Perlis · 11 December 2019

14th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · 121 turns · 25,476 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang .

Doa

Setiausaha Dewan

Doa.

(Bacaan doa oleh Setiausaha Dewan)

Pemasyhuran daripada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis

Setiausaha Dewan

Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.

Speaker

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi. Disini saya ingin menerangkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian tentang aturan perjalanan mesyuarat dewan kita pada hari ini. Selepas ini mesyuarat Dewan akan diteruskan dengan sesi soal jawab lisan berdasarkan turutan soalan seperti di dalam kertas perintah mesyuarat dewan. Saya akan cuba untuk memperuntukan tempoh masa supaya semua soalan dapat dijawab tetapi sekiranya ada yang tidak sempat dijawab secara lisan jawapannya akan dikemukakan kemudian secara bertulis oleh pihak kerajaan. Setelah itu dewan akan berehat sebentar dan apabila disambung semula, Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2020 dan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2020 yang kedua-duanya membentuk Anggaran Bajet Negeri Perlis Tahun 2020 akan dibuka untuk perbahasan secara dasar. Seperti yang telah saya nyatakan kelmarin saya akan memberikan tempoh masa kira-kira 25 minit setiap seorang daripada... setiap seorang kepada Ahli Yang Berhormat dikalangan bukan kerajaan untuk membahas. Saya harap masa tersebut dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk Yang Berhormat sekalian membahaskan bajet dan mengutarakan permasalahan di kawasan masing-masing. Setelah itu dewan akan ditangguhkan dan akan disambung semula pada pagi esok untuk maklumbalas dan pergulungan oleh pihak kerajaan serta bagi menyelesaikan baiki urusan dewan yang telah disenaraikan. Selamat bersidang, sekian terima kasih.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Soalan-soalan lisan.

Speaker

Soalan-soalan lisan, dipersilakan Yang Berhormat Sena.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. YB Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor satu (1).

(Soalan 1 : Apakah pelan tindakan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah air di Perlis yang sudah berlarutan sejak sekian lama terutama melibatkan aduan yang diterima tentang tekanan air rendah di Taman Ira dan Taman Gasing, kualiti air yang teruk di Taman Seri Pulai dan Taman Ira serta masalah air di Batu Bertangkup, Belukar Lenga, Kubang Tiga dan Kg. Padang Asam? Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk membina tangki air sebagai penyelesaian terutama yang melibatkan isu tekanan air rendah di Taman Ira dan Taman Gasing? )

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkenaan dengan pelan tindakan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah air di Perlis ni telah saya jawab beberapa kali dalam sidang-sidang sebelum ini dan juga turut disentuh oleh YAB Bintong kelmarin di dalam ucapan bajet yang mana berkenaan dengan program pengurangan air tidak berhasil NRW berkenaan dengan mitigasi jangka pendek, mitigasi bekalan air jangka sederhana, projek-projek naik taraf bekalan air di Desa Permai, projek bekalan air luar bandar dan juga projek naik taraf sistem bekalan air di Felda juga telah disentuh di dalam ucapan bajet oleh YAB Bintong kelmarin tentang pelan dan juga tindakan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah air di Negeri Perlis. Bagi aduan-aduan yang diterima tentang tekanan air rendah di Taman Ira dan juga Taman Gasing pihak Syarikat Air Perlis (SAP) mengambil maklum tentang aduan-aduan yang diterima ini berkenaan dengan isu-isu kualiti air dan juga tekanan air perlahan. Dan diantara jangka pendek yang telah diambil adalah kita ada dua, satu jangka pendek dan satu lagi jangka… masa panjang.

Bagi untuk jangka masa pendek ni, bagi menyelesaikan isu kualiti air, pihak SAP akan menjalankan kerja-kerja pencucian paip agihan atau scouring di kawasan yang terlibat dengan segera berdasarkan aduan yang diterima, dan bagi pengguna-pengguna yang memasang filter di rumah masing-masing perlulah membuat cucian filter secara berkala bagi mengelakkan kotoran yang terkumpul masuk kembali ke dalam saluran paip di dalam rumah masing-masing. Dan bagi menyelesaikan masalah tekanan air perlahan ini, pihak SAP juga akan menjalankan kerja-kerja pembaikan dengan segera jika ianya melibatkan kebocoran paip, ferrule tersumbat dan kerosakan pam. Dan seterusnya akan menukar paip air komunikasi lama jenis GI, Galvanised Iron, dengan izin, kepada paip High-Density Polyethylene ataupun HDPE mengikut peruntukan yang ada, dan pengguna yang menghadapi masalah perlu menukar paip dalaman dalam rumah daripada GI, Galvanised Iron kepada paip HDPE ini. Antara pelan ataupun program jangka masa panjang yang akan dilaksanakan bagi menangani isu kualiti air ini, pihak SAP telahpun juga membentuk satu pasukan untuk membuat kerja-kerja scouring secara berkala dan berjadual. Dan bagi menangani masalah tekanan air perlahan pula, perancangan penukaran paip air retikulasi dan juga paip air komunikasi bagi keseluruhan taman juga dalam perancangan kita tetapi ianya akan mengambil sedikit masa kerana ianya mengambil kos yang agak tinggi. Dan peruntukan yang telah diluluskan oleh pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pada tahun 2018 untuk sistem bekalan air berpusat di Batu Bertangkup. Projek ini sedang ditender semula pada tahun 2019 ini.

Berkenaan masalah tekanan air perlahan di Taman Ira dan juga Taman Gasing, keadaan perumahan ataupun agak rumit untuk kita membuat pembaikan ataupun untuk kita siasat tentang kebocoran ini kerana saluran paip air yang dipasang di taman ini dipasang di laluan belakang rumah dan ada berlaku sedikit kesukaran untuk kita nak mengenal pasti tempat-tempat yang berlaku kebocoran itu kerana kebanyakan pemilik-pemilik rumah ini dah melakukan apa ni… ubahsuai rumah sama ada apa ni… membuat extension rumah ataupun menanam pokok-pokok di belakang jalan rumah tersebut. Proses penggantian paip baru ke hadapan premis, jadi kita memandangkan masalah untuk kita nak memperbaiki paip yang rosak ataupun bocor ini di belakang rumah ni, pihak SAP juga mencadangkan untuk memindah alihkan paip-paip ke laluan hadapan. Tetapi ini agak sukar juga kerana pemilik ataupun rumah-rumah berkaitan juga dia perlu membuat pengubahsuaian paip dalam rumah kerana paip yang asal itu berada di belakang. Bagi cadangan pembinaan tangki air di kawasan taman ini, ia bukanlah merupakan satu penyelesaian utama bagi masalah tekanan air ini kerana masalah tekanan air yang berlaku ini bukan disebabkan oleh kuantiti air tetapi disebabkan oleh kebocoran dan kita juga apa ni… menyiasat di kawasan-kawasan sekitar kawasan taman tersebut tekanan airnya adalah stabil dan aduan tekanan rendah amat jarang diterimalah untuk kawasan sekitar taman itu. Jadi penyelesaian utamanya adalah penukaran paip-paip di taman-taman tersebut yang telah uzur. Terima kasih.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan, terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kayang, saya nak tanya Taman Gasing ni jiran dekat rumah saya. Tapi taman saya tu tekanan tinggi, ok, mungkin adakah saluran pembahagian air itu berbeza diantara Taman Medik Indah dan Taman Gasing, yang kedua berapakah kos yang setakat hari ini saya dah pun dah lama tinggal dalam industri ini, kos penghasilan air berdasarkan kepada meter padu setiap meter padu berapakah kos yang diperlukan kita nak tengok perbandingan perjalanan operasi di Syarikat Air Perlis. Terima kasih.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Berkenaan dengan sistem paip samada paip agihan kepada Taman Gasing ataupun taman di sebelah tu berlainan saya tak pasti dan mungkin juga disebabkan pengasingan paip tu lah menyebabkan tekanan air berbeza-beza diantara Taman Gasing dan juga taman yang disebelahnya. Berkaitan dengan kos operasi pada masa kini kos operasi untuk...

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Yang Berhormat, nak tanya sikit... ada unsur-unsur diskriminasi tak taman rumah yang mahal sikit dia jaga elok-elok dia rumah murah ni dia tak berapa nak jaga, adakah benda ni berlaku? Kalau takda alhamdulillah lah, nak tanya.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Takda, takda YB. Takda unsur-unsur diskriminasi dan tidak ada soal pilih kasih taman RPA, Taman Perumahan Awam, Taman Kos Rendan ataupun taman-taman yang melibatkan apa ni... kos yang tinggi. Takda diskriminasi kerana hak untuk mendapatkan perkhidmatan air ini adalah hak rakyat secara keseluruhannya. Berbalik kepada soalan Yang Berhormat tadi tentang kos, pada masa ini kos untuk treatment bagi 1000 liter ataupun 1 meter kiub adalah sekitar 70 sen dan kos tarif kita pada masa kini di Perlis untuk 1 meter kiub ataupun 1000 liter adalah 40 sen. Sekian.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih YB Dato’ Speaker, selamat pagi dan selamat sejahtera, soalan saya nombor dua (2).

(Soalan 2 : Mengapakah penggunaan polisterin masih tidak dilarang dan dilupuskan di Negeri Perlis? )

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Selamat pagi dan salam sejahtera Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk berkenaan dengan soalan Indera Kayangan, walaupun buat masa sekarang masih belum ada dasar rasmi berkenaan larangan penggunaan polisterin di Negeri Perlis tetapi keadaan negeri memang memandang berat serius, memandang serius dalam menangani isu pencemaran plastik sekali guna. Di pihak Kerajaan negeri telah mengambil langkah dan usaha awal untuk mengurangkan penggunaan polisterin sejak daripada tahun 2016 lagi dengan menggalakkan penggunaan brown paper, dengan izin, sebagai pembungkus makanan yang lebih mesra alam dan mengambil insentif mempromosi program tanpa polisterin sepertimana hari tanpa beg plastik dan tidak menggunakan polisterin dengan melaksanakan kempen menghidari penggunaan di organisasi masing-masing semasa mesyuarat, program dan majlis rasmi amnya. Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri telah mengambil perhatian akan pelan hala tuju Malaysia ke arah sifar penggunaan plastik sekali guna 2018 hingga 2030 yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) sebagai satu panduan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 18 September 2019 telah menimbang dan bersetuju dengan perlaksanaan garis panduan program hari Sabtu tanpa beg plastik di Negeri Perlis. Dalam konteks ini, Kerajaan Negeri akan melaksanakannya secara kempen berperingkat terlebih dahulu ke atas beg plastik, straw plastik sekali guna yang dikeluarkan oleh premis-premis perniagaan yang tertentu untuk memberi kesedaran kepada rakyat Perlis sebelum sesuatu undang-undang yang jelas dikuatkuasakan oleh pihak Majlis Perbandaran Kangar dibuat untuk melarang menggunakan plastik sekali guna secara sepenuhnya, terima kasih.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak satu jawapan sahaja. Soalan saya kenapa polisterin tidak dihapuskan, saya tak tanya tentang recycle plastik guna sekali. Saya nak tahu jawapan kenapa polisterin tidak dihapuskan, itu sahaja, terima kasih.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Terima kasih YB Indera Kayangan. Dari sudut kesihatan penggunaan polisterin digunakan dengan cara yang betul tidak akan mendatangkan apa-apa kesan buruk kepada kesihatan. Di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tidak ada peruntukan spesifik mengenai pengharaman penggunaan bekas polisterin dan juga ini ada sedikit maklumat kepada YB Indera Kayangan yang di seluruh Malaysia pun ada 6 negeri yang belum melaksanakan larangan penggunaan polisterin yang termasuk di Perlis, Kedah, Johor, Negeri Sembilan dengan Terengganu dan satu lagi Perak yang telah melaksanakan tetapi ditangguhkan pada tahun 2017 sebab Kerajaan Negeri Perlis menangguhkan larangan penggunaan plastik dan polisterin negeri sehingga satu kajian menyeluruh berkenaan penggunaan bahan-bahan itu diselesaikan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Soalan tambahan satu lagi ya Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya nak tanya tentang ini bukan kerana polisterin itu dia membawa dia memudaratkan kesihatan atau tidak tetapi dia membawa kesan yang buruk kepada alam sekitar. Alam sekitar bukan isu di Negeri Perlis sahaja, dia isu global dan saya tak kira lain-lain negeri dia haramkan atau tidak haramkan gunakan polisterin tetapi di Negeri Perlis saya nak tahu kenapa tidak haramkan sedangkan kita ada alternatif yang boleh digunakan untuk menggantikan polisterin, terima kasih.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Seperti tadi yang kita sebutkan memang kerajaan negeri memandang berat atas penggunaan polisterin tetapi sekaligus untuk nak menggantikan unsur-unsur ini, kita masukkan dalam satu konteks iaitu penggunaan tanpa apa… program pada hari Sabtu tanpa beg plastik dengan juga termasuk dengan polisterin. Itu usaha kerajaan negeri ke hadapan.

Speaker

Di persilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Assalamualaikum dan selamat pagi. Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor tiga (3).

(Soalan 3 : Berapakah jumlah bantuan kewangan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan (contohnya NADMA dan lain-lain) untuk membantu mangsa-mangsa ribut yang melanda Negeri Perlis pada bulan Julai yang lepas dan adakah Kerajaan Negeri memaklumkan kepada penerima-penerima bantuan kewangan bahawasanya bantuan kewangan tersebut diberikan oleh Kerajaan Persekutuan? )

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Jumlah bantuan kewangan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan ataupun lebih dikenali sebagai NADMA bagi membantu mangsa-mangsa ribut yang melanda Negeri Perlis pada bulan Julai yang lalu adalah sebanyak RM1.4 juta dengan pecahan seperti berikut. Yang pertama Bantuan Pembaikan Rumah Kediaman yang berjumlah RM 1,167,000.00. Yang kedua, Peruntukan Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM233,500.00. Oleh yang demikian, jumlah adalah sebanyak RM1,400,500.00. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM98,300 bagi menampung sebahagian daripada bayaran bantuan wang ihsan yang diberikan dan juga sebanyak RM72,900 bagi bantuan makanan asas. Majlis penyerahan bantuan mangsa-mangsa ribut yang terlibat telah diadakan pada 13 Ogos 2019 dan 6 September 2019. Pemakluman kepada penerima-penerima bantuan mengenai sumber peruntukan bantuan termasuk peruntukan daripada NADMA telah dinyatakan oleh YAB Menteri Besar semasa ucapan beliau di majlis tersebut dan turut dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pengacara majlis. Selain daripada itu, kita lihat daripada pecahan bantuan diantara NADMA dan kerajaan negeri seperti berikut. Bantuan Wang Ihsan, bilangan penerima 1,106 orang, jumlah perbelanjaan sebanyak RM98,300.00 adalh sumber daripada Kerajaan Negeri. Yang kedua, RM233,500.00 daripada NADMA. Bantuan Makanan Asasi sebanyak RM72,900.00 adalah daripada Kerajaan Negeri. Untuk Bantuan Baikpulih Rumah dengan nilai kerosakan di dalam lingkungan RM101.00 sehingga RM3,000.00 adalah melalui peruntukan daripada NADMA yang berjumlah RM500,870.00 yang melibatkan 934 buah rumah.

Perbelanjaaan peruntukan NADMA adalah berdasarkan kepada bancian dan siasatan lapangan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Bahagian Pentadbiran Daerah. Bayaran bantuan kepada mangsa ribut disalurkan berdasarkan kepada laporan dan anggaran kerosakan yang telah dibuat. Justeru, peruntukan yang diberikan oleh NADMA masih mempunyai baki memandangkan penyaluran bukanlah secara one-off tetapi mengikut kepada nilai kerosakan. Baki peruntukan NADMA sebanyak RM665,130.00 telah dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Bencana dan akan digunakan apabila berlakunya bencana pada masa akan datang. Selain daripada itu, Yang Berhormat Dato’ Speaker, pihak MAIPs juga telah memberikan bantuan bencana sebanyak RM767,741.00 kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana rebut. Bantuan ini diagihkan untuk membantu meringankan beban dan membaik pulih kerosakan yang berlaku akibat bencana ribut. Pihak MAIPs bekerjasama dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam melaksanakan lawatan dan tinjauan ke rumah mangsa kira-kira lebih kurang 1,200 mangsa yang terlibat. Selain daripada itu, pihak MAIPs juga dapat kerjasama dari agensi pengurusan bencana negara iaitu NADMA, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta sukarelawan yang tampil membantu dan menghulurkan bantuan bagi membantu mangsa bencana, sekian.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Soalan tambahan Dato’ Speaker, terima kasih YB Beseri di atas penjelasan berkenaan angka-angka kedudukan yang diberikan oleh NADMA. Di sini saya tengok ada apa nama ni… lebihan kewangan daripada nilai yang diperuntukan oleh NADMA. Soalan saya kenapa ada lebihan ini adakah semasa laporan yang dihantar kepada NADMA berkenaan mangsa-mangsa ribut disini adakah laporan itu tidak tepat menyebabkan ada lebihan dan NADMA menyalurkan wang dengan kadar lebihan, terima kasih Dato’ Speaker.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Terima kasih YB Kuala Perlis, sebenarnya macam tadi apa yang saya telah bagi tahu kepada Dewan kita juga mendapat peruntukan daripada NADMA, Kerajaan Negeri dan pihak MAIPs, jadi sama-sama membantu untuk membaiki rumah-rumah yang kena bencana jadi contoh yang boleh saya bagi tahu mana yang masuk dulu, kadang-kadang pihak Kerajaan Negeri akan masuk dulu dan akan buat dulu, selepas kita mendapat laporan rumah-rumah yang mengalami kerosakan kita cuba baiki dulu dan ketika itulah NADMA akan masuk jadi rumah dah telah dibaiki jadi lebihan itulah yang disimpan di akaun amanah, sekian.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera soalan saya soalan nombor empat (4).

(Soalan 4 : Apakah perancangan dan usaha-usaha yang telah dan akan dilakukan kerajaan bagi memantapkan lagi bidang pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering) dan Matematik (STEM) di negeri Perlis? )

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Guar Sanji, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis telah menjalankan pelbagai program dan usaha ke arah meningkatkan kualiti pencapaian pendidikan di negeri Perlis dalam bidang STEM. Antara program dan aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut. Di peringkat sekolah, Karnival STEM 2019 yang mana antaranya ialah Karnival Syoknya STEM & Inovasi Peringkat Kebangsaan yang telahpun di... sekolah yang telah melibatkan diri iailah SK Jejawi. Karnival STEM Peringkat Negeri Perlis yang telah melibatkan diri ialah SK Kampong Salang dan Karnival STEM dan Inovasi Peringkat Negeri Perlis. Dan diantara tujuan... diantara program-program yang turut melibatkan tenaga pengajar yang mana bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme guru-guru dalam bidang STEM ini telah pun diadakan Bengkel Inquiry Based Science Education (IBSE) dan Seminar Amalan Terbaik Inkuiri Saintifik Peringkat Negeri Perlis, Bengkel Inquiry Based Mathematic Education (IBME), Bengkel Pemantapan Profesionalisme Guru Asas Sains Komputer dan Guru Sains Komputer Dalam Bahasa Pengaturcaraan, Bengkel Inovasi untuk Guru-Guru, Bengkel ICT, Bengkel Pengupayaan Guru dalam Google Classroom untuk Guru-Guru Negeri Perlis, Bengkel Peningkatan Profesionalisme Guru Sains Tulen, Bengkel The Incredible Ways With IR 4.0, Bengkel Jom Mereka Bentuk Pengkalan Data dan Bengkel Young Innovator bagi guru dan murid-murid negeri Perlis.

Jabatan Pendidikan Negeri Perlis juga telah mewujudkan kerjasama dengan pelbagai agensi berkaitan yang bertujuan untuk mendapatkan kepakaran dan khidmat nasihat berkaitan dengan STEM. Antara agensi yang terlibat adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Bankhuan School Thailand dan Sekolah Tanjung Gabus, Satun, Thailand dan juga Yayasan Hasanah, Kuala Lumpur. Jabatan Pendidikan Negeri Perlis juga menggalakkan sekolah-sekolah di negeri Perlis untuk menyertai pertandingan-pertandingan bidang STEM di pelbagai peringkat, antaranya di peringkat kebangsaan iaitu Karnival STEM Kebangsaan 2019, Pertandingan Roket Air 2019, National Robotic Competition 2019, Inovasi Teknologi Hijau dan juga Pertandingan Inovasi Sains dan Kejuruteraan Kebangsaan. Dan juga di peringkat antarabangsa, 1’st International Lego Education Robotic Bowling Competition di Langkawi, Kedah dan juga International RC Jet Competition juga di Langkawi, Kedah.

Bagi tahun 2020 tahun depan, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis telah merancang beberapa aktiviti dan program berkaitan STEM. Antaranya mengadakan Karnival STEM peringkat antarabangsa, memperluaskan STEMEC (STEM Executive Consultation) kepada semua sekolah di Negeri Perlis di mana Jabatan Pendidikan Negeri Perlis akan bekerjasama dengan Institut Aminuddin Baki (IAB). Juga akan mengadakan Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Kemahiran Inkuiri Saintifik STEM Peringkat Negeri Perlis dan akan mengadakan Bengkel Peningkatan Profesionalisme Guru dengan fokus kepada pendidikan ke arah IR4.0. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Dato’ Speaker, ke Batu Pahat memetik bunga, soalan saya nombor lima (5).

(Soalan 5 : Apakah usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah benih padi di negeri Perlis? )

(Dijawab bersekali dengan soalan no. 9) (Soalan 9 : Apakah tindakan Kerajaan Negeri berhubung masalah pembekalan padi benih sah berharga subsidi yang sering berlaku kepada petani di negeri ini?)

(Dijawab bersekali dengan soalan no. 10) (Soalan 10 : Apakah usaha-usaha bersepadu yang dibuat bagi menjadikan Negeri Perlis sebagai hab pengeluaran padi benih utama?)

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Tambun Tulang dan saya mohon izin untuk menjawab soalan nombor sembilan daripada Yang Berhormat Guar sanji serta soalan nombor sepuluh Yang Berhormat tambun Tulang. Bagi mengatasi masalah pembekalan padi benih sah berharga subsidi yang sering berlaku kepada petani di Negeri Perlis, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah mengambil inisiatif-inisiatif seperti berikut. Menyelaraskan keperluan bekalan benih bersama agensi melalui mekanisme Mesyuarat Jawatankuasa Padi Negeri. Ketua-ketua unit padi disyorkan untuk membuat tempahan melalui PPK supaya PPK dapat membuat tempahan terus kepada pengilang lebih awal. PPK juga disyorkan untuk membuat tempahan 1 musim awal. Permohonan bekalan benih agihan kuota kedua dan ketiga kepada pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani khususnya untuk petani-petani di Negeri Perlis. Mengemaskini perancangan yang lebih teliti terhadap keperluan benih bagi setiap musim penanaman melalui mekanisma mesyuarat pra-musim.

Pihak kerajaan juga akan memperkemaskan kaedah pembekalan benih bagi menangani isu benih padi di masa hadapan dengan mengemaskini perancangan yang lebih teliti terhadap keperluan benih bagi setiap musim penanaman melalui mekanisme Mesyuarat Jawatankuasa Padi Peringkat Negeri. Di antara langkah-langkahnya, mengkaji semula sistem pembekalan benih berdasarkan kuota pembekal dengan memperkenalkan sistem pembekalan baharu yang lebih baik termasuk pembekalan secara terbuka, memastikan syarikat yang diberikan konsesi sentiasa dipantau untuk memastikan kuota diberikan kepada mereka bersesuaian dengan saiz sawah yang dimiliki. Di antara elemen-elemen penting yang perlu diambil kira untuk menjadi pengeluar benih yang sah adalah seperti berikut. Memiliki tapak semaian dan ladang benih, sumber benih yang diperakui, melepasi pemeriksaan ladang, loji pemprosesan benih, ujian kualiti biji benih, pemeriksaan stor dan stok, memiliki label perakuan kualiti. Kesemua elemen yang dinyatakan adalah adalah pemantauan Jabatan Pertanian. Pengeluar benih juga perlu memiliki infrastruktur berupa mesin dan peralatan yang lengkap bagi membolehkan proses pengeluaran benih dijalankan. Justeru itu, sebagai usaha bagi menjadikan Perlis sebagai hab pengeluaran benih, Jabatan Pertanian telah mengadakan kempen, latihan dan memberi bimbingan kepada petani dalam menjadikan sawah padi mereka sebagai ladang pengeluaran benih dengan menepati piawaian yang lebih tepat oleh Jabatan Pertanian. Sebanyak 3 Projek Sawah Gemilang yang telah diwujudkan bagi menjadi… diwujudkan di bawah Jabatan Pertanian merupakan potensi untuk dimajukan sebagai ladang benih.

Walau bagaimanapun, pada masa ini tidak ada pengeluar benih padi di Perlis. Peranan di Perlis hanya sebagai pembekal padi mentah sahaja. Ladang benih yang terdapat di Perlis hanya berkeluasan sebanyak 143.35 hektar iaitu lebih kurang 880 metik tan padi mentah dari ladang di Perlis dibandingkan dengan keperluan benih di Perlis sebanyak 2,800 metrik tan. Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perlis juga telah mengenalpasti beberapa kawasan terdiri daripada mini estet padi dan projek sawah gemilang PPK untuk dijadikan kawasan yang dimajukan sebagai Ladang Benih Padi di Negeri Perlis. Kolaborasi di antara LPP Negeri Perlis, Pertubuhan Peladang Negeri, Pertubuhan Peladang Kawasan dan para pengeluar benih sah akan dapat menyokong keperluan padi benih dan menstabilkan harga padi benih di Negeri Perlis. Setiap PPK akan menyenaraikan kawasan, luas kawasan, bilangan petani dan maklumat serta kemudahan infrastruktur yang sedia ada untuk dinilai potensi untuk dijadikan ladang benih. Sekian.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan tambahan Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Empat yang telah memberi penjelasan berkaitan dengan usaha yang telah diambil oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah padi benih di Negeri Perlis ini. Kalau kita lihat pada pagi ini, soalan ini dijawab oleh Yang Berhormat soalan saya soalan Yang Berhormat Tambun Tulang menunjukkan bahawa membawa isu padi benih ini merupakan isu yang sangat penting dan kritikal disaat ini. Kalau kita lihat apa yang disebutkan oleh YB Simpang Empat, berkaitan dengan tindakan dan usaha yang dibuat diantaranya menyelaraskan tempahan padi benih melalui PPK dan PPN dan sebagainya ini mengemaskini data-data perbekalan padi benih tetapi mengapakah benda ini berlarutan sehingga kini? Isu diluar sana kalau kita lihat pesawah-pesawah ini mengalami isu ini dah hampir empat tahun. Kalau salah tolong perbetul. Empat tahun mengalami isu perbekalan padi benih ini. Yang ketara bila mana pimpinan beralih tampuk pemerintahan kerajaan PH memerintah, padi langsung tak cukup. Kalau macam tadi Yang Berhormat Simpang Empat kata mengemaskini, mengutip data, apa nama tempahan padi dan sebagainya makna takdak apa-apa kejayaan disebalik kajian usaha yang telah dibuat oleh kerajaan. Sebab itulah kita melihat, Kerajaan Negeri hari ini perlu membuat satu perubahan mewujudkan kilang sendiri lah sebab kita pun bukan negeri yang calang-calang mengeluarkan padi, sebab kita antara negeri yang jelapang padi. Apa salahnya ke depan, Kerajaan Negeri dengan agensi ataupun syarikat perseorangan berusaha untuk mengeluarkan padi benih. Pasal isu ini berlarutan, takkan kita nak tengok saja. Sebagai kerajaan kita kena ada tanggungjawab untuk menyelesai sebab bila padi benih sampai lewat, jadual yang dikeluarkan oleh MADA takda fungsi. Hari ni timbul masalah air. Jadi saya harap kerajaan bukan sahaja membaca apa yang disebut di dalam dewan ini berulang kali tapi mengambil tindakan yang lebih efektif pada masa akan datang, sekian.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Soalan dia?

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan dia…

Speaker

Takda soalan kot…

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Takda soalan lah. Tapi nak habaq benda ni penting. Ha, silakan.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan kedua.

Speaker

Dipersilakan Tambun Tulang.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Saya ada soalan Dato’ Speaker. Saya bersetuju dengan adinda saya Guar Sanji. Apa yang dik Wan bangkitkan itu adalah benar. Tiap-tiap kali kita menyusahkan petani. Yang Berhormat pun dalam industri ni dah lama, dah lama sangat kita dalam industri ni tapi setiap kali kita sampai… kita menghendaki tiap-tiap kali selepas musim tuaian kita mahu yield yang baik, yield yang tinggi, tapi petani kita ni tidak dapat ikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak MADA kerana masalah kelewatan bekalan dan sebagainya. Dan

Yang Berhormat, kita hanya mengeluarkan raw padi mentah untuk orang lain dibuat beras dan sebagainya tapi padi benih, sampai sekarang dah bertukar kerajaan dah, mula-mula dulu Pakatan Harapan pun janjinya nak tukar nak hapus sistem monopoli, tapi tak hapus lagi sampai sekarang, setahun sembilan bulan dah, dia kena hapus tu. Yang tu antara manifesto yang kerajaan Pakatan Harapan buat, dia kena hapus. Kalau hapus semua monopoli ni dia akan balik kepada…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Yang Berhormat tolong ringkas sedikit.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Takpa nanti saya akan bangkit dalam perbahasan saya, saya akur Dato’ Speaker. Soalan saya, sejauh mana Yang Berhormat dalam setiap meeting yang dibuat di Kuala Lumpur dengan Menteri Pertanian yang amat romantis tu mengetengahkan perkara ini yang perkara yang supaya dia datang tengok sendiri lah sebab dia background dalam… dalam human resource bukan dalam agrikultur walaupun dari universiti yang sama dengan saya. Dia tak tau, tak memahami masalah-masalah dasar yang dialami oleh petani di negeri yang kita cintai ini.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Setakat yang saya selepas Pakatan Harapan ni saya panggil meeting setahun sekali dan saya ada buat permohonan untuk bina loji benih. Cuma pemahaman daripada KSU dia jawab kat saya dia kata kilang ada 8 biji di Perlis.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

KSU kena kena masuk peti ais lah…

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Sebab tu dia tak faham, saya minta loji benih, dia jawab kat saya dalam mesyuarat tu, ada minit pun kat saya, dia kata ada 8 biji kilang di Perlis. Dari pihak…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Yang Berhormat, Yang Berhormat, boleh atau tidak Yang Berhormat ambil inisiatif sendiri? Yang Berhormat masih ada linkages, rangkaian dengan apa… pengeluar-pengeluar padi beras yang besar di Malaysia ni. Cuba panggil depa bincang, honest dengan ikhlasnya hasrat Kerajaan Negeri nak bangunkan satu loji gabung depa dalam satu share dan digabung dengan PPK, LPP dan sebagainya tak kira so ever yang berlaku, undang depa datang ke Perlis bagi tapak percuma. Buat satu loji yang lengkap, sekali saja, complete dengan colour sorter-nya, complete semua. That sekali kita buat pelaburan dan kita dapat hasil untuk jangka panjang. Tak boleh ka Yang Berhormat buat sekali? Tak yah dok kira sangat berharap pada Kerajaan sangat. Cuba ada private inisiatif sendiri untuk cuba mengatasi kemelut yang… yang agak menjadi menghantui petani di negeri ini.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Kita terpaksa menggunakan Kementerian sebab lesen untuk memproses dikeluarkan oleh pihak Kementerian dan saya dah beberapa kali dah dalam sekarang pun kita dah bincang dah dengan agensi kerajaan di Perlis terutamanya LPP PPK ni dan juga ketua-ketua bahagian pertanian ni kita akan cuba… apa… untuk jadikan ladang benih. Cuma proses kita sekarang benih yang kita keluar untuk di Perlis baru satu 143 hektar sahaja, yang saya habaq tadi lebih kurang lapan ratus lapan puluh (880) tan, sekarang kita dok giat untuk tambah ladang benih untuk mencapai keperluan kita satu musim dua ribu lapan ratus (2,800) metrik tan iaitu lebih kurang dua ratus lapan puluh ribu (280,000) kampit satu semusim. Sekarang dalam proses kita insyaAllah, saya ingat dalam masa tahun 2020 akan jadi kot, kalau tak jadi pun di loji baru kita… saya akan cuba bincang minta di kilang-kilang yang ada di Perlis ini untuk di wujudkan loji, sekian.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Sikit saja…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

YB SS, YAB pun ada…

Speaker

Yang Berhormat, saya ingat kita sambung soalan…

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Sikit… sikit saja…

Speaker

…masuk dalam perbahasan, ada dua puluh lima minit sahaja.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Sikit… sikit saja Dato’ Speaker… sikit saja. Nak tanya sikit Yang Berhormat Simpang Empat, tak mau minta tolong kami ka? kami boleh tolong. Kita sama-sama kita nak…

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Sebelum habis tanya pun saya nak jawab lah sebab setakat la saya perjumpaan dengan MADA pun saya… tuan-tuan tak habaq kat saya pun, pi senyap ja.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Kami pun tak tau kadang-kadang tu.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Sena untuk soalan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor enam (6).

(Soalan 6 : Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mencari tanaman kedua dan ketiga sebagai alternatif kepada tanaman Harumanis yang kini menjadi tumpuan ramai penduduk Perlis dan utara Kedah yang dijangka suatu hari nanti penawaran akan melebihi permintaan justeru terdapat keperluan untuk mencari alternatif tanaman unik (hanya sesuai di Perlis) yang lain seperti buah tin, kurma dan tebu (seperti di Chuping dahulu) untuk meningkatkan taraf ekonomi negeri dan rakyat Perlis di mana sasaran daripada projek tanaman tersebut boleh dijadikan bahan mentah dan kemudiannya diproses sehingga ke tahap mewujudkan industri hiliran?)

Speaker

Jawapan Yang Berhormat.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih Yang Berhormat...

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Umur muda lagi... baik-baik….

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Dia terlupa la tu. Terima kasih Yang Berhormat Sena. Selain daripada mempertingkatkan penanaman Harumanis, Kerajaan Negeri juga telah berjaya membangunkan tanaman superfruits seperti buah tin, lemon dan gac. Projek contoh dapat dilihat di Super Fruits Valley oleh Syarikat FigDirect Resources. Pelbagai produk hiliran berasaskan buah tin, lemon dan gac telah dihasilkan oleh syarikat tersebut. Daripada buah tin, minyak buah tin dan teh buah tin, ekstrak buah tin, pati buah tin, jus buah tin, minuman buah tin, yogurt buah tin. Daripada lemon, ekstrak lemon, lemon sejuk beku dan daripada gac, produk penjagaan kulit dan kosmetik berasaskan gac.

Pihak Jabatan Pertanian telah mengambil kira keluasan tanah yang terhad di Negeri Perlis. Tanaman tin diperkenalkan sebagai tanaman alternatif kerana ianya pada masa ini telah menarik minat orang ramai kerana penanamannya dapat dijalankan walaupun di kawasan terhad. Jika diuruskan dengan betul, ianya dapat memberi pendapatan yang lebih lumayan. Pada tahun ini, dalam memperkenalkan... memperkembangkan lagi industri di peringkat yang lebih berdaya saing, Jabatan Pertanian telah menyediakan plot pemerhatian tanaman tin ini di Taman Buah-Buahan Eksotik Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat sebagai kajian.

Sebanyak 9 unit Struktur Pelindung Hujan telah dibina bagi tujuan tersebut. Kajian ini akan mengambil kira segala amalan agronomi tanaman tin dari peringkat awal penanaman sehingga ke peringkat pasaran. Di samping itu juga, teknologi tanaman tin yang disediakan ini akan dijadikan sebagai pusat inkubator kepada pengusaha-pengusaha tanaman tin kelak sebagai penanda aras. Dari segi permintaan dan pasaran, harga buah tin ini boleh mencecah sehingga RM60.00 ke RM80.00 sekilo mengikut varieti. Selain daripada buah tin segar, pengusaha juga telah menghasilkan anak benih pokok tin yang boleh dijual dengan harga antara RM50.00 hingga ke RM150.00 sepokok. Pelbagai produk lain dapat dihasilkan berasaskan buah tin seperti jem, acar, ais krim, snak, figs oil, minuman, dried figs dan sebagainya. Produk-produk hiliran ini jika dilihat telah pun berada di pasaran pada masa ini.

Selain itu juga, Jabatan Pertanian telah mengambil kira tanaman nanas MD2 sebagai tanaman alternatif ketiga selain daripada tanaman Harumanis dan tin dalam meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri Perlis. Jabatan Pertanian akan terus mengambil langkah yang positif untuk mengembangkan penanaman nanas MD2 ini di kalangan petani di negeri Perlis. Industri nanas ini berpotensi untuk diusahakan dan ianya juga menarik minat pengusaha pada masa kini. Dahulunya, penanaman nanas ini hanya diusahakan di tanah gambut sahaja. Namun pada masa ini ianya diusahakan di tanah mineral dengan amalan pengurusan agronomi yang berbeza. Tanaman nanas ini dipilih memandangkan ianya merupakan salah satu tanaman yang diiktirafkan sebagai Sumber Rezeki Baru (SRB) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Tanaman nanas ini berpotensi dengan kesesuaian tanah dan cuaca di Negeri Perlis yang dapat menghasilkan nanas yang berkualiti berbanding di negeri selatan dengan bacaan kemanisan antara 14 hingga 18 darjah Brix. Permintaan dan pasaran nanas pada masa ini amat tinggi bukan sahaja keperluan terhadap buah segar namun permintaan terhadap produk hiliran yang membolehkan usahawan mendapat pulangan yang lebih tinggi. Antara hasil daripada nanas yang dapat dikeluarkan adalah seperti jus, ornamental, nanas tin dan sebagainya. Usaha penanaman nanas ini akan diusahakan secara kerjasama dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang merupakan agensi khusus dalam pembangunan tanaman nanas di Malaysia, sekian.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

YB Dato’ Speaker soalan tambahan, setahu saya FigDirect dia adalah satu company yang uruskan buah tin, lemon dan sebagainya. Selain daripada syarikat FigDirect ni, ada tak Kerajaan Negeri adakan usaha untuk memajukan tanaman buah tin ini bersama dengan penanam-penanam yang lain, petani yang lain, terima kasih.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Pihak Kerajaan Negeri mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin menanam buah tin.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan untuk soalan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor tujuh (7).

(Soalan 7 : Sejauh manakah permasalahan padi angin di Negeri Perlis dan apakah kaedah penyelesaian serta tindakan yang telah diambil oleh Jabatan Pertanian dan LPP bagi mengatasinya?)

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih YB Indera Kayangan. Jabatan Pertanian Negeri Perlis mendapati masalah padi angin di kawasan luar MADA pada ketika ini merupakan salah satu punca utama penurunan hasil padi selain daripada serangan perosak seperti tikus, siput gondang emas, ancaman penyakit dan sebagainya. Masalah padi angin ini menjadi serius jika petani tidak menjalankan amalan penanaman dan pengurusan sawah dengan baik serta tidak membuat kawalan.

Bagi status serangan padi angin di kawasan luar MADA, berdasarkan bancian yang telah dijalankan, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan (BBT), Jabatan Pertanian Negeri Perlis bagi Musim 1/2019 melibatkan 6 kawasan PPK iaitu PPK Beseri, Paya, Titi Tinggi, Bintong, Padang Siding dan Mata Ayer, tahap infestasi padi angin bagi setiap kawasan adalah seperti berikut. PPK Beseri 11 hingga 20 peratus, Paya 21 hingga 30 peratus, Titi Tinggi 21 hingga 30 peratus, Bintong 11 hingga 20 peratus, Padang Siding 11 hingga 20 peratus, Mata Ayer 21 hingga 30 peratus. Serangan padi angin yang berlaku pada tahap 2 iaitu antara 11% - 20% melibatkan kawasan Beseri, Bintong dan Padang Siding di mana purata bilangan padi angin di kawasan ini antara 6 hingga 20 tangkai per meter persegi. Oleh itu, Jabatan menyarankan kepada petani supaya menjalankan tanaman secara tabur terus di dalam air pada musim hadapan bagi mengurangkan populasi padi angin. Manakala serangan padi angin pada tahap 3 iaitu sebanyak 21% - 30% melibatkan kawasan Paya, Titi Tinggi dan Mata Ayer di mana lebih 20 tangkai per meter persegi. Petani disyorkan agar menjalankan kerja-kerja penanaman secara mencedung bagi menurunkan peratus padi angin. Mencedung tu YB faham tak? Mencedung tu tanam na... tanam tu mencedung.

Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah mengambil tindakan mengawal masalah padi angin ini dengan memperbanyakkan kursus, program, kempen dan khidmat nasihat kepada petani-petani di kawasan luar MADA dengan penekanan kepada amalan penanaman padi berpandukan rice check. Pada tahun ini, sebanyak 16 kursus diadakan dalam mencapai objektif tersebut sebanyak 531 orang petani terlibat dengan keluasan sawah 691.96 hektar mengikut projek kelompok padi di kawasan perkhidmatan Titi Tinggi, Beseri, Paya, Bintong, Mata Ayer, Padang Siding dan Chuping.

Pada tahun ini juga, Jabatan Pertanian juga telah melaksanakan petak demontrasi tanaman padi berpandukan rice check di Kompleks Pertanian Bukit Temiang bagi membantu petani mengetahui dan memahami teknik tanaman padi yang betul mengikut rice check yang telah mengatasi... yang dapat mengatasi masalah padi angin di petak sawah.

Jabatan Pertanian telah melaksanakan Program Sawah Gemilang di 3 kampung iaitu di Kampung Titi Tinggi Hilir, Kampung Santan Paya dan Kampung Teluk Jambu untuk melatih dan menjadi contoh kepada petani setempat untuk mengajar dan membina kesedaran bagi teknik kawalan yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian bagi mengatasi masalah padi angin dengan menekankan amalan agronomi berpandukan rice check. Petak Demonstrasi Kawalan Padi Angin yang telah diadakan di Kampung Teluk Jambu, Bintong telah menjadi penanda aras dengan mencapai hasil padi sebanyak 5.7 tan metrik per hektar berbanding purata hasil sebelumnya ini sebanyak 1.2 tan per hektar.

Selain itu, Jabatan Pertanian juga mengesyorkan kepada petani untuk mengambil langkah-langkah seperti menjalankan pemotongan tunggul jerami, pembakaran yang sekata dan menyeluruh, membajak sebanyak 2 kali, penggunaan racun rumpai seperti glyphosate untuk menghapuskan padi batat, perataan tanah sawah yang sempurna, penggunaan racun pracambah seperti pretilachlor, penggunaan benih padi sah yang diiktiraf, menjalankan kerja-kerja penakaian untuk membuang padi angin serta kawalan penyakit dan perosak secara bersepadu.

Dalam usaha mengawal masalah padi angin di Negeri Perlis, Jabatan Pertanian juga bekerjasama dengan Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perlis (LPP) bagi memastikan bekalan benih padi yang diperoleh oleh pesawah adalah sumber dari padi yang sah. Pertubuhan Peladang Kawasan juga ada menjual padi benih yang diperolehi daripada pembekal yang berdaftar. Selain daripada itu, LPP juga menyarankan beberapa langkah-langkah kaedah yang perlu digunapakai oleh pesawah dengan Jabatan Pertanian bagi mencegah masalah padi angin seperti pesawah harus menggunakan kaedah tabur terus di dalam air yang parasnya lebih kurang satu kaki lebih. Pesawah juga disarankan mengunakan kaedah menyemai anak semaian ke sawah tanpa perlu menabur benih. Pesawah juga disarankan supaya mengunakan benih C.L. LPP dan PPK juga telah menganjurkan kursus bersama syarikat racun berkenaan penggunaan racun yang sesuai pada masa mengikut pada semua jenis penyakit dan perosak termasuklah masalah padi angin. Sekian, terima kasih.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Empat. Padi angin ini merupakan isu yang lama juga yang telah bertahun-tahun tak menemui jalan penyelesaiannya. Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Simpang Empat, atas cadangan kerajaan supaya petani ini menanam, mewujudkan usaha penanaman seperti orang dahulu tetapi dengan kos hari ini serelung pun hampir lima ratus (RM500) jadi petani nak cari tu pun memang banyak lah kos tu, kalau untuk empat (4) relung dah dua ribu (RM2,000) untung tak tau lagi. Cuma, mungkin kita nak katakan bahawa benih padi angin tu dah ada dah dalam tanah tu. Kalau kita nak kata ada dalam tanah sedangkan petani dah gembur tanah, bakar jerami, putar jerami dan sebagainya…

Speaker

Soalan Yang Berhormat, soalan...

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

OK baik, nak pi ke soalan… ha na… mungkin itu juga ataupun yang kedua, ada pengusaha-pengusaha padi benih ni yang tidak berlesen, dan dikhabarkan sebagai contoh di Kedah ada pengusaha pengeluar padi benih ni padi benih yang tidak kita kata menepati piawaian MADA menyebabkan padi benih ni ada padi angin dan dia mengeluarkan benih bekalkan kepada petani. Saya nak Tanya, apakah usaha Kerajaan mengawal… nak mengawal padi benih yang tak berlesen ni supaya berlarutan, hal ni kerajaan kena tengok. Sekian terima kasih.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Yang ni cadangan daripada saya, yang pertama sekali kampit tu yang ada subsidi kita kena buang, tak boleh pakai kampit tu. Yang kedua minta tolong petani-petani menyimpan padi benih sendiri, semacam dulu, untuk mengelakkan daripada berlaku tipuan dan yang ketiga, ikut cadangan-cadangan yang saya baca tadi, sekian terima kasih.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Yang Berhormat, saya tanya usaha Kerajaan nak mengawal pengusaha yang… pengilang yang keluar yang tidak berlesen tadi ni.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Saya cadang tu kita tak ada di kampit tu takda tulis ada sudsidi, kalau takda kampit tak tulis subsidi tu makna benih haram. Sekarang ni cap tu pakai… apa… lepas ni nanti saya cadang lah selepas dah ubah cap takda kati tu gambar tu lain minta depa… tak dak cap lah benih bersubsidi.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan… boleh ya Dato’ Speaker soalan tambahan sekali lagi untuk kepentingan petani.

Speaker

Boleh… ringkas, ringkas…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Ha ringkas dan padat. Memandangkan masalah padi angin ini adalah masalah yang juga menjadi masalah besar terutama ketika saat-saat masa tuaian dan sebagainya, saya nak tanya Yang Berhormat sejauh mana usaha dan kerjasama yang dibuat bersama-sama dengan MARDI untuk menghasilkan varieti baharu yang lebih tahan dengan penyakit-penyakit padi termasuk penyakit padi angin ini, terima kasih.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Varieti baru sentiasa keluar tiap-tiap tahun, cuma masalah petani kita ni dia nak pakai yang lama juga. Kalau 219 dia dok tanya 219 tu… yang tu… yang dok jadi ni kalau varieti baru takda masalah, hak varieti lama ni yang akan berlaku.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita dapat mengesan bahawa ada sedikit problem mengenai sistem rakaman audio visual dalam dewan ini. Jadi saya minta ucapan Ahli-Ahli Yang Berhormat tu lebih jelas… dia bukan jelas Yang Berhormat tapi sistem kita. Kita akan cuba baiki selepas daripada makan pagi sebentar nanti. Saya persilakan Yang Berhormat Kuala Perlis, soalan.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor lapan (8).

(Soalan 8 : Perlis merupakan negeri yang dikategorikan sebagai negeri miskin kerana pendapatan isi rumah yang rendah selain negeri Kedah dan Kelantan. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi menangani perkara ini dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menambah peluang-peluang pekerjaan dan sekaligus dapat menambah pendapatan isi rumah?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, berdasarkan Laporan Sosioekonomi Negeri Perlis dan My Local Stats Perlis Tahun 2018 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, saya ingin maklumkan bahawa KDNK ataupun Keluaran Dalam Kasar Negara per kapita pada tahun 2018 adalah sebanyak RM24,442.00 berbanding dengan tahun 2017 sebanyak RM23,611.00, bermakna disini ada peningkatan dari segi pendapatan per kapita daripada tahun 2017 ke 2018. Dan kalau kita lihat dari pendapatan isi rumah purata pula, statistik yang ada ini adalah pada… untuk tahun 2014 sehingga tahun 2016 juga menunjukkan peningkatan, iaitu pada tahun 2014 hanya RM4,445.00 berbanding dengan tahun 2016 hampir RM5,000.00 iaitu RM4,998.00. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebenarnya memang tidak dapat dinafikan bahawa Negeri Perlis adalah dikategorikan sebagai salah satu negeri yang terkebelakang bersama-sama dengan negeri-negeri lain seperti Sabah, Kelantan, Terengganu, Kedah. Walau bagaimanapun, kalau kita mengambil pendapatan isi rumah penengah ya… Negeri Perlis bagi tahun 2016, ini rekod yang ada, kita dapati bahawa pendapatan isi rumah penengah bagi Negeri Perlis adalah RM4,204.00 dan ini adalah sebenarnya lebih tinggi berbanding dengan beberapa negeri lain di Malaysia yang kalau kita boleh ambil contoh disini contohnya Negeri Kelantan pendapatan isi rumah penengahnya bagi tahun 2016 adalah RM3,709.00, Negeri Kedah RM3,811.00, Pahang RM3,979.00, Perak RM4,006.00, Sabah RM4,102.00 dan Sarawak RM4,163.00. Jadi kalau melihat pada angka-angka ini, sebenarnya kedudukan Perlis ini tidak lah teruk sepertimana yang kita jangkakan.

Dan untuk… apakah langkah yang kita ambil untuk mengatasi masalah ini? Dan langkah-langkah yang kita ambil ini sepertimana yang Yang Berhormat… Ahli-Ahli Yang Berhormat sendiri tahu, kita ada dua… kita ada tiga langkah. Pertamanya langkah jangka panjang, langkah jangka sederhana dan juga langkah jangka pendek. Langkah jangka pendek ini adalah berkaitan dengan pengwujudan peluang-peluang pekerjaan yang bersifat jangka pendek dan ini ada kaitannya dengan projek-projek yang juga bersifat jangka pendek. Projek-projek kelas “F” ataupun sekarang ini “G1”, “G2” dan kalau untuk projek-projek yang bersifat sederhana… jangka sederhana seperti dalam kelas “G3”, “G4”, ”G5” malah “G6” pun boleh dikatakan dalam kategori sederhana dan kerana itu mereka yang mendapat pendapatan juga bersifat pendapatan dalam kategori sederhana itu, tetapi kita ada satu lagi langkah yang lebih tepat iaitu langkah jangka panjang. Dan inilah yang kita lakukan pada hari ini yang telah kita rancangkan dan telah pun kita mula laksanakan sebahagian kecilnya seperti projek-projek yang bersifat besar di dalam konteks Negeri Perlis ini seperti CVIA itu sendiri, PIP yang boleh saya sebutkan, Integrated Jetty yang nilainya menjangkau bilion bukannya ratusan juta lagi. Jadi ini kita harapkan akan dapat menjana pendapatan yang lebih besar dan dengan itu akan menyumbang kepada peningkatan KDNK per kapita itu, malah pendapatan isi rumah menengah tadi juga akan meningkat. Kalau kita melihat dari segi langkah-langkah untuk mengatasi… untuk mewujudkan peluang pekerjaan dia datang bersama sebenarnya. Kalau jangka pendek, projek-projek kecil, tiga hari empat hari boleh siap. Jangka sederhana mungkin makan masa yang agak panjang sedikit, mungkin setahun atau setahun lebih. Jadi peluang pekerjaan yang diwujudkan itu juga bersifat pendek dan sederhana, dan itu ada kaitan dengan pendapatan pula. Dan bagi yang jangka panjang ini, insyaAllah dia bukan sahaja setakat mewujudkan peluang pekerjaan untuk tempoh itu sahaja, tempoh pembinaan atau pun projek berkenaan, tetapi dia mesti ada satu lagi sifat apa tu… dia mempunyai life-nya sendiri, dia mesti mewujudkan peluang-peluang yang lain seperti peluang-peluang kerja sampingan itu, dan inilah sebabnya CVIA mengikut kajian yang telah dilakukan ini kajian yang dilakukan oleh pihak perunding profesional seperti KPMG misalnya yang menjangkakan bahawa projek di CVIA ini yang akan mewujudkan lebih kurang 12,673 peluang pekerjaan sekiranya fasa yang kita rancangkan itu dapat dilaksanakan sepenuhnya. Dan begitu juga dengan kita punya projek PIP dan juga projek Jeti Bersepadu di Sanglang juga boleh menjana pekerjaan sehingga 5,000. Jadi kalau kita lihat kepada langkah-langkah ini dan tindakan-tindakan yang diambil sebenarnya kita boleh nampak dengan jelas bahawa dia… tetapi dia tidak boleh berlaku dalam sekelip mata sepertimana yang saya tegaskan sebelum ini. Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, itulah dia kedudukan mengenai negeri kita, dimana kita berada sebagai negeri yang dianggap miskin di Malaysia dan apakah tindakan-tindakan yang diambil untuk mengeluarkan kita daripada lengkongan miskin ini dan juga tindakan-tindakan dan langkah-langkah yang diambil untuk mewujudkan peluang pekerjaan bagi rakyat di Negeri Perlis. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan Yang Berhormat, sedikit. Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih Yang Amat Berhormat Bintong. Yang Amat Berhormat, saya ucapkan tahniah atas peluang-peluang pekerjaan yang diwujudkan ini tapi kalau ditinjau dari sudut mikro dengan jumlah penduduk yang ada di Negeri Perlis ini, peluang-peluang yang kita hasilkan dan cetuskan itu sebenarnya boleh memberi impak yang cukup positif tetapi contohnya sekarang kalau kita wujudkan peluang pekerjaan menerusi projek-projek yang Yang Amat Berhormat bangkitkan tadi, contohnya bangunan SUK kita ni yang terdekat sekali ataupun balai polis dan sebagainya, peluang pekerjaan begitu banyak tetapi kebanyakan diisi oleh tenaga asing pekerja-pekerja daripada pekerja asing jadi apakah kawalan kita untuk kita pastikan rakyat Perlis yang sebenarnya dapat menikmati peluang-peluang yang mereka sepatutnya nikmati tetapi direbut oleh orang lain. Yang ni yang kita kena… adakah dalam kawalan kita atau di luar kawalan kita. Yang Amat Berhormat, terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, jawapan ini sebenarnya Yang Berhormat Tambun Tulang sendiri pun tahu mengenai masalah minat daripada penduduk-penduduk tempatan untuk melakukan kerja-kerja yang sebegini di tapak-tapak perindustrian atau pun di tapak-tapak pembinaan dan sebagainya. Minat dikalangan orang tempatan saya tak dapat nafikan memang tak tinggi, jadi tidak ada pilihan kerana itu pihak-pihak kontraktor ini terpaksa mengambil pekerja-pekerja daripada luar dan ini ada kaitannya sebenarnya dengan dasar di peringkat Persekutuan. Kalau Kerajaan Persekutuan nak pastikan supaya peluang-peluang pekerjaan ini hanya diberikan kepada penduduk tempatan maka satu dasar perlu dibuat tidak ada lagi pengambilan pekerja-pekerja asing dan the Goverment must do something to stop it, stop it now, then dengan izin, pihak kontraktor tidak ada pilihan terpaksa mengambil pekerja-pekerja tempatan, ini yang boleh dilakukan. Walau bagaimanapun itu tidak sebenarnya menyekat peluang-peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan. Jadi di pihak Kerajaan Negeri kita cuba memberikan latihan-latihan yang sewajarnya untuk membolehkan mereka bersedia untuk merebut peluang-peluang ini. Saya beri contoh, misalnya ini dari segi latihan yang kita cuba berikan kepada penduduk-penduduk tempatan khususnya golongan muda supaya mereka bersedia untuk mendapat pekerjaan dan di masa yang sama menjadi usahawan. Contoh, BPEN sendiri atau Bahagian Perancang Ekonomi Negeri kita telah melatih sebenarnya seramai tujuh ratus satu (701) orang yang terdiri daripada belia di bawah kategori B40 yang berumur enam belas (16) ke tiga puluh (30) tahun, ini sejak daripada tahun 2013 dah tujuh ratus satu (701) orang yang kita berikan latihan. Majlis Agama Islam (MAIPS) sendiri sehingga kini telah pun menyediakan tiga ratus sepuluh (310) peluang latihan dengan jaminan pekerjaan melalui programnya yang saya sebutkan semalam… atau sebutkan kelmarin semasa pembentangan bajet saya atam itu… 310. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Perlis juga telah menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan miskin melalui program pekerja rakyat termiskin… ini tidak ada angka yang diberikan. Kursus-kusus berkaitan usahawan juga banyak disediakan sejak tahun 2019 pun kita sediakan. Sehingga bulan Julai ini kita telah merekodkan sebanyak dua ratus empat (204) kursus berkaitan dengan usahawan yang dianjurkan oleh pelbagai Jabatan dan Agensi kerajaan di Negeri Perlis ini. Dan satu lagi, kita dengan kerjasama pihak NCIA ataupun pihak berkuasa koridor utara telah melancarkan program-program modal insan di Negeri Perlis dan ini yang terbaru yang kita lakukan pada 28 November 2019 yang mana saya sendiri melancarkannya, kita menyediakan macam-macam bentuk latihan untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat untuk melahirkan komuniti yang berpendapatan tinggi programnya pendidikan kemahiran dan latihan keusahawanan malah juga disamping itu kita telah menyediakan kemudahan pinjaman pihak bank yang terlibat Agrobank dan juga Maybank telah menyediakan kemudahan kos ataupun kadar pinjaman itu sehingga 50 percent diskaun. Jadi selain daripada mewujudkan peluang pekerjaan yang bersifat makan gaji, kita juga menggalakkan rakyat khususnya golongan muda dalam kategori B40 ini untuk menjadi usahawan dan sebab itu program-program begini disediakan, latihan-latihan begini disediakan. Sejumlah wang telah dibelanjakan untuk membolehkan mereka mendapatkan kemahiran-kemahiran dan pengetahuan ini supaya mereka dapat berdiri di atas kaki sendiri malah bukan sahaja menjadi usahawan tetapi boleh mewujudkan peluang pekerjaan juga kepada orang lain. Jadi inilah usaha-usaha yang dilakukan. Kalau kita tengok projek-projek untuk buat bangunan ini memanglah saya tidak dapat nafikan bukan sahaja di Perlis, malah di negeri-negeri yang lain pun kita terpaksa bergantung kepada pekerja-pekerja daripada luar negara. Jadi kalau kita nak hentikan ini Kerajaan Pakatan Harapan, kerajaan sekarang, the sitting Government must do something. There must be a policy in regards to that. Dengan izin Dato’ Speaker, terima kasih.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Sedikit ya Dato’ Speaker. Saya rasa polisi tu mungkin belum ada lagi tapi pada belanjawan yang lepas Kerajaan Pakatan Harapan di peringkat Persekutan sudah memperkenalkan contohnya graduan bekerja, wanita bekerja dan ada pembayaran daripada pihak majikan untuk menggalakkan apa nama ni… pekerja tempatan bersama-sama dengan pihak majikan dan seterusnya akan mengurangkan apa nama ni… pengambilan pekerja asing. Itu ada dalam belanjawan yang dibentangkan pada bulan Oktober yang lepas.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya respond sedikit, saya sedar program itu. Program itu adalah untuk memberi insentif kepada employer untuk membolehkan mereka membayar gaji atau membolehkan pekerja ini mendapat gaji yang lebih tinggi khususnya graduan. Kalau sekiranya mereka dapat ditawarkan hanya… gaji hanya seribu ringgit (RM1,000) oleh employer ini ataupun oleh majikan ini, kerajaan top-up satu ribu ringgit (RM1,000) lagi tetapi satu ribu ringgit (RM1,000) lagi itu sebagai bayaran kepada mereka bagi pihak employer sebenarnya. Itu satu program yang bagus kita tak dapat nafikan. Ini adalah sebahagian daripada program-program yang diwujudkan oleh Kerajaan pada masa kini, saya sedar itu, tetapi latihan-latihan yang saya sebutkan tadi ni itu adalah untuk graduate sebenarnya, untuk graduan. Tetapi yang saya sebutkan tadi adalah untuk mereka yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat institusi-institusi pengajian tinggi. Jadi kita berikan latihan, kita berikan kemahiran ini untuk membolehkan mereka menjadi usahawan, itu yang kita lakukan dan insyaAllah kita akan teruskan malah dalam bajet yang saya bentangkan kelmarin pun saya telah menyebut beberapa program latihan yang kita akan lakukan dan insyaAllah ini akan dapat membantu penduduk tempatan khususnya dalam kategori B40 termasuk juga golongan OKU dan juga golongan yang sekarang ini tidak bekerja untuk mendapat kemahiran dan akhirnya mengusahakan sesuatu. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sena.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor sebelas (11).

(Soalan 11 : Apakah langkah-langkah strategik yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan hubungan antara kaum dan agama di Negeri Perlis?)

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih juga Yang Berhormat Sena. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sesungguhnya dan sebenarnya perpaduan dan integrasi nasional adalah sangat penting bagi mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Tugas ini bukanlah dan tidaklah seharusnya dipertanggungjawabkan kepada... hanya kepada Kerajaan sahaja tetapi semua lapisan masyarakat perlu mengambil ataupun dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan ataupun untuk merealisasikan nilai-nilai atau usaha-usaha murni ini bagi mencapai perpaduan di Negeri Perlis dan juga Malaysia amnya.

Dalam konteks ini, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional merupakan agensi yang menjadi peneraju utama ke arah mencapai perpaduan dan keharmonian negara Malaysia dan juga Negeri Perlis kita. Justeru itu, bagi mencapai... dan mencapai perpaduan nasional yang kita inginkan ini, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah menggariskan 5 teras utama dalam Pelan Strategik Perpaduan bagi memperkukuhkan hubungan antara kaum dan agama di Malaysia. Teras yang pertama adalah Membuyakan Perpaduan. Di mana di dalam teras ini ada empat (4) program yang kita laksanakan atau kita aturkan iaitu yang pertama, Program Keharmonian Antara Penganut Agama di mana di bawah Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Antara Penganut Agama (JKMPKA). Antara program yang kita laksanakan di Perlis adalah Kayuhan Keharmonian Agama bersama-sama Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis yang kita adakan di setiap rumah-rumah ibadat di dalam Negeri Perlis. Program yang kedua di bawah teras yang pertama ini ialah Program Sambutan Minggu Perpaduan yang juga melibatkan seluruh keluarga Perlis yang dalam pelbagai kaum di Negeri Perlis. Yang ketiga ialah Program Silang Budaya yang merupakan satu program yang diadakan di peringkat sekolah yang dipilih di Negeri Perlis ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad, Arau dimana para pelajar diperkenalkan dengan pelbagai budaya belajar tentang adat resam kaum-kaum yang ada di Malaysia ini, dan yang keempat adalah Program Rakan Perpaduan merupakan satu inisiatif di mana Jabatan melaksanakan program dengan mewujudkan jaringan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain, NGO-NGO dan juga badan-badan korporat yang terdapat di Negeri Perlis.

Manakala teras yang kedua adalah Memperkasakan Khidmat Komuniti. Melalui teras ini, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah mengambil pendekatan menyemarakkan semangat kesukarelawan dan juga sebagai nilai perpaduan dalam komuniti serta meningkatkan dan mengukuhkan keharmonian dalam kesejahteraan komuniti. Antara strategi yang dilaksanakan adalah seperti berikut iaitu iaitu meningkatkan penyertaan komuniti dalam program perpaduan dan kesukarelawan melalui peranan dan aktiviti-aktiviti di peringkat Kawasan Rukun Tetangga ataupun KRT dan juga pelaksanaan Skim Rondaan Sukarela ataupun juga dipanggil SRS. Untuk makluman dewan yang mulia, di Perlis kita mempunyai KRT di Padang Besar, pecahannya ialah empat puluh (40) KRT, di Kangar ada tujuh puluh (70) KRT manakala di Arau ada dua puluh tujuh (27) KRT. Dan berbalik kepada perpaduan di antara kaum, untuk makluman semua kita mempunyai empat (4) KRT yang keseluruhannya di monopoli oleh kaum lain iaitu ada cina, ada india, dan juga kita mempunyai sembilan belas (19)

KRT yang jawatankuasanya terdiri daripada pelbagai kaum yang dilantik sebagai jawatankuasa dalam KRT tersebut. Dalam teras ini juga, kita juga memperkasakan jentera Rukun Tetangga dengan mewujudkan Jawatankuasa Pemuafakatan Kawasan Rukun Tetangga peringkat Parlimen, dan juga memperkasa penglibatan generasi muda dalam komuniti dengan memperbanyakkan program-program yang melibatkan Jiran Muda di dalam teras yang kedua tadi. Seterusnya di dalam teras yang kedua juga kita mempunyai meningkatkan kemahiran Mediator Komuniti dimana kita mempunyai sebuah jawatankuasa Mediator peringkat Negeri Perlis.

Teras yang ketiga ialah Memupuk Semangat Patriotisme di mana melalui teras ini pihak Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional menubuhkan Kelab Rukun Negara (KRN) di peringkat sekolah-sekolah menengah dan juga sekolah rendah, dan seterusnya Sekretariat Rukun Negara (SRN) di peringkat IPTA dan juga IPTS. Untuk peringkat SRN ini kita mempunyai IPTA yang terlibat adalah enam (6) dan satu (1) IPTS.

Teras yang keempat adalah meningkatkan Keselamatan dan juga Keharmonian Komuniti dimana program-program yang dilaksana melalui teras ini bertujuan untuk mengekalkan perpaduan kaum melalui aktiviti dan juga program yang berkaitan dengan keselamatan komuniti dan juga kejiranan. Antara program yang telah dilaksanakan dan akan dijalankan dari semasa ke semasa adalah Jom Ronda, Pendidikan Keselamatan Kejiranan, Program Pencegahan Jenayah dan Rondaan Berkala Skim Rondaan Sukarela (SRS) dalam Kawasan Rukun Tetangga yang terlibat.

Dan teras yang terakhir ialah teras yang kelima iaitu Mengukuhkan Integrasi Nasional. Teras ini bertujuan untuk menjalinkan semangat muhibah dan juga integrasi dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum... bagi memahami dan juga peka terhadap sensitiviti, kepercayaan dan juga kepelbagaian agama di dalam Negeri Perlis dan juga Malaysia, sekian terima kasih.

Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan. Tadi terima kasih Yang Berhormat Mata Ayer, kebanyakan jawapan Yang Berhormat… jawapan Yang Berhormat tu berkenaan dengan apa yang dibuat oleh agensi daripada Kerajaan Persekutuan. Saya nak tahu dari segi Kerajaan Negeri ini. Contohnya saya nak tanya adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk mewujudkan contohnya majlis perundingan antara kaum sebagai ini salah satu apa ini… instrument untuk kita nak bagi ada integrasi, saling kenal mengenali antara satu sama lain dan kepelbagaian agama, terima kasih.

Terima kasih YB Sena. Sebenarnya, walaupun benda ni adalah saya memaklumkan melalui Jabatan Perpaduan tetapi penglibatan masyarakat kita semua terlibat di dalam tu, walaupun Jabatan Perpaduan menjadi teras utama kepada aktiviti yang kita laksanakan tetapi penglibatan masyarakat itu telah menunjukkan kepada perpaduan yang kita inginkan dan satu lagi ingin saya maklumkan juga sekiranya Yang Berhormat Sena nak benda yang soalan tadi, kalau lah boleh saya kongsikan di sini bahawa kita daripada tadika, taska pun kita dah buka tadika-tadika dan juga taska perpaduan yang kita tawarkan kepada anak-anak daripada pelbagai kaum. Tetapi ingin saya sebutkan bahawa tidak ramai pelbagai kaum yang setuju untuk berada dan ingin untuk menghantar anak-anak ke sekolah, ke tadika atau taska berkenaan. Hanya mungkin saya boleh letakkan dua (2) atau tiga (3) peratus sahaja. Kebanyakan kaum-kaum lain lebih suka hantar anak ke tadika swasta yang hanya satu kaum sahaja, cina satu kaum, india satu kaum dan juga cina atau india dan kita sepatutnya benda ni Kerajaan boleh buat, kita Kerajaan Negeri kita boleh buat pelbagai aktiviti dan juga benda-benda yang lain tapi kalau penglibatan daripada kita sendiri tidak menunjuk ke arah tu apa lah daya kita. Kita dah buka ruang, kita dah buka semua dah untuk semua kaum, semua warga Perlis kita kalau Yang Berhormat Sena nak sebagai satu skop Perlis sahaja, ya kita dah buka semua dah dan setiap kali minggu perpaduan yang kita buat, itu pun juga kita menggunakan peruntukan Negeri, bukannya Jabatan Perpaduan sahaja yang kita kongsi. Jadi ini boleh saya letakkan sebagai penglibatan Kerajaan Negeri. Minggu perpaduan yang setiap kali saya hadir boleh kita bilang dengan jari berapa saja penglibatan. Jadi dimana kita nak… minda kita sepatutnta dibuka untuk perpaduan ini dan Yang Berhormat Sena, saya minta Yang Berhormat Sena, Yang Berhormat Indera Kayangan dan juga Yang Berhormat Kuala Perlis sama-samalah menyeru rakyat dibawah kita apabila ada program yang melibatkan pelbagai kaum di Perlis ni sila hadir ramai-ramai. Kami tidak ada diskriminasi kaum di dalam Perlis ini, sekian.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat, soalan-soalan lisan ditangguhkan setakat ini. Bagi soalan-soalan yang belum sempat dijawab pihak kerajaan akan mengemukakan jawapan kemudian secara bertulis. Terima kasih. Dewan ditempohkan sebentar dan akan disambung semula pada jam 11.15 pagi, terima kasih.

(Persidangan ditangguhkan sementara pada jam 10.39 pagi)

(Persidangan disambung semula pada jam 11.23 pagi)

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, dewan bersidang semula.

Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2020 dan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2020Bill

Penolong Setiausaha Dewan

Usul Anggaran Pembangunan tahun 2020 dan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan tahun 2020.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, usul Anggaran Pembangunan Pembangunan tahun 2020 dan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2020 dibuka untuk perbahasan secara dasar. Saya mempersilakan YB Sena, masa kita peruntukan dua puluh lima (25) minit, terima kasih.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi, YB Dato’ Speaker, alhamdulillah terutamanya saya ingin merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan tahun 2020 yang telah berjaya dibentangkan oleh YAB Bintong pada pagi kelmarin. Anggaran hasil cukai dan bukan cukai bagi belanjawan tahun 2020 berjumlah empat puluh satu juta tujuh ribu tiga ratus (RM41,807,300) dan ianya tidak jauh berbeza berbanding dengan anggaran hasil cukai dan bukan cukai bagi belanjawan tahun 2019 yang berjumlah empat puluh satu point enam dua juta (RM41.62 juta).

Nampaknya masih tiada perancangan untuk peningkatan hasil negeri yang ketara maka ianya perlu menjadi satu muhasabah kepada kerajaan supaya kita sama-sama dapat berusaha untuk meningkatkan hasil negeri kita.

Saya juga mengharapkan agar agensi yang bertanggungjawab di tahun hadapan mampu mencapai apa yang dirancangkan oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan hasil melalui cukai tanah dan bayaran sewa Perumahan Awam yang mengikut Laporan Ketua Audit Negara tahun 2018 mengenai penyata kewangan Kerajaan Negeri sehingga Disember 2018 kedua-duanya mencatatkan tunggakan hasil berjumlah dua puluh point lima juta (RM20.5 juta).

Saya menyambut baik usaha Kerajaan Negeri untuk menjana kepelbagaian hasil daripada pokok jati melalui industri pemprosesan produk kayu jati. Demi mewujudkan sebuah pentadbiran yang baik dan meningkatkan integriti dalam tadbir urus Kerajaan Negeri, saya menggesa agar kerajaan negeri Perlis mencontohi kesediaan kerajaan negeri Kedah untuk menempatkan pegawai kanan SPRM di Pejabat Menteri Besar. Jika kita mempunyai political will, kita tentunya tidak berdolak dalik untuk melakukan usaha yang baik ini. Kita tidak hanya perlu bersih tetapi juga perlu dilihat bersih.

Saya menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri untuk mewujudkan Pelan Anti Rasuah Peringkat Negeri berpandukan Pelan Anti Rasuah Nasional. Pelan Anti Rasuah Nasional bagi tahun 2019 sehingga 2023 adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan persekutuan dalam merealisasikan manifesto Kerajaan ke arah negara yang bebas rasuah dan berintegriti yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 29 Januari yang lepas.

Saya juga dengan ini menyambut baik tentang kempen 'Perlis Bersih Indah' dengan harapan melalui kempen ini mampu menyumbang untuk menjadikan Perlis sebagai negeri yang menjadi tarikan pelancong. Bagi kawasan DUN Sena, komuniti di kawasan perumahan yang berdekatan dengan kawasan Sungai Repoh sehingga kini tidak dapat membuang sampah secara teratur. Justeru, saya harap usaha Kerajaan Negeri untuk menyediakan... usaha Kerajaan Negeri yang akan menyediakan 50 tong sampah tambahan di lokasi yang strategik itu akan turut mengambil kira di kawasan bagi Sungai Repoh ini supaya mereka dapat membuang sampah dengan lebih teratur selepas ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, beberapa bulan lepas terdapat berbelas kes denggi... demam denggi yang telah berlaku di kawasan ini. Antara lainnya adalah faktor kebersihan lah sebab selepas tu kita pi buat gotong royong memang longkang dan di tepi, di tebing sungai tu adalah merupakan lokasi sampah dibuang. Lokasi Repoh sungai ini berdekatan dengan rumah Yang Berhormat Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan sendiri.

Berkenaan dengan pencahayaan jalan saya juga menyambut baik perancangan Kerajaan Negeri untuk apa ni... demi menjamin keselamatan pengguna terutama di waktu malam apabila Kerajaan Negeri bersedia untuk lebih pencahayaan jalan selepas ini secara teperingkat dan terancang, jesteru saya ingin memohon untuk kawasan DUN Sena di dua kawasan untuk pencahayaan iaitu yang pertama, Jalan Padang Behor terutama di sebelum sekolah... sampai ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lailatul Shareen dan yang kedua di kawasan depan dengan Masjid Baru Sempering. Saya mohon supaya dua kawasan ini juga turut dilibatkan dalam pencahayaan ini.

Bagi isu perumahan apabila kita bersembang dengan orang Perlis inilah salah satu masalah besar di Perlis lah pasal faktor... kalau kita tanya mana-mana pun kebanyakan kata faktor isu rumah harga yang mahal. Jadi kalau kita tengok, saya ada dapat data dari kawan share ni dia kata rumah dari segi harga rumah teres dalam Kangar tahun 2004 sekitar RM90,000, tahun 2006 naik menjadi RM92,000 sehingga RM96,000, 2008 RM120,000, 2010 RM130,000, 2016 RM190,000 sehingga RM250,000, manakala tahun 2018 ke atas sehingga sekarang ini kenaikannya adalah 20% hampir setiap 2 bulan. Jadi saya mohon, saya nak tau apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini dari segi dasar terutamanya untuk mengawal pada harga. Saya dimaklumkan Kerajaan Negeri Sembilan contohnya mungkin kita boleh ambil apa ni... contohi, Kerajaan Negeri Sembilan telah meletakkan ratio dalam mengawal harga rumah ni, 15% daripada projek perumahan adalah dibawah RM80,000, 20% untuk RM400,000 dan kouta bumiputera adalah 50%.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah di atas perancangan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan program food bank sebagai suatu program yang mencontohi program food bank yang telah dimulakan oleh Kerajaan Persekutuan sejak tahun lepas melalui KPDNHEP. Terima kasih juga kerana sudi membuka Pusat Makanan Fakir Miskin di Repoh dalam kawasan DUN Sena. InsyaAllah saya bersedia bersama-sama dengan kawan-kawan di Sena turut membantu menjayakan usaha ini. Inisiatif program food bank Kerajaan Persekutuan di Perlis telahpun dimulakan melalui Food Bank Siswa di UniMAP sekitar beberapa bulan yang lepas dan selepas selesai pelancaran Food Bank Siswa di IPTA dan IPG, saya difahamkan ianya akan diperluaskan kepada orang ramai. Dan saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada MAIPs yang turut mempunyai program food bank di 102 buah masjid di seluruh negeri Perlis.

Yang Berhormat Dato' Speaker,

Kita boleh menarik nafas lega kalau kita tengok kepada betapa banyaknya projek mega yang telah dirancang di Negeri ini melalui pelaburan swasta umpamanya Perindustrian Lembah Chuping, Perlis Inland Port, Projek Koridor Maritim Perlis, K-Park Shopping Mall dan saya amat berharap agar ianya semua akan benar-benar direalisasikan sebagai suatu pelaburan dan bukan hanya sekadar MoU (memorandum persefahaman) sahaja. Saya mengambil kesempatan ini untuk bertanya tentang perkembangan status terkini Projek Kangar City Centre yang saya tak nampak pun dalam pembentangan belanjawan Yang Amat Berhormat Bintong. Saya nak tanya apa perkembangan projek ini yang mana Yang Amat Berhormat Bintong semasa majlis pecah tanah mengatakan Kangar City Centre ini akan siap pada tahun depan, dan adakah urusan pentadbiran sebagaimana jawapan Yang Amat Berhormat Bintong dalam dalam Sidang DUN yang lepas telah selesai.

Bagi perancangan pembangunan bercampur di Padang Besar, saya menyambut baik perancangan Kerajaan Negeri kerana kita sedia maklum akan kebanjiran pelancong berkunjung ke Padang Besar sebagai sebuah syurga membeli belah sejak sekian lama dahulu. Dengan adanya perkhidmatan KTM komuter di Padang Besar, ianya mempunyai potensi yang baik untuk Padang Besar lebih berkembang sebagai salah satu tempat tumpuan pelancong ke Negeri Perlis. Justeru, kemudahan untuk pelancong yang berjalan kaki dari stesyen KTM diharap dapat dipertingkatkan. Ada cadangan daripada orang ramai supaya kita berusaha ke arah menaik taraf untuk membina laluan pejalan kaki atau koridor berbumbung atau jejantas dari Stesen Keretapi Padang Besar ke Kompleks Niaga Padang Besar.

Yang Berhormat Dato' Speaker,

Saya juga menyambut baik cadangan pembangunan sebuah pusat komersial berkonsep kontena di Taman Sena Indah yang selama ini kita agak sedih dengan... kalau kita tengok prestasi perniagaan di gerai-gerai sangkar burung yang sedia ada di tapak tersebut. Taman Sena Indah ini juga satu masa dahulu pernah popular dengan Uptown Sena di kawasan sebelah gerai-gerai sangkar burung ini. Jadi saya harap dengan adanya pembangunan pusat komersial ini, ianya akan mampu menghidupkan semula kawasan yang pernah menjadi tumpuan orang ramai ini.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan kerana terus membantu Kerajaan Negeri Perlis sebagaimana yang kita lihat dalam pembentangan Belanjawan YAB Bintong semalam yang turut sama memasukkan pelbagai projek pembangunan hasil daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Yang Berhormat Dato' Speaker,

Tahniah kepada Kerajaan Negeri yang merancang untuk memperkasakan sektor pelancongan Negeri Perlis. Di samping perancangan yang telah dibentangkan, saya cadangkan agar sungai di Negeri ini dan juga perkampungan nelayan dapat ditransformasikan menjadi seperti

Kampung Morten Melaka atau seperti di Venice dengan adanya river cruise contohnya melalui Sungai Perlis dari belakang bangunan MPK hingga ke Pengkalan Asam...

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Mohon laluan Yang Berhormat Sena, sedikit… terima kasih Yang Berhormat Sena. Bila Yang Berhormat bangkitkan tentang pelancongan, saya mengalu-alukan penyediaan infra yang begitu baik yang dibuat di pusat-pusat pelancongan di Negeri Perlis, cuma saya nak tanya Yang Berhormat bersetuju atau tidak dengan saya dari segi kehadiran pelancong ke tempat-tempat berkenaan. Adakah tempat-tempat berkenaan sekarang dah mula dibanjiri pelancong ataupun masih dalam keadaan orang kata… tidak ada apa-apa macam biasa sahaja mungkin disebabkan ketiadaan kekurangan promosi ataupun langkah-langkah yang patut kita ambil bagi pastikan pelancong berada di situ. Apa pandangan YB Sena?

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Tambun Tulang. Soalan daripada YB Tambun Tulang yang mana kita perlu meningkatkan dari segi promosi dan kalau saya pun baru balik dari Melaka, saya tengok di dua hotel yang kami pi tu memang di kaunter tu memang ada dipamerkan produk-produk pelancongan di Negeri itu. Jadi saya harap Perlis pun akan mulakan dengan menyediakan pamphlet tentang pakej apa ni… apa-apa produk-produk pelancongan yang menarik di Negeri Perlis ini. Dan tahun lepas saya pernah mencadangkan supaya untuk lebih kita memperkasakan sektor pelancongan ini, kita mewujudkan sebuah perbadanan pelancongan Negeri Perlis supaya dia ada satu entiti yang khas untuk membangunkan sektor pelancongan di Negeri Perlis ini. Walau bagaimanapun memang saya amat menghargai sebab kali ini saya tengok ada disudut bukit bukau pun memang Kerajaan Negeri pun akan membina infra di situ. Jadi yang tadi ni river cruise lah ada cadangan supaya apa ni... melalui Sungai Perlis mungkin yang ni kita boleh realisasikan dengan membuka tawaran pelaburan kepada sektor swasta untuk menjayakannya.

Saya juga berharap agar taman-taman rekreasi di sekitar Perlis boleh diperbaiki lagi dari segi kebersihan dan juga keselamatan sebagai suatu tempat riadah bagi keluarga. Cadangan Kerajaan Negeri untuk menjalan aktiviti-aktiviti riadah di tujuh lokasi yang dinamakan Hot Spot Perlis Aktif sangat dialu-alukan bagi mencapai misi masyarakat Perlis yang sihat. Saya juga ingin menyebut berkaitan perkara ini tentang kewujudan denai larian di tepi sungai Pasar Besar Sena yang kelihatan daif kurang terjaga. Jadi saya juga harap agar denai larian ini dapat dinaik taraf selepas ini.

Yang Berhormat Dato' Speaker,

Saya jugas menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri untuk terus memberikan fokus kepada sektor pertanian. Sektor pertanian ini bukan sahaja penting kepada pengeluaran makanan, namun semakin hari ia menjadi aktiviti yang mampu menjana pendapatan yang lumayan. Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa, setakat hari ini, bilangan golongan petani masih boleh dipertingkatkan lagi dan sektor pertanian ini mempunyai potesi untuk terus berkembang.

Saya juga berharap pihak Kerajaan boleh mempertimbangkan, merancang serta menggalakkan integrasi antara pertanian dengan masyarakat setempat. Pihak Kerajaan boleh mengenal pasti tanah pertanian yang sesuai dan melibatkan penduduk setempat dalam kegiatan pertanian tersebut. Melalui rancangan tersebut, industri pertanian boleh berintegrasi dengan komuniti tempatan dan hal ini boleh memperkembangkan lagi kemahiran dan juga kepakaran anak negeri dalam sektor pertanian supaya industri pertanian boleh dimajukan lagi. Rancangan tersebut bertujuan menjadikan Perlis sebagai antara negeri yang menghasilkan produk pertanian yang utama dalam negara supaya ianya mampu menjana pertumbuhan Negeri dan juga menjamin pendapatan anak negeri.

Pertanian organik merupakan trend terkini dalam industri pertanian. Pertanian organik bukan sahaja mesra ekosistem tetapi berupaya menambah nilai produk pertanian. Saya menyokong usaha penuh Kerajaan Negeri dalam menggalakkan kegiatan pertanian organik melalui insentif supaya memajukan kegiatan pertanian organik dalam Negeri dan dengan rasminya meningkatkan produktiviti serta menjamin pendapatan para petani. Alhamdulillah, Perlis telah selangkah awal mencari... dengan mencari tanaman kedua seperti nanas, cendawan, kelapa dan di samping kita terus memperkasa tanaman Harumanis yang menjadi kebanggaan rakyat Negeri Perlis. Harapan saya supaya Harumanis dapat dipertingkatkan lagi kualitinya melalui kerjasama Jabatan Pertanian dengan MARDI dan juga pengenalan penggunaan QR Code amatlah dialu-alukan di samping mampu merancakkan lagi aktiviti pemasaran, jaminan kualiti serta ketulenan buah, dan ianya juga dapat membendung aktiviti kecurian buah. Saya juga menggesa agar Kerajaan Negeri dapat memulakan inisiatif untuk meneroka produk industri hiliran bagi Harumanis supaya akhirnya ianya dapat disahut oleh sektor swasta. Dengan adanya industri hiliran ini, kita tidak akan bimbang lagi dengan kemungkinan berlakunya lambakan buah di pasaran terutamanya sekiranya musim buah akan terjadi pada musim bulan Ramadhan kerana lebihan Harumanis ini dapat dijadikan produk-produk lain umpamanya gula-gula Harumanis ka ataupun lain-lain produk yang boleh di ni... sebab saya difahamkan UiTM Pulau Pinang telah mengadakan R&D berkenaan produk industri hiliran ni dah banyak tahun dah, tetapi dari segi itulah... apa ni... sebab saya tengok sebelum kita nak galakkan sektor swasta tu mungkin kena ada inisiatif... insentif apa daripada Kerajaan Negeri supaya industri hiliran ini dapat dilaksanakan dimana produk-produk industri hiliran ini akan menjadi buah tangan pelancong yang berkunjung ke Negeri Perlis pada sepanjang tahun.

Yang Berhormat Dato' Speaker,

Kebanyakan penduduk di negeri Perlis ini adalah majoritinya penduduk yang berusia kerana anak muda Perlis banyak yang berhijrah ke Negeri lain untuk mencari peluang pekerjaan. Di Perlis, peluang pekerjaannya adalah amatlah terhad kerana kurangnya projek yang bersungguh-sungguh. Ramai anak muda yang bijak pandai iaitu graduan yang asal daripada Perlis menggunakan kecerdikan mereka... terpaksa menggunakan kecerdikan mereka di negeri luar. Di sini saya ingin mencadangkan agar pengambilan kakitangan Kerajaan Negeri seperti di SUK, MPK, dan PKENPs perlulah antara syaratnya daripada anak kelahiran Perlis ataupun ibu bapa asal daripada Perlis. Selain itu ia perlu dinaik taraf seperti gred 19 perlulah memiliki Diploma, 29 perlu memiliki ijazah sarjana muda dan gred 41 ijazah sarjana muda dengan pengalaman. Memang kalau diikutkan JPA, gred 19 SPM tetapi ambilan negeri... melalui negeri, jadi pandangan saya untuk memastikan graduan bijak pandai ini tidak keluar negeri, pihak Kerajaan Negeri perlulah menggunakan kemahiran bijak pandai ini secara maknanya kita meningkatkan apa ni... supaya tidak berlaku brain drain, iaitu keluar daripada Negeri Perlis.

Terdapat juga rungutan orang ramai tentang kesesakan parking di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Saya ingin mengangkat cadangan orang ramai di Dewan Yang Mulia ini agar kerajaan negeri mengkaji kesesuaian untuk membina kawasan letak kereta bertingkat di padang hospital. Padang ini sebelum ini hanya digunakan setahun sekali untuk meraikan Hari Kemerdekaan, tetapi sekarang ni kita dah sambut Merdeka di... dan berapa tahun dah sambut di Stadium Tuanku Syed Putra, jadi mungkin saya nak cadangkan supaya kita bangunkan situ dengan sebuah apa ni... kawasan letak kereta bertingkat dimana ini mungkin projek ini daripada MPK dan MPK dengan sendirinya dapat menjana hasil tambahan memandangkan prestasi kewangan MPK juga adalah kurang memuaskan menurut Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2018. Penyata kewangan MPK juga dilaporkan telah disahkan dengan Pendapat Audit Berteguran.

Yang Berhormat Dato' Speaker,

Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis dan Prestasi Kewangan Agensi Kerajaan Negeri Perlis tahun 2018 mendapati bahawa kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalah kurang stabil. Baki Kumpulan Wang Disatukan pada akhir tahun 2018 adalah RM22.20 juta, menurun sebanyak RM13.78 juta ataupun 38.3 peratus berbanding dengan RM35.98 juta pada akhir tahun 2017. Manakala Akaun Hasil Disatukan mencatatkan kekurangan semasa berjumlah RM15.41 juta pada tahun 2018.

Tahniah diucapkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis kerana telah mencatatkan lebihan tertinggi berjumlah RM211.12 juta manakala Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis sebanyak RM9.98 juta dan Majlis Sukan Negeri Perlis sebanyak RM0.25 juta. MAIPs juga telah mencatatkan aset semasa bersih yang tertinggi berjumlah sebanyak RM536.77 juta, diikuti dengan Yayasan Islam Perlis sebanyak RM10.72 juta dan juga Lembaga Pemegang Amanah Biasiswa Negeri Perlis sebanyak RM7.11 juta.

Tiga anak syarikat yang aktif dibawah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis telah mencatatkan keuntungan terkumpul berjumlah RM31.48 juta manakala tujuh lagi anak syarikatnya mencatatkan kerugian terkumpul sebanyak RM37.07 juta. Jadi saya mohon penjelasan lebih lanjut tentang kedudukan terkini 7 buah syarikat ini. Dan saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menzahirkan penghargaan kepada semua agensi Kerajaan yang telah terlibat untuk menyediakan Belanjawan ini dan akhir kata, semoga dengan tema... sesuai dengan tema Menjana Kemakmuran Membina Kesejahteraan, saya mengharapkan dengan belanjawan 2020 ini mampu membantu rakyat untuk mendapatkan kehidupan yang lebih makmur dan sejahtera.

Semoga persidangan kita kali ini adalah sebagai suatu persidangan muhasabah untuk kita melihat sejauh manakah perancangan yang telah dilaksanakan dan juga akan dilaksanakan.

Berjalan ke Sena bersama sahabat, Kawasannya sejahtera dan selamat; Belanjawan 2020 rakyat manfaat, Tahniah Negeri, tahniah Pusat.

Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sena, dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli yang Berhormat, Pengarah-Pengarah Jabatan, tuan-tuan & puan-puan, serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian. Selamat petang dan… selamat pagi dan selamat sejahtera.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Bintong atas pembentangan Bajet 2020 beliau kelmarin dan kepada Negeri Perlis yang telah mencapai pertumbuhan ekonomi pada tahun 2018 pada kadar 3.3% berdasarkan KDNK berbanding dengan 2.2% pada tahun 2017. Saya menyambut baik pembentangan Yang Amat Berhormat Bintong dalam ucapan beliau kelmarin yang menyatakan Negeri Perlis mempunyai bilangan miskin tegar terendah iaitu seramai 3 ketua isi rumah mengikut data dalam e-Kasih dan ingin sasarkan kepada kadar sifar sebolehnya. Walau bagaimanapun, ia tidak mengimbaskan keadaan yang sebenarnya yang berlaku di Negeri Perlis kerana ramai lagi rakyat miskin di Negeri Perlis yang masih tidak didaftarkan dalam sistem e-Kasih. Ini jelas dilaporkan berikutan satu kenyataan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas Mesyuarat Khas Jemaah Menteri mengenai Wawasan Kemakmuran Bersama pada 2021 hingga 2030 di Perdana Putra pada 14 September yang lalu. Kedah,

Kelantan dan Perlis telah dikenalpasti sebagai negeri miskin yang perlu diberikan perhatian lebih. Menurut beliau, Kerajaan akan berusaha untuk mengurangkan jurang antara negeri-negeri yang kaya dengan yang miskin ini menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030, dimana Kerajaan akan memberikan lebih keutamaan kepada hasil berbanding peluang. Menurut beliau, Kerajaan hanya akan beri lesen, kontrak atau AP kepada yang layak sahaja. Kalau mereka tidak layak, latihan yang sewajarnya akan diberikan sehingga mereka layak. Dalam erti kata lain, objektif Kerajaan adalah untuk mencapai target pada akhirnya. Kerajaan sasarkan pembangunan tidak hanya dinilai melalui angka, sebaliknya Kemakmuran Bersama lebih membawa kepada pembangunan dan kekayaan yang harus diagihkan dan lebih adil supaya semua rakyat dapat merasainya. Saya menyambut baik 2 fokus utama Kerajaan Negeri dalam Bajet 2020 iaitu Fokus Pertama, Menjana Pembangunan Ekonomi Mampan, dan Fokus Kedua, Meningkatkan Kualiti Hidup Rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya ingin melontarkan pandangan saya dalam kepentingan pendidikan dan sumbangannya dalam membasmi kemiskinan dalam masyarakat kita. Menurut kajian UNESCO, 170 juta orang akan tersingkir daripada senarai termiskin sekiranya mereka berkeupayaan membaca yang asas. Sekiranya mereka mempunyai pendedahan 1 tahun yang lebih dalam pendidikan, ia boleh membantu mereka dalam meningkatkan pendapatan mereka sebanyak 10% dan meningkatkan 0.37% pendapatan per kapita. Untuk makluman dewan yang mulia ini, penurunan kadar kelahiran juga merupakan satu faktor dalam mengurangkan kadar kemiskinan. Ia berkait rapat dengan amalan kehidupan golongan wanita. Sesungguhnya, jika seseorang wanita itu diberikan pendedahan 1 tahun yang lebih dalam pendidikan, ia boleh mengurangkan 7.3% untuk wanita itu menjadi ibu pada usia yang muda. Kebiasaanya negara yang mempunyai kelahiran yang tinggi, ia adalah berkadar langsung pada tahap kemiskinan negara itu juga. Dengan erti kata lain, pendidikan boleh membasmi kemiskinan dengan pengurangan kadar kelahiran tidak terancang oleh wanita pada usia muda.

Sehubungan itu, saya ingin menyarankan agar agensi yang berkaitan atau pihak Kerajaan Negeri membuat kajian berperingkat untuk meluluskan Undang-Undang Mengharamkan Perkahwinan Bawah Umur di Negeri Perlis sebagaimana yang diusulkan dan disaran oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Pelbagai persoalan mungkin timbul dan bercanggah dengan amalan kebiasaan kehidupan dan masyarakat kita di Negeri Perlis. Malahan kebanyakan keadaan serta situasi yang perlu dipertimbangkan dalam budaya kehidupan kita di Negeri Perlis. Adakala kita harapkan seseorang suami itu boleh menjaga isteri muda yang kurang berkemampuan dari segi kewangan. Namun, seperti yang telah saya ungkitkan bahawa tahap pendidikan sebenarnya berkadar langsung dengan pendapatan yang mampu menyokong kehidupan pada hari kelak seseorang wanita itu. Hakikatnya, kes perkahwinan bawah umur yang kita lihat sememangnya tidak memberikan apa yang kita harapkan malahan berlaku sebaliknya dimana kehidupan kelak menjadi bebanan dan memberi impak yang kurang memberangsangkan kepada seseorang itu, keluarga, komuniti dan masyarakat pada keseluruhannya. Sebagai orang yang melakar dan mengubal dasar kerajaan, saya berharap kalian yang… kalian berminda terbuka dan angkatkan mereka yang memerlukan dengan lebih banyak pendedahan serta memberikan anak-anak muda ini garis panduan yang lebih baik dan matang demi mewujudkan satu masyarakat maju ke hadapan dan berdaya saing dengan dunia luar, khususnya dalam isu perkahwinan bawah umur ini.

Dengan pendedahan yang lebih kepada sistem pendidikan yang terancang dan galakkan anak-anak muda menimba ilmu yang lebih, ia boleh mewujudkan masyarakat yang lebih maju bukan sahaja dalam kerja harian tetapi semasa menjalankan kegiatan seperti pertanian moden dengan penggunaan, dengan izin, IoT (Internet of Things), keusahawanan, pengetahuan menyediakan makanan yang berkhasiat, hindari daripada penyakit dan seterusnya mengurangkan berbelanjaan perubatan keluarga dan negara. Sekiranya wanita tidak berkahwin pada usia muda dan diberikan pendidikan berterusan, ia pasti dapat mencapai kesaksamaan gender, dengan izin, gender equality seperti yang diusahakan oleh pihak Kerajaan. Susulan daripada tahap pendidikan yang tinggi, ia pasti boleh mewujudkan satu komuniti yang lebih mampan, inklusif, selamat dan berdaya saing.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Dalam perkembangan yang lain, saya ingin mendapatkan pencerahan atas kejadian kes pemecatan atau pelepasan tugasan seramai lebih kurang 100 orang anggota RELA di Negeri Perlis dengan notis surat yang ditujukan kepada mereka beberapa hari yang lepas. Menurut anggota RELA berkenaan, susulan daripada pemecatan atau pelepasan tugasan itu, tiada sebarang pampasan yang akan diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab kepada anggota RELA. Saya minta pencerahan agar kebajikan golongan yang berkhidmat kepada kita sebagai anggota RELA harus dititikberatkan lebih-lebih lagi mereka akan terus hilang pekerjaan dan terus tiada pendapatan untuk menyokong perbelanjaan keluarga.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Untuk makluman dewan yang mulia ini selepas meneliti jawapan dari YAB Bintong, saya ingin cadangkan demi keharmonian kaum dan layanan saksama padangan agar dimasukkan perwakilan tetap dari mana-mana ketua-ketua kaum yang bukan bumiputera ke dalam Jawatankuasa Teknikal Rumah Ibadat Bukan Islam dan Jawatankuasa Induk Rumah Ibadat Bukan Islam yang dilihat lebih relavan dalam membantu membuat sesuatu keputusan ke atas permintaan atau isu yang berkaitan dengannya. Jika hanya sekadar hadir sebagai jemputan sahaja, dikhuartiri mereka tidak banyak dapat memberikan pandangan dan pendapat yang membina dan dengan itu tidak banyak membantu dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Dalam perkembangan lain, saya ingin menarik perhatian pihak yang tertanggungjawab dalam beberapa perkara yang sekian lama tertunggak tindakannya atas aduan saya. Yang pertama ialah dalam usaha pihak MPK menyelenggarakan dan membaiki jalan belakang Jalan Raja Syed Alwi yang merupakan jalan belakang Public Bank Kangar. Perkara ini sudah berkali-kali saya tujukan aduan kepada pihak MPK dalam setahun ini. Sehingga kini tiada tindakan susulan terhadap aduan ini dan kini tidakpun diungkitkan dalam pembentangan bajet bahawa jalan itu dibaiki atau akan diselenggarakan. Saya minta pihak yang bertanggungjawab sila ambil tindakan yang sewajarnya dalam menyelesaikan perkara yang diadu ini.

Dalam perkembangan yang lain , lawatan tapak saya pada 21 Oktober 2018 yang sesudah hampir 14 bulan bersama agensi berkaitan ke longkang Jalan Bukit Lagi, kini masih lagi tidak dapat dilihat diselenggarakan oleh mana-mana pihak. Saya amat kecewa dengan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab kepada rakyat jelata. Sesungguhnya semua skop tanggungjawab dan pekerjaan boleh dirujuk kepada Dokumen Rujukan Perancangan Dan Pelaksanaan Program 1 PERLIS BERSIH yang disediakan oleh Bahagian Kerajaan Tempatan (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis) Pindaan Pertama Tahun 2018. Agensi Pelaksana harus ambil tanggungjawab atas perkhidmatan yang diberikan agar segala tugas dan kerja dapat dilaksanakan seperti mana yang diamanahkan. Sebenarnya perkara kecil seumpama ini tidak payah lagi kita bawakan untuk diperbincangkan di dewan yang mulia ini. Namun, ternyata sikap dengan izin “ownership” memang perlu ditegaskan lagi dalam agensi dan semasa para petugas menjalankan tugas yang diamanahkan. Sesungguhnya, pihak yang bertanggungjawab dari pelbagai agensi haruslah berinisiatif dalam melaksanakan tugas masing-masing. Contohnya, pemantauan dari semasa ke semasa keadaan jalan, longkang, penutup longkang, kebersihan persekitaran bandar, kenalpasti penyelenggaraan rumput yang panjang dipotong, pokok hiasan harus disiram, contohnya pokok hiasan yang ada di dalam pasu di sekeliling bulatan trafik Tuanku Syed Putra harus dijaga segar dan diselenggarakan sejajar dengan fokus kedua Kerajaan Negeri Dalam Meningkatkan Kualiti Hidup Rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya puji usaha pihak kerajaan negeri untuk membina lebih banyak rumah untuk memenuhi keperluan rakyat negeri ini. Namun, saya ingin tahu mengapakah kita tidak selesaikan penjualan sebanyak 26,078 unit stok kediaman yang ada sebelum bergiat merancang untuk membina lebih banyak projek perumahan. Adakah stok kediaman yang ada itu, pertama, terlalu mahal harganya? Kedua, atau stok kediaman itu adalah lot bumiputera yang kurang mendapat sambutan. Sesungguhnya kuota 70% : 30% perumahan yang diamalkan di negeri Perlis memang satu faktor yang membantutkan pertumbuhan sektor pembinaan di Negeri Perlis. Permintaan perumahan yang tinggi oleh penduduk bukan bumiputera menyebabkan dua senario berlaku, Pertama Lot rumah bukan bumiputera yang ditawarkan tidak mencukup keperluan pasaran bukan bumiputera. Keadaan ini akan lambat laun menyebabkan mereka yang tidak dapat membeli rumah di Negeri Perlis akhirnya akan berniat untuk berhijrah ke negeri lain dan seterusnya mengalihkan segala aktiviti dan perbelanjaan keluar dari Negeri Perlis, yang Kedua, Harga rumah akan mencecah tinggi dalam sektor perumahan kerana lot bukan bumiputera atas permintaan yang tinggi dan tidak mencukupi. Saya sarankan kuota ini harus dikaji semula bukan atas faktor perkauman tetapi saya berpendapat sebagai rakyat yang hidup di Malaysia, kita harus ada kesinambungan dan kebergantungan sesama kita dalam mewujudkan satu negara yang kongsi segala sumber alam dan manusia serta kemakmuran seperti mana yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir dalam Wawasan Kemakmuran Bersama beliau. Sesungguhnya, rakyat Malaysia harus amalkan sikap yang lebih terbuka dan kita harus ambil kesempatan atas kelebihan sesama kita dan bertindak sebagai pelengkap di antara satu sama lain dalam membawa kehidupan rakyat Malaysia ke arah yang lebih sempurna dan harmoni.

Akhir sekali, sebelum saya berundur saya ingin mengusulkan agar seorang pegawai kanan SPRM ditempatkan di Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perlis demi menyahut amalan integriti dalam urustadbir yang baik dalam kerajaan seperti mana yang diamalkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah. Yang Baik Kita Jadikan Teladan, Yang Buruk Itu dijadikan Sempadan, Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Bismillahhirahmannirrahim, assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertama kali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberikan ruang kepada saya dan juga rakan-rakan di sebelah sini untuk membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Pembekalan Negeri Perlis Tahun 2020. Ribuan terima kasih juga diucapkan Pengarah-Pengarah, Ahli-Ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai Kerajaan, jabatan negeri dan persekutuan, agensi-agensi kerajaan, seterusnya semua hadirin yang ada di dalam dewan ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Pertamanya saya agak terpegun dengan pembentangan belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Bintong semalam sebab melihat kepada angka-angka tersebut, saya tak nafikan angka-angka tersebut adanya datang banyak juga daripada Kerajaan Persekutuan. Oleh itu saya nak mengucapkan jutaan dan ribuan terima kasih lah kepada Kerajaan Persekutuan kerana tidak menganaktirikan negeri Perlis sesuai dengan iktizam Kerajaan

Persekutuan untuk membangunkan semua wilayah secara adil untuk mengurangkan jurang perbezaan wilayah dan negeri di Malaysia.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Melihat kembali kepada angka-angka yang dibentangkan semalam, saya tertarik dengan angka-angka ini sama ada ianya benar-benar akan datang dari hasil Kerajaan Negeri sepenuhnya atau ada setengahnya angka ini yang dibentangkan itu hanyalah peruntukan khas yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan melalui permohonan-permohonan Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada Pakatan Harapan kerana ada setengah perkara yang dimasukkan dalam belanjawan 2020 adalah juga merupakan hasil naik turun Yang Berhormat Yang Berhormat Pakatan Harapan ke Putrajaya. Ini kerana kami betul-betul menghayati betapa pentingnya politik matang dan kesungguhan membangunkan Kerajaan Negeri secara bersama tanpa mengira warna baju politik. Syabas diucapkan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat Pakatan Harapan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya ada tengok juga nilai pelaburan swasta di dalam fokus utama strategi utama lah yang di bentangkan oleh Yang Amat Berhormat Bintong berkenaan pelaburan yang bernilai 1.8 bilion iaitu apa nama ni… Projek Perlis Maritim Koridor. Saya percaya nilai program ini termasuklah juga Projek Jeti Bersepadu Sanglang. Beberapa bulan yang lepas saya bersama dengan beberapa jabatan dan juga agensi kerajaan dan juga EXCO YB Simpang Empat bersama juga syarikat konsultan dan pemaju ada berdialog dengan nelayan di kawasan Sungai Baru. Banyak perkara yang dibangkitkan oleh para nelayan ketika itu. Saya tidak menafikan Kerajaan cuba berusaha untuk menggunakan segala peluang yang ada untuk mempertingkatkan hasil Kerajaan Negeri tapi apa yang dibangkitkan oleh pihak nelayan ialah Kerajaan tidak pernah berbincang dan memberitahu mereka akan kepentingan Projek Jeti Bersepadu ini. Kerajaan perlu mencari solusi yang terbaik untuk menerangkan kepada nelayan apakah hasil-hasil kebaikan dari projek apa nama ni… Jeti Bersepadu Sanglang ini. Kita tidak mahu nelayan ketinggalan apabila projek ini berjaya kelak. Kita… mungkin mereka boleh dihantar ke Pusat Pengajian Akademi Laut untuk menghadiri kursus-kursus berkaitan perkapalan khususnya mereka ingin menjadi pelaut moden. Bila dah wujudnya jeti perlabuhan baru di Sanglang, mungkin laut kita ini semakin terhad. Kita pun tak banyak perairan belah Perlis ini, so mungkin peluang hasil tangkapan ikan mereka berkurangan, so mungkin kita boleh janakan balik apa nama… peluang pekerjaan mereka dengan menghantar mereka untuk mengambil kursus-kursus perkapalan supaya bila wujudnya pelabuhan Jeti Sanglang nanti mereka berpeluang untuk bersama-sama mengambil peluang tersebut. InsyaAllah, kita doakan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Soalan ini actually dah ada dalam saya punya soalan lisan tapi saya teringin nak bangkitkan sekali lagi supaya… apa nama ni… semua di dalam Dewan yang mulia ini bersama-sama tahu apa yang saya ingin bangkitkan. Berkenaan dengan pelaburan swasta syarikat CM Global dianggarkan bernilai sebanyak RM1 bilion dan pengwujudan sebanyak 5 ribu peluang pekerjaan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat di sebelah Kerajaan, adakah Kerajaan Negeri telah menjalankan kajian latar belakang ke atas CM Global secara terperinci bagi mengenalpasti kesahihan cadangan pelaburan tersebut. Selain itu, adakah Kerajaan Negeri sedar bahawa syarikat CM Global ini betul-betul terlibat dalam industri pemprosesan bahan kitar semula. Adakah ianya merupakan salah satu teras industri yang akan dibangunkan di Chuping Valley Industry Area. Saya mendapat makluman bahawa pada masa ini syarikat tersebut berpengkalan di Sungai Petani. Adakah cadangan pelaburan CVIA ini merupakan business expansion atau syarikat tersebut terpaksa menutup operasinya di Sungai Petani di atas arahan Kerajaan Negeri Kedah oleh disebabkan faktor-faktor tertentu.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Masih lagi dalam fokus yang pertama strategi pertama, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis kerana membantu saya menyediakan pelan pembaikan konkos Kuala Perlis. Saya dimaklumkan sebelum ini oleh Perbadanan bahawa permohonan peruntukan tambahan untuk membaiki konkos tersebut telah banyak kali ditolak oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini. Kemudian saya bekerjasama dengan PKENPs cuba sekali lagi membawa apa nama ni… pelan pembaikan tersebut dan alhamdulillah dimakluman sebelum ini dan saya juga bermesyuarat dengan Pejabat Pembangunan Negeri diluluskan di bawah peruntukan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Terima kasih saya ucapkan sekali lagi kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis dan insyaAllah Kerajaan Negeri saya pasti akan membuat projek tersebut sebaik yang mungkin tidak seperti sebelum ini yang dibangkitkan oleh saya dan juga kawan-kawan lain sebelum ini. Alhamdulillah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya tertarik dengan jawapan balas Yang Amat Berhormat Bintong berkenaan dengan pelaburan jangka panjang sebelah pagi tadi semasa soalan… soal jawab lisan. Bersebelahan konkos Kuala Perlis ada satu kawasan lapang iaitu tanah milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis. Sebelum ini dicadangkan kawasan tersebut untuk dibangunkan… apa nama ni… Kawasan Pembangunan Bercampur Kuala Perlis tapi saya dimaklumkan perkara ini sudah tidak jadi. Pembangunan ini dah dibatalkan, yang saya dapat maklumat lah. So di sini saya hendak mencadangkan agar kawasan tersebut mungkin bila dah dibatalkan pembangunan bercampur ini mungkin kita boleh buat benda lain yang orang cakap menggantikan apa nama… pembangunan tersebut seperti mungkin kita boleh wujudkan satu kawasan apa nama ni… pasar yang besar, kawasan niaga yang besar seperti apa nama ni yang wujud contohnya di Pasar Kepayang di Terengganu, Pasar Siti Khadijah di Kelantan Kota Bharu. Kita boleh wujudkan satu kawasan perniagaan sebegitu supaya kita boleh tempatkan peniaga, gerai-gerai dan juga makanan hasil laut Kuala Perlis di kawasan tersebut supaya nanti apabila pelancong balik dari Pulau Langkawi, adalah tempat untuk depa nak pi kan. Mungkin mereka boleh singgah di situ insyaAllah mereka boleh berbelanja di situ. Kita boleh pastikan mereka akan berbelanja di situ insyaAllah.

Kemudian berkenaan dengan pelancongan. Tahun melawat Malaysia 2020 dianggarkan mendapat pulangan sebanyak 100 bilion daripada pelbagai sumber pelancongan di seluruh Negara. Negeri Perlis juga pastinya tidak mahu ketinggalan di dalam Tahun Melawat Malaysia 2020 ini. Antara pintu masuk pelancong utama dari luar Negara yang terdekat ialah Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan juga Pulau Langkawi. Justeru itu apakah sumber pelancongan baru Negeri Perlis yang diwujudkan untuk kita sama-sama terlibat dalam Tahun Melawat Malaysia 2020 ini selain daripada sumber pelancongan yang sedia ada? Selain itu berapakah hasil kutipan pelancongan ini dari tahun ke tahun sejak 5 tahun yang lalu dan apakah corak perbelanjaan pelancong di negeri Perlis ini? Apakah juga langkah kerajaan negeri bagi menambah nilai baru kepada sumber pelancongan di negeri Perlis ini? Kemudian di sini ada juga saya baru terima maklumat berkenaan baru-baru ini ada Pertandingan Memancing di kawasan Kuala Sungai Baru. Saya dapat maklumat pertandingan ini agak… saya tidak berapa pasti sama ada nak menyebut mengecewakan atau tidak tapi anggaran awal penyertaan mungkin 5, 6 ribu tetapi penyertaan itu hanya seribu lebih. Itu satu. Yang keduanya saya mintalah kepada penganjur sekiranya ingin mengadakan program yang besar sebegini cubalah check jadual air pasang surut tu, sebab dimaklumkan program apa nama ni… pancing ni dibuat ketika musim air mati. Air mati ni memang tak berapa banyak ada ikan lah dan susah untuk pemancing ni nak lempar dia punya joran ke tengah laut. So mohon pihak berkenaan tolong… next time kalau nak buat perancangan tolong pastikan benda ini dapat berjalan dengan lancer lah. Ini berkenaan dengan portfolio YB Titi Tinggi lah, berkenaan… apa nama ni… Hari Tanpa Beg Plastik, Hari Sabtu Tanpa Beg Plastik. Syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri kerana memperkenalkan Hari Sabtu Tanpa Beg Plastik. Saya tak nafikan kita agak terlambat sikit daripada Kerajaan Negeri lain tapi alhamdulillah satu inisiatif, satu perkara yang bagus, kita berharap perkara ini berterusan. Cumanya di sini saya ada beberapa persoalanlah berkenaan Program Hari Sabtu Tanpa Beg Plastik ini. Adakah kita akan mengenakan caj kepada pengguna yang akan menggunakan beg plastik pada hari tersebut? Itu satu. Yang keduanya bagaimanakah pemantauan pihak berkenaan terhadap kesungguhan kita menjalankan program ini? Maksudnya kita tak mau kita warwarkan saja dia tapi takda pemantauan, masih lagi ada peniaga di luar sana yang memberikan plastik secara percuma kepada pengguna. Saya mohon… apa nama ni… jawapan daripada Yang Berhormat Titi Tinggi. Di sini juga saya bersama dengan rakan-rakan yang lain daripada Pakatan Harapan ingin menyusulkan berkenaan penempatan pegawai SPRM di Pejabat Menteri Besar seperti yang telah dibuat di negeri Sabah, negeri Kedah… sesuai tadi saya tengok dalam apa nama ni… Belanjawan Negeri 2020 adalah disebut juga tentang Pelan Anti Rasuah Nasional. So saya berharap dengan apa nama ni… belanjawan yang telah disebutkan semalam kita bersungguh-sungguhlah memastikan belanjawan itu betul-betul kita hayati. Saya berharap penempatan pegawai SPRM di Pejabat Menteri Besar itu boleh diuruskan secara bersama lah insyaAllah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker

Saya nak ambil kesempatan jugaklah di… di sidang kali ini untuk menyampaikan permasalahan-permasalahan dan aduan-aduan daripada penduduk di kawasan saya dan juga di Perlis secara amnya. Berkenaan isu nelayan persisir pantai, untuk makluman Dewan yang mulia ini, di kawasan perairan Sungai Kuala Perlis sekarang ini ada projek penanaman underwater cable, dengan izin Dato’ Speaker, daripada kawasan Kuala Perlis sehingga ke Langkawi. So bila ada projek penanaman underwater cable ini, kawasan untuk nelayan pesisir pantai ini semakin terhad. Ada gangguanlah maksud dia. Bila ada gangguan ni… ada setengah tu bila depa letak tangkui, depa letak pukat, benda ni belaga dengan batch yang kerja buat cable underwater tu. Saya dimaklumkan ada peruntukan… sorry bukan peruntukan… wang pampasan yang telah diberikan kepada Persatuan Nelayan Kawasan. Nilai dia dikhabarkan adalah RM250,000.00 tapi saya tak pasti, cuma saya nak dapatkan kepastian dalam Dewan yang mulia ini sama ada betul nilai tersebut telah dibayar kepada Persatuan Nelayan dan bagaimana pulak pihak yang menerima ini akan mengagihkan wang pampasan ini kepada nelayan-nelayan terlibat. Itu yang pertamanya berkenaan nelayan persisir pantai. Yang keduanya masih lagi dengan isu mereka, tapi ini isu bot pukat temenung… bot fiber lah. Depa ni ada lebih kurang 25 biji. Saya dah cuba bangkitkan sebelum ini dalam sidang yang lepas… selepas sidang yang lepas tu saya ada juga berjumpa dan bercakap dengan Jabatan Perikanan, LKIM, masih isu yang sama… depa ni takda lesen. Saya tak nafi jawapan yang diterima oleh LKIM ialah buat masa ini kuota lesen nelayan pesisir pantai dihadkan, tetapi kita kena ingat sepanjang tahun ini mungkin ada kematian dari segi nelayan, mungkin ada kesalahan yang dibuat oleh nelayan, mungkin ada nelayan yang dah tak aktif ke laut. So mungkin kuota-kuota yang… apa nama ni… ada di kategori nelayan tadi tu, mungkin kita boleh tarik balik dan kita kembalikan kepada pemohon-pemohon nelayan yang baru. Sebab sampai bila kita nak tahan depa ni daripada bagi lessen? Sebab depa ni kerja depa memang kerja nelayan dan depa tak pandai dalam bidang lain. So kita jangan sekat… apa nama ni… depa daripada peroleh lesen seterusnya depa boleh ke laut dengan secara sah. Bila apa nama ni… depa takda apa… lesen ni, bila depa nak pi ke laut pun depa dalam keadaan ragu-ragu, takut kadang-kadang kena tahan dengan Maritim, kadang-kadang bila ada jadi kejadian apa-apa depa takda insuran… so saya mohon pertimbangkan balik apa nama ni permohonan lesen mereka-mereka ini. Itu satu, yang berkenaan dengan bot… apa ni… bot nelayan pukat temenung. Yang kedua mereka ni mohon jugak sebab depa ni susah nak dapat awak-awak tempatan. Kebanyakkan awak-awak yang bekerja dengan depa ni ialah daripada awak-awak daripada ni lah… Pulau Panjang yang sempadan dengan Kuala Perlis, Setoi, Puju apa semua.

So depa mintak pertimbangkan untuk depa mendapatkan permit membawa awak-awak daripada sempadan Siam ini untuk bekerja dengan depa. So saya mintak Yang Berhormat Simpang Empat boleh bantu saya lah dalam bidang… dalam perkara ini insyaAllah. OK masih lagi isu nelayan, berkenaan dengan isu pembayaran dan isu lesen. Saya dimaklumkan tiada peringatan daripada Jabatan Perikanan Negeri. Mereka mohon agar sistem lama diguna pakai kembali dan nama-nama pemohon lesen ini dipaparkan lebih awal dan lebih jelas di papan kenyataan khas. Masih lagi isu yang berkaitan nelayan… isu penempatan rumah nelayan di kawasan Kampung Wai. Sebelum ini saya dapat maklumat nilai sewa beli dan nilai rumah itu sebelum ni dia nak kekalkan nilai dalam 40 ribu something. Tapi saya dapat maklumat baru-baru ni kata nilai rumah tu akan ditingkatkan. Saya nak dapatkan pengesahan betulkah sama ada nilai rumah itu akan ditingkatkan, dan jika nilai rumah itu akan ditingkatkan seperti… tidak seperti perjanjian awal, kenapa ianya akan dipertingkatkan. Apa nama ni… dalam kawasan sungai di Kuala tu, untuk pengetahuan Yang Berhormat Dato’ Speaker, sungai ni semakin cangkat. Kadang-kadang nelayan nak keluar tu tak boleh. Saya pun tak tau tak pasti apa sebabnya tapi memang beri kesan yang banyak kepada nelayan-nelayan pesisir pantai ni. Dari segi bot ni, bot dah tak banyak dah tapi nelayan-nelayan yang pakai peru ni… memang depa effect dengan sungai yang cetek di kawasan jeti tempat depa ikat peru tu. Kemudian depa juga memohon, nelayan-nelayan ini memohon sekiranya boleh ditambahkan… apa nama ni… jambatan… eh jeti yang baru di Kampung Seberang Tok Pi. Jeti yang sedia ada tak mampu menampung peru yang ada di Kampung Seberang Tok Pi. Dia ada satu titi sahaja di Kampung Seberang Tok Pi tu. Depa memohon ditambah jeti yang baru. Kemudian depa ada mohon juga di seluruh kawasan kampung nelayan ini yang mana ada jeti mohon diadakan ramp, sebab bila… la ni ada setengah tu memang buat titi, takda tangga. Bila takda tangga ni kadang… biasalah orang Kuala ni jenis lompat terus dalam peru… tapi kadang-kadang nak bawa barang susah, so depa mohon diadakan ramp supaya memudahkan depa bawak turun barang ke dalam peru. OK ini isu di Kg Seberang Tok Pi berkenaan dengan Jambatan Tuanku Syed Putra, Titi Tinggilah kalau orang Kuala panggil, yang kita dok tengok… apa nama… daripada Langkawi kita nampak titi tu. Dia punya anti-slip mat tu dia dah dah haus dia punya… apa ni… friction dia… bukan friction orang pggil… dia punya tu lah… dia punya untuk menahan geseran tu dah haus… ada setengah tu dah tertanggal. Minta pihak berkenaan tolong buat pembaikan segeralah terhadap anti-slip mat tersebut. OK ini pulak isu-isu di dalam kampung nelayan di sepanjang persisir sungai dan muara sungai. Isu… surat hilang. Banyak surat yang sampai di dalam… di dalam kawasan kampung ini tak sampai pun dekat depa sebab mungkin postman tak tau alamat. So depa mohon kalau boleh diadakan satu pusat khas dimana semua surat diletakkan di situ dan dipantau oleh mungkin sapa-sapalah… supaya surat tu tak ke mana, sebab saya ada pernah dengar kes ada surat berkenaan panggilan temuduga tentera. Dapat benda tu tapi tak sampai ke dia, terlepas benda tu… so sayanglah. Saya minta ada satu pusat yang meletakkan surat ni satu tempatlah, kemudian orang kampung dia akan pi situ dia akan collect-lah, insyaAllah. Diwujudkan bomba sukarela atau bomba dalam sungai. Semua tau kawasan-kawasan kampung nelayan di sepanjang persisir sungai ni nak masuk dia susah. Kereta nak masuk susah tambah lagi dengan apa ni… fire fighter punya lori, tanker tu. So diminta diwujudkan bomba sukarela ataupun bomba sungailah. Saya boleh bagi kerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri untuk memudahkan pembentukan bomba-bomba ini.

Isu yang sudah lama iaitu isu perparitan di dalam kawasan kampung nelayan ini masih tidak tersusun. Saya mohon kalau boleh pihak berkenaan tolong… saya pernah sebut sebelum ni, tolong sediakan master plan untuk depa. Banyaklah akibat daripada perparitan tidak tersusun banyak kesan-kesan dia. OK, dalam kampung juga banyak kawasan-kawasan yang terbiar dalam kampung ini, yang ada air pasang boleh naik yang ada selut sikit dia ada tumbuh pokok-pokok jeruju… pokok jeruju yang hat tajam-tajam tu. Dia… saya sendiri pun pernah terserempak ular tedung. Saya pernah masuk Kampung Seberang Alor, terserempak dengan ulaq tedung. Dia lintas keluar daripada pokok jeruju ni lah. Kemudian selain dari ular tedung tu, biawak besarlah… biawak besar… banyaklah di kawasan tersebut. So mintak pihak berkenaan tolong pantau lah kawasan-kawasan tersebut. Isu tanah perumahan, banyak kali juga saya bangkitkan juga, berkenaan longkang sempit dan kecil tidak dapat menampung kenaikan paras air jika berlaku hujan lebat di kawasan rumah kedai bersebelahan dengan Petronas Kuala Perlis tu, di Taman Semarak, Kampung Seberang Tok Pi yang bersebelahan dengan dewan baru tu… kalau daripada pasar malam tu nak masuk tu, ha ada rumah sebijik dekat belakang tu… Taman Utara Jaya, taman-taman belakang Balai Polis Kuala Perlis… tu kawasan-kawasan tersebut. Kemudian dalam kawasan taman ini juga, banyak lagi kawasan-kawasan… taman jalan-jalan dalam taman ni berlopak teruk seperti Taman Utara Jaya… terima kasih saya ucapkan kepada Majlis Perbandaran Kangar baru ni, jalan utama menghubungkan flat Kuala Perlis dan juga Taman Peladang Jaya itu telah ditar lah. Itu laluan utama saya nak ke pejabat hari-hari. Terima kasih diucapkan kepada Majlis Perbandaran Kangar. Tapi masih ada lagi kawasan-kawasan jalan di… apa nama ni… taman-taman ni belum dibaik pulih walaupun aduan saya dah buat sebelum ni, dah banyak kali, di Taman Utara Jaya, Taman Peladang Jaya dan penghubung jalan antara Taman Utara Jaya dan juga Taman Berlian, serta di RPA Kuala Perlis. Kemudian 2 hari lepas, saya ada minum sikit lah dekat kawasan Taman Sejahtera, belah Seberang Ramai nu, ada minum dengan penduduk, depa mohonlah dibina beberapa bonggol jalan di dalam kawasan taman depa tu… jalan utama depa sebab kawasan tu, bila saya dok minum tu, saya perhatilah orang dok naik motor daripada Taman Wai Permai, daripada Kampung Wai. Depa tak mau lalu jalan utama. Depa dok masuk jalan dalam taman shortcut. So bila masuk kot tu kenderaan banyak, tak selesa untuk penduduk taman nak buat aktiviti di kawasan tersebut. So depa mohon… sekurangnya depa tak halang menggunakan jalan taman depa tapi cuma depa tak mau kalau boleh kenderaan-kenderaan yang menggunakan jalan tu,yang bukan penduduk taman tu, laju dalam kawasan tu. Depa mintak lah tambah dua tingga bonggol sepanjang jalan Taman Sejahtera tu.

Ini berkenaan kutipan sampahlah di taman-taman. Kalau boleh jadual yang dikeluarkan tu tolong ikut… saya minta dan dipertingkatkan ketika musim perayaan. Ha ini time musim perayaan macam-macam aduanlah berkenaan sampah ini… sampah busuk, tak kutip banyak hari dah. Saya faham ada setengah pekerja tu depa pun nak raya, tapi janganlah dibiarkan terlalu lama, saya mintak itu ja. Berkenaan isu petani dan pekebun, air masin masuk ke bendang-bendang sepanjang rancangan sungai tebatan banjir. Ha ini pun banyak kali dah petani-petani chinese di kawasan bendang Bukit Putih tu dok hubungi saya dok maklum pasal air masuk lah. Ni saya minta Jabatan Pengairan dan Saliran tengok balik kenapa benda ni selalu terjadi, sebab bila dah air masin masuk, rosak bendang depa. Jadi kerugian balik hasil kepada negeri juga.

Berkenaan kelambatan bekalan baja untuk pesawah-pesawah, saya mohon ditengok kembali adakah benar berlaku pembekalan bekalan baja ini lambat. Di sebelah bahagian Padang Besar Selatan, pesawah mohon peningkatan kawalan air ke bendang-bendang di kawasan Padang Besar Selatan. Ini kawasan MADA lah… belah Padang Besar Selatan minta bekalan air itu ditambahkan di kawasan tersebut. Kemudian tadi saya tengok dekat… apa nama ni… perbentangan belanjawan itu ada jugalah untuk agro-pelancongan. So di sini saya nak sentuh sikitlah berkenaan dengan dusun Kampung Wai. Saya mohon penurapan jalan dibuat di kawasan dusun Kampung Wai tu menghala ke air katok di atas sana. kalau Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakan-rakan dalam sidang Dewan yang mulia ini pernah ke sana, Batu Pahat pun… saya nak kata Batu Pahat pun tak secantik kawasan tu, sebab dia ada air katok, ada dua tiga kolam dekat atas tu memang cantik… time air banyak memang cantik. Dulu… sebab satu… dusun keluarga saya pun ada dekat atas tu, bila selalu pi tu memang tengok cantik. So saya minta jalan-jalan tu diturap sebab perancangan pemilik dusun di kawasan tersebut depa nak… depa nak bangunkan agro-pelancongan di kawasan tersebut. Selain daripada turap jalan ni depa minta juga ditambah bekalan-bekalan tiang elektrik dan juga bekalan lampu lah sehingga ke atas sana. Dah banyak juga dangau yang ada di atas kawasan tersebut tapi masih terhad. Bila ada… insyaAllah dengan adanya bekalan elektrik dan lampu, depa akan cuba bangunkan, sebab baru ni depa mengumpulkan wang sama depa, depa pakai kato, depa korek jalan perlebar jalan bagi besar sampai boleh naik ke atas.

Ini isu… isu yang sentiasa wujud di Perlis ni isu air lah. Mohon SAP menyediakan pembayaran bil air secara online dan juga menyediakan kioks pembayaran di beberapa tempat tumpuanlah… memudahkan ni… tapi secara online pun kadang-kadang saya dimaklumkan memang tak boleh bayar secara online. So sekarang ni semua banyak orang dah pakai internet banking dah. Minta disediakan… memudahkan untuk orang bayar secara online. Kemudian isu kekurangan bekalan air di beberapa kawasan berikut contohnya di Kampung Wai. Kampung Wai yang saya peliknya, ada… dia sampai hujunglah, kalau Kampung Wai tu sampai hujung bukit tu, ada sesetengah tu rumah ada air, ada sesetengah tu takda air. Saya pun pelik, Tak tahu pasal apa. Minta dikenal pastilah punca kenapa perkara itu berlakulah. Kemudian di tempat…

Speaker

Yang Berhormat, saya bagi 3 minit lagi Yang Berhormat…

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Ok, ok, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, tak banyak dah ni, sikit ja. Masalah rakyat Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kemudian isu kekurangan air juga di gerai Plaza Kuala lah. Ini sentiasa ada lah isu ini. Kemudian minta ditingkatkan tekanan air di kawasan Jeti Kuala Perlis ketika musim hujung minggu dan juga musim cuti perayaan. Ini selalu sangat saya dapat aduan berkenaan benda ini. Isu penempatan baharu di persisir sungai, ha ini adalah rumah-rumah baru yang dibina di sepanjang persisir sungai ni… macam mana depa ni boleh dapat akses kepada bekalan elektrik dan juga bekalan air lah. Mohon pemantauan daripada pihak berkenaan lah. Kemudian isu-isu awam, saya pernah membangkitkan isu jalan bonggol di jambatan nak ke Seberang Ramai tu… daripada sebelum ni lagi saya pernah bangkitkan. Saya mintalah disegerakan pembaikan… apa… bonggol tu, nak naik ke jambatan Seberang Ramai sebelah Pekan Kuala Perlis ni, disegerakan benda tu. OK… ni berkenaan orang oku lah, orang kurang upaya. Depa mohon disediakan ramp di Pejabat Pos Kuala Perlis lah sebab takda ramp di situ. OK, penduduk Kuala Perlis juga memohon mesin cash deposit machine sebab takda cash deposit machine di sebelah luar. Yang ada di satu di Maybank di sebelah dalam, di Bank Simpanan Nasional saya tak pasti ada, tapi di Agro Bank pun takda. So minta cash deposite machine diwujudkan di sebelah luar bank lah.

Tadi saya tengok ada Perlis… apa ni… dalam belanjawan ada sebut berkenaan dengan aktiviti sukan apa semua ni, so saya nak sentuh sikit la berkenaan Bukit Kubu Kuala Perlis… tempat rekreasi. Saya sendiri pernah naik ke atas, dua tiga kali jugak. Dia… tangga nak naik ke atas tu tidak diselenggara. Apa nama… banyak pokok-pokok tumbang, banyak semak… pernah jugak ada orang mengadu kat saya nampak ulaq tedung. Ha tu yang paling bahaya. So saya minta diselenggarakan dengan baik sebab saya tengok ada peruntukkan dalam belanjawan itu untuk memastikan Bukit Kubu ni juga termasuk dalam hotspot Perlis Aktif. Depa juga mintak dibina besi penghadang kenderaan di trek jogging di kawasan Bukit Kubu… dia ada macam dua lorong, satu… diantaranya ada sungai… bendang lah , bendang … apa ni… air bendang punya tu… yang buat yang mintak apa ni… besi tu disebelah kawasan bukit, bukan sebelah sini. Sebelah sini sebab kadang ada tractor nak pakai untuk bajak padi tapi yang belah sana.

Surau-surau dalam kampung tidak diselenggara dengan baik, contoh satu di Kampung Seberang Tok Pi, keadaan dah daif… pengguna pun tak mau gunalah surau tu sebab surau tu macam nak runtuh. Minta tolong tengok balik benda tu. Fasiliti sukan di dalam kampung juga tidak terurus dengan baik di beberapa tempat. Ini tandas yang tidak diselenggara di kawasan Plaza Kuala Perlis, kedai-kedai ikan bakar di hadapan Hotel Putra Brasmana tu, kemudian gerai-gerai di persisiran pantai menghala ke Kurung Tengar… ha ini tandas… isu tandas memang apa nama… tak pernah diselenggara dengan baik. Minta tolong tengok benda tu. Kemudian bekalan elektrik yang selalu trip di kawasan gerai Plaza Kuala Perlis. Satu juga isu di sepanjang Jalan Sarawak ni berkenaan peniaga-peniaga di tepi sepanjang Jalan Sarawak. Dulu tahun 2015 tak silap saya depa dah dipindahkan ke sebelah ke satu kawasan sahaja.

Saya nak tau syarat-syarat apa yang diberikan kepada mereka untuk mereka berpindah ke satu kawasan. Sebab apa baru-baru ini ada kemalangan yang hampir meragut nyawa. Saya pun selalu guna kawasan jalan tersebut. Apabila ada kenderaan yang parking untuk membeli makanan di gerai yang berhadapan dengan simpang… bila depa parking dekat dengan simpang tep jalan, orang nak keluar simpang tak nampak sebab terlindung… kenderaan datang laju. So saya nak tengok apa tindakan yang kita boleh ambik untuk memastikan tidak lagi berlaku kemalangan-kemalangan yang hampir meragut nyawa ini. So saya minta tengok, halusi baliklah perkara ini. Penduduk Seberang Ramai dan jugak Taman Seberang Jaya, Taman Sejahtera…

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat telah mengambil masa 37 minit. Boleh tak yang terakhir. Esok boleh cakap lagi…

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

OK, saya, saya, saya… ni sikit lagi Yang Berhormat Dato’ Speaker, sikit lagi ya, sikit lagi. Kemudian… ha ini yang terakhir. Ini untuk aturan Mesyuarat Dewan lah, ini untuk Speaker lah. Pada sidang yang lepas saya ada bangkitkan juga berkenaan dengan apa nama ni… hansard DUN. Kami terima hansard DUN lambat baru-baru ni. Saya… pada sidang lepas saya mohon supaya dipercepatkan persediaan hansard DUN. Kalau tak cukup kakitangan minta tambah lagi kakitangan lah kalau boleh untuk Dewan ni. Itu yang pertama. Yang kedua, kami minta diadakan siaran secara langsung… apa nama ni… Persidangan DUN. Setiap kali diadakan Persidangan Dun mintak diadakan siaran langsung dan yang ketiganya berkenaan aturan mesyuarat Perbentangan Belanjawan. Saya tengok di negeri-negeri lain Yang Berhormat Dato’ Speaker, apa nama ni… selalunya perbentangan belanjawan ni di bentangkan pada hari terakhir minggu tersebut, kemudian perbahasan dibuat pada hari pertama minggu yang akan dating, so that ada peluang untuk Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah sini ni untuk menghalusi belanjawan-belanjawan tersebut. Kalau boleh, untuk sidang belanjawan yang seterusnya atau sidang seterusnya, kita cuba buat benda tu… bila ada unsur-unsur yang penting semua ni supaya kami ada peluang untuk check, untuk verify maklumat-maklumat yang ada, so kami boleh berbahas dengan lebih… orang cakap lebih berkualiti. Saya mohon daripada pihak Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang terakhirlah, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Bintong kerana membentangkan Belanjawan 2020 semalam. InsyaAllah kita berharap dengan pembentangan belanjawan tersebut dapat memajukan negeri Perlis, dapat memakmurkan negeri Perlis. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Bismillahhirahmannirrahim, assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Bintong, Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada Kerajaan, Ahli Yang Berhormat daripada barisan pembangkang, Ketua-ketua Jabatan, Setiausaha Dewan, Bendahara Dewan seterusnya pegawai-pegawai yang hadir dalam sidang undangan pada hari ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Yang Berhormat Speaker kerana telah memberi peluang dan ruang kepada saya dalam penyertaan membahas Usul Anggaran Pembangunan Negeri Perlis Tahun 2020 dan Rang Undang-Undang Enakmen Pembekalan Tahun 2020. Dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Perlis Yang ke-14.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Ucapan perbahasan saya pada kali ini akan menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan pentadbiran, ekonomi, kebajikan dan pertanian. Terlebih dahulu, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat yang telah berjaya membentang Belanjawan 2020 dengan tema Menjana Kemakmuran Membina Kesejahteraan dengan peruntukkan sebanyak RM253.97 juta kemarin, berbanding belanjawan sebelum ini dengan peruntukan RM268.73 juta pada tahun 2019. Walau bagaimanapun, hasil yang dianggarkan ataupun dijangka meningkat pada tahun 2020 sebanyak RM3.22 juta pada tahun 2020 berbanding dengan tahun 2019. Namun begitu belanjawan ini masih lagi defisit kepada RM64.15 juta kepada tahun 2020 berbanding dengan tahun 2019 dalam sekitar RM69.80 juta pada tahun tersebut.

Yang Amat Berhormat dan Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Merujuk kepada bulan belanjawan yang telah dibentang kelmarin, khususnya melibatkan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping, CVIA di mana ianya akan menjadi pusat khidmat atau one stop centre bagi pelaburan dan penyelidikan pada masa hadapan dan projek-projek enam syarikat swasta yang lain akan bertapak di sana. Sungguh pun begitu saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri di mana Kerajaan Negeri boleh menceburi dan bangunkan di Lembah Chuping ini industri ringan seperti mikro-elektronik, semikonduktor, photonic dan sebahagiannya sebab industri ringan ini merupakan teknologi terkini dan teknologi ini bersesuaian dengan keperluan khususnya di era globalisasi 4.0. Sebab kita melihat bahawa tidak lama lagi kita telah pun kedengaran bahawa akan wujud satu lagi lapangan terbang di Kulim, Kedah. Ia menjadikan kita kawasan yang berdekatan ini berpeluang untuk mengaktifkan ataupun membangunkan sektor ringan ini mencari pendapatan kepada Kerajaan negeri Perlis. Selain itu, kita juga mempunyai kepakaran-kepakaran, tenaga-tenaga pemikir, pensyarah-pemsyarah UniMAP yang banyak mahir dalam bidang tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Seterusnya saya masuk kepada urus tadbir kerajaan yang baik. Konsep kerajaan governan atau urus tadbir yang baik merupakan sesuatu istilah yang diguna pakai dalam etika pengurusan dan pemerintahan. Konsep ini mempunyai elemen positif demi memastikan pihak yang berada di bawah pimpinan tersebut masing-masing, manakala istilah tadbir juga merujuk kepada kepimpinan yang dipandu oleh pengetahuan yan baik untuk menghasilkan sesuatu keputusan. Allah SWT berfirman:

Maksudnya:

Dialah yang mengatur urusan dari langit ke bumi; kemudian urusan itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya seribu tahun menurut perhitunganmu. Yang demikian itu Dialah Tuhan Yang Maha Mengetahui, Yang Ghaib, Yang Nyata, Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.

(Surah As-Sajadah, ayat 5 & 6)

Berdasarkan ayat di atas, ia mensyaratkan beberapa kriteria amalan urus tadbir yang baik dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Pertama, ilmu. Penguasaan ilmu agar kepimpinan bersifat relevan sepanjang masa. Kedua, kekuasaan. Berdisiplin dengan kekuasaan agar sentiasa setia, beramanah dan bertanggungjawab. Ketiga, kasih saying yakni akhlak membentuk jati diri bertakwa, berkasih sayang dan terbuka. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada seluruh Ahli Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan ini supaya menyediakan persediaan diri dengan ketiga-tiga elemen tersebut. Mudah-mudahan kita akan dapat melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat ini dengan sebaik mungkin.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Berhemah urus sumber negeri yang terhad. Allah SWT berfirman:

Maksudnya:

Dan juga mereka yang diredhai Allah itu ialah yang apabila mereka membelanjakan hartanya, tiada melampaui batas dan tiada bakhil dan sebaliknya perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara yakni boros dan bakhil itu.

(Surah Al-Furqan, ayat 67)

Ayat di atas menerangkan sifat hamba Allah yang diredhai-Nya. Antara merekanya… antara mereka berhemah dan bersederhana dalam mengurus harta yang dimiliki antara boros dan kedekut. Sehubungan dengan itu, dalam konteks pemerintahan kerajaan adalah pemegang amanah ke atas harta rakyat dan hasil mahsun bumi kurniaan Allah. Tanggungjawab kerajaan dalam mengurus amanah harta rakyat ini, dengan membelanjakan demi program kebajikan rakyat selain ianya satu amanah menjaga dan memelihara harta rakyat serta mengembangkan harta rakyat dan khazanah bumi merupakan satu tuntutan yang… untuk melangsungkan pentadbiran sesebuah kerajaan. Justeru itu, tidak dapat dinafikan sumber negeri ini terhad dan tidak mampu menampung perbelanjaan untuk melonjakkan negeri Perlis maju ke hadapan. Dalam hal ini, Islam mengajar kita berbelanja harta yang terhad dengan sumber terhad dengan mengikut keperluan. Sebagaimana yang disebut oleh pakar-pakar ekonomi, yang pertama, mengikut keperluan itu yang pertama dururiad, yang kedua al-hajiad, yang ketiga al-tahsiniyad. Ada pun yang dimaksudkan dengan berbelanja harta secara dururiad ialah dengan mengutamakan keperluan asas rakyat seperti tanah, kediaman dan rumah perlindungan, makanan dan air untuk mereka. Al-hajiad pula adalah menyediakan perkhidmatan pengangkutan antara bandar, kemudahan perkhidmatan perhubungan, jarak jauh dan sebagainya. Manakala al-tahsiniyad ialah kemudahan-kemudahan lain yang menambah baik dan melengkapkan kehidupan rakyat. Pengurusan ekonomi perlu dibina di atas asas dan kesedaran bahawa harta yang dimiliki oleh manusia adalah hak Allah yang diberi amanah untuk diguna yang diuruskan atas yang semuanya dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat. Kita melihat kenaikan kos sara hidup, hari ini rakyat perlu menanggungi… perlu tangani dengan sistem ekonomi Islam. Bukan ekonomi sosialis, bukan ekonomi kapitalis, tapi mengutamakan dengan penyelesaian ekonomi Islam yang adil, menolak monopoli ekonomi, menolak riba… sistem riba, menolak cukai yang dikenakan berasaskan perbelanjaan rakyat, menolak cukai yang menekan pendapatan rakyat dan cukai melampau yang dikenakan ke atas barangan keperluan rakyat. Selain itu, Kerajaan Negeri pernah berusaha untuk meng-explore, mencari sumber-sumber baru untuk mengurus tadbir dan menjaga kebajikan rakyat ini di dalam bidang-bidang yang lain sebagaimana disebut oleh beberapa Ahli-Ahli Wakil Rakyat daripada pembangkang sebentar tadi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Kebajikan. Melebarkan kebajikan rakyat. Setiap kerajaan mempunyai falsafah pentadbiran dan pemerintahannya masing-masing di mana ianya menjadi asas semua keputusan dan tindakan yang diambil. Kerajaan sekarang ini menggunakan falsafah negara pembangunan yang meletakkan pembangunan fizikal sebagai keutamaan semata-mata. Kita perlu menawarkan kepada rakyat sebuah negeri… negara kebajikan yang mengutamakan pembangunan untuk kebajikan awam. Konsep yang dibawa oleh Kerajaan terdahulu dan kini yang mana mengutamakan pembangunan dan kemasyhuran fizikal semata-mata yang jelas tidak memberi manfaat secara langsung kepada kebanyakkan rakyat. Kita melihat banyak kegagalan yang telah ditempuhi, yang telah dihadapi oleh kerajaan-kerajaan sama ada Barisan Nasional yang dahulu dan juga Pakatan Harapan yang ada hari ini. Kita tidak boleh semata-mata mengutamakan pembangunan daripada pembangunan semata-mata dan juga menyampingkan juga pembangunan kerohanian rakyat. Konsep negeri yang berkebajikan hendaklah merujuk kepada salah silah dari sejarah para ambiak dan kerajaan para nabi. Konsep ini sebenarnya telah menjadi teras dalam sistem peradaban dan pemerintahan umat Islam terdahulu. Antaranya kerajaan pemerintahan di Mesir dari kerajaan zaman Nabi Yusof, Nabi Sulaiman, kerajaan Rasulullah swt sehingga pemerintahan khalifah Omar bin Abdul Aziz. Kesemuanya menjadi asas negara ataupun negeri berkebajikan. Negeri berkebajikan yang telah dibangunkan ini memahami konsep perhambaan kepada Allah dengan melakukan ibadah dan menjadi khalifah Allah dengan mentadbirkan urusan dunia dengan panduan Islam. Oleh kerana itu, melalui istilah berkebajikan itu sendiri kerajaan negeri dan rakyat perlu menggembelingkan usaha bersama-sama melakukan kebajikan yang disokong melalui sistem dan urusan pentadbiran yang cekap dan menguntungkan semua pihak. Bukan kerajaan sahaja yang melakukan kebajikan kerana ini akan melahirkan rakyat yang sentiasa bergantung kepada ihsan kerajaan dan orang lain yang adakalanya membebankan kerajaan dan juga merugikan semua pihak. Selain itu untuk memaknakan konsep ini, kerajaan perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan badan-badan yang bebas, syarikat atau agensi kerajaan, syarikat persendirian, sukarelawan, organisasi amal bagi membantu kerajaan menyediakan kebajikan kepada rakyat. Alhamdulillah, dengan agensi yang ada di Perlis, sebahagiannya dapat meringankan bebanan golongan yang tidak bernasib baik. Kita di Perlis memiliki Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Negeri Perlis, MAIPs juga antara agensi kerajaan yang berperanan dalam membantu menjaga kebajikan rakyat ini. Dengan kutipan tahunan sebanyak 300 juta lebih, MAIPs boleh menyasarkan golongan yang hanya layak atau juga dikenali sebagai asnaf termasuk muallaf qulubuhum. Sebab kita melihat kadang kala pengagihan zakat ini tidak sampai kepada asnaf yang layak. Sebahagiannya dah ada keluar daripada golongan miskin tetapi masih lagi memohon bantuan zakat daripada MAIPs. Jadi kita mohon kepada MAIPs supaya memantau dengan lebih rapi agar benda ini tidak terlari daripada sasaran untuk kita membantu yang benar-benar berkelayakan. Kelmarin dalam soal sesi jawab berkaitan dengan soalan saya tentang jumlah amount agihan zakat yang telah diberikan kepada non-muslim. Yang Berhormat EXCO telah bangun dan menjelaskan tetapi saya kurang jelas berkaitan dengan istilah-istilah yang telah digunakan antaranya berjinak-jinak dengan orang-orang bukan Islam dalam memberi agihan zakat sebagai contohnya. Sebab bila mana kita memberi kepada mereka kita perlu melihat kesan… yang feedback yang balik kepada kita. Maknanya kesan kepada Islam itu sendiri atau apa kesan sebaliknya pemberian kepada mereka ini…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Beri laluan… beri laluan Yang Berhormat.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Silakan.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji dan terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya memohon sedikit pencerahan Yang Berhormat berhubung perkara ini kerana sepanjang pengetahuan saya kalau pemberian itu termasuk diberikan kepada golongan asnaf, adakah golongan yang belum memeluk Islam ini… ia bukan… mereka bukan belum mengucap kalimah syahadah, adakah mereka dikira sebagai sebahagian daripada asnaf? Kalau perkara ini dilakukan oleh MAIPs makna kata ini merupakan satu perkara yang harus diperjelaskan kepada rakyat supaya tujuan sebenar pemberian yang… zakat yang bukan sahaja diberikan oleh orang Perlis bahkan orang luar yang yakin dengan kemampuan MAIPs untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Pandangan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Sebenarnya sebab tu saya tidak faham tentang istilah menjinak-jinak, apakah boleh diberikan zakat kepada orang non-muslim ni sebab telah diputuskan oleh Majlis Fatwa sebelum ini mengatakan bahawa zakat itu diberikan kepada non-muslim dengan konsep yang diperkenalkan kepada MAIPs. Apa pun sebab itu saya katakan bahawa kita kena lihat kesan disebalik pemberian kepada mereka ini sama ada dia membalik feedback yang baik dari segi dakwah kita kepada mereka, mereka tidak lagi menetang agama kita dan mereka boleh memeluk Islam, ataupun kesan kepada MAIPs sendiri kepada masa akan datang bila orang tau kata kita bagi kepada non-muslim, mungkin satu ketika orang akan kurangkan pemberian kepada Perlis ini. Sebab itulah ini merupakan satu amanah yang perlu kita jaga dengan baik… mengurus harta-harta zakat yang perlu diberi kepada orang-orang yang berhak.

Yang Berhormat Dato’ Speaker

Memperkasakan sektor pertanian negeri. Di Negara-negara membangun, sistem pertanian baru kebiasaannya dianggap sistem pertanian secara komersial, bukan untuk sara diri yang menggunakan teknologi canggih terutamanya baja kimia, racun serangga dan benih yang berpotensi mengeluarkan produktiviti yang tinggi. Namun unsur-unsur ini wujud beberapa masalah mengganggu proses kerancakkan penanaman padi, wujudnya masalah bekalan padi benih, sub bersubsidi yang mencukupi dan harga belian padi benih bersubsidi. Masalah kelewatan baja kesannya tumbuhan terbantut dan akan mengurangkan kualiti padi dan gagal mencapai 5 tan metri sehektar sebagaimana disasarkan oleh MADA. Dalam masa yang sama, akan mengurangkan pendapatan ekonomi yang majoriti penduduk di sebelah utara Kedah dan Perlis bergantung kepada penanaman padi. Didapati sehingga kini masih ada kawasan tanaman padi dan PPK sebelah Arau belum menerima penghantaran baja walaupun dalam group kata nak sampai, tapi masih lagi belum sampai. Kemudian banci baja dahulu diminta supaya untuk buat kemaskini maklumat tanah, geran tanah, kemudian banci baja sebanyak dua kali namun baja tidak sampai juga. Apakah semua ini ada kaitan dengan permasalahan skandal 1.4 bilion baru-baru ini atau tidak dapat peruntukan atau dalam perancangan untuk menghenti sedikit demi sedikit pemberian baja kepada petani? Masalah kelewatan padi benih yang sah bersubsidi… harga padi bersubsidi ini sudah berlarutan masuk tahun keempat. Begitu juga dengan baja yang gagal disediakan mengikut jumlah para petani mengikut jadual yang ditetapkan. Kerajaan Persekutuan harus ingat di luar sana seramai 920,000 petani boleh menaik dan juga menjatuhkan mereka dalam PRU yang ke-15 nanti. Oleh kerana itu, Kerajaan Pusat perlu bertindak merungkaikan kekusutan yang sudah berlaku. Selain itu, Kerajaan Negeri pula perlu mencari pendekatan baru dan strategi lain untuk mengatasi masalah yang sama berulang pada musim ini. Selain itu, Kerajaan Negeri boleh memberi tekanan kepada Kerajaan Pusat dan mendesak Kerajaan Pusat supaya menyelesaikan masalah ini dengan segera bagi membuktikan janji mereka benar bagi merungkaikan masalah petani bukan membiarkan sahaja dan tidak mengambil peduli apa yang dialami oleh petani. Kerajaan Negeri sudah boleh berfikir, sudah boleh mewujudkan pusat pembekalan padi benih dengan kerjasama agensi atau syarikat jualan padi di negeri ini. Jika dibiarkan berlarutan ia turut akan menjejaskan stok padi ataupun stok beras negara yang bergantung 40% daripada petani dalam kawasan MADA. Selain daripada itu isu masalah benih padi dan baja dalam sistem perairan dan saliran yang baik dan penanaman padi yang menepati masa antara faktor penghasilan tan metrik… tan padi. Justeru itu sistem pengairan dan saliran ini hendaklah disediakan oleh Kerajaan bagi memudahkan petani mengambil air dan membuang air ke sungai. Dalam hal ini, telah difahamkan bahawa

Kerajaan Pusat terdahulu telah meluluskan satu projek MUDA 2, sehingga kini entah bagaimana status pembinaannya. Pengambilan tanah dan bayaran tanah telah dibuat kepada pemilik tanah namun sejauh mana kelangsungan projek ini.

Seterusnya berkaitan dengan pertanian juga, pengurusan projek pembangunan industri padi luar jelapang. Penemuan utama audit yang perlu diberi perhatian. Yang pertama, Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah diluluskan sehinggalah 1 juta bagi 7 strategi di bawah projek ini yang dirancang untuk melaksanakan projek tempoh tahun 2017. Walau bagaimanapun, 2 daripada 7 strategi ini diluluskan iaitu peningkatan penyuburan tanah berjumlah 48 ribu dan pembangunan usahawan padi berjumlah 8 ribu tidak dilaksanakan. Kedua, kerja peningkatan kemudahan infrastruktur sawah untuk tiga tahun telah dilaksanakan melebihi 12.3% daripada sasaran asal. Kerja pembinaan infrastruktur bagi tahun 2017 hingga 2018 di 23 kawasan kelompok padi termasuk 4 kelompok sawah gemilang telah disiapkan mengikut spesifi… mengikut piawaian. Bagaimanapun, Kerajaan memasang kok ‘U’ di 5 daripada 11 kawasan yang dilawati telah ditutupi semak samun yang menyukarkan pengaliran air ke sawah. Kemudian keluasan sawah gemilang berkurangan sebanyak 31% daripada tahun 2018 berbanding 2015, menjadikan purata pengeluaran padi pada tahun 2016 hingga 2018 masing-masing sebanyak 3.6 tan metrik sehektar, 4.15 tan metrik sehektar dan 5.86 tan metrik sehektar. Kemudian kelemahan dalam pengurusan pengagihan peralatan menyebabkan peralatan yang diberi… yang dibeli pada tahun 2016 dan 2018 masih belum diagihkan sepenuhnya. Kemudian kehilangan asset tidak dilaporkan. Sebanyak 59 aset berjumlah 45,872 bagi Pejabat Setiausha Kerajaan Negeri telah hilang dan tidak dibuat laporan kehilangan mengenainya. Jadi, mohonlah jawapan daripada Kerajaan pada keesokan hari. Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkaitan dengan industry Harumanis. Alhamdulillah sehingga kini penanaman Harumanis Perlis telah mencapai keluasan 1.097 hektar seluruh negeri Perlis dan lebih 3000 petani telah menceburi dalam bidang ini. Kita dapati semakin hari, semakin ramai penduduk negeri Perlis terlibat dalam penanaman Harumanis sama ada perseorangan ataupun berkumpulan. Kita yakin dan percaya kerajaan telah dan akan terus membantu para pengusaha tanaman ini dari segi nasihat, tunjuk ajar serta bimbingan dan memberi insentif-insentif dan sebagainya bagi memberangsangkan semangat pengusaha-pengusaha ini. Oleh kerana pengusaha bertambah dan hasil tanaman juga akan bertambah dan mungkin akan berlaku lambakan buah yang tidak terjual dan sebagainya seperti yang mana berlaku pada tahun lepas yang mana Harumanis masak pada bulan Ramadhan mengakibatkan kerugian kepada pengusaha dan Kerajaan secara tidak langsung. Lambakan buah akan terus berlaku dengan kehadiran pengusaha-pengusaha baru. Apakah Kerajaan… perancangan Kerajaan kepada pengusaha sendirian ataupun berseorangan atau yang berkumpulan yang mana hasil mereka tidak habis dijual? Apakah kerajaan telah ada usaha membuka pusat pengumpulan Harumanis dengan kerjasama syarikat lain mengelak kerugian ditanggung oleh pengusaha? Sebab kita melihat hari ini banyak Harumanis ini ditanam oleh penduduk, orang kampung. Macam saya tanam 5, 6 pokok. Tu pun ada lebih kurang 10 pokok. Jadi kami ni tak tau nak pi hantar mana… kan. Banyak benda mungkin kami boleh pi letak di agensi, di tempat yang telah disediakan oleh Kerajaan untuk membantu sektor… apa nama… jualan hiliran dan sebagainya.

Yang Berhormat Dato Speaker

Kesimpulannya dalam ucapan bahasan ini, semua Wakil Rakyat adalah dipilih oleh rakyat dan hakikatnya mewakili rakyat masing-masing. Dalam masyarakat majmuk sewajarnya melakukan muhasabah diri demi kepentingan Negara dan rakyat secara umum. Bukan kepentingan kaum dan peribadi yang mempunyai agenda tersendiri tanpa memikirkan keunikan, kepelbagaian kaum di Negara ini. Kepada yang beragama Islam kembalilah kepada Islam dan kembalilah kepada perpaduan umat Islam bagi menegakkan akidah dan kepercayaan dan kepada bukan Islam, tolaklah golongan yang bersikap melampau dan tidak sedar diri di mana bumi di pijak bukan asal usul dari mana dia datang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker

Seterusnya usul dan juga aduan DUN Guar Sanji dan sekitar negeri Perlis. Yang pertama saya nak mengusulkan dalam Sidang Dewan yang mulia ini berkaitan dengan kebajikan guru KAFA. Dalam belanjawan 2020, Kerajaan Pusat telah menaikkan elaun guru KAFA, kelas Al-Quran dan Fardhu Ain…

Speaker

Yang Berhormat, panjang lagi ka?

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Ada 7 lagi. Tak banyak dah. Saya ambil masa Yang Berhormat Shukri.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Saya report nanti dekat dia nanti.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

InsyaAllah dia dok dengar. Baik, boleh ya… pasal kami dua ja. Dalam belanjawan 2020 Kerajaan Pusat telah menaikkan elaun guru KAFA, kelas Al-Quran dan Fardhu Ain sebanyak RM100 sebulan kepada 33,200 guru KAFA seluruh Malaysia dengan peruntukan RM46 juta. Elaun guru KAFA negeri akhir Disember 2019 adalah RM900 dan tahun hadapan akan genap RM1000 dengan peruntukan yang ditambah oleh Kerajaan Pusat. Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri menambah elaun mereka ini ataupun gaji mereka RM50 ke RM100 bagi setiap orang tenaga guru seramai 560 orang guru negeri Perlis demi menjaga kebajikan guru sebagaimana belanjawan negeri-negeri lain yang telah menaikkan dan memperuntukkan elaun guru-guru KAFA seperti mana di Kedah dan sebagainya. Jadi disarankan lah kepada Kerajaan Negeri memikirkan… menjaga kebajikan mereka. Saya ingat Kerajaan Negeri sebelum ini belum lagi memberi ataupun menaikkan elaun guru KAFA atas dasar Kerajaan Negeri sendiri, bukan daripada Kerajaan Persekutuan lah… na. Jadi kita harap Kerajaan akan mempertimbangkan pada masa akan datang. Untuk memperbaiki itu kita serah… memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada dalam kelas guru kelas KAFA ini kita serah kepada Kerajaan untuk memikir, buat kajian penambahbaikan pada masa akan datang. Kemudian yang kedua, berkaitan dengan isu kampung… isu di DUN saya berkaitan dengan penyelenggaraan pokok balak di bahu jalan sepanjang jalan Kampung Tebuk ke Kampung Serdang. Kalau tuan-tuan lalu di jalan itu, jalan tu satu ja. Daripada Kampung Tebuk ke Serdang… ke sekolah Serdang sampai ke Chantek Bangun kita dapati di kiri kanan bahu jalan itu terdapat pokok-pokok besar, pokok balak. Kalau pemeluk saya ni lebih kurang ada yang dua pemeluk saya, ada yang tiga pemeluk saya, memang besar sungguh. Masalahnya sebab apa yang kita minta diselenggara ataupun ditebang pokok ini kerana dia telah menyebabkan kerosakkan kepada jalan raya tar dan juga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan apabila musim ribut dan sebagainya. Saya mohonlah kepada Kerajaan untuk meneruskan penebangan pokok sebab dahulunya ada, saya tengok ada tunggul-tunggul yang dah dipotong tapi sebab apa terhenti wallahualam. Jadi kita minta diteruskan penebangan pokok ini sehingga ke Chantek Bangun. Yang kedua, masalah air sungai sawah di Kampung Telaga Haji Latif… na. Jadi saya terima aduan daripada orang kampung di mana sungai yang mereka… sungai air buang mereka terlalu cangkat menyebabkan bila air banyak terutamanya musim banjir ataupun air hulu datang banyak menyebabkan sungai tadi air melimpah keluar dan masuk ke bendang-bendang mereka menyebabkan mereka rugi berpuluh-puluh relung, na… 50 ke 60 relung sekitar tersebut dan rugi terpaksa mereka buat semula tanaman padi itu. Saya mohonlah kepada Kerajaan supaya memikirkan penyelesaian yang sudah lama berlaku di Kampung Telaga Haji Latif ini. Saya mencadangkan kepada Kerajaan supaya mewujudkan sistem pam air berelektrik, satu, ataupun Kerajaan boleh buat apa nama… bypass kepada daripada sungai guar itu kepada sungai masuk sebelah, sebab kadang-kadang sungai itu penuh, air sungai masuk, kosong… na kosong… air takda. Jadi kita boleh alirkan air tersebut ke sungai sebelah. Yang ketiga, memasang lampu jalan ataupun pencahayaan di jambatan Guar Sanji ke Tambun Tulang. Jadi saya mohon Kerajaan khususnya kepada EXCO yang berkaitan supaya memberi pencahayaan kepada jambatan Guar Sanji yang lama dah siap. Saya ingat 5, 6 tahun lebih sejak kita ada jambatan tu sampai ke hari ni masih tidak ada lampu jalan yang menyebabkan jalan gelap, yang boleh mengundangkan masalah-masalah ke depan sebagai contoh masalah sosial di kalangan anak muda yang lepak di situ dan sebagainya. Yang paling kita takuti masalah kemalangan lah sebab dia naik jambatan tersebut dia laju ke bawah sebab dia latar biasa. Kemudian yang saya sebut di sini juga iaitu tetang penyelenggaraan line putih di laluan utama jalan menghubungkan negeri dengan bandar. Saya perhati di Guar Sanji dan juga jalan-jalan menghubung Guar Sanji ke Arau ke Kangar ini, kalau kita lihat, nak sebut pun benda remeh, mungkin JKR boleh kata ni dalam penyelenggaraan tapi sampai bila? Sebab kita melihat benda ini dah berlarutan setahun dua tahun. Jadi saya nak sebut juga di sini supaya ada catitan dalam Dewan yang mulia ini di mana line-line itu dah hilang dah. Line-line kecemasan dah hilang dah. Jadi mintak perhatian…

Speaker

Yang Berhormat, saya bagi 2 minit lagi.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

OK baik. Minta perhatian Kerajaan supaya… apa nama… meletakkan cat semula. OK baik. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana menambah masa saya pada sidang ini. Jadi… kemudian saya nak sebutkan juga berkaitan dengan isu kilat… isu banjir kilat di Kampung Titi Besi… na… Titi Besi. Kita sedia maklum, saya ingat banjir ni dah lama dah berlaku di Kampung Titi Besi dan dalam soalan saya pun saya sebut tapi tidak dijawab, memang tidak ada masa, saya sebut bahawa adakah Kerajaan telah mengenal pasti punca-punca banjir kilat itu berlaku? Saya melihat dan saya turun ke tempat itu melihat bahawa bila mana kawasan itu rendah, air naik dan air masuk ke tempat kampung tersebut dia tak boleh nak keluar sebab terbatas dengan laluan keretapi. Jadi kita mohon dengan Kerajaan dan agensi terlibat KTMB ka supaya membuat satu laluan bypass supaya air itu keluar ke perkampungan di belakang. Selain daripada itu saya melihat juga di sana ada kok-kok yang dipasang oleh JPS daripada sungai besar ke kampung dan kok-kok ini tidak ada penutup. Kok-kok ni tidak ada penutup menyebabkan bila air penuh di dalam sungai terus masuk ke kampung menyebabkan air melim… berlaku limpahan. Jadi saya mohonlah kepada pihak berkaitan supaya melihat balik apakah yang tidak sesuai sebab kok tu dok di atas, kampung di bawah, air tak boleh nak keluar jadi bermasalah. Jadi kita minta Kerajaan supaya melihat balik perkara-perkara ini. Kemudian yang terakhirnya di sini tentang penghargaan saya kepada seluruh ketua-ketua jabatan yang telah membantu dan memudahkan urusan dan juga menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat seluruh negeri Perlis khususnya di DUN Guar Sanji. Terutama kepada pengurus Jabatan Kerja Raya, Encik Hamdan yang telah pun bersara, di mana dia telah menurap jalan lebih kurang 3 kilometer di Behor Mentaloon…

Speaker

Telah bertukar ke Perak.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Bertukar ke Perak, alhamdulillah. Jadi walaupun dia sebentar, dia telah menunjukkan kesungguhan dia untuk menurap jalan yang saya minta pada sidang yang lalu lebih kurang 3 km… cuma dia melompat… di… dia buat dihujung dengan di ekor. Hat tengah-tengah ni dia tak sempurnakan. Jadi hat di tengah pun bermasalah juga, jadi saya minta yang baru, Pengarah baru boleh menyambung lah projek tersebut untuk… supaya jalan ni dia elok untuk kegunaan penduduk di sana insyaAllah. Kemudian juga saya ucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri yang bersungguh-sungguh dalam memberi kerjasama kepada saya menunaikan amanah kepada rakyat. Wabillahitaufiq walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Saya pun nak tunggu sampai bila nak habis ni. Tapi isinya bagus dan sebagai ahli Yang Berhormat yang paling berpengalaman, Tambun Tulang, saya percaya dia dapat menjanjikan masa yang kita beri secukupnya. Dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Bismillahhirahmannirrahim, assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam satu Perlis. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana beri peluang kepada saya untuk berbahas dalam ucapan Bajet Negeri Perlis yang dibentangkan oleh YAB Bintong kemarin. Sebenarnya bagi diri saya Dato Speaker, kalau ikot taste markah, 5 markah penuh, saya bagi 4.2 atau pun 4.3 lah pada YAB Bintong atas pembentangan bajet semalam. Boleh diberi pujian kerana bukan soal deficit, soal penglibatan federal dan sebagainya tapi soal kepayahan nak menghasilkan bajet mengikut kemampuan negeri kita. Kita tak boleh bandingkan bajet kita ini dengan negeri Selangor dan Kuala Lumpur misalnya. Kedua-dua negeri ini dia dekat 39.8% dari KDNK Negara, kalau nak bandingkan Negeri Selangor dengan Kuala Lumpur sangat jauh bezanya. Tapi dalam kepayahan, kesusahan dan ketidaksamaan kita dengan Kerajaan Pusat, kita mampu… masih mentadbir negeri ini semampunya, seadilnya dan juga dalam masa yang sama tidak kita tinggalkan dan saya meletakkan pujian apabila penjawat-penjawat awam, nelayan, petani, usahawan dan orang-orang yang kurang keupayaan masih di dalam ingatan Kerajaan Negeri iaitu kita masih untuk menyempurnakan tugas, amanah dan tanggungjawab kita. Kita juga bukan setakat negeri ini, negeri kita ketika ekonomi global juga dalam keadaan yang tidak menentu, ketika percaturan kuasa-kuasa besar yang menyebabkan Malaysia terkapai-kapai untuk mencapai kembali ke landasan sehinggakan Kerajaan baru yang dipimpin oleh YAB Tun Dr Mahathir Muhammad terpaksa membuat wawasan-wawasan baru untuk kita tidak ketinggalan dalam misi dan wawasan untuk terus bersaingan dalam persada antarabangsa dan sebagainya. Kita sedar bahawa dalam keadaan sekarang, saya tidak juga menyalahkan YAB Tun kerana dasar-dasar yang telah dibuat Tun, kita harus meletakkan pujian yang tinggi walaupun negeri ini negeri pembangkang. Tun tidak melaksanakan projek-projek di negeri Perlis ini dengan menggunakan jabatan pembangunan persekutuan, dia masih menggunakan saluran Kerajaan Negeri. Maknanya dia yakin Kerajaan Negeri yang ada sekarang boleh digunakan. Kalau dulu, zaman BN dulu, di Kelantan ada GBBP. Di mana-mana dia ada GBBP. Itu zaman BN dulu, bukan saya nak kata BN itu bagus. Bagus tetapi agak terbuka sekarang kerana ketika dia minggu lepas ketika dalam sejarah ada 3 convention, UMNO ada Perhimpunan Agung UMNO, PKR ada convention PKR, Amanah ada convention Amanah. 3 parti yang bersidang hujung minggu nak pemimpin takda di Perlis lah. Saya sorang ja ada di Perlis pada masa tu kerana saya tak ada parti, saya berada di sini. Jadi kita tengok… saya tengok juga ucapan-ucapan yang dibuat kawan-kawan, bagus… secara terbuka bermakna perkembangan politik negara mutahir ini boleh dibanggakan. Apabila pemimpin boleh ditegur secara terbuka, kalau mereka gagal melaksanakan tugas dan amanah mereka… dan saya juga menyokong kawan-kawan untuk melihat bahawa apa yang berlaku selari dengan kehendak Tun iaitu sebagai Malaysia Baharu yang reformis, kita minta Yang Amat Berhormat letakkan seorang pegawai integriti di pejabat ini yang bertaraf penguasa kanan. Saya bersetuju, kalau kita nak bersama-sama dengan mainstream dan memberi keyakinan kepada orang ramai tentang ketelusan kita dalam mentadbir Kerajaan Negeri ini.

Yang Berhormat Dato Speaker,

Saya melihat ada satu perkara yang saya nak bangkitkan tentang… apa ni… perkembangan dan pengalihan kuasa negara. Yang ini tiada kaitan dengan bajet tetapi ada kaitan juga dengan politik dan juga pemerintahan. Kadang-kadang orang menyalah anggap bahawa apabila kerajaan PH ini dia buat satu dasar, apabila dia mula memerintah negara pada bulan Mei 2018, mereka telah membuat satu presepsi bahawa orang politik ini tidak ada kemampuan, tidak boleh memimpin syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan dan syarikat-syarikat milik Kerajaan, GLC atau DOC. Saya rasa itu tanggapan yang sangat salah sebab dalam sejarah mentadbir GLC sama ada peringkat negeri ataupun di peringkat negara, kita tidak semestinya orang politik ataupun orang korporat sahaja atau orang yang berlatar belakang bisnes ni, mereka sudah hebat. Beberapa syarikat seperti Malaysia Airlines contohnya, syarikat kebanggaan negara, dulu kita tak pernah bagi dekat orang politik mentadbir MAS tapi kita bagi orang korporat.

Beberapa orang seperti Dato’ Sri Idris Jalal… semua dating. Yang datang orang-orang korporat ini bukan semua hebat. Mereka tidak ada linkages, tidak ada hubungan, tidak ada connectivity dengan pemerintahan. Nak jumpa politik, nak jumpa menteri tak boleh, nak bincang pasal dasar, nak mintak peruntukan itu ini, mereka tidak dapat. Dan ahli politik pun tak pandang mereka. Hasilnya kita lihat diberi hala tuju penerbangan awam daripada syarikat yang kukuh, kuat, maka beberapa bidang-bidang perniagaan yang perkukuhkan pendapatan syarikat di-outsource makanan, catering diberi sampai 65 tahun hak tak tau lah kepada siapa… siapa yang membuat keputusan pada masa itu. Kemudian juga yang berkaitan dengan apa… transport, MASkargo juga dibuat begitu dan dilantik pula tenaga-tenaga daripada luar, daripada orang putih, mat saleh yang kononnya hebat datang tak sampai 3 bulan menguruskan, lari terus tak bolek nak buat. Sebab itu kadang-kadang kita di Malaysia ini, kadang-kadang kita membuat dasar-dasar yang kadang-kadang kita membelanjakan peruntukan dengan tidak melihat nilai yang sepatutnya kita dapat. Macam tadi adinda saya Guar Sanji bangkitkan tentang pemberian baja kepada NAFAS. Kita tidak nafikan, NAFAS ada 920,000 petani dalam NAFAS, ahli-ahli petani. Tapi kita kena ingat, baja ini bukan calang-calang. Ini yang penting untuk kita mendapatkan yield ataupun hasil yang lebih baik. Kalau yang ini kita bagi kepada NAFAS tetapi NAFAS tak mampu menyediakan baja yang berkualiti, maka apa yang akan jadi kepada petani? Bukan setakat tidak berkualiti, malah tidak mampu sampai pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak MADA dan agensi-agensi yang lain, baja-baja subsidi ini. Ini yang berlaku dan hasilnya kita lihat sampai bila pun kita nak dapatkan 10 tan sehektar, 15 tan sehektar kita masih di awang-awangan. Yang capai mungkin beberapa rakan-rakan petani kita di Sekinchan, itu pun mencapai 9 tan average. Yang lain-lain dah… world is closing… dah tak boleh pi dah. Kalau di sebelah Perlis Kedah, 6 tan dah cukup bangga dan sekarang ini tidak dapat daripada jumlah yang kita sasarkan kerana perkara-perkara yang berkaitan ini tidak diusahakan bersungguh-sungguh dan tidak dikaji malah agensi pelaksana juga kadang-kadang sambil lewa. Saya baru balik daripada Taipei, daripada Taiwan, melawat universiti pertanian Taichung dan juga FAFU, Fujian Agriculture and Forestry University. Pi kampung, pi sawah padi, perjalanan 1200 km, saya naik bas, bas coach kecil… bas kecil. Daripada Fujian sampai ke kampung dia 1200 km lebih, dalam bas, transport, saya tengok pokok padi dia tak ada yang tak sama. Rata macam padang golf. Kenapa ini berlaku di China? Kenapa ini di Taiwan? Negara-negara yang hebat dalam pertanian. Jadi nak tuduh RND, kita ada RND. RND kita diberi kepada MARDI, diberi kepada universiti-universiti. Tapi nak cerita bagi, mereka mempunyai keikhlasan Dato’ Speaker. Naib Canselornya sendiri, contohnya yang memang pakar dalam bidang pertanian pun dia bukan dari industry di lain, dia sendiri pergi ke kelapangan, dia buat khemah di kampung itu, dia duduk di situ seminggu. Hasil kajian tiap-tiap minit, tiap-tiap jam itu, dia sendiri yang ambil bacaan. Bukan didasarkan… diletak kebergantungan kepada researcher, penyelidik dan sebagainya. Dia tidak yakin bahawa anak buahnya boleh buat, boleh dapat hasil dan dia tahu setiap sen yang dibelanjakan itu adalah duit rakyat, merugikan rakyat. Maka dia buat sendiri, dia tunggu dan dia tahu dapat hasil ini, baru dia balik buat kajian apa yang sesuai untuk mengatasi segala penyakit, disease yang berlaku akibat padi dan sebagainya. Di negara mereka, mesin padi yang besar itu tidak dibenarkan masuk di sawah. Lebih daripada 1 tan tidak boleh masuk. Kita ni mesin padi semua macam gajah, mesin gandum tu semua kita balik modified, kita bagi masuk semua. Kita… sampai bila saya dok kata dah, akta jentera apa semua, berapa kali dok bercakap, daripada saya jadi Ahli Parlimen, bukan… daripada saya jadi Senator, jadi Ahli Parlimen, jadi ADUN dah hampir 2 penggal, benda yang sama saya perlu cakap, mengulangkan perkara ini, berkali-kali. Tapi nampak gayanya, saya ingat kalau Menteri Pertanian baru datang, dia akan buat perubahan yang besar, saya tengok masih di tahap yang sama dan yang lebih parah sekarang soal padi benih yang berterusan tidak ada kualiti, bukan setakat mahal di pasaran, tidak ada kualiti. Yang sah, yang diberi tender oleh Kerajaan itu, ke mana perginya? Saya tidak tahu lah ada sah atau tidah sah, sebab yang dah sah ni dah disahkan oleh Kerajaan. Yang sah itu pergi ke mana? Diberi kepada syarikat-syarikat tertentu dan ada juga syarikat itu yang tidak layak menerimakan hak untuk mengendalikan padi benih sah kerana gudang pun dia tidak ada. Sampai macam itu berlaku… ini berlaku pada Kerajaan dahulu lah bukan Kerajaan sekarang, tapi jangan diteruskan. Jangan diteruskan. Kita buat perubahan macam Dewan kata tadi, sistem monopoli pada beberapa keadaan harus dikaji semula termasuk BERNAS, syarikat padi beras negara. Saya ingat… AP dia sampai 2021 atau 2020, dah tidak lama dah dan minta Kerajaan tidak teruskanlah padi beras Nasional Berhad ini, bagi balik hak mengendalikan import ini kepada petani. Yang itu, petani akan dapat nikmat. Petani akan dapat nikmat daripada import beras. Buat balik logi satu di Perlis yang hebat, yang ada colour sorter, yang boleh buat benih-benih varieti-varieti baru sentiasa dilaksanakan. Saya nak tanya EXCO Pertanian, saya difahamkan saya ada mendengar satu laporan daripada FGV, Felda Global Venture… ini bukan ada kaitan dengan pembelian hotel lah, tapi ada kaitan dengan pertanian. Difahamkan mereka akan memulakan kerjasama di PPK Guar Sanji, PPK Tambun Tulang dan juga PPK Simpang Empat. Jadi saya harap dengan katanya untuk permulaan, seluas 500 hektar dia akan buat secara contract farming, pengurusan estet akan dibuat menggunakan dron dan sebagainya, pembajaan dan racun dibuat secara yang lebih bersistematik dan saya amat mengalu-alukan FGV masuk. Di sini lah kalau boleh, FGV masih banyak duit, dia boleh buat pelaburan di Negeri Perlis dan minta Kerajaan Negeri Perlis, Yang AMat Berhormat lebih friendly bagi tapak kepada mereka. Kalau mereka hendak buat loji padi benih pertama, tapi tidak boleh harap bajet daripada Kerajaan. Inisiatif perlu diambil dengan segera untuk menyelesaikan masalah petani. Kalau kita masih bersikap seperti ini, hasil-hasil yang kita buat masih lagi tidak sampai dan tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki, sudah tentulah pembaziran berlaku daripada RND sampai lah di peringkat pelaksanaan. Saya nak cakap… saya ada supporting details Dato’ Speaker. Saya pernah jadi Pengerusi Tembakau Negara, tembakau… rokok. Sebab tu saya kuat hisap rokok, saya kena test rokok. Setiap kali rokok baru nak keluar, dia hantar ke pejabat saya, saya kena test untuk diluluskan di dalam pasaran. Itu yang jadi lekat rokok sampai sekarang tak boleh berhenti. Saya pernah jadi Pengerusi Tembakau Negara. Sebelum Kerajaan nak memberhentikan penanam-penanam tembakau ini, daripada tanam tembakau… terutama rakan-rakan di Kelantan, di Terengganu… di Perlis pun ada di sebelah Abi dulu, di sebelah Padang Siding, ada banyak apa… ada kilang-kilang pengeringan dan sebagainya, ada di Perlis. Tetapi, apabila kita menyadari protokol antarabangsa mengenai tobacco ini, kita minta penanaman ini diberhentikan. Bila diberhentikan, kita mengadakan satu exit scheme, exit scheme iaitu tanaman lain sebagai ganti antaranya macam-macam lah… rock melon, watermelon, kenaf dan lain-lain lah. Untuk RND kenaf sahaja, 54 juta dan Tun yang meluluskan pada masa itu dan MARDI telah diberikan amanah dan tanggungjawab. En Madahan dia dah pencen dah untuk jaga bahagian sektor ini. Dia buat lawatan macam-macam, dia pi buat lawatan di Israel, di Puerto Rico, di mana-mana lah, macam-macam negara, di Guatemala, di China, di macam-macam negara dia pi. 54 juta, Tun juga… ketika dia menjadi Perdana Menteri sesi pertama dulu, fasa 1, bukan fasa sekarang. Tun yang bagi peruntukan untuk buat exit scheme. Hasilnya sampai sekarang tidak ada. Kenaf yang ditanam, Yang Berhormat bagitau Perlis pun tanam banyak dia kata, sampai pokok pun tidak boleh nak harvest dah, gatai ja yang keluar sebab kenaf ni dari spesis ganja. Kalau kita masuk ladang kenaf, kita bau macam ganja, itu apa… nama saintifik dia canabinus macam bunga raya, hibiscus… macam itulah, hibiscus canabinus dia punya nama saintifik… dia macam itu. Jadi, yang sekarang ini dah jadi terbiar, tidak ada pasaran dan tidak ada benda end product yang perlu dibuat. Itu yang berlaku. Jadi kita minta sekarang, dalam keadaan kepayahan, dalam ekonomi yang mencabar, dalam nilai mata ringgit kita menurun, bukan takat menurun 3.3003, Singapore, Brunei. Daripada mata wang kyat Myanmar pun kita jatuh, dengan bath kita lagi jatuh. Sekarang kalau seringgit, 7.2 sahaja kita dapat… orang yang dekat-dekat Siam tahulah. 7.2 dengan bath, Perdana Menteri dia tukar 30 kali setahun pun bath masih bertahan, kukuh. Perdana Menteri dia tukar tak berhenti tapi nilai bath kita lihat diantara nilai mata wang yang terbaik di… bukan setakat di rantau ini bahkan di dunia.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya nak bangkitkan beberapa perkara tentang… saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tambun Tulang ni, Yang Berhormat bagi privilege yang agak banyak, terima kasih banyak-banyaklah. Cuma saya minta Yang Berhormat Kayang, tolong tengok sat… bila kita keluar daripada RHB, kereta... pokok bunga dia letak di tepi jalan tu, dia menghadang penglihatan. Pokok bunga... banyak kali dah... banyak accident yang berlaku di RHB Kangar… RHB. Daripada situkan ada kedai mamak, kita nak keluar… pokok bunga MPK letak sepanjang itu adalah mengganggu penglihatan untuk kita. Saya bawak kereta sendiri jadi saya boleh lah bagi teguran… dah beberapi kali dah, dan kelmarin dekat rumah saya juga, dah berlaku kemalangan dah. Apabila terlampau banyak pusingan u-turn yang kita buat itu, sebenarnya tidak member kebaikan. Bukan jauh pun… tak jauh pun untuk mereka berjumpa dengan lampu isyarat yang seterusnya, tak jauh pun. Bagi kerja sedikit asalkan selamat rakyat negeri kita. Saya ucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat telah meluluskan untuk Jalan Jawi ke Tambun Tulang, perkara 72 jalan dari Sungai Padang ke Kampung Banat, perkara 65 peruntukan yang melibatkan RM3.8 juta… itu yang melibatkan tar jalan, persimpangan jalan melibatkan persimpangan jalan Jejawi Permatang… yang itu yang sangat perlu jalan utama dan R175 adalah daripada Behor Pulai… Jalan Jawi Permatang Behor Pulai dan jalan Jejawi - Tambun Tulang. Jalan yang menjadi jalan alternatif laluan terutamanya ketika musim kemuncak pada waktu pagi. Kawan-kawan yang tinggal di Alor Setar, depa nak mai depa pilih jalan tu kerana untuk mengelakkan kesesakan. Jadi, alhamdulillah kalau jalan itu dah diambil berat dan termasuk jalan di Alor Redis telah pun diambil tindakan sampai ke Sekolah Long Boh tu, kita nampak tu adalah sesuatu yang saya amat alu-alukan dan saya ucapkan terima kasih kalau… dan satu lagi minta Kayang melihat jalan jajaran lebuhraya daripada Pauh sampai ke Titi Chai yang saya ingat sangat teruk lah… sangat perlu pembaikan dan perlu diturap semula kerana kalau di kawasan Utan Aji tu telah dijadikan tempat pembuangan sampah sampai dah jadi sangat-sangat teruk… dan termasuk jejambat di situ yang juga mengalami sedikit kerosakkan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya ingin menarik perhatian tentang kelebihan yang ada pada negeri kita. Negeri kita ni, Yang Berhormat Dato’ Speaker, walaupun kita kecil, kita indah kita cantik. Kita… kadang-kadang saya melihat tempat pelancongan ni bukan… ya kita… perbelanjaan untuk meningkatkan kos prasarana juga besar diperlukan tetapi saya melihat kepada kulinar, kepelbagaian makanan sebab kalau Perlis ni dia sebenarnya citarasa, rasa, dia sangat berbeza dengan negeri-negeri yang lain. Ada tempat contohnya Pontianak di Indonesia, di Kalimantan. Pontianak ni tiada tempat visata, atau tempat-tempat untuk beriadah dan sebagainya… dia tiada langsung sebab dia Pontianak, Bandar Khatulistiwa, dia tengah-tengah. Hangat, siang, hujan tak berhenti, tak tahu hala cuaca. Tapi, apa yang menyebabkan pelancong pergi ke sana adalah kulinar. Kerana macam-macam makanan yang sedap-sedap, yang ada mereka tawarkan dan sampai boleh dibawa balik dan tidak ada di tempat lain. Perlis ni sebenarnya ada banyak yang macam tu. Dan saya tengok, kalau saya lihat kedai-kedai makan yang menawarkan sedikit kelainan dari segi konsepnya, sebenarnya mendapat sambutan yang luar biasa dari pengguna. Macam contohnya kedai BossKu, ni bukannya nak puji Dato’ Najib, ni kedai Restoran BossKu katanya. Saya pun tak tahu related dengan Dato’ Najib ka dak, duk dekat IPK kita yang lama. Malam-malam dipenuhi dengan… begitu juga di Batu 2 dekat dengan futsal. Semua ini kerana mereka mempamerkan konsep-konsep kelainan konsep yang masih tidak meninggalkan citarasa makanan negeri Perlis. Semua ini perlu… Kerajaan Negeri perlu tengok balik dan ada rakan-rakan kita sedikit bantuan usahawan dan sebagainya boleh dibantu dari sudut itu. Untuk kita lihat, orang mai Perlis ni, orang nak ikan bakar kita tak sama dengan ikan bakar di Melaka. Ikan bakar di Melaka jauh tak sedap, minta maaf lah bukan saya nak kata, jauh tak sedap dibandingkan dengan ikan bakar Kuala Perlis. Jauh beza. Jadi sebab itu lah ambil kesempatan ini. Tentang tempat menarik kita sediakan lah sekadar yang perlu. Macam… terima kasih Yang Berhormat nak adakan satu hotel 3 bintang di Padang Besar, Alhamdulillah itu pun boleh sebab di Padang Besar ni sebelah Siam tak ada hotel bagus. Mungkin orang akan berurusan berkaitan dengan… apa… bukan setakat bercuti, ada berkaitan dengan bisnes kerana di Padang Besar itu akan membangun insyaAllah seperti YAB Bintong katakan tadi apabila ada pelabuhan darat, bila ada aktiviti bisnes yang rentas sempadan tu, yang halal bukan yang haram, maka orang akan perlukan penginapan bila ada 3 star… 3,4 stars ini, hotel itu akan jadi pilihan daripada peniaga, usahawan dan sebagainya. Alhamdulillah. Jadi minta dipercepatkan lah perkara ini. Begitu juga dengan produk jati. Jati ini, nama sainstifik tectona grandis. Jati ini, dia kalau hendak dibuat perabut, mesti ikut umur. Kalau di Japara, dia ada konsep dia sendiri. Apakah konsep yang diketengahkan untuk negeri kita dengan nilai kita. Kalau dah… kita dapat viral-kan dan menjadi tarikan, kita tak perlu buat marketing besar-besaran dah. Orang akan datang di Perlis. Macam perabut-perabut terpakai yang diusahakan oleh rakan-rakan orang asli di Johor macam di Tanjung Piai yang baru-baru ni kita pi kan, ada… mereka ambil perabut ini dari Singapura, yang dilelong di Singapura, perabot second hand, mereka buat baru balik dan mereka jual dengan harga yang munasabah dan menjadi tarikan. Antara tarikan penghuni-penghuni di seluruh negara dan di luar negara. Begitu juga di Perlis, kalau ada konsep yang bersesuaian dengan ini kita lihat, kita… inshaAllah produk kayu jati negeri Perlis ini akan menjadi kenyataan dan menarik minat orang ramai. Begitu juga mengikut design terkini yang diminati oleh rakyat. Dato’ Speaker, saya sebenarnya melihat kepada wawasan kemakmuran bersama yang diilhamkan oleh Tun dan Kementerian Ekonomi. Minta maaf, bukan nak puji YB Azmin lah tapi kedua-dua pemimpin PKR ini, mereka ada sedikit konflik. Satu, adalah bakal Perdana Menteri yang ke-8, satu lagi adalah ini lah. Kita dua-dua buat kerja bagus untuk negara. Kalau kadang-kadang sejarah dunia ni, kalau kita lihat Dato Speaker, kita tengok macam Havel. Havel ni macam seorang penulis buku The Power and The Powerless. Dia tulis buku. Buku ni dia cerita macam mana nak jatuhkan kerajaan Chile dan dia dipenjara 2 kali. Hasilnya dia menjadi… apabila Republic Chez ditubuhkan, dia menjadi Presiden yang pertama. Hebat tak, sampai 2003. Jadi orang masuk penjara ni kadang-kadang… seperti Nelson Mandela, Aung San Suu Kyi, mereka akan menjadi orang besar, inshaAllah. Dato’ Seri Anwar kalau diizinkan Allah, dia akan menjadi Perdana Menteri ke-8 walaupun… orang yang macam ni yang akan memberi sesuatu kekuatan kepada negara dan YB Azmin juga telah menyumbang… menjadi Menteri Ekonomi… telah menyumbangkan idea yang baik dalam wawasan kemakmuran bersama ini. Sebab kita melihat, dulu kita tubuhkan koridor wilayah ni apabila berlaku ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah dan ini… wawasan kemakmuran bersama ini kita nak tengok orang Kelantan, orang Terengganu, orang Kedah, orang Perlis, orang Sabah, mendapat nikmat yang sama. Jangan fokus kepada Klang Valley, jangan focus kepada Selangor, jangan fokus pada Penang dan sebagainya… di situ ja. Jadi sebab itulah apabila dibuat, dilaksanakan, kita minta macam Northern Corridor. Northern Corridor perlu bersungguh-sungguh terutama… dia juga boleh terlibat dalam macam contohnya dalam perniagaan padi benih. Padi benih ini menguntungkan, perniagaan yang menguntungkan. Dibuat dengan ikhlas pun dia tetap untung. Kerana padi benih ni… kalau ada syarikat-syarikat… dan melibatkan juga dengan syarikat Kerajaan GLC negeri sperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri… Encik Siake pun ada di sini, dia ada di sini… jadi boleh terlibat dalam perniagaan ini. Dia menguntungkan. Cuma boleh kita lihat dari sudut-sudut kerjasama dengan pihak-pihak yang mempunyai pengalaman supaya pengagihan ini berjalan di landasan yang ditetapkan. Itu… yang seterusnya... ada masa lagi tak Dato’ Speaker? Sikit ja sebab saya ni bermuhasair…

Speaker

Saya bagilah 2 minit lagi.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Pasal 25 minit untuk YB Shukri, dia takda. Dik Wan ambil 10 minit, saya ambil dalam 5, 6 minit sahaja, tak banyak dah, very fast. Yang kedua ialah saya tertarik tentang second home. Saya tahu rakyat Perlis ramai perlukan rumah tapi kita ambil tanah yang kot sini lah. Tanah kot ladang tebu tu tanah cantik. Tanah cantik. Kita tahu kalau kita boleh buat satu rumah yang agak class, yang standard, yang hanya khas di kawasan itu kerana di situ… Yang Berhormat Dato’ Speaker rajin main golf dan tentulah tengok di sana dan kalau pernah pergi ke Crossbridge, Australia dan sebagainya, di situ betul-betul sebijik macam di Australia, kita jadikan kawasan itu. Kalau kita buat rumah second home, ooo itu jangan ceritalah sebab rumah di Malaysia ni, RM1 juta di Malaysia mampu dibeli oleh orang-orang terkenal ataupun orang-orang kaya di Hongkong, di China dan juga di negara-negara Inggeris dan lain-lain, mereka mampu beli. Kalau di sana mereka terpaksa membayar harga 10 kali ganda dengan apa yang mampu kita sediakan di sini. Kita ambil kesempatan sebenarnya. Dalam hal ini kita jangan melihat dari sudut kadang-kadang, pandangan yang sempit, yang boleh menyebabkan negara ini tidak berkembang. Apabila ada Perlis second home ini, Perlis akan jadi hebat. Orang akan duduk di sini dalam jangka waktu yang lama, orang akan berbelanja, orang akan… dia lantik orang jaga rumah, dia lantik orang menguruskan rumah, pengutipan sampah dan lain-lain. Semuanya related-nya berkaitan dengan yang akan menyebabkan keuntungan kalau dilibatkan oleh syarikat Kerajaan Negeri dan sebagainya. Dan yang terakhir Yang Berhormat, saya hanya ingin bertanya tentang bekalan data negeri Perlis, bagaimanakah kedudukan kita? Adakah kita dah setaraf, selari dengan negeri-negeri yang lain? Kalau negeri-negeri lain dah 5G, kita adakah masih 3G atau 4G? Untuk benda ini amat penting untuk pastikan connectivity maklumat dan bekalan data kita berada dalam keadaan yang boleh diakses dengan cepat untuk… bukan sahaja dalam soal pentadbiran, malah soal ekonomi, soal bisnes dan lain-lain dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan saya tidak ada masalah Yang Berhormat, melihat perbelanjaan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat. Yang baik kita bagi sokongan penuh kepada Kerajaan Negeri. Terima kasih Dato’ Speaker.

Speaker

Terima kasih semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah berikan komitmen. Cuma sebagai Speaker, saya pun ada pengalaman. Dalam perkara perbahasan ini, kita lebih seronok kalau tidak merujuk ataupun membaca daripada teks dan Tambun Tulang tadi telah memberikan satu contoh yang baik lebih kurang 15 minit. Tetapi saya percaya Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain juga akan menjejaki kebolehan itu dan apa pun yang terbaik ialah bahas yang lebih banyak membentuk Kerajaan Negeri Perlis ataupun Perlis yang kita sayang ini menjadi negeri yang setanding dengan negeri yang lain. Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat

Penangguhan DewanAdjournment

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan buat hari ini dan akan disambung semula pada hari esok, Khamis, 12 haribulan Disember 2019, jam 9.00 pagi. Terima kasih.

(Persidangan ditangguhkan pada jam 1.44 petang).