Negeri Sembilan · 10 December 2025

15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting (Budget) · 201 turns · 37,713 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Bacaan Doa

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan. Susunan mesyuarat, perkara pertama, bacaan doa.

[Setiausaha Dewan telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi rabbil alamin wassalatu wassalamu ala ashrafil anbiya wal mursalin wa ala alihi wa sahbihi ajmain raditubillahi rabba wabil islami dina wabi muhammadin nabi wa rasulillah. Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan pencipta alam selawat dan salam ke atas jujungan Nabi Muhammad SAW ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Dato’-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan para hadirin yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke sidang mesyuarat lagi bagi Persidangan Ketiga Belanjawan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15. Hari ini 10 Disember 2025 merupakan hari keempat persidangan. Di sini saya ingin memaklumkan berkenaan ketidakhadiran Yang Berhormat ADUN Rantau tidak dapat hadir pada hari ini kerana menjalankan tugas rasmi di Parlimen.

Hadirin sekalian, sebagaimana maklum, sesi perbahasan akan disambung semula pada hari ini. Saya amat berharap semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan dan seterusnya memberikan pendapat-pendapat yang dapat meningkatkan mutu penyampaian kerajaan kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus. Hadirin sekalian sebagaimana biasa saya ingin menyeru pada semua hadirin agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap

Dewan serta tata kelakuan dan etika sebagai Ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekian terima kasih, selamat bersidang.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Keempat)Questions

Yang Dipertua Dewan

Setiauasaha Dewan: Perkara ketiga, pertanyaan-pertanyaan. Pertanyaan-pertanyaan yang berkehendakkan jawapan lisan hari keempat.

Yang Dipertua Dewan

saya mempersilakan Yang Berhormat Sungai Lui.

Yang Berhormat Dato Yang Dipertua’, saya kemukakan soalan nombor dua.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT. Dato Yang Dipertua’, pertamanya saya nak ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Lui di atas soalan yang berkaitan dengan pembangunan Generasi Felda. Saya akan mengambil sedikit masa untuk menjawab soalan ini kerana soalan ini merangkumi perkara yang berkaitan dengan pembangunan menyeluruh bagi generasi baharu yang membawa maksud Generasi kedua Felda, ketiga, keempat dan kelima Felda khususnya dalam soal yang melangkaui ataupun merangkumi aspek pendidikan, keusahawanan pemilikan aset perumahan dan keterlibatan dalam sektor pertanian moden. Kalau tidak dijelaskan sejelasnya di dalam persoalan yang ditimbulkan oleh Sungai Lui ini akan membawa persepsi yang kerajaan ni tak buek apo-apo kepada Felda Dato’ Yang Dipertua, kerana itu saya harap supaya penjelasan saya pada hari ini boleh menjelaskan segala perkara dan pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan terutamanya oleh Felda dan yang penting sekali apa yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Sembilan kepada pembangunan generasi kedua, ketiga, keempat Felda di dalam menjaga hal ehwal yang berkaitan dengan kesejahteraan dan masa depan mereka. Untuk makluman Yang Berhormat saya sering sebut ya, bahawa Felda sentiasa konsisten di dalam memastikan pembangunan generasi baru di rancangan Felda secara menyeluruh terutamanya di kalangan anak-anak muda dan generasi baru. Soalan Yang Berhormat merangkumi pelbagai aspek iaitu pendidikan, keusahawanan, pemilikan aset, perumahan dan keterlibatan dalam sektor pertanian moden, jadi saya sebut pada hari ini untuk saya sentuh setiap soal yang berkaitan yang ditimbulkan.

Pertama Dato’ Yang Dipertua, soal Pendidikan, Program Smart Classroom Felda dilaksanakan di rancangan Felda bermula pada tahun 2021 sampai hari ini dan matlamat utama penubuhan smart classroom yang berkonsepkan bilik darjah pintar adalah berfokus kepada penggunaan teknologi ICT digital dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di samping mengwujudkan suasana pembelajaran yang lebih interaktif. Sebanyak 14 buah sekolah yang terlibat di Felda Wilayah Raja Alias dan masih aktif dengan pelbagai aktiviti sampai hari ini. Kemudian yang keduanya ialah Program Felda Digital Maker Hub atau FDMH-Coding And Robotics telah mula dilaksanakan juga pada tahun 2021 sehingga sekarang bertujuan untuk mewujudkan satu budaya inovasi digital dan kemahiran pemikiran kemahiran komputer dalam kalangan murid dan warga sekolah. Ini pun kita buat di semua sekolah di kawasan Felda. Sebanyak 3 buah sekolah di Wilayah Raja Alias yakni SK Raja Alias 3, SK Felda Serting, SK Lui Timur terlibat dalam pelaksanaan program ini dan telah menyertai Felda Robotics Challenge 2025 pada 1 hingga 3 Ogos bertempat di MITEC Kuala Lumpur dan SK Lui Timur juga telah mendapat tempat naib johan sempena dengan Felda Robotics Challenge Bagi Tahun 2024.

Yang seterusnya Dato’ Yang Dipertua, pusat literasi keluarga PLK merupakan pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berumur 3 sehingga 4 tahun. Sebanyak 41 buah PLK dalam rancangan Felda telah pun diwujudkan dengan memberi peluang kepada anak dan cucu peneroka mendapat pendidikan awal sebelum memasuki alam persekolahan. Yang seterusnya pusat pemulihan dalam komuniti PDK semua orang tahu yang diwujudkan khusus kepada anak cucu peneroka yang kelainan upaya OKU, orang kelainan upaya bagi mendapatkan pendidikan awal melalui kurikulum yang formal dan sekarang ni KEMAS di bawah KKDW akan mewujudkan pulak tadika OKU orang yang kurang upaya ni insya-Allah bermula tahun 2026 ini akan dilaksanakan di setiap kawasan daerah ataupun kawasan DUN. Sebanyak 8 buah sekolah yang terlibat iaitu Felda Kepis, Jelai 4 Pasoh 1, Pasoh 2, Raja Alias 2, Serting Ilir 4 Dan Palong 6 dalam PDK tadi ya bagi pencapaian SPM tahun 2024 sebanyak 3 buah sekolah tersenarai dalam 10 sekolah terbaik di kawasan Felda iaitu SMK Bandar Baru Serting, GPS 3.32, SMK Palong 7 di kawasan DUN Palong ya, GPS 3.93 dan SMK Bukit Rokan GPS 4.13. Nampak kompetitif ya Dato’ Yang Dipertua. Felda Raja Alias berada di kedudukan ketiga daripada 11 wilayah di seluruh Felda dengan GPS 4.63. Manakala bagi pencapaian UPKK tahun 2024 seramai 211 orang pelajar telah mendapat keputusan cemerlang yakni 7A dan A9.

Bab keusahawanan Dato’ Yang Dipertua, pertama kita ada TUBF Ataupun Tabung Usahawan Belia Felda yang menawarkan pembiayaan kepada usahawan baru dan sedia dengan komuniti Felda khusus untuk memula dan mengembangkan perniagaan kecil. Kedua latihan keusahawanan turut disediakan oleh keusahawanan Felda melalui kerjasama MARA, FAMA,

RISDA, pertanian, perikanan, veterinar dan Felda, ini semua sedia maklum ya. Yang ketiga ialah jumlah keseluruhan usahawan Felda Raja Alias adalah 1,724 usahawan sasaran tahunan bagi pendaftaran baru pada setiap tahun usahawan adalah seramai 98 orang.

Ketiga Dato’ Yang Dipertua, perumahan saya dah sebut panjang lebar ketika menjawab soalan daripada Yang Berhormat Serting pada hari kedua persidangan yang melibatkan 909 unit PGBF di bawah kawalan Felda dan 510 unit yang telah diserahkan kepada kerajaan negeri. Cuma hari ini Dato’ Yang Dipertua, saya nak perbetulkan statement saya pada hari kedua bahawa tidak ada satu pun projek perumahan yang 909 ni siap, saya nak betulkan di Bukit Rokan kita dah siap 300 unit cuma ada sedikit lagi yang perlu kita penuh syarat SAINS dan Tenaga Nasional, dan Felda Pasoh 3 kita ada 150 unit lagi yang peratusan kesiapannya hampir dalam sekitar 10 ke 15 peratus lagi. Itu yang dah pencapaian nanti kita buat ya.

Yang akhir sekali Dato’ Yang Dipertua, peladangan. Bagi membantu generasi kedua Felda mendapatkan peluang pekerjaan di sektor peladangan, Felda telah memperkenalkan Field Gig. Melalui inisiatif ini generasi kedua boleh memohon dan melibatkan diri di dalam pelbagai kerja ladang yang ditawarkan di rancangan Felda di seluruh negara Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.

Dato’ Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Soalan tambahan Dato’ Seri, satu saya nak tanya tentang pertanian iaitu bila kita di kawasan Felda kita ada banyak penternak-penternak yang menternak secara tradisional dan satu masalah yang timbul iaitu apabila tiba musim untuk tebang semula sebagainya, mereka ini diarahkan untuk mengosongkan ataupun mengalihkan ternakan diorang ni dan ini menjadikan satu masalah kepada penternak untuk mengalihkan ternakan dan sebagainya, adakah satu mekanisme lain untuk kita bantu penternak ini untuk mengatasi masalah tersebut?

Saya tak pasti soalan Yang Berhormat Lui. Penternak, bila sampai musim nak kena…

Dato’ Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

nak tanam semula mereka diarahkan untuk mengosongkan ternakan. bermakna penternak ini ada yang 700-800 ekor ternakan.

Baik Dato’ Yang Dipertua, ini adalah konsep untuk melakukan aktiviti penternakan domestik secara individu dan kelompok kecil yang menggunakan kawasan-kawasan tanaman, sama ada sawit ataupun getah. Kebanyakannya sawitlah. Apabila proses penanaman semula, tentulah kawasan yang kita panggil sebagai kawasan penempatan penternakan ini harus dikosongkan untuk melaku dan menjalankan proses

penanaman semula. Jadi apabila berlakunya itu ada di kalangan penternak domestik ini menjual secara blok ternakan mereka maknanya kalau ada 50 ekor, dia jual 50 ekor secara blok, ada yang 60 ekor 60 ekor jual apa kita panggil? jualan kendang, bukan jualan ladang, jualan ladang ni Nismilan Prihatin, dia jual kandang ni dan murah, Dato’ Yang Dipertua, ada penternak yang mengambil pendekatan yang sedemikian rupa, tetapi kalau penternak ini nak meneruskan ternakan mereka di dalam konsep yang lebih besar, maka pihak kerajaan negeri, melalui veterinar, kita ada padang ragut yang kita sediakan di beberapa tempat, dan kebanyakan padang ragut di Negeri Sembilan ni masih ada kekosongan yang boleh kita isi dengan operator penternakan haiwan ini, dan mereka boleh mohon, kalau kita dapati bahawa penglibatan mereka dalam aktiviti penternakan viable dengan izin, maka kita akan terus memberikan peluang kalau kita boleh cetuskan minat mereka untuk terlibat dalam aktiviti penternakan pertanian dan keusahawanan, apatah lagi kalau mereka sudah melalui proses itu, dan nak memenuhi kehendak mereka dengan hanya untuk mendapatkan tempat yang sebaiknya, tentunya, kerajaan negeri melalui jabatan yang berkaitan akan memberi dokongan dan sokongan. Jadi saya nak minta Yang Berhormat Lui, kalau ada kes ini di kawasan Yang Berhormat, termasuk di kawasan Yang Berhormat yang lain sila maklumkan kepada saya, dan saya akan penuhi harapan dan hasrat Yang Berhormat terutamanya dalam memenuhi kehendak untuk memenuhi kesejahteraan golongan peneroka di kalangan generasi ke-2, ke-3 dan ke-4 Felda, Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat, Juasseh.

Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1.

Dato’ Yang Dipertua, saya minta maaf pasal saya terlari daripada jadual. Juasseh ni selalu betul lari daripada jadual, pasal apa saya tak tau. Takpalah, Juasseh terima kasih soal saya. Jawapannya senang je, Juasseh tanya apakah status terkini pusat pengumpulan padi di Melang? Yang Berhormat balik ke Juasseh itu hari-hari tengok ada pusat pengumpulan padi tu. itu tak pernah tutup.

Itu sebab saya tanya tu, itu sebab saya tanya…

Yang Berhormat tanya, biar saya jawab dulu, Yang Berhormat toksah la masuk dulu, karanglah kot nak tanya soalan tambahan. Memang kita ada daripada bila kita buka tu? Daripada tahun 2022 Yang Berhormat tanya berapa hasil keseluruhan yang telah dikumpulkan? Untuk maklumat Yang Berhormat pusat itu beroperasi seperti biasa, pusat ini adalah tempat pengumpulan hasil padi daripada pesawah di sekitar kawasan yang berkenaan dan ada yang datang daripada Jelebu ni, Yang Berhormat Datuk Speaker dan ada daripada Jelebu ni dihantar juga kepada pusat

pengumpulan ini. Pihak kerajaan negeri melalui jabatan dan agensi berkaitan sentiasa pantau pelaksanaan aktiviti di pusat ni bagi memastikan kemudahan tersebut secara optimum dan selaras dengan objektif asal penubuhan. Oleh kerana Yang Berhormat nak tahu secara detail, harini ni saya nak bagitahu ya, daripada bulan Januari 2025 sampai September 2025 dalam tempoh itu 614.37 tan matrik padi telah pun dikumpulkan di pusat pengumpulan ini. Maknanya Dato’ Yang Dipertua, dalam soal perancangan jangka panjang kerajaan negeri berhasrat supaya pusat ni berperanan sebagai hub utama di dalam proses pengumpulan penyimpanan dan pengedaran untuk pastikan padi ataupun beras Negeri Sembilan ini dapat kita kekal dan menampung keperluan bagi masyarakat di Negeri Sembilan ni, yang sekarang ni saya tengok dah semakin hari semakin baik Yang Berhormat. Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Exco. Soalan tambahan saya, kita sedia maklum antara cabaran utama kepada syarikat pengumpul padi ini adalah bagaimana nak meyakinkan pesawah supaya menghantar hasil padi mereka. Berapakah harga belian padi yang ditawarkan kepada pesawah? Adakah ianya harga lebih baik daripada harga lantai dan apakah tawaran lain yang diberikan oleh syarikat ini.

Dato’ Yang Dipertua, saya dah jawab soalan ni dalam sidang yang lepas-lepas, tapi hari ni saya sebut sekali lagi Dato’ Yang Dipertua. Dalam pusat pengumpulan ni Dato’ Yang Dipertua, harga lantai daripada RM1,300 dinaikkan oleh Kementerian Keterjaminan Makanan ni untuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan daripada RM1,300 ke RM1,500 sekarang harga lantai belian. Tetapi di pusat pengumpulan ni Dato’ Yang Dipertua, kita naikkan kita offer dia RM1,600 ke RM1,800 per tan untuk petani-petani hantar beras mereka, padi mereka ke pusat pengumpulan. Di samping itu Dato’ Yang Dipertua, ada tawaran yang lebih istimewa yang dikemukakan oleh syarikat yang diberikan tanggungjawab ini, yakni kita beri dia transport atau pengangkutan percuma untuk bawa padi ke pusat pengumpulan ini. Saya fikir itu adalah antara perkara insentif yang kita berikan kepada pesawah-pesawah kita di samping beberapa perkara yang kita tambah baik dalam soal supaya pesawah padi kita ini boleh menghantar padi hasil padi mereka ke pusat pengumpulan. Kerana kita tidak ada peraturan Yang Berhormat ya, takda peraturan yang mewajibkan pesawah padi mesti hantar padi ke pusat pengumpulan kita. Dia boleh hantar ke Muar, Melaka dia boleh hantar ke Johor dan ini dimainkan oleh pemain-pemain industri padi ini untuk meletakkan harga tawaran yang jauh lebih tinggi daripada apa yang kita tawarkan, but so far so good dengan izin. Harga yang kita tawarkan adalah setanding dengan penawaran yang dibuat oleh kilang-kilang yang berhampiran dengan Negeri Sembilan insyaallah, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya kemukakan soalan ketiga.

Dato’ Yang Dipertua, ini berkaitan dengan pelaksanaan caj kemajuan di mana kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan telah pun menyediakan kaedah-kaedah caj pemajuan Negeri Sembilan 2023 yang telah pun diwartakan pada 21 Mac 2024. Semua Pihak Berkuasa Tempatan PBT di Negeri Sembilan telah menggunapakai kaedah ini dan pelaksanaan caj pemajuan oleh PBT di Negeri Sembilan berkuasa pada 1 Januari 2024. Kaedah-kaedah caj pemajuan Negeri Sembilan ini juga telah dibuat pindaan pada tahun 2025 dan telah diwartakan pada 29 Mei 2025. Kadar caj pemajuan Negeri Sembilan ditentukan mengikut kawasan status bandaraya sebanyak 15% perbandaran pun 15% status daerah sebanyak 10% dan seluruh kawasan di bawah Malaysian Vision Valley (MVV) sebanyak 15%. Caj pemajuan boleh dikenakan sekiranya terdapat kenaikan nilai tanah yang dilevi bagi perubahan pada penggunaan tanah ataupun status tanah, perubahan ketumpatan dan juga perubahan luas lantai berdasarkan kepada Rancangan Tempatan Daerah yang telah diwartakan. Perbezaan itu perbezaan nilai itu akan dikenakan peratusan mengikut bandaraya, perbandaran, daerah dan juga Malaysian Vision Valley. Berkaitan dengan anggaran kutipan dalam Bajet PBT setiap tahun, eh sorry dalam Bajet PBT bagi tahun 2025, serta jumlah kutipan sebenar yang telah pun diperolehi sehingga Oktober 2025 mengikut PBT ini adalah seperti berikut, bagi Majlis Bandaraya Seremban anggaran dalam bajet tahun 2025 adalah sebanyak RM23 juta. Jumlah kutipan sebenar yang telah pun diperolehi sehingga Oktober 2025 adalah RM31 juta. Bagi Majlis Perbandaran Port Dickson anggaran adalah RM2.3 juta tetapi yang telah pun diperolehi sehingga Oktober adalah RM5.2 juta. Bagi Majlis Perbandaran Jempol anggarannya RM102,000 yang diterima, kutipan sebenar adalah RM20,000 bagi Majlis Daerah Tampin anggaran RM754,000 kutipan sebenar setakat Oktober RM150,600 bagi Majlis Daerah Kuala Pilah anggarannya RM36,000 untuk tahun ini yang berjaya dikutip setakat oktober RM27,964. Bagi Majlis Daerah Rembau anggarannya RM2.9 juta yang berjaya dikutip sehingga Oktober tahun ini RM581,000 bagi Majlis Daerah Jelebu anggaran kutipan RM149,100 yang berjaya kutip setakat Oktober RM96,979. Jumlah untuk kesemua PBT ini adalah yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM37 juta daripada anggaran yang sebelum ini sebanyak RM29 juta. Terima kasih.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih jawapan daripada YB Exco. Jadi untuk caj kemajuan ini, saya rasa adalah perkara yang baru di Negeri Sembilan. Jadi saya nak tanya, adakah pihak Kerajaan memberi, membenarkan ini pemaju-pemaju perumahan dibayar secara ansuran untuk menjelaskan ini caj kemajuan. Dan yang kedua adakah caj kemajuan ni dikenakan hanya untuk pembangunan perumahan yang berskala besar ataupun mereka yang

menukar syarat daripada pertanian ke komersial juga dikenakan ini caj kemajuan terutamanya pemilik-pemilik tanah yang kecil yang luasnya tidak besar. Ini soalan tambahan saya.

Berkaitan dengan soalan yang pertama bagi jumlah caj pemajuan yang melebihi RM100,000 pemaju boleh dengan persetujuan daripada PBT, membuat bayaran secara ansuran. Dimana bayaran pertama adalah sebanyak 15%, pertanyaan terakhir terutamanya pemilik-pemilik tanah yang kecil yang lossnya tidak besar ini soalan tambahan saya bayaran pertama boleh dibuat 15%, kedua 15%, ketiga 20% dan sorry, bayaran pertama boleh dibuat 15%, 20% dan 50%. Bayaran kedua dan selanjutnya tempoh masa ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan. Itu adalah antara perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan tetapi ada pecahan dia 15%, 15%, 20%, 50% dia bukan sekaligus mereka perlu bayar sekaligus sekaligus kerana kita tahu kalau mereka disyaratkan bayar sekaligus pada awalnya ia akan membebankan pihak pemaju. Sebab itu dalam jawapan saya tadi nyatakan ada satu pindahan telahpun dibuat pada tahun 2025 yang telahpun diwartakan balik pada 29 Mei 2025, kerajaan negeri telahpun mengubah cara peratusan pembayaran dia.

Bagi keluasan tanah yang sedikit, tetap dikenakan caj pemajuan tetapi jumlahnya adalah mengikut perbezaan nilai pasaran tanah, sebelum dan berdasarkan zon perumahan yang diluluskan. Biasanya untuk yang perubahan yang berlaku untuk pembinaan rumah-rumah persendirian ataupun satu unit rumah ini biasanya bayaran itu adalah tak sangat tinggi, sebab keluasan tanah pun tak begitu besar. Dan tempoh bayaran, tempoh bayaran ini tiada had maksimum, tetapi ia ditentukan oleh PBT, melalui perbincangan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Johol.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Johol soalan nombor satu.

Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan pekan-pekan di bawah pihak berkuasa tempatan. Adakah apa-apa cadangan dalam menangani kedai-kedai terbiar dan juga kosong khususnya di kawasan Johol. Secara amnya pihak berkuasa tempatan tiada peruntukan undang-undang yang memberi kuasa kepada PBT untuk mewajibkan pemilik memastikan bangunan sentiasa aktif digunakan. Memang tak ada apa-apa undang-undang yang pastikan mereka perlu ada bangunan yang aktif digunakan ataupun mesti beroperasi. Namun begitu di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu Akta 171, PBT mempunyai kuasa mengambil tindakan jika bangunan persendirian itu menjadi tempat pembiakan nyamuk, tikus ataupun membawa apa-apa pencemaran. Dan yang kedua tidak diselenggara sehingga menjejaskan kebersihan alam sekitar. PBT boleh mengeluarkan notis kepada

pemilik bangunan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan pembersihan di bawah Seksyen 82 Dalam Rancangan Tempatan Daerah Kuala Pilah 2035, beberapa pendekatan disyorkan bagi pekan-pekan kecil termasuk di kawasan Johol supaya persekitaran pekan ditingkatkan dari segi visual iaitu melalui penyediaan elemen pencahayaan seperti pemasangan lampu, penyediaan papan tanda yang seragam dan juga menarik serta penyediaan laluan penjalan kaki bagi kemudah sampaian pengguna. Dan berkaitan dengan bangunan-bangunan ini saya ingat setiap PBT telahpun mulakan untuk menghantar ataupun memberikan notis termasuk juga memasang banner di hadapan kedai-kedai ini ataupun bangunan-bangunan terbiar ini supaya tindakan diambil ataupun mesej ini disampaikan kepada pemilik lot ataupun pemilik bangunan tersebut. Kalau tidak dilaksanakan pihak berkuasa tempatan boleh membersihkan kawasan tersebut dan kos itu akan dicaj kepada pemilik tersebut dan ini di beberapa PBT kita telahpun mulakan supaya tempat-tempat yang terbiar ini dapat pastikan kebersihan dan tidak membawa apa-apa gangguan kepada jiran ataupun penduduk setempat. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Saya ucapkan terima kasih kepada YB EXCO atas jawapan yang sedikit banyak bercakap soal inisiatif peningkatan untuk keindahan ataupun pekan-pekan kecil seperti mana saya di Johol. Jadi saya juga nak mencadangkan nak bertanya kepada YB EXCO, saya rasa benda-benda ini patut dilihat apa yang saya masukkan juga menangani kedai-kedai terbiar ini sehingga kini masih lagi ada kedai-kedai yang beroperasi atas dasar seperti tempat sarang burung walit dan sebagainya di kawasan bandar. Jadi ini sebenarnya sedikit sebanyak memberikan kesan kepada kebersihan pekan-pekan seperti di Pekan Air Mawang di Johol ini dan saya juga nak melihat nak mencadangkan kepada pihak PBT supaya kiosk-kiosk yang terbiar ini pun disegerakan penempatan peniaga-peniaga baru ataupun masuk ke dalam kiosk ini, dan saya juga nak menyeru kepada pihak PBT aduan-aduan yang diterima oleh peniaga-peniaga seperti mana EXCO beritahu tadi inisiatif seperti mana nak pasang banner, pasang pencahayaan dan sebagainya, dan saya berharap juga pihak majlis datang kepada kawasan-kawasan ini supaya melihat sendiri apa yang sebenarnya kemudahan-kemudahan yang perlu penambah baik di kawasan itu. Bukan kerana datang sekadar nak bagi penguatkuasaan sahaja. Tetapi hadir ke bandar-bandar ini datang untuk memberikan apa kata itu cadangan-cadangan inisiatif untuk kebaikan pekan-pekan kecil ni. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan bangunan-bangunan yang dijadikan sebagai untuk burung walit ini sepatutnya mereka perlu dapatkan kebenaran dan lebih-lebih lagi di kawasan kedai ataupun di kawasan komersial sepatutnya itu tidak dapat dibenarkan, tidak boleh dibenarkan, dan kita harap penguatkuasaan itu dapat dilaksanakan oleh pihak PBT. Berkaitan dengan MyKiosk memang kita mengakui ada beberapa

tempat MyKiosk itu dikumpulkan dan juga diletakkan di tempat yang tidak strategik. Saya telah pun minta supaya kita kenal pasti peniaga-peniaga yang tepi jalan yang sedia ada kita terus pindahkan kepada mereka. Kita tak perlu pindahkan peniaga itu datang ke satu tempat. Lebih baik kita pindahkan ke tempat itu kalau tempat itu sesuai, tempat itu tidak mengganggu lalu lintas, lebih baik kita bagi terus kita lesenkan mereka. Itu bagi saya boleh menyelesaikan isu ini daripada kita kumpulkan MyKiosk-MyKiosk ini di satu tempat, kerana ia akan mewujudkan satu cabaran antara peniaga-peniaga ini. Peniaga-peniaga ini peniaga kecil, mereka tak boleh bersaing antara satu dua dia mesti berada di tempat-tempat yang jauh supaya mereka pun dapat berniaga, orang lain pun di tempat lain pun dapat berniaga. Dan satu lagi kita ambil maklum, berkaitan dengan beberapa cadangan daripada Yang Berhormat Johol, yang berkaitan kita lihat dan mungkin Yang Berhormat Johol pun dapat memberikan beberapa input kepada saya ataupun kepada PBT untuk kita lihat kesesuaian untuk contohnya pekan-pekan kecil ini ditambah baik dari segi pencahayaan, dari segi laluan pejalan kaki ataupun isu jalan ataupun longkang supaya pekan-pekan kecil ini pun dapat mempunyai kemudahan yang baik untuk dinikmati ataupun memberikan keselesaan dan juga selamat untuk penduduk di sesuatu kawasan itu. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Tadi saya nak sentuh pasal MyKiosk yang terbiar tadi YB Exco. Jadi saya sendiri di kawasan Lenggeng pun ada memohon MyKiosk sebab demand begitu tinggi. Saya dan saya dimaklumkan oleh Majlis, Majlis Bandaraya bahawa tidak ada yang available. Semua telah dihantar ke kawasan-kawasan. Tapi semalam kita dalam bahas Yang Berhormat Labu menyatakan ada lebih kurang 10 ke 11 MyKiosk di kawasan beliau yang tidak digunapakai. Jadi boleh tak YB EXCO menyatakan dalam dewan yang mulia ini bahawa mana-mana MyKiosk yang kita kenal pasti tidak digunapakai malah saya dengar lebih dekat 10 bulan tak pakai, dipindah kepada mereka-mereka atau pemohon permohonan baru yang demand dan bagi garis masa tempoh kepada mereka yang di sana tu, maksudnya sekarang ni mungkin mereka tak kasi pindah disebabkan mereka masih lagi nak memujuk peniaga-peniaga. Jadi kita pun perlu bagi masa. Boleh tak nyatakan dalam dewan ni berapa bulan masa yang boleh diberi kepada mereka, supaya senang saya bagitahu peniaga-peniaga kawan-kawan saya, kita ada tempoh dalam 2 bulan 3 bulan kalau mereka tak penuh, kita dapat MyKiosk tu. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan di kawasan Labu yang semalam pun telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labu, ada memang betul ada beberapa tempat yang lama kita tidak ada peniaga tetapi ada juga di peringkat pihak Majlis Bandaraya Seremban cuba untuk dapatkan peniaga untuk diisi di kawasan tersebut. Tetapi sambutan memang tidak baik khususnya di kawasan Kampung Jerangkang? Kampung Jerangkang di Labu,

memang diletakkan di satu tempat yang tidak ada mendapat sambutan. So kawasan-kawasan macam itu kita akan cuba pindahkan, saya tak boleh pastikan untuk pindah ke Lenggeng, tetapi saya akan minta kepada Datuk Bandar dan Datuk Bandar pun telah pun meletakkan satu tempoh masa, kalau satu bulan tak ada peniaga ,kita pindahkan saja. So itu adalah beberapa tindakan yang boleh kita ambil dengan segeralah. Kita saya pastikan isu ini dapat diselesaikan dalam beberapa tempoh masa ini, sebelum persidangan akan datang diharap tidak ada apa-apa isu MyKiosk ini dibangkitkan dalam persidangan DUN ini melalui Ahli-Ahli Yang Berhormat dan di kawasan Lenggeng pun saya dimaklumkan ada juga pihak majlis sediakan tapak di satu tanah yang baru untuk pindahkan juga beberapa MyKiosk yang sebelum ini terletak di tempat persendirian eh, kalau tak silap lah. So saya ingat itu adalah antara inisiatif yang kita sedang laksanakan dan kita pastikan semua MyKiosk ini dipindahkan segera dan yang paling penting dapat digunakan untuk berniaga oleh peniaga-peniaga yang layak. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Speaker. Mambau kemukakan soalan pertama.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Mambau atas soalan berkenaan dengan lawatan Menteri Pelancongan ke Negeri Sembilan pada bulan September baru-baru ini dan apakah rancangan kerajaan negeri bekerjasama dengan pihak MOTAC untuk memajukan industri pelancongan Negeri Sembilan untuk menarik lebih ramai pelancong. Yang Berhormat Menteri Pelancongan Seni Dan Budaya telah mengadakan lawatan rasmi ke Negeri Sembilan pada 21 hingga 23 September 2025. Lawatan ini bertujuan meninjau beberapa tarikan pelancong utama. Di negeri ini antaranya Muzium Tentera Darat di Port Dickson, Pusat Ikan Hiasan Port Dickson, Homestay di Pelandok Bass Port Dickson, Lorong Seni Seremban, Snow Lim Wonderland, Masjid Seri Sendayan dan Juga Tokong San, San Kau Tong di Blossom, sebagai sebahagian daripada persediaan menjelang Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026, dan juga Tahun Melawat Malaysia 2026. Selain daripada itu lawatan kerja ini antaranya melibatkan projek-projek fizikal yang telah diluluskan di bawah peruntukan MOTAC. susulan daripada lawatan kerja tersebut YBM MOTAC telah secara prinsipnya bersetuju untuk mempertimbangkan peruntukan di bawah kerja-kerja pemulihan pemuliharaan ubah suai dan naik taraf atau PIPUN bagi pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf jambatan gantung dan survival camp dengan izin di Muzium Tentera Darat Port Dickson Negeri Sembilan. Pada 22 September 2025, Yang Berhormat Menteri telah mengadakan perjumpaan rasmi dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan di Kediaman Rasmi Menteri Besar bagi membincangkan kerjasama strategik antara MOTAC dan

kerajaan negeri untuk memperkukuh pembangunan pelancongan, menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa serta merangka Calender Of Events dengan izin atau Takwim Kalendar berimpak tinggi, demi memastikan kejayaan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.

Pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan untuk menarik lebih ramai pelancong antarabangsa sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026, termasuk promosi melalui pameran dan misi jualan luar negara, penggunaan platform digital, kerjasama dengan agen pelancongan, serta penganjuran Famtrip, bagi memperkenalkan produk dan destinasi pelancongan Negeri Sembilan. Menyedari potensi promosi digital, LPNS menjalin kerjasama strategik dengan Tourism Malaysia, menggunakan pempengaruh untuk menonjolkan budaya, warisan dan juga produk pelancongan Negeri Sembilan, melalui kempen digital. Penghasilan kandungan kreatif, serta aktiviti hebahan di media sosial bagi menarik pelancong domestik dan antarabangsa. Pada masa yang sama, infrastruktur pelancongan negeri ini akan terus dipertingkatkan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung. Ini termasuk penambahbaikan kemudahan di lokasi pengunjung, pelancong utama, serta penyediaan akses yang lebih baik ke destinasi berpotensi. Untuk makluman semua, dewan yang mulia ini sebanyak RM10.44 juta telah diperuntukkan oleh MOTAC kepada Negeri Sembilan pada tahun 2025, iaitu dari Januari sehingga Oktober 2025. Dan ini merupakan satu rekod negeri yang menerima paling banyak daripada MOTAC untuk tahun 2025.

Di samping itu perancangan turut melibatkan penganjuran acara betaraf antarabangsa yang menarik lebih ramai pelancong luar. Pembangunan pakej pelancongan khas yang lebih menyeluruh dan mesra pelancong, serta peningkatan kualiti perkhidmatan dan hospitaliti dalam kalangan penggiat industri pelancongan tempatan. Langkah-langkah ini diharap dapat memperkukuh ekosistem pelancongan Negeri Sembilan serta meningkatkan daya saing negeri sebagai destinasi pelancongan pilihan di Malaysia. Untuk makluman juga, YBM telah meluluskan untuk satu acara antarabangsa iaitu powerboat sebanyak RM1 juta, untuk Muzium Tentera untuk PIPUN RM1 juta dan juga program kebudayaan di Masjid Seri Sendayan sebanyak RM100,000. Pada keseluruhannya, lawatan rasmi YBM MOTAC ke Negeri Sembilan telah membuka ruang kerjasama yang lebih kukuh antara Sekretariat Tahun Melawat Malaysia dan juga Sekretariat Tahun Melawat Negeri Sembilan, usaha yang dirancang ini dijangka dapat memperkukuh imej Negeri Sembilan sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini serta meningkatkan kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia Dan Juga Tahun Melawat Negeri Sembilan. Terima kasih.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Terima kasih kepada Exco Pelancongan, Bukit Kepayang. Dato’ Yang Dipertua, kita akan menyambut tahun baru 2026, lebih kurang 3 minggu lagi. Tak lama lagi, jadi

kami di sini memang beryakinan bahawa saudari EXCO akan menjalankan tugas dengan baik dan agresif. Dengan baik sekali sewaktu dalam Portfolio Pelancongan Negeri Sembilan. Jadi soalan tambahan Mambau, apakah feedback atau sambutan daripada komuniti sampai ke hari ini untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia di Negeri Sembilan. Terima kasih Dato’.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Yang Berhormat Mambau atas soalan tambahan. Memang feedback sangat bagus. Setiap minggu, kami adakan satu aaa… sesi jejak warisan. Dimana lebih kurang 15 atau sehingga 20 orang peserta yang sama-sama mengikuti jejak warisan lebih kurang 20 tempat menarik di Bandaraya Seremban. Dan mereka datang daripada negeri-negeri lain selain daripada orang-orang tempatan dan feedback daripada mereka saya sudah compile dalam google forms, memang sangat bagus. Dan saya difahamkan juga banyak bas-bas pelancongan mengunjungi Pasar Besar Seremban. Dan sekarang Pasar Besar Seremban boleh dikatakan ramai pelancong-pelancong dari luar negeri. Dan juga jikalau anda pergi ke Pasar Karat di Lorong Seni, setiap hari Minggu memang ramai pengunjung. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak Yang Berhormat- Yang Berhormat untuk pergi mengunjungi Pasar Karat di Lorong Seni. dan dari segi promosi besar-besaran, sempena lawatan rasmi YBM MOTAC ke Negeri Sembilan, beliau juga merasmikan Snow Lim Wonderland yang menerima Anugerah Snow World Yang Paling Besar di Malaysia. Itu juga mendapat liputan yang meluas, dan Lorong Seni kami bakal mengadakan satu upacara rasmi pada 13 Disember 2025 untuk mengumumkan bahawa Lorong Seni Negeri Sembilan juga mendapat Malaysia Book of Record, untuk lorong seni yang paling panjang di Malaysia.

Dan juga pada bulan November ada satu video yang dikeluarkan oleh berkenaan dengan Galeri Stesen Keretapi Gemas, dia tiba-tiba jadi viral dan di mana saya meminta supaya untuk memenuhi syarat sebagai satu muzium mesti ada syarat-syarat kriteria dia. Salah satu adalah mempunyai artifak yang mencukupi. Maka dalam video tersebut, saya telah menyeru kepada orang ramai yang memiliki artifak-artifak ini untuk menyumbang kepada Galeri Stesen Keretapi Gemas dan mendapat sambutan yang begitu hangat. Dan kami terima artifak-artifak tersebut untuk melengkapi Galeri Stesen Keretapi Gemas. Dan juga setiap tahun kami nampak, sempena sambutan Hari Deepavali dekat Little India, atau sekarang dijenamakan sebagai Rangoli Walk. Setiap tahun dipenuhi, disesaki oleh pengunjung-pengunjung bukan sahaja dari Negeri Sembilan dan juga dari negeri-negeri lain. Dan Ngoca baru-baru ini, menerima 30,000 pengunjung. Begitu hebat aaa… apatu… aktiviti tersebut dan setiap tahun kami ada satu acara program yang besar-besaran iaitu NSFest yang tahun lepas menerima lebih kurang 1.2 juta pengunjung. Dan saya rasa, saya confident tahun ini akan lebih ramai pengunjung. Saya mengambil kesempatan ini untuk menjemput anda semua untuk pergi ke NSFest yang bakal diadakan pada 20 Disember sehingga 31 Disember. Jumpa

anda di situ. Dan saya rasa komuniti-komuniti sudah menyedari bahawa tahun depan adalah Tahun Melawat dan saya rasa pengumuman bahawa tahun depan adalah Tahun Melawat Negeri Sembilan bukan satu pengakhiran. Ia adalah satu titik permulaan di mana kami akan terus dengan promosi tahun melawat ini. Mungkin ada Tahun 2027 2.0, 3.0 kerana promosi ini tidak boleh diberhentikan. Dan saya harap kita boleh sama-sama menggembling tenaga untuk sama-sama promosi sektor pelancongan di Negeri Sembilan. Terima kasih.

Soalan tambahan ya. Saya nak tanya YB EXCO berkaitan dengan promosi tadi kan. Apa yang saya lihat dan dengar tadi ialah banyak promosi di NSFest, di Seremban dan sebagainya. Jadi apakah cadangan pihak Exco berkaitan dengan promosi di kawasan-kawasan luar bandar. Kawasan-kawasan macam di Kuala Pilah, kawasan-kawasan yang mempunyai tarikan tetapi mungkin tak dapat promosi sepertimana yang dicadangkan oleh pihak EXCO tadi.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Johol. Memang aaa… ngoca tu dia ada di Kuala Pilah. Ok, kita ada setiap daerah, kami ada acara yang besar-besaran. Seperti di Tampin kami ada Trans Naning memang ini menjadi satu aktiviti pelancongan yang sangat diminati, dan juga setiap bulan kami ada Program 7 Wonders di mana kami mendaki gunung di setiap daerah. Dan juga saya menerima baik cadangan daripada Yang Berhormat Johol supaya kita pergiatkan lagi di daerah-daerah lain. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Labu.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Speaker, soalan saya nombor 1.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan Labu, Jalan Kampung Labu LBJ-ENSTEK. mengapakah JKR masih lambat menaik taraf infastruktur jalan di kawasan ini? Dato’ Yang Dipertua, jalan yang dimaksudkan ialah Jalan LBJ, FT1266 di mana pihak JKR tiada perancangan buat masa ini, kerana untuk menaik taraf jalan tersebut. Walaubagaimanapun terdapat pemajuan di kawasan tersebut oleh pemaju New Time Development Sendirian Berhad yang akan menaik taraf jalan tersebut. Kerja-kerja menaik taraf jalan tersebut dijangka akan dilaksanakan pada awal januari 2026 dan kita sedia maklum bahawa NLE juga sedang dalam kerja menyiapkan projek tersebut dan saya yakin bahawa apabila siap projek tersebut kerja-kerja menaik taraf untuk Labu Jaya-ENSTEK ini boleh dibawa. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Soalan tambahan. Dato’ Yang Dipertua, kepada Yang Berhormat Sikamat, untuk makluman, macam semalam dalam saya punya bahas saya, laluan ini merupakan laluan utama, jadi selepas diberitahu bahawa sementara ini tak ada rancangan untuk pembangunan menambah baik di kawasan berkenaan, saya mohon sekiranya pihak JKR dapat menambah baik infrastruktur jalan di kawasan ini memandangkan Yang Berhormat Sikamat, laluan ini merupakan laluan utama laluan utama banyak kenderaan berat yang melalui dan saya rasa perlu lihat juga bersama dengan mungkin dalam PBT, isu keselamatan ini banyak kemalangan maut berlaku dalam tempoh beberapa bulan ini terutamanya di traffic light-traffic light di kawasan ini. Jadi saya mohon walaupun tak ada perancangan untuk menambah baik laluan ini sementara ini tetapi wajib penambahbaikan daripada segi infra terutamanya di kawasan-kawasan traffic light dan juga di kawasan-kawasan yang berdekatan kampung dan juga laluan sekolah. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya lihat jalan ini tidak melibatkan mana-mana sekolah kerana sekolah berada di dalam di Kampung LBJ itu sendiri dan cuma saya nak kalau yang tadi di traffic light saya rasa itu kita boleh lihat keselamatan semula dan saya akan semak jika ada kemalangan maut dan saya akan minta supaya diberi perhatian utama di kawasan ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Sri Tanjung.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Sri Tanjung soalan nombor satu.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Sri Tanjung. Soalan dia Loji Rawatan Air di Ngoi-Ngoi dan Tangki Batu Kikir. Dato’ Yang Dipertua, perkembangan terkini pembinaan Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi 2-150 juta liter per hari. Projek pembinaan Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi Fasa 2 yang berkapasiti 150 juta liter sehari masih dalam fasa pembinaan. Fasa terakhir disebabkan keperluan teknikal projek ini mendapat lanjutan masa dan tarikh siap semasa adalah pada 31 Disember 2025 iaitu hujung tahun ini dan kemajuan kerja sebenar pada 25 Oktober 2025 adalah 94 dan berbanding jadual 96.02 dan sekarang kerja-kerja di Ngoi-Ngoi ini adalah penyambungan paip daripada Ngoi-Ngoi ke Bukit aaa.. di Lenggeng. Jadi ini antara yang kita kena segerakan, saya harap pihak PBA, Pihak Berkuasa Air, PAAB untuk sama-sama pastikan bahawa pemasangan paip dapat disegerakan.

Keduanya perkembangan terkini pembinaan Tangki Batu Kikir projek cadangan pembinaan satu tangki konkrit tertulang berkapasiti 990 ribu galen bersamaan 4 ribu 521 ribu 400 liter di Pekan Batu Kikir Mukim Kuala Jempol sedang melalui proses lanjutan masa dan tarikh siap semasa adalah pada

31 Disember juga pada hujung bulan ini insyaallah. Jadi dua perkara tersebut insyaallah akan siap pada dua, pada hujung bulan ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Seri Menanti.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan saya yang pertama.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, ADUN Seri Menanti, peruntukan sektor infrastruktur terhadap banjir, pengurusan dan penyelenggaraan sungai dengan jumlah peruntukan RM10.5 juta ringgit bagi tahun 2025. Dato’ Yang Dipertua, kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan telah menerima peruntukan sejumlah RM10.65 juta pada tahun 2025 bagi Vot P54. Di bawah Vot tersebut peruntukan disalurkan kepada lapan ketegori utama iaitu pengurusan perancangan tebatan banjir RM370 ribu, pengurusan lembangan sungai RM4.45 juta pengurusan zon pantai RM280 ribu, pengurusan pengairan dan saliran RM3.236 juta, pengurusan saliran mesra alam RM1.5 juta, program kesedaran awam public outreach program RM100 ribu dan pengurusan sumber air hidrologi dan mekanikal RM100 ribu dan pelbagai kajian RM213,627 ringgit. Bagi pengurusan rancangan tebatan banjir, projek yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut Rancangan Tebatan Banjir Sungai Temiang Daerah Seremban RM250 ribu, Rancangan Tebatan Banjir Kampung Tapak Daerah Kuala Pilah RM100 ribu, Rancangan Tebatan Banjir Sirusa Daerah Port Dickson RM20 ribu, bagi pengurusan lembangan sungai di seluruh Negeri Sembilan terdapat terdapat 46 kerja 46 kerja yang telah dilaksanakan pada tahun ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjumput Yang Berhormat Rahang.

Tuan Siau Meow KongDAP · PHRahang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor 1.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, dan juga terima kasih kepada YB Temiang di atas soalan hospital besar baru akan dibina di Negeri Sembilan khususnya di kawasan DUN Rahang di bawah RMK-13. Apakah persediaan yang telah dan akan dibuat oleh kerajaan negeri bagi menyambut projek besar ini khususnya dari segi penyediaan infrastruktur, sokongan dan berapakah peruntukan yang telah disediakan dalam belanjawan negeri 2026 untuk tujuan tersebut.

Dato’ Yang Dipertua, terdapat perancangan bagi pembinaan blok klinikal tambahan menyusun semula perkhidmatan sedia ada serta pembinaan pusat kecemerlangan perkhidmatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dalam usaha menambahbaikan fasiliti dan perkhidmatan di Daerah Seremban. Dua

kawasan yang terlibat adalah di tapak tanah hospital sedia ada serta tanah rizab hospital. Persediaan yang sedang dilaksanakan dalam menyambut projek besar ini meliputi permohonan pemberi milikan tanah rizab hospital, penyediaan pelan perancangan pembinaan dan susun atur yang komprehensif, serta perancangan bagi dikenting perkhidmatan semasa kerja-kerja pembinaan. Kertas kerja bagi perancangan projek ini telah diangkat ke pihak Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mendapatkan ulasan berkenaan kebolehlaksanaan perancangan tersebut serta implikasi kos yang terlibat terima kasih, Yang Dipertua.

Tuan Siau Meow KongDAP · PHRahang

Dato’ Yang Dipertua, saya soalan tambahan. Apa status yang terkini?

YB Temiang, kan saya dah jawab tadi, kertas kerja bagi perancangan projek ini telah diangkat ke pihak Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan jadi kita tunggulah mendapat ulasan daripada pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberi ulasan untuk pelaksanaan perancangan tersebut. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Kota.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Terima kasih, Dato’ Yang Dipertua, saya bertanyakan soalan nombor satu.

Terima kasih, Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Kota yang bertanyakan soal mendapan tanah, mendapan tanah di bangunan Sekolah Kebangsaan Semerbuk dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Adnan, Undang Haji Adnan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, untuk pengetahuan Yang Dipertua, bagi Sekolah Kebangsaan Semerbuk ni sebenarnya Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telahpun menerima anggaran kos daripada Jabatan Kerja Raya iaitu sebanyak RM230,000 anggaran kos untuk membaik pulih mendapan tersebut, daripada JKR Negeri Sembilan dan telahpun dikemukakan dalam anggaran belanja mengurus ABM pada tahun 2026, iaitu tak lama lagilah Dato’ Yang Dipertua, itu kedudukan dia tentang Sekolah Kebangsaan Semerbuk. Mengenai Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Haji Adnan pula, JPN telah mengemukakan permohonan lawatan tapak bagi pemeriksaan dan khidmat nasihat teknikal berserta anggaran kos daripada JKR Negeri Sembilan 27 Oktober yang lalu dan permohon tersebut akan dikemukakan ke cawangan cerun JKR untuk tindakan selanjutnya Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Serting.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, soalan nombor satu Dato’ Yang Dipertua.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih ADUN Serting, kenaikan taraf air di Negeri Sembilan 2025. Dato’ Yang Dipertua, kerajaan negeri melalui SAINS sentiasa komited dalam memastikan perkhidmatan bekalan air yang berkualiti, stabil dan mampan dalam dinikmati oleh semua pengguna di seluruh Negeri Sembilan termasuk kawasan luar bandar. Penaiktarafan dan penambahbaikan yang sedang serta dilaksanakan adalah seperti berikut pertama, projek pembinaan loji rawatan air baru pertama, Loji Rawatan Air Ngoi Ngoi Fasa 1 berkapasiti 150 juta liter sehari dan Loji Rawatan Air Kampung Barisan Fasa 1 berkapasiti 150 juta liter sehari sedang dibangunkan bagi meningkatkan kapasiti bekalan air terawat untuk menampung keperluan kawasan Seremban dan Port Dickson. Projek ini akan memastikan tekanan air dan kapasiti agihan di kawasan berkenaan dapat ditingkatkan secara berperingkat.

Keduanya, program pengurangan air tidak berhasil non revenue water, pelaksanaan program Active Leakage Detection ALD, pembinaan District Metering Zone DMZ, serta penggantian paip lama secara berperingkat sedang dilaksanakan bagi mengurangkan kadar NRW yang kini menjadi antara punca gangguan bekalan. Usaha ini turut disokong oleh penggunaan sistem telemetri bagi pemantauan tekanan air dan aliran secara maya. Naik taraf infrastruktur agihan ketiga, menaik taraf infrastruktur agihan dan tangki simpanan air. Beberapa tangki dan rumah pam akan dinaik taraf bagi meningkatkan keupayaan sistem agihan khususnya di kawasan berbukit dan luar bandar yang sedang sering mengalami tekanan rendah. Penambahan tangki simpanan baru juga dirancang di kawasan kritikal bagi menambah rezab bekalan. Kenaikan tarif air yang dilaksanakan adalah bagi memastikan kesinambungan pelaburan dalam projek-projek penaiktarafan ini serta bagi menampung kos operasi dan penyelenggaraan yang semakin meningkat. Walaupun bagaimanapun, kerajaan negeri telah memastikan kadar tarif air bagi kumpulan B40 dan pengguna domestik berpendapatan rendah masih kekal antara terendah di Malaysia. Langkah-langkah penaiktarafan yang dilaksanakan ini dijangka dapat meningkatkan tahap kepuasan pengguna melalui penambahbaikan kualiti bekalan air, pengurangan gangguan serta pengurusan sistem yang lebih cekap dan telus. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat. Setakat pagi ini, daripada jam 7 hingga 11 kejadian paip pecah di 11 tempat Tampin-2, PD-2 Jempol-2, Kuala Pilah-1, Seremban-1 dan juga Rembau-1. Ini ada dalam i-SAINS. Antara permasalahan yang berlaku pada hari ini, permasalahan paip pecah di merata tempat di seluruh Negeri Sembilan. Seperti mana disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat sebentar tadi, iaitu penaiktarafan ini terbabit juga tentang penggantian semula paip-paip lama dan sebagainya. Harapan saya agar

perkara ini dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin kerana permasalahan paip bocor ini di mana-mana berlaku dan juga ia akan menyebabkan kepada pengguna tidak berpuas hati dengan apa yang ada pada ketika ini. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Semalam saya dah panjang lebar menyebut setiap daerah yang akan terlibat dalam penggantian paip-paip lama contohnya AC kepada steel. Ini antara perkara yang harus diberi perhatian oleh semua ADUN-ADUN kerana ini akan melibatkan kawasan mereka dan mungkin akan menyebabkan gangguan kepada lalu lintas pada tahun hadapan. Jadi saya berharap bahawa kerja terpaksa kita laksanakan kerana kita telah lama menantikan peruntukan bagi penggantian-penggantian paip ini sejak sekian lama dan kita tahu dengan jumlah yang agak panjang ini dengan kerja daripada pihak SAINS, PETRA, PAAB dan juga pihak berkepentingan, saya yakin bahawa ini akan memberikan satu manfaat besar bagi mengurangkan NRW yang berlaku di Negeri Sembilan ini. Dan akan membantu meningkatkan capaian kita kepada penduduk khususnya di luar bandar. dan kita juga mengadakan perbincangan dengan PETRA dan juga Felda bagi memastikan penggantian-penggantian paip di kawasan-kawasan Felda dapat kita laksanakan daripada masa ke semasa. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Chuah.

Tuan Yew Boon LyePKR · PHChuah

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, soalan Chuah nombor 2.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, dan terima kasih kepada Yang Berhormat Chuah atas soalan berkenaan homestay. Sebelum saya teruskan dengan jawapan, izinkan saya memberitahu dewan yang mulia ini, bahawa ada sedikit pindaan untuk jawapan saya semalam kepada ADUN Seremban Jaya. Saya minta supaya dihantar secara bertulis, terima kasih. Perkembangan homestay di negeri ini adalah pesat terutama di kawasan tumpuan pelancongan. Mohon nyatakan berapa jumlah homestay berdaftar di negeri ini dan apakah perancangan bagi memberi pilihan kepada pelancong tempatan dan luar negeri dalam meningkatkan pendapatan pengusaha homestay. Terlebih dahulu saya ingin beritahu dewan yang mulia ini, Dato’ Yang Dipertua, bahawa homestay yang dimaksudkan atau dikawal selia oleh MOTAC adalah di bawah Program Pengalaman Homestay Malaysia. Ia merupakan satu program di mana perkhidmatan yang ditawarkan tidak terhad kepada perkhidmatan lodging saja atau penginapan saja. Pelancong tinggal bersama keluarga tuan rumah pengusaha homestay kebanyakannya adalah rumah-rumah tradisional yang telah berdaftar dengan MOTAC. Menjalani gaya hidup seharian masyarakat malaysia serta turut serta dalam aktiviti-aktiviti pelancongan berasaskan komuniti dengan izin community base tourism seperti sukan rakyat, acara kebudayaan, merewang, perayaan,

belajar tarian, memasak dan sebagainya. Konsep utama yang ditekankan bagi program ini adalah dengan izin experiential tourism dan community base tourism. Seiring dengan pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan juga Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026, pembangunan homestay diperkasa sebagai produk pelancongan yang berdaya saing, berkualiti serta memberi impak ekonomi secara langsung kepada komuniti setempat. Manakala short term residential accommodation dengan izin STRA, merujuk kepada unit kediaman persendirian seperti rumah teres, banglo, pangsapuri, kondominium atau rumah berkembar yang digunakan untuk penginapan jangka pendek bagi pelancong atau pengunjung. Penginapan ini biasanya disewakan secara harian mingguan atau kurang daripada 90 hari. Dalam industri pelancongan, STRA ialah bentuk penginapan alternatif yang melengkapkan hotel contohnya AIRBNB, homestay modern, servis apartment sewaan harian, rumah percutian ataupun dengan izin holiday homes.

Negeri Sembilan setakat ini mempunyai selepas covid sebelum covid ada 12. Pada hari setakat hari ini ada 9 kluster homestay yang berdaftar di bawah MOTAC dengan definasi yang saya beritahu tadi yang mempunyai selain daripada penginapan ada pengalaman seharian. Bagi memberi lebih pilihan kepada pelancong tempatan dan antarabangsa serta meningkatkan pendapatan pengusaha homestay, kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan pakej pelancongan bersepadu yang menggabungkan penginapan homestay dengan aktiviti eko-pelancongan, pengalaman komuniti dan juga warisan budaya. Selain itu, homestay turut dipromosikan menggunakan platform digital dan pemasaran melalui media sosial, agen pelancongan dan penyertaan dalam misi pameran dan jualan di peringkat nasional dan antarabangsa. Tidak dilupakan, latihan dan bimbingan turut diberikan kepada pengusaha homestay bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, pengalaman tetamu dan pengurusan operasi yang lebih profesional. Selain itu, penganjuran famtrip ke produk-produk pelancongan di Negeri Sembilan termasuk homestay akan diperkasakan dengan penyertaan agen pelancongan dari dalam dan luar negara. Langkah ini bertujuan memastikan pakej lawatan yang ditawarkan dapat memasukkan pengalaman homestay sebagai salah satu destinasi pilihan utama bagi pelancong yang mengunjung ke Negeri Sembilan. Terima kasih.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan sikit boleh?

Tuan Yew Boon LyePKR · PHChuah

Lukut, saya la dulu boleh? Soalan tambahan saya, tadi EXCO kita jawab di Negeri Sembilan hanya 9 sahaja homestay yang berdaftar dengan kerajaan. Saya nampak itu angka yang sangat kecil lah, berbanding kalau di kawasan saya lebih daripada 9 homestay yang ada. Saya nak taulah apa langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mendapatkan data homestay yang lebih lengkap di Negeri Sembilan supaya kita dapat apani, membuat pemantauan ataupun memberikan latihan dan merancang

pembangunan serta mempromosikan homestay di Negeri Sembilan ni dengan lebih berkesan? terima kasih.

Terima kasih atas soalan tambahan. Yang tadi saya sudah maklumkan dewan yang mulia ini Dato’ Yang Dipertua, bahawa definasi homestay di bawah MOTAC adalah selain daripada penginapan, ia mesti memberi pengalaman community base kepada yang menginapi homestay tersebut. Ada kriteria-kriteria dia. Jikalau homestay di kawasan Yang Berhormat Chuah menetapi kriteria tersebut, saya boleh mohon maklumkan kepada MOTAC atau saya supaya mereka didaftarkan di bawah MOTAC untuk melebihkan angka tersebut. Tapi cuma untuk short term residential accommodation, pada masa sekarang, belum dapat dikawal selia kerana MOTAC kini dalam fasa terakhir memuktamadkan garis panduan penginapan kediaman jangka Panjang SDRA di peringkat nasional. Draf garis panduan tersebut dijadualkan akan dibentangkan kepada jemaah menteri pada awal tahun depan dan seterusnya ke Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan. Di peringkat kerajaan Negeri Sembilan pula, dimaklumkan bahawa keperluan pelesenan STRA telah digariskan dalam draf Undang-Undang Kecil Hotel. Draf ini kini dalam proses semakan akhir oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri sebelum dibawa ke Mesyuarat MMK, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan, bagi pertimbangan dan pewartaan. Garis panduan dan kaedah pelaksanaan yang seragam akan dikongsi dengan semua pihak berkuasa tempatan sebaik saja keputusan muktamad diperoleh bagi memastikan pengoperasian STRA dapat dijalankan secara teratur dan selaras dengan kehendak perundangan negeri dan persekutuan. Terima kasih.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

soalan tambahan sikit Dato’ Yang Dipertua. Adakah kerajaan negeri melalui PBT ataupun MOTAC telah melakukan pemeriksaan khusus terhadap premis yang telah menggunakan label homestay yang ini tanpa pendaftaran yang sah dan berapa jumlah tindakan penguatkuasaan yang telah diambil setakat ini dan adakah kerajaan negeri bercadang untuk mewajibkan semua penginapan jangka pendek ini termasuk airbnb dan sewaan harian untuk berdaftar sebagai penginapan pelancongan bagi mengelakkan penyalahgunaan istilah homestay. Terima kasih.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Lukut atas soalan tambahan yang begitu bagus. Memang itu menjadi perancangan kami, itu sebabnya kami kena tunggu peringkat nasional untuk dibentangkan kepada jemaah menteri dan juga tadi saya beritahu di peringkat Negeri Sembilan pula kami akan bentangkan ke MMK supaya kita dapat selaraskan pengawalan selia ini. Kalau tidak, kami tidak ada SOP. pada masa sekarang, belum ada lagi. setelah kami memuktamatkan sop tersebut memang menjadi hasrat kerajaan negeri untuk mendaftarkan semua homestay dan diberi istilah yang tepat. Kerana masa sekarang, istilah homestay adalah untuk

penginapan dan juga pengalaman seharian community base. So untuk masa hadapan, kami akan tetapkan satu istilah yang khususnya untuk short term residential accommodation. terima kasih.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Soalan tambahan Dato’. Tadi Yang Berhormat Exco ada sebutkan sebelum ini kita ada 12 buah homestay, sekarang dah tinggal 9. Apa langkah inisiatif daripada pihak kerajaan untuk menghidupkan semula 3 homestay lagi yang di kawasan saya ada 1 homestay tapi hanya tinggal signboard saja. Apa inisiatif kerajaan negeri untuk mengaktifkan semula homestay-homestay yang telah tidak aktif ini untuk dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan di daerah-daerah Negeri Sembilan. Terima kasih.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota atas soalan tambahan. Memang kami ada dari pihak MOTAC ada menyantuni homestay-homestay yang aktif sebelum covid. Ada yang tidak berminat lagi atau tidak mampu untuk meneruskan operasi. Tapi kami juga boleh lihat kepada homestay-homestay yang menetapi kriteria yang ditetapkan oleh MOTAC supaya dimaklumkan kepada MOTAC, kami akan bantu dan memudahcarakan homestay-homestay tersebut didaftarkan di bawah MOTAC. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Gemencheh.

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Gemencheh soalan nombor 1.

Dato’ Yang Dipertua, saya bangun sekali lagi bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Gemencheh berkaitan dengan usahawan penternak baru. Yang Berhormat Gemencheh bertanyakan tentang langkah atau cadangan yang boleh diambil oleh kerajaan. Terutamanya oleh pihak veterinar untuk membantu usahawan penternak baru bagi meningkatkan daya tahan dalam menghadapi cabaran tentang penjagaan haiwan, penyakit atau pemakanan serta modal asas seperti pembiayaan, bantuan kewangan dan lain-lain.

Dato’ Yang Dipertua, program pembangunan industri ternakan ini memberikan tumpuan kepada dasar jaminan makanan negeri khasnya dan juga jaminan makanan negara seperti yang kita sedia maklum lah. Tumpuan Jabatan Veterinar Negeri Sembilan adalah untuk memastikan tahap-tahap kadar kecukupan bagi 5 komoditi ternakan yang utama seperti daging lembu, kerbau, daging kambing bebiri, daging ayam, telur ayam dan susu segar mencapai sasaran ditetapkan di dalam Dasar Agro Makanan Negara 2.0 dan Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2025. Bagi memastikan pada para penternak dapat meningkatkan hasilan ternakan mereka dan seterusnya mencapai tahap SSR yang telahpun ditetapkan, kerajaan Negeri Sembilan

melalui Jabatan Veterinar Negeri Sembilan telah memperuntukkan RM29 juta ringgit Dato’ Yang Dipertua, dalam RMK-12 yang meliputi tempoh 5 tahun pelaksanaan daripada tahun 2021 sampai 2025. Sehingga 2025 sebanyak RM19.6 juta telahpun disalurkan oleh kerajaan negeri bagi membangunkan industri ternakan melalui inisiatif seperti yang saya nak sebut, ada 8 inisiatif untuk maklumat Yang Berhormat.

Pertama, program pengembangan veterinar. Yang kedua regulatory. Ketiga, kesihatan veterinar. Keempat, program pendekatan pengeluaran ternakan. Kelima, pembangunan industri asas tani. Keenam, pengukuhan genetik ternakan dan pembangunan teknologi pengeluaran makanan ternakan dan padang ragut. Jadi bagi memperkukuhkan kesemua strategi jangka pendek ini beberapa langkah penambahbaikan telahpun dijalankan dalam penyampaian perkhidmatan dan bantuan kepada para pengusaha ternakan merangkumi beberapa perkara yang semua kita sedia maklum. Maknanya macam menstrukturkan, mengklasifikasikan kawasan padang ragut seperti yang dah saya selalu sebut. Kemudian memberi keutaman kepada penternakan, terutamanya tunusu yang ada di Gemas, ada di Gemencheh sekarang. Kawasan pengeluaran lembu pedaging dan pelbagai perkara yang berkaitan dengan isu ataupun penternakan bagi memastikan kesemua hasilan ternakan ini dapat memberikan manfaat dalam industri daging negeri dan juga negara. terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya mohon ada wakil untuk memanjangkan soalan daripada Rantau. Takda.

Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Walaupun belum dimohon bangun, tapi Seremban Jaya dah minta kemukakan soalan. Klawang mengemukakan soalan pertama.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Klawang atas soalan yang berkaitan dengan talian telko di bahu jalan raya yang masih tidak diselenggara dan dipenuhi dengan tumbuhan yang menjalar. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, terutamanya Ahli Berhormat ADUN Klawang, Suruhanjaya Komunikasi dan juga Multimedia Malaysia MCMC bersama pemberi perkhidmatan sentiasa bekerjasama dalam memastikan kualiti perkhidmatan dan juga penyelenggaraan infrastruktur telekomunikasi sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan juga diselenggara. Sehingga 30 September 2025 MCMC telahpun menerima sebanyak 3477 aduan yang berkaitan dengan perkhidmatan komunikasi dengan 48 daripadanya melibatkan struktur tiang gentian optik yang tidak diselenggara dengan baik. Antara aduan yang dilaporkan termasuklah struktur tiang yang tumbang ataupun jatuh akibat hakisan tanah, kabel yang tidak kemas dan juga sebagainya. Berdasarkan aduan-aduan yang diterima, kerajaan negeri melalui MCMC telah

mengarahkan pihak pemilik struktur untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan dengan segera serta memulihkan perkhidmatan internet yang terjejas.

Selain daripada itu, MCMC juga telah mengarahkan semua pihak industri memastikan struktur tiang jalur lebar gentian optik sentiasa diselenggara dan dipantau secara berkala. Selanjutnya, kerajaan negeri bersama MCMC telahpun mengambil tindakan proaktif dengan mewujudkan satu jawatankuasa kerja bagi Pelan Strategik Keselamatan dan juga Integriti Infrastruktur Komunikasi Negeri Sembilan pada 28 Julai 2025 bersama pemilik-pemilik struktur. Ianya bertujuan untuk merangka pelan strategik dengan pendekatan lintas agensi dan juga pemilik struktur komunikasi agar aspek pemantauan penguatkuasaan, pelaporan dan juga respon, pemulihan perkhidmatan dapat dilaksanakan secara lebih sistematik. Namun, sekiranya Ahli-Ahli Yang Berhormat mahupun orang ramai di dalam kawasan DUN Klawang yang masih mempunyai masalah perkhidmatan adalah amat dialu-alukan untuk mengemukakan aduan kepada pemberi perkhidmatan iaitu syarikat-syarikat telko ataupun terus kepada MCMC di pautan aduan.mcmc.gov.my bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil. Sekian terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, keadaan ini sebenarnya berlarutan di banyak tempat. Malah sekarang ni kalau kita turun antara Klawang dan Seremban di jalan itu banyak perkara-perkara yang sebegini. Malah berlakunya kecurian-kecurian dan wayar-wayar yang dipotong tu hanya tergantung di tiang-tiang terlibat. Soalan saya adakah kecurian-kecurian ini dilaporkan dan bagaimana statistiknya selepas dalam masa 3 tahun yang kebelakang ini dan adakah langkah-langkah pencegahan oleh telko terlibat untuk mengelakkan kecurian-kecurian ini? terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Klawang atas soalan tambahan dia berkaitan kalau soal statistik ini saya tidak dapat beri jawapan dengan segera dalam dewan yang mulia ini cuma berkaitan dengan kecurian, mainhole yang hilang, itu memang di dalam pemantauan dan kita mengharapkan laporan-laporan terutamanya daripada warga penduduk yang melihat kejadian-kejadian seperti ini berlaku hendaklah terus melaporkan kepada pihak polis dan kalau ikut data kita sebelum-sebelum ini memang banyak berlaku kecurian-kecurian kabel dan kebanyakan mereka tinggalkan begitu saja dan kadang-kadang ada kabel-kabel yang tidak digunakan dah tamat tempoh tidak digunakan jadi kadang-kadang kita tak dapat maklumat yang sebenar dan lokasi yang tepat. Jadi kita harapkan supaya pelapor-pelapor dapat memberi maklumat yang tepat kepada kita untuk tindakan selanjutnya terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Paroi.

Soalan nombor… aaa, Assalamualaikum WBT soalan nombor satu.

Dato’ Yang Dipertua, saya nak ucapkan terima kasih kepada Paroi kerana bertanyakan soalan yang berkaitan dengan sawah padi yang terdapat di Negeri Sembilan. Untuk makluman dewan, jawapan bagi soalan ini saya jawab secara bersama dengan soalan nombor satu ADUN Sungai Lui pada hari kelima yang bertajuk pengeluaran padi di Negeri Sembilan oleh kerana kedua-dua soalan merujuk kepada perkara yang sama berkaitan dengan tanaman padi. Menjawab soalan utama daripada Yang Berhormat Paroi berkenan keluasan penanam padi di Negeri Sembilan. Luas kawasan lazim bertanam di Negeri Sembilan adalah seluas 1,150 hekta yang melibatkan kawasan utama iaitu Jelebu, Jempol Kuala Pilah dan Tampin yang meliputi 13 skim padi yang berada di bawah pemantauan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan. Untuk makluman Yang Berhormat, padi ataupun oriza sativa dalam nama saintifiknya untuk rekod dewan pasal kita nak tukar sekali Negeri Sembilan tukar nama padi itu oriza sativa. oriza sativa kalau. kalau di dialekkan tu dia akan jadi bahasa Yang Berhormat Nilai. Dia relax sikit Yang Berhormat ya, pasal tapi ni betul oriza sativa bahasa saintifik bagi padi lah. Diberi tumpuan oleh kerajaan negeri bagi memastikan sekuriti makanan negeri dapat dipenuhi. Penekanan ni diambil perhatian oleh kerajaan negeri apabila kita mengambil iktibar Yang Berhormat. Pada tahun 2023 bila berlakunya kekurangan beras di pasaran sekaligus meningkatkan permintaan kepada beras tempatan beras putih tempatan.

Jadikan itu Yang Berhormat, kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah yang sewajarnya seperti melaksanakan tindakan peluasan kawasan sawah dengan memanfaatkan tanah-tanah terbiar untuk dibangunkan semula sebagai kawasan penanaman padi. Masalah kita sekarang ni Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan Yang Berhormat Paroi kerana aktiviti penanaman padi ni tidak yang dikatakan tidak menguntungkan sesetengah pesawah. Jadi kerana itu dia tidak begitu popular, jadi kerana itu pada tahun 2024 Dato’ Yang Dipertua, 150 ekar 61 hektar kawasan padi bagi Skim Terachi Batu 14 Kuala Pilah telah pun kita pulihkan serta bangunkan dengan penanaman padi bagi tahun 2025. Tahun 2025 ni Dato’ Yang Dipertua, kita tambah lagi 40 hektar yakni 100 ekar tanah terbiar yang dikenalpasti untuk dibangunkan secara berperingkat di Skim Londah Tampin. Dalam masa yang sama kerajaan negeri turut menjalinkan kerja sama rapat dengan kerajaan persekutuan melalui pelaksanaan program pelestarian sawah negeri yang melibatkan peruntukan RM2 juta ringgit untuk membangunkan kawasan baru seperti yang saya nyatakan tadi serta menaik taraf infrastruktur sawah dan sistem peparitan bagi meningkatkan keberkesanan pengairan dan produktiviti pesawah. Antara bentuk bantuan lain yang disediakan termasuk penyediaan input pertanian, subsidi baja, benih sah serta khidmat nasihat

teknikal dan di samping itu juga melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif yang telah pun dikemukakan oleh kerajaan negeri, mensasarkan kerajaan negeri sekarang ini mensasarkan peningkatan purata padi daripada 4 tan sehektar kepada 7 tan sehektar menjelang tahun 2030. 2030 Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat mensasarkan 1 bilion pencapaian kita. Saya mensasarkan 7 tan sehektar saya sikit lah daripada ADUN Sikamat. Jadi saya jaga beras jaga padi, ADUN Sikamat jaga duit, besok senang kita boleh pakai duit yang disasarkan oleh ADUN Sikamat. Jadi selaras dengan itu agenda sekuriti makanan Negeri Sembilan ini dan matlamat kita senang Dato’ Yang Dipertua, untuk memperkukuhkan daya tahan sektor pertanian negeri. Orang Negeri Sembilan semua sihat, makanan cukup, beras cukup dan juga kewangan negeri pun akan bertambah kukuh. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Soalan tambahan untuk teknologi dan juga mekanisasi, apakah kerajaan Negeri Sembilan merancang untuk memperluaskan penggunaan teknologi moden ini macam contoh-contoh seperti dron atau untuk meningkatkan hasil per hektar di kawasan sawah sebab kita punya keluasan memang rendah tapi dengan teknologi yang kita bawa yang terbaru mungkin akan meningkatkan lagi dia punya apa lah hasil. Yang keduanya ialah untuk golongan muda dan perwarisan pesawah, Apa strategi kerajaan untuk menarik penglibatan anak muda dalam sektor penaman padi agar industri terus mampan dalam jangka masa Panjang? itu dua soalan Dato’ Speaker aaa… Dato’ EXCO.

Dato’ Yang Dipertua, Paroi ni yalah Paroi takde kawasan padi kan? jadi kalau nak cari pun dah takde di Paroi ni…

Ulu Sepori ado. Ulu Sepri

Ulu Sepri? Ooo… maksud Paroi Ulu Sepri ya?

Tak… tak….

oh tak masuk…

jangan nak menjajah itu… Dato’ EXCO, jangan nak jajah kawasan Dewan Undangan Negeri Chembong. Ulu Seperi tu Dewan Undangan Chembong.

Itu Chembong selesai dengan Paroi ya, saya nak jawab soalan Paroi…

ini ingatan yang tegas daripada saya…

Itu selesai dengan YB berdua ya. Saya jawab lah yang Paroi ni ya. Paroi saya dah sebut tadi kita nak tingkatkan daripada 4 tan kepada 7 tan sehektar. Peningkatan ini boleh berlaku seperti di Ulu Selangor, seperti di Sabak Bernam dan sebagainya dengan syarat benda yang berkualiti kita bagi pada pesawah, pertama. Yang keduanya teknologi penanaman padi ni mesti kita upgrade. Kalau kita menggunakan tenaga manusia, sekarang ni kita dah pakai dron. Melalui kepada pesawah-pesawah dan dron yang diberi melalui PPK ni disewakan. Malah ada khidmat dron kita untuk kita digunakan oleh pesawah-pesawah kita di seluruh Negeri Sembilan. Ini memang kita laksanakan. Cumanya untuk makluman dewan bahawa minat golongan muda kepada aktiviti pesawah ataupun penanaman padi ni masih boleh diperbaiki dan dipertingkatkan, kerana hasil yang mereka perolehi daripada jualan padi ni dikatakan tidak boleh memenuhi kehendak dan juga poket ekonomi golongan muda. Ini yang kita nak mula perbaiki daripada sekarang supaya minat orang muda kepada penanaman padi ni dapat kita tambah dari masa ke semasa. Dan saya yakin insyaallah dengan pendekatan beberapa pendekatan baru yang kita lakukan kepada aktiviti penanaman padi ni termasuk melalui aktiviti pelancongan dan juga aktiviti homestay yang dilaksanakan dari masa ke semasa, insyaallah golongan muda akan mula tertarik. Sekarang ni kita naik taraf kawasan penanaman padi di Sungai Buloh dengan kos sebanyak RM850 juta ringgit, eh no RM850 ribu ringgit dan juga naik taraf kawasan penanaman padi di Londah dengan kos hampir sejuta dalam proses tender sekarang. Insyaallah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Minta maaf Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Ok…

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa bagi pertanyaan lisan telah pun tamat.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Ok, ok Dato’ Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua, minta tolong ini penting punya, satu soalan saja.

Yang Dipertua Dewan

Semua soalan sini penting.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Saya takda soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Tak sekarang ni sudah cukup masa, kita tengah mengejar masa, YangBerhormat.

Tak boleh. Kalau Dato’ Speaker bagi satu Seremban Jaya, Chembong bagi satu.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Takda, Chembong last, banyak jauh, banyak jauh. Dato’ Yang Dipertua, satu…

Yang Dipertua Dewan

Saya dah buat ruling, saya dah buat ruling minta maaf. Soalan akan dijawab secara bertulis. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi pertanyaan lisan telah pun tamat. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberi jawapan secara bertulis.

Rang Undang-UndangBill

Yang Dipertua Dewan

[sambungan urusan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Rang Undang-Undang Perbekalan Dalam (2026) 2025.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi di dalam sesi Perbahasan Usul Anggaran Belanja Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2026 dan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025 saya nak ingatkan sini ada tujuh adun lagi belum berbahas dan saya berhasrat untuk kita selesaikan perbahasan ini pada pagi ini dan petang kita akan mula pada penggulungan. Sebab itu kita telah banyak masa hari Isnin dan Selasa banyak masa kita terluang kerana Ahli-Ahli Yang Berhormat tak bersedia untuk berbahas. Jadi hari ini saya hadkan masa setiap Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berucap hanya 10 minit kerana hari Isnin banyak kita masa. Takda siapa yang nak berbahas begitu juga semalam. Sehingga kita biarkan ada Yang Berhormat nak cakap sampai 10 minit pun. Jadi kita tetapkan 10 minit.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

aaa… Dato’ Yang Dipertua, ini seriuslah. Zaman dulu, satu hari pun ada, setengah hari pun ada, masa itu kita ada cakap dalam dewan yang mulia. Sampai besok, ikut kita sampai besok la. Sebab 5, 6 orang ada lagi mau cakap. Ikut, pasal ini satu hari kita penting. Pasal satu tahun 3 bulan baru Dewan Yang Mulia. Ada apa masalah baru kita boleh bincang sini. Minta tolong.

Yang Dipertua Dewan

Okay, 15 minit.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Sekarang saya pun boleh cakap la.

Yang Dipertua Dewan

Okay, 15 minit.

Dato’ Yang Dipertua, saya setuju dengan pandangan sahabat saya sebelah lah. Semalam saya tengok ada yang sampai satu jam.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat….

Bagi pembangkang inilah ruang terbaik kami…

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Paroi, duduk sekejap. Peluang tu ada 2 hari lepas, hari Isnin sampai Selasa saya bagi ruang penuh, saya takda tahan, sampai ada Yang Berhormat cakap setengah jam. Tapi saya menunggu lagi, tak ada siapa yang nak berbahas. Jadi kita dah hujung. Jadi saya rasa, saya rasa begitu. Sebenarnya kalau kita bagi 15 minit pun cukup. Tapi kita lepaskan, dia pun cukup begitu, sampai setengah jam. Tapi sekarang ni, kita harap Ahli-Ahli Yang Berhormat sekarang ni mengisi 15 minit tu dengan baiklah. Jadi saya mulakan dengan Yang Berhormat Seri Menanti.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT. (bacaan doa dalam Bahasa Arab). Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat EXCO Kanan, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat Ahli Dewan serta ketua-ketua jabatan yang saya hormati dan kasihi sekalian. Alhamdulillah pada hari ini Seri Menanti, tanah beradat bumi berdaulat mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan 2026 ini yang mengangkat tema belanjawan madani rakyat harmoni. Tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Sikamat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan seluruh Anggota Pentabiran Kerajaan Negeri yang diketuai Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri atas penyediaan Belanjawan 2026 ini. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, deras air kerana hujan, makmur negeri kerana agihan. Saya mulakan dengan rasa syukur kehadapan Ilahi kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Sikamat telah berjaya merekodkan prestasi kewangan yang membanggakan. Kita berjaya mencatat lebihan atau surplus sebanyak RM83.07 juta pada tahun 2024 dan menganjurkan hasil mencecah RM610 juta bagi tahun 2026. Satu dokumen fizikal yang memperuntukkan RM640 juta bagi Perbelanjaan Mengurus dan RM150 juta untuk Pembangunan. Walaupun kita berdepan dengan defisit unjuran sebanyak RM30 juta, saya melihat ini sebagai salah satu juhud Al-Mulk usaha bersungguh-sungguh kerajaan negeri dalam mengimbangi neraca keperluan rakyat dan keterbatasan hasil.

Di sisi pengurusan Islam, angka-angka positif ini adalah satu barakah namun Seri Menanti ingin membawa satu gagasan fikiran di dalam perbahasan kali ini yang berbunyi, deras air dek hujan, makmur negeri dek agihan. Lebihan hasil negeri ini ibarat air hujan yang turun melimpah ruah. Sifat air itu menghidupkan, namun jika air hujan itu hanya bertakung di empangan bukit, sawah dihilir tetap akan kering kontang. Maka menjadi kewajipan pemerintah untuk membina tali air yang cekap, agar air itu mengalir membasahi tanah-tanah rakyat. Justeru itu, kita tidak mahu Negeri Sembilan

sekadar maju pada angka KDNK, tetapi kosong jiwanya. Imam Al-Ghazali dalam nasihat Al-Muluk berpesan rakyat itu akar dan pemerintah itu pohonnya. Jika akar itu rosak, maka tiadalah pohon yang boleh berdiri tegak. Maka izinkan saya membahaskan belanjawan ini mengikut 9 bidang tumpuan yang telah digariskan, dengan menyelitkan rintihan dan harapan rakyat dari Lembah Seri Menanti hingga ke Kampung Bukit Pilah.

Dato’ Yang Dipertua, bidang tumpuan yang pertama berkenaan kemampanan ekonomi melancarkan alur menyantuni hulu. Izinkan saya menelusuri bidang tumpuan pertama kemampanan ekonomi. Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan negeri atas pencapaian surplus RM83.07 juta pada tahun 2024 dan unjuran hasil yang positif. Ini adalah petunjuk bahawa kolam tadahan kewangan kita yang berada di hulu sedang berlimpah. Alhamdulillah. Namun dalam kita merangka angka mikro ini, saya ingin mengajak dewan menelusuri realiti mikro di kawasan Seri Menanti. Falsafah pengurusan air mengajak kita air yang banyak diempangan tidak akan menyuburkan sawah jika alur dan tali airnya tidak diselenggara dengan baik.

Yang pertama isu berkenaan dengan infrasuktur perhubungan. Di Seri Menanti, kita menyambut baik usaha menaik taraf jalan, namun saya ingin membawa perhatian khusus kepada status jalan alternatif di antara Seri Menanti yang akan berhubung dengan Ulu Sepri. Jalan ini adalah sebagai salah satu nadi baru bagi pelancongan dan ekonomi rakyat khususnya di kawasan Seri Menanti. Ibnu Khaldun dalam mukaddimah menegaskan bahawa kemakmuran sesebuah Wilayah, Al-Umran itu bergantung kepada kelancaran jalan-jalan perhubungannya Al-Masalik. Tanpa akses perhubungan yang selesa, potensi ekonomi Seri Menanti sebagai permata pelancongan yang baru akan terencat. Saya memohon agar sebahagian daripada peruntukan penyelenggaraan jalan sebanyak RM10 juta iaitu MARRIS diberikan keutamaan untuk melebarkan dan mencerahkan jalan-jalan kampung yang berada khususnya di Ulu Bendul sehinggalah ke Tanjung Ipoh kerana jalan ini merupakan sebagai salah satu jalan alternatif yang menjadi tumpuan terutama ketika hari minggu dan cuti sekolah.

Gangguan bekalan air lebih kritikal lagi berkenaan dengan isu air. Dato’ Yang Dipertua, saya tidak berniat untuk menuding jari, tetapi marilah kita lihat fakta pada 6 hingga 7 Ogos 2025 yang lalu sebahagian besar kawasan Kuala Pilah termasuk kampung-kampung di Seri Menanti mengalami gangguan bekalan air yang menyulitkan kehidupan seharian. Kemudian pada 12 Ogos, sekali lagi notis penutupan dikeluarkan melibatkan kawasan kita. Bagi seisi keluarga di kampung dan peniaga warung kecil di pekan Seri Menanti, air adalah nyawa sebab kata orang kampung biar tak ada api, jangan tak ada air. Gangguan ini bukan sekadar ketidakselesaan ia adalah kerugian ekonomi buat kerajaan negeri. Justeru dengan rezab tunai negeri yang kukuh mencecah RM897 juta saya mencadangkan pendekatan fiq-alawiyat agar

mengutamakan penggantian paip usang di kawasan Seri Menanti. Kita tidak mahu rakyat melihat kita menyimpan wang di dalam akaun sedangkan paip di halaman rumah mereka kering. Biar susut air di kolam, jangan kering tekak rakyat di desa. Terima kasih kepada kerajaan negeri atas jawapan dari Yang Amat Berhormat Sikamat, yang menyatakan bahawa bermula tahun hadapan akan bermulalah penukaran paip-paip lama yang akan bermula bagi tahun 2026 ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, bidang tumpuan kedua berkenaan dengan keterjaminan makanan, membangkitkan taraf wakaf dan adat. Beralih ke bidang tumpuan kedua keterjaminan makanan. Saya menyambut baik peruntukan RM5.76 juta yang merangkumi inisiatif aituah dan ikhmar. Kawasan saya Seri Menanti secara tradisinya adalah boleh dikatakan sebagai kawasan padi Negeri Sembilan. Pemandangan sawah padi di sana bukan sahaja indah tetapi ia merupakan simbol kedaulatan makanan negeri. Namun realitinya masih ada petak-petak sawah dan tanah adat yang menjadi tanah mawat ataupun tanah mati dan terbiar. Isu ini bukan kerana orang kampung kita malas, tetapi kerana kekangan modal dan kerumitan status tanah adat. Laporan nasional menunjukkan terdapat hampir 91 ribu hektar tanah terbiar di seluruh negara yang berpotensi dibangunkan dan sebahagian kecil daripadanya ada di kawasan saya. Masalah utama di Seri Menanti adalah tanah yang pecah bahagian kecil-kecil fragmentasi dan milik ramai waris. Saya mencadangkan satu pendekatan rintis di Seri Menanti model wakalah tanah adat. Melalui inisiatif aituah, kerajaan negeri boleh melantik satu entiti seperti koperasi kariah kampung ataupun anak syarikat Negeri Sembilan Corp. untuk menjadi wakil pengurus mereka menyatukan tanah-tanah sawah kecil ini menjadi satu ladang estet mini. Menggunakan jentera moden dan dron pertanian pintar. Keuntungan dibahagikan mengikut faraid dan permuafakatan waris. Ini selari dengan semangat yang ditiupkan oleh pendeta tersohor kita Zaába yang sering mengkritik sikap menunggu buah gugur. Zaába mahu orang kita bangkit mengurus harta dengan bijaksana. Dengan cara ini peruntukan RM250,000 untuk program satu desa, satu tanaman. Tidak akan hanya menjadi program tanam pokok di tepi pagar rumah. Sebaliknya sebagai pencetus kepada industri pertanian komersial berskala komuniti di Seri Menanti.

Tanah Seri Menanti adalah tanah berkat Insya-Allah jika kita takbir dengan amanah dan ilmu, ia mampu mengenyangkan perut rakyat Negeri Sembilan khususnya. Dato' Yang Dipertua, bidang tumpuan ketiga pendidikan menyemai benih membaja budi bila kita berbicara soal tanah dan air, izinkan saya menyentuh soal benih iaitu modal insan kita di bawah bidang tumpuan ketiga Pendidikan. Kerajaan memperuntukkan RM28.81 juta untuk sektor ini. Ini satu jumlah yang signifikan ibarat menyediakan tanah dan baju yang cukup untuk menyemai benih modal insan kita. Namun tanggungjawab kita bukan sekadar menyediakan dana tetapi memastikan dana itu menyuburkan

benih yang betul pada masa yang tepat. Yang pertama, ketepatan masa bantuan persekolahan dan IPT. Saya menyambut baik kenaikan peruntukan daripada kerajaan Negeri Sembilan berkenaan dengan BAS-Bantuan Anak Sekolah kepada RM1.2 juta serta penerusan bantuan kemasukan ke IPT. Ini selari dengan prinsip al-takaful ikhtimai jaminan sosial. cuma ingin menekankan aspek musaroah iaitu bersegera dalam pengagihan. Jangan biarkan anak-anak kita melangkah ke gerbang sekolah dengan rasa rendah diri kerana kelengkapan persekolahan mereka tidak cukup. Sedangkan peruntukan sudah ada. Bak kata Pendeta Zaába dalam membicarakan kemiskinan. Kemiskinan itu membelenggu himmah ataupun semangat. Maka bantuan yang pantas akan membebaskan semangat anak-anak kita ini untuk belajar.

Yang kedua, persekitaran pembelajaran kondusif. Kita menghargai adanya Tabung Amanah Penyelenggaraan Sekolah berjumlah RM1 juta. Saya menyeru agar tabung ini digunakan secara proaktif untuk membaiki kerosakan kritikal di sekolah-sekolah lama ataupun di kawasan sekolah-sekolah kampung tanpa perlu menunggu aduan tular ataupun viral. Kita mahu sekolah kampung kita, walaupun fizikalnya sederhana tetapi prasarananya selamat dan membangkitkan izzah ataupun kemuliaan kepada para pelajar dan guru. Yang ketiga, pendemokrasian transformasi tusyen tambahan. Berkenaan inisiatif tusyen Madani dengan dana RM650,000 saya mencadangkan agar pelaksanaannya diperluaskan dengan turut mengembangkan kelas-kelas tambahan ini pergi ke komuniti-komuniti balai raya ataupun dewan-dewan komuniti yang ada di kampung-kampung ataupun taman-taman. Yang keempat, sekolah sejahtera tanpa buli.

Akhir sekali menyentuh peruntukan RM600,000 untuk program pembinaan karakter bangsa. Dato’ Yang Dipertua, cabaran kita hari ini bukan sekadar melahirkan pelajar pintar, tetapi melahirkan pelajar yang beradab. Mutakhir ini, gejala buli di asrama dan sekolah semakin menjadi barah. Rasulullah SAW bersabda, seseorang muslim itu adalah mereka yang membuatkan muslim lain selamat dari kejahatan lidahnya dan juga tangannya. Riwayat Bukhori. Saya memohon agar dana pembinaan karakter bangsa ini difokuskan kepada Kempen Anti-Buli yang agresif dan berterusan. Kita tidak mahu sekolah menjadi medan trauma. Pasakkan nilai kasih sayang dan hormat menghormati supaya anak-anak Negeri Sembilan, bukan sahaja cemerlang otaknya, tetapi sejahtera jiwanya. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, bidang tumpuan yang kelima. 4, 6, 8 saya akan buat yang terakhir. Kerohanian dan agama membina jiwa bukan sekadar bantu. Kerajaan juga memperuntukkan RM16.05 juta, termasuk RM6.5 juta untuk naik taraf masjid. Alhamdulillah, inisiatif ini memuliakan rumah Allah ini sangat terpuji.

Imam ghazali mengingatkan agama itu asas dan kekuasaan itu penjaganya. Sesuatu yang tidak ada asas akan runtuh dan sesuatu yang tiada penjaga akan

hilang. Pembangunan agama tidak boleh diukur semata-mata dengan tingginya kubah masjid atau mahalnya carpet import. Tetapi ia diukur dengan roh dan imarah pengisian di dalamnya. Kepimpinan masjid, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada kerajaan negeri atas inisiatif elaun tambahan kepada seluruh imam-imam masjid di Negeri Sembilan ini, yang berjumlah RM370,000 serta insentif caruman PERKESO untuk bilal dan juga siak. Ini satu pengiktirafan kepada barisan dakwah kita di peringkat komuniti. Rasulullah SAW bersabda, yang paling utama mengimami kaum adalah yang paling pandai membaca kitab Allah, yakni Al-Quran. Di dalam satu program, saya teringat ada satu program yang dianjurkan oleh kementerian agama iaitu program Samat Hadis Sohih Bukhori di Masjid Putra, Putrajaya. Ada ulamak hadis menegur imam-imam yang berada di masjid terutama berkenaan dengan bacaan kerana mereka ini merupakan imam yang menjadi ketua di dalam ibadah kita. Jadi saya menyarankan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam agar boleh mengadakan daurah panduan imam untuk kita sentiasa memperbaiki bacaan dan kualiti imam-imam di setiap kariah.

Selanjutnya, Dato’ Yang Dipertua, program Jilul Quran, belajar dan mengajarkan Quran. Tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri kerana menitikberatkan aspek kerohanian Islam di negeri kita ini. Peruntukan sebanyak RM350 ribu adalah permulaan yang baik. Tetapi ia perlu disusuli dengan kefahaman tadabbur, bukan sekadar hafalan. Inilah benteng sebenar rakyat Negeri Sembilan daripada serangan pemikiran liberalisme dan juga keruntuhan moral. Saya mencadangkan agar kita menghidupkan kembali pengajian talaqi bersanat. Kitab-kitab mutabar, karya ulamak silam mempunyai aura tersendiri, keilmuan yang mampu menarik anak muda dan masyarakat untuk sama-sama mempelajari ilmu talaqi ini. Dato’ Yang Dipertua, bidang tumpuan yang ketujuh berkenaan dengan pelancongan dan adat. Pohon rendang tempat bertuduh. Berpaling, beralih kita ke bidang yang ketujuh pelancongan adat dan budaya dengan peruntukan RM13.05 juta. Sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026, Seri Menanti adalah permata mahkota pelancongan negeri. Di sini terletaknya istana lama. Binaan kayu tanpa paku yang menjadi saksi bisu kebijaksanaan jurubina Melayu silam. Ibarat pohon rendang di tengah padang, Seri Menanti adalah tempat orang bertuduh mencari akar identiti. Namun persediaan infrastruktur pelancongan di Seri Menanti masih di tahap sederhana. Pelancong datang berbas-bas untuk melihat kehebatan istana. Tetapi kemudahan asas seperti tandas awam yang bertaraf antarabangsa, tempat parking yang teratur, papan tanda naratif sejarah masih kurang memuaskan. Pepatah adat menyebut, tegak rumah kerana sendi, runtuh sendi rumah binasa. Tegak bangsa kerana budi, runtuh budi hilanglah bangsa. Dalam konteks pelancongan, budi kita adalah keselesaan yang kita tawarkan kepada tetamu. Saya mencadangkan agar sebahagian besar dana tahun melawat Negeri Sembilan 2026 ini bukan dihabiskan untuk papan iklan di lebuhraya atau di

mana-mana sahaja. Sebaliknya, dilaburkan untuk projek pengindahan dan fasiliti zon warisan di negeri kita. Pekan Seri Menanti berpotensi menjadi seperti Kyoto di Jepun ataupun Fes di Maghribi. Pelancong bukan sekadar tengok bangunan mati, wujudkan homestay berkonsepkan suku. Di mana pelancong boleh masuk kampung.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Boleh ringkaskan sikit tak? Banyak lagi?

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Sikit lagi. Belajar masak lemak cili api dengan alunan cak lempong dan faham apa itu perut suku dan juga luar. Dato’ Yang Dipertua, bagi tumpuan yang terakhir, saya gabungkan sekali 4, 6, 8 dan 9 iaitu menyantuni insan memelihara alam. Saya gabungkan bagi tumpuan ini berkenaan dengan komuniti belia alam sekitar dan kebajikan dalam satu naratif mudah iaitu payung teduhan dan bumi pijakan. Bagi komuniti dan kebajikan, saya menyambut baik kenaikan peruntukan rumah rakyat, rumah harapan rakyat kepada RM10 juta dan inisiatif baru cancer care. Ini adalah bukti kerajaan ini bersifat rahmah dan berkebajikan. Namun realiti demokrasi kita adalah masyarakat menua, aging society. Ramai warga emas tinggal sendirian kerana anak-anak berhijrah. Rasulullah S.A.W bersabda bukanlah dari kalangan kami sesiapa yang tidak mengasihi anak-anak kecil dan tidak memuliakan golongan orang tua dari kalangan kami. Kerajaan juga memperuntukkan RM13.1 juta untuk wanita belia dan sukan. Saya melihat inisiatif cancer care dengan bantuan one-off RM1000, dan bantuan Care4U ibu tunggal RM1.2 juta sebagai langkah terpuji, namun pemerikasaan wanita desa memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh.

Kita tidak boleh menutup mata yang berkenaan dengan perlindungan keluarga terhadap isu keganasan rumah tangga yang kadangkala tersembunyi di sebalik dinding rumah. Firman Allah S.W.T iaitu bergaulah kamu dengan mereka dengan cara yang terbaik. Saya memohon kerajaan memperkukuhkan unit kaunseling dan perlindungan di peringkat daerah bagi menangani isu ini dengan tegas namun berhikmah. Belia pewaris masa depan seterusnya berkenaan belia peruntukan RM5 juta untuk SUKMA 2026 kita amat alu-alukan. Kita mahukan ngauman atlet Negeri Sembilan bergema. Namun Dato’ Yang Dipertua, isu belia bukan sekadar pingat emas tetapi isunya adalah kelangsungan hidup. Skim Rumah Mampu Milik Belia. Saya tertarik dengan inisiatif baru rumah mampu milik atlet Negeri Sembilan ini dengan dana RM5 juta. Anak muda hari ini terhimpit. Rumah nampak di mata. Tangan tak sampai mencapai harga. Saya mencadangkan agar kuota khusus untuk laluan hijau ataupun laluan hijau diberikan kepada golongan belia tempatan dalam skim RMM@Negeri Sembilan ini. Pastikan mereka mampu memiliki syurga kecil mereka sendiri di tanah kelahiran bukannya terpaksa menyewa sampai kedua. Yang kedua, peluang kerja dan ekonomi gig desa. Masalah penghijrahan bakat brain drain menyebabkan kampung kita

semakin sunyi. Program keusahawanan belia. jangan sekadar beri geran, tetapi wujudkan ekosistem gig ekonomi desa. Bawa infrastruktur instrument internet yang stabil ke pusat komuniti biarlah anak muda khususnya Seri Menanti boleh bekerja sebagai pereka grafik atau pengaturcara komputer dari beranda rumah pesaka tanpa perlu bersesak mencari rezeki di luar. Yang ketiga berkenaan dengan fasiliti sukan dan riadah. Peruntukan RM1 juta untuk infastruktur sukan mestilah digunakan untuk menyelenggara mana-mana gelanggang futsal atau takraw di kampung-kampung yang telah banyak uzur. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Exco Sukan yang sentiasa berhubung dengan ADUN-ADUN untuk memastikan fasiliti sukan di kampung kita sentiasa dalam keadaan baik dan terjaga. Imam syafi'i pernah berpesan tentang masa muda dan jiwamu jika tidak kau sibukkan dengan kebenaran nescaya ia akan menyibukkanmu dengan kebatilan.

Dato’ Yang Dipertua, pepatah ada menyebut patah tumbuh hilang berganti kita tidak mahu yang patah itu harapan dan yang berganti itu hanyalah semak samun. Kita mahu yang berganti itu adalah generasi muda al-fateh yang gagah perkasa. Dato’ Yang Dipertua, infrastruktur kampung dan orang asli. Cahaya dan air. Saya menyambut baik inisiatif baru program pencahayaan kampung dan kampung orang asli dengan dana RM1 juta. Ini sangat mustahak, kampung yang gelap mengundang bahaya dan jenayah namun selain cahaya lampu, kampung kita perlukan cahaya digital. Jaringan internet di Seri Menanti masih lemah, tetapi saya sentiasa berhubung dengan MCMC terutama yang melibatkan 3 kampung iaitu Kampung Bukit Perah, Kampung Kuala Talang Dan Kampung Tengah menuju ke Seri Menanti. Terima kasih kepada MCMC yang sentiasa memberikan maklum balas dan menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, Yang Berhormat, minta ringkaskan, Yang Berhormat.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Baik Dato’ Yang Dipertua, yang terakhir berkenaan dengan kawasan spot banjir ini dapat saya harap dapatlah dibersihkan secara berkala agar masalah banjir kilat dapat dielakkan dengan sebaiknya. Terima kasih saya ucapkan kepada JPS dan Pejabat Daerah Kuala Pilah kerana sentiasa memberikan kerjasama yang baik khususnya di DUN Seri Menanti. Dan yang terakhir Dato’ Yang Dipertua, berkenaan dengan adat perpatih tak lapuk di hujan…

Yang Dipertua Dewan

Banyak kali terakhir dah…

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Sebagai ADUN Seri Menanti serba salah sekiranya saya tidak bercakap berkenaan dengan soal adat. Seri Menanti adalah tanah mengandung, pusat daulat adat perpatih walaupun ada peruntukan RM550,000 untuk geran aktiviti adat, saya melihat institusi adat kita sedang

menghadapi krisis kalau tidak dipasak dengan kuat dan diperkukuhkan. Memperkasakan institusi kkdan penghulu luak. Yang pertama institusi penghulu saya memohon bantuan kewangan pengurusan pentadbiran khusus untuk Penghulu Luak Tanah Adat Mengandung. Mereka adalah penjaga konstitusyen perlembagaan adat kita. Beban tugas mereka berat, menjaga waris dan suku, namun sokongan dana pentadbiran mereka amat terhad. Yang terakhir Dato’ Yang Dipertua,

Yang Dipertua Dewan

Berapa kali terakhir dah.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Memuara kesejahteraan. Sebagai kesimpulan Seri Menanti melihat Belanjawan Negeri Sembilan ini sebagai satu dokumen yang sihat dan cemerlang dari segi angka namun perlu kita cermat dalam segi laksana, kita berbangga dengan lebihan hasil dan rezab yang tinggi namun ingatlah kejayaan kerajaan bukan diukur pada tebalnya buku akaun di perbedaharaan, tetapi pada tebalnya senyuman rakyat di lapangan. Naratif yang saya bawa hari ini, deras air dek hujan makmur negeri dek agihan belanjawan Negeri Sembilan 2026 ini secara prinsipnya adalah dokumen yang inklusif berkebajikan dan bertanggungjawab. Akhir sekali saya akhiri dengan 2 rangkap pantun:

Istana lama pasaknya teguh, Warisan bangsa zaman berzaman, Belanjawan dibahas bersungguh-sungguh, Moga rakyat Negeri Sembilan hidup aman dan nyaman.

Dari Ulu Bendul Ke Gunung Pasir, Singgah sebentar di Talang Dan Tanjung Ipoh, Biar berbeza pendapat dan tafsir, Demi negeri perpaduan muafakat kita teguh.

Dengan ini Seri Menanti menyokong Belanjawan Madani Rakyat, Belanjawan Madani Rakyat Harmoni 2026 ini, Terima kasih, Assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Seri Menanti, saya dengan hormatnya menjemput Yang Berhormat Serting.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua Dewan, diatas keizinan untuk saya berbahas di dewan yang mulia ini, rbagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 kerajaan Negeri Sembilan. Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat Menteri Besar ADUN Sikamat, Yang Berhormat-Yang Berhormat ADUN, pengarah-pengarah jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, dato’-dato’, datin-datin, tuan-tuan dan juga puan-puan yang

dikasihi sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Sikamat atas pembentangan belanjawan 2026 pada Persidangan Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sembilan yang ke-15. Saya melihat ianya belanjawan yang boleh dikatakan mencakupi segenap lapisan bidang dan banyak inisiatif keperluan kepada rakyat Negeri Sembilan khususnya bahkan ianya dikatakan belanjawan defisit berbanding anggaran hasil pendapatan kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2026 seperti yang dibentangkan. Dato’ Yang Dipertua, bajet bukan sekadar angka, tetapi cerminan falsafah pemerintahan bagi sesebuah negara dan negeri. Di dalam islam, perbelanjaan negara atau negeri adalah amanah besar yang dipertanggungjawabkan. Bajet berkesan bukan hanya pada unjuran ekonomi, tetapi juga pada nilai dan roh keadilan. Prinsip Islam mengajar bahawa keberkatan rezeki datang daripada pengurusan yang adil. Firman Allah SWT yang bermaksud, wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan harta sesamaumu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka diantara kamu dan janganlah kamu membunuh dirimu sesungguhnya Allah maha penyayang kepadamu. (surah an-nisa’ ayat 29).

Sayugianya, ingin saya mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan kerajaan yang telah bertungkus lumus menaikkan prestasi kerajaan negeri dari semua sudut yang menjadi penyebab kepada keberadaan peningkatan pelbagai bidang terutama ekonomi Negeri Sembilan saban tahun. Cuma pertanyaannya adakah di sana hint daripada Yang Berhormat Sikamat bahawa kita hampir kepada PRU atau PRN ke-16. Sekadar bertanya. Dato’ Yang Dipertua, dalam masa yang terhad ini saya ingin memfokuskan perbahasan saya beberapa bidang dan diantaranya, yang pertama Pendidikan. Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM28.81 juta bagi menyediakan 17 inisiatif kepada bidang yang mencakupi pembangunan akademik infra sara hidup dan juga lain-lain. Bagi saya suatu yang baik bagi kita memantapkan bidang pendidikan ini setanding dengan pembangunan pendidikan di peringkat pusat. Maknanya kita tidak ketinggalan bersaing maju bersama dengan negeri membangun sepertimana Selangor contohnya.

Saya terpanggil untuk menyentuh tentang keselamatan pelajar di peringkat sekolah, dibawah Kementerian Pendidikan. Saya berdiri hari ini dengan penuh rasa dukacita dan keprihatianan terhadap berapa insiden tragik yang menggoncang perasaan seluruh rakyat di Negeri Sembilan ini khususnya sebelum ini. Seperti kematian seorang murid tahun 4 yang diklasifikasikan sebagai kes buli berlaku di salah sebuah sekolah kebangsaan di negeri ini. Ia berlaku pada awal Oktober 2025 yang lalu. Ada pun kes kedua iaitu kes pelajar telah dicabul oleh seorang lelaki ataupun murid telah dicabul oleh seorang lelaki yang dikatakan teman lelaki kepada pengawal keselamatan yang bertugas di sekolah tersebut. Kes telah menjadi siasatan polis dan pelaku bersama pengawal terlibat telah direman. Mangsa telah dirujuk ke

perubatan HTJ. Begitu juga hal yang berkaitan dengan keselamatan pelajar akibat dari kelemahan penjagaan keselamatan infra di peringkat sekolah yang menyebabkan berlaku kematian seorang murid di sekolah kawasan Lenggeng sebelum ini. Sepertimana disebutkan sebelum ini oleh Yang Berhormat yang lain, kes berlaku iaitu pada penghujung Oktober boleh dikatakan awal Oktober dan juga penghujung Oktober tengah Oktober iaitu berlakunya perkara-perkara ini.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menegaskan disini bahawa sekolah sepatutnya menjadi kawasan paling selamat untuk anak-anak kita. Ia adalah tempat mereka membina harapan bukan tempat dimana nyawa mereka terancam. Sama ada secara fizikal ataupun mental. Selain itu Dato’ Yang Dipertua, saya juga menggesa Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengambil langkah dengan segera. Antaranya meningkatkan keselamatan di kawasan sekolah melalui pemasangan CCTV di kawasan kritikal sepertimana luar tandas, koridor dan juga kawasan yang terpencil. Antara lain, saya mencadangkan memperketatkan tapisan keselamatan dan latar belakang semua pekerja sekolah termasuk pengawal keselamatan dan juga kakitangan kontrak. Seterusnya saya mencadangkan menambahkan bilangan kaunselor terlatih dan memperkukuhkan program pembangunan sahsiah pelajar, menguatkuasakan semua disiplin sekolah dengan pendekatan tegas tetapi mendidik, seterusnya penglibatan PIBG dan komuniti setempat dalam pemantauan keselamatan sekolah. Begitu juga melakukan reformasi sistem pendidikan agar menekankan aspek akhlak, nilai dan pembentukan peribadi bukan semata-mata akademik.

Apa yang berlaku pada hari ini, saya berharap inisiatif tabung amanah penyelenggaraan sekolah sebanyak RM1 juta dimanfaatkan dengan sebaiknya di samping bantuan di bawah kementerian yang terbabit. Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini mengenai inisiatif yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri pada tahun 2026 sebanyak RM750 juta kepada Felda. Saya berharap dapat menaiktarafkan kualiti prasarana penduduk Felda di seluruh negeri. Banyak aduan yang diterima oleh masyarakat di tempat saya berkaitan hal infra terutama kemudahan air yang saban tahun masih ditakuk lama. Bila diutarakan permasalahan air ini pihak SAINS melakukan kerja pembaikan seperti biasa. Namun apabila berlaku paip pecah dan ketiadaan air yang berlanjutan maka adakah usaha dari pihak kerajaan negeri untuk menggantikan paip lama di kawasan Felda kepada yang baru. Atau adakah ini berkaitan urusan pembangunan di peringkat Felda itu sendiri. Harap saya semoga masalah air di kawasan Felda dapat diuruskan dengan lebih baik dan efisien. Ini Saya sokong ucapan Yang Berhormat Jeram Padang semalam berkaitan masalah air di Felda. Selain itu baru-baru ini telah didatangi oleh beberapa orang peniaga di Felda Gugusan Raja Alias tentang surat merah merujuk kepada permis peniagaan di tanah rezab Felda oleh Pejabat Tanah Daerah Jempol.

Surat tersebut menyebut akan pencerobohan tanah milik kerajaan yang diusahakan oleh mereka. Para peniaga ini telah membina dan berniaga puluhan tahun, bahkan permohonan diluluskan oleh pengurus Felda setempat. Bila ditanya kepada pengurusan Felda mereka pun tidak dapat maklumat yang jelas tentang hal tersebut. Mohon penjelasan hal berkaitan. Kadang-kadang perubahan pengurusan berlaku tidak dihebahkan secara langsung kepada peniaga dan juga orang awam.

Dato’ Yang Dipertua, saban tahun ketika belanjawan dibentangkan kami pihak ADUN pembangkang ini terasa juga dimana perginya peruntukkan kepada kami sebagai ADUN selama ini. Ni dah penggal ketiga dah. Selalu juga bertanya kepada sahabat ADUN yang lain, di blok kerajaan. Mereka kata mereka mendapat peruntukkan setiap bulan bagi menguruskan hal rakyat di kawasan masing-masing. Termasuk pengurusan pusat khidmat DUN. Ini bukan peruntukkan pembangunan yang pernah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat, sebelum ini kerana kita tahu semua adun dapat peruntukkan pembangunan daerah masing-masing. Dahlah sain pun tak diterima, tak laku. Peringkat pentadbiran, peruntukan pun tak dapat. Saya harap pada kenyataan YB Jeram Padang semalam atau sebelum ini iaitu YB Pembangkang kena terima berkaitan sain tersebut yang tak laku yang tidak terima di peringkat pentadbiran. Apa yang saya harapkan ianya adalah pendapat peribadi, bukanlah urusan pentabiran yang diamalkan oleh kerajaan negeri. Bagi saya Dato’ Yang Dipertua, semua ADUN wajar menerima peruntukkan yang sama dan juga layan yang sama, demi kesejahteraan rakyat. Mengapa saya berkata begitu berdasarkan beberapa perkara iaitu yang pertama prinsip keadilan dan juga layanan saksama. ADUN dipilih secara sah oleh rakyat melalui pilihan raya, maka seharusnya dilayan dengan saksama oleh kerajaan walaupun blok pembangkang. Penafian peruntukkan kepada ADUN pembangkang adalah tindakan tidak adil kepada pengundi di kawasan tersebut. Islam dan demokrasi menuntutkan keadilan tanpa mengira fahaman politik dalam firman Allah subhanahu wa ta'ala yang berbunyi ا قْرَب أ ا لُه دِ عْ أ ا ل دِ تَعْ ا لَّ أ ا لَ أ ا م قَوْ ا نَاء شَ نَّكُمْا يَجْ ا لَ وَ رِمَ ا زِيم الْعَ ا اَللّ قَا دَ صَ ى وَ لِلتَّقْ dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwah (suratul ma'idah ayat 8).

Yang kedua, peruntukan adalah untuk rakyat bukan untuk parti. Dana yang disalurkan adalah wang rakyat, bukan milik mana-mana parti pemerintah. Rakyat di kawasan pembangkang juga membayar cukai dan berhak menempati pembangunan yang saksama. Yang ketiga, demi kelansungan khidmat wakil rakyat, tanpa peruntukan, ada pembangkang sukar yang melaksanakan program kebajikan. Bantuan bencana contohnya, ataupun membaiki infrastruktur asas on the spot. Yang keempat, amalan baik di beberapa negeri yang mana beberapa negeri seperti mana Selangor dan

juga Pulau Pinang telah membuktikan kejayaan menyalurkan peruntukan kepada ADUN pembangkang demi rakyat. Ini wajar dicontohi untuk menunjukkan kematangan politik. Dato’ Yang Dipertua, penyaluran peruntukan kepada semua ADUN tanpa diskriminasi adalah langkah penting ke arah Malaysia yang lebih adil matang dan demokratik. Sekiranya amalan ini masih diteruskan, yang rugi bukan ADUN tetapi rakyat di Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, saya bersetuju atas perhatian serius kerajaan negeri kepada isu banjir kilat yang berlaku dengan memperuntukkan RM6.89 juta ringgit. Harapan saya dana tersebut dapat diarahkan kepada projek tebatan yang lebih penting atau lebih awla dan tempatnya selalu menjadi banjir kilat. Baru-baru ini berlaku ribut Tropika Senyar. Beberapa buah kawasan telah dilanda ribut khususnya DUN Bagan Pinang yang berlaku banjir termasuklah di DUN Linggi, DUN Serting dan juga lain-lain.

Tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Bagan Pinang di atas keprihatinan menawarkan khidmat mencuci rumah di DUN Linggi yang terlibat bencana banjir tersebut. Saya dipahamkan juga ada NGO yang turut terlibat antaranya Khidmat Malaysia dan juga jabatan amal yang telah dikerahkan kesana baru-baru ini. Begitu juga saya ingin menarik perhatian bencana banjir kilat yang berlaku di tempat saya. Disebabkan kecetekan Sungai Serting sehingga menengelamkan beberapa buah rumah di Serting Tengah baru-baru ini. Saban tahun punca yang sama berlaku bencana ini, iaitu longkang atau parit yang telah tua dimamah usia. Kebanyakan longkang kiri kanan jalan besar ataupun di kawasan-kawasan kampung masih bertaraf tanah dan kalau ada pun calvert hanya di depan taman perumahan ataupun di depan tempat-tempat masjid ataupun sebagainya. Sudah sampai masanya kerajaan melonjakkan pembangunan infra di kawasan luar bandar agar tidak jauh ketinggalan dengan infra di bandar.

Dato’ Yang Dipertua, tidak ketinggalan ingin saya menyentuh pencahayaan di jalan-jalan persekutuan ataupun milik negeri. Kadang-kadang apabila kita ke negeri jiran kita contohnya Melaka sepanjang jalan negeri tersebut sama ada di bandar atau luar bandar adanya cahaya terang-benderang masuk je ke sempadan Tampin dah gelap bumin. Adakah sebab Melaka negeri kecil boleh buat macam tu dan kita negeri besar payah nak buat. Sesiapa yang pernah ke Temerloh contohnya melalui sempadan antara Lui ke Bera, gelap bumin juga waktu malam. Begitu juga Palong ke Keratong, gelap yo, banyak kemalangan jiwa berlaku di tempat yang sedemikian. Harapan saya biar orang negeri luar pula selepas ini masuk ke Negeri Sembilan ni dia yang rasa selamat dan tiada kebimbangan sebab pencahayaan jalan raya yang baik sebagai usaha kerajaan negeri. Banyak lagi tempat yang perlu diberikan pencahayaan Negeri Sembilan ini. Tadi adalah contoh-contoh saja yang disebutkan. Dato’ Yang Dipertua, belanjawan sebelum ini dinamakan belanjawan seimbang. Pendapatan negeri dan perbelanjaan sama banyak. Tahun 2026 boleh

dinamakan belanjawan defisit. Pendapatan negeri kurang dan perbelanjaan berlebihan mungkin Yang Berhormat Sikamat dan juga kerajaan negeri merasakan pendapatan kita masuk tahun keempat surplus maka kerajaan negeri mengambil risiko belanjawan defisit. Kami di peringkat pembangkang ingin ingatkan keadaan ekonomi terkehadapan belum tentu stabil. Apatah lagi selepas perjanjian yang telah dimeterai oleh Malaysia-USA baru-baru ini, sekiranya ia dilaksanakan secara tak langsung negeri-negeri di seluruh malaysia akan terjejas ekonominya termasuklah Negeri Sembilan. Oleh yang demikian Serting mencadangkan agar kerajaan Negeri Sembilan membuat simpanan seperti pernah dibuat oleh Negeri Selangor satu masa dahulu dibawah pentadbiran Almarhum Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Saya percaya ada juga negeri lain yang membuat simpanan seperti itu. Mungkin ada yang kata Selangor bolehlah negeri maju, bagi saya kita adalah lebih awla ataupun lebih lagi boleh buat macam itu kerana negeri kita tak berapa maju inilah kita kena buat simpanan. Saya ingin menarik perhatian sidang kepada sejarah Nabi Yusuf A.S mengajar kita tentang pengurusan ekonomi yang baik. Baginda menaikkan simpanan makanan dan menghadkan penggunaan ketika ekonomi naik berkembang. Ketika mana tiba musim kemarau, simpanan tersebut digunakan ianya dirakamkan dalam Surah Yusuf ayat 46-49 sebagai rujukan.

Dato’ Yang Dipertua, sebagai akhirnya saya mengucapkan tahniah kepada penjawat awam negeri yang mendapat bantuan khas kewangan BKK 2-3 bulan gaji. Saya juga ingin mencadangkan dalam dewan yang mulia ini kerajaan negeri memberikan juga bantuan tersebut kepada kakitangan kerajaan persekutuan, mengikut kadar yang sepatutnya. Mereka juga antara individu yang berjasa membantu menaikkan kemajuan negeri. Kita tidak boleh menafikan akan kepentingan mereka disini. Disamping itu juga Dato’ Yang Dipertua, rakyat bawahan jangan dilupakan walaupun banyak inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri namun tidak semua yang bernasib baik mendapat setiap inisiatif tersebut. Zaman ini dan terkehadapan zaman yang mencabar. Ada di kalangan kita terutama golongan B40 di luar bandar tidak semua yang mempunyai sumber kewangan yang baik. Harga barangan asas yang mahal kadang-kadang tidak mampu mereka miliki, terutama kepada yang bekerja sendiri. Mungkin akan ada yang berkata telah ada program jualan rahmah, namun barangan terhad tak semua sempat membeli disana. Golongan ini juga perlu dipandang oleh kerajaan. Dato’ Yang Dipertua, akhirnya Belanjawan 2026 saya mencadangkan lebih terarah kepada kebajikan rakyat. Sejajar dengan kata-kata dari rakyat untuk rakyat. Dengan ini Serting menyokong Usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 Negeri Sembilan dengan pindaan. Sekian terima kasih. Assalamualaikum.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh terima kasih Yang Berhormat Serting, dengan ini saya menjemput Yang Berhormat Kota.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Assalamualaikum WBT. Dato’ Yang Dipertua, terlebih dahulu saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana memberikan peluang dan ruang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2026. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat, Barisan Exco serta seluruh jentera pentadbiran negeri atas pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2026 berjumlah RM640 juta dengan anggaran hasil negeri sebanyak RM610 juta.

Dato’ Yang Dipertua, belanjawan 2026 dibentangkan dalam suasana prestasi ekonomi negeri yang semakin kukuh, memberi keyakinan bahawa negeri ini berada di landasan yang betul namun kejayaan ini tidak harus menjadikan kita alpa. Disiplin fiskal kecekapan perbelanjaan serta keutamaan kepada projek berimpak tinggi mesti terus menjadi pegangan kerajaan negeri demi menjamin kestabilan kewangan jangka masa Panjang. Dato’ Yang Dipertua, dalam semangat perbahasan yang membina, izinkan saya mengemukakan beberapa pandangan dan juga cadangan dengan tumpuan belanjawan Negeri Sembilan 2026 kepada sembilan bidang utama. Saya ingin mencadangkan beberapa dasar umum bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan dan impak yang menyeluruh. Yang pertama kemampanan ekonomi. Harus memperkukuh sektor perniagaan mikro kecil dan sederhana melalui insentif latihan dan juga pemasaran digital. Menggalakkan pelaburan hijau dan juga teknologi lestari bagi menjana pertumbuhan ekonomi jangka masa Panjang. Kedua keterjaminan makanan. Menyokong pertanian bandar dan kampung termasuk akuakultur dan ternakan kecil dengan menyediakan skim subsidi input pertanian dan teknologi moden untuk meningkatkan produktiviti.

Yang ketiga Pendidikan, dengan memastikan akses pendidikan berkualiti di semua peringkat termasuk pembaikan sekolah kritikal dan sokongan digital untuk pembelajaran hibrid dengan menggalakkan program latihan kemahiran dan juga TVET bagi memenuhi keperluan pasaran kerja pada masa kini. Pemerkasaan komuniti menyokong pembangunan komuniti melalui projek pembangunan infrastruktur asas, sukan dan juga kemudahan rekreasi, dengan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam pengurusan projek dan program komuniti secara bersepadu. Kelima kerohanian dan juga agama, dengan memperkukuhkan program keagamaan dan nilai murni di sekolah dan juga komuniti, menyediakan kemudahan ibadah yang selamat dan juga kondusif serta program pembangunan modal insan berteraskan akhlak mulia. Keenam pemerkasaan belia wanita dan juga sukan, dengan menyediakan platform Latihan, pembangunan kepimpinan dan akses kepada pembiayaan untuk belia dan juga Wanita, memperluaskan program sukan dan rekreasi untuk semua peringkat umur termasuk pembangunan atlit muda dan juga kemudahan sukan komuniti. Ketujuh Dato’ Yang Dipertua, pelancongan adat dan juga budaya. Dengan memperkukuh warisan budaya

dan aktiviti pelancongan berasaskan komuniti menggalakkan inisiatif mempromosikan produk tempatan dan acara budaya sebagai tarikan pelancong. Kelapan kelestarian alam sekitar dengan memperkukuh pengurusan sisa pemuliharaan hutan sungai dan juga kawasan paya bakau. Menggalakkan pembangunan lestari dan inisiatif hijau di sektor awam dan juga swasta. Yang kesembilan kebajikan dan juga kesihatan, dengan memperluas akses kepada kemudahan kesihatan dan program kebajikan sosial termasuk sokongan kepada golongan B40, warga emas dan juga orang kurang upaya, dengan memperkuat program kesihatan mental pencegahan penyakit dan juga promosi gaya hidup sihat. Kesemua fokus ini jelas mencerminkan keperluan semasa rakyat serta aspirasi negeri untuk membangun secara seimbang dan juga mampan.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin memulakan perbahasan dengan membawa perhatian dewan terhadap beberapa isu penting yang masih membelenggu rakyat di dewan undangan negeri Kota. Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri N28 Kota, saya menerima banyak aduan rakyat mengenai banjir yang masih berlarutan di kawasan Sungai Timun Dato’ Yang Dipertua, setiap kali hujan lebat paras air sungai meningkat dengan cepat sehingga menjejaskan keselamatan penduduk, mengganggu kehidupan harian, dan menjejaskan sumber pendapatan nelayan serta komuniti setempat. Keadaan ini bukan lagi sekadar soal keselesaan tetapi telah menjadi isu keselamatan dan kelangsungan hidup rakyat. Sebagai perbandingan kerajaan negeri Melaka telah mengambil langkah proaktif melalui projek mitigasi banjir berfasa termasuk menaik taraf tebing sungai, pendalaman dasar sungai, pembinaan kolam takungan dan juga rumah pam. Pendekatan bersepadu ini membuktikan bahawa isu banjir boleh ditangani dengan secara berkesan, sekiranya terdapat perancangan jangka masa panjang peruntukan mencukupi dan penyelesaian rapi antara kerajaan negeri dan agensi-agensi yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, saya mohon agar kerajaan negeri mempertimbangkan peruntukan tambahan untuk Sungai Timun termasuk menaik taraf dan mengukuhkan tebing sungai, mendalamkan dasar sungai serta melaksanakan pelan mitigasi banjir jangka panjang yang menyeluruh dan mampan.

Bagi Pekan Kota Dato’ Yang Dipertua, saya merakamkan perhargaan atas pelaksanaan projek naik taraf sistem perparitan dan longkang yang sedang berjalan walaupun terdapat sedikit gangguan sepanjang tempoh pembinaan, masyarakat memahami keperluannya demi penyelesaian jangka masa panjang. Namun saya berharap projek ini dapat dipercepatkan dan disiapkan mengikut jadual kerana isu banjir di Pekan Kota ini telah berlarutan terlalu lama. Dato’ Yang Dipertua, masyarakat dan peniaga di Pekan Kota sudah terlalu lama menunggu penyelesaian yang tuntas ini.

Saya juga ingin menarik perhatian dewan terhadap beberapa sekolah di Dewan Undangan Negeri kawasan Kota yang masih belum ada pembaikan walaupun laporan kerosakan telah dikemukakan berulang kali. Terima kasih Yang Berhormat EXCO yang telah menjawab dalam soalan lisan sebentar tadi, berkaitan dengan Sekolah Kebangsaan Semerebuk dan juga Sekolah Menengah Dato’ Undang Haji Adnan. Suka saya ingatkan bahawa kita tidak boleh menunggu sehingga berlaku kemalangan atau kematian baru tindakan nak diambil insiden di Lenggeng harus dijadikan pengajaran bahawa keselamatan murid dan warga sekolah mesti menjadi keutamaan. Sehubungan itu saya memohon agar kerjaan negeri dengan kerjasama kementerian dan juga agensi berkaitan agar dapat mempercepatkan kerja-kerja pembaikan sekolah yang kritikal ini. Memasukkan sekolah terlibat dalam rolling plan pembangunan dan juga menyediakan peruntukan kecemasan bagi sekolah berisiko tinggi demi keselamatan murid dan juga guru-guru.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin menarik perhatian dewan terhadap projek perumahan terbengkalai di Lubuk China, yang telah terlalu lama tergendala keadaan ini menjejaskan rakyat yang menunggu rumah siap dan menimbulkan ketidakpastian kepada penduduk setempat. Saya juga mohon agar kerajaan negeri mengambil tindakan segera terhadap isu ini sekiranya pemaju asal tidak mempunyai kemampuan, saya mencadangkan agar kerajaan negeri melalui anak syarikat atau agensi-agensi berkaitan mengambil alih projek ini dengan membina rumah mampu milik di lokasi strategik di Lubuk China ini. Tindakan ini Dato’ Yang Dipertua, bukan saja menyelesaikan masalah rumah terbengkalai, tetapi juga menambahkan penempatan baru untuk anak muda memiliki rumah serta mewujudkan komuniti yang lebih stabil dan terancang. Sementara menunggu jalan penyelesaian, saya mohon agar kawasan ini dan binaan terbengkalai dirobohkan dan dibersihkan supaya tiada kegiatan tidak sihat berlaku di kawasan ini. Saya ingin merakamkan penghargaan atas pelaksanaan projek ataupun program Kampung Angkat Madani di dua lokasi dalam Dewan Undangan Negeri kawasan Kota iaitu Kampung Sawah Raja di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri dan Kampung Sungai Timun di bawah Perbadanan Perpustakaan Negara. Di Kampung Sawah Raja Dato’ Yang Dipertua, projek ini memfokuskan kepada pembangunan komuniti dan penambahbaikan infrastruktur termasuk pembinaan dewan terbuka, baik pulih gelanggang futsal dan juga gelanggang takraw, pemasangan lampu-lampu solar baik pulih masjid lama dan pembinaan menara masjid, serta pembinaan jalan baru dari Kampung Sawah Raja ke R&R Pedas melalui jalan belakang bagi menghubungkan hampir 20 anak-anak muda kampung yang bekerja di syarikat stesen minyak di R&R Pedas tersebut. Projek ini dibiayai melalui peruntukan RM1 juta ringgit daripada kerajaan persekutuan dan telah dilancarkan serta diserahkan kerja siapnya kepada Pejabat Daerah dan juga JPKK Sawah Raja oleh Yang Berhormat Menteri Luar Negeri merangkap Ahli

Parlimen Rembau pada 6 Disember 2025. Di Kampung Sungai Timun projek Kampung Angkat Madani turut memberi tumpuan kepada naik taraf dewan terbuka, baik pulih surau, penyediaan parking bot bagi kemudahan nelayan dan pembinaan mercutanda Sungai Timun sebagai identiti pengkalan nelayan serta terkenal dengan produk udang galah tempatan. Peluncuran dan penyerahan projek siap dijangka akan dibuat pada 20 Disember 2025.

Dato’ Yang Dipertua. Di dewan yang mulia ini, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Pegawai Daerah Rembau, jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah Rembau dan semua agensi yang terlibat yang sangat komited menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Projek seperti ini bukan sahaja meningkatkan infrastruktur fizikal, tetapi juga dapat membantu menyelesaikan banyak permasalahan rakyat, memperkukuh ekonomi tempatan, mempromosikan aktiviti nelayan dan meningkatkan kualiti hidup penduduk-penduduk setempat. Cara pelaksanaan projek yang sistematik dan menyuruh ini amat baik untuk dijadikan contoh oleh kerajaan Negeri Sembilan. Kesimpulannya Dato’ Yang Dipertua, semua usaha ini menunjukkan bahawa dengan perancangan rapi penyelarasan antara agensi dan peruntukan mencukupi, banyak masalah rakyat dapat diselesaikan termasuk isu banjir, keselamatan sekolah, rumah terbengkalai serta pembangunan komuniti setempat.

Dato’ Yang Dipertua, belanjawan Negeri Sembilan 2026 membawa harapan besar kepada rakyat terutama di dewan undangan negeri kawasan Kota diharapkan agar pelaksanaan projek dipantau secara rapi isu banjir ditangani secara menyeluruh dan sekolah dibaik pulih sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini. Dato’ Yang Dipertua, dalam kita menguruskan negeri dan juga kawasan saya ingin menegaskan bahawa jangan ada kerja sumbang yang boleh merosakkan perjanjian awal persetujuan awal penubuhan kerajaan ini. Kerjasama dan keharmonian dalam kerajaan perpaduan harus dipelihara jika mahu melihat perancangan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat berjalan dengan baik.

Dato’ Yang Dipertua, dengan penegasan tersebut saya menyokong belanjawan Negeri Sembilan 2026 dengan harapan ia menjadi belanjawan yang benar-benar membawa penyelesaian bukan sekadar perancangan di atas kertas. Dengan iltizam politik dan komitmen pentadbiran yang kukuh saya percaya Dewan Undangan Negeri Kawasan Kota mampu menjadi kawasan yang bukan sahaja maju secara fizikal tetapi juga sejahtera dari segi sosial dan juga Pendidikan. Sekian Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih. Assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumussalam warahmatullhi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Kota, saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, kerana memberi peluang kepada Mambau untuk berbahas pada Belanjawan Negeri Sembilan 2026 ini. Dato’ Yang Dipertua, pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Sikamat, kerajaan Negeri Sembilan pejabat kewangan dan semua agensi pemungut hasil kerana berjaya mencatatkan kutipan hasil RM655.8 juta sehingga 5 Disember 2025 iaitu 111% melepasi sasaran RM50.9 juta. Ini peningkatan 11% dan satu pencapaian yang luar biasa bagi saya. Jadi bagi sasaran 2026 sebanyak RM610 juta saya yakin negeri mampu sekali, mampu sekali lagi mencapai rekod baru dengan pentadbiran yang cekap dan amanah.

Dato’ Yang Dipertua, belanjawan 2026 menyatakan Negeri Sembilan dijangka menerima nilai pelaburan sebanyak RM8 bilion pada tahun depan. Saya amat mengalu-alukan angka ini kerana menunjukkan negeri kita ini menjadi destinasi pelaburan yang sangat kompetitif. Namun begitu bagi manfaat rakyat saya ingin meminta penjelasan lanjut iaitu perincian sektor pelaburan. Berapakah pecahan pelaburan bagi sektor pembuatan perkhidmatan, logistik dan teknologi. Apakah jumlah peluang pekerjaan baru yang ditawarkan. Kedua, status terkini projek-projek pembangunan besar, mega projek. kami melihat banyak pengumuman besar-besaran kebelakangan ini antaranya Matrix Concepts, MVV City di Labu. Eco World, Eco Industry Park 7 di Port Dickson, Sime Darby Vision Business Park di Nilai. Sunway Group pembangunan percampur di kawasan KTM Keretapi. Port Dickson, cadangan pembangunan AI Port. Jadi soalan saya kepada kerajaan negeri Dato’ Yang Dipertua, apakah status kemajuan projek-projek ini. Berapa banyak projek yang sudah menjalankan kelulusan fast lane seperti diumumkan dalam sistem peraturan pantas. Rakyat ingin melihat pelaburan ini bukan sekadar angka di atas kertas saja tetapi benar-benar memberi pulangan kepada ekonomi setempat.

Dato’ Yang Dipertua, jadi Mambau ingin membahas sedikit isu di kawasan DUN Mambau. Dato’ Yang Dipertua, saya menyambut baik pengumuman pembinaan jalan baru Nilai-Labu-Enstek NLV di bawah rangka kerja MVV. Ini satu projek berimpak tinggi yang akan meningkatkan integrasi Wilayah Selatan Lembah Klang. Namun saya ingin sekali lagi mengangkat isu Jalan Seremban-Port Dickson yang telah saya panggilkan berkali-kali dalam dewan ini. Masalah yang dihadapi rakyat Mambau di kawasan sekitar ialah kesesakan teruk di Jalan Rasah, masa menunggu melebihi 20 minit pada hari biasa. Lebih buruk pada hujung minggu dan musim cuti. dan menjejaskan bukan saja penduduk Mambau malah adalah pelancong ke Port Dickson. Jadi persoalan saya, apakah perancangan penaiktarafan atau pelan jangka panjang kerajaan terhadap Jalan Seremban-Port Dickson ini. Saya merayu agar jalan, isu jalan ini diberi perhatian serius, ini bukan sekadar isu jalan tetapi isu ekonomi pelancongan, keselamatan dan kualiti hidup rakyat.

Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan seterusnya Tahun Melawat Malaysia 2026. Jadi pagi tadi saya rasa saudari Exco dah jawab soalan, jadi saya ingin tambah sedikit. Tahun 2026 merupakan Tahun Melawat Malaysia 2026. Negeri Sembilan adalah negeri paling hampir dengan KLIA dan mempunyai potensi pelancongan yang sangat besar. Kita sering mendengar bahawa Negeri Sembilan dan Port Dickson sahaja, tetapi saya ingin menegaskan di dewan ini, Negeri Sembilan tidak boleh hanya bergantung kepada Port Dickson sahaja. Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengamalkan budaya adat perpatih. Kita mempunyai Gunung Datuk di Rembau, Gunung Berembun di Jelebu, Bukit Baginda di Kuala Pilah, Kampung Lonek di Kuala Pilah, Kampung Minangkabau Warisan Budaya, Lorong Seni di Bandar Seremban dan Kampung Baru Mambau yang telah dipuji oleh Menteri Pelancongan sendiri sebagai kawasan berpotensi besar. Jadi saya mohon EXCO Pelancongan boleh menyatakan bagaimana strategi menarik pelancong tempatan untuk melancong ke tempat-tempat yang di yang saya bacakan tadi.

Dato’ Yang Dipertua, jadi perkara yang kelima ialah isu sumber air dan pembangunan pusat data. Dato’ Yang Dipertua, sumber air merupakan elemen yang amat penting kepada seluruh manusia rakyat dan pembangunan ekonomi negeri. saya ingin merakamkan bahawa bekalan air Negeri Sembilan secara keseluruhannya adalah stabil. Namun kita tidak menafikan bahawa ketika musim kemarau sesetengah kawasan masih berdepan gangguan air sementara dan penurunan tekanan air. Jadi baru-baru ini kerajaan negeri turut mengumumkan dua projek pusat data berskala besar iaitu sebuah pusat data hijau di Nilai oleh pelabur dari Amerika Syarikat dan sebuah pusat data berteknologi kecerdasan pembuatan AI di Spring Hill Port Dickson oleh Gamuda Berhad. Jadi saya memang menyokong usaha menarik yang menarik pelaburan berteknologi tinggi ini kerana sektor pusat tetap, sektor pusat data adalah masa depan ekonomi digital. Namun saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan negeri kerana maklum balas industri menyatakan bahawa pusat data ini ialah industri yang sangat tinggi penggunaan air dan tenaga. Air digunakan untuk sistem penyejukan cooling system minda izin. Operasi server berkapasiti besar dan menyokong infrastruktur sokongan. Maka persoalan saya kepada kerajaan negeri adakah dua pusat data ini akan memberi tekanan kepada bekalan air Negeri Sembilan. Adakah wujud risiko sesetengah kawasan mengalami penurunan tekanan air.

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya inilah isu penyalahguna vape, rokok elektronik dalam kalangan remaja. Saya rasa dari Seremban Jaya nak tanya soalan tak sempat lah. Jadi saya ambil masa ini untuk berbahas dengan ini. Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin menyentuhkan mengenai satu isu yang semakin meruncing di Negeri Sembilan. Penyalahgunaan rokok elektronik atau vape terutamanya dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah. Saya

menerima banyak aduan daripada ibu bapa dan guru bahawa pelajar seawal sekolah rendah boleh menetapkan vape dengan mudah. Vape dijual secara terbuka di premis kecil tanpa kawalan, malah terdapat kes pelajar menghisap vape di dalam kelas, di tandas sekolah atau semasa menunggu bas sekolah. Perkara ini amat membimbangkan kerana penggunaan vape boleh membawa kepada ketagihan nikotin pada usia muda. Masalah kesihatan paru-paru, prestasi akademik merosot dan risiko kepada gejala sosial lain. Walaupun isu kawal selia vape ada di bawah bidang kuasa persekutuan, dalam pemantaun saya dapat jawapan daripada soalan bertulis menyatakan kerajaan negeri sedang membuat pemantauan terhadap perkara ini. Saya percaya kerajaan Negeri Sembilan mampu membuat langkah kawal selia tambahan untuk melindungi generasi muda kita. Maka saya ingin menggesakan kepada kerajaan negeri kalau boleh saya cadangkan melaksanakan larangan penjualan vape di Negeri Sembilan secara berfasa. Beri 6 bulan tempoh soft landing untuk peniaga menghabiskan stok. Selepas itu larangan penuh ke atas penjualan vape e-liquid dan semua aksesori. Jika pelajar tidak boleh membeli penyalahgunaan vape bawah umur dapat dibendung secara berkesan. Ini pandangan saya Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya ada satu aduan awam iaitu sejak beberapa tahun dalam pembentangan belanjawan kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM1 juga untuk insentif penyelenggaraan taman-taman awam di Pihak Berkuasa Tempatan PBT. Ini adalah salah satu insentif yang sangat baik untuk menyalurkan peruntukan tambahan untuk tujuan ini dan ia juga sangat penting untuk memastikan taman-taman awam ini di sekitar taman perumahan dalam keadaan baik dan selamat untuk semua pengguna dan penduduk setempat. Tetapi paling penting adalah pelaksanaan setiap insentif ini di peringkat PBT, mohon dapatkan apakah status terkini insentif ini bagi tahun 2025.

Dato’ Yang Dipertua, ini perkara yang terakhir. Dato’ Yang Dipertua, walaupun saya selaku seorang ADUN Mambau, tapi saya juga telah menerima aduan dari peniaga kecil dari kawasan Majlis Perbandaran Jempol dan Majlis Daerah Kuala Pilah mengenai kenaikan harga yang mendadak ketika mereka memperbaharui atau renew lesen perniagaan mereka. Kebanyakan daripada mereka berpuluh-puluh tahun sudah berniaga dan awning yang dipasang berpuluh tahun, partition yang sudah lama dibuat dalam premis mereka, tetapi diminta untuk bayar charge atau permit yang sangat membebankan. Ini satu tindakan yang tidak boleh diterima oleh rakyat…

Mambau minta izin mencelah boleh?

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Nanti, nanti, biar saya habiskan dulu. Ini satu tindakan yang tidak boleh diterima oleh rakyat. Saya juga dimaklumkan bahawa kerajaan negeri tidak pernah menurunkan arahan sedemikian dan berharap kerajaan negeri dapat mengambil tindakan yang tegas kepada mereka yang

sengaja membebankan rakyat dan mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Madani. Tindakan yang menaikkan harga lesen atau mengenakan charge-charge yang baru ini harus dihentikan serta merta. Dan saya amat percaya kerajaan perpaduan Negeri Sembilan yang dipimpini oleh Yang Amat Berhormat Sikamat serta barisan pimpinan EXCO tidak akan membenarkan perkara ini berlarutan atau berterusan. Kerajaan negeri perlu memastikan semua PBT mengikut arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan barisan ADUN kerajaan. Kami akan sentiasa mendukung dasar kerajaan negeri yang membantu rakyat. Jadi Dato’ Yang Dipertua, Belanjawan 2026 bertemakan Belanjawan Madani Rakyat Harmoni adalah belanjawan yang baik, menyeluruh dan memberi tumpuan kepada keperluan rakyat. Namun sebagai ADUN Mambau, saya berpegang kepada peranan saya untuk menyokong perkara baik dan menegur perkara yang perlu diperbaiki demi kemakmuran negeri. Dato’ Yang Dipertua, Mambau menyokong Belanjawan Negeri Sembilan 2026. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Mambau. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat dewan berehat sekejap. Kita akan sambung balik pada pukul 2.00 ya, bukan 2.30 ya, pukul 2.00 petang ni. Pukul 2.00, yang berbahas tu, berbahas selepas ni, Yang Berhormat Rahang. Oh takda, Yang Berhormat Rahang dan Yang Berhormat Paroi. Mesyuarat ditangguhkan.

[Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada jam 2.00 petang]

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat, Datuk Timbalan Yang Dipertua Dewan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi dalam sesi Perbahasan Usul Anggaran Belanjawan Pembangunan Negeri Sembilan bagi tahun 2026 dan Rang Undang-Undang Perbekalan.

Dari Lenggeng terus ke Jelebu, Singgah di Sikamat membeli kelapa, Perbahasan ini belum berlalu, Jika mahu berhujah bangun sekarang, ruang masih terbuka. Siapa berani, bangun. YB mana dulu?

Tuan Siau Meow KongDAP · PHRahang

Datuk Timbalan Yang Dipertua.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Okey, kita jemput YB Rahang.

Tuan Siau Meow KongDAP · PHRahang

Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan bagi tahun 2026. Izinkan saya memulakan ucapan ini dengan menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sembilan serta semua pihak yang telah memainkan peranan dalam penyediaan belanjawan ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Sikamat kerana berjaya membentangkan Belanjawan 2026 berjumlah RM640 juta yang bertemakan Belanjawan Madani Rakyat Harmoni. Belanjawan ini membuktikan komitmen kerajaan untuk terus memaju pembangunan inklusif meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memastikan negeri kita kekal berada di landasan kemajuan.

Datuk Timbalan Yang Dipertua, Kebersihan merupakan salah satu elemen asas dalam membentuk imej sesebuah bandar kawasan perumahan. Ia bukan sahaja mencerminkan keterlibatan masyarakat malah memberikan gambaran tentang keberkesanan tadbir urus pihak berkuasa tempatan. Kita sedar bahawa kos pengurusan sampah pembersihan awam semakin meningkat dan keupayaan PBT untuk menanggung kos ini berbeza-beza mengikut data pembangunan di kawasan masing-masing. Tempat PBT mempunyai sumber mencukupi namun ada juga yang menghadapi kekangan kerana pertumbuhan pembangunan yang terhad menyebabkan mereka suka menyediakan peruntukan besar bagi tujuan pembayaran kepada SWCorp. mengikut perjanjian. Dalam hal ini, saya mencadangkan agar kerajaan negeri mempertimbangkan pemberian peruntukan tambahan atau skim sokongan kewangan khusus kepada PBT yang kurang berkemampuan supaya kerja-kerja berhutan sampah, pembersihan awam dapat dijalankan secara konsisten tanpa sebarang gangguan. Kebersihan bukanlah perkhidmatan yang boleh dikompromi kegagalan. Memastikan kelancaran berhutang sampai akan memberikan kesan langsung kepada kesihatan, imej negeri dan kualiti hidup rakyat. Pada masa yang sama saya ingin mendapatkan maklumat daripada kerajaan mengenai jumlah peruntukan yang telah dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada SWCorp. bagi setiap PBT dalam tahun 2025 dan 2026. Sebagai data perbandingan penting untuk menilai jurang, perbezaan dan perancangan jangka panjang.

Datuk Timbalan Yang Dipertua, dalam pembentangan belanjawan 2026 Yang Amat Berhormat Sikamat turut mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk Program Rumah Harapan Rakyat dan RM5 juta untuk skim sewa beli atau rumah mampu milik negeri sembilan. Dua inisentif ini amat signifikan kerana rumah merupakan keperluan asas bagi setiap keluarga. Memiliki tempat tinggal yang selesa dan selamat, membeli asas kepada kesejahteraan dan kestabilan sesebuah keluarga, khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan keluarga yang berada lama dalam situasi perumahan tidak formal. Sehubungan itu saya ingin menarik perhatian Dewan kepada isu

beberapa keluarga di Kampung Pasir Rasah yang telah menetap di tanah rizab jalan dan tanah rizab sungai sejak berpuluh tahun yang lalu. Kerajaan negeri sebelum ini telah menawarkan rumah mampu milik Type A kepada mereka sebagai penyelesaian jangka panjang. Namun begitu, beberapa keluarga tidak berjaya memperoleh pinjaman bank disebabkan faktor usia serta kekangan kewangan yang lain yang berada di luar kawalan mereka. Maka saya mencadang supaya kerajaan negeri meneliti dua bentuk penyelesaian pertama begitu keluarga yang mempunyai lot tanah sendiri di kawasan kampung tersebut. Saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk membina rumah di bawah program rumah harapan rakyat di atas lot mereka sendiri. Cadangan ini lebih praktikal yang dapat membantu keluarga tersebut terus menetap di kawasan asal tanpa menanggung beban pembiayaan bank. Kedua, bagi keluarga yang tidak mempunyai lot tanah, saya mohon supaya kerajaan meluluskan skim sewa beli agar mereka juga berpeluang memiliki rumah melalui ke atas pembayaran yang lebih fleksibel. Pendekatan ini bukan sahaja menyelesaikan isu perumahan di Kampung Pasir, malah membolehkan kerajaan-kerajaan infrastruktur seperti pembinaan jalan dan longkang dilaksanakan dengan lebih teratur dan menyeluruh.

Datuk Timbalan Yang Dipertua, saya juga ingat membawa perhatian Dewan kepada pengumuman terkini oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan berhubung kempen rumah prima kita. Pilihan bajet nilai hebat yang menawarkan diskaun sehingga 25% dalam senarai projek yang terlibat. Prima Seremban Central turut disenaraikan sebagai salah satu projek yang menikmati diskaun tersebut. Sehubungan itu saya memohon penjelasan mengenai status terkini pelaksanaan kempen ini khusus untuk Projek Prima Seremban Central termasuk jualan unit rumah terlibat serta berhampiran dan sejauh mana kempen ini memberi manfaat kepada pembeli-pembeli di Negeri Sembilan.’

Datuk Timbalan Yang Dipertua, prestasi setiap Pihak Berkuasa Tempatan amat penting kerana majoriti aduan yang diterima daripada penduduk adalah berkaitan isu di peringkat PBT seperti jalan rosak, longkang, lampu jalan, keselamatan bangunan dan pelbagai bentuk penyelenggaraan lain. Kita juga sedar bahawa jumlah cukai taksiran yang dikutip hanyalah sebahagian daripada kos keseluruhan projek infrastruktur dan penyelenggaraan yang dilaksanakan di peringkat PBT. oleh itu, saya mohon supaya Kerajaan negeri menyatakan dengan jelas jumlah kutipan cukai taksiran bagi tahun 2025 mengikut setiap PBT serta jumlah peruntukan yang telah diluluskan untuk pelaksanaan. Projek infrasturuktur dan penyelenggaraan mengikut setiap PBT pada tahun yang sama. Data ini sangat penting untuk menilai keberkesanan perbelanjaan tahap kebergantungan PBT kepada kerajaan negeri serta kemampuan sebenar PBT untuk merancang pembangunan jangka panjang.

Datuk Timbalan Yang Dipertua, belanjawan 2026 ini memperlihatkan kesungguhan Kerajaan negeri untuk membawa Negeri Sembilan ke arah pembangunan yang lebih mampan dan siapang. Ia bukan sahaja memenuhi tuntutan semasa, tetapi turut mnyediakan asas kukuh untuk masa hadapan negeri kita. Oleh itu saya menyeru semua pihak tanpa mengira latar belakang politik atau kedudukan supaya brsama-sama menyokong belanjawan ini demi kepentingan rakyat dan kemajuan Negeri Sembilan. Dengan penuh rasa tanggungjawab saya menyatakan bahawa Rahang menyokong supaya Belanjawan Negeri Sembilan tahun 2026. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Rahang. Dijemput Yang Berhormat Paroi untuk teruskan perbahasan.

(bacaan doa pembukaan dalam Bahasa Arab) Datuk Timbalan Yang Dipertua, dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan sekalian. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Timbalan Yang Dipertua atas ruang dan peluang yang diberikan untuk saya menyertai perbahasan membincangkan Belanjwan Negeri 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Jumaat yang lepas. Dalam perbahasan ini, saya ingin mengupas beberapa perkara penting yang menyentuh kepentingan rakyat serta beberapa aspek dalam Belanjawan 2026.

Yang pertamanya isu struktur hasil negeri. Penjualan aset bukan penyelesaian mampan, ya yang pertama. Datuk Timbalan Yang Dipertua, saya ingin memetik Laporan Audit Negara 3/2025 mukasurat 31 & 32, yang baru dikeluarkan. Dilaporkan perolehan daripada jualan barang-barang yang merupakan penyumbang utama hasil Kerajaan negeri bagi tahun 2024 dengan jumlah RM274.33 juta lebih kurang 43.1%. Data menunjukkan bahawa hasil premium pemberian milikan berlaku pendekatan ketara berlaku pada tahun 2024 dengan jumlah RM185.83 juta berbanding RM140.08 juta pada tahun 2023 dengan perubahan sejumlah RM45.75 juta lebih kurang 32% penambahan. Bolehkah pihak Kerajaan menjelaskan kepada Dewan Yang Mulia ini perincian jualan barang-barang tersebut, ya aset tersebut. Sumber pendapatan begini meskipun baik ya, namun terdedah kepada ketidaktentuan pasaran dan tidak menjamin pendapatan jangka masa panjang yang stabil. Kita tidak boleh terus bergantung kepada penjualan aset sebagai sumber pendapatan negeri. Ia umpama menjual harta demi belanja harian. Langkah ini tidak mampan dan boleh menjejaskan kedudukan fizikal negeri pada masa hadapan. Saya ingin membawa suara semak dan imbang dalam dewan ini sejauh manakah strategi jangka masa panjang negeri dalam memperkukuhkan asas ya, hasil yang lebih mampan, konsisten tanpa membebankan rakyat.

Yang Kedua, isu kutipan hasil dan tunggakan cukai tanah. Berdasarkan Laporan Audit Negara 3/2025 muka surat 12 berkaitan tunggakan cukai tanah di Negeri Sembilan. Terdapat beberapa dapatan penting yang wajar diberi perhatian serius oleh pihak Kerajaan negeri. Pertamanya dari segi jumlah tunggakan mengikut daerah. Seremban mencatat tunggakan tertinggi, meningkat daripada RM56.88 juta pada tahun 2023, kepada RM58.16 juta pada tahun 2024. Peningkatan sebanyak RM1.28 juta atau 2.3% makna Seremban tunggakannya cukup besar ya RM58 juta ya. Keduanya jika kita lihat pada pola tunggakan akaun belum terima, cukai tanah mengikut tempoh, kita mendapati bahawa tunggakan lebih 10 tahun yang membimbangkan ini telah menceah RM32 juta. Ini menunjukkan wujudnya kes-kes lama yang berlarutan tanpa penyelesaian yang memerlukan tindakan lebih tegas serta pendekatan pemutihan atau penyelesaian berstruktur, kenapa perkara ini boleh berlaku. Ini dalam laporan audit eh. Baru-baru ni. Keseluruhannya saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan negeri perlu memperkukuhkan penguatkuasaan, memperkemaskan mekanisme kutipan, memperkukuhkan tindakan pemulihan tunggakan serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pembayaran cukai tanah sebagai sumber hasil negeri bagi memastikan kadar kutipan dapat dipertingkatkan. Hasil ini amat penting bagi membolehkan kerajaan terus menyediakan infrastruktur perkhidmatan dan pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Datuk Yang Dipertua, isu yang ketiga ialah ke arah sekolah selamat. Datuk Yang Dipertua, izinkan saya memulakan dengan membangkitkan satu insiden yang amat mendukacitakan di kawasan Datuk Timbalan Yang Dipertua, dan menyayat hati yang berlaku baru-baru ini di salah sebuah sekolah dalam negeri kita. Pada 27 September, 2025 seorang murid lelaki berusia 9 tahun di sebuah sekolah rendah di Lenggeng makna DUN Timbalan Yang Dipertua, telah menghembus nafas terakhir selepas terjatuh dalam saluran kumbahan di dalam kawasan sekolah. Tragedi ini telah menimbulkan kegusaran malah mengetuk sanubari masyarakat kerana ia berlaku di institusi yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat dan dilindungi bagi anak-anak kita. Iaitu tempat di mana ibu bapa dan penjaga meletakkan sepenuh kepercayaan untuk menyerahkan anak-anak mereka demi masa depan yang cerah. Ini bukan kali pertama. Dikejutkan dengan kehilangan pelajar di sekolah. Februari 2018 di Daerah Gemas contohnya, kita juga pernah digemparkan dengan berita seorang pelajar maut setelah kepalanya terkena bilah mesin pemotong rumput semasa aktiviti sukan di padang sekolah. Insiden malang yang berulang seumpama ini merupakan satu petanda jelas bahawa wujud kelemahan kritikal dari aspek pengurusan risiko, kawalan keselamatan dan juga penyelenggaraan fasiliti di beberapa institusi pendidikan kita. Sebagaimana dinyatakan EXCO semalam ada dua kematian ya, untuk tahun ini. Satu di Taman Tuanku Jaafar sekolah rendah dan juga

di Lenggeng. Tuanku Jaafar tu berkenaan dengan buli. Tapi di Lenggeng berkenaan dengan keselamatan.

Saya ingin menekankan di sini Datuk Timbalan Yang Dipertua, bahawa saya bukan bertujuan untuk mengungkit atau sekadar mengkritik. Sebaliknya saya ingin menarik perhatian semua Ahli Dewan yang dihormati agar turut sama cakna dan prihatin terhadap isu sebegini yang nyata dan jelas menunjukkan bahawa masih terdapat ruang yang luas untuk penambahbaikan dalam beberapa aspek seperti pemeriksaan tempat kerja yang lebih kerap, prosedur kerja selamat SOP, komunikasi dan penyeliaan yang efektif semasa sebarang aktiviti dijalankan.

Yang keempat, kualiti perkhidmatan penyelenggaraan aset dan fasiliti sekolah. Datuk Yang Dipertua, kita perlu muafakat dalam usaha untuk mengelakkan nama baik negeri kita yang kita cintai ini daripada tercemar dengan peristiwa-peristiwa menyedihkan yang sebenarnya boleh dicegah. Kalau dalam keselamatan ni boleh dicegah. Kita jadikan setiap insiden lalu sebagai pengajaran, baik untuk membina sistem dan persekitaran yang baik, lebih selamat untuk generasi masa depan di Negeri Sembilan. Saya ingin mengajak semua Ahli Yang Berhormat untuk merujuk Seksyen 15 dan juga Seksyen 17, Akta Keselamatan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Yang Ke-514 Pindaan 2022 dan telah diwartakan pada 1 Jun 2024. Akta ini menegaskan tanggungjawab majikan yang dalam kontek ini adalah pihak pengurusan mungkin Jabatan Pelajaran ataupun Kementerian Pelajaran untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan bukan sahaja kepada pekerjanya malah kepada mana-mana orang yang berada di premis berkenaan. Ini bukan akta ya. Kegagalan mematuhi tanggungjawab ini boleh membawa kepada tindakan undang-undang berat termasuk denda tidak melebih RM500 ribu, hukum penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Ini akta yang telah kita luluskan pindaan 2022.

Datuk Yang Dipertua, sudah tiba masanya untuk kita memberi tumpuan serius kepada aspek pemantauan dan pencegahan. Secara pro-aktif agar insiden yang menyayat hati seperti ini tidak berulang lagi. Saya ingin menegaskan bahawa pihak kerajaan perlu komited dalam memastikan pelantikan penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan OSH Coordinator atau Pegawai Keselamatan dan Kesihatan diwujudkan di dalam agensi Kerajaan terutama dalam institusi pendidikan selaras dengan tuntutan keselamatan, kesihatan pekerjaan pindaan 2022 di bawah Seksyen 29A. Mereka ini akan membantu menasihati pengurusan atasan di institusi untuk mengambil langkah-langkah yang wajar dalam membentuk sistem keselamatan dan kesihatan dalam sekolah. Menyelaras mesyuarat keselamatan, mengenal pasti risiko, mengawal risiko dan menjalankan siasatan dalaman bagi setiap insiden buruk yang berlaku akan dapat ditangani dari terus berulang. Saya percaya dengan usaha ini setiap agensi

akan lebih cakna dan komited dalam memenuhi tuntutan isu keselamatan kesihatan pekerjaan. Pelaksanaan ini bukan pilihan, ini bukan pilihan ya, tetapi ini adalah tanggungjawab undang-undang yang mesti dipatuhi demi keselamatan sekolah dan seluruh komuniti yang terlibat. Kalau kita tak patuhi, tindakan boleh diambil oleh Jabatan Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan ya.

Datuk Yang Dipertua, berikutan tragedi ini, saya mewakili rakyat ingin bertanya kepada pihak Kerajaan. Adakah Kerajaan negeri mempunyai data lengkap bilangan sekolah di Negeri Sembilan yang telah melantik Penyelaras Keselamatan Kesihatan Pekerjaan ya, OSH Coordinator, ni wajib ni sebenarnya. Makna pihak Jabatan Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dah buat promosi dari tahun 2019, saya dimaklumkan. Adakah kerajaan negeri telah bercadang menjalankan audit keselamatan menyeluruh terhadap semua sekolah. Dengan ini, saya ingin mencadangkan agar kerajaan negeri memperuntukkan dana khas untuk menjalankan kursus penyelaras keselamatan, kesihatan pekerjaan di sekolah-sekolah serta agensi-agensi kerajaan, ya. PBT apa semua lah, kena buat ya, ini mengikut undang-undang kita. Itulah ya serba sedikit berkenaan dengan keselamatan dan yang seterusnya, ini isu anjing liar ni berterusan. Isu anjing liar ni pun isu keselamatan penduduk. Bulan April haritu…

Timbalan Yang Dipertua Dewan

2 minit, 2 minit, 2 minit boleh eh?

Janganlah macam tu Datuk Yang Dipertua, bagilah ruang sikit. Datuk Yang Dipertua, saya juga ingin memanjangkan suara rakyat berkenaan isu anjing liar yang masih terus berterusan, mengganggu gugat keselamatan dan mencemar keharmonian kehidupan harian dalam dewan ini. Kita maklum Sidang DUN pada April 2025 kita semua telah sepakat dan sebulat suara bersetuju dengan cadangan pelupusan anjing liar di kawasan majoriti Melayu. Namun kini setelah 6 bulan berlalu, lebih ya, rakyat masih belum merasai keberkesanan keputusan yang telah diambil. Hakikatnya kita dapat menyaksikan sendiri kehadiran kumpulan-kumpulan anjing liar yang terus berkeliaran secara terbuka. Malah hidup secara berkumpulan di berbagai lokasi. Situasi ini jelas mengundang rasa tidak selesa dan kebimbangan terhadap isu keselamatan penduduk. Terutamanya kanak-kanak dan warga emas. Saya sendiri masih menerima aduan daripada rakyat yang melaporkan kejadian mereka dikejar, diserang dan ada yang hampir digigit oleh anjing liar. Dan ada juga laporan haiwan peliharaan yang mati digigit oleh anjing liar. Kejadian ini berlaku meluas contohnya di DUN-DUN saya, Taman Bandar Senawang, Taman Lavedar Heights, Taman Pinggiran Senawang, Taman Senawang Perdana, Taman Tuanku Jaafar dan ada beberapa lagi. Sebagai wakil rakyat yang sah saya tidak hanya mendengar, saya sendiri telah mengemukakan beberapa aduan rasmi melalui saluran SISPAA, dan berhubung terus kepada SU Majlis Bandaraya Seremban,

mewakili masyarakat DUN saya, namun sehingga hari ini, penyelesaian yang tuntas masih belum kelihatan. Justeru itu, saya mohon pihak kerajaan berkongsi maklumat pelaksanaan keputusan seperti berapa ekor anjing liar telah dilupuskan sejak April lalu dan di lokasi mana. Dan selain SISPAA apa lagi mekanisme atau saluran aduan untuk rakyat boleh adukan perkara ini untuk mendapat perhatian dan tindakan pantas pihak berkuasa. Kami ADUN Pembangkang tak boleh masuk dalam mesyuarat MBS tau, Majlis Bandaraya Seremban, kalau ada ruang, saya nak masuk untuk nak membantu MBS nak menyelesaikan masalah ini. Itu rayuan saya lah pada pihak kerajaan.

Dan seterusnya, isu yang seterusnya ialah isu papan tanda SPD Tech Valley. Ni kalau kita pergi ke Rembau, daripada Seremban kita tengok aaa… apa? bukit yang digondolkan sebagaimana yang dinyatakan oleh YB Rantau. Sekali lagi saya ingin membangkitkan isu papan tanda luar SPD Tech Valley. Isu yang pernah saya sentuh dalam perbahasan dahulu. Jika memiliki, kita memiliki satu peraturan yang jelas. Undang-undang Kecil Iklan Majlis Perbandaran Seremban 1980 yang telah berkuatkuasa sejak 1 Januari 1981. Saya telah melawat lokasi berkenaan, tapi yang diubah hanya billboard utama. Tidak ada papan tanda lain. Undang-undang ini jelas mewajibkan penggunaan Bahasa Malaysia, dalam mana-mana iklan berbentuk papan tanda, poster atau tanda arah yang dipamerkan kepada umum. Saya ingin tegaskan di sini, undang-undang sedia ada mesti ditegakkan tanpa kompromi. Janganlah kita normalisasikan pelanggaran oleh entiti korporat besar, atau taikun-taikun atas nama pelaburan dan pembangunan. Ketegasan Kerajaan dalam perkara ini bukan Sahaja mencerminkan kedaulatan Bahasa Kebangsaan kita, tetapi juga maruah pentadbiran bertamadun dan berprinsip. Contohnya berpuluh Bahasa Inggeris, Bahasa Cina. Takda Bahasa Malaysia. Ya, ini benda yang cukup saya rasa tak patutlah dah ditegur dalam sidang dewan yang lepas, masih lagi berterusan buat.

Yang Keenam ialah isu peruntukan ADUN Pembangkang. Tuntutan yang adil tapi bukan simpati. Datuk Yang Dipertua, saya ingin menarik perhatian dewan ini pada satu penemuan dalam Laporan Ketua Audit Negara Bil.3/2025. Mukasurat 41, Jadual 19 iaitu berkenaan Akaun Amanah Dana Khas Menteri Besar yang masih mencatat baki RM15.06 juta pada tahun 2024. Ini dalam Laporan Audit ya. Tak digunakan RM15. Menurut laporan tersebut, antara sebab utama baki tersebut tidak dibelanjakan adalah kerana kurangnya permohonan, sumbangan daripada individu, atau pihak yang disenaraikan dalam arahan amanah tersebut. Kalau kita tengok dalam bajet kita, 2026 bajet kita RM56 juta.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat kena landing yang berhormat.

Kejap ya. 2025 RM45 juta. 2023 bajet dia RM33.73 juta.

Yang Berhormat minta pencelahan. Mohon celahan Yang Berhormat. Boleh?

Datuk Speaker, minta sikit masa Datuk Speaker, sebab Chennah kelmarin 52 minit bercakap. Kami ADUN Pembangkang ni minggu, bulan sidang yang sudah ni takda bahas, so kalau boleh…

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Kita nak masuk 20 minit dah ni, tadi 15 minit kita bagi, ni dh masuk 20 minit. Ni Labu nak mencelah pulak, 30 saat..

Sikit… jadi aaa… Yang Berhormat Paroi, apa pandangan Yang Berhormat Paroi kalau peruntukan tidak digunakan dalam audit tu RM15 juta, pada tahun ini peruntukan pembangunan ya, RM150 juta Menteri Besar P50 mendapat kenaikan, mendapat 37.33% iaitu sebanyak RM56 juta. Manakala P51, P54, P62, P60 yang sangat penting diturunkan. P50 mendapat RM56 juta, bermakna 1 hari Menteri Besar diperuntukkan sebanyak RM153,424. Adakah keperluan begitu banyak diperlukan oleh Menteri Besar untuk 1 hari. Jadi saya minta pandangan dan juga mengapa Perumahan Rakyat hanya mendapat RM3 juta, untuk rakyat ya, perumahan, tetapi Menteri Besar untuk membaik pulih kediaman, mendapat RM0.91 bermaksud RM910,000. Minta penjelasan, pandangan Paroi.

Okay, saya berpendangan mudah ja. Saya ambil kata-kata daripada Rantau, maknanya kita buat bajet berimbang. Maknanya sebagaimana yang dinyatakan, maknanya kalau Rantau boleh peruntukkan masa zaman dia RM5 juta, tapi kita bagilah daripada RM56 tu kita tolak RM30 maknanya bajet berimbanglah. Itu lebih baik daripada kita defisit, bajet defisit lah. Itu pandangan, dan saya rasa itulah yang terbaik untuk kebaikan negeri. Dan saya juga memberi cadangan, jika benar permintaan kurang ya, ni saya nak landing ni. Sebagaimana yang dinyatakan tadi, RM15 juta tak pakai 2024 ni, audit ni, RM15 juta tak pakai ya. Jika benar permintaan kurang maka eloklah dibuka ruang kepada ADUN Pembangkang yang sentiasa bersungguh-sungguh memohon. Demi manfaat rakyat yang kami wakili. Kami di blok pembangkang bukan menagih simpati, apatah lagi mendesak tanpa asas, tetapi menuntut hak yang adil untuk memastikan perkhidmatan dan kebajikan rakyat di kawasan kami tidak ketinggalan. Hanya kerana perbezaan logo parti. Keadaan fizikal tidak boleh bersifat selektif dan partition. Jika Madani menjadi tema belanjawan, maka tunjukkan keadilan dalam tindakan. Bukan hanya dalam ucapan dan atas kertas. Inilah asas kepada good governers dan integriti pentadbiran. Menyantuni semua ADUN secara adil, dan tidak meminggirkan mana-mana pihak hanya kerana mereka tidak berada dalam blok Kerajaan. Kami ni check and balance Kerajaan ya.

Kami menang dalam pilihanraya mendapat mandat daripada Kerajaan dan itulah kami masuk dalam dewan yang mulia ni, bincang hal rakyat, bincang bajet, last-last kami tidak diberi peruntukan. Adil atau tidak? Fikir-fikirkan sendiri dan saya terpaksa sekali lagi menyatakan pada 25 Mei 2018, dalam Berita Harian, saya ingat lagi, kata-kata…

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Kena landing Yang Berhormat.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Landing terus, habis terus ya.

Aaa… maknanya apa yang dia kata, bagaimana seorang ADUN ingin berkhidmat, jika tidak diberi peruntukan. Saya 10 tahun tidak diberi peruntukan, ya. Maknanya pada masa tu dia nak beri peruntukan. Insya-Allah. saya rasa, setelah 3 tahun saya rasa dapat diberi sedikit peruntukan ya, untuk bukan untuk kami, tapi untuk rakyat ya. Pembangkang. Dan akhir sekali saya landing, saya mengambil kesempatan ni untuk merakamkan penghargaan setulus-tulusnya kepada Dato’ Haji Mohd Khidir bin Majid, dia orang USA ni. Ulu Sepri Area, sama-sama satu kampung ni, atas khidmat beliau sebagai Pegawai Kewangan Negeri Sembilan, selama tempoh 2018 sehingga 2025. Prestasi pentadbiran kewangan negeri yang stabil, pengurusan aset dan hasil yang terkawal, seperti laporan belanjawan dan perbendaharaan, antaranya adalah termasuk jasa beliau. Kini saya mengucapkan tahniah dan harapan tinggi kepada Dato’ Masri bin Hj. Razali, orang Rembau jugak ni, yang telah dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri yang baru, bermula 7 Mei 2025 dulu Datuk Bandar, tapi isu anjing, isu apa tak selesai tok, kena Datuk Bandar baru pulak yang ambil alih. Tapi mengucapkan terima kasih kepada Datuk Bandar baru dan juga SU MBS yang saya tengok begitu bekerja keras untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Semoga dengan semangat integriti dan ketegasan beliau, kita dapat melihat kesinambungan pengurusan kewangan yang cekap, seterusnya mempercepatkan pelaksanaan janji-janji pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat yang masih tertangguh. Namun ingin saya mengingatkan bahawa tanggungjawab ini tidak boleh dijadikan alasan untuk berlengah siap projek. Janji dan amanah mesti disempurnakan. Kita menuntut hasil nyata bukan hanya angka dalam akaun. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada penjawat awam Kerajaan Negeri Sembilan. Berilah tepukan sikit. Takda yang tepuk penjawat awam ni. Sian dia.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

YB ni dah banyak dah lama saya bagi ni, teruslah.

aaa... dan Persekutuan yang berkhidmat di Negeri Sembilan atas khidmat bakti mereka. Oleh itu saya, oleh itu jika ada lebihan ya, bolehlah saya cadangkan agar pihak Kerajaan negeri memberi Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Negeri Sembilan. Boleh eh. Mudah-mudahan sebagai penutup izin saya berkongsi dua ya, Surah Al-Maidah berbunyi: dan bertolong-tolonglah antara kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Ayat ini menjadi asas kepada kerjasama merentas sempadan politik, latar belakang dan perbezaan kepartian. Ia menggalak semua pihak termasuk Kerajaan dan pembangkan untuk bersama-sama dalam hal kebajikan rakyat dan pembangunan negeri, asalkan tidak melanggar prinsip kebenaran dan juga keadilan. Dan sempena asal negeri kita yang tercinta, Negeri Sembilan, saya tinggalkan 2 rangkap pantun, tujukan kepada Timbalan Datuk Speaker, kena jawab ni Datuk;

Bumi dan Rembau subur bersemi, Putik melata harum bertahan, Amanah di tangan harap terjaga di hari, Demi Negeri Sembilan sentiasa aman.

Gunung Berembun Lembah berseri, Seri padi di sawah luas terbentang, Pegang Amanah junjung janji ini, Agar rakyat senang negeri gemilang.

Datuk Yang Dipertua, dengan ini Paroi menyokong Belanjawan 2026 Negeri Sembilan dengan pindaan seperti yang dinyatakan yang telah dibentangkan pada 5 Disember 2025. Wabillahi taufik. Assalamualaikum WBT.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Paroi, last but not least, big brother Yang Berhormat Chembong. Jemput.

Lama sudah tidak ke hulu, Dari pagi hingga senja, Lama sudah abang menunggu, Barulah sekarang abang merasa.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, Yang Berhormat sahabat-sahabat, Ahli-Ahli Berhormat, Ahli-Ahli Dewan, Ketua-Ketua Jabatan. Saya nak mulakan perbahasan saya pada petang ini dengan menyebut nama Allah, Tuhan sekalian Alam, bagi kita sama-sama panjatkan selawat dan salam kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Datuk Timbalan Speaker, kedudukan kewangan ataupun ekonomi sangat penting untuk kita

mempertingkatkan kualiti hidup kita, kualiti hidup rakyat dan apabila pendapatan negeri bertambah, pendapatan negeri kita baik, sudah pasti kerajaan boleh menyediakan kemudahan asas yang lebih baik, sempurna, dapat kita sama-sama mempertingkatkan mutu kehidupan, mutu pendidikan, kesihatan, perumahan, prasarana sosial dan lain-lain. Oleh itu, dalam konteks Sidang Belanjawan ini, saya nak ambil kesempatan nak ucapkan tahniah kepada semua di antara kita, kepada Yang Amat Berhormat Sikamat, kepada Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, kepada semua penjawat-penjawat awam atas pembentangan Belanjawan tahun 2026 untuk negeri kita yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat, Jumaat lepas. Untuk tahun depan kita mensasarkan RM610 juta pendapatan dan kita menganggarkan Belanjawan kita RM640. Saya setuju juga dengan pandangan Yang Berhormat Rantau semalam, kiranya lebih baik kalau kita boleh, sekiranya bolehlah untuk kita buat Belanjawan berimbang. Sebab asas saya, justify saya Timbalan Speaker adalah, sebab tahun 2024 pendapatan kita adalah RM636 juta dan untuk tahun 2025 ini, baru menjelang minggu pertama bulan 12, 2025, kutipan kita telah mencecah RM655 juta. Jadi saya agak hairan, mungkin saya bukan pakar kewangan, kenapa sasaran kita untuk tahun depan kita letakkan hanya RM610 juta. Kalau kita letakkan sasaran kita RM640 juta dan perbelanjaan kita juga RM640 juta, insyaAllah Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, belanjawan kita mungkin boleh jadi lebih baik dilihat berimbang. Mungkin saya perlu diperjelaskanlah dalam hal ini, mana aspek-aspek yang mungkin saya kurang jelas dan sebagainya Datuk Speaker.

Banyak inisiatif baru diterbitkan, tahniah selain kita mengekalkan inisiatif-inisiatif yang lama. Datuk Speaker, saya rasa terharu ucapkan terima kasih, tahniah sebab pengumuman bantuan khas kewangan kepada penjawat awam Datuk Speaker. Sebab penjawat awam ini merupakan tulang belakang pentadbiran kerajaan, mereka lah yang memastikan. Mereka memainkan peranan penting memastikan pembangunan negeri berjalan lancar, melaksanakan dasar, menjalankan program-program inisiatif Kerajaan Datuk Speaker. Dan secara tak langsungnya juga Datuk Speaker, pengumuman 2 bulan minimum, 1 bulan berdasarkan prestasi oleh Yang Amat Berhormat Sikamat Jumaat lepas. Tahniah perlembangan bahawasanya itu penghargaan kepada kerja kuat pencapaian cemerlang penjawat awam. Dan pada masa yang sama, Timbalan Speaker, ianya juga menunjukkan sebenarnya Yang Amat Berhormat Sikamat ini dalam diam-diam dia menghargai saya jugalah. Sebab saya antara yang mencadangkan 2 bulan, 2 bulan setengah itu Datuk Speaker. Dalam diam-diam dia tengok ADUN Chembung punya cadangan ini perlu juga dipertimbangkan Datuk Speaker. Walaupun dalam gurau saya, sini saya untuk mengusulkan ini Datuk Speaker. Jadi terima kasih banyak, cumanya kadang-kadang Yang Berhormat Timbalan Speaker, penjawat-penjawat awam ni pun tak patut juga Timbalan Speaker. Hari Jumaat lepas saya perhati saja, bila Yang Amat Berhormat

Sikamat turun ke bawah, berjalan di hadapan urusetia, Unit Dewan. Semua mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sikamat. Bila ADUN Chembung lalu, dia lupa abang yang mencadangkan dia Dato’ Speaker, dia boleh buat tak tahu saja Datuk Speaker. Jadi apa-apa pun, ini adalah pencapaian kejayaan semua pihak Datuk Speaker.

Jadi terima kasih banyak, tahniah Datuk Speaker. Satu perkara yang saya juga rasa sangat bersukacita dan rasa gembira perlu saya ucapkan tahniah dalam Dewan ini Datuk Speaker, adalah cita-cita besar kerajaan negeri yang mensasarkan pendapatan negeri kita RM1 bilion ringgit menjelang 2030 tahun, eh 2030, tahun 2030. Timbalan Speaker, walaupun secara relatifnya keluasan negeri kita kecil, kita punya sumber mungkin terhad berbanding dengan negeri-negeri yang lebih besar. Tapi ini tidak menjadi penghalang untuk negeri kita memasang cita-cita tinggi untuk mencapai kemajuan Datuk Speaker. Saya yakin dengan hala tuju yang jelas, semangat kerjasama yang tinggi, kita akan dapat mencapai pendapatan RM1 bilion ringgit menjelang 2030, dan saya masih ingat sekitar tahun 2015, semasa kerajaan di bawah kepimpinan Yang Berhormat Rantau, rancangan pembangunan pemodenan Negeri Sembilan 2015-2045. Ketika itu juga telah mensasarkan pendapatan negeri boleh mencapai RM1 bilion ringgit dalam tempoh 10 tahun bermula daripada 2015. Terima kasih, kita sama-sama jayakan.

Datuk Timbalan Speaker, Saya juga terpikat, suka, terharu dengan perbidalan yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat, semasa pembentangan Jumaat lepas, saya pinjam sebentar Yang Amat Berhormat Sikamat, dapek sama laba, cicir samo cari, nan ado samo kito makan, nan takdo kita samo cari. Saya sambung Datuk Timbalan Speaker. Kalau daging, samo kita lapah, kalau tulang, samo kito cincang. Kok panjang, sama-sama kita korek. Kok pendek, samoa-samo kita sambung Datuk Timbalan Speaker. Saya mencadangkan apalah kiranya kesejahteraan dari segi ekonomi dan pendapatan ini, selain daripada kita menaikkan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam, tanda penghargaan kita, kita berkongsi dengan golongan-golongan yang lain Datuk Speaker. Oleh demikian, untuk kesekian kalinya, saya nak mencadangkan di dalam Dewan Yang Mulia ini, apalah kiranya kerajaan Negeri Sembilan dapat mempertimbangkan untuk menaikkan elaun kepada semua Pengerusi JPKK dan Setiausaha JPKK dalam Negeri Sembilan Datuk Speaker. Sekarang ni rasanya dah sampai masanya untuk kita mempertimbangkan untuk menaikkan kadar elaun Pengerusi JPKK dan Setiausaha JPKK Datuk Speaker.

Begitu juga, di atas kesejahteraan keadaan kewangan kita yang baik, Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, saya nak mencadangkan agar dalam aspek pendidikan, khususnya kepada agensi-agensi yang berkenaan yang asal Negeri Sembilan dan sebagainya. Saya mendapat banyak cadangan, banyak aduan Datuk Speaker. Walaupun kita memperuntukkan banyak

bantuan bagi tujuan pendidikan, tetapi ada juga keluhan-keluhan daripada penjaga-penjaga, pelajar-pelajar yang sedang belajar di IPTS, institusi pengajian tinggi swasta Datuk Speaker. Kita perlu buang persepsi kita punya pemahaman. Kadang-kadang kita ingat semua anak-anak yang belajar di IPTS ni orang-orang kaya Datuk Speaker. Bukan, kadang-kadang mereka terpaksa masuk IPTS sebab kelayakan mereka tidak membolehkan mereka masuk IP, IPTA Datuk Speaker. Kadang-kadang jurusan yang ditawarkan di IPTA itu tidak memenuhi dia punya hasrat untuk dia mencapai cita-cita mereka Datuk Speaker. Jadi saya cadangkan di atas keadaan kewangan kita yang baik ini untuk kita timbangkan apalah kiranya kita dapat memberi juga mempertimbangkan bantuan, pinjaman dan apa saja kepada anak-anak yang juga belajar di IPTS. Mungkin kita boleh hadkan bukan semua, tetapi mereka yang benar-benar layak golongan B40 ataupun ada had-had kelayakan yang tertentu Datuk Speaker.

Datuk speaker saya, Datuk Timbalan Speaker saya juga menyokong penuh bantuan-bantuan inisiatif yang lain terutamanya bantuan ataupun apa yang dikatakan apresiasi bantuan sumbangan kepada warga emas, golongan warga emas yang 70 tahun ke atas Datuk Speaker. Semasa penyampaian, saya yakin rakan-rakan di tempat-tempat lain pun dapat melihat riak air muka wan-wan pakcik-pakcik abang kita yang menerima Datuk Speaker mereka sangat menghargai. Minggu lepas saya menyampaikan dan di peringkat DUN Chembong mereka menyampaikan salam terima kasih kepada kerajaan negeri dan kepada Yang Amat Berhormat Sikamat. Di sini saya mencadangkan Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, mungkin perlu kita buat mungkin wajar lebih baik kita buat sedikit kajian sekiranya mampu dan juga kita bersedia untuk menurunkan had umur penerima ini daripada 70 tahun kepada yang lebih rendah agar lebih ramai yang boleh kita bagikan Datuk Speaker, Datuk Timbalan Speaker. Ya menurut bacaan saya menurut bacaan saya secara puratanya mengikut statistik had umur ataupun penduduk warga yang berumur 65 tahun ke atas adalah lebih kurang 7 ke 8 peratus saja Datuk Timbalan Speaker dan mungkin ini kita boleh buat kajian dan kalau kita bersedia mungkin untuk tahun-tahun mendatang kalau kita boleh timbangkan untuk menurunkan penerima warga emas ini daripada 70 tahun kepada 65 tahun ataupun umur yang lebih rendah daripada 70 tahun.

Selain itu Datuk Yang Dipertua, saya dengar Serting, Paroi juga mencadangkan untuk diberikan bantuan ini kepada penjawat-penjawat awam peringkat persekutuan ya kepada, Serting, Paroi abang dah cadangkan ini lama dah Datuk dan saya ucapkan terima kasih dah dibagi pun Serting, Paroi tahun lepas tak salah saya cumanya mungkin kita boleh kembangkan kepada penjawat-penjawat awam kakitangan peringkat persatuan di peringkat agensi-agensi yang sebelum ini tak dapat di peringkat agensi Datuk Timbalan Speaker, dan untuk itu juga perkongsian ini yang kita katakan dapat sama mendapat Datuk Timbalan Speaker, saya juga menerima cadangan

tentang bantuan ataupun pinjaman yang diumumkan dengan kosong faedah kosong persen faedah ini Datuk Timbalan Speaker kepada penjawat-penjawat awam satu perkara yang baik tapi juga saya nak mencadangkan Datuk Timbalan Speaker agar ianya boleh diperluaskan juga kepada kakitangan kerajaan yang bertaraf kontrak Datuk Timbalan Speaker. Mungkin juga kita boleh buat kajian kita hadkan mereka yang layak pekerja-pekerja kaki tangan kerajaan yang bertaraf kontrak ini yang mungkin telah berkhidmat 5 atau 10 tahun ke atas Datuk Timbalan Speaker jadi itu yang saya nak cadangkan tentang perkongsian.

Datuk Timbalan Speaker, saya menyokong saya menyokong penuh bersukacita dengan hasrat kerajaan negeri untuk menumpukan usaha kita menumpukan usaha kearah iaitu bekerja, tinggal dan riadah di negeri kita sendiri Datuk Timbalan Speaker dalam konteks ini kalau kita nak bekerja untuk kita tinggal di negeri kita di kawasan kita Datuk Timbalan Speaker aspek yang paling penting ataupun antara yang penting adalah kegiatan ekonomi dan peluang pekerjaan dan keduanya adalah tempat tinggal Datuk Timbalan Speaker. Saya nak bercakap sedikit tentang perkara-perkara tersebut untuk kita menggalakkan slogan itu direalisasikan Datuk Timbalan Speaker tempat tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri Chembong saya nak sebut sedikit saya nak ucapkan tahniah terima kasih kepada agensi-agensi anak-anak syarikat kerajaan Negeri Sembilan contohnya PKNNS sedang ataupun membina taman perumahan yang dinamakan Desa PKNNS di Chembong. Datuk Timbalan Speaker saya berharap perkara ini dapat diteruskan dengan baik cumanya apa yang saya dimaklumkan kategori type A Rumah Mampu Milik Type A masih belum dibuat ataupun dibina Datuk Timbalan Speaker. Saya harap ianya dapat dipercepatkan demi peluang kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan rumah mampu milik ini Datuk Timbalan Speaker. Keduanya juga Projek Perumahan Rakyat Chembong saya mohon Yang Berhormat Nilai untuk sedikit memberikan perhatian rumahnya sebanyak 452 unit telah siap Datuk Timbalan Speaker tapi hanya sebahagiannya sahaja yang telah dihuni. Ramai yang bertanya permohonan yang baru-baru ini telah tutup, tapi bilakah permohonan-permohonan ini diproses dan dimaklumkan siapa yang dapat. Saya mohon dipercepatkan, saya faham mungkin ianya kelulusan tersebut adalah di peringkat federal tapi saya mohon kerajaan negeri melalui EXCO Perumahan dan kerajaan tempatan untuk melihat dan dapat membantu kami dalam hal ini Datuk Timbalan Speaker dan tentang perumahan juga, ha… ni saya betul minta tolong Datuk Timbalan Speaker ada sebuah projek perumahan dinamakan Taman Rembau Bayu bersebelahan dengan berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau (URES) yang telah dibina mula dibina lebih daripada 10 tahun dulu dan kini terbengkalai Datuk Timbalan Speaker. Kami faham pembeli faham dan semua orang faham ini adalah projek swasta, tapi saya mohon jasa baik pihak kerajaan dapat melihat apa bagaimana kita boleh tolong bantu mereka Datuk

Timbalan Speaker mungkin boleh kita ajukan panjangkan ini ke peringkat persekutuan kepada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan sekiranya ada projek-projek ataupun peruntukan-peruntukan membaik pulih projek-projek perumahan terbengkalai dan sebagainya. Kesian mereka-mereka yang telah membeli kena bayar sewa rumah pada masa yang sama rumah yang terbengkalai ini telah mula mereka dipotong gaji dan sebagainya Datuk Timbalan Speaker.

Seterusnya Datuk Speaker berhubung dengan kegiatan ekonomi untuk menggalakkan masyarakat rakyat tinggal di kawasan kita adalah tentang pelaburan. Pelaburan penting untuk kita membuka peluang pekerjaan dan sebagainya kita boleh menghalang ataupun tidak menggalakkan golongan belia-belia untuk keluar daripada kawasan kita saya, nak bertanya kepada pihak kerajaan dan berterima kasih dahulunya saya dah sebut dalam dewan ini tentang Kilang EV. Kilang kereta tanpa petrol, bukan kilang kereta tanpa tayar. Kalau kilang kereta tanpa petrol dan tanpa bateri itu di Senawang Jaya. Datuk Speaker apakah perkembangan Datuk Timbalan Speaker apakah perkembangan pembinaan ataupun keadaan kilang ini dan saya juga nak menyatakan di Dewan Undangan Negeri Chembong hanya ada dua sahaja kawasan industri iaitu Kawasan Perindustrian Chembong dan Kawasan Perindustrian Halal Hub di Pedas. Datuk Timbalan Speaker untuk menggalakkan pelaburan datang ke kawasan kita, ke daerah Rembau, saya rasa sampai masanya untuk kita melihat membuka kawasan perindustrian yang baru Kawasan Perindustrian Chembong seolah-olah kelihatan dah penuh dah tak boleh lagi menerima pelabur-pelabur baru Datuk Speaker. Adakah pihak kerajaan khususnya pentadbiran di Rembau telah melihat ataupun ada rancangan untuk melihat untuk membuka kawasan perindustrian baru selari dengan usaha kerajaan negeri yang semakin tahun semakin banyak mendapat pelaburan sekitar 7 ke 8 bilion setahun Datuk Timbalan Speaker dan saya juga melihat ada permasalahan tentang Kawasan Perindustrian Halal Hub di Pedas dengan keadaan infrastruktur, keadaan jalan longkangnya tidak begitu baik Datuk Timbalan Speaker saya mohon untuk kita sama-sama lihat kerajaan negeri bantu apakah permasalahan ini keadaan prasarana di Kawasan Halal Hub Pedas tidak berada dalam keadaan yang seperti sepatutnya kawasan -kawasan industri yang kawasan industri ini selalunya juga datang, ramai yang datang daripada luar dan kelihatan kurang baik untuk memperlihatkan keadaan yang seumpama itu.

Datuk Timbalan Speaker, saya mengambil kesempatan juga untuk menyuarakan membawa beberapa hal-hal, hal ehwal tentang masyarakat dan juga pembangunan di Dewan Undangan Negeri Chembong Datuk Timbalan Speaker, pertamanya tentang pendidikan pendidikan sangat penting Datuk Timbalan Speaker, kita boleh bezakan rakyat, masyarakat yang mempunyai taraf pendidikan yang baik dan sebaliknya, Datuk Timbalan Speaker, dalam sidang, sidang pertama tahun ini tak salah saya, sekitar bulan

April Yang Berhormat Senaling ada menyebut dalam semasa pengulungannya dia mengatakan Chembong ini banyak cakap Datuk Timbalan Speaker, banyak cakap ni perumpamaannya ertinya lain, dari segi peribahasanya, sebenarnya bukan banyak cakap, saya banyak membawa isu-isu tentang Pendidikan, Datuk Yang Dipertua, sebab pendidikan itu penting, Antaranya yang saya sebut dan kali ini saya sebut lagi kali kedua dan ketiganya Datuk Speaker, secara khususnya untuk diambil perhatian oleh pihak kerajaan negeri ataupun pihak Exco Pendidikan, kalau ianya bukan di dalam kapasiti kerajaan negeri, saya minta tolong untuk dibawa kepada peringkat kementerian Datuk Timbalan Speaker.

Pertamanya masalah ketiadaan asrama lelaki bagi pelajar-pelajar Kolej Vokasional Datuk Undang Haji Muhammad Syarif. Keduanya saya juga dah menyebut Kolej Vokasional Datuk Lela Maharaja di kawasan saya ada dua Kolej Vokasional Datuk Timbalan Speaker, asrama tidak cukup untuk Kolej Vokasional Datuk Lela Maharaja ni pihak kolej diminta oleh pentadbiran supaya menaikkan dia punya enrollment pengambilan pelajar tetapi bilangan asramanya tidak selari, tidak cukup untuk jumlah pelajar yang ada Datuk Timbalan Speaker, dan saya juga pernah menyebut salah satu sekolah yang cemerlang pencapaiannya adalah Sekolah Menengah Agama Rembau ataupun Sekolah Menengah Tuan Haji Ibrahim di Pekan Rembau Datuk Speaker. Di atas pencapaian cemerlang ibu bapa menjadi tumpuan untuk menghantar anak-anak mereka dan mereka juga menghadapi masalah ketidakcukupan asrama yang kritikal Datuk Timbalan Speaker. Jadi bila saya tanya di peringkat bawah di PPD apakah perkembangan tentang usul-usul cadangan yang saya bawa di dalam Dewan ni Datuk Speaker dan jawapan yang saya dapat adalah agak mengecewakan. Perkaranya tak sampai ke bawah ataupun masih lagi ada belum tindakan yang sewajarnya Datuk Speaker jadi Datuk Timbalan Speaker, saya mohon ianya diberikan perhatian yang serius tentang perkara ini.

Datuk Timbalan Speaker, dalam Sidang Dewan yang lalu Sidang Dewan Pertama bulan April dulu juga saya telah menyebut membawa isu tentang kelewatan siapnya Kompleks Sukan Daerah Rembau. Datuk Timbalan Speaker, sahabat saya kekanda ADUN Palong menyatakan memberi jawapan akan melihat perkara ini memberikan jawapan apakah sebenarnya alasan kelewatan ini Datuk Speaker dan ADUN Palong tadi pun ada sebut dalam Dewan nanti insyaAllah saya akan turun melihat sendiri. Saya tunggu Datuk Speaker kalau turun nanti saya belanja dan ini merupakan satu kerugian, bukan saja kepada kerugian masyarakat yang tidak boleh menggunakan kemudahan ini kemudahan semua dah siap dalam itu tapi masih lagi belum digunakan, jadi soalan saya bilakah Kompleks Sukan Rembau ini boleh digunakan dan sekiranya apa ada permasalahan, apakah permasalahan yang sebenarnya dan apakah tindakan pihak kerajaan negeri untuk mengatasi

kelewatan ini Datuk Timbalan Speaker. Saya benar-benar mengharap penggunaan Kompleks Sukan Daerah Rembau ini dapat dipercepatkan.

Datuk Timbalan Speaker, selain pada itu juga saya nak membawa tentang isu ataupun aduan orang asli di kawasan saya Datuk Timbalan Speaker. Minggu lepas saya dihubungi oleh kepimpinan Tok Batin dan juga masyarakat Kampung Orang Asli di Ulu Chuai, mereka mengadu kepada saya Datuk Speaker menyatakan baru-baru ini Jabatan Kemajuan Orang Asli bersama-sama dengan pihak Juruukur telah datang dan menyatakan kepada mereka Juruukur dah buat pengukuran tentang perizapan kampung orang asli dan setelah dimaklumkan kepada Orang Asli Ulu Chuai daripada penerangan tersebut mereka dinyatakan, diberitahu bahawasanya sempadan perizaban yang dibuat itu adalah lebih kecil daripada yang sebenarnya Datuk Timbalan Speaker, dan bermaksud kalau perizaban sempadan baru yang dibuat secara langsung secara serta mertanya banyak 10 hingga 15 buah rumah Kampung Orang Asli Ulu Chuai akan berada di luar kawasan rizab Orang Asli Ulu Chuai Datuk Speaker. Saya mohon perkara ini dapat diperlihatkan dan berkenaan tentang kampung orang asli juga saya mohon mohon sangat kerajaan negeri pihak JAKOA dan yang sebagainya dapat melihat permasalahan yang telah juga saya bawa di dalam dewan sebelum ini kejadian tanah runtuh di kedua-dua kampung orang asli Kampung Orang Asli Ulu Chembong dan Kampung Orang Asli Ulu Chuai cerun tebing berhampiran tempat kediaman mereka runtuh dan apakah perkembangan tentang permasalahan ini untuk kita selesaikan Datuk Yang Dipertua.

Datuk Yang Dipertua, saya juga nak membawa kepada dewan ini nak mengucapkan tahniah terima kasih syabas kepada kerajaan negeri dengan apa yang dinyatakan Datuk Timbalan Speaker sebab tentang projek-projek penyelenggaraan MARRIS. Dengan adanya program penyelenggaraan jalan di bawah MARRIS ni banyak permasalahan jalan-jalan kampung dapat diselesaikan Datuk Yang Dipertua. Terutamanya di Rembau saya nak ambil kesempatan nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih tahniah kepada semua penjawat-penjawat awam kakitangan di daerah Rembau Datuk Yang Dipertua, masa buat kerja-kerja MARRIS ni ada yang sampai kerja malam kerja lebih masa Sabtu dan Ahad. Berkenaan tentang kerja-kerja undi adalah satu perkara yang baik Datuk Timbalan Speaker, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sikamat dengan harapan kalau boleh perbanyakkan lagi kerja-kerja undi ni bak kata Yang Berhormat Chennah dua hari lepas, kerja undi ni seolah-olah adalah cabutan bertuah kepada mereka-mereka kontraktor-kontraktor kecil ni ,cumanya Datuk Speaker baru-baru ni ada satu kenyataan kalau tak salah saya saya dimaklumkan kenyataan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) pemakluman tentang akan diadakan kerja undi penyerahan jalan negeri di bawah peruntukan MARRIS Fasa 1 tahun hadapan 2026. Dalam kenyataan notis ini disebut antara syarat-syaratnya adalah kontraktor perlu berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan

perlu mempunyai Sijil Pematuhan Cukai (TCC). Permasalahannya Datuk Timbalan Speaker, banyak daripada kontraktor-kontraktor ni yang tak dapat mematuhi syarat ini disebabkan sebelum itu sekitar bulan 7/2025 satu surat daripada Pegawai Kewangan Negeri telah dikeluarkan yang daripada pemahaman saya surat tersebut mengatakan TCC tersebut tidak diwajibkan pemakaiannya untuk kerja-kerja undi MARRIS Datuk Speaker. Jadi saya harap saya merayu bagi pihak kontraktor yang datang menyuarakan ini supaya syarat pematuhan sijil pematuhan cukai TCC ni dikecualikan untuk kerja-kerja undi yang akan datang ni Datuk Speaker.

Datuk Timbalan Speaker seterusnya satu dua lagi Datuk Timbalan Speaker saya juga nak menyebut tentang bantuan daripada pihak kerajaan khususnya bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Datuk Speaker, ini bagi saya keluhan-keluhan umum nama dia keluhan-keluhan umum,dua hari lepas kalau boleh saya perdengarkan voicemail rakaman suara Datuk Speaker daripada salah seorang ketua kampung yang menyatakan seorang ni kalau boleh saya namakan Puan Kamariah daripada Kampung Kundur Ulu yang sekian lama ni mendapat bantuan daripada JKM tiba-tiba dipotong disebabkan, disebabkan dia pergi meninggalkan rumah dia sementara ke rumah anak dia dan rumah anak ni pula dikatakan sebab anak ni ada pendapatan Datuk Speaker tetapi pendapatan itu tidaklah dapat menampung keperluan ibu ni Datuk Speaker, jadi saya harap perkara-perkara yang umum yang ringkas yang mudah ni dapat kita perhatikan Datuk Timbalan Speaker, jadi itu saja yang saya nak sampaikan dalam ini dalam perbahasan ni sekali lagi saya ucapkan terima kasih, tahniah kepada semua di antara kita yang dapat menjayakan belanjawan, Sidang Belanjawan untuk 2026. Terima kasih Wabillahitaufiq walhidayah, Assalamualaikum WBT.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Chembong. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sesi Perbahasan Usul Anggaran Belanja Pembangunan Negeri bagi tahun 2026 dan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025 telah pun selesai. Seterusnya saya persilakan pihak kerajaan untuk menjawab. Silakan EXCO.

Terima kasih Datuk Timbalan Speaker. Assalamualaikum WBT Salam Bersih Muafakat Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Terima kasih YB Timbalan Datuk Yang Dipertua, atas peluang untuk saya menggulung sesi perbahasan kali ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan serta memberikan pandangan bernas sepanjang perbahasan belanjawan 2026 ini. Terlebih dahulu tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Haji Aminuddin Bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah membentangkan Belanjawan 2026 bertemakan Belanjawan Madani Rakyat Harmoni. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Pegawai Kewangan Negeri dan seluruh kakitangan jabatan dan

agensi yang telah menyediakan Belanjawan 2026. Datuk Timbalan Yang Dipertua, aspek kesihatan menjadi faktor utama dalam memastikan kesejahteraan masyarakat di Negeri Sembilan. Menjaga kesihatan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga memberi impak positif kepada keluarga komuniti dan negara, memastikan kelangsungan hidup yang sihat dan produktif. Kepentingan kesihatan sangat luas meliputi peningkatan kualiti hidup, produktiviti, kesejahteraan mental dan fizikal serta kemajuan negara kerana badan yang sihat membolehkan kita aktif mengelak penjakit, penyakit menjimatkan kos rawatan dan menyumbang kepada masyarakat serta ekonomi secara menyeluruh.

Umum kita ketahui kesemua daerah di Negeri Sembilan telahpun mempunyai hospital daerah. Perancangan menambah baik perkhidmatan hospital di semua tujuh daerah sentiasa dipantau dan dikemas kini dari semasa ke semasa. Selain hospital perkhidmatan kesihatan turut dibantu melalui 52 klinik kesihatan dan 92 buah klinik desa 10 klinik komuniti 45 klinik pergigian serta 8 klinik bergerak yang beroperasi memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitar Negeri Sembilan. Dalam usaha untuk meningkatkan akses kesihatan di seluruh negara dan memenuhi keperluan serta kehendak masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia KKM menekankan pembangunan dan peningkatan taraf 436 Klinik Daif di Malaysia. Projek Klinik Daif ini merujuk kepada inisiatif Kerajaan Malaysia terutamanya oleh KKM untuk menaik taraf dan membangun semula bangunan klinik yang usang atau daif di seluruh Negeri Sembilan, bagi memastikan rakyat mendapat akses kesihatan berkualiti dalam persekitaran selamat. Melibatkan pembinaan bangunan baru baik pulih dan kemudahan mesra OKU dengan peruntukan besar dalam dan pelaksanaan berbagai fasa. Klinik-klinik yang terlibat dalam projek ini akan dilengkapi dengan kemudahan terkini dan teknologi maklumat untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan Kesihatan. Selain itu langkah-langkah keselamatan dan keselesaan juga diambil kira untuk memastikan persekitaran yang produk kondusif untuk pesakit dan kakitangan kesihatan. Secara ringkas projek ini adalah komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan kualiti kesihatan dapat dinikmati semua tanpa mengira lokasi dengan tumpuan utama kepada klinik daif.

Yang Berhormat Datuk Timbalan, YB ADUN Mambau ada membangkitkan berkenaan isu vape dalam kalangan pelajar sekolah. Jabatan Kesihatan Negeri sedang melaksanakan plan jangka panjang yang menyeluruh bagi mengurangkan tabiat merokok serta penggunaan rokok elektronik vape melalui strategi yang merangkumi pendekatan pencegahan penguatkuasaan rawatan berhenti merokok serta kerjasama berbagai pihak. Antara pendekatan yang dilaksanakan adalah seperti berikut, mewujudkan persekitaran bebas amalan merokok melalui penguatkuasaan Akta 852 meliputi Seksyen 7 dan 8 (larangan pengiklanan pengiklanan produk

merokok dan produk merokok tiruan), Seksyen 9 (larangan promosi atau tajaan produk merokok), Seksyen 10 dan 11 (larangan penjualan produk merokok dan produk merokok tiruan). Seksyen 12 (larangan pemberian hadiah bagi produk merokok). Seksyen 13 (larangan penjualan produk merokok kepada orang belum). Seksyen 15 (kawalan pembungkusan dan pelabelan). Seksyen 16 (kawasan atau tempat larangan merokok). Seksyen 17 (larangan merokok bagi OBD). Seksyen 18 (tanggungjawab tuan punya bangunan atau premis memastikan tiada aktiviti merokok berlaku). Menyediakan pelan evokasi lima tahun yang merangkumi mewujudkan program penjagaan khusus bagi golongan kanak-kanak dan remaja. Melaksanakan program intervensi berhenti merokok bagi kanak-kanak remaja dan belia yang telah terjebak dengan tabiat merokok melalui program kesihatan oral tanpa amalan merokok dan Mekud Newstie. Membantu golongan perokok dewasa berhenti merokok melalui perkhidmatan berhenti merokok di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta. Memperkukuhkan pemerkasaan masyarakat mengenai bahaya merokok dengan melaksanakan Program Premis Bersih Bebas Asap di Negeri Sembilan bagi meningkatkan pemahaman dan pematuhan masyarakat terhadap larangan merokok di tempat awam. Program ini melibatkan kerjasama NGO seperti PEMADAM, Ikram Health dan NCSM, agensi swasta, persatuan, peniaga, pihak industri serta komuniti.

Yang Berhormat Datuk Timbalan, dalam memastikan keharmonian antara kaum dan masyarakat umum tidak tergugat oleh kumpulan-kumpulan pelampau yang memainkan sentimen agama dan kaum dalam cubaan memecahbelahkan rakyat. Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Negeri Sembilan disokong erat oleh agensi kerajaan di peringkat negeri mahupun persekutuan telah mengambil langkah-langkah yang berikut bagi menangani cubaan tersebut. Antara langkah yang telah dan sedang diambil oleh pihak kerajaan adalah pemerkasaan peranan entiti organisasi komuniti di peringkat akar umbi, meningkatkan semangat patriotisme dan pelaksanaan aktiviti dan program berteraskan perpaduan iaitu semarak kenegaraan, memupuk semangat cintakan negara, dan penghayatan rukun negara melalui program seperti pameran bicara tokoh dan perkongsian budaya. Semarak perpaduan menggalakkan perpaduan kaum agama dan budaya melalui aktiviti seperti sambutan Minggu Perpaduan, Unity Fun Walk dan Liga Sukan Komuniti. Rumah Komuniti Rahmah, membina komuniti yang harmoni dan saling menghormati melalui kerjasama berbagai pihak dalam program seperti Bakul Rahmah, Ziarah Rahmah dan projek ekonomi. Ketiga-tiga kluster ini menyokong usaha membina masyarakat bersatu dan Sejahtera. Langkah-langkah ini bertujuan untuk membantu memastikan perpaduan dan keharmonian rakyat Negeri Sembilan terus terpelihara menjadikan negeri ini sebagai contoh sebuah masyarakat majmuk yang stabil, progresif dan sejahtera. Proses menyatupaduan berlandaskan tapak integrasi yang aktif

dan inovatif memerlukan penyelesaian yang efisyen di semua peringkat termasuk persekutuan dan negeri serta lapisan masyarakat, bermula individu keluarga dan komuniti. Keharmonian dan perpaduan kaum ialah asas kepada kestabilan dan kemajuan negara tanpa perpaduan pembangunan sukar dicapai. Setiap entiti masyarakat mempunyai tanggungjawab dan amanah yang besar untuk memupuk semangat saling menghormati tolak ansur dan nilai kekitaan demi kesejahteraan bersama. Peranan dan tanggungjawab kerajaan entiti masyarakat mahupun perseorangan perlu bersama-sama dalam memastikan kedaulatan dan kesejahteraan negara agar terus diperlihara.

Yang Berhormat Datuk Timbalan, keseluruhan belanjawan ini menggambarkan iltizam kerajaan Negeri Sembilan untuk memperkasa kesihatan rakyat mendukung perpaduan, memperkukuh penyampaian maklumat memantapkan integrasi nasional serta memperluas kerjasama berimpak bersama NGO. Melalui sinergi dan kerjasama yang baik ia akan terus dipacu serta mampan berkesan dan berpaksikan nilai Madani. Akhir kalam, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat atas pandangan serta cadangan yang membina. Portfolio-portfolio yang saya pikul akan terus digerakkan dengan penuh amanah demi kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan. Jika ada mana-mana jawapan yang tidak dapat saya jawab secara lisan saya akan berikan jawapan berkenaan secara bertulis. Sekian, wabillahi Taufiq wahidayah, Assalamualaikum WBT.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Exco, seterusnya.

Datuk Yang Dipertua, terima kasih atas ruang yang diberikan kepada saya untuk membuat penggulungan, bagi perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat berkaitan isu liputan internet, penyelenggaraan infrastruktur telekomunikasi serta hala tuju pembangunan digital di Negeri Sembilan. Yang pertama ialah liputan internet lemah di 3 kawasan iaitu Kampung Bukit Perah, Kampung Kuala Talang dan juga Kampung Tengah menuju ke Seri Menanti.

Datuk Yang Dipertua, terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Seri Menanti atas isu yang dibangkitkan berkaitan dengan liputan dan juga kualiti jaringan internet di kawasan Seri Menanti khususnya melibatkan Kampung Bukit Perah, Kampung Kuala Talang dan Kampung Tengah menuju ke Seri Menanti. Untuk makluman dewan yang mulia ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan terus melaksanakan inisiatif di bawah Pelan Jalinan Digital Negara ataupun JENDELA bagi memperluas liputan jalur lebar dan meningkatkan kelajuan internet di seluruh Negeri Sembilan. Sehingga 31 Oktober 2025, liputan internet di kawasan yang berpenduduk di Negeri Sembilan telah pun mencapai 99.93%. Manakala bagi kawasan berpenduduk

di DUN Seri Meranti sahaja, liputan telah mencapai pada angka 99.24%. Pencapaian ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kesalinghubungan digital yang lebih baik kepada rakyat. Di bawah pelaksanaan JENDELA di DUN Seri Meranti, empat menara komunikasi baru telah pun siap dibangunkan. Satu lagi tapak menara iaitu di kawasan Kampung Talang dan juga Kampung Purun yang kini sedang dalam pembinaan, yang turut melibatkan salah satu, nasib baik tak kena kacau. Yang turut melibatkan salah satu kawasan aduan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Kesemua 23 stesen pemancar sedia ada telah dinaik taraf kepada rangkaian 4G. Sebanyak 1683 premis telah pun dilengkapi dengan rangkaian gentian optik berkapasiti gigabyte.

Berhubung isu liputan lemah di Kampung Bukit Perah dan juga Kampung Tengah, pihak MCMC telah pun menerima laporan YB dan kita telah melaksanakan audit kualiti perkhidmatan di kawasan tersebut. Hasil daripada audit mendapati terdapat ketidakpatuhan terhadap standard mandatori kualiti perkhidmatan. Sehubungan dengan itu notis 51(2) ketidakpatuhan kualiti yang telah ditetapkan telah pun dikeluarkan kepada penyedia perkhidmatan untuk tindakan segeral. Suruhanjaya juga akan mengeluarkan arahan Suruhanjaya kepada mana-mana pihak penyedia perkhidmatan yang gagal mematuhi standard seperti yang telah pun ditetapkan. Kegalan ini mematuhi arahan ini merupakan satu kesalahan di bawah Akta Komunikasi Dan Juga Multimedia 1998 (Akta 588) dan tindakan penguatkuasaan boleh diambil.

Kerajaan menyeru orang awam di Sri Menanti dan juga seluruh negeri untuk menyalurkan maklumat lokasi-lokasi yang mengalami masalah liputan melalui aplikasi MCMC Nexus dan aplikasi ini boleh kita download di dalam melalui Android dan juga Apple dan kita boleh sendiri buat ujian liputan di kawasan yang kita rasakan kurang baik. Aduan dengan kelajuan muat turun yang konsisten di bawah 10MB akan disalurkan untuk siasatan dan tindakan penambahbaikan oleh penyedia perkhidmatan. Sekiranya aduan kepada penyelia perkhidmatan tidak dapat diselesaikan, rakyat juga boleh terus membuat aduan kepada MCMC melalui portal aduan rasmi. Kerajaan negeri akan terus memastikan isu kualiti liputan ini diberi perhatian serius dan diperbaiki secara berterusan demi kesejahteraan rakyat khususnya masyarakat di kawasan DUN Seri Menanti.

Yang kedua ialah penutup mainhole yang dibuka ataupun vandalisme yang dibangkitkan oleh ADUN Seremban Jaya. Terima kasih kepada ADUN Seremban Jaya yang telah membangkitkan isu keselamatan awam berkaitan penutup mainhole yang dibuka akibat vandalisme dan juga pencurian kabel. Kerajaan memandang serius perkara ini dan setakat 30 September 2025 MCMC telahpun menerima 3,477 aduan berkaitan komunikasi dan 5 daripadanya melibatkan penutup mainhole yang telahpun terbuka. Antara

tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan adalah penutupan dan juga pembaikan segera setiap kali laporan diterima, pemasangan penutup mainhole jenis keselamatan tinggi setakat ini 32 lokasi hotspot telah lengkap dengan penutup keselamatan dan juga program pemulihan kabel tembaga dilaksanakan bagi mengurangkan insiden pencurian kabel dan juga gangguan perkhidmatan serta pemantauan berkala oleh pihak utiliti telekomunikasi. Kerajaan negeri akan terus memantau tindakan ini secara menyeluruh.

Seterusnya iaitu liputan internet lemah di Taman Putra, Juasseh. Datuk Yang Dipertua, di Taman Desa Putra Juasseh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Juasseh atas keprihatinan mengenai liputan internet di Taman Desa Putra Juasseh. Untuk maklumat Dewan Yang Mulia ini MCMC bersama penyedia perkhidmatan telahpun menjalankan audit kualiti perkhidmatan di kawasan tersebut dan mendapati terdapat ketidakpatuhan terhadap standard mandatori kualiti perkhidmatan. Jadi Notis Seksyen 51 (2) telahpun dikeluarkan kepada penyedia perkhidmatan bagi memastikan tindakan penambahbaikan segera diambil. Secara keseluruhannya capaian liputan di DUN Juasseh telahpun mencapai 99.47% dengan pelaksanaan 3 menara baru, penaik tarafan 30 stesen pemancar, serta penyediaan gertian optik kepada 3,952 premis termasuk di kawasan orang asli Kampung Guntur. Kerajaan Negeri akan terus memastikan tindakan penambahbaikan dilaksanakan sehingga liputan di Taman Desa Juasseh mencapai tahap yang memuaskan. Khususnya bagi membantu pelajar SPM, usahawan wanita di rumah dan juga anak muda dalam ekonomi digital.

Yang keempat ialah berkaitan penyelenggaraan talian telco di bahu jalan yang telahpun dibawa oleh ADUN Klawang. Untuk makluman semua, keadaan kabel dan juga tiang telekomunikasi yang ditumbuhi tumbuhan menjalar sehingga menjejaskan imej negeri. MCMC telahpun menerima 48 aduan melibatkan tiang gentian optik tidak diselenggara. Arahan telahpun dikeluarkan kepada pemilik struktur untuk melakukan pembaikan segera serta memastikan penyelenggaraan berkala dilaksanakan. Pihak TM turut memaklumkan bahawa tumbuhan menjalar tumbuh semula dengan cepat dan kini sedang mengkaji penyelesaian jangka panjang termasuk kaedah pembersihan lebih menyeluruh, penanaman tumbuhan yang lebih sesuai dan juga penyelenggaraan berjadual yang lebih sistematik, dan kita di pihak Kerajaan Negeri Sembilan komited untuk memastikan aspek kebersihan dan juga keselamatan infrastruktur selaras dengan persediaan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.

Seterusnya iaitu naik taraf infrastruktur digital di Lukut. Terima kasih kepada Yang Berhormat Lukut atas pertanyaan mengenai perancangan menaik taraf infrastruktur digital di kawasan luar bandar. Melalui pesan pelan JENDELA, Negeri Sembilan telahpun mencapai 99.93% liputan kawasan berpenduduk manakala DUN Lukut merekodkan 98.9% yang telahpun diliputi kawasan

internet. Antara pencapaian utama di DUN Lukut adalah 5 menara baru siap dibina, 48 stesen pemancar di naik taraf, 10,838 premis dilengkapi gentian optik, 9 tapak pemancar 5G DNB yang memberikan 92.7% liputan kawasan berpenduduk dan 5 tapak 5G U-Mobile siap membawa trafik pada tahun pertama operasi. Peluasan liputan 5G ke kawasan luar bandar akan diteruskan secara berperingkat sejajar matlamat RMK-13 untuk mencapai 98% liputan 5G di seluruh negara menjelang 2030. Selain daripada itu, pengoperasian pusat Nadi yang telahpun diwujudkan di setiap DUN termasuk Nadi Pekan Lukut, menyediakan akses internet percuma, komputer, latihan digital dan juga program peningkatan kemahiran bagi merapatkan jurang digital.

Akhir sekali, Kerajaan Negeri komited memastikan infrastruktur digital di Negeri Sembilan berada dalam keadaan terbaik demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan ekonomi negeri. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat atas teguran, cadangan serta aduan yang disalurkan. InsyaAllah segala isu yang dibangkitkan akan terus diberi perhatian dan dipantau sehingga penyelesaiannya benar-benar dirasai oleh rakyat. Sekian terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih, seterusnya EXCO daripada pihak kerajaan. Boleh? Dari Bahau.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Johol, Yang Berhormat Chennah, Rantau, Sri Tanjung, Mambau, Lenggeng, Chembong yang telahpun mengambil bahagian dalam perbahasan dan menyentuh perkara yang berkenaan dengan Portfolio Industri. Dato’ Yang Dipertua, bagi menyokong aspirasi untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai hub pelaburan utama negara, Kerajaan Negeri dengan usaha sama swasta, giat melaksanakan pembangunan kawasan-kawasan industri baru. Usaha ini bertujuan untuk menarik lebih banyak pelabur berpotensi, khususnya ke wilayah pembangunan Malaysia Vision Valley 2.0 yang melibatkan daerah Seremban dan Port Dickson. Pada masa ini, seluas 8,593.28 ekar kawasan industri baru telah dikenal pasti dan sedang dalam proses pemajuan kawasan industri baru dengan senarai terperinci melibatkan SPD Tech Valley dengan keluasan 523 ekar, kini dibangunkan oleh pemaju Swri Pajam Development, Eco Business Park 7 dengan keluasan 1,195 ekar, dibangunkan secara usaha sama Perbadanan Negeri Sembilan, SD Guthrie dan Eco World Development Berhad. Suka saya nak nyatakan dalam Dewan Yang Mulia ini bahawa projek ini telahpun disempurnakan majlis pecah tanahnya oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 11 November yang lalu. NS Semiconductor Valley atau ringkasnya NSSV akan dibangunkan NS Semiconductor Valley Sendirian Berhad yang merupakan Special Purpose Vehicle ataupun SPV usaha sama Perbadanan Negeri Sembilan dan MI Group. Pembangunan

kawasan perindustrian seluas 837 ekar di kawasan perindustrian Tuanku Jaafar ini adalah merupakan antara usaha pembesaran sektor industri sedia ada di kawasan tersebut. Menerusi usaha sama yang berkaitan juga Perbadanan Negeri Sembilan kini dalam usaha bagi membangunkan sebidang tanah di Parcel B dengan keluasan 1,281 ekar menerusi projek NS Smart Park atau NSSP. Di Parcel B juga Matrix Concept dengan Perbadanan Negeri Sembilan telah menjalin usaha sama membentuk sebuah SPV iaitu N9 Matrix Development Sendirian Berhad bagi membangunkan sebuah projek perbandaran baru MVV City di atas plot tanah seluas 1,382.2 ekar. Dalam pembangunan bercampur ini terdapat juga komponen perindustrian di kawasan berhampiran dengan projek Vision Business Park oleh Sime Darby Property. Menyentuh kepada projek tersebut, Sime Darby Property Berhad kini dalam usaha pembangunan tiga kawasan perindustrian yang melibatkan Vision Business Park di Pasir B seluas 760 ekar. Hamilton Industrial Park di Parcel A dengan keluasan 892 ekar dan juga XME Business Park FASA yang baru seluas 75 ekar. TH Properties juga pada masa ini sedang merealisasikan pembesaran kawasan perindustrian di bandar Enstek, dengan projek Tech Park at Enstek Fasa 3 seluas 616.56 ekar. Kawasan perindustrian Tech Park@Enstek telah terletak di antara kawasan perindustrian Parcel B dan pembangunan Eco World di Parcel C.

Oleh itu, kerajaan negeri menjangkakan dengan kehadiran syarikat-syarikat multinasional di hub perindustrian itu seperti Kellogg's, Ajinomoto, Dutch Lady dan banyak lagi serta pengembangan perindustrian di sekitar akan membentuk suatu ekosistem perindustrian kompleks dan komprehensif di bahagian barat Negeri Sembilan yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Selain itu, pembangunan kawasan perindustrian Negeri Sembilan turut dirancakkan dengan pembangunan Spring Hill Industrial Park Fasa 3 yang sedang dibangunkan oleh pemaju West Synergy di atas tanah seluas 179 ekar. Pemaju hartanah juga akan membangunkan Eco Smart Industrial Park dengan keluasan 757 ekar di kawasan berdekatan dengan tapak kualiti alam dan yang terakhir, melibatkan kawasan industri sokongan kepada pembangunan NSSV iaitu Kelisah Mewah Industrial Park seluas 95.52 ekar oleh pemaju Azam Mewah Sendirian Berhad.

Dato’ Yang Dipertua, dengan wujudnya rangka komprehensif Pelan Pembangunan Malaysian Vision Valley 2.0 dan disokong dengan pembangunan kawasan-kawasan industri baru kerajaan negeri mampu menarik pelaburan yang berkualiti dan berimpak tinggi khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik serta semikonduktor Aeroangkasa, Teknologi Makanan dan Pharmaceutical selaras dengan sektor yang disasarkan dalam kluster industri di wilayah tengah yang telah diwar-warkan secara rasmi pada 11 November 2025 yang lalu. Strategi ini turut disokong dengan dasar pelaburan kerajaan negeri yang terbuka dan mesra pelabur. Kerajaan negeri turut menekankan kaedah pemudahcara pelaburan melalui inisiatif NS

Fastlane di peringkat pihak berkuasa tempatan. Ini adalah salah satu usaha kerajaan negeri untuk mempercepatkan proses kelulusan dan menyediakan kemudahan yang lebih efisien kepada pelabur yang ingin menjalankan projek di Negeri Sembilan. Program Fastlane ini memberi ruang kepada pelabur untuk menikmati proses yang lebih cepat dan lancar bermula dari sebelum kelulusan pelan sehingga bangunan siap di tapak. Seterusnya kebenaran beroperasi dalam masa yang singkat melalui gabungan proses di peringkat kelulusan pelan, Sijil Perakuan Siap (CCC) dan lesen pengoperasian.

Dato’ Yang Dipertua, untuk portfolio Hal Ehwal Bukan Islam. Yang Berhormat Lobak telah pun memberi beberapa cadangan di mana Yang Berhormat telah pun mencadangkan supaya kerajaan negeri dapat memberi perhatian kepada tapak-tapak perkuburan Cina dan untuk maklumat Yang Berhormat Lobak, kerajaan negeri sentiasa mengambil maklum keperluan masyarakat bukan Islam termasuk pengurusan kawasan perkuburan Cina di seluruh negeri. Berdasarkan semakan yang terkini, terdapat 90 tapak kawasan perkuburan Cina di Negeri Sembilan dan jumlah keluasannya adalah sebanyak 270.605 hektar. Pengurusan setiap tanah kubur bukan Islam, khususnya untuk komuniti Cina ini akan diuruskan oleh mana-mana pertubuhan atau persatuan yang berkelayakan dan diiktiraf oleh Jabatan Pertubuhan Malaysia (ROS). setiap pertubuhan yang telah diluluskan akan menguruskan segala hal ehwal serta penyelenggaraan tanah kubur tersebut. Pihak pertubuhan juga mengenakan kadar cas yang minimum bagi setiap pengurusan pengebumian memandangkan tapak-tapak ini perlu sentiasa diselenggara dengan lebih baik dan sempurna serta berada dalam keadaan yang terurus dan bersih. Kerajaan negeri melalui pejabat saya, Pejabat Pengurusi Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam sentiasa prihatin terhadap pertubuhan ataupun persatuan yang menguruskan tapak perkuburan bukan Islam agar kawasan tersebut dapat diurus dengan teratur dan berkesan. Kerajaan negeri juga komited ia komited untuk memastikan pengurusan kawasan perkuburan bukan Islam khususnya kaum Cina, diberikan perhatian yang sewajarnya sebagai sebahagian daripada usaha menjaga kebajikan dan sensitiviti semua rakyat tanpa mengira agama dan kaum.

Untuk menjawab soalan yang telahpun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Chembong tadi, Yang Berhormat Chembong tadi ada membangkitkan persoalan mengenai status terkini Kilang EV yang kita telahpun adakan majlis pecah tanah lebih kurang setahun yang lalu. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Chembong dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kilang tersebut sekarang telahpun sampai fasa yang paling akhir saya dimaklumkan tak lama lagi mereka akan dapat CCC, cuma dari segi kerjasama dengan Syarikat Neta tersebut itu terpaksa dihentikan ataupun kontrak dengan mereka terpaksa tamat kerana syarikat tersebut telahpun berhenti operasi di China. Jadi walaubagaimanapun, sudah tentunya orang kata mengapa Neta dia berhenti dan sebagainya, bagi saya, saya rasa yang paling penting kilang

tersebut masih dalam proses pembangunan dan seperti apa yang saya katakan tadi, kilang tersebut dijangka akan siap sepenuhnya pada first quarter ataupun quarter yang pertama pada tahun depan dan untuk makluman semua, sebenarnya selain daripada membuat kereta EV, Neta sebenarnya kilang tersebut selama ini memang terbuka untuk bekerja dengan mana-mana syarikat otomobil untuk membuat truck ataupun membuat kereta dan untuk maklumat semua, sebenarnya saya rasa 2 minggu yang lepas saya pernah berjumpa dengan pemilik kilang tersebut dan saya telah dimaklumkan bahawa mereka telahpun mendapat beberapa partner ataupun beberapa partner strategik untuk mereka meneruskan operasi di kilang tersebut. Saya rasa itu sedikit sebanyak yang saya boleh menjawab kepada Yang Berhormat Chembong dan yang akhir sekali, tadi Yang Berhormat Mambau ada menyebut mengenai beberapa data center yang telah wujud dan akan wujud di negeri kita dan sudah tentunya, kerajaan negeri kita sentiasa memastikan bahawa setiap kilang, tak kira data center ataupun apa-apa saja kilang kita ada syarat kita yang cukup ketat sekali dan kita akan pastikan bahawa bekalan elektrik dan juga bekalan air sentiasa mencukupi bukan sahaja untuk kilang, tetapi untuk rakyat jelata. Itu sedikit sebanyak yang saya ingin sampaikan terima kasih terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bahau. Dijemput seterusnya wakil daripada kerajaan, terima kasih.

Terima kasih YB Datuk Timbalan Speaker. Salam Malaysia Madani, salam perpaduan, salam Negeri Sembilan bersih, muafakat sejahtera. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Negeri Sembilan atas pembentangan bajet yang inklusif dan komprehensif pada kali, dan juga saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan pada kali ini. Di samping itu, saya menerima beberapa persoalan berkaitan dengan beberapa isu melibatkan portfolio saya. Saya ucapkan terima kasih kepada ADUN-ADUN yang membangkitkan isu-isu berkaitan portfolio ini.

Pertamanya berkaitan dengan ADUN Gemas. Isu yang dibangkitkan adalah kesukaran warga emas untuk menggunakan aplikasi eCOSS dalam urusan pembelian minyak masak memandangkan ketiadaan telefon pintar ataupun talian internet. Untuk makluman ADUN Gemas Aplikasi Mobile E-Kos merupakan satu model tambahan kepada sistem skim penstabilan harga minyak masak eCOSS yang berperanan sebagai salah satu mekanisme mengawal ketirisan minyak masak paket 1kg. Aplikasi ini memerlukan peruncit merekodkan transaksi jual beli minyak masak paket bersubsidi 1kg kepada pengguna yang berdaftar menggunakan kod QR. Penggunaan mobile eCOSS ini akan melengkapkan pemantauan rangkaian pengedaran minyak

masak paket bersubsidi 1kg dari kilang, penapis sehingga ke rantaian akhir iaitu pengguna. Pelaksanaan aplikasi ini telah dilaksanakan secara rintis dalam Program Jualan Rahmah Madani PJRM di seluruh Negeri Sembilan sejak Ogos 2025. Bermula November 2025 pula inisiatif ini telah dipanjangkan dan digalakkan pelaksananya di peringkat pasaraya di Negeri Sembilan. KPDN Negeri Sembilan juga mengambil malam isu kesukaran rakyat yang tidak mempunyai telefon pintar atau menghadapi gangguan liputan internet. Bagi mengatasi isu ini KPDN Negeri Sembilan dengan kerjasama semua operator Program Jualan Rahmah telah menempatkan petugas khas untuk membantu rakyat Negeri Sembilan dalam memastikan pelaksanaan mekanisme kawalan dan penjualan minyak masak paket 1kg ini berjalan lancar di seluruh negeri, menjangkaui Program Program Jualan Rahmah dan juga pemain industri, pemborong dan juga peruncit yang lain. KPDN Negeri Sembilan juga mengalukan sebarang pertanyaan atau aduan berhubung perkara yang boleh disalurkan melalui aplikasi Ez Adu KPDN, Whatsapp ke nombor 019-8488000 panggilan ke talian hotline ke 1-800-886-800 ataupun di portal I-ADU-KPDN di laman web eaduan.kpdn.com.my.

Seterusnya ADUN lukut membangkitkan persoalan berkaitan dengan bagi pemerkasaan industri mikro, kecil, sederhana PMKS perlu ada strategi pembangunan yang sistematik, khususnya pelancongan untuk pembangunan ekonomi setempat. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Lukut, industri mikro, kecil dan sederhana PMKS merupakan antara penyumbang utama kepada ekonomi Negeri Sembilan terutamanya dalam sektor makanan, peruncitan, kraftangan, perkhidmatan dan juga industri pelancongan. Negeri Sembilan mempunyai keunikan tersendiri yang berasaskan warisan adat budaya alam semula jadi serta potensi pelancongan keluarga. Kerajaan Negeri Sembilan melalui Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan juga telah merangka penubuhan pusat jualan setempat produk PMKS di daerah-daerah bagi mengalakkan pertumbuhan ekonomi setempat melalui Kempen Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026. Perancangan ini juga melibatkan kerjasama daripada jabatan agensi lain seperti PKNS, Lembaga Muzium Negeri Sembilan, PBT dan juga PTD, Pejabat Daerah Tanah. Selain produk PMKS, pusat ini juga akan menempatkan produk-produk pelancongan Negeri Sembilan dan cenderahati sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026. Cadangan penubuhan One Stop Centre ini dijangka dapat merangsang ekonomi setempat secara mampan. Antara cadangan lokasi One Stop Centre di setiap daerah adalah seperti berikut Seremban di Muzium Negeri Sembilan Seremban. Kuala Pilah di Perkampungan Budaya Terachi. Rembau, Wet World Pedas. Jempol di Teratak Za’ba. Tampin, Lomak Salai dan Stesen Keretapi Lama Gemas. Port Dickson di bandar, Sunggala Prima. Jelebu di Apaca Coffee, TiTi. Selain itu juga cadangan memperkasa Dataran Usahawan Seremban 2 juga merupakan inisiatif strategi yang selari dengan agenda

Kerajaan Negeri Sembilan yang memperkukuhkan ekosistem pembangunan usahawan dan menggalakkan pembangunan ekonomi tempatan.

Dengan mewujudkan hub PMKS di Dataran Usahawan akan dapat menyediakan pusat perniagaan komuniti yang lengkap dengan fasiliti seperti pusat latihan dan seminar, ruang niaga yang kondesif serta kemudahan khidmat nasihat kepada usahawan tempatan. Dengan kelulusan peruntukan sebanyak RM500,000 pada tahun 2026 Kerajaan Negeri Sembilan akan cuba untuk merealisasikan projek-projek dan program-program yang telah dirancang agar dapat membuka peluang pekerjaan sekaligus mengurangkan masalah lokasi perniagaan penjaja yang tidak teratur dan terancang. Kerajaan Negeri Sembilan juga mengambil maklum kepentingan pembangunan ekonomi setempat melalui pengukuhan sektor pelancongan berasaskan warisan dan budaya. Strategi pembangunan yang lebih sistematik sedang dirancang termasuk perancangan produk pelancongan yang berfokus memantapkan penawaran, tarikan dan acara dan pengalaman pelancong.

Kedua, penglibatan komuniti setempat iaitu meningkatkan penyertaan usahawan tempatan dalam rantaian nilai pelancongan termasuk penginapan makanan, kraftangan dan juga perkhidmatan pelancongan. Ketiga, promosi bersepadu dan strategik menggunakan platform digital kempen promosi melalui pameran dan misi jualan kerjasama dengan ejen pelancongan serta penganjuran FAMTrip bagi memperkenalkan produk industri mikro kecil dan juga sederhana yang berasaskan pelancongan. Keempat, pembangunan infrastruktur pelancongan memastikan kemudahan akses dan juga persekitaran yang mesra bagi pelawat.

Datuk Yang Dipertua, Ini berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh ADUN Labu, dia tak ada dalam Dewan sekarang tetapi saya jawab juga atas persoalan yang dibangkitkan oleh beliau iaitu sebahagian bekas pekerja ladang Sime Darby Plantation, Labu pernah mengumumkakan permohonan untuk memiliki rumah mampu milik Type A di Taman Kirby Labu tetapi telah dinafikan hak untuk memiliki rumah tersebut. Untuk makluman yang berhormat ADUN Labu berdasarkan semakan Bahagian Perumahan didapati tiada sebarang aduan pernah diterima daripada bekas pekerja ladang secara rasmi berhubung permohonan tersebut. Untuk makluman YB ADUN Labu juga sebanyak 94 unit rumah mampu milik Type A telah dibina di kawasan projek Taman Kirby Labu. Daripada jumlah tersebut sebanyak 93 unit telah dibuat pengisian dan terdapat satu unit baki perlu diisi dan inilah jawapan kepada ADUN Labu dan saya juga telah meminta beliau untuk mengemukakan bantahan ataupun penafian hak kepada pekerja yang telah membuat aduan kepada ADUN Labu, tetapi sehingga sekarang saya tidak menerima apa-apa senarai peserta yang dinafikan hak tersebut. Jadi saya minta ADUN Labu ini kalau saya nak jawab kepada soalan hipotesis memang

sukar bagi saya. Kalau ia berdasarkan fakta sudah tentu saya akan menjawab bagi penafian tersebut. Ini adalah satu tuduhan yang serius terhadap kerajaan negeri kerana mendakwa bahawa hak sesuatu pekerja itu dinafikan. Jadi saya minta lain kali kalau nak berhujah di dalam dewan ini berdasarkan kepada fakta bukannya soalan hipotesis. Sukar untuk kita jawab. Jadi untuk makluman juga sebagai tambahan kepada ADUN Seremban Jaya yang membangkitkan isu berkaitan dengan perumahan iaitu peruntukan RM50 juta di peringkat kementerian saya telah berhubung dengan YB Kula untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan peruntukan ini.

Sebenarnya peruntukan itu adalah untuk Skim Khas Pembiayaan Perumahan bagi pekerja ladang yang disalurkan kepada Bank Simpanan Nasional bagi membolehkan pekerja ladang ini mendapatkan skim tersebut untuk membeli rumah ataupun membina rumah tersebut dan saya dimaklumkan di Perak, belum lagi projek itu dimulakan sebenarnya mereka ada tanah tetapi dana yang diperuntukkan tersebut adalah untuk pembiayaan sahaja, bukannya untuk pembinaan ataupun untuk projek perumahan rakyat untuk pekerja-pekerja ladang. Jadi walau bagaimanapun saya akan membawa cadangan ADUN Seremban Jaya ke peringkat kementerian untuk kita bincang supaya kita dapat realisasikan program untuk pekerja ladang ini, tetapi sudah tentu kita perlukan tanah dan sebagai satu program CSR pihak ladang juga sepatutnya mematuhi program CSR ataupun compliance dengan ESG iaitu memperuntukkan tanah untuk pembinaan ini, sudah tentu kalau sekiranya ada tanah yang sesuai sudah tentu kita akan boleh membuat projek perumahan rakyat ini untuk pekerja ladang.

Jadi ini adalah cadangan yang baik daripada ADUN Seremban Jaya dan saya rasa ia perlu dibawa ke peringkat kementerian supaya kita dapat gunakan bukannya dana daripada RM50 juta itu. RM50 juta itu adalah untuk pembiayaan bagi pembelian rumah oleh pekerja-pekerja estet di seluruh Malaysia dan di Negeri Sembilan kita ada lebih kurang statistik daripada pekerja ladang di Negeri Sembilan bilangan permohonan yang diluluskan dan tidak diluluskan adalah seperti berikut bilangan permohonannya adalah 45 sehingga November 2025 bagi pembiayaan skim khas ini untuk pekerja ladang dan bilangan yang diluluskan adalah 20 dan bilangan yang tidak diluluskan adalah sebanyak 25 sebab ia tertakluk kepada syarat-syarat yang ketat juga. Kita menghadapi kekangan dari segi kebolehan untuk membeli rumah tersebut kerana berdasarkan dokumen-dokumen yang diperlukan dan ada pekerja-pekerja ini tidak mampu untuk mengemukakan dokumen-dokumen yang sepatutnya bagi membolehkan BSN memberi kelulusan pinjaman tersebut dan faedah yang dikenakan adalah sangat-sangat rendah 2% sahaja, jadi ini mungkin perlu dikaji balik oleh pihak kementerian supaya melonggarkan lagi syarat-syarat permohonan ini supaya kita dapat pastikan lebih ramai pekerja ladang ini dapat membeli rumah, rumah sendiri mereka untuk buat kali pertama.

Jadi ada juga kekangan lain iaitu kekurangan rumah kos rendah ini di tempat-tempat yang strategik. Jadi kita perlu seperti yang disebut oleh ADUN Seremban Jaya tadi kita perlukan satu tanah di kawasan yang strategik tidak jauh daripada tempat pekerja ladang ini bekerja jadi kalau ada tanah seperti ini sudah tentu kerajaan negeri akan memberi kerjasama dalam usaha untuk membuat projek PPR ini untuk pekerja ladang bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan rumah untuk keluarga mereka. Jadi untuk peringkat kerajaan negeri kita akan bawa usul ini kepada kementerian supaya kita dapat satu dana dan saya dimaklumkan juga daripada RM50 juta ini sebanyak RM26.4 juta telah dibiayai melalui Bank Simpanan Nasional kepada pemohon-pemohon yang telah berjaya dan bakinya tidak banyak iaitu kurang daripada RM25 juta sahaja.

Jadi kita akan usulkan benda ini kepada kerajaan persekutuan supaya kita dapat pastikan pekerja ladang juga dapat hak mereka dan bukan setakat itu saja, di ladang-ladang kita mahukan pekerja-pekerja ini dapat kebajikan yang baik untuk mereka sebab kita tahu pekerja ladang ini ada keperluan akses kepada kesihatan, akses kepada pelbagai kemudahan, supaya mereka dapat hidup dalam keadaan yang sejahtera. Jadi ini adalah matlamat dan kita nak pastikan setiap warga di Negeri Sembilan ini mempunyai rumah untuk mereka sendiri dan bagi keluarga mereka supaya kita tidak pinggirkan warga Negeri Sembilan ini daripada memiliki rumah mereka sendiri. Jadi kerajaan akan terus memberi perhatian kepada isu ini supaya kita nak pastikan kesejahteraan rakyat di Negeri Sembilan ini dapat dijamin dan dipastikan. Itu saja Datuk Speaker saya mohon.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Repah. Seterusnya Yang Berhormat Bukit Kepayang.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Yang Berhormat Datuk Timbalan Yang Dipertua dan Dewan Yang Mulia ini bersempena dengan Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan tema Belanjawan Madani Rakyat Harmoni, sukacita saya menggulungkan perbahasan kali ini dengan menekankan beberapa aspek belanjawan yang jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan dalam sektor pelancongan, kesenian dan kebudayaan yang menjadi teras kepada masyarakat, pembangunan masyarakat bersih mufakat dan sejahtera sesuai dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan. Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan menerusi Belanjawan 2026 telah menyediakan peruntukan untuk semua lapisan masyarakat daripada bayi ke budak sekolah ke mahasiswa ke belia ke warga emas. Di sini saya menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri, Ahli MMK, Dato’ SS, Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang dan semua penjawat awam.

Sebelum saya teruskan, izinkan saya untuk menyampaikan serangkap pantun.

Lembah Pantai Port Dickson Permai, Pasir Memutih Laut Membiru, Moh Bercuti Bersama Keluarga Ramai, N9 Menanti Dengan Senyuman Mesra Selalu.

Saya telah meneliti isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sepanjang tempoh perbahasan dan terdapat beberapa isu yang menyentuh tugas dan fungsi Portfolio Pelancongan Kesenian Dan Kebudayaan Negeri Sembilan. Mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labu, kenapa laluan masuk ke Negeri Sembilan masih kosong? Adakah Tahun Melawat Negeri Sembilan sekadar acara kertas atau agenda sebenar untuk rakyat? Untuk makluman, walaupun Yang Berhormat Labu tidak berada dalam Dewan saya ingin menjawab. Bagi menghadapi persiapan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 yang kini giat dilaksanakan Projek Pembinaan Mercu Tanda Sempadan Negeri, Sempadan Daerah serta Papan Tanda Fund Map Pelancongan Daerah turut diambil kira sebagai salah satu inisiatif berimpak tinggi untuk memudahkan rujukan pelancong yang memasuki Negeri Sembilan. Bagi memastikan keseragaman dan keberkesanan semua daerah sedang dalam tindakan memasang banting dan juga papan iklan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026. Saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Labu bahawa alangkah baiknya jikalau saya boleh jentik jari semua sempadan dicahayakan semua telah bersedia, tapi keadaannya bukan begitu, kami perlu masa untuk, satu dana, yang keduanya kerja-kerja sedang dijalankan atau dengan izin work in progress sebenarnya pintu gerbang pintu masuk ke Seremban sudah di naik taraf cuma sekarang kita nak tambah lagi mungkin pencahayaan dan juga papan tanda. Pelaksanaan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 bukan sekadar agenda di atas kertas atau program sementara tetapi ia bertujuan bertujuan memberikan manfaat langsung kepada rakyat negeri ini. Penganjuran Tahun Melawat Negeri Sembilan dijangka memperkukuh peluang pekerjaan dan keusahawanan terutamanya melalui perusahaan kecil, sederhana serta aktiviti keusahawanan dalam sektor pelancongan, perhotelan, perkhidmatan makanan dan industri kreatif tempatan. Program ini mampu merancakkan pengaliran ekonomi setempat sekaligus meningkatkan pendapatan komuniti terutama di kawasan tumpuan pelancongan bandar dan luar bandar.

Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini Tahun 2024 kami ada satu inisiatif Tech@N9 Tourism Arts and Culture at N9 di mana peruntukan ini telah ia selaras dengan pendekatan merakyatkan pelancongan di mana JBKK dan juga NGO komuniti setempat KRT mereka dapat memohon dana ini untuk mengadakan aktiviti dan program pelancongan dan juga tadi rakan bijaksana

saya DUN Repah sudah beritahu tentang One Stop Center di mana kami ada pusat pengumpulan produk-produk IKS. Tadi ada di seberang muzium itu juga dapat memanfaatkan komuniti setempat selain itu pelaksanaan program ini juga menyokong usaha penambahbaikan kemudahan asas seperti akses jalan, kebersihan, keselamatan, kemudahan awam, penyediaan fasiliti pelancongan yang lebih berkualiti untuk kesejahteraan rakyat. Secara keseluruhannya Tahun Melawat Negeri Sembilan bukan saja memacu pertumbuhan pelancongan tetapi juga menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi rakyat serta pemerkasaan identiti negeri secara berterusan.

Untuk menjawab Yang Berhormat Seremban Jaya berkenaan dengan jambatan sebenarnya sekarang dia adalah jambatan keempat tinggi kerana ada jambatan baru yang sedang telah dibina iaitu di Park Bypass Bukit Putus sebagai tempat pelancongan dan R&R. Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan tanah yang dicadangkan untuk pembangunan R&R di laluan Park Bypass Bukit Putus itu terletak dalam Hutan Simpanan Berembun. Ia mempunyai keluasan tanah yang agak terhad dan terletak di kawasan cerun berbukit serta lokasi yang kerap berlaku kemalangan jalan raya. Sehubungan itu sebarang cadangan pembangunan di kawasan tersebut diperlukan diadakan kajian terperinci oleh Jabatan Kerja Raya termasuk penilaian terhadap pelebaran rizab jalan, keselamatan struktur, kesesuaian geologi tapak, serta keberkesanan rekabentuk infrastruktur yang dicadangkan. Kajian ini adalah penting bagi memastikan keselamatan pengguna jalan jalan raya terjaga dan kelestarian alam sekitar terpelihara.

Saya boleh cadangkan supaya untuk projek akan datang kerajaan persekutuan menerapkan elemen pelancongan ke dalam struktur infrastruktur jabatan misal kata dari contoh Yang saudara ADUN Seremban Jaya bagi mereka sudah ada elemen tersebut. Maksud dalam kos pembinaan jabatan mereka juga ada satu menara tinjau diseberang supaya nampak bahawa jambatan itu tinggi dan juga ada tempat jalan yang untuk kenderaan masuk dan juga turun melalui jambatan. Itu kos sudah diambil kira tapi sekarang infrastruktur tidak mengambil kira elemen pelancongan. So boleh dicadangkan kepada kerajaan persekutuan untuk projek-projek yang akan datang.

Untuk menjawab Yang Berhormat Klawang untuk diadakan satu anjung tinjau di Bukit Tajali berdekatan dengan Masjid Jamik Klawang. Untuk makluman Yang Berhormat Klawang, berdasarkan semakan Pejabat Klawang, Klawang sorry, minta maaf Klawang Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan ICU, JPM NS tiada menerima sebarang permohonan bagi membiayai anjung tinjau di Bukit Tajali pada tahun ini. Walau bagaimanapun ICU akan mempertimbangkan sekiranya ada peruntukan pada tahun hadapan. Untuk menjawab isu Yang Berhormat Sri Tanjung yang mengatakan

bahawa Ribut Senyar telah mengakibatkan kerosakan teruk kepada jeti penumpang Port Dickson, PBT mengambil maklum laporan mengenai kerosakan teruk yang dialami di jeti penumpang Port Dickson akibat ribut senyar. Keutaman telah diberikan untuk menilai tahap kerosakan secara menyeluruh termasuk struktur jeti dan pintu masuknya, bagi memastikan keselamatan feri dan pengunjung. Kerjasama dengan pihak berkepentingan dan kontraktor berkelayakan sedang dipercepatkan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan secepat mungkin. Pihak kerajaan Negeri Sembilan juga menekankan kepentingan mengekalkan imej Port Dickson sebagai destinasi pelancongan selamat dan menarik selaras dengan usaha pemulihan ekonomi setempat. Pemantauan berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan aliran pelancong tidak terganggu secara signifikan sepanjang tempoh pembaikan. PBT menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai serta pengunjung dalam menghadapi situasi sementara ini.

Untuk menjawab Yang Berhormat Gemas berkenaan dengan mengapa Muzium Gemas dijenamakan sebagai Galeri Stesen Kereta Api Lama Gemas. Usaha ke arah merealisasikan Muzium Kereta Api Gemas tidak pernah terhenti. Menurut Lembaga Muzium Negeri Sembilan terdapat keperluan atau kriteria untuk kewujudan satu perjawatan Kurator muzium di Majlis Daerah Tampin yang merupakan kriteria utama bagi mengwujudkan sebuah muzium. Perlu ditadbir oleh satu pasukan yang mempunyai kepakaran dalam bidang curatorial, konservasi pengurusan, pendidikan dan keselamatan artifak. Jadi buat masa ini Muzium ini terpaksa dijenamakan sebagai Galeri Stesen Kereta Api Lama Gemas sementara menunggu perjawatan tersebut. Galeri Stesen Kereta Api Lama Gemas sedang giat disiapkan bagi menerima pelancong sempena tahun melawat. Saya selaku EXCO Pelancongan mengalu-alukan sumbangan artifak berkaitan dengan KTM melalui video yang dimuat naik dalam laman Facebook Majlis Daerah Tampin pada 12 November 2025 yang telah menerima sebanyak 77,100 ribu tontonan setakat 12 November setakat 8 Disember 2025 dan masa Stesen Kereta Api dan beberapa barangan artifak lain yang telah disumbangkan oleh Encik Ibrahim dari Kulai Johor yang akan turut dipamerkan dalam Galeri Stesen Kereta Api Gemas selepas proses pendaftaran inventori aset selesai. Antara barangan yang dipamerkan seperti kelengkapan pembaikan rail, kereta api lampu-lampu, lokomotif alat perhubungan dan komunikasi lokomotif dan lain-lain lagi pihak operator juga dalam proses menempah pakaian-pakaian lama KTM untuk dipamerkan dalam Galeri Stesen Kereta Api Lama Gemas. Pihak Majlis Daerah Tampin juga telah melantik operator untuk mengoperasikan Galeri Stesen Kereta Api Lama Gemas. Antara pengisian di Galeri ini adalah sewaan basikal, restoran dalam coach atau gerabak kereta api, sewaan dewan terbuka, bilik mesyuarat dan juga beberapa kedai menjual makanan dan minuman seperti cendol sawit dan makanan masakan panas. Sehingga kini Galeri Stesen Kereta Api

Lama Gemas mendapat sambutan yang hangat lebih-lebih lagi sewaktu hari minggu.

Untuk menjawab Yang Berhormat Gemas juga berkenaan dengan penurunan peruntukan P62. Terima kasih atas keprihatinan anda untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek-projek yang telah siap yang dilaksanakan tidak perlu diteruskan lagi. Sebaliknya tumpuan diberikan kepada promosi tahun melawat. Penurunan peruntukan di bawah P62 daripada RM6 juta ke RM2.5 juta adalah hasil daripada proses penyusunan semula keutamaan projek bagi tahun kewangan semasa. Kerajaan kini menumpukan perbelanjaan kepada projek berskala besar yang sedang berjalan termasuk memastikan kesinambungan projek terdahulu serta menyiapkan pembangunan yang perlu diselesaikan sebelum projek baru dapat dilaksanakan. Walhal dana untuk peruntukan untuk acara dan promosi telah dinaikkan dari RM6.5 juta ke RM12 juta untuk tahun depan. Meskipun berlaku pengurangan peruntukan di bawah P62 kerajaan memastikan tiada program utama yang terjejas secara langsung kerana sebahagian komponennya telah diselaraskan diperuntukkan di bawah kod dan jabatan lain sebagai usaha mengoptimumkan sumber kewangan negeri. Di samping itu pada masa ini fokus utama turut diberikan kepada promosi kempen tahun melawat sebagai strategi meningkatkan kehadiran pelancong dan mengukuhkan penjenamaan negeri termasuk pelaksanaan aktiviti Calendar of Events, NS Fest, Tampin MTB Jamboree, Tampin Transnaning, Seven Wonders Challenge, Sirkit Lima Bukit, Pesta Bola Ngoca, Kejuaraan Petronas dan Malaysia Cup Pre. Penganjuran acara-acara utama ini dirangka sebagai pemangkin kehadiran pelancong serta mengukuh penjenamaan negeri dalam tempoh persediaan tahun melawat.

Sehubungan itu memandangkan projek pembangunan berskala besar mengambil masa yang panjang untuk disiapkan, fokus tahun melawat kini diberikan kepada memastikan ketersediaan produk pelancongan yang sedia ada dan siap digunakan. Pendekatan ini membolehkan pelancong menikmati pengalaman yang lengkap dan berkualiti semasa lawatan mereka ke Negeri Sembilan menjelang 2026. Untuk menjawab Yang Berhormat Lukut berkenaan dengan langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk menanangi isu keselamatan kawal selia pembangunan serta operasi homestay di Port Dickson. Untuk makluman terdapat dua definasi yang berbeza berkaitan homestay di Malaysia. Program Pengalaman Homestay Malaysia di bawah MOTAC merupakan satu program di mana perkhidmatan ditawarkan tidak terhad kepada perkhidmatan lodging atau penginapan saja, pelancong tinggal bersama tuan rumah pengusaha homestay kebanyakannya adalah rumah-rumah tradisional yang telah berdaftar dengan MOTAC menjalani gaya hidup seharian masyarakat Malaysia dan turut serta dalam aktiviti pelancongan berasaskan komuniti dengan izin Community Based Tourism seperti sukan rakyat, acara kebudayaan, merewang, perayaan,

belajar tarian, memasak dan sebagainya. Konsep utama yang ditekankan bagi program ini adalah dengan izin Experiential Tourism atau Community Based Tourism. Kini Negeri Sembilan mempunyai sembilan kluster. Kata kunci adalah kluster orang ingat sembilan buah rumah homestay, bukan setiap kluster homestay kemungkinan ada lima rumah enam rumah, ini menunjukkan bahawa ia lebih daripada sembilan buah rumah. Ia ada sembilan kluster homestay yang berdaftar di bawah MOTAC manakala dengan izin Short Term Residential Accommodation atau STRA merujuk kepada unit kediaman persendirian seperti rumah teres, bungalow, pangsapuri, kondominium atau rumah berkembar yang digunakan sebagai penginapan jangka pendek bagi pelancong atau pengunjung.

Penginapan ini biasanya disewa secara harian, mingguan atau kurang daripada sembilan puluh hari dalam industri pelancongan STRA ialah bentuk penginapan alternatif yang melengkapkan hotel, contohnya Airbnb, homestay moden, servis apartment, sewa harian atau rumah percutian MOTAC ini dalam fasa akhir memuktamadkan garis panduan penginapan kediaman jangka pendek di peringkat nasional. Draf garis panduan tersebut dijadualkan dibentangkan kepada jemaah menteri pada awal tahun hadapan dan seterusnya ke Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan. Di peringkat Kerajaan Negeri Sembilan, dimaklumkan bahawa keperluan pelesenan STRA telah digariskan dalam Draf Undang-Undang Kecil Hotel. Draf ini kini dalam proses semakan akhir oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri sebelum dibawa ke Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan bagi pertimbangan dan perwartaan. Garis panduan dan kaedah pelaksanaan yang seragam akan dikongsi dengan semua pihak berkuasa tempatan sebaik saja keputusan muktamat dibuat oleh bagi memastikan pengoperasian STRA dapat dijalankan secara teratur dan selaras dengan kehendak perundangan negeri dan Persekutuan. Kerajaan Negeri mengambil serius isu keselamatan serta kawal selia pembangunan serta operasi homestay yang berdaftar di bawah MOTAC mahupun premis penginapan jangka pendek di bawah STRA.

Sehubungan itu beberapa langkah cadangan penambahbaikan bagi memastikan keselamatan pengunjung terjamin dan operasi homestay lebih teratur. Antaranya MPPD melaksanakan audit dan pemetaan menyeluruh terhadap unit-unit homestay di Port Dickson untuk mengenalpasti premis tidak berlesen dan tidak mematuhi standard. Keduanya mewajibkan lesen atau permit operasi sah bagi semua pengusaha homestay termasuk yang beroperasi melalui platform digital. Yang ketiga, mengadakan sesi libat urus berkala bersama komuniti setempat, persatuan penduduk dan pengusaha homestay untuk menangani isu berbangkit. Keempat mewujudkan saluran aduan khas khusus termasuk talian hotline portal digital dan aplikasi mudah alih di bawah MPPD, dan kelima penyelarasan antara agensi seperti Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson dan Majlis Perbandaran Port Dickson serta

agensi pelancongan bagi memastikan pembangunan homestay tidak menjejaskan kesejahteraan komuniti setempat.

Ada tiga lagi…Untuk menjawab Yang Berhormat Jeram Padang yang mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan peruntukan tambahan bagi membangunkan sebuah pelancongan perkampungan orang asli dengan Living Cultural Village sebagai produk pelancongan. Cadangan untuk menubuhkan sebuah perkampungan orang asli sebagai produk pelancongan berbentuk Living Cultural Village dengan izin adalah wajar dipertimbangkan. Konsep ini berpotensi menampilkan budaya warisan dan cara hidup masyarakat orang asli secara tradisional dan menarik. Seumpama model perkampungan budaya di Medan Indonesia yang berjaya menarik pelancong melalui pengalaman interaktif dan persembahan budaya yang memukau. Walau bagaimanapun sebarang peruntukan tambahan perlu disertai dengan Pelan Pembangunan yang sistematik termasuk nombor satu penglibatan komuniti memastikan masyarakat orang asli diberi peranan aktif dan manfaat ekonomi secara langsung. Keduanya pemeliharaan budaya mengekalkan tradisi secara tulen tanpa disalahgunakan untuk kepentingan komersial. Ketiganya infrastruktur dan keselamatan menyediakan kemudahan asas serta memastikan keselamatan pelancong dan komuniti dan keempatnya promosi dan pemasaran. Strategi promosi yang berkesan penggunaan platform digital kempen promosi melalui pameran misi jualan serta kerjasama dengan agen pelancongan bagi memperkenalkan produk pelancongan. Cadangan ini boleh dijadikan rujukan untuk perbincangan langsung lanjut bagi memastikan projek yang diusahakan memberi impak positif jangka panjang kepada komuniti dan sektor pelancongan negeri.

Untuk menjawab Yang Berhormat Seri Menanti sebagai dana Tahun Melawat tidak hanya dihabiskan untuk tujuan papan iklan di lebuhraya atau di mana-mana saja tetapi dilaburkan untuk projek pengindahan fasiliti zon warisan di Negeri Sembilan dan untuk memujudkan homestay berkonsepkan suku di mana pelancong dapat belajar masak lemak cili api sambil menikmati alunan cak lempong dan juga faham istilah perut suku dan luak. Lembaga Muzium Negeri Sembilan dalam perancangan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf maklumat papan sejarah di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti secara berfasa. Selaras dengan pelaksanaan kerja-kerja naik taraf, pameran serta pembangunan muzium yang dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2026. Berhubung isu parkir ruang sedia ada di kawasan muzium adalah terhad. Justeru para pelawat yang lain boleh menggunakan kawasan pakir berhampiran seperti di Padang Seri Menanti serta tanah milik persendirian di sekitar kawasan tersebut. Bagi menangani perkara ini secara menyeluruh, LMNS akan mengadakan perbincangan bersama Pihak Berkuasa Tempatan untuk meneliti penyelesaian yang lebih sesuai dan mampan. Berhubung kemudahan tandas awam pihak pentadbiran turut akan melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan dan penaiktarafan agar seiring

dengan imej pelancongan adat dan warisan yang ingin diketengahkan oleh Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti. Dengan pelaksanaan langkah-langkah ini adalah diyakini bahawa pengalaman pengunjung di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti akan menjadi lebih selesa, tersusun dan mencerminkan nilai warisan Negeri Sembilan yang sebenar.

Untuk makluman terdapat cadangan mewujudkan homestay di Kampung Seri Menanti dan perkara ini telah pun dipanjangkan kepada MOTAC Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya. Beberapa cadangan kerjasama dan konsep pengisian homestay berkaitan boleh dipertimbangkan seperti berikut. Mewujudkan kerjasama strategik dengan komuniti dan adat dan badan budaya untuk memastikan penyampaian maklumat adat perpatih terutama mengenai, perut dan luak adalah tepat. Penyediaan infrastruktur sokongan seperti menyediakan dapur demonstrasi yang sesuai untuk kelas masakan pelancong dan menyediakan sudut budaya galeri mini yang menerangkan sejarah adat suku dan luak. Suka saya cadangkan kepada Yang Berhormat Seri Menanti bahawa untuk memajukan sesuatu tempat sektor pelancongan di sesuatu tempat perlu ada satu itinerari yang menarik untuk kita jemput ejen pelancongan untuk famtrip familiarisasi di mana saya bagi contoh di Gunung Pasir di Luak Gunung Pasir boleh diadakan masakan Kari Kepala Kambing di Luak Ulu Muar boleh ada demonstrasi Kuih Sopang di Seri Menanti boleh bawa ke Istana Lama Diraja Seri Menanti dan di Terachi boleh diberi demonstrasi Gula Enau dan di Inas atau Ineh sangat popular dengan apam juga, boleh dibuat demonstrasi memasak apam dan di Jempol ada satu tempat yang cukup menarik iaitu laluan penarikan.

Buat satu itinerari yang menerapkan elemen-elemen yang menarik di setiap luak supaya ia akan menangkap imaginasi pelancong-pelancong itu cadangan saya lah. Okay, yang terakhirnya untuk Yang Berhormat ADUN Mambau yang menyatakan bagaimana strategi menarik pelancong tempatan untuk melancong ke tempat-tempat pelancongan Negeri Sembilan. Strategi untuk menarik pelancong ke destinasi pelancongan di Negeri Sembilan perlu mengambil kira keunikan setiap lokasi yang tadi saya sebut tadi serta minat pelancong tempatan antaranya termasuk promosi berfokus menggunakan media sosial papan iklan untuk mengetengahkan keunikan setiap destinasi selain daripada itu Portal Pelancongan Negeri Sembilan telah dilancarkan untuk memudahkan pelancong buat rujukan bagi merancang destinasi percutian di Negeri Sembilan. Pengalaman interaktif penganjuran FAMTrip bagi memperkenalkan produk dan destinasi pelancongan Negeri Sembilan. Pakej pelancongan bekerjasama dengan agen pelancongan untuk menawarkan pakej yang menggabungkan beberapa destinasi dalam satu perjalanan. Kemudahan dan accessibility memastikan kemudahan asas seperti tempat letak kereta, tandas, papan tanda laluan terselamat tersedia bagi menarik pelancong keluarga dan kumpulan. Kerjasama komuniti tempatan menggalakkan penglibatan komuniti setempat untuk menjadi

pemandu pelancong menjual produk tempatan dan mempamerkan budaya serta tradisi mereka menjadikan pengalaman pelancongan lebih authentic. Secara keseluruhan strategi ini perlu mengimbangi promosi pengalaman menarik kemudahan asas dan penglibatan komuniti bagi memastikan destinasi pelancongan Negeri Sembilan menarik kepada pelancong tempatan. Sekian Terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Kepayang. Saya bagi laluan sikit kat Yang Berhormat Repah nak sambung sikit dia punya penggulungan tadi.

Terima kasih Dato' Timbalan Speaker. Tadi terlepas pandang berkenaan isu yang dibangkitkan oleh DUN Paroi. Pertamanya isu berkaitan dengan adakah pemeriksaan keselamatan di tempat kerja dilakukan di sekolah-sekolah oleh pihak JKKP. Untuk makluman ADUN Paroi pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Negeri Sembilan telah menjalankan pemeriksaan keselamatan di tempat kerja termasuk di sekolah-sekolah di Negeri Sembilan. Sebanyak 5 sekolah telah terlibat dalam program kunjung bantu JKKP di sekolah Negeri Sembilan pada tahun 2024 iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kepayang, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Muhammad Said dan juga Sekolah Kebangsaan Chuah. Bagi tahun 2025 sebanyak 5 sekolah terlibat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Muhammad Taha, Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Sendayan, Sekolah Menengah Kebangsaan Senaling, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak dan Sekolah Kebangsaan Seremban 2A. Seterusnya ADUN Paroi juga membangkitkan berkenaan dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Pindaan 2022 Keselamatan di sekolah. Pihak JKK JK JKKP Negeri Sembilan menjalankan pemeriksaan atau audit tempat kerja di sektor awam termasuk sekolah-sekolah di sekitar Negeri Sembilan untuk makluman.

Seterusnya ADUN Paroi juga membangkitkan cadangan agar pegawai keselamatan JKKP ditempatkan di sekolah-sekolah bagi memastikan keselamatan warga sekolah terutamanya pelajar. Untuk makluman ADUN Paroi, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Pindaan 2022 mewajibkan semua tempat kerja yang mempunyai bilangan pekerja lebih dari 5 orang untuk melantik Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, OSH Koordinator termasuklah di sekolah-sekolah. Penyelarasan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ni merupakan individu yang dilantik dan bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengurus Hal Ehwal KKP di tempat kerja, membantu majikan dalam pelaporan, pentadbiran dokumen dan juga mempromosikan budaya keselamatan dan isu terakhir yang dibangkitkan oleh YB ADUN Paroi adalah cadangan agar peruntukan khas diberikan khusus untuk aspek keselamatan dan kesihatan pekerja

terutamanya di sekolah-sekolah. Untuk makluman ADUN Paroi pihak JKKP tidak mempunyai peruntukan khas untuk disalurkan kepada sekolah berkaitan dengan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Walaubagaimanapun, pihak JKKP Negeri Sembilan sentiasa bersedia untuk memberi khidmat nasihat termasuklah menjalankan pemeriksaan dan audit di sekolah-sekolah bagi memastikan tahap keselamatan dan kesihatan kerja di sekolah dalam keadaan baik. Terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Teruskan Yang Berhormat Palong.

Sedikit….aaa, sedikit…

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Takda soalan tambahan Yang Berhormat Paroi.

Bukan-Bukan, sikit nak bertanya sikit tentang dana tu…

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Takda-takda, soalan tambahan tak dibenarkan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Penggulungan, penggulungan takda soalan tambahan.

Salah jawapan tadi, saya nak, nak, nak..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Tak boleh, mana boleh kata Kerajaan salah.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Takpa… takpa Yang Berhormat Paroi nanti apa-apa nak buat usul, buat…

Aaa…. Okay

Timbalan Yang Dipertua Dewan

kita bagi laluan kepada Yang Berhormat Palong. Terima kasih.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker. Pertama sekali izinkan saya merakamkan penghargaan kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026. Perbahasan yang matang dan

bertanggungjawab hari ini telah membuktikan komitmen dewan untuk memastikan agenda pembangunan negeri diterjemahkan secara berkesan kepada rakyat. Sebagai Exco yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin Portfolio Belia Dan Sukan, suka saya menyatakan bahawa saya menyokong sepenuhnya Belanjawan Negeri Sembilan 2026 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kerana belanjawan ini bukan sekadar dokumen angka tapi dokumen dasar dokumen keberanian politik dan dokumen harapan untuk masa depan negeri yang kita cintai. Datuk Yang Dipertua, bagi Portfolio Pembangunan Belia dan Sukan ini ada belanjawan ini telah memperuntukkan tiga suntikan besar untuk memacu agenda belia dan sukan negeri. Izinkan saya memperincikan ketiga-tiga bahagian secara ringkas. Suntikan pertama adalah RM3.7 juta yakni bagi pengurusan dan pemerkasaan belia dan sukan. Peruntukan ini akan memberi impak langsung kepada yang pertamanya pembangunan kepimpinan belia yang keduanya memperkasaan keusahawanan belia yang ketiga pembangunan organisasi dan komuniti yang keempat membudayakan sukan di kalangan rakyat Negeri Sembilan dan yang kelima mengiktiraf pencapaian gemilang anak-anak Negeri Sembilan di pentas kebangsaan dan internasional. Inilah pelaburan modal insan bukan untuk hari ini tetapi untuk 10-20 tahun ke hadapan dengan harapan kita supaya kita akan dapat membentuk belia yang ada identiti kompetensi keupayaan mentadbir komuniti serta belia yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Datuk Timbalan Yang Dipertua, peruntukan yang kedua adalah RM1 juta ringgit untuk program pemerkasaan infrastruktur sukan. Peruntukan ini akan menaik taraf gelanggang padang dan kemudahan komuniti membaik pulih fasiliti latihan akar umbi serta menyediakan persekitaran latihan yang selamat dan moden. Ini bukan hanya penyelenggaraan, ini adalah asas kepada pencarian bakat sukan di peringkat awal dan di peringkat akar umbi. Sukan tidak boleh berkembang sekiranya infrastrukturnya tidak diberikan keutamaan. Kita mahu fasiliti yang selamat, moden dan boleh digunakan sepanjang masa. Manakala suntikan yang ketiga adalah sebanyak RM5 juta ringgit untuk persediaan SUKMA 2026. Ini adalah satu pelaburan yang strategik. Dengan peruntukan ini Negeri Sembilan akan dapat, pertamanya memperkukuh pusat latihan negeri, yang kedua menyediakan jurulatih dan sains sukan, yang ketiga menyusun penyertaan acara mengikut potensi podium, yang keempat memastikan atlet berada pada tahap optimum dan yang kelima agar kita dapat menambah penyertaan atlit kita dalam SUKMA 2026. Kita mahu Negeri Sembilan hadir ke SUKMA Selangor 2026 bukan sekadar bertanding tapi bersedia sebagai pencabar serius di podium Datuk Yang Dipertua. Ini tidak termasuk dana yang akan saya percaya dibantu oleh bapak-bapak angkat sukan. Menjelang SUKMA 2026 Saya ingin menzahirkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang menjadi bapak angkat sukan yang telah memberikan sumbangan pada setiap sukan yang terlibat dalam SUKMA 2024 yang lalu. Datuk Yang Dipertua, secara keseluruhannya

Belanjawan ini memberikan impak langsung meluas dan berstrategi tinggi kepada generasi muda negeri. Dengan ini saya penuh yakin menyatakan bahawa Belanjawan Negeri Sembilan 2026 ialah belanjawan yang pro-belia pro-pembangunan insan dan pro-masa depan.

Bahagian yang kedua saya ingin fokuskan kepada menjawab beberapa soalan yang ditimbulkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat. Menjawab persoalan daripada ADUN Temiang yakni berkenaan program pembangunan sukan negeri dan isu elaun jurulatih. Pembangunan sukan negeri tidak dibina dalam sehari ia dibina melalui rangka kerja bersepadu antara Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Negara, Persatuan Sukan Negeri, Kelab Akar Umbi, Sekolah Sukan Negeri dan Sekolah Sukan Malaysia. Negeri Sembilan telah melaksanakan program pembangunan sukan pelapis dan bakat sejak dahulu lagi. Kita mempunyai pusat latihan aktif bagi sukan seperti angkat berat, gimnastik dan gimrama, karate, taekwondo, menembak, pelayaran, bowling, ping pong, wushu, dan beberapa sukan lain. Jurulatih pula kita lantik berdasarkan kepada yang pertamanya kelayakan Sains Sukan mereka. Yang keduanya sijil khusus sukan rekod prestasi dan majoritinya ialah bekas atlit kebangsaan dan negeri. Di peringkat akar umbi kelab-kelab sukan menjalankan pencarian bakat awal. Yuran minimum yang dikenakan oleh kelab adalah di luar kawalan MSN tetapi ialah realiti kepada komitmen profesional jurulatih. Namun penting untuk saya maklumkan di dewan ini atlit yang berbakat yang terpilih tidak perlu membayar yuran tinggi apabila diserap ke program MSN atau Sekolah Sukan Negeri. Latihan adalah percuma dibimbing oleh jurulatih profesional dan hari ini suka saya maklumkan di dewan hari ini bahawa seramai 50 atlit anak Negeri Sembilan sekarang ini berada di bumi Thailand bertanding di Sukan Sea Thailand 2025. 50 atlit. Mereka bukan produk luar, merekalah hasil daripada ekosistem pembangunan sukan di Negeri Sembilan.

Datuk Yang Dipertua, bahagian yang soalan seterusnya juga daripada ADUN Temiang, yang ini berkenaan dengan pembangunan sukan sekolah rendah Program Sukan Sekolah Rendah tertakluk pada program sukan prestasi tinggi sekolah ataupun dipanggil SPTS dibawah KPM dan JPNS. Penglibatan MSN adalah hanya khidmat nasihat Latihan, penyertaan kejohanan dan bimbingan teknikal. Bagi sekolah yang tiada fasiliti contohnya squash, renang ataupun olahraga, pihak sekolah boleh membuat tempahan fasiliti MSN secara rasmi. Aktiviti berbakat dipadankan ke pusat latihan negeri sekolah sukan negeri atau sekolah sukan Malaysia ini bagi memastikan akses latihan yang setara profesional dan percuma yuran dan percuma dapat kita sediakan kepada mereka. Yuran swasta adalah pilihan ibu bapa. Sama seperti kelas tusyen juga, jadi itu berada di luar kawalan kerajaan Negeri Sembilan.

Seterusnya adalah soalan daripada ADUN Gemas. Sebenarnya saya nak perbetulkan jawapan saya semalam. Adinda, yang ini berkenan dengan

Negeri Sembilan tidak disebut sebagai sebagai sebagai penganjur Sukan Sea semalam. Saya telah pn menghantar persoalan itu kepada Pejabat Menteri semalam dan inilah maklum balas yang saya terima daripada pejabat menteri yakni Sukan Sea akan dianjurkan dengan kerjasama strategik bersama Kerajaan-kerajaan negeri sebagai penganjur bersama negeri-negeri yang telah menyatakan hasrat untuk menjadi penganjur akan menggunakan peruntukan kerajaan negeri seperti Sarawak mereka menyumbangkan RM350 juta, Pulau Pinang RM15 juta, Johor RM5 juta. Bagi sukan berbasikal di Velodrome Nasional di Negeri Sembilan dan sukan pelayaran di Pulau Langkawi Kedah akan menggunakan peruntukan daripada kerajaan pusat dan diuruskan oleh pihak sekretariat Malaysian Sea Games Organising Committee 2027 Kementerian Beliau dan Sukan. Justeru sukan-sukan ini walaupun dianjurkan di negeri-negeri berlainan tetap diletakkan di bawah kluster Kuala Lumpur. Namun adinda Gemas, hakikatnya Negeri Sembilan tetap menjadi venue rasmi Sukan Sea 2027. Apa yang penting ialah atlit antarabangsa tetap bertandang dan bertanding di bumi Negeri Sembilan dan ini tetap mengangkat imej Negeri Sembilan berhak sukan berbasikal elit negara. ando ando ando.

Seterusnya inilah soalan daripada Chembong yang ini berkenaan dengan Kompleks Sukan Chembong ataupun KS Rembau. Untuk makluman Chembong saya telah pun menyatakan menyampaikan mesej kepada Pejabat KSU iaitu rasa kecewanya kita Kerajaan Negeri Sembilan dan Rakyat Negeri Sembilan di atas kelewatan siapnya beberapa fasiliti sukan di Negeri Sembilan. Bukan hanya KS Rembau, termasuklah KS Gemas dan juga Akademi Belia di Port Dickson. Tiga projek ini masih lagi belum siap dan ekoran daripada itu pada 11 November yang lepas KSU sendiri datang melawat ke projek-projek di Negeri Sembilan dan makluman terkini yang saya terima tadi ialah setakat hari ini, ini jawapan daripada JBS. Setakat hari ini penyerahan KS Rembau dari kontraktor kepada KBS dijadualkan pada 19 Januari 2026. Fasiliti sukan, padang bola sintetik, dua padang futsal, dewan badminton 9 court dan fasiliti-fasiliti sukan lain dah siap dan sedia untuk digunakan. Cuma kerja-kerja infrastruktur jalan masuk ke KS Rembau dalam progres dalam progres pelaksanaan sekarang dan dijangka siap sebelum tarikh 19 Januari 2026. Dijangka Kompleks Sukan Rembau akan dibuka kepada awam setelah segala urusan berkaitan pentadbiran dan perkhidmatan dapat dimuktamadkan pada suku kedua 2026. Itulah penjelasan yang saya terima sebentar tadi. Datuk Yang Dipertua, dengan menjawab beberapa soalan daripada rakan-rakan Yang Berhormat tadi.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, mohon pencerahan sikit je, mohon pencerahan bukan soalan tambahan mohon pencerahan bermaksud 19 Januari penyerahan daripada kontraktor kepada pihak KBS itu masih belum boleh digunakan lagi?

Aaa… mengikut penjelasan ini diserahkan daripada penyerahan mungkin ada dokumentasi nak disiapkan dan sebagainya mereka jangka boleh mula dalam suku kedua tahun depan.

suku kedua?

suku kedua itu diantara bulan 3 hingga bulan 6.

saya mohon sangatlah kalau tak dapat bulan 6, bulan 5 Datuk Timbalan Speaker, kalau tak dapat bulan 5, bulan 4 terima kasih.

Saya telah menyatakan hasrat ataupun rasa kecewa kita. Datuk Yang Dipertua, Belanjawan 2026 memberi mesej jelas kerajaan negeri memilih untuk melabur pada masa depan bukan sekadar membiayai membiayai operasi semasa melabur pada belia bermaksud melabur kepada 10, 20 tahun masa depan. Melabur kepada sukan bermaksud melabur kepada membina budaya bersukan dan budaya cemerlang di kalangan rakyat. Dengan pembangunan akar umbi yang kukuh dengan sokongan belanjawan yang jelas dengan komitmen semua pihak, saya yakin Negeri Sembilan sedang menuju kepada negeri yang maju pencapaiannya tinggi semangat kesukaanannya dan melahirkan generasi muda yang berakhlak berdaya saing berwibawa sekian terima kasih Datuk Yang Dipertua.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Palong. Saya jemput Yang Berhormat Pilah.

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum WBT. Salam Negeri Sembilan bersih mufakat sejahtera salam perpaduan salam Malaysia Madani rakyat di santuni. Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi sesi perbahasan belanjawan 2026. Terlebih dahulu tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun yang telah membentangkan Belanjawan 2026 bertemakan Belanjawan Madani Rakyat Harmoni. Tidak dilupakan juga terima kasih kepada Pegawai Kewangan Negeri dan seluruh kakitangan jabatan dan agensi yang telah menyediakan Belanjawan 2026. Kepada jabatan dan agensi di bawah Portfolio Wanita Keluarga Dan Masyarakat Insyallah kita akan bekerja lebih gigih dalam memastikan belanjawan ini mencapai objektif dalam mensejahterakan rakyat Negeri Sembilan.

Datuk Timbalan Yang Dipertua, izinkan saya memulakan penggulungan hari ini dengan serangkap pantun.

Gunung Pilah berhias megah, Lembahnya aman damai berseri , Belanjawan Madani jadi tata kelola, Untuk rakyat Negeri Sembilan hidup harmoni dan dihargai.

Menjawab persoalan perkara yang berbangkit mengenai borang pengesahan pendapatan dalam kalangan Yang Berhormat Kawasan Pembangkang yang tidak diiktiraf yang diajukan oleh Yang Berhormat Labu. Okay saya menjawab disini bagi pemberian bantuan kewangan sama ada bantuan persekutuan mahupun Negeri pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat menggunapakai Garis Panduan Pengurusan Bantuan Persekutuan Bulanan iaitu JKM pada tahun 2025, serta Garis Panduan Penggunaan Bantuan Am Negeri Sembilan pada tahun 2025. Kedua-dua garis panduan ini menjadi rujukan serta prosedur bagi pihak JKM mempertimbangkan pemberian bantuan kewangan bersesuaian kepada penerima yang memenuhi syarat dan kelayakan.

Datuk Timbalan Yang Dipertua, berdasarkan garis panduan tersebut juga terdapat satu dokumen yang perlu dikemukakan oleh pemohon iaitu di lampiran empat iaitu surat akuan pengesahan pendapatan iaitu pekerjaan yang melibatkan permohonan yang bekerja sendiri atau tidak bekerja atau tiada sumber pendapatan seperti tidak mempunyai slip gaji. Di ruang bawah lampiran tersebut ada dinyatakan individu yang dibenarkan membuat pengesahan iaitu penghulu ataupun pengawa ataupun pemimpin masyarakat ataupun mana-mana individu yang diangkat atau dipilih untuk memimpin dan mewakili masyarakat di peringkat setempat oleh kerajaan sama ada di peringkat negeri ataupun persekutuan. Datuk Timbalan Yang Dipertua, bersama ini juga turut saya kemukakan beberapa borang pengesahan pendapatan yang telah disahkan oleh YB Labu sendiri, serta di kawasan pembangkang yang lain ada di sini saya nyatakan di sini tapi YB Labu tak ada di sini, di sini ada, jadi JKM jadi borang ini telah diproses oleh pihak JKM dan dijalankan siasatan kepada individu yang memohon. Jadi sehubungan dengan itu, dakwaan yang mengatakan pengesahan pendapatan yang dimasukkan arahan daripada EXCO itu tidak tepatlah di sini ya.

Dato' Yang Dipertua, okey teruskan ya, ada ada bukti kalau nak tengok ada bukti ya, di sini ya di sini. Untuk untuk maklumat yang berhormat YB Labu untuk tahun 2025, 5 adun pembangkang menerima bantuan kewangan berjumlah lebih RM20 juta melibatkan 3,974 penerima. Perinciannya saya nyatakan di sini. Bagi kawasan Labu 515 penerima iaitu RM2.7 juta. Ini banyak ya, kita lihat di sini ya yang seterusnya kawasan Paroi penerima sebanyak 1,121 penerima dengan RM5.86 juta. Serting pula seramai 732 penerima dengan RM3.11 juta. Bagan Pinang 800 penerima dengan jumlah

RM4 juta, ini semua juta je ni kan RM4.6 juta manakala Gemas 806 penerima dengan RM4.21 juta. Manakala bagi tahun 2025 sebanyak RM1.6 juta telah disalurkan kepada PPDK di kawasan pembangkang melibatkan 9 Pusat Pemulihan Komuniti di Paroi, Labu, Bagan Pinang, Gemas dan Serting. Jadi Datuk Timbalan Yang Dipertua, sehubungan dengan itu dapat dirumuskan disinilah bahawa pihak kerajaan tidak meminggirkan kawasan-kawasan atau hak YB kawasan pembangkang dalam aspek yang dinyatakan. Jadi isu kebajikan bukan perkara yang boleh dipolitikkan kerana ia adalah tunjang utama bagi memastikan kesejahteraan serta kemaslahan masyarakat sentiasa dijaga dan dipelihara.

Datuk Yang Dipertua, menjawab soalan daripada Yang Berhormat Juasseh mengenai isu pembangunan sosial yang melibatkan pemerkasaan wanita warga emas serta kanak-kanak. Yang Berhormat, terima kasih yang tidak terhingga buat Yang Berhormat Juasseh yang telah membawa isu ini. Pihak kerajaan negeri sangat komited dalam isu-isu yang melibatkan pemerkasaan wanita warga emas serta kanak-kanak. Dalam usaha membangunkan kapasiti seperti memperkasakan wanita khususnya di kawasan Juasseh. Wadani dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Sembilan telah menganjurkan satu program iaitu Bengkel Asah Resin Art pada 12 Julai 2025. Program ini turut diserikan dengan pengisian program Matahari iaitu Kesihatan Mental dan Emosi Wanita yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesejahteraan mental. Terima kasih YB kerana memberi sokongan hadir bersama dalam program tersebut. Ya melalui bengkel ini wanita-wanita komuniti kawasan Juasseh bukan sahaja berpeluang mempelajari kemahiran seni resin art tetapi juga didorong untuk menerokai potensi keusahawanan dan dimaklumkan di sini ya YB ada seorang peserta wanita telah menjalankan usahawan kecil-kecilan di rumah lah melalui aktiviti kreatif ini terima kasih.

Jadi Datuk Yang Dipertua selain itu untuk pemerkasaan warga emas antara inisiatif Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam memperkasakan warga emas adalah menerusi pemberian bantuan kewangan iaitu bantuan kewangan yang diberikan bagi tujuan memenuhi keperluan asas penerima bantuan, selain itu membantu penerima bantuan ke arah hidup berdikari dan kurang kebergantungan kepada bantuan, selain itu sumber kewangan sementara bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup. Untuk makluman YB secara keseluruhan melalui JKM jumlah penerimaan bantuan warga emas bagi DUN Juasseh adalah seramai 200 orang dengan jumlah kewangan sebanyak RM1,497,600 sehingga Disember 2025. Selain itu di Negeri Sembilan terdapat 40 buah pusat jagaan warga emas yang telah didaftarkan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 iaitu Akta 506. Akta ini digubal bagi tujuan pendaftaran pengawalan dan pemeriksaan ke atas Pusat Jagaan bagi memastikan yang diberikan memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah berkualiti dengan memberi penekanan kepada urusan kebajikan,

kesejahteraan dan keselamatan kepada pihak yang memerlukan. Di Kuala Pilah ya terdapat satu pusat aktiviti warga emas iaitu dikenali sebagai PAWE yang didaftarkan di bawah Akta ini. Selain itu Rumah Seri Kenangan, Seremban merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan yang dikelola oleh JKM. Fungsi RSK ialah memberi penjagaan pelindungan dan pemulihan kepada warga emas yang daif. Penghuni di sini terdiri daripada kaum Melayu, China dan India yang berumur antara 60 tahun ke atas dari seluruh Malaysia. Jadi statistik di Penghuni Seremban sehingga Oktober adalah di lampiran di sebelah, ada di sini ramai Penghuni yang telah warga emas yang menjadi Penghuni di RSK Seremban. Pusat aktiviti warga emas PAWE adalah sebuah pusat yang menjalankan aktiviti harian dalam komuniti setempat dan merupakan satu perkhidmatan bercorak perdampingan sosial dan pembangunan kepada warga emas. Untuk makluman YB, PAWE menerima bantuan kewangan pengoperasian sebanyak RM50,000 setahun untuk apa jua aktiviti yang yang yang dijalankanlah oleh pihak ahli PAWE. Untuk maklumat YB, bagi Parlimen Kuala Pilah PAWE telah diwujudkan di alamat Dewan Orang Ramai Taman Melang dalam Mukim Ampang Tinggi iaitu di Kuala Pilah. PAWE di Daerah Kuala Pilah mempunyai ahli berdaftar seramai lima ratus 252 orang yang telah melaksanakan 72 aktiviti sehingga bulan Oktober 2025. Aktiviti ini dilaksanakan bukan saja melibatkan penduduk setempat tetapi merangkumi penduduk di sekitar daerah Kuala Pilah. Datuk Yang Dipertua, antara kolaborasi strategik yang dilaksanakan di antara pihak JKM bersama penduduk dan pembangunan keluarga LPPKN di pusat-pusat PAWE ini adalah program terapi kesunyian. Ini adalah pemerkasaan untuk golongan waga emas ya YB. Jadi program-program ini untuk melibatkan supaya warga emas tidak kesunyian ya jadi program ini terus dilaksanakan sehingga tahun yang akan datang.

Jadi Datuk Yang Dipertua, dua program peringkat kebangsaan ini meraikan warga emas juga telah dilaksanakan di Negeri Sembilan iaitu Sambutan Hari Waga Emas yang telah diadakan pada 4 Oktober dan 5 Oktober yang lalu. Kedua-dua program ini dilaksanakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Datuk Timbalan Yang Dipertua, untuk program yang untuk pemerkasaan kanak-kanak modul pendidikan keselamatan keluarga dan anak ataupun PEKA yang diperkenalkan oleh LPPKN merupakan salah satu inisiatif utama bagi meningkatkan kesedaran serta kemahiran ibu bapa dan penjaga mengenai aspek pelindungan keselamatan kanak-kanak dalam kehidupan seharian malahan keselamatan di alam siber. Modul ini merangkumi pengetahuan mengenai isu keselamatan digital antaranya buli, online grooming malahan memberi penekanan terhadap kemahiran kawalan ibu bapa secara secara praktikal seperti penggunaan parental control, ibu bapa yang dilatih turut diajar kemahiran pertolongan cemas sekiranya berlaku insiden kepada kanak-kanak. Bagi tahun 2025 jumlah penyertaan bagi modul PEKA ini adalah seramai 101 orang ibu bapa atau penjaga melibatkan pelaksanaan peringkat negeri. Buat masa ini tiada pecahan

khusus di Kawasan Juasseh kerana penganjuran melibatkan seluruh Negeri Sembilan. LPPKN juga turut menyediakan pusat remaja iaitu café teen yang terletak di Seremban 2 berfungsi sebagai pusat serba moden dan mesra remaja café teen café teen. Antara antara perkhidmatan lain juga iaitu perkhidmatan pendidikan dan pembangunan kemahiran PPK dan promosi penerangan di sekolah dan juga institusi pendidikan di sekitar Negeri Sembilan. Antara sekolah yang telah disantuni oleh pihak LPPKN Negeri Sembilan adalah di daerah Kuala Pilah pada tahun 2025 iaitu Sekolah Menengah Sains Za’ba, Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kurshiah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Besar Borhanuddin dan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir yang melibatkan seramai 10,167 pelajar di seluruh Negeri Sembilan telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini. Manakala bagi memastikan remaja di Negeri Sembilan turut mendapat pengetahuan tentang kesihatan reproduktif secara atas talian sebanyak 113 bahan telah dimuat naik untuk menggunakan dimuat naik menggunakan pelbagai medium seperti Facebook, Instagram, TikTok pada tahun 2025. Selain itu LPPKN turut menyediakan perkhidmatan kaunseling remaja secara percuma kepada semua remaja yang berusia antara 13 hingga 24 tahun. Seramai 122 pelajar yang telah menerima perkhidmatan ini manakala bagi perkhidmatan kesihatan reproduktif pula seramai 104 pelajar telah mendapat manfaat dari perkhidmatan ini.

Datuk Yang Dipertua, pihak JKM juga melalui Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak pula telah melaksanakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak iaitu Kasih Kanak-Kanak yang melibatkan sejumlah 566 buah sekolah di seluruh Malaysia. Manakala di peringkat Negeri Sembilan program advokasi ini telah dilaksanakan di 27 buah sekolah terpilih yang melibatkan penyertaan sebanyak 5,448 orang pelajar, guru ibu bapa dan komuniti kawasan dan 3 buah pusat aktiviti kanak-kanak iaitu BAKK yang melibatkan penyertaan 2,800 orang kanak-kanak ibu bapa dan komuniti. Program ini turut diperluas ke R&R Seremban melalui kerjasama pihak PLUS Malaysia Berhad. Pelaksanaan program ini adalah melalui kerjasama strategik Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Polis Diraja Malaysia dan seluruh komunikasi multimedia SKMM dan agensi yang berkaitan serta penglibatan komuniti melalui pasukan perlindungan kanak-kanak.

Datuk Timbalan Yang Dipertua, berkenaan soalan Yang Berhormat Gemencheh mengenai cadangan kerajaan negeri mewujudkan bantuan mesra lampin pakai buang dewasa serta bantuan mesra susu pesakit terlantar yang akan memberi manfaat kepada kumpulan yang memerlukan. Saya menjawab di sini Yang Berhormat Gemencheh, terima kasih atas cadangan yang telah dihasratkan oleh YB untuk makluman Yang Berhormat objektif pemberian bantuan kewangan kebajikan JKM adalah antaranya

memenuhi keperluan asas bagi meringankan atau meringankan beban penerima bantuan selain itu alat sokongan sosial yang membantu penerima bantuan kearah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan. Selain itu alat pemulihan agar penerima bantuan terus tinggal bersama keluarga atau komuniti dan sebagai sumber kewangan sementara ya menerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup. Lampin pakai buang bagi orang dewasa serta susu khusus bagi pesakit terlantar adalah satu keperluan mendesak bagi golongan yang memerlukan, jadi pemberian bantuan kewangan oleh pihak JKM adalah berbentuk tunai yang dikreditkan ke akaun penerima bantuan. Sehubungan dengan itu mereka boleh menggunakan bantuan tersebut bagi pelbagai keperluan termasuklah pembelian lampin pakai buang mahupun susu khusus ya yang dimasukkan. Selain itu pihak selain pihak JKM pihak MAINS juga adalah antara agensi kerajaan negeri yang menawarkan perkhidmatan pemberi bantuan kepada golongan fakir miskin yang memerlukan keperluan.

Datuk Yang Dipertua, menjawab soalan Yang Berhormat Seri Menanti bagi isu yang berbangkit iaitu pengukuhan unit kaunseling dan perlindungan yang melibatkan kes keganasan rumah tangga ya Yang Berhormat. Yang Berhormat kerajaan telah mengambil langkah produktif untuk menggubal Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 Akta 521 dengan mengambil kira pandangan daripada agensi berkaitan pertubuhan bukan kerajaan. Akta ini berkuatkuasa pada 1 Jun 1996 ini bertujuan untuk memberikan perlindungan undang-undang dalam situasi keganasan rumah tangga dan perkara yang bersampingan dengannya. Perlindungan ini termasuklah perlindungan yang diberi kepada mangsa daripada berterusan menerima ancaman penderaan. Antara langkah pengukuhan di bawah akta ini adalah tindakan awal dan susulan dengan mempercepatkan proses pengeluaran perintah perlindungan kecemasan dan perintah perlindungan interim dan perintah perlindungan melalui kerjasama strategik dengan pihak PDRM mahupun mahkamah. Selain itu pengukuhan tempat selamat kepada mangsa keganasan ditambah baik dengan meningkatkan keselesaan dalam aspek kemudahan dan keselamatan. Jadi Datuk Yang Dipertua, berdasarkan statistik kes keganasan rumah tangga pihak JKM bagi tahun 2017 sehingga 2025 sebanyak 292 kes telah dilaporkan dan telah disantuni. Angka ini menggambarkan perlu tindakan proaktif semua pihak bagi menangani isu ini. Selain itu Jabatan Pembangunan Wanita aa Negeri Sembilan sentiasa menjalankan program-program advokasi berkenaan keganasan rumah tangga yang kian meningkat dari masa ke semasa. Advokasi terhadap keganasan rumah tangga turut termaktub dalam Dasar Wanita Negara 2025-2030 di bawah kluster keselamatan dan penekanan inisiatif strategi perlindungan pencegahan dan bantuan serta pemulihan. Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan telah menjalankan sebanyak enam program advokasi keganasan rumah tangga pada tahun 2025 dengan tiga program fizikal serta program secara online.

Datuk Yang Dipertua, menjawab perkara yang berbangkit mengenai isu keselamatan kanak-kanak yang diajukan oleh Yang Berhormat Serting. Terima kasih Yang Berhormat atas keperihatinan membawa isu yang amat penting ini. Saya selaku EXCO Wanita Keluarga Dan Masyarakat dan juga seorang ibu saya sendiri sangat committed dalam memastikan setiap aspek keselamatan kanak-kanak diberi serius oleh kerajaan negeri. Antara usaha yang telah dilaksanakan ialah Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak iaitu kasih kanak-kanak melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan bersama rakan strategik iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Advokasi Pelindungan Kanak-Kanak, kasih kanak-kanak pada tahun 2024, yang melibatkan 30 buah sekolah di seluruh Negeri Sembilan dengan penyertaan seramai 10,495 orang terdiri daripada guru dan komuniti. Pada tahun 2025 pelaksanaan Program Advokasi Pelindungan Kanak-Kanak ini diteruskan di 27 buah sekolah terpilih yang melibatkan 5,458 orang guru ibu bapa dan komuniti perluasan di 3 buah sekolah pusat aktiviti di 3 pusat aktiviti kanak-kanak yang melibatkan penyertaan 2,800 orang kanak-kanak di seluruh Negeri Sembilan. Selain itu apa apa selain itu dari pemerkasaan ataupun isu keselamatan ini juga isu keselamatan kanak-kanak juga di diberikan penekanan melalui sistem EDKK iaitu Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual terhadap kanak-kanak iaitu merupakan inisiatif di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menyimpan maklumat individu yang pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Sistem ini dibangunkan bagi mempertingkatkan perlindungan dan keselamatan kanak-kanak di seluruh negara. Selain itu sistem ini digunakan untuk menyemak calon orang yang layak dan sesuai dan semakan permohonan penjagaan anak pelihara serta bagi pengambilan pekerja di pusat jagaan kanak-kanak. Melalui sistem EDKK pihak sekolah institusi dan pusat jagaan ibu bapa atau penjaga boleh membuat semakan latar belakang individu yang berinteraksi atau menjaga kanak-kanak bagi memastikan mereka tidak mempunyai rekod seksual.

Datuk Yang Dipertua, ada satu soalan yang tadi last tadi aa sekejap je Datuk hahaha haha ok dari YB, YB Chembong ya mengenai isu penamatan bantuan yang diterima oleh Puan Kamariah Binti Adam dari Kampung Kundur Hulu. Penamatan adalah disebabkan aa ya…

apa pula jawapan tu terselit pula…

Kat bawah cari tadi…

untuk saya yang terselit…

yang lain semua kat atas.

tak dia ikut turutan ok dia penamatan adalah disebabkan penama keluar daerah serta mempunyai anak yang mempunyai pendapatan lebih. Jadi YB saya teranglah di sini ya. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ke atas keperihatinan YB Chembong untuk membawa isu ini. Untuk makluman YB, menurut garis panduan pengurusan bantuan kewangan persekutuan (bulanan) JKM tahun 2025, pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan PGK iaitu purata isi rumah miskin tegar semasa ataupun PGK purata perkapital miskin tegar semasa buat masa kini kadar PGK semasa yang digunapakai bagi menentukan kelayakan pemohon ialah PGK 2022 iaitu RM1,198 untuk isi rumah dan RM322 untuk perkapita. Penama adalah penerima bantuan warga emas sejak tahun 2016, bantuan yang telah diterima adalah sebanyak RM600 sebulan pada tahun 2025. Secara keseluruhan bantuan yang telah diterima oleh penama adalah sejumlah RM47,700 jadi hasil siasatan siasatan dari sejak yang tadi YB maklumkan tadi YB Chembong maklumkan, JKM membuat siasatan pada 7 Oktober 2025, didapati penama telah berpindah tinggal bersama anak di Daerah Rembau. Jadi anak penama bekerja sebagai penjawat awam, manakala menantu pula bekerja sebagai penyelia tapak di sini dinyatakan oleh pihak JKM hasil siasatan pendapatan isi rumah adalah sebanyak RM6,000 sebulan. Jadi berdasarkan semakan kaji semula ini jadi pihak JKM mendapati penama tidak layak menerima bantuan warga emas. Jadi kalau jika pemohon ingin memohon bolehlah menghantar borang untuk JKM menyemak semula sekali lagi. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat semua atas pertanyaan. Jadi jelaslah yang di sini yang Datuk Yang Dipertua, bahawa kerajaan Negeri Sembilan sentiasa berlaku adil dan tidak meminggirkan mana-mana kawasan. Isu kebajikan bukan untuk dipolitikan ia adalah amanah untuk menjaga maruah, kesejahteraan dan masa depan rakyat khususnya di Negeri Sembilan.

Portfolio Wanita Keluarga Dan Masyarakat akan terus memperkukuh Program Melalui Perlindungan Kanak-Kanak, Kebajikan OKU, Pemerkasaan Wanita Dan Penjagaan Warga Emas. Dengan sokongan Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta seluruh Ahli Yang Berhormat kita yakin Belanjawan Madani ini akan membawa Negeri Sembilan ke arah masyarakat yang sejahtera inklusif dan penuh kasih sayang. Dengan izin saya membacakan serangkap pantun ya Datuk Yang Dipertua.

Bayu Pilah ke Seri Menanti, Berbisik halus nilai beradat, Exco wanita memimpin dengan hati , Bersama LPPKN JPW dan JKM menjaga rakyat nogori yang berkat.

Akhir kata daripada saya sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua, Sekian wabillahi taufiq walhidayah, Assalamualaikum WBT.

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Pilah. Tadi apa Yang Berhormat Paroi dia menjual pantun kepada saya, jadi saya nak balat saya nak jawablah, tapi saya nak jawab dalam pantun berkenaan dengan Amanah. Saya nak jawab dengan sepotong hadis, tiada seorang hamba yang telah diamanahkan oleh Allah untuk menguruskan hal ehwal rakyat di bawah tanggungannya lalu tidak menunaikan amanah tersebut meskipun dengan hanya menyampaikan satu nasihat melainkan dia tidak dapat mencium haruman syurga Riwayat Al-Bukhari. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, EXCO Kanan, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, sebentar lagi saya akan menangguhkan Mesyuarat Dewan, saya ucapkan terima kasih kepada semua Ketua-Ketua Jabatan yang dapat hadir pada hari ini. Inilah contoh mereka yang layak dapat bonus 3 bulan Yang Amat Berhormat. Sesi penggulungan akan disambung pada hari Khamis 9 Disember pada esok hari. Saya tutup dengan Subhanallahumma wa bihamdika asyadu Allah ilahaillaanta astaghfiruka waatubu ilaik. Mesyuarat Dewan ditangguhkan.

[Mesyuarat Dewan ditangguhkan pada jam 5.30 petang.]