Perlis · 21 August 2019

14th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 164 turns · 25,383 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang.

Doa

Setiausaha Dewan

Doa.

(Bacaan doa oleh Setiausaha Dewan)

Pemasyhuran daripada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis

Setiausaha Dewan

Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.

Speaker

Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua, Istiadat Perasmian Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Keempat Belas telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja kelmarin. Dewan merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan serta Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda serta Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda di atas kesudian Duli-duli Tuanku berangkat mencemar Duli bagi menyempurnakan istiadat tersebut.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan kepada semua jabatan dan agensi yang telah memberikan bantuan dan kerjasama yang baik kepada pihak Dewan bagi menjayakan Istiadat Perasmian kelmarin, terutamanya Pejabat DYMM Tuanku Raja, Pejabat YAB Menteri Besar, Pejabat SUK, JKR, MPK, PDRM, Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Jabatan Kesihatan, Hospital Tuanku Fauziah, RELA dan lain-lain yang tidak dapat saya nyatakan kesemuanya di sini. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada BERNAMA dan rakan-rakan dari kalangan media yang turut hadir bagi membuat liputan.

Di kesempatan ini, saya ingin menerangkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian tentang aturan perjalanan Mesyuarat Dewan kita untuk hari ini. Sejurus selepas ini, soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian akan dijawab oleh pihak Kerajaan mengikut turutan seperti di dalam Kertas Perintah Mesyuarat Dewan.

Dewan kemudiannya akan berehat sebentar dan apabila disambung semula, Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja akan dicadangkan dan dibuka untuk perbahasan. Saya akan memberi ruang yang sewajarnya pada hari ini kepada keenam-enam Ahli Yang Berhormat di sebelah kiri saya untuk membahaskan usul berkenaan. Saya bercadang akan memberi 20 minit kalau boleh 20 minit seorang… setelah itu, Dewan akan ditangguhkan dan akan disambung semula pada pagi esok untuk maklumbalas serta penggulungan oleh pihak Kerajaan. Sekian.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Soalan-soalan lisan.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sena.

Assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi, soalan saya soalan nombor 1.

(Soalan 1 : Adakah Kerajaan Negeri Perlis mempunyai perancangan untuk membangunkan sistem aplikasi mudah alih untuk rakyat Negeri Perlis selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) sebagai suatu platform untuk rakyat di negeri ini melaporkan sebarang aduan, cadangan atau pertanyaan terus kepada Kerajaan Negeri bagi memantapkan kecekapan dan sistem penyampaian dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat?)

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat ADUN Sena terima kasih kerana mengajukan soalan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada masa kini, sebarang aduan, cadangan atau pertanyaan terus kepada Kerajaan Negeri Perlis boleh dilakukan melalui 3 saluran atas talian (online) rasmi yang disediakan iaitu Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). Sistem ini dibangunkan oleh Biro Pengaduan Awam dan digunakan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta majoriti jabatan-jabatan Negeri kecuali Jabatan Mufti dan Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis, laman web jabatan/agensi Negeri yang berkaitan dan melalui e-mel kepada jabatan/agensi Negeri yang berkaitan.

Selain daripada itu, Pejabat SUK dan jabatan-jabatan Negeri juga menerima aduan, cadangan atau pertanyaan melalui surat dan saluran tidak rasmi media sosial seperti Whatsapp dan Telegram. Bagi aduan yang diterima melalui media sosial, Unit Pengurusan Korporat dan Integriti SUK akan memastikan kesahihan pengaduan dan aduan terlebih dahulu sebelum dihantar kepada jabatan/agensi yang berkaitan menggunakan emel dan saluran aduan atas talian yang dibangunkan di dalam laman web jabatan/agensi yang terlibat. Semua aduan dan pertanyaan akan diberi tempoh 7 hari bekerja untuk dijawab. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, peringatan bertulis akan dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Korporat dan Integriti SUK kepada jabatan/agensi terlibat untuk diambil tindakan segera.

Selari dengan perkembangan teknologi semasa, Kerajaan Negeri memang bercadang untuk membangunkan sistem aplikasi mudah alih sebagai satu platform yang lebih mesra rakyat bagi tujuan penyaluran sebarang aduan, cadangan atau pertanyaan terus kepada Kerajaan Negeri dalam usaha memantapkan kecekapan sistem penyampaian kerajaan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat. Cadangan untuk membangunkan sistem aplikasi mudah alih tersebut kini dalam peringkat kajian oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat SUK bagi mengenalpasti kaedah-kaedah pelaksanaan terbaik dengan mengambil kira kos pembangunan dan penyelenggaraan yang akan terlibat. Sekian.

Soalan tambahan… Yang Berhormat Speaker, terima kasih. Bilakah dijangka akan dilaksanakan sistem aplikasi mudah alih ini tersebut?

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Untuk makluman kepada YB Sena, pihak SUK sedang mengenalpasti kaedah yang terbaik dan mengambil kira kos. Sekian.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih Dato’ Speaker, selamat pagi dan salam sejahtera. Soalan saya nombor 2, terima kasih.

(Soalan 2 : Apakah usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mendaftarkan warga Negeri Perlis yang berada di dalam kategori miskin ke dalam sistem eKasih agar bantuan kebajikan dan segala peruntukan serta program Kerajaan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan?)

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, terima kasih YB Indera Kayangan. Yang Berhormat Dato’ Speaker agensi yang bertanggungjawab dalam pendaftaran dan penyelarasan maklumat isirumah miskin dalam Sistem e-Kasih ialah Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Negeri Perlis. Modus operandi yang dijalankan adalah dengan menugaskan pembanci-pembanci di mana tugasan harian mereka adalah membuat bancian di lapangan dengan berjumpa dengan mereka yang memohon untuk didaftarkan dalam sistem eKasih.

Satu inisiatif baru juga telah diperkenalkan oleh ICU bermula pada tahun ini yang dinamakan program SARA iaitu Selidik, Ambil Tahu, Responsif dan Bantu. Program ini bertujuan untuk mengesan sekiranya terdapat rakyat miskin yang tercicir daripada didaftarkan di dalam e-Kasih melalui pemerhatian di lapangan oleh pembanci. Jika terdapat isi rumah miskin yang tercicir semasa kerja-kerja bancian dijalankan, mereka ini akan didaftarkan serta-merta ke dalam sistem eKasih.

Kerajaan Negeri melalui Bahagian Pentadbiran Daerah (BPD), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pusat Khidmat Wakil Rakyat, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyalurkan maklumat berkenaan penduduk miskin kepada pihak ICU untuk didaftarkan dalam sistem eKasih.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), BPD, JKM dan MAIPs juga terlibat secara langsung dalam, dengan izin, focus group pembasmian kemiskinan yang bertujuan untuk mengenalpasti bantuan-bantuan yang sesuai untuk diberikan kepada rakyat Negeri Perlis yang didaftarkan dalam sistem eKasih.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Soalan tambahan Dato’ Speaker…

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih juga Yang Berhormat Chuping atas penjelasan tersebut, baru-baru ini pada tanggal 9 Ogos, Negeri Perlis kita berduka dengan dilanda ribut Lekima, kemudian di majlis penyerahan wang ehsan kepada mangsa-mangsa ribut ini, boleh tak Yang Berhormat Chuping senaraikan jumlah dan nilai penerimaan ini dan sumber kewangan itu datang daripada mana? Terima kasih.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Perlis, baru-baru ni kita dilanda… Negeri Perlis dilanda ribut yang mana mengakibatkan sejumlah 1,079 keluarga seluruh Negeri Perlis yang terkesan dengan musibah ini dan bagi pihak Kerajaan Negeri Perlis, kita telah memberi bantuan segera, bantuan ehsan sebanyak RM300 wang tunai dan juga hamper berjumlah RM100, jadi total sekali RM400 lah jumlah yang telah di… dan pada masa yang sama ada lagi tambahan 200 keluarga lagi yang telah kita… selepas majlis yang kita adakan itu ada lagi tambahan 200 keluarga lagi yang telah kita pun mengenalpasti dan terus memberi sumbangan yang selebihnya itulah. Akan diberi sumbangan… maksudnya yang 200 tu, kita akan bagi kemudian sumbangan yang berbentuk sepertimana di Dewan tersebut.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Boleh saya dapatkan juga sumber kewangan itu daripada mana? Daripada pihak mana?

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Tanya soalan, sumber kewangan pastinya daripada Kerajaan Negeri lah…

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis, soalan…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan… terima kasih kepada Yang Berhormat Chuping. Selain daripada kerosakan yang berlaku ini juga melibatkan kerosakan fizikal, fizikal ni yang rumah rosak dan sebagainya lah… berapakah anggaran setakat ini jumlah yang sepatutnya kita Kerajaan Negeri terpaksa tanggung ataupun sumber daripada dana-dana yang lain atas jumlah kerosakan yang berlaku dan hasil daripada report yang telah diberikan oleh mangsa-mangsa ribut.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Terima kasih kepada YB Tambun Tulang. Setakat sekarang ini kita masih belum ada satu angka yang muktamad lagi sebab sekarang ini jabatan-jabatan ataupun agensi yang mengurus selia tentang urusan musibah ini adalah daripada JKM dan MAIPs. Jadi dalam sekarang ini dalam proses perlaksanaan, bancian dan sebagainya jadi kita belum ada angka yang muktamad lagi, angka yang diperlukan untuk tujuan tersebut.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Setakat ini adakah NADMA terlibat secara langsung dalam menyelesaikan urusan yang melibatkan kerosakan yang agak begitu teruk pada rakyat Negeri Perlis ini.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Untuk makluman difahamkan NADMA juga tengah buat bancian melalui JPAM ka APAM? Ha macam tu la, terima kasih…

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Saya rasa saya nak betulkan sedikitlah… NADMA bukan tengah buat bancian, start buat dah rumah-rumah tu sikit-sikit… masih ada berbaki sedikit lagi lah…

Speaker

Soalan Yang Berhormat Kuala Perlis…

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Assalamua`laikum, selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 3.

(Soalan 3 : Berapakah hasil pendapatan Kerajaan Negeri dari projek pelaburan Tabung Haji Properties dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis di Kuala Perlis apabila siap nanti dan apakah status projek pembangunan (kerja pembinaan) tersebut?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Bismillahirahmanirahim, Assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kuala Perlis. Untuk makluman, pendapatan Kerajaan Negeri daripada perlaburan yang sedang dilaksanakan di Kuala Perlis ini yang melibatkan Tabung Haji Properties dengan kerjasama Pembangunan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) hanyalah dalam bentuk cukai ke atas tanah itu sahaja yang sekarang ini kategori tanahnya adalah dalam kategori bangunan dan juga komersial, itu sahaja sumber pendapatan Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun saya ingin menjelaskan bahawa faedah sampingan yang bakal diperolehi oleh rakyat khususnya di kawasan Kuala Perlis, daripada projek ini adalah pelbagai.

Dan sebelum itu elok saya terangkan apakah sebenarnya bentuk pembangunan yang akan berlaku di Kuala Perlis ini. Pembangunan ini adalah suatu bentuk pembangunan yang berteraskan kepada pelancongan, tujuannya adalah untuk membolehkan kita ataupun untuk pelancong-pelancong yang melalui Kuala Perlis ini spend, dengan izin, satu atau dua malam di Kuala Perlis, jadi apakah sebenarnya komponen-komponen pembangunan yang ada ini. Satu ialah sebuah pasaraya 3 tingkat, kedua adalah sebuah hotel bertaraf 3 bintang tetapi mungkin akan menawarkan perkhidmatan 4 bintang, 2 blok pangsapuri yang tujuannya adalah untuk juga kepada mereka yang mempunyai sumber kewangan untuk mempunyai rumah-rumah ataupun pangsapuri masing-masing di kawasan Kuala Perlis ini, yang ketiga kedai-kedai dan pejabat, dan yang keempatnya dalam usaha untuk mengatasi masalah tempat letak kereta di Kuala Perlis sekarang ini didapati tidak sistematik dan dikendalikan oleh orang perseorangan maka kita nak membina satu tempat parkir bertingkat.

Jadi apakah faedah sampingan yang boleh diperolehi daripada projek ini? Pertamanya kita dapat meningkatkan industri pelancongan kita sepertimana yang saya sebutkan awal tadi, kalau sekiranya berdasarkan kepada angka pada tahun 2017, saya belum ada tahun 2018, daripada pihak Pelancongan, kita ada lebih daripada 5.0 juta pelancong yang melepasi ataupun yang menggunakan Kuala Perlis pergi dan balik, jadi ini adalah sebenarnya salah satu tujuannya untuk kita... dalam bahasa kampungnya ‘tahan bubu’ lah di sana. Dan yang keduanya dengan pembangunan ini dia akan meningkatkan nilai hartanah di kawasan sekitarnya dan ini bagus untuk pemilik-pemilik tanah di Kuala Perlis khususnya. Yang ketiganya ia akan mewujudkan peluang-peluang perniagaan kepada penduduk tempatan. Kita tahu di Kuala Perlis ini, dia famous dengan makanan laut, ikan bakar, dan ini sudah tentu akan merancakkan lagi perniagaan yang berteraskan makanan laut ini di Kuala Perlis dan yang keempatnya ia akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan, yang kita saya tak perlu huraikanlah. Selain daripada itu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga akan mempunyai potensi untuk meningkatkan hasil apabila depa dapat dikeluarkan lagi lesen-lesen perniagaan kepada orang-orang yang ingin melakukan perniagaan di sana dan di samping itu juga mungkin dapat meningkatkan pendapatan melalui pengeluaran permit-permit pengiklanan di kawasan Kuala Perlis dan juga di kawasan-kawasan lain yang mempromosi Kuala Perlis. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Soalan tambahan… err… masih belum menjawab Yang Berhormat Bintong ya… masih belum menjawab tentang status pembinaan projek tersebut sebab selalu ke situ dan tidak ada apa-apa tindakan.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Ok... minta maaf Yang Berhormat Dato’ Speaker. Memang saya missed second part tu… sekarang ini projek ini sebenarnya telah pun dilaksanakan di peringkat kerja tanah, walau bagaimanapun kita ada mempunyai sedikit masalah teknikal yang berkaitan dengan kerja tanah ini dan benda ini sedang diselesaikan di peringkat kedua-dua iaitu pihak Tabung Haji Properties dan juga pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis dan perkara ini dalam ruang lingkup kuasa TH Properties sendiri dan saya rasa setelah perkara ini diselesaikan maka kerja-kerja tanah ini akan dimulakan seterusnya, insya-Allah… terima kasih.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan kedua Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin bertanya Yang Berhormat, kerana sekarang ini TH Properties terutamanya terdapat sedikit masalah dan mungkin diletakkan di bawah badan lain untuk menguruskannya mungkin di bawah MOF dan sebagainya. Jadi kalau berlaku dia kata perkembangan terkini berhubung dengan keadaan di Tabung Haji walaupun dikatakan ada masalah tetapi tidak dibuat enquiry dan sebagainya. Apakah tindakan-tindakan susulan yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan bahawa projek ini dapat diteruskan sepertimana yang dirancangkan terdahulu.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang yang menunjukkan keperihatinan tentang pentingnya projek ini. Setakat hari ini kita belum lagi mendapat apa-apa petunjuk ataupun berita yang mengatakan bahawa projek ini akan terjejas walaupun kita dengar desas-desus mengenai… belum ada confirmation hanya desas-desus yang mengatakan bahawa Tabung Haji terutama sekali anak-anak syarikatnya yang sedang distrukturkan semula sama ada anak-anak syarikatnya diletakkan di bawah MOF atau sebagainya. Tetapi saya bagi jaminan bahawa setakat ini belum ada maklumat yang muktamad oleh kerana itu projek ini sebenarnya akan diteruskan… terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.

Assalamua`laikum… Dato’ Pengerusi… sahabat kita PH la ni ada 4, soalan saya nombor 4.

(Soalan 4 : Masalah sampah nampak seperti tiada tindakan daripada pihak berwajib. Apakah pelan tindakan yang dirangka oleh pihak kerajaan bagi mengatasi masalah sampah dan memastikan Perlis bersih?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Dato’ Speaker, Yang Berhormat sahabat saya Sanglang, seperti semua sedia maklum Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah melantik syarikat Enviroment Idaman Sdn Bhd yang dikawal selia oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk menguruskan sampah di Negeri Perlis. Bagi kawasan perumahan bercukai, kutipan sampah domestik dilakukan sebanyak 2 kali seminggu manakala bagi kutipan pukal, kebun dan barang kitar semula pula sebanyak sekali seminggu. Untuk kawasan tidak bercukai pula, tong-tong pusat bersaiz 1,100 liter ditempatkan di lokasi-lokasi strategik untuk kegunaan penduduk. Untuk makluman, pihak SWCorp telah melaksanakan beberapa pelan tindakan bagi mengatasi masalah sampah di Negeri Perlis. Pelan tindakan yang dilaksanakan oleh pihak SWCorp adalah seperti berikut, ada 7 pelan tindakan yang telah pun disyorkan dan telah pun dilaksanakan dan akan dilaksanakan oleh SWCorp. Yang pertama pelan tindakan Pengasingan Sisa Di Punca. Sasarannya adalah penduduk di taman-taman perumahan. Matlamatnya ialah meningkatkan tahap kesedaran masyarakat berkaitan amalan kitar semula. Operasi yang telah dijalankan bagi Pengasingan Sisa Di Punca adalah seperti berikut, pada tahun 2018, sebanyak 95 operasi dan pada tahun ini sebanyak 69 operasi.

Pelan tindakan yang kedua adalah penguatkuasaan sampah haram. Sasarannya ialah pengusaha ataupun kontraktor yang mana matlamatnya adalah untuk mendisiplinkan pengusaha agar tidak membuang sisa di lokasi yang tidak dibenarkan. Operasi yang telah dijalankan bagi penguatkuasaan sampah haram adalah seperti berikut, pada tahun 2018 sebanyak 74 operasi dan pada tahun ini sebanyak 60 operasi.

Bagi pelan tindakan ketiga, yakni pemberhentian kutipan sampah longgok, sasaran adalah jalan-jalan utama, ada 13 jalan utama yang telah pun diberhentikan kutipan sampah longgok iaitu yang pertama Jalan Padang Nyu, Jalan Rani Estate, Jalan Santan, Jalan Sungai Baru ke Simpang Empat, Jalan Mata Ayer, Jalan Kangar-Padang Besar, Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun, Jalan Arau-Kodiang, Jalan Syed Hussain-Pauh, sambungan Jalan Mata Ayer ke Balai Baru, yang ke-11, Jalan Padang Behor-Guar Syed Alwi, yang ke-12, Jalan Syed Saffi-Wang Ulu dan akhir, Jalan Jejawi Dalam-

Dato’ Kayaman. Pihak SWCorp dan MP Kangar telah menyediakan tambahan tong sebanyak 24 unit tong 1100 liter bagi lokasi yang berkenaan.

Pelan tindakan yang keempat, program buang sampah di tempat yang tak betul... maaf... di tempat yang betul... sasarannya ialah kediaman bertingkat, matlamat memastikan penduduk membuang sampah ke dalam tong yang telah disediakan. Program ini telah bermula pada 8 Disember 2018. Program Zero Waste Community (ZeComm), dengan izin, juga akan dilaksanakan di perumahan kediaman bertingkat.

Bagi Pelan tindakan kelima, promosi Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca, sasaran ialah semua lapisan masyarakat. Matlamatnya ialah untuk memastikan semua peka terhadap budaya kitar semula. Perancangan promosi iklan berkaitan pengasingan sisa di punca yang akan dipasang sehingga hujung tahun ini adalah seperti berikut, terdiri daripada 1 unit billboard, 6 unit lif dan 12 kenderaan kutipan sampah (compactor).

Bagi Pelan Tindakan Keenam, kempen ‘Jangan Buanglah’. Kempen ini ditujukan kepada semua pengguna jalan raya. Matlamatnya ialah untuk menjadikan jalan raya sentiasa bersih dan bebas dari sampah, dengan perkataan lain ‘buang sampah ikut tingkap kereta’ yang telah pun kita buat kempen baru-baru ini.

Bagi Pelan Tindakan Ketujuh, kempen kitar semula di tadika, sekolah, IPTA dan IPTS. Matlamat adalah untuk membentuk nilai nilai murni kepada pelajar dalam membudayakan hal kebersihan secara berterusan. Kempen berkaitan kitar semula telah dilaksanakan di lokasi seperti berikut, yang pertama institusi pengajian awam dan swasta sebanyak 10, sekolah menengah sebanyak 74, sekolah rendah sebanyak 36 dan tadika sebanyak 30.

Bagi pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK) pula, di antara langkah-langkah yang diambil untuk memastikan kebersihan di Negeri Perlis terpelihara ialah pertama, menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu bersama pihak SWCorp Perlis bagi memastikan orang awam mematuhi peraturan dan tidak membuang atau melonggokkan sampah di tempat yang tidak dibenarkan atau pun dengan kata lain lemparan-lemparan yang bukan ke dalam tong yang disediakan atau menjadikan keadaan tidak elok dipandang. Yang kedua, melaksanakan program ‘Perlis Bersih Indah’ iaitu satu program aktiviti gotong royong melibatkan komuniti taman perumahan. Pihak MPK akan memberi insentif sebanyak RM450.00 melalui Ahli Majlis untuk pihak penduduk di taman perumahan menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan mereka. Program ini menyasarkan sebanyak 48 buah taman perumahan di mana aktiviti gotong-royong dijalankan oleh penduduk sendiri. Yang ketiga, menyediakan tong-tong sampah berpusat di kawasan-kawasan tidak bercukai yang tidak mendapat perkhidmatan kutipan sampah dari rumah ke rumah. Sejumlah 389 buah tong pusat bersaiz 660 liter dan 1,100 liter serta tong jenis RORO telah diletakkan di kawasan-kawasan ini. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker, Sanglang ni kawasan yang tidak bercukai, taman pun tak dak, tong berpusat pun hanya satu saja di Kuala Sanglang. Apakah boleh di pihak Kerajaan yakni MPK menyediakan satu lagi sekurang-kurangnya tong berpusat ni sebab di persisiran pantai sepanjang daripada Kuala Sungai Padang sampai ke Sanglang tu sampah dia terlampau banyak yang kita cukup tak suka tengok dan saya juga nak terima kasih kepada pihak Kerajaan kerana menyediakan tong-tong tambahan di sepanjang jalan Kuala Sanglang cuma ianya tidak mencukupi... tidak mencukup, kalau boleh saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Santan apakah boleh ditambahkan lagi tong sampah di kawasan Sanglang, terima kasih.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih YB Sanglang, saya menerima cadangan itu dan insha Allah saya akan bincangkan lebih lanjut dengan pihak SWCorp. Terima kasih.

Soalan tambahan Dato’ Speaker... Yang Berhormat, adakah terdapat perancangan di pihak Kerajaan dari segi penguatkuasaan seperti contohnya install CCTV di kawasan hotspot yang selalu ada masalah terutama di Kuala Perlis, jadi itu salah satu cara untuk kita monitor pembuangan sampah ni.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih YB Sena, cadangan diterima, insha Allah kita akan bincang perkara ini dengan lebih lanjut. Terima kasih.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Soalan tambahan Dato’ Speaker…

Speaker

Dipersilakan Guar Sanji… sila Yang Berhormat masuk dalam perbahasan nanti…

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Sikit sahaja soalan dia… sikit sahaja… terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker… baru-baru ini saya ada tengok satu keratan akhbar berkenaan penguatkuasaan denda RM3,000 kepada pembuang sampah, bila kita akan implement benda tu Yang Berhormat Santan?

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Baik, terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis, sebenarnya bukan RM3,000… sebenarnya tidak kurang daripada RM10,000 sepertimana yang ditetapkan oleh pihak SWCorp. Tetapi walau macam mana pun perbincangan lanjut akan kami buat dengan pihak Kerajaan dan pihak SWCorp serta pegawai MPK untuk memastikan yang denda itu berpatutan dan denda itu pada secara dasarnya nak bagitau kepada penduduk Negeri Perlis ini supaya bukan denda sangat yang kita nak buat, tetapi keperihatinan mereka sebenarnya, jadi bila denda ni bermakna kita bukan tahu pun siapa yang buang, tak tau pun tetapi cerita dia kemungkinan perancangan yang kita boleh buat, ialah penguatkuasaan di mana kita menyediakan penguatkuasa yang tak berpakaian secara tak berpakaian korporat macam berjawatan jadi orang tahu… apabila orang nampak, orang tahu insha Allah kita akan tengok perkara ini cara yang terbaik untuk memastikan dan mengenalpasti siapakah orangnya yang buat perangai macam tu, jadi sebenarnya memang bukan RM3,000, saya cakap RM3,000 tu akan dibincangkan secara detail lah…

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Bismillahirahmanirahim, Assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, soalan saya yang ke-5.

(Soalan 5 : Apakah jenis-jenis bantuan kewangan yang ditawarkan kepada pelajar KUIPs dan berapakah jumlah peruntukan bantuan pendidikan yang disediakan oleh MAIPs sehingga kini?)

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh, Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Bantuan kewangan yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang layak ialah Biasiswa Tinggi Pendidikan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Bagi tahun 2019, setakat ini sejumlah RM5,337,383 biasiswa ini telah disalurkan kepada 532 orang pelajar KUIPs yang layak.

Selain itu, terdapat juga peruntukan dan bantuan pendidikan lain yang disediakan oleh MAIPs sepanjang tahun ini. Antaranya bantuan serta-merta institusi pengajian tinggi dalam negara dan luar negara sebanyak RM1,925,400 untuk 1,513 orang pelajar, yang kedua Dermasiswa Pelajar Timur Tengah sebanyak RM117,000 untuk 93 orang pelajar, yang ketiga penawaran biasiswa peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di bawah Kursi Jamalullail di Universiti Islam Malaysia (UIM) untuk 12 orang pelajar, yang keempat Penawaran Biasiswa Peringkat PhD di bawah Kursi Jamalullail di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk 50 orang pelajar, yang kelima Program Sentuhan Kasih kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan MAIPs sebanyak RM21,974 untuk 21 orang pelajar asnaf, yang keenam tuisyen percuma Pusat Celik Minda Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup sebanyak RM100,000, yang ketujuh bantuan awal persekolahan 2019 seluruh Negeri Perlis sebanyak RM2,180,600 untuk 10,903 orang pelajar, yang kelapan 24 program latihan kemahiran dan penempatan pekerjaan oleh Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) untuk 310 orang pelajar dan yang kesembilan peruntukan tahunan kepada 24 buah institusi pendidikan agama Islam yang berdaftar dengan MAIPs berjumlah RM5,576,000.

Di antara sumbangan lain MAIPs dalam bidang pendidikan adalah melalui pelaksanaan Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs) dan bayaran tambahan gaji guru-guru Tadika Islam. Selain itu, peruntukan tahunan kepada Institusi Pendidikan Agama Islam berdaftar dengan MAIPs serta bantuan-bantuan berkala di bawah peruntukan fi sabilillah untuk program-program kecemerlangan akademik kepada sekolah-sekolah seluruh Negeri Perlis merupakan antara bantuan MAIPs yang memberikan impak positif kepada pendidikan di Negeri Perlis.

MAIPs turut bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri dalam meluaskan manfaat kepada masyarakat dalam memberikan tuisyen percuma di masjid-masjid Negeri Perlis. Selain itu, kerjasama MAIPs dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dalam pelaksanaan program Sekolah Amanah yang akan dilaksanakan di 5 buah sekolah terpilih diharapkan akan dapat membawa transformasi pendidikan ke arah menyangga agenda pendidikan abad ke-21. Sekian.

Soalan tambahan Yang Berhormat Speaker, apakah langkah-langkah yang telah diambil... err... sorry... yang pertama berapakah jumlah pelajar KUIPs sekarang? Dan apakah langkah-langkah yang telah diambil supaya KUIPs suatu hari mampu dinaik taraf sebagai sebuah berstatus universiti penuh.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Terima kasih Yang Berhormat Sena, untuk makluman, sekarang ini ada lebih kurang 900 pelajar-pelajar yang belajar di KUIPs, dan antara langkah yang telah diambil ke arah melahirkan KUIPs supaya menjadi Universiti yang penuh, mulai pada tahun hadapan KUIPs akan menawarkan kursus peringkat sarjana dan peringkat doktor falsafah. Sekian.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Satu lagi soalan tambahan YB... adakah para pelajar yang lepasan KUIPs ni… semua kursus yang ditawarkan telah mendapat pengiktirafan MQA?

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, kita kalau nak buka universiti ni MQA adalah salah satu syarat yang utama yang kita akan ikuti dan pihak KUIPs untuk mendapat penarafan MQA. Memang dapat benda tu... saya tak pasti tapi saya akan semak balik, tapi untuk MQA ini memang adalah telah dibagi kepada pihak KUIPs.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Ini penting Yang Berhormat. Saya tahu pelajar-pelajar KUIPs ni telah mendapat tempat belajar untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah di banyak universiti tempatan di negara kita, tetapi MQAnya tak semesti ada sesetengah kursus kita jalankan dulu, MQA tu dijalankan kemudian. MQA itu dibuat setelah dia mendapat research pandangan pelajar, pandangan industri dan sebagainya, itu later... jadi saya nak tanya adakah semua kursus yang ditawarkan di KUIPs sekarang telah mendapat pengiktirafan daripada MQA? Itu sahaja.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Macam saya bagitau kepada Yang Berhormat Tambun Tulang, nanti saya akan bagi maklumat yang lebih lengkap kepada Yang Berhormat. Sekian.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang, soalan...

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya nombor 6.

(Soalan 6 : Apakah langkah-langkah proaktif yang telah diambil kerajaan dalam mengatasi masalah benih padi sah di Negeri Perlis?)

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih juga kepada ADUN Tambun Tulang. Kebelakangan ini terdapat pelbagai isu dan dakwaan pesawah berkaitan benih padi. Di antaranya seperti ketidakcukupan benih padi semasa permulaan musim dan juga infestasi padi angin yang tinggi. Isu-isu ini terjadi didorong oleh faktor-faktor berikut, ketidakcukupan benih disebabkan oleh kecenderungan peladang menggunakan monovarieti ataupun tumpuan kepada varieti baharu yang diperkenalkan untuk ditanam pada sesuatu musim telah menyebabkan berlaku lebihan permintaan di pasaran, dan peladang mendapatkan sumber benih padi yang tidak sah dan dicemari dengan padi angin ekoran harga dan tempoh matang yang lebih rendah. Keadaan ‘panic buying’ di kalangan pesawah turut menyebabkan mereka menggunakan benih padi dari sumber tidak sah.

Sebagai langkah untuk menangani isu ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan agensi-agensi yang berkaitan seperti MADA dan Jabatan Pertanian telah melaksanakan langkah-langkah seperti berikut. Yang pertama, memastikan pengeluaran benih padi sah adalah mencukupi setiap kali musim penanaman melalui perbincangan dan pemantauan di peringkat pengeluar benih dan juga jawatankuasa berkaitan. Kedua, pegawai-pegawai pengembangan di lapangan menjalankan pelbagai program bersepadu seperti kempen penggunaan benih padi sah bagi meningkatkan kesedaran tentang kebaikan penggunaan benih padi sah. Ketiga, menambah keperluan inspektorat dan kemudahan makmal di negeri-negeri lain bagi melancarkan aktiviti kelulusan di Negeri Kedah/Perlis seperti yang dilaksanakan pada musim 2/2017 yang lalu. Keempat, penyelarasan informasi berkaitan stok bekalan benih di antara pengeluar bagi membolehkan pesawah dan agensi berkaitan memperolehi maklumat berkaitan kesediaan stok di pasaran dan yang kelima, laksana tinjauan harga secara rawak di pasaran serta membuat hebahan kepada peladang supaya mendapatkan benih padi sah daripada PPK/agen pemasar dengan harga bersubsidi.

Sebagai tambahan, saya juga ada memohon kepada Menteri Pertanian pada mesyuarat akhir tahun 2018 tetapi jawapan pada Julai baru-baru ini Menteri Pertanian kata kilang padi banyak di Perlis. Jadi saya mohon jasa baik YB-YB yang ada ni tolong lobi lah bagi ada wujud satu loji padi benih di Perlis. Sekian.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan... Dato’ Speaker, terima kasih... mengenai... Yang Berhormat isu lama... isu lapok dan isu berulang, repeated orang putih kata, berulang-ulang... ulang-ulang dan ulang-ulang, tiap-tiap tahun menghadapi benda yang sama. Saya pun tak tahu lah sebab Menteri Pertanian yang sekarang ni dia pandai deklamasi sajak, jiwanya agak halus, dia mungkin saya ingat di kata boleh atasi masalah ini dengan cepat tapi rupanya sama saja. Saya nak tanya Yang Berhormat, benda ni berterusan sejak sekian lama, setiap kali berlaku musim tuaian, ni yang akan datang ni insya-Allah akan berlaku ni, kita nampak akhir-akhirnya akan berlaku pada yang ini macam-macam penyakit la... penyakit berjangkit yang diserang di saat-saat akhir hasil daripada banyak faktor yang mana Yang Berhormat telah jelaskan mungkin petani tiada disiplin. Mungkin penguatkuasaan daripada agensi terbabit sama ada kawasan MADA, luar MADA, Jabatan Pertanian dan sebagainya tidak berlaku dengan begitu berkesan sedangkan kita di negara pertanian konservatif yang dah lama. Kita bukan petani baru, kita petani lama tetapi masih berada di dalam tahap dan takuk yang sama dan masih mengulangi perkara yang sama. Puncanya kalau daripada padi kita nak dapat yang terbaik, itulah dari padi benih the best long grain apa semua dan sebagainya, yang panjang, yang elok dan gred yang hebat tapi benda-benda ni masih berterusan. Sampai bila petani nak tunggu sesuatu benda yang tidak pasti.

Speaker

Yang berhormat, soalan tambahan nanti boleh masuk dalam perbahasan usul.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih, saya akur Dato’ Speaker...

Speaker

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada pagi ini kita dikunjungi oleh pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman terdiri daripada 3 orang guru pengiring dan 47 orang pelajar dan semoga mereka dapat menjadi pemerhati dan mengikuti persidangan Dewan pada pagi ini. Saya ucapkan terima kasih.

Dipersilakan soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Sena.

Yang Berhormat Tuan... Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 7.

(Soalan 7 : Daripada 119,273 hektar tanah terbiar di Semenanjung Malaysia yang direkodkan pada 2014, tanah yang dibangunkan hanya kira-kira 7,944 hektar sehingga tahun 2018. Berapakah jumlah keluasan tanah terbiar di seluruh Negeri Perlis dan adakah terdapat inisiatif berupa Program Pembangunan Tanah Terbiar oleh Kerajaan Negeri Perlis bagi memastikan tanah terbiar ini mampu dioptimumkan penggunaannya terutama dalam sektor pertanian demi meningkatkan kapasiti pengeluaran bahan makanan negara di samping mengurangkan kebergantungan kepada sumber makanan import?)

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sena, saya akan menjawab soalan mengenai tanah terbiar ini dalam kerangka data-data yang disebutkan oleh YB Sena di dalam soalan tersebut yang mana ianya adalah berdasarkan satu soalan Parlimen yang telah dijawab oleh YB Menteri Pertanian di dalam sidang Parlimen pada bulan Julai tahun 2018.

Berdasarkan soalan dan data tersebut, ianya adalah berkisar tentang tanah terbiar pertanian di mana definisi tanah terbiar ini ialah tanah darat atau tanah sawah yang berkeluasan minima 0.4 hektar ke atas sama ada bersambung atau bertaburan yang merupakan tanah milik yang tidak diusahakan selama tiga tahun berturut-turut baru dia kira tanah terbiar.

Angka 119,273 hektar tanah terbiar pertanian di seluruh semenanjung Malaysia yang disebut di dalam soalan YB Sena adalah data yang direkodkan pada tahun 2014. Walaubagaimanapun, pada tahun 2019, Jabatan Pertanian Malaysia telah mengenal pasti seluas 103,562.09 hektar yang tanah terbiar yang melibatkan 46,382 lot di Semenanjung Malaysia termasuk di Wilayah Persekutuan Labuan, iaitu berlaku penurunan dari segi tanah terbiar pertanian.

Bagi Negeri Perlis, keluasan tanah terbiar yang dikenalpasti adalah seluas 11.55 hektar yang melibatkan 14 lot tanah. Sepertimana definisi tadi, data ini adalah bagi lot yang bermilik atau bergeran sahaja.

Inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri Perlis melalui Jabatan Pertanian Negeri Perlis ialah dengan menyediakan peruntukan bagi membangun semula tanah terbiar kepada pembangunan tanaman Harumanis. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah membangunkan seluas 1,102.22 hektar kawasan tanah terbiar dengan tanaman Harumanis bermula dari tahun 2011 sehingga kini melalui peruntukan pembangunan lebih kurang RM10 juta yang telah disalurkan oleh

Kerajaan Negeri Perlis kepada Jabatan Pertanian Negeri Perlis sepanjang tempoh tersebut.

Selain itu, terdapat juga inisiatif Program Pembangunan Tanah Terbiar melalui Jabatan Pertanian Malaysia yang diwujudkan bertujuan untuk membangunkan tanah terbiar supaya menjadi tanah yang produktif dan memberi pulangan kepada pengusaha selain dapat meningkatkan pengeluaran tanaman makanan memandangkan tanah baharu bagi tujuan pertanian kini adalah terhad. Bagi tujuan tersebut, Jabatan Pertanian menawarkan khidmat nasihat teknikal dan insentif dengan kadar maksimum berjumlah RM 20,000 per hektar secara, dengan izin, one-off iaitu meliputi pembangunan infrastruktur asas seperti pembersihan kawasan, sistem pengairan dan saliran serta pembinaan jalan ladang, dan bantuan input pertanian berupa benih, baja, racun dan peralatan kecil.

Di bawah Program Pembangunan Tanah Terbiar ini, Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah menerima peruntukan bermula pada tahun 2008 sehingga tahun 2018 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM2,010,000. Sekian, terima kasih.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Soalan tambahan Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya, berapakah nilai jumlah tanah rizab Melayu yang masih berbaki di Negeri Perlis ni setakat yang paling latest lah...

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Pohon maaf, angka ini saya tak dak, nanti saya rujuk kepada Pejabat Tanah.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya nombor 8, terima kasih.

(Soalan 8 : Berapakah jumlah atau kuantiti sampah domestik yang dihasilkan di Negeri Perlis pada setiap hari dan berapakah peratusan sampah boleh dikitar semula yang berjaya dikutip setiap hari?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Secara purata, janaan sisa pepejal domestik di Negeri Perlis telah meningkat daripada 115.2 tan sehari pada tahun 2017 kepada 124.86 tan sehari pada tahun 2018. Bagi tahun 2019 pula, purata janaan sisa pepejal domestik telah mencapai sebanyak 124.13 tan sehari, data ini diambil sehingga Jun 2019.

Dari segi sisa boleh dikitar semula pula, Perlis mencatatkan purata 0.5% sisa kitar semula sehari pada tahun 2017 dan meningkat kepada 0.6% sisa kitar semula sehari secara purata pada tahun 2018. Bagi tahun 2019, data sisa kitar semula mencatatkan purata 0.6%, data sehingga Jun 2019, sekian, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis…

Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan. Dari segi Kerajaan Negeri Perlis, kalau kita tengok Kementerian KPKT yang dasar sekarang ini Waste to Energy. So saya nak tanya, apa reaksi Kerajaan Negeri Perlis? Adakah follow dasar yang sama untuk menghasilkan pendapatan tambahan kepada Kerajaan Negeri.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Sena, untuk pengetahuan Yang Berhormat, program Waste to Energy telah pun diluluskan oleh pihak KPKT kepada sebuah syarikat yang telah memohon kalau tak silap saya pada bulan 2 tahun inilah, dan alhamdulillah setakat sekarang ini dalam proses untuk ke arah itu. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya, soalan nombor 9.

(Soalan 9 : Berapakah dana / peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Perlis dari tahun 2013 hingga tahun 2018 bagi membantu menyelesaikan masalah bekalan air di negeri ini dan bagaimanakah pecahan-pecahan peruntukan tersebut digunakan?)

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Bismillahirahmanirahim, Assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, bagi tempoh di antara tahun 2013 sehingga 2016, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM18.1 juta untuk projek-projek bekalan air Negeri Perlis dan pecahan-pecahan adalah seperti berikut, yang pertama geran berjumlah RM8 juta bagi melaksanakan program mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW) Negeri Perlis pada tahun 2013, kemudian pinjaman berjumlah RM6 juta bagi melaksanakan program mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW) Negeri Perlis pada tahun 2015, kemudian pinjaman berjumlah RM4.1 juta bagi melaksanakan program mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW) di Negeri Perlis pada tahun 2016. Pada tahun 2017 tiada peruntukan disalukan oleh Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, untuk tahun 2018, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM196.5 juta kepada Perlis bagi projek-projek berikut. Yang pertama, geran berjumlah RM41 juta bagi melaksanakan Projek Mitigasi Bekalan Air Jangka Pendek, yang kedua, geran berjumlah RM50.5 juta bagi program mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW) Negeri Perlis, dan yang ketiga, pinjaman berjumlah keseluruhannya RM105 juta bagi melaksanakan 3 buah Projek Mitigasi Bekalan Air Jangka Sederhana.

Bagi peruntukan yang telah diluluskan pada tahun 2018, pelaksanaan projek-projek tersebut kita jangkakan akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada penghujung tahun 2019. Bagi peruntukan yang diluluskan secara geran, projek-projek tersebut akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Bahagian Bekalan Air, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli manakala peruntukan yang diluluskan secara pinjaman pula akan dilaksanakan oleh Syarikat Air Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Soalan tambahan Dato’ Speaker, boleh senaraikan dak nilai geran dan jugak pinjaman yang akan… yang telah diluluskan untuk tahun ini.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Untuk tahun 2019?... untuk 2019 ni… erm… yang saya baca tadi tu lah RM196.5 juta. Yang ni sebenarnya peruntukan yang telah diluluskan pada tahun 2018, tetapi 2018 tidak ada projek yang dilaksanakan dan peruntukan itu disambungkan pada tahun ini dan sekarang ini dalam proses perolehan.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang…

Soalan tambahan Yang Berhormat Speaker… berapakah jumlah tunggakan air terkini… bil air dari sudut pengguna domestik dan agensi kepada SAP sekarang?

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Minta maaf YB, minta tolong ulang balik.

Tunggakan bil air kepada SAP daripada pengguna domestik dan agensi.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Tunggakan… untuk yang terkini saya tak dak data tu… tetapi kalau lah… ya… saya tak dak data tu.

Speaker

Boleh Yang Berhormat jawab dalam penggulungan pihak Kerajaan lusa… dipersilakan.

Saya perlu juga tindakan yang disusun oleh pihak SAP untuk mengatasi masalah tunggakan tersebut.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang…

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Soalan tambahan…

Speaker

Soalan Sanglang… Sanglang…

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 10.

(Soalan 10 : Berapa ramaikah pelajar yang tercicir yang dapat dikembalikan ke sekolah serta berapa orangkah yang kemudiannya terus kekal bersekolah?)

Bismillahirahmanirrahim, Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Oleh kerana jawapan saya merupakan data, jadi agak pendek. Jadi saya ingin huraikan sedikit lah senario tentang cicir ni berdasarkan pengalaman, kerana dekat sini pun ada YB-YB yang merupakan bekas guru, cikgu, YB Tambun Tulang pun guru… YB Sanglang sendiri pun mantan guru, Tuan Speaker sendiri pun seorang guru. Jadi terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih lah kepada mereka yang bergelar cikgu ni… kerana dengan gelaran cikgu ni jugalah membawa kita sehingga ke tahap yang kita ada sekarang. Jadi inilah institusi pendidikan yang telah pun mencorakkan generasi yang ada pada hari ini dan akan sentiasa mencorakkan generasi di masa akan datang, kerana apa? Jasa cikgu ni tak ternilai bagi saya dan juga bagi kita semua, dan kerana apa? Berkat guru yang mencurah ilmu dan dengan izin-Nya juga kita berada di sini, hingga ke tahap yang Tuan-Tuan dan kita berada sekarang dan kerana ilmu juga yang dihalalkan dalam setiap doa seorang cikgu berkesempatan untuk kita miliki apa yang kita hajati. Terima kasih cikgu. Begitu juga cikgu yang berada di atas dari Sekolah Menengah Tengku Suleiman bersama anak-anak muridnya, itulah pengorbanan guru untuk membuka minda dan peluang untuk melihat senario yang berlaku supaya sentiasa terpanggil dan sentiasa menerima apa saja cabaran masa kini.

Jadi tentang cicir ni, kalau kita… anak murid kita tak mai sekolah, sehari tak mai sekolah, dia akan pandang, dua... tiga hari tak mai sekolah… dia dah mula risau, itu dia… na… perasaan seorang cikgu dan dia akan mula tanya awat murid dia tak mai ke sekolah? Dan dia akan mula siasat, bila dia siasat ni kalau ikut pengalaman saya bersama EPR di Kementerian Pendidikan… last… lebih kurang lebih 6 tahun sebelum ini lah... no… mengunjungi sebuah rumah di satu tempat, di suatu kawasan di mana bila saja sampai lebih kurang jam 9.00, murid yang tidak hadir tu, yang tercicir tu berpakaian sekolah lengkap, memang hajat dia nak datang ke sekolah tetapi terpaksa menunggu ibu dan bapanya balik daripada laut, daripada menangkap ikan untuk hadir ke sekolah, maknanya pass baton untuk ibu bapanya pula mengurus adik-adiknya. Dan satu senario lagi di mana bila saya hadir lebih kurang pada pukul 11.00 di salah sebuah rumah, bila ibu buka pintu menggosok mata, sama saya terlihat anak-anak bergelimpang tidur di ruang tamu, ini bererti ibu dan anak tak jaga sampai pukul 11.00 dan anak-anak pun tidak ke sekolah. Ini adalah dua senario yang saya letakkan kepada Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua untuk kita memikirkan apakah modus operandi yang terbaik sehinggalah ke hari ini kalau… insya-Allah dengan PPN atau Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang mana kita telah pun berada di gelombang yang kedua iaitu kita berada dalam transformasi pendidikan iaitu membudayakan sekolah dengan lebih hebat dari segi kualiti sekolah dan juga kemenjadian murid. Jadi dengan senario yang kita lihat pada hari ini tentang keciciran, insya-Allah saya yakin kerja buat guru-guru pada hari ini akan meletakkan faktor aset yang terpenting negara untuk berada di suatu landasan yang terbaik dengan tindak balas yang optimum kerana isu dan masalah ponteng ini kita cuba sebaik mungkin untuk menjadi sifar, ya… daripada zero ke hero.

Jadi berbalik kepada soalan Yang Berhormat Sanglang sebentar tadi, kita memiliki data iaitu antara 1 Ogos 2018 sehingga 31 Julai 2019 yang menunjukkan seramai 205 orang murid tercicir telah berjaya dikembalikan ke sistem persekolahan dan daripada jumlah itu, setakat ini seramai 73 orang murid tercicir telah berjaya menamatkan pendidikan di tingkatan 5, 122 orang murid masih meneruskan pendidikan manakala 10 orang murid lagi didapati tiada dalam sistem, iaitu mereka masih lagi tercicir. Jadi murid-murid ini dikatakan gagal untuk dihubungi oleh pihak sekolah dan pihak Jabatan Pendidikan Negeri, sedaya upaya dengan maklumat yang ada cuba untuk mencari dan juga terus meneruskan usaha-usaha untuk melihat ke mana pelajar-pelajar ini pindah.

Namun demikian, dengan kerjasama semua kepimpinan di peringkat Yang Berhormat-Yang Berhormat Wakil Rakyat, di peringkat kampung-kampung MPKK dan sebagainya, kita berharap mereka pelajar-pelajar yang tercicir ini dapat dikesan dan mereka dapat kembali ke alam persekolahan. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih YB Pauh atas… apa… sepatutnya jawapan itu dijawab dalam 30 second sebab data, tetapi sebab Yang Berhormat membuka kepada keluhan-keluhan dan juga masalah yang begitu menyayat hati, yang berkaitan dengan chemistry pendidikan di negara kita ini, kita rasa ok lah. Cuma saya nak tanya Yang Berhormat satu sahaja, dalam kes-kes yang macam ni, walaupun di Perlis ni saya rasa itu kes-kes yang agak terpencil ataupun isolated cases, dengan izin Dato’ Speaker, tetapi sebenarnya kalau kita meninjau secara minor, perkara ini berlaku sebenarnya… di kawasan-kawasan nelayan dan juga di pinggir pantai Kuala Sanglang dan Kuala Perlis dan juga di kawasan-kawasan hulu, ada yang kita lihat kes-kes ini berlaku tetapi sebab di kampung sekarang ini kalau MPKK memainkan peranan yang agak baik, benda ini tidak seharusnya berlaku di sampaikan kepada Wakil Rakyat dan sebagainya, setakat ini Yang Berhormat, di dalam perancangan, Yang Berhormat pernah berkhidmat di Jabatan Pendidikan, saya nak tanya adakah Jabatan Pendidikan juga mempunyai unit khas untuk memantau isu-isu kes yang seumpama ini, walaupun kes terpencil tetapi ada berlaku di Negeri Perlis yang kita sayangi ini?

Terima kasih Yang Berhormat Sanglang… eh… Yang Berhormat Tambun Tulang atas soalan tambahan. Di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Perlis memang ada satu jawatankuasa untuk mencari… untuk… I mean… berkaitan dengan program, sebab program keciciran ini dah la program Kementerian Pendidikan, jadi di peringkat Jabatan Pendidikan dah tentu ada satu jawatankuasa untuk melihat isu ini dan kita nak pastikan kalau kita nak tengok dari segi tindakan–tindakan yang telah dilaksanakan, hanya lagi sepuluh pelajar yang tercicir yang mereka ini berpindah ke tempat lain dan tak dapat dikesan. Saya rasa itu satu kejayaan di peringkat Jabatan Pendidikan. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya yang 11.

(Soalan 11 : Pendidikan adalah penting dalam proses membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. Keseimbangan pendidikan akademik dan pendidikan agama perlu diberi penekanan kepada para pelajar khususnya yang di bawah agensi Kerajaan Negeri. Justeru itu, apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk memberi pendedahan ilmu agama kepada penghuni rumah anak-anak yatim Perlis dan rumah kanak-kanak Arau?)

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Bismilahirahmanirahim, Assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh, Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji, pendidikan agama sentiasa diberikan perhatian khusus oleh Kerajaan Negeri. Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Kebajikan Masyarakat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjaga kebajikan anak yatim di Negeri Perlis.

Bagi rumah anak-anak yatim di Negeri Perlis, program agama dijadikan silibus tetap di institusi berkenaan. Di antara usaha Kerajaan Negeri melalui JAIPs untuk memberi pendedahan ilmu agama kepada penghuni rumah-rumah anak yatim di Perlis ialah yang pertama, mewujudkan kelas-kelas agama yang diurus selia oleh Bahagian Dakwah dan Takmir JAIPs di mana JAIPs menghantar guru-guru takmir ke institusi tersebut bagi mengajar agama secara mingguan, yang kedua pada bulan Ramadhan, pihak JAIPs juga menghantar imam-imam bagi mengendalikan solat sunat tarawih dan memberikan tazkirah selepas solat dan yang ketiga kakitangan JAIPs juga dari semasa ke semasa memberi kaunseling dan bimbingan keagamaan sebagai langkah untuk meningkatkan motivasi agama dalam kalangan penghuni rumah-rumah anak yatim dan juga Rumah Kanak-Kanak Arau bagi memupuk nilai-nilai murni dalam diri mereka bagi menempuh kehidupan yang hakiki apabila mereka dewasa kelak.

Bagi Rumah Kanak-Kanak Arau, silibus keagamaan ditetapkan oleh pihak JAKIM memandangkan institusi berkenaan berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Pihak JAKIM telah menempatkan tenaga pengajar khusus bagi menguruskan pengajian agama khasnya kelas fardu ain kepada institusi berkenaan.

Kerajaan Negeri juga menyalurkan geran tahunan melalui Majlis Kebajikan Negeri Perlis kepada rumah-rumah anak yatim bukan sahaja bagi membantu pentadbiran malah bagi membolehkan pihak pengurusan institusi berkenaan melaksanaan program keagamaan dan pembinaan sahsiah kepada anak-anak yatim.

Di samping itu, MAIPs juga menyediakan peruntukan bagi pelaksanaan program-program pendedahan ilmu agama dan bayaran bagi guru-guru Al-Quran dan agama melalui agensi seperti Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis dan Institut Sunnah dan Irsyad (ISNAD) selain turut menyalurkan sumbangan peruntukan kepada institusi rumah kebajikan anak yatim di seluruh Perlis, termasuklah Rumah Kanak-kanak Arau yang berada di bawah kendalian Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan tambahan Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Beseri di atas penjelasan yang telah diberikan. Soalan saya apakah benar sebagaimana yang diberitahu kepada Dewan ini bahawa yang telah dilaksanakan oleh pihak… apa nama… JAIPs dan sebagainya sebab saya mendapat maklumat daripada rumah-rumah anak yatim ini dan juga pihak kanak-kanak Arau ini tak berlaku sedemikian dan kadang-kadang mohon kepada takmir berlarutan, tak menghantar guru-guru takmir dan sebagainya. Selain daripada itu yang saya maksudkan di sini adalah bimbingan agama fardu ain kepada mereka di pusat-pusat anak yatim kanak-kanak Arau ini, bukan di sekolah, di sekolah memang dia ada silibus tapi di pengisian di asrama mereka itu.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji, tadi saya telah memberitahu kepada Dewan berhubung dengan setiap program yang diatur oleh pihak MAIPs dan JAIPs, jadi maklumbalas yang diterima daripada pihak Guar Sanji kita akan ambil perhatian dan cuba kenal pasti siapakah yang menghantar laporan kepada pihak Yang Berhormat Guar Sanji untuk kita jalankan siasatan. Sekian.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya nombor 12.

(Soalan 12 : Apakah usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan industri hiliran untuk membantu meningkatkan pendapatan petani?)

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan industri hiliran berasaskan hasil pertanian sebagai produk perniagaan yang mampu menjana pendapatan lumayan kepada golongan petani. Pelbagai bantuan disediakan oleh jabatan atau agensi kerajaan untuk membantu usahawan-usahawan sedia ada dan bakal-bakal usahawan seperti bantuan peralatan, modal, kursus dan bimbingan serta khidmat nasihat. Begitu juga dengan penganjuran acara-acara seperti ekspo perniagaan Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Perlis (HPPN) dan, dengan izin, Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA) yang dapat meningkatkan pendapatan usahawan di samping meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan kepada Jabatan Pertanian Negeri Perlis di bawah Program Membangunkan Teknologi Pemprosesan Asas Tani, Nilai Tambahan, Produk Sampingan dan Kraftani yang meliputi projek peningkatan ruang pemprosesan, peningkatan pengeluaran produk, pembangunan teknologi pembungkusan, pembangunan modal insan, pengiklanan premis projek dan pembangunan produk (nilai tambah industri hiliran). Pada tahun ini, jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan Pertanian untuk program ini ialah sebanyak RM250,000.

Jabatan Pertanian turut menyediakan pusat-pusat aperantis bagi usahawan-usahawan yang tidak mempunyai tempat untuk aktiviti pemprosesan produk. Terdapat 3 buah pusat aperantis di bawah Jabatan Pertanian Negeri Perlis iaitu Pusat Aperantis Kompleks Pertanian Bukit Temiang, Pusat Aperantis Mata Ayer dan Pusat Aperantis Tok Naya, Arau.

Hasil jalinan kerjasama dengan Kolej Komuniti Arau dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah berjaya memperkenalkan produk-produk hiliran berasaskan tanaman mangga Harumanis iaitu balm, minuman botanikal, teh kiub dan teh uncang di samping produk-produk lain seperti gula-gula, jeruk, barangan kosmetik, sabun dan pewangi kenderaan.

Jabatan Pertanian juga giat menganjurkan program, kursus dan seminar sebagai medium pendedahan dan ruang bagi usahawan industri hiliran ini berkongsi kemahiran dan pendapat. Jabatan Pertanian Negeri Perlis menyasarkan penglibatan usahawan menghadiri 7 kali kursus setahun di peringkat jabatan dengan penganjuran kursus-kursus seperti kursus hasilan produk sejuk beku, hasilan kek aiskrim, hasilan biskut moden, hasilan jus Harumanis, hasilan kordial buah-buahan, hasilan tempoyak dan pemasaran keusahawanan. Jabatan Pertanian juga menyediakan khidmat nasihat berkala dan lawatan pemantauan untuk membimbing usahawan-usahawan di bawah Jabatan Pertanian seramai 202 orang.

Selain itu, Jabatan Pertanian juga membantu usahawan mempertingkatkan pengeluaran produk hiliran mereka dengan memberi bantuan mesin dan peralatan di mana pada tahun ini seramai 10 orang usahawan layak untuk menerima bantuan tersebut. Di samping itu, Jabatan Pertanian juga memberi pendedahan penggunaan teknologi dalam pengeluaran produk dan peningkatan pengeluaran melalui bantuan geran, dengan izin, Change Upgrade Product (CUP) dan High Impact Product (HIP) serta menganjurkan lawatan bagi para usahawan ke projek-projek usahawan lain yang telah berjaya bagi memberi pendedahan dengan perkara-perkara baru dan mengukuhkan jaringan di antara usahawan yang berjaya.

Di samping itu, pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) juga giat melaksanakan pelbagai program keusahawanan seperti Program Agropreneur Muda, Program Bantuan Keusahawanan Peladang, Program Geran Pemadanan Change Upgrade Product (CUP) Usahawan Industri Asas Tani, Program Geran Pemadanan High Impact Project (HIP) Usahawan Industri AsasTani dan Program Latihan & Modal Insan. Sehingga Jun 2019, terdapat seramai 316 orang usahawan bimbingan MADA di Negeri Perlis iaitu usahawan tanaman 256 orang, usahawan ternakan 27 orang, usahawan perikanan 24 orang, usahawan kraftani 8 orang dan usahawan agro-pelancongan 1 orang.

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) juga bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam usaha membantu meningkatkan industri hiliran dan pendapatan petani. Di antara usaha-usaha yang dijalankan oleh LPP ialah mewujudkan pusat pengumpulan dan pengedaraan di mana lambakan hasil pertanian yang tidak boleh dijual akan dikumpul dan diproses sebagai produk hiliran.Di bawah seliaan LPP, Pertubuhan Peladang Kawasan Paya membeli hasil pertanian daripada petani seperti buah-buahan untuk menghasilkan produk cips iaitu makanan kering yang dijadikan snek, memproses buah untuk dijadikan kordial dan sebagainya. Selain itu, LPP juga menganjurkan pelbagai latihan dan kursus seperti pembungkusan, pelabelan dan penggunaan bahan aditif dalam makanan untuk meningkatkan pengetahuan usahawan-usahawan kecil dan sederhana ini. LPP juga menjemput pegawai daripada Jabatan Agama Islam dan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan untuk memberi penerangan berkaitan dengan prosedur pensijilan Halal dan MESTI bagi memastikan usahawan dapat mengeluarkan produk yang memenuhi kehendak pasaran dan tidak meragukan pengguna. LPP juga turut menyediakan geran atau pembiayaan percuma, khususnya kepada golongan petani muda di bawah umur 40 tahun. Program yang diberi nama, dengan izin, In Kind Contribution atau IKC ini adalah salah satu daripada usaha membantu para petani produk hiliran meningkatkan kualiti produk dan mempelbagaikan produk mereka melalui peralatan dan teknologi yang bersesuaian. Di bawah program ini, pembiayaan percuma diberikan bagi pembelian mesin dan peralatan, naik taraf premis dan belian input dan lain-lain yang bersesuaian dengan projek yang diusahakan.

Bagi menggalakkan penglibatan generasi muda atau belia di dalam industri hiliran, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) melalui Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Veterinar, FAMA, MARDI, LKIM, MADA dan LPP telah menyediakan Program Geran Agropreneur Muda khusus bagi golongan belia yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Program ini bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang keusahawanan berasaskan aktiviti pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan, terima kasih Dato’ Speaker, saya ucapkan tahniah kepada Simpang Empat atas usaha keras bersama agensi-agensi terbabit untuk memajukan industri hiliran di negara kita ini. Kita tidak nafikan sebenarnya kita adalah di antara satu-satu ataupun mungkin beberapa buah negara di dunia ni yang memberikan segala-galanya dalam menjayakan industri hiliran ataupun SME ini, cuma saya ingin tanya Yang Berhormat lah… masih terdapat kekurangan… kekurangannya circle ataupun pusingan yang boleh direbuti lagi oleh LPP, PPK dan sebagainya bukan setakat mereka hanya berjuang di saat-saat untuk merebut Ahli Lembaga Pengarah sahaja tetapi dia harus fikir lebih daripada itu, untuk kita mencapai itu, kita tidak boleh salahkan mereka. Mungkin pada dan ketika ini, macam Yang Berhormat katakan In Kind ataupun In Crime… what so ever… lah, dengan izin yang berlaku, dia belum sampai tahap yang sebenarnya, sepatutnya selain daripada… contohnya macam kita menguasai pertanian sekarang ini, sepatutnya ada sebuah mini market yang besar yang mencakupi semua bahagian, ada ayam, ada sejuk beku, semua ini melibatkan Kementerian Pertanian, bukan perkara ini sering di outsource kan kepada individu atau syarikat-syarikat lain, nikmati dulu agensi-agensi yang boleh menolong balik petani. Pada setiap kali mesyuarat agungnya tak perlulah bagi 10% dividen, boleh bagi 30 ke 40. Inilah hasil tambahan yang perlu ada pada petani, tetapi benda ni berlaku sejak dulu, tak pernah cuba ditambah baik. Apakah usaha yang boleh dibuat oleh pihak Yang Berhormat dalam mengatasi masalah ini dengan mendapatkan pendedahan, pengetahuan, knowledge semasa yang terkini, maksudnya yang terkini ni… kat otak kita ada knowledge baru… macam mana… how to break through… or how to break through the wall… macam mana nak memecahkan dinding ni. Kesemua ni mungkin tidak berada di dalam negara, mungkin 1 atau 2 orang pegawai perlu dihantar mendapat pendedahan ini di luar negara. Apa pandangan Yang Berhormat berhubung perkara ini?

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Untuk maklumat Yang Berhormat Tambun Tulang, dalam Persatuan Perladang ni, kita tak boleh nak tetap kata, sebagai Ahli Lembaga Pengarah kena macam ni… macam ni… mereka dalam pemilihan dalam Mesyuarat Agung, jadi kita terpaksalah akur kepada keputusan ni kemudian untuk…..

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Saya tak kata LPP, saya kata ni pegawai daripada pihak Kerajaan, yang tetap… yang dok situ, macam kita Wakil Rakyat ni lima kali, lima tahun sekali mungkin hilang, mungkin Sanglang pun tahun 15 pun tak dak dah di sini… mungkin… tetapi pegawai Kerajaan tu mereka berkhidmat sampai 60 tahun, depa… mereka di situ… mereka…

tak setuju Yang Berhormat Dato’ Speaker, dia pi cakap Sanglang ni…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Mereka yang memacu rakan-rakan yang akan bertanding Ahli Lembaga Pengarah dan sebagainya, itu saja maksud saya.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Untuk tu memang apa semua Kementerian dan Jabatan dalam agensi pertanian, pegawai-pegawai yang ada di sini pun bukan… rata negara dah depa dah pi… tapi balik mai di sini kita nak sampai balik kepada petani-petani ni yang lama-lama ni susah untuk kita nak hantar kursus. Sebab itu kita tumpu kepada umur 18 ke 40, kita bagi bantuan kita tak bagi dah umur tua, 40 ke atas kita tak bagi, kita bagi bantuan kepada umur 19 hingga 40 dana-dana yang ada sebab mereka-mereka ini yang boleh kita nak tunjuk arah dengan mudah.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, soalan-soalan lisan ditangguhkan setakat ini, bagi soalan-soalan yang belum sempat dijawab, pihak Kerajaan akan mengemukakan jawapan kemudian secara bertulis.

Dewan ditempohkan sebentar dan akan disambung semula pada jam 11.30 pagi ini. Terima kasih.

(Persidangan ditangguhkan sementara pada jam 10.40 pagi)

(Persidangan disambung semula pada jam 11.30 pagi)

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, dewan bersidang semula.

Usul menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku RajaMotion

Penolong Setiausaha Dewan

Usul menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja. Yang Amat Behormat Menteri Besar akan mengemukakan cadangan.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Bismillahirahmanirahim, YB Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu usul yang berbunyi, bahawa satu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja yang berbunyi, Ampun Tuanku, Patik Speaker dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri di dalam persidangan dewan merafak sembah memohon ampun dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku semasa merasmikan penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Keempat Belas pada 20 Ogos 2019.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

YB Dato’ Speaker, Saya dengan rendah diri ingin menyokong usul menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja yang telah dicadangkan oleh YAB Menteri Besar sebentar tadi.

Speaker

Terima kasih YAB dan Yang Berhormat Chuping, Ahli-Ahli Yang Berhormat usul menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja dibuka untuk perbahasan. Untuk pagi ini saya membenarkan Ahli Dewan daripada pihak backbencher untuk membahaskan dan saya memperuntukan jumlah masa 20 minit seorang, dipersilakan Yang Berhormat Sena.

Assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat tengahari. Alhamdulillah hirabilalamin, wabihi nasta`in, wanahu nassalihin. Asyhadu aIlahaillallah, wahdahu lasyarikallah, waasyhaduana Muhammadan `abduhu warasuluh. Rabbisyrahli sadri, wayasirli amri, wahlul `udatammilisani, yafkahu khauli. Terima kasih kepada YB Dato’ Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk sama-sama berbahas menjunjung Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Terutamanya saya ingin merakamkan di dewan yang mulia ini ucapan takziah kepada lebih 1079 mangsa angin ribut di Perlis yang dilaporkan berpunca daripada taufan Lekima yang melanda beberapa wilayah di China pada 9 Ogos yang lalu. Berdasarkan rekod JKM yang diterima kira-kira lapan ratus empat puluh lima buah rumah telah dinilai mangsa ribut yang lengkap dengan laporan polis daripada seribu aduan yang telah diterima. Kawasan Parlimen Kangar dilaporkan adalah kawasan yang paling terjejas sebanyak 403 buah rumah manakala Arau 202 rumah dan Padang Besar 242 rumah. Terdapat lebih daripada 50 buah sekolah di Perlis turut terjejas. Dalam aspek pengurusan bencana dan amaran awal bencana saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan adakah terdapat perancangan atau strategi terkini daripada pihak Kerajaan Negeri dengan satu tujuan supaya ada penambahbaikan? Saya menerima banyak aduan isu mangsa ribut laporan polis telah dihantar kepada JKM tetapi apabila mangsa semak semula dengan JKM, JKM maklumkan tidak menerima laporan tersebut, kenapa ini boleh berlaku? Saya mohon penjelasan dimana pejabat saya sendiri telah mengambil inisiatif buat whatsapp group khas DUN Sena dengan JKM dimana kami hantar gambar-gambar rumah yang terjejas dan laporan polis di whatsapp group tersebut dan pihak kami sendiri yang kami hantar pun sama juga ada yang JKM maklumkan kata tak terima. Jadi saya harap tidak ada sebarang keciciran berlakulah. Menurut sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, terdapat 74 kes pokok tumbang diterima pada malam kejadian angina ribut tersebut. So saya ingin tanya apakah status penebangan pokok-pokok bahaya di tepi jalan dan juga dikawasan perumahan di seluruh Negeri Perlis. Syukur pada bencana yang lepas tidak ada sebarang korban nyawa, akibat pokok tumbang namun kita tidak pasti di masa depan saya mohon supaya ada suatu time frame yang diambil oleh pihak kerajaan dalam proses menebang pokok-pokok balak yang bahaya ini dan saya harap pokok-pokok balak ini ditebang disamping mampu menjana hasil untuk Kerajaan dan saya mohon Kerajaan menjelaskan berapakah hasil telah kerajaan jana selama ini sejak beberapa tahun ini. Sejak YB Bintong menjadi Menteri Besar, pokok balak ini mula ditebang. Saya perlukan maklumat berapa pendapatan yang telah diperolehi oleh Kerajaan Negeri.

Saya ingin merakamkan juga di Dewan yang mulia ini terima kasih kepada MAIPs yang dilaporkan telah meluluskan bantuan bencana berjumlah RM661,161 kepada mangsa-mangsa angin ribut khasnya bantuan rumah baru pada pak Ahmad Kancil daripada kampung Sempering yang rumahnya musnah teruk akibat kejadian tersebut dan tahniah juga kepada MAIPs dan juga Pejabat SUK yang telah mendapat pengiktirafan 5 bintang dalam Indeks Akauntabaliti Pengurusan Kewangan pada tahun lepas. Bercakap tentang akauntabaliti dan ketulusan ini, adakah Kerajaan Negeri Perlis bersedia untuk mencontohi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Selangor dan terbaru di Melaka untuk menubuhkan sebuah badan Hesbah yang merupakan sebuah jawatankuasa bebas yang bertanggungjawab penuh kepada Dewan Undangan Negeri Perlis di mana Speaker boleh menjadi pengerusinya, bagi meningkatkan dan mengukuhkan tadbir urus dan integriti Kerajaan Negeri serta turut membuka ruang yang membolehkan rakyat terlibat dalam memantau tadbir urus dan integriti segala aspek yang melibatkan Kerajaan Negeri termasuk Menteri Besar, Exco, Pegawai-Pegawai Kerajaan, Jabatan Kerajaan, Agensi Kerajaan dan anak syarikat Kerajaan Negeri. Ianya adalah sebuah jawatankuasa bebas yang akan memainkan peranan dalam menilai tadbir urus secara terperinci terhadap semua aspek yang melibatkan Kerajaan Negeri serta mechanism berkaitan, termasuklah keberkesanannya semua anggota Kerajaan Negeri dan aspek yang melibatkannya. Jawatankuasa itu juga boleh memberi ruang seluasnya kepada rakyat untuk membuat aduan tentang pelbagai isu tadbir urus dan integriti yang melibatkan Kerajaan Negeri. Siasatan dan soal balas boleh diadakan oleh Jawatankuasa ini secara pendengaran awam yang turut dibuka kepada rakyat. Saya pernah bangkitkan pada sidang DUN tahun lepas tentang saranan supaya diadakan pengisytiharaan harta ADUN Perlis secara terbuka dan baru-baru saya terbaca yang YAB Bintong menyokong penuh pengisytiharaan harta ADUN termasuk melibatkan anggota pentadbiran Kerajaan Negeri. Hasil daripada saranan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang mahu mewajibkan semua ADUN mengisytiharkan harta masing-masing, saya mahu penjelasan YAB Bintong bilakah pengisytiharaan harta ADUN akan diadakan dan apakah mekanisme yang akan diguna pakai. Saya cadangkan pengisytiharaan harta ADUN dan Isteri dilakukan melalui akuan berkanun dan dipamerkan di laman web SPRM buat tatapan semua warga sepertimana yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan.

Saya menyambut baik Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis yang menganjurkan perpaduan dan keharmonian di kalangan rakyat pelbagai latar belakang perbezaan bangsa dan agama. Profesor Dato’ Siddiq Fadzil dalam satu syarahan bertajuk hidup dalam kepelbagaian Islam dan budaya damai di Universiti Kebangsaan Malaysia menjelaskan bahawa perbezaan itu tidak beerti permusuhan tetapi kekuatan dan kekayaan budaya kata kunci dalam memahami tujuan penciptaan kepelbagaian bangsa dan kaum ialah lafaz lita`arafu dalam surah Al-Hujuraat ayat 13, A`uzubillahiminashaitanirajim…

Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali.

Lafaz lita`arafu dalam ayat ini menurut Profesor Dato’ Siddiq Fadzil yang biasa ni diterjemahkan sebagai saling mengenal tetapi tentu saja tidak terbatas untuk saling mengenal ta`aruf iaitu saling mengenal pasti ada ketelanjutannya iaitu saling bekerjasama, saling memanfaatkan, saling memperkaya, saling memperkasa dan seterusnya dalam aspek ekonomi dan sebagainya kerana itu lita’rafu dikenali sebagai dua makna iaitu saling mengenal dan saling berinteraksi serta hidup secara aman, damai dan harmoni. Saya cadangkan dalam beberapa program kerajaan anjurkan aspek perpaduan perlu dititik beratkan umpamanya dengan kita melibatkan semua peserta dari pelbagai kaum dan agama dan sebagainya sebagaimana saya tengok baru-baru ni saya ucapkan tahniah kepada MAIPs dan One Center yang telah berjaya menganjurkan perkampungan mu`alaf jadi itu terbaik bagi saya, kita melibatkan disitu ada aspek pelbagai bangsa dan dia boleh mengurangkan sentimen perkauman dengan penganjuran perkampungan seumpama itu. Jadi sempena dengan tahun depan kita ada acara tahun melawat Malaysia 2020 saya cadangkan supaya aktiviti seperti Perkampungan Sunnah dan Mu`alaf diperkasakan lagi supaya kita dapat menarik kedatangan pelancong yang lebih ramai lagi datang ke Perlis dan seterusnya menghasilkan menjana pendapatan kepada negeri secara tidak lansung juga kepada rakyat Negeri Perlis. Jadi saya percaya semua yang saya tentang perpaduan dan aspek perpaduan kaum ini kita boleh lakukan jika ada satu political win.

YB Speaker, saya ada bertanyakan pada sesi soalan lisan tentang jumlah keluasan tanah terbiar di seluruh Negeri Perlis. Tujuannya supaya tanah terbiar ini mampu dioptimumkan penggunaannya terutamanya dalam sektor pertanian demi meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan negara disamping mengurangkan kebergantungan kita kepada sumber makanan import. Ianya selaras dengan hasrat Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis tentang sektor pertanian, dimana tanah terbiar ini mungkin boleh dimanfaatkan dengan penanaman kontang atau cash crop yang mana bernilai tinggi. Dengan penyediaan insiatif tertentu oleh pihak kerajaan, saya yakin kita dapat menarik minat penyertaan yang pelbagai yang mana kita boleh ambil daripada khususnya daripada keluarga B40 dan juga anak muda. Ini sekaligus akan mampu mengurangkan bilangan B40 di Negeri Perlis dan juga kadar pengangguran di kalangan anak muda di Negeri Perlis dan maknanya satu peluang pekerjaan pertanian sebagai peniagaan kepada anak-anak muda untuk mengelakkan daripada berlaku penghijrahan, sebagaimana yang kita tahu, penghijrahan anak muda yang begitu ramai ke luar Negeri Perlis sebab faktor ekonomi yang suram di Negeri Perlis. Dan seterusnya bagi Kerajaan Negeri akan mampu meningkatkan hasil negeri melalui sewaan atau apa-apa mekanisme yang boleh dikaji. Berkenaan dengan kawasan sawah padi, saya ingin mohon penjelasan kerajaan adakah terdapat perancangan kerajaan untuk menaik taraf sistem pengairan dan perparitan untuk semua pesawah di Perlis dan juga saya mohon pandangan daripada Kerajaan Negeri Perlis dan respon tentang eksperimen padi GMO (Genetically Modified Organisms) dengan izin, yang dilaporkan sedang dijalankan oleh MARDI di Negeri Perlis. Jadi Perlis jadi tempat eksperimen padi ini… sebagaimana yang kita dapati terdapat bantahan yang dilakukan oleh pesawah-pesawah tentang GMO ini. Saya bimbang kesan-kesan negatif daripada padi GMO ini. Saya gesa agar Kerajaan Negeri mengambil… apa ni… dan membuat kajian dan sebagainya untuk menyelesaikan masalah ini. Jadi saya faham ada masalah padi angin dan sebagainya, tetapi kita perlu satu alternatif yang baik kepada pesawah-pesawah padi di Negeri Perlis.

Juga tentang industri hiliran Harumanis yang tadi ni YB Exco ada dalam sesi soalan lisan dan jawapan tetapi saya tidak sempat untuk mengemukakan soalan tambahan. Saya difahamkan Jabatan Pertanian menghasilkan aiskrim Harumanis melalui Koperasi Jabatan Pertanian. Jadi saya nak tanya apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri untuk pemasaran aiskrim Harumanis ini kerana saya dapati tidak ada dimarketkan mana-mana tempat di Negeri Perlis ni kecuali di Bukit Bintang sahaja. So saya rasa satu kegagalan disitu jika kita tidak mengambil kesempatan untuk memasarkannya di setiap… terutama di premis-premis perniagaan yang penting di Perlis seperti di Giant… dan ada aiskrim itu dijual di luar dan juga dipintu-pintu masuk pelancongan di jeti Kuala Perlis. Kalau boleh saya syorkan supaya ada penjualan aiskrim Harumanis ini… dan seterusnya satu lagi produk saya tengok, musang king dihasilkan satu produk hiliran iaitu coklat musang king yang dijual di Langkawi saya difahamkan. Jadi saya harap pihak yang tertentu Jabatan Pertanian, MARDI dan sebagainya dapat membuat kajian untuk menghasilkan coklat Harumanis yang mana boleh dijual di luar musim dan dijual sebagai satu ole-ole yang dibawa oleh pelancong daripada Perlis untuk balik ke negeri masing-masing.

YB Speaker, saya ada bertanyakan dalam sesi sorry… dalam menyokong memperkasakan Perlis sebagai destinasi pelancongan, aspek kebersihan perlu dititik beratkan. Saya harap ada suatu tindakan penguatkuasaan dapat dilipat gandakan pada mereka yang membuang sampah bukan di tong sampah yang telah disediakan. Saya juga ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini tentang aktiviti pemungut sampah yang boleh dikitar semula di tong-tong sampah yang telah disediakan oleh SWCorp. Saya faham itu adalah satu sumber rezeki kepada mereka, cuma saya harap ada sifat bertanggungjawab dan pembersih dimana saya mendapati banyak tempat plastik sampah telah dipunggah dari dalam tong dan luar tong sampah tidak diletakkan semula… dan ada plastik sampah yang dipunggah oleh anjing liar. Saya mengharapkan satu penguatkuasaan daripada pihak berkuasa disamping kempen-kempen untuk membudayakan kebersihan di Negeri Perlis dimana yang kita syorkan Perlis sebagai destinasi pelancongan, faktor aspek kebersihan adalah menjadi satu aspek yang paling penting bagi saya. YB Speaker, berkenaan aduan dalam kawasan, saya dapati apabila turun padang ada kawasan di kampung yang tiada kemudahan pili bomba, saya harap masalah ini akan dapat diambil serius oleh kerajaan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Berkaitan dengan lampu jalan yang tidak berfungsi di Repoh dan Jejawi, pejabat saya telah berkali-kali membuat aduan kepada JKR. Namun malangnya saya tengok sehingga kini tiada tindakan susulan yang telah diambil. Saya harap ada tindakan segera oleh pihak JKR selepas ini… dan dimana kawasan ini adalah kawasan yang selalu berlakunya kemalangan. Antaranya adalah faktor kawasan gelap dan membahayakan, satu lagi kawasan yang selalu berlaku kemalangan iaitu di jalan hadapan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra. Saya harap pihak JKR dapat tebalkan garis amaran di situ dan pasang lampu jalan di kawasan yang gelap. Untuk jalan di depan masjid Repoh, saya mohon supaya JKR dapat membuat kajian sama ada masih selamat kebenaran U-Turn dua hala yang mana saya tengok hala Jejawi tu dia agak merbahaya. Terima kasih kepada pihak JKR yang saya dapat maklumat semalam telah menebalkan garis amaran di situ pada malam tadi. Yang saya dapat maklumat tu hasil daripada program kayuhan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda baru-baru ni… jadi semalam terus ditebalkan garis amaran di situ, jadi alhamdulillah.

Saya juga harap SAP akan ambil tindakan terhadap aduan yang telah dikemukakan oleh pihak kami. Saya dimaklumkan banyak paip bocor berlaku di kawasan Padang Petani yang masih gagal diambil tindakan hingga kini. Sistem respon aduan SAP juga saya harap perlu ditambah baik selaras dengan kualiti khidmat pelanggan syarikat swasta yang selalunya perlu berada ditahap yang baik. Ada kes dimana saya sendiri buat aduan tetapi gagal mendapat respon sampai saya kena adukan terus pada YB

Exco yang bertanggungjawab. Saya harap akan ada pembaharuan selepas ini. Akhir kata, saya berharap agar semua perkara yang saya bangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini mendapat perhatian dan respon daripada kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Negeri Perlis yang kita cintai ini, saya dengan ini menyokong penuh Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dengan akhirnya, assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB Sena, dipersilakan YB Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih YB Dato’ Speaker, menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. YB Dato’ Speaker, Dewan Undangan Negeri, YAB Menteri Besar, Ahli-Ahli YB, Pengarah-Pengarah Jabatan, Rakan-Rakan Media, pelajar-pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Suleiman dan hadirin sekalian. Selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang sekali lagi untuk membahaskan usul menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis bersempena dengan Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Keempat Belas. Menyedari kita sudah 1 tahun 3 bulan selepas PRU yang ke-14, sudah mula pula diperbincangkan pilihanraya Negeri Sarawak dalam setahun dua ini. Namun, ini semua tidak harus mengenepikan usaha kita untuk membangunkan Negeri Perlis. Kita harus alih dan tumpukan sepenuh perhatian kita untuk membangunkan dan memajukan Negeri Perlis. Banyak perkara yang menanti kita untuk selesaikan di Negeri Perlis. Tanggungjawab kah kita terhadap negeri tercinta ini, seperkara yang penting dan paling senang serta cepat dan telah dikenalpasti ialah tahap perkhidmatan kita kepada rakyat jelata. Penjawat Awam dan Pemimpin Politik harus ketepikan segala perkara yang menghalang dan mewujudkan jarak antara kedua pihak agar maklumat perkhidmatan kita kepada rakyat sentiasa ke tahap yang baik dan tinggi agar rakyat dapat menikmati segala kebaikan yang ditawarkan kepada mereka oleh pihak kerajaan. Selain itu, para pemimpin setempat juga harus memainkan peranan mereka sebagai agen yang membantu memangkinkan saluran bantuan dan program kerajaan kepada rakyat, contohnya MPKK yang boleh membantu mempercepatkan pendaftaran mereka yang memerlukan bantuan dalam kategori eKasih dan seterusnya membantu memberikan apa-apa kebajikan yang boleh diberikan kepada mereka yang layak. Inisiatif seumpama ini dilihatkan kecil tetapi jika ia dilakukan secara menyeluruh di setiap sudut di negeri ini maka kita akan dapat melihat impak dan kesan baik yang dinikmati oleh rakyat negeri ini. Hubungan kerjasama antara pemimpin, penjawat awam dan ketua kampung atau kawasan perlulah kita kekalkan malahan mengubah corak ke arah yang lebih produktif dan memberikan kesan positif kepada rakyat dan gerak kerja jentera akar umbi di negeri ini. Dalam pada itu, para pemimpin juga harus pandai dan berminda kreatif serta berinovatif dalam menguruskan kerja mereka. Mereka boleh menggunakan rangkaian kenalan mereka dalam menjalankan sesuatu kerja. Satu contoh yang telah saya lakukan ialah projek Anak Angkat Bulatan Jubli Perak di jalan Bukit Lagi. Bukan sebesar manapun projek itu, tetapi sekurang-kurangnya ada usaha pengindahan dilakukan oleh pihak kami dengan pihak swasta dan sukarelawan anak tempatan dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing yang memperlihatkan kita ada juga tanggungjawab dan usaha yang boleh dilakukan. Sebagai salah seorang warga Negeri Perlis, saya berharap ada usaha seumpama ini pada masa yang akan datang oleh mana-mana pihak untuk melakukan program CSR, dengan izin Corporate Social Responsibility begini yang secara langsung boleh meringankan beban pihak-pihak tertentu tidak kira pihak kerajaan tempatan ataupun swasta. Sememangnya pembangunan sebuah negeri memerlukan interaksi dan kerjasama yang erat antara rakyat dan pemimpin.

Perlis sebagai destinasi pelancongan, kita sedari bahawa Perlis sememangnya berpotensi dalam memperkembangkan industri pelancongannya dengan kurniaan tempatnya yang indah lagi permai. Saya sendiri bersyukur kerana dengan adanya bantuan dan sokongan yang diberikan oleh jabatan-jabatan yang berkaitan program Pusing Gila @ Perlis yang pertama telah dianjurkan empat bulan selepas PRU yang ke-14 dan program Pusing Gila 2.0 @ Perlis juga telah selesai dianjurkan bulan lepas. Sebagai langkah permulaan saya berpuas hati atas pencapaian program ini kerana ramai yang telah mengenali program yang bertujuan untuk mempromosikan Negeri Perlis ini. Program ini bukan pun secanggih mana namun mungkin disebabkan oleh namanya pelik sedikit namun maka orang ingat lah pada dia. Mungkin ini yang dikatakan sebagai idea ringkas tapi berimpak. Ekoran daripada kerja-kerja dan usaha yang telah saya lakukan, agak ramai juga kenalan yang tahu tentang Negeri Perlis, maka mereka pun mula merancang datang melawat ke Negeri Perlis pada musim cuti hari raya yang lepas. Sayang sekali banyak tempat pelancongan tidak dibuka dan mereka terpaksa membatalkan perancangan mereka untuk bermalam di Negeri Perlis. Berdasarkan kejadian yang berlaku saya berpendapat bahawa strategi perancangan dalam memperkembangkan dan mempromosikan Negeri Perlis haruslah diperhalusi agar perancangannya lebih teliti dan tepat serta berimpak tinggi dititik beratkan supaya ia pada akhirnya dapat memberikan pulangan dari segi sosial ekonomi kepada rakyat Negeri Perlis secara khususnya.

Seperkara lagi pihak kerajaan juga harus mengkaji semula dalam usahanya untuk menjadikan perkhidmatan pengangkutan awam lebih mudah capai dan mesra guna. Saya sendiri agak kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri yang tidak ambil berat tentang perkara ini dan tidak sekali-kali ada niat hendak menyediakan segala infrastruktur yang ada sekarang ke arah Perlis Maju 2030. Saya telah membantu mendapatkan peruntukan lebih kurang RM1 juta daripada YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Zuraida Kamarudin pada bulan April yang lalu untuk program naik taraf dan baik pulih perhentian bas. Kita nampak ada kesungguhan Kerajaan Persekutuan ingin membantu tetapi kurang kesungguhan Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan dalam melaksanakan usaha ini. Ini jelas kerana maklumat yang paling penting seperti masa dan jadual bas pun tiada pun tidak dapat disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab di perhentian bas. Sementara itu, Stesen Keretapi Diraja Arau sebagai hub untuk datang ke Negeri Perlis langsung tiada lorong pejalan kaki dari kawasan dalam stesen bas keretapi berhubung kawasan luar keretapi khususnya menuju ke arah hub bas Arau. Saya sendiri turun lawatan tapak bersama pegawai dari agensi-agensi yang berkaitan berserta dengan penyelia Stesen Keretapi Diraja Arau seakan-akan tiada siapa yang sanggup mengambil tanggungjawab dan hak penjagaan untuk menyelesaikan masalah ini. Memang ia bermasalah, tetapi beratlah lagi masalah itu jika dibiarkan begitu tanpa diuruskan ataupun kita hanya mampu tunggu dan berharap agar tiada apa-apa kecelakaan yang berlaku, suka tak suka masalah itu mesti diselesaikan juga. Dalam perkara lain saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada banyak pihak atau NGO-NGO atas anjuran pelbagai program dengan berjayanya di Negeri Perlis namun keceriaannya pasti lebih menonjol jika pihak penganjur boleh tambah baikkan lagi ruang, kawasan dan tempat untuk mempromosikan program masing-masing kepada dunia luar atau setiap program yang dilakukan itu boleh dikunjungi oleh orang ramai yang dapat memberikan pulangan yang lebih lumayan dan peluang perniagaan kepada orang tempatan dan sebagainya. Dan pada masa itu, untuk pelaburan dan keusahawanan berskala besar pula saya sangat tertarik dan ingin tahu setakat manakah perkembangan pembangunan CVIA di Chuping. Sehingga kini, berapakah pelaburan yang dikenalpasti dengan jumlah nilai pelaburan dan jenis aktiviti perniagaan yang akan dijalankan? Dalam perkembangan yang lain pula saya ingin tahu apakah peranan dan usaha Kerajaan Negeri dalam usaha memperkembangkan pembangunan Kangar Jaya dalam membantu pembangunan ekonomi Negeri Perlis yang saya pasti ia akan jadi satu tempat tumpuan serta perniagaan pada masa akan datang.

Pembangunan keusahawanan dan perkembangan sosial ekonomi di Negeri Perlis. Di Negeri Perlis, banyak keusahawanan kampung dan tempatan yang boleh dilakukan malahan telah dan sedang berlangsung. Ianya hanya sebagaimana agensi kerajaan boleh kaitkannya dan membantu dalam meningkatkan pengetahuan para peniaga untuk mempromosikan dan memasarkan produk mereka contohnya industri dan perniagaan seperti belacan, pekasam, kuih-muih tradisional dan sebagainya. Saya berharap agar setiap individu tidak kira sama ada peniaga atau agensi kerajaan boleh menjadi lebih proaktif dalam menjalankan kerja dan usaha memperkenalkan sama ada secara langsung atau tidak dalam membantu meningkatkan pembangunan sosial ekonomi penduduk tempatan. Dari segi pelancongan, kita juga tahu kebersihan adalah satu isu dan faktor yang penting. Saya ingin tahu apakah usaha pihak kerajaan dalam mengharamkan penggunaan polystyrene ataupun bekas guna sekali. Kepelbagaian rakyat dan perpaduan rakyat, Negeri Perlis kelebihan sebuah negeri yang berpenduduk majmuk dengan kepelbagaian etnik kaumnya yang kaya dengan kebudayaan masing-masing. Perpaduan rakyat tak perlu dipertikaikan dan hubungan yang erat sekian lama harus dikekalkan dan jika boleh ditranformasikan kepada tarikan orang luar datang ke Negeri Perlis. Kita harus jadikan ini satu keunikan yang kita ada di Negeri Perlis dan hubungan seumpama ini harus dikekalkan dan dijadikan satu kebanggaan Negeri Perlis.

YB Dato’ Speaker, pembangunan akhlak dan pendidikan adalah menjadi tanggungjawab pemimpin tempatan yang lebih dekat dengan rakyat dalam memberikan tunjuk ajar dan nasihat yang betul kepada rakyatnya. Pelbagai program yang berunsur pembangunan harus dilakukan dan berterusan dilakukan oleh pihak kerajan tempatan bersama rakyat jelata agar ia dapat dilihat sebagai satu langkah untuk membina dalam mewujudkan rakyat yang berilmu dan berakhlak mulia. Melalui program seumpamanya, kita juga boleh menyalurkan cara dan teknik pengurusan kewangan keluarga dan harian agar ia menjadi satu tabiat yang baik dan cara yang paling praktikal dalam menangani pengurusan kewangan keluarga. Ini penting agar sesuatu keluarga tidak akan menghadapi masalah kewangan apabila menghadapi masa kecemasan. Contohnya apabila berlakunya ribut Lekima tempoh hari ataupun apa-apa kejadian kecemasan kepada sesuatu keluarga yang memerlukan sejumlah wang yang banyak untuk menyelesaikan masalah. Di sini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang telah membantu samada secara langsung atau tidak langsung dalam operasi bencana ribut Lekima tempoh hari. Kita bertekad dan beristiqamah mahu seribu daya tak mahu seribu dalih, memahami keadaan kewangan negeri yang amat terhad dan kurang penjanaan pendapatan untuk Kerajaan Negeri. Saya berharap agar kita ketepikan semua fahaman politik masing-masing, singkirkan segala kepentingan peribadi dan mana-mana perkara yang tidak membina kepada rakyat dan negeri ini. Sama-samalah kita bersatu menggembleng tenaga, kuatkan semangat bekerjasama dan singkirkan segala anasir-anasir buruk yang boleh memecah belahkan keharmonian kaum sesama kita, biar masa kita gunakan untuk melakukan kerja-kerja yang memberikan hasil kerja dan pulangan yang berproduktiviti daripada membazirkan masa mengkritik perkara yang akan menimbulkan kemarahan atau kebencian serta membinasakan keharmonian sesama kita. Ayuh bersamalah kita mengorak langkah, berganding bahu, sayangilah Perlisku, binalah Negeri Perlis yang harmoni indah lagi permai. Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis dilanjutkan usia, diberikan kesihatan sempurna dan dijauhi keuzuran agar pemerintahan Tuanku Raja Perlis menjadi Negeri Perlis lebih aman, makmur dan harmoni. Raja berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Dengan ini saya menyokong sepenuhnya Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Sekian menjunjung kasih, Daulat Tuanku. Ampun Tuanku.

Speaker

Terima kasih YB Indera Kayangan, saya sangat-sangat tertarik dengan kepetahan, tahniah, dipersilakan YB Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih YB Dato’ Speaker, Bismillahirahmanirahim, assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato’ Speaker kerana memberikan ruang kepada saya untuk membahaskan usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan perasmian yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sempena Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Keempat Belas. Terima kasih juga diucapkan kepada Ahli-Ahli YB, Pengarah-Pengarah Jabatan, Agensi-Agensi Kerajaan, Pegawai-Pegawai Kerajaan seterusnya kesemua hadirin yang berada di dalam dewan yang mulia ini. Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa ribut Lekima yang terlibat pada 9 Ogos dan juga 15 Ogos baru-baru ini. Kita mungkin hanya ingat kepada mangsa yang terjadi sebelum Aidiladha iaitu pada 9 Ogos, tetapi baru-baru ini terdapat juga laporan daripada pusat khidmat saya ada mangsa yang terlibat juga pada ribut yang baru ini 15 Ogos. Saya bersimpati dengan dugaan yang mereka terima kerana pada masa tersebut berbaki lebih kurang sehari lagi kita akan menyambut Aidiladha ada bahagian rumah yang tercabut terus bumbung, ada yang memang ranap terus, kita sangat bersimpati dengan mereka mangsa-mangsa ribut ini. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar tingkatan enam daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Suleiman. Selamat datang pada persidangan dewan kali ini.

YB Dato’ Speaker, izinkan saya mulakan perbahasan saya kali ini dengan serangkap pantun…

“Lebih setahun PRU Ke 14 sudah berlalu, Kanda Tambun Tulang UMNO Sudah Bebas pun sudah; Hati ini ingin nak tahu, Bilakah kerusi Kanda Tambun Tulang akan berubah.”

Itu mungkin Dato’ Speaker boleh jawab kot, YB Dato’ Speaker seperti semua hadirin di dalam dewan yang mulia ini sedia maklum, air merupakan perkara asas yang diperlukan oleh semua orang, dan Negeri Perlis kita ini sekarang sedang menghadapi masalah air yang saya kira amat serius dan juga mempunyai masalah air dari segi non under growing water, dengan izin Dato’ Speaker. Saya sering mendapat aduan berkenaan masalah tekanan air bukan sahaja dari kawasan DUN saya malah juga daripada kawasan DUN lain. Maka eloklah sekiranya Kerajaan Negeri membentangkan kepada orang awam apakah pelan tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah air ini supaya rakyat di luar sana tidak menyalahkan mana-mana pihak dan faham akan situasi meruncing yang sedang dihadapi oleh Kerajaan Negeri dari segi kewangan. Saya faham situasi Kerajaan Negeri menghadapi masalah kekurangan peruntukan kewangan tetapi itu bukan lah alasan yang patut kita berikan kepada rakyat kerana sebagai kerajaan, usaha berterusan dan bersungguh-sungguh perlu dipergiatkan di semua peringkat supaya masalah air ini dapat diatasi. Suka juga saya ingin memberi teguran kepada Syarikat Air Perlis berkenaan aduan, sama juga tadi dengan teguran yang dibuat oleh YB Sena, saya sendiri kadang-kadang buat aduan pun tidak dibalas. Kalau balas pun jawab sikit ambil maklum YB nanti kita akan ambil tindakan, saya sendiri tu sebagai wakil rakyat bayangkan rakyat ada juga rakyat mengadu dekat saya YB kami sendiri dah buat aduan tetapi tidak ada tindakan daripada pemegang membuat aduan itu sekurang-kurangnya balas dan at least maklum dekat kami apa tindakan yang akan diambil. Ini kadang-kadang dah berhari buat aduan tak balas juga kena repeat sekali lagi buat aduan tu baru depa balas itu satu, kemudian kita berharap benda ni aduan-aduan yang kita beri ini juga jawapan balas yang diterima itu bukanlah jawapan untuk melepaskan batuk ditangga. Saya sendiri boleh cakap ada empat atau lima tempat aduan, yang orang kata dah dua tiga kali saya maklumkan kepada pemegang membuat aduan tersebut. Salah satunya adalah di hadapan tangga nak naik ke pusat khidmat ini… dah berbulan dah… saya dah pernah maklumkan memang banyak point… dekat longkang depan Seven Eleven di hadapan pejabat saya tu dalam longkang tu dalam tanah la bocoran ni dalam tanah banyak point air tu dia mengalir laju masuk dalam longkang so longkang dalam bawah pusat khidmat saya tu memang bersih lah sebab air yang bocor tu sentiasa lalu dekat situ. So kita mohon tindakan daripada Syarikat Air Perlis kepada pemegang yang membuat aduan tu tolong, orang cakap respon tolong, orang cakap mesralah dengan rakyat senang ceritanya.

YB Dato’ Speaker, pada mesyuarat kedua penggal persidangan pertama yang lepas saya ada membangkitkan tentang perancangan Kerajaan Negeri pada masa akan datang terhadap kampung-kampung nelayan tradisi di Kuala Perlis. Jawapan YAB Bintong ketika itu izinkan saya ulangkan kembali sedikit petikan jawapan daripada YAB Bintong ketika itu, “diletakkan di bawah MBI kerana ada tuntutan-tuntutan yang bertindih lagipun tanah-tanah ini terletak ditebing sungai dan ditebing sungai ini tertakluk kepada undang-undang yang tidak membenarkan pemberian atau pelupusan ataupun pemberian hak milik.” Jawapan YAB Bintong ialah undang-undang tidak membenarkan saya setuju dengan itu tetapi hakikat sebenarnya ia hanya jawapan bagi pendapat saya untuk tidak membenarkan penduduk-penduduk disitu memiliki tanah tersebut. Saya ada membuat sedikit tinjauan adalah sembang sikit-sikit dengan orang kampung, dengan pengusaha pelantar ikan ada kawasan pelantar ikan ini yang sudah mempunyai hak milik tanah di kawasan sepanjang pesisir sungai dan muara sungai Kuala Perlis, malah saya juga terima maklumat ada syarikat kontraktor yang mendapat sebidang tanah baru-baru ini di kawasan paras muara sungai tebatan banjir yang baru siap dibina untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan, kawasan hotel, kawasan perniagaan… ini yang saya musykil terhadap jawapan YAB Bintong sebelum ini. Saya mohon pengesahan daripada YAB Bintong kepada persoalan berkenaan pemberian tanah kepada syarikat kontraktor berkenaan. Adakah kita mempunyai dua set undang-undang yang berbeza berkenaan hak pemilikan tanah ini di kawasan pesisir sungai, muara sungai dan juga di kawasan pesisir pantai? Saya kalau boleh tak nak benda ni ada dua set undang-undang yang berbeza kepada syarikat yang membuat keuntungan dan kepada rakyat. Mohon penjelasan daripada YAB Bintong.

YB Kuala Perlis mohon pencerahan. YB Kuala Perlis adakah bersetuju dengan saya? YB Speaker, tentang MBI ni kita pun tak tau sebab dia bukan satu organisasi… apa ni… syarikat yang accountable kepada rakyat kerana dia tidak ada laporan audit apa semua dan di sini, adakah YB setuju dengan saya MBI modus operandi lebih kurang macam Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis? Apakah YB setuju dengan saya kalau boleh tutup lah MBI ini dan fokus perniagaan tu bawah Perbadanan sebab Perbadanan diaudit setiap tahun dan dia lebih accountable kepada rakyat? Terima kasih.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih YB Sena, bab setuju tu nak kata tutup saya tak rasalah setuju untuk ditutup tetapi setuju mungkin penambahbaikan MBI diaudit dan sebagainya seperti syarikat-syarikat yang lain. YB Dato’ Speaker, saya juga menerima pelbagai aduan berkenaan masalah lampu-lampu jalan yang tidak menyala dan berfungsi di kawasan Kuala Perlis. Aduan-aduan ini telahpun disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan namun masih lagi ada kawasan yang belum dan tidak diambil tindakan contohnya sepanjang jalan nak masuk ke Taman Kuala Perlis bersebelahan dengan balai Polis Kuala Perlis. Banyak kali juga saya melalui kawasan tersebut di waktu malam bergelap memang gelap dan amat bahaya dan di situ juga orang cakap kawasan bahu jalan di situ rumput belum dipotong banyak tidak diambil tindakan untuk membersihkan kawasan rumput-rumput di bahu jalan tersebut so kalau waktu malam gelap kita takut khuatir binatang buas seperti ular dan benda-benda lain lah dengan keadaan lampu yang gelap tu, rayuan penduduk berkali-kali dah sampai kepada saya aduan mereka dan saya dah sampaikan kepada pihak yang berkenaan tapi masih belum ada tindakan saya berharap ada pihak berkenaan ni tolong lah malam-malam pusing sat dekat Kuala Perlis bukan setakat taman tu saja tapi kawasan lain juga tengok sama tempat mana yang gelap tolong ambil tindakan, tak susah pun benda tu mudah saja.

YB Dato’ Speaker, ini berkenaan masalah pencemaran bau di kawasan perindustrian Kuala Perlis akibat daripada kilang memproses makanan ikan. Saya pernah berkali-kali membuat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar, MPK, malah pernah juga bersama Exco Alam Sekitar YB Titi Tinggi ke Kilang tersebut melakukan tinjauan pada tahun lepas. Selepas Aidilfitri yang lepas, sekali lagi saya bersama penduduk kampung, YDP Majlis Perbandaran Kangar juga ada, wakil daripada Jabatan Alam Sekitar juga ada, dan wartawan ke kawasan tersebut sekali lagi kerana penduduk dah tak dapat tahan sangat dah bau busuk daripada kilang tersebut. Saya difahamkan lesen operasi kilang tersebut yang dikeluarkan oleh MPK digantung buat sementara waktu sehingga syor penambahbaikan yang disarankan oleh Jabatan Alam Sekitar diambil tindakan oleh pemilik kilang tetapi yang peliknya walaupun lesen dah digantung tapi pemilik kilang tersebut masih ingkar beroperasi ataupun sebenarnya ka pihak berkuasa tempatan tidak berani ambil tindakan terhadap kilang tersebut. Saya pohon pihak Kerajaan Negeri campur tangan dan menyelesaikan segera isu bau busuk daripada kilang makanan dedak tersebut memandangkan musim peralihan angin akan berlaku tidak lama lagi seterusnya ini akan menjejaskan keselesaan penduduk di kawasan sekitar.

YB Dato’ Speaker, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis serta pekerja-pekerja daripada Jabatan tersebut yang telah bersungguh-sungguh menyediakan pelan tindakan perparitan untuk kawasan Kuala Perlis. Malah saya sendiri telah memanggil beberapa agensi lain dan bermesyuarat di pusat khidmat saya untuk membincangkan lebih lanjut berkenaan pelan seterusnya untuk menambah baik saluran perparitan di kawasan DUN Kuala Perlis. Saya dimaklumkan pelan ini tidak pernah pun wujud sebelum ini, sudah bertahun tetapi tidak pernah wujud pelan ini. Saya mohon agar satu master plan dengan izin Dato’ Speaker untuk perparitan ini disediakan dengan segera dan setiap pihak yang berkenaan bertanggungjawab terhadap kawasan perparitan masing-masing. Saya masih ingat pada tahun lepas, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran ada memaklumkan kepada saya bahawa pegawai dan pekerja JPS sedang berusaha menyiapkan sektor di semua kawasan dalam Kuala Perlis supaya jika berlaku banjir. Nanti tidak semua kawasan Kuala Perlis nanti akan berlaku banjir serentak, ia ada lebih kurang lima ke tujuh sektor. So kalau kawasan ni banjir, sektor satu ni kawasan dua insya-Allah kita cuba contain supaya banjir tidak ke kawasan lain dan ini ialah satu pelan yang bagus bagi saya terima kasih diucapkan kepada Pengarah JPS. Saya juga ingin memohon tindakan segera daripada pihak-pihak berkenaan untuk memastikan longkang-longkang di kawasan Taman Semarak, Taman Kuala Perlis dan Taman Peladang Jaya diperbesarkan kerana setiap kali hujan lebat kawasan-kawasan taman ini akan cepat ditenggelami air.

YB Dato’ Speaker, saya ingin memohon agar penyata rasmi setiap mesyuarat persidangan Dewan Undangan Negeri dimuat naik secepat yang mungkin ke dalam portal rasmi SUK untuk memudahkan orang awam membaca setiap apa yang dibahaskan dalam dewan yang mulia ini. Saya ambil contoh pada mesyuarat yang lepas penyata rasmi untuk mesyuarat sebelum tu kita tak dapat itu memang kita dapat permohonan maaf daripada YB Dato’ Speaker. Kita dapat penyata rasmi untuk dua untuk mesyuarat yang lepas tu baru-baru ini so benda ini agak menyukarkan Ahli-Ahli YB dan juga rakyat di luar sana untuk mengetahui apa yang dibincangkan di dalam Dewan ini. Benda ini sebenarnya bagus untuk rakyat dan Ahli-Ahli Dewan jika penyata rasmi itu boleh diberikan segera. Bukan hanya dekat nak bersidang baru bagi. Kalau boleh update terus di dalam portal rasmi SUK Insya-Allah.

YB Dato’ Speaker, ini berkenaan dengan gang… kalau orang panggil di Kuala tu gang bot pukat termenung lah. Saya berjumpa dengan mereka selepas Syawal yang lepas berkenaan rungutan mereka. Mereka ni mempunyai bot atau perahu yang panjang berukuran lebih 35 kaki dan lebar lebih kurang 8. Masalah mereka ni YB Dato’ Speaker adalah mereka ini akan memukat agak jauh sedikit daripada kawasan Kuala Perlis yang mengambil masa 2 ke 4 jam. Ada setengah tu sampai ke Pulau Bunting dan ada setengah tu sampai ke Pulau Langkawi dan ada setengah tu sampai ke tekong Perak. Masalah depa bila pukat termenung dia ada musim-musim tertentu so bila depa pi tang kena musim ni… apa nama ni… perahu depa ni kecil, hasil tangkapan tu banyak melebihi satu tan kadang-kadang. Bila melebihi satu tan ni, mereka memerlukan panjang ukuran perahu tu yang lebih panjang sedikit. Kalau depa nak bawa sampai dua perahu itu makan kos dan juga mereka memerlukan enjin yang lebih besar kalau bawa dua perahu tu kerana jika musim ikan termenung tu, kalau kita boleh tengok video saya, pernah tengok sendiri lah video yang mereka kongsi dengan saya tu masa orang cakap dok karau pukat tu ikan ni depa tak dan nak cabut dari pukat. So ada cadangan juga mengatakan perlu bawa perahu lain untuk memindahkan ikan-ikan ini memang depa tak dan depa karau terus pukat tu bawa naik ke atas perahu sampai ke darat atau pengkalan LKIM atau pengkalan depa baru depa boleh… orang kata apa… cabut dari pukat-pukat tu. So saya berharap kelonggaran diberikan kepada pengusaha-pengusaha bot pukat termenung ni ketika musim termenung sahaja kita tak perlu bagi kelonggaran ni sepanjang tahun. Kita bagi kelonggaran dalam masa musim itu sahaja sebab bagi saya bila depa dapat bawa balik ikan yang banyak ni insya-Allah depa akan membantu dari segi mengawal harga ikan termenung sebab ramai kat sini saya percaya suka ikan termenung.

YB Dato’ Speaker, saya juga ada menerima isu berkenaan perumahan Taman Wang Permai. Isu ni memang daripada dulu lagi saya pernah bawa berkenaan permohonan untuk menyewa kediaman Taman Wang Permai. Saya sentiasa memaklumkan kepada pemohon jika nak mohon tu kena mai dekat SUK dan berjumpa di bahagian UPKT lah cumanya saya mendapat aduan daripada pemohon-pemohon ni sesetengah rumah yang depa pi sendiri pusing kawasan tersebut kosong. Cuma saya perlukan kepastian daripada UPKT lah samada rumah ni kosong yang bahagian 40 orang yang disewakan ataupun kosong bahagian 160 orang penerima rumah gantian mangsa terbakar dulu saya mohon pengesahan daripada UPKT jika rumah ini kosong disebabkan penyewa yang 40 tu saya mohon ambil tindakan lah kepada penyewa tersebut dan juga saya dapat aduan ada penyewa di kalangan 40 orang ini menyewakan balik rumah itu kepada orang lain. Ini saya rasa tidak patut kita perlu ambil tindakan kepada penyewa yang berperangai sebegini.

Kemudian berkenaan dewan orang ramai kampung Pulau Ketam, YB Ahli Parlimen Kangar sudah meluluskan peruntukan memperbaiki dewan orang ramai kampung Pulau Ketam iaitu kampung saya sendiri, tertapi saya dimaklumkan oleh ICU ada apa ni surat daripada Bahagian Pentadbiran Daerah yang mengatakan permohonan boleh diberikan untuk membaiki dewan orang ramai kampung tersebut tetapi segala urusan tender apa semua perlu diberikan kepada apa nama ni BPD untuk menguruskan dewan tersebut. Bagi saya ini tidak wajar lah kerana ini peruntukan daripada Ahli Parlimen kenapa kita perlu macam nak melambatkan proses pembaikan dewan tersebut so saya berharap pihak BPD boleh memberikan kebenaran bertulis kepada pihak ICU untuk meneruskan pembaikan dewan kampung Pulau Ketam tersebut.

Berkenaan market Kuala Perlis YB Dato’ Speaker, saya sendiri pernah menulis surat kepada Menteri KPKT berkenaan isu ini sudah ada terima maklumbalas daripada pihak Kementerian KPKT mereka memohon BQ daripada pihak berkuasa tempatan, saya berharap MPK dapat mempercepatkan menyedia BQ tersebut dan menghantar kepada kementerian supaya proses seterusnya berjalan dengan cepat sebab market Kuala Perlis ni keadaannya sangat uzur kalau YB Dato’ Speaker rajin lah bila-bila pi ke Kuala Perlis beli ikan ka tolong pi tengok sekalilah dia punya struktur tu dah nampak besi dekat dalam tu dia dah orang cakap dah pecah-pecah dah struktur konkrit dia tu dah uzur, terima kasih YB Tambun Tulang. Kemudian saya ada beberapa aduan kepada pihak JKR lah beberapa aduan dan syor kepada pihak JKR, pertama sekali ada permintaan daripada penduduk Taman Bukit Kubu untuk menyedia mengecat garisan kuning di hadapan persimpangan Jalan Sarawak antara simpang masuk ke Taman Bukit Kubu dan juga ke pejabat saya. Simpang masuk di situ agak sibuk sebenarnya kalau time tengahari sebab apa sebab ramai orang akan banyak ke kawasan bahu jalan yang ada gerai di sepanjang Jalan Sarawak tu so saya mohon agar pihak MPK mungkin dapat mengecat garisan kuning di kedua-dua arah berdekatan dengan simpang Taman Bukit Kubu tersebut. Kemudian ada juga permohonan daripada penduduk Kuala Perlis supaya di wujudkan lampu isyarat berdekatan dengan simpang Jalan Dato’ Ali dan juga simpang Jalan Sarawak iaitu simpang nak pi ke market Kuala Perlis berdekatan dengan kedai sangkar. Pagi-pagi dekat situ dan juga waktu-waktu kemuncak memang agak merbahaya kat situ sebab kenderaan daripada trafik light daripada hadapan pejabat saya tu depa laju nak pi ke pekan Kuala Perlis so kadang-kadang pengguna jalanraya daripada simpang daripada market tu terpaksa menunggu lama menyebabkan kesesakan di situ dan pernah juga beberapa kali berlaku kemalangan di situ. Jadi saya mohon dipertimbangkan oleh pihak JKR untuk diadakan lampu isyarat di kawasan tersebut.

Kemudian ini aduan yang agak lama juga, saya pernah maklum kepada pihak JKR berkenaan pokok lanskap simpang ke highway Kuala Perlis menghalang pandangan pengguna jalan raya daripada pekan Kuala Perlis hari tu masa ada pihak THB tengah buat pembaikan jalan tersebut, saya ada pernah memaklumkan kepada JKR dimaklumkan bahawa kontraktor yang menguruskan jalan tersebut akan mencantas lah pokok landskap di kawasan tersebut tetapi tiap-tiap hari saya dok ulang alik kat situ masih belum ada tindakan daripada mana-mana pihak sebab kalau siapa yang pernah daripada Kuala Perlis nak ke luar ke highway memang di situ sangat bahaya, so mohon tindakan segera diambil daripada pihak JKR sebab kerana saya dah chek itu bukan MPK punya itu bahagian JKR punya. YB Dato’ Speaker, berkenaan kawasan perniagaan gerai-gerai di persisir pantai ke Kurung Tengar ini dulu gerai-gerai ni tak meriah macam sebelum ni tetapi setelah dipindahkan peniaga-peniaga lokcing ini dibawah pencawang elektrik tu mereka banyak berpindah ke kawasan peniaga-peniaga persisir pantai kalau hari minggu lah atau hari cuti umum kawasan tu kalau tuan-tuan pergi, Ahli-Ahli YB pergi memang jem, kedua-dua arah jem, nak menghala ke Kurung Tengar jem, nak menghala ke Kuala Perlis pun jem. Itu satu isu, yang isu yang cuba saya bangkitkan di sini adalah dari segi fasiliti peniaga-peniaga di situ. Saya tengok agak daif kalau boleh diperuntukkan mungkin tahun depan dimasukkan ke dalam peruntukan budget tahun hadapan untuk menaik taraf kawasan tersebut sebab orang cakap situ banyak menarik pengunjung-pengunjung luar daripada Kuala Perlis dan berikan keuntungan yang lumayan kepada peniaga-peniaga di gerai terbabit.

YB Dato’ Speaker, bersempena bulan kemerdekaan saya menyeru agar semua hadirin di dalam dewan ini agar kita dapat sama-sama menolak mana-mana pihak yang cuba bermain politik dan mencetuskan ketidak ketenteraman, ketegangan kaum atau cuba membuat hasutan yang boleh mengganggu gugat keharmonian negara ini, YB Dato’ Speaker sebelum mengakhiri perbahasan saya hari ini, saya berharap agar semua pihak dapat berlapang dada dan sama-sama megembeling tenaga dan usaha serta bersungguh-sungguh supaya Negeri Perlis yang kita cintai dapat dibangunkan dengan pesatnya, harmoni dan aman damai. Saya dengan ini mernyokong usul Titah Ucapan

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB Kuala Perlis, saya rasa pihak kerajaan akan membalas pantun yang pertama tadi esok, dipersilakan YB Sanglang.

Assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah hirabilalamin wassalatiwassala murala asrafil iwalmursalim wa`ala alihi wasahbihi ajma`in. YB Dato’ Speaker, Ahli-Ahli YB, Ketua-Ketua Jabatan dan seluruh hadirin yang ada dalam dewan yang mulia ini, alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahuwata`ala kerana kita masih dipanjangkan usia diberikan kesihatan dan diberikan keampunan kerahmatan oleh Allah Subhanahuwata`ala untuk kita meneruskan kehidupan kita di bumi yang tercinta ini, insya-Allah. YB Dato’ Speaker tadi YB daripada Kuala Perlis pantun bila nak ubah YB Tambun Tulang ke sebelah sana jadi saya rasa tidak ada perubahan buat masa ini adalah satu kesyukuran dekat saya lah sebab kalau tunggu seorang lagi untuk saya nak berucap barangkali saya kena buka sampin jadi selimut sejuk hari ni mungkin hujan di luar Insya-Allah esok saya pakai baju tebal sikit untuk dengar jawapan daripada sebelah kerajaan.

Perkara pertama yang saya nak sentuh dalam ucapan saya ini tentang apa yang berlaku di Sanglang, lebih kurang 3, 4 bulan yang lalu dua kebakaran berlaku yang pertama sawah padi, yang kedua tempat pengusaha bot yang berlaku di Kuala Sungai Padang. Saya nak sentuh ni disebabkan kehadiran anggota bomba. Saya semasa kebakaran yang pertama sawah padi saya berada di Alor Setar, orang kampung telefon tanya ada dak nombor telefon bomba saya kata ada tolong telefon bendang nak terbakar dah padi pun dekat dah nak terbakar, saya ingat lebih kurang 5 relung padi jadi mangsa, saya balik daripada Alor Setar tu sampai dekat Air Hitam bomba baru keluar daripada balai dia di Simpang Empat, saya kata tak payah pi pun tak pa dah sebab padi dah terbakar dah lambat. Yang kedua kebakaran tempat pembinaan bot di Kuala Sungai Padang, dua buah bot yang tunggu masa saja nak keluar nak dibawa keluar daripada bengkel tiba-tiba berlaku kebakaran, depa bakar jerami bomba sampai pekerja yang ada di situ tarik tali bomba tu untuk padam dia kata boleh selamat lagi enjin bot, dua enjin bot yang harga dia lebih kurang RM100 ribu bila tarik bomba kata dalam tong tak dak air, nak ambil air sungai masa tu kemarau menyebabkan kedua-dua enjin musnah bersama dengan bot ratusan ribu rugi, nak claim tak boleh sebab tak dak pili bomba itu saya nak yang itu lah saya minta maaf dekat Jabatan Bomba sebab saya kena sebut benda ni sebab pernah kawan saya dia kerja bomba 25 tahun daripada selama dia kerja tak pernah padam api dia padam bara saja sebab sampai dah selesai, ni kawan saya kata dia kerja bomba bukan saya nak hina Jabatan Bomba kalau nak hina pi cari kawan saya tu nak habaq nama dia.

Tu yang pertama, yang kedua pelantar LKIM di Kuala Sungai Padang dekat dengan rumah saya, bumbung tu dia buat daripada besi apabila dok tepi pantai air masin ombak kuat angin kuat berkarat la ni samapi lama dah setahun lebih dah tak dak bumbung, jadi saya rasa LKIM kena ambil tindakan bubuh kayu lah atap asbestos saya ingat tahan lama sikit lah, ada pelantar tapi tak dak bumbung. Jadi saya ingat yang tu satu benda yang dekat sangat dengan rumah saya, saya nak tegur banyak kali dah sat ni orang kata ada kepentingan, tapi lama sangat tak repair jadi saya kena sebut.

Yang ketiganya, berkenaan dengan subsidi baja padi kepada petani, apabila petani ni dia turun ke MADA daftar ada kaedah baru potong kawasan rumah, tambak rumah tu masih lagi bendang tak diubah syarat jadi menyebabkan baja tu terpaksa dikurangkan. Ada sebahagiannya kabel letrik lalu dalam kawasan bendang tu pun dipotong jumlah subsidi baja sedangkan dia tidak menjejaskan kawasan penanaman padi kabel lalu kot atas saja bukan ada kacau apa kawasan padi, pun dipotong yang ni kena tengok balik lah. Kemudian kelewatan sampai baja, jadual air daripada yang saya tegur penggal lepas saya tengok kali ni dia elok, kawasan sebelah saya tu fasa ketiga dia jadi fasa ketiga sungguh. Cuma nak tabur saja lambat, sebab masalah padi benih sepertimana soalan lisan YB Tambun Tulang tadi itu berkenaan dengan pertanian.

Yang keempat berkenaan dengan tekanan air ni, saya nak sebut yang ni memang lah masalah tekanan ni tapi tadi bila saya dengar jawapan daripada kerajaan dalam jawapan lisan kita dapat geran RM90 juta dapat pinjaman RM105 juta hampir RM 200 juta, dari penggal lepas lagi masa tu Tun Najib mai rasmi Dato’ Seri Najib mai rasmi UTC dia ada sebut benda ni sampai hari ni kerajaan baru tak sampai lagi duit tu, menyebabkan SAP dia masalah dari segi kewangan jika sekiranya duit tu sampai kalau tender di peringkat pusat pun saya rasa kalau dalam masa setahun ni projek dah boleh jalan dah. Kita punya NRW ni sampai 60%, enjin ada enam saya dapat maklumat tiga sahaja jalan kalau mati tiga ni mungkin Sanglang ada air lagi Kuala Perlis tak dak langsung wallahualam lah saya tak tahu tapi saya harap pihak kerajaan pusat mesti menyegerakan penyampaian duit ni kepada Kerajaan Negeri untuk SAP bertindak secepat mungkin. Jadi saya ucap takziah lah kepada SAP ni dia boleh bekerja dalam keadaan tak dak duit selain daripada hutang pengguna air ni yang terlalu tinggi, sepertimana yang ditaklimatkan kepada kami dahulu di SAP RM39 juta agensi Kerajaan dan juga pengguna biasa. Yang kelimanya…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Minta laluan sikit… bagi hilang mengantuk. Terima kasih sahabat saya daripada Sanglang. Berhubung dengan kes SAP ni saya nak tanya YB sikit, bukan takziah tapi ucapkan tahniah kerana CEO telah berjaya mengendalikan dengan baik walau dalam kekangan kewangan yang begitu hebat berlaku pada hari ini. Cuma saya nak tanya YB tentang masalah penggunaan air. Air ni tafsiran yang berlaku di pihak pengguna orang kampung lah atau pun bahasa-bahasa yang lebih bagus dia punya account holder dia tafsiran air tu free daripada dulu kita tafsir begitu, percuma. Jadi bila tafsiran ni berlaku macam tu berlaku keberatan untuk membayar air. Sekarang… dalam konteks sekarang ni air dia sebagai satu industri yang sama level dengan letrik dan sebagainya, tapi letrik kita sanggup bayar tapi air yang lebih murah kita tak sanggup bayar, jadi setuju atau tidak YB Sanglang saya mohon mencadangkan iaitu kita buat apa kombinasi bil gabungan bil air dan letrik di Perlis makna kata dia bayar letrik dia bayar air untuk pastikan dalam keadaan sekarang kita boleh buat kerana semua undang-undang di tangan kita kalau kita nak tunggu lagi sampai bila masalah-masalah keberatan untuk bayar air masih berlaku di kalangan pengguna malah saya katakan beberapa kali termasuk saya bersama mufti juga boleh menggunakan pendekatan tertentu dalam forum perdana dan sebagainya untuk bertindak untuk keperluan air yang begitu sama pentingnya dengan letrik tetapi orang anggap letrik dah jadi keutamaan air tu orang letak nombor dua sedangkan kos operasi kos untuk menghasilkan air bersih selalunya lebih besar dan lebih tinggi tak kira lagi bahan-bahan kimia yang terpaksa digunakan yang terpaksa kita beli dan sebagainya yang boleh menyebabkan apa-apa juga tidak akan dapat mencapai keuntungan sama di dalam bidang letrik yang mencapai keuntungan yang begitu besar pelaburan dia lebih kurang sama. Apa pandangan YB? Terima kasih.

Sebelum saya setuju saya nak ulas sedikit lah bagi saya air nombor satu, Dato’ Speaker, letrik nombor dua sebab mandi ni ada yang wajib ada yang sunat sebab tu saya letak nombor satu, kemudiannya minta maaflah bukan ada lucah apa ni yang kemudiannya saya tak yakin bahawa rakyat ni dia anggap benda tu benda yang mudah seperti YB Tambun Tulang sebut sebab hutang air ni bukan rakyat sahaja tetapi agensi kerajaan pun banyak yang tak bayar tunggakan bil yang tinggi juga takkanlah agensi-agensi kerajaan ni pun berfikiran sama macam rakyat juga air ni dia anggap free saya ingat dia tak berlaku macam tu lah tapi kombinasi bil ni saya rasa boleh diguna pakai supaya disekalikan bayar tak payah suruh dua kali

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Istilah paling tepat joint bil lupa saya tadi …

Seterusnya tentang peruntukan bencana alam, saya bila berlaku bencana alam saya rasa yang terbesar lah sebelum Raya Haji ni dan dia pula bertembung dengan cuti saya rasa Kerajaan Negeri dengan budi bicara yang ada boleh parkingkan duit bencana alam ni dimana-mana agensi kerajaan untuk memudahkan kami wakil-wakil rakyat ni untuk selesaikan di peringkat mudah, di peringkat awal ni yang sikit-sikit tu, kadang-kadang rakyat kita ni ni kena dua keping mai bagi tahu dengan wakil rakyat saya dua keping tak payah report lah pi tukar terus kita bagi la sepuluh dua untuk atap depa kata tak boleh suruh report juga bila report tu dapat banyak, alhamdulillah lah tapi sekiranya ada parking duit bencana ni untuk wakil rakyat jadi benda yang sikit-sikit ni kita selesaikan dengan mudah tidak terlalu banyak kerja sangat agensi kerajaan MAIPS, nak kena selesai kesemua apabila berlaku banyak macam ni dia mengambil masa yang terlalu panjang untuk diselesaikan. Saya rasa itu lebih baik lagi lah. Kemudiannya….

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Bila bencana alam macam ni dia berapa agensi yang bagi bantuan yang YB tahu lah…

Saya tahu yang sebelum ni JKM dengan MAIPs lah dua, pagi ni saya dapat NADMA pula saya tak tahu lah NADMA ni apa dia saya pun tak berapa faham lagi NADMA ka NAKMA… NADMA sebab tadi YB Pauh kata saya ni mantan cikgu saya bukan mantan cikgu, saya bekas guru mantan ni mundar mandir tanpa jawatan saya ada jawatan lagi minta maaf YB Pauh, penggunaan perkataan mantan tu dekat saya tu saya tak berapa setuju lah sebab saya ada jawatan lagi. Kemudiannya saya mohon Kerajaan Negeri supaya memasang aircond penghawa dingin di Dewan Satu Malaysia, kami di Sanglang tu tak dak dewan bila nak kenduri tu tumpanglah Dewan Satu Malaysia dalam DUN Simpang Empat lepas tu bila kami kenduri di situ panas jadi kalau ada aircond tu sedap lah sikit buat kenduri situ sewa pun naik sikit tak pa daripada RM400 ke RM600 ka boleh kita boleh terima tapi kena ada aircond. La ni tak dak aircond hari tu buat majlis di situ tanya YB Simpang Empat tak peluh ka dia kata peluh juga, lepas tu tak dak rasa nak boh aircond DUN dia, tanya dia lah tiba-tiba dia kata minta dekat Kerajaan Negeri.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Pasai sebut Dewan Satu Malaysia tu saya tak terlibat tu…

( Ketawa…) Terima kasih Simpang Empat sebab bagi tumpang padang bola dengan Dewan Satu Malaysia, kemudiannya pas khas keretapi untuk wakil rakyat. Kita dulu YAB jawab penggal lepas tak dak dah pas tu kita dah tak bagi la ni koi kerap pi Kuala Lumpur, kalau tak mau bagi pada semua ahli YB pun bagi dekat kami sebelah sini lah YB Tambun Tulang tak naik keretapi, naik juga saya ni kena selalu naik keretapi kalau dapat pas khas tu dia memudahkan pergerakan, 14 haribulan Sembilan ni nak pi pulak YB Simpang Empat, tak dengar dah. Nak suruh dia tanya pi buat apa, dah tak tanya saya tak jawab dan saya ucapkan tahniah kepada SMK Tuanku Suleiman kerana berjaya bawa anak-anak didik dia hadir ke sini, anak-anak didik yang hadir ke sini dia boleh mengundi tingkatan enam ni dia boleh mengundi Insya-Allah dengan kehadiran mereka ini akan menambah lagi kematangan saya pun ada hutang dengan SMK Tuanku Suleiman ni dia minta sumbangan nak buat program apa tah saya pun lupa bila kita sebut ada Sekolah Tuanku Suleiman mai baru saya teringat, dia tak peringat balik saya ingat yang telefon tu cikgu rupanya anak murid hebat anak murid SMK Tuanku Suleiman. Anak murid telefon pun macam cikgu dah, saya pun seriau nak bercakap saya kata pasai apa tak minta kat YB Beseri, duduk dalam Beseri, dia kata kami minta semua tapi saya lupa bagi. Hari saya nak sebut la sat ni kot sebab nabi pesan apabila orang hadir kat kita minta sumbangan kena bagi walaupun sikit, kita tak tau samada dia tu mai ada sungguh ka tak dak kalau dia mai tu betoi-betoi tak dak maka dia berjalan balik kita tak bagi tu kalau dia sumpah kita sampai hak ni hadis Timbalan Mufti boleh perbetul kalau saya silap. Jadi kalau orang mai rumah kita minta sumbangan kena bagi jangan bagi balik saja. Saya juga menyokong titan ucapan DYMM khususnya dalam hal perpaduan dan institusi untuk menyatukan rakyat ni bagi kami orang Islam masjid, masjid ni kita kadang-kadang kita terhad tak boleh masuk wakil rakyat punmacam saya tak boleh bercakap, kononnya nak bok masuk politik dalam masjid. Tapi kita tengok kadang-kadang ada pimpinan daripada parti Pakatan Harapan masuk atas agensi-agensi yang dia wakili YADIM contoh ataupun mana-mana agensi lain gunakan yang tu masuk kuliah dalam masjid, ceramah dalam masjid dia hentam PAS dia hentam UMNO ini pun unsur politik dia bawa ke dalam masjid masuk atas kebenaran agensi yang dia wakili tapi hentam politik dalam masjid, sedangkan kami PAS tak boleh masuk saya tak tau lah wakil rakyat daripada UMNO boleh masuk bagi ucapan atau pun tidak saya minta jasa baik MAIPs bagi kebenaran wakil rakyat sekurang-kurangnya kita boleh cakap bab sampah.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Minta laluan sikit… bila YB bangkitkan soal bercakap dalam masjid menggunakan masjid untuk bercakap benda-benda yang negatif tentang UMNO, BN, PAS dan sebagainya lah saya tak tahu siapa YB maksudkan adakah ini menepati konsep rahmatan lil`alamin yang dibawa oleh Menteri Agama dalam Pakatan Harapan tu, terima kasih.

Tak dak lah senang cakap rahmat apa saya setuju tak ada konsep rahmatan lil`alamin apabila guna masjid dia bagi kebenaran hentam orang lain. Dan kita insya-Allah kalau pihak MAIPs, pihak JAIPs bagi peluang untuk kita nak cakap bab sampah kalau di Sanglang tu saya selalu cakap bab sampah, sebab saya sedih tengok sampah yang banyak di tepi pantai, tepi sungai yang pertama, yang kedua ketum, ketum ni saya dapat maklumat daripada Jabatan Kesihatan Sanglang lah tempat yang paling hebat, penggunaan salah guna ketum ni. Saya dapat maklumat baru ni daripada orang Sanglang depa naik kereta ke Kelantan sampai dekat sempadan tu ada roadblock polis dia check semua kereta bila bagi tau kata mai dari

Perlis dia suruh turun empat-empat orang turun jumpa air ketum sikit saja dalam plastik tak habis lagi minum tak habis seorang enam ribu denda bukan seorang sepatutnya denda seorang saja tapi empat-empat orang tu kena enam ribu menyebabkan serik kena 6 ribu, 4 orang 24 ribu. Bila jadi gitu saya pun turun juga jalan jumpa dengan seorang tauke ketum dia kata yang penting sekali apabila diserbu tempat kita jual ketum ni vest saya cerita dalam dewan ni vest ni kena ada dekat pintu dalam vest tu mesti ada enam ribu sekurang-kurangnya 5 ribu 6 ribu untuk apa apabila penguatkuasa mai tangkap atas kereta tu kita boleh runding kalau sekiranya setuju runding dia akan tinggal kita di tepi jalan. Tu tauke ketum kata, saya dapat maklumat tapi dia lepas, lepas tu telefon kawan mai ambil balik aku dok tang ni tang ni semua, polis sebenarnya atau penguatkuasa lain boleh berhentikan pengusaha ketum ni dengan cara buat operasi dua hari sekali saya dapat satu tauke tu dua hari sekali polis pi tangkap dua hari sekali polis pi tangkap tiap-tiap pi tangkap kena 10 ribu 15 ribu sekarang berhenti la dah untung kurang daripada yang kena bayar denda.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

YB orang tak kira kita tutup mata pencarian… rezeki perniagaan tu juga perniagaan.

( Ketawa …) Saya ingat lepas pilihanraya yang ke-15 ni YB Simpang Empat boleh buka boleh beli periuk saya akan bagi sumbangan periuk dekat dia kalau dia nak buka perusahaan ketum. Jana pendapatan tambahan kalau boleh buat macam tu cadangan saya supaya parking peruntukan untuk bencana alam ni tak payah lah untuk YB Simpang Empat dia boleh buka kedai ketum. Jadi saya harap pihak penguatkuasa ni AADK ka Polis ka ataupun penguatkuasa-penguatkuasa lain perlu ambil perhatian yang sungguh-sungguh la bahawa ketum ni adalah satu gejala yang cukup tidak sihat yang berlaku khususnya dalam DUN saya, DUN Simpang Empat ni bersih tak dak cuma langgar pokok saja teruk. Kemudiannya tentang pokok jati yang ditebang, sepanjang jalan tu ditebang tapi saya minta jasa baik pihak yang berkuasa supaya tunggoi pokok tu di samakan sebab masih lagi ada tunggoi di tepi jalan tu tajam cukup merbahaya kepada penunggang kenderaan sekiranya berlaku kemalangan dia cukup tajam untuk mencederakan penunggang jalanraya. Akhir sekali saya nak mengambil kesempatan daripada sidang dewan ini untuk apabila kita dah ada YB-YB kita bercakap tentang perpaduan, perpaduan dalam negara majmuk seperti Malaysia ini mestilah berteraskan kepada perlembagaan, bila kita berteraskan kepada perlembagaan ianya akan menyelesaikan semua masalah Melayu adalah bangsa yang dominan tuan dalam negara kita Malaysia dan bangsa-bangsa lain boleh duduk dengan bebas, tak ada masalah satu apa pun yang berlaku sepertimana yang ada pada hari ini. Islam adalah agama rasmi, agama persekutuan boleh disebarkan oleh sesiapa sahaja dalam negara ni dalam konteks perlembagaan kita dan agama-agama lain bebas untuk dianuti tetapi tidak boleh disebarkan. Yang ini saya nak sebut soladiriti kami, saya dan mungkin semua ahli dewan yang dalam ni terhadap Dr. Zakir Naik, saya rasa dia adalah seorang pendakwah yang cukup hebat selepas Dr. Ahmad Deedat, Dr. Zakir Naik lah pendakwah yang boleh membandingkan diantara agama. Dia bukan sahaja boleh menghafal Al-Quran dia juga boleh menghayati Bible dan kitab-kitab tentang agama lain. Perbandingan ini bila dilakukan oleh Dr. Zakir Naik hendaklah dihadapi dengan hujah daripada semua pihak yang tidak setuju jangan sekali-kali kita menentang. Saya ingat lagi AlMarhum Dato’ Dr. Haron Din dengan kawan-kawan dia mereka menggaji orang saudara-saudara baru ini dibimbing dengan Islam yang baik kemudian dibagi elaun untuk dia berdakwah agama Islam ni kepada orang lain dan kita hari ini dianugerahkan oleh Allah Subha Nahuwataala Dr. Zakir Naik untuk berdakwah bagi pihak kita tiba-tiba hanya dengan kerana 100 report lebih dia di halang daripada menyampaikan dakwah. Dan saya rasa ini adalah satu kejayaan bangsa DAP dalam negara kita ini untuk menghalang dakwah Dr. Zakir Naik sedangkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 200 lebih report yang dibuat oleh orang ramai tidak ada apa-apa tindakan dia tidak disekat daripada untuk bekerja sepatutnya dia lah yang didahului dalam siasatan ini didakwa di Mahkamah sebab dia terang-terang jumpa dengan pengganas tamil-ilum, saya menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Dr. Zakir Naik ini dan kita menunggu apa saja tindakan yang dibuat oleh mana-mana pihak kita akan bersolidariti terhadap Dr. Zakir Naik. Kita sama sekali tidak akan izin dia untuk dihantar balik ke India dan kita kena faham ucapan dia saya tanya dengan kawan-kawan daripada Kelantan apakah betoi Dr. Zakir Naik kata orang India Malaysia ni lebih taat kepada pimpinan daripada India, dia bagi contoh mudah sahaja Perdana Menteri India minta Dr. Zakir Naik ini dihantar balik ke India, Perdana Menteri Malaysia minta dia kekal di Malaysia, tiba-tiba ada golongan yang menyokong Perdana Menteri India, dia kata sepatutnya rakyat Malaysia mesti patuh arahan Perdana Menteri Malaysia bukan patuh pada Perdana Menteri India, itu saja komen dia yang sekarang ini adalah satu gesaan bagi pihak sebelah sana untuk menyekat dakwah daripada Dr. Zakir Naik. Dalam hal ini kita mesti ketepikan semua apa saja perbezaan diantara kita fahaman politik, perbezaan mazhab untuk kita sama-sama bersolidariti kepada Dr. Zakir Naik. Maksud saya bukan saja Dr. Zakir Naik jika sekiranya ada orang bukan Islam yang nak dihantar balik ke negara dia dan di sana kita yakin dia akan dizalimi kita mesti mempertahankan dia atas kemanusiaan antara dia dan kezaliman yang akan berlaku ke atas diri dia. Jadi saya harap sangat, Kerajaan Negeri Perlis semua pihak dalam Negeri Perlis mestilah bersama-sama Dr. Zakir Naik dan kita kena bagi ruang yang luas kepada Dr. Zakir Naik untuk menyampaikan dakwah kehebatan dia kalau ada pihak yang tak setuju berhujah masuk dalam majlis berhujah dengan dia jika sekiranya ada kebenaran dan boleh mengatasi hujah-hujah yang disampaikan jadi saya ingat.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Minta laluan sikit… terima kasih sahabat saya menyokong penuh sebenarnya hujah YB Sanglang. Cuma saya nak tahu adakah ini merupakan satu permulaan bagi kita rakyat di Malaysia ini yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk kita membuka satu dialog terbuka walaupun di peringkat kecil-kecilan bukan saja melibatkan Dr. Zakir Naik malah ulama-ulama kita yang mencukupi ada untuk kita berdebat samada dengan Kristian, Hindu, Budhist dengan mana-mana agama seperti mana yang berlaku di Indonesia, bila kes-kes seumpama ini berlaku di Indonesia pengIslaman ribuan orang rakyat di Indonesia yang dia daripada Katolik, Protesten dan sebagainya yang berlaku tidak ada perkara-perkara yang berbangkit seperti ini sebab tidak ada agenda politik yang dibangkitkan dan kita kena sedar dalam macam YB Sanglang katakan tadi dalam dunia ada berapa orang saja yang boleh menguasai bahasa Ibrani dia salah seorangnya dia kalau ini yang diutuskan oleh Allah s.w.t pun kita masih tidak mempertahankan apa harus akan jadi pada umat Islam di akhir nanti, pandangan YB adakah ini merupakan titik permulaan untuk kita memulakan perdebatan bukan kita nak cari terus kebenaran ni satu yang agak subjektif cuma kita nak lihat bahawa rakyat negara ini bila mereka pi dengar kedua-dua ceramah dia dengar Kristian dengan hujahnya Islam dengan hujah kita ini yang telah di buat di Indonesia di peringkat kampung di peringkat MPKK pun telah dimulakan tetapi di negara kita perkara ini masih dalam peringkat kawalan ataupun dilarang oleh Majlis

Agama ataupun di pihak polis dan sebagainya, apa pandangan YB Sanglang berhubung perkara ini.

Saya amat setuju YB Dato’ Speaker, tetapi kena tukar debat kepada dialog macam perdebatan yang disebut oleh YB tu tukar kepada dialog, dialog ni dia lebih harmoni lah. Jadi saya ingat apa sahaja yang berlaku dalam negara kita ni berasaskan kepada perlembagaan negara kita itu sendiri jadi saya ingat itu saja lah ucapan saya sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada YB Dato’ Speaker kerana bagi masa pada saya agak panjang dan memang wajib kena bagi lah sebab banyak gangguan banyak soalan tambahan khususnya daripada sahabat-sahabat ni saya tak jadi masalah untuk kita terus berdialog dan kita kena buka ruang lah untuk semua orang untuk kita cari titik kebenaran dalam negara kita ini kita mesti adil untuk semua dan berpandukan kepada perlembagaan dan Islam yang kita bawa itu sendiri insya-Allah, walaupun sekarang ni dia banyak dok provoke kita dengan fahaman wahabi, ahli Sunnah wal jamaah itu adalah cubaan untuk kita nak hilangkan kesatuan di kalangan umat Islam jadi kita kena satukan yang ini kita hadapi dulu mudarat yang lebih besar Bangsa DAP tu sendiri adalah mudarat lebih besar daripada apa yang berlaku lain-lain pada hari ini, jadi saya ingat itu saja wallahualam. Assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB Sanglang, dipersilakan YB Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Bismillahirahmanirahim, assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih YB Dato’ Speaker, yang dikasihi tuan-tuan dan puan-puan, Ahli-Ahli YB, Ketua-Ketua Jabatan khususnya kepada hadirin hadirat yang hadir pada pagi ini. Alhamdulillah syukur kita kepada Allah Subha Nahuwataala kerana dapat bersama-sama dalam persidangan dewan pada kali ini, terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Speaker kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam ucapan perbahasan usul menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis semalam ataupun kelmarin bagi persidangan kedua Dewan Undangan Negeri Perlis yang ke-14.

YB Speaker, ucapan saya sekali ini akan menyentuh beberapa perkara yang dilihat penting disampaikan dalam dewan yang mulia ini, pertama iaitu martabatkan agama Islam sebagai agama rujukan. Yang kedua pembangunan masjid dan kepentingannya, ketiga manifesto yang perlu ditunaikan, keempat kesatuan umat Islam. YB Dato’ Speaker pertama sekali martabatkan Islam sebagai rujukan tertinggi negeri dan juga negara, Allah berfirman di dalam Al Quran dalam surah Al Imran ayat 85, maksudnya “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima ( agama itu ) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”, Islam yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. pada Rasulullah s.a.w yang harus disamakan dengan pengertian agama menurut fahaman umum kerana ianya agama fitrah yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia, rohani, material, individu dan masyarakat, agama dan politik dan semua urusan hidup di dunia dan akhirat. Oleh kerana itu, Islam boleh ditakrifkan sebagai Way of Life peraturan yang bersifat mengatur hidup manusia dan kehidupan manusia secara menyeluruh. Seluruh ajaran Islam diwajibkan kepada manusia membetulkan segala urusan mereka dimana ianya mesti dihayati seperti yang ia diturunkan samada berbentuk akidah yang yakini, syariat yang dipatuhi, akhlak yang dihiasi, politik yang ditunjangi prinsip dan sebagainya. Meletakkan Islam yang sesuai dan menjadikannya sebagai rujukan dalam semua perkara akan menyelamatkan manusia di atas dunia ini malah di akhirat sana. Khalifah kedua, Al-Nurul Mukminin Saidina Umar Al-Khatab pernah berkata, “Nah num qaumum al aqzallah haulIslam wamasmatarina tiroi alzalnallah,” iaitu kita satu kaum dimana Allah ta`ala muliakan kita dengan Islam, siapa-siapa yang memilih selain daripada Islam maka akan dihina oleh Allah Subha Nahuwataala. Lihatlah bagaimana Allah menghina orang-orang Islam ketika mana mereka mencari fahaman ideologi selain daripada Islam Allah merendahkan mereka. Mereka di puncak kuasa Allah jatuhkan mereka. Mereka berada di tempat mulia Allah hinakan mereka. Oleh kerana itu, kita perlu jadikan Islam sebagai panduan, petunjuk untuk memakmurkan dunia ini.

YB Dato’ Speaker, perkara yang kedua iaitu pembangunan institusi masjid dan kepentingannya. Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 36,

Maksudnya, “Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingatkan nama Allah padanya. Di situ juga dikerjakan ibadat memuji dan menyuci Allah pada waktu pagi dan petang.” YB Dato’ Speaker, masjid merupakan sebuah institusi ibadah bagi umat Islam seluruh pelusuk dunia bukan sahaja tempat menunaikan ibadah solat semata-mata lebih luas daripada itu ianya menjadi sebuah institusi yang berperanan dan berfungsi untuk membina ummah melalui program yang dilaksanakan. Melihat sejarah awal perkembangan Islam pembentukan akidah kefahaman syariat hubungan komuditi bermula di masjid disamping aktiviti-aktiviti lain yang dapat menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan umat Islam. Sehubungan itu, masjid hendaklah diperkasakan dan dimajukan dari masa ke semasa dengan dasar yang jelas dan kepelbagaian program pengimarahan masjid mesra ahli kariah untuk merealisasikan tujuan pembinaan masjid. Walaubagaimanapun baru-baru ini awal tahun timbul pelbagai kemelut mengenai pengurusan dan juga pentadbiran masjid di seluruh Negeri Perlis yang mengundang pelbagai pandangan negatif dari banyak pihak samada aktivis masyarakat, orang yang berpengaruh dan orang ramai terhadap kecekapan pengurusan masjid-masjid yang ada di Negeri Perlis ini. Antaranya isu pemecatan ataupun perlucutan jawatan imam seramai 25 orang itu dilihat tidak berjaya mencapai matlamat perlaksanaannya yang asal untuk menyemarakkan masjid, matlamatnya baik tetapi perlaksanaan dan tindakannya tidak tepat dan elok. Sehubungan dengan itu, apa yang berlaku masjid terus tegap dengan binaannya, indah dan cantik binaannya tetapi kosong dari petunjuk hidayah Allah s.w.t. Lantaran itu, pemecatan imam yang dibuat dengan pelbagai alasan yang tidak jelas maka timbul isu berbangkit antaranya pelanggaran peranan mesyuarat agung masjid, kedua imam ganti luar kariah, ketiga tugasan imam terhad kerana jauh berkerjaya lain, dan keempat institusi tidak terurus.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Minta laluan sikit… saya rasa terdapat kekeliruan sikit dalam diri saya, saya bersetuju dengan jawapan Guar Sanji tetapi ada satu perkara YB berkaitan sikit dengan agak global dengan perkara ini, iaitu sebarang kekalutan dan kekeliruan yang berlaku sekarang ini saya ingin merujuk kepada tiga buah negara yang kita lihat mereka mengimarahkan Islam terutamanya solat subuh lebih ramai daripada orang solat jumaat, ini berlaku di Turki, berlaku di Acheh dan juga berlaku di Negara Brunei Darul Salam. Apa yang kita lihat hasil daripada ketegasan umarak ataupun pemerintah di tiga negara ini yang memberikan semangat dan dorongan apabila masjid dipenuhi setiap waktu subuh, penuh dengan anak-anak muda yang mereka datang dengan kereta mewah dan sebagainya mengutamakan solat sebagai agenda terpenting ketiga-tiga negara ini telah mencapai termasuk Acheh telah mencapai satu tahap ekonomi yang mengkagumkan, adakah ini menunjukkan bahawa solat sepanjang masa ni terutamanya waktu subuh ni mendapat barakah dan rahmatan daripada Allah s.w.t, pandangan YB Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih kepada YB Tambun Tulang, tentang pandangan beliau apakah dapat unsur berkat dari setiap solat yang dilaksanakan sudah pasti dalam Islam memang pun disebut dalam agama pun disebut bila kita laksana perintah Allah dengan tepat dan sempurna terutama solat berjemaah ini akan mengundang rahmat dan berkat dari sisi Allah s.w.t. Saya berbalik pada perbahasan saya sampai bila konflik ini akan berterusan dan tiada penyelesaian, kerana itulah ada kata-kata cerdik pandai ilmuan Islam, “Baqaba manistasyara Baqaba manistaqara,” tidak rugi sesiapa yang berbincang dan tidak rugi sesiapa yang istiqarah. Perbincangan mestilah diperhalusi agar matlamat tercapai. Begitu juga ada cendikiawan Islam pernah menyebut “hama syatusabaq wahik mitu syuyuk” semangat orang muda dan kebijaksanaan orang tua mestilah dijalinkan bersama agar tujuan tindakan yang diambil dapat diterima oleh semua pihak. Jangan kita berada di tempuk kuasa dan mempunyai kelebihan sedikit kita melakukan apa yang kita hendak. Dalam sejarah Negeri Perlis yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jumaah inilah pertama kali berlaku jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

YB Dato’ Speaker, ketiga… ooo Timbalan.

Timbalan… YB Guar Sanji saya belum Dato’ lagi, tokwan ada.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Insya-Allah kita mendoakan agar dapat, yang ketiga manifesto dan janji pilihanraya kerajaan dalam PRU ke-14. Allah berfirman di dalam Al Quran Surah Al-Maidah ayat yang pertama, “Yā ayyuhallażīna āmanū aufụ bil-'uqụd” bermaksud wahai orang-orang yang beriman, penuhilah serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian dalam kalangan kamu. Firman Allah lagi dalam surah Al-Israq ayat 34, “Wa aufụ bil-'ahdi innal-'ahda kāna mas`ụlā” bermaksud dan sempurnakanlah perjanjian dengan Allah dan dengan manusia sesungguhnya perjanjian itu akan disoal ditanya oleh Allah s.w.t. Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen sebuah parti yang dibenarkan membentangkan manifesto dan tawaran terbaik untuk rakyat ini bagi membuka ruang dan peluang kepada rakyat menilai calon dan parti mana mewakili mereka menerajui sebuah negara dan juga negeri. Dalam kempen pilihanraya yang ke-14 lalu, Kerajaan Negeri telah menekankan beberapa teras antaranya lima teras utama sebagai kesinambungan hala tuju pembangunan dan pentadbiran Kerajaan Negeri ini. Lima teras utama yang boleh disebut kembali di sini antaranya pembangunan ekonomi dan prasarana, peningkatan kualiti hidup, peluang pekerjaan dan perniagaan, keutamaan dalam soal kebajikan dan pemerkasaan pendidikan. Persoalannya sejauh manakah janji dan tawaran itu dilaksanakan oleh kerajaan hari ini, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menunaikan janji-janji tersebut. Saya tidak mahu menyentuh kelima-lima teras tersebut antara teras yang saya ingin ketengahkan pada hari ini di dalam dewan yang mulia ini iaitu teras ketiga peluang pekerjaan dan juga perniagaan kepada rakyat. Sejauh manakah kesungguhan Kerajaan Negeri memperbanyakkan dan mempelbagaikan peluang pekerjaan dalam sektor berat atau ringan dan perniagaan berskala besar atau kecil kepada rakyat Negeri Perlis khususnya golongan belia dan muda. Kalau kita lihat baru-baru ini Majlis Perbandaran Kangar (MPK) telah melaksanakan operasi penguatkuasaan melarang dan juga menyita kedai-kedai peniaga kecil di sekitar Negeri Perlis termasuk laluan lebuhraya Changlun–Kuala Perlis dan juga Kangar–Kerpan yang menjadi laluan utama pengunjung ke negeri ini. Tindakan penyitaan yang diambil oleh pihak MPK diterima oleh masyarakat dengan baik namun apakah kerajaan akan terus berdiam tiada langkah inisiatif lain untuk membantu mereka dan selain itu perlu disedari bahawa sedikit sebanyak ianya membantu menjana pendapatan ekonomi mereka dan ekonomi Kerajaan Negeri ini.

Mohon pencerahan YB Guar Sanji, adakah YB setuju dengan saya tentang isu penjaja yang telah diambil tindakan semua ini supaya kita mencontohi Kerajaan Thailand dimana saya tengok Thailand memberikan seluas-luasnya peluang kepada rakyat untuk menjadi usahawan di sepanjang jalan cuma kita boleh pihak yang bertanggungjawab bagi permudahkanlah untuk lesen dan sebagainya yang penting kita permudahkan supaya rakyat turut mengambil peranan dalam bidang keusahawanan, terima kasih.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih YB Sena, saya bersetuju sebenarnya tapi dalam kawalan pihak berkuasa samada untuk diberikan lesen dan juga pihak berkuasa sepatutnya menyediakan tempat-tempat, lokasi-lokasi yang sesuai kepada peniaga-peniaga ini untuk berniaga di kawasan-kawasan tersebut di kawasan-kawasan yang sepanjang jalan masuk dan keluar Negeri Perlis ini. Antaranya yang dah ada ok nak ditambahkan lagi kawasan penjaja di dalam Negeri Perlis ini. Hal ini perlu dipandang serious oleh pihak kerajaan untuk menangani isu yang berlaku dan memberi peluang pekerjaan kepada mereka. Selain dari itu teras yang berikutnya keutamaan dalam soal kebajikan. Perlis sebuah negeri yang kecil dan jumlah penduduknya tidak ramai namun masih ada dan ramai rakyat Negeri Perlis ini berada dalam kategori miskin tegar, kita ada Kerajaan Negeri, kita ada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kita ada juga Baitulmal yang hasil kutipannya memberansangkan namun masih ramai penduduk yang tiada rumah, tinggal di atas tanah rizab, tinggal di rumah yang uzur. Saya kira ramai yang berkeadaan duduk dalam suasana tidak dapat keluar daripada miskin tegar cuma persoalannya apakah pengagihan bantuan-bantuan tersebut benar- benar sampai kepada sasarannya. Sepatutnya dengan kemampuan yang ada isu ini dia akan berkurangan dari masa ke semasa.

YB Dato’ Speaker, keempat Kesatuan umat Islam, Allah s.w.t. berfirman di dalam Al Quran, “waqtasimum bihablillah jamira walatafaraqu wazquru niaqmatallah hiralaikum” bermaksud berpegang teguhlah kamu pada tali Allah yakni agama Allah dan jangan kamu bercerai dan berpecah belah. Ayat ini diturunkan oleh Allah s.w.t. bersempena dengan ancaman terhadap kesatuan umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w yang mana terdiri daripada muhajirin dan ansar mereka bersatu bersama Islam sehingga berpuasa dalam masyarakat majmuk. Kejayaan kesatuan ini menyebabkan kedengkian timbul dikalangan orang-orang yahudi terhadap mereka lalu dirancang supaya umat Islam berpecah namun perancangan mereka tidaklah berjaya. Perpecahan dan perselisihan faham dalam umat Islam ini hanya akan melemahkan kedudukan ummah dan juga kestabilan negara. Kita melihat kelemahan dan kecuaian umat Islam sendiri yang semakin terlondeh sehingga membuka ruang kepada pihak lain berani benar mengganggu privasi hal ehwal orang Islam. Kita melihat hari ini Islam dihina, Nabi Muhamad Nabi Umat Islam dihina, hak-hak peribadi pekerja-pekerja Islam dihalang, Angkatan Tentera Malaysia dihina dan sebagainya ini sudah menjadi perkara biasa yang berlaku hari ini. Sudah menjadi ratib mereka harian tanpa rasa bersalah dan bertanggungjawab menjaga sensitiviti agama dan budaya masyarakat majmuk yang ada dalam negara ini. Seperti biasalah tuduh dahulu kemudian mohon maaf, ini yang berlaku dalam negara dan negeri kita hari ini. Persoalannya kemana pergi suara umat Islam dan suara pemimpin Islam yang ada dalam kerajaan parti memerintah negara hari ini, itu persoalannya sebagaimana yang disebut oleh YB Sanglang sebentar tadi dalam isu Dr. Zakir Naik, mereka sepi, diam seribu bahasa sedangkan dia adalah seorang pendakwah perbandingan agama yang tersohor di dunia yang perlu diberi tempat kedudukan yang selayak dengannya untuk menyampaikan kebenaran. Sebab tu yang disebut oleh YB Sanglang tadi hujah perlu dibalas dengan hujah bukan hujah dibalas dengan kekuasaan yang mengongkong. Kesatuan umat Islam ini ditakuti oleh pihak lain dan musuh Islam, kerana itu lah mereka berusaha sedaya upaya mungkin untuk menghalang kesatuan umat Islam atas dasar Islam dan mereka bersungguh-sungguh memecah belah umat Islam dan pada masa yang sama mengambil kesempatan atas kelemahan umat Islam. YB Dato’ Speaker, oleh kerana itu umat Islam hendaklah kembali kepada seruan dan perintah agama supaya marilah kita bersatu untuk mengembalikan keesaan kuasa dan politik umat Islam yang akan memberi hak jaminan kepada seluruh manusia yang ada di atas muka bumi ini.

Seterusnya YB Dato’ Speaker, saya ingin mengusulkan dan juga mencadangkan beberapa perkara yang melibatkan kepentingan rakyat Negeri Perlis khususnya DUN Guar Sanji dan juga kawasan-kawasan yang lain. Pertama sekali roundabout Simpang Empat Behor Mentalon Alhamdulillah telah dilaksanakan cuma berlaku kelewatan. Dalam kelewatan ini pun berlaku juga kemalangan dua tiga kali jadi saya harapkan supaya roundabout ini dipercepatkan dan saya memaklum bahawa roundabout ini bibuat dalam keadaan kita kata tempat itu tak bersedia untuk dilaksanakan projek ketika ini disebabkan katanya dana turun lewat lah dan sebagainya saya mohon kalau selepas ini kita nak buat projek kita kena menepati suasana dan juga masa di setempat itu. Selain daripada itu berkaitan dengan jalanraya juga ada aduan kepada saya DUN Simpang Empat YB Simpang Empat memohon supaya diadakan lampu isyarat simpang tiga sekolah Behor Mali tang tu waktu kalut waktu kemuncak pakat-pakat nak jalan dulu, jadi berlakulah kemalangan dan sebagainya diharapkan kepada pihak yang berkuasa mempertimbangkan supaya diadakan lampu isyarat.

Kemudian yang kedua, yang juga nak disebut di dalam dewan yang mulia ini iaitu saya mohon kepada Kerajaan Negeri untuk menurap semula jalan Simpang Empat Behor Mentalon ke Kampung Tebuk yang lingkungan ataupun jarak perjalanannya hampir 4 kilometer. Saya rasa jalan ni lama dah tak diturap dan banyak tempat kawasan laluan tu dah mendap berlubang sebab jalan tu diguna oleh orang Sanglang di guna oleh orang Tambun Tulang untuk ke Arau untuk ke Changlon dan sebagainya, jadi lori dah ikut tu semua bas dan kadang-kadang ada juga yang masuk ke kawasan tu jadi berat-berat belaka jadi mohon lah pertimbangan kepada kerajaan untuk melihat kembali laluan Behor Mentalon ke Kampung Tebuk ini untuk diturap semula mengelak bahaya-bahaya yang akan datang.

Kemudian yang ketiga, setelah siap landasan Keretapi Tanah Melayu dan ETS seingat saya tiada lagi penyelenggaraan tepi bahu landasan keretapi yang kalau kita lihat hari ini dikiri kanan bahu landasan keretapi tu dipenuhi dengan semak samun pokok-pokok yang besar. Sedangkan ditepi pokok-pokok besar tu ada pula tembok-tembok yang didirikan, jadi kalau kita tak jaga pertama sekali boleh mengundangkan kerosakan pada tembok-tembok yang sediada dan pula boleh mendatangkan bahaya pada penduduk sekitar. Ada sampai berita kepada saya ada ular tedung selar lah macam-macam lah yang cari rumah tak jumpa masuk ke rumah depa. Jadi mohonlah kepada Kerajaan Negeri supaya memantau laluan-laluan sepanjang rel berkembar keretapi ni ke Padang Besar supaya diambil tindakan mencuci, membersih dan sebagainya.

Keempat, papan tanda dan petunjuk arah jalan yang rosak saya perhati papan-papan tanda yang rosak di sekitar DUN Guar Sanji dan juga DUN-DUN lain ada yang papan tanda yang dah kita kata senget dan yang terbalik jadi mohonlah kepada pihak yang berkuasa yang terlibat supaya memantau apatah lagi baru-baru ni kita kena dilanda ribut jadi banyaklah kerosakan signboard-signboard yang menunjuk arah itu sangat penting kepada kita untuk kita apa nama jaga kebajikan kepada rakyat Negeri Perlis ini. Kita takut apabila angina datang yang senget tadi yang bengkok tadi kot terkena kepada pengguna jalanraya. Saya perati lama dah benda ni jadi harap pihak yang berkaitan Jabatan berkaitan supaya ambil tindakan yang sewajarnya. Bukan saja ribut baru ni tapi sebelum tu lagi na masalah ni dah berlarutan. Kadang-kadang kita buat aduan tu lama, nak pi pasang pulak lama pulak tapi tak tau lah apa masalahnya, jadi saya harap pihak Jabatan supaya ambil tindakan dengan sewajarnya, insya-Allah.

Kemudian yang kelima, cadangan…

Speaker

YB, sila buat rumusan YB.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Ok tak banyak dah sikit lagi. Yang kelima saya mencadangkan kepada MAIPs supaya menambah bilangan rumah bantuan MAIPs daripada sebuah kepada dua buah rumah setahun ini pun melihat kepada keperluan satu-satu kariah yang ada kadang-kadang kariah tu memang miskin sungguh kita kata jadi kita cadangkan supaya ditambah lagi bilangan rumah pada yang sesuai insya-Allah.

Yang keenam, mungkin dua yang terakhir iaitu saya mohon kepada Kerajaan Negeri dengan peruntukan Kerajaan Negeri supaya mewujudkan atau membina sebuah dewan orang ramai yang boleh digunakan oleh masyarakat setempat untuk program-program kemasyarakatan sebagaimana yang dibina Dewan Satu Malaysia di Simpang Empat, di Beseri tetapi di DUN-DUN yang tak dak ni antaranya DUN Guar Sanji tak dak dewan orang ramai lagi. Jadi Kerajaan boleh kaji dan wujudkan supaya kita boleh guna manfaat untuk masyarakat. Takkan lah saya masyarakat yang duduk di Guar Sanji nak pi sewa ataupun guna di Simpang Empat, di Beseri jadi payah, jadi cadangnya supaya kerajaan mempertimbang dan mencari tempat yang sesuai untuk dibina dewan orang ramai.

Kemudian yang ketujuh, berkaitan dengan bencana dan peruntukan emergency saya nak ucapkan ribuan terima kasih dan tahniah lah kepada semua ketua-ketua Jabatan yang terlibat secara langsung dalam menyampaikan bantuan awal kepada mangsa banjir mangsa ribut maaf, JKM, MAIPs dan juga agensi-agensi lain yang telah bertungkus lumus menyampaikan bantuan terbaik kepada mereka, jadi saya mewakili rakyat mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka, cuma ada cuma bila yang mereka pertikai telepon kita sampai tengah malam dia kata YB pasai apa rumah saya dua puluh keping tapi depa banci 240 saja, soalan tu lah mungkin dari segi bancian kita tu terlepas ada rumah dua keping dapat 600 tapi rumah yang 20 keping 240 dia cerita kat saya jadi saya kata tak pa lah insya-Allah kita akan panjangkan supaya benda ni tak berlaku sebab benda ni penilaian perlu kita berlaku adil kepada semua orang supaya tidak mengira siapa dia sebab bencana ini tidak memilih siapa dia. Akhir sekali saya di sini menyokong penuh titah dan juga menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis dalam ucapan atau titah perasmian beliau pada kelmarin hari yang menyebut lebih kurang 46 perkara yang dikira amat sesuai dan perlu diambil perhatian oleh kita semua Ahli Dewan Undangan Negeri dan semua pegawai-pegawai dan rakyat Negeri Perlis supaya merealisasikan dan menjaga apa yang dimaksudkan oleh Tuanku Raja Perlis kelmarin. Jadi saya ucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada YB Dato’ Speaker, Ahli-Ahli Dewan Undangan, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kerajaan dan juga adik-adik Sekolah Menengah Tuanku Suleiman yang turut hadir bersama kita dalam sidang dewan pada kali ini mudah-mudahan kita semua diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t. dan sentiasa berada dalam taufik Allah s.w.t. Wabila hitaufik wal hidayah wassalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB Guar Sanji, dipersilakan YB Tambun Tulang.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Bismillahirahmanirahim, assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih YB Dato’ Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan titah ucapan Tuanku dalam perasmian dewan semalam. YB Dato’ Speaker, saya mulakan ucapan ini dengan beberapa rangkap pantun, ini kali pertama ucapan saya ada pantun jadi minta maaf jika ritma akhirnya tak berapa betoi kerana saya tak berapa pandai dalam bidang ni. Bukan tentang saya. pantun saya yang pertama, Dato’ Speaker…

Berburu ke tanah data, Dapat rusa belang kaki; Kenapa takut sangat saya bertukar, Kerana semua ini terlalu peribadi.

Jalan-jalan ke tanah Deli, Singgah mandi di sungai Kapuas; Hairan sungguh saya apa yang terjadi tanggapan orang apa saya peduli, Asal hati saya terasa puas.

Sedikit gurindam,

Saya umpama orang Semenda, Lagi diusik lagi bercanda; Pada saya tiada kemegahan yang hendak saya rasa, Hanya bersyukur pada Tuhan yang Maha Esa.

Kalau bertandang ke Batu Bara… dalam pantun saya ni semua nama Indonesia sebab bapak saya orang sana. Kalau bertandang ke Batu Bara…

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Isteri… isteri orang mana?

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Ni Simpang Empat, orang baru mula ucapan berhemah sedikit… satgi kena makan tak habis….

Kalau bertandang ke Batu Bara, Singgah sebentar di Permatang Siantan; Kehadiran saya tak perlu dirasa, Meneruskan perjuangan barang sebentar.

Banyak pantun saya…

Jalan-jalan ke Tanah Padang, Ke Simpang Sembilan jalan berliku; Jangan takut ombak di ladang, Kerana semua akan ke situ.

Yang terakhir kerana terlampau banyak sangat…

Pergi berburu gunakan tombak, Jangan tergelincir di tanah landau; Jangan takut dilambung ombak, Kalau dah berumah di tepi pantai.

YB saya nak rakam di dewan yang mulia ini, kami tiga orang daripada Parti Keadilan Rakyat mengalukan-alukan kehadiran YB dalam Bersatu ni juga Pakatan Harapan.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih… terima kasih, tanpa niat untuk menyinggung sesiapa Dato’ Speaker, saya bukan orang tamak pada hati saya, saya berdoa saya ni diberikan Allah pada saya budi bahasa, saya tak perlu kekayaan fizikal, saya perlu kekayaan di hati dan keikhlasan saya dalam perjuangan. Kalau saya nak buat ada banyak benda dalam hidup saya yang saya boleh dapat kemewahan contoh dia saya nak bagi tau dewan yang mulia ini satu perkara, dulu saya pernah dilantik ketika Ketua Gerakan Pemuda Negeri, sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar bukan Menteri Besar Pauh, Bukan Bintong… dulu-dulu, kesnya saya diarahkan berhenti tanpa surat pemecatan, Dato’ Speaker bayangkan daripada masa tu sampai la dekat sepuluh lima belas tahun tu kalau saya tuntut di mahkamah, pada masa tu Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Latip dia pesan kat saya, “Chu hang jangan dok buat dajai” bukan itu unparliamentary dia ayat dia hang jangan dok buat dajai hang jangan dok bawa kes ni ke Mahkamah kerana surat pemberhentian hang tak ada sampai sekarang. Tapi saya bukan ingin lapan sembilan juta tu, YAB Bintong kerana kes ini lawyer ambik saya boleh menang boleh kaya sat la lepas tu pakai kereta Ferrari boleh kot di Perlis tapi saya tak akan buat sampai bila-bila lah benda tu saya dilantik selama sehari, esok saya berhenti tanpa surat pemecatan, saya ulangi balik kenyataan saya itu dan saya tidak akan menuntut di Mahkamah atas kekhilafan pentadbiran pada masa itu. Itu maknya berlapang dada buat Menteri Besar walaupun tak kaya tak ada duit tapi tak perlu benda itu kita buat demi perjuangan kepentingan kerana apabila saya membuat pengumuman ini saya seorang yang tak berapa suka dikasihi saya tahu beberapa orang kawan-kawan mai cerita saya bersikap macam Datin Seri Rosmah Mansor juga dia tak pernah ada facebook tak pernah ada apa tak pernah pikiaq sebab dia tak heran orang kata kat dia saya pun sama tapi ada kata-kata yang dilemparkan kadang-kadang terasa juga dihati sebagai manusia pada saya orang yang dok berkata tentang perjuangan ni sejauh mana sumbangan dia sangat pada perjuangan, saya menjadi kepimpinan dalam negeri tidak menjawat apa-apa jawatan tidak menjadi wakil rakyat pun sehingga saya menghabiskan tak tau banyak dah untuk mendapatkan tiga piala untuk pasukan Perlis dan dua Juara Liga Super ketika saya berada dalam persada kepimpinan besar Persatuan Bola sepak Perlis yang rata-ratanya menggunakan wang peribadi. Tidak ada sumber kita tidak ada sumbangan dana daripada mana-mana pihak jadi orang yang bercakap tentang perjuangan ni saya nak nasihati lah Sanglang na jadi kalau tak dak pernah buat apa tu jangan lah dok kata orang tu biawak, babi apa benda-benda yang dia nak tolong terlampau banyak kebun sayur di Syurga untuk saya.

YB Dato’ Speaker… saya tak pernah kata kat dia biawak, babi dia kata YB Sanglang tadi. Saya kecewa la macam ni.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Dak yang tu Sanglang dalam konteks of situation ni Sanglang ni contohnya, jadi kawan saya, saya nak kata kat sapa lagi sebab saya dengan Sanglang ni asrama saya dok kat atas dia dok bawah daripada dulu kami dah sefahaman tu luar biasa kami dok sekali dalam satu dorm. Jadi Dato’ Speaker nak cerita tentang tu bukan nak ungkit bukan nak apa tapi orang yang nak cakap perjuangan tapi saya rasa aneh dan pelik kerana dia tak bagi apa pun sanggup ka dia nak korban harta jiwa dia untuk dapatkan sesuatu, dan alhamdulillah saya dapat Dato’ pun Tuanku bagi pengiktirafan dia bagi Dato’ untuk saya kerana piala Malaysia kali ke-3 Tuanku bagi Dato’ jadi alhamdulillah Piala FA tiga kali masuk akhir tiga kali bungkus tiga kali kalah. Saya berpuas hati kerana saya minat bola saya sanggup habis jiwa dan raga saya harta saya kerana bola sepak, itu saya buat jadi benda-benda tu lah saya nak bagi tau dalam dewan ini hanya sekadar perkongsian atas apa yang berlaku sebagai manusia kita tak dapat lari daripada detik-detik dan macam juga perkahwinan diantara PAS dan UMNO sekarang ni masa sekarang tengah segar bugar tengah fresh jadi sentuhan-sentuhan tu menimbulkan kenikmatan yang luar biasa seronoknya syok kan tetapi di masa depan who knows kita tak tau mungkin kerusi Pakatan Harapan dalam dewan ni ada empat boleh jadi sembilan dalam pilihanraya yang akan datang saya tak kata sebelum pilihanraya umum selepas pilihanraya umum yang akan datang, jadi sembilan pada PH kita tak tau apa yang berlaku. Tapi setakat ni UMNO dan PAS tu dia kahwin elok saja kita pun ikut merasai nikmat honeymoon yang mereka telah hadapi sekarang ini ada masa menentukannya tetapi di hadapan kita tak tau apa terjadi betul dak kawan-kawan no… betoi no. Mungkin 4 tu bertukar jadi 9, 10 atau 11, 12 atau 15 kosong mana kita tau.

Dato’ Pengerusi tak dak langsung, pandangan YB Tambun Tulang.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Saya terima pandangan tu tak pa langkah pertama…. Sanglang kalau dia kata kat saya tak pa saya bangkit dia gelabah dah orang ni dia tak dak dia kena ada kekuatan Sanglang, kalau kawan-kawan silap ni terima lah seadanya. Dato’ Speaker saya beralih tajuk ada lebih kurang tujuh, tiga belas minit. Dato’ Speaker, dunia ni kalau kita lihat daripada galaksi daripada atas dia kecil saja besar titik kalau kita titik di pen, tapi di tempat titik tu dia berlaku penuh kekacauan, penuh kemelut, penuh macam-macam apa yang berlaku di negara kita hari ini pun berlaku yang susah kita nak tafsirkan itulah yang bernama manusia. Sebab tu lah bila saya katakan tadi saya tanya Ustaz Dik Wan yang Guar Sanji ni dia orang agama tapi dia tak jawab soalan saya, saya tanya dia saya kagum Turki contoh dia kenapa Turki dulu bukan hebat sangat dari segi ekonomi dalam kesatuan Eropah malah pada suatu ketika orang menganggap Turki tu Kamal to a sick man in Europa orang yang sakit jiwa dia cuba nak campur agama sampai berlaku tapi sekarang ni Turki dari segi ketakwaan negaranya rakyatnya luar biasa kalau kita pi sembahyang subuh di masjid Turki kita kagum umat Islam anak muda di sana yang tampan kacak memandu kereta-kereta mewah Lamborghini, Porsche, Ferari pergi solat subuh kemudian duduk dalam masjid, saya kagum saya melihat sendiri peristiwa ini dan saya merasakan negara itu betul-betul mendapat kerahmatan lilla hiralamain tapi kita tak dapat benda tu. Solat subuh lebih ramai daripada solat Jemaah, itu hebatnya Turki penuh kereta orang bersesak-sesak nak pi solat subuh ini depa dapat kerahmatan menjadi sepuluh ekonomi terbaik dunia inilah negara yang mendapar kerahmatan, Brunei Darussalam negara yang mendapat kerahmatan, apabila agama ditegakkan sepenuhnya tapi di negara kita walaupun itu saya nak ucapkan tahniah kepada YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia yang menangani kemelut yang berlaku ini dengan begitu berhati-hati saya tahu Tun juga serba salah Tun memikirkan dia nak menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan perlu dapat sokongan kawan-kawan antaranya daripada rakan-rakan kita daripada DAP, jadi Tun bersama tapi Tun berani menyatakan semalam untuk nak tarik balik apa yang telah kita bagi sebagai bermastautin tetap pada Dr. Zakir Naik tidak mungkin berlaku Tun pertahankan cuma dalam keadaan sekarang dan hari ini saya bersyukur apabila Yang Berbahagia Ketua Polis Negara dia menyatakan dia akan tangkap semua tak kira orang politik pada siapa yang mengeluarkan segala risalah, segala perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara ini, bercakap secara terbuka komen secara terbuka akan ditangkap oleh Polis, saya tak ragu kerana YAB Tun pernah melaksanakan perkara ini dia masih pintar, masih bijak, masih wise dalam melaksanakan tindakan apa yang dia patut buat dalam menangani sesuatu perkara yang berlaku di dalam negara kita yang kita sayangi ini.

Dato’ Speaker, saya ingin menyentuh sedikit tentang apa yang berlaku penyalahgunaan pembunuhan karaktor sebenarnya ni kita dah lama merdeka kita lihat contohnya apa yang berlaku di Brazil, Brazil ni dia pelik sikit sebuah negara yang dijajah oleh dua kuasa iaitu Portugis dan Spanyol tapi rakyat Brazil memilih untuk menggunakan bahasa Portugis, dalam bahasa seharian mereka. Kenapa mereka tidak menggunakan bahasa Sepanyol kerana orang Sepanyol ni dia bukan setakat menjajah sapu segala harta benda yang ada di negara berkenaan dan juga bersikap tidak patut dicontohi, sebagai penjajah yang menjajah negara mereka, mereka memilih orang Portugis lebih lembut lebih apa ni mereka bercakap dalam bahasa Portugis sebab itu yang pernah berlaku. Kalau kita mahu dalam keadaan sekarang kita berpolitik kita politik, berpolitik dalam menyuburkan demokrasi, berpolitik dalam menyuburkan perjalanan undang-undang yang berlaku di negara kita, berpolitik betul sekarang tapi apa-apa yang berlaku di negara kita kadang-kadang kita perlukan sistem pendidikannya, sebab yang nak jadi macam adik-adik kita di tingkatan enam daripada Sekolah Tuanku Suleiman ini dah perlu diberikan benda-benda yang ilmiah dalam konteks pembelajaran kita yang begitu mencabar terutamanya dalam menepati 4.0 dan sebagainya dan benda ni dah tersedia dalam diri mereka sistem pelajaran harus lebih tegas dalam mempastikan kedudukan rakyat yang pelbagai kaum ini dijaga dengan baik sebab daripada awal kita dah mula dengan sistem kontrak sosial yang kita sendiri susah nak tafsirkan vernacular system, divide agro dan sebagainya ini timbul lah kawan-kawan mengkritik untuk mempertahankan bangsa kedudukan hak masing-masing. Kita tidak berniat untuk membuat sekolah satu aliran kita benarkan semua aliran tapi bolehkah sedikit ada toleransi diantara itu yang kita selitkan untuk menjadikan hubungan baik saya rasa Indera Kayangan bersetuju dengan saya, kita cuba tidur sebantal mimpi yang sama berkongsi mimpi yang sama kita cuba tidur sebantal mimpi demi kebaikan, kita cuba tidur sebantal mimpi untuk membawa kejayaan kita ni kita dok cakap sekarang sebagai pemimpin pada masa ini kita di bagi kuasa untuk pada masa ni oleh rakyat kepada kita dan kita akan delagasi kepada anak-anak kita kepada adik-adik kita di masa akan datang. Kalau di sini pun kita bersikap agak kalau kita menganuti parti politik tertentu kita dengan tegasnya kita membawa ideologi kita tanpa kita fikir jangka masa panjang, apa sepatutnya berlaku sebab tradisi kita di Malaysia selepas kita menghadapi pilihanraya umum kita menjadikan agenda politik tak berhenti-henti sepatutnya selepas keputusan diumumkan lepas tu lah segala-galanya terus buat kerja work hard for the country tapi tidak berlaku di negara kita berpolitik sepanjang masa, setahun lebih ni kita dok politik ni bukan habis lagi kita sambung dengan politik jadi tahap kematangan kepimpinan kita saya bukan mengkritik dimana tahap kematangan pimpinan politik yang ada di negara kita. Sebagai contoh terdekat Indonesia saya tau kalau bagi contoh Indonesia dia YB Simpang Empat tak boleh nak buat apa jadi itulah dia tengok saya, contoh di Indonesia sekarang ni selepas pertandingan pemilihan umum diantara Jokowi dan seterunys mereka sekarang close friend rapat balik duduk balik dan dalam lantikan menteri kabinet mereka sama-sama berbincang supaya selepas ini dihadapan tidak ada lagi gangguan-gangguan dalam melaksanakan atau merancang satu dasar melaksanakan satu dasar demi untuk negara mereka dan saya ingin mengatakan dalam sepuluh tahun lagi bila keadaan ini berlaku Indonesia menjadi lebih hebat daripada kita dan mereka akan menjadi giant sepertimana yang berlaku dalam zaman pemerintahan Presiden Suharto. Pimpinan itu menunjukkan jadi benda-benda inilah kita diberi kuasa berpolitik hanya setahun dekat-dekat pilihanraya mula lah balik tapi kita sepanjang tahun sepanjang masa kita berpolitik yang menyebabkan kita sebenarnya cuba meruntuhkan rezeki dan wawasan negara yang kita cuba hadapi.

Mohon laluan… saya setuju jugak dengan YB Tambun Tulang tentang berpolitik yang terlalu panjang lah lepas habis pilihanraya politik lagi tapi kadang-kadang dia jadi begitu sebab macam manifesto pilihanraya oleh pihak kerajaan sekarang ni tak ditunaikan sedangkan rakyat menuntut hak tu hak yang menyebabkan mereka menyokong kerajaan sebelum ni sampai ke hari ni tak selesai jadi dia nampak keadaan ni dia sentiasa berpolitik.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Sanglang ni dia menduga saya, sebenarnya benda-benda yang bintang dan bulan ni YB kadang-kadang dia ada kekangan dia hak mana kita boleh buat kita buat lah janji kita janji macam saya janji dengan isteri saya kita janji dengan isteri kata aku nak beli banglo kat hang hok besar punya tangga salut dengan emas tapi kita tak mampu nak buat, kalau buat pun abang terpaksa berhutang dengan banyak boleh dak kita laksanakan benda tu di luar kemampuan, tak boleh kita buat tapi yang membangkitkan perkara ni orang politik juga mempolitikan menjadi isu politik sepanjang masa sebab tu saya timbulkan isu ni, betoi tak betoi Sanglang.

Saya YB Dato’ Speaker, saya setuju memang kadang-kadang janji tu…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Yang cakap tu rakyat atau pimpinan? Saya nak dengar betoi-betoi bagi kat saya.

Rakyat pun cakap…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Di mana?

Di mana-mana.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Berapa orang yang terlibat YB?

Ramai…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Don’t blame jangan la YB…

PTPTN pun tak boleh…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Orang semua tahu YB kekalkan lafaz dengan PAS punya hal, UMNO UMNO punya hal… kadang-kadang mengambil isu-isu ini juga mendambakan isu-isu ini sebagai sebahagian daripada kepentingan politik, semua orang tahu YB jadi tak yah cakap yang saya cakap ni kegemaran kita mengamalkan mempraktikkan benda perkara ini di sepanjang masa lima tahun politik terus yang tu kita tak mau boleh kurangkan perkara ini demi kerana negara yang kita cintai. Ini jadi amalan kita walaupun orang dulu tak buat apa salahnya kita buat sekarang. What’s wrong years apa salah dengan kita adakah kita buat jadi will make the support will be weak for us dengan izin, kita akan dapat strong support tapi kalau kematangan ini kita teruskan jadi agenda kalau orang dulu tak buat orang sekarang buat teruskan perkara yang baik demi menyuburkan demokrasi di negara yang kita cintai ini, Sanglang. Ok kita tukar tajuk. Masa tinggal dua minit, saya tak mau mengingkari masa tentang masalah-masalah kawasan, terima kasih saya pada Baitulmal kerana tolong bina banyak rumah di kawasan saya dan rakan-rakan saya pun happy gembira terutamanya orang-orang muda mereka mendapat sebuah rumah tiga bilik yang pada mereka adalah sesuatu yang cukup selesa. Yang kedua saya masih lagi nak tanya YB Sham tentang benih padi sah dia dok pi mesyuarat tak berhenti di pusat, nak tanya kerana benda ni lama. YB Sham pun lama dok dalam BERNAS tu kita sama-sama anak petani pun saya rasa di Malaysia kerajaan bagi macam-macam tapi hasrat untuk kita nak kurangkan import tadi sapa kata kurangkan food import bill, bil makanan negara bukan makin kurang makin naik la ni, kalau dulu setakat kita berada dalam average rage 30 bilion. La bukan 30 bilion saya tengok, 46 ka 56 kalau tak silap saya makin naik kita mengimport makanan dari luar negara, apa nak jadi pada negara ni, negara pertanian dulu suatu masa, tapi kita masih ketinggalan jauh nak menandingi rakan-rakan kita daripada Thailand, Indonesia dan lain-lain. Adakah pensyarah-pensyarah kita yang terlibat dengan RND kurang baik? Profesor-profesor tak berapa bijak? Tidak. Indonesia bila Pak Anding menjadi Menteri Pertanian dia kata zero bawang… zero import bawang dia berjaya zero import jagung zero import, kenapa kita tak buat macam tu, kita berkokok, bercakap, mengkritik sesuatu tapi tidak dalam konstruktif yang kita pamerkan untuk kita mengatasi masalah ini. Ini lah Malaysia, kalau perubahan baru kita bok balik katakan saya pernah terlibat semasa jadi Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara rakyat luar daripada Perlis yang pertama selain orang Kelantan jadi Pengerusi saya seorang orang lain tak pernah jadi saya dok balik satu teknologi bernama Teknologi KORNO daripada Jepun, saya diminta membuat pembentangan selepas membuat kajian lebih daripada setahun setengah, dengan biaya jumlah yang agak besar diadakan Unit Perancang Ekonomi Negara ianya seorang profesor di Universiti saya dahulu merangkap pensyarah saya pun dia yang kritik benda ni tak boleh digunapakai dan sedangkan benda ni baik untuk meningkatkan pendapatan petani yang keluar daripada skim tanam tembakau dan tanam kenaf tu kita buat kerana itu untuk secure mereka punya kehidupan jadi kerana profesor ni terlampau pandai bekas profesor saya, saya pun nak kata apa bekas cikgu nak bercakap lebih pun ada dia pernah mengajar kita bagi kita ilmu, tapi dia sendiri kritik maka EPU tolak, dan akhirnya kenaf dia terkapai-kapai dimana mereka nak pergi selepas mereka tanam tembakau pendapatan dan mereka hebat tiap-tiap bulan mereka mempunyai kehidupan yang cukup bila mana tembakau diharamkan ditanam menunjukkan exit skim atau pun skim keluar maka tak buat ini yang berlaku di negara kita saya pun tak tau tak berapa faham saya apa yang kita inginkan. Kita merancang tapi bila benar-benar benda yang demi kebaikan tidak diteliti di tolak di tolak tak boleh ni tak boleh ni macam mana Dato’ Speaker, yang lain-lain kawasan saya sendirilah iaitu jalan Tambun Tulang, jalan Tambun Tulang ni jalan yang agak adventurous kalau kita lalu pukul dua pukul tiga pagi mungkin Chuping boleh bawa kereta sendiri jangan suami dia bawa jalan tu gerun sikit pokok jati kiri kanan dan banyak orang jatuh sungai dan banyak juga orang bawa motor tak dak lampu dan sebagainya sering berlaku kemalangan. Saya minta pihak JKR tolong lah bagi banyak tanda dan banyakkan lampu sikit sebab jalan yang bahaya ni bukan jalan Mata Ayer jalan Mata Ayer macam highway tu, banyak sangat lampu terima kasih banyak-banyak tapi jalan Tambun Tulang ni patut banyak lampu saya minta sangat-sangat lah kerana banyak kemalangan jiwa berlaku orang jatuh sungai ni masalahnya jatuh sungai, siang esok baru orang nak tau berlaku di dalam durasi tengah-tengah malam ni sapa pun tak tau akhirnya kita jumpa jenazah saja esok pada keesokan pagi jadi minta Kayang di JKR na minta tolong tengok lah bagi banyak tanda sekarang dah ada banyak tanda tapi belum mencukupi kalau saya belum mencukupi cari cara jalan untuk kita buat sesuatu yang terbaik demi mengurangkan kadar kemalangan yang berlaku, terima kasih Dato’ Speaker saya menghormati kekangan masa dengan rendah diri saya menjunjung kasih titah ucapan Tuanku dalam merasmikan dewan kemarin. Wabila hitaufik wal hidayah wassalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB Tambun Tulang juga terima kasih kepada semua yang telah pun membahas dengan baik. Dewan ditangguhkan dan akan bersambung semula pada hari esok, Khamis 22 Ogos 2019, jam 9.00 pagi. Sekian. assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih.

(Persidangan ditangguhkan pada jam 2.00 petang)