Perlis · 22 August 2019
14th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 165 turns · 35,403 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Ahli Yang Berhormat dewan mula bersidang.
Doa
Doa.
(Bacaan doa oleh Penolong Setiausaha Dewan).
Pemasyhuran daripada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis
Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.
Bismillahirahmanirahim, assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dato’-Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menerangkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian tentang peraturan perjalanan mesyuarat dewan kita pada hari ini. Selepas ini soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat akan dijawab oleh pihak kerajaan mengikut turutan seperti di dalam kertas perintah mesyuarat dewan setelah itu dewan akan berehat sebentar dan apabila disambung semula usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Dang Yang Maha Mulia Tuanku Raja akan di buka semula bagi membolehkan pihak kerajaan memberi maklumbalas dan seterusnya menggulung perbahasan. Selepas itu persidangan dewan akan ditangguhkan hingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Untuk makluman saya ingin mengalu-alukan rombongan para pelajar tingkatan enam rendah ini kumpulan lain pula daripada yang kelmarin bersama guru pengiring dan daripada KUIPs dan daripada Sekolah Menengah Tuanku Suleiman 60 orang, kemudian penuntut-penuntut daripada Kolej Universiti Islam Perlis seramai 18 orang yang turut hadir sebagai pemerhati pada hari ini sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan pendedahan. Selamat datang. Sekian.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Soalan-soalan lisan.
Dipersilakan Yang Berhormat Sena.
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi, saya mengucapkan selamat datang kepada pelajar daripada KUIPS dan pelajar tingkatan enam daripada SMK Tuanku Suleiman, soalan saya Yang Berhormat Dato’ Speaker nombor satu (1).
(Soalan 1 : Berapakah jumlah pelancong yang berkunjung ke Negeri Perlis setiap tahun sejak tahun 2013 sehingga kini dan berapakah pulangan langsung dan tidak langsung daripada industri pelancongan kepada ekonomi negeri dari segi KDNK negeri? )
Bismillahirahmanirahim, assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sena. Untuk makluman Dewan Yang Mulia berdasarkan data yang diperolehi daripada Jabatan Imigresen Negeri Perlis, Jabatan Laut Malaysia dan Keretapi Tanah Melayu Berhad, jumlah kemasukan ke Negeri Perlis yang direkodkan sepanjang tempoh 2013 hingga 2018 adalah seperti berikut. 2013 kemasukan 5,992,003 orang. 2014 3,428,466 orang. 2015 3,580,634 orang. 2016 3,949,845 orang. 2017 4,090,564 orang. Dan 2018 sebanyak 4,214,334 orang.
Walau bagaimanapun, menurut definisi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu MOTAC, jumlah pelancong dikira daripada jumlah penginap hotel di sesebuah negeri. Oleh itu, jika berdasarkan definisi ini, jumlah pelancong iaitu yang menginap di hotel di Negeri Perlis sejak tahun 2013 hingga 2018 adalah jauh lebih rendah daripada angka kemasukkan ke dalam Negeri Perlis tadi, sebab kebanyakan yang datang tu hanya transit. Jumlah angka-angka tersebut adalah seperti berikut. 2013… yang menginap di hotel Negeri Perlis adalah sebanyak 168,342 orang. Tahun 2014 171,005 orang. 2015 176,926 orang. 2016 176,666 orang. 2017 183,632 orang. Dan 2018 183,285 orang. Jumlah ini juga tidak mengambil kira pelawat-pelawat atau pelancong-pelancong yang menginap di homestay yang tidak berdaftar atau rumah rehat yang tidak didaftarkan atau hotel yang tidak berdaftar dengan MOTAC… yang itu banyak di Negeri Perlis. Berhubung pulangan dari segi KDNK pula, agak sukar untuk mengukur secara tepat sumbangan industri pelancongan kerana berdasarkan pengiraan KDNK oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, pelancongan tidak dikira sebagai satu sektor atau sub-sektor yang khusus tetapi dikira berdasarkan beberapa pecahan sub-sektor di mana KDNK pelancongan terletak di bawah Sektor Perkhidmatan yang mengandungi pecahan sub-sektor pengangkutan, kewangan, perniagaan, perdagangan, makan dan minum, serta penginapan. Oleh itu, walaupun sumber Sektor Perkhidmatan kepada KDNK Negeri Perlis dapat ditentukan dengan jelas, namun pecahan sebenar sumbangan industri pelancongan kepada KDNK di bawah Sektor Perkhidmatan tidak direkodkan secara langsung.
Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, sumbangan Sektor Perkhidmatan kepada KDNK Negeri Perlis dari tahun 2013 hingga 2018 meningkat seperti peratusan seperti berikut. Bagi tahun 2013, peratusan sumbangan KDNK adalah sebanyak 62.6%. 2014 62.4%. 2015 63.7%. 2016 64.3%. 2017 65.3%. Dan… pecahan jumlah penginap hotel.. kalau kata kita lihat rakyat tempatan dengan antarabangsa ni, na… kalau kita lihat bagi tahun 2018, rakyat tempatan yang datang ke Negeri Perlis yang menginap di hotel adalah seramai 177,376 orang dan bagi rakyat antarabangsa, 5,910 orang. Sekian, terima kasih.
YB Speaker, soalan tambahan. Jadi kalau kita tengok berdasarkan jawapan daripada Yang Berhormat Exco datanya jauh sekali berjuta-juta orang transit di Perlis, jadi yang ni yang daripada tahun lepas kita dok bangkitkan apa yang pelan tindakan drastik daripada kerajaan disusun untuk supaya mereka tidak stay at least dua hari ka disini menginap satu malam supaya tidak gap transit ni jadi semakin kecil, terima kasih.
Kerajaan Negeri tengah merangka dan dalam perancangan pun… macam dalam contoh di Padang Besar sendiri kita telah merancang untuk bina sebuah hotel dan ini secara tidak langsung orang kata tahan bubu lah selalu YAB Bintong selalu sebut tahan bubu begitu juga di Kuala Perlis kita akan sepertimana yang pembangunan disebut di Kuala Perlis bersama dengan TH Properties dan Perbadanan dan disitu pun kita telah merangka untuk kita tahan bubu disitu. Insya-Allah, pelbagai perancangan kerajaan negeri untuk kita… orang kata apa… nak menahan pelancong-pelancong supaya bukan transit lagi untuk menginap semalam atau dua malam di Perlis dan kita juga telah bekerjasama dengan travel-travel agent untuk pakejkan tempat-tempat yang menarik di Negeri Perlis dan pada masa sama kita juga tengah… akan bersama dengan MATAFAIR sebagai promosilah tempat-tempat di Negeri Perlis pada bulan September nanti. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan Dato’ Speaker. Terima kasih YB Dato’ Speaker, saya tertarik dengan jawapan YB Chuping berkenaan pakej-pakej yang cuba dipakejkan bersama dengan travel-travel agency, adakah tindakan daripada kementerian MOTAC meninjau samada travel-travel agency ini menyediakan pakej tersebut? Seingat saya, saya menetap di Kuala Perlis kerap ke kawasan jeti Kuala Perlis tu saya tidak pernah tengok pakej-pakej tu, terima kasih.
Mungkin YB tak perasan kot. Memang ada sebahagian travel-travel yang buat macam di Kuala Perlis tu Unic Astana. Kalau YB ke tepi sebelah MOTAC tu ada satu travel agent namanya Unic Astana… dia ada buat pakej. YB kena pi ronda-ronda lah…
Saya rasa kalau ada sekali pun, tempat dia duduk tu, lokasi dia duduk tu, pelancong apa ni… transit orang yang nak ke Langkawi tu dia tak pi ke situ, kalau boleh cuba create something supaya depa boleh duduk kat kawasan concourse baru sebab pengunjung memang apa ni… penumpang feri memang tak pi ke kawasan tepi MOTAC tu kalau depa nak pi ke Langkawi pun samada concourse baru terus masuk ke jeti, itu ja minta susun balik benda tu.
OK terima kasih, cadangan yang baik. Insya-Allah kita akan ambil maklum, terima kasih.
Soalan tambahan, OK saya straight forward sikit lah, saya nak dapatkan terus senarai nama travel-travel agency dan juga pakej-pakej pelancongan yang ada dan yang ditawarkan, maka kami bolehlah sama-sama berusaha membangunkan industri pelancongan, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan saya untuk saya menambah lagi maklumat berkenaan dengan sektor pelancongan ini dan kaitannya dengan soalan tambahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Perlis dan yang terbaru Yang Berhormat Indera Kayangan. Sebenarnya produk di Negeri Perlis ni memang banyak dan produk-produknya adalah berdasarkan kepada keadaan semulajadi kita dan apa yang menjadi masalah disini yang disebutkan oleh YB Kuala Perlis tadi dan dijawab oleh YB daripada Chuping kita tak cukup infra asas seperti hotel dan itu yang sedang kita lakukan dengan kerjasama tapi ini tidak dilakukan oleh Kerajaan kita menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara ini kerana Kerajaan tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk membina hotel misalnya seperti yang kita cadangkan di Kuala Perlis dan juga di Padang Besar. Insyaallah benda tu telahpun dipersetujui yang di Padang Besar pun telah dipersetujui… saya rasa dia orang telah pun mengemukakan KM ataupun kebenaran merancang kepada pihak MPK dan berkenaan dengan travel agensi ini ini merupakan suatu inisiatif yang perlu diambil oleh pihak swasta ataupun individu-individu swasta untuk mewujudkan pakej-pakej ini, dan sebab itu pada tahun ini kita telah mengiatkan lagi usaha dan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan yang baru ni pun aktif sebenarnya di dalam mempromosikan produk-produk yang ada… produk-produk yang semula jadi ini. Jadi kita nakkan supaya sektor swasta ini yang mengambil peluang ini, Kerajaan tidak boleh melakukannya. Ini yang kita nak galakkan jadi apa-apa siapa-siapa sahaja samada travel agensi ini berada di Perlis mahupun di luar Perlis boleh diwujudkan satu gabungan secara kolaborasi dengan pihak-pihak swasta di luar daripada Perlis sekalipun, daripada Kuala Lumpur. Jadi ini yang kita galakkan dan kita ada produk di sini dan kalau boleh saya nak terangkan satu persatu itu boleh apadia produk yang kita ada di sini sepertimana dalam titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja dua hari lepas juga telah mengariskan beberapa produk semulajadi yang boleh dijadikan yang boleh kita promosikan dan menjadi daya penarik kepada pelancong-pelancong. Tapi saya nak tegaskan di sini bahawa peranan kerajaan dalam hal ini terhad. Peranan yang dimainkan oleh sektor swasta itu yang perlu kita gembelingkan dan kerana itu saya menyeru… juga menyeru kepada Yang Berhormat daripada… yang berada di hadapan ini untuk sama-sama membantu promosikanlah dan galakkan lah sesiapa sahaja untuk mempakejkan produk-produk yang ada ini, di Negeri Perlis ini, dan berilah tawaran-tawaran yang menarik kepada mereka, saya yakin sebab saya melihat sendiri pengalaman saya sendiri saya melihat benda-benda ini berlaku bukan sahaja di Malaysia tetapi di tempat lain tetapi juga di luar negara, apa yang dia orang pakejkan produk-produk ini adalah benda-benda yang biasa tetapi cara mereka mempakejkan itu dan dengan izin bagaimana mereka organize pakej-pakej ini. Itu yang penting. Tetapi malangnya di Perlis ini kita lihat travel agency kita kebanyakannya terlibat hanya untuk buat tiket reservation untuk pesawat kapal terbang ataupun hotel-hotel, itu sahaja. Jadi ini harus dikembangkan dan kita nakkan supaya maklumat ini diperolehi oleh pihak individu-individu swasta mahupun entiti-entiti swasta ini dan saya yakin kalau ini berlaku, insya-Allah saya rasa Perlis ini akan menerima kunjungan lebih ramai lagi pelancong, saya tak boleh bagi nama syarikat-syarikat sebab tak ada lagi yang menganjurkan pakej-pakej yang sebegini sepertimana yang ditanya oleh Indera Kayangan tadi. Sebab itu kita nak galakkan dan kita minta supaya Yang Berhormat semua bukan sahaja yang Front bench juga back bench untuk sama-sama membantu dalam hal ini. Ini yang ditekankan oleh Yang Berhormat Indera Kayangan juga Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain kita mesti bekerjasama, janganlah kita retorik lagi dalam hal ini. Ini dia yang kita kena lakukan, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Soalan tambahan, OK saya tujukan soalan saya tadi sebab saya dengar Yang Berhormat Chuping telah memberitahu sudah ada pakej-pakej dan juga agensi yang menyediakan pakej pelancongan sebab itulah saya tanya nak dapatkan senarai nama tu dan selain daripada itu, YAB Bintong pun beritahu kita boleh sama-sama untuk membangunkan industri pelancongan tapi masalahnya jika ada program-program yang melibatkan lawatan ke tempat pelancongan tu kami tidak dijemput macam mana kami nak bantu.
YB Dato’ Speaker, inilah masalahnya setiap kali kita nakkan kita dijemput seolah kita ni seperti somebody di dalam negeri ini, everytime every event we to be invited this does not requires invitation sesiapa sahaja saya kata yang di dalam masyarakat kita ini yang ada sumber-sumber boleh lakukan ini, ini bukannya program rasmi saya rasa YB Indera Kayangan salah faham. Ini program bukan program rasmi kerajaan saya kata ini mesti diinisiatifkan oleh swasta, saya pergi juga mengikuti program-program yang sebegini di termpat-tempat yang lain tak ada pun pegawai kerajaan ataupun Ahli-Ahli YB yang terlibat, tidak ada pun mereka dijemput yang ada hanyalah pelancong-pelancong dan juga tour operators dengan izin dan dengan pakej-pakej yang diberikan dan itu yang saya beli dan saya ambil bahagian bukan kita nak tunggu nak pergi majlis-majlis rasmi saya rasa ini harus diperbetulkan YB saya rasa rakan-rakan saya daripada sebelah sini front bench dah faham tapi mungkin YB Indera Kayangan tak faham dalam hal ini jadi saya nak terangkan bahawa kita tidak perlukan program rasmi yang ini memerlukan inisiatif yang dilakukan oleh pihak swasta dalam organize dan mempakejkan produk-produk pelancongan yang ada ini kalau kita nak tunggu kerajaan untuk melakukan perkara ini saya pasti kerajaan dengan limited resources yang ada dengan izin kita tidak akan dapat melakukan ataupun memajukan pelancongan di Negeri Perlis sebab contoh-contoh industri pelancongan yang ada di dalam negara ini mahupun di luar negara bukannya di organizekan oleh kerajaan, terima kasih YB Speaker.
Soalan….soalan Indera Kayangan. Jemput soalan, ingat cukup lah soalan pertama tu.
Saya rasa apa yang saya maksudkan tu…
YB… Soalan YB.
OK… saya ingin tahulah kalau dari masa kita… untuk… mempromosikan industri pelancongan…
Yang Berhormat, giliran soalan kepada Yang Berhormat.
OK… terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya nombor dua (2).
(Soalan 2 : Berapakah hasil pulangan atau keuntungan yang diperolehi dalam sektor perkhidmatan pengangkutan awam di Negeri Perlis dan apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam menaikkan taraf perkhidmatan dan mempromosikan penggunaan pengangkutan awam di Negeri Perlis? )
Bismillahirahmanirahim, assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera YB Dato’ Speaker YB Indera Kayangan tuan-tuan dan puan-puan untuk makluman Dewan yang mulia ini, perkhidmatan pengangkutan awam yang terdapat di negeri Perlis adalah terdiri daripada perkhidmatan bas, teksi, kenderaan Grab, keretapi, perkhidmatan feri dan perkhidmatan feri Roro yang mana pelesenan dan juga kawalan terletak di bawah Kerajaan Persekutuan. Hasil-hasil yang dikutip daripada pelesenan dan penguatkuasaan yang dijana oleh perkhidmatan ini sama ada melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Jabatan Laut Malaysia, ataupun Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan sebagainya adalah merupakan hasil pendapatan kepada Kerajaan Persekutuan dan bukannya kepada Kerajaan Negeri.
Walau bagaimanapun walaupun Kerajaan Negeri tidak mendapat hasil pulangan dalam bentuk kewangan atau pun keuntungan daripada perkhidmatan awam ini, tetapi Kerajaan Negeri tetap juga berbelanja dan juga mengeluarkan peruntukan untuk menyokong perkhidmatan pengangkutan awam ini. Antara yang telah dan sedang kita laksanakan, Iaitu kita telah pun siap menaiktaraf Terminal Bukit Lagi yang telah disiapkan pada Jun 2016 dengan peruntukan Kerajaan Negeri hampir RM1 juta. Kemudian Pembinaan Hab Arau telah disiapkan pada 2018 dengan peruntukan Kerajaan Negeri berjumlah RM500 ribu. Pembinaan Hab Padang Besar termasuk laluan berbumbung yang menghubungkan Arked Niaga Padang Besar bagi memberikan keselesaan kepada penumpang / pengunjung sedang dilaksanakan oleh pihak JKR kini dan projek dijangka akan siap pada November tahun ini dengan peruntukan Kerajaan Negeri berjumlah RM450 ribu.
Selain daripada itu juga bagi memastikan keselamatan pengguna myBAS lebih terjamin, Kerajaan Negeri juga telah membuat penambahbaikan dengan mengubah laluan myBAS di Stesen Kayangan Square di Kangar supaya penumpang lebih selamat dan ini pun menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri berjumlah RM468 ribu dan yang ini telah siap dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis.
Selain daripada itu juga kerja-kerja menaiktaraf perhentian ataupun pondok-pondok bas di lokasi terpilih di seluruh Perlis sedang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kangar (MPK) melalui peruntukan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berjumlah RM350 ribu.
Selain daripada itu juga Kerajaan Negeri juga telah berjaya mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan sedang membangunkan projek Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Negeri Perlis di Seriab dengan peruntukan berjumlah
RM30 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11). Kerja-kerja rekabentuk konsep terminal sedang dilakukan oleh pihak Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya yang mana melibatkan skop dan komponen projek seperti terminal pelepasan dan ketibaan, ruang menunggu, kiosk jualan, kaunter tiket, teksi, surau tandas dan dijangka siap pada tahun 2022. Terminal ini sangat diperlukan untuk memastikan sistem pengangkutan awam di Perlis lebih sistematik, mesra pengguna dan lebih efisien. Usaha-usaha peningkatan kualiti pengangkutan awam yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri ini adalah bagi merancakkan lagi sektor perkhidmatan pengangkutan sejajar dengan visi negeri Perlis ke arah Negeri Bandaraya 2030, sekian.
Silakan YB Kuala Perlis.
Assalamu`alaikum dan selamat pagi. Terima kasih YB Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor tiga (3).
(Soalan 3 : Apakah perancangan Kerajaan Negeri dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah dan ketum yang semakin berleluasa hingga mengakibatkan gejala sosial dan isu rumahtangga meningkat di Negeri Perlis? )
Bismillahirahmanirahim, Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih YB Dato’ Speaker, terima kasih YB Kuala Perlis dan sebelum itu saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan tetamu kita pada hari ini pelajar-pelajar daripada KUIPs dan juga pelajar-pelajar daripada SM Tuanku Suleiman yang pada hari ini hari kedua mereka berada di sini terutamanya sekali pada pelajar SM Tuanku Suleiman. YB Dato’ Speaker saya ingin memohon izin sebab soalan ini memerlukan jawapan yang agak panjang sedikit sebab tindakan-tindakan dari segi perancangan dan juga kaedah-kaedah menangani masalah penyalahgunaan dadah ini dan ketum ini yang dikatakan berleluasa sehingga menimbulkan gejala sosial dan juga isu-isu rumah tangga di Negeri Perlis ini.
Berhubung dengan masalah penyalahgunaan dadah ini, di antara agensi yang memainkan peranan yang penting dalam hal ini ialah Agensi Anti Dadah Kebangsaan ataupun (AADK) dan memang agensi-agensi yang lain juga turut membantu seperti pihak PDRM, badan-badan NGO, agensi-agensi lain seperti Jabatan Pendidikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kerajaan Negeri sendiri iaitu di pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Di dalam memainkan peranan tu ada 3 kaedah atau program yang telah dan sedang dilaksanakan dalam usaha untuk kita menangani masalah penyalah gunaan dadah dan ketum ini pertama program pencegahan, dan keduanya program rawatan dan pemulihan, dan yang ketiga ialah program penguatkuasaan. Jadi dari segi pencegahan AADK ini berperanan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Perlis di samping meningkatkan maklumat dan informasi atau maklumat semasa berkaitan dengan dadah. Jadi di dalam hal ini, ada 4 program pendidikan pencegahan yang telah dan sedang dilaksanakan. Pertamanya ialah Keluarga Bebas Dadah, Institusi Pendidikan Bebas Dadah, Tempat Kerja Bebas Dadah, Komuniti Bebas Dadah.
Jadi selain daripada itu, ada ujian air kencing atau ujian urine yang telah dilakukan kepada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah tertentu yang dipilih… yang dilakukan oleh sama ada guru disiplin ataupun guru kaunselor di sekolah-sekolah yang berkenaan. Mungkin agaknya di kawasan YB di Kuala Perlis, memang kawasan itu dikategorikan sebagai kawasan hitam, jadi langkah-langkah ini memang sebenarnya telahpun dilakukan di sana. Selain daripada itu, AADK juga menjalankan kempen kesedaran iaitu kepada masyarakat awam daripada masa ke semasa dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahayanya masalah penyalahgunaan dadah ini dan ini kita lakukan samada melalui pameran-pameran yang biasa dilakukan dan memang ceramah-ceramah juga diberikan dan kalau YB sedar dan ingat kita ada melakukan program di Kuala Perlis bukan sekali bukan dua kita libatkan orang awam dan di sana ada di tunjukkan atau dipamerkan mengenai dadah-dadah dan juga alatan-alatan yang digunakan untuk menyedarkan orang ramai mengenai masalah atau pun bahaya penyalahgunaan dadah itu sendiri.
Dan bagi usaha-usaha rawatan dan pemulihan penagih dadah pula, program rawatan dan pemulihan yang sedia ada sebenarnya sentiasa diperkemaskan lagi. Dan usaha-usaha pemulihan yang lebih berkesan dilaksanakan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek penting yang perlu bagi keseimbangan hidup yang saling berinteraksi ataupun dikenali sebagai bio psycho social spiritual. Keseimbangan dalam kehidupan adalah sebenarnya adalah merupakan suatu benda yang asas ataupun kunci utama untuk membolehkan seseorang itu hidup dengan cara yang sihat. Oleh itu, program rawatan ini dia melibatkan aktiviti kecergasan tubuh melalui aktiviti riadah misalnya, melalui penjanaan fikiran ataupun intelectual discourse dia adakan kumpulan-kumpulan di sana dia adakan pertukaran pandangan dan sebagainya dan juga untuk program melahirkan emosi yang positif ini melalui sesi kaunseling lah sepertiman yang dilakukan pada pelajar-pelajar di sekolah itu, pembentukan perilaku dan kemahiran sosial melalui program integrasi masyarakat serta pengukuhan rohani atau spiritual melalui sesi-sesi keagamaan.
Dan bagi mewujudkan suatu persekitaran yang menyokong pula khususnya untuk memulihkan penagih dadah ini, jadi program intervensi keluarga juga dilakukan dan program intervensi keluarga ini melibatkan keluarga penagih juga sedang dirancang. Program intervensi keluarga ini akan melibatkan kerjasama daripada pelbagai agensi dan ini saya sendiri terlibat dalam beberapa kes di dalam Negeri Perlis ini dimana kita melibatkan agensi jabatan-jabatan seperti Jabatan Pendidikan, Jabatan Kemajuan Masyarakat, JKM dan juga pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri sendiri sebab masalah penagihan dadah ini tak boleh diselesaikan daripada single discipline dia mesti sesuatu dengan izin yang bersifat multidisciplinary sebab di dalam keluarga itu masalah dia bukan hanya penagihan dadah semata-mata, tetapi ada masalah-masalah yang lain seperti ponteng sekolah misalnya, seperti keadaan kehidupan yang tidak selesa seperti kemiskinan misalnya, suasana rumah itu sendiri pun kadang-kadang sebenarnya memang tidak sihat, seperti rumah yang terlalu kecil di diami oleh sampai bukan hanya setakat enam tujuh orang tetapi sampai berbelas orang ini saya sendiri melihat perkara ini di dalam masyarakat kita. Jadi sebab itulah pendekatan yang bersifat multi disciplinary ini atau multidimentional ini dengan izin perlu diambil dan ini sedang dilakukan dan ini yang akan dilakukan dan saya ucapkan terima kasih kepada pihak AADK yang telah mengambil peranan yang begitu aktif di dalam usaha untuk menangani masalah ini.
Dan selain daripada itu, kita juga mengambil inisiatif melibatkan komuniti setempat dan badan-badan bukan kerajaan untuk usaha kita menangani masalah ini. Kita mengadakan Bengkel Pemerkasaan Komuniti misalnya dan selain daripada itu kita juga ada program-program sokongan masyarakat yang diperlukan untuk memulihkan penagih-penagih dadah ini, misalnya penerimaan penagih di dalam masyarakat sendiri sebab umumnya msyarakat kita ini kalau sekiranya seseorang individu itu telah diketahui adalah merupakan penagih atau bekas penagih setelah dia dipulihkan, penerimaan masyarakat itu masih lagi negatif. Dan ini sebenarnya sedikit sebanyak mungkin akan menjadi dorongan kepadanya untuk menyepikan diri dan kembali semula ke alam yang tidak sihat itu yang dipanggil sebagai lencongan sosial ataupun pelencongan sosial iaitu aktiviti-aktiviti atau dalam bahasa inggerisnya ill activities dengan izin YB Dato’ Speaker.
Tindakan penguatkuasaan ini memang dilakukan oleh AADK dengan kerjasama pihak PDRM, dan juga pihak AKSEM, Kastam dan juga pihak Imigresen jadi ini mengikut peruntukan undang-undang yang telah diberikan kepada agensi-agensi yang berkenaan.
Berhubung dengan ketum pula YB Dato’ Speaker, sekiranya negeri Perlis saya rasa seluruh negeri Perlis sudah tahu pandangan saya mengenai perkara ini, saya melihat isu ini merupakan suatu yang serius yang sehingga kini bukan hanya sekadar pelajar-pelajar sekolah menengah, malah sekolah rendah yang dalam peringkat kanak-kanak juga telah terlibat di dalam penyalahgunaan ketum ini. Walaupun ada pandangan yang berbeza, saya juga bersetuju sebenarnya ketum bukanlah sesuatu yang merosakkan tetapi penyalahgunaan itu yang boleh merosakkan. Kita tahu ketum memang ada medicinal value dengan cara tradisi tetapi penyalahgunaan itu yang menyebabkan kesan-kesan negatif kepada masyarakat kita dan ini amat merugikan dan ini juga sebenarnya adalah langkah-langkah penguatkuasaan operasi-operasi bersepadu dijalankan oleh pihak-pihak yang berkenaan AADK, PDRM AKSEM, Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen yang melibatkan bukan hanya penyalahgunaan di dalam negeri tetapi juga penyeludupan keluar bahan terlarang ini ke negara lain terutama sekali ke negara jiran Thailand dan ini sebenarnya langkah-langkah ini dijalankan setiap masa malah tangkapan-tangkapan yang dilakukan itu menunjukkan bahawa tindakan penguatkuasaan itu sentiasa dilakukan. Tetapi di dalam hal ini saya juga ingin menyentuh bahawa disebabkan usaha menangani masalah dadah ini sama ada dadah yang seperti morfin dan vitaminthe dan sebagainya ataupun ketum itu sendiri, ia memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan saya menekankan bahaya penyalahgunaan itu. Jadi YB pun kena ambil peranan untuk sebenarnya mengingatkan masyarakat dan menimbulkan kesedaran di dalam masyarakat bahawa ini merupakan sesuatu yang merugikan dan apa tah lagi daripada angka yang kita ada di negeri Perlis ini, daripada 974 jumlah keseluruhan sehingga bulan Jun 2019, orang Melayu 936 orang, the great majority dengan izin of those who involved in misusing this drugs and ketum, they are mostly Malays. Each categories sampailah ke peringkat sekolah rendah, ini dah ada kes-kes yang telahpun dilaporkan sebenarnya, jadi saya rasa dalam hal ini usaha menangani ini kita mesti bekerjasama di antara satu sama lain dengan lain dan jika tidak ada kerjasama, malah dalam berkerjasama itupun kita masih belum dapat mengatasi masalah ini dengan begitu berkesan kerana pihak yang mengambil kesempatan itu mereka dilihat kadang-kadang lebih pintar daripada pihak penguatkuasa. Jadi kerjasama ini akan membantu kita untuk menangani masalah ini, sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan sedikit kes-kes penglibatan kes-kes baru ini di dalam aktiviti-aktiviti yang merosakkan ini, terima kasih YB Dato’ Speaker.
Terima kasih YB Dato’ Speaker, terima kasih YAB Bintong atas penjelasan panjang lebar tersebut. Ketum ada banyak orang cakap jawapan kepada isu tersebut ada yang kata boleh ada yang kata tak boleh saya bersetujulah dengan YAB Bintong Cuma yang kita tak setuju dengan berkenaan ketum ini ialah penyalahgunaan begitu juga dengan dadah lah semua orang maklum berkenaan tu soalan saya mudah saja adakah YAB Bintong bersetuju jika kita mengadakan kempen penyalahgunaan dadah sepertimana Kerajaan Negeri Kedah buat kalau sapa-sapa perasan kita ke Kedah banyak dinaikkan banner-banner sekurang-kurangnya kempen penyalahgunaan dadah dengan meletakkan apa ni billboard besar ini membantu adik-adik sebab ketum ini sampai daripada sekolah rendah jadi sekurang-kurangnya depa faham sebab budak-budak ni depa tak faham lagi bahawa ketum ni betul-betul salah ataupun tidak orang tua-tua tu depa boleh fikir lagi lah ada yang betul dan ada yang tidak pasal ketum ni so untuk adik-adik yang sekolah rendah ni adakah YAB setuju jika kita mengadakan kempen yang melalui papan billboard yang besar seperti Kerajaan Negeri Kedah lakukannya sekarang, terima kasih.
Terima kasih YB Kuala Perlis, saya amat bersetuju dengan pelbagai kempen yang sedang dan telah dilakukan oleh pihak kerajaan sebenarnya mengadakan billboard yang besar ataupun banner ni bukan sesuatu yang baru, kita telah mengiktiraf dadah ni sebagai musuh nombor satu negara dan ini berlaku dalam tahun 70 an lagi saya masih ingat di mana kita dadah ni dikatakan musuh nombor satu di sepanjang highway dan kalau itu dilakukan semula di Negeri Kedah saya menyambut baik dan sebenarnya ada pun yang dilakukan di Perlis tetapi dia punya skill nya tidaklah sebesar seperti itu tapi saya rasa sebab saya sendiri mempengerusikan satu jawatankuasa berkaitan dengan isu penyalahgunaan dadah ini dan macam mana dari segi cara nak menanganinya memang itu pun kita ada bincangkan bahawa salah satu daripada kempen kesedaran adalah dengan mengadakan banner ataupun billboard, saya amat setuju dengan cadangan daripada Indera Kayangan tadi, terima kasih banyak.
Dipersilakan YB Sanglang.
Terima kasih YB Dato’ Speaker, saya tertarik dengan penjelasan yang begitu baik yang telah dibuat oleh YAB atas langkah-langkah yang kita buat setakat ini bagi mengatasi masalah ini, persoalannya di sini YAB Bintong ialah soal demand yang Supply materialnya dah macam ketum lebih bahaya sebabnya materialnya ada di situ masih boleh ditanam tidak ada akta yang boleh melarang penanaman berlaku bermakna kata Supply berlaku sepanjang masa sedangkan dadah tu Supplynya bukan di sini pusatnya bukan di negara kita mungkin di negara jiran ataupun di negara Amerika Latin dan sebagainya masih lagi belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun saya tertarik dengan kenyataan IGP yang bila dia mula-mula memegang IGP dia mengatakan bahawa dia akan perangi judi, dadah dan sebagainya tapi saya rasa kalau mengikut statistik sebenar apa yang berlaku penyalahgunaan yang nampak yang dinyatakan oleh YB ialah peratusan yang ditangkap di bawah kawalan selia dan sebagainya, tapi yang masih tidak tertangkap yang masih menggunakan termasuk semua peringkat masyarakat tak kira level atasan anak-anak orang kaya, anak-anak Ahli Politik pun ada terlibat yang pernah ditangkap dan itu merupakan kes-kes terpencil yang dapat kita kesan tapi sedangkan di luar sana yang masih banyak lagi perkara-perkara ini berleluasa dan berjalan berlaku dan dalam suasana yang seolah-olah tidak ada apa-apa yang dibuat oleh pihak pemerintah setakat ini, terima kasih.
Terima kasih YB Dato’ Speaker, terima kasih YB Tambun Tulang kalau saya boleh faham soalannya ialah berkaitan dengan ketidaktentuan berhubung dengan Supply di dalam masyarakat Supply bahan-bahan inilah samada ketum atau kratomnya ataupun bahan-bahan terlarang yang lain. Saya bersetuju dengan pandangan daripada YB Tambun Tulang dengan izin to address the issue of drugs addiction there are two side of it, the demand side and the supply side mention by Tambun Tulang tadi. Saya bersetuju kita sekarang ini cuba untuk menangani yang on the demand side itu memang banyak yang saya sebutkan tadi agensi-agensi yang berkenaan mengambil tindakan dan sebagainya malah untuk address masalah Supply side juga ada tetapi dalam isu kratom atau ketum ini yang menjadi masalahnya sebab penanamannya tidak boleh diharamkan, sebab tidak ada undang-undang yang mengharamkan penanaman pokok ketum ini yang hanya ada bukan melarang penanaman tetapi melarang penggunaan iaitu di bawah poisons act kalau tak silap saya itu sahaja ya jadi saya sudah beberapa kali kalau tak silap saya bermula pada tahun 2016 saya telah berkempen dengan kementerian KDN ketika itu masih lagi semasa di bawah kerajaan Barisan Nasional dahulu supaya diwujudkan dimasukkan ketum ini di bawah akta dadah merbahaya tetapi malangnya benda itu tidak dapat diteruskan kerana tidak ada persetujuan di dalam Dewan Rakyat ketika itu. Dan saya tak pasti apakah perkembangan yang terbaru berhubung dengan perkara ini malah saya dalam salah satu mesyuarat dengan YAB Perdana Menteri sendiri sebab ada dibangkitkan mengenai penanaman pokok ganja ataupun satu spesies yang dalam keluarga ganja dipanggil hemp yang mana ianya digunakan bukan saja untuk tujuan perubatan tetapi juga untuk tujuan-tujuan komersial yang lain yang didapati boleh memberikan hasil yang lebih besar dan sebagainya dan ini dah dilakukan di Thailand, di Negara China dan sebagainya. Kalau negara barat tu lebih kepada untuk tujuan perubatan. Saya telah meminta kepada YAB Perdana Menteri kerana dia kata di Malaysia ni patut melakukan kajian berhubung dengan kemungkinan menanam pokok ganja ini yang sekarang ini sedang dilakukan di Negeri Kedah, di Bukit Tangga kalau tak silap saya diwujudkan satu kawasan yang begitu luas untuk tujuan R&D penanaman hemp ini atau ganja ini. Dan saya kata YAB mungkin boleh melihat juga untuk membuat kajian memasukkan sekali ketum di dalam kajian tersebut, saya mencadangkan supaya kita boleh lepas ini kalau sekiranya didapati bahawa nilai komersial untuk ketum ini begitu baik jadi kita boleh membenarkan rakyat untuk menanam pokok ketum tetapi secara terkawal dan hasilnya dijual kepada orang yang akan menggunakan itu kilang-kilang yang akan memproses dan akhirnya menjual secara komersial, saya cadangkan tetapi jawapan yang saya terima pada masa ini YAB mengatakan bahawa kita akan tumpukan kepada ganja dulu sebab kita dapati ganja nilai komersialnya jauh lebih besar sebab dia bukan saja daunnya boleh digunakan, bunganya boleh digunakan tetapi batangnya juga boleh digunakan iaitu fiber itu sebab kegunaannya banyak. Jadi sampai begitu sekali dengan mengambil inisiatif untuk mempastikan supaya kita dapat menangani masalah-masalah yang dihadapi berkaitan dengan ketum ni jadi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Tambun Tulang memang betul bahawa untuk address masalah ini there will be two sides of it just like looking at the coins which is one side is the demand side and the other side which is the supply side but at the moment dengan izin YB Dato’ Speaker saya rasa usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan walaupun dapat mengatasi sebahagiannya tetapi sebahagian lagi masih belum dapat diatasi, dan kita dikejutkan dengan baru-baru ini dua hari lepas berita tujuh ratus ribu (700,000)… tujuh ratus juta (700,000,000) nilai dadah dirampas di dalam Malaysia di mana penangkapan dilakukan kepada dua (2) orang, empat (4) orang warga tempatan dan yang selebihnya lagi lima (5) orang atau tujuh (7) orang lagi warga luar negara jadi itulah dia… that is what is call the supply side tetapi itu penguatkuasaan telah dilakukan tetapi kita ucapkan tahniah kepada pihak PDRM dan juga agensi-agensi yang terlibat kerana berjaya untuk merampas sejumlah dadah yang sebegitu besar, terima kasih YB Dato’ Speaker.
Dipersilakan YB Sanglang.
Assalamu`alaikum YB Dato’ Speaker, minum ketum mula-mula kuat, lepas tu merempat, soalan saya nombor empat (4).
(Soalan 4 : Apakah status terkini Kawasan Perindustrian Lembah Chuping, dan berapakah bilangan pelabur yang telah mengesahkan penglibatan mereka serta jumlah pelaburan yang terlibat?)
Terima kasih YB Dato’ Speaker, terima kasih YB Sanglang, ini berkenaan dengan CVIA bilangan pelabur yang mengesahkan pelaburan mereka. YB Dato’ Speaker untuk makluman Dewan yang mulia ini, dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK Ke-11), peruntukan yang diluluskan bagi pembangunan infrastruktur dan prasarana asas di CVIA ini ataupun Chuping Valley Industrial Area ini atau CVIA ringkasnya yang seluas 2,468 ekar adalah sebanyak RM723.7 juta. Ini adalah merupakan public investments… dan pembangunan ini sebenarnya ada beberapa fasa, pembangunan CVIA Fasa 1 melibatkan pembinaan Pusat Perniagaan Bersepadu ataupun Integrated Business Centre, IBC ringkasnya yang mempunyai dua pakej iaitu pertama pakej… dan juga dua pakej pembangunan infrastruktur yang lain. Yang IBC ni dah 99 % dah siap dan insya-Allah ada sedikit sahaja lagi yang belum disiapkan. Selain daripada itu pakej ini saya nak kena cerita dulu lepas tu baru boleh cerita pelaburan dia. Pakej 1 ialah pakej menyediakan dalam bahasa inggerisnya elevated reservoir, suction tank, booster pump house dan kerja-kerja tanah bagi dua lot komersial, untuk kilang berkembar 100’ X 200 kaki dan green manufacturing. Pakej 2 melibatkan pembinaan Sewage Treatment Plant ataupun STP, dan sehingga kini untuk kerja-kerja IBC tu saya sebutkan tadi 99% to be exact dan 99.2% telahpun siap. Dan bagi fasa yang berikutnya yang telah saya terangkan tadi dan dianya akan bermula pada bulan Oktober insya-Allah pada tahun ini dan akan dijangka siap pada tahun 2021. Bagi Fasa ke-2 pula, ia dalam peringkat perancangan sebab perlaksanaannya bukan dilakukan oleh Kerajaan Negeri, perlaksanaannya dilakukan oleh pihak NCER yang dulunya NCIA, Northern Corridor Implimitation Authority ataupun sekarang ni Northern Corridor… sorry apa ni… Northern Corridor Economic Region (NCER) dan dari segi pelaburan pula, yang kita dah terima ini yang menyatakan minat untuk melabur ni ada enam sebenarnya, dan ini melibatkan bidang-bidang seperti tenaga boleh baharu ataupun renewable energy, pembuatan hijau, industri halal dan logistik. Pihak NCIA telah mensasarkan pelaburan pertama di CVIA ini dapat direalisasikan menjelang suku ketiga tahun 2020. Jadi apakah bentuk pelaburan ataupun jumlah pelaburan yang diterima ini? Dia ada banyak sebenarnya selain daripada kerajaan tadi yang saya sebutkan jumlah RM723.5 juta tapi yang diperingkat di pihak swastanya kita ada tiga (3) sorry ada enam (6) sebenarnya Tesoft Semiconductor satu dia akan menubuhkan Semiconductor Test Centre, yang keduanya Harim Group ini adalah syarikat Korea, dia akan mengeluarkan Chicken Product dengan izin, kemudian kita ada juga solar, kemudian ada Preference Megacycle Sdn. Bhd. yang ini untuk recycling plant pihak Jabil iaitu sebuah syarikat yang mengeluarkan semiconductor dan yang terakhir sekali ialah UniKL, UniKL ini dia universiti swasta jadi kita anggap ini juga sebagai satu pelaburan lah.
Jadi kalau kita melihat kepada semua ini jumlah pelaburannya yang dapat kita anggarkan adalah sebanyak RM700 juta dan ini bakal membuka peluang kepada penduduk-penduduk khususnya dalam semasa pembinaan itu berlaku lebih kurang 430 peluang pekerjaan akan dapat diwujudkan. Jadi itulah sebahagian daripada dan Untuk public investment itu ataupun pelaburan Kerajaan ini pula, yang saya sebutkan tadi tu yang nak bina Elevated Reservoir, Suction Tank, Booster Pump House dan kerja-kerja tanah bagi dua Lot Komersial, untuk Kilang Berkembar 100’ X 200’ kaki & Green Manufacturing itu dan pakej kedua Sewage Treatment Plant (STP) yang ini akan melibatkan pelaburan kerajaan sebanyak RM222.83 juta, terima kasih YB Dato’ Speaker.
Dipersilakan YB Guar Sanji.
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi terima kasih YB Dato’ Speaker, soalan saya nombor lima (5).
(Soalan 5 : Matlamat klinik kesihatan antaranya ialah untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan ke arah yang lebih baik. Hal ini perlu dititik beratkan dan oleh itu, prasarana yang baik perlu disediakan untuk mencapai matlamat penubuhannya. Bilakah kali terakhir prasarana Klinik Kesihatan Kangar dinaik taraf? )
Terima kasih kepada YB Guar sanji, salam sejahtera dan selamat pagi, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerja naik taraf prasarana terkini bagi Klinik Kesihatan Kangar ialah pada bulan Jun baru-baru ini adalah membeli peralatan Terapi Pemilhan Carakerja (Heating Pan for Splint) dan pembelian aset Peralatan Elektrik / Elektronik (Heat Gun) yang melibatkan kos RM12,200.00.
Selain itu, kerja naiktaraf sistem penghawa dingin telah dilaksanakan baru-baru ini dengan kos RM209,000.00 manakala kerja naiktaraf sistem pencegahan kebakaran juga sedang dilaksanakan dengan kos RM57,700.00. Kedua–dua kerja naiktaraf ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis, terima kasih.
Soalan tambahan, terima kasih kepada YB Titi Tinggi di atas penjelasan cuma sampai bila ada jangka masa siap pasai isu ni prasarana yang terganggu ni dah lebih lima tahun kakitangan, staff dan juga pesakit yang menerima rawatan di situ memang tidak selesa. Jadi dengan budget peruntukan yang dibuat dan sedang dibuat ini sampai bila ada satu tahap dak ataupun tarikh siap semua penyelenggaraan.
Buat masa ini kita tak dak jangka masa yang ditetapkan untuk menyiapkan prasarana di pusat klinik kesihatan di Kangar, sebab prasarana ini kita mungkin bincang panjang lebar dengan kementerian untuk peruntukan di kementerian jadi hari ini kita tak dapat maklumat yang selanjutnya untuk YB, terima kasih.
Dipersilakan YB Sanglang, maaf Tambun Tulang.
Terima kasih YB Dato’ Speaker, soalan saya nombor enam (6).
(Soalan 6 : Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi meningkatkan pengetahuan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Persatuan Nelayan Kawasan dalam bidang perniagaan? )
Terima kasih, assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi, terima kasih YB Dato’ Speaker, terima kasih YB Tambun Tulang.
Lembaga Pertubuhan Peladang melalui Arahan Pendaftar Pertubuhan Peladang Bilangan 3 Tahun 2016 telah mewajibkan semua Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang di tiga-tiga peringkat iaitu Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk mengikuti Kursus Mandatori Ahli-Ahli Lembaga Pengarah. Kursus tersebut bertujuan supaya Ahli Jemaah Pengarah dapat memahami perundangan dan pentadbiran Pertubuhan Peladang termasuk perniagaan Pertubuhan Peladang dengan lebih jelas dan dapat memimpin Pertubuhan Peladang dengan lebih berkesan. Di antara penekanan yang diberi ialah kefahaman dalam memahami laporan Pertubuhan Peladang serta tugas Ahli-Ahli Jemaah Lembaga Pengarah supaya dapat membantu Ahli Jemaah Lembaga Pengarah membuat perancangan yang lebih jelas mengenai hala tuju Pertubuhan Peladang dalam perniagaan, pertanian dan aktiviti-aktiviti sosial ahli.
Selain daripada itu, Pertubuhan Peladang Negeri dan Kawasan juga turut menganjurkan kursus seperti Kursus Teknologi Tanaman Harumanis, Kursus Agronomik Pertanian, Dialog- dialog Ahli-ahli Peladang bersama Jabatan dan Agensi berkaitan pertanian dan lain-lain kursus yang turut dapat memberikan pengetahuan kepada Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan ahli-ahli peladang.
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga sentiasa melaksanakan program untuk memperkasakan Persatuan peladang termasuk pengurusan tadbir urusnya dari semasa ke semasa. Di antara kursus dan latihan yang dilaksanakan ialah Kursus Pengurusan
Hal Ehwal Perundangan Persatuan Nelayan, Kursus Kepimpinan dan Kerohanian, serta Kursus Asas Kewangan dan Perniagaan.
Kesemua kursus- kursus dan latihan tersebut bertujuan melahirkan barisan Ahli Lembaga Pengarah yang kompeten dan berpengetahuan ke arah menjadikan industri nelayan lebih berdaya maju seiring dengan arus kemajuan negara bagi faedah ahli-ahli iaitu masyarakat nelayan, sekian.
Soalan tambahan, terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih YB Simpang Empat, kursus mandatori YB jelaskan tadi adalah kursus yang berkaitan dengan memorandum dan artikel itu tentang pemahaman pengurusan syarikat, yang saya maksudkan disini ialah kursus tambahan extra cost saya rasa ianya boleh dilaksanakan tak payah kita hantar ke luar negara boleh dipanggil penceramah tu datang ke negara kita ataupun penceramah kita yang sedia ada pun mencukupi kursus dia yang melibatkan industri-industri yang memang telah menempah nama dalam corporate dan pengurusan seperti Universiti Utara Malaysia jadi benda-benda ini saya ingat masih belum dilaksanakan, jadi demi kita lihat perkembangan pesat berlaku dalam dunia perniagaan hasil daripada perkembangan media maya yang begitu luas, cepat dan pantas maka Lembaga Pengarah walaupun ada setengah larat dan ada setengah tak larat ni dia kena menghadapi situasi ini dan tidak jangan tawar diri untuk bertanding lah dia dok di rumah jaga cucu lagi baik kalau dia kena sedia menghadapi be a knowledgable person dengan izin untuk menolong mempertingkatkan balik sebab apa kita tahu dengan negara maju adalah negara-negara yang koperasinya, pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan membela nasib petani ni mendapat pembelaan dan maju berkembang menjadi syarikat conglomerate yang terkenal dan merupakan diantara penyumbang terpenting dalam KDNK negara, terima kasih Dato’ Speaker.
Saya terima kasih atas cadangan daripada YB Tambun Tulang, selepas ni saya akan bagi maklum balas lah kepada semua Ahli Lembaga Pengarah daripada PPK, LPP dan juga LKIM supaya mereka lebih agresif lagi dalam urusan pentadbiran dan juga perniagaan berkenaan dengan apa yang depa orang kata sebelum ni depa lawan habis-habisan untuk makluman lah saya difahamkan kalau dulu bertanding dalam dua tiga belas (12-13) orang, nak pakai tujuh (7) orang enam (6) orang sekarang melebihi empat puluh (40) orang lawan keluar orang kampung kata orang kampung saya kata lawan sampai hangit, sekian terima kasih.
Dipersilakan YB Sena.
YB Dato’ Speaker, Soalan tambahan YB Speaker. Tadi bukan dari segi Ahli Lembaga lah Cuma saya nak tau mungkin YB boleh bagi jawapan bertulis selepas ni dari segi produk asas tani yang dihasilkan oleh LPP, PPK dan PNK Negeri Perlis kalau boleh bagi senarai produk asas tani yang dah di hasilkan di Negeri Perlis, terima kasih.
Saya akan cuba dapat semua produk-produk tu bersama dengan wakil daripada PH iaitu kalau saya tengok dok jalan rata tu
Dipersilakan YB Sena, soalan.
YB Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor tujuh (7).
(Soalan 7 : Adakah terdapat perancangan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah perparitan di kebanyakan kampung di negeri ini yang mana sistem longkangnya tidak sistematik hingga mengakibatkan banjir kilat ketika hujan lebat dan adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menaik taraf sistem longkang di kampung-kampung mengikut standard longkang seperti di taman perumahan?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sena. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Bahagian Pentadbiran Daerah (BPD) telah melaksanakan projek-projek pembangunan secara berkala dan berdasarkan kepada keperluan pada setiap tahun termasuklah bagi membina baru dan menaiktaraf longkang serta parit di kampung tapi dia berbezalah dengan taman perumahan kerana taman perumahan telah terancang dari segi pembinaan longkang-longkang dan mengambil kira keperluan yang tertentu sejak daripada fasa pembangunannya. Tapi bagi kampung-kampung dia ada empat (4) faktor yang mempengaruhi untuk menguruskan sistem perparitan. Antaranya adalah satu, geografi dan topografi mukabumi setempat dan yang kedua sejarah dan status hakmilik tanah. Ketiga, susun atur dan kepadatan kawasan kampung dan yang keempat sumber air takungan semulajadi.
Dalam banyak keadaan agak sukar untuk melaksanakan projek perparitan sekiranya berdasarkan keperluan teknikal kerana halangan selalu yang menjadi halangan tuan rumah, isu hak milik tanah dan pembinaan rumah yang tidak teratur serta padat. Selain daripada itu, Ianya terlebih dahulu akan dibincangkan dengan teliti ketika penyediaan spesifikasi kerja termasuk menentukan jenis longkang mengikut kesesuaian kawasan, objektif pembinaan dan peruntukan kewangan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi tahun 2019, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2.1 juta bagi melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dengan infrastruktur awam desa termasuklah untuk membina baru dan menaiktaraf longkang serta parit di kampung-kampung.
Selain daripada itu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) juga telah pun meluluskan 3 projek parit dan longkang konkrit di bawah Program Ameniti Sosial (PAMS) seperti berikut. Pertama, kerja-kerja membina parit di kawasan tanah perkuburan, iaitu di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis. Yang kedua, kerja-kerja membina longkang U di Kampung Bongkok, Batu 14, Santan. Dan yang ketiga, kerja-kerja membina baru longkang di Kampung Surau Baru, Tambun Tulang, Arau.
Selain daripada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga sentiasa mengambil tindakan secara berperingkat dalam usaha menaiktaraf sistem perparitan mengikut standard yang telah digariskan dan ianya melibatkan perancangan secara berterusan dan peruntukan yang ada. Di antara kerja-kerja yang dilaksanakan pada tahun ini iaitu menaiktaraf pintu kawalan banjir dan menaiktaraf sistem perparitan dengan anggaran kos berjumlah RM200,000.00. Kita juga perlu mengambil penekanan sama-sama memberi penekanan kepada penduduk setempat supaya dia dapat mengamalkan sikap tidak membuang sampah ke dalam parit atau longkang yang ni kita sama-sama kena tolonglah supaya depa pun ada budaya kebersihan di situ supaya mengelak banjir daripada longkang-longkang ni tersumbat, sekian Dato’ Speaker.
Dipersilakan YB Indera Kayangan.
Terima kasih YB Dato’ Speaker, soalan saya nombor lapan (8).
(Soalan 8 : Berapakah nilai pelaburan luar di negeri Perlis pada masa kini dan apakah proses perbincangan dan rundingan pelaburan yang sedang berlangsung dalam usaha menarik pelabur luar ke Negeri Perlis?)
Terima kasih YB Dato’ Speaker, terima kasih YB Indera Kayangan, berkenaan dengan nilai pelaburan luar di Negeri Perlis, untuk makluman Dewan yang mulia ini, sejak daripada 2014 dan ini berdasarkan rekod yang ada di Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN) dan merujuk kepada cadangan pelaburan yang telahpun ditandatangani. Kita ada nilai pelaburan sebanyak RM6.04 bilion ringgit yang sejak tahun 2014 ini yang saya kata tadi yang cadangan pelaburan yang telah ditandatangani. Dan sebelum itu, saya rasa dalam usaha untuk kita menarik pelabur ini pertamanya kita nak kena jadikan Perlis ini berada di dalam radar pelabur dan untuk membolehkan kita berada di dalam radar pelabur kita mesti menjadikan negeri kita attractive dahulu dengan izin kepada pelabur jadi apa yang akan menjadikan Perlis ini menarik ataupun attractive kepada pelabur kita berada di dalam invested radar tadi dengan izin jadi kita kena sediakan infranstruktur ataupun prasarana asas yang diperlukan. Dan selain daripada itu juga kita perlu sumber manusia yang bersesuaian. Dan dalam hal ini apa yang kita sedang lakukan dan ada pun yang telah kita lakukan untuk menjadikan kita ni attractive kita mesti wujud ekosistem yang bersesuaian, jadi wujudkan ekosistem apa yang diperlukan. Pertamanya kita kena ada infrastruktur dan utilitinya, kita kena ada talent pool atau modal insannya, perkhidmatan sokongan yang baik, supply chain seperti rangkaian bekalan dan kemudahan logistik serta livability dan saya akan terangkan apa yang saya maksudkan dengan livability ini iaitu untuk menjadikan tempat kita ini pilihan bersesuaian untuk pelabur datang sebab pelabur ini ada di luar negara jadi kalau daripada luar negara ini dia perlukan apa seperti salah satu contohnya ialah nak satu livability ini tempat kediamannya mesti menarik, selamat dari segi keselamatannya, tidak ada masalah kemudian dia ada facility-facility yang lain seperti sekolah misalnya sekolah antarabangsa kemudiannya pusat ataupun tempat hiburan yang ni YB bila kita sebut hiburan bukan bermaksud hiburan sampai lupa dunia lah hiburan yang tidak bertentangan yang tidak melalaikan seperti pusat-pusat rekreasi, dan begitu yang dimaksudkan jadi ini untuk menjadikan tempat kita livable jadi aspek livability ini merupakan salah satu aspek yang penting untuk menarik pelabur jadi apa pelaburan yang dah kita tarik yang saya sebutkan tadi tu dia ada melibatkan ketiga-tiga kawasan sebenarnya di Arau ada, Di Kangar ada , Di Kuala Perlis, Sanglang maksudnya di Padang Besar pun ada OK apa dia yang telah pun kita tandatangani sejak tahun 2014 yang ada yang telah dan sedang dilaksanakan dan yang belum lagi dilaksanakan dalam usaha untuk memuktamadkan dan sebagainya pertamanya pembangunan komersial di bawah Perbadanan Ekonomi Negeri di Kuala Perlis yang bernilai RM12.5 juta pelaburan oleh TH Properties dan SEDC Yang Berhormat Kuala Perlis semalam bangkitkan pembangunan bercampur kita yang berteraskan kepada pelancongan bernilai lebih kurang RM311.4 juta itu adalah merupakan GDV nya atau Gross Development Value yang kita buat pada tahun 2016 kalau tak silap saya, kemudian kita ada yang ni ada satu soalan semalam berkenaan dengan KCC ini tak sempat saya jawab oleh Safuan Group tapi ini belum dapat dilaksanakan lagi tapi yang telah pun kita tandatangani tapi ada aspek-aspek tertentu yang tidak dapat kita laksanakan lagi sebab ada aspek teknikalnya kelulusan daripada kementerian kewangannya dan sebagainya yang ini nilainya GDV RM365 juta, kemudiannya kita ada Green World Genetic Sdn. Bhd. pembuatan dan penghasilan biji benih ni akan melibatkan RM 1.08 juta, Intec QRC Technologies Sdn Bhd ini untuk memproses produk recycled getah ataupun tayar yang akan di kitar semula yang ni nilainya adalah RM 900 juta ini pun belum berlaku tetapi telah diluluskan oleh MIDA sebenarnya, IRM solar ini yang di Sungai Chucoh yang telapun dilaksanakan ini bernilai lebih kurang RM 35 juta, KPJ yang telahpun beroperasi bernilai RM62 juta, MZ Development Sdn.Bhd. ini properties lah RM22.24 juta, HBH Global Energy Sdn.Bhd. ini di Guar Nangka ini solar RM46.26 juta ini sebelah pusat apa tu pusat koreksional, kemudian ada Revenue Vantage Sdn.Bhd. ini di Kuala Perlis sektor pembuatan RM17 juta, Gading Kencana Sdn. Bhd. ini solar yang memasang solar-solar sistem di rumah-rumah perseorangan itu kecil sahaja tetapi melibatkan ramai penduduk tempatan RM21.05 juta, PPK Paya pun sebenarnya ada pelaburannya yang bernilai sehingga RM 10 juta sebenarnya ini macam-macam dia ada harumanisnya, rock melon dan cili dan macam-macam lagi, AIMA Development Sdn. Bhd. ada nilai pelaburan dia di Perlis RM45.1 juta kebanyakan dalam properties, TSI Dinamik Sdn. Bhd. di Utan Aji ini pembangunan bercampur juga properties RM 7.89 juta, Fig Direct Sdn. Bhd. iaitu di kawasan Lembah Chuping penanaman apa tu ladang tanaman buah-buahan super fruit valley ini nilai pelaburannya RM 14.77 juta, Langkawi Auto Express Sdn. Bhd. ini di Kuala Perlis services sektor RM21 juta, Langkawi Ferry Ro-Ro Services Sdn. Bhd. juga di Kuala Perlis RM12 juta, UDA Holdings ada pembangunan bercampur yang kita tengok dekat K-Park tu RM80 juta dalam proses penyiapan sekarang ini, JPB Asia Pacific ini juga adalah perumahan ataupun apa namanya oh bukan perumahan pembinaan rumah hijau ini sebenarnya RM21.8 juta yang kerjasama dengan Unimap itu, kemudian ada satu lagi Green World Genetics iaitu pembangunan biji benih jagung hybrid ini RM 32 juta, Telekom Malaysia ini yang telahpun dipersetujui tetapi pelaburannya tak sampai lagi RM 48.2 juta ada lagi yang dia perlu laburkan saya ingat dia dah masuk fasa pertama dan fasa kedua, Gading Kencana di Pauh ada RM 1 juta lagi, Mutiara Perlis pelaburan di Sanglang ini GDV nya dianggarkan RM1.8 bilion ringgit, Inland Port Perlis Sdn. Bhd. di Padang Besar RM 1.88 bilion ringgit, PZS Development Sdn. Bhd. yang disebutkan oleh YB daripada Chuping tadi iaitu pembangunan di Padang Besar untuk kita membina hotel dan juga pusat komersial di sana untuk menarik pelancong supaya tinggal di sini yang disebutkan bubu tadi lebih kurang dalam RM 33 juta, dan ini ada kaitan dengan soalan YB daripada apa nama ni Kuala Perlis berhubung dengan syarikat yang diberikan tanah sebenarnya pelaburan tu YB pelaburannya dilakukan oleh A.M.I Construction Sdn. Bhd. dia bercadang untuk membina motel, pusat makanan laut dan rekreasi di Bukit Putih dan nilai pelaburannya lebih kurang dalam RM 24 juta dan tanah tu YB dia beli bukan beli kita bagi long term list dan dia bayar sebenarnya saya nak jawab dalam pengulungan nanti tetapi saya sebut awal-awal lagi dengan harga RM 35 juta dan satu lagi pelaburan yang agak besar ialah KBJ Hecmy di Chuping yang ini adalah pelaburan untuk solar dimana kelulusan diberikan untuk membina sebuah solar farm untuk 30 megawatt dan nilai pelaburannya RM220 juta menjadi keseluruhannya iaitu RM6.04 bilion ringgit, terima kasih banyak YB Dato’ Speaker.
Dipersilakan YB Kuala Perlis.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor Sembilan (9).
(Soalan 9 : Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan tanah atau rizab sungai di Kuala Perlis tidak dicerobohi oleh warga Myanmar dengan membina penempatan baru seperti yang telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Arau baru-baru ini?) (Dijawab bersekali dengan soalan no. 11) (Soalan 11 : Apakah usaha-usaha kerajaan untuk membendung kebanjiran warga Myanmar di kawasan setinggan Kuala Perlis dan apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk mengurangkan perumahan setinggan di kawasan itu?)
Terima kasih YB Kuala Perlis, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan no. 11 daripada Yang Berhormat Guar Sanji.
Berhubung persoalan pencerobohan tanah atau rizab sungai di Kuala Perlis oleh warga Myanmar, isu pendudukan tanah secara tidak sah terutama di sepanjang rizab sungai telah berlarutan sejak sekian lama tanpa sebarang tindakan penguatkuasaan. Ketiadaan tindakan penguatkuasaan ini menyebabkan isu ini menjadi semakin serius saban tahun yang menyukarkan lagi usaha untuk diambil tindakan penyelesaian.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri komited dalam mencari kaedah penyelesaian terbaik bagi menangani isu-isu ini. Untuk tindakan serta-merta, Jabatan Tanah dan Galian Negeri bersama dengan Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri akan membuat penguatkuasaan di sepanjang sungai bagi memastikan tiada lagi sebarang binaan baru yang didirikan di atas tanah rizab sungai.
Pada masa yang sama, Jabatan Tanah dan Galian Negeri sedang mengkaji peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu pendudukan tanah secara tidak sah ini. Cadangan penyelesaian ini akan mengambil kira semua pihak yang terlibat tanpa mengenepikan peruntukan perundangan yang sedia ada.
Berhubung usaha-usaha untuk membendung kehadiran warga Myanmar di kawasan setinggan di Kuala Perlis, kuasa untuk menahan warga asing berada di bawah Jabatan Imigresen dan Jabatan Imigresen telah mengambil langkah-langkah seperti berikut. Meningkatkan kekerapan menjalankan operasi di kawasan yang terlibat. Menjalankan operasi bersepadu bersama dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain di kawasan terbabit seperti Jabatan Pendaftaran Negara, PDRM, AADK, CIDB, AKSEM dan sebagainya. Rondaan unit risik dari Jabatan Imigresen secara berkala ke kawasan-kawasan tersebut. Menjalinkan kerjasama dengan penduduk setempat bagi tujuan menyalurkan maklumat kemasukan warga Myanmar ke Kuala Perlis. Secara keseluruhannya, Jabatan Imigresen telah menjalankan 380 operasi sepanjang tahun 2018 dan 268 operasi sepanjang Januari hingga Julai 2019.
Berdasarkan hasil risikan dan tinjauan daripada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen, didapati bahawa terdapat beberapa buah kampung yang mempunyai penduduk yang berketurunan Myanmar seperti kampung Perak, Kampung Bahagia dan Kampung Tanah Baru. Kesemua penduduk di kawasan tersebut dikenal pasti berketurunan Myanmar melalui pemeriksaan pertuturan secara lisan yang telah dilakukan oleh pegawai yang membuat naziran di kawasan tersebut. Melalui naziran yang dibuat, mereka yang berada di kawasan kampung berkenaan kesemuanya telah dikeluarkan kad pengenalan dan menjalani kehidupan sebagaimana penduduk tempatan biasa.
Walaubagaimanapun, di dalam operasi yang dijalankan, didapati masih ada warga Myanmar di sekitar kawasan lain di Kuala Perlis yang tidak mempunyai dokumen sama ada visa ataupun pas yang teratur namun jumlah ini adalah kecil sahaja.
Daripada jumlah tangkapan warga Myanmar di seluruh Negeri Perlis sebanyak 303 orang pada tahun 2018 dan 173 pada tahun 2019 setakat ini, didapati hanya lebih kurang 146 orang sahaja yang melakukan kesalahan imigresen di Kuala Perlis. Operasi-operasi yang telah dijalankan adalah berdasarkan hasil risikan Jabatan Imigresen sendiri dan juga maklumat serta aduan daripada orang awam.
Berhubung persoalan untuk mengurangkan perumahan setinggan di kawasan Kuala Perlis, Kerajaan Negeri sememangnya mempunyai perancangan jangka masa panjang yang dihuraikan dalam dasar-dasar Kerajaan Negeri merangkumi Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030, Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012 - 2030, Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar 2035 dan Rancangan Kawasan Khas Pusat Bandar Kuala Perlis 2030.
Berdasarkan statistik, sebanyak 2,260 unit rumah setinggan di seluruh Negeri Perlis direkodkan pada tahun 2009. Jumlah ini berkurang kepada 1,853 unit berdasarkan kepada maklumat terkini daripada Bahagian Perumahan SUK Perlis. Daripada 1,853 unit ini, sebanyak 1,091 unit terletak dalam DUN Kuala Perlis yang mana rumah-rumah tersebut dibina di atas tanah rizab kerajaan dan juga tanah milik MBI sejak kira-kira 50 tahun yang lalu.
Rancangan Struktur Negeri 2030 dan Pelan Strategik Pembangunan Negeri Perlis 2012 – 2030 menggariskan langkah-langkah pelaksanaan untuk mengatasi masalah setinggan, antaranya melaksanakan program penempatan semula setinggan dengan membangunkan projek perumahan kos rendah di kawasan yang sesuai dengan mengambil kira ciri sosioekonomi dan pekerjaan penduduk setinggan dan menyediakan perumahan kos rendah di setiap projek perumahan berskala besar serta memperluaskan program perumahan mampu milik dan kos rendah sama ada oleh pihak kerajaan atau swasta. Peningkatan penawaran perumahan ini akan membolehkan penduduk setinggan yang mempunyai keupayaan untuk memiliki rumah yang lebih selesa dan kondusif.
Penempatan semula kampung nelayan dan kampung setinggan Kuala Perlis turut terkandung dalam perancangan dan strategi pembangunan Rancangan Kawasan Khas Pusat Bandar Kuala Perlis 2030 di mana telah dikhususkan zon bagi tujuan perumahan terancang untuk didirikan rumah kos rendah dan rumah mampu milik.
Kerajaan Negeri sedar bahawa isu setinggan merupakan satu cabaran besar, namun kerjasama pelbagai pihak, Kerajaan Negeri telah berjaya menyediakan perumahan kos rendah kepada golongan B40 di Kuala Perlis. Di antara projek perumahan yang terkini ialah seperti berikut. Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wai Permai di Kuala Perlis dengan jumlah 200 unit rumah dah telah siap pada tahun 2015. Yang kedua Projek Penempatan Semula Nelayan Kuala Perlis Fasa I dengan jumlah 60 unit rumah telah siap... akan jangka siap pada tahun 2019.
Seterusnya, perancangan jangka masa panjang bagi mengurangkan perumahan setinggan ini akan diteruskan dengan langkah-langkah seperti berikut. Cadangan pembinaan Program Perumahan Rakyat (PPR) Kuala Perlis yang akan dimohon dalam projek Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK Ke-12); Pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) @ Kuala Perlis dengan jumlah 1,080 unit rumah apartment; Cadangan Projek Kajian Pelan Tindakan Penyelesaian Setinggan Negeri Perlis yang dimohon melalui Pejabat Projek Zon Utara, Kementerian Wilayah Persekutuan; Memberi keutamaan kepada penduduk setinggan yang mempunyai keupayaan dan kesediaan berpindah ke projek-projek perumahan awam kerajaan; Dan melaksanakan kajian profile kampung-kampung setinggan merangkumi taraf sosio-ekonomi penduduk, kebolehupayaan dan kesediaan untuk keluar daripada kawasan setinggan, sekian terima kasih.
Soalan tambahan Dato’ Speaker, terima kasih YB Dato’ Speaker terima kasih YB Titi Tinggi, berkenaan isu warga Myanmar di Kuala Perlis isu dia sebenarnya saya terangkan sikit lah YB Dato’ Speaker penduduk setempat mengadu kebanyakan isu warga Myanmar ini bukanlah orang cakap dengki ka apa ni tapi rasa macam tidak adil kita tak nafikan ada warga Myanmar yang sudah lama menetap di Kuala Perlis mempunyai IC yang sah isu dia la ni macam mana nak atasi kehadiran warga Myanmar yang baru datang ke kawasan Kuala Perlis ni yang mempunyai IC yang duplicate lah yang dibawa masuk oleh sindiket , itu isu dia kerana saya sendiri di pusat khidmat saya pun banyak kali juga saya orang cakap bila depa dok mai hantar borang baitulmal, borang JKM saya dengar depa cakap tu saya boleh cam Insyaallah, so saya akan cuba siasat cuba bersembang dengan depa saya tanya kadang-kadang tu baru lima tahun mai sini, dah dapat IC, baru tiga tahun mai dah dapat IC, ada setengah tu tahun 1985 sebaya dengan saya dia kata lama dah duduk Malaysia so masa sekolah tu saya tak pernah tengok dia so bila saya siasat-siasat mai daripada Pahang, mai daripada Terengganu dan sebelum tu daripada mana dia habaq mai daripada sana macam mana dapat IC ni dia kata dulu ada orang Malaysia dia pi sana bagi IC dekat depa di sana dan depa mai sini dan saya anggap golongan yang macam ni lah yang merupakan golongan yang masuk melalui sindiket kita nak kena pastikan golongan-golongan begini macam mana, terima kasih.
Terima kasih YB Kuala Perlis, mungkin keadaan kes-kes seperti begini antaranya sekarang ini tindakan penduduk Myanmar di Kuala Perlis mempunyai identiti rakyat di Malaysia jadi kadang-kadang ambil tindakan tu jadi ada sedikit sekatan tetapi atas maklumat dari YB mungkin saya minta Jabatan Imigresen untuk mendapatkan maklumat yang selanjut dengan YB untuk ambil tindakan, terima kasih.
Dipersilakan YB Sanglang.
YB Dato’ Speaker, soalan saya nombor enam belas (16) nombor terlajak tak dan pantun , nombor sepuluh (10) Simpang Empat jangan kacau.
(Soalan 10 : Jadual pengairan kawasan MADA tidak diselaraskan dengan sempurna sedangkan para petani diarah supaya mematuhi jadual. Apakah tindakan MADA dalam hal ini?)
Simpang Empat bukan nak kacau , dia nak jawab. Terima kasih YB Dato’ Speaker, terima kasih YB Sanglang, penetapan Jadual Penanaman Padi dan Bekalan Air bagi setiap musim penanaman diselaraskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Bekalan Air dan Penanaman Padi (MJBAPP) yang melibatkan pihak MADA dan juga kepimpinan peladang. Penetapan jadual ini akan mengambil kira beberapa faktor seperti status kemajuan aktiviti penanaman padi khususnya penuaian, jangka turun hujan, kedudukan paras air di empangan dan juga pandangan pemimpin-pemimpin peladang setempat. Jadual Penanaman Padi ini ditetapkan bagi menyediakan garis panduan kepada pesawah bagi memulakan aktiviti tanaman padi berdasarkan tarikh mula bekalan air, tarikh akhir menabur dan tarikh akjir henti bekalan air. Peladang adalah disyorkan untuk mematuhi jadual penanaman bagi membolehkan proses pertumbuhan pokok padi tidak terganggu terutamanya dari segi perolehan bekalan air dan juga operasi kawalan serangan perosak dan penyakit sekiranya berlaku serangan yang serius (ETL- Economic Treshold Level). Pematuhan jadual juga akan dapat mengurangkan pembaziran air.
Dalam usaha memastikan peladang mematuhi jadual penanaman ini, pihak MADA melalui Pejabat Wilayah dan juga Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) melaksanakan pelbagai program dan hebahan melalui aktiviti pengembangan mengikut blok pengairan, lawatan ke rumah- rumah, pelaksanaan jadual dalam jadual, hebahan melalui media sosial dan sebagainya. Kumpulan Pengguna Air (KPA) juga turut memainkan peranan menyelaraskan aktiviti di blok pengairan masing-masing bagi memastikan pematuhan jadual penanaman padi dapat dioptimumkan, sekian.
Soalan tambahan sikit YB Dato’ Speaker, dia selalu apabila bekalan air sampai petani, dah tabur padi, kemudian keringkan air tu bagi dia tumbuh elok, bila nak guna air balik, bekalan air tak dak sungai yang ada di kawasan MADA tu dia lepas sampai kering terus. Kalau sekiranya sungai tu dilepaskan air tu satu pertiga sahaja tinggal dalam sungai tu dua pertiga untuk memudahkan petani buang air dan juga dalam masa yang sama boleh ambil air, boleh pam guna pam saya rasa lebih baik lagi, apa pandangan YB.
Untuk makluman Yang Berhormat kita ni memang buat macam tu sebab tu kita buat jadual kalau pi di PPK ka di peladang tu besar kita letakkan sekian ni tabur sekian ni fasa pertama fasa kedua fasa ketiga, masalah yang jadi sekarang ni fasa ketiga pi buat dulu dari fasa pertama tau dak lepas tu kita dah lantik pegawai-pegawai yang jaga ni pintu-pintu air tapi sukarelawan banyak tau dak bawa dengan pemotong besi pun ada bawa pi dia buka sendiri bangkit tengok pagi esok cerah yang tu masalah dia kerjasama yang perlu kita sama-sama ni ada tolong bantu maklum pada petani-petani bagi faham kan buat serentak kawasan untuk fasa-fasa jangan ada setengah tu bagi depa tu buat dulu dia kata sat lagi depa nak kerat padi nak lalu kot padang aku, jadi dia tak buat sebab air nak lalu kot dia itu yang jadi masalah, sekian terima kasih.
Dipersilakan YB Tambun Tulang.
Terima kasih soalan saya nombor dua belas (12).
(Soalan 12 : Apakah garis panduan yang dibuat berhubung penanda aras kemajuan sesebuah Pertubuhan Peladang Kawasan dan Lembaga Pertubuhan Peladang?)
Terima kasih YB Dato’ Speaker, terima kasih YB Tambun Tulang, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Perlis mempunyai sebuah Pertubuhan Peladang Negeri di mana ahli-ahlinya terdiri daripada 6 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di bawah kendalian LPP Negeri Perlis manakala 5 buah PPK di bawah kendalian MADA. Kesemua PPK telah didaftar oleh Pendaftar Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) iaitu Ketua Pengarah LPP dan terikat dengan Akta Pertubuhan Peladang 1973 Akta 109 (Pindaan 2016), Peraturan-peraturan Pertubuhan Peladang 1983 serta Perlembagaan PPK.
Bagi PPK, ahlinya terdiri daripada individu perseorangan atau koperasi berasaskan pertanian yang menjalankan aktiviti pertanian atau perniagaan yang berkaitan. Setiap PPK ini menjalankan pelbagai aktiviti dan memberikan perkhidmatan kepada ahli-ahlinya yang merangkumi: pengurusan dan pembangunan sumber manusia, mekanisasi atau automasi ladang, infrastruktur ladang, bekalan ladang, pengembangan dan perkhidmatan nasihat, pembiayaan, teknologi lepas tuai, teknologi memproses makanan, pemasaran, pusat sumber.
Bagi mengukur kemajuan penyampaian aktiviti dan perkhidmatan PPK kepada ahli-ahli atau kumpulan sasar, LPP telah menyediakan beberapa platform dan kaedah yang bersesuaian. Pengukuran melalui laporan kepuasan pelanggan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan serta perniagaan PPK yang secara tidak langsung menyokong aktiviti ekonomi dan sosial ahli peladang. Sebagai contoh, kepuasan pelanggan terhadap aktiviti pengedaran subsidi kerajaan dan pelaksanaan projek-projek usahawan.
LPP sebagai badan pendaftar yang memantau pergerakan ini telah menyusun beberapa kaedah untuk memastikan pergerakan PPK sentiasa berada di landasan yang betul dan mengurus aktiviti-aktiviti yang agak impak dirasai oleh semua ahli peladang. PPK dikategorikan sebagai A, B dan C mengikut prestasi masing-masing bagi menunjukkan tahap kemampuan dan kestabilan dalam mengurus aktiviti perniagaan dan perkhidmatan PPK. Bagi meletakkan kategori tersebut, kaedah penilaian melalui pengiraan Z-score akan dilakukan oleh LPP. Analisa ini dibuat bagi mengukur kestabilan kedudukan kewangan PPK melalui kaedah pengiraan nisbah kecairan aset, pembiayaan hutang, nilai saham, nisbah ekuiti dan nisbah atas pulangan aset PPK.
PPK yang memperolehi Gred A diukur melalui tahap keberuntungan yang melepasi Kos Dibantu... iaitu bayaran gaji anggota LPP yang ditempatkan di PPK, tahap kecairan yang diukur kukuh dan aset bersih yang tinggi. Melalui analisa ini, PPK yang memperolehi markah melebihi 80% adalah berada pada kedudukan kewangan yang kukuh. Selain daripada itu, isipadu perniagaan juga menjadi di antara benchmark yang dinilai bagi mengukur tahap kemampuan dan kestabilan kepada sesebuah PPK dalam menyokong aktiviti ahli.
Prestasi PPK juga diukur melalui Audit Pengurusan di mana kaedah penilaiannya melalui skop CAMEL-T iaitu: C- Pengurusan modal, A- Pengurusan pelaburan aset tetap dan ekuiti, M- Pengurusan pentadbiran personel, ahli, unit dan organisasi, E-Pengurusan projek ekonomi dan sosial, L- Pengurusan kecairan kaedah Z-score, T-Teknologi maklumat.
Dalam penilaian Audit Pengurusan ini, PPK akan diberikan penarafan nilai bintang mengikut markah yang diperolehi. Bagi PPK yang memperolehi 5 bintang, prestasi cemerlang perlu dikekal melalui Audit Pematuhan.
Aktiviti-aktiviti sosial juga dijalankan oleh PPK seperti Program Ziarah Kasih, pemberian zakat, menyertai program MAHA dan HPPNK peringkat Negeri dan Kebangsaan, latihan kepada ahli-ahli serta lain-lain aktiviti yang bersesuaian. Perbelanjaan bagi program-progran ini adalah sumber daripada Kumpulan Wang di PPK iaitu Kumpulan Wang Kebajikan Ahli, Kumpulan Wang Kebajikan Am, Kumpulan Wang Pendidikan dan Kumpulan Wang Pemajuan. Adalah menjadi tanggungjawab PPK untuk membelanjakan sekurang-kurangnya 60% peruntukan di bawah Kumpulan Wang ini pada tahun semasa. Sumber peruntukan kepada Kumpulan Wang ini adalah dari pembahagian keuntungan PPK setelah ditolak Kos Dibantu mengikut kadar yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PPK dan setelah mendapat kelulusan Pendaftar.
Bagi LPP pula, penanda aras kemajuan adalah bergantung kepada Key Performance Indicators (KPI) yang telah ditetapkan setiap tahun bagi PPK melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dalam merealisasikan hala tuju LPP serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Bagi tujuan ini, LPP akan sentiasa membantu dan menyalurkan peruntukan bagi memastikan segala perkhidmatan PPK dapat disampaikan kepada ahli-ahlinya dan memberikan kesinambungan kepada industri pertanian negara ini, sekian terima kasih.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan tambahan terima kasih YB Simpang Empat, jawapannya amat baik sekali saya kagum dengan pencapaian sebegini dan kita boleh capai sepertimana negara-negara maju yang lain seperti Iran pembangunan keusahawanannya meningkat 6%, Brazil hasil pertaniannya hampir 40 %, Belanda 10 % dan sebagainya cuma YB tak mahu umumkan PPK mana yang mencapai taraf 5 bintang di Perlis saya nak minta satu yang kedua saya tertarik apabila tadi YAB Bintong bagi tahu bahawa PPK Paya juga diantara yang boleh dibanggakan dari segi pengurusan dan perkembangan business yang mereka lakukan contoh-contoh yang macam ni yang kita hendak di zahirkan tetapi ada lagi PPK yang berada dalam tahap yang tak berapa baik seperti YB katakan sebentar tadi jadi yang tak baik ini kita bimbing, cari jalan bagaimana mereka dapat menongkah ataupun berebut peluang-peluang perniagaan di hadapan mata yang begitu luas sebenarnya belum diterokai dan sebagainya jangan hanya buat projek kerajaan satu atau dua percent di bagi balik pada tabung PPK yang lain dia ambil kepada orang-orang yang berkepentingan yang menggunakan lesen dan sebagainya ini berlaku sebelumnya ini hakikat YB tak boleh nafikan kita tak boleh buat macam ni lah ini demi petani, kita lihat petani bukan senang sangat hasil tak menentu jadi sekarang dekat-dekat nak ni terus kena bom jadi semuanya berlaku dalam keadaan seperti yang sukar diramalkan jadi benda-benda macam ni walaupun mungkin YB kata ini Exco hak yang agensi pusat tak berapa nak ada kuasa tetapi kena monitor sebagai Exco pertanian direct indirectly YB diamanahkan oleh Allah untuk jaga tengok semua ni, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, dia puji saya kata bagus tapi dia tanya juga soalan. Untuk bintang tu nanti saya dapat satgi dalam ucapan penangguhan saya akan jawab untuk apa kes percent-percent tu saya akan bincang balik dengan semua PPK ubah balik peraturan tu kalau kata dulu mungkin mereka kata hang pinjam lesen kami bagi seringgit pun tak pa la ni saya nak minta semua dalam dewan ni pun kalau daripada pengurusan PPK yang ada tu depa ubah balik la kan ayat tu sebab yang peminjam lesen tu mungkin ayat seringgit tak pa dia bagi seringgit hak tu saya akan untung la dan saya harap juga la pada YB-YB yang dok ada ni tolong bantu la saya untuk mengatasi masalah pentadbiran dan pengurusan Persatuan Peladang yang sedia ada ni, sekian terima kasih.
Ni satu lagi YB kena tangkap Pengerusi yang hok ketegar rebus kepala dia masih nak jadi Pengerusi tapi kerja tak mau buat, yang tu kita kena tangkap rebus kepala tu bagi berhenti buang atau bagi orang-orang baru yang teringin berkhidmat ni dok pegang dari tujuh keturunan sampai la daripada saya sekolah sampai nak jadi umur peringkat macam ni nak masuk enam puluh dua (62) ni pun depa lagi yang ni yang jadi benda tu tak berkembang maju. Macam Paya tu dia tukar tak berhenti dia ambil golongan akademik… golongan pentadbir kakitangan kerajaan berada dalam main stream dia… sebab tu dia berlaku percambahan fikiran yang luar biasa dalam memperkembangkan business di PPK masing-masing. Ni masih dalam konservatif, ortodoks, tak dak istilah lagi nak pakai, terima kasih.
Terima kasih kita akan ambil perhatian atas cadangan tersebut.
Ahli-Ahli YB soalan-soalan lisan ditangguhkan setakat ini, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak backbencher, bagi soalan-soalan yang belum sempat dijawab pihak kerajaan akan mengemukakan jawapan kemudian secara bertulis. Dewan ditempohkan sebentar dan disambung semula pada jam 11.30 pagi, terima kasih.
(Persidangan ditangguhkan sementara pada jam 10.58 pagi)
(Persidangan disambung semula pada jam 11.45 pagi)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula.
Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku RajaMotion
Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja dibuka semula untuk perbahasan. Saya mempersilakan pihak Kerajaan untuk memberikan maklum balas terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan dan seterusnya menggulung perbahasan. Dipersilakan Yang Berhormat Titi Tinggi.
Terima kasih, salam sejahtera dan selamat petang Raja Berdaulat Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera Perlis Maju. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya bagi pihak rakyat di Titi Tinggi ingin merakamkan setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kami kerana telah diberikan peluang mengambil bahagian dalam ucapan penangguhan kali ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan dan keharmonian adalah teras kepada kestabilan negeri, oleh yang demikian, peringatan Tuanku agar semua pihak sentiasa mengamalkan kesederhanaan serta menghormati perbezaan pendapat yang ada perlu diambil serius oleh semua pihak dari peringkat bawah hingga ke peringkat tertinggi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Titi Tinggi amat mengharapkan agar kawasan-kawasan yang terlibat untuk kerja-kerja menaik taraf infrastruktur pelancongan dalam Bajet 2019 seperti di Gua Kelam, Taman Negeri, Bukit Ayer, Taman Pertanian dan Taman Agro Lancong dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya. Kerja-kerja berkaitan mestilah juga dalam usaha memelihara sumber flora dan fauna yang ada agar ia tidak dirosakkan kerana pembangunan di kawasan berkenaan.
Bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat ADUN Sena, berdasarkan inventori oleh pihak Jabatan Perhutanan, 60 pokok daripada 74 pokok tumbang adalah merupakan pokok jalan. Semenjak tahun 2017 Kerajaan Negeri Perlis melalui Jabatan Perhutanan telah melaksanakan pengusahasilan pokok jalan yang bertujuan untuk mendapatkan hasil melalui penjualan kayu balak dan untuk menghapuskan pokok bahaya. Kaedah penebangan pokok adalah secara berfasa. Fasa pertama melibatkan tiga jalan seperti berikut, pertama Jalan Guar Jentik di Kaki Bukit, Jalan Santan dan Jalan Padang Siding. Jumlah hasil yang diperoleh melalui penebangan Fasa Pertama ialah sebanyak RM408,250.00. Penebangan Fasa Kedua pula melibatkan 3 jalan seperti berikut, Jalan Simpang Empat, Jalan Padang Melangit dan Jalan Kok Klang. Jumlah hasil yang diperolehi melalui penebangan Fasa Kedua ialah sebanyak RM142,614.20. Jumlah keseluruhan hasil bagi kedua-dua fasa ini ialah berjumlah RM550,864.20.
Dalam konteks penebangan pokok-pokok bahaya di negeri Perlis khususnya pokok jalan, Jabatan Perhutanan menerima semua permohonan tebangan dan aduan pokok. Kesemua aduan telah disemak dan permohonan diberikan kelulusan kepada pemohon untuk ditebang dan dipanjangkan kepada agensi yang bertanggungjawab di kawasan tersebut seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran atau Bahagian Pentadbiran Daerah. Merujuk Aduan JKR, penebangan dan pengalihan pokok-pokok tumbang semasa ribut tempoh hari adalah merupakan skop kecemasan yang dilaksanakan secara dalaman JKR. Oleh yang demikian, pihak JKR telah bertindak untuk memotong dan mengalihkan pokok-pokok tumbang yang menghalang lalulintas di peringkat awal bencana. Operasi diteruskan dengan kerja-kerja pengalihan sisa-sisa pokok dari bahu jalan secara berterusan dari masa ke semasa.
Yang Berhormat ADUN Sanglang, pihak JKR telah memaklumkan Jabatan Perhutanan secara bertulis berkaitan sisa tunggul pokok yang masih ditinggalkan di bahu jalan untuk tindakan selanjut oleh Jabatan Perhutanan. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan telah menyelaraskan perkara ini bersama pihak kontraktor penebangan pokok yang dilantik untuk mengambil tindakan memotong tunggul-tunggul ini seberapa rapat ke paras tanah di jalan-jalan yang terlibat dengan tender penebangan pokok termasuk jalan-jalan yang belum dilaksanakan penebangan.
Perlaksanaan pemotongan tunggul-tunggul ini akan dilaksanakan sejurus selepas kerja-kerja penebangan pokok di jalan terbabit disiapkan. Ini bermakna pemotongan tunggul-tunggul akan bermula sebelum penghujung bulan Ogos 2019. Jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Padang Siding, Jalan Padang Melangit dan Jalan Simpang Empat. Walau bagaimanapun, bagi Jalan Guar Jentik pemotongan tunggul tidak akan dilaksanakan sebaliknya ditinggalkan bagi membolehkan tunas pokok yang baharu tumbuh bagi tujuan menggantikan pokok induk yang telah ditebang.
Yang Berhormat ADUN Kuala Perlis, masalah pencemaran bau ini merujukkan kepada premis Fuxing Enterprise Sdn Bhd yang terletak di Kawasan Perindustrian Kuala Perlis. Kilang ini menjalankan operasi memproses ikan mentah menjadi makanan ikan, jadi dedak dan minyak ikan. Ikan mentah yang diangkut menggunakan lori akan disimpan di dalam bilik sejuk dan seterusnya diproses dengan memasak ikan mentah yang telah dihancurkan. Ikan yang telah dimasak akan dikeringkan menjadi serbuk dan disimpan di dalam setor sebelum dibungkus. Kilang ini mula beroperasi pada pertengahan tahun 2017 tanpa sebarang kelulusan lesen operasi yang sah daripada Majlis Perbandaran Kangar. MPK. Permohonan ulasan Penilaian Awal Tapak (PAT) daripada Jabatan Alam Sekitar ada menyatakan premis ini berpotensi menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk setempat kerana jarak zon penampan yang tidak mencukupi.
Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan siasatan bagi setiap aduan yang diterima serta memanjangkan juga kepada pihak Majlis Perbandaran Kangar bagi tindakan selanjutnya di bawah bidang kuasa yang ada. MPK telah mengambil tindakan di bawah bidang kuasa mereka di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan lesen beroperasi diberikan bermula Januari 2018 sehingga Januari 2019.
Dalam hal ini, JAS, Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan premeriksaan berkala ke atas kilang dan telah mengambil tindakan terhadap kilang tersebut berdasarkan bidang kuasa Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Pihak kilang juga telah melaksanakan arahan yang telah dikeluarkan oleh JAS dan telah mengemukakan pemberitahuan bertulis bagi pemasangan alat pembakaran bahan api dan alat kawalan pencemaran udara serta sistem pengolahan efluen perindustrian yang mana telah siap dipasang dan sedia digunakan.
Walau bagaimanapun, isu pencemaran bau ini masih tidak dapat diselesaikan sepenuhnya kerana bau yang telah dihasilkan adalah bersifat organik yang mana tiada sebarang standard pengukuran tertakluk di dalam AKAS 1974. Oleh itu, tahap pencemaran bau busuk yang dihasilkan tidak dapat ditentu ukur secara teknikal atau mengikut standard perlepasan yang dibenarkan atau yang boleh diterima penduduk. Selain itu, berdasarkan siasatan berkala yang telah dijalankan mendapati bau busuk yang terhasil juga berpunca daripada pelbagai tempat iaitu bersifat “fugitive”. Ini kerana aduan yang diterima adalah ketika proses memasak ikan mentah menjadi dedak telah selesai iaitu berkemungkinan berpunca daripada bahagian setor penyimpanan produk. Selain itu, lokasi kilang ini juga menjadi punca utama timbulnya kacau ganggu kepada penduduk sekitar. JAS telah melaksanakan segala tindakan yang sewajarnya berdasarkan AKAS 1974 dan akan terus memantau kilang ini secara berkala bagi memastikan pematuhan berterusan.
Selain dari Jabatan Alam Sekitar, Majlis Perbandaran Kangar turut melaksanakan lawatan pemeriksaan teknikal ke kilang tersebut. Hasil lawatan mendapati pihak syarikat telah mencadangkan beberapa tindakan yang akan diambil untuk menangani bau busuk yang dihasilkan. Tindakan tersebut memerlukan kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis. Majlis bersama agensi teknikal berkaitan akan melihat keberkesanan langkah tersebut dan akan mengambil tindakan bersesuaian dari masa ke semasa.
Akhir kata Titi Tinggi berharap agar diambil perhatian atas beberapa perkara yang disebutkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis agar ia memberi manfaat kepada kita semua. Untuk itu, Titi Tinggi menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bersempena Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Perlis Kali Ke Empat Belas. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Titi Tinggi, saya merasai bahawa Dewan ini sejuk tetapi kita cuba tingkatkan kepanasannya dan yang terbaharu ni saya rasa selesa kot, kita bagi 30 darjah selsius… 24 pun sejuk lagi. Semaksimum lah... takut dia meletup pula lepas ni…terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Mata Ayer.
Bismillahirahmanirrahim… Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh… Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengalu-alukan pelajar-pelajar SMK Tengku Suleiman dan juga KUIPs yang turut bersama-sama dengan kita pada hari ini. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker ke atas keperihatinan kesejukan kami ni, saya ni sampai macam… ketaq-ketaq dah ni… Terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian di dalam penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku
Raja Sempena Perasmian Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Ke Empat Belas, walaupun saya dah dua hari tidak bangun kerana tidak ada soalan, YB Ann kata saya relax, terima kasih. Sesungguhnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri melalui portfolio saya iaitu Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kita telah pun mengambil beberapa inisiatif bagai membantu golongan wanita atau pun kawan-kawan yang di kalangan wanita yang begitu berhasrat untuk menjadikan bidang perniagaan sebagai satu punca pendapatan dan begitu juga lah kita mengharapkan dengan peruntukan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri ini akan dapat menyahut seruan atau saranan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja berkenaan dengan mengeluarkan golongan B40 ini daripada kepompong yang sedia ada.
Untuk makluman Dewan yang mulia, melalui inisiatif yang saya maksudkan tadi, beberapa kursus ataupun latihan-latihan intensif telah pun kita beri kepada golongan wanita yang mana terlibatnya lebih kurang 60 orang sepanjang sebulan bulan Ramadan yang kita jalankan. Yang kedua sesi dilangsungkan di Kolej Komuniti Arau iaitu latihan penghasilan biskut raya, dan daripada pembelajaran yang diperolehi ataupun latihan-latihan yang telah diberi oleh Kolej Komuniti selepas pemantauan dibuat, dan didapati sebahagian daripada pelatih-pelatih ataupun yang menghadiri pembelajaran tersebut, mendapat tempahan-tempahan kuih raya sebelum hari raya puasa hari tu, dan ini saya rasa memang sangat memberi kesan yang baik kepada apa yang disaran dan dihasratkan oleh Kerajaan Negeri iaitu menghasilkan usahawan kecil wanita daripada desa-desa, kebanyakan yang hadir semasa kursus berkenaan, adalah wanita-wanita yang memang dah mempunyai asas-asas penghasilan kueh-kueh kering atau pun kueh-kueh raya. Jadi saya rasa ini adalah satu inisiatif yang sangat baik daripada Kerajaan Negeri dan saya di sini merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang begitu perihatin kepada wanita dan juga kaum hawa di Perlis yang begitu berminat untuk menjadikan bidang perniagaan sebagai satu punca rezeki. Walaupun untuk sesi tersebut kita tak dapat untuk meramaikan sebab kekangan kelas di Kolej Komuniti di mana Kolej Komuniti hanya mempunyai 20 dapur untuk digunapakai pada satu-satu sesi dan insya-Allah daripada apa yang dibincangkan kita akan cuba lagi di bulan-bulan yang ke depan, untuk sesi pembelajaran pelbagai makanan.
Sesi yang seterusnya pada bulan Ramadan itu juga kita melibatkan penghasilan kulinari dan juga selepas pemantauan dibuat oleh pihak saya, didapati begitu juga walaupun klinari ni hanya masakan seperti rendang daging, dan saya dimaklumkan oleh pelajar-pelajar lah, kita katakan, mereka mendapat tempahan daripada orang-orang kampung ataupun kawan-kawan untuk dimakan atau digunakan pada hari raya puasa dan juga hari raya korban yang terbaharu ni. Di sini saya ucapkan terima kasih lah kepada Kolej Komuniti yang begitu sudi untuk bersama-sama dengan Kerajaan Negeri bagi menyalurkan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar yang hadir tersebut.
Sedikit lagi Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengambil maklum tentang kegusaran ataupun saranan daripada Duli Yang Maha Mulia berkenaan dengan keharmonian, kesusahan, kesukaran kita pengurusan negeri dan negara untuk mengekalkan keharmonian di kalangan kaum dan juga rakyat di dalam negeri dan negara, sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, Jabatan Perpaduan melalui KRT, SRS, Tadika Perpaduan dan juga luar tadika taska permata telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk mengekalkan keharmonian ini kerana sepertimana Tuan-Tuan hadirin sidang Dewan yang sedia maklum, KRT, SRS ini mempunyai keanggotaan yang dianggotai oleh pelbagai kaum, yang boleh kita gunapakai sebagai keharmonian tetapi memandangkan sepertimana titah Duli Tuanku, keadaan pergerakan media sosial kita yang begitu pantas pada hari ini telah menggugat dan juga menyusahkan pengurusan untuk keharmonian ini, jadi saya berharap kita yang berada di dalam Dewan ini sama-samalah kita cari satu kaedah dan kita berfikir untuk macam mana kita mengekalkan segala keharmonian yang sedia ada supaya terus kita harmoni, kita sejahterakan bumi Malaysia dan Perlis ini dan juga untuk makluman sidang Dewan, KRT yang sedia ada di Perlis dan juga di Malaysia, kita dimestikan mempunyai ataupun menjalankan 12 aktiviti yang melibatkan semua kaum, semua rakyat jelata bagi komuniti setempat bagi merealisasikan apa yang perlu bagi mengekalkan perpaduan yang sedia ada dan sekali juga saya harap ini kita akan bagi kerjasama kepada semua dan juga kepada Jabatan Perpaduan yang begitu bersungguh-sungguh untuk menjalankan tugasan mereka.
Dan satu lagi sebelum saya terlupa, Yang Berhormat Dato’ Speaker, berbalik kepada pengurusan ataupun perniagaan pada esok, 23 haribulan Ogos, lebih kurang jam 8 pagi hingga 5 petang, satu program yang melibatkan wanita-wanita yang mempunyai jualan-jualan dan juga yang sedang menghasilkan produk-produk kampung, kita kumpulkan di suatu tempat iaitu di perkarangan SUK Lama berhadapan pejabat PKN dan pejabat LA. Terima kasih YB LA dan YB PKN membenarkan lokasi tempat letak kereta diguna pakai untuk esok kita akan berjualan di situ dan untuk makluman semua, insya-Allah program ini akan diadakan setiap Jumaat, setiap satu bulan sekali selepas hari gaji, jadi tuan-tuan sekelian, selepas ambil gaji petang ni, esok sila lah berbelanja di Kompleks SUK, pelbagai jualan akan diadakan di sana. Harap tuan-tuan semua dapat bagi sokongan kepada wanita-wanita yang begitu komitmen untuk menjadikan perniagaan sebagai hasil pendapatan bagi membantu keluarga dan juga anak-anak yang dibawah tanggungan mereka.
Jadi saya rasa itu sahaja daripada saya, akhir kalam saya dengan ini bagi pihak rakyat ataupun warga DUN Mata Ayer dengan ini menyokong dan menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis pada tempoh hari. Sekian, terima kasih.
Bila hari wanita,YB?
Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk peringkat Kebangsaan 25 haribulan, ia bermula 24 sehingga 25… di Perlis kita akan ada 27 dan 28 haribulan di Dewan Warisan, sekali lagi saya jemput semua sidang hadirin untuk hadir sebab kita ada pelbagai jualan, pelbagai promosi, pelbagai ceramah-ceramah berkenaan kerjaya… Terima kasih.
Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Pauh.
Bismillahirahmanirrahim… assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Raja Berdaulat Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera Perlis Maju. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar seterusnya Ahli Yang Berhormat hadirin sekalian termasuklah pelajar SMK Tengku Suleiman dan juga KUIPs, selamat datang. Jejaran mengkudu berhias kesuma, di celah angsana di tanam di tanah jawa, ucapan aluan pembuka bicara, di Dewan gemilang kita bersua. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. atas kurniaan kesihatan yang baik dan kelapangan masa yang membolehkan kita semua melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk menjayakan sidang Dewan pada hari yang ketiga ini dan kita semua rasa ada aura dan azam pada hari ini untuk mencetus iltizam dan azam, ilham yang terbaik dalam meneruskan komitmen sepertimana yang telahpun ditetapkan, apabila diri dan khidmat sentiasa dizahir bersama nilai-nilai murni, insya-Allah peribadi yang terbaik dan cantik juga akan lahir bersama-samanya hasil kerja kuat kita yang mendapat kepuasan. Saya juga ingin merakamkan junjung setinggi-tinggi kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di atas titah ucapan semasa merasmikan penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Ke Empat Belas kelmarin dan kita mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan Allah kesihatan dan kekuatan berpanjangan untuk terus kekal memayungi negeri yang berdaulat ini.
Dan sebelum meneruskan ucapan, saya mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi jutaan terima kasih kepada semua pihak Ketua-Ketua Jabatan dan agensi yang terlibat semasa negeri Perlis dilanda ribut baru-baru ini yang mana daripada awal hingga ke akhir mangsa-mangsa ribut dapat dibantu dan juga kepada semua Ketua-Ketua Jabatan dan juga agensi yang turut menjayakan apa-apa saja program dan keperluan di peringkat kawasan iaitu di N11, Pauh. Terima kasih banyak-banyak, terima kasih daun keladi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker , Ahli-Ahli Yang Berhormat serta hadirin yang dihormati sekalian, saya amat bersyukur apabila pendidikan, pembangunan modal insan, kemajuan berteknologi dan berinovasi serta perluasan network yang efisien sentiasa diberi perhatian yang serius oleh semua pihak. Bertepatan dengan hasrat yang dititah oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja bahawa dalam menangani dinamisme globalisasi yang semakin mencabar pembangunan modal insan sewajarnya diberi penekanan dan keutamaan, bersedia menempuh masa depan, pembudayaan pembelajaran teknikal dan berteraskan digital serta bersedia menghadapi cabaran keperluan industri yang pantas berubah tanpa memikirkan jati diri dan rohani. Begitu juga bila mana Yang Berhormat Dr. Menteri Pendidikan Malaysia telah menyatakan pendirian bahawa pendidikan adalah mengatasi dan menjangkaui perbezaan politik dan ideologi dan kepentingan anak bangsa dan rakyat Malaysia. Justeru usaha-usaha yang liable melalui platform-platform yang dinamik untuk perkongsian maklumat mengenai dasar dan program pendidikan terkini di samping usaha-usaha untuk mengukuhkan jalinan strategik antara Kerajaan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia akan membantu meningkatkan accessibility dan kualiti sistem pendidikan negara. Yang Berhormat Dr. Menteri Pendidikan juga menyebar luas bahawa dua isi penting yang akan menjadi fokus utama Kementerian Pendidikan iaitu menjadikan sekolah Kerajaan sebagai sekolah pilihan dan mengembalikan wibawa universiti awam dan pengajian tinggi. Justeru Kementerian Pendidikan telah menetapkan tiga hala tuju utama untuk merealisasikan visi tersebut iaitu pendidikan berteraskan nilai, peningkatan kualiti seluruh sistem dan autonomi dan akauntabiliti untuk sekolah dan universiti. Ini sekolah yang kita maksudkan merangkumi sekolah kerajaan, sekolah bukan kerajaan, sekolah kerajaan negeri dan sekolah rakyat dan universiti pula merangkumi bukan sahaja universiti awam, tetapi juga universiti swasta milik Kerajaan Negeri, Government Link Companies iaitu daripada GLC dan juga syarikat-syarikat swasta. Jadi Yang Berhomrat
Dato’ Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya berharap kita meletakkan titik nokhtah kepada jika masih ada halangan-halangan dan kegusaran sesetengah pihak kepada Wakil Rakyat dan Exco serta pihak-pihak yang ingin membantu mencemerlangkan dan memperkasakan pendidikan, kalau perlu bersama, bekerjasama dan ikhlas menangani pelbagai isu, polimik dan kekeliruan berkaitan pendidikan yang timbul dalam kalangan masyarakat di negeri masing-masing. Yang Berhormat Dr. Menteri Pendidikan dah memberi lampu hijau untuk kita bersama-sama dengan pendidikan di sekolah-sekolah supaya kita dapat memperkasakan lagi pendidikan di semua bidang. Yang Berhormat Menteri juga menyeru semua Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk turut serta bersama-sama membantu menjayakan hala tuju dan visi serta inisiatif KPM dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bersama-sama dalam agenda…
Minta laluan… laluan… boleh ya?...
Ya?...
Laluan… laju sangat… suruh brake sikit… Yang Berhormat telah melontarkan introduksi yang bersifat akademik maka saya nak bertanya sikit berkaitan dengan akademik lah… kerana saya terpanggil untuk bertanya soalan ini… Aaa… Pertukaran Menteri-Menteri Pelajaran ni berlaku agak cepat, dan sepatutnya dia tak… tak seharusnya berlakulah… sebab setiap kali pertukaran berlaku dia berlaku pertukaran dasar, dasar ini pula melibatkan sesuatu yang harus dipandang serius kerana asas pendidikan ini ia dirancang bukan untuk setahun, dua tahun, tiga tahun… dirancangkan untuk masa hadapan… puluhan tahun… kita tak kira lagi kalau Yang Berhormat katakan tadi tentang mutu pendidikan, Yang Berhormat memuji Menteri Pendidikan dengan begitu seolah-olah melakukan yang terbaiklah… dalam bidang pendidikan tapi apa yang saya nampak berlawanan, bertentangan dengan apa yang Yang Berhormat nampak, saya nampak sekarang ini seolah-olah setiap kali Menteri Pendidikan baru dilantik, mereka meletakkan benchmark baru, kadang-kadang diubah sana… diubah sini… saya tak bercakap soal kasut, soal apa… sebab tu Menteri saya kan… saya cakap ni tentang terlampau nak bahawa mereka membuat suatu perubahan besar dalam pendidikan negara tanpa melihat kesan-kesan yang terpaksa ditanggung bukan sahaja bebanan kepada pelajar, bebanan kepada ibu bapa, bebanan kepada ekonomi, bebanan kepada seluruh struktur the designation of perjalanan itu, dengan izin. Jadi apa pandangan Yang Berhormat, adakah ini baik kepada sistem pendidikan negara yang kita kononnya nak bersaing dengan Findland, dengan Singapore, dengan Korea, yang diantara negara-negara top countries dalam bidang pendidikan. Kalau dasar pun ditukar, kalau negara lain dia tak tukar dasar, itu yang dia buat, itu yang diikut, dan akhirnya mereka telah mencapai sasaran yang ditetapkan tapi kita ni akhirnya berbeza kerana menteri-menteri nak tunjuk mereka hebat, mereka tukar, buat benchmark baru, benchmark baru… dasar baru… hala tuju baru… silibus kadang-kadang baru, jadi tak kisah lah maka jadilah mula baru balik, yang lama pun kita baru sekerat jalan macam mana kita nak tahu suksesnya jadi membazir, pembaziran berlaku wang rakyat di sini, jadi apabila Yang Berhormat puji Menteri Pendidikan saya rasa terpanggillah sebab saya pun bekas student. Kadang-kadang pensyarah saya pun dulu dok pakai nota tu daripada abang saya sampai ke saya dia pakai nota tu jugak tak ada pembaharuan, tengok nota-nota fotostat tu sebijik dalam tu, dan dalam diri pensyarah tu pun, cikgu tu pun tak dak inovasi pun dia tak bawa benda baru untuk diketengahkan kepada pelajar. Dalam free discovered… free… mencari apa-apa sesuatu dalam membebaskan fikiran pelajar semua tak berlaku, jadi pandangan saya pada Yang Berhormat, jangan takut nak mengkritik, sekarang ni kerana kita bebas untuk bercakap, jangan puji… puji ni lah yang menyebabkan kita terbalik tau dak, jatuh terduduk, puji, jadi bercakap yang benar pasai padangan Yang Berhormat bersetuju atau tidak dasar-dasar yang dibuat sekarang, Menteri Pendidikan sekarang, adakah ia membawa kebaikan demi menjayakan misi dan wawasan negara, tak jawab nanti saya bangkit sekali lagi.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang… sebenarnya dasar ni… dua kali saya menghadiri mesyuarat Exco telah dipanggil untuk bersama-sama dengan Exco-Exco daripada Kerajaan, jadi kita dapati memang saya pun dapati dasar-dasar ini dalam pembentukan dasar-dasar baru dan yang saya sebutkan tadi bukan saya sekadar memuji, saya cuma menyuarakan bahawasanya penglibatan kita sekarang ini dialu-alukan untuk ke institusi-institusi yang mana saya memperjuangkan kawan-kawan Wakil Rakyat dan juga Exco supaya kami dapat sama-sama dengan sekolah-sekolah, institusi untuk memperkasakan lagi akan kecemerlangan akademik dan juga pelbagai bidang yang ada dengan bantuan Wakil-Wakil Rakyat, Exco yang terlibat, yang diberi apa?... yang diberi kepercayaan untuk main peranan di peringkat masing-masing, itu yang saya suarakan tadi saya mengemukakan semula bahawasanya terdapat peluang-peluang bahawa Menteri telah memberi jalan kepada kami untuk bersama-sama dengan pendidik di sekolah. Jadi tentang dasar memang kalau mana-mana program, apa saja misi dan visi dia mesti melalui penganjuran lebih kurang 5 tahun, tetapi bila ada perubahan dasar Kerajaan ni kita terpaksa akurlah dengan Menteri yang dilantik dan sekiranya terdapat memang kita lihat kalau tiada lagi kemajuan yang dibawa, saya rasa di peringkat semua peringkat pun mestilah menyuarakan perkara yang sama dan juga di peringkat mesyuarat Exco pun akan menyuarakan perkara yang sama…
Mohon laluan Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya tanya pandangan YB lah dalam… saya pun setuju juga dengan sahabat daripada Tambun Tulang ni, apa pandangan YB tentang Yang Berhormat Menteri Pelajaran selalu ‘u-turn’ dalam buat satu-satu keputusan.
Yang Berhormat Guar Sanji, saya rasa itu sikap… eh Sanglang… ampun… itu adalah sikaplah yang mana kalau kita sendiri dapat buat melihat bahawa ianya tidak mencapai merit, itu kalau saya di peringkat Exco pun kadang-kadang kita melihat apa yang dibawa pembaharuan kita kadang-kadang kita lihat perkara yang lama diberi nafas baru diberikan nama baru sedangkan dia telahpun dilangsungkan dengan jayanya, jadi pada saya, saya tak mampulah untuk berkata apa, tepuk dada tanyalah minda, kita hanya mampu menilai… itu yang kita ada sekarang.
Mohon laluan, jadi ulasan Yang Berhormat, YAB Bintong dia nak tengok barisan Exco dia ni ada creativity thinking sikit, sebab tu kita tanya yang ilmiah, kalau kita tengok sekarang ni nak bincang tentang masalah dalam negeri macam tak dak apa nak sembang pun… jadi sidang ni kita rubber stamp balik cop Speaker tangguh Dewan kita balik lah… kesian Jabatan Kerajaan dok tunggu lama-lama di sini buat apa… jadi jika tak dak yang berkaitan dengan kes… problem solving, penyelesaikan masalah, kita cari yang ilmiah… berbahas tentang fakta, jadi ini orang kata creativity thinking yang kena ada pada barisan Exco semua. Hari ni kita bincang pasai ni… Ini bermakna dengan ulasan Yang Berhormat makna sistem pendidikan yang lama ni macam YB LA, YB SS semua ni, itu yang lebih berkesan… mendidik mereka sampai berada di posisi yang mereka berada sekarang. Jadi hak baru-baru ni… yang mendidik anak-anak kini bermakna kata gagal lah kali ni kalau ikut Yang Berhormat… saya pun bersetuju kalau itu, jadi nak re-branding, re… apa sekali pun, jangan menyusahkan ibu bapa, cuma tukar nama macam Yang Berhormat kata tukar baju, orang sekarang bila ada mesyuarat Exco Pendidikan di peringkat federal walaupun pembangkang di peringkat negeri mereka juga dipanggil, bagi pandangan… jangan takut, sebab asas orang-orang yang akademik ni dia bukan diasas profesor, master, bachelor apa… dak… Menteri Pendidikan sekarang dia test dia percaya kalau professor tu mesti boleh menyelesaikan masalah walaupun dalam bidang construction, pergi-pergi letak… tak boleh buat, gagal… failure… try and error lagi berlaku… bukan berdasarkan kepada profesor, doktor, madya… apa lagi… panjang sampai tiga batu tu… dak… yang berasaskan ada yang dapat daripada akademik, ada yang dapat daripada pengalaman, kadang-kadang orang yang dapat… orang yang mengaji setakat SPM tetapi pengalaman dia luar biasa, dia much better than PHD yang berjela-jela tu… ah… itu yang kita nak sukat, dalam sistem pendidikan kita sekarang, untuk melahirkan insan kamil, insan…
Yang Berhormat Tambun Tulang, agak-agak Yang Berhormat ada reshuffle cabinet dak? Agak-agak…
Saya Yang Berhormat, kalau ada reshuffle tak boleh jadi… saya dah kata dua tahun saja lagi… tak boleh dah… saya tak dak… tak dak… dreams upon that saya cuma nak tanya sebab dia Exco Pendidikan Dato’ Speaker, Exco Pendidikan dia kena menguasai semua ni bukan setakat hanya baca teks, tak payah, tadi malam tadi taip tok tek… tok tek... nu adik-adik tingkatan 6 nak tengok Exco Pendidikan, bekas guru, bekas Pegawai Pendidikan harus hebat dia… menguasai… be knowledgeable person… teguran saya ni ikhlas, macam abang kepada adik-adik… tau dak… nak bagi semua sukses… jangan kita nampak, Dato’ Speaker kata tadi, dia nak pembaharuan di dalam Dewan yang mulia ini, maka dia bersetuju dengan apa yang saya sarankan pada hari ini, apa pandangan Yang Berhormat? Sorry ya.
Tak pa saya sambut baik, itu saranan dan cabaran untuk kami insya-Allah. Kalau masa ada, kalau peluang masih ada kami akan mengubah hingga kita menjadi satu… apa… Exco yang sentiasa menjunjung apa saja saranan yang dikemukakan terutamanya saya akan berhati-hatilah dengan Yang Berhormat Tambun Tulang, terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang… dan saya sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih lah kepada Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Yang Berhormat Dato’ Seri Azlan Man dan juga atas kerjasama Yang Berhormat Tuan Nasaruddin, Pegawai Kewangan Negeri, serta semua yang terlibat dan percaya kepada pandangan atas portfolio saya dalam melaksanakan beberapa program yang telah pun diberi atau pun direalisasikan menerusi inisiatif budget 2019 baru-baru ini.
Dak sebelum Yang Berhormat duduk ada satu benda yang saya nak… sebelum saya terlupa… saya minta Yang Berhormat, kita nak buat pembaharuan dalam sistem kita, kita pun dah melihat ada pembaharuan yang sebenarnya kalau kita nak bawa kebaikan, contohnya macam salutation ni… kita ni panjang-panjang sangat Yang Berhormat, kalau di negara lain kita tak dak panjang sampai apa… dia punya introduksi tu sampai… tu dia… kalau dalam kadang-kadang sampai satu page… dua page… nak kena sebut nu sampai Pengarah Kiri, Pengarah Kanan… apa semua nu… boleh tak kita pendekkan sikit, ada sikit saja, contohnya kalau sebut nama jabatan dah mewakili ketua dan kakitangannya, kita cuba buat pembaharuan ini dari segi tu… jadi maka tak timbul lah kerugian masa tu jika content of speech tu… isi kandungan ucapan tu yang patut dinikmati yang perlu didengar oleh audience dan sebagainya. Terima kasih Dato’…
Saya ingat Yang Berhormat Tambun Tulang, orang Melayu kita ataupun orang Malaysia ni mudah kecik hati kalau tak sebut kan… dan itu mengambil masa untuk ubahkan amalan, dipersilakan Yang Berhormat… sambung…
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, program-program yang dilaksanakan merentas portfolio iaitu melibatkan kerjasama daripada Jabatan Pendidikan, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri, Universiti Malaysia Perlis, Pertubuhan Gerakan Belia 4B Negeri dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan beberapa program di sepanjang tahun atas Bajet Inisiatif 2019 Kerajaan Negeri. Program pertama yang dilangsungkan iaitu program kecemerlangan SPM 2019 di Perbadanan Perpustakaan Awam telah pun dilangsungkan untuk sesi yang pertama dan akan dilaksanakan bagi sesi yang kedua iaitu kem motivasi SPM 2019 pada 10 April lalu dan Kem Teknik Menjawab Soalan SPM yang akan dilangsungkan pada September nanti dan sasaran ini telah menambah baik jumlah pelajar yang layak mendapat sijil SPM 2019 dan untuk visinya adalah untuk menambahbaik penyampaian peratus lulus. Pelajar terdiri daripada mereka yang berpotensi lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan juga Sejarah. Ada nak tanya YB?
Ada… ada… terima kasih Dato’ Speaker… memang ada nak tanya…
Ini cara menegur atau cara mengusik?
Yang Berhormat Dato’ Speaker… la ni satu soalan
Dak… dak… penambahbaikan dalam kedudukan dalam pentadbiran negara. Cara Yang Berhormat Pauh sampaikan tadi saya nampak cara macam dok jet bos banyak sangat… inilah punca Barisan Nasional kalah dalam Pilihanraya Ke Empat Belas dulu bila bos….
Itu menunjukkan Kerajaan Negeri juga dalam kekangan yang ada dia…
Sebab itulah… saya tau sebab YB Bintong dia senior saya sekolah, dia bukan mau dengar the fact, fakta itu… hak cerita bodek ni cerita reka-reka ni tak mau fakta dan kebenaran, dia di antara punca Barisan Nasional kalah… sebab dua hari sebelum pilihanraya umum kita dah tegur dah dekat big bos kita…
Yang Berhormat Dato’, Yang Berhormat Tambun tulang pun daripada BN kan?
Telus… kita habaq dekat dia sampai ke Johor, dia tak mau percaya kita sebab kita ni bukan orang, kononnya pada dia, different class lah… jadi itulah, bagi fakta dekat Yang Berhormat Bintong, bagi fakta yang benar, cerita biar betul walaupun pahit…
La ni saya dok cerita la ni… cerita apa yang diberi melalui Bajet yang Yang Berhormat Dato’ Seri bagi…
Lenggok Yang Berhormat Pauh tadi, lenggok bodek sahaja… lenggok bodek tu saya tak mau ada… saya telinga saya tak berapa syok…
Itu persepsi, sebab itulah BN kalah… na… sebab persepsi… Yang Berhormat Tambun Tulang, izinkan saya sambung lah… saya pun tak dak banyak masa…
Saya tak mau komunikasi break down… saya pakar komunikasi… bagi Yang Berhormat nak cakap, cakap…
Sit down please, Sir… Ok seterusnya kita telah pun melaksanakan program Wheel of English di 8 buah perpustakaan desa seluruh Negeri Perlis, jadi semua institusi pendidikan kita libatkan dalam program Wheel of English yang mana telah pun menetapkan jumlah RM5,000 yang melibatkan hampir 8 sekarang kita laksanakan hampir 8 perpustakaan desa yang mana ia disambut baik oleh guru-guru yang mengambil bahagian yang merupakan satu team untuk melaksanakan program ini secara fun learning. Kita mengubah corak pembelajaran dan bukan hanya menitik beratkan kepada akademik semata-mata yang mana sekarang ini kita mengutamakan holistik dalam pendidikan. Seterusnya kita sedang melaksanakan tutorial di masjid, disepanjang tahun 2019 ini di mana di 6 masjid di seluruh negeri Perlis yang masing-masing dua masjid di setiap parlimen di mana tempoh sebelum peperiksaan untuk pelajar-pelajar UPSR, PT3 dan juga SPM. Bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains… dan ini diambil inisiatif oleh NGO iaitu gerakan Belia 4B Negeri Perlis dan juga dengan kerjasama MAIPs, JAIPs, Perpustakaan dan MPKK JPN dan semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan program tutorial di masjid yang mana ia merupakan satu program untuk mengimbangi kecemerlangan akademik dan rohani kerana di samping belajar, pelajar yang lebih kurang kita kumpulkan 300 pelajar dalam satu-satu masjid ada mencapai 100 pelajar dan mereka ingin mengimarahkan masjid menunaikan solat zohor dan asar sebelum dan selepas belajar pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Jadi Tuan-Tuan… Puan-Puan boleh lah pergi melihat di enam masjid ni iaitu di masjid Jamek Beseri, Masjid Nurul Huda Chuping, Masjid Al Ghuffran, Masjid Alwi, Masjid Negeri Arau dan Masjid Al Hidayah Titi Beratap. Melihat senario pembelajaran pelajar-pelajar di dalam masjid, kita mendapat barakah, insya-Allah pelajar-pelajar ini boleh mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan SPM, UPSR dan juga PT3 yang akan mereka lalui. Dan juga yang terakhir ialah program Summer Camp di UniMAP iaitu, dalam program ini kita mengutamakan kejuruteraan, dengan tajuk program ini Menjana Jurutera Glokal. Jadi yang melibatkan lebih kurang 320 pelajar daripada tingkatan 4 yang akan dilangsungkan pada bulan November 2019 nanti yang akan di incharge oleh Dr. Anum dan dalam program ini pelajar akan diberi pendedahan tentang kejuruteraan sehingga mereka boleh mencipta robot untuk program-program sepanjang mereka ber camping di UniMAP. Jadi itulah harapan saya Yang Berhormat, kita sebenarnya mampu untuk pergi lebih jauh, supaya apa yang kita hasratkan dalam pendidikan ini tanpa kita berganjak ke belakang dan melihat apa masalah atau pun isu yang timbul.
Dan soalan tambahan, sedikit sahaja… saya nak tanya Yang Berhormat, UniMAP ni dia dalam ranking dunia dia yang nombor berapa? Saya cuma nak tahu untuk pengetahuna diri saya… nombor berapa dia?
Tidak ada dalam pengetahuan saya Yang Berhormat…
Jadi Exco Pendidikan macam mana yang ni pun tak tau… kena tau la... UniMAP dari negeri… universiti dalam negeri kita ni… saya tak tau… saya nak tanya Yang Berhormat… dalam Asia nombor berapa? Dalam dunia nombor berapa? Cari… lepas tu jawab balik… terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, saya akan bagi jawapan ni sebentar nanti, saya akan cuba locate dalam Google.
Dan bagi menjawab soalan YB Tuan Mohd Ridzuan dari ADUN Guar Sanji dan ia berserta sekali dengan soalan lisan nombor 17, berdasarkan kepada data daripada Jabatan Statistik Malaysia, kadar pengangguran di negeri ini ialah sebanyak 3.5 peratus iaitu di peringkat nasional 3.3 peratus pada suku tahun keempat tahun 2018. Walau pun perbezaan pada kadar hanya 0.2 peratus sahaja, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha menyediakan peluang pekerjaan dan menyediakan rakyat untuk menceburi bidang pekerjaan. Isu pengangguran merupakan salah satu daripada fokus utama Kerajaan Negeri dalam memastikan pembangunan sosio ekonomi negeri adalah selari dengan pembangunan fizikal dalam mencapai wawasan Perlis Negeri Bandaraya 2030.
Untuk jangka masa panjang, Kerajaan Negeri sedang berusaha menyediakan infrastruktur kawasan industri seperti CVIA yang mana apabila siap kelak dapat membawa masuk pelabur seterusnya menawarkan pekerjaan kepada rakyat negeri ini dan selain itu, pembangunan Jeti Bersepadu Sanglang, Perlis Inland Port serta pembangunan bercampur di Kangar dan Kuala Perlis juga akan memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat khususnya belia di negeri ini dan peluang perkerjaan di sektor swasta adalah lebih luas dan graduan atau belia menganggur tidak boleh bergantung harap kepada peluang pekerjaan di sektor awam sahaja.
Dari semasa ke semasa, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan atau Agensi Negeri serta Persekutuan akan terus berusaha untuk menyediakan masyarakat di negeri ini untuk menceburi bidang kerjaya melalui latihan kemahiran dan bantuan skim keusahawanan seperti yang telah pun ditetapkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, minta laluan… saya nak tanya Yang Berhormat sebab saya terbaca dalam media sosial ni ada kemungkinan kalau Yang Berhormat tak taulah kalau Yang Berhormat pi dok mesyuarat di peringkat Kementerian kemungkinan ada pertukaran buku Sejarah Tingkatan 5 dan juga penutupan 20 IPG daripada 26 semuanya akan berlaku, saya minta penjelasan Yang Berhormat…
Penggubalan semula Yang Berhormat Sanglang, penggubalan semula buku Sejarah tu masih lagi dalam… apa… usaha-usaha atau pun sama ada maknanya masih belum diberi kata putus apakah ianya akan dibentuk jawatankuasa untuk melaksanakan penggubalan dalam isi kandungan subjek Sejarah tersebut dan IPG lebih kurang 20 IPG tu akan diguna pakai semula mungkin untuk latihan-latihan perguruan dan juga dalam… maknanya dalam IPG tu bukannya kosong, dia akan diisi oleh program-program yang berunsurkan pendidikan oleh Kementerian.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya yakin dan percaya dengan kebolehan dan speciality yang dimiliki dapat melonjak negeri Perlis walau kecil tetapi kecil-kecil cili padi, tetap bersemangat untuk berada sebaris dengan negeri-negeri lain yang maju dan saya mengharapkan titik tolak daripada hari ini dan di masa-masa yang akan datang, kita tidak akan ketinggalan dan semua pihak akan mengambil bahagian untuk kita menjayakan negeri Perlis negeri Bandaraya 2030 dan saya rasa itu sahaja daripada saya, banyak keluk ke penarik, keluk tumbuh pohon kuini, nan elok bawa lah balik, nan tak elok Yang Berhormat Tambun Tulang tinggalkan sahaja di sini. Sekian, wabillahitaufik wal hidayah wassalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Boleh tanya dak lagi… habis dah?
Nak tanya tak boleh tapi…
Yang Berhormat sat… nak jawab yang tadi… di Malaysia UniMAP berada di ranking yang ke 13, di Asia yang ke 203 dan di peringkat dunia dalam 701 hingga 750. Sekian, wassalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ok YB Tambun Tulang… ada nak balas pantun ka? Dipersilakan Yang Berhormat Beseri.
Bismillahirahmanirahim… alhamdulillah… Raja Berdaulat Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera Perlis Maju. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Wakil-Wakil Jabatan dan seterusnya Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dirahmati termasuk pelajar-pelajar daripada KUIPs dan Sekolah Menengah Tengku Suleiman, Beseri Perlis. Menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sempena Perasmian Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Ke Empat Belas. Semoga dengan titah ucapan Duli
Tuanku, Negeri Perlis akan memacu ke arah yang lebih maju, sejahtera, makmur dan diberkati. Kita bersyukkur kerana Allah SWT menganugerahkan kesihatan yang baik kepada Duli Tuanku kerana dapat melaksanakan amanah menaungi negeri ini.
Saya nak respon soalan tambahan daripada Yang Berhormat Sena iaitu strategi penambahbaikan Kerajaan Negeri dalam sistem amaran bencana. Sistem amaran bencana adalah dikelolakan oleh Jabatan Meterologi Malaysia. APM selaku sekretariat sentiasa memantau amaran-amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meterologi Malaysia. Melalui satu maklumbalas daripada Jabatan Meterologi kepada APM, penambahbaikan sistem amaran bencana, beberapa siri penambahbaikan akan dilakukan oleh Jabatan Meterologi Malaysia dalam usaha meningkatkan kejituan ramalan cuaca iaitu seperti berikut, yang pertama penambahbaikan model ramalan numerical, NWP dan penyebaran, yang kedua peningkatan radar Intergrated Nowcasting System, yang ketiga penambahbaikan Meridional and Easterly Surge Index untuk pengesanan Luruan Monsun dan yang keempat penambahan stesen pemantauan cuaca automatik atau AWS di Kuala Perlis yang mana pada masa sekarang, terdapat 2 sahaja stesen AWS di Perlis iaitu di Taman Negeri Wang Kelian dan di Veterinar Padang Besar.
Selain itu, pihak Jabatan Meterologi juga sentiasa mengemaskini SOP Pengeluaran Amaran Awal Cuaca buruk serta mengadakan program-program kesedaran awal mengenai risiko bencana akibat cuaca buruk.
Seterusnya respon soalan tambahan daripada Yang Berhormat Sena, mengapakah masih ada kes yang membuat aduan bencana ribut di Pejabat Dewan Undangan Negeri walaupun laporan polis telah di majukan ke Pejabat JKM. Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah antara agensi pemberi bantuan yang terlibat dalam menyalurkan bantuan pemulihan kepada mangsa bencana termasuk kejadian ribut yang berlaku di seluruh negeri Perlis pada 8 Ogos 2019 yang lalu. Selain itu JKM, antara agensi yang turut terlibat adalah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, dan Angkatan Pertahanan Awam Negeri Perlis ataupun APM yang turut sama menyalurkan bantuan pemulihan kepada mangsa bencana. Ekoran bencana ribut yang berlaku pada 4 Ogos lalu, JKM telah menyenaraikan sejumlah 845 orang ataupun rumah yang layak menerima bantuan dan senarai tersebut telah dimajukan juga kepada MAIPs dan APM Perlis menerusi fasa pertama. Fasa kedua yang mula dibuka pada 15 Ogos telah mencatat jumlah kes sebanyak 250 orang ataupun rumah, namun begitu sehingga kini JKM masih menerima laporan daripada mangsa yang memohon bantuan pemulihan dan Jabatan ini untuk dimasukkan ke dalam Fasa ketiga, antara syarat yang perlu dipatuhi oleh mangsa adalah mengemukakan salinan laporan polis bagi tujuan pengesahan. Mangsa juga turut mengharapkan bantuan dari lain-lain agensi bagi menampung perbelanjaan baik pulih namun begitu JKM memohon kerjasama daripada Pejabat DUN, Ahli Parlimen dan MPKK agar memaklumkan kepada Jabatan jika masih ada kes yang belum berdaftar dengan JKM dan bersedia untuk membuat semakan dengan Pejabat ADUN, Parlimen dan MPKK bagi mengelakkan dari berlakunya kes keciciran.
Respon daripada Yang Berhormat Sena berhubung jumlah pelajar KUIPs dan apakah langkah yang diambil oleh KUIPs dalam usaha menaik taraf kepada universiti penuh. Kelmarin Yang Berhormat bertanya soalan dan saya memberi jawapan secara anggaran sahaja, dan pada hari ini saya dapat laporan yang terbaharu, untuk makluman Yang Berhormat di KUIPs ada seramai 720 pelajar yang aktif. 660 pelajar tempatan dan 61 pelajar luar negara, jumlah keseluruhan adalah 1,262 iaitu termasuk yang telah graduated iaitu sebanyak 542 orang telah menyelesaikan pengajian. Berhubung dengan usaha menaik taraf kepada universiti penuh, soalan pertama telah saya bagitau iaitu penambahan kursus iaitu Sarjana dan PhD dan yang kedua penambahan adalah jumlah kakitangan akademik yang mempunyai PhD telah diusahakan dan yang ketiga, pembinaan kampus tetap yang bakal dilaksanakan di Guar Jentik, Beseri.
Response kepada soalan Yang Berhormat Sanglang, peruntukan bencana alam, Kerajaan Negeri perlu salurkan duit bencana kepada Wakil Rakyat untuk mudahkan saluran kepada rakyat, untuk makluman Yang Berhormat, pengurusan bencana di negeri Perlis adalah berdasarkan serta mekanisme pengurusan dan arahan MKN Nombor 20 ataupun Majlis Keselamatan Negara Nombor 20. Selain daripada itu, peruntukan bencana alam akan disalurkan terus bantuan wang ehsan dan pembaikan fizikal kepada mangsa-mangsa berdasarkan kepada pengesahan serta nilaian kerosakan daripada agensi/jabatan yang bertanggungjawab.
Laluan Dato’ Speaker, MKN nombor 20 tu dia kata apa?
Tak dak dekat saya, cuma mana yang terlibat dengan apa ni… bencana ni termasuk di bawah MKN 20 lah, dia kalau MKN 21 dia lain pulak, itu yang saya tau pun…
Berhubung respon berhubung Yang Berhormat Sanglang berkenaan dengan Dr. Zakir Naik, Kerajaan Negeri sebenarnya tiada halangan dan menyokong setiap program Dr. Zakir Naik di negeri Perlis, cuma kita terpaksa akur dengan kehendak PDRM yang tidak membenarkan Dr. Zakir Naik untuk menyampaikan ceramah di program Revert Camp yang telah berlangsung di masjid Al Hussin Kuala Perlis baru-baru ini. Dr. Zakir Naik seorang tokoh Islam yang luar biasa…
Minta laluan sikit Dato’ Speaker, saya nak tanya YB Exco Agama, di antara kuasa Raja sebagai Ketua Agama Negeri dengan kuasa PDRM yang mana boleh?...
Saya ingat soalan tu Yang Berhormat pun tau lah… cuma nak tanya balik saja kan… saya ingat tak payah jawab lah yang tu… saya ingat dah PDRM tak bagi buat, terpaksa akur lah… faham no…
Tak faham…
Saya ingat Yang Berhormat buat-buat tak faham… Dr. Zakir Naik seorang tokoh Islam yang luar biasa, kebolehan beliau berdakwah dengan mempunyai ingatan yang hebat dan mempunyai kemahiran ilmu agama Al-Quran, ilmu Hadith, ilmu saintifik dan ilmu logik. Beliau juga mempunyai kefahaman yang mendalam berkaitan dengan ilmu yang berkaitan dengan kitab Injil, Taurat dan Mahabrata dan kita berharap bahawa Perdana Menteri membuat keputusan yang berhemah dan bijaksana dengan tidak menghantar balik Dr. Zakir Naik ke negara asalnya dan kita serahkanlah kepada kebijaksanaan pihak PDRM yang dalam menjalankan siasatan berhubung ratusan laporan polis yang telah dibuat berkaitan dengan Dr. Zakir Naik yang menyentuh sensitiviti kaum-kaum yang tertentu di negara ini dan kita berdoa semoga Allah melindungi Dr. Zakir Naik.
Respon Yang Berhormat Sanglang berhubung kebenaran ahli politik untuk berucap di dalam masjid. Masjid merupakan tempat ibadah umat Islam yang harus menjalankan 2 fungsi dan peranannya yang utama iaitu, masjid merupakan Pusat Perhimpunan Manusia dan yang kedua, masjid juga merupakan Pusat Penyatuan Jiwa. Menyedari peranan masjid yang begitu besar dalam menyangga agenda penyatuan ummah, masjid dilihat sebagai sebuah tempat yang bebas daripada politik kepartian yang boleh mengundang kepada perpecahan dan perbalahan yang tidak berkesudahan. Masjid harus menjadi tempat yang damai, menenangkan dan menggamit jiwa para pengabdi dan hamba Allah.
Atas maksud itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menjunjung Titah 7 Amanat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis yang telah dizahirkan ketika Program Multaqa Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 20 April 2017 bersamaan 23 Rejab 1438 Hijrah seperti dalam Amanat Kelimat yang berbunyi, ‘Politik kepartian yang memecah belahkan rakyat hendaklah tidak dibawa ke dalam masjid dan pentadbiran agama. Masjid dan institusi agama hendaklah bebas daripada politik kepartian yang memecah belahkan umat Islam. Politik kepartian sering merosakkan umat Islam’. Demikian juga seperti Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam Amat Keenam yang berbunyi, ‘para pendakwah di dalam negeri Perlis hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dengan politik kepartian dalam pengajaran mereka. Ini kerana penglibatan mereka akan menyebabkan penyampaian mereka akan bersifat berat sebelah ataupun tidak jelas’.
Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis turut mengambil keputusan agar sebarang program bersifat politik kepartian hendaklah tidak dilaksanakan dalam premis dan kawasan masjid. Selain itu, individu yang berkaitan dengan kepartian hendaklah merujuk kepada pihak MAIPs sekiranya berkeperluan melaksanakan program atau berucap di masjid. Jadi Yang Berhormat Sanglang, jika ada ataupun bukti dan sebelum ini ketika Yang Berhormat menyatakan pihak Yadim mengadakan ceramah menghentam UMNO dan PAS di masjid, jadi kita perlukan bukti dan kita nak tengok laporan daripada Yang Berhormat dan laporkanlah kepada pihak negeri sama ada MAIPs atau pun JAIPs.
Respon kepada soalan tambahan Yang Berhormat Guar Sanji, apakah tindakan pemimpin Islam negeri untuk mengatasi isu-isu sensitiviti agama di Perlis. Islam adalah satu agama yang mementingkan keamanan dan kesejahteraan bagi penganutnya serta melarang keras apa-apa tindakan yang buruk serta menindas mana-mana fahaman agama lain. Di Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui agensi dan NGO dibawah naungannya iaitu One Centre Malaysia telah menggerakkan pelbagai aktiviti mempromosikan keharmonian Islam seperti Dialog Antara Agama, Program Lawatan Muhibbah ke Rumah Ibadat Bukan Islam, Program Open Mosque iaitu masjid dibuka untuk lawatan bagi non-muslim serta taklimat ringkas mengenai ibadat umat Islam. Selain itu, umat Islam di negeri ini juga, khususnya melalui medium khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti Perlis seringkali mengingatkan umat Islam untuk mempromosikan keindahan Islam, cintakan keamanan serta menghindari daripada perkara-perkara yang boleh menggugat kesejahteraan dan kedamaian yang merupakan suatu nikmat Allah yang perlu dipertahankan setiap masa oleh umat Islam.
Seterusnya respon Yang Berhormat Guar Sanji soalan tambahan mengapakah bancian taksiran kerosakan akibat bencana ribut yang dibuat oleh Jabatan tidak selaras dengan kerosakan yang sebenar yang dialami oleh mangsa. Jabatan Kebajikan Masyarakat menerima lebih 1,000 laporan berkaitan kerosakan rumah kediaman yang telah terlibat dalam kejadian ribut pada 08 Ogos 2019, setiap laporan akan dibuat siasatan dan penilaian bagi mengenalpasti rumah, kerosakan sebenar tanpa berpandu kepada laporan polis semata-mata yang dibuat oleh mangsa. Ini adalah disebabkan JKM hanya membuat taksiran berdasarkan kerosakan pada struktur rumah yang didiami sahaja yang mana akan menjejaskan kehidupan mangsa dan keluarga. Setiap siasatan yang dibuat adalah melalui perhatian atau merujuk kepada harga barang semasa mengikut harga pasaran. Pegawai penyiasat JKM juga akan turut berbincang dengan mangsa bagi mengesahkan kerosakan yang dialami dan menjelaskan ketetapan bantuan yang akan diberikan oleh pihak Jabatan kepada mangsa di mana bantuan yang diberikan kelak adalah sebagai menampung kos pembaikan dan bukan sebagai gantirugi. Walaupun begitu pegawai penyiasat adalah tertakluk kepada garis panduan dan kertas dasar pemberian bantuan bencana di mana telah mendapat persetujuan dengan Kerajaan Negeri. Selain itu JKM juga telah mencapai kata sepakat dan persefahaman dengan MAIPs berkaitan bentuk dan kadar bantuan yang akan diuruskan dengan mengambil kira JKM akan hanya membayar kos untuk pembelian barang sahaja dan penilaiannya manakala MAIPs pula menampung kos-kos lain termasuk upah dan kerja-kerja pembaikan.
Respon soalan Yang Berhormat Guar Sanji, bilangan rumah bantuan MAIPs kepada kariah. Untuk makluman Dewan yang mulia, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, MAIPs sentiasa komited dalam melaksanakan agihan sumbangan zakat kepada warga asnaf yang memerlukan, MAIPs sentiasa terbuka dalam menerima pandangan dan saranan daripada pelbagai pihak untuk meningkatkan lagi perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan. MAIPs telah memberikan fokus dan perhatian kepada bantuan perumahan di bawah Skim Bantuan Pinjaman MAIPs Peduli kepada warga asnaf negeri Perlis. Untuk rekod, MAIPs telah mengagihkan agihan sumbangan sebanyak 2,750 buah rumah sama ada baik pulih atau bantuan sebuah rumah dari tahun 2013 hingga tahun 2018 seperti berikut, tahun 2018, 325 rumah berjumlah RM6,929,946, tahun 2017, 255 rumah berjumlah RM6,929,946, pada tahun 2016, 340 rumah berjumlah RM8,527,423, tahun 2019… tahun 2015, 517 rumah berjumlah RM10,346,693, pada tahun 2014, 588 buah rumah berjumlah RM10,437,662 dan pada tahun 2013, 725 rumah berjumlah RM10,797,311. Untuk makluman Dewan yang mulia ke arah memantapkan lagi bantuan rumah kepada warga asnaf, untuk tahun 2019, MAIPs telah memperuntukkan kuota sebanyak 824 buah rumah yang merangkumi 8 buah rumah bantuan kepada 103 kariah di seluruh negeri Perlis seperti pecahan berikut, sebuah rumah bagi bina baru kediaman bernilai RM46,000, dua buah bantuan baikpulih major sehingga RM28,000 dan 5 buah rumah bagi bantuan baikpulih mikro di bawah RM5,000. Jadi cadangan Yang Berhormat Guar Sanji bantuan sebuah kepada dua buah adalah satu cadangan yang baik, insya-Allah pihak MAIPs akan mengambil maklum akan cadangan Yang Berhormat.
Respon soalan tambahan Yang Berhormat Guar Sanji isu kecekapan pengurusan masjid, perlantikan Jawatankuasa Masjid. Untuk makluman Yang Berhormat berhubung persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat penamatan perkhidmatan pegawai masjid, marilah sama-sama kita menghayati firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 59 yang bermaksud, ‘Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatilah kamu kepada Rasulullah S.A.W. dan kepada Ulil Amri, (orang yang berkuasa daripada kalangan kamu)’.
Seterusnya marilah kita menginsafi sabda Rasulullah S.A.W. dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud, menjadi kewajipan ke atas setiap muslim untuk dengar dan taat sama ada dalam perkara yang kamu suka ataupun benci selama ia tidak diperintahkan untuk melakukan maksiat’.
Oleh yang demikian, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sebagai Ulil Amri yang bertindak selaku Ketua Agama Islam telah menzahirkan rasa dukacita baginda apabila masih terdapat segelintir masjid di negeri Perlis yang engkar dan tidak mematuhi peraturan serta arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis. Dalam titah baginda bersempena perasmian Masjid Al Ghufran Batu 2 Lama pada 25 Julai 2018 ini, baginda menegaskan juga bahawa keadaan ini tidak sepatutnya berlaku di negeri Perlis yang berpegang kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah tanpa terikat dengan mana-mana mazhab Fiqh.
Bagi menunaikan hasrat tersebut, agensi-agensi di bawah MAIPs telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan fungsi dan peranan yang sewajarnya. Antara langkah tersebut termasuklah membuat perlantikan Imam-Imam baharu dan juga Jawatankuasa baru diseluruh negeri Perlis yang dijalankan secara berperingkat. Tujuan di sebalik proses ini adalah bagi memberi suntikan nafas baharu bagi mencapai objektif yang ditetapkan oleh MAIPs.
Kepada seluruh lapisan masyarakat negeri Perlis, khasnya anak kariah, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis sebagai Yang Di Pertua MAIPs telah menzahirkan titah nasihat dalam warkah baginda bertarikh 04 Julai 2019, ‘Justeru itu, terimalah keputusan yang telah dibuat oleh pihak MAIPs dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Sebarang tindakan yang boleh menimbulkan salah sangka terhadap keputusan MAIPs ini hendaklah dielakkan kerana tiada siapa yang akan mendapat manfaat daripada usaha-usaha seperti itu.’
Warkah baginda ini bertepatan dengan satu kaedah usul fiqh yang menetapkan ‘keputusan pemerintah pemutus akhir kepada sesuatu khilaf’. Maka dengan ini, seluruh rakyat negeri Perlis khususnya ahli Dewan ini digesa untuk mengambil pedoman terhadap apa yang telah dititahkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis bagi maju ke hadapan dalam memakmurkan masjid di negeri Perlis.
Dan yang terakhir, respon untuk Yang Berhormat Tambun Tulang apakah kursus di KUIPs telah diiktiraf atau dalam proses pengiktirafan MQA. Apakah kursus yang ditawarkan oleh KUIPs tetapi belum mendapat pengiktirafan MQA. Untuk makluman
Yang Berhormat di KUIPs ada 16 kursus yang telah ditawarkan iaitu asasi, diploma dan ijazah sarjana muda. Ada 9, semua itu mendapat MQA dan 9 mendapat akreditasi penuh dan 7 mendapat akreditasi sementara. Dengan maklumat yang telah diberikan kita berharap para pelajar tempatan dan graduan Perlis dari luar negara akan memberi sokongan kepada KUIPs. KUIPs sentiasa komited dan melakukan 7 lagi program baharu dan dalam proses permohonan daripada pihak MQA bagi menyuburkan lagi budaya ilmu di negeri Perlis tercinta. Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat, kepada pihak Kerajaan, dan Yang Berhormat-Yang Berhormat yang mengajukan soalan serta Ketua-Ketua Jabatan, wakil-wakil Jabatan, badan-badan berkanun, rakan-rakan media, para pegawai, kakitangan serta petugas Dewan yang mana turut sama memberi input dan maklumat, apa yang kita lakukan adalah proses tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita dalam tadbir negeri Perlis yang kita cintai ini untuk menjaga kepentingan dan manafaat seluruh rakyat negeri Perlis. Akhir kata saya menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Sekian, wassalamu`alaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Dipersilakan Yang Berhormat Kayang.
Bismillahirahmanirrahim… Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera… Yang Berhormat Dato’ Speaker dan semua Ahli Yang Berhormat. Saya mengambil kesempatan ini untuk turut sama dengan… untuk mengalu-alukan kehadiran pelajar dan pensyarah daripada KUIPs dan para pelajar daripada Sekolah Menengah Tengku Suleiman yang turut hadir dalam sidang DUN kita pada kali ini sebagai pemerhati. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada semua Ketua-Ketua Jabatan, terutamanya di bawah portfolio saya yang sangat-sangat membantu dan memberi bekerjasama erat sepanjang tempoh ini yang mana ada di antaranya telah berjaya membantu menyelesaikan masalah dan berjaya meningkatkan tahap perkhidmatan kepada rakyat, semoga kerjasama inilah dapat diteruskan bagi kebaikan rakyat Perlis keseluruhannya. Saya juga menjunjung setinggi-tinggi kasih atas titah ucapan perasmian Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis yang sangat perihatin kepada rakyat jelata dan juga pembangunan negeri Perlis ini. Dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku ada juga menyebut tentang kepentingan perkhidmatan bekalan air dipertingkatkan demi kesejahteraan rakyat, juga turut ada disentuh oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat dalam ucapan usul menyokong titah ucapan semalam berkaitan perkhidmatan bekalan air, insya-Allah saya akan berikan maklum balas sebentar lagi. Selain daripada itu saya juga tertarik dengan usul daripada Yang Berhormat Sanglang yang menyentuh soal-soal perlembagaan dan juga perpaduan bagi menjayakan dan memajukan sebuah negara, perpaduan rakyat sangatlah penting. Akhir-akhir ini kita telah diperlihatkan dengan usaha-usaha untuk memecah belahkan perpaduan rakyat oleh segelintir pihak yang memainkan isu-isu sensitif yang melibatkan hubungan kaum, agama, cubaan untuk mencabul perlembagaan negara seperti ratifikasi konvensyen antarabangsa mengenai penghapusan segala bentuk diskriminasi kaum, ICERD pada tahun lepas dan jugak lain-lain dan yang terbaharu dalam pada kita mood untuk menyambut hari kebangsaan negara pada bulan ini, ada sesetengah ataupun segelintir pihak yang seolah-olah memprovokasikan soal-soal patriotisme dengan memasang bendera secara terbalik atau mewarnakan jalur putih di bendera kita dengan warna hitam. Tindakan ini sangatlah… sangat-sangatlah tidak bermoral dan kita hairan warganegara jenis apakah ini, yang memprovokasikan rakyat dengan bendera dan memburuk-burukkan bendera kita sendiri. Selain daripada itu provokasi dan juga penghinaan agama Islam dan penghinaan ke atas junjung besar kita Nabi Muhammad S.A.W. seperti tiada kesudahan malah segelintir netizen semakin berani seolah-olah tiada tindakan tegas yang pedih, yang boleh menyedarkan mereka yang boleh diambil oleh pihak berkuasa. Jadi kita mengharapkan agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas supaya provokasi-provokasi seperti ini tidak berlaku dan boleh menjejaskan perpaduan dan juga ketenteraman awam di negara kita ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam sesi perbahasan kelmarin, ada beberapa….
Pembetulan sedikit Yang Berhormat… bukan Dato’…(menggantikan YB Speaker yang keluar sebentar dari Dewan).
Maafkan saya Yang Berhormat Timbalan Speaker, semoga… apa ni… kita doakan semoga Yang Berhormat Timbalan Speaker pun insya-Allah bakal dianugerahkan pingat Dato’…
Datuk dah tu…
Datuk... Wan…
Ok… Timbalan Speaker… dalam sesi perbahasan kelmarin ada dibangkitkan beberapa persoalan yang berkaitan dengan portfolio saya, antaranya persoalan daripada Yang Berhormat DUN Sena berkenaan dengan jumlah tunggakan bil air pengguna domestik dan agensi kepada SAP sehingga kini dan apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak SAP. Saya ingin berkongsi dengan… sebelum saya menjawab soalan ini, saya ingin berkongsi dengan Dewan yang mulia ini tentang fakta dan juga situasi yang berlaku tentang isu air yang sedang berlaku di negeri Perlis ini. Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak SAP kerana inisiatif memberi taklimat kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada sebelah sana tentang operasi SAP supaya ia akhirnya pihak Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat menyampaikan atau dapat memahami situasi yang berlaku tentang bekalan air di negeri Perlis ini kepada penduduk-penduduk setempat dan dalam kawasan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Untuk makluman semua panjang keseluruhan paip air yang berada di Perlis ni adalah sepanjang 1,921 kilometer panjang dia… jadi kalau kita nak ukur panjang tu panjang macam mana, panjang dia tu lebih kurang kita bawak kereta daripada Bukit Kayu Hitam sampai Johor Bharu, patah balik daripada Johor Bharu ke Bukit Kayu Hitam, dari Bukit Kayu Hitam patah balik pi ke Kuala Lumpur. Jadi itu lah dia punya panjang dia… kalau kita nak bayangkan lah… ok no… jadi dalam lebih kurang 1,921 kilometer ini, sepanjang 926.1 kilometer adalah paip Asbestos Cement ataupun AC paip yang kebanyakkannya telahpun berumur 60 tahun ke atas, dan semua paip-paip ini perlukan penggantian kerana sering berlaku kebocoran dan untuk anggaran kos bagi kita menggantikan paip-paip ini, kalau kita boleh buat anggaran mudah, untuk memudahkan matematik kita, kita dianggarkan anggaran kos untuk penggantian paip ini satu kilometer bersamaan dengan RM1.0 juta dan kalau kata kita nak gantikan paip-paip AC ni yang sepanjang 926 kilometer ni memerlukan lebih kurang RM926 juta. Dan kita perlukan penggantian untuk keseluruhan paip, kita perlukan sebanyak lebih kurang RM2.0 billion. Jadi tuan-tuan dan puan-puan, Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri memang tidak berupaya malah saya yakin Kerajaan Persekutuan juga tidak berupaya untuk menyalurkan dana sebanyak ini lebih kurang peruntukan RM2.0 juta kepada negeri Perlis untuk kita membuat proses penggantian ini, dan dalam keadaan, dalam masa yang serentak. Kalau katalah kita boleh gantikan satu kilometer paip untuk satu hari satu kilometer paip, bagi menggantikan keseluruhan paip, 1,921 ni kita memerlukan enam tahun tempoh untuk menggantikan semua. Jadi tuan-tuan dan puan-puan, saya juga ingin merakamkan tahniah sekali lagi kepada pihak SAP yang walaupun dalam kekangan kewangan, masih lagi terus berusaha untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah kebocoran air dan menyelesaikan masalah-masalah semasa. Walaupun saya boleh andaikan, hero-hero ini tidak didendangkan, saya ingin nak berkongsi dengan tuan-tuan dan puan-puan Ahli Yang Berhormat sekalian, bahawasanya pekerja-pekerja atau pun pegawai-pegawai SAP sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah air ini, kadang-kadang kalau kita lihat, mungkin kita tak perasan, kadang-kadang paip air ni dia berlaku kebocoran dia tak tentu masa, kadang-kadang saya tengok demi untuk memastikan bekalan air itu pulih, kadang-kadang pekerja terpaksa berbuka puasa di tapak, sembahyang dia… dengan belemoihnya… dan keadaan dan juga lokasi tempat-tempat berlaku kebocoran tu jugak bukanlah juga mempunyai kekangan-kekangan yang tertentu untuk kita boleh...
Mohon mencelah Timbalan Speaker…
Minta maaf… kelmarin kita dah beri dah 20 minit kepada Yang Berhormat, jadi bagilah peluang kepada saya untuk teruskan penggulungan saya… Tapi kalau Yang Berhormat ada apa-apa persoalan satu lagi boleh berjumpa saya selepas ni… sebab banyak saya nak kena jawab ni… ok… dan saya ingin menyambung dan memberi maklumbalas berkenaan dengan tunggakan air pengguna domestik dan juga agensi setakat Julai 2019 adalah berjumlah RM29,089,196.47 dan jumlah tunggakan bil air ini merupakan jumlah tunggakan keseluruhan bagi akaun domestik dan juga agensi Kerajaan. Bagi agensi Kerajaan Negeri pula tunggakannya hanyalah RM160,000.00 sahaja iaitu melibatkan JKR, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan juga JPS dan tunggakan ini akan dibayar oleh agensi-agensi ini pada bulan September 2019 nanti. Bagi tunggakan Separa Perdagangan iaitu berjumlah RM1,828,376.45 dan bagi tunggakan untuk Tarif C, Komersial berjumlah RM5,956,728. Berkenaan dengan tindakan berkaitan dengan tunggakan-tunggakan ini, pihak SAP telah mengeluarkan notis tunggakan kepada pengguna untuk makluman jumlah tunggakan dan menuntut bayaran daripada pengguna, kemudian mengambil tindakan dengan melaksanakan operasi pemotongan ke atas pengguna-pengguna yang tidak menjelaskan bil air selepas notis diserahkan dalam tempoh 14 hari, tindakan ini saya boleh andaikan tindakan tegas oleh pihak SAP, adil dan juga berhemah. Dan hasil daripada tindakan penguatkuasaan ini, kita telah mencatatkan peningkatan terhadap bil-bil yang dibayar iaitu sebanyak 96.57 peratus, daripada… daripada… hundred percent yang kita keluarkan bil, sebanyak 96.57 peratus pengguna telah menjelaskan bil mereka. Dan ini juga telah meningkatkan hasil kutipan pihak SAP yang mana pada tahun ini sehingga Julai, jumlah kutipan hasil bagi bil air adalah sebanyak RM17,118,940 itu adalah satu peningkatan yang sangat baik berbanding dengan tahun-tahun yang sebelumnya sejak tahun 2015 yang lalu.
Kemudian juga masih lagi bersama dengan YB ADUN Sena berkaitan dengan lampu jalan yang tidak berfungsi di Jejawi depan Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra, jalan depan Masjid Repoh, untuk ‘u-turn’ dua hala, a… sebanyak 1 bilangan lampu jalan yang tidak berfungsi daripada 12 bilangan lampu jalan di jalan ini manakala sebanyak 3 bilangan lampu jalan yang tidak berfungsi daripada 28 bilangan lampu jalan di jalan hadapan Masjid Repoh. Yang ini pihak JKR akan mengambil tindakan segera untuk membaik pulih lampu-lampu tersebut.
Kemudian saya ingin memberi maklumbalas daripada soalan Yang Berhormat Kuala Perlis, juga ADUN Sena dan juga Yang Berhormat daripada ADUN Sanglang berkaitan dengan tindakan Kerajaan Negeri untuk menghadapi masalah air khususnya berkenaan dengan NRW. Kerajaan Negeri perlu membentangkan kepada orang awam untuk memahamkan rakyat. Yang ini Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam menyelesaikan masalah air yang berlaku di negeri ini, sebagaimana yang saya maklumkan tadi. Pada 7 September 2017, pihak Kerajaan Negeri telah membentangkan Pelan Tindakan Mitigasi Bekalan Air Negeri Perlis kepada Jabatan Bekalan Air, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, SPAN. Tujuan pembentangan tersebut adalah untuk memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan bagi menaiktaraf sistem bekalan air negeri Perlis secara holistic untuk jangka masa pendek dan panjang dalam menyelesaikan krisis perkhidmatan bekalan air yang mendesak. Pelan tindakan ini sekali lagi kita bentangkan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada sesi libat urus Rancangan Malaysia Kedua Belas yang telah diadakan pada 6 Ogos yang lalu. Pelan mitigasi jangka pendek dan jangka sederhana adalah melibatkan penaiktarafan Loji Timah Tasoh, Fasa 1, 2, dan 3… 2, 3 dan 4, manakala program pengurangan NRW Nasional pula melibatkan skop pemasangan meter SIV baru, penggantian meter pengguna yang rosak, pembaikan tangki air yang bocor dan penyediaan GIS. Perlaksanaan Pelan Mitiasi Bekalan Air Negeri Perlis ini dijangka akan menyelesaikan krisis air sehingga tahun 2050. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, projek-projek yang diluluskan dalam bentuk geran akan dilaksanakan sendiri oleh Bahagian Bekalan Air, KATS berdasarkan surat edaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada Jun 2018 yang lalu. Surat edaran menggariskan beberapa syarat baru bagi projek-projek kerajaan yang sedang dilaksanakan, iaitu semua projek yang diluluskan peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah dilaksanakan di peringkat kementerian manakala hanya projek pinjaman sahaja yang boleh dilaksanakan di peringkat negeri. Jadi untuk makluman Yang Berhormat pada tahun 2018 yang lalu, sebagaimana yang telah diumumkan bahawa Kerajaan telah meluluskan sebanyak RM196.0 juta iaitu RM50.0 juta dalam bentuk geran, RM41.0 juta dalam bentuk geran, dan RM105 juta dalam bentuk pinjaman. Tender-tender telah pun dijalankan namun sepatutnya kita boleh mulakan kerja-kerja di tapak tetapi di atas sebab-sebab yang tertentu, maka projek-projek yang telah ditender itu, telah ditackle sekali lagi dan ini menyebabkan tempoh masa untuk pembaikan di tapak tidak dapat dimulakan sehingga ke hari ini. Dan ini… kelewatan ini memberi… menyebabkan perkhidmatan ataupun perkhidmatan bekalan air kepada pengguna agak terganggu.
Berkenaan sistem aduan SAP yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Perlis dan Yang Berhormat Sena berkaitan aduan ni, macam saya katakan tadi,setiap hari kita pihak SAP menerima purata aduan sebanyak 500 aduan satu hari, dan sehingga ke hari ini sehingga April, jumlah aduan yang diterima sehingga April adalah sebanyak 3,540 aduan, aduan ni dia berkaitan macam-macam lah, ada yang tekanan air rendah, paip pecah, sambungan bocor, bekalan air putus, kecurian air, bil tinggi, kualiti air, jadi total semua jumlah bilangan aduan ini adalah sebanyak 3,540, jadi kalau kita telefon hari ini, kita punya apa ni… operator, dia memang akan mengambil dulu lah…dan jawapan dia macam biasa lah… akan mengambil maklum dan akan dirujuk kepada bahagian pembaikan kerana kebocoran ini perlu disiasat, perlu dilihat ke apa, dan kekangan-kekangan yang berlaku dan ini juga mengambil masa kerana untuk menyelesaikan masalah kebocoran ini setiap tempat dia tak sama, dan juga jenis saiz paip, jenis paip, saiz paip juga tidak sama. Jadi sebab itu untuk permulaannya pihak operator akan mengambil maklum, sebelum akan memaklumkan semula kepada pengguna. Jadi kesemua aduan-aduan ini memang mengambil masa untuk diselesaikan tetapi pihak SAP mempunyai priority nya bagi memastikan atau pun membuat pembaikan terhadap kebocoran-kebocoran ini, bagi kebocoran yang serius dan memberi kesan kepada masyarakat setempat diutamakan terlebih dahulu, sebelum tindakan-tindakan pembaikan di tempat lain dapat dilaksanakan.
Seterusnya berkaitan dengan soalan daripada Yang Berhormat Indera Kayangan, berkenaan dengan perkhidmatan awam mudah capai dan mesra pengguna. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan awam yang lengkap sebagaimana yang saya beri maklumbalas dalam jawapan pada sesi pagi tadi, banyak inisiatif yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menyokong dan juga membantu meningkatkan perkhidmatan awam kepada pengguna. Berkenaan dengan jadual bas dan juga infrastruktur telah saya jawab tadi. Jadual bas… jadual bas memang telah disediakan jadual perjalanan untuk rujukan pengguna setiap bas. Setiap bas telah disediakan jadual perjalanan untuk rujukan pengguna. Pemasangan info panel juga telah dipasang di lokasi terpilih seperti di terminal Bukit Lagi, Kilang Gula, Padang Besar dan Seriab. Pihak Mara Liner juga dalam proses untuk menambah lebih banyak lagi jadual perjalanan bagi perkhidmatan myBAS termasuk menyediakan disetiap pondok-pondok bas yang dilalui oleh myBAS. Berkenaan dengan laluan pejalan kaki berbumbung ke hub bas Arau, untuk makluman Yang Berhormat, BPEN ataupun Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis telah mengadakan lawatan tapak bersama pihak Perbadanan Aset Keretapi, RAC, Keretapi Tanah Melayu Berhad dan juga bersama JKR Perlis pada 13 November 2018 lagi. Pihak RAC bersetuju mengenai cadangan pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung dari anti climb fence ke bangunan Stesen Keretapi Arau yang berada dalam kawasan RAC. Untuk makluman Yang Berhormat hub Arau ni kita buat dalam kawasan kita, dan KTM ni dia dalam kawasan RAC, so kita buatlah sampai ke pintu rumah dia, dan dalam rumah tu dia kena buat sendirilah tetapi kita pun telah berbincang dengan pihak RAC untuk menyambung struktur bumbung pejalan kaki tu ke dalam kawasan kompartmen KTM tu sendiri. Berkenaan dengan jumlah peruntukan yang diluluskan untuk memperbaiki perhentian bas, Majlis Perbandaran Kangar sedang melaksanakan projek membaiki hentian dan pondok bas di negeri Perlis yang diluluskan oleh KPKT yang ni mungkin yang telah diusahakan oleh YB kot, yang YB maklumkan telah mendapat peruntukan RM1.0 juta, mungkinlah saya rasa… jadi terima kasihlah… yang melibatkan 9 laluan perkhidmatan MyBAS di seluruh negeri. Perlaksanaan kerja dipecahkan kepada laluan perkhidmatan iaitu sebanyak 8 tawaran kerja iaitu laluan Kangar ke Changlun sebanyak 34 unit, Kangar ke Padang Besar 48 unit, Kangar ke Kaki Bukit 9 unit, Kangar ke Kuala Perlis 26 unit, Kangar ke Alor Setar 26 unit, Kangar ke Kodiang 13 unit, Kangar ke Seriab 18 unit dan Kangar ke Kilang Gula dan Beseri ke Felda ke Chuping sebanyak 34 unit, jumlah keseluruhan adalah 209 unit dengan kos projeknya adalah RM329,698.
Seterusnya maklumbalas kepada soalan Yang Berhormat Kuala Perlis tentang kerosakan lampu jalan berhadapan Taman Kuala Perlis berdekatan dengan Balai Polis, yang ni pun pihak MPK akan mengambil tindakan segera untuk membaiki kerosakan lampu di jalan tersebut. Kemudian masih lagi soalan yang sama, berkaitan dengan isu perparitan, satu master plan perparitan Perlis perlu disediakan, tindakan segera, longkang Taman Sermarak, Taman Kuala Perlis, kawasan taman cepat banjir. Yang ini pihak JPS dan juga pihak MPK telah mengadakan pelan perparitan bagi kawasan perumahan termasuk taman-taman perumahan yang akan disediakan oleh pihak MPK, manakala pelan perparitan di tepi jalan raya disediakan oleh pihak JKR, pihak JPS akan menggabungkan pelan-pelan perparitan MPK, JKR dan MADA dalam mewujudkan Pelan Induk kawasan Kuala Perlis. Pada masa ini, JPS akan menghubungkan sistem saliran dengan outlet saliran JPS yang terdiri daripada struktur pam dan pintu kawalan banjir. Melalui gabungan pelan induk dan pelaksanaan seliaan bersama ini, banjir kilat semasa hujan lebat dan air laut pasang akan dapat dikurangkan, insya-Allah.
Seterusnya masih lagi bersama dengan Yang Berhormat Kuala Perlis, berkenaan permintaan untuk mengecat garisan kuning di Jalan Sarawak, permohonan mewujudkan traffic light di Simpang Jalan Dato’ Ali dan Jalan Sarawak dan juga tindakan terhadap pokok-pokok landscape yang menghalang pandangan pengguna di Kuala Perlis. Yang ni pihak JKR telah pun mengambil maklum dan telah pun petang kelmarin saya difahamkan telah pun pergi melawat dan insya-Allah akan melaksanakan kajian… akan melaksanakan kerja mengecat garisan kuning di Jalan Sarawak, kemudian untuk kajian trafik di simpang Jalan Dato’ Ali-Jalan Sarawak, kita juga akan adakan kajian trafik terlebih dahulu dan sekiranya hasil kajian menunjukkan kapasiti kenderaan dan tahap keselamatan persimpangan tersebut mematuhi kehendak Warrant Analysis sebagaimana yang digariskan di dalam Arahan Teknik Jalan, maka insya-Allah pihak JKR akan memohon peruntukan untuk dilaksanakan apa ni… traffic light tersebut. Kemudian berkaitan dengan pembersihan pokok landskap ni… insya-Allah JKR akan terus lakukan pembaikan tersebut ataupun pembersihan tersebut dalam tempoh terdekat ini.
Seterusnya maklumbalas daripada Yang Berhormat Guar Sanji berkenaan dengan status projek roundabout di Guar Sanji, Behor Mentaloon, permohonan lampu isyarat di Behor Mali, jalan dari Kampung Tebuk ke Behor Mentaloon sudah lama tidak diturap semula dan papan tanda jalan yang telah rosak. Untuk projek menaiktaraf simpang empat sedia ada kepada roundabout, yang ini… projek ini telah mengalami sedikit kelewatan disebabkan oleh masalah pengalihan utiliti dan juga banjir, projek ini dijangka siap pada 2019, insya-Allah dan kita mengharapkan dalam tempoh pembinaan ini pengguna-pengguna di kawasan tersebut dapat alert ataupun dapat berwaspada terutamanya apabila melalui kawasan pembinaan supaya tidak berlaku kemalangan. Kemudian untuk lampu isyarat Behor Mali, peruntukan telah pun diluluskan oleh Ibu Pejabat JKR Malaysia untuk pemasangan lampu isyarat menerusi Program Rawatan Blackspot tahun 2019 ni dan perlaksanaan di tapak akan dijangka dimulakan pada akhir September 2019, kelmarin YB mintak insya-Allah bulan 9 ni siap. Kemudian jalan dari Kampung Tebuk mohon untuk diturap, Jalan Serdang-Changkat Jawi, R149 telah diluluskan dan akan dilaksanakan dalam tahun semasa… tahun ni lah... tahun semasa… dari Seksyen 1 hingga Seksyen 2, so kita tak buat lagi, kita buat secara berfasalah, kemudiaan berkenaan dengan papan tanda yang rosak, kita akan selaraskan dengan menggunakan sumber-sumber jabatan untuk melalukan pembaikan dari masa ke semasa.
Sebenarnya masih lagi dengan YB ADUN Guar Sanji berkenaan dengan penyelenggaran landasan… tebing bahu landasan keretapi. Yang ini, penyelenggaraan dan pembersihan tepi bahu landasan keretapi adalah di bawah bidang tugas pihak KTMB sehingga jarak 7 meter daripada landasaan keretapi. Selepas jarak 7 meter pembersihan adalah di bawah Perbadanan Aset Keretapi, RAC. Pihak RAC telah melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan berdasarkan aduan yang diterima dari masa ke semasa. Kita akan panjangkan aduan daripada Yang Berhormat kepada pihak RAC.
Yang terakhir sekali adalah daripada Yang Berhormat ADUN Tambun Tulang berkaitan dengan pemasangan lampu jalan dan memperkemaskan ataupun mempertambahkan lagi perabot jalan di Jalan Tambun Tulang. Yang ni… pihak JKR telah… akan mengkaji dan juga bagi langkah jangka pendek, pihak JKR akan… apa ni… mempertingkatkan perabot jalan di jalan tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker… terima kasih sekali lagi kepada semua Ketua-Ketua Jabatan serta wakil, serta petugas Dewan dan juga media yang telah banyak membantu melancarkan persidangan Dewan pada kali ini yang sangat baik dan juga lancar, Yang Berhormat Dato’ Speaker saya mohon menyokong Usul Titah Ucapan Perasmian oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Kayang, dipersilakan Yang Berhormat Santan.
Bismillahirahmanirrahim… alhamdulillah. Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh… Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat, seterusnya sidang hadirin sekalian. Alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Allah dengan limpah izin kurnia-Nya dan saya melahirkan kesyukuran kerana Sidang DUN Penggal Persidangan Kedua Yang Keempat Belas telah berjaya diadakan bermula pada 20 Ogos yang lalu sehingga ke hari ini. Alhamdulillah banyak input yang berkaitan pembangunan dan juga permasalahan rakyat dapat disuarakan dalam sesi kali ini, amanat dan nasihat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dapat dijadikan asas dalam perlaksanaan pentadbiran di negeri Perlis. Saya ingin mengambil kesempatan di dalam Dewan yang mulia ini, untuk mengucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak kepada semua Ketua-Ketua Jabatan dan kakitangannya yang telah menjalankan tanggungjawab yang terbaik. Walaupun Perlis menghadapi pelbagai kekangan atau pun kedudukan kewangan yang terhad berbanding dengan negeri-negeri lain di negara ini, Alhamdulillah kita boleh merencana pembangunan dan memenuhi kehendak rakyat termasuk merancang pelan jangka panjang untuk rakyat khususnya. Saya ingin menjawab beberapa persoalan yang ditelah pun dikemukakan kelmarin iaitu yang pertamanya daripada Yang Berhormat ADUN Sena tentang penguatkuasaan kepada yang membuang sampah dan kempen untuk memupuk sifat bertanggungjawaban. Jadi dalam soal ini SWCorp telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan kepada individu yang membuang sampah pada tahun 2019 melalui operasi berikut iaitu, operasi membenteras sampah haram sebanyak 69 operasi dan jumlah kes yang telah didakwa ialah sebanyak 14 kes di mana 3 kes didenda RM10,000, dan 1 kes didenda RM13,000 dan satu kes lagi diperingkat rayuan di Mahkamah Tinggi. Terima kasih kepada pihak SWCorp yang telah pun menjalankan tanggungjawab dan juga Operasi Pengasingan Sisa Punca sebanyak 60 operasi. Jadi saya berharap supaya rakyat negeri Perlis ini akan lebih perihatin lah, jangan sangat-sangat mengharapkan kepada penguatkuasaan sebab penguatkuasaan itu pun tidak akan habis begitu sahaja.
Dan bagi menjawab soalan daripada ADUN Sena juga tindakan Kerajaan Negeri terhadap kampung yang masih tiada pili bomba. Untuk pengetahuan Yang Berhormat ADUN Sena, terdapat sejumlah 3,466 unit pili bomba di seluruh negeri Perlis, jadi dalam Dewan yang mulia ini saya mencadangkan supaya semua Yang Berhormat di kawasan masing-masing mengenal pastilah tempat-tempat yang perlu ditambah untuk pili bomba ini dan kemukakan kepada pihak Bomba tetapi tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang ada ataupun kita boleh memohon kepada Pusat di bawah KPKT, insya-Allah.
Bagi menjawab soalan daripada ADUN Indera Kayangan berkaitan Kerajaan Negeri perlu mempertingkatkan keceriaan negeri, jadi daripada tindakan yang telah pun dibuat oleh Majlis Perbandaran Kangar khususnya, pihak MPK sentiasa menjalankan kerja-kerja pengindahan di sekitar bandar-bandar utama negeri Perlis terutamanya di pintu-pintu masuk seperti Pauh, Jelempok, Sanglang dan juga Padang Besar. MPK menggunakan dasar tanam pokok mengikut warna seperti berikut, Kangar berwarna merah, Arau warna kuning, Kuala Perlis warna ungu dan Padang Besar warna oren. Warna-warna inilah tak terlibat dengan parti politiklah, cuma colour sahaja. Kerja-kerja penyelengaraan di tujuh zon dijalankan secara berkala dengan lantikan kontraktor penyelenggaraaan dan MPK juga telah menjalankan kerja-kerja pencahayaan melalui pemasangan lampu hiasan di sekitar bandar-bandar utama negeri Perlis seperti Padang Besar, Kangar, Kuala Perlis dan Arau. Kerja-kerja pencahayaan ini akan ditingkatkan lagi secara berkala ke lokasi-lokasi utama yang lain mengikut keupayaan kewangan Majlis.
Juga daripada Indera Kayangan iaitu apakah usaha Kerajaan dalam membantu mempromosikan produk usahawan. Banyak Yang Berhormat… banyak… Yang nyatanya Kerajaan Negeri sentiasa membantu dan menyokong penyertaan peniaga-peniaga dalam pameran serta program di peringkat kebangsaan seperti di pameran pertanian, horikultur dan pelancongan agro Malaysia atau MAHA, Program Satu Daerah Satu Industri atau pun SDSI, Hala Fiesta dan sebagainya lagi bagi mempromosikan produk usahawan Perlis. Selain daripada itu, usahawan yang berpotensi juga telah didedahkan ke peringkat antarabangsa seperti penglibatan di 12th IMT-GT Summit Malaysia Food Festival yang telah diadakan pada 23 Jun tahun ini di Bangkok, Thailand. Selain itu, agensi-agensi Kerajaan seperti MARA dan juga FAMA turut memainkan peranan dalam mempromosikan induk usahawan. Antara usaha yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut, MARA telah membawa produk usahawan ke pameran dan juga karnival yang dianjurkan oleh agensi Kerajaan. FAMA membantu mempromosikan produk keluaran usahawan negeri, banyak perkara-perkara yang… banyak aktiviti yang telah dijalankan.
Juga daripada YB Indera Kayangan berhubung usaha Kerajaan Negeri dalam mengharamkan kegunaan polystyrene. Kerajaan Negeri amat serius dalam menangani isu pencemaran plastik dan telah pun diambil tindakan pihak federal atau pusat. Selain itu Kerajaan menyambut baik visi yang ditetapkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, MESTECC iaitu Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna untuk persekitaran Malaysia bersih menjelang tahun 2030. Banyak mempertikaikan tahun 2030 lambat lagi tu… tapi sebenarnya banyak perkara-perkara yang perlu dikaji dan untuk diambil kira iaitu bila kita nak mengharamkan kilang yang mengeluarkan plastik kita mengambil kira apakah gantian atau perkara lain yang boleh diterima pakai untuk nak mengeluarkan produk plastik ini yang boleh diguna pakai kegunaan kita, makna kata dia tak sampai ratusan tahun untuk reput benda tu, jadi mungkin ada benda-benda lain yang boleh bantu untuk kegunaan tu dipakai, dibuang… kemudian dia akan reput dalam masa yang jangka pendek. Sebab itulah dibagi masa sampai tahun 2030, kajian-kajian tu. Selain itu, pihak Kerajaan Negeri telah menerima pemakaian Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2019 Jabatan Perdana Menteri iaitu Pelaksanaan Kempen Hindari Penggunaan Plastik Sekali Guna di Kementerian, Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang berkuatkuasa mulai 19 Mac tahun ini. Melalui kempen ini, semua Kerajaan Negeri akan mengadakan kempen menghindari penggunaan plastik semasa mesyuarat, majlis rasmi dan program Kerajaan seperti berikut, yang pertama menggantikan botol minuman plastik dengan botol kaca atau menyediakan jug air jadi tahun depan tidak ada botol macam ni lagi (sambil menunjukkan botol plastik dihadapan beliau), yang kedua menggantikan pembalut plastik atau plastic wrap di piring atau pinggan atau mangkuk dengan penutup makanan yang boleh diguna semula, yang ketiga tidak menyediakan pinggan, mangkuk, piring, cawan bersifat sekali guna serta mengelakkan penggunaan straw plastik dan menyediakan water dispenser untuk kegunaan isian semula sekali guna. Perkara itu perlu mendapat kerjasama seluruh rakyat bukan sahaja di peringkat Kerajaan.
Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kuala Perlis mengenai perumahan Taman Wai Permai, permohonan sewa kediaman Wai Permai, penjelasan untuk rumah kosong. Yang Berhormat Kuala Perlis, Program Perumahan Rakyat atau PPR Taman Wai Permai yang mempunyai 200 unit rumah kluster telah siap pembinaan dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2015. Tujuan asal PPR ini dibina adalah untuk menyediakan rumah kepada golongan sasaran B40 secara konsep sewaan. Kerajaan Negeri turut memutuskan agar mangsa kebakaran di Kampung Seberang Tok Pi dan Kampung Puju seramai 129 keluarga ditempatkan sementara di rumah transit dan seterusnya ditawarkan PPR Taman Wai Permai secara sewaan dengan bayaran RM124.00 sebulan. Manakala baki kekosongan dibuka kepada awam golongan B40 dan melalui proses pendaftaran, temuduga, pertimbangan Lembaga Pemilihan Perumahan dan keputusan MMKN. Sehubungan itu, berdasarkan rekod Bahagian Perumahan mendapati 199 unit telah diisi oleh peserta dan hanya 1 masih belum didiami. Baki 1 unit ini masih dalam tindakan mahkamah di mana terdapat pertelingkahan antara waris mangsa kebakaran yang telah meninggal dunia. Kerajaan Negeri juga telah memutuskan agar kaedah sewaan kepada 129 rumah mangsa kebakaran ini ditukar kepada sewabeli atau pun Rent to Own dan telah dimajukan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan namun Yang Berhormat masih belum menerima keputusan. Dalam perkara berkaitan, Bahagian Perumahan menerima aduan berkaitan isu-isu di PPR Taman Wai Permai iaitu yang pertamanya, sewa atas sewa terdapat 4 kes dan siasatan mendapati tiada asas kukuh yang perkara ini memandangkan unit-unit tersebut masih didiami oleh penama dan ahli keluarga. Unit-unit yang terlibat adalah unit yang ditawarkan kepada mangsa kebakaran. Rumah tidak diduduki atau jarang-jarang pulang terdapat 11 kes diadukan dan siasatan Bahagian Perumahan mendapati 10 unit memang jarang diduduki memandangkan penyewa bekerja di luar Perlis namun tiada tunggakan sewaan. Manakala 1 unit lagi masih tidak didiami akibat kes mahkamah seperti yang dinyatakan sebelumnya. Jadi bagi Bahagian Perumahan sentiasa memantau dan menjalankan pemeriksaan bagi memastikan penyewa mematuhi perjanjian yang telah ditetapkan. Sekiranya pihak YB mempunyai maklumat lengkap mengenai perkara ini, bolehlah disalurkan kepada Bahagian Perumahan untuk siasatan terperinci dan seterusnya tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan, insya-Allah.
Ya, soalan daripada Yang Berhormat Kuala Perlis, permohonan supaya MPK mempercepatkan proses mengemukakan BQ market Kuala Perlis kepada KPKT. Majlis telah memohon peruntukan untuk kerja-kerja menaik taraf Pasar Kuala Perlis semasa lawatan kerja oleh Menteri KPKT ke Perlis pada 19 April tahun ini. Walau bagaimanapun permohonan ini tidak diluluskan untuk dilaksanakan pada tahun 2019, ya. Namun majlis telah menerima kelulusan peruntukan untuk menaik taraf Pasar Besar Sena dan Pasar Borong Kangar. Jadi, Majlis akan mengemukakan semula permohonan peruntukan kerja-kerja menaik taraf pasar Kuala Perlis untuk dipertimbangkan kelulusan peruntukan pada tahun 2020, insya-Allah.
Masih lagi dalam soalan daripada ADUN Kuala Perlis, fasiliti di kawasan perniagaan Kurong Tengar berada dalam keadaan daif, setelah perniagaan lokching dipindahkan, apakah cadangan Kerajaan Negeri untuk memperbaiki keadaan ini dibawah peruntukan bajet 2020. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Kerajaan Negeri Perlis melalui MPK telah meluluskan peruntukan dan pembinaan bagi projek Pembangunan Dataran Usahawan Kurong Tengar, Kuala Perlis sebanyak RM600,000 bagi menambahbaik fasiliti peniaga yang agak daif. Skop projek pembangunan ini meliputi, yang pertama pembinaan gerai atau kiosk, yang kedua surau, tandas, tempat letak kenderaan, kawasan riadah dan kawasan ruang niaga food truck. Projek ini telah dimulakan pada 10 Ogos 2019, baru-baru ini dan dijangka siap pada Disember tahun ini, insya-Allah. Selain itu, projek ini dijangkakan bakal menempatkan empat peniaga dan kawasan ruang niaga food truck sebanyak sepuluh buah setelah ianya disiapkan sepenuhnya. Bagi gerai-gerai dibina di sepanjang jalan pesisir pantai Kurong Tengar, gerai-gerai ini dibina di atas rizab MADA. Pihak MPK tidak lagi mengeluarkan lesen perniagaan memandangkan operasi gerai-gerai ini tidak mendapat sokongan pihak MADA. Sekiranya gerai-gerai tersebut ingin dibangunkan secara teratur, kelulusan dan sokongan pihak MADA perlulah diperolehi oleh pelaksana projek.
Menjawab jawapan daripada Yang Berhormat Sanglang mengenai kebakaran berlaku kerana tiada pili bomba. Jumlah pili bomba bagi DUN Sanglang mengikut kawasan jagaan Balai Bomba dan Penyelamat adalah berjumlah 546 unit. Sekiranya berlaku kebakaran di premis dan kawasan terbuka seperti sawah, hutan belukar, tanah terbiar dan sebagainya, pihak Bomba akan menggunakan pili Bomba sebagai sumber air yang utama bagi tujuan pemadaman kebakaran. Pihak Bomba juga membuat pemadaman kebakaran dengan menggunakan sumber air terbuka seperti sungai, kolam tadahan dan sebagainya dari sumber yang berhampiran tempat kejadian kebakaran. Alternatif lain yang digunakan adalah dengan menggerakkan ‘Water Tanker’ berkapasiti 10,000 liter dan 20,000 liter bagi mengatasi masalah tekanan air yang rendah daripada pili Bomba berhampiran dan sumber air tidak mencukupi. Bagi mengatasi masalah ini, pihak
Bomba sedia membantu dan menggalakkan komuniti setempat untuk bekerjasama bagi menganjurkan kempen-kempen kesedaran keselamatan kebakaran bagi meningkatkan pengetahuan berkenaan cara-cara pencegahan kebakaran.
Seterusnya bagi jawapan kepada Yang Berhormat Sanglang, Yang Berhormat Sanglang mengemukakan soalan tentang bilangan tong sampah berpusat di DUN Sanglang dan berpandangan bahawa bilangan tong sampah di DUN Sanglang masih belum mencukupi, perlu ditambah. Saya rasa yang ini telah dijawab kelmarin insya-Allah dan kita akan cuba atasi masalah ini Yang Berhormat.
Bagi soalan daripada Yang Berhormat Guar Sanji, apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membantu dan sokong penjaja di sepanjang jalan? Kerajaan Negeri perlu menambah kawasan penjaja berniaga yang sesuai di sekitar negeri Perlis. Permohonan menjalankan perniagaan di rizab jalan raya akan dipertimbangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pelesenan dan Penguatkuasaan MPK. Kawasan rizab jalan raya dan tepi bahu jalan raya adalah di bawah kawalan dan seliaan Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis, JKR. Ketika ini, pihak Majlis tidak mengeluarkan lesen kepada peniaga gerai tetap di tepi jalan yang tidak mendapat kebenaran daripada JKR Perlis atas sebab keselamatan dan terdedah kepada risiko berlakunya kemalangan dan melanggar Akta Pengangkutan Jalan di bawah seksyen 84 Akta 333 serta seksyen 425 Kanun Tanah Negara. Bagi permohonan lesen yang tidak diluluskan, aktiviti penguatkuasaan akan dijalankan secara bersepadu bersama pihak JKR Perlis. Walau bagaimanapun jawatankuasa masih berkrompromi terhadap penjaja bergerak yang berniaga di rizab jalan selagi tidak menimbulkan kesan negatif terhadap pengguna jalanraya. Ini bermakna dalam menentukan perkara ini berjalan dengan elok, lesen-lesen juga dikeluarkan kepada premis-premis di rumah, ini untuk membantu mereka-mereka yang peniaga atau usahawan yang berniaga di rumah kerana rumah-rumah di taman pun masih boleh kita memohon untuk lesen perniagaan asalkan ianya tidak menganggu gugat jiran-jiran sebelah contohnya seperti kedai gunting rambut, salon dan juga kedai runcit dan sebagainya tetapi kedai makan kenalah, tengoklah macam mana keadaan, kalau masak dok kacau orang tu memang tak elok lah termasuklah polis kita buat penguatkuasaan kita mintak pindah satu pomen, pomen motor di Beseri iaitu ketika itu dia membuat kerja kecil-kecilan pomen motor, tetapi akhirnya bertambah jadi pomen yang hebat, jadi menganggu gugat jiran dan baru-baru ni pun terima kasih kepada MPK membuat penguatkuasaan telah pun meminta pomen tu ataupun kedai workshop tu berpindah, jadi perkara-perkara ini sedang diteliti, dilihat, dipantau apakah perkara-perkara yang boleh buat dan apa yang tak boleh dibuat. MPK minta pihak Kerajaan kerana MPK tidaklah begitu zalim untuk menghalau dan sebagainya tetapi kita fikir dari segi undang-undang, dari segi keselamatan maka semua sekali pemimpin setempat termasuk Yang Berhormat sekali yang mana kalau sekiranya pihak penguatkuasaan dijalankan dan didapati mereka perlu berpindah, maka bila benda itu kembali balik kepada Yang Berhormat kawasan tu, mungkin pemimpin minta tolong rekomen supaya jangan diambil tindakan dan sebagainya maka kita semua haruslah membantu pihak penguatkuasaan. Mereka menguatkuasakan dan mereka buat kerja tetapi masalahnya ialah ada masalah-masalah lain yang menggunakan politik untuk menghindarkan daripada tidak berlakunya penguatkuasaan, insya-Allah.
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam…
Mohon pencerahan sikit boleh… terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkaitan dengan apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Santan berkaitan dengan premis-premis yang berada di bahu jalan tu, yang dimaksudkan oleh saya kelmarin ni, saya mohon cadangan lah supaya atas budi bicara JKR, MPK supaya mewujudkan tempat-tempat yang sesuai untuk mereka berniaga, sebagai contoh di Kuala Perlis daripada jalan Kuala Perlis, Lebuhraya Kuala Perlis ke Changlun sebelum sampai ke Bohor Lateh tu, ada beberapa gerai buah-buahan… dan hak tu mungkin tak berlesen tu… lama dah… tapi kalau lah boleh diatur premis supaya mereka dikenakan sedikit bayaran sewa dan sebagainya, menguntungkan juga Kerajaan Negeri secara bulanan, tahunan dan sebagainya. Begitu juga dengan jalan ke Kangar ke Kerpan kita adakan juga tempat-tempat premis jualan yang tetap disediakan oleh JKR, MPK, kenakan sewaan sebab produk-produk negeri Perlis ni banyak, yang boleh kita letak situ, lepas tu sebagai orang yang nak balik keluar ke Perlis boleh ke situ depa tak perlu lagi pergi ke Bukit Keteri dan sebagainya, begitu juga kita boleh letakkan produk-produk kita di ETS, di KTMB, produk Harumanis kita, produk apa saja berkaitan mungkin kita boleh sertakan satu premis kita untuk jualan Harumanis, apa nama… barang ole-ole daripada negeri Perlis untuk orang-orang yang nak naik ETS ke Kuala Lumpur dan sebagainya. Ha… hak tu mohonlah cadangan dipertimbangkan.
Baik, terima kasih Yang Berhormat ADUN Guar Sanji, memang pihak Kerajaan sama ada bagi pihak MPK, bagi pihak penguatkuasa melihat serius perkara-perkara itu, di mana kita tak sampai hati untuk nak menghalau secara drastik tetapi apa yang telah kita bincangkan di pihak Kerajaan, premis-premis perniagaan yang tidak kekal, maksudnya apabila tibanya musim buah-buahan yang bermusim, jadi kita membenarkan… membenarkanlah berniaga secara temporary sebab musim tu dia sat saja, dalam bulan 2 sahaja, jadi bermakna dia punya pelonggaran tetapi masalahnya sekarang ialah tempat-tempat yang didirikan premis sementara untuk menjaga… untuk menjual… untuk menjaja buah-buahan yang bermusim itu, tapi walau macam manapun kita melihat kepada keadaan seterusnya dan saya minta jugalah YB setempat supaya mengenalpasti tepat mana yang tanah Kerajaan yang boleh dibina gerai-gerai baru untuk kita tengok dan melihat mungkin perpindahan mereka kita boleh pindah ke tempat baharu balik. Jadi jika sekarang ini kita akan melihat lokasi-lokasi yang berkaitan supaya mereka yang terlibat dalam penjaja… penjaja kecil ini supaya mereka dapat tempat yang selesa tetapi haruslah ada tanah Kerajaan yang boleh digunapakai sementara dan saya harap supaya mereka tidak lagi mendirikan khemah-khemah atau mendirikan premis tetap di tanah Kerajaan atau JKR khususnya. Sekian.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam urusan sidang Dewan kali ini, insya-Allah segala perkara yang dibincangkan akan diambil tindakan dan perhatian serius. Kerjasama semua pihak amat dialu-alukan untuk negeri Perlis yang tercinta. Saya dengan ini menyokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, sekian, wabillahitawfeek walhidayah wassalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Santan, dipersilakan Yang Berhormat Simpang Empat.
Bismillahirahmanirrahim… Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh… Raja Berdaulat Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera Perlis Maju. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian, terlebih dahulu saya akan menjawab lah beberapa persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan YB sebelah sana. Yang pertama daripada DUN Sena iaitu perancangan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf sistem pengairan sawah di Perlis, kerja-kerja menaik taraf kerja-kerja perparitan sawah sememangnya telah dirancang oleh pihak MADA melalui Projek Pemacu Pertanian EPP 10. Projek yang dimasukkan di bawah komponen pembangunan infrastruktur iaitu sebanyak 16 buah blok pengairan tersier di negeri Perlis. Melalui pembangunan infrastruktur tersier ini, kepadatan infrastruktur sawah meliputi tali air, parit dan jalan ladang akan dinaikkan tarafnya daripada 18 meter per hektar kepada 30 meter per hektar. Berdasarkan perancangan semula yang mengambilkira hala tuju semasa pihak Kerajaan, tumpuan dan keutamaan pembangunan infrastruktur tersier ini diberi terhadap 10 blok sahaja. Daripada 10 blok ini, satu blok dalam proses pembinaan dan dijangka tiga blok lagi akan ditawarkan kerja-kerja pembinaan pada tahun hadapan tertakluk kepada penerimaan peruntukan. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan Pengairan dan Saliran iaitu JPS telah menerima peruntukan sebanyak RM3.0 juta bagi projek membina dan menaik taraf infrastruktur pengairan Pangas dan Sungai Serai, Daerah Padang Besar, dari jumlah peruntukan sebanyak RM2.0 juta bagi projek membina insfrastruktur pengairan dan saliran serta kerja-kerja yang berkaitan untuk skim pengairan Titi Tinggi, Padang Besar, Fasa 2. Berikutan peruntukan yang telah diterima oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis bagi kerja-kerja menaik taraf sistem pengairan tanaman padi di kawasan luar MADA iaitu pada tahun 2016 seluas 240 meter RM60,000, 2017, 3740 meter RM581,000, tahun 2018, 2394 meter sebanyak RM333,040 dan tahun 2019 10,900 meter sebanyak RM782,200.
Untuk isu yang berikutnya ialah berkenaan protes padi Genetic Modified Organisms iaitu GMO, pada 12 Julai 2019, Isnin yang lalu berlaku satu protes oleh NGO berkenaan cadangan MARDI untuk melaksanakan penyelidikan pada MR219 transgenik di MARDI Tambun Tulang. Ini susulan daripada makluman yang dibuat oleh Lembaga Biokeselamatan Negara di media akhbar semasa iaitu hebahan awam. Untuk makluman, setakat ini pihak Jabatan Biokeselamatan tidak menerima apa-apa laporan daripada NGO terbabit walaupun pihak JBK telah menghubungi NGO tersebut supaya menyalurkan terus sebarang bantahan atau komen kepada pihak JBK walaupun kenyataan telah dikeluarkan di berita, akhbar dan media sosial. Hebahan awam juga telah dilanjutkan oleh pihak JBK untuk memberi ruang kepada NGO terbabit memberi maklum balas, komen atau bantahan kepada pihak JBK. Kesahihan kenyataan dari NGO juga perlu dikaji memandangkan hujahan yang dimajukan tiada sebarang rujukan cuma bantahan yang tidak berasas. Untuk makluman, kajian sebenar untuk kajian lapangan terbuka, open field trail masih belum dimulakan di MARDI Tambun Tulang dan pihak Genetic Modification Advisory Committee, Malaysia, GMAC juga masih membuat penilaian dengan mengambil kira maklum balas daripada hebahan awam secara umum kajian ini masih di peringkat perancangan dan ianya akan tertakluk kepada kelulusan pihak Jabatan Biokeselamatan. Projek padi transgenik yang dibangunkan oleh MARDI adalah rentetan daripada isu semasa tanaman padi yang menjadi semakin bertoleransi terhadap pelbagai jenis racun rumpai akibat daripada pendedahan dos yang tinggi bagi mengawal rumpai di kawasan sawah yang boleh merosakkan persekitaran dan keselamatan manusia. Situasi semasa dalam penanaman padi secara komersial ini telah menyebabkan berlaku beberapa toleransi racun rumpai. Justeru untuk mengatasi masalah yang sangat tinggi terhadap racun yang sering digunakan untuk mengawal rumpai di kawasan sawah, projek padi transgenik dibangunkan dengan menggunakan dua jenis gen dalam penghasilan padi transgenik iaitu yang tahan kepada bakteria, kulat dan glyphosate based. Kedua-dua gen tersebut tidak memberi kesan merbahaya kepada manusia. Gen ini juga tidak memberi kesan kepada organisma lain seperti tanaman serta mikrob kerana padi dan bakteria juga mengandungi gen-gen ini. Kehadiran gen ini hanya menunjukkan sama ada ia resistance atau rintang atau tidak pada sesuatu organisma lain. Kajian yang dipohon ini akan dijalankan di dalam persekitaran yang tertutup dan mengikut prosedur yang telah digariskan oleh JBK seperti yang telah ditetapkan di bawah Akta Biokeselamatan 2007. Sebelum kajian dijalankan, pihak GMAC akan membuat penilaian teknikal terhadap permohonan untuk memastikan keselamatan pada manusia, haiwan dan persekitaran dan penilaian teknikal ini akan dimajukan kepada National Biosafety Board yang akan memberi kelulusan selepas menimbang maklum balas penilaian teknikal dari GMAC disamping mengambilkira faktor sosio ekonomi. Sepanjang kajian ini dijalankan, pihak JBK akan sentiasa meneliti dan memantau perjalanan kajian bagi memastikan segala aktiviti yang dibuat mengikut akta yang telah diwarta. Permohonan ini adalah dalam kajian peringkat pertama yang mana data dari kajian ini akan diguna pakai untuk peringkat kajian lapangan seterusnya. Ia bukan untuk tujuan pengkomersilan dan atau penanaman secara besar-besaran. Pusat Bioteknologi dan Nanoteknologi di bawah MARDI adalah komited untuk memulakan kajian di lapangan terbuka bagi projek padi tansgenik ini sekiranya mendapat kebenaran daripada Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Pihak Jabatan Biokeselamatan akan memberi nasihat berkaitan pengurusan projek GMO ini kepada pihak MARDI supaya mengikut prosedur yang telah ditetapkan sekiranya projek ini dijalankan.
Untuk pertanyaan berikut bagi industri hiliran Harumanis, Kerajaan Negeri ada memasarkan produk Harumanis seperti ais krim secara meluas selain daripada Bukit Bintang, tindakan Kerajaan untuk pemasaran ini adalah pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk memperkembang pemasaran produk hiliran Harumanis. Antaranya Lembaga Pertubuhan Peladang meluaskan pemasaran bagi cordial dan minuman Ready To Drink di pasaran tempatan. Pemasaran bekalan produk-produk tersebut di kawasan utara Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut, NAFAS 40 peratus, jualan PPK Paya 50 peratus dan jualan program promosi produk industri asas tani 10 peratus. Jabatan Pertanian juga dengan kerjasama UiTM telah membuat kajian menghasilkan gula-gula harumanis. Namun belum dapat dikomersilkan kerana dari segi kos dan peralatan dalam menghasilkan produk tersebut tidak bersesuaian untuk dikomersialkan. Sehubungan itu, Jabatan Pertanian memfokuskan penghasilan dan pemasaran produk hiliran Harumanis seperti kordial, puree dan aiskrim harumanis. Produk ini turut dijual oleh Koperasi Jabatan Pertanian di Pusat Pertanian Bukit Bintang dan di Malaysia Agriculture, Horticulture and Agropreneur, MAHA serta program-program anjuran oleh Kerajaan Negeri dan jabatan dan agensi berkaitan. Berikut ialah maklum balas penjualan aiskrim harumanis di Bukit Bintang bagi tahun 2019 yang mana aiskrim kayu hasil jualan RM6,000 dan aiskrim lembut hasil jualan RM30,000. Ketika ini Jabatan Pertanian sedang mengadakan perbincangan dengan 4 buah syarikat untuk memasarkan aiskrim dan produk hiliran lain berasaskan harumanis untuk pasaran luar berikutan apa… Jabatan Pertanian masih tiada fasiliti, kapasiti pemasaran di luar PPBB. Antara syarikat yang mengeluarkan ais krim ialah syarikat Cahaya Shana Enterprise, Kampung Kubang Siput, Arau. Secara penilaian purata jualan tahunan usahawan hampir RM75,000 setahun dengan menggunakan food truck di seluruh outlet sekitar Kedah dan Perlis. Yang kedua ANR Kifayah Enterprise di Kampung Bohor Tui, Bohor Tui dengan dengan Sungai Padang la no… (sambil melihat kepada YB Sanglang) ka Simpang Empat?... Simpang Empat… hurm… saya pun tak perasan, bukan… nilai jualan secara purata RM96,000 setahun menggunakan food truck. Begitu la untuk….
Ada lagi satu ni… saya ingat ni yang untuk YB Asrul, hasrat untuk kurangkan import makanan tak capai semakin naik, apakah tindakan Kerajaan untuk meningkatkan sektor pertanian R & D MARDI tidak cukup bagus. Jabatan Pertanian mengambil khidmat kepakaran teknikal dan pemindahan teknologi kepada petani untuk membangunkan tanaman dan makanan industri hiliran. Pengalaman teknologi secara persekitaran terkawal didedahkan keapda petani seperti sistem tanaman fertigasi dan struktur pelindung untuk diperluaskan bagi meningkatkan pengeluaran jabatan. Jabatan Pertanian memperkenalkan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia, myGAP dan Skim Pensijilan Organik Malaysia, myOrganic dalam penghasilan produk pertanian berkualiti. Selain itu juga, sektor pertanian juga dipertingkatkan melalui pembangunan tanaman secara kluster seperti tanaman harumanis, kluster tanaman kotan, kluster tanaman tembikai, kluster tanaman pisang, kluster tanaman durian dan menggalakkan tanaman campuran untuk meningkatkan pendapatan petani dalam tempoh masa yang singkat seperti tanaman tembikai atau nenas. Jabatan juga mempelbagaikan pemprosesan produk pertanian dengan meliputi aktiviti pemindahan teknologi berteraskan Amalan Pertanian Baik, APB, pemberian perkhidmatan terbaik kepada semua golongan sasar melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang berinformasi. Jabatan juga telah memperkenalkan Revolusi Pertanian Pintar yang merujuk kepada pembangunan dan penintegrasian teknologi tinggi dengan lebih meluas dalam bidang pertanian untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil. Jabatan sedang membangunkan 8 unit struktur pelindungan hujan untuk tanaman tin sebagai pusat inkubator untuk membangunkan usahawan superfruit. Di samping itu Jabatan sentiasa memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan kepad golongan sasar untuk meningkatkan pengetahuan petani konvensional kepada pertanian moden. Jabatan Pertanian juga memperkukuhkan pembangunan modal insan dengan menyediakan pelbagai jenis latihan dan kursus untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan kepakaran pegawai dan petani seperti latihan hand on di lapangan mengikut jadual tanaman. Jabatan juga menggalakkan kerjasama dengan industri untuk meningkatkan kemahiran perniagaan tani.
Kerajaan Negeri Perlis dengan bantuan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, MARDI bersama-sama sedang dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan tekonolgi pertanian moden dalam meningkatkan hasil pertanian seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan kepada import makanan. Dalam usaha tersebut, MARDI telah memperkenalkan penggunaan Teknologi Pertanian Tepat dalam tanaman padi kepada petani-petani seperti penggunaan ‘DRON’ dan ‘UAV’ dalam pengurusan tanaman dapat meningkatkan kecekapan penggunaan input-input pertanian seperti baja dan racun seterusnya dapat mengurangkan kos pengeluaran. Dalam mengurangkan kebergantungan import beras juga, MARDI telah memperkenalkan banyak variety-veriety padi baharu yang yang mempunyai hasil yang tinggi dan juga lebih tahan penyakit, di antaranya MARDI SIRAJ 297 yang mempunyai hasil yang tinggi dan banyak ditanam di negeri Perlis. Pihak MARDI tidak melihat isu tanah terhad sebagai halangan untuk terus membantu petani atau individu menghasilkan tanaman yang bermutu tinggi sama ada untuk kegunaan sendiri atau dijual. Melalui Teknologi Kejuruteraan MARDI, satu alternatif terbaik bagi memastikan Negara masih kekal mampu mengeluarkan hasil pertanian melalui kilang tanaman, Plant Factory. Kilang tanaman merupakan sistem pengeluaran sayuran dalam bangunan yang semua elemen yang diperlukan seperti cahaya, suhu, gas rumah hijau iaitu gas karbon dioksida dan kelembapan di kawal secara tiruan dengan sokongan sistem kawalan pembajaan serta pengairan secara mekanisasi juga automasi. Menerusi teknologi kilang tanaman itu juga memberi keperluan kepada jaminan dan keselamatan makanan kerana teknologi ini mampu mengurangkan sisa racun kimia, pencemaran air dan tanah. Melalui kaedah penanaman di kilang tanaman mampu menghasilkan sayuran bernilai tinggi yang segar, bernutrisi dan bebas daripada semburan racun kimia dan yang amat penting ianya mampu menghasilkan produktiviti sebanyak empat kali ganda atau lebih berbanding kaedah konvensional kerana konsep baharu tersebut tidak dipengaruhi oleh persekitaran dan perubahan cuaca. MARDI juga menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan hasil pengeluaran sayuran yang mampan menerusi sistem semaian dan tanaman menggunakan sistem pencahayaan daripada lampu yang mampu mencegah tanaman daripada serangga perosak dan penyakit.
MARDI juga terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan, R&D bagi meneroka sumber-sumber kekayaan baharu bagi meningkatkan hasil negara. Sebagai contoh memperbagaikan produk-produk bernutrisi tinggi dan kesihatan dari kelapa seperti minyak kelapa dara, madu kelulut, ni madu kelulut na… bukan madu kahwin tu…madu kelulut termasuk teknologi pengeksportan buah durian yang kini mempunyai nilai pasaran yang tinggi di negara China. Di Perlis, MARDI menumpukan penyelidikan dan pembangunan bagi meningkat hasil buah dan kualiti manga harumanis di Perlis melalui pertanian pintar dan juga penggunaan sistem pengeluaran yang sistematik. Penumpuan juga akan diberi kepada pengeluaran mangga harumanis Perlis secara organik. MARDI juga terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi mengurangkan kebergantungan makanan ternakan sebagai contoh dalam penghasilan makanan untuk ternakan ruminan contohnya lembu dan kambing. MARDI dalam usaha untuk membangunkan teknologi pengeluaran jagung bijian untuk ternakan dan negeri Perlis akan terlibat secara langsung dalam penyelidikan dan pembangunan ini. Ini akan mewujudkan peluang peningkatan ekonomi kepada penduduk setempat terutamanya di negeri Perlis dengan penglibatan sektor swasta sebagai pelabur.
MARDI komited untuk membangunkan teknologi pertanian terkini untuk memudahkan petani muda supaya mereka tidak perlu bergantung pada kaedah penanaman konvensional. Isu-isu seperti hasil yang rendah, kos operasi yang tinggi, kerugian pascabayar yang tinggi, penggunaan sumber yang tidak cekap dan perubahan iklim dapat diselesaikan melalui pelaksanaan teknologi baru dan praktikal. Kemunculan teknologi baru akan menjadikan faktor utama untuk memodenkan pertanian masa depan yang akan MARDI bangunkan.
Yang berikutnya daripada YB Kuala Perlis, untuk makluman daripada…
Minta laluan yang Berhormat Dato’ Speaker, YB Simpang Empat… tadi YB Simpang Empat sebut petani-petani muda ni nak bagi apa ni buat kerja dengan teknologi baru semua tu… masalah petani muda ni modal tak dak… apa pandangan Yang Berhormat?
Untuk petani muda dia ada Program Agroprenuer Muda… jadi dana dia bagi untuk permulaan RM20,000 tapi kena hadirlah program-program yang diatur oleh Jabatan-Jabatan Agensi yang berkaitan dengan pertanian, nelayan ka… penanam padi ka… harumanis ka… dia ada untuk program petani anak muda… (duduk dan bangun semula) hurm… lupa saya dok tengok bukan boleh, saya kira nak duduk (sambil berjenaka dengan YB Sanglang).
Banyak ni… untuk Sena banyak… sekarang saya bagi untuk Kuala Perlis, ikan punya, sebelum tu saya nak maklumlah kepada YB-YB lain atau Kuala Perlis pakat mangsa bencana alam, pakat dok sebut kes rumah saja, kesian la dekat petani sama no… padi tumbang, untuk makluman semua Yang Berhormat, masa kes 8 haribulan tu dan selepas-selepas tu… sehingga hari ni pun dia dok dapat maklumat daripada YB Sanglang padi kena ribut tumbang kawasan MADA 322 hektar yang dilaporkan… kawasan luar MADA 323 hektar yang dilaporkan, jadi jumlah keseluruhan 691 hektar, anggaran kerugian dianggarkan lebih RM5.7 juta, cuma cara bayarannya saya tak tau lah… kita dah daftar dah… kita tak tau bayaran macam mana padi tumbang ni kita tak tau lagi sebab kalau kira cara saya lah selepas tuai lah patut kita bayar pasai apa baru tau dia rugi ka tak rugi… kadang-kadang dia tumbang kan, padi ni antara umur 70 sehingga 90 hari yang tumbang ni kadang-kadang dia boleh panggong balik no… umur tua pun hebat juga kadang-kadang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak celah sikit, Yang Berhormat sebab kesian kat dia… bercakap dari tadi ni… tak berhenti-henti… jam dah pukui dua lebih dah… ada petani sebelah saya tu dia pi report dekat MADA dah daftar dah padi dia tumbang apa semua, MADA ni mungkin dia kumpul maklumat tu banyak, bila dia pi tengok dia kata tak jadi bagi, padi tu dia panggong balik…
Ha tu… tadi kata dah…
saya ingat tak adil lah… sebab dah daftar dah apa semua… dah daftar dah kata rosak dah rebah dah apa semua, kena terus bagi lah…
Dia masalah dia macam ni YB, sebab tu saya cadang… saya la bukan… hang tumbang ka… hang apa ka… kan… lepas tuai tu kita kira musim lepas dia dapat berapa tan… musim ni dia tumbang dia dapat berapa tan… kita boleh… masa tu kena senang kira… hasil dia kan? Bagi saya lah kan… lagu tu lah…
Untuk daripada YB Azam atau YB Kuala Perlis, Jabatan Perikanan masih bertanggungjawab dalam urusan sumber perikanan untuk bekalan ikan di dalam negara sentiasa berkekalan dan mampan yang boleh dinikmati oleh setiap peringkat masyarakat, salah satu kaedah mengawal sumber perikanan adalah melalui instrument pelesenan. Melalui instrument ini, kecekapan dan keupayaan menangkap ikan perlu dikawal supaya peralatan menangkap ikan yang digunakan tidak menjejaskan sumber perikanan. Menurut Dasar dan Prosedur Pelesenan Jabatan Perikanan Malaysia, bagi perahu atau sampan bagi seseorang nelayan tulen dan dilesenkan di Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut, enjin sangkut tidak melebihi 11 meter iaitu dari 122 kaki dari apa… dan kebawah kuasa kuda enjinnya 120 kk dan enjin ekor panjang atau enjin pam tidak melebihi 11 meter, kuasa kudanya 15 kk dan ke bawah. Dasar dan Prosedur Pelesenan sedia ada juga menetapkan setiap nelayan berlesen mestilah mengusahakan dan menggunakan sampan sedia sebagaimana yang dicatatkan dalam buku lesen. Ini kerana nelayan sampan dikategorikan sebagai ‘usaha sendiri’. Pemilik sampan berlesen boleh membesarkan sampan miliknya sama ada ditambah dari segi panjang, lebar atau menambah ketinggian sampan. Nelayan yang ingin memohon kelulusan pengubahsuaian perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perikanan iaitu, pemilik sampan akan memohon kelulusan ubahsuai sampan, yang kedua pemilik sampan juga perlu menyertakan lakaran sampan yang akan diubuahsuai berserta bukti sebut harga dari bengkel baik pulih sampan dan ketiga setelah ubahsuai selesai dijalankan, sampan akan diverifikasi semula sesuai dengan dasar sedia Jabatan Perikanan atau pun tidak melebihi 11 meter. Kelulusan akan diberi jika mematuhi dasar pelesenan yang sedia ada jabatan. Jabatan Perikanan akan merekod ubahsuai di dalam buku lesen dan akan dikemaskini dalam sistem eLesen. Yang berikutnya untuk YB Kuala Perlis, OK…
Ini untuk jawapan kepada YB Sanglang, berkenaan dengan dua buah jeti di Sungai Padang di kawasan Sungai Padang yang dikatakan ada bumbung setengah, tak dak bumbung setengah la no… gitu la kan? Sama la… kedua-dua jeti ini kalau ikut cara dia di bawah seliaan LKIM, cuma satu jeti yang warna kuning yang hujung sekali tu… yang tu dulu dia guna peruntukan Parlimen tau dak tempat tu bila Jabatan LKIM tengok bawah rekod dia memang tak dak… tau dak… dia bawah peruntukan Parlimen, Parlimen yang buat jadi untuk akan datang ni, kedua-dua jambatan… apa ni.. pelantar ini pihak LKIM akan memohon peruntukan untuk diperbaiki daripada Kerajaan Pusat sebab LKIM di bawah Kerajaan Pusat la kan… pihak saya pohon kepada YB-YB daripada Pakatan Harapan la bantu bagi menyelesaikan masalah ini kalau takat Kerajaan Negeri memang tak dak sebab ini bawah Kerajaan Pusat dan kita ambil perhatian lah untuk bantu daripada masa ke semasa.
Sekarangnya berkenaan dengan kes subsidi baja, kaedah baru yang YB tanya ni, la ni ada kaedah baru, sistem baja digunakan kaedah baru, kawasan yang lalu di bawah pencawang elektrik ni sebenarnya kawasan tu, tanah tu yang kata tak boleh daftar tu banyak yang kena sepanjang jalan tu banyak dibayar oleh pihak TNB untuk kawasan laluan. dia kalau nak usaha memang dia kawasan bahaya dan ada setengah tu dia bayar habis semua, kalau ada 4 relung, 4 relung dia bayar habis dah… Cuma pengusaha ni dalam rekod sawah ladang ni sawah padi ni macam ditolak lah… jadi keluasan tu… yang kedua, sekarang ini baja yang dikatakan kurang ni adalah program pemutihan, tau dak… nak bagi dapat hak yang di bawah Menteri baru ni, macam tadi YB Dato’ Ismail tanya, yang daripada Tambun Tulang kata, tukar Menteri… dia ada cara lain, hak ni pun tukar Menteri mai cara lain… boleh faham…
Yang Berhormat… saya ingat YB Simpang Empat kena panjangkan ke Pusat lah… jangan tukar kaedah nak bagi baja, ni nak perkurang kan petani-petani ni merungut, berhampiran dengan rumah saya tu, selalu dia dok dapat salah seorang tu dok dapat dalam keluasan 4 relung, tiba-tiba dia pi daftar hari tu, dapat sampai 12 relung, bendang dia 4 relung jugak… yang kawan sebelah dia tak dapat, sepatutnya tukar baja baja baru yang lebih berkualiti… hak tu yang YB kena panjangkan ke Pusat, insya-Allah…
Apa yang YB cadang saya terima dengan sebulat-bulatnya. Untuk makluman kepada YB Tambun Tulang, berkenaan dengan bintang daripada Persatuan Peladang… Pertubuhan Peladang… setakat yang diauditkan di kawasan MADA, cuma MADA Simpang Empat sahaja bintangnya ialah lima bintang, untuk luar MADA, KPK Beseri lima bintang, Padang Siding empat bintang, Paya empat bintang, sekian, terima kasih.
Dan sebelum tu saya ucap terima kasih terutamanya….
Minta laluan Yang Berhormat… terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Simpang Empat. Saya nak sambung sahabat saya pertikaikan tentang kualiti baja ni… Yang Berhormat dok pi mesyuarat di peringkat federal, sebagai wakil negeri, tak bolehkah timbulkan balik, kalau benda-benda macam itu kita kena tegur la benda-benda yang tak berapa bagus, tak elok ni kita tegur dan perbetulkan pasai baja ni saya tak mau cakap lah tentang kandungan dan apa… sejak sekian lama mungkin di antara sebab apabila setiap musim tuaian yield kita tu berkurangan, mungkin sebabnya adalah baja yang digunakan tidak berkualiti sebab kita nak pertikai NAFAS ada business situ, kita hanya nak pertahankan business anak-anak syarikat atau pun syarikat-syarikat berkaitan dengan Kerajaan yang bernaung di bawah Kementerian Pertanian, tapi kita dalam masa yang sama kita juga telah membazir satu keadaan yang melibatkan semua orang yang patut menikmati benda tu tak dapat dinikmati. Kandungan baja mungkin dulu pernah dipertikaikan sangat teruk dengan diubah sikit, jadi benda subsidi ni benda yang dibuat untuk kebaikan bila berlaku sangat perkara-perkara yang macam ni yang tidak diperiksa, di check kandungannya sepanjang masa, mungkin di antara sebab kekurangan hasil berlaku disebabkan oleh baja dan juga racun yang tidak sebenarnya tidak begitu berkualiti yang kita bagi secara subsidi kepada para petani, apa pandangan Yang Berhormat dalam perkara ini?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tambun Tulang, setakat ni saya lebih kurang macam YB Indera Kayangan lah… program Kerajaan Negeri Perlis kadang-kadang tak tau… saya program pusat macam minyak cap buruh tu.. lalu… setakat tahun ini sekali baru ada mesyuarat Exco-Exco dengan Menteri Pertanian. Program-program lain terutama sepanjang program MADA lah kan… saya lalu tengok orang ramai sahaja saya tah… depa tak bukan tak mau jemput, tak berani dijemput… tau dak… sat lagi takut kena 24 jam… masalahnya bila saya tanya dengan Ketua-Ketua Jabatan terlibat, depa kata tak dak apa Tuan, mungkin ada orang lain bagi arahan, hak tu yang susah tapi saya akan cuba bercakap dengan Menteri bila saya dijemput untuk mesyuarat, baru ni pun saya dah ni bukan… saya dah cakap dan saya difahamkan bahawa pembekal baja ni pun mungkin depa akan open tender selain daripada sekarang ini NAFAS yang buat… yang tu sahaja. Boleh?... sebelum tu saya sebelum saya terlupa, kepada semua yang ada dalam Dewan ini kalau-kalau lah surat jemputan daripada agensi di bawah saya ni iaitu Hari Penternak, Peladang dan Nelayan yang akan diadakan peringkat negeri Perlis pada 28… 29… 29 haribulan sehingga 1 haribulan bertempat di stadium utama negeri Perlis, Stadium Putra….
29 apa tu Yang Berhormat?...
29 Ogos sehingga 01 September, saya jemputlah pada semua untuk hadir terutamanya YB Asrul yang dok dekat tu boleh dapatkan pamphlet-pamphlet yang YB minta saya senaraikan, saya ingat boleh pi ambik di situ lagi bagus, setakat la ni saya difahamkan oleh urus setia, gerai-gerai yang kita sediakan itu berebutlah… tau dak… saya jemput lah untuk bantu petani dan kalau mana-mana YB-YB yang dok ada ni, yang nak bagi sumbangan untuk cabutan bertuah, yang saya adakan pada hari itu, boleh bagi sebarang sumbangan, saya terima. Akhirnya saya terlebih dahulu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, kepada Yang Amat Berhormat, kepada Setiausaha Dewan dan petugas-petugasnya, semua Ketua-Ketua Jabatan, adik-adik pelajar-pelajar KUIPs dan juga pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman, lupa saya no… tuan-tuan dan puan-puan sekalian… saya meyokong dan menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis untuk Persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis kali Mesyuarat Kedua, sekian, wabillahitawfeek walhidayah wassalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Empat, Ahli-Ahli Yang Berhormat hadirin sekalian, saya minta bersabar, kita akan selesaikan sidang pada hari ini juga dan kalau agak tak selesa atau boleh refreshment sekejap di luar dan masuk balik ke dalam Dewan. Dipersilakan Yang Berhormat Chuping.
Bismillahirahmannirrahim, Assalamu`alaikum warahamtullahi wabarakatuh… salam sejahtera, salam Perlis, Raja Berdaulat Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju… Terima kasih yang Berhormat Dato’ Speaker, sejuk menunggu nak sampai giliran ni… sejuk dah… ketar tak sangga dah ni… apa pun terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker di atas laluan yang diberikan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Bintong, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Wakil-Wakil Jabatan, pengamal media, dan tak lupa juga kepada pelajar-pelajar KUIPs dan Sekolah Menengah Tengku Suleiman yang hadir sebagai pemerhati, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin-Nya jua kita… mesyuarat kedua Penggal Persidangan Ke Dua Dewan Undangan Negeri Perlis yang Ke Empat Belas telah dapat dilaksanakan dengan lancarnya. Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, Setiausaha Dewan, Urus Setia Dewan, Bentara dan lain-lain yang menguruskan persidangan selama tiga hari ni dengan baik sekali, dan tak lupa juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih dan tahniah kepada Ketua-Ketua Jabatan yang begitu komited dan setia berada di dalam Dewan ini selama tiga hari ini, dan secara tidak langsung mengambil informasi seperti maklumat yang berkaitan dengan jabatan tuan-tuan dan puan-puan. Usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja telah melibatkan perbahasan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelah sana, menunjukkan betapa pentingnya kemajuan, pembangunan, keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan demi rakyat negeri ini perlu diutamakan. Saya yakin dan percaya setiap
Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Ketua-Ketua Jabatan yang ada dalam Dewan ini memandang serius tentang amanat dan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis demi kebaikan rakyat dan negeri ini khususnya.
Justeru itu, ada beberapa perkara yang telah dibangkitkan dalam perbahasan kelmarin yang melibatkan portfolio saya iaitu daripada YB Sena iaitu menyentuh tentang aspek kebersihan ke arah mencapai matlamat Perlis sebagai destinasi pelancongan. Bila bercakap mengenai kebersihan, tidak semestinya hanya menunding jari kepada pihak Kerajaan semata-mata. Kelmarin pun Yang Berhormat Santan telah pun menjelaskan beberapa tindakan telah diambil oleh sebuah syarikat yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan dan diselia oleh SWCorp bagi menguruskan sampah di negeri ini. Begitu juga Majlis Perbandaran Kangar sendiri yang telah memainkan peranan tersebut, usaha ini berterusan dan setiap bulan ianya mencecah kos penyelenggaraan yang cukup tinggi, bagi memastikan sampah dapat diuruskan dengan baik. Namun masih ada rakyat yang tidak peka akan hal ini, oleh sebab itulah peranan pemimpin setempat, terutama sekali semua Wakil-Wakil Rakyat khususnya harus sentiasa mengingatkan rakyat-rakyat di bawah kawasan Tuan-Tuan dan Puan-Puan akan betapa pentingnya menjaga kebersihan baik di rumah, tempat awam dan sebagainya kerana memang agak sukar untuk mengubah budaya namun kita boleh pelajari daripada negara-negara luar yang lain yang sentiasa mempraktikkan budaya bersih di kalangan rakyatnya, walaupun mengambil masa yang agak lama, sebab nak ubah sesuatu attitude manusia ni bukannya mudah, dia akan mengambil masa yang lama, namun akhirnya insya-Allah akan berjaya dilaksanakan.
Selain daripada itu, saya ingin menjawab soalan daripada YB Indera Kayangan yang juga menyentuh tentang bab-bab pelancongan dan pagi tadi saya telah pun menjawab secara lisan soalan yang ditanya oleh YB Sena berkaitan kemasukan pelancong ke negeri Perlis, ini menunjukkan setiap tahun Perlis sentiasa menerima pengunjung. Cumanya YB Indera Kayangan juga menyatakan bahawa beliau ada buat dua program baru-baru ini dan juga satu program CSR di bulatan Bukit Lagi, hasil program tersebut ramai yang tahu pasal Perlis, tak kerana program tu YB, Perlis memang diketahui umum melalui program-program besar yang kita dok buat seperti Perlis Marathon, Pesta Angin Timur, Pesta Air Kuala Perlis, Pesta Air Kuala Perlis ni akan dilaksanakan 07 dan 08 September tahun ini, Perlis Open Regata di Empangan Tasoh dan program-program ini pun telah diadakan sejak lima tahun yang lalu, masih berterusan. Begitu juga kejohanan-kejohanan sukan yang telah dibuat oleh Kementerian dan Institut Pengajian Tinggi di Perlis, untuk pengetahuan YB juga, baru-baru ini ramai penyelidik yang datang ke negeri Perlis, satu lagi baru-baru ini ada program daripada Jabatan Hutan iaitu ekspidisi penyelidikan biologi spesies yang ada di Taman Negeri di Perlis yang mana secara tidak langsung spesies-spesies yang ada di negeri Perlis ini jauh lebih banyak daripada yang ada di negeri-negeri lain. Itulah yang kita nak ceritakan kepada YB bahawa pelbagai usaha Kerajaan yang telah Kerajaan komited untuk laksanakan bagi menjayakan Tahun Melawat Perlis 2021.
Dan isu yang dibangkitkan juga oleh YB Indera Kayangan tentang banyak tempat pelancongan tak buka semasa musim perayaan. Yang Berhormat Indera Kayangan, sambutan Raya hari tu telah merupakan salah satu daripada ibadah yang sangat dituntut dalam Islam, jadi selalunya tempat-tempat yang sebagaimana contoh, saya nak bagi contoh kepada Yang Berhormat Gua Kelam, contoh kalau hari perayaan seperti ini raya puasa atau pun raya haji memang kita cuti, dua hari… cuti-cuti umum yang lain memang kita buka, jadi itu adalah kerana kebanyakan warga kerja yang bertugas di tempat itu adalah merupakan umat Islam yang meraikan perayaan ini. Saya nak bagi contoh satu lagi pasal Gua Kelam ni… sepanjang cuti raya dan cuti seminggu sekolah hari tu, jumlah pengunjung yang hadir ke Gula Kelam 1, kat Gua Kelam tu dia ada dua, Gua Kelam 1 dan Gua Kelam 2, tapi yang ni Gua Kelam 1, sebanyak 3,500 orang pengunjung dan hasil kutipan yang berjaya dikutip dalam tempoh seminggu tersebut sebanyak RM4,515.00. Itu baru seminggu, tapi kalau kita tengok kutipan hasil Gua Kelam pada 1 Januari sehingga 21 Ogos 2019, sebanyak RM90,454.00. Itu antara kutipan, maksudnya jumlah pengunjung tu yang ramai ke Gua Kelam yang mana YB sendiri sebut orang tak tau pasal Perlis. Jadi itu yang saya nak cerita sedikit. Antara strategi yang diambil untuk mengukuhkan lagi sektor ini adalah melalui penubuhan task force pelancongan, penyediaan Pelan Induk Pelancongan Negeri Perlis, penganjuran tahun melawat Perlis yang mana kita telah menetapkan tahun 2021 dan yang terdekat penyertaan Kerajaan Negeri di dalam Program MATTA Fair yang berlangsung di PWTC pada 6 hingga 8 September ini.
Dan saya juga ingin menjawab soalan daripada ADUN Guar Sanji yang mana soalannya masih terdapat ramai rakyat miskin tegar di negeri Perlis, adakah pengagihan bantuan sampai kepada penerima yang sepatutnya. Untuk makluman… tak dak ADUN Guar Sanji dalam ni… pi mana dah… tak pa la… jawab la no… untuk makluman ADUN Guar Sanji jumlah Ketua Isi Rumah yang berdaftar di dalam sistem e-Kasih sehingga Ogos 2019 adalah seramai 15,382 orang, Ketua Isi Rumah yang telah diverifikasi, di mana daripada jumlah tersebut Ketua Isi Rumah berstatus Miskin Tegar seramai 3 orang sahaja, miskin 2,860 dan bakinya adalah lain-lain. Merujuk kepada pertanyaan YB Guar Sanji, sememangnya pihak Kerajaan Negeri melalui ICU JPM dan agensi pemberi bantuan yang lain akan memastikan semua bantuan sampai kepada penerima yang layak. Walau bagaimanapun tidak semua pemohon akan dapat menerima bantuan pada satu-satu masa disebabkan jumlah peruntukan yang terhad. Sebagai contoh, berdasarkan rekod permohonan bantuan bina baru rumah di dalam eKasih adalah seramai 3,616 Ketua Isi Rumah sedangkan peruntukan yang diterima sehingga Ogos 2019 hanyalah sebanyak 19 buah rumah sahaja. Begitu juga bagi baik pulih rumah, pemohon sebanyak 4,628 manakala peruntukan diterima hanya untuk 134 buah rumah sahaja disebabkan peruntukan yang terhad ini pihak agensi pemberi bantuan akan memastikan hanya Ketua Isi Rumah yang benar-benar layak sahaja akan menerima bantuan terutamanya Ketua Isi Rumah yang berstatus miskin tegar dan miskin akan diberi keutamaan. Manakala Ketua Isi Rumah lain akan dipertimbangkan sekiranya terdapat baki atau peruntukan tambahan yang diterima. Begitu juga kaedah yang sama yang diguna pakai oleh agensi pemberi bantuan yang lain seperti JKM dan MAIPs untuk bantuan bulanan… berbentuk bulanan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas penyertaan semua bagi menjayakan persidangan DUN kali ini, dan akhir kata saya menjunjung kasih dan menyokong sepenuhnya Usul Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis pada persidangan kali ini. Sekian, wabillahitawfeek walhidayah wassalamu`alaikum.
Terima kasih Yang Berhormat Chuping, dipersilakan Yang Amat Berhormat.
Bismillahirahmanirrahim… assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh... terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja yang telah disampaikan pada dua hari lepas, dan masa yang sama saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya daripada barisan Exco yang juga telah mengambil bahagian dan memberikan respon kepada soalan-soalan dan isu-isu yang dibangkitkan yang berkaitan dengan portfolio masing-masing.
Saya memperhatikan bahawa pada kali ini tidak ada isu atau dasar yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, isu-isu yang dibangkitkan lebih kepada isu-isu ataupun tumpuan kepada isu-isu yang bersifat khusus sama ada dari segi program atau pun dari segi projek di kawasan masing-masing atau pun di negeri Perlis khususnya dan juga ada disebutkan oleh ramai daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat atau disentuh oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat mengenai malapetaka yang menimpa negeri Perlis iaitu angin ribut, sehari sebelum Hari Raya dan ujian diberikan kepada agensi-agensi ataupun Jabatan yang berkenaan seperti JKM, MAIPs, JPAM, pihak Polis dan sebagainya, begitu juga dengan pihak NGO dan orang awam yang telah mengambil tindakan segera untuk membantu di dalam usaha-usaha untuk meringankan bebanan rakyat semasa… selepas kejadian yang berkenaan, dan suka saya menyentuh di sini bahawa tindakan yang cepat yang diambil oleh agensi-agensi negeri, khususnya JKM, ini adalah… dan juga MAIPs ini, sebenarnya adalah merupakan tindakan pembaharuan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri di mana saya sendiri telah mengeluarkan arahan, ini beberapa tahun yang dulu apabila negeri kita dilanda banjir pada tahun 2014, sebab saya telah melihat ketika itu, agensi-agensi menunggu arahan sebelum mengambil tindakan, dan melihat kepada kelemahan itu, saya telah mengeluarkan arahan sebenarnya supaya agensi-agensi tidak menunggu arahan tetapi bila berlaku sahaja sesuatu malapetaka yang sebegini sama ada rumah terbakar ka… ataupun angin ribut ka… atau banjir ka… mereka harus dengan serta merta turun ke padang dan itulah yang berlaku dan kita ucapkan tahniah kepada Ketua-Ketua Jabatan dan juga kakitangan mereka yang telah mengambil tindakan proaktif dan menyambut baik seruan daripada Kerajaan Negeri ini.
Yang keduanya saya ingin menyentuh mengenai industri pertanian ini, di dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia juga menyebut dan ini adalah merupakan satu lagi perkara dasar sebenarnya walaupun ini tidak disentuh secara khusus oleh pihak Ahli-Ahli Yang Berhormat cuma ada menyentuh secara umum mengenai peningkatan import kita terhadap makanan kita oleh Yang Berhormat Tambun Tulang, tetapi saya ingin menyentuh di sini bahawa ini adalah merupakan satu lagi keutamaan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri iaitu menumpukan perhatian kepada industri pertanian yang berkaitan dengan tanaman kontan ini yang mana kita dapati inilah yang boleh menghasilkan… memberikan hasil yang lebih tinggi dan kepada petani-petani jika mereka mengambil bahagian dan di masa yang sama kita juga sedang memberikan perhatian dan tumpuan kepada satu lagi industri pertanian iaitu penternakan dan kita sedang menumpukan kepada dua aspek ternakan ini iaitu untuk daging dan juga untuk susu, walaupun belum ada lagi tanda-tanda yang positif berhubung dengan participation, dengan izin, oleh pihak-pihak pelabur tetapi kita dah mulakan usaha itu, insya-Allah mungkin dalam masa yang tidak terlalu jauh ke hadapan, kita akan melihat ada pelabur-pelabur yang akan mengambil bahagian dalam sektor-sektor yang saya sebutkan ini dan ia mungkin akan menjadi satu realiti dan insya-Allah juga kita harapkan
Perlis ini boleh menjadi satu lagi hub pengeluaran daging dan juga pengeluaran susu. Ini berkaitan dengan negeri dan satu lagi tu yang berkaitan dengan pertanian itu, penanaman tanaman cash crops ini, itu dah pun menjadi realiti cumanya satu saja yang saya tidak saya sendiri tidak begitu berpuas hati sedikit disebabkan participation oleh petani-petani itu tidak begitu menjadi dan apa yang berlaku sekarang ini ialah syarikat yang terpaksa mengendali atau melaksanakan projek ini dan memang berjaya pun sebenarnya, tapi kita nakkan participation atau pun orang kampung petani-petani untuk mengambil bahagian di dalam projek yang sebegini supaya mereka akhirnya mendapat hasil dan meningkatkan pendapatan.
Dan saya juga mengucapkan… saya lihat apa ni… Yang Berhormat Tambun Tulang ada menyebut… ada menyentuh mengenai cerita terlalu banyak sangat berpolitik, yang ini saya daripada awal-awal lagi, saya bersetuju dengan apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Tambun Tulang walaupun dia tak ada pada masa ini, yang kita ini terlalu sangat berpolitik dan saya sendiri telah membuat pendekatan politic centric atau sentris politik ini dah tak ada… kalau ada sikit-sikit saja, sebab itu saya telah mengambil pendekatan development centric politic iaitu kita dah berada dipilih oleh rakyat, sebab itu kita kena tumpukan perhatian kita untuk membangunkan negeri ini, itu yang saya telah lakukan tetapi itu tidak menjadi kesukaan kepada sebahagian kepada orang politik, sebab pendekatannya berbeza, dan kita dah terlalu sangat, terbiasa dengan politik sentris politik ini. Apa pun ini pembaharuan yang saya bawa sama ada benda itu akan mendatangkan hasil insya-Allah kita sama-sama tunggu dan lihat sahaja lah…
Dan yang keduanya bercakap mengenai perpaduan, ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bercakap mengenai soal perpaduan, keharmonian dan sebagainya, yang memetik daripada Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja dan ini juga merupakan suatu perkara yang penting sebab kalau kita tidak mengendali dan menguruskan isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan ini, berkaitan dengan keharmonian ini, dia akan menghancurkan negeri kita, dan apabila ini berlaku tidak ada guna pembaharuan… pembangunan yang kita bawa sebab semuanya akan hangus, maksud hangus ini akan rosak dan sebagainya bukan dari segi harta, malah kecederaan, nyawa pun boleh hilang… oleh sebab itu Kerajaan Negeri juga memberi perhatian dalam perkara ini, dan kita sedih kerana sejak daripada sepanjang setahun lebih ini, kita dapati isu-isu yang berkaitan dengan perkauman ini, isu-isu yang berkaitan dengan agama, dan lain-lain isu dan yang terbaharu, bendera Malaysia yang melambangkan kedaulatan negara kita dialihkan… up side down… dan walaupun pihak polis mengatakan bahawa ini adalah merupakan sesuatu yang secara tak sedar, tetapi kalau kita lihat siri-siri event itu yang berlaku bukan sahaja di satu negeri, saya rasa ini bukan merupakan satu benda yang tak sihat, dan ini akan menjadi bibit-bibit kepada sesuatu yang tidak sihat lagi di dalam negara kita, jadi saya mengucapkan terima kasih dan I am truly am dengan izin, appreciative for the fact that some of the representatives have spoken against all those things… yang mengatakan bahawa kita mesti mengekalkan perpaduan dan mesti mengekalkan harmoni di dalam negara kita dan dalam negeri kita ini, dan saya memang akan memberikan penekanan kepada aspek tersebut kerana itulah saya kurang sikit dalam soal sentris politik ini tetapi memberikan keutamaan kepada development centric politic.
Dan saya nak menyentuh mengenai beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat daripada Sena telah menyentuh mengenai jumlah tanah terbiar tetapi saya rasa telah diberikan jawapan oleh Yang Berhormat Simpang Empat, jadi saya tak berhasrat untuk menyentuh lagi perkara ini. Begitu juga dengan Yang Berhormat Indera Kayangan yang menyentuh mengenai pembangunan di CVIA dan juga mengenai jumlah pelabur, nilai pelaburan dan aktiviti perniagaan, ini pun telah saya jawab semasa soalan lisan yang dikemukakan tadi, saya rasa saya tak nak reinvent the wheel, dengan izin.
Dan Yang Berhormat Indera Kayangan juga menyentuh mengenai khususnya projek Kangar Jaya, jadi apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengembangkan Kangar Jaya untuk meningkatkan ekonomi negeri Perlis. Sebenarnya Kangar Jaya ini ia adalah merupakan satu projek yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri satu projek inisiatif swasta dan kita memberikan sokongan yang sepenuhnya dalam untuk membolehkan ianya berjalan dan dilaksanakan dengan lancar dan kita tahu bahawa Seriab ini dia akan menjadi suatu pusat pertumbuhan yang baru, dan kalau kita lihat dengan kemunculan pejabat-pejabat Kerajaan sama ada yang negeri mahu pun Persekutuan, ianya akan menjadi suatu, dengan izin, administrative center bagi negeri Perlis. Kalau dulu pejabat-pejabat Kerajaan berada di dalam pekan, tetapi dengan sendirinya dia telah keluar menuju ke kawasan Seriab ini dan insya-Allah dengan siapnya pejabat pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri, lebih banyak lagi agensi-agensi negeri, jabatan-jabatan negeri malah jabatan Persekutuan sekali pun akan berkongsi bangunan itu dan kita lihat bangunan-bangunan yang sedang didirikan, kita dah ada IPD Perlis dah siap pun… dan juga kita ada… apa ni… Palace of Justice… apa nama… Mahkamah Tinggi dan ada lagi bangunan-bangunan lain yang akan wujud di sana dan kita jangan lupa bahawa ini dalam konteks untuk membantu dan mengembangkan lagi Kangar Jaya akan wujud Kangar Central iaitu di seberang daripada highway tu insya-Allah saya rasa ini akan dilaksanakan pada tahun ini kalau proses perolehan itu berjalan yang dilakukan oleh pihak NCER, jadi semuanya akan membantu Kangar Jaya dari segi perkembangannya nanti yang kawasan agak luas, hampir 90 ekar untuk Kangar Jaya ini, jadi kita sama-samalah menyaksikan pembangunan ini berlaku di sebelah Kangar ini dan saya juga ingin menyentuh mengenai persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kuala Perlis, tapi ini juga saya telah memberikan sedikit jawapan di peringkat awalnya mengenai tanah… tanah di Kuala Perlis ni… saya masih nak menekankan dan menegaskan di sini bahawa kita memang tidak boleh memberi hakmilik kepada tanah-tanah yang berada di sepanjang Sungai Perlis ini, sebab dia termasuk dalam reserve sungai dan kita dihalang oleh suatu undang-undang tetapi memang saya akui bahawa ada segelintir individu yang telah memperolehi hakmilik tetapi ini berlaku, saya tak tahu zaman siapa… tapi telah berlaku lama dahulu… sama ada benda merupakan isu terlepas pandang atau apa saya tak pasti tetapi memang saya akui ada beberapa orang yang telah diberikan hakmilik tanah-tanah di sepanjang sungai tetapi tak banyak bilangan dia dan menyentuh mengenai tanah yang dikatakan diberikan kepada sebuah syarikat, itu merupakan sebenarnya satu pelaburan, tanah itu merupakan tanah reclaimation yang dilakukan oleh akibat daripada projek… tebing… apa tu… projek… a… tembatan banjir barat dan Kerajaan Negeri sebenarnya telah meluluskan satu list jangka panjang kepada syarikat dan dia telah membayar… dia telah dalam proses untuk membayarnya, jumlahnya RM3.5 juta, dan kawasan tempat ini akan dijadikan satu tempat untuk tujuan pelancongan, dia akan membina motel, dia akan membina pusat makanan… makanan laut dan juga rekreasi yang lain, jadi ini juga berbeza sebenarnya dengan penempatan, ini merupakan satu pelaburan, jadi saya harapkan tidak timbul kekeliruan dalam soal ini, jadi apa yang saya sebutkan tadi bahawa memang kita tidak boleh memberikan hakmilik kepada mereka yang mendiami ataupun menduduki riverbank ataupun apa tu tebing… tebing sungai ini, yang tu memang tak boleh sebab undang-undang tidak membenarkan itu Yang Berhormat… kalau Yang Berhormat masih nak bercakap pada penduduk-penduduk di sana bahawa kita akan usahakan, saya dah bagitau kepada penduduk-penduduk di sana sana sebenarnya… saya dah ceritakan, saya ceritakan secara terus terang, saya kata saya tak boleh nak bermain perkataan di sini, saya mengatakan bahawa siapa sahaja Kerajaan manapun yang memegang ataupun yang memerintah negeri Perlis ini tidak boleh untuk memberikan hakmilik kepada mereka yang tinggal di atas tebing-tebing sungai ini kerana undang-undang ini tidak membenarkan dan ada sebabnya mengapa undang-undang itu dibuat sedemikian rupa, jadi rasional mengenai undang-undang ini, itu saya rasa kita punya 4th fathers kita, memang nampak ke hadapan dan sebab itulah undang-undang sedemikian… jadi saya rasa isu ini tak sepatutnya timbul lagi lah… di masa-masa yang akan datang kecualilah kalau kita nak bermain politik dengan isu ini, itu soal yang lain.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengenai MBI yang dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Kuala Perlis, saya nak bagitau bahawa MBI ini dia diwujudkan di bawah satu Enakmen Negeri yang dipanggil Undang-Undang Kumpulan Menteri Besar Enakmen Bilangan 5/1370 Tahun 1951, lama dah wujud, saya pun belum lahir lagi… sebenarnya… dan kita punya… apa ni… financial statement nya memang diaudit setiap tahun, tidak pernah gagal dan ini kita tahu sebab setiap laporan audit itu dimasukkan dahulu ke dalam untuk pertimbangan Exco, mesyuarat-mesyuarat Exco dan memang teratur dan di bawah kepimpinan MBI Encik Zul, saya tengok dia punya financial statement nya memang teratur dan kita memang mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak ROC jadi tidak ada masalah dalam hal ini, semuanya audited dan suatu benda membanggakan… MBI telah mencatatkan prestasi yang agak baik, agak memberangsangkan sepanjang empat tahun sehingga tahun 2018 daripada tahun 2015 ke 2018 dia mencatatkan keuntungan pada tahun 2015 misalnya RM2.95 juta, pada tahun 2016 RM1.98 juta, 2017 keadaan agak ni sikit…kita hanya dapat RM1.0 juta… dan 2018 kita dapat RM2.4… RM2.85 juta… dan sumbangan yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri hasil sebenarnya sebab MBI ni adalah merupakan arms of investments of the state government, dengan izin, jadi dia melakukan urusan-urusan berkaitan dengan perniagaan dan di masa yang sama dia juga untuk mengendalikan tanah-tanah yang ada pertikaian di antara pemohon-pemohon dan itu juga yang disentuh oleh Yang Berhormat daripada apa nama tu… daripada Kuala Perlis, ada tanah-tanah yang ada pertikaian, kalau dibagi kepada seorang, seorang lain akan menentang, ataupun kalau ada tiga party di sana yang menuntut, keadaannya tentulah lebih complicated lagi, sebab itulah diserahkan kepada pihak MBI untuk dibuat penyelesaian, Alhamdulillah telah ada banyak kes-kes yang mana soal pertikaian ini telah dapat diselesaikan dan hakmilik diberikan kepada mereka yang layak setelah diuruskan oleh pihak MBI ini dan saya ingin sebutkan bahawa di sini bahawa tahun 2017 Kerajaan Negeri telah memutuskan supaya pihak MBI membayar dividen kepada Kerajaan Negeri, iaitu sebanyak RM500,000.00. Ini kali pertama arahan dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk menyumbang kepada pendapatan Kerajaan Negeri ataupun hasil Kerajaan Negeri, dan pada tahun 2018, kerana pendapatan yang meningkat kita telah mengarahkan pihak MBI untuk menyumbang sebanyak RM1.5 juta. Dan insya-Allah kalau sekiranya prestasi kewangan MBI pada tahun ini meningkat maka pada tahun 2020 nanti, awal 2020, mungkin kita akan buat suatu keputusan supaya pihak MBI ni terus membayar dividen kepada Kerajaan Negeri dan dengan itu menambahkan lagi kita punya hasil dan pendapatan kepada Kerajaan Negeri, jadi Yang Berhormat jangan bimbang, bahawa soal kewangan MBI ini sebenarnya memang diuruskan ditadbir diuruskan dengan begitu baik sekali dan kita memang menurut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Ini juga Yang Berhormat Kuala Perlis ada menyentuh mengenai… ada sedikit….
Yang Berhormat pohon laluan sikit…. Terima kasih Yang Berhormat Bintong, pertama sekali saya ucapkan tahniah atas tadbir urus yang telah dibuat oleh pihak MBI dan sekali gus telah menjelaskan perkara-perkara yang mungkin rakan-rakan rasa curiga dan sebagainya. Alhamdulillah… terima kasih, cuma saya ingin bertanya Yang Berhormat tentang tanah yang diperuntukan di Padang Besar untuk projek penternakan ayam Hayalan Toyyiban tu, apa perkembangan setakat ini, nak tanya? Itu saja…
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, projek itu tanahnya seluas 200 ekar, telah diputuskan untuk diberikan kepada satu syarikat yang bernama Terramark dan mereka telah membayar premiumnya dan sebagainya dengan tujuan sepertimana Yang Berhormat sebutkan tadi tujuan pembelaan ayam secara bersepadu. This is an integrated chicken farming, dengan izin, malangnya cadangan yang mereka telah kemukakan itu untuk mendapatkan pinjaman daripada bank-bank tertentu telah tidak diluluskan mungkin agaknya ini adalah merupakan suatu green field, dengan izin, bagi syarikat yang berkenaan maka pihak bank tidak berkeyakinan bahawa mereka dapat melaksanakannya apa tah lagi cadangan yang kemukakan untuk pembelaan ayam itu begitu komprehensif maksudnya begitu besar sekali dia melibatkan daripada pembelaan ibu ayam, dengan izin, dalam kontek yang positif ya,(sambil tersenyum) sehingga lah kepada penetasan dan seterusnya pembelaan sampai penyembelihan dan pemprosesan pulak yang melibatkan aktiviti downstream dan setelah itu mereka juga nak terlibat dalam bidang dalam industri untuk mengeluarkan ataupun chicken feed… jadi itu yang tidak meyakinkan pihak bank kerana ini merupakan suatu green field kepada syarikat ini mereka tidak pernah terlibat dan mereka juga telah bertemu dengan potential partners yang lain, yang saya boleh pendekkan cerita juga mereka tidak bersetuju untuk mengambil bahagian di dalam, jadi kerana itu projek ini akhirnya tidak jadi tetapi Alhamdulillah baru-baru ini ada satu syarikat lagi merupakan anak-anak muda daripada negeri Perlis sendiri dan juga orang yang telah datang bermastautin di negeri Perlis yang telah memulakan satu syarikat ayam dan mereka telah mewujudkan satu kerjasama, saya tak pasti sejauh mana kerjasama ini telah dimuktamadkan atau belum lagi tetapi mereka juga melibatkan juga pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, dan insya-Allah nampaknya mereka serius dalam hal ini dan ada satu mungkin akan wujud satu kerjasama di antara tiga pihak, pihak syarikat ini, pihak SCDC dan juga pihak yang nak membeli ayam ini. Tapi kita belum ada maklumat yang muktamat berhubung perkara ini… cuma sekarang ini perbincangan sedang dilakukan saya rasa di kalangan mereka yang terlibat ini insya-Allah kalau ini berlaku bermakna projek pembelaan ayam ini mungkin akan berlaku juga… di tempat tersebut dan untuk makluman syarikat ini telah pun membeli sebuah kilang di Kuala Perlis, untuk memproses ayam, sekarang ini mereka telah pun mempunyai kilang memproses ayam dan juga ladang ternakan ayam mereka sendiri tetapi bukan di Perlis tetapi di Kedah dan mereka bercadang membawa balik urusan pemprosesan ayam itu ke negeri Perlis, iaitu bertempat di Kuala Perlis. Jadi Yang Berhormat daripada Kuala
Perlis juga akan mendapat faedah tu… jadi akan wujud peluang pekerjaan untuk rakyat kita khususnya di Kuala Perlis. Itu maklum balas yang dapat saya berikan berhubung dengan projek ayam tersebut.
Selain daripada itu, ini saya nak menyentuh tadi mengenai juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Perlis tadi, mengenai timbul sedikit kekeliruan berhubung dengan perlaksanaan projek-projek kecil di negeri Perlis ini, kononnya ada cakap-cakap di bawah bahawa Kerajaan Negeri menyekat untuk memberi projek kecil ini dilaksanakan oleh Yang Berhormat daripada Pakatan Harapan. Saya nak bagi jaminan kepada Yang Berhormat daripada Pakatan Harapan di sini dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain bahawa saya rasa inilah satu-satunya negeri yang membenarkan pembangkang, ahli-ahli pembangkang bergerak dengan bebas, bukan sahaja bergerak dengan bebas, malah kita benarkan pun Kerajaan ni untuk bersama-sama dengan Yang Berhormat untuk melakukan sesuatu dan melaksanakan apa-apa yang diperlukan di kawasan masing-masing. Saya rasa kalau di negeri yang lain kalau Barisan Nasional jadi pembangkang tak mungkin ini dapati dilakukan di Perlis kita benarkan malah saya tahu pun program Kerajaan yang kita pergi bersama-sama dengan Ahli Yang Berhormat untuk melihat isu-isu di bawak sebab priority… keutamaan kita untuk memastikan supaya rakyat mendapat faedah jadi itu yang saya tegaskan daripada awal malah ini diakui sendiri oleh Yang Berhormat Indera Kayangan kelmarin dia mengatakan kita mesti bekerjasama supaya ini yang saya lakukan… sebab itu kita benarkan saya boleh mengeluarkan arahan bahawa ini tak boleh sebab Ahli Yang Berhormat daripada Pakatan Harapan bukannya Kerajaan dan bagaimana Pegawai Kerajaan ini boleh dibenarkan itu, saya tak buat itu… saya benarkan… jadi kerana itu kekeliruan ini timbul kadang-kadang jadi saya nak bagitau ini khusus untuk projek ini iaitu Dewan di Kuala Perlis, Dewan ini letakknya di bawah pengawasan ataupun penjagaan Bahagian Pentadbiran Daerah, itu adalah merupakan asset Kerajaan Negeri, dari segi prosedur kewangannya adalah tidak proper, dengan izin untuk satu jabatan yang lain yang nak menguruskannya, jadi kerana itu untuk kemudahan ini, kita boleh selaraskan dengan sesiapa sahaja sama ada ICU boleh selaraskan dengan pihak BPD untuk melaksanakan projek ini, dan sama ada benda ni nak dibuat secara tender terbuka atau pun secara tender sebut harga… secara sebut harga boleh dilakukan tak ada masalah pokoknya yang penting…. fulus kena ada…(sambil tersenyum) peruntukan kena ada… dan insya-Allah boleh lakukan dan saya juga nak… nak bagitau bahawa penyelarasan ini adalah penting sebab kita tak nak berlaku pertindihan sebab di Perlis ni dah berlaku dah berkali-kali dah berlaku… malah Pengerusi-Pengerusi MPKK complaint dia kata kami pening pasai dalam kampung kami jalan tiga kali kena turap… kali pertama BPD pergi turap… BPD ni daripada Kerajaan Negeri, kali kedua ICU pergi turap… ICU peruntukan yang diberikan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada Ahli Parlimen dan sebagainya… jadi dia pulak pergi turap sekali lagi… Lepas itu ada permohonan datang lagi dan entah mana-mana mungkin daripada kontraktor, yang pergi terus kepada KPLPLB di Alor Setar lulus lagi jalan yang sama tiga kali turap. Pengerusi MPKK pening, jadi jalan tiga kali turap… lama-lama dia kata, jalan lebih tinggi daripada rumah. Jadi kerana itu saya telah meminta supaya pihak BPD supaya agensi-agensi Persekutuan untuk co-ordinate benda ini secara dekat supaya tidak timbul keadaan yang sebegini dan itu merugikan wang sumber-sumber yang ada ini kita boleh diguna kalau untuk tujuan yang lain, yang boleh memberikan manfaat kepada rakyat, jadi tak timbul baru ni baru sahaja dapat satu laporan di Tanjong Gelam mungkin di kawasan Simpang Empat, satu jalan baru sahaja turap 3 bulan, dah diturap semula, ini merugikan, jadi kerana itu saya nak menyeru kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada Pakatan supaya kalau boleh, begitu juga Yang Berhormat daripada PAS sebab tak dapat peruntukan, yang dapat peruntukan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada… tetapi Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada PAS tak dak la peruntukan… yang dapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, jadi semua pergi kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada Pakatan, jadi saya nak meminta Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya koordinasikan, selaraskan benda ini dengan agensi-agensi negeri khususnya dalam hal ini di BPD, Bahagian Pentadbiran Daerah… insya-Allah kita akan bagikan kerjasama dan kita akan ikut peraturan-peraturan kewangan yang telah ditetapkan insya-Allah. Jadi ini dengan tujuan untuk membolehkan supaya wujud keselarasan wang itu tidak dibazirkan tetapi boleh digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mana-mana yang memberikan faedah kepada rakyat, insya-Allah. Jadi saya harapkan benda ini tidak timbul kekeliruan terutama sekali apa tah lagi dengan penyokong-penyokong di bawah, yang mungkin boleh memberikan reputasi yang macam-macam dan akhirnya boleh menimbulkan salah faham dan oleh itu timbul masam muka. Jadi saya tak berhasrat untuk melakukan perkara-perkara yang sedemikian sebab saya menegaskan daripada awal kita duduk di sini bukan nak berpolitik lagi, tapi kita nak memastikan supaya rakyat betul-betul mendapat faedah daripada mandat yang telah diberikan kepada kita. Tak kiralah sama ada kita ini berada di dalam mana-mana parti sekali pun.
Dua perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Sena, saya nak terangkan mengenai perisytiharan harta ini, saya telah pun membuat kenyataan bahawa Kerajaan Negeri memang menyokong sepenuhnya akan perisytiharan harta oleh Anggota-anggota Pentadbiran dan juga ADUN di negeri Perlis ini sebenarnya, tetapi Yang Berhormat tak baca habis saya punya statement itu, saya kata Kerajaan Negeri memang secara prinsipnya menyokong penuh perlaksanaan perisytiharan harta oleh semua wakil rakyat kepada pihak SPRM walau bagaimanapun saya juga menyebut bahawa pihak SPRM mestilah membuat penelitian lanjut secara lebih menyeluruh mengenai mekanisme pelaksanaannya terutama sekali yang menyentuh mengenai punca kuasa, punca kuasa kepada perisytiharan harta itu, sebab kalau ini tidak di pastikan lebih awal dia mungkin akan menimbulkan isu-isu yang lain yang mungkin lebih complicated sama ada yang berbentuk administrative atau pun yang berkaitan dengan perundangan itu sendiri iaitu kemungkinan kalau sekiranya kita tidak pasti dari segi punca kuasa akan dipertikaikan lagi… boleh dipertikaikan kalau tidak punca kuasa yang betul terutama sekali yang berasaskan kepada undang-undang mana sebab apa yang diluluskan oleh Parlimen itu hanyalah merupakan satu usul jadi kita mintak dalam satu pertemuan saya dengan pegawai daripada SPRM yang datang berjumpa saya, saya pernah membangkitkan perkara ini, atau bertanya kepada mereka sendiri di manakah punca kuasa ini bukan tujuan nya untuk mempersoalkan itu, tetapi kita nak memastikan tidak timbul masalah kemudian, jadi pihak SPRM juga mengatakan akan semak benda ini terlebih dahulu, jadi saya mengatakan eloklah kita semak dulu baru kita pastikan benda ini tidak timbul kekeliruan pada masa yang akan datang dan dari segi pelaksanaannya, dan kita nakkan supaya wujud satu keseragaman di seluruh Malaysia, tidak timbul negeri ini… cara pelaksanaannya begini, di negeri ini… begini… kita tak mau kita wujudkan satu yang seragam, keseragaman ini bukan sahaja dari segi perlaksanaannya tetapi juga dari segi orang yang melapor itu, macam di parlimen misalnya walaupun benda itu dah dilaksanakan tetapi ada Ahli Parlimen yang kita tahu tidak melaporkan sepenuhnya akan harta atau aset yang dia ada, dan juga ahli keluarganya. Dia hanya melaporkan apa yang dia nak laporkan sahaja. Jadi tidak ada keseragaman dalam hal ini, kalau tak dilaporkan semua, apa tindakannya apakah definisi undang-undang atau peraturan-peraturan yang telah dikenakan itu. Jadi tak ada gunanya tapi kalau kita ada harta RM10 juta save for example, kita hanya lapor RM2.0 juta, walaupun dia ada aim… why is not reported, jadi ini tak betul, ini boleh menimbulkan prasangka dan juga mungkin salah faham dan sebagainya dan mungkin menimbulkan persepsi yang buruk jugak, jadi kerana itu bagi saya dalam hal ini saya menyokong penuh, usaha untuk apa ni… perisytiharan harta ini tetapi biarkanlah jelas dari segi punca kuasanya dan keduanya dia mesti wujud keseragaman. Bukan sahaja berkaitan dengan soal-soal yang berkaitan dengan administrative tetapi juga berkaitan dengan undang-undang itu sendiri mesti jelas. Jadi tidak timbul kekeliruan kalau ini boleh berlaku tidak mustahil dalam di dalam Dewan mungkin akan ada yang bangun dan membantah dan mungkin juga akan challenge benda-benda ini di dalam mahkamah. Ha ini akan menjadi lebih complicated. Jadi saya suruh mengelakkan benda ini kita harus meneliti dengan betul-betul, kita tahu punca kuasa dan dari segi keseragaman perlaksanaannya tidak sepertimana macam di Selangor baru-baru ini… dua tiga hari lepas Yang Berhormat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor telah membuat kenyataan bahawa ADUN-ADUN dikecualikan yang hanya kena adalah anggota pentadbiran jadi nampak dah ketidak seragaman itu. Jadi biarlah benda ini diselaraskan terlebih dahulu sebelum kita buat perlaksanaannya insya-Allah Kerajaan Negeri memberikan sokongan yang sepenuhnya berhubung dengan perkara ini.
Dan yang terakhir sekali yang saya ingin sentuh ialah daripada Yang Berhormat Sanglang mengenai tiket atau pas keretapi, sebelum tu saya nak maklumkan bahawa negeri Kedah, negeri Johor, Melaka dan Terengganu telah tidak lagi menyediakan kemudahan pas percuma kepada Wakil Rakyat. Tapi di negeri Perlis ini, insya-Allah kita masih lagi meneruskan tetapi untuk mengelakkan daripada berlakunya salah guna, bukan kita tak percaya, percaya…tetapi nak elakkan daripada berlakunya salah guna. Yang Berhormat belilah tiket dulu, tiket keretapi ni lepas tu claim kemudian… untuk reimbursement, tak dak masalah kerana kita masih lagi membenarkan untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat menggunakan perkhidmatan percuma ini, kita kena ingat bahawa peruntukan percuma ini bukan diberikan oleh pihak KTMB, sebab KTMB telah berubah bulunya atau warnanya dia tidak lagi sebuah agensi Kerajaan, tetapi telah dicorporatize kan… dan dia menjadi sebuah syarikat swasta, dia mengenakan bayaran, jadi kalau dulu tu free, tapi dia claim daripada Kerajaan Negeri sebenarnya, jadi itu boleh menimbulkan masalah dan yang keduanya yang penting di sini apabila kita nak ambil… apa ni menggunakan kemudahan ini dia mesti lah hanya untuk urusan rasmi semata-mata. Tidak boleh digunakan untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan urusan rasmi. Bilangan tu Yang Berhormat saya rasa untuk seorang sahaja lah, untuk Ahli Yang Berhormat sahajalah… yang lain-lain tak layak lah… Jadi saya rasa yang ini kita masih lagi terpakai tetapi Yang Berhormat kena claim for reimbursement bayar dahulu, claim kemudian kepada Kerajaan Negeri tetapi tiada masalah.
Jadi terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat di atas perhatian yang diberikan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua terutama sekali kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker yang telah mengendalikan mesyuarat kita, persidangan kita kali ini dengan begitu baik, terima kasih kepada rakan-rakan saya daripada anggota-anggota pentadbiran, terima kasih kepada rakan-rakan Yang Berhormat, saya menggunakan perkataan rakan-rakan ya… dan terima kasih kepada Setiausaha Dewan yang telah berkerja bertungkus lumus dengan begitu kuat sekali, tak tidur malam… kita tahu bahawa Setiausaha Dewan ini dia bukan hanya menjadi Setiausaha Dewan, dia juga menjadi Setiausaha Exco, dia juga menjadi setiausaha kepada dua tiga lagi Jawatankuasa yang mana ini memanglah tapi kita mengucapkan tahniah kepada beliau kerana dapat mengendalikan tugas ini dengan begitu baik sekali, begitu juga dengan pembantu-pembantu Bentara yang terlibat semasa persidangan dan persidangan-persidangan yang berikutnya, semua Ketua-Ketua Jabatan dan wakil-wakil, semua pemerhati terutama sekali daripada adik-adik kita daripada KUIPs dan juga daripada Sekolah Menengah Tengku Suleiman, diharapkan mereka akan mendapat pengalaman yang berharga dalam konteks untuk menjadikan kalau tak jadi pun pemimpin di masa depan tetapi menjadi pengundi yang bertanggungjawab dan beramanah. Dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan media yang sama-sama yang telah membuat coverage kepada persidangan yang dilakukan pada kali ini, terima kasih semua. Jadi itulah sahaja Yang Berhormat Dato’ Speaker, apa yang saya dapat gulungkan pada kali ini dan saya ucapkan sekali lagi terima kasih. Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Amat Berhormat, saya ada dua perkara sebelum kita selesaikan untuk membuat Usul Menjunjung Kasih, pertamanya ialah mengenai permintaan Yang Berhormat Kuala Perlis mengenai Penyata Rasmi Dewan, Handsard… nak minta disegerakan, insya-Allah tetapi untuk makluman keupayaan Dewan Undangan Negeri dengan staff yang begitu sedikit, dan juga tugas Setiausaha Dewan yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi, saya rasa satu-satunya Setiausaha Dewan yang memegang pelbagai urus setia yang lain termasuk Majlis Pengampunan Negeri mengenai apa… anugerah pingat, kemudian macam Menteri Besar sebut Setiausaha kepada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri, Exco dan saya ingat ada lagi, jadi macam mana pun saya pun bergantung begitu kepada Setiausaha Dewan, jadi bersabar dan untuk buat hansard ni dia bukan minit mesyuarat biasa, dia kalau Yang Berhormat tengah bercakap tu batuk… maka kita akan tulis lah… batuk… Yang Berhormat batuk… bersin ka… detail… dan kalau ucapan Yang Berhormat tu mungkin lima minit, tapi penyediaan untuk hansard mungkin boleh jadi tiga puluh minit, jadi kalau Yang Berhormat tu bercakap panjang macam dua puluh minit, mungkin kita terpaksa dua hari kita ambil daripada semua maklumat yang kita dapat daripada sini, sama ada daripada sistem suara ataupun video yang telah kita lengkapkan dalam Dewan ini. Jadi apa pun kita akan mempercepatkan sepertimana kehendak semua pihak.
Yang kedua adalah cadangan Yang Berhormat Sena mengenai penubuhan Jawatankuasa Dewan mengenai akauntabiliti, integriti dan tadbir urus. Di Selangor saya ada Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Selangor safeguard dia punya satu Jawatankuasa yang ditubuh di dalam Dewan, cuma pun di Parlimen tidak ada yang ni… betul dak Yang Berhormat Tambun Tulang yang berpengalaman duduk di Parlimen, di Pulau Pinang pun sebenarnya tidak ada, yang ada hanya di Melaka dan baru-baru ni Sidang lepas Negeri Sembilan itu pun mereke tidak dapat nak gunakan penubuhan Jawatankuasa ini. Dan kita akan meneliti dan saya pun cakap dengan Setiausaha Dewan kita akan cuba mungkin pergi ke Selangor, tengok macam mana jawatankuasa ini ditubuhkan dan dalam undang-undang dan Peraturan Tetap Dewan kita ini, kita ada dalam Perkara 100 mengenai penubuhan Jawatankuasa yang bila-bila masa kita boleh lantik dan kita uruskan tapi kot kalau dia ada bertindih dengan Jawatankuasa Kewangan Negeri ataupun PAC maka kita akan berhati-hati lah… sebab PAC ini dia ada disebut dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, jadi dia lebih tinggi daripada apa yang ada dalam Peraturan-Peraturan Dewan. Saya harap Yang Berhormat boleh memahami apa yang saya terangkan.
Dan sebelum saya menamatkan saya mempersilakan Yang Berhormat Sena kot ada ucapan bagi pihak backbencher…. Ringkas…
Ya… assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh… selamat petang… hari ni kita rekod la no… habis pukul 3… hampir dekat pukul 4 dah hari ni… jadi Alhamdulillah terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi sedikit ucapan penangguhan, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian secara aktif selama sepanjang dua hari bersidang penuh dengan satu tujuan demi rakyat Perlis. Jadi sebagaimana yang Dato’ Speaker maklumkan tadi saya juga memohon supaya hansard sidang disegerakan, kerana kita untuk rujukan kami lah sebab kami tidak mampu untuk nak ambil catitan sebab kami tidak ada pegawai yang bersama kami, jadi kalau boleh saya harapkan dalam tempoh tujuh hari selepas sidang sebab saya tengok di peringkat parlimen pun dia boleh online terus hari yang sama juga dan dalam website parlimen.
Yang Berhormat, dalam parlimen tu dia ada satu jabatan mengenai membuat penyata rasmi parlimen, kita di sini sahaja, anggota Dewan yang ada dalam Dewan Undangan Negeri ini… bukan jabatan... unit… yang kecik… tak pa… kita akan cuba jangan bimbang…
Jadi apa yang saya nak ambil ruang untuk penambahbaikan dalam sidang ni la kan… yang kedua dari aspek penambahbaikan juga saya harap akan ada satu usaha daripada pihak Dewan supaya kita usahakan siaran langsung live streaming sidang DUN Perlis yang mana kita tengok Parlimen pun ada sidang live streaming… sidang sidang DUN negeri negeri lain pun ada, jadi untuk kita bagi peluang kepada selueruh warga perlis untuk menilai dan menonton apa yang dibangkitkan untuk kepentingan rakyat Perlis dalam sidang DUN yang kita langsungkan. Dan yang terakhir saya mohon supaya pihak Dewan menimbang supaya kita adakan kemudahan computer untuk setiap Ahli Yang Berhormat sebab macam tadi ni bila Ahli Yang Berhormat Tambun Tulang tanya Exco Pendidikan, tentang tu… untuk google kan… untuk kita google semua cuma saya dok belek… soket apa ni pun tak dak… soket elektrik… mungkin yang itu kena sedia jugaklah… na… untuk pertimbangan Dewan lah supaya kita boleh apa ni sebagai satu penambahbaikan dalam perbahasan dan sebagainya. Saya rasa sekadar itu sahaja ucapan saya terima kasih sekali lagi dan tahniah kepada semua Ketua-Ketua dan wakil-wakil jabatan yang turut memberi input pejajar-pelajar daripada KUIPs dan pelajar SMK Tengku Suleiman. Asssalamualaikum warahamtulahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Sena. Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya minta persetujuan ke atas Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja. Ahli-Ahli yang bersetuju sila angkat tangan. (semua Ahli-Ahli Yang Berhormat mengangkat tangan). Ahli-Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan.
Usul ini diluluskan.
Penangguhan DewanAdjournment
Penangguhan Dewan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis, Ketua-Ketua atau wakil Jabatan dan agensi Kerajaan serta Badan Berkanun yang hadir, rakan-rakan media, para pelajar yang menjadi pemerhati pada hari ini, para pegawai, kakitangan serta petugas Dewan Undangan Negeri dan para pemerhati.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamulaiakum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
(Persidangan ditangguhkan pada jam 3:33 petang)