Negeri Sembilan · 11 December 2025

15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting (Budget) · 185 turns · 27,054 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Bacaan Doa

Setiausaha Dewan

Susunan mesyuarat, perkara pertama, bacaan doa.

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat, Dato’ Yang Dipertua Dewan. Susunan mesyuarat perkara pertama, bacaan doa.

[Setiausaha Dewan telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassalatu wassalamu ala ashrafil ambiyaa iwal mursalin waala aalihi wasahbihi ajma'in. Raditubillahi rabba wa bilislamidina wabimuhammadin nabiya warasula. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan Pencipta Alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Utama Haji Amuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Yang berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, hadirin dihormati sekalian.

Alhamdulillah, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke sidang mesyuarat bagi Persidangan Ketiga Belanjawan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang ke-15. Hari ini, 11 haribulan Disember, merupakan hari ke-5 persidangan. Di sini saya ingin memaklumkan berkenaan ketidakhadiran Yang Berhormat ADUN Rantau, tidak dapat hadir pada hari ini kerana menjalankan tugas rasmi di Parlimen. Yang Berhormat, ADUN Chennah, tidak dapat hadir pada hari ini eh, pada hari semalam dan hari ini kerana perlu menghadiri program di peringkat Kementerian. Sebagai mana maklum, sesi penggulungan akan disambung semula pada hari ini. Saya berharap agar semua Ahli-Ahli Yang Berhormat

dapat memberi sepenuh perhatian kepada jawapan-jawapan yang akan dikemukakan oleh barisan EXCO berhubung isu-isu yang telah dibangkitkan di dalam sesi perbahasan yang lalu.

Hadirin sekalian, sebagai mana biasa, saya ingin menyeru kepada semua hadirin untuk agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan dan perintah-perintah tetap Dewan serta tata kelakuan dan etika sebagai Ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekian, terima kasih. Selamat bersidang.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kelima)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga. Pertanyaan-pertanyaan. Pertanyaan-pertanyaan yang berkehendakkan jawapan lisan hari kelima.

Yang Dipertua Dewan

Saya dengan hormatnya mempersilakan ADUN Seremban Jaya.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ saya dulu.

Yang Dipertua Dewan

aaa… baik ADUN Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Okay. Terima kasih kerana saya mohon izin dari Dato’ Speaker. Ahh… terima kasih lagi. Dato’ kasi awal dari Seremban Jaya dan Lukut kerana ada satu lawatan bencana rumah pangsa di Blok B and C Lobak dari JKR. So saya kemukakan soalan nombor satu.

Terima kasih Yang Dipertua, terima kasih YB Lobak. Ada dua soalan daripada YB. Mohon pihak Kerajaan Negeri menyatakan jumlah pesakit mental yang telah direkodkan dari tahun 2021 hingga kini dengan pecahan mengikut daerah. Dan juga nombor dua, apakah pelan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk memperkukuh perkhidmatan kesihatan mental termasuk penambahan pusat rawatan, penyediaan kaunselor, kempen kesedaran serta sokongan kepada keluarga pesakit. Dato’ Yang Dipertua, jumlah pesakit mental yang direkodkan dari tahun 2021 sehingga kini mengikut daerah adalah seperti berikut. Seremban hingga kini ada 11,090 orang. Kuala Pilah 2,456. Port Dickson 2,174 orang. Tampin 1,008 orang. Jempol 1,039 orang. Jelebu 685 orang. Rembau 812 orang. Keseluruhnya adalah 19,264 orang. Data terkini di Hospital Kerajaan bagi Penyakit Schizophrenia adalah seramai 285 pesakit, kemurungan seramai

319 pesakit dan kebimbangan seramai 9 pesakit. Terdapat 3 pusat komuniti kesihatan mental yang dikenali sebagai Mentari di Negeri Sembilan iaitu di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Hospital Port Dickson dan Hospital Tengku Ampuan Najihah Kuala Pilah yang menyediakan perkhidmatan seperti saringan awal, konsultasi pesakit rehabilitasi pesakit mental secara menyeluruh dan promosi kesihatan mental kepada masyarakat.

Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai 3 Mentari di daerah Seremban, Kuala Pilah dan Port Dickson. Mentari juga mengadakan kolaborasi dengan berbagai organisasi seperti PERKESO dan berbagai syarikat swasta di dalam program sokongan pekerjaan Supported Employment dalam membantu pesakit mental yang stabil untuk kembali kepada alam pekerjaan dan seterusnya diterima oleh masyarakat. Selain dari itu program Social Enterprise juga diperkenalkan kepada pesakit mental bagi mendedahkan mereka ke dalam aktiviti perniagaan di samping pembangunan sosial pesakit tersebut.

Aktiviti sokongan kepada keluarga pesakit mental dijalankan secara berterusan sepanjang tahun. Perawatan pesakit ke rumah juga dilakukan oleh unit komuniti psikiatri dari Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Hospital Tengku Ampuan Najihah dan Hospital Port Dickson bagi pesakit psikiatri kronik yang memerlukan perawatan ke rumah. Berbagai program kesihatan mental diperkenalkan di peringkat Negeri Sembilan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan mental. Inisiatif saringan kesihatan kebangsaan yang merangkumi aspek saringan kesihatan mental melibatkan fasiliti kesihatan komuniti serta agensi-agensi kerajaan dan swasta di Negeri Sembilan.

Selain itu saringan kesihatan mental dijalankan di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk di sekolah, institut pengajian tinggi awam melalui program komuniti sihat perkasa negara, COSPEN. Komuniti melalui program outreach tempat kerja serta golongan berisiko tinggi seperti wanita mengandung, pesakit kronik dan warga emas. Sejak tahun 2020 seramai 8 pengawai psikologi kaunseling telah ditempatkan di kesihatan primer di seluruh Negeri Sembilan dan jumlah ini telah meningkat kepada 12 orang pada tahun 2025, bagi memperluas ekses perkhidmatan intervensi dan kaunseling di klinik kesihatan. Berbagai program juga dijalankan di peringkat komuniti bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat di Negeri Sembilan berkenaan kesihatan mental.

Antara objektif utama adalah mengurangkan stigma kesihatan mental di kalangan masyarakat di samping mencipta persekitaran yang lebih penyayang, inklusif dan membolehkan individu yang mengalami masalah kesihatan mental mendapat bantuan dan sokongan di semua fasiliti kesihatan di Negeri Sembilan. Selain itu kempen berterusan seperti sambutan Bulan Kesihatan Mental Sedunia, inisiatif Laman Minda Sihat dan

program K-Mindset Komuniti Minda Sejahtera turut dilaksanakan bagi memperkukuh literasi kesihatan mental dan menggalakkan masyarakat mendapatkan bantuan profesional lebih awal.

Perkhidmatan yang disediakan bukan secara fizikal sahaja, malah terdapat penyelesaian talian HEAL yang dikendalikan oleh Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, di mana orang awam boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan mental secara tele kaunseling di talian 15555. Talian ini dikendalikan oleh Pegawai Psikologi Kaunseling Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertauliah. Perkhidmatan ini boleh diakses setiap hari, termasuk cuti umum bermula jam 8 pagi sehingga 12 pagi. Sekian, itu saja Yang Dipertua, Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih, Ampangan. Memang golongan ini memang kesian khasnya ahli keluarga mereka, tapi sekarang masalah yang utama sekali ialah sebahagian kecil itu, tanpa jagaan keluarga, mereka selalu merayau-rayau di pekan atau tempat merata-rata dan menimbulkan masalah sosial. So saya nak tanya kerajaan, apa solution bahawa boleh bantu orang yang merayau tu sampai dia kacau gangguan orang ramai sampai ada orang kena pukul ke atau dia pecahkan cermin kereta macam-macam itu, so apa solution bahawa boleh tolong orang yang mental itu merayau di tempat khasnya di pekan kerana 2026 itu tahun pelancongan, takkan orang ini merayau khasnya dipasar ke atau di food court ke jadikan, timbulkan masalah rakyat. Terima kasih.

Terima kasih YB Lobak soalan tersebut saya akan bagi jawapan secara bertulis, YB Lobak. Boleh YB?

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih, saya mengemukakan soalan nombor dua. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Seremban Jaya, mengenai apakah strategi serta pencapaian kerajaan negeri dalam menarik pelaburan industri dari China dan juga India. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri Sembilan telah melaksanakan pelbagai strategi proaktif bagi menarik pelaburan industri dari negara luar meliputi negara China dan India. Dalam konteks rangka pembangunan ekonomi negeri, tumpuan diberikan kepada pembangunan Malaysian Vision Valley 2.0 yang melibatkan daerah Seremban dan Port Dickson. Dalam usaha pembangunan pada masa ini, tumpuan adalah kepada pelaksanaan pembangunan 12 kawasan industri baru yang seluas 8,593.28 ekar di Negeri Sembilan. Dato’ Yang Dipertua, dengan wujudnya rangka

komprehensif tampilan pembangunan MVV 2.0 dan disokong dengan pembangunan kawasan-kawasan industri baru, Kerajaan Negeri mampu menarik pelaburan yang berkualiti dan berimpak tinggi, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik, semikonduktor, aeroangkasa teknologi makanan dan pharmaceutical selaras dengan sektor yang disasarkan dalam kluster industri di wilayah tengah, yang telahpun diwar-warkan secara rasmi pada 11 November 2025 yang lalu. Strategi ini turut disokong dengan dasar pelaburan Kerajaan Negeri yang terbuka dengan mesra pelabur. Kerajaan Negeri turut menekankan kaedah pemudahcara pelaburan melalui inisiatif NS Fastlane di peringkat pihak kuasa tempatan.

Dato’ Yang Dipertua, dari segi promosi pula, beberapa siri misi galakan pelaburan ke China telah berjaya dilaksanakan pada tahun ini iaitu ke Shenzhen dan ke Shanghai bagi menarik pelaburan dalam sektor farmaseutikal dan elektrik serta elektronik. Hasilnya, Kerajaan Negeri berjaya menyakinkan pelabur NMAC Corporation Limited ke Spring Hill Industrial Park yang bernilai pelaburan RM700 juta. Selain itu, syarikat Hunan Yuneng Energy Battery Materials Company Limited yang merupakan pengeluar litium-ion battery materials, bernilai pelaburan sebanyak RM1 bilion ringgit juga dalam proses uphill rundingan bersama dengan SPD Tech Valley. Dato’ Yang Dipertua, walaupun pelaburan dari negara India tidak sebesar pelaburan dari China, selain daripada keberadaan syarikat Recron Malaysia yang telah lama bertapak di Nilai, Kerajaan Negeri turut mengalukan sebuah projek pelaburan baru dari India, iaitu LRC, Specialty Chemical Private Limited yang baru membuka operasi di kawasan industri Nilai Utama pada tahun ini, bagi mengeluarkan special chemical additive untuk banjuhan konkrit. Dato’ Yang Dipertua, kerjasama baik berterusan yang telah dilaksanakan di antara MIDA dan agensi-agensi Kerajaan Negeri antaranya seperti Invest NS, NS Corporation, MBI, UPEN dalam menarik pelaburan ke Negeri Sembilan telah membuahkan hasil apabila telah berjaya mencatatkan kelulusan pelaburan dari negara China dan India daripada tahun 2020 sehingga Jun 2025 dengan perincian seperti berikut.

Berdasarkan rekod Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA, daripada tempoh tahun 2020 sehingga Jun 2025, pelaburan dari negara China mencatatkan jumlah pelaburannya sebanyak RM2.71 bilion melibatkan 18 projek. Ini berjaya membuka sebanyak 1,115 peluang pekerjaan. Manakala pelaburan dari negara India dalam tempoh yang sama mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM22.81 juta yang melibatkan 2 projek sahaja. Pejabat MIDA Negeri Sembilan sentiasa aktif dalam menjalankan sesi libat urus bersama jabatan dan agensi berkaitan pelaburan kerajaan negeri dalam usaha tarikan pelaburan ke Negeri Sembilan dengan program seperti penganjuran program promosi pelaburan dalam dan luar negeri bersama kerajaan negeri seperti seminar bersama pelabur sesi bengkel dan libat urus serta sesi meja rundingan bulat round table discussion dengan izin bersama

bakal pelabur. Mesyuarat bersama dengan pertubuhan perwakilan syarikat daripada China dan India yang berpotensi untuk melabur dan juga syarikat sedia ada yang berkeupayaan untuk berkembang serta lawatan fasilitasi MIDA dan Invest Negeri Sembilan ke syarikat-syarikat yang beroperasi di Negeri Sembilan yang mana ibu pejabat syarikat tersebut berpengkalan di China dan India bagi memberikan bantuan fasilitasi kepada syarikat-syarikat dalam melaksanakan projek pelaburan sedia ada dan juga projek pelaburan baru. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih, Exco Perindustrian memang jelas tapi saya minta kira luar bandar banyak industri di kawasan industri lah tapi saya tengok contoh Jempol, Jelebu, Kuala Pilah, Tampin. Ada factory memang transport memang mahal lah, tapi ini 4 tempat kita ada industri kira ringan industri barang-barang elektronik macam ini ada peluang pekerja-pekerja di keliling contoh Jelebu, Jelebu, Jempol, Kuala Pilah Tampin. Adakah rancangan EXCO boleh bina kilang-kilang di kawasan ini? Pasal pekerja-pekerja kira tempatan mereka boleh peluang dapat kerja. Terima kasih. Lagi satu Dato’ Yang Dipertua,saya mohon minta maaf saya tengok semua ADUN kakitangan pakai batik tapi ini ADUN Seremban Jaya satu orang takda pakai, saya mohon minta maaf. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih. Soalan tambahan daripada Yang Berhormat ADUN Seremban Jaya. Mengenai sektor perindustrian yang berada di Daerah Jempol, Kuala Pilah ataupun di Tampin dan juga di Jelebu. Untuk maklumat Yang Berhormat Guna, saya rasa kita sedia maklum untuk Negeri Sembilan Timur, Jelebu, Kuala Pilah dan juga Jempol. Sebenarnya dalam rancangan kerajaan negeri dia lebih kepada agropolis di mana kita fokus kepada pertanian. Walaupun kita lihat walaupun kita tak dapat lihat wujudnya fisikal, adanya kilang di tepi-tepi jalan. Tetapi saya ingin berkongsi di sini baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa ada sebuah kilang hampir siap dibina di Jempol yang menghasilkan baja organik.

Dan saya dimaklumkan juga pelaburan tersebut dia lebih kurang dalam RM100 juta ringgit. Itu sesuatu yang kita tak boleh nampak di tepi jalan sebab kilang dia berada berdekatan dengan ladang sawit. Dan pada masa yang sama juga, saya rasa mungkin Yang Berhormat Seremban Jaya sedia maklum, kalau di Daerah Tampin kita adanya satu pelaburan saya rasa pelaburan yang paling besar salah satu pelaburan yang paling besar di Tampin iaitu di Gemas di Ladang Tenusu F&N dan jumlah pelaburannya adalah sebanyak RM1.8 bilion. Jadi ini sesuatu yang kerajaan selama ini telah pun laksanakan di mana kita cuba sedaya upaya untuk memudah cara. Sebab itu F&N pelaburan yang begitu besar sekali memilih untuk melabur di Negeri Sembilan. Dan sudah tentunya adanya pelaburan yang sebegini, sudah tentunya dia akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk kita sama-sama kita pastikan kita dapat menjana ekonomi setempat.

Saya rasa dalam perkara ini, kerajaan negeri yang dipimpini oleh Yang Amat Berhormat Sikamat, kita telah pun banyak berusaha untuk kita nak memudah carakan. Khususnya adanya kalau adanya pelabur yang ingin melabur di Negeri Sembilan Timur kita akan cuba sedaya upaya untuk membantu kita facilitate membantu mereka untuk facilitate untuk pastikan kilang ataupun pelaburan mereka dapat mulakan operasi mereka dalam masa yang terdekat. Itu memang sesuatu yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan kerana kita juga nak memastikan bahawa bukan saja di Seremban, di PD kita jaga dengan baik. Kita juga perlu pastikan bahawa daerah-daerah lain juga diberi fokus untuk kita nak memastikan bahawa penduduk kita juga boleh mendapatkan peluang pekerjaan di daerah-daerah yang disebutkan tadi. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Lukut.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Lukut kemukan soalan nombor 2.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Lukut yang bertanyakan tentang pelancongan yang berasaskan kesihatan dan rawatan dengan izin wellness tourism. Berdasarkan Rancangan Kawasan Khas Persisiran Pantai Port Dickson RKKPPPD yang telah diwartakan pada 9 Disember 2021 antara fokus utama yang digariskan ialah mengukuhkan Port Dickson sebagai wellness zone iaitu kawasan pembangunan bersepadu yang menggabungkan elemen pelancongan kesihatan dan gaya hidup sihat. Langkah ini secara langsung menyokong usaha kerajaan negeri dalam menarik pelaburan termasuk pelabur asing ke sektor pelancongan berasaskan kesihatan dan rawatan dengan izin wellness tourism. Kerajaan negeri sedang mengkaji potensi dan peluang pelaksanaan sektor ini sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan pelancongan berimpak tinggi. Terutamanya dalam usaha menjadikan Port Dickson sebagai destinasi pelancongan kesihatan bertaraf antarabangsa pada masa hadapan.

Bagi tujuan tersebut, kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi atau UPEN, LPNS Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan serta NS Corporation sedang memperkukuh kerjasama strategik dengan agensi pelaburan dan pelancongan di peringkat Persekutuan serta pemain industri bagi menarik minat pelabur asing untuk belabur dalam pembangunan projek-projek berasaskan kesihatan dan kesejahteraan di Negeri Sembilan khususnya di Port Dickson dan Lukut. Baru-baru ini saya diberi satu taklimat berkenaan dengan satu konsep yang agak baru dan menarik cuma sekarang kita perlu menarik pelabur untuk masuk untuk konsep tersebut iaitu dia menggunakan pendekatan prevention is better than cure dengan izin mencegah lebih baik daripada mengubati dimana ada satu kerjasama strategik dengan syarikat

insurans dia akan buat satu medical check-up selepas medical check-up dia akan beri satu program yang diikuti supaya dia tidak perlu untuk claim insurance. Itu adalah konsep baru dan saya harap jika segalanya berjalan dengan lancar kita bakal ada pelabur untuk masuk untuk konsep tersebut. Di peringkat antarabangsa pula kerajaan negeri merancang untuk menyertai misi jualan antarabangsa yang telah diatur oleh Tourism Malaysia seperti Global Investment & Tourism Expo GITE 2025, Tourism Trade International Expo and Discovering the Magnificence of Indonesia Expo DMI Expo bagi menarik pelabur ke Port Dickson dan Lukut. Terima kasih.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Terima kasih jawapan daripada Bukit Kepayang. Dato’ Yang Dipertua, trend global menunjukkan peningkatan minat masyarakat antarabangsa terhadap rawatan pemulihan, Kesihatan, pencegahan dan gaya hidup yang sihat. Negara serantau seperti Thailand dan Indonesia telah membuktikan bahawa sektor ini mampu menarik pelancong yang berkualiti tinggi yang boleh berbelanja lebih dan sekaligus boleh menyumbang secara langsung kepada ekonomi negeri. Soalan tambahan saya, saya nak tahu apa status terkini pelaksanaan rancangan kawasan persisiran pantai bertaraf antarabangsa yang sejak tahun 2021 dan apakah strategi khusus kerajaan negeri untuk mempromosikan Port Dickson sebagai destinasi wellness tourism dengan izin kepada pelancong asing yang terutamanya daripada negara jiran seperti Singapura Indonesia dan China, dan adakah kerajaan negeri bercadang untuk mewujudkan zon pelancongan kesihatan di Port Dickson termasuk kemudahan spa perubatan, pusat rehabilitasi moden ataupun rawatan kesihatan alternatif dan apakah insentif yang ditawarkan kepada pelabur ataupun pengusaha sektor wellness untuk membuka pusat rawatan yang berasaskan laut iaitu thalassotherapy dengan izin ataupun pusat pemulihan fisioterapi di Port Dickson. Sekian terima kasih.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Lukut yang tanyakan soalan tambahan. Seperti mana yang saya jawab tadi, memang ini adalah usaha kerajaan negeri melalui UPEN, LPNS dan juga NS Corp untuk menarik pelabur. Cuma sekarang kita perlu tunggu, satu, mereka berminat untuk pelabur yang kedua, kita kena perincikan insentif yang itu kita saya rasa saya confident bahawa UPEN dan juga LPNS dan NS Corp dapatlah bantu untuk merealisasikan impian kami supaya Port Dickson boleh dijadikan satu pusat wellness untuk kalau tidak dapat menandingi Thailand ataupun Indonesia kami juga boleh menjadi satu titik permulaan kerana saya dipahamkan baru-baru ini dengan krisis sempadan diantara Cambodia dan Thailand ada lebih kurang 2 juta rakyat Cambodia yang sebelum ini pergi ke Thailand untuk menerima rawatan wellness sekarang sedang cari alternatif. Maka ini kami rasa satu peluang keemasan cuma sekarang kita perlu masa untuk kita menarik pelabur terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Sungai Lui.

Dato’ Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor dua.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih ADUN Sungai Lui atas soalan berkenaan Pembangunan belia. Soalannya ialah apakah program pembangunan belia yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan kemahiran kepimpinan dan keusahawanan belia dan apakah impak program ini kepada penyertaan belia dalam masyarakat dan juga pembangunan negeri. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa komited melaksanakan agenda pembangunan belia secara menyeluruh melalui pendekatan berasaskan kemahiran kepimpinan, keusahawanan dan keterlibatan dalam komuniti. Selaras dengan fokus Belanjawan Negeri Sembilan tahun ini dan juga tahun hadapan Kerajaan Negeri telah memperkenalkan dan akan terus melaksanakan beberapa program. Dalam aspek pemerkasaan ekonomi dan keusahawanan belia, ada beberapa program yang kita laksanakan, yang pertama kita ada TUNS, kemudian kita ada TUNS Plus dan juga kita ada Bantuan Kecil Usahawan Belia yang kita memberikan sokongan atau modal asas kepada peniaga-peniaga kecil yang ingin memulakan perniagaan mereka di peringkat akar umbi.

Dalam aspek pembangunan kepimpinan dan modal insan pula, kita ada Madani Youth Leadership Camp, kita ada sokongan persatuan, sokongan dana Persatuan Belia Dan Sukan, pada tahun ini sahaja kita telah menyalurkan hampir RM200,000 kepada persatuan belia dan sukan bagi melaksanakan program pendidikan kesukanan, sahsiah dan pembangunan masyarakat di peringkat akar umbi. Manakala dalam aspek kemahiran kerjaya dan keboleh pasaran pula, kita ada Negeri Sembilan Career Development and Talent Empowerment Center ataupun NEST, platform pembangunan bakat dan kerjaya yang menyediakan latihan industri, kursus kemahiran, pembangunan profesional dan penempatan kerja. Setakat ini, program industri training program telah melibatkan hampir 2000 ya, 2000 belia serta kerjasama dengan 33 syarikat. Kemudian seterusnya kita ada program protege dan akademi dalam industri yang diuruskan oleh Yayasan Negeri Sembilan yang menjadikan peluang perantis latihan di tempat kerja dan pendedahan industri kepada belia bagi meningkatkan kebolehpasaran dan memadankan bakat tempatan dengan keperluan majikan dalam negeri. Maka, Dato’ Yang Dipertua, impaknya program ini telah menunjukkan impak yang jelas kepada pembangunan modal insan serta kekuatan komuniti belia di Negeri Sembilan.

Pertamanya, kita dapat mengukuhkan ekonomi belia dan pengurangan migrasi keluar dengan pendekatan TUNS, TUNS Plus dan bantuan mikro ini, membantu belia memulakan serta mengekalkan perniagaan tanpa beban hutang yang besar. Ini meningkatkan kebergantungan belia pada ekonomi

negeri sendiri dan mengurangkan keperluan berhijrah ke negeri lain. Manakala yang kedua, peluang kerjaya bernilai tinggi dalam negeri lalui NEST seperti yang saya disebutkan tadi, latihan industri, belia memperoleh kemahiran industri terkini dan akses kepada peluang pekerjaan yang berkualiti dalam negeri kita. Ini menyokong ekosistem bakat tempatan serta keyakinan pelabur terhadap keupayaan modal insan Negeri Sembilan.

Manakala dari segi pengukuhan organisasi belia dan kepimpinan akar umbi pula, dengan dana yang kita salurkan pada persatuan, banyak program-program berbentuk sahsiahnya kesukarelawannya, kepimpinannya dapat dijalankan secara konsisten. Belia kini bukan sahaja peserta tapi turut menjadi penganjur, fasilitator dan pemimpin dalam masyarakat. Keempat peningkatan kebolehpasaran dan modal insan negeri. Program kemahiran latihan industri dan pembangunan kepimpinan telah melonjakkan kompetensi belia dalam bidang teknikal, pengurusan dan keusahawanan. Manakala belia hari ini boleh menyumbang balik kepada kerajaan negeri. Inilah yang kita mahukan. Belia kini menyumbang idea, kepimpinan dan buah fikiran dalam pembangunan dasar serta aktiviti dalam masyarakat. Kerajaan negeri yakin bahawa belia Negeri Sembilan adalah penggerak utama masa depan. Melalui program TUNS, TUNS Plus, MyLead, NEST dan bantuan pembangunan peringkat akar umbi ini, kita sedang membina generasi muda yang berdaya tahan, yang berkemahiran dan mampu memacu pembangunan negeri yang kita cintai. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Bagan Pinang.

Assalamualaikum, terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua, saya memilih soalan, memilih soalan nombor satu.

Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan pelaksanaan anjing liar. Dasar kawalan anjing liar yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri sedang dilaksanakan secara bersepadu oleh semua pihak berkuasa tempatan di Negeri Sembilan. Fokus utama pelaksanaan dasar ini adalah untuk kita mengawal dan juga mengurangkan populasi terbiar, anjing terbiar, demi menjaga keselamatan awam, kebersihan persekitaran dan juga kesejahteraan komuniti. Selaras dengan dasar ini, PBT melaksanakan operasi tangkapan secara berkala dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta Pertubuhan Kebajikan Haiwan. Sehingga Oktober 2025, jumlah tangkapan yang telahpun direkodkan adalah seperti berikut. Majlis Bandar Seremban jumlah tangkapannya adalah 1,372, MPPD 161, Majlis Perbandaran Jempol 233 Majlis Daerah Tampin 379, Majlis Daerah Kuala Pilah 70, Majlis Daerah Jelebu 43. Secara keseluruhannya adalah lebih 2,258. Secara keseluruhan, pelaksanaan operasi ini telahpun menunjukkan keberkesanan antaranya pengurangan aduan awam berkaitan dengan gangguan anjing terbiar di beberapa kawasan. Tetapi kita masih mengaku

bahawa di beberapa tempat memang masih ada isu ini dan kita akan cuba untuk melaksanakan tangkapan ini dengan sebaik mungkin.

Selain itu, PBT juga turut melaksanakan kaedah trap neuter rehome ataupun manage sebagai pendekatan pelengkap dalam pengurusan anjing terbiar. Pihak majlis telah melaksanakan program TNRM secara berperingkat melalui proses menangkap, mengkembiri, menempat semula anjing di pusat perlindungan serta pengurusan berterusan. Anjing-anjing yang ditangkap ini tidak dibiarkan di, tidak dilepaskan di luar tetapi kita ada beberapa tempat yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan anjing liar ini untuk anjing-anjing yang ditangkap disimpan di kawasan tersebut. Pendekatan ini turut membantu untuk kita menstabilkan populasi anjing terbiar dan juga mengurangkan gangguan awam di beberapa kawasan tumpuan dalam bandar. Terima kasih.

Soalan tambahan, boleh? Bagan Pinang dulu, Bagan Pinang dulu.

Adakah kerajaan bercadang untuk menambahkan peruntukan untuk melaksanakan projek pelupusan anjing-anjing tersebut? Perlu tambah peruntukan atau tidak? Terima kasih. Adakah kerajaan bersedia untuk menambahkan peruntukan bagi melaksanakan projek ini agar lebih berkesan? Terima kasih.

Ya, Kita di peringkat PBT di peringkat pihak berkuasa tempatan memang setiap pihak berkuasa tempatan telah pun menyediakan sejumlah peruntukan untuk tujuan ini dan kita tahu ini adalah melibatkan isu sensitif dan juga mengambil kira beberapa faktor dan saya juga telah pun meminta supaya beberapa peruntukan tambahan perlu disediakan di beberapa kawasan supaya isu ini dapat diselesaikan dan juga dengan kerjasama beberapa pihak NGO supaya isu ini kita dapat diselesaikan dengan lebih baiklah.

Soalan tambahan? apa ni, Yang Dipertua, di kawasan saya ni di kampung orang asli ni mungkin bukan di bawah kawasan PBT lah tapi dia ada buat tempat perlindungan ataupun tempat pengumpulan anjing liar yang ditaja oleh NGO yang tidak bertanggungjawab. Adakah pihak PBT memberi kebenaran kepada mereka sebab sebelum ni dia buat di tepi jalan. Saya pun telah arahkan pejabat daerah untuk merobohkan. Akhirnya barang yang diambil yang diroboh itu dipindah pulak ke kampung orang asli. Saya minta tak tahulah sama ada PBT ataupun JAKOA ataupun Pejabat Daerah. Aduan ni telah saya dapat banyak kali dikalangan masyarakat orang asli. Saya harap benda ini dapat dirobohkanlah sebab dia akan memudaratkan keselamatan anak-anak dan kesihatan di sekitar Kampung

Orang Asli Kelebang ini. Saya harap tidak dapat diteruskanlah jangan dibuatlah.

Isu ini saya juga telah dimaklumkan tapi kawasan itu adalah di luar kawasan PBT tetapi yang saya dimaklumkan bahawa ada juga penduduk sana sebilanganlah yang pada awalnya mereka yang kumpulkan anjing dekat kawasan kampung asli dekat sana. Selepas itu bila satu tempat yang lagi satu yang mereka buat itu tidak dapat mereka pindahkan ke sana tetapi saya dimaklumkan JAKOA pun tidak memberikan apa-apa kebenaran lah kepada mereka untuk sebab itu adalah tanah di kawasan perkampungan orang asli lah ok?

Dato’ Yang Dipertua, oleh kerana ni soalan ni berkaitan dengan… aaa?

Saya dulu tadi, saya dulu, Dato’ lambat…

Bertenang-bertenang, Paroi ni cepat sangat nak naik darah, sabar, ni hari hari Khamis ni relek sikit. ni berkaitan dengan pusat pembela pembelaan bukan pembelaan pembelaan anjing liar ni. Walaupun kampung orang asli ni bukan kawasan PBT Dato’ Yang Dipertua ya tapi saya juga ada menerima laporan dan saya dah minta supaya pihak JAKOA untuk teliti perkara ni bersama dengan Yang Berhormat ADUN Jeram Padang dan tentunya kawasan perkampungan orang asli tidak dibenarkan sebarang kawasan untuk dibuat kawasan bela anjing liar dan sebagainya, tak dibenarkan sama sekali. Dan kalau ini didapati berlaku lagi di kampung apa kita akan jalankan penguatkuasaan supaya operator ini kena kosongkan kawasan ni ataupun berhadapan dengan tindakan penguatkuasaan dan undang-undang. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Terima kasih Dato’. Sedikit persoalan anjing dan pelupusan ini dalam soalan sayalah boleh atau tidak orang awam ataupun sukarelawan untuk menghapuskan anjing di kawasan-kawasan yang memerlukan, yang memerlukan tindakan segera. Ini melibatkan keselamatan. Kalau kita tengok di kawasan saya di Paroi, sama dengan kawasan Yang Dipertua ni sebenarnya yang menjaga. Laporan anjing nak katakan tiap-tiap hari, semalam daripada Taman Tuanku Jaafar, Masjid. Anjing ada kesan tapak masuk dalam Masjid ini daripada SU surau, Masjid beritahu. Dan isu ini saya nampak dah berpanjangan.

Yang Dipertua Dewan

YB Paroi…

Soalan saya Tindakan…

Yang Dipertua Dewan

YB Paroi bertanyalah apa ni bagi pihak YB Paroi.

Yang Dipertua Dewan

Jangan sebut Yang Dipertua tak ada apa-apa sini. Dia mempengerusi je…

Tapi jaga juga kawasan-kawasan saya tu sebagai Penyelaras DUN Paroi. Sama-sama. Dia punya…

Yang Dipertua Dewan

Saya di sini Speaker.

Peruntukan pun banyak ….

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Paroi.

ya…ya…ya…ya….

Yang Dipertua Dewan

Duduk sekejap Yang Berhormat Paroi, duduk sekejap.

ok saya duduk.

Yang Dipertua Dewan

Saya nak jelaskan sini saya duduk sini sebagai speaker. Penyelaras ke ADUN angkat ke di luar sana. Jadi Yang Berhormat kalau nak cakap bagi pihak Yang Berhormat je. Jangan sebut nama orang lain. Ok sambung lagi. Dan saya nak ingat lagi satu eh, benda ni satu soalan tadi semua ada isu kat sini, anjing ni, tapi janganlah semua gunakan satu soalan sebagai soalan tambahan bagi semua. Saya benarkan satu je lagi.

Soalan pertama kebanyakan yang bertindak kesian, Majlis Bandaraya Seremban. Benda ni dah berturutan berapa tahun kita tak boleh membuat keputusan tentang anjing. Kita ada masa haritu kita dah buat keputusan bersama boleh dilupuskan di kawasan-kawasan Melayu. Keputusan dalam Dewan ni. Dan sekarang ni dah 6 bulan anjing banyak lagi. Dan semalam dapat laporan daripada Masjid Taman Tuanku Jaafar, anjing masuk ini ada tapak dia. Dan gigitan dan juga ancaman kepada penduduk berkenaan keselamatan ni cukup banyak. Oleh demikian saya minta lah Majlis Bandaraya Seremban kita ada 1,372 telah ditangkap, dan saya tak tahu ditangkap ni dilupuskan ke ataupun diletakkan di kawasan-kawasan lain. Itu soalan saya lah.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato' Speaker minta sikit satu. Ok, tada, tada tada, pasallah satu pasal ADUN saya sorang tanya Dato' Speaker. Ini ADUN Paroi dia cakap hapuskan atau kasi mati, janganlah ini masalah sensitif dulu pun 6 bulan dulu sudah banyak besar masalah…

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, minta apa ni minta EXCO jawab,

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

minta laluan, saya minta EXCO banyak tempat di PBT …

Yang Dipertua Dewan

Ya betul Yang Berhormat, so mintak….

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

tolong tangkap, kasi masuk, kandang jangan kasi hapus, mati ok terima kasih

Yang Dipertua Dewan

ok cukup, cukup….duduk

Saya… tidak bersetuju..

Yang Dipertua Dewan

Duduk.. EXCO je, sekarang duduk semua.

Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan tadi nak bunuh sendiri, saya ingat itu adalah cadangan itu adalah sesuatu yang tidak sah, kerana itu adalah sebagai satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Itu sendirilah, saya ingat tidak perlu dilaksanakan. tetapi di beberapa tempat, kita memang ada mengambil tindakan. Sebab itu kita juga cuba mewujudkan beberapa tempat tempat apa ni penyimpanan anjing liar ini dan di beberapa kawasan di kawasan yang tidak ada masalah, tidak ada gangguan, tidak ada apa-apa aduan, kita telah pun wujudkan 2 ataupun 3 tempat yang baru di Mantin dan juga di satu lagi tempat di taman di kawasan Kuala Sawah, untuk kita wujudkan tempat ni dan anjing-anjing ni kita akan hantar ke sana. Itu yang kita sedang laksanakan dan beberapa kawasan tertentu seperti mana yang tadi dinyatakan oleh Yang Berhormat Paroi, kita akan ambil tindakan segeralah supaya ada aduan, kita akan cuba kita ambil selesai dan beberapa tempat ni kita cuba selesaikan supaya isu ni kita selesaikan, kita pun faham ada beberapa isu yang perlu kita selesaikan, isu beberapa isulah kita cuba selesaikan dengan sebaik mungkin saya.

aaa….boleh saya…

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya kemukakan soalan pertama.

Terima kasih Dato Speaker, terima kasih juga kepada ADUN Temiang yang bertanyakan soalan nombor 1 berkaitan dengan TUNS PLUS. Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman Dewan Yang Mulia ini TUNS PLUS merupakan satu inisiatif kerajaan negeri yang kita telah mulakan beberapa tahun yang lepas dan jumlah di bawah TUNS PLUS ni adalah RM15,000 tanpa

faedah yang kena dibayar balik oleh penerima pinjaman TUNS PLUS dan kalau kita ikutkan sehingga 24 Oktober 2025 jumlah nilai yang belum bayar dari peminjam Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan TUNS PLUS adalah sebanyak RM3,272,249.57 ia melibatkan seramai 576 orang peminjam TUNS PLUS daripada keseluruhan pemohon 650 orang peminjam yang mempunyai tunggakan dan tidak mengemukakan bayaran balik pinjaman tersebut. Seramai 127 orang peminjam telah ditamatkan perjanjian dan perlu mengemukakan keseluruh pinjaman tersebut. Untuk makluman yang Dewan Yang Mulia juga dan kita telah menyenarai hitam penerima-penerima tertentu yang masih belum membayar balik pinjaman tersebut. Pinjaman ini merupakan satu pinjaman yang tak banyak bayaran ansuran balik, jumlah pinjamannya adalah RM15,000 tanpa faedah, jadi kalau kita ikutkan trend dia sikap peminjam ni dah pinjam tak nak bayar balik. Jadi sebab itu kita rehatkan TUNS PLUS bagi membolehkan kita mendapatkan semula pinjaman yang telah diberikan kepada penerima-penerima tersebut dan kita sedang usaha untuk menuntut balik melalui tuntutan surat daripada peguam dan juga kita senarai hitamkan mereka-mereka yang enggan bayar. Saya tengok trend dia, kalau kita dah hantar surat nak blacklist, baru nak bayar. Sebenarnya mereka ada kapasiti untuk bayar balik, tapi sikap mereka yang tidak endah berkenaan dengan pembayaran balik, itu sebabnya kita rehatkan TUNS PLUS ni untuk sementara waktu. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Johol.

Terima kasih Dato’ Speaker. Saya soalan nombor satu.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Johol yang bertanyakan tentang apakah langkah-langkah kerajaan negeri untuk memastikan tempat-tempat pelancongan dan kawasan-kawasan yang berpotensi dapat berdaya saing, terutama dari segi kemudahan asas. Selama saya dilantik jadi EXCO Pelancongan Kebudayaan dan Kesenian 2 tahun 3 bulan lebih saya mendapati bahawa basic keperluan, keperluan asas untuk sesuatu pusat pelancongan adalah nombor satu, connectivity ketersambungan. Nombor dua adalah dari segi informasi, iaitu tourism information center. Nombor tiga adalah dari segi kebersihan kemudahan awam, so kerajaan Negeri Sembilan telah merangka dan melaksanakan beberapa langkah strategik bagi menambah baik infrastruktur pelancongan di seluruh negeri, diantaranya dengan meningkatkan infrastruktur dan kemudahan asas di destinasi utama seperti Pantai Teluk Kemang dan Taman Eco Rimba Ulu Bendul, menaik taraf tandas, surau, tempat letak kereta, papan tanda mesra pelancong serta penyelenggaraan berkala. Selain itu tapak pelancongan seperti kompleks sejarah, taman rekreasi dan kawasan pantai turut diselenggara dengan R&R Seremban berperanan sebagai gateway promosi produk pelancongan tempatan. Usaha penambahbaikan fasiliti sokongan juga dilaksanakan bagi memastikan papan

tanda lebih jelas dan surau lebih selesa, memudahkan pelancong tempatan dan antarabangsa termasuk pelancong muslim. Bagi memanfaatkan teknologi pusat maklumat pelancong dan inisiatif digital seperti Tourism Information Center dengan izin, Code QR Interactive, papan tanda Fun Map dan portal pelancongan diperkenalkan bagi pengalaman pelancongan yang lebih efisien dan interaktif. Di samping itu, kerajaan negeri melaksanakan pembangunan pelancongan bersepadu dan lestari melalui projek berimpak tinggi seperti Arena Seremban dan Port Dickson Waterfront. Baru-baru ini ada majlis pecah tanah untuk Seremban Sentral dimana ia adalah satu transit orientated development dengan izin yang menerapkan ketersembungan informasi yang saya sebut tadi. Saya harap ini juga dapat disambungkan dengan juga Hotel Aloft yang akan berada di Terminal 1. Kesemua ini boleh dijadikan satu pembangunan pelancongan bersepadu dan lestari dengan menekankan keseimbangan antara kemajuan ekonomi, pemeliharaan alam sekitar dan kesejahteraan komuniti memastikan sektor pelancongan negeri berkembang secara mampan dan inklusif. Kesimpulannya kerajaan Negeri Sembilan committed dengan memperkukuhkan prasarana serta kemudahan pelancongan bagi memastikan sektor pelancongan negeri terus berdaya saing mampan dan berkualiti tinggi. Pendekatan bersepadu ini dijangka mampu memberikan pengalaman terbaik kepada setiap pelawat serta memperkukuh imej Negeri Sembilan sebagai destinasi pelancongan utama menjelang Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026. Terima kasih.

Soalan tambahan Dato’ Speaker, saya ucapkan terima kasih atas penerangan ataupun maklumat yang disampaikan oleh Yang Berhormat Exco berkaitan dengan kemudahan asas sepertimana soalan saya ya. Apa yang dimaklumkan tadi memang banyak kemudahan-kemudahan yang telah dirancang oleh pihak EXCO Kerajaan Negeri. Tapi apa yang bagi saya sedikit mendukacitakan ialah mungkin perkara ini tidak berlaku di tempat saya di Johol iaitu kawasan-kawasan pelancongan seperti di Air Terjun Batu Maloi dan kawasan-kawasan lain ya, kawasan healing yang mungkin kepada mereka kemudahan asas yang kita perlukan ialah seperti jalan masuk yang baik atau tandas atau gazebo, surau dan sebagainya. Jadi saya amat berharap perkara ini dapat dipertingkatkan kerana apa yang saya lihat juga dari segi pengurusan program, program ini juga perlu diperkembangkan, dikembangkan ke kawasan-kawasan kecil kawasan-kawasan saya ini supaya kita tidak hanya tertumpu kepada kawasan yang memang dah terkenal, tetapi kita lebih asasnya nak memperkenalkan kawasan-kawasan lain dan saya juga ingin menarik perhatian YB EXCO, berkaitan dengan satu pusat pelancongan di Johol iaitu di Batu Maloi, di Air Terjun Batu Maloi, Gua Batu Maloi sedikit saya mengucapkan terima kasih kerana saya lihat inisiatif Jabatan Hutan membina tempat apa dia dipanggil tempat berehat tempat kalau ada program dan sebagainya tapi sedikit yang saya rasa perlu penambahbaikkan di samping kita menyediakan kemudahan itu janganlah kita rosakkan ataupun janganlah kita jadikan struktur baru yang ada dalam kawasan itu

orang kata itu tak match lah esthetic value-nya dalam kawasan hutan, kita buat bangunan yang concrete jungle ke dalam hutan, jadi biarlah design itu cantik kalau kawasan itu healing buatlah kawasan-kawasan yang yang seolah-olah reka bentuknya menyamai alam semula jadi itu. Tiba-tiba dalam tengah hutan ada satu bangunan struktur yang orang kata itu kalau dari segi pandangan orang memang ada kemudahan tetapi dari segi pandangan itu bagi saya tidak sesuai. Jadi saya harap YB EXCO dapat memberikan pandangan juga kepada jabatan-jabatan yang terlibat seperti Jabatan Hutan, supaya kawasan pelancongan kita ini kita tunjukkan identiti kita itu, kalau hutan identiti bagaimana identiti dalam kawasan hutan dan sebagainya, terima kasih.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Johol atas soalan tambahan memang sangat bagus cadangan yang diutarakan. Saya rasa Johol jikalau secara tersendiri ada Gua Batu Maloi di mana saya pergi merata dunia untuk misi jualan, saya memang mengatakan bahawa Gua Batu Maloi adalah gua yang paling panjang, gua Batu Granite yang paling panjang di Malaysia 2.8 km dan ada orang kata Gua Niah lebih panjang ya, Gua Niah itu Batu Kapur ini Gua Batu Maloi, Batu Granite, memang dapat anugerah gua Batu Granite yang paling panjang di Malaysia, 2.8 km. Cuma sekarang kita kena usahakan supaya Gua Batu Maloi ini dimasukkan dalam ekosistem pelancongan yang merangkumi luak-luak di Gunung Pasir, Ulu Muar, Seri Menanti dan Terachi, Inas, dan Jempol. Saya sudah cadangkan semalam dimana kita boleh tinggal di resort atau homestay di Seri Menanti dan juga pergi menikmati pemandangan sawah padi di Terachi, makan di kedai Kak Ain dan juga pergi menikmati pengalaman masak kari kepala kambing di Gunung Pasir dan pergi ke tempat gula enau mereka membuat memproses gula enau dan juga pergi ke Istana Seri Menanti. Saya harap kita dapat membina satu ekosistem dimana kita juga dapat menerapkan yang tadi saya kata ketersambungan. Ada perancangan supaya adakan JPKK menggunakan ATV mereka untuk membawa pelancong-pelancong ke tempat ini. Dan saya rasa satu lagi produk yang sangat ikonik di Johol adalah stesen minyak paling kecil di Malaysia. Semua ini saya harap kita dapat masukkan ke dalam itinerari dan saya menyambut baik cadangan YB Johol untuk kita memajukan produk ini terima kasih.

Soalan tambahan Dato’ Speaker. YB Exco, saya nak bagi sedikit maklumat. Di Lenggeng ada kita lancarkan larian denai Lenggeng. Maksudnya larian denai ni kita lari masuk ke kampung orang asli, kita lihat air terjun, perkampungan-perkampungan dan sebagainya, jadi kita dah mulakan pada tahun 2024 dan pada tahun 2024 kita mendapat peserta sebanyak 493 peserta daripada 13 buah negara pada tahun 2024. Pada tahun 2025 baru-baru ni pada bulan Disember, tarian denai Lenggeng ni, tarian pulak, larian denai Lenggeng ni diteruskan kerana mendapat sambutan baik, Kali ni peserta datang daripada 23 buah negara dan hampir 715 peserta. So

larian ni ada, tepuk-tepuk, kuat-kuat sikit tepuk. so larian ni 30km, 5km 50km, jadi banyak sambutan yang dapat, jadi secara tidak langsung, dia mempromosi Negeri Sembilan lah mempromosi negara kita sebagai destinasi pelancong. Jadi dan setelah kita buat pada tahun 2025 ni acara ni telah dimasukkan dalam kalender Asia Trail Master, so maksudnya dia akan jadi bila orang Asia ni dia akan jadikan ni salah satu destinasi pilihan. Jadi soalan saya adalah, adakah YB EXCO bersetuju untuk jadikan acara larian Lenggeng Desa ni sebagai acara salah satu acara yang mampu menjadi daya tarikan pelancong untuk tahun 2026, terima kasih.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Lenggeng atas soalan tambahan atau informasi tambahan, saya setelah dengar saya cukup tertarik dan saya terus kata setuju untuk masuk ke dalam kalender of event. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan nombor satu, terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih ADUN Mambau. Mengenai status projek Malaysian Vision Valley 2.0, sila senaraikan status pembangunan pihak kerajaan Negeri Sembilan dalam Malaysian Vision Valley 2.0 termasuk kawasan pembangunan atau pelan yang telah dibangunkan dan juga kawasan yang akan dibangunkan pada tahun 2025 ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan yang dikemukakan, untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, Malaysian Vision Valley 2.0 ataupun MVV 2.0 merupakan koridor pembangunan strategik kerajaan Negeri Sembilan yang meliputi kawasan di daerah Seremban dan Port Dickson. Inisiatif ini dirangka untuk menjadi pemangkin utama pembangunan ekonomi wilayah tengah sejajar dengan aspirasi rancangan fizikal negara ke-4 serta rancangan struktur Negeri Sembilan 2045. Cadangan pelan konsep pembangunan projek heartbeat MVV 2.0 telah diperakukan secara dasar oleh Majlis Perancang Fizikal Negara MPFN menerusi Mesyuarat MPFN ke-47 Bilangan 1/2025 yang bersidang pada 24 April 2025 selepas dibentangkan dalam Jawatankuasa Perancang Negeri JPN Bilangan 1/2025 pada 13 Januari 2025. Pelaksanaan MVV yang disusun di bawah rangka Heartbeat Project seperti mana pertimbangan MPFN merangkumi 5 kawasan pembangunan utama iaitu Parcel A melibatkan Tech Park Parcel B Smart County Parcel C Integrated Industrial Hub Parcel D NS Semiconductor Valley dan Parcel E Port Dickson Free Zone serta AI Smart Container Port. Setiap Parcel ini dirancang untuk dilaksanakan secara berperingkat sehingga tahun 2045 berasaskan prinsip pembangunan mampan teknologi pintar senergi antara sektor serta keseimbangan sosioekonomi. Wilayah Parcel A terletak di Mukim Setul dan Labu, daerah Seremban dengan keluasan lebih kurang 2,800 ekar milik Sime

Darby Property. Kawasan ini berperanan sebagai pusat perindustruan berteknologi tinggi yang menempatkan sektor aeroangkasa, bioteknologi dan hub halal. Pembangunan ini diluluskan oleh MPFN pada 18 April 2019 dan Hamilton City kini berada dalam fasa pembinaan oleh Sime Darby Property. Hamilton City juga berfungsi sebagai pintu masuk utama Kedua MVV 2.0 ke arah utara serta menyokong ekosistem pelaburan serantau dengan hubungan langsung ke KLIA Agropolis Aeropolis. Parcel B Smart County. Parcel B dikenali sebagai Smart County berkeluasan lebih kurang 8,746 ekar Mukim Labu Seremban. Ia merupakan kawasan bandar baru yang menjadi nadi utama pembangunan MVV 2.0, menggabungkan komponen perindustrian, perumahan, komersial serta institusi pendidikan. Pembangunan ini dilaksanakan oleh beberapa rakan strategi utama antaranya Sime Darby Property, Mega Sedaya Sendirian Berhad, NS Smart Park Sendirian Berhad dan Negeri Sembilan Matrix Development. Kawasan Perindustrian MVV City dan Vision Business Park yang telah mendapat kelulusan kebenaran merancang dan sekaligus telah dilancarkan. Setakat tahun 2025 ini ia akan dibangunkan sebagai hub perindustrian berteknologi tinggi dan perniagaan yang dijangka menjadi antara pemangkin utama kepada transformasi ekonomi Negeri Sembilan. Bagi Parcel C, Integrated Industrial Hub, Parcel C terletak di Mukim Jimah, daerah Port Dickson dengan keluasan keseluruhannya 15,000 ekar. Kawasan ini memberi tumpuan kepada pembangunan industry aeroangkasa, logistik, bioteknologi, elektrik dan elektronik tenaga boleh diperbaharui serta industri halal.

Projek pertama dilancarkan pada Parcel C ialah Eco Business Park 7 pada 11 November 2025 lalu. Projek ini adalah hasil kerjasama Perbadanan Negeri Sembilan, Eco World, Development Group Berhad dan SD Guthrie Berhad. Parcel C juga berperanan penting menghubungkan ekosistem perindustrian antara Negeri Sembilan dan Selangor serta menerima limpahan ekonomi daripada KLIA, Aeropolis dan Wilayah Putrajaya. Bagi Parcel D, NS Semiconductor Valley. Parcel D Semiconductor Valley terletak di Mukim Senawang Seremban dengan keluasan lebih kurang 799.4 ekar. Pembangunan ini telah mendapat kelulusan kebenaran merancang bagi pembangunan kawasan perindustrian yang sedang giat membangunkan kawasan kerja-kerja infrastruktur utama yang dijangka akan selesai menjelang tahun 2027.

NSB dirancang sebagai zon industri berimpak tinggi yang berfokus kepada industri semikonduktor dan industri berteknologi tinggi. Setakat ini tiga syarikat pelaburan antarabangsa telah menunjukkan minat untuk memperluaskan fasiliti mereka di kawasan ini dengan jumlah keluasan 262 ekar. Pembangunan ini jangka menjadi pemangkin kepada ekosistem semikonduktor Negeri Sembilan seiring aspirasi kerajaan negeri untuk menjadikan sektor teknologi tinggi sebagai pemacu ekonomi baru.

Bagi Parcel E Port Dickson Free Zone dan AI Smart Container Port, Parcel E pula dirancang di Mukim Pasir Panjang Port Dickson dengan keluasan 2,000 ekar yang merangkumi Port Dickson Free Zone dan AI Smart Container Port dibangunkan bagi kerjasama strategik antara SD Guthrie Berhad dan Tanco Holding Berhad. Projek ini memberi tumpuan kepada pembangunan hub logistik dan pengedaran serantau yang mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan AI dengan pengurusan kargo dan container. Apabila siap kelak ia bakal menjadi pemacu utama bagi aktiviti perdagangan dan logistik bagi menyokong industri MVV 2.0 dan wilayah tengah secara keseluruhan.

Selain itu, MVV 2.0 turut menjadi komponen utama dalam kluster industri wilayah tengah. Kluster ini memberi tumpuan kepada penyelarasan pembangunan industri berimpak tinggi di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka bagi memperkukuh jaringan pelaburan strategik negara. Bagi memastikan semua pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar, kerajaan negeri turut memberi tumpuan kepada penyediaan infrastruktur pemangkin seperti jalan baru Nilai Labu Enstek NLE, kedua peningkatan kapasiti utiliti asas termasuk air, elektrik dan telekomunikasi, serta yang ketiga cadangan jaringan jalan baru bagi memperkukuh hubungan antara kawasan pembangunan MVV dengan wilayah tengah. Secara keseluruhannya, Dato’ Yang Dipertua, Pembangunan Malaysian Vision Valley 2.0 berada di fasa pelaksanaan aktif selaras dengan perakuan MPFN pada 24 April 2025 dan pengiktirafan sebagai komponen utama kluster industri wilayah tengah yang telah dirasmikan pada 11 November 2025. Dengan pelaksanaan projek utama yang saya sebutkan tadi meliputi Tech Park, Smart County, Integrated Industrial Hub, NS Semiconductor Valley dan Port Dickson Free Zone MVV 2.0 diyakini akan menjadi pemacu utama pembangunan ekonomi Negeri Sembilan serta menyumbang kepada pertumbuhan mampan dan seimbang di wilayah tengah Malaysia Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Seri Menanti.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, jalan-jalan ke Lahad Datu, soalan saya nombor 1.

Dato’ Yang Dipertua, saya baru balik daripada Lahad Datu, sekarang saya jawab nombor 1. Dato’ Yang Dipertua, Terima kasih kepada DUN Seri Menanti yang bertanyakan soal yang berkaitan dengan peruntukan Pelan Pembangunan Luar Bandar 2026-2045. Dalam usaha membangunkan kawasan luar bandar yang lebih mampan dan berteraskan kemakmuran dan ekonomi dan kesejahteraan sosial masyarakat luar bandar, kerajaan Negeri Sembilan melalui UPEN sedang merangka Pelan Pembangunan Khusus yang dinamakan sebagai Pelan Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan Darul Khusus 2026-2045. Pelan ini juga dirangka selari dengan bidang fokus dan strategi yang terdapat dalam RPNS 2021-

2025 dan RMK ke-13. Justeru bagi merealisasikan kajian ini sebanyak RM400,000 telah pun diperuntukkan bagi pembangunan pelan ini.

Soalannya Dato’ Yang Dipertua, untuk maklumat Yang Berhormat, Pelan Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan 2026-2045 ni adalah dokumen perancangan pembangunan khusus di kawasan luar bandar bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang sehingga tahun 2045 tanpa melibatkan sebarang projek fizikal. Skop utama penyediaan pelan ini adalah pertama kajian semula terhadap tahap relevan inisiatif dan flagship yang terdapat dalam pelan 2019-2040 yang kedua mengenalpasti isu dan cabaran utama semasa dan yang dihadapi. Ketiga, pemetaan bidang tumpuan dan strategi berdasarkan input hasil dapatan kajian dan dokumen pembangunan di peringkat Persekutuan dan juga Negeri. Keempat, pemadanan inisiatif dan jawatankuasa bertindak. Kelima, sesi libat urus dengan pemegang taruh dan agensi pelaksana dan yang akhir sekali adalah penyediaan ringkasan eksekutif, pelan induk dan juga pelan Tindakan.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, kajian pelan pembangunan luar bandar masih di peringkat memuktamadkan terma rujukan dan dimulakan oleh perunding pada 15 November tahun 2025. Peruntukan sebanyak RM400,000 seperti yang telah saya sebut akan dibelanjakan untuk kajian awal dan proses dokumentasi bagi semua kajian yang terlibat. Dalam skop kajian ini, ia turut melibatkan pelbagai sesi libat urus, yakni fokus group daerah dan juga yang lain-lain bagi mengenalpasti cadangan projek dan program yang sesuai selari dengan pelan hala tuju luar bandar Negeri Sembilan Terima kasih Datuk Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Gemas.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Terima kasih Tuan Speaker, Gemas mohon tarik balik soalan ni kerana petang semalam pihak berkuasa telah membersihkan kawasan ini, walaupun saya telah membuat laporan dalam Sistem SISPAA pada bulan lima yang lepas, semalam dibersihkan. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, saya sebagai tambahan sedikit, di tempat itu juga SWCorp telah pun memasang CCTV di kawasan tersebut untuk pemantauan supaya isu pembuangan sampah daripada kawasan di situ tidak dibuat lagilah.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Terima kasih Tuan EXCO.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Rahang.

Tuan Siau Meow KongDAP · PHRahang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan saya nombor satu.

Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan Seremban Sentral, apakah pelan pengindahan semula kawasan berhampiran Seremban Sentral? Majlis Bandaraya Seremban telah pun mensyaratkan kepada pemaju untuk mengemukakan kelulusan pelan landskap sebagai satu syarat kelulusan pembangunan di kawasan tersebut. Pihak pemaju dikendaki untuk mematuhi semua ulasan-ulasan berkaitan dengan landskap di kawasan tersebut selaras dengan garis panduan pembangunan landskap Majlis Bandaraya Seremban. Dan selain daripada itu, kita juga telah pun mengadakan perjumpaan dengan kumpulan Sunway, mereka juga bersetuju untuk melaksanakan beberapa CSR untuk landskap di kawasan berhampiran dengan pembangunan Seremban Sentral ini. Selain daripada itu, kerja-kerja pengindahan lampu hiasan di jalan-jalan utama, di pusat bandar juga telah dimasukkan ke dalam perancangan pada tahun 2026. Dan selain daripada itu, pada tahun ini juga banyak lampu-lampu telah pun dipasang khususnya di pusat bandar Seremban dan sedang dipasang di kawasan Taman Tasik ataupun Lake Garden dan juga beberapa kerja-kerja pengindahan dan baru-baru ini semua pokok sepanjang jalan Sungai Ujong juga telah pun dipasang dengan lampu-lampu yang berwarna-warni supaya ia juga dapat mengindahkan lagi kawasan pusat bandar Seremban ini dan tindakan awal melibatkan pemeriksaan keadaan infrastruktur di bawah selian MBS di sekitar kawasan Seremban Sentral juga akan dijalankan bagi mengenalpasti keperluan pembaikan dan juga kerja-kerja penyelenggaran berkala akan terus dilaksanakan bagi memastikan kawasan sekitar berada dalam keadaan baik termasuk pusat bandar Seremban. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Chuah.

Tuan Yew Boon LyePKR · PHChuah

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor 1.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih ADUN Chuah. Soalan ADUN Chuah adalah dalam Belanjawan 2023-2024 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan untuk kedua-dua laluan itu mengurangkan bagi mengurangkan kesesakan jalan Sepang-Lukut dan Lukut-Linggi. Mohon menyatakan apakah status kemajuan kedua-dua projek sehingga kini dan sebarang permasalahan bagi memastikan projek ini dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Dato’ Yang Dipertua, status semasa projek pembinaan jalan dan jambatan Sungai Sepang yang menghubungkan Bukit Pelanduk dan Port Dickson Negeri Sembilan dengan Sungai Pelik Sepang kini berada dalam peringkat perolehan. Projek tersebut telah diiklankan pada 3 Julai 2025 dan dijangka surat setuju terima SST akan dikeluarkan pada Disember 2025 ini. Manakala bagi projek membina jambatan baru dan jalan tuju Kuala Lukut ke Chuah Daerah Port Dickson Negeri Sembilan juga berada dalam peringkat perolehan. Dijangka

siap, dijangka surat setuju terima akan dikeluarkan pada April 2026. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Gemencheh.

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Gemencheh soalan nombor 1.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, sekali lagi DUN Gemencheh paip lama paip lama-lama mohon pihak SAINS mengkaji berapakah panjang keseluruhan sistem paip air di dalam DUN Gemencheh yang dikenalpasti perlu diganti segera dan nyatakan kawasan terlibat serta apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah bekalan air yang sering terputus akibat paip air lama selalu pecah. Dato’ Yang Dipertua, pelan tindakan yang akan dilaksanakan oleh pihak SAINS adalah melaksanakan projek penggantian paip lama melalui peruntukan SAINS, Pengurusan Aset Air Berhad, PAAB dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi PETRA secara berperingkat mengikut keutamaan. Terdapat satu projek melalui peruntukan PAAB dimana kemajuan terkini adalah dalam proses reka bentuk dan juru perunding. Senarai projek adalah seperti berikut; penggantian paip jenis asbestos simen AC bersaiz 300mm kepada paip mild steel bersaiz 300mm sepanjang 10.5km dari kolam Imbangan Dangi ke kolam Ulu Rokan. Terdapat 8 projek melalui peruntukan PETRA dan kelulusan peruntukan telah diperoleh dalam makmal penilaian nilai VA. Senarai projek adalah seperti berikut; Pertama penggantian paip jenis AC bersaiz 100mm kepada paip mild steel bersaiz 100mm sepanjang 2.2km di Kampung Paya Lebar, Gemencheh. Kedua penggantian paip jenis AC bersaiz 150mm kepada paip mild steel bersaiz 200mm sepanjang 800m bagi jajaran memasukkan kolam di Felda Bukit Rokan, Gemencheh. Ketiga penggantian paip jenis AC bersaiz 300mm kepada paip mild steel bersaiz 300mm sepanjang 10.5km dari kolam Imbangan Dangi ke kolam Ulu Rokan, Gemencheh. Keempat penggantian paip AC bersaiz 200mm kepada paip mild steel bersaiz 200m sepanjang 3.4km dari Dewan Gemencheh ke Kuari Gemencheh. Kelima penggantian paip jenis AC bersaiz 100mm kepada paip mild steel bersaiz 100mm sepanjang 300m di Felda Bukit Rokan, depan Masjid Gemencheh. Keempat penggantian AC bersaiz 200mm kepada paip mild steel 200mm sepanjang 500m dari Balai Polis, Gemencheh ke Simpang Pekan, Gemencheh. Keenam, ketujuh penggantian paip jenis AC bersaiz 80m kepada paip mild steel bersaiz 100m sepanjang 1km di Felda Bukit Rokan sepanjang Bukit Rokan peringkat 3, Lorong 3A, 3B 3C dan 3D di Gemencheh. Dan yang ke lapan penggantian paip jenis AC bersaiz 80ml kepada paip mild steel bersaiz 100mm sepanjang 900m di Felda Bukit Rokan, peringkat 4 Jalan Kubur, Gemencheh. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput seorang Ahli Dewan untuk mengemukakan soalan untuk Rantau. Takda? Dijemput Bagan Pinang

Yang Dipertua Dewan

Okay, sila.

Dato’ Yang Dipertua, saya bagi pihak ADUN Rantau mengumumkan soalan nombor 1. Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih YB Chembong bagi pihak ADUN Rantau menanyakan soal, soal dasar Yang Dipertua, dan perancangan pendidikan bagi anak-anak Negeri Sembilan. Dato’ Yang Dipertua, kita di Negeri Sembilan ini kita maklum bahawa pendidikan adalah salah satu perkara yang kita berikan perhatian yang sepenuhnya dan sudah tentulah penggerak utamanya di negeri ni ialah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Makanya bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dengan visinya pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera dan misinya melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. Di Negeri Sembilan JPNS bertanggungjawab menyelaraskan dasar negeri dengan hala tuju nasional di bawah pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menekankan aspek seperti akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan juga kecekapan. Dasar pendidikan turut ditumpukan kepada memastikan anak-anak Negeri Sembilan benar-benar mendapat tempat belajar serta mengiktiraf pencapaian mereka termasuk anugerah untuk siswazah yang cemerlang. Dato’ Yang Dipertua, kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang menyokong setiap peringkat dari sekolah rendah, menengah, IPT serta menyediakan laluan ke alam pekerjaan melalui beberapa aspek iaitu akses dan ekuiti kepada pendidikan asas. JPNS bertanggungjawab memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baharu, sesi persekolahan baharu dimulakan. Ini penting supaya tiada anak Negeri Sembilan tertinggal pada peringkat asas di samping itu juga kerajaan negeri menyediakan insentif dan pengiktirafan pelajar cemerlang melalui Yayasan Negeri Sembilan dan terdapat Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama untuk graduan dari Negeri Sembilan yang memperoleh ijazah dengan kelas pertama dimana setiap penerima, menerima insentif sebanyak RM5,000.

Dato’ Yang Dipertua, bantuan kewangan untuk pelajar IPT dan kemasukan IPT Negeri Sembilan Yayasan juga menyediakan pinjaman pendidikan bagi pelajar IPT yang memerlukan dengan syarat tertentu. YNS juga menyediakan bantuan sara hidup mahasiswa anak Negeri Sembilan. Bagi memudahkan proses pembelajaran pelajar dari Negeri Sembilan. Malah bantuan

kemasukan ke IPT yang diumumkan oleh kerajaan negeri sebagai insentif tambahan supaya anak negeri terus melanjutkan pengajian. Dasar pendidikan terus berusaha dasar pendidikan dan bantuan kewangan ini adalah untuk membina asas yang kuat bagi pelajar supaya terus berusaha mengekalkan kecemerlangan akademik dan bersedia memasuki alam pekerjaan melalui pendidikan berkualiti dan insentif lanjutan. Untuk makluman, pada tahun 2025 jumlah murid pra-sekolah kerajaan berjumlah 7,801 orang. Pra-sekolah swasta 12,303 orang. Jumlah murid sekolah rendah dari tahun 1 hingga 6 pula adalah 10,823 orang. Manakala bagi sekolah menengah pula berjumlah 19 ribu, 192,285 orang murid.

Kerajaan negeri juga memberikan keyakinan penuh dalam aspek pengurusan dan jaminan kualiti pendidikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dalam menyediakan keputusan penempatan guru dan memastikan semua sekolah dibekalkan guru sebagai komitmen terhadap pendidikan asas. Pada tahap seterusnya iaitu tahap lanjutan dari pengajian ke pekerjaan dan bakti kepada negeri, kerajaan negeri sedang membina legasi anak negeri yang cemerlang yang selepas tamat pendidikan tinggi, mereka boleh menyumbang balik kepada pembangunan negeri melalui kepakaran profesionalisma dan kesediaan bekerja, Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi pertanyaan lisan telah pun tamat, semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan secara bertulis.

Rang Undang-UndangBill

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi di dalam sesi penggulungan Usul Anggaran Belanja Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan tahun 2026 dan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhorat Nilai.

Dato’ Yang Dipertua, yang pertama berkaitan dengan Yang Berhormat ADUN Rahang yang telah pun meminta supaya berkaitan dengan jumlah kutipan cukai taksiran sehingga 30 November 2025 untuk semua PBT dan juga jumlah peruntukan yang telah diluluskan untuk projek infrastruktur dan juga penyelenggaran mengikut setiap pihak berkuasa tempatan. Untuk Majlis Bandar Raya Seremban sehingga 30 November 2025 jumlah kutipan cukai adalah sebanyak RM155 juta. Bagi Majlis Perbandaran Port Dickson RM31 juta. Majlis Perbandaran Jempol RM6.3 juta. Majlis Daerah Tampin RM6 juta. Majlis Daerah Kuala Pilah RM6.6 juta. Majlis Daerah Rembau RM3.1

juta dan Majlis Daerah Jelebu RM2.6 juta dan kebanyakan ataupun hampir semua hasil melalui cukai taksiran dan juga beberapa terimaan kebanyakannya adalah digunakan untuk perbelanjaan mengurus. Walaupun perbelanjaan mengurus itu adalah satu bilangan yang cukup besar jumlah yang cukup besar tetapi setiap PBT juga mendapat peruntukan daripada pelbagai sumber contohnya daripada MARRIS Kerajaan Negeri, KPKT, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri untuk melaksanakan banyak projek-projek infrastruktur dan juga penyelenggaran mengikut setiap PBT.

Bagi Majlis Bandaraya Seremban setakat ini jumlah peruntukan yang telah diluluskan untuk projek infrastruktur dan juga penyelenggaraan adalah sebanyak RM247 juta. Bagi Majlis Perbandaran Port Dickson RM39.2 juta. Majlis Perbandaran Jempol RM32.9 juta. Majlis Daerah Tampin RM18 juta, Majlis Daerah Kuala Pilah RM9.3 juta, Majlis Daerah Rembau RM21.7 juta dan Majlis Daerah Jelebu adalah RM15 juta. Kalau kita bandingkan dengan cukai taksiran yang kita kutip dengan projek-projek infra jumlah peruntukan itu adalah lebih besar daripada apa yang kita kutip. Maka ini adalah usaha yang diambil oleh setiap PBT melalui sokongan daripada peruntukan daripada MARRIS, Kerajaan Negeri, Kementerian KPKT dan juga beberapa agensi lain, kita telahpun berjaya melaksanakan banyak projek infrastruktur dan juga penyelenggaraan di semua kawasan PBT. Keduanya daripada Yang Berhormat Rahang juga berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal. Pengurusan sisa pepejal iaitu pungutan sampah dan juga pembersihan awam adalah satu jumlah peruntukan yang cukup besar untuk setiap PBT dan bagi tahun 2026 bagi tahun 2026 PBT juga menyediakan ataupun membayar setiap bulan, setiap tahun kos kepada SWCorp. Tetapi pada masa yang sama, Kerajaan Persekutuan juga telahpun menyediakan peruntukan untuk setiap PBT dibayar kepada SWCorp mengikut PBT. So persoalannya adalah berapakah yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan. Bagi tahun 2026 jumlah peruntukan kepada SWCorp bagi kos pungutan sampah dan juga pembersihan awam di Negeri Sembilan adalah sebanyak RM265 juta berbanding RM237 juta pada tahun 2025, dan RM265 juta ini adalah peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan bagi tahun 2026 telahpun ada kenaikan sebanyak RM28 juta mengambil kira penambahan kawasan baru, semakan kadar pusingan ketiga, dibawah perjanjian konsesi serta pengenaan cukai jualan dan perkhidmatan SST atas perkhidmatan pembersihan awam. Anggaran peruntukan Kerajaan Persekutuan mengikut PBT bagi tahun 2026 untuk tujuan kos pungutan sampah dan juga pembersihan awam Majlis Bandaraya Seremban sebanyak RM131.3 juta. Di peringkat PBT, PBT bayar dalam RM50 juta untuk setiap tahun. Bagi Majlis Perbandaran Port Dickson RM38.2 juta. Bagi Majlis Perbandaran Jempol RM22 juta. Bagi Majlis Daerah Tampin RM21 juta. Bagi Majlis Daerah Kuala Pilah RM17 juta. Majlis Daerah Rembau RM17.5 juta dan Majlis Daerah Jelebu RM17.3 juta. So ini adalah peruntukan kerajaan persekutuan, dan anggaran

setiap PBT yang dibayar oleh PBT adalah lebih kurang dalam anggaran 30-40% itu adalah dibayar ataupun ditanggung oleh setiap pihak berkuasa tempatan.

Seterusnya adalah berkaitan dengan Yang Berhormat Rahang juga berkaitan dengan salah satu inisiatif daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu iaitu kempen Rumah Prima Kita iaitu dimana Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah pun mengumumkan bahawa akan memberikan diskaun sehingga 25% untuk projek rumah-rumah di bawah projek Prima sehingga 31 Disember 2025 dan untuk residensi Seremban Central sehingga 4 Disember 2025 masih mempunyai 353 unit rumah dan akan diberikan diskaun sebanyak 20% untuk rumah di Residensi Seremban Central. Antara syaratnya adalah mesti warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas gajinya daripada RM2,500 sehingga RM15,000 dan rumah pertama dan rumah kedua dibenarkan untuk beli di bawah skim ini yang mendapat diskaun sehingga 20%. Seterusnya berkaitan dengan Rumah Harapan Rakyat. Inisiatif Rumah Harapan Rakyat ini diwujudkan pada tahun 2021 oleh kerajaan negeri untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan juga keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah tetapi mempunyai tanah. Tanah sendiri ataupun tanah ahli keluarga untuk membina rumah sendiri yang lebih sempurna dan juga selesa. Harga seunit rumah di bawah program ini adalah sebanyak RM85,000 dan peserta perlu membayar bayar balik tanpa faedah secara ansuran sebanyak RM238 selama 25 tahun ataupun 300 bulan. Dari tahun 2021 sehingga tahun 2024, bilangan unit rumah Rumah Harapan Rakyat yang telahpun diluluskan dan juga siap dibina dan telahpun diserah kepada peserta adalah sebanyak 212 unit. Bagi tahun 2025 ini, kerajaan negeri telahpun meluluskan 71 unit Rumah Harapan Rakyat dan sepanjang 5 tahun ini bermula tahun 2021 sehingga 2025, 283 unit rumah telahpun ditawarkan ataupun diberikan di bawah skim Rumah Harapan Rakyat dan kita lihat memang setiap tahun mendapat sambutan yang cukup baik dan apabila mendapat sambutan yang cukup baik peruntukan tahun ini adalah RM5 juta sejak 2021, setiap tahun RM5 juta dan kerajaan negeri telahpun menaikkan peruntukan RM5 juta ini kepada RM10 juta pada tahun 2026 dan sudah tentu pada awal tahun hadapan permohonan untuk ini akan dibuka dan diuruskan oleh PKNNS dan sesiapa yang layak, Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh minta kepada mereka untuk mohon dan kerajaan negeri akan mempertimbangkannya.

Seterusnya adalah berkaitan dengan Yang Berhormat Mambau, berkaitan dengan peruntukan penyelenggaraan taman-taman awam di pihak berkuasa tempatan. Salah satu inisiatif yang kerajaan negeri telahpun mengumumkan dan disambung daripada tahun lepas tahun ini dan juga tahun hadapan adalah inisiatif penyelenggaraan taman-taman awam di Negeri Sembilan. Dan bagi tahun 2025 mengikut rekod semua kerja telahpun siap dilaksanakan iaitu di MBS di Taman Awam Jalan Keliling, Majlis Bandaraya

Seremban telah siap dilaksanakan. MPPD kemudahan rekreasi di Taman Intan Perdana siap dilaksanakan. MPJL Taman Awam di Taman Permainan Zon Serting Bandar Seri Jempol telah siap. Majlis Daerah Tampin di Taman Rekreasi Gemas telah siap. Majlis Daerah Kuala Pilah ada di beberapa tempat di Taman Seri Ulu Bendul, Taman Seri Alam, Taman Rumah Rakyat Juasseh, Taman Desa Permai, Rumah Rakyat Pekan Johol, Taman Seri Terachi dan Taman Pilah Jaya pun telah siap dilaksanakan dan Majlis Daerah Rembau penyelenggaraan Taman Awam Majlis Daerah Rembau telah siap dilaksanakan dan Majlis Daerah Jelebu pun beberapa di kawasan lapang Taman Bukit Kempas pun telah siap dilaksanakan. Semuanya telah dilaksanakan itu adalah status untuk inisiatif dan tahun hadapan pun inisiatif ini akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Seterusnya adalah Yang Berhormat ADUN Seri Tanjung dan juga Yang Berhormat Seri Meranti ini berkaitan dengan satu skim ataupun inisiatif baru yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat, inisiatif baru iaitu Inisiatif Rumah Mampu Milik@N9 yang diperkenalkan adalah merupakan satu skim jual beli Rumah Mampu Milik Type A. Inisiatif ini diwujudkan bagi kita membantu rakyat yang berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri, khususnya mereka yang gagal memperoleh pinjaman daripada institusi kewangan komersial disebabkan oleh beberapa kekangan kelayakan dan juga pendapatan tidak tetap. Dimana setiap projek perumahan kita ada Rumah Mampu Milik Type A berharga RM80,000 sehingga RM110,000 dan kita melalui Unit Perumahan, Kerajaan Negeri akan memastikan rumah ini akan sampai kepada keluarga ataupun pemohon yang layak, tetapi salah satu cabaran yang dihadapi oleh pemohon-pemohon ini adalah walaupun kita tawarkan rumah itu kepada mereka, tetapi mereka gagal untuk mendapatkan pinjaman bank atas beberapa faktor, pendapatan tidak tetap, ada masalah beberapa masalah dalam sistem perbankan mereka, itu yang menyebabkan mereka tidak layak mendapat pinjaman, walaupun mereka layak, sebab itu kerajaan negeri pada tahun hadapan akan memperuntukkan sebanyak RM5,000,000 di bawah Skim Inisiatif Rumah Mampu Milik@N9 supaya kerajaan negeri sendiri akan menyediakan peruntukan, tetapi ini adalah satu permulaan, sudah tentu bukan banyak yang kita dapat bantu tetapi sekurang-kurangnya melalui peruntukan RM5,000,000 ini kita dapat membantu beberapa keluarga yang memang sukar dan tidak akan mendapat pinjaman bank daripada bank komersial, so ini adalah salah satu inisiatif bagi saya yang sangat berkesan untuk memastikan keluarga-keluarga yang susah ini dan juga berhadapan dengan beberapa masalah ini dapat memiliki rumah sendiri.

Seterusnya daripada Yang Berhormat Paroi, berkaitan dengan penggunaan papan tanda bahasa Melayu. Majlis telah mensyaratkan iklan untuk premis ini, premis hendaklah di dalam bahasa Malaysia, di samping bahasa-bahasa lain dibenarkan. Penulisan bahasa lain hendaklah berukuran lebih kecil iaitu

tidak lebih besar dari kadar setengah tulisan dalam Bahasa Malaysia dan hendaklah ditunjukkan dengan cara yang lebih mudah dilihat. Lesen iklan dipremis dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Iklan 1980 dan juga pindaan 1986. Selain itu sebanyak 113 kompaun juga telah dikeluarkan kepada pemilik iklan yang tidak mematuhi syarat di dalam tempoh 2025. Bagi beberapa kes tertentu kita akan minta MBS untuk untuk mengambil beberapa tindakan supaya mereka boleh menukarkannya.

Seterusnya daripada ADUN Lenggeng terdapat 30 kekosongan rumah Mampu Milik Type A di Taman Arowana Lenggeng. Sama juga isu dia adalah seperti mana yang tadi saya nyatakan, apabila kita tawarkan, isu yang kita berhadapan adalah mereka tidak dapat pinjaman bank daripada bank daripada bank. Itu yang menyebabkan mengambil masa yang lama tetapi kita memang sudahpun terima banyak permohonan untuk rumah Mampu Milik type A di bawah Taman Arowana Lenggeng ini dan kita akan cuba untuk mempercepatkannya.

Seterusnya daripada Yang Berhormat Sungai Lui, berkaitan dengan penyediaan Rumah Awam Harga Rendah diperhalusi dalam belanjawan akan datang dan memang kerajaan negeri sentiasa cakna dengan keperluan berkaitan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah ini. Sebagai perbandingan inisiatif bajet tahun 2025, untuk perumahan untuk tahun ini kita sediakan RM10.1 juta tetapi tahun hadapan kita naikkan kepada RM20 juta. Bagi tahun 2026 iaitu peruntukan Rumah Harapan Rakyat RM5 juta, dipertingkatkan sekali ganda kepada RM10 juta dan juga beberapa inisiatif lain yang memang memfokuskan kepada aspek perumahan.

Seterusnya daripada ADUN Gemencheh, perancangan negeri dalam peluasan kampung dan juga syarat Rumah Mampu Milik@N9, tadi saya sudah nyatakan untuk inisiatif rumah mampu milik Negeri Sembilan. Yang Berhormat Lukut berkaitan dengan caj kemajuan, saya ingat semalam saya sudah pun jawab. Seterusnya melalui ADUN Lukut juga untuk caj kemajuan, untuk Majlis Bandaraya Seremban seperti mana oh ini semalam saya pun telah jawab RM33 juta untuk ADUN Lukut ini kawalan homestay ataupun rumah sewa di peringkat PBT. Rumah penginapan jangka pendek di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban, sorry Majlis Perbandaran Port Dickson termasuk dalam kategori townstay iaitu penginapan untuk tujuan rumah kediaman seperti rumah teres ataupun rumah kampung bagi tujuan sewaan harian. Manakala homestay pula merupakan penginapan yang dikendalikan di bawah program homestay Malaysia oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dan juga airbnb berfungsi sebagai platform tambahan bagi penginapan tersebut. Bagi tujuan kawalan di peringkat PBT, Undang-Undang Kecil Hotel Majlis Perbandaran Port Dickson 2025 telah diwartakan pada 25 September 2025, yang turut memperuntukkan tafsiran berkaitan dengan jenis penginapan serta pengenaan charge fee lestari bagi

setiap bilik penginapan yang ditempah oleh pelancong, Langkah ini merupakan sebahagian usaha MPPD untuk kita memastikan aktiviti penginapan jangka pendek ini dilaksanakan secara teratur dan juga memberi sumbangan kepada hasil pelancongan dan MPPD juga turut melaksanakan proses pemutihan bagi mengenalpasti pengusaha-pengusaha homestay ini pada tahun 2026. So sudah diwartakan oleh MPPD dan pada tahun hadapan proses pemutihan akan dilaksanakan dan bagi PBT-PBT yang belum lagi diwartakan bermula tahun hadapan kita akan laksanakan supaya ia selaras dengan semua PBT homestay ini dilesenkan untuk menyelesaikan beberapa isu yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lukut.

Yang Berhormat Labu berkaitan dengan papan tanda sempena melawat Tahun Melawat Negeri Sembilan. Untuk ini pihak jabatan dalam tindakan penyediaan melaksanakan sembilan kerja berkaitan jalan masuk ke Negeri Sembilan pada bulan ini. Yang pertama, kerja-kerja membina papan tanda sempadan di kawasan Seremban iaitu dari Salak Tinggi masuk ke Nilai. Kedua kerja-kerja menaiktaraf landskap serta kerja-kerja berkaitan di pintu masuk Bandar Seremban. Ketiga, kerja-kerja menaiktaraf landskap serta kerja-kerja berkaitan di pintu masuk Tol Nilai. Empat kerja-kerja pengindahan landskap serta kerja-kerja berkaitan di Bandar Seremban, Jalan Tunku Munawir, Jalan Dato' Sheikh Ahmad, Jalan Berhadapan Muzium Negeri. Kelima kerja-kerja menaitaraf landskap di kawasan Terminal 1 Seremban. Keenam menaitaraf landskap di flyover lingkaran Seremban. Ketujuh, menaitaraf landskap serta kerja-kerja berkaitan di Pintu Gerbang Seremban Dua. Kelapan, kerja-kerja menaitaraf landskap pintu masuk di Mukim Labu. Kesembilan, kerja-kerja membina papan tanda di kawasan Temiang. Dan semua ini dijangka iklan pada 22.12.2025 dan semua kerja ini berkaitan dengan pintu masuk ke Negeri Sembilan.

Seterusnya, ADUN Seremban Jaya berkaitan dengan penutup mainhole utility. Pihak majlis telah pun menetapkan di dalam syarat am kelulusan pelan jalan dan parit serta syarat kelulusan permit korekan bahawa semua penempatan mainhole di bahagian side table hujung ROW. Ketetapan ini berkuatkuasa ke atas pihak pemaju dan juga pihak utiliti yang berkaitan dengan tujuan mengelakkan kejadian mainhole dibuka oleh pihak tidak bertanggungjawab pada masa depan. Tetapi kita tahu beberapa mainhole ini berada di tengah jalan ni bukan yang baru, tetapi yang lama. Tetapi untuk baru-baru ini memang majlis telah pun syaratkan supaya berada di hujung ROW supaya ia tidak memberi apa-apa kesan kepada pengguna jalan.

Yang Berhormat ADUN Seri Tanjung berkaitan dengan keceriaan bagi lampu perayaan di Port Dickson. Majlis Perbandaran Port Dickson akan meningkatkan kuantiti lampu-lampu perayaan bermula pada tahun 2026 dengan memperuntukkan RM350,000 untuk tujuan tersebut. Dan sebanyak

1,500 unit lampu perayaan akan dipasang melibatkan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepawali dan juga Krismas.

Seterusnya, Yang Berhormat Rantau berkaitan dengan minority zoning industri yang telah diluluskan. Perancangan pembangunan industri di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban adalah berdasarkan rancangan tempatan Malaysian Vision Valley 2045 yang diwartakan pada 15 April 2021 yang mana telah di zon mengikut guna tanah ditetapkan. Bagi mana-mana pembangunan industri yang tidak selaras dengan rancangan tempatan ianya akan dirujuk kepada JPN untuk mendapatkan arahan dan juga nasihat. Sekiranya keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri memberikan arahan nasihat memperakukan perubahan zon guna tanah industri tersebut maka pihak majlis hendaklah membuat pengubahan dalam rancangan tempatan Malaysian Vision Valley 2045. Bagi zon guna tanah industri tersebut, seperti mana yang keperluan sub seskyen 16 (3) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 Akta 172.

Seterusnya ADUN Klawang. Sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan apakah perancangan untuk atasi masalah kereta terbiar. Untuk makluman sejak tahun 2021 sehingga 2025 pihak pentadbiran majlis telahpun membuat sitaan sebanyak 1,618 jumlah sitaan kendaraan terbiar dan daripada jumlah tersebut 1,192 kereta telahpun dilupuskan dan selebihnya kereta yang disita telah dituntut semula oleh pemilik kendaraan. Dan usaha ini akan kita teruskan khususnya di kawasan Majlis Bandaraya Seremban.

Seterusnya ADUN Lukut tindakan terhadap isu penjualan mangga di lampu isyarat jalan utama. MPPD menetapkan sasaran untuk menghentikan penjualan mangga di jalan-jalan utama atas faktor keselamatan dan juga memelihara nama baik Port Dickson sebagai bandar peranginan negara. Jabatan Penguatkuasaan MPPD telahpun mengambil tindakan tegas berhubung aktiviti penjualan mangga dengan melaksanakan pemeriksaan dan penguatkuasaan setiap minggu. Tindakan kompaun dan sitaan telah dilaksanakan dan mencatatkan sitaan sebanyak 1,532 bekas mangga yang berjumlah RM5,825. Tindakan juga diambil berdasarkan Undang-Undang Kecil Penjaja MPPD MDPD 1982. Seterusnya daripada ADUN Gemas oh tadi saya sudah jawab dan tambahan adalah pembuangan sisa pepejal pembinaan di hadapan stesen minyak BHP Persimpangan Gemas yang tidak dikutip. Hasil semakan SWCorp mendapati bahan tersebut bukanlah sisa pepejal pembinan sebaliknya merupakan kabel jalur lebar milik satu syarikat telekomunikasi di negara ini. Pihak syarikat berkenaan juga masih melaksanakan kerja-kerja pemasangan kabel jalur lebar di kawasan tersebut dan kita telah pun minta supaya syarikat tersebut bertanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan di situ.

Berkaitan dengan Yang Berhormat ADUN Chembong, Rumah Mampu Milik Type A di Taman Desa PKNNS Chembong. Berkaitan dengan Rumah Mampu Milik Type A, Permohonan permit iklan, Advertising Permit AP kepada KPKT untuk pembangunan fasa Type A di Taman Desa PKNNS Chembong, telah dibuat pada November, bulan Nov, pada bulan lepas 2025, November 2025. Kerja-kerja tapak untuk pembangunan ini di Type A jangka bermula pada Februari 2026.

Berkaitan dengan ADUN Chennah, status terkini mengenai kebenaran merancang Smart AI Container Port oleh MPPD. Pada 8 Disember 2025, Unit OSC MPPD telah pun menerima permohonan kebenaran merancang bagi tujuan cadangan pembangunan pelabuhan Midport Port Dickson ataupun Smart AI Container Port di kawasan batas pelabuhan Kuala Sungai Linggi, seluas 72.8 hektar oleh pemaju Tetuan Midport Holding Sdn Bhd. Permohonan tersebut telah diedar kepada Jabatan Teknikal dalaman MPPD dan juga Jabatan Teknikal Luar untuk ulasan melalui Sistem OSC Online 3.0 Plus pada 8 Disember 2025. Pada 12 Disember 2025, esok perunding ataupun pemaju AI Port akan membentangkan kepada semua Jabatan Teknikal di dalam mesyuarat Pra OSC, ini bagi memastikan semua syarat teknikal dipatuhi sebelum ia dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat ataupun OSC MPPD Bilangan 24 yang dijadualkan pada 22 Disember 2025. Yang Berhormat Gemas berkaitan dengan oh ini saya sudah jawab, berkaitan dengan ADUN Chembong projek terbengkalai Taman Rembau Jaya. Pada 28 September 2018, KPKT telah pun menerimanya.

Rembau Bayu Taman Rembau Bayu.

ni kan? betul lah projek terbengkalai Taman Rembau Bayu.

tadi sebut Rembau Jaya.

ooo…projek terbengkalai Taman Rembau Bayu ok. Pada 28 September 2018, KPKT telah pun mengisytiharkan projek di atas sebagai projek terbengkalai. Pada 19 Ogos 2020, projek ini telah diserahkan kepada IN Liquidator untuk dibangunkan semula. Pelan Kebenaran Berancang yang baru telah dikemukakan, dibentangkan dalam OSC pada 13 September 2020 dan dibentangkan juga dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri pada 15 September 2020. Pelan Kebenaran Merancang ini telah diluluskan sepenuhnya pada 5 April 2021. Manakala Mesyuarat Jawatankuasa Kuasa Kecil Pusat Setempat OSC Bilangan 5/2022 pada 16 Mac 2022 telah menimbangkan semula permohonan Pelan Tanah, Pelan Jalan dan Perparitan dan juga Pelan Bangunan dengan keputusan lulus dengan pindaan Pelan kerana perlu mematuhi semua syarat daripada agensi teknikal seperti JKR, JPS dan juga Majlis Daerah Rembau. Pemaju gagal mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan oleh itu, permohonan itu telah ditolak dalam

Mesyuarat OSC pada 8 Jun 2022. Perundingan, perunding sekali lagi telah mengemukakan permohonan pindaan KM pada 24.11.2025 dalam sistem OSC tapi sehingga kini permohonan rasmi masih belum dikemukakan di kaunter OSC. Permohonan hanya akan diproses selepas permohonan secara rasmi.

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya ADUN Gemas. Oh, Taman Rekreasi sudah jawab juga. Seterusnya adalah daripada ADUN Labu berkaitan dengan, ini tambahan kepada Yang Berhormat Repah dalam projek di Taman Kirby ini selain daripada 36 orang yang telahpun ditawarkan secara terus melalui pembelian rumah type A secara bersubsidi dengan harga RM36,000 ini, 36 orang ini adalah senarai lama yang diberi oleh Syarikat Sime Darby sebelum ini, sebab ada perjanjian antara mereka sebelum ini dan kita telahpun menawarkan dan selain daripada itu ada juga 4 bekas pekerja ladang telahpun ditawarkan rumah dan mereka pun berjaya mendapatkan pinjaman bank dan mungkin ada yang terlepas itu adalah disebabkan oleh walaupun mereka bekas pekerja ladang tetapi mungkin syarat yang kita ada untuk rumah type A ini mungkin mereka tidak patuhi dan juga ada yang tidak pun berjaya mendapatkan pinjaman bank, tetapi kita juga telahpun menawarkan untuk beberapa bekas pekerja ladang di Labu, area Labu ini di Taman Bakti YNS juga, ada juga lah kalau ada beberapa yang secara ini boleh mengemukakan kepada kita dan kita akan cuba untuk selesaikan.

Yang seterusnya Yang Berhormat Rahang, beberapa keluarga yang tinggal, di setinggan. Kerajaan negeri telahpun menawarkan rumah mampu milik type A Iringan Bayu di Iringan Bayu dan daripada mereka memang ada beberapanya menghadapi masalah pinjaman bank dan mungkin kita akan lihat balik apa yang kita dapat bantulah, mungkin melalui beberapa inisiatif pada tahun hadapan. Seterusnya daripada Yang Berhormat Chembong juga berkaitan dengan PPR Chembong seperti mana yang kita tahu ada 452 unit rumah. Phase 1, 151 telahpun ditawarkan untuk Phase 2 baki ada 301 unit kediaman. Kita telah menerima 3,000 permohonan dan sedang disemak dan akan dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pengurusan Jabatan Perumahan Negara Bilangan 1/2026 untuk kelulusan dan pihak Jabatan Perumahan Negara dan KPKT merancang untuk melaksanakan pengisian pada bulan April 2026 sebab permohonannya adalah lebih 3,000.

Dan yang paling last kita tahu ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat telahpun menyatakan beberapa isu yang berlaku di beberapa pihak berkuasa tempatan berkaitan dengan pengenaan beberapa caj tambahan seperti awning dan juga partition. Untuk isu ini Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengambil maklum berhubung aduan awam yang berkaitan dengan pengenaan caj-caj yang dikenakan kepada mereka oleh pihak berkuasa tempatan yang tidak pernah dikuatkuasakan ataupun dilaksanakan sebelum ini. Isu ini telahpun dibangkitkan dalam mesyuarat MMK dan MMK telahpun

membuat keputusan bahawa lesen ataupun caj yang dikenakan ke atas partition sesekat, awning, sengkuap dan juga lain-lain struktur sediada dan telah lama dibina dikecualikan daripada dikenakan sebarang caj dan tidak dijadikan sebagai salah satu syarat untuk kita memperbaharui lesen perniagaan sediada. Walaubagaimanapun, lesen dan caj bagi permohonan lesen perniagaan baru adalah dibenarkan.

Selain daripada itu kerajaan negeri juga telah memutuskan bahawa semua pihak berkuasa tempatan dan juga lain-lain agensi tidak mengenakan sebarang caj tambahan ataupun memperluaskan sebarang caj dan dinasihati untuk mendapatkan nasihat dan juga ketetapan pihak berkuasa negeri bagi sebarang pengenaan ataupun penguatkuasaan caj baru. Ini adalah untuk kita selesaikan beberapa masalah aduan terutamanya pada masa ini yang membebankan peniaga dan juga rakyat dan kita harap apa-apa caj tambahan itu perlu dirujuk kepada pihak berkuasa negeri untuk diputuskan oleh pihak berkuasa negeri ataupun MMK. Itu sahaja, sekian terima kasih.

Yang Berhormat, sikit soalan tambahan boleh? Pertanyaan?

Yang Dipertua Dewan

Sesi penggulungan…

Boleh ya? Ok.

Yang Dipertua Dewan

Minta kebenara siapa tu Labu?

Boleh? Minta maaf speaker.

Yang Dipertua Dewan

Labu minta kebenaran siapa tadi?

Berkaitan dengan soalan terakhir.

Yang Dipertua Dewan

Tanya saya dulu la…

Minta maaf speaker, saya nak tanya soalan tambahan sikit. Boleh ya?

Yang Dipertua Dewan

YB, boleh…

Bukan soalan, saya nak pertanyaan berkaitan perkara yang berkaitan, boleh ya? Banyak juga di Majlis Perbandaran Seremban terutamanya lesen ya. Premis itu dah ada lesen perniagaan tetapi Majlis menghantar aa apa minta juga mereka submit balik pelan, pelan bangunan. Jadi bila saya tanya kepada Majlis mereka memberitahu dulu dia tak submit, tapi setahu saya dalam Majlis Mesyuarat Ahli Majlis, apa-apa lesen yang diluluskan telah mendapat kelulusan jabatan-jabatan yang berkenaan jadi

bagi saya, kalau lesen yang telah diluluskan pada Majlis Perbandaran dulu, sekarang bila Majlis Bandaraya tak perlulah Majlis Bandaraya meminta balik pelan, jadi itu menyusahkan. Contoh satu Car Wash, dia minta pelan bangunan, dia suruh submit pelan bangunan sejak 2019 dah ada lessen, dia minta submit sekarang, jadi kalau tidak dia memberi tempoh 30 hari, jadi saya rasa tak betul, dan bila kita tanya kepada pegawai yang berkenaan, mereka beritahu YB dulu dia tak submit, jadi itu bukan salah pemohon, itu mungkin ada ketidak apa ketelusan pada mereka memohon dulu, jadi minta tolong YB EXCO kalau boleh jawab perkara ini.

Beberapa perkara ini kita tahu mungkin pada masa itu mungkin prosedur dia pada masa itu adalah berlainan dengan sekarang, tetapi kita akan lihat balik beberapa isu seperti ini supaya ia tidak membebankan peniaga ataupun masyarakat. Tetapi pada masa yang sama ada juga beberapa perkara kalau kita tahu ada kesilapan dia lebih baik kita ubah ataupun kita perbetulkannya, tetapi yang penting adalah ia tidak membebankan banyak terutamanya pada masa sekarang, jadi itu kita akan lihat balik dan kita akan cari satu kaedah yang baik supaya kedua-dua pihak, perniagaan itu pun dapat dijalankan dengan baik, dengan teratur dan pada masa yang sama ia juga tidak membebankan premis-premis ataupun pengusaha-pengusaha peniagaan tersebut.

YB Speaker, nak minta laluan sikit.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput… saya tak nak jadi perbahasan balik benda ni.

Tak-tak, soalan saya…

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, EXCO dah gulung, Yang Berhormat, saya nak terangkan sini, sekarang ini sesi penggulungan, kita ada peluang tadi masa kita soal jawab kita bahas, jadi sekarang ini penggulungan, kalau setiap jawapan itu akan dipertikaikan balik, akan disoalkan balik…

Tak, soalan saya tak jawab tu. Ada soalan aaa…

Yang Dipertua Dewan

Ini, Bila soalan. ini bukan sesi soalan lagi dah, ok.

Soalan anjing, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Yang Berhormat Senaling.

Terima kasih Dato' Yang Dipertua, Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum WBT. Pertama saya ucapkan terima kasih pada Dato' Yang Dipertua, kerana beri saya peluang untuk

menjawab sikit sebanyak dalam sesi penggulungan ini dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan Yang Berhormat yang hampir semua Yang Berhormat ada menyentuh soal pendidikan dan sebahagiannya memberikan isu, sebahagiannya memberikan cadangan, tapi saya berhajat untuk hanya menjawab soalan-soalan yang ada isu dari segi pendidikan ini.

Yang pertama saya tengok ada isu guru ada soalan berkaitan dengan isu guru, kekurangan guru tetapi yang saya dah jawab semalam YB Chembong, dah jawab ya, tinggal lagi YB Lukut, saya nak jawab harini. YB Lukut panjang lebar satu, tiga muka dia baca semalam saya dapatkan salinan berkaitan dengan masalah guru di kawasannya. Yang Berhormat ada menyebut soal ada kelas yang terbiar 20 hingga 40 minit tanpa pengawasan guru. Jadi soalnya Yang Berhormat tidak menyatakan sekolah mana Yang Berhormat, sekolah jenis apa, kalau tidak mudahlah sikit, kita terus berhubung dengan PPD, minta PPD tengok sekolah ini apa berlaku di sekolah ini, tapi tak dinyatakan di sini sekolah mana, sekolah jenis apa, SJKC ke, sekolah menengah ke, sekolah rendah ke SJKT ke, sekolah kebangsaan ke, tak ada YB, saya anggap ini sebagai satu laporan lah complain daripada Yang Berhormat. Walaubagaimanapun tentang apa disebut oleh Yang Berhormat Lukut ni kelas tanpa pengawasan guru sebenarnya tak boleh dipandang ringan, kita amat mengambil berat tentang soal ini. Untuk makluman Yang Berhormat, jika guru tidak hadir ke sekolah disebabkan cuti sakit, cuti rehat atau menghadiri bengkel atau mesyuarat, pihak pentadbiran sekolah harus melakukan penggantian. Penggantian guru, relief teacher bagi masa guru berkenaan, hal ini adalah di bawah tanggungjawab dan seliaan pentadbir sekolah, jika berlaku kelalaian tentang perkara ini, ibu bapa boleh melaporkan kejadian ini kepada pentadbir sekolah, PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dalam keadaan segera supaya siasatan dan tindakan tuntas boleh diambil. YB, kalau 20 minit ke 40 minit tak ada cikgu ni, serius YB jadi, kena maklum kepada kita sekolah mana ni. Ini saya terlalu panjang ni, kita rasa tak seronoklah bila ditimbulkan sini ada kelas yang cikgu tak masuk kelas sampai 40 minit ni, lama sebenarnya budak-budak terbiar ni jadi, ini kena kita ambil kita ambil serius tentang perkara ni dan kalau ada perkara ni berlaku lagi tolong maklum pada segeralah kepada kita tanpa perlu tunggu dewan bersidang, ini satu perkara yang kita tidak boleh kompromi. JPN tidak berkompromi tentang perkara ni, setiap murid wajar mendapat hak sepatutnya iaitu belajar pada masa waktu yang ditetapkan mengikut jadual yang disediakan. Saya setuju dengan YB, apa yang YB tulis ni, ataupun yang dibahaskan ni malah JPN dan PPD juga telah membuat penambahbaikan dengan melaksanakan mesyuarat bengkel selepas waktu persekolahan bagi melindungi masa murid-murid. Apa yang YB sebut ni sebab difahamkan cikgu terlampau banyak terlibat dengan mesyuarat tergemparlah, dipanggil untuk event dan sebagainya jadi ini kita dah ambil tindakan YB, penambahbaikan seperti menjadualkan semua mesyuarat, bengkel dan kursus berkaitan

dengan guru selepas waktu persekolahan akan diambil. Ini bagi menjamin hak murid-murid mendapat pendidikan berkualiti. Malah semua program yang dirancang akan dinilai semula agar tidak bertindih supaya penglibatan guru adalah terkawal. Pengetua dan guru besar turut diberi kuasa untuk mempertimbangkan serta meluluskan permohonan guru keluar sekolah bergantung kepada keperluan dan kekerapan guru berkenaan. Penempatan Pembantu Tadbir tambahan seperti mana dicadangkan oleh YB Lukut di sekolah adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sebarang tambahan penempatan ini perlulah mengambil kira implikasi kewangan kerajaan dan sebagainya. Jadi YB Lukut, saya kita ambil berat tentang apa yang YB suarakan ni ya, tinggal lagi lepas ni boleh beritahu saya lah sekolah mana. I really want to know ok.

Isu kedua yang ditimbulkan ialah soal penguasaan 3M, ini disebut oleh YB Klawang semalam. Saya dah jawab sebahagian YB tinggal lagi YB minta Klawang minta saya statistik. Jadi hari ni saya nak baca lah. Walaupun dalam ketiadaan YB Klawang hari ni, isu tahap penguasaan 3M yang dibangkit oleh YB Klawang berdasarkan kutipan data murid mendapat tahap penguasaan TP

1. Bilangan murid sekolah rendah di Negeri Sembilan, tidak menguasai kemahiran 3M bagi tahun 2024 sehingga tahun 2025 adalah seperti pecahan berikut. Ini YB Klawang minta semalam dan saya dah janji nak bacakan maklumkan pada hari ni. PPD Seremban mencatat ni 2024-2025 ya. PPD Seremban mencatatkan seramai 637 murid daripada 122,480 murid keseluruhan. Ini yang tak boleh menguasai 3M di daerah Seremban. 637 murid. Di daerah Rembau 59 murid daripada 8,472. Di daerah Kuala Pilah, PPD Kuala Pilah 36 murid daripada 11,763. Ini Kuala Pilah lebih rendah lah sikit ya. PPD Tampin 60 murid daripada 16,543. PPD Port Dickson 173 orang murid daripada 26,625 dan PPD Jempol-Jelebu seramai 151 murid daripada 29,959, itu yang data kita dapat ya. Seperti mana di pohon tentang murid yang tak boleh menguasai 3M. Jika dibandingkan dengan tempoh 2023-2024 itu tahun sebelum ni hampir semua daerah menunjukkan penurunan jumlah murid tidak menguasai 3M kecuali daerah Rembau dan daerah Tampin. Keseluruhan data ini menunjukkan bahawa usaha intervensi literasi dan numerasi yang dilaksanakan oleh KPM dan JPNS telah memberikan kesan positif khususnya dalam mengurangkan bilangan murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M. Walau bagaimanapun, pemantauan dan intervensi berfokus akan terus diperkukuh terutama di daerah yang mencatatkan kadar lebih kadar yang lebih tinggi. Itu jawapan saya.

Seterusnya YB Lobak ada menyentuh tentang AI dan teknologi digital. KPM mengakui kepentingan literasi AI dan telah pun menyepadukan elemen berkaitan AI dalam beberapa mata pelajaran seperti berikut. Yang pertama, Sains Komputer, subjek di peringkat menengah yang memberi asas logik, pengaturcaraan, penyelesaian masalah dan pembelajaran mesin. Yang kedua, teknologi maklumat dan komunikasi dan yang ketiga, reka bentuk dan

teknologi, RBT ya, iaitu subjek menyentuh robotik asas, otomasi dan sistem pintar melalui tugasan projek.

Selaras keperluan masa depan, kurikulum persekolahan 2027. KP 2027 memperkukuh elemen AI secara lebih komprehensif. Dalam mata pelajaran teknologi dan digital, murid akan melaksanakan projek yang menggunakan AI untuk menghasilkan aplikasi seperti rumah pintar, bandar pintar dan sistem pengurusan pintar. Elemen Internet of Things (IOT), turut diberikan penekanan sebagai sebahagian ekosistem AI. Dalam pelaksanaan ini, guru berperanan sebagai fasilitator yang membimbing murid menggunakan AI secara beretika, selamat dan bertanggungjawab. Untuk makluman semua, makluman Dewan, KPM telah melancarkan Dasar Pendigital Pendidikan iaitu Dasar Komprehensif bagi memastikan sistem pendidikan negara bergerak seiring dengan perkembangan teknologi digital. Dasar ini memberi penekanan kepada beberapa aspek utama termasuklah pemerkasaan infrastruktur digital, peluasan akses kepada peranti dan platform pendidikan digital dan juga pembangunan kompetensi digital murid dan pemimpin sekolah. KPM turut mengukuhkan ekosistem digital melalui Pelantar DELIMA, Digital Educational Learning Inisiatif Malaysia yang menyediakan akses kepada bahan PDP, aplikasi pembelajaran serta persekitaran kolaboratif yang menyokong pembelajaran digital secara menyeluruh. Selain daripada kurikulum, pelbagai pertandingan berkaitan robotik, inovasi digital dan STEM turut dianjurkan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa bagi memupuk minat murid dalam teknologi masa depan. JPNS komited menyokong aspirasi pendigitalan ini melalui pelaksanaan program latihan sokongan digital serta pemantauan infrastruktur di sekolah-sekolah. Usaha ini memastikan murid Negeri Sembilan mendapat manfaat optimum daripada transformasi digital pendidikan.

Dato' Yang Dipertua, perkara yang seterusnya saya nak sentuh ialah soal keselamatan sekolah. Untuk ini ramai Yang Berhormat yang menyentuh secara langsung Sri Tanjung ada menyebut, Lobak pun ada sebut, Kota, YB Serting dan juga YB Paroi ini secara langsung menyebut tentang masalah keselamatan di sekolah. Isu keselamatan di sekolah turut menjadi topik utama yang dibangkitkan semasa perbahasan ini. JPNS telah melaksanakan program immediate reform yang memberi penekanan utama tentang aspek keselamatan. Pengetua dan guru besar di sekolah diminta mengenalpasti lokasi-lokasi di dalam kawasan sekolah yang berisiko dan seterusnya memasang papan tanda amaran dan memasang tali keselamatan bagi kawasan ini. Ini saya dah terangkan itu dalam jawapan saya. Dalam masa yang sama, sekolah diminta melaporkan segera kepada PPD sekiranya terdapat infrastruktur usang dan berbahaya. Pengetua dan guru besar sekolah juga diminta sentiasa melaksanakan management by walking around ini memang kita minta ya, guru besar dan pengetua ni dia kenalah pagi-pagi itu ambil sikit masa untuk tengok kawasan, setiap inci kawasan sekolah itu

adalah di bawah jajahan guru besar dan pengetua. Dia kena tahu dia kena exercise sikit dari sudut ke sudut di kawasan sekolah, tengok apa-apa masalah yang perlu yang perlu dibaiki kalau ianya mendatang kemudarat kepada anak-anak. Ia merujuk kepada amalan pemimpin di mana pentadbir turun padang secara berkala untuk membuat pemantauan langsung terhadap operasi. Proses kerja dan suasana persekitaran organisasi melalui pendekatan ini pentadbir sekolah dapat berinteraksi secara terus dengan warga sekolah, mendapatkan maklum balas autentik, mengenal pasti isu sebenar, dilapang serta memastikan setiap tugasan dilaksanakan mengikut prosedur dan standard yang ditetapkan, selain itu setiap pengambilan pekerja ini menyentuh tentang isu yang disebut oleh Serting. Isu-isu ada yang pekerja pun berbahaya juga untuk anak-anak ni kan, selain itu setiap pengambilan pekerja khususnya pengawal keselamatan memangnya memerlukan tapisan keselamatan. Hal ini terkandung dalam kontrak antara pihak penyedia perkhidmatan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengetua dan guru besar juga telah diingatkan agar meneliti dan memeriksa borang tapisan keselamatan yang diberikan oleh pihak penyedia perkhidmatan keselamatan kepada sekolah.

Seterusnya berhubung dengan usul daripada YB Serting juga berkaitan sama ada KPM perlu melantik kaunselor terlatih di sekolah dan seterusnya melaksanakan transformasi pendidikan yang mendekatkan aspek pembentukan akhlak dan sesi perbahasan pada semalam, suka dimaklumkan bahawa para kaunselor dan guru bimbingan kaunseling yang ditempatkan di sekolah-sekolah dalam Negeri Sembilan ini memangnya terlatih dan diperakui kemahiran mereka. Jadi YB jangan risau semua kaunselor kita adalah kaunselor yang terlatih. Dalam kurikulum kebangsaan aspek pembentukan karakter murid memangnya ditekankan. Mata pelajaran pendidikan Islam, pendidikan moral diperuntukkan waktu untuk diajar kepada murid. Selain itu pelbagai program pembinaan jati diri pembukaan ilmu dan kepimpinan yang dilaksanakan di sekolah. Ini memang kita beri penekanan. Kita bukan hanya bercakap tentang pencapaian memanglah kita nak pencapaian sekolah-sekolah Negeri Sembilan ni hebat. Setakat ini memang hebat pun dalam SPM dan sebagainya tapi kita tak pernah lupa kita tak pernah lupa meletakkan aspek pembangunan modal insan itu menyediakan seorang modal insan yang mempunyai jati diri, mempunyai sahsiah yang baik. Ini adalah salah satu daripada tanggungjawab kita di sekolah juga. Dan kita di Negeri Sembilan Dato' Yang Dipertua, kita tak pernah meninggalkan falsafah pendidikan kita iaitu untuk melahirkan modal insan yang seimbang. Kata kuncinya ialah seimbang. Bukan hanya bercakap tentang pencapaian akademik semata-mata tetapi seimbang dari segi intelektual, emosi, jasmani dan juga sahsiah. Ini memang menjadi satu pegangan kita dalam pendidikan kita di sekolah-sekolah di Negeri Sembilan ini. Kemudian isu mengenai, selain daripada itu, pada tahun 2027 modul pembinaan karakter diperkenalkan bagi memantapkan sikap dan karakter

murid selaras dengan falsafah seperti mana yang saya sebutkan sebentar tadi.

Isu penyelenggaraan infrastruktur sekolah turut dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, contohnya sekolah ini Sri Tanjung rasanya ni. Sekolah Menengah Tinggi Port Dickson. Loji Kumbahan Vokasional Port Dickson dan kita dah menghantar mengangkat permohonan sekolah kepada bahagian pengurusan aset Kementerian bagi mendapat peruntukkan. Kerja pembaikan sekolah yang berada dalam kategori kritikal kita akan kemukakan permohonan di bawah program ubah suai dan naik taraf, manakala kerja-kerja pembaikan yang melibatkan kerosakkan secara kecemasan permohonan peruntukkan akan diangkat segera kepada KPM bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilaksana tanpa sebarang kelewatan. Yang Berhormat Yang Dipertua, Yang Berhormat Seri Menanti menimbulkan soal isu buli ini seperti mana yang saya sebutkan tadi memang menjadi salah satu perkara yang kita titik beratkan dan kita tahu bahawa bukan hanya soal buli tapi pengurusan salah laku buli dan salah laku seksual juga kita usahakan di peringkat sekolah supaya perkara ini dapat kita banteras. Isu buli ini dah menjadi satu perkara yang dikatakan secara umum dan kita dah minta galakkan sekolah-sekolah buat program-program yang berkaitan dengan salah laku buli ini. Say no to bully dan sebagainya ini memang sedang berjalan di sekolah-sekolah di Negeri Sembilan pada hari ini dan kita memang di bahagian di pihak kita memang memberikan sokongan. Kita bantu program-program seumpama ini supaya kita dapat mengekang isu buli di sekolah-sekolah.

Selain daripada itu perkara yang selanjutnya ialah tak banyak lagi satu dua perkara lagi. Perbezaan elaun sara hidup ini Chembong sebut. COLA ini bukan hanya pada guru sahaja ini YB ya. Ini Pekeliling Perkhidmatan Bilangan Tujuh, ini Dato’ SS mungkin tahu lah ya. Bantuan Sara Hidup COLA ditetapkan dan dibayar mengikut tempat bertugas pegawai berdasarkan persempadanan laluan kawasan pihak berkuasa tempatan. Setakat ini Jabatan Perkhidmatan Awam belum ada sebarang pemakluman berkaitan tindakan penyelarasan elaun dan bantuan sara hidup. Ini YB Chembong timbulkan sebab dia kata mungkin cikgu tak nak pergi di Rembau ni sebab Elaun COLA di Rembau rendah rupanya Dato’. Saya pun tak tahu ni doh. Di Seremban rupanya tinggi. Ini saya tak tahu, tak pernah kerja dengan kerajaan kan. Jadi baru saya tahu ni jadi perbezaan, tapi ini bukanlah penyebab YB, Rembau kurang cikgu sikit, sebab semua tempat memang ada kurang sebenarnya, bukan di Rembau je. Tapi perbezaan ni kita tak boleh apa Dato’ kan? JPA sahaja yang boleh menyelaraskan semula. Di Negeri Sembilan…

Yang Berhormat Senaling, sikit boleh? Sikit…Dato’ Speaker, boleh? Sikit saja. Saya nak menyatakan di sini pihak guru tidak complain pun. Mereka tidak pernah menjadikan isu ni sebagai halangan mereka untuk kerja di mana sahaja pun. Kita ucapkan terima kasih banyak

kepada para guru, Yang Berhormat Dato’, cumanya sebagai pemimpin di Rembau, saya rasa kecil hatilah, sikit kenapa orang Rembau yang bertugas di Rembau dapat kurang daripada daerah lain. Saya mohon, saya mohon Yang Berhormat Senaling bawa perkara ini ke peringkat yang lebih tinggi terima kasih.

Terima kasih Dato' Chembong ya. Baru saya tahu di Negeri Sembilan terdapat tiga kategori kawasan. Kawasan A Daerah Seremban, kawasan B pula Daerah Port Dickson dan Jempol. Ooo dia ikut Bandaraya ni Dato’ ya. Majlis Perbandaran. Sementara Kuala Pilah, Jelebu, Jempul, Rembau ni semua kategori C lah, jadi KOLA dia kurang. Tapi ini seperti kata Yang Berhormat tadi tak ada sebab langsung guru-guru tak ada complain pun soal-soal ni.

Isu kekurangan asrama, YB Chembong juga, Jabatan Pendidikan ambil maklum tentang masalah kekurangan asrama di Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Dato' Undang Haji Muhammad Syarif dan Sekolah Menengah Agama Haji Ibrahim. Perkara ini akan dibangkitkan semasa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan bersama pengarah-pengarah negeri. Ini komitmen daripada pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Jadi Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya rasa itu sahaja yang berkaitan dengan isu berkaitan guru-guru ni dan satu perkara tentang Paroi lah, Paroi ada sebut saya tak lupa, Paroi, menanyakan sama ada, ada penyelaras di bawah Akta Kesihatan Dan Keselamatan Pekerja ni. Di peringkat sekolah tak ada YB, mungkin dalam industri kilang mungkin ada lah, di sekolah tak ada di sekolah kita ada unit 3K itu yang menguruskan soal keselamatan, kebersihan dan kesihatan, dari segi penyelaras di bawah akta ni tak ada. Walaupun apa yang berlaku di beberapa 1-2 insiden yang terpencil yang berlaku di sekolah-sekolah Negeri Sembilan beru-baru ini memang kita sedih dan sebagainya tapi dari segi dalam konteks ini kita dah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk perkara-perkara seperti ini tidak lagi berlaku di sekolah-sekolah kitalah. Insiden ni memang berlaku di mana-mana, tapi kita sedih lah sebab berlaku di sekolah Negeri Sembilan.

Celahan sikit nak bagi penerangan tentang Akta Keselamatan Kesihatan Pekerjaan.

Panjang nak bagi penerangan ni YB, panjang nak bagi penerangan ni, akta ni di sekolah kita tak pakai YB, kita tak pakai.

Rujuk balik dengan DOSH lah, Dato’, Akta ni dah dipersetujui 2022, setiap mana-mana tempat kerja yang ada 5 orang atau lebih, akta ni mesti ada seorang OS koordinator, penyelaras keselamatan kesihatan, untuk memantau keselamatan di tempat kerja macam agensi kerajaan pun kena ada

tu rujuk balik dengan Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan ya. Dato’ rujuk balik lah.

Terima kasih YB, kita akan tengok, kita akan panjangkan perkara. Apa pandangan Yang Berhormat Paroi, tinggal lagi buat ketika ini saya nak maklumkan, tidak ada penyelaras ni, yang kita ada ialah kita tubuhkan unit 3K ni, iaitu yang menjaga yang diketuai adalah seorang guru untuk menjaga aspek keselamatan, kebersihan dan kesihatan murid-murid di sekolah, itu yang kita amalkan sekarang dan insya Allah kita doa lah tidak berlaku lagi perkara yang sepertinya pernah berlaku di sekolah, di Negeri Sembilan dalam masa beberapa bulan yang lalu, terima kasih Dato' Yang Dipertua, itu sahaja terima kasih kepada semua yang yang memberikan pandangan dan sebagainya dalam segi isu pendidikan terima kasih Dato' Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Senaling. Saya dengan hormatnya menjemput Yang Berhormat Pertang.

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum WBT Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Negeri Sembilan Bersih, Muafakat dan Sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengucapkan dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, terutamanya Dato' Yang Dipertualah, kerana bagi peluang untuk Pertang menggulung perbahasan pada petang ini dan penggulungan saya walaupun agak tebal sikit hari ini tapi saya cuba pendekkan kerana stamina pun tak berapa bagus, cuma Yang Berhormat kalau nak mencelah, mencelah baik-baik sikit ya, jangan terjah-terjah, kalau saya terperanjat karang, saya pun akan membalas dengan terperanjat.

Saya nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat ADUN kerana telah mengemukakan beberapa pertanyaan dan memberikan pandangan terhadap perkara-perkara di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Bertindak, Pertanian Keterjaminan, Makanan Kos Sara Hidup Dan Juga Kemajuan Desa, Wilayah Perladangan Dan Komoditi semasa sesi perbahasan belanjawan Negeri Sembilan tahun 2026 di dewan yang mulia ini. Terdapat 12 ADUN yang telah membangkitkan isu di bawah kedua-dua portfolio yakni ADUN Johol, Klawang, Sungai Lui, Gemas, Lenggeng, Jeram Padang, Gemencheh, Bagan Pinang, Chuah, Seri Menanti, Serting dan juga Chembong. Semua Yang Berhormat telah membangkitkan pelbagai isu ada yang sama ada yang isu yang berbeza ini biasa, saya mendengar dengan teliti setiap perbahasan daripada semua Yang Berhormat, dan selepas saya buat penelitian bersama dengan jawatankuasa dan pegawai-pegawai saya, terdapat lebih kurang 32 isu yang berkaitan kedua-dua portfolio yang dibangkitkan. Saya menyedari bahawa semua isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN semua adalah bertujuan untuk memakmurkan lagi

Negeri Sembilan selaras dengan tema belanjawan Negeri Sembilan kita pada tahun 2026 yakni Belanjawan Madani Rakyat Harmoni. Semua sama matlamat kita nak tengok Negeri Sembilan diurus dengan baik, berada dalam keadaan yang stabil dan mempunyai persefahaman di dalam urus tadbir kerajaan perpaduan yang semakin meningkat daripada tahun ke tahun. InsyaAllah saya akan memberikan maklum balas dalam masa yang sesingkat mungkin berkaitan dengan perkara-perkara yang ditimbulkan.

ADUN Johol membangkitkan berkenaan dengan pembangunan industri dan tarikan pelaburan luar bandar. Kerajaan negeri melalui UPEN memberi tumpuan kepada pembangunan industri luar bandar selaras dengan Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan ataupun RPNS Rancangan Struktur Negeri Sembilan dan Rancangan Tempatan Daerah. Perancangan ini bertujuan untuk memperkasakan kawasan luar bandar sebagai zon pertumbuhan baru, dan beberapa perkara yang telahpun disenaraikan seperti yang diketahui oleh Ahli Yang Berhormat yang berkaitan perkara-perkara dengan pembangunan luar bandar. Bagi memastikan pembangunan industri luar bandar lebih tersusun dan berimpak, beberapa strategi utama telahpun dikenal pasti. Pertama pembangunan kluster ekonomi desa. Kedua pemantapan infrastruktur dan connectivity ataupun hubungan antara bandar dan juga kawasan luar bandar. Ketiga ialah strategi pelaburan yang berfokus dan keempat pembangunan modal insan TVET luar bandar.

Dato' Yang Dipertua, Yang Berhormat ADUN Johol menyentuh juga berkenaan dengan inisiatif baru yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat dalam Pembentangan Belanjawan pada Jumaat lepas berkaitan dengan program Anak Pokok Harapan Satu Desa, Satu Tanaman. Ini adalah inisiatif baru ke arah kesejahteraan rakyat. Selain daripada YB Johol, YB Seri Menanti juga membangkitkan perkara yang sama. Maka saya nak ulas atau jawab secara bersekali. Objektif program satu kampung ataupun Program Anak Pokok Harapan ini, satu desa satu tanaman adalah memastikan bagi setiap kampung dan komuniti masyarakat di Negeri Sembilan ini mengusahakan dan mempunyai budaya pertanian untuk mengusahakan tanaman bernilai secara tersusun bagi mengwujudkan sumber pendapatan sampingan jangka panjang serta meningkatkan kesejahteraan komuniti luar bandar. Itu matlamat kita. Program ini menekankan pembangunan tanaman yang mempunyai potensi hasil dalam tempoh sederhana termasuk tanaman yang matang dalam tempoh sekitar 3 ke 5 tahun. Selari dengan objektif itu, kerajaan bersetuju dengan cadangan pelaksanaan projek tanaman di kawasan yang berfokus kepada komuniti seperti kelapa dan tanaman bernilai yang lain dan yang lain itu kita semua sedia maklum tanaman jangka pendek, sederhana dan panjang. Apabila tanaman ini mencapai tempoh matang, ia bukan sahaja memberi manfaat kepada ekonomi penduduk kampung malah berpotensi mewujudkan industri hiliran setempat, ini yang penting. Dengan pembangunan rantaian

nilai dan aktiviti pemprosesan produk hiliran, sesebuah desa dan kampung diyakini mampu berkembang sebagai sebuah kawasan industri desa yang mampan dan memberi pulangan jangka panjang kepada masyarakat setempat. Dengan peruntukan awal yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya nak ucapkan terima kasih sebanyak RM250 ribu yang diperuntukkan bagi tahun 2026 sebagai projek awalan, kita mensasarkan untuk melaksanakan projek rintis ini, bagi program sekurang-kurangnya di 10 ke 14 kampung di seluruh Negeri Sembilan. Memandangkan Yang Berhormat Johol dan Seri Menanti merupakan antara 2 ADUN yang terawal yang menunjukkan minat terhadap program ini, selepas membuat penelitian dan semakan awal, suka saya nak umumkan dan nak bagi penghargaan kepada kedua-dua ADUN ini, supaya dua projek rintis pertama bagi program ini akan dilaksanakan pertama di kampung Gating Inas, Johol yakni di kawasan DUN Johol Yang Berhormat ya, DUN Johol ada 80 buah rumah, kita dah sasar, 80 buah. Kemudian yang kedua di Kampung Talang Seri Menanti, ada 125 buah rumah untuk makluman ADUN Seri Menanti. Penelitian lanjut akan dibuat bersama dengan Yang Berhormat ADUN dan juga Jabatan Pertanian bagi melihat kesesuaian pokok yang bakal ditanam di kedua kampung ini.

ADUN Klawang mengemukakan dan membangkitkan berkenaan dengan isu reka bentuk rumah PPRS di mana air kumbahan dan limpahan masuk dalam tangki septik yang sama. 2 ADUN tadi tak ucap terima kasih pun ya.

Terima kasih, YB Pertang.

Dah berjolok baru dia nak cakap terima kasih.

Seri Menanti dah balik.

Ramai ADUN yang saya boleh transfer ni Yang Berhormat. Yang Berhormat Klawang, dia kan kadang-kadang saya ungkit perkara macam tu pasal kita kena appreciate apa yang kerajaan buat, kita jangan nak hentam je Yang Berhormat, bila saya sebut soal satu pokok, satu tanaman, satu desa ni, kita create ini adalah inisiatif tambahan untuk rakyat di kawasan DUN kita. DUN saya pun saya kemudiankan dan saya bagi perhatian kepada DUN Yang Berhormat, jadi kita kena appreciate apa yang kerajaan buat, apa yang kerajaan inisiatif untuk rakyat, pasal ni hasrat kita, hasrat kita supaya semua masyarakat di Negeri Sembilan mendapat pembelaan dan juga mendapat manfaat daripada setiap tahun pembentangan bajet dan juga belanjawan yang dikemuka dan dibentangkan oleh kerajaan. Saya masuk balik pada ADUN Klawang untuk makluman Yang Berhormat pelan rekabentuk PPRS yang diguna pakai buat masa ni direka untuk air kumbahan dan air limpahan disalirkan ke dalam tangki septic berkapasiti 5 PE jenis high density polythene. Hasil daripada makluman awal yang saya terima,

sepatutnya tak ada sebarang masalah dalam rekabentuk ni, tapi oleh kerana Yang Berhormat ADUN telah mengemukakan dan memberi maklum balas, maka saya akan minta kepada pihak kementerian untuk buat semak kan segera terhadap komponen pelan PPRS yang berkaitan dan kita akan tambah baik jika ada berlaku beberapa perkara yang tidak memuaskan.

ADUN Sungai Lui membangkitkan berkenaan dengan cadangan supaya Felda dijadikan hub pengeluaran pertanian dan penternakan agar dapat menarik minat dan penglibatan golongan belia dengan menggunakan teknologi terkini. Untuk makluman Yang Berhormat kawasan Felda di daerah Jempol merupakan antara zon tumpuan di bawah kawasan Ergopolis selaras dengan pelaksanaan Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021 dan 2025 dan Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan 2023-2033. Kawasan ini mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai hub pengeluaran pertanian dan penternakan negeri. Namun demikian, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa khusus dalam menentukan aspek tebus guna atau pembangunan tanah yang berada di bawah pemilikan Felda dan segala kelulusan berkaitan penggunan tanah adalah tertakluk sepenuhnya kepada pihak pengurusan Felda. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri melalui jabatan teknikal seperti Jabatan Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar sentiasa menggalakkan penglibatan golongan belia melalui pelbagai insentif dan skim sokongan tertakluk kepada syarat permohonan. Melalui pembentangan belanjawan negeri, kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian turut memperkenalkan insentif sejahtera tani yakni bantuan berbentuk in-kind contribution kepada usahawan tani yang berumur 40 tahun ke bawah yang terlibat dalam projek tanaman makanan. Insentif ini bertujuan untuk membantu menyerap kos operasi ladang sehingga 20% serta meningkatkan pendapatan peserta antara RM500 ke RM1000 sebulan.

Selain itu, pelbagai kursus, sesi libat urus dan program sokongan seperti Agrofest di setiap daerah turut dilaksanakan bagi menarik minat belia termasuk di dalam kawasan Felda khususnya di dalam penerapan teknologi pertanian moden seperti penggunaan Internet Of Things ataupun IOT dan juga dron. Bagi sektor penternakan pula, Jabatan Veterinar menyediakan pelbagai bantuan di bawah RMK12 kepada penternak yang berminat dan layak termasuk bantuan padanan skim double up 2.0, menaikkan taraf premis ternakan, kolam kumbahan, mesin perincih rumput dan lain-lain seperti yang telahpun saya sebut berkali-kali di dalam dewan yang mulia ini. Semua tahu tentang bantuan ini. Insentif yang disediakan ini merupakan komitmen berterusan kerajaan negeri untuk memperkukuhkan sektor pertanian melalui peningkatan penyertaan golongan belia sama ada di kawasan Felda maupun di kawasan lain yang berpotensi dibangunkan sebagai pusat pengeluaran makanan. Kerajaan negeri melihat golongan belia sebagai agen perubahan yang mampu memacu transformasi sektor pertanian daripada kaedah konvensional kepada pendekatan moden yang berasaskan kepada

teknologi. Langkah ini juga selari dengan aspirasi negeri untuk melonjakkan keterjaminan makanan serta memperluaskan lagi peluang ekonomi baru dalam sektor pertanian, penternakan dan juga perikanan. Maka untuk dengan itu program sentuhan Madani Felda yang bermula pada tahun 2025 dilanjutkan lagi pada tahun 2026 untuk memenuhi keperluan yang berkaitan dengan peningkatan ataupun pembaikan di dalam industri pertanian di seluruh ke 45 no, sorry, 49 kawasan Felda yang berada di dalam Wilayah Raja Alias.

Dato' Yang Dipertua, YB Lui juga membangkitkan berkenan cadangan supaya pocket land yang ada di kawasan Felda dimanfaatkan untuk permulaan generasi ke-2 Felda. Ini juga telahpun disebutkan beberapa kali bahawa pocket land di kawasan Felda ini sememangnya berada di dalam radar dan juga antara perancangan penting saya supaya dapat dimanfaatkan untuk pembinaan rumah generasi baru dan generasi ke-2, ke-3, ke-4 dan ke-5 Felda. Akan tetapi perkara ini perlu diperhalusi dan diteliti pelaksanaannya supaya tidak timbul masalah dan perkara berbangkit di kemudian hari. Saya telah jelaskan secara detail dan teliti dan kerajaan negeri melalui pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri Sembilan bersama Felda telah mengadakan Bengkel Cadangan Dasar Pemberi Milikan Tanah Lot Generasi Baru Felda LGF Negeri Sembilan pada bulan September 2025 yang lepas di Kuala Terengganu. Bengkel tersebut diadakan bagi menyediakan satu garis panduan atau TOR Terms of Reference dengan izin sebagai rujukan kepada kaedah pelaksanaan LGF di seluruh rancangan Negeri Sembilan dengan penambahbaikan kepada Dasar Pemberi Milikan Lot Kosong Dalam Pegangan Bandar, Seksyen 6 Akta Tanah Kawasan Penempatan Berkelompok 1960 yang telah diluluskan oleh kerajaan Negeri Sembilan bagi pelaksanaan LGF Printis Negeri Sembilan di Felda Palong 12. Cadangan Dasar Pemberi Milikan tersebut akan dimasukkan dalam kaedah permohonan untuk pocket land dan tanah-tanah kosong kerajaan yang terdapat di dalam kawasan Felda. Kertas cadangan ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak yang saya pengerusikan dan setelah diperhalusi akan dibawa untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian, dengan penetapan garis panduan tersebut kejayaan pelaksanaan LGF Printis Negeri Sembilan di Felda Palong 12, pelaksanaan LGF ini boleh juga kita sebar luaskan kepada rancangan Felda di dalam Negeri Sembilan termasuk di dalam kawasan Felda Sungai Lui.

YB Gemas bertanyakan berkenaan dengan peruntukan bagi kawasan yang terjejas dengan bencana. Untuk makluman Yang Berhormat bagi kawasan yang terjejas akibat bencana, permohonan bagi membaik pulih premis kemudahan awam, balai raya, jalan, rumah boleh dimohon melalui pejabat daerah. Pejabat Daerah ada peruntukan. Ada beberapa saluran menggunakan peruntukan MARRIS menggunakan tabung amanah bencana yang berada di bawah kawalan kerajaan negeri mengikut garis-garis panduan yang tertentu.

Isu bencana ini juga dibangkitkan oleh YB Jeram Padang khusus bagi kawasan Felda. Untuk kawasan Felda ini bermula pada 1 Mac 2021 Felda melalui Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi ada menyediakan bantuan khas kepada peneroka seluruh Felda yang terkesan dengan bencana. Bantuan tersebut dikenali sebagai Bantuan Kebajikan Peneroka ataupun BKP yang memberi bantuan kepada peneroka yang terkesan dengan bencana alam yang menyebabkan kerosakan rumah dan harta benda di rancangan-rancangan Felda. Kadar bantuan yang diberikan tidak kurang daripada RM100 ringgit dan tak lebih daripada RM10,000 ringgit atau apa-apa nilai yang munasabah berdasarkan kos kemusnahan yang ditanggung oleh mangsa berdasarkan penilaian dan kelulusan jawatankuasa. Felda juga melalui inisiatif terbaru telah melaksanakan kempen kepada semua peneroka seluruh Felda agar menyertai Program Insurance Takaful MyFire Plus. Ini kempen baru ini. Dengan kadar potongan serendah RM65 ringgit setahun melalui KPF Niaga sebagai agennya dilantik dengan jumlah perlindungan maksima RM200,000 ringgit. Di samping itu, Felda turut memperkenalkan Bantuan Tabung Kebajikan Kecemasan Peneroka (TKKP) bermula pada 1 Oktober 2022 yang turut melibatkan bantuan bencana kebakaran dengan maksima bantuan sebanyak RM40,000 ringgit bergantung kepada kemusnahan rumah yang terlibat. Melalui bantuan ini, peneroka perlu mencarum sebanyak RM12 ringgit setahun dengan syarat tidak pernah memohon bantuan dalam tempoh 3 tahun. Yang ni saya nak sarankan supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat yang punya kawasan Felda bolehlah membayarkan caruman untuk ketua isu rumah di dalam rancangan Felda masing-masing. Pemohon boleh terdiri daripada peneroka atau pengganti peneroka dan pentadbir dan isteri peneroka. ADUN dengan Ahli Parlimen, share lah. Seorang bayar RM6 ringgit, kalau ada 500 peneroka, setahun baru 2 RM6 ringgit. Boleh bayar, no problem. Berkenaan isu banjir di Pasir Besar pula, pihak Felda telah melantik kontraktor bagi menyelesaikan isu perparitan sepanjang 2.4 kilometer dalam kawasan rancangan Felda Pasir Besar. Pelan mitigasi banjir ni hampir berjaya kerana tiada laporan banjir yang diterima selepas projek siap pada 22 Jun tahun 2025. Pihak Felda sememangnya memandang serius perkara ni sebelum ni, arahan telah diberikan kepada anak syarikat Felda, yakni FIC bagi melantik perunding untuk membuat kajian tebatan banjir secara menyeluruh di Felda Pasir Besar pada 19 November 2024 yang menggunakan dana dalaman Felda. Status terkini, pihak JPS telah pun memberi surat kelulusan yang menyatakan tiada halangan bagi projek menaik taraf sistem perparitan, pembersihan dan pembinaan baru kolam tadahan air serta kerja-kerja berkaitan di Felda Pasir Besar dan pihak perunding dalam proses semakan bersama pihak PBT yang terlibat bagi memuktamadkan keseluruhan skop sebelum pelaksanaan projek.

ADUN Lenggeng. Lenggeng memberi cadangan supaya Program Perikanan Rakyat diperluaskan dengan melibatkan belia dan JPKK dalam program ni.

Untuk makluman Yang Berhormat sememangnya saya setuju dan tentunya saya akan pastikan supaya dapat kita memperluaskan lagi program ini keseluruh DUN yang melibatkan ramai pihak. Jabatan Perikanan telah melaksanakan 5 projek Printis Kolam Rakyat bagi tahun 2025 yakni di Pusat Komoditi Pembangunan Sendayan, KRT Taman Taman Panchor Jaya Fasa 7,8 Lenggeng, Kampung Wong Seng Chow di Sikamat, Kampung Kuala Jemapuh Kuala Pilah, Kampung Sri Jemapuh di Kuala Pilah juga. Kuala Pilah dapat 2, Pertang 1 pun saya tak bagi. Tengok, berkorban apa saja untuk rakan-rakan yang lain.

Terima kasih Yang Berhormat Exco.

Berkorban apa saja.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Terima kasih, Juasseh dua tu.

Tapi harap Pertang janganlah tolak saya pula sebagai wakil rakyat.

Cakap terima kasih la ni.

Saya akan bagi lebih pada Pertang selepas ini. Konsep Kolam Rakyat ni memfokuskan kepada pembangunan kawasan Tanah Terbiar yang berpotensi untuk dimajukan oleh komuniti setempat. Pengoperasi projek ni tidak memerlukan kos tinggi kerana ia hanya melibatkan penyeliaan komuniti atau individu. Manakala jabatan menyediakan sokongan berbentuk teknikal dan bantuan input asas. Bagi tahun 2026, kita nak ubah sikit konsep daripada Kolam Rakyat kepada konsep sistem ternakan ikan dalam tangki. Pasal apa kita tak lanjutkan Kolam Rakyat ni? Bukan kita tak lanjutkan tapi kita slow down sikit kerana kolam ataupun konsep tangki ni Dato' Yang Dipertua, lebih mudah untuk diurus, pemantauan yang lebih sistematik dan yang penting sekali kita dapat terapkan teknologi yang lebih moden kepada sistem penternakan yang terkini. Dua spesies yang akan dilaksanakan pada pendekatan awal ikan tangki ni yakni talapia ikan apa? talapia dan ikan keli yang merupakan spesies pilihan utama rakyat. Harga mahal, makanan sedap dan boleh dapat hasil yang cepat. Bagi tahun 2026 saya mensasarkan melalui Jabatan Perikanan, seramai 30 peserta bakal dilibatkan di dalam program ini. Maknanya untuk maklumat ADUN-ADUN, 30 peserta kita akan pilih anggaran pengeluaran bagi projek ternakan ikan dalam tangki dijangka mencecah 15 ribu kilo dengan nilai anggaran sekitar RM100 ribu bagi setiap pusingan pengeluaran Dato' Yang Dipertua. Ini peluang untuk golongan belia kita ya. Banyak projek dan program pertanian yang kita initiate sebagai satu program baru bagi menambah pendapatan bagi seluruh masyarakat Negeri Sembilan sampai ke

peringkat akar umbi. Bukan setakat di Seremban sahaja, tetapi sampai ke peringkat kampung dan juga mukim.

YB Jeram Padang mencadangkan supaya perkampungan budaya orang asli cultural, living cultural village serta homestay bertema rumah tradisional orang asli sebagai projek pelancongan. Ini saya tak boleh jawab ini YB Nicole, kenapa masuk dalam saya punya teks. Saya pindah, saya lompat eh. Pasal apa masuk dalam teks saya? Oh pasal orang asli takpelah yang ni saya jawab bertulis lah ADUN ya. Saya nak jawab kepada YB Jeram Padang ni tadi. Berkaitan dengan soalan kepada YB Arul tadi. Yang ni saya dah siapkan. Kerana ni dah jadi isu masyarakat. Berkenaan dengan isu Kampung Orang Asli Klebang yang dikatakan telah dijadikan pusat pengumpulan anjing terbiar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. JAKOA dan pejabat daerah telah mengadakan perjumpaan bersama pihak yang terlibat pada 9 Oktober 2025 di Balairaya Kampung Orang Asli Klebang Yang Berhormat eh. Betul tak Yang Berhormat? JAKOA telah menerangkan bahawa Kampung Orang Asli Klebang merupakan kawasan rizab orang asli yang telah diwartakan di bawah Seksyen 7 (1) Akta 134 Akta Orang Asli di mana segala urusan di dalam rizab perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah JAKOA selaku Pegawai Pengawal Tanah Rizab Orang Asli. Ini syaratnya. Dalam perjumpaan tersebut, JAKOA telah memberi penerangan bahawa berdasarkan peruntukan Seksyen 6 (2) dan Seksyen 7 (2) Akta Orang Asli tahun 1954, Tanah Rizab Orang Asli tidak merangkumi penggunaan bagi tujuan pemeliharaan dan penempatan haiwan. Oleh itu, aktiviti pengumpulan anjing terbiar di Kampung Orang Asli Klebang tidak selaras seperti yang saya jawab tadi, dengan peruntukan undang-undang sedia ada dan dengan jelas telah melanggar undang-undang. Pejabat Daerah dan Tanah juga telah menerangkan bahawa kesalahan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 425 (1) Kanun Akta Tanah Negara. Jika disabitkan kesalahan, boleh kena denda tidak melebih RM10 ribu dan dipenjarakan untuk satu tempoh yang tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali. Ini serius, Dato' Yang Dipertua, saya jelaskan di Dewan Yang Mulia ini, JAKOA telah memberi dua kali tempoh masa untuk mengosongkan kawasan tersebut. Bagi tarikh pertama, JAKOA telah mengeluarkan surat mengarahkan pihak berkenaan, mengosongkan tempat penjagaan anjing tersebut sebelum atau selewat-lewatnya 13 November tahun 2025 Yang Berhormat ya. Namun, pengusaha mohon pertimbangan untuk lanjutan masa satu tahun, karena tak dapat tempat baru dan sebagainya. JAKOA Negeri telahpun mengemukakan permohonan ini kepada Ibu Pejabat dan keputusan pada 9 Disember 2025, Ibu Pejabat tidak mempertimbangkan permohonan lanjutan tempoh masa dan mengarahkan pengusaha supaya mengosongkan serta membawa keluar anjing-anjing tersebut selewat-lewatnya 8 Januari 2026. Kalau arahan ini tidak dipatuhi Dato' Yang Dipertua, JAKOA akan memohon tindakan penguatkuasaan dijalankan oleh Pejabat Daerah Jempol Pejabat Daerah Jempol.

YB Jeram Padang, Gemencheh, Serting membangkitkan isu yang sama berkenaan dengan penggantian paip air lama di kawasan Rancangan Felda yang sering menjadi punca masalah bekalan air di setengah-setengah kawasan. Yang ini, paip air dah dijawab oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dah dijawab oleh kerajaan beberapa kali dan insyaAllah kita akan buat proses penggantian dari masa ke semasa. Saya nak ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah memberi kelulusan peruntukan awal RM755, RM750,000 yang telah diluluskan dalam belanjawan kali ini bagi kerja-kerja kecil dan pembaikan infrastruktur di kawasan Felda. Terima kasih Yang Amat Berhormat. Walaupun peruntukan ini agak sempit sedikit tetapi peruntukan tambahan akan dikemukakan dalam jangka masa yang tertentu insyaAllah.

ADUN Gemencheh membangkitkan pelbagai isu di bawah portfolio saya. Saya nak sebut satu persatu yakni membangunkan penempatan baru menyusun semula penempatan kampung sedia ada secara terancang di kawasan luar bandar yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur asas dan amenity sosial. Skop projek PPK ini merangkumi pembinaan rumah PPRS dan juga penyediaan lot tapak rumah, kemudahan infrastruktur asas, sistem bekalan air elektrik dan rawatan kumbahan dan juga kemudahan dewan, surau dan sebagainya. Berkenaan PPK Kampung Tenai Yang Berhormat Gemencheh, kos anggaran asal adalah RM107 juta berbanding dengan kos siling yang ditetapkan oleh KKDW yakni RM50 juta. Sehubungan dengan itu Pejabat Daerah Dan Tanah Tampin sering ataupun sedang mengenalpasti tapak projek baru yang sesuai mengikut siling peruntukan yang telah ditetapkan oleh pihak KKDW. Seterusnya berkaitan dengan isu Akta GSA untuk maklumat Yang Berhormat, Mesyuarat Penyelarasan Pindahan Akta MPPA 530, telah bermula pada penghujung tahun 2022 yang mana kemudiannya telah membawa kepada pengumpulan maklumat dan insyaAllah Akta ini akan dibawa ke Dewan Rakyat di Parlimen bermula pada tahun 2026. Beberapa siri mesyuarat pun dah berjalan dan kita juga telah mengadakan pelbagai sesi libat urus yang berkaitan dengan isu pentabir, isu perunding, isu berkaitan dengan kuasa dan sebagainya.

Dato' Yang Dipertua, saya terus pergi kepada berkenaan dengan isu Gemencheh yang menimbulkan isu kacau ganggu lalat yang berpunca daripada ladang ayam di kawasan yang berkaitan. Berkenaan dengan isu kacau ganggu lalat ini saya telah banyak kali sebut bahawa kerajaan negeri tidak akan kompromi dalam mana-mana operator ataupun syarikat yang menjadi punca kepada kacau ganggu sama ada lalat ataupun bau. Kita menyasarkan walaupun kita mempunyai sasaran untuk mengekalkan safe, sufficient rate atau SSR bagi ayam dan telur supaya kita dapat memastikan bekalan makanan ini tidak putus dan sentiasa boleh diperoleh oleh rakyat dengan mudah akan tetapi itu tak jadi alasan Dato' Yang Dipertua, dan tidak memberi sebarang kelonggaran kepada pihak syarikat untuk beroperasi

sesuka hati dan tidak mengikut peraturan yang kita tetapkan. Untuk makluman ahli dewan terutamanya Gemencheh, empat ladang ayam yang telah dikompaun dibawah Enakmen Kawalan Dan Perlesenan Penternakan Unggas Dan Aktiviti Berkaitan Dengan Penternakan Unggas 2024 sepanjang tahun 2025 bagi DUN Gemencheh dengan jumlah kompaun yang dikeluarkan RM20,000. Dua ladang telah dikompaun atas kesan kacau ganggu lalat iaitu ladang milik Huat Lai Resources Berhad dan Ayamas Integrated Poultry Sendirian Berhad. Dua ladang lagi telah dikompaun kerana beroperasi tanpa lesen iaitu ladang milik SM Boiler dan Farm Base Sendirian Berhad. Kesemua ladang dikenakan kompaun maksimum RM5,000 pada setiap kesalahan.

YB Bagan Pinang membangkitkan kerisauan berkenaan dengan mata pencarian nelayan yang mungkin terjejas terjejas akibat Projek Hibiscus 2. Tadi ada soalan. Tapi YB tak tanya, saya tak jawab. Sekarang saya jawab ya. Pembangunan yang dilaksanakan di Negeri Sembilan kebajikan rakyat menjadi keutamaan kerajaan negeri ini memang without fail Yang Berhormat dengan izin. Kita sentiasa fikir pasal kesejahteraan rakyat. Kerajaan Negeri Sembilan prihatin terhadap nasib nelayan yang terjejas akibat pelaksanaan projek Hibiscus 2 sebagai langkah tanggungjawab sosial dan memastikan tiada golongan yang terpinggir. Kerajaan negeri bersama dengan agensi persekutuan yang berkaitan sentiasa mendengar nadi dan suara golongan nelayan yang terkesan. Berkaitan dengan nelayan di kawasan Hibiscus 2 ni, kita telah merangka beberapa inisiatif dan langkah supaya pendapatan mereka tidak terjejas. Antara inisiatif utama yang bakal dilaksanakan pada tahun 2026 ialah kerjasama strategik antara kerajaan Negeri Sembilan dengan KPKM melalui pelaksanaan program mengoptimumkan penggunaan tanah. Melalui inisiatif ini kita akan labuhkan tukun tiruan di beberapa lokasi di perairan Port Dickson sebagai alternatif kawasan operasi tangkapan ikan yang terjejas akibat pembangunan tersebut. Melalui program ini sebanyak RM500,000 telah diperuntukkan bagi pembinaan dan melabuhkan unjam-unjam di kawasan strategik di dalam perairan Port Dickson. Unjam ini berfungsi sebagai struktur tiruan di laut untuk menarik kehadiran ikan dan mewujudkan ekosistem marin yang lebih seimbang. Kehadiran unjam membantu mengalakkan pertambahan taburan populasi ikan serta dapat menambah hasil tangkapan Yang Berhormat. Dengan peningkatan hasil tangkapan pendapatan nelayan turut meningkat selaras dengan objektif pembangunan ekonomi pesisir pantai. Program ini juga dijangka dapat membantu imbangkan ekosistem marin dan mengekalkan sumber perikanan untuk jangka panjang, bagi memastikan generasi akan datang terus menikmati hasil laut. Untuk maklumat Yang Berhormat juga pampasan kepada nelayan ini saya nak sebut, pampasan kepada nelayan yang terjejas di kawasan tersebut telahpun disalurkan bermula pada bulan Jun 2024 sehingga Mei 2029 yang melibatkan seramai 30 orang nelayan dengan kadar bayaran sebanyak RM1,000 sebulan pada setiap nelayan. Tahun 2024 sampai 2029. Pampasan dibayar oleh pihak pemaju itu melalui MBI yang kemudian

salurkan kepada persatuan nelayan yang berkenaan. Selain daripada itu yang RM1,000 Yang Berhormat, melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia jabatan di bawah saya, nelayan berdaftar di bawah Jabatan Perikanan Malaysia turun menikmati beberapa bantuan antaranya apa? pembelian minyak petrol bersubsidi, elaun sara hari hidup nelayan RM300 sebulan dan insentif hasil tangkapan sebanyak 10 sen bagi setiap kilogram hasil tangkapan fair kepada semua nelayan.

Dato' Yang Dipertua, ADUN Chuah membangkitkan berkenaan dengan isu haiwan ternakan yang berkeliaran di kawasan perumahan dan jalan raya. Saya fikir ini pun dah dijawab dengan Chuah, ADUN Chuah ini pun dah dijawab secara panjang lebar oleh Yang Berhormat ADUN Nilai dan saya fikir itu juga terpakai kepada penternakan lembu kambing dan juga binatang ternakan yang akan kita jalankan secara berkala Yang Berhormat ya.

ADUN Seri Menanti membangkitkan berkenaan status terkini jalan alternatif dari Seri Menanti Kuala Pilah ke Ulu Sepri, Rembau. Projek ini sedang berjalan di bawah RP1 RMK12 di bawah pelaksanaan dan pemantauan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan dan projek ini juga dijangka siap pada tahun 2027 Yang Berhormat dalam tempoh ataupun skop yang melangkaui 8km dengan spesifikasi dan jadual yang telah ditentukan, jadi sabar Yang Berhormat 2027 insya Allah siaplah jalan ini.

ADUN Serting membangkitkan isu berkenaan isu peniaga di tanah rizab Felda yang menerima surat merah daripada Pejabat Tanah Jempol, yang ni dah jawab kan Serting? tak jawab lagi eh? untuk makluman Yang Berhormat melalui pekeliling dalaman Felda telah memberikan kebenaran penggunaan kawasan kosong dalam rancangan kepada peneroka atau generasi peneroka untuk menjalankan perniagaan dan mengusahakan tanaman. Matlamat Felda dalam memberikan kebenaran penggunaan tanah ini adalah bagi menggalakkan peneroka dan warga peneroka meningkatkan tahap ekonomi dan menambah pendapatan. Tidak dinafikan juga terdapat binaan bangunan atau aktiviti penanaman kontan dan kekal yang tak dapat kelulusan daripada mana-mana agensi ada yang dapat kebenaran ada yang tak dapat kebenaran. Pengurusan Felda ada menerima beberapa aduan berkaitan dengan notis pendudukan tanah kerajaan, tanah rizab tanah lombong tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri yang telahpun ditampal oleh pejabat tanah dan daerah di premis-premis perniagaan dan bangunan beberapa Rancangan Felda. Rentetan daripada ini oleh kerana pertindihan kuasa meluluskan sebagaimana yang telahpun dimaklumkan oleh Pejabat Daerah Tanah Dan Daerah bermula pada tahun 2025 pengurusan Felda telah membekukan sebarang permohonan penggunaan tanah dan kawasan rancangan kecuali atas tujuan perumahan peneroka dan pembangunan kehadapan lot generasi baru felda mengikut konsep yang dimuktamadkan dan berkaitan ladang peneroka.

ADUN Chembong elaun Pengerusi dan Setiausaha JPKK, ADUN Chembong. Untuk makluman ADUN Chembong, ini semua perjuangan Bersama ni. Dulu pun kita minta saya dah bawa dalam Mets club meeting. Mets club meeting ni maknanya mesyuarat bersama Yang Amat Berhormat Menteri, Timbalan Perdana Menteri, bersama Exco-Exco KKDW seluruh negara pada setiap Mets club saya bentang minta tolong naikkan elaun JPKK JPKKKP tapi sampai hari ni belum terlaksana lah. Kita doa supaya dapat dilaksanakan secepat mungkin karena sekarang ni Pengerusi JPKK dapat RM900, RM500 pusat bayar, RM400 kerajaan negeri tampung. Setiausaha dapat RM300, RM100 kajian negeri bayar dapat RM400. Elaun mesyuarat RM50 tapi tu lebih baik daripada KRT Yang Berhormat. KRT langsung tak dapat apa dan saya dah perjuangkan ke Dewan Rakyat. KRT Negeri Sembilan pun saya nak maklum eh saya sebagai Ahli Parlimen bersama dengan rakan-rakan ahli parlimen daripada Negeri Sembilan memperjuangkan elaun KRT supaya dapat dipertimbangkan oleh pihak kerajaan untuk diberi kepada semua Pengerusi, Setiausaha dan juga Jawatankuasa KRT tak baik lagi ke Negeri Sembilan tu? Pegawai Perpaduan ada? Takda? tak baik ke lagi tu? tu kita bawa semua tu, besok kalau KRT dapat Negeri Sembilan tambah lagi sikit tu saya tak tahulah, tu MB lah jawab. Jadi ADUN Chembong timbulkan isu tu je eh. Aaa ni pasal Chuai ni ADUN Chembong ada sebut pasal Chuai rasanya Kampung Orang Asli Chuai membangkitkan berkenaan isu perizaban Kampung Orang Asli Ulu Chuai, yang dikatakan lebih kecil daripada keluasan sebenar, ADUN Chembong eh untuk makluman ADUN Chembong, Chuai ni, Kampung Ulu Chuai ni telah diwartakan sebagai rizab orang asli di bawah Seksyen 7, Akta 134 sepertimana siar warta bertahun 1957. Penugasan kerja ukur telah dibuat oleh Jurukur JAKOA bagi kawasan seluas 16 hektar kawasan penempatan. Walaubagaimanapun, penduduk mendakwa kawasan yang diukur lebih kecil berbanding dengan keluasan kampung sebenar iaitu 48 hektar. JAKOA akan membuat semakan status tanah bersama PDT Rembau berhubung baki keluasan 32 hektar bagi tujuan permohonan rizab tambahan Kampung Orang Asli Ulu Chuai, Yang Berhormat, ni insyaallah kita akan lakukan sebaik mungkin lah dan juga kerja cerun dan sebagainya tu Kampung Ulu Chuai, Ulu Chembung adalah dalam tindakan dan insyaallah setelah selesai kerja-kerja soil investigation ataupun SI JAKOA tengah buat sekarang dan insyaallah kita akan laksanakan pada tahun 2026.

Dato' Yang Dipertua, saya fikir saya dah sentuh semualah walaupun saya lompat-lompat kerana terpaksa lompat Dato' Yang Dipertua, yang lain tu kalau ada Yang Berhormat ADUN rasa tak puas hati boleh tulis untuk saya dapatkan jawapan bertulis, ini pun ada tebal ni, saya boleh hantar kepada Yang Berhormat untuk tahu apa tentang perkara ni pasal saya terpaksa bagi ruang masa yang secukupnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk buat penggulungan akhir sebelum kita makan tengah hari. Karang

Yang Berhormat complain pada saya makan lambat, tapi jangan makan banyak-banyak Yang Berhormat supaya kesihatan kita tetap dijaga.

Yang Berhormat, saya nak sebut satu Yang Berhormat Yang Dipertua, ya bagi mengakhiri penggulungan saya, walaupun ini bukan bidang saya bukan portfolio saya, tapi sebagai Exco Kanan, sebagai Ketua Parti saya harus memberikan sedikit pandangan saya dalam soal yang berkaitan perkara yang berlaku dalam pembentangan bajet dan belanjawan yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Satu dua hari ni Yang Berhormat Dato’ Speaker, keluar beberapa perkara yang timbul dalam soal yang berkaitan dengan anggaran belanjawan di dalam media sosial yang saya tak boleh tahan tu Yang Berhormat, pagi tadi saya dapat teks daripada beberapa orang bertanyakan kepada saya sebagai Ketua Parti apa yang saya buat kenapa saya tidak mengambil dan memberikan pandangan kepada kerajaan eh saya dalam kerajaan ni, saya bersama dengan rakan-rakan EXCO daripada Barisan Nasional di dalam kerajaan. Kenapa saya tak bagi pandangan kepada Pegawai Kewangan Negeri. Pegawai Kewangan pun saya tak tanya dan saya tak bagi pandangan kepada kerajaan berkaitan dengan bajet kenapa kita mesti ada bajet defisit sedangkan peruntukan yang diperuntukkan kepada P50 Menteri Besar boleh kita tarik untuk stabilkan bajet defisit. Saya nak bagitahu eh, kalau itu Menteri Besar jawab lah tapi saya nak jawab bagi pihak saya sebagai EXCO, kanan dan juga mewakili parti saya di dalam urus tadbir kerajaan. Pada tahun 2023 Yang Berhormat, Dato’ Seri Speaker, 2023 bulan Ogos mesyuarat pertama bulan September mesyuarat EXCO. Ayat pertama saya kepada mesyuarat MMK apa dia, saya bagitahu ini adalah sejarah terbentuk di dalam kerajaan Negeri Sembilan untuk mengurus tadbir kerajaan Negeri Sembilan di bawah Kerajaan Perpaduan ini sejarah bagi rakyat Negeri Sembilan dan harapan saya sebagai orang yang diberi mandat oleh parti dan rakyat bersama-sama dengan kerajaan Pakatan Harapan kita mesti menterjemahkan aspirasi dan janji kita kepada rakyat, pertama.

Kedua kita mesti ada understanding persefahaman antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan supaya rakyat tak nampak pergolakan politik dan urus tadbir kerajaan negeri ini mesti dinikmati dan melangkaui proses parti. Itu persetujuan kita pertama. Dan Alhamdulillah Dato' Yang Dipertua, tahun 2025, sekarang ini 2025, kita dah bentang bajet kali yang ketiga dan dalam bajet kali ketiga ini semua aspirasi kerajaan perpaduan yang dibawa oleh kedua-dua parti di dalam PRN 2023 telah pun dipenuhi.

Dato' Yang Dipertua, warga emas daripada berapa ribu? Warga emas, RM40 ribu tahun 2024. Kita bagi RM200 sebulan. Tahun 2026, warga emas naik RM70 ribu.

Suara Ramai: RM200 setahun.

Sorry-sorry, karang kalau sebulan karang lagi pengsan. RM200 setahun. Warga emas 70 tahun ke atas. Ni dalam dewan ni, siapa yang tak terima RM200? Beritahu saya. Ha? Oh, belum ada. Belum masuk lagi 70 tahun.

Hello, tengok dulu.

Dapat RM200 sebulan. Oh, RM200 setahun. Dato' Yang Dipertua, Tahun 2026, jangkaan kita 70 ribu warga emas. Dan ini termaktub dalam aspirasi aspirasi. Mana saya bawa tadi? Nanti, dah tak jumpa. Ada bawah ke?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Paling bawah.

Paling bawah. Dalam aspirasi perpaduan Negeri Sembilan ni. Kita bawa ni. Kita bawa warga emas. Kita bawa orang kahwin. Kita bawa baby. Baby ni maknanya anak yang baru lahir. Anak menteri besar. Eh, bukan anak menteri besar. Cucu menteri besar yang baru lahir ni dapat RM500. Dapat RM500.

Dapat RM100. Tapi saya nak maklum pada Pegawai Kewangan. Saya dapat cucu belum dapat duit lagi. Dapat RM100. Yang ambil lesen dapat. Lepas tu apa lagi kita bagi? Kita bagi lagi beberapa aspirasi kerajaan perpaduan. Yalah kahwin tu betul lah. IPT, TUNS, BAN. Semua itu bawah aspirasi rakyat. Semua untuk aspirasi rakyat. Dan kosnya Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman ahli dewan, Warga emas je RM14 juta. Kesejahteraan rakyat ni kita belanja RM27 juta. Masuk kat mana ni? Masuk dalam P50 menteri besar. Saya bukan nak defend Menteri Besar. Tapi saya nak defend sistem kita. Dan saya nak bagitahu. Saya lama dalam dewan ini. Saya nak bagitahu Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita buat konsultasi bajet bersama Ketua-Ketua Jabatan di Pulau Pinang. 3 hari, 4 hari, 3 malam. Dan kita bincang secara detail. Tak cukup dengan itu. Kita bincang dalam MMK dan saya berbahas dengan PKN. Saya berbahas dengan Ahli EXCO. Ini bajet mesti dirasai dan dinikmati oleh rakyat sedara-sedara. Bantuan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Bantuan Ahli EXCO. Bukan bantuan untuk peribadi ye. Bantuan kawasan untuk kesejahteraan rakyat. Masuk mana? Masuk P50 Menteri Besar. Kalau saya ambil bajet daripada Menteri Besar RM30 juta ataupun saya keluarkan, ataupun saya bagitahu ataupun Menteri Besar kata takpelah. Kita keluarkan daripada P50 Menteri Besar RM30 juta. Aspirasi nasional kita nak buat macam mana? Ini janji saya. Ini janji kerajaan perpaduan kepada rakyat. Prinsip perjuangan yang dibawa oleh Barisan Nasional dan juga Pakatan Harapan supaya apa yang kita buat dan janji kepada rakyat, mesti sampai kepada rakyat. By all means dengan izin. Tidak ada kompromi. Mesti sampai ke dapur setiap rakyat di dalam Negeri Sembilan. Ini mesti kita buat sedara-sedara. Itu pertama.

Yang keduanya, saya minta kepada, saya buat sikit homework tadi. Pasal ni dia orang protect saya ni, saya mula saya tak nak sebut ni. Tapi bila dia whatsapp kepada saya, saya nak jelaskannya. Ini live dalam Facebook saya. Tahun 2021 defisit bajet RM112 juta. Saya tak tahu kalau PKN kata salah, you betulkanlah. Tahun 2022 defisit bajet RM88 juta. Tahun 2023 defisit bajet RM100 juta. Tahun 2024 defisit bajet RM35 juta. Tahun 2025 balance bajet. Tahun 2025. Tahun 2026 kita masuk balik defisit bajet RM30 juta.

Dan kesemua defisit bajet ini, apabila kita tutup akaun Tahun Hasil Sebenar kita tidak dapat ataupun kita mempunyai surplus pada hujung tahun. Tahun 2022 RM30 juta, 2023 RM4 juta. Tahun 2024 RM83 juta. Dan tahun 2025 RM161 juta. Lebihan daripada anggaran kita RM161 juta.

2025 pembetulan, 2025 tu RM83 juta.

Dato’ Masri bin Hj. RazaliPegawai Kewangan Negeri

Belum final lagi Datuk Seri, belum tutup lagi.

Aaa….belum tutup lagi.

Dato’ Masri bin Hj. RazaliPegawai Kewangan Negeri

Belum final lagi.

Setakat ini 100…

Dato’ Masri bin Hj. RazaliPegawai Kewangan Negeri

RM160 juta.

RM160 juta, 161 juta. 161 ni saya buat homework ni, tak tidur saya buat ni. RM161 juta. Setakat ini. Maknanya kita ada lebihan masuk ke rizab negeri. Semua ni duit masuk ke rizab negeri. Kalau RM30 juta ni saya tanya, saya minta maaf ya Yang Amat Berhormat saya melangkaui tugas saya. Tapi ini untuk kerajaan, pasal saya mengambil tanggungjawab ni. Saya telefon kepada Pegawai PKN. Malam tadi pukul 11.35 saya call PKN. Nasib baik PKN jawab. Kalau dia tak jawab, saya jawab dia di awal malam ni. PKN kalau saya call tak jawab. Saya kata PKN kenapa bajet RM640 juta ni you buat bajet defisit. Naikkan je lah anggaran belanjawan RM610 itu kepada RM640 juta. Kan dah balance bajet. Dia kata, Datuk Seri saya tak boleh buat kerja yang saya tak boleh capai katanya. RM610 juta adalah anggaran bajet yang realistik. Kenapa realistik? 60% kita bergantung kepada hasil bukan cukai. Hasil bukan cukai. Betul. PKN. Ini PKN jawab saya. Saya check balik apa yang PKN jawab. Betul. Kerajaan negeri bergantung kepada hasil bukan cukai 60%. Saya kata you lonjaklah sikit. Baru RM30 juta. Tak boleh. Pasal ini soal menyediakan bajet kerajaan negeri. Jadi hasil cukai kita 28% sahaja. Jadi kerana itu, kita nak kena tengok bagaimana kita buat unjuran bajet kita.

Kerana saya bertanggungjawab dalam soal anggaran belanjawan supaya rakyat mendapat kesejahteraan dalam soal pembelaan kita kepada rakyat.

Tetapi saya yakin apabila saya tengok pergerakan dan juga apa perkara-perkara yang berangkumi kepada inisiatif yang dibuat oleh kerajaan negeri, percayalah tahun 2026 juga kita akan mendapat kutipan hasil yang lebih daripada 64 RM640 juta. Jadi Yang Berhormat, Dato' Yang Dipertua, we have to be more rational dengan izin ya. Kita boleh protes pembangkang. Pembangkang saya tengok pun okey. Cuma sekali dia protes lah. Masa saya jadi pembangkang pun macam tu. Saya pun jadi pembangkang tu memang teruk lebih teruk daripada apa yang ada sekarang. Tapi hasrat saya masa tu nak tengok rakyat supaya dapat pembelaan. Tapi sebagai pihak kerajaan, saya nak bagitahu mauduk kita adalah untuk menyalurkan tenaga usaha dan segala matlamat kita untuk rakyat. Apa yang kita tak buat di Negeri Sembilan? Agama Islam, masjid, surau, musolla, rizab tanah kubur, rizab sungai, semua kita buat. Untuk masyarakat bukan Islam, China, India dan juga masyarakat orang asli, kita bincang dan kita lakukan. Untuk orang miskin, B40. Untuk golongan asnaf, kita buat, kita bagi. Untuk golongan pendidikan, juga kita laksanakan. Dan kesemua aspirasi yang terkeluar ataupun di dalam bajet 2026 ni merangkumi semua soal yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai kerajaan, ketua-ketua jabatan dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar, termasuk pegawai-pegawai Kewangan Negeri dan Setiausaha Kerajaan kerana telah pun mengambil tindakan dan inisiatif untuk memastikan kerajaan negeri dapat diurus tadbir dengan baik dan memberikan keutamaan kepada pentadbiran rakyat. Saya mohon maaf, Dato' Yang Dipertua, terima kasih banyak. Sekian penggulungan saya pada hari ini. wabillahitaufiq walhidayah, Assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam WBT. Terima kasih Yang Berhormat Pertang. Dengan ini saya dengan hormatnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Sikamat.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Bismillahirrahmanirrahim. Dato' Yang Dipertua, Ahli-Ahli Dewan yang saya hormati, tadi Tok Jalal dah sebahagian besar dia dah jawab saya punya. Jadi saya pendek je lah tak panjang. Itu dia batuk. Kalau dia tak batuk, saya tak tahu. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan pada semua Ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan. Setiap pandangan, teguran, cadangan dan kritikan yang diberikan menunjukkan komitmen kita bersama untuk memastikan pertadbiran negeri terus berada pada landasan yang betul demi kepentingan rakyat. Perbahasan yang berlangsung memperlihatkan kematangan politik dan kebertanggungjawapan kita sebagai wakil rakyat. Walaupun terdapat perbezaan pandangan kita tetap bersatu dalam hasrat membina Negeri Sembilan yang lebih makmur dan

progresif serta inklusif. Tuan Yang Dipertua, Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 159 bermaksud maka dengan sebab rahmat yang melimpah-limpah dari Allah kepadamu wahai Muhammad kau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka, para sahabat dan pengikutmu dan engkaulah bersikap kasar lagi keras hati tentulah mereka akan lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu dan pohonkanlah ampun bagi mereka yang bermesyuaratlah dengan mereka dengan urusan peperangan dan hal-hal keduniaan. Kemudian apabila engkau telah berazam sesudah mesyuarat untuk membuat sesuatu maka bertawakallah kepada Allah sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadanya.

Setiap keputusan yang kita ambil dalam kerajaan ini dibuat secara syurah dalam mengambil kira pandangan dan kebijaksanaan ramai pihak. Bahagian penyediaan belanjawan ini sendiri melibatkan proses libat urus yang luas bersama semua pemegang taruh supaya setiap dasar yang dirangka benar-benar memenuhi keperluan rakyat. Kita gerak kerja belanjawan bermula bulan Mac lagi 2025 dan kita banyak program-program yang dilakukan, penetapan batas belanjawan, screening belanjawan mengurus, screening belanjawan pembangunan, retreat belanjawan yang dimaklumkan tadi pemukiman kertas Dewan Hasil, mengurus dan pembangunan RUU pembentukan dalam MMK mesyuarat pemurnian sejak awal lagi. Jadi itu yang kita rasa bahawa itulah keadaan yang akan berlaku pada tahun hadapan yang kita tak rasa pada hujung-hujung ini barulah kita lihat bahawa akaun kita itu agak baik jadi kerana itulah kita lihat apa yang ada dalam belanjawan kita pada hari ini. Dalam soal pemilihan senator juga perkara ini bukan diputuskan secara tertutup di peringkat kepimpinan negeri semata-mata sebaliknya keputusan tersebut dibuat melalui perbincangan teliti dan persetujuan bersama di antara Pengerusi Barisan Nasional, Yang Amat Berhormat Dato' Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Pakatan Harapan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri. Inilah budaya musyawarah yang menjadi asas Kerajaan Perpaduan bagi memastikan setiap langkah diambil dengan penuh hikmah, keadilan dan rasa tanggungjawab. Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan telah berjaya memberikan pelbagai manfaat yang jelas kepada rakyat mengenai penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, tersusun dan inklusif dengan kestabilan politik yang wujud Kerajaan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada agenda pembangunan tanpa gangguan. Pelbagai inisiatif dapat digerakkan dengan pantas termasuk penambahbaikan sistem penyampaian bantuan pemerkasaan pendidikan dan latihan kemahiran, peningkatan infrastruktur asas, serta perluasan program kebajikan untuk golongan rentan. Semua ini membuktikan bahawa model Kerajaan Perpaduan mempunyai kelebihan besar dalam memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik adil dan seimbang. Ini bukan soal laba dalam politik atau siapa mendapat kelebihan yang penting ialah bagaimana kita memikul amanah untuk berkhidmat

kepada rakyat dengan tulus dan ikhlas. Kerusi yang kita duduk ini juga bukan satu penghormatan tetapi satu tanggungjawab yang menuntut kita bekerja tanpa mengira kepentingan peribadi atau kepartian. Rakyat menilai bukan melalui slogan atau janji tetapi melalui perkhidmatan yang mereka rasai setiap hari. Selagi kita jujur dan dalam amanah selagi kita mengutamakan keperluan rakyat melebihi percaturan politik insyaAllah negeri kita akan terus maju dan kepercayaan rakyat akan kekal bersama kita. Izinkan saya menjawab setiap perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan kita pada kali ini.

Dato' Yang Dipertua, pembangunan ekonomi dan pelaburan merupakan tunjang utama kepada kemakmuran dan daya saing Negeri Sembilan memandang serius peranan dan strateginya mewujudkan ekosistem yang kondusif bagi menarik pelaburan berkualiti tinggi. Memacu projek berimpak dan pada masa yang sama memastikan pengurusan sumber asli negeri dilaksanakan secara mampan. Subsekyen berikut akan memperincikan maklum balas kerajaan terhadap inisiatif-inisiatif utama yang sedang dan akan dilaksanakan memacu pertumbuhan ekonomi negeri demi faedah dalam jangka masa panjang kepada rakyat. Inisiatif memacu ekonomi kerajaan negeri secara proaktif, melaksanakan pelbagai inisiatif strategik untuk merancakkan aktiviti pelaburan memudah cara proses perniagaan dan memastikan Negeri Sembilan kekal sebagai destinasi pelaburan pilihan di rantau ini. Analisis inisiatif Fastlane dan MBS Fly isu ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Lenggeng dan Yang Berhormat ADUN Mambau yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai status dan keberkesanan inisiatif Fastlane. Inisiatif Fastlane merupakan satu pendekatan peraturan tangkas yang diperkenalkan untuk mempercepatkan proses urusan permohonan pembangunan khusus bagi projek-projek berimpak tinggi. Matlamat utama adalah untuk memacu pertumbuhan pelaburan negeri ke arah sasaran RM8 bilion pada tahun 2026. Inisiatif ini telah dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Seremban MBS melalui MBS Fly ataupun Fastlane 4U. Kriteria utama untuk pertimbangan sebuah projek di bawah inisiatif Fastlane adalah seperti berikut. Kawasan terancang perihal tanah telah diselesaikan, kesediaan tapak untuk pendirian bangunan dan dilengkapi kemudahan infrastruktur dan utiliti, laporan impak alam sekitar, laporan impak sosial, laporan impak lalu lintas telah diuruskan. Bangunan yang diberi, yang memberi impak pelaburan kepada Negeri Sembilan seperti hospital, sekolah, dewan, kilang dan bengkel.

Antara kisah kejayaan success stories projek di bawah inisiatif Fastlane yang telah berjaya mencapai status tanah termasuklah Projek Komplek Hospital Swasta oleh Seremban Specialist Hospital Sena Group, projek kilang gudang dan pejabat di Bandar Baru Enstek oleh Tetuan T. Hasegawa Flavors. Projek pembinaan bangunan perindustrian di Sendayan Tech Valley oleh Tetuan Seko Precision Sendirian Berhad dan projek pembangunan kilang di kawasan

perindustrian Tech Park Enstek oleh Tetuan Go Builders Netsoft Sendirian Berhad. Strategi penarikan pelabur industri merupakan satu isu berkaitan dengan insentif pelaburan, pembukaan kawasan industri baru dan tarikan industri perkhidmatan telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Johol, Yang Berhormat ADUN Chembong dan Yang Berhormat ADUN Chennah. Negeri Sembilan mempunyai kelebihan kompetitif yang ketara hasil kedudukan strategik yang berhampiran dengan Lembah Klang disokong oleh jaringan infrastruktur yang baik seperti lebuhraya dan Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA. Bagi memanfaatkan kelebihan ini, Kerajaan giat bekerjasama dengan Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), melalui pelbagai aktiviti antaranya pertama program misi galakan perdagangan dan pelaburan untuk menarik pelabur berkualiti dari syarikat multinasional, kedua pembangunan ekosistem rantaian bekalan tempatan melalui penganjuran supply chain seminar, penganjuran sesi dialog bersama dengan Dewan Perniagaan dan Persatuan Industri bagi mencari penyelesaian kepada cabaran pelabur, keempat pemudah cara pembiayaan melalui akses kepada venture capital, private equity dan inisiatif domestic investment coordination platform DICP, yang kelima mengadakan SME Investment Desk untuk memberi khidmat nasihat kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Di samping itu, Kerajaan Negeri turut menawarkan insentif pelaburan swasta yang menarik, iaitu diskaun premium tanah bagi pembayaran yang dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis 5A dikeluarkan. Kedua, bayaran cas pemajuan secara ansuran tanpa denda dan ketiga, fasiliti dan khidmat bantuan berterusan daripada Invest NS.

Status dan perancangan projek MVV 2.0 telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Rantau dan Yang Berhormat ADUN Mambau. MVV merupakan agenda pembangunan komprehensif jangka panjang yang merangkumi daerah Seremban Port Dickson dirangka menjadi sebuah kawasan pertumbuhan baru yang akan menjadi pemangkin ekonomi negeri. Fasa awal pembangunan tertumpu pada pembangunan kawasan industri berteknologi tinggi bagi menarik pelaburan baru. Pembangunan MVV 2.0 melibatkan beberapa plot tanah yang diklasifikasikan sebagai Parcel A yang saya sebut pagi tadi. Parcel A, Tech Park dinilai Parcel B, Smart Quantity Parcel C, Integrated Industry Hub di Tanah Merah dan di Bukit Pelanduk, Port Dickson, Parcel D, Integrated Metric Time Hub and Waterfront Koridor di Pesisir Pantai, Port Dickson, Parcel E, PD Free Zone and AI Smart Container, Port Dickson dan Parcel F, NS Semiconductor Valley. Ini antara yang saya telah sebutkan pagi tadi. Pengurusan sumber asli perlombongan unsur nadir bumi REE. Ini berkait dengan kelulusan manfaat ekonomi dan impak alam sekitar kepada aktiviti perlombongan unsur nadir bumi REE telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Temiang dan Yang Berhormat ADUN Klawang. Kerajaan Negeri telah meluluskan 3 permohonan untuk melombong unsur nadir bumi di daerah Jeelbu iaitu di Mukim Ulu Klawang dan Mukim Ulu

Triang. Kelulusan diberikan tempoh selama 6 tahun saja. Projek ini dijangka memberi impak ekonomi yang signifikan kepada negeri antaranya, pertamanya hasil royalti kepada kerajaan negeri sebanyak 15% daripada harga pasaran semasa. Berdasarkan anggaran kutipan hasil royalti dijangka mencecah RM22 bilion dalam tempoh 6 tahun tersebut. Peluang pekerjaan projek ini dianggarkan akan mewujudkan antara 50 hingga 100 peluang pekerjaan secara langsung dengan potensi berkembang sehingga 345 peluang pekerjaan merangkumi jawatan mahir, separuh mahir, teknikal dan pengurusan. Bagi memastikan kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan komuniti setempat kerajaan negeri menegaskan bahawa semua aktiviti pelombongan wajib mematuhi sepenuhnya keperluan kajian kesan alam sekitar EIA dan skim operasi melombong OMS. Pembangunan ekonomi yang pada saat ini perlu diseimbangkan dengan tadbir urus kewangan yang cekap, perkhidmatan awam yang berintegriti tinggi dan memastikan manfaat dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. tadbir urus yang cekap, pengurusan kewangan yang berhemat perkhidmatan awam yang berintegriti tinggi merupakan asas kepada penyampaian perkhidmatan kerajaan yang cemerlang kepada rakyat.

Kestabilan dan kecekapan dalam pentadbiran membolehkan dasar-dasar pembangunan dilaksanakan dengan berkesan. Subseksyen berikut akan mengupas maklum balas dari kerajaan berkaitan pengurusan hasil negeri, pengurusan sumber manusia dan perkhidmatan awam serta usaha-usaha penguatkuasaan kutipan cukai demi kelestarian fiskal negeri. Pengurusan kewangan yang telus dan bertanggungjawab adalah penting untuk mengekalkan keyakinan awam dalam memastikan setiap perbelanjaan memberi pulangan baik kepada negeri. Persoalan mengenai butiran perolehan daripada jumlah jualan, barang-barang dan laporan anggaran terimaan bukan hasil telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Paroi dan Yang Berhormat ADUN Gemas. Kerajaan negeri ingin menjelaskan bahawa istilah jualan barang-barang. Kod hasil 73,000 bukan bermaksud penjualan aset atau harta benda kerajaan bagi memberi konteks berdasarkan prestasi tahun semasa 2024. Hasil utama di bawah kod ini termasuklah premium tunai, premium tanah RM75.28 juta, cas air mentah RM88.5 juta, jualan barang-barang bercetak RM6.12 juta dan premium perhutanan RM3 juta. Bagi anggaran terimaan bukan hasil 2026 yang berjumlah RM64,757,000 sumber utama adalah terimaan yang signifikan berjumlah RM60 juta bagi sebanyak RM4.755 juta adalah terdiri daripada terimaan lain-lain seperti berikut. Pulangan balik perbelanjaan, terimaan daripada agensi kerajaan dan keuntungan atas jualan ataupun pelupusan aset.

Berikut adalah prestasi kutipan hasil negeri setakat semalam. Kutipan sebenar sehingga 10 Disember 2025 hasil cukai kita adalah RM156,923,900.26 sen. Bagi hasil bukan cukai adalah RM437,435,733.35 dan terimaan bukan hasil adalah RM66,072,100.37 berjumlah keseluruhan

RM660,431,737.98 dan kita menetapkan belanjawan tahun lepas, tahun ini adalah sebanyak RM590 dan ditambah dengan RM10 juta bajet tambahan menjadi RM600 juta kita sekarang pada hari ini ada lebihan RM60,431,733.98. Isu berkaitan peruntukan Vot P50 yang tinggi dan Vot P56 yang kurang telah dibangkitkan oleh ADUN Rantau dan Yang Berhormat ADUN Temiang. Bagi isu yang diutarakan Yang Amat Berhormat ADUN Rantau Peruntukan P50 kesejahteraan rakyat bagi tahun 2025 adalah sebanyak RM45 juta. Dari jumlah ini RM15 juta diperuntukkan bagi inisiatif aspirasi kerajaan negeri merangkumi inisiatif belia kawin RM1.5 juta, inisiatif warga emas RM10 juta, inisiatif kelahiran baru RM500,000, inisiatif bantuan kemasukan ke IPT RM3 juta. Bagi peruntukan RM30 juta diagihkan secara spesifik seperti berikut. RM26.82 juta kepada 36 Pusat Khidmat DUN. RM1 juta bagi peruntukan khas Yang Berhormat EXCO Kanan. RM500,000 untuk Program Sentuhan Madani Warga Felda, RM200,000 Peruntukan Khas Bagi Yang Berhormat Speaker dan baki hanya tinggal RM1.5 juta adalah untuk bantuan yang diluluskan oleh Menteri Besar kepada individu, NGO dan persatuan yang berdaftar, tak sampai RM5 juta, tak sampai RM10 juta, manakala anggaran perbelanjaan P50 kesejahteraan rakyat seperti yang dibentangkan dalam cadangan belanjawan 2026 adalah berjumlah RM56 juta. Tadi Dato' Jalal dah explain kalau kita ambil RM30 juta, saya setuju nak kita ubah, kita boleh ubah hari ini dengan kita luluskan bajet kita dengan perubahan. RM56 juta kenaikan peruntukan daripada kenaikan daripada RM45 juta tahun 2025 kepada RM56 juta tahun 2026 adalah dihususkan untuk kesejahteraan rakyat terutama dari inisiatif belanjawan dan aspirasi perpaduan, skim sejahtera, peningkatan peruntukan adalah seperti berikut. Pertambahan peruntukan Yang Berhormat ADUN dan YB Exco bagi peruntukan Pengurusan Pusat Khidmat, Program Kesejahteraan Rakyat daripada RM28.5 juta 2025, kepada RM31.95 juta pada 2026 dengan kenaikan sebanyak RM3.43 juta, meliputi perkara berikut, iaitu agihan kepada 36 Pusat Khidmat DUN. Sebanyak 36 Pusat Khidmat DUN, termasuk Pusat Khidmat DUN. Sebanyak RM1.5 juta untuk peruntukan EXCO kanan. Sebanyak RM200,000 peruntukan khas kepada Yang Berhormat Speaker.

Pelaksanaan inisiatif belanjawan aspirasi perpaduan 2026 adalah RM21.5 juta. Bantuan kelahiran RM1 juta, bantuan belia kahwin RM2.5 juta, bantuan warga emas RM14 juta, bantuan IPT RM3.5 juta, Program Sentuhan Madani Warga Felda RM500,000. Baki selebihnya adalah sebanyak RM2.55 juta untuk bantuan kesejahteraan rakyat melalui Pejabat Menteri Besar. RM2.55 tak sampai pun RM5 juta lagi. Meliputi sumbangan bantuan yang diluluskan oleh Menteri Besar kepada individu, NGO dan persatuan-persatuan yang berdaftar. Saya harap kita dapat buku bajet tu boleh baca. Kita janganlah serang dalam sidang DUN. Saya harap baca, faham. Jadi kalau kita faham, kita tahu apa sebenarnya kegunaan-kegunaan vot-vot ini. Berkenaan dengan vot pembangunan 56, peruntukan ini bukanlah satu-satunya sumber pembiayaan untuk projek pembangunan di kawasan DUN,

banyak lagi sumber peruntukan lain disalurkan melalui peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan. Projek-projek ini dilaksanakan oleh jabatan teknikal seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Salir Air dan turut menerima peruntukan pembangunan secara langsung daripada kerajaan negeri dan persekutuan.

Kenapa kita belanja defisit dan kita tahu sebenarnya akhirnya kita tak tidak ada defisit. Dan kita juga bersyukur, setakat hari ini rizab kita ialah RM897 juta hampir RM900 juta. Kalau kita guna RM30 juta, RM50 juta untuk tahun akan datang itu pun tak ada masalah sebenarnya. Kita juga perlu sebenarnya untuk berbelanja, cuma ayat dia itu masih defisit kita tak boleh sebab hasil kita ketika itu tak sama hasil yang kita kutip pada tahun semasa itu tak sama. Jadi apabila tak sama dia jadi defisit terpaksalah kita sebut defisit walaupun akhirnya ada surplus. Dan kalaupun ia defisit, kita ada simpanan yang cukup untuk kita berbelanja kepada rakyat yang ada di Negeri Sembilan ini. Kerajaan negeri juga mengambil maklum isu tunggakan hutang pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan SWCorp. Bagi membantu meringankan beban PBT, kerajaan telah menyediakan bantuan ehsan sebanyak RM1.25 juta yang disalurkan kepada 5 PBT yang terkesan. Selain itu satu geran one off sebanyak RM250,000,000 diberikan kepada setiap PBT yang terlibat pada tahun 2026. Tak termasuk MBS dan MPPD. Menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Lukut, tabung khas caj pemajuan dilaporkan sebagai sebahagian daripada liabiliti semasa dalam penyata kewangan tahunan negeri. Penyata ini diaudit pada setiap tahun oleh jabatan audit dan melalui firma audit swasta yang dilantik. Ini bukan kita letakkan dia sebagai tabung amanah dan untuk membelanja kita bukan sesuka hati untuk kita belanja dan selepas itu kita juga akan di audit. Jadi untuk mengatakan bahawa sesuka hati kita berbelanja itu kita kena perbetulkan. Pengurusan sumber manusia yang adil dan berasas merit adalah kritikal untuk memastikan perkhidmatan awam kekal profesional dan cekap. Sistem penilaian prestasi My Performance isu berkaitan kriteria dan indikator penilaian prestasi kerja yang dibangkitkan oleh yang Berhormat ADUN Labu. Sebenarnya kita dah ada dah dan tambah baik daripada tahun ke setahun. Alhamdulillah terima kasih pentadbiran Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri. Indikator penilaian prestasi adalah berdasarkan markah penilaian prestasi pegawai yang dinilai yang selaras dengan dasar baru pengurusan prestasi. Penilaian ini merangkumi 5 elemen utama dalam Sistem My Performance. Pertama, sasaran kerja utama. SKU mengukur prestasi kerja individu ataupun pasukan selari dengan ojektif jabatan. Kedua, kompetensi fungsian (KF), mengenai kemahiran dan pengetahuan untuk menjalankan fungsi tertentu. Ketiga, kompetensi tingkah laku, menilai tingkah laku dan prestasi pegawai. Keempat, nilai sepunya menilai keperibadian pegawai. Kelima, penilaian penglibatan dan sumbangan menilai komponen penglibatan dan sumbangan di luar tugas rasmi. Ada di antara pegawai penjawat awam ada terlibat dengan NGO terlibat dengan komuniti.

Ini antara yang diberikan pemarkahan. Proses penilaian ini dilaksanakan berdasarkan prinsip adil, telus, ojektif, relevan dan keboleh saingan. Pegawai yang dinilai, yang tidak berpuas hati dengan hasil penilaian boleh menghantar permohonan untuk semakan semula kepada panel Pembangunan Sumber Manusia untuk pertimbangan panel. Menjawab persoalan daripada Yang Berhormat ADUN Lukut. Dasar pengambilan penjawat awam diurus oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA adalah berteraskan prinsip merit, kompetensi serta persaingan yang terbuka dan adil open and fair competition, tiada sebarang penetapan kuota kaum atau etnik dalam proses ini. Kita di peringkat negeri, kita tidak ada satu jabatan yang seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Semuanya kita akan maklumkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk memastikan proses ini berjalan. Untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif termasuk tawaran biasiswa, hadiah latihan persekutuan (HLP), program pengajian peringkat sarjana dan PHD dan kemudahan cuti belajar separuh gaji, dan berhubung dengan cadangan oleh ADUN Chembong untuk memperluaskan kemudahan 0% faedah kepada kakitangan kontrak, kerajaan negeri menjelaskan bahawa keutamaan pada masa ini diberikan kepada penjawat awam berstatus tetap, ini kerana mekanisme pembayaran balik adalah melalui pemotongan gaji yang lebih terjamin. Peluasan skim ini kepada kakitangan kontrak adalah berisiko tinggi dan boleh menyebabkan teguran berulang daripada Jabatan Audit Negara Malaysia disebabkan kesukaran mendapatkan bayaran balik sekiranya perkhidmatan mereka ditamatkan.

Bagi pengurusan tunggakan cukai tanah, kutipan cukai tanah yang cekap adalah penting bagi membiayai perbelanjaan pembangunan dan pengurusan negeri. Menjawab isu yang dibangkitkan oleh ADUN Paroi sehingga 12 Disember 2025 jumlah cukai tanah semasa adalah sebanyak RM132,644,701.73 mana kutipan tunggakan cukai berjumlah RM12,808,028.40. Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai strategi dan usaha bersepadu bagi mengutip tunggakan cukai tanah antaranya pemutihan data dimana 28,723 hak milik telah dikenalpasti sebagai bertunggak. Mengeluarkan surat peringatan secara berperingkat kepada pemilik. Ketiga, membuat panggilan telefon dan pemakluman awal melalui email kepada pemilik yang belum membayar. Keempat, menggiatkan usaha lawatan dari rumah ke rumah. Kelima, mempertingkatkan kekerapan kutipan luar melalui van bergerak di lokasi strategik. Keenam, pengeluaran Notis 6A kepada pemilik yang telah dikenalpasti. Ketujuh, penglibatan pemimpin setempat serta wakil rakyat dan penghulu untuk mengingatkan penduduk. Kelapan, peringatan dari khutbah Jumaat di masjid-masjid utama. Kesembilan, menyediakan kemudahan bayaran ansuran bagi cukai semasa dan tunggakan. Kesepuluh, menyediakan perkhidmatan cukai DEN iaitu sistem notifikasi elektronik kepada pemilik berdaftar. Kesebelas, menganjurkan kempen galakan bayaran dengan insentif seperti cabutan bertuah, hadiah bar

emas, motosikal dan peralatan elektrik. Tindakan rampasan tanah di bawah seksyen 100 kanun tanah negara merupakan langkah terakhir yang akan diambil setelah semua usaha lain tidak berhasil.

Kecakapan dalam tadbir urus dan kewangan membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada penyediaan infrastruktur kemudahan awam yang berkualiti yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat harian. Penyediaan infrastruktur moden, utiliti yang stabil dan kemudahan awam yang menyeluruh adalah manifestasi keperhatinan kerajaan terhadap kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat. Kerajaan Negeri komited untuk menangani isu-isu berkaitan bekalan air, menaik taraf jalan raya, menguruskan risiko banjir dan menyediakan perumahan yang selesa. Seksyen ini akan memperincikan maklum balas kerajaan terhadap isu-isu kritikal yang dibangkitkan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam sentiasa pada tahap yang terbaik. Kerajaan Negeri melalui agensi giat melaksanakan pelbagai projek bagi memastikan bekalan air yang bersih dan berterusan dapat dinikmati oleh semua penduduk. Program penggantian paip isu berkaitan penggantian paip lama dan uzur yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Serting, Yang Berhormat ADUN Jeram Padang, Yang Berhormat ADUN Gemas, Yang Berhormat ADUN Seri Menanti. Kerajaan Negeri mengesahkan bahawa program penggantian paip di kawasan Felda sedang dilaksanakan secara berperingkat dengan peruntukan daripada Felda dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah KKW ataupun PETRA. Khusus untuk Felda Pasir Besar isu dibangkitkan oleh ADUN Gemas, punca paip pecah adalah disebabkan paip sedia ada telah uzur daripada jenis AC ataupun asbestos simen. Kerja-kerja penggantian paip UPVC sepanjang 2,800 meter sedang dalam perancangan. Bagi DUN Seri Menanti isu beberapa projek penggantian paip UPVC dan HDPE telah dirancang melalui peruntukan dalaman Syarikat Air Negeri Sembilan SAINS sendiri dan Pengurusan Aset Air Berhad PAAB. Status projek Rumah Pam Kolam Teluk Kemang isu Yang Berhormat Adun Bagan Pinang. Projek ini dilaporkan telah mencapai status 84% dan dengan jangkaan penyiapan penuh pada November 2025. Gangguan bekalan air Loji Rawatan Linggi yang dibawa oleh Adun Bagan Pinang. Pemberhentian sementara Loji Rawatan Linggi ini berlaku disebabkan oleh kekeruhan air mentah yang tinggi terutama selepas hujan dan tindakan ini adalah selaras dengan piawaian kualiti air minum yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan kerana itu TAPS Linggi dan TAPS Kampung Barisan insyaAllah akan mengurangkan lagi kesan daripada hujan lebat dan kekeruhan ini. Cadangan menaik taraf Empangan Teriang isu yang dibawa oleh Adun Klawang satu kajian dijalankan pada tahun 2022 mendapati bahawa penaiktarafan empangan sedia ada adalah lebih adalah tidak disyorkan. Sebagai alternatif, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan pembinaan sebuah empangan baru di kawasan Kenaboi untuk menyelesaikan isu bekalan air di Daerah Jelebu secara jangka panjang. Isu operasi dan perkhidmatan lain, gangguan bekalan di Juasseh bagi

mengurangkan kekerapan gangguan, SAINS sedang dilaksanakan projek penggantian paip UPVC sepanjang 1km dan projek menaik taraf kolam di Bukit Sempit. Skim bantuan tarif air B40 dibangkitkan ADUN Lobak. Kerajaan melalui SAINS mengambil maklum cadangan ini dan akan meneliti untuk pertimbangan lanjut. Ketiga, kedudukan meter air dibangkitkan ADUN Chuah kedudukan meter yang berhampiran dengan paip utama adalah mengikut tata cara perkhidmatan SAINS. Ia bertujuan untuk memastikan proses penyelenggaraan dan pembacaan meter dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Dato’ Yang Dipertua, penyediaan rangkaian jalan raya yang selamat selesa adalah keutamaan kerajaan untuk melancarkan pergerakan penduduk dan merancakkan aktiviti ekonomi. Pertamanya, projek menaikkan taraf jalan di DUN Juasseh projek menaik taraf jalan Pelangai Terentang N141 telah diluluskan. Projek lain seperti jalan Kuala Pilah Bypass dan menaik taraf jalan Tanjung Ipoh Ranjau Hantu N101 juga dalam perancangan dan pelaksanaan. Jalan Gadung Jaya Enstek dibangkitkan oleh ADUN Labu. Pihak JKR Negeri Sembilan sedang bekerjasama dengan pemaju hartanah untuk menaik taraf sebahagian jalan Tiara Sendayan. Jalan Alternatif Seri Menanti ke Ulu Sepri dibangkitkan oleh ADUN Seri Menanti projek dalam pelaksanaan dengan kemajuan fizikal semasa adalah 76.7% sehingga 4 Disember 2025 dan dijangka siap sepenuhnya pada 27 Ogos 2027. Penyelenggaraan dan keselamatan jalan, pemasangan lampu jalan dibangkitkan oleh Adun Sungai Lui, Adun Jeram Padang, Adun Bagan Pinang, Adun Serting. Pihak JKR telah mengambil tindakan seperti memasang 8 lampu solar di DUN Sungai Lui dengan peruntukan RM100 ribu untuk pemasangan lampu solar di Jalan Air Itam Kemayan. Cadangan pemasangan lampu di Lebuh Raya, Seremban Port Dickson akan dipanjangkan kepada Lebuh Raya Malaysia (LLM), ini saya telah sendiri menulis surat tetapi jawapannya adalah pihak PLUS tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi. Kerosakan jalan, isu kerosakan jalan di Kampung Londah oleh Adun Gemas dan jalan Sepang Lukut oleh Adun Chuah adalah disebabkan oleh kerja-kerja projek JPS dan pemasangan kabel utiliti. Tindakan pembaikan sedang dan akan diambil oleh pihak berkaitan. Longkang rosak, tersumbat dibangkitkan oleh Adun Temiang, JKR telah mengemukakan permohonan peruntukan RM800 ribu kepada Kementerian Kerja Raya untuk menaik taraf longkang di laluan Persekutuan FT-001. Tumpahan minyak dibangkitkan oleh ADUN Sungai Lui. Pihak FGV Holding Berhad telah bertanggungjawab membersihkan tumpahan minyak di laluan terlibat dan telah memasang papan tanda amaran kepada pengguna jalan raya. Papan tanda terhalang dibangkitkan oleh ADUN Seremban Jaya, JKR Daerah Seremban telah mengambil tindakan segera dengan membersihkan timbunan yang menghalang papan tanda maklumat jambatan kedua tertinggi di Malaysia di Bukit Putus. Pengurusan jalan di bawah Peruntukan MARRIS projek di DUN Kota dibangkitkan Adun Kota sebanyak 11 projek penyelenggaraan longkang dengan kos RM1.64 juta telah

diluluskan pada tahun 2025. Dari jumlah itu 8 projek telah siap dan baki 3 projek siap dijangka siap pada penghujung tahun. Syarat kelayakan kontraktor dibangkitkan oleh ADUN Chembong, Mesyuarat Jawatankuasa MARRIS telah meluluskan pematuhan sijil pematuhan cukai (TCC) sebagai salah satu syarat wajib bagi pendaftaran kerja undi MARRIS bagi tahun 2026. Tapi kita selalunya ada 3 kali cabutan ini tak ada masalah kalau dia tak dapat yang ni, yang akan datang dia boleh. Jalan Ladang Pertanian dibangkitkan oleh Adun Klawang. Sebanyak 23 projek penyelenggaraan Jalan Ladang di daerah Jelebu dengan peruntukan RM2.248 juta telah diluluskan untuk dilaksanakan melalui peruntukan MARRIS.

Pengurusan banjir dan saliran kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan risiko banjir melalui projek-projek tebatan dan penyelenggaraan sistem saliran. Tindakan mitigasi banjir, kawasan hotspot dibangkitkan ADUN Seri Menanti. Terdapat 123 kawasan hotspot banjir di Negeri Sembilan. Bagi DUN Seri Menanti JPS telah membelanjakan RM250,000 untuk kerja-kerja penyelenggaraan sungai dan sistem saliran. Banjir di Sungai Timun Rembau dibangkitkan Adun Kota. Projek kerja pemulihan sistem saliran dengan kos RM700,000 telah pun siap. Permohonan untuk projek jangka panjang telah dikemukakan di bawah Rancangan Malaysia ke-13. Banjir di Serting Tengah dibangkitkan ADUN Serting, JPS telah melaksanakan projek naik taraf pembentungan sedia ada kepada saiz 1.5 meter kali 1.5 meter di kawasan Air Bong dengan kos RM280,000. Pendalaman sungai di Klawang dibangkitkan oleh Adun Klawang. Pihak JPS menjelaskan bahawa kerja-kerja pendalaman sungai boleh dilaksanakan namun ia perlu dikawal selia dengan teliti bagi mengelakkan isu ketidakstabilan tebing sungai,

Dato’ Yang Dipertua, penyediaan perumahan mencukupi dan perancangan guna tanah yang teratur adalah penting untuk pembangunan yang mampan. Status projek perumahan dan penempatan projek perluasan kampung PPK di Gemencheh dibangkitkan oleh Yang Berhormat Adun Gemencheh. Siling peruntukan bagi projek ini yang diluluskan oleh KKW adalah sebanyak RM50 juta berbanding kos anggaran asal adalah RM107 juta. Sehubungan itu Pejabat Pembangunan Daerah Tampin sedang dalam proses mengenalpasti tapak projek yang lebih sesuai mengikut siling peruntukan yang baru. Pembinaan rumah atas rizab kerajaan di DUN Rahang dibangkitkan oleh ADUN Rahang. Sebanyak 15 notis pencerobohan telah dikeluarkan kepada penghuni daripada 12 rumah yang terlibat 2 buah telah dirobohkan sendiri oleh penghuni. Cadangan untuk perubahan struktur yang masih berbaki akan dibawa ke Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk perbincangan lanjut. Pembangunan tanah dan infrastruktur sokongan. Status pembinaan jeti pelabuhan AI dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook ADUN Chennah. Urusan pemberi milikan tanah bagi projek ini telah selesai. Bayaran premium sebanyak RM1.8 juta telah diterima dan hak milik telah didaftarkan

pada 3 November 2025. Status cadangan jalan masuk ke SK Jimah baru dibangkitkan oleh Yang Berhormat YB Choo Ken Hwa ADUN Chuah, ADUN Lukut. Proses pengambilan tanah sedang berjalan dan dijangka selesai pada tahun 2026. Permohonan peruntukan pembinaan jalan akan dibuat pada belanjawan tahun 2027. Isu notis merah di kawasan Felda Jempol dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serting. Pengeluaran notis penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan mulai tahun 2025 sebagai task force yang telah dibentuk bagi menangani isu pencerobohan kawasan tanah kosong Felda secara bersepadu. Pembangunan fizikal yang mampan perlu diiringi dengan pembangunan rohani, sosial yang seimbang bagi melahirkan masyarakat sejahtera dan harmoni. Pembangunan yang seimbang tidak hanya tertumpu pada aspek fizikal dan ekonomi tetapi juga merangkumi pembangunan insan, kerohanian dan kesejahteraan sosial. Kerajaan negeri sentiasa komited untuk memperkasakan institusi agama dan pendidikan Islam serta memantau sebarang anasir yang boleh menggugat keharmonian masyarakat. Seksyen ini menggariskan usaha-usaha kerajaan dalam memastikan pembangunan modal insan di negeri ini terus diperkukuh. Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS) sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan Hal Ehwal Agama Islam di segenap peringkat. Pembangunan kualiti imam dan pengajian menjawab cadangan yang dibangkitkan oleh ADUN Seri Menanti. Beberapa program telah dan akan dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti imam dan pegawai masjid. Pertamanya Program Pensijilan Pengajian Islam telah dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan berjaya melahirkan 90 orang imam bertauliah dari daerah Seremban, Rembau dan Rembau. Program ini diperluaskan keseluruh daerah mulai tahun 2026. Kelas talaki Al-Quran bersanat telah dilaksanakan di Masjid Negeri sejak tahun 2015 yang dibimbing oleh 5 orang guru bertauliah bagi memastikan tradisi keilmuan islam terus subur. Satu Program Mentor Menti antara imam dan pemegang Isbad Negeri Sembilan dirancang untuk bermula pada tahun 2026 bagi memperbaiki mutu bacaan Al-Quran. Penyelenggaraan dan pentadbiran masjid Surau isu pentadbiran Surau di DUN Juasseh dibangkitkan oleh ADUN Juasseh. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Surau di Negeri Sembilan adalah berdasarkan pemilihan di peringkat kariah melalui mesyuarat agung. Kerajaan juga sentiasa prihatin terhadap penyelenggaraan. Sejumlah RM618 ribu telah disalurkan untuk beberapa projek penyelenggaraan masjid dan Surau di Dun Juasseh antara tahun 2021 hingga 2025. Naik taraf Surau solat Jumaat di Bagan Pinang dibangkitkan oleh ADUN Bagan Pinang. Permohonan pada tahun 2023 tidak diluluskan kerana jarak Surau tersebut ke Masjid Kariah Bandar Springhill hanya 5.2km dan masjid sedia ada masih mampu menampung bilangan Jemaah. Walau bagaimanapun Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan bersedia untuk mempertimbangkan semula sekiranya ada permohonan baru dikemukakan.

Menjawab persoalan Adun Bagan Pinang Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam sentiasa memberikan tumpuan penyediaan dan penambahbaikan infrastruktur premis kelas Fardu Ain KAFA dan Sekolah Agama Rakyat. Bantuan naik taraf infrastruktur premis Sekolah Agama Rakyat dari tahun 2023 hingga 2022 adalah seperti berikut. Selenggara naik taraf Sekolah Agama Rakyat Taman Datuk Haji Abdul Samad RM100 ribu pada tahun 2023. Selenggara naik taraf Sekolah Agama Rakyat Al Ihsaniah RM72 ribu tahun 2023. Sekolah Agama Rakyat Taman Datuk Abdul Samad melalui Kerajaan Negeri RM100 ribu tahun 2024. Selenggara naik taraf Sekolah Agama Rakyat Datuk Haji Abdul Samad RM98,500 dan Selenggara naik taraf Sekolah Agama Rakyat Al Ihsaniah RM89,700 berjumlah RM460 ribu ringgit. Isu pemantauan pergerakan GISB dibangkitkan ADUN Klawang. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti MAINS, PDRM dan MKN dalam melaksanakan program intervensi kepada bekas anggota GISB dengan peruntukan awal sebanyak RM250 ribu ringgit, program ini bertujuan membantu mereka kembali kepangkuan masyarakat belandaskan ajaran ahli sunnah wal jamaah yang sebenar. Selain itu sebagai langkah kawalan sebanyak 14 tauliah mengajar telah ditarik balik antara tahun 2021 hingga 2025 atas kesalahan melanggar syarat-syarat tauliah. Maklum balas yang diperincikan dalam laporan ini membuktikan kesungguhan dan komitmen Kerajaan Negeri dalam mendengar dan menangani setiap isu yang dibangkitkan oleh wakil rakyat. Setiap pandangan yang disuarakan dalam Dewan Yang Mulia ini diambil serius sebagai panduan yang merangka dasar dan tindakan yang lebih baik demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Sembilan. Diharapkan kerjasama erat antara pihak eksekutif dan legislatif akan terus terjalin bagi memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar dan agenda pembangunan dapat direalisasikan dengan jayanya. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Ahli-Ahli Yang Berhormat, perbahasan Usul Anggaran Belanja Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan tahun 2026 dan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025 telah dijawab oleh pihak Kerajaan. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul Anggaran Belanja Pembangunan Negeri Sembilan tahun 2026 sila angkat tangan. Sebulat suara ya. Yang tidak bersetuju, yang berkecuali. Usul ini diluluskan sebulat suara. Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua.

[Keputusan undian: 32 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. YB ADUN Jeram padang dan YB ADUN Labu tiada dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan Manakala YB ADUN Chennah dan YB ADUN Rantau tidak hadir]

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Dewan Bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju, yang berkecuali. Dewan bersidang secara jawatankuasa.

[Keputusan undian: 33 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. YB ADUN Labu tiada dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan Manakala YB ADUN Chennah dan YB ADUN Rantau tidak hadir]

[Cokmar Diturunkan]

[Dewan bersidang secara Jawatankuasa]

Setiausaha

Fasal Satu.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian ada apa-apa bantahan, jika tiada fasal satu ini adalah menjadi sebagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal Dua.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian ada apa-apa bantahan, jika tiada fasal dua adalah menjadi sebagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian ada apa-apa bantahan, jika tiada jadual adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan itu.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan semua setuju eh. Dewan bersidang semula.

[Keputusan undian: 33 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. YB ADUN Labu tiada dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan Manakala YB ADUN Chennah dan YB ADUN Rantau tidak hadir]

[Cokmar dinaikkan]

[Dewan bersidang semula]

[Bacaan kali ketiga]

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025 telah ditimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian yang bersetuju rang undang-undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan sila angkat tangan. Rang Undang-Undang ini akan dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

[Keputusan undian: 33 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. YB ADUN Labu tiada dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan Manakala YB ADUN Chennah dan YB ADUN Rantau tidak hadir]

Setiausaha Dewan

Enakmen Perbekalan (2026) 2025 Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri.

Penangguhan PersidanganAdjournment

Setiausaha Dewan

Perkara Kelima, Penangguhan Persidangan.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, kerana telah berjaya mengendalikan Persidangan Dewan dengan jayanya.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya juga bangun menyokong cadangan itu terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan untuk menangguhkan Persidangan Dewan telahpun dibuat dan mendapat sokongan. Sementara itu saya ada menerima permohonan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat ADUN untuk menyampaikan ucapan penangguhan bagi persidangan kali ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat dibenarkan untuk menyampaikan ucapan selama 10 minit sahaja. Saya jemput Paroi. Taknak? Takda ya? Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian sebelum saya tangguhkan, aaa? Chembong nak? oh Chembong. Sila Yang Berhormat Chembong.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, menghormati pandangan rakan-rakan, dengan ini saya menangguhkan Persidangan.

Yang Dipertua Dewan

ok betul, terima kasih.

Minta maaf saya tarik balik, itu kerja Yang Dipertua, saya menarik balik ucapan penangguhan saya, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ada respon dari kerajaan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menangguhkan persidangan kali ini saya mengambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan pada Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, media massa dan urusetia persidangan yang telah sama-sama menjayakan persidangan kita pada kali ini. Jadi saya pun ada pantun nak baca lah.

Gunung Datuk tegak berdiri, Awan berarak lembut berlalu, Sidang Belanjawan penuh harmoni, Semoga Negeri, semoga Negeri Sembilan terus maju.

Sekian, Persidangan Dewan ditangguhkan kepada tarikh yang akan diberitahu kelak. [Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 2.35 petang]