Pahang · 12 May 2023

15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 299 turns · 20,493 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari : Jumaat, 12 Mei 2023

Bersamaan 21 Syawal 1444 Hijrah

DOA

Bacaan Doa.

Yang di-Pertua (Speaker)

Al-Fatihah. [Ayat Al-Quran] Segala puji bagi Allah dibuka Dewan... Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan. Mudah mudahan sentosa, aman makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini.

Ya Allah, kami sekian hamba-Mu yang diperkenankan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkat-Mu ke atas kami berhimpun, dipohon anugerahkan taufik-Mu, dipohonkan menyuluh, memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenankan. Amin, Ya Rabbal A'lamin.

Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera, salam Pahang 1st dan salam Kerajaan Madani. Selamat pagi Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan kita untuk hari yang terakhir ini. Sebelum kita memulakan mesyuarat kita, saya ingin mohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengisi borang...Borang Kajian Kepuasan Pelanggan yang telah diedarkan kalau kita tengok di atas meja masing masing. Baiklah dan juga kita akan mengedar buku, Coffee Table Book yang dilancarkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang ketika kita mengadakan er...jamuan makan malam, insya-Allah.

Baiklah, terus...saya ingin meneruskan atur urusan mesyuarat kita pada hari ini, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Cheka untuk mengemukakan pertanyaan. Silakan. Soalan nombor 1.

Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1.

[Berapakah jumlah keluasan hutan simpan kekal di seluruh Pahang, dan jumlah yang telah dinyahwartakan, dan langkah yang telah diambil bagi menggantinya semula?]

Assalamualaikum WBT, selamat pagi, salam sejahtera.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN Cheka yang bertanyakan soalan berhubung dengan jumlah keluasan hutan simpan kekal di seluruh Pahang. Satu soalan ada tiga pertanyaan. Yang kedua ialah jumlah yang telah dinyahwartakan. Bahasa mudahnya pewartaan keluar. Bahasa dalam persuratan, dinyahwartakan. Dan er...apakah…yang ketiga, langkah-langkah yang telah diambil bagi menggantikannya semula bagi yang telah diperwatakan keluar.

Sukacita saya maklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah merekodkan luas hutan simpanan kekal sehingga April tahun 2023, seluas 1,596,062.44 hektar iaitu bersamaan 44.37% daripada keluasan negeri Pahang seluas 3,596,500 hektar.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, keluasan negeri Pahang...mana yang saya katakan tadi. Tetapi ada lagi iaitu luas kawasan berhu...berhutan iaitu 2,037,757.25 hektar. Ini yang sering saya katakan 57% hutan simpan daripada 2 juta hektar tersebut terbahagi kepada tiga, iaitu hutan simpan 1.5 juta yang saya sebutkan tadi, hutan tanah kerajaan 122,185.65 hektar manakala Hutan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara 319,509.16 hektar.

Bagi soalan yang kedua, jumlah yang telah diperwartaan keluar ataupun dinyahwartakan. Pada tahun 2022, jumlah luas pewartaan keluar seluas 1,183.74 juta hektar. Itu yang kita wartakan keluar. Tapi untuk makluman Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan, kita juga telah mewartakan pewartaan masuk yang... yang kita keluar 1.1 juta tetapi yang kita masukkan, kita wartakan masuk ialah sebanyak 2 juta...2,574.85 hektar. Bermakna yang keluar adalah sikit, yang masuk lagi banyak. Jadi er...itulah pertanyaan yang dikemukakan oleh ADN Cheka. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Dato' Sri Yang di-Pertua, soalan tambahan saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya bagi Wakil daripada Inderapura dulu lepas tu boleh Cheka. Sebab kita ada dua. Baik, baik Inderapura, sila Inderapura lepas tu bagi pada Cheka.

Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat... Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar er...saya ingin tahulah, saya ada kedengaran dulu-dululah mana... hutan, ni Projek Ladang Hutan. Ingin tahu...ni ingin tahulah apakah Projek Ladang Hutan tu masih diteruskan dasarnya oleh Kerajaan Negeri dan er…macam mana statusnya? Kalau dah ada tu status tu ke...kejayaannya, kegagalannya, itu saja. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya ADUN Inderapura. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, ladang hutan ni sebenarnya ditetapkan ataupun diberi panduan oleh Kerajaan Pusat. Ianya boleh dilaksanakan tetapi seboleh-bolehnya tidaklah melebihi 5% dan setakat hari ini mengikut rekod yang ada di Jabatan Perhutanan Negeri, angka tepat saya tak ingat, tetapi ianya masih lagi er...seperti mana yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat.

Manakala er…oleh sebab projek ini banyak, melibatkan 100 ribu apa ni…hektar lebih, ada yang berjaya, ada yang tidak berjaya, ada yang sedang dilaksanakan dan ada yang kerajaan sedang dalam proses untuk membatalkan kelulusan. Maknanya ada... ada…ada. Ada yang berjaya, nak batalkan kelulusan yang sedang dilaksanakan dan ada juga projek yang baru mula, Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila wakil daripada Cheka.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas penjelasan tentang usaha Kerajaan Negeri mewartakan ladang hutan, saya ucap tahniahlah. Cuma persoalan saya kalau ikut Laporan Audit Negara Tahun 2021, terdapat 33 pengusaha yang diluluskan Projek Ladang Hutan tidak melaksanakan projek yang telah dirancang. Kalau kita tengok data yang ada, daripada 73,360 hektar yang diluluskan untuk se... untuk tebang dan tanam semula ladang hutan, hanya 5% penanaman semula dibuat. 33 syarikat ini tidak tanam semula menyebabkan Kerajaan Pahang er...tidak dapat kutip hasil daripada pokok yang tidak tanam, dianggarkan kerugian, ni laporan audit ya...kerugian berjumlah RM12.03 juta.

Persoalannya, mengapakah tindakan denda sebanyak RM117.87 juta tidak dikenakan terhadap syarikat yang terlibat dan mereka ini terang-terang melanggar kontrak perjanjian waktu diluluskan untuk proses penebangan balak tersebut. Sepatutnya bila tak er…tebang, dia mesti tanam semula. Kerajaan akan rugi dua perkara. Satu, hasil sebanyak RM12.03 juta, denda pun tak dikutip sebanyak RM117.87 juta. Jadi persoalan saya ialah, kenapa tindakan tidak diambil daripada 33 syarikat yang telah pun kita luluskan ini. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada ADUN Cheka. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, sebenarnya yang tidak dikutip itu bukan tidak dikutip, belum dikutip dalam proses. Bila kita nak kutip ada sahaja alasan-alasan tertentu dan sebagainya. Dan merujuk kepada Laporan Ketua Audit untuk makluman kita semua, Kerajaan Negeri telah memanggil Pengarah Audit untuk membuat pembentangan kepada Ahli Majlis Mesyuarat kerana kita dapati ada ketidaktepatan. Ada yang bercanggah dan er…ada sedikit perbezaan daripada apa yang telah kita laksanakan dan susulan daripada itu, saya selaku Ketua Kerajaan Negeri telah pun menulis surat kepada Ketua Audit Negara untuk menyatakan beberapa perkara yang kita rasa tidak tepat.

Kerana ada di antaranya yang er…yang diambil sebelum itu, terlalu lama, tidak menggambarkan situasi sebenar dan er…saya difahamkan juga Pihak Perhutanan telah pun berjumpa dengan er…Audit untuk membentangkan keadaan yang sebenar dan semasa pembentangan tersebut Pengarah Audit sendiri er…ada mengatakan bahawa beliau baru 2 minggu datang ke Pahang ini. Jadi atas sebab itu beliau perlu mendalami laporan tersebut. Tetapi pokok pangkalnya ialah apa yang dilaporkan itu adalah kurang tepat dan harus dibuat pembetulan. Dan perkara ini kita sedang dalam proses untuk pembetulan. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih er…boleh satu lagi pasal ini soalan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita bagi 3, yang lain semua 2.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Soalan saya, sejauh manakah hasil hutan menyumbang kepada pendapatan Kerajaan Negeri Pahang?

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Angka untuk tahun lepas saya ingat. Tapi untuk tahun sebelum itu, saya tidak ingat. Tetapi yang pentingnya ialah hasil hutan ini memang ada berlaku peningkatan setiap tahun kalau pada tahun 2021, kalau tak silap saya dalam RM101 juta. Pada tahun ini er…kalau tak…kalau tidak saya lebih kurang RM140 juta yang disumbangkan daripada hasil hutan. Terima kasih Yang Berhormat daripada Chini. Chini ada hutan tak? Ada haa…okay, terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Seterusnya, soalan er…nombor 2 sila wakil daripada Padang Tengku.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Assalammualaikum WBT. Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Dari Benta ke Kampung Gua,

Soalan saya nombor dua.

[Berdasarkan belanjawan 2021 Kerajaan telah meluluskan pembinaan sebuah bangunan akademik dan sebuah dewan di Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah Padang Tengku berjumlah RM 9 Juta:

a) Bilakah dewan dan bangunan akademik sekolah berkenaan akan dibina dan nyatakan isu-isunya sehingga pembinaannya tertangguh sehingga sekarang serta apakah langkah penyelesaiannya?]

Assalammualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Padang Tengku, rakan saya Padang Tengku telah membangkitkan tentang er…status kemajuan pembinaan bangunan akademik dan juga dewan Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku. Pertama sekali, saya nak maklumkan bahawasanya tapak tanah ini memang ada isu iaitu tanah yang dicadangkan untuk buat binaan baru ini adalah merupakan tanah milik Kementerian Kesihatan. Dia merupakan kuarters bagi er…bidan tapi tidak dihuni atau tak digunakan. Namun proses-proses perlu diambil untuk memohon supaya pihak KPTG menyerah semula tanah ini kepada pihak Kerajaan Negeri dan er…kita kemudiannya melupuskan kepada pihak JAIP lah dan di sini baru boleh kita bina bangunan baru tersebut.

Namun er…pihak KPTG telah meminta supaya tanah yang diambil ini diganti dan pihak Pentadbir Tanah Daerah Lipis telah mengenal pasti tapak yang sesuai lah untuk diganti iaitu berdekatan dengan hospital sedia ada, Hospital Lipis sedia ada. Dan kalau dilihat dari segi nilaian, tanah yang nak kita ambil ini dalam 1.1 ekar, lebih kurang satu ekar, bernilai dalam RM954,000.00 dan tanah gantian ini nilaiannya jauh lebih besar, lebih kurang dalam RM1.9 juta nilaiannya.

Dan er…ini telah pun diambil tindakan melalui permohonan perbincangan antara semua pihak termasuk Pentadbir Tanah Daerah Lipis sendiri yang diketuai oleh Tuan DO…Dato’ DO telah bertemu dengan Pengarah Hartanah KPTG di Putrajaya mengemukakan er…pandangan cadangan untuk menyegerakan dan Alhamdulillah baru-baru ini KPTG Putrajaya telah pada 9 Mac yang lalu mengemukakan surat kepada KPTG Pahang supaya melihat tapak, menilai dan mengambil tindakan-tindakan susulan yang bersesuaian. Ini untuk makluman lah.

Jadi er…selaras dengan itu, kita juga mengambil maklum bahawasanya er…kesegeraan ini penting kerana kita ada peruntukan yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri melalui JAIP yang perlu kita guna dan kita manfaatkan. Alhamdulillah er…tender bagi dewan sekolah ini akan dilaksanakan dalam bulan Jun dan insya-Allah selepas 3 bulan dijangkakan dalam September akan dikeluarkan Surat Setuju Terima kepada kontraktor yang berjaya. Dan er…bagi bangunan akademik pula, dijangkakan dalam bulan Ogos…dalam bulan Ogos kita akan er…pihak JKR la, akan memanggil tender dan sebelum akhir tahun ini, dijangkakan kita akan dapat mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada kontraktor yang berjaya untuk dilaksanakan projek ini. Jadi itulah kedudukan sekarang ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya, soalan nombor 3. Sila wakil daripada Tanah Rata.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan 3.

[Perkhidmatan Asas Perkampungan Orang Asli di Pahang:

a) Nyatakan Kampung Orang Asli di seluruh Pahang yang masih kekurangan perkhidmatan asas seperti elektrik dan internet.

b) Jelaskan usaha kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut.

c) Nyatakan syarikat telco yang terbabit dalam menawarkan perkhidmatan talian menerusi menara komunikasi di sepanjang Jalan Lembah Bertam-Sungai Koyan?]

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Tanah Rata yang menanyakan tentang kemajuan atau pun status kampung Orang Asli yang tertinggal dari pelbagai sudut khususnya internet dan juga bekalan elektrik. Soalan ini hampir sama dengan beberapa rakan-rakan Ahli Dewan yang lepas seumpama yang bertanya tentang persempadanan kemajuan ekonomi daripada Kemayan. Jadi suka saya nyatakan bagi pihak Kerajaan Negeri kita sangat mengambil dan menitik berat tentang pembangunan perkampungan masyarakat Orang Asli ini.

Dari setiap sudut tapi maklumlah kampung mereka ini sebahagiannya terlalu jauh ke dalam dan sukar untuk di…apa er…kita sampai ke tempat-tempat itu dan mengambil masa yang lama serta halangan yang begitu banyak sekali namun demikian Kerajaan Negeri melalui agensi-agensinya sama ada JAKOA, SKMM dan sebagainya kita bertungkus lumus untuk memastikan usaha memajukan kampung-kampung Orang Asli ini.

Seumpama kata, tentang kita er…mengenal pasti ataupun menentukan persempadanan kampung-kampung Orang Asli. Di tahun 2021, kita telah berjaya mendapat kelulusan peruntukan untuk ukur perimeter di 4 er…4 buah kampung, 2 di Bera dan 2 di Lipis. 10 kampung dapat kita ukur secara halus iaitu di Temerloh, Lipis, Pekan, Rompin, Jerantut, Bentong dan Cameron Highlands. Pada tahun 2022, 19 buah kampung Orang Asli kita berjaya ukur perimeter iaitu kampung di er…kampung-kampung di Rompin, Pekan, Bentong, Bera, Jerantut dan Lipis. Begitu jugalah apa pada tahun 2023 ini, JAKOA berjaya mendapatkan peruntukan daripada kementerian untuk mengukur 11 buah kampung lagi secara perimeter termasuk 2 buah kampung di Jenderak, di Paya Mendoi dan Seboi sebagaimana yang dikemukakan oleh rakan saya daripada Jenderak.

Manakala berkaitan dengan apa yang disoalkan oleh rakan saya daripada Tanah Rata berkaitan dengan internet dan elektrik. Memang ini adalah perkara yang sedang dihadapi oleh sebahagian kecil kampung Orang Asli. Kita ada 262 buah kampung Dato’ Sri Yang di-Pertua. Hanya tinggal 56 buah kampung lagi yang tidak ada elektrik dan 6 buah kampung yang tidak ada internet. Itu data daripada JAKOA tapi kalau kita tengok kepada kampung Orang Asli ini yang tidak rasmi maklumlah Orang Asli ini ada sebahagiannya kelmarin dia duduk di kampung namanya Paya Sendayan seumpama contoh tapi dia dapat peluang untuk bekerja di tempat lain mengikut tauke-tauke balak ataupun siapa ke dia buat pula kampung baru.

Contohnya, di Jerantut ada kampung Semata. Semata ini bukan kampung asal Orang Asli tapi dia datang daripada Rompin dia pindah ke Jerantut dia duduk di situ. Ini kampung baru bagi Orang Asli dan tidak berdaftar di bawah JAKOA. Jadi ini pun kita ambil kira juga. Kalau kita kira kampung ini jumlah kampung yang tidak mempunyai bekalan apa namanya internet sebanyak 331 buah kampung. Perkara ini telah kita kenal pasti, kita telah gemblengkan usaha melalui JAKOA dan SKMM. Kita minta jasa baik SKMM untuk membantu supaya perkara ini dapat diatasi dari semasa ke semasa.

Maklumlah, sebagaimana yang saya sebutkan tadi, kerana tempat yang jauh. Hubungan yang agak sulit kita berusaha, kita telah memperkenalkan satu program yang dinamakan JENDELA iaitu Jalinan Digital. Jalinan Digital ini berusaha untuk membina 11 buah menara komunikasi yang berfungsi bermula daripada lembah Bertam hingga ke Sungai Koyan yang berfungsi 2G dan 4G oleh syarikat Digi dan Celcom. Insha-Allah 7 menara lagi bakal dibina di seluruh Pahang ini, di perkampungan Orang Asli bagi memberi kemudahan apa namanya internet insha-Allah.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Begitu jugalah sebagaimana yang disebut tadi 56 buah kampung tidak ada mempunyai bekalan elektrik. Tetapi baru-baru ini diantara 56 buah kampung itu kampung di Bentong, Kampung Sempayang ke kampung apa…kampung Sungai Sempayang? Bukan. Dekat apa…dekat dengan Fraser Hill. Di situ kita dah pergi ke kampung tu saya pergi sendiri bulan puasa Dato’ Sri Yang di-Pertua. Alhamdulillah kita telah berjaya memasang solar-solar untuk membantu beberapa kampung berkenaan.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Kampung Telaga?

Bukan. Bukan telaga. Sempayang, Sempeleng gitulah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak apa Yang Berhormat, lepas ni kita boleh pergi.

Ya, boleh. Seronok pergi situ, dapat halia free.

Yang di-Pertua (Speaker)

Alhamdulillah.

Sila soalan daripada Wakil daripada Tras. Lepas tu daripada Tanah Rata.

Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua. Biasa…biasanya kos untuk membina menara komunikasi ini agak tinggi, mencecah ratusan ribu ringgit malaysia. Kemudian

kawasan Orang Asli ini agak tidak setempat dan berbukit- bukau. Jadi soalan saya, adakah pihak kerajaan bersedia untuk memikirkan atau bercadang untuk membina peralatan komunikasi ini yang alternatifnya? Ya, selain menara. Ini kerana rujukan saya ada pihak-pihak swasta menggunakan kaedah ini kerana kos nya kurang daripada RM20,000.00. Minta penjelasan. Terima kasih.

Kerajaan ini sentiasa menerima Dato’ Sri Yang di-Pertua, sebarang cadangan yang positif, baik, murah, mudah dan cepat. Itu maknanya nikmat yang terbesar Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih banyak.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh cadang. Wakil daripada ni… saya bagi peluang untuk bertanya. Okey. Sila, sila.

Dato’ Sri, saya nak response yang apa soalan menara tadi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey.

Sebenarnya kerajaan negeri memang ada kerjasama dengan pihak syarikat tertentu contohnya macam MEASAT untuk dia tidak buat menara tapi kemudahan talian internet yang lebih murah dia panggil BWA.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey satelit lah.

Haah dia satelit lah. Broadband wireles access setahu saya dan kita laksanakan sekarang ni di Kampung Kuala Boh kawasan wakil rakyat…Yang Berhormat Tanah Rata sebelum menara yang er…apa platform yang lengkap yang dibina. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang kekal. Sila saya bagi peluang kepada Wakil Tanah Rata kerana dia yang bertanya soalan.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Soalan saya, adakah kerajaan ada perancangan untuk menambah syarikat telco yang menawarkan perkhidmatan talian di sepanjang jalan Lembah Bertam, Sungai Koyan selain daripada Digi dan Celcom?

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Kata dek orang ni kecil tapak tangan, niru gadang kita tadahkan, asalkan SKMM setuju. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya Wakil daripada Damak soalan nombor 4.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.

[kini keadaan jalan utama di kawasan Dun Damak kelihatan banyak berlubang dan diambil tindakan dengan menampak kembali jalan tersebut. Namun, kesannya jalan tidak sekata, kembali berlubang dan mengakibatkan kerosakan kepada kenderaan yang menggunakan jalan tersebut. Mohon penjelasan pihak kerajaan berkaitan;

a) Apakah teknologi yang digunakan bagi membaik pulih jalan yang rosak?

b) Apakah tatacara pengendalian piawai atau Standard Operating Procedures (SOP) oleh pihak kerajaan dalam menangani permasalahan tersebut?

c) Berapakah tempoh masa tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikan permasalahan seperti ini?]

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kepada ADUN Damak. Yang pertamanya saya nak tanya sikit ADUN Damak er…ada tak spesifik jalan tu yang terlibat ni? Yang dikatakannya.

Maksud dia macam mana tu?

Yang di-Pertua (Speaker)

Jalan tu jalan negeri ke? Jalan federal road ke? Jalan persekutuan ke? Yang mana satu?

Minta maaf saya tak pasti jalan tu samada federal ataupun jalan negeri. Cuma mungkin dalam ucapan saya sebelum ni kita, saya menyebut er..gred tu maksudnya senang kita kenal pasti. Maksud dia kita faham kerajaan mungkin kengkangan kewangan, mungkin…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ini…Yang Berhormat, tanya Damak Yang Berhormat. Damak, Damak.

Hari jumaat. Confuse.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya faham kerja kuat semalam. Sila, sila wakil Damak.

Saya ucap terima kasih kepada Tras kerana wakili Damak ni macam ada...

Yang di-Pertua (Speaker)

Macam ada persetujuan awal ni. Bahaya.

Berkenaan dengan pertanyaan daripada Bebar tadi kalau saya boleh spesifikasikan ialah jalan Persekutuan dan ada satu jalan yang runtuh sekarang ini iaitu FT 64, Seksyen 35.10, Jalan Bentong Jerantut. Runtuh pada 24 Januari dulu dan hingga sekarang ini belum siap lagi lah tapi saya dimaklumkan sudah ada kerja-kerja yang dibuatlah cuma agak lewat dan memang menjejaskan hubungan antara Jerantut-Benta. Jadi saya nak pergi ke kawasan Benta pun payah nak berjumpa dengan EXCO di sana tu. Jadi diharap dapat ambil tindakan segera.

Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, boleh video call je.

Dato' Sri Yang di-Pertua, patutlah saya tak nampak rakan saya daripada Damak berceramah di kawasan Benta. Nasib baik juga ni tanah tu runtuh.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Seperti yang saya jelaskan dalam sidang dewan… penggulungan Dewan baru-baru ini kita sahaja baru menerima peruntukan sebanyak RM94 juta daripada Kerajaan Pusat lewat sikit terima. Tetapi pemasalahan yang berlaku di setiap daerah dalam negeri Pahang ini kita sentiasa mengambil perhatian dan kita sentiasa berbincangkan dalam Mesyuarat Majlis…Mesyuarat Kerajaan Negeri atas inisiatif Yang Amat Berhormat Menteri Besar perkara ni mendapat perhatian segera dan akhirnya kita menerima peruntukan segera tu untuk membaik pulih jalan-jalan yang kritikal.

Sebagai contohnya baru-baru ni dalam senarai yang kita terima tu kita menerima peruntukan sebanyak RM2.9 juta untuk membaik pulih jalan FT64 ni antara Jerantut

dan Maran dan juga sebanyak RM1.5 juta untuk membaik pulih jalan antara Temerloh dan juga Jerantut. Ini adalah sebahagian daripada peruntukan yang telah kita terima.

Jadi saya berharap ya kepada sidang Dewan Yang di-Pertua supaya persoalan yang kita tanyakan tu mudah-mudahan soalan yang tepat supaya tidak mengelirukan pandangan masyarakat kerana kita di pihak kerajaan sentiasa mengambil tahu tentang apa berlaku. Macam semalam, saya di Panching ada kemukakan soalan berkaitan dengan jalan Jabor - Jerangau tu. Maknanya dah 90% dah siap, cuma nak buat line je. Maknanya kalau kita dalam Dewan kita kata benda tu tak siap mungkin mengelirukan pandangan sesetengah daripada masyarakatlah.

Jadi menjawab soalan daripada ADUN Damak, teknologi yang digunakan ada lebih kurang di sini ada 5 teknologi. Yang pertamanya Cold In Place Recycling (CIPR) dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua iaitu kaedah campuran bahan penstabil sebelum lapisan premix semula jalan. Yang keduanya, Mill and Pave dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Iaitu proses itu kita mencakar jalan tu pada kedalaman tertentu dengan menggunakan asphalt milling machine dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan diikuti dengan kerja premix semula jalan. Dua…dua ni memang yang selalu kita gunalah CIPR dan juga Mill and Pave.

Yang lain tu reconstruction pembinaan semula, Super Fiber Mix dan juga Crumb Rubber Modified Asphalt iaitu kaedah campuran bahan crumb rubber modified binder dengan lapisan premix semula jalan dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Yang soalan bagi jawapan B untuk soalan B, err...tatacara pengendalian piawaian. Kalau bagi kerosakan jalan yang dikategorikan sebagai potholes, yang kerosakan lubangnya bersaiz kecil sehingga 1 tak lebih daripada 1m2 dan kedalamannya sehingga 25mm sahaja. Kaedah tampalan sementara menggunakan coldmix akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam serta maklumat yang diterima daripada pasukan rondaan konsesi, aduan awam, manakala tampalan kekal menggunakan hotmix akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari susulan tampalan sementara tersebut.

Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang dengan coldmix, hotmix ni pada musim tengkujuh yang lalu, kita tengok kadar turun hujan tu sangat tinggi kita menggunakan kaedah coldmix sebab hotmix tak boleh buat dalam hujan lebat ni. Pasal apa kita guna coldmix juga kita kena tampal juga sebab bila hujan lebat air tu penuh atas jalan lubang tu kita tak nampak. Jadi kalau kita tak tampal dia membahayakan pengguna jalan raya. Contohnya, motor, kereta yang boleh mengakibatkan kemalangan. Dia gini ADUN Damak, kalau dalam air itu tak nampak lubang tu.

Jadi, pihak JKR ni konsesi ni, dia mengambil inisiatif tampal juga itu menggunakan coldmix. Bila dah kering nanti baru diganti balik menggunakan kaedah hotmix. Bagi kerosakan lubang yang bersaiz dan kedalaman lebih besar, ianya dikategorikan sebagai kerosakan struktur jalan. Ya lah tak boleh nak ni, maknanya kalau dia dah dalam sangat air tu dah masuk bawah jalan. Maknanya kalau lori lalu lagi akan rosak teruk.

Pihak JKR akan menyediakan Notice of Defect (NOD) dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, beserta anggaran kos pembaikan semula yang melibatkan struktur pavemen dan NOD ini akan dikemukakan kepada pihak Cawangan Senggara Fasiliti Jalan JKR Malaysia bagi pertimbangan dan kelulusan oleh pihak Kementerian Kerja Raya. Kerja-kerja pembaikan struktur hanya akan dilaksanakan setelah

kelulusan peruntukan diperolehi dari pihak Kementerian Kewangan Malaysia dan Kementerian Kerja Raya.

Bagi menjawab soalan C. Bagi kerosakan pothole, tampalan sementara akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam. Setelah maklumat kita terima dari pasukan rondaan dan manakala tampalan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh tiga hari. Ni bagi yang kurang daripada satu meterlah. Yang lebih pada satu meter ini, kita akan gunakan NOD. Bagi kerosakan struktur jalan, kerja-kerja pembaikan jalan hanya akan dilaksanakan setelah kelulusan peruntukan kita perolehi dari pihak Kementerian Kewangan Malaysia. Itu sahaja Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya, soalan err...

Boleh minta izin sikit. Sikit je...

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya. Sila...sila Yang Berhormat.

Saya ingat Pengarah mesej saya, kampung yang dia pergi tu namanya Kampung Sungai Penjuring, Bentong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kampung Sungai?

Penjuring.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ha…boleh kita pegi.

Ada 25 family.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ha...boleh kita pergi.

Dah…dah maknanya insya-Allah kita tak makan nasi basi sebab dah ada elektrik.

Yang di-Pertua (Speaker)

Alhamdulillah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya tadi confuse dah. Saya ingat rakan saya ini sama macam Tras juga. Hari Jumaat (ketawa).

Yang di-Pertua (Speaker)

[Ketawa] Hari Jumaat Yang Berhormat.

Ingat nak jawab soalan saya. Saya ingat dia nak tanya saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Hari Jumaat.

Penuh keberkatan namanya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Amin. Yang Berhormat, soalan seterusnya soalan nombor enam, sila wakil daripada Sabai. Eh, soalan nombor 6. Eh, soalan nombor 5. Pulau Tawar. Allah [Ahli Dewan ketawa]. Saya dah cakap hari Jumaat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ha tu lah. Lupa nak baca ma'thurat pagi tadi (ketawa). Sila, soalan err...soalan nombor 5 ya. Wakil daripada Pulau Tawar, sila.

Tuan Yohanis bin AhmadPAS · PNPulau Tawar

Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor. 5.

[Apakah status pelaksanaan projek Skim Tanah Rakyat (STR) iaitu agihan lot tapak rumah di tanah rancangan FELDA dalam Dun Pulau Tawar yang telah selesai cabutan undi baru baru ini?]

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato' Sri Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada er...Pulau Tawar yang mengemukakan soalan yang berkaitan dengan status pelaksanaan projek Skim Tanah

Rakyat (STR) iaitu agihan lot tapak rumah di tanah rancangan FELDA dalam DUN Pulau Tawar err...yang telah selesai cabutan undi baru-baru ini.

Dato' Sri Yang di-Pertua, terdapat sebanyak 8 skim Tanah Rakyat STR di kawasan Felda dan DUN Pulau Tawar iaitu STR Generasi Baru Felda Lepar Utara 3, Kota Gelanggi 1, Kota Gelanggi 2, Kota Gelanggi 3, Kota Gelanggi 4, Sungai Tekam Utara, Sungai Tekam, Jengka 8, Jengka 9, Jengka 10, Jengka 12, Jengka 13 dan Jengka 24. Dan bilangan tapak kediaman yang ditawarkan adalah sebanyak 3,967 lot. Berkenaan dengan status yang di tanya oleh Pulau Tawar er...status pelaksanaan semasa ataupun terkini ialah pihak pentadbir Tanah Jerantut kini dalam tindakan untuk mengeluarkan notis 5A. Ini termasuklah proses kiraan bayaran premium, kelulusan yang patut dibayar peserta, serta tindakan menyediakan pelan bagi pendaftaran hakmilik individu. Sekian terima kasih. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Soalan seterusnya soalan nombor 6. Wakil daripada Sabai.

Salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk kemukakan soalan nombor 6.

[Berapakah bilangan projek dan bilangan rumah yang kini di dalam pembinaan di bawah skim perumahan PR1MA, Program Perumahan Rakyat (PPR), Projek Perumahan Kos Rendah dan Sederhana Rendah di seluruh negeri Pahang mengikut daerah? Bagaimanakah keberkesanan proses dan prosedur Sistem e-Perumahan Negeri Pahang?]

Dato' Sri Johari bin HarunUMNO · BNPelangai

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan selamat pagi. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, soalan daripada jiran saya, Yang Berhormat Sabai menyatakan berapakah bilangan projek dan bilangan rumah yang kini dalam pembinaan di bawah Skim PR1MA dan juga Program Perumahan Rakyat dan bagaimanakah keberkesanan proses dan prosedur sistem ePerumahan di negeri Pahang.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, pada asalnya saya telah pun menyentuh soalan-soalan ini dalam penggulungan saya. Tapi tak apalah saya ulangi sekali lagilah sebahagian daripadanya. Kerajaan Negeri Pahang mempunyai 25 buah projek perumahan yang sedang dijalankan dengan melibatkan sejumlah 3,755 buah rumah. Melalui statistik yang dikeluarkan PR1MA dan juga Program Perumahan Rakyat PPR adalah merupakan projek tumpuan bagi Kerajaan Negeri Pahang sebagai agenda utama perumahan di negeri Pahang untuk memastikan masyarakat dan orang ramai di Pahang dapat mendapatkan rumah mampu milik. Daerah Kuantan merupakan daerah yang terbanyak dibangunkan Skim-skim Perumahan Rakyat di negeri Pahang dengan jumlah sebanyak 9 buah projek PR1MA dan 2 buah projek perumahan PPR yang melibatkan sejumlah 1,996 buah rumah.

Manakala bagi daerah Bentong yang mana Sabai berada dalam daerah Bentong. Terdapat 2 projek di bawah Projek Perumahan PR1MA Pahang dengan melibatkan jumlah 94 buah rumah. Bagi statistik yang lebih terperinci di sembilan daerah yang lain, saya mohon izin Dato' Sri Yang di-Pertua agar Yang Berhormat Sabai dapat er...

saya berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat Sabai. Seterusnya Yang Berhormat bertanyakan mengenai keber...keberkesanan proses dan prosedur sistem ePerumahan di...di negeri Pahang. Sistem ini telah dibangunkan bersama oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Bahagian Perumahan, Pejabat Kerajaan…Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Sistem ini sangat membantu bagi mempercepatkan er...dan melancarkan proses permohonan dan juga memudahkan pemilihan pembeli yang layak untuk mengisi untuk pengisian rumah-rumah di bawah skim-skim perumahan Kerajaan.

Pemohon boleh juga menyemak dan mengemaskini permohonan secara terus melalui Sistem ePerumahan Negeri Pahang atau boleh dibuat melalui pentadbir sistem yang dilantik oleh Pejabat Daerah dan Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT). Sehingga kini, bilangan pemohon yang berdaftar adalah melebihi bilangan rumah yang dibina dan ini menunjukkan bahawa sistem ini dapat mendapat perhatian dan digunakan oleh masyarakat di negeri Pahang.

Namun begitu, Kerajaan Negeri Pahang melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang, LPHP akan sentiasa menambah baik Sistem ePerumahan Negeri Pahang selaras dengan perkembangan teknologi terkini dan keperluan masyarakat dan orang ramai bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik sepanjang masa dapat diberikan kepada rakyat Negeri Pahang.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, wakil daripada...wakil daripada Kuala Semantan dulu, lepastu ini...ini...ini Beserah.

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua. Saya mohon izin untuk soalan tambahan khusus kepada Skim Perumahan PR1MA Pamah Kasih Charuk Puting kerana saya mendapat aduan daripada pembeli-pembeli di sini, rumah ini masih lagi belum disiapkan dan menjadi bebanan kepada mereka kerana sebahagian pembeli ini adalah dengan pendapatan mereka, mereka terpaksa membayar sewa dan membayar juga rumah yang telah dibeli di Skim Perumahan ini. Jadi saya mohon er…untuk bilakah skim ini dapat disiapkan?

Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Dato' Sri Johari bin HarunUMNO · BNPelangai

Perumahan-perumahan di Charuk Puting ini pun salah satu daripada kita kenal pasti er...projek yang sakit. Dan er...itulah, er...macam saya katakan semalam er...banyak seperti mana nombor...apa namanya...jumlah saya beritahu yang projek-projek PR1MA ini yang masih bergerak ataupun merangkaklah. Jadi ini yang kita sedang lakukan untuk memastikan er...pemaju bertanggungjawab sebab bila kita memulakan satu-satu projek perumahan khususnya PR1MA ini tadi, kita ada perjanjian dengan dengan...dengan pemaju, tapi kita boleh orang kata bertegas tetapi orang kata apa,

terpaksa juga kita me...me...melihat kepada perjanjian yang ada. Namun begitu, er... kita akan memastikanlah yang perumahan PR1MA di Charuk Puting ini untuk er... mereka berjanji untuk menyiapkan jugalah mengikut masa yang ditetapkan yang kita bagi EOT dan sebagainya. Tapi kita akan cubalah sedaya upaya untuk memastikan projek ini berjalan. Insya-Allah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Wakil daripada ini, Beserah. Sila.

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera Dato' Sri Yang di-Pertua. Saya ingin er...soalan tambahan daripada saya adalah apakah perancangan pihak Kerajaan ataupun mekanisme yang boleh diambil oleh pihak Kerajaan untuk menjamin hak pembeli? Sebab nama-nama projek yang dinyatakan ini, PR1MA, Rumah Makmur dan sebagainya adalah brand Negeri Pahang. Jadi, rakyat tengok itu satu jenama yang hebat. Maka keyakinan rakyat untuk beli rumah itu adalah lebih tinggi. Permintaan pun tinggi dan ha...harapan dia pun tinggi supaya projek itu siap seperti mana yang dijadualkan.

Macam contohnya, saya sebut itu hari, projek PR1MA Cherating. Dah 3 tahun sepatutnya siap, sampai hari ini jadi hutan balik, pembeli nak mintak balik duit dia, tak dapat. Kontraktor lari. So apa perancangan Kerajaan untuk menjamin hak mereka yang membeli ini, sekiranya projek itu tidak berjaya atau gagal nak ambik balik duit, sekurang- kurangnya mereka tak rugi atau hak mereka dilindungi. Terima Kasih.

Dato' Sri Johari bin HarunUMNO · BNPelangai

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, er…khusus kepada contoh projek PR1MA di Cherating. Nombor 1, kita telah terminated lah apa nama pemaju itu. Yang kedua, kita sekarang ni dalam proses kita nak...nak...nak batalkan perjanjian SMP tersebut. Kita yang paling mustahak adalah untuk memastikan pembeli itu dapat juga rumah yang berkenaan. Dan seperti saya katakanlah, dia dalam er...melibatkan pembelian rumah ni tadi dia berbaliklah kepada perjanjian jual beli itu. Itu yang...yang...yang asas yang kita boleh katakan ataupun punca kuasa dia tu. Jadi, kita memahami macam saya beritahu sebelum ini bahawa masalah ada yang menyewa rumah, lepas itu dia dah bayar apa namanya bank juga.

Jadi kita untuk apa yang Lembaga Perumahan yang kita buat kepada beberapa kes tertentu untuk yang pinjaman dengan Pinjaman Kerajaan, kita boleh bantu kita dapat macam moratorium untuk apa namanya ini...apa tangguhkan bayaran, apa namanya pinjaman tersebut tapi dengan pihak bank ada bank yang membantu, tetapi apa namanya ada juga bank yang tidak dapat untuk membantu, mana mereka terpaksa teruskan untuk...untuk bayaran ini.

Berbalik kepada jaminan, itulah yang saya katakan, er…kita sangat bertegaslah untuk memilih pemaju perumahan selepas daripada ini untuk memastikan khususnya kedudukan kewangan. Rata-rata apa yang berlaku kegagalan ini ialah daripada tahun 2000 hujung 2019 ataupun awal 2020 berdekatan dengan pandemik.

Di Cherating pun begitu juga. Jadi asas sekarang ini, Kerajaan Negeri er...sedaya upaya untuk memastikan projek- projek perumahan terbengkalai ini, kita kena siapkan.

Mungkin kita tidak dapat untuk bayar cash dan sebagainya kepada pembeli tadi, jadi rumah itu yang paling mustahak. Jadi tumpuan kita adalah untuk memastikan mungkin pemaju penyelamat, jadi itu yang kita kena tumpukan. Mahu tak mahu kita kena...kena teruskan juga untuk memastikan segala projek perumahan terbengkalai ini tadi di Cherating dan sebagainya untuk diteruskan dan akhirnya pembeli ini tadi dapat rumah mereka. Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya ingin mencelah sikit, Yang Berhormat Pelangai ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Yang Amat Berhormat.

Okay, karang terlupa. Memang kita tidak nafikan yang dikatakan oleh daripada Beserah. Untuk tujuan itu, yang terkini untuk memperkemaskini lagi, untuk memastikan perkara yang lepas tidak berulang, kita cuba minimise kan. Kerajaan Negeri telahpun menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri. Dan di mana di dalam lembaga ini ada wakil daripada Perumahan, ada lawyer dan ada beberapa pihak yang lain yang boleh membantu kita. Itu adalah salah satu tindakan yang komprehensif supaya masalah ini kita dapat tangani...tangani dan kita dapat meminima kan. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Soalan seterusnya, soalan no. 7. Wakil daripada Chini.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.

Membawa isteri di musim tengkujuh, Saya kemukakan soalan ketujuh.

[Seperti yang sedia maklum, negeri Pahang merupakan negeri terbaharu yang menganggotai kerjasama serantau Indonesia-Malaysia-Thailand "growth triangle" (IMT-GT) pada tahun 2022. Apakah manfaat yang bakal diterima oleh negeri ini dari segi limpahan ekonomi terutamanya kepada peningkatan nilai pelaburan dan perdagangan?]

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dato' Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya YB Chini yang bertanyakan soalan mengenai IMT-GT. Soalannya adalah seperti berikut. Seperti yang sedia maklum, negeri Pahang merupakan negeri terbaru yang menganggotai kerjasama serantau Indonesia, Malaysia, Thailand 'Growth Triangle' ataupun

singkatannya, IMT-GT pada tahun 2022. Apakah manfaat yang bakal diterima oleh negeri ini dari segi limpahan ekonomi terutamanya kepada peningkatan nilai pelaburan dan perdagangan? Baik.

Kerjasama Serantau Indonesia, Malaysia, Thailand, Growth Triangle (IMT-GT) telah membawa banyak manfaat kepada negeri-negeri yang terlibat dalam kerjasama ini. Sebagai negeri yang terbaru yang menyertai IMT-GT, negeri Pahang bakal menerima pelbagai manfaat dari segi ekonomi bagi meningkatkan nilai pelaburan dan perdagangan di negeri ini.

IMT-GT ini diasaskan oleh lapan tiang utama iaitu kesalinghubungan pengangkutan, fasiliti perdagangan dan pelaburan ataupun (dengan izin) Trade and Investment Facilitation Pillars, pelancongan, pertanian dan asas tani, perkhidmatan produk dan perkhidmatan halal, transformasi digital, pembangunan sumber manusia dan alam sekitar. Negeri Pahang secara amnya berhasrat untuk menyumbang dengan lebih banyak kepada kerjasama serantau ini dengan terlibat secara aktif kepada pembangunan 8 tonggak utama IMT-GT dengan memberi penekanan kepada sektor-sektor yang sesuai dengan keperluan dan kekuatan negeri ini.

Beberapa flagship projects (dengan izin) bagi negeri Pahang akan disenaraikan sebagai pemangkin kerjasama ekonomi bagi negara-negara yang terlibat. Sebagai contohnya, meningkatkan kesalinghubungan ataupun connectivity Pelabuhan-pelabuhan negara...negara anggota IMT-GT, mewujudkan jaringan pelancongan antara negara anggota, memberi penekanan kepada pembangunan modal insan, tenaga kerja dan sebagainya. Secara asasnya, antara manfaat yang boleh diperolehi oleh negeri Pahang apabila terlibat dalam kerjasama serantau ini adalah seperti berikut: Pertamanya, akses kepada pasaran yang lebih luas. Melalui IMT-GT negeri Pahang dapat memperluaskan pasaran ke Indonesia dan Thailand. Ini akan membuka peluang baru perdagangan dan pelaburan di negeri Pahang sekaligus dapat memperluaskan pasaran mereka di rantau ASEAN ini.

Kedua - Meningkatkan peluang perdagangan. Kerjasama IMT-GT juga akan membawa peluang untuk meningkatkan perdagangan antara negara-negara yang terlibat. Hal ini akan membuka peluang baru untuk pelabur dan perniagaan di negeri Pahang untuk menjalin hubungan-hubungan perdagangan yang lebih erat dengan Indonesia dan Thailand dan pastinya kesan berganda limpahan ekonomi ataupun dengan izin, multiply effect kepada negeri Pahang akan dirasai dengan pewujudan lebih banyak peluang pekerjaan dan industri-industri baru yang berasaskan 8 tonggak utama IMT-GT.

Memperkukuh, memperkukuhkan jaringan infrastruktur - Kerjasama IMT-GT melibatkan pembangunan infrastruktur yang lebih baik untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan pelabuhan antara negara-negara yang terlibat. Ini termasuklah pembangunan jaringan lebuh raya, pelabuhan, lapangan terbang dan sebagainya. Dengan adanya infrastruktur yang lebih baik, negeri Pahang akan dapat menarik lebih banyak pelaburan dan perniagaan ke negeri ini.

Seterusnya meningkatkan kemahiran tenaga kerja - Kerjasama IMT-GT juga akan membawa manfaat kepada tenaga kerja di negeri Pahang. Program-program latihan dan pembangunan kemahiran akan disediakan untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja dalam sektor-sektor yang berkaitan. Ini akan membantu meningkatkan produktiviti tenaga kerja dan menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini dan akhirnya meningkatkan pelaburan asing langsung. Dengan adanya kerjasama IMT-GT, pelaburan asing langsung ke negeri Pahang akan meningkat. Pelabur dari

Indonesia dan Thailand akan dapat melabur secara langsung di negeri Pahang. Ini akan membawa banyak manfaat kepada negeri ini termasuk meningkatkan ekonomi, menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan kemajuan infrastruktur.

Secara kesimpulannya, negeri Pahang akan memperolehi banyak manfaat ekonomi dari kerjasama IMT-GT terutamanya dengan meningkatkan nilai pelaburan dan perdagangan. Negeri Pahang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Ekonomi dan rakan kongsi IMT-GT untuk memastikan manfaat ini dapat diperoleh dengan sepenuhnya oleh rakyat Pahang. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya. Wakil daripada Lanchang. Soalan nombor 8.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 8.

Yang di-Pertua (Speaker)

Slow sangat la Lanchang ni... bagi kuat sikitlah.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Soalan nombor 8.

[Pembangunan Belia ke arah melahirkan Usahawan Muda Negeri Pahang

a) Berapakah jumlah belia yang masih menganggur tiada berpekerjaan tetap mengikut daerah di Pahang?

b) Apakah perancangan Kerajaan dalam menangani masalah golongan muda bagi menampung pendapatan harian mereka?

c) Apakah perancangan kerajaan untuk menarik golongan Belia menceburi bidang pertanian?

d) Berapakah jumlah sasaran kerajaan mewujudkan Usahawan Pertanian serta unjuran yang dijangkakan boleh diwujudkan setiap tahun dalam tempoh 5 tahun akan datang?]

Yang di-Pertua (Speaker)

Ha...pasal wakil Lanchang dulu kuat.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Lanchang atas soalan yang diajukan. Soalan yang pecahannya ada 4 pertanyaan lanjut.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

bagi soalan pecahan pertama berkenaan jumlah penganggur belia di Pahang. Saya ingin terlebih dahulu memaklumkan bahawa rumah penganggur yang digunakan secara asasnya merujuk kepada mereka yang tidak bekerja dan sedang mencari pekerjaan. Manakala belia mengikut definisi dasar Belia Malaysia adalah mereka yang berada dalam kumpulan umur 15 hingga 30 tahun. Mengikut Laporan Tenaga Buruh Malaysia keluaran Februari 2023 yang diterbitkan pada 10 April 2023 oleh Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan kadar pengangguran belia berumur 15 hingga 30 tahun di Malaysia secara keseluruhannya telah menunjukkan trend penurunan iaitu daripada 3.6% kepada 3.5% dengan 591,500 orang penganggur.

Manakala mengikut data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pahang pada tahun 2021, bilangan penganggur belia negeri ini merekodkan jumlah 19,100 orang berbanding 19,300 orang penganggur belia pada tahun 2020. Untuk makluman Yang Berhormat, statistik pengangguran belia mengikut daerah adalah tidak tersedia kerana kekangan kos, masa dan sumber manusia.

Bagi pecahan soalan yang kedua, suka saya merujuk kepada pembentangan Belanjawan 2023 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar khususnya yang berkait dengan perancangan Kerajaan Negeri dalam menangani masalah golongan muda bagi menampung pendapatan harian mereka.

Kerajaan Negeri telah menggariskan 5 strategi belanjawan utama dalam strategi ke-5 iaitu membina generasi masa depan yang gemilang telah dinyatakan dengan jelas komitmen Kerajaan Negeri untuk membantu anak muda khususnya dalam membina masa depan ekonomi mereka sendiri yang bermaruah, berketahanan dan mandiri.

Melalui inisiatif kedua dalam belanjawan ini iaitu pembangunan anak muda Pahang. Kombinasi pembangunan sahsiah, kemahiran dan gaya hidup anak muda akan digembleng secara bersama dengan pelbagai program intervensi dan pengukuhan. Antaranya ialah yang pertama - pelaksanaan Program Intervensi Sosial. Program Youth Carrier, Program Web Bina Youth Digital, Program Youth Agrotech dan Program Pengurusan Organisasi. Secara keseluruhannya melibatkan peruntukan sebanyak RM375,000.00

Kedua - pelaksanaan pelbagai program dan kursus latihan untuk membangunkan anak muda dengan peruntukan berjumlah RM1 juta. Ketiga - peruntukan sebanyak RM3 juta untuk Program Teknokrat yang meliputi aspek seperti geran latihan, kursus kemahiran dan pembelajaran Internet of Things dan penyediaan Latihan Kemahiran Coding.

Pembangunan aplikasi dan kemahiran digital serta sports cameraman. Kesemua intervensi dan perancangan ini bertujuan mengurangkan kadar peratusan pengangguran anak muda di negeri Pahang sekaligus membantu golongan muda untuk memperolehi pendapatan yang sewajarnya.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan terus menyokong usahawan belia di bawah bimbingan agensi serta francaisor yang telah disenarai pendek oleh Kerajaan Negeri seperti usahawan di bawah bimbingan Yayasan Pahang, MARA Pahang, Aki Burger, Laziz Patin serta beberapa syarikat tempatan yang lain yang telah menyatakan kesediaan untuk bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Pahang bagi membuka peluang pekerjaan baru kepada belia di seluruh negeri.

Jabatan Belia dan Sukan Pahang turut menjadualkan sebanyak 10 program usahawan muda sama ada secara bersemuka atau virtual sepanjang tahun ini bagi memastikan

belia negeri Pahang didedahkan dengan perkembangan keusahawanan kreatif dalam pasaran terbuka yang berpotensi melangkaui pasaran antarabangsa. Dato' Sri Yang di-Pertua, bagi pecahan soalan C berkaitan perancangan Kerajaan Negeri untuk menarik golongan belia bagi menceburi bidang pertanian, Kerajaan Negeri Pahang menyedari bahawa sektor pertanian mampu menyediakan pendapatan yang baik kepada golongan belia.

Justeru, terdapat pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mempromosi bidang pertanian kepada golongan belia. Antaranya ialah menyediakan pelbagai kursus latihan dan inisiatif pertanian yang bertujuan melahirkan golongan usahawan dalam bidang ini.

Melalui kursus dan latihan ini, peserta akan didedahkan secara terperinci berkenaan potensi bidang usaha yang ingin diceburi. Ini termasuklah pendedahan kepada perkembangan dan teknologi terbaharu dalam bidang pertanian seperti penggunaan teknologi tanaman fertigasi, mekanisasi dan Internet Of Things. Sebagai contoh, Program Agropreneur Muda. Program ini dibuka kepada belia berumur 40 tahun dan ke bawah, yang bertujuan membantu dan menarik minat golongan belia menceburi bidang perikanan. Skop bantuan Program Agropreneur Muda di bawah bidang perikanan adalah meliputi projek akuakultur, penangkapan ikan, pembenihan ikan, ikan hiasan dan pemprosesan produk perikanan setelah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Di bawah program pemula pula, Kerajaan Negeri pada tahun lalu, telah menyediakan bantuan berjumlah RM1 juta bagi membantu golongan belia dalam sektor pertanian. Ini merupakan intervensi khusus bagi membantu belia dari segi modal asas untuk memulakan projek pertanian dan juga industri asas tani.

Bagi pecahan soalan yang terakhir iaitu soalan (d), berkenaan jumlah sasaran Kerajaan Negeri untuk mewujudkan Usahawan Pertanian serta unjuran yang dijangkakan boleh diwujudkan setiap tahun, dalam tempoh 5 tahun akan datang. Sebenarnya, soalan ini lebih sesuai untuk dijawab oleh Exco Pertanian kerana soalan tidak spesifik kepada usahawan belia atau anak muda, yang di bawah Portfolio saya.

Bagaimanapun, bagi tidak menghampakan Ahli Yang Berhormat daripada Lanchang, yang bertanya, saya ingin menyatakan bahawa Jabatan Pertanian Negeri Pahang mengunjurkan untuk melahirkan 3,025 usahawan pertanian dalam tempoh 5 tahun dengan pecahan 2,750 orang usahawan tanaman dan 275 usahawan industri asas tani. Terima kasih, Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Er...Dato' Sri, er...sedikit soalan tambahan. Er…pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana saya melihat bahawa banyak program-program yang dirangka. Cuma ada satu perkara, oleh kerana kita melihat di bawah sana ramai, dan er...seringkali dalam tempoh tersebut ada golongan belia dan anak muda ini sering bertanya er...tentang program yang telah pun dirangka begitu baik tetapi maklumat tidak sampai ke bawah. Jadi bagaimanakah mekanisme yang kita gunakan untuk sekarang bahawa kita telah pun menyediakan banyak program ke arah tersebut tetapi untuk sampai ke bawah tidak sampai. Jadi, apakah kaedah yang digunakan pakai untuk menyampaikan maklumat tersebutlah. Terima kasih, Yang di-Pertua.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih Yang Berhormat daripada Lanchang. er...saya ambil maklum berkenaan dengan perkara ini dan insya-Allah kita perbaiki jika benar ia berlaku er…di mana, kita boleh menggunakan banyak er...saluran antaranya melalui er...kerjasama bersama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang di mana er...mereka boleh mendapatkan komitmen daripada er...Majlis er...daripada Pihak Majlis Belia Negeri Pahang yang rangkaiannya er...ada di seluruh daerah dan parlimen di seluruh Pahang dan ini adalah satu kaedah yang kita boleh gunakan untuk Majlis-majlis Belia Daerah menyebarkan maklumat-maklumat kepada belia-belia di kawasan masing-masing dan insya-Allah er...selepas ini, er...sebarang inisiatif Kerajaan Negeri yang sememangnya kita dah buat pun, barangkali ada yang er...er...tak dapat maklumat kita akan perhebatkan er...sebaran maklumat ini di media-media er...sosial dan juga di media mainstream insya-Allah. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya, wakil daripada Mentakab, soalan nombor 9.

Tuan Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, nom…nombor 9 soalan saya.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih soalan dari er...Mentakab. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Malaysia adalah negara yang mengamalkan pasaran terbuka dan banyak bergantung kepada barang import. Dan er...Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang akan terus meningkatkan usaha membantu mengurangkan beban rakyat dan akan mengambil tindakan bagi menangani kenaikan harga barang.

Antara tindakan dan usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian. Er...nombor 1, menguatkuasakan Akta Kawalan Harga, atau kita panggil Antipencatutan 2011. Er...KPDN akan er...mengawal er...peniaga diwajibkan menetap harga. Itu satu.

Nombor 2, melaksanakan Skim Harga Maksimum Keluarga, maknanya skim ini melibatkan kawalan harga ke atas beberapa kategori barangan seperti ayam, telur, er...ayam, telur ayam dan sayur-sayuran.

Nombor 3, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan, yang seperti yang baru er... Aidilfitri ini, kementerian mengawal 22 jenis barangan.

Dan untuk 4, melaksanakan penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur. Ayam di er...diletak dekat harga RM9.40 ya sekilo, dan er...telur 3 jenis kita kawal. Telur saiz ‘A’ RM0.41, untuk ‘B’, saiz ‘B’ RM0.34, sebiji ya, ‘C’ RM0.45 sebiji.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, macam mana kita nak tentukan saiz telur itu, dia er...er...harga telur tu ‘A’, ‘B’, ‘C’. Saiz dia ke ataupun macam mana?

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Ada saiz dia dan keberatan dia.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Okey, untuk 5, penguatkuasaan Pencatutan. Peniaga akan dikenakan tindakan sekiranya mengambil keuntungan tinggi yang tidak munasabah. Kedai dia suka boleh letak berapa tinggi dia nak. Kalau ada aduan, kita, pegawai kita akan pergi, pergi saman dia. Tapi dia kena tunjuk dulu lah sebab kenapa dia boleh jual mahal sebegitu. Nombor 6, melaksanakan Ops Lantai.

Ops ini dilaksanakan untuk pengetahuan lantai bekalan sesuatu barangan dari peringkat pembekal sehingga peruncit, bagi memastikan tiada keuntungan tidak musa…munasabah diambil, di mana-mana peringkat pengedaran. Untuk er...kawalan harga, kita pun er...ada Ops juga ya, Ops Anti Sorok, er...kalau seperti apa yang er...mungkin sedang berlaku adalah gula pasir, mungkin mereka ingat bulan 6 mahu naik harga dan ya mereka simpan, tapi ini memang tidak berlaku, kalau kita dapat pemborong atau ini peruncit dia simpan untuk naikkan harga, kita ambil juga tindakan.

Nombor 3, pemantauan harga barang. Pemantauan harian dilakukan secara konsisten oleh pegawai KPDN di premis terpilih dan di seluruh negeri Pahang. Seperti pasar raya, pasar basah, pasar mini dan kedai serbaneka 24 jam, kita akan kawal.

Kementerian sentiasa menjalankan kerjasama dengan pelbagai pihak antaranya, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Persatuan Pengguna dan Rakan KPDN. Untuk er...Sidang Dewan yang mulia ini, para pengguna bahan ini yang macam dalam gulungan semalam saya, memang bijak, selalu buat perbandingan, antara kedai mana. Kita juga ada satu apps untuk senangkan er...rakyat kita ini. So, saya menggalakkan semua pengguna di Pahang ini, menjadi satu pengguna yang bijaksana dan kita ada satu apps panggai, dipanggilkan 'Price Catcher' dalam lingkungan 10km ini kita tahu siap, harga mana yang paling murah.

Kalau siapa nak download, pergi download lah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Aplikasi ya.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Aplikasi, Aplikasi 'Price Catcher'. KDN, KPDN juga memperkenalkan insentif Payung Rahmah, atau er...biasa kita panggil Jualan Rahmah yang harganya er...macam semalam gulung juga yang apa saya gulung itu, 10% sampai 30% dari harga asal. Dan untuk Menu Rahmah, restoran kita menggalakkan jual dengan harga RM5.00.

Lepas itu, pemantau dan penguatkuasa yang lebih agresif meliputi seluruh rantaian pengedaran dan pembekalan barangan dan perkhidmatan ke seluruh negeri, kita akan check ya termasuk pegawai dan anggota penguatkuasa KDN telah diarahkan. Saya sudah pun beri arahan kepada mereka dan sentiasa berada di kawasan-kawasan

hotsport seperti pasar raya awam, pasar raya, pemborong bagi memantau situasi bekalan dan harga barangan keperluan rakyat.

Untuk er...sebarang aduan, kalau bolehlah er...kita banyak tempat boleh mengadukan aduan kalau dapat harga yang mahal. So... kita ada branch KPDN di Kuantan, Temerloh, Raub, Jerantut, Rompin dan juga, kalau bolehlah pergi ke pejabat nak buat aduan dengan bukti ye, jangan tak ada bukti cakap-cakap saja itu jangan susah kita ambil tindakan. Boleh pergi talian hotline KPDNHEP er...tolong pergi google lah nak contact dekat mana-mana pejabat ni macam mana phone contact. Kalau tak tahu google, boleh call saya jugak. 012-9818819. Itu tindakan lebih tegas lebih cepat sikit. Empat kali je. Lima kali pun tak apa.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya…seingat saya dah banyak kali dah YB Teruntum ni bagi nombor telefon. Saya cadangkan unit Media kita buat poster satu, letak nombor telefon dan isi dia punya perkhidmatan dia dan boleh sebar insya-Allah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih cadangan daripada Tahan.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih. Tahan saya terima, tapi untuk maklumat hanya untuk aduan atau cari kerja saja. Nak kahwin jangan cari saya. Itu sebanyak-sebanyaklah kita KPDN sebagai EXCO, kita boleh membantu rakyat di Kuantan di Pahang, So, harap maklumlah kalau siapa-siapa ahli ada masalah boleh call saya terus. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya nak terus kepada soalan yang terakhir. ADUN er...wakil daripada Ketari soalan nombor 10.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 10.

[Apakah perancangan jangkamasa panjang Kerajaan Negeri untuk menjadikan kawasan Janda Baik suatu destinasi pelancongan yang lestari dan mampan?]

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Borhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Ketari yang bertanya yang Janda Baik. Janda Baik merupakan perkampungan Melayu di Tanah tinggi yang menjadi tarikan pelancong berkonsepkan alam semula jadi. Untuk menjadikan Janda Baik satu destinasi pelancongan yang lestari dan mampan, kerajaan sentiasa menyokong untuk perkembangan sektor pelancongan berasaskan komuniti, community based ecotourism dengan izin dengan juga memantau pembangunan yang dirancang supaya tidak menjejaskan alam sekitar. Di samping itu, aktiviti promosi juga dijalankan untuk membantu pelancongan di Janda Baik dan peruntukan disalurkan untuk menambah baik kemudahan di Janda Baik.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Soalan tambahan Dato' Sri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya...ya…Yang Berhormat.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua. Memang er...Janda Baik ni kawasan ni yang amat unik dan kalau di promosi dan dirancang dengan baik, ia akan memanfaatkan penduduk-penduduk sekitar dan juga kepada negeri kita dari segi sektor pelancongan. Jadi, salah satu cabaran yang dihadapi dalam kawasan seperti ini adalah perubahan iklim dan juga perancangan dari segi infrastruktur seperti lampu jalan dan juga pembuangan sampah. Jadi apakah…apakah rancangan pihak Kerajaan Negeri untuk merangkumi semua ini dilihat dari segi objektif agar ia dapat menjadikan satu kawasan yang…yang baik untuk pelancongan dari segi perancangan-perancangan infrastruktur dan juga masalah perubahan iklim?

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ketari. Memang kita faham bahawa untuk menjayakan satu destinasi pelancongan, usaha bersepadu diperlukan dan untuk er... menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan saya rasa ini telah dibentang dan dibangkit oleh Yang Berhormat Ketari dalam perbahasan beliau dan juga pernah dirujuk dalam sesi soal jawab bersama dengan Yang Berhormat Pelangai dan saya rasa Kerajaan akan meneliti isu-isu yang dihadapi.

Dato Sri Johari bin HarunUMNO · BNPelangai

Mohon mencelah Yang Berhormat Dato' Sri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila wakil Pelangai. Wakil kerajaan.

Dato Sri Johari bin HarunUMNO · BNPelangai

Seperti mana Yang Berhormat Ketari beritahu perkataan dengan infrastruktur dan sebagainya memang itu yang kita nak buat. Memang kerajaan dah perhatikan bahawa apabila kemunculan banyak resort-resort dekat situ, jadi perlunya di naik taraf infrastruktur khususnya jalan. Tapi, untuk buat perkara-perkara begitu, dia melalui tadi lah kita ada buat RTD dulu. Maknanya Rancangan Tempatan Daerah, itu pun dibantah. Kita nak buat RKK itu pun dibantah. Ini adalah proses. Proses kerajaan untuk orang kata apa memajukan satu tempat tu ini lah proses dia tapi nampak bantahan. Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, jadi kita terpaksa pun dengar apa yang rintihan daripada masyarakat itu tadi.

Jadi perkara inilah yang balik kepada kita cerita kerajaan mahu kita akan cuba untuk er... apa namanya enggage dengan penduduk-penduduk yang mana ini memang mustahak. Janda Baik tu sangat berpotensi tetapi infra dia, orang kata apa kita mesti nak di…dinaiktarafkan insya-Allah kita akan cuba buat yang terbaik.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya…kita selesai membincangkan sepuluh pertanyaan dan jawapan. Sebelum saya menangguhkan, saya ingin er...mengucapkan selamat datang kepada er...ada dua kumpulan pemerhati di tempat ini pada hari ini. Satunya daripada Universiti Kolej of Yayasan Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja] dan yang keduanya daripada Pergerakan Pemuda Umno Negeri Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja] Ahli Yang Berhormat sekalian, saya bercadang untuk menempohkan persidangan kita pada pagi ini untuk minum pagi dan persidangan akan disambung semula pada pukul 11.15 pagi ini. Sekian, persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan pada jam 10.48 pagi]

[Persidangan disambung semula]

Sambungan menimbang usul menjunjung kasih atas titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga: Sambungan menimbang usul menjunjung kasih atas titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dihadapan Majlis adalah satu Usul yang berbunyi:

“Bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini, bersetuju menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berangkat menyempurnakan titah Diraja kepada Dewan Negeri”.

Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Maha Berhormat Menteri Besar Pahang dan telahpun disokong dan dibahaskan pada 9 dan 10 Mei 2023. Seterusnya pihak kerajaan seramai 10 orang telah pun memberikan jawapan-jawapan pada hari Khamis 11 Mei 2023. Pada hari ini, Majlis akan menyambung menimbang usul tersebut. Sekarang saya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa membahaskan usul tersebut.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua kerana menjemput saya menyampaikan ucapan dalam sesi pergulungan ini dan er... Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan Rahmat serta izin-Nya kita dapat meneruskan persidangan Dewan kita dan hari ini merupakan hari yang terakhir. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya menjunjung serta tinggi kasih ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku mencemar duli berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada hari Isnin yang lalu.

Sesungguhnya keberangkatan Tuanku dengan iringan lafaz titah Diraja telah menyemarakkan semangat juang dalam kalangan patik pacar-pacar sekalian untuk mendahulukan rakyat dan memakmurkan negeri ini. Intipati titah Diraja oleh Tuanku menjadi panduan yang amat berguna kepada Kerajaan Negeri serta kepada pacar-pacar Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya lagi sekali untuk meneruskan perbahasan dan dalam sesi pengulungan dan ini membolehkan saya menjawab beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian.

Saya juga ucapkan terima kasih kepada semua pihak sepanjang persidangan Dewan Negeri yang mulia ini telah memukakan soalan-soalan dan pertanyaan-pertanyaan yang begitu baik dan ini membolehkan saya untuk menjawabnya. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kesemua Ahli-ahli

Yang Berhormat selama 30 orang yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan kali ini. Terima kasih dan taniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas secara berhemah serta menyatakan pandangan serta berusaha mendapatkan maklum balas daripada pihak Kerajaan Negeri. Mudah-mudahan Allah SWT memudahkan segala urusan kita dan memberikan Rahmat-Nya kepada kita semua.

Yang berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.

Sepanjang perbahasan tersebut antara topik yang banyak dibangkitkan ialah berkenaan dengan perkhidmatan bekalan air di Negeri Pahang dan seperti mana saya jelaskan di Dewan Yang Mulia pada sidang Dewan Negeri ke-14 yang lalu, oleh sebab kita dah ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru, saya ingin menyatakan bahawa perkhidmatan bekalan air merupakan salah satu keutamaan dan fokus utama Kerajaan Negeri dan seperti mana yang saya katakan semasa sidang Dewan Ke-14 yang lalu, di mana saya telah berjanji untuk turun ke setiap daerah negeri Pahang, bagi tujuan mendengar rintihan dan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan PAIP daerah dan juga berbincang bagaimanakah untuk menyelesaikan isu dan mencari penyelesaian di Negeri Pahang.

Maka bermula pada 10 April 2022 bagi daerah Lipis dan Cameron Highlands sehinggalah yang terakhir sekali pada 5 Ogos 2022 bagi daerah Maran dan Bera. Saya dah pergi semua Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua di semua daerah di negeri Pahang ini. Melalui jelajah berkenaan, saya lagi sekali mengulangi komitmen Kerajaan Negeri dan PAIP untuk memastikan 90% isu bekalan air di negeri Pahang ini dijangka dapat diselesaikan pada tahun 2026. Ini adalah komitmen dan janji Kerajaan Negeri. Sebenarnya agenda air ini amat besar dan ia mempunyai beberapa komponen yang perlu kita tangani antaranya ialah masa dan juga peruntukan kewangan dan ia memerlukan perancangan yang rapi. Tiga komponen yang sangat penting perancangan, masa dan peruntukan kewangan.

Masalah berkaitan bekalan air berlaku bukan sahaja di Pahang malah ia juga berlaku di semua negeri di seluruh negara bahkan ada negeri yang tahap perkhidmatan airnya lebih teruk daripada negeri Pahang. Ini ramai yang tahu. Kita ini bukan yang tercorot. Ada negeri yang lebih teruk lagi daripada Pahang. Insya-Allah saya ada maklumat yang dibekalkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Bukan saya bercakap Suruhanjaya yang bentang air Negara yang memberi maklumat kepada Kerajaan Negeri. Isu utama adalah kadar tarif yang rendah. Negeri Pahang ni adalah negeri yang kedua rendah selepas Pulau Pinang dan ianya adalah bergantung kepada di mana kajian tarif bekalan air domestik yang dilakukan pada tahun 1983 dan tarif air domestik Negeri Pahang ini, di Malaysia ini adalah yang kedua terendah selepas Pulau Pinang.

Namun begitu Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, kekangan kadar tarif dan peningkatan kos operasi tersebut tidak menghalang Kerajaan Negeri Pahang untuk tidak melakukan yang terbaik dari aspek bekalan air. Berdasarkan laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara atau SPAN, sehingga tahun 2021 dengan panjang paip sepanjang 15,086km dan bentuk geografi yang mencabar Kerajaan Negeri dalam usaha untuk menggantikan paip jenis asbestos cement (AC) dengan paip jenis baru dan berkualiti iaitu mild steel cement lining di seluruh negeri Pahang.

Saya pada mulanya bercadang untuk nak bawa paip jenis asbestos ini ke Dewan ini, Dato' Sri Yang di-Pertua supaya Ahli-ahli Dewan dapat tengok, asbestos Cement atau AC la kita panggil kita compare dengan jenis mild steel cement Lining tapi tidak sempat

dibawa pada hari ini. Jadi kalau kita boleh tengok, paip jenis asbestos ini analoginya jentik pun boleh bocor. Jadi kita cuba nak ganti. Sehingga kini sebanyak 24.2% paip jenis MSCL yang berkualiti berbanding dengan AC tadi telah pun dipasang diganti di negeri kita dan ianya lebih baik berbanding dengan negeri-negeri lain seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan sebagai contohnya.

Manakala kadar non revenue water NRW, negeri Pahang pula adalah pada kadar 49.3% pada tahun 2021 dan ini secara average NRW ini di bandar dan di luar bandar dia tak sama. Tetapi kita ambil purata, 49.3%. Kadar ini lebih rendah dan lebih baik berbanding dengan negeri lain. Kalau kita nak bandingkan secara khusus, kita boleh bandingkan Kelantan dan Kedah. Mana Pahang lebih baik daripada dua-dua negeri ini. Malah bagi kadar, malah kadar bagi Negeri Pahang pada tahun 2022 juga telah menurun dan bertambah baik lagi yaitu pada kadar 47.6% bermakna 49.3% pada tahun 2021, 2022, 47.6% dan saya juga dimaklumkan insya-Allah pada tahun ini angka ini akan dapat dikurangkan lagi.

Selain daripada itu juga, Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, rizab margin Bekalan Air Negeri Pahang Adalah 20.6% lebih baik berbanding dengan beberapa negeri lain iaitu kalau sebagai contohnya kita ambil negeri Kelantan punyai 0% ataupun tidak mempunyai result margin. Ini yang dinyatakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Bukan saya kata, bukan Kerajaan Negeri Pahang kata, tapi ini adalah laporan yang dibentangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara sehingga tahun 2021. Manakala aduan berkenaan kualiti air bagi tahun 2020 hingga 2021 juga menyaksikan Pahang di kedudukan 4 terbaik di Malaysia dengan jumlah 668 aduan berbanding 3254 jumlah aduan bagi negeri jiran kita. Malas nak sebut Kelantan banyak kali ini, bagi negeri jiran kita.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Kita akur kelemahan masih ada dan ruang untuk menambah baik perkhidmatan pasti ada. Namun ini tidak bermakna keadaan dan prestasi perkhidmatan air negeri Pahang sewenang-wenangnya dikatakan sebagai teruk dan tidak tidak dicakna oleh Kerajaan Negeri. Sesungguhnya, perkhidmatan air masih menjadi fokus utama Kerajaan Negeri sehinggalah sekarang.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya ingin menyentuh sedikit perancangan dan status semasa projek pembangunan perkhidmatan air negeri Pahang ini di mana dimaklumkan ketika sidang Dewan sebelum ini, sehingga kini sejumlah 217 projek masih kekal dalam perancangan rapi dan pelaksanaan oleh Kerajaan Negeri melibatkan peruntukan berjumlah RM2.3 bilion. Keseluruhan peruntukan ini bukanlah sekadar janji, angka atau impian kosong, ini merupakan satu inisiatif yang pasti dan dijayakan dengan kerjasama pelbagai pihak.

Perincian peruntukan adalah seperti berikut, saya kena nyatakan. Jika tidak nanti timbul pelbagai tafsiran dan persepsi. Pecahan peruntukan bagi projek bekalan air negeri Pahang, fasa pertama err...bermula tahun 2021 hingga tahun 2026. Sumber mana kita dapat duit? Antaranya daripada PAIP sendiri ataupun PAAB, pembangunan Persekutuan, pinjaman Persekutuan, Wang Negeri, daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, FELDA, ECRDC dan BBA NREC. BBBA NRECC itu adalah Bahagian Bekalan Air, Kementerian Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Yang menjadikan jumlahnya semua sekali seperti mana saya katakan tadi iaitu RM2.3 bilion. Kalau ikut pecahannya, PAIP RM661 juta, Pembangunan Persekutuan RM256 juta, pinjaman Persekutuan RM922 juta, Wang Negeri RM16 juta, KKDW RM210 juta, FELDA RM27 juta, ECERDC RM235 juta, BBA NRECC RM13 juta. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga April 2023 iaitu kira-kira setahun lepas siri jelajah saya ke daerah-daerah bersama PAIP termasuk juga dengan mantan Setiausaha Kerajaan yang lalu, Pegawai Daerah yang terlibat. Berdasarkan daripada 217 projek, saya telah diberitahu bahawa 82 projek telah siap dilaksanakan, membabitkan kos sebanyak RM47 juta manakala 37 projek dalam pembinaan membabitkan kos RM299 juta dan 98 projek lagi dalam peringkat pra pembinaan iaitu perancangan reka bentuk pecahan mengikut projek adalah banyak.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Tidak mungkin bagi saya untuk membaca satu per satu tetapi tidak ada masalah sekiranya rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada sebelah sana untuk mendapatkan maklumat. Kita boleh buat perkongsian. Ini secara detailnya, sebagai contohnyalah. Cameron Highlands, 10 projek. Bilangan projek siap, 5. Bilangan projek dalam bandaran, 4. Bilangan projek pra pembinaan, 1. Itu contohnyalah ya. Boleh dapatkan ini. Kalau Yang Berhormat daripada DUN Cheka nak dapat lepas ini, boleh jumpa saya. Untuk Cheka ini, kita bagi special sikit sebab yang pertama, bekas Menteri. Yang kedua, Ketua Pembangkang. Kemudian rakan saya, Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Terima kasih.

Sama sama, Yang Berhormat daripada Cheka. Seterusnya Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, projek-projek ini dirancang bagi atasi masalah bekalan air negeri Pahang, antaranya ialah paip pecah, tekanan rendah, bukan sahaja darah, darah kita terkena tekanan rendah, tekanan tinggi. Paip pun ada juga tekanan rendah, tekanan tinggi. Kalau paip jenis AC itu, Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, kalau kena tekanan tinggi, pecah. Analogi dia sama saja. Putus bekalan, kualiti air mentah yang merosot dan penukaran jajaran paip lama.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya lagi sekali mengulangi komitmen Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah bekalan air negeri Pahang demi keselesaan rakyat. Sudah pasti masa amat diperlukan bagi melaksanakan semua projek ini selain daripada peruntukan kewangan dan perancangan rapi. Berilah ruang dan peluang buat Kerajaan Negeri dan PAIP melaksanakan semua inisiatif yang telah dirancang mengikut masa yang ditetapkan.

Kerajaan Negeri juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan melalui agensi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan…atas kelulusan projek-projek CAPAC yang telah diterima. Marilah kita semua mengambil kesempatan ini untuk mendoakan agar segala usaha dan perancangan ini dapat dijalankan dengan jayanya. Andai kata kita diuji, marilah kita semua berikrar untuk bekerjasama dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan berganding bahu, menyelesaikan masalah berkenaan, ketepikanlah segala perbezaan, keselesaan rakyat, menjadi keutamaan.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, berkenaan dengan pemuliharaan Harimau Malaya.

Mohon mencelah, Dato' Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Sekejap, sebelum beralih ke lain. Pasal air ini, tadi saya dengar Yang Amat Berhormat membentangkan bahawa NRW kita telah menurun dengan baik. Syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri dan PAIP. Cuma saya ingin bertanya penjelasan, ada tak sasaran yang ditetapkan? Sama ada oleh pihak SPAN atau sasaran Kerajaan Negeri sendiri? Ke tahap manakah kita nak kurangkan NRW ini, sampai bila? Supaya dia menjadi satu sasaran yang tepat untuk kita buat. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Soalan yang... ataupun pertanyaan yang sangat baik daripada Beserah. Jawapannya ada. Saya dalam perbincangan dengan PAIP, selalunya saya minta perbandingan. Tidak ada sasaran secara khusus. Kalau katanya, katakan, semasa perbincangan tersebut, negeri Selangor, contohnya NRWnya 25%. Hah, itu kita cuba pergi ke arah itu dulu. Jadi kita tidaklah menetapkan dengan izin, by 2 or 3 years NRW ini perlu 10% atau tidak. Sebab kita sangat memahami bahawa kesulitan untuk meminimakan NRW ini sangat complicated. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, boleh saya teruskan?

Yang di-Pertua (Speaker)

Silakan, Yang Berhormat…Yang Amat Berhormat.

Terima kasih Dato' Sri. Berkenaan dengan pemuliharaan Harimau Malaya. Kerajaan Negeri juga komited dalam usaha pemuliharaan Harimau Malaya dengan mewartakan rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah seluas 134,183 hektar, kalau ekar lagi luas, kali dengan 2.5 lebih kuranglah ya. Sebagai permulaan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah melaksanakan pewartaan fasa pertama ke atas kawasan hutan tadahan air dan hutan pelindungan tanah di keseluruhan hutan simpan Gunung Ais dan hutan simpan Gunung Ais tambahan seluas 92,649.33 hektar sebagai hutan pelindungan hidupan liar melalui siar warta bertarikh 4 Mei 2023. Manakala selebihnya pula kita akan laksanakan menerusi fasa kedua.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Kita seharusnya berbangga kerana rizab ini merupakan yang pertama di Malaysia. Di Malaysia, negeri Pahang adalah negeri yang pertama mengadakan rizab yang sedemikian. Seharusnya kita berbangga kerana Kerajaan Negeri telah mendahului negeri-negeri lain di negara kita Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Kawasan rizab ini akan menjadi salah satu daripada projek karbon kredit di bawah skim Malaysian Forest Fund ke arah meningkatkan usaha-usaha konservasi hutan kita secara kolektif. Selain itu juga, Pusat…penubuhan Pusat Konse…Konve…Konservasi Harimau Malaya...ini hari Jumaat ini Dato' Sri Yang di-Pertua, nak kena...

Yang di-Pertua (Speaker)

Friday.

Friday. This is Friday not only, This is Pahang. Selain itu juga penubuhan Pusat Konservasi Harimau Malaya Negeri Pahang di Lanchang. Di kawasan Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Yang di-Pertua (Speaker)

Dulu.

Ya, dulu dan ini pun dipohon oleh Yang Berhormat ADUN Lanchang ketika itu. EXCO Kerajaan Negeri, bagi satu tepukan kepada Dato’ Sri Yang di-Pertua. (Ahli Dewan menepuk meja) kerana…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat kena sebut yang dulu, bukan sekarang. [Ketawa] yang sekarang ni, dia belum mohon lagi.

Saya ulangi, yang dulu Dato’ Sri Yang di-Pertua. (Ahli dewan menepuk meja). ADUN Lanchang yang dulu kerana telah berusaha untuk memohon mendapatkan Pusat Konservasi Harimau Malaya di Lanchang, Temerloh seluas 80 hektar. Ini juga membuktikan Kerajaan Negeri Pahang begitu serius dalam melindungi kepupusan Harimau Malaya di negeri kita yang tercinta ini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Pusat Konservasi yang dibina dengan kos RM42.25 juta ini adalah selaras dengan kempen Selamatkan Harimau Malaya yang sedang digiatkan oleh kerajaan dan telah mula beroperasi pada 1 Februari 2020 yang lalu. Kita juga seharusnya berbangga kerana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang merupakan seorang putera raja yang begitu prihatin terhadap kepupusan habitat berharga ini.

Habitat harimau mesti dijaga Kelestarian hutan akan terpelihara Syukurnya Pahang Dikurnia Putera Raja Prihatin Alam Negeri Sejahtera

[Ahli Dewan menepuk meja]

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Berkenaan dengan penguatkuasa. Kerajaan Negeri sememangnya serius dan begitu serius terhadap usaha-usaha penguatkuasaan bagi memberi tumpuan berterusan terhadap kes-kes yang menyebabkan kehilangan hasil Kerajaan Negeri. Oleh sebab itulah Kerajaan Negeri telah menubuhkan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang yang ditubuhkan pada 15 Oktober 2019 dan Kerajaan Negeri telah berjaya membanteras penerokaan tanah secara haram terutamanya dalam Ops Lestari di Cameron Highlands.

Malah bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri telah melaksanakan sebanyak 107 operasi yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.217 juta untuk tujuan pemusnahan, penyertaan dan lain-lain usaha pemantauan yang digerakkan secara bersepadu. Malah dengan penubuhan skuad elit juga, usaha-usaha membanteras penerokaan haram ini juga giat dilaksanakan secara berterusan. Skuad elit ini berperanan melakukan risikan awal serta serbuan ke kawasan yang didapati telah melakukan perbuatan penerokaan haram, dan bagi Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Kerajaan Negeri akan terus memperhebatkan lagi aktiviti penguatkuasaan agar kelestarian alam sekitar ini terus terpelihara.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya juga ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan soalan tambahan. Tidak mungkin untuk saya menjawabnya semua sekali. Saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan. Saya juga bercadang untuk menggunakan strategi daripada sahabat saya ADUN Benta supaya saya pergi ke tempat-tempat lain dulu, apabila masa sudah agak suntuk. Jadi saya mintak maaf kerana tidak menjawab. Tapi saya ingin mengambil kesempatan jugalah untuk menjawab ya. Yang pertama sekali soalan daripada Yang Berhormat daripada Cheka, yang mencadangkan supaya 10% peratus hasil yang diperoleh daerah Lipis dan Jerantut contohnya, perlu dikembalikan kepada daerah-daerah tersebut.

Saya ucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat daripada Cheka. Walau bagaimanapun, saya suka memaklumkan di Dewan yang mulia ini. Kerajaan Negeri sentiasa memberi keutamaan kepada keperluan dan permohonan yang dikemukakan oleh pegawai daerah. Pegawai pegawai daerah boleh terus ajukan apa saja permohonan dan keperluan mereka terus kepada saya ataupun kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri. Insya-Allah, kita akan berikan pertimbangan khas. Sebagai contohnya, sebelum ini, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Kita telah memberi pertimbangan khas di atas permohonan oleh pegawai-pegawai daerah. Sebagai contohnya, Kerajaan Negeri telah meluluskan RM40 juta kepada semua daerah-daerah di Pahang iaitu berkaitan dengan isu selepas Pasca Banjir 2021. Di mana ketika itu saya bersama-sama dengan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri telah berjumpa dengan semua pegawai daerah, daerah demi daerah. Bukan kita panggil sekali. Ini daerah demi daerah. Kita…saya ingin tahu apakah isu banjir? Apakah yang…semasa banjir dan apakah cadangan yang mereka perlukan supaya banjir ini dapat diminimakan? Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin sekejap. Minum air. Hari Jumaat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Yang Amat Berhormat. Tulah. Kena tambah air ya.

Er…Yang Berhormat, saya minta laluan sikit. Sementara Dato’ Sri minum air. Er…saya…saya kemukakan cadangan…saya mengalu-alukan apa yang jawapan yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya kemukakan pandangan ini, bila saya lihat sumber hasil setiap daerah ni tak seimbang. Ada negeri…daerah-daerah yang sangat rendah hasilnya contoh macam Maran, macam yang dibentang.

Di planning, perancangan daerah itu untuk pembangunan daerah tu sangat terhad sebab dia tak banyak cukai yang boleh diambil. Cukai pintu, kedai tak banyak, industri tak banyak tetapi hasil daripada daerah tu besar. Balak, bijih besi dan sebagainya. Kalau sekiranya dapat di…ini…ini pandangan saya Dato’ Sri. Saya lihat bahawa untuk long-term planning di peringkat daerah sekiranya dia ada, dia dapat dana tersebut, dia boleh susun, jangka untuk 10 tahun, 20 tahun akan datang bagi membangun pembangunan daerah yang…itu pandangan sayalah. Terima kasih. Terbuka untuk perbincangan. Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Cheka. Pandangan yang sangat baik tapi saya ingin menyatakan di sini bahawa…bahawasanya kita akan pergi kepada case by case lah, dengan izin. Kita tidak mengabaikan sekali mana-mana daerah di negeri Pahang ini, sebab itulah bila perjumpaan, sebagai contohnya di Maran. Pegawai Daerah Maran ketika itu telah mengemukakan Pusat Pemindahan Mangsa Banjir secara tetap. Kerajaan Negeri telah luluskan, dan sebanyak RM40 juta telah kita peruntukkan kepada semua-semua daerah. Antara permohonan mereka ialah sebagai contohnya, Pegawai Daerah mengatakan berlaku apa ni kegagalan untuk menghantar bekalan makanan semasa banjir kerana terputus jalan. Mereka mahu helipad kita bagi. Jadi itulah antara-antaranya.

Namun begitu, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, oleh sebab Kerajaan Negeri begitu prihatin. Apa yang baik untuk daerah, untuk negeri, kita akan pertimbangkan dan kita akan tengok keadaan macam mana bergantung kepada kedudukan kewangan secara keseluruhannya.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Menjawab soalan Ahli Yang Berhormat daripada Beserah, berhubung isu pengambilan balik tanah untuk projek ECRL di dalam kawasan DUN Beserah yang didakwa tidak dibincangkan dengan teliti bersama pemilik tanah. Saya ingin menyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa dakwaan ini tidak begitu tepat. Yang mana pemilik atau tuan tanah tidak perlu…tidak. Saya suka juga maklumkan bahawa pemilik atau tuan tanah tidak perlu merasa bimbang kerana ia melibatkan proses yang panjang untuk pengambilan tanah ni. Bukan boleh pagi ini atau esok lusa teringat nak ambik tanah tersebut, kita terus pergi amik. Tidak.

Dia ada tiga…tiga peringkat Yang Berhormat daripada Beserah. Yang pertama sekali ialah semasa peringkat pra pengambilan. Sebelum ambil tu, ada proses dia di

peringkat pra pengambilan, dan juga semasa pengambilan dan pasca pengambilan. Ini adalah yang telah ditetapkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian. Malah, prosedur ini digunakan dan dipatuhi daripada dulu lagi semenjak merdeka sehinggalah ke hari ini oleh Kementerian Jabatan Pengguna dan juga pentadbir tanah. Saya yakin menerusi proses-proses ini, pemilik tanah mempunyai hak yang tidak boleh disangkal ke atas tanah mereka dan mereka juga berhak untuk menerima pampasan yang sewajarnya. Sekiranya tanah mereka diambil oleh kerajaan bagi maksud awam ataupun demi public interest dengan izin.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Berkenaan dengan peruntukan kepada ADUN Pembangkang. Saya ingin menyentuh perkara ini, dan suka saya nyatakan lagi sekali bahawa Kerajaan Negeri sentiasa mempertimbangkan untuk memberi peruntukan kepada Yang Berhormat Pembangkang seperti mana yang telah Kerajaan Negeri berikan RM5,000 ketika bulan Ramadan yang lalu. Saya ucapkan terima kasih kepada dua orang rakan saya di sebelah sana, yang ada mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana mengatakan duit RM5,000 dah dimasukkan di dalam pusat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh bagi lagilah kalau macam tu.

Insya-Allah, insya-Allah Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya tegaskan lagi sekali bahawa Kerajaan Negeri tidak sesekali mengabaikan kebajikan rakyat. Malah Kerajaan Negeri juga sentiasa menyalurkan pelbagai bentuk sumbangan dan bantuan kepada rakyat negeri ini secara berterusan meliputi segenap lapisan masyarakat tanpa memilih bangsa, agama mahupun warna politik. Malah di kawasan DUN Pembangkang sekali pun Kerajaan Negeri akan tetap salurkan bantuan walaupun pengundi di kawasan tersebut tidak memilih kami pada PRU yang lalu kerana ini sudah menjadi tanggungjawab kami sebagai Kerajaan. [Ahli Dewan menepuk meja].

Walaupun peruntukan tidak disalurkan terus kepada ADUN Pembangkang, tetapi bantuan-bantuannya tetap sampai kepada rakyat di kawasan rakan-rakan daripada ADUN Pembangkang. Dan ianya disalurkan sama ada melalui Pejabat Menteri Besar atau pun saya sendiri atau pun melalui EXCO Kerajaan Negeri ataupun melalui Yang Berhormat daripada Kerajaan ataupun melalui penyelaras DUN-DUN ataupun Pejabat Pejabat Daerah.

Sebagai contohnya, bantuan yang kita salurkan terus kepada rakyat di seluruh negeri ini tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama. Bantuan RM100 kita berikan kepada semua murid Tahun Satu. Mana-mana mereka yang masuk Tahun Satu bantuan awal persekolahan kita terus bagi kita tak tanya dia. Ayah dia ke mana ke kiri atau ke kanan? Tak tanya. Kita bagi automatik. Itu contoh.

Yang kedua, bantuan RM300.00 yang kita berikan kepada semua anak-anak Pahang yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi. Baru saja kita buat program baru ini, jamuan hari raya di Kuala Lumpur. Kita pun tak tanya mereka. Daripada mana, kampung mana ataupun fahaman politik sekalipun kita bagi semua kita tak pilih bulu. Dan begitu juga bantuan Pahang Pride Kid kepada ibu yang melahirkan anak di negeri Pahang. Dulu RM200.00 sekarang RM300.00. Kita pun tak tanya walaupun saya

dimaklumkan semasa menyampaikan bantuan jelas ada bendera-bendera yang tidak sehaluan dengan kita. Kita tak tanya pun, kita terus bagi. Apa lagi?

Bantuan Pahang Pride Kasih RM500.00 kad kesihatan kepada warga emas tidak kira siapa jua. RM300 sebagai inisiatif perkahwinan bagi kahwin bagi kahwin kali pertama kepada pengantin baru. Dulu RM200.00 sekarang RM300.00 kita pun tak tanya ia daripada mana. Kalau dia kahwin kali pertama kalau ada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang belum kahwin yang kali pertama lah, ada tak? kalau ada kita pun bagi juga.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh tambah kalau Yang Berhormat kahwin kita boleh tambah sedikit lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau ada rakan- rakan Yang Berhormat belum kahwin dengan nak kahwin boleh kita lebih lagi.

Tapi saya ingat rakan-rakan EXCO tak ada halangan bagi rakan-rakan Ahli Yang Berhormat daripada Pembangkang yang nak kahwin. Dia tak faham maksud Yang di-pertua, apa dia? Cuba Yang di-Pertua jelaskan sikit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Maksudnya [Ahli Dewan ketawa] maksud Yang Amat Berhormat, [Ahli Dewan ketawa] Yang Amat Berhormat kita bagi RM300. Itu kerajaan bagi. Tapi kalau sekiranya ada wakil-wakil kita yang nak kahwin yang belum kahwin lagilah yang kahwin kedua, ketiga tu itu kita cakap dalam kamar je lah yang belum kahwin lagi kita kita semua boleh tambah lagi. Itu maksud saya.

Boleh Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Apa Yang Berhomat Dato' Sri Yang di-Pertua cakap saya kena boleh dan tidak saya bimbang Yang Berhormat suruh saya berhenti [Ahli Dewan ketawa]. Yang Berhomat Dato' Sri Yang di-Pertua, itulah antaranya dan yang terkini Yang Berhomat Dato' Sri Yang di-Pertua ialah pemberian RM500.00 kepada semua bakal-bakal haji daripada negeri Pahang yang akan menunaikan haji Kerajaan Negeri bagi tidak mengira siapa.

Dan saya juga ingin maklumkan menerusi bantuan Prihatin Pahang yang kita beri ini bagi tahun ini, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan berjumlah RM42.4 juta ringgit dan jumlah ini meningkat RM8 juta berbanding tahun lalu iaitu RM34 juta. Boleh dikatakan semuanya kita bagi bermula daripada bayi yang baru lahir sehinggalah mereka yang meninggal akibat COVID pun mendapat sentuhan daripada Kerajaan Negeri Pahang. Seterusnya Yang Berhomat Dato' Sri Yang di-Pertua, selain daripada itu, merujuk kepada projek pembangunan yang memancarkan Malaysia yang Ke-12.

Minta laluan sikit, Terima kasih. Buat apa yang telah pun disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Bantuan-bantuan seluruh negara rakyat dapat sedikit. Itu tak ada isu kami pun memahaminya dan dapat makluman. Cuma apa yang titah oleh Tuanku ialah diberi kepada wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat dalam sistem demokrasi. Diberi kepada wakil rakyat Pembangkang. Saya fikir bukan pada rakyat itu. Rakyat susah tapi wakil rakyat ini dipilih. Kami dipilih dalam maka sebagaimana di titah oleh Tuanku jadi saya dapat penjelasan sama ada Kerajaan Negeri bersetuju dengan pandangan Tuanku ataupun tidak bersetuju diserah kepada pembangkang. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya ingat tak ada isu sebab sebelum Tuanku titah pun Kerajaan Negeri dah bagi RM5000. Cuma ketika itu, Kerajaan Negeri bercadang untuk memberi secara berkala sewaktu selepas beberapa bulan kita bagi RM5000 maknanya selepas itu maknanya ada lagi. Tuanku titah kita menjunjung titah Tuanku tak titah pun memang menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memberi juga kepada rakan-rakan kita. Kita faham tapi tidaklah boleh seperti mana wakil rakyat daripada Kerajaan sebab tu berbeza Pembangkang dengan Kerajaan. Itu perbezaan dia.

Yang di-Pertua (Speaker)

Maknanya Yang Berhormat kalau nak masuk Kerajaan [Ahli Dewan ketawa] kita…kita mengalu-alukan. Kalau minta hari ini, semalam kita lulus dah. Jadi Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, ini kena ada perbezaan seperti mana saya malas mengulas lebih lanjut, saya tidak mahu panjangkan isu. Contohnya rakan-rakan daripada ADUN Pembangkang pergi ke melawat saya malas details kan. Kalau mereka minta pihak ataupun jabatan berkenaan memberi taklimat, mereka tak boleh la sebab meraka ini pembangkang tetapi untuk pergi ke pejabat berkenaan, tak ada masalah. Itu beza dia, begitu juga dengan peruntukan.

Kita akan bagi tetapi tidaklah sama dengan wakil Kerajaan. Itu adalah perkara biasa, perkara biasa yang memang kita tidak dapat nafikan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita peruntukan sama kerajaan dengan Pembangkang mesti lebih kepada kerajaan. Jadi berbalik izinkan saya Yang Berhomat Dato' Sri Yang di-Pertua untuk meneruskan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila ya Yang Berhormat.

Selain daripada itu merujuk kepada projek pembangunan Rancangan Malaysia ke-12 Negeri Pahang bagi tahun ini, sebanyak RM118.5 juta diperuntukkan ke kawasan DUN Pembangkang. RM118.5 yang Kerajaan Negeri telah peruntukkan di kawasan Pembangkang untuk melaksanakan pelbagai bentuk pembangunan yang menggunakan peruntukan kepada Kerajaan Negeri. Tetapi sudah tentulah peruntukan yang disalurkan kepada pejabat daerah kita tidak salurkan kepada wakil rakyat

Pembangkang. Itu bezanya. Pendek kata Kerajaan Negeri asal apa sahaja yang menyentuh kebajikan rakyat, kita akan salurkan dan kita akan usaha untuk bantu.

Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya fikir menjunjung titah Tuanku kita junjung memang dalam perancangan saya. Rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Kerajaan boleh sahkan meletakkan kita bercadang. Itu kita bagi permulaan dengan RM5000 tapi bukan tiap- tiap bulan. Dan saya telah pun memberi. Sebelum ini pun, saya dah beritahu kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri supaya ada benchmark dia. Maknanya kalau kita bagi RM5000 sebab apa kita bagi RM5000 benchmark dia maknanya kita kena lihat kepada Kerajaan Negeri yang mana yang ditadbirkan oleh sebelah sana. Supaya kita ada ukuran dia. Yang Berhormat Pegawai Kerajaan Negeri telah pun mendapatkan maklumat butiran terperinci.

Tetapi yang menjadi masalahnya ialah kita mendapat pelbagai pelbagai versi sebagai contohnya baru-baru ini bagi tak bagi jadi kita pun confuse kalau berbanding dengan Kerajaan Negeri Pahang, siapa-siapa pun Tanya ADUN Pembangkang dapat beberapa? RM5000 seia dah sekata. Tidak di negari lain. Ada ADUN ni dapat ada ADUN ni tak dapat. Ada ADUN ni dapat RM1000 ada ADUN ni dapat RM10,000 dia berbeza beza. Macam ada sesuatu yang yang kurang jelas. Tapi kita clear. Tidak ada apa apa agenda kepada kita. Jadi bila Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri membawa kertas untuk kepda EXCO sebab ini melibatkan duit Kerajaan.

Saya tidak menuduh tidak boleh dengan sewenang wenangnya. Bila teringat pagi ini nak bagi RM10,000 terus semua RM10,000, tak boleh saya kena tengok implikasi kewangan, aliran-aliran tunai duit Kerajaan Negeri dan pelbagai lagi. Jadi jawapannya untuk makluman Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, bantuan itu tetap ada bantuan tetap ada tetapi banyak mana cara. Mana Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri akan bawa kepada EXCO seperti mana bantuan RM5,000 baru ini lah bulan puasa yang kita bagi kepada DUN Pembangkang. Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri bentang kepada EXCO. Kita bincang kita, kita setuju, kita bagi dan perkara yang sama yang akan kita lakukan untuk di masa-masa yang akan datang.

Apabila kertas tersebut siap, bawa ke EXCO kita akan bagi. Ini pun junjung Titah la juga. Jadi pokoknya saya nak bagitau disini sebelum Tuanku bertitah lagi Kerajaan Negeri telah pun menyediakan peruntukan tetapi secara berkala Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, sebagai penutup gulungan…penggulungan saya pada hari ini, marilah kita. Yang Berhormat ADUN Cheka okay ye jawapan saya. Jawapannya ada, menjunjung titah. Tapi nak mintak macam Kerajaan tak boleh la.

Terima kasihlah atas penjelasan cuma ialah Dato' Sri Menteri Besar memahami bagaimana beban tanggungan yang ditanggung kepada semua ADUN samada Pusat Khidmatnya ataupun bila berlaku bencana kepada rakyat yang mereka datang ke Pusat Khidmat. Jadi kami kemuka atas sifat sebagai yang dipilih rakyat. Itu sahaja terpulang pada Yang Berhormatlah.

Yang Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya ingat tidak ada masalah seperti mana yang saya katakan tadi rakyat-rakyat di negeri Pahang ini sama ada daripada Pembangkang atau Kerajaan kita bagi sama ja. Maknanya bila kita kepada rakyat bantuan yang sama, saya fikir dia takkan pergi ke

Pusat Khidmat kecuali ada permohonan-permohonan lain. Baiklah Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian sebagai penutupnya bagi penggulungan saya pada kali ini, marilah kita sama-sama berdoa memohon kepada Allah SWT sentiasa merahmati usaha membimbing tindakan dan mengizinkan hasil yang sempurna buat kita semua di bumi yang bertuah ini. Insya-Allah ditokok apa yang kurang, dicantum apa yang jarang, dihimpun apa yang kejauhan dengan sifat Rahman dan Rahim, diampunkan segala dosa yang kita lakukan.

Moga sidang kita pada kali ini diterima oleh Allah SWT sebagai bukti ikhtiar hambanya sebagai khalifah di atas hamparan dunia ini. Yang indah itu dari Ilahi, dan yang kurang itu sifat insani. Marilah kita berdoa kepada Allah Yang Maha Berkuasa agar ditetapkan iman kita di atas jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa istiqomah dalam perjuangan di jalan-Nya. Saya juga berharap agar kita semua sama ada daripada blok Kerajaan dan blok Pembangkang dapat bersama sama menjalankan fungsi masing-masing untuk kesejahteraan rakyat dan negeri bertuah ini seperti mana yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang pada Isnin lalu. Semoga negeri Pahang ini terus aman dan makmur dengan masyarakatnya hidup bersatu padu serta saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Sekian sahajalah sesi penggulungan saya. Semoga saya telah menjawab soalan yang ditujukan kepada saya sebagai Menteri Besar yang turut mengetuai Jawatankuasa Negeri yang dipertanggungjawabkan ke atas saya. Jika ada soalan-soalan soalan lain yang tidak dijawab, insya-Allah, jawapan secara bertulis akan saya berikan kepada Ahli Yang Berhormat kelak.

Akhlak Dayung Pahlawan arah ke kota. Kisah Mat Kilau jadi Hikayat, Junjung titah lupakan sengketa, Negeri makmur demi rakyat.

Wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh [Ahli Dewan tepuk meja]. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul yang telah dicadang dan disokong. Soalnya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan di Dewan ini untuk mendapat kelulusan Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila katakan tidak. Usul tersebut diluluskan.

Rang Undang-UndangBill

Setiausaha Dewan

Perkara keempat (1): Rang Undang-Undang. Rang undang undang Enakmen Perbekalan Tambahan (2023) 2023. DN 1/2023.

Memorandum Perbendaharaan Tambahan Perbelanjaan Mengurus Tahun 2023. DN 3/202. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Bacaan Kali Pertama

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon mengemukakan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan (2023) 2023.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya menyokong Usul itu.

Setiausaha Dewan

“Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun ini”.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon Rang Undang-Undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong Usul itu.

Bacaan Kali Kedua

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (2023) 2023, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon mencadangkan,

“Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu”.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Perkara 44 Bahagian Dua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang menyatakan bahawa jika wang diperuntukkan oleh Undang-undang Perbekalan tidak mencukupi atau terdapat lebih perbelanjaan bagi apa-apa maksud di mana-mana tahun kewangan, ianya hendaklah dibentangkan di dalam Dewan Negeri dan kepala-kepala perbelanjaan tersebut hendaklah dimasukkan dalam Rang Undang-undang Perbekalan.

Di samping itu, Seksyen 11 (3) Akta Prosedur Kewangan yang membolehkan Menteri Besar membuat pendahuluan dari Kumpulan Wang Disatukan untuk menampung keperluan tersebut. Jumlah wang yang dipohon untuk perbelanjaan tambahan bagi tahun kewangan 2023 ialah sebanyak RM24,251,562.00.

Peruntukan tambahan ini dimohon bagi tujuan menampung keperluan perbelanjaan serta memastikan pelaksanaan projek-projek yang akan memberi kesan secara langsung pada rakyat dapat diteruskan. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Maklumat penuh bagi tujuan tambahan ini adalah dinyatakan di dalam Memorandum Perbendaharaan Tambahan Bagi Perbelanjaan Mengurus tahun 2023 Negeri Pahang yang dibentangkan di dalam Persidangan Dewan Negeri ini sebagai kertas DN 3/2023.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Sekian sahaja penerangan ringkas saya berhubung Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan (2023) 2023 ini dan berharap Rang Undang-undang yang saya bentangkan ini mendapat sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan seterusnya diluluskan. Saya mohon mencadang, terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Dipertua, saya mohon izin menyokong Usul itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan majlis ialah:

“Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu,”

dibaca untuk kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas.

Pertama sekali saya nak mendapat penjelasan sama ada peruntukan tambahan ini dibaca sekali DN3 dengan DN4 ataupun DN3, Yang Amat Berhormat Menteri Besar… DN3…DN4. Sekali ke? Sekali…

Yang di-Pertua (Speaker)

Sekali.

Okey. Saya nak rujuk pada kertas DN4/2023. Seasasnya kita menerima peruntukan tambahan yang dicadangkan cuma sekadar untuk dapat penjelasan beberapa perkara. DN4/2023, muka surat 2. Pada kod 00901. Sokongan dan kemudahan penyelenggaraan bangunan dan kampus. Peruntukan asal yang dimohon ialah RM400,000.00. Peruntukan tambahan ialah RM435,000.00. dan demikian juga… 02301, peruntukan asal RM4 juta, peruntukan tambahan RM9 juta.

06201…Projek pengeluaran baka ternakan terpilih, peruntukan asal RM400,000.00… peruntukan tambahan RM4,500,000.00. Saya fikir ini satu penambahan yang terlalu besar untuk pengeluaran baka ternakan terpilih. Asal peruntukan RM400,000.00. Tambahan RM4,500,000.00. Jadi saya perlukan penjelasan…pendetailan sebab untuk dapat baka terpilih tak akan dapat sampai RM4,500,000.00 dimohon peruntukkan tambahan dan demikian juga yang yang lain-lain kerana peruntukan biasa, peruntukan tambahan ini tidak tidak lebih daripada peruntukan asal. Mohon penjelasan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Sebab ianya melebihi daripada peruntukan asal, itu yang kita pohon. Dan ini adalah satu perkara yang bukan satu perkara yang luar biasa dan setiap tahun dan peruntukan tambahan ini akan dibuat oleh Pejabat Kewangan Negeri untuk dibawa kepada Dewan Yang mulia ini untuk mendapat kelulusan.

Sebab kadang-kadang ada yang luar jangka sebagai contohnya Bantuan Prihatin Pahang, COVID dan sebagainya. Dan sebab itulah kita minta di Dewan yang mulia ini. Duit dah Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian

Yang Berhormat er…Yang di-Pertua,

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Wakil Kerajaan.

Sebenarnya Usul untuk er…DN4 oblique 2023 ni belum dibentang oleh Yang Amat Dato’ Sri Menteri Besar, tadi baru DN3. Er…belum dibentang jadi…

Saya mohon penjelasan pada Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker sama ada DN4 ni bersekali dengan DN3. Dimaklumkan sekali sebab tu saya kemukakan. Kalau berasingan tak apa. Kita akan bincang kemudian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya adalah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju nyatakan setuju dan yang tidak, sila nyatakan tidak. Tiada. Rang Undang-undang tersebut dibaca untuk kali yang kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada wang yang disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan Negeri ber…bermesyuarat dalam Jawatankuasa.

Dalam Jawatankuasa

Setiausaha Dewan

Jadual B.32, Kumpulan Wang Terkanun.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, maksud Bekalan B.32 Kumpulan Wang Terkanun dibuka untuk dibahaskan. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM24,251,562.00 untuk maksud Bekalan B.32 Kumpulan Wang Terkanun bagi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “bersetuju”, Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada. maksud Bekalan B.32 Kumpulan Wang Terkanun jadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Fasal 1 dan Fasal 2.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 1 dan Fasal 2 menjadi sebahagian daripada undang-undang. Dengan ini saya mohon Ahli Yang Berhormat membuat cadangan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon menyokong Usul itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan (2023) 2023 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”. Ahli-ahli yang tidak sila nyatakan “tidak”. Tiada, Majlis bersidang semula dalam Majlis Mesyuarat.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (2023) 2023 dibaca bagi kali yang ketiga.

Bacaan Kali Ketiga

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa

“Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu”

telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon sokong usul tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2023) 2023 dibaca untuk kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan setuju, [Ahli Dewan nyatakan setuju] yang tidak bersetuju sila nyatakan tidak. Tiada, Rang Undang-undang ini dibaca untuk kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (2023) 2023 bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.

Perkara Keempat (2): Rang Undang-undang Tarekat Pahang 2023 DN 2/2023, Yang Berhormat EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang akan membawa cadangan.

Bacaan Kali Pertama

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mengemu…mengemukakan Rang Undang-undang Tarekat Pahang 2023.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya menyokong usul itu.

Setiausaha Dewan

“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran tarekat dan peraturan peruntukan-peruntukan bagi mengelakkan dan menghalang pengamalan tarekat yang bertentangan dengan hukum syarak dan undang-undang serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya“.

Yang Berhormat Dato‘ Yang di-Pertua, saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong usul itu.

Bacaan Kali Kedua

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Tarikat Pahang 2023 dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran tarikat dan peruntukan-peruntukan bagi mengelakkan dan menghalang pengamalan tarekat yang bertentangan dengan hukum syarak dan undang-undang serta perkara perkara lain yang berkaitan dengannya.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua

Yang di-Pertua (Speaker)

Penyokong, tu ada tambahan sikit kat belakang tu.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Tarikat ini perlu diwujudkan segera atas alasan-alasan yang berikut. Pertama, tiada peruntukan undang-undang yang jelas bagi mengawal pengamalan tarikat di negeri Pahang, memberikan sempadan dalam menentukan amalan tarikat yang benar bagi menjaga keharmonian dalam masyarakat. Ketiga membendung dan mengawal penyeleweng…penyelewengan kumpulan yang mengeksploitasikan amalan tarekat bagi memelihara khazanah ismu…is…ilmu Islam yang tidak disalahgunakan dan keempat untuk memperkasakan penguatkuasaan undang undang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, sekian sahaja penjelasan ringkas saya mengenai Rang Undang-undang Tarekat pada 2023 dan saya mohon mencadang.

Dato’ Sri, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya menyokong…saya mohon izin menyokong usul itu dan ingin menyampaikan sedikit penerangan yang paham sayalah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Silalah.

Dalam dua tiga minitnya. Saya percaya ini satu pendekatan baru yang bertujuan untuk mencegah er…keharmonian aqidah agama kita supaya ianya tidak disalahgunakan. Kita tak nak lagi berlaku seperti mana kejadian er…Ayah Pin dan er…beberapa tahun yang lalu ada berlaku kes pembunuhan antaranya sahabat saya, allahyarham er…Rafli yang ada kaitan juga sedikit sebanyak dengan ajaran- ajaran sesat ini.

Jadi bila kita ada undang-undang pencegahan, ini adalah undang-undang pencegahan, insyaAllah, ianya boleh mendatang kebaikan untuk keharmonian agama kita. Yang ini dikatakan sebagai 'alwiqayyah khairu minal ilayh'. Maksudnya, mencegah itu dari bagus, lebih bagus daripada berubah. Terima kasih. Saya mohon menyokong sekali lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Masalah di hadapan Majlis ialah “Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran tarekat dan peruntukan-peruntukan bagi mengelakkan dan menghalang pengamalan tarekat yang bertentangan dengan hukum syarak dan hukum dan undang-undang serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. Dibaca untuk kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahaskan.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat saya tidak cadang panjang untuk menyokong Rang Undang-Undang ini. Saya melihat bahawa kalau laporan daripada JAKIM ataupun Kerajaan Jabatan Agama Islam Negeri, kita dapati bahawa ada 4 bentuk utama berlakunya penyelewengan yang melibatkan ajaran sesat, apa yang dibangkitkan dan sebagainya. Yang pertama ialah ajaran kesufian dan kerohanian. Biasa elemen inilah yang akan menyebabkan berlaku penyelewengan. Yang kedua, perbomohan dan persilatan. Yang ketiga, perkara kurafat dan tahyul. Yang keempat adalah penyelewengan pemikiran. Empat elemen ini kenalpasti oleh JAKIM di antara punca-punca berlakunya penyelewengan dan mudah berlaku penyelewengan. Kerana itu saya menyokong penuh rang undang-undang yang dibentangkan pada hari ini.

Sekurang-kurangnya faham kita ada satu peraturan yang boleh mengawal. Cuma bila saya teliti rang undang undang ini, mungkin ini boleh dimasukkan di bawah peraturan. Kita tidak ada fasa tentang apakah tarekat itu boleh terima dana luar negara ataupun tak boleh. Sebab kita tahu tarekat ini dia berkait rapat dengan induk dia dan dia tak putus dengan induk. Kalau induk dia daripada Yaman, dia akan bersambung-sambung sampai di sini kalau berat. Jadi, apakah memungkinkan tarekat itu terima dana luar negara dan apakah mekanisme untuk kita kerajaan mengawal dana tersebut supaya

tidak salah guna. Saya cadang mungkin boleh lihat dalam peraturan. Mungkin boleh tambah dalam peraturan saja, tak perlu dalam Rang Undang-undang. Tapi saya fikir fasa itu mungkin boleh…boleh diadakan. Terima kasih.

Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua, dan terima kasih rakan daripada Cheka. Sebenarnya kita menyediakan Rang Undang-undang ini, tujuannya adalah antara perkara-perkara yang seperti itulah tidak nak berlaku perkara khurafat, adanya pemikiran-pemikiran yang bercanggah dengan syarak dan ini sesuai dengan nasihat Imam Syafie [Bahasa Arab] Kita tak nak orang tu dia jadi ulama fiqah sahaja dan kita tak nak juga dia sufi sahaja. Kalau fiqah sahaja, kata Imam Syafie dia tak ada tazkiah tasawuf dia keras, dia gersang. Kita tak nak juga kata Imam Syafie sufi sahaja yang tidak ada dasar-dasar syarak yang diperkuatkuasakan dengan undang-undang Ini orang bodoh. Macam mana orang bodoh boleh mendamaikan dan mengharmonikan keadaan?

Berdasarkan kepada inilah Kerajaan Negeri mewujudkan satu rang undang undang untuk memastikan benda ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Insyaallah perkara-perkara yang berikut seperti andai kata ada berlaku penyelewengan, ada rang undang-undang yang ditetapkan bagaimana kita nak kaunselorkan mereka.

Begitu juga apabila mereka mendaftar, mereka dikehendaki menyata, declarekan dengan izin bagaimana dia ini, siapa tok guru dia, apa sumber dia, bagaimana pergerakan dia, dia kena detailkan. Dengan pendetailan itulah nanti kita akan perhatikan pergerakan dia. Kita tidak, kalau seandainya pergerakan dia itu mengikut rang undang-undang. Kita tidak akan melarang dia untuk mendapat mana-mana dana. Tetapi kalau seandainya bercanggah dengan undang undang, jangankan daripada luar negara, di dalam negara pun kita tak bagi dia mendapat mana-mana dana. Terima kasih Dato' Sri Yang di-pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”, dan yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak” Tiada. Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran Tarekat dan peruntukan bagi mengelakkan dan menghalang pengamalan Tarekat yang bertentangan dengan hukum syarak dan undang-undang serta perkara lain yang berkaitan dengannya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.

Dalam Jawatankuasa

Setiausaha Dewan

Fasal 1 hingga Fasal 39.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 1 hingga Fasal 39 dibuka untuk perbahasan sekarang. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa Fasal 1 hingga Fasal 39 jadi sebahagian daripada undang-undang hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tiada. Fasal 1 hingga Fasal 39; menjadi sebahagian daripada Undang-undang.

Yang Berhormat Dato' Sri Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu Rang undang-undang ini dimaklumkan kepada majlis sekarang.

Yang berhormat Dato' Sri Pengerusi, saya mohon menyokong usul itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang- undang Tarekat Pahang 2023 dimaklumkan kepada majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan setuju. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan tidak. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini boleh dinamakan Enakmen Tarekat Pahang 2023 dibaca bagi kali yang ketiga.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Saya mohon memaklumkan bahawa:

“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran tarekat dan peruntukan-peruntukan bagi mengelakkan dari…bagi mengelakkan dan menghalang pengamalan tarekat yang bertentangan dengan hukum syarak dan undang-undang serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.”

telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.”

Yang berhormat, Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong usul itu.

Bacaan Kali Ketiga

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masalahnya ialah bahawa Rang Undang- undang Tarekat Pahang 2023 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan setuju dan tidak bersetuju sila nyatakan tidak. Tiada. Rang Undang-undang dibaca untuk kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Tarekat Pahang 2023, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.

Setiausaha Dewan

Perkara kelima (1): Usul dan Memorandum.

Usul Tambahan Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2023. Memorandum Perbendaharaan Tambahan Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2023. DN 4/2023.Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin untuk membawa satu Usul di Dewan yang mulia ini yang berbunyi:

“Bahawa Dewan ini, mengikut syarat-syarat ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Perbekalan Air, dengan ini bersetuju meluluskan Anggaran Perbelanjaan Tambahan 2023 daripada Kumpulan Wang tersebut itu sebagaimana yang ditetapkan di dalam Rang Anggaran Perbelanjaan Tambahan 2023 yang dibentangkan di dalam Persidangan ini sebagai Kertas Mesyuarat DN 4/2023.”

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Tambahan peruntukan adalah untuk yang pertama, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri berjumlah RM3,163,162.00. Kedua, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri berjumlah RM9,000,000.00. Ketiga, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri berjumlah RM5,388,400. Keempat, Jabatan Agama Islam Negeri berjumlah RM 6,700,000. Peruntukan tambahan ini bagi tujuan menampung eperluan perbelanjaan serta memastikan perlaksanaan projek-projek yang akan memberi kesan secara langsung pada rakyat dapat diteruskan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Sekian saja penerangan ringkas saya berhubung Usul Tambahan Perbelanjaan Pembangunan dan Pembangunan dan Perbekalan Air 2023. Saya berharap Usul ini mendapat sokongan dan kelulusan Dewan yang mulia ini. Saya mohon mencadang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada Ahli-ahli yang menyokong?

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon menyokong Usul itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Usul ini dibuka untuk perbahasan.

Er...minta maaf saya bangkitkan sekali lagi untuk bukan nak pertikai cuma perlukan penjelasan mungkin bertulis. Berhubung dengan peruntukan Veterinar, er…saya lihat peruntukannya bagi Projek Pengeluaran Baka Ternakan Terpilih yang diperuntukkan ialah RM400,000.00 pada asal tambahan RM4.5 juta. Saya fikir satu jumlah besar bagi Projek Pengeluaran Baka Ternakan Terpilih. Persoalan saya ialah, mohon penjelasan er...mungkin kalau tak boleh detail pun bertulis pun tak apa sebab angka ini terlalu besar. Daripada RM400,000.00 yang asal, tambahan RM4.5 juta.

Jadi bagi saya, saya rasa kita rakyat pun layak dapat penjelasan, itu saja. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya selaku EXCO Pertanianlah mewakili Pihak Kerajaan Yang Berhormat Dato’ Sri akan berikan penjelasan insya-Allah mudah-mudahan dengan penjelasan ini dapat er…Ahli-ahli Dewan yang mulia ini memberikan sokongan saya apa nama ni…tidak boleh buat jawapan secara er…lisan…bertulis sebab yang ini kita kena er…bahas dan kita luluskan Usul ini dalam Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Sebenarnya pendekatan Kerajaan Negeri adalah untuk er...memperkasakan lagi industri ternakan negara. Lantaran itu atas nasihat dan pandangan daripada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar maka Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan untuk melihat kejayaan negara-negara yang berjaya khususnya dalam industri ternakan. Lantaran itu, lawatan kerja dan lawatan teknikal telah dianjurkan untuk melawat negara-negara di Eropah seperti Holland, Belgium, Perancis, Germany...Jerman ya, Australia dan er...selain daripada itu Australia dan New Zealand.

Dan kita dapati bahawasanya negara-negara ini berjaya kerana ia mempunyai satu sistem ternakan yang hebat dan juga mempunyai baka ataupun breed dengan izin yang premium. Antaranya ialah Wagyu dan baka-baka premium yang lain Limousine, Charolais dan lain-lain…

Yang di-Pertua (Speaker)

Itu apa tu? Nama lembulah tu?

Nama lembu…nama lembu…

Yang di-Pertua (Speaker)

Nama lembu?

Nama lembu. Bukan limousine yang kereta tu tapi ini Charolais, bukan Chevrolet. Dan ini kita telah lihat dan kaji er...Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Bahawasanya apa yang kita ada pada ketika ini terdapat juga baka-baka lembu yang dipanggil KK (Kedah-Kelantan). Dia kurus dan er...dia punya karkas dia dengan izin maknanya apa ni... rangka. Rangka itu kecil jadi mungkin 70 kilo satu...satu…seekor. Jadi pengusaha-pengusaha di luar-luar bandar ini tadi, bila dia bela pelihara lembu-lembu ini, lembu-lembu ini liar, berkejar-kejaran. Tapi bila kita nak jual seekor lembu tu kadang masa musim perayaan macam Raya Haji dia mungkin mencapai RM5,000.00.

Kalau tidak hari-hari lain itu mungkin RM3,000.00 lebih dia dalam RM40.00 satu kilo dia punya harga daging. Sebab itu kita mengambil pendekatan, kita akan perkenalkan breed ataupun baka yang premium. Wagyu kita telah mulakan kita telah mulakan di Raub di Bukit Kajang kita telah luluskan lebih kurang dalam 700 ekar dan ini akan diusahakan dan baka-baka ini nanti akan dibekalkan kepada penternak-penternak termasuk di luar-luar bandar.

Lantaran itu, satu usaha telah dibuat dan kita telah memeterai satu perjanjian dengan Wagyu Association of Germany dengan izin iaitu Persatuan Wagyu Jerman dan mereka telah bersedia untuk menjual semen…mani wagyu itu tadi dan juga embrio…

Yang di-Pertua (Speaker)

Semen air manilah…air mani…money dia tak tahu. Money ni macam duit Yang Berhormat. Haa…mani, air mani…semen.

Hari jumaat ni Dato’ Sri [Ahli Dewan ketawa] jadi dia tak boleh cakap pasal air sangat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, sila Yang Berhormat.

Jadi kita telah memeterai satu perjanjian persetujuan untuk membeli embrio ni, iaitu bahasa Malaysia dia mana dengan izin...embrio je. Bahasa Malaysia ada embrio, embrio je. So kalau kita beli embrio tu tadi, kita masukkan ataupun ada caralah, maknanya [Ahli Dewan ketawa] kepada induk lembu ni tadi. Jadi kalau kita ambil embrio wagyu kita tumpangkan dengan lembu tadi bila dia beranak tu dia akan dapat wagyu tetapi kalau semen ni tadi air mani ni tadi dia cross-fertilizekan ataupun dia cross-breedkan, dia akan keluar F1, F2, F3, F4 lama dan di antaranya juga kita perlukan membeli wagyu yang induk yang...jantan...jantan yang induk ni daripada Australia misal contohnya harga dia lebih kurang RM30,000 seekor.

So kalau kita membeli 100 ekor maka RM3 juta lah. So yang tu kita akan bekalkan untuk kita jadikan sebagai bull apa nama ni...sebagai lembu jantan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat nampak pakarlah. [Ahli Dewan ketawa]

Saya duk ralit ke lembu je dah beberapa tahun ni. Jadi persetujuan telahpun kita capai dan kita akan laksanakan program untuk tahun ini. Tetapi setelah kita teliti daripada Pejabat Kewangan bahawasanya kita dapati tidak ada bajet. Tidak ada peruntukan yang telah diperuntukan sebelum ini. Hanya peruntukan yang ada ialah RM400,000.00. Sebab itu kita perlu untuk er...mohon peruntukan tambahan dan insya-Allah setelah dipersetujui Jabatan Veterinar dan juga jabatan-jabatan teknikal yang lain akan mengambil tindakan yang segera insya-Allah.

Saya yakin kalau perkara ini dapat kita laksanakan segera manfaatnya ialah penternak-penternak termasuk di luar-luar bandar dan ada di kalangan mereka merupakan ibu-ibu tunggal yang perlu diberi pembelaan. Saya mohon Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon Ahli-ahli Dewan yang mulia ini untuk memberi sokongan supaya dapat kita laksanakan program ini er... segera.

Yang di-Pertua (Speaker)

Insha-Allah, kita harap negeri Pahang akan menjadi hub kepada…

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya nak tambah sikit. Kenapa pertambahan peruntukan ini berlaku Yang Berhormat Dato’Sri Yang di-Pertua, Sebagai contohnya, semasa kita bercadang untuk membuat penyelenggaraan bangunan masjid dan lain-lain fasiliti di seluruh Pahang. Asalnya kita letak RM200,000.00 je sebagai siling je dan begitu juga dengan bangunan di bawah seliaan JAIP kita letak RM1 juta kemudian jadi RM1.6 juta tambahan. Kemudian yang masjid tadi daripada RM200,000.00 kepada RM1.3 juta begitu juga kita nak bina baru Masjid Al-Falah Sungai Isap 2. Asalnya memang RM200,000.00 itu adalah biasa sebab kita tak tahu kos yang sebenarnya kita nak bagi. Dia ada kepala sahaja lepas tu bila kita dah dapat kos sebenar yang dikemukakan oleh JKR dan sebagainya jadilah RM3.8 juta.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat...Yang Amat Berhormat er...selalunya kalau di peringkat Pusat ni er... dia letak RM10 je untuk...untuk dia supaya dia nak book kepala tersebut.

Maknanya Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, tidak peliklah benda ini berlaku.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak.

Jadi tak perlu kita bincang, kita lulus je lah…lagipun hari Jumaat. Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Masalahnya ialah Usul ini telah dicadangkan dan disokong. Soalannya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan usul ini, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Usul tersebut diluluskan.

Setiausaha Dewan

Perkara Kelima (2) : Usul Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri bagi Dewan Negeri Pahang Ke-15.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri adalah mengikut Peraturan 68, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negeri Pahang.

Tujuan utama Jawatankuasa ini ialah memeriksa dan memantau urusan kewangan Kerajaan Negeri, pertubuhan-pertubuhan, laporan-laporan audit dan apa-apa yang difikirkan oleh Jawatankuasa ini untuk diperiksa dan memastikan ketelusan pengurusan dan pentadbiran kewangan negeri ditadbir secara baik dan sempurna. Jawatankuasa ini hendaklah mengandungi seorang Pengerusi yang akan dilantik oleh Majlis dan tidak lebih dari enam (6) orang.

Seterusnya adalah Usul pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa tersebut.

Setiausaha Dewan

Usul pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri bagi Dewan Negeri Pahang Ke-15. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin untuk membawa satu usul di Dewan yang mulia ini yang berbunyi:

“Bahawa Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini, bersetuju melantik:

i) Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Shafik Fauzan bin Sharif (Ahli Dewan Negeri Kawasan Inderapura) - Selaku Pengerusi

Ahli-ahlinya:

ii) Yang Berhormat Tuan Haji Rosli bin Abdul Jabar

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Tanjung Lumpur) - Selaku Timbalan Pengerusi

iii) Yang Berhormat Dato’ Mustapa bin Long,

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Padang Tengku)

iv) Yang Berhormat Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji,

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Tras)

v) Yang Berhormat Tuan V. Arumugam a/l Veerappa Pillai

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Sabai)

vi) Yang Berhormat Tuan Su Keong Siong

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Ketari)

vii) Yang Berhormat Tuan Mohd Tarmizi bin Yahaya

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Panching)

Menjadi Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri bagi Dewan Negeri Pahang Ke-15. Saya berharap Usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan yang mulia ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada Ahli yang menyokong?

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Usul ini dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan telah disokong oleh Yang Berhormat EXCO Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang. Dengan ini saya akan membuka Usul ini untuk dibahaskan. Tiada Perbahasan.

Usul ini telah dicadang dan disokong. Soalnya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini, sila nyatakan “ya”.

Ahli-Ahli Dewan

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada. Usul ini diluluskan.

Setiausaha Dewan

Perkara Kelima (3) : Usul Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat bagi Dewan Negeri Pahang Ke-15

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat adalah mengikut Peraturan 69, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negeri Pahang.

Tujuan utama Jawatankuasa ini ialah menimbangkan berkenaan dengan perkara-perkara berkaitan dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat termasuk cadangan pindaan atau pembaikan peraturan sedia ada bagi mempastikan kelancaran mesyuarat.

Jawatankuasa ini mengandungi Yang di-Pertua Dewan sebagai Pengerusi dan enam (6) orang Ahli-ahli yang lain.

Seterusnya adalah Usul pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa tersebut.

Setiausaha Dewan

Usul Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat bagi Dewan Negeri Pahang Ke-15.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin untuk membawa satu Usul di Dewan yang mulia ini yang berbunyi:

“Bahawa Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju melantik:

i) Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin,

(Yang di-Pertua Dewan Negeri)

- Selaku Pengerusi

ii) Yang Berhormat Tuan Lee Chin Chen

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Bilut)

- Selaku Timbalan Pengerusi

Ahli-ahlinya:

iii) Yang Berhormat Dato’ Abdul Aziz bin Haji Mat Kiram,

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Batu Talam)

iv) Yang Berhormat Dato’ Rodzuan bin Zaaba,

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Jenderak)

v) Yang Berhormat Tuan Woo Chee Wan

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Mentakab)

vi) Yang Berhormat Tuan Chan Chun Kuang

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Semambu)

vii) Yang Berhormat Tuan Hasanuddin bin Salim

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Semantan)

Menjadi Ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat bagi Dewan Negeri Pahang Ke-15.

Saya berharap Usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan yang mulia ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada Ahli yang menyokong?

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Usul ini dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan disokong oleh Yang Berhormat EXCO Hal Ehwal Pengguna Dan Sumber Manusia Negeri Pahang. Dengan ini saya akan membuka Usul ini untuk dibahaskan.

Usul ini telah dicadang, disokong. Soalnya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan. Bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini, sila nyatakan “ya”.

Ahli-Ahli Dewan

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada. Usul ini diluluskan.

Setiausaha Dewan

Perkara Kelima (4) : Usul Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi Dewan Negeri Pahang Ke-15.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan adalah mengikut Peraturan 70, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negeri Pahang. Tujuan utama Jawatankuasa ini ialah menimbangkan perkara-perkara yang menyentuh kuasa-kuasa, hak-hak dan kebebasan Majlis. Jawatankuasa ini mengandungi Yang di-Pertua sebagai Pengerusi dan enam (6) orang Ahli.

Seterusnya adalah Usul pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa tersebut.

Setiausaha Dewan

Usul Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi Dewan Negeri Pahang Ke-15.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin untuk membawa satu Usul di Dewan yang mulia ini yang berbunyi:-

“Bahawa Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini, bersetuju melantik:

i) Yang Berhormat Dato‘ Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin,

(Yang di-Pertua Dewan Negeri)

- Selaku Pengerusi

ii) Yang Berhormat Tuan Lee Chin Chen

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Bilut)

- Selaku Timbalan Pengerusi

iii) Yang Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Johari bin Haji Hussain,

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Tioman)

iv) Yang Berhormat Tuan Mohd Sharim bin Md Zain

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Chini)

v) Yang Berhormat Tuan Ho Chi Yang

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Tanah Rata)

vi) Yang Berhormat Dato’ Jasri bin Jamaludin, DIMP.

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Kuala Sentul)

vii) Yang Berhormat Tuan Mohd Zakhwan bin Ahmad Badarddin

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Tahan)

Menjadi Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi Dewan Negeri Pahang Ke-15.

Saya berharap Usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan yang mulia ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada Ahli yang menyokong?

Dato' Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon menyokong Usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Usul ini dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan disokong oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Kawasan Jenderak. Dengan itu saya membuka Usul ini untuk dibahas. Tiada. Usul ini dicadang dan disokong.

Soalnya ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini, sila nyatakan “ya”.

Ahli-Ahli Dewan

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada. Usul ini diluluskan.

Setiausaha Dewan

Perkara Kelima (5): Usul Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Dewan Negeri Pahang Ke-15.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas atau Select Commitee adalah mengikut Peraturan 71, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negeri Pahang.

Tujuan utama Jawatankuasa ini ialah bagi membincangkan isu-isu atau perkara-perkara yang melibatkan kepentingan awam. Jawatankuasa ini hendaklah dilantik

dengan perintah Majlis dan dengan tertakluk kepada Perintah Majlis, Jawatankuasa ini hendaklah mengandungi Ahli-ahli sebagaimana yang dilantik oleh Majlis.

Seterusnya adalah Usul pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa tersebut.

Setiausaha Dewan

Usul Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Dewan Negeri Pahang Ke-15.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon izin untuk membawa satu Usul di Dewan yang mulia ini yang berbunyi:-

“Bahawa Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini, bersetuju melantik:

i) Yang Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin,

(Yang di-Pertua Dewan Negeri)

- Selaku Pengerusi

ii) Yang Berhormat Tuan Lee Chin Chen

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Bilut)

- Selaku Timbalan Pengerusi

iii) Yang Berhormat Dato' Sri Haji Shafik Fauzan bin Haji Sharif,

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Inderapura)

iv) Yang Berhormat Tuan Khaizulnizam bin Mohamad Zuldan,

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Kemayan)

v) Yang Berhormat Tuan Mohammad Rafiq Khan bin Ahmad Khan,

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Pulau Manis)

vi) Yang Berhormat Tuan Yohanis bin Ahmad,

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Pulau Tawar)

vii) Yang Berhormat Tuan Mohd Yazid bin Mohd Yunus,

(Ahli Dewan Negeri Kawasan Lepar)

menjadi Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Dewan Negeri Pahang Ke-15.

Saya berharap usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan yang mulia ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada ahli-ahli yang menyokong?

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon menyokong Usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Usul ini dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan disokong oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sabai. Dengan ini...dengan itu saya akan membuka Usul ini untuk dibahas. Tiada berbahasan.

Usul ini telah dicadang, disokong dan dibahas.

Soalnya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini, sila nyatakan “ya”.

Ahli-Ahli Dewan

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju, sila nyatakan “tidak”.

Usul ini diluluskan.

Setiausaha Dewan

Perkara Kelima (6): Usul Tambahan Siling Peruntukan Negeri Bagi Projek Pembangunan dan Perbekalan Air Rancangan Malaysia Kedua Belas Tahun 2021 – 2025 Negeri Pahang.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin untuk membawa satu usul di Dewan yang mulia ini yang berbunyi:

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah seksyen 9, Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] dan mengikut ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan Negeri dan Kumpulan Wang Perbekalan Air, dengan ini bersetuju meluluskan:

“Tambahan Siling Peruntukan Negeri Bagi Projek Pembangunan Dan Perbekalan Air Rancangan Malaysia Kedua Belas Tahun 2021 - 2025 Negeri Pahang”.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Ke-15/2023 pada 19 April 2023 telah bersetuju meluluskan permohonan tambahan siling peruntukan sebanyak RM275,000,000.00

(Ringgit Malaysia: Dua Ratus Tujuh Puluh Lima Juta) sahaja bagi maksud Projek Pembangunan dan Perbekalan Air Rancangan Malaysia Kedua Belas Negeri Pahang menjadikan kos keseluruhan daripada RM2,595,710,170.00 (Ringgit Malaysia: Dua Bilion Lima Ratus Sembilan Puluh Lima Juta Tujuh Ratus Sepuluh Ribu Satu Ratus Tujuh Puluh) sahaja kepada RM2,870,710,170.00 (Ringgit Malaysia: Dua Bilion Lapan Ratus Tujuh Puluh Juta Tujuh Ratus Sepuluh Ribu Satu Ratus Tujuh Puluh) sahaja.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Jabatan-jabatan yang terlibat dalam Tambahan Siling Peruntukan Negeri bagi Pembangunan dan Perbekalan Air Rancangan Malaysia Kedua Belas Negeri Pahang adalah seperti yang berikut:

a) Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri: RM67,000,000.00 (Ringgit Malaysia: Enam Puluh Tujuh Juta) sahaja;

b) Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri: RM8,000,000.00 (Ringgit Malaysia: Lapan Juta) sahaja;

c) Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang: RM200,000,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Juta) sahaja.

Senarai projek serta kos akan dikemaskini dan disemak mengikut keperluan semasa dan keutamaan negeri sebelum kelulusan bajet setiap tahun dibuat semasa Mesyuarat Dewan Negeri Pahang dan apa-apa perubahan dan penambahan baik tajuk-tajuk projek hanya memerlukan kelulusan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Pahang atas syor Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) atau Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri berdasarkan siling jabatan/agensi yang diluluskan di peringkat Dewan Negeri Pahang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Sekian sahaja penerangan berhubung Usul ini dan saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah seksyen 9, Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] dan mengikut ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan Negeri dan Kumpulan Wang Perbekalan Air, dengan ini bersetuju meluluskan:

“Tambahan Siling Peruntukan Negeri Bagi Projek Pembangunan Dan Perbekalan Air Rancangan Malaysia Kedua Belas Tahun 2021 - 2025 Negeri Pahang”.

Saya berharap Usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan yang mulia ini.

Saya mohon mencadang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada Ahli yang menyokong?

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon menyokong Usul itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Usul ini dibuka untuk perbahasan.

Tiada perbahasan. Masalahnya ialah Usul ini telah dicadangkan dan disokong. Soalannya sekarang ialah usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan usul ini, sila nyatakan “Setuju”,

Ahli-Ahli Dewan

Setuju

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada.

Urusan-Urusan Am

Setiausaha Dewan

Perkara keenam: Urusan-Urusan Am Kertas-kertas Mesyuarat.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Mengenai: Auditan Khas Pengurusan Hutan dan Impak kepada Alam Sekitar, Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri dan Pengauditan Pematuhan Jabatan/Agensi DN 5/2023

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri Pahang Tahun 2021 DN 6/2023

Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Berakhir 31 Disember 2021 DN 7/2023

Penyata Kewangan Lembaga Pembangunan Tioman Berakhir 31 Disember 2021 DN 8/2023

Penyata Kewangan Majlis Bandaraya Kuantan Berakhir 31 Disember 2021 DN 9/2023

Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Temerloh Berakhir 31 Disember 2021

DN 10/2023

Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Bentong Berakhir 31 Disember 2021 DN 11/2023

Penyata Kewangan Majlis Daerah Pekan Berakhir 31 Disember 2021 DN 12/2023

Penyata Kewangan Majlis Daerah Lipis Berakhir 31 Disember 2021 DN 13/2023

Penyata Kewangan Majlis Daerah Jerantut Berakhir 31 Disember 2021 DN 14/2023

Penyata Kewangan Majlis Daerah Cameron Highlands Berakhir 31 Disember 2021 DN 15/2023

Penyata Kewangan Majlis Daerah Maran Berakhir 31 Disember 2021 DN 16/2023

Penyata Kewangan Majlis Daerah Rompin Berakhir 31 Disember 2021 DN 17/2023

Penyata Kewangan Majlis Daerah Bera Berakhir 31 Disember 2021 DN 18/2023

Penyata Kewangan Majlis Daerah Raub Berakhir 31 Disember 2021 DN 19/2023

PENANGGUHAN

PenangguhanAdjournment

Setiausaha Dewan

Perkara Ketujuh: Penangguhan

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon cadangan bahawa dewan ini ditangguhkan sekarang. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya serta keizinan-Nya pada hari ini kita dapat menyempurnakan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang ke-15 yang bersidang selama lima hari bermula pada Isnin ini.

Terlebih dahulu, saya sekali lagi menjunjung tinggi-tinggi kasih ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustaffa Billah Shah yang berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat kita pada kali ini. Sudah pastinya sebagai wakil rakyat segala titah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan kita junjung dan laksanakannya dengan sebaik mungkin demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negeri Pahang.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Sepanjang tempoh lima hari ini. Minta maaf, Dato' Sri saya kena laju sikit. Zohor masuk 1.06 minit. Kalau tak silap sayalah.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, sepanjang tempoh lima hari ini, saya dapati perjalanan Mesyuarat kita berlangsung dengan begitu baik sekali meskipun di awalnya sedikit panas dengan isu peruntukan kepada ADUN pembangkang. Bagaimanapun, ia berlangsung dengan penuh semangat setia kawan dan muhibah. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. [Ahli Dewan tepuk meja].

Sesungguhnya Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian telah mempamerkan kematangan berhujah kebijaksanaan memberi pendapat, bernas dan bijak. Sama ada di pihak Kerajaan mahupun pihak pembangkang kerana apa juga yang diutarakan merupakan hujah-hujah yang bernas demi kebaikan rakyat negeri ini. Saya percaya suasana harmoni dalam tempoh lima hari persidangan kita pada kali ini tidaklah terhenti setakat ini saja. Ianya hendaklah diteruskan pada persidangan-persidangan yang akan datang. Sebagai contohnya mengadakan sukan. Selain daripada boling Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, mungkin boleh adakan yang lain.

Yang di-Pertua (Speaker)

Insya-Allah Yang Amat Berhormat Dato' Sri.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Mengambil kesempatan berada pada penghujung persidangan kita pada kali ini. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana telah menguruskan penjalanan Mesyuarat kita dengan begitu baik dan teratur sekali [Ahli Dewan tepuk meja] diselang seli dengan lawak jenaka. Cuma sekali sahaja Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, terlupa makan ubat [Ahli Dewan ketawa].

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Dewan serta kakitangan di bawah atas komitmen tinggi dan kerja keras mereka bagi memastikan kelancaran persidangan Dewan kita ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ketua-ketua jabatan, negeri dan persekutuan, serta agensi-agensi kerajaan yang telah hadir setiap hari serta menyediakan butiran yang diperlukan kepada pihak kerajaan untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang… yang dikemukakan.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada anggota Polis Diraja Malaysia dan anggota RELA yang memberikan khidmat keselamatan, serta petugas kesihatan yang menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada yang memerlukan. Turut tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan dengan sempurnanya Istiadat Pembukaan Persidangan kali ini. Ini meliputi pasukan perbarisan oleh pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia sehinggalah kepada petugas-petugas Jabatan Kerja Raya dan Majlis Bandaraya Kuantan yang terlibat dalam kerja-kerja persiapan tempat. Saya juga turut berterima kasih kepada petugas-petugas media yang memberikan liputan sepanjang persidangan kita berlangsung setiap hari.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, selepas ini kita akan pulang ke kawasan masing-masing, maka lak...laksanakanlah tugas kita sebagai wakil rakyat dengan sebaik-baiknya. Sebagai Ketua Kerajaan Negeri insya-Allah, saya akan pastikan segala bentuk bantuan, sumbangan dan juga pembangunan akan

dilaksanakan dengan sebaiknya di semua kawasan tanpa mengira kawasan yang terletak di DUN Kerajaan mahupun DUN Pembakang kerana ini adalah kewajipan saya [Ahli Dewan menepuk meja] untuk memastikan setiap rakyat di bumi Pahang ini mendapat limpahan kemakmuran yang sama rata.

Memandangkan kita masih lagi dalam bulan Syawal, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga kita dapat berjumpa lagi pada persidangan yang akan datang, insya-Allah.

Hanyut belati kayunya basah, Bau mengharum wangi setanggi, Hari ini kita berpisah, Panjang umur bertemu lagi.

[Ahli Dewan menepuk meja] Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Dengan ini saya mencadangkan supaya Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 Dewan Negeri Ke-15 ini ditangguhkan. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhomat Yang di-Pertua.

[Ahli Dewan menepuk meja]

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon menyokong Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menangguhkan, saya ingin memaklumkan bahawa persidangan pada kali ini sudah tentu begitu bermaknalah kepada kami berdua, saya dan Timbalan kerana ini kali pertama kita mengendalikan mesyuarat penuh seperti ini.

Tahniah saya ucapkan kepada semua yang telah mengambil bahagian. Saya ucapkan terima kasih juga kepada semua yang telah memberikan cadangan-cadangan yang baik ya. Sudah tentu ianya akan menjadi satu pedoman kepada kerajaan. Tahniah juga saya ucapkan ya kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu.

Saya ingin mohon maaf ya sekiranya sewaktu saya mempengerusikan Mesyuarat ini ada terkasar bahasa, kadang-kadang terlepas cakap. Saya minta maaf banyak-banyak. Sebagai manusia biasa, saya juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Saya akan baiki dan melakukan yang terbaik di masa-masa yang akan datang. Minta maaf Yang Berhormat daripada Cheka tadi ya. D2, D4, D3. Minta maaf ya er...silap sikit tadi sebab baru makan ubat.

Insya-Allah selepas ini saya akan cuba sedaya upaya untuk melakukan beberapa pembaikan, bukan sahaja dari segi pentadbiran tetapi ia secara keseluruhannya membabitkan aspek ketepatan masa, maklumat atau ko...dokumen yang diberikan termasuklah dari segi makanan...makan minum yang disediakan. Kita juga bercadang

Dewan Negeri ini mempunyai logo tersendiri, Yang Amat Berhormat Dato' Sri seperti negeri-negeri yang lain. Sebelum saya menangguhkan, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang memberikan kerjasama yang amat baik semasa saya mempengerusikan Mesyuarat kali ini.

Kita tahu bahawa ramai di antara Ahli-ahli Yang Berhormat adalah kali pertama bermesyuarat penuh seperti ini. Kita akan mengadakan satu lagi Mesyuarat sebelum pembentangan bajet yang akan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada bulan November atau Disember er...tahun ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Saya yakin dan percaya segala pandangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan diambil kira oleh Kerajaan Negeri Pahang. Saya mendoakan selepas ini Ahli-ahli Yang Berhormat akan pulang ke kawasan masing-masing dan menu… menunaikan tanggungjawab. Jangan lupa jaga keluarga er...dan jaga kesihatan agar Yang Berhormat akan terus cergas untuk menjaga rakyat. Kerana itulah saya berpesan dan mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk bermuhasabah tentang peranan masing-masing dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat negeri Pahang keseluruhannya. Bersama-samalah kita laksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Ahli Yang Berhormat seperti yang disebut dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-148 [ayat Al-Quran] yang ber...bermaksud berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.

Saya juga nak ucap terima kasihlah kepada rakan-rakan kita daripada Perikatan Nasional kerana dia bagi harum manis ya untuk ADUN je ya untuk ADUN je... untuk ADUN je kan? Untuk ADUN dan semua yang ada di sinilah termasuk yang atas ni. Nanti ambillah harum manis. Er...marilah kita sama-sama membaca tasbih Kifarah dan Surah Wal-Asr. Saya menangguhkan sidang Dewan ini pada tarikh yang akan ditetapkan. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Mesyurat ditangguhkan.

[Persidangan ditangguhkan pada jam 1.02 tengah hari]