Negeri Sembilan · 9 August 2022

14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 204 turns · 32,786 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Persidangan Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14. Susunan Mesyuarat. Perkara Pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.

[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri.]

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Alhamdulillahhirabbil'alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula. Allahuma’afini fibadani, allahuma’afini fisam’i, allahumaa’afini fibasori. Yang saya kasihi Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memberi kesempatan, inayah kepada kita semua pada pagi ini kita dapat meneruskan Persidangan Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi kali yang ke-14. Segala puji-puji bagi Allah SWT, tuhan pemilik alam semesta, selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabat-sahabat Baginda.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke sidang Dewan Undangan, sidang Mesyuarat bagi Persidangan Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan

Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang dijadualkan berlangsung selama 3 hari, mulai hari ini 9 Ogos sehingga 11 Ogos 2022.

Hadirin yang dihormati sekalian, walaupun kita dalam fasa peralihan endemik, endemik dan sebahagian besar SOP COVID-19 telah dipermudahkan, antara lainnya tiada lagi ujian RTK PCR kecuali bagi yang bergejala, dan di bawah perintah HSO (House Surveillance Order) serta tiada lagi penjarakan, penjarakan fizikal antara kita, saya menyeru agar semua hadirin untuk mengekalkan kaedah-kaedah kawalan kendiri terhadap ancaman virus COVID-19 ini dan saya juga berharap, jangkitan yang baru, virus Influenza dapat dikawal. Memandangkan bangunan Dewan ini adalah suatu tempat yang tertutup dan agak sukar untuk mengawal penjarakan antara satu sama lain, maka penjagaan kendiri ini mestilah diawasi sentiasa.

Saya turut menyeru kepada semua hadirin agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap serta tata kelakuan, etika sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dan saya mengharapkan selama 3 hari ini, kita akan dapat berbincang, bermesyuarat dengan lancar dan menghasilkan keputusan-keputusan yang membanggakan negeri kita, insya Allah. Saya mohon sekali lagi kepada semua ahli Yang Berhormat agar dapat kita mengikuti persidangan ini dengan masa dan kedudukan yang telah kita tetapkan.

Dan saya ingin memaklumkan juga, hari ini atas kelewatan sahabat saya, Yang Berhormat ADUN Chembong kerana dimaklumkan kepada saya tadi, abang ipar beliau meninggal dunia malam tadi. Untuk itu sama-samalah kita baca Al Fatihah kepada abang ipar Yang Berhormat Chembong, Yang Berhormat Zaiful. Al Fatihah [bacaan surah Al Fatihah]. Insya Allah beliau akan hadir lewat sikit pada pagi ini.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

Mengesahkan Peringatan Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Mengesahkan Peringatan Mesyuarat. Mengesahkan Peringatan Mesyuarat Kali Pertama (Perasmian) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang telah diadakan pada 18 April hingga 21 April 2022.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Peringatan Mesyuarat Kali Pertama (Perasmian) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 telah diadakan pada 18 April hingga 21 April telah pun diedarkan salinannya. Oleh itu ada apa-apa teguran? Sekiranya tiada, diharap seorang ahli mencadangkan dan seorang lagi menyokong supaya disahkan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin mencadangkan supaya Peringatan Mesyuarat tersebut disahkan.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Peringatan Mesyuarat ini disahkan, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Peringatan Mesyuarat ini disahkan.

[YB Yang Dipertua menandatangani Peringatan Mesyuarat tersebut]

[Keputusan undian: 32 orang ahli Yang Berhormat bersetuju manakala seorang ahli Yang Berhormat tidak mengundi. YB ADUN Pilah, YB ADUN Chennah dan YB ADUN Chembong tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Membentangkan Kertas-Kertas Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara Keempat: Membentangkan Kertas Dewan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin membentangkan Kertas-Kertas Dewan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, iaitu:

4.1 Kertas Dewan Bil. 6/2022 Pemilihan Ahli Dewan Negara melalui Dewan Undangan Negeri.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kertas Dewan Bilangan 6 Tahun 2022 adalah dibentangkan.

Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan

Setiausaha Dewan

Perkara Kelima, Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tiada Laporan dan Penyata Kewangan untuk dibentangkan di persidangan ini.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Pertama)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara Keenam, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-pertanyaan yang berkehendakkan jawapan lisan (Hari Pertama).

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, disenaraikan soalan-soalan yang kita terima daripada ahli Yang Berhormat. Dengan ini saya mempersilakan soalan nombor 1, Lenggeng.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Dato’ Yang Dipertua, saya daripada Lenggeng menya, bertanyakan soalan yang pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan tapak ke Hutan Lipur Lenggeng pada bulan Jun yang lepas bagi melihat kesesuaian tempat untuk dimajukan sebagai tapak perkhemahan campervan seperti yang dicadangkan dalam Inisiatif Pelancongan 2022. Penyelarasan antara LPNS dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan akan dibuat dalam masa yang terdekat. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Sikamat.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Soalan lanjutan.

Yang Dipertua Dewan

Soalan tambahan?

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHMenteri Besar · Lenggeng

Soalan tambahan. Pertanyaan saya ni ialah berkaitan tentang keseluruhan Lenggeng. Dan saya ada mengutarakan tentang pembangunan pelancongan yang lebih besar daripada itu lagi yang melibatkan eko pelancongan, agro pelancongan, sejarah ya, history tourism, budayanya sendiri ya, food tourism, makanan dan juga berkaitan dengan sukan, pelancongan dari sudut kesukanan ya. Yang ini yang saya minta kalau ada inisiatif tambahan daripada Kerajaan Negeri ya, berkaitan tentang apa yang telah saya nyatakan tadi, termasuk jugak pembangunan, apa yang kami namakan sebagai kompleks budaya Lenggeng di Kampung Rawa sana. Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas soalan tambahan. Kita sedia maklum bahawa Lenggeng merupakan tempat tumpuan hujung minggu terutama kepada peminat-peminat basikal untuk mereka berkayuh di sana dan menikmati makanan sembilang, ikan sembilang …..

Yang Dipertua Dewan

Nasi lemak.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. masak lemak, masak, nasi lemak ikan sembilang ya. Jadi itu merupakan satu tempat yang memang menjadi tumpuan khususnya warga Putrajaya dan Lembah Kelang hari ini. Dan kita melihat perkara ini amat menarik minat mereka untuk datang ke Lenggeng. Dan di samping itu juga kita melihat bahawa yang saya katakan tadi bahawa kawasan terutama di Hutan Lipur Lenggeng itu boleh dibangunkan untuk tambahan kepada perkara yang telah ada di Lenggeng itu iaitu tempat berbasikal, tempat penunggang-penunggang motor, motor besar di, yang hadir di sekitar Lenggeng terutama pada hari Sabtu dan Ahad dan menikmati makanan-makanan yang istimewa, masakan, masakan-masakan yang istimewanya di situ.

Dan di samping itu kita juga menyeru kepada pen, apa, Yang Berhormat dan Pejabat Daerah serta Majlis untuk melihat tempat-tempat yang sesuai untuk dibangunkan supaya dibawa dalam di, dibawa dalam LPNS untuk dibincangkan. Contohnya homestay, kita telah bangkitkan semula, Homestay di Kampung Rawa. Dan kita berharap bahawa perkara ini harus mendapat kerjasama daripada pihak tempatan untuk, untuk bawa pelancongan, eko pelancongan ataupun pelancongan-pelancongan yang lain untuk kita bangunkan kawasan tersebut. Dan kita harap bahawa ini ada paper yang boleh dibawa untuk kita selaraskan supaya ia menjadi satu tempat ataupun medan yang lebih baik pada masa akan datang. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Sikamat. Seterusnya saya mempersilakan Kota.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1.

Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih jugak kepada sahabat saya ADUN Kota di atas pertanyaan berhubung dengan kejadian banjir di Kampung Pabai.

Untuk makluman semua ahli, Ahli Dewan, kejadian banjir di Kampung Orang Asli Pabai telah berlaku pada 15 Mei dan 19 Mei, dua, dua harilah. Kejadian banjir berpunca kejadian hujan lebat pada kedua-dua siri banjir tersebut mengakibatkan limpahan air sungai di kampung tersebut. Sebelum ni memang jarang berlaku banjirlah ya.

Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau telah membuat lawatan awal pada 16 Mei 2022 bagi tujuan penilaian kerosakan infrastruktur di kawasan terlibat. Kerajaan Negeri telah meluluskan kerja-kerja pembinaan jambatan, penyelenggaraan jalan dan perabot jalan yang terkesan akibat banjir berkenaan melalui perolehan bencana sebanyak 200 ribu ringgit pada 24 haribulan 6, ’22 bagi memastikan bahawa kesan-kesan yang dihadapi itu dapat kita selesaikan secepat mungkin.

Pada siri kedua kejadian banjir, Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau sekali lagi telah turun ke kawasan berkenaan dan membuat tinjauan melalui penggunaan drone. Ini, drone ini kita telah beri peruntukan kepada Pejabat Daerah untuk gunakan bagi menga, mengetahuilah keadaan yang sebenar di kawasan, terutama di kawasan tinggi dan jugak kawasan-kawasan yang agak susah untuk dimasuki. Hasil tinjauan mendapati terdapat kesan pembersihan/pembukaan tanah di kawasan hutan antara sempadan Rembau dan Kuala Pilah (Inas). Pejabat Perhutanan Daerah Rembau mengesahkan tiada lesen pembalakan dikeluarkan oleh Daerah Rembau. Jadi maknanya adalah pembalakan haram, agak sayalah, tak ada lesen. Jadi walau macam mana pun saya mintak supaya jabatan berkenaan supaya meneruskan tindakan siasatan dan kalau perlu diambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan pembalakan secara haram ini. Terima kasih.

Dato’ Dipertua, soalan tambahan. Saya ucap terima kasih atas pencerahan yang dibagi oleh Yang Berhormat dari Labu. Saya ingin bertanya ialah satu berkenaan dengan laporan mengatakan ada kawasan hutan yang dibersihkan. Perkara ini tak pernah berlaku dulu, Dato’ Yang Dipertua. Jadi apakah tindakan pihak kerajaan untuk memastikan perkara ini tidak berlaku lagi pada masa yang akan datang?

Banjir ni pulak, Dato’ Yang Dipertua, mungkin ahli Dewan ramai yang tak tahu bahawa banjir ni dia bukan dekat kawasan lembah, Kampung Pabai ni letaknya atas bukit. Haa cuba bayangkan atas bukit banjir. Apa rupa. Mesti ada sebab lain. Saya mencadangkan kepada ahli Dewan ini, supaya disiasat jugak sistem perparitan, anak-anak sungai di sana mungkin dah tersumbat. Ucap terima kasih jugak kepada pihak kerajaan kerana bagi peruntukan 200 ribu nak baiki jambatan yang saya rasa punca antara sungai ni tersumbat. Tetapi 2 perkara ni, sungai satu isu. Yang kedua, air yang turun begitu lebat tadi, tak dapat ditampung lagi kerana pembersihan kawasan hutan dan ini diharap dapat pemerhatian daripada Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Saya menyokonglah, memang bersetujulah. Tapi walau macam mana pun saya suka mengingatkan kejadian pembalakan haram ini berlaku sejak dulu pun ada. Tinggal lagi mungkin kita kena ketatkan lagilah prosedur dan peraturan. Saya ingat jabatan hutan sedang menyediakan, insya Allah akan kita bentangkan dalam apa ni, untuk, untuk tindakan selanjutnya. Jadi memang kadang-kadang kita kadang-kadang bukan saja melibatkan syarikat, kadang-kadang jugak individu-individu kerana banyak penanaman durian Musang King dan jugak beberapa projek untuk memajukan tanah-tanah terbiar dan jugak hutan-hutan di sekitar kampunglah.

Jadi walau macam mana pun, saya harap supaya semua kerja-kerja penebangan hutan pada masa akan datang akan diambil tindakan lebih tegas dan pastikan supaya permit ataupun lesen mesti didapati dahulu daripada jabatan supaya kerja-kerja tersebut dapat dikawal dengan baik. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, saya nakkan tambah satulah. Ada tangkapan dilakukan atau tidak?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih di atas soalan tambahan tersebut. Sebenarnya pihak pengarah hutan sendiri telah turun ke Kampung Pabai dan menjelaskan kepada masyarakat di sana supaya tidak ada penebangan dibuat sesuka hati dan mereka telah diberi, diberi penerangan dan mereka bersetuju untuk memberikan kerjasama. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Chuah.

Dato’ Yang Dipertua, Chuah mengemukakan soalan nombor 2.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan Yang Berhormat ADUN Chuah. Dato’ Yang Dipertua, berdasarkan kepada pengeluaran semasa loji berbanding kapasiti rekabentuk, kadar unjuran, kadar rizab margin bagi LRA Linggi sehingga penghujung Disember 2022 adalah sebanyak 7.15% bersamaan 11.34 MLD. Loji Linggi tidak direkabentuk untuk menampung pembangunan yang dirancang di bawah MVV 2.0 di mana pembangunan MVV 2.0 akan disalurkan air sebahagian daripada LRA Ngoi-Ngoi Fasa 2 (bagi kawasan Enstek, Nilai) dan menerima bekalan air menerusi perancangan Projek Pembinaan Loji Kampung Barisan.

Selaras dengan peningkatan permintaan air terawat kawasan Seremban dan Port Dickson selain daripada perlaksanaan pembangunan perancangan Malaysia Vision Valley (MVV), Kerajaan Negeri bersama, bersama-sama Bahagian Bekalan Air di bawah Kementerian Alam Sekitar Dan Air telah merancang untuk melaksanakan pembinaan Projek Takungan Air Pinggir Sungai (TAPS) di kawasan Linggi, Port Dickson. Perlaksanaan projek ini dijangka akan dapat menyediakan bekalan air mentah tambahan sebanyak 250 juta liter per hari selain ianya bertindak sebagai bekalan air sen, sandaran kepada Loji Rawatan Air Linggi sekiranya air Sungai Linggi tidak dapat diproses sepenuhnya oleh loji tersebut disebabkan penurunan kualiti air sungai terutamanya sewaktu hujan lebat.

Perlaksanaan projek ini akan dapat memberikan jaminan kepada Loji Rawatan Air Linggi untuk terus beroperasi sepenuhnya selain daripada jaminan bekalan air terawat tidak terputus kepada penduduk kawasan Seremban, Port Dickson dan kawasan pembangunan MVV. Projek ini sedang dalam peringkat rekabentuk oleh pihak perunding yang telah dilantik oleh pihak persekutuan dan dijangka mula melaksanakan ta, melaksanakannya di tapak pada tahun 2023. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat.

….. soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Tambahan?

Ya. Meman, memandangkan masalah yang ditimbul di Loji Rawatan Linggi, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan pusat loji rawatan air yang baru? Mohon dikemas kini.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, tadi saya telah maklumkan bahawa kita akan menyediakan projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di kawasan Linggi. Ini bagi membantu LRA sedia ada untuk memastikan bahawa mencukupi. Dan di samping itu juga, kita sedang melihat bekalan air Loji Sawah Raja untuk membantu bekalan air Loji Linggi ya. Jadi ini kita sedang memasang paip untuk memastikan bahawa boleh digunakan pada masa akan datang, insya Allah.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Sikamat. Seterusnya saya persilakan Jeram Padang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Pagi Dato’ Yang Dipertua. Saya kemukakan soalan nombor 3.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada sahabat saya DUN Jeram Padang di atas pertanyaan berhubung dengan peruntukan dan jugak senarai projek yang dibuat di Negeri Sembilan khususnya di dalam kawasan ADUN Jeram Padang.

Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan Dana Geran Aktiviti sebanyak 5,000.00 ringgit bagi setiap MPKK dengan jumlah peruntukan sebanyak 2.16 juta setahun kepada 433 buah MPKK seluruh Negeri Sembilan. Dana Geran Aktiviti MPKK tersebut terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

 Kategori yang pertama sebanyak 2,000.00 ialah untuk penggunaan pembayaran bil utiliti, pengurusan untuk mentadbir balai raya dan jugak apa saja yang di bawah tanggungan MPKK-lah.

 Yang kedua, Kategori Kedua: Geran Program dan Aktiviti MPKK berjumlah 3,000.00 untuk kegunaan bagi menjalankan aktiviti di peringkat MPKK. Termasuk jugak untuk program untuk wanita dan juga anak mudalah.

Bagi merancakkan program di peringkat belia MPKK, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan Dana Geran Belia MPKK sebanyak 3,000.00 kepada semua 433 MPKK di seluruh Negeri Sembilan dengan jumlah peruntukan sebanyak 1.299 juta setahun. Dana Geran MPKK ini adalah untuk memastikan aktiviti belia dapat dilaksanakan dan secara tidak langsung dapat mengaktifkan belia di MPKK tersebut.

Di MPKK Jeram Padang adalah terdapat sebanyak 11 buah MPKK dan setiap MPKK telah diperuntukkan Dana Geran seperti yang saya sebutkan tadi. Jadi di antara program, saya boleh bacakanlah, ada banyak program ini. Contohnya program MPKK Felcra Rompin B: pengagihan anak benih cili, bantuan alat tulis kepada pelajar sekolah menengah dan jugak rendah ya. Kemudian kita ambil Kampung Baru Rompin: Program Sumbangan Prihatin COVID dan jugak Program Kesejahteraan Belia. Kemudian kita tengok lagi Kampung Rata, dia ada Program Ziarah Kasih, program ziarah melawat orang-orang yang memerluan bantuan dan berikan sumbangan, Program Sumbangan Kit Sejahtera. Ini jugak diberi. Contoh lagi, kalau kita tengok Kampung Tanah Panjis: program gotong-royong dan Program Sambutan Kuih Bulan dan jugak Program Ziarah Kasih. Ini sebahagian daripada pgoramlah.

Tapi walau macam manapun, saya menyeru kepada semua ADUN, sahabat saya di sebelah pembangkang, apa-apa saja program sebagai ADUN kena datang jugak tengoklah. Jumpalah ya. Sebab kita mahu tak mahu, di samping kita dapat memastikan program tersebut dapat berfaedah kepada penduduk di dalam kawasan di bawah ADUN kita. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Labu. Seterusnya saya persilakan Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. ADUN Seremban Jaya mengemukakan soalan 2.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Pembangunan di dalam kawasan ladang adalah terletak di bawah tanggungjawab pemilik tanah ladang tersebut. Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri akan memberikan bantuan nasihat dan juga pandangan sekiranya pemilik-pemilik ladang tersebut mempunyai sebarang perancangan untuk pembangunan perumahan di dalam kawasan ladang mereka.

Yang kedua, projek perumahan yang baru sudah tentu akan melibatkan perumahan mampu milik dan rumah harga bebas seperti mana yang telah ditetapkan di dalam Dasar Perumahan Negeri, Negeri Sembilan. Bagi pembangunan yang melebihi 10 ekar, pemaju diwajibkan untuk menyediakan sebanyak 20% Rumah Mampu Milik Type A yang berharga tidak melebihi 80 ribu. Manakala bagi pembangunan yang tidak melebihi 10 ekar, pemaju diwajibkan untuk menyediakan sebanyak 30% Rumah Mampu Milik yang berharga tidak melebihi 250 ribu. Pada setiap masa, akan ada pembangunan Rumah Mampu Milik yang akan disediakan dan boleh dimohon dan pembeli yang terdiri daripada kumpulan B40 termasuklah golongan pekerja-pekerja ladang terutamanya di Daerah Rembau, Tampin, Jempol, Jelebu, Port Dickson dan juga Kuala Pilah. Terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Pertua, soalan tambahan. Kawasan-kawasan di luar Seremban seperti di Daerah Jempol dan Port Dickson mempunyai banyak ladang dan ramai masih duduk di dalam ladang. Maka projek perumahan kepada mereka adalah sesuatu yang di penting. Adakah Kerajaan Negeri boleh mencadangkan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk melaksanakan projek perumahan di ladang-ladang yang memerlukan? Terima kasih.

Seperti mana yang tadi saya nyatakan, memang betul di luar Daerah Seremban seperti di Daerah Jempol dan juga di Daerah Port Dickson terdapat masih lagi, masih lagi terdapat ramai pekerja-pekerja ladang masih tingal di dalam kawasan perumahan, eh dalam kawasan ladang, di dalam perumahan yang disediakan oleh pihak ladang. Maka Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan terutamanya daripada Kementerian Sumber Manusia melalui projek perumahan untuk pekerja-pekerja ladang di kawasan ladang dan juga kita dapat membantu ataupun dapat bersama dengan Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan jika mereka bersetuju, projek-projek perumahan untuk bekas pekerja ladang ataupun pekerja ladang dapat dilaksanakan di kawasan-kawasan tertentu yang masih ramai yang tinggal di dalam kawasan ladang. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Nilai. Seterusnya saya persilakan Seri Menanti.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan yang kedua.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Seri Menanti. Pelaksanaan kontrak asal bagi Projek Membina Dan Menaik Taraf Infrastruktur Pengairan Dan Saliran Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Skim Pengairan Terachi Batu 14 Dan Batu 17, Daerah Kuala Pilah ini bermula pada 29 Mac 2021 dan sepatutnya siap pada 25 April 2022 iaitu di dalam tempoh 14 bulan. Walau bagaimanapun, kerja-kerja tersebut mengalami kelewatan sebanyak 60 hari dari tempoh kontrak dan kemajuan fizikal pada ketika itu hanyalah 79.58%. Sehubungan dengan itu, telah disyorkan untuk lanjutan tempoh masa kontrak iaitu Extension of Time (EOT 1) sehingga 24 Jun 2022 di atas justifikasi berikut:

 Merujuk kepada Surat Edaran Kementerian Kewangan rujukan MOF.BPK(S)600-14/2/5 bertarikh 31 Mei 2021 iaitu permohonan kelulusan bagi kontrak kerajaan berikut perlak, berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh iaitu Total Lockdown Fasa 1 bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021 yang menyatakan seperti berikut:

-Bagi kontrak bernilai melebihi 500 ribu, kelulusan oleh Pegawai Pengawal atau Ketua Pengarah (hanya bagi Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS);

-Tarikh tamat kontrak dalam TLD atau terkesan disebabkan oleh pelaksanaan TLD;

-Tempoh lanjutan tidak melebihi 60 hari.

Tambahan pula, terdapat juga isu pemilik tanah persendirian yang tidak memberikan kebenaran laluan keluar masuk dan pembinaan tali air di tapak tidak dapat dijalankan serta peralatan mesin jentera dan kenderaan yang tidak dapat dihantar ke tapak bina yang menjadi faktor pihak kontraktor mengalami kelewatan ini.

Walau bagaimanapun, faktor kelewatan seperti di atas masih berpanjangan dan mengalami kelewatan sebanyak 150 hari selepas pelanjutan masa kontrak pertama (EOT 1). Sehubungan itu, jabatan ini mengesyorkan pelanjutan tempoh masa kontrak kali kedua sebanyak 90 hari bermula 24 Jun hingga 24 September 2022 bagi memastikan kemajuan kerja dapat dicapai.

Status kemajuan semasa kini di tapak adalah mencapai 90% berbanding dengan jadual asal selepas mendapat EOT kedua iaitu 84%. Insya Allah ianya akan dijangka siap sepenuhnya pada 22 September 2022. Sekian.

Dato’ Yang Dipertua, sikit input Dato’ Yang Dipertua iaitu hasil daripada kelewatan dan kelewatan apa ni, menyiapkan perparitan ini sebenarnya dia memberikan banyak kerugian ya, kepada penduduk kampung, pengusaha padi dan jugak kepada pembekal bajalah seperti PPK. Saya nak bagi sedikit ya, fakta dia iaitu hasil ni, hasil padi ini selama 2 tahun kita tak, tak, tak apa, tak dapat mengusahakan, satu tahun dua, dua musim. Satu musim pendapatan dia 572 ribu. Makna dia, satu tahun melebihi 1.4 juta. 2 tahun dekat 3.0 juta hasil dia. Sekarang dah tinggal 3.0 juta, 3.0 juta lebih ya, dibazirkan.

Dan sewaan tanah untuk orang kampung. Sewaan tanah untuk orang kampung iaitu sebanyak 350 hektar dan satu ekar ya, disewa 350.00 ringgit iaitu musim pertama ataupun musim, dia 2 tahun satu musim, 55,700.00 lebih. Dan untuk 2, satu tahun yang 2 musim tadi, sebanyak 110 ribu ya, ini orang kampung rugi. Jadi 2 tahun maknanya dia dah 220 ribu kerugian, orang kampung. Dalam keadaan, keadaan pandemik orang kampung yang susah, lagi disusahkan oleh pihak, pihak kerajaan ya. Dan ini kita nampak kegagalan pihak yang diwajibkan iaitu JPS ya, untuk melakukan ya, tugas ataupun tanggungjawab menyiapkan perkara ini. Mungkin kita boleh nampak, pandang ringan. Pegawai boleh nampak ringan. Jadi tanggungjawab ini ya, mesti, di, di, diambil oleh pihak JPS terutamanya Pengarah JPS Negeri Sembilan.

Dan kalau nak tahu jugak berapa komisen yang, komisen baja yang di, yang diberikan oleh apa ni, yang disampaikan ya, kepada PPK iaitu 6,120.00 ringgit satu musim. Satu tahun 2 musim iaitu 12,240.00 ringgit. Kali 2. Makna dia 24 ribu lebih. Jadi keseluruhan dia bermakna dia dah 3.0 juta lebih kerugian dalam 2 tahun. Itu kerugian ditanggung oleh, oleh masyarakat, oleh apa ni, pengusaha, oleh orang, tuan tanah dan jugak ya, ataupun pertubuhan peladang yang ada di, di kawasan pengairan tersebut.

Jadi, bagi saya ya, jabatan-jabatan yang gagal ini kita perlu ambil, ambil tindakan ya. Pegawai-pegawai yang gagal menjalankan tugas ini kita perlu ambil tindakan agar ya, pegawai-pegawai sebegini yang tidak, tak lagi menyusahkan orang kampung. Jadi soalan saya, sehingga bila lagi ya, soalan saya, sehingga bila lagi ya, apa ni, perkara ini berlanjutan? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Seri Menanti di atas keprihatinan perkara yang berlaku. Tapi saya menasihatkan Yang Berhormat Seri Menanti janganlah block out dia punya flaws tu ya. Kiraan-kiraan itu tidak boleh dikiralah semasa projek sebab kita sudah mengambil, sudah memaklumkan perkara ini di dalam rancangan asal iaitu hampir setahun setengah iaitu 14 bulan ianya tidak boleh dilaksanakan. Malah di peringkat awal saya telah maklumkan kepada pihak-pihak tertentu supaya memikirkan dalam masa satu tahun setengah tu lebih kurang, apo boleh kita buat di tempat-tempat yang terlibat. Tetapi ianya tidak ada inisiatif daripada pihak-pihak tertentu. Itu yang pertama.

Yang kedua, lambek eh dalam lebih kurang 6, 5 bulan yo ni, Yang Berhormat apa, Seri Menanti, daripada tarikh asal. Iaitu tarikh asal adalah 25 April tahun ini. So sekarang setelah diberikan beberapa apa, alasan-alasan yang munasabah, ianya dilanjutkan sehingga berapa tadi, September ya, maknanya lebih kurang 5 bulanlah ya, 5 bulan iaitu satu, satu musim punya, satu musim punya hasillah ya, Dato’ Yang Dipertua. Ya, itulah yang, yang, yang, yang kerugian yang perlu mungkin perlu difikirkan oleh pihak-pihak tertentu supaya perkara yang sebegini tidak berulang lagilah ya. Jadi, itulah response saya. Terima kasih.

Dato’ Dipertua, sikit ya, sambung tadi. Jadi saya cadangkan kalau macam tu, pihak tadi, yang bertanggungjawab untuk memberikan pampasan ya, kepada apa ni, penduduk-penduduk yang terlibat, berikan pampasan. Sebab ini tanggungjawab mereka ya, melambatkan. Bukan alasan pandemik, apa ni, COVID, Dato’ Yang Dipertua, sebab sektor pertanian terutama sektor makanan ketika itu boleh dijalankan. Tak ada diberhentikan ketika itu. Bukan alasan tu Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.

Pihak saya mengambil maklum.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Ya terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Mambau kemukakan soalan pertama.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Jawapan saya ni juga akan menjawab Jawapan ini juga akan menjawab:

 Pertanyaan Lisan Hari Pertama (nombor 1) daripada ADUN Sungai Lui yang bertajuk “Peningkatan Harga Barangan”;

 Pertanyaan Lisan dari, Hari Pertama (nombor 1) daripada ADUN Pertang yang bertajuk “Langkah-Langkah Dan Strategi Untuk Mengatasi Masalah Kenaikan Harga Barang Keperluan”; dan

 Pertanyaan Lisan Hari Pertama (nombor 1) daripada ADUN Rantau yang bertajuk “Krisis Kenaikan Harga Barang”.

Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan telah mengambil beberapa langkah dalam menangani krisis kenaikan harga barang-barang bekalan makanan dan kos sara hidup antaranya menjalankan pemeriksaan dan pemantauan yang rapi yang me, dan menyeluruh ke atas semua premis perniagaan termasuklah kawasan bandar dan luar bandar. Pemantauan harga barangan dilakukan secara konsisten oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH). Pemantauan yang dilakukan adalah secara harian, mingguan dan bulanan terhadap 480 jenis barang keperluan oleh Pegawai Pemantau Harga. Ini dapat mencegah dan mengelak peniaga daripada mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan sesuka hati. 480 jenis barangan yang dipantau merangkumi pelbagai jenis barangan keperluan seperti barang basah, sayur-sayuran, barangan runcit dan juga keperluan lain seperti susu bayi, pampers, ubat gigi dan lain-lain. Hasil dari pemantauan ini juga mendapati bekalan barangan keperluan adalah mencukupi bagi Negeri Sembilan. Tiada berlaku kehabisan bekalan terhadap barang keperluan sepanjang pemantauan dibuat.

KPDNHEP Negeri Sembilan juga telah menjalankan OPS ATM ini termasuk ayam, telur dan minyak masak, bertujuan memastikan harga barang yang dijual bermula 1 Julai 2022 adalah berpatutan dan mengekang peniaga yang tidak beretika daripada mengambil kesempatan mengaut keuntungan secara tidak munasabah. KPDNHEP Negeri Sembilan juga telah melaksanakan OPS ATM ini di setiap hari bagi seluruh Negeri Sembilan dan laporan akan dihantar kepada ibu pejabat bagi memastikan tiada berlaku ketirisan ataupun kekurangan bekalan.

Selain itu juga, Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) Peringkat Negeri Sembilan telah bermula pada 5 Disember 2021 yang telah diadakan di Stadium Paroi, Negeri Sembilan. Kini, PJKM di Negeri Sembilan telah dijalankan sebanyak 31 siri sehingga 24 Julai 2022 di 139 lokasi. Pelaksanaan PJKM di Negeri Sembilan telah dijalankan secara 2 konsep iaitu di tapak terbuka dan dengan kerjasama pasar raya. Pelaksanaan PJKM telah dimulakan dengan diadakan 2 kali sebulan di setiap Parlimen. Selepas itu, bermula bulan Julai, pelaksanaan PJKM dipeluaskan ke 36 DUN di Negeri Sembilan bagi membantu menangani kos sara hidup. Sepanjang pelaksanaan PJKM yang diadakan ini, seramai 227,401 pengunjung telah terlibat dalam program ini. Jumlah jualan di Negeri Sembilan mencecah 3,049,406.65 setakat 17 Julai 2022. Program ini akan diteruskan di sepanjang dalam tawaran harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. Bagi perancangan seterusnya, pelaksanaan PJKM juga akan diadakan di setiap minggu meliputi 36 DUN di Negeri Sembilan berkonsepkan dengan kerjasama pasaran, pasar raya buat masa ini. Bagi minggu seterusnya (31 dan, 31 Julai 2022) PJKM akan diadakan di:

 Di bawah Parlimen Tampin: DUN Gemas di, bertempat TF Value Mart. DUN Gemencheh – 99 Speedmart Pusat Komersial Gemencheh.

 Parlimen Port Dickson DUN Linggi – 99 Speedmart Linggi. Dan juga DUN Sri Tanjung di bawah TF Value Mart PD.

 Jempol: DUN Palong – 99 Speedmart Palong.

 Dan di bawah Parlimen Kuala Pilah: DUN Pilah di bawah Pasaraya Giant Kuala Pilah. Bagi pelaksanaan PJKM pada 23 dan 24 Julai 2022, seramai 1,794 orang telah mengunjungi Lotus, Seremban 2 di bawah Parlimen Rasah dan DUN Bukit Kepayang dengan nilai jualan sebanyak [ringgit]15,314.85 sen. Manakala di Gedung Sri Minang Serting di bawah Parlimen Jempol / DUN Serting, seramai 850 orang telah mengunjungi ke premis tersebut dengan nilai jualan sebanyak [ringgit]11,051.43 sen.

Dato’ Yang Dipertua, pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih agresif meliputi seluruh rantaian pengedaran barangan dan perkhidmatan di seluruh negeri, di seluruh negara di bawah Ops Catut, Ops Rantai dan Ops PASAR sedang dilaksanakan. KPDNHEP Negeri Sembilan juga akan memberikan komitmen yang tinggi bagi memastikan kepentingan pengguna sentiasa terpelihara dan suasa, suasana perniagaan yang lebih adil.

Aduan ini boleh disampaikan kepada KPDNHEP melalui saluran-saluarn berikut:

 Di talian Hotline KPDNHEP; 1-800-886-800  Aplikasi; Ez ADU KPDNHEP  Melalui WhatsApp; 019-848 8000  Dan juga melalui e-aduan.kpdnhep.gov.my  Dan juga melalui emel; [email protected]

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Dato’ Yang Dipertua, memandangkan kami selaku Wakil Rakyat dan kami sentiasa dapat aduan tentang kenaikan harga barangan dan harga makanan dan minuman yang tidak munasabah. Dato’ Yang Dipertua, kita pun rasalah kadang-kadang pergi, kita pergi sarapan pagi, kita pun bayar 10.00 ringgit, tak ada tukar lagi, tak ada tukar balik lagi, boleh cakap keep the change, mintak izin. Jadi ini memang satu kesusahan, kesusahanlah untuk rakyat. Jadi soalan saya, apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikat, menyelesaikan masalah aduan ini? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Terima kasih kepada ADUN Mambau yang bertanyakan soalan tambahan. Saya nak bagitahu Mambau-lah, aduan, kalau sekiranya ada apa-apa aduan, aduan ini boleh dibuat, sekarang ni di hujung jari sahaja. Pengguna yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku oleh peniaga boleh menyalurkan aduan atau sebarang maklumat yang, untuk dikongsikan berkenaan harga barangan mahupun isu-isu kepenggunaan dengan memberi maklumat dan butiran yang lengkap kepada pihak kementerian melalui saluran seperti yang saya sebutkan tadi. Dan untuk pengetahuan umum juga, sekarang kita ada Price Catcher di, sesiapa yang mempunyai smartphone boleh download Price Catcher ini di mana setiap harga barangan dalam Price Catcher ini berubah-rubah, dinamik secara harian. Dan kita boleh lihat harga barangan yang munasabah dan lokasi di tempat mana. Dan sekiranya pengguna gunakan Price Catcher ini, mereka boleh dapat membeli barangan keperluan mereka dengan lebih baik dan lebih munasabah dari segi harga pasarannya. Terima kasih.

Dato’ Dipertua, sebab soalan ni jugak ada menjawab soalan pertama saya. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, program pasar jualan keluarga Malaysia ini amat baik, Dato’ Dipertua. Satu perkara yang amat baik dan perlu dilakukan Dato’ Dipertua, kerana dia mengambil alih peranan orang tengah. Kerana harga ni naik sebenarnya, Dato’ Dipertua, petani, nelayan, penternak dia tak dapat faedah pun sebab harga dibeli di kebun, di apa tu, semua sama je ya. Tapi kenaikan harga yang melambung melampau ini di, berada di tangan orang tengah. Jadi apa yang disebut oleh kerajaan dan wakil Kerajaan Negeri tadi satu perkara yang amat baik. Soalan saya, adakah kita akan meneruskannya secara mingguan kerana ini akan memudahkan orang ramai, Dato’ Yang Dipertua, mendapat bekalan bahan-bahan mentah untuk makanan dan mereka tahu bahawa ianya akan terus berada, dikekalkan di tempat-tempat yang telah ditentukan. Dan jika boleh dianya dibuat di setiap DUN secara, setiap hujung minggu, Dato’ Dipertua ya. Walaupun ada pasar-pasar tani Dato’ Dipertua, tapi pasar tani ini dia punya harga lebih tinggi kadang-kadang daripada di kedai-kedai. Tapi Program Jualan Keluarga Malaysia ini dia memang murah kerana dia dibuat terus oleh agensi ataupun oleh syarikat-syarikat pengeluar Dato’ Dipertua, kepada orang ramai. Jadi saya nak tanya supaya buatkan tapak yang kekal untuk program ini dan ia menjadi sebagai suatu cara untuk kita memotong peranan orang tengah Dato Dipertua. Biarlah pasaran sendiri menentukan. Bila sampai masa nanti, peruncit-peruncit dan orang tengah ini, bila kehidupan ataupun perniagaan mereka terpaksa bersaing dengan Program Jualan Keluarga Malaysia ini, mereka akan menurunkan harga jualan mereka. Jadi, saya mintak tanya, sama ada dia akan menjadi sebagai satu program yang kekal sehingga untuk beberapa tahun sehinggalah keadaan harga bekalan barang makanan dapat distabilkan semula. Terima kasih.

Terima kasih kepada ADUN Rantau yang bertanyakan sama ada penjualan keluarga Malaysia akan diteruskan. Buat masa ni pelaksanaan PJKM ni akan diadakan setiap minggu meliputi 36 DUN di Negeri Sembilan dengan kerjasama pasar raya dan juga ADUN kawasan masing-masing. Dan kita ada peruntukan daripada kerajaan, kementerian, iaitu 80 juta yang akan digunakan untuk 636 kawasan. Dengan peruntukan itu, setiap minggu lebih kurang 6,250.00 ringgit seminggu dan untuk sebulan 25 ribu sebulan, dan untuk 5 bulan 125 ribu ringgit. Dan saya setuju dengan cadangan Rantau berkenaan dengan penerusan PJKM ni. Kita akan ambil maklum. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, tambahan sikit. Insya Allah dalam penggulungan nanti saya akan maklumkan rancangan Kerajaan Negeri dalam membantu men, apa, menurunkan ataupun membantu masyarakat dalam kenaikan harga barang ini. Dan insya Allah inisiatif tersebut akan kita umumkan pada masa penggulungan nanti, insya Allah. Terima kasih atas soalan Rantau, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Terima kasih kepada Rantau, cadangan. Terima kasih kepada Repah. Seterusnya saya persilakan Chombong.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, pertamanya terima kasih sebab mengizinkan saya masuk lewat sikit pagi ni, Dato’ Yang Dipertua. Semoga roh, semoga Allah mencucuri rahmat dan keampunan kepada roh Abdul Jalil bin Ishak, mengampuni segala dosa dan menerima segala amalannya, Dato’ Dipertua. Dan dengan itu saya kemukakan soalan nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih dan salam takziah buat ADUN Chembong. Dan Dato’ Dipertua, secara keseluruhan, prestasi kutipan hasil sehingga 30 Jun 2022 adalah lebih baik berbanding untuk tempoh yang sama tahun 2021. Jawapan ini juga menjawab Pertanyaan Lisan Hari Kedua daripada ADUN Rantau yang bertajuk “Hasil Kerajaan Negeri” dan Pertanyaan Bertulis daripada ADUN Rantau yang bertajuk “Kutipan Hasil Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2022”.

Kutipan keseluruhan hasil adalah berjumlah 284.93 juta bersamaan dengan 65.96% berbanding deengan 234.93 juta bersamaan 52.44% pada tahun, pada 30 Jun 2021. Hasil Cukai mencatat kutipan berjumlah 134.0 juta bersamaan 83.56% yang merekodkan kutipan lebih ba, lebih tinggi berbanding kutipan Hasil Cukai untuk tempoh yang sama tahun 2021 iaitu 129.84 juta.

Seterusnya, kutipan Hasil Bukan Cukai pula ialah 116.44 juta bersamaan 55.02% berbanding 72.97 juta pada 30 Jun 2021. Hasil Bukan Cukai merekodkan peningkatan ketara sebanyak 43.47 juta ataupun 59.58%. Terimaan Bukan Hasil pula merekodkan kutipan

sejumlah 34.48 juta bersamaan 57.48% berbanding sehingga 30 Jun 2021 berjumlah 32.12 juta. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Dipertua, mohon soalan tambahan. Soalan saya sebenarnya mintak Kerajaan Negeri untuk memberitahu apakah kutipan sebenar pada tahun 2019 – 2021 ya, Dato’ Dipertua, dia dapat mencapai anggaran yang telah diletakkan di dalam bajet tahunan. Sama ada dia dapat mencapai ataupun tidak, Dato’ Dipertua ya.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, melihat kepada prestasi sehingga 30 Jun, kami yakin bahawa untuk tahun 2022 kami akan dapat mencapai seperti yang diletakkan dalam bajet tahun 2022 ini, insya Allah. Bagi tahun 2021 …..

Dato’ Dipertua, 2019 – 2021.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay.

2020 – 2021 Dato’ Dipertua. Saya nak tahu, sama ada kutipan hasil cukai dan bukan cukai pada tahun 2020, 2021 dapat ataupun, sekejap Dato’ Dipertua, saya, saya, sama ada kutipan cukai 2020, 2021 itu dapat memenuhi ataupun mencapai apa yang telah dibajetkan seperti dianggarkan dalam bajet tahunan. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan tersebut. Bagi tahun 2019 kita sedia maklum kita ada lebihan, ada, ada peningkatan melebihi daripada bajet. Bagi tahun 2020 kutipan hasil keseluruhannya, bagi kutipan hasil ya, perbandingan kutipan hasil 314.0 juta bagi 2019. Bagi 2020, COVID, 291. Dan bagi tahun 2021 menurun kepada 263. Ini kutipan hasil. Dan bagi tahun 2022 meningkat kepada 317 juta. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Soalan saya, soalan saya …..

….. sama ada kita punya kutipan itu dapat mencapai seperti apa yang telah dianggarkan dalam bajet ya. Kalau ya, yelah. Tidak, tidaklah ya.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay, bagi tahun 2019, kita melebih. Pada tahun 2020 kita capai 98%. Bagi tahun 2021 – 88%. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Sebelah sana, baguslah.

Yang Dipertua Dewan

Tak apa, tak apa. 2022 ni ada tambahan kan, insya Allah. Berita baik untuk kakitangan jugaklah ya. Dah bocor ke. Okay. Kita terus kepada Temiang ya.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Ya, terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan. Saya kemukakan soalan pertama.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada Temiang berkaitan soalan agro pelancongan. Kerajaan Negeri melalui PLANMalaysia@Negeri Sembilan telah menyediakan kaedah Kebenaran Merancang Tempoh Terhad atau KMTT sebagai salah satu kaedah untuk menyelesaikan isu-isu kawalan perancangan pembangunan di Negeri Sembilan. Panduan pelaksanaan KMTT telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan pada 10 November 2021 yang lalu.

KMTT adalah merupakan permohonan Kebenaran Merancang (KM) mengikut Seksyen 21, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) dan turut mengambil kira subseksyen 22(5)(a). Selain daripada itu, KMTT juga bersifat kelulusan sementara daripada PBT untuk satu tempoh masa melibatkan pembangunan yang tidak selaras dengan rancangan pemajuan yang diwartakan namun mempunyai kepentingan awam dan nilai ekonomi serta pembangunan di atas tanah bukan hak milik tetap.

Pelaksanaan KMTT di Negeri Sembilan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakan perancangan semula sesuatu kawasan di, di samping memberi peluang kepada pengusaha atau pemilik tanah menjalankan aktiviti pembangunan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Kaedah KMTT juga boleh diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi membantu seperti pengusaha-pengusaha agro pelancongan untuk mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang dan seterusnya memohon lesen perniagaan. Ini kerana KMTT yang bersifat kelulusan sementara membolehkan pengusaha atau pemilik tanah menjalankan operasi dalam tempoh kelulusan yang boleh diberikan oleh PBT iaitu minima 3 tahun sehingga maksima 10 tahun tanpa menukar zon gunatanah di dalam rancangan pemajuan yang telah diwartakan.

Selain itu, proses permohonan KMTT juga tidak akan melibatkan penukaran kategori, syarat nyata dan kepentingan di dalam geran hakmilik serta tidak dianggap sebagai suatu pelanggaran terhadap perkara tersebut. Selepas tamat tempoh kelulusan KMTT, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memastikan pemilikan tanah mengendalikan, mengembalikan tanah tersebut kepada kegunaan asal. Walau bagaimanapun pemilik tanah masih boleh mengemukakan permohonan pelanjutan tempoh kelulusan KMTT namun ia tertakluk kepada persetujuan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pihak Berkuasa (PBN).

Melalu, melalu pelaksanaan kaedah KMTT ini, perancangan dan pembangunan sesuatu kawasan dapat dikawal serta memberi peluang kepada pengusaha atau pemilik tanah menjalankan pembangunan yang mempunyai nilai ekonomi dengan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sekian.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Klawang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Oh, tambahan

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Ya. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, jawapan dariapda Yang Berhormat Exco. Bagi saya ini satu kaedah yang sangat baguslah di mana agro pelancongan amat dialu-alukan oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk men, terutamanya membantu mereka yang minat dalam pelancongan dan membantu mempertingkatkan pendapatan Kerajaan Negeri Sembilan. Jadi, soalan tambahan saya adalah, selain ini, selain daripada kelulusan KM Tempoh Terhad ini diberikan, apakah inisiatif lain boleh diberikan kepada pengusaha-pengusaha ini?

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Temiang atas soalan tambahan. Apa-apa jugak perancangan ataupun projek yang hendak dilaksanakan, bolehlah membuat kertas kerjanya dan kita akan menilai dari sudut keberhasilan dan dia punya daya, daya saingnya itu. Dan di, di peringkat, mungkin di peringkat pertaniannya, ataupun di peringkat pelancongannya itu. Kedua-dua elemen ini boleh kita gabungkan untuk membantu mana-mana pengusaha yang berminat untuk memajukan tanah mereka, insya Allah.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Klawang. Seterusnya saya persilakan Bagan Pinang.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya mengemukakn soalan yang pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan Yang Berhormat Bagan, ADUN Bagan Pinang. Dato’ Yang Dipertua, gangguan adalah disebabkan sekiranya berlaku hujan lebat dan kekeruhan yang tinggi ya, terutama air daripada kawasan Gunung Berembun yang kita sedia maklum terhakis dengan teruk ketika bulan Disember yang lepas, menyebabkan air berlumpur dan ini menyebabkan kekeruhan melebihi 1000NTU di LRA Linggi, loji perlu mengurangkan ataupun memberhentikan pengoperasian air mentah bagi menepati piawaian air minum kebangsaan.

Kekerapan LRA Linggi mengurangkan pengeluaran air mentah disebabkan kekeruhan air mentah yang tinggi sehingga mengakibatkan gangguan tekanan air rendah dan ketiadaan bekalan air boleh dilihat melalui laporan semenjak Januari hingga Jun tidak lebih dari 2 kali dan tidak lebih, tidak kurang daripada 2 kali dan tidak lebih 4 kali. Cuma pada bulan Mei, disebabkan isu banjir, loji terpaksa mengurangkan pengeluaran sebanyak 8 kali.

Pihak SAINS sedang berunding dengan pihak PAAB bagi merangka projek penggantian paip-paip lama dalam program NRW. Dan di samping itu juga SAINS telah memasang alat kawalan tekanan bagi mengurangkan kejadian paip pecah serta mengambil tindakan segera pembaikan paip bocor/pecah bagi mengurangkan gangguan bekalan air ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Sikamat. Seterusnya …..

Dato’, Dato’ Yang Dipertua soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Tambahan.

Dato’ di, Yang Dipertua, isu di Bagan Pinang ni selain itu adalah ke, kebelakangan ini berlaku gangguan bekalan air, gangguan bekalan air oleh kerana berlakunya paip pecah ya. Apabila kita dapati tiada, ada gangguan bekalan-bekalan air, bila ditanya, berlaku paip pecah. So soalan saya, adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan jangka panjang untuk mengatasi masalah paip pecah di dalam DUN Bagan Pinang? Yang mana kita sedia, sedia maklum di dalam DUN Bagan Pinang adalah tempat tumpuan pelancong. Dengan adanya gangguan bekalan air ni, dia akan menjejaskan pengusaha hotel, pengusaha homestay, premis perniagaan dan jugak kediaman. So saya nak tanya Kerajaan Negeri adakah perancangan jangka panjang untuk mengatasi isu paip pecah di dalam kawasan DUN Bagan Pinang? Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, tadi saya, yang saya katakan bahawa pihak SAINS sedang berunding dengan pihak PAAB dan beberapa syarikat swasta untuk merangka projek penggantian paip-paip lama dalam program NRW yang telah diumumkan oleh pihak KASA. Dan saya berharap bahawa dengan adanya perkara tersebut, perbincangan tersebut, dan kita berharap akan dapat kelulusan kita akan segerakan penggantian paip-paip ini mengikut keperluan di suatu satu kawasan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Dipertua, saya harap dapat beri tumpuan utama di kawasan tumpuan pelancong. Terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, jika dibenarkan oleh Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat, saya nak tanya sedikit saja tentang masalah air ni. Betullah pecahan paip itu akan berlaku dari semasa ke semasa di beberapa tempat. Tetapi saya ingin tahu, sama ada pihak SAINS ataupun Kerajaan Negeri ini mempuyai rancangan untuk menambahkan aset penghantaran air ke kawasan-kawasan gangguanlah air. Kerana masalah timbul apabila 2 – 3 hari air tak dihantar. Dan masalah ini di, di, apa ni, punca kerana lori tangki ni tak cukup. Jadi saya mintak sama ada ada rancangan atau tidak untuk menambahkan tangki, lori tangki air ni di setiap daerah? Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya rasa saya tak pernah dapat laporan mengenai sampai 2 hari air tidak dihantar kepada tempat-tempat yang berisiko sebab kita kalau berlaku di, di Jempol, kita akan hantar lori daripada Port Dickson, daripada Seremban, kalau ia betul-betul kritikal. Apa yang berlaku di Jelebu tempoh hari juga, kita lakukan perkara yang sama. Jadi, saya rasa tidak ada laporan kepada saya dan kalau ada sila laporkan segera kepada saya. Kalau ada sampai 2 hari ataupun sehari pun, kalau dah berlaku pagi, petang tak sampai pun maklum kepada saya supaya kita ambil tindakan dengan segera. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya ingat dah beri jawapan …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Sebenarnya dekat Palong 2 tu pernah berlaku Yang Berhormat Sikamat. Itu sebabnya saya timbulkan isu ini. Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Saya rasa Palong 2 kita segera hantar paip air, apa, tangki air disediakan di kawasan tersebut, di Palong 2 ya. Tak ada, saya tak, cuma memang ambil masa sedikit sebab ketika itu pecah dia punya kawasan LRA ya. Jadi, ambil masa lama sedikit. Jadi saya rasa saya, saya ambil maklum kepada Pengarah sendiri, maklumkan kepada saya bahawa tangki-tangki telah diusahakan ke kawasan tersebut seawal mungkin. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih di atas apa, keprihatinan dan saya harap semua Yang Berhormat boleh maklumkanlah sekiranya berlaku perkara yang sedemikian. Seterusnya saya persilakan Rahang.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Rahang mengemukakan soalan kedua.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada, soalan 2. Okay maaf.

Yang Dipertua Dewan

Nombor 2.

Terima kasih kepada ADUN Rahang yang bertanyakan soalan 2. Berdasarkan semakan rekod Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, sebanyak 90 kes aduan pembakaran terbuka telah dilaporkan di Negeri Sembilan dari 1 Januari hingga 30 Jun 2022. Antara tindakan penguatkuasaan yang dijalankan adalah dengan mengeluarkan Notis Arahan larangan pembakaran terbuka dan kompaun di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tindakan yang telah diambil adalah seperti berikut: sebanyak 71 kompaun telah dikeluarkan dan 82 Notis Arahan (Larangan Pembakaran Terbuka) telah dikeluarkan.

Sekiranya terdapat aduan berulang dan lebih menjurus kepada kacau ganggu di kawasan taman perumahan, aduan ini akan dipanjangkan, dipanjangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan PBT diberi kuasa untuk menyiasat aduan pembakaran terbuka tersebut yang melibatkan kawasan perumahan dan mengambil tindakan perundangan di bawah perundangan PBT.

JAS lebih tertumpu kepada pembakaran terbuka berskala besar seperti ladang-ladang dan di dalam kawasan industri tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Sila nyatakan kes yang dilaporkan bagi tahun 2019, 2020, 2021 bagi pembakaran terbuka dan perundangan bagi kes pembakaran terbuka.

Terima kasih kepada ADUN Rahang yang bertanyakan soalan tambahan. Bagi tempoh 3 tahun kebelakangan ini, iaitu dari 2019 hingga 2021, sebanyak 1,189 kes pembakaran terbuka telah dilaporkan dan sebanyak 302 kompaun telah dikeluarkan di Negeri Sembilan. Pecahan jumlah kes pembakaran terbuka dan bilangan kompaun yang dikeluarkan mengikut tahun adalah seperti berikut:

 Bagi tahun 2019, bilangan kes berjumlah 350. Kompaun yang telah dikeluarkan adalah 41.

 Untuk tahun 2022, 2020, sebanyak 418 kes telah direkodkan dan kompaun telah dikeluarkan sebanyak 67.  Dan untuk tahun 2021, bilangan kes adalah 421 dan jumlah kompaun yang telah dikeluarkan adalah 194.

Bagi kes pembakaran terbuka terhadap, terhadap sampah sarap ataupun kawasan perumahan, pecahan jumlah kes yang telah dilaporkan mengikut tahun adalah seperti berikut: untuk tahun 2019, bilangan kes adalah 108. Untuk tahun 2020, bilangan kes adalah 304. Untuk tahun 2021, bilangan kes adalah 284. Dan sehingga kini, untuk tahun 2022, bilangan kes adalah 35.

Penawaran kompaun pembakaran terbuka adalah mengikut Kaedah-Kaedah Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Pembakaran Terbuka Tahun 2000, mana-mana kesalahan pembakaran terbuka di bawah Seksyen 29A atau 29B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 merupakan suatu kesalahan yang boleh dikompaunkan. Mengikut Seksyen 45(1) (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974: Ketua Pengarah atau mana-mana Timbalan Ketua Pengarah, atau mana-mana pegawai awam lain atau mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan yang kepadanya Ketua Pengarah telah mewakilkan apa-apa kuasa secara bertulis, boleh mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya yang telah ditetapkan oleh Menteri sebagai kesalahan yang boleh dikompaun dengan menerima daripada orang yang semunasabnya disyaki telah melakukan kesalahan itu, jumlah wang yang tidak melebihi 2 ribu akan dikenakan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Rahang. Terima kasih Repah. Seterusnya saya persilakan Gemas.

Dato’ Yang Dipertua. Saya kemukakan soalan nombor 1.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih, terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan Gemas berhubung dengan persimpangan, lampu limpah di persimpangan Jalan Gemas – Tampin – Pasir Besar. Dato’ Yang Dipertua, kedudukan lampu limpah adalah di Jalan Persekutuan FT010. Permohonan peruntukan untuk pembaikan telah dibuat dan kontraktor telah dilantik pada 8 Julai 2022. Kerja pembaikan dijangka akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Tambahan? Tak ada. Kota, oh keluar, okay. Saya persilakan ADUN Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1.

Yang Dipertua Dewan

1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Dipertua, soalan berhubung dengan kes penipuan. Dato’ Yang Dipertua, bagi tempoh 2018 hingga 20, hingga Jun 2022, sebanyak 8,921 kes telah dicatatkan dan kes penipuan dengan pelbagai modus operandi adalah penyumbang utama kepada peningkatan kes jenayah komersial.

Bagi Kontinjen Negeri Sembilan, Daerah Seremban merupakan daerah yang terbanyak menerima laporan polis berkaitan kes penipuan dengan kerugian sebanyak 144,530,000.00, diikuti oleh Daerah Polis Nilai dengan kerugian 30,174,000.00, Port Dickson sebanyak 21,696,000.00, Jempol sebanyak 7.211 juta, Tampin sebanyak 9.173 juta, Kuala Pilah 10.862 juta manakala Rembau sebanyak 2.7 juta dan Jelebu sebanyak 2.3 juta.

Bagi tempoh kajian ini kita dapati kebanyakan mangsa kes penipuan adalah di kalangan bangsa Melayu dalam lingkungan umur 15 hingga

40 tahun dikuti oleh Cina, India dan selebihnya di bawah lain-lain bangsa dalam kategori umur yang sama.

Pelbagai usaha dilaksanakan dalam usaha menyebar luas ilmu pengetahuan kepada masyarakat bagi mengelakkan dari menjadi penyumbang kepada peningkatan statistik mangsa penipuan. Pelbagai kempen telah dianjurkan seperti pameran, ceramah, hebahan dari media massa. Sebagai perkong, perkongsian info, sekiranya menerima sebarang panggilan ataupun pertemuan yang mencurigakan boleh buat semakan pengesahan melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau muat turun aplikasi SEMAK MULE CCID boleh hubungi, ataupun boleh hubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 ya. Jadi ada 10 kes dengan kerugian tertinggi bagi tempoh 2018 hingga Jun 2022 iaitu:

i. Repot polis di Jalan Campbell 7297/2020 – tipu pindah milik tanah – swasta – 24 juta;

ii. Seremban, Jalan Campbell, tahun 2020 – tipu pindah milik tanah – swasta – 22 juta;

iii. Kuala Pilah – tawaran konsesi pembalakan dan pembangunan ladang – ahli perniagaan – 6.9 juta; iv. Seremban – 4099/2022, tahun 2022 – Bussiness Email Comprimised@BEC – swasta – 3.9 juta;

v. Seremban, Jalan Campbell – 6567/2019 – pelaburan tak wujud – swasta – 3.5 juta;

vi. Seremban 4219/2016 – kes tahun 2016 – dibuka semula pada 2018 – pelaburan tak wujud – ahli perniagaan – 3.0 juta;

vii. Port Dickson 2369/2020 – urusan pindah milik tanah – swasta – 3 juta;

viii. Seremban, Jalan Campbell 2897/2022 – mendapatkan credit line bagi Renfrew Offshore Bank – ahli perniagaan – 2.9 juta;

ix. Seremban 2361/2022 – tahun 2022 – tipu beli sarung tangan berharga 2.7 juta; dan

x. Port Dickson, Lukut 4595/2022 – Macau Scam – bersara – 1.8 juta.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk sama-sama saling mengingati bukan sahaja di kalangan ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini, tetapi juga seluruh masyarakat di luar sana agar sentiasa berwaspada, sentiasa celik, sentiasa melindungi diri dan keluarga agar tidak terpedaya dengan sebarang iklan ataupun usaha niaga yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

Begitu juga saya mengingatkan diri saya dan rakyat jelata agar tidak tertipu dengan panggilan scam yang kononnya daripada agensi kerajaan, mahupun Lembaga Hasil Dalam Negeri, KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan sebagainya. Sentiasa semak dengan badan yang berkenaan. Pergi ke kaunter jika perlu. Telefon nombor di laman web rasmi agensi berkenaan dan sentiasa dapatkan maklumat yang benar. Dan tidak, dan yang terkini adalah penipuan melalui laman interaksi Telegram, sentiasa semak dengan tuan punya badan untuk memastikan kesihatannya. Jangan kita tertipu dan tertipu melihat kononnya ingin meminjam duit tetapi menggunakan akaun lain. Ya contohnya Yang Berhormat ADUN Klawang ya, Exco kita, baru-baru ini juga dalam Telegram-nya telah buat satu rayuan derma. Dan jadi saya harap bahawa ini semua mendapat perhatian dari semua masyarakat. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Sikamat.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Saya, sila, apa ni?

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Tambahan?

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Ya.

Yang Dipertua Dewan

Okay.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih. Terima kasih Sikamat dengan penjelasan yang paling jelas sekali. Tapi nampak bukan scammer saja, kami jawapan tu berjuta-juta, 20 juta, 22 juta pun ada. So soalan saya macam ni, adalah orang politik atau pegawai kerajaan terlibat kes-kes yang tersebut dan apa tindakannya? Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, buat masa ini tak ada pegawai kerajaan yang terlibat, saya dimaklumkan. Dan untuk orang politik saya tak ada maklumat terkini. Dan mangsa ya, ramai yang terlibat adalah ada kalangan penjawat awam, Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Sikamat. Saya kira ni soalan terakhir, Sungai Lui.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Lui yang bertanya tentang keputusan SPM 2021. Dato’ Yang Dipertua, keputusan peperiksaan SPM dilaporkan berdasarkan pencapaian calon dan prestasi mata pelajaran. Pencapaian calon merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pembelajaran dalam kesemua mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negeri adalah Gred Purata Negeri (GPN). Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

Prestasi mata pelajaran pula merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diukur dalam setiap mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan prestasi mata pelajaran ialah Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi setiap mata pelajaran. Nilai GPMP yang lebih kecil menunjukkan prestasi yang lebih baik.

Pelaporan analisis keputusan peperiksaan SPM ini adalah berdasarkan calon sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menduduki minimum 6 mata pelajaran teras kecuali dinyatakan sebaliknya, ya.

Untuk makluman, pencapaian pelaporan pencapaian SPM 2021 pada hari ini merupakan pencapaian daripada kohort pertama yang menggunakan sepenuhnya format baru Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Dan Gred Purata Negeri SPM 2021 untuk Negeri Sembilan pada tahun ini adalah mencatatkan 4.62.

Untuk layan Sijil SPM 2021. Mulai tahun 2013, semua calon diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk layak dianugerahkan Sijil Mata Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 2021, seramai 12,745 (87.62%) calon layak dianugerahkan sijil.

Kalau kita melihat pula Gred Purata Sekolah mengikut daerah, sekolah di Daerah Rembau adalah merupakan pencapaian yang terbaik dengan Gred Purata Sekolah 3.74 untuk tahun 2021. Seremban kedua – 4.54. diikuti Kuala Pilah – 4.58, Jempol/Jelebu – 4.86, Tampin – 4.87, Port Dickson – 5.18 ya. Dan kalau kita melihat kepada keseluruhan prestasi sekolah, sebanyak 27 sekolah di Negeri Sembilan mencapai peratus 100% layak sijil ya, untuk memperolehi kesemuanya keputusan SPM. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Tambahan.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Dulu, kita ada menubuhkan Sekolah Magnet ya. Saya nak tahu di beberapa sekolah yang terpilihlah. Saya nak tahu, apakah perancangan Kerajaan Negeri Sembilan ataupun arah tuju Sekolah Magnet pada masa akan datang?

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Lui. Kita akan melihat semula ya, yang saya faham bahawa semasa Yang Berhormat dahulu memang telah mempelopori Sekolah Magnet ini. Tapi kita sebenarnya sekarang ni lebih merujuk kepada keseluruhan prestasi sekolah. Untuk maklumat Yang Berhormat bahawa Negeri Sembilan, dari segi dasarnya, keseluruhannya masih lagi berada kedudukan sekolah yang terbaik dari segi prestasi SPM sejak 6 tahun berturut-turut. Cuma kita cuma berada di bawah Putrajaya. Putrajaya pun bukan negerilah. Jadi, jadi maknanya pencapaian kita selama 6 tahun memang terbaiklah, setakat ini. Terima kasih.

Sikit. Tahniah diucapkan di atas prestasi yang baik yang dikekalkan oleh pelajar-pelajar kita di Negeri Sembilan. Duduk di tempat kedua peringkat SPM, peringkat persekutuan. Dan Putrajaya nombor 1, tak sepatutnya dia jadi nombor 1. Tapi tak apa. Saya nak tanya Dato’ Dipertua, kecemerlangan keputusan ini, Dato’ Dipertua, semasa kita belajar PdPR, kan. Semasa PdPR, lonjakan itu bertambah baik. Hadir sendiri pergi sekolah, tak berapa baik. Apakah kita melihat sesuatu bahawa pelajar-pelajar tak perlu lagi pergi sekolah, dan duduk di rumah dan keputusannya lebih baik? Saya nak tanya, apakah Kerajaan Negeri Sembilan melihat itu sebagai suatu paradigm shift kerana kita boleh belajar daripada Google ya. Apa saja ilmu dalam dunia ada dalam telefon kita. Bahawa guru sekarang tak perlu lagi memberi ilmu kerana ilmu berada di atas talian. Guru mesti menjadi sebagai fasilitator, mengubah jati diri dan memberikan keyakinan diri kepada murid-murid.

Saya nak tanya, apakah Kerajaan Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri Sembilan melihat ini sebagai satu peluang untuk kita mengurangkan bebanan murid-murid bawak buku terlampau banyak ke sekolah. Nombor 2, apakah kita boleh melihat bahawa kekurangan guru boleh kita atasi dengan cara-cara ini ya. Dan guru, bebanan guru Dato’ Yang Dipertua akan dapat berkurangan 70 – 80% kerana guru boleh berfungsi sebagai fasilitator dan membina jati diri murid-murid, membina keyakinan murid-murid daripada guru sebagai tugas tradisionalnya iaitu memberi ilmu. Kerana ilmu dah berada di merata-rata. Terima kasih.

Okay terima kasih Yang Berhormat Rantau. Soalan ni sepatutnya di Parlimen, mungkin Yang Berhormat Rantau kena ada dekat Parlimen-lah, untuk menjawab soalan berkenaan. Namun demikian, saya ingin menjelaskan, semasa PdPR, Kerajaan Negeri amat prihatin, malah kitalah negeri yang pertama yang membantu pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan untuk kita beri iPad kepada mereka dan kemudahan-kemudahan komputer kepada pelajar-pelajar ini. Ini, ini memberi kesan kepada prestasi kita, walaupun dalam keadaan yang sukar ketika itu, kita masih lagi mampu oleh kerana anak-anak ini dibantu.

Selain daripada itu, kita juga melihat ada di antara anak ini yang tidak mempunyai kemampuan dari segi internet ataupun wifi yang kosnya agak mahal. Kerajaan Negeri juga membantu di beberapa tempat, di banyak tempat juga untuk mengadakan kemudahan internet secara percuma. Dan, dan dalam belanjawan untuk tahun 2022 kita telah memperuntukkan tambahan lagi perbelanjaan untuk menambah tempat-tempat seperti balai raya untuk kita wujudkan internet wifi kepada anak-anak ini untuk diteruskan menggunakan walaupun kita sudah berada dalam era endemik. Jadi insya Allah mungkin Yang Berhormat Rantau boleh kemukakan soalan berikutnya itu kepada, di dalam Parlimen. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Ampangan, kepada Rantau. Sebenarnya kalau di Jepun ya, saya tengok, saya pernah tengok sistem Pendidikan Jepun, di peringkat sekolah rendah tak banyak buku pun, dia banyak main-main. Diberi permainan-permainan yang men, apa yang membentuk pemikiran. Diberi permainan apa, tempat melompat-lompat. Kata otak akan berkembang. Sebab itu kalau anak suka melompat-lompat ya, belikan dia satu tempat untuk dia selesa lompat-lompat, supaya otak dia lebih cepat berkembang ya. Okay.

Lompat masuk Tampoi.

Yang Dipertua Dewan

Itu orang lompat patah kaki dia. Okay. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya rasa masa melebihi sikit ya, jadi kita menepati masa, alhamdulillah, terima kasih pada yang membuat soalan, yang menjawab soalan, dan terlibat dalam sesi soalan lisan tadi. Dan bagi yang mana yang tidak dijawab ya, tidak dapat dijawab, secara bertulis, dia akan dijawab secara bertulis ya.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan BertulisQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-pertanyaan yang berkehendakkan jawapan bertulis. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun membentangkan jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis yang telah diberitahu terlebih dahulu seperti yang dibentangkan di dalam, di, di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jawapan bertulis bagi pertanyaan bertulis adalah dibentangkan.

Usul Di Bawah Peraturan XVIIMotion

Setiausaha Dewan

Perkara kelapan, Usul di bawah Peraturan XVII.

Yang Dipertua Dewan

Silakan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Terima kasih. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya bangun untuk mengemukakan usul seperti berikut: “Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan yang serius terhadap isu kenaikan kos sara hidup yang menyebabkan tekanan hidup yang tinggi kepada rakyat dan menyeru Kerajaan Negeri untuk membekukan sebarang kenaikan kadar dalam apa jua cukai, sewa, caj atau apa-apa bayaran di bawah kawalan Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Sembilan sehingga masalah inflasi dapat dikawal.”

Dato’ Dipertua, saya bagi pihak backbenchers membawa usul ini di atas keprihatinan kita terhadap isu inflasi dan kos sara hidup yang sedang membelenggu rakyat kita. Walaupun kita tahu bahawa ini bukan masalah di negara kita sahaja, tetapi satu masalah dunia, di mana sejurus selepas perang tercetus di antara Rusia dengan Ukraine, ini menyebabkan supply chain antarabangsa tergugat dan juga amat memberikan kesan kepada seluruh dunia kerana semua kos juga naik. Ini ditambah pulak bahawa kebanyakan negara termasuk negara kita baru sahaja mula-mula pulih daripada pandemik COVID-19 selepas lebih 2 tahun. Pelbagai masalah yang membelenggu negara kita termasuk pertumbuhan ekonomi yang terencat semasa awal wabak COVID, semasa lock down, walaupun ada peningkatan sekarang ini. Tetapi masalah yang paling besar yang sedang dihadapi oleh rakyat pada ketika ini ialah kenaikan kos sara hidup kerana ia disebabkan oleh inflasi harga barangan.

Dato’ Dipertua, saya merujuk kepada satu laporan yang disiarkan dalam media semalam di mana ada satu pertubuhan antarabangsa ataupun satu market analysis company yang bernama IPSOS, I-P-S-O-S, yang telah pun menjalankan satu kaji selidik di lebih 20 negara termasuk di Malaysia. Mendapati bahawa rata-ratanya kebanyakan rakyat di semua negara yang ada terlibat dalam kaji selidik ini amat bimbang terhadap isu kenaikan inflasi dan kos sara hidup ini. Lebih daripada COVID sekarang ini. Kalau satu ataupun 2 tahun yang lalu, tanya sesiapa sahaja, apa yang paling membimbangkan mereka. Jawapannya sudah tentu adalah wabak COVID-19. Tetapi sekarang ini trend sudah berubah. Mengikut kaji selidik ini, 23% daripada responden di Malaysia yang dikaji selidik mengatakan bahawa mereka amat payah dari segi kewangan. Dengan izin Dato’ Dipertua, 23% of Malaysian respondents were struggling financially while 45% felt they were just getting by, in the survey involving 21,515 adults in 28 countries between May 27 and June 10.

23% rakyat yang di, yang dikaji selidik ini mengatakan bahawa mereka amat sukar dari segi pengurusan kewangan mereka. Dan 45% kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hanya cukup untuk menampung kos kehidupan mereka. Dan terdapat 59% responden Malaysia menganggarkan bahawa kadar faedah juga akan naik dalam masa terdekat. Dan 39% mendapati bahawa se, selepas kenaikan kadar faedah ini, maka ia akan memberikan kesusahan mereka terhadap disposable income mereka ataupun pendapatan boleh guna mereka. Ini memang sesuatu yang merupakan satu hakikat iaitu kenaikan, kenaikan kadar faedah. Dan memang sudah ada banyak laporan mengatakan bahawa Bank Negara Malaysia juga akan menaikkan kadar OPR dalam masa terdekat. Mungkin sekali lagi kenaikan. Dan apabila ada kenaikan OPR ini, yang telah pun dinaikkan 2 kali berturut-turut, 0.25 basis points, 2 kali berturut-turut. Ini sudah tentu memberikan kesan kepada semua orang terutamanya peminjam-peminjan bank, mereka yang ada ansuran rumah, sudah tentu terkesan kerana OPR ini akan menyebabkan kadar faedah mereka lebih tinggi dan juga ansuran rumah yang mereka kena bayar lebih tinggi. Jadi ini sudah tentu memberikan satu kesan yang cukup negatif kepada orang ramai terutamanya golongan yang berpendapatan rendah ataupun sederhana.

Dan kita juga tahu bahawa masalah sekarang ini ialah kenaikan harga barangan. Memang merupakan satu hakikat yang tak boleh dipertikaikan. Termasuk daripada laporan-laporan rasmi. Walaupun tanpa laporan rasmi, tanya sesiapa sahaja, kita tahu bahawa harga barangan sudah naik. Kalau Dato’ Yang Dipertua pergi ke pasar, ke, pergi ke warung, tanya sesiapa sahaja. Kita sebagai wakil rakyat sering mendengar rintihan daripada rakyat bahawa harga barangan semakin meningkat, semakin tinggi. Harga barangan yang mereka beli setiap hari dan kos barangan yang mereka perlukan setiap hari, meningkat.

Kalau mengikut laporan rasmi daripada Jabatan Statistik Malaysia, pada Jun 2022, year on year, iaitu berbanding tahun lepas, consumer price index, ataupun indeks consumer, harga pengguna telah meningkat 3.4% tahun ke tahun. Kalau mengikut bulan ke bulan, telah meningkat 0.6%. Kalau mengikut suku, dia telah meningkat kalau tak silap saya 2.7%. Jadi laporan rasmi ini menunjukkan bahawa memang ada kenaikan. Ini sesuatu yang tak boleh dipertikaikan. Dan peningkatan yang paling besar, walaupun consumer price index ini mengambil banyak sektor, banyak industri, tetapi sektor yang paling penting ialah berkenaan dengan makanan kerana ini merupakan keperluan asas kepada setiap orang. Dan sektor inilah yang melihatkan bahawa peningkatan yang paling ketara, yang paling tinggi.

Kalau mengikut indeks harga pengeluar perkhidmatan untuk suku tahun kedua 2022, untuk sektor penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman, tahun ke tahun meningkat 4.5%. Dan quarter kepada quarter ataupun suku ke suku meningkat 2.7%. Dan trend ini dilihat tidak akan berkurangan, malah akan terus meningkat. Kalau kita melihat bahawa secara detail ataupun secara teliti kepada laporan-laporan, semua laporan-laporan, sama ada Jabatan Perangkaan ataupun Jabatan Statistik, memang trend meningkat ini semakin menjadi-jadi.

Kalau kita lihat Indeks Harga Pengguna mengikut negeri dari tahun 2015 hingga 2021, untuk Negeri Sembilan, pada tahun 2015 indeks kita ialah 113.2, tahun 2021 ialah 123.6 dan indeks ini sudah tentunya akan dianggarkan akan terus meningkat pada tahun 2022. Kalau kita lihat pecahan kepada harga purata, Dato’ Dipertua, kalau daripada Jabatan Statistik ini, mereka ada buat kajian kepada 100 item terpilih. Ini adalah barangan-barangan yang sering dibeli oleh isi rumah Malaysia ataupun mana-mana keluarga dalam negara kita. 100 barangan yang sering dibeli. Saya tak bolehlah baca 100 item ini, Dato’ Dipertua, mengambil masa. Saya cuma mengambil beberapa item saja yang mungkin setiap keluarga, setiap daripada kita pun sering beli.

Sayur-sayuran, harga bayam tahun 2020, ini adalah harga purata di Negeri Sembilan, bukan harga purata kebangsaan, harga purata Negeri Sembilan. Harga sayur-sayuran, harga bayam tahun 2020 [ringgit]3.91 sen, sekarang Jun 2022 – [ringgit]4.81 sen, bendi – Jun 2020 – [ringgit]7.14 sen, Jun 2022 – [ringgit]9.77 sen, petola – Jun 2020 – [ringgit]6.26 sen, Jun 2022 – [ringgit]7.88 sen. Kenaikan lebih kurang, sekurang-kurangnya 20 – 30%. Ikan kembong per KG, tahun 2020, Jun – [ringgit]14.55 sen, Jun 2022 – [ringgit]18.28 sen per KG. Ayam tahun 2020 – [ringgit] 8.44 sen per KG, sekarang tahun 2022 [ringgit]9.45 sen per KG, malah harga ayam kalau Dato’ Dipertua pergi pasar, sudah tentu tahu mungkin lebih daripada harga ini, ini harga purata saja. Ada yang sampai 11.00 ringgit, dia walaupun dia kata bukannya harga siling 9.00 ringgit, lebih. Tetapi sekarang dia kata ini harga sembelih, harga kos pengangkutan, macam-macam caj dan sebagainya. Sehingga ada, saya pernah lihat di pasar, 11.00 ringgit – 12.00 per KG, dan itu hakikat yang memang berlaku.

Ini bukan sahaja harga-harga barang mentah, apabila harga bahan mentah ini meningkat, sudah tentu, Dato’ Dipertua pergi warung, pergi kedai mamak, pega, pergi restoran, harganya lebih tinggi. Ini makanan favourite, Dato’ Dipertua, roti canai, Jun 2022 purata [ringgit]1.08 sen, sekarang ini purata [ringgit]1.28 sen. Itu pun tengok makan kat mana, kalau makan kat hotel ni, mungkin 12.00 ringgitlah. Jadi, nasi briani, Jun 2020 – [ringgit]8.50 sen, sekarang ini purata 10.00 ringgit untuk setiap serving nasi briani.

Ini menunjukkan, ini beberapa contoh saja, Dato’ Dipertua, ada lagi senarai yang begitu panjang, yang terdapat dalam laporan Jabatan Statistik Malaysia yang boleh didapati dalam website Jabatan Statistik Malaysia. Ini contoh yang menunjukkan bahawa kenaikan yang begitu mendadak. Kalau kita kira walaupun 1.00 – 2.00 ringgit, tetapi peratusannya 20 hingga 30%. Ini memberikan kesan yang begitu besar kepada setiap isi keluarga kita. Bayangkan kalau kos barangan mereka, kos bulanan mereka, naik 20 hingga 30%. Ini sudah tentu memberikan tekanan yang cukup tinggi kepada mereka sebab gaji kita tak naik 20 – 30%. Gaji rata-rata sama ada sektor awam ataupun sektor swasta, takkan naik 20% setiap tahun. Ada peningkatan pun sudah kira baik, 2%, 3%. Jadi ini merupakan satu tekanan yang cukup memberikan kesan kepada rakyat di negara kita.

Tambahan pula Dato’ Dipertua, 2 tahun ini kita menghadapi wabak COVID. Wabak COVID ramai bukan sahaja menghadapi kos sara hidup yang tinggi, malah punca pendapatan pun hilang, tak ada pekerjaan. Semasa lock down dan sebagainya. Punca pendapatan mereka terkesan dan ini menyebabkan bahawa satu kesan yang begitu besar untuk jangka panjang. Ada yang dia kata, kita mungkin menghadapi dalam masa 10 hingga 20 tahun, akan menghadapi retirement crisis, krisis persaraan iaitu rakyat Malaysia tak boleh bersara. Kalau bersara sahaja, mereka tak cukup makan. Kalau bersara sahaja, mereka ini tak cukup duit untuk hidup kerana apa yang berlaku ialah, dalam tempoh 2 tahun ini, atas permintaan dan atas desakan pelbagai pihak, kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP sebanyak 4 kali. Dan kesan ini sekarang ini nampak. Semalam di Dewan Negara, Timbalan Menteri Kewangan menjawab bahawa daripada pengeluaran KWSP ini, sebanyak 4 kali, sebanyak 155 bilion telah dikeluarkan. 155 bilion telah dikeluarkan. Mungkin ini membantu dari segi suntikan kepada pasaran kita, mungkin peniaga-peniaga ada satu jangka masa yang pendek, mereka amat seronoklah, amat gembira sebab ramai pengguna yang ada disposable income dalam tangan mereka, ada wang yang lebih dalam tangan mereka. Saya dengar cerita, Nilai 3 pun peniaga-peniaga amat, bisnesnya amat baik untuk satu tempoh, beberapa bulan semasa pengeluaran KWSP tu dibenarkan. Tetapi ini juga akan memberikan kesan jangka panjang kepada negara kita dan rakyat negara kita. 155 bilion Ringgit Malaysia telah dikeluarkan.

Dan mengikut jawapan daripada Timbalan Menteri Kewangan semalam, 52% daripada pencarum KWSP ataupun 6.6 juta orang yang di bawah 55 tahun hanya ada kurang daripada 10 ribu ringgit dalam caruman mereka. Bayangkan 52%, 6.6 milion subscribers ataupun pencarum ada kurang daripada 10 ribu ringgit dalam caruman mereka. Dan 75% daripada angka ini adalah pencarum-pencarum daripada bumiputera. 32% ataupun hampir 3 juta yang di mana pencaruman mereka kurang daripada 1,000.00 ringgit. 80% daripada angka ini adalah daripada golongan bumiputera. Ini merupakan angka-angka yang amat, amat membimbangkan, Dato’ Dipertua, kerana kalau kita punya sistem persaraan kita, ataupun sistem social safety net kita, yang selama ini merupakan satu perlindungan kepada kita, untuk rakyat Malaysia kerja sampai 55 tahun boleh bergantung kepada EPF kita, boleh bergantung kepada KWSP kita untuk bersara. Tetapi kalau trend ini berlaku, caruman tak ada, lebih 50% di mana caruman sampai 55 tahun mungkin caruman tak sampai 100 ribu, mereka tak boleh hidup. Kita nak rakyat kita hidup sampai mungkin umur yang panjang. Kita selalu mengucapkan selamat panjang umur kepada sesiapa. Kita harap setiap rakyat Malaysia bolehlah hidup sampai 90 tahun, 95 tahun, sampai sekarang mungkin ada 100 tahun pun ada, Tun Dr. Mahathir dah umur 97, masih kuat, masih sihat. Jadi tak ada masalah kalau rakyat Malaysia boleh hidup sampai umur 100. Tetapi apa yang menjamin kehidupan mereka? Walaupun badan sihat, tapi kalau kesihatan kewangan mereka tak ada, bank mereka, akaun bank mereka tak sihat, jadi ini juga memberikan satu kesan yang besar kepada rakyat negara kita. Dan ini mungkin akan menyebabkan ramai yang tak boleh bersara pada umur 55 ataupun 60.

Jadi Dato’ Dipertua, pendek kata bahawa sekarang ini kita menghadapi pelbagai masalah. Masalah kos inflasi, masalah peningkatan kos sara hidup, ini untuk mungkin jangka masa pendek yang kita immediate yang kita kena perlu hadapi. Jangka masa panjang, juga adalah satu masalah yang besar seperti yang saya katakan tadi, ramai rakyat Malaysia tak cukup simpanan untuk mereka bersara selepas mereka mencapai umur 55 ke atas. Dan kita menjangkakan bahawa masalah-masalah ini mungkin tak boleh selesai dalam jangka masa pendek. Yang pertama, ini merupakan satu masalah struktur. Yang kedua, ini adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor luaran. Kerajaan pun tak boleh kawal sebab ini adalah faktor-faktor di luar kawalan kerajaan, sama ada Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat. Kerana ini melibatkan percaturan geopolitik di seluruh dunia. Perang Rusia dengan Ukraine. Bila boleh, bila akan tamat, tak ada sesiapa yang tahu. Tak ada sesiapa yang boleh jangkakan bila boleh kembali kepada zaman yang aman di antara sana. Lebih dekat di sini, di benua Timur Tengah, sudah tentu konflik berpanjangan.

Dan dekat Asia pun sekarang ini nampak ada ketegangan terutamanya percaturan geopolitik antara Amerika Syarikat dengan negara China. Terutamanya di sebelah Taiwan. Minggu lepas, selepas Speaker Amerika Syarikat melawat Taiwan, maka ketegangan yang begitu tinggi di antara China dengan Amerika Syarikat. Dan semua ini akan memberikan kesan kepada mereka. Ini walaupun adalah geopolitik, faktor geopolitik, tetapi dia akan memberikan kesan kepada kita. Sebab kita adalah negara perdagangan. Kita adalah negara yang berdagang dengan semua pihak. China adalah negara perdagangan yang utama dengan kita. Amerika Syarikat juga negara perdagangan yang utama dengan kita. Jadi, apabila ada percaturan ada ketegangan di antara 2 kuasa besar ini, sudah tentu negara-negara di Asia Tenggara terkepit di tengah-tengah. Malah semalam Perdana Menteri Singapura memberikan amaran kepada rakyat mereka bahawa isu inflasi dan juga kadar faedah yang tinggi ini tidak akan berakhir dalam satu tempoh masa yang, yang, yang, yang pendek kerana ini merupakan satu faktor yang disebabkan oleh pelbagai faktor luaran terutamanya percaturan geopolitik antarabangsa.

Tetapi tuan, Dato’ Dipertua, usul yang saya nak bawa di sini pada hari ini, bukan saja kita cakap pasal masalah. Ini sebagai mukadimah saja. Saya, tentu ramai yang tahu apakah masalah yang sedang kita hadapi. Tetapi kita juga kena menunjukkan satu sikap proaktif bahawa semua pihak kena bekerjasama, semua pihak kena memainkan peranan untuk menyelesaikan isu ini dan memberikan usaha kita, memberikan pandangan kita dan juga melakukan sesuatu untuk kita sama-sama menangani masalah kos sara hidup ini. Walaupun kalau jalan mudah kita boleh kata, haa ini masalah Kerajaan Persekutuan, kalau isu inflasi patut ini Kerajaan Persekutuan yang handle. Kalau kita nak main politik senang saja, ini semua masalah Kementerian Pertanian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna dan sebagainya. Tetapi sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang prihatin, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang prihatin dan ADUN-ADUN Pakatan Harapan yang prihatin, kita membawa usul ini supaya Kerajaan Negeri juga mengambil Langkah yang proaktif. Langkah-langkah yang constructive untuk kita membantu bagaimana untuk kita menangani isu masalah kos sara hidup ini. Dan saya rasa rakyat akan menilai kita secara positif.

Dato’ Dipertua, apa yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri? Saya nak membentangkan ada beberapa cadangan yang kita boleh laksanakan di peringkat Kerajaan Negeri untuk kita membantu masalah kos sara hidup ini. Iaitu yang pertama, seperti yang saya baca dalam usul saya, kita mencadangkan apabila Dewan hari ini meluluskan usul ini, ataupun esok luluskan usul ini, maka kita berharap Kerajaan Negeri akan membuat satu keputusan dasar untuk membekukan sebarang kenaikan kadar dalam apa jua cukai, sewa, caj atau apa-apa bayaran di bawah kawalan Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Sembilan sehinggalah masalah inflasi ini dapat dikawal.

Walaupun saya tahu, Dato’ Dipertua, bahawa Manifesto Pakatan Harapan menjanjikan bahawa kita tidak akan menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun. Ini memang saya yakin memang kita telah laksanakan. Dan rakyat pun tahun tak ada kenaikan kadar cukai tanah ataupun cukai taksiran di Negeri Sembilan. Dan ini sudah tentu akan diteruskan selama tempoh pentadbiran kita. Cukai tanah saya rasa tak ada apa-apa isu, tetapi cukai taksiran ini saya nak memberikan sedikit pandangan. Walaupun kita tahu bahawa kadar cukai taksiran ini tak pernah naik, tetapi kadang-kadang, rata-rata rakyat mengadu bahawa mengapa mereka melihat ada kenaikan cukai taksiran mereka. Walaupun dia kata, kerajaan telah berjanji tak naikkan kadar tetapi apabila bil datang, ataupun ada surat daripada PBT datang, mengapa kos ataupun harga yang mereka kena bayar untuk cukai taksiran mereka untuk PBT ataupun cukai pintu, ini bahawa kasar ataupun bahasa erti, bahawa biasa, cukai pintu. Mereka kata naik. Sebenarnya bukannya kadar yang naik tetapi kita pun tahu bahawa dari masa ke semasa, pihak PBT akan menjalankan semakan semula kepada nilai-nilai tahunan mereka. Nilai-nilai hartanah tersebut. Apabila sesuatu kawasan itu sudah dinaik taraf ataupun daripada pekan menjadi bandar, ataupun kawasan perumahan itu telah maju ataupun rumah tersebut pernah diubah suai, jadi memang tanggungjawab dan juga hak oleh PBT untuk menyemak semula nilai tahunan mereka. Apabila nilai tahunan disemak semula, maka walaupun kadar tak, yang sama, dia akan mening, menyebabkan cukai yang perlu dibayar itu meningkat. Cukai itu naik. Jadi rakyat tak faham. Dia kata, haa ini kerajaan tak tunaikan, ada kenaikan cukai taksiran walaupun dijanji tak ada.

Jadi saya nak menyeru kepada Kerajaan Negeri, supaya walaupun kita menjanjikan tidak ada kenaikan kadar cukai taksiran dalam semangat usul ini, saya berharap dan saya menyeru Kerajaan Negeri untuk membekukan semua semakan nilai tahunan, buat satu tempoh masa. Maksudnya dalam tempoh ini, apa sahaja semakan itu kita bekukan. Tidak ada kenaikan secara, secara apa ni, secara prinsipnya. Dan akhirnya rakyat tidak akan menerima kesan ataupun tidak akan menerima satu bil di mana mereka lihat cukai taksiran itu meningkat. Jadi saya berharap pihak Kerajaan Negeri memberikan satu keputusan dasar dan arahan kepada semua PBT supaya dalam tempoh ini, tempoh sementara kita menangani isu inflasi dan kos sara hidup ini, tidak ada sebarang semakan terhadap nilai tahunan rumah-rumah mereka. Itu cadangan daripada saya.

Dan banyak lagi kita boleh buat. Umpamanya di pihak PBT, ada rumah-rumah kos awam, rumah-rumah pangsa awam yang disewa oleh PBT ataupun terus daripada Kerajaan Negeri. Saya dan atas semangat usul ini, saya juga menyeru supaya Kerajaan Negeri tidak menaikkan sebarang kadar dalam tempoh yang begitu penting pada ketika ini supaya memberikan satu kepastian kepada rakyat kita terutamanya rakyat kita yang berpendapatan rendah, yang duduk di rumah-rumah pangsa, duduk di PPRT dan sebagainya. Sama ada yang disewa oleh PBT ataupun oleh Kerajaan Negeri. Umpamanya di Seremban, kita tahu di Senawang ada rumah yang disewa oleh Kerajaan Negeri, di Templer Flat ada, di Lobak ada banyak rumah PPRT yang rumah pangsa PPRT yang disewa oleh pihak PBT, oleh pihak Majlis Bandaraya. Semua ini dari segi kadar sewa itu, tidak meningkat. Walaupun saya tahu tak ada niat pun nak meningkat, tetapi kita memberikan satu kepastian dan juga satu jaminan kepada mereka bahawa jangan bimbang bahawa kadar sewa yang mereka, yang ada pada hari ini tidak akan ditingkatkan pada ketika kita menghadapi masalah kos sara hidup ini.

Begitu juga kepada sewa-sewa gerai. Kita pun tahu banyak pasar-pasar awam yang menyewa daripada PBT. Sama ada mereka menjual sayur, menjual daging ataupun warung dan sebagainya. Semua sewa-sewa yang di bawah ke, kelolaan ataupun di bawah kawalan oleh pihak PBT, saya juga mintak supaya atas usul ini ia tidak dinaikkan sebarang kadar sewa mereka. Begitu juga dengan caj-caj yang lain. Mungkin pihak Kerajaan Negeri boleh menjawab. Saya tak tahulah ada berapa jumlah bayaran yang boleh dikenakan oleh Kerajaan Negeri. Walaupun tak banyak, saya tahu secara dari segi cukai tak banyak, hanya cukai tanah, cukai taksiran, mungkin sedikit cukai hiburan dan sebagainya, yang lain-lain tu merupakan caj ataupun bayaran. Kalau caj ataupun bayaran umpamanya apa-apa bayaran borang, caj permohonan ataupun pro, bayaran proses dan sebagainya, saya berharap ia juga dapat dikekalkan sementara waktu ini supaya semua pihak bersama-sama kita menangani isu masalah kos sara hidup ini.

Kita tak mahu dijadikan satu alasan ataupun apabila ke, ka, pihak Kerajaan Negeri, walaupun kadang kala kenaikan itu dari segi pentadbiran sahaja, borang permohonan kalau naik beberapa ringgit, haa ini akan dijadikan isu, dijadikan alasan oleh pelbagai pihak. Haa ini bahawa kerajaan tak prihatin, kerajaan naikkan harga, kerajaan naikkan kos. Maka kos itu perlu dipindahkan kepada pihak pengguna, oleh peniaga-peniaga. Jadi kita tak harap, tidak akan berlaku seperti itu supaya semua caj ataupun bayaran ini dibekukan sementara waktu itu. Sudah tentu ini juga mungkin juga memberikan cabaran kepada pihak Kerajaan Negeri, mungkin Pegawai Kewangan Negeri akan mengatakan bahawa ini akan memberikan cabaran. Tetapi saya berharap atas kebijaksanaan pihak Kerajaan Negeri, khususnya kebijaksanaan Pegawai Kewangan Negeri kita pandai-pandai mengoptimakan sumber, kita cari jalan untuk bagaimana kita mengoptimakan sebarang sumber yang ada pada kita supaya kita membuat penjimatan dari segi perbelanjaan pengurusan. Bukannya saya kata nak, nak memberikan potongan kepada mana-mana pihak. Saya tidak mencadangkan apa-apa potongan dari emolumen, gaji dan sebagainya. Tidak, itu dikekalkan. Bayaran-bayaran khas kalau boleh, bonus, kita bantu perkhidmat, penjawat-penjawat awam kita. Tetapi dari segi pengurusan sumber kita, pengurusan perbelanjaan, pengurusan kita, saya harap ini dapat dioptimakan, dapat kita jimatkan dan sebarang penjimatan itu kita kembalikan untuk membantu rakyat. Itu semangat yang kita harap bawa.

Dan ini merupakan persidangan yang kedua pada tahun ini. Dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang ini, dalam tempoh mungkin 3 ataupun 4 bulan, kita akan balik ke Dewan ini untuk sidang belanjawan. Dalam tempoh ini, sudah tentu pihak Kerajaan Negeri khususnya Pejabat Pegawai Kewangan Negeri, sedang sibuk merangka belanjawan kita. Dan marilah dalam perbahasan ini, kita sama-sama kita bagikan cadangan yang bernas supaya ini boleh dijadikan sebagai input kepada belanjawan kita. Apakah cara yang kita boleh bantu rakyat. Dari segi inisiatif-inisiatif baru yang kita nak perkenalkan dalam belanjawan nanti. Satu perkara yang saya juga nak memberikan apa ni, fokus ialah dari segi kos pengangkutan kerana dari segi kos sara hidup antara Indeks Harga Pengguna, salah satu sektor yang merupakan salah satu faktor dalam indeks ini ialah kos pengangkutan. Walaupun rata-rata kita tahu bahawa harga minyak negara kita masih kekal murah, dia tak menaik, meningkat, tak naik harga, tetapi sudah tentu subsidi yang diberikan itu agak banyak, lebih 30 bilion. Tetapi saya nak juga supaya di peringkat Kerajaan Negeri, walaupun kita tak boleh kawal dari segi kos minyak dan sebagainya, tetapi sekurang-kurangnya Negeri Sembilan telah pun mengadakan inisiatif memberikan khidmat pengangkutan awam percuma kepada rakyat terutamanya di kawasan-kawasan bandar. Dan juga ada inisiatif pengangkutan rentas daerah yang sudah pun dimulakan. Ini satu inisiatif yang cukup baik. Saya sebagai mantan Menteri Pengangkutan, saya amat gembira melihat ada inisiatif-inisiatif ini di Negeri Sembilan kerana kita amat berharap supaya pengangkutan awam itu dijadikan sebagai satu pilihan kepada rakyat kerana pengangkutan awam itu dapat menjimatkan perbelanjaan mereka. Kalau mereka boleh tak menggunakan kereta sendiri, kalau ada perkhidmatan awam, ada bas awam yang mereka boleh gunakan, sudah tentu menjimatkan perbelanjaan bulanan mereka. Kalau boleh, dari segi apabila mereka pergi ulang alik antara tempat kerja dengan tempat tinggal mereka, kalau ada bas awam, ini amat memudahkan rakyat kita.

Dan saya tahu bahawa kita ada inisiatif bas percuma. Dan saya harap dalam bajet ataupun belanjawan yang akan datang ini, Kerajaan Negeri mempertimbangkan supaya tengok bagaimana kita boleh meningkatkan lagi coverage ataupun jalinan kita, jaringan kita. Sebab sekarang ini memang inisiatif itu sudah ada, mekanisme sudah ada, Kerajaan Negeri tahu berapa kos yang diperlukan untuk setiap bas yang berjalan. Jadi kita lihat di mana tempat yang mem, yang membolehkan kita tambah dari segi network kita. Kalau network boleh tambah, maka mungkin dari segi kos kita, kalau boleh, tak ada kekangan kewangan, kita boleh tambah sedikit peruntukan untuk inisiatif pengangkutan awam supaya bas percuma ini dia lebih lengkap. Sekarang ini saya tahu kalau di bandar, Seremban, dia ada bandar Seremban ada loop service di mana pergi ke tempat-tempat yang strategik ataupun ke bangunan-bangunan kerajaan. Tetapi kalau ada tambahan network kepada perkhidmatan ini, saya rasa tentu ia akan membantu dan kita lihat bagaimana boleh ditambah baik lagi. Dan ini sudah kita perlu bekerjasama dengan operator-operator pengangkutan awam, Dato’, Dato’ Dipertua.

Dato’ Dipertua, saya juga, cadangan ketika yang saya nak bawa, selain daripada tak naik, tak, tak naik kadar cukai, tak naik sewa, pengangkutan awam, mungkin salah satu perkara lagi ialah kita melihat bagaimana kita mengoptimakan jabatan-jabatan kerajaan untuk bekerjasama dengan pusat-pusat khidmat wakil rakyat. Umpamanya FAMA. FAMA ialah untuk mendapatkan hasil-hasil produk pertanian. Saya tahu bahawa memang ada usaha, ada insiatif pasar-pasar FAMA. Tetapi apakah tidak kita boleh ada satu sekretariat di peringkat Kerajaan Negeri untuk ada satu kordinasi FAMA dengan pejabat wakil rakyat. Kalau pejabat wakil rakyat, nak adakan umpamanya di kawasan Chennah, di DUN Chennah, saya pernah berbincang dengan Pejabat FAMA dulu, pada ketika itu tak dapat dilaksanakan sebab kita sedang naik taraf Dewan Orang Ramai Titi pada ketika itu. Di kawasan Titi umpamanya, saya ada, di sana ada satu dewan orang ramai di, depan dewan orang ramai sana ada satu tempat letak kereta yang cukup besar. Apakah tidak setiap Sabtu Ahad, kalau kita ada kerjasama dengan pihak FAMA, pihak FAMA boleh, boleh menguruskan, ataupun boleh membawa petani-petani di sekeliling kawasan Titi ataupun dari kawasan Daerah Jelebu untuk pergi berniaga di tapak di sana. Dan sudah tentu pusat khidmat wakil rakyat akan memberikan kerjasama. Saya akan memberikan sokongan supaya petani-petani ini dapat membawa produk mereka untuk mereka jual secara terus. Sudah tentu dia tak perlu melalui orang tengah. Kalau FAMA yang organize ini, mereka terus boleh jual kepada orang ramai. Dan orang ramai pun mendapat produk yang segar dan juga mungkin dari segi harga pasarannya lebih murah daripada harga yang mereka boleh beli dari pasar raya dan sebagainya. Jadi ini merupakan salah satu contoh yang kita boleh pelopori, kita boleh explore bagaimana kita menggunakan pendekatan ini supaya ada kerjasama strategik di antara jabatan kerajaan dengan pusat-pusat khidmat wakil rakyat.

Yang kedua ialah bukan sahaja dari segi sayur-sayuran, bukan segi, bukan sahaja dari segi produk pertanian, malah kita boleh bekerjasama, kalau pihak KPDNHEP di peringkat negeri boleh memberikan kerjasama ataupun sokongan kepada pusat-pusat khidmat wakil rakyat, kita janganlah tengok politik, kita sama-sama untuk kita bekerjasama ialah mengadakan jualan-jualan murah. Jualan-jualan murah ini boleh dilaksanakan dengan mudah. Apa mekanisme dia, sudah tentu kita bukan mintak pemborong, peniaga jual rendah daripada harga kos. Kalau rendah dari harga kos tak ada sesiapa yang nak jual sebab tiada sesiapa pemborong, penjual yang nak jual dengan kerugian. Tetapi kita boleh negotiate dengan mereka. Kalau kita ambil secara borong, secara bulk, secara pukal, adakah harga itu boleh lebih murah. Dan apa yang kita boleh buat ialah kita bagi subsidi. Wakil rakyat bagi subsidi. Ini telah pun dilaksanakan, Dato’ Dipertua. Saya nak memberikan kredit kepada rakan saya, Yang Berhormat Cha Kee Chin; Ahli Parlimen Rasah yang telah pun mengadakan beberapa siri program ini di kawasan beliau di mana dia menggunakan peruntukan kawasan untuk bagi subsidi kepada barangan-barangan ini. Jadi kepada pemborong itu dia tak ada apa-apa risiko. Dia jual barang, mungkin dengan harga pukal, dia untung sedikit, kita boleh negotiate supaya dia punya kos itu lebih murah, dan kita jual dengan harga yang murah kepada rakyat, atas subsidi daripada peruntukan daripada wakil rakyat. Mungkin perkara ini kita boleh lihat sama ada di peringkat negeri, di peringkat ADUN-ADUN boleh ke tidak kita melihat bahawa peruntukan kawasan kita, umpamanya peruntukan permasalahan rakyat boleh digunakan untuk tujuan ini, kalau ada program-program jualan murah di kawasan-kawasan setempat di kawasan masing-masing.

Ini antara perkara-perkara yang saya rasa, Dato’ Dipertua, kita boleh laksanakan, kita boleh buat di peringkat negeri. Pokoknya ialah kita, kita mesti mengambil tanggungjawab. Dan kita mesti ada inisiatif, ada proaktif supaya rakyat melihat bahawa kita bukan duduk, kita, kita adu saja. Kita memberikan kritikan saja. Kritikan perlu diberi tetapi lepas berikan kritikan, kita juga ada cadangan, kita juga ada tindakan yang bernas, yang boleh kita laksanakan di peringkat negeri ataupun peringkat kawasan masing-masing.

Dato’ Dipertua, apabila kita mengatakan bahawa kita nak mengatasi kos sara hidup ini, kita juga kena pastikan bahawa ada juga rakyat terutamanya di Negeri Sembilan, di kawasan Seremban umpamanya juga ada penduduk-penduduk kita yang sudah jatuh ditimpa tangga lagi. Umpamanya ada kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir kilat baru-baru ini. Yang Berhormat Ampangan tak boleh bahaslah, saya tahu dia nak bawa isu banjir di Kampung Ismail. Saya bagi pihak Yang Berhormat Ampangan, saya bahaskan perkara ini. Saya mengambil kesempatan daripada usul ini kerana apabila banjir kilat ia juga meningkatkan kos sara hidup, Dato’ Dipertua. Kerana apabila banjir berlaku, banyak barangan rosak. Banyak peralatan perabot, peralatan elektrik mereka rosak. Dan mereka terpaksa beli yang baru. Setiap kali banjir, kena beli tilam baru, kena beli periuk nasi baru, kena beli mesin basuh baru. Ini sudah tentu meningkatkan kos sara hidup mereka sebab setiap perbelanjaan itu yang tak dijangka. Mungkin tak ada dalam bajet mereka tetapi terpaksa dibeli kerana banjir kilat merosakkan segala-galanya. Jadi, beberapa kawasan di Negeri Sembilan khususnya di Daerah Seremban, Ampangan ada beberapa kampung khususnya Kampung Ismail, Kampung Blok A B C, Taman Lee Siow Joo, Dusun Nyiur. Di Rasah ada Taman Mok Sum, Happy Garden, Kampung Singh. Ini kawasan-kawasan yang sudah berkali-kali dilanda banjir kilat daripada bulan Disember sehingga sekarang. Dah 3 – 4 kali dah sebab kenaikan Sungai Linggi yang agak mendadak, mengakibatkan banjir kilat berlaku di sana.

Jadi, saya berharap walaupun saya tahu bahawa ini adalah di bawah Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar, saya berharap pihak Kerajaan Negeri juga dapat memberikan perhatian yang serius. Dan ada cadangan daripada pihak penduduk supaya Kerajaan Negeri menubuhkan satu task force yang khusus untuk menangani masalah banjir kilat ini. Sekarang ini, rata-ratanya kita lihat kordinasi perlu dipertingkatkan di antara pihak Kementerian Sumber Asli, JPS, pihak PBT dan sebagainya supaya masalah masih, masalah-masalah banjir kilat ini dapat diatasi dari segi jangka masa pendek, jangka masa pertengahan dan jangka masa panjang. Kalau nak lebarkan sungai, itu sudah tentu adalah satu jangka masa panjang. Tetapi dari segi jangka masa pendek, apa yang boleh dibuat, apa yang boleh dilaksanakan supaya dapat mengatasi masalah banjir kilat ini secepat mungkin dan tidak memberikan kesusahan dan tekanan kepada rakyat dan penduduk-penduduk kampung, dan taman-taman perumahan yang ada.

Dato’ Dipertua, secara kesimpulannya, kalau kita nak ada satu usaha untuk sama-sama memerangi isu inflasi, isu kos sara hidup dan sebagainya, sudah tentu satu lagi faktor yang penting ialah kita mem, perlu mempunyai kerajaan yang prihatin. Memang Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan adalah kerajaan yang prihatin. Tetapi juga perlu kerajaan yang stabil, kerajaan yang kuat. Kita berterima kasih dan saya sebagai ADUN backbenchers Pakatan Harapan di Negeri Sembilan, saya amat bangga kerana walaupun pelbagai tekanan tetapi Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah bertahan dari bulan Mei 2018 sehingga hari ini, bulan Ogos 2022. Walaupun hilang kuasa di Putrajaya, Negeri Sembilan kita kekal stabil, kita kekal bersatu mempertahankan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Tetapi untuk kita mengembalikan keyakinan rakyat, dan mengembalikan kestabilan politik dalam negara kita dan dalam negeri kita. Kita nak pastikan supaya tidak ada lagi mana-mana pihak yang boleh mengambil kesempatan. Mesti ada satu undang-undang yang memastikan bahawa apabila sesebuah kerajaan itu telah dibentuk, ADUN-ADUN yang telah pun dipilih atas kapasiti parti masing-masing mereka mesti kekal setia, kekal berkhidmat di bawah parti masing-masing.

Dan di atas semangat yang telah pun diluluskan di Parlimen, di Dewan Rakyat baru-baru ini, bebera, 2 minggu yang lalu, iaitu pindaan Perlembagaan Persekutuan, telah pun diluluskan di Parlimen dengan majoriti 2/3, 209 Ahli Parlimen yang hadir, setiap Ahli Parlimen yang hadir menyokong pindaan Perlembagaan tersebut supaya melarang tindakan lompat parti telah pun diluluskan di, di Dewan Rakyat. Dan sekarang ini nak tengok Dewan Negara pulak. Sama ada Dewan Negara boleh lulus atau tidak. Saya yakin Dewan Negara juga akan lulus walaupun ada ura-uralah, kata ada sebilangan Ahli Dewan Negara daripada Parti Bersatu yang ingin memboikot ataupun menggunakan itu sebagai tekanan. Tapi saya rasa kalau itu berlaku, itu adalah satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab dan tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali. Dewan Rakyat sudah setuju, Dewan Rakyat sudah lulus, Dewan Negara juga ada tangggungjawab untuk meluluskan pindaan perlembagaan tersebut dan dijadikan sebagai undang-undang.

Justeru itu, Dato’ Dipertua, semasa perbahasan di Dewan Rakyat tempoh hari, saya juga ada bertanya kepada pihak Menteri, sama ada negeri perlu meminda perlembagaan. Sebab dia ada juga meminda Jadual Kelapan yang merupakan undang-undang itu terpakai kepada negeri. Kalau ada perkenan daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, selepas Yang Dipertua Agung berunding ataupun mendapat persetujuan daripada Yang di-Pertuan Besar, dia juga boleh terpakai kepada negeri. Tetapi saya dalam perbahasan saya, saya ada bertanya sama ada ia perlu dibawa ke Dewan Undangan Negeri. Jawapannya, ya. Dia perlu dibawa untuk kita melaksanakan Jadual Kelapan ini supaya undang-undang anti lompat parti ini juga terpakai untuk negeri. Dan justeru itu saya ingin menyeru supaya Kerajaan Negeri mengambil tindakan sewajarnya untuk meminda Perlembangaan Negeri kita ataupun Undang-Undang Tubuh Negeri kita, memasukkan peruntukan-peruntukan anti lompat parti ini seperti yang telah pun diluluskan di Dewan Rakyat supaya ia juga dapat diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan atas majoriti 2/3. Dan saya yakin rakan-rakan dalam, daripada blok pembangkang juga akan bersetuju sebab di Parlimen, pihak kerajaan di peringkat Pusat bersetuju. Kita pembangkang di Parlimen, kita bersetuju. Kita luluskan pindaan tersebut. Atas semangat itu saya yakin bahawa kalau kita bawa pindaan itu ke Dewan Undangan Negeri dalam tempoh terdekat, ia juga dapat dilaksanakan, dapat diluluskan dalam Dewan yang mulia ini. Saya berharap pindaan ini dapat dibawa. Kalau boleh kita panggil satu sidang khas sebelum sidang belanjawan nanti. Mungkin dalam tempoh 2 ataupun 3 bulan ini, sebelum akhir tahun ini, kita harap perkara ini dapat diselesaikan di Dewan Undangan Negeri supaya apabila kita masuk Pilihan Raya Umum Yang Ke-15 nanti, rakyat akan tahu bahawa apabila mereka telah membuat keputusan, keputusan itu akan mengikat wakil rakyat – wakil rakyat mereka supaya terus setia berkhidmat di atas kapasiti yang mereka bertanding semasa pilihan raya. Saya berharap Dato’ Dipertua, Dewan yang mulia ini akan membahas dan menimbangkan usul yang saya bawa ini supaya kita boleh menjadi satu contoh, kita kalau tak silap mungkin Dewan Undangan Negeri pertama yang kita bawa usul khusus seperti ini. Kalau kita buat satu usul, kita luluskan satu usul di mana tidak ada, ada kem, ada komitmen dari Kerajaan Negeri, tidak ada akan ada sebarang kenaikan kadar cukai ataupun sewa, ataupun caj di bawah kawalan Kerajaan Negeri, saya yakin ia merupakan mesej yang positif kepada rakyat dan menjadi perhatian kepada negeri-negeri yang lain juga. Jadi Dato’ Dipertua, saya ucapkan terima kasih atas masa yang telah diberikan, selama hampir 40 ataupun 45 minit. Saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Chennah, telah mengusulkan. Menyokong? Silakan.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

A’uzubillah himinashaiton nirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahhirabbil'alamin wassolatu wassalamu'ala asyrofil mursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Robbisrohlisodri wayassirli amri wahlul uqdatam millisani yafqahu qauli.

Dato’ Yang Dipertua, saya ADUN Lenggeng menyokong usul daripada Chennah agar kerajaan membekukan segala kenaikan kadar bayaran cukai, sewa dan apa juga sebarang caj dan seumpamanya sehingga masalah inflasi dapat dikawal. Dato’ Yang Dipertua, saya mulakan ya, perbahasan saya ni dengan menyatakan sebuah ayat Al Quran yang berbunyi [melafazkan bacaan ayat 96 dari Surah Al-A'raf]. Yang bermaksud, jika sekiranya penduduk negeri-negeri yang telah dimusnahkan itu beriman dan bertakwa kepada Allah SWT, pastilah Allah akan melimpahkan kepada mereka terlalu banyak keberkatan yang turun dari langit dan juga daripada dalam bumi, tapi mereka mendustakan tanda-tanda yang menunjukkan kebesaran Allah SWT itu lalu kami seksa mereka disebabkan perbuatannya. Surah Al A’raf ayat 96. Dato’ Yang Dipertua, makna iman dan takwa pada ayat di atas ialah percaya apa yang Allah nyatakan di dalam kitabnya berkaitan kebaikan dan kejahatan ya. Di antara perkara yang selalu Dia tekankan ialah sunnahtullahNya, jika kita buat baik, kita akan dibalas dengan baik secepat mungkin dan kita boleh saksikan perkara tersebut. Dan jika kita lakukan sebaliknya, iaitu kejahatan, kita boleh menyaksikan di hadapan mata kita ya, balasan daripada kejahatan yang dilakukan sesama kita. Hanya yang bertakwa sahaja yang mampu menyaksikan perkara ini kerana mereka percaya kepada apa yang dikatakan oleh Allah SWT. Lawan kepada takwa, Dato’ Yang Dipertua, ialah nifaq. Satu masa dulu saya pernah menyatakan perkara ini. Dan pada hari ini saya suka nak mengulangkan balik. Antara sifat mereka yang munafik ini ialah menipu, mungkir janji dan khianat. 3 perkara ini sangat banyak perinciannya, begitu detail perincian dia ya, dan boleh disaksikan dalam tindakan seharian kita. Yang ramai tidak mengetahui semakin dewasa, semakin berjaya seseorang itu. Jika tidak dibaiki perangai ni, dan tidak bertaubat daripada nifaq ini maka ia akan menjadi semakin dahsyat. Menipu budak-budak tak sama dengan orang tua menipu ya. Orang biasa menipu tak sama dengan pemimpin apabila dia khianat ya. Maka kesan-kesan tersebut boleh kita saksikan sekiranya kita meneliti perkara ni dengan baik. Kita tidak boleh nafikan. Bukti semakin hari semakin banyak terbentang di media sosial bahawa kesusahan hidup rakyat ini berpunca daripada salah urus tadbir kepimpinan negara dalam banyak perkara dalam urusan mensejahterakan kehidupan rakyat ya. Perbezaannya ialah kita bekerja untuk kepentingan bersama dan ada sekumpulan yang bekerja untuk kepentingan peribadi. Dan kepentingan peribadi itu ter, terlebih-lebih pulak sehingga dia sanggup melupakan ya, sedara-sedaranya yang lain.

Pada ayat di atas, kita sebagai seorang Islam sewajibnya mesti percaya dan perlu menyaksikan kebenaran di atas, keberkatan dari langit dan bumi pasti Allah SWT bukakan jika kita urus hal ehwal rezeki rakyat dengan bertakwa, iaitu tidak menipu, tidak mungkir janji, tidak mengkhianati perjanjian kita dengan Allah SWT, perjanjian kontrak kerja kita sesama kita dan juga yang paling penting ialah perjanjian kita dengan rakyat.

Dato’ Yang Dipertua, tidak ada satu komuniti pun, tidak ada sebuah masyarakat pun melainkan ianya akan diketuai oleh seorang pemimpin. Pemimpin ini pula ada pembantu-pembantu dia. Pemimpin itu berlapis-lapis hinggalah ke peringkat paling bawah. Amanah kepimpinan yang bertakwa itu bermula daripada yang atas. Apabila rosak atas itu, maka dia akan menurun ke bawah. Maka benarlah apa yang dikatakan oleh orang yang berilmu, annas a’ladini muluqihim. Manusia ini akan terpaksa ikut sama ada dia suka ataupun tidak, apa yang diperlakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Kunci sebenar kesejahteraan hidup ialah takwa. Di dalam Al Quran, janji Allah SWT kepada yang bertakwa ini sangat banyak. Saya ringkaskan. Pertamanya Allah akan beri ilham, jalan keluar daripada segala kesusahan. Ya, kenaikan kos hidup ini adalah satu kesusahan yang sangat melata sifat dia. Begitu juga mereka yang bertakwa, Allah akan kurniakan rezeki daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Rezeki itu bukan semata-mata pada wang ataupun pekerjaan semata-mata. Malah lebih besar daripada itu lagi. Allah SWT juga telah berjanji bahawa Dia akan permudahkan segala urusan kehidupan kita. Seterusnya Dia akan memberikan kita al furqan, melihat kebenaran atau kebathilan di dalam kesamaran mencari penyelesaian. Juga Allah SWT akan perbaiki kualiti akhlak kita. Maknanya juga Dia akan perbaiki kerja-kerja kita memelihara amanah kepimpinan kita.

Alhamdulillah, baru-baru ini Kerajaan Pakatan Harapan baru mengadakan Seminar Bersih, Muafakat, Sejahtera. Dan kita semua boleh saksikan terlalu banyak prestasi yang baik Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan, walaupun baru setahun jagung memerintah negeri berbanding 60 tahun di bawah Barisan Nasional. Alhamdulillah, slogan yang diutarakan itu bukan sekadar slogan untuk menipu rakyat. Ianya benar-benar satu slogan yang telah dibuktikan sepanjang 4 tahun lebih diuji dengan amanah kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan. Maka untuk memperkukuhkan lagi slogan ini, saya sangat menyokong agar usul ini ya, diluluskan, iaitu kerajaan dapat membekukan segala kenaikan kadar bayaran cukai, sewa, apa juga sebarang caj dan seumpamanya sehingga masalah inflasi dapat dikawal.

Bukan setakat itu sahaja, saya berharap beberapa langkah lain perlu juga dilakukan bagi melepaskan rakyat Negeri Sembilan khususnya daripada keperitan kenaikan harga barang angkara kumpulan barang naik ni. Pertamanya iaitu menguruskan hal ehwal berkaitan pertanian, penternakan dan perikanan ini dengan lebih baik. Peratus dan KPI kejayaan perlu ada dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Tidak lupa, industri hiliran kepada 3P ini, pertanian, penternakan dan perikanan ini juga perlu diperkasakan. Kemudahan mereka yang berniaga dalam industri pertanian, pemakanan ini perlu diperbanyakkan dan juga dipermudahkan. Yang keduanya ialah menambah pelaburan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Dato’ Yang Dipertua, antara perkara yang bagi saya cepat memulihkan ekonomi masyarakat setempat ialah pembangunan pelancongan ya. Kita tidak tahu ataupun tidak sedar bahawa dengan apabila kita memajukan sektor pelancongan, ramai yang akan mendapat kebaikan daripadanya. Saya memperkenalkan 6 elemen ya, pelancongan itu di tempat saya ya, dan bukan sekadar itu sahaja, banyak lagi yang boleh dibangunkan ya, dari sektor pelancongan ini dan dia menjadikan satu sebab ya, kenapa orang mahu datang ke tempat kita. Dan alhamdulillah, saya melihat inisiatif ini telah dimulakan dan walaupun mungkin agak tersangkut disebabkan PKP ya, dia berjalan dengan baik ya. Dan saya harapkan pada hari-hari mendatang, pada tahun-tahun mendatang ya, sekiranya diberi lagi peluang untuk memerintah ya, kerajaan perlu menfokuskan tentang pembangunan pelancongan ini dalam pelbagai sudut ya, yang boleh dibangunkan. Bukan semata jalan-jalan untuk suka-suka sahaja.

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya suka untuk mencadangkan memperbanyakkan kursus-kursus kepimpinan supaya jiwa anak muda dan masyarakat amnya menjadi lebih kental melawan dugaan kenaikan kos sara hidup. Diharapkan juga daripada kursus-kursus ini, agenda kita, agenda “kita jaga kita” dapat diperkasakan dalam sesebuah masyarakat. Mereka yang diberi kelapangan hidup dapat meningkatkan lagi jihad dan pengorbanan kita, mereka membantu mereka yang ditimpa kesusahan.

Institusi agama dan masyarakat juga perlu memainkan peranan yang lebih bagi menyuburkan agenda muafakat iaitu hidup berkasih sayang dan saling bekerjasama bagi kesejahteraan kehidupan ya. Tidak patut ada jiran yang terabai ataupun tidak dijenguk ya, kalau betul-betul institusi agama, masjid dan surau-surau ini berjalan seperti mana yang diarahkan oleh Allah SWT iaitu Dia mengarahkan dan Dia pesan pada setiap kali khutbah [melafazkan bacaan ayat 90 dari Surah An Nahl]. Sesungguhnya Allah menyuruh kita berlaku adil dan berihsan. Ada 10 golongan yang Allah perincikan ya, siapa yang wajib diihsani ya, tetapi malangnya, mintak maaf saya cakap ya, pihak masjid dan surau sangat sedikit yang memperkasakan amalan ihsan ini di dalam masyarakat. Maka ini perlu diberi penekanan yang lebih.

Tidak lupa juga saya harapkan pihak PBT dan Pejabat Daerah perlu lebih aktif turun padang mengambil bahagian menyelesaikan masalah-masalah berbangkit ya, di dalam masa yang sama menyusun program komuniti agar masyarakat lebih rapat hubungan sesama mereka bagi menghadapi bahana barang naik ini. Seterusnya GLC kerajaan yang alhamdulillah telah berjaya keluar dari kesempitan kewangan. Bagi saya perlu mengambil bahagian juga membantu dengan memperbanyakkan lagi program CSR. Saya sangat percaya amanah dan sikap ihsan ini akan menjadi asbab terpenting Allah SWT membantu kita semua. Saya juga, yang terakhir saya mengharapkan agar pihak PBT tidak mengambil tindakan kepada mereka yang berniaga secara kecilan. Perkara ni berlaku semalam dekat tempat saya. Depan pejabat saya. Ada orang tua, suami isteri meniaga ya, meniaga kuih aje, saya tak tahu siapa yang report, diberi notis ya, dan takut sungguhlah dia ni. Dan besoknya tu terus dibukaknya pondok dia tu. Saya tak tau ke mana dia pergi. Dan saya mintak sahabat-sahabat pergi cari balik pakcik dan makcik ni. Hanya kerana notis sahaja. Dan saya pun telah bertanya kepada pihak MBS, tapi belum lagi. Dan agak mengejutkan apabila saya dapat response ya, mereka mengatakan pejabat saya membuat aduan kepada pihak MBS. Wallahi, kami tidak pernah membuat perkara tersebut ya. Jadi saya mengharapkan ya, pihak PBT agar lebih lunak lagilah dengan mereka-mereka yang berniaga secara kecil-kecilan ini. Kalau betul mereka ni ada buat silap dan salah ya, dapat dibincangkan dengan baik, bukan sekadar menerima notis. Saya sangat menyedari ada sekumpulan kecil masyarakat terutamanya masyarakat marhaen ni, yang tak pernah dapat notis ya, mereka cukup takut bila dapat notis tu ya. Seolah macam satu, seolah-olah macam langit ni akan runtuh atas kepala mereka ya. Dan itulah yang berlaku semalam di tempat saya ya.

Jika bersih tu lebih kepada makna takwa, maka muafakat itu adalah perincian kepada makna-makna berihsan sesama kita. Maka muafakat kita bersama perlu diperkasakan bagi menanggung, menghadapi dugaan ya, kenaikan kos harga barang ini. Di samping itu kita bersungguh, di samping kita bersungguh dengan asbab zahir, jangan sekali-kali kita lupa penentunya adalah sebab yang paling penting iaitu pertolongan Allah SWT ke atas kita semua. Maka dalam hal ini, takwa dan ihsan ini bukan sekadar diberikan tazkirah semata-mata, tetapi ia dilaksanakan dan dibuktikan dalam setiap gerak kerja kita khususnya di kalangan pimpinan kita di sini.

Sebelum saya menutup perbahasan saya, suka untuk saya kongsikan 2 – 3 hadis Nabi SAW berkaitan tentang amalan ihsan ini dan juga amalan kepimpinan. Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda: barang siapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah SWT akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan kiamat. Barang siapa mempermudahkan orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah SWT sentiasa menolong hambaNya selagi mana hambaNya itu suka menolong saudaranya.

Hadis yang berikutnya ialah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Saʽid al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda, sesungguhnya manusia yang paling dicintai oleh Allah SWT pada hari kiamat dan orang paling dekat denganNya di sana nanti ialah pemimpin yang adil. Dan orang yang paling dimurkai, dibenci oleh Allah SWT dan yang paling jauh di mahsyar kelak ialah pemimpin yang zalim. Dato’ Yang Dipertua ya, saya harapkan dengan sedikit ucapan daripada saya ini memberi makna yang begitu mendalam kepada kita bagaimana kita perlu memperincikan lagi ya, perkara-perkara yang boleh meringankan nasib ya, sedara-sedara kita ya, agarkan benar-benar sejahtera itu ya, bersih – muafakat – sejahtera itu benar-benar dapat direalisasikan ya, khususnya di Negeri Sembilan ini. Sekadar itu sahaja ucapan saya ya, dengan ini saya menyokong usul ini. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam WBT. Terima kasih Yang Berhormat Lenggeng. Cadang, usul telah diben, dicadang oleh Yang Berhormat Chennah dan telah disokong oleh Yang Berhormat Lenggeng. Saya kira kita berehat dulu. Selepas rehat nanti, dalam pukul 2:00, usul ini akan dibahaskan ya. Jadi kita rehat untuk makan tengah hari, sembahyang, solat dan perbahasan akan dibuat selepas waktu makan tengah hari, waktu rehat. Boleh? Haa? 2:30? Boleh. Okay. Terima kasih kepada Yang Berhormat – Yang Berhormat sekalian. Jadi saya tangguh dulu persidangan kita, kita jumpa petang ni. Petang ni Yang Berhormat Sri Tanjung akan kendalikan ya. Okay, terima kasih. Assalamualaikum WBT.

[Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.35 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada jam 2.30 petang dan dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertua]

[YB ADUN Rantau tidak hadir mesyuarat sesi petang]

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Dewan sambung semula. Siapa nak, ahli-ahli Yang Berhormat yang ambil bahagian bahas. Silakan.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk sama-sama membahaskan usul yang dibawa oleh Yang Berhormat daripada Chennah yang berkaitan dengan inflasi dan juga kos sara hidup rakyat. Usul ni telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Chennah dan telah pun dibahas, disokong oleh YB Tanjung, yang mana usul ini berbunyi “bahawa Dewan ini mengambil ketetapan yang serius terhadap isu kenaikan kos sara hidup yang menyebabkan tekanan hidup yang tinggi kepada rakyat dan menyeru Kerajaan Negeri untuk membekukan sebarang kenaikan kadar dalam apa jua cukai, sewa, caj atau apa-apa bayaran di bawah kawalan Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Sembilan sehingga masalah inflasi dapat dikawal”. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, sebenarnya kita “sehingga masalah inflasi dapat dikawal”, kita tak tahu sejauh, selama mana lagi kadar inflasi akan melibatkan negara kita, rakyat negara kita kerana kita dengar tadi bahawa ini adalah masalah dunia ya. Masalah dunia. Kita daripada kajian yang dibuat Malaysia adalah salah sebuah negara yang akan juga terjejas disebabkan oleh masalah inflasi dan kos sara hidup ini. Untuk ini Dato’ Dipertua, memanglah ya, wajar bagi Kerajaan Negeri untuk memikirkan cara mana dapat dikurangkan apa-apa cukai, apa-apa caj yang melibatkan kehidupan rakyat seharian. Saya, kita tak boleh menafikan bahawa Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan telah memainkan peranan yang begitu besar sekali di dalam mengawal kadar inflasi di negara kita ini.

Kita boleh merujuk kepada fakta di mana Malaysia merupakan salah sebuah negara yang paling rendah kadar inflasinya di Asia Tenggara iaitu lebih kurang, kalau setakat hari ini 3.5%, dengan izin, we are still the lowest in South East Asia-lah ya. Dan ini adalah merupakan sumbangan ataupun hasil daripada gerakan-gerakan dan bantuan-bantuan yang di, tindakan-tindakan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan kita. Sebagai pemerintah negara kita, khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, yang telah pun mengambil banyak inisiatif ya, menubuhkan pelbagai jawatankuasa untuk mengatasi masalah rakyat dan juga untuk mengekang inflasi yang melanda, melanda rakyat ketika ini.

Hari ini bukan sahaja kita bercakap tentang soal makanan ya. Seperti mana yang disebut oleh YB Chennah tadi, makanan tu adalah asas. Tetapi hari ini dalam kita nak membangunkan negara pun, banyak harga-harga barang yang naik seperti contohnya dalam bidang, bidang pembinaan contohnya ya. Kos barangan hari ini memang meningkat, menyebabkan kos untuk membangunkan suatu tempat itu juga meningkat. Itulah sebabnya salah satu sebab mengapa kerajaan hari ini, baru-baru ini mengumumkan bahawa projek-projek yang besar, yang membawa, melibatkan kos yang tinggi ditangguhkan buat sementara waktu. Ini membolehkan kerajaan mempunyai sumber dan tunai yang cukup untuk membiayai dan jugak memberikan subsidi kepada apa-apa keperluan rakyat khususnya dari segi makanan.

Yang kita tahu baru-baru ini, Dato’ Yang Dipertua, lebih daripada 77.7 bilion subsidi, bentuk subsidi yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan sekaligus dapat mengekang peningkatan inflasi dan memberikan kelegaan dan keselesaan kepada rakyat kita di dalam menangani kos kehidupan mereka masing-masing. Kita lihat kebijaksanaan ini dapat kita rasakan khususnya di mana seperti harga minyak yang disebut oleh YB Chennah tadi, harga minyak di negara kita ni, minyak masih terkawal. RON95 sebenarnya sepatutnya harga dah lebih melambung daripada itu, tetapi alhamdulillah kerana adanya subsidi oleh Kerajaan Pusat ini, kita dapat mengekalkan harga RON95 ini yang mana harga RON95 ni penting kepada majoriti rakyat negara kita. Kalau RON97 tu lainlah Dato’ Dipertua ya, kerana itu kereta mewah dan sebagainya. Tapi RON95 ni untuk semua orang ya, untuk rakyat biasa seperti kita yang membawa kereta-kereta biasa dan jugak motosikal dan jugak sebagainya. Jadi kerajaan membelanjakan banyak, 78 bilion hampir, memberi subsidi ini, maka wajarnya sebenarnya Kerajaan Negeri pulak ya, memberikan apa juga bantuan yang boleh untuk memberikan keselesaan kepada rakyat di negara kita ini.

Yang Berhormat Chennah juga menyebutkan Dato’ Dipertua, tentang soal macam mana ya, macam mana rakyat kita terhimpit bukan saja disebabkan oleh peperangan, tetapi juga disebabkan oleh sebahagiannya daripada COVID yang melanda negara kita tempoh hari ya, di mana rakyat ramai yang hilang pekerjaan, malahan diberhentikan dan sebagainya. Dan tak ketinggalan juga, seperti mana disebutkan oleh YB Chennah, banjir, banjir yang berlaku di negara kita baru-baru ni termasuk kita di Negeri Sembilan ni, termasuk kita di Seremban dan di seluruh negara kita ini, menyebabkan, menambahkan lagi ya, menambahkan lagi kesukaran, kesusahan rakyat. Kita bayangkan rakyat yang ter, terkesan dengan COVID ini, mereka juga terkesan dengan banjir, dan hari ini terkesan pulak dengan kos sara hidup yang disebabkan oleh harga barangan dan sebagainya, maka kita faham bahawa ini merupakan satu perkara yang amat serius seperti mana yang disebut oleh YB Chennah dalam usulnya sebentar tadi. Kita tak ada halangan untuk menyokong usul ini kerana ini kita di, di Barisan Nasional memang sentiasa ya, kalau tak berlaku inflasi ni pun, memang kita pun memang sentiasa mementingkan rakyat khususnya di kawasan kita masing-masing.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, berkaitan soal banjir ni. Saya mesti cakap sikitlah ya. Soal banjir ni, macam mana ya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah pun menyalurkan peruntukan yang begitu besar kepada rakyat di Negeri Sembilan ini, di bawah peruntukan khas Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berormat Perdana Menteri. Saya nak bacakan sikit Dato’ Dipertua ya, di Negeri Sembilan ya, berlaku banjir, Bantuan Wang Ihsan dibayar secara tunai, cash. Makna kawasan YB tak banjir, tak adalah. Kawasan kita yang dibanjir ni, termasuk di Seremban ni, yang terlibat teruk dengan banjir ni kita menerima bantuan tunai ni ya, sebanyak 1,000.00 satu orang. Jumlahnya di Negeri Sembilan ni ialah, saya bacakan sikit, di Negeri Sembilan ni jumlah yang menerima bantuan tunai wang ihsan sebanyak 6,356,000.00. Ni termasuklah yang berada di bawah YB-YB di Seremban jugak ya. Kalau tengok Seremban, berapa juta dapat? Seremban dah bagi 100% dah ya, haa. Di, itu peringkat pertama, banjir, mengurangkan beban rakyat yang telah terlibat dengan COVID, kemudian banjir, 1,000.00.

Kemudian kita bagi lagi 2,500.00 juga peruntukan di bawah Peruntukan Khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. 2,5000.00, Negeri Sembilan dapat, kita panggil BBKA 2,500.00 seorang mengikut, mengikut Ketua Isi Rumah, jumlahnya, banyak, BBKA di Negeri Sembilan 14,047,500.00 ringgit BBKA ya, di Negeri Sembilan. Dan yang terakhir ni, dibantu lagi dengan bantuan baik pulih rumah, juga dalam bentuk tunai 5,000.00 ringgit. Walaupun dapur sikit rosak, walaupun pintu, saya tengok dalam senarai yang diberi tu, 2 pintu ni rosak pun, dapat jugak 5,000.00 ringgit ni. Haa ni kita tak boleh persoalkan sebab ini daripada Jawatankuasa Bencana Daerah yang membuat penilaian, Tuan DO buat penilaian ya, dengan bantuan. Ini lagi banyak, satu Ketua Isi Rumah dapat 5,000.00 ringgit. Haa, yang hampir keseluruhannya hampir 10 ribulah. Saya nak baca satu-satu ni payah ni ya. Jadi ini semua bantuan-bantuan tunai. Mungkin untuk bantuan 5,000.00 ni sebahagian daerah dah dapat, tapi saya maklum bahawa ada daerah yang akan menerima dalam minggu depan kerana nak selesaikan, nak meneliti supaya mereka-mereka yang layak ini memang layak dapat.

Jadi di sini Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, menunjukkan kepimpinan Yang Berhormat Perdana Menteri kita memang amat prihatin dalam soal membantu rakyat khususnya dalam soal peningkatan kos sara hidup ni. Di bawah pelbagai program Bantuan Keluarga Malaysia contohnya, yang semua orang tahu, ramai dapat nikmat ya, banyak yang disalurkan. Dan insya Allah berkaitan dengan harga ni, harga barang-barang ni, Kerajaan Persekutuan jugak, saya dengar YB Chennah sebut tadi, mengusulkan, tapi sebenarnya dah lulus pun Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua ya, akan ada Program Jualan Keluarga Malaysia dalam masa yang terdekat ni. Haa di beberapa kawasan, kita Negeri Sembilan pun akan menerima bantuan-bantuan ni, jualan, Program Jualan Keluarga Malaysia yang mana wang ni akan disalurkan melalui RISDA dan urus setianya sebahagian ialah Kementerian KPDNHEP. Haa ini tak lama lagi, pada rakyat Negeri Sembilan, sabar, tunggu, peruntukan ni akan turun dan kita dapat membeli barangan dengan nilai yang murah kerana ada subsidi-subsidi tertentu yang akan disalurkan melalui Program Jualan Keluarga Malaysia ini.

Jadi Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, makanya apa yang nak saya rumuskan di sini ya, memang wajar Kerajaan Negeri pulak sama-sama bantu sikit, di atas kemampuan Kerajaan Negeri sendirilah ya, Kerajaan Persekutuan dah buat di bawah pimpinan Perdana Menteri kita dah buat pelbagai dan tak ada berhentinya lagi. Pelbagai pengumuman yang terus dibuat dan dibuat untuk membantu rakyat di negara kita ini yang kita tahu, sama-sama tahu terjejas kehidupan disebabkan oleh 3 faktor tadi, COVID, banjir dan jugak kadar inflasi sekarang ni yang, yaang berlaku disebabkan oleh masalah dunia. Jadi saya setuju dengan YB Chennah, ini bukan masalah Negeri Sembilan, bukan masalah wakil rakyat tak kerja dan sebagainya, tetapi disebabkan oleh masalah dunia hari ini, peperangan dan segala-galanya melibatkan kos sara hidup rakyat termasuk rakyat di negara kita ini.

Jadi itulah yang saya nak sampaikan Dato’, Dato’ Timbalan Yang Dipertua, dan saya tidak ada halangan untuk sama-sama, berharap Kerajaan Negeri juga akan sama-sama membantu Kerajaan Persekutuan yang memang dah, memang baguslah ya, Kerajaan PN yang amat prihatin kepada rakyat, konsep Keluarga Malaysia dan sebagainya. Jadi wajar bagi Kerajaan Negeri jugak untuk bantu menambah bantuan kepada rakyat Negeri Sembilan. Jadi kalau ada, saya cadangkan kalau ada, memanglah soal cukai-cukai ni memang dulu pun ya, Kerajaan Negeri tak pernah naikkan cukai pintu ni, cukai tanah pun tak pernah kita naikkan kadarnya.

Tinggal lagi sekarang ni kalau boleh saya berharap Kerajaan Negeri akan batalkanlah saman-saman yang ada dah keluar ni ya. Saman-saman yang melibatkan peniaga-peniaga kecil ya, seperti kata Lenggeng tadi, tak sempat saman lagi dah lari tengah malam. Tak patut buat macam tu ya, takut-takutkan rakyat yang nak cari kehidupan hari ini. Tak patut kita buat. Biarlah mereka berniaga. Jadi kalau ada saman-saman ni pun, saya harap Kerajaan Negeri batalkanlah saman ni ya. Ini kita nak bantu, bantu betul-betul. Jadi memanglah caj baru tak ada dan sebagainya. Tapi saman-saman, tuntutan-tuntutan yang berkaitan dengan rakyat ini yang boleh di bawah, yang dibolehkan di bawah pentadbiran kerajaan, ini soal pentabiran je ni ya, bukan soal besar sangat. Bawak Exco, lulus, luluslah. Bukan soal nak, nak bincang sangat. Ini, kita harap ini juga akan diberikan perhatian supaya rakyat rasa lega sebab kita tak tahu bila seperti kata YB Chennah, tak tahu ya, “sehingga masalah inflasi dapat dikawal”. Jadi maknanya indefinite kata sini, kalau tahun depan, tahun depan, tinggal lagi keadaan yang tidak kita tahu di mana penghujungnya ni, maka buat sementara ini, jangan hanya cukai tak naik dan sebagainya, tetapi kalau ada saman-saman pun kita mintak dibatalkanlah kerana ini jugak menakutkan rakyat dan ini juga penting kepada mereka untuk meneruskan kehidupan mereka. Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Juasseh. Ada lagi nak ambil bahagian? Disilakan Jeram Padang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Terima kasih Timbalan Dato’ Yang Dipertua. Usul yang telah dibawa pada pagi ini oleh Yang Berhormat Chennah ini adalah sesuatu yang menepati masa dan keadaan semasalah kerana memang dunia kini ni berhadapan dengan inflasi yang tinggi dan rakyat jelata, bukan saja orang kaya, rakyat jelata yang paling pen, paling khususnya B40 ini memang berhadapan dengan masalah harian. Dalam pada itu, apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Juasseh tadi, perkara-perkara seperti kenaikan, tidak membenarkan kenaikan cukai itu adalah suatu yang telah diamalkan sebelum ini. Ini adalah cadangan untuk mengekalkan dan meneruskan. Jadi saya alu-alukanlah penerusan tindakan-tindakan yang baik dan murni untuk kebaikan rakyat. Pada masa yang sama, apa saja bantuan yang disalurkan itu perlulah menepati keperluan rakyat jelata, khasnya yang berhadapan dengan kehidupan yang begitu tertekan.

Dalam hal ini, saya ingin sentuh sedikit tentang DUN saya ni, DUN Jeram Padang, yang mana daripada jawapan bertulis pada hari ini, saya dimaklumkan bahawa Penyelaras ini telah diberikan peruntukan sebanyak 440 ribu ringgit setahun. Tetapi saya ada mintak tentang senarai nama NGO ataupun sekolah, sekolah rendah, tabika, tadika yang telah dihulurkan ataupun yang telah disalurkan peruntukan daripada peruntukan Penyelaras itu, jumlahnya yang saya dapat pada pagi ini adalah 29,160.00 ringgit sahaja. Ini bermaksud tak sampai 30 ribu ringgit. Jadi saya berharap Yang Amat Berhormat Sikamat untuk memantau agar jika ada diberikan ziarah kasih, bantuan-bantuan kebajikan, saya sokong. Kerana itu adalah satu keperluan.

Tetapi pada masa yang sama, sekolah-sekolah ataupun sektor-sektor NGO juga berhadapan dengan masalah kewangan ketika ini, kerana harga barang telah melambung. Jadi apa saja yang dia nak lakukan pada, oleh sekolah ke, ataupun tadika ke, tabika mereka juga perlukan peruntukan yang lebih. Daripada senarai yang saya terima ni, adalah hanya 1,000.00 – 1,000.00 – 1,000.00 saja sekolah. sekolah menengah dan kemudian 500.00 – 500.00 sahaja. Sewaktu kerajaan dulu ni, hanya 200 ribu ringgit saja peruntukan ADUN tetapi kami telah salurkan sampai 3,000.00 – 2,000.00, sampai ada yang 5,000.00. Yang tak cukup, kami akan tulis kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dan kelulusan tambahan juga diberikan daripada Pejabat MB. Jadi saya berharaplah peruntukan yang disalurkan kepada sekolah-sekolah ini ditambahkan kerana nak adakan sekolah, hari penyampaian hadiah, sukan tahunan, dia tetap memberikan kesan kepada kewangan

sekolah. Lebih-lebih lagi PIBG yang berhadapan dengan masalah kewangan ini.

Dan yang kedua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniahlah. Tahniah kepada 3 pemimpin ADUN di Negeri Sembilan, walaupun negeri kita adalah kecil, kita dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang boleh memimpin pucuk pimpinan parti-parti peringkat kebangsaan. Yang pertamanya saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat kerana telah menang dan memegang jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Malaysia. Dan yang kedua, Yang Berhormat Rantau yang telah memegang Timbalan Presiden Parti UMNO. Dan yang ketiga, tidak ketinggalan baru-baru ini, Yang Berhormat Chennah yang telah memegang jawatan Setiausaha Agung DAP. Tahniahlah kepada rakan-rakan dari DUN kita ni.

Yang ketiga, saya juga tentang sara hidup ini saya ingin sentuhkan. Saya telah menerima satu jawapan bertulis daripada kerajaan yang mengatakan bahawa lawatan pihak pegawai dan juga ADUN-ADUN ke negeri Mesir dan Jordan dan juga ke UAE. UAE ini kita tak ada kolej, tetapi kita sempat juga mendarat di situ. Dan kos yang telah dibelanjakan untuk tujuan 34 orang peserta dalam rombongan ke sana adalah [ringgit]1,095,731.52 sen. Jadi saya anggapkan pada ketika negara dan negeri ini berhadapan dengan kemelesetan ataupun dengan kadar inflasi yang begitu tinggi, tak sepatutnya membelanjakan ke, sebegitu banyak duit kerajaan untuk tujuan lawatan sebegitu. Kalau adalah lawatan kerja ni, ini lawatan sebegini pernah juga dilakukan sewaktu Kerajaan Barisan Nasional dahulu, tetapi di bawaknya beberapa orang yang berkenaan sahaja. Saya hairan, pergi ke kolej yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri tetapi Exco Kerajaan Negeri Sembilan pelajaran itu ditinggalkan di sini pulak. Tak tahulah apa sebabnya. Pada pada masa akan datang, perbezaan pandangan dan perbezaan pendapat dan, dalam hal politik ini adalah lainlah sikit. Tetapi apabila sampai ke tugas-tugas rasmi sebegini, apa sahaja masalah pun kita bawaklah bersama khasnya Exco Pelajaran. Ini bukan nak saya nak jack, saya nak, saya bukan nak jack saya hanya nak, nak beri.

Pada masa yang sama, yang, yang Timbalan Yang Dipertua ni, janganlah kecewa walaupun dah kalah ni, saya berharap …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Saya belum kalah.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Saya berharap Dato’ Timbalan Dipertua ini, Dato’ Timbalan Dipertua ni dicalonkan semula di Sri Tanjung.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Kawan tetap kawan.

Jeram Padang, tak baik usik-usik tau. Tak baik.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Chembong janganlah usik saya ni. Dan pada masa yang sama saya juga ingin menarik perhatian tentang urusan pentadbiran ni. Saya dengar baru-baru ni, tak pastilah sama ada benar atau tidak, kalau benar, saya berharap kerajaan dapat mencerahkan perkara ini. Kerajaan Negeri saya dengar ada mengadakan Mesyuarat Exco di Hotel St. Regis di Kuala Lumpur baru-baru ini. Jadi, St. Regis ini adalah hotel mewah, dan setahu saya semalam, satu malam ni adalah kosnya 1,000.00 ringgit. Dan isteri-isteri pula dibawak bersama saya dengar, tak tahulah. Sekali lagi saya mohon maaf jika saya tersilap. Mungkin mereka nak beri input ke untuk Mesyuarat Exco yang berikut. Saya tak pasti. Tetapi saya berharaplah, pentadbiran negeri ini, pastikan perbelanjaan itu dapat dikawal. Kuala Lumpur dengan Seremban ni tak jauh pun. Lebih kurang 40 minit boleh sampai dengan driver-nya yang mahir. Jadi saya berharap sila ambil perhatian terhadap perkara tersebut.

Dan ada juga saya dengar daripada Facebook Exco, ahli-ahli Exco dan ADUN, bahawa ada juga diadakan mesyuarat, perbincangan tentang bajet-bajet yang berikut di hotel. Antaranya jika tak salah, pada tahun 2020 dekat Johor. Dan tak tahu pada tahun ini ke mana. Jadi saya berharap kawallah perbelanjaan supaya kita boleh salurkan kepada rakyat jelata atas dasar keperluan mereka ni.

Perkara yang berikut adalah tentang peruntukan hal ehwal bukan Islam. Saya juga telah menerima rungutan daripada tempat-tempat beribadat yang bukan Islam bahawa kadang-kadang apa yang mereka mohon tak dapat, satu. Ada yang mereka mohon tak, tak, ditolak permohonannya. Dan ada yang dapat terlalu banyak, ada yang dapat terlalu sedikit. Antaranya sebuah kuil dekat Ladang Kepis di tepi jalan dari, dari Bahau ke Jelai itu, mereka dapat hanya 5,000.00 ringgit. Padahal daripada senarai yang saya tengok pagi tadi ada yang dapat 20 ribu ringgit, 25 ribu ringgit. Ada yang saya anggapkan tak sama rata. Jadi, walaupun ada keperluan macam kuil itu, diharap, depan mata saya ni, setiap hari saya lalu itu, saya nampak mereka perlukan lebih kurang 50 – 60 ribu ringgit. Apa salahnya kita berikan peruntukan yang lebih.

Jadi saya juga, jadi, oleh kerana saya nampak ada ketidakseimbangan pembahagian peruntukan daripada Unit Hal Ehwal Bukan Islam, saya minta Yang Berhormat Nilai ini, dapat memberikan keterangan terperinci berapakah peruntukan yang telah diberikan bagi setiap DUN. Jadi ada juga saya dengar rungutan ada DUN yang dapat banyak. Ada yang DUN yang tak langsung tak dapat pulak. Jadi, saya berharaplah kalau dapat ini, ini boleh membersihkan nama Yang Berhormat Nilai dalam hal ini. Saya sendiri terima rungutan-rungutan yang sebegini, jadi itulah sebabnya saya ingin bawak ke sini kerana bila kita sentuh kos sara hidup, semua bidang pun terlibat. Sama ada keluarga, NGO, sekolah, tadika ataupun tempat-tempat yang beribadat seperti ini. Jadi saya berharap Yang Berhormat Nilai dapat meletakkan pendirian yang teguh agar pembahagian atau pengagihan itu adalah sama rata untuk semua DUN dan juga berdasarkan kepada keperluan semasa bagi tempat-tempat beribadat.

Yang seterusnya, saya juga ingin nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau kerana, ini kita dah nampak dari awal lagi, kos sara hidup itu sudah mula meningkat. Itulah sebabnya Dasar Perumahan Negeri Sembilan telah diperkenalkan pada satu ketika dahulu, jika tak salah pada tahun 2015 dan telah dibentangkan kertasnya dalam Dewan ini. Saya tak ingat tentang sidangnya dengan tarikhnya. Jadi kita dah nampak akan berlakunya keadaan sebegini, maka kita bawak dasar memaksa, memaksa setiap projek perumahan itu mempunyai 50% Rumah Mampu Milik. Jadi saya ucapkan terima kasih kerajaan sekarang ini telah meneruskan projek tersebut. Itulah sebabnya kita dapat menyediakan Rumah Mampu Milik. Kalaulah, kalau dulu, sebenarnya saya nak beritahu kepada Dato’ Timbalan Yang Dipertua, Rantau ni telah berhadapan dengan begitu banyak bantahan dan kritikan, ramai, boleh dikatakan hampir semua pemaju tidak menyokong dasar tersebut apabila diperkenalkan dulu. Akhirnya Yang Berhormat Rantau telah membuat satu pendirian yang teguh, dia kata; either you do it, or don’t do it, dengan izinnya. Jadi akhirnya para pemaju ini telah menerima hakikat bahawa kalau nak buat rumah, terpaksa ikut dasar itu, perumahan ini. Itulah sebabnya. Jadi saya ingin tahu daripada pihak kerajaan, berapa banyak rumah yang telah dibina daripada Type A dulu. Type A tu berapa, Type B tu berapa, Type C tu berapa. Yang pentingnya Type A ni, ini yang membantu rakyat jelata ni khasnya masyarakat B40 ini. Jadi, saya berharap, saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan terdahulu kerana memperkenalkan dasar perumahan mampu milik, pada masa yang sama saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan sekarang kerana dasar itu masih dapat diteruskan.

Dan ada satu lagi, ini adalah 2 perkara. Di DUN saya ni, Taman Bahau ada 2 fasa. Fasa A yang lama punya, Fasa B tu adalah yang lama, lama dan Fasa B adalah yang baru. Dan tempat itu didiami oleh penduduk masyarakat B40, semuanya. Kerana rumah itu pernah dijual dengan harga 25 ribu, 20 ribu – 25 ribu satu ketika dahulu. Balai raya yang di, ada di situ, saya dah beberapa kali tulis surat, tak selamat untuk digunakan. Sebenarnya saya nak maklumkan pada Dewan ini, pernah majlis perkahwinan pun telah dilaksanakan di, ataupun telah diadakan di balai raya tersebut pada satu ketika dahulu. Ini, kalau dia nak sewa dewan besar, mungkin kosnya adalah tinggi. Jadi saya dah mintak kerana pihak JKR telah maklumkan bahawa balai raya itu tak selamat. Jadi sekarang ditumbuhi dengan belukar. Baru dibersihkan, saya nampak gambar baru tadi. Jadi saya mintaklah Yang Berhormat Bahau tengok-tengokkan balai raya tersebut. Balai raya ini di bawah taman, oleh kerana saya, saya pasti Yang Berhormat Bahau tu tahu tentang balai raya tersebut, keadaannya. Ia perlu diroboh dan dibina semula. Jadi saya mintaklah bina semula. Mungkin mereka yang ber, miskin di, yang tinggal di kawasan itu boleh gunakan untuk tujuan kenduri, untuk tujuan majlis perkahwinan dan lain-lain lagi.

Dan akhir sekali, ini satu perkara yang terpaksa saya sebut di sini. Ini adalah berkenaan dengan jalan di antara Bahau ke Rompin. Dah beberapa kali saya upload dalam Facebook, saya dah beberapa kali saya dah call JKR dan juga PPN dalam hal ini. Jalan itu saya anggapkan skop pemasangan culvert itu adalah tidak, tidak sepatutnya skop itu diletakkan sebegini. Kalaulah air dari sebelah kanan merentasi melalui culvert ke kiri, maka dia punya dasar, dalaman itu mestilah sama. Kalau tidak, air akan takung. Jadi apa yang berlaku di sini adalah, mereka pasang culvert yang terlalu dalam bawah, tetapi parasnya adalah di atas. Jadi apa yang berlaku, air daripada sebelah kiri akan masuk dan akan mena, akan tertakung di dalam culvert itu dan barulah, apabila dah penuh dia akan keluar di sebelah kiri. Saya tak pasti lagi di bawah siapa projek itu. Saya mintak jasa baik JKR Daerah untuk memimpin satu lawatan bersama dengan jurutera ke tapak tersebut. Baru 2 minggu lepas diturap semula, telah mendap pagi tadi. Jadi ini akan berterusan beberapa tahun. Jangan kita nak ambil tindakan selepas sesuatu yang buruk berlaku. Biarlah kita, sekarang pun dah beberapa kemalangan telah berlaku. Ada yang dah cedera, motosikal semua tu. Pada waktu malam, kalau mereka tak, tak lalu di situ, tak pernah lalu di situ, mereka juga akan berhadapan dengan masalah apa ni, kemalangan di situ. Jadi saya berharap, buat satu lawatan. Saya akan bersama dengan lawatan tersebut. Saya berharap JKR Daerah Jempol itu memimpin lawatan tersebut dengan pegawai-pegawai. Saya boleh bersama, saya boleh terangkan secara layman, dengan izin, apa pandangan saya, pendapat saya di situ. Kerana apa, kalau sesuatu yang buruk berlaku, keluarga itu akan berhadapan sekali lagi dengan masalah kos lagi. Kerana mungkin yang meninggal ke, ataupun yang cedera adalah punca pendapatan untuk keluarga tersebut. Mereka yang membawa pendapatan untuk keluarga. Jadi saya berharaplah, kalau ada perkara-perkara yang tidak sepatutnya, kita betulkan.

Dengan kata-kata tersebut, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Chennah, membawa usul yang sepatutnya dibawa dan diluluskan di sini. Saya sokong. Terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Jeram Padang. Saya mintak Yang Berhormat yang lain ambil bahagian. Saya silakan Yang Berhormat Linggi.

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang Dipertua kerana memberi ruang kepada saya untuk sama-sama membahaskan usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Chennah pada pagi tadi. Secara ringkas dan dasarnya, usul yang dibawa ini merujuk kepada kos sara hidup yang membawa kepada tekanan kehidupan yang tinggi dan antara kaedah yang dicadangkan dalam usul itu adalah untuk kita membekukan, membekukan cukai, caj dan sewa dan apa-apa bayaran yang di bawah kawalan Pihak Berkuasa Negeri ataupun PBT sehinggalah masalah kenaikan harga atau inflasi ini dapat kita, kita kawal ataupun kita atasi.

Baik berkenaan dengan usul ini, Dato’ Timbalan Yang Dipertua, kalau kita lihat, sebenarnya tekanan kehidupan yang tinggi ini bukanlah semata-mata dirasai oleh rakyat kita oleh kerana kos sara hidup semata-mata. Dia ada banyak lagi faktor-faktor lain yang menyebabkan tekanan kehidupan rakyat kita hari ini semakin tinggi. Oleh yang demikian, untuk mengurangkan tekanan hidup ini, kita tidak boleh hanya bergantung kepada pembekuan kadar semata-mata. Apatah lagi apabila pembekuan kadar kenaikan cukai dan sewa ini, contohnya cukai. Cukai ini kita kenakan sekali atau 2 tahun sekali sahaja. Tetapi sebenarnya banyak faktor-faktor lain yang sentiasa menekan kehidupan rakyat kita pada hari ini. Jadi Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya mohon supaya perkara-perkara lain ini juga diambil kira dan juga diberi keutamaan kerana apa yang kita hendak adalah untuk mengurangkan tekanan hidup rakyat kita.

Antara perkara-perkara menjadi penyebab tekanan kehidupan rakyat kita sehari-hari, contohnya adalah perkara-perkara yang asas. Perkara asas ini adalah bekalan air. Bekalan air, tekanan menghadapi risiko banjir, pendidikan, keadaan di sekolah yang mungkin tak selamat dan tak selesa. Dan banyak lagi perkara-perkara yang saya sebut tadi memberi tekanan setiap hari, bukan setahun ataupun 6 bulan sekali, Dato’ Timbalan Yang Dipertua. Saya nak ambil contoh, beberapa contoh dan saya ambil kesempatan ni memberi contoh-contoh, khususnya di kawasan sayalah di Linggi.

Contoh yang pertama adalah bekalan air terawat. Bekalan air terawat ini adalah di bawah tanggungjawab SAINS dan di bawah kelolaan Kerajaan Negeri. Saya lihat, saya perhatikan khususnya di, di Mukim Linggi, agak kerap, agak kerap bekalan air ini terjejas dan terputus. Dalam bulan lepas, kalau tak silap saya, masa Raya Haji, sebelum Raya Haji itu, beberapa kali dan beberapa hari bekalan air terputus, yang melibatkan khususnya rumah rakyat di Linggi dan kawasan Kampung Tampin Linggi. Saya akui kalau terjejasnya ni akibat paip bocor ataupun penggantian paip yang berjadual, notis diberi. Tetapi agak kerap juga yang mana, kes-kes yang mana notis tak diberi. Bila notis tak diberi ni Dato’ Dipertua, saya agak, agak khuatir dan agak tertanya-tanya kerana kalau ikut faham saya, kita ada sekurang-kurangnya satu hari, satu hari caution bila air itu kita, kita, kita, kita, kita tahan ataupun kita hentikan, sepatutnya ada satu hari dan sepatutnya ada 2 hari. Satu di tangki di rumah, dan satu lagi tangki ataupun servis reservoir di kawasan tersebut. Tetapi apa yang berlaku khsusnya di kawasan Mukim Linggi ini apabila kita buat kerja-kerja pembaikan serta merta bekalan air terputus. Dan perkara ini, macam saya sebut, dia sangat menjejaskan ke, ke apa, ke, ke, kelangsungan kehidupan kita. Dan oleh kerana kekerapan yang berlaku, dia menimbulkan tekanan yang tinggi. Ni air Dato’ Timbalan Yang Dipertua. Dia bukan macam wifi ke, itu pun dah, dah, dah, dah memberi tekanan. Tapi air jauh lagi. Jadi saya mintak, saya mintak supaya kita pastikan contohnya seperti di, di Rumah Rakyat Linggi itu saya dimaklumkan bahawa tangki ataupun servis reservoir rumah rakyat itu tidak berfungsi. Oleh yang demikian kita tak ada caution satu hari ini. Jadi ini haruslah diberi perhatian yang secepat mungkin.

Keduanya, berkaitan jugak dengan kos sara hidup. Seperti yang disebut oleh ADUN Juasseh tadi, saya mintak dalam tempoh kadar inflasi yang tinggi ini supaya SAINS sebagai contohnya, ataupun mana-mana agensi kerajaan, kalau boleh kita ambil pendekatan yang lebih prihatin dan lebih berperikemanusiaan. Ada saya selalu terima aduan di kawasan yang mana bila mereka ni tak mampu nak bayar bil, terus mendapat notis supaya dipotong. Ada kalanya Timbatan Yang Dipertua, mereka ni, bil itu tinggi, kita kena tengok kalau bil-bil bulan lepas tu tak tinggi, tetapi bulan ni tinggi, biasanya ada paip bocor yang mana, yang mana pengguna ni tak perasan paip dia bocor. Jadi kalau boleh janganlah terus beri notis potong seperti yang disebut oleh Lenggeng ni, Lenggeng tak silap saya, bila dapat notis dia orang tertekan betul kan. Bagi tempoh kan. Bagi, kita kaji sedikit, bagi tempoh dan kalau boleh kita bagi mereka ruang untuk membayar secara ansuran. Jangan terus diberi notis untuk potong.

Di atas dasar yang sama jugak, saya rasa amat wajar dan bersesuaian sekiranya waktu sekarang ini kita tengok, kerajaan tengok mana golongan-golongan B40 ataupun lebih khusus mereka yang tergolong dalam miskin, miskin tegar ini, mungkin kita boleh beri mereka subsidi, bagi air percuma sekian-sekian volume supaya dia mengurangkan tekanan terhadap kehidupan mereka. Ini perkara yang menekan kehdiupan setiap hari, Timbalan Yang Dipertua.

Seterusnya berkenaan dengan yang saya sebut tadi, tekanan risiko banjir. Saya dah banyak kali sebut dalam Dewan ni Dato’ Timbalan Yang Dipertua. Nak tambah, sejak Disember 2021, di Linggi dah 2 kali lagi tambah banjir berlaku. Jadi kalau saya nak, nak, nak apa, nak, nak ulang, sejak 2019 hingga hari ini, contohnya Darul Widad dah 10 kali dilanda banjir. Jadi kawasan-kawasan ni merupakan kawasan hotspot banjir. Dan saya mintak seperti yang saya sebut sebelum ini, kerja-kerja yang boleh mengurangkan ataupun menghindarkan risiko banjir ini diutamakan. Kerana setiap kali ya, orang-orang di Linggi Dato’ Dipertua, apabila kita hujan saja di Seremban, dan air laut di, di, pasang, tension. Rasa stress kerana mungkin banjir. Dan betul, kalau 2019 hingga hari ini dah 10 kali, ini bukan perkara yang boleh kita terima lagi. Dan saya mintaklah perkara ini diberikan perhatian khusus.

Dan benda yang, yang boleh menimbulkan keresahan dan rasa tak puas hati kalangan masyarakat. Kita dah banyak kali sebut, antara kawasan-kawasan yang perlu dilakukan projek-projek kecil untuk, untuk mengurangkan banjir ini. Contohnya di, di kiri kanan jalan utama Kampung Permatang Pasir. Dia ada Sungai Tok Alip tu, perlu dibuat longkang, longkang perlu diperbaiki longkang. Longkang sedia ada ini memang dah tak berfungsi langsung kan. Jadi bila air banyak, air hujan, dia akan menyebabkan banjir di kawasan tersebut. Saya sebut ni, orang rasa resah kerana kawasan-kawasan yang tidak hotspot banjir contohnya Sungai Menyala, jalan ke Sungai Menyala, jalan ke Sungai Betong, rasa tak ada orang pun tinggal dekat situ, kalau ada pun, tak ada risiko banjir. Tapi situ dibuat, dibuat longkang-longkang yang baik, yang besar. Tapi kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir, masih belum ada lagi, kerja-kerja tersebut dilakukan.

Selain daripada kawasan kiri kanan jalan di Kampung Permatang Pasir itu, sama jugak di Kampung Tampin Dalam. Khususnya di belakang rumah Encik Yusof Bador, Tampin Dalam ni. Perlu di, di, di, dibina semula ataupun di, diperbaiki saliran di situ. Culvert dan, dan longkang di belakang itu perlu diperbaiki kerana ia menyebabkan punca banjir di kawasan Kampung Tampin Dalam ataupun Tampin, jadi saya mintak supaya perkara ini diberi keutamaan.

Juga kita, kami dikejutkan, Dato’ Timbalan Yang Dipertua, kerana dalam 2 bulan lepas, 3 bulan lepas berlakunya banjir di Pasir Panjang. Dan bila lihat antara sebabnya khususnya di, di Pasir Panjang itu, kerana parit dan longkang situ tidak diselenggara. Saya nak ucapkan terima kasih ya, tahniah dan terima kasih banyak-banyak kepada JPS kerana telah serta merta melakukan kerja pembersihan di situ. Tetapi ada, khususnya di, di, di, di Taman Cermai, Taman Cermai, Pasir Panjang, sebab banjir di situ adalah saliran di taman tersebut perlu diperbaiki semula kerana mungkin salah reka bentuk ataupun mungkin kerana jalan dah diturap beberapa kali menyebabkan ketinggian jalan itu menyebabkan saliran air jadi, jadi, jadi tak betul. Saya ingin mohon supaya dikaji semula dan diperbaiki saliran khususnya di Taman Cermai bagi memastikan kejadian banjir di situ tak berlaku lagi.

Pagi tadi semasa Yang Amat Berhormat Sikamat menjawab salah satu soalan lisan, dia ada sebut tentang TAPS ataupun Takungan Air Pinggiran Sungai. Dan saya, berkaitan dengan apa yang sebutkan tadi, saya mohon jugaklah, kalau boleh dijelaskan pertamanya di mana lokasi-lokasi TAPS ini. Keduanya, adakah TAPS ini akan menambah loji-loji rawatan di situ, adakah ianya juga bersekali dengan usaha kita untuk mengurangkan risiko banjir. Saya rasa perlu ada loji rawatan tambahan kerana seperti yang di, disebut sebelum ini, Loji Rawatan Linggi tak mampu sebenarnya untuk, untuk memberi bekalan air. Apatah lagi apabila kualiti air yang tercemar khususnya di Sungai Linggi itu bukan di bawah, design yang boleh di, ditanggung oleh Loji Rawatan Linggi. Dan saya mintak supaya perkara ini mendapat perhatian khusus dan diutamakan kerana yelah, kami di Linggi ni dah terlalu kerap banjir Dato’ Yang Dipertua.

Seterusnya berkenaan dengan apa yang disebut tadi …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Linggi, dah lebih masa.

2 perkara, saya ringkaskan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Satu minit, satu minit.

Satu minit, baik. Saya tentang, tentang keselamatan di sekolah. Khusus Sekolah Menengah Agama Chuah. Perkara ini dah tertangguh terlalu lama, telah bertahun. Saya yakin Dato’ Timbalan Speaker pun tahu, sekolah yang mereka gunakan sekarang ini memang dah tak selamat, Dato’ Timbalan Yang Dipertua. Dan kita rasa amat-amat resah dan tertekan ini kerana sekolah yang baru ni dah siap. Secara fizikalnya dah siap. Dah bertahun-tahun siap. Tapi belum lagi pelajar-pelajar kita masuk di situ. Walhal sekolah sedia ada ini, yang dekat masjid, ada pakai kabin, lantainya dah, dah pecah-pecah. Silingnya dah pecah-pecah. Yang dah tak selamat lagi. Jadi saya mintak supaya pastikan perkara ini, pemindahan ini ataupun sekolah yang dah lama siap ini dimanfaatkan secepat mungkin, kerana ini sangat menekan khususnya ibu bapa penjaga dan warga sekolah.

Akhir sekali adalah tekanan hidup kadang kala boleh kita kurangkan dengan cara bersukan. Dan kita lihat salah satu kaedahnya untuk kita berekreasi dan bersukan. Oleh yang demikian, Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya mintak supaya semua taman-taman rekreasi dan padang-padang futsal yang disediakan khususnya oleh Kementerian Belia Dan Sukan ini diselenggara dengan baik kerana kalau dilihat, banyak yang terbengkalai, terbiar begitu sahaja dan tak dapat dimanfaatkan oleh, oleh rakyat kita.

Secara kesimpulannya, saya menghujahkan bahawa usul ini adalah baik tetapi saya rasa tidak memadai ya, sekadar kita membekukan kadar semata-mata kerana banyak lagi faktor-faktor lain yang menekan kehidupan kita. Apa yang saya sebutkan tadi, faktor-faktor ini menekan kehidupan kita seharian, sepanjang masa, bukan sekali atau 2 kali setahun. Saya menyokong dengan cadangan-cadangan yang dibentangkan. Terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Linggi. Saya teruskan Yang Berhormat Palong.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahhirabbil 'alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Robbisrohlisodri wayassirli amri wahlul uqdatam millisani yafqahu qauli. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam membahaskan usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Chennah pagi tadi.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, dengan jelas Yang Berhormat Chennah telah menyebut bahawa kenaikan harga dan kos sara hidup sekarang ini, di antaranya adalah berpunca kerana perang Rusia dan Ukraine, ya, selain daripada pandemik COVID yang telah negara kita dan dunia, yang telah mengganggu seluruh rantaian pembekalan, selain daripada kadar inflasi. Yang mana hari ini kita melihat dengan kenaikan harga petrol, contohnya ya, menyebabkan kos pengeluaran meningkat, kos pengangkutan meningkat, kos pasaran meningkat, maka peniaga memindahkan kenaikan kos ini kepada pembeli dalam mereka mengekalkan margin keuntungan mereka. Begitu jugak dengan kita yang bergantung kepada barangan ataupun sumber import. Dengan kenaikan nilai Dolar Amerika jugak menyebabkan harga barangan atau harga barang mentah yang kita import juga mengalami kenaikan yang meningkat, yang menyebabkan kos dan sara hidup rakyat sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Chennah tadi.

Dato’ Yang Dipertua, selain daripada banyak faktor-faktor lain yang juga berlaku menyebabkan kenaikan sara hidup. Hari ini saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Chennah supaya Kerajaan Negeri selain daripada mencari siapa salah ataupun menyalahkan sesiapa, Kerajaan Negeri proaktif untuk mencari langkah-langkah dan strategi bagaimana untuk kita membantu rakyat dalam mereka menghadapi keadaan yang berlaku pada hari ini. Justeru saya ingin fokuskan perbahasan dalam masa yang sedikit ini kepada aspek menambah pendapatan boleh guna rakyat. Apakah strategi yang boleh kita buat di peringkat negeri untuk menambah duit di poket rakyat supaya, supaya boleh menghadapi keadaan kenaikan saraan hidup ini dalam keadaan yang terkawal.

Dato’, Dato’ Timbalan Yang Dipertua, walaupun kita tahu bahawa kebanyakan program-program untuk mengawal sara hidup ini telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat ya. Contohnya kita lihat bagaimana memberi bantuan subsidi, yang dibuat oleh Kerajaan Pusat yang hari ini sudah menjangkau nilai 77 bilion setakat bulan Julai 2022. Kalau izinkan saya untuk saya memperincikan beberapa contoh ya, minyak masak contohnya, Kerajaan Pusat telah pun memberi bantuan ataupun subsidi sebanyak 4 bilion ringgit ya. Gas LPG – 2.6 bilion ringgit. Diesel – 7.5 bilion ringgit. RON95 – 27 bilion ringgit. Tarif letrik pun jugak ada subsidi 6.5 bilion ringgit. Dan tak ketinggalan jugak untuk mengurangkan ataupun mengawal harga komoditi, makanan ayam contohnya, Kerajaan Pusat telah membelanjakan 1.1 bilion ringgit, contohnya. Cubalah bayangkan, sekiranya 77 bilion ini tidak disubsidi oleh Kerajaan Pusat. Maknanya, 77 bilion ini akan keluar daripada poket rakyat. Maka pastinyalah ia akan menambahkan lagi sengsara rakyat dalam kadar kos yang semakin naik ini.

Dato’ Yang Dipertua, selain daripada subsidi tadi yang berniat dan bersifat untuk mengurangkan harga yang perlu di, dibeli ataupun dibelanjakan oleh rakyat, Kerajaan Pusat juga memberikan bantuan tunai, bantuan tunai dan setakat ini, setakat ini kadar maksima yang boleh diperoleh oleh B40 atau mungkin sekarang dah jadi B60 boleh menjangkau ke angka sebanyak RM2,600.00 ringgit setahun. Iaitu Bantuan Keluarga Malaysia, bantuan lain-lain. Boleh menjangkau ke jumlah RM2,600.00 ringgit setahun. Maknanya, tindakan-tindakan ini adalah untuk menambahkan duit ke dalam poket rakyat supaya mereka mampu untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup yang ada pada hari ini.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin fokuskan pulak kepada apa yang boleh dibuat oleh Kerajaan Negeri. Contohnya di Negeri Sembilan, kita boleh bantu, kita ada 2 kategori rakyat. Yang mencari pendapatan satu, mereka yang makan gaji. Yang kedua adalah mereka yang berniaga. Kepada yang makan gaji, contohnya Kerajaan Negeri, barang kali saya boleh sarankan supaya kita adakan kenaikan pendapatan mereka. Mungkin boleh diperkenalkan satu elaun khas ataupun elaun sara hidup ya, kerana kenaikan kos, khas. Kerana untuk membantu mereka menambah pendapatan di poket mereka supaya mereka boleh menghadapi kenaikan sara hidup ini. Itu bagi mereka yang makan gaji.

Kepada mereka yang berniaga, Kerajaan Negeri seharusnya mesti membantu peniaga-peniaga ini untuk teruskan perniagaan mereka. Sekiranya ada yang memohon lesen, kita segerakan permohonan lesen mereka, jangan banyak birokrasi. Sekiranya ada bantuan-bantuan yang boleh diberikan kepada peniaga-peniaga ini, kita jugak segerakan dan perbanyakkan lagi. Seperti mana yang disebut dalam bajet sebelum ini, Negeri Sembilan ada TUNS contohnya, ada TUNS PLUS, boleh diperbanyakkan lagi. Tapi kita masih lagi mendengar ramai lagi yang masih lagi mengeluh dan mengadu tidak dapat bantuan daripada program-program seperti ini. Itu dari segi geran. Mungkin jugak boleh sediakan jugak pinjaman-pinjaman untuk mereka meningkatkan lagi atau memperkemaskan lagi, atau memperkasakan lagi perniagaan mereka supaya akhirnya matlamat untuk menambah pendapatan dalam poket mereka itu sampai pada matlamatnya.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, selain daripada kita membantu dalam perniagaan-perniagaan mereka, saya nak melihat contohnya di kawasan saya ya. Kebanyakan anak-anak muda ini mereka, mereka ni NGO. NGO di sini maksudnya “noreh getah orang” ya. Bukan NGO yang lagi satu. Ini “noreh getah orang”, maknanya bukan kebun mereka sendiri. Mereka menoreh kebun orang lain. Bila mereka menoreh kebun orang lain, katakanlah mereka boleh mendapat satu bulan hasil torehan mereka katakanlah 700 kilo, contohnya. Kita darab dengan 3.00 ringgit. Bermakna pendapatan adalah 2,100.00 yang perlu mereka bahagi 2. Kalau anak-anak menoreh kebun ibu dan ayah, mereka dibahagi 2. Sebahagiannya beri pada ibu dan ayah mreka, dan sebahagiannya mereka ambil. Maknanya boleh dapat 1,000.00 sebulan pendapatan. Manalah cukup RM1,000.00 satu bulan untuk mereka menyara dengan anak yang ramai dan sebagainya.

Maka di kawasan saya ini kita banyak menggalakkan mereka berniaga supaya mereka boleh tambah pendapatan mereka. Mungkin sehari mereka boleh untung 50.00 ringgit – 60.00 ringgit. Mereka berniaga sebulan 20 hari contohnya ada extra income. Pendapatan tambahan 1,000.00 – 1,200.00. Maknanya 1,000.00 sebelah pagi, 1,000.00 sebelah petang, maknanya adalah lebih kurang 2,000.00 ringgit untuk mereka meneruskan kehidupan mereka. Maka saya menyeru kepada kerajaan ya, Kerajaan Negeri dah 4 tahun, masuk ke 5 tahun, setakat ini tidak ada apa-apa ruang-ruang atau tempat-tempat perniagaan baru yang disediakan untuk mereka. Tak ada. Contohnya tak food court yang sempurna, tak ada. Tak ada pusat penjaja yang sempurna, tidak ada. Maka saya telah pun menulis surat permohonan ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mohon supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan ihsannya memberikan dana untuk supaya dapat kita bina pusat penjaja yang boleh kita berikan tempat dan ruang untuk anak-anak ini berniaga dan cari makan, supaya pendapatan sikit itu dapat ditambah dan mereka tidak terkesan dengan dahsyatnya dengan kos, dengan kenaikan kos sara hidup ini.

Tetapi Dato’ Yang Dipertua, yang agak mengecewakan saya, yang ingin saya jelaskan dalam Dewan ini, apabila baru-baru ini saya di, menerima panggilan telefon daripada Pejabat Daerah Jempol yang mengatakan supaya ditangguhkan pembinaan ini. Sedangkan bajet telah pun diluluskan. Pelan telah pun disediakan. Tender pun saya rasa dah hampir, dah dikeluarkan pun. Tetapi mintak ditangguhkan kerana kononnya ada kajian yang sedang dibuat di kawasan Palong itu. Kajian tentang mem, pembinaan, saya pun tak tahulah, kajian apa tu, ya. Nak kaji apo bondo eh. Ompek tahun, dah masuk tahun yang kelima ya, dah habis pilihan raya 2018, nak masuk pilihan raya yang ke-15 dah. Kaji apa lagi Dato’ Yang Dipertua. Kalau ditangguhkan Dato’ Dipertua, akhirnya duit itu akan hilang. Dan anak-anak di Palong tidak akan dapat kemudahan satu pusat penjaja untuk mereka cari makan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Palong kepada Palong, bagi ruang kepada Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Dipertua, mengenai pusat penjaja yang kita tangguhkan adalah disebabkan tanah tersebut adalah milik Kerajaan Negeri yang sedang kita kaji. Kita tak nak macam dulu, buat, main buat je. Tanah dalam felda ni, dia suka hati dia. Dia nak buat bangunan, dia buat bangunan, tanpa ada satu pelan yang munasabah. Nak buat pasarnya di mana, nak buat stesen minyaknya di mana, nak buat kemudahan-kemudahan infrastrukturnya di mana, nak buat pusat penjajanya di mana. Main buat sahaja. Jadi kita telah berbincang dan saya telah umumkan pun di dalam Dewan bahawa kita sedang buat kajian untuk Palong, kita sediakan satu kajian yang dibuat oleh, tak silap saya, UPM ya, dan sedang dalam keadaan terakhir. Dan kita akan bentang dalam, akan bentang dalam Majlis Tanah Negara ya, yang di, yang dihadiri oleh semua, Perdana Menteri sendiri supaya kita akan lihat bahawa satu struktur, satu kemudahan yang lebih sesuai kepada penduduk-penduduk di felda. Itu matlamatnya. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Palong sambung semula.

Terima kasih …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

2 minit saja.

….. Timbalan Yang Dipertua.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

2 minit.

Ya. Baik. Terpulang sebenarnya tempat yang kita syorkan jugak adalah di atas kelulusan FELDA sebenarnya. FELDA telah melihat, tapak tu kosong. Tidak ada gangguan dengan mana-mana pembangunan lain dan sebagainya. Dan duit dah ada dah. Depan mata. Kalau kita lepaskan peluang ini, tak tahu bila lagi orang Palong akan dapat pusat penjaja yang boleh menempatkan 20 – 30 orang anak-anak muda untuk berniaga mencari pendapatan tambahan, seperti mana yang saya sebutkan awal-awal tadi. Mereka bukan nak berniaga besar-besaran pun. Satu hari barang kali perniagaan mereka mungkin boleh, mereka boleh berniaga, urus niaga mereka 200.00 – 300.00 ringgit. Mungkin untuk 50.00 – 60.00 ringgit je untuk sehari. Mungkin kecil bagi kita, tapi besar bagi mereka dalam keadaan kos sara hidup yang ada sekarang ini.

Dato’ Timbalan Dipertua, saya mengambil semangat yang dibawa oleh Chennah bahawa kita sentiasa menyokong dan mencari jalan. Kalau tempat itu tak sesuai, mana tempat yang sesuai? Mana lokasi yang tidak ada halangan? Semoga, supaya duit yang dah sampai tu jangan kita buang begitu saja. Ada 2 tempat yang diluluskan di Palong 11, 4, 5 dan 6 dan jugak di Palong 7 dan 8. Ia menelan juga 1.0 juta ringgit. Jadi jangan kita membazir peluang ini. Sebab itu saya menoyokong apa yang disarankan Yang Berhormat Chennah tadi, supaya jangan cari salah, jangan cakap soal apa yang berlaku dulu, sekarang ini, apa langkah yang boleh kita buat, yang proaktif semoga kita dapat laksanakan ini untuk kebaikan rakyat khususnya di kawasan Palong ini, supaya mereka dapat menambah pendapatan mereka sesuai dengan apa yang dibuat oleh Kerajaan Pusat pada hari ini, yang sentiasa menyantuni rakyat yang memerlukan pembelaan. Itu saja Dato’ Dipertua, terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Palong. Yang Berhormat yang akan ambil bahagian. Yang Berhormat, siapa nak ambil bahagian?

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Timbalan Yang Dipertua.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Okay, dipersilakan Yang Berhormat Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Saya ini angkat peluang ni, bahas ni yang inflasi. Saya hanya akan, sebagai bukti saya akan disebutkan di Dewan yang mulia ni, sebenarnya Kerajaan PH adalah satu kerajaan yang paling prihatian kepada rakyat sekali. Ini adalah contohnya, so saya angkat masa sikit menyatakan di Dewan yang mulia ini, sebagai contoh di PPRT Lobak. Baru saja tahun 2021, November, Disember, ini jawapan dari Dewan ni, yang mengecat, mengecat ni bangunan Blok R, S, T, U. 4 blok yang dari Datuk Bandar. Datuk Bandar ada? terima kasih ini MBS, kerana belanja lebih kurang 660 ribu untuk mengecat. Ini rumah pangsa PPR, rumah awam, khasnya penduduknya semua B-B40. So menggambarkan PH kerajaan ni memang serius sekali perhatian kepada golongan B-B40. Bukan ni saja.

Lepas tu pada bulan Ogos akan datang ni, saya dimaklumkan dengan jawapan yang bertulis ni, bahawa insentif tu untuk membaiki pulih tu 60 unit rumah rosak dan 2 lagi membina 2 unit rumah sampah, membina struktur pagar di sekeliling kawasan, membaik pulih longkang dan membina tebing konkrit, memasang jaring penghadang dan di, tangki air. Ini plan untuk kerajaan kita ni, PH. PH memang menserius dan prihatian rakyat khasnya, khasnya golongan B-B40. Ini semangat kita ni. Dan akan dijalankan pada bulan Ogos ini. Ini sudah lulus. Terima kasihlah Datuk Bandar, dapat ni membina rumah sampah Blok R and S. Lepas tu naik taraf laluan tangga dan kerja yang berkaitan, menaik taraf laluan OKU dan kerja yang berkaitan, dan membaiki/mengganti paip sanitasi dan kumbahan, kerja-kerja memasang unit pintu, grill dan laluan tangga. Ini semua dilulus dan akan dijalankan pada bulan Ogos. So kami berasa tahniah dan terima kasih kepada pimpinan Sikamat bahawa menunjukkan, menggambarkan satu kerajaan yang memang bersama dengan rakyat sekali. Khasnya golongan B-B40. So selain tu, bukan PPR saja, Kerajaan PH ini pun baru saja pada haribulan 25 Julai baru buat satu program memberi geran JMB dengan MC yang 1 juta, 1.4 juta. Men, menggambarkan satu, jikalau tak salah saya, tak silap saya, adalah satu negeri yang bagi geran kepada JMB dan MC saja. Kerana dulu Perak pernah ada, tapi sudah henti, masuk ni Kerajaan PN. Tapi yang tinggal sekali hanya satu negeri, negeri NS, N9 yang kasi geran JMB dan MC kerana rumah pangsa ni memang rumah pangsa kos rendah dan rumah pangsa sederhana, duduknya semua penghuni-penghuni yang golongan B40. So nampaknya, kami bukan sahaja berdekat dengan rakyat dan demi sekali untuk masa yang inflasi ni, memang kami prihatian dan beri sokongan untuk golongan B40.

Tambah sikit lagi. Saya bukan sahaja nak sokong, membukakan cukai, tapi kami cadangkan jikalau boleh dalam bajet akan datang, kami buat insentif, bayar penuh 10 bulan, you orang sewa, berilah 2 bulan percuma. Erti itu, you kena bayar penuh, lepas tu kasi percuma 2 bulan untuk rumah sewa PPR. Kerana memang tu memang susah. Saya mencadangkan jikalau boleh ditimbangkan, kami harap boleh ditimbangkan. So kami panjang di sini, kami ini sokong yang tu, dari Chennah, yang tu inflasi dan dapat dikawalkan. Terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Lobak, ditepati masa. Saya mintak Yang Berhormat ni, Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Okay, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Dewan beri peluang bahas kenaikan kos sara hidup pagi tadi, ADUN Chennah berbahas usul ini. Kerajaan Negeri harus mengambil berat dan serius tentang perkembangan projek pertanian dan penternakan di seluruh Negeri Sembilan. Hal ini kerana kita sering mendengar keluhan dan rintihan dari warga negeri kita yang mempunyai mintak yang mendalaman serta kemampuan untuk mengendalikan projek pertanian dan penternakan di mana hanya segelintir orang tertentu jugak mendapat pajakan serta sewa tanah atau hutan terbiar Kerajaan Negeri. Kebanyakan permohonan pajakan dan LPS bagi rizab tanah kerajaan ditolak dengan alasan tertentu. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri akan menyediakan lebih banyak tapak projek penternakan dan pertanian dengan kemudahan serta insentif yang lengkap agar lebih ramai petani dan penternak moden dan muda dapat dilahirkan. Selain itu, satu badan biro khas patut dibentuk oleh Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan persatuan penternak dan pertanian di seluruh peluas, pelusuk Negeri Sembilan bagi tujuan pembesaran hasil ternakan serta pertanian.

Dato’ Yang Dipertua, 2000, hari, kira hari ini, ADUN Chennah, kira usul sara hidup, kira lepas 4 tahun dalam Dewan yang mulia hari ini berbahas. Saya pun banyak pandangan yang baik. Saya ADUN Seremban Jaya ucapan ribuan terima kasih. Tetapi 2018, ADUN Chennah, Yang Berhormat ADUN Chennah memin, telah meminta kerajaan 2018, Dewan yang mulia ini, 2018 ADUN Chennah beritahu Dewan yang mulia, lepas 61 tahun, Pakatan Harapan sudah menang, ada banyak masalah. Masalah jalan, masalah longkang, masalah Dewan, macam-macam yang masalah. Boleh cepat kita mahu buat. Kita mahu buat. Itu juga kita buat. Baru rakyat, pengundi-pengundi boleh lihat kerajaan dahulu dan kerajaan sekarang. Tapi saya mintak tolong serius pandanganlah, itu. Memang, banyak masalah.

Tetapi saya ucapan ribuan terima kasih kita punya pemimpin-pemimpin, kita punya Menteri Besar dan Exco-Exco, saya terima kasih. Tapi banyak benda, kira hari ini pun pagi, saya tahu pagi ini dalam Dewan ini tara sarapan, saya pagi-pagi turun Sun Choon mahu minum. Tapi orang sudah marah. Dia cakap dulu, tak ada masalah ini. Sekarang you orang sudah mari banyak masalah, apasal? Dulu kita punya kedai ada kaki lima boleh letak, sekarang dalam Sonchoon tau, ini kira dalam Sonchoon, dalam kampung baru, ini Kampung Baru Rahang, satu kampung baru orang yang ramai turun punya. Kampung Baru Paroi, Kapung Baru Sikamat, Kampung Baru Mambau, Kampung Baru Rasah, Kampung Baru Rahang. Inilah pasar pagi dan banyak orang turun di sana. Tapi depan punya tu kaki lima semua kedai sekarang takut dia orang masuk. Takut dia orang masuk. Pasal, MBS saman pulak. Haa ini tolonglah, saya mintak dari MBS. Hari ini saya dengar saya punya telinga. Memang saya sendiri pun tak boleh terima. Ini saya mintak tolonglah, jangan, jangan kasi tekan. Pasal, tu pasal pembangkang selalu hantam sama kita. Dulu kita tak ada kasi susah, sekarang PH kasi susah pulak. Itu kita ada fahamlah. Lain tak ada point, itu juga ada. Tapi itu saya mintak tolonglah MBS.

Kita tukarlah, kita tukar.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Okay. Sekarang saya ada tekan sikit, tapi sekarang saya mahu puji sikit. Tapi keperluan asas untuk ke, keselesaan rakyat Negeri Sembilan dalam Dewan yang mulia ini pada persidangan, itu kira 2008 kita sudah ada satu peristiwa, kita sudah dengar, 2008 ADUN Chennah apa yang beritahu, hari ini apa yang beritahu. Itu satu gambaran yang baik, kita follow, 100% pilihan raya 15 kita duduk tetap di sini. Okay. Dengan ini saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas kejayaan dalam pentadbirannya setakat ini di mana kesejahteraan rakyat diutamakan, rakyat Negeri Sembilan juga tahu tentang fokus Kerajaan Negeri dalam pentadbiran, namun beberapa isu-isu yang dinyatakan seperti di atas perlu ditangani dengan kadar yang segera dan tidak disepatutnya dibuat apabila pilihan raya semakin dekat, pertimahan, sepertimana yang kerajaan dahulu buat semasa dekat dengan pilihan raya. Imej Kerajaan Negeri akan bertambah baik lagi di kalangan seluruh masyarakat jikalau masalah-masalah seperti ini dapat keselesaikan dengan secepat mungkin.

Dato’ Yang Dipertua, hari ini ADUN Chennah, ucapan mereka, saya lagi satu kali saya terima kasih, kita punya Yang Amat Berhormat memang orang yang rajin, kita punya Exco-Exco pun banyak rajin. Dia orang selalu, saya, saya sendiri ada lihat, pasal saya sebagai saya satu ADUN jugak, ADUN Seremban Jaya. Tapi dia orang seluruh Negeri Sembilan, hari-hari tengok Exco Hal Ehwal Wanita pun, PH GEM saya ingat pandemik COVID di dalam, kira 2 tahun, mereka telah buat lebih kurang 258. Itu kira satu aktif. Lain-lain Exco pun memang aktif. Lagi satu saya ucapan ribuan terima kasih, kita punya SS, dan kita punya Kewangan dan kita punya Undang, sebab mereka kita ada rizab banyak. Rizab sudah ada banyak. Saya pun mintak kita punya Exco dan MB tolong jaga, tolong buat lagi banyak di kawasan-kawasan masing-masing, DUN, khasnya DUN Seremban Jaya. Ada banyak lama, ni, SU pun sudah cakap, Majlis Bandaraya, SU pun hari itu ada janji, Dato’ pun ada janji, kita punya Exco pun ada janji, Dewan yang mulia ini, saya mintak tolonglah, pasal Tuanku Najihah dan Bukit Seri Senawang, kira 2 taman sudah ada, satu tempat permainan pun tak ada. Saya mohon, minta maaf, kali-kali pun Dewan mintak maaf, hari ini saya mohon kira satu futsal, itu tapak sudah ada. Tapak sudah ada. Mintak tolonglah, minta tolong cepat dan segera projek itu kasi jalan. Haa itulah saya punya pandangan. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Thank you very much. Xie xie. Nandri vanakam.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Seremban Jaya. Saya minta Yang Berhormat lagi terus siapa lagi nak ambil bahagian. Rahang.

Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam usul yang dibentangkan pagi tadi. Dato’ Yang Dipertua, isu kenaikan harga barang bukan sahaja di peringkat negara kita, tetapi ianya adalah phenomenon global. Peperangan Ukraine dan Rusia telah memburukkan lagi rantai bekalan makanan. Usul Chennah tepat pada masanya. Saya setuju sangat dengan usul yang dibawa oleh YB Chennah yang berkaitan inflasi dan kos sara hidup rakyat. Usul berbunyi, bahawa Dewan ini mengambil ketetapan yang serius terhadap isu kenaikan kos sara hidup yang menyebabkan tekanan hidup yang tinggi kepada rakyat dan menyeru Kerajaan Negeri untuk membekukan sebarang kenaikan kadar dalam apa jua cukai, sewa, caj atau apa-apa bayaran di bawah kawalan Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Sembilan sehingga masalah inflasi dapat dikawal.

Isu kenaikan harga ini, menjejaskan pelbagai isu dalam hidup kita. Yang pertama, isu kenaikan harga barangan menyebabkan ketua rumah terpaksa kerja lebih dan cari tambahan bagi menampung kehidupan keluarga dan anak-anak kerana kos perbelanjaan makanan, pendidikan, pengantut, pengangkutan dan lain-lain. Keadaan ini juga menjejaskan ketua keluarga tidak dapat meluangkan masa yang berkualiti kepada keluarga. Akhirnya menjejaskan institusi rumah tangga.

Keselamatan. Akibat kenaikan harga barangan dan kos-kos lain, menyelamatkan keadaan jenayah juga meningkat seperti kecurian, pecah rumah dan sebagainya. Pengangguran juga memburukkan lagi keadaan ini. Banjir. Isu banjir. Isu banjir juga menjadi isu yang paling hangat dibincangkan pada hari-hari ini. Contoh, di DUN Rahang tempat-tempat Taman Happy, Taman Mok Sum, Kampung Singh, Kampung Semarak, Kampung Datuk Mansor, Kampung Chedang dan Kampung Pasir banjir. Banjir teruk kali ini sebab dalam satu bulan, banjir 3 kali ya. Ini menyebabkan kerugian harta benda rakyat. Sehingga rakyat terpaksa membeli barang-barang yang rosak akibat banjir. Rakyat terhimpit dengan kos sara hidup dan ini diburukkan lagi dengan kerosakan harta benda akibat banjir. Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana membantu rakyat. Walau, walaupun begitu, saya menyeru kepada kerajaan untuk mengambil langkah-langkah untuk mengatasi isu banjir yang berlaku agar perkara ini tidak berulang pada masa hadapan.

Dengan ini, saya menyokong usul yang dicadangkan oleh YB Chennah pada pagi ini. Terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Rahang, ambil masa yang singkat. Saya mohon, Mambau. Dipersilakan Yang Berhormat Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’, Timbalan Dato’ Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada Mambau berbahas usul kenaikan kos sara hidup yang menyebabkan tekanan hidup yang tinggi kepada rakyat dan menyeru Kerajaan Negeri untuk membekukan sebarang kenaikan kadar dalam apa juga cukai, sewa, caj atau apa-apa bayaran di bawah kawalan Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Sembilan sehingga masalah inflasi dapat dikawal, yang dibawa, usul ni dibawa oleh Yang Berhormat ADUN Chennah.

Jadi, selaku wakil rakyat, ADUN Mambau pun setuju inilah masa yang sesuai dan te, yang sesuailah untuk membangkitkan isu ini untuk ramai orang tahu kenaikan harga barang ini yang, yang melanda masyarakat kita. Jadi, berkenaan dengan isu kenaikan harga barang ini, seperti saya, pada pagi ini saya ada soalan lisan yang berkenaan dengan isu kenaikan harga barang pun sama jugalah, sama erti. Dan dapat pemer, beberapa ADUN yang lain, ADUN, Yang Berhormat yang lain juga membangkitkan soalan ni, iaitu Yang Berhormat ADUN Sungai Lui, Yang Berhormat ADUN Pertang dan Yang Berhormat ADUN Rantau. Jadi maksudnya, kebanyakan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat juga berprihatin, berprihatin dengan isu ini. Jadi Dato’ Timbalan Yang Dipertua, seperti pagi yang saya, saya bagi soalan tambahan, sekarang, kalau kita nak pergi, nak buat sarapan pagilah, satu, sepinggan char kuey tiow, secawan kopi pun sudah hampir 10.00 ringgit. 10.00 ringgit tak boleh tukar lagi. Jadilah ini ialah kita dengar ni masalah dari rakyat jelita, mereka yang bagi tahu. Jadi ini membuktikan mereka dalam kesusahan, kesusahan hidup mereka. dan juga kita menerima aduan juga daripada pembinaan apa ni, pemaju, atau pembinaan kontraktor-kontraktor pembinaan rumah, rumah, menyatakan alat-alat, apa ini, logam sudah naik harga dan mereka pun menghadapi, menghadapi ketegangan ekonomi untuk menjalankan perniagaan mereka. Jadi ini satu contohnya yang kita harus memberi perhatinan.

Contoh kedua saya ingin nak men, membangkitkan di sini. Seperti Parlimen, Ahli Parlimen, pejabat Ahli Parlimen Rasah telah mem, telah menjalankan, melancarkan, melaksanakan beberapa program iaitu Program Jualan Komuniti Ceria Rasah untuk meringankan beban perbelanjaan isi rumah. Jadi Timbalan Dato’ Yang Dipertua, saya difahamkan program ini amat disokong dan dapat, dapat ini sokongan yang hebat daripada rakyat jelita. Sebenarnya kita patut gembira ada sokongan macam ini. Tapi kita boleh dikatakan tidak rela hatilah. Inilah sebab kerana ke, ini apa ini, kesusahan hidup yang, yang menye, menyebabkan penduduk-penduduk setempat, mereka sampai berebut-rebut untuk membeli barangan yang mu, yang murah. Jadi ini ialah satu contoh, satu, satu lagi contoh ialah rakyat dalam kesusahan.

Dan lagi satu Timbalan Dato’ Yang Dipertua, pada 2 – 3 bulan ini, ramai pemohon atau penduduk-penduduk setempat, pengundi DUN kawasan Mambau datang ke pusat khidmat untuk memohon bantuan kewangan. Dan ini, ni, ramai jugak orang selain dari memohon bantuan kewangan, mereka juga memohon bakul makanan. Jadi bakul makanan boleh dikatakan, setiap bulan mereka pun datang ke pusat khidmat untuk dapatkan bakul makanan. Dan bantuan kewangan, kita memanglah, kami selaku wakil rakyat, kita akan semak dulu sama ada betul atau tidak betul. Dan kita ada pergi buat lawatan ke rumah ke rumah. Dan mendapati mereka, mengapa mereka memohon ni bantuan kewangan, kerana mereka nak bayar sewa rumah. Sewa rumah mereka pun tak, tak sempat bayar. Jadi inilah satu, satu contoh lagi, satu contoh lagi ialah rakyat dalam kesusahan. Jadi saya berharap pihak Kerajaan Negeri Pakatan Harapan akan berprihatinlah dan memberi, memberi bantuan kepada mereka.

Jadi, di samping itu, saya ingin nak sentuh sedikit bahawa saya, ni cadangan saya. Saya cadang pihak, Pihak Berkuasa Tempatan seperti yang telah dihujahkan oleh ADUN Seremban Jaya, yang, yang selalu memberi tekanan kepada apa ni, gerai-gerai atau restoran-restoran, kedai-kedai yang melanggar undang-undang, jadi di DUN kawasan saya Mambau juga ada selalu terima aduan jugalah daripada ini pemilik-pemilik kedai yang mengadu bahawa pihak penguatkuasa PBT selalu me, membuat tinjauan dan memberi kompaun kepada mereka. Dan ini amat susah pada ketika pada masa yang kritikal ini. Jadi saya berharap, saya cadangan saya bahawa kalau boleh pihak, pihak PBT, MBS kita hanya bagi amaran sahaja atau bagi notis dan supaya jangan memberi kompaun terlalu, terlalu berat kepada mereka dan menambah kesusahan mereka. Jadi ini cadangan saya. Dan saya rasa kebanyakan rakyat di Negeri Sembilan, mereka pun ada rasa perubahan, perubahan di sekeliling di, di kawasan di seluruh kawasan Negeri Sembilan. Ini ialah, ini ialah satu tindakan yang amat, amat cerdik sekali dan saya ingin nak mengambil kesempatan ini memberi apa ni, memberi, mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang di, di bawah pimpinan Menteri Besar dan pimpinan Exco, barisan pimpinan Exco sekalian. Jadi dan saya berharap pengurusan se, semasa, semacam ni boleh diteruskan pada masa yang akan datang.

Jadi ini yang, akhirnya yang saya ingin ucapkan, ini hal, untuk ucapan apa ni, untuk usul ini, dan saya sokong. Saya sokong apa yang di, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Chennah tadi. Terima kasih Dato’ Yang, Dato’ Yang Dipertua.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Mambau. Yang Berhormat yang nak ambil bahagian. Silakan, Seri Menanti. Seri Menanti. Jangan gaduhlah.

Tak ada gaduhlah, kita baik, jiran. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Pertamanya saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri terutamanya Chennah kerana telah membawa usul untuk kos sara hidup yang mana dalam keadaan masyarakat atau rakyat yang tertekan ya, dengan kenaikan sara hidup sekarang ini, kita mengambil satu langkah untuk mengurangkan beban mereka dalam mereka mengharungi suasana yang tidak menentu ni. Dan ingin saya tegaskan bahawa kenaikan harga barang ni sebab bukan Barisan Nasional, seperti sebut tadi. Harga barang ni seluruh dunia naik. Singapore lagi naik. Inflasi di Singapore lebih tinggi daripada Malaysia. Indonesia inflasi lebih tinggi daripada Malaysia. Begitu jugak di, di apa, di Amerika, dia lebih tinggi daripada Malaysia. Jadi janganlah ya, perkara yang sepatutnya kita membela rakyat, kita politikkan.

Jadi sebab tulah apabila disebutkan oleh YB Chennah tadi ya, kita mengambil ketetapan untuk memberi sokongan ya, kepada langkah kerajaan dengan saya fikirkan ada beberapa perkara lagi kita perlu tambah ya. Dalam yang disebutkan tadi iaitu ya, kita mem apa, me, menyekat atau, ataupun, erti kata lain tidak menaikkan ya, sebarang kenaikan pada cukai dan jugak ya, perkara-perkara yang terlibatlah. Dan saya ingin tambah lagi iaitu salah satunya denda kepada cukai. Lewat bayar cukai, kita kena denda. Dan denda ini dikurangkan. Sekurang-kurangnya kita dapat menahan ataupun mengekang beban kepada golongan-golongan ataupun rakyat yang ada dalam apa ni, di Negeri Sembilan ini. Bagi saya ini tidak melibatkan apa tu, kutipan hasil. Itu yang disebut oleh yang Berhormat Rantau tadi ya, yang mana kita tak sampai pun 100%, hanya 80, 80% je tadi ya, 83% kalau tak silap saya ya. Dia tak menjejaskan itu ya. Yang mana ia memberikan sedikit nafas ya, kepada rakyat kita kepada masyarakat kita yang terutamanya yang berada di kampung. Dengan tambahan seperti saya kata tadi, iaitu ya, me, apa ni, me, membatalkan jugak bayaran lewat ataupun denda lewat ya, untuk tahun ni ya, kepada pembayar-pembayar cukai ini bagi saya adalah satu langkah yang baik jugak. Dan kalau disebut jugak inflasi tadi. Saya dah kata tadi, seluruh dunia, seluruh dunia mengalami inflasi ya bukan negara kita. Seluruh dunia akibat daripada serangan pandemik COVID-19, maka yang semua, yang apa ni, semua tersasar ya, daripada apa yang telah dirancang, apa, yang telah dirancang oleh negara ini.

Dan saya juga ingin mencadangkan iaitu jihad ekonomi yang disebut oleh pemimpin kita. Seperti fasa 1 tadi dia punya kaedah iaitu jualan murah Keluarga Malaysia, jualan murah Keluarga Malaysia kan betul tak? Dia lebih kurang kan, jualan murah Keluarga Malaysia kan? Jadi, yang mana kita perkenalkan pada setiap DUN ya, bukan saja DUN-DUN di bawah Barisan Nasional, tetapi jugak ya, di DUN, di DUN yang PH jugak ya, diperkenalkan ya, program yang seumpamanya ini, yang tadi diakui tentang manfaat dia ya, kepada masyarakat. Jadi ini kita perlu perluaskan sama. Jihad orang tengah jugak, iaitu yang mana saya nak ambil contoh, harga sayuran. Harga sayuran, untuk makluman Timbalan Yang Dipertua, kalau di tempat saya harga limau kasturi ya, diambil oleh orang tengah dengan harga 2.00 ringgit, ataupun 2.50 ringgit. Tapi di pasaran, yang kita tengok dijual dengan harga 7.50 atau 8.00 ringgit. Bermakna orang tengah, orang tengah dapat 5.00 ringgit keuntungan dia. Lagi besar daripada pengusaha ataupun pengusaha sayuran tadi ya. Dan ini yang perlu kita, kita tangani ya. Itu yang saya sebut tadi, jihad orang tengah. Saya harapkan ya, kita punya Exco pertanian ya, boleh mengambil langkah untuk macam mana ya, kita boleh mengurangkan ya, peranan orang tongah ya, di dalam apa ni, dalam ekonomi orang kampung tadi. Banyak lagi kalau saya nak ambil contoh ya, yang mana harga jualan ya, yang dibuat oleh orang kampung, yang mana 5 tahun dulu, harga yang sama, sehinggalah sekarang ya. Kalau kita tengok jagung dijual di pasaran ya, dua, dua, dua, apa, dua, dua, 2 ketul jagung ya, 2 ketul jagung ya, di pasaran gred A – 5.00 ringgit. Tetapi ya, orang tengah ya, membeli pengusaha jagung tadi, yang penanam jagung tadi hanya dengan apa ni jumlah 83 sen. Jadi 2, maknanya [ringgit]1.66 sen. Berbanding dengan dia, mereka jual tadi, 5.00 ringgit. Jadi kita, kita melihat bahawa peranan orang tengah, orang tengah memainkan peranan untuk meraih keuntungan yang cukup tinggi, yang menyebabkan harga pasaran melambung. Yang menyebabkan jugak ya, kita ya, pembeli yang terpaksa membayar dengan harga yang tinggi.

Jadi selain daripada kita mengurangkan ataupun apa tadi, tidak menaikkan cukai, cukai tadi ya, di dalam negeri tadi, kita jugak hendaklah sama memainkan peranan iaitu untuk memerangi ya, orang tengah tadi supaya kita punya harga pasaran, harga ditentukan oleh pasaran. Saya nak ambil contoh, ayam yang satu ketika sampai 12.00 ringgit satu kilo, 12.00 ringgit lebih satu kilo. Apabila harga diapungkan, apabila AP dibuka ya, maka walaupun ada kartel-kartel yang berperanan, tapi mereka tidak dapat melawan ya, pasaran yang telah dibuka ni, yang berlaku lambakan ya, di dalam negara kita. Hasil dia, bukan sahaja disebut oleh Chennah tadi dalam [ringgit]9.60 sen tadi harga siling tadi, tetapi kita boleh lihat sekarang, harga ayam lebih rendah lagi, rendah daripada 8.00 ringgit dan boleh kita dapati sekarang ini ya, di pasaran. Ini contoh ya. Yang mana tadi, betul tak kan? Yang mana tadi bahawa peranan orang tongah tadi, peranan kartel tadi yang telah memanipulasikan kita punya ekonomi negara, pasaran kita yang menyebabkan pengguno terpaksa menanggung ya, menanggung kenaikan harga barang ini. Jadi, kenaikan harga barang ini bukanlah ya, disebabkan oleh tadi, oleh, ditentukan oleh kerajaan.

Kehilangan minyak tadi, subsidi minyak ya, heboh ya, kita tengok dalam, dalam surat khabar ya, minyak kita yang disubsidikan banyak di Danok ya, banyak di Padang Besar, banyak di Hatyai ya, banyak, minyak, minyak masak yang disubsidikan. Ini sebenar dia kita perlu salahkan penguatkuasaan kita. Lomah penguatkuasaan kita. Kita salahkan kepada apa tu, apa, pe, penyeludup. Kita tak boleh salahkan penyeludup, Yang Dipertua. Penyeludup ni memang kojo eh menyeludup barang. Kalau dia tak menyeludup, dia tak ada kerja. Betul tak Dato’ Dipetua? Betul tak? Kalau penyeludup, dia tak buek kojo ni, dia tak masyuk. Betul tak? Tak ada gaji dia. Jadi gaji dia adalah hasil dari dia bekerja tadi, menyeludup. Tapi yang kito ni, penguatkuasa kita ni ontok ni apa hal, kan. Diam je, tak ambil tindakan. Jadi banyaklah subsidi-subsidi tadi, yang dikeluarkan oleh kerajaan tadi diraih oleh orang asing. Oleh orang luar. Ini jugak ya, kita perlu ambil perhatian ya, di negeri ini, supaya tidak berlaku perkara-perkara begini ya, di, di negeri kita.

Jadi, apa yang saya cadangkan ni tadi, satu lagi iaitu cadangan agar kita beri bantuan terus ya, kepada rakyat yang memerlukan sekarang ini. Ramai rakyat yang memerlukan seperti yang disebut oleh, alahai rakan saya Seremban Jaya dah keluar pulak, yang disebut oleh Seremban Jaya tadi. Saya akui ya. Bukan saja Seremban Jaya, tetapi saya ingat semua dia termasuklah Yang Amat Berhormat Sikamat ya, menerima kunjungan daripada golongan-golongan yang tidak berpendapatan, datang jumpa kita. Kita sebagai rakyat ya, tak ada cerita lain dah kita bantulah dia, kenalah bantu dia. Ni saya tak sebut yang tadi. Jadi, peranan kita sebenarnya Kerajaan Negeri besar lagi ya, untuk membantu mereka ini. Sebab itu saya mencadangkan supaya kita memberi terus bantuan ya, kepada apa ni, mereka-mereka yang memerlukan ini. Walaupun kita, saya tahu kita ada Baitulmal yang membantu asnaf dan sebagai dia, tetapi ramai lagi ya, golongan B40 ini yang perlu kita bantu lagi.

Dan, Dato’ Yang Dipertua, itulah cadangan saya tadi. Tambahan ya, daripada apa yang telah diusulkan oleh YB Chennah tadi ya, supaya kita dapat apa ni meringankan kos sara hidup ya, rakyat kita terutamanya di dalam Negeri Sembilan ini. Dan bagi saya ya, di DUN Seri Menanti, saya akan melihat bagaimana kesusahan dan kepayahan yang berlaku. Bukan sahaja oleh kos kenaikan sara hidup ya, tetapi dengan, dengan apa ni, dengan bencana-bencana yang menimpa ya, di kawasan saya tadi yang menyebabkan ya, mereka lagi susah lagi. Dalam soalan saya tadi, saya sebut jugak ya, dalam soalan saya, lisan tadi, tapi tak di, tak di apa, tak dapat diutarakan ya, saya sebut jugak tentang berlakunya banjir lumpur ya, yang menyebabkan kerosakan harta benda di rumah dan sebagainya, yang sepatutnya tidak berlaku pun ya. Disebabkan oleh ya, ada apa ni, ada pengusaha yang menarah ya, yang menarah tanah-tanah bukit ini, gondol bukit di, bukit di, di, dibuatnya. Akhirnya bila hujan ya, telah membawa lumpur, banjir lumpur telah berlaku dan menyebabkan orang yang duduk di bawah ya, di bawah kaki-kaki bukit ini menerima padah. Jadi ini jugak ya, satu apa ni, satu perkara yang perlu kita ambil perhatian, yang kerajaan perlu ambil perhatian ya, yang mana ia menyusahkan rakyat kita. Saya ingat bukan saja berlaku di Seri Menanti. Banyak tempat-tempat yang berlaku ya, perkara-perkara macam ni ya, kerana kerakusan tadi ya, pengusaha yang cuba mengaut keuntungan dengan kerja-kerja yang mudah tadi. Dan saya harapkan jugak ya, kita Kerajaan Negeri dan penguatkuasa kerajaan di negeri ya, mengambil tindakan supaya kita dapat aman. Kita dapat hidup dengan selesa. Bukan sahaja kita mendapat, dapat membantu dari segi kos sara hidup tadi, tapi kita dapat membantu dari segi kebahagian keluarga yang di dalam ya, negeri kita ini.

Jadi Dato’ Yang Dipertua, saya rasa itu sahaja. Dan saya ucapkan sekali berbanyak terima kasih ya, tahniah kepada apa ni, Chembong dan saya dengan itu menyokong ya, usul kos sara hidup yang telah dikemukakan tadi. Terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Chennah-lah.

Chennah. Terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Seri Menanti. Saya mintak terus Yang Berhormat Johol.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang Dipertua Dewan. Pertamanya saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kebenaran dan jugak, diberikan peluang untuk bersama-sama membahaskan usul yang telah dibawa oleh Chennah pada pagi tadi berkaitan dengan usul berkaitan dengan kos sara hidup dan jugak tekanan hidup rakyat yang kita sedia maklum pada akhir ini memang begitu ketara sekali. Jadi kita sedia maklum perkara ini berlaku adalah disebabkan rentetan daripada wabak pandemik COVID yang kita telah alami satu ketika dahulu, 2 tahun yang lepas dan rentetan daripada pandemik ini masalah kos sara hidup ya, masalah bencana alam telah menyebabkan satu, kesusahan akhir-akhir ini kepada rakyat begitu ketara sekali. Bercakap soal kos sara hidup ini, kita tidak nafikan sebenarnya dalam keadaan inflasi yang begitu orang kata tu, peningkatan di seluruh dunia, tetapi kita di Malaysia ini alhamdulillah kan, masih lagi berada daripada tahap, pada tahap 3.5% dibandingkan negara-negara lain, mahupun seperti mana rakan-rakan saya bercakap awal tadi, di seluruh dunia ya, mahupun di Eropah, di negara-negara kuasa besar, kadar inflasi ini meningkat begitu tinggi sekali.

Jadi, pada, bercerita soal kenaikan harga barang ini, sebenarnya kita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, yang telah banyak melakukan inisiatif-inisiatif khusus untuk membantu rakyat yang terkesan akibat daripada masalah inflasi ini. Jumlah yang diperuntukkan, subsidi yang telah diumumkan oleh Yang Amat Perdana Menteri sebanyak 77.3 bilion untuk subsidi bersasar. Satu jumlah angka yang begitu besar, yang sedikit sebanyak boleh membantu rakyat yang terkesan. Jadi kalau nak dibandingkan usul yang kita cakapkan pada, yang apa yang dibentangkan oleh Chennah pada pagi tadi, nak dibezakan usul ini dengan jumlah angka 77.3 bilion yang telah diumumkan oleh Yang Amat Perdana Menteri, saya rasa apa yang dikatakan oleh Chennah itu, hanyalah sebahagian kecil sahaja, peratusan yang kecil sahaja daripada jumlah apa yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu rakyat.

Kita sedia maklum Kerajaan Persekutuan juga telah banyak orang kata tu, insentif-insentif lain seperti pengecualian PTPTN ya, dengan mengadakan satu jawatan kuasa ya, jihad inflasi dan banyak perkara-perkara yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan khususnya untuk mengekang dan jugak yang utamanya ialah untuk membantu rakyat yang begitu terkesan seperti mana yang dikatakan oleh ramai ahli-ahli Dewan tadi, sebelum saya berucap ini.

Jadi Dato’ Yang Dipertua kan, bercakap soal inflasi ni jugak kan, saya menyokong penuh apa yang dikatakan Chennah tadi, kerana terpaksa orang kata tu, bercakap soal kesaksamaan kita kan. Dari segi pembangkang ke, dari segi kerajaan ke, bila bercakap soal inflasi, masalah rakyat ini, kita tidak boleh lari, kita harus bersama untuk menangani apa yang dihadapi oleh rakyat ketika ini. Ramai jugak yang berkata tadi kan, ada jugak yang berkata soal apa yang dikatakan oleh inisiatif yang telah dicadangkan oleh Kerajaan Negeri iaitu berkaitan dengan cukai, sewa ya, dan jugak caj di bawah Pihak Berkuasa Negeri dan jugak Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi nampaknya usul ini dia lebih tertumpu kepada usaha Pihak Berkuasa Negeri yang mungkin rata-ratanya terlibat ialah kawasan-kawasan yang di bawah Pihak Berkuasa Tempatan. Boleh dikatakan bandar, dan mungkin yang, apa yang disentuh dalam usul ini tidak, orang kata tu, secara mikronya pergi ke kawasan luar bandar yang mungkin di bawah bukan orang kata tu, Pihak Berkuasa Tempatan dan jugak kawasan-kawasan yang terlibat dengan seperti Pejabat Daerah dan lain-lain lagi.

Jadi saya mencadangkan supaya dalam kita bercakap soal membantu ini ya, memang akhir-akhir ini contohnya di kawasan saya di Johol kan, saya melihat bila bercakap soal sara hidup, rakyat jugak tertekan dengan perkara-perkara yang melibatkan bencana ya. Seperti di Johol dah 3 kali bencana. 18 haribulan 12 banjir, 1 haribulan 1 banjir, dan jugak 16 haribulan 5 tahun 2022 banyak kawasan di Johol jugak terkesan dengan banjir. Saya tertarik apa yang dikatakan oleh Labu tadi ya, bila ADUN Kota mengemukakan soalan berkaitan dengan banjir di kawasan apa ni, air Pabai di Rembau kerana kawasan itu jugak sebenarnya bersebelahan dengan kawasan Kuala Pilah ya, kawasan Kuala Pilah jugak terkesan. Dan saya mendengar jawapan yang dijawab, dikemu, yang di, diterangkan oleh Labu tadi, maklumkan dia mengaku ada pembukaan-pembukaan hutan ya, melalui drone yang telah digunakan untuk mengenal pasti kawasan-kawasan yang terlibat, mungkin ada pembalakan haram. Jadi saya amat berharap kepada Kerajaan Negeri, saya berada di lapangan ketika banjir itu, dan saya jugak menerima maklumat daripada agensi-agensi yang, orang kata tu, yang terlibat terus dengan banjir seperti JPS ya, mengatakan bahawa di hulu sungai ada lumpur-lumpur yang tidak sepatutnya ada ya. Jadi bila ada lumpur di hulu sungai ini bermakna ada pembukaan-pembukaan tanah di kawasan hulu sungai. Pembukaan tanah ini, saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya Jabatan Hutan dan jugak agensi-agensi yang berkaitan supaya diadakan satu peraturan yang khusus sebabnya saya dimaklumkan, saya difahamkan pembukaan hutan ini kadang-kadang dia tidak berskala besar, tetapi hanya berskala kecil. Berskala 2 ekar, berskala 4 ekar. Jadi bila, walaupun berskala kecil 2 ekar ataupun tidak, pembukaan secara total hutan itu, tetapi akibat daripada pembukaan tanah itu sebenarnya ada effect-nya kepada aliran sungai di hulu. Jadi saya amat berharap kepada Kerajaan Negeri supaya memantau perkara ini supaya perkara ini tidak kurang, berulang lagi.

Jadi, soal, cakap, balik kepada usul kita iaitu usul berkaitan dengan sara hidup ini kan. Saya ingin menarik perhatian Dewan ya. Jadi, unjuran bajet tahun 2022 ya, Kerajaan Negeri memaklumkan iaitu defisit sebanyak 122 juta ya. Unjuran bajet tahun 2021 kan, 120 juta. Unjuran bajet tahun 2020 kalau tak silap saya 88 ya. Haa ya, defisit ya. Dan total ialah lebih kurang 200 juta. Tapi dalam usaha kita nak mengawal kos sara hidup ini kan, saya jugak nak bertanya kepada Kerajaan Negeri kan, kita bercakap soal nak membantu rakyat dari segi yang terkesan, tetapi saya nak bertanya jugak apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan pendapatan negeri. Ini penting jugak. Kita cerita nak bantu orang, tetapi sebenarnya keadaan kantung kita semakin lama semakin berkurangan. Sebabnya ramai mencadangkan tadi ada cadangan yang mengatakan kita apa ni, tak payah kutip sewa ya, kita tak, kita, kita batalkan saman. Betul kita batal saman. Itu bagus sebenarnya, itu dekat di hati rakyat. Tetapi kepada Kerajaan Negeri, seharusnyalah ada satu mekanisme sebagaimana nak mempertingkatkan defisit yang telah kita alami ni, dan saya bimbang dalam bajet yang akan dibentangkan pada tahun, untuk tahun 2023 kita masih berada defisit yang lebih tinggi lagi.

Jadi Dato’ Yang Dipertua ya, sebenarnya banyak rakan-rakan saya dah bercakap soal bagaimana nak membantu sebab matlamat kita kan, ialah untuk membantu rakyat. Program-program yang telah kita adakan, Program Jualan Keluarga Malaysia ya. Saya jugak ingin menarik perhatian ya, kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri yang ada di kawasan-kawasan kan. Dalam kita bercakap soal inflasi, soal sara hidup ini kan, seharusnyalah pemimpin-pemimpin tempatan, Kerajaan Negeri, kalau kami pemimpin Persekutuan kami ada JPKKP kami. Tetapi saya menyeru kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri, dalam keadaan kita bercakap soal inflasi, soal kos sara hidup yang meningkat, tetapi apa yang saya tengok masih lagi kita bercakap soal politik itu masih lagi menebal di ka, di, di kalangan agensi-agensi negeri ini. Baru-baru ini kita terima bahawa banyak imam-imam ya, yang terlibat dalam JPKKP diarahkan meletak jawatan dalam keadaan mereka, orang kata tu, kita berdepan dengan satu masalah utama, tetapi kita dibebani dengan isu-isu yang lain kan. Ini sebenarnya, dalam keadaan kita nak bersama, saya rasa, benda ini tidak sepatutnya berlaku.

Jadi Dato’ Yang Dipertua, saya tidaklah nak mengambil masa yang panjang dalam membahaskan usul ini selain daripada menyokong usul yang telah bawa oleh apa ni, oleh Chennah tadi. Jadi saya jugak nak mencadangkan agar usul ini sebenarnya, seperti mana yang saya kata awal tadi, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan satu jumlah yang tinggi, 77.3 bilion untuk membantu rakyat, sedangkan usul ini hanya bercakap soal orang kata tu, mengurangkan, membekukan kadar, kadar sewa, kadar caj di bawah PBT ya. Adalah lebih baik sebenarnya dalam isu kita bercakap soal ke, kesah, apa ni, kebersamaan kita ini, usul ini kita tambah jugak kan. Kita bercakap soal usul ini, tetapi kita tambah lagi, kita menyokong usul, usul ini apa ni, masalah ini dan kita, kita tambah menyokong jugak usaha yang telah dibawak oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan jugak Kerajaan Persekutuan dalam menangani kos sara hidup yang meningkat ketika ini. Jadi itu saja Dato’ Yang Dipertua, saya mohon menyokong, terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Johol. Saya mintak siapa lagi 2 orang boleh ambil bahagian. Siapa nak? 2 orang lagi. Sungai Lui.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Terima kasih kepada Dato’ Yang, Dato’ Timbalan Yang Dipertua, kerana memberi peluang kepada Lui untuk mengambil peluang dalam perbahasan pada kali ini. Hari ini dalam usul yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Chennah tadi, iaitu berkenaan tentang kos sara hidup dan juga inflasi ya, di mana YB DUN Chennah mengakui tentang kesan ekonomi pada kali ini, bukan sahaja disebabkan oleh, bukan sahaja berlaku di dalam negara kita malahan ya, yang menjadi masalah global ataupun dunia di mana kesan daripada, daripada peperangan antara Rusia dan juga Ukraine dan juga kesan daripada COVID-19. Justeru itu, pada kali ini kita bersoli, bersolidariti untuk kita berbincang dan mencari jalan bagaimana untuk kita membantu rakyat kita khususnya di Negeri Sembilan ini.

Yang menjadi isu nombor 1 ya, pada kali, pada negara pada hari, kali ini iaitu kita dapat lihat kesan daripada peperangan, kesan daripada COVID ni di mana rakyat hidup dalam keadaan sukar pada hari ini disebabkan oleh kenaikan harga barang dan juga kadar inflasi yang kita alami ya, di mana kalau kita tengok trend harga barang, kepenggunaan kita dari semasa ke semasa ya, mengalami peningkatan ya. Mengalami peningkatan sama ada kalau kita tengok ya, kalau dulu teori-teori yang kita dengar dulu, ada GST ke tak ada GST, SST ke, tetap barangan naik di mana yang akhirnya menjadi ke, menjadi masalah ataupun menjadi isu di mana pelbagai masalah. Akhirnya pelbagai masalah sosial yang berlaku pada ketika ini.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya di sini merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mana telah memperkenalkan Kerajaan Keluarga Malaysia di mana produk-produk Keluarga Malaysia yang kita, yang ada pada hari ini di mana di dalam kita membantu untuk kita mengurangkan kesusahan rakyat yang berlaku pada hari ini dan termasuk ya, di mana pendekatan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada MoU bersama dengan Parlimen, pembangkang sebagainya, di mana kalau kita tengok hari ini, daripada MoU tu, semua Ahli Parlimen ada bajet dan sebagainya. Dan bajet ini digunakan untuk, dalam keadaan untuk kita membantu rakyat dalam keadaan kesusahan hari ini. Dan seperti yang diperkatakan oleh ADUN Chennah di mana, tahniah juga kepada KPDNHEP di mana jualan Keluarga Malaysia yang telah diperkenalkan dan ada di kadang, di kalangan Ahli Parlimen bukan sahaja Ahli Parlimen kerajaan malahan Ahli Parlimen pembangkang yang menggunakan peruntukan mereka untuk bagi subsidi kepada jualan Keluarga Malaysia. Dan ini diakui bahawa melalui Program Jualan Keluarga Malaysia ni dapat membantu di dalam kita me, mem, sama ada kita mem, memberi stok bekalan. Pada satu ketika stok bekalan minyak masak bersubsidi dalam keadaan yang sukar satu ketika dan melalui jualan Keluarga Malaysia kita dapat stok, kita dapat bekalkan stok-stok minyak masak terutama dalam kita nak menghadapi musim-musim perayaan pada satu ketika, pada satu ketika itu ya. Dan ini kita perlu akui bahawa keberkesanan program-program yang telah dilaksanakan melalui pucuk pimpinan kita iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kitalah.

Dato’ Yang Dipertua ya, bagi kami, bagi kami kawasan DUN Sungai Lui terletak dalam kawasan Parlimen Jelebu dan Parlimen Jelebu ni kawasan agropolis. Di kawasan Parlimen Jelebu kita ada beberapa kawasan yang kita boleh bagi tumpuan iaitu kita ada pusat pengeluar makanan kekal kita yang, produk-produk yang kita ada. Ini perlu kita teruskan untuk kita menjadikan ataupun menyahut cabaran dan juga hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan seba, Negeri Sembilan Food Valley ni ya. Kalau kita tengok, daripada soalan lisan, soalan bertulis yang saya kemukakan ya, penglibatan golongan belia ataupun anak-anak muda di Jelebu ya, kalau kita tengok statistiknya di sini, 2022 kita hanya ada 3 orang, jumlah belia yang menceburi, golongan, bidang pertanian ni, dan kalau kita, harapan kita supaya penglibatan golongan belia ataupun golongan muda ni kita tambah melalui program-program yang boleh kita bantu golongan anak-anak muda ni untuk mereka jadikan sebagai, pertanian sebagai satu perniagaan. Pertanian yang boleh mem, memberi pulangan ataupun pekerjaan utama memberi pendapatan kepada anak-anak muda ni khususnya. Di Jelebu ataupun kawasan felda ni, kita ada pelbagai, pelbagai kemudahan terutama bagi kawasan felda khususnya, kita boleh buat penumpuan, kita ada padang-padang ragut yang percuma, yang luas. Yang perlu kita buat adalah sokongan dan galakan ya. Sokongan dan galakan kepada anak-anak muda yang menceburi bidang-bidang pertanian, bidang-bidang ternakan ini supaya mereka boleh kita kumpul dan kita bagi cadangan, kita bagi bimbingan kepada mereka untuk mereka melakukan aktiviti-aktiviti ini dengan sistem yang betul, yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan pada mereka pada satu ketika nanti.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua ya, dalam keadaan susah ya, hari ini ya, saya nak bawak satu isu di Air Hitam baru-baru ini ada penguatkuasaan iaitu mengosongkan premis kerajaan ya, yang telah diusahakan sejak sekian lama. Orang dah berniaga 30 lebih tahun, dapat notis. Dan mereka dalam keadaan sukar ya, dan dalam keadaan susah. Makna mereka terpaksa dalam notis tu kena mengosongkan, kena mengosongkan premis yang, yang ada tersebut disebabkan di, di apa, dilakukan dalam kawasan tanah kerajaan ya. Dan benda ni dah lama. Dah 30 lebih tahun. Hari ini mereka terpaksa mengosongkan premis perniagaan dan sebagainya, situ ada balai, kita ada orang buat kimpalan besi dan sebagainya, mana mungkin dalam keadaan kita ber, dalam notis tu perlu mengosongkan bangunan tersebut, ataupun premis tersebut pala, tarikh akhirnya 8 haribulan ni, dah 8 haribulan. Kalau boleh saya mintak pertimbangan daripada Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga PBT ataupun Pejabat Tanah supaya kalau kita nak suruh dia keluar pun, bagi tempat premis perniagaan ataupun kita tangguhkanlah dulu penguatkuasaan yang ingin diambil ini.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya jugak nak bawak tentang penternak-penternak. Nasib penternak-penternak di kawasan pinggir-pinggir bandar. Kita ada, kadang-kadang mereka dalam keadaan sukar. Padang ragut yang tak ada, duduk di pinggir-pinggir kampung ataupun pinggir-pinggir bandar ni, lembu ya, yang berkeliaran di, akan diambil tindakan oleh PBT. Tetapi mana mereka nak letakkan lembu-lembu ataupun binatang ternakan mereka. Dan kita harap supaya penternak-penternak ini jugak dibantu, diberi khidmat nasihat ataupun dibe, ataupun ada kawasan ragut yang boleh mereka gunakan, dekat arahkan, binatang ternakan mereka untuk, untuk mereka meneruskan khid, kegiatan ekonomi sara hidup yang dilakukan di, di satu kawasan-kawasan kampung, di kawasan pinggir-pinggir bandar.

Dan ada jugak ada rungutan. Saya tak tahu betul ataupun tidak ya. Iaitu padang-padang ragut ada sewaan kepada padang-padang ragut. Ini saya tak tahulah. Kalau ada, dalam keadaan hari ini kita bagi pertimbangan kepada penternak-penternak kecil khususnya. Kalau fidlot ini mungkin okay, tetapi kalau, kalau bagi sara hidup ataupun sara diri dalam keadaan hari ini kita nak kenakan sewa dan sebagainya tak, kita, kalau boleh kita bantu penternak-penternak ni untuk mereka meneruskan kegiatan mereka. Dan inilah dia punca setahun sekali mereka untuk mereka menambah pendapatan sama ada di musim-musim raya korban dan sebagainya.

Yang seterusnya, saya jugak menyokong penuhlah supaya, sukan permotoran, motocross di kawasan Air Hitam, Air Hitam yang tadi dan seperti dinyatakan tadi, di mana kalau boleh di situ jugak kita mintak sebagai gelanggang ataupun tapak yang tetap sementara tapak tersebut tidak digunakan. Kita bagi kelonggaran dan juga kita bagi peluang kepada anak-anak muda untuk mereka meneruskan kegiatan-kegiatan sukan mereka. Dalam keadaan pada hari ini, lepas mereka bekerja di ladang dan sebagainya, mereka boleh lepaskan tekanan dan sebagainya ya, hari ini dalam keadaan hidup dalam keadaan tekanan, kesusahan mereka, mereka boleh layan motocross dan sebagainya. Dan ini kalau boleh ya, kita masukkan jugak sebagai, dalam kalendar, dalam kalendar permotoran kita di mana Bandar Seri Jempol kita dah masukkan, dijadikan sebagai bandar permotoran. Dan dibawak juga ke sebelah iaitu kawasan Air Hitam sebagai pusat ataupun gelanggang motocross yang kekal di situ sementara tidak ada pembangunan dilakukan di kawasan itu.

Dan untuk itu, lagi satu saya nak bangkitkan di sini jugak ya, Jelebu sebagai pusat agropolis dan kita mintak jugak ya, kita, pembangunan pertanian bertumpu di mana, contohnya di kawasan felda kita bagi penumpuan kepada ternakan dan juga buah-buahan sebagai contoh, sebagai contoh. Sebab apa kalau kita tengok musim-musim rambutan contohnya, banyak lebihan ataupun lambakan yang berlaku di kawasan-kawasan felda ni, di mana kalau kita tengok rambutan ni sampaikan tak berpetik dan sebagainya. Yang ni kalau kita boleh jugak boleh beri penumpuan untuk kita buat sektor hiliran dan sebagainya. Dan saya dengan itu, saya tak berhasrat untuk bercakap panjang dan Lui menyokong.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Sungai Lui. Saya mohon seorang lagi ahli Yang Berhormat boleh ambil bahagian, seorang. Senaling. Thank you.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker di atas kesudian untuk memberikan saya kesempatan untuk bersama-sama membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat daripada Chennah pagi tadi. Untuk makluman, alhamdulillahhirabbil'alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Qala robbisrohlisodri wayassirli amri wahlul uqdatam millisani yafqahu qauli.

Yang berusaha Timbalan Yang Dipertua dan rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan yang sama-sama hadir dalam Dewan yang mulia pada hari ini. Saya sekali lagi mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih di atas kesudian yang, Timbalan Yang Dipertua membenarkan saya sama-sama berbahas. Dan seperti mana juga rakan-rakan saya di dalam Dewan yang mulia ini, saya yakin dan percaya setiap daripada ahli-ahli Yang Berhormat ini amat bersetuju dan mereka mempunyai common goal, matlamat yang sama iaitu bagi memastikan usul yang telah dibentangkan oleh ADUN Chennah pada pagi tadi, disokong secara umumnya. Yang Berhormat Timbalan Speaker, di dalam usaha kita membantu rakyat, saya yakin kesemua pihak sebenarnya berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Sama ada ianya daripada pihak Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri. Jadi di dalam Islam ianya memanglah kita diunjurkan untuk melalukan kebaikan ini dan berlumba-lumba untuk membantu mereka yang kita rasa terkesan dengan peningkatan kos hidup dan inflasi yang sedang berlaku di negara kita sekarang ini.

Dan saya yakin Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat, seperti mana dinyatakan oleh beliau sebentar tadi, dalam penggulungan besok ataupun keesokan harinya, lusa, sudah tentulah akan mengumumkan serba sedikit langkah-langkah yang bakal dan telah diambil oleh Kerajaan Negeri Sembilan bagi compliment dengan, dengan izin, bagi compliment sama-sama membantu Kerajaan Persekutuan membantu rakyat yang terkesan akibat daripada inflasi dan kenaikan kos sara hidup ini.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, kita tahu semua sahabat saya, wakil rakyat tadi telah menyatakan bahawa inflasi dan kenaikan harga barang ini merupakan suatu fenomena global dan semua negara terkesan dan mengalami masalah yang sama. Saya berminat untuk serba sedikit mungkin melihat daripada perspektif, mungkin di antara beberapa punca kenaikan harga barang ini. Dan saya lihat antara puncanya ialah terlalu kebergantungan kita kepada produk-produk import. Sebagai contohnya, Timbalan Yang Dipertua, sebagai contohnya kenaikan harga ayam. Baru-baru ini yang kita lihat kerajaan terpaksa mewujudkan suatu mekanisme jihad team ataupun skuad team jihad inflasi ini di peringkat Kabinet, peringkat negara yang diterajui oleh Kementerian Multimedia dan Komunikasi. Peningkatan harga ayam sebagai contohnya. Kita harus akui bahawa 75% daripada kos membesarkan seekor ayam ini, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, ianya disumbangkan oleh makanan ataupun dedak ayam itu sendiri. Jadi rantai ini kita lihat sukar untuk kita bendung. Dalam keadaan kerajaan pada awalnya memberi pelbagai subsidi, Kerajaan Persekutuan bagi pelbagai subsidi dengan harapan mungkin pengeluar-pengeluar ayam ini ataupun pengilang-pengilang dapat membantu menstabilkan harga ayam ini. Tetapi ianya tidak berlaku.

Alhamdulillah, Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah mengumumkan suatu, saya rasa keputusan yang tidak popular, iaitu menghentikan eksport yang di, di-produce-kan dengan izin, yang dihasilkan dalam negara kita ini ke luar negara. Dan kita lihat keputusan tersebut, walaupun pada mulanya mendapat beberapa kritikan, terutamanya di kalangan stake holders di dalam pengeluaran ayam ini, dengan izin, tetapi akhirnya kita telah lihat ianya telah berjaya serba sedikit mengurangkan harga ayam ini. Jadi ini merupakan suatu perkara yang saya rasa wajar disambut oleh semua pihak, Kerajaan Negeri sambut bersama-sama dan dengan adanya begini, dengan adanya tindakan begini, sudah tentulah ianya akan lebih mempercepatkan negara kita dapat menstabilkan harga ayam dan dalam tidak langsung membantu ya, peningkatan ataupun penurunan kos sara hidup ini supaya anak-anak ataupun rakyat kita mempunyai kuasa membeli yang lebih.

Seperti mana yang dinyatakan oleh Chennah pagi tadi, OPR yang telah diumumkan oleh Bank Negara 2.25 telah mengakibatkan base landing rate ataupun standard landing rate, kadar pinjaman asas bank-bank komersial ditingkatkan. Dengan izin, base landing rate ni telah mengakibatkan ansuran bulanan kita sekarang, saya yakin semua yang ada dalam Dewan ini dah dapat notis pun, daripada pihak-pihak perbankan, pihak bank bahawa kita terpaksa menambah instalment ataupun ansuran bulanan kita, beli rumah dan sebagainya. Ini sebenarnya Timbalan Speaker, akan mengurangkan kuasa membeli rakyat. Kuasa membeli masyarakat. Naa dalam keadaan inilah saya rasa mungkin Kerajaan Negeri boleh membantu memberikan bantuan-bantuan yang terus tersasar kepada orang ataupun golongan harus wajar dibela ini. Golongan B40 contohnya. Kalau Kerajaaan Persekutuan saya rasa banyaklah, nak nyatakan satu-satu, banyak. Dulunya katakan BR1M. BR1M siling dia 2,000.00 seorang dapat. Sekarang ni dinamakan Bantuan prihatian, Prihatin Nasional, seorang dapat 2,600.00 Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker. Jadi itu bantuan Kerajaan Persekutuan. Selain daripada bantuan-bantuan lainlah yang kita bagi ya.

Minggu depan insya Allahu ta’ala, berlapik saya cakap, dalam DUN saya, akan bagi bantuan BPK ini, kita bagi 5,000 orang tunai. Kepada mereka yang terkesan dengan banjir, pasca banjir tempoh hari, kita dah bagi yang pertamanya 1,000.00 ringgit, 2,500.00 insya Allahu ta’ala pada minggu depan kita akan bagi lagi 5,000.00 ringgit seorang. Tidak lain dan tidak bukan, bantuan ini bantuan untuk membantu mereka yang betul-betul terkesan dengan banjir tempoh hari. Haa ini yang saya rasakan tadi, bantuan-bantuan sebeginilah yang saya rasa boleh kita sama-sama bantu, compliment, dengan izin, each other, Kerajaan Negeri boleh melihat perkara ini.

Mungkin, kita mungkin tidak boleh, Kerajaan Negeri mungkin tidak boleh menaikkan mungkin elaun, tetapi mungkin bantuan-bantuan lain. Seperti mana yang dinyatakan oleh Juasseh dan sebagainya tadi, yang mungkin boleh dibantu mereka ini supaya mereka dapat memulakan perniagaan mereka, dalam konteks, dalam tempoh ini, Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya harap PBT memainkan peranan penting dalam tempoh ini, dalam tempoh keadaan kita, kita inflasi dan kadar kenaikan kos yang begitu tinggi ini, kita sama-sama membantu supaya kita mewujudkan keadaan yang friendly untuk mereka ini berniaga. Tadi dicadangkan kalau saman dan sebagainya, samannya mungkin boleh dikurangkan, ataupun dibatalkan, contohnyalah, antara contohnya ya. Ataupun diberikan, sebenarnya pihak penguatkuasa ni ada sebenarnya ada tindakan hukuman caution, dengan izin, beri amaran. Dalam tempoh ini, bagi amaran kepada mereka supaya mereka, yelah kadang-kadang untung satu hari 100.00. Kena saman 200.00 ringgit. Jadi, perkara-perkara begini saya harap ianya memerlukan bantuan daripada semua pihak, contohnya PBT dan mungkin dalam konteks ini Kerajaan Negeri boleh membantu kita bersama-sama melihat perkara ini dengan lebih fokus lagi.

Kita mungkin sebagaimana saya nyatakan tadi, nak bagi bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri, sudah tentulah Kerajaan Negeri ada limitasi yang terhadlah. Bajet yang diumum, bajet ini untuk menghadapi inflasi tidak dinyatakan dulu dalam perbahasan bagi pembentangan bajet untuk tahun ini. Tapi mungkin dengan keadaan-keadaan begini, bantuan-bantuan yang ini, yang bantuan ini berada di dalam bidang Kerajaan Negeri ianya boleh diunjurkan. Contohnya, Yang Amat Timbalan Speaker, Kerajaan Negeri bercakap tentang tanah berada di dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri. Mungkin, saya mohon mencadang di sini, untuk mungkin jangka panjangnya kita perkasakan semula kebun ataupun tanah ladang pertanian yang dahulunya ada dicadangkan semasa zaman pemerintahan BN, saya yakin masih ada juga lagi tapi mungkin dalam konteks ini, Yang Amat Berhoramat daripada Sikamat mungkin boleh perkasakan ladang-ladang ini. Kerana saya bercakap tentang tadi, barangan pengeluaran kita yang kita terlalu bergantung kepada orang luar, negara luar. Dengan adanya mungkin stok makanan ini, stok makanan ini, dengan adanya GLC, tanah-tanah Kerajaan Negeri, tanah-tanah PKNNS yang rasa banyak, dalam DUN saya pun banyak, dalam DUN Senaling ada rizab PKNNS, yang mungkin Kerajaan Negeri boleh lihat ini supaya bantu pengeluar-pengeluar ini memberikan, kalau pertanian bagi bantuan pertanian kepada mereka supaya mereka ini boleh menjadi tempat sumber bagi rakyat di negara sembilan, di Negeri Sembilan ini bagi mencari makan dan serba sedikit seperti mana yang saya nyatakan tadi boleh mengurangkan kebergantungan kita kepada bantuan pihak luar.

Ini saya rasa, saya cadangkan ini supaya jihad kita ini, jihad bersama. Dan jihad ini saya rasa merupakan satu jihad yang akan disambut oleh golongan belia di Negeri Sembilan. Timbalan, Yang Berhormat Timbalan Dato’ Speaker, setakat saya berucap ini, bilangan belia di Negeri Sembilan – 15 hingga 30 tahun umurnya ialah seramai 338,500 orang. Bilangan belia berumur 15 hingga 40 tahun ialah seramai 507,400 orang. Dan ini merupakan data yang diperolehi oleh Institute of Youth Research, dengan izin, Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Belia Malaysia. Ya betul, saya, saya ada dengar Kerajaan Negeri ada bagi bantuan kepada belia, terima kasih. Begitu juga bantuan-bantuan TUNS dan sebagainya, tetapi kalau ikut nisbah ini, nisbah belia yang ada sekarang ini, saya rasa penumpuan kita selepas ini haruslah diberikan kepada golongan ini yang memulakan, yang baru memulakan kehidupan mereka.

Jadi ini mungkin kita boleh melihat perkara ini, mungkin bukan, mungkin bukan di dalam penggulungan Yang Amat Berhormat Sikamat nanti, tetapi mungkin lontaran ini saya, saya berikan mungkin untuk cadangan bajet yang bakal kita, kalau sempatlah, kalau belum pilihan rayalah, Timbalan Speaker ya. Kalau pilihan raya, mungkin cadangan ini dilontarkan supaya masuk dalam pemikiran, in the pull of mind, dengan izin, Yang Amat Berhormat DUN Sikamat supaya ianya dimasukkan peruntukan-peruntukan yang sewajarnya bagi mungkin boleh menambah lagi geran-geran belia yang berada di bawah Paroi dan juga geran-geran ataupun TUNS, bantuan-bantuan TUNS PLUS yang telah dinyatakan oleh ADUN Ampangan dahulu. Jadi mungkin boleh perkasakan lagi. Kalau mungkin seribu. Kalau seribu orang penerima jikalau dibandingkan dengan 507,000 ni. Nisbah ni saya rasa begitu besar lagi. Dan mereka ini perlu bantuan yang saya yakin di peringkat Federal-nya telah banyak bantu mereka. Tetapi seperti mana saya nyatakan tadi, ada bantuan yang boleh dihulurkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, bantuan tanah, di bawah tanah sebagai contohnya, mungkin boleh dibagikan pajakan-pajakan kepada belia-belia ini, melalui cadangan tadi, kebun dan ladang pertanian tetap. Dan mungkin juga bantuan-bantuan yang berada di bawah bidang kuasa PBT ataupun Majlis Bandaraya.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, berkaitan dengan perkara tersebut, saya juga ingin menyentuh sikitlah tentang, tentang apa yang telah dinyatakan oleh Lenggeng pada pagi tadi. Berkaitan dengan tagline-lah. Tagline Kerajaan Negeri “bersih, muafakat, sejahtera” ini ya. Saya bukanlah jenis yang nak menyindir ni. Tetapi bagi saya, saya mohon mungkin Lenggeng boleh bersama-sama saya selepas ini, bila bercakap tentang bersih, muafakat, sejahtera. Ya bersih dari segi rohani dan jasmanilah. Contohnya saya nak bagi kat sini. Laluan Bukit Putus lama contohnya. Sebagai contoh, yang saya lalulah hampir setiap hari. Keadaan jam di bukit, jalan baru ini telah membuatkan kita mengambil jalan alternatif menggunakan jalan Bukit Putus lama. Tapi lihatlah keadaan jalan tersebut. Saya tidak tahu sama ada ianya di bawah JKR Negeri ataupun Persekutuan. Saya tidak tahu. Saya tidak arif tentang itu. Tetapi saya bercakap tentang keadaan di jalan tersebut yang telah menjadi dumping site. Telah menjadi tempat buangan sampah. Sedangkan di atas itu, Yang Berhormat Timbalan Dato’ Speaker, merupakan tempat perkelahan, tempat aktiviti hiking yang menjadi tumpuan rakyat di luar. Gunung Angsi, cuba kita tengok Sabtu Ahad, penuh dan kita lihat plate number, nombor pendaftaran kenderaan ini merupakan nombor pendaftaran dari luar. Rakan-rakan saya sendiri pun selalu tanya untuk datang Gunung Angsi ini sebagai suatu tarikan pelancongan yang saya rasa boleh kita utilize, dengan izin, perkasakan lagi. Tapi cubalah kita lalulah ya, lalu Bukit Putus ni. Sama ada daripada Kuala Pilah …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Senaling …..

Ya, terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Bagi laluan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih. Mengenai jalan di, jalan lama ya, di Gunung Angsi tersebut, kita sedia maklum bahawa jalan tersebut adalah milik Persekutuan ya. Kita dah, sebelum ni kita dah banyak kali mintak supaya diambil tindakan ya, bersihkan. Sebab kawasan tu juga kawasan pelancongan. Dan Kerajaan Negeri telah tulis surat kepada Kerajaan Persekutuan untuk serahkan tanah tersebut ataupun jalan tersebut kepada Kerajaan Negeri. Dan alhamdulillah telah diwartakan kepada 16 Jun oleh Kerajaan Persekutuan untuk serah kepada Kerajaan Negeri. Dan Kerajaan Negeri sekarang dalam kita menerima kita akan buat banyak kerja-kerja di kawasan tersebut, insya Allah dalam masa terdekat.

Terima kasih, response ataupun pencerahan daripada Yang Amat Berhormat daripada Sikamat sebentar tadi. Terima kasih Yang Amat Berhormat. Okay itu tentang jalan. Itu saya tanya sama ada, saya sendiri pun tidak pasti, sama ada ianya di bawah, jalan di bawah JKR Negeri ataupun persekutuan. Tetapi ingin saya nyatakan di sini, ialah tentang pembuangan sampah itu. Pembuangan sampah. Saya rasa ianya sudah tentulah berada dalam bidang kuasa Majlis Bandaraya Seremban. Tidak mungkin ianya berada dalam Majlis Daerah Kuala Pilah.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, saya, mengenai pembuangan sampah di kawasan tersebut, kita telah adukan banyak kali. Dan kawasan tersebut bukannya kawasan Majlis Perbandaran tetapi kawasan Pejabat Daerah Seremban, Kuala Pilah ya, Kuala Pilah dan Seremban, di sempadan, dan dua-dua kawasan ini. Dan kita telah minta SWCorp untuk ambil tindakan ya, kerana dia yang ada punca kuasa untuk saman tetapi masih lagi berlaku. Dan saya berharap bahawa SWCorp dapat melaksanakan tanggungjawab mereka. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Sikamat, saya haraplah tindakan proaktif dan segera yang mungkin boleh dibuat oleh agensi-agensi yang berwajib ini. Kerana seperti mana yang saya nyatakan tadi, kawasan ini kawasan tumpuan. Dan apabila kita lihat ianya dah jadi tempat buangan sampah, saya rasa seseorang ataupun satu agensi mestilah ambil take ownership dengan izin, dengan apa yang berlaku ini. Dan saya ucap terima kasih atas tindakan tersebut.

Yang Berhormat Timbalan Dato’ Speakar, saya sekali lagilah menyokong apa juga ataupun usul-usul yang telah disampaikan oleh Chennah pada pagi tadi. Dan saya harap dan saya yakin bahawa matlamat kita, niat kita ialah untuk memastikan masyarakat ataupun rakyat kita terbela dan kita ucap terima kasih. Saya ambil kesempatan ini ucap terima kasih in-advance, dengan izin, mungkin dengan apa yang akan diumumkan oleh ADUN Sikamat dalam penggulungan. Dan juga tidak terhingga juga ucapan terima kasih saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah begitu proaktif dan begitu sensitif dengan masalah ataupun masalah permasalahan yang melibatkan masyarakat dan rakyat di negara kita ini. Saya dengan itu Senaling mohon menyokong. Terima kasih.

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Senaling. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar saya akan menangguhkan persidangan. Sesi perbahasan usul ini akan disambung semula pada hari Rabu; 10 Ogos 2022 bersamaan 12 Muharram, 1444 Hijrah mulai jam 10:00 pagi. Sekian, terima kasih. Dewan ditangguhkan.

[Persidangan ditangguhkan pada jam 4.58 petang]