Pahang · 26 July 2018

14th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 465 turns · 42,396 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Ke-2 Penggal Pertama Dewan Negeri Pahang Ke-14 Belas di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari Keempat (Khamis) : 26 Julai 2018

Bersamaan

: 13 Zulkaedah 1439 Hijriah

Masa

: 9.00 pagi

DOA

Perkara pertama: Doa.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan taufik-Mu, dipohonkan menyuluh, memandukan pada ketika kami berunding, menimbang bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin, Ya Rabbal A’lamin.

Pertanyaan Dan JawapanQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara kedua: Pertanyaan dan Jawapan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bismillahirahmannirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera dan Selamat Pagi. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan pada hari ini dan untuk meneruskan aturan mesyuarat pada kali ini, saya menjemput Yang Berhormat ADUN Semambu.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mewakil kawan saya, err… menge… mengemukakan soalan nombor 1.

[Sila senaraikan bilangan kawasan industri di Pahang yang dapat menikmati pengecualian cukai, serta apakah rancangan kerajaan untuk memajukan industri di Pahang?]

Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada ADUN Semambu, baru sampai. Soalan yang ditanyakan daripada ADUN Teruntum, yang bertanyakan er… senarai bilangan kawasan industri di Pahang yang dapat menikmati pengecualian cukai.

Untuk makluman Yang Berhormat er… terdapat 5 taman-taman industri di negeri Pahang yang menikmati pengecualian cukai iaitu Taman Automotif Pekan, Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China ataupun (MCKIP) 1 dan 2, Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) 3, Taman Industri Halal Gambang dan juga Taman Teknologi Pahang. Untuk makluman Yang Berhormat, taman-taman industri yang dibangunkan oleh pihak Kerajaan Negeri seperti kawasan industri Bentong dan Gebeng, juga mendapat er… pengecualian cukai.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Soalan tambahan. Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin tahu apakah rancangan kerajaan untuk er… memajukan industri di Pahang selain bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan pengecualian cukai. Apakah langkah yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri er… dan adakah PKNP juga turut boleh memainkan peranan yang lebih penting untuk menarik pelabur-pelabur asing? Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Sebenarnya banyak langkah-langkah yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri supaya dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi negeri. Tujuan yang pertama sekali ialah selain daripada kita menarik pelaburan daripada negara asing, khususnya China, yang lebih penting ialah untuk kita er… memberi peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri Pahang khasnya dan juga di er... negara kita di Malaysia.

Selain daripada kita er… mengajak China untuk datang ke negeri Pahang, untuk makluman Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita juga ada er… melabur di China. Maknanya ada two-way er… pelaburan sebagai contohnya, kita wujudkan Taman Industri Malaysia-China Qinzhou (MCQIP), iaitu bagi membuka peluang kepada pelabur daripada Malaysia untuk menanam modal di China bagi menembusi pasaran di negara China. Keluasan-keluasan MC… MCQIP ini di Qinzhou adalah di anggaran… di anggarkan lebih kurang 13,300 ekar.

Jadi maknanya, bukan sahaja China datang ke negara kita, kita juga pergi ke negara mereka. Itu daripada segi antarabangsa. Kemudian daripada segi er… domestik negeri kita, kita ada agensi-agensi kerajaan termasuklah PKNP dan semua agensi kerajaan ini sudah tentulah memainkan peranan untuk meningkatkan pelaburan, untuk meningkatkan ekonomi bagi negeri Pahang dan er… setakat ini, boleh dikatakan keseluruhan ataupun... kalau tidak pun 100%, melebihi 80%, 90% anak-anak syarikat

di negeri Pahang ini, er… membantu menjana ekonomi, dan dalam masa yang sama mewujudkan peluang pekerjaan khususnya di dalam aktiviti-aktiviti perladangan sawit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Beserah.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan Tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Beserah.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya nak buat soalan tambahan berkaitan dengan pengecualian cukai. Er… minta penjelasan daripada pihak kerajaan apakah jenis-jenis cukai yang dikecualikan di kawasan 5 taman ini? Daripada cukai-cukai yang dikecualikan itu, berapa banyak yang sebenarnya hak kerajaan negeri yang dikecualikan, berapa banyak yang er… seharusnya diberikan kepada kerajaan persekutuan, berapa lama tempoh pengecualian cukai ini diberikan? Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Tempoh pengecualian cukai ini berbeza-beza, sebagai contohnya kalau MCKIP, er… kalau tak silap saya 15 tahun dan ada juga yang 5 tahun. Er… dan pelaburan kita ini bukan sahaja setakat negeri Pahang tapi melibatkan Kerajaan Persekutuan dan yang lebih penting ialah sepertimana yang saya katakan tadi, kita dapat menarik pelabur datang ke negeri kita. Sebab itu kita bagi insentif pengecualian cukai. Apabila pelabur datang, kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan cukai ini akan dikenakan semula… akan dikenakan semula apabila tempohnya habis.

Maknanya peringkat awal, kita ada apa ni… perbincangan, supaya mereka datang ke sini, contohnya MCKIP sepertimana yang kita semua tahu, er… melabur di sini dan walaupun ada terdapat beberapa perkara contohnya dipertikaikan peluang pekerjaan, tapi sebenarnya mereka ini datang pada peringkat awal saja, apabila kerja-kerja pembinaan telah habis, mereka akan balik dan kita ada er… mutual understanding, iaitu selepas itu, 70% pekerja adalah… adalah dalam kalangan rakyat tempatan.

Manakala 30% lagi adalah daripada China apabila semua ini telah siap. Peringkat awalnya memang mereka nak bawa tenaga buruh daripada tempat mereka. Itu perbincangan kita dan kita kena… kena rasional lah, kena bertolak ansur, kena ada give and take, yang penting ialah dengan izin win-win situation.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan tambahan. Adakah pihak kerajaan, er… mempunyai rekod sampai hari ini berapakah jumlah Ringgit Malaysia, pengecualian cukai telah direkodkan bagi tahun 2013 ke… sampai hari ini? Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Soalan itu sangat baik, dan saya nak bagitahu kepada ADUN Teruntum, setiap pengeluaran wang, kemasukan wang, mesti ada rekod. Mana boleh tak ada rekod. Tapi hari ini Yang Berhormat daripada Teruntum tanya saya berapa, saya tak tahulah sebab jumlahnya banyak sangat, terlampau banyak tapi rekod ada. Mana boleh tak ada rekod, kita pun ada rekod juga kan. Ha… jadi kalau nak jawapan apa ni yang secara detail, saya akan bagi jawapan secara bertulis.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah.

Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat ADUN Kuala Semantan.

Dato Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua, soalan saya soalan nombor 2.

[Seringkali dibangkitkan isu kelewatan proses kelulusan permohonan dan pemilikan tanah kepada penduduk negeri Pahang. Seperti sedia maklum generasi sekarang perlu memiliki tanah untuk kediaman serta yang akan dimanfaatkan untuk tanaman yang boleh menjana pendapatan. Apakah tindakan penyelesaian kerajaan terhadap permohonan dan pemilikan tanah ini?]

Yang Berhormat Tuan di-Pertua,

Terima kasih kepada ADUN Kuala Semantan yang bertanyakan soalan yang berkaitan dengan isu kelewatan proses kelulusan permohonan dan pemilikan tanah. Sebenarnya ada dua perkara yang menyebabkan kelewatan, memang kita tidak nafikan dan permohonan tanah ni sebenarnya perlu berhati-hati sebab tanah ni kita semua tahu adalah sumber yang terhad. Dia tak boleh minta hari ni, esok, lusa, tulat, tungging, kita dah bagi kelulusan. Sebab itu dia ada proses-proses yang tertentu kita buat dengan teliti.

Antaranya ialah kita perlu mendapatkan laporan status tanah daripada beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan er… JPS, Alam Sekitar, PBT, JKR dan PLAN Malaysia. Kita kena dapatkan kesemua laporan ini. Dan laporan ini ada tujuan kenapa kita minta laporan status dia pada agensi-agensi berkaitan kerana kita nak tahu sama ada tanah tu sesuai atau tidak seperti mana yang dipohon, kesesuaian tanah. Dan yang kedua kita er… tidak mahu er… perkara-perkara tidak diingini berlaku apabila kita memberi kelulusan ke atas tanah tersebut.

Walau bagaimanapun er…Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita Kerajaan Negeri cuba juga untuk er… mempercepatkan mengikut er…kadar yang sepatutnyalah. Jadi, kit… antaranya yang telah dibuat ialah kita menambahkan pengisian bilangan Penolong Pegawai Tan…Penolong Pegawai Tanah di Pejabat Daerah dan Tanah.

Keduanya, kita Kerajaan Negeri memendekkan dan memudahkan prosedur bagi mempercepatkan proses Rancangan Tanah Berkelompok. Ketiga ialah penurunan kuasa kepada Pengarah Pejabat Tanah dan Galian serta Pentadbir Tanah Daerah bagi keputusan permohonan Lesen Pendudukan Sementara dan akhirnya ialah memproses permohonan tanah dengan menggunakan sistem Pahang Lands Geospatial System ataupun (PLGS) bagi mempercepatkan laporan Penolong Pegawai Tanah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah, kita… sila.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Dato’ Yang di-Pertua,

Er… saya sebenarnya nak dapatkan jawapan yang er… cepatlah daripada er… MB, berkenaan apa yang saya dah sentuh iaitu err… isu kelewatan kelulusan. Kelulusan telah dapat tapi kelulus… er… pada pihak pegawai kerajaan makna kelulusan daripada Lembaga, Lembaga Tatatertib di mana ada yang menunggu sampai er… 3 tahun 4 tahun. Jadi saya ingin bertanya adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menurunkan kuasa daripada negeri kepada kuasa Lembaga Tatatertib daripada negeri ke daerah… ke Pegawai Daerah umpamanya ataupun kerajaan ada kaedah-kaedah yang lain bagi membantu pegawai-pegawai kerajaan yang dapat kelulusan ini tetapi tidak dapat diteruskan kerana kelewatan mendapat kelulusan daripada Lembaga Tatatertib ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, saya ingin tahu ramai ke yang terlibat? Berapa ramai yang… yang terlibat pegawai kerajaan mohon tanah dan lambat sehingga 3 ke 4 tahun? Agak-agak berapa ramai?

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Saya kira jumlahnya ramai, yang terbaru saja saya ada angka ni, yang terbaru saja, saya dapat er… yang… yang di Tempoyang saja ada 4 orang. Itu baru satu RPK Tempoyang dan banyak lagi kawan-kawan kita daripada Tok Penghulu, daripada pegawai kerajaan melaporkan bahawa memang berlaku kelewatan sangat dibandingkan pula dengan pegawai-pegawai persekutuan. Dia kata pegawai persekutuan ni cepat saja, tapi pegawai negeri lewat. Jadi saya kira memberikan imej yang tidak baik… buruk kepada kerajaan. Teima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua,

Saya setuju sangatlah kalau sekiranya pegawai persekutuan dapat cepat, pegawai di Kerajaan Negeri lewat, sepatutnya yang Kerajaan Negeri kita awalkan, yang persekutuan tu kita lewat sikit tapi perkara ni insya-Allah Kerajaan Negeri akan tengok di mana berlaku apa ni kelewatan tersebut dan er… dalam masa yang sama Kerajaan Negeri juga tidak boleh er… berkompromi, kompromi berkenaan dengan er… isu tatatertib kerana itu adalah salah satu daripada syarat-syarat yang telah ditetapkan dan er… terima kasih kepada DUN Padang Tengku, Tempoyang ada 4 orang. Itu baru satu kampung kan? Bukan daerah, kalau daerah banyak mana dan kita akan lihat perkara ni Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Encik Chiong Yoke YongDAP · PHTanah Rata

Soalan tambahan Yang…Yang di-Per… Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, er… saya di sini ingin tahu bahawa penuruna… penurunan kuasa untuk kelulusan tanah tersebut adalah termasuk Pejabat Daerah Cameron Highlands atau tidak? Sebab setahu saya kelulusan untuk permohonan pembaharuan LPS atau pun TOL di Cameron Highlands buat masa sekarang adalah di bidang kuasa ataupun di tangan Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi saya di sini ingin tahu adakah penurunan kuasa ni termasuk kepada Pejabat Daerah Cameron Highlands?

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Cameron Highlands dia special kes sikit, kes terpencil, kes pelik sikit. Dia atas bukit jadi tidak termasuk, masih lagi perlu melalui JKPT dan bawa ke Pihak Berkuasa Negeri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, kita terus kepada… jemput Yang Berhormat ADUN Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 3.

[Berapa ramaikah orang yang telah melawat Pahang pada tahun 2017 bagi pelancong-pelancong tempatan dan pelancong-pelancong luar negara? Berapakah hasil cukai yang telah diterima dan adakah tercapai sasaran oleh Kerajaan Negeri Pahang sepanjang tahun 2017 dan bagaimanakah pendapatan cukai tersebut kemudian diguna pakai? Mohon pencerahan.]

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada ADUN er…Teruntum yang kehilangan ular ya. Yang Berhormat Yang di-Pertua, sempena Tahun Melawat Pahang 2017, kehadiran pelancong adalah er… seramai 14 jut…14.8 juta er…dan walaupun pada asalnya… walaupun pada asalnya target kita adalah seramai 15 juta.

Yang keduanya Yang Berhormat Yang di-Pertua, tentang cukai. Sebenarnya dari segi er… pelancongan ini Kerajaan Negeri tidak mendapat direct income dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua. Walau bagaimanapun cukai-cukai kita hanyalah cukai-cukai yang dikenakan kepada premis-premis tersebut sama ada kalau hotel, er…kita ada cukai pintu dan juga cukai tanah dan kemudian kalau sekiranya tempat-tempat

er… kawasan-kawasan tersebut yang kita sewa ataupun yang kita lease, yang kita, kita pajak, yang dipajak kepada pengusaha-pengusaha, kita akan mendapat bayaran cukai-cukai tersebut, tetapi direct income dari… dari pelancongan tersebut tidak ada, walaupun Kerajaan Negeri setiap tahun mengeluarkan er… membelanja untuk kita meneruskan promosi kita.

Walau bagaimanapun pada bulan September 2017, Kerajaan Pusat iaitu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ketika itu telah pun er… mengenakan iaitu satu… telah mengemukakan satu cukai baru kepada er… cukai pelancongan, kepada pelancong-pelancong daripada luar negara dan saya difahamkan bahawa mereka telah pun mengutip dan er…mereka telah menjanjikan bahawa setiap kutipan tersebut 50% akan diberikan kepada er… Kerajaan Negeri kerana pelancong-pelancong tersebut dikenakan ketika mengin… mereka menginap di hotel-hotel tertentu.

Saya difahamkan bahawa ini adalah merupakan pilot project, hanya tak silap saya 3000 hotel sahaja yang terlibat untuk peringkat yang pertama ini, dan er… [berdehem] kita pun tidak mendapat apa-apa berita setakat ni tetapi sememangnya kalau mengikut er…[berdehem] persetujuan, mana-mana saja hotel atau pun tempat penginapan hotel yang bertaraf 5 bintang, 4 bintang yang… yang ianya er…menerima kedatangan daripada pelancong daripada luar negara ianya akan dikenakan cukai. Er…cukai er… cukai pelancongan atau tourism tax dan separuh daripada kutipan tersebut di dalam negeri Pahang ini akan diberi kepada Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan tambahan. Yang Ber… Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, er… jawapan dari Wakil Kerajaan tadi, sasaran kita RM15 juta tapi hanya RM14 juta pelancong ke… er… ke Pahang. Maknanya target dengan izin er… sasaran kita melawat er… Tahun Melawat Pahang 2017 boleh kiri… dikirakan gagal projek ini. Soalan saya berapakah peruntukan telah digunakan oleh pihak kerajaan dalam projek ini? Terima kasih.

Yang Hormat Yang di-Pertua,

Saya nak tanya wakil daripada Teruntum er… dia dulu sekolah mana? Masa sekolah menengah atau universiti? Nak tanya.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Sekolah menengah.

Sekolah menengah mana? Nak tanya.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

SABS.

Sultan Abu Bakar School.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Kalau dia periksa dulu Yang Berhormat Yang di-Pertua ya, dia periksa dulu markah 100%, dia dapat 95%, gagal tak Yang Berhormat Yang di-Pertua? Kalau sekiranya gagal maknanya dia di bawah 40% itu kalau kita periksa. Saya nak maklumkan Yang Berhormat Yang di-Pertua, mengikut er… mengikut er… kehadiran pelancong ya, pada tahun er… 2016 adalah seramai 12.825 juta. 2014, 14.827 juta orang. Dari segi tourist receipts ataupun perbelanjaan pelancong yang kita kira yang seperti yang saya nyatakan bahawa perbelanjaan pelancong ini kita mengambil kira kepada mereka yang menyewa ataupun mereka yang tidur, bermalam, bermalam iaitu di hotel-hotel ataupun motel yang ianya di dalam kawalan ataupun ianya berdaftar dengan sama ada er… Majlis Perbandaran, Majlis Daerah ataupun mereka berdaftar sendiri dengan er… pihak Kementerian Pelancongan.

Dari segi perbelanjaan pelancong Yang Hormat Yang di-Pertua, saya nak maklumkan bahawa pada tahun 2016 perbelanjaan ya, perbelanjaan sebanyak RM8.534 bilion, pada tahun 2017 RM9.866 bilion dan semua hasil ini Yang Hormat Yang di-Pertua, perbelanjaan ini seperti yang telah saya nyatakan ianya tidak ada pun yang dapat kepada Kerajaan Negeri kecuali cukai-cukai.

Pada… pada pandangan saya Yang Hormat Yang di-Pertua, peningkatan ini sebanyak 20… 22% ini adalah merupakan satu kejayaan ya, kepada kita er… dan yang keduanya dari segi perbelanjaan… dari segi perbelanjaan er… promosi, saya nak maklumkan dengan inisiatif yang kita ada, walaupun kita membuat beberapa er… promosi sebagai contohnya er… Road Tour daripada Kuantan er… ke London sebagai contohnya Kerajaan Negeri hanya berbelanja kurang daripada RM5 juta.

Yang lainnya adalah dari segi smart partnership kita dengan pihak-pihak swasta. Begitu juga dengan sumbangan juga daripada Kerajaan Pusat dan juga er… yang lain-lainnya adalah sumbangan daripada er… badan-badan korporat yang mereka juga inginkan… inginkan menyumbang kepada Kerajaan Negeri di atas dasar sebagai contohnya di lebuh raya. Sebagai contohnya yang kita letak er… billboard dan sebagainya, sebahagiannya adalah sumbangan daripada pihak Lembaga Lebuh Raya supaya apa, supaya mengenangkan jasa Kerajaan Negeri kerana lebuh raya tersebut lalu dalam Kerajaan Negeri. Hanya kurang daripada RM5 juta.

Yang Hormat Tuan Yang di-Pertua,

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, bukan soalan tambahan. Sebagai orang tua lah, menengok anak-anak, adik-adik. Saya nak mencelah sikit tentang er… target tercapai atau tak tercapai. Ahli Kerajaan sendiri pun sudah menjawab. Pada saya jelas. Untuk saya jelaskan sekali lagi, beginilah. Pakatan Harapan dan janji-janji manifesto ya, semua keluar… tol hapus, GST hapus, PTPTN hapus, sampai gaji RM4,000 er… pelajar-pelajar. Hari semalam saya mendengar, saya melihat sebagaimana Menteri Hal Ehwal Ekonomi memberikan jawapan yang sangat cantik, sangat jelas. Satu per satu. Saya sangat hormati semasa beliau jadi MB, saya jadi MB pun kita minum kopi sama-sama tak campur Menteri Besar lain. Yang minum kopi itu Pahang, Penang, Selangor.

Jadi jawapan yang diberi semalam sebagai akhir natijahnya adalah janji manifesto itu 20% royalti bagi kepada Sabah Sarawak negeri keluarkan minyak itu, tidak dapat dibuat serta-merta hanya begitu je, miss target juga… saya nak mengatakan miss

target. Manifesto Pakatan Harapan itu terkeluar daripada target, jadi ini target. Kita nak kahwin dengan bidadari, tengok-tengok dapatlah anak dara biasa, tapi itulah cantik pada kita cantiklah… miss target.

Kadang-kadang kita nak kahwin dengan budak kampung kita, dapat pula anak orang bangsawan, anak orang besar. Ha… itu nasib... nasib. Jadi target ini jangan kita jadikan sebagai er… apa ni… kita kata benchmark, itu hanya target. Semua orang target periksa nak dapat A tapi kalau tak belajar kerana bodoh, bangang, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, nak dapat A macam mana tapi target dia A, orang ingat oh… orang ingat… boleh dapat A… kita dah tahu anak murid kita… saya cikgulah.

Yang Hormat Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Saya nak tanya er… Wakil daripada er… Pelangai. Setakat ini belajar di UIA ada tak dapat B? [Ahli Dewan ketawa] Nak tanya… nak tanya je…

Ha… itu… itu…

Nak tanya je… pasal kalau tidak macam mana er… Wakil dari Pelangai nak bagitahu dia semua dapat A kalau tak ada bertanya.

Saya akan siap 6 kertas lagi… 6 subjek. Yang telah sudah ni 7, 8 subjek tu bilangan kertasnya 16. 2 A-, 14 A ha… ini ramai orang yang tak percaya ni… 14 A, 2 A-. [Ahli Dewan menepuk meja] all the papers I got A’s… straight A’s except two which I got A-. Jadi sekarang ini anak-anak saya kata, ayah tak usahlah ambik A semua, ambil lah B satu, C satu. Saya tanya kenapa? Takut orang tak percaya [Ahli Dewan ketawa]. Terima kasih Yang Hormat Yang di-Pertua. Target tu satu hal, pencapaian itu satu hal lain, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kira cemerlang lah tu.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, sila

Saya tertarik dengan jawapan daripada pihak kerajaan di atas usaha er… menarik pelancong datang ke negeri Pahang er… cuma kita maklum er… bahawa pelancongan ini tidak memberi direct income kepada negeri. Walau bagaimanapun, dia memberikan spin of effect kepada penduduk tempatan yang boleh menjana er… ekonomi diri mereka er… cuma saya nak penjelasan daripada pihak kerajaan, adakah perancangan atau kempen Tahun Melawat Pahang ini akan diteruskan pada tahun ini ataupun pada masa terdekat ini?

Dan apakah perancangan pihak kerajaan yang akan membezakan program atau aktiviti yang kita pernah buat 2017 dengan program yang akan datang supaya kita boleh melepasi target, kita tak nak… memang capai target, kita nak supaya dia melepasi target dan kita ada spin of effect yang lebih besar untuk memajukan pelancongan negeri Pahang. Terima kasih.

Yang Hormat Yang di-Pertua,

Sememangnya semasa kita mengadakan Tahun Melawat Pahang, ramai ataupun banyak ataupun ramai di kalangan er… pemain-pemain industri atau industrial players, dengan izin, bahawa mereka sangat teruja dan er… sebahagian daripada mereka er… mempunyai target juga iaitu ingin menyiapkan hotel, motel dalam waktu tahun kita Melawat Pahang kerana kita tahu bahawa kita mengadakan er… apa yang dikatakan promosi yang begitu… yang kita cuba sedaya upaya untuk mencapai target kita walaupun er… shot 180 ribu orang er… 180 ribu ya? 180 ribu.

Walau bagaimanapun er… kita telah melancarkan ya, pada tahun lepas er… yang er… Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika itu iaitu Wakil daripada Pelangai bersama dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja kita telah melancarkan Revisit Pahang. Revisit Pahang adalah apa yang kita katakan sebagai the continuity maknanya penyambungan daripada Tahun Melawat Pahang kerana banyak er… juga sebagai contohnya Hyatt baru sahaja dibuka sebagai contoh. Mereka tidak sempat untuk sama-sama turut er… sama-sama berada di dalam Tahun Melawat Pahang.

Dan begitu juga dengan beberapa tempat yang lain termasuklah er… taman tema di Genting Highlands sebagai contoh masih lagi tidak siap. Insya-Allah Yang Berhormat Yang di-Pertua, apabila kita mengadakan Revisit Pahang kemudian kita ada pula Revisit Election, jadi apabila kita berada di dalam er… bulan-bulan er… pilihan raya ini sejak bulan 3, 4, 5, 6. Sekarang ni bulan 7 sememangnya er… dari segi promosi, Kerajaan Negeri… kita terpaksa memberhentikan sementara walaupun dari segi jabatan berterusan.

Walau bagaimanapun apabila Kerajaan Negeri baru telah pun terbentuk insya-Allah kita akan meneruskan dan insya-Allah kita difahamkan bahawa Kerajaan Malaysia juga akan mengadakan Tahun Melawat Malaysia, Visit Malaysia 2020. Tahun 2020 iaitu lebih kurang setahun setengah daripada sekarang tetapi itu bergantung kepada keputusan kerajaan yang barulah sama ada mereka ingin meneruskan atau tidak.

Tuan Yang di-Pertua,

Berkenaan dengan kempen Visit Pahang ni dia sebenarnya er… merupakan satu usaha promosi ya, tahniah kepada rakan saya daripada Lanchang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan yang telah mengusahakan kempen ini dan sebenarnya kesan dia begitu ketara. Kalau dulunya orang tak kenal sangat To’ki, Lemang To’ki di Bentong. Lemang To’ki, dulu ianya merupakan satu er… usahawan ataupun pengusaha lemang yang berniaga di tepi jalan menghala ke simpang ke Chamang tu tak silap.

Jadi er… selepas daripada kempen Visit Pahang itu sebenarnya saya difahamkan mengikut maklumat yang diberi oleh er… Tuan Pegawai… Dato’ Pegawai Daerah dan juga Dato’ Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Bentong, sekarang ni boleh kata hari-hari maknanya kunjungan er… peminat lemang ni datang ke Bentong untuk menikmati er… ini apa nama… Lemang To’ki. Kalau sekiranya hujung minggu merupakan satu kejutan lah.

Saya rasa Wakil daripada Bilut sekarang ni, dulu Wakil Ketari dan Wakil… bekas Wakil Bilut dan yang sekarang ni Wakil Tras pun boleh mengakui er… Wakil Sabai pun sama, bahawasanya kunjungan er... pelancong ke bandar Bentong ni begitu ketara kelihatannya dan ini saya yakin adalah hasil daripada promosi yang dibuat oleh pihak kerajaan melalui Jawatankuasa Pelancongan. Dan er… pada masa kini kalau kita lihat misal contohnya kita teliti ini… masakan gulai, tempat saya dipanggil gulai masam lah, gulai masam atau gulai tempoyak. Dulunya ianya confine ataupun hanya tertakluk ke kawasan kita di sebelah ini… Pahang ni.

Katalah misal contohnya di… apa nama di… di Temerloh, Lipis, Pahang Barat makna Lipis, Raub, Jerantut semua tu memang biasa juga tapi sekarang ni kalau kita lihat di Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, kedai-kedai yang menjual ini er… patin tempoyak ini… ini… tempoyak patin ni, dia ditumbuh begitu ni… memberangsangkan sehinggakan orang menamakan dia restoran, ada satu restoran nama dia Restoran Che Ta Temerloh di Seri Gombak dan saya masa itu saya menyinggah sebab dia restoran tu Restoran Che Ta, tengok ini taukeynya lain.

Tapi maknanya promosi tu er… dia… dia ada dan sekarang ni sambal hitam yang dulu kita panggil sambal hitam, sambal hitam kan. Sekarang ni dinama… jenamakan sebagai Sambal Pahang, merata tempat. Sebenarnya ada kesan dia. Kalau kita bagikan nilai kewangan kalau orang kata monetary values, kita masukkan semua ni sebenarnya kesan daripada promosi ini begitu ketara sekali dan er… ini bukan saja merangkumi di… kawasan-kawasan di… apa nama… Bentong, Raub, Lipis dengan kempen musang kingnya, duriannya.

Di Cameron Highlands yang kata… Wakil daripada Cameron kata sesak tu kerana ramailah. Dulu tak sesak ini… jalan tu jalan yang sama tapi sekarang ni menjadi sesak kerana ramai pengunjung. Ini membuktikan kejayaan tu sebenarnya. Jadi tahniahlah kepada er… Wakil Kerajaan daripada Lanchang yang mempromosi iaitu Tahun Melawat Pahang dan kalau boleh tu kempen Revisit Pahang jadikanlah revisit tu ni Tuan Yang di-Pertua, dia kalau dulu Visit Pahang kena… dia kena bermula daripada Pahang mengajak orang daripada luar untuk masuk. Sekarang ni Revisit maknanya dia kena start daripada luar, baru masuk ke Pahang semula. Jadi maknanya kita mengalu-alukan bila kempen tu nak dilaksanakan, kalau boleh tu dengan kos yang kurang tapi kiranya impak yang tinggi. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, belum jelas lagi?

Habis dah? Oklah Yang Berhormat..

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya jemput soalan…

Saya ingat wakil daripada Benta telah, telah menjawab dengan baiknya. [Ahli Dewan ketawa] Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya jemput soalan seterusnya, Yang Berhormat ADUN Ketari.

Tuan Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 4.

[Terdapat isu tentang kelulusan pembinaan masjid baru di kawasan Janda Baik. Bolehkah Kerajaan Negeri memberi status permohonan masjid tersebut?]

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, Ketari menanyakan tentang status pembinaan Masjid Kampung Janda Baik. Setakat ini tiada permohonan yang dikemukakan oleh pihak pengurusan Masjid Janda Baik kepada kerajaan. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Soalan tambahan. Tiada permohonan? Sebab saya dimaklumkan oleh Pengerusi Masjid ada permohonan dan kononnya dia tak dapat kerana mungkin tak ada peruntukan daripada Kerajaan Negeri, tak per…

Bererti mungkin surat dia tak sampai ke kerajaan.

Okay, soalan tambahan. Okay, kalau er… kalau ada permoho… er… kalau permohonan diluluskan dan jika er… Kerajaan Negeri er… luluskan dan jika tiada bajet adakah pihak masjid dibenarkan untuk mencari dana sendiri?

Dana boleh dipohon melalui Majlis Ugama Islam Pahang, dia ada istilahnya kutip derma. Jika Majlis Islam Pahang apa… membenarkan, maka bolehlah pihak masjid untuk mengutip derma bagi membina masjid.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah, soalan seterusnya. Saya jemput Yang Berhormat ADUN Chenor.

Assalamualaikum WBT, Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 5.

[Apakan tindakan pihak kerajaan bagi mengatasi masalah beting pasir yang besar di Sungai Pahang berhampiran Tanjung Kertau yang mengakibatkan arus sungai mengalir deras menghentam tebing Bukit Kertau dan mengakibatkan hakisan ketara pada tebing sungai serta merosakkan jalan raya di kawasan berkenaan?]

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana membenarkan saya menjawab soalan pertanyaan lapan yang dibawa oleh ADUN Chenor berkaitan dengan masalah. Sebenarnya kerosakan hakisan tebing dan kerosakan jalan sebenarnya yang dirasakan punca kepada beting pasir yang besar berhampiran dengan er… Tanjung Kertau.

Sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kejadian beting pasir ini merupakan satu fenomena biasa yang berlaku terbentuk berikutan dengan kadar mendapan yang tinggi daripada aktiviti bangunan serta prof… profil sungai yang berliku dan aliran sungai di kawasan yang landai. Fenomena beting pasir ini bukan saja berlaku di Tanjung Kertau malahan di sepanjang sebahagian besar daripada Sungai Pahang yang panjangnya 460 kilometer. Kejadian hakisan di kawasan Tanjung Kertau adalah disebabkan proses sungai yang berliku dan cadangan pembuangan pasir er… dirasakan oleh pihak kerajaan tidak dapat menyelesaikan masalah disebabkan masalah kecetekan sebahagian besar jajaran Sungai Pahang yang menjejaskan aliran sungai dan ianya memerlukan kos yang tinggi dan dianggarkan lebih kurang RM2 juta setiap satu kilometer.

Pihak JPS menganggarkan kos pembaikan untuk membina benteng… untuk membina benteng hakisan tebing Sungai Pahang di Tanjung Kertau hanyalah kira-kira RM1.3 juta. Jadi kertas cadangan permohonan peruntukan telah dikemukakan kepada pihak JPS Malaysia dan pelaksanaannya ialah tertakluk kepada kelulusan peruntukan. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Soalan tambahan. Saya ingin tahu ada tak syarikat kuari pasir yang memohon untuk menyedut pasir di kawasan Chenor ni? Terima kasih.

Untuk soalan tambahan itu Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya tidak ada maklumat sekarang ini tetapi Yang Berhormat Yang di-Pertua, izinkan saya untuk berkongsi sedikit pandangan berkaitan dengan kejadian beting pasir di kawasan sepertimana saya kata tadi bukan saja di Tanjung Kertau tapi di sepanjang sungai Pahang ini. Yang Berhormat ADUN Chenor dulu sekolah mana? Ha… ini kita banyak cerita hal pendidikan.

Er… saya Sekolah Jalan Bahagia.

Sekolah Jalan Bahagia.

Temerloh.

Cikgu geografi ataupun cikgu ilmu alam ingat lagi tak nama dia?

Tak ingat la dah.

Jadi kalau payah nak faham saya pun tak berapa faham juga nak menyelesaikan ni, tapi saya cuba memahamkan diri saya dan Sidang Dewan sekalian. Jadi kalau kita tengok apa ni… sistem aliran sungai daripada puncanya di hulu sampai ke hilir ini, dia ada berbeza-beza. Di kawasan pergunungan bila turun kawasan landai sikit dan di muara sungai itu berbeza. Saya ingat lagi Dato’ Sri Yang di-Pertua, er… di tiga er... keadaan ini dia… dia punya persekitarannya berbeza Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Kalau er… kita di Guai di Chenor ini kita kawasan pertengahan dan kawasannya landai. Kita akan tengok kawasan sekeliling kita itu ada kawasan yang berpaya ya. Paya-paya tepi sungai kita tak nampak di belah hulu. Dan kalau kita ke hilir pula lagi kita akan jumpa delta ya. Delta itu terbentuk daripada mendapan ni tadilah. Kalau zaman dulu kita boleh mungkin juga tengok tasik-tasik ladang ya, yang terbentuk. Itu sebenarnya bukan kerja manusia. Itu adalah kerja alam semula jadi, kerja Tuhan.

Jadi dalam hal ini Yang Berhormat ya, kejadian apa ini sungai-sungai berliku ini dia akan berterusan dia menghentam tebing ya, dan dia juga membentuk satu kawasan tanah tinggi yang semula jadinya. Jadi kalau kita tengok fenomena di Tanjung Kertau itu tak mustahil satu hari nanti kawasan yang berhampiran dengan Pulau Jahar itu dengan kawasan yang bertentangan dengan Kampung Nyak ini dia seberang sungai itu dia akan mengecil-mengecil dan akhirnya dia akan menjadi satu aliran sungai itu dia terus daripada seberang Nyak itu sampai ke Pulau Jahar. Itu kalau ikut teorinya Yang Berhormat.

Jadi apa… buat masa ini kita faham ini suatu perkara yang kita kena tanggung daripada masa ke semasa untuk apa me… menanggung kos pembaikan cerun-cerun dan pembaikan jalan. Tapi kalau tanya soalan seterusnya kenapa kita tak alih pula jalan-jalan ini jauh sikit daripada sungai, kita nak mengaborkan pula sungai itu lah highway kita dulu. Highway akan datang jauh sikit daripada sungai. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah, soalan seterusnya saya jemput yang Berhormat ADUN Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.

[Dengan perkembangan penempatan penduduk yang pesat di sekitar Tanjung Lumpur hingga ke Kempadang, keperluan untuk penduduk bersukan dan berekreasi perlu mendapat perhatian pihak Kerajaan Negeri Pahang. Adakah pihak Kerajaan Negeri Pahang mempunyai perancangan untuk membina pusat-pusat sukan dan rekreasi untuk penduduk yang tinggal di kawasan ini? Di manakah cadangan lokasi pusat sukan dan rekreasi ini bakal dibina?]

Yang Berhormat er… Timbalan Yang di-Pertua,

Er… terima kasih kepada sahabat saya dari er… Teruntum yang bertanyakan tentang er… kompleks sukan ya. Berdasarkan keperluan dan kesesuaian serta peningkatan penduduk, er... pembinaan kemudahan sukan dan rekreasi, pihak kerajaan memberi perhatian yang sewajarnya. Pembinaan sebuah Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang telah disenaraikan, untuk makluman er... dalam Rolling Plan 3 Rancangan Malaysia Ke-11.

Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat er... ADUN Teruntum dan juga er... rakan ADUN-ADUN yang lain, kita masih er... menunggu er... dengan perubahan landskap politik yang ada pada hari ini er... banyak perkara perancangan-perancangan yang telah er... kita rancang dan adapun yang telah diluluskan pada asalnya sedang er... dalam pertimbangan untuk kajian semula er... oleh kerana pentadbiran di peringkat persekutuan telah berubah pada hari ini.

Dan kita er... insya-Allah dari semasa ke semasa akan meneruskan kerjasama dan kita akur apa yang kita ada pada hari ini dan kita yakin dengan cadangan untuk kompleks er... sukan yang baru ini di Tanjung Lumpur telah kita er... rancang sejak sekian lama ya, dan kita tunggu er... dengan kelulusan... bajet yang kita dapat sebelum ini, mudah-mudahan dapat diteruskan pada masa akan datang. Terima kasih.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan tambahan. Yang Berhormat… Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, apakah status Pusat Ekuestrian Kuda di Tanjung Lumpur? Siapakah yang pihak pengurusannya dan apakah manfaat yang boleh… yang boleh bagi warga Kuantan nikmati daripada pusat ini?

Yang Berhormat er… Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua,

Er… kita menyambut baik soalan yang dibangkitkan oleh er… pihak ADUN Teruntum ini. Equestrian yang sedang er… ada di Yayasan Pahang pada hari ini, pada suatu ketika dahulu diselenggarakan oleh Yayasan Pahang sendiri dan kos er… untuk menanggung kuda-kuda, jurulatih dan sebagainya amat tinggi. Dan setakat hari ini

alhamdulillah, Yayasan Pahang dengan kerjasama Persatuan Equestrian Pahang yang tak… yang mana tak silap saya lah er… Yang Berhormat ataupun Mantan Yang Berhormat er… Pulau Tawar merupakan Presiden Equestrian Pahang er… pada suatu ketika itu telah melaksanakan kerjasama dengan pihak Yayasan Pahang untuk menyelaras dan juga er… menyelenggarakan kuda-kuda serta er… tempat tersebut.

Dan pada hari ini kita membuka kepada mana-mana pihak yang cenderung untuk berlatih ataupun belajar menunggang kuda di tempat tersebut yang diselenggarakan oleh Persatuan Equestrian Pahang ya. Dan untuk makluman Sidang Dewan juga kita di pihak MSP er… memiliki beberapa ekor…beberapa ekor kuda yang kita tempatkan di situ bersama dengan kelab-kelab kuda negeri Pahang yang lain. Dan kita sentiasa membuka kepada pihak luar untuk meninjau dan melihat tempat ini. Terima kasih.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Soalan tambahan. [Ayat Al-Quran]. Er… berkaitan dengan soalan daripada ADUN Teruntum. Sepatutnya saya tanya itu. Jadi er… untuk maklumanlah kepada pihak Wakil Kerajaan dan rakan saya daripada ADUN Teruntum sendiri, er… bukanlah bermakna daripada Tanjung Lumpur sehingga Kempadang itu tidak ada er… apa… tempat untuk bersukan dan sebagainya. Banyak boleh saya bilang satu-satu, padang-padang itu semua saya tahu. Sebab anak-anak muda itu biasanya saya lah yang support bola, jaring gol dan sebagainya. Begitu juga er…dewan-dewan. Banyak yang… yang ada dan malahan ada padang-padang yang tidak digunakan langsung seperti er… di Peramu. Ada padang, tapi langsung tak guna. Barangkali orang situ kaki bangku belaka termasuk Wakil Rakyat dia pun agaknya.

Jadi er… maknanya semua dalam pengetahuan dan begitu juga apa yang telah dijawab oleh pihak er… Wakil Kerajaan yang mana saya sendiri pun selalu juga er… bertemu dengan er… pegawai-pegawai dan mereka yang berhak untuk menjelaskan beberapa persoalan yang saya kira apabila perkara itu dalam pengetahuan saya, saya rasa tak perlu untuk saya bawa ke dalam dewan yang kadang kala perancangan dan sebagainya telah dijelaskan oleh pengarah-pengarah jabatan.

Jadi untuk er… itu er… saya juga mohonlah kepada kalau rakan saya di Teruntum dan sebagainya. Makna sesuatu perkara untuk kita bangkit dalam dewan biarlah perkara itu yang kita rasakan tak boleh nak selesai ataupun di luar pengetahuan kita. Yang kita boleh bincang dengan pengarah, kita bincang dengan pengarah, tak perlu kita bawa dalam dewan semua perkara. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jadi seterusnya saya jemput… saya jemput…

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah sedikit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pihak kerajaan ha… sila.

Okay, saya ucap terima kasih kepada ADUN Tanjung Lumpur yang merupakan sahabat saya juga. Saya sebenarnya nak beritahu pada Sidang Dewan ini ADUN Tanjung Lumpur ini orang baik. Kalau saya balik kawas… kawasan ataupun datang dari Rompin itu saya selalu tengok banner dia itu kiri kanan jalan ya. Ha… seolah-olah saya menghadap dia dulu sebelum saya nak sampai Kuantan ini. Sampai kat traffic light tu saya tengok gambar dia macam dia tengok ke saya. [Ahli Dewan ketawa] ha ya… ha… jadi saya kira dia ini sentiasa berada di kawasan.

Jadi atas keperihatinan Kerajaan Negeri lah kita ucap terima kasih kepada Mantan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Adnan Bin Yaakob dan saya berdoa mudah-mudahan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang ada sekarang ini akan terus memberi kerjasama untuk memastikan kelulusan yang telah kita perolehi dengan kos hampir RM30 juta. Kita memikirkan bahawa kompleks sukan yang ada dalam bandar ini, satu ketika mungkin dibangunkan dengan bangunan dan sebagainya.

Jadi atas inisiatif pihak Kerajaan Negeri tadi kita telah mengalih lokasi ataupun cari alternatif lokasi baru iaitu di Tanjung Lumpur seluas hampir 15 ekar. Dan telah diluluskan oleh er… secara dasarnya oleh Kerajaan Negeri dan peruntukan pun telah kita er… dapati daripada Kementerian Belia sebelum ini RM30 juta. Sebab itu saya katakan tadi dengan perubahan landskap pentadbiran di Persekutuan itu, kita mengharapkan mudah-mudahan Kerajaan PH ini merestui dan meneruskan er… perancangan untuk mewujudkan serta melunaskan peruntukan tersebut pada masa akan datang dan er… kita lihat Tanjung Lumpur ni satu lokasi yang strategik er… untuk dibangunkan taman-taman rekreasi seluas 15 ekar itu satu kawasan yang luas dan insya-Allah saya rasa penduduk di sebelah sana akan menikmati er… kemudahan-kemudahan yang akan kita er… selaraskan dengan pihak Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri. Terima kasih Dato’.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput soalan seterusnya Yang Berhormat ADUN Luit.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya seperti pertanyaan nombor 7, terima kasih.

[Sementara menunggu tamat tempoh perkhidmatan seseorang ketua kampung, bagaimana kedudukan sesebuah kampung itu bila mana ketua kampung tidak berfungsi atau melepaskan jawatannya khusus selepas pilihanraya ke-14 khasnya bagi kampung dalam DUN yang dikuasai parti PAS.]

Assalamualaikum WBT, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Bagi menjawab pertanyaan dari Luit mengenai JKK. Bagi maksud Kerajaan Negeri, urusan pelantikan dan penamatan jawatan Pengerusi JKK ini sepenuhnya di bawah kelolaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, ini termasuk urusan pelantikan ketua kampung dalam DUN yang dimenangi oleh parti PAS contohnya. Ianya terpulang kepada

keputusan pejabat daerah untuk mencalonkan calon yang sesuai sebagai pengerusi dan ahli jawatankuasa kampung itu. Terima kasih Yang di-Pertua.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Soalan tambahan. Tuan Yang Di-Pertua memandangkan keadaan yang tidak menentu sekarang ini dan banyak JKK sedang menunggu dan mereka mengatakan bahawa mereka telah tamat tempoh pada hujung Jun ini. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melanjutkan tempoh pelantikan mereka misalnya, sehingga akhir tahun ini, supaya semua JKK ini boleh berfungsi secara sah dan senang, memudahkan semua urusan. Itu sahaja terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Pertamanya biasanya kita menggunakan kaedah er… mengikut peraturan dan syarat iaitu kiranya seseorang itu dilantik ataupun ditamatkan mengikut peraturan dan syarat. Jadi kadang-kadang kita tidak sempat ataupun tidak dapat menyelesaikan ini mengikut peraturan dan syarat. Jadi kaedah yang kita gunakan sebelum pada ini, semasa ni Yang Berhormat ni…ni Pelangai jadi Menteri Besar, makna kita mengguna kaedahnya kalau lagi tak dilantik ketua kampung baru, maknanya ketua kampung lama tu… itulah dia, hah itu maknanya cara kita di Pahang ni. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya Padang Tengku.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Saya nak tanya berapa lama proses bagi melantik Tok Empat-Tok Empat yang baru ni terutama bila berlaku kematian ataupun berlaku kekosongan. Er… sebab ada satu kes saya, ketua kampung Sungai Damar er… kena digantikan setahun yang lepas dah meninggal sampai sekarang ni tak ada ketua kampunglah, lama sangat. Jadi itu satu kes banyak lagi kes ada dua tiga kes lagi. Saya nak dapat pasti bila er… tempohnya berapa lama… berapa masa yang diperlukan bagi pelantikan satu-satu ketua kampung bagi menggantikan yang meninggal ataupun yang meletakkan jawatan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada Wakil kerajaan daripada Batu Talam dan terima kasih kepada ADUN Padang Tengku. Keadaan yang menjadi tidak menentu ni sebabnya berlaku perubahan landskap politik federal dengan Kerajaan Negeri Pahang. Kalau tidak berlaku perubahan, keadaan akan jadi seperti biasa. Sekarang ni Kerajaan Negeri dalam keadaan yang serba salah sebabnya yang pertama, apabila sepertimana yang saya perjelaskan semalam, apabila Kerajaan Pusat mengatakan bahawa Pegawai JASA ditamatkan perkhidmatan. Atas keprihatinan Kerajaan Negeri kita cuba bantu. Selepas itu pula Kerajaan Persekutuan mengatakan pegawai JASA ini akan diserap semula. Jadi itu permasalahan kita.

Kita bernasib baik kerana kita lewat sedikit kalau… kalau sekira surat tawaran telah dikeluarkan dan sebagainya ini menimbulkan masalah. Dan begitu juga dengan JKK, Kerajaan Persekutuan menyatakan kerajaan JKK ini akan di… akan diubah sedikit kalau tak silap saya dipanggil komuniti… komuniti… komuniti masyarakat. Untuk makluman er… Tuan Di-Pertua, kerajaan negeri ada berhubung dengan kerajaan pusat, baru-baru ini dan Kerajaan Pusat telah menyatakan kepada Kerajaan Negeri bahawa semua JKK ini akan diserapkan. Itu secara lisan, tidak ada hitam putih tetapi namanya ditukar bukan JKKK Komuniti… Komuniti Majlis Kampung tapi belum ada hitam putih lagi, dan Kerajaan Negeri juga bertanyakan… Kerajaan Negeri juga bertanyakan adakah perlantikan ahli-ahli er… komuniti ini, majlis ini dilantik oleh pusat atau negeri. Jawapan yang diberi oleh Kerajaan Pusat ialah negeri. Tapi sehingga hari ini belum ada hitam putih, maknanya kita kena tunggu yang itu dulu.

Kita tidak boleh buat tergesa-gesa kerana nanti akan jadi double standard dan akhirnya menyusahkan… keluar surat nanti, saman-menyaman dan sebagainya. Jadi bagi saya biarlah benda ni lambat sedikit asalkan ianya proper terurus dengan baik. Jadi kita tunggu kita akan… Kerajaan Negeri pun tak hendak perkara ini dilambat-lambatkan tetapi keadaan, keadaan semasa yang menyebabkan keadaan berlaku sebegini. Kalau dapat surat hitam putih daripada Kerajaan Persekutuan esok, lusa kita boleh buat keputusan tapi tak ada surat. Kita tak hendak satu benda yang apa… flip-flop makna sekejap begitu, sekejap begini. Sekejap hijau, sekejap biru, kalau boleh biarlah biru selama-lamanyakan er… lepas tu oren… oren. Kita hendak biar jelas baru kita buat keputusan, kerana keputusan Kerajaan Negeri ni, adalah suatu perkara yang sangat penting dan pelantikan JKKK yang dibangkitkan er… Majlis Pengurusan Komuniti Kampung yang Kerajaan Pusat gantikan dengan JKK, dan apa yang dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri saya nak ulang lagi sekali, kita berhubung dengan Kerajaan Pusat, pelantikan ahli-ahlinya dibuat oleh Kerajaan Negeri, itu kata Kerajaan Pusat, tapi tidak ada hitam putih. Bila kita dapat surat dari sana kita akan buat surat lantikan.

Berkaitan dengan ADUN Padang Tengku tadi pelantikan apa semua ni proses perlu dipatuhi, kena bagi tahu kepada Pejabat SUK, Pejabat SUK akan buat paper kepada EXCO dan kita akan bincang dan beri keputusan, dia tak boleh lantik terus begitu je melalui ke pejabat daerah, kalau pelantikan JKKK ni, pejabat daerah akan maklum ke Pejabat SUK dan SUK akan buat kertas bawak ke EXCO dan kita akan bincang kita akan lulus. Itu proses yang dulu, tapi sehingga hari ini kita tak boleh buat andainya berlaku kematian.

Jadi saya sarankan di sini, seperti mana kata ADUN daripada Batu Talam tadi, kita mintak Pengerusi JKKK yang ada pada hari ini, buat kerja macam biasalah. Tapi sebab tidak ada pendapatan, Kerajaan Pusat telah stop apa ni pemberian elaun, itu je. Jadi sekarang ni yang elaun ni kita letak nombor dua, buat kerja dulu. Sebaik saja kita dapat keputusan daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri akan membuat keputusan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Yang Berhormat

Er…saya nak er… sebagaimana yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa setakat ini belum ada lagi hitam putih berkenaan dengan status JKK. Saya mencadangkan jika sekiranya pihak Kerajaan Pusat telah memberikan hitam putih berkenaan dengan status pelantikan er… dan juga JKKK yang sedia ada, boleh tak kalau dari sudut pelantikan pengerusi dan juga pengerusilah JKKK terutamanya err… pelantikan itu dibuat dengan mengambil kira pandangan penduduk kampung? Kerana banyak rungutan yang kita terima, sayalah dalam DUN Tahan, yang orang panggil penduduk merasakan er… menyuarakan tidak puas hati mereka er… kepada JKK. Bukan apa, Pengerusi JKK atau ketua kampung ini adalah cerminan kepada kampung tersebut, dia adalah menjadi ketua kepada kampung tersebut. Ada dilapurkan ada kes-kes yang kata, tidak hadir sembahyang Jumaat, tidak hadir sembahyang berjemaah di masjid, dan macam-macam isu lagilah jadi saya mintak perhatian daripada pihak Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, hasrat kerajaan negeri pun macam tu juga. Seboleh-bolehnya Pengerusi ni biarlah diterima penerimaannya oleh masyarakat kampung. Itu hasrat Kerajaan Negeri dan yang kedua er… berkenaan dengan apa ni… pengerusi JKKK tadi saya lupa nak beritahu tadi, jawapan daripada Padang Tengku tadi, soalan daripada Padang Tengku. Saya ingin menyatakan bahawa, walaupun JKKK ni nampaknya kurang berfungsi sedikit selepas pilihan raya ini, tapi kita masih ada Penghulu. Maknanya masyarakat-masyarakat di kampung er… masih ada ruang dan ada tempat untuk mereka mengadu. Makna tidak habis setakat itu sahaja dan di samping itu kita ada Wakil Rakyat yang bertugas di kawasan masing-masing untuk mereka mengadukan hal masyarakat kampunglah, ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah, kita beralih ke soalan seterusnya. Saya jemput yang berhormat ADUN Sungai Lembing.

Tuan Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 8.

[Apakah rancangan strategik jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang terhadap nasib para peneroka yang telah menggondol tanah ladang sawit mereka untuk mendapatkan bauksit khususnya di kawasan FELDA Bukit Goh dan FELDA Bukit Kuantan?]

Dato' Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya menjawab pertanyaan ADUN Sungai Lembing, soalan nombor 8. Apakah rancangan jangka pendek dan panjang Kerajaan Negeri terhadap nasib peneroka-

peneroka FELDA yang menggondolkan sawit mereka untuk mengeluarkan bauksit terutama kawasan Bukit Goh dan Bukit Kuantan.

Rancangan jangka pendek ialah membentuk satu Jawatankuasa Pembangunan Semula Kawasan FELDA Bukit Goh dan juga Bukit Kuantan dan mengkaji perjanjian antara pengusaha-pengusaha lombong dengan pemilik-pemilik yang terlibat. Dari segi deposit mereka dan juga syarat-syarat selepas lombong siap dikerjakan.

Untuk jangka panjang, proses pemulihan tanah yang telah dilombong, yang telah dikorek, proses menambun balik topsoil, dengan izin, dan juga membaja kawasan tersebut. Juga mengkaji kos-kos pemulihan secara total dan juga hutan… kos hutan yang terbeban selama ini. Juga mengkaji kesan di at… daripada proses pemulihan, adakah ianya sesuai untuk tanam semula tanaman kelapa sawit ataupun lain-lain tanaman. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Soalan tambahan. Jadi, terima kasihlah kepada pihak kerajaan atas jawapan tadi. Er… saya nak tanya sama ada bauksit ni boleh dikeluarkan semula ke tak? Ataupun kalau boleh keluar, bila? Kemudian apa perancangan pihak kerajaan dalam hal ini? Orang kampung tanya ni.

Dato' Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Buat masa ini, kerajaan telah memutuskan untuk menangguhkan semula… menangguhkan lagi pengeluaran bauksit kerana menunggu laporan daripada EIA yang siap pada Oktober 2018 dan buat masa ni kita tangguhkan. Sekian.

Soalan tambahan. Apakah perancangan pihak kerajaan khususnya FELDA bagi mengatasi masalah peneroka-peneroka yang di mana ladangnya dah hilang kan, dah apa… ditebang semua sekali, pendapatan tak ada. Macam mana tu? Ada yang tak dapat income.

Dato' Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Seperti yang saya nyatakan tadi, bahawa kawasan-kawasan yang telah dilombong akan dipulihkan semula untuk proses tanam semula. Jika ia sesuai untuk ditanam kelapa sawit ataupun lain-lain tanaman. Walau bagaimanapun, deposit pengusaha-pengusaha lombong bauksit telah memberi deposit kepada pemilik-pemilik ladang kelapa sawit mereka.

Jadi, kalau dia berjimat-cermat mesti deposit itu boleh dipakai untuk sampai hari ini. Tak silap saya, 10 ekar tanah untuk mereka usaha bersama pelombong tak silap

hampir RM1 juta seorang. Kalau saya orang kampung, RM1 juta saya ingat 10 tahun saya cukup untuk sara hidup saya dan keluarga saya. Terima kasih.

Boleh? Dato’?

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, ya.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan tambahan.

Dato’ Yang di-Pertua,

Saya tertarik dengan Wakil Kerajaan mengatakan yang kawasan itu akan dibaik pulih semula. Saya nak minta pandangan daripada… minta penjelasan dari pihak kerajaan dari sudut macam mana, teknologi mana kita untuk… untuk membaik pulih semula setelah tanah yang dikorek itu contohnya terlalu dalam contohnya. Ya, silakan.

Dato' Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Proses perlombongan bauksit hanya melibatkan kedalaman dibuang topsoil hanya 1 meter. Bawah pada topsoil antara 2 meter, 3 meter sahaja ada bauksit. Bawah pada 2 meter, 3 meter tu tanah putih ataupun bata putih yang tidak perlu digondolkan lagi. Sebenarnya proses membauksit ini tak dalam tetapi oleh kerana kawasannya beralur, terkena bauksit di bawah kawasan yang lekuk, maka nampak dalam. Sebenarnya tak dalam. [Ahli Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua…

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya bagi ruang… kepada Yang Berhormat.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, er… sepanjang penemuan bauksit ini, sejauh mana keuntungan yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri? Kerana sekarang ada sebahagian daripada peneroka yang rasa menyesal bila tanah dia dah nak tanam

sawit pun tak boleh. Er… kena ada satu garis panduan daripada Kerajaan Negeri sebab er… seingat saya, setahun lepas keluar dalam satu surat khabar ada team daripada sebuah universiti, dia buat satu kajian, ada penemuan bauksit di tempat baru di kawasan Jengka. Ini… ini masuk dalam surat khabar. Jadi, sekiranya ianya betul, mungkin orang Jengka juga akan terpengaruh sebagaimana orang Bukit Goh. Jadi, itu kena ada polisi daripada Kerajaan Negeri untuk mengawal supaya mereka tidak menyesal esok hari. Sekian.

Dato' Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Kerajaan negeri telah memutuskan bahawa er… PKNP sebagai lead agency untuk pengeluaran bauksit akan datang. Kita tak benarkan peneroka-peneroka main pakat-pakat sama pengusaha lombong, akhirnya menyesal seperti Bukit Goh dan juga Bukit Kuantan. Yang Berhormat ADUN Jengka sebagai anak peneroka, saya pun anak peneroka, kita sama-sama nasihatkan peneroka-peneroka supaya tidak terpengaruh seperti yang berlaku di Bukit Goh dan juga Bukit Kuantan. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat ADUN Jengka.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 9.

[Padang awam di Bandar Pusat telah dijadikan stadium FELDA.

(i) Sila nyatakan di manakah lokasi baharu padang awam yang akan disediakan oleh kerajaan negeri bagi menggantikannya?

(ii) Bilakah projek penggantian padang awam itu akan dilaksanakan?]

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih soalan daripada Jengka. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, sebenarnya satu tapak awam telah digantikan di Balora Mastika Bandar Pusat Jengka seluas 2 ekar untuk padang awam bagi penduduk di kawasan Bandar Pusat dan untuk pelaksanaannya, adalah dilakukan di bawah tanggungjawab pihak FELDA untuk melaksanakan. Sekian terima kasih.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan tambahan.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jengka, Jengka. Sila Yang Berhormat Jengka.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua,

19 hari bulan 7 er… saya melawat sebuah er… masuk kawasan kilang proses habuk kayu di Bandar Pusat Jengka. Sekiranya contoh er… padang awam ini er… dibuat di Balora… belakang Balora Mastika, ataupun padang yang sudah sedia ada, taman permainan yang sudah sedia ada dan penduduk kawasan sekitar yang ada sekarang, mereka berdepan dengan masalah habuk kilang. Jadi kalau kita buat yang baru pun, akan berdepan dengan masalah habuk kilang. Jadi, saya buat lawatan di kilang tersebut, saya dapati ada 5 kilang lebih kurang di kawasan itu dan er… kelima-lima kilang ini berasaskan habuk. Jadi, 5 kilang itu ada 1 kilang yang memang buat habuk.

Jadi bila ada berlaku bocor paip yang menyedut-menyedut habuk ini, dia akan berterbangan sehingga menyusahkan penduduk tempatan. Jadi pihak er… Jabatan Alam Sekitar pun sudah pergi er… untuk er… melihat adakah mereka mengikuti piawaian yang telah ditetapkan. Jadi apakah er… perancangan Kerajaan Negeri untuk mengawal habuk ini, adakah berbincang dengan pihak er… kilang untuk pindahkan kilang itu? Kerana sudah tidak sesuai kerana kilang itu sudah dikelilingi oleh kepadatan penduduk di Bandar Pusat ini. Orang kilang dia akan jawablah siapa dulu? Kami duduk dulu ke kamu dulu? Jadi mungkin ada penyelesaian daripada Kerajaan Negeri untuk kawal alam sekitar ini supaya selamat er… penduduk dan kawasan-kawasan rekreasi yang kita bina. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon semakan kawasan berkenaan kerana sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan Negeri juga bertanggungjawab kepada orang ramai dan juga kepada pihak pengusaha-pengusaha termasuk pengusaha kilang. Jadi saya masih belum mendapat laporan ini dan insya-Allah Kerajaan Negeri bagi pihak Kerajaan Negeri akan membuat laporan penuh bagi memastikan situasi di kawasan berkenaan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Baiklah kita beralih kepada soalan…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Ya, Triang.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Mengenai isu padang awam, di bandar Triang terdapat satu padang awam yang wujud sejak zaman pemerintahan British dan terpaksa memberi laluan untuk pembangunan Pusat Dagangan Triang. Padang awam yang baru dipindah ke kawasan paya lokasi

yang tidak begitu strategik. Sudah 10 tahun orang Triang menunggu kerja menaik taraf padang awam ini masih belum dilaksanakan.

Jadi, soalan saya kepada Kerajaan Negeri apakah perkembangan terkini untuk Kerajaan Negeri menyerahkan penyelenggaraan padang awam Triang kepada Majlis Daerah Bera dan apakah rancangan kerajaan untuk menyediakan kemudahan untuk orang Triang berekreasi di bandar Triang? Sudah 10 tahun orang Triang kehilangan satu tempat yang begitu baik untuk menjalankan aktiviti rekreasi.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Dato’ Yang di-Pertua, boleh saya mencelah?

Timbalan Yang di-Pertua

Ya sila.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Er… pada 2 hari lepas saya mengemukakan 1 soalan yang lebih kurang dengan Triang, tapi kemudian tu telah diberitahu dan teguran oleh er… pihak Yang di-Pertua bahawa tak boleh buat soalan tumpang. Jadi saya harap Triang pun mengemukakan satu soalan… soalan tumpang tu. Saya telah diberitahu tempoh hari tak boleh dibuat soalan tumpang. Jadi saya minta hari ni.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Tak apalah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya terpulang kepada budi bicara Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, adakah ini dibenarkan saya dibangkitkan di dewan ini? Sebab ini bukan isu baharu, ini telah berkali-kali dibahaskan, dibangkitkan di dewan ini tetapi belum ada penyelesaian lagi.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, kalau hendak spesifik Yang Berhormat buat soalan yang akan datang. Baik. Sila, ada? Sila.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Kami ambil maklum tentang masalah Triang ni untuk dibincangkan dan selesaikan masalah. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Baiklah saya beralih ke soalan yang terakhir pada pagi ini. Saya jemput Yang Berhormat ADUN Sabai.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan yang ke-10.

[Gerai-gerai Majlis Perbandaran di Medan Selera Karak kebanyakannya kosong tanpa sebarang perniagaan dijalankan. Mengapakah tidak disewakan kepada peniaga kecil yang ingin berniaga?]

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Berkaitan dengan gerai di Majlis Perbandaran Bentong, di Medan Selera Karak. Mengikut rekod yang diberikan pada 30 Mei 2018, didapati sebanyak 36 unit gerai yang berada di medan selera berkenaan, cuma terdapat 1 sahaja kekosongan yang belum diisi. Er… pihak Majlis Perbandaran Bentong dalam proses tindakan untuk menamatkan mana-mana penyewa yang tidak… dia menyewa tetapi tidak berniaga ya. Notis akan diberi selama tempoh 3 bulan dan jika tidak diisi er… pihak Majlis akan mengisi kekosongan yang dijangka akan diadakan pada bulan Ogos nanti. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli… sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tentang gerai-gerai ni, saya nak tanya jugak pihak kerajaan bolehkah ke kita tukar fungsi gerai tu ya. Contoh… contohnya kita katalah kita ni kekadang terkongkong juga dengan nama, nama yang bertulis dekat signboard gerai makan… daerah mana-manalah. Jadi kita diingatkan gerai itu untuk gerai makan sahaja. Jadi persoalan saya boleh kita tukar tak jadikan benda-benda lain yang tak digunakan tu. Er… contohnya katakan gerai tu ada 18 lot, 3 lot dibuat gerai makan, yang 15 tu kosong, mungkin kita boleh gunakan tukar jadi motel ke, jadi tempat orang buat (tidak jelas) yang tidak ada kekotoran sangat.

Jadi saya rasa banyak gerai-gerai kosong ni kita terkongkong pasal ikut [Bacaan dalam Bahasa Arab] tu lah, bacalah dengan nama. Jadi kita baca dengan nama gerai makan, gerai makan ajelah. Jadi saya bayangkan nak cadangkan pihak kerajaan er… agak kalau boleh dibertimbangkan kita cuba pelbagaikan fungsi gerai-gerai yang tidak digunakan. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Sebenarnya gerai itu tidak termasuk gerai makan. Gerai dia boleh jadi menjual barang-barang runcit dan sebagainya tidak spesifik kepada gerai-gerai makan. Atau pun kita boleh dijadikan medan selera. Kalau medan selera ni khusus untuk kedai makan. Jadi sebenarnya… kita tujuannya, objektif sebab apa medan selera atau gerai ini dibina terutama untuk kemudahan kepada peniaga er… pengguna-pengguna dan juga untuk ekonomi peniaga-peniaga. Masalah tidak berniaga ni masalah lain ya, dan pihak Majlis pun sentiasa memantau perkara ni supaya peniaga-peniaga ini yang telah diberi lesen ni menjalankan perniagaan. Jika tak nak berniaga, serahkan balik kepada Majlis, kita bagi pada orang lain. Itu jalan terbaik saya rasa.

Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila.

Saya sebetulnya kalau boleh er… pihak kerajaan menerima cadangan daripada orang ramai yang berminat nak menggunakan gerai-gerai kosong ni yang ada dalam negeri Pahang seperti yang disebut tadi lah kalau 18 lot tu, 3 digunakan tu, 15 tu bolehlah kita buka kepada penduduk setempat dengan cadangan-cadangan mereka yang memberi kelonggaran untuk menerima cadangan mereka untuk kita manfaatkan gerai-gerai itu. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Kita ambil maklum pandangan Luit ni untuk… sesuai dengan persekitaran setempat lah. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang berhormat sekalian, kita telah selesai membincangkan 10 pertanyaan dan jawapan. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan pada pagi ini untuk minum pagi dan persidangan disambung semula pada jam 11.15 pagi.

[Persidangan ditempohkan]

[Persidangan disambung semula]

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamualaikum WBT. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kita telah pun selesai menikmati minum pagi dan saya kelihatan Ahli-ahli Yang Berhormat lega, senang dan bersedia untuk kita meneruskan persidangan kita pada pagi ini. Seramai 22 orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dan membahaskan Titah Ucapan Diraja sebelum ini.

Pada pagi ini saya ingin memberikan peluang kepada seorang sahaja ADUN yang akan menyampaikan titah ucapan sebelum kita membenarkan Ahli-ahli Yang Berhormat, Wakil-wakil Kerajaan akan menjawab segala pertanyaan-pertanyaan selepas itu. Oleh itu saya dengan sukacitanya menjemput Wakil daripada Pelangai untuk membahaskan Titah Ucapan Diraja, sila Pelangai.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Titah Diraja yang telah dilafazkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Saya mengambil kesempatan di sini untuk menyembahkan ucapan tahniah ke sisi baginda tuanku atas Titah Diraja yang cukup padat dan mencakupi di semua bidang kehidupan yang penting. Saya lebih-lebih lagi berasa terharu bila baginda tuanku ada menitahkan penghargaan kepada saya selaku bekas Menteri Besar Pahang dan saya amat menghargai titah penghargaan tuanku ini dan jadi kenangan manis kepada saya.

Saya mengambil kesempatan juga di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Rosdy, yang telah pun dilantik sebagai Menteri Besar yang baru. Saya percaya Ahli dari Jelai merupakan Menteri Besar yang insya-Allah akan dapat memacu negeri Pahang ke arah pembangunan yang lebih pesat lagi. Ahli dari Jelai adalah seorang yang jujur, ikhlas itu yang saya kenali dan bijaksana orangnya. Saya percaya dengan sifat yang ada dan tambahan pula sedia mendengar pandangan dari rakan-rakan sama ada dari Barisan Nasional atau dari Pakatan Harapan.

Saya yakin dan percaya Ahli dari Jelai akan dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Saya selaku bekas orang tua Menteri Besar, insya-Allah akan memberikan sokongan yang padu untuk pastikan Yang Amat Berhormat Ahli dari Jelai selaku Menteri Besar akan dapat menjalankan tugas dengan selesa dan penuh dedikasi insya-Allah. [Ahli Dewan menepuk meja]

Kepada semua Ahli Dewan sama ada yang masih budak-budak, yang alam remaja, ada yang telah pun tua bangka, saya ucapkan selamat berkhidmat sebagai Ahli Dewan dan saya percaya kalau dilihat latar belakang dewan kali ini, mempunyai Ahli yang merentasi pelbagai kebolehan. Tapi saya percaya walau apapun dalam sejarah dewan ini saya masih ingat lagi dewan sesi 1999. Itu betul-betul rancak.

Ketika membahas titath, perbahasan, kemudian itu kita dapat dewan yang agak sober tapi kali ini saya harapkan dewan akan menjadi bertambah rancak jadi saya dapati semasa sesi soal jawab, sesi soalan lisan saya perhatikan ramai juga Ahli-ahli

daripada pembangkang, sekarang ini kerajaanlah. Di federal dia kerajaan, jangan nak kecik-kecik dia orang ni dalam dewan ni, mereka pembangkang memberikan saya perhatian soalan-soalan dan cara persembahan ucapan yang sangat baik. Saya percaya dewan ini akan menjadi satu tempat yang boleh kita gunakan untuk mencambah fikiran untuk kepentingan kerajaan dan juga rakyat negeri Pahang.

Saya sebenarnya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mengambil kesempatan di sini adalah untuk menyentuhkan satu dua perkara yang saya rasakan penting. Sepatutnya ianya boleh dijawab oleh pihak kerajaan jika ditanya oleh Ahli-ahli Dewan tetapi berdasarkan sedikit pengetahuan yang ada saya ingin jelaskan supaya ianya tidak dijadikan isu.

Pertama sekali tentang hutang kerajaan, saya ingin memberitahu jelaskan di sini Kerajaan Negeri berhutang bukan sahaja Kerajaan Negeri Pahang bahkan semua Kerajaan Negeri dan hutang kita ni kita warisi sejak menteri besar zaman dahulu lagi. Zaman allahyarham Tan Sri Yahya Mohd Seth lagi, sampailah menteri besar-menteri besar, sampailah kepada Dato’ Sri Najib Tun Razak, Tun Khalil Yaakob sampailah masa saya, dan setiap kali, setiap tahun hutang bertapuk ni akan bertapuk-bertapuk, tambah lagi kerana kita menumpukan kepada 2 aspek besar kehidupan rakyat iaitu yang dikaitkan dengan sistem bekalan air kemudian itu, rumah kos rendah. Ini hutang yang bertambah. Bukan kerana Menteri Besar, Ahli Exco, Ahli Dewan berjoli, bukan, kita tak pernah berjoli duit kerajaan ni. Dan satu perkara tidak macam satu dua negeri lain saya tahu, yang bayar gaji pakai pinjam duit kerajaan persekutuan, kita tak pernah. Kita tak pernah pinjam duit Kerajaan Persekutuan untuk bayar gaji kakitangan awam.

Hutang ini bertapuk adalah kerana disebabkan oleh kerajaan yang terpaksa menjaga keselesaan rakyat terutamanya dari segi bekalan air dan juga rumah kos rendah. Setakat hari ini hutang kerajaan RM3.1 billion. Hutang bekalan air je RM2.085 billion. Air, bekalan air sebab panjang paip di negeri Pahang ini 12 ribu, 14 ribu kilometer macam saya sebutkan hari itu. Maknanya kalau kita pasang paip di Kuantan sampai ke London, pergi balik. 14 ribu kilometer bukan kecik, dan paip-paip ini pulak terdiri dari paip yang lama yang asbestos yang kita gantikan kepada paip jenis baru. Saya tidak pasti sama ada asbestos masih ada lagi ataupun tidak. Masih ada, masih ada lagi dan kita tahu asbestos ini adalah merbahaya kepada kesihatan. Kita kena ganti masa ke semasa, kita tak ada duit.

PAKR pulak hutangnya RM352 juta. Hah… ni rumah di Tanjung Lumpur, Tanjung Api mana rumah orang tak bayar ni. Kerajaan bagi dia tak bayar. Itu aje sejak dulu sampai sekarang RM352 juta. Kemudian tu hutang Perbadanan Ekonomi Negeri, ini agensi-agensi negeri RM152 juta. Kemudian tu pelbagai. SUKMA, bangunan MPK. Ini RM534 juta. Tapi yang saya terasa hati sikit, yang rasa panas ialah apabila Pahang dilanda banjir. Kita commit RM42 juta, telah selesaikan. RM42 juta ini Kerajaan Negeri Barisan Nasional, Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional, dia kira hutang, untuk menanggung apa ni… banjir, dan saya telah bawa Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan dan juga Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri berunding pada masa itu… ni sebelum banjir ni, berunding dengan Timbalan Perdana Menteri, berunding dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada masa itu, beliau telah pun bersetuju untuk write-off hutang ni 60%, tapi belum sempat pada itu pula datang banjir.

Bukan 60% kena write-off. Pegawai kerajaan daripada satu parti Kerajaan Negeri untuk bencana banjir dikira hutang. Kemudian itu ada satu lagi yang saya perlu sebutkan. Ini PAKR hutang er… sektor perhutanan, ladang hutan, compensotary ni tak bayarlah. Kemudian itu, ini SUKMA… SUKMA. SUKMA, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita berhutang RM168 juta. Selesai bayar begitu, begini, apa semua,

baki RM20 juta. SUKMA ni anjuran Kerajaan Persekutuan, kita jadi tuan rumah. Kita buat, kita berhutang.

Saya ingat elok jugalah maknanya selepas ni Yang Berhormat Menteri Besar buatlah surat, buatlah laporan, pergilah merayu. Saya ingat kita boleh lebih bergantung harap pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kita minta kurang hutang. Kita sama kerajaan pun, ke sama-sama parti bertambah banyak hutangnya. Jadi saya berharap Ahli-ahli Dewan memahami, hutang ni bukan untuk kita berjoli tapi untuk rakyat, dan kita tidak macam Kerajaan Terengganu, Pulau Pinang. Saya ingin beritahu ya, untuk apa ni... bukan Terengganu, Selangor, Pulau Pinang. Saya ingin bagitau di sini kalau untuk Selangor nak cari duit RM5 juta, dia jual tanah suku ekar je tapi di Pahang ni nak cari duit RM5 juta, dia kena jual hutan balak 2,000 ekar. Berapa punya jauh beza suku ekar dengan 2,000 ekar, hutan balak pun dah tak ada. Saya selalu sebut bulu ketiak pun cukur tanggal, ini pulak ni balak ditebang hari-hari bukan tumbuh hari-hari. Itu tentang hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan.

Satu lagi ialah tentang air, bekalan air. Kita di Pahang ni banyaklah kategori domestik perdagangan, industri, kolam renang, ugama, domestik pukal, perkapalan, pemprosesan air, impak terhadap operator sebagainya. Tapi nak penting nak beritahu di sini ialah Kerajaan Negeri Pahang memberikan subsidi kepada bekalan air yang dibekalkan kepada rakyat. Contoh, kos untuk mengeluarkan 1 meter kiub air di Pahang ni ialah RM1.44 sen, tapi kerajaan charge 37 sen bermakna, setiap satu kubik meter tu kerajaan kena keluar RM1.04 sen. Kerajaan keluar RM1.04 sen. Rakyat bayar 37 sen. Kenapa kita tak naikkan. Kalau kita naikkan menyusahkan rakyat, kalau kita naikkan takut kerajaan kalah. Inipun nasib baik tarif air tak naik tinggal 25 lah kerusi Barisan Nasional. Kalau naik tarif hari itu, selesailah orang PAS dengan dengan PKR arah ke mari pulak. Kita pulak pegi melompat ke sana pulak.

Ini semua nak amik kira, er... apa welfare, apa kebajikan rakyat, kemudian itu, kemampuan rakyat, kita nak kira juga dan untuk makluman kalaulah misalannya kita nak break even maknanya pulang modal kita. Kita kena naikkan cukai tarif air ni untuk domestik ni 108%, 100% lah. Makna sekarang rakyat bayar RM10 dia kena bayar RM20. Baru break even. Kalau untung sikit tambah lagi 60%. Jadi ini yang perlu kita hayati dan kita fahami. Itu sebabnya perkara ni kita kena faham. Kalau tidak orang asyik menuduh kerajaan berhutanglah, tak pandai mentadbirlah. Ini saya cakap terus teranglah ya. Pak aji kata pak apalah datang duduk belah sini jadi MB pun, inilah caranya. Dia tak akan berubah sebab kita kemampuan kita terhad.

Saya ingin mencadangkan sebab saya tak sempat, hanya di peringkat terakhir penggal saya hari tu, kita dah bincang tapi tak sempat untuk laksanakan. Semasa saya mula mengambil alih jawatan Menteri Besar pada tahun 1999, saya ingat sekali lagi, saya ingat sangat, bahawa perkara utama yang saya jalankan ialah dengan meluaskan lagi, membanyakkan lagi kawasan tadahan air. 300,000 hektar bukan 300,000 ekar, 300,000 hektar. Pegawai, er… Pengarah Perhutanan Negeri boleh check. 1999 sebelum tu berapa ekar, selepas 1999 berapa ekar tambah, dan negeri Pahang ini dia terletak di tengah-tengah lege air dia dan sebagainya. Dia melibatkan negeri lain.

Kalau kita tebang hutan semua, bekal air… bekalan air terjejas maksudnya sungai terjejas. Negeri-negeri yang terjejas juga termasuklah Terengganu, Kelantan, Perak, Selangor, Johor, Negeri Sembilan. Jadi atas alasan itu, saya mencadangkan supaya pihak kerajaan, dibawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, memikirkan buat kertas, pergi berunding dengan pihak Kerajaan Persekutuan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan juga Yang Berhormat Menteri

Kewangan Tuan Lim Guan Eng supaya perizaban hutan ini sebagai tadahan air diambilkira. Mungkin sebagai contohnya Kerajaan Persekutuan compensate kita. 1 ekar RM100 satu tahun, kurang-kurang kalau 300,000 ekar kita dapat RM30 juta. RM30 juta atau RM3 billion? 30 juta, ini sekurang-kurangnya. Itu antara cadangan sayalah, yang lain-lain ni, ni urusan kerajaan er... untuk mengatasinya.

Sekali lagilah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih banyak. Last but not least, sebabnya Yang di-Pertua pun menunggu juga. Kita dah tahniah kepada Menteri Besar, tahniah kepada Ahli Dewan, bila pulak tahniah kepada aku, dalam hati Tuan Speaker. Tapi bila sebut last but not least yang terakhir tapi yang terpenting. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua atas pelantikan [Ahli Dewan menepuk meja] semula. Pengalaman yang banyak sebagai Speaker. Peraturan-peraturan Dewan semua tu dalam kocek, bukan kocek belah kanan, kocek belah kiri dan er... juga kepada Ahli dari Jenderak, Timbalan Speaker yang juga telah dilantik sebagai Timbalan Speaker sekali lagi.

Saya percaya dengan pelantikan semula Speaker dan Timbalan Speaker ini di dalam dewan kita, insya-Allah akan dapat berjalan dengan lancar, dan yang pentingnya saya perhatikan sama ada Speaker, Timbalan Speaker berlaku adil. They been able to act fairly and judicially, acting like a judge. Sorrylah sesekali Tuan Speaker cakap orang putih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dengan izin Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dengan izin.

Dengan izin, hah… dengan izin. Dok, biasa dengan ijin, kalau dengan ijin ni orang Sabah, orang Indonesia je dengan ijin ni, ya… dengan ijin. Ijin ke enjin, oh… dengan izin Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Maknanya acting fairly judicially kita macam jadi Hakim. Kita kena adil, saksama, timbang dan saya dapati Yang Berhormat Tuan Speaker dengan er… Timbalan Speaker dapat menjalankan tugas dengan baik walaupun er… kedua-duanya tidak ada latihan undang-undang, tetapi mereka telah dapat menunjukkan sifat-sifat sebagai seorang hakim yang adil dan saksama semasa mengendalikan dewan.

Saya tidak lupa juga kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan. Dia ada luar dewan, saya ingat minum kopi ke apa ke, buat kerja. Dia ada perbincangan di luar, saya nampak. Setiausaha Kerajaan, Ketua-ketua jabatan. Saya ucapkan banyak terima kasih atas persefahaman selama ini dan er… semua ini petanda baik pada Kerajaan Negeri Pahang. Kita ada satu er… cara kerja yang muhibbah antara satu sama lain.

Saya pun tidak mengambil masa yang lama sebab nanti ada dalam hati kita mengatakan hai… kenapa pulaklah bekas Menteri Besar bercakap lama sangat. Hah... jadi sebelum maknanya rasa jemu rasanya, saya mengucapkan terima kasih banyak kepada Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya er… menyokong Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja yang telah menyentuh berbagai-bagai aspek dan kita percaya dengan naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja, insya-Allah negeri kita dapat dibangunkan dengan lebih pesat lagi.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong [Ahli Dewan menepuk meja].

Menimbang Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih kepada wakil daripada Pelangai yang telah membawa Usul Titah Ucapan Diraja dengan tenang, jelas, tepati masa dan ini memberi kita satu contoh yang baik kerana Yang Berhormat Pelangai merupakan Wakil Rakyat paling lama dalam Dewan Yang Mulia ini selama 8 penggal dan hampir 30 tahun.

Inilah kali yang pertama saya, kita lihat Yang Berhormat Pelangai bercakap dengan cukup tertib, dengan begitu jelas sebenarnya [Ahli Dewan ketawa] tak… err… dalam erti kata yang lain, dulu pun tertib tetapi ini nampak lebih [Ahli Dewan ketawa] jelas. Kehadirannya untuk memberi contoh untuk adik-adik, sepertimana yang dilafazkan oleh Yang Berhormat Pelangai sebentar tadi. Jadi alhamdulillah, saya percaya ini adalah contoh yang baik. Walaupun ada di atas atau dibawah, namun Yang Berhormat masih bersama-sama kita di dalam Dewan Yang Mulia ini. [Ahli Dewan menepuk meja]

Baiklah, untuk kita meneruskan er… aturan urusan mesyuarat selanjutnya, saya dengan ini memanggil dan menjemput Wakil-wakil Kerajaan untuk memberi pandangan dan ulasan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa membahaskan usul tersebut. Dengan ini err… saya teruskan, dengan ini saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawantankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Sila Yang Berhormat.

Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri yang dimuliakan. Saya ingin menggulung perbahasan yang telah dilaksanakan dua hari yang lepas. Pertama-tama kali err… saya memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi izin dan telah dipertanggungjawabkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mengetuai portfolio Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Saya juga merakam ucapan menjunjung Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang semasa perasmian dewan pada 23 haribulan lalu yang telah menyentuh berkaitan dengan portfolio saya. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan sekalian yang dimuliakan, terima kasih juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh tentang perkara berkaitan dengan portfolio saya terutamanya daripada Cheka, Tanjung Lumpur, Jengka, Bilut, Tras, Teruntum, Tanah Rata, Sabai dan Luit.

Terima kasih diucapkan dan saya akan memberi maklum balas jawapan secara lisan mana yang sempat dan secara bertulis jika tidak berkesempatan untuk menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh pihak Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian.

Saya bahagikan penggulungan saya ini kepada 2 bahagian atau 2 segmen iaitu bahagian perumahan dan bahagian kerajaan tempatan.

Kalau padi, katakan padi, Jangan saya tertampi-tampi, Kalau janji, katakan janji, Jangan tuan, jangan lari.

Saya tidak tujukan pantun ini kepada sesiapa, cuma inilah janji yang telah diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan sebagai Yang Berhormat untuk berkhidmat kepada rakyat. Begitu jugalah kekalnya kerajaan Barisan Nasional pada hari ini sebenarnya atas janji yang telah dilaksanakan pada pilihan raya yang lalu [Ahli Dewan menepuk meja].

Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja yang telah berjanji untuk menunaikan segala perancangan yang telah dilaksanakan, iaitu Wakil daripada Pelangai, telah dapat melaksanakan tanggungjawab yang lebih baik yang menyebabkan rakyat masih inginkan kerajaan Barisan Nasional menerajui Pahang untuk 5 tahun yang akan datang. [Ahli Dewan menepuk meja]

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bagi segmen bahagian perumahan, ingin saya jelaskan bahawa adalah menjadi dasar dan tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan rakyat dibela, mempunyai tempat penginapan, perlindungan, mendapat makan minum dan mendapat apa ni… kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Jadi sepanjang tempoh kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negeri Pahang di masa-masa yang lalu, banyak kemudahan-kemudahan dan infra-infra yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk kemudahan rakyat.

Berkaitan dengan perumahan, ingin saya maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa kerajaan Barisan Nasional yang menerajui pada hari ini telah melaksanakan beberapa projek untuk kemudahan rakyat terutamanya memberi kemudahan perumahan. Yang pertamanya berkaitan dengan sebagaimana yang telah dititahkan dalam Titah Ucapan Diraja pada perasmian itu menyentuh tentang projek PR1MA Pahang.

Sebenarnya untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya di Pahang ini kita beruntung kerana kita adanya projek PR1MA Pahang yang telah diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat ketika itu untuk kemudahan rakyat di mana pada hari ini sebanyak 109 projek PR1MA telah dirancangkan untuk rakyat di mana sebanyak 35,803 unit rumah telah berjaya dirancang sehingga untuk 5 tahun ke depan iaitu pada 2023. Sebagaimana yang telah dijanjikan pada sesi yang lalu, sebanyak 15,000 unit rumah yang akan dibina, saya rasa telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan ini. Tahniah sekali lagi kepada kepimpinan dulu kerana mengambil berat tentang masalah rakyat.

Sebenarnya untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, semua daerah di negeri Pahang ini terdapatnya projek PR1MA Rakyat. PR1MA Rakyat ini sebenarnya projek yang harganya jika dibandingkan PR1MA Malaysia, dia ada satu dua projek.

Satu PR1MA Pahang dan satu PR1MA Malaysia yang dibuat oleh federal. Harga rumah untuk PR1MA Rakyat, PR1MA Pahang ini adalah tidak lebih daripada RM150,000 sebuah rumah dengan 3 bilik. Keluasan lot lebih kurang 40x70 kaki dengan 2 bilik air, harga yang amat-amat murah berbanding dengan projek swasta ataupun projek PR1MA Malaysia. Kalau dibandingkan dengan projek PR1MA Malaysia, harga sebuah rumah adalah sebanyak RM250,000 hingga RM350,000.

Sebab itu dengan adanya projek PR1MA Malaysia ini, yang telah berjaya disiapkan sehingga kini, sebanyak 15,860 unit sedang dalam pembinaan, di mana sebanyak 2,652 unit telah diberikan siap untuk menduduki (CCC), ya. Manakala dalam 30 unit lagi dalam proses perancangan untuk disiapkan, ya. Ini satu kemudahan yang amat baik kepada rakyat yang dapat memberikan kemudahan menjimatkan kos sara hidup terutamanya di kawasan-kawasan bandar dan di pinggir-pinggir bandar. Jika dibandingkan projek-projek perumahan yang lain yang harganya mencecah sehingga RM200,000 hingga RM300,000.

Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan yang dihormati sekalian, di Pahang ini juga kita ada satu lagi projek rumah dipanggil Rumah Makmur di mana projek ini juga disentuh di dalam… projek Rumah Makmur ini dibina oleh pihak kerajaan negeri untuk rakyat yang berpendapatan sederhana di mana harga sebuah rumah tidak melebihi dalam RM80,000 yang dibina yang mempunyai keselesaan yang baik untuk keluarga dan sebagainya.

Syarat-syarat untuk memohon Rumah Makmur ini adalah mereka yang berpendapatan bawah daripada RM5,000 (isi keluarga) dan juga belum pernah memiliki apa-apa rumah. Begitu juga rumah PR1MA Pahang tadi. Mereka yang tidak mempunyai apa-apa rumah yang direkodkan boleh memohon. Tapi untuk masalah apa ni, yang rumah PR1MA tadi yang saya maklumkan syarat dia adalah pendapatan… pemohon hendaklah terdiri daripada suami dan pasangan, pendapatan isi rumah suami dan pasangan manakala pasangan ni pasangan yang pertama sahaja. Pasangan kedua dan ketiga itu mungkin kita tak fikir lagilah.

Saya dapat pertanyaan daripada [ketawa]… daripada rakyat. Macam mana ni, saya ni isteri yang kedua dan ketiga. Syarat dalam berkenaan adalah suami dan pasangan ya. Tak dinyatakan kedua dan ketiga. Ini mungkin pihak Kerajaan Negeri boleh…boleh memikirkan jugalah. Tak akan kita nak bagi status kepada isteri pertama sahaja ya. Kita akan memikirkan supaya juga pasangan-pasangan yang lain jika lebih daripada satu, kita akan pertimbangkan untuk kebaikan rakyat sebenarnya ya.

Manakala untuk rumah er… Rumah Makmur ni setakat ni kita dah bina sebanyak… kita ada 11 projek Rumah Makmur er… 11 projek Rumah Makmur, 4,000 lebih telah… telah siap dibina ya… telah siap dibina untuk kemudahan rakyat. Sekarang pun sebahagian dalam proses untuk menduduki dan sebahagian lagi dalam proses permohonanlah. Ini sebenar memberi kebaikan kepada rakyat sebenarnya, inilah antara 2 projek yang telah er… dibangunkan oleh pihak Kerajaan Negeri pada ketika ini, yang memberi banyak manafaat kepada rakyat terutamanya bagi mereka yang berpendapatan er… sederhana, pendapatan rendah dan untuk golongan muda. Contohnya PR1MA ni sesuai untuk golongan yang lebih mudalah ya… sebelum mereka memiliki rumah yang seterusnya.

Untuk makluman tuan-tuan dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian er… saya ingin menyentuh sikit perkara yang telah dibawa…dibawa oleh Yang Berhormat ADUN Cheka berkaitan dengan projek PR1MA Pahang di Kuala Lanau, Kuala Lipis yang dibahagikan kepada sebenarnya dibahagikan kepada 3 fasa ya. Untuk er…makluman

Ahli-ahli Yang Berhormat projek er… PR1MA Kuala Lanau di Kuala Lipis ni sebenarnya melibatkan 522 unit rumah yang di…dia merangkumi 3 fasa di mana fasa pertama sebanyak 154 unit telah dibina… sedang dibina. Fasa ke-2 sebanyak 140 unit dan 228 unit akan dibina di fasa ke-3, sehingga kini er… kerja-kerja pembinaan telah dilaksanakan sebanyak 65% sedang dibinakan dan insya-Allah dijangka siap nanti, kita er… akan menawarkan rumah-rumah ni kepada pembeli-pembeli yang layaklah sehingga kini er… Bahagian Perumahan SUK sehingga Ogos telah meluluskan 150 orang pembeli sehingga takat ini bagi untuk fasa pertama. Ini saya rasa menjawab sikit soalan yang dikemukakan oleh YB Cheka.

Untuk er… Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dalam er… Titah Diraja ada disebut tentang er… pembeli-pembeli rumah yang menyewakan kepada pihak yang lainlah ya. Pihak SUK Bahagian Perumahan sedang dan akan menjalankan siasatan untuk memastikan bahawa rumah-rumah yang telah dimiliki tidak digunakan untuk sewaan atau dijadikan homestay. Kalau ikut syaratnya er… kita akan mengenalpasti rumah-rumah, memang agak sukar sebenarnya kita nak… nak memastikan apa ni rumah-rumah ni dijadikan homestay ataupun disewakan sebab kalau syarat dia mesti diduduki sendiri, sebab tu tujuan er… rumah ni dibina adalah untuk mengatasi masalah perumahan bukan untuk ambil kesempatan, untuk menjana income ya…

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, er… perkara ini kita akan buat pemantauan dari semasa-semasa untuk memastikan er… perkara ini tidak berulang er… saya difahamkan perkara ni berlaku di Camerons Highlands er... Camerons Highlands ni mungkin kawasan pelancongan yang memerlukan kehadiran pengunjung yang lebih ramai terutama pada hari cuti dan sebagainya. Untuk er… perkara seterusnya berkaitan dengan er… tunggakan sewaan rumah-rumah yang PAKR ni sehingga kini sejumlah RM9.7 juta tunggakan telah dicatatkan dimana sebahagian daripada er… penyewa-penyewa ini tidak membayarlah dan pihak er…portfolio saya, saya…saya telah bermesyuarat pada bulan yang lalu, jawatankuasa perumahan er… kita akan mengenalpasti mengapa penyewa-penyewa ini liat nak bayar ya… kalau sebut hak kerajaan tu dia tak berapa nak bayar dia kata dia lebih suka bagi kerajaan bagi percuma.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kita telah merangka strategi untuk memastikan tunggakan sebanyak RM9.7 juta ni dapat dikutip daripada penyewa-penyewa dengan melakukan kunjung mesra ke premis-premis yang telah kita kenalpasti. Mengapa mereka ni tidak membayar tunggakan kepada kerajaan. Kalau kita tengok pergi rumah berkenaan contoh, ada 2 buah kereta kalau kereta Proton Saga, Kancil tu kita fahamlah mungkin dia ni berpendapatan rendah ya… tapi ada juga yang kereta nak khabar mewah tak adalah, kereta yang sederhana mewah er… 2 biji, ada Astro, Astro paling kurang pun 100 lebih. Adakah mereka ini sengaja tidak membayar atau mereka ini sengaja memang betul-betul menghadapi masalah untuk membayar.

Kita akan mengadakan kunjung hormat mengenalpasti dan mana-mana kediaman yang kita kenalpasti adalah sengaja tidak membayar kita akan bagi notis untuk menjelaskan bayaran, dan langkah yang ketiga adalah er… kita akan memberikan notis mahkamah jika masih juga enggan membayaran pada tempoh-tempoh tertentu dan jalan terakhir adalah kita menamatkan perjanjian kepada mereka supaya ini menjadi satu tanggungjawab rakyat yang berkemampuan untuk mereka membayar segala hutang. Kalau ikut daripada er… Al-Quran pun hutang wajib dibayar ya…hutang adalah wajib dibayar nanti mungkin er… apa ni Exco Agama boleh terangkan kalau tak dibayar ni di… kita punya roh ni terapung-apung di [ketawa] betul Yang Berhormat Exco Agama ya… er… daripada Jenderak, er… daripada apa ni

Kerau, Kerdau…Kerdau ya… itulah 3 langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak er… portfolio saya untuk memastikan tunggakan sebanyak RM9.7 juta ini dapat dikurangkan, tujuannya untuk kita membuat projek-projek lain yang memberi lebih banyak kemudahan kepada [Berdehem] rakyat sekalian.

Untuk yang se… bahagian kedua ni saya akan menyentuh tentang berkaitan dengan portfolio-portfolio saya berkaitan dengan Kerajaan Tempatan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ada jeneral-jeneral saya dengan izin, dibelakang ni YDP-YDP, yang berperanan untuk memastikan PBT ni memberi perkhidmatan terbaik dan cemerlang kepada rakyat, yang pertama sekali objektif untuk memastikan hasil yang optimum, yang perlu di…dikutip sama ada daripada cukai tafsiran ataupun daripada lesen-lesen yang dikeluarkan ataupun lain-lain pendapatan dimana peruntukan ini akan dikembalikan balik kepada rakyat untuk kemudahan mereka ya…

Untuk makluman er… Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang di-Pertua, melalui Kerajaan Persekutuan er… KPKT telah bersetuju untuk memberi peruntukan sebanyak er… RM21.4 juta pada 2018 bagi projek baru er… ataupun BP1 2018 kepada semua PBT di negeri Pahang. Er... Jumlah tu merupakan jumlah untuk pelaksanaan projek 61 buah projek bagi 9 PBT yakni projek-projek ini projek untuk rakyat bukan projek untuk er… mewah dan sebagainya ya… [terbatuk]. Walau bagaimanapun, daripada 61 buah projek yang telah dipohon daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Sebanyak 39 buah projek telah mendapat kelulusan untuk dilaksanakan, peruntukan sebanyak 12.4 juta sahaja.

Antara peruntukan untuk yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja ni kerja-kerja untuk rakyat ni melibatkan infrastruktur pejalan kaki, sistem saliran sebagaimana yang ada dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat melibatkan banjir, lampu jalan, jalan dan longkang dan juga papan tanda. Ianya juga melibatkan kemudahan-kemudahan awam dimana memerlukan gelanggang untuk ataupun dewan untuk perhimpunan orang ramai menyediakan terminal atau tempat perhentian, membina dan menaiktaraf dewan dan balai raya dan menaik taraf dataran beberapa PBT lah ya... Peruntukan daripada KPKT juga kita perlukan untuk menjana sosio ekonomi salah satu fungsi PBT juga adalah untuk menjana kegiatan ekonomi semua golongan sama ada golongan bawahan peniaga-peniaga kecil hinggalah peniaga-peniaga yang besar. Kita mendapat peruntukan sebanyak hampir RM1.6 juta pada tahun ini untuk melaksanakan projek ruang niaga medan selera sebagaimana yang telah disentuh oleh Luit tadi ya… dan juga pasar tapak penjaja.

Manakala sebanyak 22 projek telah ditangguhkan oleh pihak KPKT pada tahun ini yang melibatkan sebanyak RM9 juta antaranya ialah membina laluan pintas, menaik taraf padang awam… padang awam, sebagaimana yang dibangkitkan tadi, dan membina menaik taraf pasar dan sebagainya. Ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat Triang berkaitan dengan masalah pasar, masalah padang awam dan sebagaimananya. Inilah peruntukan yang diperlukan daripada pihak kerajaan Persekutuan untuk PBT-PBT laksanakan bagi untuk kemudahan rakyat.

Justeru itu, saya bagi pihak barisan kerajaan Negeri berusaha memohon daripada pihak kerajaan Persekutuan melalui KPKT dan juga melalui rakan-rakan kami di pihak kerajaan Persekutuan untuk membawa perkara ini untuk kemudahan rakyat sebenarnya, bukan untuk kemudahan kerajaan Negeri. Ini semua adalah untuk memastikan permasalahan, keselesaan rakyat di negeri ini dapat dipelihara dengan peruntukan yang telah dinyatakan.

Manakala untuk peruntukan MARRIS pada 2018, penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan sebanyak RM35 juta telah diagihkan er… kepada PBT untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan bandaran kawasan perumahan yang telah diagihkan sebanyak 2 kali pada bulan Februari dan Julai yang lalu. Manakala untuk program pembasmian kemiskinan bandar, isu kemiskinan bandar merupakan isu yang menjadi perhatian oleh kerajaan Negeri terutamanya melibatkan rakyat yang berpendapatan sederhana. Selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan bandar dan meningkatkan purata pendapatan isi rumah. Kerajaan Negeri melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyalurkan sebanyak… hampir RM1 juta bagi pelaksanaan program pembasmian kemiskinan bandar. Daripada jumlah tersebut, RM200,000 diperuntukkan bagi Program Kiosk Menjaja Berkuasa Solar Fasa I pada tahun 2018. Ianya melibatkan sebanyak 10 keluarga isi rumah dengan kadar bagi setiap isi rumah diperuntukkan sebanyak RM20,000. Ini bagi tujuan untuk menjana pendapatan mereka.

Manakala baki sebanyak RM871,000 adalah diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Bantuan Baikpulih Rumah Daif di Bandar Fasa 30 tahun 2018 yang melibatkan 67 keluarga isi rumah dengan kadar setiap sebuah rumah diperuntukkan sebanyak RM13,000. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pelaksanaan kedua-dua program tersebut melibatkan 7 buah PBT di seluruh negeri Pahang. Ini semua untuk kemudahan rakyat yang berpendapatan rendah. Kita juga ada peruntukan bagi er… projek pembangunan di kawasan Projek Tinggalan Dara dan LKWJ yang dibawah projek ECER, melibatkan 6 buah daerah iaitu daerah Temerloh, Bera, Maran, Jerantut, Pekan dan Rompin. Sehingga kini Kerajaan Negeri hanya menerima peruntukan… kelulusan bagi 3 buah daerah sahaja iaitu dengan kos peruntukan berjumlah RM3.6 juta bagi 5 buah projek pembangunan. Antara projek-projek tersebut termasuklah menaik taraf kemudahan-kemudahan awam seperti masjid, sistem saliran, membaik pulih jalan dan longkang serta penyelenggaraan secara berkala.

Seterusnya berkaitan dengan isu kebersihan sebagaimana yang telah disentuh dalam Titah Diraja pada perasmian yang lalu. Selain… adalah menjadi hasrat kerajaan Negeri dan juga semua PBT yang berada di… di Pahang ini untuk memastikan er… kawasan bawah penjagaan mereka ini sentiasa bersih, dapat mengurangkan masalah penyakit kencing tikus, denggi dan sebagainya dan dapat memberi imej yang baik kepada er… Kerajaan Negeri di mana kalau kita tengok Piala Dunia baru ini, sebahagian daripada penyokong-penyokong Jepun telah membersihkan stadium selepas habis game dan pada final Piala FA lalu memang saya pergi, bersama Yang Berhormat Dato’ Sri, Menteri Belia dan Sukan pun bersih tapi dia seorang sahaja yang bersih orang lain tak nak membantu [ketawa] membersih di dewan mungkin dia nak tunjuk teladan yang baiklah saya rasa, menjadi hasrat supaya kebersihan ini bukan sahaja tanggungjawab kerajaan dia juga…

Dato’… Dato’, mohon pencerahan boleh?

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Kemayan.

Syed Saddiq tu… Menteri Belia dan Sukan tu ikhlas ke tak ikhlas? Dan yang keduanya, memang PH ini bagus, semua benda yang dia buat memang baik. Bagus sangat.

Bagus, bagus. Saya ada beberapa perkara yang saya nak minta pencerahan, kalau boleh Dato’ Sri. Ini bukan sesi soalan tapi kalau boleh pihak kerajaan menjawab lagi elok. Kalau tak boleh pun lain kali pun tak apa. Pertamanya, saya nak tanya tentang pelantikan JKKB. Setahu saya JKKB di bawah majlis tak? Ya? Eh? JPP? Dan yang keduanya ura-ura mengatakan oleh kerajaan PH, ini mungkin tak silap saya menteri sendiri telah bercakap er… dia akan mengadakan pilihan raya untuk pemilihan Ahli-ahli Majlis Tempatan, Ahli-ahli Majlis Daerahlah. So, saya nak tanya benda ini adakah er… kebenaran dia ataupun macam mana pendekatan er… pihak Kerajaan Negeri sekiranya benda ini berlaku? Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kemayan. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan sekalian sebenarnya JPP, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk ini telah dibubarkan. Mesyuarat Kajian Tempatan yang… yang pertama saya hadiri telah mengeluarkan er… surat daripada KPKT, JPP ini telah dibubarkan. Berkaitan dengan er… Menteri Belia dan Sukan itu ikhlas tak ikhlas itu Allah SWT sahaja yang tahu dalam hati ya, saya pun tak boleh nak menilai. Untuk berkaitan dengan… dengan pemilihan Ahli-ahli Majlis Kerajaan Tempatan er… kerajaan di Pahang ini kita tidak memikirkan perkara berkenaan walaupun perkara ini di… dinyatakan dalam 100 hari janji. Saya tak nak sentuh pasal 100 hari janji ini, sebab janji ini kalau janji dan sebagainya saya tak pasti la. Janji tinggal janji atau janji yang akan dilaksanakan. Saya tidak… tidak menyentuh tentang perkara inilah. Saya ingin…

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Minta laluan. Boleh ya? Untuk makluman tuan, ya pilihan raya Kerajaan Tempatan ini tiada dalam janji 100 hari dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Terima kasih Yang Berhormat Tanah Rata.

Minta laluan sikit. Memang tiada dalam manifesto, tapi apabila seorang menteri bercakap ya, dipegang oleh rakyat. Jadi maknanya saya memberi pandangan saya, henti-hentilah sekarang ini pihak pembangkang dulunya pembangkang sekarang sudah jadi kerajaan. Jadi lebih baik elok sekarang ini bertindak sebagai kerajaan. Berjaga ambil tahu hal rakyat dan henti-hentikanlah orang kata asyik er… unsur-unsur balas dendam, sakit hati, dengki. Pasal you sudah kerajaan sekarang ya. Buat kerja untuk rakyat. Itu lebih baik.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Minta laluan. Terima kasih ya. Untuk pengetahuan tuan YB-YB di sini er… Menteri Perumahan dia pun pernah sebut dalam masa 3 tahun, kerajaan Persekutuan akan mengadakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dalam masa 3 tahunlah secara berperingkat. Jadi berilah masa sikit untuk kerajaan Persekutuan. Bagi pihak saya, saya pun walaupun saya di sini saya ialah kerajaan Persekutuan di Persekutuan level lah tapi saya juga pembangkang di negeri Pahang. Saya juga amat mengalu-alukan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan sebab saya amat memerlukan seorang atau Wakil-wakil tempatan contohnya Ketua Kampung, Ahli Majlis yang sudi berkhidmat untuk

rakyat. Ya, kalau lebih baik dipilih daripada kalangan penduduk setempat. Ini saya juga mengalu-alukan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Kerajaan, teruskanlah.

Saya tak nak menyentuh perkara ini kerana kita tidak membincangkan tentang perkara inilah. Saya ingin meneruskan beberapa jawapan maklum balas yang dah dikemukakan oleh Yang Berhormat sebelum ini. Pertama kali berkaitan dengan ADUN Teruntum ini saya ucapkan terima kasihlah kerana dia suka berjalan. Mungkin dia tak ada masalah kawasan dia ADUN Teruntum, ya. Kawasan saya pun dia masuk [ketawa] kawasan Sungai Lembing pun dia masuk. Terima kasih ADUN Teruntum. Ini ada sedikit jawapan yang ingin saya maklumkan berkaitan dengan er… masalah pasar besar. Pasar Besar Kuantan ini masa saya kecik-kecik dulu saya ingat saya nak naik rem itu… ini dah tak macam sekarang ya. Dibina pada tahun 1970 saya difahamkan la memang dah hamper… sekarang ini dah hampir 40 tahunlah keadaannya.

Jadi sebenarnya pihak Majlis Perbandaran Kuantan dah mohon peruntukan daripada KPKT untuk menaik taraf pasar berkenaan sebanyak RM2.5 juta tapi sehingga kini bila berlakunya pertukaran ini politik di federal dan negeri ini peruntukan ini diholdlah. Saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat di pihak Pakatan Harapan. Ini untuk rakyat. Bantu kami di… di apa ini PBT dan juga kerajaan untuk mendapatkan peruntukan ini bagi senang untuk kemudahan rakyat juga bukan untuk Kerajaan Negeri pun… yang mana dapat… bukannya Kerajaan Negeri minta… saya minta bantuan daripada rakan-rakan daripada pihak Pakatan Harapan.

Yang keduanya, berkaitan dengan tandas awam. Begitu juga ya… sama isu jugak ya… masalah yang sama yang dibangkitkan oleh Teruntum semalam. Saya ingat yang video rumah sejuta ini er… saya ingat mungkin er… Exco Pelancongan lah akan menjawab perkara ni. Lepas tu untuk Mini Zoo, er… saya pun dapat satu surat daripada pihak Persatuan Pencinta Haiwan supaya Mini Zoo ini ditutup. Kalau nak tutup jangan tutup di… di… di Kuantan sahaja, yang Zoo negara pun perlu tutup kerana alasan diberikan adalah er… Zoo ini adalah meng… apa dia cakap… animal rights, hak binatang untuk hidup bebas ya. Kalau nak hidup bebas saya rasa taklah seluruh dunia patut dihapuskan Mini Zoo, ya.

Jadi untuk makluman tuan-tuan, sebenarnya Mini Zoo Teruntum dah lama yang dibina. Er… isu berkaitan dengan caj yang dikenakan sebanyak RM1 dibangkitkan oleh Teruntum. Ini statistik yang saya dapat daripada MPK, sebelum kita caj Mini Zoo, pengujung adalah sebanyak, sekejap… mana pula ya… kita sasaran cuma 5,000 orang pengunjung, tetapi Julai sahaja kita dapat seramai 9,845 orang melepasi sasaran ditetapkan. Kalau Yang Berhormat Teruntum maklumkan semalam orang tak pergi Mini Zoo tapi rekod yang… yang diberikan disini adalah kita sasaran 5,000 tapi kita dapat hampir 100%, lebih daripada 100%, 9,845 orang dengan di caj sebanyak RM1 ya.

Manakala pihak majlis juga sedang… telah menyediakan peruntukan sebanyak RM20,000 ya, sebulan untuk kerja-kerja penyelengaraan di mini zoo termasuk untuk memberi makan dan minumlah. Saya rasa Yang Berhormat Teruntum lah ini satu tarikan sebenarnya orang… penduduk ke Mini Zoo Teruntum ni.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Minta celah sikit. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya er… telah melawat ke Mini Zoo, tapi saya er… telah bercakap dengan peniaga di sana. Dia bagi tau saya pengunjung turun teruk, itu maklumat dia bagi saya, itu sebab saya bawa ke sidang.

Yang untuk Pasar Besar, minta maaf ya. Tikus itu saya nak ambil tindakan. Berkeliaran kiri kanan. Saya takut tikus kencing itu akan mengakibatkan kesihatan orang Kuantan. Kencing tikus. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Kalau kencing tikus tu memang Yang Berhormat Yang di-Pertua dia boleh membawa maut, tapi kalau kena kencing, Yang Berhormat Yang di-Pertua yang tu kita tak tahu. [Ahli Dewan ketawa]

Encik Abd Rahim MudaUMNO · BNLepar

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

YB Teruntum ni dia suka pergi check tandas er… masalah tikus, saya puji dia. Sa… sa… saya suka cara dia tapi bukan tikus kencing ya, kencing tikus.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Mini Zoo ni kita akan teruskan. Ini adalah suatu tarikan di… di… di Kuantan ni, kanak-kanak ya. Kalau mengatakan tak dapat sambutan, dibayar RM1 pun orang sanggup dating, ya. Kita akan teruskan ini lah satu tempat… kalau nak pergi ke Zoo Negara tu saya ingat amat jauh ya. Tapi maklu… sebahagian daripada… sebagaimana yang telah dimaklumkan berkaitan dengan ular tu memang kita dah… takdirkan sebab ular ni adalah merbahaya, ya. Jadi binatang-binatang lain tu kita masih ada lagi, boleh dilihat.

Satu lagi berkaitan dengan perusahaan…

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya nak bagi penjelasan sikit. Er… membantu rakan saya. Sebenarnya kita menghadapi benda yang sama di mana-mana zoo termasuklah di Kuala Gandah kerana apa? Apabila pihak apa yang dikatakan human rights er… animals rights ni, dengan izin er… Wild Life, dengan izin. Wild Life telah menetapkan apa… telah menetapkan syarat-syarat yang tertentu terutama sekali kepada binatang-binatang yang nak kita er… apa nama yang nak dipamerkan sebagai contoh, kalau dulunya di Kuala Gandah kita boleh naik gajah, sekarang ni kita tak boleh naik gajah. Itu kain cap gajah. Kita hanya boleh… kita tak boleh lagi pegang gajah kita hanya boleh bagi makan gajah sahaja. Kalau dulu kita boleh mandi dengan gajah, sekarang ni kita hanya tengok gajah mandi.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Ini kerana kita terpaksa mengikut apa yang telah ditetapkan oleh er… hak asasi binatang ini. Begitu juga dengan zoo, zoo di Teruntum ada binatang-binatang ini adalah binatang-binatang yang di dalam kawalan. Iaitu kita bukan setakat berlesen tetapi untuk mempunyai… untuk memelihara binatang tersebut dia mempunyai syarat-syarat yang tertentu. Dia kena ada jurulatihnya, kena ada makannya dan berbagai-bagai. Jadi sebab itulah ya Yang Berhormat Yang di-Pertua, apabila pada penggal yang lepas MPK memaklumkan bahawa kita hanya boleh mempamerkan binatang-binatang yang dibenarkan oleh Wild Life ini. Kucing, anjing. Sebab tu ular pun hilang Yang Berhormat Yang di-Pertua. Itu antara kekangan. Jadi sebab itulah er… sebab tulah kita dapati bahawa zoo di MPK itu dia tidak varieties lagi dengan izin, binatang-binatang yang ada di situ. Terima kasih. Terima kasih Wakil Kerajaan.

Encik Abd Rahim MudaUMNO · BNLepar

Terima kasih Yang Berhormat rakan saya daripada Lanchang memberi penjelasan tentang perkara ini. Saya ingin tambah sikit lagi berkaitan dengan isu er… penyalahgunaan lesen hiburan keluarga ya.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, er… sebenarnya lesen hiburan ini tidak melibatkan perjudian, tetapi jika di salah guna kita boleh mengambil tindakanlah sama ada mengkompaun kesalahan ataupun membuat sitaan atau membatalkan lesen, terus ya. Jadi er… tugas ni pihak maj… PBT terutamanya Majlis akan bekerjasama dengan pihak PDRM untuk memastikan perkara ini mesti dipatuhi.

Saya ingat saya ingin menggulung perbahasan saya Yang Berhormat Yang di-Pertua. Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek yang dapat memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat terutamanya penduduk bandar, pinggir bandar dan sebagainya. Sehubungan itu sebagai… pelbagai rancangan dan projek telah dikenal pasti untuk dilaksanakan bagi mencapai hasrat tersebut.

Walau bagaimanapun, sebahagian besar projek yang telah dirancang diluluskan, ditangguhkan untuk tujuan kaji semula yang melibatkan kewangan. Jadi sekali lagi saya tekankan supaya kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dengan bantuan rakan-rakan daripada… daripada Pakatan Harapan untuk dapat meluluskan peruntukan untuk rakyat supaya kerja-kerja ini memberi manfaat, faedah kepada rakyat secara langsung dan untuk memastikan perkara ini dapat dilaksanakan dengan baik dan cemerlang.

Semua YDP-YDP yang berada… saya memantau YDP-YDP saya ni. Alhamdulilah setakat ni semua hadir ya. Dia akan mengambil tindakan apa yang telah disuarakan oleh rakyat ni berdasarkan kemampuan yang ada. Insya-Allah, saya akan mewujudkan satu er… saya ada Mesyuarat Pertama MMK yang lalu, eh... eh… mesyuarat jawatankuasa yang lalu saya telah mengarahkan semua PBT-PBT ni mewujudkan satu task force ya. Satu untuk meningkatkan hasil, yang kedua memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat termasuklah kebersihan dan sebagainya yang perlu ditekankan berkaitan dengan kebersihan bandar.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Minta laluan sikit er… Exco, Yang di-Pertua. Saya nak tanya ada satu isu yang dikemukakan oleh sahabat saya daripada Cheka tentang pelantikan Setiausaha Majlis Daerah Lipis. Saya ingat benda ni memang sedang dinanti-nantikan oleh apa

penduduk-penduduk di sekitar Lipis lah tentang kedudukan tu. Sampai sekarang tidak ada lagi pelantikan.

Encik Abd Rahim MudaUMNO · BNLepar

Yang Berhormat… er… Yang Berhormat Yang di-Pertua, Ahli-ahli mesyuarat, Ahli-ahli Dewan sekalian, pihak kerajaan negeri maklum perkara ini, dalam MMK pun kita ada bincang dan dalam proses tindakan. Sebenarnya kalau tak ada Setiausaha pun projek itu boleh… segala pengurusan boleh dilaksa… dijalankan seperti biasa Sekarang dalam proses untuk er… pada 1 haribulan 8 kita akan selesaikan perkara inilah.

Terima kasih er… kepada, untuk er… saya mengakhiri penggulungan saya pada petang ini, diharapkan pihak kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, Ahli-Ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan sekalian, rakyat membantu er… kami, Yang Berhormat-Yang Berhormat ni dan kerajaan untuk memastikan segala apa yang telah dirancangkan untuk kebaikan rakyat itu dapat dilaksanakan bukan sahaja untuk setahun, dua tahun ke hadapan ianya juga melibatkan sehingga bila-bila kerana ini adalah keutamaan agenda kerajaan negeri untuk memastikan rakyat terbela, mendapat kemudahan yang… yang… yang sepatutnya diterima oleh mereka.

Sekian, saya memohon untuk menggulung perbahasan ini. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Baiklah, saya bagi peluang Wakil Kerajaan daripada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Assalamualaikum WBT.

YB. Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat… Yang Amat Berhormat Dato’ Sri MB, Semua Ahli-ahli Sidang Dewan pada hari ini. Terima Kasih juga kepada semua Wakil Rakyat –Wakil Rakyat membangkitkan masalah portfolio saya iaitu masalah FELDA. Wakil Rakyat daripada Ibam, Jengka, Sungai Lembing dan Ketari. Walau pun Ketari tak sempat saya jawab soalan dia secara lisan, saya akan jawab secara bertulis selepas ini. Saya juga akan menjawab masalah-masalah FELDA ni, masalah portfolio saya secara ringkas, dan sele… kalau saya terlupa, dan yang berkait tak puas hati, saya akan jawab secara bertulis separuh.

Dalam Usul titah menjunjung, dalam Usul menjunjung Titah Diraja KDYMM Pemangku Raja, Pemangku Raja Pahang Isnin baru-baru ini, KDYMM mengharapkan hubungan yang baik Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri, bagi menyelesaikan banyak masalah-masalah terutama kawasan pengundi-pengundi kita kawasan FELDA. Masalah yang utama kawasan FELDA iaitu masalah perumahan generasi baru kaw… FELDA. Kita ada 3,710 perumahan generasi baru yang diperuntukkan oleh FELDA untuk dilaksanakan, dan kita siap lebih kurang dalam 1,154 unit rumah dan kita ada 616 campur 556 projek sakit dan kita ada 1,084 perumahan yang terbengkalai.

Jadi saya berharap Kerajaan Pakatan bersama dengan FELDA, kami akan bekerjasama dengan pengurusan FELDA untuk pastikan rumah-rumah tersebut siap

dibina, terutamanya rumah Bukit Sagu yang sangat-sangat terdesak, di mana peruntukan telah lulus lebih kurang RM19 juta untuk menyiapkan perumahan Bukit Sagu yang di… dirisaukan oleh Yang Berhormat Sungai Lembing. Start, bermula… bermulanya projek ini akan dilaksana pada Mac atau April 2019 dan akan siap suku keempat 2021. Insya-Allah.

Begitu juga dengan masalah gangguan bekalan air di kawasan-kawasan FELDA terutama Bukit Sagu, Bukit Kuin, Bukit Goh, Bukit Mendi dan juga Palong ya… Bukit Palong ya… Bukit Puchong ya, di kawasan Bera, kawasan Triang. Ya, bukit belaka. Bukit atas bukit memang problem sikit masalah air ni. Tetapi FELDA akan pastikan bahawa er… gangguan ini akan dibereskan secepat mungkin. Terutamanya kawasan Bukit Sagu yang selalu …tak jelas… bekalan air bersih. Untuk FELDA telah meluluskan lebih kurang RM25 juta. Projek pembinaan loji baru FELDA dan tangki besar untuk menampung pengurusan Bukit Sagu dan juga Bukit Kuantan, yang dirisaui oleh ADUN Sungai Lembing. Insya-Allah.

Begitu juganya kawasan-kawasan FELDA penurapan jalan-jalan kampung kawasan FELDA. Pada zaman pemerintahan Barisan Nasional, telah diperuntukan RM230 juta untuk penurapan kawasan-kawasan FELDA, dan saya berharap kawasan saya kawasan FELDA, kawasan DUN Jengka, Chenor dan juga Luit ada kawasan FELDA, kita berharap Kerajaan Barisan, Kerajaan PH pada hari ini, kalau boleh tetap jangan stop kita punya peruntukan yang diberikan kepda FELDA RM230 juta untuk melaksanakan er… penurapan semula jalan-jalan kawasan FELDA.

Baru-baru ini tender telah dikeluarkan untuk Jengka 3, Jengka 5, Bukit Goh dan Bukit Sagu, tetapi belum diawardkan lagi. Selepas PRU er… selepas lima belas…er…9 haribulan 5 baru ni, kerja-kerja tu tidak dikeluarkan lagi. Belum ditawarkan lagi kepada kontraktor-kontraktor yang…yang berjaya. Jadi saya harap, perkara ini pun juga jangan ditangguhkan.

Begitu juga dengan tanah-tanah kosong kawasan FELDA yang diutarakan oleh er… ADUN Ketari. Yang tak sempat dijawab kerana kekangan masa, saya ambil sikit masa. Kawasan Mempaga adalah kawasan yang ada tanah kosong. Tetapi kawasan tu terlalu beralun dan berbukit, dia seperti kawasan lombong tadilah. Jadi kalau nak, tak sesuai untuk jadikan kawasan kediaman kerana mahukan belanja untuk struktur infrastruktur yang tinggi iaitu buat jalan, nak salur air ke kawasan-kawasan bukit, takut er… gangguan bekalan air akan datang kerana dia berbukit.

Walau bagaimanapun banyak tanah-tanah kosong kawasan FELDA yang dirisaui oleh ADUN Muadzam, ADUN Ibam. Kita di kawasan FELDA lebih kurang kita ada 1,200,… 1,200 tanah kosong di kawasan Mempaga, kawasan Jengka dan kawasan Wilayah Kuantan. Pihak Kerajaan Negeri mengalu-alukan permohonan daripada anak-anak peneroka FELDA. Tetapi permohonan mesti kepada Pejabat Daerah melalui Pengurus FELDA masing-masing untuk er... memudahkan cara permohonan tanah. Kalau kawasan FELDA Muadzam atau Keratong, mestilah anak peneroka Keratong yang memohon. Kita tidak ada pemain import untuk permohonan tanah kosong FELDA di kawasan FELDA-FELDA seluruh negeri Pahang.

Begitu juga dengan hak milik kawasan-kawasan FELDA di seluruh Pahang. Kita ada tiga… kita telah serah hak milik sebanyak 38,174…178 hak milik, dan kita hanya tertinggal lagi 4,448 lebih kurang 4% lagi… er…11% lagi yang kita belum bagi hak milik. Insya-Allah Kerajaan Negeri sangat-sangat mengalukan er… kepada pengurusan FELDA yang telah habis hutang. Kita akan bagi hak milik. Insya-Allah, dan baru-baru ni, saya bersama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar er…

pergi ke kawasan Tersang 3... 1 dan 3, kita beri hak milik. Insya-Allah, Muadzam… Ibam.

Begitu juga di kawasan-kawasan, saya dapat rungutan dari atau apa, pertanyaan daripada ADUN Sungai Lembing tentang bauksit di Bukit Goh yang telah dijawabkan baru-baru ini. Sebenar kawasan ini er… perlombongan bauksit kita akan tangguh buat sementara, kita tunggu laporan EIA yang akan siap pada Oktober 2018 yang diketuai oleh… yang akan dileadkan agensinya oleh PKNP dan kawasan ni kalau dikatakan sesuai untuk pengeluaran bauksit dan Kerajaan Negeri akan pertimbangkan, tetapi cara pengeluaran yang lestari. Kita tak naklah pengeluaran yang er… seperti dulu, menyebabkan jalan kotor dan sebagainya.

Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan EXCO akan sentiasa menjalankan dasar-dasar yang mesra rakyat. Insya-Allah, dan tidak akan membebankan rakyat. Untuk hal itu, saya selepas ini akan bertemu dengan pihak pengurusan FELDA dan saya akan menjemput semua Wakil Rakyat-Wakil Rakyat kawasan FELDA bertemu dengan er… pengurusan tertinggi FELDA, insya-Allah. Saya… sebelum ini saya akan buat perjumpaan dengan er… DG FELDA dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, lepas tu baru saya akan buat perjumpaan dengan Wakil Rakyat-Wakil Rakyat yang terlibat dengan kawasan-kawawan FELDA, insya-Allah. Apa yang penting kerajaan FELDA hari ini akan mewujudkan dasar yang sangat-sangat mesra rakyat, dan tidak membebankan rakyat. Insya-Allah. Itu sahaja masalah saya bab dengan er… FELDA. Bab portfolio saya yang lain tidak ada perkara-perkara ditimbulkan, hanya satu sahaja soalannya tetapi tak sempat dijawab kerana kekangan masa iaitu masalah

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Mohon mencelah, Dato’ Yang di-Pertua,

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, sila.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Er… terima kasih kerana bagi saya laluan. Apabila saya mendengar er… jawapan daripada pihak kerajaan sebentar tadi dan beliau ingin mengalih kepada urusan lain iaitu hal yang tidak berkaitan dengan FELDA. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengingatkan kepada pihak kerajaan bahawa daripada 54 kerusi Parlimen yang dipertaruhkan, kawasan FELDA. Keputusan daripada Pilihanraya Ke-14, 54 kerusi orang FELDA, tinggal 26 untuk BN. 28 pergi ke Pakatan Harapan kerana janji.

Janji yang dilafazkan oleh Pakatan Harapan ialah hutang peneroka, peserta FELDA hapus. Jadi yang inilah masalahnya sekarang, yang inilah masalah paling besar yang saya rasa rakan-rakan ADUN kita patutnya bangkitkan tapi masih lagi kita mem…mem...apa me… apa ni er…mengambil tahu hal rumah tak siap, er…tempat duduk tak…

Yang di-Pertua (Speaker)

Apa, Yang Berhormat Pulau Manis. Apa soalannya? Yang mana satu.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Ya, saya sangat berharaplah supaya pihak Kerajaan sebab dia kata dia nak berbincang dengan rakan-rakan ADUN yang ada FELDA, saya tak ada FELDA. Jadi saya sangat berharap supaya menekankan bahawa Pakatan Harapan kena tunaikan janji. Hapuskan hutang peserta-peserta FELDA sebab itulah janji dia. Okay, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Silakan, Wakil Kerajaan.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Mohon mencelah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Triang.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang Di-pertua,

Yang di-Pertua (Speaker)

Ringkas-ringkas Yang Berhormat.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Saya memerhatikan dalam beberapa hari Sidang Dewan ini. Rakan-rakan kita dari Barisan Nasional berkali-kali mem…membangkitkan bahawa Pakatan Harapan tidak menunaikan janji, dan berkali-kali membangkitkan bahawa rakyat memilih Pakatan Harapan untuk menjadi kerajaan semata-mata untuk janji sahaja.

Untuk er…pengetahuan YB-YB, saya rasa ini sangat menghina er…kewibawaan dan pilihan er…pengundi-pengundi sebab pengundi memilih Pakatan Harapan menjadi kerajaan bukan semata-mata kerana janji, kerana mereka tidak tahan lagi dengan rejim zalim yang telah meraka alami selama 60 tahun ini.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Minta laluan,ya. Yang Berhormat Yang di-Pertua, untuk perkara FELDA ini. Ya, kita pun tahu siasatan kepada 1MDB pun belum diselesaikan lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Yang Berhormat Tanah Rata. Yang Berhormat Tanah Rata. Apa isu persoalan?

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Tidak… tidak er… diminta.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terus kepada point.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Diminta Ahli Dewan disini beri kesabaran…kesa…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat.

Mohon mencelah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Elok pihak kerajaan menjawab dulu.

Ada sikit nak tanya pasal harga sawit…

Yang di-Pertua (Speaker)

Kemayan… Kemayan saya ingat duduklah Yang Berhormat.

Kalau bolehlah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Kemayan duduk… duduk Yang Berhormat

Kita nak tanya pasal harga sawit

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat saya ingat tak payahlah kita mengulas lagi.

Okay, okay.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kita bagi peluang kepada pihak kerajaan untuk menerangkan ataupun meneruskan jawapannya. Terima kasih.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Sebenarnya yang…Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, itu sahaja jawapan saya [Ahli Dewan ketawa]. Dengan ini saya menyokong Usul Titah Diraja KDYMM PRP (Pemangku Raja Pahang). Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat [Ahli Dewan tepuk meja]. Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna. Baiklah, saya bagi peluang kepada seorang lagi sebelum kita tempoh makan tengah hari dan saya sila Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi Dan Multimedia. Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, [Ayat Al-Quran], [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian er… dalam sesi penggulungan pada kali ini untuk membahaskan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-14 pada 23hb Julai baru-baru ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini ingin menjunjung kasih di atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang untuk mencemar duli merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang pada kali ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua daripada Jenderak yang telah dilantik semula bagi mengendalikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang penggal kali ini. Terlebih dahulu izinkan saya untuk merakamkan penghargaan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yakoob di atas segala pengorbanan jasa dan bakti kepada kemakmuran dan pembangunan negeri Pahang. Yang telah dipimpin oleh Yang Berhormat Dato’ Sri DiRaja selama ini sesungguhnya jasa dan bakti Dato’ Sri DiRaja akan tetap kami kenang.

Pulau Pandan jauh ketengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik akan dikenang juga.

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah juga di atas pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail sebagai Menteri Besar Pahang yang baru. Saya penuh yakin dan percaya di atas keupayaan dan kredibiliti Yang Amat Berhormat Dato’ Sri untuk terus memimpin dan mentadbir negeri Pahang ke arah yang lebih cemerlang pada masa akan datang insya-Allah.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sejawatan saya Wakil Kerajaan yang telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang dan rakan-rakan ADUN yang telah dipilih oleh rakyat untuk sama-sama mengalas tugas, amanah dan tanggungjawab bagi merealisasikan harapan dan impian rakyat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Menyentuh tentang komunikasi dan multimedia, pelbagai usaha telah dilaksanakan dalam memastikan penambahbaikan ke atas perkhidmatan ICT dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua, di negeri Pahang. Ini termasuklah penyediaan Pusat

Internet 1Malaysia di kawasan luar bandar dan kawasan bandar, dan menambahbaik insfrastruktur seperti menambah bilangan menara-menara telekomunikasi di seluruh negeri Pahang. Usaha ini sebagai langkah kita menyokong usaha-usaha untuk meningkatkan lagi penguasaan masayarakat dalam perkara-perkara yang berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi selaras dengan keperluan-keperluan semasa.

Inisiatif-inisiatif penambahbaikan tersebut adalah seperti menyelaraskan pusat internet dari segi imej dan juga reka bentuk. Bilangan komputer telah ditambah sehingga 20 buah di setiap pusat internet bandwidth, dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dinaik taraf dari 4 megabyte persaat kepada 20 megabyte persaat, dan menawarkan pelbagai jenis latihan asas kepada komuniti sekitar secara percuma. Pusat internet ini juga menyediakan capaian Jalur Lebar secara kolektif dan melaluinya sambungan jalur lebar akan dapat dinikmati oleh semua lapisan komuniti atau masyarakat yang tinggal di kawasan sekitar pusat internet.

Pelajar-pelajar atau er… rakyat didedahkan dan dibimbing dan dididik melalui kelas-kelas dan latihan-latihan tentang kaedah-kaedah atau cara penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ini dengan sebaik-baiknya, dan tidak menyalahgunakan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat. Rakyat juga… kita juga perlu faham segala kemudahan dan kebebasan yang kita nikmati ini ada had dan batasnya. Akta Komunikasi Multimedia 233 dan Akta Anti Berita Palsu 2017 ditubuhkan adalah bagi mengekang segala maklumat-maklumat palsu yang disebarkan kepada umum yang sudah tentu menimbulkan huru-hara, keresahan dan kemarahan rakyat. Contohnya, pertama seperti menghina Institusi Diraja. Yang ini berlaku dimana-mana sahaja, dan ianya wajar kita kekang tindakan-tindakan yang sewajarnya.

Keduanya seperti menghina Jalur Gemilang, ketiganya seperti kes menu berbuka puasa dengan daging khinzir. Inilah perkara-perkara yang meresahkan rakyat dalam negara yang berbilang kaum dan dalam negara yang pelbagai agama. Ada kes nenek, 71 tahun kahwin remaja 17 tahun. Ada kes pemuda yang berkahwin dengan nenek 78 tahun pun ada, bukannya orang lelaki kahwin dengan budak-budak saja tetapi kes orang lelaki-orang lelaki muda kahwin dengan nenek tua pun ada dan kita wajar adakan juga akta untuk menyekat perkara ini daripada berlaku, kalau kita nak. Di antara objektif, Pusat Internet 1Malaysia ni, adalah untuk membantu melahirkan masyarakat yang celik IT, masyarakat berilmu selaras dengan aspirasi kerajaan, untuk memperbaiki kemahiran diri dan meluaskan pengetahuan individu dan melahirkan satu pusat komuniti yang berpengetahuan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya nak maklumkan dalam dewan ini, sehingga hari ini sebanyak 108 buah Pusat Internet 1Malaysia telah dilaksanakan dan beroperasi sepenuhnya di semua daerah di negeri Pahang. Daerah Kuantan ada 14 buah, daerah Pekan ada 8 buah, daerah Rompin ada 11 buah, Maran ada 19 buah, Bera 8 buah… bukan buah ya, [ketawa] 8 biji, biji ni [ketawa]...

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang mana satu ni, buah ke biji?

… tak daripada Bukit Ibam dia senyum daripada tadi, kalau sebut buah dia senyum jer. Saya tak faham juga. Jadi Bera 8 buah, Bentong 6 buah, Temerloh 12 buah, Raub 8 buah, Lipis 11 buah, Jerantut 11 buah, Cameron Highlands tak nak dengar ke? Cameron Highlands 1 buah masih dalam pelaksanaan dan akan beroperasi dalam kuarte... dalam er… suku tahun ke-4 2018.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Menyentuh tentang pertanyaan YB ADUN Kemayan, berhubung Pusat Internet 1Malaysia. Sememangnya diakui bahawa pusat internet ini, memang memberi banyak manfaat kepada komuniti tempatan. Namun begitu kesemua pusat internet yang beroperasi pada satu tempoh kontrak yang telah dipersetujui… dipersetujui bersama, penyedia perkhidmatan dan penyambungan perkhidmatan pusat internet ini, hanya akan diteruskan selagi ada keperluan setelah penilaian terhadap prestasi pusat internet dijalankan di hujung tempoh kontrak.

Walau bagaimananya pun, ia bergantung kepada arahan dan kelulusan di peringkat kerajaan pusat dan saya berharap, kelulusan ini dapat kita teruskan demi untuk memberi kebaikan kepada seluruh masyarakat dan rakyat dalam negeri Pahang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Sidang Dewan, pembangunan infrastruktur komunikasi yang telah berkembang pesat sehingga tahun… telah berkembang pesat sehingga tahun 2017 322… 321 menara telekomunikasi selular Times Tree, dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua, telah dibina berbanding dengan 256 buah pada akhir tahun 2015 dan dua ribu… 207 buah tahun 2013. Menunjukkan satu peningkatan yang amat ketara dan jumlah projek 3G Expansion iaitu dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua, oleh penyedia-penyedia perkhidmatan seperti Maxis, Celcom, Digi, U-Mobile adalah sebanyak 709 kawasan.

Sebanyak 31 buah lagi menara tele… telekomunikasi masih dalam perancangan untuk dibina dalam negeri Pahang. Ini termasuklah menara yang akan dibina daripada Sungai Koyan hinggalah ke Lembah Bertam, yang akan memberikan penambah baik perkhidmatan selular dalam kawasan ni. Pertambahan bilangan menara komunikasi ini sudah tentu akan meluas dan meningkatkan lagi mutu liputan perkhidmatan selular di seluruh negeri Pahang daripada 2G, 3G sehinggalah ke 4G.

Ini terbukti dengan peratus kadar penembusan jalur lebar setiap seratus penduduk di negeri Pahang pada 2017 sebanyak empat… 84.2% berbanding pada tahun 2016 sebanyak 71.7% dan insya-Allah, angka ini akan meningkat dengan terlaksananya perancangan-perancangan untuk membina lebih banyak lagi menara-menara telekomunikasi di negeri Pahang ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Berkaitan dengan pertanyaan ADUN Peramu Jaya, secara umumnya mengikut statistik, sehingga penghujung tahun 2017, perkhidmatan selular bagi kawasan penduduk di Pekan adalah sangat baik iaitu 99.7% bagi perkhidmatan 2G, 91.1% bagi perkhidmatan 3G, dan 48% bagi perkhidmatan 4G. Sehingga suku kedua tahun 2018 sebanyak 40 menara telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan selular 2G dan 3G telah dilaksanakan di kawasan Parlimen Pekan. Dalam masa yang sama juga

pihak SKMM bersama dengan penyedia-penyedia perkhidmatan seperti Digi, Celcom, Maxis dan lain-lain telah berusaha menaik taraf perkhidmatan selular di menara sedia ada kepada liputan perkhidmatan yang lebih baik, 3G dan 4G bagi membolehkan masyarakat bandar dan di luar bandar mengakses internet dengan lebih baik.

Walau bagaimanapun pihak kerajaan, SKMM dan penyedia perkhidmatan mengambil maklum isu perkhidmatan selular dan capaian internet di beberapa kawasan Parlimen Pekan. Pihak kerajaan juga sedia maklum bahawa pertambahan pengguna serta penggunaan yang tinggi di waktu puncak adalah penyumbang utama kepada isu kualiti perkhidmatan. Oleh itu kerajaan akan meneliti dari… dari semasa ke semasa kawasan yang terlibat untuk dimasukkan dalam perancangan penaiktarafan di masa hadapan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Berhubung pertanyaan daripada Muadzam…

Mohon pencerahan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Beserah, beri laluan?

Mohon laluan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ er… Yang di-Pertua, sikit je saya nak… nak tanya, baru ni saya ada er… terbaca bahawa Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia ada membuat pengumuman selain daripada meningkatkan kualiti perkhidmatan er… jalur lebar, beliau juga men… men… bercadang untuk nak mengurangkan caj ataupun bayaran yang dikenakan kepada pengguna, para pengguna ber… ber… supaya dia lebih er… berbaloi dengan duit yang dibayar terhadap perkhidmatan.

Jadi, yang mana dulu dia nak buat sekarang ni? Nak menambahkan kualiti, baru turunkan harga ataupun dia akan buat serentak kedua-duanya. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Bab, bab… bab turun harga ni kan, janji dah banyak, turunkan harga minyak tu dulu. Eh… Jadi baru kita boleh tau yang mana nak bagi dulu yang mana nak buat dulu. Jadi yang penting kita menunaikan janji kita. Terima kasih kepada Beserah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Berhubung pertanyaan daripada Muadzam, berkaitan pemasangan laluan kabel optik dari Tanah Besar ke Pulau Tioman. Untuk makluman Sidang Dewan, pihak Telekom Malaysia kini sedang giat melaksanakan aktiviti persediaan untuk penarikan kabel optik dasar laut, Submarine Cable, dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, daripada Kuala Rompin ke Pulau Tioman, Tekek. Kerja-kerja ini dijangka siap selewat-lewatnya pada penghujung tahun 2018. Perkhidmatan Unifi kepada penduduk di Pulau Tioman akan dilaksanakan secara berperingkat. Penduduk-penduduk di sekitar

Kampung Tekek dijangka menikmati perkhidmatan Unifi mereka selewat-lewatnya pada suku pertama 2019.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Menyentuh tentang teknologi hijau, sikit jer lagi dah. Saya ingin merujuk kepada perjanjian Paris 2017, The Paris Agreement 2017 Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dengan izin, Malaysia telah komited untuk mengurangkan kadar pelepasan gas Rumah Hijau, Green House gas sebanyak 45% sehingga tahun 2030. Di antara inisiatif-inisiatif atau program-program yang dirancang adalah untuk melaksanakan pelan induk teknologi hijau 2017 hingga 2030 untuk merubah Malaysia kepada negara yang rendah karbon dan sumber ekonomi yang efisyen.

Kedua, pelaksanaan pelan tindakan penggunaan tenaga efisyen untuk mengurangkan kadar pelepasan 13 milion tan karbon dioksida pada tahun 2030. Ketiga, rangka kerja bandar rendah karbon dengan rancangan bersama dengan Kerajaan Tempatan di dalam membuat keputusan berhubung dengan penyelesaian secara hijau. Keempat, mengurangkan jumlah kereta sebanyak 6 hingga 8 juta di antara 2020 hingga 2030 dengan menggunakan Mass Rapid Transit (MRT) dan Low Rapid Transit (LRT), dengan izin Yang Berhormat Tuan di-Pertua.

Sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang teknologi hijau, Kerajaan Negeri bersedia bekerjasama dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi penggerak seperti SIRIM, Universiti Malaysia… Malaysia Pahang melalui Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI). Pelbagai inisiatif telah dan akan dicadangkan penggunaannya pada masa akan datang. Satu, saya ingin merujuk kepada pengurusan hasil hutan yang lebih cekap atau pun sebagaimana dalam Titah Diraja, sustainable forest management dengan izin Yang Berhormat Tuan di-Pertua dan pendekatan holistik forest beyond timbers, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, banyak betul izinnya juga wajar dilaksanakan bagi memelihara khazanah hutan dan mengurangkan kandungan karbon dioksida di dalam udara kita. Ini juga sebagai satu inisiatif hijau yang perlu diberikan perhatian yang serius oleh pihak kerajaan.

Dua, menggalakkan penggunaan semula ter…sumber tenaga seperti bio gas di setiap kilang-kilang pemprosesan kelapa sawit di dalam negeri Pahang. Ketiga, menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang diperbaharui seperti solar, air, angin, di dalam membekalkan tenaga eletrik bagi kegunaan semasa. Menggalakkan penggunaan lampu LED di pasar-pasar malam pun boleh. Lima, pembungkusan hijau. Penggunaan pembungkusan hijau. Keenam, penggunaan telaga tiub berkuasa solar. Ketujuh, penggunaan kereta hybrid. Kelapan, kita mensasarkan 20% perolehan hijau kerajaan atau panggil GGP pada tahun 2020 melalui perolehan produk, perkhidmatan dan kerja yang mengambil kira kriteria alam sekitar dan piawaian untuk melindungi alam sekitar dan sumber asli. Pada 2017, pelaksanaan GGP telah diperluaskan kepada semua agensi kerajaan dengan memasukkan spesifikasi hijau dalam perolehan kumpulan produk, GGP.

Yang Berhormat Tuan di-Pertua,

Saya ingin mengucapkan er…juga terima kasih kepada rakan-rakan ADUN yang telah membangkitkan persoalan-persoalan berkaitan dengan portfolio saya ini. Insya-Allah dengan segala tindakan-tindakan dan perancangan-perancangan yang telah dan akan dilaksanakan nanti, sudah tentu akan dapat menyelesaikan masalah berkaitan. Memaju dan memakmurkan lagi negeri Pahang kita yang tercinta ini, insya-Allah.

Sesuai dengan Titah Pemangku Raja Pahang di Persidangan Dewan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pahang yang Ke-14. Dengan ini, saya mohon menyokong Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan terima kasih kepada Wakil-Wakil Kerajaan yang telah memberi jawapan dan penggulungan disebelah pagi ini. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan ke sebelah petang dan kita akan menyambung semula persidangan pada jam 2.45 petang. Saya harap Ahli-Ahli Yang Berhormat jangan lambat berada di dewan ini. Persidangan ditempohkan, terima kasih.

[Persidangan ditempohkan jam 1.14 tengahari]

[Persidangan disambung semula]

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamualaikum WBT dan selamat petang. Sambungan Menimbang Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya akan meneruskan atur cara mesyuarat bagi Perkara Ketiga iaitu menjemput Wakil Kerajaan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli. Silakan.

[Ayat Al-Quran]. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua, bagi mengizinkan saya untuk mengambil bahagian atas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Ianya sempena Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Pahang Yang Keempat Belas. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucap banyak terima kasih pada bekas Menteri Besar Yang Berhormat Dato’ Sri DiRaja yang telah pun bersama mengangkat untuk bertanding di kawasan DUN Batu Talam dan mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar yang baru Dato’ Sri Wan Rosdy yang menjawat jawatan sebagai ni… Menteri Besar.

Dalam Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, ianya sedikit sebanyak sebagai panduan untuk kita bekerja ataupun membawa bersama iaitu tujuan untuk melihat agar negeri dan rakyat dapat kita bawa ke satu tahap kejayaan dan kemakmuran di negeri Pahang. Dan bagi pihak kerajaan melalui Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli, akan berusaha untuk mengangkat masyarakat luar bandar dan juga Orang Asli seiring dengan masyarakat-masyarakat sekitar. Di antara tumpuan, dari segi Jawatankuasa adalah memastikan supaya sentiasa dapat meningkatkan kemudahan infrastruktur dan juga sosio-ekonomi, kebajikan masyarakat di negeri Pahang ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kita masih lagi berada dalam Rancangan Malaysia Yang Ke-11 dan sudah tentu antara rancangan ataupun bajet bagi tahun 2018 yang telah diluluskan untuk dibangunkan di negeri Pahang dan di antara rancangan-rancangan ataupun projek-projek yang telah dirancang ialah pertamanya iaitu jalan pembangunan desa dengan 49 projek dengan nilai sebanyak RM8.6 juta. Keduanya ini projek lampu jalan kampung dengan bilangan sebanyak 2,915 unit dengan nilai sebanyak ini RM4.7 juta dan projek komuniti sosial sebanyak RM4.7 juta juga. Yang keempatnya ialah program jalan luar bandar yang melibatkan nilai sebanyak RM667 juta dengan 10 projek.

Ini termasuklah projek yang dibangkitkan dari Wakil Tahan, yang mana jalan dan jambatan daripada Kampung Labu melalui Kampung Batu Balak, Jerantut ke Kampung Gemunchor dan Kampung Mela Kuala Lipis, Pahang yang menilai… yang bernilai sebanyak RM161 juta. Ianya akan dilaksanakan oleh ini JKR, kalau diluluskan, ini termasuk dalam perancangan 2018. Dan projek perancangan yang lain seperti biasa penumpuan kepada sosio-ekonomi orang kampung ialah bekalan air luar bandar sebanyak RM17.25 juta, bekalan elektrik luar bandar sebanyak RM20… RM20.23 juta, projek PPRT bina rumah sebanyak RM1.5 juta dan juga baiki… baiki pulih rumah

PPRT sebanyak RM5.9 juta. Jadi inilah di antara perancangan ataupun bajet yang telah diluluskan bagi negeri Pahang untuk memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada rakyat negeri.

Saya juga ingin menyentuh ni… soalan-soalan tambahan yang dibangkitkan oleh ni… Ketari yang mungkin tak kemas semasa saya menjawab itu. Yalah dengan pertanyaan apakah bentuk peruntukan ataupun imbuhan yang diberikan kepada ahli-ahli JKKK setiap kampung. Jadi setakat ini kerajaan sentiasa mengambil berat hal kebajikan dan keperluan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di setiap kampung. Bagi ahli JKK disetiap kampung imbuhan yang diberikan adalah termasuk bayaran elaun hadir mesyuarat, dan setiap kali ahli JKK… JKK tersebut hadir, mesyuarat diberi elaun sebanyak ni… RM50 setiap kali mesyuarat.

Keduanya ahli JKK setiap kampung boleh menuntut elaun pakaian kebangsaan sebanyak RM120 bagi setiap dua tahun dan elaun bertugas hilang punca pencarian jika dipanggil atas urusan rasmi sebanyak ni… RM12 sehari. Elaun tambahan dan lojing jika dipanggil atas urusan rasmi, tanggungan hospital kerajaan kelas dua serta perbelanjaan makan minum mesyuarat JKK sebanyak ni… RM100 sekali mesyuarat. Ha inilah di antara kemudahan-kemudahan yang diberi kepada ahli-ahli ni… Ahli-ahli JKK di kampung-kampung.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Di dalam Titah ni… Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja, ada menyebut iaitu kerjasama di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan, jadi maksud saya inilah di antara kerjasama yang harus ada di antara Kerajaan Negeri dengan persekutuan, di mana diharapkan peruntukan-peruntukan ataupun perancangan-perancangan yang telah dijalankan supaya dapat dilaksanakan bagi tahun ini… 2018 dan kita juga berharap maksud ini kerjasama ini kepada jabatan dan agensi-agensi kerajaan ni, agar dapat bersamalah mengurus ataupun menyelaraskan peruntukan-peruntukan untuk memastikan agar perancangan-perancangan ini dapat dilaksanakan dengan jaya. Ha begitu jugalah maksud kerjasama kita ni bersama dengan Ahli JKK di kampung-kampung. Jadi dengan adanya kerjasama semua pihak ini, insya-Allah saya rasa kita dapat melihat perancangan-perancangan yang melibatkan jutaan ringgit ini, dapat disalurkan dan dapat disampaikan dengan lebih ini… berkesan. Jadi itu sahajalah sedikit sebanyak daripada Jawatankuasa Luar Bandar dan Orang Asli. Sekali lagilah saya mengambil kesempatan ni mengucap banyak terima kasih kepada ini… semua yang sedikit sebanyak menyentuh berkenaan dengan Jawatankuasa…

Dato’ Speaker, boleh mencelah sekejap? Sebelum dia habislah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Saya ada beberapa perkara Dato’… Dato’ Speaker. Pertamanya, kita ni sedang mengalami bekalan air yang cukup serius di perkampungan-perkampungan Orang Asli terutamanya di Bera lah ya, rasa di Pahang pun sama, pasal ni projek rasa saya, saya difahamkan ia melibatkan seluruh negara ya. Projek peninggalan daripada kegagalan

Syarikat Rossington dulu ya. Jadi semasa Kerajaan Barisan Nasional memerintah dulu, kita diberitahu yang projek untuk pemulihan tu diserah kepada Kementerian KETTHA, KETTHA… KETTHA, ha… itulah alam sekitar kot. Dia serah kepada Kementerian KETTHA untuk meneruskan untuk membaikpulih projek-projek ni bekalan air tersebut. Tapi saya minta penjelasan dari pihak negeri, sekiranya tahu, bagaimanakah status terkini projek tersebut memandangkan kerajaan kita sudah bertukar dan satu lagi yang keduanya pencerahan, saya ingin mohon pencerahan ialah tentang projek-projek yang telah diluluskan oleh KKLW sebelum pilihanraya. Banyak juga projek-projek tu yang telah diluluskan tapi tak dan buat kerana kita menempuh pilihanraya. Bagaimanakah juga status projek-projek tersebut? Sekian, terima kasih. Kalau tahu lah.

Terima kasih Wakil daripada Kemayan. Sebenarnya projek Rossington ini, ada juga berlaku di kawasan saya iaitu di kawasan Batu Talam. Memanglah ianya sedikit sebanyak tidak berjaya untuk kita menyampaikan air bersih kepada masyarakat khususnya kawasan asli, kawasan Orang Asli di luar bandar, kerana bukanlah sistemnya canggih sangat tapi ianya perlu… perlu kadang-kadang membuat perigi, adakan… menggerudi ni air di…di bawah tanah ni. Jadi dengan orang kata teknologi yang agak bukanlah canggih sangat. Ianya selepas diserahkan kepada masyarakat Orang Asli. Jadi benda ni dari segi peringkat perkhidmatan atau service ni takde jadi kebanyakan, ini projek ini gagal.

Tinggal lagi memang ada cadangan follow up, oleh kerana ini keadaan ataupun peruntukan ni yang… yang… yang kecil ni. Jadi insya-Allahlah saya akan cuba bangkitkan perkara-perkara ni jika dapat sambutan daripada ini Kementerian Kemajuan Luar Bandar yang yang baru ni, kerana saya pun dipanggil untuk bermesyuarat pada 30hb Julai di Kuala Lumpur bersama dengan ini kementerian. Begitulah juga dengan…

Sikit lagi, Dato’ Speaker, sikit lagi, sikit lagi. Saya mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri kalau projek ni nampaknya begitu kritikal, memandangkan dalam keadaan kita sekarang ni musim kering ya, musim panas dan banyak air yang kering. Jadi kalau projek tu, tak projek bekalan air di kampung Orang Asli ni tidak diambil berat, kesianlah masyarakat di… di perkampungan Orang Asli ni ya. Jadi saya mencadangkan kepada pihak kerajaan sekurang-kurangnya jalankan projek-projek… dia ada pam tube well, dia ada, underground water dia memang dah ada, tapi sistem tu dah lama tinggal.

Kalau boleh Kerajaan Negeri saya mencadangkan supaya jalankan itu dulu, sebagai alternatif. Sementara nak tunggu apa, bekalan sebenar ataupun pemulihan sebenar berlaku. Ataupun ada juga setengah-setengah ni di perkampungan Orang Asli tu ada yang ada bekalan elektrik, kalau dulu Dato’, Dato’ Speak... Dato’ Yang di-Pertua, punca bekalan untuk menggerakkan sistem air di kampung Orang Asli yang projek Rossington itu, dia menggunakan enjin, diesel enjin, ya sedangkan banyak juga kampung-kampung tersebut dah ada bekalan elektrik. Jadi saya cadangkan juga ditukarkan kepada enjin diesel ini, tukar kepada sistem bekalan elektrik. Itu cadangan saya. Terima kasih.

Terima kasih, mungkin cadangan ni kita… saya pun tak pasti di bawah JAKOA ataupun KPLB. Ini satu cadangan dan pandangan yang baik daripada Kemayan, insya-Allah kita cuba… cuba jalankan jugalah, makna kita sedutlah juga air melalui tube well. Masalah dia, dia bukan sama ada setengah pakai enjin, ada setengah pakai solar kan.

Sikit lagi. Saya pun mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PAIP, yang kalau ikutkan memang luar bidang kerja pun PAIP ni, tapi disebabkan kerana perikemanusiaan bekalan air oleh PAIP dia hah itulah, PAIP, Dato’ PAIP hah, saya ucapkan ribuan terima kasihlah kerana walaupun ruang… luar bidang tugas dia, bila kita bagi masalah orang kampung ni Orang Asli ni, dia tetap hantar tangki air. Sekian, terima kasih.

Terima kasih, yang Rossington tu insya-Allah kita akan cuba bincang. Kalau boleh…boleh dijalankan semula, jalan. Kalau tak jalan, kita carilah ikhtiar lain. Kita letak dalam muzium. Keduanya, saya memang hah ni… membacakan projek-projek ataupun perancangan yang ditulis… yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 bagi tahun ni 2018. Setakat ini sebelum… pada Mei ataupun kerajaan baru ni, kita tidak ada…tidak ada masalahlah tinggal lagi oleh kerana ni ada perubahan sikit dari segi kerajaan jadi insya-Allahlah projek-projek yang telah diluluskan, kita haraplah kementerian kerajaan yang baru ni dapat meneruskan peruntukan-peruntukan yang telah diluluskan bagi mempastikan perancangan-perancangan yang kita rancang ni dapat ni dilaksanakan.

Jadi itulah sedikit sebanyak daripada Jawatankuasa Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli. Sekali lagilah saya ucapkan banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut sama memberikan pandangan. Mungkin ada sebahagiannya yang tidak dapat saya jawab, jadi insya-Allah pihak kerajaan akan menjawab ni secara bertulis dan sekiranya ada yang tertinggal saya rasa bolehlah memaklumkan kepada saya. Jadi sekali lagilah saya menyokong Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan.

[Ayat Al-Quran] Assalamualaikum WBT. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberi laluan dan peluang kepada saya untuk perbahasan menjunjung kasih atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berangkat ke Majlis Perasmian Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pahang yang Ke-14 pada 23hb Julai 2018 baru-baru ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan dan juga Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua Dewan kerana telah dilantik pada penggal ini, dan insya-Allah sama-sama kita doakan

mudah-mudahan perjalanan dewan dari semasa ke semasa dengan baik insya-Allah. Kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail selaku Menteri Besar Pahang saya ucapkan dan dahulukan dengan ucapan tahniah dan syabas sebagai Menteri Besar Pahang yang ke-15. Tidak dilupakan juga kepada Mantan Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob yang telah banyak berjasa kepada penduduk Negeri Pahang selama 36 tahun. Menjadi Wakil Rakyat di pelbagai peringkat jawatan dan portfolio yang dipegang.

Syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta izin inayah pemeliharaannya dapat kita meneruskan agenda memperkasakan rakyat dalam Negeri Pahang. Dalam titah perbahasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang banyak perkara yang telah dibangkitkan, benar-benar satu titah yang cakna rakyat secara menyeluruh. Perubahan landskap politik pada hari ini amatlah perlu agar rakyat terus dan sentiasa berada dalam keadaan aman sentosa dan makmur serta kesejahteraan yang berterusan hasil kebijaksanaan pentadbiran dan pengurusan pihak Kerajaan Negeri Pahang yang satu-satunya selain di Perlis masih lagi kerajaan Barisan Nasional memerintah. [Ahli Dewan menepuk meja] Sesiapapun dan apapun kerajaan yang memerintah, yang pastinya keadilan kepada rakyat itu adalah satu keutamaan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Sebelum saya meneruskan perbahasan Titah Menjunjung Kasih Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, izinkan saya menyentuh sedikit sebanyak persoalan yang dibangkitkan oleh rakan-rakan ADUN Yang Berhormat berhubung dengan portfolio saya pada kali ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya telah membuat semakan berhubung dengan persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Luit berhubung dengan 3 atlet yang telah dikatakan selepas persaraan ya, tidak ada pekerjaan ataupun saraan hidup yang relevan pada ketika ini. Beliau atau mereka ini terlibat temasya Sukan SEA yang lepas telah menyaksikan seramai 3 orang atlet negeri Pahang dari daerah Maran, terpilih mewakili negara dalam acara pencak silat. Dalam acara pencak silat yang telah mempamerkan keputusan yang cemerlang. Atlet-atlet yang terlibat adalah Mohd Taqiyuddin bin Hamid, Rosli Bin Mohd. Sharif dan Siti Farhanim binti Shamsuddin.

Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Luit dan Sidang Dewan yang dirahmati lagi dikasihi Allah sekalian, 2 antara mereka telah bekerja di sektor awam sebagai anggota polis dan seorang bekerja di sektor swasta. Namun sekiranya ada apa jua perkara yang berbangkit, kita sentiasa menadah tangan membuka pintu seluas-luasnya untuk berbincang dan apa jua perkara yang boleh memberi kemaslahatan dan kebaikan kepada mereka atlet-atlet ini. Kerajaan Negeri dan Majlis Sukan Pahang juga ingin menyeru kepada semua agensi perkhidmatan seperti Kerajaan Persekutuan, badan berkanun dan swasta supaya sentiasa membuka peluang dan ruang pekerjaan serta mengutamakan dan menyediakan kuota khas pengambilan bagi bekas-bekas atlet negara untuk berkhidmmat di mana-mana sektor perkhidmatan. Saya ingat perkara itu mengaitkan apa yang telah dibangkitkan ya.

Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua,

ADUN Pulau Manis juga ada membangkitkan tentang insentif kepada Pasukan Tok Gajah yang dinaungi oleh Yang Amat Mulia Presiden PBNP, Yang Mulia Tengku Muda

Pahang. Dan berita ini sungguh menggembirakan para pemain dan saya telah berbincang Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan dalam sesi perbahasan yang lalu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah err… menyatakan hasrat Kerajaan Negeri sememangnya meraikan pemenang-pemenang di kalangan pemain-pemain Tok Gajah ini. Bahkan dalam Sidang Dewan Yang Mulia ini juga, kita sebelum ini, pemain-pemain ataupun Pasukan Tok Gajah telah memenangi beberapa piala seperti Piala Malaysia, Piala Sumbangsih, dan juga Piala Pahang FA err… Piala FA.

Mereka ini telah pun diberikan insentif yang agak lumayan. Ha ini menggambarkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin kepada mereka yang telah mengerah keringat dan juga berkorban masa untuk mengharumkan nama Negeri Pahang. Dan Negeri Pahang telah melakarkan sejarah sekali lagi dengan menjadi juara bagi Pertandingan Bola Sepak Piala FA Malaysia 2018 dengan mengalahkan pihak lawan iaitu negeri Selangor dengan jaringan 2-0 pada 7 Julai 2018 bertempat di Stadium Bukit Jalil, ya. Ini merupakan gelaran ketiga bagi musim 2017 selepas menjuarainya pada tahun 2006 dan 2014 yang lalu.

Untuk makluman Sidang Dewan juga, kejohanan ini telah bermula pada tahun 1990 dengan Negeri Pahang berada kedudukan ke-4 keseluruhan dengan 3 kali kejuaraan dan 2 kali naib juara selepas Selangor, Kedah dan Kuala Lumpur. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan akan menyediakan insentif yang bersesuaian. Namun begitu, sebarang bentuk insentif akan ditentukan oleh Kerajaan Negeri atas kejayaan dan kecemerlangan pasukan Piala FA negeri Pahang pada kali ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya juga ingin mengambil kesempatan dalam Sidang Dewan pada petang yang mulia ini untuk memaklumkan, kami di Majlis Sukan Pahang ya, bahawa pada tahun 2018 ini beberapa kejohanan ya, sukan err… ada yang telah berlangsung serta akan berlangsung. Antaranya kejohanan sukan utama sepanjang tahun 2018 ialah Sukan Komanwel Gold Coast 2018 ya. Kejohanan Sukan Komanwel Edisi ke-21 melibatkan atlet-atlet daripada 71 Negara-negara Komanwel dengan jumlah keseluruhan seramai 4,438 orang bertanding di Temasya Gold Coast 2018 Australia pada 14 hingga 15 April 2018 yang lalu. Bagi kontinjen Malaysia, seramai 178 orang atlet dengan penyertaan 14 sukan berjaya Malaysia menduduki tangga ke-12 daripada 71 negara yang mengambil bahagian.

Dan untuk makluman Sidang Dewan Yang Mulia ini juga, atlet-atlet negeri Pahang ini juga antara penyumbang-penyumbang pingat dalam Temasya Gold Coast di Australia dan yang paling mengagumkan kita, yang mengharumkan nama negara Malaysia khususnya atlet yang datang dan lahirnya dari Rompin, daerah antara daerah berada negeri Pahang iaitu saudara Mohd Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad iaitu telah memenangi satu pingat emas Sukan Angkat Berat kategori 56 kilo gram lelaki. Ini merupakan pingat yang tunggal dimenangi dalam kejohanan ataupun kejuaraan di Gold Coast pada ketika itu. Kontinjen Malaysia telah mencapai sasarannya dengan membawa pulang 7 pingat emas, 5 pingat perak dan 11 pingat gangsa. Daripada keseluruhan pingat tersebut 26 peratus pingat telah disumbangkan oleh atlet negeri Pahang.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Sidang Dewan yang dikasihi sekalian, kita sekarang ini berada di ambang Kejohanan Sukan Asia ke-18 di Jakarta Palembang. Untuk makluman Sidang Dewan, Kejohanan Sukan Asia ke-18 ini yang akan berlangsung di Jakarta Palembang Indonesia akan

err… bermula pada 18 Ogos hingga 2 September 2018 yang akan menumpukan penglibatan atlet program kebangsaan daripada negeri Pahang dalam sukan pencak silat, hoki wanita, badminton, pelayaran dan gimrama. Walau bagaimanapun, negeri Pahang masih menunggu senarai akhir yang akan dikeluarkan oleh Majlis Olimpik Malaysia pada minggu hadapan. Kita amat berharap sama-samalah kita berdoa rakyat Negeri Pahang yang merupakan atlet ini mudah-mudahan berjaya menempatkan diri di dalam kontinjen negara serta berjaya merangkul pingat dalam temasya tersebut.

Dan antara kejohanan yang di ambang juga iaitu Kejohanan Sukan Malaysia Ke-19 di Perak 2018. Sukan Malaysia Edisi Ke-19 Perak ini dijadualkan akan berlangsung pada 11 hingga 22 September 2018 melibatkan 15 kontinjen termasuk negara Brunei Darussalam. Kontinjen Negeri Pahang akan membariskan seramai 435 orang atlet dan 130 orang… 139 orang pegawai serta 40 urus setia serta 25 orang fisioterapi dengan jumlah keseluruhan seramai 639 orang. Untuk makluman sidang baru… Sidang Dewan terutama ADUN-ADUN Yang Berhormat yang baru, kita di Pahang ini Sukan Komanwel er… sukan SUKMA pencapaian paling tinggi emas ialah pada 2012 sebanyak 45 pingat emas, ya.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Berbalik kepada Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang satu perkara yang cukup menarik perhatian adalah cadangan Projek ECRL ataupun East Coast Rail Link. Saya menaruh keyakinan dan harapan yang tinggi. Sudah pasti Kerajan Negeri Pahang yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan terus berusaha bersama Jawatankuasa ataupun Ahli Mesyuarat Kerajaan serta Ahli-ahli Yang Berhormat mudah-mudahan dilangsungkan ataupun dilaksanakan.

Kita harap kerjasama oleh pihak Kerajaan Persekutuan supaya projek yang jarak hampir 600 kilometer yang dijangka siap pada 2024 yang mana menjurus er… kepada ECRL ini ialah untuk penumpang dan juga kargo melibatkan 23 hingga 28 stesen adalah satu projek yang mega. Yang mana pada hemat kita semua ia boleh memberi satu impak sosio-ekonomi yang amat baik di negeri Pahang. Kesinambungan yang ada dengan MCKIP dan juga KotaSAS yang berada dalam satu zon di err… Kuantan, negeri Pahang ini sudah boleh memberi satu fenomena bandar yang berkualiti pada satu masa di dalam negeri Pahang ini dalam masa 10 hingga 20 tahun…

Dato’…

Yang akan datang.

Dato’ di-Pertua, saya mencelah sikit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dari mana? Kemayan?

Boleh? Saya tertarik dengan ucapan daripada pihak kerajaan, Wakil Tioman, tentang pembangunan projek-projek mega ECR… ECR… ECRL ya… ECRL, MCKPP dan juga saya tertarik juga Dato’ Yang Di-Pertua, yang mana ucapan daripada pihak Beserah itu hari contoh sebagai contohnya di MCKPP di MCK (Ahli Dewan menyebut MCKIP) tolong jawab ya. Makna Beserah itu hari dah menyatakan secara faktanya ya, daripada jumlah pekerja sebanyak 7,000… 7,000 orang, cuma 2,000 orang saja rakyat tempatan yang digunakan oleh syarikat ya, selebihnya tu orang luar, pekerja-pekerja luar negara. Dan kita… memang kita rasa bersyukur projek-projek mega banyak akan datang masuk ke Pahang. Jadi dalam masa yang sama saya menyeru kepada pihak kerajaan supaya ambil beratlah ya, pasal penggunaan tenaga ni tenaga kerja ni. Kalau boleh kita hendak lebih daripada 50% adalah pekerja tempatan selebihnya pekerja asing kalau… kalau itulah. Ini pandangan saya. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, saudara ADUN Kemayan kita ni ya. Di Kemayan ni ada laluan ECRL ada tak nanti?

Di Kemayan ni Dato’ Speaker cuma laluan kereta api kargo je.

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua,

Saya kira kerajaan sentiasa memikirkan yang terbaik untuk penduduk dan rakyat negeri Pahang ini. Apabila mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang bertitah supaya Kerajaan Negeri sentiasa cakna kepada rakyat negeri Pahang, sudah pastilah 50% ke 70% itu menjadi satu orang kata bench mark untuk kita meletakkan kemaslahatan ataupun kebaikan kepada rakyat negeri Pahang. Insya-Allah Kerajaan Negeri akan melihat perkara itu.

Saya melihat perkara ini bukan setakat 50% kalau boleh kita hendak 70% dalam pembinaannya cuma bahagian yang kepakaran ataupun specialization dengan izin mungkin itu melibatkan profesional ataupun bidang masing-masing. Yang Berhormat Dato’ Sharkar ada nak bercakap apa-apa ke? Wakil Kerajaan ni. Jadi ECRL ini akan menghubungkan tiga negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan dan saya yakin ya, apabila saya melihat contohnya di err… Airport Pudong China baru-baru ni saya naik sendiri kereta api laju Moscow ke St. Petersburg dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua. Tengok bola ya, Exco Belia Sukan.

Jadi dari sana saya melihat memang kita perlu dan agenda yang dibawa oleh Mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri satu ketika dahulu adalah satu perancangan yang terbaik untuk pantai timur khususnya di negeri Pahang. Kalaulah di Pudong tu… Airport Pudong China, dia mengambil masa 280 kilometer sejam di St. Petersburg… Moscow to Petersburg 280 kilometer sejam lebih kurang saya yakin dan percaya dengan sistem teknologi yang tinggi yang berimpak tinggi ini saya difahamkan dari Kuantan ke Kuala Lumpur hanya sejam setengah lebih kurang.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Mintak celah. YB... er… pihak kerajaan kerana berdasarkan pelan ECRL, sebenarnya ia bukan HSR… tak bukan… ia bukan High Speed Railing ia hanya macam KTM, ETS, maksimum per hour yang kilometer adalah 120 saja, tak sampai 280. Ini adalah informasi pihak kerajaan mesti tahu. Thank you.

Terima kasih ADUN Tras. Mengambil kira keadaan ini saya yakin dan percaya Kuantan akan menjadi hab yang terbaik di pantai timur ini insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua,

Saya juga mengharapkan supaya kerajaan PH meneruskan perancangan ini dan sudah semestinya kita mengharapkan bukan ECRL saja tetapi projek-projek lain. Kebetulan pula dalam portfolio Exco Belia Sukan ini, Sumber Manusia dan juga badan-badan bukan kerajaan, saya melihat sebagai contoh kelulusan yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan yang terdahulu litar lumba di Jengka 23. Sebanyak RM40 juta dan kawasan pun kita telah kenal pasti Wakil Kerajaan Negeri, ADUN Kerdau melompat-lompat makna kegembiraan untuk anak-anak muda di sana tapi akhirnya bila berlaku landskap, saya nak pinjam kata-kata Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang… landskap politik dah berubah, kita harap perkara ini tidak menjadi halangan untuk diteruskan rancangan melibatkan litar lumba ini. Bahkan bukan litar lumba sahaja, Kompleks Sukan di Tanjung Lumpur sebanyak RM30 juta… RM15 juta ke RM30 juta juga telah dibuat kerja awalan Kerajaan Negeri dengan semangat yang tinggi menyokong penuh dengan keluasan hampir 15 ekar dan kita harap perkara ini Kerajaan Negeri akan terus membawa err… hasrat supaya Kerajaan Persekutuan melaksana dan meneruskan projek ini.

Begitu juga perkara-perkara melibatkan jalinan jalan-jalan raya y,a yang melibatkan di Gambangnya err… bekalan air bersih di Pulau Tioman, Airport di Pulau Tioman dan pelbagai lagi kita harapkan kelestarian dan juga perancangan ini menjadi kenyataan hasil kerjasama insya-Allah Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, saya tidak bercadang berucap panjang saya nak beri laluan kepada sahabat-sahabat saya yang lain dengan kata-kata ini saya mohon menyokong Titah…

Mohon mencelah sedikit.

Ya saya.

Terima kasih Dato’ Sri Yang Di-Pertua, err… saya nak menyebut balik tentang atlet di kampung saya ni Norfazlina binti Abdul… Abdullah Sani, dia memang tak ada bekerja lagi dan Siti Farahanim binti Shamsudin tu dia tadi Yang Berhormat Tioman menyebut dia kerja swasta tapi ialah ni nama… namanya swasta nampak sedap lah tapi kalau ikut Bahasa sebenarnya dia kerja gitu-gitu. Maknanya orang ajak buat teh tarik, buat teh tarik orang ajak gi kebun, gi kebun. Jadi saya kategorikan sebagai tak ada kerja

jugalah. Kemudian Muhammad Taqiyuddin… Muhammad Taqiyuddin ni dia baru dapat polis, baru jadi apa ni training latihan kepolisanlah, rekrut. Hah itu 3 rekod yang pada saya dan seorang lagi saya tak simpan rekod saya dengar dia pun jadi polis. Jadi mohon yang 2 atlet tadilah saya nak serah balik kepada Kerajaan Negeri dalam keadaan yang sangat sempurna. Jadi bolehlah dimanfaatkan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua, saya ingat ADUN Luit pun boleh memberi kerjasama mungkin boleh lantik staf di pejabat ADUN ke ataupun pegawai khas kita beri sokongan penuh. [Ahli Dewan menepuk meja] Walau bagaimanapun, saya sendiripun ingin berkenalan dengan atlet tersebut. Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua, saya meneruskan balik bahawa saya dengan ini mohon menyokong Titah Ucapan Kebawah Duli Pemangku Raja Pahang. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat dari Pihak Kerajaan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi. Silakan.

[Ayat Al-Quran]. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang untuk bersama-sama rakan-rakan Ahli-ahli Dewan yang lain berbahas dalam Usul Menjunjung Kasih di atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berangkat dan bertitah merasmikan Persidangan kita pada kali ini.

Di kesempatan ini juga, izinkan saya Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua untuk mengucapkan tahniah di atas pelantikan semula Dato’ Sri Timbalan dan Timbalan… Dato’ Sri Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua selak… untuk mengendalikan, menguruskan perjalanan dewan kita ini dan juga ingin saya bersama-sama rakan-rakan yang lain untuk merakamkan ucapan tahniah dan keyakinan serta sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Wakil daripada Jelai.

Jadi, ini iltizam kita [Ahli-ahli Dewan menepuk meja] dan pastinya bila ada yang baru, kita tidak lupa pada yang lama, Wakil daripada Pelangai yang bagi saya bukan sahaja seorang bos tapi seorang er… guru, seorang pemimpin dan adakalanya seorang abang dan macam ayah yang sebenarnya banyak membantu saya secara peribadi dan rakan-rakan lain Ahli-ahli Dewan. Saya percaya bukan saja dalam urusan kita di dewan, bukan sahaja urusan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bahkan dalam soal berurusan dengan rakyat. Jadi, ini satu penghargaan yang tak terhingga daripada diri saya sendiri, Yang Amat Berhormat Yang di-Pertua.

Kepada rakan-rakan ADUN, saya ucapkan tahniah kepada… daripada saya bagi yang telah beberapa penggal, yang baru sepenggal. Jadi, kita bersama di sini pastinya untuk satu tujuan untuk membawa kebaikan kepada semua. Satu perkara yang mudah saya rasa untuk kita boleh pegang secara bersama adalah ini soal amanah walaupun Parti Amanah tidak diwakili dalam dewan ini tetapi saya percaya ini adalah menjadi teras kepada perkhidmatan kita di sini.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Di dalam Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang beberapa perkara yang disentuh berkaitan dengan portfolio saya. Pertamanya berkaitan dengan kemudahan asas jelas mendapat keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berharap agar pembangunan infrastruktur di negeri ini dapat dilaksanakan dengan perancangan yang teliti dan berterusan.

Di samping itu juga, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku memberi sokongan penuh terhadap keputusan kerajaan persekutuan untuk mengkaji semula kos pembinaan ECRL namun tetap menegaskan betapa pentingnya projek ini untuk pembangunan negeri Pahang dan juga pembangunan sosioekonomi rakyat negeri ini. Turut ditegaskan er… di sini adalah dalam usaha kita membangunkan ini, kita tidak boleh bertolak ansur dalam soal kebersihan, dalam soal penjagaan alam sekitar kerana apa yang kita ada pada hari ini, harus kita… kerana kita perlu mewariskan kepada generasi akan datang. Dalam aspek pembangunan infrastuktur khususnya jalan, kita mendapat pandangan beberapa Ahli-ahli Dewan terhadap apa yang telah disampaikan oleh pihak kerajaan selama ini.

Pertamanya, Wakil daripada Padang Tengku membangkitkan satu perkara yang amat serius bukan sahaja soal jalan tetapi soal keselamatan pengguna jalan raya dan insya-Allah pihak kerajaan ambil maklum di atas perkara yang dibangkitkan itu dan kita bercadang untuk memperhalusi isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Tengku dan ini bukanlah bermakna, kita boleh pergi kepada semua tempat di setiap lapangan tetapi kita harap melalui perhatian serius yang kita berikan dalam hal yang berlaku di Padang Tengku ini mungkin boleh menjadi satu panduan untuk kita meningkatkan sistem penyampaian kita dan sekiranya kita perlu innovate, kita membuat inovasi dalam sistem-sistem yang sedia ada ini akan kita laksanakan.

Seterusnya, ingin saya berkongsi dengan Sidang Dewan Yang Mulia ini, pembangunan, penyenggaraan jalan di Pahang ini disampaikan atas dua tajuk utama iaitu jalan persekutuan dan juga jalan negeri. Jalan negeri ini meliputi jalan-jalan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan dan juga jalan-jalan kampung. Jalan persekutuan yang sedang disenggarakan oleh pihak kerajaan adalah sepanjang 3,800 kilometer 3,866 kilometer dan jalan negeri adalah sepanjang 17,023 kilometer.

Kerajaan juga selain daripada membina jalan-jalan yang baru, turut mewujudkan sistem penyenggaraan berjadual untuk memperbaiki kualiti jalan-jalan yang ada di negeri Pahang ini. Untuk jalan persekutuan, negeri dan jalan kampung melalui perkhidmatan ataupun bantuan perkhidmatan syarikat-syarikat konsesi dan sehingga kini ataupun untuk 2 tahun ini, kerajaan berbelanja sebanyak RM160 juta untuk menyenggarakan jalan-jalan persekutuan pada tahun yang lalu dan RM180 juta untuk jalan-jalan negeri. Kerajaan juga daripada semasa ke semasa akan terus mencadangkan jalan-jalan baru dan menyenggara jalan-jalan yang dirasakan perlu dibaik pulih kualitinya.

Seterusnya, beralih kepada perkhidmatan bekalan air. Kerajaan amat faham dan menyedari akan perbekalan perkhidmatan air ini amat penting dalam kita menjamin kesejahteraan rakyat. Pelbagai usaha yang sedang, yang telah sedang dan akan dibuat sekarang ini, sedang dirancang dan perkara ini juga mendapat perhatian daripada sebahagian besar Ahli-Ahli Dewan, tapi sebelum saya respons kepada perkara-perkara yang dibangkitkan, Dato’ Sri Yang di-Pertua izinkan saya berkongsi pandangan Sidang Dewan berkaitan dengan masalah bekalan air ini yang sebenarnya bukan sahaja dihadapi oleh orang Cheka, bukan sahaja dihadapi oleh orang Guai

tetapi kalau kita membuat pembacaan-pembacaan yang lebih mendalam, kita dapati sebenarnya dunia hari ni berhadapan dengan ancaman krisis bekalan air bersih.

Ini boleh kita tengok dalam pelbagai jurnal. Antara masalah-masalah ataupun punca-punca kepada masalah bekalan air ini yang pertamanya masalah perubahan iklim dunia, masalah pertambahan penduduk, air bawah tanah, masalah kemudahan-kemudahan air yang sedia ada, yang dah lama dan perlu ditambah baik, kawasan-kawasan tadahan air yang telah berkurangan dan perkara ini tadi sebenarnya turut disentuh oleh Wakil Pelangai yang sebenarnya membantu saya menyimpulkan masalah kita juga sebenarnya, masalah pembaziran air, masalah harga air bersih yang tidak signifikan dengan model bekalan air sekarang.

Jadi, ada macam-macam masalah. Jadi walau bagaimanapun, walaupun kita ada masalah ini, kita tidak pernah berniat untuk mengabaikan. Walaupun dari segi ekonominya dia tidak ekonomikal, walaupun dari segi perniagaannya PAIP sentiasa menanggung rugi dan kita menanggung hutang tapi ini harus kita faham.

Kita mengalu-alukan pandangan, kritikan Ahli-ahli Dewan dan juga masyarakat dalam soal penyampaian perkhidmatan kita ini tapi asas yang perlu kita faham bahawa ini adalah satu masalah dunia hari ini dan masalah dunia ini bukan sahaja difahami oleh kita, bukan sahaja oleh kerajaan negeri. Pihak persekutuan juga mengambil maklum, atas sebab itulah maka Akta Industri Perbekalan Air 2006 diperkenalkan dan hasil daripada pewujudan akta ini, maka pihak kerajaan persekutuan mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ataupun SPAN dan juga pewujudan perbadanan ataupun Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), ya.

Jadi, kedua-dua institusi ini bukan sahaja nak membantu negeri Pahang tapi kalau kita tengok, kita google, kedua-dua organisasi peringkat persekutuan ini sebenarnya dia membantu hampir seluruh apa ni er… operator-operator perbekalan air di peringkat negeri di Malaysia ini. Maknanya hari ini kita boleh mengkritik…

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Minta laluan sikit. Terutama sekali saya ucap terima kasih kepada Yang di-Pertua dan juga Exco. Saya tertarik tadi macam sumbangan kata dia oleh persekutuan. Kita nak mengucapkan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri, saya nak rujukkan di Lipis lah umpamanya, kelulusan telah diberikan untuk menyelesaikan masalah air ini dan kita yakin kalau kita berterusan memerintah itu kita dapat selesaikan sedikit sebanyak isu. Misalnya di Kampung Chegar Perah, telah diluluskan sebanyak RM28 juta sistem bekalan air retikulasi, di Benta RM70 juta, Kampung Mela, Kerambit RM50 juta, bina baharu loji air Sungai Jelai RM18 juta. Dan perkara ini sebenarnya diluluskan. Dan setengahnya dikatakan telah ditender pun. Tetapi apa yang saya ingin dapatkan penjelasan kepada pihak kerajaan kedudukannya sekarang ni yang telah ditender tu macam mana? Yang belum tu jangan kira ni, yang… yang telah ditender tu. Sebab dari segi kerjanya kita tak nampak lagi dan rakyat sedang tertanya-tanya dan kita harap kerajaan yang baharu yang memerintah ni sebab kita dituduh tadi sebagai kerajaan yang rejim yang zalim oleh pihak apa nama ni Triang ada menyebut tadi.

Saya kira ini satu tuduhan yang cukup bahaya, cukup hebat, cukup berat. Ya, saya nak mintak tarik balik ataupun memberi kenyataan tapi sebenarnya Kerajaan Persekutuan dulu dari 60 tahun kita memerintah, dah banyak benda kita buat satu persatu. Saya tak nak ulang apa namanya… nak ungkit apa yang telah dibuat oleh kerajaan, malah kita duduk di sini pun, kita boleh bekerja, kita boleh cari makan, kita

boleh berpelajaran semuanya kerana sumbangan yang telah diberikan oleh pemerintah kita sejak 60 tahun… 61 tahun yang lepas. [Ahli Dewan menepuk meja]

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Mintak laluan boleh ke?

Dato’ Mustafa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Ya?

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Ya. Mintak laluan, boleh?

Dato’ Mustafa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Tak de. Ada pulak… bukan saya ni, mintak dengan...

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Tak… tak, saja nak tau…

Dato’ Mustafa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

No! No! Duduk dulu. Ini bukan… saya tak boleh bagi. Sekarang pun saya dapat ihsan Wakil daripada Guai ya. Saya nak beri penjelasan di sini apa yang dimaksudkan dengan… dengan apa nama tadi… rejim 61 tahun yang zalim itu. Sedangkan kita boleh sebut satu persatu jasa-jasa yang telah dibuat oleh pihak kerajaan kita. Itu saya sebut yang baharu ni, yang diluluskan oleh pihak kerajaan saya dengar banyak projek-projek ni sedang sangkut sekarang ni, yang tidak dapat dijalankan dan sebagainya. Terima kasih.

Terima kasih Yang di-Pertua. Jadi soal rejim zalim itu kita bincang dalam er… apa… perbincangan yang lain. Saya… tapi walau bagaimanapun secara peribadi saya rasa…

Dato’ Mustafa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Saya mintak dia tarik balik tu dulu. Nak mintak dia tarik balik.

Yang di-Pertua (Speaker)

Mintak Yang Berhormat teruskan.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Boleh tanya 1 soalan ke?

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat minta teruskan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya fikir itu satu tuduhan yang sebenarnya saya pun tadi kalau boleh nak mencelah tetapi tak berkesempatan. Kerana apa er… ini satu proses demokrasi adakah Wakil Triang mengatakan bahawa pertukaran apa er… tampuk pemerintahan kerajaan di Amerika, di England, di Great Britain, di negara-negara lain, Singapura tu apabila satu kerajaan yang kalah itu kerajaan yang zalim. Jadi saya fikir pihak Yang di-Pertua menggunakan kebijaksanaan yang bersesuaian dalam kita menguruskan bahasa-bahasa yang… yang baik, yang sesuai untuk dinyatakan. Itu… Yang di-Pertua izinkan saya…

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Dato’ Yang di-Pertua,

Tanya tentang air er… bukan tentang yang lain. Er… Dato’ Sri Yang di-Pertua saya ingin jugak bertanya bahawa, adakah negeri Pahang telah mula proses pengambilan aset air oleh pusat dan jika tidak, apakah kekangannya, apakah rintangannya yang membuatkan kita telah bertahun-tahun menunggu tetapi dimaklumkan oleh ADUN Pelangai tadi bahawa hutang dah mencecah RM2 billion dengan air sahaja. Dan saya pun rasa pelik mengapa sebelum ini er… mantan Perdana Menteri memang dari Pahang tetapi tidak dapat menyalurkan bantuan kurangkan hutang ataupun tidak dapat membantu menyelesaikan masalah asas air ni. Jadi mintak penjelasan.

Masalah rejim dan zalim dan masalah pendu… Perdana Menteri daripada Pahang ni sebenarnya saya rangkumkan satu kefahaman Dato’ Sri, ini adalah sistem penyampaian. Jadi kalau kita nanti Yang Berhormat suatu hari nanti menjadi Perdana Menteri, tak akan nak bagi orang Semambu segalanya. Kerana sistem penyampaian ini bukan bergantung kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semata-mata. Ianya membabitkan kementerian yang lain contohnya dalam hal perbekalan air kita ada Kementerian Luar Bandar, kita ada Kementerian Air, Tenaga dan Sumber Asli, Tanah dan Sumber Asli kementerian yang baharu. Mintak maaf Dato’ Yang di-Pertua.

Dato’ Mustafa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Saya… saya tak puas hati lagilah. Sebabnya sekarang ni… setuju tak kita nak mintak er… Kemayan eh… Kemayan pulak. Kemayan mesti setuju punya untuk tarik balik ni. Walaupun tadi er… Exco kita dah mintak kebijaksanaan daripada Tuan Speaker. Sebab bagi ni… bagi saya tuduhan yang… yang cukup beratlah. Sebab tu saya sebenarnya daripada dulu… tadi tak senang betul ni. Lagi saya tak lepas perkara ni…

Dato’… Dato’ Yang di-Pertua..

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat… Yang Berhormat Triang.

Dato’… Dato’ Yang di-Pertua, sekejap Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila duduk. Saya… boleh tak gunakan perkataan yang sesuai ataupun tarik balik?

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Tadi saya cuba membuat penjelasan bahawa penduk… pengundi memilih Pakatan Harapan untuk menjadi kerajaan, bukan semata-mata mereka suka janji Pakatan Harapan sebab mereka sudah rasa, mereka sudah rasa sendiri selama 60 tahun diperintah Barisan Nasional, mereka sudah rasa sendiri apakah kesusahan yang dialami. Saya rasa perkataan yang saya gunakan itu untuk pendirian er… persendirian saya.

Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Pendirian persendirian saya. Mintak maaf. Sorry. Pendirian persendirian saya. Jadi di dewan ini… di Dewan Yang Mulia ini kita bebas bersuara. Sekiranya ADUN-ADUN, rakan-rakan tidak bersetuju dengan pendirian saya, saya boleh menerima, tetapi saya rasa menghormati pendirian saya jugak. Terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya rasa wakil Triang tidak faham. Kita memang ada kebebasan bersuara tetapi ada beberapa limitasi yang harus kita ingat sebab kehidupan ini, kenapa dewan ini diwujudkan, kerana kita hendak membentuk perundangan, peraturan. Jadi sekiranya kita selaku Ahli Dewan ni tak mampu nak mengikut aturan bagaimanakah rakyat di sana hendak mengikut aturan. Kalau benar…

Guai, mintak rujuk...

Yang kita ni satu kerajaan yang zalim Dato’ Sri Yang di-Pertua. Mana mungkin… mana mungkin kita ni boleh kalah dalam pilihan raya kerana kita ada…

Mohon laluan Guai... laluan Guai. Saya begini, saya semalam pun dah ada sejarah, ya. Bila saya salah guna kata perkataan saya, Yang di-Pertua mintak saya tarik balik, mintak maaf. Saya tarik balik. Mintak maaf. Saya mintak maaf, betul tak semalam ni

er… Semantan? Saya mintak maaf saya salah guna ayat. Kalau sekarang terjadi pada Triang, Triang juga harus mintak maaflah. Apa susah mintak maaf… ini mintak maaf pun susah.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Tadi saya diminta tarik balik tetapi sekiranya perkataan ni menyinggung perasaan rakan-rakan daripada Barisan Nasional saya boleh mintak maaf. Tetapi saya rasa ini persendirian… pendirian persendirian saya.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Ya, mintak… mintak laluan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat… Yang Berhormat Triang bersetuju mintak maaf, ya?

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Saya rasa…

Yang di-Pertua (Speaker)

… bersetuju minta maaf?

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Mintak laluan… saya rasa… saya rasa sekiranya pihak kerajaan tidak setuju perkataan itu rejim you… pihak kerajaan boleh menggunakan fakta untuk balas. Ini adalah debat. Terima kasih Yang di-Pertua.

Mintak maaf dan menarik balik.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tarik balik perkataan zalim.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, menjawab kepada persoalan…

Dato’ Mustafa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Bahawa saya Triang tarik balik… selagi tidak…

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa ini dah cukup, tak perlu nak berkata-kata lagi… itu Wakil daripada Padang Tengku. Cukuplah ini.

Sekarang ni kita tak cakap soal Bilut, kita bercakap soal satu perkataan zalim, yang kena bukan sahaja kepada kami di sini. Kalau Wakil Guai ni zalim dah mesti Wakil Guai tak boleh dapat duduk berada dalam kerajaan 2 penggal.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Ada 2 permintaan di sini. Yang pertama minta saya tarik balik, yang kedua cadangan dari Kemayan minta saya minta maaf. Jadi saya sudah menegaskan bahawa sekiranya saya menyinggung perasaan, saya sanggup mintak maaf atas perkataan yang digunakan. Tetapi janganlah paksa saya tarik balik sebab ini pendirian persendirian saya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, pihak kerajaan sila jawab. Saya bersetuju dengan perkataan minta maaf. Silakan.

Soalan yang dibawa oleh er… Semambu tadi soal er… kenapakah soal hutang RM2 billion ini masih belum diselesaikan. Dahulu er… kerajaan kita ni Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan daripada satu parti yang sama dan pada ketika itu sistem penyampaian kita sangat asas, banyak perkara kita belum dapat perincikan. Ataupun kalau boleh saya buat satu perbandingan mudah Dato’ Sri Yang di-Pertua, kalau dulu jalan raya ni sebelum ada batu, sebelum ada tar, sebelum ada garisan dan sebelum ada sistem lampu isyarat, orang tetap lagi menggunakan jalan dan boleh berpakat. Tetapi hari demi hari sistem jadi semakin er… lebih lengkap, lebih terperinci. Dan soal perbekalan air ini zaman dahulu kita, bahasa kitanya ni Dato’ Sri Yang di-Pertua, lebih kuranglah give and take dengan izin.

Jadi bercakap tentang penyampaian perkhidmatan bekalan air ini di negeri Pahang ni kita tau satu negeri yang besar dan sebahagian besar daripada negeri kita ni er… kedudukannya di luar bandar. Jadi dalam soal tanggungjawab er… membekalkan perkhidmatan bekalan air ini sebenarnya turut disampaikan oleh pihak persekutuan. Jadi apabila segalanya… apabila kita nak buat penstrukturan semula ni kita nak letakkan segala hutang-hutang itu di atas Kerajaan Negeri, kita merasakan adalah tidak adil. Ini bukan soal Yang Amat Berhormat Menteri Besar dahulu rasa tak setuju ataupun Menteri Besar sekarang rasa tidak setuju kerana hutang yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri ini nanti akan kita turunkan kepada rakyat negeri Pahang generasi yang akan datang. Jadi sebab itu kita rasa kita patut berunding. Jadi dalam hal ini bukanlah soal kita er… bila kita ambil balik, kita… kita serahkan apa ni er… aset-aset kita ini kepada hak

Mintak laluan

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Yang Berhormat Menteri Besar

Terima kasih Wakil kerajaan daripada Guai, saya cuma nak maklum sikit je berkenaan dengan air yang dibangkitkan oleh Semambu. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Semambu buat pada masa ni Perbadanan Air Pahang sedang membuat satu kertas pengstrukturan semula air, yang kita akan hantar kepada Kerajaan Pusat dan sekiranya er… segalanya berjalan dengan lancar, RM2.1 billion itu akan diabsorb oleh pihak pusat, maknanya hutang kita makin kurang lah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih ADUN Guai Wakil kerajaan.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembantu…penjelasan itu tadi. Jadi kita walaupun umumnya kita sudah angka… ada angka itu, jadi apabila Kerajaan Negeri membuat keputusan dasar, kita akan memperhalusi apa yang boleh sebenarnya daripada awal lagi tak sepatutnya berada dalam akaun kita, sepertimana kata Wakil Pelangai tadi soal keselamatan, itu dibawah bidang kuasa tanggjungjawab Kerajaan Persekutuan. Apabila banjir, takkan lah Kerajaan Negeri nak pegang poket tak boleh keluar duit, sedangkan keadaan rakyat sengsara, kita keluar dulu, kita belanja dulu ha itulah saya katakan tadi soal kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Izinkan saya untuk memberikan maklum balas kepada beberapa perkara yang dibangkitkan sedikit sebanyak yang ada di sini berkaitan dengan Loji Kechau yang dibangkitkan oleh Wakil daripada Cheka. Er… saya difahamkan bahawa kerajaan persekutuan telah er… mengarahkan supaya projek ini ditangguhkan sehingga ke satu masa yang akan dimaklumkan yang kita tidak pasti lagi.

Masalah bekalan air di Mentakab ya, juga dalam perhatian kita sememangnya pihak er… PAIP yang mana saya katakan tadi sentiasa merancang untuk menambahbaik perkhidmatan yang ada dan kekangan kita yang utama adalah soal kos. Masalah bekalan air di Batu Balak dibangkitkan oleh Wakil Tahan er… saya difahamkan di situ penduduknya hanyalah 20… lebih kurang 20 keluarga, 50 keluarga dan masalah sebelum daripada ini untuk kita menyampaikan perkhidmatan itu ke Batu Balak er… kita tidak ada jalan untuk akses untuk kita pasang paip ke sana. Jadi saya difahamkan oleh Wakil kerajaan daripada Pulau Tawar apabila siapnya jambatan itu nanti, insya-Allah PAIP akan membina saluran yang akan kita er… sampaikan bekalan air ke Kampung Batu Balak. Itu juga saya difahamkan memakan kos yang agak besar, jaraknya lebih kurang 7 kilometer kalau tak salah saya. Jadi dengan itu kalau nak kira untung rugi, kalau berniaga Wakil Tahan memang tak untung, rugi sokmo lah. Jadi itulah cerminan kepada apa masalah yang sebenarnya ditanggung oleh PAIP selama ini.

Dato’ mohon laluan

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila

Dato’ Yang di-Pertua,

Terima kasih Guai. Er… boleh tak kalau saya dapat tahu anggaran jangka masa berapa lama agak-agaknya la er… sebab saya balik orang kampung, nak kabo ke orang kampung ni, nak bawak berita gembira kepada orang kampung. Terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Kita risau jugak untuk membuat janji-janji ini, dia mungkin boleh sampaikan kepada saudara-saudara kita di Tahan itu, bahawa kerajaan maklum tentang permasalan yang ada ni, keperluan asas yang diperlukan ini, jadi kalau saya nak membentangkan cadangan apa ni paip tu berapa jangka masanya saja tak boleh juga, dia bergantung kepada berapa jangka masa jambatan tu nak siap. Kadang-kadang buat jambatan besar, boleh siap cepat, kadang-kadang buat jambatan kecil pun tak siap-siap. Jadi rasanya er… untuk buat masa ini kita…kita akan tengok macam mana progress er… pembinaan jalan itu dan insya-Allah Yang Berhormat daripada masa ke semasa boleh berhubung dengan PAIP.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Izinkan saya beralih kepada kemudahan asas perkhidmatan bekalan elektrik. Er.. isu yang dibangkitkan oleh rakan kita daripada Jengka soal, sila

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Minta tanya, tadi saudara sudah jawab tentang keadaan loji air di Kechau. Bagaimana status pulak untuk loji air di Sungai Jelai dan juga di Mela. Masih lagi belum dijawab. Terima kasih.

Jadi er… segala yang dibangkitkan ini sepertimana yang saya katakan tadi sememangnya dalam perhatian, dalam perancangan tetapi sekarang ini sepertimana disebut oleh apa Yang Amat Berhormat Menteri Besar, yang…yang Wakil daripada Pelangai mantan Menteri Besar. Kita hari ini hasil kita dengan apa kos yang kita terpaksa keluarkan setiap bulan itu, kos melebihi pendapatan. Secara ringkasnya kita ada defisit er… sebanyak lebih kurang RM11 juta sebulan, ya bayangkan. Jadi kita cuba se…sebaik mungkin dan kita juga cuba untuk er… pergi ke pihak kementerian… kementerian yang berkaitan untuk kita memastikan bahawa demi rakyat kita akan berikan kerjasama terbaik supaya apa saja yang perlu boleh disampaikan Yang Berhormat.

Berbalik kepada masalah bekalan elektrik di Jengka. Yang Berhormat bekalan elektrik di Malaysia ini umumnya disampaikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Khususnya di Jengka memang TNB lah yang menyampaikan er… perkhidmatan bekalan elektrik. Jadi walaupun kita ada akta, ada apa ni undang-undang, tapi akhirnya segalanya

diperhalusi dan dibuat dalam bentuk garis panduan dan diterjemahkan dalam borang permohonan er… bekalan elektrik itu. Jadi sekiranya apa yang diminta didalam apa borang itu tak dapat dipenuhi, yang itu yang mungkin boleh menimbulkan masalah. Sebagai contoh sekiranya Yang Berhormat premis rumah ataupun kedai pemohon itu dalam status yang tidak sah, tak tau pemiliknya siapa ya, jadi ia akan menyusahkan pihak TNB untuk menyampaikan bekalan. Contohnya kalau dia masuk tanah orang dia buat rumah, satu hari apabila berlaku apa sahaja kemalangan dan sebagainya tuan tanah itu mungkin dari segi undang-undang perundangannya boleh mengambil tindakan undang-undang pula kepada TNB, sebagai contoh, jadi tidak adil untuk kita menghakimi masalah pengundi-pengundi Wakil daripada Jengka.

Tapi bawaklah masalah itu melalui saluran-saluran yang sepatutnya sepertimana yang saya katakan tadi. Biarlah kita di sini kita menyelesaikan soal dasar, sekiranya segala proses yang sepatutnya itu telah dilalui dan kita dapati apa saluran-saluran perkhidmatan kita ini tidak berfungsi dengan sempurna yang perlu kita inovasikan dan di sini lah medan yang terbaik untuk kita bincang, sampailah kepada peringkat yang mana kita merasakan perlukan enakmen, perlunya perubahan akta, ni kita bawaklah melalui rakan-rakan kita apa ni di parlimen ya. Jadi ringkas kata Yang Berhormat kita cuba selesaikan masalah wakil di err… Wakil Jengka ni tadi.

Seterusnya berkaitan dengan er… lampu jalan. Lampu jalan ini jugak satu perkara yang agak complicated… komplikasi juga sifatnya kerana er… penyampaian peruntukan ini disalurkan oleh Kementerian Luar Bandar dan juga er… oleh Kementerian Tenaga Sains Teknologi dan Alam Sekitar pada ketika itu. Tapi dari segi penyelenggaraannya untuk memastikan bekalan elektrik itu sampai kalau mentolnya terbakar nak dinyalakan balik dan tindakan itu diambil oleh TNB. Jadi saya harap apa-apa sahaja yang permasalahan yang timbul, kalau TNB minta nombor tiang tu betullah, tapi kalau itu dia kata susah dan sebagainya, jadi saya, kita akan tengok baliklah kita akan minta apa TNB mungkin inovasikan balik sistem dia itu macam mana boleh memudahkan rakyat buat apa ni buat pengaduan, takut-takut nanti sesetengah service provider atau penyampai perkhidmatan kita nak mudah online, ha tu lagi susah itu juga satu…satu perkara yang kita kena fikirkan secara bersama khususnya di negeri Pahang ini satu negeri yang masih lagi sebahagian besarnya berada dalam kedudukan luar bandar.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Akhir sekali potfolio yang saya er… dipertanggungawabkan sekarang ini adalah sistem penyampaian perkhidmatan dan inovasi. Sebenarnya daripada masa ke semasa kita sentiasa membuat penambahbaikan dalam sistem penyampian kita, prosedur-prosedur yang ada kita cuba tingkatkan lagi kecekapannya dan yang terkini kita ingin merakamkan penghargaan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Dato’ Sri Menteri Besar kerana awal-awal lagi kita telah bukan sahaja kita apa bercakap tapi kita telah telah membuktikan bahawa dalam proses perm… pengurusan tanah kita telah innovate daripada satu satu sistem yang mana sebelum ini masa penyampaiannya adakalanya berbulan-bulan sekarang ni kita cuba buat dalam masa er… mungkin 2 hari, tapi ni bukanlah satu sistem yang sempurna. Ini satu komitmen satu, satu keazaman kerajaan. Saya harap semua pihak boleh memberikan kerjasama. Jadi akhir sekali, er… dalam…

Mohon laluan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Mohon laluan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Guai. Pertama sekali saya minta maaf kepada Guai kerana sepatutnya saya tanya di awal tadi tapi saya baru teringat iaitu berkenaan dengan menaiktaraf jalan. Er… pada bulan 5 yang lalu. Kira-kira sebelum pilihanrayalah, saya dapat maklum bahawa telah diadakan satu majlis pecah tanah projek menaiktaraf Jalan Kampung Rebus ke Kampung Doje melalui simpang Sungai Retang. Dengan anggaran belanja RM70 juta. Jadi saya nak tau dari sudut status projek ini, bila bermula dan bila akan er…sempurna. Terima kasih.

Yang… Yang di-Pertua, saya, di tangan saya ini dibekalkan oleh Jabatan Kerja Raya senarai jalan-jalan yang sedia ada Persekutuan dan Negeri dan cadangan-cadangan. Jadi kalau saya nak belek mencari satu persatu tidak adil pada Sidang Dewan jadi Yang Berhormat lepas ni boleh lah kita belek sama-sama.

Er… akhir sekali dalam sistem penyampaian awam ini er… kita ingin mengajak seluruh isi dewan, jabatan kerajaan dan rakyat untuk membudayakan inovasi. Orang kita ni Dato’ Sri Yang di-Pertua bila sebut inovasi tu macam satu perkara yang berat sangat, mesti duduk dalam makmal ya, ada test tube dan akhirnya kita nak menghasilkan satu mesin baru atau peralatan baru. Tapi satu perkara yang kurang kita beri perhatian dalam inovasi ini adalah inovasi dalam sistem penyampaian, dalam sistem pengurusan. Sebelum kita membuat inovasi, ya kita memerlukan penyelidikan. Aktiviti penyelidikan juga sebenarnya kurang diberikan perhatian oleh organisasi-organisasi di Malaysia, bukan saja di negeri Pahang, di peringkat negara pun kadang-kadang kajian-kajian yang bersifat pengurusan ni pun kurang diberi perhatian dan kajian-kajian yang dihasilkan oleh IPTA juga melalui apa kajian dibuat kurang daripada 30% diguna oleh industri.

Jadi maksud bila kajian itu tak ada, dan sebelum kita buat kajian khususnya dalam soal sistem penyampaian sistem pengurusan ni, kita memerlukan data. Jadi di sinilah pentingnya, Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang di-Pertua, yang saya katakan pembudayaan inovasi ini sebenarnya kita perlukan commitment dan kesedaran dan commitment semua pihak. Jadi kalau kita data kita salah, mana mungkin maklumat yang kita angkat itu betul. Kalau maklumat itu salah bagaimanakah pengetahuan, knowledge yang ada pada yang sampai kepada pembuat dasar itu betul dan bila pembuat dasar mendapat maklumat yang salah, maka kebijaksanaan, wisdom, yang diharapkan… diharapkan itu tidak akan wujud.

Jadi akhirnya dasar-dasar yang kita nampak cantik ini tidak mendapat menyelesaikan banyak masalah. Jadi kita harap hari ini di peringkat Kerajaan Negeri Pahang, rakyat negeri Pahang melalui portfolio baru yang diujudkan di bawah pimpinan Dato’ Menteri Besar yang baru ini, kita sama-samalah melihat sistem penyampaian ini. Khususnya kepada generasi muda. Sidang Dewan mereka ni bukanlah golongan yang semuanya anti-establishment mereka bukanlah suka nak mengkritik, nak membantah semua. Saya meraikan sebenarnya pandangan, kritikan generasi muda ini tapi malangnya mereka ini tidak memahami sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan ini dan

adakalanya mereka tak faham tu, bukan saja mereka tak belajar, tapi mereka disalah fahamkan.

Akhirnya segala benda diletakkan di atas Wakil-wakil Rakyat. Adakalanya masalah jalan raya sebagai contoh dimasuk dalam facebook, dia tag Wakil Rakyat sedangkan setiap masalah tu macam jalan rayanya ada facebook JKR. JKR ni kalau tak salah saya ada 11 saluran untuk aduan twiternya, instagramnya, laman web sendiri, secara walk in pun boleh, fax pun boleh, macam-macam. Jadi yang penting hari ini, kita memang menghargai pandangan pelangan, rakyat sebagai pelanggan tapi kita harus sama-sama mendidik mereka untuk membawa masalah ini melalui saluran-saluran yang betul. Ini bukan soal siapa nak menjadi hero ya kerana bagi saya dengan izin Dato’ Sri di-Pertua, the best hero adalah orang-orang yang boleh menyampaikan atau melegasikan satu sistem, satu keadaan yang mana orang selepas daripada itu samada pemimpin, pengurus atau rakyat boleh menikmati kebijaksanaan mereka dan akhirnya boleh innovate lagi pada masa akan datang.

Sebab itu semalam Sabai. Ini bukan soal peribadi, er… saya, saya membantah semalam bukannya soal saya tak bagi Yang Berhormat untuk bawak masalah ini ke dewan, ya sebab Yang Berhormat pun dah jumpa saya, bawak 2 kompilasi surat. Bila saya tengok, tengok 2 fail saya bagi tau Yang Berhormat Sabai apa pasalnya ada 2, sama saja, pastu YB kata takpe ambik satu saya pulang balik. Lepas tu saya bukak lagi satu, saya tengok ada satu surat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Betul ya Sabai ya, saya tengok eh… ini surat untuk Menteri Besar, macam mana saya mau baca. Tak betul. So saya kata baik, tapi sebelum tu saya dah semak. Saya semak surat-surat tu sudah berusia… dah berusia… bertarikh lama. 30 tahun dulu agaknya. Nama-nama dengan izin Yang di-Pertua, nama Dato’ Sabarudin Chik ada, Dato’ VV Abu pun ada, ya jadi maknanya itu zaman dulu, jadi sebaiknya ya, walaupun kita ada kebebasan di sini tapi sebaiknya kita jadikan Sidang Dewan kita ni lebih cekap, lebih berkesan. Kita galakkan rakyat menggunakan saluran-saluran yang ada. Ini akan memudahkan ketua-ketua jabatan kita yang ada di sini meningkatkan kecekapan mereka.

Dalam jabatan ni, kalau Pejabat Tanah bukan Dato’ DO seorang duduk di depan kaunter tanah, melayan, menengok, mengajar orang mengisi borang, menyemak borang. Dia ada jentera sendiri dan apabila kita katakan sistem penyampaian apa satu pentadbiran itu dia berkait jugak dengan kerenah manusia ya, ada dengan sikap dan kelemahan yang tersendiri. Jadi ini yang kita perbetulkan. Saya percaya Ketua-ketua Jabatan yang ada bersama kita di dalam Dewan ini sangat menghargai sekiranya maklumat-maklumat ini boleh disampaikan tepat kepada mereka.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya rasa itu sajalah yang ingin saya apa respon er… yang ingin saya kongsi dengan Sidang Dewan berkaitan dengan potfolio saya er… saya dengan ini menangguhkan ucapan saya dan menyokong Usul menjunjung kasih di atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. [Ahli Dewan tepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat bagi pihak kerajaan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan.

BIsmillahirrahman nirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam negara kita, Pahang Darul Makmur, negeri kita. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama berkongsi pada petang ini dalam sidang DUN dan juga saya turut ingin menyampaikan menjunjung kasih ke sisi Kebawah Duli Tuanku bukan saja sudi berangkat merasmikan Persidangan DUN pada tahun ini, bahkan menyampaikan Titah Perasmian di dalam Sidang DUN moga-moga dengan titah itu Kebawah Duli Tuanku sentiasa diberi inayah dan riayah di sisi Allah SWT dan juga negeri Pahang terus aman, makmur di dalam naungan Kebawah Duli Tuanku. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini bagi menyokong usul er… daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang terhadap titah Kebawah Duli Tuanku di dalam Sidang DUN ini.

Alhamdulillah, kita dapat melihat dan menatapi apa yang telah disampaikan daripada Titah Kebawah Duli Tuanku merangkumi dalam segala aspek, khususnya di dalam portfolio yang telah diamanahkan kepada saya sama ada mengenai pelajaran. Kita bersyukur kepada Allah SWT, pelajaran adalah satu perkara yang menjadi asas dan teras di dalam pembangunan sesuatu bangsa, negara dan negeri. Allah SWT sendiri telah menegaskan di dalam firmanNya (Bahasa Arab) Allah SWT senantiasa mengangkat kedudukan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.

Demikianlah kesungguhan Kebawah Duli Tuanku dan hasrat Tuanku untuk memastikan negeri Pahang Darul Makmur sentiasa mendapat pendidikan yang baik dan rakyatnya sentiasa diberi ilmu yang terbaik dan menjadi insan yang berilmu dan bermanfaat dengan ilmunya. Sebab itulah kerajaan negeri Pahang melalui bukan sahaja daripada Kementerian Pelajaran yang telah ada wujud, membina sekolah-sekolahnya daripada peringkat rendah, menengah sehinggalah ke peringkat tinggi. Maka kita juga kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang telah membina sebuah institusi bagi membantu pelajar-pelajar yang susah dan miskin untuk mereka terus mampu menampung pembelajaran mereka yang mereka lalui seharian.

Oleh itu, saya ingin menjawab apa yang dikemukakan oleh rakan saya daripada Ibam mengenai bagaimana untuk mendapatkan bantuan BSR iaitu Bantuan Sekolah Rendah ataupun BSM, Bantuan Sekolah Menengah. Sebenarnya bukanlah susah, senang sangat. Borang tu boleh dimuat turun daripada internet oleh siapa-siapa. Pelajar itu sendiri pun, oleh cikgunya, mak bapak ataupun siapa-siapa sahaja yang kalau ada anak, muat turunlah borang BSR ataupun BSM untuk anak dia tetapi anak-anak yang ditawarkan itu kalau BSR, anak-anak yang di sekolah rendah ketika dia Tahun 3.

Insya-Allah mereka diberikan peluang untuk mengisi borang dan akan dipertimbangkan oleh guru sekolah itu sendiri yang menilai, adakah dia itu anak orang Pahang ataupun dia itu sendiri orang Pahang ataupun mak bapak dia orang Pahang, kemudian mendapat sokongan daripada gurunya dan dia mempunyai pendapatan yang rendah dan adik beradik dia pun memang ramai. Insya-Allah Yayasan Pahang akan memberi bantuan kepada dia dan akan menyalurkan BSR ataupun BSM kepada anak-anak yang belajar, insya-Allah.

Begitu juga merujuk kepada soalan yang dikemukakan oleh apa namanya er… Bilut mengenai gejala sosial yang berlaku kepada anak-anak kita. Memang perkara ini menjadi satu er… apa perkara yang difokuskan oleh pihak sekolah dan pihak Kementerian Pelajaran dan pihak jabatan sendiri bersama dengan PPD untuk

mengatasi apa namanya er… situasi gejala sosial yang jika berlaku di sekolah. Sebab itu PPD dan JPN sendiri telah mengenal pasti sekolah-sekolah berkenaan dan mengenal pasti pelajar-pelajar yang terlibat dengan gejala sosial dan mereka akan diadakan program khas oleh PPD dan pihak Jabatan Pendidikan untuk diberikan pendidikan, tarbiah, sahsiah yang baik dan mereka dipulihkan akhlak mereka supaya menjadi anak yang baik, pelajar yang berjaya daripada peperiksaannya sehinggalah peribadinya, insya-Allah.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Begitu juga Kebawah Duli Tuanku menyentuh soal kesihatan yang kebetulannya juga di dalam bidang er… tugas yang diamanahkan kepada saya. Agama Islam juga sangat mengambil berat soal kesihatan dan menuntut kita menjaga diri kita, tubuh badan kita, akal fikiran kita, supaya menjadi insan yang sentiasa sihat sejahtera. Bahkan hadis Nabi SAW sendiri menegaskan [bacaan dalam Bahasa Arab] “Kesihatan kamu sebelum kamu sakit, hendaklah kamu jaga daripada 5 perkara yang dituntut oleh Rasulullah SAW untuk kita menjaga”. Begitu juga firman Allah SWT menyatakan [bacaan dalam Bahasa Arab] “Makanlah benda yang baik-baik”.

Tujuan Allah memerintah kita memakan makanan yang baik-baik, pemakanan yang baik-baik, supaya kita membina kesihatan yang baik dan hidup yang sentiasa sejahtera. Makanya, saya juga ingin menjunjung kasih di atas Titah Kebawah Duli Tuanku yang mengambil berat tentang soal kesihatan dan peranan Jabatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan, hospital-hospital di negeri Pahang ini bagi memastikan rakyat sentiasa terpelihara, terjaga kesihatan mereka.

Sehubungan itu, saya ingin merujuk kepada persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan di dalam dewan ini mengenai pengurusan kesihatan di negeri Pahang seumpamanya daripada Muadzam ataupun Ibam yang menanyakan tentang pembinaan hospital di Muadzam. Sebenarnya, insya-Allah di mana-mana pun hospital ini, jika kita mempunyai keperluan dan keupayaan kita akan bina tetapi setakat ini di Muadzam, kita telah mengambil inisiatif bagi membantu pesakit-pesakit dengan membawa mereka ke Kuantan, hospital yang berhampiran dan juga kita mengadakan lawatan berkala oleh pakar-pakar ke Muadzam bagi membantu pesakit-pesakit yang ingin mendapat rawatan daripada pihak doktor ataupun daripada pihak pakar, insya-Allah.

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan juga mengenai ambulans. Ambulans telah disediakan pada tahun yang lalu yang baru sebanyak 20 buah dan dia telah diagih-agihkan di negeri Pahang ini. Bukanlah di Bera sahaja, bahkan juga di Kuantan, di apa namanya… Lipis, di Bentong, di Jengka, di Padang Tengku, di Bukit Mendi dapat juga. Bukit Mendi tu di Bera lah, Triang er… di Karak, di Muadzam, di Pekan, di Jerantut, di Raub, di Cameron Highlands, di Kerdau tak ada.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Inilah kesungguhan pihak kerajaan untuk membantu apa namanya… pengurusan kesihatan di negeri Pahang. Merujuk kepada rakan saya daripada Cheka yang mengajak kita semua berdoa semoga para pesakit yang apa… terlibat dengan sakit… kuku dan apa namanya er… mulut dan sebagainya kita sama-samalah berdoa. Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan kesihatan, kesejahteraan, dijauhkan penyakit, dijauhkan segala bala, wabak, bencana, insya-Allah Amin Ya Rabbal Alamin.

Namun demikian, saya menyeru kepada rakan saya, sahabat saya er… daripada Cheka dan juga rakan-rakan Ahli Dewan, sama-sama kita turun padang menasihat orang kampung kita, jaga kebersihan, jaga kesihatan, makan minum, jangan kotor, jangan itu apa… buat cara lama. Buat… bina cara kebersihan [bacaan dalam Bahasa Arab] Beri keterangan “Kebersihan itu sebahagian daripada iman” supaya kesedaran itu terbangkit. Doa itu betul, tetapi usaha juga adalah betul supaya mereka faham bahawasanya hidup yang sihat itu adalah bahagian daripada agama kita yang dituntut oleh Allah SWT, yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional dari dulu lagi walaupun pernah mereka dianggap zalim.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Merujuk kepada agama, Kebawah Duli Tuanku sendiri sudah tentu dia… Baginda adalah sebagai payung kepada agama di negeri Pahang Darul Makmur. Sudah tentu Tuanku akan mengambil berat dan memberi perhatian yang tinggi dan sentiasa di dalam hati Kebawah Duli Tuanku di dalam soal agama dan setiap pergerakan hal-hal yang berkaitan dengan agama, Tuanku sentiasa bertanya dan mengambil berat dan turun padang sendiri. Kerana inilah di negeri Pahang hal-hal keagamaan sentiasa mendapat tempat dan sentiasa dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Sebab apa? Kerana kita memahami apa yang dinyatakan Al-Islam [bacaan dalam Bahasa Arab].

Orang nak buatlah macam mana, orang nak katalah liberal macam mana, orang nak binalah apa pun cara fahaman, tetapi kenyataannya, secara fitrahnya, agama Islam itu adalah agama yang tinggi dan tidak ada agama yang lebih meninggi daripada agama yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Sebab itulah agama Islam ini mendidik dengan secara baik, di dalam pembinaan ummah, di dalam pembinaan sahsiah, di dalam pembinaan keluarga.

Saya suka merujuk untuk apa yang kita bincangkan tentang soal perkahwinan. Perkahwinan ini satu perkara yang telah difitrahkan oleh Allah. Tidak ada siapa yang dapat menafikan dan tidak ada siapa dapat menyangkalkan kecuali orang itu yang telah keluar daripada fitrah kemanusiaan untuk tidak berkahwin. Sebab itu Rasulullah menegaskan di dalam sabda Baginda [Bacaan dalam Bahasa Arab] “Perkahwinan itu adalah daripada sunnah aku”. [Bacaan dalam Bahasa Arab] “Barangsiapa yang tidak berminat untuk menghidupkan sunnah aku” [Bacaan dalam Bahasa Arab] “Maka dia bukan daripada aku”. Rasulullah Bariq mengeluarkan diri baginda daripada orang yang tidak nak menghidupkan sunnah.

Namun demikian bukanlah apabila kita berbincang soal perkahwinan, kita gelojoh sangat nak nikah, kita gelojoh sangat nak kahwin. Kita dididik bagaimana cara kita nak membina keluarga. Bila waktu kita nak membina perkahwinan, bila waktu kita nak berhidup, supaya kita melaksanakan kehidupan kita dengan betul dan tepat, supaya kita dapat membina kehidupan kita dengan waras, yang tak waras tu jarang-jarang sekali. Jadi kita tidak hairan, maka kita kena jadi orang yang bijak. Bagaimana nak menghadapi perkara-perkara yang shuzuz, yang jarang-jarang berlaku. Jangan kita jadikan perkara yang jarang berlaku, untuk dihukumkan kepada semua makhluk Allah yang melata di atas muka bumi ini terpaksa memikul beban yang sama. Akhirnya kita menjadi hamba yang merana disebabkan kelemahan kita itu sendiri.

Sebab itu Rasulullah mendidikkan kita. Bagaimana konsep untuk kita bernikah kahwin supaya kita jangan salah faham jangan kita menganggap Islam tu agama seks, agama nak kahwin, agama orang lelaki seronok ke orang perempuan, perempuan nak cari lelaki. Jangan salah faham, bukan begitu, tetapi agama Islam didik bagaimana membina keharmonian di antara lelaki dan perempuan sebab itu Rasulullah mendidik

[Bacaan dalam Bahasa Arab]. “Wahai orang-orang remaja, [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Kalau kamu mampu untuk bertanggungjawab, silakan berkahwin… silakan berkahwin”, Rasulullah tawarkan. Begitulah terbukanya liberalnya jiwa nabi kita, Muhammad SAW kepada golongan muda dan remaja, tetapi dalam waktu yang er… dak tetapi dalam waktu yang sama, Rasulullah memberi apa sebab. Rasulullah beri tawaran itu [Bacaan dalam Bahasa Arab] sebab bila kamu berkahwin boleh menundukkan mata kamu, mata kita ini membawa fitnah. Kadang-kadang kita terpandang, kadang-kadang kita tertengok, kadang-kadang kita terjeling. Disitulah yang akan menimbulkan fitnah kepada golongan-golongan remaja.

Maka dengan perkahwinan itu dapat membentengi fitnah-fitnah yang kita sekarang ni bincang macam mana nak mengatasi gejala apa sosial, bagaimana nak mengatasi keruntuhan moral, bagaimana nak mengatasi buang anak, bagaimana nak mengatasi sumbang mahram, bagaimana nak mengatasi bersekedudukan. Maka inilah dia caranya [Bacaan dalam Bahasa Arab], “Dia boleh menyelamatkan mata kita daripada fitnah kemudian dinyatakan oleh Rasulullah [Bacaan dalam Bahasa Arab] Menjaga kemaluan kita, kemaluan kita tu pun dijaga oleh Rasulullah supaya jangan jadi hina”. Oleh kerana tersilap langkah kita memilih bagaimana untuk kita membuat keputusan terhadap remaja kita dan masyarakat kita yang kita peliharai bersama.

Seterus itu Rasulullah menyatakan [Bacaan dalam Bahasa Arab] “Kalau tak mampu… tak mampu kita tak boleh lagi kahwin”, tak cukup umur tetapi dorongan ada, apa cara? [Bacaan dalam Bahasa Arab]. “Kita boleh pertahankan nafsu kita dan bentengkan diri kita dengan berpuasa”. Tengok Rasulullah memberikan resolusi-resolusi yang baik. Bagaimana nak merungkaikan permasalahan yang sekarang ini, kononnya terbelenggu sangat kita. Berat sangat, hurm… beban sangat. Sebenarnya telah dirungkaikan oleh baginda junjungan mulia dengan cara yang begitu indah dan rapi sekali, sebab itulah juga kita harus bijak mendidik masyarakat kita. Kita harus bersama bukan… bukan apa, Jabatan Agama sahaja, bukan Majlis Agama sahaja, bukan pusat dakwah sahaja, bukan tarbiyah kiyadi sahaja tetapi kita bersama, bangkit. Tak kira daripada er… Ahli-ahli Yang Berhormat ataupun semua pihak, memberi didikan kepada masyarakat kita. Sebagaimana yang telah digambarkan oleh junjungan besar Rasulullah SAW.

Begitu juga Kerajaan Negeri bersungguh-sungguh untuk memastikan ketinggian agama kita ini apabila Mahkamah Syariah sebagaimana yang di… apa namanya kemukakan oleh sahabat saya daripada Tanjung Lumpur. Bagaimanakah usaha kerajaan untuk memartabatkan Mahkamah Syariah. Alhamdulillah, usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dari masa ke semasa yang dulunya Mahkamah Syariah ini. Dulu dia sama je dengan pejabat kadi, kadi itulah hakim, hakim itulah kadi, tetapi telah diusahakan dan digembelingkan tenaga supaya kita ada Mahkamah Syariah yang bersendiri, yang dapat menguruskan hal-hal kehakiman, yang hal-hal berkaitan dengan urusan syariah sehinggalah terbina Mahkamah Syariah. Bukan begitu sahaja tidak terhenti di situ tetapi usaha kerajaan telah dilampaukan lagi sehingga hari ini kita nampak bagaimana er… Mahkamah Syariah telah mempunyai, bukan sahaja dari segi infranya bangunan-bangunan yang baru seperti di Maran, di Bera, dan sekarang ini sedang dibina di Indera Mahkota Mahkamah Tinggi Syariah Islam er… negeri Pahang. Bahkan kita mempunyai perjawatan-perjawatan yang mencukupi untuk menangani isu-isu dan kes-kes yang perlu dipertanggungjawabkan di er… Mahkamah Syariah itu sendiri.

Mohon mencelah.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Mencelah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya. Sila.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin respon berhubung dengan Mahkamah Syariah. Adakah pihak er… Kerajaan Negeri er… ingin menurut… menuruti Kelantan untuk mendraf RUU 355 er… daripada 6 sebatan kepada 100 sebatan misalannya. Sekian.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada rakan saya di Jengka. Saya, kalau nak baca tentang RUU yang telah kita bentangkan di dewan ini. Maknanya bak kata sahabat saya di Bera, elok kita belek diluarlah. Walau bagaimanapun, pelbagai usaha telah kita laksanakan dan kita bentangkan enakmen demi enakmen termasuklah hal jenayah syariah. Kita perkasakan, dan insya-Allah kita tidak… makna redha ataupun kita tidak berpeluk tubuh dan berpuas hati dengan apa yang telah kita laksanakan walaupun dipertingkatkan semasa demi ke semasa, dalam waktu yang sama sekarang ini pun kita sedang menggubal dan terus menggubal beberapa enakmen baru termasuklah berkaitan dengan jenayah syariah untuk di per… perkuat, diperkasakan lagi dan dinaiktaraf di Dewan Yang Mulia ini insya-Allah, dengan sokongan rakan kita daripada Jengka dan juga di Ahli-ahli Dewan yang ada ini, benda ini akan menjadi kenyataan insya-Allah.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Mohon laluan. Tuan Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya. Ibam.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Saya er… nak mohon er… apa ni, nak mohon nak mem… membetulkan er… apa yang saya telah er… suarakan pada hari pertama kita, perbincangan kita yang lalu. Er… kepada Wakil Kerajaan kita daripada Kerdau, iaitu berhubung dengan soal bantuan daripada Yayasan Pahang. Jadi saya nak er… saya memin… memohon hari tu ialah garis panduan yang tepat dan sebenarnya pemberian-pemberian itu, sebab saya mendapat sungutan-sungutan yang sangat banyak di er… borang tu diberikan borang diberikan. Saya tahu kita boleh print sendiri tetapi borang yang diserahkan semula kepada er… sekolah selepas er… mereka tu mengisinya er… dan didapati dan sungutan tu ialah ada yang er… yang layak. Ada yang guru besar tu ambil borang tu, kalau dianggap dia tidak layak, dia hantar sendiri jadi kategori layak tu di mana, sebab yang tak dapat tu adalah mereka yang tak berkemampuan dan ada juga orang yang berkemampuan dapat er… biasiswa itu. Ini sungutan dia… sebagai contoh antara ada anak-anak guru-guru sendiri yang mendapatnya.

Sedangkan kita cukup er… er… tahu bahawa kalau dua-dua er… ibu bapa er… [Ketawa] mereka menjadi guru, mestilah mereka seorang yang berkemampuan. Jadi ini yang mendapat sungutan yang menjadi bebanan kepada kita, dan yang er… keduanya ialah berhubung dengan soal hospital tadi. Hospital saya merujuk kepada er… rakan kita daripada Cheka yang mengutarakan soal hospital pakar. Itu yang saya bertanyakan adakah kerajaan berhasrat untuk membina seko… er… hospital pakar di tempat lain saya membagi contohnya adalah di hospital Muadzam sebab kita meliputi er… dua DUN yang cukup besar penduduknya, cukup ramai kemudian er… dan er… tadi diberitahu bahawa kita menghantar doktor pakar.

Tetapi dalam keadaan situasi yang sangat genting inilah yang berlaku er… bagi kedua-dua penduduk daripada DUN Muadzam dan juga DUN Bukit Ibam ni, sebab kalau pergi lihat hospital Muadzam Shah tu, hari ini er… sangatlah er… menyedihkan. Jadi er… dia ambulannya yang nak bawa pergi ke…ke Kuantan kalau kita tidak ada pakar dan tidak ada peralatan yang cukup er… sempurna, memang meninggal tengah jalan. Ha… itu…itu yang saya er… nak maklumkan dengan keadaan trafik yang…dalam keadaan sekarang. Kemudian berhubung dengan kesihatan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Wakil Ibam, banyak lagi soalan nak diajukan?

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Ada… ada… ada dua… satu, satu lagi. Berhubung dengan soal er… saya ada satu yang sangat penting. Sebenarnya saya nak utarakan iaitu berhubung dengan masjid. Tadi kita bercakap tentang er… agama kita. Jadi er… ini sangat menghantui saya er… sebagai ADUN baru yang diwarisi dengan permasalahan ini iaitu berhubung dengan Masjid Felda Selancar 1. Jadi Masjid Felda Selancar 1 ini adalah er… telah siap… telah siap er… dah ada karpet baru, dah lama dah. Jadi er… orang yang nak er…yang… kira menunggu nak aritu… nak minta saya segerakan air dan apinya adalah sebelum raya… raya kita hari itu ya, selepas saya jadi Yang Berhormatlah tetapi malangnya saya tak berjaya untuk memenuhi hasrat itu. Kerana inilah saya bawa er…bertanya berurusan… dengan ini dikatakan atas urusan FELDA. Kemudian bawa ke FELDA dikata ini adalah urusan antara MUIP sebab kita tak ada status tanah tu yang membolehkan…

Masalahnya apa? Dia tak beri sembahyang ke tak beri masuk air?

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Status tanah. Status tanah itu yang tidak membolehkan kita er… nak masukkan air…

Yang di-Pertua (Speaker)

Apa… apa soalannya?

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Jadi saya nak…

Yang di-Pertua (Speaker)

Wakil daripada Ibam, soalannya.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

…nak memaklumkan bahawa ini perlulah kita er… tak tahu, kemudian daripada MUIP pula kata kontraktor. Jadi ini yang saya mintak supaya kita er… pihak kerajaan kita…

Haa… ini dah selesai ke belum?

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Belum selesai.

[Bacaan Bahasa Arab]

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Sebab tidak benar… tidak… kita tidak dibenarkan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, Yang Berhormat…

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Sampai saya nak kata boleh tak kalau saya pergi bayar je tapi PAIP… PAIP tidak membenarkan itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Tak selaku Wakil Kerajaan yang saya…

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay Yang Berhormat. Saya ingat soalan dah… dah jelas dah tu. Saya ingat…

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Okey, terima kasih.

Ini penyampaian ni [Ahli Dewan ketawa] Dato’ Sri Yang di-Pertua, tentang anak yang tak dapat biasiswa itu tadi BSR, BSM. YB pergi cari budak tu, isi ke borang dia, sokong, suruh guru besar tandatangan. Kita bawa ke Yayasan Pahang. Haa… dah buat ya? Maknanya YB nak ngabor ke dia buat dah la tu. [Ketawa] Kemudian itu yang apa namanya hospital ini, insya-Allah lah. Tak… tak bolehlah, saya nak kabor, nak buatkan. Jadi kita apa… itulah tadi, maknanya Hospital Muadzam tulah, pakar dia berulanglah. Apa namanya yang tadi yang apa bab hak yang berkaitan dengan masjid tak masuk air lagi tu kita… nanti kita duduk dengan… dengan Pengarah JAIP, kita duduk dengan DO kita selesaikan bersama. Hah… patut Dato’ Norol dah sebut tadi benda ini kita selesai luar je.

Dato’ Sri Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, sila Yang Berhormat.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, kalau tak ada, air tayammum jelah. [Ahli Dewan ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh sembahyang juga ye. Teruskan YB.

Dato’…

Ini, Dato’ Sri Yang di-Pertua, dia kalau tak masuk air bagus. Yang masalah kalau masuk air. [Ahli Dewan ketawa] Susah nak.. nu. Betul… tak, dia kalau tak masuk air maknanya kita boleh lagi maknanya ini apa nama kawallah. Tapi kalau dah masuk air… susah.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Ya, boleh minta laluan sekejap ke? Ya, okey. Yang Berhormat Yang di-Pertua, yang ini mengenai Wakil daripada Jengka la. Pasal perkara Rang RUU 355. Saya pun… walaupun saya sebagai pihak pembangkang tetapi saya rasa di Dewan Yang Mulia ini di… untuk kerajaan Pahang buat masa sekarang… masa sekarang belum lagi ialah masa yang ini bukan keutamaan… bukan diberikan pada Rang Undang-Undang 355 ini, buat masa sekarang sebab kita lebih harus utamakan perkara yang lebih ba… pada masa sekarang, yang lebih membawa kebajikan ataupun mengutamakan perkara yang boleh membawa kemajuan dan pembangunan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay…

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Kerajaan Negeri dan juga kepada rakyat Negeri. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, Tanah Rata. Pihak kerajaan sila.

Saya ucapkan terima kasih kepada Jengka yang memberikan cadangan supaya RUU dibawakan dan saya ucap tahniah juga Tanah Rata, teringin nak mengambil tahu soal agama. Mudah-mudahan kita semua diberkati oleh Allah SWT dan Tanah Rata diberikan hidayah oleh Allah SWT. [Ahli Dewan ketawa]

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Sebagaimana yang disebutkan di awal tadi kita bersyukur kerana Tuanku menjadi penaung agama ke negeri Pahang… di negeri Pahang ini dan kita memastikan agama Islam itu sentiasa didaulatkan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT [Bacaan dalam Bahasa Arab] “Agama di sisi Allah SWT adalah agama Islam”. Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan oleh rakan saya daripada Panching yang menanyakan bagaimanakah status Pejabat Agama Islam di… apa Daerah Kuantan ini.

Sebenarnya, er… sebagaimana yang difahamkan Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan itu sempit adalah tidak… tidak tepat sebab Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan itu er… bukan sahaja dapat diguna oleh pentadbiran Pejabat Daerah Kuantan, bahkan Jabatan Agama Islam pula menumpang di Pejabat Daerah Kuantan. Ada 2 apa… 2 jabatan Bahagian Pendakwaan menumpang di Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan dan juga apa namanya… Bahagian Penguatkuasa juga menumpang di Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan sebagai tempat yang luas dan selesa maka dia dapat ditumpang oleh orang lain juga untuk sama-sama apa… berkongsi.

Walaupun begitu adalah isu parking, sempit kerana kita ada beberapa jabatan kerajaan termasuk pelancongan dan sebagainya di situ. Maka parking itu sempit sikit. Kalau kita sempit, orang lain pun sempit. Sama-sama berkongsi sempit, jadi kita pandai-pandailah untuk bagaimana nak parking kereta, tapi dalam pada itu, kita alhamdulillah telah mengenal pasti satu lokasi tanah dalam apa… di Indera Mahkota untuk apa… telah menjadi tempat untuk kita jika ada rezeki diizinkan oleh Allah SWT.

Bukan berjanji ini, ini bukan katakan satu ketetapan, mungkin situ kita akan binakan pejabat agama kerana Kerajaan Negeri telah menggazetkan tanah itu sebagai tempat Pejabat Agama Islam Pahang.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya ingin juga merujuk kepada apa yang dikemukakan oleh rakan saya daripada Tanjung Lumpur tentang hari Jumaat. Kita sangat menghormati dan berbangga kepada rakan kita daripada Tanjung Lumpur yang mengajak kita semua menghormati dan menghargai hari Jumaat. Hari Jumaat ini Sayyidul Ayyam, penghulu kepada segala hari. Tidak ada siapa yang dapat menyangkalkan walaupun ada orang teringin nak menyangkalkan sebab apa kerana hari inilah hari Allah SWT melahirkan Nabi Allah SWT, Adam AS. Hari inilah juga Allah SWT menjadikan dunia dan hari inilah juga Allah SWT akan membangkitkan manusia. Bagaimana Allah SWT telah menampakkan kepada kita kemuliaan demi kemuliaan tentang kebesaran hari Jumaat itu sendiri.

Namun kit… kita tidak juga nak menafikan ataupun menidakkan saranan dan cadangan daripada rakan daripada Tanjung Lumpur untuk kita bercuti pada hari Jumaat. Cuma oleh kerana kita telah menjadikan hari Sabtu dan hari Ahad percutian dan hari Jumaat adalah hari untuk kita beribadah kepada Allah SWT dan tidak ada satu larangan daripada Allah SWT untuk kita berkhidmat pada hari Jumaat bahkan ada juga perintah daripada Allah SWT untuk kita mengimarahkan hari Jumaat itu dengan ibadah dan juga dengan berkhidmat untuk diri kita dan untuk masyarakat sebagaimana yang digambarkan [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Kamu boleh bertebar di atas muka bumi maka saya yakin rakan daripada Tanjung Lumpur dapat memahami dan bersama untuk kita memastikan ummah menghidupkan hari Jumaat, ihya’kan hari Jumaat itu dengan ibadah. Ibadah yang dimaksudkan sebagaimana rakan saya daripada Luit, main boling pun ibadah kalau ikut daripada rakan saya pada Luit tu. Jadi kita ibadah itu kita perluaskan semoga er… dapat kita hidupkan. Apa salah kita hidupkan baca Surah Kahfi di pejabat-pejabat.

Saya mencelah…

Kita baca apa…

Yang di-Pertua (Speaker)

Apa Luit?

Er… hari itu ada DUN Pelangai dia kata solat tidak bersabit dengan cuti ya. Jadi saya cadang DUN Pelangai esok, raya pun tak yah bercutilah. Makna kalau tak bercuti… nak solat Jumaat pun tak yah bercuti, tak perlu jugak cuti, jadi raya esok pun tak payah cuti jugalah. Eh…biarlah dia bekerja sorang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Raya lain, Yang Berhormat.

Terima kasih kepada Luit…

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

…yang mencadangkan hari raya tak bercuti, kalau nak ikut Exco dengan… nak ikut Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama dengan Exco, memang tak bercuti. Dia pusing alam betul Hari Raya. Lagi ada rakyat, lagi ada masyarakat, tak ning kata orang Temerloh, kalau air tu dia menggelegak sokmo.

Mohon mencelah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Menggelegak sokmo ya.

Mohon mencelah. Terima kasih Yang di-Pertua, ya. Er… oleh kerana er… Kerdau masih menyebut tentang Jumaat walaupun Yang Amat Berhormat kata serahkan isu cuti hari jumaat ini kepada barisan kerajaan untuk memutuskannya. Jadi saya sentuh sikit ya. Er… saya suka menarik apa yang disebut oleh otai lama daripada Pelangai ya, walaupun saya tak setuju…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat apa tu, otai tu apa? petai ke? [Ahli Dewan ketawa]

Orang lama, disebut orang lamalah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Orang lama, lebih elok.

Walaupun saya tak setuju dia sebut er… yang ada ni budak-budak ya. Er… yang pertama, beliau menyebut bahawa kalau cuti ke tak cuti ke sama sahaja...

Jengka, sekejap.

Kalau… Sekejap, sekejap, saya…saya belum habis. Kemayan ni banyak sungguh bercakap. [Ahli Dewan ketawa]. Er… cuti ke tak cuti, sama sahaja dia kata. Sebenarnya kita tak boleh samakan hari Jumaat dengan hari lain. Hari Jumaat, sembahyang Jumaat, fardhu ain. Sembahyang jemaah pada hari lain fardhu kifayah. Dia sangat berbeza ya. Itu yang pertama ya.

Er… yang kedua, kita berdepan dengan polemik, apabila non-Muslim mempertikaikan sembahyang Jumaat ini sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas. Sehingga dengan itu mereka beri pandangan, walaupun mereka tak faham yang itu, mereka beri pandangan supaya sembahyang Jumaat ini diubah pada hari Sabtu. Jadi sembahyang Jumaat tak boleh ubah, cuti boleh ubah ya. Jadi apa… oleh kerana adanya polemik itu, lebih baik kita cutikan pada hari Jumaat kerana ini yang disebut oleh Nabi, [Bacaan Bahasa Arab] “Hari yang paling baik terbitnya matahari ialah pada hari Jumaat”. Kita kena bezakan. Oleh itu ke…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, Yang Berhormat, nak berucap ke apa? Apa…apa… apa persoalannya sekarang? Ya.

Kerja satu ibadah, betul yang disebut oleh Exco tadi. Kerja satu ibadah, cuma hari Jumaat, dia…dia khusus ya, bila kita kerja kadang-kadang penjawat awam ini dia kerja sampai pukul satu, dia nak mandi sunat Jumaat pun tak dan. Bayangkan bertahun-tahun dia tak boleh nak buat sunat itu. Saya melihat, apa yang Exco sedang sebut macam… seolah-olah menjurus kepada kekal yang lama. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Wakil Jengka, sama seperti apa yang dikatakan oleh….

Yang di-Pertua (Speaker)

Nanti. Tanah Rata, saya tak panggil Tanah Rata.

Nanti dulu, tunggu saya kata boleh, baru awak bangun.

Yang di-Pertua (Speaker)

Semua ADUN bangun…

Yang di-Pertua (Speaker)

Tidak menghormati Speaker, nanti saya tak bagi semua bercakap. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh bangun bercakap apabila diberi laluan oleh pihak Kerajaan atau oleh Speaker. Jadi, duduk. Jadi kalau saya tidak izinkan oleh kerana sekarang masa pihak Kerajaan menjawab, mengulas terutama lagi’ Ahli Yang Berhormat menyampuk lagi, beri laluan lagi malah seolah-olah nak menghuraikan. Sedangkan masa kepada Ahli-ahli Yang Berhormat telah kita berikan sepenuhnya pada hari semalam dan sebelumnya. 20 minit, 20 minit.

Sepatutnya Ahli Yang Berhormat boleh menghuraikan, boleh menegakkan pandangan-pandangan pada hari tersebut, sekarang berilah peluang kepada pihak Kerajaan untuk memberikan jawapan dan sebagainya. Sama ada Yang Berhormat setuju atau tak setuju, bukan untuk kita debatkan disini. Itu persoalan lain. Persoalannya pihak Kerajaan nak menjawab dan membentangkan pendiriannya, pandangannya. Takkan pula Yang Berhormat terus menyanggah atau menggolah dan memberi pandangan yang sebaliknya. Jadi saya kira dalam Dewan Yang Mulia ini, kita harus menghormati antara pihak Pembangkang dan pihak Kerajaan.

Jadi saya fikir eloklah pihak Kerajaan meneruskan jawapan dan mengulas pandangan-pandangan yang telah diberikan oleh rakan-rakan.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Er…saya sangat meraikan rakan-rakan memberi pandangan termasuklah daripada Tanah Rata ke, daripada Jengka ke, tetapi merujuk kembali kepada soal hari Jumaat. Kita mesti menjunjung dan memuliakan hari Jumaat sebagaimana yang telah disunnahkan oleh Baginda Rasulullah SAW, tetapi dalam waktu yang sama tidak perlu kita bahaskan di manakah nasnya kita perlu bercuti ataupun tidak bercuti, yang penting kita memuliakan hari Jumaat itu. Dengan adab, dengan amal ibadah, dengan apa yang kita mampu sesuai dengan kehidupan kita sebagai hamba kepada Allah SWT. Adakala kita boleh membuat benda yang sunnah, adakala kita terpaksa mendahulukan benda yang fadha’il. Fadha’il tu dia bawah sikit daripada sunnah, adakala kita terpaksa mendahulukan yang sunnah, adakala kita terpaksa mendahulukan benda yang wajib, yang fardhu.

Jadi demikianlah, Allah SWT [Ayat Al-Quran], “Allah SWT hendak kamu mudah” [Ayat Al-Quran] “Allah tidak hendak menyulitkan kita”. Jadi kita bagi pihak Kerajaan ingin er… menghormati dan meraikan saranan yang diberikan oleh rakan kita daripada PAS tetapi dalam waktu yang sama, kita tidak salah untuk mengekalkan hari Jumaat adalah hari bekerja dalam waktu yang sama kita memastikan ibadat Jumaat jangan diabaikan. Sebab itu kita ada Enakmen Khas bagi siapa yang mengabaikan solat Jumaat, meninggalkan solat Jumaat, itu yang fardhu, yang paling penting supaya kita sama-sama ambil tindakan yang tegas, yang tidak memberi apa kompromi bagi mereka yang mencuaikan ibadat solat Jumaat.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Dengan kata-kata itu saya mohon menyokong Usul yang dibawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang terhadap Titah Ucapan Kebawah Duli Tuanku. Sekian, wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Ugama. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Wanita dan Keluarga. Sila, Yang Berhormat.

[Ayat Al-Quran]. Assalamualaikum WBT dan selamat petang. Sebelum saya meneruskan ucapan penggulungan. Saya ada serangkap pantun untuk Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Untuk saya pula?

Untuk Dato’ Sri Yang di-Pertua, sebab dah petang Dato’ Sri. Mengantuk. Kalau boleh Dato’ Sri Yang di-Pertua, jawab.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Yang Berhormat.

Tanam Selasih Di Tengah Laman, Usah Dipinggir Si Bunga Dedak, Ucapan Terima Kasih Saya Ajukan, Kerana Diberi Ruang Untuk Berucap.

Terima kasih sekali lagi Dato’ Sri Yang di-Pertua, dan saya juga mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan setinggi tahniah dan penghargaan atas pelantikan Dato’ Sri Yang di-Pertua selaku Yang di-Pertua Dewan untuk penggal yang kedua. Saya juga ingin merakamkan ucapan menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang dan juga ingin merakamkan rasa junjung kasih saya atas pelantikan… perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia melantik saya selaku Ahli Majlis Kerajaan Negeri untuk penggal yang kedua.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada bos baru saya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri… Ahli daripada Jelai kerana dilantik sebagai Menteri Besar dan saya merasakan bahawa pelantikan beliau adalah satu pelantikan yang tepat. Namun saya juga ingin melahirkan rasa ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Pelangai, Dato’ Sri DiRaja. Sepertimana kata rakan saya daripada Guai tadi, Yang Berhormat Pelangai juga saya anggap bukan sahaja sebagai seorang guru, bukan sahaja sebagai seorang pemimpin, tapi beliau juga adalah bagi saya, sejak saya menceburkan diri dalam politik 20 tahun yang lalu sebagai seorang ayah, sebagai seorang abang dan sebagai seorang sahabat dan rakan yang baik kepada saya, dan jasa dan budi, bimbingan ADUN daripada Pelangai tidak akan dapat saya lupakan sampai bila-bila.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Alhamdulilah di petang ini, di dalam Dewan Yang Mulia ini, kita sekali lagi diberikan kekuatan, kesihatan dan keinginan yang tinggi untuk bersama-sama membawa perubahanserta pembaharuan yang berterusan bagi negeri Pahang yang kita cintai ini, dan agar nanti hasilnya dapat dimanfaatkan oleh generasi di masa hadapan.

Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan dan pandangan kepada portfolio saya dalam Sidang Dewan kali ini. Sesungguhnya, sesi perbahasan ini mempunyai nilai yang tersendiri, kerana kita tidak dipilih untuk berbahas semata-mata, tetapi kita memilih untuk bersama bagi menjunjung amalan demokrasi negara yang telah kita pegang sejak lebih 5 dekad yang lalu. Budaya atau bermaksud budi pekerti atau akal, secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Kebudayaan mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat. Kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia, termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.

Namun begitu, Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya berasa dukacita kerana hari ini isu LGBT ataupun Lesbian, Gay, Bisexual, dan Transgender hangat diperkatakan di negara kita ini. Penularan gaya hidup songsang ini mendapat perhatian rakyat kita. Ada yang dianggap selebriti dan ada kehidupan mereka menjadi idola kepada anak-anak muda. Ingin saya nyatakan bahawa kita pastinya menolak sekeras-kerasnya budaya LGBT ini daripada menular di negeri Pahang yang kita cintai ini. Budaya ini boleh menyumbang ke arah kemaksiatan dan seks bebas. Golongan LGBT tidak seharusnya dibenarkan mengamalkan gaya hidup itu di negara kita dan juga di negeri Pahang yang kita cintai ini. Ini tertakluk mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii serta enakman kesalahan jenayah syariah pada peringkat negeri berkenaan perlakuan liwat, musahakah iaitu lesbian, dan lelaki berlagak seperti perempuan. Budaya ini wajib kita tolak. Saya tegaskan sekali lagi Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Sejarah telah mengajar kita melalui berbagai peristiwa penting yang sekaligus membuktikan bahawa golongan manusia yang tamadunnya tinggi adalah bersendikan kepada budaya, intelektual yang tinggi dalam zaman mereka. Golongan manusia yang hanya mempunyai kekuatan bersifat fizikal, seperti tenaga manusia atau kekuatan ketenteraan sebenarnya, bukanlah menonjol sebuah kekuatan hakiki sesuatu tamadun manusia. Seringkali kita saksikan bahawa sebuah bangsa yang kuat tetapi tidak diasaskan oleh budaya ilmu yang baik. Islam juga menggalakkan budaya ilmu disemai dalam diri dan masyarakat. Turunnya ayat Al-Quran pertama di gua Al Hiraq, kepada Baginda Rasullullah SWT adalah tanda bangkitnya suatu peradaban baru di dunia, dan saya menyeru kerana kita sekarang sudah pun mempunyai perpustakaan awam negeri yang baru, dan telahpun kita buka kepada awam sejak dua tahun.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Dan saya ingin mengalakkan supaya rakyat di negeri Pahang ini, bukan sahaja rakyat di negeri Pahang, tetapi juga Ahli-ahli Yang Berhormat dalam dewan ini turut mendaftar menjadi ahli kepada perpustakaan awam kita yang baru ini, supaya kita dapat bersama-sama meng… orang kata mengimarahkan ataupun menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya ilmu di negeri yang kita cintai ini.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Sudah tentunya masyarakat berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang sihat dan berilmu pastilah akan dapat mencapai perpaduan yang terbaik dan rakyat akan hidup lebih harmoni dalam memastikan sesebuah kerajaan, maaf Dato’ di-Pertua, rakyat akan hidup lebih harmoni dan sejahtera. Maka sebuah kerajaan yang bertanggungjawab pastinya akan menjaga kebajikan rakyatnya dengan baik. Dalam konteks landskap politik hari ini, kita harus berterima kasih kepada penggubal perlembagaan persekutuan yang telah memperuntukkan bahawa tanggungjawab menjaga kebajikan masyarakat adalah tanggungjawab bersama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam jadual ke-9 senarai 3, senarai bersama.

Oleh demikian, Kerajaan Negeri akan meneruskan kerjasama yang erat dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membangunkan serta meningkatkan keupayaan setiap client dan kumpulan sasar supaya potensi mereka yang memerlukan dapat dioptimumkan dan tidak hanya tertumpu pada bantuan semata-mata.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Kebajikan yang telah diberi perhatian khusus oleh kerajaan ialah melibatkan kanak-kanak, warga emas, pemulihan para pesalah muda di kalangan remaja, mendaftar dan melatih Orang Kurang Upaya, dan memberi bantuan kebajikan produktif untuk negeri Pahang sahaja berjumlah RM53,524,800.00 seperti pecahan berikut:-

Bantuan kanak-kanak terdapat 4,315 penerima, bantuan orang tua 9,029 penerima, elaun pekerja cacat 5,076 penerima, bantuan OKU tidak berkerja 3,783 penerima, bantuan pesakit terlantar 1,755 penerima, bantuan am negeri 3,167 penerima, dan bantuan anak pelihara 15 penerima, dan saya sebenarnya banyak lagi butir-butir terperinci berkenaan bantuan-bantuan yang diberikan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat yang saya kira, sekiranya ada Ahli Dewan yang berminat boleh saya bekalkan setelah sidang kita ditangguhkan nanti.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Wakil daripada Teruntum ada membangkitkan er… tentang er… bertanya tentang berapa kes yang telah dikesan oleh JKM Pahang dalam program Cari Dan Bantu dan saya suka untuk memaklumkan kepada Dewan Yang Mulia ini, dari tahun 2009 hingga 2018 sebanyak 5,356 kes telah dikesan dan dibantu, dan Wakil Teruntum juga ada bertanya tentang apakah inisiatif yang dilakukan oleh pihak JKM Pahang dalam membantu golongan gelandangan di negeri Pahang, dan saya telah pun menyebut secara ringkas er… menjawab secara ringkas soalan tambahan beliau. Namun secara terperincinya ingin saya katakan bahawa pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat menyelamatkan gelandangan ataupun pengemis berdasarkan kepada Akta Orang Papa 1977.

Gelandangan warganegara ya, kalau dia warganegara, yang diselamatkan akan ditempatkan di Desa Bina Diri untuk penjagaan dan pemulihan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun. Sama ada melalui perintah mahkamah atau secara sukarela. Bagi gelandangan bukan warganegara, akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan mengikut bidang kuasa mereka. Manakala bagi gelandangan kanak-kanak, tindakan akan diambil mengikut Akta Kanak-kanak 2001. Bagi kes gelandangan yang melibatkan masalah kesihatan mental, mereka akan dirujuk kepada pihak hospital bagi

tujuan pengesahan kesihatan dan mendapatkan rawatan lanjut. Syarat-syarat kemasukan ke Desa Bina Diri adalah merupakan warganegara Malaysia, berumur antara 18 hingga 59 tahun, tiada mempunyai keluarga, tiada pendapatan, dan tiada penyakit berjangkit.

Dato’ Sri Yang di-Pertua…

Mohon mencelah. Saya ada satu soalan kepada Wakil daripada Kuala Sentul. Adakah LGBT ini dilahirkan sebegitu, atau pun mereka menjadi sebegitu atas pilihan masing-masing. Minta celahan… cerahan. Terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, untuk menjawab secara detail saya rasa kita perlukan pakar, tapi bagi pengetahuan saya lah ya, LGBT ni ada dua. Memang yang dilahirkan sebagai kalau dalam Islam kita belajar feqah, khunsa yang mempunyai alat kelamin dua-dua ya, ataupun yang memang memilih. Dia dilahirkan dengan sempurna sifat sebagai seorang lelaki tetapi memilih menjadi perempuan. Dilahirkan sifat sempurna sebagai seorang perempuan tapi memilih untuk menjadi lelaki. Dan ada yang memilih untuk berkahwin sesama lelaki dan berkahwin sesama perempuan dan ini adalah budaya...

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Mohon mencelah. Sekiranya golongan yang dilahir semula jadi, jadi LGBT, adakah kita patut golongkan mereka sebagai sekumpulan jenayah… penjenayah. Adakah ini betul? Sekiranya mereka lahir semula jadi. Terima kasih.

Dato’ Yang di-Pertua,

Sekiranya kita lahir secara semula jadi kita tidak boleh menganggap mereka sebagai penjenayah dan saya rasa tidak pernah lagi ada kes khususnya di negeri Pahang ini yang kita menganggap mereka itu sebagai penjenayah. Dan sebenarnya di negeri Pahang ini saya juga suka berkongsi dengan Dato’ Sri Yang di-Pertua di Dewan Yang Mulia ini, kita sentiasa bekerjasama antara Jabatan Agama Islam Pahang, Majlis Ugama Islam Pahang dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga NGO untuk membantu golongan ini kembali ke pangkal jalan.

Ada satu Pertubuhan NGO er… yang saya tidak boleh sebut nama di sini, tak ingat sebenarnya nama sebenar. NGO tersebut yang membantu, yang betul-betul membantu golongan transgender ataupun golongan mak nyah ini, untuk kembali ke pangkal jalan. Kawasan kalau tak silap saya… INSAF ya… apa… saya tak ingat nama dia Dato’ Sri Yang di-Pertua. Tapi saya pernah beberapa kali diundang er… ke program tersebut dan saya melihat kesungguhan beberapa orang sukarelawan sendiri ya, er… untuk er… mengambil inisiatif untuk membawa mereka ini pulang ke pangkal jalan dan saya rasa jawapan saya tadi ya, tidak kita menganggap mereka ini sebagai penjenayah. Apa yang saya cuba sebutkan di sini kita tidak mahu budaya LGBT ini menular dan menjadi budaya dalam masyarakat kita. Itu yang saya nak tegaskan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua…

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Mintak jelas sikit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Teruntum, apa?

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih. Nak tanya sikit er… Wakil Kerajaan, pondan dikira apa? Terima kasih.

Saya rasa lepas ni kita boleh buat kursus Dato’ Sri Yang di-Pertua ya? Memang ramai betul yang berminat. Pondan ni dia ada 2… kalau dalam fiqah Islam, yang disebut sebagai khunsa. ADUN daripada Jengka dah sengih kat saya ni ya. Khunsa… khunsa ni dia dilahirkan, dia ada 2 alat kelamin ya, tapi yang pondan yang lagi satu ni… dia dilahirkan sebagai lelaki tapi mungkin jiwa dia lembut sikit dalam hati biasa kalau ADUN daripada Lanchang ni saya selalu kata dalam hati dia ada taman. Tapi yang ni agaknya taman dia tu ber… terberlebihan ke saya tak tahulah. Ha… jadi tu yang jadi ya, luas sangat, berbunga sangat agaknya ya, jadi dia nak menjadi seorang perempuan. Walaupun fitrahnya dia dilahirkan sebagai seorang lelaki, okay.

Yang Hormat Yang di-Pertua,

Saya nak perjelaskan walaupun dia cakap saya ada taman tetapi lelaki sejati. [Ahli Dewan ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Memang tak terlibat tu.

Yang tu saya yakin Dato’ Sri Yang di-Pertua. [ketawa] Boleh yakin sebab saya kenal dengan orang rumah dia, saya tahu anak-anak dia, jadi yakinlah dia lelaki sejati, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya telah menjelaskan tadi berbagai inisiatif dan insentif yang telah diberikan oleh kerajaan selama ini kepada kebajikan iaitu Kerajaan Barisan Nasional yang selama ini telah menjaga kebajikan rakyat Malaysia Dato’ Sri Yang di-Pertua dan saya musykil jika ada lagi warganegara kita yang menanggap kerajaan Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang zalim. Sebab saya tak nampak, semua golongan OKUnya, golongan berpendapatan rendahnya, golongan ibu tunggalnya ya, bapa tunggal pun kalau miskin kita bantu. Jadi saya tak nampak kerajaan yang kita ada selama ini adalah sebuah kerajaan yang zalim.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya juga ingin mengambil dan menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini tentang apa yang telah disebutkan oleh beberapa rakan Ahli Dewan termasuk rakan saya daripada Kerdau tadi tentang isu perkahwinan bawah umur ya. Dia sudah menjadi satu perbahasan di peringkat nasional berkenaan dengan perkahwinan di bawah umur ini. Jadi rakan saya daripada Kerdau telah pun menjelaskan panjang lebar dari sudut perspektif syariah dan saya juga ingin menegaskan bahawa perkahwinan yang membabitkan kanak-kanak di bawah umur ini kalau mengikut statistiknya sebenarnya masih rendah ya. Belum lagi menjadi satu perkara yang er… mencemaskan ataupun menakutkan ya, masih rendah kerana tidak sampai 1% berbanding dengan negara lain. Ini adalah rekod yang dikongsi oleh Dana Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Jadi… tapi sebelum ni ramai yang tak ambil peduli pun tentang isu perkahwinan bawah umur sehinggalah baru-baru ini tercetus berita anak perempuan berusia 11 tahun ni dia berkahwin dengan lelaki berusia 41 tahun. Jadi ini telah mencetuskan satu er… kecemasanlah… perkara yang mencemaskan er… kepada…

Minta celah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, sila.

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dikatakan oleh Wakil daripada Kuala Sentul memang er… Wakil daripada Kerdau memberi banyak dan panjang lebar tentang perkahwinan semalam. Beliau juga telah menjelaskan dan memberi penjelasan bila seorang kanak-kanak itu dikahwinkan er… mungkin boleh gunakan kondo er… kononnya er… he said tapi beliau kata kondo…adakah…

YB… kondo ke kondom?

Dia kata kondolah tapi kita faham itu kondom. [Ahli Dewan ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat… Yang Berhormat Sabai

Adakah… soalannya…

Yang di-Pertua (Speaker)

Bukan soalan tadi

Adakah tadi…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Sabai, sebentar. Bila Speaker bercakap Yang Berhormat kena dengar apa yang saya nak hujahkan. Yang Berhormat elok menggunakan bahasa Yang Berhormat Kerdau itu tadi bukan dia tadi sebut… Yang Berhormat cakap kondo, kondom… kondo… apa Yang Berhormat, Wakil daripada Kerdau menggunakan istilah… istilah apa Yang Berhormat kata tadi, Yang Berhormat Kerdau.

Saya dengar… kondo semalam tapi lepas itu saya faham bahawa itu adalah kondom.

Yang di-Pertua (Speaker)

Hah… kondom.

Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay, Guai… Guai…

So adakah Wakil daripada Kuala Sentul bersetuju dengan penjelasan beliau, terima kasih.

Dato’ Sri…

Mintak maaf, mohon laluan. Dato’ Sri Yang di-Pertua, boleh tak saya mintak Wakil darpada Sabai menjelaskan balik soalan dia, saya bimbang ada salah faham er… Sabai dalam hal ini. Minta maaf… silakan.

Terima kasih Wakil Guai. Semalam Wakil daripada Kerdau memberi penjelasan tentang bila kita bahas tentang perkahwinan er… kanak-kanak. So beliau juga er… memberi penjelasan bahawa er… bila kita cakap tentang kesihatan, beliau mengatakan bahawa boleh menggunakan kondom. So, saya tanya sekarang adakah Wakil daripada Kuala Sentul terima penjelasan itu? Terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya memang tak paham juga dengan soalan tapi tak apa saya akan mintak penjelasan kita boleh bercerita ‘woman to woman talk’.

Mintak laluan sikit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Guai mintak laluan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, mintak maaf Dato’ Sri Yang di-Pertua. Apa yang dibincangkan dalam dewan semalam sebenarnya telah diviralkan oleh Sabai mungkin dengan niat yang baik termasuklah apabila saya apa… menegur Sabai untuk membawa isu-isu yang lebih besar er… ke dalam dewan dan soal permohonan tanah eloklah kita kata berurusan dulu dengan pejabat-pejabat tanah. Sekiranya jelas Pejabat Tanah telah menolak ya, permohonan itu tanpa bersebab atau mengabaikan permohonan-permohonan itu bolehlah dibincangkan di sini tapi kalau semua aduan kita bawak di sini dan Dewan Undangan Negeri bukanlah kaunter yang mampu menerima semua aduan setiap rakyat. Itu maksud saya. Tetapi salah satu perkara yang diviralkan semalam seolah-olah saya tidak berpuas hati apa ni… pihak Sabai membawa isu rakyat ya, walaupun hakikatnya saya selaku Wakil Guai tak terima dan hanyalah sehari sebelum, itu satu hal.

Keduanya, apa yang diviralkan… saya ada rakaman suara, penjelasan Sabai niatnya mungkin betul tapi Wakil Kerdau ini saya bimbang apa… Dato’ Sri Yang di-Pertua, dia adalah Exco dakwah. Jadi kefahaman yang disebarkan seolah-olah er… Wakil Kerdau ini menggalakkan penggunaan kondom tapi apa yang saya faham dalam perbahasan semalam… apa yang saya fahamkan dalam perbahasan semalam ianya adalah hujah di antara kita nak me… apa ni… me… membenarkan perkahwinan di bawah umur ya, ataupun kita tak benarkan kahwin tapi mereka boleh bersama dan menggunakan kondom seolah-olah begitu.

Jadi saya… saya bimbang perkara ini… apa… disalah tafsirkan. Jadi hari ini, Dato’ Sri Yang di-Pertua tadi kata elok bercakap dengan Wakil Kerajaan yang er… empunya badan mungkin elok Yang Berhormat Wakil daripada Kerdau, menjelaskan soal isu penggunaan kondom. [Ahli Dewan ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak perlu Yang Berhormat Guai.

Tak payah er…

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya rasa Sabai tadi pun dia gelojoh juga. Saya tak habis lagi cerita ni, jadi terus nak bertanya. Dahlah pertanyaan dia tu memang saya tak faham sebab saya petang semalam memang tak ada, tak hadir di dewan kerana saya terpaksa pulang ke kawasan, di kawasan saya dilanda ribut lebih dua puluh buah rumah kena ribut, jadi saya terpaksa bergegas balik ke kawasan semalam ya…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, dia tak gelojoh. Dia steady je saya nampak.

Nampak je steady Dato’ Sri, sebab patutnya dia tunggu saya habis dulu nak cerita ni. Sebab saya tidak akan menyentuh sudut pandangan syariah kerana ia telah disentuh oleh rakan saya daripada Kerdau. Saya ingin menyentuh ini dari sudut pandangan seorang wanita kerana saya adalah Exco yang mewakili wanita ya dan bagi saya, saya nak menjelaskan bahawa er… di bawah Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ya, telah menyatakan bahawa er… perkahwinan bawah umur ni memang banyak berlaku.

Walaupun saya sebut tadi ikut data UNICEF, tak sampai 1% nak dibandingkan dengan negara lain tapi memang ada berlaku di Malaysia dan banyaknya berlaku di Kelantan. Ini pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Mohd Abdullah menyebut dalam rekod ya dan mereka ini berkahwin semasa masih bersekolah ataupun tidak menamatkan persekolahan ataupun memang tidak bersekolah, kebanyakan yang berlaku ni. Di Pahang, menurut rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, permohonan nikah bawah umur bagi kanak-kanak Islam di Pahang ialah 354 daripada 5,362 permohonan sejak Januari 2013 hingga Disember 2017.

Makna seluruh negara ada permohonan sebanyak 5,362 ya. Di Pahang 354 ya, dan Dato’ Sri Yang di-Pertua, ingin saya tegaskan bahawa di bawah undang-undang dibawah Kanun Keseksaan, tidak boleh er… kanak-kanak ni dia umur dia 16 kalau perempuan sekarang ya, dia boleh berkahwin above age umur 16 er… dan lelaki 18. Itu had umur yang ditetapkan oleh undang-undang kita tetapi bagi er… muslim, bagi orang Islam ditetapkan oleh Enakmen Undang-undang Syariah Negeri masing-masing ya.

Di Pahang er… permohonan di bawa untuk ditentukan status kelayakan dibuat permohonan ke Mahkamah Syariah ya, ke Mahkamah Syariah tetapi untuk yang bukan Islam, permohonan dibuat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kalau mengikut Kanun Keseksaan ya, sebarang er… persetubuhan dilakukan oleh kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah ini, tak kira sukarela ataupun tidak, kondo ataupun tak kondo [ketawa] ianya dikira adalah sebagai statutory rape dengan izin Dato’ Sri Yang di-Pertua ya.

Jadi saya sebenarnye bersetuju kalau pandangan er… sesetengah pandangan had umur ni dikaji semula kerana kita menengok kepada perkembangan hari ini, anak-anak kita dah lebih advanced ya daripada zaman kita dulu ya. Dulu, kanak-kanak mungkin akhil baligh kanak-kanak perempuan pada usia 13 tahun kebanyakannya secara purata tetapi sekarang ramai anak-anak perempuan kita, akhil baligh pada usia 9 dan 10 tahun.

Jadi, perkara ini mungkin elok untuk dikaji semula Dato’ Sri Yang di-Pertua ya, dan Pakar Perundangan Syariah seperti Professor Dato’ Dr. Nor Aziah Awal daripada

Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Berita Harian 23 Julai baru ni ya, telah mencadangkan supaya dalam kita er… menentukan dalam er… Jabatan Kehakiman Syariah menentukan status kelayakan berkahwin di bawah umur ini ya, bukan hanya ditentukan oleh budi bicara Hakim semata-mata tapi hendaklah juga diminta pandangan daripada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pegawai Perubatan dan Pakar Kaunseling dan sebagainya.

Ini yang saya nak tekankan er… di sini ya, kerana perkara ini kadang-kadang macam kita katalah, perkara perkahwinan ni tidak dapat dielakkan tapi apa yang membimbangkan kita ialah jangan berlaku unsur jenayah ya. Saya tahu kebimbangan sesetengah pihak Dato’ Sri Yang di-Pertua, takut ada anak ini yang dikahwinkan oleh ibu bapanya kerana dipaksa untuk contohnya melunaskan hutang yang dibuat oleh ibu bapa.

Jadi ini yang perkara-perkara yang kita nak kekang supaya ianya tidak berlaku ya, dan itulah antara punca-punca er… berkahwin dibawah umur ni, anak tu hilang minat nak sekolah, tercicir dari persekolahan ya, dapat pula bakal suami yang mampu menyara kehidupan mereka. Dalam keadaan sekarang yang serba materialistik ini, orang tak pandang lagi Dato’ Sri Yang di-Pertua, pakai handbag Bonia, orang nak pakai handbag Chanel Dato’ Yang di-Pertua. Ha… ini pun antara punca juga, punca rakyat kita sudah mengamalkan budaya kebendaan dalam kehidupan mereka dan mereka ini juga berasal daripada keluarga yang er… miskin terhimpit kehidupannya dan juga kurang pendedahan kepada aspek pendidikan.

Jadi Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya rasa cukuplah untuk kita perkatakan tentang isu perkahwinan di bawah umur ini. Apapun saya kira kita terbuka untuk berbincang dan untuk ber… mencari satu jalan penyelesaian bagi mengelakkan anak-anak remaja kita ya, teraniaya untuk dikahwin secara paksa oleh pihak-pihak yang tertentu.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Berkenaan dengan pembangunan wanita. Bagi Hal Ehwal Wanita, saya ingin melahirkan rasa dukacita saya, atas keputusan Kerajaan Persekutuan, di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang telah membubarkan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga. Namun saya tidak boleh nak berbuat apa-apa kerana itu adalah kuasa Kerajaan Persekutuan tapi kita di negeri Pahang ini, kita tidak akan sekali-kali meminggirkan wanita kita, dan saya sedang menyiapkan satu kertas yang akan saya er… cadangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan, untuk menubah… menubuhkan Majlis Perundingan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang yang akan menjaga kepentingan wanita dan keluarga di negeri ini.

Majlis Perundangan ini akan merangkumi…

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh saya tanya, panjang lagi ke?

Sikit lagi Dato’ Sri…

Yang di-Pertua (Speaker)

Kerana saya nak membenarkan juga Pengerusi…

Dah nak habis Dato’ Sri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pertanian… dan juga Pelancongan pada petang ni juga kalau boleh. Baik sila, sila Yang Berhormat.

Majlis Perundangan ini akan merangkumi semua aspek yang berkaitan dengan wanita. Termasuklah kesihatan ya, taraf ekonomi dan sebagainya.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Akhirnya, ar… ni akhir betul dah ni [ketawa]. Akhirnya saya berharap agar janganlah ada mana-mana kelompok yang cuba memusnahkan segala perancangan dan pencapaian yang ada hanya kerana kepentingan jangka pendek. Insafilah segala jerih payah, pengorbanan, keringat dan air mata yang telah dicurahkan oleh mereka-mereka yang terdahulu. Daripada kita dalam mengharungi bermacam-macam bentuk cabaran untuk membawa negeri ini sehingga ke tahap sekarang. Bak kata bijak pandai, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Sisihkanlah segala rasa ketidak puasan hati dan hasrat dendam yang tidak berkesudahan.

Renungilah ayat Al-Quran yang pendek maksudnya tetapi cukup bermakna dari Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud: “Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, tetapi ia baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, tetapi ia buruk bagimu. Dan Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui.”

Saya dengan ini, menyokong Usul Menjunjung Kasih, Titah DiRaja [Ahli Dewan menepuk meja]. Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi wabaraktuh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat.

Tanam selasih hari selasa, Mari dijual di pekan sari, Yang Berhormat menggulung tepati masa, Inilah contoh susah nak cari.

[Ahli Dewan ketawa]

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya jawab pantun tadi ya. Baiklah sekarang saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membuat penggulungan. Sila, Yang Berhormat.

Assalamualaikum WBT.

Yang Hormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Pertamanya saya ingin er… merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberikan izin untuk saya terlibat sama dalam menggulung bagi pihak kerajaan, dan juga menjunjung kasih atas er… perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang telah berangkat merasmikan dan bertitah er… tu… Sempena er… Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-14 pada 23 Julai 2018 yang lalu iaitu bersamaan 10 Zulkaedah tahun 1439 Hijrah dan er… junjung kasih juga kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang di atas keprihatinan Kebawah Duli Tuanku menyentuh setiap aspek kehidupan yang er… merangkumi sek…pelbagai sektor, pelbagai aspek kehidupan dan sektor indus… perindustrian dan er…melontarkan titah pandangan dan cadangan yang begitu bernas dan bijaksana demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat jelata khasnya.

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini, terutamanya untuk er…merakamkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Sri di atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Penggal Ke-2 dan er… mudah-mudahan kewibawaan er… Dato’ Sri dalam er… mengendalikan persidangan er… dapat terus er… berada di tahap yang begitu cemerlang. Tahniah Yang Berhormat Dato’ Sri. Tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri er… Wan Rosdy Wan Ismail, ADUN Jelai yang telah pun dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ke-15 dan er… sudah tentu kepercayaan yang berikan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri begitu tinggi, dan insya-Allah saya yakin Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dapat menjalankan, menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah, jujur, ikhlas dan wibawa dengan bantuan daripada rakan-rakan barisan Ahli Majlis Mesyuarat dan juga Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ni. Sama ada pihak kerajaan mahu pun, daripada pihak yang bukan kerajaan.

Dan er… [berdehem] di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Yang Berhormat ADUN Pelangai iaitu bekas er…Menteri Besar Pahang yang ke-14, yang telah menjalankan tanggungjawab iaitu menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar selama 19 tahun, dan sudah tentu banyak jasa-jasa yang telah [Ahli Dewan berdehem] di er… sumbang oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri atau Yang Berhormat Dato’ Sri DiRaja dan sudah tentu ianya akan dilakar sebagai er… sumbangan besar kepada kemajuan negeri Pahang yang tercinta ni. Sepertimana yang kita sedia maklum, sekali air bah sekali pasir berubah.

Sudah tentu ciri kepimpinan berbeza. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar yang baru tentunya mempunyai pendekatan dan kaedah serta style kepimpinan yang berbeza dengan bekas ataupun mantan Menteri Besar yang lalu. Marilah sama-sama kita memberikan sokongan dan juga dokongan serta kerjasama yang sepenuhnya selaras dengan saranan daripada atau titah saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang untuk semua Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini bekerjasama

untuk mem… memberikan pandangan dan melontarkan idea-idea yang bernas bagi sama-sama membangun memajukan negeri Pahang yang sama-sama kita cinta, dan saya yakin insya-Allah dengan kehadiran Ahli-ahli Dewan yang er… mempunyai latar belakang yang pelbagai dan kepetahan dalam menyuarakan pandangan, melontarkan cadangan secara bersungguh-sungguh, dan juga ikhlas saya yakin, insya-Allah kita dapat er… sama-sama menggalas tanggungjawab yang penuh er… cabaran ini dengan er… jayanya, insya-Allah.

Saya juga ambil… mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi penghargaan kepada rakan saya, Wakil daripada Inderapura yang merupakan bekas ataupun mantan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani yang telah… sebenarnya menjalankan tugas yang begitu baik, cemerlang. Saya masih lagi dalam proses dalam bahasa Inggerisnya er… dengan izin, going through the learning curve er….kerana saya [Ketawa] er… perlu memahami er… portfolio yang er… er… saya galas ini. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar yang telah er… memberi kepercayaan kepada saya untuk er… er… menggalas portfolio yang er… mempunyai kesan yang begitu er… besar, bukan sahaja kepada masyarakat luar bandar tetapi juga kepada er… masyarakat petani, nelayan dan penternak, dan saya akan cuba sedaya yang mungkin insya-Allah untuk er… menggalasnya dengan penuh tanggungjawab.

Dan er… menyingkap kembali kepada Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, yang telah pun menggariskan bahawasanya sektor pertanian ini mestilah terus dibangunkan dan diperkasakan supaya er… dapat kita mencapai matlamat membekalkan bahan makanan yang cukup untuk keperluan bukan sahaja dalam negeri tetapi dalam negara. Lantaran itu, sudah tentulah meneliti perkembangan dan cabaran yang ada pada masa kini iaitu pertambahan penduduk yang begitu ketara. Sedangkan sumber khususnya tanah yang begitu terhad ianya akan menjadi kekangan yang cukup ketara dalam er… melaksanakan tanggungjawab dengan er… kepesatan er… kemajuan yang ada pada masa kini. Sudah tentu tidak ada jalan lain melainkan kita mengambil inisiatif untuk menggunakan pendekatan er… iaitu menggunakan teknologi terkini dalam membangun dan memajukan sektor pertanian.

Saya er… merakamkan setinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Dewan er… yang mulia ini, yang telah membangkitkan sama ada secara er… cara direct, dengan izin ataupun secara tidak langsung… langsung… sorry, langsung [Ketawa] ataupun cara tidak langsung [Ketawa] yang berkaitan dengan sektor pertanian, dan saya akan cuba bantu er… untuk… untuk er… melerai permasalahan atau isu yang dibangkitkan sekiranya saya mampu untuk menjawab dalam Dewan Yang Mulia ini, akan saya jawab terus ya, tapi sekiranya perlu ada er… jawapan-jawapan yang lebih khusus atau detail, saya akan mohon supaya er… jawapan secara bertulis akan di er… berikan kepada persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Dewan Yang Mulia.

ADUN Tanah Rata ada menyentuh mengenai er… kekangan berhubung dengan status tanah yang er… ada di Cameron Highlands. Saya kira berkaitan dengan tanah ni Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar akan menyentuhnya er… dengan lebih terperinci. Hanya ingin saya berkongsi er… sedikit maklumat er… dengan er… ADUN er… Tanah Rata. Kalau kita lihat misal contohnya, er… isu yang dibangkitkan oleh er… ADUN Tanah Rata ialah pertama, masalah status tanah yang selama ni hanya berasaskan kepada er… LPS, Lesen Pendudukan Sementara ataupun TOL, dengan izin, dan bukannya hakmilik kekal dan er…dicadangkan kenapa tidak diberikan hakmilik kekal, yang pertama…

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Ya, boleh minta laluan sekejap ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Tanah Rata.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya mintakan bukan hak milik kekal tetapi pajakan sewa untuk 10 atau 20 tahun sahaja. Terima kasih.

Terima kasih. Katalah 10 atau 20 tahun ya… 10 atau 20 tahun, saya teringat analogi yang ingin saya zahirkan disini apabila di… dimaklumkan oleh Wakil Tanah Rata iaitu permasalahan kita mendapatkan pinjaman. Pinjaman bagi memajukan kawasan atau sektor pertanian ni kerana pihak institusi kewangan tidak membenarkan. Sebenar fenomena ini bukan sahaja berlaku dalam sektor pertanian. Pengalaman yang kita ada misal contohnya kita membina rumah-rumah murah, rumah mampu milik. Katalah rumah murah dengan kos menjangkau RM100,000 tetapi permasalahan yang timbul ialah apabila ingin kita mendapat pembiayaan daripada institusi kewangan, dimana peminjam hanya perlu memohon RM35,000 ataupun RM40,000… RM42,000 pihak institusi kewangan enggan memberi pinjaman, sedangkan nilaian hartanah yang hendak dibeli ni jauh melebihi nilaian yang ataupun er… nilai yang di…di… dipinjam. Ini suatu dilema bila institusi kewangan tidak mahu mengambil risiko.

Kalau sekiranya peminjam gagal, dia boleh foul closed, kita boleh gadaikan dan dapat semula pinjaman. Tetapi mengapa bank tidak sanggup untuk menyediakan pembiayaan hingga bekas Perdana Menteri lah ya, yang dulu yang juga merupakan Menteri Kewangan telah mencadangkan supaya mewujudkan bank yang khusus dipanggil bank perumahan. Kalau sekiranya kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Kerajaan Pusat pada hari ini, maka bank perumahan itu akan diwujudkan kerana inilah permasalahannya kerana pihak bank tidak mahu membiayai, waima apa sekali pun status, maksud saya sini, janganlah kita kaitkan maksud saya kalau kita kaitkan, misal contoh kita kata oleh kerana kita mempunyai er… tempoh pajakan yang… yang singkat atau yang pendek makna bank tidak mahu membiayai, bank tidak mahu mengambil risiko this is something.

Ini adalah seperkara yang kita kena bangkitkan supaya pihak Kerajaan Pusat mengambil inisiatif ini membetulkan, supaya institusi kewangan tampil ke depan memainkan peranon… peranan dan tanggungjawab dia, pembiayaan mestilah berasaskan kepada fakta yang ada di depan, itu… itu maksud saya. Kerana kita ingat apabila bercakap mengenai Bentong Ginger ataupun Halia Bentong. Halia Bentong ini telah pun wujud hinggakan ia menjadi satu spesies atau satu jenama yang tersohor di dunia. Sebut je Halia Bentong semua orang tahu ini Bukit Tinggi, bukan Bentong bandar Bentong… bukan di… di Janda Baik er… bandar bukannya di… di tempat lain tapi mesti di Bukit Tinggi.

Dan untuk makluman Dato’ Sri Yang di-Pertua, sebenarnya penanaman Bentong punya ginger ataupun halia Bentong ni telah pun dimulakan awal tahun 70-an lagi… tahun 70-an maknanya 40 lebih tahun hampir 50 tahun. Persoalan sekarang ini timbul,

dimanakah penanam-penanam ini menanam ini halia Bentong ni? Mereka menanam halia Bentong ini di tanah-tanah reserved hutan yang diberikan permit penggunaan oleh Jabatan Hutan, bukan TOL, permit penggunaan sahaja. Tetapi mereka telah berada di sana hampir 50 tahun. Apakah buktinya? Apa yang nak saya nyatakan disini tanah ni dia tak kiralah dia permit ke, dia TOL ke, dia hak milik kekal ke, janji dia boleh bertanam.

Kalaulah dia bagi tahun demi tahun setahun biasanya TOL ni kita bagi tiga tahun… setahun kemudian diperbaharui oleh Pentadbir Tanah Daerah tahun demi tahun. Masuk tahun yang keempat itu, dia akan bawa ke JKPT untuk diperakukan semula. Jadi maknanya maksud saya ini tidak menimbulkan isu, biarlah dia kekal begitu kerana di Cameron Highlands ini terdapat lebih kurang 2,000 petani… farmers, dengan izin, yang menjangkau, saya ingat lebih daripada 10,000 ekar ni mungkin 12,000 ekar yang terlibat dengan pertanian ni. Topografinya berbeza dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja telah bertitah, iaitu kita mesti mengambil langkah untuk melaksanakan pembangunan secara lestari, bahasa inggeris dia sustainable development, dengan izin, jadi kita kena ingat permasalahan yang timbul apabila kita ya.

Yang penting di sini pertamanya, kita nak pastikan supaya aktiviti pertanian ini dapat dilaksanakan secara mampan, kawalan mesti dibuat dan kita mesti mengamalkan tak kiralah dulu kalau kita pakai myGAP, Good Agriculture Planticious, tapi kita namakan my nak taruk apa nama pun, jadah pun, takpelah maknanya… apa nama pun sebab apa nama yang dulu semua ditukar… apa nama… apa nama… apa nama… haaa itu apa nama… takpelah apa nama pun.

Yang Hormat Yang di-Pertua, jawapan dia my name is nobody, dengan izin.

Tetapi amalan pertanian yang baik ini yang nak kita capai. Sebab itu saya rasa pihak kerajaan akan memberi pertimbangan. Hasil sayur-sayuran daripada Cameron Highlands dianggarkan lebih kurang 60% bekalan seluruh negara ni datang daripada Cameron Highlands. Apabila kita buat Ops Gading maka bekalan sayur-sayuran di Cameron Highlands telah menjunam jatuh dan negara terpaksa mengimport sayur. Saya ingin menyeru Kerajaan Pusat supaya memberi pertimbangan apabila ada minyak di Terengganu, apabila ada minyak di Kelantan, bila ada minyak di Sabah dan di Sarawak kerajaan pusat bagi royalti, mengapa kita yang membekal 60% sayur ke seluruh negara tidak diberikan imbuhan, Kerajaan Negeri hanya dapat hasil tanah, itu je Kerajaan Negeri dapat. So kita sarankan disini, Dato’ Sri Yang di-Pertua, supaya kerajaan pusat memberi pertimbangan membagi apa bentuk tak kiralah royalti ke…

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Tuan Yang di-Pertua…

Ataupun wang ihsan ke supaya dapat…

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Tuan Yang di-Pertua… minta laluan.

Dapat kita… sikit ya sikit… dapat kita menambahkan hasil pendapatan kerana pengorbanan kita mengeluarkan 60% daripada sumber sayur-sayuran negara.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bilut minta laluan, silakan.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Hormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya rasa… er… saya rasa ini agak satu konsep yang bagus. Saya minta er… pihak Kerajaan Negeri boleh memberi surat untuk buat permohonan kepada er… Kerajaan Pusat perkara tersebut. Terima kasih.

Terima kasih. Ini… ini maksudnya sebab itu saya… saya nampak yang ini kita… baru-baru ini pasukan er… Perancis… France menang world cup… menang world cup. Kerana kita tengok dari segi latar belakangnya pemain-pemain Perancis ni dari pelbagai-bagai. Jadi dengan gerak kerja berpasukan yang hebat ya kan, Perancis telah menjuarai er… Piala Dunia baru-baru ini.

Jadi kita di sini saya rasa kita boleh, kita… kita boleh, maknanya er… dengan gandingan yang ada, kita boleh melontarkan pandangan. Sekarang cukup mudah, sebab apa, kita melontarkan cadangan kepada pihak Kerajaan Pusat, supaya Kerajaan Pusat memikirkan. Kerana apa,kerana kita misal contohnya, kita contohlah, kalau kita tak luluskan TOL ni, jawab tak makan sayur kita. Di Kuala Lumpur tempat lain semua jam, eh… jam. Strawberry ya antara strawberry yang banyak sekali, yang dikeluarkan ialah di Cameron Highlands, di Malaysia ni selain dari yang diimport. Makna kalau semua aktiviti saya yakin, saya yakin ADUN daripada Tanah Rata bersetuju. Maknanya kita ada asas untuk berbuat demikian.

Jadi insya-Allah, saya yakin Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kita akan senaraikan permohonan-permohonan kita ya, supaya pihak Kerajaan Pusat memikirkan. Sebab saya simpati dengan rakan-rakan. Simpati sebab apa, saya tengok kalaulah misal contohnya… misal contoh kita bercakap mengenai ECRL. Ini…ini digress sikit ini Dato’ Sri, sebab saya memikirkan begini, kalau kita ada sayur, misal contoh kalau kita ada tanaman pertanian di… di pedalaman macam di Lipis, di Raub di apa nama ni… apa nama lagi ya, Jerantut. Kita berhasrat kalau boleh hasil pengeluaran ni tadi, kita nak ni er… apa nama, nak menggunakan pengangkutan kereta api supaya dapat dibawa ke Pelabuhan Kuantan, tapi hasrat ni hancur rasanya di… kalau kiranya projek ECRL ni tidak dilaksanakan. Jadi kita rasa tidak dapat menggunakan kemudahan itu, sebab itu kita, pandangan kita, ECRL.

Projek ECRL mesti diteruskan, dan projek ECRL ni Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, it’s a national er… strategic interest ya, dengan izin. Hanya saya nak sentuh tu, sebab apa tujuan kita ialah untuk

memperkasa Pelabuhan Kuantan dengan Pelabuhan Klang. Kalau kapal yang lalu di Selat Melaka, bila dia lalu Selat Melaka sampai ke Singapura, dia akan menyinggah di Singapura. By the time dia pergi ke Kuantan maknanya kapal tu dia tidak menyinggah di situ dah kerana barang-barang consignment dia tu dah ada, dia berlabuh begitu je. Tetapi kalau kita misal contohnya barang-barang yang kita angkut daripada Pelabuhan Klang itu tadi melalui kereta api, kita akan feedkan, kita akan bekalkan. Macam kita naik teksilah, macam kita teksi ni ya, Dato’ Sri Yang di-Pertua, biasa Dato’ Sri, biasa naik teksi?

Yang di-Pertua (Speaker)

Biasa, biasa.

Biasa ya? ok. Kita misal contohnya kita bawa penumpang, yang teksi Kuantan, dia tunggu di Kuantan. Jadi kita daripada Lipis contohnya teksi Lipis ni, Lepehlah, teksi Lepeh ini dia bawa penumpang sampai Kuantan, dia turun ni penumpang di Kuantan. Jadi teksi Kuantanlah pergi ke Kota Bharu tu. Lepas tu yang Lepeh ni tadi, ambil pula penumpang yang ada di Kuantan ni baliklah ke Lepeh, macam tu caranya. Tak payah kita daripada Lepeh nak terus pergi Kota Bharu. Maksudnya kita saling bantu membantu, itu sebenarnya yang tersirat ni, yang nak kita buat ECRL tu. Bukan kita suka-suka, main-main begitu je.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Minta mencelah. Bolehkah saya tanya kerajaan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Tras.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

….yang semua kargo-kargo yang sampai ke Port Klang dan hantar ke Kuantan Port melalui ECRL kebanyakan adalah kargo-kargo China ataupun Malaysia?. China. Ini adalah kepentingannya, kebanyakan mementingkan negeri China bukan negeri Malaysia dan dengan kos yang begitu besar 55 bilion, yang mungkin kos sampai RM70 bilion. Ini akan membawa kedudukan kewangan negara kita kepada kesan negatif. Ini pihak kerajaan mesti faham. Bukan kita tak mahu ECRL tapi kos terlalu terlampau. Terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, yang kita nak kelahi dengan China ni sebab apa? Kita di Malaysia ni China ada juga, Yang di-Pertua, kan. Kita nak kelahi dengan China. Menyentuh mengenai sektor pertanian. Burung walid ni… burung walid ni, burung, kita he… ya Allah. Dato’ Sri, saya ingat masa kecil, tak pernahnya dengar burung walid ni. Dah tua-tua gini ada dengar burung walid, rupanya burung walid ni, sarang burung walid ni menjadi suatu jenis makanan yang mempunyai nilai-nilai perubatan, meciden… ini…ini…ni meciden... medicinal qualities, dengan izin, yang beli burung walid ni ialah China, yang beli durian Musang King ni daripada Bentong, Sungai Kelau daripada Sungai Ruan, Telemong waima Jalan Tras pun, masuk semua. Lailahaillallah. Kus semangat, China, yang harga kita sampai mahal ni. Yang beli sawit

kita adalah daripada negara China. Kalau dia tak beli ni, yang beli getah ni pun ialah China. Kalau kita bergaduh dengan orang yang… yang menjadi rakan niaga kita, jawabnya entahlah, kita bermasalah…

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Musang King, itu durian tak boleh guna kapal untuk hantar ke China kerana durian Musang King hanya boleh tahan dua hari saja. Mesti pakai kapal terbang.

Bukan, Yang di-Pertua, maksud saya ni gini. Jangan kita ingat kalau kita main gasing, lepas kita main gasing, masalah dia gini. Yang di-Pertua, kita main gasing, pangkah. Lepas tu kawan tu kalah, dia kalah, kita ejek ke dia. Dia ni pulak jadi coach kita, jurulatih bola sepak. Kalau ikut gasing dengan bola sepak, apa kena mengenanya, tapi sebab dia main gasing. Kalah. kita ejek ke dia, you know, kita tease dia dengan izin, dia pun marah. Dia jurulatih bola sepak. Dia kata Oh… ok, kawan kalah gasing, awak pangkah kawan. Jadi dia tak pilih main bola. Maksud saya situ, masalah sekarang ni projek ECRL tu membabitkan pihak daripada negara China.

Amerika bila dia bergaduh dengan China, dia mengenakan tariff, bukan masalah itu saja. Dia berkait, kait, kait, kait. Ini realitinya, bukan boleh, sekarang ni kita bercakap pasal kereta api, yang sawit tolong beli ya. Ehh… nothing doing. Dia akan dikaitkan dengan perkara-perkara lain, yang ini yang menjadi kebimbangan kita. Bagaimana kita nak beri pembelaan pada petani-petani, sebab itu kita minta pemimpin-pemimpin negara kita, bila bercakap tu, bak kata orang tua-tua kan terlanjur perahu boleh ditarik, terlanjur kata-kata ni. Macam mana? Buruk padahnya. Tak boleh gostan dah. Sebab itu projek ECRL ni sebenarnya dia akan membawa koridor, membuka koridor baru.

Saya kata kesian tadi sebab saya kesian tu tadi, gini, pertama sekali… pertama sekali. Kita punya stesen, orang-orang kampung kata stesen kita melibatkan Parlimen Indera Mahkota. Saya tahu tak…tak silap sayalah, kalau tak silap saya, Ahli Parlimen Indera Mahkota ni, tak silap saya, saya kadang ingat-ingat lupa juga, rasanya Menteri Luar. Ahli Parlimen Indera Mahkota begitu? Lepas tu dia menyinggah di Kuantan. Tak silap saya Ahli Parlimen ini Kuantan ini, Timbalan Menteri Agamalah, Timbalan Menteri Agama dan lain-lain. Kan? Yang ketiganya, Maran tu tahanlah, kalau Maran tu, bekas Timbalan Menteri ya kan tapi dia menyinggah Temerloh. Ada stesen di Temerloh, Stesen Temerloh ni tak silap saya Ahli Parlimen dia, Timbalan Menteri Kerja Raya. Kemudian dia menyinggah pula di Bentong, Ya Allah, kus semangat. Yang setahu saya, Ahli Parlimen Bentong ni bukan daripada Barisan Nasional. Jadi saya kira ini… ini hadiah daripada Ahli-ahli Parlimen yang menanglah ni. Makna projek di laluan tempat-tempat masing-masing ni hah.. kena sembelih, hah….

Ini rupanya kena kencing juga. Ini Teruntum kata apa itu apa err… dia kabo ti… kencing ti… tikus kencing. Ini bukan tikus kencing. Ha maksudnya semua yang lalu ni tempat-tempat yang diwakili oleh ahli kabinet dan pentadbiran kerajaan dipanggil sebagai Pakatan Harapan. Sebab itu saya nak bangkitkan, sebab apa, tengok Ahli-ahli Dewan daripada… daripada er… yang bukan kerajaan lah saya sebut tak sedap pembangkang ini. Sebab kita sama, yang bukan kerajaan kita tak bangkit pasal ini. Eh! Bangkit, bangkit. Ini untuk kita, kan.

Yang di-Pertua...

Yang di-Pertua (Speaker)

Tras.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tras duduk dulu. Teruskan, ya.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Okay. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Pusat dah beritahu projek ini sedang dikaji semula dan Titah-titah Pemangku Raja telahpun dalam Titah-titah beliau berkata er… saya mengalu-alukan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula kos pembinaan laluan kereta api ECRL. Jadi kita tunggulah sekejap. Sekarang projek ini telah er… berhenti 3 bulan sahaja dan bulan depan Yang Amat Berhormat Menteri er… Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir akan berjumpa dengan er… Presiden China. Bagi… bagi masa itu beliau akan bincang apa yang saya dimaklumkan bahawa beliau akan berbincang dengan China bahawa ECRL projek ini dengan kos yang lebih rendah dan cerita… saya pun harap kita barisan Pakatan Harapan pun harap projek-projek ini akan terus selepas kos yang diturunkan. Sekian.

[Ketawa] Jumpa sebab mau jual Malaysia ke [ketawa]. Dak, sebab apa hari itu, bila kita nak jumpa, kabo jual Malaysia, jual Pahang. Jadi sekarang ini nak jumpa, jadi kita pun pening juga ni Yang di-Pertua tapi saya harap er… kita haraplah sangat-sangat supaya memikirkan. Itu maksud saya tadi, sebelum Perdana Menteri ini berjumpa, saya harap wakil-wakil ini tadi. Wakil-wakil daripada bukan kerajaan, saya malas menyebut pembangkang tuh. Bukan Kerajaan Pahang ini tadi dapat berjumpa, dapat berjumpa maklumkan. Kita dah beritahu ini, ha… kirim salam, ada pengundi-pengundi kirim salam, minta teruskan lah... misal contohnya.

Bukan apa, manfaat. Tak kira kalau sekiranya… dia kita teliti. Kalau ada yang tak betul, saya ingat perkara ini kita kena betulkan. Tidak ada sama ada di sana mahupun di sini yang nak bersekongkol. Benda yang tak betul ini, tak betul juga ya. Kalau yang tak betul kita ambil tindakan tapi jangan batal projek kerana yang dulu itu kita yang mulakan. Jangan begitu. Dia… dia… dia… tak matang tu.

Dia Malaysia baru ini, dia kalau boleh tu kekalkan. Dia jangan bila… bila tengok eh, ini pengerusi… semua suruh berhenti. Kalau dah semua suruh berhenti, Ketua Setiausaha kena berhenti, ketua… Ketua Setiausaha Negara kena berhenti, KSU kena berhenti, er… pengerusi bank kena berhenti, CEO bank kena berhenti. Kalau semua orang berhenti, siapa nak bekerjanya kalau macam tuh. Contohlah, dia… dia kena rasional. Kita pun tak pernah dulu, mana ada kita… kita apa nama… ini… ini… apa nama… kata lepas jer orang ini berkuasa, tergolek semua. Tidak, tetapi hari ini kita tengok lepas sorang, sorang. Sorang nak berhenti, sorang nak berhenti. Eh, common, it doesn’t sounds good dengan izin.

Jadi saya tadi menyentuh pasal ini… ini hasrat daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja. Dia kabo kita di sini jangan kelahi. Kita duduk kita berpakat lah. Ini kita pakat, okey. Ini perkara ini, tadi chen… saya dengar ini yang apa nama… YB, YB Ketari? Ha, YB Ketari cerita pasal masjid. Saya memang suka itu bila bangkit tadi tu, saya kata aih… cerita pasal masjid. Sebenarnya, masjid di kawasan saya dah lulus dah RM1.5 juta. Masjid Kampung Rengai nama dia. Bersilat beria tu nak mendapatkan tapak tu. Orang kampung semua dah buat kenduri Dato’ Sri. Masjid…makna pecah tanah belum lagi tapi kenduri dah buat dah. Kenduri buat… buat tapi projek tak laksana lagi. Makna masjid peruntukan dah lulus RM1.5 juta.

Jadi baru-baru ini dia ada… dia panggil CCP? Hah… dia CCP? Dia panggil Bahasa Inggeris dia panggil Contract Consultation Panel. Menengok ke Pengarah JKR ni [Ahli ketawa] Jadi Dato’ Sri, dia… arahan dia kalau projek belum mencapai 15%, dia kaji semula. Makna oleh kerana… sorry. Jadi projek ini belum bermula. Jadi kome ni tadi nampak gaya macam mana cerita, yang Wakil Ketari tadi baru nak mencari masjid Janda Baik tu, yang kiranya yang baru. Saya mengaborkan tadi ini… ini bab masjid ini. Masjid dah lulus RM1.5 juta.

Jadi maksudnya di sini, mana yang projek-projek yang ada memberi manfaat kepada orang ramai ini, janganlah di… di… potong ke. Terus ke. Hah terus kan itu. Jadi ini YB Ketari bila jumpa itu senyum sikit dengan tu, okey… lulus. Sambil maklumkan pada anu tolong kabo kalau sekiranya ini Masjid Janda Baik ni boleh ditimbangkanlah. Pastu kabo lah ya, kalau boleh tu, masjid belah Benta itu, yang dah lulus itu jalan lah terus. Jadi kalau besok tak apa kalau sekira nak merasmikan besok kita jemput. Dak Dato’ Sri ya. Bukan nak rasmi…

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Minta, minta….

Majlis perasmian. Nak rasmi tak boleh.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Exco…

Majlis perasmian kita jemput. Kita jemput… jemput..

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Benta mintak…

Yang Berhormat Dato’ Sri. Jadi…

Yang di-Pertua (Speaker)

Eh… ini padang Tengku dia nak ni…

Padang Tengku? Hai berdirilah [Ahli Dewan ketawa]. Okay.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Ehem… Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya sebenarnya tertarik dengan er… permintaan daripada… daripada Wakil Kerajaan tadi. Jadi saya nak menumpang jugalah Ketari sambil-sambil cakap er… projek di Padang Tengku ni ada tiga masjid. Haa… tiga masjid, RM2 juta Seberang Jelai, RM1.4 di Mentara Baru, RM1.5 di Aur Gading. Nak tunggu nak tender je. Kalau laporan JKR kata pada bulan… bulan Mei dengan bulan… bulan… bulan Jun ini akan di tender tapi nampaknya mengkarak jugalah ni… mengkarop… mengkarap… hah saya... kan, jadi saya minta bawa sekali lah tu. Insya-Allah.

Dak naik kereta api ke naik mende.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Ada sungai ada kereta api. Seberang Jelai...

Tak, maknanya maksudnya Dato’ Sri, saya… saya kalau boleh mengadu ini, jadi kata Wakil Kerajaan mengapa pulak membebel sini Dato’ Sri tapi makna maksudnya atas titah saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja tadi. Kalau boleh kita kerjasama. Masalah air, lulus dah RM 71 juta, masalah air di Benta ini. Dia air itu keruh. Jadi lulus baru ini nak membagi ke air tu supaya tak keruh. Tak tahu lah ni. Dah lulus dah projek tu. Jadi, kalau boleh ya, perkara yang baik itu kita.

Lontaran daripada Tanah Rata, daripada Sabai. Sabai hari itu saya pergi ke Karak, saya berjumpa dengan ADUN Sabai. ADUN Sabai menengok durian, kome tengah… tengah menengok durian, masing-masing nengok durian pastu nengok muka, lepas tu rasa macam pernah jumpa. Dia pun tengok ke saya. Dia… dia nengok… nengok ke saya. Saya nengok ke dia. Di mana jumpa ni. Lepas tu, aihh… baru teringat Allahuakbar, ADUN Sabai. Rupanya ADUN Sabai dia pergi menanya ke… dia nengok kemudahan-kemudahan yang ada tu. Yang peniaga durian itu, sama ada selesa tak selesa. Ya Allah, orang makan durian ini kadang-kadang ada masa dia tak kira ke selesa dah. Dia mencangkung tu saya nengok begitu jer membeloh durian ter.

Makna durian ini penangan dia kadang-kadang kita tak… tak sedar tu, kita mencangkung tu sebab kita nak membaham ke durian tu. Tapi bila tanya itu Dato’ Sri Yang di-Pertua, daripada mana abang ni? Daripada Kajang ya yang datang tu. Saya kabo beli durian ini, uweii ini saya nak buat asam dia kabo. Saya kata, abang, Kajang tak ada durian ke? Ada, ada tapi durian Pahanglah, hah!... dia tunjuk macam ni [tunjuk tangan; bagus] Durian Bentong, durian Pahang dia tunjuk. Saya kata, saya pun fuhh... kembang gitu haa kire menengok tu. Sebab bila dia sebut jer durian Pahang, durian Bentong bagus, kita rasa bangga tapi kita kena bagi tahu dengan kita punya peniaga. Peniaga kita, kita kena jaga. Jangan kalau durian tu macam tak elok, ha… kita berkira sangat. Saya selalu singgah di Bukit Tinggi. ADUN Ketari yang sekarang ni jadi ADUN Bilut haa dulu dia tahu. Diorang tak kenal ke saya. Itu yang sedak sikitlah.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Dia tak kenal, sebab kita ya lah, Wakil Rakyat kira low profile lah. Haa...

Yang di-Pertua (Speaker)

Dak Yang Berhormat, ada beberapa helai lagi kertas?

Yang di-Pertua (Speaker)

Banyak lagi?

Jadi bila pergi situ, saya nampakkan ada penjual di situ yang tidak mengamalkan etika yang baik. Kita ni kalau nak jual durian, biar kita timbang elok-elok, dia kena ada akadnya, angkat durian taruk di situ okey 2 kilo, 1 kilo berapa? 1 kilo RM38 kalau 2 kilo durian berapa ADUN Lanchang [Ahli Dewan ketawa] Jadi makna kalau 2 kilo RM76. Kalau 2 kilo RM76 baru dia setuju, kita bukak, bukak makan, kalau isi dia tak elok, hah macam mana kita cabaran kita. Kita jangan fikir kita nak jual pada hari itu sahaja semata-mata kerana kita membawa imej yang akan memberi gambaran kepada standard kita. Kalau tak elok, it’s okey tak apa, saya ambil yang baru.

Mungkin kita rugi sikit pada hari itu tetapi nama harum tu dia balik. You pergi Bentong, you pergi Bukit Tinggi, you pergi Karak, buka durian tak elok dia ganti yang itu it’s a free advertisement tapi ada, dia tak kenal saya bila saya tanya tu, dia punya durian dia, you makan durian, tak sedap you jangan beli. Yang makan kita, bukan dia. Bila kita makan tak sedap ni tak sedap eh mana, sedaplah dia kabo, dia mahu beli pulak. Kita yang makan dia kabo ke kita, ha

Jadi maksudnya dalam sektor pertanian ini, peniaga juga memainkan peranan bukan saja kerajaan. Mereka mesti menunjukkan sikap yang baik. Kalau jual Halia Bentong jual Halia Bentong jangan bawak halia yang bukan Bentong ni tadi. Dia jual kata Halia Bentong. Kalau bukan durian Musang King kawan tu tak tahu cerita, ini Musang King hah yelah ini Musang King tarik ke IOI misal contoh. Ataupun 88. Koyok ke kawan tu. Tak boleh, jadi kita mesti mengamalkan etika yang baik. Sebab itu dalam konteks ini saya mohon rakan-rakan Ahli Dewan yang Mulia supaya mengingatkan bahawasanya usaha kita untuk mencapai negara yang hebat negeri yang hebat ini mestilah digalas bersama dan tidak boleh semata-mata kita serahkan kepada Wakil Rakyat pemimpin-pemimpin negeri.

Kita sendiri mesti mengamalkan kebersihan misal contohnya semua elok, cakap kita tepat, berjanji maknanya kita tepati contoh tapi saya tidak mengait kepada mana-mana ini kaitan ya. Tapi maksudnya berjanji kita mesti tepati. Kalau tak boleh, tak boleh. Contohnya, sebab itu dalam konteks ini Dato’ Sri saya bersedia untuk mendengar input cadangan daripada Ahli-ahli Dewan yang Mulia berkaitan dengan sektor pertanian dan industri asas tani kerana ini penting kerana Pahang…

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Minta laluan Dato’ Sri… Dato’ Sri Speaker. Sebut tentang durian kita tahu bahawa Durian Malaysia khasnya dari Bentong dan Raub ini merupakan satu sumber yang sangat baik bagi pekebun durian di kawasan negeri Pahang ini. Jadi apakah langkah dan usaha yang akan diambil oleh kerajaan Pahang sendiri untuk membantu dan promote durian untuk eksport dan seterusnya menambah hasil kepada para petani. Terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua

Sebenarnya hasil kita sama ada pertanian atau komoditi lain kalau hanya kita mengharapkan pasaran dalaman, kita tidak dapat berkembang kerana kita ada 32 juta penduduk. Sebab itu kita perlu supaya produk kita ni tadi, dapat dieksport ke luar negara. Jadi pertama sekali seperti mana yang saya nyatakan tadi kualitinya mesti dijaga. Kalau kita nak misal contohnya tak kiralah contohnya durian tadi wakil daripada Cheka telah membangkitkan jadi kita jangan taruk ataupun ni… ni racun berlebihan. Jangan taruk mana input-input pertanian yang berlebihan. Munasabah mengikut yang apa yang dinasihatkan oleh pihak yang bertanggungjawab termasuk Jabatan Pertanian.

Yang keduanya tadi kita mesti mempunyai etika yang baik dari segi kita, dari segi kita sendiri. Kita mesti pamerkan kita mesti jaga durian tadi jangan kuak misal contohnya kalau kuak kita jual juga hah tu jangan. Keduanya durian tu janganlah dia merekah, dia senyum gitu kan, kita kata senyumlah. Jangan, durian kalau dia senyum harga dia, kalau manusia, kalau senyum harga dia tinggi, tapi kalau durian kalau dia senyum je senyum sikit sengeh, harga dia rendah saya difahamkan. Yang… yang peniaga itu kata kalau merekah je, daripada RM40 sekilo dia boleh jadi pergi RM10 sekilo pun mungkin tak laku, sebab itu daripada segi kita.

Yang keduanya, dari segi promosi kita, promosi kita insya-Allah pihak Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat termasuk agensi-agensi berkaitan termasuk FAMA, Jabatan Pertanian. Sebenarnya kita mensasarkan negara-negara luar. Dan sepertimana yang saya sebutkan tadi negara utamanya ialah China. Saya difahamkan mengikut apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang mana mengadakan mesyuarat dengan Exco-Exco Kerajaan Negeri baru-baru ini, telah menyatakan iaitu rombongan daripada kerajaan… daripada kerajaan Malaysia akan bertemu dengan pemimpin negara China dan antara perkara yang dibangkitkan termasuklah tadi berkaitan dengan buah-buah segar durian Musang King ini tadi yang sekarang ini memang tidak boleh masuk secara er… orang kata buah biji seperti mana yang boleh dilaksanakan oleh negara Thailand.

Dan kita mengharapkan hubungan yang baik inilah tadi kalau boleh tu jangan kita orang kata masuk gelanggang ini Dato’ Sri Yang di-Pertua terus buka… buka… maknanya ibu silat jangan. Biar… biar kita tengok buah dia dulu, tengok buah dia dulu hah, kita tengok, hah tengok kalau boleh tepis, tepis. Kalau rab boleh dah hah barulah kita masuklah kita pasang kekuda rab tapi kalau boleh tu biarlah kita buat apa nama… kita mengelak dulu buat macam orang kata silat Lian ke, ataupun silat Pulut tu, kita tepis dulu, senyum-senyum je.

Jadi hubungan itu mesti kita terus kekalkan insya-Allah dan saya seperti mana yang saya sebutkan tadi, terima kasih pada rakan saya daripada Cheka saya tahu kawasan

di Cheka, kawasan kita di Benta ya, dan juga di Raub ini memang famous, kita tersohor dan er… usaha untuk kita mempergiatkan lagi aktiviti pertanian ini akan terus dilaksanakan dan insya-Allah mudah-mudahan ini bukan hanya setakat pertanian. Maksud saya ternakan er… dan juga perikanan dan saya yakin insya-Allah mudah-mudahan er… jabatan-jabatan, agensi-agensi yang berkaitan ini tadi dapat memainkan peranan secara er… terbaiklah dalam kita memperkasakan sektor pertanian sepertimana titah saranan er… Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang dalam Titah Ucapan Pembukaan er… Sidang Dewan Undangan kita yang baru-baru ni. Jadi akhir kata sekali lagi saya mohon er… Dato’ Sri…

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya ingat Cheka tak ada apa, apasal Cheka. Ada soalan lagi?

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Memandangkan apabila kita lihat getah atau kelapa sawit, kerajaan telah tubuhkan satu badan untuk membuat penyelidikan untuk mengawal kualiti getah dan kelapa sawit. Memandangkan bahawa durian, durian dari Pahang seperti Raub dengan Bentong ini yang terkenal untuk eksport ini, adakah Kerajaan Negeri Pahang bercadang untuk menubuhkan satu badan untuk membuat penyelidikan dan seterusnya mengawal supaya penanam atau pengusaha pokok durian itu, dapat satu badan untuk membantu mereka dan bukannya mereka seringkali buat try and error, dengan izin, ini memang merugikan mereka dan ini merupakan satu langkah yang saya rasa standard dan berkualiti untuk membantu penanam durian di negeri Pahang ini. Sekian, terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Setakat ini Kerajaan Negeri tidak ada hasratlah tak ada bercadang untuk menubuhkan satu badan sama ada lembaga er… atau ni… ni agensi khusus untuk… untuk er… ni orang kata buah durian ni ya, macam nenas tu dia ada Lembaga pengeluaran nenas, dia ada tapi koko ada koko, kenaf ada kenaf. Yang ini biasanya akan diusahakan oleh pihak Kerajaan Pusat dan er… Kerajaan Negeri akan memberikan kerjasama tapi untuk makluman Dewan yang Mulia ini, Jabatan Pertanian sebenarnya mempunyai hah, ini kepakaran sebenar setakat ini kepakaran, pengalaman dan er… dalam aspek ini dan kita akan terus memberikan input-input kepada bakal-bakal ini apa nama… petani yang berminat dalam mengusahakan er… tanaman ini.

Tetapi sebenarnya sepertimana yang saya maklumkan di… di sini sebenarnya faktor harga ni kalau di peringkat tempatan er… kita tahu maknanya er… mekanisme price equilibrium dengan izin, iaitu antara supply dengan demand iaitu antara bekalan dan permintaan ini akan menentukan harga-harga pasaran, dan buat masa ini oleh kerana cuaca kita yang panas, hasil yang keluarkan begitu memberangsangkan dan harganya tidak begitu tinggi. Jadi, kalau ada yang berminat misal contohnya untuk mengambil kesempatan, beli lah, makanlah durian pada saat ini.

Kalaulah warga daripada negara Republik China boleh datang beribu-ribu batu ke mari, pergi mencari durian sampai ke pangkal pokoknya misal contohnya. Kita yang ada di sini yang tak pernah merasa lagi er… bolehlah merasanya tapi setakat ini di luar tu, ada Jabatan Pertanian. Terima kasih kepada Jabatan Pertanian yang membawa durian berbagai jenis durian daripada apa nama Jambu Rias. Duriannya

dengan er…ni mestanya dengan er… buah rambutannya, ada di luar sana. Manggis, manggis, manggis. Jadi, terima kasih kepada Jabatan Pertanian tetapi saya difahamkan, dia kata kalau menjadi esok hasil ni, kita akan buat dia panggil nak ke pesta juga… nak ginilah guana kita nak ke pesta juga tapi saya difahamkan masanya akan ditentukan. Saya akan maklumkan dan insya-Allah, saya minta nanti supaya jemputan dipanjangkan kepada Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini supaya kita duduk beramai, kira macam orang kata dia… dia berkelahlah. Makna makanlah, mana yang suka makan biji, biji… makan [Ahli-ahli Dewan ketawa] dan lain-lain.

Jadi, Dato’ Sri Yang di-Pertua, er… saya akhiri ucapan saya terima kasih banyak kerana kesabaran Dato’ Sri Yang di-Pertua, tengok jam, tengok saya, tengok jam, tengok saya…

Yang di-Pertua (Speaker)

Banyak sabar ni… [Ahli-ahli Dewan ketawa]

Lepas tu, juga kepada rakan-rakan yang ada di sini, saya harap kita tidak ada, orang putih kata, no animosity kan, nothing personal, dengan izin ya, kita bercakap cara anu… kita bangunkan, insya-Allah negeri Pahang ni boleh hebat, kita boleh jadi contoh kepada negeri-negeri lain. Supaya bahawasanya er… kerjasama pada semua. Kita berbeza pandangan dari segi falsafah tapi kita ini menggalas tanggungjawab kerana demi rakyat jelata, demi negeri yang tercinta ini. Jadi, dengan kata-kata itu, saya mohon menyokong. Terima kasih. Assalamualaikum WBT. [Ahli-ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Demikianlah tadi jawapan yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dengan penuh semangat. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, Wakil-wakil Kerajaan yang telah memberi jawapan-jawapan yang cukup jelas. Begitu juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mendengar dengan penuh teliti dan saya akan menempohkan dewan ini untuk kita sambung pada hari esok.

Sebelum itu, sukacita saya memaklumkan bahawa softcopy Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat atau Standing Orders telah kita edarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat ya, yang ada di dalam beg yang telah diberikan tempoh hari. Jadi, saya tahu Ahli-ahli Yang Berhormat adalah pemimpin yang dipilih dan terpilih oleh rakyat. Kalau di kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat di hadapan penyokong, pengundi, Yang Berhormat bertutur dengan penuh sopan, tertib dengan izin, politely, beradab dan berakhlak tetapi kenapa di dalam Dewan Yang Mulia ini Ahli-ahli Yang Berhormat gunakan bahasa yang kurang manis, yang mencuit sensitiviti kawan ya, tidak seronok di dengar, cakap seperti bahasa pasar. Kita ada peraturan dan etika dalam Dewan Yang Mulia ini.

Jadi, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah membuka dan melihat softcopy berhubung dengan Peraturan-peraturan Mesyuarat, khususnya Perkara 35 dan 36 dengan izin, Rules of Debates ya, peraturan-peraturan berbahas, time and manner of speaking, content of speeches, behavior members of not speaking, order in House, dengan izin. Jadi, saya di sini dahagakan Ahli-ahli Yang Berhormat menggunakan

bahasa-bahasa yang indah, bahasa-bahasa yang bersih dan sopan dapat dicontohi oleh para pemerhati yang ada dalam dewan mahupun di luar dewan.

Ahli-ahli Yang Berhormat juga banyak pengalaman, saya lihat banyak bijaksana, intelektual sudah berada di dewan ini 2 penggal atau 3 penggal. Kita jangan ikuti dewan-dewan yang lain, elok kita pamerkan dan pertahankan Dewan Pahang yang istimewa dengan identiti dan personaliti yang terbaik. Jangan jadikan dewan ini tempat untuk melepaskan dendam dan kata-kata nista dan membuat tuduhan yang melulu. Fikir dahulu sebelum bercakap.

Ahli-ahli Yang Berhormat jangan menyusahkan saya dan timbalan saya di sini kerana saya tidak mahu menyusahkan Ahli-ahli Yang Berhormat. Lebih baik kita bekerja bersama-sama untuk menjaga martabat dan integriti Dewan Yang Mulia ini ke tahap yang lebih tinggi lagi. Saya yakin Ahli-ahli Yang Berhormat mampu merealisasikan yang terbaik, sebab itulah Ahli-ahli Yang Berhormat berada di dalam dewan ini.

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk kita sekadar menjadi renungan untuk Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya yang baru-baru atau yang dah lama untuk kita sama-sama mematuhi Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat atau Standing Orders Dewan Negeri Pahang ini. Baiklah, masa telah sampai ke penghujung, jam 6.20 petang. Saya bercadang untuk menempohkan sidang pada hari ini dan kita akan sambung semula untuk mendengar pula jawapan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan dan Bioteknologi pada hari esok serta Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan membuat penggulungan pada esok hari juga.

Oleh itu, hari ini kita akan menyambung semula dewan ini pada hari esok, Jumaat 27 Julai 2018 bermula pukul 9.30 pagi. Persidangan ditempohkan. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Persidangan ditempohkan Jam 6.22 petang]