Pahang · 8 December 2023

15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · 275 turns · 13,017 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari

: Jumaat, 08 Disember 2023

bersamaan 24 Jamadilawal 1445 Hijriah

DOA

Perkara Pertama: Bacaan Doa.

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Kita mulakan mesyuarat kita dengan membaca Ummul Khitab Al-Fatihah.

Al-Fatihah [bacaan Al-Quran]. Bismillahirrahmanirrahim [Ayat al-Quran]. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduk sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenankan. Amin, Ya Rabbal A’lamin.

Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Salam Perpaduan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Alhamdulillah marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat meneruskan Persidangan kita pada pagi ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat kita pada hari ini bermula awal kerana memberi laluan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang untuk bergerak ke Istana Negara bagi menghadiri majlis rasmi.

Oleh itu saya mengurangkan jumlah pertanyaan lisan pada hari ini iaitu sebanyak lima pertanyaan sahaja. Sesudah itu Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan meneruskan dengan ucapan penggulungan, sebabkan mesyuarat kita bermula… disebabkan mesyuarat kita bersidang terus menerus maknanya kita tidak ada break, Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menikmati jamuan pada secara… pada pagi ini secara bergilir-gilir mulai 9.30 pagi.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum kita meneruskan aturan urusan mesyuarat selanjutnya, saya ingin memaklumkan beberapa perkara iaitu pihak… pertamanya; pihak TNB telah mengedarkan infopack - Persiapan Banjir TNB Pahang 2023 yang mengandungi informasi berikut:

- Persiapan TNB sebelum, semasa dan selepas banjir; - Keselamatan Empangan TNB di Cameron Highlands; - Persiapan aset kelengkapan TNB di seluruh Pahang; - Panduan keselamatan elektrik ketika musim tengkujuh; dan - Direktori Komunikasi, Bilik Gerakan dan Pegawai Khidmat Pelanggan serta teknikal TNB.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, dimohon agar dapat memuat turun dokumen berkenaan melalui QR Code yang diedarkan.

Yang kedua, pada tahun 2023 akan melabuhkan tirai tidak lama lagi sebagai tanda tibanya tahun 2024. Pihak Dewan Negeri telah menyediakan kalendar tahun 2024 untuk Ahli-ahli Yang Berhormat. Infopack TNB dan kalendar tersebut tersedia dalam beg yang diletakkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat.

Yang terakhir, Dewan Negeri juga telah mengedarkan Borang Kajian Kepuasan Pelanggan untuk diisi oleh Ahli-ahli Yang Berhormat bertujuan untuk menambah baik urus tadbir dan tatakelola Dewan Negeri Pahang.

Baiklah, sebelum saya meneruskan dengan atur cara urusan mesyuarat kali ini, saya nak mengalu-alukan kehadiran pemerhati kita. Pertamanya, daripada UMNO DUN Jelai – 8 orang, UMNO Indera Mahkota, UMNO Pelangai, UMNO Cheka, UMNO Batu Talam, wakil Keadilan, wakil MCA - Parti MCA, wakil daripada Parti PAS, wakil daripada Parti Bersatu dan wakil daripada Parti Amanah.

Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jika ada di Persidangan akan datang yang ingin membawa rakan-rakan ataupun pihak-pihak tertentu di dalam sebagai pemerhati, maklumkan kepada urus setia untuk kita urus, kendalikan dari segi tempat duduk dan sebagainya.

Baiklah, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Bukit Ibam untuk mengemukakan pertanyaan.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Assalamualaikum WBT dan selamat pagi. Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1.

[Berapakah kos yang diperuntukkan oleh Kerajaan untuk menyediakan Juadah Makmur bagi setiap masjid dan berapakah jumlah yang telah dibelanjakan setakat ini untuk seluruh negeri?]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat pagi, salam sejahtera Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Terima kasih kepada sahabat saya dari Beserah yang mengemukakan soalan berkenaan dengan projek bekalan air daripada tahun 2021 sehingga 2026.

Assalamualaikum WBT. Selamat Pagi. Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada ADUN Ibam yang bertanyakan soalan mengenai juadah makmur yang disediakan bagi setiap masjid dan berapakah jumlah yang telah dibelanjakan setakat ini.

Untuk makluman Yang Berhormat daripada Bukit Ibam, peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi penyediaan Juadah Makmur di setiap masjid adalah sebanyak RM15,189,720,00.00 jumlah yang telah dibelanjakan sehingga 5 Disember 2023 untuk seluruh negeri Pahang adalah sebanyak RM8,349,725.00. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya dijemput Wakil dari Lanchang.

Er… saya nak bangkit soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, sila.

Terima kasih. Er… saya lihat bahawa perbelanjaan kita besar untuk Juadah Makmur ini RM15 juta setahun daripada duit rakyat. Saya fikir lebih… lebih berfokus kalau sekiranya RM15 juta ini kita belanjakan kepada mereka-mereka yang memang sangat susah dan daif. Bukan hanya kita sediakan makan, siapa mari masjid semua dapat makan. Sebahagian mereka ni golongan yang memang B40... B20 pun, jadi minta pandangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. RM19 juta belanja setahun ni, kalau boleh kita fokus kepada golongan asnaf yang sangat memerlukan. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri yang di-Pertua,

Ini kita bagi orang makan ni, apa masalah dia? Saya ingat tidak ada masalah sebab Bantuan Prihatin. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Cheka, hampir RM40 juta yang kita sediakan untuk asnaf dan pelbagai golongan. Jadi kita tidak abaikan. Boleh dikatakan setiap individu, insan, rakyat negeri Pahang, insya-Allah Kerajaan Negeri Pahang tidak abaikan dan sepertimana yang telah kita janjikan, [Ahli Dewan tepuk meja] Apa jua yang kita dapat, kita akan kembalikan kepada rakyat, selain daripada RM600 juta yang memang dah kos tetap dibayar gaji dan lain lain.

Jadi, saya ingat perkara ini tidak boleh dipertikaikan. Lagi pun daripada RM15 juta yang disediakan, cuma kita belanja RM8 juta je, makna ada penjimatan di situ Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya, Wakil dari Lanchang.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Assalamualaikum Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

[Krisis makanan terutama beras telah berlaku agak meruncing akhir-akhir ini.

a) Apakah langkah yang diambil kerajaan dalam mengatasi perkara tersebut dalam tempoh jangka pendek?

b) Adakah kerajaan berhasrat untuk memajukan semula kawasan tanaman padi/paya terbiar untuk tanaman padi?

c) Berapakah jumlah sebenar dalam jumlah kilogram beras super tempatan yang diperlukan untuk rakyat Pahang?]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Lanchang bertanyakan mengenai krisis makanan terutama melibatkan beras ya, yang agak meruncing agak akhir-akhir ini. Apakah langkah yang diambil kerajaan dalam mengatasi perkara tersebut dalam tempoh jangka masa pendek? Antara langkah yang diambil kerajaan dalam mengatasi masalah kekurangan beras dengan memberikan tumpuan, peningkatan pengeluaran padi di kawasan jelapang. Ini maknanya kalau kita tengok dari segi kontak ini, Kerajaan Negeri Pahang, kita ada dua kawasan IADA, IADA Pekan dan IADA Rompin. Ini dipanggil Integrated Agriculture Development Area. Bukan Aida, maknanya nama macam Dato' D.O. Kuantan tapi IADA ini kawasan yang beri tumpuan iaitu kita ada di Pekan dan kita ada di Rompin.

Ini jelapang padi, dan kita tingkatkan di segi menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik bagi membolehkan kita mencapai pengeluaran hasil yang optimum. Dan juga yang keduanya kita nak realisasikan hasrat untuk menangani permasalahan bekalan yang meruncing. Ini sebab apa, kita tumpukan kepada program yang dicadang oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, iaitu dinamakan program Smart SBB, Sawah Berskala Besar, maknanya kita tumpukan kepada kawasan-kawasan untuk kita laksanakan penanaman dan juga pengeluaran padi di kawasan yang berskala besar dan kita cadangkan misal contohnya ada syarikat-syarikat yang besar yang berkemampuan misal contohnya BERNAS yang biasanya dia akan mengambil atau mengambil tindakan dari segi giliran, iaitu padi itu dibeli dan dia proses buat beras, tapi yang ini kita libatkan dia supaya dapat dia bertanam atau mengadakan projek berskala besar dengan pajakan tanah ni PSK.

Dan apakah yang keduanya, apakah hasrat… kerajaan berhasrat untuk memajukan semula kawasan tanaman paya terbiar untuk tanaman padi ini? Maknanya sama ada kita berhasrat untuk melaksanakan. Dia… kena tengok, kawasan padi yang… paya yang terbiar ini kadang-kadang tak ekonomik sebab infrastruktur. Padi ini memerlukan infrastruktur yang baik, pengairan dan sebagainya dan, kawasan yang paya yang terbiar

ni tidak termasuk di bawah jelapang padi. So, yang ini memang kerajaan teliti dan kita lihat kalau sekiranya ada potensi kawasan yang boleh kita bangunkan semula, yang ini kita beri tanggungjawab kepada Jabatan Pertanian.

Dan dalam… terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, kerana dalam bajet yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar yang telah kita sokong dan kita ya, yang banyak kita bahaskan dalam Bajet 2024 itu, Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri menyediakan RM500,000.00 untuk memajukan semula kawasan paya di luar jelapang padi khususnya misal contoh dalam kontek ini, di Maran. Ini sebagai contoh… contoh.

Dan persoalan ini pula ditanya jumlah sebenarnya kilogram Beras Super Tempatan yang diperlukan oleh Rakyat Pahang. Yang ini dia perlu statistik sikit, jadi saya nak sentuhkan sikit. Pertama sekali misal contohnya, kita lihat jumlah Rakyat Pahang ini dia…dia kalau ikut 1 juta 5 ratus… ni statistik yang dia berikan oleh… 1,550,998 orang. Itu Yang Amat Berhormat Dato’ Sri sebutkan itu hampir 1.6 juta. Memang tepat. Dua orang lagi maknanya cukuplah. Dua orang itu yang sambil cakap ini, saya rasa sambil kita cakap ini, dah pergi lebih dari 1.6 juta. Ada yang ibu-ibu yang bersalin di HTAA, merata tempat.

Jadi, kalau dikalikan, maknanya saya ingat yang ini Yang Berhormat Dato’ Sri, sebagai bekas pegawai kanan. Pernah tahulah iaitu kita kira, misal contohnya, mengikut perangkaan ya penggunaan beras bagi seorang ialah 80 kilogram setahun bersamaan dengan 6.7 kilogram sebulan, kilogram. Jadi kalau 6.7 kilogram, kali dengan 1,550,998, dia dapat 10,391,686.6 kilogram sebulan.

Kemudian, ada yang nyatakan Beras Super. Beras apa nama ni…ni yang bertanya itu Beras Super Tempatan. Jadi sebenarnya yang itu kita susah sikit sebab apa tiada data yang mengasingkan penggunaan beras putih tempatan dengan beras putih import. Jadi beras putih tempatan ini dia…dia ada ni bila kita tanam musim err… bertanam dan kita tuai hasilnya baru dapat beras putih tempatan. Jadi beras putih tempatan ni jadi beras putih tempatan ni dia menjadi pilihan kerana dia dikawal, harga dia RM2.60 sekilogram, sebab itu dalam konteks seumpama ini sebenarnya beberapa langkah telah diambil oleh pihak kerajaan. Khususnya untuk mempastikan bagaimana kita nak seimbang atau menjamin bekalan beras dapat sampai kepada penduduk Rakyat Pahang khususnya melalui kaedah-kaedah yang telah diperkenalkan. Bukan sahaja oleh pihak rakyat negeri, tapi oleh pihak Kerajaan Pusat ya. Dia ada langkah-langkah dia, menghadkan supaya tidak guna beras putih tempatan, dia guna beras putih import dalam ini apa nama, ini packaging yang disediakan.

Yang keduanya kita susah nak dapat statistik ni sebab dia selalunya pembeli ni dia ikut brand, dia ikut ni jenama, dia tak ikut beras putih tempatan, ni beras import, tapi dia ikut nama ini Jasmine, ini Faiza dan sebagainya. Jadi saya rasa yang lain tu dia agak detail, saya akan maklumkan perkara ni secara bertulis kepada rakan saya daripada Lanchang, boleh gitu? YB ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay, orang Lanchang ni dia baik baik semua termasuk yang di atas ni. Seterusnya soalan ketiga, kita minta Wakil daripada Tioman.

Dato’ Sri Yang Di-Pertua, saya mohon mengemukakan soalan nombor tiga. Terima kasih.

[Kelulusan awal menaik taraf surau oleh YAB Menteri Besar di Majlis Penyerahan Suratan Hak Milik Peneroka FELDA Selendang 02 pada 5 Disember 2022 di Dataran Wisma JKKR FELDA Selendang 02.

Nilai kelulusan RM500,000.00, RM300,000.00 ditanggung oleh JAIP manakala RM200,000.00 ditanggung oleh MUIP.

Namun dimaklumkan oleh Tuan Kadi pada 28 Jun di Majlis Maal Hijrah di Surau Selendang 02 mengatakan JAIP sudah ada kewangan tersebut tetapi MUIP belum ada kewangan itu menyebabkan kelulusan itu tergantung.

Apakah status kelulusan Masjid FELDA Selendang 02 ini?]

Terima kasih Dato' Sri Yang Di-Pertua, saya bila Tioman ini bertanya soal masjid, kelmarin masjid, hari ini masjid. Saya teringat kepada firman Allah SWT, Dato' Sri Yang Di-Pertua yang menyatakan (Bacaan ayat Al-Quran) “Orang yang mengimarahkan, macam Tioman inilah. Sentiasa memikirkan soal masjid. Adalah orang yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat (Bacaan ayat Al-Quran) “dan mendirikan sembahyang” dan (Bacaan ayat Al-Quran) “dan mengeluarkan zakat”. Jadi tahniah saya ucapkan kepada Tioman dan terima kasih bertanya tentang masjid…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat…

Selendang 02.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ni macam kita berniat untuk buat masjid ni, baguslah ya?

Bagus, tapi ada itu, niat hakiki, ada niat kinaya. Jadi Yang di-Pertua niat hakiki ke kinaya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dia janji niat Yang Berhormat. [Ketawa].

[Ketawa] Jadi Dato' Sri Yang di-Pertua,

Masjid Selendang 02 ni memang Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar telah mengumumkan untuk membantu sebanyak RM500,000.00, kemudian disokong oleh Majlis sebanyak RM200,000.00 tetapi dalam waktu yang sama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah berunding dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dia nampak kos itu perlu ditambah maka diluluskan sebanyak RM2,400,000.00 dan JKR telah dapat surat kuasa daripada Pejabat Pembangunan Luar Bandar, SDO untuk membina ini pada awal September kelmarin.

Insya-Allah, insya-Allah berkat kesungguhan sahabat saya daripada Tioman, tak lama lagi usaha-usaha untuk membina masjid itu akan berlaku. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya, kita pergi kepada Wakil dari Sabai.

Yang Berhormat, Dato’ Sri Yang Di-Pertua. Soalan saya, soalan 4.

[Krematorium awam yang dibina bagi pembakaran mayat di Tanah Perkuburan Hindu, Karak telah musnah teruk akibat musibah banjir Disember 2021. Difahamkan permohonan awal dana bagi kerja-kerja membaikpulih krematorium oleh Majlis Perbandaran Bentong kepada kerajaan persekutuan telah ditolak dan permohonan baru telah dibuat. Apakah perkembangan terkini projek membaikpulih krematorium berkenaan?]

Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, terima kasih Sabai. Permohonan peruntukan untuk membaik pulih Krematorium di Tanah Perkuburan Hindu Karak yang rosak akibat musibah banjir dan musnah teruk telah pun diluluskan oleh kerajaan negeri sebanyak RM200,000.00. Terima kasih tahniah Sabai.

Dato’ Sri Speaker,

Saya mewakili masyarakat India, DUN Sabai merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dan juga EXCO yang menanggung kerja atas kelulusan tersebut. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih dan kasih wakil dari Sabai dan wakil kerajaan. Soalan terakhir untuk pagi ini. Wakil dari Batu Talam.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 5.

[FELDA telah mensasarkan pencapaian hasil 25 tan sehektar setahun dan kadar perahan minyak iaitu 23% bagi buah tandan segar. Apakah usaha-usaha FELDA bagi memastikan sasaran tersebut dicapai?]

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Batu Talam yang mengemukakan soalan berkenaan, berkenaan dengan er… soalannya adalah dengan FELDA mensasarkan pencapaian hasil 25 tan sehektar setahun. Kadar perahan minyak

iaitu 23% bagi buah tandan segar. Apakah usaha-usaha FELDA untuk memastikan sasaran tersebut capai?

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Pada tahun 2003, FELDA telah mensasarkan untuk melaksanakan program 2523. Program ini berkaitan dengan sasaran pencapaian hasil sebanyak iaitu 25 tan perhektar dan pencapaian kadar perahan minyak sehingga 23%. Berikut merupakan usaha-usaha untuk mencapai sasaran tersebut. Yang pertama berkenaan dengan hasil 25 tan perhektar 25 tan perhektar ini pertahun ya. Iaitu dengan penggunaan pertamanya dengan penggunaan mekanisasi dalam penuaian seperti mesin cantas untuk menuai dan badang untuk mengangkut buah tanah segar ke lori.

Yang keduanya, penglibatan buruh tempatan terutamanya dalam kerja-kerja operasi ladang seperti menuai, membaja dan menyelenggara. Yang ketiganya, penggunaan Smart Fertilizer dan baja organik bagi memulihkan kesuburan tanah dan meningkatkan hasil sawit. Keempat pengurusan secara Good Agricultural Practise (GAP). Yang kelimanya, kawalan musuh perosak dan penyakit secara bersepadu bagi mengelakkan kerosakan tanaman sawit secara berkala, secara skala besar, dan yang keenamnya menggunakan teknologi IR 4.0. Iaitu Smart Smart Plantation, Managment Solution.

Ini digunakan contohnya dalam mengesan penyakit dan membuat permohonan baja. Manakala untuk kadar perahan minyak 23% pula, program pertamanya buat program penerangan kempen atau pun kempen tuaian buah masak dan kutip biji lerai kepada buruh dan peneroka. Yang keduanya, penubuhan Jawatankuasa Peningkatan Produktiviti dan Kualiti bagi membincangkan kemajuan kadar perahan minyak di rancangan pada setiap bulan. Dan terakhirnya mewujudkan pemantau atau wakil peneroka di ramp kilang bagi memastikan kaedah menggred buah dilaksanakan dengan sebaiknya. Sekian terima kasih.

Satu soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, kita bagi pada yang bertanya dulu, lepas ni Yang Berhormat Cheka boleh tanya.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Petua,

Boleh tak kita nak tahu manakah di antara rancangan yang telah mencapai tahap 25 tan dan kita nak tahu adakah di antara rancangan yang yang tak capai langsung tak capai tu berapa peratus, mungkin dia 20 tan sehektar setahun. Mungkin ada juga yang sepuluh tan kerana ini akan memberi kesan kepada KDNK dan juga pendapatan kepada ini peneroka. Yang keduanya, kalau boleh saya mencadangkan pihak FELDA dia buat pertandingan sikitlah. Mungkin siapa yang capai 25 tan tu bagaimana Yang Amat Berhormat Menteri besar tengok baru ni ada kereta elektrik. Jadi siapa yang capai tu bagi kereta elektriknya ini. Menggalakkan juga kepada pengendali, terima kasih.

Tuan Ir Razali KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih Batu Talam er… berkenaan dengan pertanyaan untuk er… ladang-ladang yang telah mencapai hutan dia tu data kita akan dibekalkan data saya perlukan maklumat yang dikemukakan secara bertulis manakala cuma untuk er…. untuk mencapai 23% ini pihak FELDA dengan berkolaborasi dengan FGB dan 10 kilang yang telah di pelancaran untuk 10 kilangnya dibuat ialah FELDA Chiku, Mokir, Lepar 6, Lepar Utara 6, Lepar Hilir Selancar 2B, Serting Hilir, Kechau B, Kembarau 4 Budi, Mercu Puspa Hospita. Ini antara 10 kilang untuk pelancaran pertama dan insya-Allah benda ini akan terus dibuat untuk kilang-kilang yang lain.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila wakil daripada Cheka.

Pertama saya ucap tahniah atas hasrat FELDA untuk mencapai 25 tan sehektar setahun dan perahan 23% ini satu pencapaian yang agak tinggi lah. Tadi pun telah dimaklum ada 10 kilang yang buat kolaborasi. Saya tengok salah satu faktor untuk mencapai sasaran 23% perahan sangat tinggi. Komper apa yang diyakini 18-19 peratus perahan. Salah satu faktor ialah faktor kilang. Kita akui sebahagian di antara kilang-kilang FELDA adalah kilang-kilang lama yang kadar perahan yang agak merosot disebabkan faktor tersebut tetapi telah dimaklum oleh EXCO tadi, ada 10 kilang yang dalam proses kobrasi dan saya harapkan kalau boleh dapat dinilai kilang-kilang yang lama. Ia menyebabkan kadar perahan menurun dan hasilnya merugikan dua-dua pihak FELDA dan pihak peneroka. Apa pun, terima kasih di atas inisiatif tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Tuan Ir Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Yang di-Pertua,

Usaha sedang dibuat oleh FELDA walau bagaimanapun telah ada kilang yang mencapai 23%. Sebagai contohnya, iaitu kilang di Kechau yang telah mencapai 23%, Jadi saya percaya dengan usaha yang kolaborasi antara pihak FELDA dan FGB ini, usaha dibuat untuk mencapai 23% kerana ini usaha dah ada bukti benih pencapaian contohnya di Kechau. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih wakil daripada kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kita telah selesai membincangkan 5 pertanyaan dan jawapan. Sekarang kita teruskan aturan urusan mesyuarat selanjutnya.

SAMBUNGAN MENIMBANG RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2024) 2023

Sambungan menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2024) 2023Bill

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga: Sambungan menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2024) 2023

Yang di-Pertua (Speaker)

Rang Undang undang Perbekalan (2024) 2023 telah dibentangkan dan dibahas pada 4 dan 5 Disember 2023 pada 6 Disember 2023 seramai lapan orang dari pihak kerajaan telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut. Pada hari ini, mesyuarat akan menyambung menimbang rang undang undang tersebut. Saya dengan sukacitanya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk berucap dan membuat penggulungan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua kerana telah mengizinkan saya untuk menggulung perbahasan bagi pihak kerajaan negeri dan Jawatankuasa-jawatankuasa di bawah saya. Sebelum itu, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah, terima kasih kepada 30 orang Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah menyertai sesi perbahasan pada kali ini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Seperti yang semua sedia maklum, bahawa pada hari Isnin yang lalu, saya telah membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2024. Di mana menerusi belanjawan ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan perbelanjaan bagi memastikan perancangan pembangunan negeri dapat dilaksanakan secara optimum demi untuk kesejahteraan rakyat. Menerusi perbelanjaan ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1.125 bilion ringgit bagi perbelanjaan mengurus dan RM301.29 juta bagi perbelanjaan pembangunan. Malah lebih membanggakan lagi apabila Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM1.169 bilion sehingga 5 Disember 2023 yang menyaksikan kejayaan mengutip hasil melebihi RM1 bilion untuk tempoh dua tahun berturut-turut.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, [Ahli Dewan menepuk meja]

Selain dari itu, keupayaan Kerajaan Negeri untuk menarik pelaburan berjumlah RM16.441 bilion juga merupakan satu kejayaan yang membanggakan terutamanya dalam kelembapan ekonomi yang sedang melanda dunia. Apa yang ingin saya nyatakan di sini, bahawa pencapaian ini membuktikan kerajaan perpaduan Negeri Pahang yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 terus kekal stabil baik dari aspek kestabilan politik mahupun kestabilan kaum yang wujud di negeri ini. Malah belanjawan ini juga disifatkan sebagai belanjawan terbesar dalam sejarah pembentangan belanjawan di Negeri Pahang kerana Kerajaan Negeri pada hari ini mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian.

Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana sepanjang lebih 5 tahun saya mengetuai pentadbiran Kerajaan Negeri dengan dibantu oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pegawai dan kakitangan awam Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Kerajaan. Pelbagai perancangan yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang sekali.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya mulakan ucapan penggulunggan saya dengan isu perkhidmatan bekalan air yang masih dibangkitkan lagi oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Yang Mulia ini. Di mana yang selalu saya tegaskan, perkhidmatan bekalan air merupakan salah satu keutamaan

dan fokus utama Kerajaan Negeri. Ini dapat dibuktikan melalui peruntukan saban tahun bagi menjalankan projek-projek pembangunan ataupun CAPAC selain terus meningkatkan keupayaan operasi. Komitmen Kerajaan Negeri dan Pengurusan Air Pahang Berhad ataupun PAIP untuk memastikan 90% isu bekalan air Negeri Pahang dijangka dapat diselesaikan pada akhir tahun 2026.

Agenda air Pahang ini amat besar dan kompleks, mempunyai beberapa komponen, memerlukan perancangan yang rapi, masa dan peruntukan kewangan yang besar. Malah kini segala inisiatif berada di landasan yang betul. Kerja-kerja sedang giat dijalankan demi memastikan hasrat ini dapat dicapai secara menyeluruh. Alhamdulillah, Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, segala perancangan berjalan lancar dan kini telah membuahkan hasil. Sepertimana yang telah saya bentangkan dalam pembentangan belanjawan pada Isnin lalu, sehingga November 2023.

Kerajaan Negeri Pahang dan PAIP telah berjaya menyiapkan sebanyak 226 projek perkhidmatan bekalan air di seluruh Negeri Pahang, membabitkan peruntukan bernilai RM275.1 juta daripada pelbagai sumber termasuklah 17 projek pembangunan yang telah siap sepanjang tahun 2023. Antara projek yang telah siap dilaksanakan adalah pembinaan Loji Rawatan Air Baru Karak 2, yang telah berjaya menyelesaikan isu bekalan air di kawasan Karak dan Lanchang serta menukarkan pam di Muka South Rumah Pam Kobat dan daerah Kuantan dimana telah membantu memastikan bekalan air stabil terutama ke kawasan perindustrian Gebeng serta kerja-kerja menaiktaraf Loji Rawatan Air Sungai Jelai Daerah Lipis.

Kerajaan Negeri Pahang dan PAIP juga sehingga kini mempunyai 37 buah projek yang sedang dalam peringkat pelaksanan. Di mana surat setuju terima telah diserahkan kepada kontraktor yang dilantik. Nilai keseluruhan bagi semua projek ini berjumlah RM495 juta. Satu nilai yang bagi saya cukup besar dan sudah pasti kerja-kerja pelaksanaan yang cekap, berhemah amat dituntut dan akan dipantau rapi oleh PAIP. Antara projek yang sedang dilaksanakan adalah projek pembinaan Tangki Air Baru di Gebeng, daerah Kuantan bagi meningkatkan keupayaan bekalan air ke kawasan perindustrian di Gebeng.

Projek penggantian paip lama di beberapa kawasan, seperti Pekan Tajau Daerah Maran, Kawasan Teruntum Daerah Kuantan, Kampung Tanjung Agas Daerah Pekan, Kampung Cendera ke Ulu Atuk Daerah Raub serta Kampung Terengging dan Paya Luas Daerah Temerloh. Kampung Terengging Yang di-Pertua, Yang di-Pertua, tahu Terengging yang apa dia?

Yang di-Pertua (Speaker)

Er... Yang Amat Berhormat Kampung Terengging tu dulu saya pernah jadi Ketua Pemuda Bahagian di Mentakab. Terengging tu masuk dalam Bahagian Mentakab. Jadi banyak kali dah datang ke Kampung Terengging tu.

Apa makna Terengging Tuan Yang di-Pertua?

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Amat Berhormat, insya-Allah Terengging saya tak tahu tapi saya akan rujuklah ke Kamus Dewan. Saya betul tak tahu. Ada yang tahu sini? Apa makna Terengging? Ini mesti ada sejarah yang sendiri, Yang Amat Berhormat.

Sebab dia unik sikit ini Yang di-Pertua. Macam di Langkawi ada nama Kelibang. Ada... ada sejarah Kelibang itu. Macam budu juga. Dulu peda budu ada sejarah itu. Tapi yang tu tak boleh ceritalah dalam Dewan yang mulia, Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kita dalam kamar saja. [Ahli Dewan ketawa]

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Selain dari itu, projek-projek yang masih belum dilaksanakan adalah sedang di peringkat prapembinaan. Di mana kerja-kerja merancang serta mendapat keper...keperluan kelulusan pelbagai peringkat-peringkat sedang dibuat. Keseluruhan, sejumlah 87 projek sedang dirancang dan insya-Allah projek-projek ini kelak akan berpindah ke fasa pelaksanaan dalam masa terdekat. Kesemua projek-projek ini secara keseluruhan bernilai RM2.6 bilion, tambahan RM300 juta daripada jumlah peruntukan yang saya maklumkan terdahulu.

Inilah manifestasi komitmen dan fokus Kerajaan Negeri dan PAIP akan terus dari semasa ke semasa meningkatkan pengkhidmatan bekalan air di negeri ini dan seterusnya memberi keselesaan kepada semua pengguna. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mengulangi komitmen kerajaan dalam menangani isu permasalahan bekalan air di Negeri Pahang. Dan sudah pasti masa amat diperlukan bagi melaksanakan kesemua projek ini selain daripada peruntukan kewangan dan perancangan yang rapi. Berilah ruang dan peluang kepada Kerajaan Negeri dan PAIP untuk melaksanakan semua inisiatif yang telah dirancang mengikut masa yang ditetapkan. Saya juga berharap, Ahli-ahli yang Berhormat, bila mana-mana projek yang dirancang telah siap, sama-samalah kita ucapkan terima kasih dan tahniah kepada PAIP. Semoga menjadi dorongan buat mereka yang telah bersusah payah selama ini untuk terus berusaha dari semasa ke semasa meningkatkan mutu perbekalan perkhidmatan air di Negeri Pahang.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai isu perumahan di mana daripada soalan-soalan yang dikemukakan sama ada soalan lisan atau soalan bertulis serta semasa sesi perbahasan pelaksanaan projek dan inisiatif perumahan mampu milik untuk rakyat terus menarik tumpuan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kerajaan Negeri akan meningkatkan lagi kecekapan pengurusan pembangunan sektor perumahan terutamanya penyediaan rumah mampu milik kepada semua kategori rakyat sama ada yang berpendapatan sederhana, sederhana rendah dan rumah-rumah bantuan Kerajaan Negeri kepada golongan yang memerlukan sesebuah kediaman yang selesa dan kehidupan yang berkualiti.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung yang sentiasa memberi fokus dan perhatian kepada keperluan pembangunan perumahan di Negeri Pahang.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Semenjak Projek PR1MA Pahang diperkenalkan sehingga 30 November 2023. Kerajaan Negeri telah berjaya menyiapkan sebanyak 7,664 unit rumah dan telah mencapai sasaran untuk menyiapkan sekurang-kurangnya 7,000 unit rumah pada penghujung tahun 2023.

Untuk makluman, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, rumah PR1MA Pahang ini harganya RM150,000.00 dan kita bagi diskaun 10% kepada semua penjawat awam. Selain daripada itu, bagi memenuhi keperluan, rakyat berpendapatan sederhana rendah pula, sebanyak 28 Projek Rumah MAKMUR Pahang melibatkan 7,804 unit telah diluluskan dan pelaksanaan yang sedang giat diusahakan [batuk]. Yang ini juga Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, dibuat setelah Kerajaan Negeri Pahang merasakan ada di kalangan rakyat Negeri Pahang yang tidak mampu membeli rumah PR1MA Pahang, kita buat Rumah MAKMUR Pahang yang harganya lebih kurang RM80 ribu sahaja.

Namun begitu masih ada rakyat Negeri Pahang yang tidak dapat membeli rumah. Oleh sebab itu, kerajaan Negeri Pahang telah memperkenalkan Rumah Rakyat Pahang yang diberikan secara percuma semenjak 2020. Sehingga kini, Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua sebanyak 1,029 unit rumah PR1MA Pahang er... Rumah Rakyat Pahang dengan kos keseluruhan berjumlah RM75 juta telah pun siap dibina di Negeri Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja]. Selanjutnya 43 juta...

Mohon mencelah boleh? Yang Amat Berhormat, sekejap je.

Boleh… boleh, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa sekalian rakyat negeri Pahang menyambut baik usaha kerajaan negeri inisiatif yang terpuji untuk membantu rakyat mendapatkan rumah yang mampu milik. Cuma persoalan yang kita timbulkan adalah pelaksanaannya yang banyak kali terbengkalai atau gagal untuk disiapkan. Kerana ini akan menghampakan rakyat yang telah dengan apa orang kata hati begitu gembira dapat rumah tapi bila dah diperuntukkan rumah tak siap-siap. Dua tahun, tiga tahun menunggu. Ini yang menghampakan rakyat yang menjadi isu. Jadi kalau boleh diselesaikan peringkat pelaksanaan itu dengan baik insya-Allah Pahang akan jadi satu usaha yang terpuji dari sudut perumahan ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada ADUN Beserah. Saya tidak nafikan ada kelewatan. Sebab itulah semasa saya memperkenalkan Rumah Rakyat Negeri Pahang ini bermula dengan sebuah rumah, dua buah rumah, pada tahun tersebut, kalau sekiranya Rumah Rakyat Pahang ini tidak siap, kita tidak akan proceed yang lain. Sekarang ni kita dah bagi setiap ADUN dapat lapan buah rumah tahun 2023, mana-mana kawasan yang tidak siap lapan buah rumah tahun depan kita bagi lapan buah rumah lagi.

Sekiranya tahun ini tidak siap, kita tidak akan proceed dengan lapan buah rumah yang kita bagi. Ini untuk kita control backlog. Dan masalah ini kita akan kenal pasti, walaupun saya seringkali menegaskan supaya ianya harus disiapkan mengikut masa yang ditetapkan kerana yang akan rugi ialah rakyat apabila rumah ini tidak dapat siap dibina.

Terima kasih daripada Beserah, insya-Allah kita akan perkemaskinikan lagi. Namun begitu, saya rasa tidak mungkin untuk kita mendapat 100% dalam dunia ini. We cannot get Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua we cannot get 100% in this world. Kadang-kadang kita dapat 80% atau 90% itu pun dah okay dah.

Yang di-Pertua (Speaker)

86, A dah Yang Amat Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau di Amerika, markah kita 86 tu, ke atas tu dah A.

Lulus dah tu?

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya lulus dah. Bukan lulus, dapat A dapat A.

Cemerlang la.

Yang di-Pertua (Speaker)

Maknanya kalau 90 tu A lah.

Okey. Mengikut analisa saya, melebihi 90% Yang Behormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Kita bagi satu tepukan untuk diri kita sendiri. [Ahli Dewan menepuk meja]. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Selanjutnya RM43 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan projek Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah Ru'RASA di mana untuk fasa pertama sebanyak 196 unit rumah dengan peruntukan berjumlah RM17.97 juta, manakala fasa kedua sebanyak 274 unit rumah dengan peruntukan berjumlah RM25 juta yang ini seharusnya kita menjunjung kasih di atas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong bersama dengan kerajaan Abu Dhabi UAE di mana Tuanku telah mendapatkan peruntukan daripada kerajaan tersebut untuk membantu rakyat negeri Pahang.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Bagi tahun hadapan Kerajaan Negeri mensasarkan untuk menyiapkan rumah mampu milik berjumlah 4,342 unit melibatkan semua program perumahan. Rakyat negeri juga akan meneruskan lebih banyak lagi perancangan perumahan yang bakal ditawarkan, seperti Projek Rumah Mesra Pahang, Rumah Penjawat Awam Pahang dan Rumah

Pahangku yang mana akan memberi kepentingan terhadap rakyat yang kurang berkemampuan dan pada masa yang sama menitikberatkan aspek lokasi, kemudahan setempat serta kepentingan sosial dalam membantu menyediakan kediaman jangka masa panjang.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Bagi meneruskan lagi agenda kesejahteraan rakyat, kerajaan negeri juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan rakyat di negeri ini memiliki tanah sendiri. Antara inisiatif tersebut adalah menerusi Skim Tanah Rakyat serta pemberian suratan hak milik kepada Peneroka FELDA. Untuk makluman rakan-rakan Ahli Yang Berhormat di Dewan Yang Mulia ini, Skim Tanah Rakyat Kerajaan Negeri telah meluluskan di tiga tempat. Yang pertama sekali, di Mempaga, sebanyak 10 Skim Tanah Rakyat. Kemudian di Jengka, empat dan satu lagi di Pelangai sebanyak empat juga di mana Skim Tanah Rakyat ini di beri fokus untuk Generasi Kedua dan Generasi Ketiga.

Saya berharap rakan saya EXCO FELDA akan dapat melaksanakan er… Skim Tanah Rakyat ini secepat mungkin kerana kerajaan negeri telah pun meluluskan dasar ianya dapat dilaksanakan... manakala sebagai langkah serampang dua mata untuk meningkatkan bilangan pemberimilikan tanah serta meningkatkan kutipan hasil maknanya kita bagi Skim Tanah Rakyat dan pada masa yang sama kita beri pemberian suratan hak milik kepada peneroka FELDA. Dan semenjak saya dilantik sebagai Menteri Besar takdir Allahnya pada Mei 2018 sehinggalah ke hari ini sebanyak 69,451 pemberimilikan tanah telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. [Ahli Dewan menepuk meja].

Pecahan-pecahan pemberimilikan tanah mengikut daerah adalah seperti berikut, di Pekan 3,311, Kuantan 14,000, Raub 2,323, Bentong 2,743, Cameron Highlands 168, Jerantut 5,225, Maran 4,000, Rompin 4,985, Bera 1,352, Temerloh 8,511, Lipis 4,994. Manakala Pejabat Tanah dan Galian Pahang mengeluarkan pemberikan hak milik sebanyak 17,816 dan jumlah terkini hak milik tanah di negeri Pahang adalah sebanyak 742,387 hak milik dan Kerajaan Negeri telah mensasarkan bagi tempoh 3 hingga 4 tahun akan datang hak milik tanah akan ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 1 juta hak milik [Ahli Dewan menepuk meja].

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga khususnya kepada Pengarah Tanah dan Galian Pahang yang telah mengambil inisiatif menganjurkan Karnival Tanah Pahang [Ahli Dewan menepuk meja] di kesemua daerah bermula bulan Julai sehingga Oktober 2023. Menerusi karnival ini sahaja sebanyak RM258.753 juta telah berjaya dikutip selain mendidik pemilik tanah untuk lebih bertanggungjawab menunaikan kewajipan masing-masing dengan membayar cukai tanah sebelum 31 Mei setiap tahun. Dan insya-Allah melihat kepada keberkesanan Karnival Tanah Pahang akan diteruskan lagi pada tahun hadapan. [Ahli Dewan menepuk meja].

Er... minta.... Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila... sila.

Yang Berhormat Dato' Sri,

Pertama saya ucap tahniahlah. Tahniah di atas usaha-usaha yang telah pun dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan pentadbir kerajaan negeri yang telah pun menyediakan banyak Skim Perumahan pada rakyat. Cuma saya ingin dapat penjelasan apakah kita tahu bahawa kos sebenar bagi rakyat ini ialah selain daripada kos pembinaan, ialah kos tanah. Mungkin kerajaan negeri ada perancangan, cuma dapat penjelasan. Apakah pihak kerajaan berhasrat untuk menyediakan tapak perumahan yang diberi kepada rakyat bagi mengurangkan kos bagi mereka membina? Pembinaan mereka buat sendiri tapi tapak itu kerajaan sedia sama ada kadar premium yang minima atau pun dia beri subsidi kepada tapak tersebut bagi membantu meringankan rakyat membina rumah bagi pihak yang mampu membina. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Cheka. Saya rasa Yang Berhormat daripada Cheka terlepas pandang masa saya memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Skim Tanah Kita Warisan. Projeknya di Kuala Medang, di mana kita bukan sahaja…

Yang di-Pertua (Speaker)

Skim Tanah Warisan. Yang Berhormat mungkin Wakil Cheka dia tak berapa dengar tadi.

Skim Tanah Warisan. Pilot projeknya di Kuala Medang.

Ya saya faham. Saya tahu dan saya dah pergi pun tapak tersebut dan saya dah pergi tapak Kuala Medang. Soalan saya tadi ialah melibatkan beberapa kawasan-kawasan lain seluruh negeri Pahang. Pilot project okay, saya dah pergi pun melawat kawasan tersebut. Terima kasih.

Terima kasihlah Yang Berhormat Cheka kerana masuk kawasan Jelai [ketawa]. Tapi sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat daripada Cheka kita dah selepas Kuala Medang kita akan buat ke Pekan. Kita tidak boleh buat sekali gus. Kita ada 42 kawasan. Sebab hasil kita RM1.1 bilion lebih je setahun. Kalau hasil Kerajaan Negeri dapat RM2 billion dengan sokongan daripada rakan-rakan daripada Baju Putih belah sini Pakatan Nasional. Insya-Allah setiap DUN kita akan buat Skim Tanah Warisan, kita sediakan tapak. Bukan setakat Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, selain daripada tapak infra pun kita bagi. Air kita bagi, bekalan elektrik pun kita bagi, longkang pun kita buat [Ahli Dewan menepuk meja].

Itulah kerajaan yang ada pada hari ini. Insya-Allah pandangan daripada Cheka kita akan ambil perhatian. Kalau kita mendapat hasil yang lebih, ada yang lebih, selepas Pekan, kita akan pergi ke kawasan lain pula Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya ingin menjelaskan kenyataan Yang Berhormat Cheka, sewaktu meminta laluan ketika ucapan penggulungan EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, dan Kesihatan Negeri

Pahang pada Rabu lalu, berhubung penghapusan hutang Kerajaan Negeri sebanyak RM2.074 bilion.

Yang sebenarnya ialah, yang sebenar-benarnya, usaha penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air negeri Pahang telah bermula sejak 5 September 2018 lagi, di mana pada ketika itu, saya telah bersetuju untuk memulakan semula perbincangan tawaran Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dengan menterinya pada ketika itu ialah Yang Berhormat Dr. Xavier Jayakumar.

Selain daripada itu, saya bersama dengan rakan-rakan pegawai kerajaan telah beberapa kali berjumpa dengan…

Yang Berhormat Dato' Sri…

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker…

Yang di-Pertua (Speaker)

Teruskan Yang Berhormat, Yang Berhormat semuanya berpengalaman belaka. Bangun, bercakap [ketawa].

Dato' Sri Speaker,

Seingat saya, wakil Tras masa itu merupakan Timbalan Menteri Kementerian berikut, bukan begitu?

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua,

Sebenarnya betul saya minta MB teruskanlah ucapan tu, betul.

Yang di-Pertua (Speaker)

[Ketawa]

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Tujuan saya membangkitkan ini kerana saya seharus dan wajib menceritakan fakta yang sebenarnya. Kerana kita tidak mahu persepsi mengatasi fakta. Jadi saya nak ceritakan bermula daripada 2018, Menteri Ketika itu Dr. Xavier, Yang Berhormat Dr. Xavier dan saya juga bersama dengan rakan-rakan pegawai kerajaan telah juga berjumpa dengan

Menteri Kewangan, kerana Menteri Kewangan adalah terlibat secara langsung untuk memastikan pelupusan hutang Kerajaan Negeri ini, kena mendapat juga kebenaran Yang Berhormat daripada Menteri Kewangan selain daripada Perdana Menteri untuk dibawa ke Kabinet.

Dan untuk merealisasikan perkara ini Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu pasukan Task Force bagi merunding dan menguruskan langkah-langkah penstrukturan. Kerana ini bukan perkara yang mudah, untuk mengurangkan hutang Kerajaan Negeri, dan untuk kerajaan menghapus kira bukan satu perkara yang mudah.

Walaupun RM0.01 sen, kita tahu kerana duit kerajaan ini, RM0.01 sen pun diaudit dan diambil kira. Dan kita menubuhkan pasukan Task Force. Pada 29 September 2019, hapus kira hutang projek bekalan air luar bandar yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan telah pun dimuktamadkan. Ini adalah fakta, untuk makluman rakan-rakan daripada sebelah sini dan daripada sebelah sana. Saya ulangi sekali lagi, pada 29 September 2019, hapus kira hutang projek bekalan air luar bandar yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan telah dimuktamadkan.

Dan pada 30 Mac 2020, ketika itulah, Yang Berhormat Cheka, ketika itu, baru sahaja dilantik menjadi Menteri Alam Sekitar dan Air, dan semua deraf perjanjian dikemaskini dan dimuktamadkan berdasarkan terma-terma utama yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang, termasuklah juga jumlah yang dia setuju hapus kira dan dinovasikan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM2.074 bilion.

Walau bagaimanapun saya ucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat Cheka ketika itu selaku menteri, telah pun meluluskan atau pun telah pun menurunkan tandatangannya. Maknanya kalau main bola ini Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, kalau kita duduk depan gol, bila kita passing bola itu kepada players itu, dia terus tendang bola masuk gol je lah. Maknanya yang lain-lain daripada goalkeeper, fullback, apa lagi, apa ini, midfield, right wing, left wing striker, mana yang duduk depan tu?

Ketika itu analoginya, Yang Berhormat daripada Cheka dan sumbat bola itu dalam gol. Kalau [ketawa], untuk mengatakan ianya bermula daripada A sampai Z, Yang Berhormat daripada Cheka membantu adalah tidak benar sama sekali. Cuma Yang Berhormat daripada Cheka melengkapkan sahaja apa yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Boleh, boleh mencelah? Ya, sebenarnya apa yang MB cakap tadi betul. Bermakna ia bermula pada tahun 2018 lah masa zaman Pakatan Harapan juga. Terima kasih.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato' Sri Speaker, saya perlu jelaskan sikit. Bagi saya, siapa-siapa jadi kerajaan, dia harus jalankan tanggungjawab. Bukan kira parti politik. Dalam perjanjian Pahang, ada saya sebut semalam dalam pencelahan, isu ni dah tujuh tahun tak selesai. Jadi kita berjaya selesai bersama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Salah satu syarat dalam perjanjian untuk Pahang dapat pelepas, pelupusan hutang ini ialah kerana naik tarif air. Pahang pada waktu itu, Pahang, Kedah, Perlis, tiga negeri yang

berjaya selesaikan agreement. Tapi Pahang tak dapat manfaat. Kenapa Pahang tak dapat manfaat pada perjanjian? Kerana salah satu syarat dalam perjanjian ialah tarif air dinaikkan kerana Pahang paling rendah sekali tarif di Malaysia. Jadi kita perlu naik tarif. Selagi tarif air tak naik, apa perjanjian dibuat pun, manfaat pada negeri tak dapat.

Sebelum berlaku peralihan kerajaan, hujung pilihan raya sebelum ini, kita telah berjaya naik tarif air untuk industri, domestik belum. Dengan, dengan naik tarif air itulah, Pahang mendapat penghapusan hutang luar bandar dan inovasi dengan Kerajaan Persekutuan. Saya fikir, bagi saya pun tidak nak panjang isu ini, cuma saya nak jalankan fakta, macam Yang Berhormat Menteri Besar bahawa terma syarat itu hanya daripada Pahang sahaja, negeri lain tidak letak syarat tersebut.

Tapi Pahang kritikal, kadar tarif air kita sangat rendah dan lepas itu kerana itulah kita luluskan untuk tarif air industri dinaikkan yang menyebabkan Pahang mendapat pelupusan hutang tersebut, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, maknanya Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Pahang ini sangat prihatin. Kita tidak sanggup menaikkan tarif air kerana kita tahu rakyat negeri Pahang masih dibelenggu kemiskinan, itu sebab dia Tuan Yang di-Pertua.

Kalau kita nak naik, mudah je nak naik, tapi kita tidak naikkan. Tapi walau bagaimanapun sebab saya ingat dah 40 tahun tarif air tak naik, usaha-usaha sedang dijalankan sekarang ini untuk dibincangkan untuk menaikkan tarif air. Saya ingat Yang Berhormat daripada Benta, pernah mewakili saya masa mesyuarat dengan PM kita ada bincang. Agenda khusus berkenaan tarif air ini, insya-Allah kita akan umum. Apa pun, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Cheka, kerana membantu saya menyumbatkan bola masuk ke dalam gol. [ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Itu Yang Amat Berhormat, orang panggil itu apa Yang Amat Berhormat, tuah badan.

Tuah badan [ketawa] Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan ucapan ya?

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Yang Amat Berhormat.

Menjawab soalan tambahan Yang Berhormat Jengka, mengenai adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membuat penurunan kuasa kepada Pengarah Tanah dan Galian atau Pentadbir Tanah bagi kelulusan tukar syarat dan pecah sempadan serentak di bawah seksyen 124A Kanun Tanah Negara.

Saya ingin menjelaskan bahawa pada masa sekarang telah ada perwakilan kuasa oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir Tanah Daerah bagi mempertimbangkan kelulusan tukar syarat nyata bagi tanah pertanian yang

berkeluasan kurang daripada 4 hektar atau pun 10 ekar, manakala perwakilan kuasa kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi tanah pertanian yang berkeluasan melebihi 4 hektar tetapi kurang daripada 40 hektar yang mana telah memudahkan pertukaran syarat bagi tanah pertanian.

Susulan pelaksanaan cukai tanah baru mulai tahun 2020, Pihak Berkuasa Negeri telah mewakilkan kuasa kepada Pengarah Tanah dan Galian Pahang serta Pentabir Tanah Daerah untuk kelulusan tukar syarat tanah Nil kepada pemilik tanah yang belum membayar cukai tanah pada tahun 2020. Yang mana ini memudah dan mempercepatkan pemilik tanah untuk menukar syarat kegunaan tanah kepada pertanian, bangunan kediaman, komersial dan industri. Yang secara langsung membolehkan pemilik tanah membayar cukai tanah mengikut syarat baru yang diluluskan.

Malah, pada peringkat awal saya dilantik sebagai Menteri Besar. Antara perkara pertama yang saya lakukan ialah menurunkan kuasa kepada Pegawai Daerah dan Pengarah Tanah dan Galian Pahang bagi mendapatkan kelulusan kebenaran pindah milik gadaian dan pajakan tanah bermula 1 Ogos 2018.

Keputusan ini dibuat bagi mengurangkan kerenah birokrasi sambil menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan Negeri yang dapat memudah cara dan memendekkan tempoh bagi urusan-urusan berkenaan.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Memandangkan hari ini hari Jumaat dan kita kesuntukan masa kerana saya akan beredar sebelum jam 12 bersama dengan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan kerana telah dititahkan untuk hadir di Istana Negara pukul 3 petang. Saya rasa setakat ini sajalah penggulungan saya pada kali ini. Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati segala usaha yang kita laksanakan untuk kesejahteraan dan kemakmuran Negeri Pahang. Insya-Allah ditokok apa yang kurang, dicantum apa yang jarang, dihimpun apa yang kejauhan dengan sifat Rahman dan Rahimnya dihampakan segala dosa yang kita lakukan.

Semoga persidangan kita pada kali ini diterima oleh Allah SWT sebagai bukti isytihar hambanya sebagai khalifah di atas hamparan dunia ini. Yang indah itu dari ilahi dan yang kurang itu sifat insani. Marilah kita berdoa kepada Allah yang Maha berkuasa, agar ditetapkan iman kita di atas jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa istiqomah dalam perjuangan. Semoga saya telah menjawab sebahagian besar persoalan yang diajukan kepada saya sebagai Menteri Besar, yang turut mengetuai jawatankuasa negeri-jawatankuasa negeri yang dipertanggungjawabkan ke atas saya. Jika ada soalan-soalan lain yang tidak berjawab, insya-Allah jawapan secara bertulis akan saya berikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Sudah-sudahlah mencipta persepsi, Sekarang waktu kita bekerja, Belanjawan negeri bukti prestasi, Elakkan sengketa, perpaduan dibaye.

Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar, di atas penggulungan tadi. Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang Perbekalan (24) 2024 2023 telah dibentangkan dan dibahaskan pada 4 dan 5 pada Disember 2023. Oleh itu, Majlis Mesyuarat dalam Jawatankuasa. Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.

[Cokmar diturunkan]

[DALAM JAWATANKUASA]

Setiausaha Dewan

Jadual B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan.

Masalahnya bahawa wang sejumlah RM8,955,059.00 sahaja untuk Kepala B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli Yang Berhormat, bersetuju, nyatakan "setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju, sila nyatakan "tidak". Tiada.

Kepala B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang menjadi sebahagian daripada jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan.

Masalahnya bahawa, wang sejumlah RM127,950,488.00 sahaja. Untuk Kepala B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan"setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan "tidak". Tiada.

Kepala B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.03 - Pejabat Kewangan dan Pembendaharaan Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.03 - Pejabat Kewangan dan Pembendaharaan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan.

Masalahnya, wang sejumlah RM225,456,263.00 sahaja. Untuk Kepala B.03 - Pejabat Kewangan dan Pembendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan"setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan "tidak". Tiada.

Kepala B.03 - Pejabat Kewangan dan Pembendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan.

Masalahnya bahawa wang sejumlah RM1,229,234.00 sahaja. Untuk Kepala B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan"setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju, sila nyatakan "tidak". Tiada.

Kepala B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri menjadi sebahagian daripada jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.05 - Dewan Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan 0 B. Kepala Bekalan B.05 minta maaf ye... banyak sangat kepala [Ketawa]- Dewan Negeri dibuka untuk dibahas. Sila wakil daripada Beserah.

Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih di atas peluang yang diberikan. Saya cuma ingin er... penjelasan dan pencerahan dalam Kepala B.05 - Dewan Negeri er... yang er... memperuntukkan RM12,989,530.00 dari peringkat bekalan tapi bila saya rujuk buku bajet ni, ada satu lagi ruangan tanggungan T.05. Dia tak ada muka surat ni jadi saya tidak boleh rujuk berapa muka surat. T.05 Dewan Negeri juga tanggungan Dewan Negeri, Kepala T.05 bahagian RM40,000.00 Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Pada tahun 2023, kita membelanjakan peruntukan RM20 juta. RM108,000.00 tapi 2024 diturunkan kepada RM10 juta dari sudut tanggungan itu. Apa justifikasi penurunan tersebut? Kenapa berlaku penurunan? Kalau boleh kita dapat sedikit pencerahan. Terima kasih Pengerusi.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Sila. Yang Amat Berhormat.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.

Er... saya fikir perkara ni dibuat sedikit pengurangan, kerana bagi tujuan penjimatan. Kerana kita tahu, er... Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua kita ni, er... YDP yang baru untuk penggal ni. Jadi, YDP ada bincang dengan saya, merasakan bahawa ianya terlalu tinggi dan beliau bercadang untuk membuat penjimatan. Dan er... Itulah sebabnya berlaku sedikit pengurangan daripada tahun sebelumnya kepada tahun ini. Itu cadangan daripada beliau lah. Dan ini satu usaha yang bagus. Lazimnya bajet ini berlaku peningkatan 5% every year. Sepertimana belanjawan Kerajaan Negeri. Tapi ini berlaku penjimatan. Tapi saya tak tahulah, mungkin dia kurang kat sini, dia naik sikit kat sana, mungkin saya terlepas pandang, tak tahulah, mungkin Yang Berhormat Yang di-Pertua lebih arif lagi. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Yang Berhormat Dato' Sri, yang penting sekali, elaun wakil rakyat tidak dipotong. Masalahnya bahawa...

Boleh saya mencelah sikit. Terima kasih Dewan Negeri. Ada beberapa perkara yang saya hasrat untuk maklum supaya kita ada penambahbaikanlah kepada Dewan Negeri. Tahniahlah apa yang sedang berlaku. Tuan Sri Speaker. er... di antaranya ialah kalau kita tengok sidang Dewan Negeri-negeri lain, dia ada siaran langsung sidang Dewan Negeri. Zaman sekarang ini kan semua media dia buat siaran langsung. Saya fikir, Pahang boleh ke arah itu. Yang kedua penambahbaikan ialah tentang soalan-soalan. Biasa soalan diberi

pada hari kita bersidang. Jadi kita tak tahu apa soalan kita naik atau tidak besoknya. Kalau boleh diberi pada lebih awal. Ini-ini penambahbaikan saya bukan berhubungan dengan bajet. Tapi dengan bajet yang telah diperuntukkan, saya fikir Yang Amat Ketua Dewan boleh berfikir ke arah itu. Terima kasih.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Insya-Allah.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Untuk cadangan yang dikemukakan oleh YB Cheka tu memang dalam perancangan Kerajaan Negeri. Memang telah pun kita rancang, kita telah pun bincang dan cuma ada beberapa perkara lagi yang perlu kita halusi. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ada lagi perbahasan?

Kalau tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM12,989,530.00 semula-semula. RM12,989,530.00 sahaja. Untuk bekalan B.05 - Dewan Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Bekalan B.05 - Dewan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Bekalan... Kepala Bekalan B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan.

Masalahnya bahawa wang sejumlah RM70,189,983.00 sahaja untuk Kepala B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya ingin dapat penjelasan sedikit berhubungan dengan Kepala B.07. Di bawah butiran 20 ribu perkhidmatan dan bekalan. Kalau kita lihat er... daripada tahun 2023 sebanyak RM2,645,168.00. Tapi dalam tahun 2024, dianggarkan bajet kita RM9,897,374.00. Bermakna ada tambahan hampir RM7 juta berbanding tahun lepas. Cuma saya ingin dapat penjelasan daripada pihak kerajaan, penambahan RM7 juta ini er... di bawah butiran perkhidmatan bekalan ini pada apa dia, elemen sehingga RM7 juta ada peningkatan yang agak besar. Sekadar untuk dapat penjelasan. Terima kasih.

Terima kasih. Yang Berhormat ini Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua adalah berkaitan dengan ESG, Kelestarian Alam, Environmental, Social and Governance. Jadi kita perlukan bajet tambahan dan kita juga ingin meneruskan kempen er... 1 juta pokok dan juga ini memerlukan peruntukan. Sebab itu ada berlaku sedikit tambahan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

ESG dan STG.

Tiada Perbahasan lagi.

Masalahnya bahawa wang sejumlah iaitu RM59,304,373.00 sahaja untuk Kepala B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada.

Masalahnya bahawa wang sejumlah iaitu RM21,104,373.00 sahaja untuk Kepala B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Kepala B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.09 - Jabatan Pertanian Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.09 - Jabatan Pertanian Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan.

Masalahnya bahawa wang sejumlah iaitu RM31,001,365.00 sahaja untuk Kepala B.09 - Jabatan Pertanian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.09 - Jabatan Pertanian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.10 - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.10 - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Masalahnya bahawa wang sejumlah RM27,367,898.00 sahaja untuk Kepala B.10 - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.10 - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan.

Masalahnya bahawa wang sejumlah RM7,381,899.00 sahaja untuk Kepala B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan.

Masalahnya bahawa wang sejumlah RM6,435,557.00 sahaja untuk Kepala B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan.

Masalahnya bahawa wang sejumlah RM8,407,183.00 sahaja untuk Bekalan B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.14 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.14 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan dibuka untuk dibahas.

Yang Berhormat Pengerusi,

Saya ingin er... sedikit penjelasan sebab daerah Kuantan ini daerah saya lah. Jadi saya kena, kalau kita tengok peruntukan yang diberikan kepada daerah-daerah lain, hampir sama dengan Kuantan sedangkan Kuantan ni komposisi penduduknya, jumlah penduduknya lebih padat dan kawasannya luas. Ada 4 Parlimen dalam daerah Kuantan. Maka peruntukan kepada Pejabat Tanah daerah Kuantan ni seharusnya diberikan sedikit er... macam ratio penduduk kepada peruntukan tersebut.

Jadi dia lebih kurang sama, sama ada dari sudut perkhidmatan dan bekalan serta aset, lebih rendah daripada Jerantut. Pemberian peruntukan aset di Kuantan. Perbekalan dan perkhidmatan sama dengan daerah-daerah lain. Jadi saya rasa, ianya memberi sedikit kekangan kepada Pejabat Tanah daerah Kuantan untuk melaksanakan tugasan mereka dengan komposisi ataupun bilangan penduduk yang besar, daerah yang luas, dengan bajet yang kita beri sama dengan daerah lain. Jadi saya harap ada sedikit pertimbangan mengikut jumlah penduduk dan keluasan kawasan bila kita menganggarkan peruntukan untuk Pejabat Daerah dan Tanah. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih. Rakan saya daripada ADUN Beserah. Saya ingin memaklumkan di Dewan Yang Mulia ini bahawa setiap bajet yang kita buat ini, kita mengadakan perbincangan. Maknanya bukan er... Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri dia teringat bangun pagi ini nak letak RM12 juta, RM11 juta tidak dan ini bajet yang ingin dikemukakan ini adalah daripada Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan juga dan mereka memberikan cadangan kemungkinan pada masa itu kita ada perbincangan, ada yang kita tambah, ada yang kita kurang tetapi lazimnya kita akan ikut apa yang dicadangkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Kuantan.

Jadi saya ingat yang ini tidak ada isu dan lebih lagi pula Kuantan ni dia ada Majlis Bandaraya Kuantan. Dia ada feeder untuk membantu dan melihat keadaan di daerah Kuantan ini, terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ada lagi perbahasan? Kalau tiada perbahasan, masalahnya bahawa wang sejumlah RM11,093,872.00 sahaja. Untuk Kepala B.14 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan menjadi sebahagian daripada Jadual, hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.14 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM8,612,719.00 sahaja. Untuk Kepala B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM9,316,480.00 sahaja. Untuk Kepala B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.17 - Pejabat Daerah dan Tanah Raub.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.17 - Pejabat Daerah dan Tanah Raub dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM7,231,600.00 sahaja. Untuk Kepala B.17 - Pejabat Daerah dan Tanah Raub menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.17 - Pejabat Daerah dan Tanah Raub menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Jadual B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM10,305,686.00 sahaja. Untuk Kepala B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM8,064,618.00 sahaja. Untuk Kepala B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM7,910,351.00 sahaja. Untuk Kepala B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM6,563,209.00 sahaja. Untuk Kepala B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM19,150,524.00 sahaja. Untuk Kepala B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM409,755.00 sahaja. Untuk Kepala B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM132,103,474.00 sahaja. Untuk Kepala B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM5,404,047.00 sahaja. Untuk Kepala B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah

RM22,413,444.00 sahaja. Untuk Kepala B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju".

Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan tidak. Tiada. Kepala B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat menjadi sebahagian dariapda jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.28 - Jabatan Mufti Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM3,724,157.00 sahaja. Untuk Kepala B.28 - Jabatan Mufti Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan setuju.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan tidak. Tiada. Kepala B.28 - Jabatan Mufti Negeri menjadi sebahagian daripada jadual

Setiausaha Dewan

Jadual B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan.Masalahnya bahawa wang sejumlah RM9,020,796.00 sahaja. Untuk Kepala Bekalan B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli Yang Berhormat bersetuju sila nyatakan setuju.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan tidak. Tiada. Kepala B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan, masalahnya bahawa wang sejumlah RM2,435,285.00 sahaja untuk Kepala B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan setuju.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan tidak. Tiada. Kepala B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.32 - Kumpulan Wang Terkanun.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.32 - Kumpulan Wang Terkanun dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM125,982,716.00 sahaja. Untuk Kepala B.32 - Kumpulan Wang Terkanun menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan setuju

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan tidak. Tiada. Kepala B.32 - Kumpulan Wang Terkanun menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Fasal 1(1); Fasal 1(2); dan Fasal 2.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1(1); Fasal 2 (2); dan Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Undang-undang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Dato‘ Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ini Wakil daripada Tioman yang sokong ni.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon maaf terlepas pandang sikit.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan (2024) 2023 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan setuju.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan tidak. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Cokmar dinaikkan semula]

[BACAAN KALI KETIGA]

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon memaklumkan bahawa Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu, telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan setuju.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan tidak. Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Menimbang Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air Tahun 2024Motion

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan (2024) 2023 mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2024 bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.

Perkara keempat: Menimbang Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air Tahun 2024.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2024 telah dibentang, disokong dan dibahas pada 4 dan 5 Disember 2023. Seramai 30 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut. Soalannya sekarang ialah usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada. Usul diluluskan. Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang kita teruskan dengan aturan urusan selanjutnya.

Rang Undang-undang Setiausaha Kerajaan, Pahang (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023 DN 28/2023Bill

Setiausaha Dewan

Perkara kelima: Rang Undang-undang Setiausaha Kerajaan, Pahang (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023 DN 28/2023.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

[BACAAN KALI PERTAMA]

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Setiausaha Kerajaan Pahang dalam (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023.

Dato’ Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Setiausaha Kerajaan Pahang (Pemerbadanan) 1959.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.

Dato’ Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya memohon izin menyokong cadangan tersebut.

[BACAAN KALI KEDUA]

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Setiausaha Kerajaan, Pahang (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon mencadangkan,

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Setiausaha Kerajaan, Pahang (Pemerbadanan) 1959”,

dibacakan bagi kali kedua sekarang.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Enakmen dipinda bagi memantapkan urus tadbir dan penyampaian perkhidmatan serta mencerminkan pelaksanaan sebenar operasi PSK, antara ianya melibatkan bagi memantapkan urus tadbir dan penyampaian perkhidmatan serta mencerminkan pelaksanaan sebenar operasi PSK dengan tiga (3) pindaan telah dicadangkan seperti berikut yang pertama menambah seksyen baharu Seksyen 5A kepada Enakmen ini iaitu memberikan kuasa kepada PSK untuk menubuhkan anak syarikat dan menyediakan bantuan kewangan kepada anak syarikat dengan kebenaran dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Kedua pemegang saham dalam mana-mana anak syarikat oleh PSK tidak boleh dijual, dipindahkan atau selainnya dilupuskan dalam apa-apa cara sekali pun kecuali dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri dan Dewan Undangan Negeri.

Dan akhirnya memasukkan Jadual Baharu 1 selepas Seksyen 14 seperti jadual berikut Pahang Water and Energy Resources, Pahang Mining Corporation Sdn Bhd, Pahang Orang Asli Corporation. Meminda Seksyen 8(7) Enakmen ini dengan memotong perkataan “with the approval of the State Authority” di mana perlantikan baru kakitangan PSK hanya kelulusan di pihak Ahli Lembaga Pengarah PSK tanpa perlu mengangkat ke Pihak Berkuasa Negeri kecuali perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai

Operasi dan Pegawai Eksekutif perlu kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Dato' Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Dato' Yang di-Pertua,

Saya mohon sikit penjelasan saja Enakmen ni, secara keseluruhannya saya menyokong pindaan tersebut sebagai mana disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi melicinkan lagi pindaan PSK. Cuma kalau tengok pada Enakmen ini pada muka surat 1 perkara 2 er... Enakmen ini disifatkan telah mula berkuat kuasa mulai berkuasa pada 1 Januari 2023, sedangkan kita baru bentang hari ini. Apakah ini kesilapan teknikal ataupun memang begitu prosedur dia, terima kasih.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya fikir itu typolah tu... typo... Terima kasih rakan saya daripada Cheka.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kita boleh perbetulkanlah, terima kasih Wakil dari Cheka. Nampak teliti, kita suka ada check and balance ni Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Majlis ialah “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Setiausaha Kerajaan, Pahang (Pemerbadanan) 1959”, dibacakan kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahaskan. Patutnya ini baru bahas tapi takpe lah, awal sikit... sah, mesyuarat sah.

Tuan Yang di-Pertua,

Er... saya cuma mohon pencerahan sedikit tentang Enakmen ini. Dengan jadual baru er... yang dikeluarkan ada 3 syarikat yang dinamakan dalam jadual itu schedule 54A. Er… mengikut pemahaman saya, Pahang Water & Energy Resources serta Pahang Orang Asli Corporation ini berada di bawah Pahang Corp, Syarikat Pahang Corp. Apa justifikasi yang dibuat untuk nak memindahkan kedua-dua syarikat ini kepada PSK? Sehingga adakah ia akan mengganggu pengurusan ataupun perjalanan transaksi syarikat tersebut atau untuk tujuan kawal selia yang lebih ketat kepada kedua-dua syarikat itu dipindahkan kepada PSK ini? Terima kasih.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya suka memaklumkan di Dewan yang mulia ini, bahawa apa jua perubahan yang Kerajaan Negeri laksanakan adalah untuk tujuan menambah baik dan er... yang lebih

pentingnya ialah supaya mana-mana anak syarikat yang ditubuhkan itu dapat melaksanakan dan menjalankan tugasnya di mana yang dikehendaki oleh Kerajaan Negeri. Jadi dengan adanya memasukkan jadual baru ini untuk Pahang Water & Energy Resources, Pahang Mining Corporation dan Pahang Orang Asli ini adalah yang pertama sekali untuk memudahkan er... kita memantau dan yang kedua untuk memendekkan birokrasi.

Kerana sebagai contohnya Pahang Orang Asli Corporation ini kita dapati di kalangan masyarakat Orang Asli masih tertinggal jauh kalau berbanding dengan kita jadi saya yakin dan percaya sekiranya kita letak di bawah PSK ianya akan memudahkan lagi urusan dan memendekkan birokrasi dan ini boleh mempercepatkan lagi proses untuk kita meningkatkan pembangunan untuk masyarakat Orang Asli, itulah antara tujuannya Yang Berhormat Dato' Sri di-Pertua. Itu lebih baik dari apa yang ada sekarang ini. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat atas penjelasan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "Setuju".

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "Tidak". Tiada. Rang Undang-Undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

"Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Setiausaha Kerajaan, Pahang (Pemerbadanan) 1959.”

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.

[DALAM JAWATANKUASA]

[Cokmar diturunkan]

Setiausaha Dewan

Fasal 1 (1); Fasal 1 (2); Fasal 2; Fasal 3; dan Fasal 4.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 (1); Fasal 1 (2); Fasal 2; Fasal 3; dan Fasal 4. Dibuka untuk perbahasan sekarang. Tiada perbahasan.

Fasal 1 (1); Fasal 1 (2); Fasal 2; Fasal 3... oh sila...

Yang Berhormat Dato' Sri,

Saya rasa er... kita kalau nak kalau... saya setuju kalau sekiranya kita boleh buat terus pindaan supaya nanti kita lulus kepada... atau lulus dengan pindaan sebab tarikh tadi lah, perkara 1(2) tadi tentang perubahan tarikh. Kalau kita terima bererti akan terima dengan pindaan. Kalau kita boleh buat perubahan di peringkat jawatankuasa, saya fikir kita boleh terus terima tanpa ada pindaan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Boleh maknanya kita akan buat pindaan dari segi tarikh tu lah daripada tahun 2024. Tiada perbahasan. Fasal 1 (1); Fasal 1 (2); Fasal 2; Fasal 3; dan Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Undang-undang hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Yang tidak bersetuju, sila nyatakan "Tidak". Tiada. Fasal 1 (1); Fasal 1 (2); Fasal 2; Fasal 3; dan Fasal 4; menjadi sebahagian daripada Undang-undang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi,

Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Dato' Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi,

Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (Pemerbadanan) (Pindaan) (2023) dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Cokmar dinaikkan semula]

[BACAAN KALI KETIGA]

Yang Berhormat Dato’ Sri di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa,

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Setiausaha Kerajaan Pahang (Pemerbadanan) 1959”

telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Tadi ada sedikit pindaan ataupun error tadilah…

Yang di-Pertua (Speaker)

Dengan pindaan tahun lah…

Ya, dengan sedikit pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Dato' Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Setiausaha Kerajaan, Pahang (Pemerbadanan) (Pindaan) (2023) dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca untuk kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Dato' Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Setiausaha Kerajaan, Pahang (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023, disifatkan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2024 bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.

URUSAN-URUSAN AM

Perkara Keenam: Urusan-Urusan Am

Kertas-kertas Mesyuarat.

Penyata Kewangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang berakhir 31 Disember 2022. DN 30/2023.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2022 – Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri serta Pengauditan Pematuhan Agensi Negeri Pahang. DN 31/2023.

Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang berakhir 31 Disember 2022. DN 32/2023.

Penyata Kewangan Yayasan Pahang Berakhir 31 Disember 2022. DN 33/2023.

Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands Berakhir 31 Disember 2022. DN 34/2023.

Penyata Kewangan Perbadanan Muzium Negeri Pahang Berakhir 31 Disember 2022. DN 35/2023.

Penyata Kewangan Majlis Sukan Pahang Berakhir 31 Disember 2022. DN 36/2023.

Penyata Kewangan Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Berakhir 31 Disember 2022. DN 37/2023.

Penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Terhadap Laporan Ketua Audit Negara Negeri Pahang Tahun 2018. DN 38/2023.

Penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Terhadap Laporan Ketua Audit Negara Negeri Pahang Tahun 2019. DN 39/2023.

Penyata Kewangan Perbadanan Stadium Darul Makmur Berakhir 31 Disember 2022. DN 40/2023.

Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2022. DN 41/2023.

PENANGGUHAN

Perkara Ketujuh: Penangguhan.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita sudah pun tiba ke penghujung Persidangan pada kali ini. Saya sangat bersyukur kerana perjalanan Persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan teratur sekali. Sudah pastinya saya memberi pujian ini kepada Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua [Ahli Dewan tepuk meja] dan juga Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua [Ahli Dewan tepuk meja] kerana mengendalikan aturan Persidangan kita dengan begitu baik sekali. Syabas dan tahniah. [Ahli Dewan tepuk meja].

Kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian baik daripada blok kerajaan maupun blok membangkang saya mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih atas penglibatan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Persidangan hari ini yang berlangsung dengan suasana yang aman dan tenteram. Dan sudah pastinya saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kerana telah bersetuju menyokong Belanjawan Negeri Pahang untuk tahun 2024 dengan sebulat suara.

Menerusi Belanjawan ini juga, Pembangunan Negeri akan terus dapat dipacu dengan lebih baik lagi. Selain agenda rakyat akan terus diangkat menjadi keutamaan dengan melaksanakan pelbagai inisiatif dan bantuan secara berterusan selaras dengan tema belanjawan iaitu “Pahang Prihatin Rakyat Makmur”.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Negeri kita sedang mengalami monsun timur laut yang lazimnya akan berlaku bencana banjir. Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menjaga kawasan masing-masing dengan sebaik-baiknya dan berilah nasihat kepada penduduk terutamanya mereka yang tinggal di kawasan berisiko agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa untuk berpindah ke pusat-pusat pemindahan. Kita tidak mahu berlakunya tragedi yang tidak diingini terutamanya yang melibatkan kematian akibat kedegilan penduduk yang enggan berpindah hanya semata-mata untuk menjaga harta benda.

Ingatlah, nyawa itu lebih berharga daripada harta benda kerana harta yang rosak boleh diganti manakala nyawa yang hilang akan pergi selama-lamanya. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri serta agensi-agensi bertanggungjawab telah dari awal melakukan pelbagai persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir termasuklah menghantar barangan keperluan ke pengkalan-pengkalan hadapan serta menyelenggara pusat-pusat pembinaan.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa Kerajaan Negeri Pahang telah pun mengadakan pusat pembinaan tetap yang pertama di Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua iaitu di Luit. Dan insya-Allah kita akan panjangkan lagi kepada empat daerah iaitu di Pekan, Kuantan, Temerloh dan juga di Lipis.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua,

Sebelum saya akhiri ucapan ini, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih atas keterlibatan Ahli-ahli Yang Berhormat semua dalam persidangan kita pada kali ini. Insya-Allah jika ada umur panjang, kita akan bertemu lagi pada Persidangan yang akan datang yang akan ditetapkan oleh Yang di-Pertua setelah mendapat perkenan daripada Tuanku Sultan Pahang. Saya berharap semoga Ahli-ahli Yang Berhormat selamat pulang ke kawasan masing-masing dan laksanakanlah tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita dengan sebaik-baiknya.

Di kesempatan ini juga, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua penjawat awam di negeri ini dan juga persekutuan. Pasukan Polis Diraja Malaysia, petugas kesihatan, anggota RELA, pasukan bomba, petugas media serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kelancaran sepanjang Persidangan pada kali ini berlangsung.

Saya berdoa semoga negeri Pahang terus dilimpahi dengan kedamaian, kemakmuran dan kebersamaan dengan setiap layaknya hidup dalam suasana yang harmoni, saling hormat menghormati dan bertoleransi serta dilindungi dari segala bencana dan malapetaka.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya memohon membawa cadangan bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang.

Yang Hormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya memohon menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar sebentar tadi. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Masjlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-Ahli Berhormat sekalian. Alhamdulillah, kita telah pun selesai ke penghujung Persidangan Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-2 Dewan Negeri Ke-15. Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen yang amat baik kepada saya yang lebih penting lagi dan lebih mustahak lagi menghormati, menghargai, memahami, menepati masa yang meletakkan Dewan yang mulia ini di atas landasan yang betul dan penuh integriti. Syabas dan tahniah.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan dan pihak-pihak yang terlibat yang memberikan kerjasama yang tinggi dalam menjayakan Persidangan Dewan pada kali ini. [Ahli Dewan tepuk meja].

Selepas ini, kita semua akan pulang ke kawasan masing-masing untuk berkhidmat dengan rakyat. Seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi bahawa di hujung tahun di awal tahun adalah musim hujan dan kita akan menghadapi banjir dan kita berdoa kepada Allah SWT agar pada tahun ini air tidaklah naik setinggi seperti tahun-tahun yang kita mengalami sebelumnya. Insya-Allah.

Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian err agar terus bersedialah jika air Sungai Pahang naik dan sekiranya berlaku banjir. Tapi untuk kawasan Maran ini, dia dah ada pusat perpindahan yang tetap ya. Insya-Allah saya yakin bahawa usaha untuk kita

Kerajaan Negeri membina pusat perpindahan yang tetap ini sangat bermanfaat selain daripada ianya adalah merupakan multi-purpose yang boleh digunakan untuk perkara-perkara lain.

Tahniah ya kita ucapkan kepada Kerajaan Negeri kerana telah mengemukakan Belanjawan 2024 yang tinggi dalam sejarah. Teruskan usaha kita untuk membangunkan negeri ini dan membantu rakyat agar negeri Pahang akan terus makmur dan maju. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, marilah kita sama-sama suburkan ukhwah sesama kita. Walaupun kita berbeza wadah tetapi matlamatnya sama iaitu memperlihatkan kepada rakyat bahawa wadah kita adalah yang terbaik untuk membela dan memajukan negeri yang tercinta ini.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua saya yang telah menjalankan tugas beliau dengan baik ketika ketiadaan saya dan kami memohon salah dan silap. Mohon maaf jika terdapat salah dan silap maklumlah ini adalah merupakan kali pertama kita menguruskan Belanjawan Negeri dan insya-Allah di masa-masa yang akan datang kita akan perbaiki lagi dari masa ke semasa yang boleh kita perbaiki. Terima kasihlah kepada semua cadangan-cadangan tadi yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat untuk penambahbaikan bagi Dewan yang mulia ini.

Insya-Allah dalam masa setahun dua lagi, kita akan berada di Dewan yang baru dan kita harap supaya di antara masa tersebut tidak berlaku Pilihan Raya Umum lah. Kalau berlaku Pilihan Raya Umum, maknanya mungkin ada sebahagian daripada kita tak akan ada di sini. Jadi sekali lagi saya ucap terima kasih. Sekian, persidangan Dewan Negeri ditangguhkan.

Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Persidangan ditangguhkan pada jam 10.39 pagi]