Pahang · 19 April 2019

14th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 148 turns · 16,054 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang Keempat Belas di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari Kelima (Jumaat) : 19 April 2019

Bersamaan

: 13 Syaaban 1440 Hijrah

Masa

: 9.34 pagi

DOA

Perkara Pertama: Doa.

[Ayat al-Quran] [Bacaan dalam Bahasa Arab] Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagian meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri meyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta para penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. [Bacaan dalam Bahasa Arab].

PERTANYAAN DAN JAWAPAN

Perkara Kedua: Pertanyaan Dan Jawapan.

Yang di-Pertua (Speaker)

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera, selamat pagi. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan pada pagi ini dan untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat pada kali ini, saya menjemput Yang Berhormat ADUN Kawasan Bilut. Silakan.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Soalan saya soalan nombor 1. Terima kasih.

[Isu Tanah. a) Berapa banyak kes lanjutan tempoh pajak tanah Kampung Baru Cina telah diluluskan sejak tahun 2012 mengikut daerah dan bandar? b) Berapakah kos permohonan lanjutan tempoh?]

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Bilut yang bertanyakan soalan berapa banyakkah kes lanjutan tempoh pajak tanah Kampung Baru Cina diluluskan sejak tahun 2012? Untuk makluman Yang Berhormat daripada Bilut, sebanyak 145 permohonan lanjut tempoh pajakan hak milik tanah Kampung Baru Cina yang telah diluluskan. Manakala kalau mengikut daerah pula sejak tahun 2012. Pada tahun 2012, cuma satu iaitu di Bera, 2013 ada 4, Bentong 1, Cameron Highlands 2, Bera 1, 2014 ada 1, di Bera sahaja, 2015 ada 3 iaitu di Cameron Highlands 1, Lipis 2. Manakala pada tahun 2016, ada 1 iaitu di Bera. Pada tahun 2017, ada 20; 2 di Bentong, 2 di Cameron Highlands, 2 di Bera, Raub 13 dan Temerloh 1. Dan pada tahun lepas 2018, ada 115 iaitu di Cameron Highlands ada 1, Kuantan ada 11, Lipis ada 1, Bera ada 17, Raub ada 84, Temerloh ada 1, 115 yang telah diluluskan pada tahun 2018 menjadikan jumlah keseluruhannya ialah sebanyak 145 permohonan lanjut tempoh yang telah diluluskan.

Manakala bagi soalan kedua, berapakah kos permohonan lanjutan tempoh? Untuk makluman Yang Berhormat, permohonan untuk lanjutan tempoh pajakan yang dikenakan ialah sebanyak 100 sahaja.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Er… terima kasih jawapan dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar, er… saya difahamkan bahawa polisi Kerajaan Negeri telah pun mengecualikan premium bagi er… lanjutan er… apa tu… lanjutan tempoh ini, er… di seluruh Pahang sejak 2012 tetapi pada tahun… awal tahun ini, saya dapat er… informasi dari penduduk-penduduk kampung mereka telah dapat er… lanjutkan… lanjutan tempoh… kelulusan lanjutan tempoh tetapi mereka diminta bayar apa tu… premium, er… bolehkah saya dapat informasi daripada pihak kerajaan. Adakah polisi ini telah pun dihapuskan er… dari mengecualikan er… premium ke sekarang nak bayar premium? Sekian.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Memang benarlah pada tahun 2012 iaitu semasa Mesyuarat Exco yang ke-10, kita memang… Kerajaan Negeri memang ada er… memutuskan untuk mengecualikan bayaran premium tambahan. Tetapi pada tahun 2016, er… mesyuarat yang ke-5… ke -35, Kerajaan Negeri telah er… mencadangkan kadar baru bayaran premium. Jadi dengan ini, keputusan Kerajaan Negeri pada tahun 2012 adalah er… terbatal dengan sendirinyalah sebab ada keputusan baru daripada Kerajaan Negeri.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan tambahan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Er… saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri sebab memang ini satu dasar yang baik pada tahun 2012 bahawa pengecualian premium diberikan kepada rakyat

terutamanya penduduk di kampung-kampung untuk melanjutkan tempoh pajakan. Ramai yang mengemukakan permohonan pada tahun 2012 walaupun setelah lima, enam tahun menunggu akhirnya mereka dapat kelulusan. Soalan saya adalah apakah kadar baru untuk pembayaran premium? Kedua adalah untuk mereka yang telah hantar borang pada awal… pada tahun sebelum 2016 adakah mereka masih boleh menikmati er… manfaat ini, untuk pengecualian premium? Yang ketiga adalah saya mohon jasa baik untuk mempertimbangkan semula supaya pengecualian premium masih diteruskan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Buat pada masa ini, kerajaan tidak ada apa-apa keputusan tetapi sedang mengkaji dan memperhalusi bayaran premium tersebut. Sebab kita merasakan pada tahun 2012, mengecualikan bayaran premium adalah tidak er… tidak mendatangkan apa-apa hasil kepada Kerajaan Negeri sedangkan Kerajaan Negeri memerlukan sedikit hasil dan saya… dan Kerajaan Negeri juga memikirkan bahawa tidak mungkin kita memberikan secara percuma sebab kalau kita nak masuk tandas pun, Yang Berhormat daripada Triang kena bayar juga 20 sen, 30 sen, ini tanah pula. Manakala daripada segi er… sama ada berlaku peningkatan kerajaan baru dan sebagainya kita akan perhalusi dan insya-Allah kalau sekiranya er… terlalu rendah, mungkin… kemungkinan kita akan er… naikkan sikit dan andainya sekiranya kadar yang ada sekarang ni berpatutan, Kerajaan Negeri kekalkan dengan apa yang ada. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Er… terima kasih dari pihak Yang Amat Berhormat er… sekiranya pihak kerajaan tidak menimbangkan untuk er… mengecualikan premium er… tempoh pajakan tanah, adakah kerajaan menimbangkan untuk mengesetkan satu amount yang kekal, er… yang munasabah untuk bayaran dari penduduk sekiranya er… pihak kerajaan perlu hasil dari premium-premium tersebut. Sekian.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Er… memang kita tidak akan mengecualikanlah sebab keputusan baru telah pun dibuat pada tahun 2016 dan cadangan daripada ADUN Bilut itu memang setiap kali keputusan Kerajaan Negeri sama ada untuk menaikkan bukan sahaja premium apa jua pun akan dibincangkan dan diperhalusi oleh Exco dan perkara ini bukan dia berlaku... kita nak naik pada minggu ini, terus naik, ada sifir-sifir tertentu, ada calculation tertentu yang kita buat yang kita rasa munasabah. Yang itu ADUN Bilut jangan bimbang kerana Kerajaan Barisan Nasional yang ada pada hari ini daripada dulu sampai sekarang kita sangat prihatin dengan rakyat, insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan tambahan.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Soalan tambahan. Tuan Speaker, pengecualian premium itu memang kami faham mungkin membebankan Kerajaan Negeri tetapi yang saya difahamkan premium itu dikenakan berdasarkan pada kiraan ataupun nilai pasaran oleh Jabatan Penilaian tetapi ini memang merupakan satu beban kepada penduduk Kampung Baru. Adakah kerajaan juga mempertimbangkan apabila rayuan dikemukakan juga pertimbangan akan diberi?

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Sepertimana yang saya katakan tadi, setiap kenaikan akan diambil kira sama ada membebankan rakyat atau tidak. Tidak ada maknanya kalau kerajaan naikkan cukai tetapi rakyat tidak boleh bayar. Menyusahkan rakyat dan daripada segi political mileage pun tak ada. Jadi sebab itulah setiap apa juga kenaikan akan diperhalusi, dikaji dan selepas itu akan dibawa ke Exco. Biasanya pihak PTG akan mengkaji, bawa kepada Kerajaan Negeri untuk dibincangkan dan sekiranya kita rasa munasabah dan kita dapati setelah menghubungi Pejabat-pejabat Daerah kadar itu adalah munasabah, barulah Kerajaan Negeri naik.

Sebab itulah balak 31 tahun kita tidak naik. Tarif air 33 tahun kita tidak naik kerana kita memikirkan hal rakyat. Begitu juga dengan premium ini. Kalau... Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kalau sekiranya ADUN Bilut, ADUN Triang, Cheka memikirkan Kerajaan Negeri dah berniat baik dah. Kita nak kecualikan premium. Memang dah kita dah berniat baik. Kita dah buat, Kerajaan Negeri dah laksanakan sehingga tahun 2016 tetapi apabila Kerajaan Negeri merasakan pengecualian premium ini adalah tidak adil pula kepada Kerajaan Negeri baru kita kenakan... bercadang untuk kenakan kadar baru. Daripada sudut itu, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Bilut, Triang dan Cheka boleh tengok betapa baik hatinya kerajaan. Kita dah bagi tetapi bila kita tengok, kita tak boleh tahan dengan pengecualian ini, kita kaji kadar baru. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Soalan yang seterusnya saya jemput Yang Berhormat Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.

[Penternakan haiwan utama untuk pemakanan adalah ayam, lembu dan kambing bagi negeri Pahang.

Berapakah jumlah penternakan haiwan seperti di atas yang telah dihasilkan di negeri Pahang pada tahun 2016, 2017 dan 2018?

Berapakah jumlah keperluan makanan ini yang telah diimport di negeri lain untuk memenuhi keperluan pasaran pada tahun 2016, 2017 dan 2018?

Apakah perancangan pihak kerajaan dapat mengatasi makanan ini dari segi import untuk keperluan pasaran?

Apakah jenis penternakan di negeri Pahang yang telah mengeksport penternakan ke negeri dan negara lain?]

Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Bagi menjawab soalan ke-2 daripada ADUN Teruntum berkaitan dengan ternakan iaitu berapakah jumlah ternakan haiwan yang telah dihasilkan di negeri Pahang dalam tahun 2016, 2017 dan 2018? Dalam tahun 2016 hingga 2018 kita kategorikan jenis ternakan ini iaitu kepada lembu, kepada kambing, kepada ayam daging dan juga ada juga kita bagi maklumat tambahan berkaitan dengan telur ayam ya. Jadi dalam tahun 2016 terdapat 119,625 ekor lembu dan tahun 2017... ini kategori lembu 2017. Sorry saya bagi ikut tahun lah iaitu dalam tahun 2016 lembu 119,625, kambing 36,977, ayam daging 10,210,000 dan telur ayam kita ada 1,063,000. Manakala dalam tahun 2017, lembu 119,300, kambing 31,255, ayam daging 9,755,526, telur ayam 1,912,800 biji. Tahun 2018 ada peningkatan bagi lembu 123,070 ekor, kambing 30,799, ayam daging 10,235,600, telur ayam 2,102,800 biji.

Manakala berapakah jumlah pengeluaran makanan ini yang telah diimport ataupun import daripada negeri lain, luar daripada Pahang untuk memenuhi keperluan pasaran dalam tahun 2016, 2017 dan 2018? Jawapannya ialah dalam tahun 2016 lembu ada 1,614 ekor yang dibawa daripada negeri lain. Kambing 4,102. Ayam ini maknanya karkas ayam yang kita ambil yang ayam dah sembelih dan diproses 648, telur ayam 13,770,000 dan manakala tahun 2017 lembu 2,321, kambingnya 2,647, karkas ayam metrik tan 232 metrik tan, telur ayam er... 21,832,100 biji. Tahun 2018 lembu yang dibawa daripada negeri lain ialah 3,507, kambing 3,720 ekor, karkas ayam 272 metrik tan, telur ayam 14,256,400 biji.

Dan bagi soalan ke-3, apakah perancangan pihak kerajaan bagi mengatasi permasalahan ini? Sebenarnya pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mewujudkan satu program baru dan program ini akan bermula dalam tahun 2019 bagi meningkatkan populasi induk ternakan lembu negara. Program berkenaan telah diberi nama Program Pembangunan Ruminan ataupun (PROPER) dengan izin, dengan peruntukan awal sebanyak RM6 juta dan objektif program ialah untuk meningkatkan populasi induk supaya dapat menstabilkan populasi ternakan ruminan dalam negara menjelang tahun 2020 sekaligus meningkatkan kapasiti pengeluaran daging lembu negara. Kaedah pelaksanaan PROPER adalah melalui geran pemadanan, matching grant iaitu 70... 30... er... nisbahnya 70:30 di mana 70% daripada kos keseluruhan perolehan ternakan adalah sumbangan kerajaan manakala 30% lagi dari kos keseluruhan perolehan ditanggung oleh penternak.

Manakala bagi jawapan yang soalan yang ke-4, apakah jenis ternakan di negeri Pahang yang telah dieksport ke negeri atau negara lain? Jadi jenis ternakan eksport daripada Pahang. Lembu dalam tahun 2016 dan tahun 2016 lembu 16,466, kerbau 1,092, kambing 1,088, bebiri 1,242, ayam daging 32,400, anak ayam ini builder 7,470,507, ayam kampung 1,200. Manakala dalam tahun 2017 lembu 7,943, kerbau 563, kambing 347, bebiri 447, ayam daging 60,400 ekor, ayam kampung er... anak ayam 7,518,440 ekor. Dan dalam tahun 2018 lembu 10,043, kerbau 797, kambing 424, bebiri 1,730, ayam daging 80,200, anak ayam 7,506,360 ekor, ayam kampung 2,230 dan telur ayam dieksport dalam tahun 2017 ke Hong Kong sebanyak 603,720. Dan untuk makluman. Semalam saya ada menyentuh mengenai Belgian Blue.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya ada edarkan gambar daripada rakan-rakan Ahli Dewan Yang Mulia er... ini yang dipanggil sado. Saya nak menjelaskan macam mana bentuk Belgian Blue ya, lembu yang ada di Belgium Yang Berhormat Dato’ Sri yang kita lihat Yang Amat Berhormat Dato Sri Menteri Besar telah mengetuai rombongan, kita melihat lembu ni kalau tengok masing-masing ni masya-Allah dan sebenarnya dia gambar kalau dia tengok katalog dia bentuk gambar yang… yang lembu yang sado ni kus semangat kalau tengok tu rasanya dia bila kita buat er... AI, artificial insemination dalam er... partner yang di sini lembu itu akan membesar dan ini akan memberikan pulangan yang baik kepada penternak.

Sebab itu dalam konteks ini, kita sedang kerjasama rapat melalui Jabatan Veterinar dan juga membuat engagement dengan penternak-penternak tempatan yang ada di negeri Pahang ini untuk kita perkenalkan cross breeding seumpama ni, insya-Allah dan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar pun pada dasar bersetuju mungkin… mungkin juga anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang berkaitan juga akan er... melihat peluang-peluang ini kerana potensi er... sektor ternakan ini cukup besar dan mampu bertahan, insya-Allah. Jadi kita menggunakan kaedah dan teknologi yang akan diadaptasikan daripada negara-negara yang lebih maju khususnya…

Boleh mencelah Dato’ Sri? Boleh mencelah?

… untuk er… ternakan. Sila.

Dulu kita pernah tengok jagung, labu daripada UPM dia buat jadi besar gemuk tapi tak boleh makan, saya bimbang lembu sado tu macam tu juga kot. (Ahli Dewan Ketawa)

Oh… itu... lembu besar ya... labu... labu… labu maknanya orang kampung kata kita biasa nengok ni labu kecil, dia bila nengok labu besar dia tengok khayal, gatal khayal dia terkejut, terkejut besar, terkejut beruk. Jadi sebenarnya er... ni lembu Belgian blue ni dari segi kualiti ya... dia tengok sebab di sana tu kita bila pergi ke Brussels tu er... dia ada satu institusi yang… er… satu pusat yang membuat kajian dalam semua aspek. Makna kualiti daging daripada lembu ini amat tinggi makna dari segi proteinnya, kurang lemaknya, texturenya dan sebagainya. Dan ianya telah dieksport ke negara-negara Eropah dan telah terbukti lembu jenis ini mampu untuk menghasilkan er... pendapatan yang cukup tinggi dengan menggunakan teknologi-teknologi yang terkini.

So kita yakin perkara ini dapat dilaksanakan dan saya difahamkan sebenarnya Jabatan Veterinar telah pun memperkenalkan cross breeding ini di Malaysia dan kita melihat bagaimana potensi ini dapat diterapkan ya dicross breedkan sebab kita akan menggunakan semen maknanya kita import semen. Semen ini maknanya ni… mani lembu ni dia akan dieksport dalam dipanggil straw ya dipanggil tu dan di sini kita akan buat pemanian berhadas iaitu artificial insemination atas lembu-lembu yang ada di negara kita, insya-Allah, terima kasih.

Soalan tambahan.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Teruntum, Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua,

Soalan tambahan saya adalah bagaimanakah pihak kerajaan akan lebih giat memajukan dalam bidang penternakan di negeri Pahang dan berapakah keluasan tanah sedia untuk dimohon? Soalan nombor dua, kawasan Gambang telah digazetkan untuk penternakan halal, kalau saya salah tolong betulkan ya. Saya mohon bertanya sebenarnya berapa keluasan yang telah digazetkan? Soalan ketiga, jika pelabur asing ingin melabur dalam bidang penternakan lebih 1,000 ekar dari segi sudut apakah pihak kerajaan akan membantu kepada pelabur-pelabur ini? Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Kita ada di apa er... apa yang dipanggil sebagai valley ya lembah… lembah tenusu yang juga ada di Rompin yang keluasannya er... lebih kurang... dalam… saya ingat... saya tak dapat yang ini tapi ada menjangkau dekat 3,000 ekar yang telah pun ada er... ni penternak. Namun masih ada lagi ruang-ruang untuk kita penuhi dan ini sebenarnya sedang diteliti oleh pihak kerajaan melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri melalui PSK yang kita teliti dan investor atau pelabur-pelabur yang beminat ni memang ada. Kita ada er... misal contohnya industri tenusu yang susu tu, Holstein yang di Rompin dan juga ada pihak yang berminat untuk membesarkan perusahaan mereka ada perusahaan di negeri lain tapi kawasan di negeri lain tu terhad dia telah berminat untuk melabur di negeri Pahang.

Sebab itu saya katakan tadi er... dalam perbincangan Yang Amat Berhormat telah memberi lontarkan cadangan kemungkinan kita menggalakkan mereka membuat JV ya dengan usaha sama dengan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang boleh mengembangkan potensi ini bersama makna tidak semata-mata kita hanya memberi pajakan tanah kepada ni... pengusaha-pengusaha ini. Kerajaan Negeri sendiri akan meneliti dan kita tengok potensinya ada. Sebab itu dalam konteks ini insya-Allah yang ada ini adalah merupakan kawasan yang telah pun digazetkan. Tetapi sekiranya potensinya besar, kita akan kembangkan. Kita akan kenal pasti tapak-tapak lain yang er... sebenarnya yang berpotensi untuk dimanfaatkan.

Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua, di seluruh negeri Pahang kita ada 128 reserved veterinar ya, padang-padang ragut bertaburan di daerah-daerah yang 128 kawasan ini… padang ragut yang dipanggil padang ragut yang telah digazetkan, diwartakan yang mungkin tidak dioptimakan sepenuhnya. So kawasan-kawasan ini boleh dimanfaatkan er... bukan semata-mata satu kawasan yang besar

sekelompok tapi dia bertaburan di seluruh daerah ada semua sekali semua daerah ada, dan boleh kita berhubung dengan Jabatan Veterinar er... untuk melihat potensi menggunakan ataupun terlibat sama dengan penternakan memang pihak kerajaan menggalakkan, insya-Allah ya.

Dan untuk soalan 2 tadi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Teruntum berhubung dengan halal hub yang di Gambang ada terdapat lebih kurang 400 ekar yang telah pun dikenal pasti. Dan ini pusat ini ialah pusat yang kita tumpukan dari segi pemprosesan. Malahan kita juga telah merangka satu perancangan untuk memanfaatkan, misal contohnya pembangunan apa yang dipanggil sebagai gelatin halal ya, gel gelatin sebab apa kalau tengok, minta maaf ya kalua saya ini bukan satu kejutanlah. Tapi penggunaan gelatin di seluruh dunia er... dari segi kehalalannya er... mungkin kurang daripada 5%, yang selebihnya tidak er... maknanya kita tidak dapat mengesahkan kehalalannya.

Sebab itu dalam kontek ni potensinya besar kalau kita dapat bangunkan industri halal ini termasuk er... mengeluarkan produk gelatin yang halal ya yang digunakan dalam ubat-ubatan dan sebagainya banyak kegunaannya menyeluruh, insya-Allah perkara ini kita teliti dan mungkin ada investors maknanya pelabur yang berminat boleh melibatkan diri dan saya kira insya-Allah Kerajaan Negeri juga melalui anak-anak syarikat atau usahawan-usahawan tempatan boleh menerokai bidang ini insya-Allah ya saya rasa 2 je, itu saja. Yang ketiga tu?

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang nombor tiga tu pelabur asing…

Oh... pelabur asing. Pelabur asing ni sepertimana yang kita sedia maklum er... Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ya... melalui PSK dan juga ada jawatankuasa ya dipanggil jawatan er… Jawatankuasa Perindustrian dan Pelaburan Negeri yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar sentiasa meneliti ya er… kepentingan ataupun minat pelabur-pelabur bukan sahaja pelabur maksudnya pelabur tempatan dan asing ya yang berminat untuk menanam ataupun melabur di negara kita, insya-Allah.

Saya difahamkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan mengetuai satu delegasi ke Singapura tidak lama lagi untuk meninjau peluang-peluang di Singapura dan pada masa yang sama mempelawa pelabur-pelabur daripada Singapura yang berminat untuk melabur di negeri Pahang khususnya dalam sektor-sektor kepelbagaianlah termasuk juga tidak ketinggalan sektor agro dan ini sebenarnya adalah satu usaha yang berterusan malahan terdapat juga usaha-usaha yang telah dibuat untuk menarik minat pelabur-pelabur daripada China ya, daripada China khususnya untuk melabur dalam sektor agrolah.

Maknanya mereka berminat misal contohnya untuk er… menanam modal dalam usaha sama dan perkara ini boleh kita selaraskan melalui jawatankuasa ini ya yang akan ada di dalamnya termasuk agensi-agensi pusat seperti MIDA ya, MIDA, MATRADE dan lain-lain agensi yang akan memperjelaskan tentang apa insentif yang boleh didapati oleh pelabur-pelabur ini dan insya-Allah kalau boleh tu, berhubunglah dengan bahagian BPEN dia panggil Bahagian er… ini Perancang Ekonomi Negeri ya BPEN, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan insya-Allah pegawai-pegawai dan

Bahagian ini akan memberi penjelasan tentang di mana potensi kawasan-kawasan termasuk kawasan yang dibangkitkan oleh ADUN Ketari ya.

Perindustrian kawasan industri Bentong, kawasan industri di Lipis misal contoh, di Kuantan, bukan sahaja di Kuantan, merata-rata tempat ya dan juga kawasan yang mungkin kita kenal pasti untuk dijadikan kawasan baru yang sesuai dengan pelaburan yang ingin dibawa oleh pelabur-pelabur asing ni. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ketari.

Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, apakah Kerajaan Negeri mempunyai inisiatif ataupun bantuan kepada usahawan kecil yang fokus kepada penternakan ini dan apakah kriteria yang dipilih oleh veterinar, pihak veterinar kepada penternak-penternak yang nak memiliki kawasan padang ragut ataupun kawasan untuk penternakan kerana di kawasan Ketari contohnya, kita ramai yang nak menjadi penternak tetapi mereka tidak mempunyai kawasan, padang ragut dan kawasan untuk… untuk mereka menternaklah untuk mereka letakkan haiwan-haiwan ternakan mereka dan… dan ada di mana dalam senarai tu pula yang dapatnya orang luar yang bukannya orang daripada kawasan Bentong itu sendiri. Jadi, bagaimanakah kriteria atau proses pemilihan itu?

Pertama sekali YB. kalau ada masalah apa-apa, datang berjumpa dengan saya. [Ahli Dewan ketawa]

Yang keduanya, dak maksudnya saya... tidak ada… sebab saya… Dato’ Sri Yang di-Pertua, dalam satu ni program yang kita adakan di Mempaga ya. Saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Ketari kerana dalam program yang kita buat usaha sama dianjurkan bersama dengan Jabatan Veterinar. Kita telah memanggil usahawan-usahawan agro agropreneur muda ya yang berminat dalam sektor ternakan ini untuk diberikan taklimat. Yang pertamanya kadangkala Dato’ Sri masalahnya ialah kerana mereka tidak ada maklumat. Mereka mungkin dia tidak tahu di mana hendak ditujukan tapi pada asasnya jabatan-jabatan yang diwujudkan berfungsi untuk membantu antara lainnya ialah Jabatan Veterinar.

Apa yang dibuat oleh Jabatan Veterinar adalah membuat engagement pegawai-pegawai pengembangan dia ada di daerah-daerah memang ada dan harapan saya ialah Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini dia dapat berhubung dengan jabatan-jabatan atau menganjurkan satu sesi di mana kita membuat engagement memanggil, mengenal pasti usahawan-usahawan yang berminat termasuk penternak dalam bidang ternakan, penternak-penternak yang sedia ada untuk kita temukan dengan agensi-agensi yang berkaitan termasuk misal contoh soal tanah, pejabat tanah daerah mampu untuk memainkan peranan dalam konteks yang dibangkitkan oleh ADUN Ketari tadi iaitu er… senarai yang ni nanti saya akan edarkan senarai-senarai rekod tanah reserve veterinar daerah-daerah untuk dimanfaatkan oleh Ahli-

ahli Dewan Yang Mulia ini. Kita lihat tiap-tiap daerah ni ada nombor di mana tempatnya berapa ekar, berapa ekar dan sebagainya ya.

Yang keduanya dari segi bantuan ya yang disediakan oleh pihak jabatan perlu saya nyatakan tadi. Satunya program PROPER tadilah ya, 70:30 ya geran ni sepadan matching grant yang kerajaan sediakan untuk penternak-penternak tetapi mesti ada kriterianya. Malahan baru-baru ini, kita telah memberikan bantuan sebanyak 20 maknanya dipanggil geran kepada agropreneur muda daripada Rompin penternak muda agropreneur muda ternakan daripada Rompin sejumlah lebih kurang dalam RM20,000 tiap-tiap seorang untuk memulakan ni aktiviti ternakan ini.

Jadi, pada umumnya, pada umumnya pertama sekali kita kenal pasti tempat, yang keduanya kita berhubung dengan jabatan dan tentunya jabatan akan memberi tahu apa kriteria-kriteria yang diperlukan. Kita kena ada kemahiran, kena ada ilmu, kena ada pengetahuan untuk memulakan ternakan ini dan insya-Allah saya rasa sedikit demi sedikit ianya akan dapat membantu. Saya baru-baru ni Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker ya, Dato’ Sri Yang di-Pertua saya telah melawat satu usahawan. Seorang usahawan yang menanam vanila ya pokok vanila. Dia merupakan seorang wartawan… asal dia wartawan di… di Temerlohlah di Temerloh di kawasan ini sahabat saya daripada Kuala Semantan. Semalam saya tengok ada YB. Kuala Semantan merasmikan program-program di kawasannya.

Saya tanya dia bagaimana mulanya dia menanam vanila ni? Dia kata mula-mula dia tak tahu tapi dia baca-baca dalam internet je kemudian dia mencari ilmu, dia belajar semua sekali dan yang paling unik sekali, yang paling unik sekali Dato’ Sri Yang di-Pertua, akhir sekali dia berguru dengan seorang guru yang memang pakar dalam bidang vanila ni dan dia akhir sekali dia kata dia dah mutus dengan guru tu dan sekarang ni dia menjadi usahawan yang hebat, vanila dia berjaya dan untuk makluman, siapakah guru itu? Tidak lain dan tak bukan ialah ayahanda kepada YB. Dato’ Sri SS, Tuan Haji Ishak yang merupakan seorang yang pakar dalam bidang vanila rupanya.

Jadi, dia belajar dan hari ni dia menyatakan bahawa dia bersedia untuk berkongsi ilmu ni. Kalau sekiranya ada yang berminat, berhubung dengan dia dan dia akan menunjukkan bagaimana untuk memulakan er… ni apa ni aktiviti ataupun penanaman vanila yang hanya antara lain negara yang mengeluarkannya ialah Malaysia, Indonesia, er… ni Papua New Guinea dan tak silap saya ni Madagascar. Jadi, maknanya ini yang… tak ramai… dan saya bertemu dengan seorang penternak breeder ya, yang mengeluarkan benih ataupun anak ayam kampung, di Temerloh juga.

Dia seorang pegawai polis pada mulanya dia seorang pegawai polis dan akhirnya dia berhenti. Saya tanya dia bagaimanakah dia mulakan usahawan ini? Dia kata dia minat dia kerja polis akhirnya dia pergi kursus, dia pergi kursus, dia pergi kursus hingga ke Indonesia dan dia akhirnya tekad untuk berazam memulakan perusahaan ini dan nilai aset yang ada pada ketika ini ialah lebih kurang RM4 juta dan pokoknya rumusannya ialah kita mesti menimba ilmu mendapat pengetahuan dan insya-Allah atas keazaman dan kesungguhan dengan bantuan daripada jabatan teknikal kita mampu berjaya dan akhirnya saya ingin nak maklumkan Dato’ Sri, nasihat saya kepada penternak.

Kita mohon jasa baik penternak ni tadi supaya tidak membiarkan ternakan mereka berkeliaran di atas-atas jalan, di jalan-jalan raya, dibiarkan begitu hingga menyebabkan bahaya kepada pengguna-pengguna jalan raya ya tak kiralah di mana-mana baik di Koyan ke, baik di Benta, baik di Jerantut waima di Bentong sekali pun

kerana kita ada enakmen kerbau lembu, kalau ikut eknamen ni yang ada ni sekiranya kita tidak menjaga ternakan kita tindakan boleh diambil mengikut enakmen. Makna maksudnya pergilah, tengoklah, tinjaulah 128 kawasan reserve haiwan yang boleh kita manfaatkan, jangan kita biar maknanya satu kampung jadi padang ragut kita kerana ia boleh membahayakan pihak lain dan menimbulkan permasalahan termasuk masalah sosial di kampung-kampung yang berkaitan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik.

Soalan Tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya. Saya jemput Yang Berhormat Padang Tengku.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya nak tujukan soalan ni kepada EXCO Budaya. Jadi saya nak tuju dalam bentuk pantun.

Ketawak dipalu sambil ketawa, Dodol gula kabung di tepi tangga, Tenun Pahang penegak budaya, Mohon dijawab soalan nombor tiga.

[Nyatakan kesungguhan Kerajaan Negeri Pahang dalam memelihara warisan budaya negeri seperti cara hidup, kesenian, bahasa, makanan, pakaian, binaan, pertukangan, kraftangan dan lain-lain bagi memperkenalkan Pahang sebagai sebuah negeri dan masyarakat yang beridentiti, berjati diri dan berwatak unik dan menarik.]

Nak jawab pantun? Kita bilang satu, dua, tiga saya jawab sahaja ler. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Kalau nak mengatakan tentang kesungguhan Kerajaan Negeri Pahang dalam memelihara warisan budaya negeri er… dari segi cara hidup, kesenian, bahasa, makanan, pakaian, pertukangan kraf saya rasa banyak sekali yang telah kita laksanakan er… dan juga kita rancangkan er… untuk kita memperkasakan warisan budaya negeri. Dalam ucapan saya semalam pun saya kira saya dah menyebut agak panjang lebar tentang usaha-usaha yang telah dijalankan, khususnya usaha yang dipelopori sendiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong dalam mengangkat er… seni Tenun Pahang er… ke peringkat antarabangsa sehingga kita menjadikan Tenun Pahang ini sebagai Tenun Pahang Diraja dan er… kita bekerjasama dengan Kementerian ya.

Kalau kita ke luar negara dan sebagainya memang kita mempromosikan dan saya kira Exco Pelancongan pun setiap kali ke luar negara mempromosikan negeri Pahang akan turut membawa er… produk-produk kraf khususnya Tenun Pahang ke luar negara dan baru-baru ini rombongan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun ya, ke, juga membawa barangan yang dibuat Tenun Pahang. Kalau kita sebut Tenun Pahang ni bukan setakat pakaian ya, tetapi kita banyak buat, kita buat beg, pouch beg, kita

buat pelbagai, tie ya, macam-macam lagi daripada Tenun Pahang ini. Ini satu contoh dan Tenun Pahang ni dah sampai kita buat satu er… institusi, pusat kemahiran melatih ya, penenun-penenun supaya nak pastikan er… Tenun Pahang ini tidak lupuslah, tak ada tak maknanya sentiasa diwariskan dari generasi ke generasi. Ini contoh yang ada dan antara kita bekerjasama dengan Jabatan Kraftangan Malaysia cawangan Pahang, kita juga buat program menje... er… Membangunkan Kemahiran Kraf dan Jejak Warisan Kraf.

Pada tahun 2018 sahaja terdapat seramai 125 orang usahawan kraf negeri Pahang yang berdaftar dengan Kraftangan Malaysia yang telah membuat nilai jualan sebanyak RM15.9 juta dan memang Pahang ni, baru-baru ni pun Anugerah Usahawan Kraf Malaysia juga telah diberikan kepada salah seorang usahawan kraf juga daripada Temerloh. Temerloh ni tadi usahawan vanila pun dia, usahawan kraft ni pun dia juga lah. Jadi syabaslah kepada Temerloh.

Jadi itu antara, itu berkenaan dengan kraf kalau nak saya sebut satu per satu, Wakil Padang Tengku banyak. Saya rasa saya akan bagi dengan lebih terperinci ya, selain daripada kraf kita baru-baru ni saya sebut juga semalam bagaimana kita sekarang ni sedang cuba mengembalikan kembali tulisan jawi ya, dalam program-program, signboard dan sebagainya. Itu juga adalah antara salah satu usaha Kerajaan Negeri warisan pula ya, warisan ni kita dah buat lama.

Di Kementerian Pelancongan Seni Budaya Malaysia melalui Jabatan Warisan Negara contohnya, telah mengadakan taklimat berkenaan dengan Akta Warisan Kebangsaan 2005, pada tahun 2016 dan telah pun memohon keizinan pihak berkuasa negeri Pahang dalam menetapkan 32 tapak warisan di seluruh negeri Pahang dan pada 5 Oktober 2016, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Kali Ke-32 2016 telah bersetuju untuk mewartakan 32 tapak warisan tersebut dan setakat ini daripada 32 yang diminta tu, 2 tapak warisan telah pun diwartakan iaitu Muzium Warisan Lipis ya, yang dahulunya dikenali sebagai bekas rumah Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang beralamat di No.177, Jalan Bukit Bius dan juga Bangunan Residensi JKR 132, Bukit Residen, Kuala Lipis yang lain-lain tu dalam proses pewartaan.

Jadi er… bimbingan seni budaya kita buat, memelihara tarian-tarian tradisional Pahang seperti tarian pelanduk, tarian cincin ya, er… tarian er… apa piring, tarian kapal terbang tak ada [ketawa] tarian piring ya, contohnya tu antara er… tarian-tarian negeri Pahang yang dipelihara ya, untuk generasi yang akan datang melalui program-program yang dianjurkan oleh JKKN melalui Program Jom Belajar. In fact, baru-baru ni saya tengok Jabatan Kesenian cawangan Pahang dalam Program Jom Belajar ni juga turut mengajar cara mengikat tanjak negeri Pahang, yang mana tanjak negeri Pahang ni dia ada banyak jenis ya, ada Tanjak Bugis Tak Balik, ada beberapa lagilah yang saya pun tak ingat namanya satu persatu.

Jadi ini antara usaha-usaha yang dibuat selain usaha muzium seperti saya sebutlah semalam menerbitkan dokumentari-dokumentari, buku-buku. Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang juga ya, menerbitkan buku dan juga filem-filem dokumentari untuk simpanan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua,

Mohon laluan sikit. Saya nak maklum jugalah Sidang Dewan ini sempena menyebut tanjak-tanjak tadi, kita sempena Festival Silat Nusantara juga ada pameran tanjak di Megamall. Terima kasih.

Terima kasih. Saya… patut saya nak cadang juga Dato’ Pertua, satu hari nanti Ahli Dewan datang pakai tanjak kalau dibenarkan oleh Dewan supaya dapat mempromosikan er… seni tanjak negeri Pahang itu sendiri.

Jadi itulah antara usaha-usaha yang dibuat dan saya er… ucap syabas juga kepada Wakil Padang Tengku dia memang begitu orang kata berminat ya untuk er… berkenaan dengan seni kraf contohnya dan saya sendiri telah pun melawat kawasan Padang Tengku dibawa ke beberapa-beberapa tempat dan salah satu tempat yang menarik perhatian saya Dato’ Sri Yang Di-Pertua, ialah industri membuat perahu jalur tradisional yang saya kira er… boleh kita ketengahkan supaya ianya juga turut mungkin satu hari nanti menjadi produk pelancongan kepada negeri Pahang itu sendiri. Terima kasih

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Padang Tengku. Padang Tengku.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Terima kasih atas jawapan yang begitu lengkap bagi saya tapi persoalan yang saya nak timbulkan sini bagaimana kita nak membudayakan er… apa yang kita sebut sebagai warisan kita ni sebagai satu identiti kepada negeri… negeri Pahang, kepada rakyat Pahang.

Kalau kita sebut di Kelantan kita tahu orang sebut budu, Kelantan er… percakapan pun orang tahu itu orang Kelantan, dikir barat, Kelantan. Makna ada satu budaya pergi ke mana-mana dan di Pahang ni saya nampak usaha membudayakan kepada masyarakat tu kurang, er… tadi dicadangkan pakai tanjak, saya nak sebut pakai sampin ni contohnya, er… Ahli apa ni Guai tolong bangun, okay. Dia pakai sampin Tenun Pahang. Maknanya kalau kita boleh budayakan ini sebagai satu pakaian sampin bagi kita. Sebab kalau kita ambil songket ni bukan tak lawa, cantik tapi di Terengganu jadi itu, itu… itu dia punya sinonimnya.

Jadi di situ kita membudayakan pakai, ya… tak berapa. Ha.., ya, dia sebenarnya sponsor, sponsorlah kan, memang kalau nak cari sponsor ni MB memang sponsor setiap kali er… apa nama ni perwakilan-perwakilan datang melawat MB, salah satu daripada dia baginya sampin Pahang ni, Tenun Pahang ni. Tapi saya nampak pemakaiannya tak begitu menyeluruh, jadi saya nak syorkan dalam macam ni yang kita buat hari ni program-program rasmi dan sebagainya yang negeri Pahang kita pakai sampin Pahang, baru orang nampak, tie kita bagi, Dewan bagi… bagi pada kepada sapa ni, kepada kita di sini tie tapi tak ada pun nilai-nilai bentuk kepahangannya tu.

Jadi macam… ini… ini di antara… itu yang saya nak sebutkan kepada tuan-tuan. Jadi kita tahu memang telah er… kita sanjung apa nama ni, er… apa nama ni, usaha yang dibuat oleh Kebawah Duli apa nama ni… Tuanku Permaisuri Agong. Tapi sambutan di bawah ni, pakai baju-baju kemeja, umpamanya baru nampaklah itu… itu yang pertama. Yang keduanya, kita ada kemungkinan hari tu dah dikemukakan sahabat saya daripada Tanjung Lumpur tentang Serambi Teruntum yang asalnya saya baca dalam apa nama… er… apa ni… web yang dikeluarkan oleh Tourism Pahang, ialah untuk mewujudkan satu apa ni… one stop centre, bagi mempromosikan budaya dan juga bukan setakat makan, ukiran apa, kraftangan dan sebagainya.

Tetapi juga er… budaya kita, kesenian kita, tetapi saya nampak er… sunyi di situ dan apakah promosi-promosi perancangan kerajaan untuk memastikan er… kita orang boleh nampak. Bila datang ke Pahang di situ tempat untuk kita pergi melihat budaya ataupun cara hidup masyarakat Pahang ni. Terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih.

Dato’ Yang di-Pertua, mohon tambahan boleh tak?

Boleh jawab dulu?

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Sungai Lembing, minta kita selesaikan dulu jawapan yang…

Saya jawab dulu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Habiskanlah dulu.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua,

Berkenaan dengan penggunaan warisan budaya kita tadi sebagai satu identiti, saya setuju dengan saranan daripada Wakil Padang Tengku. Ya, mungkin penggunaan Tenun Pahang ini er… bukan tidak mendapat sambutan tetapi kerana produk ini memang agak mahal ya, kalau satu pasang pakaian Tenung Pahang Pulau Keladi tu dalam RM1000 sepasang.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Boleh, boleh saya selit sikit. Saya pergi Persidangan Agong UMNO, saya bandingkan harga songket Terengganu tu sampai RM10,000, RM20,000 tetapi songket kita, tenun kita, RM300, RM400 boleh dapat. Itu contoh. Jadi kalau kita nak sebut, er… agak apa

ni… mahal dan sebagainya, kalau di Terengganu yang mahal-mahal tu, kita boleh beli, Ketua-ketua Bahagian boleh pakai, saya ingat yang ini sedey jer.

Wakil Padang Tengku tunggu orang habis bercakap dulu. Er… dia deras sangat tu, ha… tu budaya orang Melayu Pahang dia gamoknya ya. Tak dan ngedan. Kerayan tu tak dan ngedan ya. Jadi Dato’ Yang di-Pertua, sebenarnya kita memang mempromosikan ya, walaupun kita tahu, er… dia agak mahal kerana hand made kerana ditenun secara tradisional. Jadi kita ada alternatif ya, di Chini ada kilang er… ada Wakil kita daripada Chini, telah mengusahakan, saya rasa dah lama. Tenun Chini dia pakai machine yang mana dia, harganya lebih affordable dengan izin ya, kepada orang biasa untuk membeli. Cuma mungkin kita sendirilah, kita ni semua kena sama-sama, saya balik-baliklah kepada rakan-rakan Wakil Rakyat semalam Ketari kata kita ni kena jadi contoh, kita ni kena pakai macam saya ni, saya pakai ni kebaya Pahang ni. Ha… ya. Jadi kita kena, kita sendiri kena mempromosikan warisan budaya kita. Jadi tahniahlah kepada Guai, hari ni pakai Tenun Pahang ya.

Saya setuju juga, kita kena sama-sama tetapi kita ni memang, er… Exco kita ada baju kemeja Tenung Pahang, untuk urusan rasmi kita, kita ada 3, kita ada 2 baju korporat, kita ada 1 baju biasa, kita banyak. Kalau saya lagilah banyaknya. Ya, orang perempuan kena ada stock Tenun Pahang. Jadi kalau kita ni, Wakil-wakil Rakyat negeri Pahang ni, kalau tak ada satu helai pun ya, sampin ataupun produk Tenun Pahang, yang bukan… bukan Melayu tak ada tie pun, saya rasa patut rasa malulah. Sebagai rakyat negeri Pahang sebagai pemimpin negeri Pahang, Ahli Dewan Negeri Pahang yang menjunjung warisan budaya negeri Pahang.

Makanan contohnya. Puding Raja, tak ada kat tempat lain. Puding Raja ni. Jadi orang sebut Puding Raja jer, orang ingat Pahang, ya. Dia nak buat macam mana, dia kalau orang ingat Kelantan ingat budu, budu ni dia memang semua orang, tetapi kita Pahang ni, agaknya kerana kita tadi cerita semalam betapa akrabnya hubungan raja dengan rakyat ni, kita mengangkat makanan-makanan istana. Tetapi banyak juga yang daerah-daerah kita, kalau ingat gula kabung ingat Lipis. Kalau di… kuih pena, tak ada tempat lain hanya ada di Chenor. Ha, mungkin nanti lepas ni minta YB. Chenor ajok kita makan kuih pena. Ha… ada macam-macam ya, yang inilah yang kita cuba er… dari semasa ke semasa memperkenalkan makanan tradisional dalam negeri Pahang ini.

Jadi, silat contohnya pun, saya ucap tahniah juga pada YB. Sungai Lembing yang mempelopori silat ya, Silat Negeri Pahang, ini juga satu, Gendang Pahang er… dan juga ada satu persatuan Dato’ Yang di-Pertua, Persatuan Loghat Pahang yang mana ia mengangkat martabat loghat Pahang. Kita ni, masalah kita ni, kita betullah orang Pahang, orang luar Pahang tak berapa, tak berapa familiar ataupun tak berapa pahang [ketawa], tak berapa faham dengan cakap Pahang. Pasal kita ni mungkin jarang menggunakan dan loghat antara daerah tu berbeza antara satu daerah ke satu daerah yang lain. Jadi saya kira usaha yang dibuat oleh Persatuan Loghat Pahang contoh…

Minta laluan sikit, Yang Berhormat Yang di-Pertua, dia telah membuat kajian bahawa lidah orang Pahang ni adalah lidah yang paling flexible sekali. Kalau dia pergi ke Kelantan dia boleh cakap Kelantan, kalau dia pergi ke Perak, dia boleh cakap Perak, kalau dia pergi ke Kedah, dia boleh cakap Kedah. Maknanya dia very flexible. Itu

kelebihan orang Pahang. Ha, yang itu, Yang Berhormat Wakil Kerajaan kena sebut. Terima kasih.

Orang Pahang ni memang flexible bukan sahaja lidah jer, bukan sahaja dari segi bahasa, dari segi penerimaan kita pun, kita daripada kita menubuhkan FELDA dulu, FELDA negara… di negeri lain mana ada terima orang negeri lain? FELDA kat Pahang je yang terima orang daripada Kedah, orang daripada Perlis, orang daripada Kelantan, kan, betul tak? Jadi orang Pahang ni memang gitu. Sebab itu kita ada Wakil Ketari pun bukan orang Pahang juga, orang Perak tetapi boleh menang. Menang besor bergayakan? Jadi memang orang Pahang ni, inilah dia. Sifat orang Pahang, orang Pahang ni is a good host.

Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Mohon, dia ada satu yang selalu kita sebut, pantun kan.

Sungai Pahang airnya deras, Sudahlah deras berliku-berliku, Orang Pahang ni, hati keras, Tapi kalau dalam keras-keras tu, kena mudah kena tipu. [Ahli Dewan ketawa]

Itu mungkin, itu Bentalah kot. Kome orang Chenor ni, payoh sikit nak kena tipu tu. Ha…[ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Ni, YB.

Yang di-Pertua (Speaker)

Belum habis lagi? (Ahli Dewan ketawa)

Ha! Saya, dah habis dah, saya… saya rasa… [ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya…YB., er… Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya akan cuba, masa ni kita dapat sama-sama kita apa ni, manfaatkanlah masa ni kerana saya bercadang pukul 11.00 saya nak tangguh untuk minum. Oleh kerana memandangkan hari ini hari Jumaat, dan 11.30 kita masuk, dan selepas itu, kita ada ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, RUU, jadi saya berharap kita manfaatkanlah masa ini, dalam masa setengah jam lagi. Jadi Yang Berhormat dah habis ya?

Rasa dah menjawablah dah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya minta satu soalan tambahan daripada Sungai Lembing. Sila.

Tuan Yang di-Pertua,

Soalan tambahan terima kasih. Pertamanya saya mengucapkan syabas, tahniah kepada pihak kerajaan kerana berusaha membantu dan untuk kita memperkaya, memperkembangkan lagi seni warisan bangsa. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Dira… Menteri Besar Pahang di atas kelulusan bagi kita menganjurkan Festival Silat Nusantara, tanjak, beratus-ratus jenis tanjak ada. Kemudian apa… keris macam-macam jenis keris, keris berhantu pun ada, silat, ha? Keris melayang pun ada. Keris berdiri tu biasa jer. Er… kemudian, itu… dalam itu juga kita akan menunjukkan beberapa er… misteri dalam silat. Melompat atas kaca macam-macamlah lebih kurang ya. Selain daripada tu, satu lagi, silat ni juga macam tarian pengamatan orang-orang zaman dulu er… apa ni, mengenai kehidupan masing-masing. Contoh dia, satu seni tari silat yang famous kalau di Pahang pada masa sekarang ni, er… Silat Tari Lenggang Mak Janda. Jadi saya cadangkanlah supaya ahli kerajaan er… guru-gurunya dia orang kampung dia, belajar Silat Tari Lenggang Mak Janda ajak beberapa orang YB. kita belajar. Tak kiralah lelaki ataupun perempuan. Terima kasih. Syabas, tahniah, saya ucapkan.

Saya rasa tu cadangan, tak perlu saya jawab. Cadangan yang baik. Tetapi saya tak berapa nak belajar tu sebab nama tu Lenggang Mak Janda jadi tak berapa sesuaikan. Tapi insya-Allah kita akan buat bengkel, ya, macam saya kata tadi bengkel untuk diwariskan kepada generasi muda er… seni-seni yang ada ni, er… kita akan angkatlah perkara ini untuk diketengahkan lagi. Terima kasih.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan tambahan. Tuan Speaker minta satu jer. Tuan Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya teruskan pertanyaan dengan menjemput Yang Berhormat DUN Luit, silakan.

Terima kasih Dato’ Sri Yang Di-Pertua, soalan saya nombor 4.

[Mengapa masih terdapat kampung yang masih ketinggalan dalam mendapatkan kemudahan tempat bersukan, beribadah dan pusat kesihatan seperti Kampung Ulu Luit, Maran.]

Yang Berhormat Yang Di-Pertua,

Bagi menjawab soalan er… bagi pihak er… Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran Dan Kesihatan, Kampung Ulu Luit dekat dengan New Zealand ya antara kampung yang ada 4 season merupakan salah satu kampung rangkaian di bawah pentadbiran MPKK Kampung Luit dan jarak antara Kampung Ulu Luit dan Kampung Luit adalah 5 kilometer. Antara kemudahan awam yang ada di Kampung Luit seperti Klinik Kesihatan, Sekolah Kebangsaan, er… balai raya, gelanggang futsal, masjid, surau dan juga sebagainya. Kemudahan ini dibina bagi kemudahan dan keselesaan seluruh penduduk di dalam kawasan pentadbiran MPKK, malah di Kampung Ulu Luit sendiri terdapat beberapa kemudahan awam seperti masjid, surau dan juga balai raya. Er… walau bagaimanapun pihak Pejabat Daerah dan Tanah Maran selaku Wakil Kerajaan Negeri sentiasa memberi… membuat permohonan bagi membina dan menaik taraf kemudahan-kemudahan di kampung tersebut telah mengenal pasti keperluan yang mendesak bagi penduduk Kampung Ulu Luit antaranya keperluan untuk membina Pusat Pemindahan Banjir Kampung Ulu Luit.

Selalu kena banjir ya YB. ya?.Tak apalah bila banjir tu YB. turun tu nampak buat kerja itu er… Wakil daripada Pelangai sebut-sebut tu dan er… dalam masa yang sama juga er… Pejabat Daerah telah mengenal pasti tapak bersesuaian untuk membina pusat tersebut dan kertas kerja bagi membina Pusat Pemindahan Banjir berkapasiti 300 orang dengan kos RM400,000 telah diajukan kepada pihak berkenaan. Er… yang keduanya, Kampung Ulu Luit ini ianya tidak terletak di dalam kawasan er… operasi iaitu Majlis Daerah Maran. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat Beserah.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua saya kemukakan soalan nombor 5.

[Sila nyatakan;

a) Berapakah jumlah Pasaraya Darul Makmur (PDM) yang dimiliki oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang?

b) Apakah strategi jangka panjang untuk bersaing dengan pasaraya-pasaraya besar di negeri ini?]

Yang Berhormat Yang Di-Pertua,

Sehingga kini terdapat 9 buah cawangan Pasaraya Darul Makmur (PDM) ini bukan Pusat Daerah Mengundi ya [ketawa] telah berjaya dibuka di bawah MUIP Supermarket Group Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat milik penuh Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang cawangan er… Pasaraya Makmur kini terletak di bandar er… di Bukit Setongkol, Beserah, Temerloh, Maran, Lipis er… Pekan, Jerantut, Bandar Pusat Jengka dan Muadzam. Cawangan pasar raya yang kesepuluh di Raub dijangka akan dibuka pada bulan April ini. Saya ingat dah buka dah sekarang ni.

Bagi soalan yang kedua antara perancangan jangka masa panjang yang akan dilaksanakan oleh MUIP Supermarket Group Sdn. Bhd. Pertamanya pembukaan budang… er… gudang pasar raya, stokis untuk gudang-gudang di seluruh negeri Pahang ini supaya er… pihak syarikat er… supaya kita dapat ya er… dapat membuat berbagai stok barangan yang ditawarkan kepada pelanggan. Pihak Syarikat juga berupaya menawarkan harga yang lebih murah, kompetitif kepada para pengguna hasil er… pembelian secara gudang ini.

Yang keduanya kita akan mewujudkan syarikat pengedar. Maksudnya kedai-kedai kecik di kampung-kampung itu nanti mereka akan boleh jual barang daripada pasar raya ataupun Pasaraya Darul Makmur ini. Insya-Allah ya, insya-Allah kita akan usahakan ini juga. Yang ketiga, pembukaan pasar raya di lokasi-lokasi baru. Pihak syarikat akan membuka cawangan-cawangan baru di masa depan jika ianya didapati sesuai er… bersesuaian dengan er… tempat dan juga er … terdapat ramai pelanggan.

Yang keempatnya adalah pembesaran dan menaik taraf pasar raya yang ada maksudnya jika sekiranya pasar raya yang ada sekarang ini kapasitinya telah pun mendapat er… ini telah pun mendapat er… sambutan yang luar biasa maka kita akan besarkan er… pasar raya tersebut dan yang kelimanya kita mempastikan bahawa ianya adalah er… patuh syariah, syariah compliance dan juga iaitu setiap barang yang dijual itu adalah halalan toyyiban, halal dan berkualiti. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Beserah.

Soalan tambahan. Terima kasih er… Yang di-Pertua. Er… saya melihat potensi yang ada pada Pasaraya Darul Makmur ini sangat besar kerana retail market ataupun pasaran runcit ini adalah sangat penting kerana ianya akan sampai kepada peringkat er… peringkat rakyat biasa sampai ke peringkat kampung-kampung dan sebagainya cuma kita minta supaya er… konsep syariah compliance ini er… diberikan sedikit peningkatan dari sudut competitivenessnya er… berdaya saing dengan pasar raya-pasar raya yang ada er… yang besar er… yang ada dan er… boleh memberikan kesan yang paling baik adalah dari sudut membantu rakyat biasa mendapatkan barangan bukan sekadar baik, halal tetapi harga yang lebih rendah daripada pasar raya-pasar raya yang… yang ada ini. Jadi kalau strategi itu boleh dibuat untuk jangka masa panjang er… Pasaraya Darul Makmur ini akan menjadi satu pasar raya yang menawarkan harga yang rendah boleh digabungkan dengan sepertimana yang dinyatakan oleh pihak kerajaan er… kedai apa tu i-Keep, kedai yang dulu kedai murah dan sebagainya maka kita harap ianya dapat menjadi satu mercu tanda yang baik untuk PDM. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua,

Itulah di antara hasrat untuk kita menjadikan nak mempastikan bahawa Pasaraya PDM ini ataupun Pasaraya Darul Makmur ini sebagai alternative utama terutama sekali kepada er… masyarakat ataupun er… pelanggan yang berpendapatan rendah dan kita akan mengkaji dari setiap sudut bagaimana untuk kita mendapatkan barangan yang lebih murah dari segi supplynya dan kemudian menawarkan harga yang lebih murah lagi dan dalam masa yang sama kita mengekalkan er… patuh syariah dan harga patut. Ha… ini adalah di antara strategi yang sedang kita er… kita lakukan dan dalam masa yang sama juga er… PDM juga sedang memikirkan sedang untuk… untuk… untuk kita mencari jalan terutama sekali contohnya kita ada ladang sayur sendiri, ha ladang er… lembu er… kemudian ayam dan sebagainya. Ini di antara strategi masa depan dan yang paling penting sekali bahawa kita semua mestilah kerana ini daripada MUIP dan kita pun tahu Majlis Agama Islam originally from Pahang dan kita harap supaya kita semua memberikan sokongan agar pasar raya ini akan terus dapat berkembang. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah soalan seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Sungai Lembing.

Tuan Yang Di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 6.

[Beberapa projek telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu seperti projek pemasangan lampu jalan di Bukit Sagu, namun projek ini diberhentikan. Bagaimanakah cara untuk menangani isu ini bagi memudahkan penduduk setempat.]

Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Wakil daripada Sungai Lembing bertanyakan soalan berkaitan dengan keselamatan di jalan raya er… yang berkaitan dengan pemasangan lampu jalan di Bukit Sagu. Untuk makluman Dato’ Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan, projek ini sebenarnya telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini sebelum PRU Ke-14 melalui Pejabat Pembangunan Negeri dengan nilai RM1.5 juta. Sehubungan dengan itu Dato’ Sri Yang di-Pertua, er… projek ini projek yang telah dibatalkan ini dipohon kembali er… oleh pihak JKR di dalam Rancangan Malaysia atau di dalam Rolling Plan Ke-5 tahun akan datang er… untuk pemasangan lampu sepanjang 15 kilometer di Jalan Bukit Goh-Kuantan ataupun FT 1487 dengan anggaran kos sebanyak RM8.9 juta. Kalau dulu diminta satu… diluluskan RM1.5 juta sahaja untuk satu kawasan yang kita minta ni sebenarnya untuk keselamatan yang lebih… lebih terjamin kita minta untuk keseluruhan… keseluruhan sepanjang jalan itu.

Di samping itu juga pihak JKR telah er… memohon peruntukan untuk memastikan lampu jalan di Jalan Bukit Sagu er… Cerul er… FT 1581 sepanjang 23 kilometer juga dalam proses er… permohonan. Selain daripada itu, untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan di jalan yang berkenaan pihak JKR telah membuat permohonan untuk menaik taraf Jalan Bukit Goh-Kuantan, FT 1487 kepada standard R5 yang lebih besar

berserta dengan pemasangan lampu jalan dan er… selain daripada itu Dato’ Sri Yang di-Pertua, bagi meningkatkan aspek keselamatan di jalan raya dalam kawasan yang… yang berkenaan ini er… pihak JKR Kuantan sudah menyediakan cadangan sekiranya mendapat peruntukan one off er… pihak JKR Kuantan akan er… membuat pemasangan perabot jalan seperti delineator post, reflective, sticker, dengan izin ya.… sebagai alat er… bantuan keselamatan jalan raya. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat Tanah Rata.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon izin kemukakan soalan nombor 7.

[Apakah peranan dan tanggungjawab baru Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) terhadap pengurusan dan pembangunan kawasan Orang Asli khususnya bagi negeri Pahang setelah dipindahkan kepada Jabatan Perdana Menteri? Apakah penstrukturan yang akan dijalankan untuk JAKOA?]

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada Tanah Rata. Bagi pertanyaan Tanah Rata, walaupun Jabatan Kemajuan Orang Asli ataupun (JAKOA) telah dipindahkan dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kepada Jabatan Perdana Menteri khususnya negeri Pahang. Sehingga kini masih kekal menjalankan fungsi dan tanggungjawab seperti biasa dan tiada penstrukturan baru dilakukan sehingga hari kini di Jabatan JAKOA ini. Sekian, terima kasih.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Soalan tambahan. Terima kasih jawapan daripada YB. Exco dan saya difahamkan, saya diberitahu oleh YB. Exco semalam bahawa Kerajaan Negeri juga menubuhkan satu Unit Hal Ehwal Orang Asli di bawah Pejabat Menteri Besar. Jadi di sini saya ingin tanya, apakah perbezaan Unit Hal Ehwal Orang Asli ini dengan JAKOA? Terima kasih.

Terima kasih kepada Tanah Rata.

Saya mohon izin untuk menjawab soalan daripada ADUN Tanah Rata.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Daripada segi nama pun dah berbeza Jabatan Kemajuan Orang Asli, yang Kerajaan Negeri tubuhkan baru ini ialah Unit Hal Ehwal Orang Asli. Jabatan dengan unit itu dah berbeza Yang Berhormat. Jabatan ini maknanya adalah satu organisasi yang besar, mempunyai er… ramai kakitangan berbanding dengan unit hanya ada beberapa orang

kakitangan. Dan JAKOA adalah di bawah Kerajaan Persekutuan manakala unit yang kita tubuhkan ini adalah untuk… di bawah Kerajaan Negeri. Kita parking di Pejabat Menteri Besar untuk memberi tumpuan khas kepada masyarakat Orang Asli di negeri Pahang.

Walau bagaimanapun Unit Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang ini akan terus bekerjasama dengan JAKOA dan JAKOA pun akan bekerjasama dengan Unit Hal Ehwal Orang Asli. Tujuannya adalah semata-mata supaya kita dapat memastikan masyarakat Orang Asli di negeri Pahang ini dapat kita mendengar rintihan mereka, permasalahan mereka dan unit ini akan bergerak ataupun akan sentiasa mendapatkan maklumat, pandangan berkenaan Orang Asli dan dibawa ke pengetahuan Kerajaan Negeri untuk dibincang, diputuskan dan kalau boleh diselesaikan masalah mereka. Itulah antara perbezaan dia, Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat Mentakab.

Encik Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 8.

[Perkhidmatan telekomunikasi dan internet di Mentakab tidak sempurna dan tidak stabil. Apakah langkah-langkah akan diambil oleh kerajaan untuk menyempurnakan?]

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada ADUN Mentakab. Kerajaan Negeri dan pihak MCMC mengambil maklum perkara ini dan langkah-langkah penambahbaikan sentiasa dilaksanakan dari masa ke semasa. Peningkatan penggunaan internet melalui telefon pintar dan peranti pintar lain yang kini semakin bertambah, menyumbang kepada isu kualiti rangkaian terutamanya pada waktu puncak. Saya nak tanya Yang Berhormatlah di kampung mana yang tak sempurna dan tidak stabil?

Encik Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Kawasan bandar Mentakab pun tak sempurna lagi. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada.

Mungkin terlalu ramai agaknya, crowded. Jadi er… untuk makluman Sidang Dewan di kawasan Mentakab kita di bawah inisiatif er… keluasan liputan jalur lebar mudah alih melibatkan 2 perkara, yang pertamanya pembinaan menara telekomunikasi baru dan juganya penaiktarafan antara komunikasi sedia ada kepada perkhidmatan 3G dan 4G. Tiga menara komunikasi baru sedang dibina pelaksanaannya di DUN Mentakab dan dijangka siap secara peringkat pada suku kedua 2019. Tiga menara tersebut meliputi kawasan Lubuk Kawah… Kampung Lubuk Kawah, Kampung Sanggang dan Kampung Kerai Lipat Kajang.

Manakala 5 menara sedia ada telah dinaik taraf kepada perkhidmatan 3G dan 4G di DUN Mentakab iaitu 2 menara di Mukim Songsang, 2 menara di Mukim Sanggang dan

1 di Mukim Bangau. Ini merupakan tambahan kepada 13 menara komunikasi yang telah dibina secara komersial oleh syarikat pemberi perkhidmatan di DUN Mentakab dan menjadikan jumlah menara di DUN Mentakab adalah sebanyak 21 menara.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat Tahan.

Bismillahhirrahmanirrahim er… Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 9.

[Masih ramai lagi di kalangan belia kampung dan generasi kedua Felda yang belum memiliki rumah sendiri dan kebanyakan mereka terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah. Oleh yang demikian;

a) Apakah usaha kerajaan ke arah memastikan mereka-mereka ini dapat memiliki rumah sendiri?

b) Adakah kerajaan bercadang untuk menyedia dan memberikan tapak rumah kepada golongan ini?]

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih daripada Tahan yang saya rasa mengemukakan soalan berkaitan dengan er… generasi muda ya. Untuk soalan 9 berkaitan dengan er… rumah yang perlu diduduki oleh generasi muda sama ada di kampung ataupun generasi FELDA. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, sehingga kini rumah PR1MA yang kita telah daftarkan sebanyak pemohon 32,206 orang. Daripada 32,206 orang ini, 80% adalah mereka yang berumur di bawah 80, 40 tahun ke bawah. 40 tahun ke bawah ini adalah mereka yang berusia muda pada kategori sekaranglah. Kalau kita ikut 65 tu baru usia emas ya. Jadi, kebanyakan pemohon rumah PR1MA adalah mereka yang berusia muda 40 tahun ke bawah. Itu yang mereka yang masih muda, dan manakala untuk projek Rumah Makmur yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk golongan pertengahan ini, kita dah daftar sebanyak 2,836 orang. Begitu juga, ini 80% adalah mereka yang berusia di bawah 40 tahun ke bawah. Jadi sebenarnya tidak ada masalah bagi golongan anak-anak muda sama ada di kampung, di FELDA ataupun di bandar-bandar untuk memiliki rumah sendiri kerana pihak kerajaan, terutamanya Kerajaan Negeri yang sentiasa mengambil berat berkaitan dengan er… keperluan rakyat er… menyediakan kawasan perumahan yang banyak. Setakat ini kita masih ada kekosongan lagi ya.

Manakala untuk projek-projek yang diusahakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan, contohnya Syarikat Perumahan Negara (SPNB) dan juga rumah MyBN dulu MyBN ya, My Beautiful Neighbourhood bukannya dengan izin, bukannya rumah Barisan Nasional. Diaorang salah faham, dia ingat bila MyBN ni di bawah FELCRA er… pada ketika itu projek di bawah KKLW, Kementerian Luar Bandar menyediakan rumah kepada mereka yang layak yang mempunyai pendapatan rendah yang memiliki tanah-tanah sendiri ataupun tanah yang dipohon oleh pihak Kerajaan Negeri contohnya SPNB Sendirian Berhad. Sejak pilihan raya 9 Mei yang lalu banyak projek-projek yang rumah SPNB, rumah mesra rakyat ni telah ditangguhkan. Apabila jawatankuasa perumahan saya mengadakan mesyuarat apa yang dimaklumkan kami sedang

menunggu bajet walau pun pemohon dah banyak lulus. Kawasan saya sahaja saya ingat ada lebih kurang 30 orang yang lulus dengan tanah masing-masing tetapi tidak ada bajet ya.

Inilah kerajaan baru sekarang tidak memberi perhatian kepada rakyat yang golongan bawah ni yang memerlukan rumah. Dah diluluskan tetapi masih menahan atas alasan sedang mengkaji. Sama ada duit ada atau tak ada kami tak pasti sebab pelaburan yang besar-besar boleh dibuat. Sampai pelaburan di Pakistan RM7 bilion, tak silap saya, apa makluman kita dapat. Nak buat kereta terbang ada duit tetapi rumah rakyat yang berharga dalam RM40 ribu ni kerajaan tidak mempertimbangkan. Saya mohonlah rakan-rakan saya daripada Pakatan membantu kami.

Berkaitan… ada juga beberapa projek yang telah kita telah menerima peruntukan er… di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 sebanyak 700 unit rumah telah disediakan dipanggil rumah er… Projek Rumah Rakyat Dimiliki (PPRM) sebanyak 70 unit di seluruh negeri Pahang. Sekarang ni dalam 60% siap ya, yang ini kita utamakan kepada mereka berpendapatan rendah. Contohnya yang disebut di sini di Kuantan PPR Inderapura 100 unit, PPR Jaya Gading 100, PPR Cherating 100, di Maran PPR Sungai Kemak 100 unit, Jerantut PPR Kuala Tahan… kawasan Tahan ya 100 unit, er… Bentong PPR Simpang Pelangai 200 unit. Semua sekali 700 unit.

Manakala bagi generasi kedua di kawasan FELDA er… pada Mesyuarat er… Majlis Mesyuarat Kerajaan pada bilangan 39/2018 bertarikh 9 Disember 2018 telah bersetuju meluluskan pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN) bagi tujuan bangunan (kediaman) kepada generasi kedua FELDA di atas Pocket Land Tanah Rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Negeri Pahang dan pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN) bagi tujuan pembangunan (kediaman) kepada generasi kedua, Kampung-kampung Tradisional Negeri Pahang sudah ada Yang Berhormat ya.

Manakala di FELDA sendiri telah berjaya melaksanakan projek Perumahan Generasi Baru Kedua FELDA atau (PGBF) di negeri Pahang di mana 5 projek yang telah layak. Walau bagaimanapun terdapat beberapa tapak yang terbengkalai seperti di Jengka 1, Jengka 6, Jengka 12, Jengka 11, Kota Gelanggi, Bukit Tajau yang mana tapak-tapak ini perlu dibuat kajian semula kerana ia telah lama terbengkalai ya.

Kelulusan pembangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan juga telah tamat dan permohonan semula perlu dikemukakan untuk tujuan pembinaan semula. Ini yang terbengkalai kita kena er… pihak FELDAlah yang bertanggungjawab.

Proses untuk mendapatkan kelulusan ini memakan masa dengan menyediakan semula Pelan Kelulusan Kebenaran Merancang (KM) ya yang perlu diperolehi oleh daripada pihak PBT er… dan pihak FELDA juga sedang menunggu kelulusan hak milik rumah (PGBF) yang telah dihantar kepada Pejabat Tanah untuk memudahkan pemilikan peserta. Seterusnya peserta akan meletakkan hak milik ini kepada bank tempatan untuk tujuan pinjaman. Hasil pinjaman ini akan digunakan sebagai perbelanjaan untuk pembinaan semula tapak projek yang tersebutlah ya.

Er… ini tindakan dilakukan oleh FELDA juga, di mana bagi projek Rumah Mesra Rakyat FELDA di mana FELDA menyediakan tapak lot dan syarikat SPNB bertanggunjawab membina rumah sebagaimana yang saya sebutkan tadilah ya. Ianya telah ditangguhkan seperti mana kelulusan Mesyuarat Lembaga FELDA Bilangan 282 bertarikh 13 September 2018 selepas Pilihan Raya PR14. Ianya ditangguhkan sehingga mendapat dana sama ada daripada Kerajaan Pusat atau

terdapat pihak negeri dan pihak lain yang sanggup dan berkemampuan menanggung kos pembangunan yang diperlukan untuk projek bagi diteruskan.

Namun sebarang perancangan dan pembangunan FELDA adalah merujuk kepada beberapa perkara seperti berikut:

1. Pelaksanaan Akta Tanah iaitu (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 (GSA); 2. Perjanjian di antara Kerajaan Negeri dan FELDA; 3. Perjanjian di antara FELDA dengan Peneroka dan; 4. Dasar Kerajaan Negeri.

Sehingga kini Dasar Kerajaan Negeri adalah jelas. Kita menyediakan perumahan tetapi dari segi peruntukan pihak Kerajaan Persekutuan perlu menyediakan ya untuk membantu golongan-golongan ini mendapatkan rumah. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Soalan Tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Terima kasih er… Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya nak tanya er… Wakil Kerajaan. Pada hemat er… Lepar, adakah er… penangguhan Rumah Mesra Rakyat yang pada saya Rumah Mesra Rakyat ini memang er… satu rumah yang sangat-sangat selesalah kepada rakyat yang berpat… yang berpendapat er… yang… yang orang panggil er... kampung. Soalan saya, adakah benar dakwaan yang menyebut jika sekiranya Rumah Mesrat Rakyat ini diteruskan, harga yang akan diperkenalkan tidak lagi sebagaimana sebelum ini? Satu.

Yang ke-2, berkenaan dengan Rumah Generasi Kedua atau Generasi Baru FELDA yang terbengkalai disebut tadi, termasuk juga salah satunya di FELDA Sungai Retang di kawasan saya. Jadi setakat ini er… agak-agaknyalah bila orang panggil projek itu akan disambung semula? Sekian, terima kasih.

Mintak laluan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya minta izin untuk menjawab soalan daripada ADUN Tahan ya. Berkenaan dengan Rumah Mesra Rakyat, saya ingin maklumkan di dalam Dewan Yang Mulia ini, ianya adalah terletak di dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Sebelum… sebelum 9 Mei, memang Rumah Mesra Rakyat ini merupakan salah satu wow factorlah, ramai yang memohon dan kita boleh er… katakan er… setiap permohonan kita proses dan kita angkat dan akan mendapat kelulusan mengikut giliranlah ya.

Maknanya first in first outlah, yang mintak dulu dia akan dapat, tetapi setelah berlaku perubahan kerajaan er… Rumah Mesra Rakyat ini sehingga hari ini er… baru-baru ini saya pun ada berjumpa juga dengan menteri, saya bertanya er… katanya di dalam kajian, harga dan sebagainya masih belum diputuskan dan kemungkinan akan besar dan kemungkinan akan di… direbrandinglah BR1M boleh jadi BASAH, mesra rakyat jadi mesra alam ke dan sebagainya. Kemungkinan, itu satu.

Berhubung dengan Perumahan Generasi Kedua FELDA, semasa mesyuarat ECER sebelum er… mesyuarat dengan Perdana Menteri, saya ada membangkitkan perkara ini terutamanya di Koyan khasnya dan juga di tempat-tempat lain. Kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan, Dato’ Azmin dan beliau telah menyatakan er… perkara ini akan disusun dan dia akan tengok er… case by case dan insya-Allah akan dibaiki… akan dibaiki sekiranya mendapat peruntukan. Itu kedudukan semasa ketika ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Soalan Tambahan. Tuan Yang di-Pertua, saya er… saya, kita telah diterangkan tentang penangguhan Rumah Mesra Rakyat. Er… soalan saya ialah bagaimanakah Rumah Mesra Rakyat yang telah dilaksanakan tetapi terbengkalai? Er… ada di tempat saya di Kota Bahagia dan soalan… persoalannya ialah geran tanah tu telah di er… diserahkan kepada pemaju, Ini adalah pemaju yang tidak… tidak dapat melaksanakan er… hingga setakat ini dah naik rumput kat rumah yang dibuat tu. Jadi satu yang amat menyedihkan sebab anak ni menumpang rumah ibu, jadi apakah tindakan er… yang dapat kita Kerajaan Negeri bantu untuk mengatasi masalah ini? Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih keapda ADUN Ibam. Satu soalan yang sangat baik dan tepat pada masanya kerana pada hari Isnin, jam 9.30 pagi, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan membuat kunjung hormat kepada saya. Jadi Yang Berhormat boleh bagikan senarai lengkap dan saya boleh kemukakan kepada Yang Berhormat Menteri pada hari Isnin nanti. Satu soalan aje kan? Ada lagi tak? Satu je ke? Okay. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Menteri Besar. Soalan terakhir kita pada pagi ini, saya jemput Yang Berhormat ADUN Sabai.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Tuan Yang di-Pertua,

Saya Wakil ADUN Sabai kemukakan soalan nombor 10.

[Gerai-gerai Majlis Perbandaran yang tidak beroperasi di Medan Selera Karak.

1.1 Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Majlis Perbandaran Bentong untuk memastikan gerai-gerai yang tidak beroperasi tidak disalahgunakan

sebagai stor dan apakah tindakan yang akan diambil sekiranya ada penyalahgunaan?

1.2 Sekiranya ada gerai yang tidak beroperasi, bolehkah pihak MPB membatalkan kontrak tersebut dan memberikan sewa gerai tersebut kepada peniaga baru?

1.3 Apakah kriteria-kriteria yang diperlukan untuk permohonan baru?]

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Er… untuk makluman er… Sabai walaupun Sabai tak ada pagi ni, wakil saja ya. Er… sebenarnya dari segi penyewaan gerai-gerai oleh PBT kepada mereka-mereka yang layak memang ada syarat-syarat perjanjian yang perlu ditandatangani. Pertama sekali mestilah menjalankan perniagaan. Kalau tidak menjalankan perniagaan pihak PBT boleh menarik baliklah ataupun kesalahan memberi… menyewa kepada pihak yang lain ataupun dipanggil sub let, itu pun satu kesalahan yang kita boleh membatalkan. Mana-mana gerai yang kita telah… telah ditamatkan perkhidmatan pihak PBT akan menawarkan ataupun menguar-uarkan er… gerai-gerai ini kosong kepada orang ramai dan boleh buat permohonan.

Sebagaimana ya soalan yang dikemukakan oleh er… Sabai berkaitan dengan gerai di Medan Selera Karak ya, er… pihak Majlis Perbandaran Bentong telah mengenal pasti dan sehingga kini er… mereka yang tidak beroperasi ini, telah diberi… telah diberi notis untuk penamatan dan untuk kita menyewakan kepada pihak yang lainlah. Er… memang ada perjanjian dikemukakan antara pihak er… apa ni pegerai-pegerai dan juga dengan Majlis untuk memastikan er… mereka ini perlu mematuhi syarat-syarat perjanjian gerai yang telah dikemukakan oleh pihak… ini dalam kes Majlis Perbandaran Bentong.

Dan kriteria-kriteria yang diperlukan untuk mereka yang memohon gerai-gerai ini adalah warganegara tempatan, Bangladesh tidak bolehlah ya, makna Indonesia pun tidak boleh. Yang kedua, penduduk tempatan maksudnya penduduk tempatan ialah Bentonglah. Keutamaan kepada orang Bentong. Orang Kuala Lumpur nak menyewa memang tak ada, tidak menepati kriterialah. Yang ketiga cukup modal. Cukup modal ni pun ada 2 makna. Kadang-kadang dia hendak er… apa… masa memohon modal cukup bila menjalankan perniagaan tak ada modal yang itu dia menyewakan kepada orang lain untuk mendapat keuntungan yang bergandalah ya, cukup modal. Yang keempat adalah ada pengalaman pernah meniaga, kalau tak ada pun mungkin boleh diberi peluang ya. Yang kelima mempunyai minat yang tinggi untuk menjalankan perniagaan ya, bukan setakat hangat-hangat tahi ayam, buka sebulan lepas tu tutup setahun, ya.

Dan yang terakhirnya mas… masih tidak mempunyai gerai yang meniaga. Orang yang betul-betul memerlukan gerai untuk meniaga yang ini kita buka, ini syarat yang… PBT lain pun sama. Jadi orang ramai boleh memohon berdasarkan kriteria dan mana-mana gerai yang kosong tu boleh buat terus permohonan kepada pihak… dalam kes ini di Majlis Perbandaran Bentonglah. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

[Berdehem]. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bercadang untuk menempohkan persidangan kita pada pagi ini dan persidangan akan disambung semula jam 11.30 pagi. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan Jam 11.30 pagi]

[Persidangan disambung semula]

Sambungan Menimbang Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Sambungan Menimbang Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di hadapan Majlis ialah satu Usul yang berbunyi:

“Bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini, bersetuju menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Berangkat Menyempurnakan Titah Diraja kepada Dewan Undangan Negeri”

Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan telah pun disokong dan dibahaskan pada 16, 17 dan 18 April 2019. Seterusnya pihak kerajaan telah pun memberikan jawapan-jawapan pada hari Khamis, 18 April 2019. Sekarang saya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menjawab dan memberi pandangan serta ulasan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa membahaskan usul tersebut. Sila Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menggulung dan ini membolehkan saya menggulung perbahasan bagi pihak kerajaan serta jawatankuasa-jawatankuasa di bawah saya sempena dengan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Keempat Belas pada hari ini. Penggulungan ini adalah sebagai menjawab kepada pelbagai persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian semasa sesi perbahasan bagi usul menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin lepas 15 April 2019.

Pertama sekali saya mengucapkan banyak terima kasih atas kerjasama semua sepanjang perjalanan persidangan Dewan Negeri Yang Mulia ini. Begitulah amalan kita sejak dari dahulu mengutarakan pandangan secara saksama, mendahulukan hal yang lebih penting. Semuanya mengikut aturan dan peraturannya sehinggalah segalanya mencapai maksud yang diinginkan. Semua hasrat dan objektif tercapai, semua matlamat tercapai. Mudah-mudahan Allah SWT memudahkan segala urusan kita. Segalanya diberi jalan keluar seperti yang kita saksikan sekarang. Begitulah hendaknya doa kita agar Allah mengurniakan rahmatnya kepada kita semua serta memberkati Dewan Yang Mulia ini. Sebelum saya memulakan penggulungan ini ingin saya sentuh serba sedikit mengenai tagline, dengan izin atau slogan yang saya guna pakai sejak mula menduduki kerusi Ketua Eksekutif negeri ini iaitu ‘Maju Terus Pahang’.

Menjelang tempoh satu tahun selepas PRU Ke-14, Pahang akan mengorak langkah untuk menjadi negeri yang terus sustain, dengan izin walaupun sebagai negeri yang dikuasai oleh parti pembangkang di Malaysia. Pahang bukan sahaja mampu sustain malah kita akan terus memacu hala tuju negeri Pahang ke arah menjadi negeri yang maju suatu hari nanti. Inilah yang cuba diterapkan melalui tagline saya iaitu ‘Maju Terus Pahang’. Ianya adalah satu tagline yang bertujuan untuk membawa negeri Pahang menjadi sebuah negeri yang berdaya saing serta mampu berdikari dengan sumber ekonomi yang mampan, pengurusan sumber dan pentadbiran yang cekap dalam suasana yang aman bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat yang berbilang kaum. ‘Maju Terus Pahang’ ini perlu dicapai dengan berteraskan 5 teras utama.

Pertama ialah perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum. Perpaduan kaum merupakan asas penting kepada pembangunan sesuatu masyarakat dan negara. Justeru sebagai negeri yang berhasrat mencapai kemajuan, pengukuhan perpaduan antara kaum di negeri Pahang perlu diperkasakan. Penting untuk setiap kaum memahami dan menghormati antara satu sama lain serta saling menerima perbezaan. Kerajaan negeri Pahang akan memastikan semua lapisan kaum dan masyarakat di negeri Pahang diberi layanan yang adil dan saksama. Semua lapisan kaum akan mendapat akses yang sama terhadap segala bantuan dan perkhidmatan daripada pihak kerajaan. Semua kaum hidup ibarat abang dengan adik di negeri Pahang yang bertuah ini. Apabila perpaduan ini dicapai maka urusan pembangunan negeri akan berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

Teras yang kedua ialah kemajuan ekonomi berasaskan pertanian dan penambahan nilai. Seperti yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Pemangku Raja Pahang dalam titah ucapan baginda semasa pembukaan sidang Dewan Negeri tempoh hari, baginda memberikan penekanan kepada aspek pembangunan sektor pertanian yang menjadi antara pemacu utama kemajuan dan pembangunan negeri Pahang. Selaras dengan itu Kerajaan Negeri Pahang akan terus berusaha memajukan sektor pertanian melalui Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang dan agensi-agensi yang berkaitan seperti Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang. Saya menyeru agar terus mengembleng idea bagi meningkatkan penghasilan dan pengeluaran hasil pertanian di negeri Pahang melalui penglibatan secara aktif dalam aktiviti hiliran bagi produk pertanian sedia ada seperti sawit, produk-produk tenusu dan buah-buahan. Ekonomi berasaskan pertambahan nilai atau value added ini boleh dicapai melalui input teknologi dan kaedah pemasaran yang cekap. Penggunaan teknologi seperti yang digunakan di negara Eropah perlu diberi perhatian agar produktiviti sektor pertanian dapat dipertingkatkan.

Teras ketiga ialah kemajuan berasaskan keilmuan. Pembangunan Modal Insan menjadi teras kepada tiang seri pembangunan sesebuah masyarakat. Sesebuah negeri hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila disokong oleh rakyat yang berilmu. Kerajaan Negeri Pahang akan terus memberi penekanan kepada aspek pendidikan dan melahirkan masyarakat yang berilmu. Dalam aspek ini Yayasan Pahang akan terus diperkasa dan akan terus menyumbang kepada Pembangunan Modal Insan anak-anak di negeri Pahang melalui pemberian biasiswa, pinjaman, bantuan dan sebagainya bagi memberi peluang seluas-luasnya kepada anak negeri Pahang menimba ilmu dan seterusnya menjadi teras kepada pembangunan negeri Pahang itu sendiri. Yayasan Pahang selama ini bermula daripada tahun 1983 hingga 2019 telah memperuntukkan peruntukan yang besar sebanyak RM1.2 billion. Melalui ‘Maju Terus Pahang’, Kerajaan Negeri Pahang akan memastikan bantuan-bantuan pendidikan ini bukan sahaja diteruskan malah kita akan usahakan untuk ditambah dan diluaskan skopnya supaya lebih ramai rakyat Pahang boleh mendapat manfaatnya.

Teras keempat kemajuan berasaskan teknologi baru. Kemajuan teknologi akan meningkatkan keupayaan produktiviti negeri sama ada daripada segi teknologi industri ataupun digital. Ia juga mampu menjadikan masyarakat negeri ini lebih berdaya saing dan sentiasa peka dengan perkembangan dan peredaran dunia semasa. Melalui kemajuan teknologi, masyarakat negeri Pahang tidak akan ketinggalan dalam arus pemodenan selaras dengan Revolusi Industri 4. Revolusi Industri 4 merupakan revolusi digital dengan teras utamanya melibatkan kecerdasan buatan atau artificial intelligence. Menerusi teknologi ini akan mampu menjadikan masyarakat di negeri ini sebagai masyarakat yang maju. Bagi melaksanakan hasrat untuk menuju ke arah ekonomi digital dan mengambil peluang hasil baru daripada aktiviti berkaitan teknologi hijau, Kerajaan Negeri akan menubuhkan dua jawatankuasa kerja yang baru di peringkat negeri berkaitan dengan ekonomi digital dan teknologi hijau.

Teras yang terakhir ialah kemajuan berasaskan kepercayaan agama dan moral. Dalam rangka meningkatkan kemajuan negeri Pahang kepelbagaian budaya dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu lebih dihormati dan disegani. Kemajuan ekonomi dan teknologi negeri akan berjalan selari dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat yang berbilang kaum. Di samping itu bagi mencapai kemajuan moral, kadar jenayah mestilah dikurangkan. Tindakan tegas daripada pihak berkuasa mestilah disegerakan dalam menangani gejala sosial seperti perjudian, pelacuran dan LGBT.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Daripada segi ekonomi keseluruhannya, Kerajaan Negeri tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada sumber-sumber semula jadi seperti mineral, balak serta komoditi tradisional seperti getah dan sawit sebagai hasil pendapatan. Persoalannya sekarang apakah strategi Kerajaan Negeri untuk menerokai sumber-sumber baru dalam menambah hasil pendapatan yang lebih sustainable di masa-masa yang akan datang?

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Jawapannya ialah pada ekonomi digital. Pengurusan aset dan hartanah, tenaga hijau dan tenaga boleh diperbaharui, pelancongan kesihatan dan pelancongan sukan...

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Penubuhan Pahang Go merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri dalam memanfaatkan ekonomi digital kerana ia bakal mengubah cara perniagaan dijalankan serta blok rantaian urus niaga atas talian dan transaksi tanpa tunai yang akan menjadi ekosistem keusahawanan dan perniagaan dan ia pula adalah selaras dengan perkembangan trend industri Revolusi 4. Manakala dengan penubuhan Pahang Corporation, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sepatutnya ialah Pahang Investment Corporation tetapi er…apabila kita kemukakan untuk penubuhan Pahang Investment Corporation kita diminta untuk menjelaskan apakah investment yang perlu dibuat di negeri Pahang.

Setelah kita perjelaskan, pihak Kementerian Kewangan tidak berpuas hati dan masih er… bertanyakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dan akhirnya saya telah mengambil keputusan kita buang perkataan investment, kita buat Pahang Corporation [batuk] dan dalam masa dua minggu sahaja Pahang Corporation telah pun ditubuhkan.

Tuan Yang di-Pertua,

Dengan penubuhan Pahang Corporation, ia bakal menjadi agensi penyelaras bagi memperkemaskan operasi syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Negeri ataupun (State GLC) yang melibatkan aktiviti-aktiviti perkhidmatan perkongsian serta khidmat audit, kesetiausahawan, insuran dan latihan. Selain itu, Pahang Corporation juga bakal menjadi agensi pengurusan aset-aset Kerajaan Negeri seperti kenderaan, bangunan dan peralatan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Negeri juga amat komited dalam memelihara alam semula jadi. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah dengan mengeksploitasikan aktiviti pertanian tempatan kepada produk-produk hiliran. Contohnya buah sawit yang diproses boleh dijadikan bahan seperti sabun mandi, minyak masak serta marjerin. Kerajaan Negeri mengalu-alukan pihak swasta yang berkemahiran dalam menjayakan usaha ini. Tenaga boleh di… boleh juga merupakan antara perkara yang boleh diusahakan yang turut boleh meningkatkan hasil pendapatan negeri. Misalnya sisa buangan atau sampah domestik boleh diproses menjadi bahan seperti baja. Negara-negara Eropah mempunyai teknologi untuk menghasilkan produk-produk sampingan maka Kerajaan Negeri akan cuba untuk menarik pelabur dari negara-negara tersebut untuk di… menceburkan diri dalam aktiviti ekonomi ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Pelancongan sukan merupakan antara sektor yang sedang berkembang di peringkat global dalam industri pelancongan dengan menganjurkan acara atau festival sukan yang bertaraf kebangsaan ataupun antarabangsa di lokasi-lokasi pelancongan di sekitar Pahang. Ianya akan mampu menjana kedatangan pelancong berkunjung ke negeri ini. Bukan setakat itu sahaja, dengan mengadakan acara sukan sebegini pastinya menarik minat… pastinya menarik peminat-peminat sukan dari dalam dan luar negara.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya izinkan saya mengambil sedikit masa untuk menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Walau bagaimanapun saya tidak mungkin dapat menjawab kesemuanya secara lisan. Walau bagaimanapun saya cuba memberi jawapan secara bertulis sekiranya ada daripada soalan-soalan Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak dapat saya jawab pada pagi ini.

Yang Berhormat Tuan di-Pertua,

Yang Berhormat daripada Sungai Lembing antara lainnya membangkitkan soal keperluan mempercepatkan kebenaran aktiviti-aktiviti perlombongan ataupun pengeluaran bauksit di Kuantan. Setelah pendenga… pendengaran awam mengenai Prosedur Operasi Standard ataupun SOP bagi aktiviti pengeluaran, pengangkutan dan pengeksportan diadakan pada Sabtu, 14 April lepas di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, saya difahamkan bahawa maklum balas sedang diteliti oleh Kementerian Air dan… Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Hanya setelah penelitian dan kemungkinan penambahbaikan lagi seterusnya memuktamadkan SOP berkenaan barulah dijangkakan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli membuat pengumuman tentang tarikh sebenar kerja-kerja pengeluaran, pengangkutan dan pengeskportan bahan mineral berkenaan boleh dimulakan.

Sebelum pengumuman tersebut dibuat, saya berharap para pemegang taruh ataupun dengan izin stakeholders termasuklah para peneroka rancangan tanah FELDA yang tanah-tanah mereka turut terlibat dengan perlombongan bauksit ini dapat bersabar sedikit masa.

Ahi Yang Berhormat Sungai Lembing juga mengadukan berkenaan dengan hal pekan Sungai Lembing yang sering keputusan bekalan air ekoran kejadian paip-paip usang yang sering pecah. Masalah ini sebenarnya tidak terhad kepada pekan Sungai Lembing sahaja tetapi di kebanyakan kawasan lain. Oleh sebab itulah penstrukturan semula sistem bekalan air di negeri adalah penting ke arah mengatasi masalah-masalah yang dihadapi.

Yang Berhormat daripada Beserah juga membangkitkan mengenai aktiviti bauksit dengan mencadangkan agar Perbadanan kemajuan Negeri Pahang sebagai One Stop Agency yang dapat memainkan peranan mengawasi keseluruhan aktiviti tersebut. Kerajaan Negeri turut bersetuju dengan cadangan ini malah Kerajaan Negeri juga bersetuju agar sebuah jawatankuasa pengawasan ditubuhkan melibatkan jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang akan turut dianggotai oleh PKNP sendiri.

Yang Berhormat daripada Kemayan telah membangkitkan antara lain mengenai Pahang Corporation dengan saranan agar Ketua Pegawai Eksekutif yang akan dilantik mestilah yang betul-betul layak dan profesional serta yang tiada penglibatan politik. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Kemay… Kemayan, pencarian Ketua Pegawai Eksekutif ini masih dilakukan dengan beberapa orang telah disenaraipendekkan. Sukacita saya memberi jaminan bahawa yang terpilih nanti tentunya yang berkelayakan dan profesional yang akan memastikan kejayaan Pahang Corporation, insya-Allah.

Manakala Yang Berhormat daripada Pulau Manis menyuarakan tentang kos melepas yang Kerajaan Negeri hadapi daripada mengorbankan tanahnya untuk dijadikan kawasan tadahan air lalu meminta Kerajaan Negeri meneruskan usaha bagi mendapatkan pampasan atas pengorbanan tersebut. Sesungguhnya Kerajaan Negeri mengambil perhatian serius terhadap saranan ini. Ini sepertimana saya pernah sebut dalam Dewan Mulia pada pagi Selasa lepas betapa Kerajaan Negeri menanggung kos melepas kira-kira RM17.1 bilion akibat pengorbanan Kerajaan Negeri dalam memperuntukkan kira-kira sejuta hektar tanah di negeri ini sebagai kawasan tadahan air serta tapak pembinaan Empangan Klau.

Sesungguhnya Pahang merupakan juara dalam tiga perkara daripada segi pengorbanan tanahnya untuk kepentingan nasional. Selain Pahang mengorbankan tanah yang paling luas untuk hutan dan kawasan tadahan air, Pahang juga menyediakan tanah dan kawasan yang paling luas untuk Taman Kekal Pengeluaran Makanan ataupun TKPM. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, semalam saya menghadiri Mesyuarat Majlis Fizikal Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia.

Dalam mesyuarat tersebut, telah diumumkan bahawa negeri Pahang adalah negeri yang paling banyak mereservekan tanah seluas 2 juta hektar bagi kawasan berhutan (Ahli Dewan menepuk meja). Di Semenanjung Malaysia kita yang pertama. Yang Berhormat Tuan di-Pertua,

Yang kedua bagi kawasan tadahan air, negeri Pahang juga yang pertama paling banyak memperuntukkan tanah untuk kawasan tadahan air sebanyak 258,952 hektar

(Ahli Dewan menepuk meja) dan kira-kira 5,157 hektar yang diperuntukkan untuk TKPM. Ketiga-tiga ini di Semenanjung Malaysia ini kita adalah yang paling tinggi sekali dan saya ingin nyatakan di sini sesungguhnya kejayaan ini merupakan hasil legasi pemimpin-pemimpin negeri yang lepas termasuklah Yang Berhormat daripada Pelangai (Ahli Dewan menepuk tangan) yang memerintah negeri Pahang selama 19 tahun.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya insya-Allah akan berusaha dengan sedaya upaya untuk meneruskan usaha serta legasi yang baik ini. Sehubungan dengan itu jugalah, pampasan seharusnya Kerajaan Negeri terima atas pengor… pengorbanan ini hendaklah berpatutan. Oleh sebab Kerajaan Persekutuan telah pun mengiktiraf pengorbanan Kerajaan Negeri ini, kita… Kerajaan… Kerajaan Persekutuan sepatutnya memberikan kelulusan yang semestinya lebih memihak kepada Kerajaan Negeri sama ada dal… dalam bentuk diskaun hutang ataupun projek-projek pembangunan yang lebih banyak yang boleh dibawa ke negeri ini.

Yang Berhormat daripada Pulau Manis juga mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengkaji kesesuaian membenarkan pembayaran cukai tanah secara sekali gus untuk tempoh 5 tahun atau lebih bagi mereka yang berkemampuan. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri mengalu-alukannya. Berdasarkan Kanun Tanah Pahang, ianya dibenarkan oleh Kanun Tanah Pahang di mana pembayaran cukai tanah boleh dijelaskan untuk tempoh melebihi sesetahun tetapi tidak boleh melebihi 10 tahun.

Yang Berhormat daripada Tras pula telah menyatakan penghargaannya atas keputusan Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional memberi peruntukan pembangunan sebanyak RM30 ribu secara one off kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Pembangkang pada tahun lepas. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Tras dan rakan-rakan dari Pembangkang, Kerajaan Negeri kira-kira seminggu yang lalu telah pun meluluskan peruntukan sebanyak RM30 ribu kepada setiap ADUN Pembangkang di negeri Pahang ini (Ahli Dewan menepuk meja) dan andainya kutipan hasil kita melepasi sasaran tidak mustahil peruntukan ini akan ditambah sedikit lagi.

Seterusnya Yang Berhormat daripada Semambu membangkitkan soal… perkara… soal peruntukan yang sama dan saya telah nyatakan tadi bahawa perkara ini telah kita luluskan pada er… minggu yang lepas. Ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri ber… bersikap bertimbang rasa terhadap Pihak Pembangkang dan ini juga menunjukkan sesungguhnya kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalah berada dalam keadaan yang sihat. (Ahli Dewan menepuk meja)

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat daripada Peramu Jaya antara lain telah menimbulkan soal pulau jadian di Sungai Pahang terutamanya di bahagian berdekatan dengan Jambatan Sultan Abu Bakar dan mencadangkan agar kerja-kerja pengorekannya hendaklah dilakukan dengan menggunakan teknologi moden yang boleh meminimumkan gegaran agar tidak merosak atau meruntuhkan struktur jambatan tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mengambil perhatian terhadap cadangan ini dan akan meminta Jabatan Pengairan dan Saliran membuat kajian mengenainya. Begitu juga Yang Berhormat daripada Sabai, telah menyarankan agar Kerajaan Negeri memberikan geran ataupun pemilikan tanah kepada penduduk Kampung Sungai Cerpa, Karak yang menurutnya telah bertahun-tahun menduduki

kawasan tersebut. ADUN Triang juga membangkitkan perkara yang sama yang melibatkan penduduk di Paya Lang. Bagi menjawab pertanyaan kedua-dua Ahli Yang Berhormat ini, saya nak katakan bahawa bukanlah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memberi hak milik kepada penduduk yang menduduki tanah kerajaan secara tidak sah. Walau bagaimanapun penduduk berkenaan boleh mengemukakan permohonan melalui Pejabat Daerah dan Tanah berkenaan untuk dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Selain daripada itu, beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan tentang tindakan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang telah melakukan perkara-perkara yang telah menghina kedudukan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Kerajaan Negeri amat memahami akan sentimen Ahli-ahli Yang Berhormat serta sebahagian besar penduduk negeri ini mengenai isu penghinaan ini. Dalam hal ini suka saya umumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 3 April lepas telah bersetuju meluluskan penambahan syarat kelulusan permit dan lesen perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan dan semua jabatan serta agensi-agensi kerajaan di negeri Pahang yang mengeluarkan permit dan lesen seperti berikut:

“Hendaklah pada setiap masa menunjukkan hormat dan taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong”

dan keputusan adalah berkuat kuasa serta-merta. Andainya berlaku perlanggaran kepada keputusan ini maka permit dan lesen perniagaan berkenaan akan ditarik balik. Adalah diharapkan dengan syarat tegas yang dikenakan ini dapat menjadikan langkah-langkah pencegahan yang berkesan bagi menangani dan mengatasi gejala ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat daripada Pelangai yang juga bekas bos saya telah turut menyertai sesi perbahasan dan antara lainnya membantu menjelaskan lagi mengenai kedudukan hutang Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Yang Berhormat daripada Pelangai juga saya ucapkan terima kasih kerana telah memuji kepimpinan saya yang mana menurut beliau telah menunjukkan kualiti yang baik sungguh pun kira-kira setahun saya menjadi Menteri Besar. Saya amat menghargai pujian ini seperti yang telah saya sebutkan berkali-kali juga sebelum ini Yang Berhormat ADUN Pelangailah yang bertanggungjawab membawa saya menjadi Wakil Rakyat sehingga saya berada di sini pada hari ini (Ahli Dewan menepuk meja). Saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Pelangai. Untuk tujuan itu saya ingin menghadiahkan satu pantun kepada Yang Berhormat.

Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti,

Hutang emas boleh kubayar,

Hutang budi kubawa mati. (Ahli Dewan menepuk meja)

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Sekian sajalah penggulungan saya, saya berharap saya telah menjawab sebahagian besar soalan yang ditujukan kepada saya yang mana saya turut juga mengetuai jawatankuasa-jawatankuasa negeri yang berkaitan seperti tanah dan sebagainya. Saya juga berharap apa yang telah saya jawab ini adalah memadai. Jika masih ada

yang belum berjawab insya-Allah saya akan memberi jawapan secara bertulis dengan maklumat dan butiran yang lebih terperinci akan saya berikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekian saja saya akhiri dengan wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (Ahli Dewan menepuk meja).

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Usul ini telah dicadang dan disokong. Soalannya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan di Dewan ini untuk mendapat kelulusan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila nyatakan “Ya”.

Ahli-Ahli Dewan

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Usul tersebut diluluskan.

Kertas-kertas Yang Dibentangkan

Setiausaha Dewan

Perkara Keempat: Kertas-kertas Yang Dibentangkan.

Bilangan 1 Tahun 2019 Rang Undang-undang Enakmen Peruntukan Diraja (Pindaan) 2019

Bilangan 2 Tahun 2019 Memorandum Perbendaharaan Tambahan Pertama Belanja Mengurus Tahun 2019

Bilangan 3 Tahun 2019 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 – Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Siri 2.

Bilangan 4 Tahun 2019 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 – Penyata Kewangan dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri Pahang

Bilangan 5 Tahun 2019 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2017 Majlis Perbandaran Kuantan

Bilangan 6 Tahun 2019 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2017 Majlis Perbandaran Temerloh

Bilangan 7 Tahun 2019 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2017 Majlis Perbandaran Bentong

Bilangan 8 Tahun 2019 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2017 Majlis Daerah Pekan

Bilangan 9 Tahun 2019 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2017 Majlis Daerah Lipis

Bilangan 10 Tahun 2019 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2017 Majlis Daerah Jerantut

Bilangan 11 Tahun 2019 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2017 Majlis Daerah Cameron Highlands

Bilangan 12 Tahun 2019 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2017 Majlis Daerah Maran

Bilangan 13 Tahun 2019 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2017 Majlis Daerah Rompin

Bilangan 14 Tahun 2019 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2017 Majlis Daerah Bera

Bilangan 15 Tahun 2019 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2017 Majlis Daerah Raub

Bilangan 16 Tahun 2019 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2017 Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

Bilangan 17 Tahun 2019 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2017 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang

Bilangan 18 Tahun 2019 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2017 Perbadanan Muzium Negeri Pahang

Bilangan 19 Tahun 2019 Penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Pahang Terhadap Laporan Ketua Audit Negara Bagi Negeri Pahang Tahun 2013

Bilangan 20 Tahun 2019 Penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Pahang Terhadap Laporan Ketua Audit Negara Bagi Negeri Pahang Tahun 2014

Bilangan 21 Tahun 2019 Penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Pahang Terhadap Laporan Ketua Audit Negara Bagi Negeri Pahang Tahun 2015

Bilangan 22 Tahun 2019 Penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Pahang Terhadap Laporan Ketua Audit Negara Bagi Negeri Pahang Tahun 2016

Setiausaha Dewan

Perkara Kelima - Rang Undang-Undang.

Rang Undang-undang Enakmen Peruntukan Diraja (Pindaan) 2019.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan membawa cadangan.

Bacaan Kali Pertama

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Enakmen Peruntukan Diraja (Pindaan) 2019.

Bismillahhirrahmanirrahim. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong usul itu.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan Diraja 1981.

Bacaan Kali Kedua

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong usul itu.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Peruntukan Diraja (Pindaan) 2019, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya mohon mencadangkan, Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan Diraja 1981.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong usul itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Majlis ialah “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan Diraja 1981”, dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dan yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan Diraja 1981.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.

[Cokmar diturunkan]

Dalam Jawatankuasa

Setiausaha Dewan

Fasal 1; Fasal 2: Dan Fasal 3;

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1; Fasal 2: Dan Fasal 3; Dibuka untuk perbahasan sekarang. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa, Fasal 1; Fasal 2: Dan Fasal 3; jadi sebahagian daripada Undang-undang hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Fasal 1; Fasal 2; Dan Fasal 3; menjadi sebahagian daripada Undang-undang.

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya mohon menyokong Usul itu.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah Rang Undang-undang Enakmen Peruntukan Diraja (Pindaan) 2019 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Cokmar dinaikan semula]

Bacaan Kali Ketiga

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan Diraja 1981” telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan“

Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.”

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Peruntukan Diraja (Pindaan) 2019 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

PenangguhanAdjournment

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Peruntukan Diraja (Pindaan) 2019, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.

Perkara Keenam: Penangguhan.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Tuan di-Pertua,

Alhamdulillah saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana pada tengah hari ini kita sama-sama dapat hadir pada... pada hari terakhir bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas. Tempoh persidangan kita adalah selama lima hari bermula dari hari Isnin 15hb dan kita juga dapat menyaksikan Istiadat Pembukaan yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Inilah julung-julung kalinya baginda berangkat merasmikan Dewan Negeri Yang Mulia kali ini sejak pelantikan baginda sebagai Pemangku Raja Pahang. Ini adalah berikutan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah dimasyhurkan sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Januari yang lepas.

Sepertimana sembah tahniah yang telah dipersembahkan kesisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta juga kesisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sebelum ini.

Maka saya membaharui ucapan sembah tahniah saya sekali lagi kepada Dewan Yang Mulai ini. Patik doakan semoga Allah SWT sentiasa memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku demi negara dan negeri yang tercinta. Sebagai langkah sulung, Titah Diraja oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang dalam menyempurnakan Istiadat Pembukaan Isnin lepas menjadi tumpuan luar biasa dalam kalangan patik pacal-pacal sekalian.

Dengan nada yang teratur, jelas dan tegas, setiap bait Titah tutur Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku diikuti dengan penuh minat yang mendalam. Hinggalah pada akhir 27 minit Titah Diraja ini patik pacal-pacal sekalian tiadalah apa yang hendak diperkatakan. Cuma keter... keterujaan dan kesanjungan betapa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah melepasi penampilan sulung Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku with flying colours, dengan izin.

Oleh itu saya mohon pihak urus setia Dewan Negeri merakamkan dan merekodkan ucapan tahniah tidak terhingga kesisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang atas Titah Diraja ini.

Yang Berhormat TuanYang di-Pertua,

Melalui tempoh lima hari persidangan kita, saya harus sekali lagi mengakui betapa... betapa gembiranya saya hadir sepertimana juga pada tiga mesyuarat Dewan Negeri sebelum ini dalam tempoh saya sebagai Menteri Besar.

Saya boleh menyatakan begini sungguh pun di sebalik hakikat bahawa jumlah Ahli Yang Berhormat daripada parti memerintah yang saya wakili ialah seramai 25 orang. Cuma lebih 8 orang daripada Ahli Yang Berhormat daripada parti-parti pembangkang seramai 17 orang. Selain Ahli-ahli Yang Berhormat telah menunjukkan penghormatan tinggi kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang lain, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalannya dan sentiasa akur kepada apa jua yang ditetapkan oleh Speaker dan Timbalan Speaker. Amalan hormat-menghormati ini saya dapati terus ditunjukkan pada saya selaku Menteri Besar dan saya amat hargai sambil sentiasa mengingatkan di... diri saya yang mana saya boleh ungkapkan melalui satu pantun:

Tanamlah padi kerjanya lelah,

Buat menyara seisi rumah,

Hadirlah walau seribu masalah,

Kita atasi dengan berhemah. [Ahli Dewan menepuk meja]

Selain itu juga, saya turut mendapati amalan hormat-menghormati ini juga berlaku sesama Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Ini semua dapat saya simpulkan betapa wujudnya satu jenis suasana kekeluargaan yang besar sesama kita Ahli Yang Berhormat yang boleh dikatakan sudah merentasi sempadan politik atau beyond political device, dengan izin. Sesungguhnya Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian telah mempamerkan kematangan berhujah, kebijaksanaan memberi pendapat, bernas dan bijak. Sama ada di pihak Parti Kerajaan mahu pun Pembangkang, sehinga seolah-olah tiada Pembangkang dalam Dewan Negeri ini kerana apa yang juga yang diutarakan merupakan hujah-hujah yang bernas demi kebaikan rakyat jelata negeri ini.

Saya percaya suasana menyenangkan ini dalam tempoh 5 hari pada persidangan kita pada kali ini tidaklah terhenti setakat ini sahaja. Ianya hendaklah diteruskan pada persidangan-persidangan yang akan datang. Dengan ini sahajalah akan dapat terus menjamin natijah dan kesan yang baik selama kita berada dalam Dewan Yang Mulia ini, insya-Allah.

Untuk itu saya er… hari ni saya banyak pantun sikit Yang di-Pertua. Boleh ya?

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Yang Berhormat. Sedap pantun. Sila.

Untuk itu saya hadiahkan pantun ini kepada semua Ahli-ahli Dewan.

Pasang lukah di pergentingan, Letak bemban di atas para, Kalau ini semangat yang ditunjukkan, Majulah negeri berkatilah negara.

(Ahli Dewan menepuk meja)

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Mengambil kesempatan berada pada penghujung persidangan kita pada kali ini, sukacita saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua sehinggalah kepada Setiausaha Dewan dan serta kakitangan-kakitangan di bawahnya. Atas komitmen tinggi dan kerja keras merekalah maka persidangan Dewan kita ni dapat berjalan dengan lancar.

Kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, yang telah mengendalikan perjalanan Dewan Negeri ini dengan begitu kemas sekali saya hendak hadiah pantun lagi. Ini khas untuk Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Khas untuk saya ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh dan Timbalan juga.

…dan juga kepada Timbalan Yang di-Pertua.

Tinggi-tinggi pohon mangga, Patah dahannya dimakan api, Terima kasih tidak terhingga, Lepas ni bolehlah saya belanja kopi.

Ucapan terima kasih juga kepada Yang Hormat Ketua-ketua Jabatan Kerajaan serta agensi-agensi kerajaan yang telah hadir setiap hari serta menyediakan butiran yang diperlukan kepada pihak kerajaan untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dibangkitkan. Saya juga turut berterima kasih kepada anggota-anggota Polis Diraja Malaysia yang memberikan khidmat keselamatan serta kru kesihatan dengan sebuah ambulans standby demi menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada yang memerlukan.

Turut tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan dengan sempurnanya Istiadat Pembukaan Persidangan kali ini. Ini meliputi pasukan perbarisan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia sehinggalah kepada petugas-petugas Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandaran Kuantan yang terlibat dalam kerja-kerja persiapan tempat. Sudah tentulah ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya juruskan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang secara berhemah dan budiman, berbahas dan terlibat aktif dalam sesi soal jawab serta perbahasan.

Selepas ini saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat kembalilah ke kawasan masing-masing dan berkhidmatlah sebaik-baiknya demi memastikan kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat yang kita masing-masing wakili. Semoga kita dapat berjumpa lagi dalam suasana yang serupa sepertimana tempoh persidangan lima hari ini pada persidangan yang akan datang, insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Hanya lebih kurang 2 minggu sahaja lagi umat Islam akan berada pada bulan puasa, bulan Ramadan al-Mubarak. Oleh itu, sukacita saya ucapkan er… selamat berpuasa dengan doa agar puasa kali ini lebih mabrur dan sempurna daripada tahun sebelumnya.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Pesan isteri belilah lokan, Lokan dicari di pasar pagi, Hari ini pisahlah rakan, Panjang umur berjumpa lagi.

Sekali lagi saya ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua kerana menjayakan persidangan kita pada kali ini. Dengan ini saya mencadangkan supaya Persidangan Dewan Negeri Keempat Belas bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua ini ditangguhkan. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (Ahli Dewan menepuk meja).

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya mohon menyokong Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, alhamdulilah saya juga bersyukur kehadrat Allah SWT persidangan kita telah selamat disempurnakan. Saya bersama-sama dengan Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, media dan permerhati yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen yang tinggi kepada kami dan sekali gus mencerminkan kelancaran, kesempurnaan dan kejayaan kita bersama.

Ahli-ahli Yang Berhormat telah dapat melontarkan idea-idea yang bernas, walaupun terdapat salah tafsiran di sana-sini. Namun kita bermuafakat bagi menjayakan keharmonian dan kedamaian rakyat dan semua golongan tetap dipertahankan. Semuanya ini tidak datang bergolek atau melayang. Sudah pasti suasana ini wujud atas rasa keinsafan, kebijaksanaan dan kematangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang meletakkan Dewan Yang Mulia ini sebagai manifestasi rakyat dan lebih pastinya mentaati serta menghayati titah perasmian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang tempoh hari agar perbahasan secara berhemah, bertanggungjawab dan memberi pandangan yang kritis menjadi budaya murni perlu dipertahankan.

Saya amat gembira kebebasan Dewan dan kemuliaan Dewan telah dipraktikan dengan lebih baik lagi. Ahli-ahli Yang Berhormat telah meletakkan Standing Orders, dengan izin, Peraturan Mesyuarat sebagai panduan dan pedoman telah dihayati sepenuhnya. Sama ada anda di pihak kerajaan atau di pihak bukan kerajaan tetapi matlamat pokok untuk membina masa depan negeri dan mensejahterakan rakyat tetap

menjadi agenda kita bersama. Kejayaan di Dewan boleh disinergikan kepada kejayaan pihak kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita.

Apa yang berada di luar Dewan pastinya membentuk gambaran di dalam Dewan ini. Hampir setahun Yang Amat Berhormat mengambil alih kepimpinan negeri, benih-benih budaya maju dan mulia sedang mengalir dalam jiwa kita bersama. Antaranya menepati masa, lemah lembut, tenang, berhemah, suka mendengar, dedikasi, diplomasi, bertimbang rasa, bekerja satu keluarga dan satu pasukan. ‘Tiada janji, lihat bukti’, ‘Maju Terus Pahang’ adalah budaya aras tinggi yang perlu kita sokong bersama-sama. Benarlah kata bidalan lama:

Kalau memilih tempat mandi, Pertama teluk kedua pantai, Kalau memilih pemimpin negeri, Pertama elok kedua pandai.

Kalau membasuh kain baju, Jangan dikoyak baju sutera, Pemimpin pandai negeri maju, Memimpin elok rakyat sejahtera.

Pantun khusus untuk Yang Amat Berhormat Menteri Besar,

Pakai songkok pakai topi, Minum petang minum pagi, Bukan sekadar belanja kopi, Malah boleh full house sekali lagi. (Ahli Dewan ketawa dan menepuk meja)

Akhir kata saya tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada pembantu-pembantu di belakang tabir yang telah bertungkus-lumus bersungguh-sungguh membantu dan melancarkan lagi perjalanan Dewan ini. Terima kasih kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesiahatan Negeri, Jabatan Kerja Raya, TNB dan banyak lagi jabatan-jabatan yang tak dapat saya senaraikan di sini. Terima kasih urus setia Dewan, petugas-petugas handsard, bilik rakaman dan semua yang turut membantu.

Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mendoakan selamat pulang ke pangkuan keluarga. Sudah pasti seminggu tidak kelihatan di kawasan, rasa rindu kepada penyokong dan rakyat tak dapat dipisahkan. Yang Berhormat adalah penghubung, Yang Berhormat adalah model, Yang Berhormat adalah pohon rendang di kawasan masing-masing untuk rakyat tumpang berteduh. Rakyat masih memerlukan dakapan dan sentuhan daripada Yang Berhormat. Berkhidmatlah dengan wajah yang senyum, jiwa yang besar, hati yang penuh ikhlas, integrity, Yang Berhormat adalah pelakon utama memakmurkan negeri ini dan mensejahterakan rakyat. Yang Berhormat jauh di hati rakyat pasti akan ditolak dan dibenci rakyat.

Perahu sudah di air, Pendayung sudah ditangan, Berhati-hatilah belayar, Dan pandai-pandailah mendayung.

Akhir sekali, marilah kita sama-sama membaca surah Al-Asr, mudah-mudahan perhimpunan dan persidangan kita mendapat rahmat daripada Allah SWT [Bacaan Ayat al-Quran]. Persidangan kita ditempohkan, jam sudah menunjukkan 12.28 tengah hari. Sekian wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Persidangan dtangguhkan pada jam 12.28 tengah hari]