Pahang · 5 September 2023
15th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 191 turns · 14,979 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari
: Selasa, 5 September 2023
bersamaan 19 Safar 1445 Hijriah
Bacaan doa.
DOA
Bismillahirrahmanirrahim [Ayat al-Quran]. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduk sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin, Amin Ya Rabbal A’lamin.
Mengesahkan Peringatan Mesyuarat
Perkara Kedua: Mengesahkan Peringatan Mesyuarat.
Mengesahkan Peringatan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada 8, 9, 10, 11 dan 12 Mei 2023 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin membawa cadangan bahawa peringatan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada 8, 9, 10, 11 dan 12 Mei 2023 di Dewan Negeri di Wisma Sri Pahang, Kuantan disahkan.
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Soalannya ialah suatu cadangan bagi mengesahkan peringatan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada 8, 9, 10, 11 dan 12 Mei 2023 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan telah pun mendapat sokongan. Sekiranya tiada apa-apa pindaan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada. Peringatan mesyuarat tersebut disahkan dengan tiada pindaan.
Peringatan mesyuarat disahkan dengan pindaan dan dibawa untuk pengesahan Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan.
PERTANYAAN-PERTANYAAN KEPADA MENTERI BESAR
Perkara Ketiga: Pertanyaan-Pertanyaan kepada Menteri Besar.
Bismillahirahmannirrahim WBT. Salam sejahtera dan selamat pagi.
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin-Nya, kita semua dapat menghadiri Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Yang Ke-15 pada pagi yang berbahagia ini.
Umum mengetahui bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada… sebanyak 3 kali setahun. Jadi persidangan ini perlu diadakan seperti biasa, mengambil kira ketetapan yang telah ditetapkan dan tentunya akan ada perkara-perkara penting dibawa pada persidangan kali ini. Sejak berakhir Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 pada bulan Mei yang lalu, banyak peristiwa besar berlaku di antaranya pilihan raya negeri di enam negeri. Tahniah kita ucapkan kepada gandingan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional kerana berjaya mengekalkan kemenangan ketiga negeri. Begitu juga tahniah kepada Perikatan Nasional.
Keputusan PRN yang pada 12 Ogos 2023 yang lalu menyaksikan keputusannya iaitu sama, iaitu tiga sama seperti PRU yang ke-14 yang lalu. Namun berdasarkan kepada undi popular yang diperolehi di PRN di enam negeri berkenaan, ia memihak kepada PH yang memperolehi 3.4 juta undi berbanding 3.38 juta undi kepada Perikatan Nasional.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Sesungguhnya hidup, mati, jodoh pertemuan serta rezeki kita adalah di tangan dan penentuan Allah SWT. Sesungguhnya hari terus beredar dan masa begitu cepat berlalu. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih ingat lagi dan amat bersedih dan pilu apabila menerima berita ke atas pemergian Yang Berhormat Dato' Sri Johari Harun, Ahli Dewan Negeri bagi Kawasan N.36 Pelangai yang maut di dalam kejadian sebuah pesawat ringan terhempas di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina di Seksyen U16 Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos 2023 yang lalu. Pada PRU ke-15, Allahyarham menang Kerusi Dewan Negeri Pelangai dengan majoriti 4,048 undi dan dipilih menjadi sebahagian daripada 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, walaupun kali pertama bertanding mewakili Barisan Nasional pada pilihan raya yang lalu.
Allahyarham dilahirkan pada 20 Januari 1970 iaitu adalah bekas pelajar Maktab Tentera Sungai Besi dan siswazah Sarjana Muda Undang-undang Universiti Teknologi MARA. Pembabitan Allahyarham dalam bidang politik bermula secara rasmi apabila dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bentong pada tahun 2008 hingga 2013, sebelum menjadi Naib Ketua UMNO Bahagian Bentong pada tahun 2018. Allahyarham kemudian menerajui kepimpinan UMNO Bentong selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan Mac 2023 yang lalu, mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Tan Sri Adnan Yaakob yang memilih untuk bersara daripada politik. Pada masa itu, Allahyarham menyatakan hasrat untuk menggunakan segala kudrat, idea, pengalaman untuk memperkukuhkan parti dengan kepimpinan Menteri Besar… di bawah kepimpinan Menteri Besar Yang Amat Berhormat Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, memandangkan parti sedang berdepan dengan dalam situasi politik yang mencabar.
Allahyarham juga dilihat sebagai pimpinan pemimpin pelapis untuk menerajui kepimpinan UMNO Pahang berdasarkan pembabitannya yang aktif di bidang… lapangan lain mempunyai keperibadian melaksanakan tugas dengan baik. Selain politik, allahyarham juga aktif dalam segala dalam bidang lain termasuk pendidikan kerana pernah menggalas tanggungjawab sebagai ahli Lembaga Pengarah… Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Amanah Tuanku, Canselor Universiti Islam Pahang, Sultan Ahmad Shah atau (UnipSAS) dan Ahli Lembaga Penasihat Industri Universiti Kuala Lumpur, (UniKL) sebagai… berperanan sebagai ahli majlis… dan juga berperanan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Bentong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Masa pantas berlalu dan sesungguhnya sesuatu peristiwa sedih dan manis itu tentu akan meninggalkan pengajaran kepada kita yang masih hidup ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian di kesempatan ini, di Dewan yang mula ini, marilah kita bersama-samanya menyampaikan takziah kepada yang berbahagia Datin Sri Maznah Samsudin serta keluarga atas pemergian allahyarham Dato' Johari Harun. Semoga Yang Berbahagia Datin Sri Maznah dan keluarga tabah menerima ketentuan Ilahi. Untuk itu, marilah kita menghadiahkan al-Fatihah kepada Roh Allahyarham semoga Allah SWT menempatkan Roh Allahyarham bersama-sama para solihin dan kepada yang bukan Islam bersama-sama kita bertafakur. Al-Fatihah.
Baiklah, kita teruskan dengan aturan urusan mesyuarat yang seterusnya. Saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Inderapura mengemukakan pertanyaan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, dengan izin saya mohon mengemukakan soalan nombor 1.
[Kerajaan Negeri Pahang telah mengorak langkah ke hadapan dalam aktiviti penguatkuasaan dengan penubuhan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP). Sejauh manakah aktiviti penguatkuasaan telah ditingkatkan dan bagaimanakah keberkesanannya? Mohon kemukakan data dan maklumat berkaitan bagi tahun 2022 dan sehingga Julai 2023.]
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN Kawasan Inderapura kerana bertanyakan soalan berkenaan dengan aktiviti penguatkuasaan dengan penubuhan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang pada tahun 2019, dan ini memberi peluang kepada saya untuk memberitahu dan memaklumkan kepada Ahli-ahli Dewan bahawa aktiviti-aktiviti penguatkuasaan yang telah kita buat. Penubuhan unit penguatkuasaan ini sebenarnya setelah saya mendapat laporan daripada pelbagai pihak yang mengatakan bahawa terdapat aktiviti-aktiviti penerokaan haram seperti lombong, tanah, hutan dan sebagainya dan sebagai pertambahan kepada unit penguatkuasa yang sedia ada, Kerajaan Negeri telah setuju menubuhkan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang pada Mesyarat EXCO Bil. 31/2019.
Untuk maklumat, Yang Berhormat daripada Inderapura, pada tahun 2022, Unit Penguatkuasa Negeri Pahang telah mencatatkan tindakan penguatkuasaan sebanyak 133 kes melibatkan sitaan jentera dan eksibit sebanyak 177 buah merangkumi kesalahan Kanun Tanah Negara, Enakmen Mineral Negeri Pahang, Akta Perhutanan Negara dan Enakmen Sumber Air Pahang. Kutipan kompaun sebanyak 1.5 juta telah diperolehi bagi tahun 2022. Bagi tahun 2023, sehingga Ogos 2023 sebanyak 96 kes telah berjaya dibanteras, melibatkan sitaan jentera dan eksibit sebanyak 229 buah. Kutipan kompaun dan denda telah berjaya dikutip sebanyak RM1.4 juta. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Pahang juga menekankan pendakwaan dijalankan bagi semua kesalahan sebagai pengajaran dari contoh supaya tidak… tiada pihak sewenang-wenangnya menceroboh tanah Kerajaan Negeri Pahang. Menyambut baik hasrat tersebut, sebanyak 8 kes telah dibawa ke muka pengadilan semenjak 2021.
Untuk makluman Yang di-Pertua juga, satu kes yang melibatkan kesalahan pasir silika di Kuantan telah dijatuhkan hukuman denda RM200,000.00 atau penjara setahun serta semua jentera yang disita telah diperintahkan untuk dilucuthak kepada Kerajaan Negeri Pahang. Perkara ini merupakan titik tolak untuk unit Penguatkuasaan Negeri Pahang membawa lebih banyak kes ke pendakwaan yang… bagi menjaga kepentingan dan sumber Negeri Pahang daripada terus dirompak.
Untuk makluman Yang Berhormat Dato Sri Yang di-Pertua,
Pada peringkat awalnya aktiviti penguatkuasa ini bagi mereka yang melakukan kesalahan, kita akan kompaun. Dan bila kita kompaun, saya dapati kes ini tidak menunjukkan sebarang kekurangan. Hari Isnin kita tangkap, hari Rabu ada lagi buat aktiviti penerokaan haram, dan akhirnya Kerajaan Negeri telah memutuskan, memberitahu kepada Penasihat Undang-Undang Negeri supaya kes selepas ini kita
tidak akan kompaun lagi. Kita terus bawa ke mahkamah untuk tujuan pendakwaan dan ini untuk memberi pengajaran kepada orang ramai dan juga menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang sangat serius berhubung dengan aktiviti-aktiviti penerokaan haram ini.
Jadi sehubungan dengan itu juga Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, keberhasilan penguatkuasaan dijalankan oleh Unit Penguatkuasa ini tidak boleh dinilai daripada kutipan kompaun dan denda sahaja tetapi boleh ditafsirkan secara tidak langsung dengan peningkatan hasil di Pejabat Daerah dan Tanah dan anak syarikat negeri. Sebagai contohnya kutipan royalti bahan batuan daerah Temerloh meningkat dari RM2.3 juta pada tahun 2021 kepada RM3.5 juta pada tahun 2022. Peningkatan sebanyak 150% daerah Lipis meningkat dari RM385,000.00 pada tahun 2021 kepada RM653,000.00 pada tahun 2022 dan peningkatan ini ialah sebanyak 169%. Pencapaian ini merupakan salah satu contoh keberkesanan tindakan penguatkuasaan yang dapat dilihat secara tidak langsung iaitu peningkatan pematuhan oleh semua pengusaha.
Contoh lain yang dapat dilihat melalui Skim Pelombong Kecil yang dijalankan di Mukim Kecau daerah Lipis. Sejak tahun 2021, sebanyak 36 kes perlombongan emas haram di sekitar daerah Lipis telah berjaya dibanteras dan ini secara tidak langsung telah menggesa kepada kelulusan Skim Pelombong Kecil Mukim Kecau Daerah Lipis pada tahun 2022. Sehingga Ogos 2023, projek ini telah memberikan royalti mineral kepada Kerajaan Negeri Pahang sebanyak RM1.2 juta. Selain tindakan sitaan dan tangkapan, Unit Penguatkuasaan juga menjalankan tindakan penguatkuasaan di atas tanah milik anak syarikat negeri Pahang dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan atau (PTP) selaras Seksyen 425(2) Kanun Tanah Negara bagi membantu syarikat seperti Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang, Pahang Corporation Sdn. Bhd., Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands dan Kementerian Dalam Negeri.
Bantuan tindakan penguatkuasaan ini penting, kerana selepas peneroka haram berjaya dibanteras, pelabur dan pemajak tanah berkaitan boleh membawa masuk pelaburan baru dan meningkatkan hasil bagi Kerajaan Negeri Pahang. Sehingga kini, Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang telah berjaya menjalankan tindakan penguatkuasaan bagi tanah seluas 1,360 ekar dan membolehkan tanah berkaitan ini dipajak dan diusahakan secara komersil bagi meningkatkan hasil negeri Pahang.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mantan Pengarah Tanah dan Galian yang sekarang ni menjadi Pengarah SDO kerana beliau juga adalah di antara yang bertungkus-lumus untuk memastikan tindakan penguasaan yang dijalankan termasuklah juga dengan Mantan SS dan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan yang ada pada hari ini, dan juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan aktiviti penguatkuasaan negeri Pahang. Syabas dan tahniah kepada mereka. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Boleh saya… soalan tambahan. Dato' Sri Yang di-Pertua, ingin saya ajukan, dalam melaksanakan tugas-tugasan unit penguasaan negeri Pahang ini, apakah ia juga melibatkan jabatan-jabatan lain seperti JAS atau pun JMG dalam… dalam… dalam penguatkuasaan sesuatu tindakan? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Sudah tentulah Kerajaan Negeri menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain, seperti PDRM, SPRM sekalipun, Alam Sekitar, Jabatan Mineral dan Geosains dan mana-mana aktiviti, mana-mana agensi kerajaan yang ada autoriti untuk menjalankan penguatkuasaan, Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi kerjasama dan begitu juga disebaliknya, mereka sangat memberi kerjasama yang baik kepada Kerajaan Negeri. Kalau tidak mana mungkin Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, kita berjaya membenteraskan ataupun meminimakan aktiviti-aktiviti penerokaan haram di negeri Pahang. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Sila soalan kedua. Wakil daripada Mentakab.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor dua.
[Berapa jumlah murid yang tidak mengambil peperiksaan SPM walaupun sudah berdaftar pada tahun 2022 di Negeri Pahang?
Apakah langkah-langkah yang sedang atau akan diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani perkara ini?]
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Soalan kedua yang dibangkit oleh rakan saya daripada Mentakab ialah berkaitan dengan pelajar yang tidak mengambil peperiksaan SPM dalam tahun 2022. Berapakah jumlah murid yang tidak mengambil peperiksaan SPM dalam tahun 2022? Kesemuanya 863 orang iaitu kalau pecahan dari segi daerah Cameron Highlands: 31, Lipis: 69, Raub: 91, Bera: 60, Jerantut: 65, Bentong: 47, Maran: 74, Rompin: 82, Pekan: 55, Temerloh: 86, Kuantan: 203. Jumlahnya, 863.
Apakah langkah-langkah yang sedang atau diambil… yang akan diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani perkara ini? Sebenarnya, kalau mengikut analisa yang dibuat, apakah punca pelajar-pelajar ini tidak mengambil perperiksaan? Makna lazimnya bila masuk tingkatan 5, pelajar-pelajar akan mendaftar untuk mengambil perperiksaan, katalah SPM. Walaupun dia tidak minat, walaupun tidak berhasrat, tapi masuk je dia mesti daftar dan dibuat analisa, apakah punca atau trend ketidakhadiran murid dalam tingkatan 5? Pertama sekali ialah mereka tidak minat. Itu yang paling... yang… they are not interested dengan izin tidak minat. Keduanya, masalah keluarga, ada juga masalah keluarga. Yang ketiganya sakit. Yang keempatnya, dia nak bekerja. Bila once they tasted blood, dengan izin. Bila dia bekerja, dia dapat duit sendiri ,ha tu dia… minat dia itu lari dan dia menumpukan pada pekerjaan.
Kemudian, ada juga gadget punya pengaruh ni. Terlampau obses dengan gadget ini dia memikir, tengok influencer dia jadi influencer, dia jadi macam-macamlah. Lepas tu yang lain tu adalah ada yang jarak jauh. Misal contoh kalau Orang Asli, dia duduk
dalam kawasan penempatan dia dan di sana tu environment dia berbeza, jauh daripada sekolah. Sebab tu Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar telah menyarankan kepada Kementerian Pendidikan, khususnya Menteri supaya setengah-setengah sekolah ini, termasuk sekolah Orang Asli ini, diwujudkan asrama. Supaya mereka dapat ditempatkan di situ kerana ada setengah ni terpaksa ulang alik, masalah pengangkutan dan sebagainya.
Malahan saya difahamkan Yang Amat Berhormat Dato' Sri, masa Yang Amat Berhormat Dato' Sri belajar di sekolah menengah dahulu, Kampung Tanjung Gahai itu merupakan sebuah perkampungan yang pengangkutannya menjadi begitu sulitlah. Pengangkutan dia kalau tidak dengan keretapi, ialah dengan bot dan ini sebenarnya menjadi satu perkara yang cukup mencabar. Mungkin bukan kita yang duduk di dalam bandar atau di mana kemudahan logistik, infrastrukturnya cukup lengkap, tetapi bagi perkampungan atau penempatan seperti kaum masyarakat Orang Asli ini juga merupakan satu cabaran yang hebat. Namun Jabatan Pendidikan Negeri Pahang khususnya telah mengambil langkah-langkah, antaranya ialah semua Guru Bimbingan Kaunseling, Kaunselor ini diminta untuk meneliti dan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian. Mengambil kira semua aspek.
Aspek-aspek yang diambil kira ialah tekanan akademik yang tinggi, masalah kesihatan, masalah peribadi dan keluarga, kekurangan motivasi dan juga mengenal pasti punca-punca yang menjurus kearah perkara tersebut. Dan pada masa yang sama juga Guru Bimbingan Kaunseling sentiasa cakna kepada murid yang terbabit tersebut dan tindakan-tindakan lain yang diambil ialah pertama, mengenalpasti atau kenalpasti gaya pembelajaran murid. Kemudian keduanya, mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Kadang-kadang dalam bilik darjah itu, cara pengajaran cikgu mengajar itu sendiri mesti dipelbagaikan supaya dia menimbulkan minat. Dia boleh juga buat dalam bentuk, misal contohnya, dia buat macam lakonan. Macam dia nak menjurus ke arah keluar daripada kelas, pergi ke luar, buat lawatan dan juga pada masa yang sama juga memberikan rangsangan kepada pelajar-pelajar tersebut.
Juga mewujudkan suasana kondusif dalam darjah itu sendiri, dalam kelas itu sendiri. Kadang-kadang dalam kelas itu dia gloomy sangat, panas, tengok infratsruktur yang kita sediakan dan juga mempelbagaikan termasuklah memberi bimbingan positif, maklumkan kepada murid-murid. Misal contohnya career guidance dengan izin, kalau kita dapat kita lulus ini, apakah potensi-potensi kita? Kita boleh melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Apakah peluang-peluang yang ada di hadapan kita dengan adanya kelulusan akademik yang baik misal contohnya. Kerana sebahagian dari murid ini mungkin tidak diberikan bimbingan tentang career guidance. Sebab itu kadang-kalanya kalau kita bertanya dengan pelajar-pelajar yang tingkatan 5, "Apakah cita-cita anda? "Belum pasti lagi".
Malahan saya pernah hadir dalam majlis pengumuman keputusan SPM, pelajar yang cemerlang, tanya dia "apakah cita-cita kamu?". "Belum putuskan lagi". Ada ramai yang cakap macam tu. They have not decided, dengan izin. So kita boleh bagi career guidance. Kita boleh bawa. Sebab itu sekolah-sekolah digalakkan supaya melihat misal contohnya kita pergi melawat loji rawatan air, CEO PAIP ada di situ memberikan taklimat, ini loji rawatan air, sistem dia begini, proses dia begini, so akan timbul minat. Ooo… kalau kita besar esok, sekolah esok, kita nak jadi macam ini. Sebab inilah pentingnya tengok sistem, schematic drawing dengan izin, dan kita juga boleh bawa pergi ke facility lain di TNB misal contohnya, electrical power dengan izin, elektrik kuasa. Ha ini dia jana kuasa begini. Tengok empangan, bagaimana empangan dibina, misal contoh dalam proses pembinaan boleh tengok.
Lihat bagaimana proses pembinaan. Bila kita jana, jana kuasa melalui hidro misal contohnya. Apakah kesan dia? Kita beritahu tentang alam sekitar. Jadi minat itu timbul. Kita boleh pergi ke JPS kita tengok sungai, 'Cintailah Sungai Anda'. Tengok bagaimana jabatan-jabatan ini berfungsi untuk memastikan alam sekitar semua aspek kehidupan ini dijaga dengan baik. Kita boleh juga pergi melalui Jabatan Kerja Raya melihat bagaimana pembinaan jambatan, bagaimana pembinaan jalan, bagaimana pembinaan yang dilaksanakan, dengan bangunan yang mencakar langit. Boleh pergi misal contohnya kalau di Kuantan, 203 orang, tahun sudah tidak mengikuti peperiksaan SPM. Boleh dibawa ke Majlis Bandar Raya. Bandar Raya boleh melihat, menengok bagaimana cara yang kita nak menangani permasalahan-permasalahan dan ini menimbulkan minat kepada pelajar-pelajar.
Insya-Allah, perkara ini sebenarnya, terima kasih kepada YB Mentakab. Sebab dalam Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan 2022, saya sendiri telah membangkitkan dengan pengarah. Saya telah membangkit dengan pengarah. Kita mengumumkan keputusan yang cemerlang bagi pelajar. Tetapi 863 ni, we got to trace, saya kata. Apakah puncanya? Mungkin ada setengahnya tadi, apabila sampai masa nak mengikuti peperiksaan, ditimpa berita kesedihan, kematian ahli keluarga, yang… hingga mereka tidak mahu pergi ke sekolah atau trauma untuk mengikuti, mengambil peperiksaan dan pelajar seumpama ini boleh diberi kaunseling dan dibenarkan untuk mengulang peperiksaan.
Repeat papers... repeat papers. Dan insya-Allah maknanya, Jabatan Pendidikan akan membantu. Malahan mereka yang after five... selepas 5 lebih tahunlah, 5 tahun tidak mengambil peperiksaan SPM, boleh mengikuti, mengambil peperiksaan SPM secara persendirian dan kita banyak kaedah-kaedah yang boleh kita bantu. Dan alhamdulillah sebenarnya UnIPSAS, sebuah institusi yang hebat di negeri kita, iaitu Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah juga meyediakan satu program bagi mereka yang tidak mempunyai kelulusan akademik termasuk SPM untuk masuk bersandarkan kepada pengalaman dia bekerja sebagai matured student dan ini adalah program yang mendokong usaha iaitu pendidikan ini sepanjang zaman insya-Allah.
Jadi terima kasih kepada YB Mentakab kerana membangkitkan isu ini yang saya rasa mesti ditangani bukan sahaja oleh pihak Kerajaan, bukan sahaja ditangani oleh pihak Jabatan Pendidikan tetapi semua keluarga, masyarakat dan semua yang terbabit untuk pastikan anak-anak kita yang berpotensi ini tadi dapat digarap dan berikan peluang yang sebaik-baiknya untuk meneruskan usaha dan minat cemerlang dalam akademik dan pendidikan. Terima kasih.
Seterusnya soalan ketiga.
Soalan tambahan.
Oo sorry, sila.
Er…saya tengok data yang dimaklum oleh Yang Berhormat EXCO tadi ialah agak mengejutkan kerana di kawasan bandar lebih ramai ye, Kuantan 203, Temerloh makin kurang, Lipis makin kurang. Er…apakah berdasarkan data yang ada er…apakah faktor-faktor yang agak peliklah biasanya kadar yang tak hadir periksa ini ialah kawasan bandar-bandar yang agak jauh pedalaman. Tapi data yang ada Kuantan antara yang tertinggi. Jadi mungkin boleh tengok apakah faktor-faktor sebenarnya yang menyebabkan kawasan bandar, apakah faktor kemiskinan menjadi faktor tentang pelajar ini tak hadir. Kemiskinan bandar yang saya maksudkan. Terima kasih.
Terima kasih ADUN Cheka, sahabat saya. Bila bangun tu saya rasa mesti ada sesuatu yang er… ingin diutarakan. Sebab teringat tang nostalgia 1999. Masa itu, sahabat saya ini Wakil Jengka. Seorang bekas pensyarah ya, masa tu yang hebat kiranya. Tapi dalam gelanggang, kita kira macam ini umpanya Yang Berhormat Dato’ Sri, saya teringat cerita antara Hang Tuah dan Hang Jebat, 5 bersaudara yang cukup baik, rapat tapi bila bertikam, kita bertikam secara bersungguh-sungguh. Hang Jebat bertikam nak menumpaskan Hang Tuah, Hang Tuah pun nak menikam nak menumpaskan. Tapi akhirnya Hang Tuah telah berjaya menikam Hang Jebat.
Masa itu Yang Berhomat kita tag team, saya dan Yang Berhormat Benta kita masa tu tag team lah. Kita berdua backbenchers, lawan…
Ya saya masih teringat masa tu. Saya minta maaf, nampaknya ni er…
Sorang je lah ada
Cheka nampaknya Dato’ Sri Speaker kita, dia cemburu. Sebenarnya masa itu untuk makluman er… Dato’ Sri Speaker juga merupakan er…. wakil Lanchang yang muda, hebat. Memang saya duduk, selalu saya menegurkan. Yang Berhormat Jelai berbisik Hang Kasturi. Yang rendah, yang bawah sekali ini DUN Cheka apa ya?
Hang Lekiu. Hang Lekiu
Hang Lekiu
Ada satu lagi Yang Berhormat, Hang Hang Teng
Hang pi mana? Itu yang satu yang tak jumpa. Hang pi mana tadi yang Hang tak jumpa tadi. Jadi sebenarnya, terima kasih. Kuantan ini, dia sekolah dia banyak. Antara daerah yang paling banyak sekali sekolahnya. Ada di Kuantan ini, ada sekolahnya memang di bandar kita tengok. Tapi ada juga sekolahnya memang di luar-luar bandar. Ada juga terdapat murid-murid Asli di Kuantan. Ada yang juga terdapat sekolah-sekolah di FELDA, di FELDA. Dan cabarannya, seperti mana yang saya bangkitkan tadi, bila anak-anak mula, er… misal contohnya ada di kalangan itu, yang utama, dilihatnya bila ada masalah keluarga lah, bila ada masalah keluarga, ini yang menjadi satu cabaran.
Yang keduanya, bila dia start mula bekerja. Misal contoh, dia bawa Grab, dia bawa ini apa nama, Lalamove, dia bawa Grab. Bila dapat duit tu, that's why saya maklum kan. Saya masih teringat masa dulu, ini Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, er… saya masa menunggu peperiksaan masa itu, kita dapat bekerja. Bekerja di sawmill, gaji kongsi kong. Kongsi Kong ni maknanya gaji hari, separuh kong, RM4, penuh kong, RM8. Pergi bekerja minat, RM8 je sehari. Pergi kantin, buka buku 555, buku 555. Makan lebih daripada yang pendapatan. Tapi bila dapat duit itu, rasa...fuh dia rasa semacam. Yang ini yang bahayanya. Apabila anak-anak kita dah mula bekerja, dia dapat pendapatan, duit sendiri, dia dah fikir mengapa perlu dia belajar sedangkan dia boleh dapat duit yang sebegitu.
Dan satu lagi tu yang TikTok ini yang influencer, yang dia buat. So dia dapat hasil daripada situ. Menjadikan mereka memikirkan tidak perlu lagi meneruskan pelajaran. Inilah cabaran antaranya yang perlu ditangani secara baik, perlu kaunseling. Kita kena maklumkan ke dia, insya-Allah boleh dilaksanakan tetapi pendidikan ini penting. Sebab itu guru kaunseling pada masa sekarang ini telah diberikan er… pendedahan supaya dapat menangani fenomena baru. Era di mana anak-anak dengan gajet ini di hujung jari. Yang kita kena yakinkan bahawasanya untuk berjaya dalam di dunia, ilmu. Untuk berjaya di akhirat, ilmu. Dan untuk berjaya di dunia dan akhirat, insya-Allah, ilmu. Terima kasih YB Cheka.
Soalan seterusnya, soalan nombor 4. Eh nombor 3, sorry nombor 3.
Terima kasih
Belum Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 3.
[Apakah usaha kerajaan dalam memperkasakan al Quran dan pusat pengajian tahfiz di Pahang?]
Terima kasih er… Dato’ Sri Yang di-Pertua dan terima kasih jua sahabat saya daripada Kemayan yang menyoalkan er… tentang pengajian al-Quran dan juga pengurusan Maahad Tahfiz di Negeri Pahang Darul Makmur. Er… kita bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan inayahNya dan dengan berkat naungan kepada Kebawah Duli Tuanku serta kegigihan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di dalam memperkasakan agama Islam di negeri Pahang ini bukan saja dalam soal Maahad Tahfiz bahkan dalam soal pentadbiran Jabatan Agama, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah termasuklah juga Maahad Tahfiz sebagai mana yang dipersoalkan oleh er… sahabat daripada Kemayan.
Maahad Tahfiz Negeri Pahang ini adalah salah satu produk yang menggembirakan dan membanggakan kita semua apabila semenjak tahun 1996 lagi, ia telah diwujudkan walaupun dengan seadanya pada ketika itu di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Pahang tetapi pusat ini telah membina kerjasama dengan JAKIM dan juga Darul Quran bagi memasti wujudnya pendidikan tahfiz al-Quran.
Puncanya apabila kita menengok ramai di kalangan kita juga pada ketika itu yang kurang berupaya untuk membaca al-Quran, bukan saja menghafal al-Quran, maka sebab itulah kita bukakan dan mendapat sambutan yang baik sehinggalah Kerajaan Negeri meminta Yayasan Pahang untuk mengambil alih dan juga membina dengan secara lebih fokus pada tahun er…. 2007, program telah diperkasakan lagi dan diwujudkan satu pusat Maahad Tahfiz di Tanjung Lumpur yang mana di sini kita telah memfokuskan beberapa pengajian Tahfiz bermula dengan er… Tahfiz yang kita kenali profesional kemudian disusuli dengan Tahfiz DiplomaTahfiz al-Quran dan juga diikuti yang terkini dengan Tahfiz Turath dan juga Tahfiz Sijil Kemahiran dan insya-Allah er…. juga berkaitan dengan er…Taranum, Tafakuh dan Taddabur.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Program Maahad Tahfiz ini adalah merupakan suatu usaha yang berterusan yang sentiasa dilaksanakan dengan sebaik-baiknya oleh Kerajaan Negeri sehinggalah kita memikirkan bagaimana untuk dikembangkan lagi. Bukan sahaja kita adakan satu cawangannya di Tanjung Lumpur, bahkan kita kembangkan lagi Tahfiz Turath di Beserah, insya-Allah kita sedang berusaha untuk membina satu lagi cawangan Tahfiz Turath di Kuala Lipis dan sedang di dalam usaha juga untuk membina sebuah Maahad Tahfiz saudara baru. Bagi melaksanakan kerja ini, kita memerlukan perbelanjaan yang agak besar. Selama ini kita telah membelanjakan dalam jangka masa setahun sebanyak RM22 juta bagi mengurus setiap Maahad Tahfiz yang telah kita wujudkan. Alhamdulillah, ia telah memberikan hasil yang begitu baik kepada rakyat di negeri Pahang apabila alumninya setakat ini pada tahun 2023 seramai 1,053 orang hasil daripada air tangan Maahad Tahfiz Kerajaan Negeri Pahang.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Insya-Allah, Kerajaan Negeri juga tidak hanya semata-mata tertumpu kepada Maahad Tahfiz yang telah dibina dan diusaha segigihnya oleh Kerajaan Negeri seperti mana yang disebutkan iaitu Tahfiz Profesional, Tahfiz Diploma, Tahfiz Turath dan tahfiz er… kemahiran bahkan insya-Allah Kerajaan Negeri juga memberi perhatian kepada tahfiz-tahfiz persendirian. Sebagaimana yang telah digemblengkan melalui Jabatan Agama Islam Pahang dan Majlis Agama Islam Pahang kerana banyak di sana tahfiz-tahfiz yang ditubuh dan diwujudkan oleh er… guru-guru agama dan para huffaz di daerah-daerah, di kampung-kampung dan mereka ini diminta untuk mendaftar di Jabatan
Agama dan Majlis Agama Islam Pahang bahkan bukan saja didaftar, setelah mereka didaftar, mereka diberikan bantuan sewajarnya sama ada peruntukan kewangan sedikit sebanyak dan juga kemahiran kursus-kursus yang disediakan bagi memastikan mereka ini dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya dan memberikan infak yang sempurna kepada rakyat di negeri Pahang.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Demikianlah, kesungguhan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar semenjak dahulu sehingga ke hari ini bagi memastikan al-Quran itu sentiasa diperkasakan kepada anak negeri kita di Pahang Darul Makmur. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Seterusnya, pertanyaan yang keempat.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon mengemukakan soalan ataupun pertanyaan nombor 4. Terima kasih.
[Apa status terhadap cadangan Projek Lapangan Terbang Pulau Tioman?]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum WBT dan salam sejahtera. Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih kepada rakan saya daripada Tioman kerana telah mengemukakan er… soalan nombor 4 dan untuk makluman sidang Dewan er… cadangan pembangunan Projek Lapangan Terbang Pulau Tioman telah diluluskan secara dasarnya melalui Mesyuarat er… Majlis Mesyuarat Kerajaan yang ke-32 pada tahun 2017, di atas tanah kerajaan seluas 277 ekar di Pulau Tioman, daerah Rompin dan er… cadangan pembangunan tersebut adalah bertepatan dengan Rancangan Pembangunan Jangka Panjang oleh Kerajaan Negeri Pahang.
Untuk makluman Sidang Dewan, projek pembangunan ini juga masih tertakluk kepada pematuhan dan kajian, ulasan dan nasihat sebagaimana yang diputuskan oleh er… Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Bilangan 3 tahun 2020 pada 27 Oktober tahun 2020. Setelah ulasan dan laporan teknikal diperoleh, cadangan pemajuan ini akan dibentangkan semula untuk mendapatkan kelulusan penuh. Pihak pemaju juga telah… juga membuat permohonan penambahan kawasan seluas 230 ekar lagi bagi keperluan untuk mewujudkan kawasan penstabilan cerun yang merangkumi penambahan kawasan bahagian darat dan dasar laut.
Semakan oleh pihak kerajaan juga mendapati bahawa pihak pemaju juga telah er… masih belum menjelaskan bayaran yang berkaitan tapak cadangan bagi projek tersebut. Justeru itu, pihak Kerajaan Negeri sedang membuat ketelitian er… ketelitian dengan wajar dengan menyemak keperluan sempadan tambahan tersebut dan mengambilkira kesesuaian dan kebolehlaksanaan serta implikasi kepada ekosistem marin sekiranya ada. Hasil dapatan ini akan menjadi ulasan teknikal bagi pertimbangan semula pemajuan oleh MPFN. Terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua, mohon laluan untuk soalan tambahan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada soalan er… jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan namun Pulau Tioman ini merupakan sebuah pulau pelancongan dan antara laluan udara yang ada pada hari ini melibatkan runway sepanjang 850 meter dan antara pesawat-pesawat yang turun sebelum ini terdiri daripada Berjaya Air, Pelangi Air, SKS Airways dan beberapa private er… company ataupun private chauffeur dan sebagainya dan pesawat-pesawat ini jenis twin otter terdiri daripada ataupun melibatkan 19 penumpang dan er… tarikh terakhir produk airways ini ataupun kapal terbang ini twin otter pada tahun 1988 dah kira outdated lah.
Jadi saya ingin menanyakan kepada pihak kerajaan, sekiranya kekangan demi kekangan yang berlaku di pihak pusat datang berhubung kait dengan pembinaan lapangan terbang baru ini, adakah pihak kerajaan ada alternatif atau cadangan baru untuk memanjangkan lapangan terbang sedia ada daripada 850 meter kepada 1.5 kilometer. Sekurang-kurangnya, pesawat ini boleh membawa penumpang mungkin lebih daripada 19 orang, iaitu melebihi apa yang twin otter bawa. Itu soalan saya Yang di-Pertua. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa er… alternatif kerana kita pun mendapat bantahan yang banyak daripada … bantahan yang ramai daripada penduduk di Tioman tidak bersetuju dengan pembinaan airport ini setelah kita buat kajian kerana ianya merosakkan alam sekitar dan terpaksa membuat penambakan. Jadi sebagai alternatif Kerajaan Negeri telah bercadang dan bersetuju untuk menambahkan laluan yang sedia ada sepanjang 500 meter lebih kurang lah… 500 meter.
Dan kita pun telah kenal pasti tanah-tanah yang perlu kita acquire dan er… mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah. Itu adalah er… alternatif sekiranya cadangan yang asal itu tidak dapat di sana sebab kita sebagai kerajaan kita sangat perhatian dengan kehendak rakyat setempat dan kalau sekiranya ianya menimbulkan masalah dan boleh merugikan kerajaan kita tidak akan laksanakan. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Dato’ Sri, er… saya cuma nak ucap tahniah la er… dan sokongan saya secara peribadi terhadap apa yang dimaklum oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya buat kajian lama tiga tahun di Pulau Tioman, kajian Master saya ialah Pulau Tioman er… dan pada waktu itu telah pun dibangkitkan isu er… isu airport baru dan kesannya sangat kritikal termasuk tambahan 230 hektar tanah dan ia melibatkan kawasan tarikan pelancong utama di Pulau Tioman.
Iaitu betul-betul di hadapan Kampung Paya, salah satu di antara coral yang terbaik di dunia dan kalau sekiranya lapangan terbang itu dibuat di tapak yang dicadangkan ini, ia akan menyebabkan coral tersebut akan musnah dan ia akan mengurangkan hampir
separuh tarikan pelancong luar negara ke Pulau Tioman dan saya berdiri untuk menyatakan sokongan apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk melebarkan lapangan terbang yang ada supaya lebih besar penumpang boleh sampai ke Pulau Tioman. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Cheka.
Macam inilah bagus [ketawa]. Sokong er… sokong-menyokong, insya-Allah. Seterusnya, soalan nombor 5.
Assalamualaikum WBT. Dato' Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 5.
[Berapakah jumlah usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Jerantut dan apakah langkah-langkah inisiatif yang diambil oleh kerajaan negeri untuk membantu mereka?]
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih juga kepada Damak yang mengemukakan pertanyaan berkenaan dengan jumlah usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di daerah Jerantut dan er… langkah-langkah inisiatif yang diambil oleh Pihak Kerajaan Negeri bagi membantu usahawan-usahawan yang terlibat.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Hasil semakan oleh pentadbiran Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), seramai 215 usahawan IKS dari daerah Jerantut yang telah didaftar di bawah Sistem Maklumat Usahawan Pahang (SMU) dan antara er… langkah atau inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri adalah melalui pelaksanaan skim i-PUSH yang melibatkan er… permulaan fasa pertama dan fasa kedua sejumlah RM20 juta dan tambahan sebanyak RM10 juta pada tahun 2023.
Jadi bagi daerah Jerantut ini er… sahaja telah melibatkan seramai 72 penerima bagi fasa 1 dan 143 penerima bagi fasa kedua. Selain daripada itu, pelbagai program telah dirangka oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama beberapa agensi persekutuan untuk menyediakan platform bagi usahawan-usahawan, bukan sahaja untuk daerah Jerantut, malah er… untuk semua daerah yang turut terlibat. Dan sehingga kini sebanyak 215 er... sorry, RM22.15 juta telah er… dimanfaatkan oleh 2,207 penerima usahawan mikro.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah menganjurkan Karnival Hari Usahawan Negeri Pahang yang telah berlangsung pada 23 hingga 25 Jun yang lalu bertujuan untuk menyediakan platform bagi padanan perniagaan ataupun business matching antara anchor-anchor terkemuka bersama dengan para usahawan bagi menilai dan mengenal pasti produk-produk yang berpotensi untuk dipasarkan ke luar.
Bukan sahaja terdapat juga pameran perdagangan yang akan disertai oleh Kerajaan Negeri dengan er… penglibatan para usahawan yang berpotensi dan melepasi syarat-syarat kategori untuk dibawa ke Malaysia International Halal Showcase ataupun MIHAS 2023 yang berlangsung pada bulan ini 12 hingga 15 September ini. Selain daripada itu, salah Satu Desa Satu Industri (SDSI) Showcase 2023 dan juga Ekspo Perdagangan dan Kepenggunaan Halal Malaysia (HALFEST) 2023. Penyertaan ini akan beri impak yang besar kepada usahawan Pahang dalam mempromosikan produk-produk mereka di pasaran luar.
Soalan tambahan.
Terima kasih kepada pihak kerajaan di atas penjelasan berkaitan dengan soalan yang saya kemukakan dan tahniah juga di atas inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan. Cuma saya melihat kemungkinan boleh saya cadangkanlah juga kalau di Jerantut secara khusus, kalau orang luar, kerana Jerantut ini adalah pintu masuk ke Taman Negara. Jadi, musim cuti sekolah, ramai pelancong domestik dan juga pelancong luar yang datang dan khususnya menggunakan laluan Temerloh - Jerantut. Tapi kalau pelancong-pelancong ni datang, contoh kalau tanya saya, "Ustaz, mana nak cari asam rong? YB tau tak? Tuan Speaker tau tak asam rong?
Saya suka makan tu. Yang Berhormat jangan sebut je, bawa kalau bila ada sidang Dewan. [Ahli Dewan ketawa]
Insya-allah. Jadi bila ditanya berkenaan asam rong ataupun sambal hitam, jadi kita tak tahu nak allocate kan ke mana pelancong-pelancong ini kerana tempatnya merata-rata dan kadang-kadang kita pun tak tahu nak beritahu di mana. Jadi kalau boleh saya mencadangkan kita boleh… kita ambil contoh kalau kita pergi ke Melaka contohnya, banyak gerai-gerai di tepi jalan yang dijadikan kawasan khusus untuk menjual produk-produk IKS ini. Jadi kalau ke Jerantut tu saya tak nampak benda ni dan saya pernah mengajukan cadangan ni dan kalau bolehlah pilih satu lokasi yang terbaik dan kita er… galakkan pengusaha-pengusaha IKS ini mereka berniaga secara berpusat supaya pelancong-pelancong domestik dan luar ni boleh datang ke tempat tersebut bagi memudahkan mereka memasarkan produk mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Perkara ini akan diambil perhatian. Terima kasih.
Saya juga nak meng… mengumum… mengumumkan kehadiran iaitu 11 dari… 14 daripada ketua-ketua Puteri UMNO Pahang yang hadir bersama-sama dengan kita pada hari ini. Kita ucap terima kasih. [Ahli dewan menepuk meja]
Soalan seterusnya soalan nombor 6.
Boleh mencelah? Tuan Yang di-Pertua. Soalan Tambahan.
Ha… Sila. Macam tertinggal bas Yang Berhormat. Boleh… boleh… Sila… Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih juga kepada Wakil Kerajaan. Mengenai pembangunan usahawan ini, selain daripada kita nak wujudkan apa ni usahawan baru, kita juga nak meningkatkan pemantapan… pemantapan dan keberkesanan aktiviti keusahawanan ini. Cuma soalan saya, bagaimana kerajaan nak mengukur kejayaan pembangunan usahawan ini? Terutamanya jumlah apa ni usahawan-usahawan baru dilahirkan dan keberkesanan kursus-kursus. Sebab kadang-kadang ada kursus ini, dia pegawai keselamatan, pergi kursus nak buat perabot, akhir lepas kursus balik, jadi pegawai keselamatan juga. Tak jadi usahawan perabot. Contoh macam itu. Jadi nak tahu juga lah apa-apa tindakan kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Luit. Bahagian Perancang Ekonomi, Negeri Pahang sentiasa mengambil berat tentang er… usahawan-usahawan yang berdaftar ini dan kita ada sistem yang… yang sedang er… telah diwujudkan iaitu dipanggil Sistem Maklumat Usaha Pahang. Jadi dengan Sistem Maklumat (SMU) Sistem Maklumat Usahawan Pahang ini dengan cara sistem, dengan wujudnya sistem ini kita dapat er… mengenalpasti usahawan-usahawan yang telah didaftarkan dan sebab itulah kita menggalakkan semua usahawan-usahawan di negeri Pahang ini untuk mendaftar di dalam Sistem Maklumat Usahawan Pahang ini yang diwujudkan oleh Pihak Kerajaan Negeri supaya senang untuk kita mengenalpasti, kita memantau er… perniagaan mereka dan er… kita boleh membantu untuk bukan setakat er… mereka… er… apa ni… mereka menjalankan peniagaan setempat, malah kita juga akan membantu untuk mereka dari segi er… packaging dan sebagainya dan sehinggalah boleh er… produk mereka kita pasarkan sehingga ke luar negara.
Soalan seterusnya. Soalan Nombor 6. Wakil daripada er…Lepar
Assalamualaikum, salam sejahtera Dato’ Sri Yang di-Pertua.
2276, Soalan saya Nombor 6.
[Banyak gerai-gerai dibawah kendalian MBK telah uzur dan usang dan ada yang tidak lagi tersusun dengan elok, menyebabkan tarikan pelancongan dan pembeli makin kurang, namun penyewa terus perlu membayar sewa seperti biasa, contohnya seperti gerai di hadapan Masjid Mahkota Aman.
a) Apakah perancangan Kerajaan bagi membaik pulih dan mencantikkan semula keindahan semua gerai-gerai di bawah PBT atau di bawah kendalian Kerajaan Pahang di seluruh Negeri Pahang.]
2276 ni apa Yang Berhormat, kalau hari jumaat ni, bahaya.
76 tu bahaya sikit.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kepada rakan saya daripada Lepar, mengemukakan soalan berkaitan dengan Kerajaan Tempatan. Yang pertamanya, Majlis Bandaraya Kuantan, kita sentiasa merancang dan untuk melaksanakan tindakan-tindakan untuk membaik pulih dan menaik taraf gerai-gerai yang uzur secara berperingkat untuk memberi keselesaan pada peniaga dan pelanggan.
Semalam Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya menghadiri Program Jelajah Belanjawan yang di ada… dihadiri oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, Dato' Sri Ahmad Maslan dan saya turut menyuarakan tentang keperluan bajet ataupun peruntukan bagi menyediakan penyelenggaraan untuk seperti sekolah dan lain-lain dan ini juga termasuklah sebagai contoh untuk mengadakan penambahbaikan ataupun menyenggara gerai-gerai yang uzur kerana ia melibatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.
Bagi… untuk makluman sidang Dewan, bagi tempoh 2019 hingga 2023, pihak Majlis Bandaraya telah membelanjakan RM23 juta melalui peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri serta peruntukan dalaman Majlis Bandaraya sendiri untuk tujuan yang dinyatakan, dan Kerajaan Negeri juga melalui PBT-PBT sentiasa untuk mengenal pasti premis-premis gerai yang perlu untuk di baik pulih dan pada masa yang sama juga memohon peruntukan daripada sumber-sumber daripada Kerajaan Persekutuan atau menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri.
Bagi baik pulih yang melibatkan pembaikan kecil, kebanyakannya dilaksanakan menggunakan peruntukan dalaman PBT sendiri. Kita juga turut menggalakkan kepada penyewa gerai PBT untuk terlibat sama dalam aktiviti pengindahan premis melalui penyertaan dalam kempen dan juga pertandingan yang berkaitan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Sebagai contohnya, Kempen Premis Makanan Bersih yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.
Itulah dia Yang Berhormat Pengerusi Yang di-Pertua, untuk yang lebih lanjutnya, peruntukan-peruntukan yang disediakan oleh PBT masing-masing, boleh disediakan jawapan secara bertulis.
Terima kasih Wakil Kerajaan. Seterusnya pertanyaan daripada ADUN Kawasan Kemayan. Soalan nombor 7.
Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya kemukakan soalan nombor 7.
[ Kerajaan Negeri Pahang telah mengumumkan pembinaan Bandar Aeroangkasa Pahang yang meliputi pembinaan lapangan terbang baru dan hub perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan pesawat (MRO) bertaraf antarabangasa.
Sejauh mana prestasi projek Bandar Aeroangkasa Pahang tersebut setakat ini?
Berapakah bilangan syarikat yang dijangka melabur dihub perkhidmatan penyelenggaraan dan pembiakan pesawat (MRO) dan berapakah jumlah syarikat yang telah menyatakan komitmen untuk melabur sehingga kini?
Apakah tawaran yang ditawarkan kepada pelabur bagi menarik minat pelabur di Bandar Aeroangkasa Pahang?]
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua dan juga sahabat saya, ADUN Kemayan yang mengutarakan soalan mengenai pembinaan Bandar Aero Angkasa Pahang yang meliputi pembinaan lapangan terbang baru dan hub perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikian pesawat (MRO) bertaraf antarabangsa. Soalan ini berpecah kepada tiga bahagian. Pertama, sejauh mana prestasi projek Bandar Aero Angkasa Pahang tersebut setakat ini? Kedua, berapakah bilangan syarikat yang dijangka melabur di hub perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan pesawat (MRO) dan berapakah jumlah syarikat yang telah menyatakan komitmen untuk melabur sehingga kini? Dan ketiga, apakah tawaran yang ditawarkan kepada pelabur bagi menarik minat pelabur di Bandar Aero Angkasa Pahang?
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Projek ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang pada bulan Julai 2020 dan seterusnya Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada 21 Oktober 2021 yang telah telah bersetuju memperaku pembangunan projek ini. Lanjutan daripada itu, Pelan Tindakan Khas Daerah Kecil Gebeng 2035 telah dilancarkan pada 13 September 2022 selaras dengan kelulusan projek ini. Pihak Kerajaan Negeri telah membuat rundingan dengan pihak MRL bagi pindaan jajaran laluan ECRL di Gebeng setelah mengambil kira laluan landasan ataupun runway bagi Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan.
Untuk makluman Yang Berhormat, projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan ataupun KIA ini, dan pembangunan Bandar Aero Angkasa Pahang akan dibangunkan di atas tanah seluas 5,042 hektar di kawasan Seksyen 4, Gebeng, Kuantan. Projek ini dilaksanakan secara usaha sama iaitu melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dan akan dimulakan dengan Fasa Pertama iaitu pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan di atas tapak seluas 3,000 hektar terlebih dahulu.
Buat masa ini, pihak Gading Group Berhad serta pemaju utama yang dilantik oleh Kerajaan Negeri sedang menyediakan pelan pembangunan projek beserta dokumen yang berkaitan sebagaimana disyaratkan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara dan syarat pematuhan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan dan Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM) bagi pembinaan projek KIA tersebut.
Sehubungan itu, memandangkan pihak pemaju utama sedang menyediakan plan pembangunan berdasarkan spesifikasi teknikal sebagaimana disyaratkan CAAM serta pelan pembangunan yang perlu selari dengan dapatan Plan Strategik Lapangan Terbang Negara ataupun National Aviation Strategic Plan dengan izin, oleh Kementerian Pengangkutan Syarikat perlu membuat kriteria penilaian yang lebih terperinci agar setiap cadangan pelaburan sebagai contoh dalam bidang MRO yang dicadangkan oleh mana-mana syarikat dapat memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Malaysia.
Namun begitu pihak Gading Group Berhad juga telah menandatangani beberapa dokumen usaha sama dengan beberapa syarikat bagi pembangunan projek ini iaitu pertama sekali, letter of intent dengan izin, di antara Gading Group Berhad dan Malaysia Space Agency melibatkan kerjasama dalam bidang space science dan kerjasama dalam bidang science technology terutamanya dalam bidang penyelidikan pembangunan serta pembangunan sumber manusia. MoU ataupun MoA bagi perkara ini juga akan dimeterai bergantung kepada perbincangan dan persetujuan kedua-dua pihak terlibat.
Kedua, Heads of Agreement dengan izin, di antara Gading Group Berhad dan RGC Technologies Sdn Bhd sebagai rakan kerjasama dalam bidang kejuruteraan, pembinaan, perolehan dan pembiayaan dalam usaha membangunkan projek ini. Ketiga, Memorandum of Understanding di antara Gading Group Berhad dan Orbit Boy iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di United Kingdom bagi air launch operator ataupun pelancaran satelit dan satelit mikro.
Melalui MOU ini, kedua-dua syarikat akan menjalinkan kerjasama bagi menyediakan penawaran perkhidmatan engineering model design dengan izin dan Manufacturing for Airdrop Testing Service Solution yang menggunakan teknologi bahan bakar dengan kos yang lebih efektif. Di samping ia dapat menjimatkan kos pembinaan infrastruktur. Melalui usahasama ini, Orbit Boy juga akan menawarkan dengan izin autonomous access to space bagi pasaran Asia Pasifik.
Yang berhormat Tuan di-Pertua,
Cadangan perbangunan projek Lapangan Terbang Antarabangsa dan Bandar Aero Angkasa ini telah menarik ramai pelabur dari dalam dan luar negara kerana projek ini mempunyai potensi besar serta merupakan industri yang sedang berkembang serta ia menjadi salah satu pemangkin bagi pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang. Di mana Kerajaan Negeri juga mensasarkan untuk menguasai sekurang-kurangnya 1% daripada pasaran maintenance, overhaul dan repair MRO Asia Pacific yang dianggarkan bernilai RM15 trilion.
Oleh itu, memandangkan projek ini akan dilaksanakan melalui kaedah PFI, tawaran kepada pelabur yang berminat adalah secara customized dengan izin, atau mengikut kesesuaian. Di mana cadangan projek oleh pelabur perlulah selari dengan pelan pembangunan projek ataupun master plan secara keseluruhannya dan seterusnya melalui perbincangan lanjut oleh pihak-pihak terlibat bagi pembangunan melibatkan komponen ataupun fasa pembangunan yang ingin diceburi. Terima kasih.
Soalan tambahan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri. Terima kasih pihak Kerajaan Negeri kerana memberikan penjelasan yang panjang lebar berkaitan dengan pembangunan Bandar Aero Angkasa Pahang. Saya hanya ingin menekankan
beberapa perkara dan bertanya pihak kerajaan. Projek ini akan mengubah landscape latar sosial dan juga latar sosial kawasan setempat. Dan ianya memberikan impact yang besar, kita akui. Kerana teknologi ini diperlukan masa depan.
Cuma persoalan saya adalah, apakah langkah ataupun apakah pelan yang telah ada di peringkat Kerajaan Negeri atau di peringkat kontraktor utama ini supaya limpahan daripada projek ini tidak akan mengganggu kesejahteraan dan keselesaan penduduk setempat yang sedia ada. Tidak juga akan memberikan kesan dan menjejaskan kepada ekologi dan ekosistem yang kita sedang bina di kawasan yang sama, hampir sama sebab dia tepi pantai juga membentuk satu jajaran pelancongan dan juga rekreasi bagi masyarakat setempat dan juga pelancong-pelancong asing.
Maka keseimbangan ini adakah telah diambil kira supaya tidak memberikan kesan yang langsung seterusnya akan menjejas... menjejaskan keselesaan dan kesejahteraan penduduk dan aktiviti penduduk pada masa kini. Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya ADUN Beserah. Setahu saya projek tersebut akan dibina di dalam kawasan industri Gebeng, di mana kita yakin ia tidak akan memberi kesan yang begitu tinggi terhadap penduduk setempat dan projek ini juga akan memberi limpahan ekonomi yang begitu tinggi, terutama sekali kepada penduduk setempat yang mengusahakan produk-produk pelancongan dari segi chalet ataupun homestay yang berdekatan. Di mana projek ini mensasarkan kita menarik penerbangan antarabangsa ataupun international flights daripada Korea, daripada China, di mana kita jangkakan akan mendapat pertambahan mendadak dari segi jumlah pelancong yang akan berkunjung ke negeri Pahang. Lapangan terbang yang ada buat masa ini mempunyai flight, penerbangan yang begitu terhad sebab kita perlu berkongsi ruang udara dengan Tentera Udara Diraja Malaysia.
Oleh itu kita perlukan satu lapangan terbang yang bertaraf antarabangsa, di mana lapangan terbang ini juga akan dipadankan dengan stesen ECRL, di mana ia menjadi satu tawaran logistik ataupun infrastruktur bersepadu kepada para pelabur yang akan menikmati service lapangan terbang satu. Dua, Pelabuhan Kuantan yang sudah dinaik taraf dan ketiga kereta api ECRL yang bakal disiapkan pada awal 2027. Dari segi alam sekitar, pihak pemaju akan cuba sedaya upaya dan telah memberi jaminan ia tidak akan mencemarkan alam sekitar sekeliling dan juga kita akan… tidak akan mengganggu flora dan fauna dalam kawasan tersebut kerana tempat pun telah digazet khusus untuk lapangan terbang dalam kawasan industri. Terima kasih.
Soalan seterusnya sila wakil daripada Sabai. Soalan ke lapan.
Salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor lapan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada sahabat yang bertanya.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Pangkalan data Ibu tunggal memiliki beberapa kegunaan yang dapat membantu dalam menyediakan dukungan dan sumber daya yang diperlukan oleh pihak Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang. Beberapa kegunaan pangkalan data ibu tunggal adalah seperti berikut:
Akses ke program bantuan. Salah satunya pangkalan data ibu tunggal dapat memberikan akses kepada ibu tunggal untuk pelbagai program bantuan seperti bantuan kewangan, perumahan, layanan kesihatan dan pendidikan. informasi yang terdapat dalam pangkalan data dapat membantu pemerintah atau organisasi non-pemerintah dalam mengidentifikasi keluarga yang memenuhi syarat untuk mendapatkan bantuan tersebut.
Yang keduanya pangkalan data ibu tunggal juga dapat menyediakan informasi tentang sumber daya lokal dan program-program khusus yang dapat membantu ibu tunggal. Informasi ini dapat mencakupi pelbagai keperluan yang boleh digunakan oleh pihak UPWS.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Disamping itu juga pangkalan data ibu tunggal dapat membantu pihak kerajaan negeri dalam merencanakan program-program yang lebih efektif untuk membantu ibu tunggal. Data ini dapat membantu dalam memahami permasalahan dan keperluan yang dihadapi oleh ibu tunggal dan apa-apa bantuan tambahan yang mungkin diperlukan. Pangkalan ibu data ibu tunggal dapat digunakan sebagai sumber untuk meneliti dan evokasi terkait isu-isu yang dihadapi oleh ibu tunggal. Data ini dapat membantu pihak UPWS dalam memahami lebih baik keperluan ibu tunggal dan menciptakan perubahan yang diperlukan dalam kebajikan dan juga program. Data ini diperlukan juga untuk memastikan setiap ibu tunggal yang layak dapat menikmati bantuan-bantuan dan inisiatif daripada kerajaan negeri. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih atas soalan tambahan ini. Saya mengalu-alukan inisiatif pengumpulan data untuk ibu tunggal untuk DUN masing-masing saya rasa ini adalah satu inisiatif yang amat baik di mana apa tu maklumat-maklumat mengenai ibu tunggal dapat dikumpulkan. Cuma soalan saya, adakah kita lebih proaktif lagi dan menggunakan cara apa tu online untuk submit dengan izin, menyerahkan maklumat-maklumat ibu tunggal agar kawasan-kawasan luar Kuantan lebih senang untuk kami macam online saja kita boleh masukkan dan ini akan melengkapi lagi inisiatif ini. Adakah perancangan dibuat untuk secara online kita menyerahkan data-data ini?
Terima kasih kepada sahabat yang bertanya. Sebenarnya kita memang telah menyediakan pendaftaran online kepada mereka-mereka yang berminat untuk menyertai persatuan ibu tunggal ini dan juga untuk mendaftar data ini juga kita telah menyediakan perkhidmatan online. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih kepada Dato’ Sri Speaker.
Saya nak bangkit selain daripada ibu tunggal, ada kumpulan lain iaitu bapa tunggal yang kadang-kadang orang tak beri perhatian pun iaitu orang-orang yang dah warga emas…
Kawasan Yang Berhormat ramai ke bapa tunggal?
Ramai, saya dah buat kajian dah [ketawa]. Jadi, adakah inisiatif untuk kumpulan-kumpulan ini? Kerana mereka ini sebenarnya juga perlukan bantuan. Bila dah berumur sakit, demam, kronik, tak ada orang nak jaga dan nak tunggu rumah kebajikan masyarakat ataupun rumah orang tua pun, que nya terlalu panjang. Ada kawan saya itu terpaksa hantar sampai ke Kuala Kubu baru dapat diselesaikan masalah dia. Jadi saya nak minta apakah kita juga menyediakan data untuk bapa tunggal ni dan juga apa nama, apakah inisiatif-inisiatif yang mesti bagi membantu mereka?
Terima kasih.
Terima kasih juga kepada sahabat yang bertanya. Memang kita juga ada memiliki data bapa tunggal tetapi kita masih belum sempurna dalam penyediaannya. Tetapi walau macam manapun kita telah memberikan bantuan yang sewajarnya kepada bapa tunggal ataupun bukan sahaja bapa tunggal, yang tak tunggal pun yang susah kita ada menyediakan bantuan-bantuan yang berkaitan. Contohnya kita ada memberikan bantuan bakul makanan kepada bapa tunggal yang… yang susahlah maksudnya dan juga yang menghadapi penyakit kronik. Terima kasih.
Mohon mencelah sikit Yang Berhormat. Saya cadangkan data ibu tunggal itu dan bapa tunggal itu, gabung sekali. Lepas itu selesai masalah.
Boleh… kemudian ditemukan pula ya. Sila Yang Berhormat. Soalan yang terakhir.
Terima kasih Yang di-Pertua kerana memberi laluan. Nak tnya wakil kerajaan, dalam data mengumpul ibu tunggal ini, ada berapa kategori ibu tunggal tu? Terima kasih.
Okey terima kasih kepada yang bertanya. Setakat ini kita mengumpul data ibu tunggal tu pelbagai kategori dan lebih kita pentingkan adalah yang B40 dan saya setakat ini lebih 14,0000 data telah kita kumpulkan dan saya yakin data ini akan bertambah lagi dari semasa ke semasa.
Tuan Yang di-Pertua, dari segi B40 itu satu aspek lah. Dari segi faktor umur ini ada kategori-kategori tak? Terima kasih.
Terima kasih. Kita tak ada umur. Asalkan ibu tunggal, kita akan ambil datanya.
Jadi Yang Berhomat Yang di-Pertua, saya kira nak beri cadangan…
Yang Berhormat minat betul...
Memang Rompin banyak betul ibu tunggal ini. Beribu ya. Jadi, saya ingat, mungkin ingin mencadangkan pihak kerajaan kalau boleh ibu tunggal dibuat kategori-kategori umur, supaya bidang kursus ataupun latihan-latihan tertentu boleh diberikan ikut kategori umur. Sebagai contoh, mungkin sekarang ini ibu tunggal seawal usia 18, ada ramai. Jadi sapa nak jadi pengerusi…
Yang... Yang Berhormat... lebih tahu daripada EXCO... [ketawa]
Saya banyak data daripada ni, wakil kerajaan ni. Jadi yang 18 ke 25... satu kategori Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. 26 hingga 35, mungkin boleh buat satu kategori. Umur 36 hingga 45 mungkin boleh buat satu kategori. 46 hingga apa ni orang kata tiada batas... ha ya... sampai lah umur 90 kira yang keempat tu. Jadi saya mencadangkan supaya ada kategori-kategori ini. Kalau yang 45 ke atas ni kita hantar gula atau kopi beras je. Kalau 18 - 25 ini mungkin boleh kita hantar kursus kosmetik. Kursus direct selling. Itu ibaratnya. Terima kasih Yang di-Pertua.
Sebenarnya memang ada kategori tersebut dan insya-Allah selepas ini saya akan serahkan kategori-kategori yang telah disebutkan tadi kepada semua ADUN-ADUN yang ada sini dan silalah ambil tindakan sewajarnya mengikut kategori yang ditentukan.
Soalan nombor sembilan. Nombor sembilan. Wakil daripada Sabai.
Saya soalan nombor sembilan.
[Komitmen Kerajaan Negeri Pahang di dalam mempertingkatkan capaian internet di seluruh negeri dan memastikan jurang digital antara masyarakat luar bandar dan bandar dapat diatasi dengan sebaiknya amat dialu-alukan.
a) Apakah perkembangan projek infrastruktur komunikasi yang sedang dilaksanakan di seluruh negeri Pahang?
b) Terdapat kawasan di DUN Sabai yang capaian internetnya kurang memuaskan, seperti di kawasan Ulu Pareh, Karak Setia dan Kg Paya Pelantar. Adakah sebarang perancangan pembangunan projek infrastruktur komunikasi yang baru di DUN Sabai bagi menangani isu berkenaan?]
Bismillahirrahmanirrahim (bacaan dalam bahasa Arab). Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sabai atas soalan yang ditanya. Dua-dua pecahan soalan daripada Sabai.
Yang pertama, apakah perkembangan projek infrastruktur komunikasi yang sedang dilaksanakan di seluruh negeri Pahang dan pecahan soalan yang kedua, terdapat kawasan di DUN Sabai yang capaian internet yang kurang memuaskan seperti di kawasan Ulu Pareh, Karak Setia dan Kampung Paya Pelantar. Adakah sebarang perancangan pembangunan projek infrastruktur komunikasi yang baru di DUN Sabai bagi menangani isu berkenaan?
Yang Berhormat Dato Sri Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri Pahang bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia komited dalam usaha menambah baik capaian serta perkhidmatan internet di seluruh negeri Pahang khususnya melalui pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara atau juga dikenali sebagai JENDELA.
Di bawah pelaksanaan JENDELA Fasa 1 yang bermula pada tahun 2020. Empat projek utama telah dilaksanakan di Pahang. Status terkini projek projek empat yang utama ini adalah seperti mana berikut. Pertama pembinaan 270 menara baharu yang menyediakan perkhidmatan 4G. Melalui usaha ini, sebanyak 79 menara telah pun siap manakala bakinya sebanyak 151 menara lagi sedang dalam fasa pelaksanaan dan baki menara ini dijangka siap secara berperingkat-peringkat menjelang penghujung tahun ini.
Kedua, usaha menaik taraf 902 stesen pemancar sedia ada dari rangkaian 3G kepada 4G. Melalui usaha ini, semua projek menaik taraf stesen pemancar dari 3G ke 4G telahpun siap dilaksanakan pada pertengahan tahun lalu. Ketiga, penyediaan rangkaian gentian optik di 118,260 premis di seluruh negeri Pahang bagi membolehkan perkhidmatan internet talian tetap seperti perkhidmatan UniFi dan oleh Telekom Malaysia dilanggan di seluruh Pahang. Sehingga kini, sebanyak 120,759 premis telah pun disediakan dengan rangkaian gentian optik ini. Kini hanya tinggal 30,000 lagi premis yang akan dilengkapi dengan rangkaian gentian optik menjelang penghujung tahun ini. Insya-Allah.
Keempat penyediaan internet jalur lebar satelit di 69 kampung Orang Asli di seluruh Pahang. Projek ini menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar secara percuma di Kampung Orang Asli yang terletak jauh di pedalaman menggunakan teknologi satelit.
Sehingga kini, semua 69 kampung Orang Asli yang telah dikenal pasti telah dilengkapi dengan internet jalur lebar, satelit ini. Berdasarkan kepada status pelaksanaan terkini Projek-projek JENDELA, Kadar Liputan Rangkaian 4G Negeri Pahang telah meningkat daripada 89.1% pada suku kedua tahun 2020 iaitu sebelum JENDELA dilaksanakan, kepada 94.31% pada suku kedua tahun ini.
Kadar ini dijangka akan terus meningkat apabila semua projek JENDELA fasa satu siap sepenuhnya. Bermula pada tahun ini Kerajaan Negeri Pahang telah melakukan proses memudah cara melalui kerjasama bersepadu dan strategik melibatkan beberapa agensi kerajaan seperti Pejabat Tanah dan Galian Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Pahang Corporation, Koridor Utiliti Pahang, Jabatan Kerja Raya, PBT dan pihak SKMM bagi mempercepatkan proses pelaksanaan projek-projek pembinaan menara telekomunikasi di seluruh negeri Pahang.
Kesan daripada keputusan ini, sebagai contoh menara di Kampung Orang Asli Kuala Boh di Cameron Highlands telah berjaya disiapkan dalam tempoh lebih lebih kurang lima bulan sahaja. Bermula dengan proses perolehan tapak daripada Pejabat Hutan Negeri Pahang pada bulan Mac tahun ini sehingga menara siap dan diaktifkan sepenuhnya pada penghujung bulan lalu. Pendekatan serupa kini diguna pakai untuk pembinaan semua tapak menara lain khususnya yang melibatkan tanah milik Kerajaan Negeri Pahang dan juga hutan simpan. Melalui pendekatan sebegini, matlamat untuk menyiapkan menara dan beroperasi selewat lewatnya pada penghujung tahun 2023 seperti mana yang dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail kini berada pada landasan yang tepat insya-Allah.
Bagi menjawab soalan yang kedua iaitu bagi menangani isu capaian internet yang tidak memuaskan. Di DUN Sabai, terdapat tiga menara telekomunikasi yang telah dibina di bawah pelaksanaan JENDELA iaitu terletak di Kampung Lengkong, Kampung Teroh dan Kampung Paya Pelantar. Status pelaksanaan tiga menara ini adalah seperti mana berikut iaitu di Kampung Lengkong, menara telah siap dibina dan pada masa ini kerja kerja sambungan bekalan eletrik TNB sedang dilaksanakan. Menara ini dijangka akan beroperasi dan diaktifkan sepenuhnya pada penghujung bulan ini.
Menara di Kampung Teroh, menara telah pun siap dibina dan diaktifkan pada Mac tahun ini dan menara ini terletak dalam lingkungan 1.5 KM dari Karak Setia dan mampu memberi liputan perkhidmatan di kawasan tersebut. Dan yang ketiga Kampung Paya Pelantar, menara telah siap dibina dan diaktifkan pada bulan lalu. Pada masa yang sama bagi kawasan Ulu Pareh, menara di Kampung Pareh telah pun dinaik taraf dari… ke rangkaian 4G pada tahun 2021. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, wakil Kerajaan. Seterusnya saya nak meneruskan pada soalan yang ke-10, mewakili daripada Semambu. Sila.
Yang di-Pertua, saya mohon kemukakan soalan 10.
[Mohon penjelasan berkenaan model-model pelaksanaan Jualan Rahmah. Untuk negeri Pahang, Pohon di senaraikan DUN mana yang sudah di adakan dan di mana yang belum diadakan sepanjang tahun dari bulan Januari 2023?]
Terima kasih YangBerhormat Dato' Sri Yang di-Pertua...
Satu soalan yang baik ditanya oleh Wakil Semambu. Merujuk kepada garis panduan Jualan Rahmah anjuran KPDN er… pada masa sekarang ada tiga model perlaksanaan. Satu adalah pelaksanaan di luar permis, satu di dalam permis dan satu juga secara bergerak. Sehingga kini di Pahang kita hanya melaksanakan dua model sahaja. Dalam permis dan luar permis atau tempat terbuka dan yang akan datang yang bergerak ini kita akan cuba menjalankan pada masa terdekat. KPDN Pahang telah melaksanakan sebanyak 90 Jualan Rahmah bermula Januari 2023 sehingga Jun dan meliputi ke semua 42 DUN di negeri Pahang.
KPDN Pahang meneruskan pelaksanaan jualan murah ini juga di 14 Parlimen, dua kali setiap bulan yang akan er… sampai Disember 2023. So untuk Ahli-ahli Yang Berhormat, jikalau siapa nak buat Jualan Rahmah di tempat masing-masing, boleh menghubungi saya. Telefon tak payah sebutlah, banyak kali sebut nanti orang marah. Boleh contact mana nak buat, boleh beritahu saya, saya aturkan. Terima kasih.
Soalan tambahan. Dato’ Dri Yang di-Pertua terima kasih di atas inisiatif kerajaan untuk memperkenalkan Jualan Rahmah di setiap 42 DUN. Cuma persoalan saya ialah adakah pihak Kerajaan Negeri untuk… bercadang untuk melancarkan atau melaksanakan pelan jangka panjang dengan izinnya long term? Kerana sekarang ini pelaksanaan itu adalah setiap minggu, hari minggu. Tapi adakah Kerajaan Negeri akan menimbangkan untuk melaksanakan setiap hari untuk membantu meringankan beban peniaga dan juga rakyat? Terima kasih
Terima kasih Wakil Semambu. Jualan Rahmah ini adalah program yang di bawah er... dikawal selia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Buat masa ini, Program Jualan Rahmah ini adakan secara berkala dua kali sebulan dan er... mungkin kena bergantung kepada kemampuan bajet oleh Kerajaan Persekutuan. Dan er… namun begitu, cadangan Wakil Semambu ini er... Saya fikir juga agak baik dan saya akan panjangkan kepada Kementerian. Mungkin nanti kita cuba fikir macam mana kita nak buat perkara ini. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Seterusnya diminta soalan terakhir, soalan ke-11.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya soalan ke-11.
[Apakah perancangan kerajaan meningkatkan tahap sektor pelancongan Cameron Highlands utk menjadi pelancongan bermutu tinggi?]
Yang Behormat Tuan Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Rata. Untuk meningkatkan tahap sektor pelancongan Cameron Highlands perancangan dan pelaksanaan usaha Kerajaan Negeri adalah seperti berikut.
Yang pertama, mempergiatkan promosi dan publisiti melalui media sosial. Kedua, menyertai pameran pelancongan dalam dan luar negara. Ketiga, penganjuran program Business to Business, B2B dengan izin, antara pengusaha pelancongan tempatan dan pengusaha tempatan luar negara. Yang keempat, mengadakan lawatan suai kenal dengan izin familiarisation trip bagi pengusaha pelancongan untuk memberi pendedahan dan promosi destinasi pelancongan. Yang kelima, penganjuran acara sukan yang dapat optimumkan hubungan sinergi antara pelancongan dan sukan dan juga memaksimumkan faedah ekonomi di kalangan penduduk setempat.
Jadi untuk Cameron Highlands, pada bulan Mac dan juga bulan Julai, penganjuran acara sukan sebagai contoh Cameron Night Run, CamRun telah menarik lebih 2,800 orang peserta dari dalam dan luar negara dan Cameron Ultra, Cameron Ultra telah menarik lebih 2,000 peserta dari dalam dan luar negara dan masing-masing telah membawa manfaat ekonomi antara 3 ke 5 juta dan untuk tahun ini juga Cameron Sundown akan diadakan, Copthorne Fun Run akan diadakan dan juga Cameron Highlands Food Festival akan diadakan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih kepada pihak kerajaan atas jawapan yang diberi. Soalan tambahan saya adakah pihak kerajaan ada perancangan untuk mendirikan pusat penerangan pelancongan di Cameron Highlands untuk tujuan bukan sahaja mempromosikan tarikan pelancongan yang sedia ada, yang sudah popular, tetapi juga kira hidden gem seperti tempat tarikan eco-tourism, seperti Denai, tempat menarik di perkampungan Orang Asli dan sebagainya? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, di negeri Pahang kita ada pusat-pusat penerangan er... informasi pelancongan dan bukan semua dibawah pengurusan Kerajaan Negeri. Ada yang dibawah pengurusan agensi-agensi pelancongan masing-masing. Dan kita akan semak dengan kewujudan pusat informasi penerangan pelancongan yang sedia ada di Cameron Highlands dan kita akan semak bagaimana kita boleh berkolaborasi dengan pengusaha pelancongan tempatan untuk menaikkan lagi promosi di sana. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah selesai membincangkan 11 pertanyaan dan jawapan. Sebelum saya menempohkan persidangan pada sebelah pagi ini, saya ingin memaklumkan bahawa pihak Dewan Negeri telah mengedarkan Borang Kajian Kepuasan Pelanggan yang diletakkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya memohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengisi borang kajian tersebut bagi tujuan menambah baik pentadbiran Dewan Negeri.
Saya menempohkan persidangan pada pagi ini untuk minum pagi dan persidangan akan disambung semula pada pukul 11.45. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan pada jam 11.11 pagi]
[Persidangan disambung semula]
Rang Undang-UndangBill
Perkara Keempat: Rang Undang-Undang (1).
Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2/2023) 2023. DN 20/2023. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Bacaan Kali Pertama
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2/2023) 2023.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya menyokong usul itu.
“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu.”
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong usul itu.
Bacaan Kali Kedua
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (2/2023) 2023, dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon mencadangkan,
“Suatu Enakmen yang mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2023 dan bagi memperuntukkan sejumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu.”
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Perkara 44 Bahagian Dua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang menyatakan bahawa “jika wang diperuntukkan oleh Undang-undang Perbekalan tidak mencukupi atau terdapat lebih perbelanjaan bagi apa-apa maksud di mana-mana tahun kewangan, ianya hendaklah dibentangkan di dalam Dewan Negeri dan kepala-kepala perbelanjaan tersebut hendaklah dimasukkan dalam Rang Undang-undang Perbekalan”.
Di samping itu, Seksyen 11(3) Akta Prosedur Kewangan membolehkan Menteri Besar membuat pendahuluan dari Kumpulan Wang Disatukan untuk menampung keperluan tersebut.
Jumlah wang yang dipohon untuk perbelanjaan tambahan bagi tahun kewangan 2023 ialah sebanyak RM168,584,400.76.
Tambahan ini adalah untuk maksud-maksud perbelanjaan seperti berikut:
Emolumen: RM19,073,658.00
Perkhidmatan dan Bekalan: RM6,042,425.08
Aset: RM11,595,506.00
Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap: RM131,872,811.68
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Maklumat penuh bagi tujuan tambahan ini ada dinyatakan di dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan di dalam Persidangan Dewan ini sebagai kertas Dewan Negeri 22/2023.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sekian sahaja penerangan ringkas saya berhubung Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2/2023) 2023 ini dan berharap Undang-undang yang saya bentangkan ini mendapat sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan seterusnya diluluskan. Saya mohon mencadang. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan… di depan er… Majlis ialah
“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tersebut tertentu bagi tahun itu”,
dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahaskan.
Tiada perbahasan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekiranya saya er… sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.
Ahli-ahli yang bersetuju sila katakan “setuju”,
Setuju.
dan yang tidak sila nyatakan “tidak”. Tiada. Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.
“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu.”
Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.
[ Cokmar diturunkan]
Dalam Jawatankuasa
Jadual T.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Tanggungan T.03 – Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri dibuka untuk dibahaskan. Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM26,850,996.04 untuk Kepala kosong… T.03 – Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada.
Kepala T.03 – Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri jadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Tanggungan B.02 – Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM43,365… maaf, RM43,306,524.64 untuk Kepala B.02 – Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada.
Kepala B.02 – Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri jadi sebahagian daripada Jadual.
JADUAL B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Tanggungan B.03 – Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM94,310,797.00 untuk Kepala B.03 – Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju.” Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada.
Kepala B.03 – Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri jadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.14 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Tanggungan B.14 – Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM288,418.00 untuk Kepala B.14-Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada. Kepala B.14 – Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan jadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Tanggungan B.18 – Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM227,379.48 untuk Kepala B.18 – Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada. Kepala B.18 – Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh jadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.22- Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Tanggungan B.22 – Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan.
Er... untuk Kepala B.22, saya cuma ingin dapat penjelasan sajalah kerana peruntukan asal itu dalam RM60,000.00 tengok peruntukkan tambahan yang dimohon ini ialah RM600,000.00 terlalu besar mungkin dapat er... kita Dewan Yang Mulia ini, dapat
penjelasan sedikit tentang di bawah... bawah aktiviti pembangunan yang dicadangkan untuk Pejabat Tanah ini, apakah kerana pemindahan pejabat baru yang dicadangkan sebab kerana kos dia daripada RM60,000.00 kepada RM600,000.00. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Cheka. B.22 ada pertambahan kepada RM600,285.60. Antaranya ialah bayaran gaji pegawai kontrak, yang mana kita ambil untuk menjalankan kerja-kerja yang… antaranya ialah untuk kita memastikan berlaku er... mendapat kutipan hasil melihat kepada ketirisan dan kebocoran kerana kerja-kerja ini memerlukan er... antaranya kita ambil adalah mereka yang telah pencen telah bersara. Jadi sebagai contoh di tanah-tanah agensi kerajaan seperti FELCRA, FELDA di mana ada lebihan tanaman, di mana kita minta mereka supaya pergi ke bawah untuk meneliti dan itulah kos ini er... meningkat daripada RM60,000.00 kepada RM600,000.00. Antaranya banyak lagi yang lain-lain Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM600,285.60 untuk Kepala B.22 – Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada. Kepala B.22 – Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri jadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Tanggungan B.24 – Jabatan Agama Islam Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM3,000,000.00 untuk Kepala B.24 – Jabatan Agama Islam Negeri jadi sebahagian daripada jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada. Kepala B.24 – Jabatan Agama Islam Negeri jadi sebahagian daripada Jadual.
Fasal 1; Fasal 2.
Fasal 1; Dan Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Undang-undang. Dengan ini saya mohon Ahli Yang Berhormat membuat cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon menyokong usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2/2023) 2023 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju.”
Setuju.
Ahli–ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak.” Tiada. Majlis bersidang semula dalam Majlis Mesyuarat.
[ Cokmar dinaikkan]
Bacaan Kali Ketiga
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (2/2023) 2023, dibaca bagi kali yang ketiga.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon memaklumkan bahawa
“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun
2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu”
telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2/2023) 2023 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju.”
Setuju.
Ahli–ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak.” Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (2/2023) 2023, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.
Perkara Keempat - Rang Undang-Undang Kedua
Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (Pindaan) 2023. DN 21/2023. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Bacaan Kali Pertama
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (Pindaan) 2023.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang 2021.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Bacaan Kali Kedua
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (Pindaan) 2023, dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon mencadangkan, Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang 2021.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang 2021 (selepas ini dikenali sebagai Enakmen LPHP 2021) telah diluluskan melalui Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4, Sidang Dewan Negeri Pahang ke-14 pada 25 Ogos 2021. Enakmen LPHP 2021 seterusnya telah diwartakan dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2022 melalui warta Phg.P.U.63.
Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Parlimen berkuasa membenarkan Badan Perundangan Negeri membuat undang-undang mengenai perkara-perkara di bawah Senarai Persekutuan tertakluk kepada syarat-syarat atau sekatan sekiranya ada boleh dikenakan. Penubuhan LPHP adalah tersenarai di bawah butiran 8(c) Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Selaras dengan keperluan di bawah Perlembagaan Persekutuan, Akta Perbadanan (Kekompetenan Badan Perundangan Negeri) 1962 turut memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang bagi perkara yang berada di bawah bidang kuasa Perundangan Persekutuan. Justeru, peruntukan-peruntukan khas yang ditetapkan di bawah Jadual Kedua Akta Perbadanan ke (Kompentenan Badan Perundangan Negeri) 1962 adalah terpakai berhubung
Pemerbadanan mana-mana orang atau badan bagi maksud pembangunan perumahan.
Pindaan kepada Enakmen LPHP 2021 ini melibatkan Seksyen 6 Enakmen LPHP 2021 iaitu penambahan anggota Lembaga yang terdiri daripada 3 orang wakil Kerajaan Persekutuan dan Seksyen 7 Enakmen penetapan kuorum mesyuarat yang memerlukan kehadiran seorang wakil Kerajaan Persekutuan. Selain daripada itu, pindaan ini turut memberi kuasa kepada Menteri Kewangan bagi hal-hal kewangan, pelaburan, pinjaman dan pelupusan aset melibatkan Seksyen 27, Seksyen 28, Seksyen 29, Seksyen 30, Seksyen 31, Seksyen 32 dan Seksyen 33 Enakmen LPHP 2021.
Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (Pindaan) 2023 ini adalah bertujuan: i) memastikan Enakmen LPHP 2021 menepati kehendak akta induk iaitu Akta Perbadanan (Kekompetenan Badan Perundangan Negeri) 1962;
ii) memastikan peruntukan Enakmen LPHP 2021 tidak melalui isu-isu pertikaian atau cabaran oleh pihak-pihak di Mahkamah pada masa akan datang atas ketidakpatuhan kepada Akta induk;
iii) memastikan peruntukan Enakmen LPHP 2021 boleh dikuatkuasakan.
Oleh itu, Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (Pindaan) 2023 digubal bagi memasukkan peruntukan-peruntukan khas di bawah Jadual Kedua Akta Perbadanan (Kekompetenan Badan Perundangan Negeri) 1962 dalam Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang 2021 [Enakmen 26].
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Sekian sahaja penerangan ringkas saya berhubung Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (Pindaan) 2023 ini dan berharap Rang Undang-undang yang saya bentangkan ini mendapat sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan seterusnya diluluskan. Saya mohon mencadang.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Saya mohon izin menyokong usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalah di hadapan Majlis ialah
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang 2021”,
dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas.
Tuan Speaker. Pertama sekali saya ucap tahniahlah kepada beberapa pindaan yang dibuat bagi untuk penyelarasan di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, beberapa pindaan. Cuma saya ingin mendapat sedikit penjelasan, ada beberapa pindaan ini seolah-olah, quote by quote dia memberi kuasa kepada… kuasa
Kerajaan Negeri berpindah kepada Kerajaan Persekutuan sebagai contoh dalam… dalam pindaan yang dibuat daripada Seksyen 9 muka surat 3, Seksyen 9, Enakmen ibu dipinda dengan masukkan dalam ke B, selepas Seksyen 1, Subseksyen berikut. 1A, Menteri boleh memberi kepada Lembaga apa-apa arahan yang perlu diikuti dalam perjalanan dan pelaksanaan fungsinya dan Lembaga hendaklah memberi kesan kepada arahan itu.
Sedangkan kalau tengok dalam enakmen kita, pengerusi ialah Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tapi dengan pindaan ini seolahnya beri kuasa kepada Menteri Persekutuan. Jadi, mungkin saya ingin dapat penjelasan. Sama juga hari yang sama berlaku pada beberapa pindaan, yang kita pinda daripada bidang kuasa Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan. Contoh pindaan Seksyen 28, muka surat 4 enakmen ibu dipinda dengan menggantikan perkataan pihak berkuasa negeri dengan perkataan Menteri Kewangan. Jadi asalnya bidang kuasa di bawah negeri, tiba-tiba kuasa itu dengan pindaan ini beri kuasa kepada Kerajaan Persekutuan. Tadi Menteri Perumahan yang ini ialah Menteri kewangan.
Jadi saya fikir supaya kita jelas pindaan ini dibuat supaya tidak… kuasa negeri tidak hilang dalam Pindahan Akta yang kita bawa. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Cheka. Untuk maklumat Yang Berhormat daripada Cheka, apa yang kita buat ini adalah memenuhi dan mematuhi Akta Pemerbadanan pada tahun 1962 lagi. Dan sebab itulah mana-mana Agensi kerajaan kita, seperti LKPP, PKNP, PKPP adalah sama seperti mana yang kita buat pada hari ini. Dan apa yang kita buat pada hari ini juga adalah di atas nasihat yang dikemukakan kepada Kerajaan Negeri dan untuk ianya menjadi lebih check and balance sebenarnya tidak… tidak bermakna Kerajaan Negeri akan kehilangan kuasa, pengerusi akan kehilangan kuasa dan sebagainya. Dan pindaan yang kita buat pada hari ini pun, ialah sebagai contohnya, Pengarah Eksekutif kita tukarkan kepada Ketua Pengarah Eksekutif. Kemudian, yang lain-lain, tiga orang wakil Kerajaan Persekutuan. Jadi, yang lebih penting pokoknya ialah ini adalah memenuhi kehendak Akta Pemerbadanan 1962, yang telah dibuat pada tahun 1962. Mana dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua, we have no choice, kena ikut. Kalau tidak, LPHP ni tidak boleh dilaksanakan. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua., terima kasih ADUN Cheka.
Yang Berhormat Dato' Sri.
Sila Yang Berhormat Beserah
Saya, saya rasa untuk meminda Enakmen ini tidak ada masalah kerana kita perlu patuh kepada Perlembagaan Persekutuan ia tidak ada pertindihan atau kuasa. Cuma saya ingin menarik balik apa yang kita telah… mengimbau semula kita telah bentuk enakmen ini pada tahun 2021 dengan hasrat untuk nak meningkatkan keupayaan
Negeri, mengatasi masalah Perumahan dan juga kediaman rakyat. Yang kedua, untuk nak mengurangkan kerenah birokrasi dan juga red tape di dalam permohonan rakyat untuk nak mohon rumah yang mengambil masa sekian lama sebab itu kita bentuk Enakmen LPHP ini.
Tapi kalau sekiranya lepas pindaan ini, dia telah jadi tak seperti mana yang kita hasratkan. Dibimbangi dia lebih menambahkan lagi beban birokrasi untuk nak menyelesai dan juga mempercepatkan penyelesaian masalah rakyat. Cuma itulah yang saya harapkan kalau ada langkah ataupun alternatif lain yang membolehkan kita ada kuasa, Kerajaan Negeri ada kuasa untuk nak menguruskan Projek Perumahan dan Pembangunan Hartanah negeri sendiri, tidak memerlukan kelulusan ataupun consent daripada persekutuan. Dengan ini mampu untuk nak mempercepatkan mengurangkan kerenahan birokrasi dan meningkatkan keupayaan negeri. Itu tujuan dia.
Tapi kalau dengan adanya pindaan ini, menyekat pula kita punya ataupun… menyekat ataupun membantutkan hasrat kita untuk nak membantu rakyat mempercepatkan penyelesaian masalah perumahan, ini bercanggah dengan nilai murni yang kita nak bawa. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih pada ADUN Beserah yang melahirkan rasa kebimbangan beliau, kebimbangan Yang Berhormat apabila enakmen ini diluluskan. Sebenarnya Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua dengan adanya kelulusan ini, lebih mempercepatkan lagi, lebih memudahkan lagi kerana ianya tidak ada… kita nampak tidak ada halangan. Kerana kita sedia maklum bahawa tuntutan untuk Perumahan Negeri Pahang ini memang tinggi. Sebab itulah kita buat PR1MA Pahang, kita buat Rumah Makmur dan ini semua adalah state dan dalam masa sama kita bagi Rumah Rakyat Pahang. Pada setiap ADUN Barisan Nasional, Kerjaan Perpaduan, kita bagi termasuk Kawasan Pembangkang pun kita bagi juga, tetapi ianya ditentukan oleh pihak Kerajaan lah.
Jadi, saya fikir tidak mungkin saya bersama dengan rakan-rakan EXCO akan membuat enakmen yang menyusahkan kami, menyusahkan pihak kerajaan. Dan kita telah kaji dan teliti. Percayalah Yang Berhormat, dengan adanya enakmen ini, akan lebih mempercepatkan dan mempermudahkan lagi urusan perumahan di negeri Pahang ini. Insya-Allah, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya, ialah bagi rang undang-undang ini dibaca untuk kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”. Ahli-ahli yang tidak setuju sila nyatakan “tidak”. Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.
Suatu enakmen untuk meminda Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang 2021.
Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa
[Cokmar diturunkan]
Dalam Jawatankuasa
Fasal 1 hingga Fasal 18.
Fasal 1 hingga Fasal 18 dibuka untuk perbahasan sekarang. Tiada Perbahasan. Fasal 1 hingga Fasal 18 menjadi sebahagian daripada Undang-undang hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada. Fasal 1 hingga Fasal 18 menjadi sebahagian daripada Undang-undang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (Pindaan) 2023 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Cokmar dinaikkan]
Bacaan Kali Ketiga
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon memaklumkan bahawa
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang 2021”
telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (Pindaan) 2023 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju".
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (Pindaan) 2023, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.
Urusan-Urusan Am
Perkara Kelima: Urusan-Urusan Am
Kertas-kertas Mesyuarat.
Memorandum PerbendaharaanTambahan Perbelanjaan Mengurus Tahun 2023. DN 22/2023
Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands Berakhir 31 Disember 2021 DN 23/2023
Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser Berakhir 31 Disember 2021 DN 24/2023
Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Berakhir 31 Disember 2021 DN 25/2023
Penyata Kewangan Perbadanan Muzium Negeri Pahang Berakhir 31 Disember 2021 DN 26/2023
PENANGGUHAN
PenangguhanAdjournment
Perkara Keenam: Penangguhan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon membawa cadangan,
“Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang.”
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Alhamdulillah persidangan kita pada hari ini telah sampai kepada penghujungnya. Syukur kepada Allah kerana perjalanannya... Persidangan ini berjalan dengan lancar dan licin dan sudah pastilah saya memberikan pujian kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker yang telah berjaya [Ahli Dewan menepuk meja] mengendalikan persidangan kita pada hari ini. Kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian sama ada daripada blok kerajaan ataupun pembangkang saya mengucapkan syabas tahniah dan terima kasih atas penglibatan Ahli Yang Berhormat semua semasa persidangan ini berlangsung walaupun persidangan kita ini agak ringkas. Dan apa yang penting ialah objektif persidangan ini telah mencapai matlamatnya iaitu kita membawa dan mengangkat isu-isu rakyat di peringkat akar umbi ke Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Persidangan kita pada kali ini sedikit suram apabila sahabat kita, allahyarham Dato' Sri Johari Harun telah kembali ke rahmatullah setelah terlibat dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina Shah Alam bersamaan 9 mangsa yang lain pada 17 Ogos yang lalu. Saya percaya dan yakin tragedi ini memberi kesan yang cukup besar, bukan sahaja kepada kerajaan negeri tetapi juga kepada rakyat di DUN Pelangai. Ini adalah disebabkan allahyarham adalah seorang yang begitu tekun, berdedikasi dan komited terhadap tugas-tugasnya dalam membantu rakyat di kawasannya serta selaku EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang.
[batuk] Minta maaf, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, batuk sikit. Untuk maklumat Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, buat masa ini tugas-tugas allahyarham, kerajaan negeri telah membahagikan kepada 3 orang EXCO untuk bertanggungjawab. Kalau sekiranya ada apa urusan bolehlah berurusan dengan mereka. Sebagai contohnya, EXCO Kerajaan Tempatan telah dipertanggungjawabkan kepada Yang Berhormat Dato' Fakhar, manakala EXCO Perumahan, saya telah beri tanggungjawab ini kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan kerana beliau pernah menjadi Setiausaha Bahagian Perumahan satu ketika dulu.
Manakala Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dipertanggungjawabkan kepada Yang Berhormat daripada Peramu Jaya… Yang Berhormat daripada Peramu Jaya. Saya juga ingin mengambil kesempatan pada hari ini untuk mengajak rakan-rakan Ahli Yang Berhormat walaupun speaker telah meminta kita menghadiahkan al-Fatihah di awal pagi tadi, tapi lagi sekali saya meminta kepada rakan-rakan yang beragama Islam, Ahli-ahli Yang Berhormat yang beragama Islam untuk sekali lagi menghadiahkan Al-Fatihah kepada allahyarham, manakala yang bukan beragama Islam diminta untuk bertafakur sejenak, al-Fatihah.
[Bacaan Al-Fatihah] semoga roh allahyarham dan roh-roh mereka yang terkorban dalam tragedi ini dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Berikutan kekosongan kerusi DUN Pelangai telahpun diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, maka Pilihan Raya Kecil N.36 Pelangai telah ditetapkan pada 7 Oktober 2023 nanti. Untuk itu, sepanjang tempoh berkempen yang akan bermula pada 23 September 2023 ini, saya ingin mengingatkan semua pihak agar kita dapat berkempen secara sihat dan matang, serta hindarilah sebarang provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan juga agama yang akhirnya boleh mengucar kacirkan keharmonian di negeri ini. Dan selepas selesai Pilihan Raya Kecil ini berlangsung, tidak kira lah siapa pun yang menang, saya minta kita ketepikanlah sentimen politik 24 jam dan berilah tumpuan untuk kita sama-sama bekerja bagi memajukan negeri ini.
Walaupun saya kata tak kiralah siapa yang menang, tapi dalam hati kecil saya, saya harap Barisan Nasional akan dapat mempertahankan kerusi Pelangai N.36. Ini disebabkan negeri ini kita perlu bangunkan dengan berpaksikan kestabilan, keharmonian dan kehamak... keharmonian agar pelabur terus yakin untuk menanam modal dan sektor ekonomi dapat dipacu dengan lebih baik, di mana ia akan mendatangkan banyak manfaat kepada rakyat dan negeri ini.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada jentera kerajaan negeri dan persekutuan kerana sentiasa memastikan negeri Pahang terus aman, sejahtera dan harmoni. Malah boleh saya katakan sehingga kini, kedudukan kewangan negeri masih lagi berada dalam keadaan yang baik dan memberansangkan. [Ahli Dewan menepuk meja]. Sehingga semalam saya dimaklumkan oleh Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM840 juta, lebih kurang RM840 juta dan kita masih ada baki lebih kurang 4 bulan sahaja lagi untuk mencapai sasaran kutipan hasil tahun ini iaitu sebanyak RM1.08 bilion.
Saya insya-Allah, saya sangat optimis dan yakin sasaran ini mampu kita capai berdasarkan pelan dan strategi yang sedang kita laksanakan dan contoh paling hampir ialah Kerajaan Negeri sedang giat melaksanakan Karnival Tanah Pahang di seluruh daerah bagi memastikan pemilik tanah melaksanakan tanggungjawab membayar hasil tanah mereka.
Sehubungan dengan itu saya mengucapkan syabas dan tanhiah kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan dan juga Pengarah Pejabat Tanah dan Galian kerana telah memulakan usaha dan merealisasikan Karnival Tanah di seluruh daerah negeri Pahang. Syabas dan tahniah kepada mereka [Ahli Dewan menepuk meja]. Malah seperti mana yang saya sering katakan bahawa kutipan hasil ini tidak pernah sesekali membebankan rakyat dan sebaliknya Kerajaan Negeri berjaya meningkatkan kutipan hasil berdasarkan beberapa tindakan termasuklah meningkatkan kecekapan pentadbiran, mengurangkan ketirisan dan kebocoran serta melaksanakan inisiatif-inisiatif baharu.
Dalam pada itu Kerajaan Negeri masih terus berupaya untuk menjaga kebajikan rakyat menerusi beberapa bentuk panduan. Minta maaf menerusi beberapa bentuk bantuan dan juga inisiatif serta Bantuan Prihatin Pahang, di mana pada tahun ini kita peruntukkan sebanyak RM42.4juta. Begitu jugalah dengan program-program kebajikan seperti Pahang Pride Kit, Pahang Pride Kasih, Pahang Pride Student, Pahang Pride Orang Asli, Pahang Pride Athlete serta Pahang Pride Achiever, di mana semua ini diwujudkan untuk memberi galakan serta kemudahan kepada rakyat.
Inisiatif baharu ialah untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, mulai tahun ini kita akan buat bagi sumbangan kepada mereka yang akan mengerjakan haji sebanyak RM500.00 dan telah kita laksanakan dan insya-Allah pada tahun depan kita akan tingkatkan daripada RM500.00 kepada RM750.00 [Ahli Dewan tepuk meja]. Ini adalah julung-julung kali yang kita adakan. Malahan segala bantuan yang kita hulurkan ini adalah kepada semua lapisan rakyat tanpa mengira warna kulit, latar belakang mahupun fahaman politik.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kita kini masih lagi berada dalam bulan kebangsaan, yang mana kita baru saja menyambut Hari Kemerdekaan ke-66 pada 31 Ogos yang lalu. Manakala hari Malaysia, kita akan sambut pada 16 September dengan membawa tema “Malaysia Madani, Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” dan dikesempatan ini, saya menyeru marilah kita sama-sama terus perkukuhkan perpaduan serta meraikan setiap perbezaan agar kita dapat mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu hati, saling hormat menghormati, serta bertoleransi. Sematkanlah jiwa nasionalism dan cintakan negara ke dalam diri kita, terutamanya dalam diri anak-anak muda kita, agar negara dan negeri ini terus berupaya melangkah dengan lebih berani bagi menghadapi segala rintangan dan cabaran yang mendatang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sebelum saya akhiri ucapan ini, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih atas keti… keterlibatan Ahli-ahli Yang Berhormat semua dalam persidangan kita pada kali ini. Insya-Allah jika ada umur panjang kita akan bertemu lagi dan pada persidangan yang akan datang di mana Belanjawan 2024 Negeri Pahang akan dibentangkan di hadapan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya berdoa semoga Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian selamat pulang ke kawasan masing-masing dan laksanakanlah tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita dengan sebaik-baiknya. Dengan
ini saya mencadangkan supaya Mesyuarat ke-2 Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang ke-15 ditangguhkan, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh [Ahli Dewan menepuk meja].
Yang Berhomat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar sebentar tadi.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Sebelum saya menangguhkan er… persidangan Dewan Negeri pada kali ini,, kita ada juga pemerhati iaitu yang saya perlu umumkan, iaitu Pemuda DAP Pahang, seramai enam orang, Pemuda PKR Pahang, Majlis Belia Negeri Pahang. Terima kasih kerana menjadi pemerhati dan mana tahu satu hari nanti kalau sekarang duduk di atas, mungkin satu hari nanti akan duduk di bawah, insya-Allah.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli… Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, alhamdulillah kita telah sampai ke penghujung Persidangan Mesyuarat Ke-2, Penggal Ke-2 Dewan Negeri ke-15. Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Dewan yang telah memberikan kerjasama yang amat baik dalam tempoh persidangan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua-ketua Jabatan, Negeri dan Persekutuan dan pihak-pihak terlibat yang memberikan kerjasama yang tinggi dalam menjayakan persidangan Dewan Negeri.
Sebelum saya menangguhkan Dewan ini, pada ketika ini kita tahu sedang diadakan pilihan raya kecil, PRK iaitu di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram di Johor. Pada yang terlibat, kita kena ingatkan dalam politik ini sifirnya berbeza. Satu campur satu bukan dua, dua campur dua bukan empat. Kadang-kadang jadi lima, kadang-kadang jadi tiga, kadang-kadang jadi 3, kadang-kadang jadi 7. Tetapi jawapan yang terbaik adalah yang bertanya itu, dia tanya, "Bos nak berapa? 1+1 tu, Bos nak berapa?" Jadi berkempenlah secara berhemah, baik dan tertib supaya keharmonian rakyat tetap kita kekalkan.
Selepas ini kita akan berhadapan pula dengan PRK DUN iaitu Pelangai N.36. Jaga adab, jaga tata susila dan jangan menimbulkan insiden sehingga boleh menjejaskan ketenteraman dan keharmonian masyarakat. Bertandinglah secara berhemah sebagai keluarga kerana dalam politik, apapun boleh berlaku pada masa akan datang, demi ukhwah Islamiyah dan perpaduan kaum di tanah air tercinta ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ingatlah bahawa "There are no permanent friends and no permanent enemies" Tiada kawan yang kekal dan tiada musuh yang kekal dalam politik.
Jadi, dalam politik ini segala-galanya adalah tidak mustahil. Politik ini ibarat a storm in the tea cup atau ribut dalam cawan. Terutamanya di Pahang. Tak perlu kita melatah sebab pengalaman yang panjang mengajar kita bahawa ribut kecil ini akan berlalu dan kehidupan diteruskan. Cabaran tetap dihadapi dan sabar dan tabah kerana parti politik adalah wadah, tidak lebih daripada itu. Saya menyeru kepada semua Ahli-ahli Yang
Berhormat, atau Ahli Politik khususnya yang akan berkempen di N.36 Pelangai, adalah elok untuk kita tidak menyentuh isu-isu yang kontroversi.
Yang mana kita tahu bahawa di Pelangai yang akan diadakan penamaan calon yang akan diadakan pada 23 September dan hari mengundi pada 7 Oktober 2023. Eloklah kita berkempen secara tertib bertata susila. Rakyat melihat dan menilai kerana apa yang rakyat mahukan adalah Wakil Rakyat yang boleh membawa kebaikan kepada kawasan tersebut.
Insya-Allah, Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-2 dijangka akan diadakan pada bulan November atau awal Disember. Mesyuarat Ke-3 adalah pembentangan Bajet 2024 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar. Pada mesyuarat tersebut, semua Ahli-ahli Yang Berhormat akan diminta membahaskan bajet tersebut dan sebelum ianya diluluskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Selepas ini kita pulang ke kawasan masing-masing dan jalankanlah amanah kepada rakyat. Sesungguhnya kita dipilih oleh rakyat, taburlah khidmat dengan cemerlang. Dekatilah rakyat dengan hidup, hiruplah segala bentuk keluhan dan rintihan rakyat. Kita akan kembali diadili oleh kuasa rakyat selepas ini apabila sampai waktunya. Saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia kepada rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menangguhkan sidang Dewan pada kali ini, marilah kita sama-sama membaca Surah al-Asr. al-fath wal-Asri. Sila. [Bacaan doa].
Sekian persidangan Dewan Negeri ditangguhkan. Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Persidangan ditangguhkan pada jam 12.44 tengah hari]