Pahang · 27 July 2018
14th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 295 turns · 23,201 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Pahang Keempat Belas di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari Kelima (Jumaat) : 27 Julai 2018
Bersamaan
: 14 Zulkaedah 1439 Hijriah
DOA
Perkara pertama: Doa.
Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-Ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan taufik-Mu, dipohonkan menyuluh, memandukan pada ketika kami berunding, menimbang bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin, Ya Rabbal A’lamin.
Pertanyaan Dan JawapanQuestions
Perkara kedua: Pertanyaan dan Jawapan.
Bismillahirahmannirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera dan Selamat Pagi. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan pada hari ini dan untuk meneruskan aturan mesyuarat pada kali ini, saya dengan ini menjemput Yang Berhormat daripada ADUN Teruntum. Silakan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1.
[Untuk mengetahui status permohonan kewarganegaraan adalah perlu mengambil masa yang terlalu lama sehingga 2-3 tahun. Jika permohonan gagal, adakah pihak kerajaan akan menyatakan alasan-alasan mengapa ianya ditolak?
Apakah tindakan pihak kerajaan untuk menyelesaikan banyak kes anak-anak yang tidak dapat bersekolah kerana tidak mempunyai status warganegara manakala bapa merupakan warganegara?]
Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Yang Berhormat daripada Teruntum bertanyakan status permohonan kewanne… kewarganegaraan adalah perlu mengambil masa terlalu lama sehingga 2 ke 3 tahun. Untuk makluman Yang Berhormat er… permohonan untuk menjadi warganegara ini adalah hak mutlak Kementerian Dalam Negeri dan er… sekiranya permohonan itu ditolak er… KDN tidak akan memberi apa-apa alasan kerana itu adalah bagi tujuan keselamatan.
Manakala bagi anak-anak yang tidak dapat bersekolah kerana tidak mempunyai status warganegara, saya dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan sebenarnya menerima kemasukan pelajar-pelajar untuk… yang bukan warganegara ke sekolah-sekolah bantuan kerajaan dan sekolah-sekolah bantuan kerajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Maknanya tidak ada isu berkaitan dengan kanak-kanak yang bukan warganegara yang tidak dapat masuk ke sekolah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Terima kasih jawapan dari er… Menteri Besar. Tapi er… saya tidak terima apa yang dibangkitkan oleh Menteri Besar sebab atas perkara keselamatan. Kalau… jika seorang pemohon er… ingin memohon kewarganegara sepatutnya JPN patut bagitahu kenapa dia tidak layak diterima atau menerima er… apa tu ke… er… kerakyatan.
Lagi satu, soalannya anak-anak kalau tidak mempunyai er… kewarganegaraan yang tidak boleh masuk ke sekolah, takkan kita nak pinggirkan dia orang. Sebab kadangkala dia bawah perkara Seksyen 13, maknanya kahwin luar nikah. Maknanya anak ini, ib… bap… er… selalunya er… maknya adalah orang luar negara seperti macam Indonesia, Thailand dan bapanya orang Malaysia. Tapi tak pergi sekolah. So, macam manalah kita nak jaga-jaga anak macam ni. Kalau dipinggirkan, bila dia besar mungkin jadi satu masalah bagi er… apa keselamatan Malaysia juga. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya ingin menjawab yang nombor 2 dulu dan saya dah pun jawab tadi. Sama ada Teruntum faham atau tidak, saya tak tau… Faham dak? Saya menyatakan bahawasanya anak-anak yang bukan warganegara Malaysia yang lahir di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia menerima mereka untuk bersekolah. Faham? Kalau faham, terima kasih.
Yang kedua, alasan penolakan serta permohonan kewarganegaraan tidak dimaklumkan kepada pemohon atas tujuan keselamatan maklumat. Ini daripada Kementerian, jadi Yang Berhormat sekarang ini Pakatan Harapan, Yang Berhormat
boleh pergi terus bertanya. Kata, Persidangan Dewan pada hari ini, Menteri Besar Pahang jawab, permohonan untuk menjadi warganegara ditolak dan tidak perlu bagi alasan. Jadi pergi tanya. Tanya saya, mana saya nak tau sebab Kementerian dah kata macam tu.
Kita pun dah dua, tiga kali sebelum saya menjawab soalan ni, kita bertanya kenapa tidak boleh bagi maklumat. Hah… sebab kena tengok bearing lain lah. Jadi atas keselamatan. Jadi saya harap Yang Berhormat faham dan Yang Berhormat boleh buat tindakan susulan untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut dan selepas ni Sidang Dewan akan datang, Yang Berhormat maklum ke dalam dewan sama ada apa ni er… permohonan menjadi warganegara ini boleh diberitahu sekiranya berlaku sebab-sebab penolakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baiklah kita pergi ke soalan seterusnya. Ya, saya jemput Yang Berhormat ADUN Ketari.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 2.
[Landskap politik dan kerajaan negara dan negeri sudah banyak berubah. Dengan perubahan kerajaan di peringkat pusat, apakah pendekatan Kerajaan Negeri Pahang dalam kerjasama dengan Kerajaan Pusat?]
Terima kasih Yang Berhormat dari Ketari. Yang Berhormat pagi ini bertolak daripada Janda Baik ke bertolak dari Kuantan? [Ahli Dewan ketawa].
Tuan Yang di-Pertua [ketawa],
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat, sukacita saya katakan bahawa sepertimana kerjasama baik dan erat yang Kerajaan Negeri berikan sebelum ini kepada Kerajaan Persekutuan, begitu juga yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri. Pendekatan dua hala yang sama jugalah digagaskan pada kali ini, sungguhpun Kerajaan Persekutuan kini di bawah Pakatan Harapan.
Tiada pendekatan yang berbeza khususnya Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional, kerana kita memikirkan kepentingan rakyat jelata dan Kerajaan Negeri amat praktikal tentang hal ini dan kalau Yang Berhormat daripada Ketari ingat, selepas sahaja saya mengangkat sumpah er… di Istana Abu Bakar tempoh hari er… tiba-tiba er… secara spontan, press datang jumpa saya, mintak saya bercakap sepatah dua kata. Antara ucapan saya ialah er… “Kerajaan Negeri akan dengan izin, looking forward, untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pusat”. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baik, seterusnya saya jemput Yang Berhormat ADUN Kuala Semantan.
Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 3.
[Sungai Pahang merupakan sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia yang merentasi beberapa daerah dalam negeri Pahang. Sungai Pahang di antara tarikan pelancongan di Malaysia. Apakah usaha-usaha kerajaan untuk membangunkan sektor agro pelancongan di pesisir Sungai Pahang yang akan memberi manfaat kepada penduduk khasnya di sekitar pesisiran Sungai Pahang?]
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada rakan daripada Kuala Semantan. Yang Berhormat Yang di-Pertua, sememangnya Sungai Pahang adalah merupakan sungai yang terpanjang sekali di semenanjung iaitu sepanjang… panjangnya 459 kilometer ataupun 285 batu bermula dengan pertemuan antara Sungai Jelai dan Sungai Tembeling. Dan ianya mengalir dari puncak iaitu Banjaran Titiwangsa kerana itulah untuk Kerajaan Negeri memastikan bahawa penjagaan hutan, conservation, penjagaan hutan ini kena mesti kita teruskan kerana apa, kerana ia adalah merupakan er… merupakan perkara yang sangat penting kerana ia menghasilkan air iaitu untuk penggunaan bagan… bukan sahaja untuk sungai mengalir membawa gelodak dan sebagainya, tapi untuk juga kegunaan manusia.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sememangnya kita melihat bahawa sungai adalah merupakan salah satu daripada produk pelancongan. Dan kerana itu lah kita setiap tahun kita akan mengadakan pesta air yang kita adakan di Chenor. Dan kali ini saya tengok dululah saya kena sembahyang istikharah nak tengok nak dibuat di Chenor lagi ke tidak, pasal ADUNnya telah berubah. Walau bagaimanapun kerana er… ahli parlimennya masih lagi dari Barisan Nasional dan wakil daripada kerajaan iaitu Kuala Sentul juga daripada Barisan Nasional, walaupun dua sama macam juga Temerloh, tapi insya-Allah kita juga akan kemukakan kepada kerajaan pusat er… MOTAC supaya program ini akan diteruskan. Dan kita yakin bahawa aktiviti-aktiviti yang lain sebagai contohnya river cruise, kemudian memancing, program berakit, adalah di antara er… program-program yang kita boleh buat yang boleh kita manafaatkan sungai-sungai ini.
Walau bagaimanapun kita sangat mengharap bahawa kerajaan negeri sendiri kita sentiasa konsisten bahawa kita sebagai kerajaan kita facilitate, dengan izin, dan promote. Ini kerja kita. Kita juga mengharapkan pihak-pihak swasta datang bersama-sama dengan kita kerana apa seperti yang telah saya nyatakan bahawa pelancongan ini, ianya tidak ada direct income kepada negeri tetapi ianya lebih kepada apa yang disebut oleh Wakil daripada Beserah iaitu spill over, dengan izin, iaitu er… apa yang kita katakan sebagai limpahan ekonomi yang ianya akan terus sampai kepada pemain-pemain industri ataupun pengusaha-pengusaha industri pelancongan ini.
Mencelah…
Sila… Luit
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kepada Wakil Lanchang, kalau agak tak berminat nak buat di Chenor lagi, pesta air itu, saya nak cadangkan buat di sungai Pahang yang tempatnya air sungainya jernih. Sungai Pahang-sungai Pahang yang airnya jernih, saya tengok dari hulu sampai ke hilir tak ada tempat pun air sungai Pahang jernih, jadi kalau ada tempat jernih boleh buat pesta air di situ. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Petua,
Sungai Pahang ni airnya deras, Sudahlah deras berliku-liku, Orang Pahang hatinya keras, Tetapi senang kena tipu
tetapi kali ini tidak, kerana kita masih menang lagi untuk kerajaan Barisan Nasional.
Pantun lama tu… pantun lama tu.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Ini pantun daripada veteran UMNO kita, iaitu allahyarham orang panggil dia Jeneral Talib, walaupun dia tak pernah masuk askar.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Insya-Allah ya… insya-Allah kita pun faham, kita pun mengetahui bahawa sememangnya air keruh ini adalah kerana aktiviti-aktiviti yang dibuat oleh manusia sendiri. Insya-Allah, saya dan jabatan secara kebetulan, saya telahpun diberikan amanah untuk memegang Jawatankuasa Alam Sekitar. Maka… maknanya satu alam ni kita jaga, sekitarnya dan insya-Allah kita akan pastikan bahawa kejernihan itu insya-Allah dapat, kita akan cuba sedaya upaya untuk kita cari balik. Dan untuk pesta berakit ini ataupun pesta air ni, kita sebenarnya memang nak buat sangat di Sungai Luit, tapi ada, di Luit ada sungai ke Yang Berhormat ADUN Luit.
Tak ada, Yang di-Pertua, tak ada
Sungai kecil pun tak ada [Ahli Dewan ketawa]
Terima kasih la Yang di-Pertua. Kalau agak Wakil Lanchang berminat, memang kita nak menawarkan tempat, ada 7 tingkat air terjun, pun kita boleh panggil pesta air juga, ya, Jadi minta sungguh lah… hajat sungguh lah kalau boleh bawa ke Maran pun tak apa sebab Chenor dengan Maran ini memang sedara rapat ya. Terima kasih
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya tak tahulah kalau dulu… sekarang ni Chenor dengan Maran ni dia ada autonomi sendiri, sebab Chenor tu memang dalam Maran, kecuali Pejabat Qadhi. Ha… dia ada daerah qadhi yang tersendiri ha… iaitu Chenor ya, daerah Chenor.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Insya-Allah dan seperti yang saya nyatakan bahawa kita akan teruskan pesta air ini kerana apabila kita ada pesta air macam ini er… maka orang akan mengenali Chenor dan juga mengenali daerah Maran. Dan insya-Allah, yang lain-lainya seperti er… sukan air, lepas tu program berakit ini kita akan teruskan. Cuma Yang Berhormat Yang di-Pertua, pihak swasta ini mereka hanya akan berminat jika sekiranya program ataupun acara tersebut mereka apabila mereka melabur mereka inginkan er… er… apa yang kita katakan pelaburan itu ada labelnya, ada keuntungannya. Jadi yang nak bagi saja ni kerajaan, kerajaan buat program kadang-kadang tidak ada hasilnya kerana kita tahu itu adalah tanggungjawab, kerana… kerana duit yang kita pakai itu kita paham bahawa ianya duit rakyat juga dan kembali juga kepada rakyat. Jadi sebab itulah saya Kerajaan Negeri sentiasa ya er… sentiasa cuba sedaya upaya dan kita sentiasa mempunyai sikap yang terbuka untuk mencari mana-mana pihak swasta yang ingin ya turut serta di dalam kita mempromosikan sungai Pahang dan menjadikan sungai Pahang ini sebagai venue penting untuk produk pelancongan. Terima kasih.
Laluan.
Muadzam Shah… Muadzam
Terima kasih er… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Er…saya ingin bertanya er… berkenaan dengan berkaitan dengan pelancongan juga, sungai juga tapi ini bukan sungai di Pahang tetapi sungai Rompin. Okay, kalau dulu kita tengok sungai ini hanya er… untuk sumber pendapatan nelayan sungai dan juga er… sumber minuman. Er… tapi sekarang kita tengok sungai… sungai dah jadi er… produk iaitu sumber untuk pelancongan juga. Kalau er… di Rompin ketika ini, di sungai Rompin er… pada tahun 2016 saya pernah buat bancian hanya ada lebih kurang 13 rumah-rumah rakit, tetapi er… sekarang ni, pada tahun ini saya rasa dah lebih dari 20 rumah rakit, di mana sungai Rompin kita tahu popular dengan udang galahnya dan ramai pemancing-pemancing datang ke Rompin sungai Rompin untuk er… memancing udang galah dan orang-orang kampung dah mula membuat rumah
rakit er… dijadikan sebagai chalet er… daripada Kampung Bangkong, Gading, Leban Chondong er… Sabak hingga ke Rantau Panjang semua dah ada rumah-rumah rakit.
Jadi saya nampak di sini, ini satu-satu produk pelancongan untuk er… negeri Pahang. Jadi er… saya ingin bertanya er… dalam dewan ini er… adakah, ada ke sebelum ini usaha-usaha daripada Kerajaan Negeri untuk mempromosikan rumah rakit er… terutamanya er… di sungai Rompin ini? Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sebab itulah saya nyatakan bahawa produk pelancongan ini dia sememangnya di atas kreativiti kita yang penting adalah kerana sekarang ni orang penting kepada branding. Jadi branding ini penting dan sekiranya kita dapati bahawa sungai Rompin ini sekarang ni dah ada rumah-rumah rakit floating house, dengan izin, floating raft er… kita mungkin ini adalah salah satu daripada produk di mana mungkin kita boleh buat di situ inap desa ataupun homestay orang boleh er… apa experience ataupun mengambil pengalaman. Pelancongan ini adalah merupakan experience er… mendapat pengalaman baru iaitu mungkin mereka er… boleh apa nama tidur di situ dan salah satu daripada produk pelancongan yang mana kalau kita tengok di kawasan Rompin itu, mereka juga mempunyai Taman Negeri, dan juga mereka juga mempunyai er… Pulau Tioman dan er… maknanya 3 hari 4 hari er… dia boleh er… duduk di situ. Dan dalam masa yang sama juga mereka boleh er… makan udang galah.
Jadi, saya nak check juga tu. Nak pastikan udang galah tu betul-betul daripada Rompin. Kita bimbang udang galah daripada sungai lain ya dak, dia bawa ke Rompin. Jadi saya kena check dengan Wakil daripada Tioman, Wakil daripada Ibam dan Wakil daripada Muadzam. Nak pastikan the aunti…aunti... aunti… authenticity. Tak taulah Yang Berhormat Yang di-Pertua, pagi tadi makan roti canai kat Vange, apa Venge…Vanggey, Vanggey tu dia… dia apa… lidah tu tak boleh nak sebut dengan baik. Jadi insha-Allah Yang Berhormat Yang di-Pertua, ini adalah satu sebab saya bagitau yang penting branding. Branding ataupun jenama adalah sangat penting dalam produk pelancongan. Terima kasih.
Jemput Yang Berhormat Tahan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, er… saya nak tanya er… Lanchang. Di DUN Tahan, dia ada di er… dibuat satu tempat yang menjadi transit katanya sebelum ke Taman Negara yang dinamakan sebagai Labu Sentral, yang tak… tak silap saya dirasmikan pada tahun 2012, Labu Sentral. Jadi saya mendapat maklumat daripada penduduk setempat kalau permulaan dulu memang rancak, kemudian bot er... sendiri pun sebab dia ada jeti dia sendiri, tapi akhir-akhir ni er… saya mendapat er... rungutan daripada penduduk setempat. Dianya, orang panggil semakin hambar dan semakin suram. Jadi saya nak tanya apakah orang panggil cadangan ataupun er… pelan daripada Kerajaan Negeri untuk er… menyemarakkan semula Labu Sentral supaya dia tidak er… jadi tempat yang tidak berfungsi. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Er… satu soalan yang baiklah, yang dua lagi tu baik jugak er… bukannya bila sampai ke Tahan tu baik je, yang lain tu baik juga, daripada Semantan pun baik, daripada Muadzam pun baik, daripada Tahan pun baik dan daripada Luit pun baik.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Insya-Allah, sebenarnya pelancong ini bukan kita, kita orang Pahang ni, kita memang kita akan pergi sana naik kereta. Kalau dulunya bila tak ada jalan yang baik, ramai daripada yang naik motor bot tu adalah merupakan orang tempatan, tapi bila jalan dah ada, maka orang lebih selesa naik kereta, cepat dan kemudian dari segi cepat, boleh berhenti di mana. Ya naik bot, naik bot kan. Tapi walau bagaimanapun, Yang Berhormat Yang di-Pertua, seperti yang saya nyatakan experiencing, dengan izin iaitu pengalaman pelancong.
Insya-Allah kita boleh buat package iaitu pakej dengan kita akan ajak travel agent dan sebagainya yang nak pergi ke er… Taman Negara ini. Dia boleh ada alternatif. Dia boleh naik bot, experience pengalaman dia yang tu kita boleh buat. Insya-Allah dan kita boleh pakejkan di dalam er… pakej kita tu termasuklah antaranya mereka akan singgah di Jerantut dan kemudian mereka naik bot. Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasihlah daripada maklumat yang kita dapat daripada er… Wakil daripada Tahan. Insya-Allah, kita akan ambil kira semua perkara tersebut. Terima kasih.
Baiklah soalan yang seterusnya saya jemput Yang Berhormat ADUN Beserah.
(Ayat Al-Quran) Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang di-Pertua, hari ni hari Jumaat, soalan saya nombor 4. Terima kasih.
[a) Berapakah jumlah nelayan yang mendaftar dengan LKIM serta yang mendapat bantuan sara hidup di seluruh DUN Beserah?
b) Apakah perancangan terdekat pihak kerajaan untuk mempertingkatkan kemudahan jeti pendaratan hasil tangkapan nelayan di sekitar Beserah?]
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Yang di-Pertua, dia memang er… soalan daripada ADUN Beserah ni, soalan baik pada hari Jumaat. Jadi saya nak menanya ke ADUN Beserah yang bertanya berkenaan dengan er... nelayan ya. Ini… ADUN Beserah pernah pergi ke laut bersama dengan nelayan ke ataupun er… mengalami pengalaman untuk menangkap ikan di laut? Pernah?
Er... Yang di-Pertua, saya cuba, tapi separuh jalan, mabuk. Saya kena balik, balik. Kesian ke nelayan nanti. Terima kasih.
Jadi, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, kadang-kadang dalam hidup ni kita er… kita ambil mudah. Bahasa Inggeris kit… kita panggil we take things for granted dengan izin. Bila kita ada kita makan ikan, kita rasa benda tu mudah je, dia datang ke meja kita, kita pergi ke pasar, kita pilih. Kita nak ikan yang terbaik yang dijualkan tapi kita tak pernah berpengalaman untuk pergi ke laut bersama dengan nelayan mengalami betapa getirnya pengalaman yang terpaksa mereka lalui terutama sekali pada musim ribut.
Saya yakin pengalaman yang dialami oleh Yang Berhormat ADUN Beserah ini bukannya er… Yang Berhormat sahaja er… keseorangan. Ramai yang tak boleh nak pergi ke laut. Tak boleh nak pergi ke laut kerana mabuk ini. Mabuk laut er… dia ada mabuk air sejuk, mabuk laut, mabuk darat tapi, ini mabuk laut. Sebab itu kadang-kadang yang kuat kritik ini, yang kuat kritik ini sebenarnya mereka yang tak pernah melalui pengalaman yang dilalui oleh orang lain, sebab tu nelayan ni, katalah nelayan ni dia boycott, dengan izin, ya.
Cuba bayangkan kita bila nak pergi ke pasar, ikan tak da. Kita nak mencari ikan, ikan ni sumber protien yang tinggi. Tak de. Masa itu, baru kita perasan “eh… mengapa ikan tak de?” Nelayan duduk, main dam aji je. Sebab apa? Sebab permasalahan mereka, kebajikan mereka tidak diberikan perhatian. Justeru itu, mengambil kira kepentingan rakyat jelata yang ada di negara ini, maka sebenarnya er… Perdana Menteri pada ketika itu, Dato’ Sri Najib Tun Haji Abdul Razak, mengamalkan pendekatan cakna. Cakna ambil umpama, ambil berat kepada masyarakat nelayan yang terpaksa bergadai nyawa untuk mendapatkan hasil tangkapan ikan demi kepentingan kita.
Lantaran itu, dibawah kepimpinan kerajaan yang sebelum ini, beberapa insentif telah pun dilaksanakan. Antaranya ialah memberikan elaun sara hidup kepada nelayan, memberikan subsidi minyak diesel dan petrol, memberi insentif hasil tangkapan, memberikan ataupun er… mengambil berat khususnya mengenai projek khas perumahan nelayan, juga memberi dana nelayan, mengambil kira dan juga mengadakan insuran nelayan, juga melancarkan program ataupun projek azam tani, memberi kursus kepada para nelayan untuk mempelbagaikan sumber-sumber aktiviti ekonomi selain daripada menangkap ikan. Kemudian juga memberi latihan kepada golongan-golongan nelayan juga membina dan menaik taraf kemudahan-kemudahan er… nelayan termasuk jeti dan sebagainya dan apabila berlakunya bencana alam. Sebenarnya kita ada skim bantuan bencana alam dan juga bantuan kebajikan untuk nelayan.
Menjawab soalan yang dibangkitkan ADUN Beserah iaitu berapa ramai, berapakah jumlah nelayan yang mendaftar dengan LKIM serta yang mendapat bantuan sara hidup di seluruh DUN Beserah. Pertama sekali saya ingin maklumkan di sini yang mendaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di seluruh Negeri Pahang, nelayan yang mendaftar ialah seramai 3,937… 3937. Daripada jumlah ini, nelayan yang layak menerima apa yang dipanggil sebagai Bantuan Elaun Sara Hidup ya, BESH nelayan ya. Apakah ini... maksud bantuan ini. Ianya adalah bertujuan membantu golongan nelayan, meringankan bebanan menghadapi tekanan ekonomi disebabkan kenaikan kos sara hidup disamping merupakan insentif kepada sektor industri perikanan supaya kekal berdaya maju macam, saya katakan tadi dan BESH ni BESH ataupun Bantuan Elaun Sara Hidup telah bermula sejak daripada tahun 2008 dan kadarnya pada ketika itu ialah RM200 sebulan bagi setiap nelayan.
Tetapi mulai pada 2015, pihak kerajaan pada ketika itu telah menaikkan kadar bantuan ini kepada RM300 sebulan kepada nelayan duduk dalam zon A. Apakah zon A ini? Zon A ini ialah nelayan yang membuat tangkapan ikan dia dalam julat ya… range, julat antara pantai itu hingga 5 batu nautika. Itu zon A, maknanya nelayan yang kecil-kecilan, sampan dan sebagainya.
Kemudian bagi zon B, C dan zon C2, dinaikkan kepada RM250 sebulan. Zon B ini jarak dia antara 5 ke 12 nautika batu… batu nautika. Kemudian untuk zon C antara 12 hingga ke 30 batu nautika dan zon C2 ini ialah 30 batu nautika hingga ke er… dipanggil EEZ, bahasa Inggeris dia dengan izin, Exclusive Economic Zone ya, Zon Ekonomi Eksklusif dan ini bantuannya. Manakala yang menerima bantuan ini daripada 3,937 tadi ada 1,902 yang menerima bantuan dan di Beserah yang layak menerima bantuan 222, dua ratus dua puluh dua orang dengan nilaiannya er… sebulan itu jumlahnya RM61,808.00 dan kita mengharapkanlah, kita mengharapkan mungkin kadang-kadang itu kita ada, saya lihat pentadbiran sekarang ini dia nak semua nak baru, nak buat perubahan.
Saya harap yang ini janganlah dibuat perubahan demi untuk kepentingan, kebajikan para nelayan yang saya sebutkan tadi. Bukan semua pun. Mungkin bukan semua para-para barisan kabinet dan ahli pentadbiran kerajaan yang pernah dan sanggup dan berupaya untuk pergi ke laut itu. Timbangkanlah, pergilah sekali naik bot, muntah tengah jalan, lepas tu saya ingat barulah buat keputusan. Sebab itu kita mengharapkan, insya-Allah mudah-mudahan kebajikan para nelayan ini mestilah diberikan pembelaan yang berterusan, kerana ini apa yang dipanggil sebagai ‘wira yang tidak didendang’… The Unsung Heroes, ini sebenarnya.
Manakala, apakah perancangan pihak kerajaan untuk mempertingkatkan kemudahan jeti pendaratan hasil tangkapan nelayan di sekitar Beserah? Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, LKIM bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan infrastruktur pendaratan ikan bagi menyokong pembangunan industri perikanan dan seterusnya membantu masyarakat nelayan menjalankan aktiviti pendaratan ikan sama ada melalui pembinaan kompleks dan jeti pendaratan ikan di seluruh negara. Ini, ini peranan, antara peranan LKIM lah. Manakala di sekitar Beserah ini, nelayan bolehlah mendaratkan ikan di kompleks pendaratan ikan LKIM Kuantan ya. Nelayan juga boleh mendaratkan ikan di jeti LKIM Balok dan di sepanjang pesisiran pantai dari Bukit Pelindung hingga ke Chendor. Yang ini dia panggil pendaratan pantai lah, beach landing, dengan izin.
Manakala bagi sebarang pembinaan jeti baru, LKIM kena membuat kajian. Sebab apa kita di Beserah ini kadang pantai ya, dia… kita Pahang ini mengadap er… ini Laut China Selatan dan pertama sekali bukan sahaja terdedah dengan risiko hakisan, sebab itu kita kena memilih lokasi jeti yang bersesuaian tetapi pada masa yang sama… dia wujudnya pembentukan beting pasir ini, sand bar dengan izin, sand bar. Jadi itu kalau tersilap buat itu, dia tidak dapat dimanfaatkan dan juga yang paling ketaranya ialah kedudukan air pasang surut.
Jadi dia kadang-kadang bila dia surut itu, jeti kita tu, kita dah bina, dia surut dia sampai ke tengah laut ar… terkantung-kantung jeti tu, duduk situ maknanya. Sebab itu dia kadang-kadang kena nengok tempat yang bersesuaian. Lantaran itu, inilah masalah yang kita hadapi di kawasan Beserah ini. Sebab itu kita kena teliti dan insya-Allah kita akan bantu dari er… maknanya dari semasa ke semasa tetapi sepertimana yang kita sedia maklum kebanyakan peruntukan untuk pembangunan ini kena datang daripada kerajaan pusat. Kalau dulunya kita boleh juga ‘hello-hello’ tapi sekarang ini kita kena…
kita kena buat permohonan secara rasmi dan insya-Allah ini akan dilaksanakan melalui agensi-agensi yang ada di negeri Pahang.
Manakala LKIM juga menyediakan bangsal-bangsal pukat di pengkalan pendaratan ini, di pesisiran pantai bagi memudahkan nelayan setempat menjalankan aktiviti perikanan dan aktiviti membaiki pukat. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Beserah. Ya, Beserah.
Terima kasih wakil kerajaan di atas jawapan itu. Ada soalan tambahan yang ingin saya kemukakan. Pertama, okey kerajaan pernah pergi ikut ke laut ke, ikut nelayan itu? Yang kedua, ada berita yang menyatakan bahawa Bantuan Elaun Sara Hidup untuk nelayan ini akan diberhentikan. Sejauh mana kebenaran er… kenyataan yang dibuat? Yang kedua, apakah kesan yang bakal diterima oleh 222 orang nelayan di Beserah ini sekiranya elaun sara hidup mereka itu diberhentikan?
Kemudian seterusnya, sepertimana yang dinyatakan oleh wakil kerajaan tadi bahawa mereka semua ini adalah merupakan unsung hero. Mereka menggadaikan nyawa untuk memberikan bekalan makanan yang secukupnya kepada kita. Justeru itu saya berharap pihak kerajaan memberikan perhatian serius dan keutamaan untuk memudahkan urusan mereka terutama sekali dari segi pendaratan.
Sebab itu jeti-jeti di sekitar Beserah ini, berisiko tinggi sehingga boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Mereka terpaksa… contoh macam wakil kerajaan cakap betul. Bila air surut, mereka tak boleh nak masuk ke jeti. Hasil tangkapan tak boleh bawa masuk. Mereka terpaksa mendaratkan bot mereka er… di tengah laut dan terpaksa berjalan ataupun berenang untuk ke darat. Tunggu air pasang baru pergi pula. Sekiranya perkara ini berterusan, dibimbangi risiko yang tinggi ini bakal mengundang bencana kepada para nelayan di sekitar DUN Beserah.
Jadi saya berharap nelayan-nelayan pantai, persisir pantai ini, kita berikan sedikit keutamaan kepada mereka untuk mempermudahkan urusan mereka. Lama dah mereka merintih persoalan ini. Saya harap dapat berikan perhatian yang serius kali ini untuk membantu mereka. Terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada ADUN Beserah yang begitu prihatin mengenai permasalahan nelayan. Setakat ini belum lagi ini ADUN… Yang Berhormat ADUN Beserah. Saya belum lagi bersama-sama mengikuti nelayan tapi saya menengok itu pun saya kira cabaran itu macam ini… ADUN Beserah juga. Saya masalah pertama sekali pasal mabuk itulah. Mabuk itu, masalah mabuk, bukan masalah yang lain itu, masalah mabuk itu.
Jadi saya bimbang juga, bukan apa, takut nelayan itu dia ada urusan lain, dia nak mengembalakan kita pula. Kalau dia kira dia sabar begitu, tahan juga. Saya kena tengok bearing juga, nelayan ini. Bimbang sampai tengah laut kan, dia campak kita [Ahli Dewan ketawa]. Jadi kalau tak balik, hah! itu jadi lepas ini saya kena menengok bearing. Dak bearing, dia… dia kalau tidak, dia tak sampai ke pantai tu.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Dia… dia orang bagitahu, tak tahulah, ini jaws bagitahu. Dia cakap kalau campak ke laut, jaws suka. Pasal dia bagitahu, Wakil Rakyat Barisan Nasional ini daging dia rasa manis. [Ahli Dewan ketawa]
Tak, saya ingat gini, ini ADUN Beserah. Kita berpakat supaya kita mempelawa Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan bersama dengan kita. Kerana apa? Pelancongan saya tengok banyak mempromosi pelancongan-pelancongan di darat dan juga di pesisiran laut. Kita sekarang ini ke laut sebab sempadan negeri kita sampai ke laut. Pelan…
Benta.
Izin ya… Dato’.
Dato’.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya tahu bahawa inilah silapnya, bukan silap Yang Berhormat Yang di-Pertua er… Yang Berhormat Menteri Besar… bila kita suruh engineer jaga pertanian. Ha… inilah, inilah jadinya [ketawa] [Ahli Dewan ketawa]. Dia engineer… civil engineer jaga pertanian, tapi takpe kita cukup yakin bahawa Wakil daripada kerajaan ni dia cepat absorb, dia cepat belajar, fast learner.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya nak maklumkan bahawa dari segi laut ni kita di… di Cherating, kita ada satu kampung kita panggil kampung Nemo di dalam laut, hanya di Cherating sahaja di dalam dunia ni pantai Cherating, Wakil daripada Beserah tentu tahu yang ada ikan nemo yang cerita tu apa nama cerita tu? Finding Nemo ya? Ha… Finding Nemo tu, ikan nemo tu yang hanya ada di er… di bawah di dasar laut di Cherating seluas er… besarnya padang bola, padang bola saya tak tahu Wakil er… Wakil Kerajaan Exco Belia dan Sukan dia tahu, besar tu dan er… dan kita telah lancarkan dan er… mereka
yang berminat di dalam scuba diving ini dengan izin mereka akan pergi ke situ dan akan melihat ikan Nemo dan kita boleh er… sumbangkan tukun.
Tukun untuk ikan ni… untuk dia… tukun dan kita boleh letak nama kita di situ jadi supaya ikan nemo tenguk er… ini Wakil Teruntum, dia tak berapa nak makan takut pasal ada ular er… [Ahli Dewan ketawa]. Ini daripada… ini daripada ini Peramu Jaya okay ha… sebagai contoh boleh kita bagikan sumbangan. Sebesar padang bola siapa yang minat dalam menyelam ni, scuba ni, bolehlah pergi ke situ… telah lancarkan er… er… ini produk pelancongan dasar laut Yang Berhormat. Terima kasih.
Saya tertarik dengan cadangan…
Mohon mencelah Yang Amat Berhormat. Saya pun terpanggil juga bila Dato’ er… rakan saya ni menyebut tentang ikan nemo ya. Jadi saya ingat nak tanya dia ikan layaran ada di mana? Wakil Kerajaan yang pelancongan ni kita ada 1 jenis ikan, ikan layaran, ikan layaran ni ada di mana? Ikan layar-layar [Ahli Dewan ketawa].
Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan-soalan macam ni elok kita tanya tengah makan jelah [Ahli Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua,
Saya tertarik dengan apa yang dibangkitkan oleh ADUN Beserah tadi bila kita bercakap mengenai unsung heroes, saya rasa kita ni ambil mudahkan, nelayan kita lihat misalnya tu boleh bercakap pasal hero ini kita melihat paparan perajurit, warriors, dengan izin, yang kita anggap sebagai hero tetapi sebenar nelayan kita tempatan kita terpaksa bersaing dengan nelayan-nelayan luar menceroboh, nelayan asing yang datang bawa senjata semua sekali, kerana kita. Kalau dia takut misal contoh kalau tak ada orang nak jadi nelayan, jawabnya ikan-ikan kita terpaksa diimport daripada negara luar dan pengimportan inilah yang menyebabkan ada aliran mata wang keluar negara.
Sebab tu dalam konteks ini saya bersetuju supaya kebajikan nelayan ni terus diberi pembelaan, Bantuan Elaun Sara Hidup bagi nelayan ni tidak seharusnya dijadikan mangsa kalaupun walaupun sudah berubah pentadbiran negara kerana mereka ni adalah merupakan the innocent party. Mereka ni adalah merupakan patriot yang terpaksa bergadai nyawa kerana kepentingan negara. Sebab itu kita dengar dah ura-ura yang mengatakan kita tidak mahu bagi er… apa nama… terus bantuan kerana ni akan melemahkan setengah-setengah pihak yang menerima er… lebih baik kita kata daripada bagi ikan itu, kita bagi pancing tetapi nelayan ni perlu diberi pembelaan kerana apa? Ianya adalah suatu profession yang khusus bukan semua dalam dewan ni boleh jadi nelayan.
Pertama sekali ujiannya pergi ke laut, tak payah buat apa-apa pergi… ke laut. Kalau muntah tu er… itu maknanya tak lulus ujian. Kemudian bagaimana nak menangkap, bagaimana nak mengemudi dengan kemudahan yang ada dan juga ancaman daripada pihak-pihak lain. Sebab itu saya bersetuju sangat dengan saranan daripada
ADUN Beserah tadi supaya elaun ini mesti diteruskan kalau boleh bukan diteruskan tapi diperkasakan lagi sebagai tanda kita cakna dan umpama kepada golongan nelayan.
Yang keduanya saya ingin mohon mencadang kalau boleh tu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan buatlah filem, filem tentang nelayan ni. Kalau di luar negara te… dia buat cerita fire fighter dia tengok bomba, ahli bomba naik menyelamatkan orang. Jadi orang kata bila nak besar, besar nak jadi apa? Nak jadi ahli bomba kerana dia semangat tengok itu… kerana inilah wira-wira yang… yang berjuang.
Ada satu cerita tu cerita sebenarnya bagaimana dia nak mengawal ini… kebakaran hutan, 12 orang er… tak silap saya 12 orang. Jadi oleh kerana mereka ni pergi, yang ke depan sekali dia terpaksa pergi dan mengawal er… ini… merebaknya kebakaran tetapi oleh kerana pada ketika itu… berlaku di Amerika, ini tiupan angin tu berubah jadi api yang marak tu menyerang kumpulan ni. Akhir sekali 12 orang ni mati… mati. Er… dak makna itu its a real. Tak silap saya 12… 12… mungkin 12 atau 16 orang tapi mereka mati dan ini adalah peristiwa yang benar. Yang kita kena buat sekarang ni bagaimana seorang nelayan itu boleh dijadikan sebagai wira, supaya kita dapat menghargai jasa-jasa mereka. Kemudian...
Yang Berhormat, sikit je saya sebenarnya memang ada hajat nak buat filem dan kita nak ADUN Beserah dengan ADUN Inderapura jadi hero. Tapi dia orang ini naik 3 minit je bot terus muntah tak jadi [ketawa].
Takpe, kita… dak teknologi terkini ini… 3 minit tu boleh jadi 3 jam jadi dia duduk kat situ er… dia ulang-ulangkan buat, dak kita boleh simulasi duduk kat dalam pejabat misal kata tapi bila filem tu keluar nampak nelayan tu hebat. Dan semangat ni yang sebenarnya kita mesti timbul. Ini bukan semata-mata nelayan sahaja, saya ingat ada lagi yang unsung heroes yang perlu kita beri pembelaan.
Yang keduanya saya… saya ingat fenomena ini memang berlaku di mana-mana. Apabila [ketawa] ada kadang-kadang kita Wakil Rakyat er… Dato’ Sri Yang di-Pertua, orang datang dia minta tolong sikit YB, anak saya nak ini… minta kerja. Ha… kerja apa? minta kerja buat sokongan sikit. Kita buat surat sokongan maknanya menyokonglah. Baguslah calon ini kalau boleh dapat kerja kita berilah peluang dia dapat kerja lepas tu dia datang dalam 3 bulan, terima kasih YB anak saya dapat kerja dah.
YB… YB pihak kerajaan jawapan ini kepada apa tadi? [Ahli Dewan ketawa]. Jawapan tadi?
Kemudian tu Dato’ Sri Yang di-Pertua, kemudian tu… anak saya dapat kerja dia kabor er… boleh ini Dato’ ini… kalau boleh tu biarlah dia dapat kerja di Pahang, di Pahang. Dak kalau dia dihantar ke tempat lain ke Sabah, ke Sarawak tu jauh sangat ke Pahang boleh? Kita pun buatlah surat sokongan dia pun datang. Alhamdulillah YB, anak saya
dapat ke Pahang lepas tu dia mengerling saya. Terima kasih. Kalau boleh, boleh hantar ke Lipis boleh? Dia kabor…dia kabor gitu pulak. Daripada Pahang tu dia nak hantar ke Lipis pula. Dia hantar ke Lipis maknanya kalau hantar ke Lipis, esok dia kabor kalau boleh ke Benta lah, dia kabor dekat sikit. [Ahli Dewan ketawa]
Jadi… jadi maksudnya di sini saya nak menyarankan... kita nak beritahu YB Beserah maknanya kita ada kemudahan LKIM di Kuantan takpe, dia pergi menangkap ikan tu di tengah laut tapi kalau boleh tu bila dia nak mendarat tu, mendaratlah di LKIM Kuantan. Tak payah di Beserah maknanya kalau di Beserah tu susah. LKIM di Kuantan tu kita ada jeti tu memang kira hebat ha… masuk ke situ kita mendarat. Kemudian yang pentingnya hasil tangkapan tu kita… kita pasarkan jadi tak payah maknanya kalau kita kalau boleh tu mendarat depan rumah, yang tu susah sikit.
Jadi maksudnya tadi kekangan kerana apa? Kerana di Beserah ni sepanjang pesisiran pantai tu sepertimana yang saya sebutkan tadi dia ada cabaran, pantai dia bila ADUN Beserah sebutkan tadi bila air surut tadi jauh ke tengah laut.. tak boleh nak langsung nak… nak apa nama… nak apa nama… mendarat di… di lautnya tu jadi dia terpaksa membawa hasil tangkapan tu mengandarkan… mengandar tu jauh. Jadi kalau boleh tu saya syorkan supaya kita manfaatkan er… ini jeti yang ada di Balok dan jeti yang ada di Kuantan tadi. Namun kita telitilah makna LKIM teliti bila ada ongkos tu, ada duit, ada anu itu… insya-Allah kita boleh buat, maknanya mungkin jeti terapung la tengok kalau sekira boleh. Terima kasih.
Jemput… jemput, Tanjung Lumpur.
Soalan tambahan straight to the point ya. Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih pada pihak kerajaan. Kami er… Tanjung Lumpur dan Beserah ni berkongsilah jawapan tersebut sebab sama-sama ada nelayan. Cuma beza dia saya boleh ke laut, insya-Allah. Kemudian soalan sayanya er… pada penggal yang lepas pun kita bicarakan isu soal nelayan daripada Vietnam yang mana makluman daripada nelayan, kes ni masih belum selesai. Lesen kita tetapi yang ke laut itu adalah orang Vietnam. Jadi yang ni masih belum selesai lagi. Jadi kita nak… nak… nak… nak bertanyalah kepada pihak kerajaan. Sejauh mana kes ini boleh di… dah diselesaikan dan sebagainya?
Yang kedua, er… baru-baru ini Menteri Pertanian dia kata ikan kembung kat laut ni ada 3 bilion lagi. Saya tak tahu dia kira macam mana, sebab kita nak kira anak ayam dalam bakul pun payah tapi kalau sekiranya betul dia kata ikan kat laut… ikan kembung kat laut Malaysia ni ada 3 bilion lagi, saya nak tanya jugak kat Pantai Tanjung Lumpur tu ada berapa ekor lagi ikan kembung. [Ahli Dewan ketawa] Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya rasa, saya terpaksa bagi soalan bertulis, jawapan bertulis [ketawa] kepada ADUN Tanjung Lumpur, dan sebenarnya ini… ini angka yang di er… isytiharkan oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu, saya ingat berdasarkan kepada ini, laporan data yang diperolehi daripada agensi yang berkaitan. Saya yakin,
maksud dia di situ ialah bila disebut ada 3 bilion tu, makna banyak sumber tu ar… kita amik… kita amik gitu la maknanya. Jadi maknanya dia macam kita kabor, “hu… berbilion-bilion” maknanya menunjukkan banyak… banyak lagi pada ratus, banyak daripada ribu, banyak daripada juta. Jadi saya rasa begitu, makna maksud dia tu kita ada… dan mungkinlah dia… kita bagi apa nama orang putih kata, benefit of the dark, ya. Maksudnya banyak er… ikan yang ada di… di tengah laut tu sebab tu digalakkan kita mencebur kalau boleh, tu melibatkan diri dalam ini apa nama aktiviti er… tangkapan ikan ni ya. Yang tadi berkenaan dengan Vietnam? Minta maaf…
Saya ada sungutan, cerita-cerita daripada nelayan berkaitan dengan nelayan-nelayan daripada Vietnam, yang memang lesen kita tetapi pekerja-pekerja tu ramai daripada Vietnam dan sebagainya, yang kadang kala kata dia, cara dia memukat, cara dia menangkap ikan dan sebagainya tidak sama dengan yang… cara yang kita buat dan sebagainya. Terima kasih.
Dia sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, ini… ini masalahnya yang tadi yang kita cakap. Sebab itu yang… yang er… saya sebutkan tadi bagi pihak kerajaan, kita kena bagi bantuan ini, elaun sara hidup ni, kerana penduduk tempatan dia tidak semua yang berkesanggupan yang pergi ke laut.
Jadi kalau tadi… ada tadi saya tanya dengan Wakil ni kerajaan, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, dia kata dia pun tak berapa sanggup pergi ke laut. Jadi kalau sekiranya empat di kalangan kita ni ADUN Beserah, saya, kemudian ADUN Lanchang Wakil Kerajaan dengan ADUN Tanjung Lumpur, jawabnya ADUN Tanjung Lumpur solo yang pergi ke laut sebab apa, dia [ketawa] tapi dia kata kalau antara kita ni, dia yang boleh ke lautnya, tapi ke laut ni macam… macam kita kabo la… hai, ke laut maknanya, makna ke laut mengilir lah [ketawa] ha… itu, itu… jadi er…
Walau, walau… walau macam mana pun saya tolak tawaran untuk jadi hero tu. [ketawa]
Jadi maknanya, sebenarnya dalam konteks ini, pihak berkuasa meneliti kerana kita ada kaedahnya. Sebab itu kita ada zon dan kita ada kaedah bagaimana nak menangkap. Kalau kita menggunakan pukat-pukat atau kaedah-kaedah yang boleh menyebabkan kemusnahan kepada sumber kekayaan laut kita ni, tindakan akan diambil dan ini sebenarnya kalau sekiranya ada maklumat ya, Yang Berhormat ya, kita bersama dalam menjaga ini… sumber hasil negara ini, tolong bagi maklumat ini kepada pihak yang berwajib, sama ada LKIM ataupun Jabatan Perikanan supaya tindakan boleh diambil.
Sebenarnya aspek pencerobohan kalau sekiranya, dia sebenarnya daripada luar ni, kita mendapat kerjasama daripada TLDM, daripada LPLM, daripada Jabatan Laut, daripada Marin Polis yang apabila ada jer apa nama, pelaut ataupun nelayan-nelayan asing ni menceroboh perairan kita, operasi akan dibuat tetapi kalau dibuat secara dalaman ni tadi ar… yang ni yang kita kena tengok, teliti… kerana apa, kita tidak mahu
sumber kekayaan kita ni musnah kerana sikap optimis segelintir mereka yang nak mengaut keuntungan semata-mata dalam jangka masa pendek. Terima kasih.
Baiklah. Pergi ke soalan seterusnya, Yang Berhormat ADUN Bilut.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk mengemukakan soalan nombor 5.
[Bencana banjir di negeri Pahang tahun 2018.
a) Sila nyatakan mengikut daerah, berapakah mangsa yang telah dipindah ke Pusat Pemindahan Sementara?
b) Berapakah kerugian yang mengalami oleh negeri Pahang dalam bencana banjir yang lalu?]
Tuan Yang di-Pertua,
Bagi menjawab er… soalan Wakil daripada Bilut yang terbahagi kepada dua soalan. Soalan pertama, berapakah mangsa yang telah dipindah ke Pusat Pemindahan Sementara untuk tahun 2018 ini. Untuk makluman er… Wakil daripada Bilut dan juga Tuan Yang di-Pertua, er… 2018 ni kita banjir pada awal Januari daripada… berlaku daripada bulan er… bulan Januari ya, berlaku daripada 1hb sehingga 29hb Januari dan di Kuantan, seramai 2,479 keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara. Di Pekan - 662 keluarga, Temerloh - 4 keluarga, er… Bera - 35 keluarga, Bentong - 41 keluarga, Maran - 165 keluarga, Lipis - 23 keluarga, Raub - 49 keluarga, Rompin - 271 keluarga, dan Jerantut - 10 keluarga yang mana keseluruhan jumlah mangsa yang terlibat ialah 13,691 orang.
Untuk er… soalan yang kedua ya, kerugian melibatkan untuk keseluruhan banjir yang berlaku di negeri Pahang pada tahun ini, yang melibatkan kerosakan-kerosakan seperti sangkar ternakan ikan kolam dan sangkar sungai, kerosakan jalan raya, jambatan, rumah penduduk dan infrastruktur awam yang lain. Keseluruhannya dilaporkan berjumlah RM2,501,887.50 dan er… ia banyak berlaku kerugian ini di daerah Temerloh ya, diikuti dengan Bentong iaitu di… melibatkan kerosakan Jambatan Kampung Hayat di Pelangai berjumlah RM500,000 dan kerosakan jalan keselamatan akibat tanah runtuh di Simpang Chemomoi berjumlah RM1.5 juta. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Bilut... Bilut… Bilut.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Mengikut er… pengalaman lama er… kita tahu bulan… tahun hujung adalah satu risiko yang sangat hebat untuk er… banjir. Soalan saya, apakah er… usaha atau langkah bagi pihak kerajaan untuk er… mencegah banjir di hujung tahun ini? Sekian, terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua,
Perkara banjir ini er… saya kira sudah menjadi satu fenomena biasa khususnya kepada kawasan-kawasan di pinggir sungai. Kalau negeri Pahang ini, kawasan pinggir Sungai Pahang itu memang berisiko tinggi dan juga er… sekarang ini ada beberapa daerah juga yang kita memang telah kenal pasti dan saya kira pelbagai agensi kerajaan telahpun mengambil langkah termasuk juga meningkatkan infrastruktur awam dalam program tebatan banjir dan sebagainya dan er… Jabatan Saliran (JPS) juga er… saya lihat banyak menjalankan aktiviti-aktiviti membersihkan sungai-sungai yang kecil untuk mengelakkan banjir.
Bagi pihak Kerajaan Negeri, kita sentiasa bersedia termasuk juga dari soal untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir dan untuk tahun ini sahaja, untuk makluman Dewan Yang Mulia dan juga Ahli daripada Bilut, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah lebih kurang RM1.7 juta ya, untuk kita menyediakan er… kelengkapan bantuan awal er… berbentuk kit bencana er… selimut ya, makanan dan sebagainya.
Ya, Pulau Manis. Jemput.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah berkenaan dengan yang pertamanya dia ada dua soalan ini.
Yang pertamanya, berkenaan dengan bayaran wang ehsan kepada mangsa banjir. Untuk makluman ya, apabila MKN mengambil alih daripada JKM dalam pengurusan ni, saya mendapati bahawa masih berlaku lagi masalah er… bayaran wang ehsan ni tidak diselaraskan dengan betul lah. Ini berlaku di kawasan saya, di Pulau Manis sebelah Kuantan. Jadi saya berharaplah supaya pihak MKN dapat menyemak dan saya berharap Wakil Kerajaan dapat berhubunganlah dengan pegawai yang berkenaan untuk menyemak semula, masih lagi ada sebilangan daripada mangsa-mangsa di pusat pemindahan banjir SMK Gudang Rasau, ya. Ni… pihak kerajaan saya maklumkan terus tempatnya, iaitu di pusat pemindahan banjir SMK Gudang Rasau masih ramai lagi yang memberitahu saya yang tidak mendapat wang ehsan banjir, itu yang pertama.
Yang keduanya pula, berkenaan dengan lawatan pegawai dari… pegawai daripada MKN ke pusat-pusat banjir. Er… ini saya rasa agak terkilan apabila dengan sewenang-wenangnya berjanji untuk menyelesaikan masalah kerosakan… kerosakan bangunan, penggunaan di tempat tersebut infra, contohnya tandas, dan sebagainya.
Jadi pihak yang bertanggungjawab di pusat-pusat pemindahan banjir seperti Pengerusi JKKK dan sebagainya memanglah menyenaraikan perkara-perkara tersebut.Tapi untuk makluman di dewan ini, perkara ini memang menyusahkan kepada pihak Pejabat Daerahlah kerana Pejabat Daerah didatangi dan diserang oleh er… Pihak Pengerusi JKKK bertanya bila janji tu kata nak buat, nak pulih? Jadi sekarang ini macam tak ada kebertanggungjawaban daripada pihak MKN. Jadi saya berharaplah perkara ini, pihak kerajaan dapat berurusan ya, dengan MKN untuk menyelesaikan masalah tersebut. Terima kasih.
Terima kasih er… kepada persoalan er… dan isu yang dibangkitkan oleh Wakil daripada Pulau Manis. Tapi saya pun tak dapat nak menjawab juga kerana saya pun masih keliru sama ada MKN ni masih lagi diwujudkan ataupun tidak di bawah Kerajaan Pakatan Harapan, Kerajaan Persekutuan yang baru. Er… walau bagaimanapun, kita ambil perhatian…
Ni… ni Dato’, er… Sekarang ini ditukar kepada NEKMA. NEKMA pula. Ya. Jadi bukan MKN dah, NEKMA.
NEKMA ke… nekbat ke, sekarang ini Kerajaan Persekutuan… perkara ini di bawah unit tersebut juga di bawah Kerajaan Persekutuan. Ha, jadi kita tengok dulu apa er… yang akan dibuat oleh mereka. Bagi pihak Kerajaan Negeri, kita tak ada masalah ya, untuk kita berbincang, untuk kita er… yang penting ialah kepentingan rakyat kita yang menjadi mangsa banjir ya, apa sahaja nanti pihak yang dipertanggungjawabkan untuk er… menjaga er… berkenaan dengan bencana dan sebagainya ni, kita Kerajaan Negeri akan berhubungan dan kita akan cuba memperbaiki lagi apa yang telah er… kita lihat daripada pengalaman-pengalaman yang lalu.
Untuk bantuan wang ehsan yang bagi tahun ini, sebenarnya sebelum ini di salurkan melalui APMM ya, jadi untuk yang banjir bulan Januari baru-baru ini, kalau ikut rekod kita semuanya er… telah diagihkan kepada mangsa berjumlah, satu keluarga dapat RM500 ya, jadi semua telah pun diagihkan. Kalau mengikut rekod, hanya sikit je di… di Maran ada lagi yang belum diselesaikan. Daerah-daerah lain semua telah pun diselesaikan Dato’ Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat ADUN Padang Tengku.
Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 6.
[Mohon Kerajaan memaklumkan:
i) Bilangan pegawai masjid khususnya Imam dan Bilal yang masih tidak mendapat pelantikan secara rasmi oleh pihak yang berkuasa di Masjid Kariah seluruh daerah di Negeri Pahang Darul Makmur.
ii) Pengisian kekosongan Wali Hakim bagi beberapa mukim di daerah Lipis akan dipenuhi demi kemudahan umat Islam setempat.]
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, merujuk kepada soalan yang dikemukakan oleh Padang Tengku mengenai bilangan pegawai masjid khususnya imam dan bilal yang masih tidak mendapat pelantikan secara rasmi oleh pihak yang berkuasa di masjid qariah seluruh daerah Negeri Pahang, serta pengisian wali hakim di beberapa mukim khususnya di Daerah Lipis.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Jabatan Agama Islam Pahang telah berjaya mengenal pasti calon-calon iman, bilal dan siak sebanyak; imam 61 orang, bilal 43 orang, dan siak 61 orang dan mereka ini menunggu jawapan daripada pihak Majlis Agama Islam Pahang untuk ditauliahkan sebagai imam, bilal dan siak er… di qariah ataupun masjid masing-masing di daerah-daerah di negeri Pahang. Begitu juga er… pelantikan wali-wali hakim telah pun dikenal pasti dan juga kita telah sampaikan kepada pihak Majlis Agama untuk mendapat tauliah sebagai wali-wali hakim di kawasan masing-masing. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Dato’ Yang di-Pertua,
Terima kasih di atas jawapan yang dikemukakan oleh Ahli Exco tadi. Daripada apa yang saya dapati, sebenarnya terlalu lambatlah… sorrylah, saya memang dalam dewan kali ni cerita hal lambat je. Yang ni pun lambat sangat sehingga ada yang dah… dah merajuk pun… dan ada setengah tu dulu sihat, sekarang pun dah sakit pula jadi kerana lama menyebabkan gangguan kepada apa, proses untuk menjalankan atau mengimarahkan masjid dan sebagainya. Jadi saya berharap sangatlah kita gunakan er… apa nama… budi bicara yang kita ada untuk memastikan bahawa pelantikan itu disegerakan. Itu persoalan yang saya ingat perlu kita selesaikan. Dalam daerah Lipis sahaja, ini angka yang saya dapat semalam daripada qadhi, daerah Lipis, imam 29 orang; bilal, 32; siak, 27. Kalau seluruh negeri Pahang ada dalam rekod yang ada pada saya ni, tebal ni.
Soalan yang kedua yang nak saya kemukakan di sini atau isu kedua yang saya nak sebutkan ialah, adakah usaha-usaha yang dibuat oleh pihak jabatan ataupun pihak tertentu untuk melatih er… imam-imam pelapis? Ada masalah kita sekarang ni, imam-imam yang dah tua, tempat setengah tak ada imam dan sebagainya. Jadi saya ingat usaha ni, adakah usaha yang sedang dijalankan oleh pihak er… berkaitan untuk memastikan kita dapat melahirkan imam-imam muda ni?
Dan yang ketiganya, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan khusus melalui MUIP melantik apa nama ni… imam-imam yang secara kontrak dan kita tempatkan mereka ini di… di masjid-masjid qariah di seluruh negeri Pahang ini. Terima kasih.
Yang akhir sekali melantik…?
Melantik imam-imam di masjid-masjid er… qariah yang ada. Makna kita letak imam tetap ataupun secara kontrak, kita tetapkan betul apa nama orangnya supaya masalah imam tak ada ni dapat kita atasi. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, insya-Allah kita ambil perhatian tentang untuk menyegerakan pelantikan imam, bilal dan siak bersama dengan wali hakim sebagaimana yang disarankan oleh Padang Tengku sebentar tadi. Dan insya-Allah tentang apa er… penggantian imam-imam ini sebenarnya er… kita telah melahirkan pelajar-pelajar di sekolah agama di negeri Pahang ini yang agak ramai dan juga lepasan-lepasan daripada universiti tetapi kadang-kadang masyarakat kita ini perlu juga dididik jiwa mereka untuk minat menjadi imam di peringkat qariah, bukan sahaja berlumba-lumba untuk menjadi imam di peringkat daerah ataupun di peringkat negeri kerana peluang dan ruang di peringkat negeri dan daerah ni agaknya lebih… lebih apa nama… selesa. Insya-Allah, pandangan dan cadangan daripada Padang Tengku termasuklah untuk apa mendidik pelapis-pelapis itu satu perkara yang sangat baik dan sememangnya menjadi kecaknaan daripada pihak Kerajaan Negeri. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Tahan. Silakan.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Er… saya nak bertanya kepada Wakil Kerajaan daripada Kerdau, er… berkenaan dengan er… imam dan juga bilal, siak kebiasaannya mereka ini er… akan menjalani temuduga, ya… betul ya? Temuduga? Okay. Soalan saya, apabila selepas temuduga dijalankan, adakah er… mereka akan diberitahu melalui surat ataupun bagaimana? Adakah mereka lulus atau tidak? Kemudian, berapakah jangka masa selepas temuduga mereka akan dimaklumkan. Apa itu… berkenaan lulus ataupun tidak?
Saya bertanya soalan ini kerana ada kes yang hadir temu duga, tapi tak dapat sebarang respond. Er… sama ada lulus atau pun tidak lulus. Kemudian hadir temu duga kali kedua. Orang panggil begitu juga. Sehingga orang panggil menyusahkan er… imam-imam yang telah veteran yang mereka ini nak bagi pada orang muda ni. Jadi imam ini yang… yang menyuruh orang muda ini pergi temu duga. Terima kasih.
Susah imam tua tu untuk menyuruh budak pergi temu duga, ker macam mana?
Tidak, imam, bukan… bukan apa tu, imam tua susah… Imam tua tu, rasa susah hati bila dia dah hantar orang muda pergi temu duga, tetapi tak dapat jawapan. Adakah lulus atau pun tak lulus temu duga dia tu?
Jawapan akan diberi oleh pihak Majlis Agama Islam Pahang melalui Jabatan Agama Islam Pahang apabila keputusan temu duga mereka itu telah di apa… ambil oleh pihak Majlis Agama Islam Pahang. Maknanya, seandainya mereka lulus, mereka akan dilantik sebagai Imam, ataupun Bilal, ataupun Siak. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih. Pergi soalan seterusnya, jemput Yang Berhormat ADUN Cheka.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan 7. Terima kasih.
[Penduduk Kuala Lipis semakin bertambah tetapi bekalan air paip sering terputus terutama di taman perumahan yang tinggi seperti Taman Sungai Kerpan Tiga. RM20 juta telah diluluskan untuk projek naik taraf loji air Sungai Jelai.
Apakah status projek ini?]
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Wakil daripada Cheka bertanyakan mengenai status pelaksanaan projek naik taraf loji air Sungai Jelai yang telahpun diluluskan sebelum ini. Untuk makluman Wakil daripada Cheka, sememangnya er… pada asalnya peruntukan untuk projek ini telah diluluskan sebanyak RM20 juta tetapi walau bagaimanapun dengan peralihan kuasa tampuk apa… kerajaan kita baru-baru ini, kelulusan ini er… telah ditangguhkan pelaksanaannya untuk dikaji balik dan kita di pihak negeri, Dato Sri’ Yang di-Pertua, akan dia… diminta untuk memberikan justifikasi tentang er… kepentingan projek ini untuk dilaksanakan segera. Sekiranya er… justifikasi kita itu diterima oleh pihak KeTTHA, maka insya-Allah kelulusan projek ini, yang kita pun di peringkat negeri dah luluskan akan dilaksanakan segera Yang Berhormat.
Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, saya orang baru dalam dewan ini. Wakil Kerajaan memberitahu bahawa peruntukan untuk bekalan air bersih ini, yang memakan belanja yang besar ini datangnya dari Kerajaan Pusat. Jadi yang saya juga mendengar sahabat-sahabat kita dari Pakatan Harapan yang juga mengemukakan masalah bekalan air di kawasan masing-masing, juga mengutarakan cadangan atau langkah untuk menyelesaikan masalah ini.
Jadi kebetulan yang saya difahami bahawa Ahli Parlimen Raub juga Wakil dari Pakatan Harapan, ialah Timbalan Menteri yang menjaga portfolio ini. Jadi sebagai orang baru, saya ingin tanya pada Kerajaan Negeri Pahang, apakah peranan dan usaha yang boleh dibuat atau pun diusahakan oleh Wakil kawan kita dari Pakatan Harapan dalam membantu kita menyelesaikan masalah bekalan air, misalnya untuk Wakil Tras selesaikan masalah di Tras ataupun Raub dulu, dan kemudiannya terus membantu Kerajaan Negeri Pahang untuk menyelesaikan masalah air di seluruh Pahang ini?
Jadi soalan saya ini bukannya bertujuan untuk menyinggung mana-mana pihak tetapi semata-mata untuk meminta pandangan dari Wakil Kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Wakil daripada Cheka. Sepertimana yang saya cuba tegaskan semalam dalam masa penggulungan, apa sahaja yang berlaku di dalam, er… di bawah Kerajaan Negeri Pahang ini adalah tanggungjawab kita bersama. Pastinya dalam soal er… pentadbiran ini, tanggungjawab ini, terpikul lebih banyak pada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan tetapi saya fikir ikhtiar kita ni, tidak terhad melalui saluran-saluran yang sedia ada melalui Jawatankuasa Kemudahan Asas.
Seperti mana kata Yang Berhormat tadi, saya sangatlah setuju sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin membantu melalui saluran yang ada, kita persilakan tapi harus diingat bahawa apa sahaja tindakan kita ini, kita selaku Wakil Rakyat tidak boleh terlepas daripada proses, procedure yang ada ya, kerana setiap daripada kita ni sebenarnya telah dijelaskan fungsi, tanggungjawab, telah di… spesifikasinya telah ada.
Maksudnya kita, dalam kita membicarakan soal hak dan kebebasan kita dalam dewan ni, begitu juga di luar, kita jangan lupa soal tanggungjawab kita. Tanggungjawab kita nak memastikan kita menghormati juga hak-hak dan tanggungjawab pihak yang lain. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Mohon mencelah. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya masih ingat lebih kurang tiga minggu yang lalu, masalah bekalan air di kawasan Triang telah dipanjangkan ke Kementerian, dan taklimat yang saya terima adalah disebabkan Pahang antara negeri yang masih belum melaksanakan penstrukturan semula. Maka setakat ini Kerajaan Persekutuan, tidak mampu untuk campur tangan atas projek-projek di negeri Pahang dan saya difahamkan bahawa negeri Pahang akan mengkaji semula untuk menjalankan penstrukturan semula. Jadi buat setakat ini kita mengalu-alukan kajian semula ini. Terima kasih.
Sila.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Bukan mengkaji, bukan mengkaji kesesuaian air tu, kita sedang buat, untuk kemukakan kepada Kementerian. Kaji ni lain, sedang buat ni lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sepertimana yang telah ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam, kita dah letak satu sasaran yang jelas sebelum akhir tahun ini er… perkara-perkara, terma-terma perjanjian antara pihak-pihak terbabit ini akan dimuktamadkan dan kita tak bolehlah kata Kerajaan Persekutuan ni tak boleh buat apa-apa kerana kita masih belum muktamadkan perjanjian itu.
Sebenarnya selama ini, sebelum ada perjanjian ini, sebelum adanya Akta Industri Perbekalan Air, sebelumnya ada Akta SPAN, kerjasama ni berterusan dan kita jangan jadikan itu sebagai alasan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Baiklah kita pergi soalan berikutnya. ADUN Cheka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 8.
[Peruntukan sebanyak lima juta ringgit telah diluluskan untuk pembinaan sebuah kompleks sukan di kawasan Kechau, Kuala Lipis.
Apakah status projek ini?]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada ADUN Cheka. Berhubung dengan status Projek Pembinaan sebuah Kompleks Sukan di kawasan Kechau, Kuala Lipis yang berharga sebanyak RM5 juta telah diluluskan pada tahun 2012, er... 2018. Namun pembinaan Kompleks Sukan Mini Kechau yang telah diluluskan pada tahun 2018 ini, oleh kerajaan terdahulu er... terpaksa ditangguhkan atas perubahan er... semasa kini, ya... dan kita akan meneruskan pada 7hb Ogos ini, saya akan ada meeting er... mesyuarat bersama YB. Menteri berkenaan dan insya-Allah kami akan panjangkan untuk perkara berikut. Ini merupakan antara er... projek-projek yang tertangguh yang telah diluluskan hampir RM80 juta keseluruhan di bawah portfolio Belia dan Sukan. Terima kasih.
Soalan seterusnya, saya jemput Yang Berhormat ADUN Teruntum.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 9.
[Kedai Rakyat 1 Malaysia dilancarkan di Pahang sejak tahun 2011 dan Kedai Buku 1 Malaysia pula dilancarkan pada tahun 2013. Berapakah jumlah kedai-kedai ini yang ada di seluruh Pahang dan berapakah keuntungan serta kerugian hasil daripada pembinaan kedai-kedai ini di seluruh Pahang?}
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya menjawab soalan daripada ADUN Teruntum, berapa jumlah kedai yang ada di seluruh Pahang dan keuntungan serta kerugian Kedai Rakyat 1 Malaysia. Di Pahang kita ada 17 kedai. Kedai Rakyat 1 Malaysia dengan perbelanjaan RM9.36 juta untuk renovation. Sementara kedai-kedai tersebut telah diberhentikan operasinya pada 30 Oktober 2017. Untung rugi tidak dilaporkan kepada PDNKK ketika itu. Sekian, terima kasih.
Soalan seterusnya, saya jemput Yang Berhormat ADUN Chenor.
[Ayat Al-Quran] Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya yang terakhir soalan nombor 10.
[Apakah status projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) di Taman Jaya Diri 2, Chenor yang kelihatan terbengkalai dan apakah tindakan pihak kerajaan bagi menyempurnakan projek yang telah 12 tahun tergendala itu?]
[Ayat Al-Quran] Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan ini, saya ingin menyentuh sedikit perkara yang dibangkitkan oleh Wakil Kerajaan tadi, rakan saya daripada Benta dan perkara yang… kebetulan saya duduk di Beserah. Untuk makluman er… Yang Berhormat Dato’ Sri daripada Benta, saya ingat saya tak cadanglah Dato’ Sri pergi ke laut. Sebab saya ada pengalaman pergi ke laut ni naik bot, ya. Sebenarnya pergi ke laut ni, orang cakap antara mabuk darat dan mabuk laut ni mana lebih… lebih serius… ma… mana yang lebih… lebih bahayalah, ya. Bagi saya, saya rasa mabuk darat ini lebih teruk daripada mabuk laut ya, bila sampai ke darat ini, kita nampak darat ini macam laut, ya. Kita terasa macam berombak-ombak. Ar… jadi saya nak jelaskan, Dato’ Sri Benta, kalau boleh janganlah pergi ke laut, ya.
Ini untuk sedikit jawapan berkaitan er… perkara yang telah dibangkitkan oleh Wakil Chenor berkaitan dengan PAKR Taman Jaya Diri, Chenor yang kelihatan terbengkalai ya. Kalau kita tengok ayat ini, kelihatan memang belum terbengkalai lagilah. Dia baru kelihatan mungkin progressnya terlalu slow yang menyebabkan projek ini er... nampak macam tak siap.
Er... untuk makluman Ahli-ahli Dewan sekalian, sebenarnya projek ini Projek Subsidi Bersilang antara Kerajaan Negeri dengan pihak swasta. Er... di mana pihak syarikat pemaju swasta iaitu JAS... J&S Holding telah memaklumkan projek ini adalah 68.75% progress ya bukan terbengkalai. Masih dijalankan dan dijangka siap pada er... Januari 2019 nanti sebanyak 186 unit.
Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian, sebenarnya kerajaan Pahang ini adalah kerajaan yang prihatin. Kita sentiasa memantau projek-projek perumahan sama ada projek untuk rakyat berpendapatan rendah, sederhana dan berpendapatan tinggi. Contohnya, dibangkitkan oleh Wakil Panching berkaitan dengan perumahan yang terbengkalai di Lembaga... Koperasi Lembaga Angkatan Tentera. Kita akan memantau perkara ini sebab sebagai satu kerajaan yang bertanggungjawab dibawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita akan memastikan semua projek-projek ni akan dilaksanakan dan jika terdapat masalah, kita akan cuba cari jalan penyelesaianlah.
Baru-baru ini saya dapat aduan juga daripada penduduk di Cenderawasih Perdana. Saya tak... tak pasti Cenderawasih ini bawah er... Semambu atau Teruntum. Semambu ya, saya dapat aduan me... mereka dah 3 tahun menghuni kawasan ini dan bermacam-macam aduan telah dibuat. Saya tak pastilah sama ada perkara ini telah dimaklumkan ke pihak Wakil Semambu di mana keadaan rumahnya yang amat teruklah, ya. Saya pergi turun sendiri dengan wakil daripada perumahan dan juga daripada MPK menyiasat perkara ini. Memang benarlah, rumah ini ombak... dia punya atap itu dah ber... bermacam berombak ya. Itu cerita berkaitan ombak tadi.
Berombak bumbung dia, rumah yang retaknya. Saya pergi bunyi meletup, saya terkejut bunyi apa meletup ingatkan mercun rupanya rumah, pergerakan rumah jadi selama 3 tahun penduduk... Ini rumah mewah ya, rumah yang berharga saya ingat 2, 3... RM400,000. 3 tahun buat aduan tiada tindakan diambil oleh pemaju dan baru-baru ini saya telah panggil wakil penduduk dan juga pemaju untuk menyelesaikan perkara ini, ya. Sebab ini adalah tentang keselamatan penduduk. Jadi kita mengambil berat semua masalah, bukan sahaja masalah rumah terbengkalai, yang kelihatan terbengkalai ataupun yang rumah-rumah yang mewah yang tak siap ini.
Sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh Wakil Panching dan sebagainya dan saya akan turun sendiri dalam waktu yang ke depan ini bersama apa ini... Pegawai Daerah dan juga daripada yang melibatkan er... PBT kita akan memantau perkara ini supaya benda ini dapat dilaksanakan dan tidak merugikan rakyat.
Sebagaimana yang... yang telah kita maklum bahawa er... sebenarnya masalah ini perlu diselasaikan dan tidak perlu mengambil masa yang lama. Cuma kaedah kita bersemuka antara pihak untuk menyelesaikan masalah-masalah yang boleh memudaratkan rakyat. Saya mintalah mungkin YB Semambu mungkin bersama saya turun padang begitu juga Panching kita akan menyelesaikan perkara ini. Saya tak nak meng... sebab masalah sekarang ini...
Saya amat tertarik tentang masalah Teruntum. Masalah kencing tikus itu, ya. Kencing tikus saya nak ulang balik. Sebenarnya kuncing... kencing tikus ini tidak bahaya sangat ya, yang lagi bahaya adalah kencing kawan lagi bahaya, yang paling bahaya sekali kencing rakyat, itu lagi bahaya. Ini kalau kencing rakyat ini, saya rasa boleh tumbang kerajaan. Saya ingat itulah sahaja jawapan saya, kerajaan yang prihatin akan memastikan rakyat akan terbela dengan dasar-dasar yang kita sediakan. Sekian, terima kasih.
Sila.
Soalan tambahan. Terima kasih kepada er… Wakil Kerajaan yang menjawab. Merujuk kepada rumah PAKR di Chenor ini, terlalu lama berbelas tahun saya kira. Jadi minta juga, Wakil Kerajaan juga turun ke Chenor kerana Chenor ini mempunyai er... infrastruktur yang cukup hebatlah dari segi er... hah kita ada balai Polis di situ, kemudian Pejabat Agama, kemudian ada Kolej Vokasional dan ada pesta air sepertimana yang disebut oleh Lanchang tadi.
Saya juga mengalukan pesta air itu, cuma kaji baliklah dari segi hiburan dan seumpamanya yang selaras, yang sesuai dengan syariah. Er... kemudian yang tak ada nya, inilah di antara perumahan awam kos rendah ini. Jadi minta siapkan juga dengan secepatnya insya-Allah. Wallahualam.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Insya-Allah saya akan berhubung terus dengan Chenor untuk melawat kawasan berkenaanlah untuk memastikan dilaksanakan dengan baiknya. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih kepada er… Lepar yang membawa isu jugak… Cenderawasih. Dimaklumkan bahawa er… memang selain daripada Cenderawasih, di Bukit Setongkol Perdana, ya… Perdana juga tapi tetap juga bermasalah projek itu masih terbengkalai dan er… dalam proses untuk mendapatkan er… untuk diselamatkan oleh kontraktor lain. Jadi pohon, kalau memang ada peluang untuk turun ke Cenderawasih Perdana er… turun jugak ke Bukit Setongkol Perdana. Terima kasih.
Saya akan turun.
Baiklah Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita selesai membincangkan 10 soalan dan jawapan. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan pada pagi ini untuk minum pagi dan persidangan disambung semula jam 11.30.
Saya harap Ahli-ahli Berhormat dapat menepati masa masuk 11.30. Oleh kerana pada hari ini, kita hari jumaat. Kita masih lagi ada Wakil daripada Kerajaan dan juga Wakil daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang akan menyampaikan jawapan dan pandangan. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan]
[Persidangan disambung semula]
Sambungan Menimbang Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion
Perkara Ketiga. Sambungan Menimbang Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi untuk membuat penggulungan. Sila Yang Berhormat.
[Ayat Al-Quran] Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya terlebih dahulu ingin, mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan kesempatan untuk menjawab bagi portfolio iaitu portfolio yang baru ada dua baru iaitu, Alam Sekitar dan juga Perladangan. Yang mana saya pun seperti Wakil Kerajaan daripada Benta, kita masih lagi belajar tetapi insya-Allah kita fast learner, dengan izin. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat dan tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Rosdy kerana telah dilantik menjadi Menteri Besar Pahang.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Speaker diatas err… mungkin kecekapan untuk mengendalikan mesyuarat, err… persidangan dikekal sebagai speaker dan sudah tentulah saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih juga kepada bekas Menteri Besar yang lepas, iaitu Yang Berhormat Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob yang telah mengemudi negeri Pahang dan contoh kejayaan, kalau nak disebutkan kejayaan tu banyak, satu je contoh saya nak bagi iaitu, kita kekal sebagai Kerajaan BN di Negeri Pahang… di atas kepimpinan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan. [Ahli Dewan menepuk meja]
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Err… saya… ingin… juga ingin err… menjawab soalan, yang telah dikemukakan oleh rakan-rakan daripada ADUN dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan, wakil-wakil daripada semua kawasan yang telah menanyakan soalan kepada saya, mungkin secara langsung dan tidak langsung dan mungkin saya boleh jawab dan ada juga mungkin saya akan jawab kemudian.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Ahli dari Beserah ya… apakah kajian kepuasan pelancong yang melancong ke negeri… melancong ke Pahang diambil? Apakah maklum balas pelancong dikira untuk penambahbaikan? Kita tidak pernah [berdehem] tidak pernah mengadakan. Ini satu cadangan yang baik. Walaubagaimanapun, kalau kita ambil dari segi bench mark kehadiran pelancong datang ke negeri Pahang ini, terutama sekali sudah tentulah dia bertanya ke Beserah dan juga dia bertanya ke Kuantan.
Saya nak maklumkan bahawa kehadiran pelancong ya, kepuasannya saya nak maklumkan bahawa di Beserah… di Cherating kerana kita tahu saya masih ingat ketika kita ingin melancarkan Tahun Melawat Pahang 2017, pela… Cherating ditulis
Cherating yang lesu. Saya nak maklumkan bahawa Cherating adalah merupakan kawasan yang tertinggi sekali dari segi kehadiran pelancong untuk suku pertama 2018 iaitu 57% kenaikan dia, dari… nak dibandingkan dengan tahun lepas. Kalau tahun ini, 86,900, kalau tahun lepas hanya 84,417. Saya tidak tahu kenapa, tetapi sudah tentulah mungkin produk-produk yang baru, promosi yang berteruskan.
Soalan seterusnya, rakan dari Damak menanyakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi aktiviti-aktiviti yang kurang sihat? Berbagai jawapan, berbagai pilihan pengisian aktiviti bermanafaat dan menarik yang boleh diikuti bagi menghindari aktiviti-aktiviti yang kurang sihat. Malahan ada di antara aktiviti-aktiviti tersebut boleh diikuti secara tahunan bagi mereka yang berminat. Makluman berkaitan dengan kalendar acara dan aktiviti pelancongan negeri Pahang pada tahun 2018, boleh didapati dalam laman web kita, www.pahang.gov.my [berdehem]. Terima kasih daripada [berdehem]… ADUN daripada Damak insya-Allah, kita akan cuba cari penambahbaikan supaya apa? Supaya pelancong yang ti… duduk, yang datang ke Pahang ini ke Taman Negara ini dia ada lagi aktiviti-aktiviti sampingan yang sihat contohnya tahajjud… ha… solat tahajjud, ataupun mungkin kita buat err… apa namanya err… mungkin kita buat apa namanya …ini… kita… kita buat kelas Al-Quran sebagai contoh, khatam beramai-ramai… bukan khatan ha… khatam beramai-ramai…
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya dah jawab soalan ni, tapi saya jawab sekali lagi iaitu er… Wakil daripada Teruntum menanyakan tentang peruntukan bagi Tahun Melawat Pahang 2017, kerajaan negeri memperuntukkan RM5 juta, Teruntum takde. Dan pelaksanaan Tahun Melawat Pahang 2017 err… kita… promosi kita dan semua belanja yang kita buat hanya RM4 juta. Yang lainnya seperti yang saya nyatakan, sponsor ataupun err… kerjasama di antara kerajaan dan swasta.
Err… soalan seterusnya, apakah rancangan Kempen Tahun Melawat Pahang, akan dilanjutkan ke tahun yang akan datang? Yang Berhormat Yang di-Pertua, seperti yang saya nyatakan bahawa kita telah melancarkan ReVisit Pahang dan saya nak buat pembetulan sedikit bahawa kehadiran pelancong kita, sebenarnya dia 14 juta lapan ribu err… empat ribu itu… 14,840,000 itu, itu yang berdaftar di hotel-hotel. Yang ini tidak… kalau kita nak di…di campur yang tidur rumah mak, tidur rumah ayah, itu takpe. Itu kira dia balik melancong makna homecoming tourist. Dia datang balik ke rumah dia, dengan izin. Tapi kalau kita nak er… kira juga secara rambang, mereka yang tidur di homestay yang tidak berdaftar dengan kita.
Begitu juga dengan resthouse-resthouse, kalau kita tengok sekarang banyak resthouse kalau kita tengok pergi ke er… taman sebagai contohnya Kubang Buaya dan sebagainya ada resthouse-resthouse ni, yang tidak berdaftar dengan Majlis Perbandaran Kuantan. Kalau nak dikira semuanya tu, kita telah membuat anggaran saya dah minta err… apa nama Tourism Pahang beranggaran sebanyak 2 juta lagi. Er… insya -Allah kita akan minta dia daftar, 2 juta lagi. Maknanya kita ada tujuh sebelas err… 16 juta.
Kalau nak ditambah pula dengan day-trippers dengan izin, yang datang dia tak tidur, contohnya dia pergi ke Temerloh, makan ikan patin kemudian dia balik. Geng motosikal besar itu Tuan di-Pertua, pergi ke… Bentong makan lemang apa? To’ki… To’ki… To’ki. Dia pergi kemudian dia balik. Itu geng apa pulak? geng avanza ha… yang bawa kereta avanza dia pergi. Kemudian dia pergi pula, ke mana pulak? Dia pergi ke… contohnya dia pergi ke Raub, ke… Batu Talam sebagai contoh, dusun durian kemudian dia balik. Itu je Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya kira bahawa
itu sahaja dekat 3 juta lagi ha… dia pergi ke Kuantan tapi dia balik dia tak tidur, dia balik, day-trippers. Itu tidak termasuk yang datang ke Genting Highlands, day-trippers, saya tanya pada pihak Genting Highlands berapa? Dia cakap yang datang pada Genting Highlands, day-trippers saja, setahun 20 juta. Yang datang bermalam tu dalam 9 juta, tapi yang datang day-trippers, 20 juta.
Maknanya Yang Berhormat Yang di-Pertua, maknanya ramailah target tu Yang Berhormat Yang di-Pertua, is very relative Yang Berhormat Yang di-Pertua. Tapi kita ha… lebih daripada target tapi kita biar… biar… katalah benar walaupun pahit, ha… kita taknak buat janji… janji… janji tapi kita tak deliver, kita tak boleh buat janji kita akui, I’m very sorry, kita short of 120 ribu.
Yang Berhormat Yang di-Pertua… Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya juga nak maklumkan bahawa kita… di dalam er… apa nama… di dalam er… ini sektor pelancongan ini, kita telah buat promosi. Jadi sekarang ni kita kena move to the next level iaitu insya-Allah kita cadangkan supaya kita telah menubuhkan apa yang kita katakan sebagai Visitors… dengan izin, Visitors and Convention Biro. Yang ini telah pun diluluskan oleh er… Kerajaan Negeri dalam mesyuarat Exco iaitu Biro Pelawat Dan Konvensyen Pahang.
Kalau dulunya inisiatif ini lebih banyak pada… daripada Kerajaan Negeri dan kemudian kita bekerjasama dengan er… pihak swasta secara persendirian tetapi sekarang ini kita nak jadikan Pahang ini sebagai pusat er… sebagai contohnya sebagai pusat apa yang kita kata konvensyen dan kita nakkan supaya pihak swasta ini dia komited dan bersama-sama. Bila kita ada biro ni, kalau kita pergi ke luar negara sebagai contoh, kalau kita pergi ke Amerika. Sebagai contoh kita tengok Las Vegas Visitors and Convention and Visitor Bureau maknanya penglibatan pihak swasta. Insya-Allah kita akan adakan mesyuarat kita yang pertama dan kita hendak supaya…
Yang Berhormat…
Kita hendak jadi…
… di mana, di Las Vegas? Mohon… mohon penjelasan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Insya-Allah kita akan buat. Cadangannya di New Zealand tapi kalau New Zealand tu, Kampung New Zealand je lah, tetapi kita insya-Allah kita akan buat di Kuantan dulu. Tetapi is a private driven, dengan izin, iaitu tidak melibatkan kerajaan, tetapi kerajaan hanya sebagai regulator facilitator. Kita facilitate, regulate supaya mereka boleh sama-sama, turut sama dalam memacu industri pelancongan ini agar… agar mereka sendiri akan mendapat pendapatan. Apabila pelancong datang, mereka yang akan merupakan orang yang akan mendapat benefit atau mendapat kesan atau pun berfa… faedah yang sebenarnya.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua,
Kita juga nak maklumkan bahawa, yang ada ni alhamdulillah, pembukaan motel baru, pembukaan hotel baru sebagai contohnya er… sekarang ni Hyatt telah dibuka semula sebagai contoh. Kemudian, er… kita ada beberapa lagi hotel-hotel kasturi, kita faham kasturi di… yang standard, standardnya tinggi, standardnya maknanya 4 star, 5 star mungkin 6 star. Kerana apa, kerana kita juga dalam industri pelancongan ini, ianya tidak statik, dianya very dynamic, kerana apa, ada pelancong yang nak kan first class treatment sebagai contoh.
Ada pelancong yang nakkan… dia bergantung kepada bajet masing-masing, sebab itulah kita kena tawarkan, maknanya daripada pucuk hingga akar, maknanya semua dengan izin, walk of life. Semua orang tau, kita kena tawarkan satu, satu, satu supaya… supaya mereka datang ke Pahang ini untuk tawaran, sebab itulah, kita juga sedang mencadangkan… mencadangkan supaya industri pelancongan ini antara lain yang akan boleh memacu industri pelancongan ini adalah tempat tinggal, accommodation.
Merapoh sebagai contoh, potensi. Baru tadi er… Yayasan Pahang memaklumkan kepada saya bahawa Merapoh dia akan adakan collaboration. Yayasan Pahang akan adakan collaboration dengan Universiti Sains Malaysia untuk jadikan di situ sebagai Geo Park kerana terlalu banyak gua. Macam-macam gua, er… yang takde Gua Hira. Lain, semua gua ada. Jadi Yang Berhormat Yang Di-Pertua, ini satu tempat di mana dia masih lagi virgin, dengan izin, masih lagi baru, er… masih lagi, awal lagi sebab tu kita dah, telah pun ada apa yang kita katakan sebagai master plan dan kita nakkan accommodation. Hah, ini adalah satu contohnya. Ada lagi beberapa tempat yang kita inginkan pelabur datang melabur.
Saya masih ingat lagi saya datang ke… saya pergi ke luar negara, satu tempat. Tempat tersebut takde orang tapi ada hotel 5 star hotel. Orang duduk situ kerana apa, kerana dia orang tu enjoy, dengan izin Yang Berhormat Yang Di-Pertua, the environment sebab pelancongan ini, apa dia pelancongan? Pelancongan ni is all about happiness, nak gembira. Kalau kita ini tak gembira, kita tak gi melancong, terutama kena ada duit.
Keduanya, kita excited… nak gembira. Sebab itulah beberapa tempat yang telah kita kenal pasti yang boleh dibangunkan tempat penginapan yang baik contohnya Merapoh, Bebar, Lanchang kena sebut juga, Taman Negeri Endau sebagai contoh. Sungai Lembing er… Bukit Fraser of course kita dah ada, Nenasi, Pantai Sepat dan Cherok Paloh. Kalau kita tengok pantai kita ini, kita ada 260 er… kilometer daripada Chendor ya, er… kita punya sempadan Terengganu hingga ke Johor ya, Chendor… Chendor hingga ke Endau, Rompin.
Bukan Chendor tapi Chendor.
Chendor 260 kilometer, panjangnya dan belah sini ni dah, Yang Berhormat Yang di-Pertua dah saturated dah. Macam-macam ada Beserah ya dak, Beserah dahlah tak geng kitakan. Lepas tu ADUN Kuantan tak geng kita juga. Jadi kita pergi ke sanalah Inderapura geng kita. Tak, sebenarnya di sebelah sana belum lagi. Masih lagi Tanjung Lumpur dan ke bawah tu masih lagi, tetapi kali ni kita nak buat dengan penuh well planning supaya apa, supaya kita tak nak jadi caca marba Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Padang Tengku.
Minta laluan sikit.
Padang Tengku nak laluan ni.
Er…Tuan er… Dato’ Yang di-Pertua, er… saya nak dapat penjelasan sikit. Di Merapoh ni masalah kita penginapan, dan saya dengar-dengarlah jauh-jauh kata dalam mesyuarat pelancongan yang dihadiri oleh salah seorang pengusaha pelancong di Merapoh er… menyatakan bahawa Kerajaan Negeri akan berusaha atau pun ada pihak-pihak tertentu berusaha untuk membina penginapan di Merapoh ni. Saya nak dapatkan penjelasan sebab selama ni kita memang tertumpu penginapan di… di Gua Musang.
Yang Berhormat, terima kasih wakil pada… yang ini saya… saya… saya tengah bercakap ni. Yang Berhormat, kita nak cari jenama Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, branding. Kalau kita letak er… Mustapa Long Inn, orang tak datang. Kalau kita letak Le Meridien… hah, letak er… apa namanya, Marriot, orang akan datang because orang kadang-kadang, pelancong ni dia nak tengok jenama. Movenpick, orang ramai datang. Ini kita letak apa nama ini Al-Safa’ hah orang datang, ya dak, Mekah lah.
Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, sebab itulah kita nak buat de… dengan izin, opportunity investment, opportunity di negeri Pahang dalam bidang ni. Kita juga…
Minta laluan. Yang Berhormat daripada Lanchang, saya ingin bertanya er… sejauh mana er… ruang yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada pengusaha-pengusaha pelancongan dikalangan penduduk kampung, ya? Contohnya macam di dalam DUN Damak ini kita ada Rabbit Park dan Lata Lang yang diusahakan oleh penduduk kampung, dan juga di Binjai ada tasik macam mini waterpark lah. Jadi ada dak ruang atau pun bantuan daripada pihak kerajaan supaya er… pusat-pusat pelancongan yang kecil ini dipromosikan juga dalam er… program pelancongan negeri.
Soalan yang kedua, er… tadi er… Yang Berhormat sebut er... nama-nama tu kena glamour dan menarik minat orang. Jadi saya tengok ada juga ya tempat-tempat pelancongan yang terbiar er… contohnya macam di Lata Meraung. Saya rasa mungkin sebab nama tu Lata Meraung, jadi mungkin orang rasa macam takut nak pergi. Jadi, mungkin kalau ditukar kepada Lata Senyum, hah… mungkin orang datang ramai, wallahualamlah. Itu, saya minta pandangan daripada er… Yang Berhormat, terima kasih.
Macam Damak tu kita tukar ke Denmark, lagi ramai orang datang. [Ahli Dewan ketawa] Yang Berhormat Yang di-Pertua, er… sememangnya er… yang nombor satunya, sememangnya kita menggalakkan sebab tulah saya di dalam er... Mesyuarat Jawatankuasa er… Majlis Pelancongan Negara, saya begitahu bahawa sekarang ni kerajaan Malaysia dia tak boleh dah nak jadi hero. Dulu saya cakap, saya cakap masa tu menteri saya masih ingat lagi Dato’ Nazri Aziz, kita panggil dia chief. Di ta…Kerajaan BN kalahlah di pusat tapi dia menang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya bagitahu bahawa no more, dia mesti apa yang kita katakan dia tak boleh centralized, dia kena decentralized, sebab setiap negeri sekarang ni dia ada produk sendiri. Kalau Tourism Malaysia je nak buat, berapa banyak sangat yang boleh dia… dia… dia promote untuk negeri Pahang? 4, 5 katalah 10, 10 je yang lain, Lata Meraung siapa nak promote? Denmark siapa nak promote? Contoh…
Jadi sebab tu lah saya bagitahu, supaya dia… kita decentralized di mana setiap negeri dia ada effort dia sendiri, dan er… kerajaan Malaysia, kerajaan pusat kena fikir macam mana cara nak support, antaranya ya saya nak jawab. Minta maaf, insya-Allah ini Lata Meraung ya dan apa... dan di Rabbit Farm ya, hah Rabbit Farm maknanya kalau kita pergi ke Damak tu, kalau makan sate tu check, check sikit entah-entah… daging… daging arnab ya… rabbit farm so, insya-Allah dia boleh maklumkan kepada kita, kita akan masukkan dalam er… apa namanya dalam tempat-tempat yang menarik di da… di Jerantut sebagai contoh kita akan masukkan er… rabbit park dan juga er… Lata Meraung.
Yang Hormat Yang di-Pertua,
Sebab itulah saya sebut bahawa mesti kena ada itu… sebab tu Yang Hormat Yang di-Pertua, saya juga nak sebut bahawa semalam itu tentang tempat-tempat investment opportunity er… apa namanya peluang untuk kita melabur di negeri Pahang, untuk kita membina hotel-hotel ataupun tempat penginapan-penginapan yang baik sebab itu Yang Hormat Yang di-Pertua, saya juga nak maklumkan bahawa Kerajaan Pusat… Kerajaan Pusat ada membuat apa yang kita katakan hasil kutipan cukai pelancongan oleh Kementerian Pelancongan, ini Wakil daripada Teruntum ke tanya? Siapa tanya saya ni, saya lupa.
Saya nak maklumkan bahawa, ya, kutipan cukai kutip di atas pelawat asing iaitu RM10 seorang, satu pax yang menginap di hotel-hotel sekarang ni kerana pilot project er… maka mereka hanya kutip… mereka hanya kutip di hotel-hotel yang tertentu… bukan semua hotel. Sejumlah RM3.4 juta telah dikutip oleh pihak Kementerian er… Kewangan di negeri Pahang dalam tempoh 3 bulan iaitu September, Oktober, November, Disember… 4 bulanlah lebih kurang macam tu… dia bermula September.
Maksudnya, RM3.4 juta separuh dia kena bagi Kerajaan Negeri. Jadi, ini satu mekanisma yang baik sebab kita akan dapat RM1.7 juta daripada kutipan dalam masa 3 bulan, kalau kali 4 sebab kita ni, di negeri Pahang ni Yang Hormat Yang di-Pertua, kita ada 30,000 bilik… hotel-hotel, bilik ni kita ada 30,000 campur lagi 2,000… 800 yang baru saja siap, kita ada 32,000 kita nombor dua banyak, nombor satu Wilayah lah Kuala Lumpur, nombor dua kita… Pahang… 32,000… jadi sebab itulah…
Yang Hormat Yang di-Pertua,
Jadi negeri Pahang ini adalah negeri yang… yang paling nombor tiga paling banyak sekali dari segi kedudupan… kedudukan er… kutipan, jadi kalau sekiranya ini dapat diteruskan ya, saya harap supaya nanti kalau saya dijemput er… untuk Mesyuarat Majlis Pelancongan Negara, saya akan sebut ni. Satu segregation ataupun kita kena decentralized, dengan izin, iaitu negeri-negeri ini mesti mempunyai inisiatif dia sendiri untuk dia membuat promosi.
Yang Hormat Yang di-Pertua,
Yang ketiga… yang keempat Yang Hormat Yang di-Pertua, of course Tahun 2020 ini di antara yang apa yang akan buat, adalah Tahun Melawat Malaysia, kita mensasarkan Kerajaan Malaysia mensasarkan... 36 juta pelancong dengan er… menjana er… perbelanjaan pelancong sebanyak RM168 bilion dan sudah tentulah dan er… kita mensasarkan ya, Kerajaan Pahang mensasarkan 16 juta untuk Tahun 2020 supaya apa, supaya anggaran,... ya tersebut kita boleh kalau sekiranya 16 billion datang, kita akan dapat lebih kurang RM 14 ke RM 15 bilion… hasilnya.
Yang Hormat Yang di-Pertua,
Kita juga sedang mencadang untuk menyelaraskan dari segi penubuhan badan pembangunan negeri-negeri ini, sekarang ni kita… kita dah banyak negeri-negeri er… kita dah banyak agensi-agensi er… kita nak satukan, supaya senang dari segi pengurusannya. Yang Hormat Yang di-Pertua, saya juga ya insya-Allah lah saya alam sekitar ni… baru ni kalua visinya meme… memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan rakyat.
Misi…misinya mempastikan pembangunan lestari di dalam proses memajukan negara haa… pengawasan alam sekitar, pemulihan ketahanan dan er… kepelbagaian alam, peningkatan berterusan kualiti alam, ini semua ni… ini semua tanggungjawab er… EXCO Alam Sekitar ni, kita baru buat program kita ops er… ini per... er… perlombongan kemudian er… penggunaan mampan sumber-sumber asli, kemudian er… penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa dan juga negeri ini… itu alam sekitar… insya-Allah bagi saya masa sikit, kita akan seminarkan, kita akan cari pakar-pakar dan kita akan jelaskan hala tuju Jawatankuasa Alam Sekitar ni mende, takkan kita nak tangkap orang dalam hutan je, orang yang sini… yang… yang alam sekitar ni dia merata-rata Yang Hormat Yang di-Pertua… alam sekitar.
Kemudian komoditi pula, haa… ini satu lagi portfolio baru jadi insya-Allah lah kita komoditi perladangan, ya terima kasih Yang Amat Berhormat sektor perladangan komoditi, kita nak memantau hasil komoditi sebagai contoh kemudian er… kita nak melaksanakan program berkaitan pembangunan, perladangan nak jadikan Pahang sebagai pusat kecemerlangan kita nak tahu berapa banyak… berapa banyak lagi kilang sawit baru nak kita buat sebagai contoh. Kemudian, nak memaksimakan Yang Hormat Yang di-Pertua, jadi saya ingat saya pun tak ingin untuk bercakap panjang 10 minit je Yang Hormat … 5 minit… 5 minit… boleh?
Sila.
Okey. Yang Hormat Yang di-Pertua,
Er… saya sebenarnya saya terbaca satu… bukan saya terbaca… saya nak buat kerana dalam dunia ni Yang Hormat Yang di-Pertua tidak ada kerajaan yang akan kekal, tidak ada pemerintahan yang akan kekal, semuanya… semuanya akan berakhir Yang Hormat Yang di-Pertua, kalah Pilihan Raya, revolusi, perang saudara, macam-macam lagi dan termasuklah kita di Malaysia ni kali ini kita mengalami perubahan yang drastik di mana Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah selama 61 tahun, kita di Pahang alhamdullilah… kita alhamdullilah kita masih lagi kekal.
Jadi sebab itulah kalau kita tengok kita di Pahang alhamdullilah. Saya nak menyebut sedikit, tentang bagaimana kalau kita tengok kerajaan-kerajaan Umaiyah sebagai con… Bani Umaiyyah... Kerajaan Umaiyyah sebagai contoh 89 tahun, tapi ada lagi sebenarnya kerajaan yang masih kekal, workers party di North Korea haa… ini saya tak tahu macam mana dia election dia daripada tahun 1948 sampai sekarang masih lagi the same government. Sekarang ini yang demokrasinya tinggal PAP lah, TAP sejak tahun berapa? Tahun 1959 kemudian merdeka 63 haa… masih lagi memerintah.
Yang Hormat Yang di-Pertua,
Kita dulu selalu sebut gold car telah diganti, kemudian Parti Kongres India begitu juga. Dia ada satu cerita Yang Hormat Yang di-Pertua apabila er… satu lagi parti yang cukup er… terkenal iaitu Liberal Democratic Party di Jepun, mereka berkuasa sejak tahun 1955. Kali pertama dalam tahun 1993, di atas kempen kebencian kepada LDP, LDP kalah tetapi yang menariknya, ketika itu mereka bagi…bagi tahu bahawa takde siapa pun kalau sekiranya dia ni betul-betul asalnya berasal dia bangun… dia lahir-lahir dia tak masuk parti mana-mana dia jadi pembangkang.
Maknanya parti pembangkang, dia cakap there’s no way... parti tersebut maknanya parti tersebut boleh mengalahkan LDP, maka yang ada dalam LDP tersebut yang mengalahkan LDP adalah bekas-bekas… bekas-bekas pimpinan LDP, digabungkan. 1993 mereka kalah, mereka di bawah dia ada 8 parti tetapi Japan New Party yang diketuai oleh Morihiro Hosokawa haa… saya tak reti cakap-cakap Jepun ni ya… Hosokawa dia jadi… dia jadi LDP pembangkang tetapi dia mempunyai er… kerusi yang paling besar sekali, dalam pembangkang tersebut.
Setahun je Yang Hormat Yang di-Pertua, setahun yang tadi yang bekas LDP tadi yang menjadi Perdana Menteri baru tadi, yang dia ni dalam parti baru, akhirnya dia terpaksa.. dia terpaksa meletakkan jawatan sebab-sebab yang tertentu yang tak dapat dielakkan dan diganti oleh Tsutomu Hata, 9 minggu je, lepas itu Yang Hormat Yang di-Pertua, entah macam mana dia structure, structure orang Yang Hormat Yang di-Pertua tiba-tiba, LDP dengan parti lain, dia bergabung dan LDP berkuasa balik walaupun tak jadi Perdana Menteri… walaupun tak jadi Perdana Menteri yang mana politik ni is art of impossible ke possible, art of possible maknanya semua benda boleh berlaku. Terima kasih EXCO er... Pertanian yang dulunya engineer…
Yang Berhormat Yang di-Pertua…
… sekarang ni petani. Di ganti dengan ketuanya Tomiichi Murayama. Murayama, salah? Dan parti Japan… Japan Socialist Party. Dia jadi Perdana Menteri, bukan LDP tetapi LDP adalah sebahagian daripada gabungan. Kemudian 1996, LDP sampai 2009, 2009, LDP kalah lagi. Ketika itu oleh Democratic Party of Japan. Hatoyama,
Presi… Perdana Menteri dia... baru ni ganti oleh Naoto Kan kemudian oleh Yoshihiko Noda sampai 2012 mereka kalah, kerana apa? Kerana mereka tak tunai janji. Janji yang janji, janji manifesto ini, ini, ini you can check, you can go through, boleh check dalam Wikipedia ya, check satu-satu. Dia tak tunai janji.
Jadi sebab tu lah saya bagi tahu, bagi chance. Pakatan Harapan itu ada sebut-sebut dia belum sampai 100 hari lagi, lepas 100 hari esok kita tengok macam mana. Tapi yang menarik, 2012 LDP menang balik iaitu Perdana Menteri Shinzo Abe ya, Abe, Abe, Shinzo Abe, dan mereka telah bergabung dengan sebuah parti yang partinya is a religious based party. Iaitu parti ugama Buddha, saya lupa apa Goko yang dia ada dia punya ini, ini, ini temple dia tu, kat jalan tu, dia bergabung dengan parti yang religious based party dan mereka menang sampailah sekarang.
Jadi Yang Hormat Yang di-Pertua, menang kalah ni biasalah. Ramai menteri-menteri yang hak di Putrajaya yang dulu dia kalah-kalah sekali, menang jadi menteri, biasa, pada saya ini politik. Tapi yang paling penting sekali apa? Yang paling penting sekali adalah bagaimana kita mengurus, kita diberikan amanah, kita mengurus dengan baik dan kita bagikan kerana apa? Kerana politik pada saya, politik pembangunan ni telahpun berlalu, kerana generasi yang ada ni bukan lagi generasi yang mereka sama-sama menuntut kemerdekaan bersama-sama dengan 1957 merdeka tetapi ram… yang ada ni adalah mereka yang telah lahir di dalam keadaan yang senang, baik, keadaan yang baik.
Jasa 61 tahun kerajaan Barisan Nasional tapi kita tidak boleh menghalang citarasa, selera ini semua hak masing-masing. Tapi insya-Allah, saya cukup yakin dan percaya bahawa kita nak, kita tengok, kita lihat dan kita nilai dan sebab rakyat bukan dulu, rakyat macam dulu lagi. Mereka pandai menilai, mereka tahu bagaimana, insya-Allah Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Saya insya-Allah, saya er... sekali lagi nak ucap terima kasih pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana memberikan saya portfolio ini iaitu alam… Pelancongan, Alam Sekitar dan juga Peladangan dan insya-Allah saya akan cuba sedaya upaya untuk kita memaksimakan segala bentuk resources yang kita ada ni, untuk kita pastikan benchmark yang diletakkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat kita capai dan untuk kita pastikan bahawa negeri Pahang ini, akan menjadi negeri yang baik, selesa, makmur er… seperti namanya. Dengan itu saya menyokong. Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Okey Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa membahaskan Usul tersebut. Silakan.
Assalamualaikum WBT. Selamat tengahari, selamat sejahtera, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah saya akan cuba terus kepada menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, lebih-lebih lagi hari ni hari Jumaat, saya percaya rakan-rakan daripada Parti PAS memang mereka nak pergi awal ke masjid, sebab tu lah mereka minta cuti, hari Jumaat ni... Kerajaan Negeri ni.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mungkin tidak dapat menjawab semua persoalan yang ditanya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, tetapi saya cuba menjawab beberapa persoalan, pertanyaan yang penting khususnya berkaitan dengan tanah, sumber asli, pembangunan wilayah ekonomi, keselamatan dan ketenteraman awam dan juga perhutanan. Saya ingin menjawab persoalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Kemayan, tentang perancangan Kerajaan Negeri jika tanah yang diberikan untuk dibangunkan oleh agensi persekutuan seperti FELDA, FELCRA dan RISDA gagal menjaga kebajikan peserta.
Dalam hal ini, sekiranya ianya benar berlaku pihak kerajaan hanya dapat meneliti bagi mengenal pasti punca kegagalan. Seterusnya mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan yang perlu diambil dan dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutan. Sahabat saya daripada Padang Tengku bertanyakan er… cadangan sama ada Kerajaan Negeri bercadang untuk mengambil alih tanah-tanah kerajaan yang telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan tetapi yang tidak dibangunkan.
Untuk makluman Yang Berhormat daripada Padang Tengku, sehingga kini tiada permohonan untuk pengambilalihan balik tanah-tanah yang dimaksudkan tersebut. Kemudian, Yang Berhormat daripada Padang Tengku juga bertanyakan mengenai penurunan kuasa kebenaran memiliki tanah kerajaan kepada penjawat awam.
Untuk makluman Yang Berhormat daripada Padang Tengku, peraturan ini tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Tatatertib Perintah Am ataupun General Order, dengan izin. Bagi penjawat awam negeri, kuasa meluluskan ialah terletak pada Setiausaha Kerajaan Negeri. Manakala penjawat awam persekutuan, kuasa meluluskan ialah kepada… daripada Ketua Setiausaha Kerajaan ataupun KSU. Kesimpulannya tidak boleh berlaku penurunan kuasa kecuali kita ubahlah. Itupun kalau sekiranya berlaku perubahan. Kemudian er…
Minta laluan sikit, boleh dak kalau ada acap sikit mesyuarat bagi lembaga tu, sebab kesianlah ada saya dapat laporan ada yang sampai 10 tahun er… rakan saya, cikgu saya ni daripada Pulau Tawar sebut, dia kata ada yang dah pencen pun masih berlaku perkara ini. Jadi kalau boleh lembaga tu diacapkan sikit mesyuarat, okey.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingat ADUN Padang Tengku boleh er… jumpa dengan saya, kita daripada Lipis sekali, ya. Tak perlu… senarai je, tak perlu bawa apa ni dalam dewan apa semua ni, bila saya balik kawasan kita jumpa ataupun mesyuarat JKPT ke, bagi kat saya. Kita go apa ni, case by case, boleh ya? Kita tanya di Lipis lah. [Ahli Dewan ketawa].
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ADUN Sabai meminta kerajaan mempercepatkan proses pemilikan tanah yang menurutnya telah tertangguh sehingga 60 tahun. Kerajaan mengakui bahawa proses pemberimilikan tanah mengambil masa, disebabkan keperluan mendapatkan laporan status tanah dan ulasan tanah daripada jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan.
Bagaimanapun untuk kes-kes terpencil yang terlalu lama, Kerajaan Negeri akan memberi perhatian untuk menyelesaikannya dengan segera. Seterusnya, Yang Berhormat daripada Triang meminta Kerajaan Negeri meluluskan secara pemilikan tanah ataupun pajakan tanah kepada pengusaha tanaman kelapa sawit, haram atau
tanah terbiar di Bandar 34, Triang. Kerajaan Negeri akan meneliti cadangan ini yang perlu diselaraskan dengan peraturan dan dasar-dasar yang sedia ada.
Manakala Yang Berhormat daripada Semambu bertanyakan langkah dan rancangan pihak kerajaan untuk memanafaatkan 500 hektar tanah kosong di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Lanchang. Untuk makluman Yang Berhormat, beberapa siri mesyuarat antara Bahagian Perancang Ekonomi Negeri ataupun BPEN dan Jabatan Pertanian Negeri telah diadakan bagi mengenal pasti kaedah terbaik untuk mengatasinya.
Antaranya ialah kerajaan bercadang memecah kecil tanah seluas 500 hektar ini yang kosong akibat penamatan perjanjian kepada pengusaha sebelumnya. Dengan itu, sebanyak 23 lot akan dibuka kepada mereka yang berminat khususnya rakyat Negeri Pahang. Jabatan Pertanian Negeri akan memohon kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1 juta untuk kerja-kerja insfrastruktur ladang serta pengukuran semula sempadan kawasan dan diharap 23 lot ni, dapat mula diusahakan pada tahun hadapan. Yang Berhormat daripada Semambu juga mohon supaya mengecualikan cukai tanah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Panching yang telah dipindahkan ke KotaSAS. Dalam hal ini, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri tidak ada menerima apa-apa permohonan mengenainya untuk diambil tindakan. Jadi Yang Berhormat kena buat permohonanlah ya, Semambu.
Er… minta er… mencelah.
Ya.
Yang di-Pertua, sebenarnya permohonan itu telah dibuat tetapi bayarannya telah dibuat oleh pihak KotaSAS. Jadi mereka minta untuk mengecualikan supaya kalau boleh dikontrakan dengan pihak KotaSAS. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, lepas ini Semambu boleh buat follow uplah dan pastikan ada follow thru ya. Kalau main golf tu, kalau ada follow up, tak de follow thru tu, dia… dia cober sikit. Bengkang bengkok. [Ahli Dewan ketawa]
Ya, dia.
Jadi kena buat follow thru. Jadi baru ada tindakan selanjutnya daripada PTG. Baru bola lawa, cantik ya. Macam bola Yang Berhormat ADUN Pelangai, straight je [Ahli Dewan ketawa]. Jadi ADUN daripada Inderapura pun, sekarang dah jadi ayam, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Golf ya.
Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat daripada Teruntum juga menanyakan apakah punca utama urusan pemilikan strata di Kompleks Teruntum tidak dapat di… diselesaikan. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak… pihak pemaju iaitu PASDEC Properties Sdn. Bhd. belum pun mengemukakan permohonan pecah bahagi bangunan kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri.
Seterusnya Yang Berhormat daripada Chenor, bertanyakan status projek mendalamkan sungai Pahang bagi mengatasi masalah banjir di sekitar Chenor yang telah diberi kepada Syarikat Gegar Alam. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Chenor, projek ini sedang dilaksanakan. Setakat ini kerja-kerja telah bermula di Kuala Krau, Jerantut dan Kuantan.
Projek ini mendalamkan Sungai Pahang, Jelai, Lipis, Kuantan dan Kenau dan tidak melibatkan sebarang kos di pihak kerajaan. Sepanjang 272 kilometer, sepanjang sungai tersebut daripada Kuala Krau ke Hulu Sungai Pahang, pemaju diberi tempoh konsesi 15 tahun sejak November 2015 hingga 31 Disember 2030. Dengan adanya projek ini kerajaan boleh menjimatkan sehingga 568 juta selain Kerajaan Negeri memperolehi hasil royalti daripada pengambilan pasir.
Seterusnya Yang Berhormat daripada Semantan mencadangkan agar Kerajaan Negeri mencari mekanisme tertentu untuk meningkatkan pemantauan ke atas kutipan hasil bumi bagi mengelakkan ketirisan. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Kuala Semantan, pemantauan memang dilakukan. Antaranya ialah dengan mengenalpasti tunggakan royalti berdasarkan rekod pengeluaran terdahulu. Rundingan dengan pemilik Tenemen Mineral juga dilakukan bagi mengenal pasti kaedah bersesuaian supaya tunggakan royalti dapat dijelaskan.
Kerajaan Negeri juga telah menghantar surat peringatan kepada pemilik Tenemen Mineral sebelum penghantaran notis tuntutan tunggakan royalti borang 11 C berdasarkan Seksyen 98 Enakmen Mineral 2001 dilakukan. Jika pemilik Tenemen Mineral masih gagal menjelaskan tunggakan, lesen ataupun pajakan yang berkenaan boleh dibatalkan atau dilucutkan hak.
Antara tindakan Jabatan Perhutanan Negeri pula, dalam usaha menambahkan hasil negeri ialah meningkatkan pemantauan dengan penggunaan teknologi terkini. Jabatan Perhutanan Negeri juga telah membangunkan aplikasi mobile bagi pengiraan hasil hutan dan cukai ataupun Fast Tax, Fast Teamwork Automatic Calculator sejak 2016. Menurut Fast Tax yang turut disepadukan dengan sistem integriti maklumat perhutanan, ia dapat mengurangkan ketirisan di samping memberi data yang tepat dan cekap. Manakala Yang Berhormat daripada Chenor mencadangkan agar projek pembangunan tanah di Pekan Awah diteruskan kerana kawasan tersebut strategik serta berpotensi menjana hasil negeri. Pihak PKNP ataupun Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang akan menjalankan kajian kemungkinan di situ bagi melihat potensi pembangunannya.
Yang Berhormat daripada Beserah bertanya jika kerajaan ada cadangan untuk turut melibatkan penguasaan daripada… penguatkuasaan daripada pelbagai agensi selain daripada Polis Diraja Malaysia dalam menangani judi online. Operasi
penguatkuasaan secara bersepadu memang digalakkan. Pihak Berkuasa Tempatan boleh melibatkan jabatan-jabatan serta agensi-agensi serta TNB, SKMM, dan polis dalam kerja-kerja penguatkuasaan ini.
Yang Berhormat daripada Triang pula bertanyakan apakah usaha yang dilakukan untuk menggalakkan mangsa jenayah tampil membuat laporan polis. Antara usul-usul yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia ialah kerjasama pintar dengan pelbagai lapisan masyarakat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan agensi-agensi awam dan swasta menerusi aktiviti-aktiviti ceramah, pameran dan pengedaran risalah kesedaran jenayah. Kerjasama dengan pengusaha stesen minyak melalui Program Go To Safety Point dan aplikasi Panic Button. Aduan juga boleh dibuat menerusi aplikasi volunteer smartphone patrol, yang mana pengadu dapat membuat aduan secara online yang dipantau oleh pegawai bertugas 24 jam di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen.
Yang Berhormat daripada Teruntum pula bertanya tentang usaha kerajaan dalam mengatasi masalah kegiatan lumba haram bagi mengurangkan kes kemalangan dan yang membahayakan keselamatan pengguna lalu lintas yang lain. Untuk makluman Yang Berhormat, antara usaha kerajaan menerusi Polis Diraja Malaysia ialah mengadakan ceramah keselamatan lalu lintas, pameran di sekolah dan institusi pengajian tinggi, operasi secara berkala, penguatkuasaan harian. Ekoran usaha-usaha ini, ada penurunan pada statistik saman kenderaan motosikal sebanyak 3.6 peratus. Saman yang dikenakan dalam tempoh 6 bulan antara Januari dan Jun tahun lepas ialah sebanyak 10,609 tetapi turun kepada 10,225 dalam tempoh yang sama untuk tahun ini.
Seterusnya ialah perkara yang dibangkitkan oleh yang Berhormat daripada Ketari. Iaitu memohon Kerajaan Negeri memantau kerja-kerja pembukaan jalan dan pembalakan bagi projek pembinaan talian penghantaran ki… 500 kilowatt milik TNB yang merentasi hutan sekitar Janda Baik. Kampung Leng… ke Lenggeng, Negeri Sembilan. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Ketari, Kerajaan Negeri telah meluluskan projek laluan ini dari Bentong Selatan ke Lenggeng, Negeri Sembilan yang melibatkan Kawasan Hutan Simpan lentang seluas 170 hektar.
Projek ini ialah projek nasional dengan kos keseluruhan kira-kira RM 1.5 billion. Projek ini telah mendapat kelulusan EIA pada 12 Oktober 2017 dan EMP pada 28 Disember 2017. Pemantauan berkala bagi pastikan pemantauan dilaksanakan, TNB sendiri telah melantik audit bebas berkenaan alam sekitar untuk memantaunya. Ketika ini, tiada aktiviti pembalakan dibenarkan di… di laluan talian penghantaran ini.
Sebelum isu ini berbangkit lagi, pembukaan jalan akses sahaja dibenarkan setelah TNB mengambil langkah pembaikan dan lain-lain langkah pencegahan dilaksanakan bagi mengurangkan kesan pencemaran terhadap sungai di kawasan ini. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Ketari, antara langkah-langkah penambahbaikan yang telah diambil ialah wakil penduduk kampung dilantik dalam membantu membuat pemantauan di lapangan serta mengemukakan laporan kepada Jabatan Perhutanan dan pihak TNB kebenaran memasuki hutan simpan kekal akan dikeluarkan kepada wakil tersebut.
Pencemaran yang telah berlaku akan dipulihkan terlebih dahulu dan dijangka siap dalam jangka masa terdekat. Kerajaan Negeri dalam hal ini hanya bertindak untuk fascilitate dalam pembinaan talian penghantaran TNB yang akan memberi faedah kepada rakyat di negeri ini dan juga di negara ini. Di samping itu Kerajaan Negeri akan mengenakan bayaran tahunan berdasarkan keluasan kawasan-kawasan yang terlibat dan cas tahunan pencawang yang dibina menerusi permit pembinaan yang akan
dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan. Untuk makluman Yang Berhormat juga, buat masa ini bagi kerja-kerja perhutanan, telah dihentikan. Hanya kerja-kerja TNB seperti pembinaan pencawang elektrik sahaja diteruskan.
Mohon mencelah…
Mencelah, boleh.
Ketari, mencelah ya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar. Cumanya masalah apabila tiada er… saya kira tiada pemantauan sebelum ini, sebab itu berlaku banyak kerosakan kerana er… sebelum ini JKK dan Ketua Kampung, Tok Empat diberi peranan untuk me… er… apa ni membuat pemantauan dan juga untuk mengambil maklumbalaslah tetapi tidak disampaikan kepada penduduk kampung. Mereka hanya sama sendiri sahaja antara pihak JKK. Jadi, sebab itu orang kampung dia tak dapat makluman dan mereka membuat pemantauan sendiri. Itu yang pertama. Yang kedua saya ingin tanyakan, er… berapakah peruntukan kos projek tanaman semula pokok hutan di kampung Janda Baik. Itu saja, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua, memang berlaku sedikit kerosakan apabila berlaku pencemaran a… pencemaran air. Di mana kerja-kerja pembalakan, terlebih membalak sama ada secara sedar atau tidak sedar tetapi perkara ini telah pun diambil tindakan segera oleh Jabatan Perhutanan. Manakala soalan kedua tadi, apa dia YB? Saya mohon mencelah juga.
Berapakah peruntukan dari projek tanaman semula pokok hutan di kampung Janda Baik?
Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua, peruntukan bergantung kepada berapa yang kita gunakanlah. Berapa pokok yang ditebang dan sebagainya. Ooo… ada buat perkiraan ya. Untuk makluman err… Yang Berhormat daripada Ketari setakat hari ini tiada peruntukan kerana tiada peruntukan setakat ini untuk menanam semula kawasan tersebut.
Er… minta maaf mencelah lagi. Tapi er… jalan laluannya saya nampak ada banyak pokok-pokok yang baru ditanam. Er… pokok-pokok tersebutlah yang saya tanyakan. Berapa… berapa jumlah peruntukan dan berapa banyak pokok yang ditanam semula.
Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua, selepas inilah kita berbincang tengok macam mana, sebab angka sebenar tidak ada dengan saya. Kalau sekiranya ada pembayaran, kos dan sebagainya er… Kerajaan Negeri akan bagi tahu pada Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua,
Ketari….
…dengan izin, Yang Amat Berhormat Menteri Besar…
Sila.
Saya mencelah sikit, ini untuk Ahli dari Ketari. Kampung Janda Baik ini, tok nenek saya pergi membukanya. Apabila banjir tahun 26, melanda Bentong. DO orang putih masa tu minta tok nenek saya, dia pergilah 3 beradik buka Janda Baik. Kampung er… Sum Sum, Kampung Janda Baik, Kampung Chemperoh sebagainya.
Saya tahu sangat Janda Baik ini sebab tolak Orang Banjar, Orang Jawa je. Semua orang Janda Baik itu sedara saya. Kalau Orang Banjar, Orang Jawa Janda Baik itu, bukan sedara saya tapi yang lain tu sedara saya. Dia masalah pencemaran sungai ni bukan sebab pembalakan. Pembalakan tidak ada lagi di Janda Baik ini. Masalah ialah, adanya chalet-chalet yang banyak.
Jadi kalau pihak Majlis Perbandaran Bentong akan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang, saya berharap Ahli dari Ketari akan membantu. Jangan melindungi orang kampung yang mencurahkan air kencing, air tahi ke dalam sungai di Janda Baik itu. Pada masa saya kecil dahulu, air Janda Baik itu boleh kita minum mana-mana saja, tapi sekarang ini kita kena pergi ke hulu lagi. Kalau di Pulau Santap itu sendiri, tempat Al-Marhum Sultan Abu Bakar sentiasa berkelah, di situ sekarang air pun dah hanyir tak macam dulu bercampur dengan ini… ni racun, baja dan sebagainya.
Bukan talian elektrik yang menyebabkan ini er… apa? Pollution di Janda Baik itu. Ia ialah chalet-chalet yang ada sekarang ini. Itulah untuk makluman supaya Ahli dari Ketari ini… saya bermasalah sikit dengan Ahli daripada Ketari ni, pak sedara dia kawan baik saya, dia pulak lawa pula sikit [Ahli Dewan ketawa]. Saya pula nampak tak tua-tua. Hah, ni masalah ni.[Ketawa] [Ahli Dewan ketawa]. Jadi itu dah kira macam anak jelah lebih kurang. Baik, terima kasih banyak Yang Berhormat Dato’ Sri ya Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, ya ada lagi.
Er… mencelah sikit, sikit je. Er…Yang Berhormat Pelangai saya menghormati Yang Berhormat Pelangai dan juga kerana juga adalah orang asal kampung Janda Baik, tapi isu yang saya bangkitkan memang berlaku kerosakan. Bukan… isu chalet itu adalah isu lain. Kita boleh berbincang er… kita utarakan masalah lainlah, tapi ini memang berlakulah pembalakan pemotongan… permotongan pokok yang tak dikawal lah semasa pembukaan jalan tersebut. Jadi ia merosakkanlah sungai dan juga kawasan hutan Janda Baik, itu saja terima kasih.
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab yang lain. Apa pun saya ingin maklum kepada Yang Berhormat Ketari, projek ini projek federal RM1.5 bilion. Kerja-kerja er… setakat ini 38% dan er… manfaatnya ialah untuk rakyat di luar negeri Pahang, dan juga di negeri Pahang. Jadi, saya harap Yang Berhormat boleh bincang dengan TNB, boleh bincang dengan pihak kementerian tapi bagi Kerajaan Negeri, kita akan facilitate, kita akan bantu. Kita harap supaya projek ini dapat diteruskanlah, ya.
Seterusnya ialah er… yang dibangkitkan oleh rakan-rakan daripada Pakatan Harapan iaitu peruntukan kepada pembangkang. Saya telah semak dengan beberapa negeri lain. Khususnya er… negeri Pakatan Harapang… Harap… Harapan yang mana Barisan Nasional sebagai pembangkang di Johor. Kerajaan Johor memberi sebanyak RM50,000 setahun iaitu bayaran kepada ADUN menerusi Pejabat Tanah dan Daerah. Kerajaan PAS di Kelantan belum lagi, difahamkan akan diputuskan dalam bajet negeri akhir tahun ini. Begitu juga dengan PAS Terengganu belum umum apa-apa. Walau bagaimanapun, telah diura-urakan akan memberi sedikit kepada pembangkang. Pakatan Harapan Perak belum ada kete… ketetapan. Oleh itu, Barisan Nasional Pahang akan kaji dan lihat kepada kedudukan kewangan negeri.
Seterusnya ialah berkaitan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Semambu berhubung dengan er… isu PKNP yang jadi minoriti di dalam PASDEC Holdings Berhad. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Semambu, pada peringkat awalnya PASDEC Holdings membuat tawaran 30… RM0.30 kepada apa ni… PKNP dan saya juga ingin memaklumkan bahawa PASDEC Holdings Berhad adalah merupakan syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Saham Malaysia.
Aktiviti utama syarikat ini adalah di dalam bidang hartanah dan setakat 31 Disember 2017, PKNP mempunyai pegangan sebanyak 37.20%. Walau bagaimanapun, pada 27 Mac 2018 PKNP dimaklumkan oleh PASDEC Holdings Berhad bahawa harga baru tawaran awalnya RM0.30 dan PASDEC Holdings telah membuat harga baru tawaran telah ditetapkan pada harga RM0.35 sesaham dan pengumuman pada bursa telah dilakukan. PKNP telah membuat permohonan tambahan kepada Kementerian Kewangan pada 16 April 2018 bagi tujuan melanggani tawaran ini dengan harga baru yang melibatkan kos sebanyak RM14.9 juta. Kelulusan ini perlu diperolehi memandangkan PKNP adalah tertakluk kepada Enakmen PKNP 1965 dan Akta
Kekompitenan 1962 atau Competency Act yang memperuntukkan bahawa setiap pelaburan PKNP yang melebihi RM5 juta wajib mendapat kelulusan Menteri Kewangan terlebih dahulu. Pada 16 Mei 2018, PASDEC Holdings Berhad telah mengeluarkan prospektus tawaran, Right Issues 2 bagi 5 saham sedia ada pada harga RM0.35.
Tawaran ini perlu dilanggani dan dibayar sepenuh, selewat-lewatnya pada 1 Jun 2018. PRU ke-14 telah dilaksanakan pada 9 Mei 2018, PKNP dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan bahawa sebarang permohonan hanya akan diproses apabila PRU selesai. Setakat 1 Jun 2018 PKNP masih belum mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.
Berikutan daripada itu, PKNP telah memaklumkan kepada PASDEC Holdings Berhad bahawa PKNP tidak dapat melangganinya tawaran terbitan hak tersebut. Kesan daripada tidak membeli... menerima tawaran ini dalam jangka masa yang ditetapkan, peratus pegangan PKNP telah mengecut ataupun dengan izin, dilute kepada 26.57% apabila hak PKNP atas tawaran terbitan hak ini dilanggani oleh pemegang saham yang lain.
Untuk makluman Yang Berhormat daripada Semambu, walau bagaimanapun memandangkan PASDEC Holdings Berhad adalah sebuah GLC negeri yang merupakan pelaburan strategik jangka panjang, Kerajaan Negeri akan melihat isu ini dan ianya perlu ada penelitian yang lebih mendalam di peringkat PKNP bagi mengenal pasti punca sebenar kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Semambu.
Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan yang dibangkitkan oleh ADUN Beserah iaitu tanah 20 tahun, saya baru dapat maklumat sebentar tadi. Er… untuk makluman Yang Berhormat daripada ADUN Beserah, permohonan tanah ini di kawasan Kampung Chendor, Kuantan oleh Puan Zaini binti Mahmud yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Beserah yang dikatakan belum selesai sejak lebih daripada 20 tahun.
Saya suka memaklumkan di Dewan Yang Mulia ini bahawa Puan Zaini Mahmud ni telah membuat permohonan pada tahun 1989. Pada tahun 1995, permohonan beliau telah ditolak oleh Pihak Berkuasa Negeri kerana tempat yang dipohon oleh beliau terlibat dengan cadangan satu projek pembangunan oleh agensi kerajaan. Surat jawapan telah pun dihantar kepada beliau sejak tahun 1995 lagi. Oleh itu, dakwaan yang menyatakan bahawa permohonan Puan Zaini binti Mahmud ini tidak diselesaikan sejak lebih daripada… daripada 20 tahun adalah tidak benar sama sekali.
Saya juga berharap supaya sekiranya kes-kes begini, sekiranya banyak berlaku di kawasan ADUN Beserah. Bukan sahaja berlaku di ADUN Beserah, tetapi juga di… tetapi juga di seluruh negeri Pahang. Saya harap pemohon-pemohon tanah er… di mana mereka masih menganggap permohonan tersebut tidak diselesaikan walaupun jawapan telah diberikan. Maknanya ada kekeliruan di sini. Pemohon-pemohon masih menganggap bahawa permohonan mereka masih belum selesai walaupun pihak Kerajaan Negeri telah pun memberi jawapan. Mereka beranggapan permohonan mereka hanya dikira selesai jika mereka mendapat kelulusan. Hah, itu masalahnya… selagi tak dapat kelulusan, tak selesai… tunggu sehingga selesai.
Ini juga bermakna bahawa kerajaan terikat untuk memberi kelulusan kepada mereka yang mula-mula memohon tanah. Lebih malang lagi, mereka masih berpegang kepada tarikh asal semasa membuat permohonan walaupun jawapan telah diberi,
sebab itulah timbul kata-kata bahawa mereka telah membuat permohonan sejak 20, 30 tahun yang lalu tanpa sebarang penyelesaian. Kenyataan sebegini pastinya mudah mendapat simpati bagi orang yang mendengarnya sedangkan hakikatnya perkara sebegini tidak benar sama sekali. Jadi inilah kes daripada Kampung Chendor untuk makluman Yang Berhormat daripada Beserah.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingat itu sahajalah ucapan penerangan saya. Sekali lagi saya ulangi…
Mohon mencelah…
Luit…
Terima kasih…
Mencelah, sila…
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya nak tunggu juga daripada er… Luit punya isu, Yang di-Pertua. Nampaknya macam tak ada ya mungkin kita baru, kita tak tahu macam mana cara kita nak mengemukakan isu kita. Er… untuk Luit ni ada dua perkara yang saya tekankan pada ucapan bahas hari tu. Yang pertamanya hospital… hospital daerah atau Hospital Besar Maran dan yang keduanya bandar terbengkalai. Saya suka sebut macam bandar purba. Jadi, saya nak menyarankan jugalah. Saya pun nak tolong juga Kerajaan Negeri ni, daripada dua perkara yang kita mohon tu, kita boleh rangkum jadi satu. Mudah sikit.
Jadi, bandar terbengkalai tu saya cadangkan tukar jadi hospital. Sama ada hospital kerajaan ataupun hospital swasta atau hospital yang khusus. Hospital jantung ke, hospital kanser ke, cuma kita tak berminatlah kalau nak buat hospital sakit mental, yang itu kalau boleh buat tempat lainlah ya. Hah cuma yang tiga hospital tadi… tak apa ketawa kuat sikit, tak apa… Jadi, itulah saya rasa macam tak… tak… tak kesampaian pada hari ni bila Yang Amat Berhormat tidak menyentuh pasal Luit. Terima kasih.
Ok, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah daripada awal-awal lagi saya minta maaf sebab yang dibangkitkan banyak. Hari ini hari Jumaat. Kalau saya sentuh semua, nanti rakan-rakan daripada PAS marah kepada saya tetapi kalau tak sentuh pun, tak kena gaya juga sebab tu saya katakan tadi, kita akan jawab secara bertulis.
Ada jawapan tapi kalau sekiranya Yang Berhormat nak juga saya menjawab, saya akan jawablah. Iaitu berhubung dengan hospital ni, dia yang pertama sekali duit dan hospital ni di bawah federal, Pakatan Harapan. Jadi, Yang Berhormat daripada Luit tolonglah… tadi kata nak tolong Kerajaan Negeri, kan.
Yang Berhormat tolong pergi ke apa... Kementerian Kesihatan. Kalau boleh daripada er… kerajaan Wakil daripada Guai, boleh turut serta sama-sama dengan Luit. Eh, Kerdau, minta maaf, minta maaf apa ni… Wakil daripada Kerdau, sahabat baik Luit juga, ya. Boleh pergi ke kementerian… minta, Kerajaan Negeri dari segi tanah insya-Allah tak ada masalah. Makna tanah dah selesai, duit je. Jadi, Luit tukar ke d… duit [Ahli-ahli Dewan ketawa] ada duit, beres.
Jadi, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingat itu sajalah yang dapat saya sampaikan, insya-Allah…
Semambu… Semambu nak mencelah ya… ada?
Sikit saja…
Hari ni hari Jumaat, Semambu. Semambu tak sembahyang, takpelah [Ahli-ahli Dewan ketawa]
Tapi Semambu tahu Jumaat adalah hari yang penting. Untuk makluman Yang di-Pertua, balik kepada peruntukan kepada ADUN-ADUN pembangkang di Pahang. Sebelum ini, bila ADUN pada penggal lalu mengemukakan cadangan ini kepada Sidang DUN ini, bekas MB kata bahawa jika masa tu sebab Parlimen tidak bagi kepada pembangkang, maka DUN pun tak boleh bagi. Jadi sekarang kita kalau lihat balik…
Minta maaf, minta laluan. Saya… bukan itu jawapan saya. Saya katakan di Selangor, Kerajaan Negeri Selangor tawarkan untuk memberi bantuan kepada pembangkang. Pembangkang tak terima, Pembangkang Barisan Nasional. Jadi di sini, kita pun tawarkan juga… kalau pembangkang sini terima, tak patut. Sebab Selangor tak terima, jadi sini terima… itu tak jadi tu, itu tak jadi…
Dato’ Sri…
Tapi untuk ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan supaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberikan pertimbanganlah sebab Kerajaan Persekutuan pun dah menimbangkan untuk pembangkang. Terima kasih.
Terima kasih.
Semambu, ok? Ya, sila yang berhormat.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Insya-Allah kita akan pertimbangkanlah ya, dan saya masih menunggu laporan daripada negeri-negeri lain sebab tidak adil bagi saya membuat keputusan, sedangkan kita tidak dapat gambaran ataupun maklum balas daripada negeri-negeri lain. Kalau sekiranya negeri lain bagi, kita akan bagi tapi bergantung kepada kedudukan kewangan Kerajaan Negeri, ya. Banyak mana tapi tidaklah maknanya bagi tu sampai tak boleh buat benda-benda. Sekurang-kurangnya ada orang kata bolehlah beli kerusi, meja ini di pejabat. Belanja sikit apa ni pengundi-pengundi dan sebagainya bergantung kepada kedudukan kewangan.
Jadi, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah ucapan penangguhan saya, insya-Allah petang ini saya ada, saya akan menyentuh lagi dalam ucapan penggulungan. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menggulung. Insya-Allah kita jumpa petang ni. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua Wakil-wakil Kerajaan yang telah pun sempurna memberi jawapan, pandangan dan juga penggulungan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya bercadang untuk menempohkan sidang sebelah pagi ini dan kita akan sambung semula pada sebelah petang bermula pada jam 2.45 petang. Persidangan ditempohkan. Terima kasih.
[Persidangan ditempohkan]
[Persidangan disambung semula]
Sambungan Menimbang Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion
Perkara Ketiga: Sambungan Menimbang Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.
Assalamualaikum WBT dan selamat petang Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah dicadang, disokong dan dibahaskan. Soalnya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan di dewan ini untuk mendapat kelulusan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila nyatakan ya.
Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila nyatakan tidak. Tiada. Usul tersebut diluluskan.
Kertas-Kertas Yang Dibentangkan
Perkara Keempat: Kertas-kertas yang dibentangkan.
Bilangan 1 Tahun 2018 Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan (1/2018) 2018
Bilangan 2 Tahun 2018 Rang Undang-undang Enakmen Taman Negara (Pahang) (Pindaan 2018)
Bilangan 3 Tahun 2018 Memorandum Perbendaharaan Tambahan Pertama Belanja Mengurus Tahun 2018
Bilangan 4 Tahun 2018 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Aktiviti Jabatan, Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Siri 2
Bilangan 5 Tahun 2018 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Aktiviti Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri Pahang
Bilangan 6 Tahun 2018 Penyata Kewangan Lembaga Muzium Negeri Pahang berakhir 31 Disember 2016
Bilangan 7 Tahun 2018 Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang berakhir 31 Disember 2016
RANG UNDANG-UNDANG
Perkara Kelima: Rang Undang-undang Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan (1/2018) 2018
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Bacaan Kali Pertama
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan (1/2018) 2018
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Usul tersebut.
“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2018 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu”
Bacaan Kali Kedua
Bacaan kali kedua.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong Usul itu.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (1/2018) 2018, dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2018 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu”
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Perkara 44 Bahagian Dua, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang menyatakan bahawa jika wang diperuntukkan oleh Undang-undang Perbekalan tidak mencukupi atau terdapat lebih perbelanjaan bagi apa-apa maksud di mana-mana tahun kewangan, ianya hendaklah dibentangkan di dalam Dewan Negeri dan kepala-kepala perbelanjaan tersebut hendaklah dimasukkan dalam Rang Undang-undang Perbekalan.
Di samping itu, Seksyen 11(3) Akta Prosedur Kewangan membolehkan Menteri Besar membuat pendahuluan dari Kumpulan Wang Disatukan untuk menampung keperluan tersebut. Jumlah wang yang dipohon untuk perbelanjaan Tambahan Pertama bagi Tahun Kewangan 2018 ialah sebanyak RM8,353,566 sahaja.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Maklumat penuh bagi tujuan tambahan ini adalah dinyatakan di dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan di dalam Persidangan Dewan ini sebagai Kertas Bilangan 3 Tahun 2018.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sekian sahaja penerangan ringkas saya berhubung Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1/2018) 2018 ini dan berharap Rang Undang-undang yang saya bentangkan ini mendapat sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan seterusnya diluluskan. Terima kasih. Saya mohon mencadang.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong Usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Majlis ialah:
“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2018 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu”
Dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas.
Tiada… Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan setuju.
Setuju.
Dan yang tidak bersetuju, sila nyatakan tidak. Tiada. Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.
Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2018 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu.
Dewan Negeri bermesyuarat dalam jawatankuasa.
[Cokmar diturunkan]
Dalam Jawatankuasa
Jadual B.01 – Pejabat KDYMM Sultan Pahang
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.01 – Pejabat KDYMM Sultan Pahang dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM710,915.00 untuk Kepala B.01 – Pejabat KDYMM Sultan Pahang jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan setuju.
AHLI-AHLI
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan tidak. Tiada. Kepala B.01 – Pejabat KDYMM Sultan Pahang menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.06 – Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Kepala Bekalan B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM7,642,651 untuk Kepala B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan setuju
AHLI-AHLI
Setuju.
Ahli-Ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan tidak… Tiada… Kepala B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang menjadi sebahagian daripada jadual.
Fasal 2(1) Fasal 2(2) dan Fasal 1
Fasal 2(1) Fasal 2(2) dan Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Undang-undang. Dengan ini, saya mohon Ahli Yang Berhormat membuat cadangan.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong Usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1/2018) 2018 seperti yang telah dipinda dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan setuju.
AHLI-AHLI
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan tidak…Tiada… Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Cokmar dinaikkan semula]
Bacaan Kali Ketiga
Rang Undang-undang ini boleh lah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (1/2018) 2018 dibaca bagi kali yang ketiga.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa:
“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2018 dan bagi memperuntukan jumlah wang itu untuk maksud tertentu telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan”
Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1/2018) 2018 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan setuju.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan tidak. Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (1/2018) 2018.
Rang Undang-UndangBill
Perkara Kelima (2): Rang Undang-undang Enakmen Taman Negara (Pahang) (Pindaan) 2018.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Enakmen Taman Negara (Pahang) (Pindaan) 2018.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Usul itu.
Bacaan Kali Kedua
Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Taman Negara (Pahang) 1939 bacaan kali kedua.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Usul itu.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Taman Negara (Pahang) (Pindaan) 2018 dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Taman Negara (Pahang) 1939”
dibacakan bagi kali kedua sekarang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sebagai meraikan sambutan Jubli Perak, Pemerintahan King Josh ke-5 yang mangkat pada tahun 1936, Kebawah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan; Pahang, Terengganu dan Kelantan telah bersetuju untuk menyerahkan sebahagian tanah dalam negeri masing-masing bagi dijadikan Tanam Negara. Taman Negara ini diwujudkan bagi melindungi dan memelihara fauna dan flaura… flora asli Tanah Melayu dan dikenali dengan nama Taman Negara King Josh ke-5.
Ekoran itu, ketiga-tiga negeri berkenan… berkenaaan telah mewujudkan Enakmen di negeri masing-masing untuk tujuan tersebut iaitu Taman Negara (Pahang) Enakmen atau (Enactment) No. 2 of (1939), Taman Negara (Kelantan), Enactment of Number 14 of 1938 dan Taman Negara Terengganu, Enakmen ataupun Enactment No. 6 of 1939 dengan izin. Bagi negeri Pahang, Enakmen ini pernah dipinda pada tahun 1990. Melalui Enakmen No. 6 tahun 1990, bagi membolehkan akaun amanah diwujudkan untuk kegunaan Taman Negara.
Dalam mesyuarat Pre-submit NBOS ataupun National Blue Ocean Strategy dengan izin pada 11 September 2015, Ketua Setiausaha Negara mencadangkan agar Enakmen Taman Negara di ketiga-tiga negeri ini dipinda bagi menaikkan kadar denda berikutan berlakunya pencerobohan ke dalam kawasan Taman Negara yang kian meruncing khususnya oleh warga asing sehingga mengancam keselamatan pihak penguatkuasa dan kehilangan biodiverse… biodiversiti yang bernilai tinggi.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Asas pertimbangan bagi tujuan keseragaman hukuman, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ketika itu telah menggubal model hukuman yang boleh digunakan di ketiga-tiga negeri yang terlibat. Sehubungan dengan itu, cadangan pindaan kepada Enakmen Taman Negara (Pahang) 1939 adalah seperti berikut:
a) Meminda Seksyen 8 Enakmen tersebut untuk mengadakan peruntukan hukuman bagi kesalahan berkaitan dengan pencerobohan dan menangkap haiwan dalam kawasan Taman Negara. Hukuman yang dicadangkan adalah denda tidak melebihi RM1 juta atau pemenjaraan tidak melebihi daripada 7 tahun atau sebatan. Hukuman tinggi dicadangkan bertujuan menunjukkan keseriusan Kerajaan Negeri dalam melindungi flora dan fauna di Taman Negara.
b) Meminda Seksyen 9 Enakmen untuk mengadakan peruntukan hukuman bagi kesalahan berkaitan dengan merosakkan apa-apa jua objek yang mempunyai kepentingan zoologikal, potinekal, giologikal, unologikal dan sebagainya. Hukuman yang dicadangkan adalah denda tidak melebihi RM500,000 atau pemenjaraan tidak melebihi daripada 5 tahun.
c) Menggantikan Seksyen 11, Enakmen yang sedia ada dengan yang baharu berkaitan dengan penalti am. Penalti am yang dicadangkan adalah denda tidak melebihi RM100,000.00 atau pemenjaraan tidak melebihi daripada 3 tahun.
d) Menggantikan Seksyen 12 Enakmen yang sedia ada dengan yang baru bagi mewujudkan peruntukan yang membolehkan beberapa kesalahan dikompaun. Saya mohon mencadang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong Usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan majlis ialah Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Taman Negara (Pahang) 1939 dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyata… nyatakan setuju.
Setuju.
Yang tidak bersetuju, sila nyatakan tidak. Tiada. Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.
Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Taman Negara (Pahang) 1939.
Dewan Negeri bermesyuarat dalam jawatankuasa.
[Cokmar diturunkan]
Dalam Jawatankuasa.
Fasal 1; Fasal 2; Fasal 3; Fasal 4 dan Fasal 5.
Fasal 1; Fasal 2; Fasal 3; Fasal 4 dan Fasal 5 dibuka untuk perbahasan sekarang. Tiada perbahasan.
Fasal 1; Fasal 2; Fasal 3; Fasal 4 dan Fasal 5 menjadi sebahagian daripada Undang-undang hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan setuju.
AHLI-AHLI
Setuju.
Ahli-Ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan tidak. Tiada.
Fasal 1; Fasal 2; Fasal 3; Fasal 4 dan Fasal 5 menjadi sebahagian daripada Undang-undang.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong Usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Taman Negara (Pahang) (Pindaan) 2018 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila kata setuju.
AHLI-AHLI
Setuju.
Yang tidak bersetuju sila kata tidak. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Cokmar dinaikkan]
Bacaan Kali Ketiga
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa:
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Taman Negara (Pahang) 1939”
telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujui dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya menyokong Usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Taman Negara (Pahang) (Pindaan) 2018 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, kata setuju.
Setuju.
Yang tidak bersetuju sila kata tidak. Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Taman Negara (Pahang) (Pindaan) 2018 bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.
USUL
UsulMotion
Perkara Keenam: Usul.
Perkara Keenam (i): Usul pelantikan Ahli-ahli Dewan Negara, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk membawa satu Usul di Dewan Yang Mulia ini yang berbunyi:
“Bahawa Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju melantik Dato’ Sri Tee Lian Ker, SSAP., DIMP., JMN. dan Puan Siti Fatimah binti Yahya menjadi Ahli Dewan Negara Malaysia menurut kehendak Fasal 1(2) kepada Jadual Ketujuh Perkara 45 Perlembagaan Malaysia selama 3 tahun mulai tarikh angkat sumpah jawatan”
Saya berharap Usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan Yang Mulia ini.
Ada sokongan? Sila Yang Berhormat.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Ya. Sila.
Saya berpendapat pelantikan kedua-dua ni wajar. Dato’ Sri Tee Lian Ker. Saya hanya ingin kepastian tak sempat nak bertemu luar Dewan, Siti Fatimah ni Ketua Wanita Lipis ke atau Jerantut?
Yang Berhormat…
Ketua Wanita UMNO Bahagian Lipis.
Bermakna pelantikan ini lagilah tepatnya. Kalau Dato’ Sri Tee Lian Ker tu tepat, Puan Siti Fatimah ni lagi tepat sebab kedua-dua mereka ni berpengalaman dan Puan Siti
Fatimah, saya terkeliru ingat Siti Hajar rupa Siti Fatimah. Dia antara yang paling senior sekali. Kalau Ahli dari Bukit Ibam tu tak bertanding tidak menjadi Wakil Rakyat mungkin beliau dicalonkan sebagai Ahli Dewan Negara tapi sebab beliau dah jadi Ahli Dewan Negeri, Bukit Ibam tak boleh la dua-dua pula.
Jadi next senior lady ialah apa ni, Puan Siti Fatimah. Saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar penghargaan yang tinggi kerana Kerajaan Negeri telah membuat keputusan yang tepat dan memberikan er… penghargaan kepada mereka yang layak. Saya menyokong Yang Berhormat er… Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah dicadang dan disokong. Soalnya sekarang yang Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini, sila nyatakan ya.
Ya.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan tidak. Tiada. Usul tersebut diluluskan.
Perkara keenam (2): Usul Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Bagi Dewan Negeri Pahang Keempat Belas. Yang Berhormat Dato’ Sri Hajjah Shahaniza binti Shamsudin akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk membawa satu Usul di Dewan Yang Mulia ini yang berbunyi:
“Bahawa Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju melantik:
1. Yang Berhormat Dato’ Mohd Fadil bin Osman, - Pengerusi
DIMP., SMP., Ahli Dewan Negeri Kawasan Kemayan
2. Yang Berhormat Tuan Haji Andansura bin Rabu, - Timbalan Ahli Dewan Negeri Kawasan Beserah
Pengerusi
3. Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, SSAP., DJMK., DSAP., DIMP., AMP., PKC., Ahli Dewan Negeri Kawasan Peramu Jaya
4. Yang Berhormat Dato’ Haji Md Sohaimi bin Haji Mohamed Shah, DIMP., AMP., Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Lembing
5. Yang Berhormat Tuan Ir. Razali bin Kassim, Ahli Dewan Negeri Kawasan Muadzam Shah
6. Yang Berhormat Puan Kamache a/p A Doray Rajoo, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sabai
7. Yang Berhormat Encik Sim Chon Siang, Ahli Dewan Negeri Kawasan Teruntum
untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri bagi Dewan Negeri Pahang Keempat Belas”.
Saya berharap Usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan Yang Mulia ini.
Sila Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul.
Usul ini telah dibawa oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Kuala Sentul dan telah disokong oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Pulau Manis dan dengan ini saya membuka Usul ini untuk dibahas. Tiada. Persoalannya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini sila nyatakan ya.
Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tak bersetuju, sila nyatakan tidak. Tiada. Usul tersebut diluluskan.
Perkara Keenam (iii) - Usul Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Bagi Dewan Negeri Pahang Keempat Belas. Yang Berhormat Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk membawa satu Usul di Dewan Yang Mulia ini yang berbunyi:-
“Bahawa negeri Pahang yang bersidang, bahawa Dewan Negeri Pahang, Dewan Undangan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju melantik:
1. Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Ishak bin Haji Muhamad,
SSAP., SIMP., DSAP., DIMP., PKC.,
Yang di-Pertua Dewan Negeri;
2. Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Mohamad bin Haji Jaafar,
SSAP., DIMP., SMP., KMN., PJK.,
Ahli Dewan Negeri kawasan Jenderak;
3. Yang Berhormat Dato’ Mustapa bin Long, DIMP.,
Ahli Dewan Negeri kawasan Padang Tengku;
4. Yang Berhormat Dato’ Nor Azmi bin Mat Ludin, DIMP.,
Ahli Dewan Negeri kawasan Kuala Semantan;
5. Yang Berhormat Tuan Haji Rosli bin Abdul Jabar,
Ahli Dewan Negeri kawasan Tanjung Lumpur;
6. Yang Berhormat Lee Chean Chung,
Ahli Dewan Negeri kawasan Semambu;
7. Yang Berhormat Lee Chin Chen,
Ahli Dewan Negeri kawasan Bilut
menjadi Ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat bagi Dewan Negeri Pahang Keempat Belas”.
Saya berharap Usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan Yang Mulia ini.
Ya, Yang Berhormat, sila.
Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Saya mohon menyokong Usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri kawasan Benta.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah dibawa oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Kawasan Benta dan disokong oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Peramu Jaya. Dengan ini saya membuka Usul untuk dibahaskan. Tiada perbahasan. Usul ini telah dicadang dan disokong. Sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini, sila nyatakan ya.
Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tak bersetuju, sila nyatakan tidak. Tiada. Usul tersebut diluluskan.
Perkara Keenam (iv) – Usul Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Bagi Dewan Negeri Pahang Keempat Belas. Yang Berhormat Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk membawa satu Usul di Dewan Yang Mulia ini yang berbunyi:
“Bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju melantik:
1. Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Ishak bin Haji Muhamad,
SSAP., SIMP., DSAP., DIMP., PKC.,
Yang di-Pertua Dewan Negeri;
2 Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Mohamad bin Haji Jaafar,
SSAP., DIMP., SMP., KMN., PJK.,
Ahli Dewan Negeri kawasan Jenderak;
3. Yang Berhormat Dato’ Khairuddin bin Mahmud, DIMP., SMP.,
Ahli Dewan Negeri kawasan Pulau Manis;
4 Yang Berhormat Datin Samsiah binti Arshad,
Ahli Dewan Negeri kawasan Bukit Ibam;
5. Yang Berhormat Encik Lee Ah Wong,
Ahli Dewan Negeri kawasan Cheka;
6. Yang Berhormat Encik Mohd Zakhwan bin Ahmad Badarddin,
Ahli Dewan Negeri kawasan Tahan;
7. Yang Berhormat Puan Young Syefura binti Othman,
Ahli Dewan Negeri kawasan Ketari;
untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi Dewan Negeri Pahang Keempat Belas”.
Saya berharap usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan Yang Mulia ini.
Sila Yang Berhormat.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Guai.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah dibawa oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri kawasan Guai dan disokong oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Padang Tengku. Dengan ini, saya buka untuk perbahasan. Tiada. Sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini, sila nyatakan ya.
Ya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tak bersetuju, sila nyatakan tidak. Tiada. Usul tersebut diluluskan.
PENANGGUHAN
PenangguhanAdjournment
Perkara Ketujuh: Penangguhan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera, selamat petang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sebelum saya membawa cadangan usul supaya dewan ini ditangguhkan, saya mohon izin untuk bercakap dan menyatakan beberapa perkara kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Yang Mulia ini. Pertama sekali, syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat hadir pada hari terakhir bagi Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Pahang bagi kali yang keempat belas.
Kita semua sedia maklum bahawa tempoh persidangan kita ialah selama 5 hari bermula dengan Istiadat Pembukaan yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah dan sehingga ke hari ini adalah hari terakhir dan pada petang yang berbahagia ini kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT sentiasa memberkati kehadiran kita Ahli-ahli Yang Berhormat dalam memenuhi segala urusan kita di Dewan Yang Mulia ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Selama 5 hari tempoh persidangan kita, saya merasa begitu gembira sekali kerana persidangan ini berjalan dengan lancar dan sempurna dan tiada perkara yang serius yang terjadi yang boleh menjejas atau mencemarkan nama Dewan Yang Mulia ini.
Persidangan kali ini juga merupakan persidangan yang pertama saya hadir selaku Menteri Besar. Ingin juga saya nyatakan di sini, pada peringkat awalnya… pada peringkat awalnya ada juga rasa kebimbangan memandangkan perubahan komposisi yang ketara khususnya di pihak kerajaan dan juga saya merasa bimbang jika ada sesuatu isu yang dibahaskan menjadi hangat tanpa sebarang penyelesaian tetapi ternyata ianya lebih sempurna dan jauh lebih baik dari jangkaan saya. [Ahli Dewan menepuk meja] Sesungguhnya ia adalah satu suasana yang menyenangkan dan menyeronokkan bagi saya apabila hadir ke Persidangan Dewan pada kali ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Yang lebih menggembirakan saya apabila Ahli-ahli Yang Berhormat telah menunjukkan penghormatan yang tinggi kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada Timbalan Yang di-Pertua dengan menunjukkan dengan izin, high level of tolerant dan sentiasa akur demi memastikan kelancaran sidang dewan kita pada kali ini. Saya juga dapat merasakan penghormatan yang sama diberikan kepada saya sebagai Ketua Eksekutif Negeri apabila ada masa dan ketikanya laluan diberikan kepada saya semasa Ahli-ahli Yang Berhormat sedang berbahas.
Di kesempatan ini, saya juga ingin menyatakan tanda penghargaan dan ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat ADUN Pelangai, bekas Menteri Besar kita yang kita kasihi selama 15 tahun, atas sokongan dan dorongan yang diberikan secara berterusan kepada saya. [Ahli Dewan Menepuk Meja]
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Berhormat ADUN Pelangai selain daripada keizinan Allah SWT, yang telah membawa saya balik ke negeri Pahang dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Jelai. Saya masih lagi teringat pada tahun 2004, selepas subuh lebih kurang 6.40 pagi, Yang Berhormat ADUN Pelangai ketika itu tidak lagi memakai handphone, bodyguard jer ada handphone. Bodyguard telefon dia kata er… MB Pahang nak cakap, Dato’ Nan.
Jadi saya bercakap, MB kata Dato’ Nanlah, “Wan, MB Pahang ni er… Tuanku telah perkenan untuk Wan bertanding di Jelai”. Saya terkejut, saya tak dan jawab tapi Yang Berhormat ADUN Pelangai terus mengatakan “Wan menang di Jelai tu, insya-Allah. Datang ke Kuantan”.
Jadi itulah antara titik-titik permulaan saya er… menjadi ahli politik sepenuh masa sehingga ke hari ini, dan yang bertanggungjawab, tergerak hatinya untuk menjemput saya ialah Yang Berhormat daripada ADUN Pelangai [Ahli Dewan Menepuk Meja] Terima kasih Yang Berhormat.
Ingin juga saya simpulkan secara keseluruhan, bahawa wujudnya satu jenis, satu suasana kekeluargaan yang besar di antara kita, dan saya merasakan adanya sikap saling hormat menghormati yang tinggi sesama Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Walaupun kita terdiri… terdiri daripada aliran parti dan fahaman politik yang berbeza. Ada masa dan ketikanya saya tidak merasa seolah-olah wujudnya pembangkang di dalam persidangan ini, kerana bagi saya setiap pandangan dan kritikan yang dilemparkan merupakan satu nasihat kepada parti kerajaan malah memberi ruang dan peluang kepada pihak kerajaan bagi memperbetulkan keadaan dan turning point, dengan izin kepada setiap permasalahan. Tidak kurang juga bagi pihak kerajaan yang
menunjukkan kewi… kewibawaan dengan menjawab, dengan fakta bagi setiap isu supaya ada penjelasan yang terperinci bagi sesetiap isu yang dibangkitkan.
Pada hemat saya, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian termasuk yang pertama sekali menjadi ahli di dewan ini, telah juga mempamerkan kematangan berhujah, kebijaksanaan memberi pendapat serta hujah yang bernas demi kebaikan rakyat, dan saya mengharapkan perkara baik sebegini dapat diteruskan pada masa sidang yang akan datang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Mengambil kesempatan berada pada penghujung persidangan kita kali ini, sukacita saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan dan Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan sehinggalah kepada Yang Hormat Setiausaha Dewan serta kaki-kaki... serta kakitangan-kakitangan di bawahnya, atas komitmen tinggi dan kerja keras merekalah, malah ada yang bekerja sehingga ke malam selepas tamat setiap hari persidangan dan oleh sebab itulah Persidangan Dewan kita ini dapat berjalan dengan lancar.
Ucapan terima kasih juga saya berikan kepada Yang Hormat Ketua-ketua Jabatan Kerajaan sama ada negeri atau persekutuan serta agensi-agensi kerajaan yang telah hadir setiap hari serta menyediakan butiran yang diperlukan kepada pihak kerajaan untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dibangkitkan.
Saya turut berterima kasih kepada anggota-anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia yang telah melakukan perbarisan pada hari Istiadat Pembukaan. Selain anggota-anggota polis yang memberikan khidmat keselamatan, serta krew kesihatan dengan sebuah ambulans standby demi menyediakan perkhidmatan ke… kesihatan yang memerlukan. Tidak lupa terima kasih saya kepada kakitangan Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandaran Kuantan yang berperanan dalam penyediaan tapak-tapak serta hiasan pada hari Istiadat Pembukaan.
Pada ke… kesempatan ini juga, sudah tentulah ucapan terima kasih saya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang secara berhemah dan budiman, berbahas dan terlibat aktif dalam soal… dalam sesi soal jawab. Dengan sikap hemah dan bu… budiman inilah, paling tidak, jadual asal kita untuk menyudahkan persidangan kita ini dalam tempoh 5 hari sahaja tanpa perlu dipanjangkan, dapat dilaksanakan.
Saya juga ucapkan tahniah kerana menghormati Persidangan Dewan dengan menghormati Yang Berhormat Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat telah menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Sesungguhnya kita juga haruslah sedar, betapa akhlak itu adalah pakaian kita selamanya, budi bahasa melambangkan jiwa mulia dan tutur kata menggambarkan isi dalam dada.
Selepas ini saya berdoa dan berharap kembalilah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ke Kawasan masing-masing dan berkhidmatlah sebaiknya-baiknya demi me… memastikan kemakmuran negeri dan kese… kesejahteraan rakyat yang kita masing-masing wakili. Insya-Allah, semoga kita dapat berjumpa lagi dalam suasana yang serupa seperti mana tempoh hari, persidangan kita pada hari ini… pada hari ini dan pada hari sebelumnya, dan insya-Allah di masa yang akan datang kita akan berjumpa lagi.
Yang Berhormat Tuan di-Pertua, bersempena ucapan penangguhan ini sukacita saya bacakan pantun untuk renungan Ahli-ahli Yang Berhormat:
Di dalam kelapa ada tombong,
Yang Berhormat.
Tombong, [mengeja] t o m b o n g.
Tombong.
Ketari faham dak? [Ahli Dewan ketawa]
Kamache faham? Yang Berhormat Sabai. Tombong, dalam kelapa tu kalau kita belah, tapi payah nak dapat sekarang ni dia ada er… tak apelah, bila-bila free nanti kita minta Exco Pertanian ke… kelapa [ketawa]...
Di dalam kelapa ada tombong, Mari disimpan di dalam peti, Tidak dihairan orang yang sombong, Orang hormat kerana budi.
[Ahli Dewan Menepuk Meja]
Sekali lagi saya ucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua kerana menjayakan persidangan kita kali ini, yang saya ibaratkan seperti mengurus kenduri kahwin. Majlisnya berjalan lancar, nasi minyaknya tak lembik, lauknya cukup, gulainya sedap, mempelai pengantin tiba tepat waktunya. Tetamu datang beradab, penyambut tetamunya mesra, yang bersilat tidak berkelahi menghunus keris, walaupun ada jugalah kan dengan style masing-masing dan sebagainya, tapi tidaklah sampai tunjuk buku lengan dan sebagainya. Maka senanglah hati tuan rumahnya. Tuan rumahnya itulah saya dan saya amat bersyukur dengan segalanya. Alhamdulillah.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya ingat itu sahaja yang dapat saya sampaikan pada petang ini, dengan ini saya mencadangkan supaya Persidangan Dewan Negeri Keempat Belas bagi Mesyuarat Kedua Penggal Pertama ini ditangguhkan sekarang.
Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan Menepuk Meja]
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Dewan yang saya muliakan.
Syukur alhamdulillah, Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Pahang Keempat Belas telah sampai ke penghujungnya. Saya mengucapkan terima kasih setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Menteri Besar yang telah memberi kepercayaan sekali lagi pada saya berada disini selaku Yang di-Pertua Dewan.
Begitu juga ucapan tahniah yang saya terima daripada Ahli-Ahli Dewan yang amat saya hargai dan sanjung tinggi. Saya dan Timbalan saya berjanji akan memikul amanah ini dengan sebaik-baiknya, dalam menjalankan tugas secara saksama demi kepentingan rakyat dan Dewan Yang Mulia ini. Ini memandangkan landskap politik semasa yang kian mencabar. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya memahami Ahli-ahli Yang Berhormat adalah Wakil yang telah diangkat ole rakyat untuk berada di sini.
Yang Berhormat diberi mandat, kepercayaan, keyakinan dan harapan oleh rakyat untuk menyuarakan permasalahan dan denyut nadi mereka. Gunakanlah kepercayaan ini dengan sebaik-baiknya. Jangan dipersia-siakan, jangan dihampakan kepercayaan rakyat. Jika Ahli-ahli Yang Berhormat tidak bertindak dengan bijaksana rakyat sekali lagi akan menghukum dan membuat perhitungan apabila tiba masanya.
Ahli-ahli Berhormat sekalian, saya berasa hairan sejak akhir-akhir ini Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di Parlimen mahupun di dewan yang lain seolah-olah tidak menghargai atau lebih mudah lagi boleh dikatakan mencacatkan dan mencemarkan kesucian dewan dengan berhujah yang kurang sopan, menggunakan kata-kata yang unparliamentary, dengan izin, walhal…
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Berhormat boleh saya mencelah?
Ya, sila Yang Berhormat.
Saya minta maaf, walaupun Yang Berhormat Tuan Speaker belum menghabiskan ayat. Saya berasa sangat sesuai sekali dengan jiwa saya apa yang cuba diluahkan oleh Yang Berhormat Tuan Speaker. Kita perhatikan di Dewan Rakyat tidak jadi macam Dewan Yang Mulia tapi pasar. Memaki hamun, menunjuk penumbuk sebagainya tidak kira dari mana-mana pihak. Walaupun daripada pihak Barisan Nasional sekalipun.
Saya tidak bersetuju walaupun dari pihak Barisan Nasional menunjukkan lagak, menunjukkan lagak gangster, tidak mengikuti peraturan di Dewan Rakyat. Tapi
Alhamdulillah, kita di sini sama ada pembangkang ataupun kerajaan, kita bersama-sama menghormati dewan, menghormati Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan lebih-lebih lagi kerana Speaker yang menjalankan Persidangan Dewan.
Kita menghormati Speaker termasuklah Timbalan Speaker yang menjalankan tugas-tugas Speaker. Sekali lagi… sekali lagi Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak atas hujah yang er… sangat kukuh, dan sangat sesuai… sesuai dengan civilised society. Terima kasih.
Yang Berhormat Pelangai, menyokong saya?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kalau dah bercakap panjang-panjang tu tak menyokong, bukanlah. [Ahli Dewan ketawa]
Terima kasih Pelangai. Justeru itu, saya berharap Ahli-ahli Dewan dapat memahami betul-betul peraturan-peraturan berbahas seperti Perkara 35, Perkara 36, Perkara 41 dan Perkara 44. Pihak urus setia ada membekalkan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat dengan lebih moden lagi iaitu pendrive jenis OTG, On The Go. On The Go ertinya, anytime boleh diconnect pada handphone. Kalau bawa buku tu…
Tuan Yang di-Pertua, ingatkan TOTC jer, OTD okey la. OTG ye?
OTG.
Bukan OTC?
Bukan OTC.
Terima kasih Yang Berhormat.
On The Go. Pada hari kita mengangkat sumpah, jadi saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapatlah membuka dan meneliti satu persatu. Saya bercita-cita untuk mengekalkan keharmonian dewan ini seperti mana juga harapan aspirasi Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebentar tadi. Walaupun wakil-wakil pembangkang bertambah tetapi apa yang lebih penting kita boleh bertindak dengan matang, berbahas dan berhujah dengan penuh tamadun.
Marilah kita bertindak secara inklusif dan membuat transformasi yang boleh dibanggakan oleh semua pihak.
Di kesempatan ini juga, tidak lupa saya mengucapkan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi yang telah memberikan kerjasama yang baik sebelum persidangan hinggalah ke saat ini. Pejabat Setiausaha Kerajaan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, PDRM, Telekom, Bomba dan juga kepada pekerja yang di belakang tabir yang tak dapat saya nyatakan satu persatu.
Terima kasih juga kepada para pemerhati, wakil-wakil sekolah, kolej pengajian tinggi, NGO, pertubuhan belia dan wakil-wakil pejabat ADUN, kumpulan media sosial, RTM, akhbar yang semuanya berminat dan memberi kerjasama yang cukup baik dan memuaskan.
Saya mengucapkan selamat pulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, selamat menjalankan tugas dan binalah masa depan rakyat agar kehidupan lebih sejahtera, bahagia dan bertakwa.
Buat akhirnya, marilah kita menutup persidangan kita pada petang ini dengan membaca Surah Al-Asr; Mudah-mudahan kita sentiasa diberi perlindungan dan rahmat oleh Allah SWT. [Bacaan Al-Quran] Persidangan akan datang akan dimaklumkan kemudian dan persidangan ditangguhkan.
Terima kasih. Assalammualaikum WBT.
[Persidangan ditangguhkan pukul 3.55 petang]