Pahang · 18 April 2019

14th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 350 turns · 53,655 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang Keempat Belas di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari Khamis

: 18 April 2019

Bersamaan

: 12 Syaaban 1440 Hijriah

DOA

Perkara Pertama: Doa.

[Ayat Al-Quran]. Segala puji bagi Allah, dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagian meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandu pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenankan. [bacaan Al-Quran].

Pertanyaan Dan JawapanQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua: Pertanyaan dan Jawapan

Yang di-Pertua (Speaker)

[Ayat Al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian. Alhamdulillah kita bersyukur kehadrat Allah SWT pada pagi ini kita diberi kelapangan, kesihatan dan dapat bersama-sama meneruskan persidangan pada pagi ini mengikut aturan urusan mesyuarat. Pada kali ini saya akan menjemput Yang Berhormat daripada Sungai Lembing.

Assalamualaikum Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mengemukakan soalan nombor 1.

[Mohon pencerahan mengenai isu bauksit, bilakah pihak kerajaan negeri dapat memulakan dan mengeluarkan keseluruhan stock file bauksit.]

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya menjawab bagi pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Pada September...18 September 2019 Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telah mengeluarkan kenyataan media bahawa berkenaan dengan moratorium bauksit di Pahang adalah sehingga 31 Mac 2019. SOP baru bagi aktiviti yang disediakan meliputi aspek perlombongan sehingga pengeksportan telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dan satu sesi taklimat bersama stakeholders akan diadakan bagi mempastikan semua pihak yang terlibat bersedia.

Pada satu sesi pendengaran awam berkaitan pemakaian SOP telah diadakan pada 14 Mac...April baru-baru ini, hari Ahad yang lepas 2019 bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah. Kepada pihak awam dan satu laporan oleh Jawatankuasa Executive Penilaian Pemakaian SOP bagi perlombongan bauksit negeri Pahang akan dikeluarkan, sebelum ianya dibentangkan semula kepada pihak berkuasa Kerajaan Negeri. Justeru itu, apabila SOP yang dideraf oleh KATS ataupun Kementerian Air, Tenaga dan Sumber Asli disempurnakan, iaitu mematuhi kehendak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, maka barulah aktiviti perlombongan bauksit ini dilaksanakan, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya jemput soalan berikutnya ADUN Padang Tengku.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 2.

Mohon kerajaan menjelaskan:

[Setakat 24 Ogos 2018 seramai 4,365 suri rumah telah mendaftar sebagai pencarum skim Caruman Sukarela Insentif Suri (i-SURI) KWSP di seluruh negara. Bagaimana pula sambutan terkini skim “i-SURI” di negeri Pahang dan apakah tindakan kerajaan negeri bagi membantu Kerajaan Pusat menjayakan skim ini.]

Dato’ Sri Yang di-Petua,

Untuk menjawab soalan wakil daripada Padang Tengku. Untuk makluman er... program i-SURI ataupun Skim Caruman Sukarela Insentif Suri KWSP er... sebenarnya telah er... digerakkan oleh Kerajaan Persekutuan dan kita di pihak Kerajaan Negeri tiada halangan er... tentang program ini dan saya sendiri telah diberi taklimat oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan saya difahamkan bahawa seramai 1243 orang yang aktif menerima bantuan dalam sistem e-bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang. Berdasarkan senarai layak i-SURI ni, hanya 475 orang yang bersetuju untuk mencarum dan 31 orang lagi tidak bersetuju. Manakala 737 orang tidak hadir dalam sesi jadual taklimat program yang telah diadakan. Untuk makluman Wakil Padang Tengku juga, setiap daerah telahpun mengadakan er... taklimat kepada mereka yang layak ini ya...dan saya boleh bagilah senarai jadual taklimat kepada Wakil Padang Tengku selepas ini. Namun begitu saya menegaskan

bahawa i-SURI ini, sepertimana saya telah jelaskan tadi bukanlah untuk semua ya, dia hanya kepada mereka yang layak di dalam e-bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Soalan tambahan Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya melihat ini satu insentif yang baik. Satu-satunya insentif yang baik oleh Kerajaan Persekutuan. Saya juga sebenarnya menerima pandangan ataupun hasrat daripada warga emas yang termasuk dalam senarai layak untuk menerimanya. Dan ramai yang terlepas kerana dia buat sekali di Pejabat Kebajikan Masyarakat, kemudian yang berminat selepas itu, sebab ramai tadi yang... yang kata yang tidak hadir dan tak hadir kerana berbagai sebab er... tak hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat dan mempunyai masalah untuk hadir er...dan kemudian terpaksa pergi ke pejabat KWSP yang berhampiran. Kalau macam di Lipis terpaksa pergi ke... ke... Raub.

Jadi, persoalan yang saya nak ajukan. Adakah rancangan untuk membantu program ini supaya pihak KWSP ini hadir ke kampung-kampung atau ke pejabat-pejabat penghulu yang berhampiran supaya boleh menarik orang-orang tua ni untuk hadir ke tempat berkenaan?

Dato’ Yang di-Pertua,

Di Lipis, di mana daerah Wakil Padang Tengku yang layak adalah 128, yang setuju 46 orang, tak hadir 82 orang. Ya, apa peranan Kerajaan Negeri? Kerajaan Negeri walaupun saya katakan tadi tak ada halangan ya tetapi kempen untuk pelaksanaan i-SURI ini dilaksanakan oleh pihak er...jabatan er...sendiri ya dan kita pun tidak diminta untuk beriya-iya sangat membantu. Jadi orang tak beriya, kita pun tak berapalah. Ya, Wakil Padang Tengku. Jadi bila mereka dah laksanakan program kempen dan sebagainya kita hanya memberi sokongan sahaja. Namun begitu sekiranya... namun begitu sekiranya pihak jabatan meminta Kerajaan Negeri ya, untuk membantu atau mengambil inisiatif tambahan untuk mengadakan kempen, di pihak kita, kita tiada halangan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Beserah.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikkum wbt. Saya cuma ingin minta penjelasan pihak Kerajaan Negeri tentang inisiatif i-Suri ini. Ada tak hasrat Kerajaan Negeri untuk mewujudkan skim yang sama peringkat negeri sahaja peringkat… Kerajaan Negeri supaya kita boleh menjadi model yang baik kepada negeri-negeri lain? Terima kasih.

Setakat ni belum ada cadangan ke arah itu, namun begitu saya mengalu-alukan Wakil Beserah untuk mengemukakan cadangan untuk kita bincangkan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya jemput Muadzam.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih Yang di-Pertua,

Saya nak bertanya kepada pihak kerajaan. Syaratnya adalah seperti yang diterangkan oleh Yang Berhormat Kuala Sentul tadi. Syaratnya adalah, peserta ni mesti daripada e-Kasih tapi saya nak tahu juga adakah had lain contohnya dari segi usia dan sebagainya ataupun semua e-Kasih itu layak?

Dia adalah yang termasuk di dalam sistem e-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, ya. Maknanya 1,243 orang ini yang telah dikenal pasti mencukupi had-had kelayakan yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Soalan berikutnya saya jemput Wakil dari Beserah.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 3.

[Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), sila nyatakan:

a) Berapakah jumlah pelajar terkini yang mengikuti pengajian di KUIPSAS?

b) Apakah bidang kursus yang mendapat sambutan di KUIPSAS dan kursus yang tidak mendapat sambutan?

c) Apakah perancangan masa panjang KUIPSAS untuk menjadi pilihan utama pelajar mengikuti pengajian di sana?

d) Apakah perancangan kerajaan untuk membezakan antara KUIPSAS dan UCYP?]

Yang di-Pertua (Speaker)

Kerajaan.

Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya bangkit hari ini untuk menjawab bagi pihak rakan saya, ADUN daripada Kerdau, yang kini masih menerima rawatan di Hospital HoSHAS di Temerloh. Insya-Allah, mudah-mudahan kita doakan supaya rakan saya, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri akan cepat pulih dan berkhidmat semula seperti biasa. Insya-Allah saya cuba jawab yang terbaik.

Bagi menjawab soalan daripada sahabat saya daripada Beserah mengenai Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah ataupun KUIPSAS, iaitu berapakah jumlah pelajar terkini yang mengikuti pengajian di KUIPSAS. Er… sebenarnya, bagi program ijazah dia ada 348 ya, bagi program-program lain kita jumlahkan semua sekali. Keseluruhan program diploma dan ijazah, kita ada 1,366 pelajar yang menuntut di KUIPSAS. Bagi soalan kedua, apakah bidang kursus yang mendapat sambutan di KUIPSAS dan kursus yang tidak mendapat sambutan?

Dato Sri Yang di-Pertua,

Bidang yang mendapat sambutan dan paling popular sekali adalah pendidikan awal kanak-kanak dan diikuti oleh bidang pengajian Islam dan seterusnya bidang pengajian pengurusan dan er… kursus yang kurang mendapat sambutan ialah sains komputer dan juga kursus Bahasa Arab dan pengurusan pemasaran, marketing management.

Apakah perancangan masa depan ataupun perancangan jangka panjang KUIPSAS yang menjadi pilihan utama pelajar mengikuti pengajian di sana? Sebenarnya, antara lainnya kita ni di KUIPSAS ni sebenarnya kita dah ada 24 program yang telah pun diiktiraf oleh pihak negeri dan kita ataupun KUIPSAS mencadang untuk menambah program baru dan antara usaha untuk menarik minat pelajar-pelajar untuk menuntut di KUIPSAS ni adalah menyediakan kursus pengajian berteraskan Islam Aqli dan Naqli yang bersifat kontemporari dan mencakupi kehendak sumber manusia di Malaysia serta mematuhi kepiawaian MQA dan JPT, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Keduanya, menawarkan program pengajian prasiswazah dan pascasiswazah, post graduate, yang sentiasa relevan bagi semua pelajar serta bersifat fleksibel khususnya untuk pengajian jarak jauh bagi calon pelajar yang mempunyai kerjaya.

Yang ketiganya meneruskan hubungan dua hala dengan universiti tersohor di dunia contohnya Universiti Al-Azhar di Mesir dan menggiatkan lagi usaha kerjasama akademik bersama universiti-universiti yang diiktiraf Kerajaan Malaysia di Timur Tengah umumnya di Rantau Asia bagi membuka peluang kepada graduan siswa dan siswi KUIPSAS untuk melanjutkan pengajian di sana. Seterusnya usaha yang dibuat ialah untuk merangka semula program pengajian diploma daripada 3 tahun pengajian kepada 2 tahun pengajian dan soalan yang keempat apakah perancangan kerajaan yang… untuk membezakan antara KUIPSAS dan UCYP iaitu KUIPSAS dengan Universiti Kolej Yayasan Pahang.

Kita tahu KUIPSAS adalah pusat pengajian berteraskan pengajian Islam serta universiti Islam berteraskan Islam milik Kerajaan Negeri Pahang. Manakala UCYP Universiti Kolej Yayasan Pahang adalah universiti kolej atau universiti yang berteraskan kepada pengajian khususnya akademik dan juga kemahiran, dan er… KUIPSAS merupakan pusat pengajian Islam dan bahasa Arab dan pusat pengembangan tulisan jawi di negeri Pahang. Itu kriteria yang membezakan antara dua dan memberi opsyen pilihan kepada pelajar-pelajar untuk membuat keputusan sama ada memilih KUIPSAS ataupun UCYP. Terima kasih.

Boleh soalan tambahan?

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh.

Saya terima kasih Wakil Kerajaan dan kita sama berdoa semoga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan dan Islam ini dapat menjalani rawatan dengan baik dan diberikan kesembuhan dengan segera. Cuma saya dalam soalan saya ini sebenarnya, saya ingin melihat kedua-dua institusi milik kerajaan ini disinergikan leverage kan kekuatan kedua-dua insititusi itu. Kalau boleh Kerajaan Negeri menimbangkan supaya digabungkan menjadi satu institusi sahaja di negeri Pahang ini selain daripada kita ada dua institusi pendidikan.

Walaupun masing-masing ada kekuatan tetapi kalau kita gabungkan kekuatan kedua-duanya,dia akan boleh mengurangkan ataupun boleh menghilangkan kelemahan yang ada terutama sekali dari sudut pengurusan sumber, yang kedua dari sudut promosi yang boleh mengurangkan kos dan juga boleh mengurangkan er… boleh menambahkan lagi peningkatan terhadap promosi tersebut. Yang ketiga ia juga boleh menjimatkan dari sudut infrastruktur, penyelenggaraan dan sebagainya. Jadi, kalau boleh Kerajaan Negeri mengkaji supaya kedua-dua institusi ini kita gabungkan supaya ia menjadi satu institusi yang unggul di negeri Pahang. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Ini satu input dan pandangan yang baik daripada sahabat saya daripada Beserah kerana memang menjadi matlamat objektif Kerajaan Negeri dalam penubuhan institusi pengajian tinggi. Kita lihat bahawasanya antara yang ingin kita capai ialah suatu tahap kualiti yang tinggi, ya, di peringkat apa nama… nilai graduan-graduan yang akan dihasilkan daripada institusi pengajian tinggi ini. Insya-Allah sebenarnya usaha ini sedang dalam er… diteruskan malahan kalau sepertimana yang kita sedia maklum, Kolej Universiti Yayasan Pahang ini bermula dengan apa yang dipanggil sebelum ni? IKIP - Institut Kemahiran… Pahang tapi telah dinaik taraf hingga ke kolej universiti.

Malahan baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar telah mengetuai satu rombongan lawatan kerja teknikal ke Eropah, ke negara Belgium dan juga Holland atau Belanda dan kita lihat benchmarking ya, tujuan antara objektif itulah benchmark. Kerana di negara-negara Eropah seumpama ini, dia mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu, dan kita lihat misal contohnya di Holland tu kita ada Delft University dia panggil D.E.L.F.T. Delf Univerisity ini adalah suatu universiti yang tersohor dalam bidang hydraulics, di mana kepakaran-kepakaran er… diperolehi dan menghasilkan jurutera-jurutera dan pakar-pakar hydraulics yang hebat yang tersohor di dunia.

Malahan negara-negara maju lain seperti Amerika, di Eropah di United Kingdom dia memohon juga input-input daripada Delft ataupun kepakaran daripada Belanda ini, kerana er… mereka telah mengalami satu fenomena di mana banjir besar telah melanda Belanda dan menyebabkan pengorbanan beribu rakyat mereka dan mereka memutuskan untuk membuat sesuatu, membina… dipanggil benteng ataupun dipanggil bahasanya tak jelas yang bermula daripada kosong. Makna dia mengkaji, buat reka bentuk dan membinanya secara er… betul-betul menggunakan kemahiran Belanda. Sebab itu Belanda adalah merupakan satu benchmark yang tinggi dalam bidang hydraulics.

Perkara ini Yang Amat Berhormat telah bercakap dengan Vice Chancellor Universiti KYP mungkin peringkat awalnya kita hantar trainners, pensyarah untuk buat tak jelas study, dengan izin, dan seterusnya akan memperkenalkan kursus-kursus yang boleh diketengahkan di peringkat negara dan juga menarik minat mungkin pelajar-pelajar

asing daripada rantau asia ini. Sebab itu dalam konteks ini tadi, walaupun kita mengambil pandangan daripada sahabat-sahabat mengenai pengabungan dengan dua institusi utama tapi kemungkinan masing-masing mempunyai kekuatannya itu sendiri. Jadi pengkhususan itu mungkin kita lihat kalau sekiranya perlu boleh kita gabungkan tetapi kalau ianya boleh berkembang secara tersendiri, kita mengharapkan insya-Allah dengan perancangan yang teliti, master plan dan blueprint yang hebat, benchmarking yang tinggi standard yang kita tetapkan, saya yakin Univeristi Kolej Yayasan Pahang dan juga KUIPSAS ini akan menjadi institusi pengajian tinggi yang boleh kita banggakan nanti dan menarik minat pelajar-pelajar bukan sahaja dalam negeri Pahang dan di luar Negeri Pahang, dalam Malaysia tetapi juga insya-Allah di negara-negara serantau. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, kita pergi soalan berikut. Jemput Wakil Ketari.

Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua, saya mohon izin untuk kemukakan soalan nombor 4.

[Sekiranya berlaku penstrukturan aset air di negeri Pahang, adakah ia akan melibatkan kenaikan tarif air. Apakah dasar kerajaan negeri mengenai tarif air?]

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Soalan Ketari adalah berkaitan dengan penstrukturan aset air di Negeri Pahang, adakah ia melibatkan kenaikan tarif? dan apakah dasar Kerajaan Negeri mengenai tarif?

Izinkan saya Dato’ Sri Yang Di-Pertua untuk rephrase dengan izinnya boleh er… jika boleh… saya fikir boleh membetulkan sikit persoalan. Sebenarnya apa yang kita sebut penstrukturan bukannya berkaitan dengan aset semata-mata tetapi ianya adalah satu penstrukturan industri Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua, dan di dalam proses penstrukturan industri ini ianya melibatkan tarif dan penetapan tarif adalah di bawah bidang kuasa Persekutuan ataupun dibawah SPAN, itu secara ringkasnya.

Sebagai makluman tambahan Dato’ Sri Yang Di-Pertua, izinkan saya sekali lagi berkongsi maklumat tentang perstrukturan ini. Dalam satu sidang khas Parlimen pada pertengahan tahun 2005, Parlimen Malaysia telah meluluskan pindaan bagi Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, yang memindahkan perkara-perkara berkaitan dengan Bekalan dan Perkhidmatan Air daripada senarai negeri kepada senarai bersama kecuali Sabah dan Sarawak. Pindaan diwartakan pada 10 Februari 2005 dan ia dikuatkuasakan pada 21 Mac 2005. Dengan pindaan itu, Kerajaan

Persekutuan akan mengawal selia industri perkhidmatan air dari segi perlesenan dan kawal selia operator perkhidmatan. Kerajaan Negeri akan mengekalkan kuasanya terhadap sumber air kawasan tadahan air dan lembangan sungai.

Pada pertengahan 2006, Akta Perlimen meluluskan dua undang-undang yang mengubah cara Malaysia menguruskan perkhidmatan air iaitu Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara iaitu Akta 654 dan… ataupun Akta SPAN dan Akta Industri Perkhidmatan Air atau Akta IPA yang juga digelar Akta 655 salah satu cadangan tawaran skim penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Pahang yang diterima daripada Kementerian… daripada Kerajaan Persekutuan adalah Kerajaan Negeri Pahang boleh menaikkan tarif pada tempoh atau kekerapan yang diputuskan oleh SPAN melalui tariff setting mechanism yang dibangunkan oleh SPAN. Tariff setting mechanism ini adalah bertujuan untuk meyeragamkan dan menyelaraskan tarif air di seluruh negara. Melalui proses-proses penyelarasan ini operator air di seluruh negara dapat menjana pendapatan yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan operasi dan dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pengguna. Terima kasih Dato’ Sri Yang Di-Pertua.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay, Yang Berhormat.

Okay. Saya ingin bertanya, selalunya bagaimanakah proses untuk kenaikan er… proses kenaikan tarif air tersebut? dan adakah Kerajaan Pusat boleh menekan Kerajaan Negeri untuk menaik tarif air? Terima kasih.

Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Perkataan menekan ini saya tak berapa suka nak gunakanlah kerana ianya bukan lah satu proses satu hala, ini proses dua hala. Tapi er… kaedah penetapan tarif ini sangat teknikal Yang Berhormat. Ianya melibatkan, sepertimana yang saya katakan tadi er… satu kaedah yang kita akan cari satu tarif yang optimun, yang mana akan mengupayakan PAIP untuk beroperasi dalam jangka masa singkat, dalam jangka

masa panjang, di samping untuk menaik taraf fasiliti-fasiliti, kemudahan-kemudahan aset dan di samping itu juga harus diambil kira, Negeri juga harus mengambil kira tentang bagaimanakah kita akan membayar balik jumlah hutang yang sekarang ini disebut-sebut sebagai RM2.1 billion ataupun RM2.085 Billion yang kita rasakan tak berapa kena tu Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Jadi maksudnya, ada satu kaedah ya dan sememangnya dari segi kenyataan-kenyataan daripada kementerian itu memang menekan sikit kita lah kerana kita sering dikatakan Dato’ Sri Yang di-Pertua, negeri yang paling lama tidak menaikkan tarif air kerana memang kita kalau boleh kita nak air percuma sahaja dan kalau terpaksa bayar pun, biarlah dalam kemampuan pengguna, industri ya dan apa… tapi pada masa yang sama kita faham keadaan-keadaan yang memerlukan penaikan… penaiktarafan ini. Cuma satu perkara Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita harap semua pihak kena faham di Pahang kita… pengguna-pengguna air di luar bandarnya Dato’ Sri, kita nak berikan satu perkhidmatan yang setara.

Jadi untuk kita berikan kemudahan air yang bersih terawat di luar bandar ini kosnya sangat besar. Jadi pelaburan jangka masa panjang kerajaan yang membina sistem retikulasi di luar bandar Dato’ Sri, orang nampak macam kita seolah-olah menerima bantuan aset daripada Persekutuan tetapi sebenarnya aset-aset yang diberikan kepada kita Dato’ Sri Yang di-Pertua, selepas tempoh dua puluh, tiga puluh tahun kos penyelenggaraan nya sangat besar.

Jadi kita dalam proses Dato’ Sri Pertua, dalam perundingan kita dengan Kerajaan Persekutuan nanti, kita ingin mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar, melalui Kementerian Kesihatan kita harus memikirkan model-model perbekalan air yang bersih dan terawat ini dalam skala-skala yang lebih kecil dan tidak membabitkan pengoperasian PAIP secara keseluruhan. Sebenarnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, hak untuk pengoperasikan perkhidmatan air di negeri Pahang ini bukanlah hanya diberikan secara mutlak kepada PAIP. Sebagai contoh di Genting Highlands Dato’ Sri Yang di-Petua, er… pihak er… swasta yang mengoperasikan.

Jadi sebenarnya kita sentiasa mengalu-alukan mana-mana cadangan pihak industri untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini tapi walau bagaimanapun harus kita ingat bahawa dalam sistem yang ada pada hari ini, sebelas daerah yang diuruskan perkhidmatan bekalan air ini oleh PAIP hanya daerah Kuantan yang memberikan sedikit lebihan keuntungan operasi bukan keuntungan mutlak, keuntungan operasi. Maksudnya keuntungan yang ada di Kuantan inilah terpaksa kita gunakan juga untuk mengupayakan perkhidmatan PAIP di seluruh negeri Pahang memberi bantuan kepada sepuluh daerah yang tidak memberikan pulangan diatas pelaburan Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah Yang Berhormat. Soalan yang berikutnya. Jemput Wakil daripada Chenor.

Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 5.

[Adakah tangki air di Pekan Awah dan di Simpang Bukit Lada berfungsi dan dapat menyimpan air bagi kegunaan penduduk sekitar? Kerana masalah gangguan bekalan air masih berlaku termasuk kepada Perpustakaan Desa Pekan Awah yang bersebelahan dengan tangki tersebut?]

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Wakil daripada Chenor bertanyakan tentang fungsi tangki air di Pekan Awah. Jadi jawapannya ianya masih lagi berfungsi tetapi ada kalanya fungsi itu terganggu. Untuk makluman Sidang Dewan yang dimuliakan, Tangki Air Kampung Awam di Simpang Bukit Lada, mendapat bekalan air daripada loji rawatan air di Seberang Temerloh. Gangguan-gangguan yang kerap terjadi di loji rawatan air di Seberang Temerloh atau masalah paip pembekal pecah, menjejaskan penyaluran air ke tangki ini yang jaraknya 12 kilometer. Gangguan-gangguan di loji rawatan air Seberang Temerloh yang melibatkan vandalisme kepada sistem loji dan gangguan bekalan air kadang-kadang daripada bekalan tenaga elektrik dan sebagainya. Inilah yang sebenarnya memberikan gangguan. Selain itu, permintaan air yang tinggi di kawasan bekalan khususnya pada musim-musim perayaan juga akan menjejaskan keupayaan tangki ini Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya. Tambahan.

Err… berkenaan dengan air ini, ia satu benda yang sangat penting bagi kehidupan manusia. Lebih-lebih lagi dalam berhadapan situasi perayaanlah. Jadi saya mengharapkan err… Exco yang menguruskan bahagian air ni, makna beri penekanan sedikitlah err… berkenaan dengan er… air ni dan ada di kalangan penduduk-penduduk setempat yang begitu payah untuk mendapatkan rawatan air… bekalan. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Sememangnya kita err… apa ni, sentiasa memberi penekanan, kerana kita pun sentiasa tertekan dengan masalah-masalah pengguna, dan kita sentiasa mencari jalan. Sebab itulah kita kena apa ni, melihat bagaimanakah dalam masa secepat mungkin boleh kita mengupayakan err… meningkat lagi keupayaan PAIP untuk

menyampaikan perkhidmatan. Semalam kita berhujah dengan soalan yang dibangkitkan oleh Tras ya, bagi kita mungkin untuk mewujudkan pam booster, tangki dan sebagainya, kos yang tidak seberapa. Tetapi kalau kita tengok er… keseluruhan negeri Pahang ini, kalau kita tengok jangka masa yang panjang sebenarnya, ianya sangat membebankan. Jadi saya pun kalau boleh hendak juga pandangan daripada Ahli-ahli Dewan, adakah kita bersetuju atau tidak dengan kenaikan tarif air sekiranya ditetapkan oleh SPAN nanti. Err… mungkin boleh dapat pandangan daripada Chenor. Setuju ke tak setuiu kita naikkan tarif.

Err… naik tu, kita tidak setujulah.

Itulah masalahnya Yang Berhormat. Saya percaya Ketari pun agaknya kalau tanya dalam Dewan ni, ya, dia kata, dia pun tak setuju. Ha… jadi, maknanya sekarang ni, sebenarnya kita bersama-sama, bukan sahaja Kerajaan Persekutuan yang kita lihat menekan kita untuk menaikkan tarif ya, jadi pengguna pun hendak perkhidmatan yang baik, jadi saya harap seluruh isi Dewan sama-samalah me…me…memikul tekanan ini. Kita selesaikan sebaik mungkin, kita beri mandat sepenuhnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana perundingan masih lagi berjalan. Jadi saya harap tidak ada kenyataan-kenyataan politik di luar sana yang menafikan, kebenaran fakta-fakta tentang situasi semasa. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak apa Yang Berhormat. Kita pergi soalan berikutnya. Saya jemput Wakil dari Pulau Manis.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Dato’ Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 6.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada ADUN Pulau Manis, yang bertanyakan tentang peruntukan yang diberikan oleh kerajaan sama ada peringkat pusat mahu pun negeri terhadap pembangunan belia di negeri Pahang ini. Dan dilihat dalam soalan tersebut menggambarkan seolah-olah memang belia ni, banyak masalah. Kita dah bagi tahu bahawa dalam Dewan Yang Mulia ini, bukan belia sahaja masalah, ramai lagi yang bermasalah. Kalau tengok menteri-menteri dalam Dewan Rakyat tu, lagi banyak masalah daripada belia-belia. Apa pun, Yang Berhormat Yang di-Pertua, pihak

kerajaan Negeri telah menyelaraskan peruntukan Kerajaan Persekutuan berkaitan dengan belia.

Melalui Kementerian Belia dan Sukan, telah mendapat beberapa peruntukan dalam RMK ke11 iaitu sehinga tahun 2019 yang mana bajet bagi peruntukan pembangunan belia adalah berjumlah RM8.65 juta yang diagihkan melalui pembangunan pusat belia. Antaranya iaitu, Pahang Skills Development Centre, Pahang. Mana kala peruntukan Kerajaan Persekutuan daripada tahun 2016 hingga 2019 adalah berjumlah RM1 billion.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Untuk pengetahuan Sidang Dewan yang Mulia ini, pihak kerajaan sentiasa mengambil prihatin tentang permasalahan golongan belia pada masa kini. Pelbagai bantuan telah disediakan bagi membantu golongan belia supaya sentiasa bersedia untuk bersama-sama pihak kerajaan di dalam arus pembangunan negara dan negeri. Pembangunan belia perlu dibangunkan melalui pengembangan ilmu bagi memantapkan jati diri dan kepimpinan golongan ini. Dengan pemantapan ilmu, golongan ini diharap akan lebih berdaya saing dan maju untuk menghadapi arus pembangunan di era globalisasi. Bantuan yang diberi… yang diberikan oleh kerajaan dalam membangunkan belia adalah melalui pelaksanaan latihan-latihan serta kemahiran kepada para belia dari pelbagai agensi.

Ini termasuklah apa yang saya sebutkan tadi, pihak PSDC. Kalau dilihat dalam kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak PSDC ini, berpuluh-puluh kursus yang sangat sesuai untuk para belia. Dan kita lihat dalam rekod kursus-kursus yang dianjurkan ini, ramai di kalangan belia negeri Pahang err… berkursus di PSDC.

Selain itu, untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Sidang Dewan, latihan kemahiran juga diberikan kepada golongan belia yang mana ianya adalah untuk meningkatkan kemahiran sekali gus memberi input baru kepada golongan tersebut. Sebagai contoh, sebagai contoh, di Perlimen Pekan sendiri, kawasan Yang Berhormat, err… kita ada IKBN. Institut Kemahiran Belia Negara, Pekan dan juga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh, bukan sahaja menawarkan latihan-latihan kemahiran tetapi juga memperuntukkan insentif kepada golongan belia yang berkenaan.

Dan satu kelebihan untuk makluman Yang Berhormat Kawasan. Di IKBN Pekan tu, latihan yang ditawarkan adalah dalam bidang pembuatan badan kapal terbang ya. Bukankanlah makna kapal terbang yang airbus 380 tu, tetapi maknanya konsep material, raw material tu, ada ya, untuk lights flight dengan izin, chesna dan sebagainya, ya, yang ditawarkan adalah dalam bidang pembuatan badan kapal terbang iaitu latihan berkenaan telah memberikan manfaat kepada belia, mana kala di IKBN Temerloh ia lebih kepada bidang automotif ya. Ha… dan di Pekan dah ada Hub Automotif, jadi kita tengok IKBN di Temerloh difokuskan kepada bidang automotif.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Latihan-latihan yang diberikan di Institut Kemahiran Belia tidak hanya tertumpu kepada bidang kemahiran sahaja. Malah para pelatih juga akan dibangunkan dengan kemahiran keusahawanan-keusahawanan yang membolehkan mereka mengembangkan bakat keusahawanan mereka selepas tamat pengajian. Agensi-agensi lain yang juga ada menyediakan pelbagai kemudahan serta latihan kepada golongan belia ini, antaranya ya, saya sebutkan, iaitu MARA, TEKUN, SME Bank, TEB

atau Tabung Ekonomi Belia yang menjana kepada Tabung Ekonomi Belia, err… dan juga Skim Belia Tani, SBT ya. Kalau saya sebut satu-satu ni, yang mana proses kedua ini juga adalah menyokong kepada dasar pembangunan belia negara dan juga wawasan 2020 melibatkan belia dalam ekonomi perniagaan.

Kita juga ada PUNB, ya, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, yang ditubuhkan sejak tahun 1991 yang mana telah memberi banyak peruntukan-peruntukan, sama ada diperingkat negara mahu pun di peringkat negeri Pahang ini, yang telah menyaksikan ramai di kalangan anak-anak muda yang berjaya, yang pinjamannya lebih selamat dan lebih terjamin bukan sahaja bermula RM500 sehinggalah RM500,000.00. Ha, ini nak menunjukkan bahawa, agihan pinjaman serta kelulusan oleh pihak tersebut, err… sangat banyak. Dan kita ada juga err… GLC State dengan izin, atau pun agensi-agensi Kerajaan Negeri Pahang seperti Yayasan Pahang ya, yang banyak memberi kredit pinjaman atau pun bantuan kursus-kursus serta err… khidmat kepada anak-anak muda belia kita ini untuk er… disalurkan kemahiran atau kebolehan mereka ini sama ada dalam agropreneur dan atau pertanian ataupun er… bidang-bidang keusahawanan yang lain.

Begitu juga er… dalam masa terdekat ini insya-Allah er… kami akan cuba er… membawa er… agensi-agensi kerajaan ini untuk bersama dengan anak-anak muda yang telah berjaya er… dalam korporatnya, dalam keusahawananya untuk er… mengambil rakan er… strategik ya. Walaupun kita tengok hari ini negeri Pahang bersendirian dengan erti kata tidak lagi mempunyai er… pentadbiran ataupun tadbir urus yang selaras dengan Kerajaan Pusat, sebab itu kita juga yakin bahawa dengan adanya GLC-GLC ini, kita akan sinergikan dengan anak-anak muda ini supaya mereka lebih berdaya saing dan berdaya maju dan tahu apa yang er… GLC-GLC ini boleh membantu mereka seperti PKNP, PKPP dan sebagainya.

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua,

Kerajaan juga tidak memencilkan dan mengenepikan golongan belia yang telah terlibat secara langsung dalam bidang keusahawanan. Sebagai contoh Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah yang telah dijadikan pusat latihan bagi membangunkan usahawan di seluruh negara, bermula dari bidang yang hendak diusahakan sehinggalah kepada pemasaran produk. Di antara kursus yang ditawarkan adalah rancangan perniagaan, digital online business er… food and beverage industry, pengurusan kewangan, kursus kemahiran kormersil ataupun simenfero, komunikasi perniagaan, kursus ternakan ikan air tawar, kurus fertigasi dan sebagainya.

Kursus-kursus ini tidak hanya tertumpu kepada perniagaan semata-mata, tetapi juga menjurus kepada pertanian. Sebab itu dalam ruang lingkup yang ada ini juga saya ingin sampaikan bahawa, kita di negeri Pahang ini Aalhamdulillah ya melalui Jabatan Pertanian dan juga melalui er… Exco yang berkenaan ya, saban tahun kita akan er… dapat tahu ada peruntukan-peruntukan ataupun keluasan-keluasan tanah pertanian melalui skim ataupun kaedah TKPM ini ya, yang diluluskan di daerah-daerah tertentu, yang mana kita syorkan supaya di kalangan anak-anak muda ini juga dapat diberi ruang untuk menyertai er… skim dalam TKPM ini ya.

Dan begitu juga er… kita lihat pada hari ini bukan setakat pertanian tapi kita perlu cari modul baru untuk anak-anak muda ini termasuklah e-Sport ya, e-Sport ha... ni memang menjadi kegilaan anak-anak muda ya. Ha… ni pun satu masalah juga dalam keadaan eSport begitu diminati, digilai ramai kita akan lihat juga er… keadaan di mana anak-anak muda ini tidurnya kurang dan sebagainya. Dan kita tengok anak-anak kita

sendirilah ya, tuan-tuan boleh lihat er… yang cucu-culu lah ya kalau dia balik kampung tu dia duduk empat, lima orang boleh gelak-gelak dia duduk jauh-jauh. Dia pegang handphone masing-masing, tak kiralah ayah dia lebai ke, iman ke, YB ke apa memang masalah belaka ya nak cerita tentang masalah ni hari ini memang masalah banyak. Tapi macam mana kita nak handle masalah tersebut dan kadang-kadang saya tengok sendiri contoh er… anak-anak muda pada hari ini ya dia kalau di Kuantan anak muda dia cara hidup di Kuantan. Budaya setempat ya. Dia kata apa tu Al-Biah, Al-Muhibah apa ni surrounding area tu ya, dengan izin, makna kawasan persekitaran tu dia akan mempengaruhi keberadaan anak-anak muda ini.

Kalau kita tengok di Pulau Tioman anak-anak muda sana dia tak suka main badminton. Dia nak pergi kepada pembangunan diving, dia nak pergi surfing, dia nak pergi hat jenis lau-laut ni ha dia nak berlumba dengan ikan lumba-lumba. Ha dia tak nak berlumba basikal tak nak. Jadi kalau kita tengok pulak di belah Lipis er… di belah Benta Hulu sana ya, ha dia minat motor cross, di Maran, Chenor dia minat motor cross antara lainya. Sebab tu saya sebut di taburan atau populasi keberadaan belia tadi mempengaruhi er… pembangunan-pembangunan baik usahawan dan sebagainya.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua,

Saya ingat cukuplah setakat itu, panjang lebar dah. Terima kasih.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Yang Berhormat. Sila Pulau Manis.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Dato’ Yang Di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasihlah kepada Wakil Kerajaan yang begitu panjang lebar sekali memberikan penjelasan dan huraian berkaitan dengan kedudukan belia kita pada masa kini dan saya mengucapkan terima kasih jugalah kepada Kerajaan PH yang masih mengekalkan… apa ni, IKBN. Tapi walau bagaimanapun saya merasa terkilan apabila sebelum… belia ni banyak kategori dia sebenarnya. Sebelum dia duduk di IKBN itu, dia sebenarnya apabila habis pe… er… pembelajaran dia di peringkat SPM ataupun STPM dia adalah wajar untuk masuk ke PLKN.

Jadi sekarang soalan saya, kenapa PLKN ataupun Pusat Latihan Khidmat Negara yang kita wujudkan yang sebenarnya sangat baik untuk memberi er… apa ni pendedahan kepada anak-anak muda ataupun kaum belia kita, supaya dia boleh menyesuaikan diri dia ke alam masyarakat, itu yang pertama. Yang keduanya pula, saya juga ingin bertanya berkaitan dengan ura-ura daripada pihak kerajaan sekarang yang mengatakan bahawa untuk menjadikan umur 18 tahun sebagai mereka yang layak untuk menjadi pemilih atau pengundi dalam sesuatu pilihanraya. Jadi adakah er… kumpulan yang masih bersekolah ini juga telah dikategorikan sebagai kaum belia? Okay, terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Terima kasih kepada ADUN Pulau Manis yang bertanyakan beberapa soalan tambahan ataupun mohon pandangan daripada pihak kerajaan. Er… PLKN ini er… sebenarnya suatu er… latihan yang baik untuk anak-anak muda kita. Cuma tinggal lagi kita harini kita dekat pusat kita tidak memerintah dan ia melibatkan dasar dan polisi er… negara dan juga kestabilan er… ekonomi. Kalau kita tengok pada hari inilah dia kata, dia kata. Tapi sebenarnya kalau er… perkara ini dapat diteruskan kita amat alu-alukan. Jadi saya tidak dapat komen panjang perkara ini tapi maknanya er… memang bagus ya, oleh kerana er… selalu diwar-warkan Kementerian terbabit, kekangan kewangan dan juga pengurusan serta urus tadbir er… kem-kem latihan ini banyak masalah, maka mereka menghentikan. Sedangkan objektif dan juga matlamatnya sangat-sangat bagus, very-very good untuk makluman. Cakap Orang Putih sikit.

Untuk makluman Dato’ Yang Di-Pertua, Perkara yang kedua…

Mencelah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada lagi? Sambung lagi?

Sekejap ADUN Luit ya. Saya suka ADUN Luit mencelah, lembut orangnya. Umur 18 er… dicadangkan untuk er… buat jadi pengundi dan sebagainya ya. Kita tahu bahawa [Bacaan dalam Bahasa Arab] muda-mudi tiang seri negara ya, tak dok orang muda dia akan jadi macam negara-negara tertentu yang tinggal orang tua-tua sahaja. Tapi orang tua-tua ni, tak panggil orang tua, orang lama-lama ya, kalau tengok pergi belah Moscow sana ya umur 100 lebih boleh main bola lagi, hebat. Yang Berhormat Di-Pertua pernah pergi Moscow? Belum lagi?

Yang di-Pertua (Speaker)

Bawalah saya.

Ha nanti kita tengok apa kursus yang ada di sana insya-Allah.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua,

18 umur ni bukanlah kata 18 sahaja. Hari ini belia, belia sahaja, nak masuk ketegori belia hari ini umur 15 tahun. Bayangkanlah 15 tahun tu tingkatan berapa? Tingkatan 3 ya, tingkatan 3 ni muda sangat. Orang kampung kata muda berdene. Jadi, kita tak tahu umur 15 tahun 12, 13 ni dia ada dunia dia sendiri, dunia dia sendiri. Saya tanya anak saya sebagai contoh, tuan puan pun ada anak, umur 19 bukan 15. 19 saya tanya, tentang kepimpinan negara, tentang hala tuju nak ke mana. Dia tak tahu, dia dalam dunia dia. Ha, bayangkan anak zaman sekarang ni. Betul ADUN Beserah? Ha itu hak tahap ADUN Beserah hak yang masjid tak tinggal, masyarakat tak tinggal, lebih kurang

kita jugalah (Ahli Dewan menepuk meja). Ha, tapi makna kata, keadaan sekarang ni memang cukup kritikal dari segi pembangunan anak-anak ni, ya. Kalau kita dulu tengok nak berkahwin sebagai contoh, bukan baru berkahwin baru nak memikir tentang keturunan. Sebelum kahwin tu dah Tok Nenek kabor, sunnah Nabi pun kabor, yang pertama kalau nak merisik tu tengok menda… kuku? bukan kuku, tengok tapak tangan… ke tapak kaki?

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya dulu tengok muka je.

Saya lupa Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, kaki ke tangan?.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tapak tangan.

Ha dia kata kalau boleh tengok tapak kaki ataupun tapak tanganlah yang mudah tengok kaki payah. Kalau merah tu, subur. Betul Yang Berhormat Tanjung Lumpur? Ha, sebab dia ada kelebihan yang kami tak dapat nikmati setakat ini. Jadi, kalau tengok tanam tapak tangan merah maknanya subur. Tapi hari ni budak-budak tak reti tengok merah tak merah. Bila kita tanya tengok tangan merah, dia kata denggi, lain, persepsi. Nanti saya tanya YB. Semambu pun tau. Jadi pada hari ini, memang dalam dunia dia Yang Berhormat Yang di-Pertua, memang susah. Susah nak kenal pasti ni tapi oleh kerana globalisasi tadi menyebabkan dunia luar, dunia Eropah, seluruh dunia hari ni, anak-anak muda peringkat pemikiran, dia peringkat pembangunan minda dia, berbeza. Itulah nak cadangkan pada umur-umur seperti yang disebutkan tadi dan kita tengok yang saya nak sebut tadi, macam nak kawin tadi, bukan setakat tengok tu je, boleh sambung sikit-sikit lagi? Ha, sikit lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bolehlah Yang Berhormat.

Bahkan kalau kita nak memukat bini kita, dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua, nak memukat bini kita, kita diseru baca doa sebelum jin, iblis memukat bini kita. Memukat, memukat Dato’, Yang Berhormat Dato’ paham maksud memukat? Faham ya? Maknanya kita kena baca doa dulu. Doa dia saya… Syed Ibror tak de.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalannya saya pun susah juga nak kawal Exco Belia ni..

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalannya ni apa, jawabnya apa? Saya pun tak tau. (Ahli Dewan ketawa)

Tak, tak nak cerita Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ni semangat nak menjawab ni, Yang Berhormat Yang di-Pertua, berilah peluang saya menjawab sikit lagi ni. Sebab saya semangat jarang lama macam ni. Sebab saya bila tengok Pulau Manis saya geram, sebab dia kawan saya. Saya nak beritahu bahawa, hari ni proses pembangunan minda anak-anak ni perlu kita terap, kita galur betul-betul dan kerajaan melihat hari ni perlu kita seiring sejalan dengan dunia luar. Sebab itulah peringkat-peringkat umur, peringkat-peringkat usia tadi perlu kita selaraskan mengembalikan kematangan budak-budak ni pada level dan tempatnya, ya. Jadi itulah sedikit sebanyak jawapan saya kepada Yang Berhormat Pulau Manis, tapi saya sambung cerita yang tadi kat luar dengan Yang Berhormat. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sebab Semambu dia nak…

Semambu dulu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Seronok soalan belia ya.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Terima kasih, hari ni turut er… untuk makluman dewan yang mulia ini terdapat rombongan daripada Pemuda Pakatan Harapan Pahang yang berada di anjung, jadi ini salah satu juga cara untuk mendekati anak muda bersama ya, terima kasih. Saya ingin menuju kepada soalan Majlis Perundingan Belia Negeri. Saya difahamkan Menteri Belia dan Sukan telahpun melantik Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negeri. Boleh saya tau apakah peranan dan apakah hala tuju Majlis Perundingan Belia Negeri untuk tahun ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Soalan daripada sahabat saya Semambu, jiran Stadium Darul Makmur. Jadi, berbalik kepada apa yang dibangkitkan memang betul ya, dan kita sebenarnya juga mengalu-alukan tidak menjadi kesalahan bahkan kita bangga juga kerana pihak tertinggi Kerajaan Negeri dijemput sekali untuk menerajui kepimpinan belia peringkat negeri dan ini menambah baik lagi apa yang ada, dan kita mengharapkan bukan setakat itu sahaja ya dan hari ini juga DO-DO ataupun Pegawai-pegawai Daerah kita juga mempengerusi Majlis Perundingan Belia di peringkat daerah dan sebenarnya juga benda ni pernah juga berlangsung dalam skop daerah pada suatu masa yang lalu, tapi untuk yang mutakhir ini apa yang dibawa oleh YB. Menteri, kita menyambut baik dan kita lihat memang belia-belia hari ini perlu pada satu tonggak yang utuh, yang kukuh dan gagah especially, dengan izin, kewangan. Sebab itu saya nak ucap terima kasih

Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita selaku peneraju Kerajaan Negeri telah memperuntukkan kepada Majlis Belia Negeri RM50 ribu setiap tahun untuk pengurusan dan pentadbiran.

Begitu juga kepada daerah-daerah, Majlis Belia Daerah, sejumlah peruntukan begitu juga badan-badan gabungan dan kita mengharapkan supaya dalam cadangan kita akan datang ini, kita nak pastikan supaya ditambahkan lagi peruntukan pengurusan pentadbiran ini kepada dua kali ganda untuk meringankan beban pengurusan pentadbiran di peringkat pengurusan masing-masing. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah terima kasih Yang Berhormat, kita pergi kepada soalan berikutnya, saya jemput wakil dari Tanah Rata.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin kemukakan soalan nombor 7.

[Apakah langkah-langkah dan usaha untuk mempertingkatkan jaringan internet di Cameron Highlands agar sejajar dengan komitmen kerajaan dalam menjayakan Industri 4.0?]

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada ADUN Tanah Rata telah mengemukakan soalan nombor 7. Di antara inisiatif-inisiatif yang diusahakan oleh pihak Kerajaan untuk meningkatkan jaringan internet di Cameron Highlands adalah; yang pertamanya ialah menambah perkhidmatan jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi HS… High Speed Broadband dengan izin Tuan Yang di-Pertua, UNIFI oleh pihak Telekom Malaysia. Buat masa ini di Tanah Rata dan Brinchang ada terdapat UNIFI yang berkelajuan 100 megabyte per second, di Ringlet 10 megabyte per second dan Tringkap dan Kampung Raja dalam pelaksanaan dan akan dinikmati tidak lama lagi.

Yang keduanya, perluasan perkhidmatan jalur lebar mudah alih kepada 3G dan 4G dibawah inisiatif perluasan jalur lebar mudah alih. Sehingga kini terdapat 56 menara di Cameron Highlands, 22 menara adalah milik SKMM manakala selebihnya adalah menara komersial. 18 menara telah dinaik taraf kepada 3G dan 4G, 24 lagi sedang dinaik taraf dan dijangka siap pada suku tahun keempat 2019. Ini termasuklah juga pembinaan menara… 11 menara komersial yang baru yang akan memberi kemudahan di antara Felda Sungai Koyan dan juga Lembah Bertam. Sekian.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Soalan tambahan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih pihak wakil Kerajaan, terima kasih atas penjelasan kamu. Difaham.. difahamkan, difahamkan dua Perumahan Makmur yang baru disiap sediakan di Tanah Rata dan Lembah Blue Valley ini, perkhidmatan yang di.. perkhidmatan jaringan internet dan juga tele… telekomunikasi yang disediakan ini tiada ataupun tidak memuaskan. Oleh itu, adakah pihak Kerajaan bercadang untuk Perumahan Makmur yang akan datang mewajibkan kontraktor ataupun mewajibkan Perumahan Makmur ini menyediakan perkhidmatan internet dan telekomunikasi. Terima kasih.

Terima kasih kepada soalan dan juga cadangan daripada Tanah Rata dan saya mengambil maklum perkara ini dan akan saya cuba bincangkan bersama dengan er… apa ni rakan sejawatan saya, er… EXCO Perumahan dan juga buat masa ini saya akan mengambil kira pandangan tersebut dan akan memaklumkan pada perumahan-perumahan yang kawasan perumahan yang belum siap, sudah siap itu dan memaklumkan kepada pihak Telco lah untuk mengambil tindakan selanjutnya ya, sekiranya didapati sesuai dengan keadaan. Terima kasih.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Dato’ Sri Yang di-Pertua, boleh saya mencelah?

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, mencelah.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya bukan berkaitan dengan soalan tapi berkaitan dengan ayat yang dilafazkan oleh Tanah Rata. Tanah Rata menyebut “terima kasih di atas penjelasan kamu”, sesuai ke kita menggunakan ayat yang macam tu dalam Dewan? Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Tanah Rata.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Mohon beri pandangan, mungkin saya salah silap katalah, kurang hormatlah, yang sepatutnya guna perkataan wakil kerajaanlah. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasihlah beri bagi pandangan dan tunjuk ajar. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, dia baru belajar. Terima kasih.

Boleh soalan tambahan?

Yang di-Pertua (Speaker)

Apa tu? Sila Yang Berhormat.

Boleh. Soalan tambahan saya, kalau sekiranya er… pihak kerajaan boleh, boleh bersedia dengan jawapannya kalau boleh. Kalau tidakpun kemudian tak apa. Saya cuma nak tahu, sehingga kini di negeri Pahang berapa percent kah percentage liputan

jaringan internet yang telah berada sehingga kini? Terutamanya… itu pertamanya di Pahang, kalau boleh jawapan di Bera sebagai soalan kedua saya. Terima kasih.

Soalan cepumas Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya cuba jawab lah. Er… sehingga 2018 er… berbanding dengan 2017, kedudukan Negeri Pahang adalah yang ke-11, 2017 dengan liputan sebanyak 39%. 2018 maknanya 2017, akhir 2017 er… kedudukan Negeri Pahang telah meningkat kepada kedudukan yang ke-10 dengan capaiannya sebanyak 85%. Tapi untuk soalan di Bera tu, makna saya kena memberi jawapan secara bertulis. Tak ada maklumat pada saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat, kita pergi kepada soalan yang berikut. Saya jemput Wakil dari Chini.

Assalamualaikum WBT. Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 8.

[Pengurusan FELDA dikatakan telah mengambil langkah untuk menyelesaikan mana-mana isu yang berbangkit.

1.1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh FELDA untuk menyelesaikan isu-isu kelewatan pembayaran hasil dan pembayaran pendahuluan kepada peneroka?

1.2. Berapakah aset-aset FELDA yang telah dijual dan berapakah nilai keseluruhan hasil jualan berikut?]

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya ADUN dari Chini. Saya akan menjawab soalan berkenaan dengan masalah isu kelewatan bayar hasil dan juga pendahuluan kepada peneroka dan juga aset-aset FELDA yang akan dijual. Pada masa ini, FELDA bersama Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sedang merangka langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi tindakan yang diambil untuk menyelesaikan isu kelewatan pembayaran hasil bayaran pendahuluan kepada peneroka-peneroka. Antara langkah yang akan diambil dan dilaksanakan oleh FELDA adalah merealisasikan aset-aset FELDA, menstrukturkan semula pinjaman FELDA, mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan dan kaedah-kaedah lain dalam mempastikan kedudukan aliran tunai FELDA dipulihkan dan tidak lagi berlaku kelewatan dalam pembayaran hasil serta bayaran pendahuluan kepada peneroka-peneroka FELDA.

Dalam proses merealiasikan ini, FELDA dijangka melaksanakan penjualan aset-aset FELDA yang bukan strategik seperti hartanah di London, Sarawak dan Sabah yang dibeli dengan kos sebanyak RM2.2 bilion dan pada masa ini FELDA masih dalam proses untuk melaksanakan penjualan aset-aset tersebut. Isu-isu dan langkah-langkah dalam pemulihan pengurusan kewangan FELDA, telah dibentang secara terperinci dalam kertas putih yang dibentang di Parlimen baru-baru ini. Sekian, terima kasih.

Dato’ Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada Wakil Kerajaan telah menjawab berhubung dengan masalah semasa FELDA itu sendiri. Berhubung dengan er… yang diumumkan oleh FELDA atau pun kerajaan bahawa bayaran sara hidup yang mana dibayar RM1500 untuk dibuat kajian tetapi pada hari ini, kajian tersebut telah dilaksanakan, bayaran sara hidup sebanyak RM1000. Saya nak bertanya bolehkan pihak kerajaan atau pun FELDA mengekalkan bayaran sara hidup ini RM1500? Kerana dari segi kos yang ada kos sara hidup yang ada dan juga bayaran pinjaman individu itu sendiri, kerana pada hari ini dalam situasi keadaan harga kelapa sawit merudum dan juga potongan kadar hutang sekarang ni dipotong er… mengikut hutang yang ada. Makna sekarang ni, Warga FELDA ada yang dapat RM20, RM30 atau pun hujung bulan langsung tak ada. Oleh itu, saya memohon pihak kerajaan atau pun FELDA mengkaji potongan hutang mengikut kesesuaian pendapatan Warga FELDA itu sendiri. Terima kasih.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Terima kasih ADUN Chini, bekas Pengerusi EXCO FELDA yang sensitif, prihatin terhadap peneroka-peneroka FELDA. Saya suka menggunakan perkataan bekas, saya tak suka mengguna perkataan mantan. Dalam istilah dictionary, mantan ni mundar-mandir tepi jalan, sepak kertas tak ada kerja. Jadi saya gunakan perkataan bekas. Terima kasih, soalan yang prihatin kepada peneroka-peneroka FELDA.

Dalam kertas putih yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini, sejumlah wang RM480 juta diperuntukan oleh kerajaan untuk FELDA, untuk merealisasikan pembayaran sara hidup peneroka-peneroka dan saya sangat setuju selaku EXCO FELDA, Kerajaan Negeri dan selaku anak peneroka FELDA, bersetuju RM1500.00 dikekalkan kerana 2019 Februari baru-baru ini, FELDA yang diperintah oleh Kerajaan Parti Harapan, telah menurunkan sara hidup kepada RM1000. Jadi saya berharap dengan peruntukan yang ada pada hari ini iaitu RM480 juta dan juga penjualan aset-aset er… FELDA pasti boleh mengekalkan seperti Kerajaan Barisan Nasional dulu memberi RM1500.00 sara hidup kepada peneroka-peneroka FELDA.

Soalah kedua, berkenaan dengan pembayaran balik hutang FELDA. FELDA dalam kertas putih… kertas putihnya iaitu telah mengadakan satu skim baru iaitu Skim Pengurusan Aset FELDA atau singkatan SPAC, S.P.A.C. Dalam skim ini, FELDA akan berunding dengan peneroka mengikut kemampuan peneroka FELDA. Peneroka-peneroka untuk bayar balik berdasarkan pendapatan bulanan, tiap-tiap bulan. Maknanya tidaklah seperti sekarang, bayar hutang mengikut kehendak-kehendak potongan daripada FELDA sahaja. FELDA akan berunding dengan peneroka untuk melihat kemampuan FELDA membayar balik berdasarkan kepada pendapatan bulanan dan juga secara detailnya saya pun tidak dapat maklum lagi apa maknanya SPAC. Skim Pengurusan Aset Canggih ini, yang baru diutarakan. Pada pukul 11 pagi ini, saya dapat maklum bahawa PC, dengan izin, akan diadakan oleh Tan Sri Pengerusi FELDA untuk mendetailkan apa itu SPAC, untuk menyelesaikan masalah peneroka FELDA yang ketika ini terharu dan juga rungsing di atas kejatuhan harga sawit. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan. Boleh?

Yang di-Pertua (Speaker)

Kemayan.

Saya, Dato’ Yang di-Pertua, saya tertarik dengan kaedah penjualan aset-aset FELDA oleh pihak kerajaan Pakatan Harapan. Er… soalan saya yang pertama, dalam penjualan aset-aset FELDA ini, adakah perancangan juga oleh kerajaan untuk menjual kilang-kilang sawit yang dikatakan sebelum ini ada khabar-khabar angin mengatakan kilang, ada kilang sana nak ditutup, nak dijual. Adakah terlibat dengan penjualan kilang? Satu perkara.

Yang keduanya, sebelum pilihanraya dulu, sebelum PRU ke-14, masa itu kita telah merancang untuk mengadakan tapak-tapak rumah hah [berdehem] untuk pemberian tapak-tapak rumah pada peneroka, anak-anak peneroka generasi kedua FELDA. Dan setakat ini apakah perancangan ke atas tanah-tanah tersebut? Terima kasih.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Saya selaku EXCO FELDA tidak dapat maklum bahawa kilang-kilang ini akan dijual tetapi yang saya tahu, bulan er… akhir tahun lepas, hanya penutupan er… kilang-kilang FELDA yang diuruskan oleh FGB kerana tutupnya…kerana terlalu…tak cukup buah sawit, operasi buah sawit. Nombor dua kerana kilang-kilang tersebut berhampiran. Terutama yang terakhir tutup tak silap saya Lepar Utara 1 kerana berhampiran Lepar Utara 1, lebih kurang… lebih kurang 15-14 kilometer terdapat satu kilang Lepar Utara 6. Maka penutupan tersebut untuk er… menanggung kos kerana tidak ekonomik kilang-kilang itu dibuka. Tetapi setakat ini FGB tidak akan er… saya dapat tahu FGB tidak akan menjual kilang-kilang tersebut kerana kilang tersebut adalah hakmilik FELDA peringkat asalnya. Sekian, terima kasih.

Nombor 2, berkenaan dengan tanah, saya akan jawab tanah tersebut dalam sesi penggulungan saya selepas ini. Sebab dia boleh tidak tertakluk kepada soalan induk. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tepat Yang Berhormat. Soalan… akhir, ya.

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya melihat jawapan diberikan oleh pihak kerajaan sedikit er... longgar dari sudut nak mempertahankan er… kebajikan dan juga er… sara hidup terutama sekali peneroka FELDA. Kita kena lihat, Kerajaan Negeri Pahang, kita ada 115 rancangan daripada 321 keseluruhan Rancangan FELDA dalam negara ini. Bermakna majoriti atau kemasyarakat er… FELDA ini duduk di Pahang. Lebih daripada separuh, duduk dalam negeri Pahang. Jadi Pahang, kita sebagai er… kawasan yang mempunyai peneroka yang paling ramai dan juga luas, kita ada kepentingan yang besar.

Jadi Kerajaan Negeri, saya harap ada satu rancangan… ada satu er… cadangan balas kepada pihak kerajaan, bagaimana cara dan kaedah terbaik yang kita boleh berikan kepada peneroka yang majoriti penduduknya duduk dalam Pahang ini, keselesaan sepertimana yang diminta oleh ADUN Chini sebentar tadi, bahawa kita kembalikan

RM1,500 ini sebagai sara hidup peneroka FELDA dan kita mesti ada satu cadangan balas yang lebih baik supaya boleh dilaksanakan oleh er… pihak kerajaan.

Jadi, setuju pihak kerajaan kalau boleh kita kumpulkan cadangan-cadangan ini, kita kemukakan kepada pihak FELDA? Atas asas, kita mempunyai kepentingan yang paling besar dalam FELDA untuk rakyat negeri Pahang. Terima kasih.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Saya dalam ucapan… saya tadi… dalam jawapan saya tadi, saya memang setuju RM1,500 di bagi kepada peneroka-peneroka FELDA sebagai sara hidup seperti Kerajaan Barisan Nasional buat dulu dan sekarang baru-baru ini hanya dalam kertas putih hanya RM480 juta sahaja diberi oleh Kerajaan untuk FELDA untuk kos… untuk menanggung sara hidup peneroka-peneroka FELDA.

Saya berharap semua Wakil Rakyat-Wakil Rakyat mempunyai skim-skim FELDA er… menyatakan hasrat untuk mengekalkan RM1,500 dan saya berharap juga kepada Kerajaan PH hari ini, kalau RM480 juta tak cukup untuk sara hidup, maka kalau dulu Kerajaan Barisan Nasional yang Menteri Kewangan akan top up dengan izin, duit tak cukup RM480 juta ditambah lagi RM500 juta untuk mempastikan keselesaan peneroka-peneroka FELDA dan saya harap sekali lagi menyeru kepada Wakil Rakyat-Wakil Rakyat Kawasan ADUN masing-masing yang mempunyai FELDA, menulis surat kepada Kerajaan Negeri untuk saya bersama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyatakan hasrat untuk er… mengekalkan sara hidup sebanyak RM1,500 seperti yang Barisan Nasional dahulu laksanakan. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan berikutnya Wakil Semambu.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan 9.

[Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menaik taraf longkang atau sistem perparitan yang rosak dan kecil serta tidak lagi mampu untuk menampung penggunaan air yang semakin banyak terutamanya di kawasan Perumahan Cenderawasih, Indera Mahkota (IM) 1 dan kawasan perumahan lain yang mencecah 20 tahun?]

[Ayat al-Quran].

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Er… sebelum saya jawab soalan ini, saya nak menerangkan sedikit tentang senario banjir yang berlaku di Kuantan terutamanya melibatkan sebahagian bandar dan juga kawasan Cenderawasih.

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, pada tahun 2012 kejadian banjir telah berlaku di pusat bandar Kuantan melibatkan lembangan Sungai Galing, hujannya selama 1 jam sahaja. Hujan selama 1 jam tetapi dalam waktu tengah hari, saya ingat dalam pukul 1

atau pukul 2 macam tu er… tetapi jumlah hujan itu adalah sebanyak 320 millimiter dalam tempoh 1 jam.

Manakala pada tahun 2013, di mana sebahagian daripada bandar Kuantan terutamanya penduduk-penduduk di sekitar Sungai Isap termasuklah Cenderawasih dan yang sekitarnya telah ditimpa masalah banjir di mana kadar hujan pada ketika itulah sebanyak 900 mm dalam tempoh 48 jam, 2 hari tanpa berhenti ya, sedangkan sistem perparitan yang ada pada ketika itu adalah cuma boleh menampung hujan sebanyak 60 milliliter sahaja ya.

Jadi bayangkanlah, dalam sebuah cawan yang bersaiz… katakanlah 100 mm tapi dicurahkan oleh air yang sebanyak 300 mm ataupun 900 mililiter jadi akan berlakunya limpahan. Keadaan banjir juga yang berlaku di negeri… di Kuantan terutamanya sebab kita ni berhampiran dengan Laut China Selatan, muara Sungai Kuantan, di mana paras airnya, kalau tak silap saya, mungkin JPS boleh betulkan adalah 1.5 meter sahaja ya, paras air laut. Sedangkan kawasan-kawasan yang berada di kawasan yang terlibat dengan banjir ni contohnya di Cenderawasih, parasnya saya tak silap saya 2 point (2.) atau 2.5 meter daripada paras laut sangat rendah.

Apabila berlakunya, air pasang besar, kalau di hujung tahun dia melibatkan er… kalau kita nak rekod yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Meteorologi, pasang besar ni boleh meningkat sehingga 3.8 meter. Bayangkanlah bagaimana er… apa ni keadaan Kuantan ini yang boleh dikatakan atas sikit je daripada paras laut berbanding dengan… lawatan saya bersama MB dan juga Dato’ er… ADUN daripada Benta er… Amsterdam tu 5 meter di bawah paras laut tapi tidak pernah berlakunya banjir ya. Sebelum daripada ini adalah. Tapi untuk makluman er… Semambu bahawa beberapa pihak terutamya JPS dan juga pihak Majlis Perbandaran Kuantan telah mengambil tindakan pada ketika itu telah mengadakan satu quick win untuk mengatasi masalah banjir dan kita dapat peruntukan sebanyak RM50 juta untuk er… menaik taraf longkang, sistem perparitan terutamanya berkaitan di sekitar kawasan Megamall.

Kalau dulu Megamall ini kita tengok, situlah yang berlakunya punca air daripada Bukit Sekilau, air daripada anak Sungai Galing dan bertemu di situ. Apabila bertemu di situ mengalir ke Sungai Galing dan apabila berlakunya paras air pasang menyebabkan er… air ini tidak lepas keluar walaupun pada 2012, walaupun hujan selama 1 jam, sebahagian bandar telah tenggelam. 1 jam sahaja tenggelam. Kerosakan yang dianggarkan pada ketika itu, sebanyak hampir melibatkan perniagaan hampir RM10 juta ya, dan pada 2013 kerosakan dianggarkan yang melibatkan sebahagian Cenderawasih dan juga di Sungai Isap hampir RM110 juta kerosakan yang dialami oleh penduduk.

Jadi apa yang telah kita buat, cadangan, ini cadangan yang dikemukakan oleh pihak JPS terutamanya untuk mengatasi masalah banjir yang dikaitkan dengan masalah sistem perparitan, beberapa kawasan kita telah… sebelum pada ini pun, contohnya di hadapan… sebab di Kuantan ini, cuma ada 1 sungai sahaja yang mengalir ke laut. Sungai Galing mengalir masuk ke Sungai Kuantan, Sungai Belat pun masuk ke Sungai Kuantan, daripada Gambang dan Sungai Lembing semuanya menuju ke muara Sungai Kuantan dan difahamkan muara Sungai Kuantan ini kalau tak silap saya dulu NAHRIM pernah datang, apa ni… Institut Penyelidikan Hidrologi Malaysia pernah datang. Mungkin dia kata 2 per 3 daripada Sungai Kuantan ini, muara sungai ini adalah sediment, dengan izin, ataupun mendapan ya menyebabkan flow tu adalah lambat untuk ke laut.

Di sini er… ada beberapa cadangan daripada pihak JPS untuk mengatasi masalah banjir termasuk di… di bandar Kuantan dan juga Cenderawasih iaitu lembangan sungai bersepadu yang melibatkan kerja-kerja menaik taraf Sungai Belat dan membina struktur pencegah banjir serta kerja-kerja berkaitan. Ini dalam pembinaanlah. Kalau kita tengok pergi ke… ke Pekan tu, sebelah kiri tu, kita nampak kerja-kerja sedang dilaksanakan sekarang.

Dan yang keduanya adalah projek pembinaan dan pencegahan banjir Sungai Pandan dan Sungai Kuantan di Bukit Rangin serta kerja-kerja berkaitan. Ini dalam peringkat reka bentuklah ya tapi ada sedikit masalah sini, saya pernah melawat kawasan ini sebab sini ada Rancangan Rumah Murah bawah YB. Panching ya dan pernah berlaku banjir er… dan saya dapati bahawa masalah ini disebabkan oleh Sungai Pandan telah didivertkan masuk ke kolam, ke kolam ikan, kolam udang tak silap saya, menyebabkan air ni apabila melimpah akan masuk ke perumahan Rumah Murah Pandan ya. Ini sebahagian daripada er… puncalah saya rasa yang berlaku dan memang sungai di… sungai Pandan ni, Perumahan Pandan ini kita dah ada ban yang telah dibina untuk protect air daripada masuk ke kawasan perumahan, sebab dia paras rendah ya.

Dan yang ketiganya ialah… pakej yang ketiga projek pembinaan dan pencegah banjir Sungai Kuantan di kawasan Kampung Cenderawasih dan mempertingkatkan ban sedia ada di Kampung Sungai Isap serta kerja-kerja berkaitan. Ini dalam peringkat reka bentuk. Kalau 2013 kita dengar cerita bahawa er… ban itu pecah di Sungai Isap ya, sama ada dipecahkan oleh pihak tertentu ataupun dipecahkan oleh aliran air, itu saya tak pasti ya. Kalau ban itu tak pecah, saya rasa penduduk di Taman Tas ataupun di Kampung Pandan, Lubuk Puyu sebagainya akan tenggelam lebih teruk daripada er… yang berlaku pada 2013, ini salah satu cadangan reka bentuk.

Dan yang keempat, ini adalah projek untuk mendalamkan Sungai Kuantan dari muara sungai hingga ke Empangan Kobat dan kerja-kerja berkaitan sebagaimana yang saya nyatakan tadilah. Ini er… dalam peringkat penyediaan oleh pihak berkaitan terutamanya pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang untuk mengatasi masalah banjir yang terdapat di bandar Kuantan.

Jadi er… masalah banjir ini juga disebabkan oleh masalah sikap manusia sendiri. Contohnya di kawasan Lubuk Puyu, ya. Pernah lawatan saya dulu er… di mana bahan-bahan tilam, perabot dan sebagainya dibuang ke dalam… apa ni… sistem perparitan ni, parit Lubuk Puyu menyebabkan air tersekat dan menyebabkan kawasan pemindahan banjir di Sekolah Menengah Pandan tu, masuk air jugak sebab ini sikap manusia yang perlu kita didik peringkat awal ataupun peringkat pertengahan untuk mengatasi sebahagian masalah banjir ini, yang sebahagiannya adalah berpunca daripada sikap manusia sendiri selain dari faktor-faktor alam sekitar yang sedia ada.

Saya ingat, itu sahaja jawapan saya yang… sekian, terima kasih.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih atas jawapan yang diberikan tentang er… isu banjir. Soalan tambahan saya lebih menjurus kepada isu longkang-longkang di taman. Er… untuk makluman Dato’ Sri Yang di-Pertua, Taman Cenderawasih, Taman Indera Mahkota 1 dan juga Taman di RRM Semambu semua adalah rancangan rumah murah dulu. Er… selepas 30 tahun perumahan ni dibina er… terdapat banyak longkang-longkang kecil depan

taman, dia mengala… mengalami beberapa masalah. Yang pertama kita nampak ada longkang dah hilang struktur dia, longkang dah jadi macam anak sungai.

Isu kedua, kita nampak ada celah-celah longkang yang mana air meresap masuk dan mungkin menjejaskan struktur rumah. Isu ketiga adalah kita nampak tempatnya bila longkang tu rosak air bertakung, bila air bertakung nampaknya ada penduduk yang dijangkiti er…isu-isu denggilah ya… masalah denggi. Jadi saya ingin bertanya bahawa apabila kita nampak perumahan baru dibina di tepi perumahan lama, longkang yang lama tu tidak cukup untuk menampung keperluan, jadi adakah pihak MPK boleh menjalankan kajian dan adakah rancangan jangka masa panjang untuk upgrade er… sistem perparitan di sana? Terima kasih.

Terima kasih Semambu. Saya ada 2 jawapan di sini. Pertama adalah satu dari segi peruntukan. Er… saya mintalah sahabat saya Semambu dengan kerajaan yang ada sekarang ni, memang pihak Majlis ada minta peruntukan sebagaimana yang saya maklum semalam. Seluruh Pahang ni kita minta dekat RM15 juta, tapi sebab apa, selepas piliharaya peruntukan ni di… diberhentikan ini adalah sebahagian sebab PBT sendiri tidak ada sumber kewangan yang cukup untuk menampung kerja-kerja menaik taraf longkang er… sebagaimana yang dimaksudkan oleh Semambu er… masalah er… longkang perumahan lama contoh di… di Cenderawasih dan juga di Semambu ni memang perumahan lama 30 tahun. Reka bentuk dulu adalah bersaiz kecil… tapi sejak pihak Majlis telah mengadakan satu pelan, paling kurang pun saiz yang berukuran 600mm er… 600mm ni lebih besar dan lebih dalam untuk er… memudahkan aliran air supaya mengatasi masalah er… kawasan perumahan yang tersumbat. Jadi kita memerlukan peruntukan. Sebahagian kawasan kita dah dapat peruntukan dan telah membaiki pun tetapi er… peruntukan tak cukup ni pun sikap manusia juga.

Yang keduanya sikap manusia yang tak bayar cukai. Banyak cukai tertunggak yang tidak menyebabkan kita tak boleh menggunakan peruntukan untuk… cukai ni untuk menampung perkhidmatan kepada rakyat balik ya untuk membaiki longkang dan sebagainya. Tapi bila masalah tunggakan er… berlaku kita ada back log dengan izin menyebabkan kerja-kerja ni tak dapat dilaksanakan. Jadi saya minta bantuan juga rakan-rakan saya daripada pihak kerajaan baru ni membantu kami untuk mendapatkan peruntukan bagi kami untuk pihak kerajaan ni melaksanakan kerja-kerja ni untuk kepentingan rakyat bukan untuk kepentingan kerajaan negeri sendiri. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Kita beralih kepada soalan berikut Wakil daripada Mentakab.

Encik Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 10.

[Ada sesetengah rumah burung walit di Bandar Mentakab tidak mengikut peraturan dan mengganggu penduduk-penduduk. Apakah langkah yang akan diambil untuk kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut?]

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Terima kasih Mentakab atas soalan berkaitan dengan pertanyaan burung walit ya. Burung walit ni kalau nak kira isu yang satu ketika dulu amat… sensitiflah terutamanya melibatkan kawasan-kawasan bandar dimana terdapatnya apa ni bangunan yang diusahakan untuk er… memelihara burung walit. Tetapi kebelakangan ni saya rasa industri burung walit ni dah makin kurang saya rasa, mungkin dari segi er… permintaan dan sebagainya yang menyekatkan. Tetapi walau bagaimanapun untuk pertanyaan berkaitan dengan bangunan-bangunan yang tidak mengikut peraturan ni kita ada garis panduan 2014, garis panduan burung walit, di mana garis panduannya di… disyaratkan kawasan burung walit mesti jauh daripada kediaman dan juga er… kadar bunyi bising kita ukur dalam decibel.

Kadar bunyi bising ini adalah kadar yang tidak mengganggu er… penduduk sekitar. Er… pendengaran biasa manusia ni dari segi percakapan dalam tem… 5 meter ni adalah dalam… decibelnya dalam 65 decibel. Ini yang tolerance dengan… dengan izin, pendengaran manusia. Jika 75 hingga 85 itulah ambang… ambang ni er… yang kita boleh terima pakai berdasarkan kepada keadaan tertentu, tetapi lebih kepada 85 decibelnya akan mengganggu sistem pendengaran dan juga menyebabkan apa ni ketidakselesaan terutamanya kepada pendengaran manusia.

Sebab tu er… kita punya syarat dalam kelulusan apa ni… burung walit ni bangunan ni mesti mendapat kelulusan daripada Majlis dan juga jauh daripada kediaman. Tetapi yang dulu… sebelum pada ni saya rasa dalam kawasan bandar pun ada er… rumah kedai dijadikan sebagai tempat memelihara burung walit dan mengganggu penduduklah, walau pun kita agak dia punya bunyi tu ukuran tu berdesing tetapi ini mengganggu sebenarnya kepada penduduk sekitar yang boleh menyebabkan apa ni… masalah kepada penduduk.

Jadi kita telah memberi notis er… kepada mana-mana bangunan yang didapati satu menjalankan perniagaan tanpa kebenaran Majlis, yang keduanya adalah mengganggu bunyi bising. Kita… bunyi bising ni kalau ikut dia punya ukuran dia memanggil burung walit tu waktu siang sahaja, kalau malam bunyi sampai bila orang nak tidur. Dia boleh mengganggu er… masyarakat. Saya rasa kita akan ambil maklum perkara ni dan kita akan memantaukan dari semasa ke semasa untuk memastikan bangunan yang digunakan untuk burung walit ni mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan tidak memberikan gangguan kepada penduduk setempat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Cheka.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Tuan Yang di-Pertua,

Sesetengah rumah burung walit memang menimbulkan masalah khasnya di kawasan bandar ataupun di kawasan perumahan kepada penduduk sekitar tetapi apabila kami menerima aduan, Pihak Berkuasa pernah tanya kepada saya ada tak mana-mana rumah burung walit yang telah diarah untuk tamat pengoperasinya ataupun ditarik lesennya kerana mengganggu peraturan ataupun syarat yang telah ditetapkan. Kata mereka tak pernah ada rumah burung walit yang dikatakan tak boleh teruskan beroperasi. Terima kasih.

Dari segi tindakan penguatkuasaan ni memang pihak er… PBT ya mungkin disana Majlis Daerah Lipis er… Cheka. Jadi secara detailnya maklumat ni saya akan maklum secara bertulis tindakan-tindakan yang telah di… diambil er… kalau boleh kita ambil tindakan ni untuk kebaikan semua pihaklah saya akan maklum secara bertulis nanti. Okay. Terima kasih.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Soalan tambahan.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Hormat,

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Soalan tambahan.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan di-Pertua,

Er… saya dimaklumkan bahawa tadi er… pihak kerajaan beritahu ada garis panduan er… dilaksanakan pada er… dimulakan pada 2014. Saya nak tahu, apakah tindakan jika er… pemilik-pemilik burung walit ni dia mereka melanggarkan garis panduan tersebut, apakah tindakan akan diambil oleh Pihak Kerajaan Tempatan? Itu soalan pertama. Keduanya saya diberitahu daripada orang awam bahawa beberapa er… Kerajaan Tempatan telah menaikkan er… apa tu license… harga license banyak dari RM250 hingga ke RM1,000 sebahagiannya. Saya… bolehkah saya tahu adakah er… kenaikan harga ini dilaksanakan di seluruh negeri Pahang ke er… Kerajaan Tempatan masing-masing. Itu kedua. Ketiga er… daripada orang awam juga mereka memberitahu, adakah er… pihak kerajaan ambil kira untuk kekal harga license er… di seperti harga dulu atau kan ataupun mereka er… mesti menaikkan er… license, harga license tersebut. Sekian.

Untuk makluman Bilut, dari segi penguatkuasaan er… memang ada tindakan kompaun dan sebagainya detail nanti saya akan beri jawapan secara bertulis. Untuk makluman dari segi caj untuk lesen burung walit ni, pada 2014 memang kita ada garis

panduan untuk semua pihak PBT mengenakan caj sebanyak RM2,000 tetapi sebahagian daripada apa ni er… penduduklah telah membantah saya rasa… bukan, ataupun membuat rayuan supaya tidak mengenakan dan sebahagian PBT ada dikenakan caj sebanyak RM2,000.

Walau bagaimanapun pada tahun lepas er… pihak er… kerajaan telah menurunkan kadar ni daripada RM2,000 kepada RM1,000 bayaran lesen burung walit. Kita dah turun dah sebenarnya, bukannya kita tak turun tetapi sekarang ni masih dipertikaikan lagi sebab dulu pun kita sebahagian PBT menangguhkan kerana kita mengambil kira er… rayuan daripada pengusaha-pengusaha burung walit ni.

Jadi saya ingat dengan RM1,000 ni saya rasa… tak taulah saya rasa murah dah saya rasa ya, itu yang sepatutnya. Er… jadi pihak kerajaan akan menimbang balik walau bagaimana perkara ni sebenarnya untuk memberi pada keselesaan pada kita semualah pengusaha-pengusaha burung walit.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan tambahan. Er… terima kasih jawapan dari Wakil Kerajaan. Er… dalam ucapan saya pun saya mengatakan er… di Perak dan Johor hanya RM240 setahun. Saya haraplah er… pihak Kerajaan Pahang juga mengikut apa yang kadar er… bagi pengusaha burung walit, dia mari jumpa dengan saya dia cakap bukan senang nak… membangunkan… er… usaha seperti macam itu. So er… jangan ingat er seribu itu satu tanggungjawab yang begitu berat so harap er Pihak Kerajaan ambil er… ambil berat tentang perkara ini. Terima kasih.

Untuk makluman Semambu, kadar pengurangan tu juga kita mengambil kira kadar pasaran semasa pada tahun lepas ya, jadi walau bagaimanapun kita mengambil maklum perkara ini dan kita akan mengkajilah untuk masa hadapan. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah selesai urusan pertanyaan dan jawapan. Suka saya memaklumkan pada hari semalam saya telah memutuskan bahawa sesi perbahasan Usul Titah Diraja telah ditamatkan. Bagaimanapun saya telah mendapat permohonan dan juga beberapa Ahli Yang Berhormat telah merayu kepada saya untuk mengambil bahagian juga dalam perbahasan ini. Jadi saya nak tahu berapa ramai yang ingin berucap, silakan bangun (Ahli Dewan berdiri bagi yang hendak berucap). Duduk. Oh yang ni nampak dah, duduk, boleh.

Oleh kerana kita mempunyai peruntukan sedikit masa, saya bercadang membuka semula pada sedikit pada Ahli-ahli Yang Berhormat tapi dengan kadar masa yang amat terhad lebih kurang enam atau tujuh minit. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat mematuhi had masa ini sepertimana yang dijanjikan yang telah dipersetujui bersama di kamar saya pada petang semalam. Jadi untuk itu, saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat yang merasai sedikit dahaga atau kelaparan, bolehlah bergilir-gilir untuk menikmati jamuan ringan di dewan sana dan saya harap sebahagiannya bolehlah tunggu dan kita mendengar Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian itu.

Sambungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga: Sambungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, sila Wakil daripada Damak. Damak ya.

[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT, [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Sri MB dan seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan ruang walaupun singkat pada hari ini, ya kerana semalam pun ada yang berucap sampai hampir sejam. Sebab tu kita tak sempat masa hari ini. Tapi insya-Allah ya dalam masa tujuh enam minit ini saya akan cuba ya berkongsi ya pendapat agar kita sama-sama dapat ya memberikan pandangan membina. Tujuannya untuk kebaikan rakyat negeri Pahang ini seluruhnya.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang di atas Titah baginda dalam Perasmian Sidang DUN pada hari Isnin yang lalu. Di sini saya ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh.

Yang pertamanya ialah ia berkaitan dengan peningkatan ekonomi dan juga penekanan terhadap peluang-peluang pekerjaan yang telah dititahkan oleh baginda Tuanku. Apa yang membimbangkan saya ialah dari sudut pengangguran yang berlaku, khususnya di kalangan belia-belia. Jadi sepertimana yang telah disentuh oleh Wakil daripada Damak pada hari semalam, bahawa di negeri Pahang khususnya kadar pengangguran mencecah 3.3% pada tahun 2018 dan apa yang kita lihat isunya ialah belia-belia kita ini dia memilih kerja.

Ya, memilih kerja yang sehinggakan ruang–ruang pekerjaan yang ada ni telah direbut oleh warga asing dan er… mengikut satu laporan oleh seorang penganalis ekonomi menyatakan bahawa yang pengangguran golongan belia yang tinggi di negara kita ni adalah antaranya adalah berpunca daripada ramainya ya, warga asing yang mengambil peluang-peluang kerjaya ini dan pengangguran golongan muda Malaysia ini kekal pada kadar iaitu 10.8% lebih tinggi berbanding daripada Singapura, Thailand, Vietnam dan India.

Jadi, justeru itu saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan mengadakan kempen ataupun kursus ya, bagi kesedaran untuk belia ini supaya jangan terlalu memilih kerja ya, kerana di sana banyak ruang-ruang pekerjaan yang patut direbut.Dan yang keduanya ialah supaya pihak kerajaan mengawal kebanjiran pekerja asing yang kita lihat banyak sektor-sektor perniagaan hari ini kalau kita pergi stesen minyak ya, kita pergi kedai basuh kereta, kita pergi supermarket ya rata-ratanya adalah dikalangan warga asing dan begitu juga dalam bidang security.

Yang keduanya apa yang saya ingin sentuh di sini ialah perkara yang dibangkitkan oleh warga Damak, DUN Damak iaitu berkaitan dengan kedai Pusat Pertumbuhan Desa Damak yang dikelola di bawah PKNP. Jadi pihak peniaga yang terdiri daripada 28 orang penduduk tempatan, mereka telah mendapat notis bahawa kedai-kedai ini

akan dijual iaitu pada tarikh 8 Januari 2019 notis tersebut dan harga jualannya ialah RM179,000 untuk setiap unit rumah kedai.

Wakil peniaga sudah membuat pertemuan dengan pihak PKNP dan telah menyuarakan hasrat mereka agar dibuat semula pertimbangan sama ada dari sudut harga jualan atau kaedah sewa, sewaan dikekalkan dan saya dimaklumkan bahawa harga asal kedai-kedai ini yang telah dibuka, ditawarkan pada awal tahun 2000 adalah RM99,000. Ya, jadi oleh itu para peniaga yang rata-ratanya adalah orang tempatan, mereka berharap dan mencadangkan ada dua perkara di sini.

Pertama, sama ada pihak PKNP menurunkan harga jualan kepada harga asal iaitu RM99,000 dan menjadikan sewaan yang mereka telah sewa pada awal 2003 hingga kini supaya dijadikan sebagai deposit ya, deposit iaitu kaedah sewa beli. Ini kerana peniaga ini telah er… mereka telah mengeluarkan banyak dana untuk yang mem… membaik pulih bangunan-bangunan ini yang terbiar begitu lama sebelum itu atau pihak peniaga mencadangkan supaya dikekalkan dalam bentuk sewaan sahaja seperti yang dipraktikkan ya, selama ini.

Tuan Yang di-Pertua

Perkara yang ketiga yang ingin saya sentuh pada hari ini dan saya harap er… walaupun Dewan ni agak kosong, bukanlah saya bercakap seorang diri tapi yang di luar pun dengar samalah, harap-harapnya iaitu isu yang melanda yang dan ditegur juga oleh Ahli-ahli Dewan yang lain iaitu penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan Yang Di-Pertuan Agong. Jadi saya harap sama-sama kita menghayati apa yang disarankan oleh agama kita dan al-Quran di mana antara lain Allah SWT berfirman dalam suratul Al-An’am ayat 108 [Bacaan dalam Bahasa Arab]. “Janganlah kamu mencela apa-apa sembahan orang lain yang kelak mereka juga akan mencela Allah SWT tanpa ilmu”. Jadi bermakna kita orang islam ini dah diajar lama supaya tidak mencela agama-agama lain dan saya rasa di Malaysia ni setakat ini lah er… rekod kes yang direkodkan saya rassa hampir tiada orang Islam mencela sembahan dan amalan orang-orang Islam yang lain khususnya di negara kita ya tapi sebaliknya yang berlaku.

Justeru itu, kita harap bagi mewujudkan suasana yang harmoni ya, maka orang Islam dan bukan Islam sama-sama menghayati apa yang telah dianjurkan oleh al-Quran. Dan begitu juga tentang cercaan dan penghinaan terhadap Yang Di-Pertuan Agong. Jadi saya harap apa yang disarankan oleh Yang di-Pertua di dalam Dewan ini sendiri, supaya kita mengamalkan budaya yang positif, sepertimana yang disebut oleh Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat Ayat 11 [Bacaan dalam Bahasa Arab] maksudnya “wahai orang beriman janganlah sesuatu puak dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain kerana mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada kamu” jadi justeru itu marilah sama-sama kita menghayati roh Quran ini menggunakan kata-kata yang baik dan apa yang lebih penting ialah kita mahu melihat pandangan-pandangan bernas ya bagi membangunkan negeri Pahang ini.

Dan perkara yang ketiga yang ingin… keempat yang ingin saya sentuh disebabkan Exco Belia ada seorang je sini, ada lagi Exco lain tapi saya nak er… bercakap dengan Exco Belia je lah sebab dia hari ini memang nak bercakap panjang jadi… jadi saya akan bangkit ni bercakap panjang dalam penggulungan nanti. Sebenarnya saya ingin merakamkan er… ucapan tahniah secara khusus kepada orang Jerantutlah, ini secara khusus kepada pasukan Jerantut FA kerana telah berjaya melepasi peringkat ketiga trofi er… Piala FA dan er… semalam hampir-hampir menang ya, saya pun semalam tak main bowling sebab saya tengok bola semalam itu ha… itu saya… saya minta maaflah ya… cuma yang ingin saya ingatkan di sini…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, masa… masa Yang Berhormat…

Habis dah ya?

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Cuma yang saya ingin cadangkan di sini agar pihak kerajaan memberikan bantuan kepada pasukan-pasukan yang kita kata kampung boys ini, anak-anak kampung ini dan di Jerantut khususnya saya harap pihak kerajaan dapat er… membangunkan prasarana dan infrastrukur berkaitan dengan sukan bola sepak ini yang khususnya padang… di Jerantut itu sendiri dan juga Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang yang dapat membantu pasukan-pasukan yang kerdil ni supaya bakat anak-anak muda kita yang selama ini mungkin terpinggir, dapat diserlahkan dan mungkin diserapkan dalam Pasukan Bola Sepak Negeri Pahang. Jadi itu sahaja yang ingin saya sampaikan sekali lagi saya menjunjung kasih atas ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang dan saya ucapkan terima kasih kepada yang di… apa nama… Yang di-Pertua… YDP kerana memberikan er… ruang untuk saya berucap pada hari ini. Assalamualaikum WBT.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat, sila Ketari. Tujuh minit ya.

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Saya ingin membahaskan Titah Diraja. Pelancongan dan pertanian serta alam sekitar. Negeri Pahang Darul Makmur adalah negeri yang sangat kaya dengan hasil bumi terutamanya hasil hutan-hutan dan hasil-hasil pertanian serta penternakan. Seperti yang disebut, terdapat sejumlah kecil penternak ikan air tawar di Bentong, di Kampung Janda Baik. Ada beberapa penternak ikan yang sudah tidak mampu untuk meneruskan operasi kerana kos operasi yang kian meningkat dan juga masalah sumber air yang tercemar dan saya berharap perkara ini dapat dilakukan.

Saya menerima baik pengumuman Exco Pelancongan mengenai cukai pelancongan yang dikongsi Kerajaan Negeri secara 50/50. Angka RM7.8 juta dalam tempoh masa kutipan kurang daripada 6 bulan adalah satu angka yang sangat memberangsangkan dan sangat positif kutipan ini boleh menjadi RM10 juta malah RM20 juta pada masa akan datang. Dengan aset hutan, pantai-pantai yang menarik serta tanah-tanah tinggi serata Pahang, sektor pelancongan negeri Pahang memang berpotensi untuk mencapai angka yang dirancangkan bukan sahaja dari cukai pelancongan yang dikongsi dengan Kerajaan Pusat, malah mampu untuk memunculkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Pahang terutamanya anak-anak muda.

Dengan menyedari bahawa betapa pentingnya kedudukan alam sekitar kita dalam sektor ekonomi pelancongan dan pertanian negeri Pahang, amatlah penting untuk kita memastikan bahawa alam sekitar kita terus dijaga. Saya juga menyarankan supaya Kerajaan Negeri dapat memberikan inisiatif dan bantuan kepada usahawan-usahawan kecil dan sederhana di negeri Pahang yang terlibat dengan sektor pelancongan dan pertanian.

FELDA, Pahang mempunyai tanah rancangan FELDA yang paling besar di dalam Malaysia dengan 3 wilayah; Wilayah Kuantan, Wilayah Jengka dan Wilayah mem… Mempaga dan seperti yang kita sedia maklum Kerajaan Pusat telah membentangkan Kertas Putih FELDA yang mempunyai pelan jangka panjang dan pelan jangka pendek. Sebagai Wakil Rakyat di FELDA Mempaga, saya… yang berada di Bentong dan di bawah DUN Ketari ingin saya tegaskan bahawa masalah yang dihadapi para peneroka FELDA bukanlah satu momokan ataupun agenda politik.

Berdasarkan Kertas Putih FELDA yang dibentangkan, kita perlu mengaku bahawa memang ada masalah dengan FELDA terutamanya di pihak pengurusan dan urus tadbir. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), tertakluk di bawah Akta Penempatan Berkelompok 1967 dan juga di bawah Undang-Undang Tanah Negeri masing-masing. Jadi saya di sini ingin mengusulkan untuk kita membincangkan perihal ini demi kesejahteraan generasi baru FELDA agar tidak lagi ketinggalan lebih-lebih lagi dalam bidang ekonomi.

Kerajaan… Kerajaan Negeri perlulah bersama-sama lagi dalam… Kerajaan Negeri perlulah bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan masalah FELDA dan bersama-sama menjalankan pelan jangka masa pendek dan panjang untuk FELDA seperti yang telah dirancang. Kita perlu membincangkan sebagai satu unit negeri Pahang untuk menggesa Kerajaan Persekutuan agar membenarkan para peneroka mahupun generasi baru untuk menanam tanaman bukan komoditi. Cadangannya adalah 10% ataupun 1 ekar daripada tanah ladang boleh diusahakan untuk tanaman yang boleh dijual di pasar-pasar seperti sayur, cili mahu pun ternakan atau mengadakan langkah strategik dengan menggabungkan usaha-usaha kemajuan pertanian negeri Pahang bersama-sama dengan peneroka-peneroka FELDA dalam negeri Pahang.

Kawasan industri. Seperti Titah Raja, amatlah penting untuk kita terus pelbagaikan sumber ekonomi negeri. Antaranya adalah untuk merancakkan lagi kegiatan industri pembuatan dan perkilangan di negeri Pahang. Kita sedia maklum bahawa hampir di setiap daerah terdapat kawasan perindustrian mereka. Walaupun kawasan industri ini tidak serancak dan sebesar seperti di Gebeng dan Kuantan, namun setiap kawasan industri ini mempunyai potensi yang belum habis di… yang belum habis digilap seperti contoh Kawasan Perindustrian Bentong. Namun berbanding dengan Gebeng dan Kuantan, kadang-kadang mereka ini terlepas jauh dari pandangan pihak yang berkenaan.

Infra… infrastruktur mereka jauh ketinggalan, kita perlu menaik taraf infrastruktur bagi setiap kawasan perindustrian di negeri ini jalan raya, perkhidmatan utiliti dan internet. Jika kawasan perindustrian ini mempunyai infrastruktur yang baik, sudah tentulah lebih mudah untuk kita menarik pelabur dari luar untuk datang ke negeri ini. Lebih bagus jika dapat kita dapat kelompokkan kawasan-kawasan industri ini dengan jenis industri sesuai dengan mereka. Jika Gebeng dengan industri lain… jika Gebeng dengan industri minyak dan gas, Kuantan untuk industri berat dan besi, kawasan-kawasan industri lain boleh diberikan pengkhususan mereka seperti contoh Kawasan Perindustrian Bentong sebagai industri memproses makanan dan buah-buahan.

Belia dan dadah. Untuk golongan belia kita perlu akui bahawa terdapat satu golongan belia yang sudah lama tepinggir iaitu golongan terjebak dari gejala sosial seperti rempit dan dadah yang terus dipinggirkan disebabkan persepsif… persepsi negatif kepada mereka. Perlu ada usaha untuk menarik golongan belia yang selalunya diberi imej negatif oleh masyarakat untuk kembali dalam masyarakat ini, seperti contoh memberi peluang latihan dan pekerjaan golongan belia yang sedang melalui proses pemulihan dadah. Ini satu segmen sosial anak muda yang kurang diberi perhatian sebelum ini. Golongan anak muda yang bermasalah, yang terlibat dengan gejala sosial kita perlu tarik mereka ini semua supaya kembali kepada masyarakat. Pendekatan yang lebih lembut dan berhemah untuk mendam… mendampingi golongan ini perlu dilakukan.

Yang terakhir, perpaduan. Sebagaimana di dalam Titah Raja Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, kesucian Agama Islam mestilah dijunjung dan Perlembagaan disanjung demi menjaga perpaduan dan keharmonian sensitiviti umat Islam Melayu memang tidak boleh diusik sewenang-wenangnya. Namun yang demikian kita juga harus menjaga sensitiviti ruang peribadi untuk golongan yang bukan Islam dan bukan Melayu juga. Kadang-kadang apabila kita membandingkan realiti masyarakat sebenar dengan apa yang kita lihat di sosial media, begitu jauh berbeza.

Secara realitinya, kita boleh hidup aman dan damai. Namun di sosial media keadaan ini nyata berbeza sekali adakala golongan seperti menjadi seperti agen perosak yang mahu melaga-lagakan sesama kita dengan menggunakan media sosial. Kita sebagai Wakil Rakyat dan Yang Berhormat perlulah menjadi contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat dalam isu perpaduan, keharmonian dan saling hormat-menghormati serta saling sayang- menyayangi. Jadilah pemimpin yang membawa kepada keharmonian dan perpaduan dan bukan pemimpin yang membawa kepada perpecahan dan pe… kebinasaan.

Saya dengan ini menjunjung Titah Diraja Pemangku Pahang dan saya menyokong, sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, tepati masa. Okay seterusnya Panching.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada er… Tuan Yang di-Pertua kerana memberi keizinan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ucapan pembukaan er… Yang… Yang Maha Mulia er… Tengku Mahkota Pahang dan dalam kesempatan hari ini juga saya suka sekali lagi mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada kejayaan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya di er… Rantau, sebelum ini di Cameron Highlands dan semoga kejayaan yang dicapai hasil gabungan yang baik.

Sebahagian daripada parti terbesar di tanah air kita, parti Melayu terbesar tanah air kita iaitu PAS dan juga UMNO. Dapat kita mantap dan eratkan serta berjaya membawa perubahan dalam pentadbiran-pentadbiran kerajaan terutamanya pada hari ini. Perkara-perkara yang boleh kita ambil sebagai pembinaan er…good governance pentadbiran yang baik ialah meletakkan supaya semua YB-YB, ADUN-ADUN yang telah dipilih oleh rakyat er…memiliki kedudukan yang diiktiraf dan diletakkan sama sama ada daripada pihak kerajaan dan juga dari pihak pembangkang.

Begitu juga saya melihat pelantikan er…pelantikan dalam MPKK contohnya, ia tidak lagi perlu dilantik berdasarkan political basis, background politic tetapi mesti dia mengambil kira tentang keupayaan, kemahiran er… ke… kehebatan dalam merancakkan lagi aktiviti, terutama perpaduan dan sebagainya. Ada di kalangan pengerusi MPKK contohnya yang telah menjawat jawatan sebelum ini sekarang ini pengerusi MPKK, sebelum ini Tok Empatlah kita katakan selama 22 tahun. Satu jangka masa yang sangat panjang er… dan bila dah lama berkuasa er…dia jadi sukar, susah untuk menerima perubahan terutamanya dari kalangan er… anak-anak muda.

Ingin saya menyarankan supaya untuk pelantikan-pelantikan MPKK untuk tahun-tahun akan datang tidaklah diserahkan 100% kepada mereka er… diberi juga panduan er… untuk melibatkan semua er… kemahiran. Contohnya daripada masjid, belia, wanita dan sebagainya, supaya semuanya dapat berfungsi dalam masyarakat, dalam membangunkan komuniti masyarakat. Jadi tidak dilihat semata-mata untuk memikirkan soal jalan, soal pokok, soal longkang, soal pasal lembu liar. Sebenarnya mereka berpakat bersatu membina er…organisasi, aktiviti yang terbaik er… dalam komuniti er… kampung mereka.

Tuan Yang di-Pertua,

Dalam kesempatan hari ini juga, saya… suka saya menyentuh er… sedikit daripada ucapan Titah Tuanku berkenaan pemikiran liberal dan juga LGBT yang semakin menular dan semakin bahaya. Kalau kita melihat contohnya baru-baru ini ada kenyataan daripada pemimpin sebahagiannya tidak boleh melarang wanita Islam daripada memakai tudung contohnya.

Satu kenyataan kita lihat semakin hari, semakin cuba dilonggarkan er…perkara-perkara berkaitan dengan agama dan perkara ini saya lihat tidak ada jalan dan cara lain. Melainkan kita, terutamanya umat Islam, perlu mengukuh dan menguatkan kembali sistem pendidikan agama Islam dalam diri anak-anak kita.

Antara perkara yang kalau kita lihat hari ini yang di… kurang diberi perhatian dalam pendidikan agama ialah kepada kumpulan sekolah menengah. Kalau kita lihat pendidikan kepada sekolah rendah, pelajar-pelajar telah pun ada KAFA, sekolah rendah. Tapi sekolah menengah ini mereka bebas, tidak ada satu program penyusunan yang baik bagi memberi penekanan kepada pendidikan agama er… bagi pelajar-pelajar sekolah menengah.

Kalau boleh dicadangkan, kalau sekolah rendah ada UPKK contohnya. Kalau sekolah menengah ada UPKKM contohnya, yang diiktiraf bagi memberi… memberi penekanan pendidikan agama kepada pelajar sekolah-sekolah menengah. Yang kita lihat hari ini sebahagian kes jenayah melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah. Pada usia 16,17. Kalau dulu contohnya ketua kumpulan geng curi motorsikal er…pelajar berumur 17 tahun. Er… jadi kita tidak boleh memandang ringan terhadap er… pendidikan agama bagi pelajar-pelajar sekolah menengah er… dan kepada sekolah agama yang sedia ada ataupun sekolah swasta ini perlu juga diberikan perhatian, bantuan dan sebagainya.

Dan bagi menyemarakkan lagi program pendidikan agama kepada anak-anak kita, saya juga mencadangkan sekali lagi er… kita menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti bagi negeri Pahang sebagaimana yang berlaku di Terengganu, di Kelantan. Pada hari ini kita dapat menyuburkan er… budaya ilmu bukan sahaja kepada golongan remaja tetapi juga kepada golongan orang-orang tua yang kita lihat perkara telah pun

menjadi budaya yang sangat baik membina kefahaman agama er… di negeri-negeri tersebut.

Dan pada kesempatan ini juga suka untuk saya mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk menilai kembali er… bantuan pendidikan kepada pelajar-pelajar kita di… yang belajar di luar negara terutamanya belajar di Mesir. Dulu ada bantuan sama ada pinjaman ataupun tajaan, tetapi ditarik kembali kerana berlaku pergolakkan politik dan hari ini kita lihat pada pelajar-pelajar kita setiap tahun kita hantar ramai, saya sedar ada bantuan daripada MAIP, daripada Majlis Agama, seandainya pihak Kerajaan juga menawarkan bantuan, sokongan, ini dapat menambahkan dari semangat keinginan er… pelajar-pelajar kita untuk berjaya.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya….

Yang di-Pertua (Speaker)

Masa Yang Berhormat, masa.

Habis dah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Seminit lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Gulung Yang Berhormat, ya.

Er… saya juga ingin menyentuh er… isu… sikit isu berkenaan di tempat saya antaranya iaitu isu berkenaan laluan trafik Bukit Rangin, yang baru ini dicadangkan… dicadangkan untuk tutup terus er… ditutup terus er… simpangannya. Maka kita melihat bantahan-bantahan yang cukup kuatlah daripada penduduk tempatan dan akhirnya pihak JKR, alhamdulillah me… hanya menjadikan tiga fasa traffic light kepada dua fasa er… traffic light. Satu perkembangan yang sangat baik. Cumanya kita… saya melihat perkara ini sepatutnya diadakan persediaan yang rapi, mantap sebelum kita buat apa-apa tindakan keputusan kerana keputusan tanpa menyediakan persediaan yang baik, akan mengundang kemarahan daripada penduduk tempatan.

Kalau saya boleh kongsikan sikit er… ketika mana cadangan daripada pihak JKR untuk menutup jalan dan saya dijemput sekali. Tapi sebelum saya dijemput itu, orang kampung dah jumpa dah, “ustaz, kalau buat juga, kami piket tepi jalan petang-petang”. Ah…jadi ini, Alhamdulillah dengan perubahan kepada tindakan itu er… walaupun kita sedar ada cadangan untuk mebina flyover dan sebagainya untuk jangka masa yang panjang, tapi untuk tempoh yang terdekat ini kita harap cadangan JKR yang… akan

yang… yang ada ini dapat mengurankan kesesakan dan saya suka mencadangkan supaya diadakan u-turn sebagaimana Jalan Pekan er… untuk melancarkan lagi perjalanan di er… laluan tersebut. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, terima kasih Yang Berhormat.

Saya dengan ini menyokong ucapan Titah itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Jemput Chenor, ya. Silakan.

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam perpaduan ummah. Er… Dato’ Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat er… dan semua yang hadir pada tengahari ini. Er… saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada er… Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang dan er… semua yang hadir. Di atas sokongan kita terhadap junjung… Titah Baginda er… Pemangku Sultan Pahang dan saya juga mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa saya menjunjung kasih di atas keprihatinan baginda tuanku dalam Titah ucapannya.

Di mana saya menekuni dan membangkitkan dalam ucapan tersebut berkenaan dengan kesucian agama Islam dalam muka surat yang ke-16 dalam Titah ucapan baginda yang menyentuh berkenaan kesucian Islam. Di mana kita ketahui bahawa Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan meletakkan bahawa ugama Islam ialah ugama bagi persekutuan, tetapi ugama-ugama yang lain bebas dan boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Dalam menafsirkan makna ini, Hakim Datuk Mohd Noor Abdullah di Mahkamah Tinggi Seremban, menafsirkan Islam di Malaysia adalah seumpama pokok jati, bukan pokok buluh ya, pokok jati. Pokok-pokok lain boleh tumbuh tetapi tidak boleh lebih tinggi daripada pokok jati.

Jadi oleh kerana itu, kesucian Islam ini dan juga kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan juga bermaksud apa sahaja undang-undang yang hendak dibuat dan apa sahaja akta yang hendak diluluskan di Parlimen, apa sahaja enakmen yang hendak digubalkan di Dewan Undangan Negeri, serta apa sahaja pekeliling dan arahan Jabatan kerajaan hendaklah terlebih dahulu melihat kesesuaian dengan Islam. Ia tidak boleh dibuat se... er... sekiranya bercanggah dengan agama Islam, jika dibuat juga ertinya ia telah melanggar konsep Islam sebagai agama Persekutuan.

Jadi oleh kerana itu, bila kita melihat kepada Parlimen er... undang-undang itu, maka kita hendaklah menjaga kesucian apabila ada di kalangan rakyat Islam sendiri yang menghina Rasulullah SAW. Bila menyebut berkenaan berkenaan dengan Islam dia berkait dengan Rasulullah SAW dan saya dapat maklum er... daripada beberapa sahabat saya ada di Kuantan er... ada di sebelah Bentong sana, mereka yang menghina Rasulullah SAW yang menyamakan Nabi SAW, dengan dewa dan juga merendahkan taraf Rasulullah SAW. Jadi saya mencadangkan supaya er... Jabatan Agama Islam mengambil tindakan yang lebih, yang sewajarnya terhadap mereka-mereka yang menghina Rasulullah SAW.

Disamping itu juga, pengaruh barat yang menyebabkan masuknya Islam Liberal ke dalam pemikiran rakyat Islam yang meletakkan bahawa konsep nak bercakap itu adalah mengikut individu sapa-sapa nak bercakap, maka akhirnya Islam, agama Islam ini dicemari dengan pandangan-pandangan dan juga fahaman-fahaman yang akhirnya melahirkan masyarakat yang terpesong daripada Islam yang sebenar yang dibawa oleh Nabi SAW.

Dan lahirlah juga fahaman LGBT dan saya cukup er... cukup malanglah apabila ada satu ucapan yang mengatakan bahawa LGBT tidak salah kata dia. Er... dia tidak salah, tidak menjadi masalah er... dia katakan kalau laki-laki dan laki-laki berkahwin, perempuan dengan perempuan berkahwin itu hak mereka. Maka kerana itu jangan halang kehendak nafsu mereka. Jadi kerana itulah, ini satu benda yang sangat mendukacitakan ucapan yang datang daripada orang Islam.

Tuan Yang di-Pertua,

Mohon mencelah, saya nak tanya YB Chenor sapa yang bercakap tu.

Er... boleh rujuk pada er... ucapan anak Tun Dr Mathatir boleh jadi... masyaAllah.

Baik, jadi oleh kerana itu saya mengharapkan untuk mem... berhadapan dengan isu macam ini, maka jawatankuasa penulis khutbah disarankan supaya mem... sentiasa meletakkan tajuk cer..., tajuk-tajuk ini dalam khutbah-khutbah dan juga dibuat forum, seminar dan umpamanya. Dan lebih-lebih lagi kepada asas pendidikan di kafa dan seumpamanya yang mana ia boleh dicegah sebenarnya. Kerana apabila dibiarkan, kita takut bahawa ia mengundang bala daripada Allah SWT sepertimana yang berlaku kepada kaum Nabi Luth AS. Dan disamping itu juga berkenaan dengan Islam ini perlu kepada dakwah, berdakwah kepada orang asal yang perlu diteruskan kerana ditempat saya pun ada di mana dia Islam, kemudian dibiarkan begitu sahaja jadi dia perlu kepada follow up er... kepada guru-guru, kita tidak nafikan ada guru yang mengajar tetapi perlu kepada kekerapan untuk membimbing mereka supaya mereka menjadi orang Islam yang yang sempurna Islamnya.

Kemudian saya hendak bercerita berkenaan dengan...

Yang di-Pertua (Speaker)

Masa Yang Berhormat, ada 1 minit lagi.

Ya. Berkenaan dengan tempat saya ni di antara lain er... saya dimaklumkan jalan di antara Jengka 7 ke Hulu Kerut. Mungkin pernah disebut di dalam Dewan ini sehingga sekarang ni saya tidak tahu dia punya status, apakah diluluskan ataupun di antara Jengka 7 ke Hulu Kerut, di Chenor ni makna satu jalan pintas er... tidak lalui, tidak tidak keluar ke bandar Tajau tu, maknanya terus cross kepada Chenor dan ia akan mengambil masa yang dekat untuk pergi ke Temerloh ataupun ke Chenor.

Jadi oleh kerana itu, saya ingin tahulah berkenaan dengan status tersebut, dan juga berkenaan dengan pasir yang banyak di di Chenor ni pasir sahaja. Dan apakah ia

boleh dijadikan sebahagian daripada er... income kepada negeri Pahang ini untuk menjana ekonomi dengan penjualan pasir yang begitu banyak khususnya pada baru-baru ini, di mana daripada tebing ke pulau, tengah-tengah Sungai Pahang tu er… dah timbul pasir menyebabkan sungai hanyalah berada di sebelah er… sebelah… seberang daripada Pesagi yakni Kampung Paya Pasir. Kemudian… sikit lagi berkenaan dengan er… peralihan, perubahan nama-nama kampung er… ada disebahagian kampung-kampung di Chenor ni…

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila menepati masa Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak jelas

Hilang dia punya nama ditelan oleh kampung yang lain, jadi minta supaya nama-nama kampung ini dipelihara. Dan akhir sekali saya menjemput semualah ke Pesta Chenor yang akan diadakan pada 25 haribulan sehingga 28 haribulan ini dan mudah-mudahan ia mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada ekonomi dan pelancongan serta kebudayaan negeri Pahang. Dan saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Ya Sabai… Sabai.

Selamat pagi dan selamat sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk berhujah dalam sidang pada pagi ini. Baru-baru ini saya telah dijemput ke Sekolah Agama Rakyat Felda Kampung Sertik untuk menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2018. Sekolah tersebut er… berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Pahang dan pernah menerima anugerah Sekolah Kafa Cemerlang bagi tahun 2014 peringkat kebangsaan serta Sekolah Cemerlang Ujian Penilaian Kafa UPKK tahun 2015. Namun hasil daripada lawatan sendiri ke sekolah tersebut didapati bahawa bangunan sekolah tersebut tidak pernah diselenggara sejak tahun 1981. Bangunan sekolah tersebut telah menjadi terlalu usang dan reput dimakan anai-anai. Jadi apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan penyeliaan sekolah-sekolah seperti ini tidak terabai.

Dato’ Yang di-Pertua,

Perkara yang seterusnya, iaitu isu pemberian geran kepada penduduk yang sudah mendirikan perumahan selama bertahun-tahun yang berada di bawah tanah Kerajaan Negeri Pahang. Pada pendapat saya, tempoh yang sebegitu lama sudah cukup lama, malah penempatan semula perumahan tersebut dalam perkara… adalah perkara mustahil dan rumit. Lebih-lebih lagi untuk mendapat persetujuan dari penduduk-penduduk perumahan tersebut. Sebarang pembangunan sudah tentunya tidak dapat

dilaksanakan setelah beberapa generasi. Setelah penduduk-penduduk itu sudah menduduki kawasan tu selama beberapa generasi. Dengan itu, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri membuktikan keprihatinan dengan memberikan geran tanah kepada perumah-perumahan tersebut dalam masa yang terdekat, agar kemudahan asas dan infrastruktur yang baik dapat disalurkan kepada mereka.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya,

Mohon Sabai. Yang di-pertua, sila nyatakan dengan jelas kawasan yang dimaksudkan.

Kawasannya ialah er… Kampung Sungai Cherpan. Sudah 60 tahun mereka menduduki tanah itu. Terima kasih.

Dato’ Yang di-Pertua,

Seterusnya isu… isu yang saya ingin bangkitkan adalah berkenaan sumbangan Kerajaan Negeri kepada kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya serta peruntukan untuk pelaksanaan projek oleh Pihak Ber… Berkuasa Tempatan di mana projek yang berada dalam status status menunggu adalah sangat lama.

Dato’ Yang di-Pertua,

Setakat ini sebanyak 3 jalan utama di kawasan Sabai memerlukan peruntukan yang amat besar untuk melaksanakan penyelenggaraan. Jalan-jalan tersebut adalah jalan besar Karak, jalan Mancis dan jalan alternatif ke Kota Bharu yang merupakan jalan perhubungan utama Felda Sertik. Permohonan Pihak Berkuasa Tempatan pula masih belum ke peringkat pelaksanaan, susulan masalah peruntukan jumlah kes yang telah dilapor secara bersurat dan masih dalam status menunggu ialah 7 per… permohonan lampu… lampu jalan, 3 aduan longkang pecah dan runtuh, 2 kes tanah mendap dan taman perumahan dan banyak lagi. Akhir sekali, minta maaf bukan akhir sekali [ketawa].

Dato’ Yang di-Pertua,

Saya tidak pasti jika Yang Berhormat Kemayan dalam pen… er… penjelasan beliau tempoh hari merujuk kepada kenyataan seorang professor atau pandangan beliau sendiri. Walau bagaimanapun, saya sebagai seorang bekas pelajar sekolah Tamil, tidak dapat dan tidak akan terima pandangan tersebut. Saya masih ingat pelajaran moral yang diajar di bangku sekolah rendah yang banyak menekankan kepenti… kepentingan, keharmonian dan perpaduan. Rukun Negara yang saya melafazkan semasa di bangku sekolah dalam bahasa ibunda saya, telah menyemarakan sifat patriotik dalam diri saya…

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Mohon mencelah… mohon mencelah sikit…

Yang di-Pertua (Speaker)

Jangan panjang sangat…Ya… Sila, apa isunya.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Pendek je. Dato’ Yang di-Pertua,

Saya rasa perkara yang dibangkitkan oleh Sabai berkenaan dengan Kemayan sepatutnya dah selesai semalam. Sebab apa, pada saya lah, Kemayan telah menjelaskan bahawa beliau mengambil petikan ucapan daripada Professor Dr. Teoh. Jadi pada saya, bila ditanya balik kenapa tak jelaskan? Dia diberitahu bahawa dia nak cuba menjelaskan tetapi oleh kerana suasana… suasana Dewan yang menyebabkan Dato’ Yang di-Pertua mohon semua duduk, maka dia tak dapat peluang. Jadi semalam dia dah… dia dah memberitahu. Jadi pada saya, tak patut lah dibangkitkan lagi pada hari ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Yang Berhormat, jelas dah tu… Ya sila.

Terima kasih Yang Berhormat Pulau Manis. Er… seperti er… Yang Berhormat Kemayan, saya juga berhak untuk memberi pandangan saya.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga ingin beritahu bahawa seramai 39 murid sek… er… murid Melayu dan 17 murid India belajar di sekolah…

Dato’ Yang di-Pertua, saya nak minta penjelasan sikit apa maksud…

Er… kita tak ada masa…

Tak, saya… saya cuba menghayati apa Yang Berhormat cuba sampaikan tapi saya tak faham apa maksud menyemara itu. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya… Sabai.

Er… Minta maaf. Mungkin er… salah pronounciation. Dengan izin, menyemarakkan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ok. Yang Berhormat, Yang Berhormat… Yang Berhormat ada 1 minit lagi.

Er… Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga ingin beritahu bahawa seramai 39 murid er… Melayu dan 17 murid India belajar di Sekolah Cina Karak. Bayangkanlah er… angka… angkanya di seluruh negara. Oleh itu, janganlah kita sama sekali mengeluarkan kenyataan yang SJK(T) dan SJK(C) er… sebagai penjejas keharmonian dan perpaduan negara. Dengan itu, sekian er… ucapan saya, saya mohon sokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Sabai. Jemput ya, Semambu ya.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Terima kasih kepada Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam Usul menjunjung kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan er… tahniah atas peruntukan er… yang diluluskan kepada barisan pembangkang negeri Pahang tahun lepas. Untuk tahun 2019, saya yakin jaminan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang tersebut akan diteruskan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Dalam ucapan Pemangku Raja Pahang, harapan baginda adalah untuk membangunkan industri teknologi maklumat dan digital yang berkembang pesat. Sebenarnya Kerajaan Pahang telah mempunyai visi yang sama lebih awal. Pada 30 Mei 2007, sebuah syarikat milik Kerajaan Negeri Pahang telah ditubuhkan untuk memperjuangkan inisiatif Multimedia Super Corridor dan merupakan pusat sehenti untuk pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi di Pahang. Syarikat tersebut bernama Pahang Technology Resources. Izinkan saya kongsikan kronologi perkembangan PTR, Pahang Technology Resources ini.

April 2015, laporan audit negara mendedahkan bahawa prestasi kewangan PTR kurang memuaskan dan telah mencatat kerugian setiap tahun bagi 5 tahun berturut-turut. Laporan audit mendedahkan bahawa pelbagai cadangan projek seperti stem cell, hidrotermal, Pahang Global Coconut, co fire dan solar farm gagal menghidupkan semula syarikat tersebut. Saya turut mendedahkan bahawa lembaga pengarah PTR hanya mengadakan mesyuarat 2 kali setahun sedangkan pengiraan saya menganggarkan jumlah allowance… allowance yang dibayar sepanjang tahun berjumlah lebih kurang RM1.49 juta.

Sebanyak 70% kerugian daripada kerugian merupakan kos pembiayaan er… allowance lembaga pengarah. November 2015, jawapan Dewan mengesahkan bahawa PTR terpaksa menceburi diri dalam bidang penanaman kelapa sawit. Selain itu, PTR pula terlibat dalam projek teknologi hijau melalui sistem penguraian sisa pepejal Pahang yang bernilai RM500 juta dan Kerajaan Pahang telah memberikan tanah seluas 216 ekar di Ulu Luit untuk menjayakan projek itu.

Jawapan Dewan pada April 2017 sekali lagi mengesahkan status projek-projek PTR seperti berikut. Projek stem cell gagal, projek hidrotermal masih menunggu kelulusan bank dan projek Pahang Global Coconut, kerjasama telah dihentikan. Projek co fire belum dimulakan, projek solar farm, pelabur belum dikenalpasti, projek penanaman kelapa sawit, tiada status penanaman sawit tetapi pendapatan RM1.35 juta diperolehi melalui pajakan kepada pemaju er… itu saja yang dapat. 12 tahun telah berlalu, Dato’ Sri Yang di-Pertua, PTR yang diperuntukkan RM5 juta tersebut bukan saja tidak dapat memacu pembangunan ekonomi digital, malah telah mencatat kerugian berturut-turut.

Persoalan saya kepada Dewan Yang Mulia ini adalah, apakah status terkini PTR? Adakah pengarah masih menerima allowance bulanan? adakah Kerajaan Negeri Pahang mengakui bahawa PTR merupakan satu kesilapan? dan bagaimana kita boleh bersama dengan semua Ahli Dewan di sini untuk membaik pulih keadaan supaya isu-isu tersebut tidak berulang? Adakah er… jawatankuasa kira-kira wang ataupun PAC akan membuka fail untuk menyiasat PTR supaya kita boleh sama-sama mengambil pelajaran dan membaik pulih untuk projek yang akan datang supaya aspirasi Pemangku Raja Pahang tidak menjadi satu kekecewaan.

Isu kedua Dato’ Sri Yang Di-Pertua, tentang bangunan baru MPK. Kita semua sedia maklum bahawa bangunan baru MPK bermula pembinaannya pada bulan Ogos 2011 dan dijangka siap 2013. Namun, bangunan tersebut hanya dapat disiapkan pada tahun lepas. Itu pun masih terganggu dengan pelbagai isu teknikal sebagai… seperti kerosakan lif, kelengkapan yang kurang, perabot yang tidak sesuai dan lain-lain. Dimaklumkan bahawa kos asal bangunan MPK adalah RM57 juta. Tetapi selepas beberapa kali tangguhan, kosnya sudah mencecah RM68 juta dan MPK perlu menanggung faedah 4%.

Terkini, dimaklumkan bahawa kontraktor yang gagal menyiapkan projek pada masa yang ditetapkan itu menyaman MPK dan mahkamah telah memutuskan bahawa MPK harus membayar lebihan RM7.6 juta lagi kepada 2 orang kontraktor tersebut.

Dato’ Yang Di-Pertua,

RM7.6 juta pampasan kepada kontraktor yang lambat siap kerja. Jadi saya ingin mengetahui status terkini bangunan MPK. Adakah bangunan tersebut telah boleh digunakan sepenuhnya? Adakah pampasan RM7.6 juta telah dibayar? Adakah ini sebab mengapa cukai pintu, bayaran lesen kepada rumah burung walit dan pelbagai lah macam-macam harga ataupun kos meningkat mendadak? Pohon penjelasan pihak Kerajaan Negeri. Isu terakhir, saya tahu masa singkat, er… tentang isu Bukit Sekilau.

Dato’ Yang Di-Pertua,

Rakyat Kuantan semua sedar akan sebuah bukit botak yang terletak di pusat bandar Kuantan. Bukit itu bernama Bukit Sekilau. Kita juga ambil maklum bahawa bukit itu telah dijual oleh Kerajaan Negeri kepada pihak swasta. Mengikut garis panduan perancangan pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi, sebarang kecerunan bukit yang melebihi 25 degree, dengan izin ianya memerlukan kajian alam sekitar, EIA.

Tetapi projek tersebut tidak membuat EIA, lesen operasi juga tidak diberikan oleh Jabatan Mineral & Geosains. Namun rakyat lihat hutan-hutan, pokok-pokok, batu-bata makin hilang. Dihilangkan oleh mereka yang bersembunyi. Sekarang tanah sudah dijual, bukit sudah digondol dan hasil telah dirampas, apa yang boleh dibuat. Maka saya difahamkan tanah di bawah bukit ini, yang dimiliki oleh pihak yang sama bakal

dibangunkan. Di sini saya ingin meminta Kerajaan Tempatan mewajibkan penanaman semula Bukit Sekilau sebagai satu syarat pembangunan sekiranya terdapat sebarang permohonan untuk membangun… membangunkan tempat tersebut. Adakah ianya boleh dibuat demi kehijau… kehijauan Kuantan dan kesejahteraan rakyat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Pohon nyatakan pandangan dan persetujuan pihak negeri. Masa dah tidak mengizinkan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Masa dah cukup.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Jadi dengan ini saya ingin menyokong atas Usul menjunjung kasih Titah Diraja. Terima kasih atas er… peluang yang diberikan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Jemput Pelangai.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya… mohon izin untuk mengambil bahagian menyokong Usul menyembah menjunjung kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja pada hari Isnin yang lalu. Saya mohon menyembahkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kesisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, atas Titah Diraja yang padat dan mantap meliputi semua aspek permohonan negeri. Tapi yang lebih dari itu ialah kita semua berasa bangga dan er… percakapan di kalangan Ahli Dewan dan jemputan yang hadir. Kita merasa bangga melihat bahawa Paduka Tuanku Pemangku Raja telah menunjukkan sifat yang mesra dan er… prihatin. Kemudian telah menyampaikan Titah Diraja dengan er… suara yang mantap dengan phase atau kelajuan yang sesuai dan saya sendiri perhatikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, selepas berangkat, bersemayam atas kerusi Speaker tu, telah meminta, menitahkan meminta semua orang duduk.

Dan dalam dewan makan, begitu juga, sampai dia masuk, Tuanku Pemangku Raja, telah menyatakan… menitahkan sila-sila makan, sila makan. Walaupun ini perkara kecil, tapi menunjukkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja lah seorang pewaris ganti yang prihatin. Jadi kita tidak hairan kerana sifat-sifat ini ditunjukkan juga oleh Paduka Ayahanda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Abdullah dan yang lebih-lebih lagi, Paduka Nenda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah. Dan kita percaya dengan sikap yang ditunjukkan oleh Pemangku Raja, InsyaAllah kita di Pahang ini, semua rakyat Pahang tanpa mengira kaum boleh menumpang berteduh dibawah sisi raja. Saya ingin mengucapkan atau menyembahkan tahniah sekali lagi.

Yang keduanya saya ingin mengucapkan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih, tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana dalam tempoh setahun telah menunjukkan er… kualiti kepimpinan yang baik dan saya percaya dengan sokongan kita semua, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan juga Ahli-ahli backbenchers, penyokong-penyokong kerajaan termasuk juga ahli-ahli dari sahabat lama, sahabat baru kita dari Parti Islam Semalaysia, PAS. Insya-Allah Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan dapat memberikan khidmat yang lebih terjamin dan juga dengan keadaan yang tenteram untuk beliau melakukan apa jua perubahan.

Di negeri Pahang ini, sebenarnya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, masalah kita kalau kita katakan masalah kewangan pun tidak juga. Sukatan kepada sesebuah Kerajaan Negeri dari dahulu sampai sekarang ialah kebolehan membayar gaji dan emolumen. Kalau negeri tu boleh bayar gaji dengan emolumen, dari hasil daripada kerajaan negeri itu sendiri, maka menunjukkan Kerajaan Negeri itu tiada apa-apa masalah. Kita di Pahang, berpuluh-puluh tahun yang lalu, sekali kerajaan terpaksa meminjam dari Kerajaan Persekutuan untuk bayar gaji. Sudah berpuluh tahun kita tidak pernah meminjam untuk membayar gaji. Ini bermakna, kita lain daripada sesetengah negeri yang lain. Saya tahu beberapa negeri yang lain, yang terpaksa meminjam daripada kerajaan untuk bayar gaji. Tapi kita tak pernah. Hanya saya berharap, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ahli-ahli dewan perlulah memahami keadaan kita sekarang ini.

Kita ni seolah-olah negeri kebajikan. Saya ingin memberitahu ya, kita memungut hasil hutan, hasil tanah, dan er… bagi kutipan bayaran air, hasil air, kita tidak pernah dapat cover kos, jangan kata dapat untung. Seringgit yang kita bayar bil ni, sebenar kerajaan subsidize kurang-kurang 55 sen atau 60 sen tapi cuba kita naikkan, cuba kita naikkan tarif air ini, saya percaya Ahli-ahli Pembangkang, terutamanya daripada er… PKR, DAP akan bertepuk tangan. Sebab, kerajaan yang memerintah di Pahang ni tak kiralah parti mana, naik saja cukai air, tarif air, kalahlah pilihan raya. Dan sukatan seorang ahli politik, termasuk Menteri Besar bukan surplus, bajet, bukan.. bukan… dia rakyat aman tenteram, dan akhirnya setiap 5 tahun, setiap pilihanraya umum, kita menang balik. Ha… itu sukatan. Kalau kita kalah, makna kita tidak menjalankan tugas dan prestasi kita buruk, rakyat tolak kita.

Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, hutang kita dengan Kerajaan Persekutuan, RM3.17 billion. Kemudian itu, yang kebanyakkannya, RM2.1 billion ini, ialah hutang bekalan air. Kita kena faham negeri Pahang ni luas. Paip air yang digunakan sebelum merdeka, jenis asbestos tu masih ada lagi. Yang ini kita nak gantikan. Saya pernah bercakap dalam Dewan, panjang paip di negeri Pahang ini, kalau kita sambung-sambung Kuala Lumpur - London pergi balik. 12,000 km… 12,000 km jauh, dan sudah pastilah kosnya tinggi dan er… selain daripada itu, kita mengambil alih dari FELDA. Saya lupa jumlah er… hutang yang terpaksa kita tanggung tetapi tidak kurang daripada 82 treatment plant di FELDA yang terpaksa diambil alih oleh Kerajaan Negeri. Kita juga tanggung. Jadi Ahli Dewan kena faham, tak usahlah mencerca kerajaan, kurang duitlah, apalah dan sebagainya. Kita dapat mengadakan khidmat sekarang ini pun sudah cukup baik.

Hutang dengan TNB sebagai contoh, RM432 juta, terpaksalah berhutang. Kalau TNB potong semua bekalan api, bekalan elektrik, tak ada air lah kita. Kalau TNB sanggup negeri Pahang tak berair dari Istana sampai ke kampung, ha buatlah tengok. Itu sebabnya, kita mencadang kepada Yang Berhormat Menteri Besar, supaya buat kertas bebaik, pergi berbincang dengan er… dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir. Saya Tun Dr. Mahathir ni, saya anggap macam ayah saya. Sebab saya tak pernah usik dia. Dan dia pernah panggil saya, setengah jam, 3 bulan yang lalu

berbincang, berbual-bual, bersembang. Kita biasa. Kalau dia suruh lompat, tak lompat je.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Semasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar, menjawab soalan daripada Ketari, dan dinyatakan bagaimana hutang er… kita dengan Kerajaan Persekutuan, untuk SUKMA je, RM400 million? RM200 million? RM200 juta. Pastu untuk banjir 2014, RM43 juta. Negeri lain buat SUKMA, Kerajaan Persekutuan tanggung. Kita buat SUKMA, kita tanggung. Hal-hal keselamatan, bencana, Persekutuan tanggung. Kita er... membelanjakan RM43 juta untuk banjir, kita tanggung. Yang ini saya pun berasa malu Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua nak bercakap. Malu dengan Ahli-ahli Dewan yang baru. Malu dengan Ahli Dewan dari pembangkang, terutama dari Ketari. Saya sebut Ketari sebab beliau Wakil Rakyat yang bagus, baru jadi Wakil Rakyat. Saya beritahu Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kawan-kawan, ahli daripada Ketari ini dia bertanding sampai mati pun dia mesti menang. Dia patut masuk UMNO tapi dia masuk DAP. Tapi kalau dia masuk UMNO, dia tak bertanding pulak.

Saya berasa malu sebab kerajaan masa itu satu parti dengan kita. Kerajaan Barisan Nasional. Saya masih ingat lagi, saya mengetuai, dari Pahang, berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tan Sri Muhyiddin. Kita telah bersetuju capai persetujuan Kerajaan Persekutuan akan hapuskan 40%. Makna kalau RM3.0 billion akan hapuskan RM1.2 billion hutang. Tapi kita tengok masa itu Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang berjoget di Langkawi itu, rupa dia lebih kuat daripada Perdana Menteri (Menteri Kewangan). Dia malu nak cakap. Satu parti tak boleh selesai masalah. Sekarang kita dah kalah, Pakatan Harapan di Putrajaya nak pergi berunding pula lagi, mudah tak mudah tak tahulah. Jadi berasa malulah, patut dulu dah hapus dah semua hutang ini. Ini dah kalah, baru kita minta tolong dengan kerajaan yang lain pula untuk minta tolong. Mana lebih mudah? Patut mudah yang dulu. Jadi elok benarlah kalah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak kita tidak tahu.

Satu perkara lagi sebelum saya duduk, saya ini tidaklah nak panjang tapi dia kadang-kadang melarat-larat juga. Maklumlah orang tua, hari ini genap 69 tahun. Walaupun orang bodek saya, (Ahli Dewan menepuk meja) orang bodek saya kata macam umur 49 tahun. Jadi susah sikit kang nak buat bersenam kang keluar pulak TV, keluar pulak pembangkang, keluar Youtube pelik pulak dia orang. Saya boleh taruk kaki saya sini (membuat aksi). Boleh taruk sini, nak tengok? (Ahli Dewan ketawa). Tapi saya takut nak buat, takut tak boleh er... keluarkan, berusung pula ke hospital, payah nanti (Ahli Dewan ketawa).

Sekarang ini kita dapat tahu juga satu langkah yang baik telah pun dimulakan sebelum ini, supaya Kerajaan Persekutuan membayar pampasan kepada kawasan hutan kita yang kita simpan, yang kita jadikan tadahan air. Sebab berdasarkan kepada laporan jabatan teknikal, kalau negeri Pahang ini tebang hutan kita semua, yang akan tidak ada air minum ialah Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka. Kita setakat hari ini, hutan simpan 1.56 juta hektar. Boleh dibalak 1 juta hektar tapi secara sustainable, maknanya ada sukatan-sukatan tertentu dan kawasan tadahan air 299,000 hektar. Saya ingat dalam tahun 2000 pun kita tambah 200,000 lebih. Itu sebab yang ada 299,000 hektar dan kita nak gazetkan lagi 125,000 hektar. Maknanya lebih kurang dalam 400,000 hektar, lebih kurang dekat sejuta ekar.

Jadi kalau Kerajaan Persekutuan boleh bayar kita RM50 seekar setahun, ada juga RM250 juta. Kalau betul orang Melayu tak pandai mengira, ADUN Teruntum tengok

saya. 250,000 bukan... bukan. 500,000 kali 50, RM25 juta ataupun RM250,000? Satu ekar RM50 setahun. Jadi ini, saya pun telah memberitahu pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan mengulang dalam Dewan ini supaya kita menyiapkan kertas untuk dibawa ke Majlis Tanah Negara dan juga Majlis Perhutanan Negara dan dibawa ke Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan sebelum itu pergi berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini satu cara untuk kita menambahkan hasil.

Berhubung dengan Titah Diraja mengenai meningkatkan hasil dalam bidang ICT, ini kita sedang jalan ikhtiar. Saya mendengar apa yang disebut oleh ADUN Semambu tadi. Inilah masalah yang dihadapi oleh... minta maaflah Kerajaan Pakatan Harapan. Dia ingat dia pembangkang. Di sini betullah pembangkang. Jadi kerajaan pun ingat pembangkang juga. Lepas itu, semua er... hutang banyak, RM1 trillion. Itu menyalahkan kerajaan. Itu sebab tak popular. Dan saya meramalkan insya-Allah Pakatan Harapan ini sepenggal saja. Kalau pakatan UMNO dengan PAS ini diteruskan untuk ugama Islam, bangsa Malaysia, kita akan menang 126 kerusi. Bye-bye ya PH (Ahli Dewan menepuk meja).

Kita akan menang 126 kerusi. Tak pandai. Ketua Menteri toreh getah semasa hujan, lepas itu tanam buluh, lepas itu minum kelapa sawit satu cawan... satu sudu. Kita dah kira dah. Satu sudu ini seorang, setiap hari, sebulan tak sampai 0.25 tan, metrik tan minyak kelapa sawit ini. Satu Malaysia minum 30 juta. Er... ini jenis menteri pakai kasut hitam. Tapi kita suka. Saya beritahu kawan-kawan, jangan marah, biar dia buat apa, dia buat silap, kita menang.

Berbalik, patutnya Kerajaan akan menjawablah apa yang dibangkitkan oleh Ahli Semambu tapi saya tahu sedikit sebanyak. Dia, dalam syarikat sama ada syarikat private company ataupun GLC’s. Pengerusi, Lembaga Pengarah elaun tu memang tetap walaupun belum buat untung. Tak ada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah jadi Pengerusi free, tak ada. Katalah misalan kita mulakan menanam kelapa sawit. Ada Board Director dia. Takkan 5 tahun Board Directornya... Pengerusi sampai Ahli Lembaganya 5 tahun itu tak ada elaun. Ada elaun, wajib.

Yang kita tak beri, kita tak bersetuju, ini pun Kerajaan Barisan Nasional buat dulu, Tabung Haji... kita beri bonus, beri dividen kalau aset lebih daripada liabiliti. Pendapatan lebih daripada hutang. Kemudian itu, cash flow kita bagus, kita boleh bagi. Tapi sekarang ini company rugi, cash flow tak ada, bayar bonus, bayar dividen daripada mana duit lain? Tak betul. Tapi kalau Pengerusi, board member dapat elaun bulanan sebagainya walaupun tak ada hasil, syarikat kena bayar. Tanggungjawab dia. Sebab dia ada servantly, individually, responsible dengan ini syarikat. Makna kalau masuk ke dalam, dia masuk ke dalam. Takkan dia masuk ke dalam free saja. Ini usah bangkitlah.

Kalau nak ceritakan soal Audit Negara ini, pelik. Dia audit, dia tengok dari segi audit, dia dari segi audit. Er... ini rugi. Tapi kalau ikut audit, barang banjir pernah di audit. Tak boleh beli dulu barang banjir ini. Dah banjir baru kita beli, gila tak? Tapi saya pada masa itu saya menjawat er... Ketua Kerajaan saya kata no, kita beli. Hantar ke Tioman, hantar ke Kuala Tahan, hantar forward basis. Kita beli, beli, beli tak kira audit tak audit. Takkan dah banjir nak beli? Nak pergi hantar pun tak dapat. Ini kalau kira audit dari perspektif audit. Memanglah oh rugi, memang rugi kita baru nak menjalankan ikhtiar dan kita dapati banyak juga masalah. Katalah projek stem cell, kita nak buat dengan Rusia. Baru dengar angin-angin Rusia aja, orang dari Amerika datang dah berjumpa orang itu, berjumpa orang ini. Dia bukan sahaja Amerika, itu CIA... cancel, tak jadi sebab tak nak berlaga antara Moscow dengan Washington. Kita pula jadi apa ni... kita kena faham. Cakap boleh, lepas cakap keluar Dewan pula.

Ini macam Lee Kuan Yew. Cakap dalam Dewan Rakyat er... keluar. Orang nak er... memberi penerangan. Cakap senang, cuba tengok sikit. Macam soal ini kontraktor dia sebut tadi. Itu keputusan mahkamah. Adalah mahkamah menengokkan tak adil ke MPK ke dan sebagainya, jadi bayar ganti rugi ke dia. MPK kena bayar, kalau tidak MPK masuk jel. Siapa masuk jel? YDP, Ahli Majlis. Itu ada tak betul antara MPK dengan ini, dengan apa... kontraktor. Kita tak tahu apa masalahnya. Kita jangan boleh sebut aja. Cakap sedap, well research tapi tak ada ini, tak ada akal, tak ada otak.

Itu sebab Tun Mahathir... Tun Mahathir dia pesan dengan saya, you baca, fikir apa you baca. Dan dia baca Quran. Ada kawan saya pergi, tengok belakang tu, Quran terbuka highlighters hijau, merah Tun Mahathir. Ini ahli-ahli daripada PAS nak bagitahu. Dia tak tunjuk dia lebai, tak tunjuk dia warak tapi dia tahu apa dia buat. Dan Tun Mahathir, kalau kita kaji dia, dia logik dengan akal melebihi undang-undang dan peraturan. Tengok la dia bercakap, dia bukan kira undang-undang, dia bukan kira perlembagaan, dia kira logik dengan akal. Jadi kita bercakap kena logik juga, kena terima akal. Yang tak boleh pakai logik, pakai akal ini, ugama.

Dalam Islam ada satu konsep [Perkataan dalam Bahasa Arab] nam Ta'abbudi. Ta'abbudi ini ikut. Sembahyang 4 rakaat 4, awak nak menunjukkan awak warak 40 rakaat buat Zohor. Tak jadi juga. Haa… lepas itu pada niat, niat mustahak. Kalau kita baca Hadis 40 itu ada maksud [Bacaan dalam Bahasa Arab] Panjang di hujung itu punya Islam itu ini saya malas cakap habis takut diaorang malu pula kalau saya reti pada diaorang payah juga. Ia nak mengatakan niat. Kalau kita fikir balik haa… ini fikir logik. Kenapa niat, niat boleh mengubah segalanya. Cuba fikir Zohor 4 rakaat, Asar 4 rakaat apa beza? Niat. Sunat Subuh 2 rakaat, sunat lepas Isyak pun 2 rakaat apa beza? 2 rakaat juga apa beza? Niat. Maknanya kalau sedekah, niat sedekah. Kalau zakat, niat zakat. Tak boleh pakai, siapa kata tak boleh.

Jadi yang berkenaan dengan PTR, kita kena faham ini. Kita ada wujudkan satu KUP. Haa… itu inisiatif baru. Er… saya ingat kerajaan boleh jawab. KUP ini dia ada pelan kabel elektrik, kabel macam-macam dan kemudian itu siapa nak buat itu dengan dia sekarang ada pendapatan. Ada pendapatan KUP. Yang PTR ini perlahan-perlahan la. Kita pun bukan maju sangat ingat semua nak pakai ini… digital? Semua orang boleh bayar pakai… pakai e- er… apa ini e-bayaran itu?

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada er… apa nama Pelangai. Sebenarnya KUP itu adalah anak syarikat PTR. KUP itu adalah anak syarikat PTR.

Haa… itu pun dia, saya pun dah lupa dah. Baru baru setahun pencen Menteri Besar, lupa dah. Jadi kita jangan sebut la. Ini ahli daripada Semambu dah masuk. Memang chairman, board members walaupun wang tak ada sebagai wajib bagi dia, elaun dan sebagainya. Kalau kita mula dengan tanam kelapa sawit, haa…kelapa sawit mendapat hasil nak bagi dia free tunggu 5 tahun. Tak ada. Audit? Mahu ikut audit punya report, kalau ikut audit punya ini cadangan, barang banjir tak boleh beli, banjir baru beli. Macam mana? Fikir la. Saya tak bagi laluan, duduk.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Terima kasih.

Saya tak bagi.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Saya dengar nama saya, saya terus masuk.

Saya tak bagi. Haa… extinguishers. Macam ini MPK saya sebut tadi haa… mesti ada masalah MPK dengan kontraktor. Apasal pula MPK kena bayar? Court-order, mesti ada sebab. Kalau MPK tak bayar, masuk jel YDP, Ahli Majlis. Itu pun individually severally responsible. Er… itu kita kena ingat. Cakap senang la. Saya harap la ahli pembangkang, jangan membangkang je. Itu sebab Pakatan Harapan ini tak sampai sepenggal besok. Dia ingat dia pembangkang.

Guan Eng, kawan baik saya Menteri Kewangan. Dia ingat dia pembangkang. Balik-balik kerajaan dulu, ini kerajaan dulu. Orang buka terowong haa… senyap. Bukak hal terowong dah senyap. Jangan, kita biar patut-patut. Jangan ingat busuk hati, busuk mulut. Haa… cakap. Tunjuk kelemahan orang. Sebab kita Islam. Kita tunjuk buruk orang, Allah Taala akan buka buruk kita. Lebih baik duduk diam-diam. Ini ada lebai minyak nyior, dia jual ubat nama dia lebai minyak nyior, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Sikit lagi. Dia jual jual jual. Kita buat orang, orang buat kita. Kita hutang orang, orang hutang kita. Kita nikah dengan anak orang, anak orang nikah dengan kita. Orang nikah anak kita, memang la. Kita nikah anak orang, dapat anak. Anak kita pula, orang nikah dengan anak dia pula. Betul la.

Polis pun lalu, sebab dia jual… jual ubat tak ada lesen. Kita tangkap orang, orang tangkap kita. Polis pun pusing-pusing tak jadi nak tangkap. Haa… jangan. Kama… kama… [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Bacalah hadis. Saya malas nak bercerita panjang.

Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kesimpulan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja telah menyampaikan Titah Diraja yang mantap. Dan keduanya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar sedang memberikan kepimpinan yang baik dan dinamik dan kita semua wajib untuk memberi sokongan. Dan ketiganya, negeri Pahang ini kita kena faham akan constraint. Negeri besar buat apa sahaja mesti kos lebih. Cameron Highlands nak buat rumah, projek rumah double kos sebuah. Tioman buat projek rumah double kos di bawah. Dan kita tak boleh naikkan cukai sebarangan sama ada MPK ke, tarif air ke… tak boleh. Ia akan menyusahkan rakyat. Bila rakyat susah, kita pun susah. Sebab apa pun dalam kita memerintah, menjalankan pemerintahan yang penting rakyat aman damai.

Saya berasa takut sedikit sekarang. Saya berumur 19 tahun semasa peristiwa 13 Mei berlaku, dan development dia tu, macamlah sekarang. Cina cakap hal Cina, Melayu cakap hal Melayu, India cakap hal India tapi lama-lama esok kita bergaduh. Ini kena jaga. Kita bukan ada negeri lain mahu pergi lagi. Cina ke, India ke, Benggali ke, Orang Asli ke, ini tempat kita mati. Jadi saya berharap kita ada harapan masa depan. UMNO dengan PAS. Orang Cina takut ke PAS, macam orang Melayu takut ke DAP. Haa… itu pandai-pandai la tengok macam mana. Kalau dengan memberi orang itu takut kita boleh menang, kita takut ke dia. Kalau boleh memberi khabar gembira kita boleh menang, bagi khabar gembira. Tengok keadaan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon er… menyokong usul yang dibentang. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan setinggi terima kasih dan mengucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam Perbahasan Menimbang Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Sekarang saya menjemput pihak kerajaan untuk menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa membahaskan usul tersebut. Saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang. Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri er… dan Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan sekalian. Pertama, saya memanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnia-Nya dapat saya menggulung perbahasan pada persidangan kali ini. Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat er… yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh portfolio… portfolio saya iaitu berkaitan dengan er… Kerajaan Tempatan dan juga Perumahan . Bagi saya untuk menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Daripada soalan-soalan yang dikemukakan sama ada lisan ataupun er… secara bertulis serta semasa sesi perbahasan, dapat dilihat er… bahawa perkhidmatan perbandaran termasuk perlaksanaan projek dan inisiatif perumahan mampu milik untuk rakyat terus menarik minat dan menjadi tumpuan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ada beberapa slogan ya.

Tanam tebu di tepi bibir, Tanam buluh di tepi tebing, Tiada janji lihat bukti, Maju terus Pahang.

Ini sebenarnya bukan pantun er… ini bukan pantun. Ini adalah satu janji-janji ataupun sebagaimana yang diuar-uarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Kerajaan Negeri tidak menetapkan janji 100 hari, 1000 hari atau 6 bulan dan sebagainya. Kita akan…

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mencelah sikit. Saya harap ahli kerajaan balik rumah fikir-fikirlah, habiskan pantun ini.

Buah kedekak buah kedeki,

Beri makan di atas bukit,

Haa… fikirlah apa penghujungnya balik rumah ini. Terima kasih. (Ahli Dewan ketawa)

Terima kasih er… Pelangai. Insya-Allah saya akan kaji pantun, kita tengok nanti. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, prestasi kutipan hasil PBT tempatan pada tahun ini didapati telah meningkat er… dan memberangsangkan sebanyak… sehingga 28 Februari yang 2019 yang lalu er… PBT Pahang telah mengutip cukai sebanyak 32%...

32.88% atau sebanyak 1.08 lebih kurang RM1.9 juta daripada hasil yang disasarkan sebanyak RM331 juta yang ditetapkan.

Ini sedikit sebanyak boleh… adalah menunjukkan komitmen daripada pihak PBT dalam usaha mendapatkan hasil yang er… hasil bagi pihak kerajaan dan menjana semua pendapatan er… sumber pendapatan untuk digunakan dipulangkan balik kepada rakyat untuk pembangunan dan sebagainya. Sebab tagline portfolio saya adalah meningkatkan hasil PBT dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Jadi insya-Allah dengan peningkatan hasil ini sebagaimana dengan peningkatan hasil-hasil yang lain sedikit sebanyak boleh membantu Kerajaan Negeri dan juga PBT untuk meningkatkan pembangunan di kawasan masing-masing.

Berdasarkan kepada angka tersebut, prestasi kutipan hasil berakhir pada Februari lalu telah menunjukkan peningkatan sebanyak 30%. Maka saya menaruh keyakinan sehinga pada tahun ini, kutipan hasil menerusi Pihak Berkuasa Tempatan akan melebihi sasaran yang ditetapkan. Dalam usaha kita nak meningkatkan hasil PBT, kita juga ada masalah dari segi tunggakan kepada PBT. Dianggarkan sehingga kini sebanyak RM15 juta tertunggak. Cuma kebanyakan dari hasil-hasil cukai yang tidak dijelaskan oleh rakyat kepada PBT.

Perkara ini berlaku disebabkan oleh masalah individu sendiri. Berbagai alasan digunakan kerana kejatuhan ekonomi pendapatan menyebabkan mereka tidak mampu untuk membayar er... tunggakan cukai yang ditetapkan. Jadi ini adalah satu perkara yang... yang amat serius di mana apabila rakyat atau pemilik-pemilik bangunan memberi alasan baik ekonomi yang tidak baik pada ketika ini selepas kejatuhan Kerajaan BN er... menyebabkan mereka menyukar untuk membayar. Walau bagaimanapun tindakan daripada PBT telah memberikan notis dan tindakan penguatkuasaan kepada penduduk dapat juga membantu bagi mengatasi masalah tunggakan yang banyak yang ditanggung oleh pihak PBT ini.

Yang kedua pelaksanaan penilaian Pihak Berkuasa Tempatan. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, kualiti perkhidmatan disediakan oleh pihak PBT, perlulah memberi kepuasan kepada setiap penduduk yang berada di kawasan operasi masing-masing. Perkhidmatan yang terbaik perlulah seiring dengan nilai ringgit yang dikenakan menerusi kutipan cukai pintu dan lain-lain bayaran oleh setiap pembayar cukai termasuklah lesen dan sebagainya. Bagaimanapun bagi menilai perkhidmatan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, maka perlu ada mekanisme yang disediakan menerusi sistem penarafan bintang ataupun dengan izin, star rating, bagi Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Pahang.

Dalam hal ini, saya telah memohon agensi berkaitan bagi mengkaji kriteria penilaian dan penambahbaikan bagi memertabatkan PBT Negeri Pahang adalah yang terbaik kepada rakyat di negeri Pahang. Ini adalah satu inovasi yang akan digunakan bagi untuk er… PBT mendapatkan hasil dan memberi perkhidmatan berdasarkan kepada sumbangan daripada penduduk dan lain-lain perkara yang berkaitan. Sebab kita memikirkan juga dari segi penambahan hasil ini, memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat adalah meliputi menyediakan infrastruktur yang baik, menyediakan persekitaran yang baik termasuklah dari segi kebersihan, keceriaan dan landskap, sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ada menyentuh berkaitan dengan landskap termasuk jugalah pokok-pokok dan sebagainya.

Jadi sebagaimana saya telah maklum dalam maklumbalas daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawa inilah peranan PBT. Er... perkara ini memerlukan sumber yang kewanganlah untuk melaksanakan perkara-perkara yang telah dirancangkan dan

pada ketika ini sebagaimana saya maklumkan sebelum pada ini, tunggakan ataupun peruntukan daripada KPKT, di bawah perbelanjaan pembangunan, masih lagi tidak dilepaskan ataupun tidak diberikan kepada PBT. Er... setakat ini saya dah maklumkan dalam mesyuarat bersama Menteri KPKT pada bulan 9 yang… tahun lepas. Tapi sehinga hari ini baru satu mesyuarat Exco Malaysia ini dengan menteri KPKT, baru satu kali mesyuarat. Jadi macam mana perkara ini saya nak bawa kepada pihak kementerian, sedangkan nak mesyuarat pun setakat ini memang susah ya.

Kalau Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan dan ada dua kali mesyuarat, tapi mesyuarat Menteri dengan Exco baru satu mesyuarat dan ini menyukarkan kerja-kerja yang kita mohon untuk pihak apa ni… KPKT membantu dari segi kewangan dan sebagainya. Ini kewangan adalah semua kepentingan rakyat untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Berkaitan dengan kenaikan cukai, cukai taksiran atau dikenali sebagai cukai pintu, saya ingat saya dah maklum dalam Dewan yang bersidang pada tahun lalu, iaitu pihak Kerajaan Negeri telah mengenakan kenaikan cukai kepada PBT iaitu daripada 0.5% sehingga 2%. Bagi kategori kediaman, kenaikan cukai sebanyak 1%.

Semalam ada dibangkit oleh ADUN Mentakab ya, ataupun Bilut berkaitan dengan kenaikan cukai yang sampai 100%. Sebenarnya kita naik 1% sahaja. Kategori perniagaan 1.5%, kategori indusrtri kenaikan 2% dan tanah kosong bagi bangunan masih 0.5%. Kalau dulu katakanlah dia kena 10% cukai, kalau 1% jadi 11%. Tapi apa yang telah diviralkan dispense dengan izin, seolah kita naik sebanyak 11% ataupun 20% dan sebagainya. Ini adalah satu apa ni perkara yang tidak baiklah bagi pihak apa ni er...Yang Berhormat sekalian kita membantu rakyat. Jadi kita kena memaklum perkara yang sebenarnya untuk isu-isu yang berkaitan dengan kenaikan cukai dan sebagainya.

Sebenarnya kenaikan cukai ni kita dah tak naik sejak lama sejak 20 tahun. Kalau dulu kadar tandas masuk tandas 10 sen sekarang 30 sen, orang tidak membantah pun, tapi bila kita cuba naikkan cukai untuk pulangkan balik sumbangan ini kepada rakyat, jadi sebahagian rakyat dah marah ya...1% je naik bukan sampai 100%. Kita tengok pada sehinga kini, dengan kenaikan cukai ni, PBT akan dapat meningkatkan pendapatan sehingga RM2.1 juta sahaja, bukannya banyak bagi seluruh Pahang, tak banyak pun RM2.1 juta. Kalau kita nak buat di Taman Tasik Chatin tu RM700,000, banyak mana dengan RM2.1 juta, macam mana sumber kewangan yang kita perlukan.

Terima kasihlah ADUN Mentakab buat. Memang kita sedia untuk membantu perkhidmatan kepada rakyat, tapi masalah sumber kewangan kitalah, ya. Begitu juga sumber-sumber kewangan kita ini ada... PBT ada dua, satu daripada cukai sendiri, yang bercukai dan daripada sumbangan kepada Kerajaan Negeri ada tapi tidaklah banyak dan selebihnya adalah daripada sumbangan daripada bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi rakan-rakan saya yang berada di pihak kerajaan baru, bantulah kami untuk mendapatkan peruntukan. Insya-Allah minggu depan saya rasa menteri akan turun KPKT di Kuantan, mungkin sebahagiannya kita boleh bawa perkara ini dalam makluman untuk menteri ya.

Berkaitan dengan anjing liar, sebagaimana yang dibangkit oleh Semambu. Saya terima kasihlah pada… ADUN Teruntum, mohon tanah sebanyak 5 ekar untuk tempatkan anjing liar. Rasanya bukan tempat anjing liar kalau 5 ekar ini. Ini nak tanam sawit ataupun nak tanam sayur. Sebenarnya bilangan anjing yang berada dikawasan berkenaan di Taman Dato’ Rashid tu sebelah tu, ada lebih kurang dalam 200 ekor diusahakan oleh NGO. Tujuan dia, dia akan... anjing-anjing yang ditangkap ni kita tak boleh nak bunuh sekarang ni..

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Minta mencelah sekejap, minta mencelah. Terima kasih Wakil Kerajaan. Anjing sekarang ada sana lebih 350 ekor.

Okay, terima kasih atas pembetulan. Memang rekod saya 350, saya nak tengok YB Semambu ni prihatin ke tidak...YB Teruntum. Rekod saya 350. Tetapi dia memang seorang Semambu... Teruntum ni seorang Ahli Berhormat yang prihatin, sentiasa bergerak, termasuk luar kawasan dia pun. Sebenarnya ada 350 ekor tetapi kalau 350 kita nak bagi 5 ekar, 1 ekar mungkin dalam 40 ekor duduk dalam kawasan adakah perlu kita nak bagi tanah ni? tapi kita akan memikirkan perkara ini supaya masalah anjing-anjing liar ini dapat diatasi. Sebab kita tak mahu lagi kalau di Sarawak sekarang telah ada penyakit anjing gila rabies. Kita tak nak nanti, bila ada rabies bukan saja anjing gila, orang pun akan jagi gila nanti ya, ya, Teruntum ya. Terima kasih atas soalan tu. Er...

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Minta mencelah sikit, Dato’ Yang di-Pertua. Sebenarnya kes anjing tempat saya pun banyak juga di pekan Padang Tengku. Saya banyak kali bawa dalam mesyuarat tindakan daerah dulu-dululah. Er... apabila kita nak cuba mengatasi masalah anjing ini, dia macam berlepas-lepas... bertolak-tolak... bertolak-tolak antara jabatan-jabatan ni. Siapa yang sepatut ambil tindakan. Ada kata kesihatan, Kesihatan kata Veterinar, Veterinar kata PBT, PBT kata RELA. Jadi apabila dibuat macam ini, ada tindakan yang dibuat oleh orang kampung sendiri penduduk tempatan, dia tembak je secara... secara tidak sedar. Tapi akhirnya polis tangkap orang tu pula. Jadi siapa sebenarnya yang boleh mengatasi masalah-masalah anjing-anjing yang terbiar ini sehingga dia mengganggu gugat kesejahteraan penduduk. Terima kasih.

Terima kasih Padang Tengku sebenarnya ada dua tiga jabatan terlibat iaitu jabatan Veterinar dan juga daripada Kementerian Kesihatan serta daripada PBT sendiri. Dari segi pelesenan dia tanggungjawab dibawah PBT, pelesenan anjing. Er… dari segi rawatan penyakit Kementerian Kesihatan, dari segi kawalan rabies di bawah Jabatan Veterinar. Jadi, isu ini saya akan maklumkan kepada pihak di Majlis Daerah Lipis untuk memastikan… ini memang masalah anjing ini. Kadang-kadang ada anjing yang ditangkap dilepaskan, dilepaskan balik. Contoh baru ini saya ambil maklum bahawa di kawasan Politeknik Semambu POLISAS ya, di mana seorang pelajar telah digigit oleh anjing ya. Memang kita dah tangkap anjing ini, tapi mungkin ada pihak-pihak tertentu melepaskan di kawasan ladang-ladang sawit untuk menjaga ladang sawit, dan menyebabkan ada yang telah digigit anjinglah. Jadi, setakat ini di Pahang ini tak ada lagi penyakit rabies dilaporkan sehingga kini. Jadi, saya ambil maklum Padang Tengku lah perkara ini. Berkaitan dengan tikus. Ini pun dibawa oleh ADUN Teruntum ya. ADUN Teruntum ini memang dia suka mengkaji tikus, anjing, burung dan sebagainya. Manusia pun mungkinlah lepas pada ni. Masalah tikus di pasar besar, pasar besar kita ini dah… Kuantan ni dah berusia dah hampir 40 tahun ya. Masalah tikus memang ada kawalan yang telah dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan dianggarkan dalam sebulan dapat ditangkap dalam purata setiap 20 ekor. Saiz tikus ni dipanggil brown rat, dengan izin ya, tikus perang. Jenis dia, spesies dia adalah norwegian rattus rattus ya itu dari teknikallah. Saiznya boleh besar sampai saiz kucing dan ini amat

menakutkanlah bagi pengunjung-pengunjung terutamanya yang mereka berkunjung ke pasar besar.

Sebenarnya pasar besar ni lepas pukul 6 malam atau 6 petang, kita akan menjalankan kerja-kerja pembersihan dan juga kerja-kerja kawalan tikus. Perangkap juga dipasang dekat sana. Cuma kita tak menggalakkan penggunaan racun sebab kita bimbang apabila kita menggunakan racun, tikus ni akan bergerak atas makanan yang disimpan di tempat-tempat di pasar besar dan kemungkinan akan boleh menyebabkan masalah keselamatan kepada manusia. Jadi, tindakan terbaik yang kita lakukan setakat pada ni ialah menggunakan perangkap dan juga apa ni tindakan manual lah. Kami akan pastikan bahawa masalah tikus ni akan dapat dikurangkan seminimum yang mungkin. Kalau nak menghapuskan secara total, saya rasa mungkin agak sukarlah.

Berkaitan dengan cadangan daripada Teruntum, nama baru bagi menggantikan nama Jalan Penjara. Teruntum mencadangkan supaya nama Jalan Penjara ditukarkan kepada nama Pelangai ya, semalam. Ini cuma cadangan ya. Kita akan mengkaji perkara ini sesuai dengan persekitaran dan juga berkaitan dengan perkara-perkara tertentulah ya. Kalau ikut pada ni nama-nama siapa pun kita tak tak perlu nak risau, Pahang ni banyak tokoh-tokoh yang berjaya yang kita boleh namakan. Nama Penjara ni kekal sehingga kini sebab dulu di jalan ni, di jalan ni adalah terdapat satu penjara ya. Jadi kita masih gunakan nama Penjara. Jadi, kita akan ambil maklum perkara ini, mungkin pada masa akan datang, tidaklah semesti cadangan itu perlu kita gantikan ya. Kita akan memikirkan cara yang terbaik untuk memberikan nama-nama. Banyaklah nama-nama telah diganti di bandar Kuantan ni. Jalan tak jelas dah jadi nama Jalan Mahkota ya. Banyak jalan-jalan Bay-Route dah jadi Jalan Bukit Ubi. Berapa jalan telah ditukarkan nama. Kita akan mengambil maklum perkara ini, Teruntum.

Berkaitan dengan penutupan jalan sempena Hari Tanpa Kenderaan. Baru-baru ini memanglah dirasmikan oleh sahabat saya daripada Bebar, hari Sabtu selama 3 jam sahaja ya, 3 jam. Mungkin pandangan daripada pihak Teruntum ni kita akan minta Majlis Perbandaran Kuantan. Tujuan dia untuk menyebarkan menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat dan untuk mempromosikan bandar rendah karbon ya, bandar rendah karbon… asap dan sebagainya yang boleh memudaratkan dan boleh meningkatkan hit point ya di pusat bandar, dengan izin, terlalu banyak gas CO2 NO2 ni dia yang akan menyebabkan kepanasan di bandar dan ini menyebabkan keadaan perubahan cuaca boleh berlakulah.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Minta mencelah sikit. Terima kasih Wakil Kerajaan, saya selepas 1 hari, saya turun petang itu saya turun er… saya tanya pada pengusaha dekat sana, kedai-kedai memang yang tidak setuju sangatlah sebab mengakibatkan perniagaan yang mengakibatkan yang teruk dekat Jalan Wong Ah Jang dengan Tun Ismail itu… sesak lalu lintas yang teruk. Itu kalau buat kita mungkin nak buat eco green dekat Jalan Besar tapi berlaku pula kekotoran atau pencemaran di Wong Ah Jang dengan Tun Ismail. Ini bagi sayalah tidak relevanlah, so saya harap kalau MPK nak buat, saya setuju tapi buat di macam di Taman Gelora yang luar kawasan dari bandar. Jangan buat kesesakan bagi bandar Kuantan atau nak buat pada hari minggu. Itu sahaja cadangan saya, terima kasih.

Terima kasih Teruntum, kita ambil maklumlah. Mungkin cadangan ini buat pun 3 bulan sekali bukan setiap hari Sabtu Teruntum ya, 3 bulan sekali tapi kita ambil maklumlah. Mungkin kita minta pihak Majlis Perbandaran Kuantan untuk mengkaji semula dia punya jadual pelaksanaan.

Berkaitan dengan pelantikan Ahli-ahli Majlis yang dibangkitkan oleh Cheka dan juga Bilut ya. Sebenarnya pihak kerajaan telah mengeluarkan tawaran kepada komponen-komponen termasuk daripada kaum Cina dan juga kaum India. Setakat pada ini kita tak dapat makluman. Bukan kita tidak menawarkan, dalam Ahli-Ahli Majlis ni terdapatnya adanya Melayu, India, Asli dan sebagainya. Kita telah menawarkan tapi setakat ini kita tak dapat maklum balas dan kita masih menunggulah ya dia punya ya… kita bukan racist, tak racist ya… kita melibatkan semua kaum yang memberi sumbangan kepada semua kaum yang berada di kawasan bandar masing-masing. Begitu ia tertakluk dari segi Akta Kerajaan Tempatan 171 er… pelantikan Ahli Majlis bagi setiap PBT ni sebanyak 24 orang sahaja. Jadi kita jumlah yang terhad, jadi yang pilih ni yang betul-betul layak, yang betul-betul boleh memberikan komitmen dan berkhidmat untuk rakyat sebagai orang kata yang berhormat kawasanlah bagi PBT masing-masing.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Minta laluan. Saya tahu setakat ini kerajaan telah pun melantik kuotanya juga sudah penuh. Adakah kerajaan… kerana mungkin kemungkinan besar saya tak tahu apa tu dalaman komponen parti dalam Barisan Nasional tetapi kemungkinan besar ada masalah dalaman dalam komponen parti Kerajaan Negeri. Adakah Kerajaan Negeri akan ambil kira sekiranya parti komponen kerajaan tidak mencalonkan nama Ahli Majlis? adakah kerajaan mengambil kira melantik NGO ataupun ketua persatuan untuk jadi Ahli Majlis untuk memenuhi keperluan semua kaum? Sekian.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Daripada Bilut. Sebenarnya memang kita ada lantikan daripada NGO dalam jawatankuasa Ahli Majlis yang dilantik pada waktu inilah. Ada, memang ada ya. Berkaitan dengan pelantikan ahli jawatankuasa JKK Kampung Baru dibangkitkan oleh Cheka, yang telah tamat pada Ogos 2018. Ini dukacita sayalah sebab JKK Kampung Baru ni di bawah KPKT pelantikannya, ada 62 er… tempat. Kita mendapat arahan sebelah pihak sahaja daripada pihak KPKT telah mengutuskan surat kepada pihak Kerajaan Negeri untuk melantik ahli-ahli JKK Kampung Baru ni. Walau bagaimanapun, penempatan mereka ni adalah ditempatkan di PBT.

Jadi, ini satu perkara yang sebelah pihak. Jadi, setakat pada hari ini kita belum lagi membuat apa-apa perbincangan dengan pihak… surat pun baru diterima bulan lepas ya, walaupun JKK Kampung Baru telah ditamatkan pada dua ribu… Ogos tahun lepas tapi kita baru dapat makluman daripada menteri dan insya-Allah pada mungkin hari Isnin yang akan datang ni, menteri akan datang ke sini dan kita akan membangkitkan perkara ini. Bukan Kerajaan Negeri tidak memberi komitmen, tetapi kita nampak pihak KPKT sendiri tidak memberi komitmen kepada perkara ini. Kita tak nak keputusan kita ini adalah keputusan sebelah pihak, diarahkan oleh KPKT kita terima, tidak. Kita akan

nak situasi dengan izin, win win situation. Pihak kementerian pun mendapat manfaat dan pihak negeri pun akan mendapat manfaat daripada pelantikan JKK Kampung Baru.

Yang kedua berkaitan dengan perumahan ya. Oh! satu lagi berkaitan dengan pasar malam yang dibangkitkan oleh Tanjung Lumpur. Minta supaya pihak PBT menutup 15 minit sewaktu azan Maghrib di pasar-pasar malam. Di bawah PBT sebenarnya telah ada tetapi tidak dipraktiskan oleh peniaga-peniaga sendiri. Saya contoh di Beserah kebetulan saya duduk di sana. Peringkat awal dulu memang ada, tapi sekarang ni bila dia ada pembantu, seorang pergi solat dan kawan dia akan membantu dan akan gilir-gilir sebab kawasan Beserah tu dekat dengan Masjid Beserah ya. Jadi, sebenarnya tak ada masalah. Kita telah menguar-uarkan supaya perniagaan tidak ditutup tetapi diganti sahaja dengan peniaga-peniaga lah yang meniaga waktu yang sesingkat ini.

Berkaitan dengan perumahan, ingin saya jelaskan bahawa Kerajaan Negeri sebagaimana yang telah dimaklumkan dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita ada dua projek utama iaitu Projek Prima Pahang dan juga Projek Rumah Makmur. Jumlah pun saya dah sebutkan dalam… dalam perbahasan yang lepas tapi sehingga April hari yang… hari yang isnin baru ni lah kita telah… terdapat 122 projek dengan bilangan unit rumah mampu mililk 35,610 unit Rumah PRIMA Pahang. Mana ada dalam negeri Malaysia ini, rumah kembar dua, tiga bilik air, tiga bilik, dua bilik air berkeluasan 1000 kaki persegi berharga RM150,000.00 dan 10% diskaun untuk kakitangan awam. Tak ada di Malaysia ini ya. Tak ada, di Pahang lah satu-satunya Projek Perumahan yang betul-betul kita tumpukan kepada mereka yang berkemampuan RM10,000.00 ke bawah untuk memlilik rumah er… PRIMA Pahang dan bagi mengatasi masalah mereka yang berpendapatan rendah bawah daripada RM5,000.00 kita sediakan Rumah Makmur.

Setakat ini dah ada 15 projek Rumah Makmur er… berjumlah 3,670 unit kesemuanya yang… yang sedang dalam proses untuk er… pembinaan. Manakala Rumah PRIMA setakat ni ada tujuh projek yang telah kita batalkan kerana kurangnya komitmen daripada pihak pemaju ya. Er… beberapa syarat tidak dipatuhi yang menyebabkan kita mengambil tindakan membatalkan projek ini. Manakala yang lain-lain dalam tindakan penyediaan kebenaran merancang dan dokumentasi yang lain-lain lah dan kita anggarkan sehingga tiga, empat tahun akan datang ini, insya-Allah perumahan ni akan berjaya disiapkan sebagaimana yang kita telah kita uar-uarkan.

Berkaitan dengan aduan daripada Tahan, berkaitan dengan kurangnya promosi Rumah Makmur ya. Sebenarnya di… sebenarnya Rumah Makmur ni baru satu kita lulus di Jerantut. Patutlah mungkin orang ramai di Tahan lah dia tanya Rumah Makmur ni dia tak tahu ya, tak ada promosi. Sebenarnya Jerantut kita baru lulus satu. Insya-Allah minggu depan kita akan, YAB Menteri akan melancarkan operasi pecah tanah ya. Sebenarnya ada ya. Saya ingat details nanti mungkin saya boleh berhubung terus Tahan nantilah ya.

Berkaitan dengan… setakat ini lah kita tidak dapat, terdapat permohonan daripada pihak rakyat sebanyak 32,266 permohonan ya, telah diterima daripada rakyat untuk memiliki Rumah PRIMA ataupun Rumah Makmur dan ini satu angka yang… yang besar lah yang kita perlu sediakan yang Kerajaan Negeri amat komited untuk membantu golongan yang berpendapatan pertengahan dan juga kita ada projek PPR yang Projek Perumahan Rakyat yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan ya, kita ada satu projek baru di Lanchang saya rasa er… di mana tanah kita akan sediakan. Kerajaan Negeri beri, memang memberi komiten… komited untuk memberikan apa ni tanah untuk dilaksanakan oleh pihak KPKT untuk Perumahan

Rakyat bagi golongan yang mungkin tak ada slip gaji yang pendapatan tidak tetap dan sebagainya. Ini kita sedang usahakan ya.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua,

Minta er… celah sikit. Saya nak er… tanya tentang isu JKKK Kampung Baru tadi yang dibangkit oleh er… pihak Kerajaan. Er… saya amat gembira lah bahawa pihak kerajaan mungkin ada mesyuarat bersama dengan Kementerian minggu depan. Bolehkah saya tahu jangka masa bila kita boleh er… calonkan JKKK Kampung Baru di masa yang akan datang? Boleh kah dijangka mungkin tiga bulan, mungkin dua bulan? Pada masa bila kita boleh betul-betul namakan Ketua JKKK Kampung Baru di enam puluh dua kampung di Negeri Pahang ini? Sekian terima kasih.

Terima kasih Bilut. Nanti lah selepas perjumpaan dengan Menteri ni kita akan maklum lah perkara ini ya. Sabar sikit ya. Untuk er… Perumahan Rakyat bagi yang mereka tidak…

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Mohon mencelah Dato’ Speaker.

Saya tertarik dengan cadangan daripada Kerajaan sebentar tadi menyebut bahawa sedang memperincikan cara-cara ataupun kaedah bagi mereka-mereka yang tak ada slip gaji untuk memiliki rumah apa ni, PRIMA ataupun Rumah Makmur. Setahu saya di kawasan DUN Pulau Manis, kita ada terdapat beberapa projek Rumah PRIMA dan juga Rumah Makmur ni yang sedang dalam pembinaan.

Saya mengambil contoh rumah apa ni PRIMA di Penor Jaya Utara dekat ataupun bersebelahan dengan Indera Sempurna. Untuk mengisi, mengisi er… dengan penduduk-penduduk memiliki rumah tersebut bagi acara pemilihannya sahaja memakan masa lebih daripada setengah tahun, dengan saya beberapa kali berjumpa ataupun dipanggil oleh SUK Bahagian Perumahan bagi mencadangkan dan menyokong mereka-mereka.

Dalam pengamatan saya, mereka-mereka yang tak ada slip gaji ni sebenarnya pendapatan dia lebih besar ataupun lebih tinggi lah daripada yang makan gaji. Yang makan gaji ni dia bergantung kepada gaji dia itu je lah, di situ lah nak bayar kereta, di situ lah nak beli beras dan sebagainya. Tetapi orang niaga ni dia banyak cabang, banyak cara tapi sekarang ni dia lebih susah. Jadi sekarang ni, sementara ni disebut bahawa sedang mencari kaedah-kaedah. Boleh tak disebut ser… serba sedikit kaedahnya? Sebab apa? Kaedah yang telah disebut dahulu er… misal kata dengan perakuan daripada Pengerusi JKKK atau Tok Empat terhadap pendapatan anak buah, maka Rumah Generasi Kedua dekat Sri Makmur boleh dimiliki. Tapi, tak ada. Balik-balik nak slip gaji juga. Jadi saya sangat berharap lah, ada tak pihak Kerajaan merangka satu strategi khusus supaya mereka yang memang memerlukan sangat-sangat rumah ni tadi, dapat memiliki rumah. Sebab apa kadang-kadang kita bukan, minta maaf lah ya, bukan nak cakap er… depan belakang. Ada setengah tu, orang yang makan gaji ni dia ada rumah dah, tapi dia beli lagi rumah tu, tapi dia dapat lah sebab dia ada bukti, ada slip gaji, tapi yang betul-betul nak rumah ni tadi, tak berpeluang. Jadi tolonglah pihak kerajaan

dapat menjadikan apa ni isu bagaimana gagal memohon rumah oleh mereka-mereka yang sebenarnya ada pendapatan dapat kita pertimbangkan. Terima kasih.

Terima kasih Pulau Manis. Jawapan dia ada ya. Cuma saya nak jelaskan sikit tentang syarat-syarat slip gaji ni dan juga syarat-syarat pemilihan apa ni Rumah Makmur dan juga rumah PR1MA. Pihak SUK Perumahan dia akan menyemak sebenarnya, kita akan menyemak harta dia dengan majlis, sama ada dia ada dua, tiga rumah ataupun tidak ada, kita akan semak. Sebab tu kita ambil masa ya. Kalau kita tengok dia dah ada, memang kita tidak akan benarkan lah, tak akan lulus lah permohonan dia. Kalau yang tak ada slip gaji ni, kalau betul-betul lah rakyat yang betul-betul tak ada slip gaji ni ya. Kita ada satu inisiatif baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Tabung Perumahan Rakyat Pahang.

Tabung Perumahan Rakyat Pahang ni baru diperkenalkan dimana er…mana-mana pihak pemaju yang tidak er… orang kata bukan tidak berminat, yang tak nak menyediakan rumah murah, dalam pembangunan 30% mesti ada rumah murah ya. Er… jadi, pihak pemaju boleh menyumbang, menyumbang kepada Kerajaan Negeri di kawasan Majlis Perbandaran dia boleh, dia kena menyumbang sebanyak RM35,000 ke… ji… RM35,000 kepada tabung ni dan bagi Majlis Daerah dia menyumbang, kena menyumbang sebanyak RM30,000.

Duit ini lah nanti akan digunakan balik untuk kita membantu er… golongan yang tak ada pendapatan ni atau pendapatan rendah yang tak ada slip gaji, sebagaimana er… proses yang dibuat dalam projek rumah SPMB. Tanah milik masing-masing dan kita boleh sediakan rumah bagi pihak pemaju yang layak sahaja ya. Ini kita pun baru, baru lancarkan. Insya-Allah jika tidak ada aral melintang, saya rasa dengan adanya kutipan tabung ni boleh membantu rakyat yang betul-betul tidak memiliki rumah. Saya rasa yang, yang pendapatan rendah yang kita boleh bantu. Ini inisiatif baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri. Saya ingat saya nak menggulung lah akhirnya, saya…

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Dato’ Yang Di-Pertua,

mohon mencelah sekali lagi. Saya nampak bahawa dengan melancarkan tabung bantuan untuk memiliki rumah ni satu kerja yang baik lah. Tapi pada saya lah, adalah lebih baik lagi kalau kita lancarkan juga kepada satu kaedah sewa beli sebab masing-masing yang kerja sendiri ni tadi dengan pendapatan ada tadi, maknanya dia mampu untuk menyewa. Jadi pergi kepada terus keadaan sewa dan beli. Jadi sambil dia menyewa tu tadi, dia akan terikat dengan satu perjanjian, maknanya dia ada hak untuk membeli melalui kadar sewa tu tadi. Katalah er…rumah itu disewa dengan RM250. Tetapi dia telah menanam modal RM50 sebagai beli. Biarkan, biarkan dia berhutang berapa lama pun. Yang Berhormat apa ni, mantan Menteri Besar dulu pernah menyebut, pernah menyebut dan saya sangat, sangat tertarik dengan ungkapan daripada mantan MB dulu. Maknanya, walau pun sampai kepada cucu dia membayar. Kalau anak dia tak lepas habis lagi hutang, tak apa. Tapi cucunya pulak sambung bayar. Ha… kita cuba bentukkan benda yang macam tu. Satu undang-undang yang macam tu. Insya-Allah tak timbullah orang marah keadaan sekarang. Terima kasih.

Saya setuju dengan cadangan Pulau Manis. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat hari ni, kita ada tunggakan sewa beli sebanyak RM9 juta, yang tidak dijelaskan oleh penyewa-penyewa ya. Ada juga kes di mana mereka menyewa kepada pihak lain pula. Dahlah tidak membayar tunggakan, mereka membayar pula, menyewa kepada pihak yang lain. Jadi perkara ni adalah satu yang tak sepatutlah, kita menyekat orang lain untuk mendapat rumah, kita mendapat keuntungan pula. Cadangan tu bagus. Kita akan terus laksanakan tetapi bersyarat ya. Bersyarat, bersyarat. Sekarang ni bersyaratnya, bila nak bayar macam-macam alasan. Liatla bila kita pergi rumah tengok astro ada, astro full mungkin RM200 sebulan. Kereta dua biji ya, motor lagi. Tetapi bila nak bayar rumah kerajaan, biasalah rakyat ni dia manja ya.

Jadi Kerajaan Negeri prihatin. Kita bagi ruang, terlalu ruang kita bagi. Notis terakhir ni, dah beberapa kali notis terakhir kita bagi. Tetapi kita tidak pernah mengeluarkan sebagaimana yang berlaku di Pulau Pinang. Flat Mutiara tu, tak ada caj tetapi Kerajaan Pahang ni baik. Notis terakhir dah berpuluh-puluh kali dah. Tak pernah keluarkan. Kita minta bayar, bayar, bayar. Jelas sikit pun tak apa. Setakat ni, Alhamdulillah ada yang… yang jelaskan. Tetapi kita tidak akan menghalau mereka yang tidak membayar sewa ni tidur di Kompleks KOMTAR dan sebagainya. Tidur di padang dan sebagainya ya. Itu bukan dasar Kerajaan Negeri.

Saya rasa nak menggulung er apa ni, penggulungan saya. Er… di sini saya mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan penghargaan dan junjungan terima kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Mesyuarat Penggal Pertama, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang Keempat Belas pada 15 April yang lalu, dan Titah perutusan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang adalah komprehensif dan berpandangan jauh dalam memastikan pembangunan dan pentadbiran di bumi negeri Pahang Darul Makmur dilaksanakan dengan mampan dan teratur, bagi menjamin pembangunan yang berimbang dan positif kepada alam sekitar dan rakyat Negeri Pahang Darul Makmur.

Ini adalah sejajar dengan prinsip maqasid syariah, yang menjaga hak dan kepentingan kehidupan rakyat, supaya nikmat pembangunan dapat dinikmati dengan adil dan saksama, tanpa mengira latar belakang kaum dan lokasi bandar ataupun desa. Sebelum mengakhiri penggulunggan saya ini, saya mengambil kesempatan sekali lagi untuk merakamkan tinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Jawatankuasa saya akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan, er… di mana-mana pertanyaan yang tidak sempat dijawab, akan diambil perhatian untuk tindakan susulan. Er… saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai serta kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan persidangan Dewan pada kali ini. Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, besama kita pada hari ini adalah Yang Berhormat Mantan Menteri Besar kita, Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob, dan sebentar tadi Yang Berhormat telah menyatakan bahawa genap 69 tahun pada hari ini. Dan sempena hari lahir Yang Berhormat Pelangai, saya

dengan sukacitanya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jika ada kelapangan untuk kita sama-sama menyambut hari lahir beliau. Ada kek pulut kuning bersama-sama di sebelah Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ya. [Ahli Dewan menepuk meja]

Saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Sri Speaker, Dato’ Sri Timbalan Speaker dan semua rakan-rakan dari kerajaan backbenchers, pembangkang, pembangkang yang sudah jadi kawan, pembangkang belum jadi kawan, ketua-ketua jabatan kerajaan semua. Terima kasih banyak. Saya sebenarnya tidak pernah menyambut hari jadi. Saya tau saya besar, saya besar, saya besar. Tapi bila jadi MB ni, orang pula menyambut pula. Pencen pun orang menyambut juga. Yang ini [tidak jelas] kalau kita jadi MB biasa. Tapi pencen MB pun, dah berhenti pun dah bersara, kita pun redha, sukarela hati, orang merai juga. Ha… ni mengucapkan berbanyak terima kasihlah.

Tinggal lagi saya kurang sedap bila saya jumpa ramai orang, orang kata saya umur 49 tahun. Saya tahulah dia orang ni semua kaki bodek belaka. Nak duit, nak duit, nak bantuan, bantuan, macam-macamlah. Tapi yang pentingnya kita tahu kita kena bodek. Ha… itu memang sah. Yang masalah kita, ramai daripada kitanya lingkup, kerajaan pun jatuh sebab ramai tak sedar dia kena bodek. Ha… itu jer masalah dia. Terima kasih banyaklah. Mudah-mudahan Allah SWT berkati redha kita semua. Saya bukan ahli tasawuf, tapi tingkat ampuni, berkati, redhai, rahmati, yang paling tinggi sekali ialah redhai. Itu sebab kita kalau ucap berdoa banyak kepada Allah SWT minta Allah redha. Ampun, redha. Ampun, redha. Bila Allah SWT ampun, Allah SWT redha, apa sahaja Allah SWT akan anugerah kepada kita. Insya-Allah syurga. Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato’ Sri er… Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Jasa tetap dikenang. Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan sekalian, saya bercadang untuk menempohkah persidangan kita tengah hari ini, dan persidangan disambung semula jam 2.30 petang. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan]

Sambungan Menimbang Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion

Setiausaha Dewan

Perkara Keempat: Sambungan Menimbang Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamualaikum WBT. salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya akan meneruskan aturcara mesyuarat bagi perkara ketiga iaitu menjemput Wakil Kerajaan bagi memberikan jawapan dan pandangan. Saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang. Silakan.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

[Ayat al-Quran] (Bacaan dalam Bahasa Arab) Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua, saya mengambil kesempatan di Dewan Yang Mulia ini untuk menyampaikan ucapan tahniah di atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang Yang Keempat Belas pada 15 April 2019 baru-baru ini. Dalam perbahasan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, banyak Wakil-wakil Rakyat terutamanya daripada ADUN Jengka, ADUN Sungai Lembing, ADUN Pulau Manis, ADUN Kemayan, Beserah, ADUN Luit dan ADUN Ketari menyentuh portfolio saya. Maka dengan ini dalam sesi penggulungan saya, saya akan menjawab bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang dalam tiga segmen.

Segmen pertama berkenaan dengan FELDA. Kerajaan Negeri akan turut membantu dan memastikan peneroka FELDA berada dalam kesejahteraan dan juga tidak diabaikan walaupun FELDA berada di bawah pimpinan yang berbeza. Dalam isu pengurusan pentadbiran tanah khususnya FELDA sentiasa bertindak proaktif dan mempastikan tanah-tanah milik peneroka FELDA perlu dilaksanakan sebaik mungkin bagi mempastikan kesinambungan pemilikannya untuk generasi yang akan datang serta memberi pulangan yang maksimum kepada peneroka-peneroka FELDA dan juga FELDA. Perjumpaan bersama kepimpinan FELDA dan Pengurusan FELDA Negeri Pahang pada 16 April 2019 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pihak Kerajaan Negeri menyedari akan perlunya diberi penjelasan mengenai isu yang di hadapi oleh FELDA serta pelan pemulihan bagi mengembali keyakinan rakyat dan pastikan kebajikan peneroka terus terbela juga oleh Kerajaan Negeri oleh Kerajaan Negeri. Perkara ini telah dibentang dalam Kertas Putih FELDA di Dewan Rakyat pada 10 April 2019.

Menurut rekod FELDA baki hutang FELDA telah mencecah RM7.7 billion pada 2018 yang merangkumi antara lain kos penanaman semula, pinjaman sara hidup, pendahuluan dan hasil FELDA mengalami kesukaran untuk mengutip semula hutang peneroka. Akibat kelemahan pengurusan FELDA pengurus…. minta maaf pengurusan peneroka kelewatan dalam proses mengemaskini rekod peneroka, akaun peneroka yang belum dikunci oleh pengurusan FELDA. Untuk menggalakan peneroka menghantar hasil mereka ke kilang-kilang milik FGV dalam perbincangan Kertas Putih dimaklumkan FELDA dengan kerjasama Koperasi Permodalan FELDA KPF memperkenalkan skim pembayaran tunai dalam projek perintis di FELDA Wilayah Jengka dan akan dikembangkan kepada Wilayah-Wilayah seluruh negara.

Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Kerajaan Negeri menyedari akan perlunya diberi penjelasan mengenai isu yang dihadapi oleh FELDA serta pelan pemulihan bagi mengembali keyakinan rakyat dan mempastikan kebajikan peneroka terus terbela. Kerajaan Negeri melaksanakan pelan pemulihan jangka pendek, sederhana dan panjang ke arah kelestarian FELDA seperti yang dibentang dalam Kertas Putih di Parlimen baru-baru ini. Masalah perumahan generasi kedua FELDA yang terbengkalai sememangnya telah mendapat perhatian daripada Kerajaan terdahulu. FELDA akan menyiapkan 4,794 unit rumah yang tahap kemajuanya 70% ke atas dengan kelulusan yang diberi sebanyak RM250 juta bagi tahun 2019 untuk negeri Pahang… untuk negeri Pahang. Rancangan-rancangan FELDA yang terlibat adalah Rancangan FELDA Sungai Koyan yang er… peratusnya 98% lagi makna 2% lagi nak siap dan juga FELDA Sungai Tekam Getah 86% iaitu kampung saya sendiri dengan bilangan rumah sebanyak 316 rumah. Bagi er… peratus ketidak siapnya kurang daripada 70%. FELDA buat sementara ini menangguhkan untuk meneruskan penyiapan rumah-rumah tersebut.

Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Pihak Pengurusan FELDA sentiasa berusaha mengatasi serta mengambil berat terhadap gejala sosial yang berlaku di FELDA khususnya di negeri Pahang. Pelbagai program telah dan akan dilaksanakan terutama program berkaitan kesedaran serta pencegahan penyalahgunaan dadah. Bagi suku tahun pertama 2019 sebanyak 44 aktiviti telah diadakan di tiga Wilayah FELDA Negeri Pahang iaitu Wilayah Kuantan, Wilayah Jengka dan Wilayah Mempaga. Bersama ini disenaraikan beberapa program yang telah dilaksanakan oleh pihak FELDA di kawasan negeri… di kawasan negeri Pahang dan saya akan secara detailnya akan maklumkan kepada er… Yang Berhormat ADUN Jengka yang tentang masalah tersebut.

Demi meringankan hutang FELDA Skim Pengurusan Aset Canggih yang saya nyatakan pagi tadi iaitu SPAC, S.P.A.C akan diperkenalkan bagi memberi bantuan yang telah yang lebih fleksibel menggantikan pinjaman sara hidup dan juga pendahuluan hasil. Melalui skim ini peneroka akan menerima pinjaman yang bersesuaian berdasarkan pendapatan mereka… pendapatan mereka. Cadangan skim baru ini sedang diteliti secara mendalam termasuk libat urus dengan peneroka. Sementara proses ini sedang berjalan FELDA akan meneruskan pembiayaan pinjaman sara hidup, pendahuluan hasil mengikut kadar yang sedia ada. Bagi tahun 2019 Kerajaan Negeri… bagi tahun 2019 kerajaan telah meluluskan sejumlah RM480 juta untuk tu… tujuan pembiayaan pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil. Sehubungan itu inisiatif akan menjamin inisiatif ini akan menjamin tiada lagi kelewatan dalam pembayaran pinjaman sara hidup dan pendahuluan FELDA yang sentiasa dirungutkan oleh semua Wakil Rakyat-Wakil Rakyat yang berada… yang mempunyai skim-skim FELDA. SPAC ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat oleh Pengerusi FELDA.

Dato’ Yang… Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Tabung Tanam Semula… Tabung Tanam Semula yang diwujudkan oleh FELDA atas persetujuan awal peneroka untuk menampung kos pembangunan tanam semula di tanah-tanah Rancangan FELDA. Pada masa ini kos pembangunan semasa untuk tanam semula sawit berjumlah RM14 ribu sehektar atau RM56 ribu sepeneroka selama 36 bulan. Kos pembangunan ini dibiayai oleh caruman tabung tanam semula sawit yang dicarum oleh peneroka setiap bulan. Kadarnya ialah RM2 hingga RM15 seekar perbulan atau 120 sebulan. Kadar ini dicarum oleh peneroka bermula 2011 dan caruman ini akan dibuat setelah ladang mula berhasil dan selama 20 tahun. Dalam tempoh itu jumlah caruman peneroka adalah sebanyak RM28,800.

Jumlah caruman peneroka dalam tabung tanam semula ini akan digunakan sepenuhnya dan kekurangan sebanyak RM27,200 akan ditanggung oleh FELDA dan dikira hutang kepada peneroka. Seperti yang dibangkit oleh ADUN Jengka, caruman tanam semula… caru… seperti yang dibangkit oleh ADUN Jengka, caruman tanam semula yang dipotong kadar RM400 sebulan itu sebenarnya adalah merujuk kepada bayaran kembali ambil alih iaitu bayaran ini dikenakan kepada peneroka-peneroka yang mengambil… yang mengambil alih cu… penanaman semula secara persendirian.

Jadi saya menasihatkan kepada peneroka-peneroka FELDA untuk tidak kena RM400 sebulan, maka serahlah proses penanaman semula kepada pihak pengurusan FELDA. Bagi isu penggantian padang awam susulan pembinaan Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, pihak FELDA masih dalam proses permohonan kebenaran merancang (KM) melalui one stop centre iaitu pejabat Majlis Daerah Maran. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut tertangguh kerana keperluan mendapatkan kelulusan berkenaan pemben... pembetungan. Walau bagaimanapun, permohonan ini akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Tuan Yang di-Pertua,

Dalam menstrukturkan pengukuhan operasi kawasan FELDA. FELDA akan memperkenalkan model baru pengurusan tanah peneroka melalui sewaan tanah untuk satu tempoh jangka panjang yang munasabah. Model ini akan menyelesaikan isu demografi peneroka dan ketiadaan ekonomi bidang pengenalan model baru ini membolehkan tanah peneroka digabung dan diusahakan secara cekap berskala besar dengan ekonomi bidang yang boleh mengurangkan kos operasi dan meningkatkan produktiviti.

FELDA bertekad untuk melahirkan peneroka baru yang mahir dan inovatif bagi meningkatkan pendapatan melalui aktiviti pertanian dan ternakan yang menggunakan teknologi.. teknologi baru seperti smart farming… smart farming. Usaha ini akan membantu peneroka untuk mengurangkan kebergantungan kepada hasil sawit dan ia boleh menjana pendapatan yang baru yang bernilai tinggi melalui hasil tuaian.. hasil tu.. tuaian dalam tempoh yang singkat. Ini telah dibangkit… seperti yang dibangkit… hasrat dibangkit oleh ADUN Ketari.

Bagi persoalan dibangkitkan oleh ADUN Padang Tengku, Kerajaan Negeri melihat dengan pelaksanaan semula projek ECRL ia akan dapat menambahkan pendapatan pekebun-pekebun kecil dan peneroka-peneroka FELDA yang mengalami ketidakstabilan harga sawit dunia dan ia memberi kesan kepada harga BTS pusaran harga BTS telah menurun sebanyak 23% daripada daripada RM627.40 se tan kepada RM470.56 se tan terutama di kawasan Pantai Timur. Lantaran itu ia menyebabkan pendapatan peneroka telah merosot.

Kerajaan Negeri juga memandang serius keperluan tanah bagi generasi baru kawasan-kawasan FELDA. Rancangan RTK telah berjaya dilaksanakan di kawasan FELDA Sungai Koyan 1, 2 dan 3 dan pelaksanaan ini telah mendapat kelulusan daripada EXCO dan dimansuhkan GSA oleh FELDA. Di masa akan datang, banyak lagi kawasan-kawasan yang terlibat untuk membekal tanah kepada generasi baru yang dikeluarkan oleh.. yang akan dikeluarkan daripada Akta GSA. Perkara ini juga dipersetuju oleh pihak berkuasa FELDA dan memberi kelulusan, memberi tanah kepada generasi baru, generasi baru FELDA, generasi kedua dan generasi ketiga seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Kemayan.

Untuk makluman Yang di-Pertua, FELDA di Wilayah Jengka telah sudah berada dalam proses membuat RTK diseluruh kawasan wilayah Jengka terutama kawasan DUN saya DUN Pulau Tawar dan akan diperluaskan lagi ke wilayah Kuantan dan juga di wilayah Mempaga untuk mempastikan semua tanah-tanah kosong kediaman untuk generasi baru FELDA.

Segmen kedua, saya menjawab bagi pihak portfolio kepenggunaan.

Mohon mencelah sikit boleh? Sikit je, untuk untuk tu… Saya tertarik pasal tu RTK di kawasan FELDA tu. Boleh tak pihak Kerajaan ulas sikit macamana cara prosesnya. Setahu saya RTK ni dia boleh dibuat di luar FELDA, maknanya selain daripada tanah GSA. Terima kasih.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Terima kasih ADUN Kemayan. Maknanya banyak lagilah kawasan-kawasan FELDA di ADUN Kemayan yang belum dibuat RTK. Jadi sebenarnya RTK mudah saja. Kalau dulu kita membuat RTK di kawasan-kawasan kampung tradisi, sekarang saya buat konsep RTK di kawasan-kawasan FELDA. Mempastikan bahawa Pengurus-pengurus FELDA dan juga Ketua-Ketua Peneroka mempastikan bahawa berapa banyak tanah kosong di kawasan-kawasan FELDA dan kita akan menulis surat kepada pihak Pengurusan FELDA untuk keluarkan tanah-tanah tersebut daripada GSA.

Maka bila tanah tersebut jadi GSA maka tanah tersebut hak kuasa Kerajaan Negeri. Apabila hak kuasa Kerajaan Negeri, Pengurus FELDA bersama Penghulu Mukim boleh merujuk kepada Pejabat Tanah, meracip tanah-tanah tersebut untuk dibahagi-bahagi kepada anak-anak peneroka generasi kedua dan generasi ketiga, dan mudah saja. Untuk detailnya saya akan cerita kepada Yang Berhormat ADUN Kemayan secara detail, bagaimana nak buat RTK kerana proses RTK untuk DUN Pulau Tawar bersama saya dengan pengurus… semua pengurus-pengurus rancangan dan Penghulu Mukim kerana proses kesiapannya. Saya jangka dalam masa sebulan siap RTK di kawasan Pulau Tawar. Bermakna di negeri Pahang ada dua RTK, satu RTK kawasan blok-blok FELDA, satu RTK kawasan kampung-kampung tradisional, untuk mempastikan bahawa generasi kedua generasi baru FELDA mendapat tanah untuk tempat mereka membuat rumah untuk kediaman mereka. Segmen kedua…

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Mohon mencelah. Sebelum pihak Kerajaan beralih kepada segmen yang kedua. Ini berkaitan dengan perkara-perkara yang lain, daripada FELDA. Saya tidak mendengar apa ni ulasan daripada pihak kerajaan berkenaan dengan pertanyaan daripada rakan saya daripada Chini, ulasan tentang penjualan harta oleh pihak kerajaan PH pada hari ini. Kerana pada saya, pihak kerajaan nak menyelesaikan masalah hibbah Tabung Haji dia terpaksa menjualkan beberapa aset Tabung Haji. Sekarang ini masalahnya baru-baru ini dibentangkan tentang masalah kertas putih di Dewan Rakyat. Jadi kita dengar dan nampaklah beberapa perkara yang cuba diselesaikan kepada pihak FELDA.

Jadi saya nak bertanya, yang pertamanya benar ke bahawa pihak kerajaan PH telahpun juga menjual menara FELDA kita yang begitu gah di Kuala Lumpur dan yang kedua saya mohon pandangan daripada wakil kerajaan berkenaan dengan kerajaan PH pada hari ini, yang sentiasa menyelesaikan masalah dengan menjual aset-aset yang telah kita bina. Kerajaan terdahulu membina aset ni satu persatu dalam jangkamasa 61 tahun yang lalu, tetapi dengan masa 10 bulan je, beberapa aset kita yang menjadi kemegahan bangsa, ambil keputusan, jual kerana nak menyelesaikan masalah kewangan.

Saya bimbang Dato’ Yang di-Pertua, saya bimbang bahawa budaya, budaya memang berlaku kepada masyarakat kita daripada segi orang perseorangan. Kalau ibu bapa dia meninggalkan harta kepada diri seseorang, kemudian dia tak tahu nak menguruskan harta tu, dia tak tahu bagaimana nak menambahkan lagi apa yang ditinggalkan oleh mak bapak, jadi harta tu sebenarnya makin lama makin habis. Mula-mula kurang duit, dia jualnya kereta, kurangnya duit dijualnya rumah, akhirnya merempat dia. Ha.. ini yang saya bimbang, perbuatan kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini bimbang akan berlaku begitu kepada negara kita Malaysia. Terima kasih, yang menanggungnya bangsa kita.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Terima kasih Pulau Manis, yang saya sedia maklum bahawa menara FELDA belum lagi dijual. Yang FELDA minta strukturkan kewangan FELDA, mereka nak jual harta-harta FELDA yang dibeli sebelum ini iaitu hotel di London, hotel di Sabah, hotel di Sarawak dan tak silap saya satu hotel lagi yang dibeli di err.. di Port Dickson. Mereka akan jual untuk menstrukturkan semula kewangan FELDA. FELDA dulu ada 8 bilion dan sekarang kata hutangnya RM7.7 bilion. Jadi itulah mereka, mereka ni mudah saja. Mereka ambil kerajaan, mereka ni kurang buat kerja, mereka nak jual apa yang ada.

Saya umpamanya dah buat company tu 22 tahun, tiba-tiba dapat anak saya, mereka ni tengok duit ada dalam company tu banyak mereka jual saja. Inilah kerja orang yang tidak buat kerja. Rakyat dah bagi mandat untuk menjalankan… menjalankan menjadi kerajaan dan menjalankan tanggungjawab buatlah kerja. Fikir apalah inisiatif-inisiatif baru untuk menjanakan pendapatan FELDA dan juga negara. Jangan asyik nak jual sahaja. Jadi saya sebagai EXCO FELDA yang tidak dilantik sebagai Lembaga Pengarah FELDA.

Saya sebagai EXCO FELDA tetapi tidak…tidak dilantik sebagai Lembaga Pengarah FELDA, yang satu-satunya EXCO dalam Malaysia, EXCO FELDA Negeri Pahang sahaja yang ada tetapi tidak dilantik. Maka saya harap, merayu Kerajaan PH er… Kerajaan FELDA yang didokongi Kerajaan PH tidak menjual harta-harta, entiti-entiti Melayu ini kerana FELDA 99% orang Melayu, RISDA 100% orang Melayu, PNB 100% orang Melayu, Tabung Haji 100% orang Melayu. Saya merayu bagi pihak Kerajaan Negeri supaya perkara-pekara ini tidak berlaku. Jadi saya... oleh kerana banyak lagi saya nak gulung…

Boleh nak mencelah lagi? Terima kasih Wakil Kerajaan. Saya nak menyentuh sikit tentang RTK tadi. Ada apa-apa kriteria-kriteria tertentu tak untuk Kerajaan memilih FELDA-FELDA mana yang boleh dibuat RTK tu? Sebab tempat saya ni, ada 2 FELDA tu, Kampung New Zealand dan Bukit Tajau tu, minta tolong dapat perhatian dari pihak kerajaan.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Seperti yang saya maklumkan tadi, RTK syarat yang pertama sekali mesti ada tanah kosong di kawasan FELDA. Kalau tidak ada tanah kosong, lot-lot tanah kosong bagaimana kita nak buat RTK. Mesti ada tanah kosong di kawasan FELDA, yang di bawah GSA. Kita akan tulis surat kepada FELDA untuk keluarkan tanah tu daripada GSA. Kriterianya ada tanah kosong, kalau tak ada tanah kosong, tidak boleh buat RTK, itu paling penting.

Nombor 2, pemilihan untuk masukkan nama-nama RTK. Mestilah kuasa Wakil Rakyat Tempatan, ataupun kuasa Penghulu, kuasa MPKK sama Ketua-ketua Peneroka atau pun JKKR. Itu pemilihan, hantar kepada pihak Kerajaan Negeri untuk kelulusan nama-nama tersebut. Nombor satu dalam order, jelas? Kalau tak faham kita bincang lepas…. masa minum kejap lagi. Junior saya masa sekolah dulu.

Saya pergi segmen kedua, kepenggunaan. Kerajaan Pahang dengan kerjasama KPDNHEP telah mengadakan 5 langkah-langkah strategi untuk meringankan bebanan rakyat terhadap kenaikan harga barang. Harga barang… harga barang asas isi rumah. 3 langkah tersebut masih dijalankan oleh Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Pakatan Harapan. Walau bagaimanapun inisiatif tersebut… walau pun inisiatif tersebut diilhamkan oleh Kerajaan Barisan Nasional ketika itu. Sementara 2 inisiatif baru dijalankan oleh Kerajaan Pakatan hari ini. Inisiatif baru iaitu inisiatif Kedai Ekonomi Pengguna (i-Keep) dan Food Bank.

Oleh kerana ianya baru, maka banyak kelonggaran yang kita nampak. Maka Kerajaan Negeri mencadangkan dalam er… mencadangkan dalam sis… er… inisiatif i-Keep ini mencadangkan Pasaraya Darul Makmur yang diilhamkan oleh Majlis Agama Islam dimasukkan sebagai rakan strategik dalam Kedai Ekonomi Pengguna itu sebagai pemain… sebagai memberi perkhidmatan dengan harga yang berpatutan kepada masyarakat Negeri Pahang. Selaras dengan apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat ADUN Luit.

Inisiatif kedua iaitu Food Bank yang telah memberi faedah kepada 80 keluarga dengan 328 kilogram makanan yang masih elok untuk dimakan, selari dengan apa yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat ADUN Beserah untuk negeri Pahang. Untuk segmen…

Yang Berhormat Dato’ Sri… Speaker,

Boleh mencelah sikit? Mohon penjelasan daripada Wakil Kerajaan. Dia… soal barang sekarang, rakyat merungutlah tinggi, harga barang tinggi. Barang ni ada 2, satu barang kawalan dan tidak terkawal. Apakah langkah kerajaan, tindakan kerajaan terhadap barang-barang yang tidak dikawal? Contoh, kita mengalakkan sektor pertanian, bajanya mahal, racunnya mahal, segala-galanya mahal. Siapakah yang mengawal? Okay, ikan mahal, tapi ikan bukan barang kawalan. Kita tidak nampak tindakan yang tegas daripada pihak kerajaan khususnya KPDNKK membuat pemeriksaan dalam barang-barang yang tidak dikawal. Terima kasih.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Dato’ Sri, KPDNKK dah tak ada dah. Dia tukar nama KPDNHAP… HEP. Saya nak sebut pun kadang tergeliat lidah, dulu pun tak dan mahir lagi dah tukar nama. Dah

lupa soalan goner gaya. (Ahli dewan ketawa). Goner lupa dah. Tak, tak payah ulang. Saya akan jawab secara bertulis. (Ahli dewan ketawa).

Segmen ke-3, saya [Ketawa] akan memperjelaskan jawapan saya dalam bidang keusahawanan kerana saya ni banyak portfolio. FELDA satu masalah, usahawan satu masalah, koperasi pun banyak masalah, pengguna pun banyak masalah seperti yang diutarakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri tadi, Dong. Segmen keusahawan. Antara usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam memperkasakan usahawan-usahawan negeri dengan FELDA. Dengan mengadakan kursus, seminar, motivasi dan program-program. Antara program dilaksanakan Kerajaan Negeri iaitu dengan Jabatan Agama Islam dengan mengadakan Seminar Persijilan Halal pada hari semalam, 17 haribulan 4 di Bandar Indera Mahkota bagi memberi pendedahan proses persijilan halal.

Seminar ini telah diadakan bagi… kepada pengusaha-pengusaha restoran, premis-premis makanan di rancangan-rancangan FELDA yang memberi… yang membolehkan mereka memasarkan produk mereka ke peringkat global. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pahang juga bersama Kerajaan Negeri telah menyediakan er… bantuan sebanyak RM30,000 hingga RM50,000 bagi bantuan bangunan untuk memproses karipap frozen di FELDA Bukit Goh. Ini juga er… menjawab soalan yang diutarakan oleh ADUN Ketari.

Begitu juga proses…proses hiliran madu kelulut, madu lebah tualang yang dihantar ke Rancangan FELDA dalam Negeri Pahang. Bagi menggalakkan penanaman belimbing buluh di Negeri Pahang bagi pembuatan sambal hitam Pahang, telah mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia dan beberapa buah negara terutamanya di Asia Barat. Selain itu, buluh hitam juga telah memeberi… mempunyai produk hiliran yang baik iaitu halwa belimbing buluh yang diusahakan di Kuala Lipis.

Kerajaan Negeri juga menyediakan tapak-tapak pasar tani, pekan sari di FELDA-FELDA, di kampung-kampung tradisi melalui PBT. Dalam program ini menyediakan medium kepada usahawan FELDA dan juga penduduk setempat untuk memasar dan menjual produk masing-masing. Peneroka-peneroka juga telah melabur dalam pelaburan koperasi yang berdaftar dengan SKM di Negeri Pahang dan hasil jualan koperasi kawasan FELDA lebih kurang RM9.8 juta setahun… bagi RM9.8 juta setahun. Kerajaan Negeri juga dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pahang telah menyediakan sebanyak RM60,000 bantuan bangunan untuk memproses belulang di FELDA Bukit Sagu 2 dan Bukit Sagu 3.

Proses belulang maknanya proses hiliran daripada kulit kerbau dan juga kulit lembu. Kerajaan Negeri juga dengan kerjasama FELDA Wilayah Kuantan telah mengadakan kerjasama bagi mengadakan Kursus Motivasi di FELDA Chini 3 yang melibatkan 120 pengusaha-pengusaha homestay. Program-program yang sedang dijalankan di Bukit Gambang pagi tadi. Saya pun tak sempat nak pergi. Ada program yang sedang berjalan di sekarang… di Bukit Gambang iaitu Konvensyen Usahawan Koperasi Sektor Peladangan Industri Asas Tani Berimpak Tinggi bagi Memacu Peningkatan Pendapatan Usahawan-usahawan FELDA, Usahawan-usahawan Negeri dan Usahawan-usahawan Asas Tani.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, boleh mencelah sekali lagi?

Yang di-Pertua (Speaker)

(Tak jelas)

Tak bagi tak apalah, saya duduk balik. [Ketawa]

Laluan Dato’ Sri.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Ada sikit lagi.

Boleh? Celahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, sila. Mencelah ke, laluan pun tak apa tapi mencelah tu kena elok-eloklah.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

[Ketawa] Oleh kerana saya Ketua Bahagian, dia Wakil Rakyat tempat saya, saya bagilah. (Ahli dewan ketawa)

Ini tidak adil.

(Ahli Dewan ketawa). Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih Pulau Tawar, cuma saya mungkin ke belakang sikit ya, segmen yang pertama tadi, saya rasa nak ambil juga ruang sebelum daripada Pulau Tawar menamatkan dia punya penggulungan.

Pertama sekali, er… sebagaimana yang disebut er… ataupun yang er… saya sebut semalam berkenaan dengan er… tanah FELDA Plantation yang ada sebanyak 143,584 hektar di negeri Pahang. Soalan saya adakah Kerajaan Negeri Pahang bersedia untuk mengisi er… tanah-tanah FELDA Plantation ini dengan peneroka-peneroka baru? Satu.

Yang kedua, berkenaan dengan RTK tadi. Oleh kerana dalam masa lebih kurang sebulan Pulau Tawar kata akan selesai di Pulau Tawar, saya harap tempiasnya boleh juga di DUN Tahan er… kena jugalah di DUN Tahan, hanya ada dua saja FELDA, FELDA Sungai Retang dan FELDA Padang Piol. Terima kasih.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Terlajak dah ni sebenarnya, tapi tak apalah sebagai Ketua Bahagian Jerantut, saya layanlah. RTK Sungai Retang dengan Padang Piol. RTK seperti Yang Berhormat maklumkan semalam er… tanah-tanah kosong FELDA nak 10 ekar seorang. Sebenar RTK kita bagi 3 ekar seorang. Itu kawasan pertanian tetapi kalau kawasan lot kediaman, kita bagi lebih kurang dalam 3,000 hingga 5,000 kaki persegi sahaja. Kalau satu orang nak 10 ekar tanah rancangan, bahawa sesungguhnya dalam rancangan ada 12 atau 13 ekar sahaja tanah kosong untuk diberi… untuk dibuat RTK, untuk lot-lot kediaman. Maka untuk 10 ekar tu tak mungkin, satu.

Nombor dua, FELDA Plantation. FELDA Plantation ada 120,000 hektar di seluruh negeri Pahang. Tapi FELDA Plantation telah dimortgage kepada FGV dengan bayaran… FGV bayar RM250,000… RM250 juta setahun kepada FELDA Plantation. Tanah itu telah digadai. Saya tanya Yang Berhormat, kalau itu dah tunang orang, tak kan kita nak tunang lagi, nak meminang lagi. Sekarang tanah itu telah dimortgage, telah dipajak kepada FGV dengan nilai RM250 juta setahun.

Jadi tak mungkin, Kerajaan Negeri pun ada timbang taranya, tak mungkin kita mendesak FELDA Plantation untuk kita masukkan peneroka-peneroka. Jadi, memadailah kita dengan RTK. RTK ada dua, satu RTK Kediaman, satu jugak RTK Tanah Pertanian. Di kawasan FELDA juga banyak tanah-tanah lot FELDA di mana tanah-tanah tersebut, peneroka lari, ataupun tidak dibangunkan oleh FELDA zaman dahulu. Maka juga… juga, saya akan mempastikan RTK-RTK untuk lot-lot pertanian di kawasan-kawasan FELDA terutamanya kawasan FELDA Sungai Retang dan juga Padang Piol. Habis dah?

Saya terlupa [ketawa]. Okay program-program usahawan yang akan datang. Selain program yang ada… yang akan datang iaitu yang terdekat masa ini iaitu Ekspo Usahawanan yang akan diadakan pada 25 hingga 29 April 2019 di Berjaya Megamall, Kuantan iaitu melibatkan dua buah negeri… negara iaitu Pahang mewakili Malaysia dan Jakarta mewakili Indonesia.

Program ini melibatkan Koperasi Rafflesia Timur Berhad yang akan diadakan tak lama lagi ya. 2 Program Pesta Halal, Program SMU Week banyak lagi program-program untuk menjana, memper… memperkasakan usahawan-usahawan negeri Pahang.

Dengan itu saya…

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Mintak laluan sikit Dato’ Speaker. Saya nak tanya dan tagih janji je. Dalam Sidang yang lepas kalau tak silap saya er… Exco daripada mana ni… er… telah berjanji ha… Koperasi, berjanji dengan Padang Tengku untuk buat Ekspo Usahawan di Padang Tengku. Bila tu?

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Saya ingat, saya janji antara bulan 1 hingga bulan 3 untuk buat Ekspo… Karnival Usahawan-usahawan Kecil Sederhana di Pahang Barat, tak semestinya di Padang Tengku dan saya telah laksanakan antara bulan 1 hingga bulan 3. Saya tak nak perjelas secara detail dan usahawan-usahawan juga pertama di Pahang Barat antara Kuala Lipis, Padang Tengku dan juga Cameron Highlands.

Usahawan… saya kumpul juga usahawan-usahawan di peringkat Pahang Tengah antara Temerloh, Jerantut, Raub dan juga er… Maran dan juga saya akan kumpul usahawan-usahawan melalui Karnival Usahawan untuk Pahang Timur, Kuantan, Rompin, Muadzam dan sebagainya. Jadi… Pekan. Jadi untuk janji saya tu, saya dah tertunai tetapi saya tak nak perjelaskan secara detail kerana antara bulan 1, bulan 3 dan saya dah buat… saya dah laksanakan tugas saya. Untuk detail kita bincang kat luar.

Jadi itu saja, menggulung saya… penggulungan saya dalam 3 potforlio saya er… jika ada-ada…

Mohon mencelah…

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

… yang terkurang saya akan perjelaskan secara bertulis. Saya mintak maaf kerana orang lain pun nak jawab jugak, nak menggulung jugak. Asaalamualaikum WBT.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterus… seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang. Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Selamat petang dan salam sejahtera. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

Di dalam Dewan Yang Mulia ini, saya ingin merafak sembah dan menjunjung kasih di atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang mencemar duli berangkat untuk merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang Yang Keempat Belas.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan sembah tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah di atas pertabalan dan perlantikan sebagai Yang Di-pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong Ke-16 dan juga Pemangku Raja Pahang.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong dan Pemangku Raja Pahang dipanjangkan umur, dikurniakan taufik dan hidayah, kesihatan yang baik dan terus kekal kara memerintah Negeri Pahang Darul Makmur.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM7.37 juta di bawah Rancangan Malaysia yang Ke-11 untuk pembangunan ICT Negeri Pahang. Sebahagian besar peruntukan setiap tahun telah dibelanjakan dalam memastikan pembangunan infrastruktur ICT termasuklah menaik taraf talian 1Pahang Internet di seluruh jabatan negeri, menambah baik teknologi sedia ada dan peningkatan penggunaan sistem terutamanya di kaunter-kaunter hasil.

Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di atas keprihatian dalam memperuntukkan RM1.83 juta untuk tahun 2019 bagi meneruskan program pembangunan teknologi maklumat dan ketersediaan Kerajaan Negeri untuk menghadapi revolusi industri RM4.0 melalui pembentangan bajet pada 19 Disember 2018 yang lepas.

Menyentuh cadangan dari ADUN Cheka yang mencadangkan Kerajaan Negeri memajukan teknologi maklumat dan ICT selari dengan keperluan revolusi Industri ke-4. Sukacita saya maklumkan kepada ADUN Cheka, Kerajaan Negeri memang sentiasa melakukan pembangunan ICT di negeri ini dan dari masa ke semasa di dalam menyumbang ke arah merealisasikan Industri 4.0. Contohnya dalam bidang perkhidmatan digital, keselamatan ICT dan pelaksanaan projek sistem e-tanah di negeri Pahang.

Dalam bidang perkhidmatan digital, Kerajaan telah mewujudkan sistem; 1 sistem Single Sign-On, dengan mohon izin Yang di-Pertua, Untuk memudahkan pengguna mengakses semua sistem di bawah Kerajaan Negeri dari satu laman utama. Kedua mewujudkan laman facebook Kerajaan Negeri supaya hubungan dengan rakyat menjadi lebih cepat dan mudah serta aduan-aduan rakyat dapat ditangani… dengan segera. Ketiga, melaksanakan perkhidmatan online bagi sistem-sistem kerajaan seperti FPX payment get way untuk Sistem Perumahan Awam Pahang dan Sistem Cukai Tanah PTG. Keempat, mengoptimumkan perkhidmatan shared services and cyber security, dengan izin yang di-Pertua, dengan menguatkuasakan penggunaan sistem webmel Pahang bagi semua penjawat awam Kerajaan Negeri.

Kelima, membekalkan dan menggantikan peralatan ICT seperti komputer, pencetak dan sebagainya kepada teknologi terkini bagi membantu kecekapan perkhidmatan online di pejabat SUK Pahang dan jabatan-jabatan negeri. Dalam bidang keselamatan ICT, Kerajaan Negeri yang pertama mewujudkan polisi keselamatan siber dan sentiasa mengemaskini secara berkala dalam menangani pengurusan keselamatan siber di era revolusi 4 di peringkat Kerajaan Negeri.

Kedua, menjalankan program-program keselamatan siber seperti program kesedaran keselamatan siber era revolusi 4 kepada CEO dan penjawat awam negeri. Ketiga pematuhan kepada standard keselamatan antarabangsa seperti MS:ISO 20… 27001:2013. Keempat penubuhan serta pemantapan pasukan keselamatan siber peringkat Negeri Pahang atau CERT Pahang. Selain itu juga, Kerajaan Negeri Pahang merancang untuk melaksanakan projek Sistem e-Tanah di Negeri Pahang yang dijangka akan mula digunakan pada Oktober 2020 dan kos pembangunan projek berjumlah 128 juta. Ianya akan memberi faedah kepada Kerajaan Negeri dengan meningkatkan kecekapan perkhidmatan antaranya yang pertama adalah carian persendirian hakmilik online, kedua semakan dan bayaran cukai tanah online, ketiga permohonan online contoh gadaian, tarik balik, kaveat dan sebagainya. Keempat

pendaftaran hakmilik dan perserahan urus niaga, bukan urus niaga, strata berkomputer, kelima carian daftar strata secara berkomputer.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Dalam keghairahan kita menggunakan teknologi, satu sudut lagi yang perlu diberi perhatian penting adalah keselamatan maklumat yang dikongsi, penyebaran fitnah, penyelewengan maklumat, penipuan dan sebagainya. Ianya turut menjadi ancaman kepada perpaduan kaum, agama dan juga pentadbiran sesebuah kerajaan sekiranya ia tidak dibendung dengan segera.

Berkait dengan pertanyaan Yang Berhormat ADUN Kawasan Sungai Lembing berhubung isu penularan di media sosial tentang penghinaan di atas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Secara khusus penyalahgunaan media sosial melibatkan penghinaan terhadap Institusi Beraja adalah tertakluk di bawah Akta Hasutan 19… 1948, di bawah bidang kuasa pihak PDRM. Bagi kesalahan di bawah peruntukan undang-undang tersebut, jalinan kerjasama antara pihak PDRM dan SKMM juga telah sedia terjalin termasuk dalam aspek bantuan teknikal berhubung siasatan forensik digital.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Er… boleh mencelah. Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Kita mendengar laporan daripada er… berita yang menyebutkan bahawa setakat ini 202, malam tadilah, laporan polis telahpun dibuat di seluruh negara bagi masalah er… apa ni penghinaan terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Jadi saya sebenarnya berterima kasihlah kepada Wakil-wakil daripada PAS seramai 8 orang yang bersama-sama dengan kami Barisan Nasional, sama-sama juga er… di… maknanya termasuklah di antara 202 yang telah membuat laporan tersebut.

Saya nak bertanya kepada pihak kerajaan, adakah rakan-rakan kita daripada sebelah sana, sebab saya melihat kepada keletah seorang rakan kita daripada Teruntum. Masalah kucing masuk dalam Dewan, masalah tikus ada dekat pasar raya masuk dalam Dewan, masalah buaya naik ke darat masuk dalam Dewan, adakah pihak di sana perihatin terhadap masalah yang sedang berlaku er… terhadap penghinaan Raja-raja kita pada masa ini?

Jadi, apakah ar… masing-masing, mereka juga telah pun bersama-sama dengan kita sebagai menunjukkan tanda taat dan setia kepada sebagai orang Pahang, rakyat Pahang walaupun berlainan idealogi tetapi taat dan setia kepada Raja pemerintah mereka laksanakan. Terima kasih.

Terima kasih kepada rakan saya daripada…

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Saya berharap adalah pihak daripada sana untuk tolong mewakili menjawab.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Er… terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Pulau Manis lain kali buat laporan polis sedemikian er… ajak sama sekalilah. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan di-Pertua,

Izinkan saya bertanya sikitlah kepada ADUN Tanah Rata ni, maknanya ADUN Tanah Rata ni sayang dan cintakan Sultan Pahang ke tidak?

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Sayang. Terima kasih.

Saya nak tanya kepada ADUN Ketari juga sama ada ADUN Ketari sayang dan cinta dak Sultan Pahang? [Ahli Dewan ketawa]

Saya sayang dan cintakan Sultan-sultan dan Agong kita dan lepas ni kalau ada laporan polis nak dibuat mengenai penghinaan kepada Agong, agama Islam sebagainya jemput saya. Insya-Allah saya boleh sertai bersama.

Yang Berhormat Tuan di-Pertua,

Sesungguhnya tanggungjawab kita sebagai rakyat Pahang adalah untuk memastikan kita menjaga dan kasih kepada Sultan kita, bukan hanya tertakluk kepada ADUN-ADUN daripada kerajaan, pihak kerajaan, tetapi juga ADUN-ADUN daripada pihak pembangkang dan saya nak pernah tanyalah makna ada sama ada pihak PAS daripada Beserah pernah membuat laporan polis dak kepada… berkaitan dengan penghinaan Agong ni ar…

Yang di-Pertua, saya rasa er… itu kita dah… buat awal lagi antara yang pertama sekali buat laporan polis ni, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]

Jadi Yang Berhormat Tuan di-Pertua,

Kita rasakan semua pihak bertanggungjawab bukan hanya menunggu pihak-pihak tertentu untuk bersama dengan kita. Saya mencadangkan bahawa pada masa akan datang, bahawa pihak pembangkang terutama daripada DAP, PKR dan sebagainya, Tanah Rata, sama-sama turun sendiri dan membuat laporan polis sebagai tanda kasih dan sayang kita kepada Sultan kita. Sesungguhnya Yang di-Pertuan Agong adalah yang memberi keizinan kepada kita, Sultan memberi keizinan kepada kita untuk menubuhkan sebuah kerajaan dan hari ini kita meletakkan tanggungjawab itu kepada pihak kerajaan yang memerintah pada hari ini Pakatan Harapan. Jadi kalau Pakatan

Harapan gagal menjalankan tugas mereka, ini bermakna Pakatan Harapan telah gagal menjalankan kewajipannya untuk menjaga negara ini.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Minta mencelah.

… yang berasaskan Institusi Raja Berpelembagaan.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Dato’ Yang di-Pertua, mohon saya mencelah. Er... berdasarkan kepada soal selidik yang telah dilakukan oleh rakan saya daripada kerajaan sebentar tadi, maka saya mengharapkan bahawa jawapan-jawapan yang diberikan oleh Tanah Rata, Ketari yang lain tak ada, sebagai satu jawapan yang begitu tulus dan ikhlas. Jadi pada hari ini saya ingin mencadangkan bahawa kita yang bersidang pada hari ini mendesak kepada pihak kerajaan Malaysia di bawah Pakatan Harapan supaya menggesa AG untuk melaksanakan siasatan terhadap pesalah tersebut seberapa segera yang boleh itu cadangan saya Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila teruskan.

Jadi justeru itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat ar… Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian er… kita masih ada lagi 3, 5, 6, 7 orang. Kalau boleh kita nak cuba habiskan semua Ahli-ahli pihak kerajaan menjawab pada hari ini kalau setengah jam, 7 orang lagi, bermakna kita kena 3 jam lebih lagi lebih kurang pukul 6.30. Jadi kalau kurang sikit mencelah insya-Allah kita boleh habis pada hari ini dan Dewan kita akan habis bersidang pada hari esok sebelah tengah hari apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberikan jawapan dan pandangan. Jadi saya bukan tidak menghalang Ahli-ahli Yang Berhormat mencelah tetapi kalau boleh kurang sikit mencelah er… dapat peluang Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya bukanlah mencelah untuk bergurau senda, saya tak masuk campur langsung dalam urusan celah mencelah, yang bergurau senda usik mengusik ini dan saya selalu… selalu bercakap dalam keadaan yang serius. Jadi saya rasa celahan-celahan saya buat sebentar tadi adalah merupakan satu perkara yang ingin membantu untuk kita mencarikan perkara yang terbaik kepada peringkat, terutama sekali negeri Pahang kita. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya nak mengucapkan terima kasihlah kepada ADUN Tanah Rata dan Ketari ya, dia supaya pada masa akan datang jika kita nak buat laporan polis, kita akan sama-sama ajak ADUN Tanah Rata dan Ketari. Saya… izinkan saya terus menyambung Yang Berhormat Yang di-Pertua. Di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi kesalahan penggunaan yang tidak wajar kemudahan rangkaian ataupun perkhidmatan rangkaian berasaskan aduan yang diterima daripada masyarakat awam serta pihak yang terkesan. Jika disabitkan kesalahan, pihak yang terbabit boleh didenda tidak melebihi RM50, 000 atau dipenjara selama tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Merujuk kepada soalan tambahan daripada DN Pulau Manis, apakah tindakan yang telah dan sedang diambil susulan peristiwa penghinaan institusi raja oleh laman facebook Sabah dan Sarawak. Untuk makluman satu laporan polis pertama telah diterima di Kuala Lumpur Jalan Tun Razak pada 20.03.2019. Seterusnya, siasatan telah dijalankan oleh pihak Bukit Aman, di mana kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Setakat ini, sebanyak 202 laporan polis berhubung isu yang sama telah diterima… telah diterima dan laporan-laporan polis tersebut telah dirujuk kepada laporan polis yang pertama untuk tinda… untuk tindakan siasatan lanjut. Siasatan masih diteruskan oleh pihak unit siasatan jenayah terkelas Bukit Aman. Merujuk kepada soalan tambahan daripada ADUN Sungai Lembing, apakah tindakan atau hukuman yang telah dikenakan kepada penghina-penghina Agong se…As –Sultan Pahang.

Satu laporan polis telah diterima di Temerloh contohnya, pada 01.02.2019 sebagaimana Mentakab report, siasatan telah dijalankan oleh pihak Bukit Aman di mana kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan saya percaya laporan ini dibuat oleh UMNO Bahagian Jerantut, terima kasih.

Kertas siasatan ini telah dilengkapkan dan dirujuk kepada pihak peguam negara di Putrajaya pada 25.02.2019 bagi mendapatkan arahan selanjutnya. Setakat ini kes masih belum ada pertuduh…pertuduhan di mahkamah. Daripada laporan yang telah dibuat oleh pihak polis, kertas siasatan telah dibuka mengikut Akta Hasutan 1948 ini dan segala rumusan atau dapatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut sama ada boleh didakwa mahupun tidak dan terserah kepada Jabatan Peguam Negara dan Kerajaan yang memerintah hari ini yang akan memutuskan sama ada untuk menyegera ataupun tidak pendakwayat… pendakwaan mahupun tidak.

Kerajaan Negeri menggesa agar Kerajaan Pusat agar dapat menyegerakan pendakwaan terhadap setiap kes-kes yang berkaitan terhadap penghinaan terhadap agama dan raja demi menjaga perpaduan dan keharmonian antara agama dan kaum dalam negara ini.

Yang Berhormat Tuan di-Pertua,

Dalam usaha kita menangani isu ini, Kerajaan Negeri juga turut mengambil inisiatif dalam memberikan kesedaran kepada warga jabatan dengan mengadakan program-program kesedaran tentang keselamatan maklumat setiap tahun. Mewujudkan polisi keselamatan siber serta membudayakan dalam urusan seharian. Pejabat SUK Pahang sendiri telah mencapai standard keselamatan antarabangsa dengan

memperolehi pensijilan MS ISO 27001:2013 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat .

Ini menunjukkan pihak pentadbiran menyokong penuh dan memandang serius tentang keselamatan maklumat khasnya dan kesinambungan perkhidmatan amnya.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Sebagaimana yang disebut tadi awal tadi, revolusi 4.0 turut menyumbang kepada perubahan cara kerja seharian orang awam. Contohnya perniagaan online yang berkembang pesat menggunakan aplikasi Shopee, Lazada, Ali Baba dan lain-lain yang mana turut meningkatkan perkhidmatan penghantaran sama ada Poslaju, Skynet, GDex, Easy Parcel dan lain-lain. Perkembangan ini menunjukkan keperluan pada talian internet kepada seluruh rakyat bukan sahaja negeri Pahang malahan di seluruh dunia. Dengan itu, Kerajaan Negeri menyokong sepenuhnya pembinaan menara kom… telekomunikasi yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi di jaringan internet dan ekonomi negeri Pahang khasnya.

Untuk merealisasikan… untuk memastikan semua penduduk dapat menggunakan perkhidmatan ini dari masa ke semasa, pihak Telco dan kerjasama SKMM dan Kerajaan Negeri berbincang merancang dan melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan seperti menambah lokasi baharu stesen pemancar, menaik taraf atau menambah kapasiti rangkaian, menjalankan ujian dan pemeriksaan secara berkala dan lain-lain lagi.

Di samping itu juga, pihak SKMM bersama syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi giat berusaha untuk menambahbaik infrastruktur telekomunikasi dengan pelaksanaan pelbagai projek iaitu pembinaan menara baru di bawah Program Time 3, menaik taraf sistem selular 3G, 4G dan LTE dan penambahan rangkaian fiber optik diseluruh negeri. Pihak SKMM juga sentiasa menjalankan pemantauan untuk memastikan setiap telco mematuhi garis panduan, mandatory standard, dengan izin, Yang di-Pertua, berkaitan kualiti perkhidmatan selular dan jalur lebar seperti yang termaktub di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Di samping itu juga, saya menyeru sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat ingin menyuarakan isu keperluan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan masing-masing bolehlah dipanjangkan kepada Kerajaan Negeri atau boleh juga kepada agensi-agensi yang bertanggungjawab seperti pihak SKMM agar tindakan susulan dapat diambil dengan berkesan. Penjelasan ini adalah sesuai dengan Titah Keb awah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang sempena hari pembukaan baru-baru ini. Baginda menzahirkan harapan supaya Kerajaan Negeri Pahang tidak hanya bergantung kepada pendapatan hasil bumi tetapi melihat kepada peluang-peluang menjana pendapatan melalui sektor teknologi maklumat dan juga digital.

Baginda juga menggesa supaya pembangunan pesat perlu digerakkan dalam mewujudkan jaringan maklumat yang pantas dan canggih menerusi prasarana teknologi maklumat dan komunikasi yang moden dan terkini supaya selari dengan revolusi perindustrian ke-4.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Berkait dengan pertanyaan YB. ADUN Kawasan Tanah Rata, pada masa ini perkhidmatan jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi iaitu Unifi yang disediakan oleh pihak Telekom Malaysia di daerah Cameron Highlands adalah tidak menyeluruh dan

hanya terdapat di Tanah Rata dan Brinchang dengan kelajuan sehingga 100 MBps. Manakala di Ringlet, pengguna boleh melanggan jalur lebar talian tetap pada kelajuan 10 MBps dan per saat dan perkhidmatan ini akan ditawarkan di Tringkap dan Kampung Raja dalam masa terdekat.

Berkenaan dengan liputan jalur lebar mudah alih pula, pihak pemberi perkhidmatan telah ambil maklum berkenaan perkara ini dan usaha sedang digiatkan untuk menambahbaik perkhidmatan jalur lebar mudah alih yang menggunakan teknologi 3G dan 4G dengan lebih meluas di daerah Cameron Highlands di bawah inisiatif keluasan liputan jalur lebar mudah alih yang melibatkan pembinaan menara komunikasi baharu, menaiktarafan menara komunikasi sedia ada kepada perkhidmatan sehingga 4G.

Sehingga kini terdapat 56 menara telah siap dan beroperasi di Cameron Highlands iaitu 22 menara di bawah projek SKMM dan 34 menara komersial di bawah syarikat pemberi perkhidmatan. Selain itu juga, sebanyak 42 menara telah siap juga telah dan akan dinaik taraf kepada perkhidmatan jalur lebar mudah alih 3G, 4G iaitu 18 menara telah siap beroperasi dan 24 projek sedang dilaksana dan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku keempat 2019. Ini meliputi DUN Jelai dan juga DUN Tanah Rata.

Projek ini juga merangkumi 11 menara komunikasi disepanjang laluan daripada Felda Sungai Koyan, Lipis hingga ke Lembah Bertam, Cameron Highlands dengan tujuan untuk menyediakan perkhidmatan selular dan jalur lebar mudah alih 3G, 4G di perkampungan Orang Asli dan pengguna jalan raya sepanjang laluan tersebut. Berhubung dengan ini, isu perkhidmatan telekomunikasi di perkampungan Orang Asli, pihak SKMM memaklumkan pada masa ini menara telekomunikasi baharu terdapat di Pos Menson, Pos Telanok dan Pos Terisu.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua

Sepanjang 10 bulan pertama selepas Pilihan Raya Umum yang ke-14 pada 09 Mei 2018, Kerajaan Negeri Pahang telah melaksanakan lapan inisiatif untuk meningkatkan pendapatan, memaju dan memakmurkan negeri Pahang. Tahniah kepada YAB Menteri Besar Pahang diatas inisiatif yang sangat baik ini. Maju terus Pahang. Daripada lapan inisiatif ini, izinkan saya menyentuh sedikit tentang penubuhan Pahang GO cetusan dan ilham daripada YAB Menteri Besar yang berkaitan dengan revo… revolusi 4.0.

Pahang Go yang telah ditubuhkan tahun ini bakal menjadi syarikat milik kerajaan yang akan membantu Kerajaan Negeri dengan lebih cekap dan berkesan dalam melaksanakan transformasi digital negeri Pahang merangkumi kutipan hasil, parkir, lesen-lesen, bayaran aktiviti dan bayaran balik pinjaman pelajaran. Elemen penting yang perlu diambil kira dalam revolusi ini ialah melalui perkembangan teknologi maklumat terkini menunjukkan bahawa masyarakat mahukan keselesaan, kesegeraan sebagai cara hidup dan tindakan kita dipengaruhi oleh teknologi. Maybank contohnya adalah manifestasi pada perlunya kemudahan di… Maybank2u adalah contoh perlunya kemudahan digital bagi memudahkan individu melaksanakan keperluan pembayaran mereka tanpa perlu ke bank ataupun ke pejabat kerajaan.

Inilah elemen yang menjadi perlunya transformasi digital dibuat dalam urusan Pentadbiran Kerajaan Negeri di semua peringkat. Saya dengan ini mencadangkan Penubuhan Jawatankuasa Ekonomi Digital peringkat negeri bagi tujuan mengatur cara dan mengawal selia pelan dan pelaksanaan transformasi digital di negeri ini. ‘Pahang Go’ selaku agen pelaksana bakal… bakal menyediakan alternatif bagi rakyat Pahang khususnya dalam menyelesaikan keperluan pembayaran permohonan dan pencarian

maklumat mereka menggunakan teknologi pintar. Secara tidak langsung transformasi digital dilihat bakal mengurangkan kos pengurusan kerajaan dan membantu meningkatkan hasil apabila proses pembayaran dan kutipan ini dipermudahkan secara dalam talian.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Sikit je lagi. Teknologi hijau yang juga dikenali sebagai teknologi bersih merupakan penerapan sains dan teknologi, alam sekitar untuk mem… pembangunan dan aplikasi produk, peralatan dan sistem untuk memelihara sumber alam dan persekitaran serta mengurangkan impak negatif kepada alam sekitar yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Selain itu, teknologi hijau juga dapat disediakan sebagai model sosio ekonomi alternatif yang dapat dimanfaatkan sebagai sumber hasil baru kepada Kerajaan Negeri.

Negeri Pahang menyambut baik 4 tonggak dasar teknologi hijau negara yang boleh diterima pakai dan dilaksanakan melibatkan 4 tonggak utama. Yang pertamanya sektor tenaga, mencari ketidakbergantungan tenaga sedia ada dan mempromosi kecekapan tenaga. Kedua sektor alam sekitar, memelihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar. Ketiga sektor ekonomi, meningkatkan pembangunan ekonomi negeri melalui penggunaan teknologi. Keempat sektor sosial, meningkatkan kualiti hidup untuk semua.

Berdasarkan kepada 4 tonggak tersebut, negeri Pahang boleh membangunkan projek-projek atau inisiatif-inisiatif yang berteraskan kepada teknologi mesra alam yang bakal mampu untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber hasil negeri yang sedia ada seperti kelapa sawit, pembalakan dan juga perlombongan. Antara sektor-sektor utama teknologi hijau yang boleh terokai oleh negeri Pahang adalah seperti sektor bekalan, penggunaan tenaga, teknologi pembuatan, pembinaan serta pengurusan sisa buangan dan hidrasi.

Sehubungan dengan ini, Kerajaan Negeri membuka peluang kepada pelabur-pelabur bagi membina projek tenaga yang mesra alam di negeri ini. Renewable energy atau tenaga yang boleh diperbaharui secara keseluruhannya pelaksanaan teknologi hijau negeri Pahang secara menyeluruh dilihat bakal meningkatkan sumber ekonomi negeri mampu meningkatkan peluang pekerjaan, tenaga mahir dan tidak mahir dan sekaligus menarik pelabur tempatan dan luar negara untuk terlibat secara langsung memajukan sektor ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Sebelum saya mengakhiri penggulungan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan ADUN yang telah mengemukakan soalan-soalan kepada saya demi untuk kebaikan Kerajaan Negeri Pahang terutamanya ADUN Sungai Lembing, ADUN Tanah Rata, ADUN Pulau Manis, ADUN Cheka, ADUN Kemayan dan juga ADUN Beserah dengan segala cadangan-cadangan dan segala perancangan-perancangan yang telah dan akan dilaksanakan nanti sudah tentu akan memaju dan memakmurkan lagi negeri Pahang insya-Allah. Sesuai dengan Titah Pemangku Raja Pahang di Persidangan Dewan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang Yang Keempat Belas. Dengan ini saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, silakan.

Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua yang memberi laluan kepada saya untuk turut sama bagi sesi ucapan penggulungan Wakil Kerajaan dalam Titah Diraja sempena Pembukaan Dewan Undangan Negeri Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas.

Saya turut sama merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi junjung kasih ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli berangkat bagi menyempurnakan Titah Diraja sempena pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang Yang Ke-14.

Tuan Yang di-Pertua,

Prasarana luar bandar yang berkualiti dan mencukupi adalah amat penting bagi menyokong pembangunan ekonomi dan keusahawanan luar bandar. Ianya dapat mewujudkan persekitaran kehidupan yang menarik dan kondusif sekaligus membuktikan bahawa Kerajaan Negeri tidak meminggirkan golongan luar bandar. Oleh yang demikian untuk tahun 2019 Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah dan masih dalam pelaksanaan sebanyak 40 buah projek infrastruktur kawasan luar bandar di seluruh negeri Pahang.

Semua ini merangkumi pelbagai jenis projek seperti Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), membina serta menaik taraf jaringan jalan raya, jalan perhubungan desa, pembinaan jambatan, pembaikan cerun, pembinaan ruang niaga, Program Ameniti Sosial (PAMS), bantuan baik pulih rumah, projek pemaju kawasan, pembinaan pusat pendidikan dan juga kerja-kerja pemeliharaan bangunan. Kos keseluruhan yang diperuntukkan untuk pelaksanaan sepanjang Rancangan Malaysia Ke-11 bagi projek-projek disebutkan tadi adalah berjumlah RM2,124,149,490. Manakala siling tahunan yang dianjurkan… yang diunjurkan untuk tahun semasa 2019 berjumlah RM208,000,172,26.

Selain daripada penyediaan prasarana untuk penduduk luar bandar, Kerajaan Negeri juga dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sentiasa menjalankan program-program pembangunan ekonomi dan pembangunan masyarakat. Antara program-program tersebut yang masih sedang… yang masih sedang dan akan dijalankan ialah seperti Anugerah Desa Lestari, Anugerah Desa Perdana, Anugerah Desa Harapan. Ha… ini mungkin program barulah Anugerah Desa Harapan, Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi, kampung ataupun prospek dan sebagainya. Ini bertepatan dengan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang semasa merasmikan pembukaan Sidang Dewan agar kerajaan dapat meneliti keperluan pembangunan infrastruktur mengikut keutamaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Agihan peruntukan pembangunan haruslah dilaksanakan dengan adil dan saksama tanpa mengenepikan rakyat yang berada di luar bandar. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang turut berpantun

dalam titah ucapan. Mungkin siapa yang tak baca tu saya boleh baca agak-agak pantun tu.

Lalu di Gambang berhenti rehat,

Jangan memandu mata terlelap,

Kalau menimbang samalah berat,

Kalau mengukur samalah tepat.

Pantun Pemangku Raja.

Tuan Yang di-Pertua,

Penjenamaan semula Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah dilaksana dan dipersetujui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun 2018. Sejajar dengan keputusan ini, Kerajaan Negeri Pahang telah menje… menjenama semula kesemua 542 buah JKKK di seluruh negeri Pahang kepada MPKK. Pada 27 hingga 28 Mac 2019, pihak infra KPLB dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang telah mengadakan kursus induksi kepada ahli-ahli MPKK negeri Pahang bertempat di Bukit Gambang Resort City dan seramai 566 orang pengerusi serta setiausaha dari 542 MPKK yang baru lantik telah menghadiri diri ke kursus induksi ini.

Lanjutan daripada kursus induksi ini pihak Infra KPLB membuka peluang pada mana-mana pengerusi ataupun setiausaha MPKK dari negeri Pahang untuk mendaftarkan diri mengikuti Program Diploma Pengurusan Luar Bandar anjuran Infra UNIKL. Bagi negeri Pahang, pihak Infra telah memaklumkan bahawa kuota yang diperuntukkan adalah sebanyak 300 orang dan akan dicadangkan kepada 22 se… sehingga 26 April 2019. Maknanya lebih kurang minggu depanlah agak. Kebawah Duli Pemangku Raja Pahang er… turut bertitah dua kali didalam Titah ucapan tu yang menekankan kepimpinan yang berintegriti serta tadbir urus yang baik.

Jadi selaras dengan program-program yang dianjurkan ianya sedikit sebanyak akan memberi pendedahan ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli MPKK dan juga termasuklah pengurusan ini kewangan. Dan dengan ini kita harapkan ianya dapat digunakan oleh ahli-ahli MPKK bagi menjayakan semua perancangan-perancangan dan pembangunan yang dicadangkan. Ianya juga telah mewujudkan satu kerjasama yang baik di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.

Maksudnya dalam program kursus ini kita lihat er… Kementerian Pembangunan Luar Bandar tidak ada masalah dengan kita mengadakan kursus dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Ini jugalah di antara saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja supaya kita dapat bekerjasama di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan pihak berkuasa melantik yang dipanggil PBM bagi MPKK khususnya bagi negeri Pahang.

Merujuk kepada buku tatacara pengurusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), dalam jadual satu muka surat lima. Pihak berkuasa melantik untuk jawatan pengerusi MPKK adalah Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Manakala pihak berkuasa melantik untuk jawatan setiausaha dan ahli jawatankuasa MPKK ialah pegawai daerah masing-masing.

Merujuk juga kepada buku tatacara pengurusan tersebut, sebelas ahli sesebuah MPKK akan diurus dan dilantik di peringkat Kerajaan Negeri. Manakala lima ahli

tambahan untuk sesebuah MPKK pihak Kerajaan Negeri hanya bertindak sebagai penyelaras dan melantik di mana senarai nama akan diterima daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Pihak negeri akan melantik merujuk kepada senarai tersebut. Ini adalah ini… pekeliling. Tetapi sehingga setakat ini, bagi pelantikan lima ahli tambahan itu saya dimaklumkan masih belum ada kepada MPKK ini. Jadi walaubagaimanapun kita MPKK diperingkat kampung-kampung terus melaksanakan tanggungjawab ataupun mesyuarat diperingkat ini… kampung-kampung.

Tuan Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di atas keprihatinan terhadap masyarakat Orang Asli ataupun pembangunan Orang Asli kerana pada peringkat awal melantik seorang pegawai khas, memastikan supaya segala masalah Orang Asli ini dapat sampai kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kedua baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah meluluskan sebuah… bukan sebuah ya, satu badan Unit Hal Ehwal Orang Asli di negeri Pahang ini.

Jadi inilah keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar terhadap ini masyarakat Orang Asli. Dan saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Dato’ Mohd Olian bin Abdullah yang telah dilantik sebagai ketua unit. Kita cakap kira pengarahlah, ketua unit ini kecil sikit. Pengarah Unit Hal Ehwal Orang Asli, Unit Hal Ehwal Orang Asli di Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkuatkuasa 1 April 2019. Unit ini akan menumpukan kepada isu-isu dan kebajikan hal ehwal Orang Asli di negeri Pahang.

Kerajaan Negeri turut memberi perhatian serius terhadap kebajikan dan pembangunan Orang Asli di negeri Pahang melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) negeri Pahang yang merupakan agensi pembangunan yang khusus bagi masyarakat Orang Asli negeri Pahang. Terlibat secara langsung dalam melaksanakan dasar-dasar berkaitan dengan Orang Asli secara menyeluruh.

JAKOA negeri Pahang mebangunkan aspek-aspek kehidupan Orang Asli dengan melaksanakan program-program pembangunan asas, meningkatkan intelek dan pendidikan dan pengupayaan ekonomi kepada semua lapisan masyarakat. Untuk tahun 2019, Kerajaan juga telah memperuntuk…memperuntukkan sejumlah peruntukan pembangunan infra sosial masyarakat Orang Asli negeri Pahang.

Peruntukan ini merangkumi program Pembinaan Rumah Baru PBR dan juga program baik pulih rumah. Peruntukan yang disalurkan ini bertujuan untuk memastikan masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan jauh dan dapat bersama menikmati arus pembangunan. Unit Pembangunan Sosial Ekonomi JAKOA negeri Pahang bertanggungjawab dalam mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli melalui program-program pengupayaan ekonomi dan keusahawanan.

Peruntukan terbesar bagi Unit Pembangunan Sosial Ekonomi adalah untuk program pem… pembangunan ekonomi (PPE). Program dan projek telah dilaksanakan dibawah Peruntukan Pembangunan Ekonomi meliputi program ladang masyarakat dan program usahawan yang melibatkan peniaga secara komersial bertujuan untuk mengembangkan ekonomi masyarakat Orang Asli.

Di samping itu, sejumlah dana yang diperuntukkan kepada program peningkatan pendapatan (PPP) melalui program ini peruntukan disalurkan kepada golongan miskin tegar Orang Asli dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan ekonomi mereka. Antara bantuan yang telah disalurkan termasuk bantuan bot, bantuan peralatan kedai dan bantuan penternakan ayam kampung serta lembu.

Saya pun… pagi tadi pun terkejut juga mendapat panggilan daripada salah seorang pengusaha daripada Orang Asli, nak meminjam sebanyak RM200 ribu tapi bukanlah nak meminjam dengan saya. Dia nak kira dia nak meminjam dengan bank RM200 ribu. Jadi ini menunjukkan ada di antara usahawan-usahawan Orang Asli yang boleh berani meniaga. Dimana beliau sendiri mendapat kontrak selama lima tahun untuk mengangkut ini pelajar-pelajar dari kampung-kampung ke sekolah. Ini tak termasuk pelajar di kaum Orang Batek tadi Kaum Batek belum lagi. Karang kita cerita hal kaum Orang Batek.

Begitu juga sebenarnya apabila musim-musim tertentu khususnya musim ini… buah-buahan ini benar. Ini cerita betul di Kampung Satak Hulu Sungai, mana masyarakat Orang Asli ini begitu bahagia. Yang mana malam-malam ini suami pun naik sesak dah kerana isterinya akan ber… berpakaian wangi-wangianlah kerana pada malam itu, dia tidur dengan suaminya berpeluk-pelukan. Bila ini dia... berpelukan ini bila malam je … maknanya hampir biasa tapi ini luar biasa. Luar biasa ini kerana apa keadaan ekonomi masyarakat Orang Asli itu pada musim tertentu ini dia meningkat.

Ada di antara keluarga Orang Asli ini yang mendapat pendapatan er… contohnya buah durianlah Rm10 ribu, Rm20 ribu. Yang ada dapat RM50 ribu, RM60 ribu. Jadi isteri-isteri ini risau juga apabila suami dapat RM50, RM60 ribu. Ini isteri Orang Asli, isteri Orang Melayu tak tahulah. Bila suaminya dapat RM50 ribu, RM60 ribu dia bimbang juga takut dia mencari orang lain.Jadi sebab itulah dia pada musim tertentu ini, dia akan pakai wangi-wangi dan malam-malam berpeluk tidur dengan si suami-suami ini. Jadi ini menggambarkan keadaan kedudukan ekonomi ini… masyarakat Orang Asli pada satu ketika ianya boleh dikembangkan.

Dan saya sendiri pun pernah berjumpa dengan salah seorang pengusaha pertanian Orang Asli yang mana mengusahakan durian Musang King membuat piping di kebunnya. Sebanyak RM200 ribu dia boleh bayar cash saja. Jadi walaupun kita nampak ianya tidak menyerlah tetapi ada diantara masyarakat Orang Asli ini dari segi ekonomi ini banyak yang telah berjaya mencapai pendapatan yang boleh kita banggakan.

Jadi inilah di antara program-program kita yang kadang-kadang pihak kerajaan ataupun jabatan menganjurkan kursus-kursus untuk meningkatkan ini sumber pendapatan. Kerajaan Negeri dan JAKOA akan terus membantu pelajar Orang Asli dengan program pembangunan ini… pendidikan yang telah dirangka oleh Kementerian dan JAKOA.

Bantuan seperti kemudahan peng… pengangkutan, wang saku er…wang saku pelajar dan bantuan makanan ke sekolah akan diteruskan. Sejumlah peruntukan juga turut disediakan dan akan disalurkan bagi tahun 2019. Untuk pembangunan modal insan dan kebajikan disalurkan demi memastikan pelancaran pengurusan dan bantuan kepada masyarakat orang Asli supaya mendapat pendidikan yang sempurna. Inilah sedikit sebanyak di bawah portfolio saya KPLB dan juga orang Asli. Dan sebelum saya er... menutup ucapan saya...

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Mencelah sikit Dato’.

saya er... saya...

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Saya tadi sebut, saya ada dengar tadi dah hint dah pasal orang Batek ni. Dan saya 2 kali dah sentuhkan masalah pembangunan pada orang Batek. Sebab Suku Batek ni, suku yang paling mundur, yang dok cerita yang hebat, hok yang banyak duit, projek apa usahawannya dan sebagainya itu mungkin suku lain. Tetapi Suku Batek ni memang memang er... perlu dan berikan perhatian khusus. Itu yang saya nak dapatkan. Tadi dah hint dah, tak cerita pula.

Terima kasih Padang Tengku. Saya nak terus kepada pertanyaan-pertanyaan yang dibawa oleh Ahli-ahli Dewan khususnya Padang Tengku mengenai pendidikan masyarakat orang Asli Suku Batek. Saya telah mendapat ha ni... jawapan daripada JAKOA yang berbunyi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pahang mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat dalam isu keciciran murid khususnya dalam melibatkan murid ahli Suku Batek di kawasan DUN Padang Tengku.

Untuk makluman Yang Berhormat dari tahun 2017, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah pun membuat tinjauan ke Kampung Sungai Garam dan Kampung Bencah, Kelui untuk membawa anak-anak kaum Batek ke sekolah. Dan pada tahun 2018 Pejabat Pendidikan Daerah Lipis dan Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan, Lipis sekali lagi telah membuat Program Sifar Cicir Kaum Batek tetapi tidak mendapat kerjasama daripada masyarakat Asli Batek di sana.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kementerian Pendidikan Malaysia juga bersama Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut telah melaksanakan Program Chup Badui Sikulah... Sikulah. Ini saya tak pasti Semai ke, er... ni Batek ke, Cik Wong ker sebab saya baru nak belajar bahasa-bahasa Orang Asli ni. Kalau Semai tu saya reti sikit. Chup Badui Sikulah di Sekolah Kuala Tahan, Jerantut. Khasnya untuk orang Asli Batek di kawasan Kuala Tahan. Ianya mendapat kerjasama yang baik dari masyarakat di sana dan pada tahun ini seramai 43 orang murid yang berumur 7 hingga 12 tahun er... telah mengikuti program tersebut. Pada tahun ini juga Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri telah melaksanakan Program Kedap Khas untuk ibu bapa masyarakat orang Asli seramai 57 orang. Dan selain itu JAKOA Pahang telah menerima peruntukan daripada Jabatan Perdana Menteri berjumlah...(tidak jelas) juta.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Dato’ Sri Pengerusi, Dato’ Sri Pengerusi,

Saya hendak mencelah sedikit. Yang Berhormat Luar Bandar ni. Kaum Batek ni banyak berada di kawasan Jerantut. Di kawasan Taman Negara, Lubuk Yu, di kawasan Dedari, di kawasan Kuala Atok. Dan kaum Batek ni untuk pengetahuan Yang

Berhormat Padang Tengku selalu berpindah-randah. Satu kaum Batek berada di kawasan DUN Tahan, di Kuala Atok mempunyai 2... 30 keluarga. Oleh kerana kematian mengejut baru-baru ni 5, 6 orang di kampung tersebut, maka mereka mengatakan bahawa kampung tu suil. Maka mereka berpindah-randah. Jadi susah nak bagi pembangunan kepada mereka kerana berpindah-randah. Satu lagi budaya kaum Batek ni, dia tak boleh bergaul dengan orang-orang lain. Dia duduk dalam hutan, saya selalu masuk hutan berjumpa kaum Batek terutamanya golongan perempuan ni, dia tak pakai coli. Seluar pakai, coli... coli tak pakai.

Jadi susah kita nak memajukan kaum Batek. Seperti di Kuala Atok, mereka berpindah-pindah randah dan sekarang di Kuala Atok Kerajaan Negeri sudah memperuntukkan beratus-ratus ribu rumah kaum Batek. Dan saya sendiri sebelum menjadi Wakil Rakyat dulu, pernah bagi 2 enjin bot, 2 perahu, mereka ini sentiasa berpindah. Dan ditinggalkan kampung itu berpindah dibelah hilir di Kuala Lipis. Kalau tak percaya tanya ADUN Tahan. Ha, ni lah kaum Batek untuk pengetahuan semua Ahli Dewan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Pulau Tawar yang memberi pandangan dalam isu pendidikan ini. Saya hendak mengabiskan sikit. Selain daripada itu, JAKOA Pahang telah menerima peruntukan daripada Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM3.8 juta bagi pendidikan orang Asli negeri Pahang untuk tempoh 6 bulan pertama 2019. Sebenarnya memang di antara masalah utama pendidikan orang Asli ialah kehadiran sekolah. Saya pun ada satu sekolah di Sekolah Satak, macam-macam benda er… saya buat hingga ke alat muzik saya beli, meja snooker saya beli. Sebab di antara kegemaran masyarakat orang Asli ini dia ada 3. Pertama tu makan, sukan, hiburan. Ha jadi ketiga-tiga tu kita sedia pun tak emboh juga lagi. Dan baru-baru ni pun saya merasmikan sekolah, ni PIBG, sekolah, SK… Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Bentong.

Di antara sekolah orang Asli yang ada di Bentong. Ini juga di antara masalah guru. Sehinggakan di majlis tersebut, apabila mereka memintak peruntukan saya lulus, tapi lulus pun bersyarat. Syarat dia, saya tanya guru besar dari segi kehadiran di cakap kehadirannya boleh tahanlah dulu 60… 70% sekarang sampai 90%. Jadi di antara KPI dia untuk tahun 2019 ialah 91%. Jadi saya tawarkan dalam Mesyuarat PIBG tu sekiranya ibu bapa dan anak-anak ni boleh mencapai kehadiran sekolahnya hingga 91%, saya luluslah peruntukan yang dimohonnya sebanyak RM5,000 itu tadi. Ha, nilah caranya, maknanya kita tidak boleh maksudnya mengharapkkan satu pihak sahaja. Sekolah, ibu bapa, guru dan juga macam YB Padang Tengku pun ingat boleh tolong jugak sebab dia rajin masuk hutan ni. Sama ada nak tengok kaum Batek ke ataupun nak menengok hok yang tak pakai baju tadi. Jemu-jemu dia pergi menengok benda tu. Jadi kita harap YB.-YB. prihatin supaya sama-sama untuk kita mempastikan kehadiran anak-anak orang asli ni…

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Dato’ YDP,

Saya sebenarnya begini. Saya faham dan saya tahu tentang program-program yang telah dilaksanakan di kawasan suku Batek yang ada di Padang Tengku. Dan saya terima kasih kepada Yayasan Pahang dan Jabatan Pelajaran. Tetapi saya kira usaha bersepadu perlu dilakukan secara lebih efektif dan drastik kerana sebenarnya peruntukan itu ada tapi tidak dapat digunakan dengan baik. Justeru itu, kita juga perlu membuat pendekatan selain daripada sebab dia orang ni er… ditempat saya dah tak

ada yang… yang tak berbaju ni. Mereka sebenarnya dah moden sangat dah nampak, rambut merah sampai sorang tu, saya… kita panggil Sumareh, sebab dia suka main bola, pakai rambutnya berwarna warni. Dan dia suka benda-benda yang macam tu. Yang pompuannya dia suka bermake-up er… kita pernah dengan infra… empower… empower, empower buat program er… pakai apa… pakai gelang dan sebagainya. Itu cara pendekatan yang perlu kita buat.

Justeru itu saya nak minta Kerajaan Negeri supaya peka dan mesti, jangan kita biarkan er… seolah Jabatan pendidikan buat sendiri, KEMAS kena masuk dan kena ambil serius perkara ini. Dan saya percaya mereka ni boleh maju sebab bila kita buat program-program. Sekarang dia dah mintak saya adakan liga Sukan Orang Asli kaum-kaum Batek sahaja. Dia minta. Jadi kita campur dengan orang-orang Melayu yang ada di sebelah. Dan mereka yang mewakili apa nama ni mewakili pasukan-pasukan kampung berdekatan untuk pertandingan takraw dan bola sepak dan sebagainya. Dan saya ingat ini perlu diberikan penekanan.

Ya, terima kasihlah atas pandangan dan kerjasama samalah, saya pun tak… tak mendalami lagilah kaum Batek ni. Melalui kawasan saya tu kaum Semai. Kaum Semai ni dia dia punya apa kekuasannya dalam keluarga tu, dia banyak kepada orang perempuan. Ha, dia kaum Semai. Maknanya kalau kita nak mengajok, kita kena tak tackle dulu ibu-ibu dia dulu. Kalau kita tackle bapaknya… ha…Semelai.

Jadi kaum Batek ni insya-Allah kita sama-samalah tetapi memang tidak dinafikan inilah di antara masalah pendidikan masyarakat orang Asli ialah kehadiran sekolah. Jadi yang saya nampak kita di peringkat jabatan telah menyediakan semua bendalah. Saya tu termasuk meja snooker pun ada, alat muzik kugiran ada. Apa benda lagi hendaknya semua ada. Tinggal lagi kita hendak bersamalah menjiwai bersama-sama mungkin dapat kita mengajak dia ke sekolah.

Yang keduanya, pertanyaan daripada Padang Tengku juga mengenai air tu tadi. Saya minta maaflah kerana sebenarnya saya selalu pergi ke Kecau, Pagar Sasak ni, Aur Gading tu. Tempat sedara saya tu. Dan kebetulan selepas pada penggal Dewan yang lepas saya pergi berikan di Sungai Kecau tu, naik ke Taman Negara. Memanglah saya bawa kereta 4 x 4 saya tu, saya membasuh kereta saya tu air dia molek. Jadi saya senyap lah sebab air dia laju betul.. kuat betul. Saya menumpang kereta ada satu er… kedai getah tu dia hulur paip tu, bagi saya er… jirus kereta tu er… kuat betul paip ni nya. Maknanya ingatkan selesailah masalahnya. Tapi rupa-rupanya tak sele… tak selesai lagi.

Jadi kita… kita sama-samalah… tapi kadang-kadang saya teringat juga masa kecil-kecil dulu kan kita di kampung ni kadang banyak ngat penyakit, berubat, berjampi me tak kebah juga. Tapi kadang-kadang ada setengah orang tu dia tukar nama. Tapi ini mungkin pasal Dada Kering kan. Air takde, dada kering. Agaknya kita cadang tukar ke dada lain. Dada manis ke, dada ape ke eh. Dada kering, itu sebab tak berair tu. Kalau ikut orang dulu-dulu. Itu terpulanglah kepada ahli Padang Tengku kan. Walau bagaimanapun, kita berbincang dengan ini Pengerusi Infrastruktur untuk sama-samalah supaya mempastikan ini… masalah air.

Yang keduanya ialah pertanyaan daripada ini Tanah Rata er... Saya tidak ni apa perasan apa yang dimaksudkan oleh cs… CSR untuk nak memasuk api di kawasan orang asli Kerajaan Negeri tu. Jadi haritu saya dengar hujung-hujung saja. Tapi kalau boleh maklum saya untuk saya jawab.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Er… CSR… terima kasih penjelasan daripa… daripada pihak kerajaan. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. CSR yang dimaksudkan itu adalah tanggungjawab sosial er… ini ialah satu projek, sebab saya difahamkan oleh pihak TNB er… Tenaga Nasional Berhad ini adalah satu kerjasama antara TNB dengan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan untuk menawarkan projek bekalan elektrik kepada perkampungan orang asli itu. Ada 7 kampung orang asli di seluruh Pahang yang akan dijalankan oleh TNB iaitu pertama, membina tiang elektrik, yang kedua membina er… itu… kabel elektrik di bawah tanah dan juga yang ketiga membina pencawang elektrik.

Ketiga-tiga projek ini melibatkan penggunaan tanah Kerajaan Negeri dan iaitu… dan lepastu kerajaan negeri er… mencaskan nak… nak ambil satu kos guna tanah er… daripada TNB iaitu tiada dalam rancangan awalnya. Oleh itu, kos itu melibatkan er… sejumlah RM250 ribu dan TNB berasanya sebab ini bukannya projek untuk keuntungan. Bukannya untuk er… mencari kentung… keuntungan untuk TNB dan TNB juga tidak… tidak dapat menjana pendapatan daripada er… projek seterusnya sebab ini ialah bekalan elektrik kepada perkampungan orang asli memang tiada pendapatan yang berlebihan daripada projek ini. Oleh itu TNB memohon Kerajaan Negeri supaya memberi pengecualian daripada kos ambil tanah itu. Itu saja. Terima kasih.

Terima kasih Tanah Rata. Er… saya ingat Tanah Rata kena tanya ataupun tulis surat lah kepada ini… kita Kerajaan Negeri dan setakat ini sebenarnya kita tidak ada cas walaupun tiang-tiang yang lalu di tepi-tepi jalan yang ada sekarang ini, kita tidak ada… tidak ada cas tu. Yang ada cas sebenarnya TNB sendiri. Maksudnya ni transformer tu…. Saya baru lagi menyelesaikan satu isu di Kampung Belar dekat Tersang, Felda Tersang. Kawasan lebih kurang 1 kilometer sahaja yang tak ada api. Pada peringkat awalnya dari kiraan TNB sebenarnya ia memerlukan transformer untuk nak mengsupply kepada 40 buah rumah. Tetapi setelah saya bincang untuk nak mengelak daripada transformer yang bernilai lebih daripada RM100,000 tadi, dia boleh benarkan kepada 40 biji ni tanpa menggunakan transformer dengan syarat hanya dibekalkan 1 phase saja. Kalau 3 phase, you kena pakai transformer.

Jadi maksud saya Tanah Rata kena tanya balik semula. Kalau dia nak pengurangan daripada harga cas itu, setakat ini kita ialah kerajaan juga lah, sama ada Kerajaan Negeri atau pusat Persekutuan di bawah bajet itu… lah itu biasa itu buat. Tapi kalau cas kepada tanah-tanah lah, yang korek tepi-tepi jalan yang dia buat transformer tu selalunya kita… kita tak cas. Setakat yang saya tahu lah. [Tak jelas] Kita tak cas. Saya pun tak tahu lah. Setakat yang saya tahu harini tak cas. Jadi kita mohon lah Tanah Rata untuk menulis surat. Kalau betul kena cas, kita akan cuba selesaikan ini di peringkat negeri.

Yang seterusnya ialah beberapa pertanyaan daripada Muadzam, Pancing, Tahan dan sebagainya saya rasa perkara ini eloklah ni kita akan buat jawapan bertulis lah kepada soalan-soalan yang telah dikemukakan. Jadi sekali lagi lah saya sebelum mengakhiri mengucap berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Dewan yang turut sama memberi… membuat pertanyaan dan memberi cadangan tentang portfolio saya dan kita haraplah kita dapat bersama-sama untuk nak mempastikan supaya perancangan dan pembangunan khususnya di luar bandar ini dapat di dilaksanakan. Dan dengan ini juga saya menyokong Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang di sidang Dewan ini. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. Sila.

[Ayat al-Quran]. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua, terima kasih kerana memberi kesempatan pada petang ini untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan sidang Dewan Yang Mulia ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyembahkan ucapan setinggi-tinggi junjung kasih ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah, DK., SSAP. kerana berkenan mencemar duli menyempurnakan titah diraja sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ini yang pertama, penggal kelima, kali yang ketiga belas.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana dibawah kepimpinan Yang Amat Berhormat, pembangunan ekonomi di negeri Pahang semakin baik semakin meningkat dengan terlaksananya pelbagai projek-projek pembangunan dan juga idea-idea yang boleh memastikan negeri Pahang sentiasa maju kehadapan dengan taglinenya ‘Maju Terus Pahang’. Sesungguhnya Yang Berhormat Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat adalah seorang pemimpin yang amat komited dan berjiwa rakyat yang sentiasa mendengar segala permasalahan yang dialami oleh rakyat di negeri Pahang ini. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Dato’ Sri Yang Di-Pertua kerana memberi peluang pada petang ini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Izinkan saya meneruskan portfolio saya, Sumber Manusia Belia Dan Sukan Serta Badan-badan Bukan Kerajaan. Golongan belia akan terus diperkasakan dengan pelbagai aktiviti dan program yang dapat membentuk jati diri mereka berteraskan kepimpinan dan nilai-nilai murni serta seimbang dari segi rohaniah, akhliah dan jasmaniah, fizikal dan mental. Mereka akan dibentuk dengan acuan yang berteraskan pelbagai kemahiran pengetahuan dengan menampilkan semangat patriotisme tinggi bagi menghadapi cabaran globalisasi sebagai penyumbang utama pembangunan sosial dan ekonomi negara. Berkualiti bagi memperkukuhkan intergrasi nasional dan identiti bangsa Malaysia. Antara program di bawah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang untuk pembangunan belia dan Rakan Muda adalah Sambutan Hari Belia yang akan diadakan pada 19 haribulan ini, 2019.

Program ini adalah merupakan satu pengiktirafan tertinggi setiap tahun terhadap sumbangan golongan muda kepada kerajaan dan negara. Sambutan program ini akan memberi impak yang positif dan mencapai objektif nya iaitu mendekati golongan belia melalui aktiviti santai dan memenuhi kehendak belia masa kini. Kos yang terlibat untuk program ini adalah sebanyak RM30 ribu yang melibatkan penglibatan seramai 2000 hingga 5000 orang peserta. Majlis perundingan belia peringkat daerah dan negeri Pahang 2019 merupakan satu platform untuk pertumbuhan… pertumbuhan belia negeri Pahang untuk mengenengahkan isu-isu pembangunan belia setempat untuk dipanjangkan kepada pihak kerajaan di peringkat daerah, negeri dan persekutuan. Kos yang terlibat dalam program ini adalah sebanyak RM48 ribu yang melibatkan penyertaan seramai 700 orang peserta.

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua,

Selain itu juga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang juga melaksanakan program untuk menjana ekonomi belia. Di antara program yang terlibat adalah Youth Business Explore 2019 dan Youth Carrier 2019. Program Youth Business 2019 akan menyediakan platform jaringan perniagaan yang efektif dalam kalangan usahawan belia dan saya mengharapkan apa yang saya bacakan teks ini, sedikit sebanyak ada kaitan dengan soalan-soalan yang dibangkitkan oleh rakan-rakan ADUN ya… yang mana mungkin saya tidak menjawab di akhir penggulungan nanti.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya cuba ringkaskan seringkas boleh untuk beri ruang kepada rakan-rakan saya…

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Dato’ Yang di-Pertua,

Saya nak sentuh tentang memperkasakan belia. Tadi sebenarnya saya nak bangun kepada soalan pagi tadi Pulau Manis, tentang sumbangan dan bantuan itu. Sebenarnya program, sumbangan, bantuan memang banyak disediakan oleh pihak kerajaan, tapi masalahnya sekarang ialah kelesuhan pertubuhan belia dan orang… belia-belia tu sendiri yang menyebabkan sumbangan program tak… tak sampai kepada sasaran. Saya nak beri contoh yang paling jelas, pada ketika Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang lalu, datang ke Padang Tengku beri sumbangan kepada 11 pertubuhan belia yang pada pandangan, pilihan er… Jabatan Belia Daerah Lipis itu yang terbaik dan pada 11 itu, 3 je, yang datang er… menerima sumbangan tu, er… yang er… apa dapat menyediakan laporan yang baik, ada apa ni… er… akaun dan sebagainya yang lain tu tak ada.

Maknanya pertubuhan belia tu banyak, tapi inilah yang berlakunya. 3 daripada 11 yang daripada persatuan yang baik yang terbaik. Jadi saya nampak di sini ada kelemahan yang perlu kita baiki, malah ada pertubuhan-pertubuhan belia, bukan belia kampung tapi di peringkat daerah yang er… ahlinya, ketua-ketuanya nak bertanding sampai peringkat er… pertubuhan belia di peringkat kebangsaan tapi pertubuhan belia, Majlis Majlis Belia Daerah dia pun er… sebenarnya pernah di hantar oleh ROY untuk di di dibatalkan dan hidup atas apa nama ini, ehsan kuasa menteri je.

Jadi saya kira perlu ada satu langkah blueprint untuk benar-benar memperkasakan belia bukan sekadar menyediakan program tetapi kita tak dapat menyediakan orang yang boleh menyambut program itu. Jadi apa yang saya perlukan dan saya ingin dengar ialah tentang apakah langkah-langkah untuk apa nama ini… membangun ataupun membaiki masalah kelesuan er… pertubuhan-pertubuhan yang berasaskan pada belia ini.

Baik Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Padang Tengku membangkitkan perkara ini ya. Kita tidak menafikan perkara tersebut kerana apa yang saya perkatakan di awal er… menjawab pertanyaan rakan-rakan ADUN kadangkala kita memang ada masalah di peringkat er… Majlis Belia Daerah dan juga badan-badan gabungan sebab itu, kita sentiasa er… mewar-warkan dan membawa kepada pengetahuan mereka ini tentang taklimat er… bagaimana menyediakan mesyuarat dan sebagainya. Begitu juga, kekangan peruntukan yang kita sebut ni secara tahunan tapi bulanan, mingguan

itu mereka tak ada. Dan sebab itu kita, er… mencadangkan supaya selain pada kesedaran untuk er… melihat er… keperkasaan majlis-majlis belia ataupun badan-badan gabungan di kalangan kelab-kelab belia ini, kita ingin memastikan supaya kerajaan negeri sentiasa er… membantu dengan er… kewangan yang berpatutan untuk menjadi urusan pentadbiran dan pengurusan mereka pada saban tahun er… setiap majlis negeri mahupun majlis belia daerah dan juga badan-badan gabungan dan kami ambil maklum perkara ini, dan kita mengharap ini sebagai satu cabaran untuk kita bergerak dari satu masa ke semasa. Terima kasih ADUN Padang Tengku.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya teruskan sedikit lagi. Kita juga mengadakan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Pahang Tahun 2019. Objektif utama adalah untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan organisasi yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia di Malaysia. Bilangan peserta seramai 500 orang dengan peruntukan sebanyak RM 43,000. Kali ini saya membacakan apa program persediaan, saya sebutkan jumlah peruntukan supaya anak-anak muda di sana dengar dan bersemangat untuk meneruskan kesinambungan apa yang mereka lalui pada tahun-tahun yang lalu.

Dan ingin saya sebutkan juga, apabila rakan saya ADUN … Tahan… ADUN Tahan tak silap saya, kalau saya silap tolong betulkan, menyatakan bagaimana er… berlakunya penghinaan pada Raja dan sebagainya, apa yang telah dibangkit juga rakan saya. Kita di peringkat anak muda juga ye… kita nak tunggu dia bersahabat mengiring Tuanku dan sebagainya, mereka ni tak ada masa sangat. Tetapi oleh kerana kita memikirkan masalah mereka ini tidak kesampaian, kita wujudkan satu er Anugerah Belia DiRaja. Kenapa kita wujudkan Anugerah Belia Diraja?

Kerana kita nak beri ruang kepada anak-anak muda yang mencapai tahap kejayaan yang tertinggi, sebagai contoh yang dua tahun yang lalu, Anugerah Belia Diraja yang telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja yang ketika itu, yang kini sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, menjadi satu contoh, kepada anak-anak muda di dalam Negeri Pahang dan saya tengok sendiri, kalau dulu satu ketika dalam Facebook, dalam Whatsapp dan sebagainya, ada yang tersasar anak-anak muda ini, menghina dan sebagainya institusi Raja. Tapi pada hari ini, saya tengok rata-rata yang mengata ke Raja, menghina Raja bukan negeri Pahang, bukan anak-anak muda negeri Pahang, ramainya dari luar.

Satu kes aje baru ini yang… yang apa berlaku di area pantai ni, itu bukan belia kita. Memang rakyat negeri Pahang barangkali tapi bukan belia kita. Ha ini saya nak sebutkan. Sebab itu kita tengok MUBARAK mengadakan wacana minda atau wacana Diraja, ada pendekatan untuk mendekatkan anak bangsa kita, baik Cina, baik Melayu, baik India. Begitu juga, Jabatan Belia dengan kerjasama kerajaan negeri mengadakan wacana pemikiran Diraja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja berangkat di… er… grand… di apa ni… di Grand Makmur. Saya ingat lagi, bagaimana penyertaan anak-anak muda berbilang bangsa termasuk orang asli, ya… dan begitu juga yang dilaksanakan oleh MUBARAK di Lipis, saya ingat lagi. Ini adalah antara perkara-perkara ataupun program-program yang kita kaitkan anak muda dengan institusi Diraja. Dan hari ni kita tengok juga, kalau persatuan-persatuan sukan sebagai contoh khususnya di negeri Pahang ini, kebanyakannya, penaung presiden adalah di kalangan er… mereka ataupun Kebawah Duli Tuanku er… Pemangku Raja, anakanda-anakanda dan sebagainya. Dan ini proses ini adalah satu ruang ataupun peluang kepada anak-anak muda bersama mengiring er… keluarga Diraja ini. Dan

saya tengoklah er… apabila dibangkitkan oleh rakan saya tentang penghinaan Raja berperlembagaan parlimen er… demokrasi berparlimen ini, sekiranya anak-anak muda ini kita beri ruang yang cukup kepada mereka untuk mengetahui selok belok Istiadat Diraja dan sebagainya, bagaimana yang kita, Dewan er… Undangan Negeri Pahang, pernah mengadakan bagaimana taklimat Wakil-wakil Rakyat ya… suatu ketika dahulu, saya ingat lagi masa mula-mula jadi ADUN dulu, di Grand Makmur.

Ini satu benda yang baik, bahkan kepada Wakil-wakil Rakyat dalam dewan pun ya… kalau dalam mukadimah kadang tak sebut pun, sebagai contoh, ya. Ini bagi menggambarkan kelestarian kita, sebagai menghormati ya… negeri yang beraja dan sebagainya dan Negeri Pahang Alhamdulillah. Ya, saya tengok perkara ini berjalan dengan baik. Cuma tinggal lagi daripada luar-luar ni, kita nak beri fahamkan, ya.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Seterusnya kursus kepimpinan dan organisasi tahap… tahap merupakan program yang bertujuan untuk melatih pemimpin pelapis sekurang-kurangnya berstatus eksekutif didalam organisasi. Saya nak bagitahu juga, pada hari ini, alhamdulillah anak-anak muda kalau tengok dalam Majlis Daerah pun ada, ya… dalam er… GLC-GLC memegang jawatan yang tinggi pun ada. Wakil Rakyat pun ada, satu ketika dan harini pun tengok… ya… sebagai contoh saya satu ketika saya setiausaha Majlis Belia Negeri Pahang. Sahabat saya Exco Negeri Pahang juga sebelah kiri saya ini, juga dulu presiden Majlis Negeri er… Belia Negeri Pahang.

Nak memberitahu bahawa rangkaian anak-anak muda negeri Pahang diberi ruang yang secukupnya, dan alhamdulillah hari ini kita wujudkan tadi saya katakan tadi, belia Diraja, Diraja tu apa, sebab nak bagitahu kepada anak-anak muda kita ini, macam kita ni Wakil Rakyat ataupun pengarah-pengarah jabatan dan sebagainya mereka ini ada ruang, pergi ke istana, pergi ke Majlis Tuanku dan sebagainya mereka ada ruang untuk mengetahui selok belok menghormati Raja dan sebagainya tetapi anak-anak muda ni kalau tidak di beri ruang sebagai mana yang saya perkatakan tadi, mereka tidak tahu ruang dan masa untuk mengambil kira perkara-perkara yang saya bangkitkan ini.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Seterusnya, saya pergi kepada golongan istimewa juga tidak dilupakan. Saya skip sikit teks saya ini nak beri laluan kepada sahabat-sahabat saya. Saya cuba 10 minit tapi mungkin lebih 15 minit. Golongan istimewa juga tidak dilupakan. 3 program utama telah dirancang khas untuk golongan orang kelainan upaya. Antaranya inspire ataupun talent dengan izin, bertujuan untuk mencari bakat baru dalam bidang sukan. Kita tahu pada hari ini Yang Berhormat Dato’ di-Pertua, golongan OKU ini yang pergi ke Olimpik satu ketika dahulu, sampai dapat anugerah RM1.0 juta kerana berjaya dan cemerlang dalam bidang sukan. Jadi kita di negeri Pahang juga, baru-baru ini semasa pelancaran sukan SUKMA dan sebagainya kita juga menyantuni mereka yang kurang upaya atau Paralimpik ini.

Keseluruhan peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk program-program sukan bagi suku tahun pertama adalah sebanyak RM226,350 manakala untuk program belia dan Rakan Muda adalah sebanyak RM301,250. Di bawah Kementerian Belia dan Sukan, Rancangan Malaysia yang ke-11 memperlihatkan banyak perancangan yang bakal direalisasikan dalam pembangunan sukan sama ada daripada segi penaiktarafan, pembinaan baru ataupun binaan semula. Di bawah peruntukan Kementerian Belia dan Sukan, projek yang bakal dilaksanakan adalah membina baru Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang, menaik taraf Kompleks

Rakan Muda Bera, Kompleks Rakan Muda Raub, Kompleks Rakan Muda Maran dan Kompleks Pembangunan Belia dan Sukan daerah Jerantut. Jerantut pun ada dia sebut. Anggaran peruntukan untuk keseluruhan projek pembangunan Kementerian Belia dan Sukan Negeri Pahang adalah sebanyak RM40.5 juta. Untuk pengetahuan Sidang Dewan. Ini tolak yang RM40 juta litar lumba. Kalau tidak dia RM80 juta lebih.

Saya ingin memaklumkan juga kepada YB Ketari ataupun ADUN Ketari, setakat ini memang kita mempertahankan dan Kerajaan Negeri telah bersetuju secara dasarnya pembangunan ataupun naik taraf di Tepian Gelanggang itu masih kekal di situ. Yang mana kita dapat peruntukan hampir RM30 juta. Yang Berhormat Dato’ Sri Setiausaha Kerajaan Negeri juga ada bersama dalam perbincangan bersama Timbalan Ketua Setiausaha KBS di SUK satu ketika dulu. Jadi saya mengucapkan syabas dan tahniahlah kepada daerah-daerah yang mendapat peruntukan pembangunan ini dan kita harap projek ini dapat berjalan dengan baik dan lancar demi pembangunan belia dan sukan negeri Pahang.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya pergi sedikit beralih ke Majlis Sukan Pahang. Untuk makluman Sidang Dewan, MSP memberi fokus utama dalam ataupun kepada penglibatan atlet-atlet remaja yang berumur 6 hingga 21 tahun di bawah pembangunan sukan di peringkat negeri. Pertamanya berkaitan dengan sukan berprestasi tinggi dan sebanyak 30 sukan dikategori sebagai sukan-sukan berprestasi tinggi menjadi fokus bagi menghadapi Sukan Malaysia ke-20 pada tahun 2020 di negeri Johor Darul Takzim. Saya nak ringkaskan lagi ini. Dan dalam hal ini, Majlis Sukan Pahang telah mengaturkan beberapa strategi seperti mengenal pasti atlet-atlet negeri Pahang yang berada di Sekolah-sekolah Sukan Malaysia termasuklah di er... Sekolah Sukan Temerloh, ya.

Dan kita tahu bahawa seluruh Sekolah Sukan Temerloh ini antara sekolah yang melahirkan atlet-atlet yang hebat, yang menjadi kebanggaan kita mewakili negeri sehinggalah ke peringkat Kebangsaan dan er...Antarabangsa. Program pembangunan atlet yang dijalankan di semua sekolah sukan ini sememangnya diakui sangat teratur dan sistematik. Sekolah-sekolah juga er... kita biayai di kalangan anak-anak yang bergiat dalam sukan dan bukan sahaja Sekolah Sukan Temerloh tetapi kita ada juga anak-anak Pahang yang belajar di luar negeri Pahang di sekolah-sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar Johor, Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil, Sekolah Sukan Malaysia Sabah dan juga Sekolah Sukan Malaysia Gambang, Pahang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Majlis Sukan Pahang sentiasa mengikuti perkembangan dan prestasi atlet-atlet ini dengan mengadakan hubungan baik dengan jurulatih dan pengurusan sekolah berkenaan. Selain merancang untuk mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah ini bagi berinteraksi dengan semua atlet yang terbabit dari semasa ke semasa. Termasuklah untuk makluman sidang, kita... team hoki Thunderbolt di bawah seliaan TNB juga merupakan team yang terbaik yang kita ada, ya. Seterusnya antara faktor ataupun rancangan strategik yang dianjurkan MSP ialah menjalankan kerjasama strategik dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Sekolah Sukan Temerloh yang saya sebutkan tadi. Majlis Sukan Pahang telah mengadakan kerjasama strategik dengan Sekolah Sukan Pahang termasuk yang Temerloh tadi dan program pembangunan sukan hoki yang berpusat di sekolah berkenaan sejak 2012 lagi.

Ini... akademi ini, saya difahamkan adalah idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong semasa Baginda menjadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja lagi. Program ini telah dilihat telah membuahkan hasil dengan kejayaan pasukan ini berjaya meraih pingat perak di SUKMA pada tahun 2018. Hasil dari program ini, 3 orang atlet sukan hoki ya, di sekolah sukan negeri Temerloh untuk makluman ADUN Semantan, telah terpilih mewakili negara ke Kejohanan Olimpik Remaja Dunia 2018 di Buenos Aires, Argentina dan memenangi pingat emas di kejohanan tersebut. Pada tahun yang sama, pencapaian terbaru pada tahun 2019, pasukan hoki lelaki berjaya menjadi naib johan MSSM bawah 18 tahun sementara pasukan hoki wanita pula menjadi johan pada kategori umur yang sama.

Dan yang ketiga antara faktor strategik yang lain menjalankan program Talent Identification (TID) iaitu untuk meneruskan aktiviti-aktiviti pembangunan sukan di negeri ini. MSP dengan kerjasama persatuan-persatuan pula ya, dalam negeri Pahang ini telah melaksanakan beberapa program pencarian bakat TID yang saya sebutkan tadi. Sebagai contoh yang terbaru ini kita telah buat jejak kasih ke, jejak mencari bakat di sekolah-sekolah.

Baru-baru ini saya melawat di er... untuk makluman Sidang Dewan, di Dewan Angkat Berat Rompin saya bertemu hampir 30 orang yang sedang menjalani saringan untuk mencari er... atlet-atlet angkat berat. Dari Pulau Tioman sahaja, 11 lelaki dan 9 perempuan, lebih kurang. Daripada daerah er... mukim-mukim yang lain juga ramai. Daripada 63 orang itu, hampir separuh yang hadir, yang lain ada kekangan masa, akan datang tapisan kedua untuk membuat pilihan atlet-atlet baru. Kerana apa, kita semenjak selesai SUKMA di Perak yang lalu, kita akan kehilangan ramai atlet-atlet angkat berat ini kerana faktor umur ataupun usia tadi dan kita perlu mencari pengganti.

Ini satu kerja yang bukan senang dan bukan mudah kerana pembangunan angkat berat ini sorang-sorang itu ratus ribu dia punya kos. Sebab itu kita mempertahankan Dewan Angkat Berat Rompin, kita mempertahankan acara angkat berat dalam apa jua penganjuran sukan-sukan di Malaysia ini supaya diletakkan acara ini. Kerana kos sangat tinggi dan mereka ini atlet-atlet kalau dia pergi bertanding bukan dia pergi seorang, dengan keluarga-keluarga dia bawa sekali. Ini satu benda yang agak unik di kalangan atlet-atlet dan acara yang saya katakan tadi.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Sikit lagi. Yang keempat memperkasakan aspek kejurulatihan. Ini pun penting...

Mohon mencelah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Tioman. Saya nak tanya Tioman, adakah Tioman tahu berkenaan dengan kewujudan Akademi Bola Sepak Impian Jerantut yang ditubuhkan dan ianya sebagai salah satu akademi untuk melahirkan atau melatih pemain-pemain bola sepak yang berumur daripada 16 tahun ke bawah

dan jika sekiranya akademi seumpama ini diwujudkan dan adakah pihak kerajaan ada memberi apa-apa insentif kepada mereka? Sekian, terima kasih.

Dato’ Yang di-Pertua,

Atas soalan yang dibangkit oleh ADUN Tahan sebentar tadi. Akademi-akademi ini dalam pengetahuan kita. Cuma tinggal lagi aktif tak aktif dan juga keaktifan tersebut disusuli dengan keakraban dengan pihak-pihak kepimpinan sukan tadi yang boleh membawa apa jua isu-isu yang berbangkit untuk kerjasama di antara kita semua dan saya mengambil maklum perkara ini untuk kita pergi lebih jauh, apa kerjasama yang kita boleh buat, Kerajaan Negeri secara dasarnya menyokong penuh. Bahkan apa yang dibangkit oleh ADUN Damak juga bahawa Jerantut FA sekarang ini sedang melakar sejarah ya, sedang melakar sejarah dan kita telah bangkitkan di er… apa perbincangan Mesyuarat Exco yang lalu bersama rakan-rakan, bahawa kita perlu bantu Jerantut FA ini, serupa juga yang kata akademi tadi.

Er… kerana apa, kerana er… kita ada Pahang FA, kita ada Kuantan FA dan tak mustahil suatu masa Jerantut FA juga akan masuk dalam Liga Perdana dan sebagainya. Cuma tinggal lagi mereka ini tidak mampu untuk bersendirian kalau tidak dibantu oleh Kerajaan Negeri dengan dana-dana tertentu ataupun dalam bentuk projek-projek tertentu bagi mereka mengurus beban tugas, beban perbelanjaan untuk team-team tersebut. Apa pun saya ucap terima kasih kepada ADUN Tahan, apa-apa kita boleh bincang lebar lagi.

Dan untuk yang seterusnya selain aspek kejurulatihan tadi, kita memperkasakan kejurulatihan tadi dengan hantar kursus jurulatih-jurulatih ini ke Korea dan sebagainya, ke Bangkok dan sebagainya, tapi dalam masa sama kita tidak pernah abaikan kebajikan atlet ya. Kita ada beberapa insi… insiden yang berlaku dalam er… masa temasya sukan seperti kemalangan basikal, kemalangan di medan takraw, melibatkan putus ligamen dan sebagainya, kita terpaksa er… memperuntukkan hampir RM50,000 ya untuk er… merawat atlet tersebut dan saya ucapkan tahniah juga kepada MSP di bawah seliaan saya ini kerana mereka ini awal-awal lagi kita dah berikan insurans, belikan insurans mereka secara berkelompok haa… sekurang-kurangnya mereka ini juga mendapat orang kata er… tanggungan daripada pihak insurans ya.

Yang keenam, sedikit je. Pencapaian atlet Pahang di kejohanan antarabangsa. Ha… yang ini saya kena sebut Yang di-Pertua, rugi kalau saya tak sebut ini sebab er… ini merupakan imej negeri Pahang ya, kerana apa faedah kita bersukan, apa faedah kita mempunyai prestasi sukan berprestij tinggi kalau tidak melakarkan sejarah di luar sana. Jadi saya nak sebut ya, er… sepanjang tahun 2018 terdapat ramai atlet dari negeri ini yang telah terpilih mewakili negara di kejohanan-kejohanan peringkat antarabangsa selain dari sukan utama seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Kejohanan sukan yang dimaksudkan adalah seperti kejohanan peringkat remaja dunia, kejohanan dunia dan seumpamanya yang diiktirafkan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia dan Persatuan Sukan Kebangsaan.

Atlet-atlet yang mengharumkan nama antara lainnya ialah Muhammad Hamiz bin Mohd Ahir, Muhammad Arif Syafie bin Ishak, Muhammad Noor Firdaus bin Rosdi mewakili Hoki 5 sebelah mendapat er… emas di Kejohanan Summer Youth Olympic Games, Beunos Aires, Argentina ya kita melepasi kelayakan pusingan 12 negara. Ha… ini bukan senang ini. Begitu juga Mohd Taqiyuddin bin Hamid dan Mohd Shahzlan bin Yoga, pencak silat beregu juga emas di World Pencak Silat

Championship 2018, Singapura ataupun di Singapura Silat Federation dan seterusnya Mohd Hazim bin Amzad. Ha… ini antara tokoh-tokoh pelapis baru yang menggantikan Al-Jufri yang juara dunia 3 kali, 4 kali berturut-turut.

Hari ini kita telah di… dapat seorang pula juara dunia ya, baru ini di er… Singapura, dapat emas ya, Mohd Hazim bin Amzad baru-baru ini jugak telah beraksi di er… Silat Kebangsaan yang diadakan di SUKPA Pahang baru-baru ini, yang mana er… Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang telah berangkat berkenan berangkat untuk merasmikan kejohanan tersebut. Dan begitu juga Shahrukh Amin bin Zulkifli tenpin bowling, perak di World Youth Championships, United States. Begitu juga Nurul Alyani binti Mohd Jamil, lawn bowls perak ya, World Singles Champion of Champions, Australia. Panjang betul ya.

Ha… inilah antara anak-anak Pahang kita. Dan saya nak ucap tahniah dan syabas juga kepada ADUN Semantan, kepada rakan saya Exco dari apa Lanchang. Kejohanan World Junior Pencak Silat 2018 mendapat emas, yang mana 3 orang pe… pesilat-pesilat ini adalah datang dari Temerloh ya, mungkin kenal saya rasa ini. Muhammad Subhan ha… kenal ya YB ini… daripada Semantan. Aida Farhana, Siti Sumairah ya. Mereka ini dari Temerloh dan saya nak maklumkan juga er… yang lepas ada bangkitkan tentang Kompleks Sukan Angkat Berat, alhamdulillah er… perbincangan kita diteruskan maknanya tak jadi nak tutup. Ini satu perkara yang mendukacitakan kita lah kalau ditutup nanti kerana telah melahirkan banyak nama-nama yang hebat.

Dan yang er… seterusnya dah nak ke akhir dah ini tapak baru menggantikan Padang Awam, Jengka. Saya pun dengar tadi rakan saya dari apa… sebelah sini menyatakan bahawa Padang Jengka yang telah diambil untuk dibangunkan Stadium Tun Abdul Razak akan digantikan dengan padang awam baru yang mana kawasan telah dikenal pasti untuk tunggu beberapa proses er… yang… yang patut kita lalui proses tersebut yang mana bersebelahan dengan Dewan Balora Mastika, Bandar Pusat Jengka dengan keluasan anggaran 9,868 meter persegi atau 2.43 ekar. Anggaran kos pembinaan adalah RM1.2 juta.

Jadi ini maklumat yang terkini yang saya bersama dengan rakan saya, Wakil Kerajaan sebentar tadi dan selain itu, untuk makluman rakan-rakan er… yang sebelah sana dari Jengka, kemudahan-kemudahan sukan yang terdapat di daerah Maran adalah seperti berikut ya, saya sebutkan satu-satu ya. Sebab banyak bangkitkan tentang kemudahan sukan. Padang Bolasepak Kompleks Sukan Maran, Padang Golf Maran Hill Resort, Gelanggang Futsal Majlis Daerah Maran, Gelanggang Bola Jaring Arena YAM Tengku Muda Pahang, Gelanggang Sepak Takraw Dewan Komuniti, Gelanggang Petanque Kompleks Sukan Maran, Gelanggang Badminton Dewan Balora, Dewan Rakan Muda er… Kompleks Rakan Muda yang merangkumi gelanggang badminton, bola keranjang, bola jaring, futsal serta Jengka Sports Center ya, futsal dan badminton. Jika ada apa-apa maklumat saya ini yang er… tidak berapa tepat boleh er… boleh kita berjumpa balik.

Dan yang terakhir Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, perkembangan e-Sports. Saya kena sebut juga di sini walaupun banyak dah kita sebut tentang e-Sports ini yang mana e-Sports adalah merupakan sukan yang boleh dikatakan baru di negeri ini. Sungguhpun sukan ini mempunyai ramai penggemarnya, namun ianya agak suram sedikit sebab kita baru er… merangka banyak perkara. Walaupun begitu, kita dah menganjurkan beberapa kejohanan dah termasuk di daerah Rompin, di daerah er… sebelah Pahang barat dan sebagainya. Tapi kita akan merangkakan satu lagi ini biar lebih tersusun, lebih er… kemaskini untuk e-Sports peringkat negeri Pahang.

Dan untuk makluman, Yang Berhormat Dato’ Sri dan sidang Dewan sekalian, er… melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, antara usaha awal yang telah dilaksanakan oleh jabatan ini adalah mengadakan Bengkel Pengenalan E-Sports pada 15 November 2018 yang lalu di Kompleks Dagangan Indera Mahkota dengan diikuti dengan pertandingan dengan penyertaan seramai 453 orang pemain. Program ini telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuantan. Untuk makluman sidang Dewan, memang ramai. Memang orang ramai berpusu-pusu. Yang main satu hal, yang menengok tu pun ramai kerana dia bawa kawan-kawan sekali.

Untuk memperkenalkan permainan ini dengan lebih jauh, Program Mari Mencuba e-Sports untuk wanita turut akan diadakan pada 27 hingga 28 April 2019 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) sempena sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pahang dan JBS er… Jabatan Belia dan Sukan Pahang juga telah menetapkan untuk memasukkan program e-Sports ini di dalam setiap program jabatan di seluruh negeri supaya sukan ini dapat dipromosikan dengan lebih luas dan untuk makluman sidang Dewan juga, e-Sports ini mungkin akan dimasukkan dalam SUKMA Johor 2020 dan mungkin di SEA Games pun akan dilaksanakan, ya. Ini maklumat terkinilah. Dan antara pemain-pemain er…

Celahan. Minta laluan. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih Tioman. Memang kita tak boleh nak menafikan er… kewujudan teknologi sehingga membawa kepada wujudnya e-Sports. Namun adakah er… Tioman bersedia ataupun er… menjangkakan kewujudan e-Sports ini akan membawa kepada… adakah… ada kemungkinankah orang panggil kewujudan e-Sports ini akan membawa kepada pengabaian kepada infrastruktur sukan yang kita sediakan seperti er… padang-padang yang ada sebagaimana kita tengok hari ini wujudnya gajet-gajet sebagai salah satu benda yang menghambarkan hubungan kekeluargaan, yang kita tak boleh nafikan. Mohon pandangan. Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua,

Er... saya bersetuju dengan kata-kata ataupun andaian oleh ADUN Tahan sebentar tadi ya. Kalau kita tengok tentang andaian ini, memang ada betulnya juga, cuma tinggal bagaimana kita mengurus er... perkara ini dari masa ke semasa, yang mana kita perlu mengingatkan dari masa ke semasa supaya mereka ini sentiasa dalam ruang yang terkawal dan apa jua games apa jua permainan sekalipun, kalau tidak ada elemen kawalan, elemen kesedaran, memang sudah pastilah ya... sebab itulah saya katakan dalam Dewan yang mulia ini anak-anak kita sendiri pun, hari ini kalau kita tengok dia orang duduk seorang di dapur, seorang di ruang tamu, dia boleh bercakap dua orang itu. Jadi saya pun pergi tengok amenda yang dia bercakap, rupanya dia pakai earphone ni, dia boleh command antara dia tu di alam maya begitu je, suara-suara dengar. Jadi itu tahan lagi.

Kita ingat bila kita tidur malam karang, pukul 10.00 kita suruh dia orang tidur, kita tengok check balik pukul 11.00. Tengok gebor tu… selimut tu nampak lap-lap lampu, rupanya dia main bawah gebor. Maknanya susah nak tengok budak-budak hari ini memang itu zaman dia, zaman dia. Betul kata Imam Abu Hanifah dulu mungkin kita kalau silap beritahu saya. Dia ada mewujudkan kitab figh (Bacaan dalam Bahasa Arab) kejap ni, Beserah jap (Bacaan dalam Bahasa Arab) ataupun (Bacaan dalam Bahasa Arab) kalau saya silap beritahu, tapi saya nak sebut malu juga ni. Dia mewujudkan

suatu hukum itu, hukum yang mungkin 10… 20 tahun, 100 tahun tak berlaku lagi, tapi dia dah mewujudkan hukum tersebut. Jadi andaian-andaian yang disebut oleh ADUN Tahan itu ada kebenaran. Makna yang mungkin jelas researchnya apa semua memang akan berlaku dan depan mata kita hari ini. Dan yang sebalik (bahasa Arab) yang disiplin, ilmu tadi nak disebut tentang bagaimana disiplin mazhab tadi saya sebut sikit sebab rakan saya ini dari Pakistan ya dulu...ada sijil? ada sijil?

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang berhormat, banyak lagi

Sikit je, 2 minit lagi. Ada sijil ya?

Saya tahu memang dia ada sijil, saja nak tanya dia. Jadi nak beritahu itulah persefahaman kita (bahasa Arab) andaian mungkin hukumnya tak ada lagi, tapi dia dah buat gambaran-gambaran tadi. Jadi saya bersetuju. Insya-Allah kita buat yang terbaik dan akhir sekali saya nak sebut ni…

Boleh celah sikit. Saya rasa penting untuk kita register tentang pembangunan belia dan sukan ini tentang e-sport terutama sekali. Saya cadangkan pihak kerajaan yang bertanggungjawab tentang pembangunan belia dan sukan ini supaya buat kajian sedikit secara mendalam, apa nilai-nilai sebenarnya yang ingin disemai dan diberikan kepada belia-belia kita melalui e-sport ini. Adakah nilai-nilai yang itu boleh mendatangkan kebaikan masa depan atau mendatangkan banyak keburukan?

Sekiranya ia mendatangkan banyak keburukan Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya cadangkan supaya kita jangan beri penumpuan kepada e-sport. Kita bukan kata abaikan, jangan beri penumpuan. Bermakna kita biarkan suasana semasa yang melalui ini kita tak perlu membazirkan sumber-sumber kita untuk membangunkannya. Kita lebih baik menumpukan kepada pembangunan belia dan sukan yang boleh mendatangkan nilai-nilai yang baik untuk masa depan.

Sebab saya melihat e-sport ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dia sebenarnya mengikut ketua dia, kepala dia. Oleh kerana kepala tu minat e-sport, dia pergi penumpuan kepada e-sport. Kalau besok menteri itu tukar orang, dia minat sukan adventure, beri tumpuan ke adventure, tukar kepada yang berminat ke basikal, dia pergi sukan berbasikal. Siapa kepala dia. Tapi oleh kerana kepala yang membangunkan belia dan sukan hari ini minat e-sport. Maka dia jadi satu penumpuan. Tapi kita tak lihat apa sebenarnya nilai-nilai yang boleh kita ambil daripada pembangunan e-sport ini untuk membangunkan belia samada pemikiran er...jati diri dan sebagainya. Jadi Kerajaan Negeri kena buat kajian sedikit. Kalau sekiranya tidak mendatangkan kebaikan, tidak ada nilai yang baik yang banyak, banyak keburukan, kita tidak perlu berikan penumpuan kepada pembangunan e-sport. Terima kasih.

Terima kasih Yang di-Pertua,

Kita ambil maklum saya akan maklumkan kepada MSP untuk mengadakan sesi perbincangan antara rakan-rakan yang mungkin boleh bagi pandangan dalam sudut ini. Terima kasih atas cadangan tersebut. Dan saya nak sebut satu je er... Mohamad Imran, Aiman dan juga Syed Dani ini antara pemain-pemain yang berasal dari Pahang merupakan jaguh-jaguh negeri… negara Malaysia yang mana mewakili Team Invictus Pahang dalam pasukan mobile legend dan yang untuk makluman yang Malaysia, ya dewa Malaysia ni tahap dewa Chai Yu Fong dari Rawang dan juga Adam Irwan Shah. Er...masing-masing ni mengumpulkan harta mengumpul hasil kemenangan tu yang Chai Yu Fong ni RM3.8 juta, Adam Irwan Shah RM1.4 juta. Ini antara top ten yang berkecimpung dalam e-sport ini.

Yang Berhormat Yang Dipertua,

Saya rasa tak lengkaplah kalau saya tak sebut rakan-rakan ucapan terima kasih kerana masih bersama dalam Dewan petang ini, yang membangkitkan isu-isu yang boleh saya menyampuk, saya ingat banyak dah saya jawab. Yang tak terjawab tu boleh rujuk balik dalam apa ni bertulis dan sebagainya termasuklah yang pengangguran, peluang pekerjaan tu. Saya ada panjang baca ni tapi saya boleh bagi nanti sebab kawan-kawan saya dah tak sabar nak menjawab ini. Kemudian pada rakan semua saya nak bacakan dua rangkap pantun kerana apa ini dengan rela hati masih setia dalam Dewan Yang Mulia ini;

Anak rusa anak kijang, Berjalan-jalan ditepi bendang, Sungguh harmoni kita bersidang, Itulah kelebihan Dewan Undangan Negeri di Pahang.

Tepuk dulu.(Ahli Dewan menepuk meja)

Tiada janji tiada bukti, Slogan Pahang selalu diucapkan, Wakil rakyat berkhidmat ke sana kemari, Moga atau maju terus Pahang kita teruskan.

Dengan ini saya menyokong. (Ahli Dewan menepuk meja)

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian dan Inovasi Negeri Pahang. Insya-Allah Ahli-ahli Yang Berhormat yang belum… pihak kerajaan yang belum berjawab. Kalau kita boleh jawab tiap-tiap seorang dalam setengah jam, insya-Allah pukul 7.00 akan selesai daripada petang ini. Silakan Yang Berhormat

[Ayat al-Quran] Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua memberikan saya sedikit ruang untuk bersama-sama dengan rakan-rakan Wakil Kerajaan dalam perbahasan menyokong usul junjungan kasih di atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berangkat dan menyempurnakan Titah Diraja sempena

pembukaan ataupun Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Keempat Belas dan Yang Berhormat Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan perbahasan, saya juga ingin bersama-sama rakan-rakan Ahli Dewan yang lain ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan persembahan ucapan er...sembah tahniah di atas pemilihan ataupun pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta di atas pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua,

Saya tahu kita berada dalam masa yang cukup terbatas, saya fikir tadi saya cuba nak menggulung 15 minit saja, tapi melihatkan hasil kerja urusetia yang membekalkan saya teks yang panjang ini, saya tak tergamak juga untuk memotong terlalu banyak. Jadi saya cubalah seringkas mungkin dan saya percaya mungkin juga ada sebahagian daripada persoalan yang dibangkitkan. Kalau saya tercicir, tolong diingatkan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Kerajaan Negeri sentiasa memberi tumpuan dan penekanan terhadap kemudahan asas untuk rakyat serta komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi negeri bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pelbagai projek pembangunan insfrastruktur awam seperti jalan raya, lebuh raya, pengangkutan dan lain-lain kemudahan awam serta sistem penyampaian awam yang dilaksanakan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri serta di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan juga turut kita sokong.

Sektor pembangunan infrastruktur negeri Pahang telah memberikan sumbangan yang besar dan amat significant dalam memaju ekonomi negeri. Ini kerana permbangunan infrastruktur mempunyai kesan yang berganda dan rantaian yang luas kerana ia berperanan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor-sektor ekonomi yang lain. Dalam keadaan ekonomi global yang masih belum pulih sepenuhnya, sejak beberapa tahun yang lalu dan juga impaknya sampai ke negeri Pahang ini.

Kita alhamdulillah di negeri Pahang ini kita nampaknya berada dalam garisan pemulihan yang baik. Keputusan yang diambil oleh Kerajaan serta sektor swasta dinamik telah membantu mewujudkan asas pembangunan-pembangunan ekonomi di negeri Pahang ke tahap yang lebih baik. Aktiviti sektor swasta yang positif adalah amat menggalakkan akhir-akhir ini yang datang untuk membuat pelaburan di negeri Pahang. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Pahang sentiasa memberi tumpuan dan penekanan terhadap kemudahan asas untuk rakyat serta komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi negeri, bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pelbagai projek pembangunan infrastruktur awam seperti jalan raya, lebuh raya, landasan kereta api, pengangkutan dan lain-lain kemudahan awam.

Walaupun negara kita sedang berhadapi dengan situasi ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, prestasi ekonomi negeri agak baik, didorong oleh kerancakan pelaksanaan pelbagai projek kerajaan. Kerajaan meneruskan agenda pembangunan dengan pelaksanaan projek-projek Rancangan Malaysia Ke-11 secara Rolling Plan dan sekarang kita telah masuk ke pelaksanaan Rolling Plan Ke-4 pada tahun ini. Sebanyak 297 projek pembangunan berjumlah RM1.39 bilion telah dibelanjakan oleh kerajaan di bawah Rolling Plan Ke-3 iaitu sepanjang tahun yang lalu. Manakala bagi

Rolling Plan Ke-4 iaitu mulai tahun ini, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah RM1.8 bilion bagi negeri Pahang untuk melaksanakan sebanyak 291 projek.

Projek-projek berimpak besar kepada rakyat akan terus dilaksanakan seperti Central Spine Road, Projek Menaik Taraf Pelabuhan Kuantan, Projek Industri MCKIP Gebeng, Projek Jambatan Baru Kuantan - Bandar Putra, projek menaik taraf jalan raya seperti di Jalan Persekutuan dari Tol Chenor ke Bandar Pusat Jengka di daerah Maran dan beberapa projek- projek yang lain.

Yang Berhormat Dato Sri Yang di-Pertua,

Cadangan jalan raya merupakan pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Ianya bukan sahaja menyokong pembangunan kawasan-kawasan perindustrian di negeri Pahang tetapi juga menjadi nadi kepada peningkatan sosial dengan rakyat dengan adanya jaringan jalan raya yang lebih baik akan mewujudkan suasana ekonomi yang lebih progresif dan berdaya maju dengan para pelabur lebih berminat datang untuk melabur di negeri ini. Pahang merupakan pintu masuk utama ke negeri-negeri pantai timur melalui jalan darat.

Projek Central Spine Road umpamanya merupakan salah satu projek berimpak tinggi dalam peringkat pelaksanaan yang berperanan sebagai penghubung di antara negeri dan daerah-daerah utama di negeri Pahang di samping menggerak ekonomi dan menyelesaikan masalah-masalah kesesakan lalu lintas. Cadangan jalan raya dengan spesifikasi 4 lorong 2 hala sejauh 390 kilometer menghubungkan Kuala Krai di Kelantan dengan Simpang Pelangai di Pahang, apabila siap sepenuhnya nanti pada tahun 2025, insya-Allah. Sehingga hari ini jajaran jalan daripada Felda Chegar Perah ke Kampung Kechur yang merupakan sebahagian daripada Pakej 3 telah pun dibuka untuk laluan kenderaan orang ramai.

Bagi tahun 2019, dalam Rancangan Malaysia Ke-11 pula, Pakej 5 yang melibatkan jajaran Jalan Pintasan Raub dan Jalan Pintasan Bentong dengan peruntukan yang diluluskan masing-masing sebanyak RM66 juta dan RM122 juta sedang giat dilaksanakan. Pakej 4 yang melibatkan Jajaran Raub Bentong baru bermula dilaksanakan pada awal tahun 2019. Manakala bagi Pakej 6 yang melibatkan Jajaran Bentong dan Simpang Pelangai masih dalam proses kelulusan peruntukan pelaksanaan.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan peruntukan bagi meneruskan pelaksanaan projek-projek jalan raya berimpak tinggi yang lain seperti jalan Benta – Jerantut-Maran, jalan bandar Pekan - Kampung Sungai Miang, Pekan dan jalan Pekan, Nenasi - Endau, Rompin. Projek-projek ini juga dijangka akan mewujudkan jaringan perhubungan antara daerah-daerah utama dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Keperluan jalan raya yang baik di kawasan FELDA juga mendapat perhatian kerajaan.

Kerajaan sangat prihatin dengan keperluan jalan raya yang baik kerana ia menjadi pemangkin kepada kemajuan sosioekonomi di kawasan persekitaran khususnya Wilayah Jengka yang menjadi model pembangunan FELDA seluruh negara. Kerajaan Pusat, kita mengucapkan terima kasih kerana meluluskan peruntukan sejumlah RM213 juta meneruskan perancangan kerajaan yang lalu bagi melaksanakan projek penaiktarafan jalan persekutuan yang saya sebutkan tadi dari Tol LPT 1 Chenor ke Bandar Tun Razak Jengka sepanjang 23 kilometer. Projek ini merupakan projek fasa 1 menaik taraf jalan persekutuan di beberapa rangkaian jalan Wilayah Felda Jengka dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

Fasa Ke-2 pula melibatkan RM150 juta melalui jalan beberapa tanah rancangan antaranya Felda Jengka 8, Jengka 23, Jengka 22, Jengka 21, Jengka 13, 11 akan dilaksanakan selepas fasa pertama dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2020. Kerja-kerja menaik taraf jalan fasa 1 telah bermula sejak Mei 2017 yang lalu. Satu lagi projek jaringan perhubungan yang akan memberi impak positif kepada rakyat adalah projek pembinaan jambatan baru merentasi Sungai Kuantan, yang menghubungkan bandar Kuantan dengan Bandar Putra, Tanjung Lumpur.

Projek yang bernilai RM151 juta ini sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya lebih awal iaitu pada Ogos 2019. Dengan siapnya pembinaan jambatan ini Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita merasakan kesesakan di persimpangan Tanjung Lumpur akan dapat kita atasi. Kerajaan juga melaksanakan pembinaan jambatan baru Temerloh yang bernilai RM160 juta. Tender projek dijangka akan dikeluarkan pada September 2019.

Dato’ Sri Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan. Selain daripada soal pembinaan jalan, saya ingin menarik perhatian Dewan tentang satu perkara yang saya sentuh semasa saya membantu Wakil Kerajaan Portfolio Belia dan Sukan menjawab isu mat rempit. Daripada tinjauan awal kita, Dato’ Sri Yang di-Pertua, sebenarnya kita negara kita ini mempunyai masalah kekurangan kecekapan dalam sistem pengangkutan awam luar bandar. Kita masalah ketidakcekapan pengangkutan awam luar bandar ini memberi kesan yang sangat besar kepada bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga turut menyumbang kepada masalah-masalah sosial seperti masalah disiplin pelajar. Kadang-kadang Dato’ Sri Yang di-Pertua, di kawasan luar bandar ini apabila pengangkutan awam tak ada, bas sekolah pun tak ada, anak-anak terpaksa menggunakan kenderaan ibu bapa, motosikal tanpa lesen untuk ke sekolah dan ini juga menyukarkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan kepada mereka.

Jadi, sehubungan dengan itu, pihak Kerajaan Negeri melalui bagi Majlis Pengangkutan Negara menyarankan supaya satu kajian dibuat bagaimana kita nak meningkatkan kecekapan pengangkutan awam di negeri Pahang ini dan juga sebenarnya kita rasa ianya masalah yang sama di seluruh negara.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan kemudahan Pelabuhan Kuantan di negeri ini ataupun Pelabuhan Kuantan. Pelabuhan Kuantan merupakan salah pintu masuk utama ke negeri Pahang. Justeru peningkatan infrastruktur Pelabuhan Kuantan sedang giat dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan dan pihak swasta. Pelabuhan Kuantan sedang dinaik taraf sebagai hub industri dan logistik utama di pantai timur melalui usahasama Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan serta pihak swasta.

Projek peluasan Pelabuhan Kuantan telah hampir siap sepenuhnya oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur ataupun ECERDC melibatkan kos berjumlah RM1 bilion dan Kuantan Port Consortium melibatkan kos sejumlah RM3.3 bilion. Pelaksanaan projek terbahagi kepada dua komponen utama iaitu komponen pelaksanaan kerajaan yang dilaksanakan oleh ECERDC dan komponen pelaksanaan awam… pelaksanaan swasta yang dilaksanakan oleh KPC Sdn. Bhd.

Pembinaan pemecah ombak sepanjang 4.4 kilometer dan pembinaan dermaga sepanjang 2 kilometer dan selain daripada itu usaha menjadikan Pelabuhan Kuantan sebagai zon bebas cukai telah berjaya dicapai mulai 1 April 2019 yang lalu. Kerajaan Persekutuan telah bersetuju memberi status sebagai zon bebas pelabuhan kepada

Pelabuhan Kuantan yang akan meningkatkan daya saingnya setanding dengan pelabuhan-pelabuhan utama yang lain. Untuk ringkasnya, bagi kefahaman Ahli-ahli Dewan, bila kita jadikan Pelabuhan Kuantan ini sebagai zon bebas pelabuhan, maka fungsi pelabuhan itu bukan sahaja kita niagakan urusan eksport dan eksportnya tetapi taraf zon bebas pelabuhan ini membolehkan ada aktiviti- aktiviti nilai tambah dalam perdagangan di pelabuhan.

Status zon bebas ini memberikan kelebihan kepada Pelabuhan Kuantan untuk menembusi pasaran baru dalam sektor pemindahan berbanding ketika ini hanya membabitkan import dan eksport sahaja. Bagi meningkatkan kemudahsampaian antara kawasan-kawasan industri di sekitar Pelabuhan Kuantan khususnya di MCKIP, Projek Port Link Road projek sedang dilaksanakan secara berperingkat oleh ECERDC.

Sehingga kini, kerja-kerja pembinaan persimpangan bertingkat ke MCKIP serta kerja-kerja naik taraf persimpangan Sungai Ular telah siap dilaksanakan. Kerja-kerja pembinaan jalan port link road di sekitar MCKIP sedang giat dilaksanakan. Jalan raya ini juga akan menghubungkan lebuh raya LPT yang akan mempertingkatkan jaringan kemudahsampaian di sekitar kawasan Pelabuhan Kuantan. Kesemua projek-projek yang disebutkan tadi, seperti CSR serta jalan raya yang lain, diwujudkan untuk mengukuhkan lagi jaringan antara bandar-bandar khususnya di Pahang, di Pelabuhan Kuantan, Taman Maritim Tanjung Agas…

Mohon mencelah…

Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin nak menarik perhatian pihak kerajaan bahawa pembangunan yang disebutkan berkaitan dengan Lembaga Pelabuhan Kuantan sebentar tadi. Er… adalah sangat er… kita ucap terima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melihat kesesuaian kita membangunkan satu hub pelabuhan kawasan industri di kawasan er… kawasan perindustrian gebeng dan kawasan perindustrian pelabuhan kuantan er… cuma satu er… perkara yang perlu kita ambil perhatian dan kita ingati bersama adalah er… impak dia terhadap penduduk setempat, er… pembangunan yang kita buat, yang kita bina harus beri manfaat dan limpahan kepada kepentingan masyarakat setempat.

Kita perlu ada satu er… sistem er…pemantauan supaya ianya tidak dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu sahaja terutama mereka yang mempunyai modal yang lebih besar atau mempunyai kepentingan yang besar. Dibimbangi kerana kita terlalu er… terlalu excited er… teruja dengan perkembangan dan sebagainya sehingga terlupa terhadap kepentingan er… kepada masyarakat setempat.

Pertama yang saya lihat adalah dari segi peluang perniagaan kepada kontraktor tempatan. Kita lihat kontrak-kontrak yang dibuat adalah dimonopoli oleh mereka yang mempunyai dana yang besar, syarikat-syarikat besar. Jadi kontraktor-kontraktor kecil di… di kawasan sekitar, kawasan setempat tidak mendapat manfaat. Begitu juga dengan peluang perniagaan dan pekerjaan, ianya dimonopoli banyak oleh er… warga

asing, walaupun dalam skala yang… walaupun dengan skill atau kemahiran yang rendah mereka mengambil pekerja-pekerja yang bukan daripada warga tempatan untuk tujuan menjimatkan kos. Kita dapat laporan daripada Jabatan Imigresen. Terima kasih Jabatan Imigresen buat pemantauan secara berkala, tiap-tiap bulan 100 orang, 200 orang warga, pekerja asing yang digaji ditahan. Menunjukkan ini ada berlaku ketirisan dari segi kepentingan masyarakat setempat dengan pembangunan yang kita bina tidak selari, tidak seiring. Seharusnya perlu diberikan perhatian kepentingan masyarakat setempat dalam pembangunan ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay.

Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Kebimbangan Wakil Beserah tentang soal apa, penglibatan er… rakyat dan juga peniaga-peniaga tempatan dalam, pembangunan-pembangunan sedang rancak dijalankan ini adalah satu perkara yang tidak dinafikan dan sememangnya menjadi perhatian di pihak berkuasa Kerajaan Negeri. Er… dari sudut penglibatan usahawan sebenarnya perkara ini memang menjadi salah satu agenda di BPEN sebagai contoh dalam perlaksanaan Projek ECRL ya, kita memang diberi ruang untuk mengetengahkan usahawan-usahawan tempatan yang berkelayakkan bersesuaian untuk turut sama mengambil bahagian. Walau bagaimanapun soal business to business pihak Kerajaan tidak boleh mencampuri urusan itu, keterlaluan, kerana ini mungkin akan merencatkan apa urus niaga yang berkaitan.

Di samping itu dalam soal tenaga kerja, soal er… peluang pekerjaan perkara yang sama juga kita beri perhatian yang terkini semasa kunjungan Yang Amat Berhormat ataupun lawatan kerja Yang Amat Berhormat Menteri Besar ke MCKIP, kita sekali lagi membangkitkan pekara yang sama, kita minta er… industry players ataupun pengiat-pengiat industri di MCKIP ini er… turut menyediakan ruang-ruang latihan secara kerjasama dengan institusi-institusi latihan teknikal Negeri Pahang seperti Pahang Skill, UCYP, KUIPSAS, untuk mereka menjalankan latihan usaha sama supaya bukan sahaja kita boleh mewujudkan peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan, tapi kalau boleh kita juga nak mendapatkan sedikit apa, technology transfers daripada er… cara ataupun chinese er… industry.

Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Perkara yang seterusnya, saya fikir yang pastinya menarik perhatian Ahli-ahli Dewan adalah berkaitan dengan laluan Rail Pantai Timur ataupun ECRL.

Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Keputusan Kerajaan untuk meneruskan perlaksanaan Projek Laluan Rail Pantai Timur ataupun ECRL yang terkini bernilai RM44 billion. Er… walaupun ada flip flop, walaupun terlewat masih lagi kita rasa jadi satu lagi game changer ya, er… ungkapan yang selalu diungkapkan oleh Dato’ Sri Pertua ya, untuk menjadi game changer kepada er… pembangunan ekonomi di pantai timur dan pasti seterusnya mengubah landskap pembangunan di Pahang.

Laluan 200 kilometer merentasi negeri Pahang bakal memberi impak sosial ekonomi kepada kawasan luar bandar dan bandar-bandar yang dilaluinya. Peluang ekonomi di negeri ini akan dapat dipertingkatkan dengan pelbagai sektor pekerjaan termasuk pekerjaan baru dapat diwujudkan.

Bandar dan pekan-pekan kecil yang akan dibina seperti ECRL… yang akan dibina stesen ECRL seperti Mentakab, Maran, Gambang, Gebeng, Kuantan dan Cherating akan menjadi tumpuan pembangunan pesat sekaligus menaiktarafkan hidup masyarakat setempat. Ia juga menarik pembukaan lebih banyak pusat komersial dan penempatan baru berhampiran dengan stesen-stesen ECRL.

Syarikat pelabur asing mahupun tempatan juga pastinya mengintai peluang pelaburan di pantai timur seperti di Taman Perindustrian MCKIP dan kawasan perindustrian yang lain seperti di Mentakab kerana ECRL menghubungkan pengangkutan kargo dari pelabuhan utama pantai barat ke pantai timur semenanjung.

Walau bagaimanapun Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Kalau kita ingat kembali salah satu objektif apabila pihak kerajaan yang terdahulu melaksanakan projek ini ya, selain daripada kita nak merangsang pembangunan er… sosial ekonomi di Pantai Timur satu perkara yang sangat penting adalah ianya dilaksanakan sebagai salah satu strategi reverse migration. Laporan bank dunia Dato’ Sri pada tahun 2014 menyebut bahawa kerajaan kita rugi sebanyak RM54 juta setahun, dan er… sehari ataupun tak salah saya Dato’ Sri Yang Di-Pertua, RM22 bilion pada tahun 2014 di atas masalah kesesakan di Kuala Lumpur.

Jadi pada ketika itu apabila kita merancang untuk melaksanakan ECRL ini mengikut laluan mengikut laluan yang sebelum ini daripada Mentakab itu kita terus ke Kuala Lumpur, kita merasakan akan berlakunya reverse migration. Maksudnya kalau biasanya orang daripada luar bandar semuanya mencari peluang bekerja di Kuala Lumpur dan tinggal di Kuala Lumpur, maka dengan adanya stesen-stesen di Bentong, di Mentakab, kita merasakan bahawa mereka yang nak bekerja di Lembah Klang tidak perlu tinggal di Lembah Klang, yang saya katakan tadi menyebabkan kesesakan yang memberikan kos RM22 billion setahun. Ini bukan kerajaan sendiri, bukan kerajaan terdahulu, bukan parti yang buat Dato’ Sri, ini adalah laporan bank dunia.

Jadi kita berharap agar Kerajaan Persekutuan mengkaji balik jajaran yang sedia ada ini bagaimana ianya boleh membantu soal er… untuk mencapai reverse migration yang saya sebutkan tadi. Di samping itu juga kita berharap agar dasar sebelum ini membuka, sila.

Yang di-Pertua (Speaker)

Minta keluar Yang Berhormat. Takde. Yang Berhormat boleh teruskan.

Saya minta maaf Exco, Exco kanan kita ni dia dulu mantan Kemudahan Asas. Saya percaya apa yang saya cakapkan ini adalah sebahagian besarnya adalah pemikiran Dato’ Sri, saya ingat dia nak menambah, kita kalau senior minta laluan kita kena bagi laluan.

Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Saya berharap agar apa yang kita dasarkan dulu iaitu 40% kerja-kerja ECRL ini boleh diberikan kepada kontraktor tempatan, kita boleh laksanakan juga dengan pelaksanaan jajaran baru ataupun di atas penyambungan projek ini.

Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Seterusnya tidak lengkap kalau saya tidak mengulas sekali lagi soal perkhidmatan bekalan air di negeri kita ini. Kadar kehilangan air tidak berhasil ataupun NRW di Pahang adalah sebanyak 47.9%, ini adalah antara kadar yang tinggi berbanding negeri-negeri lain. Program untuk mengurangkan NRW ini akan dilaksanakan di setiap daerah selaras dengan langkah kerajaan yang melihat isu ini amat serius dan kita akan bekerjasama di antara Kerajaan Negeri dengan SPAN dan juga syarikat operator awam iaitu PAIP. Selain daripada penyelesaian secara holistik melalui peruntukan NRW di bawah Rancangan Malaysia, Kerajaan Negeri juga melalui PAIP juga telah mengambil beberapa langkah jangka masa pendek bagi mengatasi masalah kehilangan air tersebut.

Antara langkah yang telah dilaksanakan pada masa kini adalah dengan mengawal paras air dalam tangki secara automatik agar tidak berlaku limpahan, mengawal tekanan air ke paras yang optimum di kawasan bertekanan tinggi dan memastikan aduan kebocoran PAIP diselesaikan segera. Pihak PAIP akan mengkaji semula prosedur operasi standard ataupun SOP berkaitan penyelenggaraan dan pembaikan paip supaya kerja-kerja pembaikan siap dengan segera dan mengurangkan masa penyelesaian aduan menggunakan er… mengurangkan masa penyelesaian aduan pengguna, serta tidak… secara tidak langsung mengurangkan kadar NRW.

Insfrastruktur sistem bekalan air seperti paip dan meter lama er… digunakan serta logi rawatan air yang berkapisiti rendah juga, menyumbang kepada permasalahan bekalan air yang dihadapi sekarang. Kerajaan Negeri telah mula mengambil langkah dengan objektif untuk menjadikan industri perkhidmatan air lebih cekap dan mampan. Usaha yang dijalankan memberi tumpuan kepada penstrukturan semula industri perkhidmatan air yang mana kita bincangkan sehari dua ini, dengan rundingan bersama Kerajaan Persekutuan, meliputi kenaikan tarif secara berperingkat, memacu ke arah kecekapan operasi dan peningkatan modal serta menambah baik infrastruktur perkhidmatan air.

Selain daripada isu bekalan air bersih, kerajaan juga melihat isu sumber air perlu ditangani secara bersama. Pencemaran sungai-sungai yang menjadi sumber bekalan air telah menjadi isu yang berpanjangan. Loji-loji rawatan air kadang kala terpaksa ditutup operasinya, akibat kekeruhan dan pencemaran air yang air sungai yang amat tinggi. Kawasan-kawasan tadahan air perlu dijaga dan dikawal sebaik mungkin. Tanpa kita sedari, kawasan-kawasan tadahan air dan kualiti air sungai di Pahang semakin berkurangan akibat pembangunan yang tidak dikawal serta pencerobohan haram.

Dalam perkara pencerobohan haram ini, adalah diharapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat tanpa mengira parti politik atau kaum supaya menyokong usaha-usaha kerajaan untuk mengatasi isu pencerobohan tanah haram ini.

Bagi meningkatkan kapisiti bekalan elektrik, Kerajaan Negeri telah meluluskan kawasan kepada TNB bagi projek hidroelektrik berkapisiti tinggi. Projek Empangan hidroelektrik di Ulu Jelai yang telah beroperasi sejak akhir 2016, menjana kuasa elektrik 332 mega watt. Kerajaan Negeri juga telah menyediakan kawasan tadahan air seluas 18,000 hektar di sekitar kawasan empangan berkenaan bagi tujuan projek hidroelektrik tersebut. Kerajaan Negeri juga mengalu-alukan pihak swasta untuk

melabur di dalam industri mini hidro di mana terdapat banyak kawasan-kawasan sungai dan bukit di Pahang yang berpotensi untuk pembinaan mini hidro yang boleh menyumbang kepada kapisiti bekalan elektrik di negeri ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini juga Dato’ Sri Yang di-Pertua, untuk berkongsi dengan Sidang Dewan inisiatif Kerajaan Negeri dalam menangani masalah banjir. Bagi menyelesaikan masalah banjir di negeri… di daerah Kuantan di negeri Pahang umumnya dan di Kuantan khususnya. Kerajaan Negeri melalui JPS telah melaksanakan secara berperingkat projek bagi pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kuantan, dengan peruntukan berjumlah RM527 juta. Antara komponen yang terlibat adalah Rancangan Tebatan Banjir Kuantan Fasa II, Projek Living River dan Saliran Mesra Alam.

Antara projek-projek yang terlibat merangkumi projek mendalamkan Sungai Kuantan, dari muara hingga ke Empangan Kobat, menaik taraf ban sedia ada di Sungai Isap, pembinaan tidal barrage di Sungai Galing Besar, dan meningkatkan kapasiti aliran perparitan dalaman. Selain daripada itu, bagi menangani masalah banjir di bandar Pekan, Kerajaan Negeri, kerajaan juga melaksanakan secara berperingkat Rancangan Tebatan Banjir Badar Pekan yang melibatkan kos berjumlah RM565 juta.

Antara projek-projek terlibat adalah pembinan Leaf Sungai Pahang dan menaik taraf parit utama Sungai Air Hitam serta menaik taraf struktur kawalan banjir. Kerajaan juga sedang melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembah Bertam, Cameron Highlands di Sungai Ringlet berjumlah RM53 juta bagi menangani isu banjir di Ringlet, Cameron Highlands. Selain itu, kerja-kerja memperelok tebing serta mendalamkan sungai turut dilaksanakan di seluruh negeri sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir yang saban tahun er… menjadi risiko kepada kita di Pahang ini Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Seterusnya izinkan saya menyentuh sedikit tentang portfolio Sistem Penyampaian Awam, portfolio yang saya fikir julung-julung kalinya diwujudkan di peringkat negeri. Cabaran yang dihadapi oleh pentadbiran kerajaan semakin kompleks hari ini susulan daripada revolusi teknologi, perubahan budaya, anjakan demografi, dan peningkatan permintaan dalam pasaran yang merangkumi aspek money goods and people dengan izin Dato’ Sri Yang di-Pertua. Memasuki era revolusi industri keempat atau pun Fourth Industrial Revolution pihak pentadbiran memerlukan er…perubahan dalam pergerakannya agar seiring dengan industri. Perkara ini telah memberikan impak secara langsung kepada Sistem Penyampaian Awam.

Kecemerlangan tadbir urus sebuah organisasi adalah refleksi daripada keberkesanan dan kecekapan atau pun dengan izin, effectiveness and efficiency, Sistem Penyampaian Awam. Justeru, Kerajaan melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti menjurus kepada sistem penyampaian awam yang lebih baik. Program Pembudayaan Audit Kendiri atau pun dengan izin Dato’ Sri Yang di-Pertua, Self Audit di seluruh jabatan dan agensi haruslah kita er… giatkan.

Ini maknanya untuk kita meningkatkan kecekapan pentadbiran dalam penyampaian perkhidmatan awam ini, kita tidak lagi gusar dengan perkataan audit. Biasanya audit ini baru kita ambil kira, ambil berat, apa bila kita dengar Jabatan Audit nak datang. Dengan pembudayaan Self-Audit Kendiri ini, atau pun Self-Audit ini, kita berharapkan seluruh jabatan di peringkat negeri Pahang ini sentiasa bersedia dan kita audit dulu diri kita, unit kita, jabatan kita, sebelum pihak luar melaksanakan audit ke atas kita. Program ini bersifat dalaman yang mana promosi dijalankan bagi menggalakkan jabatan, agensi melaksanakan audit kendiri.

Satu lagi usaha kerajaan adalah menyelaraskan sistem aduan yang diguna pakai oleh jabatan dan agensi negeri. Kerajaan Negeri menggalakkan semua jabatan dan agensi negeri mengunakan… mengguna pakai sistem SISPAA sebagai platform utama pengurusan aduan rakyat. Tambahan pula, selain daripada apa yang ada itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang juga telah mewujudkan satu portal aduan, iaitu [email protected] bagi membolehkan rakyat Pahang menyalurkan aduan dan pemasalahan kepada er… secara terus kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ini merupakan elemen keterbukaan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar yang ada sekarang ini Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Sistem Penyampaian Awam melangkaui pelbagai aspek termasuk pendidikan, kesihatan, ekonomi, sosial, perkhidmatan dan sebagainya telah melalui satu revolusi melaui inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan dalam pentadbiran kerajaan. Sehubungan itu, momentum tersebut perlulah kita kekalkan bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat di negeri Pahang ini.

Seterusnya er..portfolio… bagi portfolio inovasi ini juga satu perkara yang sebenarnya telah lama kita laksanakan di peringkat Kerajaan Negeri di bawah SUK, tetapi bagi penggal kali ini, er… di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan, diwujudkan portfolio khusus untuk inovasi ini, bagi kita meningkatkan lagi usaha-usaha inovasi ini ke tahap yang lebih tinggi. Dalam konteks perkhidmatan awam, inovasi ditafsirkan sebagai cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Inovasi yang dihasilkan hendaklah berupaya menambah nilai semasa serta membawa transformasi dan perubahan kepada amalan sedia ada. Inovasi boleh berbentuk produk, berbentuk perkhidmatan, proses atau teknologi.

Bagi mencapai matlamat perkhidmatan awam yang bermutu tinggi, kerajaan telah merancang, memantau dan melaksanakan aktiviti yang berorientasikan inovasi. Antara aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan adalah Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif Pejabat SUK Pahang dan Pejabat Daerah dan Tanah. Antara… antara aktiviti yang… yang telah dijalankan adalah… atau pun yang dirancang untuk dilaksanakan adalah Sesi Dialog Pahang dan bertemakan Inovasi dan Integriti, Sistem Penyampaian Awam, Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam, Sesi engagement bersama jabatan dan agensi negeri, menjalankan kerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan sebagainya. Satu contoh yang terkini, inovasi yang dibangunkan oleh pihak Kerajaan Negeri adalah er… sistem er… sistem regulasi kendiri atau pun self-regulated system yang dilaksanakan oleh MPK, yang baru-baru ni dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Secara detailnya, minta maaf Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya pun tak dapat apa melaksana, melihat secara dekat, tetapi saya percaya ini adalah salah satu usaha yang… yang kita buat hasil daripada pemantauan kajian kita selama ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Masa Yang Berhormat, masih panjang lagi ke? Yang Berhormat.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada lagi ke?

Er… saya sudah sampai ke penghujungnya. Laju ni Dato’ Sri Yang di-Pertua, tak nampak lampu merah, lampu hijau ni. Er..saya fikir, saya ingin mengambil kesempatan juga untuk memberikan maklum balas jawapan kepada satu, dua soalan yang dibangkitkan Ahli-ahli Dewan yang sempat di…er…terima oleh saya ini, berkaitan dengan er… persoalan Teruntum, bagaimana pendapatan, bagaimanakah kerajaan nak membayar hutang tertunggak TNB, ya.

Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Telah disebutkan sebenarnya, tapi kita sebut sekali lagi er… kita er… faham kekangan utama PAIP adalah soal belanja operasi dan sebahagian besar daripada belanja operasi ini adalah disumbangkan oleh kos penggunaan tenaga elektrik yang tinggi. Walaupun er… PAIP berhutang tapi pada masa yang sama er… pihak TNB juga kita merasakan ya, kita berfikiran dan dari segi rundingan-rundingan kita ini sebenarnya TNB juga ada berhutang dengan kita. Jadi selaras dengan er… perjanjian penstrukturan er… industri perkhidmatan bekalan air ini, perkara ini telah jadi apa keutamaan perhatian Pejabat er… Undang-undang Negeri, insya-Allah kita boleh selesaikan.

Seterusnya er… Sungai Lembing er… minta kalau boleh projek-projek bekalan air yang telah diluluskan itu oleh Kerajaan yang lalu diteruskan. Sememangnya setiap tahun Dato’ Sri Yang Di-Pertua, er… daripada rolling plan pertama hinggalah keempat, pihak kerajaan sentiasa memohon peruntukan untuk er… meneruskan penaiktarafan er… sistem retikulasi bekalan air kita ini. Kita minta sebenarnya, kalau ikutkan di sini RM177 juta untuk er… projek yang berkaitan dengan Sungai Lembing tapi sehingga kini kita belum er… mendapat peruntukan yang dihajatkan.

Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Saya fikir er… itu sahajalah er… perkara-perkara yang… yang utama yang boleh saya kongsikan dalam kesempatan masa yang ada ini. Sekiranya er… dan saya fikir pastinya banyak juga isu-isu yang dibangkitkan oleh Wakil Rakyat, tak sempat saya jawab disini, tak sempat saya perhalusi di sini. Jadi saya fikir lebih mudah lebih cekap sekiranya Yang Berhormat kita berurusan secara langsung dan tidak ada masalahnya insya-Allah kita sama-sama kelapangan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang berbangkit. Terima kasih Dato’ Sri di-Pertua di atas kebenaran er… masa untuk saya mengambil bahagian pada petang ini. Dengan itu saya menyokong usul menyunjung kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas er… Titah Diraja. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat (Ahli Dewan menepuk meja) yang telah meyampaikan ulasan dan pandangan yang cukup baik dan panjang lebar tadi. Baiklah seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan Perpaduan Kebajikan Masyarakat Dan Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang.

Terima kasih er… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang juga kepada saya untuk er… berucap dalam sesi penggulungan, walaupun er… saya lihat dari segi soalan, dari segi perkara yang dibangkitkan pun tidak beberapa banyak

yang menjurus khusus er… kepada portfolio saya. Namun saya mengambil kesempatan ini juga untuk menyampaikan sembah tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong atas perlantikan baru-baru ini dan ini membuatkan kita rakyat negeri Pahang berasa begitu bangga dan terharu dengan perlantikan tersebut. Namun sentuhan kasih jasa yang telah dicurahkan oleh Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila oleh rakyat negeri Pahang.

Saya juga mengambil kesempatan menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang dan berkongsi rasa kebimbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja terhadap penghinaan kepada institusi raja yang sepatutnya tidak berlaku dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan yang meletakkan raja sebagai kuasa tertinggi khususnya dalam hal ehwal agama islam dan adat resam melayu.

Namun begitu ada di kalangan generasi muda hari ini yang mengamalkan cara hidup komunikasi maya Dato’ Sri di-Pertua, ataupun merujuk kepada diri mereka sebagai netizen ya, melalui er… sudah mula melampaui batas mengkritik institusi raja hingga ke tahap penghinaan. Oleh yang demikian terdapat keperluan yang kritikal untuk kita memberi kefahaman dan penjelasan kepada pelbagai lapisan masyarakat hari ini berhubung kepentingan institusi monarki yang sedia ada dan relevensinya dalam konteks sifat Kenegaraan dan Perlembagaan Malaysia.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melalui Titah Diraja semasa istiadat pemasyuran baginda sebagai Sultan Pahang Keenam pada 15 Januari 2019 telah menitahkan kepada saya quote er… saya petik kata-kata tersebut “kepada rakyat jelata sekalian, saya ini tidak ubah sebagai condong yang akan menongkat, bagai rebah yang akan menegak pada sayalah tempat rakyat sekalian menumpang teduh apabila dilanda musibah dan menumpang kasih apabila berduka. Legasi pemerintahan Paduka Ayahanda yang berpaksikan kepada kata keramat Raja dan Rakyat Berpisah Tiada, Raja dan Rakyat Sehati Sejiwa akan terus saya jadikan sebagai pedoman dan cogan utama pemerintahan saya.” Komitmen Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk terus meneruskan falsafah “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada, Raja dan Rakyat Sehati Sejiwa” membuktikan kesedaran tinggi baginda terhadap kepentingan slogan tersebut bukan sahaja dalam konteks kelangsungan sistem beraja, tetapi juga impak prinsip ini kepada keutuhan sosio budaya di negeri Pahang sebagaimana yang telah dilakukan oleh para pemerintah yang mendahului baginda.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya ingin menyentuh sedikit tentang sejarah negeri Pahang. Aspek kesaling bergantungan antara raja dan rakyat ini boleh kita temukan dalam Sulalatus Salatin atau sejarah melayu. Ini untuk panduan Wakil-wakil Rakyat mungkin yang generasi muda ya dalam Dewan ini. Dalam sejarah Melayu, iaitu karya sejarah yang penting mengenai Kesultanan Melayu Melaka, iaitu antara pendahulu Kesultanan Pahang Moden yang ada kini. Selain aspek kontrak sosial antara raja dan rakyat yang dilambangkan melalui waad antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun Sulalatus Salatin turut mengambarkan kesaling bergantungan tersebut seperti berikut. Saya

petik “rakyat itu umpama akar, yang raja itu umpama pohon. Jikalau tiada akar, nescaya pohon tidak akan dapat berdiri.”

Begitu juga dalam Hukum Kanun Pahang, manuskrip agung negeri Pahang yang ditulis semasa zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghafur ada memetik bahawa “dari itu suatu risalah ada menyatakan hukum kanun kepada negeri yang besar-besar sekalian dan pada segala raja-raja akan memeliharakan segala rakyat.” Munsyi Abdullah juga Dato’ Sri Yang Di-Pertua, dalam karyanya kisah pelayaran Abdullah ke Kelantan ada juga menyebut tentang betapa pentingnya suasana budaya sosio Pahang semasa era pemerintahan Bendahara Siwa Raja Tun Ali pada tahun 1806 – 1847 berkaitan soal sikap dan nilai ekonomi, pendidikan, undang-undang dan sistem beraja di negeri ini.

Dalam karya tersebut disebut 9 peranan raja di negeri Pahang sebagai pemerintah iaitu pendokong intektualisme, pelindung rakyat, pelopor kemajuan, pentadbir berkeutamaan, pengupaya masyarakat, pemimpin berpengetahuan, pemimpin berkemuliaan, pemimpin berkesederhanaan dan pemimpin berpedoman. Aspek inilah sewajarnya mencirikan citra keadilan raja pemerintah yang akhirnya telah diperuntukkan di bawah Perkara 2 Bab 1 Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang yang berbunyi seperti berikut ‘Raja pemerintah ialah punca keadilan dan bagi kuasa kerajaan dalam negeri dan segala jajahan takluknya dan dengan sebab itu adalah mercu bagi semua gelaran-gelaran, pangkat-pangkat kemuliaan, pangkat-pangkat kebesaran dan kurniaan-kurniaan dalam negeri dan kerajaan’. Ha.. tu saya bagi sedikit gambaran sejarah tentang kesultanan di negeri Pahang.

Dato’ Yang Di-Pertua,

Kerajaan Negeri komited untuk mempertahan dan terus memartabatkan institusi raja di negeri ini. Pelbagai usaha dan inisiatif dibuat untuk kita memartabatkan Institusi Diraja melalui inisiatif-inisiatif yang dibuat termasuk dari sudut pemeliharaan budaya dan warisan negeri Pahang itu sendiri. Apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah menitahkan tentang untuk memperkasakan semula tulisan jawi contohnya, Majlis Perbandaran Kuantan telah pun er… menggunakan tulisan jawi di papan tanda-papan tanda di Bandar Kuantan ini. Saya kira ini adalah satu inisiatif yang mesti dipuji dan diberi galakan kepada PBT-PBT di daerah lain untuk menjejaki contoh MPK ini. Syabas kepada MPK.

Muzium Negeri Pahang, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang adalah antara beberapa agensi Kerajaan Negeri Pahang yang aktif menganjurkan wacana, seminar dan terkini er… esok lusa akan ada Kolokium Diraja, yang mana saya dan juga sahabat saya Wakil daripada Lanchang akan menjadi salah seorang pembentang kertas kerja dalam Kolokium Diraja anjuran Muzium dan Galeri-galeri Diraja juga diwujudkan sebagai tempat rujukan generasi muda hari ini. Terkini, sebuah Galeri Diraja yang terkini, yang terbaru telah diwujudkan di Chenor dan dijadualkan akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang pada 27 haribulan April yang akan datang ini.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Kesungguhan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong pula dalam memartabatkan Tenun Pahang Diraja juga mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi oleh pihak Kerajaan Negeri. Muzium Negeri contohnya, telah bekerjasama dengan pereka-pereka fesyen yang bertaraf antarabangsa untuk mempromosikan Tenun Pahang Diraja di peringkat antarabangsa. Satu video dokumentari telah

diterbitkan dan Tenun Pahang… berkenaan Tenun Pahang ini dan telah dibekalkan kepada pusat-pusat pelancong dalam dan luar negara.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Satu buku berkenaan Tenun Pahang Diraja juga bakal diterbitkan iaitu The Magic of Tenun Loom dalam bahasa Inggeris yang akan menjadi rujukan utama kepada penyelidik-penyelidik tekstil di peringkat antarabangsa. Untuk mempromosikan juga… kita mempromosikan masakan dan manisan tradisional Pahang sebagai satu warisan tradisi rakyat Pahang yang bukan sahaja enak tetapi unik dan hasil daripada penjelajahan pertama baginda pada tahun 2003, telah memungkinkan kepada penerbitan buku Air Tangan Tengku Puan Pahang: Masakan Tradisional Pahang yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila memenangi Anugerah Special Awards Of The Jury oleh Women Cookbook Award 2008 di London dan seterusnya menerbitkan buku Air Tangan Tengku Puan Pahang: Manisan Tradisional Pahang yang mengandungi lebih daripada 300 buah resepi manisan yang dikumpul hasil penjelajahan ke seluruh daerah Negeri Pahang.

Selain daripada itu juga, Muzium telah menerbitkan, saya nak sebut juga pasal ini juga adalah inisiatif Kerajaan Negeri melalui Muzium. Kita menerbitkan percetakan semula buku Citra Pahang dalam teks klasik, Buku Tenun Pahang Diraja A Fashion Tradition, percetakan semula Buku Joget Pahang, Gamelan Melayu: The Classical Ensemble Of The Pahang Royal Court, Buku Pahang dari Kampung ke Kolonial, Buku Pahang Warisan Inderapura, Persona Darul Makmur, Buku Tulisan Jawi Warisan Intelektual, Buku Daulat Tuanku, Venial Lagu Perang Sebuah Album Gamelan Melayu, Video Daulat Tuanku dan British Malaya Pahang 1874. Buku-buku ini diterbitkan supaya ianya menjadi rujukan. Bukan sahaja rujukan kepada generasi terkini tetapi disebutkan oleh wa… rakan-rakan Wakil Rakyat sebagai kita ni pemimpin menjadi contoh. Kalau kita sendiri tak memahami sejarah, tidak mengkaji apa yang telah berlaku dalam sejarah kesultanan Negeri Pahang ini sendiri, jadi saya rasa tak kena kalau kita cakap kita sayang dan kita kasih kepada Institusi Diraja di Negeri Pahang ini hanya dengan berkata-kata.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya menegaskan bahawa inisiatif-inisiatif yang saya sebutkan tadi, yang dibuat oleh Kerajaan Negeri akan diteruskan, akan dipertingkatkan, akan diperkasakan. Kerana Institusi Diraja ini juga adalah simbol perpaduan. Perpaduan kaum kini dah jadi sangat dengan izin Dato’ Sri Yang di-Pertua, fragile. Wakil dari Pelangai, Dato’ Sri DiRaja tadi juga menyebutkan bahawa dah menjadi satu tension dengan izin, kepada masyarakat hari ini. Tak boleh cuit sikit begitu sensitif. Contohnya dalam Dewan ini sendiri, apabila sahabat saya Wakil dari Kemayan bertanya, mengemukakan soalan kepada Wakil Sabai, kecoh satu negara, keluar dalam setiap portal, dalam surat khabar. Dimulakan oleh surat khabar Sin Chew Daily menyatakan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan yang rasis. Ini membuktikan bahawa setiap gerak geri, setiap patah perkataan kita ketika ini sangat-sangat sensitif apatah lagi apabila ianya menyentuh tentang kaum-kaum dalam negara kita.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya tak nampak, ramai masyarakat di luar sana pun tak nampak Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan hari ini serius dalam menangani isu perpaduan ini. Tak nampak. Tadi kita tanya Wakil Tanah Rata, tanya Wakil Ketari, apa tindakan dia. Dia minta kita pula ajak… jemput dia. Saya rasa mereka mempunyai kelebihan dengan

izin, advantage Dato’ Sri di-Pertua kerana mereka berada bersama dengan Kerajaan Persekutuan. Bila-bila masa boleh jumpa Menteri Dalam Negeri, tak payah nak tunggu kita jemput buat polis report. Dato’ Sri Yang di-Pertua, jadi saya harap Kerajaan Persekutuan lebih serius lagi dan dapat bekerjasama. Kita tak ada masalah. Kerajaan Negeri tidak ada masalah untuk bekerjasama dalam kita menangani isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan ini.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya… bila sebut ni kan saya sedih Dato’ Sri Yang di-Pertua, kelab-kelab yang sepatutnya menjadi kelab macam KRT contohnya Dato’ Sri Yang di-Pertua ya. Sebelum ini begitu aktif buat program perpaduan, hari ini lesu. Lesu sebab apa? Takut nak jemput Wakil-wakil daripada Kerajaan Negeri ya. Jadi terpaksalah dia buat program sendiri-sendiri, syok sendiri tak ada apakan. Jadi tak nampak ya. Jadi kita kena ambil pendekatanlah. Macam kita Kerajaan Negeri Dato’ Sri. Kita ambil pendekatan mendahulukan kesejahteraan rakyat. Sebab itulah apabila nak mengujudkan MPKK ya, kita terima cadangan daripada Kerajaan Persekutuan walau pun kita mampu sebenarnya untuk mengekalkan JKKK yang sebelum ini. Tak ada masalah, tetapi Yang Amat Berhormat Menteri Besar berpandangan dan dipersetujui di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, kita tidak mahu rakyat kita di kampung-kampung berpecah-belah.

Kita terima cadangan MPKK dan kita ikut syarat-syarat yang telah ditetapkan sepertimana disebut oleh rakan saya daripada Batu Talam sebentar tadi. Kita ikut, tak ada masalah, yang penting adalah rakyat ya. Tapi sekarang ni banyak ditukar jelah, semua ditukar. Saya tengok Klinik 1Malaysia, tukar jadi Klinik Komuniti ya, BRIM ditukar jadi BASAH. Apa benda BASAH, saya tak tahulah. Macam-macam lagi. Apa motif, apa faedah untuk rakyat, kita pun tak pasti Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Saya nak sentuh juga dengan Kelab Komuniti 1Malaysia dibawah Jabatan Penerangan. Sebelum ini Kelab Komuniti 1Malaysia ini berjalan dengan baik dipengerusikan oleh Penghulu, dianggotai jawatankuasanya oleh pemimpin-pemimpin masyarakat, untuk menyampaikan dasar-dasar dan polisi kerajaan. Tapi saya difahamkan Kelab Komuniti 1Malaysia telah diubah menjadi Kelab Harapan Malaysia dan pengerusinya dan juga Ahli-ahli Jawatankuasanya mestilah terdiri daripada Ahli Parti Pakatan Harapan dan mesti disahkan oleh Parti Pakatan Harapan. Ini, apa benda ni, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Kita dulu tak pernah check pun, tak pernah syaratkan pun, mereka itu mestinya Kerajaan er… Ahli-ahli Parti Barisan Nasional, tak pernah. Bagi kita pentingnya ialah sampai dasar dan polisi Kerajaan kepada akar umbi. Menjadi Kerajaan, menjadi Parti adalah dua perkara yang berbeza. Ini yang… Pakatan Harapan hari ini kena belajar dan bersekolah baliklah Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya nak cakap banyak pun, pasal benda ini benda dah berlaku, tapi saya nak sebut jugalah, portfolio saya satu lagi berkenaan dengan kebajikan. Kalau tak sebut karang, tak kena juga tapi kebajikan, perpaduan, kebudayaan, ini adalah perkara-perkara yang melampaui sempadan politik ya. Kita tidak boleh er… mempolitikkan perkara-perkara ini demi kepentingan kesejahteraan rakyat.

Jadi, Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Yang di-Pertua, meneruskan bantuan kepada rakyat yang memerlukan bagi tempoh Januari hingga Mac 2019, kita telah menyalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat peruntukan sebanyak RM13.4 juta, peruntukan Kerajaan Negeri, bagi kepada JKM. Dari jumlah itu, ya, 239 penerima adalah penerima

bantuan baru yang mula menerima bantuan JKM mulai Januari 2019. Seramai 197 orang pula telah ditamatkan atas faktor telah keluar dari garis kemiskinan dan berupaya berdikari.

Bagi membantu golongan B40 yang memerlukan, Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan bantuan am sebanyak RM300 seorang kepada 2,947 orang di seluruh negeri Pahang dan kita telahpun meminda kriteria penerima bantuan am negeri pada Januari 2019, yang mana Kerajaan Negeri telah memperluaskan kriteria penerima bantuan dari had umur 18 ke 59 tahun kepada 18 tahun ke atas serta kriteria pendapatan adalah mengikut paras garis kemiskinan semasa, bukan lagi hanya mengikut PGK RM720.00 sebulan seperti sebelumnya.

Sehingga Disember 2018 seramai 450 orang penerima bantuan JKM pula telah diberi bantuan geran pelancaran melalui program 2 Year Exit, Program 2YEP iaitu bantuan kewangan untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Jadi persediaan Kerajaan Negeri juga untuk menghadapi bencana, sebanyak 2 juta… RM2 juta telah disediakan untuk disalurkan melalui Kumpulan Wang Amanah Jawatankuasa Malapetaka Negeri Pahang dan disalurkan kepada Tabung Bantuan Malapetaka Daerah.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Juga Kerajaan Negeri bersama JKM juga telah mengenal pasti 117 buah pangkalan hadapan bagi menyimpan bekalan makanan sekira berlakunya bencana, khususnya bencana banjir. Dan er… kita juga mengenal pasti 664 buah Pusat Pemindahan Bencana yang terdiri dari sekolah, balai raya, dewan orang ramai dan surau ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Panjang lagi ke? Di sini, di sini.

Dato’ Sri…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ha…

Sikit je lagi. Sikit lagi, nak… nak..

Yang di-Pertua (Speaker)

Sebab saya nak bagi peluang Pengerusi Pertanian dan…

Dah nak… dah nak habis dah Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Yang Berhormat.

Jadi itulah antara inisiatif-inisiatif yang telah diberi oleh Kerajaan Negeri er… berkenaan dengan kebajikan dan untuk menjawab cadangan daripada Wakil daripada Tahan, Perkahwinan Perdana Beramai-ramai, saya kira ini adalah satu inisiatif yang sangat baik yang kita sendiri pun sentiasa memberi sokongan kepada mana-mana pihak, NGO-NGO yang melaksanakan program ini.

Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pada hujung tahun ini ya, Kerajaan Negeri er… melalui JAIP, Jabatan Agama Islam Pahang akan menganjurkan program peringkat negeri Pahang dan insya-Allah Kerajaan Negeri akan memberi insentif er… sejumlah peruntukan tertentu kepada pasangan-pasangan yang mengikuti program tersebut.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Akhirnya, saya er… sebelum saya duduk saya nak mempromosi “Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit” yang akan diadakan pada 23.4.2019 hari Selasa, jam 11.00 hingga 11.10 pagi, saya mintak semua sekalilah ya Ahli-ahli dalam Dewan ini memberi sokongan dan tolonglah muat naik dalam laman media sosial masing-masing dengan “#pahangmembaca”.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, pantun dari saya:

Andai ada serindit di taman, Jadilah ketitir berganti warna, Andai ada semangat perjuangan, Pertahankanlah negeri ini hingga ke hujung nyawa.

(Ahli Dewan tepuk meja) Dengan kata-kata itu, saya dengan ini mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, hujah Yang Berhormat baik, bernas tetapi masa mencemburui kita. Jadi saya jemput Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang. Saya harap Yang Berhormat Pengerusi dapat memahami keadaan masa yang begitu… Sila Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.

Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua, memberi ruang kepada saya untuk bercakap juga di penghujung… penghujung sesi perbahasan dan penggulungan ya Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Sempena Mesyuarat Pertama Penggal ke-2 Dewan Undangan Negeri Yang ke-14 dan er… sudah tentu masa mencemburui.

Jadi saya ni, Wakil-wakil Kerajaan ini sentiasa masa mencemburui kerana dapat slotnya, memang slot kiranya, dia slot injury time. Kalau main bola tu kiranya, masuk tu, kira macam masuk reserve, masa kecederaan ya, terima kasih.

Walau bagaimanapun er… terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, dan saya juga seperti rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini, er… merakamkan setinggi-tinggi penghargaan junjung kasih atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang sanggup

untuk berangkat pulang daripada luar negara dan mengambil sedikit masa daripada masa pengajian baginda di Sandhurst, United Kingdom kembali ke Pahang, berangkat kembali ke Pahang dan berkenan juga untuk menyempurnakan Titah Diraja dalam er... Mesyuarat Pertama Penggal ke-2 Dewan Undangan Negeri Yang ke-14 kerana prihatin kepada permasalahan dan juga mengikuti secara dekat perkembangan kemajuan dan pembangunan negeri Pahang yang tercinta demi untuk rakyat jelata dan negeri yang tercinta ini. Junjung kasih Tuanku.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya nak mengambil kesempatan di sini, pertamanya untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli-Ahli Dewan Yang Mulia ini yang telah membangkitkan isu-isu dan juga permasalahan dan juga cadangan. Cadangan yang bernas yang membabitkan portfolio saya, Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi.

Rakan-rakan antara yang membangkitkan ialah daripada Cheka, daripada Kemayan, Tahan, Tanjung Lumpur, Beserah, Tanah Rata tak ketinggalan Ketari, juga rakan-rakan yang lain yang mungkin tak sempat dirakamkan ya, kerana dia sebut secara sepintas lalu er… isu-isu yang dibangkitkan yang menyentuh mengenai portfolio. Saya cuba untuk er… memberikan maklumbalas, tetapi sikit sebanyak izinkan saya untuk juga merakamkan setinggi penghargaan kepada semua Ketua-ketua jabatan dan warga er… jabatan yang telah bertungkus lumus untuk er… menyediakan jawapan-jawapan dan juga menengahkan visi dan misi jabatan masing-masing dalam mempastikan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang menitahkan agar Pahang ini dapat dijadikan sebagai hub dalam sektor pertanian yang ulung di negara yang tercinta ini, insya-Allah.

Sepertimana yang kita sedia maklum sektor pertanian yang merangkumi industri agro makanan pada masa ini berdepan dengan cabaran bagi meningkatkan sumbangan dalam menjayakan sasaran negara iaitu negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara cabarannya adalah meningkatkan daya saing memenuhi tenaga kerja mahir dan separa mahir, menjamin bekalan makanan yang mencukupi serta menarik pelaburan pihak swasta. Untuk itu dasar agro makanan negara bagi tahun 2011 hingga ke 2020 memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan industri agro makanan supaya lebih produktif dan berdaya saing.

Kerajaan sepanjang masa melaksanakan program bagi mengadakan kecukupan kebolehdapatan makanan yang berkualiti dan selamat serta mampu dibeli oleh pengguna. Justeru fokus kerajaan pada peningkatan pengeluaran bagi memenuhi keperluan negeri dan negara diberikan. Sehingga akhir tahun 2018 sebanyak 571,768 metrik tan bahan makanan bernilai RM2.577 billion telah dikeluarkan, dihasilkan dan disasarkan mencapai 600 ribu metrik tan bernilai RM2.7 billion menjelang akhir tahun 2019.

Tumpuan pelaksanaan program dan projek bermula dengan penggunaan benih tanaman yang bermutu tinggi dan mendapat pasaran yang baik seperti, misal contohnya benih durian D197 ia ini musang king, nangka J33, padi MR297 dan benih tanaman-tanaman ini akan dikeluarkan oleh jabatan dan agensi swasta yang disahkan oleh jabatan pertanian melalui skim pengesahan bahan tanaman bagi mempastikan pengusaha dan petani mendapat benih yang terjamin mutunya. Manakala penggunaan teknologi tinggi dalam meningkatkan hasil pengeluaran seperti pertanian persis dan teknologi fertigasi akan meningkatkan lagi kecekapan bagi seunit

pengeluaran. Contohnya bagi pengeluaran tanaman cili, hasil dapat ditingkatkan dari 1.5 kilogram sepokok kepada 4 kilogram sepokok dengan menggunakan faedah fertigasi.

Untuk meningkatkan lagi sumbangan sektor pertanian kepada pendapatan negara, kerajaan terus memberi tumpuan untuk pembangunan projek TKPM iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan sebagai salah satu inisiatif bidang ekonomi utama dan penglibatan pelabur swasta dan usahawan tani dalam pelaburan tanaman bernilai tinggi. Ini memberikan tambahan penglibatan pendapatan peluang pekerjaan serta perluasan perniagaan. Pembukaan kawasan di TKPM Lanchang telah menye… menyelenggara infrastruktur di beberapa dan juga serta penyelenggaraan infrastruktur di beberapa TKPM akan diteruskan sehingga kini di negeri Pahang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Terdapat 18 buah TKPM diseluruh Negeri Pahang dengan keluasan bertanam 3,317 hektar yang menjana pengeluaran sebanyak 16,650 metrik tan dengan nilaian RM34.36 juta.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Bagi meneruskan pembangunan pertanian secara mampan, maka konsep atau pendekatan pengeluaran mengikut amalan pertanian yang baik ataupun GAP, good agricultural practices, perlu diikuti dan diamalkan bagi pengeluaran bahan makanan yang berkualiti dan selamat dimakan. Para pengusaha amat digalakkan untuk mendapatkan persijilan MyGAP yang memberi ruang yang lebih besar untuk menembusi pasaran ke luar negara. Persijilan ini adalah setaraf dengan EuroGAP, ataupun… dan ChinaGAP serta GlobalGAP yang terkenal diseluruh dunia. Semua pengusaha yang terlibat dengan Taman Kekal Pengeluaran Makanan amat digalakkan untuk mematuhi amalan pertanian yang baik seterusnya memperolehi persijilan myGAP ini. Sehingga akhir tahun 2018 terdapat 491 pekebun ataupun ladang yang memperolehi persijilan myGAP di seluruh negeri Pahang.

Pengeluaran makanan juga perlu mengambil kira pentingnya menjaga alam sekitar dalam proses pengeluaran makanan. Didapati masih berlaku pembuangan bekas racun dan juga sisa pepejal lain ke dalam sumber air seperti sungai dan kolam takungan yang boleh mencemarkan sumber air serta mencacatkan pemandangan. Dalam usaha mengurangkan pembuangan bekas racun ini secara tidak teratur, Jabatan Pertanian sebagai contoh telah membina 3 buah Pusat Pengumpulan Sisa Pepejal iaitu di Lembah Bertam, ini di Cameron Highlands ya, di Sungai Manson dan juga di Kuala Terla di Cameron Highlands.

Namun yang lebih penting adalah kesedaran oleh anggota masyarakat untuk mendokong dan menyokong dan mengamalkan amalan pertanian yang baik demi untuk menjayakan kempen ini. Disamping itu juga kerajaan sangat mengalakkan para pengusaha dalam sektor pertanian mengusahkan perladangan organik yang tanpa menggunakan bahan kimia sehingga memperolehi persijilan myOrganic yang diselaraskan oleh Jabatan Pertanian. Bilangan petani yang menceburi bilang… bidang organik ini masih kecil walaupun permintaan yang tinggi daripada pengguna disamping dapat memelihara alam sekitar. Sebanyak 37 kebun atau ladang di seluruh negeri Pahang memperolehi persijilan myOrganic ini.

Jabatan juga sentiasa memantau penggunaan racun makhluk perosak dengan mengambil sampel-sampel untuk dianalisa bagi mengenalpasti bacaan MRL ataupun

Minimum Residue Level racun di makmal Jabatan. Sehingga kini didapati bilangan sampel yang melanggari MRL semakin menurun. Kursus, khidmat nasihat dan penguatkuasaan Akta Racun Makhluk Perosak turut dilaksana bagi menangani isu ini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Usaha-usaha akan dibuat dan terus dilaksanakan bagi mempastikan sektor pertanian dapat mengamalkan amalan ataupun amalan pertanian yang baik demi untuk keselamatan pengguna.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya juga ingin menyentuh sedikit tentang ataupun bidang penternakan. Negeri Pahang ini berpotensi untuk menjadi negeri pengeluar makanan berasaskan hasil ternakan yang terbesar di Malaysia. Pada tahun 2018, subsektor ternakan telah menyumbang nilai pengeluaran sejumlah RM1.5 billion berbanding RM1.34 billion pada tahun 2017, dengan menunjukkan peningkatan nilai hasil sebanyak RM0.16 billion iaitu lebih kurang 11.9% dan negeri Pahang masih kekal menjadi pengeluar utama daging lembu di Semenanjung Malaysia, dengan pengeluaran daging sebanyak 4,070 metrik tan yang menyumbang sebanyak RM108 juta pada tahun 2018. Negeri Pahang telah menghasilkan sebanyak 6.6 juta litar… sorry, liter… 6 juta liter susu segar dengan nilai RM17.8 juta manakala pengeluaran telur mencatatkan pengeluaran sebanyak 22.75 metrik tan dengan nilai RM128 juta.

Bagi memajukan sub-sektor ternakan dan peningkatan hasil kepada Kerajaan Negeri Pahang, beberapa perancangan strategik perlu dilaksanakan. Pertama memperkasa pembangunan genetik pembiakan bakaan, ini genetik ini pembiakan bakaan ternakan dominan iaitu lembu pedaging dan lembu tenusu dengan menggunakan baka-baka terpilih, yang menghasilkan pengeluaran daging yang tinggi dengan menggunakan kaedah permanian berhadas atau dipanggil artificial insemination (AI) dengan izin.

Ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan semen, semen ini maknanya air mani yang diimport dari luar negara dan disuntik ke dalam ternakan betina seperti semen dari baka Belgian Blue, Charolais, Limousin yang boleh menghasilkan lebih daripada 50 hingga 60% tak jelas bersih dibanding dengan baka tempatan seperti lembu KK dan kacukan Brahman pada umur yang sama.

Penggunaan teknologi pemilihan embrio, embrio transfer dengan izin, ET boleh dilaksanakan untuk memperkasa pembiakbakaan dalam industri ternakan tetapi teknologi ini masih kurang meluas digunakan di negara ini. Sekiranya digunakan teknologi ET ini, maka anak yang bakal dihasilkan adalah merupakan 100% baka tulen dan bukan anak baka kacukan seperti teknologi AI sepertimana yang digunakan sekarang. Buat masa ini, teknologi ai digunakan secara meluas kerana lembu tenusu bagi tujuan penambahbaikan genetik untuk peningkatan pengeluaran susu.

Sebab itu Yang… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua baru-baru ni dalam lawatan er.. kerja teknikal er… yang diketuai oleh YAB. Dato’ Sri Menteri Besar ke Belgium er… ke Holand, kita telah melihat bagaimana kaedah ini digunakan. Kita melihat bagaimana lembu-lembu ini lembu Belgium Blue ni lembu ni dia sado, dia kalau tengok lembu tu kita tengok dia er... apa nama

Yang di-Pertua (Speaker)

Macam mana Yang Berhormat rupa dia?

Dia rupa dia [ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Nampak Yang Berhormat tengah itu tadi

Itulah, saya dapat menunjukkan… ini maknanya kalau kita tengok yang er… otot-otot lembu ni tadi berketul-ketul dekat dia punya punggung. Dia er… dan lembu-lembu ni besar. Seekor-seekor tu tak silap saya er… melebihi daripada 500kg, 500,600 kg dia..

Nak tanya pasal lembu ni, dengan lembu Wagyu, Wagyu Beef dengan ni, mana lebih besar?

Wagyu Beef ni… dia tak besar sangat, tapi dia punya tekstur er… daging dia tu dia lembut dan er… rasanya enak dan er… dalam lawatan kita buat di… di er… Belanda ni, kita juga pergi ke ladang-ladang lembu Wagyu yang diusahakan oleh er… keluarga Belanda ni dan er… hasil daripada lawatan ini lebih kurang ya, er… kita telah merancang, insya-Allah Kerajaan Negeri akan merancang mungkin dengan menggemblengkan er… agensi syar… syarikat, anak syarikat Kerajaan Negeri untuk menceburkan diri dalam perusahaan ini dan ianya boleh dilaksanakan.

Kita boleh galakkan kacukan antara Belgium Blue ni dengan er… Hostin, maknanya baka Hostin yang er… ada di Malaysia dan juga ada di er… Australia dan di Belanda ini tadi, untuk dikacukkan supaya er… lembu-lembu ni tadi dia lebih besar dan boleh menghasilkan er… daging yang lebih banyak dan insya-Allah perkara ni memang dalam er…perancangan kita ya, dan er… disamping itu juga saya ingin juga menyentuh mengenai perladangan ayam jadi kalau nak perjelaskan Dato’ Sri er… ni Yang di-Pertua, yang ni memang makan masa sikit jadi saya sentuh sikit-sikit ya. Er… yang lain tu nanti kita er… akan perjelaskan kepada Ahli-ahli Dewan mungkin dalam satu sesi yang akan kita buat mengenai hala tuju sektor pertanian, insya-Allah negeri.

Sedikit sebanyak penguatkuasaan perladangan ayam dengan pembinaan sistem reban tertutup ini penting kerana apa kita telah mendapat banyak dapat ni aduan er… bekenaan dengan er… perladangan ayam ini yang telah menimbulkan kacau ganggu terutama sekali dari segi lalat-lalat yang ada yang timbul daripada er… perusahaan ini dan insya-Allah er… Kerajaan Negeri akan meneliti dan juga mungkin menguatkuasakan er… enakmen er… unggas ini dan mempastikan semua reban-raban ayam yang akan er… beroperasi di negeri ini hendaklah dilaksanakan secara tertutup yang tidak ada er… kacau ganggu dari segi lalat er… dan juga pencemaran bau dan sebagainya.

Dan er… pada masa yang sama, saya juga ingin memaklumkan bahawasanya er… penggunaan reserve haiwan ataupun er… kita akan mengambil pendekatan memaksimumkan penggunaan reserve haiwan dengan menawarkan er… pengusaha-pengusaha yang berminat yang telah membuktikan keupayaan dan kejayaan mereka untuk membangunkan reserve-reserve haiwan yang ada di seluruh negeri Pahang ini,

yang berteraburan di daerah-daerah selari dengan hasrat er… ni Jabatan Veterinar dan juga er… ni ni pihak Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pengeluaran-pengeluaran daging ke tahap sara diri atau first bahasa inggerisnya self-sufficient level (SSL).

Daripada 23% kepada 30% dan SSL daging ayam daripada 107% kepada 200%, SSL susu segar daripada 58% kepada 100% dan SSL telur daripada 190%... 119% kepada 200% dan insya-Allah usaha ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada produk import atau produk dari luar negara. Ini… ini pendekatan yang insya-Allah kita akan ambil ya.

Dan er… untuk menyentuh sedikit mengenai er… industri perikanan. Sebagai peneraju transformasi perikanan mampan dan berdaya saing, kita sentiasa berusaha untuk er… membangunkan industri perikanan yang dinamik berpandukan kepada pasaran melalui pendekatan kreatif dan inovatif dan menguruskan sumber perikanan negara secara efisien, inovatif dan mesra alam berasaskan maklumat saintifik dan tadbir urus yang rapi serta melonjakkan sistem penyampaian berteraskan modal insan yang berkemahiran, berpengetahuan dan professional.

Dalam mencapai misi tersebut, jabatan er… pihak Kerajaan melalui Jabatan Perikanan sentiasa memberi tumpuan dan usaha yang mendapat meningkatkan kualiti dan keberkes… keberkesanan perkhidmatan se… selain usaha yang berterusan untuk mencapai matlamat-matlamat ini dan er… dalam tahun 2019, Jabatan Perikanan mensasarkan lebih ramai lagi usahawan muda untuk menceburi bidang ini.

Jadi untuk makluman Yang… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini, per… Jabatan Perikanan akan meneruskan projek estet ikan di negeri Pahang, di mana ketika ini terdapat 4 estet ikan yang telah diwujudkan oleh komuniti setempat bersama dengan Jabatan Perikanan. Tahun 2018, tuaian hasil estet ikan di Kampung Paya Cempaka adalah sebanyak 40 metrik tan dengan anggaran nilai RM353, 000 dan dijangka dalam tahun 2019, dua estet ikan akan dituai dan anggaran hasil tuaian adalah sebanyak 80 metrik tan dan pada tahun ini kerajaan telah memperuntukkan sejumlah er… RM100,000 Kerajaan Negeri ya. Manakala Kerajaan Pusat akan memperuntukkan sejumlah RM805,470 untuk sektor akualkultur di negeri Pahang Darul Makmur.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya nak respons sikitlah kepada soalan-soalan yang dibangkitkan oleh rakan-rakan ini ADUN. Pertama sekali berkaitan dengan soalan yang telah dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Tanjung Lumpur, membangkitkan tentang er… agar perancangan yang rapi dibuat bagi membela nasib-nasib nelayan yang terbabit dengan Penempatan Semula Nelayan di Bunut Rendang, ya. Bunut Rendang ini kita telah pun siap rumah er… sejumlah 154 unit dan er… insya-Allah kita sedang dalam proses untuk er… memuktamadkan senarai mereka-mereka yang layak untuk mendiami perumahan ini.

Insya-Allah utama… keutamaan akan diberikan kepada para-para nelayan yang tidak mempunyai er… rumah dan memerlukan er… perumahan yang tersusun dan perkara ini sedang kita tangani insya-Allah dan er… kalau mengikut daripada maklumat yang diterima iaitu tentang er… cadangan untuk membolehkan nelayan er… memukat kurang daripada 2 nautical batu, perkara ini sebenarnya er… kalau mengikut maklum balas yang diterima iaitu peralatan Pukat Tunda Musim Tengkujuh (PTMT) hanya dilesenkan di perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia sahaja. Ianya adalah

merupakan peralatan tambahan kepada pengusaha zon A, peralatan tradisi. Operasi alat ini adalah sama seperti operasi pukat tunda dimana pada musim tengkujuh dibenarkan menunda di kawasan 2 batu nautical dari pantai ke atas dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jadi maknanya kalau mengikut ini er… maklum balas yang diberikan ini, dia tidak membenarkan untuk memukat er… 2 nautical er… batu ke bawah, dia mesti ke atas.

Dan er… bagi menjawab er… soalan yang dibangkitkan oleh ADUN daripada Tanah Rata, sebenarnya di tanah atau di Cameron Highlands ini, dia kawasan yang sesuai untuk pertanian ialah seluas 3,292 hektar. Manakala guna tane… guna tanah er… pertanian yang sekarang ini melebihi daripada kawasan yang dibenarkan iaitu 6,578 hektar. Maka kita lihat disini, yang sesuainya kalau mengikut pandangan daripada Jabatan Pertanian mengikut technicality dan sebagainya 3,292 manakala yang telah kita usahakan 6,578.

Sebab itu bila dia buat cadangan er… agar diwujudkan sebuah TKPM di Cameron Highlands ini maka pihak kerajaan mengambil pandangan daripada er… ADUN Tanah Rata iaitu kalau ada keperluan, misal contohnya mungkin kawasan yang telah diusahakan ini terpaksa disusun semula, bukannya kita membuka kawasan yang baru sebab kawasan yang dah ada ini melebihi daripada yang sepatutnya. So perkara ini sedang er… diteliti dan er… kemungkinan kalau ada keperluan er… maka industri atau sektor pertanian di Cameron Highlands ini akan dilaksanakan secara yang lebih terancang…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat ade lagi ke?

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada lagi…

Jadi Yang Hormat Yang di-Pertua, saya nak rekodkan disini ya, sebab bahawasanya kalau saya menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh rakan-rakan dalam Dewan Yang Mulia ini, ianya akan memakan masa dan kemungkinan sahabat saya Exco er… Pelancongan akan er… Alam Sekitar dan Perladangan akan er… terpaksa memberi penjelasan pihak kerajaan hingga menjangkau waktu maghrib ya. Namun er… saya juga masih teringat iaitu ADUN sahabat saya daripada Padang Tengku yang menyatakan ada yang perkara-perkara yang dibangkitkan oleh rakan-rakan dalam Dewan ini yang tidak dijawab oleh Wakil Kerajaan, jadi atas izin Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon izin sekali lagi iaitu jawapan itu, kita buat secara bertulis kalau dibenarkan. Makna nak meringkaskan dan juga menjimatkan waktu dan mengoptimakan er… masa untuk memberi peluang kepada sahabat saya daripada Lanchang untuk menjawab bagi pihak kerajaan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, boleh?

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh.

Kalau begitu insya-Allah maknanya saya…

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya tanya panjang lagi ke tidak, pasal tanya je. Dah habis?

Tak… tak dia ada lagi maknanya saya kalau boleh… kalau sekiranya rakan-rakan bersetuju ya, saya… saya akan menjawab secara bertulis ya. Saya memohon maaf kalau sekiranya ianya tidak dapat dijawab dalam masa er… yang diperuntukkan sekali lagi Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua saya er… mengambil kesempatan ini untuk junjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang atas Titah Diraja pada pembukaan sesi Sidang Dewan er… pada hari isnin yang lalu dan juga er… dengan ini menyokong Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian ya. Baiklah saya bercadang untuk meneruskan sesi ini dan saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat nanti, terpulang pada masa Yang Berhormat lah. Sampai…

Saya tidak lama hanya 2 jam 15 minit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya juga seperti rakan-rakan yang lain ingin mengucapkan junjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang di atas Titah Diraja yang telah disampaikan dan walaupun Kebawah Duli Yang Maha Mulia dari segi usianya muda tetapi nyata dan jelas bahawa beliau er… Baginda mampu untuk membawa ataupun beliau mampu untuk menyampaikan

ucapan Titah Diraja yang cukup baik, yang mencakupi semua spectrum yang ada di negeri Pahang ini.

Saya juga ingin er… menyokong ya Usul yang dibawa dan membalas jawapan kepada rakan-rakan er… ADUN-ADUN sekalian, rakan-rakan yang telah pun menyentuh secara langsung dan tidak langsung. Er… sebenarnya saya juga seperti rakan saya daripada Benta saya ada lebih kurang dalam er… 13 soalan yang nak dijawab. Soalan tambahan yang menyentuh secara langsung dan tidak langsung.

1 daripada Tanjung Lumpur, 1 daripada Pulau Manis, 2 daripada Beserah, 1 daripada Teruntum, 1 daripada Tahan, 5 daripada Ketari dan 2 daripada Ibam. Jadi kalau saya jawab pun macam serupa juga, saya terpaksa menghabiskan masa 2 jam 15 minit. Walau bagaimanapun, saya bercadang seperti juga rakan saya daripada er… Wakil Kerajaan daripada Benta untuk saya membuat jawatan… er… jawapan bertulis kalau dipersetujui oleh rakan-rakan?

Yang di-Pertua (Speaker)

Ramai yang bersetuju.

Yang Berhormat Yang di-Pertua terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Sektor pelancongan adalah merupakan antara sektor yang penting untuk Kerajaan Negeri kerana yang telah dinyatakan di dalam soalan ya, soalan yang di… dikemukakan oleh Wakil daripada Pulau Manis bahawa, jika sekiranya kita mampu untuk mempertahankan… untuk mempertahankan kedatangan pelancong lebih daripada 12 juta setahun, maka sasaran kita untuk kita mencapai RM8.0 billion… RM8.0 billion perbelanjaan pelancong Yang Berhormat Yang di-Pertua, perbelanjaan pelancong, tourist received, perbelanjaan pelancong ini dapat kita teruskan hingga ke tahun 2020 dan ini sudah tentu akan meningkatkan dari segi KDNKK kita.

Pada tahun ini Yang Berhormat Yang di-Pertua, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah bersetuju untuk berangkat bagi merasmikan Ulangtahun Ke-100 Fraser’s Hill ataupun Bukit Fraser. Bukit Fraser yang sememangnya terkenal di antara… bukan di antara adalah kawasan tanah tinggi yang paling awal yang dibangunkan oleh er… orang inggeris ketika mereka ke mari, oleh James Fraser yang tak tahu dimana akhirnya beliau dan sejarah tersebut adalah merupakan satu yang sangat unik dan ianya… insyah-Allah kita akan melancarkan 100 tahun dan kita akan jadikan 100 tahun Bukit Fraser ini sebagai ikon untuk promosi pelancongan kita pada tahun ini. Dan insyah-Allah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya ingin juga maklumkan bahawa kita juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana walaupun Kerajaan Pusat yang mengutip cukainya tetapi kita kena ingat bahawa hotel-hotelnya terletak didalam Kerajaan Negeri dan er…kita di Pahang ini pada su…kita telah mengutip er…jumlah iaitu 50% daripada kutipannya iaitu enam bulan pertama sebanyak RM7.8 juta dan insyah-Allah enam bulan akan datang akan juga akan di…di…dikongsi bersama dengan Kerajaan Pusat

iaitu 50-50. Sebab itulah, makin ramai pelancong daripada luar negara datang, makin tinggi kutipan kita dan makin banyak perkara baru yang akan dapat kita lakukan. Kerana itulah Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita rasakan bahawa sektor ini adalah merupakan antara enjin pembangunan yang perlu kita… kita berikan perhatian.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya juga nak menyebut bahawa ia bahawa, insyah-Allah promosi akan terus kita jalankan dan saya juga nak maklumkan bahawa antara pelancong ya, ini pelancong kutip ini pelancong dari luar negara sahaja. Pelancong daripada dalam negeri kita belum lagi mungkin kita nak bercadang juga buat seperti Pulau Pinang telah lakukan er…Melaka pun telah lakukan dan mungkin juga kita akan cari jalan. Supaya apa Yang Berhormat Yang di-Pertua, supaya kerana kita dapat er…mengutip men…mendapat hasil kemudian kita boleh mempertingkatkan lagi.

Kerana apa pelancong akan datang dan yang paling penting kepada kita apabila pelancong itu datang, mereka akan ya, mereka akan membawa balik berita tersebut dan akan memberitahu kepada yang lain dan sudah tentulah dalam er…dunia digital ini dengan facebook, dengan twitter, dengan instragram dan sebagainya, ini juga menolong mempromosi.

Dan Singapura sebagai contoh 1.2 juta, China 723 ribu, Indonesia 342 ribu, India 80 ribu, Thailand 77 ribu, Jepun 65 ribu, Netherland, tempat Yang Berhormat Benta baru ini pergi tadi rupanya ramai juga 34 ribu yang datang,er…France, France tahu Yang Berhormat Yang di-Pertua, tahu France dimana, yang paris itu di Francelah, Eiffel Tower. Er…27 ribu, Germany 27 ribu, USA 26 ribu dan Guatemala 2 orang. Ada juga Yang Berhormat Yang di-Pertua. Kita rekodkan juga. Khazakastan… sekejap Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya lambat lagi itu

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Yang Berhormat silakan. Cari-cari . Tak ada.

Tak ada Yang Berhormat Yang di-Pertua, tak ada kat bawah ini. Kita Yang Berhormat Yang di-Pertua, cara kita, cara kita mengutip data tersebut kita akan pergi ke setiap hotel dan kita ada sistem kita dan kita nak pastikan supaya er…keha…kehadiran mereka itu akan dicatatkan kerana ini adalah merupakan rekod kita.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya… kita ingat pelancongan ini insya-Allah akan berjalan dengan baik dadn sebaba itulah untuk kita mengekalkan iaitu seperti yang kita nyatakan bahawa er…Exco pelancongan akan terus mempromosi, terutama sekali keluar negara kerana yang kena tax ini pelancong luar negara sahaja. Pelancong domestik tak kena lagi. Insya-Allah.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya juga telah bertanggungjawab kepada portfolio alam sekitar. Kita telah menjalankan apa yang kita katakan sebagai workshop dan insya-Allah seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa kita akan

mencadangkan kepada Kerajaan Negeri bagaimanakah caranya untuk kita menjaga alam sekitar ini.

Secara lebih sustainable, dengan izin, lebih lestari. Enam perkara kita telah sentuh. Satu, kita akan melaksanakan, kita akan laksanakan Pelan Pengurusan Alam Sekitar yang akan melibatkan enam sektor iaitu alam sekitar, perhutanan, perhilitan, indus…perindustrian, er…perbandaran, perlombongan dan hutan. Dalam proses penyediaan dasar dan pengurusan, insya-Allah kita akan bentangkan ke Dewan ini untuk kita ada enakmen. Iaitu enakmen apa yang kita sebut sebagai er…Enakamen Alam Sekitar ini penjagaan secara keseluruhannya.

Masalah yang timbul Yang Berhormat Yang di-Pertua adalah, yang akan menentukan samada ianya mengikut atau tidak alam sekitar tersebut adalah Jabatan Alam Sekitar ataupun Jabatan Parit dan er…air dan gali er… Jabatan Perparitan dan Saliran, Jabatan Pengairan Dan Saliran. Terima kasih.

Tetapi yang akan mengambil, yang akan mengambil apa namanya, ini tindakan adalah Majlis Perbandaran jadi tidak ada punca kuasa sebab itulah satu penggubalan, penggubalan er… ini enakmen perlu ada supaya ada punca kuasa, supaya ada pihak yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tersebut.

Yang keduanya Enakmen Biodervisiti. Er…negeri Pahang sustainable untuk khazanah yang kita sebutkan alam sekitar insyah-Allah, kita proses kajian dan kejadiannya. Enakmen Taman Negara telah dirangka er… dan digantikan telah pun diluluskan Taman Negara dan dulunya er…jika men…menceroboh Taman Negara er… dendanya agak rendah sekarang ini dah RM500ribu. Er…kita telah pinda dalam RM500 ribu dan warta dan telah pun dikuatkuasakan.

Kita juga telah… Pelan Pengurusan Ladang Hutan dijangka akan kita draf juga supaya kita nak pastikan bahawa ladang hutan ini kita tanam tanaman-tanaman yang mempunyai komersial dan dalam masa yang sama juga. Ia akan mendatangkan hasil ia dan juga er…hutan-hutan yang jenis sebagaimana yang boleh kita tebang dan sebagainya.

Bagi mengelakkan isu er…yang berlaku di Sungai Kim Kim di Johor. Ini masalah Yang Berhormat Yang di-Pertua, apabila JPS menyatakan bahawa mesti ada tindakan segera untuk dibuat tetapi masalahnya, jabatan yang mengambil… yang terpaksa mengambil tindakan tersebut adalah jabatan lain. Jadi dua pihak yang kadang-kadang mereka satu level dan tak boleh nak bercakap. Maknanya mereka mempunyai kuasa yang se..masing-masing .

Sebab itulah Yang Berhormat Yang di-Pertua, kerana itulah dengan penggubalan, dengan kita mengkaji dan melihat dari segi lebih yang komprehensif lagi, bagaimana enakmen ini… enakmen ini dapat digubal dan ianya memberikan satu punca kuasa kepada satu agensi atau jabatan ataupun jawatankuasa yang boleh mengarah dan mengambil tindakan. Kerana kalau kita jabatan dan jabatan ini, kadang-kadang meraka…. mereka satu level ini kadang-kadang susah untuk mendengar arahan semasa mereka. Jadi sebab itulah, kita telah pun menubuhkan jawatankuasa untuk mem…memantau pelupusan bahan-bahan buangan berbahaya di negeri Pahang.

Yang ketiga, yang terakhir Yang Berhormat Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri juga dalam proses menilai model perniagaan baru ia ini covern trading, yang pernah saya sebut dengan kerjasama shell bagi kawasan er…pioneer project kita iaitu Taman Negara, Taman Negeri Endau-Rompin.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya sebut Pahang mempunyai 55 ribu hektar. Ya, 55% daripada negeri Pahang masih lagi hutan simpan dan sudah tentulah Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita mengeluarkan… Negari yang mengeluarkan oksigen. Negeri seperti Pulau Pinang sebagai contoh atau Melaka sebagai contoh, mereka hanya mempunyai 10% sahaja hutan simpan. Untuk mereka penduduk di Melaka pun, untuk mereka bernafas oksigen pun tak cukup. Mereka terpaksa tumpang daripada kita. Tak akan kita nak bagi oksigen free berapa lama dah ini is nothing free in this world, Yang Berhormat Yang di-Pertua dengan izin.

Jadi sebab itulah kita sedang mengkaji supaya ganti rugi Yang…Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagitahu tadi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagitahu sebanyak Rm17 juta, RM17 bilion itu, insyah-Allah kita minta negeri-negeri lain bayar pada kita. This Carbon… ini mereka menggunakan pokok kita, kita pun nak maju macam Pulau Pinang, kita pun nak sodok hutan kita, kita pun nak buat pembangunan tapi mereka cakap jangan buat .

Ini salah kerana apa er…ini apa nama ini ianya mengganggu alam sekitar. Tapi kita pun nak maju juga. Jadi mereka boleh buat, kenapa kita tak boleh buat. Jadi mereka boleh buat, mereka telah pun buat, kita belum buat lagi, maka mereka kena bayar apa yang pengorbanan yang kita kena buat. Jadi sebab itulah kita dengan kerjasama Shell Malaysia kita akan buat er…projek kita iaitu er…pioneer project ataupun er... proof of concept kita iaitu er... di Hutan Endau-Rompin.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Bagi perladangan, ini satu portfolio baru ya. Jadi saya ni dapat portfolio perladangan ini tak pernah ada. Jadi oleh sebab itulah InsyaAllah pada 28 haribulan April ini, kita akan adakan Bengkel Penyediaan Garis Panduan serta rangka kerja pengurusan perladangan negeri Pahang iaitu dua, iaitu ladang hutan dan ladang komuditi, iaitu getah, kelapa sawit dan sebagainya. Ha ini penting kerana er... ladang hutan sustainable forest dan ladang komuditi yang mana...

Mohon mencelah Dato’ Sri. 25 haribulan... 25 haribulan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Kemayan, apa dia?

Dia... dia mengingatkan pada saya terima kasih Kemayan, 25 haribulan, sebab dia salah satu seorang dari jawatankuasa. Jadi kita senang kalau orang macam ni kalau dalam jawatankuasa kita dia tak kacau kalau kita bercakap. Kalau tak ada dalam jawatankuasa kita... kita pun risau dia akan kacau macam-macam. Ini antara strategilah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bukan kacau, dia nak bertanya.

Pasal kerana kita kena hormat kerana er... Wakil daripada Kemayan dia mempunyai kepakaran dalam perladangan ni. Beliau pernah menjadi pengurus ya, Pengurus Perladang... Perladangan dan beliau tau bagaimana hendak menyumbangnya. InsyaAllah dan er... sebagai contoh komoditi, kerana komoditi kita boleh tengok Yang Berhormat Yang di-Pertua, mereka dah ada di sini sudah lama. Contohnya Sime Darby, Tabung Haji, (tidak jelas) kita nak tanya mana CSR mereka. Kemudian mereka pun dari segi cukai tanah pun murah. Jadi InsyaAllah kita akan kaji supaya ianya boleh menambahkan pendapatan negeri juga.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Er... satu lagi saya hendak sebut ya. Tentang rakan daripada Semambu sebut tentang Pahang Technology Resources. Saya nak maklumkan bahawa, syarikat ini ditubuhkan ya. Dalam tahun 2015, 2016 adalah bertujuan untuk menjadi er... syarikat yang boleh memacu industri maklumat ICT... ICT dan juga bioteknologi yang bersangkutan dengan teknologi ini. Apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang baharu Dato’ er... Wan er... telah mengambil alih, InsyaAllah seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekarang ini Kerajaan Negeri akan mengadakan restructuring ataupun penyusunan semula syarikat-syarikat yang tidak ada berdaya saing kita akan tutup, syarikat-syarikat yang ada berdaya saing kita akan teruskan. Kemudian syarikat-syarikat yang kurang berdaya saing bagimana untuk menjadi ianya berdaya saing sebagai contoh.

Kerana ini itulah apa yang disebut oleh Wakil Kerajaan daripada Bebar iaitu Pahang Go sebagai contoh itu adalah salah satu daripada insiatif oleh Pahang Technology Resources. Kerana apa, kerana selepas ini Pahang Technology Resources ini akan hanya menjadi sebagai syarikat holding company, syarikat holding company yang ianya nanti akan di er... akan er... diambil alih 100% oleh Pahang Corp. Ini adalah restructuring yang dibuat. Saya juga hendak maklumkan bahawa Pahang Technology Resources telah pun... telah pun berada dalam blue ya.. view ada untung dah sebenarnya. Dia baca tahun 2015, 2016. Dia tak baca 2017, 2018. Tak apa nanti bila audit datang kita boleh tengok sendiri er...

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Semambu.

Semambu? Dia boleh tengok sendiri. Sebab tulah kena...

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya hendak maklumkan bahawa ianya mengambil masa 20 tahun untuk Pembangkang ya, kalau dulunya mereka pembangkang, untuk menyakinkan rakyat sehinggalah kerajaan Barisan Nasional ini tumbang. Tetapi hanya mengambil 9 bulan sahaja bagi kerajaan ya, dari rakyat sekarang ini terutama sekali ya, rakyat di Malaysia ni untuk menunjukkan protes mereka. Walaupun 3 pilihan raya yang kecil ni, 3 pilih raya yang kecil ini, ianya bukan satu pilihan raya yang melibatkan semua masyarakat, semua rakyat, semua pengundi, tetapi ini adalah merupakan referendom rakyat kepada kerajaan yang ada. Jadi sebab itulah ya, sebab itulah sebagai kerajaan yang

memerintah, apa yang perlu mereka ada. Mereka perlu memberikan jaminan masa depan kepada rakyat.

Jika sekiranya Yang Berhormat Yang di-Pertua harga komoditi jatuh, pelabur apa namanya, apa namanya harga... harga apa namanya minyak (tidak jelas) barang terus naik. Kemudian, ekonomi tidak menentu. Saya difahamkan bahawa ya rating moody and poor sebagai contohnya kita semakin turun. Ada orang bagi tau bahawa rating ni tak penting. Sebenarnya rating ni penting, kerana rating moody and poor yang menentukan sama ada orang nak beli ke tak beli kalau kita buat bon ya. Bon ni kalau kita ini loan. Kalau kerajaan dipanggil bon... bon. Kita nak pinjam duit. Kalau rating kita tak bagus, rating moody and poor macamlah CTOS pada kita.

Jadi kerana sebab itu apabila ianya berlaku apa yang kita sebut tabung persaraan Global Norway telah mengeluarkan 8 bilion duit pelaburan mereka di Malaysia. Dan saya difahamkan bahawa FTSE Russell yang berpangkalan di… di England, yang mempunyai pelaburan sebanyak 42 billion juga akan kemungkinan… kemungkinan akan mengeluarkan pelaburan kerana tidak yakin lagi dengan kerajaan yang ada dan setakat ini, di Bursa Saham sebanyak 270 bilion pelaburan, nilai saham telah pun terkeluar dari Bursa Saham.

Ini satu perkara yang sangat serius. Kerana kita sangat menghormati demoskrasi. Rakyat membuat keputusan ya, Yang Berhormat Yang di-Pertua, Perdana Menteri dulu, Dato Najib dia tak lari macam Perdana Menteri-Perdana Menteri yang lain. Dia tak naik kapal terbang lari, dia hadapi kerana dia yakin bahawa apa yang dilakukan itu betul. Dulu rakyat tidak ada perbandingan, tetapi selepas 10 bulan ya, mungkin 11 bulan, 12 bulan. Ni bulan 4, bulan 5, hampir dah 11 bulan dah, nak masuk setahun rakyat dah boleh buat perbandingan antara kerajaan dulu dengan kerajaan sekarang.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Kalau balak diturunkan, er... bala diturunkan Yang Berhormat Yang di-Pertua. Macam contohnya Nabi Noh kena... zaman apa namanya banjir besar, dia bukan kena orang yang, orang yang tak baik. Orang yang baik pun kena jugak. Betul? Ha, seperti Sadum kampung Nabi Luth di er... di Laut Mati, Kampung Sadum. Zaman Nabi Luth, bagaimana di terbalikkan tujuh kampung, orang yang baik pun kena juga. Jadi sebab itulah Yang Berhormat Yang di-Pertua, ini perkara ini perkara serius ya. Kerajaan yang ada ni mesti kena fikir rakyat di bawah tertekan, sangat tertekan.

Dengan pendapatan yang kurang, sama ada kita pergi ke FELDA, ke kampung dan sebagainya. Kita tak nak cakap janji.. janji tak ditepati, biarlah. Janji kita semua tau, tetapi ini kena serius. Kita hendak maklumkan kepada Kerajaan Pusat supaya cukup berpolitik. Tumpukan kepada bagaimana hendak membantu rakyat. Jika sekiranya mereka kita perlukan sumbangan daripada orang er... pembangkang, sama ada Pas ataupun Barisan Nasional kita bersetuju. Ini soal tak makan Yang Berhormat Yang di-Pertua, soal kita semua. Bukan soal er... er... orang Pakatan sahaja. Kita semua ini.

Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua saya harap supaya kita di sini ya, kita di sini 11 bulan kita dah boleh menilai. Yang mana intan, yang mana kaca, yang mana akar, yang mana rotan. Jadi sebab itulah Yang Berhormat Yang di-Pertua ya, kita berharap seperti saya nak pinjam apa yang dinyatakan oleh Wakil daripada er... Pelangai ya. Dia cakap kerajaan sepenggal. Tak taulah sepenggal tak sepenggal. Tetapi inilah hakikatnya. Dan kita InsyaAllah, kita Barisan Nasional di Pahang ini, InsyaAllah 26 haribulan ni kita akan adakan er... saya pun tengok jam saya tau masa saya pukul

7.00, sekarang ni saya ada 6 minit lagi. Yang Berhormat jangan tengok-tengok... jangan tengok.

Yang di-Pertua (Speaker)

Seronok tengok Yang Berhormat

Kita akan adakan himpunan perpaduan ummah yang pertama ya. Di Padang MPT, iaitu gabungan Pas. Apa yang takut sangat Pas ni...MPK minta maaf. Yang Berhormat Yang di-Pertua, MPK. Terima kasih. Apa yang kita takutkan sangat apabila UMNO dan PAS bergabung, maka macam-macam apa ni label yang diberikan. Apa takut? Jangan takut, ya dak. Jangan takut, rakyat dan berikan kepercayaan tapi buat yang baik. Jangan kita cuba er… jangan kita lakukan perkara yang boleh menimbulkan rasa resah gelisah kepada rakyat. Pastikan kita control Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kawal negara ni dengan baik. Ini kita tak bercakap lagi soal bagaimana er… sensitivity kaum-kaum itu. Sebab itu kita sebut bahawa, Malaysia ni kalau sekiranya kita nak… nak move on Yang Berhormat Yang Di-Pertua dengan izin, perkara sensitif jangan disebut. Orang melayu sensitif dengan raja, jangan disebut. Ini kalau kita tengok, ambil tindakanlah, segera.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, Yang Berhormat bercakap macam di Rantau je.

Sebab itu kita menang. Sebab itu menang. Saya ingat ke menang 2 ribu rupanya menang 5 ribu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, ya silakan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya nak sebut sikit. Dulu bila kita menang di Cameron Highlands, dia bagitau “ah ini kerusi tradisi Barisan Nasional”. Ye dak? Sebab itu menang. DAP, minta maaf lah Yang Berhormat Yang Di-Pertua, rakan kita daripada DAP ada lagi seorang, seorang dua, dua orang er… sahabat kita daripada Mentakab dan Ketari. Terima kasih lah pasal dia bimbang saya nak menjawab 5 soalan tu. Tapi tak jawab.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tanah Rata ada.

Er… Tanah Rata ada lagi yang berhormat. Tanah Rata daripada Cameron Highlands, kalah. Kemudian pilihan raya kecil di Semenyih, orang bagi tahu “oh, ini adalah kerana er… kawasan melayu 70%, UMNO menang ju… Barisan Nasional menang juga. Di

Rantau, 55… 54% saja melayu, yang lain Cina dan India tapi tak kira siapa bertanding, ye dak? Dulu nya ramai tokoh-tokoh yang hebat, saya pun kalah, parlimen, tokoh-tokoh yang hebat yang kalah. Menteri, 7 orang kalah tapi… maknanya kita boleh lihat bahawa ini adalah kebangkitan rakyat yang menuntut supaya kerajaan Pakatan Harapan yang ada pada hari ini, mereka mesti menunaikan janji dan pastikan sensitiviti ini, soal raja, soal agama islam, soal hak istimewa orang melayu yang kita dah persetujui ini.

Perkara-perkara yang sensitif ini dan mesti dijaga agar kemakmuran kesejahteraan 61 tahun kita merdeka ini, di bawah Barisan Nasional dulunya, keamanan dan kesejahteraan ini, yang kita bina ini dapat kita teruskan. Kerana apa? Kerana kita tidak mahu perkara-perkara yang tidak baik tida… berlaku takpelah janganlah risau kita dengan PAS ni kita pun dengan PAS ni bermusuh dah lama dah. Sebenarnya sayang tapi nak mula nya macam mana ye. Sekarang ni kami telah pun bermula, kami sedang bercinta sekarang ini. Jangan jealous, jangan cemburu ya. Insya-allah, saya pun dah berlatih pakai kopiah putih sekarang dan juga bertakbir nak… dan orang PAS pun sekarang ni ada dah start nyanyi-nyanyi sikit-sikit. Lagu patriotik lah Yang Berhormat Yang Di-Pertua, lagu nasyid lah.

Jadi Yang Berhormat Yang Di-Pertua, saya pun tidak ingin untuk… saya dah janji pukul 7 saya berhenti. Apa pun, saya… insya-allah saya akan jawab secara bertulis 13 soalan ini er… kepada rakan-rakan dan er… terima kasih lah kepada semua yang… yang, sebenarnya Yang Berhormat Yang Di-Pertua, apabila Yang Berhormat Yang Di-Pertua, apabila orang menyebut kita ni, maknanya kita ni masih relevan lagi. Jadi jangan kita susah hati. Kalau orang tak sebut langsung kita ni maknanya kita ni tak ada apa dah. Baiklah kita tutup… tutup buku. Tapi kalau er… orang masih sebut tak kira lah sama ada positif, negatif, kita ini masih relevan lagi. Insya-Allah Yang Berhormat Yang Di-Pertua, dengan itu saya menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekian, assalamualaikum WBT.

Dato’ sri yang di-pertua,

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada lagi.

Saya mohon… saya terlupa tadi. Saya… saya nak maklumkan, Dato’ Sri Yang Di-Pertua kalau izin ya. Saya mengangkat botol ni, botol ni botol tempoyak yang hari tu saya bercakap tu, bagaimana kita buat packaging, sebab saya bukan apa Dato’ Sri, saya kesian ke Lanchang tadi dia tengah semangat…

Yang di-Pertua (Speaker)

Dia tengah semangat, yang berhormat keluar tempoyak pula. Tak apa, sila.

Dato’ sri, ni saya nak rakamkan terima kasih kepada pihak FAMA ya… Dato’ Sri. Ini cara bagaimana kita er… mempakejkan ni er… produk tempoyak yang merupakan makanan tradisi dan untuk makluman Dato’ Sri, tempoyak ni telah pun dieksport ke

luar negara hingga ke negara-negara di Eropah. Itu lah usaha kita, insya-Allah satu hari besok, kita akan lihat misal contohnya, bagaimana er… orang putih ataupun orang di Eropah akan makan ini makanan kita ini dan dia mungkin lebih passionate ataupun lebih er… hebat dalam mempromosi makanan kita insya-Allah, dan kita mampu untuk menguasai dunia dengan makanan-makanan yang kita hasilkan di negara yang tercinta ini. Terima kasih Dato’ Sri.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua,

Tahu tak kenapa Wakil daripada Benta tu bangun? Nak cakap itu tempoyak dia. Pasal dia letak dalam beg er… pelancongan, orang semua ingat saya punya. Semua cakap terima kasih Dato’, terima kasih Dato’…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat kerjasama lah.

Dato’, saya tak bagi tempoyak Dato’, saya hanya er… saya tapi diletak dalam beg tourism Pahang. Jadi sebab itu dia kena clarify yang itu dia punya. Tak apalah, setidak-tidaknya saya bagi plastik je. Kalau tak, mana nak letak tempoyak tersebut kalau bukan dalam beg plastik ini. Terima kasih.

Nak tanya sikit, kepada pertanian… EXCO Pertanian, pernah tak dia makan sardin tempoyak?

Untuk makluman Dato’ Sri, ini cerita sejarah. Sebab apa, Dato’ Sri, dulunya masa saya belajar, saya duduk di rumah… masa tu dengan sahabat saya. Kita mikir macam mana nak masak. Apa masakan yang nak kita masakkan selain daripada telur lah, goreng telur tu biasa. Jadi akhirnya, cara yang paling mudah sekali Dato’ Sri, ialah kita beli yang sardin er… sardin tu kita masak. Memang enak sekali. Saya setuju dengan kemayan. Tempoyak lah.

So, mungkin dalam cadangan ni nanti kita cadangkan supaya er… mereka yang nak er… khususnya sahabat-sahabat di Eropah lah ye, yang kita promosi er… di Kazakhstan, misal contohnye. Dato’ Sri, memang… sardin memang enak. Bukan saja sardin, semuanya… Geneva. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan yang telah memberikan penjelasan jawapan yang jelas walaupun dalam tempoh masa yang dihadkan. Ini mencerminkan kematangan dan kebijaksanaan serta komitmen ahli-ahli yang berhormat. Terima kasih juga kepada Ahli-ahli Dewan, ketua-ketua jabatan yang setia berada… setia berada dalam Dewan Yang Mulia ini (ahli menepuk meja) demi memikul tugas dan amanah untuk rakyat dan negeri yang tercinta ini. Tahniahlah untuk semua.

Saya yakin rakyat akan tahu bahawa wakil-wakil mereka bekerja kuat hingga… hingga berada dalam Dewan ini ke saat ini. Tahniah lagi sekali. Baiklah, esok kita akan mendengar pula penggulungan dan ulasan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Oleh yang demikian, saya bercadang untuk menempohkan persidangan pada petang ini yang akan disambung semula pada hari besok, hari Jumaat, 19 April 2019 mulai jam 9.30 pagi. Saya harap pada masa tersebut, semua Ahli-ahli Dewan akan berada di sini kerana hari Jumaat kita mempunyai masa yang agak terhad. Jadi persidangan ditempohkan. Assalamualaikum WBT.