan, sebanyak 165 notis telah menjelaskan bayaran kompaun berjumlah 37,400.00 ringgit. Baki 428 notis bagi tahun 2022 masih dalam tempoh pembayaran kompaun. Jika orang kena kompaun gagal menjelaskan bayaran kompaun tersebut, mereka akan dikenakan tindakan mahkamah. Itu saja yang saya nak sampaikan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Repah. Paroi.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, ada satu saja berkaitan dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Gemas. Berkaitan dengan pembinaan mini kompleks sukan di Gemas. Pada perancangan awal mini kompleks tersebut akan dilengkapi dengan trek sukan olahraga dengan kapasiti 8 lorong. Tapi disebabkan kekurangan saiz tanah, pelaksanaan trek larian tersebut tidak dapat dilaksanakan dan digantikan dengan trek larian yang mengelilingi seluruh kawasan kompleks. Projek pembinaan mini kompleks sukan Gemas telah pun bermula di mana tarikh permulaan pihak kontraktor masuk ke tapak adalah pada 24 haribulan Mei 2021 dengan kos keseluruhan projek adalah sebanyak 8 juta ringgit termasuk kos pengambilan tanah.

Bagi tujuan pengambilan tanah, permohonan peruntukan perlu dikemukakan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia kepada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri. Peruntukan sedia ada yang telah diturunkan kepada Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia hanya dapat menampung untuk keluasan tanah sedia ada dan

perlu mendapatkan peruntukan tambahan sekiranya pengambilan tanah pala, pada lot tersebut ingin dilakukan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Dato’ Speaker dan ADUN Gemas, status pembinaan mini kompleks sukan Gemas pada tarikh 19 April 2020. Kalau mengikut jadual sepatutnya pembinaan telah mencapai 20%. Tetapi keadaan sebenar di lapangan hanya mencapai 16%. Jadi berlaku kelewatan 4%.

Dato’ Yang Dipertua, ada jugak dibangkitkan oleh ADUN Seri Menanti dan ADUN Chembong berkaitan dengan beberapa, berlaku beberapa kesesakan trafik di banyak kawasan-kawasan perumahan dalam DUN Paroi termasuk di perumahan yang didiami oleh Dato’ Speaker jugak, di Taman Senawang Perdana, yang mengalami kesesakan di laluan keluar. Sama jugak isunya, hanya ada satu jalan keluar, di Tuanku Jaafar pun sama, di, di Taman Pinggiran Senawang pun hanya ada satu laluan keluar, begitu jugak di Taman Seri Kasih. Alhamdulillah, saya kira di banyak-banyak DUN di dalam Negeri Sembilan, Negeri Sembilan dah diisytiharkan negeri bahagia. Dalam segi DUN-nya, ADUN Paroi-lah paling bahagia sebab ramai Yang Berhormat tinggal di DUN Paroi. Antaranya ADUN Seri Menanti, ADUN Chembong, Ahli Parlimen Jelebu, ADUN Sikamat pun, Dato’ Speaker, ramai. Jadi kalau ada masalah-masalah rakyat, di DUN Paroi ini saya harap Wakil Rakyat yang ada pun boleh membantulah. Jadi, saya kira …..

Boleh, boleh Dato’ Speaker tak?

….. kajian.

Tak boleh, tak boleh? Tak boleh, saya duduk.

Kajian keperluan, keperluan kajian trafik atau traffic impact assessment ini memang perlu dilakukan oleh jawatankuasa yang meluluskan projek-projek perumahan ini di mana ia ditentukan oleh formula trip generation di mana trip generation yang melebihi 150 PCU (Pasengger Car Unit) maka kajian TIA diperlukan. Jadi saya yakin antara pembaharuan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan adalah jawatankuasa OSC ialah bagaimana kita telah menambah jawatankuasa ni adalah sebahagiannya terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Jabatan Agama Islam, kerana ketika projek-projek perumahan ini diluluskan, pihak pemaju terpaksa menyediakan tapak-tapak untuk disediakan tapak masjid ya, tapak perkuburan. Jadi bila tidak ada pegawai yang khusus untuk melihat kesesuaian tanah tersebut, jadi kita bimbang tanah-tanah yang disediakan oleh pemaju tidak sesuai untuk dijadikan tanah perkuburan, ataupun lokasinya, masjid tersebut mungkin tidak sesuai, dan bersebelahan dengan rumah

ibadat dan sebagainya. Jadi ini antara pembaharuan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri. Termasuk saya ingin mencadangkan jugak supaya diperkasakan keperluan kajian trafik ini bagi mengelakkan berlakunya kesesakan trafik di kawasan-kawasan perumahan yang baru. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Paroi. Haa Yang Berhormat Labu, silakan

Terima kasih, assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam WBT.

Tuan Yang Dipertua, sahabat-sahabat daripada parti Kerajaan PH dan jugak sahabat-sahabat daripada pembangkang. Saya ucapkan syabas dan tahniah kerana pada hari yang terakhir ini pun masih kita dapat bersama menjalankan tugas dan tanggungjawab kita. Kita ada tugas dan peranan masing-masing. Sebagaimana PBT kerajaan yang paling kecil di peringkat tempatan, ada tugas dan peranan. Di kampung jugak ada tugas dan peranan. Sama jugak Kerajaan Negeri dan jugak Kerajaan Persekutuan. Kadang-kadang kita lupa perbezaan-perbezaan inilah menyebabkan kita tak dapat apa, mengajukan permasalahan pada tempat yang sebenarnya. Pengalaman saya sebagai seorang pentadbir di peringkat PBT, mengajar saya bahawa ada benda yang kita boleh selesaikan di peringkat PBT, ada di peringkat negeri dan jugak di peringkat persekutuan.

Saya menyeru kepada semua ahli ADUN Dewan Undangan Negeri yang mulia ini supaya kita bersama-sama, bersama-sama menjalankan tugas dan peranan kita. Di peringkat persekutuan, kalau kita ada kawan, kita gunakan kawan kita untuk membantu negeri. Dan kalau ada di kalangan di peringkat PBT dan di peringkat Kerajaan Negeri, kita gunakan. Jangan oleh kerana kita pembangkang, kita tak boleh membantu negeri kita. Jangan oleh kerana kita ni sebab apa kata, apa ni, Kerajaan PH kita tak boleh dapat bantuan daripada federal sebab siapa pun yang memerintah, siapa pun yang diberi tugas dan diberi amanah, mereka perlu menjalankan tugas dan amanah tersebut sebaik mungkin.

Saya menyeru kepada semualah, baik pegawai kerajaan, baik di peringkat PBT, baik di peringkat kampung ya, kerana saya ni jago orang kampung, saya masuk ke kampung-kampung. Saya masuk ke felda, dulu mungkin susah nak masuk, sekarang ni dah senang ya. Saya masuk berjumpa Orang Asli. Jadi sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan,

selepas COVID-19 ini ada ramai orang susah. Ada orang ramai yang menghadapi tekanan kehidupan yang begitu perit. Cuba kita bayangkan dulu kita dapat gaji puluh ribu, tiba-tiba kita kena berhenti kerja tak boleh kerja. Dan kita dengan komitmen yang berterusan, dengan rumahnya, dengan keretanya, dengan anak. Memang satu tekanan yang hebat.

Dan hari ini pun saya tengok, selama ini saya kenal Speaker kita ni orang yang begitu hebat, baik, slow, dia terjah hari ni. Yang saya rasa, saya kenal Speaker ini orang yang baik, kadang-kadang kebaikan itu kita tak, tak, tak nampak kecuali orang yang melihat, yang berdekatan. Beliaulah yang memberikan, menyerahkan DUN Labu kepada saya ya, pada saya untuk bertanding. Dan saya mengambil tanggungjawab tersebut dan saya menang, selepas 64 tahun kalah setiap pembangkang. Dan saya akan pastikan bahawa tugas dan amanah itu saya akan jalankan sebaik mungkin. Sebab itulah tuan-tuan dan puan-puan, kita kena faham bahawa kita ada banyak tugas dan peranan. Ada sikit perbezaan. Jadi kalau sikit perbezaan ni kita ketepikan dulu, kita buat yang banyak, yang sama. Dalam bidang pendidikan, dalam bidang pembangunan, dalam bidang untuk menyatukan masyarakat, kita ada banyak peluang, banyak kerja. Dalam agama pun banyak kerja.

Jadi kita, saya mengambil inisiatif ini untuk menyeru kepada semualah, siapa pun kita, bekerjasamalah. Kalau di kampung saya pernah bercakap jangan mengharapkan orang luar untuk membangunkan, memajukan dan mensejahterakan kampung. Kita yang di, tinggal di dalam kampunglah yang sepatut mengambil inisiatif. Kalau ada permusuhan, kalau ada perselisihan kita ketepikan. Dalam masjid, siapa pun tak ada lagi kita sebagai hambah Allah, kena tumpukan ibadat supaya amalan kita diterima oleh Allah. Itu sebabnya kita tahu tanggungjawab kita, kita tahu kedudukan kita, dan kita tahu tugas dan peranan kita, insyaAllah kita akan dapat bersama.

Dan saya harap supaya kita teruskan, selepas 4 tahun ini, kita teruskan, kita ada masa. Janganlah ingat tuan-tuan masa setahun ini tak panjang, kita lihat Khalifah Islam yang ke-5, walaupun tak panjang memerintah, 2 tahun setengah, tapi kesan dan akibatnya sangat hebat. Memberi satu contoh tauladan yang sangat baik, bukan sebab lamanya kita bertugas diberi amanah, tetapi seberapa hebatnya kita, seberapa hebatnya kita memberi sumbangan kepada masyarakat, agama dan negara. Kalau ramai di kalangan kita ada 3 terms, contohnya, saya baru first term. Kita pastikan bahawa pembangunan luar bandar ini kita mesti lepas ini kita mesti selaras ataupun sesuai dengan sebelah negeri kita iaitu Selangor dan Melaka.

Sebab itulah saya dalam, selama saya memegang EXCO ini, saya cuba, yang pertama sekali saya cuba pastikan supaya Serting dibangunkan, sahabat saya. Sebab situlah di mana sekian lama tertinggal. Kita membangunkan balik sebagaimana Sendayan dan LBJ boleh dibangunkan oleh Rantau dulu. Tidak mustahil ya, tidak mustahil kita cuba dapatkan pemaju-pemaju, orang-orang pelabur-pelabur daripada luar dan dalam negeri yang berkemampuan untuk memajukan, memastikan supaya peneroka-peneroka yang sekian lama, 70 tahun, 70 tahun yang berhutang, sampai sekarang. Saya cakap, pada orang-orang felda, anak cucu nak duit, nak tanah, nak bahagian, tapi dia tak nak bayar hutang. Dia tak akan bayar hutang. Anak-anak dia tak akan bayar hutang, kita kena selesaikan hutang kita supaya kita tidak meninggalkan hutang, menyusahkan generasi kedua dan ketiga kita.

Begitu jugak kemajuan-kemajuan di felda ini, saya rasa tanggungjawab federal. Dan kami mintak sahabat-sahabat yang ada kaitan dengan federal bantu, bantu supaya felda ni diselesaikan terutama generasi kedua, ketiga yang sekarang ni masih tidak berumah. Dan saya telah nyatakan kepada Kerajaan Negeri, oleh kerana tanah ni di bawah Kerajaan Negeri, kita tengok kalau FELDA tak boleh majukan tanah itu, kita ambil balik tanah-tanah yang itu, yang tertinggal untuk kita bahagi-bahagikan kepada second ataupun generasi kedua, ketiga felda. Walaupun sedikit, sekecil mana pun, boleh mampu untuk buat rumah. Kami cadang dulu lebih kurang 5,000 kaki persegi untuk buat rumah. Dan mereka boleh buat rumah sebab mereka dah ada tanah, boleh buat rumah.

Dan jugak jalan-jalan di felda, jalan-jalan skim di negeri kita ni perlu dinaik taraf cepat. Sebab itulah walaupun di Jalan Gagu ke mana, ke, ke Selangor itu, walaupun dah dimintak 30 tahun dapat diluluskan pada tahun kita. Ini akibat daripada kita bersama dengan federal. Sebab kita negeri tidak boleh bermusuh dengan federal. Federal juga tak boleh bermusuh dengan negeri. Sama jugak PBT kena bersama dengan negeri dan jugak dengan federal sebab semasa saya di, bekerja di MPS, kami tidak mengharapkan state sebab state masa tu tak ada duit. Kita mintak federal. Projek-projek federal boleh masuk melalui kementerian-kementerian yang ada. Ini kebijaksanaan pegawai-pegawai kerajaan. Jangan mengharapkan hanya semua diberi. Kita kena cari jalan, kita kena cari langkah di mana kita boleh mendapat, menggunakan kemudahan-kemudahan ataupun bajet yang ada daripada mana-mana pihak untuk kita bawa di mana tempat kita nak bekerja.

Saya bercakap pada pegawai kerajaan, kalau you nak berjasa di mana tuan berada sekarang, maka sekaranglah masa yang terbaik untuk

mendapat sebaik mungkin projek ataupun sebaik mungkin servis, pada masa kita bekerja. Jangan nanti menyosalah, selopeh sekian lamo maghin tak ponah buat projek ke tompek kito, sesalan tak akan berguna lagi selepas akhir. Jadi, mari sama-sama, mari samo-samo selepas kita buktikan, tunjukkan kesamaan dan kesetiaan kita dan keihklasan, dan keikhlasan kita bersama-sama membantu Kerajaan Negeri dan federal, dalam kes COVID-19, kita teruskan untuk membangunkan negeri kita pada masa yang tak lama lagi ini. Dan saya terima cabaran. Siapa kerajaan yang bekerja keras, membuat penga, apa, perancangan yang baik, melaksanakannya dengan betul, tidak terlewat, kita akan berjaya. Inilah yang dikehendaki oleh rakyat. Kalau kita boleh beri servis yang terbaik, mereka akan tengok dan kalau kita santuni mereka, mereka akan tau menilai. Di luar sana mereka sedang melihat perbincangan dan jugak idea yang kita kemukakan.

Untuk itu, kita sebagai pemerintah kena ada apa yang dikatakan usaha untuk membaca, mengkaji dan jugak menyelidik. Jangan ada kita sibuk dengan politik, sibuk dengan kerja-kerja yang kita tidak boleh membangunkan minda dan jugak membangunkan karakter dan jugak peribadi kita.

Dato’ Speaker, mohon mencelah sikit je, ya. Sikit je …..

Apa ni, saya tertarik apa yang dicakapkan oleh Labu tadi berkaitan dengan kesaksamaan, kerjasama di antara federal dan negeri kan. Saya nak tanya, apakah pandangan Labu berkaitan dengan di Negeri Sembilan ini, ketidaksamaan peruntukan di peringkat ADUN federal dan jugak ADUN Negeri Sembilan?

Saya, ini keputusan ni dibuat oleh masing-masing, jadi pada sayalah, ada pro kon dia. Saya tak boleh jawab detail situ. Tapi yang pentingnya ber, berlaku adillah sebaik mungkin. Itu saja yang boleh saya nyatakan tapi …..

Kalau jawapan tu nampak tak berlaku adil. Itu pandangan sayalah.

Saudara boleh meni, me, me, men, me, me, apa, memperkatakan dari pandangan saudara. Tapi saya jugak boleh menyatakan pandangan tapi kita akan…..

Sebab federal berlaku adil dengan CSA, ada peruntukan untuk ADUN yang bukan kerajaan, kan. Tetapi di negeri ni tak berlaku. Itu, adakah itu keadilan?

Tak kalau ikutkan pada sayalah, itulah saya kata siapa yang buat keputusan, kita putus dalam Dewan, kita putus dalam Parlimen, itu bukan kita boleh putuskan satu orang. Sebab itu pada saya, ini terserah kebijaksanaan kita sebagai DUN dan jugak kita sebagai Ahli Parlimen. Sebab tu pada saya, benda ini ada pro kon dia dan saya tak nak bincang di situlah, baik, okay.

Dan saya mintak, saya mintak bukan saya apa, saya kata berlaku dan buatlah kerja. Saya tahu kerajaan kita baru 4 tahun, belum banyak jasa. Kita tahu. Kita tahu. Tapi jangan ingat kita baru ini makna kita tidak boleh buat sesuatu kerja yang ajaib, yang hebat. Sebab kita buktikan keadaan sekarang, kita punya pendapatan kita boleh bergandakan daripada 1.7 kepada sekarang lebih daripada, masuk kepada, lebih daripada 5 bilion. Ini kita buat. Dan kita lihat kestabilan. Dan kita bagi sebanyak mungkin. Dan saya nyatakan bahawa kalau kita ada duit, jangan simpan. Seperti jugak dalam masjid, bila ada banyak duit orang tabung beri untuk, untuk derma, untuk wakaf itu, jalankan tugas, jangan ahli-ahli jawatankuasa masjid, jangan ahli keraja, ahli EXCO Kerajaan membiarkan duit tersimpan, orang bank yang untung, rakyat tak dapat. Bagikan pada rakyat. Buat secara yang terbaik. Ini yang saya nyatakan dalam perbincangan tersebut, termasuk pada masa COVID yang pertama. Saya mencadangkan supaya diberi bantuan kepada rakyat. Dan kalau perlu hujung-hujung tahun ini, oleh kerana masih lagi belum pulih, kita cadangkan lagi supaya diberi lagi kepada rakyat, kita ada, gunakan duit sebagaimana yang telah disetuju oleh Rantau dan kawan-kawan, kita gunakan duit kerajaan ini untuk kebaikan dan kebajikan rakyat. Saya setuju dan kita teruskan nanti ya.

Dan pada sayalah tuan-tuan kalau nak masuk kampung, siapa pun kita, kalau kita bosa kono beri salam. Kono kotok pintu. Jadi, kalau nak jumpo kampung, oleh Kerajaan Negeri ni di bawah pentadbiran MPKK, saya sebagai EXCO yang menjaga saja, tapi bila kampung-kampung maklumkan dengan ketuo kampung nak guno balai rayo ke, masjid apa semua, maklum saja dengan dia. Kalau kata boleh, bolehlah. Tak boleh, tak kan nak kata, saya nak ketuk pintu boleh masuk rumah, dia kata tak boleh, den tongah sibuk sekarang nia haa, lain kali. Itu hak dia. Kita kena hormati dan kita kena fahami. Dan kalau boleh, pada sayalah, saya dah nyatakan ini, kajian, Menteri Besar pun dah menyatakan, ada beberapa peraturan, ada yang boleh kita tolak, tolak ansur. Ada yang kita fix dengan kita punya statement. Itu kena hormatilah, sebagai

pembangkang dulu, kami hormati apa saja keputusan dibuat oleh Kerajaan Negeri ya. Itu pandangan saya.

Jadi, saya harap cuma kitalah, kalau kita tahu di mana peranan dan tugas kita, tidak timbul masalah ya. Dan saya yakin dan percaya tuan-tuan dan puan-puan, semua sahabat-sahabat saya di pihak kerajaan, ini peluang terbaik kita untuk menyantuni, membantu rakyat di luar sana. Kita tak pernah menghadapi satu kes yang begitu hebat, 2 tahun tuan-tuan, setahun lebih di mana semua aktiviti terhenti lebih kurang begitulah. Nak mesyuarat pun tak boleh direct. Kita menghadapi satu keadaan yang sangat kritikal, begitu juga seluruh negara, seluruh dunia. Tapi Kerajaan PH dapat bertahan, 3 kerajaan yang masih ada lagi, yang belum ditebuk lagilah, rasanya tak perlu lagilah, dah habis dah ya. Kita di Pulau Pinang, kita di Selangor dan kita di Negeri Sembilan. Dan saya yakin, ketiga-tiga kerajaan ini dalam keadaan yang sangat baik dan sangat apa, menjalankan peranan yang sangat baik. Sebagaimana di Penang dulu, dicakapkan walaupun beri 100.00 ringgit tu kecik, pulangkan balik. Tapi pada tuan-tuan kita ingat seperti saya pernah cakap, 10.00 ringgit duit, seikat kangkung, sekilo ikan sembilang, 10.00 ringgit, tapi kesannya sangat besar. Sebab rakyat di luar sana memerlukan walaupun seringgit bantuan sebab mereka memang terkesan dan mereka memang susah. Dan mereka ini memang memerlukan bantuan. Jadi kalau ada orang-orang yang jumpa kita, dan jumpa Wakil Rakyat, dan jumpa pegawai kerajaan, tolonglah, bantulah. Kalau boleh disegerakan, segeralah jangan tangguh. Kalau hari ini boleh selesaikan satu orang, jangan tunggu besok datang. Kalau hari ini kita boleh bantu mereka, kita bantulah. Belum tentu besok kita mampu untuk membantu mereka, dan mereka memerlukan bantuan kita ya.

Inilah yang saya cuba nyatakan pada saudara-saudara saya. Dan kalau ada sesedara saya di belah pembangkang yang ada masalah, pada saya, saya tak masalah. Dengan Chembong saya raso, saya dah 2 – 3 kali saya pergi, tak ada masalah ya. Seri Menanti pun kampung saya, ya, tak ada masalah. Jadi pada saya, Johol pun orang rumah punya kampung …..

.…. rayo.

….. tak ada masalah ya. Jadi ini yang saya katakan jangan risau sebab saya pun akan menjaga kampung saya, kampung bapak saya, kampung isteri saya. Ini yang sepatutnya kita buat, kita laksanakan ya. Sama jugak macam di Longgeng, tempat saya mengajar, jadi mana saya kena jaga tompek Longgeng ya. Dan Seremban ni tempat saya dah bekerja, 34 tahun, saya mesti menjagakan. Pastikan ya. Jadi itulah tuan-tuan. Saya, Yang Berhormat – Yang Berhormat sekalian,

pegawai kerajaan, saya sangat menghargai dan menyanjung tinggi dan saya tahu peranan tuan-tuan. Kalaupun kadang-kadang didesak, kita ada fikiran, kita ada klasifikasi. Saya pegawai kerajaan dulu pernah mena, menafikan apa-apa saja recommendation yang tidak menjejak bumi nyata. Sebab kita berani membuat tindakan atas fikiran, atas dasar yang betul ya. Jangan takut dengan ugutan. Kalau kita berani berumah di tepi pantai, kita berani menghadapi ombak dan taufan yang datang. Kalau kita berani buat di rumah di atas bukit, kita berani menghadapi apa saja yang akan dihadapi oleh. Kalau kita berani jadi calon, bertanding untuk me, me, mempertahankan atau mempertahankan kita punya DUN, kita berani bertanggungjawab dengan dugaan-dugaan dan cabaran. Jangan ingat 20 DUN yang kita menang ini, kita kata kita akan kalah, saya yakin dan percaya sebagai pegawai kerajaan dan jugak sebagai EXCO Pembangunan Luar Bandar, kalau kita kerja, kita boleh tambah, kita boleh dapat 2/3 majority for next election. Ini cabaran kepada pihak sana untuk mempertahankan kemenangan yang ada. Dan kita jugak begitu ya. Dan saya harap itu yang dapat saya sampaikan.

Walau macam mana pun saya kena jawab jugak sahabat-sahabat saya yang, soalan ini. Tak …..

Yang Dipertua Dewan

Nanti sekejap, nanti sekejap. Adoi.

Speaker, saya mohon mencadang untuk Labu diberikan lagi 30 minit, Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Okay, ini penggulungan, okay. Ada, ada kitab mukadimah tak. Kitab mukadimah baca tak? Haa ni kitab mukadimah tadi tu. Okay, silakan tuan.

Dia, dia politik matang ni macam tu lah dulu, kena sama. Jangan marah-marah. Dalam bulan puasa ni tak boleh marah, kena senyum. Okay. Ber, ber, berhubung dengan penggunaan balai raya atau dewan komuniti orang ramai di Johol. Pada saya, dia mendapat, kalau boleh rujuklah pada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung. Tapi kalau melibatkan kerja-kerja politik, memang kita tak benarkan. Tapi kalau setakat nak beri bantuan, nak beri apa ni, kebajikan kepada orang kampung, pada saya tak ada masalah okay. Hanya jangan buatkan bendera apa semua, tak payahlah. Kita nak beri bantu orang miskin, bagi je, ya, haa. Itu yang kalau boleh pada sayalah. Dan balai raya dan dewan komuniti orang ramai, mana-mana pihak berminat menggunakan kemudahan tersebut boleh berhubung dengan

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ataupun pihak PBT yang terlibat. Ataupun banyak apa dia orang kata, premis kerajaan ….

Sekali lagi Dato’ Speaker, saya nak mohon mencelah. Sebut pada dewan komuniti Johol tadi kan.

Saya nak mintak Labu tolong nasihatkan Penyelaras-Penyelaras tu, jangan bagitau kalau orang nak sewa mesti panggil dia merasmikan. Tidak boleh Wakil Rakyat merasmikan. Itu saya mintak perhatian daripada pihak Labu ya.

Saya ingat saya turun nantilah, dengan saudara YB Johol ni, saya turunlah, kampung saya tengok mana jumpa sebab kita pun ada kursus mengajar kepada kesemua MPKK ni. Kita dalam memperkasakan. Dalam memperkasakan pegawai kerajaan, kita ada kursus, kita ada beberapa peraturan-peraturan yang perlu diikuti. Sebab tu saya kata, tidak ada little Napoleon, tidak ada orang besar yang boleh buat decision semua. Tak boleh begitu. Kita pastikan ikut peraturan. Ada perlu surat, buat surat. Rujuk. Kalau dia tak boleh bagi keputusan, dia akan rujuk kepada DUN ataupun Penyelaras DUN yang ada, itu. Kalau dia tak nak, berani jugak, rujuk kepada EXCO. Kalau EXCO jugak tak berani, kita rujuk dalam MK, dalam MMK, apa masalah dia. Tapi kalau tak ada, terjah aja, kadang-kadang dia masuk melalui orang lain, kadang-kadang dia masuk melalui DO …..

Speaker, tapi …..

….. ini yang saya tak nak.

Tapi saya percaya EXCO, Dato’ Speaker.

Saya percaya dengan EXCO Luar Bandar ni …..

….. kewibawaan beliau.

Terima kasih.

Terima kasih. Sebab saya dah pergi 2 -3 kali, tapi masa nak tangkap gajah tu, saya, kita tak jumpo ADUN, ADUN, ADUN apa, Seri Menanti. Tapi bila jumpo di sano, saya jumpo dio, insyaAllah, tak ada masalah. Kalau saya boleh jumpo samo jugak di Rembau, Chembong ya. Baru lagi, tak sampai 20 minit lagi.

Tangkap gajah diajak eh kito, sio-sio, bueklah yang lain.

Sebab itu saya cakap tadi, saya bukan tangkap gajah aja, ni, apa ni, kogho. Kogho pun, saya nak menjawab sikitlah, walaupun banyak ditanya. Sebenarnya PERHILITAN ni saya punya EXCO ya. Jadi saya kata, dulu tak ada senapang. Dah …..

Yang Dipertua Dewan

Boleh dapat lesen poi apo tak …..

Ya, dulu tak ada senapang. Tapi sebenarnya dah ada dah. Saya mintak pegawai, Pengarah PERHILITAN ada tak sini? Haa? Haa, sebenarnya dulu nak beli, sebab ada satu kes dulu, apabila tertembak, mati, kena pada pegawai. Jadi dia ada peraturan baru dan ada punya syarat-syarat yang sebenarnya. Itu sebabnya kita kata tak apalah, you kata dulu tak ada senapang, tak ada apa semua. Dah ada baju, baju apa ni, baju yang kalis peluru ni. Dah ada semua, insyaAllah, kita mulakan lepas raya nilah, saya rasa boleh, kalau ada rasa kogho banyak naa tu, ada benda yang kita boleh tembak, ada benda yang kita boleh tangkap, kita buatkan perangkap. Dan ada benda yang kita boleh lupuskan. Ada benda yang kita lepaskan kepada, habitat di yang, yang semulajadi ya. Kita ada, ikut peraturan ya, kita ikut peraturan jabatan. Saya pun tak boleh overrule jabatan punya peraturan ya.

Jadi kalau boleh, lepas ini lah, kalau ada masalah, datang, kita jumpo, tak ado masalah deh, ya. Macam saya ni dululah, masa nak pergi masjid, orang tanya, apa datang. Tak ado, saya datang sebagai jemaah. Apa masalahnya, orang kampung saya masuklah. Haa itu, ya. Jadi kita jangan ada sensitif sangatlah. Kita jawab secara baiklah. Tak apo. Kadang-kadang orang tak, tak dapat kenal kita, tak apa, kita kenalkan diri. Haa ya. Itu yang harapan, yang kita kena ingatkan okay.

Kemudian berhubung dengan Orang Asli. Orang Asli ni sebenarnya, yelah, saya cakap, ada kadang-kadang dia raso rondah diri. Tapi pada saya, saya jumpo Tok-Tok Batin, saya jumpo MPKK, saya jumpo JAKOA, pada saya, Orang Asli ni samo macam kita jugak, warganegara Malaysia. treatment-nya jugak sepatutnya samo. Dan pada masa akan datang, mungkin kita oleh ubah mentaliti dan jugak dia punya fikiran dia

supaya mereka bersama dengan kita ya. Kita tak boleh mengharapkan sa, selama-lamanya bantuan kerajaan. Itu minda yang kita cuba apa kan, dan kita bangunkan Orang Asli ni dari segi minda, pendidikan dan jugak dari segi semangat dan jugak penglibatan mereka dalam membangunkan kampung, negeri dan negara, ya. Jadi pada saya, kita ada beberapa yang berhubung dengan tanah yang dikatakan nak dirizabkan untuk apo, untuk Orang Asli ni. Kalau boleh, kita boleh buatlah. Kalau orang kata, kalau tak boleh cukup lagi, kita buat mana yang ada dulu, Kerajaan Negeri kena ambil tindakan untuk rizabkan, gazetkan, supaya mereka boleh pasti ada rizab mereka. Dan kemudian kalau ada perumahan-perumahan ini, saya menyerulah, kalau raso dio tak ada buat perluasan kampung Orang Asli, kita masukkan mereka dalam perumahan-perumahan kos yang rendah ataupun di mana kita bantu orang-orang seperti orang-orang yang, orang Melayu, orang Cina, orang India ya. Dan jugak orang yang duduk bekerja di ladang-ladang. Kita bagi kemudahan. Macam saya di Labu, di Labu tu bukan untuk orang India yang kerja di ladang, orang Melayu pun kerja di ladang, Orang Asli pun ada kerja di ladang. Kita boleh bagi peluang untuk mereka menduduki rumah yang dibina oleh kerajaan untuk mereka semua ya.

Dan kalau ada mana-mana masalah yang berhubung dengan pembangunan luar bandar ni, mari sama-samalah. Ada kawan kita, yang bekerja di jabatan, ada orang kampung kita yang bekerja di jabatan ataupun di kementerian, mereka ada kedudukan, kita pohonlah bantuan mereka ya. Haa ini pohon bantuan mereka. Dan mereka memang mengambil, menunggu, silent ataupun apa ni, alamat untuk kita memintak mereka menolong kita. Marilah kita bersama-sama bersama membuat kebaikan, bersama-sama mencegah kemungkaran. Dan insyaAllah kita bersama-sama membangunkan kampung, membangunkan PBT, membangunkan negeri dan membangunkan negara kita cintai. Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT.

Dato’ Speaker, ada lagi pasal Orang Asli ni …..

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam. Apa lagi?

Tentang pencegahan kepada anak mudo, generasi mudo Asli yang saya sobut semalam.

Ada arak dengan air ketum. Ya betul. Ni ada tadi, saya ada, tak bacalah.

Air ketum jangan sobut bona, marah Speaker.

Sebenarnya kita, treatment kita lebih kurang sama dengan kampung-kampung. Kita libatkan AADK – Agensi Anti Dadah, kita libatkan pihak Polis dan jugak pihak yang terlibat dengan pemulihan. Jadi, sebenarnya masalah dia sama, di mana-mana, sama ada Orang Asli pun yang terlibat dadah ataupun dengan apa semua, sama jugak dengan orang yang duduk kampung, di kampung baru, di ladang dan di, dan jugak di felda, sama. Treatment sama, dan kita cuba libatkan program-program di mana kita beri kesedaran. Beri apa, pendedahan supaya mereka tahu bahaya dan jugak keburukan dadah, dan jugak minuman keras ya. Itu yang kita buatkan supaya benda-benda ini, dapat kita kurangkan. Kalau tak boleh kita hapuskan, kita buat control, mudah-mudahan menjadi kebahagiaan kepada kampung Orang Asli dan jugak kampung kita, dan jugak negeri dan negara kita. Wallahualam.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Labu. Cuma disebut tadi, jalan ni kan, jalan Longgeng ke apa, dah mula dah, dah mula tolak, Jelebu. Lepas ni orang Jelobu poi Longgeng dokek lah, nak pergi Kuala Lumpur pun dekat, ya. Seterusnya saya persilakan Ampangan ya, sebelum Menteri Besar. Silakan.

Dato’ Yang Dipertua, jika kita menganalisa intipati titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, di Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal kelima, Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 pada 18 April 2022; Isnin yang lepas, kita akan mendapati bahawa baginda Tuanku mengesahkan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpin, pimpinan Pakatan Harapan adalah sebuah kerajaan yang amat berjaya dalam menjalani amanah yang telah diserahkan oleh rakyat bermula pada 9 Mei 2018 yang lepas.

Intipati yang pertama, ketika negara ditimpa bencana COVID-19, banjir, Kerajaan Negeri Sembilan responsif dan bertindak segera demi untuk kesejahteraan rakyat. Intipati yang kedua, Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya mengukuhkan dan mempertingkatkan ekonomi. Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Pakatan Harapan telah berjaya merancakkan dan melonjakkan pelaburan ke Negeri Sembilan semenjak tahun pertama kita mengambil alih kerajaan iaitu pada tahun 2018. Untuk rekod, pada tahun 2017, jumlah pelaburan yang masuk ke Negeri Sembilan adalah sebanyak 1.41 bilion ringgit. Manakala pada tahun 2018, walaupun Kerajaan Pakatan Harapan hanya bermula pada pertengahan tahun, kita telah berjaya melonjakkan jumlah pelaburan daripada jumlah 1.41 bilion ringgit kepada 2.86 bilion ringgit. Tahun 2019, kita telah berjaya melonjakkan

jauh lebih tinggi iaitu hingga mencapai 6.96 bilion ringgit ya. Dan tahun 2020, kita mencapai rekod tertinggi dalam sejarah pelaburan Negeri Sembilan iaitu sebanyak 7.93 bilion ringgit. Untuk tahun 2021, Dato’ Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua, kita menghadapi masalah COVID yang berpanjangan, yang bermula pada awal tahun 2020 dan keseluruhan 2021, yang mana kita telah mensasarkan lebih rendah daripada jumlah yang sebelumnya iaitu pada 5 bilion ringgit. Alhamdulillah kita telah berjaya mencapai sebanyak 5.76 bilion ringgit melebihi sasaran ya, walaupun kita hanya mensasarkan 5 bilion ringgit pada tahun 2021.

Selain membuka peluang pekerjaan dan juga membuka peluang perniagaan, peningkatan pelaburan ini meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri ya. Dan saya juga nak menekankan apabila kita menyebut tentang membuka peluang pekerjaan, kita amat berhati-hati untuk memastikan peluang pekerjaan yang dibuka adalah peluang pekerjaan yang boleh menghasilkan pendapatan yang lebih baik dan lebih tinggi kepada rakyat Negeri Sembilan. Peningkatan pendapatan Kerajaan Negeri Sembilan membolehkan kita memulangkan semula kepada rakyat. Oleh sebab itu kita telah wujudkan pelbagai inisiatif ya, seperti TUNS (Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan), TUNS Plus ya, yang lebih merujuk dari segi pemberian ataupun bantuan untuk pinjaman tanpa faedah ya, Bantuan Anak Sekolah ya, Biasiswa Anak Negeri ya, bantuan tablet dan pelbagai lagi yang telah kita jalankan.

Kejayaan kita membawa pelaburan yang amat ketara semenjak kita menga, mengambil alih kerajaan ya, adalah kerana Kerajaan Negeri Sembilan ya, di bawah pimpinan Pakatan Harapan telah memperkenalkan beberapa dasar utama ya. Yang pertama ialah dasar mesra pelabur ya. Dasar mesra pelabur ini selain kita bersifat pro aktif untuk menarik pelabur masuk, kita juga berusaha untuk mempertingkatkan kecekapan kita ya, untuk mengurus tadbir ya, dan untuk memastikan kita mengurangkan permasalahan yang berkaitan dengan birokrasi.

Dasar yang kedua yang kita perkenalkan ialah dasar pelaburan berganda. Dasar pelaburan berganda bermakna kita nak memastikan jumlah pelaburan yang masuk ke Negeri Sembilan semakin meningkat daripada tahun ke tahun. Dan ini kita memastikan kesemua agensi kerajaan di bawah Kerajaan Negeri Sembilan dan kita juga bersama, bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kita boleh mencapai hasrat ini, iaitu jumlah pelaburan mestilah berganda ataupun meningkat daripada tahun ke tahun.

Dan kita juga memperkenalkan dasar yang dikatakan sebagai dasar tinggal, kerja dan gaya hidup di Negeri Sembilan. Dengan izin Dato’ Yang Dipertua, live, work and play in Negeri Sembilan, ya. Haa ini jugak telah mengubah keadaan, yang mana kita nak memastikan banyak aktiviti-aktiviti ekonomi dapat kita adakan di Negeri Sembilan.

Intipati yang ketiga Dato’ Yang Dipertua, ialah pemerkasaan bidang Pendidikan ya. Pelaburan kepada Pendidikan akan menjamin masa depan negara untuk kemajuan dan kesejahteraan rakyat ya. Dan sejak beberapa tahun yang lepas, Negeri Sembilan kekal sebagai di antara negeri yang terbaik dalam pencapaian peperiksaan SPM, STPM mahupun STAM ya. Kita juga bersifat pro aktif ya, yang jugak membuka peluang baru di mana kita telah memperkenalkan program SPM Fast Track ya, kepada pelajar-pelajar lepasan tahfiz, yang buat pertama kali diperkenalkan pada tahun 2021.

Intipati yang keempat, Dato’ Yang Dipertua, pembangunan yang kita laksanakan secara bersasar ya, dan mampan dengan berlandaskan kepada Pelan Induk Pembangunan Ekonomi Negeri Sembilan. Jadi kita ada dasar yang berkaitan tentang perindustrian khususnya membabitkan MVV 2.0, kita ada dasar pembangunan pertanian agropolis, dan kita juga ada dasar berkaitan untuk pembangunan biodiversiti dari segi eco tourism untuk memastikan negeri dijalankan ataupun dibangunkan secara terancang dan tersusun.

Dato’ Yang Dipertua, kita dari segi pembangunan bukan hanya menekankan sahaja dari segi perindustrian yang berkaitan di kawasan Seremban dan Port Dickson. Menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Gemas ya, tentang kawasan Gemas 3 ya. Di, kita jugak sedang merancang untuk membangunkan ya, di kawasan sebelah sini. Dan di Gemas 3 telah ada beberapa pelan pembangunan yang telah dirangka. Di antaranya ialah Universiti Malaya yang berhasrat untuk membangunkan kampus mereka di kawasan seluas 109.22 ekar ya. Dan selain daripada itu ada jugak projek yang berkaitan tenaga solar ya, yang akan kita rangka insyaAllah, yang telah pun diberikan kelulusan awal pada 29 April 2021 yang lepas, dan ada juga pusat pengumpulan buah sawit yang akan kita buat insyaAllah, di kawasan Felda Jelai ya, dan kita jugak akan merangka akti, pembangunan-pembangunan yang lain, insyaAllah di kawasan ini.

Saya jugak nak menjawab tentang persoalan yang berkaitan tentang pendidikan yang disentuh oleh ADUN Rantau yang menyatakan tentang projek ataupun pembangunan tentang huffaz ya, atau untuk menjadikan anak-anak yang belajar ya, secara formal untuk menghafal Al Quran ya.

Jadi kalau kita lihat dari segi ini, ini adalah Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) yang merupakan kurikulum yang digubal berdasarkan kurikulum tahfiz Al Quran yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ya. Kurikulum ini menggabungkan 2 komponan mata pelajaran tahfiz dan dengan sebahagian mata pelajaran sedia ada dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) memastikan pelajar yang terlibat dapat menamatkan hafazan 30 juzuk Al Quran dalam tempoh 5 tahun pengajian di peringkat sekolah menengah. Pelaksanaan KBT di peringkat Negeri Sembilan telah bermula pada tahun 2016 yang melibatkan 6 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang melaksanakan kurikulum tahfiz model Ulul Albab. Pelaksanaan KBT adalah tertakluk kepada kategori Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang telah dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri; Jabatan Agama Islam Negeri dengan kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Di samping itu jugak, kita juga ada di Negeri Sembilan melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) yang melibatkan 9 buah SABK. Kurikulum Bersepadu Dini melibatkan kumpulan yang mem, mempelajari mata pelajaran bidang pengajian aga, pengajian Islam, bahasa dan kesusasteraan Arab yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Manakala program Smart Huffaz yang telah dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sepanjang tahun 2014 dan 2018, yang melibatkan 21 sekolah aga, menengah harian biasa, yang menyediakan Kelas Aliran Agama (KAA) serta Sekolah-Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Program ini yang ditawarkan ya, ini insyaAllah kita akan melibat semula ya, dengan kerjasama MAINS ya, kalau boleh ini satu program yang baik untuk kita adakan ya, yang saya fikir akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk menjadi pelajar-pelajar yang hafiz ya, ataupun belajar, ataupun mengetahui, ataupun paling kurang ada beberapa surah atau beberapa juzuk yang boleh dihafalkan.

Di samping pada itu, saya nak nyatakan di sini, seperti yang saya nyatakan sebentar tadi, bahawa kita bukan hanya setakat untuk mengadakan program-program untuk sekolah-sekolah akademik formal, di bawah aliran kerajaan untuk mereka itu men, menghafal Al Quran. Tapi kita cuba membuka peluang kepada pelajar-pelajar yang tidak belajar langsung akademik ya. Yang mungkin mereka hanya belajar akademik darjah 1 hingga darjah 6, semasa di peringkat sekolah rendah. Yang kemudian mereka masuk sekolah-sekolah tahfiz ya, dan

daripada umur 13 tahun sehinggalah mereka berumur 16 tahun, mereka tidak ada belajar apa-apa tentang akademik. Kerajaan Negeri telah memulakan program ini bermula pada tahun 2021, apa dikatakan sebagai program Fast Track SPM untuk lepasan tahfiz ya, yang membiayai sebanyak 50 orang pelajar. InsyaAllah kita akan mengetahui keputusan mereka, mereka telah pun mengambil peperiksaan SPM baru-baru ini.

Untuk tahun 2022, kita telah memperbesarkan program ini yang bukan hanya untuk pelajar-pelajar aliran sastera, yang belajar tentang bidang agama, tetapi juga kita nak memastikan ada peluang untuk pelajar-pelajar ini untuk belajar aliran sains. Tetapi untuk program ini mereka akan belajar selama 2 tahun ya. Seramai 21 orang pelajar telah pun memulakan pengajian mereka untuk memastikan bahawa kita dapat menghasilkan ya, pelajar-pelajar yang hafal Al Quran boleh berkecimpung, boleh masuk di dalam bidang akademik ya, supaya dengan erti kata lain, kita boleh memprofesionalkan ulama’ dan kita boleh jugak meng-ualama’kan profesional. Inilah hasrat yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri ya.

Yang Dipertua Dewan

Macam pernah dengar ye tu, ucap perkataan tu.

Baik, Dato’ Yang Dipertua, saya nak menyentuh tentang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senaling ya, tentang permohonan agar Anugerah Siswazah Cemerlang Ijazah Kelas Pertama, Yayasan Negeri Sembilan dipanjangkan kepada ibu bapa dan penjaga yang tidak bertugas di luar Negeri Sembilan, atau alamatnya berada di luar Negeri Sembilan. Permohonan Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan adalah merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dalam memberi pengiktirafan kepada graduan Kelas Ijazah Kelas Pertama anak Negeri Sembilan. Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Negeri Sembilan Kali Yang Ke-148 bertarikh 8 Oktober 2019, syarat yang telah ditetapkan ialah pemohon mestilah anak kelahiran Negeri Sembilan dan ia tidak meliputi ibu ataupun bapa pemohon. Namun demikian, Dato’ Yang Dipertua, Yayasan Negeri Sembilan terbuka dalam menerima sebarang permohonan rayuan dan ia akan dipertimbangkan berdasarkan case to case basis.

Dato’ Yang Dipertua, sekian sahaja, terima kasih, wabillahitaufik walhidayah, assalamulaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Wa’alaikumsalam. Ingat tadi nak sambung lagi tu. Silakan Yang Amat Berhormat Sikamat untuk menggulung sekali ya. Okay, silakan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Soalan Yang Berhormat ADUN Chennah memohon memantapkan jawatankuasa untuk memperkemaskan struktur bantuan bencana. Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa prihatin dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana alam sekitar, banjir kilat dengan menggunakan peruntukan daripada Akaun Amanah Bencana Alam seki, Alam Negeri Sembilan. Dalam hubungan ini, Kerajaan Negeri pada masa ini telah pun menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri melibatkan semua jabatan/agensi berkenaan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan (APM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Sembilan, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pejabat Daerah Dan Tanah Negeri Sembilan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan dan lain-lain agensi yang berkaitan.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut bercadang untuk menubuhkan Pusat Kawalan Bencana Peringkat Negeri ataupun Negeri Sembilan Command Centre yang akan berfungsi sebagai one stop centre bagi tujuan koordinasi dan pengurusan berkaitan bencana di seluruh Negeri Sembilan. Dalam pada itu Kerajaan Negeri juga becadang untuk membuat perolehan bot untuk kegunaan agensi-agensi tertentu untuk tujuan persediaan termasuk operasi menyelamat sebelum dan semasa berlakunya bencana seperti banjir dan sebagainya.

Dato’ Yang Dipertua, soalan seterusnya berhubung dengan latihan siapsiaga komuniti ketika menghadapi bencana. Ilmu Pertahanan Awam adalah satu cabang ilmu yang cukup berguna kepada semua persediaan mahupun ketika menghadapi kecemasan dan bencana. Kepentingan ilmu bukan saja untuk diaplikasikan kepada diri sendiri tetapi juga digunakan untuk membantu orang di sekeliling yang menghadapi kesusahan mahupun kecemasan. Komponen kesiapsiagaan awam menjadi nadi kepada pembangunan modul pengurusan dan latihan yang lebih efisyen dan sistematik.

Unit Penyelarasan Dan Pemantuan Institusi Akar Umbi (UPPIAU) di bawah Kerajaan Negeri Sembilan telah menyahut hasrat dan telah mengadakan inisiatif kolaborasi bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di dalam meningkatkan kefahaman peringkat komuniti

terhadap pengurusan bencana semasa Kursus Induksi MPKK. Kerjasama ini dapat menyemarakkan ilmu pertahanan awam dan memberi kesedaran kepada orang awam khususnya supaya dapat menguruskan diri dan komuniti setempat sebagai tindak balas awal apabila menghadapi situasi bencana di tempat mereka.

Program dinamakan Civil Defence, Defence Emergency Respons Team (CDERT) Komuniti dikenal, dikenali sebagai CDERT Keluarga Malaysia di mana menggalakkan kepada mana-mana DUN dan komuniti di bawah seliaan Yang Berhormat yang belum ada CDERT Komuniti supaya, dialu-alukan untuk berhubung dengan APM bagi pelaksanaan penubuhan pasukan tindak balas kecemasan.

Sehingga hari ni terdapat 4 CDERT Keluarga Malaysia yang aktif di Negeri Sembilan di mana CDERT yang terawal ialah CDERT Keluarga Malaysia DUN Sikamat dan kini diikuti oleh 3 CDERT Keluarga Malaysia Rasah, Tampin dan Jempol. Justeru itu mohon kepada semua komuniti di kawasan Yang Berhormat untuk menyertai program ini agar dapat mempersiapkan komuniti dengan ilmu kesiapsiagaan menghadapi kecemasan mahupun bencana.

Program Civil Defence Emergency Respons Team (CDERT) telah dilancarkan pada 16 Mac 2006 lagi. Antara fungsi CDERT adalah membantu mengurangkan kesan terhadap suatu kecemasan ataupun bencana di peringkat awal, ia melibatkan secara langsung komuniti masyarakat setempat, memberi nilai tambah ilmu keselamatan kepada komuniti. Ya, jadi banyak latihan-latihan yang diberikan oleh APM. Adalah untuk menu, objektifnya ialah untuk menubuhkan sebuah pasukan bantuan yang siapsiaga serta berkemampuan untuk menangani sebarang kejadian dan kemalangan, sebarang bentuk kecemasan di, bencana di, di tempat kerja sama ada di premis kerajaan, swasta, badan bukan bukan kerajaan (NGO) mahupun komuniti melalui kemahiran Ilmu Pertahanan Awam.

Soalan seterusnya daripada ADUN Chennah. Bagaimana untuk membolehkan aktiviti eko pelancongan dijalankan di atas tanah kategori pertanian tanpa perlu melalui proses tukar syarat tanah? Aktiviti eko pelancongan boleh dijalankan atas tanah kategori pertanian tanpa melalui proses tukar syarat nyata tanah dengan syarat pemohon mengemukakan permohonan permit khas untuk menggunakan tanah pertanian yang tiada kaitan dengan pertanian yang melibatkan keluasan tanah tidak melebihi 1/5 daripada luas keseluruhan tanah. Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Sembilan telah mengeluarkan Pekeliling PTGNS Bil.5/2011 berkaitan tatacara memperolehi permohonan yang

menggunakan tanah pertanian yang tiada kaitan dengan pertanian yang telah dikuatkuasakan pada 9 November 2011. Bagi keluasan pemohon, melebihi 1/5 dari luas keseluruhan tanah, pemohon perlu mengemukakan permohonan tukar kategori atau syarat nyata tanah.

ADUN Chennah, soalan seterusnya, berkenaan dengan memohon Kerajaan Negeri membuat kajian keberkesanan dan kerja lapangan bagi program bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri melalui belanjawan 2022 telah merancang pelaksanaan bagi tujuan kajian penialain outcome program inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bermula dengan 3 inisatif berikut pertama – Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS), perkhidmatan bas percuma – kedua dan yang ketiga – powerhouse gemilang, Powerhouse Wanita Gemilang (PHGEM).

Kerajaan Negeri telah mengambil berat mengenai hasil pencapaian bagi semua program inisiatif sejak tahun pertama dilaksanakan terutama dari aspek pencapaian golongan sasar output/outcome pelaksanaan juga, pelaksanaan impak juga kepada rakyat serta kepada negeri. Melalui kajian penilaian outcome program inisiatif yang dirancang ini, Kerajaan Negeri boleh menilai keberkesanan pelaksanaan program inisiatif dan menentukan way forward bagi setiap program inisiatif kepada Kerajaan Negeri ya.

Seterusnya soalan ADUN Rantau berhubung maklum balas, tidak dapat memungut hasil penuh dan membentangkan belanjawan defisit selama 2 tahun. Kemerosotan kutipan hasil 2021 sebahagiannya berpunca daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 11 Januari 2021. Sepanjang tempoh PKP tersebut hampir semua ekonomi terhenti dan tidak dapat dilaksanakan sekaligus menjejaskan kutipan hasil negeri. Antara aktiviti utama yang tidak dapat dapat beroperasi ialah perlombongan, pengkuarian serta pembinaan. Sebagai contoh kutipan bagi tahun 2020 berbanding tahun ’21: bagi premium tanah telah berkurangan 76 juta kepada 47 juta, Permit Tanah Dan Galian daripada 35 juta kepada 32 juta, premium perhutanan dari 4.3 juta kepada 1.2 juta, faedah dan perolehan dari pelaburan dari 41 juta kepada 24 juta, dan cukai tiket wayang daripada 2.1 juta kepada 0.4 juta.

Kemerosotan hasil seharusnya tidak djadikan alasan oleh Kerajaan Negeri untuk tidak menjalankan tanggungjawab pembangunan sosio ekonomi dan kebajikan rakyat. Pembentangan belanjawan defisit merupakan manifestasi keprihatan kerajaan terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat dan intervensi kerajaan untuk merangsang semula

ekonomi domestik serta mendaya upaya rakyat. Walau bagaimanpun, belanjawan defisit yang dibentangkan telah mengambil kira semua faktor termasuk kedudukan rizab Kerajaan Negeri setiap satu peratus perbelanjaan mengurus, kerajaan akan mampu menjana 1.3 peratus KDNK Negeri.

Kini dalam, dan soalan seterusnya daripada Jeram Padang, dalam fasa endemik, penghargaan kepada semua frontliners. Seperti yang pihak, Yang Berhormat Jeram Padang maklum, terdapat lebih daripada 1,000 orang kakitangan perubatan yang terlibat dalam menguruskan situasi pandemik COVID-19 yang berlaku pada tahun 2020 khususnya di Negeri Sembilan dan dalam masa sama terdapat lebih daripada 100 doktor perubatan yang terlibat dalam operasi tersebut, Kerajaan Negeri menerima baik cadangan daripada Yang Berhormat Jeram Padang untuk diambil perhatian selanjutnya.

Isu rumah Orang Asli, JAKOA Klebang rosak akibat ribut. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol telah mengadakan perbincangan bersama JAKOA Daerah dan JAKOA mengambil tindakan memanjangkan permohohonan ke, ke Pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar ya, Negeri Sembilan ya. Kita dah usulkan.

Seterusnya soalan daripada ADUN Linggi, gangguan babi hutan, kera berleluasa menyebabkan kerosakan tanaman. Punca utama konflik manusia – hidupan liar ini berlaku disebabkan persaingan bagi mendapatkan makanan di ruang yang, ruang untuk hidup. Usaha-usaha yang dilakukan bagi mengatasi konflik ialah:

 Program bersepadu bersama Majlis Pengurusan Komuniti (MPKK)/stake holder melalui dialog/taklimat dan operasi basmi musuh tanaman;

 Pemasangan perangkap, pemantauan berterusan jabatan;

 Penubuhan jawatankuasa teknikal pengurusan konflik hidupan liar;

 Kerjasama sumbangan perangkap dan, oleh pelbagai agensi dan pihak, dan pihak kerajaan;

 Khidmat nasihat pengurusan kawasan semak samun/terbiar, tempat pembuangan sampah supaya tidak menjadi punca kehadiran hidupan liar ya.

Ini isu hidupan ini, hidupan liar ni memang menjadi isu yang cukup membimbangkan ya.

Dan masalah banjir berlaku di Pekan Linggi. Banjir 18/’21 adalah kejadian hujan lebat luar biasa berpunca daripada pembentukan sistem cuasa tekanan rendah di Laut China Selatan berinteraksi dengan luruan, luruan monsun di kawasan Selat Melaka menyebabkan peningkatan kelembapan yang tinggi seterusnya berlaku hujan lebat berterusan di beberapa kawasan dalam negeri dan telah mengakibatkan peningkatan aras air sungai seperti lim, melimpah ke kawasan-kawasan yang rendah. Bagi mengurangkan risiko berlaku banjir dan impak banjir terutama kawasan Pekan Linggi, Kerajaan Negeri melalui JPS telah melantik perunding bagi kerja-kerja reka bentuk terperinci pengurusan Sungai Solok dijangka siap pada September 2022. Manakala peruntukan Persekutuan di bawah, bawah Rolling 3 Rancangan Malaysia Ke-12 telah dipohon dengan kos 44 juta bagi pelaksanaan fizikal projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Solok dan kawasan sekitarnya. Bagi penyelesaian jangka pendek, JPS akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf kapasiti kolam sedia ada dan penyaluran Sungai Linggi sepanjang 4 kilometer akan dilaksanakan.

Kerap terputus bekalan air, apabila pencemaran air mentah berlaku di Sungai Linggi. Soalan daripada ADUN Linggi. Apabila kualiti air mentah menurun di muka sauk LRA Linggi, maka pengeluaran air terawat juga akan menurun bagi mematuhi piawaian air minimum, air minuman seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu, jumlah bekalan air terawat sampai kepada pengguna akan berkurangan. Bagi memastikan gangguan bekalan air di Port Dickson dapat diatasi oleh SAINS telah membuat perancangan, bakal dilaksanakan apabila mendapat kelulusan daripada pihak Pengurusan Aset Air Berhad. Antaranya ialah memasang paip dari kolam Telok Kemang ke kolam Si Rusa, penggantian switch board di LRA Linggi, penggantian rake screen di LRA Linggi dan penggantian 4 buah tangki air di Port Dickson.

ADUN Temiang, isu banjir di Temiang, kolam rawatan dan tiada wakil daripada jabatan. Isu banjir yang melibatkan kawasan Temiang direkodkan yang terakhir adalah pada 2 Januari 2018 dan 17 Februari 2018 yang melibatkan limpahan Sungai Temiang juga disebabkan oleh halangan sampah sarap dan keadaan seksyen perparitan yang perlu dinaik taraf. Kali terakhir pelaksanaan Program Tebatan Banjir Bandar Seremban adalah sekitar 80an di mana pada ketika itu Kala Purata Ulangan (ARI) rekabentuk seksyen sungai adalah mencukupi bagi menampung pembangunan Bandar Seremban.

Namun, pembangunan yang pesat tertumpu di kawasan tersebut telah menyebabkan kapasiti seksyen perparitan sedia ada tidak mencukupi dan tidak boleh diselenggara dengan baik. Baik pulih sesuatu seksyen sungai sedia ada terutamanya melibatkan kawasan perbandaran yang padat seperti Bandar Seremban tidak boleh dilaksanakan tanpa satu kajian pelan induk mesra alam kerana kebolehkerjaan sistem perparitan dan penyesuaian seksyen sebagai, seksyen sungai perlulah diteliti termasuk kekangan kawasan persekitaran.

Justeru itu, sebagai penyelesaian jangka pendek penyelenggaraan berterusan Sungai Temiang dilakukan oleh pihak JPS setiap tahun bagi memastikan aliran sungai tidak boleh dialir, dialirkan sebaik, boleh dialirkan sebaiknya. Bagi meneliti pandangan yang dikemukakan berkenaan isu ini, hasil output penilaian melalui kajian pelan induk ini amat diperlukan sebelum apa-apa tindakan rektifikasi boleh dijalankan dan kebolehkerjaan cadangan kolam-kolam takungan di haluan sungai akan diteliti kesesuaiannya.

Pada ketika ini, JPS sedang melaksanakan kerja-kerja membuang mendapan di Sungai Temiang secara berkala bermula 7 haribulan 3, 2022 sementara, status terkini Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Seremban Dan Port Dickson, Negeri Sembilan di bawah pelaksanaan JPS Malaysia sedang menjalankan kerja ukur LIDAR bermula 10 haribulan 1, 2022 dan siap pada 9 haribulan 10, 2022. Lantikan perunding untuk kajian ini dalam proses pelantikan JPS Malaysia.

Pewartaan kolam takungan. Setelah keseluruhan apabila suatu pembangunan yang disyaratkan pembinaan suatu kolam takungan apabila pembangunan tersebut telah siap dibina, pihak pemaju hendaklah mengemukakan permohonan penyerahan kepada JPS. Setelah diverifikasi, dilan, dilaksanakan dan pembinaan kolam yang telah siap sepenuhnya itu mematuhi syarat sepertimana pelan yang, dan spesifikasi yang diluluskan, proses pewartaan akan mula dilaksanakan oleh JPS dengan mengemukakan dokumen-dokumen berkenaan kepada Pejabat Daerah Tanah yang berkaitan. Pihak JPS mengambil maklum teguran YB Temiang untuk penambahbaikan isu kehadiran mesyuarat ya. InsyaAllah lepas ni dia akan hadir.

ADUN Temiang, soalan banjir dah jawab. Pembentung Jalan Seng Meng Lee ya. Temiang. Semakan TNB terhadap soalan isu yang dibangkitkan mendapat kerja-kerja pengalihan kabel tidak dapat dijalankan kerana kelewatan pihak pemohon ataupun kontraktor iaitu MMIIT Resources memajukan dokumen pelan utility mapping kepada TNB. Dokumen UMAP telah, lengkap telah diterima oleh TNB pada 5 April 2022 bagi

mengenal pasti aset-aset yang terlibat. Satu sesi lawatan TNB bersama pihak kontraktor akan diadakan pada 22 April ya, bagi mengenal pasti semula aset-aset TNB yang terlibat dengan pengalihan kabel bagi tujuan penyediaan kos pengalihan kabel. Pelaksanaan kerja pengalihan kabel di tapak akan dijalankan setelah pihak kontraktor menda, membuat bayaran kos pengalihan kabel daripada TNB ya. Ini Temiang.

Mambau, memohon penjelasan adakah inisiatif bantuan sebanyak 1,000.00 kepada waris yang kehilangan ahli keluarga diteruskan. Sehingga kini inisiatif bantuan 1,000.00 ringgit kepada waris yang kehilangan ahli keluarga akibat COVID-19 masih diteruskan. Jumlah bantuan yang telah dibayar sehingga 20 April 2022 adalah sebanyak 862 ribu dengan jumlah penerima sebanyak 862 orang.

ADUN Mambau tanah lot 40795 Sungai Ujong Heritage Sdn. Bhd. Tiada permohonan atau cadangan pengambilalihan tanah yang telah diterima buat masa ini oleh Pejabat Daerah Tanah Seremban ya. Mengenai permohonan, apa tu, boleh di, akan dibincangkan oleh pihak MBS, palang penghadang, menegakkan ya, mengelakkan kenderaan berat melalui kawasan tersebut.

ADUN Chuah, Jabatan Meteorologi memberikan maklumat ramalan cuaca. Kesesuaian lokasi pembinaan kolam tadahan di kawasan Port Dickson akan merujuk kepada hasil kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Seremban Dan Port Dickson, Negeri Sembilan di bawah pelaksanaan JPS Malaysia. Buat masa ini sedang dijalankan kerja ukur bermula pada 10 haribulan 1, 2022 dan siap pada 9 haribulan 10, 2022. Lantikan perunding juga dalam kajian, dalam proses pelantikan oleh JPS Malaysia. Selain itu, stesen hujan telemetri sedang dinaik taraf di bawah program ramalan dan amaran banjir negara fasa 2 dan kerja menaik taraf pintu air (TCG) Chuah A dan Chuah B juga dilaksanakan dalam tahun ini di bawah peruntukan Kerajaan Negeri.

ADUN Chuah meminta tiang-tiang lampu yang dalam keadaan senget disebabkan tanah lembut, dibaiki segera. Majlis mengambil maklum akan perkara ini. Tiang-tiang lampu jenis galvanised iron ya, besi adalah di bawah seliaan Majlis. Majlis akan memantau keadaan tiang dari masa ke semasa.

Gangguan bekalan air, ADUN Chuah ya. Tadi saya telah jawab. Kita telah, akan memasang paip dari kolam air Telok Kemang ke Si Rusa, penggantian switch board di LRA Linggi, penggantikan rake screen di LRA Linggi dan penggantian 4 buah tangki air di Port Dickson. Ini insyaAllah dalam masa terdekat.

ADUN Chuah, isu dibangkitkan, tiang lampu, okay. JKR Elektrik akan mengambil maklum. Masalah banjir, task force ya, task force. Pejabat Daerah Port Dickson melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah telah membantu menyelaraskan isu-isu bencana banjir besar mengenai, dan mengenal pasti punca-punca masalah berlaku banjir. Operasi semasa bencana banjir dan kerja-kerja penambahbaikan pasca banjir yang dianggotai oleh agensi teknikal dan keselamatan bersidang mengikut keperluan. Jawatankuasa ini juga akan melibatkan beberapa NGO yang bersesuaian daripada masa ke semasa.

Johol, tekanan air sempena hari raya. SAINS memandang serius isu bekalan air setiap kali menjelang perayaan termasuk hari raya yang bakal disambut tidak lama lagi. SAINS telah bersedia dengan pelan tindakan kontigensi dengan membuat perancangan untuk memastikan waktu puncak pengguna akan dapat bekalan air secara berterusan ya. Kita ada, kita ada kawasan-kawasan hot spot ya, mengenai masalah air ketika, ketika hari perayaan.

Johol, pelombongan pasir di Johol. Pentadbiran Daerah Kuala Pilah mengambil maklum tentang permasalahan banjir di DUN Johol yang berpunca daripada keadaan Sungai Jelai – Johol yang cetek. Untuk makluman, kawasan berkenaan pernah diluluskan permit pengeluaran pasir dari tahun 2015 hingga 2019. Mana-mana pengusaha yang berminat boleh membuat permohonan di Pejabat Tanah Dan Daerah Kuala Pilah. Walau bagaimanapun ia adalah tertakluk kepada ulasan teknikal terutama dari Jabatan Pengairan Saliran (JPS) dan Badan Kawal Selia Air (BKSA) serta kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKN) ya. Siapa-siapa boleh mohon.

Cadangan untuk memberikan permit pengeluaran pasir ya, ini pun sama, soalan tadi ya. Pemberian permit pasir, ada syarat dia, kena, boleh dapat syarat-syarat dia.

Okay, ini Johol juga, menjawab soalan Johol yang menyebut tiada rundingan diadakan dengan pihak yang berkenaan atau Yang Teramat Mulia Dato’ Undang ya, berkenaan isu tanah adat ya. Sekitar tahun 2012 [2018], Ke Bawah DYMM Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah bertitah supaya mengenal pasti isu-isu pembangunan tanah adat di luar, di Luak Tanah Mengandung dan Luak Lengkongan agar tanah-tanah adat ini boleh dimanfaatkan.

Atas titah tersebut, pada Oktober 2018, Pejabat Daerah Tanah Kuala Pilah telah mewujudkan Jawatankuasa Penetapan Kaedah-Kaedah Tanah Adat Luak Tanah Mengandung Dan Tanah Lengkongan Daerah

Kuala Pilah yang antara lain bertujuan untuk mengenal pasti isu pembangunan tanah adat. Hasil daripada penelitian Jawatankuasa tersebut telah dibentangkan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 7 Disember 2018 dan Ke Bawah Duli tuan, dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah menitahkan agar hasil dapatan ini dibentangkan ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Dewan Keadilan Dan undang-undang, dan Undang.

Pada 18 Disember [Februari] 2019, Dewan Keadilan Dan Undang melalui mesyuarat telah memutuskan antara lain; agar Pengarah Tanah Galian Negeri Sembilan perlu menyediakan mekanisme dan kaedah bagi melaksanakan pentadbiran dan pengurusan tanah adat di Luak Tanah Mengandung Dan Tanah Lengkongan. Pentadbiran dan pengurusan tanah adat di Luak yang lain di Negeri Sembilan adalah mengikut peraturan adat di Luak masing-masing.

Lanjutan itu, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah bertitah memaklumkan mesyuarat bahawa peraturan tersebut adalah terpakai bagi Luak Tanah Mengandung dan Luak Lengkongan. Walau bagaimanapun sekiranya Luak-Luak yang lain mendapati sesuai untuk digunapakai di Luak masing-masing bolehlah digunakan sesuai pemakaiannya.

Kemudian, pada 17 Mac 2019 satu mesyuarat berhubung cadangan pindaan dan, dan Customary Tenure (Lengkongan) ya, Enactment 1960 telah diadakan dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan pada ketika yang, pada ketika itu iaitu Yang Berhormat Tuan Mohd Azhar bin Mohd Yusof.

Bagi tujuan tersebut satu Jawatankuasa Kecil Gubalan Rang Undang-Undang Pegangan Tanah Adat telah diwujudkan di peringkat PTGNS pada 7 Julai 2020. Hasil Jawatankuasa Kecil tersebut telah mengemukakan cadangan suatu draf Undang-Undang Pemegangan Tanah Adat 2022 dengan cadangan penggabungan Customary Tenure Enactment (Cap 125) dan Customary Tenure (Lengkongan) Enactment 1960 (Enactment 12) serta mewujudkan beberapa peruntukan baru berhubung pembangunan tanah adat dan tanah lengkongan.

Pada 7 haribulan 2, 2022 satu Pembentangan Rang Undang-Undang Enakmen Pegangan Tanah Adat 2022 (RUUEPA 2022) kepada Ke Bawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato’-Dato’ Undang Yang Empat dan termulia, Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin telah diadakan bertempat di Alson Klana Seremban. Selepas itu, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan (PPUUNS) dan PTGNS serta Pejabat

Daerah Dan Tanah telah menghadap Yang Teramat Mulia Undang Luak Rembau dan Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin pada 14 haribulan 2, 2022, Yang Teramat Mulia Undang Luak Johol pada 16 haribulan 2, 2022. Sekali lagi menghadap Yang Teramat Mulia Undang Luak Rembau pada 18 haribulan 2, 2022 untuk mendapatkan persetujuan terhadap Jadual dalam RUUEPA 2022.

Kemudiannya draf RUUEPA yang muktamat pada 2022 telah dibentangkan semula pada Mesyuarat Dewan Keadilan Dan Undang pada 3 haribulan 3 di mana Duli Yang Maha Mulia dan Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin mengambil maklum ianya akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan datang iaitu sepatutnya kali ini. Jadi, itu jawapan, kalau kita tak ada runding, kita runding. Bukan saja runding di peringkat ya, Dato’ Lembaga, kalau di peringkat tersebut.

Dato’ Yang Dipertua, soalan daripada Senaling. Untuk makluman, kos stadium ngoca ya, dibina atas tanah rizab Muzium Adat di bawah kawalan Pegawai Daerah Kuala Pilah seluas 5 ekar. Kos keseluruhan untuk pembinaan stadium berkenaan adalah sebanyak (ringgit)865,339.96 sen melibatkan kerja-kerja pembinaan infrastruktur, tali air dan lain-lain kerja naik taraf oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS). Stadium berkenaan telah mula digunakan pada 11 haribulan 12, 11 hingga 12 Disember 2021 sempena Pesta Bola Ngoca di mana ia telah berjaya menarik penyertaan 120 pasukan untuk Pertandingan Bola Sepak Sawah dan lebih 10,000 hadir menyertai sukan tradisi memeriahkan pesta tersebut. Penganjuran program ini juga membawa limpahan ekonomi kepada Daerah Kuala Pilah di mana kesemua hotel, rumah tumpangan dan homestay telah penuh ditempah oleh pengunjung yang hadir.

Antara pengisian yang sedang dan bakal dibuat adalah penganjuran Pesta Bola Ngoca 2022, yang akan diadakan pada hujung tahun ini serta penggunaan stadium ini dibuka kepada orang ramai atau agensi kerajaan untuk mengadakan aktiviti sukan mereka di bawah, di, di kawasan berkenaan. Pada Mac 2022, telah diadakan Pertandingan Bola Tampar Sawah sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2022 di stadium berkenaan.

Jika tiada sebarang aktiviti sukan diadakan, kerjasama strategik telah diadakan dengan pengusaha padi sawah di kawasan berkenaan untuk menanam padi pelbagai peringkat di setiap 8 petak di mana padi tersebut akan ditanam mengikut fasa bagi tujuan pelancongan pendidikan kepada masyarakat terutamanya generasi muda tentang

penanaman sawah padi di, di samping menjadi tempat pengunjung hadir untuk bergambar, beriadah dan sebagainya.

ADUN Senaling, AJK kariah, pegawai masjid dilantik menganggotai JKKP hendaklah memilih ya. Sehingga hari ini didapati seramai 171 orang AJK Pegawai Masjid telah ditawarkan menjawat jawatan dalam JKKP. Seramai 51 orang memilih untuk kekal dalam JKKP, 60 memilih untuk kekal sebagai AJK Pegawai Masjid, manakala 60 lagi masih belum membuat keputusan. Kita perlu faham bahawa masjid merupakan premis Kerajaan Negeri. Maka sudah tentulah gaya pengurusannya perlu selari dengan gaya pengurusan Kerajaan Negeri. Kita tidak mahu amalan mandi 2 kolam berlaku dalam pengurusan masjid kerana ia boleh menyebabkan berlaku perpecahan. Kalau benar mereka mahu menjaga perpaduan, mereka akan tolak JKKP dan kekal dalam AJK atau sebagai Pegawai Masjid. Kerajaan Negeri juga tidak menghalang mereka untuk terus mengikut aktiviti pengimarahan masjid. Bagi yang memilih untuk kekal bersama AJK Pegawai Masjid, Kerajaan Negeri tetap berlapang dada menerima mereka walaupun memahami pegangan politik selagi mana mereka tidak membawa unsur politik dalam pengurusan masjid.

Hal ini selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Ke-240 yang bersidang pada 28 Mei 2019 supaya masjid tidak dijadikan sebagai tempat aktiviti politik kepartian demi menjaga kemaslahan semua pihak. Akhirnya Kerajaan Negeri berterima kasih ke atas sumbangan bakti AJK Pegawai Masjid yang memilih JKKPK bagi mereka yang belum membuat pilihan, Kerajaan Negeri masih memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk membuat keputusan ya. Kita sebelum ni, sebelum ada JKKP, tak ada masalah. Saya pun sembahyang di Masjid Bandar Senawang ya, imam pun orang PAS, tak ada masalah. Tapi apabila dah terima jawatan, ada JKKP, sebelum ni tak ada JKKP, Dato’ Speaker, apabila ada JKKP kita terpaksalah mengambil tindakan tersebut ya, supaya tidak ada perpecahan. Dan hormatlah, kita hormat ya. Dulu masa mereka memerintah pun, saya hormat ya. Saya tak ada, saya pun ya, saya tak ada masalah ya. Kita pun tak ada pecat memecat sehingga hari ini. Tak ada imam lagi kita pecat. Kalau ingat sejarah ya, Dato’ Speaker faham kan, ada imam terpecat, dipecat, imam ditukar 24 jam. Tapi kita tak ada lagi, alhamdulillah. Cuma kita bagi peluang, bagi ruang ya, supaya pilihlah salah satu. Apa masalah? Pilihlah salah satu. Kalau sayang JKKP, ikut JKKP. Sebelum ini tak ada JKKP, kita tak ada usik pun, kita ikut peraturan yang telah kita buat. Kita setuju perkara tersebut. Tetapi apabila ada JKKP, kita kena buat pilihan supaya pentadbiran masjid selaras dengan pentadbiran Kerajaan Negeri ya.

Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat Sri Tanjung ya, pertama kali ya dia bawak, taman, Yang Berhormat Sri Tanjung, Taman Negeri terdapat lampu isyarat yang sentiasa rosak, kenapa tiada pakar dalam Negeri Sembilan untuk baiki lampu, okay. Culvert di Taman Negeri sedang dalam tindakan pembaikan oleh Majlis, pihak Majlis. Terdapat juga segelintir rumah yang telah menutup longkang tertutup tersebut dan membuat slab concrete dan akan menimbulkan kejadian banjir sekiranya tidak dilaksanakan ya. Jadi, ya, ini ya.

Isu yang dibangkitkan, mohon perbanyakkan pasang papan tanda keselamatan. Yang ini sepatutnya, semua kerja pembaikan melibatkan JKR perlu memastikan keselamatan ya, saya selalu ingatkan kepada pihak JKR supaya mengambil tindakan kepada kontraktor-kontraktor yang tidak mengikut ya, ataupun menjaga keselamatan.

Kaji pintu air Sungai Lukut kecil mengakibatkan banjir Kampung Paya. Tujuan pintu air dibina adalah untuk menghalang kemasukan air laut ke, air laut ketika pasang. Buat masa ini terdapat 2 pintu air dibina di, dibina bagi mempercepatkan aliran keluar semasa hujan lebat. Peruntukan sebanyak 35,000.00 telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi pelantikan perunding dan ukur bagi menjalankan rekabentuk terperinci membina baru kolam takungan air di Kampung Paya sebagai salah satu alternatif ya. Kita dah start.

Gangguan babi hutan, mengejar orang semasa bersenam di taman, mohon ambil tindakan. Okay ini kita mintak supaya Majlis Perbandaran ya, mengambil inisiatif bukan saja anjing ya, tapi apa, binatang-binatang yang menjadi kacau ganggu kepada masyarakat diambil tindakan bersama.

Seri Menanti, memastikan lubang korekan paip pecah perlu disenggerakan, diselenggarakan dengan sempurna dan masalah air di Terachi – Mampas. Okay, SAINS mengambil maklum perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan turapan dijalankan, dilaksanakan dengan sempurna selepas kerja-kerja pembaikan paip pecah dilaksanakan. Pihak SAINS akan mengambil tindakan ataupun pelan tindakan kontigensi sempena sambutan hari raya ya, di kawasan tersebut.

Taman Sri Kasih, didapati jalan masuk ke Taman Sri Kasih berhampiran simpang 3 utama menyebabkan terdapatnya kekeliruan kepada pengguna trafik. Pihak jabatan ini telah pun memasang flexible post bagi menghalang trafik ke arah Paroi (Laluan FT097) untuk belok ke kanan, masuk ke Taman Sri Kasih. Pihak jabatan akan membuat kajian

penyelesaian kaedah baru bagi mengatasi masalah aliran trafik di persimpangan ini. Seterusnya permohonan akan dimajukan kepada Kerajaan Pusat bagi kelulusan peruntukan. Jabatan akan membuat permohonan secara one off kepada Kerajaan Pusat bagi penambahbaikan papan tanda kawasan tersebut ya.

Beberapa rumah dimasuki air. Kerajaan Negeri melalui JPS sentiasa bersiap sedia melaksanakan kerja-kerja penyaluran dan penyelenggaraan sungai terutamanya selepas pasca banjir. Dan bagi Daerah Kuala Pilah, sebagai 1.0 juta diperuntukkan bagi, melalui peruntukan Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk kerja-kerja penyelenggaraan sungai bagi tahun 2022 bagi kawalan banjir selanjutnya. Kerja membina struktur penahan tebing (gabion) di Sungai Seri Menanti, Kampung Gamin serta kerja-kerja pemuliharaan Sungai Jumbang bagi mengurangkan risiko banjir di Kampung Jumbang di Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Cadangan beri kebenaran kepada pihak tertentu untuk hapuskan hidupan liar terutama bagi hutan bagi mengelakkan kes kemalangan maut, berlanggar dengan babi hutan ya. Pada masa kini jabatan mengeluarkan lesen memburu babi hutan kepada pemburu berlesen musim terbuka iaitu Jun hingga Disember. Akta Pemuliharaaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 membolehkan pihak tertentu diberi kebenaran untuk mengendalikan urusan menangkap hidupan liar musuh tanaman/hidupan liar konflik. Akta ini dijangka akan berkuat kuasa selepas Jun 2022. Mengikut Seksyen 10 akta ini, seseorang dikehendaki mengambil permit untuk menjalankan Perkhidmatan Kawalan Hidupan Liar. Jadi, Yang Berhormat Seri Menanti boleh ambil, tembak babi hutan ya, selepas Jun ya, Jun sehingga Disember.

Dato’ Speaker …..

Yang Dipertua Dewan

…[percakapan secara off mic]

Pistol tak pakai Dato’ Speaker. Dato’, Dato’ Speaker, dia, apa yang saya maksudkan tu, babi hutan ni, dulu ada group-group ya, group-group terutamanya daripada apa ni, orang Cina yang datang ke kampung-kampung, dia tembak babi ni. Jadi kalau boleh, kita bagi mereka permit ataupun lesen untuk mereka, jalankan kegiatan ini. Dan bagi mengurangkan. Kalau pun kita tak dapat nak menyelesaikan, tapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan ya, kehadiran babi hutan ni. Saya, saya, saya maksudkan tu, bukan saja di kampung tadi. Di kampung tadi dah masuk dalam dapur. Tetapi di

kawasan taman Senawang tadi pun ya, depan LPP dekat rumah saya tu pun, itu pun berkeliaran babi hutan, dah macam jadi kambing dah. Jadi kalau boleh kita bagi pasukan yang boleh ya, me, memanafaatkanlah benda tersebut. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Sekejap, sekejap ya, saya nak cakap sikit. Yang Berhormat Sikamat, Seri Menanti, saya nak pergi sembahyang, dekat pukul 3:00 ya, jadi mana yang belum sembahyang tu kang saya nak tanggung doso kang, jadi boleh ansur-ansur pergi sembahyang. Jadi, saya nak bagi peluang kepada saya punya Timbalan-lah untuk mengendalikan ya, sementara waktu saya pergi sembahyang ya. Silakan.

[YB Timbalan Yang Dipertua mempengerusikan mesyuarat pada jam 2.45 petang]

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Dewan diteruskan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Maklumat mengenai soalan daripada ADUN Chembong mengenai syarikat yang dilantik ya. Majlis Daerah Rembau telah melantik Syarikat Gemencheh Granite bagi sebahagian kerja-kerja penyelenggaraan longkang di Jalan Bandaran di bawah peruntukan MARRIS atas kekangan kakitangan di pihak Majlis, makna kekurangan ya, atas kekangan ya, kakitangan di pihak Majlis. Selain daripada itu terdapat penyelenggaraan yang dilaksanakan secara tender, sebut harga dan kerja undi. Ada kerja lagi di, yang Majlis buat juga tetapi yang ini diserahkan kepada Gemencheh Granite. Okay.

Laluan keluar masuk Tuanku Jaafar. Kita akan lihat perkara tersebut ya. Kita juga ada perancangan untuk menyambung jalan tersebut dengan bandar baru ya, Bandar Baru Senawang.

Perkuburan Forest Heights, setelah berlaku air bertakung, kubur sedia ada di Forest Heights, pihak Majlis telah menimbangkan untuk menggunakan kaedah platform sebagai tapak pengkebumian berbanding tapak pengkebumian berkecerunan rendah. Pembukaan tapak baru Tanah Perkuburan Forest Heights pada 15 Mac 2022. Kontraktor: Hasrul Izwan Construction. Kos projek 1.7 juta. Tarikh siap 15 Mei 2022. Kontraktor akan lay binder course ya, (lapisan premix pertama), terlebih dahulu untuk keselesaan pengunjung raya nanti ya. Luas, keluasan tanah tersebut adalah 11.7 ekar.

ADUN Chembong, isu penggantian longkang ya, kerja-kerja penggantian dan menaik taraf longkang adalah berdasarkan keperluan semasa bagi menggantikan jenis longkang yang lebih baik serta selaras dengan semua kawasan. Kebanyakan binaan yang di, yang dirobohkan adalah binaan yang didapati mengganggu kerja-kerja penggantian selain merupakan binaan yang dibuat tanpa kebenaran atau kelulusan Majlis Daerah Rembau. Untuk makluman jua, jua, notis kepada penduduk telah diserahkan kira-kira 7 hari sebelum kerja-kerja dilaksanakan. Perjumpaan dengan pihak Majlis Daerah Rembau, kontraktor dan pengerusi taman juga telah dilaksanakan dengan Taman Seri Rembau, Taman Pedas Indah pada 7 Mac 2022, dan Taman Pinggiran Pedas pada 9 Mac 2022 serta wakil taman di tapak-tapak pelaksanaan projek ya, jadi kita telah buat perbincangan ya. Dan saya dimaklumkan kalau tak setuju pun, tak, tak buat kawasan yang tak setuju tersebut.

Tiada tindakan oleh Majlis Daerah Rembau isu tebing runtuh TSR 12, Taman Seri Rembau Fasa 1. Untuk Yang berhor, untuk makluman Yang Berhormat Chembong, terdapat 2 isu tebing runtuh yang berlaku di Taman Seri Rembau iaitu Lorong 12 TSR dan Lorong 44 (Encik Yazid). Untuk kerja-kerja pihak Majlis Daerah Rembau memang member, memberhentikan sementara kerja kontraktor kerana masalah spesifikasi bahan. Walau bagaimana pun kerja telah giat dilaksanakan semula pada 11 April 2022 dan sedang berjalan sehingga kini. Kejadian tebing runtuh berkenaan, berkenaan pada 18 Mac 2022 telah, selepas pihak kontraktor melaksanakan pengorekan longkang asal. Berdasarkan siasatan lanjut perkara itu terjadi bukan kerana kecuaian kontraktor, tetapi kerana keadaan tebing yang lama dan tidak lagi kukuh. Pihak kontraktor telah pun mengambil tindakan awal bagi mengelakkan runtuhan lebih teruk. Kontraktor telah melaksanakan pembaikan segera dan kerja ini telah siap sepenuhnya. Dakwaan, Yang Berhormat Chembong, tiada tindakan oleh pihak Daerah Rembau adalah tidak benar sama sekali ya. Ini, telah diambil tindakan ya. Saya pun dapat apa, video tersebut.

Kontraktor bagi penyelenggaraan jalan bandar, Chembong. Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah Penyelenggaraan (MARRIS) Bilangan 2/2021 telah bersetuju melantik syarikat GLC iaitu Negeri Roadstone dan Gemencheh Granite secara rundingan terus untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan longkang perbandaran di seluruh Negeri Sembilan memandangkan Pihak Berkuasa Tempatan tidak mempunyai kapasiti ya, untuk pelaksanaan kerja-kerja tersebut ya.

DUN Gemencheh, SAINS mengambil maklum dan SAINS akan membuat pembayaran kepada kontraktor dengan segera selama mana invois dan dokumen tuntutan yang lengkap untuk diproses. Ini masalah pembayaran kepada kontraktor. Dan alhamdulillah kita setiap bulan kita sekarang bayar 5 juta ringgit kepada kontraktor-kontraktor SAINS ya.

Penerimaan Bantuan Wang Ihsan, DUN Kota tidak, tak tersenarai. Berdasarkan semakan terdapat 35 ketu, 35 Ketua Isi Rumah yang tidak diperakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Rembau pada permohonan pertama Yang Berhormat ADUN Kota disebabkan beberapa perkara berikut:

i. Rumah tidak berpenghuni (rumah tinggal) / tidak tinggal di rumah berkenaan, tidak, tidak tinggal di rumah berkenaan – 8 ketua isi rumah

ii. Kawasan kebun yang terlibat dengan banjir – 1 Ketua Isi Rumah

iii. Kedai – 17 Ketua Isi Rumah

iv. Bengkel dan kolam – 1 ketua, 1 Ketua Isi Rumah

v. Rumah di atas bukit (tidak kena banjir) – 1 Ketua Isi Rumah

vi. Nama telah ada dalam senarai penerima – 7 Ketua Isi Rumah

Terdapat beberapa dokumentasi penghantaran permohonan wang ihsan kepada Kerajaan Negeri ditandatangani oleh wakil Penyelaras DUN. Ini disebabkan oleh kekangan dan ketiadaan Penyelaras DUN di kawasan pada masa yang berkenaan. Garis panduan Bantuan Wang Ihsan, Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara dan Arahan MKN No.20 (Dasar dan Mekanisma Pengurusan Bencana Negara (semakan semula)) menyatakan bahawa senarai pemohon bagi bantuan ihsan dan lain-lain bantuan perlu diangkat oleh jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan disahkan oleh Pengerusi JPBD. Dalam hal ehwal ini, Penyelaras DUN hanya bertanggungjawab sebagai penyemak kepada senarai yang dikemukakan oleh sumber, daripada MPKK dan JKKP.

ADUN Kota, Surau Kampung Orang Asli Pabai, bila masjid baru Miku akan dibina, okay. Surau Pabai diguna untuk surau, solat Jumaat setelah masjid lama Miku diisytiharkan tidak selamat digunakan. Pada November 2021, karpet surau tersebut telah diganti baru menerusi

derma daripada pewakaf. Jika terdapat sebarang kerosakan dari semasa ke semasa, boleh dipanjangkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Rembau. Pelaksanaan projek bina baru masjid di Negeri Sembilan termasuk Masjid Miku akan dilaksanakan mengikut keutamaan serta kedudukan semasa kewangan Kerajaan Negeri ya, masjid, belum ada perancangan.

Isu pewarisan tanah Gatco, Tuan Mohd. apa, ADUN Sungai Lui. Bagi peneroka tanah Gatco dalam rekod Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol, terdapat 10 peneroka yang masih belum selesai bicara kuasa. Terkini bagi tahun 2022 – 3 peneroka telah selesai kes ulang bicara dan selesai, men, menjadi pemilik dalam proses kelulusan kebenaran pindah milik. Antara yang diluluskan adalah dengan mengadakan taklimat bersama JKPTG dan waris terbabit bagi mempercepatkan proses. Mohon Jabatan Hal Ehwal Agama Islam membimbing saudara baru khususnya masyarakat Orang Asli dalam melaksanakan dan menghayati kehidupan Islam. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ketika ini memiliki 19 orang Penggerak Masyarakat Orang Asli yang dilantik oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan ditempatkan seluruh Negeri Sembilan. Mereka memberikan bimbingan, khidmat nasihat dan penghayatan nilai-nilai Islam kepada masyarakat Orang Asli melalui kelas agama yang dijalankan di surau sebanyak 8 kali sebulan selain melaksanakan program sambutan hari kebesaran Islam. Bagi memantapkan lagi usaha tersebut, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam menubuhkan sukarelawan Rakan Ziarah yang kini seramai 53 orang. Mereka ini berperanan untuk menyantuni saudara baru termasuk Orang Asli secara lebih dekat melalui kaedah soft touch iaitu memberikan bimbingan secara bersemuka di rumah Orang-Orang Asli, ya. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam juga melantik 11 orang imam merangkap pengurus surau di kampung Orang Asli. 9 orang adalah dari kalangan Orang Asli sendiri manakala 2 lagi dari kalangan imam yang berkahwin dengan Orang Asli dan menginap di kampung tersebut.

Sungai Lui, banjir. Kerajaan Negeri merangka pelan tindakan diikuti jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Pelan jangka masa pendek meliputi pelaksanaan projek baik pulih infra oleh agensi teknikal iaitu Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan Dan Saliran dan Pejabat Daerah Tanah Jelebu melibatkan strategi penyelamat yang lebih bersepadu bagi persediaan menghadapi banjir. Pelan tindakan jangka masa sederhana – pelaksanaan kerja-kerja pembersihan, pembaikan tebing sungai JPS serta perancangan pemetaan semula kawasan rentan yang terdedah dengan pelbagai ancaman termasuk banjir. Manakala bagi pelan jangka masa panjang – pelaksanaan projek Rancangan

Tebatan Banjir Sungai Cempedak yang dijangka bermula pada tahun 2023.

ADUN Lobak, Mambau, maklumat 40795 Sungai Ujong Heritage, tiada permohonan ya. ADUN Lobak, naik jalan sesak Tun Dr. Ismail, mohon menaik taraf dan menurap semula untuk jalan, semula Jalan Dr. Ismail ke persimpangan LEKAS, banjir kilat ya, Tun Dr. Ismail. Semakan jabatan mendapati punca utama kesesakan adalah disebabkan oleh lampu isyarat di persimpangan SJK(C) Pei Hua yang ter, tidak berfungsi dengan baik. Walau bagaimanapun, pihak JKR Elektrik telah mengambil tindakan dengan membaiki lampu isyarat di lokasi tersebut. Di samping itu kesesakan juga berlaku kerana terdapat persimpangan jalan yang berdekatan antara sekolah dan hospital yang menjadi tumpuan untuk kenderaan berhenti dan membelok. Pihak JKR Negeri Sembilan juga telah membuat permohonan ke Ibu Pejabat Polis Daerah bagi kawalan keselamatan dan trafik pada waktu puncak.

Untuk makluman, jabatan telah memohon peruntukan bagi tahun 2022 untuk membaiki jalan di lokasi tersebut, dan akan melaksanakan sebaik saja peruntukan diterima. Untuk makluman, jabatan telah memohon peruntukan pada tahun 2022 untuk menaik taraf sistem perparitan di lokasi tersebut sebanyak 300 ribu dan akan melaksanakan sebaik sahaja peruntukan diterima. Walau bagaimanapun, kerja penyelenggaraan longkang dan pembentungan dilaksanakan oleh pihak JKR Daerah Seremban bersama pihak konsesi secara rutin ya.

Lobak, mohon JKR, PBT menaik taraf jalan sungai ke Ulu Temiang, sempit. Permohonan peruntukan naik taraf Jalan Seri Pulai ke Ulu Temiang telah dipohon untuk menggunakan peruntukan MARRIS dengan anggaran kos 4 juta ringgit.

Sewa, Lenggeng, sewaan tanah milik Yayasan. Pengurusan Yayasan Negeri Sembilan mengakui kadar sewaan tanah adalah rendah berbanding dengan harga pasaran. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan Yayasan sedang membuat perbincangan bersama Jabatan Perhutanan dan syarikat-syarikat operator yang dilantik untuk menyemak semula terma perjanjian termasuk kadar sewaan. Saya rasa hari pertama saya dah jawab.

Isu pelambakan sisa balak akibat banjir menyebabkan kerosakan kepada infrastruktur, implikasi kewangan SAINS yang dihadapi oleh Loji Ngoi Ngoi terpaksa ditutup kerana rosak, ya. Untuk makluman Yang Berhormat tiada lesen pembalakan dikeluarkan di Hutan Simpan Kekal Berembun dan kawasan berhampiran air Ngoi Ngoi, Pantai.

Hutan Simpan Kekal tersebut merupakan hutan perlindungan dan sebarang aktiviti pembalakan dan pembangunan tidak dibenarkan sama sekali. Longgokan kayu yang didakwa adalah merupakan sisa-sisa pokok yang mati dan pokok tumbang akibat runtuhan tanah dan hakisan tanah di sepanjang sungai. Bencana terjadi pada bulan Disember 2021 serta mengakibatkan banjir besar.

Gagu – Ulu Beranang. Untuk makluman projek reka dan bina ini telah bermula di tapak pada 22 Oktober 2021 dan dijangka siap pada 21 April 2025. Pada masa ini kemajuan adalah lancar mengikut jadual yang melibatkan kerja reka bentuk dan proses pengambilan balik tanah ya, sedang dilaksanakan.

Projek pertanian, penternakan dan perikanan dijadikan produk eko pelancongan. Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dari masa ke semasa akan terus meneroka segmen baru dalam proses, sektor pelancongan di negeri ini. Antara yang boleh diberikan perhatian mempunyai pasaran serta permintaan yang baik contohnya pelancongan sukan, pelancongan keagamaan, agro pelancongan dan pelancongan kesihatan. Perkara ini memerlukan penelitian dan kerjasama semua pihak bagi menjayakan aktiviti pelancongan mengikut segmen-segmen yang dinyatakan. Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan terbuka menerima sebarang cadangan dan perbincangan daripada mana-mana pihak yang berminat dan membangunkan segmen baru bagi merancakkan kempen dan aktiviti pelancongan Negeri Sembilan.

DUN Lenggeng, rumah yang Teramat Mulia Dato’ Klana Petra Muhammad Yusuf bin Hashim, Undang Luak Sungei Ujong Yang Ke-7. Rumah ini merupakan milik Yang Teramat Mulia Dato’ Klana Petra Muhammad Yusuf, Undang Luak Sungei Ujong Yang Ke-7 dan kini diwarisi oleh Dato’ Lelabangsa Ahmad Razin bin Abd. Aziz. Rumah ini juga telah disenarai pendek untuk dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Projek Rumah ataupun Bangunan Warisan Negeri Sembilan 2022 oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan bagi kerja-kerja pemulihan.

Bagan Pinang, menggunakan peruntukan Seksyen 387, Kanun Tanah Negara bagi mengatasi masalah mendapat kebenaran laluan di atas tanah milik persendirian. Mengikut Seksyen 390 tanah, Kanun Tanah Negara 1965, mana-mana agensi atau pemilik berdaftar atau pihak yang memiliki mana-mana tanah boleh mengemukakan permohonan untuk mewujudkan hak lalu, lalu lalang untuk pertimbangan Pentabir Tanah Daerah. Walau bagaimanapun, pewujudan hak lalu lalang tertakluk

kepada bayaran pampasan di bawah Seksyen 393 Kanun Tanah Negara. Namun begitu bagi pembinaan jalan-jalan baru di kawasan kampung yang melibatkan tanah milik persendirian, kebenaran pemilik berdaftar akan diperolehi terlebih dahulu.

Cadangan pembangunan Dataran Seri Kemang termasuk dataran, gerai, peniaga, jumlah kunjungan pelancong, bajet akan meningkat, imej Dataran Seri Kemang, okay. Cadangan pembangunan Kompleks Pelancongan Dataran Seri Kemang telah dikemukakan kepada EPU JPM melalui pihak MOTAC pada tahun 2018, tapi tidak diluluskan. Pembangunan tersebut meliputi skop pemban, pembinaan seperti kompleks perniagaan, kedai makan, surau, tandas dan beberapa kemudahan pelancongan yang lain. Kerajaan Negeri telah meluluskan sejumlah peruntukan di Dataran Seri Kemang seperti pembinaan LED billboard sebanyak 500 ribu, menaik taraf pentas Dataran Seri Kemang sebanyak 200 ribu. Pihak Majlis juga telah membaik pulih kawasan tandas, kaunter informasi serta beberapa kemudahan pelancongan yang lain di Dataran Seri Kemang. Pantai merupakan destinasi pelancongan, mohon, pembangunan infra, ya. Majlis sentiasa mengambil perhatian terhadap perkara tersebut. Pihak JKR melihat jalan dalam Daerah Port Dickson yang sering mengalami kesesakan terutama hujung minggu. Untuk penyelesaian, saya rasa tadi saya pun dah jawab, ketika soalan, soalan lisan.

ADUN Serting, Pekan Batu Kikir sering mengalami kesesakan, lampu limpah di persimpangan Kampung Serting Tengah kerana kawasan tersebut agak sunyi gelap. Semakan mendapati laluan utama terlalu banyak akses keluar masuk menyebabkan masalah dan kekeliruan kepada pengguna trafik. JKR Daerah Jempol dalam penyediaan laporan kajian aliran trafik akan dimajukan ke Bahagian Kejuruteraan Trafik, Cawangan Jalan JKR Malaysia bagi mendapat khidmat nasihat teknikal bagi mengurangkan kesesakan di lokasi tersebut. Pihak JKR Elektrik telah mengambil tindakan bagi mengatasi masalah lampu isyarat tersebut.

Jalan, jalan Kampung Serting merupakan persimpangan Jalan Persekutuan FT009 dan FT1268, di bawah penye, peruntukan kerja raya, JKR Cawangan Elektrik akan membuat analisa, analisis waran terhadap pencahayaan seterusnya memohon peruntukan sekiranya diperolehi, ya.

Masalah laluan keluar masuk pas, ke Pasar Batu Kikir, Taman Dato’ Muda, Taman Arked, Taman Mawar, Taman Musytari, Batu Kikir. Penyelesaian isu ini merupakan bidang kuasa JKR kerana telah

melibatkan persimpangan JKR, FT ya, federal. Walau bagaimanapun di peringkat Majlis Perbandaran Jempol telah melaksanakan tindakan merubah dan menaik taraf tanda arah, garisan jalan, melebarkan persimpangan keluar dan masuk dari Pasar Batu Kikir, Taman Desa Muda, Taman Arked dan Taman Mawar dan Taman Musytari serta menaik taraf papan tanda jalan alternatif keluar masuk menggunakan laluan di Pusat Perniagaan Beringin bagi mengurangkan kesesakan di persimpangan sedia ada. Pihak Majlis Perbandaran Jempol juga telah menyediakan laluan masuk khas ke Pejabat Pos Batu Kikir melalui Pusat Perniagaan Beringin bagi mengurangkan terlalu banyak persimpangan di jalan utama. Pada masa yang sama hasil perbincangan bersama pengarah TM Berhad telah bersetuju untuk mengalihkan tiang lampu, tiang milik TM di persimpangan berhampiran Dewan Orang Ramai Batu Kikir bagi tujuan pembesaran persimpangan sedia ada, serta melancarkan aliran trafik.

Secara keseluruhan, aliran trafik di Pekan Batu Kikir naik taraf secara berfasa dengan kerjasama pihak JKR serta mengambil kira persimpangan sedia ada dan mengimbangi kesulitan semua pihak. Hal ini perlu ditangani secara bersama oleh semua pihak memandangkan Pekan Batu Kikir mula menjadi laluan alternatif pengguna untuk ke Pantai Timur serta peningkatan dalam aspek pembangunan. Pihak Majlis Perbandaran Jempol telah, akan sentiasa mengambil, memberikan kerjasama kepada semua pihak menangani isu ini bagi mengutamakan aspek keselamatan serta keselamatan pengguna.

Banjir melibatkan sebanyak 7 buah kampung di sepanjang Sungai Serting. Banjir berlaku di beberapa lokasi di Sungai Serting adalah disebabkan oleh isu setempat seperti rumah berada dalam dataran banjir. Sehubungan itu penyelenggaraan secara berkala Sungai Serting akan dimulakan pada 20 April 2022 dan dijangka siap pada 13 Jun 2022 dengan kos sebanyak 181,682.00 ringgit.

Dan yang terakhir, Gemas. Penggantian paip usang, 70 tahun. Berkaitan isu paip usang, saya mengambil maklum perkara ini. Akan memohon peruntukan kepada Pengurusan Aset Air Berhad bagi tujuan penggantian paip mengikut keutamaan, ya. Gemas, memohon untuk dibina bypass baru daripada Kuala Gemas ke Londah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di Pekan Gemas, memohon menaik taraf pencahayaan jalan Tampin – Gemas. Permohonan telah dipohon pada Rancangan Malaysia Ke-11, pembangunan jalan baru Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, ia tidak diluluskan dan jabatan akan mengangkat semula permohonan ini dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RT 4) di bawah peruntukan Kementerian Kerja Raya dengan kos 174 juta. Pihak

JKR Elektrik telah membuat semakan terhadap pencahayaan dan akan memohon peruntukan untuk menaik taraf lampu tersebut sekiranya tidak menepati tahap pencahayaan yang direka bentuk.

Banjir kilat disebabkan dengan, dengan banjir biasa di ser, disetarakan ya. Berdasarkan buku arahan Majlis Keselamatan Negara, semakan semula dasar mekanisma pengurusan negara, maksud bencana adalah satu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan negara, melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi, kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasi dan memerlukan tindakan, menggembeleng sumber ekstensif. Takrif kejadian bukan bencana, maksud kejadian bukan bencana pula adalah kejadian atau kemalangan yang bersifat kecemasan yang melibatkan sejumlah kecil mangsa, kesannya hanya kepada mangsa terlibat, kejadian / kemalangan yang bercorak ini tidak mempunyai kemungkinan akan merebak. Kemalangan / kejadian ini biasanya dapat dikendalikan dalam tempoh masa yang singkat oleh agensi berkenaan dengan menggunakan sumber atau kemudahan yang minima di peringkat tempatan.

Jenis banjir yang masih dipertimbangkan buat masa ini jenis banjir yang lazim di Malaysia untuk dipertimbangkan Bantuan Wang Ihsan sehingga kini adalah banjir, ribut, tanah runtuh. Istilah ihsan dan bayaran bantuan ihsan. Istilah ihsan adalah konsep Bantuan Wang Ihsan adalah merujuk kepada keprihatinan rasa tanggungjawab Kerajaan Malaysia dalam memberikan sumbangan kecil kepada mangsa bencana banjir yang terlibat. Bantuan ini bukanlah berbentuk pampasan atau ganti rugi terhadap kerosakan rumah yang dialami oleh mangsa bencana tetapi sumbangan ikhlas yang tertakluk pada kadar-kadar yang tertentukan.

Gemas, banjir kilat yang, ini tadi dah dijawab. Jadi itu saja daripada saya. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja telah pun dicadang, disokong, dibahas dan telah pun dijawab oleh pihak kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan usul ini sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Usul ini diluluskan.

[Keputusan undian: semua 20 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju usul diluluskan]

[YB ADUN Ampangan, YB ADUN Paroi, YB ADUN Juasseh, YB ADUN Jeram Padang, YB ADUN Serting, YB ADUN Seri Menanti, YB ADUN Chembong, YB ADUN Sungai Lui, YB ADUN Linggi, YB ADUN Senaling, YB ADUN Palong, YB ADUN Pertang dan YB ADUN Johol tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan].

Usul Kedua — Pemilihan Ahli Dewan Negara Melalui Dewan Undangan Negeri (Kertas Dewan Bil. 3/2022)Motion

Setiausaha Dewan

Perkara kelima, Usul Kedua.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, perkara yang kelima telah, ialah memilih Ahli Dewan Negara. Mengikut Fasal 1(2) dalam Jadual Yang di, Ketujuh Perlembagaan Persekutuan “setiap kali berlaku kekosongan di kalangan ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Negeri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memberikan notis kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu bahawa ahli Dewan Negara dikehendaki dipilih, dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri itu hendaklah menghendaki Dewan Undangan memilih seorang ahli Dewan Negara dengan seberapa segera yang boleh”. Satu perkara yang bertajuk “Pemilihan Ahli Dewan Negara” telah pun dimasukkan dalam susunan mesyuarat dan Dewan ini dikehendaki memilih Ahli Dewan Negara. Oleh itu, saya mempersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan “bahawa Yang Berbahagia Dato’ Kesavadas a/l A.Achyuthan Nair yang telah tamat perkhidmatannya pada 19 Mac 2022, dipilih semula oleh Dewan ini memegang jawatan Ahli Dewan Negara selama 3 tahun mulai dari tarikh yang akan ditetapkan oleh Dewan Negara”. Beliau ada hadir hari ini dan saya mohon Yang Berbahagia Dato’ Kesavadas a/l A.Achyuthan Nair, bangun sebentar. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua saya bangun menyokong cadangan itu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat telah pun mencadangkan supaya Yang Berbahagia Dato’ Kesavadas a/l A.Achyuthan Nair dipilih semula menjadi Ahli Dewan Negara dan cadang, cadangan itu telah pun mendapat sokongan. Cadangan ini saya kemukakan untuk dibahaskan jika ada. Bagi 10 minit.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Terima kasih Dato’ Dipertua, saya bangun untuk membahaskan usul tersebut dan ingin menyokong usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Sikamat. Dato’ Dipertua saya ucapkan terima kasih dan juga merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Sikamat dan juga barisan EXCO Kerajaan Negeri Sembilan kerana telah pun mencadangkan Yang Berhormat Dato’ Kesavadas a/l A.Achyuthan Nair untuk dipilih semula sebagai Ahli Dewan Negara. Seperti yang dinyatakan, Dato’ Kesavadas telah pun dilantik sebagai Ahli Dewan Negara sejak tahun 2019 lagi kerana beliau telah pun mendapat sokongan daripada Dewan Undangan Negeri untuk mewakili Negeri Sembilan di Dewan Negara.

Saya ingin mengatakan bahawa beliau telah menjalankan tanggungjawab dan tugasnya sebagai Ahli Dewan Negara dengan baik dan dengan cemerlang di dalam Dewan Negara, di mana beliau dengan latar belakang sebagai seorang peguam telah pun banyak mengambil bahagian dan membahaskan apa sahaja rang undang-undang yang dibentangkan ke Dewan Negara, dan juga usul-usul yang telah dibentangkan di Dewan Undangan, di Dewan Negara. Kecemerlangan beliau dan juga komitmen beliau sebagai seorang Ahli Dewan Negara juga mendapat pujian daripada presiden Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Negara; Yang Berhormat Tan Sri Dr. Rais Yatim. Tan Sri Rais Yatim sendiri menghantar mesej kepada saya untuk menyatakan bahawa beliau seharusnya diberikan sokongan untuk terus menjadi Ahli Dewan Negara untuk penggal yang kedua.

Begitu juga Majlis Ahli Dewan Negara ataupun Majlis Senator Negara telah pun menghantar surat sokongan untuk beliau dicalonkan dan disokong sebagai Ahli Dewan Negara buat penggal yang kedua. Melihat bahawa bukan sahaja beliau disokong oleh pihak Kerajaan Negeri, tetapi malah beliau juga mendapat sokongan daripada across the divide, iaitu termasuk daripada Presiden Dewan Negara sendiri dan juga Majlis Senator Negara. Maka saya sudah tentu yakin bahawa beliau telah menjalankan tugasnya dengan profesional dan memainkan peranannya sebagai seorang Senator, dengan begitu baik sekali. Dan saya berharap beliau akan terus memainkan peranannya untuk mempertahankan kepentingan Negeri Sembilan di Dewan Negara dan memainkan peranan yang aktif supaya transformasi dan juga reformasi Dewan Negara dapat diperkasakan dan dapat diteruskan dalam perjuangan beliau dalam penggal yang kedua.

Justeru itu saya menyokong penuh cadangan daripada Yang Amat Berhormat Sikamat untuk melantik Dato’ Kesavadas untuk dilantik

sebagai Ahli Dewan Negara, mewakili Negeri Sembilan buat penggal yang kedua. Saya menyokong, terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Saya persilakan pihak kerajaan untuk menjawab.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih bagi pihak kerajaan kerana Dato’ Kesavadas telah menjalankan tugas dengan baik di Dewan Negara. Dan semoga, jika dilantik, mendapat kelulusan pada hari ini, kita harap bahawa dia dapat menjalankan tugas dengan lebih baik, membawa isu-isu negeri, membawa isu-isu rakyat untuk dibawa ke Dewan Rakyat dan kita yakin bahawa ini adakan memberi, ke Dewan Negara minta maaf, ke Dewan Negara untuk dibahas dan dibincangkan. Dan semoga mendapat perhatian apa-apa permasalahan yang berlaku di negeri yang kita cintai ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Sikamat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul pemilihan Ahli Dewan Negara telah pun dicadang, disokong, dibahas serta telah dijawab oleh pihak kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan usul ini sila ambil tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Usul diluluskan Dewan, di Dewan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berbahagia Dato’ Kesavadas Achyuthan Nair.

[Keputusan undian: semua 22 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju usul diluluskan, manakala YB ADUN Kota berkecuali]

[YB ADUN Juasseh, YB ADUN Jeram Padang, YB ADUN Serting, YB ADUN Seri Menanti, YB ADUN Chembong, YB ADUN Sungai Lui, YB ADUN Linggi, YB ADUN Senaling, YB ADUN Palong, YB ADUN Pertang dan YB ADUN Johol tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan].

Usul Ketiga — Cadangan Pindaan Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan (Kertas Dewan Bil. 2/2022)Motion

Setiausaha Dewan

Perkara keenam, Usul ketiga. Cadangan Pindaan Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri, Negeri Sembilan melalui Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Dewan Undangan Negeri.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebagaimana maklum, Dewan dalam usul pada 2 Disember 2021 telah bersetuju Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri mengkaji cadangan pindaan Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri dan dibentangkan dalam Dewan ini untuk pertimbangkan sewajarnya. Saya persilakan Yang Berhormat ADUN Chennah untuk membentang usul pindaan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri berkenaan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Terima kasih Dato’ Dipertua, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua saya mencadangkan bahawa beberapa pindaan dibuat kepada Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan sepertimana yang dinyatakan di dalam Lampiran B, Kertas dewangan, Dewan Bilangan 2/2022.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Dewan Undangan Negeri pada 2 Disember 2021 telah menimbangkan Kertas Dewan Bilangan 7/2021 dan seterusnya bersetuju Rang Pindaan Peraturan yang telah dibentangkan diserahkan kepada Jawatankuasa Peraturan Dewan Undangan Negeri untuk diperincikan dan dibentangkan semula pindaan-pindaan berkenaan kepada Dewan Undangan Negeri.

Maka dengan itu, Jawatankuasa Peraturan DUN telah mengadakan mesyuaratnya pada 10 dan 11 Februari 2022 dan bersetuju untuk mengesyorkan beberapa pindaan dan pengemaskinian ke atas Peraturan Dan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri iaitu Peraturan I, Peraturan II, Peraturan VII, Peraturan VIII dan Peraturan XXI. Jawatankuasa juga telah mendapat bantuan dan nasihat daripada Penasihat Undang-Undang Negeri. Saya ucap, merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk membantu kita. Pindaan peraturan ini dicadangkan mula berkuat kuasa mulai tarikh ia disiarkan dalam pemberitahuan warta.

Yang Berhormat Dato’ Dipertua, saya juga ingin merujuk muka surat 6 Kertas Dewan Bil. 2/2022, terdapat sedikit pindaan editorial bagi tujuan kejelasan rujukan kepada Jadual Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan iaitu di perenggan 1(b) dibaca seperti berikut:

dalam teks bahasa Kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “kaedah Bahagian Yang Pertama Perlembagaan

Negeri” dengan perkataan “Bahagian II Jadual dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959”

perenggan 1(c) dibaca seperti berikut:

dan dalam teks Bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “First Schedule of the State Constitution” dengan perkataan “Part II of the Schedule of the Laws of the Constitution of Negeri Sembilan 1959”.

Dan menambah nombor 3 pada permulaan perenggan 2(b)(1) dan dibaca seperti berikut:

“3. (1) Yang Dipertua tetaplah jadi Pengerusi bagi mesyuarat-mesyuarat Majlis dan jika tiada hadir, maka Timbalan Yang Dipertua hendaklah mengetuai mesyuarat sebagai pengerusi, atau jika Timbalan Yang Dipertua itu belum dipilih lagi atau kosong dengan apa-apa jua sebab, apabila diberitahu hal itu oleh Setiausaha Majlis maka Majlis bolehlah memanggil siapa-siapa ahli mempengerusikan mesyuarat setelah dikeluarkan usul kerana itu oleh Menteri Besar. Usul ini hendaklah disokong dan dikemukakan oleh Setiausaha Majlis bagi diputuskan melalui undian tanpa bahas”.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sekian penerangan saya, dan saya ingin mencadangkan agar usul ini diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini. Sekian, terima kasih.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menca, menyokong cadangan ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli yang Berhormat sekalian, Yang Berhormat ADUN Chennah telah pun mencadangkan pindaan dibuat kepada Peraturan dan telah pun mendapat sokongan. Saya persilakan jika ada perbahasan. Saya dipersilakan kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian. Tiada? Okay. Kita telah pun mendengar bahasan oleh ahli-ahli Yang Berhormat …..

Dato’ Yang Dipertua …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

…. Jawatankuasa seterusnya persilakan Jawatankuasa untuk menjawab. Ada.

Tak ada yang nak berbahas …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Saya tengok semua kosong kan.

Ada, saya ada di sini Dato’ Dipertua.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Oh tak ada nampak.

Dato’ Timbalan …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Okay persilakan.

.…. Yang Dipertua saya ambil bahagian sikit perbahasan dalam ucapan perbahasan ini, dalam memandangkan kita untuk memperbaiki tatacara peraturan dalam Dewan kita ini, saya ucap tahniah kepada jawatankuasa yang telah pun mengadakan mesyuaratnya. Dan saya telah pun memerhatikan jadual-jadual ni, saya dapati bahawa ianya amat bersesuaian dengan apa yang perlu kita laksanakan sekarang. Cuma ada beberapa perkaralah Dato’ Yang DIpertua, yang saya mintak kalau boleh jawatankuasa ini pada masa akan datang diperhalusi ialah definasi Timbalan Yang Dipertua Dewan. Kerana Timbalan Yang Dipertua Dewan ini dilantik daripada ahli Dewan sendiri. Maka dianya apabila memegang jawatan ataupun diangkat sementara seperti sekarang ini iaitu sebagai Pengerusi Majlis, maka dia telah hilang beberapa hak, walaupun dianggap mempunyai kuasa penuh Yang Dipertua Dewan, tapi dia hilang beberapa perkara yang tak, tidak dinyatakan dalam perenggan kita, iaitu dia hilang hak sebagai pengundi kerana kalau apabila Dewan diadakan mengundi, Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua ini tidak boleh mengundi. Haa ini tidak dinyatakan secara jelas. Jadi, saya harap perkara ini walaupun secara normalnya kita akui, tetapi saya berharap itu kalau kita nak memperbaiki kita punya peraturan ni. Kalau boleh ditambah pada masa akan datang. Nanti kita mintak pihak jawatankuasa untuk memikirkan tentang perkara-perkara yang sensitif kepada Timbalan Yang Dipertua ini.

Yang kedua, Timbalan Yang Dipertua tadi jugak mengambil bahagian dalam perbahasan. Ada jugak yang bertanya pada saya, boleh ke semalam Timbalan Yang Dipertua berbahas dalam Dewan. Sebenarnya waktu Timbalan Yang Dipertua tu duduk sebaagai Ahli Dewan, dia boleh berbahas. Bahkan saya nak tahu bahawa hak sebagai Timbalan Dipertua untuk menghantar soalan jugak perlu di, di, di apa, di, di, diperhalusi perkara ini. Saya ada, ada menyebutkan bahawa hak

sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk berbahas jugak perlu jugak diperhalusi.

Jadi ada 3 perkara ni yang saya ingat perlu kita perbaharui pada masa akan datang iaitu hak mengundi, waktu sebagai ahli Dewan, hak mengundi tu sebagai ahli Dewan. Tapi bila jadi pengerusi, hak mengundi itu hilang kecuali sebagai undi penentu, iaitu undi sebagai penentu kalau jumlah pengundi itu sama. Lepas tu hak perbahasan dan hak untuk hantar soalan. Sebab saya tengok Tuan Yang Dipertua tak hantar soalan tapi sebenarnya Timbalan Yang Dipertua boleh ke hantar soalan. Haa dia anggap dia macam Yang Dipertua, sebab dia adalah Timbalan Yang Dipertua. Yang kedua …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Actually

….. dia ni hidup 2 alam.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Kota.

….. Dato’ Dipertua.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Actually saya nak hantar, ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh.

Haa ini sebab itu kita …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Saya memang complete. Complete list memang ada.

Sebab itu kita perlu perhalusi. Saya harap jawatankuasa nanti bila mesyuarat kita boleh perbaharui lagi jawtankuasa, perhalu, apa, perbaharui, perhalusi lagi tentang istilah-istilah ini dalam Dewan kita. Itu berkenaan Timbalan Yang Dipertua.

Yang kedua saya cuma nak nyentuh sikit tentang pakaian ini. Kalau kita bersetuju dark, apa ni, pakaian lounge suit gelap. Maknanya kita bersetuju pada masa akan datang, kita tak boleh cerah. Saya, ada rakan saya tadi YB Mustapha Nagoor, ataupun sebagaimana Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat. Saya baru buat Dato’, Dato’, Dato’ Timbalan Yang Dipertua, baju warna ni. Tapi, ini boleh kan? Masih boleh ya? Istilah dark ni kita kena perhalusilah, harap Unit Dewan agar bersama jawatankuasa nanti bagitahu kita apa yang boleh, apa yang, yang tak boleh ya. Tapi sama ada nanti kita pakai nanti tak boleh pulak masuk dalam Dewan.

Yang kedua point-nya ialah berkenaan Dato’ Yang, Timbalan Yang Dipertua ialah pakaian bagi perempuan ni. Saya nampak ni ada pakaian kebangsaan iaitu pakaian kebangsaan Melayu. Itu selalunya bila disebut tu, bermakna ni pakai baju Melayu kebangsaan bagi lelakilah, perempuan dia pakai baju mungkin istilah tu apa, saya tak diperhalusi, Dato’ Yang Dipertua, saya ingin tadi wanita, ahli Majlis kita di kalangan wanita, kita jugak mesti ada dia punya kata-katanya dalam pandangan saya, dalam perkataan pakaian ni. Sebab saya tengok teks lama ni cuma satu, satu perenggan je. Jadi kalau boleh diperhalusilah pada masa akan datang supaya ahli Dewan bagi pihak wanita kita ni jugak kita perhalusi apa yang mereka boleh pakai, apa yang mereka tak boleh pakai supaya kita dapat selaraskan.

Itulah, walau bagaimanapun, Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong usul ketiga ni ya, tak silap saya usul ketiga untuk dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan. Terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Untuk makluman Kota, masa kita buat peraturan dan undang-undang ini, memang kita dah tetapkan suit, ni, dark suit, bukan itu warna actually, dark suit. Kita memang sudah letak dalam itu dark suit dan hari Khamis kita bagi longgaran untuk guna batik Malaysia, hari Khamis. Tetapi ini hari, hari Khamis, tak ada orang pakai.

Yang Dipertua, saya persoalkan macam …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Tak ini kita …..

….. contoh Yang Amat Berhormat sekarang ni pakai, baju ni, saya …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Kita ikut macam Parlimen.

….. boleh tak pakai? Boleh tak pakai pada akan datang?

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Akan datang.

Boleh? Boleh?

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Belum lagi, kita belum luluskan. Tapi dark suit ini memang kita sudah ada masuk dalam tu. Sudah ada, itu tak boleh. Sepatutnya, tak, tak, memang kita dah masuk dark suit. So ini dibangkitkan oleh Kota ini bagus. Saya juga terima kasihlah Kota ambil bahagian. Kita juga, kita pun mendengar perbahasan oleh ahli-

ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Seterusnya saya persilakan pihak jawatankuasa untuk menjawab.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Terima kasih Dato’ Dipertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota yang telah pun mengambil bahagian menyokong pindaan ini. Saya ucapkan terima kasih kerana saya rasa Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Kota juga amat prihatin terhadap pindaan-pindaan terha, kepada peraturan mesyuarat kita, memandangkan Yang Berhormat Kota juga pernah menjadi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri pada penggal yang lepas. Sudah tentu beliau juga amat arif dan juga amat prihatin terhadap keperluan-keperluan yang kita perlu dilihat kembali untuk memastikan peraturan mesyuarat itu perlu dikemas kini dan juga mesti dia diperbaiki dari masa ke semasa.

Memang Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat ini kita buat segala pindaan dengan prinsip bahawa ia mesti mencapai satu persetujuan bersama ataupun consensus. Ini merupakan peranan jawatankuasa yang telah pun merangka pindaan ini dan jawatankuasa itu telah pun bersidang dengan baik, dengan begitu, serta semangat yang sihat. Ada bipartisan punya involvement dan juga support kerana juga ada terdapat 2 wakil pembangkang dan duduk dalam jawatankuasa ini. Dan saya berharap bahawa dalam Dewan Undangan Negeri ini, kita boleh memperkasakan lagi peranan-peranan jawatankuasa. Walaupun sekarang ini kita ada beberapa jawatankuasa Standing Committee ataupun jawatankuasa-jawatankuasa tetap, tetapi semangat yang kita nak bawa selari dengan apa yang berlaku di Parlimen sekarang ini ialah lebih banyak jawatankuasa dapat dibentuk supaya ada penglibatan daripada ADUN backbenchers dan juga ADUN pembangkang. Dan kita melihat bahawa apa sahaja yang dibawa dalam jawatankuasa, kalau kita dapat perincikan, dapat kita bincangkan dengan baik di kalangan kerajaan dan dengan pembangkang, maka satu keputusan yang consensus dapat dicapai dan dibawa ke Dewan Undangan Negeri. Dan itu apalah yang berlaku kepada usul pindaan peraturan dewan mesyuarat pada kali ini.

Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota berkenaan dengan definasi Timbalan Yang Dipertua. Saya rasa memang betul bahawa kita perlu juga mendefinasikan apakah peranan dan juga tugas dan juga hak sebagai Timbalan Yang Dipertua. Sebab Timbalan Yang Dipertua ini, untuk Negeri Sembilan adalah perkara yang baru. Selama penggal-penggal yang lalu, seingat saya tidak ada Timbalan Yang Dipertua, Dewan Undangan Negeri. Timbalan Yang Dipertua, Dewan Undangan Negeri ni hanya diwujudkan selepas tahun 2018. Ini jawatan dikhusus,

di, di, diwujudkan untuk Yang Berhormat Sri Tanjung. Sebelum ini memang tak ada jawatan ini. Bahawa apabila ada undian, apa yang berlaku di Parlimen selalunya ialah, apabila ada undian, maka Yang Dipertua akan mengambil alih untuk mempengerusikan sekiranya pada ketika itu Timbalan Yang Dipertua sedang mempengerusikan, maka Yang Dipertua yang lazimnya kalau di Parlimen, dia bukan ahli Dewan, dia bukan Ahli Parlimen. Di Dewan Undangan Negeri sekarang ini juga kita memilih seorang yang bukan Ahli Dewan sebagai Speaker. Maka kalau ada undian, biasanya Speaker yang bukan ahli Dewan itu akan mengambil alih untuk mempengerusikan mesyuarat supaya Timbalan Yang Dipertua, yang merupakan ahli Dewan akan kembali ke kerusinya, maka dia ada hak untuk mengundi. Jadi itu secara lazimnya berlaku di Parlimen. Kita lihat selalu apabila ada undian, maka Dewan akan ditangguhkan sementara dan Speaker akan ambil alih tempat, maka Timbalan akan duduk balik. Di Parlimen pun, dia lazimnya ialah Timbalan Yang Dipertua ada, ada 2 kerusi. Dia boleh duduk di atas, tetapi kerusi dalam Dewan Rakyat itu kekal ada, biasanya secara lazimnya, secara convention-nya timbalan, Timbalan Yang Dipertua akan duduk di barisan yang terakhir di blok kerajaan, iaitu dia di belakang, barisan yang terakhir, di belakang Perdana Menteri ataupun Ketua Majlis. Itu secara lazimnya di Parlimen. Jadi di dalam Dewan Undangan Negeri, saya yakin bahawa itu boleh dijadikan sebagai satu practice-lah, kalau ada undian, maka Timbalan Yang Dipertua mestilah balik ke kerusinya untuk, untuk membuang undi.

Tetapi saya setuju bahawa peranan dan juga tugasan dan juga hak Timbalan Yang Dipertua sebagai ahli Dewan, itu mesti juga kita perincikan sekiranya perlu, dari segi pertanyaan soalan, dari segi perbahasan dan sebagainya. Cuma di Parlimen, Timbalan Yang Dipertua bertugas setiap hari. Dia bertugas mengikut giliran, setiap 2 jam. Maka secara lazimnya kalau di Parlimen, Timbalan Yang Dipertua tidak bertanya soalan, secara lazimnyalah. Secara practice-nya mereka tak tanya. Mereka pun tak berbahas, kecuali ada usul-usul yang khusus, yang memerlukan mungkin ada hak dia untuk berbahas. Itu pengecualian. Tetapi secara lazimnya mereka tidak mengambil bahagian sebab dia bertugas setiap hari, setiap 2 jam bertugas. Maka biasanya mereka tidak mengambil tempat sebagai ahli Dewan. Tetapi itu di Parlimen. Jadi saya rasa di Dewan Undangan Negeri, kita perlu lihat perkara ini. Kalau ada keperluan untuk kita memperincikan lagi perkara ini, saya yakin bahawa jawatankuasa peraturan Dewan akan melihat kepada perkara ini.

Yang keduanya berkenaan dengan pakaian, lounge suit gelap. Itu saya rasa kita telah pun mengambil satu pendirian dalam jawatankuasa

untuk standardize-kan pakaian ini. Iaitu semuanya gelaplah. Gelap maksudnya dia tak semestinya hitam. Dia boleh gelap, gelap hitam, gelap, kalau apa ni, grey color pun boleh, tetapi gelap punya grey color. Apa yang dipakai oleh Yang Amat Berhormat mungkin itu mungkin dia terang sikit, dia tak cukup gelap, itu, itu pandanganlah.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Patut tidak dibenarkan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Tapi. Saya tahu Sri Tanjung nak kenakan Sikamat ni.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Ambil, ambil kesempatan haa.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Tapi ini kita belum luluskan lagi. Maksudnya belum luluskan lagi, apa yang dipakai oleh Yang Amat Berhormat Sikamat ini dia masih menepat, menepati peraturan mesyuarat. Sebab apa yang dicadangkan ini hanya terpakai selepas diluluskan. Seperti, sama seperti juga batik, kalau hari Khamis boleh, digalakkan dan dibenarkan untuk memakai batik selepas pindaan ini diluluskan pada hari ini. Jadi saya rasa tidak ada masalah, kita akan bagikan satu garis panduan yang lebih jelas, saya yakin bahawa pihak urusetia untuk mesyuarat-mesyuarat yang akan datang, akan memberikan satu garis panduanlah, yang jelas kepada semua ahli Dewan.

Yang berkenaan dengan pakaian untuk wanita. Ini saya rasa betul bahawa dia tak ada apa-apa definasi yang khusus kepada pakaian wanita. Saya menganggap bahawa kerana peraturan mesyuarat ini digubal pada tahun ’59. Pada ketika itu saya yakin bahawa dia mungkin dari segi ahli Dewan tu tak ramai ataupun tak ada wanita, mungkin, pada ketika itu. Saya pun tak pastilah. Tapi sudah tentunya saya percaya bahawa dalam era sekarang ini, semua peraturan-peraturan kita ini perlulah gender sensitive. Dia perlu ada sensitiviti gender, iaitu mengambil kira untuk wanita jugak, keperluan-keperluan untuk wanita.

Jadi saya berasa bahawa kalau perlu kita akan lihat kembali dan letakkan dalam peraturan mesyuarat supaya ada definasi yang lebih jelas untuk pakaian untuk ahli Dewan wanita dan juga semua ketua jabatan yang hadir dalam sidang Dewan. Tetapi saya rasa ini tidak menjadi masalah dari segi praktikal. Semua wanita-wanita tahulah mereka perlu berpakaian yang, yang sesuai untuk majlis Dewan Undangan Negeri ini. Walaupun begitu, mungkin perlu adanya, ada satu definasi yang khusus. Jadi saya ucapkan sekali lagi bagi pihak jawatankuasa peraturan mesyuarat, saya ucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Dewan yang membahas dan juga yang menyokong kepada

pindaan ini. Saya berharap pindaan ini dapat diluluskan oleh Dewan pada hari ini supaya kita dapat melaksanakan segala pindaan ini untuk persidangan, persidangan yang akan datang. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Chennah. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul pindaan kepada Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan telah pun dicadang, disokong, dibahas dan telah pun dijawab oleh jawatankuasa. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan usul ini sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Usul ini diluluskan.

[Keputusan undian: semua 23 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju usul diluluskan.

[YB ADUN Juasseh, YB ADUN Jeram Padang, YB ADUN Serting, YB ADUN Seri Menanti, YB ADUN Chembong, YB ADUN Sungai Lui, YB ADUN Linggi, YB ADUN Senaling, YB ADUN Palong, YB ADUN Pertang dan YB ADUN Johol tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan].

Usul Keempat — Usul Di Bawah Peraturan XVIII Dan Peraturan XXVIIIC, Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan 1960 (Kertas Dewan Bil. 5/2022)Motion

Setiausaha Dewan

Perkara ketujuh, usul keempat.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, perkara yang diberikut adalah usul untuk meminda Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan 1960. Oleh itu saya persilakan seorang pencadang dan seorang ahli menyokong cadangan tersebut. Saya diberi, dipersilakan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan 3 usul seperti yang dinyatakan di dalam Kertas Dewan Bilangan 5 Tahun 2022 iaitu:

“Usul pertama, Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan boleh diadakan secara atas talian secara keseluruhannya atau secara separa atas talian, atas permohonan Menteri Besar dengan alasan darurat, pandemik

ataupun kecemasan luar jangka yang sangat memudaratkan di mana kehadiran kendiri tidak boleh diadakan”; dan

“Usul kedua, Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan boleh diadakan secara atas talian secara keseluruhannya atau secara separa atas talian, setelah Yang Dipertua Dewan menerima pengesahan daripada Menteri Besar bahawa Negeri Sembilan sedang berada dalam keadaan darurat, pandemik atau kecemasan luar jangka yang sangat memudaratkan di mana kehadiran kendiri tidak boleh diadakan”;

“Usul ketiga, Dewan yang mulia ini juga dimohon untuk memberi kuasa kepada Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Perintah-Perintah Tetap Dewan untuk memanggil mana-mana orang yang berkenaan untuk hadir dihadapannya bagi tujuan mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat berkaitan pada bila-bila masa yang diperlukan selaras dengan Peraturan XXVIIIC(1) dan Jawatankuasa ini meneliti lain-lain peraturan berkaitan termasuk tatacara dan kaedah pelaksanaan secara lebih terperinci sebagaimana Kertas Dewan Bilangan 5 tahun 2022 yang telah dibentangkan sebelum ini”.

Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong cadangan tersebut.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat telah kemukakan 3 usul dan ketetapan Dewan untuk memberi kuasa kepada Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan dan telah mendapat sokongan. Selaras dengan Perintah 2 Peraturan XXVIII(C), Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan ketiga-tiga usul ini sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Usul ini diluluskan dan diserahkan kepada Jawatankuasa Peraturan Dewan untuk dipertimbangkan. [Keputusan undian: semua 23 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju usul diluluskan]

[YB ADUN Juasseh, YB ADUN Jeram Padang, YB ADUN Serting, YB ADUN Seri Menanti, YB ADUN Chembong, YB ADUN Sungai Lui, YB ADUN Linggi, YB ADUN Senaling, YB ADUN Palong, YB ADUN Pertang dan YB

ADUN Johol tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan].

Penangguhan PersidanganAdjournment

Setiausaha Dewan

Perkara kelapan, Penangguhan Mesyuarat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana telah berjaya mengendalikan persidangan dengan baik dan lancar. Dan terima kasih kepada semua dan selamat berpuasa, dan selamat menyambut hari raya.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan untuk menangguhkan Persidangan Dewan telah pun dibuat dan mendapat sokongan. Sementara itu saya ada menerima beberapa permohonan daripada ahli-ahli Berhormat untuk membuat Ucapan Penangguhan bagi persidangan hari ini.

Yang Berhormat ADUN Chembong? Muka pun tak ada nampak. Yang Berhormat Seri Menanti? Hilang diri. Yang Berhormat ADUN Gemas, haa ada, ada. Tarik ya? Okay, terima kasih. Yang Berhormat Jeram Padang? Sudah sampai Jeram Padang. Yang Berhormat Lobak? Tarik. Terima kasih. Terima kasih ahli-ahli Yang Berhormat kerana tarik diri, kerana kita dah masa pun, daripada pagi sudah sampai …..

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Yang Berhormat, dia bukan tarik …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

….. dekat pukul 4 …..

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

….. dia bukan tarik diri. Tarik balik ucapan saja. Bukan tarik diri. Tarik balik ucapan dia.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Okay, tarik balik ucapan, okay. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menangguhkan persidang kali ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, media massa dan urus setia persidangan yang telah sama-sama jayakan persidang kita

pada kali ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga ambil sempatan ini ucap selamat hari raya kepada beragama Islam dan berbuka puasa. Saya juga terima kasih semua ketua-ketua jabatan. Saya nampak daripada pagi sampai sekarang pun penuh kerusinya. Hanya di sebelah kiri saya kosong. Bila masa tanya soalan, bila nak bagi jawapan, tak nak dengar. Tapi saya bagi teguran kepada ketua pembangkang, tolong pastikan bila masa kita bagi jawapan, mesti kena semua ahli-ahli Dewan Undangan Negeri kena ada dalam. Jangan tengok TV daripada luar ataupun daripada rumah. Kita kena hormat, kita bukan nak ambil masa 10 hari, hanya 4 hari saja. Kalau 4 hari mereka tidak boleh bagi komitmen, saya rasa mereka tidak hormat Dewan yang mulia ini. Sekali lagi saya juga terima kasih semua yang ambil bahagian. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Persidangan Dewan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan beritahu kelak. Dewan ditangguhkan. Terima kasih.

[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 3.43 petang]