Pahang · 6 December 2023

15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · 300 turns · 42,161 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari

: Rabu, 06 Disember 2023

bersamaan 22 Jamadilawal 1445 Hijriah

DOA

Perkara Pertama: Doa.

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera. Mari kita mulakan dengan membaca surah al-Fatihah.

Al-Fatihah [bacaan ayat Al-Quran]. Bismillahirrahmanirrahim [Bacaan ayat al-Quran]. Segala puji bagi Allah dibuka Dewan, dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, makmur dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduk sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenankan. Amin, Ya Rabbal A’lamin.

Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Salam perpaduan. Selamat pagi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Alhamdulillah marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur kehadrat Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan kita pada hari ini.

Kita ingin mengucapkan selamat kembali kepada Wakil dari Benta ya, Kerajaan kerana baru sahaja pulang daripada Dubai mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sebenarnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun patutnya sampai hari semalam juga tetapi disebabkan oleh kita ada Sidang Dewan, Yang Amat Berhormat telahpun meminta

perkenan Kebawah Duli untuk balik awal untuk bersama menyempurnakan er… mesyuarat kita pada kali ini.

Untuk meneruskan aturan mesyuarat, kali ini saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Beserah untuk mengemukakan pertanyaan. Sila.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya, soalan yang pertama. Terima kasih.

[Projek Bekalan Air Pahang 2021-2026

a) Berapakah peratusan kemajuan projek seluruh negeri Pahang sehingga bulan September 2023?

b) Bilakah jangkaan projek pembinaan tangki sedutan dan rumah pam di Taman Batu Hitam boleh dimulakan dan berapa tempoh masa diperlukan bagi menyiapkannya?]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat pagi, salam sejahtera Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Terima kasih kepada sahabat saya dari Beserah yang mengemukakan soalan berkenaan dengan projek bekalan air daripada tahun 2021 sehingga 2026.

Yang pertamanya berkenaan dengan peratusan kemajuan projek sehingga tahun ini dan yang kedua jangkaan projek pembinaan tangki sedutan dan rumah pam di Taman Batu Hitam.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Sukacita saya memaklumkan bahawa pihak Pengurusan Air Pahang Berhad ataupun (PAIP) telah memberikan komitmen yang sepenuhnya bagi menjayakan dan menyiapkan projek-projek bekalan air di seluruh negeri Pahang. Keseluruhan projek pembangunan bekalan air negeri Pahang Fasa Pertama 2021 sehingga 2026 adalah sebanyak 217.

Status pelaksanaan projek-projek bekalan air di seluruh negeri Pahang adalah seperti berikut:

Yang pertama: Projek Yang Telah Siap iaitu sebanyak 93 ataupun 43% daripada 217 projek. Manakala Dalam Pembinaan 37 iaitu 17% daripada 217 dan Pra-Pembinaan 87 iaitu lebih kurang 40%.

Manakala projek merekabentuk bagi soalan (b), iaitu Projek Mereka bentuk, Membina, Menyiapkan Dan Mentauliah Sebuah Tangki Perkhidmatan, Sebuah Tangki Sedutan, Sebuah Rumah Pam Penggalak Lengkap Dengan Sistem Pengepaman, Pemasangan Paip Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan Bagi Sistem Bekalan Air Batu Hitam, Beserah, Kuantan merupakan projek yang akan dilaksanakan di bawah pembiayaan Pengurusan Aset Air Berhad ataupun (PAAB). Kos projek ini adalah sebanyak RM17.8 juta.

Projek ini insya-Allah dilaksanakan bagi tujuan menyelesaikan masalah terputus bekalan dan tekanan air rendah di kawasan Kampung Darat Sekolah, Kampung Jeram, Kampung Gulugor dan Taman Batu Hitam yang melibatkan 3,900 akaun pengguna. Status semasa

projek ini adalah di peringkat lantikan perunding yang akan dilaksanakan oleh pihak PAAB. Projek ini dijangka bermula pada pertengahan tahun depan dan dijangka siap pada akhir tahun 2025. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat di atas er… jawapan yang diberikan. Cuma apa yang saya ingin bangkitkan adalah bila dinyatakan status projek siap 43% dan sedangkan apa yang dialami sekarang rata-ratalah Ahli-ahli Dewan pun hampir 90% menceritakan masalah air di kawasan masing-masing.

Saya ikuti perbahasan hari semalam, maka 43% yang dah siap ini mampu menyelesaikan berapa banyak masalah yang ditimbulkan di setiap kawasan?

Dan yang kedua; apakah jaminan bahawa tidak akan berlaku kebocoran semula ataupun kehilangan sumber air ini semula daripada projek-projek yang telah siap dilaksanakan sebelum ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada ADUN Beserah. Yang pertama sekali daripada segi jaminan tidak bocor semula tu… kita tidak boleh jamin 100% lah. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, yang kita boleh jamin satu jer, “mati itu pasti”, itu jaminlah ya.

Untuk makluman Yang Berhormat ADUN daripada Beserah dan rakan-rakan sidang Dewan, ini adalah status Projek Bekalan Air Negeri Pahang daripada tahun 2021, banyak ni. Kalau saya baca satu-satu ni… tapi, saya tidak ada masalah kalau Yang Berhormat nakkan buku ni, saya boleh bagi untuk kita kongsi bersama ya.

Dan yang kedua; saya nak bagitahu kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat di Dewan Yang Mulia ni, bagi tahun 2023, tahun ini sahaja kita telah menyiapkan sebanyak 17 projek. 17 projek yang telah kita siapkan yang bernilai lebih kurang 73… bukan lebih kuranglah tepatnya RM73,988,104.00 juta.

Saya bacakan satu per satu ya. Projek yang pertama di Daerah Lipis iaitu Cadangan Membaikpulih Cerun dan Loji Rawatan Air Kechau RM46 juta, siap. Yang ini pinjaman negeri.

Lipis; Mereka bentuk, membekal dan memasang paip air jenis keluli lembut dari Loji Air Sungai Jelai ke Tangki Air Bukit Bius serta pam lengkap dengan kerja-kerja berkaitan di Loji Air Sungai Jelai, Lipis RM15.8 juta. Ini semua projek siap yang saya baca ni, pada tahun ini sahaja. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada PAIP kerana berjaya dan mampu menyiapkan semua projek yang telah kita rancang untuk tahun 2023.

Yang ketiga menaiktaraf sistem paip Sungai Koyan ke Tanjung Gahai, 3 juta pun siap. Temerloh membekal pam pontoon. Pam pontoon ni apa dia Dato’ Sri?

Contoh macam ia, macam terapung, macam pelampung.

Sebab yang ni pun saya tak tau sebelum orang sebelah tanya pontoon tu apa dia, biar saya tanya rakan. [Ketawa].

Yang di-Pertua (Speaker)

Pontoon tu Yang Amat Berhormat, kalau tak silaplah kalau sekiranya tiba-tiba air surut, maknanya intake kita tu terpaksa pergi ke tengah sungai.

Kira Dato’ Sri Speaker ni hebat jugalah. [Ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh jugalah. [Ketawa]

Yang keempat di Temerloh, hah dia pun membekal pam pontoon juga berkuasa enjin diesel RM500,000.00 di Temerloh juga, struktur Jansen Box baru RM300,000.00, di Temerloh juga membina struktur Jansen box baru lengkap bertangga besi RM300,000.00, di Bentong mereka bentuk, membina, menyiap dan mentauliah sebuah loji rawatan air jenis konvensional RM38 juta. RM300,000.00 di Bentong juga membekal pam pontoon juga, RM500,000.00 Bentong lagi pam pontoon juga 500,000, Bentong lagi mereka bentuk dan memasang paip MSCL, ni Mild Steel paip ni.

Di Raub memasang paip air baru, di Raub juga membina segera tangki pemendapan di Loji Rawatan Air Sungai Klau, di Raub juga memasang, membekal dan mentauliah pam air bersih. Di Raub juga pembinaan rumah pam di Bukit Koman. Di Kuantan, membekal dan menghantar, mentauliah 5 bilangan pam Torishima baharu ke muka sauk lama, Kuantan dan Bera membekal dan memasang kabel.

Jadi maknanya Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua kita tidak mengabaikanlah bekalan air ini dan ini adalah bukti menunjukkan bahawa pada tahun 2023 sahaja sebanyak tujuh hampir RM74 juta yang telah kita bina dan kita telah siap. Dan untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua dan juga rakan-rakan Ahli Yang Berhormat. Insya-Allah masalah ini kita akan address setiap masa dan kita akan cuba percepatkan walaupun sasaran kita menjelang akhir tahun 2026, 90 peratus masalah air di Pahang ni akan dapat diselesaikan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sebelum saya pergi ke soalan seterusnya, saya ingin mengalu-alukan pemerhati kita yang hadir pada hari ini. Jadi, kita bagi tepukan sikitlah kepada diaorang ni. Daripada Pemuda UMNO. Tepuk, kita tepuk. Daripada Wakil daripada MAYC. daripada Amanah, Wakil daripada PAS, Wakil daripada BERSATU, anak-anak kita daripada UNIPSAS iaitu Universiti Islam Sultan Haji Ahmad Shah dan seterusnya daripada Sekolah Menengah

Kebangsaan Astana. Astana ini di Kazakhstan ke? [Ketawa] bukan ya Astana, Kuantan jelah. Seterusnya soalan yang kedua, sila Wakil daripada Tanah Rata.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan 2.

[MyGap di Cameron Highlands

a) Berapakah jumlah pekebun Cameron Highlands yang telah mendftarkan diri di bawah pensijilan MyGap?

b) Berapakah sijil MyGAP telah diluluskan dari tahun 2020 hingga kini?

c) Apakah insentif yang boleh diberi kepada pekebun agar menggalakkan pekebun untuk memohon pensijilan MyGAP?]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, rasa rindu pula ke Dewan. Rindu ke Yang Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker lah especially.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat hadir ke United Nation Climaxs Change Conference ya, CAC 28.

Ya, Yang Berhormat Dato’ Sri. Betul.

Yang di-Pertua (Speaker)

Selain daripada penandatangani perjanjian dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Kebawah Duli Tuanku.

Co-operation 28 di Dubai dan baru fresh lagilah maknanya. Saya rasa Wakil dari Cheka pernah Wakil Kerajaan

Yang di-Pertua (Speaker)

Glasgow.

Yang di-Pertua (Speaker)

Glasgow ya masa tu berucap dalam bahasa dialek Kelantan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kita terima kasihlah atas peringatan tersebut. Kita mendaulatkan bahasa Malaysia di persada antarabangsa.

Ahlan wa sahlan. Dato’ Sri Yang Di-Pertua, terima kasih kepada rakan saya daripada Tanah Rata yang membangkitkan soalan mengenai MyGAP. MyGAP ini ialah Good Agriculture Practices, dengan izin ya. MyGAP, Sijil Pertanian Amalan Pertanian yang baik di Cameron Highlands. Jadi soalannya ialah berapa jumlah pekebun Cameron Highlands yang telah mendaftar diri di bawah pensijilan MyGAP, yang sebenarnya kita daftarkan ladang. Register the farm.

Jadi persoalan itu, iaitu setakat ini. Untuk maklumanlah, saya nak bagi maklum Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua, Cameron Highlands ni dia menyumbang pengeluaran sayur-sayuran di negara kita Malaysia ni 40% daripada jumlah pengeluarannya. 40% datang daripada Cameron Highlands dan di Cameron Highlands ada 2293 ladang ataupun petani yang mendaftar dengan Jabatan Pertanian dan, berapakah jumlah pekebun dia tulis sini yang telah mendaftarkan diri di bawah pensijilan MyGAP. Jumlahnya ialah 221. Less than 10 %, 6.6 %, 9.6 %. 10% sahaja daripada semua petani atau peladang yang didaftarkan ni. Tak sampai 10 % yang dapat sijil MyGAP iaitu Sijil Amalan Pertanian yang baik.

Dan YB Tanah Rata bertanyakan dari tahun 2020 hingga 2000…hingga sekaranglah 2023, berapa ramai yang telah lulus, dan mendapat Sijil MyGAP ni. Antara itu ada 62 yang telah lulus, 62. Yang ni YB kena, kena galak lagilah peladang, petani untuk mendaftar ya dan melalui proses penilaian untuk MyGAP.

Apakah insentif yang boleh diberi kepada pekebun agar menggalakkan pekebun untuk memohon pensijilan MyGAP? Antara insentif yang diberikan kepada penerima sijil MyGAP termasuklah peralatan pemasaran seperti penimbang digital, rak bertingkat dan papan tanda projek yang telah mendapat pensijilan MyGAP. Peserta juga diberi kursus bagi meningkatkan kemahiran dari masa ke semasa. Untuk makluman, bercakap mengenai insentif ini, apakah insentif yang paling baik sekali. Saya rasa kita sebagai pengguna, pembeli. Pertama sekali dalam fikiran kita, kita mesti nak membeli produk ataupun hasil yang selamat. Save kita kata, selamat.

Jadi, kalau kita makan misal contoh, kita makan sayur, selamat tak, sebab apabila kita…Dato’ Sri Yang di-Pertua. Misal contohnya tiap-tiap hasil ni produk ni tadi selain daripada empat puluh peratus pengeluarannya di seluruh… berbanding dengan negara, hasil ni tadi bukan sahaja dipasarkan di dalam negara tetapi juga dieksport dan apabila dieksport, pertama sekali yang akan ditanya ialah sama ada, ada Sijil MyGAP sebab dalam sijil MyGAP ni dia semua benda. Tanah tak haram tanah halallah, maknanya ada syarat-syarat dia dan protokol dia ada. Penggunaan pestiside contohnya, penggunaan racun.

Yang di-Pertua (Speaker)

Macam birth certificatelah. Macam tu.

Birth certificate tu pun ya juga tapi nak kata kan. Ini kiranya, kira macam inilah Dato’ Sri. Seluruh negeri Pahang ni, sebenar populasi dia berapa?

Yang di-Pertua (Speaker)

One point six, satu perpuluhan enam, minta maaf cakap orang putih.

One point six seven, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri bagi tau. Wakil Jelai. 1.67 juta. Dalam Dewan yang mulia ini berapa orang yang jadi wakil rakyat ni. Berapa orang? 42 je, bukan semua yang rakyat yang 1.67 juta tu boleh jadi wakil rakyat dan duduk dalam Dewan yang mulia ni. Speaker berapa orang Dato’ Sri?

Yang di-Pertua (Speaker)

Seorang.

Seorang je. Dato’ Sri seorang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tapi kalau speaker ini banyaklah. [Ketawa]

Yang speaker tu banyak dekat hi-fi, ni kedai-kedai hi-fi banyak tapi Speaker Dewan Undangan Negeri Yang Mulia ini hanya sorang. Dia keluar sijil. Memang sah memang gitu. Hari kelmarin dulu tu Yang Berhormat Pelangai mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Yang Mulia ni yang baru, mengangkat sumpah. Begitu juga dengan sijil. Bukan semua boleh dapat sijil. Dia kena melalui proses, macam kita melalui proses pilihanraya. Kita bukan dilantik… dipilih Dato’ Sri, Jadi MyGAP ni ada protokol yang very strict kerana kita nak pastikan supaya MyGAP ataupun sijil di Malaysia ini setanding dengan sijil-sijil di luar negara. Supaya bila beli boleh beli sayur strawberi, Mentakab ada strawberi, ya, wakil Mentakab. Ada, mesti ada sebab strawberi yang dijual di pasar raya ada tapi bukan di tanam dan.

Selalu sekarang ini yang help consent Dato’ Sri bagi masa sikit sebab baru balik pada Dubai ni, boleh?

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh tapi jangan lama sangat

Jadi Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker sebab itu kita kena galakkan. Sebab kalau kita eksport dia ada satu indikator atau pun penilaian dinamakan sebagai minimum residual level MRL minimum residual level dia akan ukur tahap peratusan misal contohnya racun, baja input-input pertanian yang lain, dia akan ukur. Jadi negara pengimport bila tahap itu melebihi pada tahap yang telah ditetapkan standardnya, di negara tersebut dia akan tolak. Sebab itu banyak juga sayur-sayur yang ditolak. Tidak boleh dieksport. Kerana apa? Kerana tidak mematuhi standardnya.

Sebab itu dalam konteks umpama ini, apakah insentifnya? Insentifnya ialah pembeli akan lebih cenderung untuk membeli hasil-hasil pertanian yang mendapat sijil MyGAP. Jadi yang ini YB Tanah Rata kita kena bertemu dengan pertani sebab hanya 10% sahaja dari 2293, 2221 yang ada sijil maidat. Sedangkan, Yang Berhormat Dato’ Sri, Cameron

Highland terletak di di antara 51 pusat atau pun spot tourism yang hebat di dunia. Antaranya ialah karena bukit bukau sejuknya. Dan juga…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang terbaik. Antara tempat.

Antara yang terbaik. Dato’ Sri Speaker pernah jadi mantan, mantan ya

Yang di-Pertua (Speaker)

Bekas… bekas.

Bekas, jadi, itu insentifnya. Supaya kita dapat galakkan, insya-Allah. Hasil pertanian kita daripada Cameron Highlands ini akan mendapat pasaran yang hebat. Bukan sahaja di dalam Malaysia, tetapi seantara dunia, insya-Allah. Terima kasih.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO dari Benta atas jawapan sebentar tadi. Saya amat setuju dengan seruan Yang Behormat Benta bahawa kita perlu menggalakkan pekebun kecil dan semua pekebun di Cameron Highlands untuk memohon sijil MyGAP. Cuma pendapat saya agak sukar untuk kita menggalakkan mereka untuk memohon sekiranya mereka tidak nampak apakah kepentingan ataupun keperluan ataupun manfaat yang pekebun tersebut boleh dapat sekiranya mereka mohon MyGAP?

Kerana semasa memohon MyGAP, mereka perlu membiayai kos-kos untuk meningkatkan kemudahan dan sebagainya. So, kos terlibat juga. Jadi, soalan saya, adakah kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menawarkan insentif kewangan seperti pemotongan sewaan tanah pertanian di Cameron Highlands ataupun memberi tempoh sewaan tanah yang lebih panjang, kini 5 tahun mungkin kepada 10, 20, untuk menggalakkan mereka memberi suntikan agar mereka memohon persijilan MyGAP. Terima kasih.

Yang berhormat… Yang Berhormat Dato’ Sri, kehidupan ni, kita bukannya masuk dalam satu fenomena yang dipanggil 'Zero-sum game' dengan izin. 'We are not in zero-sum game zone' bukan. Maknanya 'Winner takes all' dengan izin. Bukan begitu. Kita bukan maknanya semuanya yang dapat tu dia menang…menang semua, yang kalah…kalah semua. Tidak. Kehadiran kerajaan sebagai badan yang memerintah dan juga melalui agensi-agensi regulatory dia yang memantau dan juga memastikan pematuhan kepada peraturan itu penting. Kalau tidak, misalnya contoh, tidak ada pelabur yang akan mau melabur di dalam sebuah negara yang kacau bilau mahu cakap saya tak mahu namakan misalnya contohnya kalau kita nak pergi ke negara yang kira-kira undang-undang tak ada misalnya contoh semua free for all dengan izin tidak ada pelabur yang akan dan meyakinkan diri untuk melabur dalam negara tersebut. Jadi, Alhamdulillah, Yang Behormat Dato’ Sri minta maaf. Saya pergi ke COP28.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak apa Yang Behormat, tak buat salah pun, nak minta maaf.

Tidak. Saya mintak izin dengan kawan-kawan ni

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya minta izin, minta izin dengan minta maaf ni lain lah.

Saya dengan YB Speaker ini memang dia rodong lama. Tapi bila hilang-hilang sikit rindu, rinduan lebihan masa gaduh-gaduhan. Okey Yang Behormat Dato’ Sri Speaker.

Yang berhormat Dato’ Sri,

Sebenarnya yang menjadi kebanggaan kita apabila saya bertemu mengiring Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja, berinteraksi, berbincang dan bermesyuarat dan delegasi dari luar negara antara apa yang dinyatakan ialah Malaysia di antara yang teratas terbaik dari segi pengwujudan struktur statue dengan izin, perundangan peraturan yang hebat, bukan seperti negara-negara lain maksudnya Malaysia ini amat penting dari segi pematuhan kepada regulatory dengan izin, sebab itu tidak terkecuali di Cameron Highland.

Sebenarnya, kebetulan wakil daripada Habitat yang sebenarnya antara wakil Malaysia, Dato' Sri Maimunah Syarif ini, dia dulu pernah jadi, Yang di-Pertua er… YDP di Majlis Bandaraya Seberang Prai. Dia sekarang ini duduk di United Nation Habitat sebagai ketua sekretariat. Dia dah 3 penggal dan dia nyatakan ramai pemimpin dan tokoh-tokoh hebat kagum dengan situasi Malaysia karena kita ada peraturan yang ketat tapi pada masa yang sama, dia katakan, "Can you do something?" yang ini datang, with Cameron Highlands. With the rampant, you know, exploration of the highlands. Ini dia cakap, saya kodnya ini orang bodoh, kod cakap orang Putih, jauh lah tapi maklumnya, maksudnya, concern, keprihatinan tentang kita mesti melaksanakan aktiviti pertanian ini mengikut Sustainable Development Goals, SDG dengan izin, maksudnya pematuhan.

Yang ini insya-Allah kita akan buat. Saya bersama dengan rakan-rakan, Kerajaan daripada Agensi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan turun ke padang bersama dengan rakan-rakan dalam Dewan Yang Mulia kita bagi penjelasan. Kerana Kementerian akan mulakan pendaftaran untuk petani kita tidak ada itu dan kerjaan lagi insya-Allah di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita akan daftarkan petani tapi kriteria dia tengok misalnya contohnya kalau dia cikgu ataupun wakil rakyat, Ahli Dewan yang mulia, sekarang dia pertanam, saya ada tanam apa nama tanam durian misal contohnya. Dato’ Sri Speaker kan? Ada daftar sebagai Dato’ Sri Speaker, atau sebagai petani yang itu kita kena tengok…

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya tak daftar sebagai petani, saya…

Yang di-Pertua (Speaker)

Insya-Allah 2 tahun lagi dan saya akan mohon MyGAP.

Insya-Allah Dato’ Sri saya ingin bertanya durian tu bila akan keluar hasil…

Yang di-Pertua (Speaker)

Insya-Allah 2 tahun lagi.

Insya-Allah 2 tahun lagi kita akan dapat durian Musang King Dato Sri Speaker dengan MyGAP je. Dengan organic.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang MyGAP tu saya tak jamin. MyGAP tu saya tak jamin. Tapi durian tu jamin.

Dak…Leadership for example. Kalau Dato’ Sri Speaker yang mulakan dulu, kita semua mesti dah mulakan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Insya-Allah.

Jadi insya-Allah yang itu kita tengok. Tapi bukan maknanya tidak semata-mata kita kena bagi long list, tidak semata-mata kita kena turunkan misal contohnya pajakan tanah bukan, it's not the total the only solution dengan itu dengan izin bukan itu sebagai satu-satu solusi atau penyelesaian. Ada banyak. Misal contohnya, untuk kita misal contoh untuk anak-anak cucu kita makan sayur selamat tak selamat jangan cerita pasal, "Oh kita mesti kurangkan sewaan" bukan begitu. Kurangkan bajanya, kurangkan. Jadi, beg baja jangan buang dalam sungai.

Misal contohnya, buat permatuhan begitu, insya-Allah. Ini rakan saya daripada Tanah Rata, insya-Allah. God willing, insya-Allah kita akan turun dan perjelaskan. Dan pastikan supaya bilangan yang berdaftar dan dapat sijil MyGAP ini dapat dipertingkatkan daripada 271, at least kita short tambah lagi 10% insya-Allah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih wakil daripada kerajaan.

Soalan tambahan

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila-sila YB, last.

Saya nak kalau kita lihat data yang ada ni, kita boleh rasa gagal lah. Tak sampai 10% yang berdaftar daripada 2,293. Kita masih gagal lah. Sebab tu perlu ditingkatkan usaha tadi. Cuma bila daripada 221 yang berdaftar, tapi yang lulus hanya 62. Soalan saya ialah, apa faktor kegagalan mereka? Sampai hanya 62 sahaja daripada 3 tahun yang lulus daripada 221 yang berdaftar. Kalau boleh saya nak straight pada jawapan kepada faktor kegagalan sahaja.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya tengok Semantan ini menjawab soalan saya. Soalan rakan saya daripada Cheka, Cheka ini mesti nak tanya soalan dan saya pun teringat ke Cheka ini, rindu-rinduan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tahun 1999 itu.

Tapi saya berasa hati bila Cheka pergi ke mana itu, Pulai itu dia kata, saya tahu, dia kata nak belasah UMNO. Yang itu saya terasa hati. Sebab jumpa kita cium-ciuman, peluk-pelukan tiba bantai UMNO, saya pun geram juga. Saya… itu yang saya balik. Ini saya kata no way, I'm going to see you brother Cheka. Sebab saya itu ingat itu. Mungkin kibarkan panji-panji. It's ok kita. Jadi…

Yang di-Pertua (Speaker)

Lepas ni boleh peluk.

Buddy-buddy lah. Dia sini esok sini lompat ke sinilah. Tapi saya dengar cerita ini Cheka, misalnya contohnya... contohnya. Kita di Kuantan, banyak kedai makan. Betul tak? Banyak tak dia jawab. Banyak. Tapi berapa banyak yang ada sijil halal, JAKIM? Berapa banyak? bukan semua. Tapi gerai-gerai misalnya contohnya, bukan saja restoran, gerai-gerai di tepi-tepi jalan misalnya contohnya di Permatang Badak dan sebagainya. Ada tidak sijil JAKIM? Tapi dia kata, "okey, halal sebab apa?" "eh, mak Minah." "Ha, mak Minah." Lepas yang Mak Minah tulah juga." Yang ini, yang ini ADUN Cheka yang ini, yang ini yang anak mak Minah tu aiya tengok, aiya syok dia makan sini misalnya contohnya, tapi takde sijil halal JAKIM, tidak, begitu kerana apa? Kerana kualiti kita nak dapat sijil ini bukan makna main minta mohon hari ini, terus bagi tidak. Dia akan melalui proses yang cukup ketat?

Proses itu ada protokol dia, protokol ni maksudnya SOP dia 1,2,3,4,5,6 banyak. Barulah dikeluarkan sijil MyGAP. Dan ini penting misal contohnya kita pergi ke luar negara saya yakin macam ADUN Cheka pergi keluar negara kita kena security ini, maknanya kita masuk dalam sistem, dia check semua sekali poket, apa benda yang ada dalam poket kita keluar, tali pinggang keluar. Kita mungkin merungut tetapi sebenarnya demi untuk kepentingan kita. Supaya ini screening itu, ataupun ini… ini… ini… tapisan itu, tapisan itu, dia ketat dan kita rasa yakin duduk dalam kapal terbang. Memang yang masuk ni tak adalah benda-benda yang yang tidak sepatutnya berada dalam pesawat tersebut.

Begitu juga dengan sijil MyGAP ini. Kita tidak mahu mengalakkan supaya seribu mohon seribu lulus, tidak. Walaupun misalnya 10 lulus tak apa. Tapi at least itulah yang sebenarnya yang menyakinkan kita iaitu sijil MyGAP Malaysia adalah antara yang terbaik, yang ini yang sebenarnya tetapi kita mesti capacity building, capacity building maksudnya kemampuan, keupayaan petani itu tadi.

Kita pergi hantar kursus, kita beritahu dia yang ini, yang ini kena buat, yang ini kena buat. Racun tak boleh pakai yang ini, macam ini. Racun yang dah lama mengikut jadual tak boleh digunakan. Jangan dibuang merata, di mana tempat pembuangan? Apakah proses penggunaan? Jadi bila kita buka, misalnya contohnya ini ladang tu mestilah ada cover crops dengan izin so yang tu memang strict, memang ketat. Sebab itu, kelulusan yang dikeluarkan oleh Kementerian memang adalah yang terhebat.

Sebab itu insya-Allah kita akan usahakan bersama-sama dengan rakan-rakan yang mulia di Dewan Yang Mulia ini, kita jangan compromise, never compromise on the quality. Jangan sekali-sekali kita berkompromi dari segi kualiti walaupun misalnya contohnya petani ini penyokong kita yang kuat, misalnya contoh. Dia mungkin ketua cawangan, ketua ranting, ketua cabang, whatever is it? Yang betul…betul, yang tak betul… tak betul, insya-Allah tapi tak kerajaan saya mewakili Yang Berhormat Dato' Sri dalam barisan EXCO yang bertanggungjawab mengenai Sektor Agro atau Pertanian insya-Allah. Saya bagi jaminan kita akan bantu tapi kita tidak akan kompromi, semata-mata kita nak keluarkan banyak sijil MyGAP ini itu yang saya nak beritahu terima kasih Dato' Sri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Banyak cakap orang putih ini, banyak makan nasi Arablah. Seterusnya soalan seterusnya saya pergi kepada soalan yang nombor 3, Wakil daripada Bukit Ibam.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 3.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya ucapkan terima kasih kepada sahabat daripada Bukit Ibam yang menanyakan tentang status pembelajaran tahfiz yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang yang sangat apa dihargai dan disanjungi oleh rakyat di negeri Pahang. Tetapi beliau ingin mengetahui tentang kedudukan pelajar-pelajar Orang Asli bagaimanakah untuk nasib bahagian mereka di dalam Pendidikan Islam dan juga tahfiz di negeri Pahang ini.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

kita bersyukur kehadrat Ilahi, Kerajaan Negeri Pahang memang mengambil serius di dalam pembinaan maahad-maahad tahfiz di negeri Pahang ini apabila kita tengok perkembangannya dari sudut jumlah kewujudan dan maahad itu sendiri dan juga jumlah kemasukan pelajar dari masa ke semasa sehingga terpaksa ditemuduga secara halus supaya mereka yang diterima masuk itu benar-benar yang bersedia dan juga berkualiti tinggi hafazan al-Qurannya.

Pelajar-pelajar Orang Asli ini memang kita juga berikan hak mereka seandainya mereka mempunyai minat dan kemahuan. Setelah kita pergi ke kampung-kampung Orang Asli, memang ramailah mereka juga berminat untuk mendapat Pendidikan al-Quran dan juga Fardu Ain. Sebab itulah Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Pahang telah memperkasakan Maahad tahfiz ini dan mengadakan kelas-kelas Fardu Ain sehingga kita mempunyai sekarang ini sebanyak 16 buah sekolah kelas Fardu Ain dan juga kelas Quran di perkampungan Orang Asli. Antaranya 4 buah di Cameron Highlands, 4 buah di Lipis, 2 buah di Muadzam, sebuah di Kuantan, sebuah di Temerloh, 4 buah di Pekan.

Ini sesuai dengan permintaan daripada mereka itu sendiri mengikut kampung-kampung yang telah kita pergi dan kita lawati dan kita bersama dengan mereka. Kita bersyukur, kehadrat ilahi ada di kalangan mereka apabila kita didik di apa…kelas Fardu Ain dan KAFA ini, ada yang memohon pula untuk masuk belajar ke sekolah menengah agama Kerajaan Negeri dan kita terima. Pada baru-baru ini seramai 22 orang dia yang kelas Fardu Ain tadi, kita mempunyai 525 orang pelajar Orang asli yang belajar Aa-Quran.

Kemudian yang nak masuk pula ke sekolah agama baru-baru ini seramai 22 orang pelajar. Apa yang kita rasa bangganya mereka ini telah mula menghafal al-Quran.

Walaupun tidak menghapal keseluruhan, ada surah-surah dan juzuk-juzuk yang tertentu, mereka ini dengan izin lebih itqan pembacaan mereka dengan rakan-rakan mereka yang lain sehingga contohnya adik Nur Dalil... Nur Dalilah Malik daripada Raub, beliau sendiri telah diraikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang apabila berjaya menjadi pelajar cemerlang, mumtaz, yang terbaik di negeri Pahang di dalam pembelajaran agama Negeri Pahang. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah jemput datang sendiri ke pejabat dan beri dia penghargaan, sedikit wang dan juga komputer riba untuk memberi kemudahan kepada adik ini belajar melanjut pelajaran dengan lebih baik dan selesa. Begitulah usaha Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa mendekati saudara baru.

Selain daripada kita dengar sendiri dalam bajet baru ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang umumkan satu lagi program Santuni Saudaraku. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Seterusnya soalan. Sila.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Ada soalan Dato' Sri. Terima kasih kepada kerajaan atas inisiatif dakwah kepada masyarakat Orang Asli. Cuma selain daripada pelajar-pelajar ini, saya difahamkan usaha briged dakwah untuk pergi ke perkampungan Orang Asli pernah diadakan sebelum daripada ini. Jadi soalan saya apakah perkembangan terkinilah tentang apa ini status gurunya di seluruh negeri Pahang dan apakah ianya masih berjalan lagi? Terima kasih.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Kita di negeri Pahang ini di bawah Jabatan Agama Islam Pahang, di bawah Majlis Agama Islam Pahang kita ada guru takmir, kita ada briged dakwah, kita ada imam, kita ada khatib, kita ada qadi. Mereka ini digemblengkan tenaga mereka untuk berdakwah di negeri Pahang bukan saja di tempat Orang Asli, di tempat Orang Bukan Asli dan di tempat mereka yang berminat, minta ada demand mereka akan pergi, tak kira lah briged dakwah ke benda ini tadi berlaku kerana ada benda-benda itulah tadi dia tidak jadi kun faya kun, macam kunyit dengan kapur.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kita pun Da'i juga Yang Berhormat.

Ya… ya... semua berperanan turun padang, buat kerja briged dakwah ke, apa ke, briged dakwah ni di bawah Majlis Agama Islam Pahang dengan kerjasama Jabatan Agama Islam. Jabatan Agama mengenal pasti tokoh-tokoh individu yang minat. Majlis Agama berikan sedikit peruntukan kewangan untuk mereka bergerak ke kampung-kampung Orang Asli. Saya banyak lagi kalau nak ceritakan apa hasil-hasil nanti dalam penggulungan lah ya. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih wakil Kerajaan. Seterusnya soalan nombor 4. Wakil dari Tioman.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan pertanyaan nombor 4. Terima kasih.

[Apakah status terhadap projek lapangan terbang Pulau Tioman dan status pembinaan atau baik pulih jeti kargo di marina Kg Tekek, Pulau Tioman?]

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih kepada sahabat saya Tioman mengemukakan soalan berkenaan dengan projek lapangan terbang Pulau Tioman. Untuk makluman Tioman, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat berkaitan dengan bidang pengangkutan di Pulau Tioman. Dan usaha-usaha ni dilakukan berterusan oleh Kerajaan Negeri. Terutamanya sentiasa diambil berat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sehingga kan untuk makluman Sidang Dewan, kalau siapa-siapa nak pergi ke Tioman, hari ini kalau untuk orang Pahang, tambang feri tu RM20.00 je, kalau biasa RM30.00 dia bagi RM20.00 sahaja kerana Kerajaan Negeri Pahang beri subsidi sebanyak RM10.00 kepada orang Pahang. Kalau pergi balik, jadi RM40.00, Kalau orang luar, jadi RM60.00.

Jadi bukan sahaja Bantuan Prihatin Pahang dan banyak lagi inisiatif yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri kita tetapi bidang pengangkutan di Pulau Tioman pun kerajaan negeri sentiasa mengambil berat. Jadi Tioman, sahabat saya Tioman mesti bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang telah Yang Amat Berhormat Menteri

Besar dan kerajaan negeri usahakan ini dengan meletakkan keutamaan dalam projek pembinaan Lapangan Terbang di Pulau Tioman. Melalui usaha yang berterusan ini, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM47 juta untuk menaik taraf lapangan terbang sedia ada dengan memanjangkan landasan daripada 850 meter hingga kepada 1,300 meter. Dan ini bagi meningkatkan keupayaan operasi untuk meningkatkan lagi kemasukan pelabur, peniaga dan pelancong ke Pulau Tioman.

Buat masa ini, status terkini adalah melalui pihak Perancang Ekonomi Negeri. Kerajaan Negeri dalam proses permohonan untuk pengambil alihan tanah di bawah Seksyen 3(1)(A) Akta Pengambilan Tanah 1960. Pejabat Tanah dan Daerah Rompin telah mendapatkan nilaian tanah daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPS) bagi lot-lot yang terlibat. Bagi pembinaan atau baik pulih Jeti Kargo di Marina Kampung Tekek, permohonan peruntukan yang telah dimohon kepada kerajaan persekutuan bahawa ini projek menaik taraf Jeti Kargo Kampung Tekek Pulau Tioman juga telah diluluskan dalam Rolling Plan Keempat RP4 Rancangan Malaysia ke-12 dengan kos sebanyak RM40 juta. Tahniah kepada Tioman. Itu sahaja. Sekian.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Terima kasih kepada Wakil Kerajaan yang telah memberi data-data ataupun menjawab kepada pertanyaan saya sebentar tadi. Namun soalan tambahan saya dengan pembikinan ataupun penambahan serta pemanjangan lapangan terbang sedia ada di Kampung Tekek, Pulau Tioman adakah akan bersedia menerima private aircraft ataupun private jet dan penerbangan terus dari luar negara tanpa transit di KLIA.

Ini satu soalan tambahan dan yang kedua juga saya ingin menanyakan kepada Wakil Kerajaan bilakah dijangka projek ini dapat dimulakan kerana kita faham dan mengetahui projek ini telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan Kerajaan Perpaduan dengan inisiatif dan juga cadangan oleh Kerajaan Negeri khususnya melalui Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dengan kelulusan sebanyak RM47 juta dan diharapkan soalan saya ini dapat dijawab sehabis baik oleh pihak Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Terima kasih kepada Tioman. Untuk buat masa ini dengan kelulusan ini pihak kerajaan sedang menjalankan kajian yang lebih teliti oleh perunding yang dilantik oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia MOT bagi menentukan jarak pemanjangannya, jenis kapalnya yang boleh digunakan dan syarikat penerbangan yang bersedia untuk menjalankan perkhidmatan. Perunding juga telah dilantik, juga sedang menyediakan bagi kos pemanjangan yang terperinci, kos pengambilan balik tanah dan pengoperasian lapangan yang sedia ada di Pulau Tioman. Jadi kita berharapkan dengan adanya pemanjangan ini membolehkan pesawat jenis contohnya ATR42-600 dan pesawat jenis ATR72-600 dapat mendarat di Pulau Tioman pada masa akan datang. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya, soalan wakil daripada Inderapura.

Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan soalan nombor 5.

Sebagaimana kita semua sedia maklum, pertubuhan koperasi merupakan suatu wadah yang bukan sahaja mampu menyatukan sesebuah komuniti dalam suatu ikatan pertubuhan, bahkan mampu meningkatkan tahap ekonomi dan sosial Masyarakat. Soalan saya,

[Sejauh manakah pertumbuhan gerakan koperasi di Negeri Pahang berbanding negeri-negeri yang lain?

Apakah peranan koperasi yang boleh kita tonjolkan kepada rakyat di Negeri Pahang sebagai galakkan ke arah pertumbuhan yang lebih pesat gerakan koperasi di negeri ini?]

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada sahabat saya daripada Inderapura yang bertanyakan soalan berkaitan dengan pertumbuhan koperasi. Inderapura mengemukakan dua soalan. Yang pertamanya, sejauh manakah pertumbuhan Gerakan Koperasi di negeri Pahang berbanding negeri-negeri yang lain?

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Untuk makluman sehingga 31 Disember 2022 terdapat sebanyak 15,315 koperasi yang berdaftar di seluruh Malaysia dan daripada jumlah tersebut, 1,146 koperasi adalah dari negeri Pahang iaitu mewakili 7.5% daripada keseluruhan koperasi di Malaysia. Bilangan masyarakat yang menjadi anggota koperasi pula adalah seramai 302,884 orang di negeri Pahang ini. Jadi melalui bilangan koperasi dan keanggotaan yang dicatatkan Gerakan Koperasi negeri Pahang telah berjaya mengumpul sebanyak RM443.6 juta syer dan yuran serta pegangan aset berjumlah RM1.65 bilion.

Turut membanggakan kita adalah dari segi perolehan yang dijana oleh gerakan koperasi di negeri Pahang iaitu sebanyak RM970.17 juta yang merupakan penyumbang perolehan kedua terbesar mengikut negeri di Malaysia ini, selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Pahang juga mensasarkan perolehan ini mencapai ke angka RM1 bilion menjelang tahun 2025. Menakala soalan yang keduanya, Inderapura bertanya apakah peranan koperasi yang boleh kita tonjolkan kepada rakyat di Negeri Pahang selain galakan ke arah pertumbuhan yang lebih pesat Gerakan Koperasi di negeri ini.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Koperasi adalah satu model keusahawanan sosial... yang tidak menjadikan keuntungan semata-mata sebagai matlamat utama, sebaliknya mengutamakan manfaat dan kesejahteraan kepada anggota masyarakat. Antara peranan utama koperasi yang boleh ditonjolkan adalah, koperasi berupaya menyediakan pembekalan perkhidmatan dan barangan yang berkualiti kepada anggota dengan harga yang berpatutan. Contohnya, koperasi-koperasi di kawasan FELDA, di kawasan FELCRA, di kawasan RISDA yang

menjalankan perkhidmatan pengangkutan berupaya menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan harga yang berpatutan, berpatutan kepada anggotanya.

Begitu juga dengan koperasi-koperasi yang terlibat dengan aktiviti pemborongan dan peruncitan berupaya menawarkan harga, keperluan harian dengan harga yang berpatutan kepada anggota dan masyarakat khususnya melalui program "Jualan Rahmah" dan "Jualan MADANI".

Selain daripada itu, koperasi juga berupaya menyediakan peluang pekerjaan kepada anggota dan masyarakat setempat, di samping menyediakan peluang pendidikan dan latihan pelbagai bidang kepada anggota dan juga masyarakat. Selain daripada itu, gerakan koperasi sangat prihatin kepada anggota masyarakat dan perkesi…persi… persekitaran dengan pemberian pelbagai bentuk sumbangan mahupun pelaksanaan program CSR, dana, tabung-tabung yang diwujudkan bagi tujuan kebajikan, bagi tujuan kecemasan, sukan, rekreasi serta lain-lain tabung.

Koperasi juga berupaya memberi pulangan yang baik kepada anggota dalam bentuk pulangan dividen sekiranya diurus dengan cekap dan amanah oleh barisan anggota lembaga dan pengurusannya. Dan seterusnya dalam konteks kehidupan masyarakat, koperasi juga berupaya menjadi platform untuk membina jati diri masyarakat yang bersatu dan harmoni, mengikut nilai dan etika yang boleh diterimapakai oleh anggota, oleh anggota yang menubuhkannya. Sekian.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua,

Saya mohon mengemukakan satu soalan tambahan, daripada wakil Kerajaan, ingin bertanya wakil Kerajaan. Apakah jenis-jenis bantuan yang disediakan oleh ataupun untuk koperasi dalam negeri kita ini? Terima kasih.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih kepada Tioman, yang mengemukakan soalan tambahan berkenaan dengan jenis-jenis bantuan yang disediakan, untuk…err…

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Antara jenis bantuan yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia, pertamanya adalah dalam bentuk geran, iaitu geran bantuan pembangunan koperasi. Jadi, bentuk geran koperasi yang menjalankan aktiviti, perniagaan yang layak mengikut syarat-syarat SKM dan maksimum bantuan geran ini sehingga ke RM300,000.00 tertakluk kepada kelulusan oleh pihak SKM.

Selain daripada itu, Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga ada juga yang menyediakan geran-geran kecemasan. Sekiranya berlaku bencana ataupun faktor-faktor yang luar kawalan, sebagai contohnya, banjir, ribut dan sebagainyalah.

Jadi, bantuan ini, kepada, geran ini kepada koperasi yang terlibat dengan bencana tersebut. Dan selain daripada itu, Suruhanjaya Koperasi juga ada menyediakan tabung modal pusingan, yang ini, pihak SKM memberi pinjaman, dalam bentuk pinjaman iaitu sehingga RM200,000.00 sekiranya tanpa cagaran, manakala pinjaman bercagar boleh sehingga RM30 juta dan dengan faedah yang berpatutan iaitu di antara 1 hingga 6%, tertakluk kepada kelulusan pihak SKM. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya, soalan nombor 6 sila wakil daripada Chini. Soalan menarik ini.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya kemukakan pertanyaan yang keenam.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua dan juga kepada sahabat daripada Chini ya yang bertanyakan persoalan yang dikatakan oleh Yang di-Pertua tadi satu soalan yang menarik.

Okey, itu mengenai usaha Kerajaan Negeri dalam membantu golongan ibu tunggal muda yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Okey, jawapan kepada persoalan daripada sahabat kawasan Chini tadi adalah usaha Kerajaan Negeri Pahang dalam membantu golongan ibu tunggal muda yang tidak mempunyai pendapatan tetap, tetap ini adalah diantaranya, golongan ibu tunggal muda yang tidak mempunyai pendapatan tetap adalah melalui Program Bantuan Khas Usahawan Muda, Usahawan Kecil Ibu Tunggal yang dinamakan 'Anggun Niaga' yang telah dilaksanakan oleh Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang pada tahun 2022 dan 2023.

Program ini membantu usahawan kecil ibu tunggal yang mempunyai perniagaan kecil-kecilan, yang berumur 20 hingga 55 tahun dan mestilah daripada, terdiri daripada rakyat negeri Pahang. Dan perniagaan mereka mestilah berdaftar dengan SSM. Jumlah peserta bagi dua tahun ini adalah seramai lebih kurang 980 orang. Bukan lebih kurang ya, memang tepat 980 orang. Program ini juga telah melahirkan ramai usahawan ibu tunggal yang berjaya dalam bantuan secara one-off sahaja.

Bantuan peralatan yang berkaitan dengan perniagaan dijalankan oleh ibu tu juga, ibu tunggal juga diberikan melalui permohonan telah dibuat oleh mereka. Seterusnya, menerusi Bantuan Khas Usahawan kecil Ibu Tunggal Anggun Niaga ini, pada tahun 2022, seorang ibu tunggal muda yang berusia 35 tahun berasal daripada Mentakab Pahang, iaitu Puan Noraini binti Hashim telah berjaya membuka perniagaan roti, kuih-muih dan sambal bilis garing.

Dengan bantuan khas tersebut, beliau telah mengembangkan perniagaan beliau dengan lebih luas lagi dengan membeli mesin breadmaker dan sticker labelling. Dan lebih membanggakan, mereka ini juga berjaya membantu ibu-ibu tunggal lain dalam menambahbaik ekonomi, sahabat-sahabat ibu tunggal yang lain.

Dan pada tahun lepas, Kerajaan Negeri Pahang juga telah memperkenalkan Skim Bantuan Prihatin Pahang, kluster Ibu Tunggal Miskin, seramai 6,000 orang ibu tunggal telah menerima manfaat daripada, dengan mendapat bantuan sebanyak RM200.00 seorang. Selain itu, melalui Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Negeri Pahang, kursus dan latihan diberi secara percuma kepada usahawan-usahawan ibu tunggal. Sebagai contoh, Pemerkasaan Ekonomi, Program Keusahawan Wanita Digital Negeri Pahang dan Bengkel-bengkel Pengurusan Kewangan. Semua kursus-kursus ini diberikan secara percuma kepada mereka.

Selain daripada itu, asnaf-asnaf ibu muda juga telah mendapat, boleh mendapatkan bantuan zakat. Sebanyak 35 skim bantuan telah ditawarkan oleh Pusat Zakat Negeri Pahang. Seperti baucer makanan, modal perniagaan, bantuan baikpulih rumah dan sebagainya. Pemohon-pemohon boleh hadir ke pusat zakat di seluruh negeri Pahang atau melayari laman sesawang www.muip.gov.my. Sekian, terima kasih.

Mohon mencelah, Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, wakil daripada Luit.

Saya rasa untuk meringankan beban Kerajaan, soalan ni juga boleh dikemukakan kepada Ahli-ahli Dewan jugalah, janganlah kepada Kerajaan sahaja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Apa soalannya Yang Berhormat? [Ketawa]

Bukan soalan, cadangan Speaker, cadang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Si… sila buat cadangan.

Saya cadangkan soalan begini dibuka juga kepada Ahli Dewan. Sebab saya ada yang berminat untuk pusat.

Saya sambut soalan ni… saya sambut jawapan ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Nampak pembangkang berminat betul.

Ya, sebenarnya saya pergi lebih meluas sikit daripada skop yang ditanya. Kita ada kes kemiskinan mengejut. Contohnya katalah sumber pendapatan keluarga itu hanya satu sumber, suami dia. Tiba-tiba suami dia meninggal. Dalam keadaan mengejut begitu. Dan, dia rumah sewa kena bayar, kereta kena bayar, sekolah anak kena bayar dan sebagainya. Jadi kematian mengejut begini menyebabkan dia hilang punca langsung keluarga tersebut. Apakah mekanisme yang boleh dipertimbangkan? Ini tak semesti ibu tunggallah, bapa tunggal, ke siapa. Punca pendapatan keluarga hanya satu sumber saja… sumber itu tiba-tiba berlaku.

Terima kasih er... Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, sebab tu dalam Bajet kita baru ini, dalam buku Bajet ni kita ada buat tabung… Tabung Prihatin Pahang RM5 juta. Itu untuk yang mengejut lah tu. [Ahli Dewan menepuk meja]. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

MB tahu soalan yang nak keluar. Yang Berhormat, soalan seterusnya kita bagi pada kita menjemput wakil daripada Kemayang. Soalan nombor 7.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan pertanyaan nombor 7.

[Status pelaksanaan menara telekomunikasi di bawah inisiatif jendela di negeri Pahang?]

Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, terima kasih. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, terima kasih juga Yang Berhormat dari Kemayan, atas soalan berkenaan dengan status pelaksanaan menara telekomunikasi di bawah inisiatif JENDELA di negeri Pahang.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Terdapat 4 projek utama yang telah dirancang di negeri Pahang, di bawah pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA. Projek-projek tersebut ialah yang pertama, pembinaan 270 menara telekomunikasi baru. Kedua, naik taraf 904 stesen pemancar sedia ada ke rangkaian 4G. Tiga, menyediakan capaian internet jalur lebar teknologi satelit di 69 kampungan Orang Asli dan yang keempat, menyediakan rangkaian gentian optik di 118,260 premis di seluruh negeri Pahang.

Saya merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada SKMM Pahang, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah seluruh Pahang, Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Pahang. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang, Pahang Corporation dan Koridor Utiliti Pahang, yang memberi kerjasama yang sangat baik bagi menjayakan pelaksanaan program JENDELA di negeri Pahang setakat ini.

Sejak JENDELA dilaksanakan pada suku kedua tahun 2020, pelaksanaan projek-projek ini telah menunjukkan kemajuan pelaksanaan yang cukup baik berbanding dengan negeri-negeri lain di mana pada daripada 270 menara yang dirancang sebanyak 100 menara telah pun siap dan beroperasi. Untuk makluman, menara telekomunikasi pertama daripada 1,661 buah menara yang telah siap dan beroperasi bagi Projek JENDELA Fasa 1 di seluruh negara adalah di Kampung Ulu Teh, Jerantut pada 7 Disember 2022. Usaha dan tumpuan sedang diberikan bagi menyiapkan baki 170 lagi menara telekomunikasi yang kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

Sasaran telah ditetapkan untuk menara-menara ini siap dan beroperasi secara berperingkat mula penghujung tahun ini sehingga pertengahan tahun hadapan. Sementara itu, sebanyak 132,737 premis di dalam negeri Pahang telah siap dirangkaikan dengan gentian optik. Manakala, dua lagi projek utama di bawah JENDELA iaitu naik taraf 904 stesen pemancar ke rangkaian 4G dan penyediaan capaian internet jalur lebar teknologi

satelit di 69 Kampung Orang Asli telah siap sepenuhnya. Berdasarkan kepada pencapaian semasa projek-projek JENDELA ini, kadar liputan 4G di kawasan berpenduduk negeri Pahang telah berjaya ditingkatkan daripada 89.1% sebelum JENDELA bermula kepada 94.33% pada suku ketiga tahun ini.

Kadar ini dijangkakan akan terus meningkat apabila baki 170 lagi menara telekomunikasi yang sedang dalam pembinaan, siap dan beroperasi. Kawasan DUN Kemayan tidak terkecuali daripada usaha menambah baik perkhidmatan telekomunikasi di bawah JENDELA, di mana sebanyak 10 menara telah dirancang untuk dibina. Daripada 10 menara ini, 3 menara telah pun siap dan beroperasi, yang terletak di Kampung Dato' Sri Hamzah, Felda Sebertak dan Kampung Paya Machang. Manakala 7 lagi menara masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

Selain pembinaan menara baru, naik taraf stesen pemancar ke rangkaian 4G juga dilaksanakan di DUN Kemayan di mana sebanyak 31 stesen pemancar telah siap di naik taraf pada tahun lalu. Bagi perkhidmatan internet talian tetap, sebanyak 2,280 premis daripada 4,956 premis di DUN Kemayan telah siap dihubungkan dengan rangkaian gentian optik. Terima kasih, Dato' Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sebelum itu saya nak ingat kan juga ya bahawa pihak SKMM ada…SKMM ada menyediakan kaunter aduan tentang er...telekomunikasi ini. Hari ini adalah merupakan hari yang terakhir, semalam dan hari ini. Mana-mana Ahli-ahli Yang Berhormat yang merasakan bahawa ada pencapaian yang…yang tidak baik di kawasan masing-masing, bolehlah membuat pendaftaran di…di di kaunter tersebut iaitu di lobi Blok A, di hadapan lif Wisma Sri Pahang.

Seterusnya soalan yang ke-8. Sila wakil daripada Tras.

Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 8.

[Apakah persediaan kerajaan negeri Pahang bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada para belia terutamanya di bidang perindustrian dan pertanian setempat bagi mengurangkan penghijrahan belia keluar bandar terutamanya dari negeri Pahang?]

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Salam sejahtera dan selamat pagi. Untuk, terima kasih ADUN Tras yang mengeluarkan soalan. Antara inisiatif yang dicadangkan di dalam Majlis Pekerja Negeri Pahang (MPNP) adalah Pahang 1st Job. Organisasi atau syarikat dengan kerjasama Kerajaan Negeri membeli sokongan, bimbingan dan peluang kepada graduan yang baru tamat belajar, untuk memasuki pasaran pekerja atau industri tertentu.

Kedua, Program Sirih Pulang ke Gagang. Penawaran rumah sewa berkadar rendah kepada rakyat Pahang yang bekerja di negeri Pahang dengan kerjasama Lembaga Perumahan Negeri Pahang. Ketiga, meningkatkan kesediaan industri dalam penyediaan latihan dan mengurangkan ketidaksepadanan pasaran buruh di Negeri Pahang.

Persediaan Kerajaan Negeri Pahang dalam penyediaan pulang pekerja buat para belia telah dibuat melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial atau dikenali (PERKESO), di dalam siri-siri temuduga MyFuture Job. Untuk makluman Dewan, sehingga September 2023, terdapat 186 aktiviti temuduga yang telah dianjurkan oleh pihak PERKESO Negeri Pahang, dan berjaya seramai 4,829 orang telah dapat er... dapat berjaya mendapat pekerjaan. Terima kasih Dato' Sri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya, soalan nombor 9, soalan yang terakhir pada pagi ni kita jemput wakil daripada Tanjung Lumpur.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Yang di-Pertua. saya kemukakan soalan nombor 9.

[a. Pelancong kian bertambah berkunjung ke Tanjung Lumpur setelah terbinanya hotel dan dijangka lebih ramai apabila siap sepenuhnya Kuantan Waterfront City. Apakah perancangan pihak kerajaan untuk menjadikan Pantai Tanjung Lumpur sebagai kawasan pelancongan.

b. Pantai Kg Anak Air juga kian ramai dikunjungi, apa pula perancangan kerajaan untuk menaik taraf Pantai Anak Air sebagai kawasan pelancongan?]

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjung Lumpur yang bertanyakan tentang pelancongan di kawasan Tanjung Lumpur. Berdasarkan Kajian Daya Saing Kuantan 2022, strategi untuk menjadikan Kuantan sebagai bandar pelancongan turut melibatkan kawasan Tanjung Lumpur sehingga jajaran pantai ke Pantai Sepat di termasuk Biophilic City at Kuantan Riverfront terletak di kawasan hutan paya bakau, Tanjung Lumpur dan Peramu.

Kedua, Blue Carbon Trail di sepanjang pinggir sungai di kawasan Tanjung Lumpur sehingga ke Muara Sungai.

Ketiga, Kuantan Food and Traditional Cuisine Centre di Tanjung Lumpur. Dan Rancangan Tempatan Daerah Kuantan 2035 juga menggariskan strategi untuk menjenamakan Tanjung Lumpur sebagai lokasi makanan tempatan dan makanan laut.

Majlis Bandar Kuantan juga mengambil inisiatif untuk pembangunan kawasan Serambi Teruntum dengan pembinaan pasar ikan basah dengan kos RM3 juta. Jalan pintasan Tanjung Lumpur ke Serambi Teruntum dengan kos RM1.2 juta dan penganjuran pelbagai program, contohnya Food Festival, Pahang Food Fest dan soalan ke-2, Kerajaan Negeri sedang membangunkan pantai-pantai di seluruh negeri Pahang. Bagi daerah Kuantan, beberapa pantai telah dikenal pasti dan projek naik taraf akan dilaksana secara berperingkat untuk memberikan kemudahan kepada pengunjung.

Dan satu info tambahan kepada Yang Berhormat, baru-baru ini, pantai di Kuantan, kita terima satu berita yang baik di mana Pantai di Kuantan telah disebut dalam satu anime popular Jepun iaitu Jujutsu Kaisen yang ianya menjadi Kuantan sebagai trending di sosial

media di peminat anime dan Kerajaan Negeri akan mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan lagi pantai di Kuantan. Terima kasih.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Er... soalan tambahan, nama pantai yang disebut tadi itu, pantai apa nama dia, ataupun seluruh pantai di Kuantan?

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Mengikut anime itu?

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Ya.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Betul, memang betul ada peminat anime telah marking di Google Map pantai untuk mencadangkan, mengadakan memorial bagi watak iaitu Kendo Nanami. Tapi Kerajaan Negeri kita tidak mengambil perkara ini dengan mudah. Jadi kita berharap Kerajaan Negeri sedang berusaha dan telah berhubung pihak Jepun supaya kita dapat endorsement daripada pencipta anime berkenaan untuk menentukan. Kalau berdasarkan anime itu kawasan pantai yang disifatkan adalah kawasan pantai yang bersesuaian untuk bersara, untuk membaca untuk watak membina rumah baru. Kita berharap kita ada satu point untuk menjadi tempat peminat-peminat anime boleh check in. Jadi kita menjadi satu daya tarikan yang baru untuk peminat anime di seluruh dunia.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Soalan tambahan, er... untuk maklumat er... Yang di-Pertua bahawa Tanjung Lumpur dan sekitarnyalah, sekitar Peramu er... sejak dulu lagi lah, bukan sekarang adalah merupakan kawasan yang sangat terkenal sebagai interaksilah tempat makan. Terutama sekali pada waktu malam dan apabila waktu puncak, lebih lagilah pada malam minggu dan sebagainya.

Jadi, isu yang sangat berat dan diperkatakan di sana ialah isu parking lah. Jadi, banyak parking tepi jalan, gitu begini dan sebagainya. Walaupun isu ni dah disebut 2,3 kali dalam Dewan, tapi dia perlu kepada perhatian yang saya kira sangat seriuslah untuk kerajaan cuba menangani masalah sebab kalau malam-malam minggu memang dia berhenti tepi jalan je dan dah beberapa kali berlakunya kemalangan kesan daripada itu. Sekian, terima kasih.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Memang ini, memang memberangsangkan apabila kita mendengar bahawa ketibaan pengunjung ke Tanjung Lumpur khususnya waktu-waktu malam untuk tarikan makanan laut. Jadi untuk infrastruktur dan kemudahan parking, Kerajaan Negeri akan meneliti tentang perkara ini. Terima kasih.

Soalan tambahan sikit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terakhir.

Terakhir ya. Saya nak tanya sikit kerajaan ya. Apa-apa, apakah tindak balas sekarang ni kan di Indonesia tu viral dia kata Kuantan, Indonesia bukan Kuantan, Malaysia ini untuk anime ni ya isu ni. Terima kasih.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Ini tidak jadi isu Yang Berhormat sebab dalam anime itu memang sebelum watak meninggal dunia memang dia memang sebut Malaysia. Sebelum sebut Kuantan, dia sudah sebut Malaysia. Kuantan would be nice. Jadi mungkin mereka cemburulah dengan kita.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dia cakap Jepun. Dia… dia... dia cakap Jepun, tapi memang ada subtitle dia. Dia menyebut dia akan pergi ke Malaysia dan dia cakap Kuantan would be better. Lebih kurang macam itulah. Dia nak pergi ke Kuantan. Tak, saya mengajuk saja. Maknanya Speaker pun tengok juga.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Selesai…kita telah selesai membincangkan 9 pertanyaan dan jawapan. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan kita pada pagi ini untuk minum pagi. Walau bagaimanapun, sebelum saya menempohkan, saya nak maklumkan bahawa selepas minum pagi ini pihak kerajaan akan mula membuat pergulungan dan pada hari ini, insya-Allah 8 daripada Wakil Kerajaan akan membuat penggulungan dan menjawab dan insya-Allah Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan menggulung pada hari Jumaat, insya-Allah. Jadi persidangan disambung semula pada pukul 11.30 pagi persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan pada jam 10.54 pagi]

[Persidangan disambung semula]

Menimbang Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023Bill

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2024) 2023.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-undang Perbekalan (2024) 2023 telah dibentang dan dibahas pada 4 dan 5 Disember 2023. Seramai 30 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada hari ini pihak kerajaan akan menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan yang lepas. Untuk itu, saya dengan sukacitanya menjemput EXCO Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Salam sejahtera. Salam perpaduan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan ini. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang atas pembentangan Belanjawan Tahun 2004 yang komprehensif dan mencakupi seluruh spektrum pentadbiran negeri bertemakan Pahang Prihatin Rakyat Makmur.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas peruntukan bagi portfolio perpaduan, pelancongan dan kebudayaan negeri Pahang secara khususnya bawah tunjang pertama, ke-3 dan ke-5. Ini membuktikan Kerajaan Negeri sangat komited untuk membangunkan sektor pelancongan dan kebudayaan di samping tidak mengenepikan perpaduan sebagai asas kemakmuran negeri.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Sektor pelancongan di negeri Pahang menunjukkan prestasi yang membanggakan pada tahun ini. Selain daripada kejayaan yang telah dimaklum sebelum ini, contohnya purata kadar penginapan hotel yang tertinggi di Malaysia. Cameron Highlands sebagai tempat paling cantik di dunia. Lipis Geopark di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, negeri Pahang juga telah menerima pengiktirafan seperti berikut:

Homestay Desa Murni terpilih untuk Anugerah ASEAN Sustainable Tourism Standard (ASTA), dengan izin, untuk kategori rural. Lemang To'ki Bentong, The Lemuni Janda Baik, Homestay Peruas Raub, KHM Strawberry dan Tiny Boutique Cameron Highlands menerima anugerah peringkat kebangsaan bagi kategori yang sama. Kuantan Art Street memenangi MyPlace Award. Majlis Bandaraya Kuantan dan Majlis Perbandaran Temerloh menerima Anugerah ASEAN Clean Tourism Standard tahun 2024-2025 untuk peringkat kebangsaan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Jawatankuasa Pelancongan Negeri Pahang telah menetapkan hala tuju pelancongan seperti berikut iaitu boleh diringkaskan sebagai satu perkataan TEMU (T.E.M.U).

T bermaksud task force. E bermaksud experience. M adalah mantain manage. U adalah unite. Untuk T ,Task Force, kita telah menubuhkan 3 task force iaitu task force untuk kempen melawat Pahang, task force pemain industri pelancongan dan task force kapal persiaran. Untuk E, Experience, kita melebihkan kepada penganjuran aktiviti atau program yang memberikan pengalaman unik kepada pelancong yang datang ke negeri Pahang.

Sebab kita faham bahawa untuk corak pelancongan pada hari ini, ianya tidak seperti dulu di mana kita sampai satu tempat baru ambil gambar, makan minum, balik tapi pelancong melebihkan... mereka nak satu pengalaman unik atau baru. Tahun ini selain daripada acara sukan pelancongan, kita juga mempromosikan gastronomy tourism, dengan izin, dengan penganjuran Pesta Kopi dan Golfing Tourism sempena musim monsun.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Yang Berhormat Tioman kerana tahun ini adalah tahun ke-7 Monsun Cup diadakan dan kita memperkenalkan Pahang er... sorry padang golf di Rompin sebagai satu tempat untuk pemain-pemain dan peminat-peminat golf masa musim monsun. Sebab masa musim monsun kebanyakan padang golf tidak sesuai untuk dimainkan. Tapi padang golf di Rompin ini unik dengan keadaannya. Ianya sesuai untuk musim monsun. Jadi kita mempromosikan supaya sektor pelancongan masih relevan dalam musim monsun ini dengan golfing tourism sempena Monsun Cup.

Kita juga melancarkan Halal Cultural Tourism dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan tahun depan kita ada peruntukan untuk mempromosikan pelancongan kereta api. Ini adalah E, Experience dan pada masa yang sama semalam, Yang Berhormat Luit ada mengatakan bahawa orang Malaysia ramah mesra. Jadi bagaimana kita nak menonjolkan dan mempromosikan ramah mesra orang Malaysia.

Mungkin salah satu cadangan adalah melalui program homestay di mana pelancongon, pelancong luar negara boleh hidup bersama bergaul dengan orang Malaysia dan menikmati cara hidup dan makanan enak orang Malaysia dan orang Pahang. Jadi tahun ini kita ada penambahan satu kluster homestay iaitu Homestay Kampung Sentosa, Maran menjadikan jumlah homestay di Pahang 17. Untuk tahun depan 3 kluster sedang dalam penelitian iaitu Homestay Ulu Sungai Raub, Homestay Kampung Dusun Kuala Lipis dan Homestay Ulu Cheka Jerantut.

Kita berharap bahawa... bahawa experience ini kita akan melebihkan aktiviti di Pahang untuk menarik pelancong.

Yang ke-3, M, manage and maintain. Negeri Pahang kita bersyukur kerana kita diberkati dengan pelbagai tempat pelancongan. Jadi, salah satu cabaran kita adalah bagaimana kita nak er... bagaimana kita nak mengekalkan daya tarikan kita. Bagaimana kita nak menambah baik pengurusan produk-produk pelancongan di negeri Pahang.

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana kita juga turut dapat peruntukan infra dan fasiliti bagi tahun depan sebanyak RM3 juta. Untuk tahun ini, pelbagai projek menaik taraf dan menyelenggara fasiliti pelancongan juga telah dijalankan bawah Kerajaan Negeri dan juga bawah Kerajaan Persekutuan melalui MOTAC. Di bawah Kerajaan Negeri, kita ada peruntukan melebihi RM1 juta dan bawah MOTAC ada peruntukan melebihi RM3.8 juta yang melibatkan kebanyakan daerah. Sebagai contoh Raub, Bera, Lipis, Bentong, Maran, Kuantan, Cameron Highlands, Rompin, Jerantut dan Pekan. Hampir semua dapat.

Jadi, Tuan... Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua untuk projek Besar RMK-12.

Setakat ini, projek RMK-12 yang sedang berjalan berkenaan dengan portfolio pelancongan adalah projek pembangunan eco-tourism di Taman Negara Kuala Tahan. Pembangunan eco-tourism Rafflesia di Taman Eko Rimba Lata Jarum, Raub, Pahang. Pada masa yang sama, kita juga mendapat peruntukan untuk pembangunan projek baharu bawah Rolling Plan Ke-3 RMK12 iaitu sebanyak RM8.3 juta untuk projek menaik taraf dan membaik pulih jeti Kampung Juara, Pulau Tioman dan menaik taraf jejak laluan merentas hutan di Pulau Tioman.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kini kita sampai ke U. TEMU,T.E.M.U. yang last sekali adalah unite.

Unite di mana kita berharap kita dapat mengemas kini segala maklumat berkaitan dengan produk pelancongan seperti tempat tarikan makanan, kebudayaan, program dan produk baru dan pada masa yang sama kita berharap bahawa kita dapat bergabung dan mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara agensi pemain industri dan NGO. Kita faham bahawa di negeri Pahang, setiap daerah ada daya tarikan, setiap daerah ada produk. Jadi, kita berharap bahawa pemain pemain-industri dalam negeri Pahang, kita jangan anggap pemain industri atau produk di daerah lain sebagai persaingan tetapi kita harus melengkapi.

Jadi dalam banyak sesi dialog atupun B2B dengan pemain industri pada tahun ini sudah banyak kali kita menjelaskan, menggalakkan supaya pemain industri dan agensi-agensi dalam negeri Pahang bukan sahaja kita perlu familiar dengan produk yang ada di kawasan sendiri tapi kalau boleh kita cuba ambil tahu tentang produk yang ada di kawasan lain di negeri Pahang supaya kita dapat mempromosikan antara satu sama lain. Ini adalah unite.

Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, untuk Lipis Geopark sekali saya ingin mengucapkan taniah kepada Kerajaan Negeri sebab ini merupakan geopark yang terluas di Malaysia dengan 28 tapak warisan geologi, 18 tapak warisan budaya dan 6 tapak warisan biologi. Kerajaan Negeri mensasarkan Lipis sebagai UNESCO Global Geopark. Jadi pelbagai perancangan dan akan dilaksanakan untuk menuju ke arah UNESCO Global Geopark.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Pelbagai promosi telah juga dijalankan pada tahun ini. Ini termasuk eksposisi pelancong dalam dan luar negara. Semua pasaran di seluruh dunia termasuk pasaran domestik kita menitikberatkan. Jadi tahun ini kita ada mengambil bahagian dalam eksposisi pelancongan di pasaran Eropah, pasaran UAE, pasaran Asia Tenggara, termasuk Indonesia, Singapore dan juga pasaran China. Dengan kerjasama dengan Tourism Malaysia dan MOTAC pelbagai acara juga dianjurkan pada tahun ini yang bertaraf kebangsaan dan juga bertaraf antarabangsa. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang untuk penganjuran acara ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Sekiranya merujuk kepada statistik ketibaan pelancong pelancong ke negeri Pahang pada tahun ini sehingga bulan September. Kita telah mencatatkan 9.04 juta orang pelancong yang melawat Pahang. Jumlah ini mengambil kira pelancong yang bermalam sekurang-kurangnya satu malam dan tidak termasuk pelancong harian dengan izin, day-tripper. Sekiranya jumlah pelancong harian diambil kira jumlah ini akan jauh lebih besar dan statistik setakat bulan September pada tahun ini, kita telah mencatatkan pertambahan sebanyak 30% berbanding dengan suku yang sama pada tahun lepas. Jadi untuk jumlah

ketibaan pelancong pada tahun lepas sehingga September adalah 7 juta, tahun ini sehingga September 9.04 juta. Kita berharap bahawa kita dapat mencapai sasaran kita.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua…

Sedikit soalan untuk penjelasan. Apakah sasaran terkini 9.04 juta itu telah pun melepasi had kedatangan pelancong sebelum COVID-19? Compare dengan waktu COVID sebelum COVID kan kita tahu pelancongan ramai ke Pahang dan yang terkini kita dapat data 9.04 juta. Apakah 9.04 ini telah menyamai kadar kunjungan pelancong sebelum berlakunya COVID?

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Tahun lepas bulan April sempadan negara baru dibuka dan kita lihat bahawa tahun 2022, tahun 2023 adalah tempoh untuk pasca COVID di mana masa kita untuk membangunkan semula sektor pelancongan di negeri Pahang dan untuk sasaran 13 juta ini ia juga selaras dengan statistik yang kita anggapkan sebelum COVID. Jadi sebagai contoh sebelum COVID pada tahun 2019 kita juga mencapai melebihi 13 juta tapi kurang daripada 14 juta dan kita berharap bahawa tahun demi tahun kita akan semakin bertambah lagi. Sebab selepas COVID kita nampak ada tempat-tempat pelancongan, ada produk-produk pelancongan ataupun hotel-hotel yang sudah tidak beroperasi. Jadi inilah masa kita untuk membangunkan semula, termasuk infrastruktur.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

sila izinkan saya untuk meneruskan penggulungan saya.

Boleh mencelah sikit Yang Berhormat? Yang di-Pertua, saya cuma ingin bertanya pihak kerajaan, adakah cadangan pihak kerajaan kita pernah mengadakan Visit Pahang Year 2017 kalau tak silap kata 2016 atau 2017.

Yang di-Pertua (Speaker)

2017.

selepas 5 tahun ni…

Yang di-Pertua (Speaker)

2017.

2017. Terima kasih Yang Berhormat. Adakah cadangan atau rancangan pihak kerajaan untuk mengadakan program yang sama? Untuk meransang dan juga mempromosi Pahang sebagai destinasi pelancongan. Terima kasih.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Berserah. Kita telah menubuhkan task force untuk mengkaji Kempen Melawat Pahang sebab kita difahamkan bahawa tahun Melawat Malaysia mungkin berlangsung pada tahun 2026. Jadi mesyuarat telah diadakan di peringkat negeri dan sekiranya ada pengesahan kita akan mengumumkan nanti.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Sila izinkan saya untuk teruskan penggulungan. Kerajaan negeri menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia mengenai pengecualian visa kepada pelancong dari negara India dan negara China bermula 1 Disember 2023. Pengecualian visa ini adalah tambahan pengecualian yang telah diberikan kepada pelancong Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, UAE, Iraq dan Iran serta semua negara Asia Barat termasuk Turki dan Jordan. Lanjutan daripada pengecualian ini Kerajaan Negeri akan mengambil peluang untuk meningkatkan lagi usaha-usaha promosi supaya membantu untuk menyumbang kepada ekonomi tempatan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Usaha untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia perlu dijalankan secara berterusan. Ini melibatkan penerapan, penghayatan, pengetahuan, pengenalan…pengamalan nilai-nilai persepahaman, perhubungan, kerjasama, interaksi dan sayangi negara yang selaras dengan Aspirasi Malaysia Madani untuk melahirkan semangat perpaduan yang kukuh dan bersama memelihara, mempertahankan kedaulatan negara. Kembara Perpaduan yang merupakan program flagship Kementerian Perpaduan Negara mensasarkan tiga komponen iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti Ramah.

Pada tahun ini sebanyak 2890 aktiviti dilaksanakan bermula Januari hingga Oktober. Melibatkan penyertaan 141,280 komuniti rukun tetangga di seluruh negeri Pahang. Manakala 74 program penggalakan perpaduan peringkat negeri dan daerah yang melibatkan 5870 penglibatan masyarakat, belia, pelajar sekolah, mahasiswa, kanak-kanak, komuniti setempat, orang awam telah dilaksanakan bermula seawal Februari hingga November tahun ini.

Selain pelaksanaan program dan aktiviti penggalakan perpaduan, inisiatif untuk promosikan perpaduan di negeri Pahang diperkasakan lagi melalui hebahan mesej-mesej perpaduan dan Kempen Jom… Jom Cakap Baik-Baik di papan-papan digital seperti LED billboard dengan kerjasama pihak Berkuasa Tempatan di negeri Pahang dan juga Jingga melalui Pahang FM turut dipergiatkan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pahang akan meneruskan, melaksanakan inisiatif perpaduan melalui pelaksanaan program dan aktiviti yang menggalakkan perpaduan dan juga menerapkan elemen integrasi dan silang budaya sebagai pengukuhan, pemahaman dan penghayatan perpaduan pelbagai kaum di negeri Pahang. Konsep perpaduan dan kepelbagaian akan dilaksanakan untuk menambah dan mempelbagaikan tapak integrasi dan medium interaksi sosial agar detik-detik perpaduan atau moment of unity, dengan izin akan sentiasa dilihat, didengar, dirasa di setiap lapisan masyarakat akar umbi di negeri Pahang.

Yang berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Dalam usaha untuk memartabat dan menyemarakkan kebudayaan, pada tahun ini pelbagai program telah dilaksanakan dengan jayanya. Antaranya melalui program pengukuhan, pemantapan, pengembangan, penyelidikan, dokumentasi, pemerkasaan, kesedaran, pembangunan, pengukuhan jaringan kerjasama strategik dan sebagainya. Program yang diadakan juga telah mendapat menarik pelancong dalam dan luar negara menerusi kepelbagaian program pelancongan budaya.

Pengisian program kebudayaan telah dapat menerapkan nilai budaya tinggi di kalangan masyarakat. Dengan adanya program sebegini secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman serta mengukuhkan jati diri masyarakat untuk lebih memahami dan menghargai keunikan kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia dan Pahang. Ianya juga dapat er... memupuk perpaduan di kalangan rakyat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Sebagai sebuah negeri yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum yang mengamalkan kepelbagaian kepercayaan dan budaya, Kerajaan Negeri amat menitikberatkan aspek perpaduan sebagai jaminan kepada kesejahteraan dan kemakmuran rakyat negeri Pahang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini kerana menerusi sesi perbahasan, ramai yang minat dan prihatin tentang sektor pelancongan di negeri Pahang.

Kerajaan Negeri mengambil maklum pandangan dan cadangan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat sebagai contoh titik Semenanjung... titik tengah Semenanjung Pekan Sehari, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mempromosikan produk yang dicadangkan. Semua cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat akan kita bawa masuk ke Mesyuarat Jawatankuasa Pelancongan Negeri akan datang.

Dan mungkin satu maklumat tambahan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat, sekiranya ada cadangan tentang produk-produk pelancongan di kawasan masing-masing, Yang Berhormat juga boleh mengemukakan kepada Jawatankuasa Pelancongan Daerah bawah Pejabat Daerah dan Tanah ataupun PBT. Disebabkan kesuntukan masa, sila izinkan saya menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Mohon mencelah satu soalan sahaja. Soalan tambahan boleh ya?

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Er…saya melihat er…kerancakan aktiviti pelancongan di daerah Pahang, alhamdulillah lepas ataupun pasca COVID ini semakin hari semakin meriah. Jadi saya kira bukan sahaja di daerah-daerah lain bahkan termasuk di daerah Rompin, saya lihat sama ada di Pulau Tioman mahupun di darat daerah Rompin itu sendiri termasuklah baru-baru ini kita lihat ada satu er… pertandingan Monsoon Golf er... Cup Challenge and Amal di daerah Rompin

yang mana Yang Berhormat Wakil Kerajaan Negeri juga telah datang untuk merasmikan penutupan acara tersebut. Jadi saya lihat er... bukan sahaja hari biasa bahkan hari monsun juga kita ada produk di negeri Pahang ini.

Walaupun kita di monsun ini tak lari daripada bencana banjir dan sebagainya, namun pada ketika-ketika tertentu banjir belum terjadi ataupun belum berlaku namun inisiatif pihak-pihak tertentu dalam penganjuran ini dilihat dapat juga memberi rangsangan ekonomi. Sebagai contoh penginapan bilik-bilik di hotel atau resort, bukan senang untuk Monsoon Cup atau pada monsun dipenuhi oleh penghuni-penghuni daripada luar negeri Pahang ataupun Pahang sendiri.

Tapi saya lihat, bila ada produk-produk seumpama ini, er... apa ni... dia punya hiliran ekonomi dapat dinikmati oleh masyarakat setempat. Begitu juga resort-resort penuh dalam dua tiga hari. Jadi saya ingin bertanya kepada Wakil Kerajaan Negeri, adakah selain produk er... ini di musim monsun ataupun apakah pendapat Wakil Kerajaan sendiri dalam melihat atau mengalami pengalaman semasa penganjuran er... aktiviti sukan di musim monsun tersebut. Terima kasih Yang di-Pertua.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Tioman. Memang sebab sekiranya orang awam dia lihat negeri Pahang masa musim… masa musim monsun, mungkin ini bukan masa sesuai untuk melancong. Tapi sebenarnya tidak. Jadi Kerajaan Negeri memang berusaha supaya kita nak sektor pelancongan masih relevan masa musim monsoon. Jadi setiap tahun kita ada Surfing Festival di Cherating.

Di Cherating masa monsun inilah masa peminat-peminat surfer datang untuk berlatih dan juga mengambil bahagian dalam er... pertandingan antarabangsa dan juga ada... kita juga ada Surfing Festival di Tioman. Dan untuk Rompin, saya mengucapkan tahniah dan syabas sekali lagi sebab dengan adanya Program Monsoon Cup, kita kini masukkan Golfing Tourism sempena monsun sebagai satu produk baru negeri Pahang dan ianya akan dimasukkan dalam kalender acara pelancongan negeri Pahang setiap tahun. Baik terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Sila izinkan saya menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan yang pertama dari Yang Berhormat Sabai yang mencadangkan Kuil Sri Marathandavar Aalayam di Maran. Untuk makluman Yang Berhormat Sabai, kuil ini memang dipromosikan oleh Kerajaan Negeri sebagai destinasi pelancongan negeri Pahang dan risalah pelancongan yang diterbitkan oleh Tourism Pahang juga telah meletakkan destinasi ini antara tempat-tempat tarikan di daerah Maran.

Untuk Yang Berhormat Luit, yang mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mempromosikan semula gendang tradisional Pahang. Untuk makluman Yang Berhormat, usaha untuk memelihara, memartabat dan mempromosikan gendang Pahang telah dilaksanakan pada tahun 202… 2022 dan 2023 melalui Program Penyelidikan dan Pembangunan Seni Budaya di bawah Program Perantisan Seni Budaya.

Program ini telah melahirkan seramai 76 orang perantis di kalangan umur 6 tahun hingga 47 tahun dan diadakan setiap hari Sabtu selama 3 bulan untuk 2 tahun ini. Tenaga pengajar yang dilantik dan dikenal pasti adalah terdiri daripada tenaga pengajar yang berkemahiran dan diiktiraf. Program yang dilaksanakan selama 2 tahun ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan telah berjaya menghasilkan kumpulan

persembahan dan seterusnya diundang untuk mengadakan persembahan di peringkat negeri.

Yang Berhormat Sungai Lembing. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Lembing er… Sungai Lembing memang satu tempat yang kita amat menitikberatkan dan peruntukan besar telah diperuntukkan daripada Kementerian Kewangan dan MBK untuk pelbagai projek-projek menaik taraf sebanyak RM5.9 juta.

Untuk Yang Berhormat er... dari Tahan. Untuk makluman kepada Yang Berhormat, statistik ketibaan pelancong ke Taman Negara setakat bulan September tahun ini, mencatatkan 107,912 orang. Ini adalah angka yang tertinggi kalau kita berbanding dengan tahun-tahun dulu termasuk tahun 2017.

Angka setakat September 9 bulan ini jauh melebihi angka yang untuk satu tahun pada tahun 2017, 2018, 2019, 2020, tahun lepas dan 2021 dan kita lihat bahawa Taman Negara ini satu produk pelancongan yang bertaraf antarabangsa menerima pelancong dari seluruh dunia dan juga dari domestik. Jadi kita Kerajaan Negeri tidak merancang identiti baru untuk Taman Negara ini. Sebab kita merisau pengubahan identiti baru mungkin akan menjejaskan ketibaan pelawat. Itu sahaja perkongsian saya.

Dan yang akhir sekali Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya dengan rendah diri memohon kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini supaya kita dapat sama-sama memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan misi Kerajaan Negeri. Kejayaan yang bakal kita kecapi adalah hasil dari usaha yang digerakkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan semoga segala usaha yang kita laksanakan akan memberikan manfaat khususnya kepada rakyat negeri Pahang dan menjadikan negeri Pahang yang tercinta ini terus melakarkan sejarah gemilang dan mencapai kejayaan demi kejayaan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon…mohon menyokong RUU Perbekalan (2024) yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Wakil daripada Kerajaan EXCO Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang. Seterusnya kita menjemput EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Dato’ Speaker. Salam sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk membahaskan usul Belanjawan yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada Isnin lepas. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana telah membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2024 yang bertemakan “Negeri Stabil, Rakyat Sejahtera”.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Bagi pihak Agensi Kementerian Sumber Manusia, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan pihak Menteri Besar yang telah membentangkan sebanyak

RM4.51Juta bagi melaksanakan pelbagai program dan projek bagi menyediakan lebih banyak ruang dan peluang pekerjaan buat golongan pencari kerja. Jika dilihat kembali, antara salah satu langkah yang akan memberi impak yang tinggi adalah menerusi penyediaan Pangkalan Data Utama Pekerjaan Pahang atau lebih di kenali CariKerja@Pahang bagi menyelaras data-data peluang pekerjaan yang sedia ada. Langkah ini akan dibangunkan dengan kerjasama PERKESO menerusi MYFutureJobs (Portal Pekerjaan Nasional Malaysia) sehingga bulan September 2023. MYFutureJobs telah membantu seramai 4,829 pencari kerja di negeri Pahang. Usaha ini merupakan usaha yang dibuat bagi memperkukuhkan lagi kerjasama dan penyelarasan program antara pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya percaya bahawa sebarang insiden kemalangan atau penyakit boleh memberi kesan yang buruk kepada individu dan persekitaran sosial. Berdasarkan kepada Pocket Stat Suku Ke-4 yang yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 384,400 individu di negeri ini yang berumur antara 15 hingga 64 tahun yang telah dikategorikan sebagai Luar Tenaga Buruh pada tahun 2022. Golongan Luar Tenaga Buruh ini adalah golongan yang tidak berada di bawah senarai sebagai pekerja ataupun penganggur, namun mereka adalah penyumbang kepada kestabilan dan pembangunan isi rumah di negeri ini.

Bagi memastikan perlindungan keselamatan sosial terhadap golongan ini dapat disediakan, Kerajaan Negeri Pahang akan turut mengkaji semula peruntukan tambahan bagi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Ini adalah bagi memastikan golongan ini diliputi dibawah khususnya buat golongan yang kurang berkemampuan, yang mana selari dengan apa yang disediakan di bawah Peruntukan Belanjawan 2024 Malaysia Madani.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Sehingga 19 November 2023, sebanyak 7,035 Suri Rumah Berinsurans (SRB) berdaftar di negeri ini di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR). Pada tahun ini sahaja, sebanyak 37 kes telah dilaporkan dengan nilai pampasan faedah sebanyak RM61,900.00. Bagi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) sehingga September 2023, seramai 45,900 Orang Bekerja Sendiri (OBS) telah didaftarkan di negeri ini dan telah memanfaatkan sebanyak 156 pekerja pada tahun ini dengan jumlah pampasan sebanyak RM645,300.00.

Saya percaya kerjasama Pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di dalam Kerajaan Perpaduan pada hari ini akan dapat memastikan manfaat yang menyeluruh dapat disediakan kepada rakyat di negeri ini selain menarik lebih banyak peruntukan yang disediakan bagi manfaat kepada rakyat dan agensi kebajikan yang berkaitan di negeri ini.

Untuk makluman sidang Dewan yang mulia, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk mendepani cabaran dalam aspek pekerjaan di bumi makmur ini. Majlis Pekerja Negeri Pahang telah memasuki fasa akhir bagi Pembangunan Rangka Tindakan dan Pelan Strategik Majlis Pekerja Negeri Pahang. Program-program yang dianjurkan oleh Majlis Pekerjaan Negeri Pahang atau dikenali MPNP bagi menjayakan Pelan Strategik ini telah disambut baik oleh semua pihak dan Kerajaan Negeri berjaya mendapatkan hasil yang positif dalam mengenalpasti isu cabaran yang dihadapi oleh pihak industri, agensi, penyedia latihan dan institusi.

Antara isu dan cabaran utama yang dihadapi adalah ketidaksepadanan pekerja dan pendidikan. Di antara Pelan Strategik Majlis Pekerja Negeri Pahang (2023-2028), beberapa langkah telah dicadangkan bagi mengatasi isu dan cabaran tersebut. Terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana telah meluluskan beberapa langkah yang dicadangkan oleh Majlis Pekerja Negeri Pahang (MPNP).

Analisis Keberkesanan terhadap peluang pekerjaan negeri Pahang iaitu Kajian untuk memahami perubahan lanskap pekerjaan dan sumber manusia berdasarkan sektor industri di Pahang. Siri Forum “Pekerja Harmoni, Ekonomi Lestari”.

Pada 2023, program ini telah berjaya menarik lebih daripada 100 penyertaan yang terdiri daripada Jabatan/Agensi/Badan Bukan Kerajaan / Institut Pengajian Tinggi dan Pemain Industri di negeri Pahang. Program ini adalah satu medium kepada pihak Kerajaan Pahang untuk mendapatkan input dan mengenalpasti langkah atau perkara yang perlu ditambah baik bagi mengatasi isu berkaitan tenaga kerja di taman-taman industri negeri.

Karnival Kerjaya Negeri Pahang, karnival ini akan dilaksanakan di semua daerah di negeri Pahang yang akan melibatkan kerjasama Jabatan/Agensi/Badan Bukan Kerajaan/Institut Pengajian Tinggi dan Pemain Industri di negeri Pahang.

Kerajaan Negeri juga turut memperkenalkan Pahang 1st Job yang mana sejumlah RM1.5Juta telah diperuntukkan untuk program ini. Program ini bakal memberikan manfaat kepada 100 graduan anak Pahang yang akan melibatkan kerjasama organisasi atau syarikat pelabur yang akan memberi sokongan, bimbingan dan peluang kepada graduan yang baru tamat belajar untuk memasuki pasaran pekerjaan atau industri tertentu. Program ini bertujuan untuk memberi pengalaman praktikal kepada graduan dan membantu mereka sesuai kan diri dengan keperluan pasaran pekerjaan. Setiap graduan yang terpilih akan dibantu sebanyak RM2,500.00 sebulan untuk tempoh 6 bulan.

Sistem Pengkalan Data Utama Pekerjaan Pahang atau lebih dikenali CariKerja@Pahang juga antara perkara yang diluluskan oleh Menteri Besar Pahang dalam Belanjawan Negeri Pahang 2024. Sistem ini merupakan sebuah medium yang menggabungkan maklumat berkaitan peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat. Yang Berhormat, hadap ke mari bukan hadap ke sana. Ha… macam itu. Okey.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Sebab tempat kecil sangat. Nak letak tak cukup.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh. Bukan hadap ke belah sana tapi ke depan.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Tuan Speaker. Saya sambung ya. Menggabungkan maklumat berkaitan peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat untuk mencapai objektif padanan pekerjaan. Sistem ini berupaya mengemaskini secara automatik data berkaitan jawatan

yang telah atau akan diisi. Sistem ini membantu memudahkan antara pencari kerja dan majikan yang mencari pekerja baru.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Untuk portfolio Hal Ehwal Pengguna. Bagi pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kos Sarah Hidup (KPDN) beberapa inisiatif telah dilaksanakan seperti berikut. Program Jualan Rahmah merupakan program Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di bawah inisiatif Payung Rahmah bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat. Program Jualan Rahmah adalah program er… koperasi… kolaborasi bersama pemain industri sektor peruncitan seperti pasar raya dan hypermarket yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian di antara 10% hingga 30% lebih murah daripada harga pasaran tempatan.

Program Jualan Rahmah di negeri Pahang ini telah dimulakan pada bulan April tahun ini serentak di 11 daerah di negeri Pahang. Antara barang-barang yang dijual semasa program ini adalah ayam segar, beras, telur ayam, minyak masak 2 kg, minyak masak 5 kg, tepung gandum, biskut, Milo, bawang besar, susu pekat, bihun, maggi, sardin, kicap, cecair pencuci tangan er… pinggan, sabun basuh baju, sos cili dan tomato, sayur-sayuran, ikan, buah-buahan dan barang keperluan asas yang lain.

KPDN telah memperkenalkan Hero Pengguna untuk membentuk komunikasi pengguna…

Mohon mencelah sedikit. Boleh Yang Berhormat? Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencelah sedikit nak bertanya. Saya ingin mendapat sedikit penjelasan tentang Jualan Rahmah ini. Terima kasihlah pihak kerajaan kerana menganjurkan Jualan Rahmah cuma pertanyaan saya adakah dengan potongan harga yang diberikan dalam Jualan Rahmah itu ditampung kosnya oleh pihak kerajaan subsidi ke ataupun nilaian itu. Bila dia bagi potongan 10% ke 30%, adakah 10% dan 30% itu dibayar oleh pihak kerajaan kepada peniaga ini.

Sekiranya tidak, kenapa kita tak buat Jualan Rahmah ini secara harian dan diluaskan kepada semua pasar raya ataupun pasaran di tempat-tempat setiap hari di semua tempat. Kenapa perlu buat sebulan sekali atau seminggu sekali sahaja Jualan Rahmah kalau tidak melibatkan kos daripada pihak kerajaan. Tapi kalau sekiranya melibatkan kos ditampung dengan subsidi pihak kerajaan kerana beri diskaun itu kepada… kepada rakyat, maka berapa banyak yang telah kita perlu tampung dalam Jualan Rahmah ini setiap kali kita buat. Terima kasih.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih er… Beserah. Memang er… Jualan Rahmah ini adalah subsidi yang di er… dibuat oleh kementerian nak memberi satu bajet kepada pasar raya dan kita pilih beberapa item yang kita kan er… yang selalu orang beli dan kita kerana itulah… kita kurangkan okey. Memang bersubsidi okey. Kalau tiap-tiap hari bankraplah kerajaan.

Ya, kalau boleh kita tahu berapa kos subsidi yang ditampung oleh pihak kerajaan untuk menjalankan… menjayakan Jualan Rahmah ini setiap minggu ataupun setiap bulan. Terima kasih.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Okey er… terima kasih Beserah lagi. Yang kos kita tampung kepada satu hypermarket, pada satu masa yang jualan itu mungkin dalam RM10,000.00 atau RM15,000.00 kita kena tengok keadaan okey, tapi kita untuk er… setiap Parlimen sebulan kita memang buat 2 kali. Kita tak boleh buat, kita memang tak ada peruntukan cukup untuk setiap hari. Kalau bukan er… kalau bagi saya, saya ingin juga tapi bajet kita terhad. Saya sambung ya. Maaf, kena pusing sini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang… Yang Berhormat, dia begini. Kalau harga itu RM1.50, Jualan Rahmah harga dia RM1.30. RM0.20 itu ditanggung oleh er… ditampung oleh kerajaan. Haa… dia macam itulah. Itu subsidi dia. Terima kasih, bukanlah saya nak menjawab saya nak bagi kefahaman.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham sebab itu Jualan Rahmah ini terpaksa dihadkan jumlah dan bilangan serta lokasi sebab saya tak tahu kos menganjurkan Jualan Rahmah ini. Tapi kalau sekiranya dengan kos yang besar begini, kita boleh agihkan kos itu kepada pasar raya-pasar raya di tempat-tempat seluruh daerah seluruh tempat ianya boleh menampung lebih luas dan lebih besar market dia pasarannya berbandingkan dengan penumpuan kepada satu-satu tempat dan penganjurannya.

Setiap kali nak menganjur, bukan setakat kos barang kena tampung lain pun kena tampung juga dengan khemahnya, dengan pelbagai tempat yang ini semua kita kena ambil kira. Mana lebih baik kalau kerajaan ada kaedah dia mana lebih baik kita… kos yang kita ada ini, subsidi yang ditampung ini diluaskan kepada pasar raya-pasar raya yang ada di seluruh negeri Pahang. Jadi semua rakyat dapat menikmati, walaupun sedikit rakyat akan menghargai tersebut berbanding dengan kita menganjurkan sedikit ataupun satu masa satu masa tertentu. Terima kasih.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih er… saya ingin menjawab sebab untuk RM15,000.00 itu memang tak berapa banyak sebenarnya okey kadang-kadang kita bincang dengan hypermarket kita cuba apa yang kita boleh tolong rakyat, kita tolongkan okey dan untuk makluman Beserah, kalau kita jual Rahmah pada satu market, dari awal pagi orang dah menunggu. Kalau you pecahkan, mungkin dalam RM5,000.00 mungkin 1 jam, 2 jam sudah habis. Itu sebab, kita… ia dari pagi sampai malam, dia kena controllah. Rm15,000.00 itu memang tak banyak tapi itu hanya hak kerajaan boleh membantu kepada rakyat. Terima kasih…

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Minta mencelah sedikit. Saya nak tanya Wakil Kerajaan. Okey kerajaan ada buat tak Jualan Rahmah kat Beserah. Ada tak buat?

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Setiap er… untuk terima kasih Tioman. Untuk er… sesiapa ADUN di Dewan ini banyak kali saya sudah bangkit kalau sesiapa nak buat Jualan Rahmah pada tempat dia boleh hubungi saya, kalau nak keluarkan phone ini mungkin sudah ke er… sudah berapa kali saya pun tak tahu la 012-9818819 hubungi saya la, saya akan aturkan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya nak ucapkan terima kasihlah kepada Wakil Kerajaan Negeri kerana di Rompin itu semua ADUN-ADUN dapat. Terima kasih.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih. Kita akan pilih setiap Parlimen sebulan dua kali. So, kalau macam Parlimen Indera Mahkota kita buat either di Semambu atau di Beserah, kita akan buat. Okey, so kalau Beserah ingin nak hubungi saya, memang kita kawan lama boleh call la saya, kita aturkan. Okey, terima kasih Beserah. Tuan Speaker, saya sambung ya. [Ahli Dewan ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, teruskan Wakil…

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Beserah tak dapat itu marah itu sangat itu. [ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Selepas ini dia dapat dah insya-Allah.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Untuk er… KPDN telah memperkenalkan kerja er… Hero Pengguna untuk membentukkan komuniti pengguna yang berdaya upaya, menggalakkan kerjasama kementerian bersama sektor bukan kerajaan demi kepentingan pengguna er… membantu melaksanakan program aktiviti kepenggunaan dan membantu dalam memantau dan melaporkan kepada kementerian dengan saluran yang betul.

Justeru itu, para pengguna perlu memilikan… memiliki ilmu yang dan pengetahuan bagi memastikan mereka dapat membuat pilihan yang bijak dalam membuat pembelian. Pengguna perlu didedahkan dengan hak-hak pengguna termasuklah pengetahuan dalam membuat tuntutan terus guna agar tidak terus tertipu dan ditindas. Dalam hal ini, pihak KPDN secara berterusan akan meningkatkan program pendidikan kepenggunaan kepada pengguna termasuklah mereka yang di luar bandar.

Pejabat…pegawai… pelbagai program advokasi telah disusun sepanjang tahun 2023. Di antaranya adalah melalui penglibatan swasta, NGO-NGO dan komuniti di seluruh negeri Pahang serta Kelab Pengguna Sekolah. Tahniah diucapkan kepada er… Kelab Pengguna Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Kemayan, Bera kerana telah berjaya mendapat tempat ke-5 peringkat Kebangsaan anjuran KPDN yang diadakan di Miri, Sarawak pada bulan Ogos lalu. Tepuk la sedikit. [Ahli Dewan menepuk meja]

Kempen Beli Barangan Malaysia adalah langkah kerajaan melalui KPDN dalam meneruskan usaha bagi memartabatkan barangan Malaysia dikala isu kos sara hidup yang meningkat dan krisis ekonomi melara… melanda seluruh dunia ketika ini. Antara inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan pada tahun ini termasuklah melalui er… inisiatif langkah

memasar… memasarkan produk tempatan di dalam industri peruncitan tempatan dan platform dalam talian, inisiatif media animasi digital, inisiatif jualan bertema berdasarkan segmen khusus. Negeri Pahang telah diberi pengiktirafan sebagai tuan rumah untuk Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 Zon Pantai Timur yang telah diadakan pada 25 Ogos hingga 27 Ogos 2023 bertempat di Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang.

KPDN Pahang sentiasa memastikan hak-hak para pengguna sent… sentiasa dilindungi. Melalui aktiviti penguatkuasa, jumlah keseluruhan pemeriksaan yang dilaksanakan oleh anggota Penguatkuasa KPDN sehingga kini sebanyak 54,610 peperiksaan dari Januari hingga 5 Disember 2023. Daripada jumlah ini, sebanyak 671 kes dihasilkan untuk dibawa ke peringkat perundangan. Selain itu, sebanyak RM446,200.00 kompaun dibayar, manak… manakala denda yang dijelaskan pula berjumlah RM32,000.00 dan nilai rampasan pula berjumlah nilai RM1.856 juta. Contohnya barangan yang dirampas adalah seperti minyak diesel, minyak masak bersubsidi, lori disita dan lain-lain. Saya sendiri sebagai EXCO Hal Ehwal Pengguna telah turun padang lebih daripada 20 kali bersama anggota Penguatkuasa KPDN Pahang.

Pihak KPDN Negeri Pahang mengalu-alukan agar para pengguna untuk bersama membantu menjadi mata dan telinga Kementerian, bagi Pihak Kementerian melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan oleh peniaga melalui pelbagai medium. So, saya mintalah kalau sesiapa er… yang berada dalam Dewan ni, kalau kalau ingin membuat laporan boleh call saya atau call kepada Portal e-aduan KPDN okey. Nombor telefon juga? Tak payahlah, banyak kali sudah bangkit nanti orang marah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Akhirnya, saya juga ingin me… mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Pemangku Raja Pahang di atas sokongan dan dorongan tiada belah… membuat Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan selam…selama saya berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Dengan segala peruntukan dan perancangan yang telah disediakan akan dilaksanakan nanti, sudahlah tentu akan lebih memajukan, mensejahterakan dan memakmurkan lagi negeri Pahang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Dato’ Sri, saya… saya nak book awal bulan Januari, Jualan Rahmah boleh buat di Kuala Sentul.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Kalau minta macam ni kenalah [Ahli Dewan ketawa]. Terima kasih, saya akan.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Terima kasih.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

…aturkan [Ahli Dewan ketawa].

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang. Seterusnya kita menjemput er… ni EXCO yang terakhir untuk pagi ini iaitu EXCO Komunikasi dan Multimedia Belia Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. Silakan untuk buat penggulungan.

Bismillahirrahmanirahim, [Bahasa Arab]. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dikurniakan kesihatan yang baik untuk sama-sama melunaskan tanggungjawab dan amanah yang disandarkan kepada kita sebagai Wakil Rakyat.

Seterusnya patik menjunjung setinggi-tinggi kasih ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatudin Al-Mustafa Billah Shah atas segala keprihatinan dan kesungguhan dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini terus diberi keutamaan tertinggi.

Asah kapak tajam beliung, Terbang mari kayu berduri, Tuanku umpama kemuncak payung, Patik di bawah berteduh diri.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Belanjawan Pahang 2024 yang dibentangkan dua hari lalu merupakan sebuah manifestasi kepada momentum prestasi pentadbiran yang positif dan tadbir urus yang cekap lagi efisyen sejak lima tahun kebelakangan ini yang telah berjaya mencorak pembangunan yang konsisten dan menjana komitmen serta usaha yang berterusan terhadap kemakmuran dan kesejahteraan rakyat di negeri ini. Kerana itulah, belanjawan kali ini diyakini bakal diraikan seluruh lapisan rakyat lantaran pelbagai inisiatif berbentuk bantuan dan kebajikan telah diteruskan seperti Program Bantuan Prihatin Pahang, Juadah Makmur, Program Bakul Makanan, Bantuan Jaminan Makanan, Bantuan Khas Kewangan Untuk Penjawat Awam, Program Rumah Rakyat Pahang serta pelbagai lagi bantuan menerusi pelbagai agensi termasuklah Yayasan Pahang.

Apa yang nyata, Kerajaan Negeri kekal konsisten untuk memastikan pelbagai bentuk bantuan dapat disalurkan kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit,

pegangan agama dan sudah pastilah tanpa mengira fahaman politik. Kerana itulah, setiap golongan sasar yang menerima bantuan ini merangkumi petani, nelayan, murid sekolah, pelajar IPT, anak muda, ibu tunggal, warga emas, Orang Asli, golongan UK…OKU, muaalaf, wanita, usahawan dan banyak lagi golongan, Semuanya bakal mendapat manfaat dari pakej bantuan yang digariskan dalam bejan… belanjawan kali ini.

Atas dasar ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail atas kejayaan menerajui Kerajaan Negeri Pahang dengan cekap, efisyen dan berprestasi tinggi sekaligus berupaya membentangkan satu naskhah belanjawan yang cukup komprehensif serta menyeluruh demi kepentingan rakyat [Ahli Dewan menepuk meja].

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Selanjutnya saya mengambil kesempatan dan ruang ini untuk mengulas beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh portfolio saya berkait Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. Insya-allah saya akan cerakinkan jawapan-jawapan kepada persoalan-persoalan yang dibangkitkan kepada beberapa bahagian.

Pertamanya Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya akan mengulas berkait dengan portfolio Belia dan Sukan. Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Sungai Lembing berhubung pelaksanaan program-program kepimpinan belia khususnya program Pemerkasaan Belia atau YES dan program-program sukarelawan anak muda Pahang. Sukacitanya saya memaklumkan bahawa Program Pemerkasaan Belia YES Pahang ini adalah program yang telah diperkemas dan ditambah baik daripada modul asalnya iaitu daripada Modul Kursus Pengurusan Organisasi Kementerian Belia dan Sukan.

Melalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Belia dan Sukan Pahang serta Majlis Belia Negeri Pahang telah memperkemaskan model atau Modul Pembangunan Belia ini dengan pemerkasaan dan pembangunan kendiri serta jati diri bagi meningkatkan keupayaan belia untuk bersaing serta berdikari pada masa depan. Program YES Pahang ini akan melalui 3 peringkat iaitu peringkat daerah YES Pahang 1, peringkat zon YES Pahang 2 dan peringkat-peringkat ketiga iaitu di peringkat negeri, YES Pahang 3.

Pelaksanaan prog… Program YES Pahang 1 akan dilaksanakan di setiap daerah yang melibatkan 11 siri pelaksanaan dengan penyertaan seramai 330 orang bakal pemimpin belia dan anak muda yang berumur di antara 18 hingga 30 tahun. Manakala, Program YES Pahang 2 pula melibatkan tiga zon iaitu Zon Pahang Utara, Zon Pahang Tengah dan Zon Pahang Timur dengan penyertaan seramai 120 orang peserta terpilih dan terbaik, hasil daripada pelaksanaan Program YES Pahang1st.

Seterusnya di peringkat terakhir pelaksanaan iaitu Program YES Pahang 3, ianya dilaksanakan di peringkat negeri yang akan melibatkan seramai 60 orang peserta terbaik dari peringkat yang telah terpilih daripada Program YES Pahang 2. Untuk pelaksanaan kesuluruhan Program YES Pahang ini Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan belanja sebanyak RM350,000.00. Output daripada program ini dijangka dapat melahirkan pemimpin anak muda yang lebih dinamik, matang serta boleh berdikari dalam menangani pelbagai cabaran pada masa depan.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Berkenaan program kesukarelaan di kalangan anak muda, Kerajaan Negeri sentiasa komited menggalakkan inisiatif kesukarelawanan agar menjadi amalan di kalangan masyarakat khususnya di kalangan anak muda. Minat golongan anak muda terhadap kerja-kerja sukarela dilihat semakin meningkat dengan rekod pendaftaran bagi menyertai inisiatif sukarela yang dikongsikan oleh Jabatan Belia dan Sukan Pahang pada Disember 2021 hingga November 2023, mencatatkan pendaftaran baharu belia yang terlibat dengan aktiviti sukarela ini adalah berjumlah seramai 30,000 orang.

Sukarelawan ini meliputi anak muda yang terlibat secara langsung dalam gerak kerja sukarelawan pengurusan acara sukan, dalam bencana dan juga kelestarian alam. Pembangunan aktiviti kesukarelawan di kalangan anak muda ini adalah perlu dengan menyediakan latihan-latihan dan kursus-kursus serta ins... insentif berkaitan dengan aktiviti kesukarelaan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam, Agensi Pengurusan Bencana Malaysia atau NADMA dan juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan...

Minta laluan sikit... sekejap je.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Terima kasih. Pertama ucap terima kasihlah atas kerjasama yang diberi oleh pelbagai agensi yang diberi dalam kesukarelawan ni bila berlaku bencana. Cuma saya ingin dapat sedikit penjelasan, kita tahu bahawa pelbagai agensi NGO yang turut sama sebenarnya membantu kerajaan, bantu orang ramai bila berlaku bencana. Sebahagian besar NGO ini dia ada dana masing-masinglah, dia akan turun. Apakah pihak Kerajaan tidak berhasrat untuk satu pengiktirafan pada NGO kita yang banyak menyumbang? Yang kedua, menyediakan sedikitlah peruntukan, paling tidak pun musim banjir, mereka ni angkut er... segala er... kalau boleh ada peruntukan kepada NGO dapat disalurkan, saya fikir ini lebih baik bagi kolaborasi antara pihak kerajaan.

Terima kasih er...Yang Berhormat Cheka atas soalan yang dipertanyakan. Sebenarnya memang Kerajaan Negeri Pahang ada menubuhkan satu pertubuhan ketumbukan belia yang dinamakan sebagai Sukarelawan Anak Muda Pahang yang di mana dianggotai oleh pelbagai pertubuhan belia termasuklah Majlis Tindakan Sosial Pahang dan juga belia-belia yang aktif di peringkat daerah. Dan setiap kali bencana er… Sukarelawan Anak Muda Pahang ini akan mendapat bantuan dan sokongan daripada Kerajaan Negeri Pahang. Terima kasih Yang Berhormat Cheka.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kawasan Lepar berkenaan kebajikan dan kelangsungan atlet-atlet di masa hadapan, sememangnya, Kerajaan Negeri Pahang sentiasa memberi tumpuan khusus kepada perkara ini. Selain

daripada kenaikan elaun atlet dan gaji jurulatih yang telah saya sebutkan semalam, insentif-insentif tetap turut diberikan kepada atlet yang mewakili negara di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, 4 orang atlet hoki yang sedang bertanding di Piala Dunia Remaja diberikan insentif sebanyak RM1,000.00 seorang selain daripada elaun wang saku.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mempunyai kadar tetap dalam pemberian insentif ke... kemenangan kepada atlet Pahang yang memenangi pingat di Temasa... di Temasya Sukan Antarabangsa sebagai contoh yang terkini, pembayaran insentif sebanyak RM10,000.00 diberikan kepada Nur Shazrin Mohamad Latif yang memenangi pingat emas pertama pelayaran di Temasya Sukan Asia Hangzhou yang lalu.

Bagi menjamin kebajikan dan kerjaya bekas-bekas atlet, Kerajaan Negeri telah memberi ruang dan peluang pekejaan kepada mereka. Sebagai contoh, di Majlis Sukan Pahang itu sendiri ketika ini terdapat 18 orang bekas atlet yang dilantik sebagai kakitangan pentadbiran. Selain itu, kerjasama di antara Majlis Sukan Pahang dengan pihak Suranjaya Perkhidmatan Awam Pahang, Majlis Bandaraya Kuantan, Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang juga telah membuka ruang bagi penawaran khas kepada bekas-bekas atlet dalam pengisian jawatan kosong. Kerjasama ini juga akan diteruskan bersama dengan State GLC Pahang dan juga badan-badan korporat yang lain.

Dalam bidang kejurulatihan pula, pada masa ini terdapat 59 orang bekas atlet yang telah dilantik sebagai jurulatih dalam pelbagai bidang sukan di negeri ini meliputi 25 atlet... meliputi 25 jurulatih sepenuh masa dan 34 jurulatih sambilan. Antara bekas atlet yang sedang menjadi jurulatih di Majlis Sukan Pahang ketika ini adalah Iskandar Arshad bagi sukan sepak takraw, Zainudin Joseph bagi sukan angkat berat, Nur Thahira Tasnim bagi sukan petangue, Sufian Mohamad bagi sukan hoki dan ramai lagi yang saya tidak dapat sebut satu persatu.

Pihak Majlis Sukan Pahang juga dalam perbincangan peringkat akhir bagi melantik juara atau jaguh silat dunia, johan tiga kali, Al-Jufferi Jamari bagi menerajui Program Pembangunan Silat di negeri Pahang. Kesemua bekas-bekas atlet ini pula akan diberi peluang dengan mengikuti kursus-kursus sains sukan dan kejurulatihan yang lebih spesifik untuk memastikan mereka menjadi jurulatih yang benar-benar berkelayakan dan berkaliber.

Kecemerlangan akademik dan kemahiran juga turut diberi perhatian bagi memastikan atlet Pahang kekal relevan dalam pasaran kerja semasa. Mer... memorandum persefahaman telah ditandatangani dengan beberapa institusi pengajian tinggi bagi memberi ruang kepada atlet melanjutkan pengajian ke peringkat universiti mahupun pengajian kemahiran.

Antara institusi yang telah bekerjasama ialah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi MARA Jengka, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Politeknik Muadzam Shah, Kolej Komuniti dan Kolej Politek MARA. Semoga segala usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang ini bakal memberi nilai tambah kepada segala pengorbanan dan perjuangan atlet-atlet yang selama ini telah bertungkus lumus mengharumkan nama negeri dan negara di persada antarabangsa.

Menjawab soalan Yang Berhormat Beserah, yang bertanya mengenai apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan prestasi sukan bola sepak Pahang dan memastikan pemain bola-bola sepak Pahang ini tidak berhijrah ke pasukan atau ke negeri lain, sukacita saya memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang sememangnya sedia maklum bahawa sukan bola sepak ini adalah sukan paling popular di negeri ini, di negara malah di dunia.

Bagi memastikan bakat bola sepak Pahang tidak berhijrah ke pasukan lain, mulai tahun 2019, pihak Majlis Sukan Pahang telah memulakan langkah, mendaftar pelatih Akademi Mokhtar Dahari di Gambang sebagai atlet SUKMA negeri hasil inisiatif ini boleh dilihat apabila Negeri Pahang telah merangkul gelaran Naib Juara, Piala Presiden dan Piala Belia pada tahun lalu.

Selain Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari, negeri Pahang juga telah melaksanakan Projek Pembangunan Bola Sepak di peringkat akar umbi iaitu Akademi Tunas yang memberi fokus kepada pelatih berumur 12 tahun iaitu di Sekolah Kebangsaan Tanjung Lalang, Temerloh, Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam Rompin, Sekolah Kebangsaan Teruntum Kuantan dan Kompleks Rakan Muda di Raub. Program ini diteruskan bagi pelatih berumur 13 hingga 17 tahun pula dengan mewujudkan pusat latihan daerah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bahagia dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang di Temerloh, Sekolah Menengah Kebangsaan Pelindung Kuantan, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Rompin dan Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford di Lipis.

Kerajaan Negeri turut memberi bantuan kepada kelab-kelab bola sepak swasta dan melaksanakan program pembangunan contohnya seperti Rhino Football Academy dan juga Pahang Rangers dan pelbagai lagi kelab-kelab swasta yang lain. Justeru, adalah diharapkan kesinambungan dapat dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang dan Sri Pahang FC sendiri untuk menawarkan pakej yang lebih baik ini adalah disebabkan pada peringkat lebih tinggi seperti Liga Super, Liga Perdana dan lain-lain Liga yang dikendalikan oleh FAM dan Malaysia Football League MFL. Setiap pemain bola sepak adalah tertakluk kepada tawaran kontrak dan lesen di bawah kendalian Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang dan Sri Pahang FC sendiri.

Dato' Sri Yang di-pertua,

Saya mengucapkan terima kasih terhadap tambahan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi persediaan Pahang untuk menghadapi SUKMA yang akan berlangsung di Sarawak pada September tahun depan. Ini merupakan peruntukan tambahan yang sangat diperlukan bagi menampung kos berjutaan ke Sarawak yang sebelum ini telah diluluskan dalam belanja mengurus berjumlah RM5.7 juta namun hanya melibatkan 26 jenis sukan sahaja. Untuk makluman, penganjuran SUKMA Sarawak telah membuat penambahan 7 jenis sukan baru yang memerlukan peruntukan tambahan. Bagi memastikan atlet Pahang terus kekal dalam persaingan di peringkat SUKMA program pembangunan akar umbi perlu terus dipertingkatkan.

Justeru, kemudahan sukan sedia ada, khususnya kemudahan-kemudahan latihan di Sekolah Sukan Negeri Pahang Seberang Temerloh, serta program penyertaan dan persediaan pasukan Majlis Sukan sekolah-sekolah Pahang di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang perlu diberi perhatian kerana ia merupakan medium penyediaan bakat-bakat atlet pelapis negeri Pahang. Majlis Sukan Pahang juga akan memberi tumpuan kepada dua jenis sukan yang menawarkan jumlah pingat yang tinggi iaitu olahraga 45 pingat dan akuatik 53 pingat.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Berhubung portfolio Komunikasi dan Multimedia, saya ingin memaklumkan bahawa inisiatif JENDELA Yang bermula pada suku kedua tahun 2020 telah menetapkan tiga aspirasi utama yang perlu dicapai. Pertamanya, meningkatkan liputan perkhidmatan 4G di kawasan berpenduduk dari 80.91% kepada 96.9%. Kedua, meningkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih sehingga 35 Mbps. Ketiga, perluasan rangkaian gentian optik dengan keupayaan

gigabyte dari 49.8% kepada 83% di premis kediaman, komersial, industri, bangunan kerajaan dan institusi pendidikan.

Justeru, untuk mencapai matlamat yang ditetapkan di bawah inisiatif JENDELA, terdapat 4 projek utama yang telah dan sedang diusahakan di seluruh negeri Pahang iaitu yang pertama pembinaan 270 menara telekomunikasi yang baru menaik taraf 932,902 stesen pemancar sedia ada rangkaian 4G ketiga menyediakan capaian internet jalur lebar teknologi satelit di 69 perkampungan Orang Asli dan yang keempat menyediakan rangkaian gentian optik di 118,260 premis di seluruh negeri Pahang.

Dato’ Sri yang di-Pertua,

Berdasarkan kepada pencapaian semasa, setelah inisiatif JENDELA ini dilaksanakan, kadar liputan 4G di kawasan berpenduduk di negeri ini telah berjaya ditingkatkan daripada 89.1% iaitu sebelum projek JENDELA bermula kepada 94.33% pada suku ketiga tahun ini. Kadar ini dijangka akan terus meningkat apabila baki 170 lagi menara telekomunikasi disiapkan pada pertengahan tahun hadapan. Manakala, bagi pelaksanaan 5G di Pahang oleh Digital National Berhad atau DNB, iaitu anak syarikat milikan penuh Kementerian Kewangan. Ianya telah bermula pada penghujung tahun lalu bagi menyiapkan sebanyak 361 tapak di negeri Pahang. Daripada jumlah tersebut sehingga 30 September tahun ini, sebanyak 244 tapak di Pahang telah siap dibangunkan oleh DNB. Manakala baki 117 tapak lagi sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan dan dijangka siap secara berperingkat sehingga penghujung tahun ini.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Setiap stesen pemancar yang beroperasi mestilah memenuhi tahap piawaian kualiti yang ditetapkan berdasarkan kepada garis panduan Mandatory Standard on Quality of Service, MQ…MSQOS. Pihak MCMC juga pada masa yang sama turut menjalankan audit dan ujian kualiti dari masa ke semasa bagi mastikan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat telekomunikasi memenuhi standard yang ditetapkan. Semenjak bermulanya pandemik COVID kebergantungan pengguna kepada capaian internet merekodkan peningkatan mendadak khususnya bagi menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran di rumah, bekerja dari rumah, penggunaan media sosial dan transaksi atas talian. Oleh yang demikian, dalam keadaan kapasiti yang terhad, peningkatan pemintaan yang mendadak boleh mengakibatkan kelajuan internet menurun dan kualiti perkhidmatan yang kurang memuaskan.

Sehubungan itu, pihak MCMC memohon kerjasama daripada kesemua Ahli Yang Berhormat supaya dapat menyalurkan maklumat mengenai aduan dan masalah perkhidmatan telekomunikasi di kawasan masing-masing secara terus kepada MCMC agar dapat dijadikan panduan dalam rangka pembangunan infrastruktur baru dan penambahbaikan kapasiti serta kualiti sedia ada.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Bagi menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Chini berkenaan kempen kesedaran jenayah online selain tindakan pencegahan dan penguatkuasaan di ambil oleh pihak MCMC perkara yang turut diberi keutamaan ialah meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung aktiviti yang salah di sisi undang-undang termasuklah kegiatan penipuan atas talian dan jenayah telekomunikasi. Justeru dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran di kalangan rakyat negeri Pahang, Kerajaan Negeri Pahang bersama MCMC telah menggerakkan pelbagai program evokasi untuk pengguna yang dinamakan 'Klik dengan Bijak'.

Berdasarkan rekod sehingga 30 Oktober tahun ini, sebanyak 24 program evokasi telah dilaksanakan oleh MCMC di seluruh negeri Pahang dengan melibatkan seramai 9,200 orang audience yang terdiri daripada orang awam, kakitangan kerajaan, pelajar IPTA dan juga pelajar sekolah menengah. sehubungan itu, program 'Klik dengan Bijak' ini akan diteruskan pada tahun 2024 dan pihak MCMC bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana agensi, jabatan kerajaan, pihak NGO dan institusi pendidikan yang memfokuskan kepada perkongsian informasi berkenaan jenayah siber, penipuan atas talian atau yang seumpama dengannya. Dato' Sri Yang di-Pertua,

Sebagai penutup, dalam usaha memakmurkan negeri, perancangan dan strategi yang digarap melalui Belanjawan Pahang 2024 ini menagih kebersamaan setiap daripada kita di Dewan yang mulia ini. Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail sentiasa berusaha sehabis baik, sekaligus berjaya membuktikan bahawa Pahang mampu melonjakkan pendapatan setaraf dengan negeri maju yang lain berdasarkan prestasi ekonomi yang dicapai dua tahun kebelakangan ini.

Sesungguhnya asas kepada kemakmuran ekonomi yang membawa kepada kesejahteraan rakyat adalah berkait dengan kestabilan politik. Walaupun masih ada pihak yang terus menerus menafikan pencapaian cemerlang kerajaan negeri Pahang di bawah pimpinan Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail ini serta tanpa segan silu menghasut rakyat dengan menimbulkan pelbagai persepsi negatif. Namun sebilangan besar rakyat masih bijak menilai mana yang betul, mana yang salah.

Jika tidak ada jika ada ketidakpuasan hati untuk disampaikan, maka menegur janganlah sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki dan meminta jangan sampai memaksa. Sesungguhnya kita semua di Dewan yang mulia ini, walau siapa pun kita, kita tetap menghirup udara yang sama di bumi Allah Yang Maha Luas ini. Demikianlah sahaja Dato' Sri Yang di-Pertua, saya dengan ini menyokong Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2024. Assalamualaikum WBT.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Dato’ Sri Yang di-Pertua, mintak mencelah sikit boleh tak?

Yang di-Pertua (Speaker)

Kasi lah satu, satu soalan.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat EXCO di atas respons yang isu yang saya bangkitkan semalam. Cuma saya inginkan penjelasan yang lebih terperinci berkaitan dengan 30k sukarelawan yang telah mendaftar sebagai sukarelawan… sukarelawan sebagaimana yang telah disebut oleh EXCO tadi… Yang Berhormat EXCO tadi.

Bagaimanakah soalan saya… bagaimanakah kerajaan mengkoordinasikan mereka semua ini dan jika suatu bencana ataupun program amal ini ingin dilaksanakan di kawasan saya, bagaimanakah adakah saya boleh mendapatkan khidmat mereka ini dan bagaimanakah caranya? Sekian, terima kasih.

Baik, terima kasih Yang Berhormat Sungai Lembing atas soalan yang ditanya. Data yang direkodkan tadi, kalau tak silap saya adalah dalam tempoh tiga tahun melibatkan sukarelawan yang berdaftar di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Dan sukarelawan-sukarelawan ini adalah melibatkan sukarelawan-sukarelawan yang terlibat dalam aktiviti sukan, terlibat dengan pasca bencana atau selepas bencana dan juga sukarelawan yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti kelestarian alam dan di setiap daerah sendiri, Yang Berhormat boleh dapatkan khidmat sukarelawan-sukarelawan ini dengan berhubung terus dengan Pejabat Daerah dan Tanah di kawasan Yang Berhormat.

Sebab data-data ini juga diperolehi daripada daerah-daerah di seluruh negeri ini. Jadi saya rasa tak ada masalah untuk dapatkan khidmat mereka. Tinggal lagi, sukarela atau tidak mereka membantu Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Sikit je. Saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada wakil Kerajaan Negeri berhubung dengan pelancaran buat Jubli Emas Perbadanan Stadium Darul Makmur yang ke-50 dan juga pelancaran buku sejarah Perbadanan Stadium Darul Makmur. Syabas dan tahniah serta juga peruntukan yang besar yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri kepada portfolio berkenaan khususnya untuk anak muda. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya akan menempohkan persidangan ini di sebelah pagi ini. Tiga orang wakil kerajaan telah pun membuat penggulungan dan insya-Allah pada petang ini, lima orang lagi akan buat penggulungan. Jadi kita insya-Allah kita akan sambung persidangan kita pada pukul 2.30 petang.

Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan pada jam 1.05 tengah hari]

[Persidangan ditempohkan semula]

SAMBUNGAN MENIMBANG RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2024) 2023

Sambungan menimbang Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023Bill

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Sambungan menimbang Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023.

Yang di-Pertua (Speaker)

Salam sejahtera dan selamat petang. Persidangan kita disambungkan semula. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Yang Amat Berhormat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat sekalian. Kita masih lagi atas perkara menimbang Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023 dan pada petang ini, pihak kerajaan akan menyambung menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan yang lepas. Saya jemput Ahli Yang Berhormat, EXCO Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Sila.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah keizinan-Nya, maka dapat kita bersama-sama di dalam Dewan yang mulia pada hari ini. Saya memulakan penggulungan ini dengan merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang telah membentangkan Belanjawan 2024 Negeri Pahang.

Ternyata ianya merupakan bajet yang sangat prihatin menyentuh pelbagai aspek demi kemam… kemamuman… kemakmuran rakyat. Ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh portfolio saya iaitu EXCO Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan juga Keluarga Negeri Pahang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Negeri memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memelihara dan memperkasa kebajikan rakyat. Ia meliputi pelbagai aspek seperti kesihatan yang baik, keselesaan, kesejahteraan dan juga kemakmuran hidup. Usaha ini perlu dilakukan berterusan agar kebajikan dan keperluan rakyat sentiasa terbela. Oleh itu, Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang akan meneruskan usaha menangani isu-isu semasa bagi memastikan agenda kemam… kemakmuran rakyat diteruskan. Pelbagai inisiatif yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Pahang sepanjang tahun 2023 diakui memberi manfaat kepada rakyat.

Antara program yang dilaksanakan oleh jabatan adalah, yang pertama bagi memperkukuhkan tadbir urus dalam pengurusan bencana negeri Pahang, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM7.6 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Jawatankuasa Malapetaka Negeri Pahang. Selain itu, menaikkan kadar apungan tabung bantuan bencana di setiap daerah daripada RM20 ribu kepada RM50 ribu. Peruntukan ini meliputi perolehan bekalan bencana bagi tempoh simpanan keperluan bencana dan dari pangkalan hadapan. Tabung malapetaka daerah perolehan darurat semasa berlaku bencana. Pecahan penggunaan peruntukan adalah seperti berikut:

Yang Pertama, RM3 juta bekalan makanan kering untuk 159 pangkalan hadapan. Yang kedua, adalah RM2 juta melibatkan pembekalan barang keperluan asas dan refreshment kit. Yang ketiga, RM900 ribu bagi tabung malapetaka daerah dan yang keempat adalah RM336 ribu perolehan darurat iaitu penggunaan semasa berlaku bencana. Yang Kedua, Kerajaan Negeri juga memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat di mana penekanan kepada aspek kebajikan dan keperluan rakyat termasuk kebajikan warga emas dan OKU. Di mana program-program berkenaan adalah seperti berikut: Yang Pertama, perlaksanaan program Khidmat Bantu Di Rumah yang disebut KBDR ke atas warga emas dan OKU melibatkan peruntukan sebanyak RM1 juta. Program ziarah prihatin ini melibatkan JKM, Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang dan gabungan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan.

Program ini merupakan satu program yang memberi khidmat sokongan sosial kepada warga emas dan OKU terutama bagi mereka yang tinggal bersendirian atau bersama ahli keluarga yang memerlukan bantuan dan sokongan sosial. Program ini merupakan perkhidmatan yang bercorak pendampingan sosial kepada warga emas dan OKU di mana petugas KP… KBDR mengadakan lawatan ke rumah golongan sasaran yang berkehendakkan atau memerlukan perkhidmatan ini. Program KBDR Negeri Pahang disediakan kepada warga emas dan OKU sedia ada yang telah menerima perkhidmatan KBDR, persekutuan seramai 512 orang serta penambahan klien baru seramai 100 orang.

Tempoh perkhidmatan untuk KBDR sekurang-kurangnya 2 jam sekali lawatan dengan kekerapan lawatan sebanyak 4 kali sebulan pada setiap minggu yang berlainan. Ziarah prihatin adalah perkhidmatan yang disediakan kepada warga emas dan OKU berkeperluan yang berkonsepkan ziarah dan bantuan. Pemilihan klien adalah berdasarkan cadangan atau rujukan daripada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, pemimpin setempat dan ahli masyarakat.

Ziarah prihatin adalah tidak terikat dengan tempoh masa dan rasio antara petugas dan klien dengan kuota 600 orang klien disantuni setiap bulan untuk 14 parlimen. Secara keseluruhan, program KBDR Negeri Pahang telah berjaya menyantuni kumpulan sasar iaitu warga emas dan OKU dengan jumlah keseluruhan 3,512 klien sepanjang tempoh pelaksanaan. Semoga dari semasa ke semasa, program ini akan sentiasa ditambahbaik agar lebih ramai komuniti dapat bersama-sama dalam usaha menyantuni dan mem… membantu kumpulan sasar yang memerlukan.

Seterusnya Program Anugerah Premis Mesra OKU Negeri Pahang…

Minta laluan… minta laluan… er… Terima kasih Yang di-Pertua. Sebelum wakil kerajaan pergi kepada tajuk lain, saya nak er… tanya berkenaan dengan barang-barang pangkalan hadapan. Pada hujung bulan 10 yang lalu, saya dalam siri ziarah kasih saya di sebuah kampung, saya tengok, saya pergi ziarah rumah itu, di luar rumah itu tengok ada timbunan beras dan juga biskutlah. Saya tanya, "beras mana, biskut mana?" Dia kata, "beras dan biskut daripada pangkalan hadapan yang dilupuskan." Maknanya, dia kata, sebelum saya datang itu, beberapa hari, Tok Empat buat pengumuman dalam group kampung, siapa-siapa yang nak er… ambil beras ke, ambil biskut ke datang ke balai raya sebab nak masuk barang baru esoknya.

Jadi saya nak tanya soalan saya, berapakah kos kerugian yang ditanggung oleh pihak kerajaan setiap kali barang-barang ni dilupuskan? Kemudian yang kedua, apakah cadaman… cadangan ataupun mekanisme pihak kerajaan untuk meminimakan ataupun

untuk memastikan kerugian disebabkan pelupusan ini berlaku. Kerana kita tahu dari sudut SOPnya barang-barang ini dia ada waktu baru boleh diagihkan. Tiga hari terkepung baru boleh diagihkan. Dan kadang-kadang ada tempat yang tak berlaku banjir akhirnya sampai bulan 10 baru ini pun barulah diagihkan ataupun saya kira dilupuskan sebab ada setengah barang tu dah expired macam biskut bulan 8 expirednya. Beras itu pun sebahagiannya boleh diguna sebahagiannya telah ada bubuk. Mohon pencerahan.

Terima kasih kepada sahabat yang bertanya. Setakat ini kami tidak mendapat lagi laporan tentang yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Di mana sebenarnya barang-barang ini kita hantar mengikut jangkaan. Kita tahu kadang-kadang kita cadang, di situ kita anggapkan banjir tetapi tak banjir. Mungkin inilah sebabkan barang-barang tersebut mempunyai lebihan.

Seterusnya saya menyambung lagi. Okey. Program Anugerah Premis Mesra OKU seperti negeri Pahang melibatkan peruntukan RM150,000.00 bertujuan untuk memperbanyakkan akses dan kemudahan bersifat Mesra OKU. Program ini telah berjaya menilai accessibility 22 premis di negeri Pahang, hasilnya sebanyak satu premis iaitu bangunan Majlis Bandaraya Kuantan memperolehi pentarafan 5 bintang. Manakala 3 premis mencapai pentarafan 4.5 bintang iaitu Klinik Kesihatan Raub, SMK Chini 2 dan SK Purun. Premis ini mampu menjadi rujukan kepada premis lain di negeri Pahang bagi memastikan persekitaran dan accessibility di setiap premis adalah mesra kepada golongan OKU.

Sumbangan one-off sebanyak RM290.00 akan diberikan kepada kepada 300 orang penyelia dan petugas Program Pemulihan Dalam Komuniti melibatkan peruntukan sebanyak RM75,000.00 sebagai menghargai tanggungjawab besar yang dipikul oleh mereka. Penerima manfaat terdiri daripada petugas yang memberi pemulihan kepada golongan OKU.

Insentif ini telah menyuntik semangat dan menaikkan motivasi kepada guru petugas-petugas Program Pemulihan Dalam Komuniti untuk kekal membantu pelatih OKU untuk berdikari. Karnival Sukan OKU PPDK negeri Pahang melibatkan peruntukan sebanyak RM250,000.00. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan OKU menyertai sukan dan menyerlahkan potensi mereka ke peringkat lebih tinggi. Karnival ini berjaya mengumpulkan keseluruhan 299 orang atlet OKU daripada 53 buah PPDK dan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi. Kontinjen PPDK daerah Raub telah berjaya memperolehi kontinjen terbaik keseluruhan dalam penganjuran sukan pada tahun 2023.

Laporan pencapaian atlet mengikut acara, terus disalurkan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang untuk pemantauan dan pembangunan atlet OKU. Geran pembangunan dan insentif khas OKU negeri Pahang melibatkan peruntukan RM850,000.00. Geran ini digunakan untuk melaksanakan program berbentuk latihan, pemulihan dan periktirafan kepada golongan OKU melalui Majlis Penasihat OKU Negeri Pahang dan Jawatankuasa Penasihat OKU Daerah. Sebanyak 8 program telah dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah telah dilaksanakan pada tahun 2023. Program berbentuk latihan yang dilaksanakan berjaya meningkatkan kefahaman dan kompetensi kepada penyelia perkhidmatan berkaitan OKU dari sudut kebajikan, pendidikan dan juga kesihatan.

Bantuan Perhatian Pahang 2023 secara bersasar dan melibatkan penerima yang lebih ramai iaitu yang pertama, anak yatim yang berdaftar dengan JKM akan menerima RM200.00 melibatkan 700 orang penerima dengan peruntukan RM140,000.00 golongan

ini seperti mana kanak-kanak dan remaja lain mereka juga memerlukan perhatian dan sokongan dalam membentuk masa depan.

Dengan bantuan yang diterima, ianya dapat membantu memperbaiki taraf hidup anak yatim yang miskin dalam meringankan masalah kewangan akibat kemiskinan dan tidak ada tempat bergantung. Ini merupakan satu inisiatif penting dalam usaha memastikan nasib golongan memerlukan terutamanya asnaf dan anak yatim mendapat perhatian serta bantuan yang terbaik. Sokongan dan bantuan sebegini memainkan peranan penting sebagai bantuan yang bermakna bagi mereka yang tidak ada tempat bergantung dan berada dalam kesempitan hidup.

Yang kedua rumah anak yatim yang berdaftar dengan JKM akan menerima RM10,000.00 melibatkan 14 buah pusat jagaan dengan peruntukan sebanyak RM140,000.00. Dalam usaha menyantuni anak yatim dari segi aspek perlindungan dan kebajikan. Pusat jagaan anak yatim dan miskin merupakan satu tempat yang memberi penjagaan, pelindungan dan pendidikan kepada anak-anak yatim dan miskin. Usaha oleh badan-badan kebajikan sukarela ini merupakan satu usaha yang amat murni.

Dengan adanya rumah anak yatim ini dapat mengurangkan beban kerajaan dalam menjaga dan melindungi anak yatim dan miskin ini daripada dibelenggu kemiskinan dan masalah sosial dan secara tidak langsung membantu memastikan pengoperasian pengurusan anak yatim berjalan lancar.

Program Kasih Makmur yang dahulunya disebut Pahang Pride Kasih, merupakan inisiatif khas untuk menghargai golongan waga emas dan OKU di negeri Pahang, di mana pemberian Kad Kesihatan Kasih Makmur kepada 30,600 orang penerima yang memenuhi syarat dan berkelayakan melibatkan warga emas, pesara KEMAS, JASA dan SERANTA serta bekas ketua kampung dan ketua kampung serta OKU. Penerima bantuan JKM dengan peruntukan sebanyak RM20 juta. Kad Kesihatan Kasih Makmur telah diagihkan kepada 29,771 orang. Manakala 829 kad tidak dapat diagihkan kerana penerima meninggal dunia, berpindah ditamatkan bantuan dan tidak dapat dihubungi.

Yang di-Pertua Dewan dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara LPPKN merupakan agensi Badan Berkanun, Persekutan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Dengan visi meneraju kesejahteraan keluarga dan misinya adalah memacu agenda kependudukan, perkahwinan dan kekeluargaan melalui penyelidikan perkhidmatan dan Program Pembangunan Keluarga yang inovatif ke arah kemakmuran bersama.

LPPKN komited untuk melaksakanan program dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar keluarga. Bagi usaha...

Terima kasih. Tentang kekeluargaan, saya tak tahu sama ada EXCO Agama ataupun daripada Guai. Isunya ialah kursus perkahwinan. Er... Tahniahlah, semua peserta nak kahwin dia kena melalui kursus perkahwinan. Tapi peserta kena bayar dengan kos yang agak besar dan saya fikir sepatutnya ia dapat diberi secara percuma. Kursus-kursus begini sebab memang kita perlu melatih mereka nak keluarga supaya tahu tanggungjawab sebagainya. Tapi setiap peserta perlu bayar dengan jumlahnya tak kurang pada RM1,500.00 yang saya difahamkan begitu.

Walaupun jumlah itu lagi besar, lagi banyak bayaran dia kenakan. Jadi kalau boleh dapat dikecualikan bayaran pada kursus-kursus persijilan. Sebab siapa nak kahwin dia perlu ada sijil kursus baharu dia boleh kawin. Jadi kalau boleh dibiayai oleh pihak Kerajaan membantu anak muda kita yang kritikal masalah kewangan itu. Saya fikir lebih baiklah. Ini sebagai pandangan saya. Minta penjelasan. Terima kasih.

Dato' Yang di-Pertua,

Yang tengah menjelaskan ni, Pembangunan Wanita dan Kebajikan. Perkara yang ditanya oleh Cheka, pasal hal ehwal di bawah portfolio Agama.

Jadi saya rasa terpanggil untuk memberi penjelasan. Memanglah apa, orang kursus kahwin itu kena bayar sedikit sebabnya bukan sahaja masalah penceramah dan juga dia berkursus itu mungkin dalam masa satu ataupun dua hari perlu pada makan dan minum dia untuk dia orang apa, duduk berada di tempat kursus. Kemudian itu tidaklah sampai 1,000 dan juga rasa saya tidak pun sampai 500 tu, RM120.00 je. RM120.00 untuk dia kursus tu. Berbanding dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar beri dia pula RM300.00 sekali ganda. Jadi dia nak kahwin tak nak kahwin tak tahulah. Terima kasih Yang di-Pertua.

Saya... saya jelaskan. Memang kita bayar RM120.00 seorang. Bayangkan kalau peserta 40 orang RM120.00 seorang jumlah tu bagi besar bagi saya sekadar untuk kita bagi. Saya lihat gini, bila kita tengok data masalah beban yang ditanggung saya fikir jumlah tu boleh kerajaan tanggung je dengan dana, sama ada peruntukan yang sedia ada. Sebab kita nak galakkan mereka supaya mereka lepas kahwin tak ada masalahlah tak ada peceraian, tak ada kisah rumah tangga dan mereka wajib pergi. Jadi saya fikir kerajaan boleh pertimbangkan semula lah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kita dah bagi RM300.00 kepada setiap mempelai yang berkahwin jadi dia bolehlah guna duit itu untuk dia berkursus perkahwinan dia. Ada balance lagi daripada RM300.00 tu RM180.00 belanja makan cendol. Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya jemput wakil kerajaan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyambung penggulungan. Bagi usaha, terima kasih juga kepada sahabat daripada Kuala Kerau, eh...

Yang di-Pertua (Speaker)

Kerdau… Kerdau.

Minta maaf Yang Berhormat. Bagi usaha tindakan pencegahan dan bantuan sokongan keluarga, LPPKN Negeri Pahang merancang dan melaksanakan beberapa program seperti berikut:

Yang pertama adalah kempen penerapan nilai teras keluarga KASIH. Nilai teras keluarga KASIH merujuk kepada nilai kasih sayang, akhlak, sihat dan selamat, ilmu dan harmoni yang harus dihayati dan diterapkan dalam keluarga di Malaysia. Kempen penerapan lima nilai ini disampaikan menerusi hebahan infografik di media massa, media sosial dan papan iklan di lokasi bersesuaian. KPWKM dan LPPKN merupakan memberi keutamaan penghayatan nilai teras KASIH menerusi program utama yang dilaksanakan pada tahun 2023.

Kempen pengkayaan nilai KASIH ini dibawakan melalui program LPPKN berskala sambutan peringkat negeri seperti Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan, Sambutan Hari Ibu dan Sambutan Hari Bapa serta Program Pendidikan, Pendidikan Kekeluargaan dan Kaunseling yang dilaksanakan sepanjang tahun. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah merasmikan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang pada 25 November 2023 yang lepas.

Di samping menerapkan nilai kasih menerusi siri ceramah dan perkongisan tips kepada masyarakat, LPPKN bersama agensi kerajaan yang lain di negeri Pahang turut menyediakan perkhidmatan lain yang memberi manfaat kepada ahli keluarga seperti perkhidmatan kaunseling, pemeriksaan kesihatan, pendaftaran subsidi mamogram dan aktiviti untuk kesejahteraan remaja di KafeTEEN.

Program Pendidikan Kemahiran Keibubapaan dan Bimbingan Kaunseling. Kerajaan Negeri Pahang mengambil berat akan kepentingan mengutamakan keluarga serta memastikan kesejahteraan keluarga sentiasa terpelihara bagi memastikan ahli keluarga terutamanya ibu bapa diberi ilmu dan kemahiran keibubapaan. Kerajaan Negeri memberi sokongan kepada LPPKN Negeri Pahang untuk melaksanakan program dan kursus keibubapaan secara bersiri dengan peruntukan sebanyak RM200,000.00 pada tahun 2023.

Kursus keibubapaan tersebut merangkumi 6 program iaitu program keselamatan anak dan keluarga, program pengurusan kewangan keluarga, program keibubapaan di tempat kerja, ceramah kekeluargaan, program pengurusan stres dan sesi kaunseling kelompok. Sehingga Disember 2023, seramai 1,769 orang di kalangan ibu bapa mengikuti 39 siri kursus program keibubapaan menggunakan modul program di atas.

Pihak LPPKN berharap agar Kerajaan Negeri terus memberikan komitmen membantu pelaksanaan program ini pada tahun 2024. Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, pihak LPPKN juga akan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk agensi di bawah Kerajaan Negeri, syarikat swasta, IPTA, IPTS, NGO, pemimpin dan komuniti setempat bagi mengenal pasti kumpulan sasar yang bersesuaian.

Yang ketiga ialah Program Psiko-Seksual Remaja. Remaja merupakan generasi penting dalam mencorakkan masa depan negara. Oleh yang demikian, golongan ini perlu dibimbing dan diberi perhatian serta sokongan untuk melalui fasa alam remaja selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan remaja yang berdaya tahan dan berkeperibadian mulia.

LPPKN menyediakan perkhidmatan dan melaksanakan program yang bersesuaian kepada remaja mencakupi kemudahan kesihatan reproduktif, kaunseling, pendidikan dan riadah supaya mereka mempunyai sikap positif terhadap kesihatan diri serta meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam aspek fizikal, mental dan sosial.

Pada tahun 2023, perkhidmatan dan program kepada remaja ini dilaksanakan menerusi aktiviti KafeTEEN di UTC Kuantan, Program PEKERTI di sekolah dan komuniti serta di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia. LPPKN Negeri Pahang juga mengadakan kolaborasi dengan pihak sekolah dan IPTA dan swasta untuk slot ceramah motivasi kekeluargaan serta kesihatan, reproduktif dan juga sosial. Seramai 25,871 orang remaja yang telah mengikuti Program Psiko-Seksual Remaja yang dilaksanakan oleh LPPKN sehingga Oktober 2023.

Seterusnya juga, Program Kesihatan Reproduktif dan Kesejahteraan Wanita. Dalam agenda memperkasa pemerkasaan wanita, LPPKN secara tidak langsung berperanan untuk memastikan kesihatan terutamanya kesihatan reproduktif wanita diberi tumpuan. Menerusi kempen Women Cancer Reproductive kepada golongan wanita untuk melakukan pemeriksaan awal bagi mengesan kanser payudara dan pangkal rahim.

Di peringkat negeri Pahang melalui program Cakna Suri, kerajaan juga telah meluluskan peruntukan tambahan kepada wanita bagi melakukan ujian mamogram dan HPV DNA secara percuma. Inisiatif secara usaha sama LPPKN dan UPWS Negeri Pahang telah memberi manfaat kepada seramai 1,415 wanita sehingga Disember 2023.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Dari segi pembangunan wanita dan keluarga, wanita Malaysia membentuk 48.5% daripada keseluruhan 32.7 juta penduduk negara. Manakala di Pahang, wanita mewakili 47% daripada keseluruhan 1.8 juta penduduk negeri Pahang. Justeru, tidak dapat dinafikan sekiranya potensi mereka diupayakan sepenuhnya. Wanita boleh menyumbang dan menyertai usaha-usaha pembangunan negara dalam aspek ekonomi, politik, budaya dan sosial dengan lebih efektif.

Tidak dinafikan dari dulu, kini dan selamanya, Kerajaan Negeri Pahang amat prihatin terhadap kebajikan wanita. Sejumlah RM9,000,070.00 diperuntukkan kepada wanita pada tahun 2024 bagi pembangunan wanita Pahang merangkumi aspek pembangunan ekonomi, sosial dan kebajikan wanita. Di antaranya yang pertama ialah dasar dan pelan tindakan wanita Pahang.

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang kerana telah merealisasikan hasrat wanita Pahang untuk mewujudkan Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang yang akan mensasarkan 10,000 orang wanita pada tahun hadapan dengan memberi tumpuan kepada beberapa kluster iaitu kluster pendidikan, kluster keusahawanan, kluster kesihatan, kluster keluarga, kluster teknologi, kluster agama, kluster kepimpinan, kluster seni, budaya dan warisan, juga kluster pekerjaan dan yang terakhir ialah kluster perundangan bertanggungjawab untuk memberi maklumat dan pengetahuan undang-undang kepada wanita di negeri Pahang.

Yang kedua melalui Anggun Maju. Melalui program Anggun Maju dan Anggun Usaha Niaga pada 2022 dan 2023, Kerajaan Negeri telah membantu lebih 1,000 orang ibu tunggal dalam mengukuhkan perniagaan mereka, meneruskan lagi Program Pembangunan Ekonomi Ibu Tunggal pada tahun hadapan. Kerajaan Negeri memperkenalkan Anggun Maju yang akan menyediakan kursus dan latihan kepada 1,000 orang usahawan wanita yang terdiri daripada penerima bantuan Anggun Usaha dan juga Anggun Niaga. Dengan

latihan dan kursus ini, ianya akan lebih memberi peluang kepada mereka untuk mengembang dan mengukuhkan perniagaan mereka.

Yang ketiganya adalah Pusat Pengembangan Keusahawanan Wanita Pahang. Bagi permulaan pada tahun ini, empat Pusat Pengembangan Keusahawanan Wanita Pahang di Kuantan, Bera, Temerloh dan Cameron Highlands sedang dibangunkan dengan masing-masing akan memberi keperluan kepada industri kraf dan pelancongan, industri jahitan dan industri makanan tradisional.

Selari dengan perkembangan positif penglibatan wanita Pahang dalam keusahawanan pada tahun hadapan keusahawanan, pada tahun hadapan, negeri Pahang memperuntukkan latihan dan pengukuhan peserta kursus untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahawan di peringkat pengembangan ini.

Yang keempat Program Anggun Suri. Program Anggun Suri bagi membantu mereka yang menghadapi kesukaran untuk berkahwin atas kos perkahwinan yang begitu tinggi terutamanya untuk mengadakan majlis resepsi dan mengeratkan hubungan di antara orang awam dan Kerajaan Negeri. Di samping itu, ianya akan membina kepercayaan dan keyakinan kepada golongan muda apabila majlis penting mereka diraikan.

Dan yang kelima adalah Usahawan Suri Rumah. Usahawan Suri Rumah adalah individu yang menjalankan perniagaan di rumah sebagai bentuk usaha sambilan atau sepenuh masa. Mereka berperanan sebagai pengurus rumahtangga sambil menguruskan perniagaan mereka sendiri. Aktiviti yang semakin popular dengan kemajuan teknologi dan kebolehan untuk menjalankan perniagaan dalam talian.

Usahawan Suri Rumah sering terlibat dalam pelbagai bidang seperti jualan atas talian, perkhidmatan katering, menjahit atau menghasilkan produk kreatif. Melalui peruntukan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pelbagai latihan insentif dalam bidang keusahawanan dan perniagaan online akan diberikan kepada suri rumah-suri rumah yang berminat.

Dan yang keenam, Program Pemerkasaan Kepimpinan Wanita Muda. Melahirkan pemimpin Wanita Muda adalah perkara yang perlu dititik beratkan oleh semua pihak. Golongan ini perlu dilahirkan bagi menghasilkan pewaris kepada kepimpinan negara. Pemerkasaan Kepimpinan Wanita Muda melibatkan beberapa elemen kunci untuk memupuk kemahiran dan keyakinan mereka dalam mengambil peranan sebagai pemimpin.

Antaranya ialah pendidikan dan pengembangan diri, penekanan kepada keupayaan diri, jaringan mentorship, kebebasan dalam berinovasi, kesaksamaan dan keboleh tadbiran, memahami diri dan menentukan matlamat. Program ini akan memberi inisiatif untuk memberi peluang, sokongan dan pembangunan kepada 200 orang wanita muda.

Dan yang ketujuh, Geran dan Aktiviti Tahunan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Kerajaan Negeri yang sentiasa memberi sokongan terhadap aktiviti-aktiviti tahunan Wanita Pahang seperti Sambutan Hari Wanita, Majlis Meraikan Wanita Cina dan India dalam perayaan Deepavali dan Tahun Baru Cina. Menyediakan geran tahunan kepada MPWP dan MTSP serta kos penyelenggaraan Pahang Women's Centre. Bahkan pada tahun 2023 geran tahunan MPWP dan MTSP telah dinaikkan sebanyak RM150,000.00 setahun menjadikan geran tahunan sebanyak RM290,000.00 setahun bagi menjalankan program-program kemasyarakatan dan kebajikan.

Yang kelapan adalah Program Sambungan. Program Permata Makmur yang telah bermula pada tahun 2022 dan 2023 telah dimanfaatkan kira-kira 30,000 orang bayi kelahiran tahun 2022 dan 2023. Bagi menggalakkan lagi kelahiran tahun… kelahiran anak kebanggaan Pahang pada tahun hadapan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang meneruskan program ini pada tahun hadapan dengan penambahbaikan sebanyak RM300.00 juga bagi setiap kelahiran hidup tahun 2024 di mana ianya melibatkan perbelanjaan sebanyak RM7.5 juta.

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas keprihatinan yang amat bermakna kepada wanita Pahang, “Wanita Sejahtera Rakyat Makmur”.

Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua,

Sebagai penutup penggulungan saya, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya, EXCO iaitu EXCO Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai serta kakitangan Kerajaan yang terlibat dalam urusan Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini. Sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat, setiap dari kita telah melalui dan telah mengutip pengalaman yang berharga sebagai Yang Berhormat dan kita juga seharusnya merasa bertuah kerana di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, negeri Pahang yang kita sayangi terus aman dan makmur.

Rasa bangga sebagai rakyat Pahang ini, sewajarnyalah kita terapkan di jiwa dan sematkan di hati setiap warga di negeri bertuah ini. Permata Makmur dan Kasih Makmur adalah cetusan dan diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah manifestasi Kerajaan Negeri-negeri agar setiap golongan lapisan masyarakat di negeri Pahang berbangga sebagai anak Pahang. Saya mohon menyokong.

Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya ingin menyampaikan sokongan saya. Sebagai err… sebab dalam penggal ini di sidang Dewan hanya ada dua orang wakil wanita sahaja. Dengan ini, saya ingin menyampaikan sokongan saya kepada Yang Berhormat Guai, sebab kita lihat daripada penggulungan Yang Berhormat Guai memang banyak usaha, inisiatif Kerajaan Negeri untuk memperkasakan wanita dan kita berharap bahawa Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, kita turut bersama menghargai, mengiktiraf peranan wanita,

sumbangan wanita dalam pembangunan masyarakat. Sebab untuk memperkasakan wanita bukan peranan Yang Berhormat Guai ataupun wanita, perwakilan wanita sahaja tapi semua memainkan peranan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Triang. Saya sangat menghargai.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kerajaan Negeri. Seterusnya saya menjemput EXCO FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya saya… dapat bersama-sama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain err… diberi peluang mengambil bahagian membawa suara rakyat dan amanah Kerajaan Negeri di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya Patik menjunjung kasih ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang juga merupakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tuanku berperanan sebagai penyemak dan pengimbang dalam demokrasi pemerintahan negara. Walaupun negeri ini, walaupun negeri… bagi memastikan kemakmuran dan kestabilan negara tanpa mengira sempadan bangsa. Malah, Raja dan rakyat ibarat seperti “pohon dan akar” yang tidak boleh dipisahkan sama sekali. Di mana pohon memayungi rakyat dengan cara memimpin, melindungi dan menjaga kebajikan dalam apa jua keadaan sekalipun, manakala akar adalah tunjang yang mengukuhkan institusi Raja. Tuan Yang di-Pertua,

Di Dewan ini, saya juga merakam ucapan taniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang telah membentangkan Belanjawan untuk kali ke-6 di Dewan yang mulia ini di mana 5 kali pembentangan dalam Penggal yang Ke-14 dan ditambah satu lagi pembentangan Belanjawan 2024 pada hari Isnin yang lepas bagi Penggal Ke-15 yang bertemakan “Pahang Prihatin, Rakyat Makmur”.

Dalam tempoh masa 5 tahun tersebut, terutama selepas PRU-14, saya percaya sebahagian daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih berada di Dewan yang mulia ini sama-sama merasai pelbagai cabaran di samping dapat menyaksikan warna-warni politik tanah air sama ada di peringkat Kerajaan Pusat, begitu juga di negeri Pahang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Di antaranya bila mana berlaku perubahan badai dan gelombang politik yang ada kalanya menghadapi gelombang yang cukup tinggi, analoginya ibarat kapal di pelayaran, ketika ribut datang membadai, ketika itulah ada di antara anak-anak kapal yang melompat keluar kerana dibimbangi kapal dinaikinya terus karam di lautan.

Kemudian disusuli pula dengan pendemik COVID-19. Semua rakyat di dunia termasuklah kita di Malaysia, di negeri Pahang ini menerima satu pengalaman pahit yang tidak pernah terfikir sebelum ini. Semuanya akan tercatat dalam sejarah untuk anak cucu, pewaris akan datang. Walau bagaimanapun, alhamdullilah, pandemik COVID-19 kian menghilang dan badai politik kembali reda sama ada di pusat mahupun negeri. Politik ini dinamik, malahan Kerajaan Perpaduan Madani semakin kukuh di pusat bila mana sokongan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semakin bertambah dan mungkin bertambah lagi.

Manakala angin mengatakan empat Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Pahang akan melompat menyeberang pun sudah senyap. Alhamdullilah.

Tuan Yang di-Pertua…

Minta komen sikit, baru ni ada satu kajian dibuat terhadap prestasi oleh Merdeka Center dan hasil dapatan ialah hanya 26% rakyat yang berpuas hati kepada kepimpinan Perdana Menteri. Ini kajian, survey, 1400 orang peserta, apa komen.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih Cheka. Dia survey sikit, berapa? Berapa ribu Dato’ Sri?

1,400 responden.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

1,400. Rakyat kita ada 30 juta lebih. Okey. [berdehem] Walau bagaimanapun, berbagai cabaran dan rintangan dirempuhi dan diharungi. Alhamdulillah, Yang Amat Berhormat Menteri Besar tetap tabah, tenang, tekun meneraju negeri ini dengan cemerlang secara konsisten semenjak mengetuai Kerajaan Negeri pada Mei 2018 sehinggalah ke hari ini. Dalam tempoh 5 tahun lebih ini, ratusan ribu rakyat negeri Pahang menerima manfaat pelbagai bantuan secara langsung. Manakala rakyat selebihnya dapat manfaat secara tidak langsung termasuklah agenda-agenda pembangunan yang merangkumi aspek-aspek sosioekonomi yang menyeluruh serta seimbang untuk negeri Pahang.

Antara pencapaian cemerlang ialah prestasi kutipan negeri yang sentiasa meningkat setiap tahun bermula dari 2018 hinggalah ke 2023. Walaupun pada ketika itu, pada tahun 2018-2019, negeri Pahang adalah negeri pembangkang di peringkat pusat, namun kutipan hasil tetap meningkat. 2020-2021, pandemik COVID-19 menyerangi manusia di seluruh dunia termasuk negeri Pahang.

Namun kutipan hasil tetap meningkat. 2022, pasca pandemik COVID-19, kutipan hasil terus meningkat malah mencapai ke angka 1 bilion lebih. Begitu juga pada tahun 2023 rekod kutipan hasil terus meningkat dan mengekalkan angka 1 bilion lebih. Kemudian hutang yang semakin berkurangan dan terus berkurang. Pelaburan luar sentiasa yakin datang melabur ke negeri Pahang. KDNK terus meningkat, keadaan pelancong semakin

bertambah sehinggakan jumlah penginapan hotel di negeri Pahang adalah tertinggi berbanding di negeri-negeri lain di Malaysia.

Projek-projek mega seperti cadangan lapangan terbang, ECER dan pelabuhan berjalan seperti yang dirancang. Pembangunan seimbang mewujudkan Pahang Barat Plus. Program-program bantuan prihatin Pahang terus meningkat dan lain-lain bantuan lagi. Alhamdulillah.

Tuan Yang di-Pertua,

Ternyata tema Belanjawan 2024. Yang Amat Berhormat Menteri Besar ungkapkan sebagai Pahang Prihatin, Rakyat Sejahtera menghamparkan tekad dan kesungguhan Kerajaan Negeri Pahang dalam memaknai sebuah cetusan murni bagi mengangkat darjat harakat ekonomi negeri dan rakyat bertunjangkan kepada lima strategi belanjawan dengan peruntukan RM1.125 bilion perbelanjaan mengurus dan RM301.29 juta perbelanjaan pembangunan dengan sasaran kutipan hasil sebanyak RM1.13 juta… RM1.137 bilion dengan peningkatan sebanyak lima peratus berbanding tahun 2023.

Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih, saya zahirkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berbahas peringkat dasar bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2024 yang turut menyentuh portfolio saya mencakupi hal-hal FELDA, Koperasi dan Usahawan. Saya hargai pandangan dan izinkan saya memberi penjelasan berhubung soalan-soalan tambahan yang telah diajukan sepanjang perbahasan dua hari yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua,

Seramai empat orang Yang Berhormat menyentuh soal FELDA. Sorry, tiga orang Yang Berhormat menyentuh soal FELDA. Di antaranya ialah Yang Berhormat Cheka, Pelangai dan Kemayan. Yang Berhormat Cheka menyentuh soal isu yang masih belum mendapat kelulusan bekalan air dan elektrik bagi rumah generasi kedua FELDA yang telah dibina di atas lot pertama. Seperti mana yang saya tegaskan dalam Sidang Dewan sebelum ini, kendati pun kerajaan perlu meluaskan asas dua rumah satu lot bagi menangani isu perumahan anak-anak peneroka FELDA ini tidak akan sama sekali menggadai syarat-syarat melibatkan pengurangan tanah yang ditetapkan.

Namun begitu, kerajaan mengambil pendekatan yang progresif melalui rundingan bersama FELDA dan bersetuju memberi kebenaran penyambungan pemasangan elektrik dan air di rumah kedua dalam lot rumah peneroka dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023 berdasarkan syarat-syarat seperti berikut.

Yang pertamanya, binaan rumah adalah dalam kawasan lot rumah yang telah diperuntukkan kepada peneroka. Keduanya, binaan oleh waris kepada lot. Binaan kepada waris…binaan oleh waris kepada pemilik lot. Yang ketiganya, binaan rumah telah siap sepenuhnya sebelum 31 Disember 2023. Keempat, binaan rumah bukan tujuan sewaan dan, yang kelimanya kos-kos penyambungan meter tambahan ini dan kos berkaitan adalah tanggungan oleh pemohon iaitu waris tersebut.

Yang Berhormat Kemayan pula telah membangkitkan soal penternakan lembu di bawah Program Pembangunan Peneroka di FELDA Sebertak bernilai RM6 juta ditangguhkan selepas PRU yang ke-15. Di sini saya telah mendapat penjelasan lanjut daripada Pihak FELDA berhubung projek tersebut dan penemuannya adalah pihak Ibu Pejabat FELDA

membuat keputusan untuk menangguhkan sementara projek tersebut bagi pelaksanaan kajian kebolehlaksanaan dan usaha wajar.

Saya juga ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Pelangai atas pandangan yang telah dikemukakan pada perbahasan hari pertama berkaitan dengan…berkaitan cadangan mewujudkan satu penyelarasan dan garis panduan yang boleh digunapakai kepada semua rancangan FELDA yang terlibat seperti isu CAC, pinjaman dan juga infrastruktur untuk dibangunkan di bawah Skim Tanah Rakyat.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Yang di-Pertua, boleh mencelah?

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Dengan izin, terima kasih Yang di-Pertua. Terima Kasih Yang Berhormat EXCO FELDA. ADUN Pelangai, ingin mencelah sedikit. Bahawasanya kita dimaklumkan bahawasanya sehingga 31 Disember iaitu Rumah Generasi ataupun anak FELDA dibuat di tanah lot FELDA. Namun adakah sampai 31 Disember itu, dipersetujui sehingga ke hari ini ataupun perlukan ditambahkan lagi sebab memandangkan generasi FELDA ni bukanlah hidup sampai Disember ni je. Ramai lagi anak-anak yang nak balik yang ingin membantu ataupun menolong ataupun membuka lagi ruang rumah tu. Minta pandangan daripada Yang Berhormat EXCO. Terima kasih Yang di-Pertua.

Saya… saya nak… Cheka… Cheka. Saya nak respons benda yang sama. Saya ingat boleh jawab sekali gus. Salah satu syarat tadi saya ingat keseluruhan syarat tu saya rasa okey. Kita boleh terima tanah atau lot. Waris pada lot, tuan punya lot cuma siap sepenuhnya sebelum 31 Disember. Saya fikir kalau boleh dipertimbangkan syarat ketiga ni sebab kadang-kadang maklumlah kita… saya akui isunya GSA saya faham tapi isu besar kita ialah kalau sekiranya perlu siap, kalau dia siap tiba-tiba katalah sampai 18 haribulan Januari, dah tak boleh masuk elektrik, tak boleh masuk air. Jadi kalau boleh dipertimbangkan syarat ketiga itu dilonggarkan sedikit bagi mereka yang sedang membina rumah sebab kita tau anak-anak peneroka bukan ada duit sangat nak siapkan dalam masa yang terdekat. Terima kasih.

Mohon mencelah ya. Berkaitan. Saya pun membangkitkan benda yang sama semalam. Satu isunya adalah untuk masuk elektrik sehingga 31 Disember dibenarkan tapi untuk masuk air, pihak PAIP minta kebenaran daripada pejabat tanah. So, itu menjadi satu masalah dan jadi satu birokrasilah kepada generasi kedua FELDA yang telah membina rumah. Yang kedua, saya sokong apa yang Pelangai sebutkan tadi. Selepas 31 Disember 2023 ini, tetap ada generasi kedua yang memerlukan tempat untuk membina rumah dan adakah dengan menukar sekatan di dalam hak milik untuk membenarkan pihak generasi kedua atau waris membina dua ataupun tiga rumah lagi di dalam kawasan hak milik tersebut adalah menjadi satu menggadaikan yang dimaksudkan oleh wakil kerajaan tadi.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih kepada Pelangai, Cheka dan juga Kemayan yang menunjukkan betapa yang… Yang Berhormat amat perhatian tentang kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negeri Pahang ini khususnya di kawasan-kawasan FELDA. Sebenarnya tempoh masa yang dibagi sehingga 31 Disember ini sebenarnya adalah rumah-rumah yang dibuat sebelum ini. Rumah-rumah yang dah siap tapi masih lagi belum dapat kebenaran kemasukan api dan air. Er… bukannya rumah baru nak bina, rumah yang dah dibina, dah siap ataupun hampir-hampir nak siap mungkin dah dijangka boleh siap sebelum bulan Disember ini.

Untuk makluman sidang Dewan, rumah… dua rumah satu lot ni terpaksa sebelum ini ditangguhkan dulu sebab ada terima pihak FELDA telah menerima teguran daripada pihak Audit kerana dalam syarat nyata tanah lot tersebut hanya satu lot sahaja. Jadi bila mana buat dua lot itulah mendapat teguran daripada pihak Audit Negara. Jadi walau bagaimanapun, pihak FELDA sekarang ni dalam juga usaha. Saya dimaklumkan dah beberapa kali dibuat bengkel bagaimana untuk mengatasi masalah ini untuk jangka panjang ini jadi untuk jangka pendeknya ini dulu kita cuba selesai dulu mana-mana rumah yang kita bagi kebenaran dulu mana-mana rumah yang dah siap tapi tak dapat bekalan air untuk jangka panjangnya insya-Allah FELDA akan mencari solutionnya nanti insya-Allah. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya teruskan lagi penggulungan saya.

Er… Yang Berhormat Chini, juga ada menyentuh soal bilakah permohonan skim Pembiayaan Usahawan Mikro Negeri Pahang atau lebih dikenali sebagai skim i-PUSH dibuka kembali. Di sini sukacita saya maklumkan bahawa tarikh pendaftaran permohonan bagi skim i-PUSH fasa ketiga akan dibuka mulai 1 Januari 2024 hingga 31 Januari 2024. Jadi, untuk maklumat kepada semua ahli Yang Berhormat, bolehlah uar-uarkan tempoh pemohonan dibuka untuk satu bulan. Ia bertujuan memastikan mereka layak atau masih tiada dalam pengkalan data Kerajaan Negeri dapat kemukakan permohonan masing-masing.

Seperti yang sedia maklum, Skim i-PUSH merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang yang diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan peruntukan tambahan yang berjumlah RM5 juta yang diumumkan oleh… dalam belanjawan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Secara keseluruhannya, Skim i-PUSH yang dilaksanakan pada tahun 2022 hingga 2023 ini melibatkan dua fasa telah dapat dimanfaatkan lebih daripada 2,300 penerima usahawan mikro yang terjejas ekoran cengkaman wabak COVID-19 yang mengesankan tidak hanya aspek kesihatan tetapi hampir seluruh sendi kekuatan negara dan sistem masyarakat.

Bagi mengurangkan beban pemohon-pemohon, bayaran balik pembiayaan tanpa faedah turut diperkenalkan dalam skim i-PUSH iaitu 5 tahun tempoh pembiayaan termasuk 1 tahun moratorium… moratorium yang diberikan. Maknanya dalam tempoh setahun free bukan free maknanya tak perlu bayar balik, masuk tahun kedua baru boleh, barulah si pemohon ni ataupun peminjam ni membuat pembayaran. Dan jumlah pembayaran disalurkan di setiap permohon yang berjaya adalah di antara RM3,000.00 hingga RM10,000.00 berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan tertakluk kepada keputusan jawatankuasa panel penemuduga skim i-PUSH yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

Menerusi skim i-PUSH ini juga Kerajaan Negeri telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad sebagai bank pelaksana dan percaya bantuan pembayaran ini dapat dicapai kepada kumpulan sasar yang lebih meluas melalui kerjasama strategik yang telah dijalinkan ini. Pemohon boleh merujuk panduan permohonan skim i-PUSH yang dimuat naik ke portal rasmi kerajaan melalui pautan

smu.pahang.gov.my bagi mendapat maklumat lanjut. Jadi, bolehlah melayari portal rasmi Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memperkasakan kestabilan dan keutuhan usahawan Pahang melalui perancangan bersasar bagi memastikan usahawan Pahang berada di tahap yang lebih selesa dan terjamin melalui kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Berdasarkan rekod keseluruhan pendaftaran peniagaan yang dicatatkan sehingga 31 Oktober 2023, sebanyak 112,410 peniagaan yang terdiri daripada pemilikan tunggal dan perkongsian, 99,886, Syarikat Sdn. Bhd dan 12,139 dan perkongsian liabiliti berhad atau pun PLT 385 semuanya adalah berstatus aktif.

Sebanyak 64.54% daripada 112,410 jumlah keseluruhan perniagaan merupakan pemilikan Bumiputera dan ini menunjukkan data yang signifikan bagi Kerajaan Negeri memperuntukan sejumlah 24.43 juta bagi merancanakan program-program bantuan dan inisiatif khusus untuk usahawan di negeri Pahang. Dengan peruntukan sedemikian, saya kira ianya mencakupi pelbagai aspek usahawan dari sudut pengukuhan kewangan, keupayaan dan ketersediaan cabaran mendatang dan keterjaminan daya saing pasaran, tempatan mahupun antarabangsa.

Peruntukan keseluruhan 24.43 juta dicerakinkan mengikut sektor dan kluster usaha di mana industri asas tani boleh memanfaatkan sebanyak 16.06 juta termasuk kemudahan pembiayaan di bawah inisiatif dana pusingan persijilan bagi membantu para pengusaha mendapatkan persijilan makanan selamat tanggungjawab industri, MeSTI dan persediaan halal melalui Jawatankuasa Bank Pertanian Malaysia Berhad ataupun Agrobank. Bukan itu sahaja RM7.55 juta peruntukan khusus pembangunan usahawan yang turut melibatkan kemudahan pembiayaan melalui insentif Skim i-PUSH, memperkaskan sistem usahawan, menyertai program dan pameran perdagangan antarabangsa dan mengadakan khusus bimbingan usahawan berkaitan digital.

Skop usahawan turut memfokuskan kepada golongan wanita, selaku tonggak keluarga di mana sebanyak RM820,000.00 diperuntukkan bagi bimbingan dan latihan termasuklah pelaksanaan program sebagai contohnya pembiayaan Anggun Maju, Seperti yang di dalam penggulungan EXCO daripada Guai tadi. Setelah ini membuktikan Kerajaan Negeri Pahang sangat prihatin terhadap golongan wanita dari dulu, kini dan selamanya.

Tuan Yang di-Pertua,

Belanjawan ini merupakan satu pernyataan iktizam Kerajaan Negeri bagi membangunkan ekonomi dalam bandar yang serba mencabar. Kerajaan terbuka mendengar pandangan dan kritikan dari segenap pihak namun tidak bermakna sewenangnya bebas melempar fitnah. Justru saya mengajak semua agar kita kembali kepada politik yang membina, memumpuk semangat, segulai sejalai, membangunkan negeri kita, sama-sama menggembeling seluruh niat dan kudrat bagi membantu Yang Amat Berhormat Menteri Besar, menjayakan belanjawan di 24 yang bertemakan Pahang Prihatin, Rakyat Makmur.

Di kesempatan ini juga saya memohon maaf jika terdapat soalan tambahan yang tidak dijawab hari ini, akan saya jawab secara bertulis, saya juga ingin mengucap terima kasih kepada semua pegawai kerajaan yang terlibat dalam urusan persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini. Sekali lagi, saya merakam ucapan penghargaan dan terima kasih atas pandangan dan input-input yang dikongsi oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Saya yakin kita semua di sini mahukan yang terbaik.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Yang di-Petua…

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Yang di-Pertua,

Saya nak bertanya mengenai respons kepada Usul yang saya bawa semalam berkenaan dengan rumah generasi ke-2 yang dikenali sebagai Rumah Pahang. Nampaknya Yang Berhormat tak ada bagi tahu apa-apa. Terima kasih.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih daripada Kuala Sentul.

Mohon laluan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Chini.

Saya pun hendak ambil ruang juga kerana YB tadi bentang tidak juga sebut apa yang saya bangkit dalam perbahasan saya tentang kos… isu di kawasan FELDA berkaitan tentang ternakan lembu berkeliaran. Saya kira perkara ini sudah lama. Ianya seperti isu dadah juga. Saya kira FELDA ini, di Pahang ada 115 FELDA dan melibatkan 3 wilayah dan ratanya di kawasan-kawasan FELDA, memang lembu ternakan ini berkeliaran tanpa kawalan terutama di jalan-jalan besar. Terutamanya di kawasan Chini ini antara kawasan yang ternakannya melebihi 6,000 ekor. Kalau data yang ada di Veterinar Daerah, Chini ada 114 penternak dan melibatkan 4,000 ternakan. Itu yang berdaftar, yang tak berdaftar memang lagi... lagi banyak. Apa yang saya ingin bangkitkan.

Di Chini ini, dia ada satu masa bila kemalangan dalam seminggu tu 3, 4 kali. Maknanya, tiap-tiap malam ada kemalangan dan selalunya, masyarakat kita ini orang muda akan bangkitkan kata seperti saya sebut dalam perbahasan saya lembu buat masalah, YB kena kecam. Jadi saya minta juga perhatian agar isu ini pihak daripada pihak FELDA terutamanya dapat… macam mana untuk dapatkan kawal selia, data maklumat penternak peneroka dan juga generasi baru yang menternak ni untuk didaftarkan di bawah Veterinar memudahkan apabila berlaku kemalangan, apabila report itu lembu yang apa yang terlibat kemalangan ini ada tagging, tag nombor penternak jadi memudahkan pihak Veterinar dapat mengambil tindakan. Okey itu saja.

Satu lagi mencelah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Terima kasih Dato' Sri Speaker ya. Oleh kerana saya pun anak peneroka jadi minat juga buat peneroka ini. Saya nak tanya dua perkara. Yang pertama, dua hari lepas saya bangkitkan tentang isu D-Mart yang nak ditutup dan mungkin melepaskan saham dia waktu itu, tak ada jawapan, manalah tahu lepas dua hari ini ada jawapan. Yang kedua berhubung dengan rungutan peneroka yang ketika ini boleh dikatakan rakyat bukan sahaja peneroka tapi kita dalam keadaan pertahanan ekonomi, barang naik dan sebagainya.

Jadi peneroka yang serah kepada FELDA dia berdepan dengan potongan yang sangat banyak. Jadi adakah ada satu perancangan dalam keadaan suasana ekonomi yang tak berapa cantik ini, saya… FELDA nak mungkin separuh potongan itu menyebabkan dia ada adalah sikit belanja. Sebab sekarang peneroka kata RM4,000.00 ribu hasil dia bila dihantar potong-potong jadi RM1300.00. Jadi dia…dia orang kata nak makan apa RM1300.00 ini. Ada...adakah ada usaha daripada pihak yang berwajib ini untuk membantu mereka? Terima kasih.

Speaker, mohon?

Yang di-Pertua (Speaker)

Silakan Kemayan.

Saya rasa pihak Jengka ini kena betul-betulah. Jangan main agak-agak sebab saya pun er... anak peneroka. Saya tak fikir di Wilayah Mempaga, saya tak tahu di Wilayah Jengka, kalau di Wilayah Mempaga tak ada potong sampai RM3,000.00 itu. So, saya minta supaya dalam Dewan ini pihak Jengka dapatkan maklumat yang sebenar. Setakat ini, kalau saya tunjuk slip saya punya pun tak sampai RM3,000.00 dan saya rasa minta pihak Jengka bagi contoh dan juga perkara yang benarlah ya.

Minta maaflah, banyak pula soalan tentang FELDA. Bagus juga sekurang-kurangnya ceria petang ini. Saya nak bangkitkan isu had penghantaran ke kilang. FELDA menghadkan sebanyak 15 tan sahaja. Saya berkunjung ke beberapa FELDA, termasuk FELDA Selancar hasilnya sangat tinggi, kadang sampai 18 tan, 20 tan dan pernah sampai 21 tan.

Saya rasa ini satu pencapaian yang sangat bagus. Cuma bila dihadkan 15 tan sahaja. Jadi kepada mereka masalah sebab kalau dihasilkan 18 tan, dia terpaksa hantar 15 tan sebab dia limitkan oleh pihak FELDA. Saya fikir ini merugikan pihak FELDA kalau kita hadkan sebut mungkin faktor kilang untuk proses. Tapi saya fikir kalau dipertimbangkan supaya tidak ada had penghantaran ke kilang yang dapat dilaksanakan. Terima kasih.

Speaker, bukan nak back up Wakil Kerajaan, tapi had 20 tan itu kalau bagi 10 ekar, ratio dia itu di bawah FGV memadai dan biasanya maksimum 15 hingga 16 tan. Melainkan ada peneroka yang menggunakan tanah rizab, maknanya tanamannya melebihi 10 ekar. Mungkin nanti Cheka boleh... boleh semak betul-betul. Sebab yang melebihi biasanya peneroka akan ada tanah rizab lain yang dibangunkan dana masuk dalam akaun FELDA dan grade yang diberikan oleh FGV kepada peneroka adalah grade lain, grade yang lebih tinggi nilai perahan dan sebagainya mungkin Jenderak yang biasa dalam FGV boleh lebih mengetahui tapi memang harga yang untuk peneroka berbeza dengan harga yang ladang FGV sendiri beri pada pihak kilang FGV.

Saya ingat begitulah sepatutnya EXCO jawab. Tak payahlah orang lain jawab ataupun [tak jelas] nak tukar EXCO pula.

Ah... ah bukan masalah tapi saya rasa nak jawab.

Jawapannya kita perlu tanya EXCO.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kemayan... Kemayan duduk.

Perkara yang benar.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kemayan… Kemayan duduk. Minta duduk semua.

Sepatutnya benar. Saya pun. Maknanya Cheka…

Betul, saya setuju tapi yang patut jawabnya EXCO bukan kita ADUN-ADUN yang jawab.

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Dato' Sri… Dato' Sri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Minta duduk semua, saya jemput Cheka. Cheka teruskan.

Saya jawab sebut tadi kerana tanah ini tanah peneroka. Kalau tanah tu melibatkan tanah reserve yang dia ambil itu, saya rasa saya faham situasi itu. Sebab saya pun jadi ADUN Jengka dulu lama dengan peneroka FELDA dan saya tahu. Isu yang tersebut adalah tanah peneroka FELDA. Tapi hasilnya sangat bagus. Dan kita tak nafikan ada setengah FELDA itu memang hasilnya sangat bagus. 18 tan, sampai pernah 21 tan tanah. Dan itu… yang itu yang diadu, mereka tunjuk resit kepada saya. kalau saya rasa sekian dapat ditimbang itu terbaik untuk FELDA ya. Terima kasih.

Seingat saya dia minta bukti tadi, sikit ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ah... sila.

Dengan saya ini ada saya payslip potongan. 14 potongan. Jadi, potongan kepada peneroka ini sampai RM2,296.00. Jadi pendapatan bersih tinggal RM1,583.74. Ada. Itu sahajalah.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Ya, terima kasih. Ramai yang minat ya, ramai. Saya jawab dulu yang Jengka itu. Yang D-Mart ini saya pun dah maklumkan pada hari Isnin. Bahawa pandangan itu baru peringkat kajian. Belum lagi ada keputusan daripada pihak FELDA. Dan bila tak ada keputusan saya tak boleh nak bagi jawapan yang lebih lanjut, itu sahaja boleh cakap.

Kemudian berkenaan dengan rungutan, potongan. Saya ingat Jengka whatsapp sayalah. Boleh saya siasat? Boleh saya tanya nanti dengan pihak FELDA. Berkenaan dengan Cheka yang tanya had hantaran ke kilang, 15 tan. Saya percaya pihak FELDA pun dah setiap jumlah yang dihadkan tu mungkin dah dia dibuat kajian tapi saya percaya kalau dia lebih pun 15 tan ini saya rasa itu mungkin lah ada kes-kes tertentu lah. Tapi bukannya setiap bulan. Bukan setiap bulan sebab kita tahu sawit ini musim. Musim buahnya bagus, ada musim melawas.

Jadi dan saya juga bersetuju dengan yang diperkatakan oleh Kemayan tadi saya pun mendapat aduan bahawa adalah segelintir peneroka-peneroka ni buahnya hantar hilang banyak. Tapi sebenarnya dia juga ada menanam di kawasan-kawasan di luar kawasan tanah rancangan mana kawasan tanah-tanah pinggir, makna senang kata secara... secara tak sahlah. Jadi itu menyebabkan kadang-kadang tu jumlah tannya yang lebih. Tapi walau bagaimanapun tak apalah hari ni esok er... saya akan sekiranya ada kes-kes beginilah boleh maklumkan terus kepada saya. Pasal... pasal lembu tadi ya Chini? Pasal lembu ni saya minta nanti jabatan berkaitan lah Jabatan Veterinar ambil perhatianlah kawasan khasnya di kawasan Chini ni. Jadi saya teruskan Yang di-Pertua.

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Soalan saya belum dijawab [ketawa].

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Kuala Sentul berkenaan dengan rumah. Okey, saya minta maaf nanti saya akan bagi jawapan bertulis sebab dia rumah ni dia di bawah sebenarnya di bawah portfolio Perumahan nanti, saya akan dapatkan jawapan yang bertulis walaupun dia buat di kawasan FELDA. Tapi di bawah portfolio perumahan. Insya-Allah akan dijawab secara bertulis.

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Terima kasih.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Tuan Yang di-Pertua,

Saya sambung balik. Saya yakin yang kita semua di sini mahukan yang terbaik buat negeri. Dan di atas kesedaran inilah kita cuba merungkai permasalahan ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat dengan sebaiknya melalui Belanjawan 2024. Jadi mengakhiri penggulungan saya ini, saya mohon menyokong usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 dicadangkan… yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekian Wabillahi taufik wal hidayah Assalamualaikum WBT. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja].

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Wakil Kerajaan Negeri. Seterusnya, saya menjemput EXCO Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT selamat petang dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kerana telah memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Usul belanjawan yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada Isnin yang lepas. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2024 yang bertemakan Pahang Prihatin Rakyat Makmur.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Jabatan Perangkaan Malaysia pada laporan Keluaran Dalam Negara Kasar KDNK pada tahun 2022 telah meletakkan Pahang di kedudukan ketiga terbaik Pertumbuhan Ekonomi Nasional dengan 10.8% mengatasi kadar pertumbuhan KDNK Nasional pada 8.7% dan sehingga 28 November 2023, Negeri Pahang telah mengumpul pelaburan berjumlah RM16.441 bilion dan statistik-statistik ini telah menunjukkan dengan jelas bahawa keyakinan para pelabur-pelabur terhadap potensi-potensi serta kestabilan yang ada dalam Kerajaan Negeri Pahang kita.

Pengiktirafan Daerah Cameron Highlands baru-baru ini sebagai antara 51 tempat yang paling cantik di dunia adalah satu pengiktirafan yang sangat membanggakan negeri Pahang.

Pengurangan hutang kerajaan negeri daripada RM3.2 bilion kepada RM983.49 juta sehingga 30 November 2023 iaitu pengurangan sebanyak 69.59% hutang kerajaan negeri pada keseluruhannya sepanjang tempoh lima tahun kebelakangan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang tidak pernah melupakan jasa dan komitmen penjawat-penjawat awam negeri Pahang dalam memastikan agenda pembangunan negeri dan masyarakat ini dapat dicapai. Sebagai penghargaan dan sanjungan tinggi kepada kakitangan awam. Yang sentiasa mendukung aspirasi serta agenda kemajuan negeri Pahang.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah memberikan bantuan khas kewangan bonus sebanyak satu setengah bulan gaji kepada setiap penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang melibatkan sebanyak RM39.6 juta bagi tahun 2024.

Saya di sini ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada pemimpin yang dikasihi ini. Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail kerana Kerajaan Negeri Pahang telah berjaya mencatatkan kutipan hasil pendapatan sebanyak RM1.164 bilion setakat 3 Disember 2023 dengan itu dengan melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak RM1.083 billion.

Dengan kestabilan politik dan Kerajaan Negeri Pahang dan kejayaan negeri Pahang ini memperolehi pendapatan melebihi RM1 bilion ini telah menyaksikan usaha untuk menjaga kebajikan rakyat dapat dipertingkatkan dan diperluaskan lagi secara bersasar oleh Kerajaan Negeri Pahang. Kerajaan Negeri Pahang telah mewujudkan...

Er... Tuan Speaker. Nak ucap tahniah sikit. Tahniah kerana menjelaskan tentang kita berjaya, Pahang berjaya menghapuskan hutang yang besar. Cuma Dewan perlu dimaklumlah penghapusan sebanyak RM2.074 bilion hutang bekalan air itu berlaku waktu saya jadi Menteri Alam Sekitar dan Air. Dan saya telah pun bersama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada waktu itu kita selesai perjanjian bekalan air yang tertangguh tujuh tahun. Dengan ini, saya fikir RM2.7 bilion hutang luar bandar bekalan air bandar itu kita berjaya selesaikan. Jad, alhamdulillah ni nak kongsi kegembiraan bersama untuk Kerajaan Negeri tak ada masalah.

Ya lah antara usaha-usaha itu antara usaha-usaha yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ya… yang bersama dengan Kerajaan Persekutuan pada waktu itu dan Menteri Kewangan pada waktu itu dan er... saya terus ya boleh ada lagi soalan? Ada mileage sikit la. Tapi kena tengok juga Perdana Menteri dan Menteri dia ya.

Untuk makluman sidang Dewan dengan kestabilan politik dan pendapatan Kerajaan Negeri Pahang yang lebih daripada RM1 bilion ini kita dapat lihatlah bagai... berbagai-bagai kebajikan rakyat dapat dipertingkatkan dan diperluaskan lagi secara bersasar oleh Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang juga telah berjaya mewujudkan Bantuan Prihatin Pahang sebanyak RM38.08 juta diperuntukkan bagi tahun 2024 menerusi pelbagai bentuk inisiatif yang diwujudkan yang melibatkan empat kluster utama iaitu Kluster Pelajar Anak Muda, Kluster Golongan B40, Kluster Masyarakat Umum, Kluster Pemberian Aprisiasi.

Untuk makluman sidang Dewan, sepanjang saya berkhidmat sebagai Ahli Majlis Kerajaan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak pernah menolak setiap permohonan

bantuan dan sumbangan oleh rakyat negeri Pahang. Pelbagai bentuk bantuan telah diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kepada seluruh golongan sasar di negeri Pahang. Bermula dari bayi baru lahir, kanak-kanak, remaja, belia, warga emas. Seperti kata Yang Amat Berhormat Menteri Besar, 'Tiada janji, lihatlah bukti'. Dan 'jika berbelanja, janganlah sampai boros dan jika berjimat janganlah sampai kedekut'.

Program Pahang Makmur yang merangkumi Pahang Pride Kid, Pahang Pride Student dan Pahang Pride Orang Asli, Pahang Pride Atlet, Pahang Pride Kasih dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Semua ini telah membuktikan bahawa setiap peningkatan hasil yang diterima oleh kerajaan sudah tentu akan dikembalikan semula kepada rakyat dan pembangunan negeri Pahang. Lebih banyak lagi perancangan-perancangan dan inisiatif-inisiatif akan dilaksanakan.

Sekiranya pendapatan hasil Kerajaan Negeri bertambah lagi pada masa akan datang, insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Masuk penggal ni saya dah tiga penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang dan dua penggal sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan saya telah melihat berbagai-bagai ragam dan corak dan warna yang berlaku selama tiga penggal sebagai Wakil Rakyat dan pada penggal yang lepas, kita dapat lihat bahawa kita ada zaman COVID-19, kita ada, kita ada Muafakat Nasional, dan akhirnya kita tak jadi Muafakat Nasional, tuning… tunang dengan orang lain, kahwin dengan orang lain. Maknanya, PRU yang lepas ke peringkat ini, kita kahwin dengan orang lain pula. Tapi yang pentingnya, kita dapat melihat bahawa, sebagaimana rakan saya kata, dari Muadzam Shah, banyak perkara yang telah dicapai oleh Kerajaan Negeri Pahang kita.

Dan berbagai-bagai inisiatif-inisiatif kebajikan, yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat. Dan seterusnya memban… menjadikan negeri Pahang kita negeri yang makmur dan cemerlang. Dan antara negeri yang terbaik iaitu mencapai capaian hasil pendapatan RM1 bilion. Bukan semua dapat ya. Antara negeri seperti Johor dan juga Selangor, kita pun mencapai RM1 bilion daripada kutipan hasil.

Ini satu perkara yang sangat membanggakan. Dulu RM600 juta, RM700 juta, RM800 juta. Tapi akhirnya dua penggal yang lepas, kita telah mampu mencapai lebih daripada RM1 bilion dan menjadi kelab RM1 bilion. Inilah antara pencapaian-pencapaian dan kebajikan-kebajikan yang telah diwujudkan demi untuk rakyat negeri Pahang dan demi untuk negeri kita. Negeri yang macam mana lagi kita nak, supaya kita menjaga negeri kita ini baik-baik, supaya nikmat kita akan ditambahkan lagi, pendapatan akan lebih bertambah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Rasa nak cepat sedikit lagi dan nikmat kita lebih bertambah dan kita harapkan dengan kita bersyukur dengan apa kita dapat hari ini, mudah-mudahan hasil pendapatan negeri kita akan lebih bertambah lagi pada masa akan datang. Bukan RM1.2 bilion, insya-Allah. Kalau Tuhan izinkan RM1.5 bilion dan seterusnya pada masa akan datang. Sila.

Terima kasih, Bebar. Saya cuma nak minta pandangan Kerajaan sahaja. Memang, tahniahlah banyak pemberian-pemberian diberikan kepada masyarakat kita ni. Cuma masa COVID-19, ada satu kes saya nak kongsi sikit. Bila berlaku kekurangan makanan dan sebagainya, anak ini, anak dia tak bagi pun bantuan kepada ibu bapa dia.

Jiran-jiran pun tak bagi bantuan. Bila tanya kenapa? Kita tunggulah Kerajaan hantar bantuan. Jadi, soalan sekarang macam mana kerajaan boleh bantu mendidik rakyat ini supaya jiran bantu jiran, anak bantu ayah dan sebagainya. Saya bimbang, banyak ibu-ibu ini kang, pada keadaan begini saya rasa tak baguslah untuk masyarakat ya. Terima kasih.

Yang satu, anak tu kena taat kepada ibu bapalah. Jangan menjadi anak yang derhaka. Yang keduanya, kita mesti mendidik ini bukan dari sega… dari segi untuk mencapaikan untuk memerintah Kerajaan je, kita juga mesti mendidik rakyat supaya lebih berhemah, lebih beradab sopan.

Terutama kepada ibu bapa, dan juga kepada masyarakat, supaya tidak mengadakan cerita-cerita yang tak betul, mewujudkan cerita-cerita yang boleh memecah belahkan masyarakat kita. Itu yang saya harapkan kita sama-sama perananlah. Memberi ceramah-ceramah yang elok-elok supaya dapat meningkatkan lagi sahsiah, dan diri dan juga apa peribadi rakyat dalam negeri Pahang ini.

Jadi, ini apa yang saya cerita tadi, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, telah membuktikan bahawa kecekapan jentera Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran dan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam menguruskan belanjawan. Banyak pembangunan yang telah kita saksikan, banyak belanja yang telah kita berikan kepada rakyat.

Dan inilah negeri Pahang. “This is Pahang, Pahang1st,” “Tiada janji dan lihat bukti”. Angka tidak pernah berbohong, dan kita perhatikan baik-baik Kerajaan yang macam manakah lagi yang kita perlukan untuk masa akan datang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Bagi menjawab soalan tambahan 14, Yang Berhormat ADUN Cheka, keperluan menaik taraf serta pembinaan baru infrastruktur jalan dalam daerah-daerah Pahang, Wilayah Pahang Barat, Lipis, Jerantut, Raub, Bentong, Cameron Highlands amatlah dititikberatkan oleh pihak Kerajaan Negeri.

Pembinaan dan naik taraf infrastruktur jalan ini amat penting untuk meningkatkan lagi jaringan perhubungan accessibility serta mobility laluan antara negeri daerah-daerah dalam negeri Pahang.

Bilangan projek infrastruktur jalan dan jambatan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah KKDW dan KKR, Kementerian Kerja Raya dalam negeri Pahang pada JKR yang masih yang masih dalam peringkat perancangan dan rekabentuk adalah berjumlah 23 projek. 15 projek melibatkan Wilayah Pahang Barat dengan anggaran nilai kos berjumlah RM864 juta.

Jadi kalau Yang Berhormat Cheka, kalau nak senarai itu, boleh, saya berilah, ya. Boleh ada senarai pada saya, terdapat 13 projek yang bernilai projek bernilai RM864 juta.

Manakala, bagi... Projek infrastruktur, jalan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah KKDW dan juga KKR dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua, dalam negeri Pahang kepada JKR dalam peringkat pembinaan, bilangan projek yang terlibat adalah sebanyak 41 projek.

27 bilangan projek adalah melibatkan wilayah Pahang Barat dengan anggaran nilai kos iaitu sebanyak RM3.078 bilion. Bagi menjawab soalan tambahan 37, Yang Berhormat ADUN Jengka, Untuk makluman YB, projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT 1533 dari persimpangan Jengka 12 hingga Persimpangan Jengka 14, 24. Jalan Utama Jengka Utara/Barat, betul YB? Sila.

Er… daripada Rumpun Makmur, hingga Bandar Jengka, daripada TNB hingga Jengka 8.

Dia kena sebut juga FT itu kadang-kadang, lupa sokmo [ketawa]. Jadi, jalan-jalan Utama Jengka Utara/Barat yang menghubungkan Bandar Jengka dan Kuala Krau, Pahang baru diluluskan oleh Pihak Kementerian Ekonomi kepada pihak Kementerian Kerja Raya di bawah RP4, RMK ke-12 dengan anggaran siling RM50 juta.

Dan pihak JKR Malaysia telah aturkan lawatan tapak Pada 28 November 2023, bagi meneliti serta menilai keperluan skop di tapak sebelum proses pelantikan kerja ukur dan penyiasatan tanah dilaksanakan. Skop kerja yang akan dilaksanakan adalah secara localised dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mengikut keperluan paling kritikal dan siling yang diluluskan tersebut.

Jalan daripada TNB Jengka hingga ke Jengka 8, yang dimaksudkan ini adalah Jalan Persekutuan Utama Jengka-Jerantut (FT 083). Jalan ini merupakan jalan perhubungan utama dari Maran ke Jerantut dan bagi cadangan projek naik taraf Jalan Persekutuan FT 083 Jalan Utama Jengka Utara/Selatan dari Simpang Kampung Awah (FT 002) ke Simpang Jengka 8 (FT064) ini, ianya telah diangkat permohonan kepada pihak KKR dalam Rolling Plan 1 - 4 Rancangan Malaysia ke-12. Namun ia masih belum diluluskan oleh pihak Kementerian Ekonomi dan KKR. Yang Berhormat Luit dan Jengka boleh bagi surat untuk saya buat semakan balik.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Daripada bajet RM1.87 bilion dan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kementerian Kerja Raya untuk senggaraan jalan persekutuan tahun 2023, JKR Pahang telah menerima agihan sebanyak RM286 juta sahaja iaitu 51.41% daripada jumlah keperluan yang dipohon RM559 juta. Sebanyak RM238 juta senggaraan sedang dan telah dilaksanakan di seluruh negeri Pahang.

Antara isu kerosakan-kerosakan jalan kritikal di mana Kuantan yang telah dapat diselesaikan adalah yang pertamanya, kerja-kerja pembaikan concrete pavement di jalan masuk ke kawasan perindustrian Semambu, bawah flyover Semambu, siap pada 20… 16 Oktober 2023 dengan anggaran kos RM1.2 juta merujuk soalan 25, ADUN Pulau Manis.

Yang kedua, kerja-kerja pembaikan Jalan Pintasan Gebeng secara mill and pave, siap pada 31 Mei 2023 dengan anggaran kos RM1.6 juta.

Ketiga, kerja-kerja pembaikan Jalan Kuantan-Pelabuhan secara mill and pave dengan anggaran kos RM1.1 juta dan kerja ini siap pada Julai 2023.

Dan keempat, kerja-kerja pembaikan di Jalan Jabor-Jerangau, secara mill and pave dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dengan anggaran kos RM1.67 juta dan kerja ini siap pada Julai 2023.

Itu antara projek-projek yang telah dilaksanakan dan banyak lagi kalau saya nak sebutkan di sini. Dan dalam pembentangan Belanjawan Tahun 2024, pada 13 Oktober 2023 yang lalu, Yang Berhormat… Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan RM2.8 bilion sebelum ini RM1.8 je. Akan disediakan untuk menyelenggara jalan dan jabatan persekutuan di seluruh negara kita.

Diharapkan negeri Pahang akan menerima agihan peruntukan yang secukupnya untuk tahun 2024 ini nanti. Sekiranya peruntukan diterima tidak diluluskan, sebagaimana yang permohonan kita, ianya akan memberi impak yang negatif. Seperti peningkatan bilangan jalan yang rosak. Terutama selepas kita melalui monsun timur laut dari November 2023 hinggalah Mac 2024. Peningkatan kos selenggaraan setiap tahun, peningkatan kepada kes kemalangan, peningkatan kepada aduan, peningkatan risiko tuntutan ganti rugi, dan juga saman kepada Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Inisiatif dan usaha yang berterusan, daripada Yang Berhormat Menteri Besar, bagi memastikan rekod pendaftaran panjang Jalan MARRIS di negeri Pahang ini sentiasa dipertingkat dan dikemas kini. Hasil kerjasama antara agensi Negeri Pahang, JKR Pahang, JPS Pahang dan semua PBT telah berjaya menunjukkan peningkatan rekod pendaftaran panjang Jalan MARRIS. Jalan MARRIS Negeri Pahang pada setiap tahun. Untuk rekod, tahun 2020 jumlah panjang Jalan MARRIS Negeri Pahang adalah 30,000 km. Tahun 2021 meningkat kepada 37,000 km, dan tahun 2022 meningkat kepada 43,000 km, dan tahun 2023 telah meningkat kepada 43,600 km.

Diharapkan dengan pertambahan jumlah panjang yang berjaya kita daftarkan ini, Kerajaan Negeri akan bakal menerima manfaat peningkatan agihan penutupan MARRIS oleh Kerajaan Persekutuan untuk tahun berikutnya bagi memastikan jalan-jalan MARRIS ini, dalam keadaan terbaik untuk kegunaan rakyat dalam negeri Pahang kita.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, mohon mencelah sikit.

Saya ada dengar wakil Kerajaan tadi menyebut perkataan MARRIS. Jadi, er... saya terpanggil untuk bertanyakan wakil kerajaan negeri kita ini. Adakah er… pihak kerajaan bercadang selain peruntukan MARRIS yang diperuntukkan di er... Pulau Tioman sebelum ini dan sebelum ini dengan keberadaan konsesi-konsesi yang baru seperti YP Maintenance dan sebagainya disebarluaskan perkhidmatan oleh konsesi ini ke Pulau Tioman. Memandangkan Pulau Tioman juga memerlukan infra er... jalan yang sedia ada, kepada pembaikan, penambahbaikan, bina baru dan penyelenggaraan sebagainya. Satu.

Yang ke-2. Saya ingin er... bertanya kepada wakil kerajaan, adakah peruntukan-peruntukan yang disalurkan kepada er… pihak JKR, untuk membangunkan infra di Pulau Tioman sebelum ini, seperti jalan Tekek ke Kampung Juara dan juga kampung-kampung yang menghubung. Sebelum ini di Pulau Tioman tidak ada lingkaran jalan yang er... seperti di darat. Kebanyakan jalan simen. Jadi soalannya adakah Kerajaan Negeri bercadang

untuk er... membina jalan baru antara kampung Genting ke Kampung Tekek, dari Kampung Salang ke Kampung Tekek dan juga Kampung Mukut ke Kampung Genting. Tapi bukan Kampung Genting apa ni... Genting Highlands, Genting Pulau Tioman. Jadi itu soalan saya. Dua soalan. Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingat Mukut dengan Genting je. Tak tahu dia sebut apa tadi Mukut, Genting, Salong tu benda?

Takpe Yang di-Pertua saya boleh ulang balik. Okey.

Soalan pertama saya berhubung kait dengan MARRIS. MARRIS ni memang sebelum ini dah ada di Pulau Tioman disalurkan. Tapi adakah kerajaan mencadangkan pada masa akan datang peruntukan-peruntukan dari konsesi-konsesi yang sedia ada pada ketika ini di dalam negeri Pahang, yang mana terdiri daripada YP Maintenance dan lain-lain yang saya dapat sebutkan satu persatu.

Yang pertama, maknanya bukan saja di darat ni, konsesi ni juga boleh melebarluaskan perkhidmatan peruntukan membina jalan menambah baik jalan di Pulau Tioman juga. Tak bergantung semata-mata kepada MARRIS. Okey. Yang kedua, selama ini Pulau Tioman banyak juga dapat peruntukan daripada JKR bawah portfolio wakil kerajaan negeri inilah saya ucap syabas dan taniah. Tetapi adakah pada masa akan datang ada cadangan untuk membina infra baru jalan-jalan yang sedia ada dari simen ini, daripada Kampung Mukut ke Kampung Genting dan kampung Genting ke Kampung Tekek dan dari Kampung Salang ke Kampung Tekek balik. Dia ada tiga (3) portion di situ. Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Buat masa ini, er... kita masih lagi peringkat apa, kajian. Dan baru-baru ini juga telah diluluskan peruntukan sebanyak RM1.8 juta. Itu untuk Kampung Salang dan Kampung Mukok yang berluas 1.8 juta untuk dibinakan jalan dan diperuntukkan di bawah KKDW. Tapi untuk konsesi belum ada cadangan lagilah untuk ke Pulau Tioman dan sebelum ini memang kita ingin mengadakan lawatan ke Pulau Tioman bersama pihak JKR. Tetapi disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu, jadi kita terpaksa membatalkan yang mungkin pada tahun depan kita akan ke Pulau Tioman untuk menyaksikan sendiri suasana ataupun keadaan jalan di sana. Sebab saya dimaklumkan bahawa jalan di Pulau Tioman ini banyak kita menggunakan secara konkrit kerana keadaan muka buminya er... yang berbukit-bukau tu.

Dan juga, kita ada juga pihak JKR memohon projek infrastruktur sebagaimana yang disebutkan tadi oleh rakan saya daripada Tioman dan nilainya ataupun jumlah yang dimohon itu adalah sangat tinggi kerana memandangkan keadaan muka bumi di Pulau Tioman. Tapi kita insya-Allah kita akan dari masa ke semasa kita akan melihat perkara ini

dan kita akan membuat tindakan yang sewajarnya jika keadaan itu sangat memerlukan pada masa akan datang. Jadi boleh saya teruskan?

Jadi... saya berharap dengan pertambahan jumlah panjang yang berjaya kita daftarkan ini Kerajaan Negeri akan bakal menerima manfaat peningkatan agihan peruntukan MARRIS daripada Kerajaan Persekutuan dan memastikan jalan-jalan negeri ini ataupun jalan MARRIS ini, juga dalam keadaan terbaik untuk penggunaan rakyat dalam negeri Pahang. Termasuklah kalau sekiranya ada pengguna khas daripada Tioman, kita akan pertimbangkan. Kerajaan Negeri Pahang juga telah menerima peruntukan sebanyak RM400.72 juta pada tahun 2023 sehingga 30 November 2023.

Yang Berhormat Perdana Menteri dalam Belanjawan Tahun 2024, telah mengumumkan sejumlah RM5.4 bilion peningkatan akan diagihkan kepada semua negeri untuk menyelenggara jalan negeri. Diharapkan dengan keluasan yang bakal diterima oleh negeri Pahang ini, untuk tahun 2024, kelak akan meningkatkan lagi jumlah permohonan yang akan kita terima untuk tahun ini.

Jadi... Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan terima kasih kepada YAB. Menteri Besar dan Kerajaan Negeri, kerana telah memperuntukkan RM171.98 juta juga memastikan pembinaan dan menaik taraf pembangunan asrama pelajar, klinik haiwan, mahkamah, pengairan dan saliran serta infrastruktur lain dilaksanakan untuk penggunaan pada tahap optimal dari segi keselamatan dan keselesaan penduduk negeri Pahang.

Menjawab soalan 27, ADUN Semambu, Kementerian Ekonomi telah meluluskan pelaksanaan kajian dan reka bentuk awalan bagi projek jalan dari FELDA Utara, Jerantut ke Sungai Lembing-Kuantan kepada pihak KKDW dalam RP2, RMK Ke-12 dengan anggaran kos RM6 juta. Pihak KKDW ini dalam peringkat penyelarasan bersama pihak JKR Malaysia, bagi penyediaan dokumen teknikal untuk pelantikan perunding.

Hasil kajian ini, seterusnya akan diputuskan skop dan kos bagi tujuan permohonan di bawah program jalan luar bandar dalam rolling plan dengan izin, Yang Berhormat Yang di-Pertua pada masa akan datang.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Kerajaan Negeri melalui jawatankuasa pengangkutan. Negeri Pahang juga sentiasa mengambil berat tentang berhubung isu kesesakan di persimpangan-persimpangan utama dalam bandar Kuantan, serta di jalan utama Cameron Highlands. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh ketepuan kadar aliran trafik terutama sewaktu puncak atau cuti dengan pertambahan bilangan isi padu kenderaan yang tinggi seterusnya menyebabkan level of service dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua, menurun kepada E atau F.

Menjawab soalan 25, ADUN Pulau Manis. Kemajuan projek flyover dari persimpangan Bukit Setongkol ke Kemunting, jalan Kuantan-Gambang kini adalah progressnya adalah sebanyak 97% berbanding jadual sebanyak 100%. 100% projek ini dijangka dapat disiapkan menjelang Disember 20… akhir Disember 2023 dan seterusnya dapat membantu untuk menyuraikan sedikit aliran traffic dari 2 laluan utama di lokasi persimpangan Bukit Rangin dan persimpangan Teluk Sisek.

Pihak Kerajaan Persekutuan tahun ini telah meluluskan kerja pemasangan traffic light, smart traffic light di 4 persimpangan utama dalam bandar Kuantan iaitu persimpangan Paya Besar, persimpangan Sungai Isap, persimpangan U Tanah Putih, persimpangan Tanah Putih… dan kerja pemasangan smart traffic light ini telah selesai dilaksanakan oleh

Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Pahang pada 15 November 2023 dalam peringkat pengujian dan pentauliahan di tapak.

Dijangka dengan pemasangan traffic light ini ia dapat mengurangkan lagi sebanyak 10% kadar kesesakan lalu lintas di lokasi tersebut. Kerajaan Negeri juga berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan cadangan pembinaan persimpangan bertingkat Panching… Jalan Kuala Lumpur - Kuantan FT02, daerah Kuantan, Pahang di bawah RP3 RMKe-12 dengan kos RM160 juta. Projek ini dalam peringkat penyediaan reka bentuk awalan oleh pihak JKR Malaysia dan kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan setelah kerja-kerja reka bentuk dan perolehan selesai kelak.

Manakala bagi lain-lain cadangan pembinaan persimpangan bertingkat terutama di persimpangan lampu isyarat Bukit Rangin, persimpangan lampu isyarat Jalan Semambu, Jalan Tengku Muhammad, persimpangan lampu isyarat Teluk Sisek, persimpangan lampu isyarat Taman Tas dan lain-lainnya. Pihak Kerajaan Negeri berharap ianya dapat dipertimbangkan kelulusan oleh Pihak Kerajaan Pusat dalam rolling plan dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua, rolling plan, rolling plan yang akan datang.

Bagi cadangan penyelesaian isu kesaskan... kesesakan di Cameron Highlands, menjawab soalan ADUN Tanah Rata, Kerajaan Negeri berterima kasih atas keprihatinan Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan projek pembinaan Jalan Pintasan Cameron Highlands, menaik taraf jalan dari bulatan McDonald's ke Persimpangan Brinchang, Time Tunnel FT59 dan membina One-Way Loop di Kea Farm, Cameron Highlands, Pahang dengan anggaran RM142.9 juta yang mana kini dalam fasa pembinaan dan jangkaan siap tahun 2026 dan juga pembinaan Jalan Pintasan Cameron Highlands, jalan pintasan Tanah Rata, menaik taraf Jalan Persekutuan FT59 dari Tanah Rata ke Kea Farm bagi Seksyen 63.9, 64.4, Seksyen 66 dan 67, Seksyen 69 dan 70. Serta menaik taraf Jalan Persekutuan FT434 Jalan Grider dengan anggaran RM480 juta. Projek ini kini dalam fasa penyediaan reka bentuk, konsep dan juga awalan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Menjawab soalan 38, YB ADUN Semambu, Kerajaan Negeri bersama pengendali perkhidmatan pengangkutan Rapid Bas Sendirian Berhad, Rapid Kuantan telah memperkenalkan laluan perkhidmatan percubaan untuk Bandaraya Kuantan. Perkhidmatan percubaan laluan T201 Pusat Bandaraya Kuantan mula beroperasi selama 3 bulan, 1 November 2023 hingga 31 Januari 2024 untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam di daerah Kuantan untuk pengguna-pengguna bas dan Kerajaan Negeri untuk sementara ini.

Masih lagi tiada perancangan untuk memperkenalkan bas percuma di dalam laluan utama sekitar pusat bandar seperti bas Smart Selangor dan kita sama-sama berdoa mudah-mudahan dengan pendekatan hasil Kerajaan Negeri pada masa yang akan datang. Bas yang diberikan secara percuma yang bersasar akan dapat dilaksanakan di bandaraya Kuantan kita.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, Yang Berhormat, minta er... gulung ya. Masa dah singkat.

Banyak lagi… tebal ni. Ke boleh berhenti je? Terus jalanlah ya.

Kerja-kerja pembinaan projek laluan ECRL yang telah melibatkan beberapa buah daerah negeri Pahang iaitu di daerah Kuantan, daerah dalam negeri Pahang iaitu daerah Kuantan, Maran, Temerloh, Bentong ia juga sedang rancak dilaksanakan. Kemajuan kerja projek ECRL di negeri Pahang sehingga 30 November 2023 telah mencapai sebanyak 57% menepati jadual pelaksanaan.

Projek ini dijangka siap pada Disember 2026 dan dijangka beroperasi pada tahun 2027 dan Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan RM2 juta bagi tahun 2024 untuk menaik taraf kemudahan Latihan Pahang Skills kepada pusat kecemerlangan dengan membangunkan kursus baru iaitu Penyelenggaraan Landasan Kereta Api selaras dengan projek laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Bagi mempromosikan pelancongan keretapi di laluan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM150,000.00 untuk tahun 2024 bagi mempromosikan pakej pelancongan keretapi yang melibatkan 5 stesen KTM iaitu Kemayan, Mentakab, Jerantut, Lipis dan Merapoh.

Pihak JKR melalui Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri akan mengangkat sekali permohonan projek iaitu projek membina baru jalan Pos Buntu, Raub, ke Ulu Slim River dan ke… untuk mengangkat sekali lagi permohonan ini di dalam rolling plan yang Ke-5, Rancangan Malaysia ke-12 dan selanjutnya bagi pertimbangan dan kelulusan oleh pihak Kementerian Ekonomi dan KKDW kelak.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya ni ada 4 portfolio Yang Berhormat, Ini dah masuk yang ke-2, nak masuk yang ke-3 boleh terus ke nak gulung terus?

Yang di-Pertua (Speaker)

Ringkaskan… ringkaskan.

Tak boleh ringkas dah, ni semua yang penting.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ataupun lepas ni surat bertulis… apa tu jawapan bertulis.

Aa... jalan dulu?

Yang di-Pertua (Speaker)

Kena singkat, ada 2 lagi EXCO belum er... gulung.

Maknanya lepas saya ni panik sikitlah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Menyentuh tentang sektor kesihatan, tahun 2023 telah melakar sejarah bagi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dengan bermulanya perkhidmatan bersalin yang dinaik taraf di kelihatan… di Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman. Bukan jalan je bukan apa, Yang Berhormat Yang di-Pertua, tapi Klinik Kesihatan di Tekek pun di Pulau Tioman pun dinaik taraf.

Pelaksanaan ini tidak mungkin berjaya tanpa dengan kerjasama erat dari Kerajaan Negeri Pahang. Kerajaan Negeri Pahang telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM2.93 juta melalui Majlis Ugama Islam Pahang dan Lembaga Pembangunan Tioman bagi membekalkan peralatan perubatan yang lengkap supaya penduduk Pulau Tioman mendapat akses yang lebih mudah kepada perkhidmatan bersalin bagi ibu mengandung dengan risiko yang bersesuaian tanpa perlu bersusah payah ke Rompin atau Mersing.

Pusat Bersalin Klinik Kesihatan Tekek telah menerima satu kelahiran baru yang selamat yang pertama pada 3 November 2023. Sehingga Oktober 2023, jumlah perjawatan di seluruh negeri Pahang adalah sebanyak 18,098 dengan pengisian hanya berjumlah 16,725 dan JKM Pahang juga telah menerima 408 orang pegawai perubatan baru yang akan berkuat kuasa pada 31 Julai 2023 lalu dan juga bakal menerima selama 68 orang pegawai perubatan yang akan melaporkan diri pada 18 Disember 2023.

Bagi pelaksanaan dalam Roll Plan ke-3, Rancangan Malaysia ke-12 dan projek sambungan, sebanyak 16 projek pembangunan fizikal dengan siling peruntukan sebanyak RM811 juta telah diluluskan untuk negeri Pahang. Projek terbaru yang telah memulakan proses pelaksanaan iaitu blok baru wanita dan kanak-kanak, Hospital Tengku Ampuan Afzan di Tanjung Lumpur ia bernilai RM513 juta.

Blok baru berkapasiti 376 katil ini diangka siap pada Januari 2028. Sehingga 30 November 2023, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah menerima peruntukan sebanyak RM152 juta sebanyak 112 projek pembangunan fizikal yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang sepanjang tahun 2023 berbanding hanya 58 projek pada tahun 2022 termasuk kerja-kerja menaik taraf, pembaikan fasiliti kesihatan demi meningkatkan lagi kualiti penyampaian kesihatan kepada seluruh rakyat dalam negeri ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Negeri Pahang juga telah memulakan proses menaik taraf perkhidmatan bersalin di Klinik Kesihatan Perwira Jaya, FELDA Selancar dan di Klinik er... Kesihatan Sungai Ular, Rompin dan peruntukan sebanyak RM1.72 juta untuk setiap fasilitis. Proses naik taraf ini merangkumi kos pembinaan bangunan pusat bersalin yang baru, pembekalan aset perubatan moden dan penempatan ambulans baru. Bagi pusat bersalin di Klinik Kesihatan Perwira Jaya, proses naik taraf ini telah mencapai 95% dan dijangka akan beroperasi pada bulan Januari 2024.

Manakala bagi pusat bersalin Klinik Kesihatan Sungai Ular pula, kemajuan proses naik taraf telah mencapai 75% dan dijangka siap pada Februari 2024. Kedua-dua pusat bersalin yang dinaik taraf oleh Kerajaan Negeri Pahang ini akan memberikan manfaat kepada seluruh penduduk yang berada berhampiran sempadan negeri supaya dapat bersalin dengan selamat di dalam negeri Pahang kita. Kerajaan Negeri Pahang telah

memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi pelaksanaan Program Komuniti Sihat Pembina Negara dan Karnival Kekal Sihat, COMBI dan KOSPEN Negeri Pahang bagi tahun 2024. Peruntukan yang diberi ini sikit sebanyak menyuntik semangat sukarelawan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan berkaitan kesihatan di peringkat akar umbi. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang telah berkenan berangkat ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom, Cameron Highlands yang diiringi oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada 6 Mac 2023 yang lalu.

Susulan daripada lawatan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Permaisuri Agong telah menitahkan agar Hospital Sultanah Hajah Kalsom, Cameron Highlands dinaik taraf perkhidmatan perawatan kesihatan kepada penduduk daerah Cameron Highlands dan perkhidmatan ini telah dilaksanakan sehingga kini dan akan terus dinaik taraf agar perkhidmatan kepakaran kepada rakyat dapat disampaikan dengan baik.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Akhir sekali saya ingin menyentuh tentang pihak kerajaan tempatan dan 16 projek pengurusan kolam takungan negeri Pahang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.5 juta. Dari kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan di atas bantuan peruntukan yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Melalui Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, sebanyak 483 buah projek dengan nilai keseluruhan RM59.88 juta meliputi projek bahagian pembangunan, kolam takungan, longkang, cerun dan kiosk telah diterima Kerajaan Pahang sehingga 31 Oktober 2023. Mudah-mudahan dengan kelulusan projek-projek sebut yang dapat memberi manfaat besar untuk kesejahteraan rakyat terutamanya di dalam negeri Pahang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Dengan pelaksanaan semua inisiatif yang diusulkan oleh negeri dan persekutuan ini, PBT dapat melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang dan saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PBT-PBT yang telah merangkul anugerah di peringkat antarabangsa dan juga di peringkat kebangsaan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan portfolio Kerja Raya, Pengangkutan, Kesihatan dan Kerajaan Tempatan. Sepanjang saya memegang portfolio ini, saya telah cuba melaksanakan yang terbaik untuk negeri Pahang dan berharap negeri Pahang akan terus maju dan cemerlang pada masa akan datang. Sesuai dengan tagline kita, “Maju Terus Pahang”, “Pahang1st.“ dan “This is Pahang”, dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

di atas sokongan dan dorongan yang tiada berbelah bagi buat Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Bak kata pepatah 'Raja dan rakyat berpisah tiada' dan selama saya berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan segala peruntukan-peruntukan dan perancangan-perancangan yang telah disedia dan akan dilaksanakan nanti sudah tentu akan lebih memaju dan mensejahtera dan memakmurkan lagi negeri Pahang, insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon menyokong. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Wakil dari Bebar. Seterusnya saya menjemput EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan. Bismillahirrahmanirrahim. (bacaan dalam Bahasa Arab). Saya juga sebagaimana rakan-rakan di dalam Dewan Yang Mulia ini ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke sisi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang telah berjaya membentangkan bajet pada kali ini untuk tahun 2024. Bajet sebagaimana disebut kita nampak menyeluruh dan pelbagai aspek telah disebut. Saya juga bersyukur dan berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Alhamdulillah, banyak perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama telah dititik beratkan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya ingat lagi masa kecil-kecil dulu. Kalau nak mengaji itu, pandai-pandai awaklah sendiri nak mencari ustaz, nak mencari surau, nak mencari tok guru, rumah orang tua ke. Tetapi sekarang ini, kita tengok melalui bajet ini, benda-benda ini pun diatur oleh Kerajaan Negeri.

Sebagai tanda kesungguhan bagaimana nak melahirkan generasi rabbani yang akan zahirnya, insan-insan yang menjunjung agama Allah SWT. Ini kita lihat sendiri, kalau dulu sekolah agama ini berkurangan. Tapi sekarang ini, masya-Allah, ta'barakallah. Kita tengok sekolah agama semakin dikembangkan, maahad-maahad tahfiz semakin dibanyakkan, usul-usul murni, semakin diperkukuhkan. Apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang sendiri bersetuju, di dalam bajetnya, menyebutkan sebanyak RM11.86 juta untuk memperkasakan Universiti Islam Pahang. Universiti Islam Pahang ini, sungguh kita rasa bangga dan gembira dengan kewujudannya.

Sebab universiti ini, Yang Berhormat Yang di-Pertua, dia telah memberikan satu sejarah baru kepada negeri Pahang dan menjadikan satu mercu tanda Kerajaan Negeri di dalam memartabatkan pendidikan Islam, ia bahkan memartabatkan agama Islam itu sendiri, sebagai mana yang difirmankan oleh Allah, Al-Islam (bacaan dalam Bahasa Arab) Islam itu dia tinggi, dia agung dan mana mungkin dapat yang lainnya mendahului dan mendepani apa yang telah didepani oleh agama Islam itu sendiri. Kemanusiaan, kesejahteraan, kemakmuran, kedamaian, keadilan, kesaksamaan telah ditonjolkan. Ini kita nampak dengan adanya UnIPSAS ini, dia telah...

Sikit saja, pembetulan ya. Itu hadis Rasulullah, nak betulkan sikit. Bukan ayat Al-Quran ya.

Betul hadis. Terima kasih Cheka. UnIPSAS ini telah menjadi daripada 443 buah IPT, institut pengajian tinggi di Malaysia ini. 90 buah yang terbaik antaranya adalah Universiti Islam Sultan Haji Ahmad Pahang. Dulu kita nak belajar, ini anak-anak ada di atas ini.

Dulu pakcik-pakcik ini semua nak belajar, ustaz-ustaz ini termasuklah kami rakan-rakan kerajaan nak pergi belajar, kus semangat teruk. Mana yang jalan kaki, jalan kaki itu meredah denai, denai yang dibuat oleh kerbau, bukan denai yang dibuat oleh orang. Abang yang sulung ni jalan bawa kayu, pergi tetak apa... kelambu rimau, senduduk tu sebab kita keluar subuh hari bawa karok, karok tau tak? Karok ni lampu suluh yang dibuat petang-petang tadi daripada apa.. buluh kemudian sumbu itu daripada daun kelapa... cucuh.

YB Semantan dah senyum sebab dia rasa benda ni, dia duduk Kampung Loyang walaupun dia tak makan kuih loyang. Benda ini kami rasa, semua dalam Dewan ni rasa betapa peritnya nak belajar pada ketika itu nak mencari rumah sekolah.

Di Temerloh tu ada berapa butir je sekolah. Sekolah agama saya nak beritahu, bukan nak bangga. Pada tahun 1921, ada di Temerloh, di Kampung Kuala Tekal saja. Lain belum ada lagi sekolah agama pada ketika itu orang Loyang, orang Sanggang, orang Temerloh, orang apa namanya Jerantut, orang daripada Temerloh mudik ke Pekan orang daripada Jerantut berhanyut ke Tekal. Naik benda? Naik apa? Mana ada bas waktu itu, bas kalau ada pun seminggu sekali daripada Jerantut lalu ikut…tak ada dah ye, Lepar, itu apa? ADUN apa… bukan, Kuala Sentul lalu ikut ini tempat sembahyang India ni, mana cikgu Aru? Pun hilang juga dah. Lalu situ.

Makna orang yang naik bas tu kena turun dulu tempat sembahyang India tu dulu colek dulu atas dahi masa itu orang Melayu baru ini tahu ke benda tu khurafatnya. Waktu itu betapa susah, kerana apa? Kerana nak hantar anak belajar ke MRSM, Sekolah Menengah apa... Sains Pahang, mana anak-anak yang cemerlang sikit nak hantar ke Kuantan. Itu pun tebang umbut nak buat bekal anak pergi sekolah. Umbut tahu anak-anak? Betapa susahnya pada ketika itu tapi sekarang tak ada dah cerita itu semua.

Kita ada Universiti Islam Pahang kita buat, kita sediakan tempat belajar dan kita berikan peruntukan yang khusus bagi memastikan anak-anak ini belajar. Dulu kalau nak belajar ke universiti ni fikirnya UM, UKM ataupun ke Al-Azhar, nak pergi ke Al-Azhar pada ketika itu satu negeri ada berapa orang je lepas pergi ke Al-Azhar tapi sekarang ini semalam apa Panching tanya pasal apa hantar kita... punya bersungguh-sungguh kita hantar anak-anak kita ke Al-Azhar. Kita berani mengambil risiko supaya anak kita belajar dan dapat didikan agama dengan sebaik-baiknya. Kita dengar sendiri Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Bajet sebanyak RM11.86 juta sebab itu kita tengok kita boleh buat Akademik Hadis di UnIPSAS, Akademik Hadis. Kita bukan cerita pasal hadis 40 ni yang kelahi-kelahi ni. Pahang sekarang sudah ada Akademik Hadis kita baca Sahih Bukhari, kita baca Sahih Muslim, kita baca Sahih Tirmizi dan Syamail Tirmizi, kita baca Sunan Ibnu Maja, kita baca Sunan Abi Daud. Di mana? Di bumi UnIPSAS. Kita bawa Syeikh Ulama yang muktabar kita letak di situ setiap tahun kita panggil setahun sekali 3 bulan dia duduk untuk mendidik pendakwah-pendakwah kita, guru-guru kita dan pelajar-pelajar kita di Universiti Islam Pahang. Ini satu mercu tanda yang sangat hebat.

Kita tengok lagi di mana Universiti Islam Pahang ini sehinggakan kejayaannya mendapat pengiktirafan daripada Rabitah Jamiat Al-Islamiyah, [bacaan Bahasa Arab] ini dia ada di bawah dia sebanyak 200 Universiti Islam dalam Liga Arab dan dunia Islam. Dia ikhtiraf UnIPSAS dan insya-Allah pada tahun depan kalau tidak ada aral dan jika dapat limpah

kurniaan Kebawah Duli Tuanku dan persetujuan yang… Yang Amat Berhormat Menteri Besar dia telah menawarkan untuk mengadakan satu seminar bertaraf antarabangsa di UnIPSAS dan akan mendatangkan lebih 300 orang tokoh akademik dan ulama dunia akan berkumpul di negeri Pahang Darul Makmur insya-Allah. Ini satu tanda hasil daripada kerja dan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk memartabatkan Pendidikan Islam di negeri Pahang Darul Makmur.

Selain daripada itu kita perkasakan lagi UniPSAS ini dengan mewujudkan apa namanya pengajian mesra OKU. Pengajian mesra OKU ini kita minta UniPSAS mengadakan mereka yang tak mampu melihat, tak mampu mendengar ada namanya Quran Braille tetapi kita perhebatkan lagi dengan e-Braille makna secara elektronik dan secara digital dan orang-orang yang OKU ini kita didikkan Al-Quran dan didikkan perkara-perkara yang berkaitkan fardhu ain dan mereka akan menjadi pelajar di IPTA ataupun di IPTS yang ada di negeri Pahang ni.

Tuan-tuan sidang hadirin, sidang Dewan yang dimuliakan, kita juga bersyukur melalui Bajet ini kita nampak kesungguhan…

Minta laluan, sebelum pindah kepada topik lain. Satu kenyataan yang pernah dibuat oleh Yang Berhormat ialah tentang usaha naik taraf Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan ke taraf diploma. Penjelasan tentang status terkini.

Terima kasih Cheka. Dia sampai tu karang tu. Saya ni saja nak memanjang sikit sebab Dato’ Soffi ni tak ada lagi ni [Ahli Dewan ketawa]. Kalau saya siap cepat karang.

Tuan Yang di-Pertua,

Menjawab… saya jawab teruslah. Kita jabatan agama ni kita ada apa… JAIP. JAIP ini kita ada buat di Kuliah Sultan Abu Bakar Pahang dan kita dah mulakan apa yang dipersoal ini semenjak tahun 2021. Kita ada 3... sekarang ini 13 orang pelajar kalau tak salah. 13 orang pelajar dan syukur alhamdulillah ketiga belas-ketiga belas orang pelajar ini diorang telah mendapat grad PNGK dia 3.5 ke atas. Makna berjaya tapi kita buat twin dengan UnIPSAS. Kita tak boleh nak berdikari lagi kerana ada kekurangan-kekurangan yang mesti kita penuhi mengikut apa yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Insya-Allah satu hari nanti, dia akan bertapak di bumi Kuliah Sultan Abu Bakar jika diizinkan oleh Allah SWT. Usaha demi usaha sedang dilakukan dengan sebaik-baiknya.

Kemudian itu kita dengar Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di dalam Bajetnya menyatakan peruntukan yang dikhususkan kepada Jabatan Agama Islam Pahang, Jabatan Mufti dan juga Jabatan Kehakiman Syarie. Begitu besar sekali diperuntukkan kepada ketiga-tiga jabatan ini. Hampir RM162 juta itu. Benda nilah yang menyebabkan kita boleh buat kerja-kerja yang sebagaimana kita sebut tadi selain daripada bantuan BPP dan sebagainya kita dapat perkasakan Jabatan Agama Islam Pahang ini dari sudut antara contohnya, antara contohnya yang terbaru sebagaimana rakan saya sebut daripada Chenor tentang pembinaan Pusat Pemulihan al-Quran.

Pusat Pemulihan al-Quran ini, rakan-rakan Dewan yang saya muliakan adalah merupakan bukan saja yang pertama di negara kita di Malaysia bahkan dia merupakan antara Pusat Pemulihan al-Quran yang terbesar di Malaysia ini. Jadi di situ, kita boleh menampung lebih

500 kilogram al-Quran untuk kita proseskan dan kita boleh muliakan al-Quran itu disebabkan dia sudah rosak ataupun tidak dapat nak dibaca maka kita laksanakan dengan secara yang teratur.

Kemudian itu kita dapat mengadakan bantuan kepada jemaah-jemaah haji. Kalau dulu kita beri RM500.00 tapi kita dengar Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah umumkan sebanyak RM700.00 akan disediakan kepada bakal-bakal haji. Jadi ini nikmat yang Allah SWT kurniakan. Mudah-mudahan Allah SWT berkati segala usaha itu dan Allah SWT limpahkan segalanya dengan kebaikan. Begitu juga Orang Asli…

Mohon mencelah. Boleh? Terima kasih.

YB Yang di-Pertua,

Terima kasih Kerdau. Saya tak tahu bahasa apa. Terkesima ke apa. Maksudnya berbangga juga dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk membangunkan institusi agama dalam negeri Pahang, alhamdulillah.

Sebagaimana yang kita amar makruf nahi mungkar ini mesti bergerak seiring jadi apa yang saya nak sebut di sini ialah apabila manusia ataupun pelajar ini dididik dengan agama untuk dia menjadi insan yang berguna dalam masa yang sama er... persekitaran itu juga mesti dijaga oleh kerajaan kalau dia dapat ilmu dalam pendidikan yang bagus tapi bila dia keluar daripada institusi pendidikan tersebut dengan suasana yang mungkar yang tak terkawal misalannya maka dia juga akan terpengaruh.

Saya nak sebut di sini ialah saya di Jengka boleh dikatakan 99% er... muslim. Jadi bila masuk kita kata hiburan yang melampau dia akan kata, apa ni YB Jengka senyap je tak haling. Jadi saya akan hubungi Kadi. Kadi di daerah pun dia kata dia tak pun dipanggil apabila dalam mesyuarat PBT ataupun majlis daerah bahagian pelesenan tak panggil Kadi ni untuk hadir bersama dalam mesyuarat tersebut dalam memberikan er... pencerahan yang ni boleh, yang ni tak boleh, yang ni melanggar garis panduan hiburan misalannya. Jadi saya ingat pihak EXCO boleh siasat benda ni adakah mereka-mereka bahagian pelesenan ni...

Sampai dah maksudnya... jadilah…

Terima kasih.

Sampai dah maksudnya. Tuan Yang di-Pertua, macam saya khabar tadilah. Zaman kita kenit dulu. Jengka ni orang dari mana? Perak. Kita orang-orang Pahang ni dulu, nak beritahu ke YB Jengka macam saya sebut tadi lah, nak pergi ke Kuantan, dia naik bas di Jerantut, dia lalu ikut Ulu Jempol, dia pergi ke Tongkiat, colek dulu dahi tu. Tapi sekarang tak buat dah benda tu Cikgu Aru, takde lagi ya. Tak buat dah benda tu apa sebab… sebab adanya nilai [bacaan dalam Bahasa Arab]. Memang yang mungkar tu kita tak khabar makruf. Mungkar-mungkar yang tak betul, tak betul tetapi bukan bererti bila ada benda tak

betul tu, kita atasi dengan agresif [bacaan dalam Bahasa Arab] ada benda yang kita memang tak... tak setuju, tak setuju tetapi tidak semua hiburan apa namanya kita tolak.

Kelmarin Luit ajak main muzik. Ajak saya bercorek main muzik. Bercorek tahu Jengka? Ajak saya bercorek main muzik. Saya tak pandai sebenarnya main muzik. Saya kerja dengan Long Nan 11 tahun tak pernah dia acu saya mikrofon suruh nyanyi. 11 tahun jadi Pegawai Khas, tak pernah dia acu saya mikrofon… Syed nyanyi. Tak pernah dia sumbat mulut saya dengan curut dan tak pernah saya nyanyi. Saya bukan... [bacaan dalam Bahasa Arab] saya bukan khabar saya bagus. Itu Quran khabar [bacaan dalam Bahasa Arab]. Jiwa kita ni kadang-kadang ada masa terdorong kepada benda tak elok. Apa nak buat kita manusia dijadikan lemah, yang tak elok tu kita atasi dengan kebaikan. Bak kata sabda Rasulullah SAW. Apa namanya dalam hadis dia [bacaan dalam Bahasa Arab]. Orang ajak buat baik itu serupa dengan orang yang buat baik. Insya-allah, benda yang baik itu akan baik. Panjanglah pula ya...

Soalan, soalan tambahan…

Saya rasa soalan Jengka tadi jelas. Dia tanya apakah boleh Kadi dimasukkan… Pegawai Agama Islam Daerah dimasukkan dalam jawatankuasa. Sekurang-kurangnya ada pandangan daripada pihak Kadi bila ada satu-satu program nak dibuat, itu sahaja. Boleh ke tak boleh? Kalau boleh, boleh. Kalau tak boleh, tak boleh. Tapi saya rasa...

Tak, Kadi duduk dalam Majlis Mesyuarat apa… daerah sebenarnya. Kadi Temerloh duduk dalam Mesyuarat Majlis Perbandaran Temerloh, Kadi Maran duduk dalam majlis apa… Mesyuarat Majlis Daerah Maran, Kadi Jerantut duduk dalam Majlis Kadi Jerantut. Dia… dia ada dalam majlis mesyuarat itu dan dia boleh bersuara dan dia boleh mengeluar nasihat dan bila-bila pun nasihat itu boleh diberikan walaupun di dalam mesyuarat ataupun di luar mesyuarat, tidak ada halangan. Insya-Allah.

Sikit… sikit...

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, saya jemput er... Dato'...

Saya sebenarnya... saya seronok juga bila ADUN Jengka bangkit soal mana nak mengatakan tanggungjawab kerajaan juga untuk mempastikan amal er... makruf nahi mungkar ni. Kemudian rakan saya daripada Cheka pun bangkitkan persoalan seolah-olah macam misal contohnya penglibatan pada Tuan Kadi itu tidak ada di situ menyebabkan berlakunya apa nama misal contohnya acara-acara yang tidak selaras dengan tuntutan agama. Saya... saya teringat pertama sekali masa saya dengan rakan-rakan, bukanlah cerdik sangat tapi kira kerana dasar, ini dasar kerajaan menghantar kiranya anak-anak daripada luar bandar misal contohnya belajar ke luar negara. Saya... kebetulan saya belajar di Glasgow...

Glasgow University ini Yang Berhormat Yang di-Pertua mungkin er... YB Cheka dia tahu dia pernah pergi ke Glasgow masa COP 26. Glasgow ni kalau kita pergi ke luar negara dia bukan ada satu badan JAKIM ke, JAIP ke, yang memantau kita. Kita nak puasa ke, kita nak minum ke, kita nak buat apa je ke, takde orang yang pantau tetapi alhamdulillah pelajar-pelajar kita, pelajar Malaysia yang belajar di luar negara dia tak sentuh pun,… ramai yang tak sentuh arak ni walaupun arak tu murah Lager dia panggil dalam bahasa Scottish, Lager dia murah je tak sentuh, kasino ada boleh masuk judi tak masuk ni kasino kalau kita pergi ke luar negara misal contohnya kita pergi ke Australia kasino dia bawah ni… ni hotel, you can play dengan izin... mana boleh pergi berjudi, tak berjudi kerana di situlah sebenarnya nilai-nilai murni yang ada di situ. Jadi saya tengok wakil kita daripada Jengka.

Wakil Rakyat menang majoriti besar di... Jengka apa salahnya, tak perlu tunggu kerajaan beritahu dengan tu, perkara ni jangan dibuat, kita buat tarbiahkan sama-sama kita ganding baru tapi saya terkejut... terkejut sebab di Kelantan baru-baru ni dalam video tak tahulah kalau sama ada betul atau tak betul. Nampak anak muda, heavy metal di Kelantan...di Kelantan. Jadi saya merasakan misal contohnya kalau kita katakan di Pahang ni kejadian itu berlaku sepatutnya di Kelantan tak berlaku begitu. Tetapi kita lihat anak muda kegila-gilaan masuk dengan sebagainya.

Jadi yang ini pun, kita tengok kadang-kalanya ada perkara-perkara yang kerajaan boleh buat. Tapi ada perkara-perkara ada kadangkala itu, dia tidak mengira sama ada Kerajaan Barisan Nasional atau Kerajaan Perpaduan mahupun Kerajaan PH yang diterajui oleh PAS kadang-kadang perkara seumpama ini berlaku dan tidak semestinya disalahkan pada kerajaan.

Yang Berhormat...

...semata-mata, terima kasih.

Saya, Ahli Parlimen Kubang Kerian bila dibangkitkan isu di Kelantan. Saya nak sebut itu yang berlaku baru ni sebenarnya dah ada penjelasan pun. Perkara itu berlaku dalam waktu siang di kawasan Bachok khas untuk penganut agama Buddha sahaja. Dia tidak melibatkan warga bukan me... bukan Islam... Islam yang masuk cuma diviralkan. Jadi, saya rasa saya tanggungjawab untuk mengambil penjelasan sebab itu penting supaya kita tidak sebar maklumat yang tak betul dan penjelasan pun telah dibuat saya fikir daripada sami Buddha sendiri… daripada pihak Buddha sendiri telah pun buat penjelasan tak ada isu yang dibangkitkan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya nak maklumkan kadang-kadang kalau kata dalam ucapan Yang Amat Dato' Sri ada menyebutkan macam mana kita buat baik pun misal contohnya… kita misal contohnya dia katakan kita ada kasino di Genting… di Pahang. Ha... inilah dia kerajaan yang dipimpin oleh misalnya contohnya sekarang ini Kerajaan Perpaduan ada di khabar pusat perjudian tapi kita ada peraturan orang Islam tak boleh masuk masuk situ kalau orang Islam masuk di situ dia akan tangkap dan kita kena... kenakan tindakan maksudnya kita ada peraturan-

peraturan yang kita laksanakan sebagai kerajaan kita ada yang bukan Islam, ada yang Islam jadi ada perkara-perkara dalam Islam tak dibenarkan. Tapi dalam agama yang bukan Islam dia dibenarkan.

Jadi, maksudnya situ jangan macam contohnya, bila kita.... kebaikan yang kita buat sebesar ini, kemudian ada perkara-perkara yang sedikit yang mungkin perlukan penambahbaikan. Jadi, jangan digambarkan seolah-olah macam kita gagal menangani isu itu… semata-mata ada pelakuan-pelakuan atau kejadian yang orang katakan ialah ni orang kata insiden-insiden yang terkecualilah. Terima kasih.

Sikit lagi YB Speaker, sikit... okey, saya tadi bukan nak menyalahkan pihak kerajaan cuma supaya diperkemaskan iaitu contoh, saya buat contoh. Bila funfair masuk ke di Bandar Pusat, bila kita pergi, dia ada judi di situ. Jadi, bila saya berjumpa dengan Kadi Jengka, dia kata dia tidak dipanggil dalam mesyuarat. Dulu dipanggil dalam mesyuarat majlis daerah tapi dalam sekarang ini, tak panggil dah dia kata. Jadi, saya minta supaya pihak kerajaan er... teliti benda ni supaya benda tu dibuat semula. Makna membabitkan perkara yang hukum, kena panggil pihak Kadi untuk dia beri penerangan dalam mesyuarat tersebut.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya pun dah jelas benda ni, Dato' Sri Soffi pun dah jelas dan perkara ni terang lagi bersuluh, saya di Kerdau tak ada fun fair. Alhamdulillah. Jadi fun fair tak ada. Apa lagi benda-benda yang nasib baiknya lah syukur Alhamdulillah. Minta jauhlah bumi dengan langit. Kemudian tu kita melalui bajet ni kita nampak apa namanya ada program “Santuni Saudaraku” yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga program untuk apa untuk membina bangunan Pejabat Agama Islam Kuantan sebanyak RM4.5 juta dan juga peruntukan tambahan kepada Masjid Al-Falah, Sungai Isap RM3 juta. Kita mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Saya ingin berpindah kepada persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan di dalam Dewan yang mulia ini ketika perbahasan. ADUN Jenderak ada menyatakan tentang saranan beliau terhadap Tabika Tahfiz perlu diperkasakan di seluruh negeri Pahang. Sememangnya kita bersyukur Tadika Tahfiz ini, kita telah berusaha sebaik mungkin untuk memperkasakannya.

Pada asalnya dahulu kita hanya ada sebuah Maahad Tahfiz tetapi kebelakangan ini kita telah memiliki sebanyak 21 cawangan Tadika Tahfiz di negeri Pahang. Dan bukan sahaja kita telah buat pula Sekolah Rendah Tahfiz sebuah dan kita kembang pula ada satu Maahad Tahfiz Turath dan ada Maahad Tahfiz Kemahiran dan insya-Allah satu lagi Maahad Tahfiz Turath akan berdiri di Kuala Lipis dalam apa jangka masa yang terdekat insya-Allah.

ADUN Padang Tengku ada memohon supaya selesaikan masalah pembangunan projek Blok Akademik Sekolah Menengah Agama Padang Tengku dan juga isu pencahayaan di sekolah tersebut. Sebenarnya, projek Blok Akademik Sekolah Menengah Padang Tengku adalah dalam peringkat reka bentuk yang disediakan oleh pihak JKR.

Jabatan Agama tidak mempunyai kemahiran di dalam soal arkitek dan apa reka bentuk. Jadi, kita terpaksa meminta tolong kemahiran yang ada pada pihak JKR dan apabila siap,

insya-Allah satu lawatan tapak akan dilaksanakan dan juga setelah mendapat persetujuan sudah tentu projek ini akan ditawarkan kepada pemaju-pemaju yang bersedia untuk membina satu lagi bangunan akademik di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku.

Walau bagaimanapun, mengenai berkaitan dengan pencahayaan lampu, seandainya di luar kawasan sekolah, itu terpaksa kita meminta jasa baik Majlis Daerah Lipis dan juga JKR untuk memberikan kerjasama supaya kawasan itu dicerahkan. Seandainya di dalam kawasan sekolah, saya menyarankan pihak sekolah bolehlah membuat permohonan melalui Jabatan Agama Islam Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang akan meneliti sewajarnya mengikut priority keutamaan di apa di sekolah-sekolah agama yang berada di negeri Pahang ini untuk kita bantu dari segi sudut keperluan-keperluan semasa.

Seterusnya ADUN Kemayan…

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Minta laluan sedikit ya Dato, saya nak jelaskan bahawa isu er… bangunan akademik itu bukan masalah JKR berkaitan dengan reka bentuk dan sebagainya, iaitu saya difahamkan tiada masalah. Yang jadi masalah sekarang ialah isu tanah. Sebab tanah yang ada di situ adalah milik Kerajaan Persekutuan yang kita cadangkan itu. Dan Kerajaan Negeri nak ambil dan Kerajaan Negeri telah mengenal pasti tempat dan bersetuju untuk kita tukar, kita swap je di antara tanah mereka itu dengan tanah yang disediakan untuk err… pe… pembesaran ataupun penggunaan Jabatan Kesihatan itu isu dia.

Jadi sekarang ini, saya kalau dapat diselesaikan cepat isu itu, saya kira tak ada isu untuk dibinakan selanjutnya. Itu yang pertama. Yang keduanya berkaitan pencahayaan. Pencahayaan itu saya nak jelaskan memang di luar la eh… memang di dalam. Maksud saya di dalam. Bila masuk situ memang gelap gelita. Gelap gelita bukan gelap gelita nak kena khabar, samar-samar hah. Yang sesuainya samar-samar. Jadi itu benda yang saya nak jelaskan.

Masalah tanah saya sarankan Yang Berhormat ADUN Pulau Tawar eh… ADUN Padang Tengku boleh berbincang dengan DO untuk mencarikan tanah ganti kepada Kerajaan Persekutuan dan saya di dalam MMK akan menyarankan kepada Pengarah PTG untuk memberikan persetujuan supaya tanah ganti itu diberikan kepada kementerian yang berkenaan dan kawasan lokasi yang berkenaan. Setelah siap kerja-kerja JKR ini di dalam urusan reka bentuk dan sebagainya, kita akan apa pastikan perkara itu dapat dibinakan dengan sebaik-baiknya. Kita ada DO daripada Lipis di dalam ini, kita pun ada wakil PTG yang mendengar perbahasan kita pada petang yang penuh keberkatan ini.

Berkaitan dengan persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Kemayan, penyelenggaraan Tube Well di Kampung Patih, Kuala Serting, Lubuk Perah yang belum dilaksanakan. Diharapkan supaya penyelenggaraan segera dapat dilaksanakan bagi kawasan tersebut.

Saya mendapat jawapan daripada pihak JAKOA yang bertanggungjawab dalam soal penyelenggaran ini. Kampung Orang Asli Patir, Kampung Orang Asli Lubuk Perah, Kampung Orang Asli Serting Bera, JAKOA Pahang bercadang untuk melaksanakan kerja penyiasatan air alternatif, ujian geo… geofizik terlebih dahulu sebelum melaksanakan kerja pembaikan dan penyelenggaraan, memandangkan sistem sedia ada, telah rosak sepenuhnya. Dan kampung terlibat mempunyai isu bekalan air yang sangat rendah.

Penyiasatan ini bertujuan untuk mengenal pasti kehadiran air bawah tanah, meneliti struktur geologi dan keadaan geologi bagi tujuan menentukan potensi air bawah tanah di perkampungan tersebut.

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan oleh rakan daripada Kuala Semantan, mengenai kemudahan asas infrustruktur pembesaran jambatan lama Temerloh menyebabkan Masjid Kampung Tebal itu jadi bawah jambatan. Sebenarnya perkara ini memang di dalam maklum dan tindakan Kerajaan Negeri.

Tanah pun sebenarnya dah disediakan tidak ada masalah. Tanah tidak ada isu, DO pun ada bersama dengan kita, PTG pun ada, dapat mengesahkan. Cuma sekarang ini kita tunggu peruntukan. Kita dah sebut pihak pemaju yang membangunkan jambatan itu hanya memberikan sebanyak apa RM700,000.00. Kos itu tidak memadai untuk membina masjid. Kita sedang mendapatkan peruntukan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan. Seandainya benda ini dapat disegerakan, sudah pasti kita akan membina masjid yang baru untuk Kampung Tebal.

Kemudian itu, ADUN Semantan juga ada menyebutkan tentang SMAN. Minta mengambil perhatian perkara yang berkaitan dengan pangkat Guru Lepasan Diploma serta naik taraf infra kelas dan asrama SMAN yang uzur. Mohon pengambilan guru gantian susulan kekosongan jawatan guru.

Sebenarnya perkara ini, seramai 52 orang guru lepasan Diploma gred DG29, 32, 34, 38 yang sedang berkhidmat di bawah SUK Pahang telah menamatkan ijazah Sarjana Muda. Pihak JAIP telah mengadakan perbincangan bersama Bahagian Sumber Manusia, BPSM SUK Pahang bagi mencari kaedah yang lebih tuntas bagi lantikkan mereka di gred DG41 dan DG42. Buat masa ini SUK dan SPA Pahang hanya boleh melantik mereka di gred 41 dan DG42. DG41 dan DG42 sekiranya terdapat kekosongan perjawatan bukan kekosongan di tempat nak mengajar, kekosongan perjawatan buat masa ini pihak SPA Pahang sentiasa memanggil guru-guru tersebut untuk menghadiri temuduga dan proses kenaikan gred.

Pihak JAIP juga sedang berbincang dengan SUK Pahang bagi melaksanakan konsep trade off jawatan DG29 dan ditukarkan dengan jawatan DG41. Ini akan memungkinkan peningkatan bilangan perjawatan gred DG41, insya-Allah. Maknanya usaha untuk menjaga kebajikan guru ini sedang giat dilakukan oleh Jabatan Agama, pihak SUK dan juga SPA. Insya-Allah, berkat kerjasama dan saranan bersama, benda ini akan menjadi kenyataan.

Berkaitan dengan menjaga kepentingan infra sekolah menengah agama. Kita sendiri dengar di dalam bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah sebut begitu banyak sekali tetapi maklumlah kita ada 18 buah sekolah agama sudah tentu kita kena buat secara beransur-ansur.

Setakat ini Yang Amat Berhormat telah menyatakan pembinaan Asrama Puteri SMA Al-Ihsan berjumlah RM13 juta, pembinaan Asrama Lelaki Chenor berjum… berjumlah RM11 juta, Dewan Makan SMA Guai berjumlah RM3 juta, Bangunan Kelas SMA Padang Tengku berjumlah RM6 juta, Dewan Serbaguna SMA Padang Tengku berjumlah RM3 juta sebagaimana rakan Padang Tengku ada sebut baru-baru ini, Asrama Putera SMA Pulau Tawar berjumlah RM7 juta. Selain itu, pada tahun 2023…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, minta gulung ya.

Ya, tapi banyak sangat lagi ini. Dato’ Soffi pun tengah er… tengah menulis, membelek lagi tak siap lagi. Jadi beri chance Dato’ Soffi [Ahli Dewan ketawa]. Berkaitan dengan guru ganti mengisi kekosongan guru yang mendapat tawaran ke KPM seramai 36 orang guru yang bertugas di SMAN telah mendapat tawaran sebagai guru tetap di bawah Kementerian Pendidikan. Di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mereka terdiri daripada guru Contract of Service (CoS) 20 orang, guru Bantuan Amanah Saham Pahang ASPA 10 orang, guru Kontrak DB27 2 orang, guru Bantuan MUIP 2 orang, guru Lepasan Diploma, DG29, 2 orang.

Jabatan Agama Islam Pahang akan mengambil tindakan segera bagi mengisi kekosongan guru bantuan ASPA dan MUIP. Proses lantikan guru bantuan ASPA dan MUIP hanya melibatkan proses temuduga di peringkat jabatan saja maknanya senang sikit. Manakala bagi penggantian guru CoS dan DG29, JAIP akan menghantar maklum kepada SUK Pahang bagi urusan temuduga dan lantikan.

Seandainya mendapat kelulusan daripada pihak SUK, perkara ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Manakala bagi jawatan DB27, perjawatan ini telah dikategorikan sebagai perjawatan yang jumud, yang tidak dapat diisi.

Berbangkit kepada persoalan yang dikemukakan oleh rakan saya daripada Lanchang mengenai sekolah agama di Temerloh ada dua buah. Sebuah Khairiah, sebuah Wosto. Betul, jadi sekolah ini tak cukup, tak muat kena buat di Lanchang satu. Saya kalau boleh laman tangga rumah saya pun ada sebuah sekolah juga er… Yang Berhormat Yang di-Pertua tapi kita ini cuba kita perhati betul-betul pengurusan Sekolah Agama Al Khairiah ke, Wosto ke, Al-Maarif ke, Padang Tengku ke er… Sekolah Agama Pulau Tawar ke, Sekolah Agama Al-Basriah ke, Sekolah Agama Batu Talam ke, Sekolah Agama er… Dong ke, Sekolah Agama Pelangai sebenarnya bukan duduk di bawah pentadbiran sekolah agama berkenaan… mereka hanyalah pentadbir. Bukan duduk di bawah PIBG berkenaan mereka hanya adalah NGO sekolah itu untuk menjaga kebajikan, membantu sekolah itu untuk menjaga kebajikan tetapi sebenarnya dia duduk di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Pahang.

Apa sebab saya sebut begini? Jabatan Agama Islam Pahang dia mengatur bila orang nak masuk sekolah mohon. Dia akan buat temuduga berapa ramai nak mohon. Katakanlah yang mohon 5,000 orang… dia agihlah. Awak keputusan yang macam ini, temuduga macam ini, masuk ke Jengka. Awak keputusan macam ini dan apa… duduk di sini masuk ke Khairiah.

Jadi, kalau kita tengok daripada er… kedudukan sekolah-sekolah ada pelajar-pelajar dia hanya memilih nak ke Khairiah sahaja, dia hanya memilih nak ke Ihsan sahaja sebab duduk Kuantan dekat dengan Stadium Darul Makmur boleh tengok orang main bola. Dia nak masuk sekolah apa Al-Attas sahaja dekat dengan Pekan boleh tengok Istana Tuanku. Bukan begitu.

Kita ada sekolah-sekolah yang lain lagi kalau disarankan oleh Jabatan Agama Islam Pahang untuk kita pergi situ ada eloknya kita pergi. Contoh Sekolah Agama Al-Basriah Tembeling ada kekosongan sebanyak 109 er… 110 orang pergilah belajar ke situ takkan tunggu nak buat dekat Kuala Tekal ataupun Bukit Seding Dato Shariff Ahmad juga atau pun SMA Al-Wosto ada kekosongan sebanyak 87 orang pelajar boleh masuk situ. Di Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam mempunyai kekosongan sebanyak 90 orang pelajar. Kita tak boleh mengambil resolusi jalan pen er… apa potong bila tak lepas masuk Khairiah kita buat sekolah baru.

Sedangkan kita ada lagi tempat kosong di Wosto, ada di Basriah, ada di er… apa Ibam, ada di Maran, yang masih lagi kosong ada di Batu Talam yang boleh kita isikan anak-anak kita. Kerajaan Negeri mengambil maklum dengan cadangan dan walau bagaimanapun yang disebutkan oleh Lanchang tetapi kita mesti juga mengikuti apa yang disyorkan oleh jabatan-jabatan teknikal dari segi kesesuaian, keupayaan dan apa… kelayakan untuk kita meluluskan peruntukan berkenaan.

ADUN Sungai Lembing rakan saya, memohon perhatian khusus untuk jaringan jalan ke kampung Orang Asli di kawasan Sungai Lembing iaitu Kampung Sungai Mas, Bukit Bangkong yang memerlukan penyelenggaraan jalan itu dan pembesarannya. Sebenarnya jalan dah ada, cuma kampung ini peruntukan JAKOA ini dia terhad.

Kampung ini telah dibantu oleh JAKOA untuk membina dan membaik pulih sistem air dia bekalan air. Insya-Allah, akan datang kita akan bantu pula kalau ada rezeki peruntukan yang cukup untuk baik pulih dan pembesaran jalan di kampung berkenaan. ADUN Sungai Lembing juga membangkitkan tentang pembangunan materialistik Orang Asli dan pembangunan modal insan dan elek er… inspiritual juga perlu di er… ditekankan maknanya jangan material sahaja. Spiritual itu kena ada juga. Betul, memang itulah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri.

Sebab itu dalam bajet baru ini, bahkan tahun lepas juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah memperkenalkan peruntukan-peruntukan untuk membantu dia orang. Contohnya Baca Cepat Kawanku. Baca Cepat Kawanku itu untuk anak-anak Orang Asli ataupun bukan Asli sekalipun yang tak reti membaca, tak reti menulis, tak reti mengira. Kita minta Yayasan Pahang bantu sekolah beri peruntukan khas supaya dia reti membaca, reti menulis dan reti mengira dah selesai belajar. Kita perkenalkan pula satu program baru yang dinamakan Pintar. Pintar ini budak itu nak hala ke mana, nak belajar ke mana, nak jadi apa supaya kita pandu arah tapi maklumlah kita mengajar orang yang liar ini tak sama mengajar orang yang jinak kena sabar dan tekun. Insya-Allah, mudah-mudahan berkat kesabaran banyaklah kesan dan pengaruh yang positif kepada anak-anak kita er… Orang Asli.

ADUN Sungai Lembing juga mencadangkan peruntukan seperti yang diberikan kepada er… latihan penyembelihan profesional turut diberikan kepada sekolah agama. Sebenarnya latihan penyembelihan ini telah pun dirundingkan secara serius oleh kerajaan dengan kerjasama kombinasi di antara Jabatan Veterinar dan UnIPSAS tetapi dia memerlukan peruntukan yang begitu besar sebanyak RM17 juta. BPEN telah meneliti perkara ini insya-Allah kita akan usaha mudah-mudahan perkara ini akan menjadi satu kenyataan pada satu hari nanti.

ADUN Pulau Tawar rakan saya juga men… er… menyatakan tentang pengumuman MB, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang sebanyak RM500,000.00, Program Santunan Santuni Saudaraku dicadangkan agar Program Asas Fardu Ain perlu juga dibuat. Sebenarnya perkara ini saya dah jawab pagi tadi tentang fardu Ain yang dipersoalkan oleh rakan kita di dalam Dewan ini dengan detailnya. Macam mana, ada er… berapa banyak ada Sekolah Fardu Ain, di mana dan bagaimana penghasilannya.

ADUN Bukit Ibam, ada mempersoalkan tentang Briged Dakwah. Briged Dakwah ini sebenarnya berjalan ada. Kita mempunyai apa seramai 165 orang kakitangan menjalankan tugas-tugas dakwah, menyampaikan bantuan mengaji er… mengerjakan er… mengajar mengaji fardhu ain, mengadakan program-program keagamaan, korban dan sebagainya. Menjadi imam di masjid dan surau, membantu program-program MUIP dan JAIP dan menyampaikan isu-isu semasa bagi yang memerlukan.

ADUN Tahan ada mencadangkan supaya ketua-ketua kampung yang akan dilantik biarlah stabil. Janganlah berat sebelah, berat kepada parti politik yang tertentu. Sebenarnya Tok Empat ini dilantik bukan oleh Ketua Cawangan, bukan oleh Ketua Bahagian, bukan oleh Ketua Wanita UMNO tetapi dia telah mengisi borang dan akan ditemuduga oleh DO Pegawai Daerah dan dia akan dicadangkan kepada MMK untuk dipilih dan MMK akan memilih mengikut syor yang telah diberikan oleh DO kepada Kerajaan Negeri untuk er… diperakui sebagai ketua kampung. Mudah-mudahan mereka berbakti dengan sebaiknya dan sepatutnya serta sewajarnya kepada kampung mereka dan kepada orang ramai.

ADUN Panching rakan saya, apakah status pelajar kita yang kita hantar ke Mesir. Benar, kita baru-baru ini menghantar seramai 59 orang pelajar ke Mesir. Ini adalah ekoran daripada lawatan Yang Amat Berhormat…

Menteri Besar Pahang ke Universiti Al-Azhar dan bertemu dengan Rektor Al-Azhar serta Syeikhul Azhar. Rombongan itu sungguh sungguh menggembirakan Kerajaan Negeri apabila disambut oleh Rektor Al-Azhar. Kedatangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang oleh Syeikhul Azhar, dan mereka menerima segala permohonan yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Antara permohonannya untuk mendapatkan twin kerjasama di antara Universiti Al-Azhar dan UnIPSAS. Seandainya pelajar-pelajar kita belajar di UnIPSAS tahun 1 tahun 2 berjaya, dia boleh menyambungkan pelajaran mereka ke Al-Azhar tahun 3 dan tahun seterusnya. Maknanya dia akan duduk setahun setengah sahaja di Cairo.

Di sini akan berlaku… berlakunya penjimatan. Hal ini berjalan lancar dengan baik dan sempurnanya. Ada satu lagi permohonan kita kepada pihak Al-Azhar supaya anak-anak kita yang lepasan Sekolah Menengah Agama yang mengambil Sijil Tinggi Agama diterima untuk masuk ke Universiti Al-Azhar. Alhamdulillah, Syeikhul Azhar juga menyata dengan hati yang terbuka untuk menerima. Pada ketika itu, pihak-pihak er… delegasi ada bersama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar iaitu Sahibus Samahah Mufti, Pengarah Jabatan Agama. Kalau tak silap saya, Pengurus Besar Rektor, Rektor UnIPSAS dan juga ada bersama Duta Besar Malaysia di Cairo. Tetapi apabila kita balik, kita hantar pelajar kita seramai 60 orang masih lagi Al-Azhar dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kedutaan er… meminta beberapa syarat yang perlu kita patuhi. Jadi syarat-syarat itu sedang dipenuhi, insya-Allah.

Baru baru ini Kementerian Pengajian Tinggi telah datang ke MMK yang kita adakan menjelaskan isu ini akan diselesaikan dengan sebaiknya oleh pihak Kemu…Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan anak-anak ini dapat belajar di Universiti Al-Azhar. Insya-Allah mudah-mudahan mereka menjadi satu bekalan yang akan berbakti kepada ummah di negeri Pahang Darul Makmur, insya-Allah.

ADUN Panching juga menyatakan bilakah tarikh terakhir laporan MUIP? Ini soalan ini akan dijawab oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang berkenaan dengan MUIP iaitu apa soal audit dan juga laporan ke apa dalam Dewan, insya-Allah. Mudah-mudahan sedikit sebanyak apa yang telah saya jawab dapat merungkaikan apa yang telah kita bentangkan di dalam dan bahaskan di dalam Dewan ini.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan Ahli Dewan yang telah cakna dan mengemukakan persoalan yang membolehkan bagi pihak Kerajaan untuk menyatakan apa yang telah dilaksanakan dengan sebaiknya demi kepentingan rakyat dan ummah di negeri Pahang Darul Makmur, insya-Allah.

Saya juga mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk mengucapkan sekali lagi setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Menteri Besar Pahang di atas pembentangan bajet pada tahun ini yang telah mengambil kira dengan sebaik mungkin untuk kepentingan agama di negeri Pahang Darul Makmur.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merafak sembah ke sisi Kebawah Duli Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas berkat naungan Kebawah Duli Tuanku Ke ne… ke negara kita bahkan ke negeri kita, Pahang Darul Makmur. Kita sama-sama dapat membina negeri ini dengan penuh ukhwah, dengan rasa semangat dengan penuh rasa kasih sayang dengan semangat bertoleransi, bekerjasama, tidak mengira bulu, rupa, kulit, bangsa, keturunan tetapi kita berganding bahu dengan sebaik mungkin.

Mudah-mudahan Allah berkati pemerintahan Kebawah Duli Tuanku dengan taufik inayah dari ayahnya. Amin Ya Rabbal Alamin. [Bahasa Arab]. Sekian saya mohon menyokong, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih wakil dari Kerdau. Sebelum saya menjemput EXCO er… seterusnya, saya ingin mengalu- alukan beberapa kumpulan er… pemerhati dari sekolah-sekolah yang berbeza iaitu UCYP, Universiti College of Yayasan Pahang, Kolej Komuniti Kuantan, SMK A Rahman Talib, (SMART), TARUMT, Persatuan [tidak jelas]. Mengalu-alukan dan jemput semua datang lagi di Sidang yang akan datang. Jadi seterusnya saya menjemput EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang. Sila.

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam perpaduan, salam Pahang Pahang 1st. Pahang Maju Terus Pahang, Salam Malaysia Madani, rangkum semua. Er… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mewakili Pihak Kerajaan untuk membuat penggulungan dan juga turut menyentuh membahaskan Usul Belanjawan Negeri Pahang 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar pada 4 Disember, Isnin yang lalu dan telah pun dibahas oleh Ahli-Ahli Dewan Yang Mulia ini. Syukur alhamdulillah saya tak ambil masa panjang sebab dia dah belah petang lebih kurang 3 jam, dak lebih kurang 3 jam je [Ahli Dewan ketawa].

Sebenarnya Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya melihat bahawasanya tahniahlah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato Sri Menteri Besar. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar er… telah pergi ke Dubai bersama-sama saya turut mengiringi Yang Amat Berhormat Menteri Besar ke Dubai. Sebenarnya Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dalam jadual yang begitu ketat tu masih ada ruang duduk bincang pasal belanjawan. Minum pagi, makan malam duduk bersama tu bincang perhalusi mengenai bajet ni kerana setiap benak pemikiran waktu yang ada sebenarnya Yang Amat Berhormat Dato’ Sri memikir bagaimana caranya untuk kita ataupun Yang Amat Berhormat Dato’ Sri nak bangun… majukan negeri Pahang dan juga mensejahterakan rakyatnya.

Sebab itu saya nak mengambil kesempatan di sini nak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kerana telah membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2024. Saya lihat begitu komprehensif sekali. Sebenarnya dokumen ni [YB. EXCO menunjukkan kepada semua Ahli Dewan buku belanjawan] belanjawan ini kalau sesiapa saja yang er… mempunyai akseslah er… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kepada belanjawan ni kalau dibaca

setiap muka ni termasuk Ahli Dewan yang mulia sebenarnya kita tak perlu bahas dah. Buku lengkap.

Kalau kita teliti ni cukup lengkap, saya sendiri pun saya baru dapat tu baca tu Ya Allah, apa benda yang tak disentuh? Dalam belanjawan ni. Sebab tu saya rasa terharu dan tersentuh. Apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri di dalam ungkapan-ungkapan terakhir er… belanjawan ini menyatakan perkara seumpama ini. Ini ini sebenarnya saya rasa ini ikhlas ni Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar. Dia menyebut dalam perenggan 149, Kerajaan Negeri mempunyai wawasan yang jelas untuk mencapai tahap negeri maju.

Berdasarkan prestasi tahun-tahun kebelakangan ini, bukan sesuatu yang mustahil untuk kita capai dia kata dikongsi selagi kita berganding bahu banyak sama dilapah sedikit sama dicicah segulai sejalai. Betul ke? Segulai sejalai mencari titik persamaan di sebalik perbezaan pendapat. Ini maksud dia sampaikan ni pelawaan kepada semua pihak dan er… saya lihat bahawa insan yang berwawasan adalah bak pelita yang menyuluh kegelapan… bak guru yang menerangi kejahilan dan bak umarak yang mendorong kejayaan.

Walaupun dalam persaingan politik akan sentiasa ada pihak yang menuduh kononnya mereka dizalimi. Mengamalkan politik mema… menajamkan kebencian menghasut rakyat dengan memainkan sentimen agama dan perkauman sempit. Namun, kita berharap akhirnya, akhirnya rakyat akan menilai prestasi bukan perte… persepsi.

Ini Yang Amat Berhormat Dato’ Sri kongsikan ini. Malahan kalau dilihat di sini misal contohnya seikhlas apa pun kita sesayang dan secinta apa pun kita dan sebesar apa pun pengorbanan kita tak akan berharga sedikit pun di hadapan orang yang tidak pernah bersyukur memilikinya. Jangan pernah menjadi pelangi untuk orang yang buta warna. Kalau dengan segelas air boleh menghilangkan dahaga, kenapa kita mahukan selaut gelombang yang akan menenggelamkan kita? Saya baca ini saya… tersentuh. I feel touch, dengan izin.

Sebab itu saya mohon mencadangkan… saya mohon mencadangkan supaya dokumen Belanjawan ini dapat juga diedarkan kepada semua peringkat bukan saja setakat peringkat kepegawaian, kepada rakyat jelata, supaya jadikan sebagai bahan rujukan untuk diteliti. Saya lihat, boleh kata setiap aktiviti kehidupan disentuh. Kalau saya nak baca ini, ini sahaja saya ingat penjelasan yang cukup tuntas, sudah memadai ini jadikan sebagai dokumen, sebab ini Belanjawan dibentangkan dalam Dewan yang mulia.

Dan kita bersyukur Alhamdulillah, kerana kita mempunyai Raja kesayangan kita, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan Sultan Pahang, yang sentiasa prihatin, ambil berat, turun pandang bertemu rakyat jelata di seluruh pelosok negeri, bersemayam, beradu di kawasan-kawasan pedalaman, di hulu-hulu termasuk di… di Tahan, di kawasan-kawasan pedalaman yang lain dan sentiasa prihatin, ambil tahu dan tidak ada protokol.

Kalau sekiranya Kerajaan Negeri bertindak sebaliknya, laporan itu akan terus sampai ke Kebawah Duli Tuanku dan Kebawah Duli Tuanku akan menitahkan supaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar, hamba tua Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri untuk mengambil tindakan yang sewajarnya demi untuk kepentingan rakyat jelata yang ada di negeri Pahang.

Dan apatah pula pewaris takhta, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang yang sentiasa ambil berat dan dalam keadaan kita berada di sidang Dewan yang mulia ini, Kebawah Duli Tuanku berada di Dubai menghadiri COP 28

dan saya berkesempatan, Tuan Yang di-Pertua untuk mengiring Kebawah Duli Tuanku untuk menghadiri mesyuarat, mesyuarat di peringkat antarabangsa dan mereka masyarakat antarabangsa, pemimpin, kagum dengan komitmen daripada Kebawah Duli Tuanku Pemangku Raja dan Kebawah Duli Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang terlibat sama dalam memastikan supaya agenda perubahan iklim ini dijadikan sebagai agenda utama dalam kerangka pembangunan dan kemajuan Negeri Pahang Darul Makmur.

Yang ini yang saya rasa bangga berada menjadi saksi hidup bahawasanya kita berada di landasan yang cukup hebat untuk melaksanakan agenda pembangunan tanpa mengenepikan aspek alam sekitar dan juga yang boleh menyentuh aspek perubahan iklim.

Sebab itu dalam konteks seumpama ini, saya menyeru rakan-rakan Ahli Dewan yang mulia, biarlah kita Pahang menjadi contoh teladan yang baik dalam kita mentadbir urus. Kalau sekiranya pihak kerajaan, kami di barisan pihak kerajaan di sini dan juga rakan-rakan penyokong kerajaan menjunjung agenda bersama demi untuk kemajuan negeri dan demi untuk kesejahteraan rakyat.

Saya menyeru kepada rakan-rakan Ahli-ahli Dewan yang mulia, daripada barisan… bukan kerajaan. Saya tak nak sebut pembangkang, bukan kerajaan. Sama-sama kita berganding bahu, merangka perancangan, memberi pandangan-pandangan yang hebat. Selagi kita masih menjadi Ahli Dewan yang mulia, kita belum tentu masa akan datang sama ada kita berdiri di sini sebagai Ahli Majlis ataupun mungkin insya-Allah apabila siapnya Dewan er… Dewan Undangan Negeri yang baru nanti, belum tentu kita berada di dalam Dewan Undangan Negeri yang baru itu. Marilah kita ambil kesempatan sini untuk memberikan semangat sehabis baik demi untuk kemajuan negeri dan rakyat jelata yang kita sama-sama diamanahkan untuk mencari yang terbaik.

Sebab itu dalam konteks seumpama ni saya lihat Yang Amat Berhormat Dato’ Sri akan sentiasa berinteraksi, berjumpa, berdialog, datang bincang walaupun kita berbeza pandangan tapi biarlah kita sama-sama mendukung agenda untuk memajukan negeri dan mensejahterakan rakyat Negeri Pahang Darul Makmur ini dengan seikhlas mungkin, insya-Allah. Sama-samalah kita berdoa supaya Pahang akan terus dirahmati, diberkati dan diredhai oleh Allah SWT dalam usaha yang kita laksanakan insya-Allah.

Di kesempatan ini saya juga nak menyentuh sedikit sebanyak, terima kasih rakan-rakan Ahli Dewan yang mulia yang meng… mengambil bahagian dalam membahaskan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2024. Belanjawan ini bertemakan cukup hebat ya. Temanya ‘Pahang Prihatin, Rakyat Makmur’… ‘Pahang Prihatin, Rakyat Makmur’. Saya nak merakam terima kasih kepada rakan-rakan pegawai yang daripada agensi-agensi di bawah portfolio saya. Saya sebenarnya tak ada di sini tetapi komitmen mereka terhadap untuk memberikan perhatian kepada setiap aspek isu yang dibangkitkan… sebenarnya, tidak perlu dipertikaikan, not to be questioned dengan izin.

Sebab itu, saya lihat di sini jawapan... ini jawapan yang… yang disediakan kepada saya. Bukan saya yang er… ini tapi jawapan yang disediakan oleh rakan-rakan pegawai daripada agensi-agensi di bawah portfolio saya, Kementerian Pertanian, Keterjaminan Makanan, Pendidikan, menyediakan teks ini.

Ini kalau saya nak baca satu-satu ini, saya ingat atas pada Maghrib lagi. Kebetulan, Tuan Yang di-Pertua, bila tiba giliran saya, mesti akhir dah penghujung dah. Serba salah. Dan saya lihat rakan saya daripada Kerdau, wakil kerajaan tadi menjawab saya kira banyak dah jawapan yang telah diberikan yang saya tengok ada persamaan.

Jadi saya nak tanyalah kepada rakan-rakan [ketawa] yang mulia Dewan ni, kita nak habis cepat ke ataupun kita nak tunggu saya… [Ahli Dewan ketawa]. Ha… itu je ceritanya. Kita kalau cerita panjang-panjang, kadang-kadang kita nak bertelengkah tak guna juga. Ha… cakap borak-borak sikit je YB, kita tolong adjust sikit lah. Ada petani sikit di Kawasan saya tadi nak…

Kejap, tadi tanya nak habis cepat ke lambat, saya nak habis cepatlah.

Rakan saya daripada Jengka ni saya [ketawa]… saya suka sebab apa antara yang membuatkan saya punya apa? Semangat tu berkobar-kobar adrenalin tu dia jadi… tapi kita kira macam, kira kalau main bola tu kira antara Manchester United. Saya Manchester United. Jadi, rakan saya daripada Jengka team apa? Liverpool? Allahuakbar… sama dengan YB. Speaker, Dato’ Sri Speaker. Dia Liverpool, never walk alone [ketawa]. Tapi Liverpool sekarang dia top juga, saya rasa itu. Tapi dalam Dewan ni kita kira kita fair and square. Alhamdulillah ya. Saya mohon kalau sekiranya ada perkara-perkara yang saya sentuh ni, saya harap dia tidak, we don't take it personally, jangan ambil sebagai satu, apa nama er… sebagai isu peribadi, tapi semata-mata untuk saya zahirkan bagi pihak kerajaan. Mana yang boleh saya sentuh, saya sentuh dan er… yang lain itu mungkin saya minta urus setia Dewan untuk er… menjawab secara bertulislah.

Saya sentuh sikit, itu pertama sekali saya lihat ini... saya tak perlu baca satu-satulah ya. Saya… saya sentuh sedikit sebanyak. Pertama sekali, er… rakan daripada… Pulau Manis ada er… menyentuh mengenai masalah serangan perosak padi yang menjejaskan hasil tanaman. Jadi, dia tanya apa… apakah langkah yang diambil untuk menangani masalah bencana akibat serangan perosak dan penyakit padi ini. Sebenarnya, kalau padi ini dia…

Alhamdulillah, Kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2024 telah memperkenalkan skim, dia panggil Skim Takaful Padi… Skim Takaful Padi. Di mana pesawah boleh memohon bantuan jika menghadapi bencana sumpama ini. Sebenarnya skim seumpama ini, Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, Pahang telah mencadangkan supaya kita wujud safety net, jaringan keselamatan.

Bukan saja padi, tapi bagi sektor agro. Di mana misal contohnya, pemain-pemain sektor pertanian ini tadi menanam modal. Tetapi kemudiannya kerana bencana, kerana faktor-faktor lain menyebabkan kerugian. So, dalam aspek yang seumpama ini, Pahang mencadangkan supaya Kerajaan Pusat memulakan gerak langkah untuk menjadikan skim takaful yang telah pun diusahakan oleh negara-negara lain. So, mudah-mudahan usaha kita ini bersamalah. Misal contohnya, rakan-rakan boleh maklumkan supaya satu hari nanti akan wujud skim jaringan seumpama ini.

Kalau kita misal contohnya kita ada tanam ini kelapa, ataupun nangka, ataupun durian apabila berlakunya bencana maka, kita boleh menuntut setidak-tidaknya dapat sebahagian daripada modal kita untuk yang terlibat tadi untuk mulakan semula perusahaan kita ini penting dalam memastikan agenda keterjaminan makanan ini mendapat tempat atau mendapat… mempunyai landasan yang kukuh kalau tidak nanti pelabur-pelabur atau pemain-pemain dalam sektor agro makanan ini tadi rasa serik apabila pelaburan mereka ini tadi tidak mendapat ganjaran apabila berlakunya kes-kes di luar daripada kawalan dia.

Tapi setakat ini, padi sudah ada, Skim Takaful Tanaman Padi. Jadi, pesawah boleh memohon bantuan sekiranya berlaku bencana. Kemudian, ADUN Sabai mencadangkan

supaya Sabai ini jadikan sebagai hak perancangan tanah pertanian agropreneur seperti TKPM, Taman Kekal Pengeluaran Makanan yang kita ada di kawasan Sabai ini, di TKPM Lebu yang terletak kawasan Sabai. Satu-satunya TKPM di daerah Bentong. Kita ada 19 semua sekali dan TKPM ni sebenarnya ada penglibatan Pekerjaan Pusat karena kita bila nak buka TKPM kita perlukan infrastruktur, infrastruktur ini yang memerlukan modal yang tinggi sebab itu dalam kita mencadangkan TKPM Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan, kita cadang kepada pihak Kementerian, Kementerian bila dia lulus, dia akan luluskan dengan peruntukan dan ini boleh kita laksanakan.

Dan insya-Allah kita akan diikhtiarkan supaya misal contohnya kejayaan daripada TKPM yang kita ada di Pahang ini akan menjadi satu dorongan kepada pihak kementerian dalam memenuhi agenda keterjaminan makanan dapat dilaksanakan secara tuntas. Sebab apa? Kerajaan Pusat boleh umumkan dasar, tapi sebenarnya sebab tanah di bawah bidang kuasa negeri, dia kena libatkan Kerajaan Negeri. So, di sini, alhamdulillah, kerjasama yang kita ada, kerjasama yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, selaku pemimpin kita, hubungan rapat dengan pemimpin pusat termasuk PMX atau PM ke-10. Ini saya harap akan dapat menghasilkan sesuatu yang baik untuk kita, insya-Allah.

Kemudian, ADUN Luit. mencadangkan bandar Maran, bandar Maran ni sebagai kawasan pertanian moden dan pelancongan, lestari. Selaras dengan draf dokumen rancangan tempatan daerah Maran. Jadi, sebenarnya bukan saja Bandar Maran, kita meneliti dari segi aspek keseluruhan. Kita tidak boleh lagi pergi kepada pertanian tradisional, konservatif. Kerana resources kita sumber kita, tanah kita semakin hari semakin kurang.

Kalau kita meneruskan aktiviti pertanian secara yang dulu, saya ingat kita akan menghadapi masalah. Sekarang ini kita lihat negara-negara maju dengan negara kecil. Umpamanya kalau kita pergi ke Holland. Holland itu besar Pahang je sebenarnya. Tetapi GDP daripada sektor pertaniannya menghasilkan lebih kurang 350 bilion USD. Maknanya tetapi bagaimana pelaksanaan aktiviti pertanian di Holland? Dia dilaksanakan dengan menggunakan teknologi yang tinggi. Sebab paras bumi dia rendah daripada paras laut.

So, dia tengok, kawalan. So, yang ini yang sebenarnya kita nak perkenalkan. Supaya tanah yang ada sekarang ini dapat kita ketengahkan dengan input-input ataupun pengenalan teknologi yang moden. Sebab itu dalam aspek ini bukan saja bandar Maran. Bukan saja Maran. Tempat-tempat lain juga yang kita nak galakkan dan insya-Allah marilah sama-sama kita lihat, kita teliti dan kalau sekira ada idea, kadang-kadang mungkin rakan-rakan kita bukan sahaja pihak kerajaan tapi yang bukan kerajaan kadang-kadang melawat Siam contohnya.

Contoh Siam. Misal contohnya, melawat somewhere berbagai aktiviti ke sana balik beritahu okey kita di Siam ni begini… begini kita belajar kita pergi melawat tengok, oh ini boleh dilaksanakan kalau boleh dilaksanakan di sana kita boleh amalkan di sini, insyaAllah malahan saya beritahu tu ada satu hamba Allah, Zaki, saya sebutkan semula Zaki Mohd Lias ni dia budak Sanggang, dia jual daging, dia jual lembu di Sanggang lah. Tapi di Melbourne, bila dia pergi ke Melbourne dia berjaya. Bila dia buat aktiviti di sini, di Temerloh, dia kata saya, saya tak percaya dia kabo 20 ekar ada tanah bawah TKPM, Lanchang dia laksanakan, dia kata tak percaya tapi bila pergi ke Cobram… bila dia pergi ke Melbourne 50 hektar padi dia usahakan dan produksi ataupun hasil padi dia 12 metrik tan satu hektar yang ini di peringkat nasional yang hebat yang kira paya di Sekinchan. Sekinchan pun kalah.

Ini contoh dia, contoh dia dan dia bersemangat mengatakan kita boleh insya-Allah. Sebab itu dalam konteks umpama ini, marilah sama-sama kita teliti bagaimana caranya untuk kita

transformasikan negara kita ini, negeri kita khususnya, Pahang kita jadikan sebagai hak pertanian moden yang hebat.

Dan ini akan kita laksanakan dengan kerjasama daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat dan juga rakan-rakan petani, peladang, penternak yang menjadi pemain-pemain penting dan mempunyai stakeholders ataupun pemegang taruh yang penting dalam transformasi ini. Batu Talam. Rakan saya Batu Talam, dia cerita pasal durian. Dia memang hebat. Mantan Ahli EXCO, bekas Ahli EXCO kita. Dia kalau bercerita pasal pertanian, saya ingat saya boleh belajar dengan dia banyak. Dan dia mencadangkan supaya kita wujudkan Lembaga Durian Pahang.

Memang sebenarnya idea ini, dia cetuskan dari Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar tentang Lembaga Durian Pahang dan kita dah buat, exercise kita pergi jumpa dengan pemain-pemain, jumpa dengan petani, kita tengok lihat bagaimana cara kita nak buat, kenapa? Kerana kita berhasrat supaya Lembaga Durian Pahang ni akan bertindak sebagai satu badan yang boleh menjaga kepentingan durian kita di Pahang. Rakan saya daripada Teruntum dan juga daripada Triang. Dua-dua rakan ini pergi ke China… pergi ke China berjumpa dengan pembeli, pengusaha, peminat durian. Mereka membangkitkan dia kata, "Mengapa durian di sini tak sama macam durian yang kita beli di Pahang?" Durian Raub, durian Bentong, durian kita lah yang ada, di Jerantut dan sebagainya.

Dia rasa pelik. Dia kata, "Makan sana sedap sangat." Tapi bila beli, hantar ke China, Durian tu tidak sesedap dan saya buat apa yang pernah dia rasa di sini. Dan kita teliti bahawasanya durian yang dia beli itu bukan sahaja durian Pahang tapi dia binkan ke Pahang ini macam kira ikan lah… ikan… ikan patin, oh ikan patin Temerloh entah ikan, nauzubilah minzalik, makna maksud saya ikan patin mana tak tahu tapi dia binkan Temerloh sebab apa jenama ikan patin Temerloh tu?

Hebat. Sebab itu dalam konteks seumpama ni kita kata kita nak tubuhkan satu entiti yang kita namakan Lembaga Durian Pahang tapi bila kita buat saranan ni tu, rupanya dia bercanggah juga dengan perundangan. YB Dato' penasihat Undang-undang dia mengelak ni. Bahawasanya kita kena buat RIA… RIA… RIA. Makna bahasa Inggeris dengan izin ni, Regulatory Impact Analysis kena buat. Tengok yang mana yang tidak bercanggah dengan senarai dan juga tanggungjawab Kerajaan Pusat. Bila saya siap dah ni, bentang EXCO kita perjelaskan bawa mesyuarat dengan Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Tengok Kerajaan Pusat nak buat pulak cadangan wujudkan lembaga yang merangkumi nenas, kelapa dan durian. Adoi. Ha… disinilah sekarang ni kita tengah bincang, kita lihat bagaimana caranya yang kita tidak bercanggah dengan Kerajaan Pusat tetapi mewujud satu er... entiti.

Mungkin kita ada nama atau brand kita rakyat Pahang dengan nama, logo, trademark nya dengan izin yang boleh kita lekatkan kepada durian kita, kotak dia macam itu pap… macam katalah contoh lah, bukan saya nak er... maknanya dulu dia buat di Perlis. Kerajaan dulu dia buat di Perlis. Harum Manis, Perlis ada cap gitu. Jadi kita bukan kita nak tiru dia, tidak. Tapi makna nak jaga kepentingan sebab kalau Lembaga Durian, dia merangkumi seluruh Malaysia.

Ada durian ditanam di negeri lain. Bukan kita tidak… kita nak menafikan hak daripada negeri lain. Tapi kita nak jaga kepentingan kita. Sebab itu saranan daripada rakan saya daripada Talam ni akan kita perhalusi dan perkara ini telah pun dibincangkan dalam EXCO dan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dan minta Penasihat Undang-Undang, YB Penasihat Undang-Undang untuk memberi garis panduan yang terbaik supaya kita tidak

bercanggah. Tapi pada masa yang sama kita jaga kepentingan kita. Terima kasih ini Batu Talam. Jadi yang ini kita akan perhalusi insya-Allah.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Minta... minta laluan kejap.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Rehat dulu, rehat dulu. Terima kasih EXCO Pertanian. Sebab baru-baru ini saya ke negara China dan kita berjumpa dengan Kerajaan China dan maklumat yang saya dapati adalah untuk durian macam dari Thailand, dari Vietnam telah dikawal oleh kerajaan. Memang er... jawapan yang diberikan oleh negara China kepada saya kerajaan ini er... setiap tahun lebih kurang durian Thailand, 8,000 kontena masuk ke China. Durian Vietnam masuk ke China 5,000. Malangnya, Durian Musang King begitu cantik, hanya 3000 kontena sahaja.

Itu yang last sebab kualiti tidak di control. Ini alasan yang kenapa… durian ini kita tidak dikawal. Itu banyak kali lah saya setelah kita bincang dalam MMK pun kita memang nak. Macam mana nak kawal durian ini? Terima kasih Dato' Sri.

Terima kasihlah rakan saya daripada Teruntum. Dia suka melawat China ini. Dulu melawat Myanmar, Thailand semua dia hebat... makna dia pergi sendiri. Laporan yang kita terima terus pasal kita kena kaji, teliti bagaimana caranya. Misal contohnya ini apa nama pengimportan durian ni sebab durian ni dia tak kita tak boleh halang. Thailand malahan di Hainan, Pulau Hainan di [tidak jelas], China di Republik China pun menanam durian.

Jadi, dia ada durian dia. Ada di apa nama Darwin di Australia, Australia, Darwin cuaca dia tu dia tanam durian dan kalau kita pergi ke Peru, kita pergi Peru, Latin Amerika, cuaca dia macam dalam Malaysia ni. Besar dia berapa kali ganda negara kita. Kalau situ tanam durian, hah padu kita. Jadi, kita kena ada pendekatan. Sebab itu kita duduk kita bincang cara macam mana yang terbaik. Sebab lembaga durian ini bukan semata-mata untuk kita eksport je sebab kita nak buat kajian.

Contohnya durian kita Beserah, berapa lama dah. Saya mula-mula bekerja di kerajaan, 1979 masa itu durian Hijau ni di… di Beserah ni dekat satelit itu dia kata dah ada tapi sekarang ni masih lagi ada. Tetapi dia tidak berkembang sampai ke tempat lain. Misal contoh er… Musang King ini dia semua orang ramai yang bertanam so, yang itu yang kita nak lihat kerana Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar menyatakan kita kena keluar produk kita, produk Pahang.

Jadi produk-produk Pahang. Macam di Ulu Cheka, ada durian kampung yang hebat dipanggil durian kampung premium boleh di kita angkatkan. Jangan bagi nama durian Kampung Ulu Cheka. Nama la sikit. Nama-nama komersial sikit Ulu Cheka Premium pap…UK… UK… Ulu Cheka… UC… UCP… UCP… UCP… er... itu maknanya bagi nama jenama tu. So mungkin yang tu kita nak lihat dan insya-Allah kita akan laksana… realisasikan dengan bantuan daripada rakan-rakan.

Bukan saja pihak kerajaan tetapi bukan kerajaan sekali pun insya-Allah. Kemudian saya lihat, terima kasih ini ADUN Lanchang. Dia banyak tanya soalan yang berkaitan dengan portfolio saya. Antara lain peruntukan dia kata. RM58.93 juta ni sektor pertanian, peruntukan Kerajaan Negeri. Terima kasih Kerajaan Negeri kerana memperuntukkan RM58.93 juta untuk sektor pertanian.

Persoalan di sini kata tak boleh ke naikkan sikit peruntukan tu supaya kita lebih… lebih apa nama maknanya kita boleh mantapkan lagi sektor pertanian. Saya nak maklumkan bahawasanya bajet kita dalam tahun sudah kita peruntukkan RM26.17 juta... RM26.17 juta. Tahun ini, RM58.93 juta hampir 1 kali ganda. Bukan hampir lah melebihi 1 kali ganda iaitu er… 55.6% dia punya apa nama dia punya bezanya di situ. Kemudian tahun sudah Kerajaan Pusat memperuntukkan RM19.9 juta hampir 20 juta. Tahun ini, Kerajaan Pusat menyediakan RM29 juta makna peningkatan. Dicombine kedua tahun 2023, RM46.148 juta. Kali ni… tahun ni 2024 bukan tahun depan 2024, RM87.93 juta. Hampir sekali ganda lah. Jadi, ada peningkatan sebanyak 47.5%. Bagi menjawab tadi lah soalan daripada Lanchang ya iaitu kita ada peningkatan dan insya-Allah kita akan manfaatkan peruntukan ini.

Tak semestinya misal contohnya saya kata dari segi pertanian. Katalah ini peruntukan kerajaan. Tetapi sebenarnya ada usaha-usaha yang kita boleh buat tanpa perlu menggunakan peruntukkan kerajaan yang banyak. Inisiatif kita pergi kepada teknologi moden, IoT, kita kurangkan apa nama penggunaan buruh misal contohnya. Jadi, ini peningkatan yang boleh kita laksanakan dan kita perkenalkan pula benih-benih misal contohnya yang lebih berkualiti, bermutu insya-Allah. Dan ini kita akan usahakan insya-Allah. Walaupun lihat nampak kecil tapi sebenarnya seganda lebih daripada tahun sudah.

Kemudian er... ADUN Lanchang juga mencadangkan silibus. Silibus berkaitan penanaman padi diwujudkan di akademi dan institusi berkaitan sektor pertanian. Jadi saya nak maklumkan sebab nak sebenarnya khusus untuk padi itu dia tak boleh dibuat satu kursus padi. Tapi sebenarnya UPM Universiti Putra Malaysia ada menyediakan Diploma Pertanian dan subjek padi itu masukkan ada masuk dalam kurikulum dia.

Begitu juga di Kompleks Bumbung 5 di Pulau Pinang, Bahagian Pembangunan Industri Tanaman ada juga program di bawah Kompleks Farmers Field School dia panggil FFS dengan izin untuk petani sahaja untuk petani yang menanam padi tadi kita bagi kursuskan dia bagaimana caranya untuk dipertingkatkan pengeluaran padi tadi dari 5 ke 10 metrik tan 1 hektar. Ada. Sebab itu dalam konteks seumpama ini di Pahang, kita tak boleh nak wujudkan apa nama akademi itu semata-mata padi di Pahang ini sebab kita jelapang padi kita tu terhad di Rompin dan di di apa nama di Pekan.

Namun, insya-Allah kita ada kolej vokasional di Chenor, kita ada institut pertanian di Lepih. Yang ini kita boleh masukkan dia punya dalam kurikulum tu kita cadangkan supaya ada menyentuh mengenai padi kerana kita perlukan supaya penanam padi ini tadi dapat dilaksanakan secara lebih meluas.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, Yang Berhormat, peringatan manis kepada Yang Berhormat, 6 petang… sekarang ini masa.

Ya, ya. Saya ingat ada 2 jam lagi takpe insya-Allah. Inilah ujian kepada Ahli-ahli Dewan yang mulia, kita mesyuarat.

Jadi, terima kasih ini saya... saya tahu hari ini kita ada, pukul 6. Saya ingat dalam 10 minit lagi ya, saya segerakan. Jadi ADUN Lanchang... ADUN Lanchang lagi ...ha... okey. berlaku beras tempatan yang yang kekurangan apabila harga beras import meningkat.

Ini sebenarnya iaitu pasal SSL, Self Sufficial Level. Biasa dulu, India dia eksport. Bila dia eksport beras ni, pengeksport beras yang terbesar di dunia. Jadi, bila dia jadi lebih nasionalis, dia kata okey, dia stop. Dia berhentikan pengeksportan ke negara- negara lain terkesan. Sebab itu kita dalam konteks seumpama ini, Kerajaan Negeri ada memperuntukkan juga iaitu peruntukan sebanyak RM500 ribu saya ingat siapa dalam ini dia sebut lima ratus ribu untuk penanam padi di luar jelapang padi. Mulakan dengan di daerah Maran, Insya-Allah.

Di tempat-tempat lain, kita cuba galakkan. Tapi sebenarnya kalau kita pergi ke Korea, kita pergi Korea, di Korea dia tak besar mana sikit yang ditanam padi, dia buat padi huma dibuat gitu. Kita boleh mulakan misalnya contohnya kita buat sikit-sikit. Kalau semua orang buat gitu, ada bantuan benih input-input pertanian. Cuba daripada dia terbiar gitu, sebenar kita ada 29 ribu hektar tanah terbiar. Kalau boleh kita gunakan. Kita jadi produktif.

Insya-Allah kita juga dapat membantu sedikit sebanyak meningkatkan bekalan beras atau padi di negara. Saya tak perlu sentuh. Kita ada IADA Pekan, IADA Rompin. So sekarang ini penumpuan kita ialah kepada meningkatkan pengeluaran di kawasan IADA, Pekan dan Rompin yang merupakan jelapang padi yang baru yang dimasukkan oleh kementerian di bawah senarai jelapang padi, Insya-Allah untuk memberi sumbangan kepada pengeluaran padi negara atau pengeluaran beras negara Insya-Allah.

ADUN Pulau Tawar ada bangkit pasal berlaku er... tabung bencana tanaman padi dan tanaman semula melalui input pertanian.

Jadi, saya nak maklumkan sebenarnya sedikit sebanyak ada bertanya pasal penternak dan nelayan. Sebenarnya, Kemen… Jabatan Perikanan dalam tahun 2022 bila kita ada berlaku er... banjir pada ketika itu mengeluarkan peruntukan sebanyak RM1.95 juta. Ini Kerajaan Pusat untuk 294 penternak beri bantuan sikit dari segi input pertanian khususnya makanan ikanlah dan dalam tahun 2023, saya ingat ini ekoran kepada kemarau yang berlaku di Maran dan sebagainya. Ada sebanyak 192, 470 er... dikeluarkan bantuan kepada er... penternak-penternak yang... yang terkesan ekoran daripada bencana tersebut.

Jadi itu berkaitan dengan soalan yang telah dibangkitkan. Er… tadi, ini maksud ini ADUN Beserah. Bangkitlah ADUN Beserah ada diatas. Yang menyentuh pasal er... peruntukan ... peruntukan saya dah sentuh tadi hasil peruntukan yang sebenarnya sekali ganda er... bertambahnya bandingan tahun 2023.

Rakan saya daripada Kerdau menyentuh pasal program Professional Butcher ini dia sebenarnya kita sebab kita ada program kita ada ini... projek yang wagyu ni. Insya-Allah er... dalam bulan Disember ni, batch pertama mungkin ada 135 ekor wagyu yang kita beli daripada... daripada Australia akan masuk. Selepas 45 hari kita melalui proses kuarantin. Kita akan keluarkan ke ladang yang kita kawal di Bukit Kajang di Raub dan daripada situ kita akan laksanakan satu projek yang dinamakan sebagai Projek Wagyu Pahang.

So, selepas itu, saya telah buat tinjauan er... restoran-restoran yang menyediakan er... daging ataupun masakan stik wagyu ini semuanya mengimport daripada luar. Dia takde... takde local supplier dengan izin, semua daripada Australia… daripada Jepun. So, nanti program kita ni, kita nak perkasakan restoran kita supaya pelancong-pelancong juga dapat menikmati bukan saja pelancong tapi peringkat masyarakat biasa dapat juga

menikmatinya. Tentulah bila kita sembelih, kita kena lapahkan dia dan wagyu ni dia... dia... ni... apa nama satu ni... ternakan yang cukup berharga. Jadi kalau dia tidak ada kepakaran, kemahiran, rugilah maknanya nak potong ribeye, sirloin, tenderloin.

Jadi, inilah yang YB rakan saya daripada Kerdau sebut tadi profesional, penyembelih profesional atau professional butcher yang dikerjasamakan dengan AAH Nippon iaitu satu syarikat yang dipunyai oleh anak Malaysia yang berjaya tetapi beroperasi berpusat di Tokyo dan kita keluarkan sijil professional butcher yang diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana Master butcher itu daripada Jepun. Dia akan latih anak pelajar kita bermula dengan 60 orang dengan kerjasama daripada apa nama Kolej Yayasan Pahang Advance Skills. Dia sebenarnya Yayasan Pahang Advance Skills, tapi sebab dia nama di YPAS. Er... saya kata ni tak boleh jadilah, YPAS. Jadi, bukan apa kita nak jaga juga hati rakan-rakan kan. YPAS? Jadi YPAS. Nanti kita bagi nama lain lah. Dia sebenarnya YP Advance Skill, jadi YP Yayasan Pahang Advance Skill tapi disebut tu, YPAS?

Jadi, timbul tanda tanya. Susah kita nak jawab. Contoh. Jadi, itu pasal saya tengok yang ni penting dan kita boleh juga bekalkan sebab kita punya pusat-pusat penyembelihan, pengarah misal contohnya, saya nak beritahu Pengarah Veterinar Pahang, Dr Kamaliah dia... dia lulusan daripada Universiti UPM. Tapi Master Degree dia daripada Massey University New Zealand. Dia menjadi panel untuk meneliti membuat akreditasi kepada pusat-pusat sembelihan yang JAKIM dan sijil halal di Australia di tempat lain.

So, penyembelih ni, dia di situ ada ruang untuk ini anak-anak kita yang mengikuti kursus professional butcher ni tadi untuk kita tempatkan di pusat-pusat sembelihan. Sebabnya kita tahu halalan toyyiban. Mana dia sembelih tu, kita tahu yang sembelih ini yang ada sijilnya. Bukan main tarik…sembelih je. Itu tidak.

Jadi, maknanya dan dia akan mewujudkan peluang pekerjaan pada anak-anak muda kita, di bandar-bandar yang tak nak ni… apa ni mikir tentang bidang akademik… di segi kajian, tapi kira praktikal dia akan masuk di bawah TVET. Makmal VK dengan izin yang boleh kita ketengahkan Insya-Allah. Ini kerjasama dengan KIPSAS dengan ... dengan UnIPSAS. UnIPSAS ni tadi ada sentuh rakan saya daripada Kerdau, wakil kerajaan sentuh kita nak wujudkan teaching apa nama slaughterhouse dengan izin. Maknanya kalau hospital kita khabar keluarkan doktor dia ada teaching hospital.

Jadi teaching slauther house… teaching slaughterhouse ini dia akan tengok proses penyembelihan sekali dengan dia punya proses di birthning dengan izin, lapahan. Sistem dia cukup sistematik, bersih. Tapi dia menelan belanja kos RM17 juta. Sebab itu, dalam konteks seumpama ini kita mintak Kerajaan Pusat bantu untuk jadikan misal contohnya satu bidang pengajian yang hebat dan mungkin kerjasama dengan BDF. BDF itu maknya mungkin kita tak buat pusat sembelihan tu di UnIPSAS, tapi kita buat di tempat pusat penyembelihan di BDF ataupun dipanggil BDF, sorry. Maknanya Jabatan Veterinar. Maknanya kita ni macam hospital... hospital... Hospital Universiti Malaya, Hospital di Serdang, hospital-hospital ini dia hospital yang beroperasi sebagai hospital so, dia dijadikan sebagai teaching hospital tapi dia hospital betul.

Jadi kita tak nak menjadi contohnya wujud di KUIPSAS, ini kita ajar seolah-olah macam pusat sembelihan pengajaran tetapi padahalnya dia tidak beroperasi macam biasa. Jadi, dia buat operasi macam biasa, tetapi pada masa yang sama pelajar akan duduk di situ, lihat proses yang sebenarnya, berlaku di dalam lapangan. Insya-Allah. Dan saya rasa yang lain tu perikanan. Dia banyak juga program yang kita buat. Antara lain tu, saya nak beritahu itu yang, apa nama Baung Ekor Merah.

Baung Ekor Merah ni dia sebenarnya kita ada peruntukan sebanyak RM110 ribu. Nampak macam sikit. Tapi kita nak buat advokasi. Tuan di-Pertua. Maksud dia kalau kita nak tangkap ikan Baung, Baung Ekor Merah ni dengan peruntukan RM110 ribu, dia tak banyak mana. Tapi kalau kita boleh difahamkan kepada nelayan-nelayan darat masyarakat di kampung, ikan Baung Ekor Merah ini dia menjadi predator.

Kalau dia masuk dalam sungai, dia akan makan habis ikan-ikan lain. Masuk ikan Kerai, ikan Jelawat, ikan Patin dan ikan-ikan tradisi. Habis ikan dia makan. Sebab itu kita kata tanggungjawab kita bersama, nak pastikan ikan kita ini tadi tidak jadi extinct ataupun dia panggil tidak pupus. Jadi, betullah kita buat siapa yang dapat ikan ini, bawa ke Jabatan Perikanan, Jabatan Perikanan akan bayar. Beli mungkin RM20.00 satu kilo. Mungkin di segi itu. Tapi kalau kita fikir kepentingan masa depan.

Jadi, sama-sama kita tangkap. Kita pastikan jangan ada orang kita pula pergi lepaskan ikan ini dalam sungai ataupun beli. Ceria pula ikan ini. Ceria ikan Patin atau ikan Baung Ekor Merah, kerana dia kalau masuk ke sungai, sungai kita maknanya spesies atau variety baka ikan tradisional ini akan terhapus.

Jadi dalam konteks umpama ini Jabatan Perikanan keluarkan berapa juta benih-benih ikan,udang dan sebagainya masuk dalam sungai? Masuk. Dia ada statistik yang akan saya sebutkan nanti. Ataupun saya nyatakan dalam... Maksudnya Jabatan Perikanan bagi benih-benih ikan-ikan, benih ikan Kerai, ikan itulah sebagainya. Udang, udang galah supaya sungai-sungai kita ini dapat kita suburkan. Insya-Allah.

Dan sikit sebanyak saya nak sentuh juga. Tadi pasal sektor Agro. Saya rasa yang lain dia kenyit-kenyit mata. Dato' Sabariah kenyit mata ke saya? Dato' kenyit mata ke saya? Dia jarang kenyit mata ni. Tapi hari ni dia kenyit-kenyit ini lah. Faham. Point taken lah. Kata orang putih. Jadi, saya kira yang tu settle. Apa nama Guai. Guai kata ok tu.

Jadi sedikit sebanyak saya kena sentuh juga mengenai pendidikan. Pendidikan kita ni, saya nak beritahu secara umum ni lah. Anak kita dari kelahiran Pahang ada duduk di Cambridge. Saya ada sentuh, hari itu saya ingat saya sentuh. Dia Benta, anak kelahiran Benta duduk jadi pensyarah di Cambridge University.

Dia sekolah Cina, SJKC Benta. Lepas tu masuk sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Benta. SMK Benta. Sekolah kerajaan. Lepas tu pergi Sekolah Menengah Clifford. Menduduki SPM, antara yang terbaik. Bank Negara bagi dia, Biasiswa Kijang Emas. Belajar di Cambridge dalam Bidang Chemical Engineering. Boleh buat master, buat PhD. Sekarang duduk di Cambridge. Budak Benta je. Masa dia menunggu result, menunggu keputusan. Dia duduk kedai Pak Saudara dia... bila orang order ini apa nama... gas, dia bawa, tarik. Bukan dia naik basikal, tarik hantar ke... ini tong gas. Sekarang duduk di Cambridge. Jadi pensyarah mengajar orang putih, termasuk anak orang putih. Belajar dalam sistem pendidikan yang ada di Malaysia. Hebat. Ada yang daripada Bentong, Dr. Syamil, anak kepada sahabat saya, Dato' Jamaludin Buyong. Sekarang jadi pensyarah di Oxford University. Di sekolah rendah, pergi sekolah menengah, biasa, masuk. Pergi ke Southtown.

Southtown? ADUN Luit, tahu Southtown di mana? Southampton, dia panggil Southtown. Southtown di England. Dari England dapat first class honour. Kemudian masuk ke Oxford University buat master. Buat PhD, sekarang jadi pensyarah di Oxford University. Jadi, saya nak beritahu, alhamdulillah, tahun 2022 pencapaian SPM di negeri Pahang antara ranking yang terbaik ever. Kita dapat nombor 4 di peringkat nasional. Tinggi benar-benar.

Sebab itu maknanya saya nak ucap terima kasih kepada rakan-rakan sejawatan guru. Ini, insan yang mulia, cikgu-cikgu kita yang kadang-kadang duduk jauh pergi mengajar meninggalkan keluarga, isteri jauh tinggal di negeri ini, lara belaka. Tapi tak pernah kepentingan anak murid diabaikan, insya-Allah, memudahkan kita berdoa Allah SWT berilah rahmat kepada mereka semua ini. Kadang-kadang kita lihat sedih, kita tak sempat nak berjumpa.

Malahan, Tuan Yang di-Pertua, sekolah-sekolah menengah ni, mentang-mentanglah saya EXCO Pendidikan, PIBG minta rata ni kawasan saya, di Bentong, di Kuantan berjumpa semua. Sampai saya nak buka telefon, buka je, datuk ini peruntukan tu dah adoi... masya-Allah, baharulah saya tahu. Masya Allah sahabat saya daripada Kerdau ni pernah jadi EXCO Pendidikan ni ya. Rupa dia senyum saya. Lantak kau. Rasakan. Kita, bak ilmu ni sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, MB tak pernah kata 'No'. Never say 'No'. Betul tak?

Saya nak beritahu. Dia tak kira anak siapa. Tak ada kita tengok latar belakang, bagi semua. Sebab apa, bila dia cerdik, dia boleh berfikir secara hebat. Hari ini, kita di sini. Tak tahu masa bila. Tapi insya-Allah memudahkan terus di sini lah. Maksud saya bukanlah saya, tapi maknanya parti memerintahlah, Barisan Nasional campur dengan PH Perpaduan kita. Macam manalah buat cerita kata orang ni nak lompat sana, nak terjun sini, ada yang nak menyelam ke sana. Buatlah mana patutnya. Tapi sebenarnya, hakikatnya, kita akan teruskan sebab apa anak cucu-cicit kita ni besok, kita nak sekolah kan. Supaya ada di United Nations.

Baru ni, Dato' yang tu, saya sebut, Dato' Sri Maimunah Syarif. Fuhh, bercakap pom-pom. Orang putih dengar hari ni. Gini lah, dengar, mengutuk mana pula, tidak. Maksudnya, umpamanya, dia ternganga. Ha, dengar. orang Malaysia kata, bercakap. Tan Sri Jemilah Mahmud, Jemilah Mahmud, ya? MERCY dulu kan. Sekarang dia dekat United Nations. Oliver, suara dia. Oliver, Mat Saleh, Oliver tu, duduk sebelah. Dengar cakap dia.

Kita nak ramai lagi. Yang betul. Anak-anak kita yang hebat ni, daripada Malaysia, duduk jadi peneraju di peringkat dunia. Bukan sahaja kita cakap pasal agenda negeri, cakap pasal agenda negara. Agenda dunia. Yang ini insya-Allah. Kita nak juga tokoh-tokoh kita, misal contohnya, yang hebat-hebat dalam bidang agama, kita nak hantar ke Morocco ni. Bukanlah karana orang Morocco lawa, tidak gitu. Selalu sebab itu. orang lawa pulak ke? Ada. Orang Malaysia ada yang lawa.

Terima kasih. Rancak sungguh. Saya ingin mencelah sikit. Saya nak tanya, pelajar-pelajar kita yang pun dah menjuarai award-award dunia, design, innovation dunia, sekarang masih ada di sini, apa-apa kita nak buat.

Dan itu pasal kita Kerajaan Pahang mulakan dengan satu dana dia panggil 'apresiasi'. Maksudnya Dana Apresiasi. Maksudnya kalau dia hebat, dia sukan. Sukan hebat. Kita bagi insentif ke dia. Supaya dia rasa, eh the thoughts that come. Macam kitalah, YB. YB pergi ke... katalah pergi ke Mekah. Beli tasbih ke, bagi ke..., masya-Allah. Jadi tanda ingat. Walaupun tasbih itu dibuat daripada China. Misalnya contohnya, kita pergi ke Dubai, beli abaya, abaya, abaya, abaya. Ini apa nama, Guai ya. abaya, oh beli oh Dubai dah, made in India. Tapi the thoughts that count.

Jadi, sekarang ni, di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri itu sendiri, boleh dengar je pencapaian anak-anak daripada masyarakat Orang Asli yang hebat. Yang kita

ketengah kan, Dato’ Sri ... Yang hebat-hebat. Bukan saya juara peringkat negara. Peringkat antarabangsa. Kita bagi. Itu yang mula dengan pelayar, pelayar wanita. Yang dunia, dia buat sailing. Ini apa nama, surfing... surfing. Buat gitu, kita bagi. Pahang Talent, misalnya contohnya. Pahang Talent. Ya, Pahang Talent. Dan lain-lain.

Maksudnya di sini, wakil sahabat saya... Luit, ya? Luit, ya? Kita nak tengok macam mana kita supaya dia ingat, berkasih pada yang sayang, minta kepada yang ada. Itu pasal itu. Mana kita buat, kita bagi. Supaya kita dapat ketengahkan. Bila kita ketengahkan, misal contoh saya bercakap baru ni, dengan Dato' Si Maimunah ni tadi dia Executive Chairman, Executive Director United Nations Habitat. Dia kata, saya di sini dia bawa. Dia duduk di Nairobi. Tapi dia kata kalau Malaysia minta, Pahang minta, kita akan bantu. Sebab itu kita cadangkan kita nak jadikan Sungai Pahang, nak bersihkan, nak jadikan habitat baik.

Dia kata akan bantu insya-Allah dan kita akan libatkan pihak sekolah, anak-anak pelajar Program Eco School di mana anak-anak pelajar diberi pendedahan bagaimana dia mesti menjaga kepentingan alam sekitar sebab alam sekitar ni tadi bila sakit, demam, batuk, selsema sekali. Dia sebenarnya ada kesan juga kepada perubahan iklim ni dan ini sebenarnya datang bukan daripada saya, daripada Tan Sri Jemilah Mahmood ni seorang doktor yang hebat dari segi kesihatan di Public Health atau World Health Global Health. Dia bercakap bahawasanya kita perlu tanamkan kefahaman kepada semua peringkat termasuk anak-anak pelajar kita tentang peri pentingnya kita melaksanakan agenda pembangunan yang mampan.

Jadi, pada umumnya, saya nak beritahu bahawasanya sistem pendidikan yang ada dalam negara kita antara yang terbaik dan alhamdulillah ianya seimbang antara duniawi dan aspek ukhrawi ya… makna seimbang. Jadi, ada yang datang besok wakil daripada pihak kerajaan dan ada daripada akan jadi wakil daripada pihak bukan kerajaan. Jadi, kita bersaing, bukan bersaing dari segi apa… bersaing dari segi membantu untuk memajukan negeri Pahang yang tercinta ini, insya-Allah. Jadi, saya kira cukuplah maknanya setakat ini dah lebih kurang dalam satu jam dan ada dua jam lagi.

Jadi Tuan di-Pertua, saya sebenarnya saya lihat ini. Akhir sekalilah, marilah sama-sama kita eratkan perpaduan, perbezaan agama. Saya minta maaf kepada rakan saya daripada Cheka. Apabila dia sebut kita kadang-kadang macam ni… maklumlah kita bercakap atas tiket parti. Kadang-kadang kita semangat sikit tapi kadang-kadang tersentuh juga. Jadi, sesekali kita usik jelah. Ha… biasa ni pilihan raya di mana-mana pun sama. Misal contoh, tetapi pada dasarnya, kalau kita dapat wujudkan dari segi semangat keikhlasan untuk kita sama-sama bangunkan. Macam tadi rakan saya daripada Jengka… Jengka biasa dia sebut pasal ini… ini… ini satu cabaran bila ada urbanisasi bila berlaku urbanisasi, pendedahan, kita tak boleh nak halang. Contohnya… contoh… bukanlah saya nak anu…

Mencelah sikit, sebut Jengka tadi. Saya ni ada 3 soalan tapi tak berani nak soal. Takut panjang lagi. [Ahli Dewan ketawa]

Ha… Jengka ni… dia memang selalu geletek saya… tau ni Tuan Yang di-Pertua, apa maksud geletek, tau? Geletek… Ha itulah dia tickling, gelilah. Sebenarnya saya lihat proses urbanisasi ini cabaran sebab internet ni, sosial media ni dia boleh di tak ada macam sekatan. Jadi, kita kena capacity build in, kita kena pertingkatkan. Memang ada di kalangan kita nanti akan merasa seolah-olah macam kita ada dua standard, tidak… tidak begitu. Kita, kita laksanakan. Kalau nak kaji betul-betul, nak kaji betul-betul ini, Tuan di-Pertua,

terkadang tu macam Dato’ Sri MB sebutlah maknanya macam mana kita tak boleh nak jadi pelangi kepada yang buta warna. You do whatever, buatlah apa benda sekali pun, dia hati dah tak berkenan. Nak juga ke duit missal contohnya. Kita tengok Luit pakai tie macam-macam gaya juga, tak ada benda. Tak ada pakai kopiah sama macam kawan-kawan lain tapi Luit tetap Luit, contohnya kan… tapi tak semestinya yang tak ada pakai kopiah ni, ni tak lebai. Ada… waktu masa bila.

Jadi, ini Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi merakamkan tahniah penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar. [Ahli Dewan menepuk meja]. Janganlah rasa kecewa, kadang-kadang dalam hidup ni sometimes kita rasa down. Rakan-rakan bersama kita usahakan kita teruskan usaha kita. Insya-Allah demi untuk kepentingan dan kemajuan Pahang dengan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Kita bersama-sama besok pun kita ada Majlis Perasmian PPSAS. Kita tengok dan kita jayakan bersama. Maknanya semuanya berada di landasan yang baik. Insya-Allah dan kalau ada yang kekurangan, beri maklum kepada rakan-rakan, kita boleh duduk minum teh duduk borak. Pentas politik lain, makna duduk sana, saya kalau kira macam kita main bola, Yang Berhormat mulia. Jadi, samalah kita main bola walaupun kira team seberang sana tu sepupu kita… dia team lain-lain. Jadi, kita main bersungguh-sungguh. Habis tiup wisel, kita salamlah, yang menang tetap menang, yang kalah, mengaku jelah kalah tu, contoh.

Politik tak kira macam mana kita tubuh kerajaan tapi sebenarnya dengan rakan bantuan daripada rakan-rakan daripada PH sebenarnya kita telah dapat menubuhkan sebuah kerajaan dan lihat saya nak berkongsilah sebenarnya. Peruntukan daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Pahang ekoran daripada hubungan yang baik antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat bukan untuk anu, bukan makna turunnya bantuan daripada Kerajaan Pusat, okey ni nak bagi kepada siapa? Tidak. Kita bangunkan bersama dan kalau dalam kelompok itu tadi ada petani-petani yang daripada bukan sama aliran, kita tetap bagi, insya-Allah demi untuk agenda yang sama.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ucap terima kasih dan terima kasih sekali lagi kepada rakan-rakan daripada agensilah. Saya nak sebut sikit banyak… yang telah membantu saya walaupun dalam ketiadaan. Bukan saja di sini, setiap masa daripada agensi-agensi di bawah portfolio sayalah di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Jabatan Pendidikan dan lain-lainnya yang telah memberi kerjasama yang sebaik-baiknya.

Jadi, saya dengan ini menyokong Usul Belanjawan yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar.

Terima kasih, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja] Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Wakil dari Benta. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada 8 orang ahli daripada pihak kerajaan yang telah memberikan jawapan-jawapan dan penjelasan-penjelasan di atas permasalahan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan mahupun penjelasan semasa pihak kerajaan menjawab.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin memaklumkan sekali lagi iaitu pada pada hari esok, Khamis 7hb Disember 2023, Persidangan Dewan Negeri ditempohkan. Ini

disebabkan kerana Majlis Perasmian Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) yang akan dirasmikan oleh yang… oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Semua Ahli Yang Berhormat dijemput hadir ke perasmian tersebut.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang beragama Islam disarankan untuk memakai baju Kebangsaan lengkap bersongkok dan bersampin. Saya ingin me… memaklumkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat juga bahawa persidangan kita pada hari Jumaat akan dimulakan lebih awal sikit iaitu pada pukul 8.30 pagi.

Oleh kerana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menghadiri majlis rasmi di Istana Negara pada jam 3.00 petang.

Jadi, mesyuarat kita akan diadakan pada 8.30 pagi hari Jumaat. Jangan lewat ya rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat. Oleh yang demikian, persidangan kita akan disambung semula pada hari Jumaat 8hb Disember 2023 bersamaan 24 Jamadilawal 1445H bermula 8.30 pagi. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan pada jam 06.34 petang]