Pahang · 22 November 2018
14th Assembly, 1st session, 3rd meeting · 197 turns · 25,099 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Pahang Keempat Belas di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari Ketiga (Khamis)
: 22 November 2018
Bersamaan
: 14 RabiulAwal 1440 Hijriah
Masa
: 9.30 pagi
DOA
Perkara Pertama: Doa
Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani kepada-Nya terpulang kepada segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah berkat-Mu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan taufik-Mu dipohonkan menyuluh, memandukan kepada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian.
Ya Allah dipohon doa kami diperkenan. Aamin Ya Rabbal Alamin.
Pertanyaan Dan JawapanQuestions
Perkara kedua: Pertanyaan dan Jawapan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera dan Selamat Pagi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan pada hari ini dan saya lihat Ahli-ahli Yang Berhormat berada di dalam cergas dan ceria pada pagi ini. Alhamdulillah.
Bagi meneruskan aturan mesyuarat pada kali ini, saya menjemput Yang Berhormat ADUN Kawasan Luit untuk mengemukakan soalan.
Terima kasih Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua, soalan saya adalah seperti pertanyaan nombor 1. Terima kasih.
[Apakah status pembinaan asrama Sekolah Menengah Agama Maran yang telah dijanjikan peruntukan berjumlah RM4.5 juta oleh Mantan Menteri Besar Pahang pada tahun 2017 yang telah musnah akibat kebakaran. Sehingga kini pelajar masih menggunakan kediaman pengetua, warden dan stor lama sebagai tempat tinggal.]
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Luit kerana bertanyakan soalan berkenaan dengan pembinaan asrama Sekolah Menengah Maran yang terbakar tempoh hari, di mana bekas Menteri Besar telah berjanji akan menyelesaikan masalah ini. Untuk makluman Yang Berhormat, er… bekas Menteri Besar telah pun… yang juga ADUN Pelangai, telah pun menunaikan janjinya yang telah menyalurkan… mendapatkan peruntukan sejumlah RM4 juta lebih dan sebanyak RM2.250 juta telah pun disalurkan kepada Akaun Amanah SUK Pahang pada 27 Oktober 2017.
Malangnya, projek ini telah ditangguhkan selepas 9 haribulan Mei... ditangguhkan selepas 9 haribulan Mei apabila er... pihak Kerajaan Negeri ada menerima surat bertarikh 17 haribulan Mei yang menyatakan semua projek Kerajaan Persekutuan yang belum dikeluarkan Surat Setuju Terima adalah ditangguhkan, ditangguhkan tapi bukan dibatalkan. Maknanya projek ini telah ditangguhkan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, duit telah ada, peruntukan dan disalurkan separuh daripadanya dan tender telah pun dibuat, tetapi masih belum dikeluarkan surat tawaranlah dan kita menerima arahan daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi Yang Berhormat fahamlah kan? Kerajaan Persekutuan. Jadi telah ditangguhkan.
Saya ingin menyatakan di sini bahawa er... untuk membaiki asrama ni sangat penting kerana ianya memberikan keselesaan kepada anak-anak kita yang belajar di sekolah tersebut dan untuk sementara ini, pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Agama Maran ni telah ditempatkan di stor simpanan tetapi stor tersebut telah dibaik pulih. Agak selesa sedikitlah tetapi masih tidak selesa seperti... sekira ianya dibaik pulih. Jadi hari ini saya...saya minta supaya Kerajaan Persekutuan meneruskan er... bantuan menyalurkan peruntukan kerana peruntukan telah pun ada. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan yang seterusnya, saya jemput Yang Berhormat ADUN Kawasan Mentakab.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk mengemukakan soalan nombor 2.
[Sila Kerajaan nyatakan a) Adakah kerajaan membenarkan penduduk Kampung Baru Cina melanjutkan tempoh pajakan daripada 66 tahun ke 99 tahun?
b) Adakah kerajaan bercadang mempercepatkan proses permohonan melanjutkan tempoh pajakan? Jika tidak, berapakah lama akan diambil untuk memprosesnya?]
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri tiada halangan bagi penduduk Kampung Baru Cina untuk melanjutkan tempoh pajakan daripada 66 tahun ke 99 tahun dengan syarat permohonan perlulah dikemukakan kepada Pejabat Daerah dan Tanah melalui Borang 31 KTP 1992 (Pindaan 2018) dan dikenakan bayaran permohonan sebanyak RM100 mengikut Kaedah 57 (17A) KTP 1992 (Pindaan 2018). Jawapannya bolehlah Yang Berhormat, ya.
Manakala bagi tujuan untuk mempercepatkan proses permohonan, saya ingin menyatakan di sini bahawa er... keadaannya telah kita percepatkan. Kalau dahulu kena serah balik Borang 12A, kemudian kena mohon semula, tetapi sekarang ni Yang Berhormat bagitau er... rakyat di kawasan Mentakab, boleh mohon terus dengan mengisi Borang 31. Dulu dia serah,isi... isi 12A. Dua kali kerjalah tapi sekarang ni sekali je kerja. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri iaitu untuk membaiki sistem penyampaian awal delivery system, dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat ADUN Kawasan Bukit Ibam.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan soalan nombor 3.
[Adakah Kerajaan Negeri Pahang bercadang untuk memajukan tempat-tempat lain negeri Pahang yang berpotensi sebagai pusat pelancongan yang baru?]
Yang Hormat Yang di-Pertua,
Ciri utama perlu ada sebagai… bagi sesebuah destinasi pelancongan adalah ia mestilah menarik untuk menjadi tarikan pelancong. Pelancong sering mencari sesuatu yang unik. Justeru keunikan harus ditekankan dalam mengenal… mengenalpasti dan seterusnya mempastikan kemudahan yang se... bersesuaian sebelum ianya boleh dipromosi. Produk pelancongan bukan sahaja terdiri daripada tarikan pelancong seperti gunung, pantai, gua tetapi juga merangkumi kemudahan asas infrastruktur yang dinyatakan di atas perlu dikenal pasti dan disediakan sebelum sesuatu produk boleh dipasarkan.
Soalan tambahan. Terima kasih kepada Dato’ Sri Yang di-Pertua, er… soalan tambahan saya adalah memandangkan penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan telah bertambah er… dengan adanya penerbangan harian dari Air Asia setiap hari sekarang, dan dengan juga adanya Firefly dengan Scoot Airline dari Singapura. Er… soalan saya adalah, apakah langkah Kerajaan Negeri er… untuk capture, dengan izin atau pun dengan menarik ya, pelancong-pelancong dari tempat-tempat er… apa tu er… asal, contohnya dari Kuala Lumpur memandangkan sudah ada connecting flight ke Kuantan dan pelancong dari Singapura untuk mengunjungi Kuantan dan seterusnya Pahang. Terima kasih.
Yang Hormat Yang di-Pertua,
Sememangnya kita mengetahui bahawa dengan izin, connectivity atau pun accessibility, dengan izin adalah merupakan perkara yang sangat penting. Terutama sekali kepada pelancong-pelancong kerana mereka tidak mahu pergi ke sesuatu tempat itu, ianya akan mengambil masa yang sangat lama. Dia nakkan supaya naik kapal terbang, turun kapal terbang, sampai ke tempat tersebut. Sebab tulah di antara perkara yang nak kita buat adalah sebagai contohnya di Tioman, kita sangat memerlukan lapangan terbang kerana masalah feri dan juga bot yang tidak menentu terutama sekali musim tengkujuh.
Walau bagaimanapun Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita lihat bahawa kedatangan pelancong yang datang pada tahun lepas terutama sekali di Kuantan adalah seramai 2.43 juta. Peningkatan yang sangat memberangsangkan, dan er… pada tahun ini sehingga bulan Jun 2018 kehadiran pelancong adalah 900 ribu, dan kita yakin bahawa menjelang akhir tahun ini ianya akan bertambah.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kita sememangnya nak mempastikan supaya connectivity ini berjalan, dan sekarang ini kita juga sedang mempastikan bahawa promosi kita selain daripada Scoot Airline daripada Singapura, begitu juga dengan Firefly yang juga ke Singapura dan sekarang ini Air Asia. Er… dan sudah tentulah kebanjiran pelancong itu akan kita er… akan kita dapati, dan ianya akan memberi manfaat kepada penduduk tempatan. Dan kita juga sedang merancang supaya er… penerbangan… penerbangan dengan izin, scheduled flight. Sekarang ini non schedule flight memang ada daripada negeri China iaitu kapal terbang yang di chartered khas terutama sekali pergi ke Club Med.
Sememangnya ada tiga, dua atau tiga kali seminggu di Kuantan, dan sekiranya kita dapat scheduled flight daripada China, maka pelancong er… ianya akan… sebagai contoh pelancong daripada negeri China akan turun ke… di Kuantan dan mereka akan balik mengikut KLIA. Begitu juga er… sekiranya mereka daripada KLIA er… turun di KLIA kemudian akan balik di Kuantan. Insya-Allah, 29 haribulan ini delegasi er… Pahang Convention And Tourist er… And... And Visitors Bureau yang kita tubuhkan, semuanya private initiative. Tidak kena mengena dengan Kerajaan Negeri. Kita hanya memantau insya-Allah kita akan ke sana untuk melakukan promosi ini. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih…terima kasih Yang Hormat Dato’ Yang di-Pertua, sebelum ini kita ada er… airline terus ke Pulau Pinang tapi sudah dibatalkan. Er… bagi kami, kita terima ramai yang memin… memohon dan meminta kerajaan timbang semula airline terus ke Penang diadakan semula, terima kasih.
Yang Hormat Yang di-Pertua,
Sesebuah syarikat penerbangan adalah merupakan satu perniagaan dan sudah tentulah perniagaan ini mereka akan… akan menentukan sama ada pengurusan ataupun er… pelaksanaan program tersebut er… berjalan. Dia mesti ada untung rugi dan sememangnya kita dapati bahawa kemungkinan ya, kemungkinan, mereka mengambil keputusan untuk tidak memberhentikan penerbangan ke Pulau Pinang ini adalah kerana kurangnya penumpang.
Jadi sebab itulah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita sentiasa memantau dan kerana itulah kalau dulunya kita ada Air Asia, peringkat awalnya Air Asia ada di sini. Tetapi kemudian mereka memberhentikan service mereka tapi sekarang datang balik. Scoot Airlines daripada…daripada… daripada er… daripada Singapura sebagai contoh. Kita menyatakan from Kuantan to London, tapi from Kuantan to London tu dia pergi Singapura dulu, kemudian baru ke London. Jadi sebab itulah kita sentiasa er… dari masa ke semasa akan mengadakan perjumpaan dan bertanya dan kerana itulah kita mesti memperbanyakkan lagi promosi.
Jadi kalau kita bagitahu negeri Pahang tak bagus, tak elok dan sebagainya, teruk. Hah… jadi pelancong pun tak nak datang. Jadi semua kita mesti mempunyai objektif yang satu. Apabila pelancong datang mereka akan belanja duit dan yang akan manfaat adalah industry players, dengan izin, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terus kepada pengusaha-pengusaha. Jadi Wakil daripada Teruntum, kita akan bincang balik dengan Firefly supaya mereka er… meneruskan perkhidmatan ke Pulau Pinang, terima kasih.
Soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat ADUN kawasan Kemayan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.
[Apakah perancangan pihak kerajaan negeri untuk memperkasa dan perhebatkan pertanian dan industri asas tani di negeri Pahang ini. dengan memberi penekanan kepada aktiviti-aktiviti up stream dan down stream, sebagai contoh;
Bermula dari aktiviti pengeluaran biji benih bermutu sehingga penghasilan produk-produk hiliran.]
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Wakil sahabat saya, Wakil daripada Benta er… merupakan Exco Pertanian Asas Tani dan Bioteknologi. Beliau sekarang ini berada di MAHA, di Universiti Pertanian ataupun di Serdang kerana menghadiri Majlis Perasmian yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Yang Hormat Yang di-Pertua,
Sememangnya dulunya persepsi pertanian ini adalah bertanam dan kemudian kita jual hasil tersebut, iaitu apa yang kita katakan sebagai up stream, tetapi sekarang ini Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita mesti ada downstream, sebab itulah antara transformasi yang dibuat adalah dengan menukar nama kementerian tersebut daripada Kementerian Pertanian kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sememangnya Kerajaan Negeri yang kita tahu, bahawa negeri Pahang adalah merupakan negeri yang… yang bergantung kepada pertanian ini. Kalau kita lihat, kita ada Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Lanchang, di… di… di Jelai. Kemudian kita ada di Rompin dan juga program-program pertanian yang berterusan, nak mempastikan supaya mereka ini akan mendapat benih dan juga pokok yang bermutu. Apa yang kita sebut sebagai from lab to table. Nak pastikan bahawa benih tersebut, dan sekarang ini juga kita sedang mempromosi iaitu durian Musang King dan kita sememangnya nak menjadi hab kepada Musang King di Asia Tenggara ini.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kita yakin dan percaya bahawa jika kita hanya menjual bahan mentah sahaja ianya… ianya nilai tersebut sememangnya agak rendah tetapi kalau kita letakkan sedikit dengan izin, value added kepada sebagai finished product, dengan izin, sudah tentunya ianya sangat tinggi nilai kalau kita tengok sendiri di papan-papan tanda di… di Lebuhraya Pantai Timur, kita dapati bahawa ada jus durian belanda sebagai contoh. Ianya ditanam di Lanchang dan kemudian ianya diproses dan dibuat jus durian belanda, dan kita ada Technology Park di Raub yang ianya dibangunkan oleh kerajaan yang dulu, yang untuk mengajar petani-petani yang inginkan untuk menghasilkan finished product ini, dengan izin, untuk mereka melakukan packaging dan sebagainya.
Sebab itulah tuan-tuan dan puan-puan sekalian, produk hiliran yang dikeluarkan hasil bimbingan Jabatan Pertanian ini er… sebagai contoh yang saya sebut tadi nang… sama ada keropok nangka, begitu juga dengan keropok, begitu juga dengan er… dengan durian belanda dan sebagainya. Ianya sangat memberikan faedah kepada er… petani-petani kita apatah lagi sekarang ini apabila er… ledakan maklumat mereka boleh order online dan ianya pendapatan mereka lebih bertambah lagi. Terima kasih.
Sila Beserah.
Assalamualaikum WBT, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih pihak kerajaan di atas jawapan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Kemayan. Saya meneliti er… buku Belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat pada hari Isnin yang lalu berdasarkan jawapan kepada pihak negeri, saya
jangkakan tidak ada sebarang perubahan akan berlaku dalam sektor pertanian untuk tahun 2019, kerana perbelanjaan atau belanjawan yang diperuntukkan kepada Jabatan Pertanian Negeri Pahang berbandingkan dengan 2018 hanya beza RM300 ribu untuk tujuan perkhidmatan dan bekalan. Selain daripada itu, emolumen kekal. Bermakna kita tidak melihat satu… satu lonjakan atau kesungguhan yang boleh diambil sebagai satu permulaan yang baik bagi kita memajukan industri asas tani ini sama ada upstream ataupun downstream dengan belanjawan yang sama macam tahun-tahun sebelum ini.
Maka saya harap pihak kerajaan boleh menilai dan melihat semula kesungguhan dan kesanggupan kita untuk mengangkat industri asas tani ini sebagai sumber pendapatan samping ataupun utama negeri kerana kita ada tanah yang besar, luas dan sebagainya dengan memberikan peruntukan ataupun dengan memberikan pengkhususan khas terhadap fokus kepada satu-satu sektor atau satu-satu bidang pertanian sama ada perikanan ataupun buah-buahan atau sebagainya, dan beri tumpuan supaya dia jadi satu ikon negeri Pahang yang betul-betul berjaya. Jadi pan… pada er… soalan saya adakah pihak kerajaan sanggup untuk memberikan peruntukan yang lebih dan khusus bagi memajukan industri asas tani ini bagi membolehkan dia menjadi sumber pendapatan negeri. Terima kasih.
Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli daripada Beserah. Beliau sangat petah bertanya dan juga sangat petah menjawab. Kalau ada sebelah ini lagi baik. Senang, kami semua duduk, dia seorang je menjawab.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Dia ada dua, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Satunya adalah dengan izin, government initiative. Satu lagi adalah dengan izin, private initiative. Sebenarnya kalau kita lihat sebagai contoh di Taman Kekal Pengeluaran Makanan iaitu di Lanchang, sebab kawasan saya, yang diusahakan oleh kerajaan sepenuhnya yang dibantu sepenuhnya oleh kerajaan hanyalah lebih kurang dalam 20%, yang lainnya adalah private initiative. Sememangnya Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sekarang ini kita kena apa yang kita katakan, we have to face the reality, kita kena belajar menerima realiti sebenarnya.
Kalau dulu kita memang boleh syok syok kerana Kerajaan Pusat adalah abang kita, sekarang Kerajaan Pusat bukan lagi. Kita berbeza dari segi parti politik dan sememangnya kita sangat menggalakkan pihak swasta untuk datang, untuk mereka bertanam. Saya nak ambil contoh ya, durian Musang King. Saya kira bahawa kalau di seluruh negeri Pahang ini kita lebih daripada 10 ribu ekar Musang King yang telah pun ditanam termasuklah er… kita sebagai contoh menggantikan tanaman hutan, hutan. Durian adalah merupakan juga pokok er… yang dikirakan pokok hutan yang ianya adalah merupakan tanaman yang kekal yang akan hidup selama 20, 30, 40 tahun.
Sebagai contoh kita ambil untuk kita menggantikan sebagai hutan-hutan yang dulunya kawasan balak tetapi kita tanam durian sebagai contoh, dan ini adalah merupakan usaha yang nak dibuat, kerana itulah Kerajaan Negeri, kita akan lebih apa yang kita kata, investor friendly dan kita sangat menggalakkan kerana kita tahu ke… keupayaan kita untuk… untuk kita er… berbelanja lebih di dalam er… sektor pertanian ini tetapi sebenarnya dari segi infrastrukturnya kita agak lengkap. Sekarang ini kita perlukan, kita menggalakkan juga untuk kita buka kawasan-kawasan yang baru supaya ianya dibuat, yang apa namanya ditanam dengan pertanian tanaman-tanaman pertanian
yang diusahakan oleh pihak swasta. Jadi kerana infrastruktur asasnya telah pun ada, jalan dan sebagainya tapi yang penting sekali adalah untuk er… pihak… pihak swasta melabur dengan skala yang lebih besar lagi supaya kita boleh menjadi ikon.
Walau bagaimanapun, kita tidak pernah meninggalkan iaitu pekebun-pekebun kecil ini. Jadi sekarang ini kalau nak ikut, kita pun tak tahu harga getah turun, harga apa… harga kelapa sawit turun, jadi kita pun tak tahu. Petani-petani di… di luar bandar ya, di kawasan-kawasan kampung yang sememangnya mereka ini er… bergantung hidup kepada pertanian dan kita menunggu jugalah polisi dan dasar baru daripada Kerajaan Pusat. Bagaimana untuk memperkasa kerana apa… kerana akhirnya yang akan menentukan… yang akan menentukan dasar pertanian ini, kerana kalau guna hanya untuk makan sahaja di… ataupun pasaran tempatan sahaja mungkin tidak er… ianya kecil. Ia mesti juga kita sangat memerlukan juga pasaran daripada luar.
Saya nak ambil contoh ya, nangka er… nangka madu di Lanchang sebagai contoh kita buat jus, kita buat kerepek sekarang ini, mereka banyak yang telah mengeksport ke negeri China dan sebab itulah market ataupun pasaran China sangat besar, dan kita berharap supaya Kerajaan Pusat mempastikan dasar-dasar itu akan menguntungkan kita ya, terutama sekali sama apa… apa… apa… apa… apa… apa… apa perkara pun hubungan dua hala dengan negara-negara luar ini sangat penting kerana kita adalah sebuah negara yang kecil kita memerlukan pasaran yang besar. Jadi terima kasih…
Boleh mencelah?
Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya bersetuju dengan apa pandangan pihak kerajaan perlu ada er… sinergi antara private dengan government initiative bagi membangunkan apa-apa sahaja er… program atau projek yang dibuat. Cuma saya melihat apabila kita tidak memberikan penekanan yang tepat dan fokus kepada ap… satu-satu bidang ataupun aktiviti yang perlu kita buat, ianya akan jadi seperti biasa, dia tidak menjadikan satu lonjakan atau satu hasil yang luar biasa. Saya bagi satu contoh di tempat saya, ada pekebun atau petani-petani kampung tradisi mengusahakan tanaman kenaf, ada yang buat… tanam tembikai secara bermusim.
Apa yang berlaku apabila mereka mengusahakan tanaman-tanaman sebegini, selepas mereka mendapat… mengeluarkan hasil boleh dituai mereka berdepan dengan masalah mana nak jual, pemasaran. Akhirnya mereka buat gerai ataupun er… stall ataupun warung-warung kecil, tepi-tepi jalan ini sebab nak memasarkan. Mereka telah mengeluarkan tenaga dan modal yang besar mungkin 3 bulan, 4 bulan sehingga dapat hasil, tapi bila telah mendapat hasil nak dituai, tidak ada tempat untuk dipasarkan sehingga terpaksa jual dengan harga yang rendah dan balik kepada keadaan asal.
Mereka tidak dapat meningkatkan ekonomi negeri… ekonomi diri begitu juga tidak mampu untuk nak menampung dan juga memberikan satu lonjakan dalam sektor pertanian sebagai satu er… industri yang kita harapkan. Jadi, sinergi ini perlu kita lihat, pihak kerajaan perlu melihat bagaimana kita nak bantu mereka ini mungkin kita boleh minta ataupun saya tak pasti sama ada telah wujud atau tidak perbadanan itu ada, Pertanian Negeri Pahang, koperasi ataupun usaha sama antara pekebun-pekebun ini hasilnya kita ambil pihak… pihak kerajaan sebagai… sebagai er… orang yang akan
mengambil, membeli hasil itu dan sebagai pembekal utama negeri Pahang. Itu pandangan saya.
Soalannya?
Soalan saya, adakah ini akan dapat dilaksanakan oleh pihak kerajaan? Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kita ini Yang Berhormat Yang di-Pertua, dalam… saya yakin bahawa Kerajaan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kami semua, apabila kita membentangkan bajet ataupun belanjawan ianya mestilah realistik. Ianya… ianya mestilah kita melihat kepada unjuran pendapatan kita, tahun hadapan dan perbelanjaan kita yang nak kita belanjakan kerana dalam masa yang sama juga, kita mesti mempastikan setiap sektor yang nak kita belanjakan itu termasuklah emolumen dan sebagainya, ianya mesti… ianya mestilah tepat dengan unjuran pendapatan yang kita nak buat.
Sebab apa, sebab Yang Berhormat Yang di-Pertua, seperti yang saya nyatakan dulu bahawa Kerajaan Negeri sememangnya kita sangat berhati-hati di dalam kita menentukan er… soal perbelanjaan kita di masa hadapan kerana kita tahu kita bukan lagi er… mempunyai apa nama… kita bukan lagi dari segi fikrahnya, dari segi benderanya kita tidak sama lagi dengan Kerajaan Pusat. Walau bagaimanapun, saya setuju dengan rakan saya daripada Beserah dan er… kita sebenarnya kita memang ada kenaf, kenaf er… Perbadanan Kenaf kalau saya tak… tak silap saya. Kita ada kenaf, kita ada kopi, kita ada er… koko… koko bukan kopi. Kita ada koko dan lain-lain lagi tetapi er… masalahnya adalah kerana sebenarnya panjang. Sebenarnya ini dasar yang dibuat daripada dulu lagi, kita sepatutnya Kerajaan Malaysia ini dulunya apabila mereka buat dasar, mereka mesti memodenkan pertanian tahun 70… tahun 80-an. Modernization pertanian. Apabila pertanian ini telah moden, baru kita pergi ke industri kerana mereka yang pertanian kalau yang dulunya 10 orang jadi 4 orang baru kita pergi ke industri. Tapi dulunya dalam awal tahun 80-an kita terus jump kepada industri. Kita buat macam-macam kilang di merata-rata tempat terutama di Sungai Ruil dan sebagainya menyebabkan kampung kosong. Orang semua kena pergi kilang dan ini sebenarnya akibatnya.
Walau bagaimanapun… walau bagaimanapun, saya cukup yakin bahawa kerajaan yang ada ini er… kita sudah pastilah ya, Kerajaan Pusat yang ada ini sudah pastilah mereka mempunyai perancangan mereka. Kita di negeri Pahang Yang Berhormat Yang di-Pertua, memang ada limitation. Jadi insya-Allahlah er… kita akan cuba dan kita akan lebih serius lagi sebab itulah tumpuan kita sekarang ini adalah kepada er… peta… peta… produk-produk yang boleh membantu, kerana Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya nak bagi tahu bahawa kita sangat memerlukan bantuan daripada pusat untuk… sebab ini dah menjadi apa yang kita katakan sebagai way of life kepada petani-petani. Sebab Jabatan Pertanian sebagai contoh. Bajet yang kita ada ni sememangnya nak bagi benih, nak bagi kursus dan sebagainya. Dia tidak mencukupi, dan ini kerana apa yang kita buat ini juga bukan untuk… ini bukannya state service Yang Berhormat Yang di-Pertua. This is a national service. Food security sebagai
contohnya. Jadi sebab itulah kita berharap juga Kerajaan Pusat akan meneruskan dasar-dasar untuk membantu er… kita dan lebih fokus lagi ya.
Tak apalah ya, yang lepas telah lepas. So, we want… kita nak pastikan bahawa er… sinergi yang disebut tadi, dapat dilaksana dan memang, sememangnya masalahnya Yang Berhormat Yang di-Pertua saya nak bagitahu semua orang buat sarang burung, kan tapi akhirnya apabila negeri China tak nak beli lagi sarang burung, kita pun habis. Jadi kita harap durian tak jadi macam tulah ya. Esok dia cakap dia tak nak lagi durian Malaysia, dia nak durian tempat lain pula, kerana apa? kerana ada isu-isu yang tertentu. Ini bahaya kerana ia akan… kerana pertanian ini mengambil masa yang lama untuk bertanam, menunggu hasil dan sebagainya.
Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, insya-Allah Kerajaan Negeri akan cuba. Kita insya-Allah. Kita akan pastikan bahawa industri pertanian ini sama ada hiliran, sama ada upstreamnya, tanaman dan sebagainya terus diperkasakan. Terima kasih.
Baiklah soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat ADUN kawasan Semambu.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Izinkan saya kemukakan soalan nombor 5.
[Adakah Kerajaan Negeri Pahang merancang untuk meningkatkan kadar bantuan kebajikan kepada orang yang memerlukan ataupun meningkatkan Pendapatan Paras Kemiskinan untuk membantu lebih banyak anak Pahang?]
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Untuk menjawab soalan nombor lima, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah meningkatkan sebenarnya kadar bantuan kebajikan kepada orang yang memerlukan melalui Skim Bantuan Am, ya. Kita baru lagi membuat er… peningkatan ini pada tahun 2012 iaitu kalau sebelumnya kadar Skim Bantuan Am RM70 telah pun dinaikkan sebanyak RM300 sebulan mulai 1 Januari 2012, dan kita dari semasa ke semasa akan membuat pertimbangan dan kesesuaian sama ada er… bantuan ini akan dipertingkatkan, dan bagi menjawab soalan sama ada er… meningkat… ada tak usaha meningkatkan pendapatan paras kemiskinan untuk membantu lebih banyak anak Pahang? Sebenarnya ya, sejak tahun 2016 er… JKM yang ketika itu di bawah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Barisan Nasional telah memperkenalkan Bantuan Geran Pelancaran (BGP) melalui two years exit programme dengan kadar maksimum RM2,700 kepada client JKM yang berpotensi dalam aspek menjana ekonomi dan er… program ini masih diteruskan hingga kini.
Soalan tambahan saya adalah tentang er… PGK ataupun Paras Garis Kemiskinan. Saya difahamkan di Negeri Selangor, PGK telah dinaikkan daripada RM970 kepada RM1,500 bagi boleh memperluaskan jaringan keselamatan sosial kita untuk membantu mereka yang susah. Terutamanya sekarang kita er… dapat lihat bahawa kos kehidupan, kos perumahan dan semua telah naik, er… isu kemiskinan di bandar pun menjadi makin serius.
Maka saya ingin bertanya di sini bahawa, adakah Pahang akan mengkaji semula PGK untuk Negeri Pahang ya? Bukan untuk seluruh nasional tapi untuk Pahang supaya ianya memenuhi keperluan semasa. Terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua,
Buat masa ini memang pendapatan paras kemiskinan, PGK yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri selari dengan yang diguna pakai oleh Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak 9… RM930 ya, dan walaupun Selangor telah pun membuat peningkatan PGK er… Negeri Pahang dan Selangor mempunyai er… keadaan yang berbeza tetapi walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri bersedia untuk menimbang seperti mana saya kata sebelum ini, menimbang dan mengkaji kesesuaian sekiranya PGK ini perlu ditingkatkan.
Soalan tambahan.
Ya Luit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ada sikit kekhuatiran, kebimbanganlah mengenai tajuk kemiskinan ini. Er… saya jangka tahun depan, 2019 orang miskin masih kekal ramai. Jadi kebimbangan saya, kekhuatiran saya ialah bila dah susah sangat, miskin sangat mungkin dia boleh menjual harta-harta benda yang dia ada. Menjual tanah dan sebagainya kepada orang-orang asing ini. Ini satu kekhuatiran dan minta…. tanya adakah kerajaan er… mengambil kira perkara ini? Ataupun orang miskin daripada kakitangan kerajaan bawahan, mungkin boleh jual maklumat sebagainya. Jadi saya rasa ini perkara kena ambil kira juga kepada pihak kerajaan. Jadi, adakah perkara ini diambil kira? Itu sahaja, terima kasih.
Er… menjawab soalan tambahan Wakil daripada Luit, saya kira Kerajaan Negeri Pahang memang terkenal selama ini dengan kerajaan yang sangat prihatin tentang kebajikan rakyat ya, terutama dalam bidang pendidikan bagaimana kita er… ada Yayasan Pahang yang sentiasa membantu er… anak-anak kita untuk bersekolah ya. Ini juga sebenarnya adalah satu cara kita ya, untuk menangani kemiskinan ya, dan saya yakin juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar ya, melalui Yayasan Pahang dan juga anak-anak syarikat Kerajaan Negeri akan terus memberi bantuan kepada er… mereka… golongan er… yang berpandapatan… berpendapatan rendah dan miskin di Negeri Pahang dan kita akan ambil perhatianlah apa yang menjadi kekhuatiran daripada Wakil daripada Luit.
Baiklah soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat ADUN kawasan Peramu Jaya.
Terima kasih Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan soalan nombor 6.
[Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang telah menyalurkan bantuan pelajaran kepada pelajar-pelajar miskin di negeri ini?
a) Adakah bantuan pelajaran tersebut akan dikembangkan kepada pelajar di pusat tahfiz?
b) Berapakah bilangan penerima mengikut kategori dan jumlah kewangan yang terlibat mulai 2013 hingga 2017?]
Kepada sahabat saya daripada Peramu Jaya yang menanyakan tentang sumbangan Yayasan Pahang kepada tahfiz, Pusat-pusat Tahfiz di negeri Pahang. Kita bersyukur ke hadrat ilahi er… sedikit sebanyak Yayasan Pahang telah juga mengambil tanggungjawab sebagaimana er… kepada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah di bawah kerajaan. Er… tahfiz juga diberikan perhatian sedikit sebanyak setiap tahun secara one-off. Ada 45 buah Pusat Tahfiz diberikan bantuan oleh Yayasan Pahang. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya mengemukakan soalan tambahan berkaitan dengan jawapan daripada pihak kerajaan. Ia berkaitan dengan guru takmir yang kita faham bahawa pihak JAKIM telah pun menghantar surat bahawa tidak ada elaun bagi tahun ini untuk bulan 11. Kalau yang dulu-dulu hanya bulan 12 sahaja, tapi pada kali ini bulan 11 pun tak ada. Keseluruhan guru takmir negeri Pahang ini lebih kurang 419 lebih kurang begitulah jumlah keseluruhan, guru takmir.
Jadi er… pertama, boleh tak? Tu tanyalah, maknanya Yayasan Pahang mengambil tempat JAKIM tu, untuk membayar elaun guru takmir bagi bulan November ni, kerana kita fahamlah musim-musim hujan ni kebanyakan guru takmir ni dia tak bekerja. Terima kasih.
Terima kasih di atas soalan tambahan serta pandangan daripada rakan kita di er… Tanjung Lumpur.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Walaupun tidak ada kaitan dengan tahfiz tetapi ini pandangan yang baik, kita akan bincangkan dengan Kerajaan Negeri dan pihak Yayasan Pahang jika keupayaan kita
mengizinkan, sudah pasti perkara ini kita akan mengambil berat setinggi-tingginya. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Baiklah, soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat ADUN Kawasan Muadzam Shah.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya kemukakan soalan nombor 7.
[Apakah dan bagaimanakah tindakan Kerajaan Negeri Pahang dalam usaha menyelesaikan masalah muara Kuala Rompin yang semakin cetek dan hampir tertutup.]
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Wakil daripada Muadzam bertanyakan apakah dan bagaimanakah tindakan Kerajaan Negeri Pahang untuk menyelesaikan masalah muara Kuala Rompin yang semakin cetek? Kerajaan amat memahami tentang keperluan dan menyelesaikan masalah muara cetek dan menjadikan pengorekan muara sungai salah satu daripada program tahunan di bawah JPS. Namun begitu kerja-kerja pengorekan muara ini melibatkan kos yang besar dan memerlukan kajian hidraulik dan permodelan untuk pastikan bahawa kerja-kerja pengorekan yang akan dilaksanakan nanti tidak memberi impak negatif seperti hakisan pantai di kawasan sekitar, dan peruntukan yang disedia… yang diperlukan juga amat besar, dan kita ingin memastikan bahawa kerja… kerja-kerja pengorekan muara ini dapat dilaksanakan dengan kos yang optimum.
Bagi kerja pengorekan yang melebihi er… keluasan 50 hektar pula Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita memerlukan satu kajian impak alam sekitar sebagai syarat tambahan. Menjawab secara khususnya soalan Yang Berhormat daripada Muadzam, kerja-kerja pengorekan untuk Kuala Rompin ini memang dalam satu cadangan kerajaan tapi buat masa ini kelulusan kewangan belum diperolehi. Terima kasih Yang di-Pertua.
Ok, Beserah.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya er… ingin bertanya pihak kerajaan, memang kita tahu untuk nak mendalamkan kuala, muka muara dan kuala sungai ini dia perlukan kos yang tinggi dan kajian yang mendalam. Er… namun kita boleh cari kaedah. Adakah Kerajaan Negeri bersetuju sekiranya… kita pernah ada saya rasa, kita ada bagi kontrak 40 tahun syarikat korek er… apa bersihkan Sungai Pahang. Dia ambil hasil pasir daripada Sungai Pahang. Itu kita er… rasanya 2 tahun lepas kita bercakap soal… boleh tak kita gunakan apply perkara yang sama. Kita tak perlu keluarkan modal, kita bagi kepada pihak inisiatif daripada private macam private initiative tadi, kita bagi pihak swasta yang sanggup buat kerja korek
muara sungai ni dan dia ambil hasil pasir tu, juallah mengikut harga yang sewajarnya. Kalau ada syarikat yang sanggup berbuat demikian, adakah pihak Kerajaan Negeri sanggup untuk memikirkan dan mempertimbangkan perkara ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sememangnya kerajaan sentiasa mempertimbangkan dan sentiasa membuka kepada apa saja idea, cadangan untuk memastikan kita dapat mengatasi masalah ini. Seperti mana yang dimaklumkan oleh Wakil Beserah, sememangnya pendekatan ini telah diambil dan sedang berjalan untuk tiga buah sungai iaitu Sungai Pahang, Sungai Jelai dan Sungai Kuantan. Tapi kerja-kerja yang dilaksanakan ini lebih tertumpu kepada pendalaman sungai dan bukannya muara sungai. Jadi bagi tujuan mendalamkan muara sungai, kerajaan juga sangat terbuka sekiranya ada er… mana-mana cadangan yang ingin diutarakan. Buat masa ini, di bawah Rancangan Malaysia ke-11 Yang Berhormat Yang di-Pertua, er… kita mengutamakan pendalaman muara Sungai Pahang yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dengan nilai er… RM700 juta. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Ya.
Sikit lagi, hari ini mood nak bercakap banyak pulak sikit. Minta maaf Yang di-Pertua. Saya er… apa yang dinyatakan tadi terima kasih. Cuma kita harap soalan saya adalah birokrasi yang ada, apa yang kita dapat maklum… maklumat, apabila kita bagi satu konsesi untuk dia buat satu… satu kerja, kadang-kadang pasir dia dah korek ni, tak boleh nak jual. Oleh kerana ada kekangan permitlah, kekangan macam-macam menjadikan ini halangan untuk pihak swasta nak terlibat sama. Kita harap bila kita bersetuju untuk bagi er… kon... dalam bentuk konsesi sebegini, dipermudahkan urusan mereka supaya dia boleh menarik mereka dan boleh memberikan pulangan yang cepat kepada mereka. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Terima kasih di atas maklumat yang disampaikan oleh Beserah. Sebenarnya, kerajaan tiada sebab untuk mengekang pasir tu dikeluarkan kerana ianya adalah sebahagian daripada hasil negeri. Tapi kalau nak keluar malam, keluar jalan yang salah, memang kita kekang. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Baiklah saya jemput Yang Berhormat ADUN kawasan Bilut.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya, soalan nombor 8.
[ Adakah Kerajaan Negeri akan memberi ganjaran kepada Wakil negeri Pahang yang mendapat pingat di Sukan Malaysia. Sekiranya ada, apakah ganjarannya? ]
Yang Berhormat Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua,
Er… saya ucap terima kasih kepada ADUN Bilut er… atas pertanyaan berhubung dengan er… pemberian ganjaran kepada Wakil negeri Pahang yang mendapat pingat di sukan Malaysia baru-baru ini. Kerajaan negeri Pahang sentiasa memberikan perhatian terhadap perkembangan er… sukan, negeri ini khususnya. Pembangunan atlet adalah merupakan suatu aspek terpenting yang diberi keutamaan. Justeru, Kerajaan Negeri amat mengambil berat terhadap segala pencapaian dan kebajikan para atlet yang mewakili negeri ini sama ada di peringkat kebangsaan atau pun di peringkat antarabangsa.
Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Pahang yang telah diamanahkan dalam pembangunan sukan ini, sukan berprestij telah menyediakan suatu pemberian khas yang dinamakan ‘Skim Hadiah Kecemerlangan Majlis Sukan Pahang’, yang menjadi ganjaran kepada semua atlet yang berjaya memenangi sebarang pingat di kejohanan seperti Sukan Malaysia, Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik.
Sukan Malaysia (SUKMA) yang ke-XIX (ke-19) di Perak baru-baru ini, pada 2018 telah berlangsung mulai 11 hingga 22 September baru-baru ini telah menyaksikan Kontinjen Negeri Pahang berjaya meraih 33 pingat emas, 20 pingat Perak dan 30 pingat gangsa dan kita untuk makluman sidang dewan, telah mencapai target sasaran emas kita pada SUKMA kali ini. Tahniah dan syabas. [Ahli Dewan menepuk meja].
Bagi menghargai jasa dan pengorbanan atlet-atlet yang berjaya menyumbangkan pingat kepada Kontinjen Negeri Pahang SUKMA kali ini, Majlis Sukan melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan telah disalurkan ke akaun atlet dalam tempoh 24 jam selepas keputusan rasmi setiap acara dikeluarkan oleh pihak penganjur. Berikut adalah nilai ganjaran yang telah disalurkan kepada atlet-atlet yang telah menggondoli pingat-pingat yang saya nyatakan selepas ini.
Pertama, Pingat Emas Individu sebanyak RM4,000 ya. Satu jumlah yang amat besar juga kepada atlet kita. Pingat Perak Individu RM2,000setiap atlet, Pingat Gangsa Individu RM1,000. Manakala untuk makluman ADUN Bilut juga, bagi Anugerah Insentif Berpasukan kurang dari 5 orang berpasukan, emas RM2,000 setiap atlet, perak RM1,000.00 untuk setiap atlet, gangsa RM750 setiap atlet. Manakala berpasukan lebih dari 5 orang, emas pula RM1,000 setiap atlet, perak RM600 setiap atlet dan gangsa pula RM400 setiap atlet. Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Sukan Pahang yang telah melunaskan… telah melunaskan keseluruhan bayaran hadiah kemenangan ini mengikut pingat berjumlah RM246,800 mengikut pecahan sebanyak RM150,000 untuk pingat emas, RM58,400 bagi pingat perak dan RM38,400 bagi pemenang pingat gangsa. Terima kasih.
Soalan tambahan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meng… mengambil kesempatan ini untuk mengucap tahniah kepada Wakil daripada Pulau Tioman kerana sebelum SUKMA, pihak Kerajaan Negeri meletakkan sasaran 32 emas tetapi akhirnya kita dapat 33 emas dan keputusan ini juga memecahkan rekod edisi
iaitu 30 emas sebelum ini. Tahniah kepada pihak kerajaan dan juga Wakil daripa er... pa… er… Pulau Tioman. Soalan saya, atlet mengambil masa panjang untuk melatih sebelum mengambil bahagian, sebelum pertandingan er… sukan. Apakah jenis bantuan kerajaan yang diberi kepada atlet er… untuk meman…bantu mereka menanggung perbelanjaan yang tinggi? Terima kasih.
Terima kasih er… ADUN Bilut yang telah er… mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri khususnya kepada Majlis Sukan Pahang. Kita di Majlis Sukan Pahang untuk makluman er… berhubung dengan kebajikan-kebajikan dan juga sebarang er… perancangan yang telah diaturkan oleh pihak Majlis Sukan Pahang sentiasa menitikberatkan perbelanjaan-perbelanjaan dan ini diuruskan oleh Majlis Sukan Pahang ya dan setakat ini, sepanjang latihan dan juga sama ada latihan dalam negeri mahupun di luar negeri, semuanya telah ditanggung oleh pihak Majlis Sukan Pahang.
Begitu juga kita sentiasa menguar-uarkan kepada pihak ibu bapa, jabatan-jabatan ataupun agensi-agensi di mana atlet yang berada sama ada bekerja di tempat tersebut mahupun di… yang berada di bawah naungan ataupun pemantauan Majlis Sukan seperti di Sekolah Sukan Gambang… no, no di sekolah… sorry, di Sekolah Sukan Seberang Temerloh dan sebagainya. Kita di pihak Majlis Sukan sentiasa mengambil tahu masalah-masalah perbelanjaan yang ditanggung sekiranya melibatkan perbelanjaan sendiri oleh atlet tersebut dan sekiranya perlu kepada tuntutan-tuntutan tertentu, pihak Majlis Sukan Pahang sentiasa mengambil tahu terhadap perbelanjaan yang telah dibelanjakan oleh atlet tersebut termasuklah komen-komen daripada ibu bapa atlet yang sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak mereka.
Sebagai contoh, di Sukan SUKMA Perak baru-baru ini. Saya lihat perkembangan sangat sihat di mana ibu bapa-ibu bapa ini kadang-kadang mengeluarkan belanja sendiri semata-mata untuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka dan perkara ini kita amat mengalu-alukan kerana bukan sahaja sokongan daripada Kerajaan Negeri, Majlis Sukan Pahang tetapi dengan sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada kerajaan mahupun pihak di sebelah sana. Ini juga memberi satu suntikan semangat kepada anak-anak atlet negeri Pahang ini.
Dan saya mengambil kesempatan di sini juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ADUN Bilut dan juga rakan-rakan yang sentiasa membangkitkan hal ehwal pembangunan atlet di negeri Pahang ini dan khususnya juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat serta Pengarah-pengarah Jabatan, Pegawai-pegawai Daerah, Board-board Director Majlis Sukan Pahang yang saya lihat sepanjang dua, tiga minggu berlangsungnya SUKMA Perak ini, mereka datang dengan belanja sendiri memberi sokongan kepada atlet-atlet negeri Pahang ini. Terima kasih sekali lagi kepada ADUN Bilut dan juga Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terima kasih.
Sila Padang Tengku…
Saya nak tanya sikitlah tentang usaha pihak kerajaan bagi mengekang penghijrahan atlet-atlet kita yang terbaik ini kepada pasukan-pasukan negeri lain. Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,
Kita tidak dapat menghalang atlet-atlet kita untuk berhijrah sekiranya mereka mendapat tawaran yang lebih lumayan, lebih besar seperti di negeri Terengganu, Wilayah Persekutuan dan juga negeri-negeri yang lain. Namun dalam hal ini, majlis sukan tidak berdiam diri, kita akan lihat apa sebenarnya tawaran-tawaran kepada atlet-atlet kita yang mana boleh kita nasihat, kita nasihatkan kerana kita tidak mahu melihat atlet-atlet kita ini kadang-kadang ada yang terlepas pandang semata-mata mengejar pendapatan lumayan tetapi bila berlaku sahaja ketidaksempurnaan dalam performance, dengan izin, di negeri terbabit, mereka akan balik semula. Hah! ini kita tak nak juga berlaku macam ini. Sebab itu kita di negeri Pahang ini melalui Majlis Sukan Pahang, kita sentiasa memberitahu biar tengok untuk jangka masa panjang daripada jangka masa pendek.
Dan dalam hal ini, saya selalu berbincang dengan rakan-rakan di Majlis Sukan Pahang juga berhubung dengan bayaran kepada atlet ataupun jurulatih-jurulatih itu sendiri dan kita ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana apabila kita melihat atlet-atlet ini mencapai kejohanan ataupun mengungguli pingat-pingat emas saban SUKMA dan juga jurulatih-jurulatih, kita tingkatkan pembayaran elaun kepada mereka. Ini salah satu [Ahli Dewan menepuk meja] untuk mengekalkan pencapaian dan juga keberadaan mereka di negeri Pahang ini. Terima kasih ADUN Padang Tengku.
Baiklah soalan seterusnya, saya jemput Yang Berhormat ADUN Kawasan Tanah Rata.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin kemukakan soalan nombor 9.
[Apakah langkah-langkah yang akan dijalankan oleh kerajaan negeri untuk membangunkan sosio-ekonomi masyarakat Orang Asli di negeri Pahang?]
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Bagi menjawab pertanyaan Ahli dari Tanah Rata mengenai sosio-ekonomi masyarakat Orang Asli. Kerajaan Negeri Pahang bersama dengan Jabatan Orang Asli Pahang sentiasa merancang dan melaksanakan program-program pembangunan bagi pembangunan sosio-ekonomi bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat Orang Asli.
Antara program ataupun projek pertanian yang dilaksanakan ialah bekerjasama mengadakan projek ladang komersil dengan agensi pembangunan seperti RISDA, FELCRA, LPP dan juga LKPP, dan dengan adanya projek ini, mereka mendapat sedikit sebanyak ni agihan dividen untuk peserta-peserta bagi kampung ataupun ladang mereka tersebut. Keduanya kerajaan juga memberi bantuan input pertanian, input perikanan dan juga ternakan kepada masyarakat Orang Asli. Ketiganya mengadakan kursus-kursus pertanian untuk masyarakat Orang Asli.
Seterusnya mengadakan khidmat nasihat teknikal bagi program-program pertanian dan semua projek-projek ini juga dipantau oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Keduanya, kerajaan juga merancang mengadakan program bagi pembangunan usahawan dan koperasi. Antara program ataupun projek yang dijalankan ialah meningkatkan pendapatan Orang Asli dalam program yang dipanggil PPP. Keduanya mengadakan bimbingan usahawan kepada masyarakat Orang Asli. Ini seperti mengadakan kursus ataupun pendedahan dari segi perniagaan.
Kerajaan juga mewujudkan ini koperasi-koperasi kepada masyarakat ni Orang Asli dan ada juga mengadakan sesetengah tempat yang sesuai mengadakan program inap desa ataupun homestay bagi melibatkan diri mereka dalam sektor pertanian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya banyak juga pergi ke program-program kebajikan dan dakwah di perkampungan Orang Asli terutama sekali di sebelah Cameron Highlandslah. Jadi, apa yang saya lihat melalui perbincangan yang mana Orang-orang Asli yang mempunyai pendapatan mereka sendiri terutama sekali daripada hasil hutan yang mana di antaranya mereka sebagai pembekal kepada buluh yang digunakan untuk pekebun-pekebun sayur di Cameron Highlands.
Soalannya di sini ialah soal harga. Sebab apabila kita bertanya kepada Orang Asli, dia kata harga yang dijual tu sekitar RM0.80, RM1.00, RM1.20 ikut kaki dialah. Ada yang sekaki tu RM1.00 pun ada. Jadi, er... di situ saya lihat harga itu pandangan saya lah tidak berpadanan kerana buluh yang diambil tu daripada tempat yang tinggi dan buluh pun berat. Cuma harapan saya begini, kalau boleh, biarlah harga sesuatu produk yang dikelu... yang diusahakan oleh Orang-orang Asli ataupun oleh orang asal ni ditentukan oleh pihak JAKOA sendiri kerana kita taknak kalau pekebun sayur yang menentukan harga, kita yakin berlaku kezaliman sebab memang tak padanlah buluh tu 10 kaki dengan harga RM1.00 sebatang. Sekian terima kasih.
Terima kasih Ahli daripada Tanjung Lumpur. Maknanya daripada Tanjung Lumpur ke Cameron Highlands, jauh juga. Saya daripada Raub nak pergi Cameron tu, jarang-jarang pergi... khususnya membuat program-program dakwah di dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Berbalik kepada urusan perniagaan buluh, rotan dan sebagainya lah barang-barang di dalam hutan. Sebenarnya di dalam perniagaan ni dia berpandu kepada permintaan dan pengeluaran. Jadi, kalau permintaan tu kurang, permintaan kurang, jadi macam mana kita nak menyediakan pengeluaran tadi?
Jadi, maksudnya dalam konsep ini kita berniaga hah kan, kita kena tengoklah apa yang meniaga yang sesuai yang ada pendapatan yang tinggi barulah kita usahakan. Jadi, inilah berlaku juga kepada aktiviti-aktiviti perniagaan yang lain. Jadi, sebab itulah saya sendiri dalam masyarakat Orang Asli sekarang ni, mengajak mereka ni menilai dulu apakah produk-produk yang mempunyai permintaan yang tinggi, baru kita buat. Jangan kita buat dulu baru kita nak jual. Ha ini yang menjadi masalah kepada pengusaha-pengusaha kita khususnya pertanian di kampung-kampung. Ini contohnya sekarang ini kalau betul “Musang King” begitu menarik harga yang begitu lumayan, mengapa tidak kita mengajak masyarakat ni Orang Asli ni menanam durian.
Saya pun ada bercakap di Sungai Ruil, baru-baru ini saya mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi merasmikan satu program di Cameron Highlands. Dalam ucapan saya… saya… saya bercakap juga, yang mana di kampung saya di Pos Atap ya. Pada musim durian er… masa musim durian, isteri Orang Asli ni dia lain macam sikit. Maknanya tidur pun biasanya tak berpeluk, tapi dekat musim durian ni rapat peluk dia er… Orang Asli ni cakap ke saya. Cakap apa pasal? Sebabnya Orang Asli, musim durian, sorang satu keluarga dapat RM50 ribu, RM60 ribu ya. Jadi bini Orang Asli ni takut ke laki ni meragam. Jadi sebab itulah dia pun malam-malam dia rapat sikit dengan si suaminya tadi. Jadi ini antara contoh nak cakap kalau…
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saja nak mencelah, maknanya itulah disebut kasih sayang durian. [ketawa]
Jadi kita ni… yang ada berpengalaman di luar sikit, bagi masyarakat orang di dalam tu mungkin mereka tidak terdedah dengan… dari segi cara meniaga ni. Jadi kalau boleh sebenarnya banyak lagi produk-produk yang boleh kita bangunkan yang boleh memberi faedah dan pendapatan yang lumayan khususnya dalam bentuk pertanian yang sesuai dilaksanakan oleh penduduk-penduduk, bukan hanya Orang Asli tapi masyarakat Melayu pun akan… ataupun masyarakat di luar bandar yang mempunyai kawasan-kawasan untuk di… kita jadikan pertanian ni sebagai perniagaan. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Tanah Rata, ada? Saya bagi pada priority pada Tanah Rata membawa soalan. Okay.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Ya, menurut Belanjawan Kerajaan Pusat pada tahun 2019 bahawa JAKOA, Jabatan… Jabatan Kemajuan Orang Asli ini ataupun lebih dikenali sebagai JAKOA ini telah pun dipindahkan kepada Jabatan Perdana Menteri. Lepas tu dengan anggaran bajet sebanyak RM111 juta dan soalan saya adalah dalam… dalam bajet ini berapakah jangkaan JAKOA Pahang boleh memperoleh dan apakah kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat, dan sejauh manakah kesannya kepada masyarakat Asli bahawa JAKOA ni dipindah daripada Kementerian Luar Bandar ke Jabatan Perdana Menteri? Terima kasih.
Terima kasih Wakil daripada Tanah Rata. Sebenarnya di antara perancangan ataupun pembangunan bagi masyarakat Orang Asli ini sebahagian besar dipertanggungjawab kepada ini… Kerajaan Pusat. Jadi sebab itulah dalam bajet kita, Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada peringkat awal melapor ataupun menerangkan jumlah bajet-bajet di peringkat Federal dan kemudian disusuli oleh bajet-bajet peringkat negeri. Maknanya kita di peringkat negeri ini kita menambah je, kita tambah saja yang… pembangunan yang banyaknya ialah di peringkat Pusat, sebabnya JAKOA ni di bawah… sekarang ni bercakap di bawah Kementerian… Jabatan…Jabatan Perdana Menteri, dulu di bawah ini… KKLW.
Jadi itulah sebahagian daripada perancangan-perancangan, yang mana perancangan-perancangan ini pun datangya daripada cadangan-cadangan daripada negeri. Jadi dari segi angka tu saya mungkin… saya boleh menjawab secara bertulislah sebab kita pun kena tengok juga, ya kan. Cuma jangkaan kita yang dibuat oleh peringkat negeri ini hanya menambah, hah, kan. Maksudnya di peringkat Kerajaan Pusat ni dia mengeluarkan sikit, sebahagian contohnya. Kalau ibaratlah kita memakai kain, kalau benda tu tak berapa cukup, dia dapat tutup di bawah, kita tutup di atas ya kan. Kita… kita itu… kalau kita ada kain sikit kita mahu tutup semua, tak boleh. Jadi kalaulah Kerajaan Pusat tutup di atas, kita tutup di bawah. Hah gitulah juga maknanya anggaran ataupun perbelanjaan kita untuk nak memastikan supaya masyarakat Orang Asli ni mendapat faedah dan manfaat daripada kerjasama Kerajaan Negeri dengan juga Kerajaan Pusat.
Celah sikit boleh ke? Sebab soalan saya ni tanya sebab adalah berapakah er… belanjawan yang kita… yang Kerajaan Negeri boleh dapat daripada JAKOA terus? Adakah er… belanjawan ni secara terus er… sambung… menanggung kepada Belanjawan Kerajaan Negeri? Ini soalan saya. Terima kasih.
Itu yang saya sebutkan tadi. Kita di peringkat negeri ada juga Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Jadi di Kerajaan Pusat dia akan channel kepada JAKOA di peringkat negeri dan di peringkat negeri pula kita akan berkerjasamalah, makna JAKOA Negeri dengan Kerajaan Negeri Pahang. Jadi sebab itu yang saya sebut tadi Kerajaan Negeri Pahang bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang hah kan untuk nak membangunkan ataupun nak menengok pembangunan di kawasan Orang Asli. Terima kasih.
Tak… tak nak tanya soalan dah? Dah… dah… dah bertanya? Sama? Baik, terima kasih. Seterus… sila.
Tuan di-Pertua,
Saya nak mencelah sikit je. Nak bagi penjelasan kepada ADUN Tanah Rata. Peruntukan daripada [batuk] peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan akan
disalurkan kepada JAKOA, JAKOA Pusat akan salurkan kepada JAKOA Negeri, YB. ya. Dia bukan terus kepada Kerajaan Negeri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baiklah saya pergi kepada soalan yang terakhir pada pagi ini. Dijemput Yang Berhormat ADUN Kawasan Chenor.
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 10.
[Apakah pihak Kerajaan Negeri bersedia untuk mengkaji semula aktiviti perjudian yang mendapat lesen premis perniagaan memandangkan semua agama melarang perjudian?]
[Ayat al-Quran] Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan. Terima kasih ADUN Chenor. Soalannya agak ringkas tetapi nak jawabnya agak payah saya rasa. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan, sehingga kini semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Pahang masih mematuhi syarat kelulusan lesen hiburan dan arahan pembekuan lesen hiburan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri. Sehubungan itu buat masa ini tiada lesen hiburan yang berunsurkan perjudian, yang baru diluluskan oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan dan dia ada dua aspek dalam kelulusan lesen pusat hiburan. Pertama lesen aktiviti dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan di bawah Kerajaan Federal dan lesen premis dikeluarkan oleh pihak PBT, ya.
Pihak Berkuasa Tempatan juga sentiasa memantau aktiviti-aktiviti lesen hiburan yang telah diluluskan sama ada mempunyai unsur perjudian atau tidak, dan Pihak Berkuasa Tempatan dan Polis DiRaja Malaysia sentiasa bekerjasama dalam menjalankan operasi pemantauan bagi premis perjudian yang telah dilesenkan termasuk juga untuk pengesahan lesen premis, pihak PBT telah mengambil kira pandangan daripada pihak PDRM. Sehubungan dengan itu Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi perhatian kepada premis-premis perjudian yang telah dilesenkan dan mempertimbangkan kajian semula penggunaan lesen premis hiburan supaya masalah tersebut dapat diatasi.
Manakala dari segi lesen perjudian, pihak PDRM adalah… penguatkuasa belun… penguatkuasaan berlunaskan undang-undang yang sedia ada. Tindakan akan diambil dari segi pencegahan melalui risikan dan operasi serbuan. Er… pihak PDRM membuat ulasan yang dipohon oleh pihak PBT untuk kajian sebelum sesuatu kelulusan lesen merangkumi lokasi premis yang dipohon er… pelesen mengambil kira masyarakat setempat dan kesan-kesan sosio-budaya dan agama secara umumnya. Contohnya lesen hiburan ataupun lesen premis hendaklah jauh daripada sekolah, jauh daripada er… pusat ibadat, masjid contohnya dan jauh daripada pusat kediaman. Itu syarat-syarat yang perlu diambilkira dalam kelulusan sesuatu premis perniagaan.
Justeru itu dari segi tindakan penguatkuasaan bagi tempoh 2017 er… pihak Polis Pahang telah melakukan sebanyak 616 serbuan melibatkan semua jenis perjudian di seluruh negeri Pahang. Daripada jumlah itu sebanyak 130 serbuan dan tindakan telah diambil ke atas premis pusat hiburan yang berkonsepkan keluarga yang
menyalahgunakan syarat, melanggar syarat kelulusan lesen dan melibatkan seramai 385 orang tangkapan. Rampasan wang sebanyak RM44,247 dan sebanyak 344 lesen er… mesin simulator ya, mesin judi yang telah berjaya dirampas. Hasil serbuan dan risikan yang dilakukan er… pihak polis mengenal pasti sebanyak 41 premis yang berselindung di sebalik nama Pusat Hiburan Keluarga beroperasi tanpa lesen dan menjalankan aktiviti-aktiviti berunsurkan perjudian.
Untuk makluman juga, Polis Pahang telah meningkatkan serbuan dan tindakan terhadap premis yang berselindung di sebalik nama Pusat Hiburan Keluarga di dalam usaha membanteras habis-habisan kegiatan perjudian ini. Bagi tempoh 6 bulan pertama sahaja iaitu tempoh Januari hingga Jun pada tahun ini, sebanyak 81 buah serbuan terhadap premis hiburan keluarga telah dilakukan di seluruh negeri Pahang melibatkan seramai 394 tangkapan dan wang rampasan sebanyak RM61,465 sahaja. Sekian terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Er… berkenaan dengan judi ni ia merupakan sebahagian daripada aktiviti yang tercelalah dalam semua agama, jadi saya nak dapatkan maklumat berapakah premis perjudian yang diluluskan dalam negeri Pahang ni dan berapakah yang dibatalkan? Terima kasih.
Untuk makluman Ahli Dewan yang dimuliakan, di sini tadi saya dah sebut tadi sebanyak er… 344 mesin unit simulator yang telah berjaya dirampas ya… Mesin simulator ni yang berbentuk er… monitor yang besar yang digunakan er… untuk kebanyakan untuk melibatkan perjudianlah sama ada dulu dikenali sebagai mesin kuda ataupun sekarang ni dikenali sebagai mesin ikan ya…
Hah, itulah sebenarnya untuk dari segi jumlah yang tepatnya saya ingat saya akan memberi jawapan secara bertulis sebab tidak ada di sini saya akan rujuk kepada pihak yang berkenaan. Saya akan maklum secara bertulis jawapan kepada Yang Berhormat Chenor. Sekian terima kasih.
Terima kasih pihak kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian… ada soalan tambahan?
Ada soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih Yang di-Pertua,
Er… saya ingin er… sedikit penjelasan berhubung dengan er… premis judi ya. Er… saya difahamkan bahawa lesen judi diluluskan oleh er… Kerajaan Pusat dan premis judi… lesen premis judi diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Adakah Kerajaan Negeri yang er… sedang memerintah sekarang ini er… mengkaji ataupun berhasrat untuk meneruskan er… memberikan lesen premis judi secara terus menerus atau er… tidak memperbaharui lesen premis judi, cukup dengan apa yang ada sahaja untuk kita menuju ke arah keberkatan dalam pemerintahan kita sebab kita dalam merancang ekonomi negeri, walaupun kita tidak selesa dengan er… walaupun kita tidaklah er… walaupun yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat kita ada sedikit surplus er… untuk belanjawan 2019 er… namun kita tidaklah berpuas hati sangat dengan er… unjuran pendapatan itu.
Kita lebih nak kepada er… mencapai target kalau boleh RM1 bilion er… untuk satu tahun, sudah tentu bukan sekadar melihat kepada hasil-hasil er… negeri sahaja di sana kita juga kena lihat kepada keberkatan dalam memerintah negeri dengan kita meyakini apa yang disebut oleh Allah, dengan izin er… [Bacaan ayat al-Quran] “Kalaulah penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertakwa, ertinya kita sebagai orang Islam yang diberikan kuasa untuk mentadbir dan mengurus khazanah negeri ini dengan cara iman dan cara takwa janji daripada Allah yang benar”. Allah kata [Bacaan ayat al-Quran] “kami buka pintu rezeki daripada langit dan daripada bumi” maknanya dengan hasrat dan perancangan yang kita buat manalah tahu tiba-tiba PETRONAS menyusahkan…
Yang Berhormat, soalan dia Yang Berhormat?
Soalan saya apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk er… untuk tidak lagi mengeluarkan er… lesen premis judi kepada mereka yang berjudi ini? Sekian.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Saya minta izin menjawab bagi pihak rakan saya sebab saya sebelum ni pun Exco Kerajaan Tempatan. Yang akhir tu saya setujulah kita memang sentiasa berharap supaya negeri kita mendapat keberkatan dan juga keredhaan daripada Allah SWT itu cukup penting.
Menjawab soalan Yang Berhormat tadi daripada Jengka er… apabila saya er… dengan takdir Allahnya dilantik sebagai Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Mesyuarat pertama saya mempengerusikan Kerajaan Tempatan saya bagi tahu dengan jelas diminitkan lesen-lesen yang ada di negeri Pahang ini setakat yang ada sahaja dan jangan ada pertambahan. Itu minit saya yang pertama. First meeting saya sebagai Exco Kerajaan Tempatan. Dan kalau sekiranya ada mana-mana pemegang lesen yang melakukan perbuatan yang salah, kita akan buat tangkapan di… di dapati salah dan rayuan biasanya kita tidak terima dan sepanjang saya menjadi Exco
Kerajaan Tempatan sehinggalah pilihanraya yang lalu dan saya percaya rakan saya yang mengambil alih er… portfolio tersebut meneruskan perkara yang sama.
Jadi maknanya er… Yang Berhormat tidak ada pertambahan tetapi pengurangan ada sebab masa saya, saya masih ingat ada tiga atau empat er… lesen er… CC Cyber café, salah satu yang saya ingat, di mana mereka telah membuat perkara yang melanggarkan peraturan iaitu ada sedikit perjudian dan telah di er… tangkap dan di dapati salah dan mengemukakan rayuan tetapi rayuan tersebut ditolak. Maknanya setakat ini saya percaya keadaan dia macam itulah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, er… saya juga ingin berkongsi pengalaman dan juga er… input… informasi dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di Pulau Tioman juga lesen semakin berkurangan. Terima kasih.
Baik terima kasih dari pihak kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sebelum saya menempohkan untuk minum pagi pada pagi ini, saya minta kerjasama daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, berapa orang dapat gambaran berapa orang lagi yang akan berucap perbahasan? Satu, dua, tiga, empat, lima, enam. Baik terima kasih Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya bercadang untuk menempohkan persidangan pada pagi ini untuk minum pagi dan persidangan disambung semula jam 11.30 pagi. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan pada jam 10.50 pagi]
[Persidangan disambung semula]
Sambungan Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2019) 2018 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2019Bill
Perkara Ketiga: Sambungan Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2019) 2018 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2019.
Ahli-ahli Berhormat sekalian, kita masih lagi di dalam perbahasan atas Rang Undang-undang Perbekalan (2019) 2018 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2019. Rang Undang-undang dan Usul ini telah dibentang dan dibahas pada 19 dan 21 November 2018 dan perbahasan disambung semula pada hari ini.
Saya jemput… ya, Tras.
Terima kasih, kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang bagi saya menyertai perbahasan dan hari ini saya nak bangkit isu er… berhubung dengan dilema air Raub, okay.
Gangguan bekalan air Raub yang berlaku semakin kerap telah menjejas rutin harian membabitkan sekurang-kurangnya 50,000 penduduk dan peniaga di kawasan Raub. Berdasar laporan PAIP, pada tahun 2017, kekerapan berlaku gangguan air adalah sebanyak 132 kali.
Bagi Loji Sungai Bilut iaitu loji utama yang membekalkan air kepada penduduk-penduduk Raub yang membabitkan lebih 7,000 akaun telah berhenti operasi sebanyak 82 kali setahun. Manakala pada tahun 2011… 2018 setakat bulan November, Loji Sungai Bilut telah berhenti operasi sebanyak 65 kali. Kawasan-kawasan yang terlibat termasuk er… FELDA Krau 1, Kampus UiTM, Taman Lee Man, IPD Raub, Taman Raub Utama, Taman Impian Villa, Taman Amalina Saujana, sepanjang Jalan Tras hingga Taman Sri Wawasan, Taman Raub Jaya 1 hingga 6, sepanjang bandar Raub Jalan Lipis, Kampung Melayu Sempalit dan kawasan sekitarnya.
Kekerapan gangguan air sangat-sangat menakutkan. Cuba bayangkan penduduk Raub mengalami krisis air sekurang-kurangnya 4 kali sebulan dan bukan setiap kali air dapat dipulihkan, walaupun loji beroperasi semula. Kebanyakan kawasan perumahan tinggi di Raub juga menghadapi masalah tekanan air yang rendah terutamanya Taman Raub Jaya 3 dan 6, Taman Lee Man, Taman Impian Villa, Taman Sri Wawasan. Krisis air sentiasa berlaku selama 4 hari sampai 8 hari sekiranya Loji Sungai Bilut ditutup.
Penduduk-penduduk kawasan tersebut merupakan kawasan yang mengalami krisis air yang paling serius. Ramai penduduk pun telah membeli tangki di rumah masing-masing setelah krisis air berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Tuan Yang di-Pertua,
Punca-punca yang menyebabkan krisis air Raub adalah seperti berikut; yang pertama, loji beroperasi pada tahap maksima, rizab yang kurang iaitu loji utama seperti Loji Air Sungai Bilut, Loji Air Sungai Semantan dan Loji Air Sungai Kelau beroperasi pada
tahap maksima. Pengeluaran tidak boleh ditambah pada waktu puncak seperti musim perayaan dan kawasan aras tinggi sering terganggu.
Yang kedua, masalah kekeruhan air mentah. Kualiti air mentah yang begitu merosot terutama selepas hujan menyebabkan loji terpaksa ditutup kerana ketidakupayaan untuk merawat apabila melebihi 1,000 NTU. Nilai kekeruhan dan air limpahan dari lombong, pembukaan tanah menyebabkan air berwarna merah.
Yang ketiga, kekerapan kejadian paip pecah. Daerah Raub masih mempunyai hampir 15% atau 202km paip AC yang sangat uzur dan melebihi 30 tahun dalam perkhidmatan. Kerap kali pecah dan meyumbang kepada kadar NRW (non revenue water) dengan izin, kadar kehilangan air tapi hasil yang tinggi.
Yang keempat, jarak paip pengguna yang terlalu jauh daripada loji yang bersaiz kecil. Terdapat kawasan-kawasan kampung yang melebihi 40km dari loji. Apabila berlaku gangguan, pemulihan akan memakan masa sehingga 2 sampai 3 hari serta kawasan-kawasan kampung di hujung mengalami tekanan yang rendah serta kadang kala putus bekalan.
Tuan Yang di-Pertua,
Oleh demikian, saya berharap Kerajaan Negeri boleh ambil langkah-langkah seperti berikut untuk selamatkan Raub daripada krisis air. Anggaran jumlah penduduk daerah Raub adalah seramai 100,000 orang dan dijangka akan meningkat kepada 120,000 orang menjelang tahun 20… 2020.
Menurut laporan PAIP, bekalan air bersih bagi daerah Raub diperolehi dari 8 buah loji rawatan air. Bagi memenuhi keperluan pembangunan yang sedang pesat dan juga yang berada dalam perancangan rizab kapasiti bekalan air semasa tidak lagi mampu untuk menyediakan bekalan yang selesa. Daripada kajian awal unjuran bekalan didapati bandar Raub memerlukan tambahan pengeluaran sehingga 40 ribu meter persegi per hari menjelang tahun 2025.
Selaras dengan keperluan tersebut, saya harap Kerajaan Negeri merancang untuk membina sebuah loji rawatan air baru di kawasan Rotan Tunggal dengan kapasiti 40,000 meter persegi setiap hari bagi menggantikan Loji Air Sungai Bilut sedia ada yang telah lanjut usianya serta tidak ekonomik dan mampu menyediakan bekalan bagi memenuhi permintaan di bandar Raub.
Selain itu, kerajaan juga boleh membina satu kolam takungan dengan izin, off river storage, dengan kapasiti 165…100…1,650 ribu meter padu dengan konsep empangan earth-fill dan saddle dam. Cadangan pembinaan kolam takungan akan melibatkan pengunaan kawasan yang agak besar iaitu kira-kira 30 hektar dimananya ia melibatkan pengambilan balik tanah milik yang terdiri daripada susu… susul… dusun tanaman.
Tuan Yang di-Pertua,
Selain itu, memandangkan pembukaan tanah juga merupakan salah satu punca krisis air di Raub. Mungkin perkembangan berikut perlu mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri. Kawasan hutan di Raub sedang diteroka dan dimusnahkan untuk membolehkan ladang durian “Musang King” dibuka. Lapor sebuah akhbar terpengaruh di United Kingdom nama The Guardian. The Guardian mendakwa bahawa tanah seluas 1,000 hektar di Hulu Sempam dipercayai akan dibersihkan untuk ditanam
dengan durian berkenaan oleh syarikat yang ada kaitan dengan Kerajaan negeri Pahang.
Manakala menurut berita Sinar Harian pada 8 November 2018 bahawa kawasan seluas 1,000 hektar ini adalah milik Kerajaan Pahang yang dibangunkan oleh anak syarikatnya Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi tujuan pertanian durian Musang King.
Memetik kenyataan Siti Zuraida Abidin dari WWF Malaysia bahawa akhbar itu mendakwa ladang Musang King itu adalah dijangka menjadi habitat harimau dan terletak berdekatan dengan kawasan perlindungan haiwan liar berkenaan. Kewujudan Harimau Malaya dianggap sangat terancam ketika ini dan dianggarkan hanya ada kira-kira 300 ekor yang masih hidup di seluruh dunia. Penerokaan tanah di Hulu Sempam boleh menyebabkan lebih luas kawasan hutan dipisah-pisahkan dan akibatnya ia akan memberi kesan kepada pergerakkan hidupan liar, kata WWF Malaysia.
Oleh itu Tuan Yang di-Pertua,
Saya rasa sekiranya tanah seluas 1,000 hektar dibuka untuk menanam durian musang king ia akan me… bertambah teruk kepada keadaan krisis di… air Raub di Raub dan ia akan mencemar air mentah kawasan tadahan air atas atau sungai dan orang Raub akan lebih susah untuk menikmati bekalan air yang bersih.
Oleh itu, saya minta Kerajaan Negeri menjelas sama ada tanah seluas 1,000 hektar itu di Hutan Sempam adalah bertujuan menanam Musang King. Jika ini adalah satu fakta yang benar, saya harap Kerajaan Negeri pertimbang semula kerana ia tidak akan memberi kes… kesan positif kepada kawasan tadahan air Raub dan juga menjejas kawasan perlindungan haiwan liar. Sekian, terima kasih ucapan saya. Terima kasih.
Terima kasih. Sila Tahan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Alhamdulliah [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, yang saya hormati Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para pemerhati yang dirahmati Allah SWT sekalian.
Pertama sekali, saya mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar yang telah berjaya membentangkan Bajet 2019 pada hari Isnin yang lalu. Bajet yang saya kira bersifat menyeluruh, yang lebih berhati-hati dan berjimat cermat bagi menepati kemampuan Kerajaan Negeri berdasarkan kepada sumber pendapatan negeri yang agak teratas.
Namun saya mengira Kerajaan Negeri akan terus berusaha untuk memastikan pendapatan kita akan terus bertambah daripada masa ke semasa. Pertambahan ini akan memberi manfaat dan faedah kepada rakyat jelata. Antaranya melalui peruntukan yang akan diberikan kepada Wakil-wakil Rakyat untuk membangunkan kawasan-kawasan yang mereka wakili.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mulakan ucapan saya pada pagi ini dengan memetik sepotong ayat Al-Qur’anul Karim [Bacaan ayat al-Quran] maksudnya: “Dan jika sekiranya penduduk satu-satu negeri itu beriman dan juga bertaqwa kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT akan membukakan kepada mereka pintu keberkatan daripada langit juga daripada bumi. Akan tetapi mereka mendustakan Rasul, lalu Allah SWT menimpakan azab kepada mereka di atas apa yang telah mereka lalukan”. Ayat ini menjelaskan bahawa keberkatan yang Allah SWT berikan kepada satu-satu negeri adalah berdasarkan kepada iman dan taqwa kepada Allah SWT.
Dalam tafsir Al Wasith yang dikarang oleh Dr Wahbah Az-Zuhailly dinyatakan bahawa keberkatan yang dimaksudkan ialah dengan cara Allah SWT akan mempermudahkan segala urusan dan kerja buat yang kita lakukan. Istilah keberkatan adalah satu istilah yang tiada dalan kamus sekular barat. Dalam falsafah sekular barat pekerjaan hanya diukur berdasarkan kepada natijah yang bersifat, material dan fizikal semata-mata.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Dalam bajet yang dibentangkan ini saya melihat ada sejumlah peruntukan bagi membiayai projek bekalan air. Saya mengharapkan agar er… peruntukan ini juga boleh digunakan untuk memastikan bekalan air bersih sampai kepada semua rakyat negeri Pahang. Sememangnya dalam perniagaan untung, rugi mesti diambil kira. Namun bagi sebuah negeri yang ingin memakmurkan kehidupan rakyat maka perkara asas yang menjadi keperluan rakyat seperti air ini mesti kita segerakan, walaupun terpaksa pengenepikan perkara-perkara lain yang bersifat tidak mendesak kepada sesebuah kehidupan. Kerana air adalah sumber kehidupan er… bagi er… semua kehidupan. Allah SWT berfirman [Bacaan dalam Bahasa Arab] “Dan kami jadikan daripada air itu tiap-tiap benda yang hidup”. Justeru saya mengharapkan agar masalah air di kawasan saya khususnya dapat diselesaikan secepat mungkin.
Mungkin boleh saya cadangkan pada masa yang terdekat ini pihak kerajaan mungkin boleh menyalurkan ataupun menyediakan satu bajet bagi membina telaga tiub er… untuk kegunaan penduduk-penduduk kampung yang sangat kritikal masalah airnya.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Izinkan saya menjawab terus soalan ini. Sebenarnya tadi saya sempat er… berbincang dengan Pengarah Kesihatan dan insya-Allah kita akan ke lapangan dalam masa terdekat. Terima kasih.
Terima kasih Exco di atas respon segera dan saya boleh balik ke kawasan saya dalam keadaan yang sungguh selesa berdasarkan kepada janji yang telah dibuat oleh er… Exco Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, janji itu bukan selesai, janji turun ke lapangan. Insya-Allah. Jadi pakarnya adalah Pengarah Kesihatan, saya membawak aja. Jadi kita tengok kesesuaian nanti sama ada praktikal kita buat secara tiub well ataupun mungkin melalui retikulasi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar ataupun
dalam kemampuan PAIP yang saya rasa itu agak mustahil sikit dalam keadaan masa sekarang. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Yang di-Pertua,
Saya mohon mencelah, saya harapkan Exco melihat juga masalah air di Bukit Ibam. Terima kasih.
Terima kasih saya ucapkan kepada kesediaan Exco untuk melapangkan masa untuk turun ke Kawasan saya. Saya rasa bila rakyat dengar Exco nak turun tu, telah berputik satu er… orang panggil er… satu perasaan yang gembira kepada mereka insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua,
Insya-Allah saya akan terus membangkitkan isu air ini daripada masa ke semasa demi memastikan kesejahteraan rakyat kita, kerana apa berbanding tak ada air dengan tak ada elektrik, biar tak ada elektrik berbanding dengan tak ada air. Kalau tak ada air semua benda tak jadi, nak makan, nak minum, nak beribadat pun er… tak boleh, tak boleh kita nak buat.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Daerah Jerantut dikenali sebagai bandar Taman Negara. Taman Negara ni pula terletak dalam DUN Tahan kawasan yang saya sedang wakili. Untuk sampai ke Taman Negara perjalanan melalui jalan darat mengambil masa lebih kurang satu jam suku daripada bandar Jerantut. Apa yang hendak saya sebut ialah struktur jalan yang tidak memuaskan daripada bandar Jerantut untuk sampai ke Taman Negara.
Saya menyedari bahawa jalan tersebut adalah Jalan Persekutuan yang di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Namun saya mengharapkan agar pihak Kerajaan Negeri boleh berbincang dengan Kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf jalan tersebut. Kerana jalan ini telah dikira sebagai jalan antarabangsa. Lebih-lebih lagi apabila trend pelancong pada hari ini yang memilih untuk menyewa kereta dari Kuala Lumpur dan dipandu sendiri menuju ke Taman Negara.
Saya juga nak sebut tentang jalan antara Kampung Paya Garok, simpang… Kampung Paya Garok menuju Kampung Sungai Putat yang ditengah-tengahnya itu terdapat banyak pokok-pokok yang condong dan sangat berisiko untuk tumbang, lebih-lebih lagi apabila musim hujan ataupun keadaan ribut. Sehinggakan kadang-kadang rakyat pesan kepada saya, “YB kalau lalu kawasan tu hujan ataupun ribut YB jangan lalu. Kome takut berlaku PRK pula” dia kata. [Ahli Dewan ketawa] Bahkan sebenarnya telah ada kejadian pokok tumbang yang sehingga membawa kepada kematian. Ini direkodkan oleh PDRM.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Antara perkara yang menjadi daya tarikan pelancong ke Taman Negara ialah Canopy Walkway ataupun jambatan gantungnya. Saya tak taulah YB Lanchang pernah naik ataupun tak jambatan gantung itu tersebut. Untuk makluman, jambatan gantung yang panjangnya lebih kurang 600 meter telah ditutup sebahagiannya kira-kira setahun
yang dulu oleh kerana er… nak beri laluan kepada kerja-kerja baik pulih dan saya dimaklumkan oleh penggiat pelancongan di Taman Negara, kerja-kerja baik pulih tersebut telah selesai, namun ianya belum lagi dibuka untuk digunakan oleh orang ramai. Tinggal lagi baki 300 meter, 300 meter ini pada 8 haribulan yang lalu, pihak Perhilitan Jerantut telah mengeluarkan satu Surat Pekeliling menutup 300 meter baki tu pun ditutup juga untuk kerja-kerja penyelenggaraan keselamatan.
Kita sememangnya tidak berkompromi er… terhadap isu-isu keselamatan. Cuma saya mengharapkan penutupan ini tidak terlalu lama kerana ia memberi kesan kepada kedatangan pelancong ke Taman Negara kerana saya diberitahu telah ada pelancong-pelancong yang telah membatalkan tempahan hotel dan juga chalet mereka apabila mengetahui tentang penutupan kanopi ini.
Oleh kerana itu, kita… saya menyedari bahawa Perhilitan sendiri mempunyai kekangan kewangan untuk er… membaik pulih kanopi tersebut. Cumanya kalau dalam masa terdekat ini pihak Kerajaan Negeri boleh membantu sekurang-kurangnya kita boleh buka er… kanopi itu dalam jarak 100 meter. Kerana apa ia menjadi daya tarikan er… kepada er… pelancong. Kerana apa, bagi saya canopy walkway ini adalah merupakan ikon er… kepada Taman Negara.
Saya juga ingin mencadangkan dalam Dewan Yang Mulia ini agar di Taman Negara ini er… disediakan atau diwujudkan mesin ATM dan juga money changer untuk memudahkan er… urusan pelancong daripada dalam dan juga luar negara dan juga memberi manfaat dan faedah kepada penduduk-penduduk setempat.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih er… kepada pihak kerajaan atas sikap prihatin kepada soal pembangunan Orang Asli di samping pelaksanaan program infrastruktur asas dan ekonomi. Soal pendidikan mereka mesti terus diberikan sokongan daripada masa ke semasa. Di Kuala Tahan umpamanya pe… Program er… Chup Badui Sikulah yang dipelopori oleh NGO Bird Group Taman Negara hendaklah sentiasa diberi sokongan dari masa ke semasa. Kerjasama padu antara PPD Jerantut, JAKOA dan juga pihak NGO NGO diharap dapat memberi satu sinar baru kepada anak-anak Orang Is… Orang Asli ini.
Setakat ini seramai lebih kurang 57 orang murid yang berjaya dipujuk untuk ke sekolah yang melibatkan er… daripada 4 buah kampung yang mereka ini semua sekali daripada suku kaum Bateq. Saya harap sokongan dari er… sokongan dari Kerajaan Negeri er… akan terus diberikan er… daripada… daripada masa ke semasa kepada er… inisiatif ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga ingin menarik perhatian Dewan berkenaan dengan jalan raya yang belum sampai lagi ke beberapa kawasan dalam DUN Tahan. Sebenarnya saya telah mengemukakan er… 5 soalan kepada Dewan ini er… cumanya baru satu soalan yang timbul er… yang lagi 4 tak tahulah sebab kita pun masih ada lagi dua hari, mustahil bagi saya lagi 4 soalan tu akan timbul er… dalam masa dua hari ni. Jadi saya mengambil terus kesim… kesempatan pada er… peluang ini untuk er… menyebut berkenaan dengan jalan-jalan dalam kampung.
Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal sehingga ke kampung Pulau Besar, Bukit Mat Daling yang masih lagi er… jalannya jalan tanah merah. Dalam keadaan er… musim
tengkujuh musim hujan er… jalan-jalan tersebut sangat berisiko sangat licin er... mengganggu er… kegiatan harian er… penduduk-penduduk er… di er… Ulu Tembeling.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri iaitu apabila projek membina lebuh raya ataupun jalan raya daripada Kuala Tahan menuju ke Kampung Bantal yang telah siap setakat ini telah er… dibuka kuari batu kasaran di kawasan berhampiran dengan Kampung Kuala Sat. Saya nak tanya, adakah Kerajaan Negeri mendapat faedah ataupun manfaat daripada pembukaan kuari tersebut? Yang kedua, sekarang ini apabila projek telah dihentikan, semua jentera-jentera er… telah dibawa keluar, masih ada banyak lagi longgokan-longgokan batu kuari tersebut, adakah batu kuari itu boleh diambil oleh penduduk-penduduk untuk mereka gunakan bagi er… menurap jalan-jalan raya er… jalan-jalan dalam er… kawasan kampung yang masih lagi er… dalam keadaan jalan tanah. Itu soalan saya.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya nak er… mengambil kesempatan juga pada peluang ini untuk bertanya berkenaan dengan status pelantikan pengerusi MPKK er… yang saya dia… dia… saya diberi maklum dahulu bahawa ianya akan selesai pada bulan 10. Kemudian sekarang kita telah menghampiri hujung bulan 11 dan kita akan masuk pula bulan 12. Jadi, apa yang menjadi er… kerisauan saya kerana harini dari sudut er… pengurusan kampung agak pincang kerana er… tidak ada er… mereka yang hendak dituju, terutama bila nak dapatkan pengesahan-pengesahan. Jadi, kitalah sebagai Wakil-wakil Rakyat ni er… didatangi oleh er… rakyat untuk menandatangi… untuk apa tu… mendapatkan pengesahan-pengesahan daripada kita. Kita pula setakat mana yang kit… yang kita… yang kita boleh sign yang boleh kita sahkan er… kita, kita sahkan.
Juga saya hendak bertanya berkenaan dengan keanggotaan er… AJK MPKK. Adakah satu garis panduan disediakan oleh Kerajaan Negeri? Siapakah yang sepatutnya menganggotai MPKK tersebut? dan adakah Kerajaan Negeri bersedia ataupun telah er… membuat satu garis panduan bahawa setiap kampung antara yang mengisi jawatan ahli MPKK itu ialah er… orang panggil pemimpin-pemimpin masyarakat seperti er… tok imam ataupun yang selain daripadanya.
Kerana saya merasakan bahawa selama ini tok imam kebanyakan, kebanyakan er… JKKK yang sebelum pada ini tok imam tidak dilibatkan er… sebagai salah seorang daripada er… AJK. Saya mengharapkan untuk ke depan ni mungkin boleh er… pihak Kerajaan Negeri meletakkan salah seorang daripada AJK MPKK ialah imam kepada er… kampung er… kampung tersebut.
Akhir sekali Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya er… ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada pihak er… Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas er… peruntukan yang telah diberikan er… kepada er… kami baru-baru ini dan saya ada satu lagi permintaan kecil er…daripada saya dan juga mungkin daripada rakan-rakan er… Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain iaitulah er… berkenaan dengan soal menda… menandatangani dokumen-dokumen tertentu.
Ada borang-borang tertentu yang kami tidak diberikan kebenaran ataupun hak untuk menandatangani. Saya fikir ini sangat memberikan er… atau sangat menyusahkan rakyat. Maca… macam di… di Jerantutlah di DUN Tahan, apa-apa benda orang kena cari ADUN Pulau Tawar. ADUN Pulau Tawar Exco, saya tahu kesibukan dia. Jadi saya bersedia nak ambil tugas dia… untuk sign je lah [Ahli Dewan ketawa]. Untuk sign tu boleh. Jadi saya fikir er… sudah sampai er… masanya er… Kerajaan Negeri
memberikan kebenaran juga kepada kami Wakil-wakil Rakyat daripada pembangkang ini untuk signlah apa-apa borang termasuk borang Yayasan Pahang.
Kerana apa, rakyat bila dia… dia datang jumpa kita, kita kata kita tak sign, akhirnya rakyat marah. Dia bukan marah kepada kita, dia marah kepada kerajaan. Er… jadi esok saya bimbang impak besar akan ber… berlaku kepada Kerajaan Negeri pada PRU 15. Jadi saya rasa er... cukuplah sekadar itu er… perbahasan yang saya boleh er… sempat er… ambil peluang pada pagi ini. Saya mengucapkan ter… ribuan terima kasih di atas kesempatan ini dan saya mohon menyokong, terima kasih.
Terima kasih Tahan. Sila Semantan.
[Ayat al-quran], Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat barisan Ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan seterusnya Sidang Dewan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini. Mudah-mudahan usaha kita akan dapat memajukan negeri Pahang yang kita cintai dan mensejahterakan rakyat di negeri ini.
Sidang Dewan yang dihormati sekalian, kita telah mendengar pembentangan bajet belanjawan 2019 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, bajet yang bertemakan Maju Terus Pahang yang memberi penekanan kepada tiga perkara utama. Yang pertama, transpot… transformasi perkhidmatan. Yang kedua, menjana pendapatan dan yang ketiga memakmurkan kehidupan. Bajet ini dilihat realistik dan berhemah untuk memastikan Pahang terus maju, rakyat mendapat manfaat dan semestinya tidak melebihi keupayaan. Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Sidang Dewan yang dihormati sekalian, penstrukturan semula bekalan air Pahang adalah merupakan satu inisiatif yang akan menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran rakyat. Dengan pelupusan sebahagian hutang Kerajaan Negeri berkaitan air yang berjumlah hampir RM2 billion, insya-Allah akan memastikan perkhidmatan air bertambah baik. Selain itu, kajian semula kadar tarif air perlu dilakukan untuk memastikan mutu perkhidmatan air dapat diberikan secara yang terbaik dan berkesan kepada rakyat.
Sidang Dewan yang dihormati sekalian, inisiatif pembangunan Negeri Pahang untuk membina 10,000 buah Rumah Makmur untuk golongan B40 yang ber… yang berpendapatan bawah RM5,000 adalah merupakan satu inisiatif yang cakna kepada golongan tersebut. Ia adalah tanda terima kasih kerajaan kepada golongan tersebut yang telah memberi mandat dan sebagai usaha membantu mereka untuk memiliki rumah idaman dalam suasana ekonomi yang tidak menentu sekarang ini.
Selain itu, PR1MA Pahang yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sebanyak 118 projek dengan jumlah rumah sebanyak 37,389 unit pastinya akan memberi sinar baru kepada 37,389 keluarga sekiranya dilaksanakan sepenuhnya. Akan tetapi, buat masa ini hanya 2,770 keluarga yang baru mendapat manafaat. Ini bermakna 34,619 unit masih belum memberikan manafaatnya. Justeru, kerajaan perlu mengenalpasti
pemaju-pemaju yang masih belum melaksanakan projek yang diluluskan untuk memastikan sasaran 37,389 unit rumah untuk rakyat dapat direalisasikan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin menarik perhatian dalam Dewan ini untuk meminta pihak kerajaan mengenalpasti masalah. Yang pertama, kelewatan syarikat yang telah mendapat kelulusan melaksanakan projek PR1MA ataupun projek Rumah Makmur. Yang kedua, harus kita kenal pasti projek-projek yang terbengkalai. Yang ketig… ketiga, harus kita kenalpasti tapak yang sesuai untuk diberikan kelulusan. Saya ingin menyebut di sini di kawasan saya di DUN Kuala Semantan. Kelulusan seluas 100 ekar telah diluluskan kepada sebuah syarikat sebelum saja pilihan raya yang lalu di Kampung Padang Lalang. Jaraknya hampir lebih kurang 8 kilometer daripada Simpang Paya Pulai untuk menuju ke tapak projek.
Cuba kita bayangkan, dari jarak daripada hujung kampung sehingga ke tapak projek hampir 4 kilometer yang terpaksa melalui kawasan ladang-ladang. Yang pastinya tidak ekonomik seandainya diteruskan yang mana mungkin projek ini berpotensi untuk gagal dalam kita melaksanakan… mencapai cita-cita kerajaan untuk menyediakan perumahan rakyat. Yang kedua, sedikit menyentuh saya sendiri secara peribadi. Kawasan yang telah diluluskan merupakan satu kawasan yang dibangunkan oleh anak muda sebagai litar motorcross yang mana pembiayaannya ditanggung sepenuhnya oleh golongan belia yang hampir mengeluarkan belanja RM80,000 sehingga RM100,000.
Dan baru-baru ini mereka telah mengadakan satu er… kejohanan motor cross yang melibatkan hampir 300 peserta bukan sahaja di Temerloh, bahkan di seluruh negara dan 3 pasukan daripada negara luar. Yang ini saya merasakan bahawa satu masalah yang akan dihadapi oleh saya sebagai Wakil di DUN Kuala Semantan. Saya menyeru kepada kerajaan agar kita perlu berhati-hati dalam kita meneruskan… memastikan usaha kita tercapai dalam kita bercakap dalam soal rumah perumahan di Negeri Pahang ini.
Sidang Dewan yang dihormati sekalian, penurunan kuasa kepada Pengarah Tanah dan Galian dan juga Pentadbir Tanah Daerah bagi permohonan kelulusan pindah milik gadaian dan pajakan tanah meningkatkan penguatkuasaan ke atas aktiviti pencerobohan tanah haram, penguatkuasaan kutipan cukai… tunggakan hasil tanah, penubuhan Pahang Investment Corporation (PIC) dan pembangunan portal aduan rasmi dan cadangan rakyat yang saya merasakan bahawa adalah usaha yang sangat baik untuk memajukan Pahang dan menjaga kebajikan rakyat.
Sidang Dewan yang dihormati sekalian, bantuan khas RM500,000… RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan kebawah yang telah menyumbang bakti kepada kerajaan adalah tanda terima kasih yang sangat bernilai buat mereka. Baru-baru ini Pengerusi MPKK telah dipanggil untuk memberi taklimat. Tetapi saya difahamkan watikah pelantikan belum lagi dikeluarkan. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk memikirkan imbuhan kepada bekas Pengerusi-pengerusi JKK yang sebelum ini tidak dibayar elaun selama 6 bulan. Tetapi masih menjalankan tanggungjawab mereka. Mungkin kerajaan boleh menilai token untuk menghargai mereka ini yang telah menyumbang bakti di peringkat akar umbi.
Sidang Dewan yang dihormati sekalian, keselesaan kerajaan dalam memakmurkan rakyat bukan hanya pada Bajet 2019 tetapi ianya telah ditunjukkan melalui meluluskan tanah-tanah berkelompok kepada rakyat. Antaranya ialah tanah berkelompok di
Kampung Lebak Seberang Temerloh di kawasan saya. Namun saya melihat keperluan atau inisiatif kerajaan untuk membantu pemilik mengusahakan tanah tersebut melalui penglibatan GLC-GLC milik kerajaan negeri seperti PKPP, Yayasan Pahang seperti mana yang dilakukan oleh pihak FELCRA dan RISDA sebelum ini. Usaha ini dapat mengelakkan tanah tersebut dijual kerana tidak berkemampuan untuk menguruskannya.
Selain itu, saya pernah hadir perjumpaan dan dialog bersama Persatuan Pesara Kerajaan Negeri Pahang Cawangan Temerloh yang telah mendapat… yang telah diluluskan untuk mereka sebanyak 280 lot tapak rumah di Kampung… di Kampung Busut Jin Temerloh yang rata-rata mereka ini adalah pengundi saya. Tetapi sejak pengurusan hampir 20 tahun tidak disediakan infra ataupun access masuk sehingga mereka gagal untuk membuat pembangunan di tanah tersebut. Oleh itu, saya mengharapkan keprihatinan Kerajaan Negeri untuk membantu mereka ini yang telah banyak berjasa kepada negeri ini.
Sidang Dewan yang dihormati sekalian, Temerloh yang dikenali sebagai titik tengah semenanjung dan Bandar Ikan Patin kian membangun sejak dari kerajaan dahulu. Pembangunan yang dirancang untuk kepentingan rakyat antaranya cadangan pembangunan yang dirancang ialah pembinaan jambatan kedua Temerloh yang begitu kritikal ketika ini. Saya nak menceritakan bahawa pengalaman saya yang berlaku di hadapan saya sendiri. Di waktu puncak begitu sesak apabilanya berlaku … apabilanya selepas waktu pejabat.
Cuba kita bayangkan pesakit yang nak menuju ke Hospital Sultan Ahmad Shah yang terpaksa melalui kesesakan untuk melepasi jambatan hampir satu jam. Seandainya pesakit itu adalah orang yang nak bersalin, cuba kita bayangkan. Kerana saya memikirkan ianya harus diteruskan oleh kerajaan sekarang. Projek tersebut dalam masa yang sama tidak meniggalkan kebajikan penduduk sekirannya masjid di Kampung Tebal Seberang, Temerloh perlu dirobohkan kerana berada dalam laluan projek, maka masjid baru perlu diganti untuk kegunaan mereka. Kita ingin memastikan pembangunan berjalan serius, seiring dengan kebajikan. Saya juga telah difahamkan cadangan pembangunan Kompleks Sukan di Kampung Tualang… di Kampung Tualang, Temerloh dan Terminal Sentral di Taman Sri Kemuning Temerloh telah diluluskan dan dikenal pasti tapak oleh kerajaan dahulu. Oleh itu, saya juga amat berharap projek yang sebegini baik dapat dilaksanakan untuk rakyat.
Sidang Dewan yang dihormati sekalian, bila ingat Temerloh, pasti kita akan ingat ikan patin. Ramai pelancong dari dalam dan luar hadir datang ke Temerloh datang untuk menikmati patin tempoyak. Bandar Temerloh akan jammed setiap hujung minggu dan cuti umum hanya kerana orang ramai mencari patin Temerloh. Sedar akan hal ini, saya ingin menyarankan kepada kerajaan melalui Jabatan Perikanan untuk mewujudkan pattern patin Temerloh. Ini merupakan cara pengawal peniaga dan pengusaha serta memberi jaminan ori, original atau tulen kepada pembeli.
Kita khuatir dalam keadaan pemintaan yang tinggi mungkin akan berlaku penipuan kerana nak untung cepat cari ikan luar, rendam dalam sangkar sungai, kemudian dijual mengatakan ini patin Temerloh. Jika ada pattern patin Temerloh akan ada ciri-ciri tersendiri. Sekarang ini kalau nak supply patin Temerloh ke Kuala Lumpur kena ambil gambar sangkar, proses mengambil ikan dan lain-lain. Namun, ia belum pasti ketulenannya yang benar. Selain daripada itu, latihan boleh kita berikan dari sudut penampilan, dekorasi gerai, layanan, etika melayan pelanggan dan pembungkusan dan lain-lain boleh diberikan kepada pengusaha patin di Temerloh untuk menampilkan imej patin Temerloh. Kita boleh jadikan…
Ada, Yang Berhormat-Yang Berhormat kena ada klon Temerloh…
Ya.
Klon patin Temerloh.
Ikan patin Temerloh. Kita boleh jadikan “harum manis” di negeri Perlis sebagai contoh. Pembungkusan yang seragam, ciri-ciri yang unik oleh orang Perlis, ada kalanya hanya orang ke Perlis, kadang-kalanya hanya untuk… datang ke Perlis membeli “harum manis”. Secara tidak langsung kehadiran pelancong akan bertambah.
Sidang Dewan yang dihormati sekalian,
Saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada di Pihak Kerajaan mahupun di Pihak Pembangkang untuk kita bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha untuk bersama memastikan maju terus Pahang di bawah teraju kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Saya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan (2019) 2018. Sekian Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Semantan. Padang Tengku, Padang Tengku.
Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah berjaya melahirkan satu bajet yang cukup baik yang pada saya begitu menyeluruh dan sesuai dengan kemampuan kewangan dan juga kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri.
Saya tertarik dengan pendekatan yang dibawa oleh Dato’ Sri… Dato’ Sri MB yang menyatakan top bottom, bottom up. Hah… ini saya… saya dengar satu istilah yang cukup menarik. Satu slogan yang menunjukkan bahawa pendekatan yang ingin dibawa oleh Dato’ Sri sebagai kepimpinan negeri iaitu satu pendekatan harmonis yang ingin mendengar pandangan daripada bawah dan juga membawa membincangnya di atas dan akhirnya akan dinikmati oleh orang-orang di bawah ini.
Ini satu pendekatan yang baik dan saya kira dengan pendekatan ini, insya-Allah negeri Pahang akan wujud sebagai sebuah negeri yang akan maju selaras dengan apa yang disebutkan ‘memakmurkan kehidupan’ sebagaimana tema bajet kita dan kita percaya juga dengan pendekatan ‘bekerjasama dan berbaik-baik dengan Kerajaan Pusat’, saya yakin bahawa ini juga akan dapat memastikan Pahang akan terus maju.
Justeru itu melalui pendekatan ini saya mengharapkan Dato’ Speaker supaya er… perhubungan baik, perhubungan peribadi. Saya bersetuju dengan saranan yang dikemukakan oleh ADUN Pelangai iaitu Yang Amat Berhormat Menteri Besar kena membuat pendekatan secara peribadi khususnya dengan PM, terutama dalam melaksanakan projek-projek yang telah sedia ada tetapi tidak dapat dilaksanakan oleh sebab pertukaran kerajaan baru-baru ini.
Saya nak sebutkan di tempat saya, ada beberapa projek yang telah diluluskan oleh ICU umpamanya Masjid Kampung Seberang Jelai bernilai RM2 juta yang sepatutnya ditender pada Jun 2018. Masjid Kampung Aur Gading, RM1.4 juta jangkaan iklan pada Mei 2018. Masjid Kampung Mentara Baru, RM1.5 juta yang sepatutnya diiklankan pada Mei 2018. Dewan Terbuka Mukim Gua di Kampung Sungai Damar, RM2 juta er… tiga rat… bukan er… RM300,000. Dewan Terbuka Dataran Tok Linggi RM350,000. Ini di antara projek-projek di bawah ICU.
Kemudian projek-projek JKR. Projek-projek pembekalan air, mintak maaf. Projek pembekalan air, Loji Rawatan Air Kechau 6 yang telah pun diluluskan sebanyak RM10 juta. Projek ini sebenarnya atas usaha Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang lalu dan lawatan pun telah dibuat dan untuk pengetahuan Exco er… yang berkaitan bahawa loji ini dah… dah, dah separuh tenggelam dah dan pada lawatan itu kita, kita nampakkan dia mendap. Jadi saya Nampak, sepatutnya projek-projek ini menjadi keutamaan.
Projek bekalan air di Kampung Chegar Perah, RM20 juta, projek bekalan air Kampung Petola, Dada Kering yang saya er… sebutkan di dalam soalan tambahan yang lalu yang dikatakan telah siap tetapi pada apa nama laporan ataupun maklumat yang diberikan oleh pihak JKR ya… pihak apa nama PAIP ianya belum er… berada dalam penyerahan kepada pihak PAIP.
Justeru ini saya juga ingin Dato’ Sri MB supaya kita melihat tentang tuntutan bertindih. Saya setuju dengan Beserah, tuntutan bertindih er… telaga er… Bertam di mana saya sebenarnya ada buat soalan tentang perkara ini tapi tak tahulah keluar tak keluar tapi saya dengar Beserah ni banyak…
Minta laluan…
Banyak menda yang… hah ada kesamaan tu
ADUN Padang Tengku, ADUN Padang Tengku boleh minta laluan...
Ya.
Boleh, mohon izin. Boleh?
Boleh Dato’ Sri…
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Berkenaan dengan apa ni, tuntutan bertindah yang dimaksudkan tadi Bertam PETRONAS ni kan. Saya ingin memaklumkan di Dewan Yang Mulia ini bahawa Kerajaan Negeri telah pun memanggil PETRONAS untuk memberi taklimat, sebabnya kita memang berhajat untuk membuat tuntutan dengan Kerajaan Pusat tetapi sebelum kita membuat tuntutan kita kena ada fakta, ada maklumat yang lengkap. Jadi Kerajaan Negeri telah pun memanggil PETRONAS, PETRONAS pun telah memberi taklimat. Selepas itu Kerajaan Negeri panggil pula Jabatan Pemetaan untuk memasti, mengesahkan sama ada ianya termasuk atau tidak di sempadan negeri Pahang.
Jadi buat pada masa ini maklumat belum lengkap, jadi kita tidak boleh buat apa-apa. Kalau tidak ada maklumat nanti kalau Kerajaan Pusat tanya “apa you all punya evident, fakta atau pun dokumen sokongan?” kita tak boleh nak produce, buang masa je.
Jadi saya harap Yang Berhormat dapat bersabar sekejap, bila kita dapat maklumat saya akan beritahu kepada Yang Berhomat bila saya balik ke Lepeh nanti boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ok. Terima kasih Dato’ Sri. Bila balik Lepeh nanti saya jumpalah. Minta sign sekali. Er… saya sambung balik semula ya, sebab perkara ni sebenarnya kalau untuk pengetahuan kita, PM yang lalu, PM kerajaan yang lalu telah mengumumkan pada 30 Oktober 2012 bahawa telaga ini adalah milik Pahang. Er… yang seterusnya ialah saya ingin juga er… sebab dalam bajet kita dan juga bajet pusat tentang er… projek ECRL ni, yang sepatutnya, kita… kita kena pastikan bahawa ianya menjadi kenyataan, kerana kita tahu er… telah er…banyak perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk penyelenggaraan tapak er… dan juga apa nama ni er…
Yang Berhormat Yang di-Pertua…
… kos tanah dan sebagainya.
Laluan sikit. Dia telaga tu, kita tak ada di… di Pahang. Cumanya di bawah basin dia tu, di bawah tu. Kemungkinan ianya memasuki perairan iaitu perairan negeri Pahang, sebab tulah Yang Berhormat…Yang Amat Berhormat dan juga Yang Amat Berhormat telah meminta pihak PETRONAS, telah pun memberikan penjelasan kepada kita, telah pun memaklumkan, tetapi kita kena ada, seperti yang dinyatakan. Kita kena ada strong evidence, dengan izin, yang sememangnya basin di bawah tu, apa namanya, lantai, yang di bawah tu, mangkuk yang di bawah tu. Dia… dia begini, ini sempadan, ini telaga
minyak, tapi minyak tu ada belah kita. Hah… yang tu yang kita nak tu. Kita bukan nak 100, kalau boleh 200. Tetapi tak ada bukti yang kukuh lagi. Cumanya kita kena lebih spesifik lagi dan detail lagi, kerana kita faham-faham sajalah kan. Kerajaan Pahang dengan Kerajaan Pusat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Saya percaya bahawa Kerajaan Negeri bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan buat yang terbaik dan kita tidak akan berputih mata. Saya nak sambung ya. Er… seterusnya ialah tentang pembinaan jalan lebuh raya CSR Kechau Tui ke Relong. Jadi saya nak tahu bila projek ini akan dijalankan? Sebab saya jangkakan jika projek ni lambat, banyak lagi nyawa akan terkorban, sebagaimana hasil lawatan Exco turun padang.
Dato’ Speaker, saya nak beralih kepada sektor pertanian. Peruntukan yang telah diberikan sebanyak 3 point er… RM8.3 juta untuk tiga jabatan, iaitu Pertanian er… apa nama ni, Jabatan Veterinar dan juga Jabatan Pengaliran Saliran. Er… kita tahu bahawa, kerajaan sepatutnya memberikan perhatian serius sewajarnya kerana ini merupakan periuk nasi bagi sebahagian besar penduduk-penduduk di negeri Pahang ini. Apa yang saya nak tanya ialah er… saya pernah timbulkan di dalam Dewan ini, tentang er… usaha-usaha bagi membangunkan tanah-tanah terbiar. Er… berkaitan dengan dusun, sawah padi.
Kalau di Padang Tengku tu bermula daripada er… kawasan Berembang tu, sampai ke Merapoh merupakan tanah-tanah terbiar, paya-paya ni. Jadi baru-baru ni, Menteri Pertanian ada menyebutkan Dato’ Speaker, bahawa er… kita tanam dengan… dengan durian, rambutan, nenas dan kita nak tengoklah setakat mana projek ini boleh menjadi kenyataan dan saya yakin Menteri Pertanian bila menyebutkan sesuatu, sebagai seorang menteri, dia mesti berdasarkan kajian yang dibuat oleh jabatan. Jadi kita nak tahu sama ada Jabatan Pertanian telah membuat sesuatu, untuk memastikan bahawa er… tanah terbiar ini akhirnya dapat kita bangunkan.
Saya juga nak tahu tentang status projek tanam semula buah-buahan terpilih yang pernah diusahakan oleh Jabatan Pertanian. Dan kita tak nampak er… dan belum jelas hasil daripada projek ini. Begitu juga apakah usaha yang er… sedang dilakukan oleh pihak Jabatan Pertanian bagi menggamit anak-anak muda untuk kembali kepada sektor pertanian. Kerana kita tahu bahawa, sektor pertanian ini dilihat sebagai sektor pilihan yang terakhir.
Namun begitu, er… satu, apa nama ni, program pertanian moden iaitu fertigasi nampaknya menarik perhatian apa ni, pemuda-pemuda, belia-belia untuk berkecimpung. Tetapi saya nampak er… banyak projek-projek ini yang er… Dato’ Sri Speaker, ianya nampak gah di peringkat awal. Tapi sekali, dua kali penuaian, lepas itu projek ini ditinggalkan. Jadi saya mencadangkan supaya er… ada penyusunan, pemantauan atau mungkin kita boleh satukan mereka ini di bawah satu pengurusan atau pun koperasi.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga ingin menarik perhatian tentang kewujudan kumpulan Perkembangan Wanita dan hari ini dikenali sebagai kumpulan er… er… Usahawan Industri Asas Tani. Di mana ini merupakan program yang baik untuk kaum ibu membantu kaum keluarga mereka dari segi menambahkan pendapatan, dan mereka ini kebanyakan meminjam apa nama AIM, Amanah Ikhtiar. Dan satu-satu kampung, Amanah Ikhtiar ni,
peminjamnya sampai 20, 30, satu… satu kumpulan sahabat itu. Dan kalau kita lihat daripada angka ini, satu kampung 40, 30. Kalau lahir 10, satu kampung saja, sudah tentu begitu meriah apa nama kampung itu dengan usahawan-usahawannya. Tetapi bila kita pergi ke lapangan, kita tidak nampak er… kelibat-kelibat usahawan-usahawan. Mungkin usahawan-usahawan ini terpinggir, terpencil. Justeru itu, mungkin saya ingin mencadangkan bahawa kita perlu mewujudkan satu bimbingan doktrin kepada kumpulan-kumpulan usahawan yang bukan sahaja daripada Amanah Ikhtiar, tetapi juga daripada TEKUN, 1Azam dan juga Kumpulan Usahawan yang di… di… dilatih atau pun di bawah kawalan er… RISDA ini dikumpulkan satu supaya kita nampak projek ni.
Saya nak bawa satu istilah iaitu selama ni, kita kata kita pergi ke luar cari makan, cari makan. Keluar cari makan. Sekarang ni kita nak biar keluar cari duit er… bukan keluar cari makan. Keluar cari duit. Istilah yang saya nak cadangkan biar duit datang pula pada kita. Macam mana duit datang pada kita? Kita tengok orang Terengganu, orang Kelantan. Dia duduk di rumah, tetapi perusahaan dibuat di rumah. Dia buat rumah. Duit datang. Dia buat kilang keropok er… kedai apa, keropok, kain batik. Hah… ni makna dia duduk jer, duit datang kat dia. Tetapi perkara ni mungkin tak begitu popular di Pahang ini. Justeru itu, saya nak mencadangkan satu cara, satu kaedah yang boleh kita lakukan supaya budaya meniaga, terutama kumpulan-kumpulan wanita ini, dapat kita wujudkan supaya istilah yang saya sebutkan “duit datang kepada kita” atau pun “duit datang mencari kita” itu dapat kita dilaksanakan.
Dato’ Yang di-Pertua,
Saya nak pergi kepada sektor pendidikan. Kita nak ucapkan terima kasih kepada pentadbir, kepada guru-guru yang telah menjadikan… menyebabkan kita jadi apa yang kita jadi sekarang. Dan nampaknya Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan daripada dulu sampai sekarang, kita begitu mesra pendidik. Tetapi malangnya mereka tak mesra kita, er… surat khabar semalam er… tunjukkan, sebutkan menteri-menteri er… menteri, bukan menteri-menteri, menteri yang seolah menghalang kehadiran kita kedatangan kita ke sekolah-sekolah. Pendidik mesra, tapi dasar kita tu. Er… di sini saya nak mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Pahang yang begitu prihatin terhadap pembangunan pendidikan di negeri.
Justeru itu, saya nak mencadangkan supaya geran bantuan belajar IPT ni, ditambah daripada RM500 ke RM750, sebab er… berdasarkan kepada keadaan sara, kos sara hidup semasa yang begitu meningkat. Kerana kadar ni sebenarnya dah… dah bermula sejak daripada permulaan er… kelahiran skim ini er… pada tahun er… 2000 yang lalu. Begitu juga er… cara permohonan tu. Kita mungkin boleh ubah sikit, kita buat permohonan secara online. Maknanya pejabat-pejabat Pusat Khidmat ADUN ini, kita boleh gunakan kaedah yang di… dibuat bagaimana kita me…memohon rumah Mesra Rakyat dulu.
Makna, er… peminjam-peminjam ini, pemohon-pemohon ini, buat permohonan melalui Pejabat ADUN, kemudian dilink dengan Yayasan Pahang dan kemudiannya er… dia boleh ambil cek di… di…. di… apa nama ni, bank…bank buat apa nama, kerjasama dengan bank supaya ambik di bank-bank di…apa kampung atau pun di bandar-bandar er… tempat di mana pemohon itu tinggal. Di sini saya yakin dengan cara ini kita boleh manfaatkan, maklumlah kita dapat 500, daripada Merapoh sewa kereta, makan lagi, habis satu hari, banyak habis tiga empat ratus kos untuk perjalanan. Kos makan-minum, er… kemudian, sebab itu akhirnya dia pergi kepada Wakil Rakyat minta tambah pula lagi. Jadi, hasrat kita er… untuk membantu mereka
itu mungkin agak terjejas. Justeru itu, saya mencadangkan supaya kita membuatkan permohonan secara online ini.
Saya nak beralih tentang pendidikan agama. Saya nak ucapkan terima kasih kepada er… Kerajaan Negeri yang telah mengekalkan Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniyyah Padang Tengku sebagai salah er… sebuah sekolah yang er… meneruskan kelas er… kelas aliran sains tulen ini dan er… tetapi apa yang saya harapkan supaya ada usaha untuk kita meningkatkan er… infrastruktur… infrastruktur yang agak kekurangan di sekolah… sekolah agama ini khususnya di sekolah menengah er… agama Padang Tengku iaitu kemudahan makmal sains, makmal bahasa, perpustakaan dan bilik-bilik darjah yang serba daif.
Kalau tuan-tuan pergi ke sana, Allah kesian betul tengok, ya. Yang ni berlubang, yang ni poooongg… pongg ke? Apa nama ni… berlubang sana, berlubang sinilah. Jadi saya nak minta perkara ini diberikan perhatian. Semasa keberangkatan Kebawah Duli Tuanku Pemangku er… Pemangku Raja ke sekolah berkenaan, beliau sebenarnya telah er… memohon ataupun meminta dan telah diluluskan kelulusan segera oleh Perdana Menteri ketika itu untuk membina empat bilik darjah dan sebuah dewan serbaguna dan pihak er… Pejabat Daerah, Pegawai Daerah dan juga Jurutera Daerah telah pun datang tetapi kita tak tahu apa dia ceritanya sekarang sama ada permohonan itu dah sampai ke peringkat ini, perlu buat permohonan baru ataupun apa kedudukannya ini terus menjadi tanda tanya kepada kita.
Begitu juga er… keperluan untuk kita menambah mencukupkan er… guru-guru Sains, Matematik, Bahasa Inggeris di kalangan sekolah-sekolah agama ini perlu disegerakan. Perkara ini telah saya bangkitkan dalam sidang-sidang yang lalu tetapi saya nampak er… agak… agak perlahanlah cara penyelesaiannya dan saya juga er… mendapat er… nak ucapkan terima kasih er… Kementerian Pendidikan yang telah er… menempatkan guru-guru akademik dan sehingga hari ini rekod yang saya ada pada 22 er… bulan November 2018 ini.
Seramai 111 orang telah ditempatkan di seluruh 18 buah sekolah agama yang ada di… di negeri Pahang ini er… yang sepatutnya bilangan yang patut ditempatkan seramai er… 115 orang tapi yang ditempatkan sekarang hanya 111 orang. Tapi saya kira sebagai mana yang telah saya sebut dalam yang lepas, sepatutnya perjanjian yang telah kita buat sekitar tahun 80-an itu er… tidak lagi sesuai. Penempatan 115 orang ini tak sesuai lagi dan perlu ditambahkan bagi er… bersesuaian dengan keadaan dan bilangan pelajar yang begitu er… tinggi di sekolah-sekolah menengah agama ini.
Saya juga nak tanyakan tentang pelantikan guru-guru ASPA ke jawatan tetap. Saya nak beri contoh di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku ini seramai… seramai 12 orang telah pun ditemuduga oleh er… Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang. Namun begitu seorang je yang berjaya jadi saya kira ini satu er… kesedihan yang amat sangatlah pada guru ASPA ini yang mereka begitu er… memberikan perkhidmatan yang cukup cemerlang dan setia kepada Kerajaan Negeri tetapi er… bilangan di… diperuntukkan untuk ditempatkan ke jawatan te… tetap agak… agak mengecewakan dan er… begitu juga latihan pendedahan kepada guru-guru di sekolah menengah agama ini perlu dipertingkatkan.
Kita mungkin boleh er… memberikan latihan tentang keadaan kaedah pembelajaran semasa sesuai dengan tuntutan er… pendidikan abad ke-21 ini er… mungkin kerjasama boleh dilaksanakan melalui er… kerjasama dengan er… IPG Institut er…
Perguruan Pendidikan Guru ya di Lipis. Di kawasan saya ada pusat ataupun IPG Tengku Afzan, saya kira benda ini boleh dimanfaatkan.
Saya juga er… begitu kagum Dato’ Yang di-Pertua, tentang kewujudan dan juga keberhasilan apa nama… Pusat Tahfiz Negeri Pahang ini tapi kita tahu pengambilannya er… agak… agak terhad. Justeru itu saya hari itu juga mengamati Titah Duli Tuanku Pemangku Raja semasa lawatan dia ke Padang Tengku er… tentang er… keperluan ataupun er… tentang er… peluang pendidikan terutama er… pendidikan agama yang berasaskan pada sains ini supaya lebih ramai profesional agama dapat dilahirkan maka keperluan untuk er… mewujudkan er… Maahad Tahfiz cawangan di peringkat daerah. Justeru itu, saya nak mencadangkan bahawa er… Padang Tengku sedia menyediakan er… tapak bagi apa nama ni… er… untuk dibinakan cawangan Maahad Tahfiz di Hulu Pahang ni dan er… saya kira mungkin dana tak mencukupi, tetapi er… kita boleh menggunakan kutipan dana secara wakaf.
Saya nak beralih pada sektor pelancongan, er… apa… Dato’ Sri Yang di-Pertua…
Panjang lagi?
Er… insya-Allah, saya cuba ringkaslah ya. Bagi sektor pelancongan, saya nak ucap terima kasih kepada Exco berkenaan…
Yang Berhormat… Yang Berhormat lebih…
Kita nak tanya tentang…
Yang Berhormat lebih daripada 20 minit, kalau boleh pendekkanlah.
Ya, berapa minit lagi banyak?
Saya bagi settle.
Berapa minit lagi?
3 minit.
3 minit? Okay. Saya nak sebut tentang sektor pelancongan, kita terima kasih kerana masukkan Merapoh tapi orang Merapoh ni duk tanya tentang apa… apa kesudahannya tentang rancangan Merapoh Geopark er… apa… apa kedudukannya. Jadi kita nak tahu hal itu dan juga kita mengalu-alukan er… pembinaan hotel 5 bintang ini, dapatlah buat 1 bintang ke, 3 bintang ke, 4 bintang ke, kita buatlah satu di Merapoh. Sebab er… semua orang ini pergi ke… ke Gua Musang. Jadi baru ni er… ada rombongan daripada sekolah di tempat saya pergi ke Gua Musang. Saya tanya pasal apa Gua Musang? Pilih Gua Musang melawat? Nak pergi berenang. Jadi kita kalau ada satu di Lipis ni buat di Merapoh yang ada kolam renang Alhamdullilah, lagi ramai orang datang.
Okay, saya juga nak minta supaya Stesen Kereta Api Merapoh itu er… segera dibina sebagai mana yang dirancangkan. Kemudian er… apa nama… Pusat Pentadbiran Daerah Kecil Merapoh yang terbiar dijadikan Pusat er… Informasi Pelancongan. 20 buah unit kuarters kerajaan yang terbiar dijadikan dibangunkan sebagai motel ataupun chalet dan juga kita minta…
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Apa? Pusat apa nak jadi er… pelancongan tadi? Yang nak jadi pusat pelancongan… apa? Pusat…
Er… info… info pelancongan, okay. Er… Pusat Pentadbiran Daerah Kecil Merapoh haa… sekarang Merapoh dah tak jadi daerah kecil, jadi tapak itu masih ada.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Semua orang pergi ke internet je sekarang ini. Nak book tiket internet, nak book hotel internet, nak book kereta internet. Kalau ada pusat-pusat macam tu dah dia tak relevan. Elok kita buat hotel di situ atau buat tempat rumah tumpangan ke ataupun buat homestay ke dan sebagainya. Sebab sekarang ni maklumat semua disini, semua dalam phone. Awak nak apa sahaja semua ada haa… yang tiada mak dengan ayah, yang lain semua ada dalam… nak… nak beli kereta pun boleh. Ali Baba sekarang ni… jadi kita ingat mungkin ada cadangan yang lainlah selain pusat informasi itu.
Okay, saya serahkan kepada kebijaksanaan er… Exco daripada Lanchang supaya membuat sesuatu. Hotel ke apa buatlah yang pentingnya kita nak ada satu pembangunan Merapoh menjadi bandar pelancongan. Kemudian kita nak minta er… satu bomba saya dah sebutkan tadi, kemudian publisitilah tentang program-program yang ada di Merapoh sepeti Larian Ultra Merapoh, er… Merapoh Forest Run, Merapoh Adventure Rintis Gunung Tahan, Rock Climbing dimasukkan dalam kalendar pelancongan.
Yang akhirnya er… Dato’ Sri,
Saya nak minta sikitlah tentang er… Mesyuarat Tindakan Daerah ni, tentang daerah tindakan daerah. Sekarang dah masuk enam bulan… tujuh bulan kita tiada Mesyuarat Tindakan Daerah dan kita tahu dia biasanya berdasarkan arahan satu er… Majlis Tindakan Negara, tetapi sampai hari ni nampaknya tak berlaku. Justeru itu, saya nak mencadangkan kalau dekat Dewan ni kita boleh kumpulkan apa nama… pegawai-pegawai, ketua-ketua jabatan negeri, daerah bersama-sama saya kira er… dengan semangat Malaysia Baru, Pahang Baru er… bolehlah kita fikir-fikirkan apa kaedahnya supaya er… Mesyuarat Tindakan Daerah ini dapat dilaksanakan dengan kita masukkan semua. Tidak kira Wakil Rakyat Pembangkang, Wakil Rakyat kerajaan duduk di dalam Majlis Tindakan Daerah itu dan akhirnya saya nak akhiri dengan pantunlah, hah…
Terima kasih daun keladi,
Saya mohon mengundur diri,
Terima kasih daun keladi,
Tahniah buat Yang Amat Berhormat MB, Terima kasih daun keladi, Dato’ Sri Speaker yang baik hati, Terima kasih daun keladi, Sebarang ketelanjuran mohon dimaafi, Terima kasih daun keladi, Saya menyokong Bajet Negeri.
Terima kasih Padang Tengku. Saya jemput…
Patut hari ni berpantun, tengok baju dengan tie dia lain macam betul
Jemput Damak
(Ayat al-Quran). Assalamualaikum WBT.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mengucapkan terima kasih kerana memberi laluan kepada saya pada petang ini untuk berbahas yang berkaitan dengan Bajet 2019 Negeri Pahang Darul Makmur. Terutama sekali saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang telah membentangkan bajet bertemakan “Maju Terus Pahang: Transformasi Perkhidmatan, Menjana Pendapatan, Memakmurkan Kehidupan”.
Jadi mudah-mudahan usaha yang dibuat dan perancangan yang diatur ini benar-benar berjaya dan bukan itu sahaja mudah-mudahan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT. (Bacaan dalam Bahasa Arab) pernah membuat satu kaedah dengan berkata (Bacaan dalam Bahasa Arab) dengan izin (Bacaan dalam Bahasa Arab) “Tindak tanduk seorang pemerintah terhadap rakyatnya adalah berkaitan dengan kemaslahatan”. Beliau juga berkata dalam satu kaedah yang lain (Bacaan
dalam Bahasa Arab) dengan izin, “Kedudukan pemerintah terhadap rakyatnya adalah seumpama kedudukan seorang Wali ataupun seorang penjaga terhadap anak yatim”.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Di sini saya ingin mengesyorkan yang pertama sekali bagi memastikan pengurusan sama ada yang berkaitan dengan bajet atau tadbir urus negeri Pahang ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Saya syorkan supaya kita menjadikan segala tadbir urus kita ini berpandukan Indeks Patuh Syariah yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia pada tahun 2015, yang mana kita boleh capai Indeks Syariah Malaysia ini ataupun Model Tadbir Urus berteraskan [Sebutan dalam Bahasa Arab] Syariah ini suatu yang telah di perjelaskan dan mungkin boleh diperingkat negeri Pahang ini kita lebih detailkan agar lebih realistik dan sesuai dengan negeri Pahang ini dengan kita melantik pihak-pihak yang berautoriti dan golongan pakar daripada Kolej Islam Pahang dan juga daripada Universiti Malaysia Pahang.
Mudah-mudahan, insya-Allah dengan usaha ini, kita akan dapat memenuhi tuntutan seperti mana sabda Nabi SAW dengan izin [Bacaan dalam Bahasa Arab] yang bermaksud “Mencari dan menuntut yang halal itu adalah satu yang fardu”. Mesti yang wajib ke atas setiap orang Islam selepas menunaikan kefarduan-kefarduan yang lain.
Yang Berhomat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang yang terus memberikan perhatian terhadap Sekolah Menengah Agama Negeri ataupun SMAN yang mana saya rasa di negeri Pahang ada lebih kurang 18 Sekolah Agama Negeri, dan saya ingin mencadangkan agar sebuah lagi Sekolah Agama Negeri Pahang ini ataupun SMAN diwujudkan di daerah Kuantan ini. Memandangkan ramai dan banyak aduan-aduan yang kita terima juga cadangan kerana Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan yang sedia ada berada di lokasi yang agak terhad dan sempit, sedangkan permintaannya begitu tinggi. Malah saya juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang yang mana Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang ini telah melahirkan bukan saja para ulama, bahkan pentadbir malah di kalangan Exco-Exco pun ramai di kalangan yang lahir daripada Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang ini.
Seterusnya saya juga berharap seperti mana yang disuarakan oleh Padang Tengku tadi, tapi dia dulu lagi, dia dulu pada saya minta Maahad Tahfiz tadi, saya sebenarnya saya nak dulu tadi, tapi oleh itu kita kongsilah. Saya rasa mungkin kita boleh buat zon, bukan saja ada Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang sedia ada, ini mungkin kita kata di Zon Timur, di Padang Tengku di Zon Barat, di Jerantut Maahad Tahfiz di Zon Tengah. Jadi cukuplah orang lain tak boleh minta dah. Jadi ini, kerana saya minta di Jerantut ini, kerana Jerantut ini sekarang memiliki lebih kurang 15 ataupun lebih Sekolah-sekolah Tahfiz Persendirian. Jadi bagi saya pihak Maahad Tahfiz Negeri Pahang tidak susah untuk membina bangunan yang baru bahkan boleh melihat tahfiz-tahfiz yang sedia ada ini dan berbincang dengan pihak pengurusan agar dinaik taraf sebahagian daripada maahad… Maahad Tahfiz Negeri Pahang ini. Jadi Luit pun saya harap tak mintalah selepas ini.
Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Berkenaan dengan isu air ini, saya lihat boleh kata semua ADUN-ADUN menyuarakan tentang isu air. Jadi bagi saya di DUN Damak ini, saya memberikan pandangan je la… saya tak nak sebutlah projek-projek yang tertangguh daripada Kerajaan Pusat ini, kita
pun diluar kemampuan kita. Cuma saya ingin mencadangkan berdasarkan kepada pemerhatian dan perbincangan dengan penduduk kampung khususnya di Ulu Cheka dan di kampung er… Kampung Baru dan juga di Kampung Damak, jadi saya ingin mencadangkan er… pihak penduduk mencadangkan agar penggunaan air bukit di kawasan tersebut dinaik taraf dengan membaik pulih paip-paip yang sedia ada.
Sebagai contoh saya turun ke Ulu Cheka, mereka kadang-kadang terputus air, jadi bila dia nak guna air bukit ini, malangnya paip-paip ini sudah berusia begitu lama dan mereka menyatakan bahawa kos untuk pembelian paip-paip ini mereka harap datang daripada pihak kerajaan tapi kosnya tidak begitu mahal dan mereka bersedia untuk memasang sendiri paip-paip tersebut dengan kerjasama penduduk kampung.
Jadi saya rasa ini satu perkara yang boleh diberi perhatian dan dalam masa yang sama air bukit ni datang daripada bukit, ya dan di kawasan-kawasan Ulu Cheka apa semua ini dan kampung baru, kawasan-kawasan ini bersumberkan air bukit malangnya bukit-bukit ini terdedah dengan pembalakan. Jadi kalau… kalau kita biarkan aktiviti pembalakan ini berlaku, jadi air ini mungkin akan tercemar. Jadi oleh itu saya juga mencadangkan kawasan-kawasan yang menggunakan air bukit ini diwartakan kawasan tersebut sebagai ‘Kawasan Tadahan Air Kekal’ supaya tidak terganggu ataupun tergugat dengan aktiviti-aktiviti pembalakan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Seterusnya berkenaan dengan aktiviti belia. Belia ini saya lihat mereka antara benda yang boleh kita menarik mereka ialah dengan sukan. Tapi malangnya saya pergi kepada ke… beberapa daerah contohnya ke… ke berapa kampung, contohnya di Kampung Pisang, Kampung Damak dan beberapa kampung, saya lihat infra yang berkaitan dengan sukan ni macam padang bola, padang bola dah jadi padang ragut sekarang ini saya tengok, ya, tempat-tempat permainan takraw dah musnah, jadi saya pun kadang-kadang tak tahu nak pergi kemana minta bantuan ini dan saya harap Majlis Belia Negeri Pahang agar mengaktifkan semula NGO-NGO Belia yang berada di kampung-kampung ni supaya mereka juga dapat mengetahui mana saluran untuk mereka mendapat dana bagi membaik pulih padang-padang tersebut. Jadi mungkin berbeza…
Yang berhormat Tuan Yang di-Pertua, laluan. Saya sebenarnya saya memang amat tertarik tentang padang ni banyak, saya perhatikan ada dua tiga orang, ada dua tiga daripada rakan-rakan kita menyebut tentang padang ni. Tapi masalahnya sekarang ni orang tak main padang ni, orang main di futsal. Jadi futsal kita nak, padang kita nak, kalau boleh tiap-tiap kampung tu ada dua futsal, kampung ni dapat, kampung ni nak juga, kampung ni tak dapat merajuk.
Jadi sekarang ini er… apa namanya kita mintalah, maknanya kita minta Exco Belia Dan Sukan, kita tengok macam mana supaya dimanfaatkan. Saya kawasan saya pun Yang Berhormat Yang di-Pertua, ada dua padang. Wakil daripada Kuala Semantan dia tahu lah. Kita belanja bukan main lagi. Masa nak padang tu dia minta, kita pun tunaikan tapi akhirnya jadi macam tu juga. Ingat dia elok dia main benda lainlah, sebab sekarang ni video games pun duduk di rumah, dia main video games. Jadi realitinya, jadi padang tu kalau sekiranya lembu boleh hidup ya elok jugalah buat padang ragut, setidak-tidaknya dia boleh er... apa mengeluarkan hasil. Ya, Yang Berhormat Yang di-Pertua, ini antara perkara-perkara yang kita hadapi di kampung-kampung. Soal dia tidak semeriah zaman dulu kerana apa? Kerana sekarang ini langit terbuka. Macam-
macam benda baru yang lebih menarik lagi untuk anak-anak muda yang tidak macam kita dulu lagi, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih.
Mencelah sikit ya. Saya rasa... terima kasih Yang di-Pertua. Lanchang saya ingat bercanggahlah dengan piala yang ada kat depan tu. Piala depan semua piala padang bola yang pakai rumput je, ya. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Minta maaf. Kita pakai astroturf, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Tak percaya datang ke... ini... ke Lanchang. Kita main atas rumput err... apa namanya sintetik ya, artificial...artificial grass. Jadi standard tinggi sikit pada Luit.
Yang di-Pertua, mencelah sikit. Tadi Lanchang sebut kalau kena buat dua. Kalau tak buat sini nanti, sini merajuk. Jadi maknanya, kena buatlah. Bimbang PRU akan datang, tak ada dah BN [Ahli Dewan ketawa]. Standby.
Cuma untuk... cuma tak boleh nikah dua aje. Kalau nikah dua, satu akan merajuk juga. Ini kalau padang bola... satu saja, yang satu tu tak buat merajuk. Tapi kalau nikah dua, hak satu tu tentu merajuk. Jadi kena nikah satu. Ikut kemampuan.
Sila, sila teruskan.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya memandangkan soal yang berkaitan dengan belia ini sangat penting sebab sebelum ini kita ada sebut tentang er... anak-anak muda kita terlibat dengan dadah, terlibat dengan merempit dan seumpamanya, sedangkan kita tidak cuba untuk menaik taraf tempat-tempat bersukan ini. Dan bagi saya di Damak sebenarnya mereka masih lagi menggunakan padang tadi, walaupun dah bertukar menjadi padang ragut tapi mereka masih menggunakan dalam keadaan yang terhad begitu. Jadi saya harap di samping er... juga berkaitan dengan sukan, saya juga berharap majlis belia ini memberikan tumpuan kepada aktiviti-aktiviti yang meningkatkan modal insan di kalangan anak-anak muda ini, sebab bila saya pergi itu sebenarnya diaorang ni macam hilang, hilang pedoman dan arah, ya kadang-kadang hilang kreativiti. Dan ini mungkin juga disebabkan kepimpinan belia di peringkat kampung-kampung itu sendiri yang tidak berfungsi dengan sebaiknya.
Dan yang terakhirlah, saya tidak bercakap panjang pada tengah hari ini. Saya juga mengharapkan di kawasan DUN Damak ini daripada Jerantut ke Damak walaupun sudah... sudah ada projek pembangunan jalan tapi projek ini saya pun tak tahu bila siapnya. Cuma apa yang berlaku sekarang di kawasan, di... di jalan yang terlibat
dengan Kampung Lata Kasar, Sungai Badak, er... Kampung Baru ini jalannya begitu teruk. Kalau tuan-tuan pergi sekarang ini mungkin tuan-tuan bukan berasa duduk di negara negeri Pahang, ya bukan er... kawasan Kuala Tahan pun jalannya lawa lagi daripada er... di tempat ini. Jadi saya harap er... dan berdasarkan kepada pemerhatian saya, dia sebenarnya berpunca daripada lori-lori bijih yang keluar membawa bijih beratus-ratus tan dan jumlah lori yang sampai peringkat satu hari, pergi kepada 50,60 buah satu hari. Jadi jalan itu memang agak sukar untuk kita baiki. Jadi saya ingin mencadangkan supaya pihak-pihak pengusaha lombong ini juga mempunyai tanggungjawab sosial dia. Dia tak serahkan kepada JKR saja tapi mereka juga turut membantu untuk membaiki jalan-jalan yang rosak er... dan musnah ini.
Jadi akhirnya, marilah sama-sama kita menghayati Firman Allah SWT dengan izin, [Bacaan dalam Bahasa Arab] “Wahai seluruh umat manusia, sesungguhnya kami ini Allah Taala menciptakan kamu daripada kalangan lelaki, perempuan dan kami jadikan kamu berbagai-bagai puak dan bangsa. Tujuannya adalah untuk kita saling kenal mengenal, bukan untuk bergaduh, bukan untuk bersengketa dan sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu ialah orang yang paling bertakwa kepada Allah Taala dan sesungguhnya Allah Taala Maha Mengetahui lagi Maha Mengetahui perkara-perkara yang halus”. Mudah-mudahan insya-Allah kita di negeri Pahang ini bersama-sama menghayati ayat ini supaya kita dapat hidup dengan aman dan harmoni.
Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di atas pembentangan Bajet yang bagi saya sangat berhemah dan berikan manfaat kepada seluruh masyarakat di negeri Pahang Darul Makmur ini, dan saya juga ingin memaklumkan pada hari ini rakan-rakan saya daripada Jerantut iaitu AJK Sekretariat ADUN Damak ada bersama-sama. Jadi untuk bersama-sama menghayati perbahasan kita pada hari ini dan saya ucapkan [Ahli Dewan menepuk meja] alu-aluanlah kepada mereka yang hadir. Sekian, Assalamualaikum WBT.
Terima kasih Damak. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada sebelah pagi ini seramai lima orang telah mengambil bahagian. Saya berharap sebelah petang ini ada beberapa orang Ahli Yang Berhormat lagi akan mengambil bahagian. Saya bercadang untuk menempohkan perbahasan kita pada pagi ini dan perbahasan akan disambung semula pada petang ini jam 2.30 petang. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan pada pukul 12.59 tengah hari]
[ Persidangan disambung semula]
Sambungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) 2018 Dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Dan Perbekalan Air 2019Bill
Perkara Ketiga: Sambungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) 2018 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Dan Perbekalan Air 2019.
Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan selamat petang. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sepertimana yang telah kita putuskan kita akan sambung semula perbahasan kita di sebelah petang bermula jam 2.30. Saya dapati kita punya korum yang cukup, oleh itu persidangan kita pada petang ini boleh diteruskan.
Kita masih lagi di dalam perbahasan atas Rang Undang-undang Perbekalan (2019) 2018 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Dan Perbekalan Air 2019. Rang Undang-undang dan Usul ini telah dibentang dan dibahaskan pada 19, 21 dan perbahasan disambung semula pada hari ini.
Saya jemput Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian. Ya, Wakil daripada Triang. Sila.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Terima kasih diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2019) 2018 dan Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air Tahun 2019. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat kerana jaya… berjaya membentangkan bajet surplus untuk tahun 2019.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Pada petang ini, saya ingin terus membawa berapa, beberapa isu tempatan. Yang pertama, isu keselamatan. Sejak bulan Julai yang lalu, kes pecah rumah dan kecurian bertambah dan berlaku secara berterusan di kawasan Triang. Secara berterusan maknanya tidak pernah berhenti sampai sekarang. Kegiatan jenayah bukan sahaja berlaku di rumah kediaman, malah di kedai, tokong-tokong, kebun, stesen-stesen minyak, kereta dan sebagainya.
Mangsa terpaksa menanggung kerugian beribu-ribu ringgit ataupun berpuluh ribu ringgit. Bukan itu sahaja, ugutan menggunakan parang dan pistol palsu juga berlaku apabila rumah dipecah masuk. Isu keselamatan sekali lagi timbul menjadi topik hangat di kalangan penduduk Triang. Fenomena ini amat merisaukan dan menghampakan.
Saya mencadangkan, pihak polis mengambil tindakan serius terhadap masalah jenayah di kawasan Triang selain menambahkan rondaan, bersikap agresif dalam siasatan jenayah untuk mengesan suspek dan juga mengambilkira faktor-faktor penyumbang lain seperti penyalahgunaan dadah.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya mengalu-alukan usaha Kerajaan Negeri dalam menggalakkan sektor pelancongan di Pahang. Di daerah Bera, kita ada Tasik Bera yang merupakan tasik semula jadi yang terbesar di Malaysia dengan statusnya sebagai Tapak RAMSAR dan kepelbagaian bio-diversiti. Tasik Bera memang berpotensi untuk menarik pelancong dalam dan luar negara.
Malangnya dalam beberapa tahun ini, tempat ini seolah-olah menghadapi pelbagai rintangan walaupun terdapat usaha daripada Majlis Daerah Bera untuk menaik taraf kemudahan dan meninggikan daya tarikannya. Dengan ini saya berharap Kerajaan Negeri masukkan Tasik Bera sebagai tumpuan destinasi untuk menggalakkan promosi pelancongan sebab ini penting untuk memberi lonjakan ekonomi kepada masyarakat tempatan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Setiap kali saya mengambil bahagian dalam perbahasan, isu tanah akan dibangkit di Dewan Yang Mulia ini. Ini menunjukkan masalah tanah masih merupakan isu utama yang amat diambil berat oleh penduduk setempat di kawasan Triang. Saya percaya Kerajaan Negeri sudah cukup faham hasrat pekebun-pekebun kecil yang tidak pernah henti mendoakan kelulusan hak milik bagi tanah yang telah diusahakan dengan titik peluh sendiri selama 40 tahun, 50 tahun di Paya Lang, Bandar 34 dan Ulu Mengkarak. Kini tanah tersebut masih dijaga dengan baik dan berhasil. Tanah-tanah tersebut merupakan sumber mereka mencari rezeki selama ini juga penyumbang kepada perkembangan ekonomi setempat.
Saya faham bahawa kepentingan majoriti perlu diambil kira apabila kerajaan ingin melancarkan pembangunan, akan tetapi saya percaya tentunya ada cara ataupun win-win solution, dengan izin, dengan yang dapat menjaga kepentingan majoriti dan golongan pekebun kecil. Pada masa yang sama sekiranya belum ada perancangan pembangunan, saya berpendapat sebarang pajakan atau sewaan tanah harus memberi keutamaan kepada pekebun tempatan yang benar-benar mengusahakan tanah tersebut bukannya pihak lain yang tiada kaitan langsung seperti koperasi. Sekali lagi saya mohon jasa baik Kerajaan Negeri janganlah kita menghampakan rakyat Bera dan Triang yang selama ini rajin bekerja untuk menyara hidup sekeluarga.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Pada sidang dewan yang lepas, telah beberapa kali saya bertanyakan perkembangan kelulusan lanjutan tempoh pajakan hak milik Kampung Baru. Akhirnya, pada bulan September yang lalu lebih daripada 50 orang pemohon di daerah Bera mendapat kelulusan. Mereka berasa gembira walaupun telah menunggu selama 6 tahun. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah mempermudahkan cara permohonan kepada Borang 31. Diharap Kerajaan Negeri akan terus menunaikan janji untuk melanjutkan tempoh pajakan hakmilik Kampung Baru kepada 99 tahun tanpa mengenakan bayaran premium, bayaran premium dan diharap masa pemprosesan akan dipendekkan bagi permohonan baru yang dikemukakan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sejak dipilih sebagai Wakil Rakyat pada tahun 2013, saya lihat usaha Kerajaan Negeri untuk menyediakan perumahan kepada warga Pahang. Di Triang satu projek PR1MA telah siap bina dan didiami penghuni sejak tahun 2015. 2 lagi projek PR1MA sedang
dalam pembinaan di bandar Triang dengan jumlah 322 unit rumah dan 4 lagi pojek PR1MA telah diluluskan di daerah Bera dalam peringkat perancangan dengan jumlah 1,568 unit rumah.
Memang ini satu tawaran yang memanfaatkan penduduk setempat akan tetapi bukannya semua yang perlukan rumah mampu menanggung harga jualan RM150,000. Ada lagi golongan yang berpendapatan rendah yang hanya mampu rumah RM80,000. Oleh itu demi lebih merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk membangunkan perumahan, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengkaji semula projek PR1MA yang telah diluluskan supaya sebahagiannya ditukar kepada projek Rumah Makmur. Dengan ini golongan pendapatan rendah, golongan berpendapatan sederhana, semua dapat menikmati perkhidmatan perumahan yang disediakan Kerajaan Negeri.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ini sahaja ucapan saya pada hari ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Triang. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon menempohkan sebentar Dewan ini dalam 15 minit dan kita akan masuk semula dalam Dewan pada jam 3.00 petang. Majlis ditempohkan. Terima kasih.
[Persidangan ditempohkan pada jam 2.49 petang]
[ Persidangan disambung semula]
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ucapkan terima kasih kerana Ahli-ahli yang berhormat masih lagi berada dalam Dewan setelah saya menempoh lebih kurang 10…15 minit. Maklumlah speaker pun manusia biasa juga. Baiklah, kita teruskan kepada aturan usuran… urusan mesyuarat selanjutnya. Saya masih lagi membuka peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian dalam perbahasan, sila. Ya, sila Yang Berhormat, Yang Berhormat daripada Chenor.
(Bahasa Arab) Dato’ Sri Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, seluruh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh yang hadir pada petang yang mulia ini. Alhamdulillah dan saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga memberi peluang kepada saya untuk membahas dan juga er… me…mengambil bahagian dalam membahaskan belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2019. Di mana saya mulakan dengan firman Allah SWT [Bahasa Arab] surah Yusuf ayat 47. Di mana Allah SWT menceritakan berkenaan dengan bajet Nabi Yusuf AS ketika berada dalam keadaan berhadapan dengan situasi kemarau yang berpanjangan. Maka dikemukakan dengan bajet yang berhemah dan saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang menamakan bajet ini juga sebahagian daripada bajet yang berhemah. Bajet Kerajaan Negeri Pahang yang dibentangkan oleh Yang Berhormat satu bajet yang berjimat cermat dan menepati sumber pendapatan yang sangat terbatas. Dan saya mengucapkan tahniah di atas pembentangan ini yang dikira sebagai bajet yang berjaya walaupun keadaan kelihatan berimbang atau sedikit surplus. Kita harap tidak… tidak harus berpuas hati dengan pengurusan sumber pendapatan negeri atau hasil kerana banyak ruang yang perlu dipertingkatkan lagi.
Yang di… Tuan Yang di-Pertua,
Saya tertarik kepada usaha kerajaan yang memperuntukkan sebanyak RM8.3 juta bagi melaksanakan pembangunan pertanian melalui Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Pengairan dan Saliran dan RM4.4 juta juga untuk program pembangunan industri asas tani, terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam hal ini saya ingin menyampaikan hasrat dan masalah yang dihadapi oleh peserta tanaman jagung di daerah Chenor sana, di Kampung Charok Tualang, yang di bawah seliaan Jabatan Pertanian Maran, di mana kesukaran mereka untuk mendapat perkhidmatan traktor untuk membajak tanah. Mereka terpaksa menunggu giliran kerana traktor tidak mencukupi. Saya mengharapkan masalah ini dapat diselesaikan dengan penambahan kepada jumlah traktor yang sedia ada. Dan saya telah pun dijemput untuk menanam jagung orang, kampung panggil menugal jagung, dan saya melihat bahawa projek jagung ini di antara projek yang diusahakan oleh penduduk ini dan cukup baik dan keluasan tanah sekitar 30 ekar dan pesertanya 40 orang.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya juga tertarik dengan belanjawan di muka surat 25 dan juga 26 di mana kerajaan memperuntukkan RM13.48 juta untuk penerima bantuan am. Selain itu kerajaan negeri juga akan terus memperuntukkan maksimum RM1,000 kepada mangsa bencana alam yang layak melalui Kumpulan Wang Amanah Jawatankuasa
Malapetaka Negeri Pahang. Saya menyambut baik dan mencadangkan proses peruntukan kepada mangsa tidak terlalu lama, memandangkan ada bencana-bencana yang melanda ke atas mangsa memerlukan perbelanjaan yang segera seperti mangsa ribut yang mana rumah mereka tercabut atap dan seumpamanya.
Tuan Yang di-Pertua,
Dalam bajet ini juga disebutkan berkenaan dengan jaringan jalan raya yang baik dan berkualiti serta pembangunan rangkaian jalan raya yang lebih luas dan efisyen dapat membantu melicinkan pengaliran trafik, pengurangan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Saya mohon dipertimbangkan untuk dibuat lampu isyarat di persimpangan Chenor kerana beberapa faktor di antaranya yang pertama, pernah berlaku beberapa kali kemalangan maut di persimpangan tersebut. Yang kedua, penggunaan jalan ini makin bertambah kerana apabila siap sahaja jambatan Chenor, penduduk seberang sekitar Bera, Felda Purun, Mayam termasuklah YB Guai sendiripun melalui jalan tersebut. Dan dengan pertambahan penggunaan jalan ini kerana ia lebih dekat ke Temerloh ataupun ke Kuantan dan di samping itu keadaan bertambah baik bertambah sibuk sewaktu cuti-cuti umum dan cuti-cuti perayaan. Bertambahnya bahaya lagi apabila lori-lori treler yang banyak menggunakan jalan Maran-Temerloh sejak kebelakangan ini. Begitulah juga saya mengharapkan supaya diambil kira jalan di antara depan Sekolah Tanjung Perang, dipanggil jalan Pekan Sari lama, sehingga tembus ke pekan Chenor, di mana jalan ini telah lama tidak diselenggarakan. Saya mengharapkan ia dapat diluaskan dan juga diturap kembali.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang, yang telah menganjurkan majlis memartabatkan tulisan jawi pada 13 November lalu di dataran… di Dewan Konvensyen Pekan, yang lalu. Jadi oleh kerana itu, saya juga mencadangkan supaya bolehlah kita memulakan kempen tulisan jawi ini dengan menulis nama-nama kawasan di Dewan ini dengan sebahagian di bawahnya tulisan jawi insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua,
Bajet yang cukup baik ini saya kira ia dapat memberi kelegaan kepada rakyat dan mudah-mudahan ia mendapat kebaikan di masa yang akan datang. Jadi saya tutup, saya tidak bercakap panjang, saya menutup dengan Firman Allah SWT [Bacaan Ayat al-Quran] Surah Al Baqarah ayat 269. Di mana Allah SWT berkata, “Wahai orang-orang beriman, belanjakanlah sebahagian hasil usahamu yang baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari muka bumi ini dan janganlah kamu memilih yang buruk, lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya, melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya, dan ketahuilah bahawa Allah SWT Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” Maka dengan ayat ini mudah-mudahan kita mengharapkan keberkatan daripada Allah SWT dan tidak mengundang bala daripada Allah SWT dan saya juga membangkang cadangan kasino kedua untuk Tioman itu. Jadi sekadar inilah saya… er… menyokong Belanjawan 2019 ini. Assalamualaikum WBT.
Waalaikumussalam, Wakil daripada Chenor. Ya, sila Wakil daripada Panching.
Assalamualaikum WBT [Bahasa Arab] Yang dimuliakan Yang di-Pertua Dewan, yang saya hormati Dato’ Sri Menteri Besar dan Ahli Yang Berhormat. Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan er… jutaan terima kasih kepada Dato’ Sri Yang di-Pertua di atas er… peluang yang diberikan kepada saya untuk bersama-sama membahas er… Bajet atau Belanjawan 2019 er… bagi negeri Pahang.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada er… Menteri Besar di atas pembentangan bajet yang saya kira bajet yang er… berimbang, bajet yang er… cemerlang dan juga bajet yang berhemah, mengambil kira pendapatan dan bijaksana dalam menentukan bajet dalam bahagian pengurusan. Bajet yang dibentangkan baru-baru ini menunjukkan bajet yang sangat realistik, berdasarkan kemampuan er… sumber yang ada pada pihak kerajaan dalam menjana ekonomi negeri dan diterjemahkan juga melalui er… pem… pembahagian, pengagihan, pembelanjaan dalam mengurus dan juga pembangunan.
Tuan Yang di-Pertua,
Dalam kesempatan ini juga suka untuk saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan yang telah melakukan satu tindakan yang saya kira sebagai tindakan yang bijak dalam menghasilkan pendapatan yang tinggi bagi kerajaan iaitu hasil dari segi er… pencukaian yang melibatkan hasil tanah dan galian. Antaranya ialah cadangan bagaimana langkah penurunan kuasa dalam urusan pindah milik tanah dan gadaian. Mengikut Seksyen 12 Kanun Tanah Negara, yang akan dipraktikkan dalam pem… bajet kita bagi tahun hadapan yang saya kira dengan er… pelaksanaan ini akan mampu meluaskan lagi serta meningkatkan lagi pendapatan, sumber pendapatan negeri kerana dengan perkara ini dapat meningkatkan masa urusniaga, hartanah dan memudahkan para pelanggan untuk menyelesaikan urusannya er… dan dengan cara ini pejabat tanah dapat mengutip fee er… cukai dengan lebih… dengan lebih cepat.
Dan pada kesempatan ini juga, saya suka untuk mencadangkan kepada pihak kerajaan bukan sahaja er… memper… menurunkan kuasa dalam urusan pindah milik tanah dan gadaian, tetapi juga sebolehnya saya ingin mencadangkan juga dalam urusan penurunan kuasa oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam urusan er… status tanah atau pecah lot tanah… pecah lot tanah bagi tujuan perumahan dan komersil yang juga saya kira perlu dilakukan penurunan kuasa kepada pegawai-pegawai ataupun pentadbir-pentadbir tanah daerah-daerah.
Kita lihat sebagaimana dalam perjalanan pengurusan per… permohonan er… penukaran status tanah dan juga pecahan lot yang dilakukan oleh pemaju-pemaju perumahan sebahagian mereka ini adalah pemaju-pemaju yang telah biasa dalam proses permohonan tukar status tanah dan juga permohonan untuk pecah lot tanah. Oleh yang demikian, tidak ada keperluan untuk melewat-lewatkan atau melengah-lengahkan atau mengambil masa yang panjang untuk memberi kelulusan ya, dalam proses tukar status tanah. Kerana sebahagian besar pemaju-pemaju yang melakukan permohonan er… tukar status tanah untuk dimajukan secara komersil sebenarnya mereka telah pun mempunyai satu jumlah wang yang telah tersedia untuk dibayar sebenarnya kepada kerajaan, ya. Saya kira dia… pemaju-pemaju er… telah sedia maklum sebahagian mereka dah tahu dah, boleh agak dah berapakah premium-premium tanah, caj yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri melalui pejabat tanah bila mana er… permohonan yang mereka ajukan kepada pejabat-pejabat tanah.
Dengan mempercepatkan er… permohonan status er… tanah atau pecah lot ini, secara tidak langsung sebenarnya juga ia dapat mempercepatkan lagi pendapatan er… kepada… kepada kerajaan… kepada Kerajaan Negeri itu sendiri. Jadi dengan cara ini kita dapat memperluaskan lagi, menggalakkan lagi pembangunan, pembinaan, dalam waktu yang sama, ia juga memberi pulangan yang pantas, cepat kepada… kepada kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua,
Dalam kesempatan ini juga, saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan yang pertama, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana dalam bajet baru-baru ini ada disentuh berkenaan dengan Perumahan Makmur yang memberi er… peluang kepada mereka yang bergaji er… bawah RM5,000 untuk memiliki rumah dengan kos RM80,000. Di sana sebenarnya terdapat juga mereka yang memiliki pendapatan yang lebih rendah daripada RM5,000. Contohnya RM3,000 dan ke bawah yang tidak akan mampu untuk memiliki Rumah Makmur ataupun juga rumah PR1MA yang berharga RM150,000. So, sedapatnya Kerajaan Negeri juga pertimbangkan untuk menyediakan er… lebih banyak rumah-rumah kos rendah atau kita sebut sebagai PAKR yang memberi peluang terutamanya kepada bangsa Melayu sendiri yang banyak mendudukinya er… untuk disediakan bagi penempatan mereka.
Dalam waktu yang sama, suka untuk saya menceritakan sebahagian daripada rumah-rumah yang telah dibina er… di bawah SUK antaranya perumahan di Bukit Rangin. Di mana dalam tinjauan dan juga lawatan saya, bersama dengan penduduk-penduduk setempat er… kalau tak silap saya juga rumah… bukan rumah PAKR, Rumah Makmur juga RM80,000 dan ke atas rasanya juga menghadapi masalah dalam pembinaan seperti longkang-longkang yang tidak dibina dengan baik, menyebabkan aliran air tidak dapat lalu dengan betul dan berlakulah er… bau yang tidak menyenangkan oleh penduduk-penduduk di perumahan tersebut.
Perkara ini telah saya adukan kepada er… yang sepatutnya. Insya-Allah semoga perkara ini dapat diberi perhatian kerana mereka yang menduduki rumah selain daripada rumah yang disebut sebahagian tadi Perumahan Makmur ataupun PAKR, PAKR terutamanya adalah merupakan daripada kalangan mereka yang tidak berkemampuan er… mereka berhajat kepada penempatan, tempat tinggal yang baik, yang selesa eh, kalau kita boleh sediakan, kalau kita sediakan atau kita bina bagi mereka, maka kita binalah sebaik-baiknya er… penempatan bagi golongan yang kita kira sebagai golongan yang susah dan bagi saya dalam kita menjana pendapatan negeri, di antara perkara yang mengundang keberkatan daripada Allah SWT ialah kita mengutamakan golongan miskin ini.
Dan seandai kita meneliti pengagihan mengikut Islam, duit-duit hasil negeri, yang ada 3 hasil negeri, kalau mengikut Islam antaranya melalui hasil cukai, yang kedua iaitu melalui hasil bumi galian, yang ketiga ialah er… harta ghanimah. Kalau kita perhatikan dalam harta cukai, dalam bahagian cukai dalam Islam, 2/8 hendaklah diagihkan kepada golongan miskin. Manakala hasil cukai galian, hasil galian 1/6 nya adalah hak mutlak bagi orang miskin yang mesti diagihkan dan tidak boleh diagihkan kepada yang lain. Seandai kita boleh mengambil contoh pengagihan er… yang juga telah ditentukan oleh Islam bahagian-bahagiannya, saya kira adalah baik juga.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah pada pihak Kerajaan Negeri kerana berjaya mengundang er… pelancong-pelancong datang ke negeri kita, saban tahun
lebih ramai daripada tahun yang sebelumnya. Cuma kita… saya kira kita boleh memanfaatkan lagi tempat-tempat pelancongan yang menarik di dalam negeri kita er… terutamanya daerah Kuantan ini. Kalau kita boleh melihat contoh negeri yang kecil, contohnya Melaka yang berjaya mengundang pelancong yang begitu ramai hingga menjadikan bandar yang sesak pada setiap hujung minggu se… antara keunikannya ialah berjaya membersihkan, menyediakan di antara pakej pelancongannya ialah mengairi Sungai Melaka yang bersih cantik.
So saya kira Pahang juga terutamanya Kuantan, kita ada sungai yang menarik, yang cantik yang mesti kita manfaatkan juga untuk tujuan pelancongan dan bila mana kita berjaya meningkatkan pelancongan, pelancong-pelancong ramai ke negeri kita. Insya-Allah kita dapat menambah lagi sumber pendapatan rakyat negeri Pahang, dan bila mana rakyat negeri Pahang meningkat sumbernya, kuasa belinya meningkat, maka pendapatan kerajaan juga er… sebenarnya meningkat.
Suka untuk saya berkongsi kisah yang pernah berlaku kepada Sayyidina Umar Al-Khattab, yang satu ketika, beliau pernah mencadangkan supaya harta negara dikosongkan, harta negara dikosongkan. Sehingga menterinya pernah bertanya kepada Sayyidina Umar Al-Khattab, kalau dikosongkan harta negara bagaimanakah keadaan negeri kita, negara kita? Seandainya diserang oleh musuh. Umar Al-Khattab mengosongkan harta negara dan diagihkan kepada orang miskin, dan kita lihat dalam sejarah tidak ada kerajaan yang mampu menghilangkan kemiskinan, selain daripada model yang ditunjukkan oleh Sayyidina Umar Al-Khattab dan diikuti oleh cucunya iaitu Sayyidina Umar Abdul Aziz. Jadi kita boleh mengambil contoh dan panduan ya, iaitu bila mana harta banyak mengalir kepada rakyat, kuasa beli rakyat semakin besar, menyebabkan juga hasil negeri juga semakin, semakin melipat… meningkat.
Tuan Yang di-Pertua,
Dalam kesempatan ini juga untuk… suka untuk saya menyentuh berkenaan dengan er… pendapatan negeri yang saya lihat kita juga bergantung kepada pelabur-pelabur luar untuk memberi er… sumbangan pendapatan kepada negeri kita. Sebenarnya negeri kita dengan tanah yang luas, kita juga boleh memikirkan untuk menjana pendapatan dalam negeri kita. Selain daripada kita bergantung kepada pelabur-pelabur luar, yang juga kita tidak dapat nafikan memberi peluang-peluang pekerjaan dan pendapatan kepada negeri.
Antaranya ialah yang saya boleh kongsi di sini ialah Projek Aquaculture di Pandan er… di Pandan, jalan bypass. Diantara projek yang baik saya kira, memiliki 43 kolam ikan yang disediakan oleh kerajaan. Tetapi dalam lawatan saya baru-baru ini melawat, bertemu dengan penternak-penternak ikan kolam ya, antara rungutan merekanya ialah tidak mendapat sokongan dan bantuan yang sewajarnya daripada pihak yang berwajib. Sedangkan ikan di Kolam Pandan ni rasanya berbeza dengan ikan-ikan di kolam yang lain. Saya pun nak berbangga jugalah tempat saya ni. Dulu ada sebut ikan di Rompin sedap hah, ini pun ikan di Kolam Pandan ini pun terkenal.
Saya ketika mana lawatan saya diberi er… hadiah oleh penternak tu untuk merasai ikan Lampam Jawa, ikan Talapia. Ikan Talapia ada dua jenis, Talapia Merah, Talapia Gift dia panggil dan bila kita makan… saya memang tak boleh makan ikan kolam tapi bila kita rasa ikan yang diberi tadi, memang rasanya sangat sedap sebagaimana ikan sungai juga, dan sepatutnya industri ini perlu diberi nafas yang lebih bertenaga kerana dia dapat memberi sumber pendapatan yang baik kepada… antaranya kepada penduduk-penduduk setempat dan mereka yang memang meminati serta suka
dengan er… sumber atau hasilan yang mereka lakukan dan dengan cara ini kita dapat menggalakkan lagi er… program pendapatan melalui aquaculture ni.
Cumanya agak menyedihkan saya ialah dahulunya di sana pernah terkenal sebagai pusat pemancing. Pusat memancing yang hebat tapi baru ni saya pergi dah agak terbengkalai dah ya. Laluan masuk pun, alhamdulilah ada di tar tapi agak semak dan tidak lagi diberikan perhatian sedang saya kira penternak-penternak di sana hah dia sangat mengharapkan supaya dapat diberi perhatian oleh agensi-agensi yang berkenaan untuk er… tujuan memajukan lagi industri perikanan air tawar atau kolam ini.
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk akhirnya, suka juga saya menyebut beberapa perkara. Masalah di kawasan saya antaranya ialah berkenaan dengan monsoon drain ataupun dengan longkang-longkang monsun yang belum lagi diselenggara dan kalau ikut taklimat ataupun perkongsian diberikan oleh JPS, Jabatan Pengairan dan Saliran, mereka hanya memiliki peruntukan setahun sekali sahaja untuk menyelenggara longkang-longkang yang merupakan saliran utama air-air daripada er… taman-taman dan juga kampung-kampung. Saya mencadangkan supaya er… diberikan peruntukan yang sewajarnya supaya boleh dilakukan penyelenggaraan er… longkang-longkang ini, longkang-longkang monsoon drain er… paling-paling kurang 3 kali ataupun 4 kali setahun untuk mengelakkan daripada longkang ini tersumbat.
Tuan Yang di-Pertua,
Di antara masalah yang juga er… menimpa kepada sebahagian mereka yang melalui bypass, yang melalui juga di kawasan saya ialah masalah kesesakan lalu lintas yang sangat teruk, pada ketika pagi dan pada ketika petang ya, yang melibatkan bypass kita panggil bypass Bukit Rangin. Jadi adakah hasrat daripada Kerajaan Negeri sendiri untuk membina er… jejambat atau flyover untuk menyelesaikan masalah ini? Yang mana masalah ini telah… bukan sahaja menyebabkan kesesakan pada Jalan bypass Bukit Rangin, tetapi juga menyebabkan er… jalan bypass Permatang Badak juga sesak pada setiap pagi dan setiap petang dalam jarak yang sangat jauh.
Tuan Yang di-Pertua,
Suka juga untuk saya menyentuh berkenaan dengan laluan er… ke lapangan terbang kebanggaan kita. Lapangan Terbang Kuantan yang merupakan pintu masuk er… terutamanya kepada pelancong-pelancong ke negeri kita ya. Kita melihat laluannya tidaklah seindah laluan masuk ke negeri ya, dalam keadaan jalannya tidak ada landskap yang cantik, pohon-pohon bunga, pokok-pokok bunga yang cantik dan kemas. Laluannya boleh jadi, boleh dibina dua line er… tapi dibuat satu ataupun jalan satu line sahaja.
Kita kena mengambil kira, itulah di antara laluan perjalanan kemasukan pelancong-pelancong ke negara kita. So, itulah merupakan imej gambaran pertama mereka masuk ke negeri kita. So, perlu juga diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri untuk er… memberi gambaran yang baik kepada negeri kita. So, saya rasa sekian sahaja ucapan saya pada petang ini. Sekali lagi terima kasih kepada Yang di-Pertua, saya dengan ini menyokong Bajet 2019. Terima kasih.
Terima kasih Wakil daripada Panching. Ya, saya jemput Wakil dari Tanjung Lumpur.
Assalamualaikum WBT. Bismilahirrahamanirahim [Bacaan al-Quran].
Yang dikasihi Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, muslimin dan muslimat yang dikasihi dan dirahmati oleh Allah SWT.
Yang pertama saya mengucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan untuk saya dapat mengambil bahagian di dalam Perbahasan Bajet Negeri Pahang 2019. Pada dasarnya saya menyokong penuh Bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar terutama dalam menguruskan perbelanjaan dengan cara berhemah dan juga berjimat cermat. Di dalam pembentangan Bajet itu, ada satu dua perkara yang menarik perhatian saya. Diantaranya soal pembinaan rumah mampu milik yang mana telah disebut bahawa, pihak kerajaan telah mencadangkan supaya pemaju membina rumah mampu milik sebanyak 30% di projek-projek pembinaan yang melebihi daripada 3 ekar. Jadi, apa yang saya lihat ialah bagaimana rumah merupakan keperluan yang sangat penting termasuklah kita di negeri Pahang ni, yang mana saya melihat bagaimana keperluan rakyat yang berpendapatan rendah yang selayaknya untuk mendapat rumah mampu milik itu tidak mencukupi.
Oleh sebab itu, saya suka mencadangkan bahawa rumah mampu milik ini, sebaik-baiknya dibina oleh pihak kerajaan er… dibina oleh pihak kerajaan sendiri, yang mana kerana kita juga melihat ada daripada kalangan rakyat kita yang boleh dikatakan sebahagian besar juga yang mungkin tidak mampu untuk memiliki walaupun rumah mampu milik, disebabkan kerana kekangan kerja mereka yang tidak ada slip gaji, kesukaran mereka untuk mendapatkan pinjaman dan sebagainya.
Jadi suka saya mencadangkan supaya rumah mampu milik ataupun rumah kos rendah yang serupa dengannya dibina oleh pihak kerajaan sendiri, yang penjaminnya adalah pihak kerajaan sendiri, yang mungkin pihak kerajaan boleh meletakkan syarat- syarat yang ketat supaya tidak berlakunya kerugian daripada pihak kerajaan itu sendiri. Sebab kita memahami rakyat sebab itu kalau saya sebut di rumah Pak Mahat itu sendiri walaupun bayaran RM125 je sebulan, tapi ramai juga yang tak bayar.
Kita faham itu di antara kekangan dia. Tetapi walau macam mana pun kita perlu memikirkan soal rakyat kerana rumah adalah perkara yang penting. Sebuah rumah disewa dengan RM500–RM600, dengan gaji mereka yang mungkin RM2,000– RM3,000 pastinya tidak mencukupi untuk mereka menjalani kehidupan. Kesan daripada itu akan berlaku pula gejala-gejala yang lain. Jadi suka saya menarik perhatian pihak kerajaan kalau boleh, rumah mampu milik ini dibina dengan… dengan lebih banyak dan dibina sendiri oleh pihak kerajaan.
Yang kedua, suka juga saya nak menyebut perkara yang berkaitan dengan penceraian, yang mana kes penceraian yang berdaftar dalam Pejabat Agama Negeri Pahang pada tahun 2017 lebih kurang 960 kes, pada tahun 2018 sekarang ini telah mencecah lebih kurang 850 kes, dan saya juga telah mendapat maklumat bahawa permohonan dalam mahkamah sekarang ini ada lebih kurang 1700 kes. Ini menunjukkan bahawa kes penceraian agak tinggi di dalam er… di dalam negeri Pahang. Kita melihat bagaimana… walaupun pihak Jabatan Agama Islam
mengadakan kursus-kursus pra-perkahwinan, tetapi kes er… penceraian ini juga berlaku. Maka saya pun er… bukan nak bagi cadangan sangat, saya sebab saya kira memang pihak Jabatan Agama Islam, Majlis Ugama Islam, memang sentiasa berbincang soal ini dan memikirkan bagaimana cara yang… yang terbaik.
Er… saya suka menarik perhatian supaya perkara ini dapat menjadi lebih lagi er… dari sudut perhatian untuk sama-sama kita fikirkan mungkin kita nak sambung pula kursus er… kursus… kursus pra-perkahwinan er… mungkin ataupun er… perkara-perkara yang lainlah. Er… saya sendiri pun apabila ditanya oleh sahabat-sahabat, kita pun tak reti nak jawab juga sebab dia soal. Pertama yang kita lihat soal ilmulah. Kebanyakan mereka ini tidak berilmu dan kehidupan mereka tiada keberkatan disebabkan kerana tiadanya beramal, pergantungan, kehidupan mereka dengan Allah SWT tu jauh menyebabkan hilang keharmonian dalam rumah tangga. Jadi yang ni walau macam mana pun, er… adalah bertujuan untuk menarik perhatian supaya kita sama-sama dapat er… dapat berfikir.
Kemudian yang ketiga, saya nak menyentuh sikit lagi soal guru takmir sebab tadi adalah soalan tambahan yang mana kita tahu bahawa pihak JAKIM telah pun menghantar er… surat rasmi er… pihak JAKIM telah pun er… membuat keputusan untuk menghentikan elaun bagi guru takmir dalam negeri Pahang ini. Kita ada guru takmir, Kuantan ni ada lebih kurang 35 orang, Pekan ada lebih kurang 69 orang dan kalau macam sebelah Lipis tu ramai lagi. Er… guru takmir di seluruh negeri Pahang ni lebih kurang dalam 400 lebihlah, yang mana pendapatan mereka lebih kurang dalam RM800 sebulan er… RM800 sebulan. RM100 sekali mengajar, dan apabila elaun itu diberhentikan er… untuk bulan 11.
Hah… jadi pandangan sayanya sebagai cadangan, tadi kita sebut Yayasan Pahang sebab Yayasan Pahang tadi sebut macam duit banyak kan, tu kita bagi cadangan macam duit tu macam banyak. Tapi kalau sekiranya tidak, di antaranya itu pihak MUIPlah dan cadangan akhir bagi sayanya ialah er… perbincangan dengan pihak masjid supaya masjidlah, bayarlah untuk bulan 11 ni. Kalau tidak, naya juga bulan 11 ni tak dapat… tak dapat elaun bagi…bagi guru takmir.
Kemudian, yang seterusnya saya suka untuk saya er… membaca satu Enakmen berkaitan dengan kesalahan jenayah syariah 2013, Enakmen 11 tahun 2013, Enakmen kesalahan jenayah syariah 2013 bahagian 3. Kesalahan berhubungan dengan kesucian agama Islam dan institusi nya. Seksyen 27, berkaitan dengan minuman yang memabukkan. Yang pertama, mana-mana orang yang di mana-mana kedai atau tempat awam lain, meminum apa-apa minuman yang memabukkan, melakukan satu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi daripada hukum tersebut.
Yang kedua, mana-mana orang yang menjual atau membeli atau menyebabkan seseorang lain meminum apa-apa minuman yang memabukkan, melakukan satu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman tersebut. Suka saya menarik perhatian kepada perkara yang kedua. Bagaimana kita melihat ada daripada kalangan pekerja-pekerja muslim, anak-anak kita yang beragama Islam yang bekerja di kedai-kedai yang menjual arak er… menjual minuman yang memabukkan dan yang kedua kita juga melihat ada daripada kalangan kedai ada daripada kedai-kedai yang mereka tidak menyediakan kaunter khusus untuk urusan jual beli arak, yang saya kira
mungkin nanti pihak Exco akan jawab, adakah dua perkara ini termasuk dalam kesalahan enakmen tersebut dan jikalau sekiranya ada, kita minta supaya pihak kerajaan mengambil er… mengambil er… mengambil apa… er… apa payah cakap melayu ni… er… mengambil tindakan [gelak] tak berapa pandai cakap melayu er… mengambil tindakan er… dan juga kalau boleh er… dapatkan juga statistik terhadap hukuman-hukuman yang telah di… dilaksanakan sebab er… kita melihat kita nak selamatkan. Macam contoh yang tersebar dalam er… dalam er… facebook, youtube dan sebagainya. Bagaimana ada anak perempuan kita yang dimaki semata-mata kerana dia tidak mahu berurusan jual beli arak tu, dia tak nak. Dia kerja di 7eleven kemudian dia tak nak. Mungkin dia berpegang dengan agama er… insya-Allah mudah-mudahan…mudah-mudahan begitu. Jadi kita melihat dia dimaki sedangkan kalau kita baca enakmen ini, tindakan anak tersebut adalah betul sama sekali, bukan saja dari sudut syarak, malahan dari sudut enakmen, undang-undang jenayah syariah.
Kemudian sikit lagi berkaitan dengan penguatkuasaaan juga er… yang saya nak er… sebut er… penguat… er… penguatkuasaan Jabatan Agama Islam er… negeri Pahang. Dulu dalam sidang yang dulu saya dah sebut, kita masih kekurangan er… kekurangan er… penguatkuasa lebih kurang ada 7-8 orang dalam daerah Kuantan yang begini, yang begini besar. Kemudian yang kedua juga berlaku beberapa kes, di antaranya kes penyamaran sebagai staf ataupun Pegawai Jabatan Agama Islam yang kononnya menguruskan soal perkahwinan sama ada dalam negeri ataupun luar negeri, yang mana ia melibatkan soal penipuan yang berkait dengan kewangan makna tipu, ambil duit.
Yang kedua, saya juga difahamkan oleh beberapa orang peguam syarie, sahabat-sahabat kita yang kita dapat bersembang. Ada kes seorang yang menyamar sebagai penguat kuasa… penguat kuasa, tangkap orang khalwat dan kemudian dia rogol pula mangsa khalwat tu. Ada kes ni masih di mahkamah, dia rogol tu, kononnya begini beginilah. Apa yang saya nak bawa di sini ialah bagaimana…
Yang Berhormat…Yang Berhormat…Yang Berhormat Tanjung Lumpur kalau kes itu dalam mahkamah, saya ingat kita tak payah dulu berbahas di sini Yang Berhormat…
Okay, okay…
Masih dalam perbicaraan tu. Yang Berhormat ikuti kes tu?
Ya, ya ikut, ikut juga sikit-sikit.
Ikut ya…
Saya…
Ke Yang Berhormat menangkap sekali?
Yang saya nak sebut di sini ialah begini, bukan soal kes mahkamah tu…
Ya…
…iaitu bagaimana cara kita nak supaya rakyat, dia kenal orang ni penguat kuasa. Ertinya satu garis pandu yang mesti dikeluarkan secara jelas dan berkala supaya sentiasa faham, sebab bukan soal syariah je, polis pun dia pakai baju penguat kuasa polis dan sebagainya apa semua dan sebagainya tetapi di sini dari sudut penguatkuasaan syariah.
Kemudian seterusnya LGBT. Er… kita di Kuantan ni pun ramai, ramai terutama sekali lorong-lorong dekat pasar, saya tak sebutlah alamat tu bimbang orang pergi. [ketawa] Gurau Pengerusi ya…
Tak apa Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat…
Jadi apa yang, apa yang saya lihat…
Yang Berhormat, Yang Berhormat…
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Ya…
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Wakil daripada Tanjung Lumpur ni tak faham-faham lagi, bila Speaker tegur-tegur maknanya dia nak tahulah tempat tu di mana tu… [Ahli Dewan ketawa]
Nak tanya maknanya apa LGBT tu… saya tak faham…
Er…
Boleh Yang Berhormat terangkan sikit LGBT tu…
LGBT… sebab itulah bila ada menteri cadang nak buat tandas untuk LGBT, saya tak setuju sebab banyak LGBT tu er… er… Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender. Itu dia banyak, makna kalau dah buat tandas tu bukan boleh satu je… kena empat tandas er… empat tandas sebab lesbian dia perempuan, gay lelaki… hah kalau campur dua tu jammed. [Ketawa]
Baiklah, takpelah bergurau sikit petang-petang. Er… apa yang saya nak sebutkan di sini sebenarnya sangat ramai. Masih ramai, masih ramai, sebenarnya kami secara sukarelawan ni pernah juga buat kerja-kerja dakwah tapi tak berani juga, takut sebab dia orang ni garang er… saya ni kecil, dia tiga kali ganda, hah dia besar. Tuan-tuan, apa yang nak sebutkan di sini ialah mohon pihak kerajaan juga mengambil berat dalam soal pemulihan golongan-golongan ini er… pemulihan secara khusus. Saya ada juga pergi untuk mereka-mereka yang dah bertaubat. Saya kira pula kerajaan pun tahu tempat dia, kita pergi bagi sedikit sebanyak sumbangan. Ertinya mereka ni boleh balik ke pangkal jalan tetapi dengan syarat pendidikan yang berterusan dan khusus, dan kita juga perlu ambil tindakan secara keras maksudnya kita kena ambil dia secara paksa supaya dia dapat pendidikan Islam, sebab ramai sangat lagi.
Kemudian yang terakhir Pengerusi, sebab hari ni semua orang cakap sekejap-sekejap, saya dapat panjang sikit. Er… kerja baik pulih, saya sebut ni kawasan tempatan. Kerja baik pulih di kawasan-kawasan perumahan terutama… jadi, kalau di kawasan saya tu banyaklah, di Bandar Putra, beberapa perumahanlah. Saya ingat kawasan saya je, bila kami sembang-sembang, semua ada, kawasan Beserah ada, kawasan lain semua ada. Makna nak beritahu untuk perhatian kepada pihak JKR dan pihak yang terbabitlah terlibat. Bila berlaku paip pecah ke dan sebagainya, masa dia korek jalan tu, jalan tu molek tu… bila dah habis dah, kerja dia… tak sempurna sebagaimana hak asal. Berlubang sana, berlubang sini. Jadi, minta ambil perhatianlah, minta ambil perhatianlah supaya selepas daripada mereka baik pulih tu, kalau boleh-boleh tu, baik pulih… hah tapi ni baik tak pulih lagi… [Ketawa] ada penyakit baru pula, berlubang pula.
Kemudian, saya juga mengucapkan terima kasihlah di atas peruntukan pembangunan di DUN, RM30,000.00 yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada semua wakil-wakil rakyat termasuk kami pembangkang. Wakil rakyat BN banyak sikit kot.
Yang di-Pertua, boleh mencelah sedikit Yang di-Pertua.
Sila Beserah.
Terima kasih Yang di-Pertua, saya ingin sedikit menyokong apa yang dinyatakan oleh Tanjung Lumpur dan juga minta persetujuan daripada beliau. Kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak-pihak agensi seperti PAIP, TNB, Telekom dan sebagainya er… seharusnya kontraktor yang bertanggungjawab, yang melaksanakan kerja itu diambil tindakan sekiranya mereka gagal membuat kerja dengan… dengan sempurna seperti kembali asal. Sebab masalah dia timbul apabila kerja-kerja yang dibuat selesai, dianggap selesai, tetapi selepas itu dia mendatangkan mudarat yang lain.
Jadi semakin…makin merebak, kerosakan dia semakin besar. Kerja dia nak… nak repair ataupun nak buat sambungan tetapi tidak disudahkan dalam keadaan yang baik dan ini saya rasa setiap projek yang diberikan kepada mana-mana kontraktor oleh mana-mana agensi perlu ada wang taruhan ataupun deposit yang secukupnya untuk menyiapkan sekiranya ada kegagalan dalam proses tersebut. Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya, Beserah. Er… jadi tu adalah er… tu baru betul-betul baik pulih. Makna, saya cakap tu tak berapa sempurna. Dia tambah, dia baiki jadi semakin comel. Hah… itu nama baik pulih. Er…
Yang Berhormat…
Sebab saya kurang fasih…
Sebenarnya Beserah tu tolong-menolong tu…
Ya, sebab sebab saya kurang fasih cakap Melayu. Jadi, dia insya-Allah. Jadi, yang terakhir er… saya ucapkan terima kasih atas…
Dato’ Yang di-Pertua, nak tanya. Dari tadi dah Wakil daripada Tanjung Lumpur ni dia cakap dia tak fasih cakap Melayu, kita nak tahu bahasa apa dia cakap? Jawa? Russia? ini… Urdu? Tagalog? Kita nak tau… Urdu tu Hindilah, sama.
Tanjung Lumpur…
Baik, terima kasih. Saya ni orang hulu. Jadi, kalau saya cakap, orang suka pula. Jadi, biarlah. Bergurau ya…
Yang Berhormat Yang di-Pertua, bahasa Ganu ke? [Ahli Dewan ketawa]
Taklah, saya orang Pekan, Pahang. Sekampung dengan PM, ex-PM.
Tapi orang Pekan boleh cakap Melayu, Yang Berhormat… [Ahli Dewan ketawa] Orang Pekan fasih cakap Melayu…
Tapi di Pulau Keladi tu dia cakap lain sikitlah. Dia tak sama dengan bahasa Pahang ni. Akhir sekali saya ucap terima kasih dengan peruntukan RM30,000. Cuma harapan kamilah terutama sekali ADUN-ADUN pembangkang ni, hujung-hujung tahun ni kalau boleh, top uplah sikit lagi… [Ahli Dewan ketawa] untuk anak-anak sekolah, banjir dan sebagainya. Kalau bagi RM30,000 bolehlah tapi kalau bagi RM50,000 lagi bagus tapi kalau nak bagi RM100,000.00 kami tak kecil hati, insya-Allah. Jadi dengan ini, saya mohon menyokong. Assalamualaikum WBT.
Yang Berhormat, ya saya jemput Wakil daripada Jengka. Sila Yang Berhormat.
[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Alhamdulillah saya ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana telah berjaya membentang Belanjawan 2019 Isnin yang lalu.
Saya kira Bajet kali ini lebih berhati-hati, jimat cermat dan berhemah menepati sumber pendapatan negeri yang sangat terbatas. Bajet ini juga realistik menggambarkan bagaimana kemampuan kerajaan menjana ekonomi negeri, dan diterjemahkan dalam perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Walaupun kadarnya kelihatan berimbang atau sedikit surplus, kita seharus tidak berpuas hati dengan pengurusan sumber pendapatan negeri atau hasil kerana banyak ruang yang perlu dipertingkatkan lagi.
Maksud saya kalau kita bekerja dengan lebih kemas dan teratur, makna bukan sahaja unjuran pendapatan 2019 itu RM700 juta lebih bahkan kalau kita dapat mendatangkan unjuran pendapatan itu sebanyak RM800 juta atau RM1 bilion maka dia lebih er… memberikan er… impak yang sangat baik kepada Kerajaan Negeri.
Langkah penurunan kuasa dalam urusan pindah milik… pindah milik tanah dan gadaian mengikut Seksyen 12 Kanun Tanah Negara yang dipraktikkan adalah tindakan yang betul walau agak lewat sedikit ya. Perkara ini meningkatkan masa urus niaga hartanah dan memudahkan pelanggan, manakala fi pengurusan oleh Pejabat Tanah boleh dikutip dengan cepat.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Seperti yang kita maklum, pemaju perumahan yang kemukakan permohonan tukar syarat dan pecah lot atau pecah sempadan tanah adalah pihak yang telah bersedia untuk membayar premium tanah kepada kerajaan dan fi yang lain. Maka dalam perkara ini adalah tidak wajar untuk kerajaan mengamalkan kerenah birokrasi yang melewatkan urusan pembangunan tanah.
Antara cadangan kepada perolehan iaitu perolehan sumber mineral, saya mencadangkan pembangunan sumber asli seperti mineral mestilah diwujudkan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri yang baru, sebagai contoh Permodalan Mineral Pahang Sdn. Bhd. Syarikat pelabur yang diluluskan sijil melombong mineral oleh Kerajaan Negeri hendaklah menjalinkan usaha sama dengan anak syarikat kerajaan di mana 30% pendapatan bersih syarikat pelombong hendaklah dibayar kepada anak syarikat Kerajaan Negeri.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri bukan sahaja dapat mengutip royalti malah keuntungan usaha sama perlombongan juga boleh disumbangkan oleh anak syarikat tersebut ya. Begitu juga dengan industri kuari, lombong pasir dan seumpamanya yang dikategorikan sebagai rock material.
Satu lagi cadangan er… Yayasan Pahang supaya membuka kilang sawit segera di Rompin, ya. Kami difahamkan er… ada maklumat bahawa Yayasan Pahang telah pun mempunyai 40 ribu ekar ladang kelapa sawit di Rompin iaitu di kawasan Sungai Berkebar, Kampung Mentelong dan beberapa kampung di sekitarnya, ya. Ladang Yayasan Pahang yang luas ini masih belum dibina kilang hingga hari ini walaupun mempunyai kawasan sendiri yang luas dan praktikal untuk dibina kilang. Hingga hari ini, Yayasan Pahang masih menjual buah mentah ke kilang syarikat swasta berhampiran. Sepatutnya kilang Yayasan Pahang telah dibina dan beroperasi, tapak kilang pun telah ada di ladang sejak sekian lama.
Yayasan Pahang sepatutnya memperolehi keuntungan hasil dari kilang sudah lebih 10 tahun lepas selain daripada hasil buah mentah. Makna kalau ada kilang sendiri bukan sekadar minyak, tetapi banyak produk-produk yang lain yang boleh diproses dan dijual dan kita akan dapat keuntungan yang banyak. Oleh itu saya harap ada penjelasan daripada pihak kerajaan kenapa kilang sawit tidak dibina oleh er… Yayasan Pahang walaupun er… tapak sudah ada.
Akhir sekali, saya er… menerima dan bersetuju dengan belanjawan yang… bajet yang dibentang oleh er… Dato’ Sri. Sekian, menyokong. Sekian terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya lihat tidak ada lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian dan setakat ini seramai 10 Ahli Yang Berhormat telah pun mengambil bahagian dan saya bercadang untuk menempohkan persidangan kita pada petang ini.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada hari esok saya akan menjemput Wakil-wakil Kerajaan untuk memberi jawapan, pandangan berhubung dengan pertanyaan-pertanyaan atas soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan tadi.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian mencapaikan… menyampaikan ucapan yang baik, hujah-hujah
yang bernas dan yang lebih penting lagi dapat menepati masa, masa bersidang, masa rehat dan masa kita menyambung semula. Inilah satu contoh tauladan yang baik pada saya dan memudahkan tugas saya sebagai… selaku Yang di-Pertua Dewan.
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat kita akan sambung semula persidangan pada hari esok…
Yang Berhormat Yang di-Pertua…
Ya.
Janganlah perkataan yang bawah tu cakap… apa? Perkataan yang selepas tu memudahkan tugas. Dahlah bertugas 3 tahun… 3 kali setahun Yang Berhormat Yang di-Pertua biarlah lama sikit. [ketawa]
Dak, maknanya tadi memudahkan tugas, semua sekali. Tugas Yang Berhormat, tugas saya, tugas Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Makna datang on time, dengan izin, jadi dengan ini menunjukkan bahawa kita telah sampai lagi satu tahap game changer yang lebih baik, menepati masa dewan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah.
Jadi saya bercadang untuk menempohkan sidang ini sekarang dan kita akan sambung semula pada hari esok, Jumaat 23 November 2018 bersamaan dengan 15 Rabiulawal 1440 Hijrah bermula pada pukul 9.30 pagi. Persidangan ditempohkan. Terima kasih. Assalamualaikum WBT.
[Persidangan ditempohkan jam 4.04 petang]