Pahang · 21 November 2018

14th Assembly, 1st session, 3rd meeting · 248 turns · 29,776 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Pahang Keempat Belas di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari Kedua (Rabu)

: 21 November 2018

Bersamaan

: 13 Rabiulawal 1440 Hijriah

Masa

: 9.30 Pagi

DOA

Perkara Pertama : Doa

Yang di-Pertua (Speaker)

Al-Fatihah. [Bacaan Al-Quran]. Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini dan penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin, Amin Ya Rabbal A’lamin.

Pertanyaan Dan JawapanQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua: Pertanyaan dan jawapan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin inayah-Nya kita dapat lagi sekali berada di Dewan Yang Mulia ini bagi meneruskan persidangan kita pada kali ini. Saya lihat Ahli-ahli Yang Berhormat semuanya telah bersedia, Alhamdulillah.

Untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat kita pada pagi ini saya dengan hormatnya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Triang.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin mengemukakan soalan 1.

[Apakah kriteria yang diambil kira untuk memberi kelulusan hak milik dan apakah dasar kerajaan negeri terhadap tanah yang diterokai berpuluhan tahun oleh pekebun kecil tempatan di Paya Lang?]

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

ADUN daripada Triang bertanyakan apakah kriteria dalam beri kelulusan untuk er… hak milik tanah di negeri Pahang. Suka saya nyatakan bahawa Pihak Berkuasa Negeri dalam mempertimbangkan kelulusan pemberimilikan tanah adalah berdasarkan Seksyen 43 Kanun Tanah Negara dan er… bagi sesiapa sahaja boleh memohon tanah di negeri Pahang sepertimana yang telah ditetapkan dalam Akta Tanah Negara terdiri daripada rakyat negeri Pahang, berumur 18 tahun ke atas, mana-mana syarikat ataupun organisasi dan begitu juga er… ataupun sekiranya ada mana-mana badan yang ingin memohon tanah. Maknanya mereka boleh memohon tanah dan tidak ada sekatan. Dan er… manakala daripada segi dasar, Kerajaan Negeri tak ada tanah… tak ada tanah di negeri Pahang ini tidak ada dasar khususlah yang telah ditetapkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Triang

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kita memang faham bahawa syarat untuk memohon tanah termaktub dalam Kanun Tanah Negara tetapi apabila er… dalam proses mempertimbangkan untuk memberi kelulusan hak milik bagi Kerajaan Negeri Pahang adakah apa kriteria tambahan yang diambil kira sebelum kelulusan diberi dan soalan kedua adalah baru-baru ini dalam tempoh 2, 3 bulan ini pemohon-pemohon tanah di Paya Lang telah ditolak selepas menghantar permohonan dalam masa seminggu, dua ataupun sebelum… sebulan sahaja terus ditolak. Jadi mereka pun sudah rasa kecewa hati. Jadi dengan ini saya mohon penjelasan daripada Yang Amat Berhormat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Mana-mana individu ataupun syarikat yang mohon tanah akan mengemukakan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Bera bagi tujuan soalan Yang Berhormat ini dan er… selepas permohonan diterima beberapa proses tertentu perlu dilalui termasuklah ulasan-ulasan teknikal. Dan selepas itu, akan dibawa kepada JKPT, Jawatankuasa Penyelesaian Tanah Daerah untuk diperbincangkan di dalam mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh er…. Dato’ Pegawai Daerah. Bagi kes Paya Lang, permohonan ini ditolak sudah tentulah, sudah pastinya ada sebab-sebab tertentu.

Untuk makluman Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Kerajaan Negeri pun ada mempunyai perancangan-perancangan tertentu di atas tanah-tanah tertentu yang mungkin dipohon oleh pemohon daripada Paya Lang. Perancangannya mungkin lah ya… mungkin antaranya PR1MA Pahang, Rumah Makmur ataupun er… institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Oleh sebab ada sebab-sebab tertentulah saya percaya permohonan tersebut er… ditolak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Er… Yang Berhormat…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada lagi Triang? Satu lagi?

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Jadi di Dewan Yang Mulia ini, saya mohon jasa baik Kerajaan Negeri. Kita memang tidak bantah pembangunan tetapi untuk pekebun-pekebun kecil tempatan di Paya Lang, sudah berpuluh-puluh tahun mereka menerokai tanah tersebut dari generasi pertama, sekarang sampai generasi kedua mahupun generasi ketiga. Ini memang tempat mereka mencari makan dan dapatkan rezeki untuk menyara keluarga. Dan saya faham bahawa di daerah Bera memang sudah banyak projek PR1MA, saya rasa Paya Lang tidak perlulah lagi untuk projek PR1MA lagi dan saya mohon sekiranya ada pembangunan lain mungkin boleh mempertimbangkan tempat lain, janganlah usik Paya Lang. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Negeri memang sangat menghargai dan sepertimana yang diminta oleh YB Triang tadi jasa baik. Memang kita dah jasa baik setakat ini. Saya nak tanya Yang Berhormat, tanah ini dibuat secara halal atau haram?

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Tanah telah dibuka pada tahun 1960-an. Jadi pada masa itu orang semua miskin, nak cari makan. Apa yang mereka boleh buat, pertanian sahaja dan Paya Lang memang terkenal dengan pelbagai hasil pertanian sejak dahulu dan sampai sekarang…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat… Yang Berhormat Triang, Yang Amat Berhormat Menteri Besar bertanya halal atau haram?

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Pada masa sekarang kita anggap ini tanah belum dapat kelulusan lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Haram ke halal?

Masih tidak menjawab soalan, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Tapi lulus la…

Yang di-Pertua (Speaker)

Dipertimbangkan…

Lulus la ya, tapi pokoknya saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, maknanya kerajaan yang ada pada hari ini, Kerajaan Negeri Pahang, walaupun kita tahu tanah tersebut diteroka secara haram tetapi sehingga hari ini tidak ada apa-apa tindakan yang diambil. Kalau Kerajaan Negeri nak ambil tindakan boleh. Er… jadi daripada segi itu bukan kita bersetuju atau tidak tetapi permohonan untuk mendapatkan geran dan sebagainya er… setakat pada hari ini tidak boleh dipertimbangkan saya rasa, pada pandangan saya.

Kemungkinan ada perancangan-perancangan tertentu. Dalam masa yang sama er… kita kena memikirkan majoriti. Tetapi kalau sekiranya tidak ada perancangan, mungkin er… boleh berbincang dengan Pejabat Tanah dan Daerah bagaimana untuk membantu menyelesaikan er… perkara ini.

Mungkin YB boleh pergi jumpa Dato’ DO bincang untuk minta LPS ke dan sebagainya tetapi kalau ada perancangan tak boleh buat apalah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Sebab dalam masa yang sama kita pun nak buat juga sekolah, nak buat rumah dan sebagainya. Dan keperluan untuk rumah PR1MA di negeri Pahang ni masih lagi tinggi. Jadi kalau kita nak stop PRIMA tak boleh juga Yang Berhormat Yang di-Pertua, dan khususnya Rumah Makmur.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah Yang Berhormat.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Tuan Yang di-Pertua, soalan last boleh tak? Last...

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya ingat Triang…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Jadi… Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita…

Yang di-Pertua (Speaker)

Triang, Triang, YB, saya ingat dah jelas dah ni.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Boleh saya er… tambah satu lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya ingat elok kita pergi kepada soalan lainlah YB. Ya, soalan berikutnya jemput wakil dari Sungai Lembing.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon kemukakan soalan nombor 2.

[Apakah ada peluang bagi anak muda tempatan untuk bekerja, memandangkan keadaan semasa telah menimbulkan pelbagai masalah kepada anak muda yang jauh lebih rendah taraf pendidikannya.]

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Bagi soalan nombor 2, ADUN Sungai Lembing bertanyakan er… pekerjaan untuk anak-anak muda di negeri Pahang. Sukacita saya memaklumkan bahawa peluang pekerjaan untuk anak muda tempatan sememangnya sentiasa diberi keutamaan oleh pihak Kerajaan Negeri dan juga jabatan-jabatan. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 23 Oktober 2018 sebanyak 9 program telah dijalankan khusus kepada warga tempatan antaranya ialah Jobfair dan juga Kembara Kerjaya Pahang 2018.

Melalui kedua-dua program ini telah mewujudkan seramai 10,882 kekosongan untuk pencari kerja yang berkelulusan SPM ke bawah atau yang ada sijil-sijil kemahiran yang

ditawarkan oleh syarikat tempatan dalam pelbagai sektor industri dan saya juga ingin memaklumkan di sini bahawa er… anak-anak muda yang ingin mencari pekerjaan digalakkan untuk mendaftar melalui Portal JobsMalaysia 2.0 dan ini adalah satu cara untuk mencari peluang pekerjaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik Yang Berhormat, kita pergi kepada soalan berikutnya. Saya jemput Wakil dari Tanjung Lumpur.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Assalamualaikum WBT.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan soalan nombor 3.

[a. Pantai Kempadang, Anak Air, Chempaka dan lain-lain di sekitar Kuantan adalah antara tempat menarik jika dibangunkan sebagai kawasan perkelahan dan juga aktiviti rekreasi. Tidakkah kerajaan bercadang untuk menaik tarafkan kawasan-kawasan tersebut. b. Apakah boleh pihak kerajaan sewakan kepada pihak swasta atau NGO-NGO yang berhasrat untuk bangunkan kawasan rezab pantai sebagai tempat perkelahan atau perkhemahan berbayar.]

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Soalan wakil daripada Tanjung Lumpur, menanyakan tentang potensi Pantai Kempadang er… Anak Air dan Chempedak yang terletak di selatan, di selatan er… bandar Kuantan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Kita mengetahui bahawa apabila berlaku ledakan-ledakan maklumat, di mana maklumat er… begitu mudah untuk dikongsi, kita dapati bahawa banyak penemuan-penemuan baru, tempat-tempat menarik yang baru yang dulunya ianya tidak terfikir oleh kerajaan dan saya melihat bahawa kawasan sebelah selatan pantai Kuantan ini sehingga ke Rompin adalah di antara kawasan potensi yang sangat, sangat menarik kerana pantainya yang sangat bersih dan er… kita kerajaan negeri sentiasa menyambut baik cadangan-cadangan daripada pihak terutama sekali daripada Wakil Rakyat setempat.

Sebagai contoh, dalam akhbar er… semalam atau baru-baru ini bahawa penemuan Lembah Kiol di Jerantut, satu potensi juga. Saya juga nak maklumkan bahawa sememangnya kawasan ini telah mula dikenali tetapi hanya oleh pelancong tempatan. Kerajaan negeri berpendapat kawasan ini mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan kerana kawasan pelancongan yang sedia ada terutama sekali dari Cherating hinggalah Teluk Chempedak dan sebagainya terlalu padat dengan kedatangan pelancong lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah.

Kerajaan negeri akan berusaha mendapatkan peruntukan, kita akan meninjau tempat tersebut dan mendapatkan peruntukan dan kita akan membangunkan infrastruktur asas ya, melalui pelbagai kemudahan seperti peruntukan daripada Kementerian Pelancongan dan lain-lain agensi yang dirasakan memerlukan… yang kita perlu.

Bagi kerajaan negeri juga sangat mengalu-alukan pihak swasta ataupun NGO untuk membangunkan kawasan rezab pantai sebagai tempat perkelahan atau perkhemahan berbayar. Jika swasta mahupun NGO yang berminat untuk tempat-tempat tersebut bolehlah mencadangkan kertas kerja kepada agensi yang terlibat ke atas kawasan rezab tersebut seperti Majlis Perbandaran dan sebagainya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan berikutnya, saya jemput wakil dari Tanah Rata.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya di sini memohon untuk mengemukakan soalan nombor 4.

[Apakah langkah-langkah yang akan dijalankan oleh Jabatan Pertanian Negeri Pahang bagi menggalakkan pekebun-pekebun di Cameron Highlands untuk memperolehi sijil MyGAP dan MyOrganic demi amalan pertanian baik.]

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Tanah Rata menanyakan mengenai langkah-langkah untuk er… menggalakkan pekebun-pekebun di Cameron Highlands untuk mendapatkan sijil MyGap dan MyOrganic. Jadi untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, pensijilan MyGap dan MyOrganic ini adalah satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian bagi memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan amalan pertanian baik, er… ataupun dalam Bahasa Inggerisnya dengan izin, good agriculture practices.

Diperkonsepkan mesra alam, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja dan juga keselamatan makanan. Ini er… bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai untuk dimakan dan langkah-langkah yang telah pun diambil oleh pihak Jabatan Pertanian termasuklah mengadakan latihan seminar Kempen Kesedaran Keselamatan makanan kepada ni petani-petani.

Yang keduanya menjalan… menjalinkan hubungan dan pakatan strategik dengan persatuan pekebun-pekebun sayur-sayuran di Cameron Highlands bagi menyalurkan maklumat berkaitan program jabatan dan pada masa yang sama juga mengambil sampel-sampel sayuran dan buah-buahan di ladang untuk tujuan kadar sisa baki racun perosak agar tidak melebihi er… dipanggil maximum residue limit dengan izin, MRL bagi hasil tanaman.

Dan untuk makluman er… Dewan Yang Mulia ini, dalam tahun 2018 sahaja sebanyak 243 sampel MRL telah dibuat analisa dan melalui pemantauan dan analisa MRL yang dibuat, jika terdapat pelanggaran pihak jabatan akan memberi bimbingan dan khidmat nasihat er… penggunaan racun mahkluk perosak secara selamat dan berkesan kepada petani dan ini penting kerana er… untuk ni… hasil er… sayur-sayuran dan buah-buahan yang di eksport ni ke negara-negara er… luar antara er… piawai ataupun er… kualiti yang perlu dipatuhi ialah er… tahap er… MRL ini atau maximum residue limit dengan izin.

Kemudian pada masa yang sama pegawai-pegawai pengembangan di peringkat daerah khususnya di Cameron Hinghlands akan memberikan bimbingan, khidmat nasihat dan juga program-program dan pendekatan yang berhemah untuk membolehkan petani-petani ni mendapat sijil MyGAP dan juga MyOrganic untuk er… ni makluman. Setakat ini, setakat akhir September 2018 di Cameron Highlands terdapat seramai 24 pengusaha yang menerima MyGAP dan 7 lagi pengusaha dalam proses pensijilan, manakala 17 pengusaha berjaya menerima MyOrganic serta 5 pengusaha bakal er… menerima pensijilan er… MyOrganic. Terima kasih.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, sila.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Terima kasih jawapan daripada YB Exco. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, yang… dimaklumkan bahawa er… di Cameron Highlands terdapat 24 pengusaha yang mendapat myGAP tetapi berbanding dengan jumlah pekebun er… jumlah kebun di Cameron Highlands lebih kurang lebih daripada 2000 pekebun… 2000 kebun. Jadi adakah apa-apa KPI yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan pada masa yang akan datang ataupun tahun depan untuk mempertingkatkan nombor ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya sukacita nak maklumkan di Cameron Highlands ni, er… kita ada enam er… persatuan utama ya er… yang berkaitan dengan pengusaha-pengusaha pertanian di er… Cameron Highlands. Pertamanya dipanggil Persatuan Pekebun Sayur China Cameron Highlands. Ahli dia seramai 946 orang. Yang keduanya Persatuan Pekebun Sayur Melayu Cameron Highlands, 170 orang ahli. Kemudian yang ketiganya Persatuan Pekebun India Cameron Highlands 400 ahli. Kemudian yang keempatnya Persatuan Pekebun Bunga Cameron Highlands ada 200 ahli. Yang kelimanya Pertubuhan Pengusaha Pertanian Cameron Highlands, 130 ahli dan persatuan yang keenamnya Persatuan Pengusaha Kebun-Kebun Kecil Cameron Highlands 230. Kesemuanya kalau ikut ni daftar yang ada ni ialah 2076.

Mana Cameron Highlands ni memang dia kira tidaklah bersatu sangat [berdehem]. Tak maksud saya bukan bersatu dari segi… tapi maknanya er… ada enam persatuan. Jadi jabatan terpaksa mengambil pendekatan secara er… fokus. Maknanya tiap-tiap er… aktiviti yang dilaksanakan ini target kita ialah untuk er… meningkatkan bilangan ladang yang mendapat pensijilan MyGAP er… meningkatkan kesedaran penggunaan dan sudah tentu er… usaha ini perlu di er… pertingkatkan lagi tetapi untuk makluman, MyGAP dan MyOrganic ni ianya tidak mandatori ya saya nak maklum ya dia tidak mandatori kita tidak ada er… kewajiban. Maknanya mesti mempunyai MyGAP tetapi er… pengimport dan juga pengguna sudah tentu mahukan keselamatan er… makanan yang dibelinya. Sebab itu kalau kita menjadi pembeli, kita akan pergi kepada er... ataupun kita akan membeli produk-produk yang ada tanda label MyGAP dengan MyOrganic contohnya misal contohnya kalau MyOrganic ni kita dapati bahawasanya amalan yang digunakan untuk produk er… atau perladangan organic ni adalah bebas daripada penggunaan hormon, vaksin dan antibiotik yang biasanya digunakan dalam pertanian secara konvensional.

So kalau kita nak... maknanya bebas daripada pengguna penggunaan input-input sedemikian maka kita pergi kepada MyOrganic. Jadi saya kira er… pembeli tu mempunyai kuasa beli ataupun pengaruh yang besar bagi membolehkan atau memaksa pengusaha-pengusaha ini mengamalkan cara perladangan ataupun pertanian yang mempunyai ciri-ciri yang selamat dari… sebab itu dalam konteks ini er… Jabatan Pertanian akan sentiasa berinteraksi dan membuat engagement dengan izin, dengan petani-petani dan pengusaha-pengusaha untuk terus er… mengambil langkah-langkah yang bersesuaian bagi mempastikan sebahagian besar daripada 2000 ni tadi.

Saya bersetuju dengan ADUN Tanah Rata bahawasanya jumlah yang mendapat kelulusan dan dalam proses untuk mendapat pensijilan ini terlalu kecil dan kita mengharapkan mudah-mudahan er… pihak YB juga akan er… membuat er... ni engagement dengan petani-petani supaya kita er… dapat menggalakkan mereka untuk mendapatkan er… sijil-sijil MyGap dan MyOrganic yang er… insya-Allah merupakan satu testimoni bahawasanya amalan pertanian yang dilaksanakan itu er… amat er… baik dan selamat. Terima kasih.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Soalan tambahan… boleh?

Yang Berhormat yang di… Tuan Yang di-Pertua, er… untuk amalan salah satu perkara penting dalam amalan pem… pertanian bai… baik ini adalah pendekatan untuk pengawalan penggunaan racun serangga. Jadi, adakah apa-apa langkah yang di… akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk membasmikan penggunaan racun serangga yang telah diharamkan? Terima kasih.

Sebenarnya kita er… mengamalkan pendekatan er… supaya petani-petani, pekebun-pekebun ini er… mematuhi undang-undang yang telah pun ditetapkan. Kita sedia maklum bahawasanya di Malaysia ini kita ada Akta Makanan 1983 iaitu satu akta yang er… telah pun di er… perundangkan oleh er… Kerajaan Malaysia dan memberi kuasa kepada Jabatan Kesihatan untuk membuat pemantauan dan penguatkuasaan. Jadi er… salah satu daripada indikator er… yang digunakan ialah MRL iaitu Minimum Reschedule Level

yang akan dibuat dipantau oleh Jabatan Pertanian dan sekiranya er… pelanggaran kepada MRL ini berlaku berturut-turut kali, Jabatan Kesihatan akan mengeluarkan atau menguatkuasakan undang-undang melalui Akta Makanan 1983 ini dan untuk makluman sebenarnya kalau kita lihat misal contohnya antara negara yang er… mana hasil pertanian kita ini dieksport ialah ke Singapura, dan Singapura mempunyai standard yang begitu tinggi dan sekiranya pelanggaran demi pelanggaran ini berlaku. Er… tindakan-tindakan akan diambil bukan saja memusnahkan sayur-sayuran atau produk pertanian yang dieksport ini tetapi juga mengenakan kompaun dan juga er… akan er… menyenaraihitamkan petani-petani yang berkaitan.

Sebab tu dalam konteks ini faedah ya er… yang didapati oleh petani begitu er… terserlah bukan saja dalam bentuk mandatori tetapi juga er… potensi untuk terus berkembang dalam aktiviti yang dilaksanakan. Sebab itu er… dalam konteks ini kita er… Jabatan Pertanian akan er… bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain untuk mempastikan petani-petani, pengusaha-pengusaha ladang ini akan er… mematuhi amalan-amalan atau perundangan yang telah pun ditetapkan dan insya-Allah Kerajaan Negeri er… akan bekerjasama dengan agensi-agensi pusat untuk mempastikan bukan saja melalui evokasi, penerangan kepada petani-petani tetapi pada masa yang sama juga kita akan melaksanakan penguatkuasaan bersandarkan kepada peruntukan-peruntukan undang-undang yang ada. Insya-Allah. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik. Terima kasih Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan berikutnya. Ya? Soalan tambahan?

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Tambahan.. [batuk] Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak apa.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Pertanian organik ini adalah trend sekarang ini. Semakin ramai petani menggunakan cara organik er… penanaman organik. Apakah jenis bantuan er… yang disediakan kepada pekebun er… pertanian organik ini oleh pihak kerajaan? Terima kasih.

Terima kasih Yang di-Pertua. ADUN daripada Bilut bangkitkan isu ini dan er… saya lihat sebenarnya er… pendekatan yang diambil oleh petani-petani yang cenderung kepada amalan pertanian er… mengambil pendekatan secara organik ini begitu er… mendapat perhatian sekarang ini. Malahan Yang Hormat Yang di-Pertua, di Bentong sendiri er… saya telah pergi melawat ladang organik di Bukit Indah tak silap saya. Di situ petani mengamalkan er… pendekatan yang secara berhemah dan er… sebenarnya er… kos yang terlibat pasal organik ini dia lebih kepada disiplin malahan bahan-bahan yang

digunakan untuk er… menghasilkan enzyme dan juga input-input pertanian yang lain ni ialah menggunakan bahan-bahan sumber asli ya… lebihan kepada er… ini… er… apa nama… baki-baki sayur-sayuran organik dan sebagainya ni dibuat sedemikian rupa dan er… walaupun misal contohnya er… ianya buat masa ini tidak er… mendapat terlalu banyak insentif daripada pihak kerajaan tetapi petani ini mampu untuk menghasilkan er… input-input organik ini dan insya-Allah saya kira mudah-mudahan satu fenomena ataupun budaya baru ni akan merangsang er… pihak kerajaan untuk terus memberikan perhatian yang serius bagi membolehkan input-input organik ini dapat dipanjangkan kepada petani-petani yang ingin mengamalkan pendekatan seumpama ini.

Buat masa ini, saya difahamkan er… masih belum ada lagi suatu kerangka yang lebih terperinci berkaitan dengan pertanian organik ini tetapi saya mengharapkan insya-Allah mudah-mudahan pihak kerajaan khususnya Kementerian Pertanian akan dapat mengambil perhatian dan juga terus menggalakkan er… petani-petani mengamalkan pertanian organik dengan menambah insentif-insentif demi untuk penggalakan ataupun usaha-usaha penggalakan ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput wakil dari Pulau Manis.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk mengemukakan soalan nombor 5.

[Apakah tindakan yang dilaksanakan oleh pihak berkewajiban bagi membanteras masalah sosial LGBT serta isu masalah “Mak Nyah” yang bergiat aktif di bandar Kuantan ini?]

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Untuk menjawab soalan Wakil Pulau Manis, ingin saya nyatakan di sini bahawa isu LGBT atau… dan juga isu transgender “Mak Nyah” yang disebut oleh Pulau Manis di bandar Kuantan khususnya. Pihak Jabatan Agama Islam Negeri Pahang telah menjalankan operasi berkala di bawah kuasa diperuntukkan di bawah Seksyen 33 dan 34 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pahang 2013 iaitu enakmen yang memperuntukkan tentang seksyen yang memperuntukkan tentang lelaki berlagak sebagai perempuan dan perempuan berlagak sebagai lelaki.

Selain itu, antara usaha yang dijalankan oleh JAIP juga lebih kepada usaha dakwah ataupun mencegah dengan bekerjasama dengan NGO dan juga badan-badan lain seperti JAKIM, MUIP, JKNP, UIA cawangan Kuantan serta Persatuan Insaf Pahang dalam memberi kesedaran kepada golongan ini bermula pada tahun 2011 lagi yang mana diadakan Program Mukayyam pertama di Agro Resort Semuji, Gambang dan program ini diteruskan setiap tahun sehingga tahun ini. Ianya juga dibantu oleh sukarelawan-sukarelawan khususnya masyarakat di Kuantan, pelajar-pelajar dan bekas pelajar UIA sendiri.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Er… saya nak bertanya Kerajaan Negeri Pahang adakah membuat persediaan untuk penggunaan tandas awam kepada pihak-pihak yang saya sebutkan tadi?

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Setakat ini Kerajaan Negeri Pahang belum lagi membuat cadangan untuk mengkhususkan tandas awam kepada golongan ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan berikut, Wakil daripada Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.

[Tempat kawalan merokok di tempat awam di negeri Pahang.

a) Sila senaraikan tempat untuk larangan merokok?

b) Berapakah saman yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang pada tahun 2016, 2017 dan Ogos 2018? Dan apakah tindakannya?]

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada Yang Berhormat Teruntum yang menanyakan tentang soal merokok. Saya pun tak tahu adakah rakan kita daripada Teruntum ni merokok ataupun tidak, tetapi sebelum saya menjawab persoalan mengenai kawasan-kawasan yang perlu disenaraikan dilarang merokok ini, sebenarnya di dalam tinjauan para ilmuan, merokok ini memang bahaya tetapi tidak sebahaya minum arak.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Minum arak lebih bahaya daripada merokok tetapi kita Kerajaan Negeri menyokong apa yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan bagi menetapkan lokasi-lokasi

tertentu untuk tidak merokok seumpamanya di kedai-kedai makan yang berhawa dingin ataupun di tempat-tempat awam, di dalam bas, di dalam lif, banyaklah senarainya berpuluh-puluh kalau saya baca karang maknanya kawan-kawan lain tak menjawab pulak soalan.

Jadi, boleh kita dapatkan di luar dewan nanti untuk YB Teruntum tatapi kawasan itu tetapi apa gunanya kalau YB Teruntum tak merokok?

Bagi mereka yang degil, merokok juga di tempat berkenaan sudah tentulah pihak kementerian mengambil tindakan. Ada beberapa kali tindakan yang telah dilaksanakan tetapi rakan daripada Teruntum minta senaraikan mengikut tahun bermula 2016. 2016 seramai sebanyak 1,226 kes; 2017 - 3,392 kes dan 2018 sebanyak 2,961 kes yang telah dikuatkuasakan oleh pihak Jabatan Kesihatan bagi mereka yang mengambil rokok. Hal ini telah dikuatkuasakan sendiri juga kepada premis-premis yang tidak apa... mengambil berat tentang ketetapan yang telah dikuatkuasakan oleh pihak kementerian. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay...

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan tambahan. Pertama, terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Pertama saya jawab, saya tidak merokok dan saya tidak minum arak.

Nombor dua, soalan saya tambahan adalah “Adakah pihak kerajaan...

Mencelah Dato’ Sri Yang di-Pertua, yang pertama, saya tidak merokok. Yang kedua itu tak jelas.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang kedua tu YB.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Saya tidak minum arak, okay. Tidak. Soalan tambahan saya adalah adakah pihak kerajaan mengawal tempat merokok di Dewan Yang Mulia ini sebab saya nampak ada juga ada pegawai yang tertinggi merokok dekat luar. So, nak tanya, adakah dewan ini menyediakan tempat untuk mereka merokok? Terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya ucap tahniah kepada ADUN Teruntum kerana tidak merokok dan juga tidak minum arak. Semoga tabiat yang seumpama ini dapat diteruskan selama-lamanya dan kesihatan YB Teruntum terpelihara dengan sebaik-baiknya. Er... banyak penggal lagi.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Seperti yang disebutkan tadi di tempat-tempat awam dilarang merokok dan akan dikuatkuasakan seandainya ada pegawai tinggi ke, pegawai rendah ke, pegawai tengah ke, merokok, tak kiralah di dewan ke, di mana ke... didapati oleh pihak berwajib yang menjalankan tugas itu, mereka tu ada merokok, sudah pasti tindakan akan diambil kecualilah waktu orang buat perkara itu, orang yang menguat kuasa itu tak ada ataupun tak nampak, maka rezeki orang merokok tu lah Dato’ Sri Yang di-Pertua, apa nak buat. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Rezeki dia.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ha, sila.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Yang di-Pertua (Speaker)

Tahan, sila.

Saya nak tanya daripada puluhan tempat yang diwartakan sebagai tempat dilarang merokok, adakah masjid dan kawasan masjid itu juga termasuk? Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Termasuk dak? ‘Ya’. Terima kasih Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan berikut. Saya jemput wakil dari Cheka.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk kemukakan soalan ke-7.

[Pengurusan PAIP telah distruktur semula oleh Kerajaan Negeri Pahang.

a) Apakah hasil yang telah diperoleh selepas usaha ini selesai?

b) Apakah impak terhadap pengguna bekalan air bersih di Pahang?]

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada ADN Cheka yang bertanyakan berkaitan dengan penstrukturan pengurusan PAIP oleh Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan sidang Ahli-ahli Dewan yang dikasihi sekalian. Nampaknya soalan ini mungkin kurang jelas apabila kita sebut penstrukturan semula PAIP. Sebenarnya setelah saya berbincang dengan wakil daripada Cheka, apa yang dimaksudkan adalah mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negara yang juga membabitkan PAIP dan bukan sahaja PAIP, PAAB, SPAN er… Badan Kawal Selia Air dan beberapa organisasi lain.

Izinkan saya Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua untuk mengambil kesempatan ini untuk seke… er… sekali lalu er… boleh saya kongsikan macam mana er… evolusi ataupun kronologi kepada er… wujudnya Penstrukturan Industri Perkhidmatan Bekalan Air ini supaya bukan sahaja sebenarnya Ahli-ahli Dewan saya fikir er… seluruh Sidang Dewan ini bersama-sama saya yang baru 6 bulan apa… menjadi EXCO Kemudahan Asas ini sedang mendalami per… apa ni… proses baru dalam pembangunan negara kita.

Pada tahun 2005, satu Sidang Khas Parlimen diadakan bagi meluluskan satu Pindaan daripada jadual kesim… er… Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang memindahkan perkara-perkara berkaitan dengan bekalan dan perkhidmatan air daripada senarai negeri kepada senarai bersama kecuali Sabah dan Sarawak. Dengan pindaan ini Kerajaan Persekutuan akan mengawal selia industri Perkhidmatan bekalan air dari segi perlesenan dan kawal selia operator perkhidmatan. Manakala Kerajaan Negeri masih lagi mengekalkan kuasanya terhadap sumber air, tadahan air dan lembangan sungai.

Pada tahun 2006, Parlimen Malaysia meluluskan 2 undang-undang yang mengubah cara Malaysia menguruskan perkhidmatan air iaitu Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara atau Akta SPAN atau 54, dan Akta Industri Perkhidmatan Air ataupun (IPA) Akta 655. Akta 654 ini menggariskan peranan, fungsi dan bidang tugas SPAN dan Akta 55 pula memperuntukkan kawal selia meliputi ekonomi, teknikal, sosial serta perlindungan hak pengguna. Ringkasnya kedua-dua Akta ini telah menghapuskan kuasa penuh yang diberikan kepada negeri melalui Enakmen Bekalan Air dengan wujudnya Suruhanjaya Perkhidmatan Bekalan Air sebagai badan yang mengawal selia operator-operator air di semua negeri di Semenanjung Malaysia.

Berbalik kepada soalan yang dibangkitkan oleh wakil daripada Cheka, Kerajaan Negeri hari ini sedang dalam proses untuk merundingkan dan memuktamadkan terma-terma Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air ini dengan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli ataupun KATS. Jadi beberapa pihak ataupun ada 3 perjanjian akan ditandatangani er… perjanjian utama, perjanjian berkaitan dengan pajakan aset dan perjanjian membabtikan perkhidmatan yang dijangkakan akan dapat dimeterai ataupun diselesaikan sepertimana yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam dalam suku pertama tahun 2019.

Penstrukturan Semula Bekalan Air ini adalah sepertimana disebut tadi memenuhi kehendak Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 untuk memastikan hasrat Kerajaan secara keseluruhannya agar industri air yang lebih mampan dapat direalisasikan bagi mengatasi masalah-masalah utama yang dihadapi oleh bukan sahaja Pengurusan Air Pahang Berhad ataupun PAIP, juga dihadapi oleh Syarikat-syarikat Pengurusan Air di negeri-negeri yang lain.

Jadi melalui perjanjian ini, kita mengharapkan agar defisit operasi yang terpaksa er… defisit kewangan maksudnya yang terpaksa ditanggung oleh PAIP selama ini dapat diatasi, hutang juga dapat diatasi, modal untuk PAIP me… menambah baik, memperbaharui segala modal… belanja-belanja modal ini akan dapat diatasi juga, hutang pinjaman bekalan air oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan juga akan mampu dibayar dalam jangka masa yang panjang. Tapi soal mampu itu… ini… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, agak subjektif sedikit sebab bergantung kepada berapa sebenarnya nilai hutang yang boleh kita rundingkan dengan Kerajaan Persekutuan sebab istilah hutang ini sidang… sidang… sidang Ahli-ahli Dewan yang dikasihi sekalian hanya bermula pada tahun 90-an, kalau tak salah saya tahun 1994. Sebelum daripada itu kerajaan menyampaikan perkhidmatan bekalan air ini dari segi apa… CAPEXnya masih lagi dalam bentuk geran kepada semua negeri.

Jadi dengan terlaksananya penstrukturan semula industri bekalan air di negeri Pahang ini kita harapkan kedudukan kewangan PAIP akan menjadi lebih mampan dengan kenaikan tarif. Jadi bila disebut soal tarif ini mungkin ramai yang merasakan er… Kerajaan Negeri rasa seronok nak menaikkan tarif, tidak. Kalau seronok dah lama dah kita tandatangani perjanjian itu seperti negeri lain tapi kita masih lagi merundingkan kerana tarif ini sangat sensitif kepada berapa banyak er… pendapatan hasil kita untuk membayar balik hutang.

Maksudnya kalau hutang kita banyak, jangka masanya mungkin panjang jadi nak memendekkan mungkin terpaksa menaikkan tarif jadi kita rasa tak patut pulak di negeri Pahang ini kena naik tarif sampai 2, 3 kali ganda lebih daripada negeri lain. Inilah perkara yang kita rundingkan dengan Kerajaan Persekutuan daripada dulu sampai sekarang. Jadi kita kena maklum ini bukan nak kata salah Kerajaan Negeri, salah Kerajaan Persekutuan, tidak. Ini adalah satu perkara baru sepertimana yang dikatakan tadi perlanjutan daripada Sidang Khas Parlimen pada tahun 2005.

Seterusnya er… melalui perjanjian ini pemberian CAPEX akan diterima bukan lagi daripada kerajaan sepertimana sekarang secara langsung, ianya akan diterima daripada Pengurusan Aset Air Berhad, satu perbadanan di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Bayaran hutang operasi PAIP juga selepas ini boleh disusun dengan lebih baik kerana kita akan… kita jangkakan ada pertambahan hasil. Masalah kehilangan air yang selalu dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan, oleh rakyat ataupun NRW ini juga insya-Allah boleh kita beransur-ansur kurangkan, aset-aset peralatan yang usang, yang kita kata mungkin apa bukan saja paip pecah, loji yang mungkin breakdown ya, yang rosak insya-Allah akan di… er… tam… diperbaiki ataupun diganti, hutang pinjaman bekalan air negeri juga akan dapat diselesaikan.

Hutang ini maksudnya hutang Kerajaan Negeri, dia bukanlah dilupuskan sebenarnya apa yang disifatkan sebagai hutang Kerajaan Negeri sebenarnya dipindahkan ya, hutang itu kepada PAIP dengan cara kita memindahkan aset-aset ini kepada PAAB dan PAIP akan apa… menggunakan kaedah sewa beli membayar apa ni… sewa dan akhirnya selepas

satu tempoh aset-aset yang sekarang ini pada Kerajaan Negeri, yang selepas ini pergi kepada PAAB itu akan berpindah kepada apa… kembali kepada Kerajaan Negeri mungkin di bawah BKSA.

Kerajaan Negeri selepas ini tidak perlu lagi menyediakan dan menyuntik dana kepada PAIP untuk menampung sama ada belanja-belanja operasi dan belanja modal di masa akan datang dan kera… dan yang uniknya Kerajaan Negeri selepas ini akan menerima tambahan hasil royalti air mentah yang akan dibayar oleh PAIP sepertimana operator-operator lain er… bayar selama ini. Selama ini bukannya kita tak dapat tapi PAIP itu tak berkesempatan untuk apa… membayar royalti sepertimana yang sepatutnya. Itu sahaja Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Cheka. Tambahan.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Tuan Yang di-Pertua,

Mengenai struktur semula dan Perkhidmatan Bekalan Air Bersih ini memang sangat mengelirukan orang awam. Jadi adakah kerajaan bercadang untuk buat satu keterangan ataupun satu media… sidang media yang khas supaya orang ramai khasnya memahami keadaan sekarang?

Soalan kedua, selepas PRU-14 sehingga sekarang adakah mana-mana loji baru ataupun projek naik taraf loji yang sedia ada akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini? Terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Soal penjelasan saya fikir itu boleh kita buat kepada apa… kumpulan-kumpulan yang mana berminat untuk mendengar boleh kita uruskan tapi kalau kita nak buat satu roadshow pulak mungkin apa… kurang practical Yang Berhormat dengan izin ya. Jadi sebenarnya maklumat-maklumat ini, boleh kita perolehi di… apa… laman sesawang boleh sebenarnya sepertimana kita selalu google isu-isu semasa, isu-isu politik sebenarnya ada ya, dalam laman-laman web yang berkaitan, boleh.

Soal apa… pewujudan loji baru, kemudahan fasiliti-fasiliti baru dan penambahbaikan ini kita jalankan secara berterusan dan satu perkara yang saya lupa nak sebutkan tadi, dalam

proses perjanjian ini juga bila kita tandatangan ini dalam tempoh er… 5 tahun pertama kita juga mengharapkan pihak apa… Kerajaan Persekutuan akan memberikan satu dana khusus pembangunan pada kadar RM50 juta setahun untuk meneruskan kerja-kerja ini ya, er… untuk kita mengupayakan er… pihak PAIP dalam masa yang terdekat.

Selain daripada itu Sidang Dewan Yang di Muliakan, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, suka ingin saya berkongsi mengenai Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun mengutus surat secara rasmi kepada Kerajaan Persekutuan memohon agar hutang yang kita selalu sebut lebih daripada RM2 bilion ini dapat dikaji balik dan pada kadar er… 60%, itu yang kita harapkan dan juga sebagai manfaat kepada pengguna melalui penstrukturan ini juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah meminta Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri, kita cuba kaji mungkin apa er… untuk kumpulan-kumpulan rakyat termiskin ini, kita cuba kaji untuk cuba memberikan air secara percuma untuk kadar tertentu. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Kita beralih kepada soalan berikutnya.

Soalan tambahan, YB Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua (Speaker)

YB, kita pergi kepada soalan berikutnya. Saya Jemput wakil daripada Beserah.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 8.

[Perkhidmatan internet Jalur Lebar telah menjadi satu keperluan buat masa ini, sila nyatakan:

a) Status capaian internet jalur lebar seluruh negeri Pahang?

b) Apakah perancangan kerajaan negeri bagi meluaskan capaian ke kawasan-kawasan luar bandar?

c) Adakah Pusat Internet 1Malaysia masih berfungsi?]

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada ADUN Beserah kerana er… telah membukakan soalan berkaitan er… capaian internet jalur lebar bagi negeri Pahang.

Yang pertamanya, bagi soalan yang pertama status capaian internet jalur lebar di negeri Pahang, untuk makluman Sidang Dewan pada waktu ini kadar ataupun capaian internet

jalur lebar ataupun kadar penembusan jalur lebar di negeri Pahang sehingga suku ke-2 tahun 2018 adalah sebanyak 90.5% bagi setiap 100 orang penduduk dan ini ada berbanding dengan 71.7% pada 2016 dan 86.4% pada 2017.

Dan soalan yang kedua, adakah perang... perancangan Kerajaan Negeri untuk meluaskan... apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi meluaskan capaian ke kawasan-kawasan luar bandar? Untuk makluman Sidang Dewan er… Kerajaan Negeri dan juga bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Komunikasi Multimedia (MCMC) dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua telah melaksanakan pelbagai inisiatif ataupun pembangunan infrastruktur komunikasi khususnya di kawasan penempatan luar bandar dan inisiatif-inisiatif ini terbahagi kepada 3.

Pertamanya, Projek Perluasan Liputan Selular Kawasan Luar Bandar iaitu kita namakan (TIME 3), dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TIME-3 bermaknanya bermula daripada 2011 hingga 2017 terdapat lebih kurang 321 menara selular di seluruh negeri Pahang dan 31 menara sedang dibina dan dijangka beroperasi seawal tahun 2019 dan menjadikan keseluruhan menara di negeri Pahang ini sebanyak 352 menara.

Inisiatif yang kedua adalah Projek Perluasan atau penambahbaikan Perkhidmatan Jalur Lebar Tanpa Wayar (Wireless Broadband), dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Kini... sehingga kini 470 lokasi perkhidmatan 2G atau 3G akan dinaik taraf kepada teknologi 4G dan untuk tahun ini sebanyak 192 lokasi akan dinaik taraf kepada teknologi 4G dan akan menjadikan keseluruhan lokasi ini adalah sebanyak 662 lokasi (wireless broadband).

Inisiatif yang ketiga adalah Projek Rangkaian Jalur Lebar Tetap Di Luar Bandar (Fixed Rural Broadband), dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 51 lokasi dalam negeri Pahang dengan penambahan kapasiti sebanyak 6,840 ports untuk premis yang ingin menggunakan perkhidmatan jalur lebar tetap.

Bagi soalan yang... yang ketiga Pusat Internet 1Malaysia buat masa ini adalah sebanyak 108 dan semuanya masih lagi berfungsi. Sekian.

Soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Terima kasih. Terima kasih pihak kerajaan di atas penjelasan yang diberikan tentang pencapa… capaian internet jalur lebar seluruh negeri Pahang yang kita tahu. Komunikasi adalah merupakan satu perkara utama dan penting untuk seluruh er… masyarakat seluruh rakyat. Daripada apa yang dijawab oleh pihak kerajaan tadi, lebih kurang 90.5% setiap 100 orang penduduk, bermakna er… ada 10 orang yang tidak mendapat akses kepada internet jalur lebar ini. Setiap 100 orang, 10 orang tak dapat er… liputan internet er… bagi rakyat negeri Pahang.

Soalan saya seterusnya adalah er… adakah kos untuk menyediakan prasarana untuk mempersiapkan kepada segala er… capaian ini dipertingkatkan ditanggung oleh Kerajaan Negeri, pihak swasta ataupun Kerajaan Persekutuan ataupun ada usaha sama di antara pihak Kerajaan Negeri, pihak swasta dan juga Kerajaan Persekutuan.

Soalan yang ke-2, adakah pihak Kerajaan Negeri mendapat apa-apa hasil daripada sewaan menara-menara yang diletakkan di tanah Kerajaan Negeri itu sendiri dan berapa banyak hasil yang kita kutip daripada jumlah 321 menara yang telah dibina ini dan bakal dibina.

Kemudian kos operasi Pusat Internet 1Malaysia er… siapakah yang menanggung er… kos operasinya? Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Er... buat masa ini peruntukan untuk membina ataupun menyediakan perkhidmatan jalur lebar adalah dibawah Kerajaan Persekutuan dan er... sebagaimana dalam perbahasan bajet baru-baru ini. Er... hampir 90% sumber kewangan adalah daripada Tabung Perkhidmatan Sejagat ataupun Universal Service Provider Fund di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan kadang-kadangnya 10% nya daripada Telekom Malaysia.

Untuk soalan berkenaan tanah, pada masa ini tanah adalah er... daripada pihak kerajaan disediakan untuk melaksanakan menara-menara er... selular ataupun perkhidmatan jalur lebar ini. Dan buat masa ini er... untuk er... penilaian ataupun jumlah kutipan sewa tidak ada pada saya dan insya-Allah saya akan berikan jawapannya secara yang bertulis .

Untuk soalan yang Pusat Internet 1Malaysia buat masa ini er... selenggaraan ataupun pengurusan pusat internet adalah di bawah kawal selia service provider penyedia perkhidmatan selular. Contohnya di Pekan ada dibawah Digi dan ada juga di bawah er... TELEKOM Malaysia.

Dan er... kita berharapkan bahawa service ataupun Pusat Khidmat Internet 1Malaysia ini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang di bawah seliaan perkhidmatan selular ini dan buat masa ini perkhidmatan yang diberikan adalah sangat baik sekali.

Soalan sekali… satu lagi. Terima kasih er… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Satu lagi soalan saya yang tertinggal tadi. Baru-baru ini ada diumumkan oleh Menteri er... Komunikasi dan Multimedia ingin menyemak dan menurunkan kadar bayaran untuk perkhidmatan internet jalur lebar ini er... kepada seluruh rakyat. Er... kita sambut baik hasrat ini cuma kita tak nampak lagi ianya berlaku . Bilakah agaknya er... bayaran yang dikenakan kepada rakyat untuk menikmati internet jalur lebar ini boleh dikurangkan kosnya. Terima kasih.

Dan er… untuk makluman Sidang Dewan, bahawa buat masa ini memanglah er… hasrat Kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan er… kos ataupun perkhidmatan kepada perkhidmatan jalur lebar. Kadang-kadang dia kata sampai 50% untuk dipotongkan. Ada yang 139 tetapi rate yang sebenarnya tak dapatlah saya berikan secara tepat disini tapi pengumuman itu telah diberikan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia dan apa yang kita harapkan pelaksananaan ini dapat dilaksanakan.

Buat masa ini masih belum, masih belum dapat dilaksanakan dan saya rasa perkhidmatan ini perlu dilaksanakan kerana ia telah diuar-uarkan dan kita berharap dengan pengurangan kos ini ataupun sewaan ataupun bayaran ini pada perkhidmatan ini dapat meningkatkan lagi akses kepada perkhidmatan jalur lebar kepada setiap penduduk dalam negara kita. Sekian.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Yang Berhormat.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Perkhidmatan Unifi telah dilancar di kawasan Bentong sejak 2016 tetapi setakat ini banyak kawasan masih tidak ada coverage lagi. Bolehkah saya tau, bilakah akan merangkumi er... khidmat unifi diseluruh Bentong? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua,

Er... perkhidmatan jalur lebar ataupun unifi secara fixed broadband ni adalah dibuat oleh pihak Telekom Malaysia, TM, dan servis ini dilaksanakan di kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi contohnya, dan bergantung kepada bajet ataupun peruntukan yang disediakan. Dan kerana kawasan Pahang ni adalah satu kawasan yang sangat luas dan tidak semua kawasan pada masa ini er... dapat kita laksanakan projek unifi ini secara menyeluruh. Tapi saya dimaklumkan oleh pihak Telekom Malaysia ataupun TM bahawa projek ini akan tetap mendapat perhatian dan akan dapat dilaksanakan pada masa ke semasa. Begitu jugalah di Cameron Highlands ditempat-tempat kawasan yang tinggi.

Dan baru-baru ini kita telah laksanakan projek unifi ataupun kabel dasar laut kepada Pulau Tioman, dan menelan belanja lebih kurang dalam RM50 juta. Dan kita berharap supaya peruntukan-peruntukan yang lebih banyak lagi disediakan oleh pihak kerajaan untuk mempastikan bahawa kemudahan asses jalur lebar ini dapat dilaksanakan dalam negeri Pahang ya. Kita harapkan kerajaan daripada Pakatan Harapan dapat memberikan

perhatian kepada persoalan daripada Bilut supaya dapat sama-sama kita memastikan kawasan-kawasan yang belum lagi mendapat perkhidmatan jalur lebar dengan baik dapat dilasakanakan dengan lebih baik pada masa akan datang. Sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhomat. Kita pergi kepada soalan berikutnya. Jemput Wakil dari Kemayan.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor 9.

[Apakah peranan dan langkah-langkah yang diambil oleh pihak FELDA untuk mengatasi kejatuhan harga kelapa sawit bagi membantu masyarakat peneroka FELDA?]

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada ADUN kawasan Kemayan yang menanyakan peranan dan langkah yang diambil oleh pihak FELDA untuk mengatasi masalah kejatuhan harga sawit bagi membantu masyarakat peneroka FELDA.

Untuk makluman dewan, dalam menangani situasi kejatuhan harga sawit, FELDA telah menjalankan satu kajian yang menyeluruh bagi meningkatkan produktiviti dengan lebih tinggi dan berkualiti dan FELDA juga hendak meningkatkan pendapatan peneroka dan berusaha menjalankan operasi ladang dengan kos yang rendah tanpa menjejaskan produktiviti ladang.

FELDA juga hendak promosikan produk-produk komoditi. Proses hilirannya ke luar-luar negara, dengan hal ini memboleh menjadikan permintaan lebih tinggi dan juga seterusnya menaikkan harga kelapa sawit. FELDA juga hendaklah mengada R&Dnya dengan izinnya, terhadap pengeluaran minyak sawitnya untuk dipasar ke luar negara juga terutamanya Eropah dan Asia Barat.

Dalam pada itu, FELDA juga menggalakkan kepada peneroka dan warganya untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi untuk… tidak mengharapkan hanya kelapa sawit. Antaranya, melibatkan aktiviti-aktiviti keusahawanan dan juga kursus-kursus untuk peningkatan kemahiran baru.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jengka. Sila.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Er... saya sebagai anak peneroka FELDA sama dengan EXCO. Apa yang kita er... maklumi bersama hari ini er... apabila harga buah jatuh dan dalam keadaan buah sikit sekarang. Semalam kita disebut bahawa harga terkini buah sawit 1 tan RM290.00 1 tan. Dalam keadaan er... buah er... tak ada hasil dan kali ni lama dan sangat lama kali ni ya, dan er... orang peneroka berbunyi, dia kata dulu kalau harga buah er... kalau buah sikit harga naik. Sekarang buah sikit harga turun.

Jadi apa... apa yang boleh Kerajaan Negeri memainkan peranan untuk memberikan cadangan kepada er... pihak FELDA supaya buat sementara ini, 5, 6 bulan ini tidak memotong potongan-potongan yang mereka potong ketika peneroka menghantar hasil di kilang sawit FELDA. Sebab kadang-kadang mereka hantar tu. Potong-potong, tinggal RM3.00. Ini yang menjadi rayuan kepada peneroka-peneroka FELDA supaya ada usaha daripada pihak kita ini sama ada menekan, mencadang kepada pihak FELDA dalam kuasa yang ada kita boleh supaya buat sementara waktu ini tidak memotong potongan-potongan ini, sebab dulu pernah dilakukan. Terima kasih.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Menjawab soalan daripada ADUN Jengka. Saya mencadangkan kepada Kerajaan Pusat harga sawit ini bergantung dan juga ditentukan oleh Kerajaan Pusat. Dan saya mencadangkan Kerajaan Pusat terutamanya FELDA melantaikan harga sawit ketika ini, iaitu dalam harga RM400.00 1 tan. Dan dalam masa ini kalau dulu dia cuba menghapuskan hutang-hutang peneroka dan saya mencadangkan dengan adanya harga lantai RM400.00 setan dan saya memohon Kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri akan berkerjasama dengan Kerajaan Pusat memohon meminta pandangan supaya buat sementara ini oleh kerana harganya kurang, sawit yang kurang kita tangguhkan pemotongan harga. Dan apabila harga meningkat naik akan datang, barulah kita potong hutang-hutang peneroka. Kalau dulu mereka hendak hapus, kita mintak dia tangguh buat sementara. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kemayan.

Soalan pertama saya, tadi pihak kerajaan menyebut tentang er... bidang keusahawan yang disediakan untuk peneroka-peneroka dalam arah membantu peneroka-peneroka untuk mengatasi keadaan kejatuhan harga ataupun pendapatan yang rendah.

Soalan pertama saya, adakah pengkhususan yang diberikan dalam bidang keusahawan yang telah diprogramkan oleh FELDA dan juga kalau boleh nyatakan jumlah usahawan yang telah diwujudkan oleh program tersebut.

Soalan kedua saya, sabar. Soalan kedua saya, bolehkah pihak kerajaan menjelaskan perkara sebenar? Kenapakah berlakunya kejatuhan yang mendadak yang terlalu serius pada harga komoditi terutamanya sawit oleh... oleh pasaran kita di Malaysia. Sekian, terima kasih.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Terima kasih ADN Kemayan. FELDA juga telah memberi kursus-kursus dan program latihan dan kemahiran pada... dalam bentuk usahawan-usahawan dikalangan peneroka FELDA juga anak-anak peneroka FELDA. Pengkhususannya adalah mereka memberikan latihan makanan, kursus jahitan, kursus produk hiliran kelulut, pemasaran digital, pengurusan ternakan, kewangan dan koperasi, kursus simpan kira-kira, kursus pemasaran dan kursus penanam belimbing buluh untuk menghasilkan pembuatan sambal hitam Pahang.

FELDA juga dalam jabatan pengurusan keusahawanan telah mewujudkan... itu soalan nombor 2 ya. Mewujudkan usahawan-usahawan negeri Pahang di kalangan peneroka-peneroka FELDA dan warga FELDA. Dalam perniagaan mewujud... seramai 108... 1,855 orang, perkhidmatan 1,834, ternakan 1,353 orang, perusahaan 290, kraftangan 255 orang, tanaman termasuk tanaman tebu dan juga musang king 250... er... 137 orang...

Yang di-Pertua (Speaker)

Musang king tu apa Yang Berhormat? Tanaman Musang King.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Sorry... sorry bukan Musang King. Durian Musang King.

Yang di-Pertua (Speaker)

Hah, terima kasih.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Dan juga dalam online sebanyak 5 orang. Semuanya mewujudkan usahawan sebanyak 5,797 orang. Menjawab soalan nombor dua, ke nombor tiga tak tahulah saya tadi, iaitu tentang kejatuhan… kejatuhan mendadak harga sawit. Kalau dulu... soalan tambahan lagi. Kalau dulu kita mengeksport sawit dan juga minyak sawit kepada negeri China dan sekarang oleh kerana dasar-dasar kita, dasar-dasar er... kita Kerajaan Persekutuan dengan menangguhkan beberapa projek di… untuk negeri China, maka kit… China tidak mengimport lagi hasil sawit. Ekoran pada itulah menyebabkan harga sawit kita, harga minyak sawit kita turun mendadak, terutama harga sawit. Tiap-tiap hari turun daripada RM340, RM330, minggu lepas RM305 dan semalam RM295 itu aje kerana China tidak lagi mengimport minyak dan juga sawit kita. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Baiklah, kita pergi kepada soalan terakhir pagi ini. Saya jemput wakil dari Damak.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 10.

[Majlis Daerah Jerantut telah menaikkan kadar sewa premis-premis perniagaan di seluruh Jerantut berkuat kuasa 1 September 2018.

Apakah punca yang menyebabkan kadar sewa premis perniagaan dinaikkan?

Apakah mekanisme yang digunakan bagi menilai kemampuan para peniaga untuk membayar kadar sewa yang baru?]

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan sekalian, terima kasih kepada soalan daripada Damak yang amat prihatin tentang peniaga-peniaga kecillah. Ada dua soalan dikemukakan, pertama berkaitan dengan apakah punca yang menyebabkan kadar sewa premis perniagaan dinaikkan di Majlis Daerah Jerantut. Er…dan kedua apakah mekanisme yang digunakan untuk menilai kemampuan para peniaga untuk membayar kadar sewa yang baru.

Untuk makluman er… Ahli-ahli Dewan Yang di Muliakan, er… Majlis Daerah Jerantut mempunyai sebanyak 417 buah gerai di mana gerai yang terlibat dalam kenaikan harga sewa mulai 1 September 2018 adalah sebanyak 251 manakala 166 buah gerai masih kekal pada harga lama.

Kenaikan harga sewa adalah disebabkan oleh faktor-faktor berikut iaitu berkaitan dengan beban kos pembaikan yang tinggi dan tidak dapat ditanggung oleh… ditanggung oleh penyewa yang dikutip sebagai contoh aduan kerosakan gerai mulai Januari 2018 hingga 15 Oktober 2018 adalah sebanyak 44 kes yang melibatkan pembaikan kerosakan er… pintu roller shulter dengan izin, elektrik, atap dan kos pembaikan gerai dan bil utiliti ya. Er…penyelenggaraan gerai dari tahun 2013 hingga 2015…15 Oktober 2018 adalah berjumlah RM93,316.06 ya. Er… itulah kos yang diperlukan untuk membaiki gerai-gerai berkenaan.

Yang keduanya, secara perbandingan kadar sewa harga semua gerai atau kedai milik swasta, kadar sewa gerai Majlis Daerah terlalu rendah berbanding dengan gerai-gerai dikendalikan oleh pihak swasta.

Majlis mendapati bahawa kedai-kedai perniagaan swasta berhampiran dengan ruang niaga Majlis telah mengenakan kadar sewa yang tinggi dan jauh melebihi kadar sewa yang ditetapkan oleh Majlis. Ini ditambah dengan pembangunan pesat di kawasan berhampiran terutama di kawasan pasar menjadikan kawasan-kawasan tumpuan

penduduk dengan secara tidak langsung bilangan pelanggan-pelanggan akan bertambah. Manakala tidak semua ruang niaga Majlis mengalami kenaikan kadar sewa yang mendadak. Ada ruang niaga yang tidak mengalami kenaikan sewa dan ada ruang yang dikenakan sewa yang jauh lebih rendah dari yang sepatutnya.

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan Yang di Muliakan, sebagai sebuah Kerajaan yang prihatin, Majlis Daerah Jerantut telah mengadakan satu sesi Town Hall bersama peniaga pada 7.11.2018 yang lalu yang turut dihadiri oleh Wakil Damak, ya. Di mana pada perjumpaan berkenaan er… persetujuan telah dibuat oleh kedua-dua pihak dan Majlis Daerah Jerantut telah menangguhkan kenaikan ini sehinggalah kepada tahun hadapan 01 Januari 2019 er… bagi mengurangkan beban er… kadar sewa yang dinaikkan.

Walau bagaimanapun saya juga memohon supaya ADUN Damak ya, berjumpa balik dengan peniaga-peniaga ni sebenarnya masih ada tunggakan daripada peniaga-peniaga kepada Majlis Daerah Jerantut sebanyak RM9,000 yang masih belum dijelaskan. Jadi sebagai er… salah satu er… persetujuan dicapai, kita minta juga peniaga-peniaga ni menjelaskan bayaran sewa dan kita boleh gunakan bayaran sewa ni untuk membaiki kerosakan yang ada. Sekian, itulah wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmantullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat.

Baiklah, Ahi-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah selesai membincangkan sepuluh pertanyaan dan jawapan ya. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan kita pagi ini untuk kita sama-sama menikmati minum pagi dan persidangan kita disambung semula pada pukul 11.15 pagi. Harap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat berada dalam Dewan ini pada masa yang telah ditetapkan tadi. Persidangan ditempohkan, terima kasih.

[Persidangan ditempohkan pada jam 10.46 pagi]

[Persidangan disambung semula]

Sambungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) 2018 Dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Dan Perbekalan Air 2019Bill

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Sambungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) 2018 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2019.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi di dalam perbahasan atas Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) 2018 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2019. Rang Undang-Undang dan Usul ini telah dibentangkan dan telah pun dibuka untuk dibahaskan pada 19 November 2018 yang lalu dan perbahasan kita, kita akan sambung semula pada hari ini.

Sepertimana biasa, saya akan membenarkan Ahli Yang Berhormat mengambil masa selama 15 minit bagi perbahasan tersebut. Baiklah, saya mulakan perbahasan kita pada pagi ini. Ya, saya jemput wakil dari Mentakab. Sila YB Mentakab.

Encik Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kerana sekali lagi diberikan peluang untuk bercakap dalam Dewan Yang Mulia ini. Pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar merupakan agenda yang sangat penting untuk memperlihatkan hala tuju dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi negeri yang memberi manfaat kepada penambahan kewangan dan hasil negeri Pahang. Sehubungan ini, saya merasakan bahawa masih banyak ruang penambahbaikan yang perlu dilakukan seperti contoh, saya merasakan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan bila di Temerloh saya maksudkan MPT, perlu kembali kepada asas penubuhan iaitu bagi menjaga kebajikan dan pentadbiran kawasan Majlis pentadbiran… Perbandaran.

Setiap kali kajian semula pem… perbandaran, maka sempadan perbandaran yang saya amat merasakan tujuan utamanya adalah semata-mata untuk mengutip cukai. Ertinya untuk menambahkan pendapatan Majlis Perbandaran. Malangnya, rungutan yang saya perolehi daripada penduduk di DUN Mentakab khususnya dan di daerah Temerloh amnya perkhidmatannya adalah tidak sepadan dengan cukai yang dikutip serta masih banyak ruang penambahbaikan yang perlu dibuat bagi menjaga kebajikan penduduk keseluruhannya.

Sebagai contoh, lampu jalan tidak dibaiki walaupun ia di bawah bidang kuasa JKR, tetapi seolah-olah tidak ada koordinasi di antara agensi yang berkaitan. Majlis Perbandaran seharusnya lebih kreatif untuk mencari sumber kewangan sendiri seperti meringankan atau memudahkan cara bagi mmendapatkan lesen perniagan yang sekaligus

merancakkan perniagaan di Temerloh. Ini bermaksud bagi menggalakkan pertumbuhan sosioekonomi yang akan memberikan manfaat kepada penduduk.

Berkaitan peranan Majlis Perbandaran, saya melihat suatu masalah ialah berkaitan dengan rumah-rumah rumah terbiar dipenuhi dengan semak-samun. Ini bukan sahaja menjejaskan pemandangan tetapi juga menjadi tempat pembiakan nyamuk, sarang tikus dan haiwan berbisa. Saya jug… juga tidak menolak kemungkinan akan menjadi sarang penyalahgunaan dadah. Sungguh pun daripada statistik rumah-rumah terbiar ini adalah tidak tinggi, tetapi masalah ini tidak boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan keselamatan dan kesihatan.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya merasakan bahawa di dalam 20 tahun kebelakangan ini, taman-taman permainan dan padang bola sepak telah tidak menjadi keutamaan dalam merancang pembangunan setempat. Di Mentakab misalnya, hanya ada dua sahaja padang bola sepak iaitu di Padang Besar Mentakab dan Seri Kemuning. Tentunya Tuan Yang di-Pertua, biasa dengan peribahasa “otak yang cerdas hasil daripada badan yang sihat” yang membawa maksud perlunya masyarakat yang aktif bersukan dan mengeluarkan peluh. Anak-anak muda khususnya sangat-sangat gemar bersukan tetapi tiadanya kemudahan yang mencukupi untuk mereka.

Saya menyarankan supaya EXCO Belia dan Sukan mengambil inisiatif untuk membina sebuah kompleks sukan dan kalau tidak di DUN Mentakab tetapi di Parlimen Temerloh agar bukan sahaja anak-anak muda dapat menikmati kemudahan tersebut dan sa… sudah tentu akan mendapat melahirkan para atlet yang berbiw… yang berwibawa mewakili negeri Pahang yang dikasihi ini.

Saya juga ingin berkongsi kerisauan dengan teman-teman yang lain serta ibubapa dan masyarakat mengenai bertambahnya gejala sosial di kalangan anak muda. Barangkali ini berpunca daripada… daripada kurangnya pusat atau tempat anak muda beriadah. Jika di Temerloh, saya melihat masalah merempit sangat membimbangkan. Saya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk datang ke Temerloh merasai dan… merasai pengalaman dan menyaksikan aksi-aksi merempit di sini. [Ahli Dewan ketawa] Sesuatu perlu dilakukan dan bukan semata-mata daripada sudut penguatkuasaan undang-undang melalui polis tetapi juga mencari jalan bagi menyelesaikan gejala ini yang sangat membimbangkan.

Bukan sahaja dari segi keselamatan tetapi dari segi produktiviti negara serta bagi mengekang gejala sosial. Mereka ini adalah anak-anak saya dan juga anak-anak tuan puan di mana kita sebagai pemimpin yang mempunyai tanggungjawab terhadap golongan ini. Salah satu cara penyelesaiannya, saya menyarankan barangkali kerajaan boleh memikirkan untuk membina trek motosikal yang dalam keadaan terkawal dan berdisiplin. Di Kampung Paya Pulai misalnya terdapat trek motor cross itu pun di atas inisiatif persendirian. Mungkin trek ini boleh diupgradekan. Saya menyarankan agar pembinaan trek seumpama ini kerana akan berada di dalam environment yang terkawal dan menanamkan disiplin di samping mencungkil anak muda dalam permotoran.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kepujian juga harus diberikan kepada Kerajaan Negeri atas dasar penurunan kuasa kepada Pegawai Daerah. Feedback atau maklum balas daripada…. daripada kawan-kawan peguam yang mengatakan bahawa proses pemindahan hak milik tanah telah dipercepatkan atau disingkatkan dan memudahkan rakyat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Mempunyai wawasan dan cita-cita ting… tinggi adalah baik seperi apa yang diumumkan oleh yang Amat Berhormat Menteri Besar baru-baru ini, bahawa Pahang akan menjadi sebuah negeri berdaya maju dalam tahun 2050. Sehubungan ini segala implimentasi dan perlaksanaan projek hendaklah dijalankan dengan penuh dedikasi dan komited. Kes Pahang Technology Resources hendaklah dijadikan satu pengajaran. Dengan itu satu kajian feasibility atau kebolehlaksanaan projek itu perlu diadakan supaya wang rakyat tidak akan disia-siakan. Dengan itu, berakhir ucapan saya dan terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay Yang Berhormat. Sila. Ketari hah sila.

Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Pahang 2019. Tahniah kepada Dato’ Sri Menteri Besar kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan Negeri Pahang Darul Makmur bagi tahun 2019 yang bertemakan “maju terus Pahang, tranformasi perkhidmatan, menjana pendapatan, memakmurkan kehidupan”. Tahniah kepada Kerajaan Negeri nampak komited untuk mengawal perbelanjaan dan mengurangkan ketirisan di mana kita boleh lihat defisit belanjawan berkurang dari RM57.9 juta kepada RM39.41 juta pada tahun 2019. Ada beberapa perkara yang ingin saya bawa kepada perhatian dewan berkenaan belanjawan ini. Harap saya dapat selesaikan dalam masa yang ditetap diberikan.

Pertama tentang industri air. Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri kerana dapat bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan penstrukturan semula industri bekalan air Pahang. Harap pengstrukturan ini dapat dilaksanaskan mengikut masa yang dirancang. Apabila penstrukturan ini berjaya bukan sahaja ia dapat mengurangkan beban hutang Kerajaan Negeri tetapi dapat meningkatkan lagi kualiti dan perkhidmatan bekalan air Pahang.

Selain penstrukturan hutang, rasanya sudah tiba Kerajaan Negeri juga melihat hasil melihat hasil air ini jika dapat dipertingkatkan. Jika dibandingkan dengan anggaran 2018, terdapat penurunan hasil air sebanyak RM3.7 juta dari royalti air dan RM2.2 juta dari bayaran lesen penggunaan air mentah menjadikan penurunan hasil air sebanyak RM5.9 juta. Saya harap Dato’ Sri Menteri Besar boleh menerangkan apa yang berlaku di sini nanti. Sepatutnya kerajaan negeri menaikkan tarif air yang dijual kepada negeri-negeri lain yang membolehkan hasil Kerajaan Negeri bertambah.

Walaupun seperti Kerajaan Negeri dapat menampung kekurangan hasil ini dari sumber yang lain, bagi saya ia juga dapat membangkitkan kebimbangan yang baru. Kenapa? Saya teruskan dengan perkara yang kedua.

Kelestarian Alam Sekitar. Kalau kita tengok beberapa perkara dari hasil hutan royalti kayu kayan dianggarkan akan naik sebanyak RM18 juta pada tahun 2019 kepada RM47 juta dari RM29 juta pada tahun 2018. Bayaran lesen perhutanan dianggarkan akan naik sekali ganda pada tahun 2019 kepada RM800 ribu dari RM400 ribu pada tahun 2018. Bayaran permit perhutanan dianggarkan akan naik 49 kali ganda pada tahun 2019 kepada RM30 juta dan dari hanya RM600 ribu pada tahun 2018. Dan saya ingin bertanya apa sebenarnya yang berlaku di sini? Adakah boleh dikatakan lebih banyak balak akan ditebangkan pada tahun 2019?

Lagi membimbangkan juga apabila saya lihat anggaran perbelanjaan mengurus bagi Jabatan Perhutanan Negeri dipotong sebanyak RM14 juta pada tahun 2019. RM13 juta juga akan dipotong dari segi emolumen. Emolumen ini dikira sebagai gaji. Adakah ini bermaksud pegawai Jabatan Perhutanan akan dikurangkan? Kita nak kerah hasil hutan semaksima yang mungkin dan di waktu yang sama kita kurangkan pegawai untuk menjaga hutan. Jadi saya mohon pencerahan dari pihak kerajaan.

Sekarang ini kita boleh lihat pembukaan tanah secara berleluasa oleh pemilik tanah untuk menanam durian Musang King. Ia bagus, namum begitu pembukaan tanah berleluasa ini perlulah penguatkuasaan yang menyeluruh. Ini dapat dilihat di kawasan saya kampung Orang Asli Sungai Dua Hulu dan jalan lama Bentong-KL apabila berlakunya tanah jatuh ke kawasan jalan raya. Jika tiada penguatkuasaan atau pengawasan er… atau SOP kerja yang betul dari pemilik tanah, maka akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Lebih-lebih lagi bila tiba musim hujan sekarang.

Antara pelaburan baru di negeri Pahang kelak adalah cadangan projek Lapangan Terbang Tioman. Namun sudah kedengaran aduan dan kerisauan masyarakat di terutamanya di Tioman tentang impak projek ini kepada alam sekitar. Sungguhpun Kerajaan Negeri menyatakan komitmen untuk memelihara dan melindungi biologi hutan, air dan tanah untuk memastikan penggunaannya secara mampan, saya begitu berharap benar-benar ada kesungguhan dari pihak Kerajaan Negeri dalam melaksanakannya.

Yang ketiga projek perumahan rakyat. Saya memuji usaha Kerajaan Negeri dalam menyediakan perumahan mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana melalui projek Perumahan Makmur dan program PR1MA Pahang. Pengwujudan tabung perumahan Pahang bagi pihak pemaju untuk mencarum sudah tentunya dapat membantu usaha Kerajaan Negeri dalam membina lebih banyak rumah mampu milik.

Saya ingin mencadangkan bahawa, tabung perumahan Pahang ini boleh digunakan untuk membantu menyelesaikan projek-projek perumahan rakyat yang terbengkalai. Tidak kiralah sama ada di bawah kelolaan Kerajaan Negeri ataupun pihak swasta. Sama seperti contoh projek perumahan rakyat di Janda Baik, di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) yang sampai sekarang masih belum siap dan juga saya difahamkan sudah banyak kali pemajunya ditukar. Jadi kita harap projek-projek terbengkalai ini dapat segera diselesaikan demi kesejahteraan rakyat.

Yang keempat kebajikan masyarakat. Dato’ Sri Menteri Besar ada menyatakan bahawa walaupun Kerajaan Negeri melaksanakan dasar penjimatan tetapi pada masa yang sama tidak mengabaikan kebajikan rakyat. Saya menyokong usaha Kerajaan Negeri seperti ini. Namun saya ada sedikit kemusykilan apabila melihat anggaran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri yang sangat rendah pada tahun 2019 sebanyak RM1.5 juta. Harap pihak Kerajaan Negeri dapat menjelaskan perkara ini. Jika ini disebabkan tentang pengurangan jumlah penerima sepertimana pengurangan kadar kemiskinan, saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri.

Saya ingin mencadangkan bahawa permohonan bantuan kebajikan masyarakat dan bantuan pendidikan seperti biasiswa dan geran bantuan belajar ke IPT boleh disahkan permohonannya oleh Wakil-wakil Rakyat dari pihak pembangkang juga, kerana walaupun tidak ketetapan bertulis mengenai perkara ini berlaku kesulitan kerana er… untuk rakyat yang memohon dari pihak kami sendiri sebagai Wakil Rakyat kerana takut pengesahan kami tidak diterima, kerana ada beberapa kes yang telah terjadi di kawasan. Jadi saya harap perkara ini dapat diperhalusi dan demi memakmurkan kehidupan seluruh negeri Pahang.

Kelima, pertanian. Saya ingin menyeru… saya ingin menyahut seruan Kerajaan Negeri dalam membangunkan sektor pertanian negeri bagi menjana pendapatan Kerajaan Negeri dan rakyat. Saya melihat sektor pertanian di negeri Pahang sebenarnya mempunyai potensi yang besar dan banyak lagi peluang yang kita belum terokai sepenuhnya. Satu contoh tanaman yang saya rasa pihak Kerajaan Negeri bole er… pertimbangkan adalah tanaman buah tin ataupun fig. Buat masa ini ia adalah satu jenis tanaman yang masih kurang dijalankan di Malaysia. Dengan pasaran yang sangat luas di luar negara dan pasaran di dalam negara yang belum diterokai saya merasakan tanaman buah tin ataupun fig ini sangat sesuai dijadikan projek high value farming dan diperluaskan di seluruh negeri Pahang. Nilai komersil untuk buah tin ini belum diterokai sepenuhnya.

Setakat ini sudah ada beberapa pengusaha ladang buah tin di kawasan saya iaitu Janda Baik. Saya rasa Kerajaan Negeri patut mengambil peluang ini untuk menjadikan tanaman buah tin atau fig ini sebagai salah satu tanaman utama negeri Pahang. Kita boleh tambah portfolio tanaman ataupun buah-buahan yang selama ini sinonim dengan negeri Pahang seperti Musang King, buah durian, halia, strawberi dan mungkin buah tin boleh menjadi salah satunya juga. Saya yakin Menteri Besar dan berapa er… Yang Berhormat EXCO-EXCO sudah merasai buah tin dari Janda Baik kerana telah datang ke tempat saya itu hari.

Keenam penghasil… penghasilan hasil negeri. Sebagai sektor pertanian saya berpendapat bahawa banyak lagi peluang untuk Kerajaan Negeri untuk menjana pendapatan untuk Kerajaan Negeri seterusnya mengurangkan penumpuan terhadap hasil hutan. Kalau kita lihat kedatangan pelancong ke negeri Pahang semakin tahun semakin meningkat. Selain menjana pendapat rakyat negeri ini saya rasa kerajaan boleh menjana pendapat terus dari dari sektor pelancongan.

Contohnya kerajaan boleh mengenakan cukai katil kepada pelancong luar yang datang ke negeri Pahang. Kalau RM1 bagi setiap katil berdasarkan 6 jangkaan 16 juta pelancong, paling kurang Kerajaan Negeri dapat mengutip RM8 juta. Mungkin cukai ini boleh dikenakan kepada hotel bertaraf 3 bintang ke atas dahulu dan kepada pelancong luar yang datang dari luar negeri Pahang. Di kawasan industri berat di negeri Pahang kita

dapati banyak kilang-kilang yang menghasilkan hasil buangan. Ada hasil buangan itu yang boleh dikategorikan sebagai merbahaya kepada manusia dan alam sekitar.

Saya rasa Kerajaan Negeri juga boleh menerokai dan menerajui industri rawatan bahan buangan di negeri Pahang. Mungkin anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang boleh beri kerjasama dengan syarikat swasta untuk menerokai industri rawatan buangan industri. Bukan sahaja Kerajaan Negeri dapat menjana sumber pendapatan yang baru, malah dapat memastikan agenda kelestatian alam sekitar terjaga.

Saya juga berharap Kerajaan Negeri boleh mengenalpasti industri-industri baru yang boleh dibangunkan mengikut daerah-daerah yang ada, mengikut kesesuaian daerah itu. Terutamanya industri pemprosesan makanan. Ini boleh membuka ruang… dan ini boleh membuka ruang pekerjaan kepada anak-anak tempatan khususnya golongan muda. Mereka tidak perlu lagi merantau dan kerja jauh dari…dari keluaraga dan rumah mereka.

Yang ke tujuh, iaitu terakhir, peruntukan MARRIS dan Orang Asli. Pada tahun 2018 Kerajaan Negeri telah menerima peruntukan sebanyak RM236 juta di bawah Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri iaitu MARRIS. Saya ingin tahu berapakah peruntukan ini telah dibelanjakan setakat ini dan berapakah peruntukan yang dijangkakan pada tahun 2019? Kalau kita lihat masih ada jalan-jalan kampung yang dalam keadaan yang teruk. Saya sangat berharap jika peruntukan ini disalurkan secara adil terutamanya kepada tempat-tempat yang memerlukan.

Selain peruntukan pembangunan kepada Orang Asli, saya ingin bertanya apakah status untuk mewartakan tanah adat Orang Asli di negeri Pahang? Dan sudahkah berapa banyak, dan sudah berapa banyak geran tanah persendirian yang sudah diberikan kepada Orang Asli ini. Ini kerana kita juga ingin menjaga masyarakat Orang Asli di negeri Pahang ini. Akhir kata, terima er…

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat,

Saya mendengar ucapan daripada YB Ketari tadi, daripada dalam bilik sebab ada urusan penting, dan sempat masuk sekejap. Memang tertariklah dengan ucapan beliau, tetapi berkenaan dengan tanah adat ni, di Pahang ni tak ada. Saya masih ingat lagi masa saya jaga EXCO Luar Bandar, ada soalan bertanyakan tentang tanah adat ini. Jadi untuk menjimatkan masa, fakta dan sebagainya elok Yang Berhormat Ketari buat research dulu, sebab tanah adat ini di… di Sarawak dengan Sabah jer. Di Pahang tak ada. Pembetulanlah itu, ya.

Sebab saya ada baca er… dapat, berita…er…2017 Menteri er… Bera, Parlimen Bera siapa? Er… Aril, Sabri er… dia ada buat pengumuman tentang pewartaan tanah kepada negeri di seluruh Malaysialah.

Warta tanah tu memang ada. Kita ada tanah rezab, ada tanah yang diwartakan, ada yang sedang diwartakan, tetapi tanah adat tak ada. Ya. Kalau boleh tarik baliklah adat. Ya.

Ok baik. Terima kasih kepada Menteri Besar. Akhir kata…

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh tarik balik Tanah Adat?.

Ok. Saya tarik balik. Mungkin lepas ni, saya akan buat research dulu sebelum saya bertanya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Semak balik dan teruskan perbahasan.

Ya baik, dan akhir, nak habis dah. Akhir kata er… terima kasih kepada peruntukan negeri Pahang untuk ADUN Pembangkang sebanyak RM30,000.00. Terima kasih kepada Dato’ Sri Menteri Besar. Walau pun jumlah yang kecil, namun sedikit sebanyak dapat membantu melaksanakan program kebajikan dan er… pembangunan di kawasan kami. Terima kasih daun keladi, dan harap tahun depan tambah lagilah.

Dan saya berharap er… bahawa semua inisiatif dalam belanjawan negeri Pahang 2019 ini dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri Pahang khususnya. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Waalaikumusalam. Terima kasih wakil daripada Ketari. Ya. Jemput Tanah Rata.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Salam sejahtera, salam harapan dan salam Malaysia Baru. Terlebih dahulu terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2019, yang telah berjaya dibentang oleh Dato’ Sri Menteri Besar pada hari Isnin yang lepas.

Walau pun Kerajaan Negeri mengamalkan pendekatan perbelanjaan secara berhemah, disebabkan keadaan Kerajaan Negeri berdepan kedudukan kewangan yang begitu mencabar. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Dato’ Sri Menteri Besar kerana beliau telah membawa satu belanjawan yang seimbang dan inklusif, tanpa mengabaikan kebajikan rakyat. Saya amat tertarik kepada usaha Kerajaan Negeri dalam kutipan hasil negeri dan… dari hasil tanah dan galian dan juga hasil perhutanan. Di mana anggaran kutipan adalah RM388.80 juta dan RM150.70 juta masing-masing. Kita lihat er… perbelanjaan bagi tahun 2019, kita lihat Kerajaan Negeri, dijangka mengutip hasil sebanyak RM27.70 juta daripada Lesen Pendudukan Sementara. Dengan kod nombor 71711, di mana pendapatan sebenar er… pada tahun 2017 hanya mencatat RM3.9 juta. Ataupun kita katanya meningkat tujuh kali ganda.

Saya difahamkan oleh Dato’ Sri Menteri Besar bahawa, lesen tersebut termasuklah Lesen Pendudukan Sementara, ataupun lebih dikenali sebagai T.O.L. Anggaran nombor dalam belanjawan ini, juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa banyak Lesen Pendudukan Sementara akan diluluskan pada tahun depan. Hal ini juga, er… merupakan satu berita baik kepada pekebun-pekebun di Cameron Highlands kerana ramai yang di antara mereka yang memegang Lesen Pendudukan Sementara ini. Mereka tidak dapat menjelaskan bayaran lesen, ada yang lewat selama tiga hingga lima tahun. Ini merupakan satu berita baik untuk mereka, dan di sini, saya ingin mewakili pekebun-pekebun di kawasan Cameron Highlands mengucapkan terima kasih atas jasa Kerajaan Negeri dan juga Dato’ Sri Menteri Besar terlebih dahulu.

Dan di samping itu, kutipan hasil daripada permit perhutanan dengan kod nombor 71801 dijangka memperoleh, akan memperoleh RM30 juta bagi tahun 2019. Di mana kutipan sebenar bagi tahun 2017 adalah RM16 juta, iaitu lebih kurang dua kali ganda. Dan perkara sedemikian, mungkin adalah berita baik untuk pekebun-pekebun ataupun peneroka hutan, tetapi ia juga akan mencetuskan kebimbangan untuk orang awam, bahawa kemungkinan besar jasa baik Kerajaan Negeri ini mungkin akan disalah gunakan ataupun telah menggalakkan, akan menggalakkan pencerobohan tanah dan hutan secara haram yang akan terus berleluasa di negeri Pahang.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya sering kali dilihat sebagai Wakil Rakyat yang memihak kepada pekebun. Er… sedangkan, meskipun dalam parti sendiri pun sama juga. Tetapi, er… sebenarnya tidak. Saya hanya bersimpati kepada pekebun yang kecil dan miskin sahaja. Tetapi bukannya kepada pekebun atau sebenarnya peladang besar. Yang terutamanya mereka yang terlibat pencerobohan tanah yang sehingga beratus-ratus ataupun beribu-ribu ekar tanah. Kegiatan pencerobohan tanah oleh pekebun besar ini, bukan sahaja membawa berbagai bencana kepada alam sekitar, tetapi juga mengakibatkan pekebun-pekebun kecil sama-sama menanggung dosa mereka.

Apabila penguatkuasaan dijalankan, iaitu yang sering kata… saya sering kali. Saya nak bezakan pekebun kecil dengan pekebun besar, sebab pekebun besar yang buat salah, tetapi semua orang yang tanggung dosa dan semua orang dihukum. Ya, termasuk rakyat walaupun yang tidak buka tanah, sebab bencana alam dia tidak kira siapa pun. Dan kegiat… oleh sedemikian, saya mengharapkan pihak Kerajaan Negeri juga perlu meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas kegiatan pencerobohan tanah secara haram demi kesejahteraan alam sekitar dan rakyat negeri Pahang.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya juga menyambut baik perhatian yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dalam pembangunan Orang Asli. Dengan pelaksanaan program-program pembangunan infrastruktur asas, peningkatan internet dan pendidikan dan keupayaan ekonomi kepada semua lapisan masyarakat.

Di sini saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri dan Dato’ Sri Menteri Besar kerana beliau telah menyediakan peruntukan-peruntukan khas untuk ADUN pembangkang. Dengan peruntukan khas er…tersebut, saya mampu er…membantu penduduk Orang Asli di Kampung Asli Sungai Relong, er…untuk memperbaiki bumbung rumah yang dirosakkan er… ribut kencang. Er… kebanyakan peruntukan khas itu digunakan untuk pembaiki er… pembaikan bumbung rumah. Namun demikian, peruntukan khas itu, tidak cukupi untuk membaiki semua rumah yang mengalami kerosakan pada er… ribut kencang itu, dan saya juga fahamlah peruntukan khas bukan guna macam tu, sebab berjuta-juta ringgit pun tak cukup untuk memperbaiki. Er… saya juga fahamlah peruntukan khas bukan guna macam tu.

Oleh itu, saya pada masa yang akan datang, saya juga mengharapkan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan, JAKOA dan Pejabat Daerah dan Tanah, mereka boleh menyelaraskan langkah-langkah yang boleh membantu keadaan kecemasan sedemikian sebab kalau mereka minta daripada ADUN, ADUN pun tak banyak duit tak boleh satu bumbung rumah er… enam ribu… RM5,000 er… lebih kurang untuk sebuah rumah haa… kita berjuta-juta ringgit pun tak cukup ha. Jadi saya mengharap agensi kerajaan boleh menyelaraskan langkah-langkah sedemikian.

Selain daripada perkara yang memperbaiki dan menaik taraf infra perkampungan Orang Asli termasuk jalan berturap, grid elektrik 24 jam, bekalan air yang dirawat dan juga rangkaian komunikasi yang stabil, saya juga ingin membincangkan cadangan untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti kehidupan Orang Asli, seterusnya mengatasi masalah sosio-ekonomi. Saya bincang sedemikian sebab kawasan saya juga terdapat kebanyakan daripada er… perkampungan Orang Asli banyak di kawasan saya juga ya… dan ini termasuklah program penyediaan peluang pekerjaan dan keusahawanan, pendidikan, latihan kemahiran, perumahan mampu milik, kemudahan kesihatan dan juga infra asas serta jaringan keselamatan sosial.

Pende… pendekatan ini adalah untuk memastikan tiada kumpulan masyarakat yang akan tercicir daripada mendapat peluang dan manfaat pertumbuhan ekonomi selaras dengan prinsip no one left behind er… dengan izinlah er… no one left behind. Untuk memastikan Orang Asli tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara, kemudahan dan peluang pendidikan untuk mereka adalah bagi saya adalah teramat penting terutamanya pendidikan. Kita perlu mengurangkan kadar keciciran pelajar Orang Asli melalui penyediaan as… asrama, pengangkutan dan juga bantuan kewangan dan menyediakan lebih banyak tempat kepada pelajar dari masyarakat asli yang berpotensi tinggi di institusi pengajian tinggi dan juga institusi latihan kemahiran berdasarkan kepada kriteria kela… kelayakan dan kuota kemasukan khas.

Kita perlu meningkatkan akses kepada pendidikan dan latihan kemahilan… kemahiran tinggi seperti yang dikatakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional ataupun lebih dikenali sebagai TVET yang boleh mempergiatkan pembangunan keusahawanan

di peringkat sekolah dan secara tidak langsung membantu masyarakat Orang Asli. Oleh itu di sini di Dewan Yang Mulia ini, saya ingin mencadangkan supaya satu sekolah vokasional untuk masyarakat Orang Asli boleh diwujudkan di daerah Cameron Highlands. Ini bukan sahaja boleh merapatkan jurang pembangunan dan ketidakseimbangan pembangunan wilayah kurs… khususnya di luar bandar…

Dato’ Yang di-Pertua…

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

…tetapi juga untuk menggalakkan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Tanah Rata… pihak kerajaan…

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Dia sebenar dasar pendidikan ini tanggungjawab pendidikan di bawah Kerajaan Pusat bukannya Kerajaan Negeri. Jadi saya mohon mencadangkan kepada er… Wakil Tanah Rata, supaya dapat berbincang menteri Kerajaan Pusat. Khususnya menteri er… dia ni… sama ada menteri bawah Pembangunan Luar Bandar atau Menteri Pendidikan. Jadi saya rasa er… yang ini lebih er… baik di… diajukan kepada Kerajaan Pusat dan er… kita mengesyorkan juga supaya isu er… pendidikan ni er… Kerajaan Malaysia Baru ya… Kerajaan Malaysia Baru ini mohon supaya tidak dipolitikkan iaitu boleh misal contohnya er… saya bersimpatilah kalau sekiranya arahan tu katakan bahawasanya Wakil Rakyat tak boleh masuk ke sekolah.

Jadi sudah tentulah Wakil-wakil Rakyat termasuk wakil daripada Tanah Rata tak boleh nak masuk sekolah Orang Asli ni. Jadi er… mohon supaya ini diteliti kerana ada arahan mengatakan bahawa seolah-olahnya er… Ahli-ahli Politik atau Wakil-wakil Rakyat tidak boleh er… masuk dan terlibat dengan aktiviti yang melibatkan sekolah jadi mohon supaya er… mencadangkan. Terima kasih kepada tetapi dapat perkara ini dapat diajukan kepada Kerajaan Pusat dan banyak perkara yang boleh er… ditangani dan diselesaikan di peringkat Kerajaan Pusat, terima kasih.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Terima kasih. Er… Yang Berhormat Yang di-Pertua, er… saya ADUN Kerajaan Negerilah saya saja boleh mencadangkan di dewan… di Dewan Yang Mulia ini tapi saya juga mencadangkanlah saya mengharap adanya kerjasama er… dengan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat supaya boleh mewujudkan kemudahan asas sebegini untuk rakyat negeri Pahang. Saya sokonglah ni kerjasama sebegini dan di er…

Yang Berhormat di-Pertua,

Saya juga ingin mencadangkan satu lagi pendekatan kepada pihak Kerajaan, bukan sahaja neg… bukan sahaja Kerajaan Negeri tetapi juga pada Kerajaan Pusat. Supaya kita perlu adanya satu inisiatif data terbuka untuk sektor awam. Apakah itu data terbuka? Data terbuka ini ataupun dengan izin er… open data dalam Bahasa Inggeris. Data terbuka ini adalah data yang boleh digunakan secara bebas dan boleh dikongsikan dan digunakan oleh semua… semua lapisan rakyat er… agensi kerajaan dan juga swasta untuk pelbagai tujuan.

Perlaksanaan data terbuka kerajaan ia dapat meningkatkan ketulusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan disamping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri ataupun inovasi baru dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletak Malaysia setaraf dengan negara lain dalam inisiatif kerajaan digital dan menghadapi industri 4.0 er… bagaimanakah inisiatif data terbuka ini boleh memberi manfaat kepada rakyat. Er… saya gunakan er… saya ambil satu contohlah.

Contoh dalam pemantauan dan penguatkuasaan pencerobohan tanah. Saya cadang begini, pihak kerajaan boleh mengumumkan segala hasil siasatan, tindakan dan juga pencapaian kepada orang awam dan untuk saya perkara ini sebab saya sering diberitahu bahawa ini adalah sulit, tapi untuk saya sebenarnya tidak perlu sulit. Sebab tanah itu kekal di situ, tanah dia tak kan lari, tanah dia tak kan sembunyi. Jadi operasi sebegini dia er… bagi saya tak perlu sulit, boleh terbuka kepada rakyat. Apakah pencapaian ataupun apakah yang telah dilakukan oleh pihak penguatkuasa? Sebab sering kali saya tahu er… kalau penguatkuasaan dijalankan, rakyat dia mengadu, yang buat salah dia mesti adu, dia mesti bising ya… kita tahu. Tapi sebab kita tak cukup maklumat kadang-kala rakyat tanya pada saya, “eh YB, you tahu ini ini ke?” Saya pun hanya boleh jawab “saya tak tahu”.

Kalau saya sering kata saya tak tahu ataupun pejabat tanah, pejabat daerah saja yang tahu ha… ni kalau sebegini, data dia tidak kesemua lapisan masyarakat, pada masa itu khabar angin ataupun perkara ataupun fakta yang tidak benar, dia akan er… uar-uarkan dia akan terhebah keseluruh lapisan masyarakat dan pada masa itu semua orang akan dia mesti mempersalahkan pegawai kerajaan. Sedangkan pegawai kerajaan yang menjalankan tugas, tetapi mereka disalahkan. Oleh itu saya mencadangkan er… cadangan ini adalah juga untuk supaya pegawai kerajaan dia boleh menjalankan tugas dia dengan licin dan juga dengan adil. Dan inisiatif sedemikian bukan sahaja boleh membantu pihak kerajaan menjalankan tugas dengan lebih telus dan mesra rakyat, tetapi juga boleh mengelakkan pegawai kerajaan daripada dipersalahkan semasa menjalankan tugas penguatkuasaan.

Dan di sini er… Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Akhirnya saya ingin menyentuh satu isu di kawasan saya sendiri iaitu dengan… untuk memperbaiki dasar tempat letak kereta berbayar di daerah Cameron Highlands. Saya disini ucapkan tahniah kepada Majlis Daerah Cameron Highlands terlebih dahulu kerana sebenarnya dasar ini berjaya… yang mulai pada 1 hari bulan… 1 Oktober 2018 er… bulan… bulan lepas sahaja, mulai dilaksanakan er… dan sebenarnya telah secara tidak langsung mewujudkan banyak tempat letak kereta di sekitar kawasan Cameron Highlands boleh dikatakan dasar ini er… boleh dikirakan berjaya… berjaya dilaksanakan dan juga berjaya mencapai matlamat asalnya. Tetapi dasar tersebut saya rasanya boleh diperbaiki

supaya tidak menambahkan beban kepada penduduk tempatan, antaranya termasuk er… kalau boleh mengurangkan jumlah hari pengutipan bayaran dan mengurangkan bayaran letak kereta pas bulanan adalah baik.

Untuk makluman Yang Berhormat sekalian dan juga Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, walaupun Cameron Highlands adalah satu pusat pelancongan tapi dasar letak kereta berbayar itu adalah dikuatkuasa 7 hari seminggu… 7 hari seminggu, tiada pengecualian dan juga bayaran pas bulanan adalah RM80.00 dengan diskaun sebanyak 25% kalau ditawarkan untuk mereka yang ingin membayar lebih daripada satu bulan.

Saya difahamkan bahawa sedangkan ibu negeri Pahang iaitu Kuantan pun hanya juga 6 hari seminggu dan juga pas bulanan untuk… untuk Kuantan juga adalah RM52.00 sahaja ya. Kalau kata macam ni er… kutipan bayaran di Cameron Highlands sudah agak tinggi dan juga tiada pengecualian hari kutipan bayaran. Oleh itu saya memohonlah Majlis Daerah Cameron Highlands supaya boleh meminda perintah pengangkutan jalan ini supaya boleh mengurangkan jumlah hari pengutipan bayaran ataupun berikanlah sekurang-kurangnya satu hari pengecualian dan juga boleh menurun sikitlah bayaran untuk pas bulanan demi kebaikan penduduk tempatan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Tahun 2019 akan menjadi satu tahun yang mencabar untuk kita semua memandangkan ekonomi negara dan dunia yang agak tidak menentu. Semoga, semogalah Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2019 ini boleh membawa hasil yang manis untuk semua rakyat Pahang dan juga membolehkan negeri Pahang terus makmur. Saya juga ingin mengambil…

Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, sila.

Saya mencelah ya. Saya tertarik bila ADUN Tanah Rata menyebut tahun 2019 ini adalah satu tahun yang cukup mencabar di mana dunia sendiri tak er... tak, tak menentu. Saya ingat kalau boleh kita fokuskan juga ke Malaysia. Saya ingat kita Malaysia ini err… maknanya suasana pun agak tidak menentu. Kadang-kadang itu ada dasar, ada pendekatan yang diambil itu menyebabkan bukan sahaja dunia itu, maknanya faktor-faktor luaran itu menyumbang kepada ketidaktentuan tetapi faktor-faktor dalaman. Jadi apa-apa pandangan ADUN Tanah Rata berkaitan dengan fenomena ini?

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Terima kasih atas ulasan YB EXCO dan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya di sini menyerulah kepada rakan-rakan di Dewan Yang Mulia ini supaya kita sama-sama boleh berusaha bersama untuk membantu negeri Pahang mengharungi cabaran ini dan

juga meningkatkan kesejahteraan sosial ekonomi rakyat negeri Pahang dan akhirnya saya ingin mengucapkan, mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan kerajaan, agensi dan badan berkanun kerajaan yang telah memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat di negeri Pahang dan sekian ucapan perbahasan saya untuk Belanjawan 2019 Negeri Pahang. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Pelangai. Yang Berhormat, jemput.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Sepatutnya sebagai bekas Menteri Besar saya tak perlu untuk bercakap tapi saya merasa perlu untuk menyatakan sokongan dan beri sikit pandangan. Saya ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah membentangkan belanjawan untuk tahun 2019. Dalam keadaan kekangan ekonomi dan kekangan kewangan negeri yang kita tahu sejak dahulu lagi kerana kita banyak menumpukan kepada pembangunan bekalan air dan perumahan rakyat menyebabkan kita tidak begitu mempunyai lebihan yang banyak untuk menyalurkan bantuan kepada semua sektor masyarakat negeri Pahang ini.

Namun saya berasa bangga kerana usaha-usaha Kerajaan Negeri selama ini membantu golongan-golongan yang wajar dibantu masih diteruskan. Kalau kita lihat pembangunan masyarakat Orang Asli ada RM1.7 juta untuk Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Orang Asli atau PETAMA dan RM1.2 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan program pengukuhan ekonomi dan keusahawanan melalui program pembangunan ekonomi. RM1.7 juta dan RM1.2 juta ini bukanlah angka yang sangat besar tapi sebagai simbolik keprihatinan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, bantuan ini juga telah dapat disalurkan. Begitu juga untuk Pembangunan Belia dan Sukan dan Rakan Muda, RM130,000 untuk Majlis Sukan Pahang bukan besar tetapi ada diperuntukkan dan begitulah yang lain-lain.

Di negeri Pahang ini kita menghadapi masalah kerana Kerajaan Negeri berhutang dengan Kerajaan Persekutuan hampir RM3 billion dan hutang ini bukan untuk membayar gaji seperti negeri-negeri lain tetapi hutang ini ialah untuk Pembangunan Bekalan Air dan juga Perumahan Rakyat sejak dahulu lagi. Sejak zaman Menteri Besar Allahyarham Tan Sri Yahya Mohd Seth, bersambunglah Menteri Besar-Menteri Besar kemudian, Dato’ Sri Najib Tun Razak, Tun Khalil Yaakob dan saya. Saya mencadangkan supaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar menjalin hubungan mesra peribadi dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan saya percaya kalau hubungan peribadi ini baik, ada kemesraan. Saya yakin dan percaya insya-Allah Kerajaan Persekutuan akan membantu.

Dalam hubungan perbekalan air ini saya difahamkan kita akan menstruktur semula. Cadangan menstruktur semula ini telah pun lama. Tujuannya ialah untuk membolehkan hutang Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dihapus kira tetapi pada ketika yang sama ada juga cadangan-cadangan untuk distrukturkan dan melibatkan agensi-agensi dan juga puak-puak, pihak-pihak swasta untuk bersama-sama tetapi cadangan ini

nampaknya tidak... dengan izin, tidak dapat take off dan saya difahamkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun berbincang dengan Kerajaan Persekutuan dan akan dapat menstrukturkan semula pinjaman perbekalan air ini dan insya-Allah kita akan dapat melepaskan beban hutang yang banyak selama ini.

Rakyat sekarang hidup sempit. Sama ada CPO ataupun FFB. Minyak sawit mentah ataupun buah tanah basah jatuh merudum begitu sekali. Itu sebabnya sebuah agensi yang saya ketuai dengan kebenaran Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya telah mencadangkan mereka supaya membuat bajet tahunan untuk tahun depan dengan mengambil kira harga minyak sawit mentah CPO pada tahap bukannya RM2,200, RM2,300... RM1,900 dan saya difahamkan break even point untuk agensi-agensi ini untuk estet-estet ialah RM1,800. Makna kos untuk satu tan minyak kelapa sawit itu RM1,800. Maknanya kalau RM1,800 harga kelapa sawit, semua mereka yang mempunyai ladang kelapa sawit termasuk agensi-agensi hanya boleh untuk pulang modal. Tapi pernah harga mencapai 2007, 2008, 2002 yang itu kerajaan sangat lumayan dan boleh dikatakan semua syarikat-syarikat dan juga GLC-GLC dapat membayar gaji dan dapat juga memberi bonus yang lumayan kepada para pekerja.

Saya tertarik pada hari pertama hari itu dalam mengemukakan soalan ahli dari Beserah. Kalau saya jadi Menteri Besar saya ambil dia ini jadi EXCO sebenarnya ahli dari Beserah ini. Orangnya cerdik, pandai, ada idea tapi dia salah parti, apa nak buat. Ahli dari Beserah mencadangkan supaya kita meneroka bidang biofuel ataupun biodiesel iaitu satu kegiatan hiliran ataupun downstream activity yang boleh kita lakukan tapi untuk makluman selepas dua, tiga tahun saya menjawat jawatan Menteri Besar lebih kurang 15, 16 tahun yang lalu, saya telah memanggil pakar-pakar kelapa sawit dan memanggil pakar biofuel dari luar negara tetapi kita dapati ianya tidak viable.

Maknanya kos untuk mengeluarkan minyak diesel atau biofuel dari minyak kelapa sawit sangat tinggi. Kalau misalannya kita boleh beli sekarang satu tin minyak diesel RM3.00, kalau dengan mengeluarkan biofuel, kalau minyak diesel itu hasil dari buah tanah basah kelapa sawit, dia mungkin jadi RM12.00, RM15.00, tak viable. Itu sebabnya kita tak dapat meneruskan projek ini. Kita bercakap memanglah kita pikir dari segi teori sebagainya, kecuali kalau ada saintis Melayu atau saintis Cina, India di Malaysia ini boleh memikirkan bagaimana dari buah tanah basah kelapa sawit boleh jadi beras, boleh jadi gula, boleh jadi kopi, hah itu lain keadaan. Saya…

Yang di-Pertua, boleh?

Yang di-Pertua (Speaker)

Beserah, boleh.

Baik, terima kasih Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang Yang Berhormat Pelangai, orang lama dalam Dewan yang ada pengalaman dan sebagainya. Cuma apa yang saya sarankan pada hari tersebut, meneroka bidang biodiesel, biofuel dan

sebagainya, mungkin pengalaman Yang Berhormat Pelangai 15,20 tahun yang lalu er… keadaan kini…

Untuk makluman, Ahli Dewan dah lapan penggal. Lapan penggal Ahli Dewan.

Lapan penggal kali lima, 40 tahun, maknanya cerita 40, 20 tahun dulu tu mungkin tak sama sekarang. Yang Berhormat Pelangai. Memang betul masa permulaan biodiesel 20 tahun dulu. Masa mula er… idea ini untuk diexplore di Europe terutama sekali. Er… pada masa itu kita melihat er… harga minyak sawit tinggi, RM2000, RM3000 lebih satu tan maka dia tidak menjustify. Tidak viable untuk kita buat biodiesel kerana biodiesel ini komponen hanya lebih kurang 5, 6% sahaja dimasukkan dalam petrol, masih perlu petrol tapi oleh kerana er… berlaku perubahan dari segi industri minyak dan gas hari ini. Kos untuk nak mengeluarkan petrol ataupun petroleum industri ini juga er… telah tinggi menjadikan persaingan antara biodiesel dengan petrol berasaskan petroleum juga hampir sama sekarang.

Dalam keadaan hari ini dalam er… simpanan minyak yang semakin berkurangan dunia hari ini, kita perlu meneroka era baru dan mungkin hari ini kita tak nampak kepentingan biodiesel tapi 10-15 tahun akan datang apabila petrol telah… petroleum telah makin berkurangan, di sinilah kita boleh ambik peluang. Jadi persiapan awal untuk meneroka tu yang saya maksudkan untuk masa depan supaya Pahang mendahului masa. Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Walaupun berlalu 15 tahun, asas tidak berubah. Variable ada sikit-sikit. Panduan yang paling mudah ialah kalau harga petroleum, petrol lah tinggi. Sekarang ni 70 dollar. Jawapannya biofuel tidak viable tapi kalau harga petroleum itu sendiri menurun. Itu saya diberitahu maka ia baru viable tapi setakat ini yang saya tahu masih tidak viable tapi saya cadangkan kepada supaya Kerajaan Negeri mungkin boleh meneroka perkara ini. Boleh kita engage pakar-pakar luar negara dan sebagainya untuk kita dapatkan kepastian tapi pakar-pakar ni kita nak ingat juga. Nama pakar tapi sebenarnya yang ini yang membawa kemusnahan. Consultant, minta maaf kalau ada consultant. Dia dari perkataan con makna tipu, insult maknanya mencerca, tant. Hah.. itu la kerja dia. Projek belum jalan, consultant jalan dulu dah duit dia. Begitu jugalah pakar-pakar ini. Kadang-kadang kita terlampau percaya dengan pakar-pakar terutama yang dari luar negara dan kita sering jugak tertipu.

Kalau kita tengok pakar media bekas Perdana Menteri, Paul Stadlen, malam pilihanraya cabut dah. Barisan Nasional kalah juga. Pakar tu, pakar tapi di Pahang tak ada pakar-pakar, orang kampung je, insya-Allah tak menang orang PAS, tak menang PKR, tak menang DAP. Jadi itulah saya nak katakan, mungkin Kerajaan Negeri er… melalui Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh meneroka perkara ini. dan panggil pihak consultant dan dapatkan keputusan yang…yang muktamad.

Itu sajalah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi mencadangkan er... menyokong. Bukan mencadang, menyokong. Teringat jadi Menteri Besar pula lagi mencadang pulak. [Ahli Dewan ketawa]. Saya dengan ini menyokong belanjawan yang telah er… Ucapan Belanjawan Rang Undang-undang, cadangan belanjawan yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekali lagi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan pihak Kerajaan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat wakil dari Pelangai. Ada lagi wakil yang ingin berucap sebelum kita tempohkan? Ya. Wakil daripada Teruntum. 20 minit. Teruntum, ya, boleh? Sila.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Salam hormat dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya merasa amat berbesar hati dan berterima kasih kerana diberi kesempatan untuk ini, membentangkan bajet dalam mesyuarat kali ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Sekolah Persendirian Chong Hwa tidak dapat peruntukan dari pihak Kerajaan Pahang. Sekali lagi saya memohon izin dari pihak kerajaan memberi peruntukan kepada sekolah ini seperti yang negeri-negeri yang lain.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya telah membuat aduan mengenai masalah burung merpati yang sering membuang najis di me…merata tempat di Jalan Bukit Ubi ketika pada waktu senja. Oleh itu, ketika kereta diletakkan di bawah pokok, burung merpati sering kali membuang najis dan menyebabkan cermin kereta dipenuhi dengan warna hitam putih iaitu taik burung. Saya telah mengeluarkan surat kepada Jabatan Perhilitan dan mereka membalas surat dan memberitahu bahawa itu tanggungjawab daripada pihak MPK. Kemudian surat saya telah dikeluarkan kepada pihak MPK dan pihak MPK memberitahu bahawa tiada senapang untuk menembak burung tersebut. Soalan saya jabatan manakah yang akan bertanggungjawab dalam hal ini? Jika tidak, tak akan ADUN yang sendiri turun pergi menembak burung ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Semua orang sudah tahu bahawa kolam renang awam di Wisma Belia sentiasa dibuka setiap hari kepada orang awam bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti renang di situ. Saya sedia maklum bahawa kolam renang tersebut dibuka setiap hari bermula 9.30 pagi sehingga 9.00 malam untuk memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk menggunakan kolam itu. Antara masalah yang dihadapi setiap tahun, mengapa perlu membuat penutupan kolam tersebut setiap tahun untuk dinaikkan taraf. Pihak hotel-hotel yang lain juga mempunyai kolam renang dan tidak perlu menutup hotel tersebut untuk menaikkan taraf di kawasan hotel tersebut. Apa sudah terjadi kepada kolam renang di Wisma Belia? Harap pihak Kerajaan dapat memberi satu jawapan yang munasabah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Pasar Besar Kuantan merupakan tempat tumpuan penduduk bandar Kuantan untuk membeli dan mendapatkan keperluan harian. Tinjauan yang pernah saya telah er... dibuat telah mendapati Pasar Besar Kuantan dan persekitaran memerlukan perubahan dan perlukan dinaikkan taraf. Saya pernah bebe…beberapa kali bangkitkan isu ini tapi malangnya sampai sekarang masih tiada lagi tindakan diambik. Dengan ini saya sekali lagi memohon pihak Kerajaan Negeri supaya mengambil perhatian tentang isu yang berkenaan. Antara isu yang telah yang dibangkitkan adalah, longkang tidak diselenggara dengan baik dan tersumbat yang telah mengakibatkan persekitaran berbau busuk dan tidak selesa. Tikus-tikus yang sentiasa berkeliaran di kawasan pasar tersebut.

Saya berasa malu kerana banyak kali saya bangkit dalam tentang isu pasar ini dan tiada tindakan diambil oleh pihak Kerajaan dan biar macam itu sahaja. Di sini saya memohon kalau boleh Menteri Besar ataupun EXCO-EXCO Kerajaan mengikut saya, kita turun ke kawasan pasar dan tinjauan kita sendiri. Saya meminta pihak Kerajaan menyokong usul saya dan saya harap pihak Kerajaan mengambil berat tentang perkara ini dan telah bangkitkan dan tidek…tidak perlu saya bangkitkan lagi setiap kali dalam si...sidang yang mulia… yang mulia ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita semua sedia maklum bahawa terdapat banyak kes demam denggi yang berlaku di sekitar Kuantan pada masa ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat…Yang Berhormat Teruntum. Saya er… ingin menegur sedikit. Yang Berhormat berhujah dengan baik, ya. Jelas dan terang tapi mengikut Peraturan-Peraturan Terma Bahas ya, Peruntukan 35(i), ya 35(i) dengan izin time and manner of speaking. Yang Berhormat perlu memandang ke Pengerusi, Dato’ Speaker bukan membaca surat-surat yang telah disediakan itu, ya. Jadi inilah cara dalam Dewan Yang Mulia ini seperti mana contoh Yang Berhormat daripada Pelangai yang sentiasa memerhati kepada Speaker mengadap ke saya sentiasa. Ketari ke, kena pandang ke hadapan bercakap. Ini mengikut peraturan antara mesyuarat Perkara 35(i). Ok, sila Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita semua sedia maklum bahawa terdapat banyak kes demam denggi yang berlaku di sekitar Kuantan pada masa ini. Antara satu sebab adalah persekitaran er... kawasan rumah yang perlu dibersihkan setiap hari bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes. Baru-baru ini pihak kami telah mendapat aduan mengenai pembiakan nyamuk aedes semakin berleluasa di kawasan Kampung Tiram dan saya telah mengeluarkan surat pada… bertarikh 20 Ogos 2018 kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan.

Pihak pengadu ingin Pegawai Kesihatan untuk membuat tinjauan di kawasan tersebut agar kawasan tersebut bebas dari wabak denggi, dan cara menghantar pegawai untuk membuat semburan dengan izin, fogging bagi membunuh nyamuk sebagai langkah kawalan dan pencegahan demam denggi di kawasan tersebut tetapi pihak keraja… pihak Kesihatan telah membuat maklumbalas yang bertarikh 20 haribulan September 2018 dari pihak Unit Vektor Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan telah menjalankan tinjauan di premis tersebut dan hasil dari pemeriksaan tersebut…

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Minta, minta laluan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Pulau Manis. Teruntum…

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Dato’ Sri Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua (Speaker)

…boleh bagi laluan.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Er… saya merujuk kepada buku Peraturan Berbahas. Muka surat 28, Perkara 6. Saya rasa teguran yang diberikan oleh Yang di-Pertua tadi masih tidak diendahkan. Jadi kalau kita baca Peraturan 6 seseorang Ahli tidak boleh membaca ucapannya melainkan dia mengambil cabutan sesuatu ucapan yang hendak dibentangkan barulah dibaca. Itu cabutannya bukan semasa dia berbahas, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Pulau Manis, boleh Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebab 20 minit untuk ADUN berucap, kalau kita tak tulis nanti kita terlupa. Ini untuk rakyat, bukan untuk saya sendiri. Harap fahamlah. Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan telah menjalankan tinjauan di premis tersebut dan hasil dari pemeriksaan tersebut didapati tiada pembiakan nyamuk Aedes yang dijumpai dan aktiviti semburan kabus fogging, dengan izin, tidak diperlukan. Pada 15 Oktober 2018, pengadu tersebut membuat aduan bahawa ayahnya baru saja dimasukkan ke hospital kerana terkena demam denggi. Dengan ini mengapa pihak kesihatan…pejabat kesihatan tidak mengambil serius dalam perkara ini dan apakah pihak kesihatan ingin tunggu orang mati dahulu, baru ingin membuat tindakan selanjutnya?

Yang Amat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya dapati bahawa di Balai Polis Kuantan perlu dinaikkan taraf kerana keadaan bilik-bilik pegawai polis yang didapati juga sudah usang dan keadaan persekitaran dipenuhi dengan kulat. Persekitaran tangga yang agak kotor dan perlu diubahsuaikan. Saya juga dapati bilik pegawai penyiasat mempunyai masalah komputer yang juga printer, dengan izin, penghawa dingin yang juga kebanyakan rosak dan tidak berfungsi dengan baik. Keadaan ini juga memberi sedikit sebanyak akan menjejaskan kesihatan anggota polis, sedangkan anggota polis sentiasa perlu menjaga keamanan negara. Perkara ini saya pernah bawa ke Sidang yang Mulia ini… Mulia ini. Harap pihak kerajaan mengambil berat

tentang perkara yang telah saya bangkitkan. Soalan saya apakah tindakan pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ini supaya dapat meningkatkan mutu perkhidmatan. Yang Amat Dato’ Yang di-Pertua…

Dato’ Sri Yang di-Pertua, mohon…

Yang di-Pertua (Speaker)

Minta laluan.

Saya mohon mencadangkan kepada ADUN Teruntum dapat berbincang dengan Ahli Parlimen Kuantan yang juga merupakan anggota pentadbiran peringkat Kerajaan Pusat supaya perkara ini dapat diselesai dengan secara berkesanlah. Mohon supaya dapat perkara ini dibangkitkan dengan Ahli Parlimen Kuantan yang juga merupakan er… anggota parti bersama parti, terima kasih.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang Amat Dato Yang di-Pertua,

Sudah sedia maklum bahawa setiap hari selepas pukul 5 semasa hari bekerja dari Jalan Tun Ismail ke kawasan Tanjung Lumpur dan juga jalan Telok Sisek mengalami kesesakan lalulintas yang sangat teruk dan menyebabkan keadaan ini amat menyusahkan kepada semua pengguna jalan raya yang terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas setiap hari. Saya mencadangkan satu jejantas dari Tun Ismail terus ke kawasan Tanjung Lumpur yang akan dibina untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Saya berharap agar pihak kerajaan meneliti cadangan saya.

Yang Amat Dato’ Yang di-Pertua,

Musim tengkujuh seringkali berlaku pada hujung tahun. Ini telah menyebabkan setengah tempat di sekitar bandar Kuantan akan berlaku banjir kilat. Di sini saya ingin menyentuh pasal isu Sungai Kuantan. Mengapa pihak Kerajaan Negeri Pahang tidak lagi mengorek di Sungai Pahang… Sungai Kuantan bagi mendalamkan sungai tersebut untuk mengatasi masalah banjir kilat? Bukankah muara Sungai Kuantan semakin cetek? Pihak kerajaan seharus mengam… seharusnya membaik pulih sistem perparitan membesarkan longkang-longkang utama supaya laluan air terus sampai ke sungai. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak kerajaan untuk mengelakkan banjir di bandar Kuantan? Saya berharap agar pihak kerajaan lebih prihatin dan mengambil berat tentang kebimbangan aduan rakyat yang memberi pencerahan yang jelas dalam setiap kejadian yang berlaku.

Yang Amat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya dapati bangunan LKIM di Tanah Putih sudah lama dibangunkan dan bangunannya tersebut perlu dinaikkan taraf dengan segera kerana banyak kerosakan yang berlaku.

Antaranya, lantai di kawasan jeti sangat licin sehingga menyebabkan seorang pekerja jatuh dan mengalami kecederaan. Gutter dengan izin, salur air di bangunan LKIM yang digunakan juga bocor dan belum dibaiki. Funnel block, dengan izin, di kawasan LKIM telah lama rosak dan masih belum diperbaiki walaupun aduan telah lama dibuat. Saya meminta pihak kerajaan mengambil tindakan dalam beberapa perkara yang telah saya bangkitkan.

Yang Amat Dato’ Yang di-Pertua,

Keselamatan ketika checking point masuk ke kawasan menunggu pesawat di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, sering kali memeriksa menggunakan tangan. Ini macam sexual hazzardous dan tidak ber… er…dan bagi pihak perkhidmatan polis bantuan dan tidak menggunakan sensor…

Yang Berhormat…

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

untuk membuat pemeriksaan penumpang, biar saya habis dulu, biar saya habis dulu. Pada 14 Oktober 2018, bila masa saya diperiksa oleh pegawai keselamatan saya bertanya…

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua…

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

kepada beliau kenapa tidak menggunakan alat sensor tersebut dan jawab dia…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Jawab dia, awak tidak minta untuk gunakan alat sensor. Saya memang tidak berpuas hati dengan sikap pegawai keselamatan tersebut. Saya memohon pihak kerajaan terus memberi arahan kepada lapangan kapal terbang Sultan Haji Ahmad Shah untuk menangani masalah ini supaya tidak berulang perkara ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ini pihak kerajaan nak bertanya Yang Berhormat.

Beri laluan. Saya dapati bahawa YB. Teruntum ini memang orang yang baiklah, tetapi dalam Dewan ini Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua banyak sangat masalahnya. Jadi saya rasa saya nak berjumpa dia satu hari, saya nak buat lawatan bersamalah dengan saya, terutamanya pasal tikus tu, tikus, boleh? Dan saya nak tanya YB. Teruntum tadi, benda apa nama tadi sexual hazzardous tolong… tolong jelas sikit?

Yang di-Pertua (Speaker)

Di mana tu Yang Berhormat… tolongkan…

Sexual harrassment ke sexual hazzardous

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Sexual hazzardous, dia sentuh sini sentuh sana… buat apa, pakai sensor lah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Mau check keselamatan itu Yang Berhormat.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang Hormat Dato’ Yang di-Pertua…

Bukan sexual hazzardous. Sexual harrassment hah… ye YB, terima kasih.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih ye.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua

Yang di-Pertua (Speaker)

Teruntum, Pelangai…

Bukan sebab saya bekas guru bahasa Inggeris, tidak. Kalau nak sebut sexual harrassment pun betul, sexual hazzard pun boleh. Orang-orang perempuan kerja tempat orang laki semua gatal-gatal hah… tu ada sexual hazzard. Hazzardous itu dia punya adjektif, hah… terima kasih.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih guru Pelangai. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pihak kami difahamkan bahawa dalam sesi Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Daerah Kuantan pada 15 November 2018, masih belum ada lagi peruntukan untuk memberi peralatan dapur untuk kegunaan memasak yang diberi kepada pusat-pusat pemindahan banjir di daerah Kuantan. Jika berlaku banjir er… bencana banjir, berapakah dana khas yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan negeri Pahang untuk menghadapi bencana banjir sejak 20 tahun 3 hingga tahun ini? Apakah langkah kerjasama yang boleh diberikan untuk menyelesaikan masalah ini?

Yang Hormat Dato’ Yang di-Pertua,

Baru-baru ini ramai kontraktor dan pelabur asing mengadu bahawa semua permohonan untuk kawasan perindus…perindustrian diurus bina seperti JKR, Telekom, TNB, PAIP perlu mendapatkan kelulusan dari KUP iaitu Koridor Utiliti Pahang sebagai orang tengah kepada semua jabatan ini. Masalah apakah SOP yang telah diambil oleh KUP untuk menjalankan proses semua perkara ini. Difahamkan ada satu pelabur asing yang telah memohon bekalan elektrik sejak bulan Februari 2018 dan deposit telah dibayar pada bulan Ogos 2018 tetapi sampai 1 November 2018, masih belum dapat kelulusan lagi dari SU er… KUP.

Soalan saya jika pihak kerajaan telah menggunakan KUP ini sebagai orang tengah kenapa perlukan ambil masa yang begitu panjang untuk menguruskan dalam semua kelulusan ini. Dengan kata-kata di atas saya memohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Teruntum.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di sebelah pagi ini kita telah mendengar 5 wakil yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan atas Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) 2018 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2019. Pada hari esok, ada satu hari lagi saya mengizinkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengambil bahagian.

Baiklah, sebelum saya menempohkan persidangan kita pada pagi ini, saya ingin memaklumkan kepada Majlis bahawa saya telah menerima satu surat untuk mengemukakan satu Usul yang selaras dengan peruntukan Perkara 17(2), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat yang berbunyi:

“Bahawa Dewan Negeri Pahang menolak cadangan ratifikasi ICERD dengan izin, International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination, yang menggugat keharmonian dan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini. ”

Saya telah meneliti dengan sedalam-dalamnya dan berpuas hati perkara ini berkehendakkan untuk disegerakan berkenaan kepentingan orang ramai. Sekarang saya kemukakan Usul ini kepada Majlis.

USUL

UsulMotion

Setiausaha Dewan

Perkara Keempat: Usul

Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah Perkara 17, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negeri Pahang berkaitan penolakan terhadap cadangan ratifikasi ICERD.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan satu Usul berbunyi:

“Bahawa Dewan Negeri Pahang segera menolak cadangan ratifikasi ICERD dengan izin, International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination, yang menggugat keharmonian dan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.”

Saya berharap agar Usul yang saya bentangkan ini mendapat persetujuan Ahli-ahli Yang Berhormat dan seterusnya diluluskan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada sokongan? Tanjung Lumpur.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Kita melihat bahawa isu ICERD ini yang dikatakan sebagai er… memecahkan keharmonian dalam negara kita, dipersetujui bukan sahaja daripada kalangan orang-orang Melayu dan malahan kita melihat bangsa-bangsa lain pun bersetuju dan termasuk kenyataan yang ada pada hari ini iaitu daripada Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Profesor Negara iaitu Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong pun bersetuju supaya ratifikasi ICERD ini tidak dipersetujui. Jadi dengan ini saya menyokong Usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Kuala Sentul. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah dicadangkan dan telah mendapat sokongan. Mengikut Perkara 17(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat, Usul ini hendaklah ditempohkan sehingga dewan bersidang semula pada sebelah petang untuk sama-sama dibahaskan. Oleh itu, saya akan menempohkan persidangan ini dan persidangan kita akan bersambung semula pada sebelah petang jam 2.30 petang yang

akan dimulakan dengan perbahasan Usul tergempar tadi. Persidangan ditempohkan. Terima kasih.

[Persidangan ditempohkan pada jam 12.37 tengah hari]

[Persidangan disambung semula]

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan selamat petang.

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, rakan-rakan dan Ahli Yang Berhormat sekalian.

Sebelum saya membuka perbahasan Usul yang berbunyi bahawa Dewan Negeri Pahang membincangkan bantahan terhadap cadangan ratifikasi ICERD yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan masyarakat majmuk di negeri ini. Sebelum saya buka untuk perbahasan, boleh ke saya tahu berapa ramaikah Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian? Sila bangun, ahli-ahli yang ingin mengambil bahagian.

Baik. Sila duduk.

Baiklah oleh kerana terlalu ramai… agak ramai juga. Saya akan benarkan setiap wakil akan berucap dalam tempoh 10 atau 15 minit. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat mengikut standing orders, dengan izin, saya akan benarkan selama 1 jam untuk kita membahaskan Usul ini. Selepas itu kita akan menyambung semula Usul bajet yang telah kita tangguhkan sebentar tadi.

Baiklah, sekarang saya kemukakan Usul tersebut dan saya menjemput Wakil Kuala Sentul yang telah membawa Usul itu.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan selamat petang.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Dewan Negeri Pahang hari ini memutuskan untuk membantah sekeras-kerasnya perancangan pihak tertentu supaya Kerajaan Persekutuan mengesahkan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination.

Asas kepada bantahan ini adalah, sepanjang lebih 61 tahun negara kita merdeka tiada bukti berlakunya sebarang bentuk bukti diskriminasi kepada mana-mana kaum yang menjadi rakyat di negara kita ini. Semua kaum telah diberi hak yang bersesuaian dan telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Intipati undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan pula adalah hasil perbincangan semua kaum yang diwakili oleh pemimpin kaum masing-masing.

Bantahan pada hari ini adalah mewakili Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri serta seluruh rakyat negeri Pahang. Bantahan ini juga merupakan kemuncak kepada bantahan demi bantahan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak dan menerusi pelbagai saluran

termasuk perhimpunan-perhimpunan aman yang telah dianjurkan. Di negeri kita sendiri, satu perhimpunan aman yang dihadiri oleh ribuan rakyat negeri Pahang tanpa mengambil kira latar belakang telah diadakan pada 9 November 2018 bagi membantah ratifikasi ini.

Dengan bantahan yang dibuat Dewan Negeri pada hari ini kita mengharapkan agar Kerajaan Persekutuan dapat menerimanya dengan baik dan tidak akan sekali-kali menandatangani ICERD.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Menolak ratifikasi ini bukan bererti kita menolak sebarang bentuk konvensyen antarabangsa. Terdapat beberapa konvensyen antarabangsa yang telah pun diratifikasi oleh negara kita tetapi tidak diratifikasi oleh sesetengah negara. Sebagai contoh, konvensyen penghapusan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita 1979, telah diratifikasi ataupun disahkan oleh Malaysia. Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara maju yang masih belum mengesahkannya. Konvensyen mengenai hak-hak kanak-kanak pula telah disahkan oleh Malaysia, Amerika Syarikat juga adalah satu daripada 2 buah negara yang belum mengesahkannya.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Sebagai sedikit latar belakang pada Disember 1960 ekoran kejadian-kejadian tidak diingini di beberapa negara berhubung Gerakan Antisemitism, Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) telah meluluskan Usul mengutuk segala manifestasi dan amalan kebencian kaum, agama dan kebangsaan. Ekoran daripada itu beberapa sesi perbincangan telah diadakan sehinggalah pada Disember 1965 apabila deklarasi mengenai penghapusan semua bentuk diskriminasi kaum iaitu ICERD diluluskan.

Pada 4 Januari 1969, ICERD mula berkuat kuasa secara terbuka kepada kerajaan negara-negara di dunia untuk mengesahkannya. Setakat bulan Januari 2018 masih terdapat 15 buah negara yang tidak mengesahkannya termasuk Malaysia, Brunei Darul Salam dan juga Israel. Sebagai makluman Ahli Dewan, India, Amerika Syarikat, China dan Singapura adalah antara negara yang telah mengesahkan ICERD.

Jika benarlah ICERD ini memenuhi hak asasi manusia, kenapa masih lagi berlaku berlaku diskriminasi terhadap penduduk asal Etnik Uyghur di Xinjiang di China? Golongan Dalit oleh kelompok Hindu Kasta atasan di India, kaum Afro American di Amerika dan orang Melayu Singapura yang dinafikan dalam serba aspek kononnya atas aspek alasan meritokrasi.

Persoalannya apakah Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional sebelum ini tidak mengesahkan ICERD? Mengapa tidak mengesahkan? Tetapi sebaliknya apabila Pakatan Harapan memerintah, ada menterinya yang beria-ria mahu melaksanakannya. Kononnya atas alasan Kerajaan Pakatan Harapan perlu mengesahkan ICERD sebagai memenuhi janji di bawah janji manisfesto pilihan raya mereka.

Hal ini agak pelik dan menjadi tanda tanya kerana sebagaimana yang kita ketahui banyak lagi janji manifestaso… manifestaso… tengok, salah sebut. Manifesto Pakatan Harapan ini yang masih… mohon maaf Dato’ Sri, pasal tadi saya terpandang er… Wakil Triang,

jadi terus jadi terfikir benda lain pula. Lagi janji manifesto Pakatan Harapan yang masih belum tertunai, banyak lagi. Jadi, mengapakah PH hari ini beria-ria sangat nak menunaikan janji yang satu ini? Ini persoalannya.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Bagi saya sebenarnya tiada keperluan langsung untuk pengesahan ratifikasi ICERD kerana rekod human rights Malaysia selama ini adalah sangat baik. Keadaan negara kita yang aman dan damai tentunya tiada keperluan langsung seperti saya katakan tadi untuk melakukan pengesahan ICERD. Saya tegaskan sekali lagi bahawa sebenarnya jelas ada agenda tersembunyi di sebalik semua ini.

Saya sependapat dengan pandangan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dalam artikel yang ditulis oleh beliau di dalam blog beliau bertarikh 30 Oktober 2018 yang menyatakan bahawa ICERD ini jika disahkan akan memberi kesan kepada beberapa peruntukan di bawah Perlembangan Persekutuan khususnya Perkara 153.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya juga berpendapat pengesahan ICERD juga akan memberi kesan kepada Agama Islam iaitu agama kepada Persekutuan yang termaktub di bawah Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan. Benar, ICERD tidak meletakkan agama dalam definisi diskriminasi kaum menurut Artikel 1(1) ICERD. Namun Artikel 5(D7) mengiktiraf kebebasan pemikiran kesedaran dan agama sebagai hak yang perlu diberi tanpa diskriminasi berasaskan kaum.

Sedangkan dalam konteks negara kita agama adalah seiring dengan asal kaum. Sepertimana kaum Melayu lazimnya beragama Islam, kaum India lazimnya beragama Hindu dan kaum Cina lazimnya beragama Buddha. Malah Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan secara jelas telah mendefinisikan Melayu sebagai beragama Islam.

ICERD yang merupakan jawatankuasa yang ditubuhkan menurut Artikel 8 I.C.E.R.D telah mengambil kira aspek agama dalam tindakannya. Dalam sesi ke 75 pada tahun 2009 melalui “General Recommendation No. 32 C.E.R.D menyatakan seperti berikut:

Dengan izin Dato’ Sri Yang di-Pertua.

“The principle of enjoyment of human rights on an equal footing is integral to the convention’s prohibition of discrimination on grounds of race, colour, descent and national or ethnic origin. The “grounds” of discrimination are extended in practice by the notion of “intersectionality” whereby the committee addresses situations of double or multiple discrimination-such as discrimination on grounds of gender or religion - when discrimination on such a ground appears to exist in combination with a ground or grounds listed in article 1 of the convention...”

Ayat dengan izin “the grounds of discrimination are extended in practice by the notion of intersectionality whereby the committee addresses situations of double or multiple discrimination - such as discrimination on grounds of gender or religion” jelas boleh merangkumi asas agama sekiranya digabungkan dengan asas lain seperti perkauman.

Doktrin “intersectionality” atau dalam bahasa mudahnya merentas bahagian ini diterima secara formal oleh C.E.R.D walaupun perkataan agama tiada dalam definisi ICERD.

Nazila Ghanea dalam pembentangannya kepada C.E.R.D pada tahun 2012 menyatakan “intersectionality” tadi seperti berikut,

Dengan izin,

‘It is submitted that discrimination existence existing ‘in combination with’ the ground listed in article 1 of the convention in fact allows for a greater flexibility than has been exercised to date by the C.E.R.D committee. In line with existing C.E.R.D practice, this would have to primarily be informed by the ‘self identification’ of the claimant, whether of their ethnicity, religion or belief, race or other grounds’.

Ayat “allows for a greater flexibility than has been exercised to date by the C.E.R.D” sudah terang lagi bersuluh menunjukkan walaupun perkataan ‘agama’ tidak didefinisikan secara tersurat dalam ICERD namun tetap memberi impak besar kepada agama.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Qatar boleh dijadikan sebagai contoh. Dalam laporan C.E.R.D 2002 dengan jelas menyatakan seperti berikut,

Dengan izin.

“It would like to know whether, given the current state of legislation, non-citizens and non-muslims who suffer discrimination and who are entitled to bring to bring proceedings before a civil court can also bring their cases before the Islamic Shariah courts”. Jelas di sini bahawa C.E.R.D telah masuk campur urusan kehakiman Qatar dengan mempersoalkan sistem berkembar sivil dan syariah di negara tersebut.

Laporan tersebut mengatakan lagi, dengan izin, “the committee notes that the state party’s legislation does not, in principle allow members of different religions to inherit from each other, it has learned from the delegation’s explanations, however, that a muslim can draw up a will in favour of a non-muslim. The committee emphasizes that such a situation should not result in certain categories of people being excluded from the right to inherit, given the requirement of article 5 9(D)(IV) of the convention”. C.E.R.D jelas sekali lagi telah masuk campur perihal fara’id dalam islam yang mempunyai prinsip-prinsip yang tersendiri.

Saya tegaskan I.C.E.R.D akan mencampuri dan menjejaskan institusi kehakiman syariah di negara kita, prinsip-prinsip fara’id dan pewarisan serta institusi fatwa yang sentiasa mentafsir kepercayaan yang salah dan sesat dalam agama bagi mempertahan keluhuran agama dan keharmonian negara.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

ICERD juga akan menggugat perkara 153 perlembagaan. Seperti kata Tun Abdul Hamid Mohamad, jika konvensyen itu disahkan, dengan serta mers… dengan serta merta pasti akan ada pihak yang akan mencabar kesahan perkara 153 atas alasan ianya bercanggah dengan perkara 2 konvensyen tersebut.

Perkara 2 diterjemahkan mengikut fahaman Tun Abdul Hamid sebagai negara-negara pihak mengecam diskriminasi kaum dan berusaha untuk melaksanakan dengan segala cara yang sesuai dan tanpa kelewatan dasar bagi menghapuskan diskriminasi kaum dalam semua bentuknya dan mempromosikan persefahaman di kalangan semua kaum, dan, untuk tujuan ini, setiap negara pihak berjanji untuk tidak melakukan tindakan atau amalan diskriminasi kaum terhadap orang, kumpulan orang atau institusi dan untuk memastikan bahawa semua pihak berkuasa awam dan institusi awam, nasional dan tempatan, hendaklah bertindak mengikut kewajipan ini.

Setiap pihak negara akan mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk mengkaji semula dasar kerajaan, nasional dan tempatan, dan untuk meminda, membatalkan atau memansuhkan mana-mana undang-undang dan peraturan yang mempunyai kesan mewujudkan atau mengekalkan diskriminasi kaum di mana-mana ia wujud.

Ringkasnya, kerajaan hendaklah antara lain berusaha untuk menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi kaum dengan segera termasuk meminda, membatal dan memansuhkan undang-undang yang mengekalkan diskriminasi kaum. Dengan kata-kata lain, perkara 153 perlu dimansuhkan dan segala dasar yang mengutamakan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak mesti dihentikan.

Ada pihak berpandangan dan mengatakan bahawa kita boleh mengesahkan konvensyen itu dengan pengecualian iaitu kita menerima konvensyen itu setakat yang tidak bercanggah dengan perlembagaan, namun siapa yang boleh memberi jaminan ianya boleh dilakukan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Tun Abdul Hamid juga telah berhujah bahawa pengecualian seperti itu tidak boleh dilakukan sebab ianya bercanggah dengan tujuan asas konvensyen ICERD itu. ICERD bolehlah dikatakan sebagai Malayan Union versi alaf baru. Malayan Union pernah ditentang oleh datuk nenek moyang kita dahulu, dan kini namanya sahaja yang dah diubah. Peruntukan-peruntukan terdapat dalam ICERD adalah amat luas sekali dan jelas bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Ratifikasi ICERD boleh menghancurkan semangat perpaduan kaum yang selama ini telah dipupuk melalui social contrac’ antara kaum di negara kita. Andainya konvensyen ini tetap dilaksanakan, implikasinya, Raja-Raja Melayu mungkin bukan lagi Ketua Negara, agama Islam mungkin bukan lagi agama persekutuan, beberapa institusi sedia ada seperti MRSM, UiTM, MARA dan Rejimen Askar Melayu Diraja mungkin terpaksa dimansuhkan. Beberapa undang-undang lain telah wujud seperti Enakmen Tanah Rizab Melayu juga mungkin terpaksa dimansuhkan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Akhirnya, oleh kerana demi menjaga kedaulatan dan keharmonian negara serta untuk terus menjamin perpaduan kaum di negara ini, maka, pada hari ini saya berdiri di Dewan Yang Mulia ini bagi mengemukakan cadangan supaya Dewan Negeri Pahang hari ini menolak Cadangan Menandatangani Pengesahan Ratifikasi ICERD [Ahli Dewan menepuk meja]. Semoga Usul ini mendapat persetujuan dan kelulusan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Dewan sekalian. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Ada siapa lagi yang nak mengambil bahagian? Ha jemput Jengka ya, Jengka dulu…

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Er… saya mewakili Yang Berhormat daripada PAS dengan ini 1 juta peratus menyokong usul yang dibawa oleh Kerajaan... Kerajaan Negeri [Ahli Dewan menepuk meja] dan kita minta supaya Kerajaan Pusat tidak mengesahkan ICERD ini... dan perlu berhati-hati untuk menyokong sesuatu agenda yang dibawa oleh barat daripada negara luar ya. Sebab kelak yang menanggung kesannya ialah rakyat. Kita dengan Singapore contoh, perjanjian air 1,000 gelen tiga sen, bila habis? Tahun 2069. Orang dulu yang buat, kita tak boleh ubah sekarang. Jadi, ICERD ini dibawa oleh negara luar. Kita sudah merdeka 60 tahun lebih dan tak terikat pun dengan negara luar. Kita negara berdaulat, tak perlu terikat dengan ICERD ini. Sebab itu, kami menyokong bantahan ini dengan tidak berbelah bagi.

Tuan yang di-Pertua,

Sebelum saya melanjutkan hujah saya, terlebih dahulu saya memperingatkan semula ucapan-ucapan pakar-pakar sejarah yang bukan Melayu yang mengkaji sejarah negara kita Tanah Melayu ini Malaysia ini. Kira sorot kembali apakah yang mereka ucapkan supaya menjadi pengajaran kepada kita hari ini antaranya Tun Tan Siew Sin... betul ke sebutan tu? Bahasa Cina ya... Tun Tan Siew Sin, mantan Presiden MCA... orang Cina ya. Pada tahun... pada 30 April 1969 menyatakan bahawa, orang Melayu sangat baik dia kata... baik orang Melayu ini, kerana menerima kedatangan kaum Cina di Tanah Melayu. Bahkan bukan sekadar menerima kaum Cina datang ke Tanah Melayu, bahkan orang Melayu beri taraf kerakyatan kepada kaum Cina.

Bila diberi taraf kerakyatan, secara automatik mereka boleh masuk dalam pilihan raya, akhirnya boleh menjadi menteri sebahagian daripada mereka dan orang Melayu tidak halang itu dan mereka boleh berperanan sejak sekian lama ya. Jadi, kata dia hormatilah mereka sebagaimana mereka menghormati kita. Saya petik kata-kata mendiang Tun V.T. Sambanthan, bekas Presiden MIC, tahun 1955. Beliau mengatakan kaum India tidak diterima di Sri Lanka dan Burma... orang Burma, orang Sri Lanka dia tak terima orang India jadi warganegara mereka.

Cina tidak diterima di Thailand, Vietnam dan Kemboja. Tapi apa yang jadi di Tanah Melayu, orang Melayu menerima orang India, orang Cina sebagai rakan dalam negara kita bahkan menjadi memberi mereka taraf kerakyatan dan memberi peluang sepenuhnya kepada mereka.

Ucapan Tan Sri Khoo Kay Kim, ini semua kenal ini. Dia kata Malaysia ialah Tanah Melayu, bukan Cina atau India. Tadi Yang Berhormat daripada Tanjung Lumpur ada sebut seorang pakar sejarah hari ni keluar statement dia, Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong mengatakan ICERD tidak perlu di Malaysia kerana Malaysia tidak mengamalkan diskriminasi... puluhan tahun ya. Jika tersasar, kita perbetulkan dalam negara. Tak perlu jemput daripada luar untuk memperbetulkan apa yang berlaku di dalam negara kita, sebab kita lebih awal

daripada ICERD. Membentuk negara kita tahun 1957 kita merdeka, tahun 1963 kita membentuk Malaysia, kita sudah ada perlembagaan dalam negara kita dan kita laksanakan sehingga hari ini dan kita hidup secara harmoni dalam negara kita. Cuma baru-baru ini bila timbul isu ICERD ini, dia membangkitkan amarah dengan izin, membangkitkan kemarahan orang-orang Islam Melayu secara khususnya.

Saya quote tulisan Dato’ Sri bekas Perdana Menteri kita Dato’ Sri Najib. Dia baru menulis dalam Facebook dia, dia kata Kerajaan Malaysia waktu dia dulu, BNlah. Saya tak berapa nak sebut BN ni tapi kena sebut jugalah. Kerajaan dulu... marah-marah juga. Dia kata masa dia Kerajaan BN dulu 2011 dan 2015, sebab ICERD ini sudah lama tahun 1969, 1965 dan secara rasminya tahun 1969. Tahun 2011 dan 2015, kerajaan pada waktu itu telah membentuk satu jawatankuasa teknikal untuk mengkaji secara khusus tentang ICERD ini adakah relevan atau tidak, boleh ke tidak dilaksanakan dalam negara kita. Hasil kajian secara terperinci pada waktu itu, Kerajaan Malaysia menolak untuk meratifikasikan ICERD ini. Tiba-tiba naik Pakatan Harapan, ada beberapa pihak yang sangat lantang dan bersungguh untuk mengesahkan ICERD ini khususnya daripada bukan Melayu. Adapun video yang kita tengok yang diviralkan seminggu dua ini, yang tu lagilah... yang menyebabkan kita boleh mengamuk dia panggil.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya melihat tujuan utama konvensyen ini hendak diratifikasikan, disahkan adalah kerana mahu keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu Islam dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak adalah untuk dihapuskan. Cuma untuk mengelak bantahan orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak secara besar-besaran, maka mereka guna secara halus dengan mengatakan bahawa pengesahan ini tidak akan melibatkan peruntukan Perlembagaan khususnya Perkara 153 yang memberi hak keistimewaan kepada orang Melayu, secara halusnya, tetapi yang sebenarnya mana mungkin ia tidak mengganggu Perlembagaan kerana tujuan ICERD itu sendiri ialah untuk menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi.

Diskriminasi bolehlah kalau orang kampung kita terjemah maknanya er... perbezaan keistimewaan yang diberi kepada mana-mana kumpulan berdasarkan kepada bangsa. Diskriminasi dia panggil. Jadi, tujuan ICERD memang itulah tujuannya. Mana mungkin tidak mengganggu Perlembagaan dan ini disahkan oleh pakar-pakar Perlembagaan dalam negara. Kadang-kadang yang bercakap itu yang mengatakan tidak mengganggu perlembagaan itu, mereka sendiri tidak pakar dalam perlembagaan. Ahli Perlembagaan boleh kata ijmak ulamaklah. Maknanya, mereka sepakat mengatakan ia mengganggu Perlembagaan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Ini sebenarnya ialah titik mula penjajahan alaf baru kepada negara kita. Sebab itu kita kena daripada awal lagi kita menentang penjajahan ini. Dengan izin [Ayat al-Quran] “orang beriman tidak akan dipatuk dalam satu lubang dua kali”.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, tadi disebut oleh er... jiran saya...

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat boleh gulung sikit... boleh? Masa dah lebih 10 minit...

Saya ingat 20 minit. Dato’ Sri Yang di-Pertua, tadi disebut oleh rakan saya… jiran daripada Kuala Sentul. Ia membabitkan agama Islam, ICERD ini secara halus. Orang Islam wajib menentang ICERD ini. Kita ada batasnya ya apabila membabitkan kepada ruginya agama Islam itu maka kita sebagai orang Islam… apa pun kita sebagai orang Islam, bagi kita Islamlah agama yang benar.

Agama yang diterima oleh Allah hanyalah Islam, dengan izin [Bacaan dalam Bahasa Arab] Allah sebut ya “agama yang diterima oleh Allah hanyalah Islam”. Dan kita berpegang dengan akidah ini. Oleh itu dalam Islam, dalam mentafsirkan keadilan bukan makna sama rata. Seorang ibu yang ada anak 10 dengan seorang ibu yang ada anak 3, kerajaan nak bagi peruntukan kalau RM10 ribu kepada yang ada anak 10, RM10 ribu kepada anak… ibu yang ada anak 3. Yang tu dipanggil tidak adil walaupun nampak sama rata. Jadi ICERD ini jangan kita mentafsirkan sama rata berdasarkan kepada tafsiran barat. Kita mesti mentafsirkan sama rata berdasarkan kepada tafsiran Islam.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Akhirnya kesan kepada negara, tadi disebut oleh er… EXCO ya, saya tak perlu sebut banyak cuma saya nak sebut sikit apa yang disebut oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah semalam ketika berucap dalam sambutan Maulidur Rasul, beliau… baginda mengatakan “jangan ambil dasar kesaksamaan barat yang tidak mengambil kira keunikan kepelbagaian kesucian agama Islam, sensitiviti rakyat dan kedaulatan raja-raja melayu di negara ini”. Oleh itu saya berpendapat buat masa ini lebih baik… afdhal… dan lebih afdhal untuk Pakatan Harapan memberi tumpuan kepada ekonomi yang semakin menurun serta tenat daripada meneruskan usaha untuk ratifikasi ICERD ini. Ekonomi tengah teruk… tadi EXCO FELDA kata duit apa ni… sawit pun dah makin jatuh. Kita pun pening macam mana nak bagi harga sawit itu naik, lebih baik dia fikir yang tu daripada fikir ICERD ini. Maka dengan ini saya menyokong Usul yang dibawa oleh pihak kerajaan. Terima kasih. [ Ahli Dewan menepuk meja].

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada sesiapa lagi yang nak? Ya, dijemput Peramu Jaya.

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Saya cuma nak… diberi masa yang singkat dan saya cuba sebaik mungkin untuk mengikuti apa yang saya rasakan sesuai untuk kita fikir-fikirkan dan untuk kita jadikan sebagai panduan. Kita lihat negara kita Malaysia telah diasaskan dengan acuan kita sendiri. Mana ada negara dalam dunia yang masyarakat majmuknya seperti di Malaysia. Kita boleh menerima kaum Cina, kita boleh menerima kaum India, kita boleh menerima kaum Benggali, Kadazan dan sebagainya. Jadi masyarakat majmuk kita ini adalah berasaskan kepada social contract yang telah dibuat sebelum Perlembagaan ini disediakan. Jadi apabila Perlembagaan

Persekutuan disediakan, ianya merupakan satu social contract yang penting untuk dihayati bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi semua bangsa dan masyarakat majmuk di Malaysia.

ICERD ini sebenarnya kalau kita lihat, ia tidak boleh lari daripada agama, tidak boleh lari daripada itu. Dan kalau kita lihat mengikut Perkara 3… Perkara 3 dari segi Perlembagaan Persekutuan, agama bagi Persekutuan adalah Islam tetapi di dalam Perkara 11 Perlembagaan Negara menyatakan bahawa kebebasan beragama maksudnya rakyat Malaysia ini, tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agama masing-masing. Itu sebab di negara kita, kita ada masjid, kita ada kuil, kita ada kuil Sikh, kita ada Cina, Hindu dan sebagainya. Jadi ini bermaksud kita di Malaysia ni bebas beragama.

Itu adalah merupakan satu toleransi yang terbaik dan perkara ini adalah suatu perkara yang paling penting yang kita perlu hayati. Sekian lama inilah acuan negara kita dan inilah penerimaan semua masyarakat negara kita yang boleh bertoleransi dari aspek agama dan tidak pernah ada orang yang mempertikaikan. Mengapa mesti ada kuil Hindu, mengapa mesti ada masjid dan mengapa mesti ada gereja? Tidak ada orang mempertikaikan. Jadi inilah keindahan negara kita Malaysia yang telah dibentuk dengan acuan kita tersendiri.

Begitu juga dengan bahasa kebangsaan, kalau kita lihat Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu. Tetapi kalau kita lihat di negara kita, kita ada sekolah Cina, kita ada sekolah India. Kita tidak pernah ada prasangka kepada mereka-mereka yang bersekolah dengan menggunakan bahasa ibunda mereka. Inilah satu keindahan negara kita yang merupakan ikutan dan amalan kita berzaman. Jadi dengan ada ICERD ini saya berpendapat bahawa kalau kita mempersetujui maka social contract dan Perlembagaan itu akan hancur dan musnah.

Itu sebabnya kalau kita lihat Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan mempastikan bahawa Perizaban Kuota berkenaan dengan perkhidmatan dan permit dan keistimewaan orang Melayu dan masyarakat pribumi. Ini telah dipersetujui dalam social contract. Jadi perkara-perkara sebegini kita tidak boleh bangkitkan kerana ianya tidak… telah dipersetujui lebih awal. Inilah acuan kita, persetujuan kita. Jadi kalau saat akhirnya kita tidak bersetuju dengan kontrak tersebut maksud kita menghancurkan ikatan kontrak. Ini dalam sejarah Melayu ada menyatakan kontrak dengan Demang Lebar Daun.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Minta laluan sikit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Minta laluan? Ya.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Saya nak tanya pada er… Peramu… Peramu Jaya tentang Perkara 153. Selalunya orang tak habis baca, dia hanya sebut 153 ialah Yang di-Pertuan Agong menjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Tapi di hujung tu ada kenyataan yang menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong jugak menjaga hak-hak sah kaum yang lain.

Jadi di sini menunjukkan bahawa 153 itu sebenarnya jugak menjamin dan menjaga hak-hak yang termaktub, yang perlu dan er… yang… yang ada pada orang-orang bukan Islam atau orang bukan Melayu ni.

Jadi saya nak tanya setujukah er… apa nama ni… Peramu bahawa sebenarnya dengan tergugatnya Perkara 153 itu, dia juga akan memberikan kesan tergugat juga hak-hak istimewa ataupun hak-hak sah bagi kaum-kaum yang disebutkan lain-lain kaum tu. Lain-lain kaum di sini ialah merujuk kepada orang bukan Melayu, sebab di dalam Perlembagaan kita dia tak ada sebut satupun perkataan orang Cina, satu pun perkataan orang India. Yang dia sebut secara khusus orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak. Orang Cina, orang India tak ada. Dia hanya fokus dia sebut kaum-kaum… apa… lain-lain kaum. Jadi saya nak tanya.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Mencelah sikit je.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pelangai ya, silalah.

Terima kasih. Saya sangat menyokong apa yang disebutkan oleh Ahli Padang Tengku itu tadi. Saya baca ya, 153(1) It shall be the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the State of Sabah and Sarawak and the legitimate interest of other communities, maknanya Cina, India dan lain-lain. In accordance with the provisions of this article. Makna betul sangat tadi yang disebutkan oleh er… ADUN Padang Tengku. Kalau tak jadi ADUN pun jadi penceramah biro tatanegara tentang Perlembagaan. [Ahli Dewan ketawa] Betul sangat. Maknanya hak orang lain ni disebut, tapi tak sebutlah satu-satu. Melayu, Cina, India, Sarawak er… Kadazan dan sebagainya. Disebut other communities makna bukan orang Melayulah, kaum Bumiputera. Terima kasih.

Ya saya sebenarnya memang bersetuju …

Yang di-Pertua (Speaker)

Peramu Jaya.

… kerana benda tu memang… telah ada pun dalam perlembagaan. Jadi er… untuk itu saya nak sambung sikitlah. Saya ambil contoh lagi Perkara Lapan dalam Perlembagaan Persekutuan, Kesamarataan maksudnya rakyat Malaysia ini dari sisi undang-undang berhak mendapat perlindungan yang sama rata. Ini juga merupakan bukan satu

diskriminasi dari segi kaum dan yang paling utama sekali sekarang ini diuar-uarkan ialah di bawah Pakatan Harapan dari sudut kebebasan bercakap dan berhimpun dan berpersatuan. Ini memang telah ada di dalam Perkara Sepuluh Perlembagaan Persekutuan.

Jadi secara ringkasnya dalam masa er… yang suntuk ini, saya ingin nyatakan bahawa walaupun ringkas saya sebutkan tadi tetapi ini adalah merupakan intipati kepada kemakmuran negara kita yang terdiri daripada masyarakat majmuk yang mampu membangun…membangunkan negara kita bersama-sama dan yang paling utama kita perlu kekalkan social contract ini agar social contract ini dapat kita teruskan dan kita nak mengelakkan daripada berlaku permusuhan dan juga hah… banyak dan ni, dan juga kita tidak ingin 13 Mei berlaku, kerana kalau ini berlaku maksudnya hubungan antara kaum sudah jadi tidak harmoni.

Orang Melayu tak boleh pergi rumah orang India semasa Depavali, Depa… orang India tak boleh pergi rumah orang Melayu semasa hari raya dan sebagainya. Jadi kita kekalkanlah ini agar negara kita akan terus maju dan terus makmur walaupun kerajaan lain tetapi tak apa kita cuba membantu apa yang patut kita bantu demi kepentingan rakyat. Dengan itu saya mohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Peramu Jaya. Ya, saya bagi Wakil daripada Pelangai. Sila Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Sepatutnya selepas bersara dari jawatan Menteri Besar ni, duduk diam-diam jelah. Jadi orang tua tengok keadaan Dewan bagaimana, tetapi sebagai orang tua ni terpaksa campur juga urusan kelaku budak-budak.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih kerana membenarkan saya untuk… [berdehem]. Saya menyokong Usul yang dibawa oleh pihak kerajaan mengenai International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) atau orang sebut ICERD. Jelas tadi seperti dikatakan oleh Wakil Kerajaan bawa Usul [berdehem]. Latar belakang kepada ICERD ini ialah kerana adanya gerakan anti-Semitism, anti-Semitism maknanya anti-Jewish, maknanya anti Yahudi. Maka telah dibawa ke Bangsa-Bangsa Bersatu, ini awal 1959-1960 lagi, dan er… kita dapat tahu usaha ini adalah hasil kegiatan lobi Yahudi. Kita kata lobi Yahudi. Makna kalau pemilihan Presiden, pemilihan Congress Senate pun sebenarnya Yahudi lobi. Nak tahu Jewish lobi ni sangat kuat. Itu kena faham asal dan er… kita dapat lihat signatory yang telah pun menyain 88 negara tapi yang melibatkan perbincangan itu 179, yang telah pun rectify mengesahkan 27.

Walaupun ianya merupakan satu keputusan Bangsa-Bangsa Bersatu tetapi kita kena faham ada dua istilah, pertama declaration, kedua convention. Kalau Bangsa-Bangsa Bersatu membuatkan declaration ianya merupakan satu dokumen yang dipersetujui oleh semua tetapi ianya dengan izin not legaly binding tidak mengikat tetapi kalau Bangsa-

Bangsa Bersatu melalui United Nation General Assembly, Perhimpunan Agung ini, memutuskan sesuatu konvensyen, maka konvensyen ini ianya akan menjadi satu bentuk perjanjian dan ini adalah dengan izin, binding, mengikat pihak-pihak yang menandatangani. Kita sepatut juga memahami beberapa istilah yang lain untuk kita faham bila kita membincangkan ICERD ini.

Kalau er… dalam er… Undang-undang Antarabangsa, saya pun ada bawa buku. Saya periksa Public International Law 1 dapat A. Public International Law bulan depan, tak tahu lagi. Bila kita sebut treaty, kita ingat ia merupakan satu perjanjian antara dua negara. Bukan. Treaty ni meliputi agreement, protocol, covenant. Covenant tu perjanjian juga. Kemudian convention, pack, exchange of letters. Exchange of letters ni makna contohnya kita menghantarkan nota bantahan kepada kedutaan. Katalah luar negara di Malaysia, katalah Kedutaan Amerika. Hah… itu pun termasuk dalam bentuk treaty. Treaty ini sebenarnya kalau kita bersetuju sahaja, kita… dengan izin, agree sahaja, ia tidak menjadi apa masalah.

Kalau kita rectify pun tak da masalah sebab sesuatu treaty termasuklah resolusi yang diputuskan oleh Bangsa-bangsa Bersatu hanya boleh diterima pakai melalui dua cara iaitu doctrine of tranformation dan satu lagi doctrine of incorporation. Doctrine of tranformation ini di amalkan oleh Malaysia dan juga Britain makna semua treaty antarabangsa itu perlu dibawa ke parlimen. Ada Rang Undang-undang Parlimen untuk jadikan akta. Kalau contohnya kita Malaysia ni nak menerima ICERD ni, akan ada Rang Undang-undang menerima pakai ICERD. Diluluskan oleh parlimen, dia akan menjadi akta menerima pakai ICERD. Selagi kita tak bawa ke Parlimen ia tidak menjadi sebahagian daripada undang-undang negara kita. Walaupun diputuskan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu.

Doctrine satu lagi tu ialah doctrine of incorporation. Ini bermaksud sebarang treaty itu secara automatik menjadi sebahagian daripada undang-undang negara berkenaan dan ini biasanya diamalkan oleh negara-negara continental seperti Perancis dan lain-lain. Itu beza dia. Maknanya, ICERD ni kalau kita rectify pun kalau kita tak terima melalui Akta Parlimen, ia tidak boleh diterima pakai. Tetapi bahayanya ialah kalau kita rectify makna kalau meminda perlembagaan ataupun meminda undang-undang tadi merupakan perkahwinan. Rectify ni macam bertunang. Kita takut lulus jarum lulus kelendan. Itulah sebabnya kalau kita bantah patut kita bantah peringkat sekarang ni dan er… Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah pun membuat kenyataan yang betul bahawa untuk menerima ICERD ini selain daripada kita sepatut pakai undang-undang yang saya sebutkan tadi melalui Akta Parlimen ialah terpaksa meminda perlembagaan. Sebab kalau kita terima ICERD ini maka tidak ada lagilah hak-hak ataupun nampak perbezaaan dalam perlembagaan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kita sebagai manusia ini, kita ambil mudah sahaja. Kita di Malaysia ni dah elok dah, Melayu, Cina, India, Iban, Dayak, Kadazan. Tak ada sebab kita nak bergaduh. Saya, mak mertua saya Cina, menantu saya Cina. Saya nak nikah India, tak dapat. [Ahli Dewan ketawa]. Itu aje. Multiracial, multiracial tak ada hal. Saya boleh nyanyi lagu Tamil, boleh nyanyi lagu Hindustan.

Hah… ni luar tajuk sikit Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, hari dah pukul tiga, pukul empat. Dalam pilihanraya Bagan Pinang, ini untuk perhatian, ini khususnya Ahli dari

Sabai. Bukan Ahli daripada Janda Baik ya. Peti Undi Sua Betong, orang India. Kawan kita, orang India. Majoriti peti undi, tak pernah menang sejak merdeka. Satu hari tu diorang buat anu ni… satu kempen, ajak saya sampai. Saya patut sampai 8.30, macam biasalah kita ni, apa kita nak, nak kejar masa ke atau nak masuk longkang bawa kereta. Hah… eloklah kita jalan perlahan-lahan sampai 9.30, makan orang India itu kemudian itu ada pancaragam, kombo orang India.

Tapi orang India tak ramai. Hari gelaplah lampu pun tak banyak. Tapi tak kiralah saya menghiburkan hati saya sendiri. Saya menanyi lagu…lagu apa ini lagu Pathu Padava. Ini penyanyi lama A.M.Raja. Saya menanyi, menyanyi, menyanyi, tiba habis menyanyi, nalla iruku, nalla iruku, nalla iruku ni baguslah, bagus. Nalla iruku. Rupanya orang India ni, dia berkumpul atas bukit keliling bukit, saya menyanyi bawah bukit, penuh. Saya tengok ada empat orang aja rupanya nalla iruku. Menang peti undi itu. [Ahli dewan menepuk meja]

Maka pucuk pimpinan pun masa itu Tan Sri Muhyiddin, chair meeting dan Dato’ Hisyam. Dia kata dalam sejarah, dia kata Abang Long Nan nyanyi lagu Arab. Dia orang betulkan, bukan Arab, lagu…lagu Tamil. Jadi, ini Pilihan Raya Rantau ni, Dato’ Mat Hassan minta saya hafalkan balik lagu tu, untuk saya menyanyi di Rantau, PRK Rantau ni. Insya-Allah. Makna kalau menang besok itu hah…sebab lagu Tamillah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kita sebenarnya… kan dalam Dewan dah tengok, tak ada masalah. Orang India, orang Cina jangan takutlah. Melayu tolerance sangat. Kalau tidak orang Cina tak dapat kedudukan macam dia sekarang ini, India begitu juga. Di kampung saya tu dalam begitu kampung tu, Cina seorang menjual barang runcit. Hidup daripada dulu sampai sekarang. Tak ada orang Melayu kacau. Jadi kita janganlah kita ganggu. Dalam dunia ini dalam kehidupan kita, tidak ada yang sama taraf. Tidak ada yang mutlak, kalau kita sebutkan er… kebebasan berugama tak mutlak sebab orang bukan Islam tak boleh menyebarkan ugamanya dikalangan orang Islam. Itu kena ingat. Kebebasan bergerak ke sana ke mari pun, tak tentu. Kalau misalan kita syaki dia penjahat, penjenayah. Dia akan kena tahan ni tahan daerah, contoh. Jadi nothing is absolute in this world. There always be qualification to all the provisions in the law, nothing is absolute.

Kalau kita ambil contoh, kenapa kita ada ugama sebab tidak ada yang mutlak. Ada ugama, menghadkan kita sebagainya. Ugama menghadkan kita. Kalau ikut ICERD ni, ugama pun tak ada. Kita tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Kalau sembayang ada caranya, nak berzakat ada caranya, nak pergi umrah, nak pergi haji ada cara dia. Kalau pergi keliling itu kaabah itu, orang umrah jalan kaki, awak berjalan dengan kepala ke bawah kaki ke atas, tak boleh juga. Keliling aja tak boleh. Maknanya tidak ada…tidak ada yang sama. Begitu juga syurga orang Islam percaya. Dia ada tingkat-tingkat dia, bukan satu tingkat saja. Jannatun Na’imlah, Firdauslah macam-macamlah, Jannatun Adnanlah, Adnin ada juga. Hah... bukan…bukan…bukan maknanya sama. Tidak. Ini kita kena ingat dan kita, kehidupan dunia pun. Raja, atas kedudukannya. Speaker kena duduk di atas. Kalau Speaker bersila di bawah, jadi Speaker orang tak nampak.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak jadi, kena di atas juga Speaker. [Ketawa]

Er…jadi apa ini Menteri Besar duduk sana. Hah…lepas itu apa mende ni pembangkang, Ahli daripada Ketari, dia last sekali. Nama ini Y hujung je. Duduk hujung. Jadi tak ada yang sama. Usah risau. Oleh sebab itu, kalau ada pun kesangsian sebagainya. Janganlah risau kalau kita tolak. Bahaya sekali kalau kita er… katakan apa ni kita rectify, ini bahaya.

Satu perkara yang menarik sikit sebelum ini… Sudah-sudah saya taulah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bukan er… Ahli Dewan je nak minum, saya yang bercakap ni pun nak minum juga. Mana pula catitan ni. Dia banyak artikel, artikel awamnya define racial discrimination but not included, tak masuk dengan izin distinction based on citizenship iaitu citizen, non citizen. Boleh dia pecah-pecahkan, tak jadi hal. ICERD benarkan pula. Satu lagi positive discrimination policies and other measure taken to redress imbalances and promote equality. Mana DEB, tak ada hal. Kita nak redress imbalances, ada…ada bab tertentu ya dia tak menentang pula, dan begitu juga satu perkara yang saya catitkan malam tadi. Membaca gak sikit-sikit, menengok.

Ini tak boleh pulak termasuk NGO yang terdiri daripada satu kaum, tak boleh juga. Maksud kalau ikut ICERD ini UMNO tak boleh, MIC tak boleh, MCA tak boleh. DAP boleh, dia ambillah seorang berdua macam ahli dari ni Ketari itu, jadi penolong dia punya ni. Adalah Melayu seorang, contohnya. Lepas itu ni PKR pun begitu juga. Adalah Cina dua, tiga orang, Tan Chua dan sebagainya. Mana dia…dia begitu juga. Simpulan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong apa yang dibawa oleh ahli dari Kerajaan tentang Usul ini dan ketahuilah bahawa ICERD ni kalau diterima, dia akan memporakperandakan struktur dan juga organisasi masyarakat yang sedia ada sekarang ini.

Orang Melayu tak akan terima. Itu kita kena ingat, dan er…kalau kita berlaku tidak adil selama ini. Bolehlah kita justify kalau orang menentang kita. Macam menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan 10 ribu temple musnah. Adakah 10 ribu temple di musnah di seluruh Malaysia? Adakah orang India ni dipaksa memeluk ugama Islam untuk nak jadi… yang saya tahu ramai orang India, dia nak kahwin budak Melayu, budak…budak Cina Islam. Hah… baru dia masuk Islam. Sebab yang pelik sikit kita ini, dia apa ini positif negatif ini. Dia kalau kontra kalau dia opposite tu dia attract. Rupa-rupanya hak putih-putih ini, amoi, Cina suka benar ke orang India termasuk ke Melayu. Ramai suka ke orang India. Jadi itu yang masuk Islam, bukan dipaksa sebagainya. Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, elok kita kekalkan masyarakat kita ada sekarang ini. Jangan kita gaduh-gaduh.

Saya malas nak sebutlah Melayu, Cina, India. Raja, raja melayu, tak ada Malaysia raja Cina, raja India, raja Orang Asli. Yang itu buktinya Melayu, raja Melayu. Saya nak sebut dalam Dewan ini, jasa besar raja-raja Melayu terlanjur saya cakap ini. Jasa besar raja-raja Melayu ialah bila raja memeluk ugama Islam semua rakyat ikut, maka orang Melayu sekarang ini beragama Islam. Sebelum datang Hindu semuanya animisme mengikut raja. Menyembah patung, menyembah biawak entah macam-macam tapi bila datang Hindu, dia orang memeluk agama Hindu. Ikut Raja dan apabila Raja memeluk agama Islam, semua memeluk agama Islam, dan bukti di Filipina, Sultan Sulaiman, Raja Filipina terakhir memeluk ugama Islam.

Bila ber…er… Sepanyol datang, termasuk mubaligh-mubaligh Kristian nak menyebarkan ugama dia, dia tak bagi. Tapi mubaligh Kristian pujuk Sultan Sulaiman benarkan anak dia pergi belajar di sekolah Katholik…sekolah Katholik gereja dibenarkan. Bila Sultan Sulaiman mangkat, rajanya, anaknya menjadi raja, anak masuk Kristian termasuk anak-anak perempuannya. Itu asal Filipina Kristian, bila raja masuk satu ugama, rakyat akan ikut dan jasa besar raja-raja Melayu di Malaysia ini ialah takdir Allahnya mengislamkan kita orang Melayu, orang Islam. Jadi itu Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, elok kita tentang ICERD ini sebab ia akan memporak-perandakan organisasi struktur masyarakat kita yang telah ada sekarang ini. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Terima kasih [semua Ahli Dewan tepuk meja].

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Terima kasih, Yang Berhormat Wakil daripada Pelangai. Cukup hebat, ya. Saya ingat masa dah cukup Yang Berhormat. Saya bagi…

Sikit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau masih nak, kalau… kurang daripada 10 minit, boleh. Kalau tak saya akan stopkan. Saya minta Triang dulu. Sila. Bagi Beserah pula. Triang, Triang dulu.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya mewakili ADUN Pakatan Harapan berpendapat ratifikasi ICERD bukan bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan kita serahkan kepada kabinet dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membuat keputusan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Dalam Dewan Yang Mulia ini, saya rasa perbahasan Yang Berhormat-Yang Berhormat harus berasaskan fakta dan tidak harus berunsur ugutan dan sensitiviti di kalangan kaum. Jadi saya harap wakil dari Peramu Jaya dapat tarik balik kenyataan beliau yang menyatakan kemungkinan insiden 15 Mei akan berlaku sekiranya ratifikasi ICERD dilaksanakan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Yang Berhormat Triang saya ingat itu tidak… bukan satu ugutan. Itu hanya pandangan Yang Berhormat daripada Peramu Jaya.

Izinkan saya mecelah, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Boleh?

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh. Sila, seminit.

Terima kasih. Apa pun tak kiralah. Kedatangan Jepun ke, pemerintahan MPJA 14 hari ke, kemudian itu darurat ke, 13 Mei ke, ini fakta sejarah. Saya kira ini tidak ada masalah, kita kena sebut… kita kena sebut. Kalau kita sebut untuk mengingati sejarah pun tiada masalah. Dan yang kita jadi salahnya mogok dan sebagainya, ha itu lain. Kita dalam dewan ni nak ugut sapa pun Yang Berhormat belaka bukan taraf man in the street. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Beserah.

Terima kasih yang berhormat.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Saya rasa Peramu Jaya harus tarik balik, walaupun ini adalah hanya satu incident sejarah tapi cakap bahawa kemungkinan berulangnya incident Mei 13 adalah akan menimbulkan ketegangan antara kaum.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Tras saya rasa…

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Saya rasa ini harus tarik balik.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya ingat Yang Berhormat Tras pada pendapat saya, itu hanya satu pandangan daripada Peramu Jaya. Dari segi fakta memang perkara itu telah berlaku 1969, tetapi dia meramalkan, menganggap atau mencadangkan atau dia punya anggapan dia Yang Berhormat Peramu Jaya, satu tanggapan sahaja. Bukan satu ugutan ya. Jadi ini tidak menjejaskan dan tidak perlu ditarik balik.

Jadi saya jemput Beserah. Atau ada nak menyambung lagi Triang.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Hujah yang lain Yang Berhormat Triang.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Sekiranya setiap kali kita berbincang, berbahas isu-isu berkaitan yang perkauman, kita sebut incident 13 Mei mungkin akan berulang, mungkin akan berlaku. Saya rasa ini bukan kualiti yang patut er… sebutkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri. Dan er… kita perlu er… sensitif dengan apa yang kita keluarkan di Dewan Yang Mulia ini dan saya bersetuju dengan wakil dari Tras bahawa ianya akan menimbulkan ketidakselesaan dan ketegangan di antara kaum. Saya menegaskan bahawa wakil Peramu Jaya harus menarik balik.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Triang saya telah pun memberi pendapat bahawa itu adalah pandangan peribadi ADUN Peramu Jaya dan sejarah telah rasmi 13 Mei tu adalah sejarah. Maka itu bukan ugutan pada pandangan saya. Jadi, saya tidak mahu mengulas lagi. Saya jemput Wakil Beserah.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya er… ingin mengambil bahagian sedikit, sedikit sahaja tak lama, tak sampai 5 minit. Saya menyokong penuh er… Usul yang telah dibawa oleh pihak Kerajaan untuk kita menolak dan membatalkan rancangan untuk ratifikasi ICERD ini atas satu sebab utama. Saya bimbang kalau kita meluluskan Usul ini, kita er… Dewan Undangan Negeri Pahang ni dianggap racist. Kita bimbang persepsi ini akan bermain er… akan dimainkan sentiment racist ini oleh pihak kerajaan terutama sekali yang ingin meretifikasi ICERD. Cuma saya nak bagi faham kepada semua terutama sekali rakan-rakan daripada Pakatan Harapan. Ini kita duduk dalam dewan ini yang penuh dalan keharmonian. Kita hormati semua tak kira latar belakang, mahupun pegangan masing-masing.

Racist berbeza dengan mempertahankan hak. Bila kita kata racist, apabila kita percaya satu-satu kaum itu lebih superior dengan izin, daripada yang lain. Tapi dalam kes kita di negara ini, kita tak menganggap superiority any race. Kita tidak ada sebarang bangsa yang kita anggap lebih superior. Kalau perlu ikut tentang superior itu sendiri Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita kata bangsa daripada kaum Cina lebih superior dalam ekonomi berbandingkan dengan orang Melayu. Bangsa daripada… orang pendidikan kita sama taraf antara Cina, India dan Melayu. Maka tidak wujud superiority ataupun racist didalam usaha-usaha untuk nak meningkatkan tahap ataupun menjalan dan melaksanakan kontrak sosial yang ada.

Oleh kerana kita tidak ada sebarang er… perbezaan dari sudut pencapaian dan juga dari sudut keistimewaan di dalam memperolehi apa sahaja kemudahan dalam negara ini, maka tidak ada hujah yang mewajarkan untuk kita menganggu gugat keharmonian yang selama ini telah kita kecapi. Untuk makluman semua, kita telah mempunyai perlembagaan dan undang-undang serta peraturan yang telah merangkumi segala aspek kehidupan kita

yang telah dibincangkan banyak oleh rakan-rakan dalam hujah, yang menyokong Usul supaya kita membatalkan rancangan ratifikasi.

Yang pertama, dalam perkara 5, dirujukkan dalam perlembagaan liberty of a person, kita ada kebebasan di dalam… di dalam apa sahaja asalkan ia bertepatan dengan undang-undang. Dalam perkara 6, perlembagaan slavery and forced labour prohibited, tidak ada penghambaan yang boleh dilakukan dalam negara ini. Dalam perkara 8, equality juga disebut dalam perlembagaan, sama taraf, sama hak di dalam… di mata undang-undang. Perkara 9, prohibition of banishment and freedom of movement maknanya kita dihalang daripada untuk menyekat sebarang pergerakan freedom of movement. Dalam perkara 11, freedom of religion. Dalam perkara 13, rights of property semuanya telah dinyatakan di dalam perlembagaan kita dan tidak seharusnya bangkit isu yang kononnya racist atau yang kononnya kita diskriminasi di mana-mana pihak di negara ini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Itu yang hendak saya tegaskan bahawa kita berharap selepas ini, sekiranya kita membawa, meluluskan Usul ini, tidak ada pihak yang menganggap bahawa Dewan Undangan Negeri Pahang bersikap racist atau perkauman di dalam menentukan Usul ini. Sekian, saya menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Masa dah sampai. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masalahnya ialah Usul ini telah dicadang, disokong dan dibahaskan. Soalannya sekarang ialah Usul ini dikemukakan untuk mendapat kelulusan.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini sila nyatakan setuju.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju, sila nyatakan tidak. Tidak ada. Dengan ini Usul tersebut diluluskan.

Sambungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) 2018 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2019Bill

Setiausaha Dewan

Perkara kelima: Sambungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) 2018 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2019.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah Ahli Yang Berhormat, saya buka perbahasan. Kepada ahli-ahli yang mengambil bahagian untuk membahaskan Rang Undang-Undang dan Usul Perbekalan Air. Sila. Ada siapa-siapa nak berucap. Ya, Sungai Lembing. Sila.

[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih bagi peluang kepada saya bagi er… membahaskan ucapan bajet yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan juga er… membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) 2018. Tuan Yang di-Pertua,

Tadi saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada dewan kerana kita bersama-sama telah meluluskan satu Usul er… yang begitu penting dalam keadaan negara yang heboh sekali berkenaan dengan isu ICERD. Selain kita berdoa dan berharap mudah-mudahan er… dengan kebijaksanaan kepimpinan Kerajaan Pusat er… isu ini dapat diselesaikan. Memang benarlah fakta sejarah kita tak boleh lupa macam mana isu Bintang Tiga memerintah selama beberapa hari… bermaharaja lela selama beberapa hari. Itu semua kita mesti menjadikan er… ingatan sejarah kepada kita. Kita juga jangan lupa er… semasa pemerintahan ataupun komunis berleluasa jasa Allahyarham Dato’ Onn Jaafar menyekat er… Kiai Salleh daripada mengamuk di Batu Pahat sampai ke Johor sampai ke Singapore sebenarnya. Kalau sekiranya Dato’ Onn tak sekat er… apa ni er… angkatan Kiai Salleh di Johor.

Jadi kita jangan lupa perkara-perkara tersebut. Begitulah juga dengan er… peristiwa 13 Mei 1969 bermula pada macam nilah. Sentimenlah er… tuduhan sana tuduhan sini. Keputusan pilihan raya… jadi er…alhamdulillah walaupun berlaku peristiwa-peristiwa tersebut er… banyak juga kematian, tapi dapat diselesaikan. Kita sayang kepada pembangunan negara kita ini. Negara kita telah membangun dengan baik er… ada pula Wawasan 2020 er… yang tinggal dua tahun lagi. Jadi pembangunan kesejahteraan, keselesaan yang kita semua nikmati selama ini kalau berlaku hura-hara, akan hancur lebur, hancur menjadi debu Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua,

Daripada segi er… membahaskan ucapan er… belanjawan, bagi saya syabas tahniah kepada Kerajaan Negeri, kita berharap dengan adanya perancangan-perancangan dasar-dasar yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, saya percaya kita akan terus memacu negeri kita ni ke arah yang lebih baik dan juga lebih sempurna lagi, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua,

Salah satu daripada isu ataupun er… perkara yang boleh mendatangkan hasil kepada Kerajaan Negeri Pahang di samping cadangan Kerajaan Negeri menaikkan cukai perlombongan mineral er… menaikkan cukai ataupun hasil tanah dan usaha-usaha untuk pembangunan dan juga pembalakan… bauksit.

Isu bauksit di Kuantan ataupun er… kalau di kawasan saya di Bukit Goh, di Bukit Kuantan dan juga er… di kawasan Gebeng di Kuantan ni. Tadi er… ada Majlis Dialog Perjumpaan dan juga Penjelasan er… Bauksit yang diterajui oleh PKNP sebagai yang er… agensi Kerajaan untuk er… menjelaskan menerangkan kepada peneroka-peneroka di Bukit Goh.

Di Bukit Goh semua sekali peneroka ada 671 orang. Yang terlibat dengan bauksit lebih kurang 35%, 235 peneroka kalau tak silap saya.

Jadi nampak di situ besar harapan peneroka-peneroka yang terbabit 35% di Bukit Goh, di Bukit Kuantan ada 28 orang peneroka mengharapkan supaya Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri er…mengangkat balik moratorium dan membenarkan semula aktiviti er… perlombongan bauksit tetapi dengan penuh kawalan ataupun SOP yang sepatutnya.

Tuan Yang di-Pertua,

Dalam hal ni er… bagi saya apa yang penting sekali er… saya berharap mudah-mudahan pada awal tahun depan er…kita dapat meneruskan semula er… aktiviti perlombongan bauksit. Di samping itu juga Tuan Yang di-Pertua, er… kita tak mahulah kalau er… perlombongan bauksit ini dibenarkan semula, apa saja masalah-masalah, masalah debu merah, masalah lori er… perjalanan lori yang tak terkawal ma… masalah er… gangster dan lain-lain lagi dapat kita selesaikan.

Apa yang penting sekali, er… stock pile, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, di pelabuhan misalnya kita selesaikan dengan ce…cepat. Lepas selesai, er… longgokan bauksit yang begitu banyak sekali di kawasan er…pelabuhan itu kita selesaikan pula longgokan ataupun stock pile di kawasan-kawasan yang lain termasuk juga di kawasan Bukit Goh dan juga Bukit Kuantan.

Tuan Yang di-Pertua,

Di samping itu juga baru-baru ini dalam er… surat khabar er… Straits Times, Berita Harian ya er… heboh er… berkaitan dengan er… isu pencemaran isu pembalakan di kaw… terutama sekali di kawasan Sungai Lembing. Sebelum ni ada dibangkitkan isu-isu di Bentong, di Raub dan di Kuala Lipis dan juga dan lain-lain lagi. Berkenaan dengan er… isu pencemaran, pencemaran sungai, pencemaran hutan er… dan juga kesan-kesan kepada er… hujan ya. Air di Sungai Lembing di bandar Kuantan er… kalau kita tengok Tuan Yang di-Pertua, er… gambar ya, macam mana keringnya Empangan Remen Chereh pada bulan sembilan yang lalu, memang takut er… kita tengok macam mana memang kering betul er… Empangan Remen Chereh.

Empangan yang kita dirikan, kita bina dengan bertujuan untuk membekalkan air er… kepada bandar Kuantan cukup untuk 30 tahun yang akan datang ni er…mengejutkan kita bila berlaku kemarau. Jadi dalam hal ini er… suara-suara yang dibangkitkan oleh rakyat er… dalam surat khabar tu walaupun ada beberapa perkara yang mungkin tak tepat tapi er… saya berharap pihak Kerajaan mengambil berat er… berkenaan dengan keluhan-keluhan yang disampaikan oleh pihak kerajaan, oleh pihak rakyat. Walaupun kita tahu Tuan di-Pertua er… pembalakan adalah salah satu daripada hasil daripada Kerajaan Negeri Pahang er… tetapi Sungai Lembing ni adalah living museum.

Sungai Lembing juga er… tarikan pelancong-pelancong datang ke pekan Sungai Lembing ni adalah nak tengok hutan Sungai Lembing tu macam mana. Nak er… pergi duduk di bawah pelangi, di Air Terjun Pelangi Tuan Yang di-Pertua, kita boleh duduk macam ala meditasi er… di bawah naungan pelangi. Itu antara er… tarikan-tarikan sebab pelancong datang ke Sungai Lembing. Dah ada banyak teguran daripada pelancong er… mes… mereka merasakan bila nak pergi ke Lubuk Beruk ke Air Terjun Pelangi tu, dah nampak

kawasan-kawasan yang telah diteroka, jadi dah tak ada lagi er… kurangnya tarikan er… pelancong untuk datang ke Sungai Lembing.

Jadi saya berharaplah, saya percaya er… apa sahaja pembangunan-pembangunan di bandar er… Sungai Lembing di kawasan Sungai Lembing terutama sekali yang berkaitan er… dengan destinasi pelancongan seperti Gunung Tapis, Air Terjun Pelangi dan juga lain-lain lagi, juga yang melibatkan kawasan-kawasan tadahan air dan juga bekalan-bekalan air bukit perlu kita beri perhatian, terutama sekali daripada segi er… pembangunanlah. Kalau di Sungai Lembing, er… pembangunan ladang er… yang dimohon oleh er… sya… er… ataupun yang dah diluluskan oleh pihak kerajaan kepada syarikat-syarikat yang tertentu.

Jadi saya juga dalam hal ni, saya tahu er… bahawa pihak, kerajaan Jabatan Perhutanan sebenarnya, sangatlah mengambil berat berkenaan dengan perkara ini er… tetapi sepertimana yang kita tahu mustahil penguatkuasa er… dapat mengawal 24… 24 jam selama-lamanya tiap-tiap hari berkenaan dengan kalau ada kemungkinan berlaku pencerobohan hutan.

Di samping itu juga, saya mencadangkan Tuan Yang di-Pertua kalau apa sahaja permohonan berkaitan dengan er… pembangunan di kawasan-kawasan yang sensitif er… sepertimana di Sungai Lembing ni er… sebelum kelulusan biarlah kita libatkan juga daripada segi sektor ataupun er… Jabatan Pelancongan itu sendiri sebab er… ini adalah er… berkaitan kita dalam satu segi untuk er…mempastikan permohonan berjalan tapi pembangunan tarikan er…orang ramai pelancong datang ke Sungai Lembing atas er… pelancongan tu juga perlu kita ambil perhatian.

Jadi setiap kelulusan yang berkaitan er… untuk ladang ke permohonan juga er… mesti kita me… dan juga permohonan hutan itu sendiri pun mesti kita mengambil kira pandangan daripada er… sektor pelancongan di samping er… juga pandangan daripada Jabatan Alam Sekitar dan juga yang lain-lain lagi.

Tuan Yang di-Pertua,

Di samping itu juga antara salah satu masalah yang ada di kawasan saya adalah masalah bekalan air. Di bandar Sungai Lembing itu sendiri sebenarnya er… sebab di sung… bandar Sungai Lembing sekarang ni ada lebih kurang lebih daripada 20 rest house, hotel ataupun er…homestay, chalet yang ada di Sungai Lembing kadang-kadang selalu berlaku blackout dengan izin, dan juga selalu er… berlaku masalah bekalan air.

Di bandar Sungai Lembing er… kita er… hasil daripada er… kajian PAIP, perlukan peruntukan lebih kurang RM12 hingga RM13 juta untuk kita ganti paip-paip lama. Sungai Lembing itu dah lah dekat 200 tahun banyak paip-paip yang tidak diganti, tidak ditukar Tuan Yang di-Pertua. Ha, jadi kita nak pastikan pelancong selesa dan juga kemudahan kepada rakyat di bandar Sungai Lembing itu sendiri, kita perlukan peruntukan untuk menggantikan paip-paip lama. Begitulah juga er… dengan er… rancangan ataupun projek yang er… yang telah dilaksanakan oleh FELDA di Bukit Sagu iaitu er… loji air, FELDA dah lama membangunkan dan FELDA juga telah pun membangunkan projek er… tube well ataupun air dalam bumi di Pekan Sagu tapi malangnya projek itu sampai sekarang ini kita kira terbengkalailah, tak berjalan lancar ataupun tak beroperasi.

Jadi saya minta untuk er… pastikan bekalan air berjalan dengan lancar di kawasan tersebut er… supaya pihak FELDA cepat memulihkan semula loji air er… dan juga er… projek air menyedut air dalam bumi tube well yang apa. Sedut air sekali je trus jammed. Ini berbeza sekali dengan projek yang diajalankan di Kelantan, projek tersebut berjaya Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua,

Di samping er… itu juga, kita juga berharap er… mudah-mudahan pada tahun ini kita berjaya menarik semakin ramai lagi pelancong-pelancong ya datang ke Negeri Pahang ini. Bukan sahaja ramai yang datang ke Genting Highlands sahaja tapi kita juga berharap ramai pelancong yang akan ke Pulau Tioman, ramai pelancong yang akan ke Sungai Lembing dan juga ramai pelancong yang akan pergi ke Pahang Barat, Taman Negara dan juga di Kuala Lipis. Jadi kita berharap… saya percaya er… pihak kerajaan akan menjalankan lagi beberapa usaha-usaha inisiatif untuk menarik ramai lagi pelancong-pelancong datang ke Negeri Pahang.

Tuan Yang di-Pertua,

Di samping itu juga, kita berdoa kepada Allah SWT mudah-mudahan negara kita Malaysia ini er… walaupun kerajaan dah bertukar tangan, kerajaan yang ada ini baru lebih kurang 6 bulan. Jadi biarlah Kerajaan Pakatan harapan yang ada ini, sibuk kepada usaha untuk membangunkan negara. Usaha untuk meyakinkan rakyat dengan manifesto dan janji-janji mereka. Jangan sibuk perkara-perkara yang lain. Jangan kita cuba mencetuskan er… api-api perkauman ataupun kita mencetuskan semula perkara-perkara yang telah dipersetujui oleh tiga kaum pada masa mula sekali kita er… membentuk er… Malaysia ini. Jadi itulah yang saya berharap dalam hal ini. Mudah-mudahan negara kita dan negeri kita Pahang ini biarlah seterusnya diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional pada masa yang akan datang, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua,

Dengan itu saya mohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, sila Semambu.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Terima kasih kepada Dato’ Sri Yang di-Pertua dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan bajet pertama dalam tempoh beliau sebagai Menteri Besar Pahang. Saya juga ingin memaklumkan dalam Dewan Yang Mulia ini bahawa ini juga buat kali pertama saya menerima jawapan bertulis daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Er… sebelum itu walaupun er… pernah dijanji bahawa jawapan bertulis akan dibekalkan. Tetapi saya tidak pernah menerima sebarang jawapan sepanjang tempoh saya sebagai Wakil Rakyat.

Jadi tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana walk the talk. Err… di samping itu saya turut mengalu-alukan penubuhan Perbadanan Pelaburan

Pahang ataupun Pahang Investment Corporation bagi menyelaras dan memudah carakan pengurusan er… syarikat berkaitan kerajaan ataupun GLC dengan izin, dengan memberikan KPI Commercial. Namun saya juga sedar bahawa, pemusatan kuasa ini kadang menjejaskan keterbukaan institusi. Maka saya ingin mencadangkan pada Dewan Yang Mulia ini bahawa satu jawatankuasa pilihan ditubuhkan dalam Dewan Yang Mulia ini bagi memberi pandangan dan komen terhadap Pahang Investment Corporation ini. Ini juga selari dengan amalan di negeri lain yang mana Menteri Besar Incorporated (MBI) turut dipantau oleh Select Committee di Dewan-dewan di negeri lain.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Kita juga tidak harus melupakan pelaburan Kerajaan Pahang dalam syarikat. Contohnya, Pahang Technology Resources di mana syarikat ini pernah di audit oleh Jabatan Audit Negara dan dibori… diberi komen lemah dalam prestasinya. Apa yang mendukacitakan adalah sehingga kini hampir semua projek yang dilaksanakan oleh PTR biarpun projek stamp cell, hidro terma, global coconut, co-fire ataupun solar farm sama ada gagal, dibatalkan ataupun masih belum berjaya dalam er… usaha mereka. Er… apa yang lebih mengejutkan adalah syarikat yang sepatutnya memberi fokus dalam inovasi dan teknologi ini kelihatan hanya mendapat sumber pendapatan melalui projek pajakan tanah, penanaman semula sawit.

Saya melihat PTR sebagai model kebanyakan pelaburan Kerajaan Pahang yang mengakibatkan kerajaan gagal menjana sumber ekonomi yang baru dan berterusan dalam bidang pelaburan. Maka di sini saya ingin bertanya bahawa, apakah perkembangan terkini PKR? Eh, PKR pula (Ahli Dewan ketawa) PTR dan apakah rancangan kerajaan untuk membantu pihak PTR dalam konteks er… Pahang Investment Corporation. Biasa sangat dengan PKR.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya juga ingin menyentuh sedikit isu tentang Lynas. Kita semua sedar bahawa Lynas dalam proses penilaian semula oleh satu Jawatankuasa Penilaian yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat. Sekiranya terdapat pengesyoran daripada jawatankuasa tersebut bahawa Lynas wajib mencari suatu tapak pelupusan sisa radioaktif kekal ataupun permanent er… PDF (Permanent Disposal Fasilities), saya berpendapat bahawa Kerajaan Pahang tidak patut menerima cadangan pelupusan sisa radioaktif tersebut. Rakyat Pahang tidak mahu najis radioaktif dibuang dan ditinggalkan dalam negeri kesayangan kita. Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Izinkan saya menyentuh sedikit isu-isu setempat. Yang pertama ialah tentang kawasan industri ringan Semambu dan Indera Mahkota yang tidak diselenggara dengan baik. Kenderaan-kenderaan terbiar, semak-samun yang tinggi dan sampah-sarap yang tidak diuruskan dengan baik, dapat kelihatan di kawasan-kawasan perindustrian tersebut. Saya memohon agar pihak Kerajaan Negeri dapat mengambil tindakan sepatutnya untuk masalah sebegini. Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tidak mengambil tindakan dengan alasan stor ataupun depoh mereka telah penuh maka kereta-kereta terbiar tidak dapat diangkut ke tempat lain. Tapi kalau keadaan ini berterusan, nyamuk akan membiak dan mungkin ada wabak denggi dan pelbagai isu lain menyusahkan pember… kerja-kerja

pembersihan oleh kontraktor. Saya menganggap perkara ini boleh diselesaikan dengan lebih proaktif. Pohon penjelasan pihak kerajaan.

Selain itu, Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini berkaitan dengan isu pemindahan SRJKC Panching dari DUN Sungai Lembing ke DUN Semambu iaitu dari Panching ke KotaSAS. Pemindahan adalah wajar kerana sekolah tersebut hanya mempunyai 39 orang murid sahaja. Tanah di KotaSAS telah disediakan dan proses pemindahan tengah berjalan. Saya turut dimaklumkan bahawa pemindahan tersebut melibatkan pembayaran cukai tanah sebanyak RM460,000 sahaja dan semakan dengan PTG memaklumkan bahawa mereka bersedia membawa perkara ini ke Mesyuarat EXCO. Memandangkan pendidikan adalah asas kepada pembangunan negara, di sini saya ingin mengetahui pendirian Menteri Besar atas isu ini dengan harapan ianya mendapat sokongan.

Tuan-tuan dan puan-puan. Tuan-tuan dan puan-puan ya. Dato’ Sri Yang di-Pertua, er… kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan Yang Mulia ini...

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Wakil dari Semambu ini dia jarang-jarang muncul. Jadi dia sebab itu dia ingat ke PKR dia ingat ke ceramah (Ahli-ahli Dewan ketawa).

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Masalahnya saya baru tiba ke Kuantan awal pagi ini dan semalam saya tidak dapat apa itu… rehat yang secukupnya. Jadi minta maaf banyak. Er… Isu terakhir yang saya ingin sentuh ialah tentang gejala dadah. Sebenarnya untuk makluman Dewan Yang Mulia, gejala dadah er… paling tinggi di negeri-negeri yang berada di Pantai Timur iaitu di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kelantan 16,918 kes, Terengganu 10,576 kes dan Pahang 16,150 kes. Dan 37… 73.4% penagih-penagih dadah adalah terdiri daripada anak Melayu kita dan antaranya kalangan belia jugak er… mengambil apa tu mengambil percentage ataupun peratusan yang tinggi.

Persoalan saya apakah tindakan kerajaan bagi menangani isu yang lebih kritikal ini? dan saya menganggap ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak bagi menangani isu ini dan penyelesaian untuk jangka masa panjang turut diperlukan. Maka di sini persoalannya adalah apakah usaha dan langkah yang boleh diadakan bagi menangani isu ini. Maka itu sahaja yang ingin saya sampaikan pada petang ini. Sekian terima kasih kepada Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberikan peluang saya melibatkan… mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan 2019. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat daripada Semambu, kita masih ada lagi masa ya, Yang Berhormat daripada Bukit Ibam ya, sila

Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang. Saya ingin memulakan ucapan saya dengan menyebut Kerajaan Negeri Pahang hari ini ditegapkan berasaskan 25 tiang serinya yang sebahagian besar adalah daripada luar bandar. Ini adalah kiasan daripada saya. Dengan peruntukan RM314.5 bilion daripada Kerajaan Pusat, RM259.8 billion dan RM54.7 bilion untuk pembangunan. Dari jumlah itu, geran kerajaan yang berjumlah RM115 juta untuk pembangunan-pembangunan ini, saya sangat mengharapkan supaya ia dapat diagihkan ke kawasan-kawasan yang sangat memerlukan.

Yang pertamanya saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah meletakkan RM1.2 juta yang diperuntukkan kepada orang-orang asli untuk pembangunan ekonomi dan Orang-orang Asli. Dalam keadaan ini saya amat bersyukur kerana kawasan saya adalah penuh dengan… kawasan saya adalah sebahagian besarnya adalah kawasan-kawasan Orang-orang Asli yang jauh dari kawasan pembangunan, arus pembangunan kita. Di sini yang amat memerlukan ialah air bersih.

Tuan Yang di-Pertua,

Kampung-kampung ini terdiri daripada Kampung-kampung Asli Tenggalung dan juga Kampung-kampung Jubau kita dapati sangat-sangat memerlukan, yang hari ni kita bercakap tentang betapa pentingnya keperluan untuk kita untung dan rugi dalam membentuk kerajaan. Tetapi perlu diingat bahawa kita juga memerlukan air-air yang bersih ini bagi Orang-orang Asli… kampung-kampung Orang Asli dan juga kampung-kampung tradisional kerana mereka ini telah puluhan tahun. Apakah maknanya pembangunan kemajuan sesebuah negeri atau negara itu sekiranya masih ada lagi rakyat-rakyat mereka yang puluhan tahun tidak mendapat air yang bersih.

Kalau kita menilai keuntungan, iya, keuntungan itu kalau berdasarkan 14 dan 18 buah rumah dan kita tidak dapat meneruskannya kerana ia tidak menguntungkan, tidak ada maknanya kita kalau dalam negara yang telah merdeka dan maju ini untuk kita berbangga dengannya.

Untuk itu saya mengharapkan supaya Kerajaan Negeri, Tuan Yang di-Pertua, supaya melihat semula kampung-kampung ini terutamanya di bahagian saya, DUN Bukit Ibam. Seterusnya saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, iaitu pembangunan berhubung dengan projek-projek perumahan dan projek-projek ini juga saya mengharapkan supaya ianya diperluaskan terutamanya Projek Rumah Makmur. Kalau dari Triang tadi berkata tidak memerlukan perumahan-perumahan ini, bagi saya di Bukit Ibam saya sangat memerlukannya dan saya sangat mengharapkan…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan. Wakil dari Bukit Ibam saya ingin membetulkan bukan sikit er... bukannya Triang tidak memerlukan PR1MA tetapi saya cuma menyatakan bahawa di Bera kita sudah ada lebih kurang 8 projek Prima Pahang dan saya cuma mohon tidak dibuat di Paya Lang, itu sahaja.

Okay, saya bagi pihak saya… bagi DUN Bukit Ibam kami sangat memerlukannya dan saya, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, bahawa kita ada banyak tempat yang telah yang boleh dimajukan untuk kawasan rumah makmur dan juga rumah PR1MA. Cuma saya memerlukan penjelasan berapa lama berapa banyakkah lagi… berapa lamakah lagi ia akan dilaksanakan sebab saya tahu ia telah diberikan kepada pemaju-pemajunya. Jadi saya harap supaya tidak lama kerana ia amat memerlukan terutama bagi generasi-generasi muda kita di DN Bukit Ibam.

Seterusnya ialah berhubung dengan jalan raya. Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita kerana dapat menjalin hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan. Berhubung dengan inilah kerana, Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita saya ingin memaklumkan bahawa, jalan antara yang sangat penting yang menjadi tumpuan bagi saya di kawasan DUN Bukit Ibam terutamanya yang menjadi igauan bagi saya kira bagi semua ADUN-ADUN di Bukit Ibam bermula dari PM yang ke-4 hinggalah PM yang ke-7 ini. Itulah lamanya iaitu Jambatan Lubuk Batu dan saya mengharapkan dengan hubungan yang baik yang dapat di jalan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, ia akan menjadi satu kenyataan setelah sekian lamanya.

Seterusnya saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat kerana memberikan peruntukan RM260,000, mintak maaf saya kalau silap, kepada belia-belia kita kerana di saat ini di tempat saya terutamanya saya cukup yakin dan percaya begitu juga di tempat-tempat lain di dalam negeri Pahang ini. Kita menghadapi masalah dengan belia-belia kita yang sekarang begitu ramai dan mereka ini berada di kampung-kampung dengan kurangnya sumber-sumber ekonomi dan juga bantuan-bantuan yang diperlukan untuk mereka memajukan diri terutamanya dalam perniagaan.

Jadi saya mengharapkan supaya dengan adanya bantuan-bantuan ini dan juga geran-geran yang sebegini dapat memajukan lagi perniagaan-perniagaan kepada orang-orang muda kita yang boleh memberikan satu daya saing bagi mereka memajukan diri bersama-sama dengan orang lain.

Dari sektor pelancongan saya juga mengharapkan supaya sektor pelancongan tidak lagi ditumpukan kepada kawasan-kawasan yang telah begitu terkenal. Dan mengharapkan supaya ianya menjadi kenyataan kerana di tempat kita ini walaupun kita ada bukannya kawasan pelancongan berdasarkan air terjun berdasarkan gunung bukit tetapi di kawasan saya, saya kira ladang-ladang juga kita boleh jadikan satu eco-pelancongan bagi membentuk er… sumber ekonomi bagi Kerajaan Negeri Pahang.

Kerana saya pada tahun 2017 telah ada satu international futsal dilaksanakan di ladang, saya ingat Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita cukup sinonim dengan ladang ini ialah Ladang KOSMA. Pada tahun 2017, September itu kita telah mengadakan satu international futsal di situ dan kita harap ianya boleh terus dilaksanakan di tempat-tempat lain.

Dan selain daripada itu juga saya juga mengharapkan supaya pelancongan ini dibawa ke kawasan saya di DUN Ibam kerana ini kita juga ada bukit yang cukup tinggi di bukit PDM

Bukit Ibam itu sendiri yang kita boleh jadikan sebagai tapak atau pun er… stage hang glider. Ha… jadi di situlah saya mengharapkan supaya ia dapat diberikan perhatian oleh EXCO Pelancongan kita dan juga EXCO Sukan.

Dato’ Yang… Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga ingin memaklumkan bahawa, kita perlu juga melihat ladang-ladang yang banyak di negeri Pahang ini, iaitu bukan sahaja berdasarkan ladang kelapa sawit ini, bukan sahaja berdasarkan perahan minyak, dan kelapa sawit juga, kita perlu juga melihat er… produk-produk hiliran daripada ladang-ladang ini. Dan saya suka mencadangkan supaya penambahan ekonomi ini boleh berlaku di er… DUN Bukit Ibam, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menimbangkan untuk membina kilang-kilang er… di ladang-ladang kelapa sawit ini untuk produk-produk hiliran tersebut iaitu, er… daripada buangan-buangan sisa daripada kilang-kilang kelapa sawit.

Itu harapan saya, dan saya juga mengharapkan supaya er… Kerajaan Negeri Pahang meneruskan usaha untuk memastikan… memastikan pembentuk, memastikan er…ekonomi kerajaan ini tidak tertumpu di satu-satu tempat sahaja, dan pembangunannya akan berterusan dan saya berharap supaya ianya akan melimpah ke er… DUN Bukit Ibam kerana dalam tiga-tiga er… Parlimen Rompin ini, antara tiga DUN ini saya melihat bahawa DUN Bukit Ibam ini amat jauh ketinggalan dari segi pembangunannya er… kalau dibandingkan daripada DUN Muadzam dan juga DUN Tioman.

Jadi itulah harapan saya, dan Dato’ Sri, sebelum saya mengundurkan diri saya ada serangkap pantun untuk YB. Dato’ Sri dan juga er… Tuan Yang di-Pertua. Er…

Anak teruna berkain pancung,

Gadis jelita berselimpang sarung,

Tuan umpama ibaratkan payung,

Hujan dan panas tempat belindung.

Untuk itu, saya sudahi dengan wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Er… terima kasihlah YB. daripada Bukit Ibam. Boleh saya benarkan seorang lagi wakil untuk sesi petang ini? Muadzam Shah, ya. Jemput wakil daripada Muadzam Shah.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

[Ayal Al-Quran]. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin melafazkan rasa syukur kepada Alah SWT, kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya saya telah berpeluang untuk mengambil bahagian dalam membahaskan ucapan Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dalam sidang Dewan ini pada hari Isnin yang lalu. Saya yakin dengan kewibawaan pentadbiran dan pengurusan di bawah Kerajaan Barisan Nasional, yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, bajet kali ini ialah bersifat realistik dengan menyediakan peruntukan berjumlah

RM679.46 juta dan dijangka mampu mengutip hasil sebanyak RM703.8 juta dan anggaran perbelanjaan 2019 berkurangan sebanyak RM225.8 juta berbanding 2018, namun kerajaan yakin mampu meningkatkan lebihan hasil berjumlah RM24.43 juta.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya juga berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Besar yang bersifat kepedulian dalam mengagihkan kek… ekonomi negeri kepada masyarakat luar bandar, termasuklah tidak dilupakan kepada masyarakat orang asli.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya juga percaya dan yakin dengan kewibawaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, yang mengetuai Kerajaan Barisan Nasional, tidak akan mengumumkan bajet tambahan sebelum sidang Dewan DUN berakhir atau dalam masa terdekat atau dalam tempoh tidak kurang dalam setahun.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya bersetuju dengan… saya juga bersetuju dengan cadangan daripada Beserah, bahawa kita perlu ada strategi atau blue print dalam usaha meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri untuk mencapai tahap sebuah negara maju dan berpendapatan RM1 bilion.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Pahang adalah sebuah negeri terbesar di Semenanjung dan ianya boleh dimanfaatkan bagi meningkat ekonomi negeri. Berdasarkan apa yang ada di bumi Pahang ini kita boleh mengeksploitasi dan memperkasakan sumber yang lain iaitu pertanian, pelancongan dan perikanan selain daripada hasil tanah dan galian yang telah sedia ada bagi menjayakan hasrat untuk memakmurkan ekonomi Kerajaan Negeri. Pahang harus muncul sebagai pengkalan pendaratan hasil perikanan atau penangkapan ikan di negara ini.

Ini berdasarkan Pahang mempunyai laut yang lebih luas dan memiliki pulau-pulau yang banyak. Dan untuk mempertingkat dengan hasil laut sebagai contoh, pihak kerajaan perlu memperbanyakkan tukun-tukun tiruan sebagai rumah atau tempat pembiakan ikan dalam perairan negeri Pahang. Kalau ini dapat dilaksanakan, saya percaya Pahang lebih jauh ke hadapan berbanding negeri Terengganu dan Kelantan.

Pahang juga perlu muncul sebagai negeri pertanian yang komersial utama di negara kita ini. Pahang memiliki tanah pamah yang luas, Pahang juga memiliki tanah paya yang luas, Pahang juga memiliki tanah berbukit tinggi yang luas dan sebagainya yang sesuai untuk di… dengan berbagai tanaman komersial. Kalau ini dapat dilaksanakan, Pahang juga jauh ke hadapan dalam pengeluaran hasil pertanian berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Pahang juga semestinya menjadi negeri peneraju utama dalam sektor pelancongan negara. Ini memandangkan negeri kita mempunyai bukit-bukau, gunung-ganang, pulau-pulau serta persisir pantai yang panjang, laut yang luas dan bersih sepatutnya Pahang juga lebih ke hadapan berbanding negeri Melaka dan Pulau Pinang serta negeri-negeri lain.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya dengan penuh hormat memohon ruang bagi menyampai dalam sidang Dewan ini tentang kedudukan sebenar perihal keadaan Rompin dari segi ekonomi, sosial dan budayanya. Daerah Rompin ini merupakan kawasan anugerah Allah sangat berpotensi besar sebagai kawasan pelancongan untuk diketengahkan. Untuk makluman sidang Dewan, kedudukan Rompin yang memiliki persisiran pantai yang putih dan bersih serta berkedudukan strategik mengadap Laut China Selatan yang terbentang luas.

Di samping itu, Rompin juga mempunyai gugusan pulau yang sangat indah seperti Pulau Tioman, Pulau Sri Buat, Pulau Aceh, Pulau Duchong dan lain-lain yang menggamit kehadiran pelancong ke daerah Rompin. Laut China Selatan terbentang luas juga menjadi sumber rezeki kepada nelayan-nelayan laut. Malahan menjadi aset pelancongan daerah Rompin dalam pertandingan memancing peringkat antarabangsa setiap tahun seperti Royal Pahang Billfish International Challenge, pertandingan er… casting, jigging dan sebagainya.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Di sebalik lautan terbentang luas di sebelah timur, Rompin juga dianugerahkan oleh Allah dengan kehijauan hutan dan tanah yang subur di sebelah barat, yang juga tidak kurang pentingnya bukan sahaja sebagai sumber rezeki, tetapi juga memiliki spesis flora dan fauna yang boleh dijadikan pusat rekreasi dan tempat riadah bagi menarik perhatian pelancong untuk menikmati sifat semula jadi keindahan alam. Malahan kawasan hutan tersebut telah dijadikan tempat kajian dan penyelidikan perhutanan seperti Hutan Simpan Lesong. Malah di situ juga terdapat satu kawasan air terjun yang dinamakan Air Terjun Harimau Berjemur yang boleh diketengahkan sebagai satu produk pelancongan baru di daerah Rompin. Saya yakin ianya boleh menggamit kedatangan ribuan pelan… pengunjung dalam dan luar negara. Manakala di bahagian selatan pula terdapat Taman Endau… Taman Negeri Endau/Rompin yang menyimpan berbagai khazanah hutan rimba bersifat flora dan fauna yang berusia jutaan tahun.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Daerah Rompin juga terdapat tiga batang sungai utama iaitu Sungai Rompin, Sungai Pontian dan Sungai Endau yang menjadi sumber rezeki kepada nelayan sungai. Di situ juga terdapat berbagai spesis kehidupan akuakultur antaranya udang galah yang yang sememangnya telah sinonim sebagai wajah dan identiti Rompin khususnya. Selain itu, dengan kepelbagaian spesis-spesis air tawar di ketiga-tiga sungai ini, yang mana ianya sangat bernilai tinggi seperti baung, lais, sengarat, tapah termasuklah ikan ketutu atau ikan ubi yang mencapai harga ratusan ringgit bagi setiap kilogram. Spesis-spesis ini mempunyai keenakan yang setanding malah tidak melampau jika saya nyatakan di sini keenakannya itu, mungkin lebih daripada keenakan ikan Patin di Temerloh. Selain daripada kehidupan sungai pada ketika ini juga wujud rumah-rumah rakit sebagai produk pelancongan baru di Daerah Rompin yang mana rumah-rumah rakit ini telah menjadi tarikan kedatangan kaki-kaki pancing er… kaki-kaki pancing sungai termasuk dari seluruh negara.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Hasil daripada jasa bakti Kerajaan Barisan Nasional selama ini yang tidak dapat dinafikan telah banyak membawa impak pembangunan di daerah Rompin dan telah dinikmati oleh rakyat. Atas keprihatinan tersebut saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepedulian serta jasa besar pemimpin peringkat daerah, negeri dan nasional yang telah merencanakan pembangunan strategik ekonomi di Rompin yang mana telah melahirkan wajah baru, potensi, kemajuan sektor pertanian termasuklah di DUN Muadzam Shah seperti projek lembu tenusu di MARDI Muadzam Shah yang telah mengeluarkan hasil pada hari ini.

Terima kasih juga saya mengucapkan kepada Kerajaan Negeri yang telah meluluskan tanah seluas 5,000 ekar untuk tanaman nenas dengan pembangunan fasa pertama seluas 1,500 ekar kini telah menampakkan hasilnya. Selain daripada itu, antara pembangunan lain yang diwujudkan adalah seperti projek menaik taraf Lapangan Terbang di Lanjut, pembinaan hotel baru Lanjut Beach and Golf Resort oleh pihak PNB termasuklah er… Jeti Terminal Feri di Tanjung Gemok bagi kemudahan pelancong ke Pulau Tioman serta lain-lain kemudahan prasarana pelancongan di Pulau Tioman yang terletak di dalam DUN Tioman.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Selaku Wakil Rakyat menggalas tanggungjawab bagi menunaikan amanah dan menyediakan ruang-ruang, peluang-peluang akademik kepada rakyat, maka saya telah mengambil langkah proaktif dengan kaedah turun padang, saya berjumpa, berbincang dan sama-sama mengembleng buah fikiran bagi mengenal pasti apa sebenarnya kehendak rakyat dan bagaimanakah untuk membantu mereka meningkatkan taraf hidup. Justeru itu, saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk melihat potensi besar kawasan Menchali sebagai bandar kelima selepas Bandar Kuala Rompin, Bandar Muadzam Shah, Tanjung Gemok dan Bandar Tun Razak. Kawasan Menchali ini dicadangkan dengan… dengan nama Pusat Pertumbuhan Ekonomi Desa Menchali sempena mengamil… mengambil nama Hutan Simpan Menchali itu sendiri.

Untuk makluman Yang di-Pertua, dalam Sidang Dewan… dan Sidang Dewan, Kawasan Ekonomi Desa Menchali ini meliputi bebe… beberapa kampung tradisi yang terletak di sepanjang jajaran Hutan Simpan Menchali iaitu sendiri seperti Kampung Gading, Kampung Menchali, Kampung Leban Chondong, Kampung Ayau dan Kampung Rantau Panjang. Hutan Simpan Menchali ini berkawasan 790 hektar yang dibahagikan kepada 12 kompartmen. Kompartmen 1 hingga 6, berstatus Hutan Simpan Menchali yang terletak di sebelah barat menghala ke Rompin dan seluas 386.2 hektar. Manakala kompartmen 7 hingga 12 terletak di sebelah timur berkeluasan 403.8 hektar telah diwartakan sebagai hutan lipur pada 11 Januari 2010.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Ingin saya nyatakan di sini malangnya sebahagian daripada Hutan Simpan Menchali yang meliputi kompartmen 1, 2, 3 dan 4 di sebelah barat, telah berlaku tragedi kebakaran pada tahun 2017 akibat daripada kemarau yang berpanjangan. Begitu juga dengan kompartmen 9 dan 10 yang telah diwartakan sebagai hutan lipur juga mengalami tragedi yang sama. Lantaran itu bagi merealisasikan impian rakyat untuk melihat wajah baru kemajuan dan pembangunan kawasan Menchali ini, maka saya dengan penuh rasa keinsafan dengan ini mencadangkan dan memohon kepedulian, keprihatinan dan

tindakan segera Kerajaan Negeri Pahang untuk menjadikan kawasan ini sebagai satu perjuangan baru untuk memakmurkan ekonomi rakyat dan masalah di kawasan ini.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Bagi mencapai hasrat ini pertama, saya mencadangkan di Dewan Yang Mulia ini kawasan yang telah terbakar tersebut tadi dikeluarkan daripada rizab Hutan Simpan Menchali bagi membangunkan kawasan ini untuk dijadikan Pusat Pertumbuhan Desa Ekonomi Menchali seperti mana yang telah saya cadangkan untuk mewujudkan bandar kelima di Daerah Rompin. Saya merayu kepada pihak yang terbabit termasuk Pejabat Perhutanan Negeri serta lain-lain jabatan yang terlibat bagi mengkaji cadangan yang dikemukakan agar harapan rakyat ini dapat direalisasikan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya ingin memaklumkan di Dewan ini… di Dewan ini, Rompin telah menubuhkan satu jawatankuasa pelancongan bagi membangunkan, menyemarak serta memajukan lagi industri pelancongan di Daerah Rompin. Cetusan idea Ahli Parlimen Rompin, Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Hassan bin Ariffin dan dengan sokongan semua Ahli Yang Berhormat daripada er… Tioman, daripada Ibam dan saya sendiri selaku ADUN Muadzam Shah serta Pegawai Daerah er… jawatankuasa serta lain-lain jawatankuasa yang lain merancang untuk menjayakan Tahun Melawat Daerah Rompin pada tahun 2020 atau satu nama lain yang akan diputuskan kemudian.

Langkah ini adalah satu pendekatan yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan industri pelancongan di Daerah Rompin dengan kewujudan sektor perladangan komersial seperti ladang nenas, pertanian, penternakan lembu tenusu secara komersial serta sektor pertikanan… perikanan ini juga mampu dijadikan pemangkin kemajuan industri er… agro pelancongan.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada EXCO Pelancongan Pahang iaitu er… dari er… YB. Lanchang dan Timbalan er… EXCO Pelancongan er… YB Peramu… Peramu yang telah hadir ke Perasmian Penutup Seminar dan Bengkel Pelancongan Daerah Rompin yang telah diadakan pada 15 November yang lalu. Ini menunjukkan satu sokongan daripada Kerajaan Negeri…

Yang Hormat Yang di-Pertua, mohon laluan ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, sila Yang Berhormat.

Nak tanya Wakil ADUN apa ni… Muadzam Shah. Daerah Rompin ini terkenal er… sebagai jelapang padi Rompin dan Pekan ya. Adakah er… dalam perancangan ADUN

Muadzam bahawa jelapang ini salah satu er… tarikan untuk tourism Rompin? Terima kasih.

Tuan Ir Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih daripada Tioman. Er… ya… er… lapangan… er… apa ini… kawasan jelapang padi juga adalah satu er… apa ni… kawasan… untuk kawasan… apa ni… pelancongan ya… agro-pelancongan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Ini menunjukkan satu sokongan daripada pihak Kerajaan Negeri atas apa yang telah kami lakukan bagi menjadikan… menjayakan industri pelancongan di daerah Rompin.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Yang kedua dalam usaha untuk menyediakan beberapa prasarana penting seb… sebagai lokasi yang wajib dikunjungi oleh para pelancong, maka di kawasan Hutan Simpan dan Hutan Lipur Menchali yang masih kekal, pihak kami telah mengenal pasti beberapa lokasi yang sangat bersesuaian untuk dijadikan daya tarikan utama pelancongan di daerah Rompin dan negeri Pahang. Antara daya tarikan utama yang kami maksudkan tadi yang perlu dibangunkan segera ialah eko-rimba Menchali.

Di sini perlu diwujudkan Pusat Penerangan Pelancongan Daerah Rompin. Selain itu dicadangkan juga diwujudkan sebuah kompleks pelancongan yang dilengkapi dengan beberapa unit chalet, restoran dalam rimba, kawasan parkir yang luas untuk kenderaan berat dan ringan, track berjalan kaki, track berbasikal dalam rimba dan kawasan bagi memburung atau birding serta sebuah pondok polis juga patut didirikan di sini kerana tiada makna sebuah kemajuan tanpa sebuah jaminan keselamatan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Kita sedia maklum Royal Pahang Billfish International Challenge antara produk pelancongan negeri Pahang yang mencapai tahap antarabangsa. Sebagai salah seorang daripada rakyat negeri Pahang yang ingin melihat aktiviti sukan memancing ataupun sport fishing, dengan izin, ini sebagai salah satu produk pelancongan utama negeri Pahang yang mencapai tahap antarabangsa maka saya dengan berbesar hati ingin mencadangkan di Dewan Yang Mulia ini satu kejohanan bertaraf antarabangsa dilaksanakan pada tahun 2019 iaitu Kejohanan Cabaran Memancing Laut Dalam Peringkat Antarabangsa Kuala Rompin Piala Menteri Besar Pahang atau nama yang difikir lebih sesuai.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Kejohanan ini membawa satu konsep baru, iaitu di mana para pemancing akan dibawa ke laut dalam sekitar 10 hingga 15 batu nautika daripada muara Sungai Rompin. Mereka ini akan memancing spesis-spesis ikan yang berkualiti tinggi dimana ikan-ikan ini bergred A seperti ikan tenggiri, kerapu bara, ikan merah, ebek dan lain-lain spesis. Mereka ini juga akan dibenarkan membawa pulang hasil tangkapan mereka untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan mereka. Saya percaya dengan promosi yang agresif dan masa

yang sesuai dalam kalendar pelancongan cas atau yuran yang difikirkan berpatutan serta hadiah yang lumayan kejohanan ini akan mampu menjulang lagi nama daerah Rompin dan negeri Pahang serta Malaysia dalam peta pelancongan dunia.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya juga akan… saya juga akan er… kita juga akan menggalakkan peserta ini membawa bersama keluarga mereka yang mana sekiranya suami menyertai pertandingan memancing, isteri serta anak-anak mereka boleh menyertai program yang disusun mengikut seperti melawat kawasan-kawasan pelancongan menarik. Mereka ini boleh berkunjung ke Ladang Nenas di Kampung Tanam, Ladang Tenusu di Muadzam Shah, menikmati aktiviti memburung, berbasikal di rimba… eko-rimba Menchali, bermandi-manda di… di Air Terjun Hutan Harimau Berjemur atau di Pantai Rompin sambil menikmati keindahan persisir pantai, melihat aktiviti pertanian di sawah padi Rompin, menanam er... seperti menanam padi dan mengemping serta pelbagai aktiviti selepas musim menuai. Selain boleh menikmati duduk di rumah rakit yang terdapat di Sungai Rompin dan Sungai Pontian serta lain-lain aktiviti.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Kita dapat membayangkan dan menggambarkan dengan jelas cabaran Kejohanan Memancing Laut Dalam ini mampu memberi impak yang menyeluruh kepada poket rakyat seperti pengusaha bot memancing, pengusaha chalet, hotel, rumah rakit, pengusaha restoran, para pekedai, nelayan laut dan sungai, pemandu pelancong serta masyarakat setempat secara keseluruhannya. Kejohanan ini juga adalah pemangkin kepada aktiviti pelancongan Tahun Melawat Daerah Rompin pada tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua,

Di kesempatan ini juga, di Dewan Yang Mulia ini ingin saya membawa permasalahan dua perkampungan Orang Asli yang dihadapi oleh masyarakat di kawasan saya akan mendapat perhatian dan tindakan segera daripada Pihak Berkuasa Negeri. Pertama, ialah masalah jalan dari Kampung Kedaik Asal hingga ke Kampung Rantau Panjang Kedaik dengan jaraknya lebih kurang 7 kilometer. Pada ketika ini keadaan di situ jalan tanah merah yang teruk serta berlubang adalah sangat menyukarkan penduduk kampung terutamanya untuk urusan harian khususnya menghantar anak ke sekolah yang terpaksa keluar awal pagi. Selain kepada mereka yang kerja, keluar bekerja dan sebagainya kerana ianya merupakan jalan utama keluar masuk ke kampung ini. Dan keadaan lebih sukar apabila waktu musim tengkujuh seperti sekarang ini.

Perkara kedua adalah masalah tekanan air rendah yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli di Kampung Kerpal. Keadaan ini amat menyukarkan, keadaan kehidupan mereka seharian. Saya amat mengharapkan kedua-dua permasalahan ini diberi perhatian khusus oleh pihak Kerajaan Negeri agar tindakan segera dapat diambil.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Ketiga, saya juga ingin menzahirkan rasa kecewa dan ketidakpuasan hati masyarakat kampung di kawasan saya. Saya mohon pihak Kerajaan Negeri mengambil perhatian dan pertimbangan semula sekiranya benar kelulusan telah diberi kepada Perbadanan

Setiausaha Kerajaan Negeri dan pajakan telah diberikan kepada sebuah syarikat di Kampung Hitam... di Kampung Tebu Hitam bagi tujuan menanam kelapa sawit, di mana keluasan tanah atau sehingga ke sempadan lot penempatan perumahan masyarakat di Kampung Tebu Hitam. Saya juga berharap sebelum kelulusan dikeluarkan dapatlah juga pandangan daripada Wakil-wakil Rakyat setempat.

Tuan Yang di-Pertua,

Keempat, saya juga mengharapkan Pihak Berkuasa Negeri memandang serius akan permasalahan penerokaan tanah haram, tanah kerajaan secara haram yang dilakukan oleh individu-individu tertentu di Rompin khususnya dalam DUN Muadzam Shah yang sangat berleluasa ketika ini. Perhatian dan tindakan segera perlu diambil supaya masalah ini dapat dihentikan kerana ianya sangat merugikan dari sudut hasil Kerajaan Negeri. Selain daripada itu, sudah pasti pembukaan atau penebangan hutan yang tidak terkawal akan membawa kesan dan punca kepada pencemaran alam sekitar.

Tuan Yang di-Pertua,

Akhir kalam, saya dengan rasa penuh sedar dan bertanggungjawab bagi sama-sama membantu Kerajaan Negeri Pahang dalam memacu ekonomi Kerajaan Negeri dengan ini mohon menyokong. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat daripada Muadzam Shah. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk hari ini saya perhatikan seramai 9 orang ahli telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan saya mengucapkan ribuan terima kasih.

Sebelum saya menempohkan dewan kita pada petang ini, sukacita saya memaklumkan bahawa di ruang legar Wisma Sri Pahang, di luar dewan ini terdapat 2 piala telah dipamerkan untuk sama-sama ditonton iaitu Piala Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, di mana daerah Kuantan adalah johan mengalahkan daerah Jerantut. Dan kedua, Piala Raja-raja Melayu, di mana Pahang telah menjadi johan mengalahkan Terengganu. Kita ucapkan tahniah kepada pasukan-pasukan yang berjaya dan tahniah juga kepada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan dan badan-badan bukan kerajaan atas usaha kejayaan ini.

Baiklah, saya bercadang untuk menyambung semula persidangan kita pada hari esok, Khamis 22 November 2018 bermula pada pukul jam 9.30 pagi. Persidangan ditempohkan. Terima kasih.

[Persidangan ditempohkan pada pukul 4.41 petang]