Perlis · 12 December 2019

14th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · 175 turns · 33,213 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang.

Doa

Penolong Setiausaha Dewan

Doa.

(Bacaan doa oleh Penolong Setiausaha Dewan)

Pemasyhuran daripada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis

Penolong Setiausaha Dewan

Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.

Speaker

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Berhubung aturan perjalanan mesyuarat kita pada hari ini, selepas ini urusan mesyuarat Dewan akan diteruskan dengan sesi soal jawab lisan berdasarkan turutan soalan seperti yang terkandung di dalam kertas perintah mesyuarat Dewan. Saya akan cuba untuk memperuntukkan tempoh masa supaya semua soalan-soalan dapat dijawab secara lisan tetapi sekiranya ada yang tidak sempat jawapannya akan dikemukakan kemudian secara bertulis oleh pihak Kerajaan. Setelah itu dewan akan berehat sebentar dan apabila disambung semula usul Anggaran Pembangunan Negeri Perlis Tahun 2020 dan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2020 yang kedua-duanya membentuk Anggaran Bajet Negeri Perlis Tahun 2020 akan dibuka semula untuk sesi maklum balas dan penggulungan oleh pihak Kerajaan dan seterusnya untuk diluluskan. Kesemua urusan mesyuarat pada kali ini akan diselesaikan pada hari ini juga dan setelah itu, Dewan akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian, terima kasih.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Penolong Setiausaha Dewan

Soalan-soalan lisan.

Speaker

Soalan-soalan lisan, dipersilakan Yang Berhormat Sena.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Yang Berhormat Speaker, selamat pagi. Soalan saya soalan nombor 1.

(Soalan 1 : Dalam membangunkan bandar baru Kangar Jaya di Seriab, apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap pekan Kangar yang sedia ada supaya ianya tidak menjadi pekan mati dan adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk mewartakan sebuah kawasan di pekan Kangar sebagai ‘Kangar Open Space’ yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti seperti ‘nat’, tapak ekspo, tapak food truck dan tapak pelbagai acara?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Sena. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri melalui draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar, Perlis 2035 (Penggantian) yang sedang dirangka mempunyai perancangan yang menyeluruh bagi pembangunan Bandar Kangar bagi memastikan pusat bandar terus berdaya saing dengan mengenal pasti potensi pembangunan baharu yang lebih bernilai ekonomi. Proses kemajuan perbandaran melalui pembukaan kawasan baharu dan perluasan kawasan bandar adalah sesuatu yang normal dan merupakan ciri-ciri pembangunan di sesuatu lokaliti. Perancangan pembangunan di Pekan Kangar dirangka bagi mengimbangi tekanan pembangunan di kawasan yang bersempadan seiring dengan fungsi Bandar Kangar sebagai Pusat Separa Wilayah bagi Negeri Perlis. Di antara pembangunan yang dicadangkan di Bandar Kangar adalah yang pertama, Cadangan Nadi Kangar. Yang kedua, Cadangan Menaik Taraf Kangar Waterfront. Yang ketiga, Cadangan Pemeliharaan Bangunan Warisan dan Kedai Lama. Yang keempat, Cadangan Menaik Taraf Persekitaran Kayangan Square dan yang kelima, Cadangan Laluan Seni dan Seni Awam Bandar. Bagi hasrat ini, Kerajaan Negeri telah memulakan proses dengan mempelawa syarikat-syarikat menyertai pelawaan Request for Proposal, dengan izin, di tapak-tapak yang telah dikenal pasti di Negeri Perlis. Selain itu, pemilik-pemilik bangunan dan perniagaan sedia ada juga perlu bersedia untuk berubah dan menggunakan kreativiti masing-masing bagi memastikan daya saing dan sustainability perniagaan masing-masing untuk jangka masa panjang.

Cadangan kawasan lapang berpusat di lima (5) kawasan pembangunan di Negeri Perlis telah diluluskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Bil. 208/2016 bertarikh 19 Oktober 2016 dan telah diwartakan dalam Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar, Perlis 2009-2020 (Pengubahan) pada 10 November 2016 iaitu yang pertama, Kawasan Behor Pulai di Mukim Sena dengan keluasan 5.35 ekar. Yang kedua, Kawasan Stadium Tuanku Syed Putra dengan keluasan 5.303 ekar. Yang ketiga, Kawasan Bukit Besi Hangit, Mukim Kechor dengan keluasan 4.854 ekar. Kawasan Taman Mas Muda, Mukim Wang Bintong dengan keluasan 7.509 ekar dan yang kelima, Kawasan Jalan Wang Bintong, Mukim Wang Bintong dengan keluasan 5.61 ekar. Walau bagaimanapun, cadangan kawasan lapang berpusat ini perlu dilaksanakan secara berperingkat mengikut keutamaan dan keupayaan kewangan Kerajaan Negeri kerana melibatkan proses pengambilan balik tanah dan kos yang tinggi. Pada ketika ini, tapak-tapak sedia ada seperti Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, tapak tempat letak kereta UTC Kangar, Dataran Taman Sena Indah, Denai Larian Pengkalan Asam, Padang Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Taman Awam Bukit Lagi dan taman-taman awam yang lain merupakan kawasan open space yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti, ekspo, jualan, food truck, rekreasi, riadah, sukan, pasar malam dan juga aktiviti-aktiviti kemasyarakatan lain. Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar, Perlis 2035 (Penggantian) yang sedang disediakan telah mengambilkira cadangan ‘Nadi Kangar’ yang melibatkan beberapa komponen cadangan pembangunan semula seperti berikut. Yang pertama, membangunkan semula tapak pasar lama Kangar sebagai sebuah pusat aktiviti serta zon aktif setiap hari sehingga waktu malam. Yang kedua, mengindahkan persekitaran pusat bandar dan meningkatkan imej Bandar Kangar sebagai pusat pentadbiran Negeri Perlis. Yang ketiga, menjadikan bandar Kangar sebagai sebuah bandar yang berdaya huni dan dinamik dengan aktiviti-aktiviti berasaskan rekreasi dan juga perniagaan. Di antara komponen-komponen pembangunan semula yang dicadangkan adalah yang pertama, bangunan pejabat dan unit komersial, ini perniagaan bercampur dan hotel. Yang kedua, Bazaria Kangar. Yang ketiga, Hipster Corner berkonsepkan kafe kontena. Yang keempat, Ruang Santai Keluarga di kawasan riadah yang selamat untuk kanak-kanak, warga emas dan juga OKU. Yang kelima, Kangar Waterfront, yang ini ruang makan, taman permainan kanak-kanak. Yang keenam, Dataran Keris dan Jeti Kangar Waterfront. Yang ketujuh, landskap bertemakan air. Yang kelapan, kemudahan sokongan lain yang ini kiosk informasi, wakaf atau pun gazebo, tandas awam, surau, tong sampah kitar semula dan yang kesembilan, pemasangan lampu LED. Cadangan di atas bakal menjadikan Kangar sebagai vibrant city yang mampu menarik lebih ramai pengunjung di kawasan tersebut. Sekian, terima kasih.

Soalan Yang Berhormat Speaker… terima kasih Yang Berhormat Santan. Sebagaimana Yang Berhormat ada maklumkan tentang open space yang sedia termasuk Dataran Sena Indah, saya difahamkan sebelum ini untuk food truck, Yang Berhormat ada maklumkan tadi sekiranya nak buat food truck pun boleh. Sebelum ni, saya pernah join Mesyuarat Majlis MPK. Waktu itu, memang ada MPK… saya dimaklumkan MPK benarkan untuk Dataran Dato’ Sheikh untuk dibuatkan tapak food truck tetapi feedback saya dapat daripada peniaga food truck ni, depa tak mau di situlah sebab situ kata kurang dari segi sales apa semua. Jadi saya nak cadangkan adakah Yang Berhormat setuju supaya Dataran Sena Indah yang di kawasan yang sebelum ni… yang hari minggu diadakan nat tu, supaya situ digazetkan supaya kawasan di belah malam untuk food truck. Maknanya dia akan jadi syurga makanan Perlis lah di situ. Semua food truck dan dalam keadaan kita jaga kebersihan minta regulate dari segi kebersihan dan sebagainya. Food truck, uptown… jadi kita apa ni… pelbagaikan di situ. Terima kasih.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Sena. Jadi kita mengalu-alukanlah permohonan-permohonan yang bersifat ke arah itu dan saya rasa pihak yang berkaitan ataupun kumpulan-kumpulan yang berkaitan bolehlah menghubungi pihak MPK dan sebagainya untuk kita cadangkan dan melihat kepada tarikh-tarikh, kemungkinan ada tarikh-tarikh yang overlap dengan tarikh-tarikh yang… sebab kebanyakkan program-program begitu banyak dibuat di situ jadi kita pilih tarikh-tarikh tertentu supaya senang kita tengok, untuk kita luluskan insyaAllah. Terima kasih.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan kedua. Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Santan. Saya pernah bangkitkan di dewan yang mulia ini tentang penutupan jalan old town kita di tengah-tengah bandar tu untuk dijadikan kawasan riadah dan adakah pernah ada di dalam perbincangan Yang Berhormat dengan pihak bandaran dan sebagainya. Yang kedua, adakah bangunan-bangunan lama di Negeri Perlis ini telah mencapai taraf penarafan EXCO… eh UNESCO, UNESCO. Kerana kalau kita sudah capai UNESCO, kita akan dapat bajet dan juga kita boleh buat pembangunan semula seperti yang dilakukan di Georgetown Pulau Pinang. Kita lihat Georgetown sekarang telah berubah wajah, di mana bangunan-bangunan lama ini telah digunakan semula dan dijadikan hotel ataupun tempat penginapan ataupun café area yang kita tengok mendapat sambutan yang luar biasa. Jadi, kalau Bandar Kangar ni, saya nampak kalau kita buat keadaan sekarang, menggunakan laluan di tengah pekan tu masih dibuka, saya ingat dari segi perniagaan juga tidak… telah menyebabkan ramai… apa… peniaga-peniaga yang telah menutup perniagaan, kecuali Tai Sang, kedai emas dan beberapa… ada kedai-kedai yang menjual pampers, ada beberapa kedai lagi yang masih bertahan, itu pun mereka menghadapi masalah pengguna yang tidak ada parkir. Ditutup terus dan dipasang lampu-lampu yang menarik dijadikan café area. Kita tak dak satu parkir kawasan khas di Bandar Kangar, jadi laluan riadah keluarga berjalan di malam minggu ataupun mana-mana, dan juga penempatan peniaga-peniaga food truck dan sebagainya. Adakah ini berada di dalam radar Yang Berhormat untuk berbincang dengan MPK dan dengan apa… kelulusan daripada Yang Amat Berhormat sendiri lah. Terima kasih.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih daripada Yang Berhormat Tambun Tulang. Berkaitan dengan keadaan yang berada di sekarang ini ialah keadaan di mana tempat-tempat yang dikatakan itu terlalu sempit dan sekiranya menutup jalan, jadi kemungkinan besar akan berlaku masalah-masalah lah. Tapi walau macam mana pun, dalam keadaan kita menuju kepada Bandaraya 2030 ini, jadi kemungkinan kita boleh set-kan satu perancangan terperinci untuk pastikan bahawa sekiranya jalan tersebut ditutup, maka jalan alternatif lain boleh dibuat supaya tempat itu dijadikan tempat sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tambun Tulang tadi. Jadi saya berharap perkara-perkara… ataupun di antara perkara-perkara yang sedang dirancangkan, bandar baru dan sebagainya, orang nak kata rakyat Perlis boleh shopping dan sebagainya di tempat bandar-bandar yang telah akan kita bina sekarang ini. Jadi bermakna itu mungkin membantu perancangan yang telah pun… perancangan yang sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Sekian.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Bangunan lama kita tu dah check dah? Sampai dah taraf penarafan UNESCO?

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Kita belum, saya belum….

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Kedai-kedai lama, hotel-hotel lama yang di Kangar tu dah cukup umur ka?

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Insya Allah kita akan…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Yang Berhormat cuba check tengok..

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Ya, terima kasih untuk ingatan itu. Terima kasih.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Tahun pembinaan…

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, selamat pagi dan selamat sejahtera. Soalan saya, soalan nombor 2, terima kasih.

(Soalan 2 : Bagaimanakah hasil pelaksanaan polisi Kerajaan Negeri dalam pembahagian sistem kuota 70% (Lot Bumi) : 30% (Lot Bukan Bumi) untuk pembelian perumahan di Negeri Perlis yang kini mencecah tahun ke-5 dan akan menjangkau ke tahun ke-6 berbanding dengan polisi sebelum ini dari segi prestasi dan aktiviti penjualan dalam industri perumahan dan aliran atau kepadatan penduduk di Negeri Perlis?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Dato’ Speaker, polisi kuota jualan 70% Lot Bumiputera dan 30% Lot Bebas adalah merujuk kepada rumah dan bangunan di atas Tanah Lingkungan Bebas. Polisi ini telah dikuatkuasakan bermula tahun 2014 berpandukan keputusan Kertas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 350/2013. Sebelum itu, penetapan polisi bagi perkara ini adalah 60% Bumiputera dan 40% Bebas. Kerajaan Negeri berpandangan bahawa kuota pemilikan hartanah di Perlis sewajarnya mengambil kira faktor demografi penduduk atau komposisi kaum. Berdasarkan faktor utama ini dan berpandukan kepada statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2013 yang menunjukkan bahawa peratusan Bumiputera di Perlis adalah 88.70% manakala Bukan Bumiputera adalah 11.30%. Maka polisi kuota pemilikan bangunan di Tanah Lingkungan Bebas diubah suai kepada 70:30 bermula tahun 2014. Untuk makluman, peratusan Bumiputera Perlis telah meningkat menjadi 89.10%, manakala Bukan Bumiputera menurun kepada 10.90% pada tahun 2019 berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, rumah yang tidak dapat dijual sama ada Lot Bumiputera ataupun Bebas tidak bergantung sepenuhnya kepada faktor polisi kuota. Banyak faktor utama lain seperti kenaikan harga rumah, ketidak tentuan ekonomi, ketidak sepadanan antara penawaran dan permintaan, ketidak upayaan pembeli, kegagalan pembiayaan dan institusi kewangan, faktor lokasi, kaedah promosi serta konsep atau ciri rumah yang kurang menarik juga boleh menjadi faktor penyumbang kepada kegagalan penjualan rumah-rumah tersebut. Sebagai makluman, Laporan Perkembangan Ekonomi yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menyatakan bahawa pertumbuhan KDNK dunia pada tahun 2016 adalah yang paling rendah sejak Krisis Kewangan Global. KDNK Malaysia mengalami pertumbuhan 4.2% pada tahun 2016 berbanding 5.0% pada tahun 2015. Pertumbuhan rendah ini disebabkan oleh aktiviti pelaburan yang perlahan dalam kebanyakan ekonomi dan harga komoditi yang lemah. Antara penyumbang kepada perkara ini adalah aktiviti sektor hartanah yang lembap dan kesan kepada keadaan ini memperlihatkan sebanyak 40.82% unit rumah di Perlis tidak dapat dijual pada tahun 2016. Dengan polisi kuota yang sama, pada tahun 2018 mencatatkan pertumbuhan KDNK Malaysia pada kadar 4.7% lebih baik berbanding tahun 2016. Pertumbuhan ini disokong dengan peningkatan KDNK Perlis dalam sektor kewangan dan insurans, hartanah dan juga perkhidmatan perniagaan yang kekal berkembang positif pada kadar 4.8% pada tahun 2016, 4.9% pada tahun 2017 dan 4.6% pada tahun 2018. Situasi ini turut memberi implikasi positif terhadap prestasi unit rumah tidak terjual pada tahun 2018, di mana menurun kepada 7.88% atau pun 80 unit. Sehubungan dengan itu, bolehlah dirumuskan bahawa polisi kuota bukanlah faktor tunggal penentu dalam menilai prestasi penjualan unit-unit perumahan. Faktor kewangan dan harga memainkan peranan yang amat penting selain faktor-faktor sampingan yang telah dinyatakan sebelum ini dalam memastikan keboleh upayaan pembeli memiliki rumah. Polisi kuota yang ditetapkan ini tidak bersifat rigid, dengan izin. Kerajaan Negeri fleksibel dan memberikan kelonggaran bagi membantu pemaju swasta berhubung perkara ini melalui Mekanisme Pelepasan Kuota Bumiputera berpandukan Garis Panduan Syarat-Syarat Bukan Teknikal Dalam Pembangunan Tanah Negeri Perlis. Melalui mekanisme ini, mana-mana unit bangunan Lot Bumiputera di atas Tanah Lingkungan Bebas boleh dilepaskan kuotanya sekiranya tidak terjual selepas dua tahun Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan melalui permohonan oleh pemaju. Untuk rekod, sebanyak 87 Lot Bumiputera merangkumi 24 unit rumah dan 63 unit premis perniagaan telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk dilepaskan dan menjadi Kuota Bebas. Dalam perkara berkaitan, Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perumahan sentiasa membantu pemaju swasta dengan menjadi platform untuk hebahan dan pengiklanan promosi jualan rumah. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan. Terima kasih. Ada pandangan daripada seorang pakar ekonomi Negara. Dia kata kalau kita bagi kuota Bumiputera terlalu banyak, kawasan berkenaan tidak akan maju. Adakah kenyataan ini menyokong di dalam konteks kewangan Negeri Perlis kita sekarang ini? Dia kata kalau bagi kuota Bumiputera tu lebih, kawasan itu tidak akan maju, commercial dia tidak akan maju. Dia akan jadi macam hidup segan, mati tak mau lah, contoh dia macam tu. Apa pandangan Kerajaan Negeri berhubung perkara ini.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Ini faktor-faktor ekonomi dan juga faktor-faktor lain. Saya rasa di Perlis ni, bilangan Bumiputera ni lebih daripada Bukan Bumiputera. Sebab itulah kita buat begitu supaya peluang-peluang diberi untuk memastikan bahawa orang Perlis ini dapat memiliki rumah dan kos rumah dia pun murah… murah sikit dari tempat lain lah. Jadi bermakna kita cuba buat rumah-rumah PAKR, PPR dan sebagainya dengan harga yang murah. Jadi saya rasa di antara faktor-faktor yang menyumbang kepada… apa ni… agakkan daripada Yang Berhormat, benda tadi, tidak semestinya begitu lah saya rasa. Sebab ini… di Perlis ini pun kita ada… kita ada banyak tempat-tempat yang… kita dah banyak facility-facility untuk kemajuan negeri. Ini tidak ada masalah saya rasa, sekian.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Soalan tambahan.

Speaker

Dipersilakan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Yang Berhormat Santan, saya nak tanya jikalau selepas dua tahun, lot yang Bumi itu dibuka untuk orang ramai, kenapa tidak terus sekali… terus buat saja gubal saja polisi agar kuota itu terus ditinggikan untuk yang lot Non Bumiputera dan rendahkan sedikit untuk lot Bumi agar kita tidak membazir masa menunggu dua tahun tu, sebagai tahun untuk menunggu orang membeli ke tidak membeli unit itu baru untuk dibuka kepada orang ramai. Terima kasih.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Ini polisi Kerajaan. Polisi tetap polisi. Jadi sekiranya benda itu… kalau diminta ataupun dikuat kuasakan, saya rasa benda itu boleh dipertimbangkan selepas ini… melihat kepada permohonan-permohonan daripada pembeli-pembeli itu sendiri. Sekian.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 3.

(Soalan 3 : Kebelakangan ini, banyak tangkapan dibuat berkaitan penyeludupan daun Ketum di sempadan Negeri Perlis. Apakah tindakan-tindakan yang diambil dalam mengawal penanaman Ketum dan juga mempertingkat kawalan sempadan serta memperbanyakkan operasi mencegah penyeludupan Ketum di negeri ini?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Kuala Perlis. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pertamanya tidak ada undang-undang larangan menanam pokok ketum di Malaysia ini. Larangan hanyalah apabila ianya diproses ataupun dijual. Itu dia tertakluk di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada perkembangan yang terbaru berdasarkan kepada maklumat yang kita baca daripada siaran akhbar dan berita-berita yang disebarkan melalui media massa dan media sosial, kita difahamkan bahawa undang-undang ini sedang dikaji semula dan kemungkinan akan dibuat pindaan untuk membolehkan pokok ketum ini ditanam tetapi mesti mendapatkan lesen ataupun kebenaran daripada pihak berkuasa tertentu. Jadi ini sedang ditimbangkan dan mungkin akan dibuat Bacaan Kali Pertama di Dewan Rakyat nanti apabila deraf pindaan undang-undang itu telah siap. Berhubung dengan langkah-langkah atau tindakan-tindakan untuk mengawal ketum ini. Di pihak Kerajaan Negeri sebenarnya sejak seawal tahun 2008, kita telah pun mengenakan sekatan ke atas penanaman pokok ketum ini terutama sekali bagi pemberi milikan tanah yang baharu. Dan perkara ini telah kita ketatkan lagi di tahun 2018 dengan memasukkan larangan ini ke dalam syarat nyata di dalam hakmilik tanah-tanah pemilikan baharu itu dan selain daripada itu, kita juga… pihak yang berkuasa yang berkenaan… penguatkuasa iaitu AKSEM dan juga pihak PDRM terutama sekali Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis DiRaja Malaysia juga mengambil tindakan-tindakan yang tertentu di dalam menguatkuasakan larangan ke atas penjualan hasil-hasil ketum ini seperti air ketum dan sebagainya. Jadi kalau boleh saya bagikan angka sedikit di sini, hasil daripada operasi-operasi yang dilakukan oleh pihak berkuasa penguatkuasa ini oleh AKSEM misalnya pada tahun 2017, sebanyak 92 kes rampasan ketum telah dibuat dan nilai rampasannya pada tahun 2017 ini RM544,104.76 dan tahun 2018, banyak lagi rampasan yang dilakukan dan nilai rampasan meningkat kepada RM1.12 juta dan untuk tahun semasa sehingga kini, sehingga bulan Oktober ini, sebanyak 86 kes telah pun dibuat rampasan… kes rampasan dengan nilai rampasan yang dianggarkan berjumlah RM782,160. Selain daripada itu, ada langkah-langkah pencegahan yang juga diambil oleh pihak-pihak berkuasa terutama sekali PDRM. Di pihak PDRM misalnya, mereka telah menubuhkan suatu Sekretariat Nuklear Narkotik (SNN) Perlis yang telah diasingkan daripada negeri Kedah. Dahulunya dia disekalikan, sekarang ini di Perlis ni dah ada sekretariat ini secara berasingan. Kemudiannya, mempertingkatkan kerjasama dalam jabatan PDRM serta lain-lain jabatan dengan mengadakan Operasi Bersepadu ataupun Ops Bersepadu. Memberi tumpuan di kawasan-kawasan hot spot iaitu kawasan-kawasan yang berisiko tinggi dan mewujudkan talian khas Jabatan Siasatan Jenayah Negeri untuk menerima aduan-aduan awam dan selain daripada itu, menjalinkan kerjasama dengan Polis Thailand kerana banyak kegiatan penyeludupan ketum ini dilakukan melalui batas sempadan kita denga pihak Thailand. Tetapi yang lebih penting lagi pada pandangan saya ialah kerjasama daripada orang awam itu sendiri. Ini lebih penting berbanding dengan tindakan-tindakan pencegahan… tindakan-tindakan penguatkuasaan yang dilakukan. Kalau sekiranya orang awam memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam bentuk memberikan maklumat dan juga menimbulkan kesedaran di kalangan ahli masyarakat tentang bahayanya ketum, tidak dapat dinafikan… kita tidak dapat nafikan bahawa ketum memang ada kebaikannya tetapi masalahnya ketum ini disalahgunakan, ini yang sedang diusahakan untuk dihentikan. Jadi kita harapkan supaya setiap masyarakat termasuklah Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri mesti memainkan peranan untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan ketum ini. Saya rasa ini lebih baik dan lebih efektif berbanding dengan tindakan-tindakan penguatkuasaan yang biasanya dilakukan pada masa-masa di mana kita alpa sebab pihak yang berkuasa seperti AKSEM, Polis pun mereka bukannya dapat melakukan perkara ini setiap minit, dan biasanya penyeludup-peyeludup atau penjenayah ini dia orang akan mencari masa-masa yang ‘laal’ ataupun masa-masa yang terbuang itu untuk melakukan tindakan-tindakan ini. Contohnya seperti di kawasan sempadan, di kawasan Kuala Perlis sendiri, penyeludupan dilakukan ketika masa yang dianggap tidak ada rondaan dibuat misalnya, waktu subuh, di awal pagi dan kadang-kadang waktu tengahari, hari Jumaat ketika masyarakat pergi menunaikan solat Jumaat, dan itu… ketika itu tindakan-tindakan atau aktiviti-aktiviti ini dilakukan. Jadi kerana itu saya merasakan bahawa selain daripada tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa, masyarakat sendiri, rakyat sendiri harus diberi kesedaran untuk menyedarkan lagi kalangan ahli-ahli masyarakat tentang bahayanya penyalahgunaan ketum ini dan berusaha untuk mengurangkan lagi kes-kes jenayah yang bersifat penyeludupan dan sebagainya. Terima kasih Dato’ Speaker.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Tambahan, satu lagi. Saya ingin tanya Yang Berhormat Bintong. Walaupun tangkapan hukuman termasuk hukuman yang berat yang telah dilaksanakan di Thailand yang melibatkan warganegara kita telah dijalankan… telah dilaksanakan dan… tapi kita lihat masalah ini masih berleluasa. Saya ingin tanya Yang Berhormat, adakah penyelidikan ataupun apa-apa kajian yang dibuat untuk menjadikan daun ketum ini dia bukan satu yang agak prolific sebagai opsi terakhir untuk penagih-pebagih tegar dadah? Kerana kita nampak Negara kita ni tidaklah terlalu banyak rakyatnya tapi usaha menghapuskan telah dibuat dengan pembagai kaedah termasuk satu masa kita telah menggunakan dadah Metadon seperti yang dijalankan di Iran dan sebagainya untuk opsi terakhir bagi penagih-penagih tegar, tapi masih lagi makin parah dan makin parah, sedangkan Philiphine, Duterte dia jadi presiden tak sampai berapa tahun dia telah menjadikan zero drugs di Philipine. Akhirnya berjaya, tapi kita ni… peruntukan besar dibelanjakan. Adakah kegagalan ini menyebabkan kita tidak ada jalan keluar untuk kita menghapuskan… termasuk ketum yang dianggap boleh menjadi perubatan terakhir bagi penagih-penagih tegar dadah. Terima kasih Dato’ Speaker.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, memang juga di dalam pengetahuan kita bahawa ketum ini… tetapi tidak digunakan secara rasmi oleh pihak-pihak berkuasa seperti Antidadah Kebangsaan dan sebagainya sebagai bahan gantian untuk merawat mereka yang ketagihan dadah seperti Metadon yang pernah digunakan sebelum ini, tetapi Metadon juga mempunyai kesan sampingan yang serius sama seperti dadah yang disalahgunakan itu. Jadi, alternatif yang dipakai secara tradisi di kampung-kampung ini kita dengar digunakan ketum juga dan saya terbaca satu laporan yang dibuat oleh satu agensi tapi di Amerika Syarikat bukan di sini, dia juga mengatakan bahawa kesan sampingan untuk mengambil ketum ini juga sama seperti dadah-dadah yang lain. Dia boleh mengalihkan… apa nama tu… dia punya ketagihan itu daripada dadah yang sebelum ini kepada ketum pula. Ini adalah… sebab kita mesti ingat bahawa kandungan ketum ini walaupun dia dibuat kajian tetapi melalui bacaan-bacaan yang saya lakukan, dia memang ada elemen-elemen yang boleh menyebabkan kita menagih itu. Jadi saya menyambut baik sebenarnya hasrat kalau ada usaha daripada pihak Kerajaan sama ada... terutama sekali daripada pihak Kerajaan Persekutuan untuk melakukan kajian untuk melihat sama ada apakah kebaikan keburukan kepada penggunaan ketum ini dan saya sendiri di Negeri Perlis ini misalnya saya telah, tak silap saya tahun 2015, saya telah menyarankan kepada pihak UniMAP, Universiti Malaysia Perlis kerana memang mempunyai Faculti Agriculture, ataupun Fakulti Pertanian. Saya telah mencadangkan kepada VC ketika itu supaya untuk membolehkan mereka untuk menanam ketum ini di dalam kawasan yang terlarang itu, kawasan mereka sendiri di Fakulti Pertanian mereka di Sungai Chuchuh untuk dijadikan bahan kajian dan kalau sekiranya ada usaha ini secara rasmi dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri akan menyokong 100%. Ini merupakan satu usaha yang baik kerana kita tahu bahawa ketum ini juga mempunyai nilai-nilai perubatan tertentu sepertimana yang digunakan secara tradisi oleh orang-orang kita sebelum ini, generasi-generasi yang terdahulu. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Soalan tambahan Yang Berhormat Speaker. Saya nak tanya Kerajaan Negeri dari segi apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi ni dari segi sudut pendidikan dan juga kempen sebab kita tengok macam kita ada institusi masjid, lepas tu kalau di Kedah dia memang ada dia bubuh billboard, banyaklah ketum adalah haram besar-besar, dia punya ni kan. Jadi apakah tindakan yang mungkin Kerajaan Negeri boleh contohi dari segi pendidikan selain menggunakan institusi-institusi masjid dan sekolah-sekolah. Terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Ok, terima kasih Yang Berhormat Sena. Sebenarnya sepertimana yang saya sebutkan tadi, pertamanya tindakan undang-undang, kita telah menjadikan dia sebagai syarat nyata di dalam kita punya geran tanah yang dikeluarkan bagi tanah-tanah yang diberi pemilikan baru itu. Itu salah satu cara dan memang saya sendiri perbincangan-perbincangan… macam saya dengan pihak Majlis Agama Islam Perlis misalnya, dalam mesyuarat yang saya hadiri, saya telah meminta supaya perkara ini diuar-uarkan dan dimasukkan sebagai salah satu daripada elemen di dalam Khutbah Jumaat. Ya, untuk diuar-uarkan kepada orang ramai tentang bahayanya penyalahguaan ketum ini. Ini memang saya lakukan dan saya juga melalui taklimat-taklimat yang saya terima daripada pihak AKSEM sendiri mereka ada satu perancangan ataupun satu tindakan strategi untuk adopt, dengan izinnya, kawasan-kawasan kampung tertentu ataupun kawasan hotspot ini seperti di Kuala Perlis misalnya. Kalau tak silap saya Hujung Tanjung salah satu daripada contoh kampung yang telah dijadikan sebagai kampung contoh ataupun pilot projek untuk melaksanakan kempen-kempen yang sebegini dan ia telah menampakkan satu result yang positif di kawasan tersebut dan ini kita akan kembangkan lagi insya Allah di tahun-tahun yang mendatang dan kita harapkan usaha-usaha itu untuk mewujudkan kesedaran ini ataupun awareness di kalangan masyarakat ini akan menjadi lebih efektif berbanding dengan tindakan-tindakan penguatkuasaan yang bersifat reaktif itu. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya yang nombor empat.

(Soalan 4 : Di antara projek-projek berimpak tinggi bagi pembangunan ekonomi Negeri Perlis ialah pembangunan semula kawasan Sg. Batu Pahat dan Bukit Ayer. Oleh yang demikian, apakah perancangan dan langkah-langkah yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk menjadikan kawasan Sg. Batu Pahat dan Bukit Ayer sebagai pusat rekreasi dan pelancongan terbaik di Negeri Perlis?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Sebelum saya menjawab soalan ini saya ingat lebih elok saya terangkan kawasan Sungai Batu Pahat ini dan juga Bukit Ayer ini adalah merupakan kawasan yang termasuk di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal. Jadi, pembangunan yang dilakukan di dalam kawasan ini terutama sekali dari segi usaha-usaha untuk menarik pelancong, mewujudkan produk-produk pelancongan di sini, ia tidak boleh menjejaskan kedudukan kawasan itu sebagai Hutan Simpan Kekal. Jadi kerana itu bentuk pembangunan yang boleh dilakukan adalah terhad sebenarnya. Ia lebih kepada kita membangunkan produk-produk pelancongan secara semulajadi dengan mewujudkan fasiliti-fasiliti ataupun prasarana-prasarana yang tidak menggangu gugat akan keadaan asal di kawasan itu. Ini yang kita perlu apa ni... ambil ingatan sebab kawasan ini adalah merupakan kawasan Hutan Simpan Kekal. Dan, apa yang kita lakukan di sini adalah sebenarnya satu bentuk pelancongan eko-pelancongan sebenarnya, ya... ini bentuk pelancongan yang kita lakukan. Jadi di samping keadaan produk-produk semulajadi yang wujud di sana, yang kita gunakan sebagai tarikan pelancongan, kita ada yang lain-lain lagi. Kita ada... misalnya kita ada Taman Ular dan Reptilia, Pusat Ekuin, Ladang Ternak Eksotik... eh sorry... Ladang Tanaman Eksotik yang dulunya dinamakan ladang anggur itu, Taman Rimba Herba, Padang Golf dan lain-lain lagi lah. Dan di dalam perancangan untuk membangunkan kawasan ini dalam rundingan yang dilakukan di antara Kerajaan Negeri dengan sebuah syarikat... syarikat ini telah mengemukakan cadangan untuk membangunkan, untuk memasukkan elemen-elemen seperti membangunkan semula rekreasi air terjun itu, mewujudkan sebuah resort dan taman rimba itu juga dimasukkan di dalam perancangan mereka, pusat spa juga dicadangkan, kompleks latihan menembak juga sudah ada di sana dan nak dimasukkan ke dalam rancangan pembangunan mereka dan juga nak diwujudkan sebuah institusi pengajian tinggi khususnya untuk sports management. Ini cadangan dan juga sedikit kawasan komersial di sana iaitu dari segi pembangunan hartanah. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri terpaksa melihat perkara ini dengan lebih teliti kerana ia adalah terletak di dalam kawasan hutan simpan kekal. Jadi apa-apa bentuk pembangunan ini kita tidak mahu menjejaskan jumlah kawasan hutan simpan kekal kita yang memang sudah sedikit pun pada masa ini, yang tinggal hanyalah lebih kurang 13 percent daripada keseluruhan Negeri Perlis ini. Jadi, ini pertimbangan-pertimbangan yang sangat teliti perlu dilakukan, apatah lagi kawasan-kawasan rekreasi ini kalau dibangunkan nanti oleh pihak swasta ianya akan dikenakan kos, ada bayaran yang perlu dikenakan untuk masuk bagi orang awam menikmati apa-apa pun pembangunan yang dilakukan di dalam kawasan tersebut. Jadi, ini juga menjadi pertimbangan Kerajaan Negeri... kita tahu bahawa hutan simpan kekal di Sungai Batu Bahat dan juga Bukit Ayer ini, sekarang ini free, orang awam tidak dikenakan apa-apa bayaran. Kalau pembangunan dilakukan dan pelaburan telah dibuat oleh syarikat tertentu misalnya yang sedang dirundingi sekarang ini, dia akan menyebabkan kawasan itu menjadi... dia tidak lagi bebas sepertimana biasa dan ini perlu dilihat dengan teliti. Sebab itulah dalam hal ini Kerajaan Negeri mengambil pendekatan yang sangat teliti kerana dua perkara ini, pertamanya ianya merupakan kawasan Hutan Simpan Kekal dan yang keduanya ia akan melibatkan nanti kos kepada orang awam untuk menikmati produk-produk pelancongan yang akan dibangunkan tersebut dan saya nak jua menegaskan di sini bahawa sebenarnya Kerajaan Negeri memberikan tumpuan yang lebih sekarang ini kepada pembangunan produk-produk pelancongan secara natural contohnya seperti dusun-dusun yang ada itu juga boleh menjadi produk pelancongan. Tetapi apa yang kita hendak lakukan ialah kita kena upgrade-kan atau menaik tarafkan prasarana jalan masuk ke situ. Ini yang sedang kita lakukan, dan memang di dalam Bajet 2020 juga kita telah masukkan perancangan untuk membangunkan prasarana ini supaya lebih selesa kepada pelancong-pelancong yang akan datang menikmati produk-produk yang sebegini. Begitu juga dengan ada satu lagi tempat yang dipanggil Wang Gunung, Wang Gunung ini adalah merupakan satu lagi bentuk produk pelancongan yang bersifat semulajadi. Kita menggalakan peneroka-peneroka ini untuk datang ataupun pendaki-pendaki gunung untuk datang menaiki gunung tersebut melalui denai-denai yang telah sedia ada. Dan untuk makluman, pada tahun 2019 sehingga November tahun 2019 kita dah ada sebanyak... kita telah mengeluarkan sebanyak 1,371 permit untuk pendaki-pendaki gunung ini. Yang ini kita nak galakkan supaya kita merosakkan semulajadi ataupun keadaan alam semulajadi di sana. Jadi itu dari segi perancangan dan apakah langkah-langkah yang diambil dalam usaha kita untuk menjadikan ia sebagai tarikan pelancong yang bersifat semula jadi, produk-produk yang bersifat semulajadi ini. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bintong di atas penjelasan yang telah dihuraikan. Soalan tambahan saya, sudah berapa ramai pelancong-pelancong yang hadir ke tempat tersebut dalam sekitar 2018, 2019? Yang kedua, sebagaimana yang disebut oleh Bintong tadi, Kerajaan Negeri pada masa ini tidak terfikir untuk mengambil ataupun pun mengajak pihak swasta untuk membangunkan kawasan tersebut sebab dianggap… sebabkan kawasan tu kawasan hutan simpanan. Pada pandangan sayalah, kalau kita beri kepada pihak swasta, mungkin memanglah ada sedikit kos yang perlu dibayar oleh pengunjung-pengunjung tetapi kita melihat, apabila diletak di sana pihak swasta yang mengurus di tempat-tempat tertentu, di bawah kawalan Kerajaan Negeri, sekurang-kurangnya tempat itu tidak terbiar begitu sahaja, kita melihat di Kedah sebagai contoh. Sebagai contoh di sebelah Yan, banyak pihak-pihak swasta yang ambil tempat-tempat ini untuk dibangunkan dan hidup. Saya pernah sampai ke sana dan kita lihat hidup tempat tersebut. Dia buat tempat rekreasi, dia buat tempat resort, ada tempat berkelah dan sebagainya untuk family, dan memang hidup. Kita pi waktu mana pun ada sahaja keluarga yang mengunjung. Jadi saya cadangkan Kerajaan supaya libatkan pihak swasta di bawah kawalan Kerajaan Negeri untuk kita meriahkan tempat tersebut. Terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Pertamanya mengenai bilangan pelancong yang menganjungi kawasan yang mungkin Yang Berhormat maksudkan kawasan Sungai Batu Pahat dan juga Bukit Ayer itu. Jadi disebabkan kawasan ini adalah free, jadi kita memang tidak ada rekod yang menunjukkan berapa ramai orang yang datang untuk berkunjung ke tempat tersebut. Tapi sekiranya benda ini dikenakan bayaran, kita boleh tahu berapa jumlah yang datang sebenarnya dan insyaAllah yang ni nanti apabila kita bangunkan, setelah benda ini dimuktamadkan, mungkin kita boleh mempunyai satu rekod yang tepat cuma tadi saya dapat berikan rekod 1371 permit yang dikeluarkan sebab yang ni juga pelancong sebab dia orang terpaksa memohon sebelum dibenarkan untuk melakukan pendakian di Wang Gunung tadi. Yang kedua, sebenarnya mungkin Yang Berhormat ataupun mungkin saya sendiri tidak menjelaskan dengan begitu baik dan mungkin Yang Berhormat salah faham, sebenarnya kita memang nak menggalakkan pihak swasta untuk membangunkan kawasan rekreasi di Sungai Batu Pahat dan Bukit Ayer ini. Tetapi saya menyatakan bahawa kerana ia terletak di dalam Hutan Simpan Kekal, maka kita kena berhati-berhati di dalam rundingan kita dengan pihak swasta ini dan sekarang ini rundingan sedang dijalankan sebenarnya. Saya rasa benda ini dah pun melewati setahun lebih, sebab ada kawasan-kawasan sensitif tertentu yang perlu kita ambil kira. Di sana ada Kelab Golf, ada padang golf dan padang golf ini dalam konteks Perlis, dia bukan merupakan satu sukan elit. Orang kampung pun boleh main golf sebenarnya. Jadi ini yang harus diambilkira. Kalau sekiranya ini diswastakan... di dalam perancangan kita, kita nak menswastakan semua ini. Kita nak supaya kelab golf dan padang golf ini diuruskan secara professional dan ini sudah tentu akan melibatkan kos dan apabila melibatkan kos, dia akan menjejaskan juga kepada... dia akan ada kesan kepada harga ataupun fee yang dikenakan dan ini kita kena lihat sebab orang-orang yang sebelum ini yang boleh main golf seperti orang kampung misalnya dan banyak pekerjaan malah di kalangan kakitangan staff-staff sekalipun ada yang menjadi pemain golf, jadi pemain golf... main golf yang hari-hari main golf sampai malam pun pergi main lagi terutama sekali untuk dekat driving range lah dan kalau ini yang kita lakukan, kos meningkat, mereka ini akan menjadi mangsa dan tidak boleh lagi menikmati permainan golf itu. Jadi ini terpaksa kita lihat supaya mereka ini juga tidak terjejas dengan pembangunan yang nak dibawa. Jadi itu yang saya maksudkan, memang sebenarnya kita sedang merundingi perkara ini dengan satu kumpulan ataupun satu syarikat swasta tetapi saya telah menegaskan bahawa sebelum sesuatu perkara itu dimuktamadkan, kita harus melihatnya dengan secara terperinci dan memastikan supaya emelen tadi seperti Hutan Simpan Kekal itu tidak terjejas. Dan yang keduanya, ia tidak menjejaskan kepentingan orang awam untuk menikmati... terutama sekali penduduk tempatan untuk menikmati akan produk-produk pelancongan yang ada di kawasan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Sedikit Yang Berhormat Speaker...

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Sedikit yang Berhormat Speaker… sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bintong di atas penjelasan berkenaan Bukit Ayer tadi dan Sungai Batu Pahat. Sini saya nak usulkan sedikitlah tadi Yang Amat Berhormat Bintong ada sebut berkenaan pendakian gunung. Saya tak nafi, pintu Wang Gunung itu adalah salah satu pusat tarikan pelancong untuk mendaki gunung dan saya sendiri pernah naik ke situ, memang cantik kalau kita naik ke atas tu, kita boleh tengok sempadan sana di sebelah Puju, sebelah… boleh nampak Pulau Karat… cuma di sini saya nak minta tolong, minta Kerajaan Negeri juga tolong promote satu lagi tarikan pelancong untuk sukan memanjat gunung ni, Bukit Batu Putih. Tahun lepas saya pernah minta pasukan Perlis Climbers panjat ke… buka laluan ke puncak bukit tersebut dan Alhamdulillah mereka mai hantar report kepada saya kawasan tu sangat cantik. So, saya minta masukkan Bukit Batu Putih ni sebagai satu lagi lah... apa ni... pusat untuk pendaki gunung. Itu saja permintaan saya, terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, memang telah kita ambil perhatian perkara ini Yang Berhormat sendiri telah menyebutkan semasa... ataupun semasa perbahasan kelmarin... untuk juga membangunkan terutama sekali prasarana untuk membolehkan pelancong-pelancong menikmati kawasan Wai dan Batu Putih ini. Cuma saya nak pastikan, yang ni saya akan check nanti sebab saya tidak pasti sama ada kawasan Batu Putih itu merupakan... atau Bukit Batu Putih itu merupakan kawasan keselamatan sebab kita tau kita ada pos keselamatan di sana. Jadi, itu kita nak pastikan dahulu kalau sekiranya tidak ada, insyaAllah kita akan pergi tengok, kemungkinan kita akan kaji dahulu apa yang boleh dilakukan di sana insyaAllah. Tetapi sepertimana Yang Berhormat sebutkan tadi, kawasan Wai itu... itu akan dimasukkan di dalam perancangan kita tetapi itu berdasarkan kepada kemampuan kewangan kita lah. Kita telah mengenal pasti satu dua tiga kawasan ataupun jalan-jalan yang perlu dibina untuk memudahkan pelancong-pelancong untuk menikmati kawasan ini secara semula jadi tapi dia akan menurut turutannya mengikut juga kemampuan kewangan insyaSha Allah. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Bintong. Kalau kita tengok di Sungai Batu Pahat ni dia ada Taman Ular. Jadi saya duk tengok di... kalau di negeri lain tu dia ada Pusat Sains. Kalau Perlis kita takda Pusat Sains lagi. Saya nak apa ni... cadangkan ataupun nak tanya persediaan Kerajaan Negeri untuk membangunkan Pusat Sains berdekatan Taman Ular sebab kita tengok kalau maknanya kalau dia punya situ, budak-budak sekolah duk pi kan. Jadi kalau ada Pusat Sains tu memang tempat tumpuan budak sekolah dan hujung minggu ada aktiviti untuk ibu bapa khususnya di Negeri Perlis ni untuk bawa anak-anak pi ni dan cadangan saya kalau dari segi kos tu, mungkin Kerajaan Negeri boleh angkat permohonan kepada MESTEC contohnya. Terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Ok itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya rasa satu cadangan yang baik dan pernah pun sebenarnya Taman Ular kita ni menjadi pusat ataupun research centre khususnya untuk kita mencari penawar-penawar kepada gigitan ular ini. Pernah, ada itu sebelum ini. Saya pun tak pasti kenapa benda ini terhenti, mungkin adanya faktor-faktor kewangan yang terlibat di sana. Apa pun saya menyambut baik saranan yang dibuat oleh Yang Berhormat Sena tadi. Cuma saya nak tambah satu lagi, kita kena ingat juga kawasan Bukit Ayer dan juga Sungai Batu Pahat ini dia juga merupakan kawasan tadahan, di mana sumber air kita. Kalau terlalu banyak pembangunan dilakukan di sana, dia akan menjejaskan kepada kawasan tadahan air kita ini. Jadi sebab itu suatu pertimbangan yang sangat teliti harus dilakukan dalam pembangunan terutama sekali pelancongan di kawasan tersebut. Terima kasih Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan nombor lima.

(Soalan 5 : Apakah terdapat perancangan kerajaan untuk menggabungkan semua agensi bagi mengurangkan pengimportan bahan makanan yang terlalu banyak setakat ini?)

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasihYang Berhormat Tambun Tulang. Setakat hari ni pihak Kerajaan Negeri di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani belum mendapat apa-apa maklum balas untuk tindakan. Sekian.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Yang ni, Yang Berhormat ni ada baca ka soalan ni betul-betul? Maksudnya, macam kita import cabai, sayur, kobis takkan tak boleh tanam benda-benda macam ni? Bukan nak nanti jawapan daripada kementerian. Ni usaha yang boleh dibuat oleh petani dan orang kampung ja. Kita cabai di Langkawi contohnya, Perlis pun guna berapa tan sehari cabai Melaka, yang ni pun kita import juga daripada luar Negara, itu maksud saya. Takpa lah, nanti jadi cerita lain.

Speaker

Ada pihak kerajaan nak jawab ka? Tak… dipersilakan Yang Berhormat Sena. Soalan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor enam, (Soalan 6 : Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam mengawal pembangunan untuk pembinaan kawasan perumahan baru di sekitar kawasan yang berhampiran dengan Kangar dalam konteks untuk mempertahankan kedudukan Perlis sebagai salah sebuah negeri Jelapang Padi demi kepentingan ‘food security’ kerana dilihat kebanyakan tanah-tanah sawah telah ditukar taraf daripada tanah pertanian kepada komersial?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Sena. Yang Berhormat Dato’ Speaker, pembangunan perlu dilaksanakan dengan seimbang bagi memenuhi keperluan semua pihak dengan mengambil kira bentuk muka bumi dan kesesuaian guna tanah di negeri ini.Pembangunan khususnya dalam sektor perumahan amat diperlukan di Perlis bagi memenuhi permintaan penduduk serta menambah baik kualiti kehidupan rakyat kerana ia merupakan satu keperluan asas. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Zon Pengekalan Makanan Negara di Negeri Perlis yakni kawasan padi MADA merangkumi keluasan 20,304 hektar iaitu 24.78% daripada keluasan keseluruhan Negeri Perlis. Kerajaan Negeri mempunyai mekanisme yang komprehensif dalam mengimbangi pembangunan seperti terkandung dalam Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan, serta kawalan melalui proses Kebenaran Merancang, Kelulusan Ubah Syarat Tanah dan Jawatankuasa Perancang Negeri yang semuanya akan mengambil kira ulasan daripada jabatan dan agensi yang berkepentingan. Mekanisme kawalan pembangunan seperti yang dinyatakan tadi akan dapat memastikan pembangunan di Negeri Perlis tidak menjejaskan status Perlis sebagai negeri yang menyumbang kepada Zon Pengekalan Makanan Negara. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat cadangan projek pelaburan yang memberi impak yang besar dan positif kepada ekonomi negeri, maka Kerajaan Negeri boleh memberi pertimbangan khas kepada cadangan tersebut dengan dikenakan syarat-syarat tertentu. Mekasnisme kawalan pembangunan adalah seperti berikut. Yang pertama Rancangan Struktur Negeri. Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030 merupakan dokumen perancangan yang memandu dan mengawal pembangunan fizikal seluruh Negeri Perlis sehingga tahun 2030. Rancangan Struktur Negeri ini disediakan selaras dengan peruntukan Bahagian III, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) bertujuan melengkapkan sistem perancangan fizikal dan menterjemahkan dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara ke peringkat Negeri Perlis. Yang kedua, Rancangan Tempatan. Melalui Rancangan Tempatan ini, setiap kawasan di Negeri Perlis telah dizonkan kepada kawasan perumahan, pertanian dan penternakan, tanah lapang, hutan dan lain-lain. Sehubungan itu, setiap rancangan pembangunan hendaklah berdasarkan kepada zon yang telah ditetapkan. Yang ketiga, Kebenaran Merancang. Permohonan kebenaran merancang dan tukar syarat tanah di kawasan pertanian padi adalah tidak dibenarkan bagi tujuan perbandaran atau kegunaan lain kecuali aktiviti-aktiviti berkaitan pertanian dan kemudahan masyarakat sahaja. Yang keempat Kelulusan Ubah Syarat Tanah. Permohonan mengubah kategori kegunaan tanah adalah dibawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian. Cadangan pembangunan yang telah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang daripada MPK dimajukan kepada PTG sebelum diangkat untuk pertimbangan MMKN. Yang kelima, Jawatankuasa Perancang Negeri. Jawatankuasa ini berfungsi bagi menggalakkan Kerajaan Negeri dalam merangka Dasar Negara, memantau pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah serta berperanan dalam mengawal selia, merancang dan menyelaras semua aktiviti pemajuan semasa di negeri. Sekian Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya soalan nombor tujuh. Terima Kasih.

(Soalan 7 : Sejauh manakah status dan perkembangan projek di bawah struktur Pelindung Hujan di Negeri Perlis yang dilaksanakan Jabatan Pertanian Negeri Perlis (Projek Fertigasi Rakyat), LPP (PPK Bintong dan Paya) dan UNIMAP?)

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih YB Indera Kayangan. Jabatan Pertanian Negeri telah menerima peruntukan pembangunan Projek Fertigasi Rakyat di bawah peruntukan Persekutuan secara one-off pada tahun 2016 yang melibatkan 12 orang peserta dengan jumlah peruntukan sebanyak RM470,000.00. Di antara bantuan amalan teknologi yang diberikan meliputi penyediaan infrastruktur dan peralatan seperti pembinaan bangsal Struktur Pelindung Hujan (SPH), sistem pengairan, media tanaman serta set baja fertigasi. Selain daripada itu, Jabatan Pertanian juga telah menjalankan kursus dan bimbingan berkaitan dengan kaedah Tanaman Sayuran Secara Fertigasi kepada para peserta. Walau bagaimanapun, Projek Fertigasi Rakyat ini tidak lagi diusahakan oleh semua peserta tersebut atas beberapa factor. Antaranya disebabkan struktur pelindung hujan tersebut telah mengalami kerosakan akibat dilanda ribut. Struktur yang telah rosak tidak dapat digunakan lagi dan tidak dibaiki semula kerana sumber kewangan yang terhad oleh peserta. Selain daripada itu juga, ada juga peserta yang telah meninggal dunia dan tiada kesinambungan untuk meneruskan projek. Di samping itu, kekangan terhadap sumber air di kawasan juga menyebabkan tanaman tidak dapat diusahakan secara berterusan. Jabatan Pertanian juga tidak lagi menerima sebarang peruntukan daripada pihak Kementerian di bawah Projek Fertigasi Rakyat ini selepas tahun 2016. Memandangkan peruntukan sebelum ini adalah secara one-off, Jabatan Pertanian tidak mempunyai peruntukan khusus untuk membantu peserta menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan penyediaan infrastruktur yang berkaitan. Di pihak Lembaga Pertubuhan Peladang pula, di bawah pengendalian LPP Negeri Perlis, 2 buah PPK iaitu PPK Bintong dan Paya sedang menjalankan projek di bawah Struktur Pelindung Hujan. Tanaman yang diusahakan ialah Mangga Harumanis, Rock Melon dan Tanaman Sayuran Jangka Pendek. Sebanyak 38 buah SPH dibina di PPK Paya, 20 buah dan PPK Bintong 18 buah. Bagi PPK Paya, sebanyak 500 pokok mangga Harumanis dan Rock Melon ditanam di bawah skim SPH manakala bagi PPK Bintong pula ditanam dengan Rock Melon dan Tanaman Sayuran Jangka Pendek. Setakat ini penghasilan Mangga Harumanis PPK Paya sudah mula mengeluarkan hasil. Manakala Rock Melon dan Tanaman Sayuran Jangka Pendek sentiasa mengeluarkan hasil mengikut tempoh kutipan hasil tanaman tersebut. Walau bagaimanapun, SPH bagi kedua-dua buah PPK iaitu PPK Paya dan Bintong telah mengalami kerosakan yang teruk akibat daripada Taufan Lukima… Lekima yang membadai Negeri Perlis pada bulan Ogos yang lalu. Menakala kos pembaikan SPH menelan belanja ratusan ribu ringgit, pihak PPK yang terlibat mengambil langkah untuk membuat pembaikan secara berperingkat mengikut keupayaan kewangan. Pihak UniMAP pula memaklumkan bahawa mereka tidak terlibat dalam projek Struktur Pelindung Hujan tersebut. Walau bagaimanapun, UniMAP ada memiliki beberapa buah rumah hijau untuk tujuan penyelidikan. Sekian.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya, soalan nombor lapan.

(Soalan 8 : Mulai 1 Januari 20120 akan tertubuhnya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) di setiap kampung dengan lantikan terus daripada Kerajaan Persekutuan. Apakah jaminan Kerajaan Negeri Perlis untuk membolehkan MPKKP ini menggunakan fasiliti-fasiliti sedia ada bagi memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan berapakah peruntukan Kerajaan Negeri untuk penyelenggaraan fasiliti-fasiliti tersebut setiap tahun sejak tahun 2018?)

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kuala Perlis saya percaya Yang Berhormat Kuala Perlis pun sedia maklum apabila berlaku perubahan struktur pentadbiran ini, maka akan ada implikasi dan cabaran sebagaimana pernah dilalui sebelumnya. Oleh yang demikian, adalah sebaik-baiknya pihak-pihak yang terbabit memohon atau mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada jabatan ataupun agensi yang berkenaan kerana pembinaan fasiliti-fasiliti ini secara lazimnya dilaksanakan oleh pelbagai jabatan dan agensi walaupun kita tahu tujuan utama pembinaan fasiliti-fasiliti awam ini khususnya di kawasan-kawasan luar bandar adalah untuk digunakan secara bersama oleh penduduk-penduduk di kawasan tersebut. Bagi tahun 2018, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM590,806.82 bagi tujuan membina baru, menaik taraf dan menyelenggara fasiliti-fasiliti kawasan luar bandar di seluruh Negeri Perlis yang merangkumi seperti surau, dewan orang ramai, stor dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Soalan tambahan Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Chuping di atas penjelasan tersebut. Soalan tambahan saya, adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung sebab ya lah, sekarang ni dah ada MPKKP, sama ada negeri akan meneruskan dan jumlah peruntukkan yang akan diberikan untuk pengurusan MPKK yang ditadbir oleh negeri. Terima kasih.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis, sekiranya ada satu keputusan daripada pihak kementerian bahawa akan mewujudkan satu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan, maka bagi pihak Negeri Perlis, kita akan menubuhkan semula JKKK. Itu saja, terima kasih.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan tambahan Yang Berhormat Speaker…

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Masih belum… sedikit… jika JKKK diterus… dikembalikan, berapakah nilai implikasi kewangan yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri... lebih kurang.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Saya ingat yang tu Yang Berhormat… mungkin sebab kelmarin sepatutnya Yang Amat Berhormat akan masuk dalam ucapan Bajet, tapi walau bagaimanapun selepas ini mungkin Yang Amat Berhormat akan membawa isu dalam perbahasan penggulungan. Terima kasih.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan tambahan Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Bintong di atas ulasan yang diberikan. Saya nak tanyalah pandangan Yang Amat Berhormat Bintong… maaf, Yang Berhormat Chuping berkaitan dengan penubuhan MPPKP ini, dari segi pengurusan perjalanan dia, apakah di sana melihat satu diskriminasi kepada Kerajaan Negeri ini? Dipersilakan.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Sepatutnya pelantikan MPKK, dia berkuatkuasa 1 Januari 2019 sehingga 1 Januari 2021. Itu pelantikan yang baru-baru ini. Tapi walau bagaimanapun, kita akur dengan keputusan pihak Kementerian… Kerajaan Persekutuan yang mana akan menamatkan tempoh jawatan tersebut sehingga Disember ini dan akan ada pelantikan baru dinamakan MPKKP Persekutuan dan kita mengharapkan sekiranya MPKKP itu adalah di kalangan kampung, maksudnya orang tempatan dalam kampung tersebut, pihak Kerajaan Negeri tidak ada menghadapi sebarang masalah, tidak akan ada diskriminasi atau sebagainya. Tapi kalau sebagainya diambil daripada kampung-kampung luar duduk di situ mungkin akan berlaku ketidakpuasan hati di peringkat kampung. Itu saja, terima kasih.

Speaker

Soalan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya yang kesembilan.

(Soalan 9 : Sehingga tahun 2019, berapakah jumlah unit rumah perumahan awam yang dibangunkan di Perlis dan daripada jumlah itu, berapakah jumlah yang telah dijual / disewakan dan belum dijual / disewakan?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sehingga tahun 2019, sebanyak 6,130 unit perumahan awam telah dibangunkan di Negeri Perlis. Jumlah ini merangkumi 3,136 unit rumah Rancangan Perumahan Awam ataupun RPA melibatkan 33 taman perumahan. Sebanyak 1,356 unit rumah Perumahan Awam Kos Rendah ataupun PAKR melibatkan 3 taman perumahan dan sejumlah 1,428 unit rumah Program Perumahan Rakyat ataupun PPR melibatkan 3 taman perumahan dan 60 unit rumah Penempatan Semula Nelayan serta 150 unit Rumah Pangsa Kos Rendah Kuala Perlis yang diselia oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis. Tawaran pengisian bagi program-program perumahan awam tadi adalah berbeza. Bagi RPA, pada mulanya ditawarkan secara sewa beli dengan tempoh maksimum 30 tahun, namun telah ditukar kepada kaedah jual beli. Bagi PAKR dan PSN, ianya ditawar terus secara jual beli kepada pemohon yang layak, manakala bagi PPR dan rumah status terkini mengenai pengisian setiap program perumahan yang dinyatakan adalah seperti berikut. Yang pertama, Rancangan Perumahan Awam ataupun RPA. Mengikut rekod sistem, pengisian telah diisi 100%. Namun begitu, tindakan pemutihan sedang dilaksanakan bagi mengenal pasti peserta yang mempunyai tunggakan, meninggal dunia, berpindah dan lain-lain kes untuk memastikan pengisian penuh dicapai. Yang kedua, Perumahan Awam Kos Rendah ataupun PAKR. Mengikut rekod sebanyak 1,268 atau 93.51% telah diisi secara jual beli. 88 unit rumah masih kosong di PAKR Wang Kelian dan dibuka kepada orang ramai untuk jualan. Yang ketiga, Program Perumahan Rakyat ataupun PPR. Mengikut rekod, sebanyak 1,378 unit ataupun 96.50% telah diisi melalui kaedah sewaan. Baki 50 unit sedang dalam proses pengisian. Yang keempat, Rumah Pangsa Kos Rendah Kuala Perlis. Mengikut maklumat telah diisi 100% secara sewaan yang diuruskan oleh pihak SEDC. Yang kelima, Penempatan Semula Nelayan ataupun (PSN). Belum diisi memandangkan projek baru siap sepenuhnya. Pengisian penuh dijangka akan dilakukan pada tahun 2020 secara jual beli kepada golongan nelayan yang layak dengan kerjasama pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ataupun LKIM. Di sini ingin saya nyatakan tentang maklumat atau isu kerosakan lif di PPR Sena yang timbul baru-baru ini. Terdapat 6 unit lif beroperasi di PPR Sena, 3 unit bagi 2 blok rumah pangsa. Model lif ini adalah Dover dan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan pengawasan. Pada awalnya, penyelenggaraan 6 unit lif di PPR Sena diuruskan oleh syarikat yang dilantik oleh Bahagian Perumahan dengan kadar provisional sum sebanyak RM6,000.00 sebulan. Bahagian Perumahan juga telah melaksanakan 2 pembaikan besar dan naik taraf dengan kos RM400,000.00 pada tahun 2017 dan RM620,000.00 pada tahun 2018. Memandangkan Bahagian Perumahan tidak mempunyai kepakaran teknikal khusus berkaitan lif, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menyerahkan pengurusan selenggara lif kepada agensi teknikal Jabatan Kerja Raya bermula September 2019. Kerosakan dilaporkan bermula pada awal November 2019 dengan mengakibatkan 5 unit lif rosak, 2 di Blok A dan 3 di Blok B. Hasil pemeriksaan JKR mendapati bahawa terdapat kerosakan pada sensor dan car door operator dipercayai akibat vandalisme dan salah guna fasiliti. Syarikat yang dilantik oleh JKR dalam tindakan pembaikan lif-lif tersebut dengan mengambilkira masa tempahan dan penghantaran alat ganti. Dalam perkara berkaitan, CCTV yang dipasang juga telah mengalami kerosakan teruk akibat tindakan vandalisme pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Santan turut memberi jawapan tentang kerosakan lif di PPR Sena. Saya nak tanya dari segi maknanya kita dah tau dah selesai masalah tu, terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Saya nak tanya dari sudut CCTV tu, adakah turut dibaiki dan kalau sekiranya kita tengok dari segi kedudukan yang install sekarang ni memang akan rosak lagi saya jangka. So memang kena hidden betul la. Terima kasih.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Sena. Memandangkan perkara ini telah pun baru saja diselia, jadi saya insyaAllah saya akan cuba memantau keadaan tersebut dan jika perlu juga diisi dengan CCTV, insyaAllah kita akan cuba laksanakan sekiranya perlu.

Maknanya CCTV belum lagi diperbaiki lagi?

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Saya belum pasti. Saya akan melihat insyaAllah.

Speaker

Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat, atas soalan dan jawapan yang diberikan. Ahli-ahli Yang Berhormat, soalan-soalan lisan ditangguhkan setakat ini, bagi soalan-soalan yang belum sempat dijawab, pihak Kerajaan akan mengemukakan jawapan kemudian secara bertulis.

Dewan ditempohkan sebentar dan akan disambung semula pada jam 11.00 pagi. Terima kasih.

(Persidangan ditempohkan sementara pada jam 10.22 pagi)

(Persidangan disambung semula pada jam 11.05 pagi)

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula.

Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2020 dan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2020Bill

Penolong Setiausaha Dewan

Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2020 dan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2020.

Speaker

Dipersilakan pihak Kerajaan untuk memberikan maklum balas dan seterusnya menggulung perbahasan, dipersilakan Yang Berhormat Titi Tinggi.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua dan wakil-wakil Jabatan, Tuan-Tuan, Puan-Puan, sidang Dewan yang mulia ini, selamat pagi dan salam sejahtera. Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Selari dengan tema Perlis Maju, melalui kerjasama kepimpinan negeri dan jabatan-jabatan dalam melaksanakan dasar-dasar yang ke hadapan, bagi meneruskan kesinambungan negeri tercinta ini, sudah semestinya bertepatan dengan fokus untuk pembangunan ekonomi dan kualiti hidup rakyat, banyak berkaitan portfolio dan pembangunan di kawasan saya, Titi Tinggi disentuh di dalam perbahasan. Suka untuk saya beritahu pada semua bahawa di kawasan Titi Tinggi terdapat dua pembangunan komersial yang telah pun dilaksanakan. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana merealisasikan pembangunan bercampur Padang Besar berjumlah RM30.3 juta dan pembangunan semula pasar Padang Besar berjumlah RM5.83 juta dan juga pembangunan mampan Rolling Plan keempat iaitu Klinik Kesihatan Padang Besar yang berjumlah RM8.0 juta. Yang Berhormat Dato’ Speaker, ke arah mempertingkatkan kualiti hidup rakyat dan mengubah landskap negeri Perlis, biar pun kita merupakan antara negeri pembangkang, namun selaku Kerajaan Negeri, hak rakyat tidak kita nafikan, malah program pembaikan rumah daif terus kita laksanakan. Saya amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana mewujudkan rancangan khas pembaikan rumah untuk rakyat yang bernilai keseluruhannya RM2.0 juta. Kita turut melaksanakan pembaikan rumah asnaf MAIPs sebanyak 206 buah rumah dan bina baru sebanyak 103 buah rumah. Lebih dari itu juga, peruntukan sebanyak RM2.4 juta… RM2.44 juta bagi tujuan pembaikan rumah PPR dan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis.

Untuk makluman Yang Berhormat Sena, kawasan kediaman sepanjang Sungai Repoh adalah di luar kawasan perkhidmatan Majlis Perbandaran Kangar. Justeru itu, tiada perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang diberikan oleh pihak SWCorp yang dijalankan berdasarkan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Namun demikian, Kerajaan Negeri mengambil perhatian serius berkenaan dengan isu pembuangan sampah yang tidak teratur oleh penduduk di sepanjang kawasan Sungai Repoh tersebut. Susulan kes denggi yang berlaku baru-baru ini, satu sesi dialog telah diberi oleh saya bersama penduduk dengan agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan pada 20 Oktober 2019 yang lalu. Sebagai langkah pencegahan terhadap masalah pembuangan sampah yang tidak teratur oleh penduduk setempat, pihak Jabatan Pengairan dan Saliaran akan menanam beberapa batang pokok di kawasan-kawaan yang dikenal pasti sebagai tempat pembuangan sampah oleh penduduk. Selain daripada itu, pihak SWCorp. akan mempergiatkan Program Kitar Semula yang akan dibuat dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung berkenaan sebagai salah satu usaha memberikan kesedaran kepada penduduk dalam memastikan kebersihan kawasan masing-masing terpelihara dan sebagai pendapatan tambahan melalui penjualan barangan yang boleh dikitar semula. Pihak SWCorp juga akan menyediakan tong sampah berpusat untuk kutipan pada kekerapan yang tertentu. Kerajaan Negeri juga telah memasukkan kawasan sepanjang Sungai Repoh untuk ditempatkan dalam senarai 50 tong-tong sampah tambahan iaitu masing-masing di Jalan Sungai Repoh Utara dan Sungai Repoh Selatan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, selaras dengan status Perlis Bersih Indah… bagi memastikan kemakmuran dan kebersihan negeri dapat dikekalkan serta dinikmati secara saksama dan inklusif, kita amat berharap peniaga-peniaga dan pengusaha-pengusaha bersedia lebih awal untuk menyertai Kempen Hari Tanpa Plastik. Untuk makluman YB Kuala Perlis, pihak Kerajaan Negeri telah menyediakan Garis Panduan Program Hari Sabtu Tanpa Beg Plastik Negeri Perlis. Pelaksanaan Program Hari Sabtu Tanpa Beg Plastik akan dilaksanakan melalui syarat tambahan pelesenan premis perniagaan di bawah Seksyen 107 Akta Kerajaan Tempatan tahun 1976 yang mana mewajibkan premis perniagaan supaya menyertai Program hari Sabtu Tanpa Beg Plastik Negeri Perlis. Premis perniagaan yang wajib berdaftar dengan program ini adalah premis dalam kategori seperti berikut. Yang pertama pasaraya hypermarket, pasaraya besar, pasaraya serbaneka, kedai serbaneka, restoran makanan segera, kedai serbaneka stesen minyak, kedai rangkaian, farmasi, lain-lain jenis premis yang akan dimasukkan dalam senarai ini pada masa akan datang semasa pelaksanaan fasa kedua dan seterusnya. Premis-premis ini wajib berdaftar dengan Majlis Perbandaran Kangar sama ada semasa memperbaharui lesen atau permohonan baharu. Walau bagaimanapun, premis pasar awam dan penjaja gerai adalah dikecualikan daripada program ini. Premis yang berdaftar akan diberikan nombor pendaftaran khas untuk premis tersebut dan Sijil Penyertaan Program yang membenarkan premis membuat kutipan RM0.20 sen bagi setiap helai beg plastik yang dibekalkan di kaunter bayaran kepada pengguna. Bagi kaedah pemantauan, premis yang terlibat dengan program Hari Sabtu Tanpa Beg Plastik perlu menyerahkan hasil kutipan sebelum atau pada 15 haribulan setiap bulan mengikut prosedur serahan kutipan yang telah digaris dalam Garis Panduan Program Hari Sabtu Tanpa Beg Plastik Negeri Perlis. Pihak Majlis akan memantau rekod penyerahan kutipan bagi memastikan premis berdaftar membuat serahan kutipan. Premis yang berdaftar yang tidak membekalkan beg plastik kepada pengguna juga perlu membuat deklarasi tiada kutipan melalui borang yang ditetapkan. Premis perniagaan yang membuat kutipan tanpa berdaftar dengan Majlis akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 107 Akta Kerajaan Tempatan 1976 di mana lesen premis tersebut boleh dibatalkan. Pendaftaran program ini hanya sah untuk satu tahun dan perlu diperbaharui setiap tahun sebagai satu syarat bagi pembaharuan lesen premis perniagaan. Justeru amatlah diharapkan dan kita meminta semua premis untuk tidak memberi atau membekalkan beg plastik kepada pelanggan mereka pada hari yang tersebut dan saya amat mengharapkan juga pihak pasaraya terutamanya agar tidak menawarkan pembelian beg plastik pada hari berkenaan. Kalau kita tidak sediakan beg plastik tapi kita tawarkan pembelian beg plastik, kempen ini tidak akan berjaya kerana itulah mana-mana premis… pemilik premis yang engkar dan belot dengan kempen berkenaan, saya juga bercadang selepas tempoh tertentu, Kerajaan Negeri akan bertindak lebih tegas dengan mengenakan tindakan kepada mereka. Ya, memang betul, kalau pun kita mengurangkan penggunaan beg-beg plastik sekarang, masih terdapat banyak lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul. Tapi sekurang-kurangnya kita mampu mengelak dari menjadi sebahagian daripada penyumbang plastik yang boleh mencemarkan alam sekitar. Tindakan ini memang nampak kecil sahaja, tetapi dalam jangka panjang impaknya besar sekali.

Yang Berhormat Tuan Speaker… Dato’ Speaker… untuk makluman Yang Berhormat Guar Sanji, JPS telah mengambil maklum berkenaan isu banjir di Kampung Titi Besi Arau. Untuk tahun 2020, Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tembatan Banjir bagi meminimumkan banjir di Kampung Titi Besi, Arau dan kawasan sekitarnya dengan anggaran kos sebanyak RM100,000.00 dengan meninggikan aras ban serta membina struktur pintu kawalan banjir di beberapa lokasi bagi mengelakkan limpahan air dari sungai dan menaik taraf saliran yang terlibat bagi memastikan aliran dialirkan dengan baik dan berkesan. Perbincangan lanjut akan dilaksanakan bersama dengan pihak KTM dan agensi-agensi yang berkaitan bagi membolehkan banjir limpahan air di Titi Besi, Arau dapat dialih ke lokasi sepatutnya dan mengkoordinasikan dengan Agensi MADA dalam membuka pintu kawalan di Kampung Belat Batu. Justeru itu… dengan itu, keluasan banjir akan berkurangan dan dapat ditangani mengikut zon pembangunan sebagaimana dalam Pelan Induk Saliran bagi kawasan Arau. Untuk makluman semua, banjir kilat baru-baru ini di Arau berlaku disebabkan kesan daripada peningkatan aras air di Sungai Arau. Pihak JPS telah mengambil tindakan segera pada tahun 2019 dengan menaik taraf pintu kawalan di Kampung Kebun bagi mengelakkan air Sungai Arau memasuki ke parit monsoon sertusnya ke parit Jalan JKR di jalan utama. Dengan tindakan yang dibuat, diharap dapat mengurangkan masalah banjir kilat di kawasan tersebut.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada YB Tambun Tulang. Untuk makluman… untuk bagi cadangan bagi Tambun Tulang… negeri Perlis merupakan negeri yang bertuah kerana tanaman pokok Jati yang sesuai dengan iklim semulajadi di negeri Perlis. Penanaman pokok Jati mula diperkenalkan di negeri Perlis pada tahun 1953. Kerajaan Negeri Perlis telah meluaskan pengeluaran kayu jati kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis dengan kerjasama syarikat swasta untuk membangunkan produk-produk jati di sebuah kilang di Sungai Batu Pahat, Perlis. Buat masa ini, belum ada konsep yang khususnya bagi produk jati Perlis. Walau bagaimanapun, produk-produk sedia ada yang sedang giat diproses daripada kayu jati adalah seperti buaian kayu Jati, gazebo dan rumah kayu jati dan sedang dipamerkan di KLCC dan di Hotel Brasmana, Kuala Perlis.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saudara dan saudariku serta rakyat Perlis yang dikasihi, menyudahi kalam, segala apa yang direncana, dilakar malah yang dikatakan adalah demi masa depan negara kita seumpamanya membina buah-buah catur, kita harus membaca gerakan dan dengan cermat dan mengatur strategi dengan penuh berhati-hati, semuanya menjadi mudah dan mampu diperbuat dan pada fikiran saya, boleh dicapai dengan adanya kerjasama ikhlas sepasukan.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Minta laluan Yang Berhormat, sikit sahaja… saya nak cakap terima kasih Yang Berhormat, cerita mengenai produk Jati Yang Berhormat, saya mencadangkan Yang Berhormat dan bos SEDC ni dia pergi melawat Jepara, sebuah kawasan produk Jati yang terbesar di Indonesia, cuba tengok konsep… design ataupun minimalis yang diperkenalkan menjadi tarikan antarabangsa. Sekurang-kurangnya kita ada konsep tu, kita balik gabungkan elemen bukan dipakai terus, gabungkan idea tu… untuk kita nak dapatkan produk yang berkualiti dan mengikut fesyen lah sebab produk jati ni orang pakai selama-lamanya, dia akan tahan selama-lamanya, jadi buat sesuatu yang… yang... dengan harga yang berpatutan, saya ingat insyaAllah produk ini akan mendapat sambutan yang luar biasa daripada penggemar-penggemar jati.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Ok… terima kasih atas cadangan… cadangan YB Tambun Tulang. Penghujungnya terima kasih lah kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat, untunglah saya kiranya kerana Perlis, biar pun adalah negeri pembangkang namun kita mempunyai kerjasama yang erat dan yang mustahak kita masih boleh berdiri dan duduk bersebelahan di dalam satu majlis biar pun berbeza pandangan politik. Marilah kita wajib menitip amanah yang diberikan rakyat bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian negeri dapat dikekalkan. Demikianlah penggulungan bajet negeri Perlis tahun 2020 saya memohon menyokong. Sekian Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat, dipersilakan Yang Behormat Mata Ayer.

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Wakil-Wakil Jabatan dan sidang Dewan yang saya hormati sekalian. Pertama-tamanya saya ingin melafazkan syukur kepada Allah SWT di atas menghampiri selesainya mesyuarat ketiga penggal kedua sidang Dewan kita pada kali ini, di mana tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana telah berjaya mengendalikan mesyuarat kita dengan begitu baik, dengan begitu harmoninya kita bermesyuarat selama hampir 3 hari dan saya harap kita akan terus begini pada masa-masa akan datang. Terima kasih setinggi-tingginya penghargaan saya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis di atas penyempurnaan Bajet 2020 bagi negeri Perlis. Sepertimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Tambun Tulang bahawa kita menyempurnakan bajet mengikut kadar negeri kita yang bersesuaian dan yang pasti dan yang terbaiknya Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah... tidak melupakan kaum wanita ataupun kaum hawa di dalam Bajet yang telah dibentangkan tempoh hari di mana sejumlah 90,000 peruntukan telah diberi kepada kaum wanita ataupun usahawan wanita bagi melaksanakan kursus-kursus usahawan kecil dan juga perlaksanaan kursus-kursus yang melibatkan usahawan wanita tidak kira ibu tunggal, asnaf ataupun yang berkerja sendiri.

Ingin saya sentuhkan juga sebenarnya pada tahun 2019, di bawah portfolio saya pembangunan wanita juga kami telah mendapat peruntukan sejumlah peruntukan untuk melaksanakan kursus-kursus yang mana di dalamnya adalah penglibatan wanita-wanita tempatan yang menjadi usahawan yang kita bagi kursus-kursus tambahan di mana lebih kurang 190 orang pelbagai… daripada keseluruhan negeri Perlis yang telah terpilih untuk menyertai kursus-kursus berkenaan terutama sekali kursus penyediaan kuih muih hari raya dan juga masakan. Mungkin sebelum ini saya pernah sentuh benda ni di dalam sidang yang sebelum ni tetapi ingin saya nyatakan mulai bulan Mei sehingga November, kursus-kursus yang telah kita laksanakan itu telah dimanfaatkan oleh semua kaum wanita yang berhasrat untuk menjadi usahawan, walaupun tidak usahawan yang begitu besar tetapi usahawan kecil yang akan membawa untuk membantu keluarga dari segi pendapatan dan juga yang mana ibu-ibu tunggal yang menyara keluarga masing-masing. Dan bersempena dengan itu, untuk tahun 2020 seawalnya, insyaAllah pada Februari kita akan mula laksanakan kursus-kursus berkenaan bagi memanfaatkan oleh kawan-kawan wanita yang sangat-sangat berminat ke arah bidang perniagaan bagi merealisasikan hasrat mereka. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang ada di dalam Dewan ini sekali lagi lah saya menyeru apabila adanya kawan-kawan wanita kita yang telah pun selesai menjalani kursus-kursus yang kita laksanakan, tuan-tuan dan puan-puan support lah ataupun bantulah mereka. Kalau tuan-tuan dan puan-puan tak bantu, siapalah kita… siapalah mereka untuk berjaya, insyaAllah saya akan perkenalkan nanti kepada kawasan-kawasan wanita-wanita yang telah pun menjalani kursus-kursus yang telah pun Kerajaan Negeri laksanakan.

Bertepatan juga dengan bajet yang dibentangkan berkenaan dengan usahawan digital, sebenarnya untuk makluman sidang Dewan sekalian, pada November permulaan untuk usahawan digital ini telah pun kita lakukan bersama dengan MARA, terima kasih pihak MARA, di mana satu hari diberi kursus berkenaan dengan perniagaan online dan juga bersangkutan dengan asas digital. Jadi terima kasih juga sekali lagi kepada Kerajaan Negeri, dan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, pada tahun ini kita dapat laksanakan dan pada tahun hadapan 150 orang akan dipilih untuk terlibat sepenuhnya dengan kursus-kursus digital ini dan insyaAllah daripada jumlah 150 itu saya akan bersama-sama Jabatan Pembangunan Wanita dan Kerajaan Negeri kita akan cuba untuk memilih kawan-kawan ataupun usahawan-usahawan yang sangat-sangat memerlukan kursus-kursus berkenaan digital kerana perkembangan media massa… media maya kita yang begitu pantas jadi tidak salah untuk nanti usahawan-usahawan daripada kampung, wanita dan juga wanita-wanita yang sangat-sangat memerlukan keadaan ataupun sistem online ini kita akan bawa dan saya rasa benda ini pihak MARA tidak akan menolak untuk kita bersama-sama melaksanakan kursus berkenaan.

Begitu juga pada tahun 2019, untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Speaker dan semua sidang Dewan, di bawah atau diurus setiakan oleh LPPKN kita akan melaksanakan Kursus Papa Care dan juga Mama Care. Kalau sebelum-sebelum ini kita hanya tekankan Mama Care, tetapi 2019 kita dah ada Papa Care. Jadi Ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan semua sekiranya yang bekerja kuat siang dan malam itu, janganlah malu-malu dan segan untuk mencari Papa Care. Dapatkan maklumat dan juga nombor telefon untuk dihubungi melalui pejabat LPPKN. Semua maklumat dan data ada pada pejabat LPPKN dan saya sangat-sangat rasa bangga kerana kita ada 20 orang Papa Care. Kalau sebelum ini Mama Care memang perkara biasa untuk kita... yang kita dengar yang sedang berurusan di kampung-kampung atau di mana lokasi-lokasi yang sentiasa ada macam Ekspo, diaorang akan ada situ, tapi kali ni Papa Care. Jadi kita tak boleh… tidak boleh dah kata kita tidak ada Papa Care ataupun tukang urut yang bertauliah, kali ini diaorang semua dapat sijil dan tuan-tuan dan puan-puan janganlah ragu-ragu untuk… kempen sikit ni… janganlah ragu-ragu untuk mencari Papa Care bagi menyegarkan diri tuan-tuan dan puan-puan.

Bagi Jabatan Perpaduan, 2019, semua program-program yang dijalankan adalah mengikut taqwim yang telah ditetapkan begitu juga bagi tahun 2020, taqwim yang telah ditetapkan dan telah diatur akan dilaksanakan mengikut yang telah ditetapkan dan akan disempurnakan sebaik-baiknya. Terima kasih sekali lagi juga saya ingin ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan bajet berkenaan dengan… dan saya nampak bajet ini mensejahterakan rakyat dan ini sangat-sangatlah menyentuh di dalam kesemua perihal yang telah ditetapkan di mana salah satunya ialah peruntukan khas kepada masalah banjir kilat. DUN Mata Ayer juga mendapat sedikit peruntukan daripada bajet yang telah ditetapkan, terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri… dan walaupun sebenarnya banjir kilat ini, namanya saja banjir kilat tetapi saya nampak Kerajaan Negeri begitu bersungguh-sungguh untuk mengatasinya dengan meletakkan bajet kepada benda-benda berkenaan dengan banjir kilat. Kalau ikut kepada spesifikasi atau mengikut kepada kebiasaan, banjir kilat mai hari ni esok habis. Tetapi atas kesejahteraan rakyat, atas perihatinnya Kerajaan Negeri, kita nampak bahawa peruntukan khas yang diberi kepada masalah banjir kilat ini sangatlah memberi manfaat kepada rakyat-rakyat di bawah yang sentiasa mengharapkan benda ini dapat diselesaikan. Dan begitu juga dengan infra yang telah ditetapkan ditiap-tiap kawasan sentiasa diambil di dalam… sentiasa diletakkan di dalam bajet kali 2020 ini… bagi merealisasikan kesejahteraan rakyat sesuai sekali dengan tema yang dipilih pada tahun ini iaitu menjana kemakmuran, membina kesejahteraan dan kesejahteraan itulah saya nampak yang telah diletakkan walaupun saya tak sebut satu-satu tetapi setiap satu column bajet yang diletakkan semuanya menjurus kepada kesejahteraan rakyat. Terima kasih sekali lagi dan saya rasa di penghujung ini saya nak ucapkan terima kasih kepada Kolej Komuniti dan juga MARA yang sepanjang program di bawah Jabatan Pembangunan Wanita, di bawah portfolio saya yang begitu bekerjasama dengan kami untuk menyelesaikan ataupun menjayakan program-program yang telah kami aturkan terutamanya kursus-kursus masakan dan juga kursus-kursus digital. Dan juga ingin saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ketua-Ketua Jabatan yang begitu cemerlang bekerjasama dengan kami semua dan juga khususnya kepada DUN Mata Ayer, setiap kali whatsapp saya hantar setiap kali juga Ketua-Ketua Jabatan me-respond. Terima kasih dan tahniah semua Ketua Jabatan dan juga staf-staf jabatan-jabatan yang berkenaan dan saya rasa tidak sempurnalah penghargaan saya jika tidak saya bintang-bintangkan kepada Pengarah LPPKN, Pengarah Perpaduan dan stafnya, juga Pengarah JPW dan stafnya yang sepanjang 2019 begitu bekerjasama dengan saya. Setiap majlis, setiap apa-apa tugasan, apa-apa program semuanya mendapat makluman dan juga saya dijemput untuk hadir. Terima kasih ketiga-tiga anda dan juga bukan lah kawan-kawan yang lain tidak berbintang-bintang tetapi ini adalah di bawah portfolio saya. Semua kawan-kawan, semua Ketua-Ketua Jabatan adalah di bawah kasih sayang saya. Jadi saya rasakan... satu lagi saya ingin ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada TNB dan juga SAP di mana kawasan Mata Ayer telah dicerahkan dengan lampu TNB dan juga SAP yang mengalirkan air dan menyelesaikan segala masalah air dengan sebaik-baiknya. Terima kasih YB Exco, terima kasih sekali lagi kepada semua, dan saya rasa saya nak sudahilah sedikit dengan pantun. Terima kasih daun keladi, tahun 2020 tolonglah lagi… terutama kawasan Mata Ayer. Sekian wabillahitawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mohon menyokong usul Bajet 2020.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Mata Ayer, dipersilakan Yang Berhormat Pauh.

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Salam Perlis, Raja Berdaulat Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera Perlis Maju. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berbahagia Setiausaha dan Penolong Setiausaha Dewan, yang dihormati Ketua-Ketua Jabatan serta wakil, pengamal media dan seterusnya para pemerhati yang dihormati. Terlebih dahulu saya nak memohon maaf, keadaan kesihatan tak berapa mengizinkan... nanti saya akan menganggu dengan batuk ni. Walaupun saya akan cuba yang terbaik mungkin. Alhamdulillah, kita di hari yang ketiga dan di hari yang terakhir mesyuarat kita pada pagi yang berbahagia ini di Dewan yang mulia ini, untuk mesyuarat ketiga penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri Perlis yang keempat belas, mesyuarat Bajet 2020 yang dijadualkan pada 10 haribulan sehingga 12 Disember pada hari ini. Jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya yang turut sama mengambil bahagian pada pagi ini dan juga tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Ucapan tahniah kepada kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah berjaya membentangkan Bajet Negeri Perlis Tahun 2020 yang menyantuni semua pihak… yang berkepentingan demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat di Negeri ini secara lebih menyeluruh dan berhemah. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri sentiasa memikirkan kemakmuran dan kita sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama yang terbaik mungkin. Juga setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua-Ketua Jabatan, agensi-agensi NGO, pihak swasta, individu-individu sesiapa pun jua yang telah banyak membantu dan memberi kerjasama kepada saya di sepanjang tahun 2019 ini. Sepertimana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Siti Berenee Mata Ayer, telefon sahaja, kalau bantuan, sumbangan kerjasama, sentiasa, kira dapat adhoc lah. Jadi kami di peringkat DUN sentiasa berbesar hati dan sentiasa berasa terima kasih dari segi penghargaan di atas kerjasama yang diberikan. Kolaborasi dan sokongan yang menjadikan khidmat kami semua kepada komuniti menjadi jauh lebih mudah dan dapat dilaksanakan dengan baik khususnya untuk saya di bawah portfolio saya dan juga N11-Pauh. Syukur Alhamdulillah semoga kerja kuat kita menjadi ibadah dan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT kerana kalau hari ini kita menyenangkan hati orang, insyaAllah esok orang pula akan menyenangkan hati kita dan kalau hari ini kita berusaha demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, esok pasti kita dan generasi kita akan dating, akan mewarisi kesejahteraan dan kemakmuran, insyaAllah sampai bila-bila.

Izinkan saya terlebih dahulu memberi respon kepada soalan-soalan tambahan dari perbahasan yang berlangsung pada hari kedua, 11 Disember kelmarin. Soalan daripada Yang Berhormat Sena, Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan anak negeri bagi pengambilan kakitangan berstatus tetap kumpulan pelaksana melalui saringan negeri kelahiran calon dan beralamat tetap di negeri Perlis. Pengambilan jawatan tetap pelbagai skim di jabatan... di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dari peringkat iklan sehinggalah ke peringkat temuduga. Manakala bagi cadangan menaik taraf gred jawatan telah dilaksanakan dan akan dikaji kesesuaian dari semasa ke semasa mengikut kompleksiti fungsi tugas. Dan yang terkini saya mengambil contoh, ambilan terbaru untuk lantikan baru bagi 1 Disember 2019 dimana terdapat 3 skim yang terlibat iaitu Pembantu Tadbir Gred N19, 25 orang telah pun diterima, Pembantu Operasi Gred N11, 6 orang dan Pembantu Awam Gred H11, 11 orang dan kesemuanya merupakan anak negeri Perlis. Dan anak negeri Perlis ini yang kad pengenalannya ‘09’ atau ‘40’ atau kita kenalpasti melalui alamat tetap dalam kad pengenalan dan ini merupakan klasifikasi sebagai pemastautin negeri Perlis.

Menjawab soalan YB Indera Kayangan, surat perlantikan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Api oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia, RELA yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 19 Disember 2018 adalah untuk tempoh 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019 dan dalam konteks ini, penyambungan perkhidmatan dengan pihak RELA dinilai dari segi keberkesanan dan implikasi kewangan yang terlibat kepada Kerajaan Negeri. Pembentangan Belanjawan 2020 yang telah dibuat pada 10 Oktober 2019 oleh Menteri Kewangan telah mengumumkan kenaikan kadar elaun anggota RELA daripada RM7.80 kepada RM9.80 sejam bagi Penyelia dan RM6.00 kepada RM8.00 sejam bagi anggota biasa. Kenaikan elaun ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020. Kenaikan elaun ini akan menyebabkan beban kewangan Kerajaan Negeri meningkat. Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis sedang mencari alternatif perkhidmatan kawalan keselamatan, termasuklah daripada syarikat kawalan keselamatan swasta dan bersedia menimbangkan pilihan-pilihan yang memberi value for money selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk berbelanja secara berhemah.

Dan menjawab soalan Yang Berhormat Tambun Tulang, capaian internet di kawasan berpenduduk di negeri Perlis adalah tinggi iaitu 9.9…. 99.2 percent bagi liputan 3G dan 85.4 percent bagi liputan 4G. Sehingga kini, terdapat 180 menara pemancar komersial dan 11,472 sambungan jalur lebar di negeri Perlis yang merangkumi 7,728 sambungan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi yakni HSBB, 3,704 sambungan Jalur Lebar Pinggir Bandar, SUBB dan 40 sambungan Jalur Lebar Luar Bandar, RBB. Manakala 560 sambungan Jalur Lebar Pinggir Bandar, SUBB sedang di dalam perlaksanaan. Untuk makluman Dewan yang mulia, liputan 5G di Malaysia belum dilaksanakan sepenuhnya secara komersial. Buat masa ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melaksanakan demonstrasi penggunaan 5G bagi kes-kes tertentu sahaja yang membabitkan sembilan vertical iaitu pertanian, pendidikan, hiburan atau media, penjagaan kesihatan digital, pemprosesan dan pembuatan, minyak dan gas, bandar pintar, pengangkutan pintar dan pelancongan. Menurut SKMM, sebahagian daripada kes kegunaan 5G dapat dikomersialkan bermula suku ketiga tahun 2020.

Sekali lagi saya meraikan Bajet Negeri Perlis bagi tahun 2020 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang menyantuni semua pihak yang berkepentingan seperti saya katakan tadi. Untuk pendidikan, terima kasih Yang Amat Berhormat sepertimana yang telah dibentangkan di dalam pembentangan bajet, negeri Perlis telah menyediakan dana pelajaran berbentuk one off bagi anak-anak Perlis yang melanjutkan pelajaran sepenuh masa di institut pengajian tinggi awam mahu pun swasta bermula dari peringkat matrikulasi hinggalah ke peringkat ijazah luar negara dan bagi tahun 2020 tahun hadapan, syarat pendapatan isi rumah telah dinaikkan daripada RM3,000.00 kepada RM4,000.00 bagi membolehkan lebih ramai pelajar mendapat manfaat daripadanya dan selain daripada itu, pemberian berbentuk one off kemudahan pinjaman hingga RM7,000.00 setahun untuk tempoh pengajian maksimum 4 tahun disediakan kepada pelajar untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah pertama dalam negara dan bagi tujuan menggalakkan pelajar menyambung pelajaran hingga ke peringkat tertinggi, pinjaman ini diperluaskan sehingga ke peringkat Sarjana dan PhD dan kadar pinjaman sebanyak RM10,000.00 setahun, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri. Banyak lagi insentif-insentif dan juga pinjaman pelajaran telah pun disediakan oleh Kerajaan Negeri dan kita hanya menunggu dan untuk menilai pemohon-pemohon daripada anak negeri Perlis. Seterusnya Kerajaan Negeri turut mendukung aspirasi nasional dalam melonjakkan lagi pembangunan pendidikan teknikal dan vokasional iaitu TVET. Program Peningkatan Kapasiti dan Kapabiliti Kumpulan Khusus, PPKK kepada kumpulan B40 telah pun dilaksanakan sejak tahun 2013 dengan penglibatan sebanyak 541 orang pelatih. Dan bagi tahun 2020, tahun hadapan, peruntukan RM820,000.00 telah diluluskan bagi melatih 7 orang belia negeri Perlis untuk mengikuti program ini. Jadi terima kasih sekali lagi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri di atas keperihatinan Kerajaan Negeri untuk membolehkan para-para belia untuk menyambung pelajaran dan memperkemaskan lagi skill ataupun kemahiran yang mereka ada selain daripada… apa... pencapaian dari segi akademik. Sembilan belas bulan yang telah pun berlalu tanpa menidakkan usaha dan komitmen untuk membantu dan menyumbangkan pembangunan fizikal dan rohani rakyat, we walk the talk, walau jelas ada cabaran tetapi sikap memberi dan menerima dan berkongsi rezeki, sikit tanda ingat, banyak tanda ada telah memudahkan banyak perkara. Bajet yang disuntik seperti cukup dalam sederhana, program dapat dilaksana dengan jaya, aktiviti dapat diatur dengan sempurna di semua peringkat dan saya mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan yang sentiasa bersedia untuk berbincang dan memberi pendapat dengan idea yang berkesan kepada program-program yang ingin dilaksanakan agar dapat menentukan nilai yang optimum dan impak yang berkesan kepada setiap sen yang dibelanjakan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kerana bersetuju dan meluluskan dengan penambahbaikan peruntukan bajet untuk program-program pendidikan di mana program tutorial di masjid telah pun diperuntukkan sebanyak RM100,000.00 di enam buah masjid. Keduanya, Program Wheels of English kali ini kita melibatkan keluarga dengan peruntukan RM25,000.00 merentas subjek di perpustakaan-perpustakaan desa di sepanjang tahun 2020. Summer camp diteruskan untuk menjana jurutera glokal dengan nilai peruntukan RM35,000.00 di Kampus Alam UniMAPs Pauh Putra. Dirancangkan juga Karnival TVET dan STEM, pendekar robotik dengan kerjasama UniMAP, Politeknik dan JPN dan lain-lain dan town hall akan diadakan untuk menyertakan para ibu bapa dengan tema ibu bapa peduli yang mana khas untuk keciciran dan gejala sosial yang akan melibatkan PIBG. Saya turut tertarik dengan anjakan paradigma pentadbiran SUK yang akan mewujudkan Jawatankuasa Khas Kerajaan Elektronik bagi mengenal pasti inisiatif baharu dalam memodenkan pentadbiran Kerajaan Negeri. Tahniah kerana program lawatan kerja Benchmarking Study of Digital Government yang ditajakan oleh MPC ke negara Georgia baru-baru ini yang telah pun menyuntik semangat, menyuntik idea yang terkini dan yang fresh untuk digunapakai di negeri Perlis. Semoga bajet 2020 ini dapat memberi impak yang optimum demi kesejahteraan rakyat di negeri Perlis dan saya menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam memperkasakan amalan belanja berhemah, tadbir urus yang baik dan perolehan yang lebih tulus agar semua perancangan memberi kebaikan dan manfaat kepada rakyat. Dan untuk N11 Pauh, beberapa perkara yang pohon dipertimbangkan untuk diberi perhatian, terutamanya Pauh ni selalunya kadang-kadang berlaku bencana alam dan mendapat kesan melibatkan banyak buah rumah. Baru-baru ini berlakunya puting beliung yang mana telah pun mendapat kerjasama baik daripada JKM, banjir kilat dan banjir yang telah pun mendapat kerjasama baik daripada MPK, JKR, JPS dan JKM, hakisan tebing sungai yang telah pun mendapat kerjasama baik daripada pihak JPS, pencemaran air longkang dan parit mendapat kerjasama MADA, MPK, JPN dan BPD dan baik pulih rumah daripada Kerajaan Negeri. Saya mewakili penduduk komuniti Pauh mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih. Terdapat juga permintaan-permintaan lain untuk kemakmuran dan kesejahteraan kampung dan sentiasa mendapat perhatian dan saya di sini juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, dari kerjasama semua sepanjang tahun 2018 dan 2019, khidmat dan kerjasama sangatlah memuaskan dan layak dianugerahkan sijil perkhidmatan cemerlang kepada Ketua-Ketua Jabatan, Agensi dan pihak-pihak yang banyak membantu. Akhir kata semoga Allah memberkati buat kita semua, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih, wabillahitawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Pauh, dipersilakan Yang Berhormat Beseri.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Robbisrohli sodri, wayassirli amri, wahlul 'uqdatanmillisani, yafqohu qouli. Salam Perlis dan salam sejahtera, Raja Berdaulat Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera Perlis Maju. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Wakil-wakil Jabatan dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan, semoga dirahmati oleh Allah SWT. Dewan yang mulia ini merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di atas kepercayaan Baginda kepada barisan kepimpinan negeri yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Bintong untuk melaksanakan amanah dan mandat yang telah diberikan oleh rakyat dalam meneraju, mengurus, mentadbir dan membawa agenda pembangunan untuk memajukan negeri Perlis. InsyaAllah kami akan pegang tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kami sebaik-baiknya kami mampu. Saya menyeru kepada semua… saya menyeru kepada semua pihak… saya menyeru kepada semua pihak, termasuklah Ahli-Ahli Yang Berhormat sama-samalah kita mengutamakan dan memberi sokongan terhadap Bajet Negeri Perlis tahun 2020 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis pada 10 haribulan 12, 2019 yang temanya menjana kemakmuran, membina kesejahteraan yang mengutamakan agenda rakyat demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri Perlis. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna, demikianlah sifat manusia selaku makhluk yang diciptakan oleh Allah. Oleh itu, ayuh sama-sama kita perbaiki segala kelemahan yang ada. Janganlah lemah itu kita canang dan yang kuat dan baik tu kita nafikan. Firman Allah SWT yang berbunyi:

Maksudnya :

Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya bagi melaksanakan tadbir-Nya, itu yang menurunkan segala sebab dan peraturan dari langit ke bumi, kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya segala yang berlaku dan dari perlaksanaannya tadbirNya itu untuk dihakimiNya pada suatu masa yang dirasai oleh orang-orang yang bersalah banyak bilangan tahun yang menurut hitungan kamu yang biasa.

(Surah As-Sajadah, ayat 5)

Maklumbalas daripada Indera Kayangan, Urus Setia Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Induk Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Perlis sedang menyediakan kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, MMKN untuk kemaskini struktur dan Tema Rujukan… dan Terma Rujukan Jawatankuasa bagi memastikan peranan dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan lebih efektif selaras dengan keperluan perubahan-perubahan nama-nama jawatan dan keperluan semasa.

Berhubung dengan soalan yang kedua daripada Yang Berhormat Indera Kayangan, Undang-Undang telah menetapkan had umur bagi perkahwinan orang Islam adalah 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan, kecuali dengan kebenaran bertulis Hakim Syarie Perkahwinan di bawah had umur yang ditetapkan boleh dilakukan dalam keadaan tertentu. Ini diperuntukkan di bawah Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2006 menyebutkan tiada sesuatu perkahwinan boleh diakad nikahkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada 16 tahun, kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu. Pada dasarnya Kerajaan Negeri Perlis dan pihak berkuasa Agama Islam negeri Perlis iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis ataupun MAIPs telah pun memutuskan untuk mengekalkan peruntukan Undang-Undang sedia ada mengenai had umur perkahwinan orang-orang Islam. Pada masa yang sama, suatu garis panduan khusus telah pun dikuatkuasakan oleh agensi yang berkaitan khususnya di Mahkamah Syariah yang perlu dipatuhi oleh Hakim Syarie semasa pendengaran permohonan kebenaran nikah bawah umur. Melalui garis panduan yang seragam yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu JAKIM, ini... perkahwinan bawah umur orang Islam supaya lebih terkawal. Untuk makluman Yang Berhormat Indera Kayangan, sehingga kini, terdapat 7 negeri di Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sarawak mengambil ketetapan untuk mengekalkan hak umur minimum perkahwinan di negeri masing-masing. Yang Berhormat Indera Kayangan, hal ehwal pendaftaran agama Islam di negeri Perlis adalah dibawah kuasa mutlak raja pemerintah iaitu Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Sehubungan dengan itu, sebarang usaha untuk meminda undang-undang berkaitan hal ehwal agama Islam di negeri Perlis ini perlu diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis ataupun MAIPs yang dipengerusikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sebagai Ketua Agama Islam. Sehubungan dengan itu, semua pihak diseru supaya menghormati ketetapan yang telah diambil oleh raja pemerintah negeri ini bagi memastikan keharmonian yang sedia terjalin dapat dikekalkan. Selain daripada itu, perkahwinan bawah umur juga yang cukup syarat dan rukunnya juga merupakan tindakan yang tidak menyalahi hukum syarak mahupun fatwa di negeri ini. Selain daripada itu, Mahkamah Syariah ada SOP atau prosedur operasi standard bagi perkahwinan bawah umur supaya tidak berlaku perkahwinan paksa yang menjejaskan kebajikan remaja atau pun kanak-kanak terlibat serta tidak menafikan hak-hak remaja ataupun kanak-kanak seperti hak mendapat pendidikan dan menjalani persekolahan.

Maklumbalas daripada Yang Berhormat Guar Sanji, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, JAIPs merupakan agensi bertanggungjawab kepada pelaksanaan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain ataupun KAFA, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM di seluruh negeri Perlis. Bermula tahun 2020, JAKIM akan menyalurkan peruntukan kewangan elaun Guru KAFA sebanyak RM1,000 sebulan berbanding sebanyak RM900 sebulan pada tahun 2019 kepada JAIPs termasuk bayaran KWSP majikan sebanyak RM130 dan caruman PERKESO majikan sebanyak RM16.65 sebulan kepada semua 653 orang Guru KAFA di seluruh negeri Perlis. Bagi menambah dan menaikkan elaun Guru KAFA di negeri Perlis, Sekolah Agama Petang Perlis ataupun SAPPs telah diperkenankan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis, merangkap Tuanku Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dalam Mesyuarat MAIPs Bil. 1/2019 pada 12 Januari 2018 dan mula dilaksanakan pada Oktober 2018. Dengan ini, Guru KAFA yang mengajar SAPPs di sekolah ataupun premis KAFA akan dibayar elaun tambahan sebanyak RM300 sebulan oleh MAIPs. Walau bagaimanapun, JAIPs akan meneliti kenaikan elaun tambahan kepada Guru KAFA di seluruh Perlis bergantung kepada kedudukan kewangan semasa bagi negeri Perlis.

Soalan yang kedua Yang Berhormat Guar Sanji, pengurusan MAIPs telah memberikan maklumbalas kepada pihak Jabatan Audit Negara mengenai perancangan jangka masa panjang yang telah dan sedang dibangunkan oleh pihak MAIPs. Pihak MAIPs telah menggandakan agihan zakat melalui agihan secara holistik berdasarkan seksyen yang telah ditentukan dalam program peningkatan ekonomi asnaf, pendidikan dakwah, perumahan dan penempatan dan kesihatan. Pihak Jabatan Audit telah dimaklumkan bahawa MAIPs mempunyai mekanisme tersendiri dalam melaksanakan agihan zakat. Secara asasnya jumlah yang dinyatakan dalam penyata kewangan MAIPs tersebut diklasifikasikan sebagai pendapatan yang sedang diagihkan. Sumbangan zakat yang diterima sepanjang tahun telah direkodkan sebagai pendapatan dan sebahagiannya diterima di penghujung tahun yang memerlukan pengagihan dilaksanakan pada tahun berikutnya. Dalam hubungan ini, pengurusan MAIPs sentiasa dipandu oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa yang dibentuk di bawah Majlis untuk memberikan sumbang saran dan nasihat ke arah pengagihan zakat yang telus, efektif dan mencapai maksud. Pengagihan zakat oleh pihak MAIPs selaku Ulil Amri adalah dilaksanakan dengan keputusan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis selari dengan kehendak dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis 2006….

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Minta laluan Yang Berhormat… minta laluan sikit… mohon mencelah… terima kasih Dato’ Speaker… sebenarnya ucapan YB Beseri ni, ucapan khas. Laras yang digunakan adalah laras khutbah, tu yang sedap dengar ni… saya tak dak apa cuma nak ambil kesempatan di sini nak ucapkan terima kasih kepada Baitulmal kerana membina rumah konsep baru, tak nampak sangat la macam rumah orang miskin. Rumah yang kita buat dalam bentuk minimalis bumbungnya tu sangat mengagumkan yang dibuat di dua kawasan saya… saya nak ucapkan terima kasih kepada Baitulmal, itu sahaja.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Terima kasih Yang Behormat Tambun Tulang, dia kena detail Yang Berhormat, kan… pasai dia melibatkan audit yang ni… macam tu kena bagi detail…

terima kasih Yang Berhormat. Sesuatu perancangan yang berstrategi sudah pasti dilaksanakan dalam aspek jangka masa pendek dan jangka masa panjang demi untuk mengoptimumkan manfaat kepada asnaf yang memerlukan agar pengagihan zakat MAIPs menepati maqasid dan matlamat agihan zakat seperti yang telah ditentukan oleh syarak.

Soalan yang ketiga Yang Berhormat Guar Sanji, maksud berjinak-jinak dengan Islam… sebagai Ulil Amri, MAIPs sentiasa menjunjung tinggi nas-nas yang sahih daripada Al-Quran dan Sunnah serta pandangan para Fuqaha’ dalam mendefinasikan maksud Al Muallafah Qulubuhum. Imam Ibnu Qudamah menyatakan dalam kitabnya Al-Mughni, mualaf itu dua bahagian, khufar dan muslimin yang mana mereka itu pemimpin yang ditaati dalam kaum dan keluarga mereka. Bahagian khufar ini pula ada dua kelompok, pertama orang yang diharapkan dia menganut agama Islam, maka diberikan zakat agar hasrat keislamannya bertambah dan jiwanya cenderung kepada Islam lalu dia menjadi muslim. Kelompok kedua, orang yang dibimbangi kejahatannya diharapkan dengan pemberian kepadanya akan menghalang kejahatan dan mereka yang bersamanya. Inilah pendapat yang ditarjihkan, inilah yang dikuat penghujahannya oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi dalam fiqh Al-Zaqah, Dr. Abdul Karim Zaidan dalam al-Mufassal, juga Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar dalam kertas Ta'lif al-Qulub 'ala al-Islam bi Amwal al-Sadaqah dan lain-lain… Walau bagaimanapun, pengurusan MAIPs sentiasa meraikan kepelbagaian reaksi dengan memberikan penerangan serta menegaskan bahawa agihan yang dilaksanakan tidaklah dilaksanakan sewenang-wenangnya bahkan tidak menjejaskan agihan kepada warga asnaf yang sentiasa diutamakan oleh pihak pengurusan MAIPs. Agihan kepada orang yang bukan Islam hanya melalui program-program penerangan Islam yang dijalankan dan secara tidak langsung dapat berdakwah kepada mereka. Pengagihan dijalankan berpandukan garis panduan yang ditetapkan oleh fatwa negeri Perlis. Jumlahnya adalah seperti berikut, pada tahun 2017 sebanyak RM8,000, pada tahun 2018 sebanyak RM24,000, pada tahun 2019 RM8,000.

Soalan yang keempat daripada Yang Berhormat Guar Sanji, pengurusan MAIPs sentiasa insaf dan menyedari akan tanggungjawab untuk mengagihkan zakat kepada golongan asnaf yang telah ditentukan oleh syarak. Dalam melaksanakan agihan zakat, pengurusan MAIPs sentiasa dipandu oleh garis panduan agihan zakat MAIPs yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. Kelayakan dan syarat-syarat berkaitan boleh diperolehi melalui portal rasmi MAIPs. MAIPs melaksanakan mekanisme, pengesahan maklumat asnaf melalui amil-amil yang dilantik di seluruh negeri Perlis. Selain daripada itu, MAIPs turut melantik guru-guru sekolah sebagai muraqid, amil MAIPs yang turut membuat pemantauan dan cadangan, bantuan terhadap asnaf yang layak menerima bantuan. Tidak cukup dengan itu, MAIPs turut mendapatkan pandangan daripada pemimpin-pemimpin masyarakat termasuklah Jawatankuasa Qariah bagi skim tertentu seperti bantuan kediaman dan zakat-zakat fitrah, selain turut menerima pandangan daripada pemimpin masyarakat yang merentasi sempadan kepartian. Melalui mekanisme yang telah dilaksanakan, MAIPs berharap agar agihan zakat yang dilaksanakan sampai kepada sasaran yang telah ditetapkan. Sehubungan daripada itu, Yang Berhormat Guar Sanji bolehlah memaklumkan isu-isu kelayakan asnaf kepada pihak MAIPs untuk tindakan yang sewajarnya. Akhir sekali saya ucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat, kepada pihak Kerajaan dan Yang Berhormat-Yang Berhormat yang mengajukan soalan serta Ketua-Ketua Jabatan, wakil-wakil Jabatan, Badan-Badan Berkanun, rakan-rakan media, para pegawai dan kakitangan serta petugas Dewan yang turut sama memberi input dan maklumat. Apa yang kita lakukan adalah proses, tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita dalam tadbir urus negeri Perlis ini yang sangat kita cintai ini untuk kepentingan bagi seluruh rakyat negeri Perlis. Akhir kata saya menyokong usul Bajet Negeri Perlis Tahun 2020, sekian wabillahitawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Beseri, dipersilakan Yang Berhormat Kayang.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi... selamat tengahari. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kerana memberi peluang untuk saya menyertai sesi penggulungan ini. Dalam sesi perbahasan Bajet Negeri Perlis tahun 2020 kelmarin, tidak banyak sangat perkara-perkara yang berkaitan dengan portfolio saya disentuh kecuali ada beberapa cadangan dan juga aduan tertentu yang akan saya sentuh sekejap lagi. Sebelum itu saya nak mengambil kesempatan ini untuk turut menyokong sepenuhnya Bajet Perlis 2020 yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Bintong pada hari pertama persidangan kelmarin dahulu. Yang Berhormat Dato’ Speaker, secara dasarnya ekonomi negeri Perlis menunjukkan trend perkembangan yang baik walaupun dalam keadaan tekanan menurun ke atas ekonomi negara secara keseluruhannya serta dalam keadaan kekangan sumber negeri Perlis yang terhad. Tetapi Alhamdulillah, Kerajaan Negeri masih mampu untuk terus mengurus tadbirkan sumber-sumber yang ada bagi terus melaksanakan program-program ekonomi bagi terus memacu pertumbuhan ekonomi di negeri Perlis ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, bantuan serta komitmen pegawai-pegawai atau pun penjawat-penjawat awam dari negeri Perlis ini dari pelbagai agensi Kerajaan yang sangat berperanan membantu dalam melaksanakan program-program yang dirancang ini sangatlah baik dan diharap agar komitmen dan usaha-usaha yang diberikan, kerjasama-kerjasama yang diberikan ini dapat diteruskan untuk bersama-sama dengan Kerajaan dalam memberi perkhidmatan yang baik untuk rakyat di negeri Perlis ini. Berkaitan dengan bantuan khas penjawat awam sebanyak RM600.00 kepada golongan-golongan penjawat awam ini, diharap agar dapat diterjemahkan sebagai suatu pengiktirafan Kerajaan Negeri Perlis kepada penjawat-penjawat awam ini, dan kita harapkan agar dengan… apa ni... suntikan, sumbangan ataupun bantuan khas ini akan dapat memberi impak segera... kesan segera kepada penyemarakan ekonomi di negeri Perlis ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, bajet berimbang antara usaha-usaha dan juga strategi dalam peningkatan hasil sedia ada di samping usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk meneroka hasil sumber yang baharu di samping dengan perbelanjaan pada sektor-sektor pembangunan negeri dan juga sektor-sektor untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat sangatlah adil dan ini saya rasa bertepatan dengan pemasyhuran daripada... perbahasan daripada Yang Berhormat ADUN Sena tentang muhasabah di dalam perbelanjaan dan ini telah pun… telah disentuh oleh Yang Berhormat… Yang Amat Berhormat Bintong dalam apa ni... pembentangan bajet tersebut. Selain daripada itu juga, keadilan dan juga amanah dalam membelanjakan harta negeri ini sesuai juga dengan anjuran dan juga… apa ni... anjuran Islam sesuai dengan sebagaimana surah ataupun ayat Al Quran yang telah dibacakan oleh Yang Behormat Guar Sanji. Dan penarafan oleh Yang Berhormat Tambun Tulang sekitar 4.2, 4.3 per 5 walaupun bukanlah… ini adalah pengiktirafan daripada agensi penarafan antarabangsa tetapi sekurang-kurangnya pengiktirafan yang telah disokong oleh Yang Berhormat Tambun Tulang turut menunjukkan dan juga memberi sokongan moral terhadap perancangan dan juga pelan Kerajaan Negeri Perlis untuk Bajet 2020 nanti, dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Bintong dan juga barisan Kerajaan Negeri di atas penyediaan Bajet yang baik ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, walau bagaimanapun, kita masih juga perlu sedikit perhatian daripada pihak Kerajaan Persekutuan bagi membantu Perlis terutamanya dalam sektor-sektor tertentu seperti pembangunan infrastruktur asas dan kemudahan awam kepada rakyat di negeri ini dan di atas kerjasama dan perhatian ini, kita sangat-sangatlah menghargainya. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam Bajet 2020 ini juga Yang Amat Berhormat Bintong ada juga menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan portfolio saya, antaranya berkenaan dengan sport ataupun sports-tourism yang member... yang menyuntik dana sebanyak lebih kurang RM1.48 juta dan antara yang disebut di dalam sports-tourism ini adalah penganjuran ataupun penerusan penganjuran Perlis Marathon 2020 untuk siri yang keenam dengan suntikan-suntikan acara baharu dan bagi kategori Asean dan juga program-program side event, dengan izin, supaya akhirnya rakyat Perlis dapat terus merasai kemeriahan Perlis Marathon 2020 ini sebagai sebahagian daripada acara rakyat Perlis. Keunikan yang akan ditonjolkan pada Perlis Marathon 2020 nanti, insyaAllah kita harapkan akan menjadikan satu tarikan pelancong ke negeri Perlis ini, dan penganjuran bagi Perlis Marathon adalah merupakan penganjuran terbaik selepas KL Standard Chartered dan juga Penang Bridge Run. Selain daripada acara-acara yang disebutkan seperti Perlis Marathon tadi, acara-acara lain seperti World Cup Woodball Championship WCWC, Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Tuanku Syed Putra, Petronas AAM Cup Prix, Celcom Axiata Malaysia International Challenge juga adalah merupakan program-program yang akan diteruskan untuk meningkatkan nama Perlis dalam sektor sports-tourism. Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain daripada itu, pengiktirafan kepada golongan belia, orang muda, yang aktif dengan aktiviti lasak… fizikal, dan juga aktiviti-aktiviti keusahawanan diteruskan dan diperbaharui dengan memperkenalkan acara-acara baharu seperti climbing park di Bukit Keteri, Perlis Extreme Park di Bukit Lagi, Kangar Street Art dan... dan Dataran Usahawan di Kurung Tengar. Selain daripada itu juga, kita mewujudkan hot spot untuk aktiviti riadah di Taman Bukit Lagi, di perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Denai Larian Pengkalan Asam dan lain-lain lagi. Usaha untuk membuka Stadium…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Minta laluan sikit… terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kayang. Saya ucapkan tahniah atas kejayaan yang kita capai baik dalam acara sukan-sukan yang lain termasuk penganjuran yang saya anggap agak berkelas dan patut diberi pujian. Cuma Yang Berhormat, sukan nombor satu di Perlis ni masih lagi bola sepak, itu tidak dapat dinafikan. Stadium kita, rakyat negeri Perlis kalau bola Perlis menang, mereka boleh melupakan agenda-agenda yang lain… boleh… boleh… boleh tukar pandangan, pendapat... kalaupun mereka, suatu masa mereka mengkritik Kerajaan mereka akan lupa kritikan itu kerana bola sepak, itulah hebat bola sepak… tidak dapat dinafikan. Cuma di sini Yang Berhormat, akhir-akhir ini selalu berlaku pertukaran dalam kepimpinan Persatuan Bola Sepak Perlis. Saya minta Yang Berhormat dalam pemilihan yang kali ini lah… yang kali ini… pilih satu kepimpinan yang boleh membawa balik kita ke persada kegemilangan kita, tak payah lah sampai kita nak target Piala Malaysia, itu masih jauh tetapi sekurang-kurangnya berada dalam Liga Super melalui Piala Liga FAM, Liga Perdana dan Liga Super sekurang-kurangnya. Jadi minta dalam pemilihan kali ini, saya ingat perlu ada sedikit campur tangan daripada Kerajaan Negeri untuk melihat line-up yang boleh… yang dengar cakap lah… yang dengar cakap tu maksud dia yang sealiran dan sebagainya, dan yang kedua dalam serba kekurangan kita cuba membantu dari segi mendapatkan tajaan makna kata ada surat-surat rasmi setengah-setengah syarikat-syarikat korporat dan konglomerat ini mereka kalau ada surat daripada YAB ataupun daripada Yang Berhormat Exco mungkin ada pertimbangan khusus yang mereka boleh salurkan penajaan, sebab kita takut kalau kita tak kawal dia akan berlarutan dan menyebabkan orang tertentu mengambil kesempatan untuk jadikan Persatuan Bola Sepak Perlis ini sebagai tempat macam-macam. Ada tempat untuk cari duit, ada tempat untuk survival, ada tempat untuk itu ini dan sebagainya, jadi saya mintaklah kerjasama Yang Berhormat untuk kali ini… untuk pemilihan kali ini, pilihlah lain pulak kepimpinan yang ikhlas untuk berkhidmat, untuk menjadikan team bola sepak Perlis ini sebagai team yang hebat sekurang-kurangnya seperti… kita bermula daripada bawah, tidak ada masalah bermula daripada Liga FAM, kerana liga tempatan saya lihat telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada rakyat yang rindukan lagi Perlis berada di persada kancah bola sepak negara. Terima kasih Dato’ Speaker.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang di atas cadangan dan juga permintaan berkaitan dengan Persatuan Bola Sepak Perlis. Kita semua sedia maklum bahawa memanglah terdapat konflik-konflik tertentu dalaman dalam persatuan ini… apa ni... PFA ini… dan yang terbaru ni adalah tentang pemilihan Presiden PFA yang mana kalau mengikut Pesuruhjaya Sukan, pemilihan Presiden dalam EGM PFA yang lalu adalah tidak sah. Walau bagaimanapun, Ahli-Ahli Jawatankuasa PFA dapat meneruskan juga program permulaan liga tempatan M4 dan sebenarnya permulaan Liga M4 ni… liga tempatan M4 ini adalah merupakan proses untuk kelayakan Perlis supaya dapat masuk ke dalam liga-liga utama di bawah FAM dan walau bagaimanapun, PFA ada juga memaklumkan kepada saya tentang Mesyuarat Agung perlu diadakan semula untuk melantik Presiden yang baharu. Tetapi walau bagaimanapun, saya dapati badan-badan gabungan dalam PFA ini, yang bergabung di dalam persatuan ini, mempunyai pandangan dan juga idea mereka tersendiri tentang calon-calon PFA… Presiden PFA yang mungkin akan mereka cadangkan nanti. Tetapi walau bagaimanapun, kita Kerajaan Negeri Perlis kita tak lepas tangan terus berdasarkan kepada skop-skop ataupun bidang-bidang kuasa yang kita ada, kita masih lagi terus memantau PFA ini, dan kita juga membantu… dan kita juga turut membantu PFA ini dalam penganjuran-penganjuran sukan di liga tempatan ini. Tetapi walau bagaimanapun, cadangan dan juga usul daripada Yang Berhormat Tambun Tulang ini saya akan…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Yang Berhormat, saya faham masalah yang dihadapi oleh Yang Berhormat kerana kita melihat keikhlasan, atas keikhlasan, atas sama-sama common interest, dengan izin. Kita lupakan puak ini semua... kumpulan itu, kumpulan ini… fahaman politik itu, fahaman politik ini. Buktinya sekarang kita macam... kita ada PKR, ada PAS, ada UMNO, ada BN… semua kita boleh berada di dalam satu saf… bersatu… kalau yang baik kita dukung. Macam ini saya bebas pun saya menyatakan sokongan akan menyokong Bajet yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Bintong, saya tetap sokong, akan angkat tangan berikan sokongan penuh, contohnya macam tu. Jadi atas… kalau sepanjang masa kita dididik untuk berpecah sampai tak habis-habis, berpolitik ni dari pilihan raya bulan lima tahun lepas sampai sekarang masih dok politik… politik… politik… sedangkan amalan ini tidak menjadi... apa... suatu pegangan bagi negara-negara lain contohnya, negara-negara yang lebih mundur daripada kita pun tak amal macam ini. Jadi kita ni mungkin ada gen politik ni daripada sampai tak boleh berhenti-berhenti dah, dia kira nak politik bangun pagi politik, tidur politik, bangun politik… jadi sampai tak boleh… begitu juga dibawa ke dalam pertubuhan sukan, dan benda-benda macam inilah menyebabkan ada pertubuhan sukan di negara kita yang gagal mendapatkan pingat di acara di Sukan SEA sebab banyak politik daripada ini. Jadi saya minta Yang Berhormat panggil sikit la mereka ini, abang-abang ka, adik-adik, siapa-siapa ka yang pertubuhan-pertubuhan persatuan bola sepak kampung-kampung ini, mereka yang akan jadi pengundi... kita dengan dada terbuka sikit. Bukan saya nak mintak Exco pegang… tak… tapi line-up yang… yang boleh dengar cakap, disenangi, yang boleh kita berurusan, itu sahaja saya mintak sangat-sangatlah. Kalau saya tak mau dah pegang, bagi saya… saya nak pencen dah… saya tak mau… jangan ditunding kepada saya… saya bukan calon yang... masa saya dah berlalu. Kalau saya nak pegang pun saya tak akan bawak balik 3 Piala Malaysia memang tak dapat dah seumur hidup…

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

OK, terima kasih kepada Yang Berhormat Tambun Tulang, sebenarnya memang kita sentiasa terbuka dan kita tak rigid ataupun hadkan pemegang-pemegang jawatan utama PFA ataupun Presiden PFA ini kepada golongan-golongan tertentu… tak… kita terbuka sebenarnya dan memang kita ada cadangan-cadangan daripada… ada terima cadangan dan juga proposal, dengan izin, daripada apa ni… individu-individu tertentu yang professional dalam bola sepak ni yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Malah ada juga cadangan-cadangan daripada rakan-rakan sebelah sana untuk turut sama menyumbang… apa ni… bakti dalam... sebagai untuk memegang jawatan sebagai Presiden apa ni… PFA. Kita terbuka Yang Berhormat, kita tak tertutup kepada kumpulan-kumpulan tertentu, asalkan pemegang jawatan utam di dalam PFA ini dapat menjadikan persatuan ini… menguruskan persatuan ini secara professional tanpa terikat pada mana-mana fahaman politik. Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang.

Seterusnya saya nak sambung sedikit lagi tentang ucapan saya tadi, dan usaha-usaha yang dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri untuk membuka stadium pada setiap hari Sabtu Ahad daripada pukul 7.00 hingga ke 11.00 pagi kepada orang ramai untuk dapat menikmati apa ni… berlari di atas trek, balapan sangatlah baik bagi memberi keterujaan kepada pengamal-pengamal aktiviti gaya hidup sihat ini. Semoga masyarakat yang aktif dan sihat ini dapat kita tingkatkan kualiti gaya hidup kelompok-kelompok ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain daripada itu, selain daripada sektor-sektor pembangunan di negeri Perlis, bagi peningkatan kualiti hidup rakyat pula, pihak Kerajaan Negeri, pihak Syarikat Air Perlis, rakan-rakan dari daripada Ex-Officio Yang Berhormat yang diketuai oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang, sentiasa berusaha untuk menyediakan ataupun berusaha untuk membantu meningkatkan perkhidmatan bekalan air di negeri Perlis ini dan kita juga mengalu-alukan bantuan ataupun sokongan daripada rakan-rakan Pakatan Harapan di sebelah situ untuk… terutamanya jika dapat menyemak ataupun boleh membantu dalam mempercepatkan proses-proses tender untuk kerja-kerja NRW dan projek mitigasi jangka pendek yang sehingga sekarang ini masih lagi pending atau masih lagi tersangkut yang mana sehingga kini perlaksanaannya belum dapat dilaksanakan lagi pada tahun 2019 ini, dan pada bulan ini, pada tahun lepas, pada tahun 2018, saya juga pernah menjawab tentang soalan ini, kita masih lagi dalam proses tender, tetapi sehingga ke hari ini bulan 12 tahun 2019, selepas setahun, kerja-kerjanya masih lagi belum dapat dilaksanakan di tapak kerana masih lagi proses tender. Jadi mungkin rakan-rakan di sebelah Pakatan Harapan dapat membantu pihak Kementerian untuk mempercepatkan proses ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, projek-projek yang lain seperti projek-projek infrastruktur, jalan, pencahayaan lampu jalan, infrastruktur sungai, pengurusan banjir terutamanya projek-projek naik taraf jalan dari Behor Lateh ke sempadan Kedah di Sanglang dan naik taraf jalan Batu 2 lama ke Padang Besar diharap dapat menyokong pembangunan yang kita rancang di Kuala Perlis dan juga di Padang Besar dan ini juga turut menjawab soalan daripada Yang Berhormat Guar Sanji tentang rancangan untuk menaik taraf jalan Behor Lateh ke Kuala Sanglang…

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mintak pencelahan sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kayang atas penjelasan perkara tadi. Saya ada sedikit teguran lah… kepada Syarikat Air Perlis lah sebab ini saya mendapat aduan banyak. Berkenaan pembaikan paip yang pecah apa semua ini, selalunya selepas perbaik ni, depa tampung ala kadar sahaja kontraktor yang buat. Saya sendiri menghadapi masalah ini di... sebelum ini di hadapan pejabat sayalah tetapi alhamdulillah depa dah buat, cumanya ada tempat-tempat lain yang kadang-kadangnya saya tak dapat aduan tetapi saya tengok sendiri, saya tengok memang ala kadar. So saya mohon lepas ni SAP kalau dah hire kontraktor tu, tolong pastikan kontraktor… ehem… sorry… tolong pastikan kontraktor ni dia buat pembaikan tu ikut procedure lah sebab dia... yang saya dapat complaint kadang-kadang tu, crasher run yang dia bubuh balik tu tak sama macam yang... apa nama ni... yang dibuat sebelum ini, jalan apa semua tu. Mintak perhatian tentang perkara ini, terima kasih.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Ok, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Perlis, nanti saya jawatan dalam response kepada soalan tersebut. Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain daripada itu, perhatian dan juga Kerajaan Negeri terhadap peningkatan tahap keselamatan kepada murid-murid sekolah melalui perhatian bagi meningkatkan peralatan keselamatan bagi murid-murid sekolah yang mana sekolah itu berada di jalan-jalan utama negeri sangatlah baik dan ini menunjukkan Kerajaan Negeri adalah sebuah Kerajaan yang sangat perihatin kepada semua golongan. Alhamdulillah, selain daripada itu, pembangunan sukan pula, sektor ini tetap masih diberi perhatian kerana Kerajaan Negeri sedar bahawa sukan-sukan ini adalah memenuhi kelompok-kelompok anak-anak muda yang berbakat untuk kita ketengahkan dan ianya dapat mengharumkan nama Perlis dalam sektor sukan. Selain daripada itu, secara tidak langsung ianya dapat mengelakkan anak-anak muda kita ini dari terjebak dalam… dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Yang Berhormat Dato’ Speaker, biarlah kita membangun untuk maju dengan cara kita, sesuai dengan kemampuan kita tanpa mengurangkan kemudahan awam dan juga kualiti hidup rakyat. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam perbahasan rakan-rakan Yang Berhormat di sebelah sana tadi… kelmarin, ada juga menyentuh berkaitan beberapa perkara tentang portfolio saya dan kebanyakannya adalah aduan-aduan awam. Berkaitan dengan pertanyaan atau pun aduan yang diterima daripada Yang Berhormat Kuala Perlis tentang status permohonan Kelab Sukan Kuala Perlis untuk menjaga padang bola MPK Kuala Perlis, yang ini pihak Majlis Perbandaran Kangar masih belum membuat keputusan berkenaan permohonan tersebut. Ianya perlu diperhalusi lebih lanjut terutamanya daripada segi kawalan penggunaan padang yang mana ianya berpotensi untuk mewujudkan konflik antara penggunaan di padang tersebut. Dan ketika ini Majlis… pihak Majlis Perbandaran masih menguruskan sendiri penyelenggaraan dan penggunaan padang tersebut dan tiada caj dikenakan untuk penggunaan padang bola tersebut kepada orang ramai. Selain daripada itu juga, Yang Berhormat… DUN… Yang Berhormat Kuala Perlis juga ada mencadangkan ataupun memberi pandangan tentang pembayaran bil secara online dan kiosk untuk pembayaran apa ni… bil-bil air. Syarikat Air Perlis sememangnya telah menyediakan kaedah pembayaran bil secara perbankan internet bermula dari bulan Februari tahun 2016 lagi. Sehingga kini SAP telah menyediakan 12 saluran pembayaran seperti berikut, pertamanya di kaunter SAP lah di pejabat SAP sendiri, yang keduanya melalui EFT, yang ketiganya di Pos Malaysia, yang keempat melalui pos online, yang kelima melalui Bank Simpanan Malaysia, BSN, yang keenam melalui ejen-ejen bank BSN, EEB, yang ketujuh JomPay, yang kelapan melalui CIMB Clicks, yang kesembilan MobilityOne iaitu terminal kad debit, yang kesepuluh kiosk OneApps, yang kesebelas ePay dan yang kedua belas eWallet. Untuk makluman, JomPAY, CIMB Clicks, eWallet merupakan kaedah pembayaran bil secara online yang boleh diakses di mana-mana sahaja. Selain itu, terdapat satu kiosk setempat yang kita tempatkan di UTC Kangar iaitu Kiosk OneApps.

Berkaitan dengan punca berlakunya kekurangan bekalan air di Kampung Wai sampai hujung tepi bukit dan juga di gerai Plaza Kuala Perlis. Bekalan air di Kampung Wai sebenarnya dia bukan bergantung terus kepada aras air di dalam kolam takungan air Utan Aji. Jika berlaku kebocoran paip air di mana-mana tempat dan kerosakan pam di loji atau rumah pam, aras air di dalam kolam takungan air ini akan menjadi rendah dan ianya akan menyebabkan kawasan Kampung Wai akan bertekanan rendah atau terputus bekalan air. Bagi gerai Plaza Kuala Perlis pula, SAP mencadangkan untuk penukaran sistem perpaipan dalaman di mana keadaan sekarang, penyambungan dibuat secara perkongsian dengan hanya menggunakan paip air komunikasi dua inci sahaja. Selain itu, pembinaan tangki air Kuala Perlis dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2020 di bawah program NRW Nasional Pendekatan 1, sebagaimana yang saya maklumkan tadi. Dan dengan siapnya tangki air tersebut, insyaAllah tekanan air ke seluruh kawasan Kuala Perlis akan dapat dipertingkatkan. Jadi kalau Yang Berhormat Kuala Perlis dapat bantu Kementerian untuk mempercepatkan proses tender ni, insyaAllah perayaan ataupun hari perayaan tahun depan insyaAllah Kuala Perlis mungkin tak akan ada lagi aduan-aduan berkaitan dengan perkhidmatan air. Selain daripada itu, Yang Berhormat Kuala Perlis ada juga menyentuh tentang ataupun menyebut tentang Jambatan Tuanku Syed Putra, kemudian berkenaan dengan… berkenaan dengan Jambatan Tuanku Syed Putra insyaAllah yang ini pihak JKR akan membuat siasatan dan juga... apa ni… tindakan selanjutnya selepas ini. Seterusnya berkenaan dengan aduan yang diterima daripada Yang Berhormat Guar Sanji berkenaan dengan lampu jalan di Jambatan Guar Sanji, yang ni pihak JKR telah pun membuat peninjauan di tapak dan insyaAllah pada bulan hadapan, kerja-kerja akan dapat dimulakan... bulan depan na, saya tak sebut tahun depan.. sebab saya dengar macam lambat… jadi bulan depan lah.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Mohon pencerahan sedikit, bila Yang Berhormat Kayang sebut tentang pembetulan bulan depan, tahun depan ni… saya nak sebut balik lah… sebab dalam sidang Dewan yang lalu, antara benda yang saya minta ialah pemasangan lampur isyarat di persimpangan tiga sekolah, Sekolah Bohor Mali Islahiyah. Keesokan harinya Yang Berhormat bangun jawab YB minta hari ni, kelmarin, hari ni kita bagi. Tapi sampai ke la tak dak pun… terima kasih.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Lampu isyarat tu ada dah di situ, cuma nak bagi dia menyala sahaja.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Di persimpangan tu… masuk ke sekolah.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

InsyaAllah akan menyala nanti, insyaAllah YB… kemudian berkaitan dengan road line jalan yang pudar di dalam kawasan Guar Sanji, yang ni pun dalam perhatian JKR, insyaAllah kita ada program-program… apa ni.. untuk memperbaharui road line lah… insyaAllah… dan juga penerapan jalan yang tidak bersambung, yang YB sebut melompat-lompat tu sebenarnya program ini dia… kita buat di persimpangan di kepala-kepala jalan lah. Jadi bila sampai setakat yang peruntukan yang ada tu dia mati takat tu lah dan kebetulan di kepala hujung sana tu ada juga proses penurapan jalan dan sampai setakat peruntukan yang ada, jadi sebab itulah dia mati tang tu. Tapi insyaAllah, program-program ini akan diterus dari masa ke semasa dan insyaAllah saya yakin pihak JKR akan mengambil kira apa ni… pandangan Yang Berhormat tentang perkara ini. Selanjutnya daripada Yang Berhormat Tambun Tulang berkaitan dengan pokok-pokok hiasan yang boleh melindungi pandangan di simpang untuk masuk ke RHB Bank, U-turn yang banyak dan juga perlu kajian lanjut dan juga keadaan jalan Pauh di sempadan Kedah yang agak teruk, yang ni pun insyaAllah saya akan bersama dengan pihak JKR untuk mengkaji terutamanya U-turn dan juga… apa nama… U-turn lah… insyaAllah kita akan kaji dan kita juga akan buat perhatian yang lebih lanjut. Selain daripada itu, aduan-aduan berkaitan infra adalah sesuatu yang kita beri perhatian setiap masa apabila kita menerima aduan tersebut dan tindakan pembaikan dan akan diambil perhatian dan tindakan selanjutnya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengambil kesempatan dalam sidang ini sekali lagi untuk merakamkan penghargaan kepada semua agensi Kerajaan yang banyak memberi kerjasama baik dan komitmen tertinggi dalam membantu portfolio saya ini dalam memberi kemudahan dan juga kebaikan kepada rakyat dan negeri Perlis, insyaAllah. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong. Sekian, wabillahitawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat, dipersilakan Yang Berhormat Santan.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berbahagia Setiausaha Dewan dan juga Timbalan Setiausaha Dewan, Ketua-Ketua dan wakil-wakil Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya minta ruling sikit, bukan macam ni. Saya ingat dalam persidangan, kita tak boleh address Yang Amat Berhormat saja, yang lain tak payah address. Yang Berhormat kalau kita buat macam tu dia jadi common... dah jadi precedent yang harus diguna pakai, jadi mintak tak payah address. Dia sebenarnya sidang Dewan dia berbeza daripada bagi ucapan, sangat-sangat berbeza, you tak payah… jadi yang tu kita buang masa dua tiga minit dah Dato’ Speaker, terima kasih.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, terlebih dahulu saya memanjat kesyukuran kepada Allah atas kesempatan yang diberikan untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan berakhir pada hari ini. Pertamanya saya ucap syabas dan terima kasih atas pembentangan Enakmen Perbekalan Tahun 2020 yang telah dibentangkan pada hari pertama mesyuarat ketiga penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri Perlis oleh Yang Berhormat Menteri Besar pada 10 Disember tahun 2019. Bajet negeri bagi tahun 2020 yang dibentangkan ini adalah merangkumi semua aspek, sesuai dengan situasi kewangan Kerajaan Negeri Perlis. Pihak kerajaan telah memberi keutamaan kepada rakyat khususnya dalam menyediakan peluang-peluang pekerjaan dalam menangani masalah ekonomi dengan fokus utama untuk menjadikan projek mega seperti contoh perlaksanaan pembangunan CVIA dan juga lain-lain. InsyaAllah peluang-peluang pekerjaan akan tersedia, justeru persediaan awal amat diperlukan khusus kepada generasi muda lepasan sekolah dan bersedia dalam memenuhi kehendak tahap kemahiran dalam setiap bidang kerja dikuasai industri itu nanti. Saya tidak menolak kemungkinan jika generasi muda ini tidak ada kemahiran, sudah pastilah mereka akan ketinggalan untuk melibatkan diri di dalam projek-projek mega yang bakal dilaksanakan. Bila bercakap tentang isu kemahiran, sudah pasti pihak Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Kementerian Pusat telah menyediakan beberapa buah institusi pengajian tinggi yang melibatkan kemahiran. Inilah… ini perlu… inilah perlu nya kita semua terlibat dalam mempromosikan kolej-kolej yang sedia ada di negeri Perlis untuk tujuan tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan para hadirin sekalian, pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada agensi-agensi Kerajaan yang secara langsung membantu para usahawan tempatan baik usahawan kecil mahupun sederhana di sepanjang tahun 2019. Dalam usaha ini terdapat para usahawan telah menerima bantuan dana dan geran-geran perniagaan. Antara agensi-agensi yang banyak membantu termasuklah MARA, FAMA, MADA, Jabatan Pertanian, Amanah Ikhtiar, Tekun Nasional, PNB, LKIM serta lain-lain agensi yang tak dapat saya sebut semuanya di sini, yang telah memainkan peranan serta melunaskan peruntukan tahunan bagi tahun ini dan tahun-tahun sebelum ini. Tidak lupa penghargaan diberikan kepada bahagian usahawan di bawah BPEN yang telah wujudkan whatsapp group terdiri daripada majoriti para usahawan dan Ketua-Ketua Jabatan berkaitan bagi memudahkan apa jua program dan info terkini berkaitan dengan keusahawanan. Sekali lagi saya melahirkan rasa sukacita dan terima kasih atas kerjasama serta komitmen yang telah diberikan oleh semua agensi-agensi yang berkaitan. Dato’ Speaker, di kesempatan ini juga saya merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat negeri Perlis yang komited untuk membayar hasil dan… atau cukai seperti yang telah ditetapkan. Peningkatan 9.2 percent iaitu sebanyak RM20.35 juta sehingga Disember 2019 berbanding RM18.63 juta pada tahun 2018. InsyaAllah defisit Kerajaan Negeri akan berkurangan dari tahun ke tahun. Tahniah kepada Jabatan-Jabatan berkaitan atas daya usaha berkempen untuk menambah hasil negeri melalui cukai. Mengenai masalah perumahan, di sini saya melahirkan rasa kesal kerana Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, KPKT Pusat telah menarik balik kelulusan membina rumah PPR berjumlah 650 unit di Padang Besar dan Kangar. Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri akan cuba merayu supaya pembatalan tersebut dapat diluluskan semula. Saya menerima baik saranan Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar program perumahan Malaysia dibuat secara Request for Proposal, dengan izin, di mana pihak Kerajaan Negeri membuka ruang kepada pemaju-pemaju tempatan membuat cadangan setelah pihak Kerajaan Negeri menyediakan tanah untuk tujuan tersebut dan kita boleh mencorak sendiri jenis rumah dan harga berpatutan sesuai dengan pendapatan negeri Perlis… rakyat negeri Perlis.

Menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan dalam perbahasan kelmarin, iaitu daripada Yang Berhormat ADUN Indera Kayangan, ianya mengenai status penyelenggaraan jalan belakang Public Bank. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan telah membuat tinjauan ke tapak bersa… bersama kali pertama pada 11 Mac tahun 2019 dan lawatan susulan pada 04 Oktober tahun 2019. Jabatan telah mengambil ukuran serta penyediaan spesifikasi kerja ataupun BQ telah dilakukan. Jabatan telah memohon untuk melakukan pembaikan dalam bajet pembangunan di bawah peruntukan Kerajaan Negeri bagi tahun 2020 serta telah dibentangkan pada Julai 2019. Status terkini permohonan peruntukan ini telah diperlakukan… diperakukan dan diluluskan untuk dilaksanakan menggunakan peruntukan pembangunan negeri Perlis dalam tahun 2020.

Menjawab persoalan daripada Yang Berhormat ADUN Sena, yakni mengenai perancangan Kerajaan Negeri dari segi dasar mengawal harga rumah di Perlis. Yang Berhormat Dato’ Speaker, pasaran rumah di Malaysia bergantung kepada faktor-faktor dominan merangkumi hubung kait penawaran permintaan, kos bahan binaan, margin keuntungan pemaju dan polisi kewangan. Kenaikan harga rumah bukan merupakan isu Perlis sahaja, namun ianya telah menjadi isu nasional yang perlu ditangani sebaiknya. Kerajaan Negeri perihatin tentang keperluan pemilikan rumah dan keboleh upayaan membeli hartanah khususnya golongan berpendapatan rendah, B40 dan sederhana rendah, M40. Bagi perumahan awam, Kerajaan Negeri telah menyediakan sebanyak 1,356 unit Perumahan Awam Kos Rendah ataupun PAKR, 3,136 unit Rancangan Perumahan Awam ataupun RPA, dan 1,428 unit Program Perumahan Rakyat ataupun PPR. Dalam konteks perumahan swasta, Kerajaan Negeri tiada kawalan penuh dalam pembinaannya. Namun, Garis Panduan Syarat-Syarat Bukan Teknikal Dalam Pembangunan Tanah Negeri Perlis telah meletakkan syarat pembinaan rumah kos rendah seperti berikut. Yang pertama, bagi pembangunan kurang 3 ekar, pemaju boleh memilih membina dua puluh percent daripada keluasan pembangunan tanah dengan rumah kos rendah atau membayar premium gantian pada kadar RM10,000.00 satu unit. Bagi pembangunan tiga ekar atau lebih diwajibkan untuk membina rumah kos rendah sebanyak dua puluh percent daripada jumlah tanah keseluruhan. Harga jualan rumah kos rendah ini adalah RM42,000.00. Pengenaan syarat ini adalah bertujuan untuk memastikan pemaju swasta membina rumah kepada kumpulan B40. Kerajaan Negeri juga berusaha menurunkan harga pembinaan rumah dengan memansuhkan bayaran caruman jalan yang dikutip oleh Jabatan Tanah dan Galian. Walau bagaimanapun, terdapat faktor di luar kawalan seperti kenaikan harga bahan mentah membataskan usaha ini. Dalam aspek berkaitan, Dasar Perumahan Mampu Milik Negara yang dilancarkan pada Mei 2019 telah menetapkan bahawa harga rumah mampu milik di negeri Perlis adalah RM150,000.00 dengan keluasan rumah 900 kaki persegi mengandungi 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Kerajaan Negeri menyambut baik perkara dalam peringkat akhir untuk meminda garis panduan sedia ada, menjadi Dasar Perumahan Negeri Perlis bagi memastikan penawaran rumah mampu milik kepada golongan B40 dapati dipertingkatkan. Yang Berhormat Speaker, saya juga mengambil kesempatan ini untuk membuat hebahan mengenai penjualan Perumahan Awam Kos Rendah, PAKR di Wang Kelian, yang masih ada 64 unit rumah kluster belum dijual. Sesiapa yang berminat membelinya dengan harga minimum RM36,000.00 bolehlah menghubungi Bahagian Perumahan, SUK Perlis.

Soalan daripada Yang Berhormat ADUN Sena mengenai perancangan ketara Kerajaan untuk meningkatkan hasil merangkumi bayaran sewaan perumahan awam. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam meningkat hasil khususnya dalam aspek tunggakan hasil. Tunggakan hasil bagi Bahagian Perumahan boleh diklusterkan kepada tunggakan jual beli, sewa beli, sewaan dan lain-lain tunggakan. Mengikut data oleh Bahagian Perumahan, statistik pada 30 November tahun 2019, tunggakan dan kutipan sejak tahun 2018 adalah seperti yang berikut. Pada tahun 2018, tunggakan… kutipan tunggakan adalah sebanyak RM1.6 juta dan juga pada tahun 2019 berjumlah RM4.36 juta. Data ini menunjukkan terdapat peningkatan hasil perumahan awam berjaya dikutip. Ini adalah berdasarkan kepada langkah-langkah yang telah dan akan diteruskan seperti yang berikut, yang pertama penubuhan task force dan sesi turun padang bagi membuat kaji selidik kewangan penghuni, yang kedua memperluas fungsi UTC untuk menerima pelbagai bayaran berkaitan perumahan, yang ketiga melaksanakan siri kutipan luar di kawasan perumahan yang mempunyai tunggakan yang tinggi, yang keempat memohon bantuan Asnaf Al-Gharimin yang berhutang kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, yang kelima penstrukturan semula perjanjian RPA yang telah tamat tempoh dan seterusnya menghapus kira tunggakan dan yang keenam melaksanakan Operasi Sedar yang merangkumi aktiviti seperti berikut, yang pertama notis peringatan secara konsisten, sebanyak 3,167 notis tunggakan telah dikeluarkan pada tahun 2019, yang kedua menjayakan sesi libat urus dengan penduduk di PPR Sena pada 22 Ogos 2019, yang ketiga pengeluaran dan hebahan peringatan pembayaran sewaan melalui flyers dan yang keempat engagement dengan ketua komuniti kawasan. Ops Sedar ini akan diteruskan kepada Ops Singkir bagi menyingkirkan penghuni perumahan awam yang mempunyai tunggakan yang tinggi. Isu tunggakan hasil boleh dijayakan dengan penglibatan semua pihak termasuk YB-YB sekalian dalam melaksanakan advokasi dan memberikan nasihat kepada penghuni-penghuni agar menjadi penyewa yang bertanggungjawab dengan menjelaskan bayaran.

Menjawab soalan Yang Berhormat Kuala Perlis berhubung kait dengan penempatan semula nelayan, kenapa harga rumah dinaikkan kepada RM35,000.00 kepada RM70,000.00. Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri belum memuktamadkan harga rumah bagi penempatan semula nelayan ini. Satu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengisian dan Pengurusan PSN ini akan diadakan pada 17 Disember 2019 bagi memperhalusi beberapa perkara teknikal termasuklah harga jualan sebelum dimuktamadkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Mengikut data yang diterima daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, LKIM harga jualan rumah bagi projek PSN di seluruh negara adalah RM35,000.00 hingga RM70,000.00. Sebagai contoh, PSN Tanjung Dawai Kedah dijual pada harga RM54,000.00, PSN Pulau Pangkor Perak dijual dengan harga RM70,000.00, dan PSN Kuala Sungai Baru Melaka dijual dengan harga RM45,000.00 dan juga PSN Tanjung Manis sebanyak RM35,000.00. Dalam aspek yang berkaitan, anggaran kos bagi unit rumah PSN Kuala Perlis ini adalah RM250,000.00. Oleh yang demikian, subsidi yang diberikan adalah tinggi ddengan nilai jualan yang rendah. Kerajaan Negeri mengambil kira faktor ini di samping faktor-faktor yang lain sebelum memuktamadkan harga jualan PSN Kuala Perlis ini.

Soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tambun Tulang, yakni Kerajaan Negeri wajar melihat semula usaha bagi mewujudkan latihan-latihan bagi membantu usahawan kulinari. Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman, GIATMARA Perlis ada menawarkan kursus yang berkait dengan usahawan kulinari seperti Kursus Masakan dan Pramusaji selama tempoh enam bulan. Kursus ini ada diiklankan di dalam portal GIATMARA Malaysia. Pihak yang berminat boleh mengemukakan permohonan mengikuti kursus tersebut melalui portal tersebut atau boleh hadir secara terus ke Pejabat GIATMARA Negeri atau ke GIATMARA Kangar, Perlis. Kolej Komuniti Arau sebagai peneraju pembelajaran sepanjang hayat menjadi pusat latihan bagi melahirkan usahawan dalam bidang masakan. Sepanjang tahun 2019, Kolej Komuniti Arau telah melatih seramai 1,751 orang peserta dalam masakan. Sepanjang tahun 2019, 150 kursus dalam bidang pemprosesan makanan, kulinari dan pastri telah dijalankan. Antaranya ialah Program Transformasi Usahawan Hotcake, penghasilan biskut raya, penghasilan kek, penghasilan kuih muih tradisional, produk sejuk beku, masakan barat, pemprosesan hasil bijian, daging dan ikan, penghasilan produk konfeksionari seperti coklat, aiskrim dan lain-lain. Sekian.

Dato’ Speaker, akhir sekali saya ucap terima kasih kepada sekretariat Dewan Undangan Negeri khususnya kerana telah berjaya menyelesaikan proses sidang hari ini dan menyokong Bajet 2020 Kerajaan Negeri yang dibentangkan dalam Mesyuarat ketiga penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri kali keempat belas. Sekian wabillahitawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Santan, dipersilakan Yang Berhormat Simpang Empat.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat petang. Terlebih dahulu saya ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis kerana membentangkan bajet dengan penuh sama rata, tak kira pembangkang ataupun pihak Kerajaan meliputi keseluruhan negeri Perlis. Apa yang diharapkan adalah sama-sama kita bekerjasama untuk membangun negeri Perlis dan juga ucap tahniah kepada pegawai kerajaan negeri Perlis yang dapat imbuhan sebanyak RM600 sebulan… sebanyak RM600… bukan sebulan… lupa… minta maaf. Oleh yang demikian, saya akan cuba memberi maklumbalas apa yang dibangkitkan dalam ucapan dan soalan-soalan daripada pihak pembangkang.

Yang pertama daripada YB Sena iaitu inisiatif industri hiliran harumanis kepada syarikat swasta. Pelbagai insentif dan bantuan telah disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan industri mangga Harumanis. Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM1.2 juta kepada Jabatan Pertanian Negeri Perlis di bawah Program Meningkatkan Pengeluaran dan Produktiviti Tanaman Buah-Buahan Secara Pakej, Membangunkan Teknologi Memproses Asas Tani, Nilai Tambah, Produk Sampingan dan Kraftani serta Memperkukuh Sistem Penyampaian Perkhidmatan Pengembangan Pertanian. Manakala syarikat swasta yang berminat industri hiliran Harumanis, terdapat inisiatif… insentif… bukan inisiatif… yang disediakan. Antaranya ialah bentuk peralatan, pembungkusan dan perlabelan produk. Selain daripada itu juga, bantuan khidmat nasihat juga turut diberi dalam pembangunan produk Industri Asas Tani oleh APIAT iaitu Agensi Pengembangan Industri Asas Tani serta tawaran kursus, seminar yang berkaitan dalam bidang keusahawanan. Ini dapat dilihat melalui penganjuran Karnival Mangga Harumanis, Satu Daerah Satu Industri, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Perlis dan Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA) yang dapat menyediakan platform untuk syarikat dan usahawan mempromosikan produk-produk hiliran yang berasaskan Harumanis.

Untuk soalan Yang Berhormat Kuala Perlis, terdapat isu di kalangan nelayan pesisiran pantai berkaitan dengan projek tanaman water cable dari Kuala Perlis ke Langkawi. Terdapat nelayan yang terganggu akibat projek itu dan dimaklumkan bahawa terdapat pampasan berjumlah RM250.00. Bagaimanakah wang pampasan itu diagihkan? Untuk makluman kepada Yang Berhormat program water cable antara Kuala Perlis dan Langkawi, Apau Langkawi… Teluk Apau… Langkawi setakat hari ni dah lapan puluh lapan peratus dijangka Disember ini… 31 Disember seratus peratus. Bagi nelayan yang terlibat, dalam perbincangan antara TNB dan LKIM, pihak TNB sebagai tanggungjawab sosialnya telah memberi kelulusan sebanyak RM300,000.00 dan RM250,000.00 kepada Persatuan Nelayan Kuala Perlis dan RM45,000.00 kepada Persatuan Nelayan Perlis Selatan dan saya dimaklumkan oleh TNB, jumlah yang dibagi sebanyak RM250,000.00 kepada 359 orang nelayan yang terlibat. Dan RM45,000.00 kepada 65 orang nelayan terlibat untuk Persatuan Nelayan Kuala Perlis. Cara agihannya akan di… diberi oleh Persatuan Nelayan kawasan masing-masing.

Untuk soalan YB Azam, juga terdapat 25 orang nelayan yang mempunyai… tidak mempunyai lesen disebabkan kuota bagi lesen nelayan persisiran pantai telah dihadkan, adakah terdapat cadangan untuk menarik balik sekatan kuota bersebut bagi membolehkan untuk pergi ke laut secara sah? Perkara ini saya ingat YB sendiri pun dengar daripada Menteri dan juga Timbalan Menteri dalam jawapan soalan di Parlimen baru-baru ini. Untuk makluman juga… Jabatan Perikanan…

(YB Tuan Mohd Ridzuan bin Hashim mempengerusikan sementara mesyuarat Dewan menggantikan YB Speaker yang keluar dari Dewan)

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Mohon mencelah Yang Berhormat Speaker… mohon mencelah…

YB TUAN MOHD RIDZUAN BIN HASHIM (menggantikan YB Speaker) : Silakan…

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih. Ya, saya maklum berkenaan jawapan Menteri dan Timbalan Menteri berkenaan penghadan kuota tu… jadi takkan lah kita dekat sini kita tau situasi kat bawah ni, tak kan kita nak dok diam. Kalau boleh kita perjuangkanlah… ini…. apa ni… punca rezeki depa… itu yang cuba sampaikan kepada Yang Berhormat Exco.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Jabatan Perikanan Negeri sentiasa membuat temuduga dan sebagainya dan telahpun menghantar permohonan ini pada tahun 2018 yang lalu. Pengadu-pengadu tersebut dinasihat untuk berhubung dengan Jabatan Pena… Pertanian… Perikanan Negeri untuk maklumbalas dengan lanjut, dan pihak saya pun bila dalam ada perjumpaan dengan Menteri pun saya dah mengadu hal bukan. Cuma minta tolong daripada YB terutamanya kawasan nelayan semacam saya kita dua serupa, jadi minta tolong lah no. Untuk Yang Berhormat ADUN Kuala Perlis dan ADUN Guar Sanji berkenaan bekalan baja kepada pesawah, adakah ini bekalan ini terlambat? Memang benar tetapi buat masa takat hari ni saya ingat dah sampai dah ke gudang-gudang ke PPK-PPK dan saya akan selesai dalam masa yang terdekat ini. Boleh… Guar Sanji pun lari dah…

YB TUAN MOHD RIDZUAN BIN HASHIM (menggantikan YB Speaker) : Silakan-silakan, terus…

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Minta maaf no… tak nampak… naik pangkat cepat sangat, tudia…

YB TUAN MOHD RIDZUAN BIN HASHIM (menggantikan YB Speaker) : Rezeki YB…

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Untuk Yang Berhormat Kuala Perlis juga, pesawah memohon bekalan air di Padang Besar Selatan, alhamdulillah whatsapp daripada Ketua Unit, dah mula masuk. Bagi Yang Berhormat Guar Sanji, satu lagi projek pertanian TBC 2 dari 7 strategi tidak dilaksanakan, kerja-kerja infra 3 tahun telah dilaksanakan tetapi kerja-kerja negeri pasang Kok U dah diliputi semak samun, kenapa keluasan sawah gemilang mengurangkan? Kelemahan pengagihan peralatan… untuk projek kesuburan tanah, peruntukan ini adalah program pengapuran dimana pada tahun 2017, peruntukan pengapuran telah diperuntukan di bawah pihak Lembaga Pertubuhan Peladang. Jabatan Pertanian telah memutuskan supaya peruntukan tersebut dipinda dan dibelanja bagi pembelian baja, namun begitu pembelian baja telah dibuat menggunakan peruntukan mengurus negeri. Peruntukan asal dari program pengapuran dibelanjakan bagi membeli input yang berkaitan program peningkatan kesuburan tanah sawah berjumlah RM48,000.00. Pembangunan Usahawan Padi, Jabatan telah membelanjakan peruntukan tersebut bagi tujuan gotong royong untuk Sistem Kawalan Perosak Secara bersepadu di Panggas Kechil berdasarkan keperluan semasa berjumlah RM8,172.00. Kerja infra 3 tahun telah dilaksanakan tetapi Kerajaan Negeri pasang Kok U dah dilitupi semak samun. Peruntukan hanya diluluskan, untuk maluman YB, peruntukan hanya diluluskan untuk buat Kok U, cuci tuan tanah sendiri sebab sat ni orang kata macam bagi terus, tau dak… untuk cuci-cuci tuan tanah jaga… sebab tu YB tengok dia nampak kata semak samun, dia tegur kan… sebenarnya peruntukan kita bagi dalam perjanjian dengan tuan tanah, Jabatan bagi kok ni lepas tu nak guna cuci sebab melalui tanahnya sendiri. Kenapa keluasan sawah gemilang mengurangkan… mengurang? Projek sawah gemilang dibangunkan berdasarkan peruntukan yang diluluskan pada tiap-tiap tahun. Pemilihan projek sawah gemilang dibuat di lokasi projek kelompok padi yang berbeza dan projek sawah gemilang telah dibangunkan pada tahun yang sebelumnya tidak kekal sebagai projek sawah gemilang. Kelemahan pengagihan peralatan belum diagihkan sepenuhnya, antara sebab-sebab pengagihan peralatan tidak diagihkan, pertukaran agen pengembangan tanaman atau pegawai kawasan, yang pertama, yang kedua petani yang menerima peralatan tidak dapat dihubungi atau dijejaki, yang ketiga petani telah meninggal dan perlu diganti dengan petani lain, yang keempat pengagihan peralatan dilaksanakan secara berperingkat. Pengagihan peralatan yang tidak diagih yang dibeli pada tahun 2018 melibatkan 5 unit Pam Air Diesel 3… 6 hose… tiga inchi enam horse power hingga 7 horse power, 1 unit penyembur galas bermotor dan 1 unit treller 0.5 tan telah selesai diagihkan sepenuhnya pada tarikh seperti berikut, pam air diesel tiga inci enam horse power 27 haribulan Mac dan 21 haribulan… 27 haribulan Mac 2018, 21 haribulan Sembilan 2019. Dan juga 21 haribulan Sembilan... penyembur gas bermotor 9 haribulan Sepuluh 2017, treller 19 haribulan Jun 2017. Pengagihan 34 peralatan yang dibeli pada tahun 2018 telah pun diagih dari masa ke semasa. Sehingga kini baki sebanyak 8 lagi dalam proses pengagihan.

Untuk soalan berikut daripada Yang Berhormat Guar Sanji. Lambakan buah Harumanis berlaku, apakah perancangan Kerajaan Negeri kepada pengusaha persendirian? Ada cadangan nak buka pusat pengumpulan? Jabatan Pertanian telah membuka pusat pengumpulan Harumanis di Kampung Tanah Pasir Beseri. Selain daripada Jabatan juga merancang mengambil langkah untuk mengatasi masalah lambakan buah Harumanis seperti berikut. Jabatan merancang mengeluarkan hasil dengan kaedah merekodkan data, membalut buah secara berkala. Ianya dapat membantu Jabatan menganggarkan jumlah hasil yang dikeluarkan pada tahun… pada bulan Ramadan dan memudahkan untuk mengaturkan strategi pemasaran melalui FAMA atau Agensi berkaitan. Kerajaan Negeri telah meluluskan pembelian lori biasa untuk memudahkan urusan penghantaran buah Harumanis Perlis ke luar negeri semasa bulan Ramadan dan ia dapat memastikan kualiti buah terbaik. Jabatan juga telah mewar-warkan kepada semua Jabatan Pertanian di seluruh negeri agar membantu mempromosikan buah Harumanis Perlis. Pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menetapkan supaya buah Harumanis dijadikan satu menu hidangan bagi setiap Jamuan atau Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan. Jabatan Pertanian dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis juga menetapkan supaya buah Harumanis dijadikan sebagai cenderahati atau juadah bagi majlis atau program-program yang dilaksanakan ketika bulan Ramadan seperti majlis berbuka puasa dan sebagainya. Jabatan dengan usahasama Unit Komunikasi Korporat Jabatan Pertanian Putrajaya melaksanakan promosi Harumanis melalui media massa dengan menerangkan khasiat dan kelebihan buah Harumanis yang boleh menggantikan buah kurma ketika berbuka di samping mempromosikan buah Harumanis di luar Perlis. Jabatan juga menjalinkan kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang dalam menghasilkan produk hiliran berasaskan Harumanis seperti teh kiub Harumanis, teh uncang Harumanis, jus botanikal dan bam Harumanis bagi menyelesaikan lambakan. Selain itu, produk-produk ini juga dapat merancakkan Harumanis. Jabatan mengambil langkah untuk membawa keluar buah Harumanis ke pasaran luar negeri Perlis memandangkan pada bulan Ramadan pengunjung sukar untuk berkunjung ke Perlis. Jabatan akan bekerjasama dengan Agensi yang berkaitan untuk membantu jualan Harumanis ini dibuat secara tempat tumpuan awam. Bagi FAMA, dalam membantu memasarkan Harumanis, terdapat lima strategi…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Simpang Empat mohon laluan… sikit saja… terima kasih Dato’ Speaker. Saya mengalu-alukan tindakan yang telah dibuat, cuma ingin mencadangkan beberapa perkara yang mungkin boleh disokong oleh pihak FAMA. Contohnya begini ya... setiap kali perkara ini berlaku, kita boleh menambahkan pusat-pusat jualan terutamanya di Kuala Lumpur, misalnya di Kementerian-Kementerian. Ini boleh dibuat secara berterusan jika proses penuaian ataupun proses kemuncak Harumanis kerana buah ini dia tak tahan lama. Yang kedua, di kawasan-kawasan yang menjadi tarikan ramai seperti di Bukit Bintang, di KLCC, di Pavilion, juga mintak kebenaran untuk kita buat jualan di situ… atas kerjasama pihak FAMA, saya rasa kalau benda ini dirunding dengan baik, ianya boleh dilaksanakan. Yang ketiga, sebelum jangka masa penuaian berlaku, FAMA atau Kerajaan Negeri atau pun Exco Pertanian sendiri menghantar surat kepada syarikat-syarikat korporat untuk mereka membuat pesanan terdahulu bagi memberi untuk gift… untuk mereka makan dan untuk majlis dan sebagainya. Saya ingat ini di antara langkah yang menyokong kalau pemasaran yang untuk mendapatkan harga yang lebih baik yang munasabah. Terima kasih Dato’ Speaker.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Pihak Kerajaan akan ambil perhatian atas cadangan Yang Berhormat Tambun Tulang. Di samping itu juga, FAMA ada lima strategi bagi membantu meningkatkan peluang pemasaran usahawan bagi masalah isu lebihan bekalan itu. Yang pertama, belian dan jualan terus oleh pusat operasi FAMA bagi usahawan yang menghadapi masalah jualan boleh berhubung dengan FAMA terus. Yang kedua, jualan terus dari ladang untuk menggalakkan penyertaan usahawan dalam program jualan terus dari ladang ke luar negeri Perlis. Pada tahun 2019, sebanyak 90 lokasi di luar Perlis telah FAMA aturkan untuk bantuan usahawan jualan buah di luar Perlis. Yang ketiga, jualan secara online yang merupakan trend jualan masa kini, membantu usahawan Harumanis untuk meningkatkan aktiviti jualan menggunakan platform online. Yang ketiga, pembangunan produk-produk hiliran Harumanis dengan mempelbagaikan produk hiliran Harumanis. Yang kelima, peneroka pasaran eksport baru oleh FAMA seperti di Perancis, Dubai dan Kanada.

Untuk soalan yang seterusnya daripada Yang Berhormat Guar Sanji, berkenaan dengan air sungai buang telaga Haji Latiff, saya dimaklumkan oleh pihak MADA musim kemarau ni mereka akan cuba membuat lintasan ataupun pasang pam untuk musim kemarau ini… timoq… timoq. Dan untuk soalan yang seterusnya daripada Yang Berhormat Dato’ Ismail Kasim, terdapat isu padi benih tidak berkualiti yang sah diberi kepada syarikat tertentu sahaja yang layak. Berkaitan dengan isu padi benih tidak berkualiti, MOA telah mengeluarkan satu SOP berkenaan dengan Skim Pengesahan Benih Padi Jabatan Pertanian Malaysia pada 9 Ogos 2011. Tujuan utama skim ini adalah untuk memperakukan ketulenan genetik dan identiti varieti benih padi yang dikeluarkan. Skim ini disediakan untuk pengeluaran benih padi sah oleh pengeluar yang dilantik sahaja. Lot-lot benih yang diperakui menepati piawaian akan diberi label perakuan kualiti warna biru bagi benih yang sah dan ungu muda bagi benih yang daftar. Klasifikasi kategori benih dalam proses pengeluaran benih padi sah adalah berikut... seperti berikut. Biji benih asas, biji benih asas adalah progeni daripada penanaman benih baka yang dikawal oleh pengeluarannya mengikut prosedur tertentu bagi memastikan tahap ketulenan genetik dan diperakui menepati piawaian yang ditetapkan. Benih asas dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, MARDI. Bagi Benih Daftar, benih yang didaftar adalah progeni dari penanaman biji benih asas yang dikawal oleh pengeluar mengikut prosedur tertentu bagi memastikan tahap ketulenan genetik dan diperakui mengikuti piawaian yang ditetapkan di bawah Standard Jabatan Pertanian Malaysia (SJPM-2009). Biji benih sah, biji benih sah adalah progeni dari penanaman biji benih yang didaftar dikawal pengeluaran mengikut prosedur Skim Pengesahan Benih Padi dan Standard Jabatan Pertanian Malaysia (SJPM-2009) bagi memastikan tahap ketulenan genetik dan diperakui menepati piawaian yang ditetapkan. Elemen-elemen penting dalam pengeluaran benih padi sah, tapak semaian dan ladang benih memenuhi jarak pemecilan dan kesempurnaan tapak. Sumber kategori benih yang diperakui, menanam dan sumber sah. Pembuktian sumber benih diwajibkan. Pemeriksaan ladang, pemeriksaan dijalankan empat peringkat iaitu peringkat pra-tanam, tampang, berbunga dan pra-tuai. Ia bertujuan untuk memastikan varieti yang ditanam mengikut ciri-ciri varieti dan memenuhi piawaian ladang seperti yang ditetapkan dalam dokumen Standard Jabatan Pertanian Malaysia SJPM-2009. Pemeriksaan logi memproses benih, loji proses benih padi mestilah dalam keadaan bersih dan bebas daripada sebarang pencemaran ataupun percampuran varieti. Ujian kualiti biji benih, tiga jenis ujian dijalankan untuk ujian ketulenan fizikal, kelembapan dan percambahan. Tujuan untuk menentukan sama ada benih padi yang telah diproses memenuhi piawaian biji benih seperti yang ditetapkan dalam dokumen Standard Jabatan Pertanian.

Pemeriksaan stor dan stok, hanya benih yang telah mendapat perakuan sahaja ditawarkan untuk jualan. Lot-lot padi benih mestilah dalam keadaan baik, teratur dan mudah dikesan. Lot benih yang memenuhi piawaian mempunyai label perakuan kualiti benih yang ditetapkan.

Untuk soalan yang seterusnya, apakah status Projek Muda 2? Di kawasan negeri Perlis terdapat 23 buah blok pengairan yang diperakui pengairan kawasan sawah padi yang berkeluasan 20,073 hektar. Daripada jumlah itu, 7 buah blok telah dilengkapi dengan sistem pengairan Muda 2 manakala 16 buah blok lagi hanya dilengkapi sehingga peringkat sekunder sahaja. Di bawah Projek Pemacuan Pertanian, pembangunan sistem pengairan tersier menjadi salah satu komponen projek utama dilaksanakan di atas blok sekunder sebagai langkah meningkatkan kecekapan pengairan. Sehingga kini, dua blok pengairan telah siap dibangun iaitu Blok ARBD 3 dan Blok ARBD 1c. Sembilan buah blok lagi pengairan... lagi telah ditetapkan sebagai keutamaan MADA untuk dibangunkan di dalam tempoh tahun 2020 hingga 2025 dalam RMK ke-12 manakala baki lima blok lagi akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 dan 14 tertakluk kepada peruntukan kewangan yang diterima. Untuk makluman, daripada Yang Berhormat Tambun Tulang juga mencadangkan... mengatakan FAB akan bekerjasama dengan PPK, MADA Tambun Tulang, Guar Sanji dan Simpang Empat. insyaAllah saya cadangkan supaya program ini dapat berjalan dengan lancar. Sekian, dengan itu saya bagi pihak ADUN Simpang Empat terutama sekali mengucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, Setiausaha Dewan dan kakitangannya, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan dan Swasta, para pemberita, para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan, mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan sepanjang persidangan ini. Saya mohon menyokong pembentangan Bajet 2020. Sekian, wabillahitawfeek, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

(YB Speaker kembali mempengerusikan mesyuarat Dewan)

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Empat, dipersilakan Yang Berhormat Chuping.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Bismillahirahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Perlis, Raja berdaulat rakyat berilmu, Negeri sejahtera Perlis Maju. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, di atas laluan yang diberikan kepada saya untuk turut membahas Bajet Negeri Perlis Tahun 2020 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Bintong pada 10 haribulan 12, dua hari lepas, dan sebelum itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk memberi setinggi-tinggi penghargaan, tahniah dan terima kasih kepada seluruh Ketua-Ketua Jabatan yang tetap setia dalam Dewan ini selama tiga hari walaupun dalam keadaan sejuk tak keluar Dewan tak seperti di tempat-tempat lain, sejuk dia keluar Dewan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, 09 Mei 2018, tercatat sejarah perubahan struktur politik dan pentadbiran Negara. Kini, 19 bulan sudah pun berlalu, ekonomi negara kian tidak menentu ditambah pula politik yang masih celaru, namun Perlis masih utuh dan jitu, demi rakyat wawasan dipacu. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Bintong kerana segenap tenaga telah digembelingkan bersama Yang Berhormat Bintong sehinggalah termeterainya Bajet 2020, iaitu menjana kemakmuran membina kesejahteraan. Walaupun terpaksa mengharungi liku-liku kehidupan, perit, jerit, cabaran, namun pertumbuhan ekonomi negeri Perlis terus meningkat berdasarkan KDNK pada tahun 2018 mencatat pertumbuhan sebanyak 3.3 peratus berbanding tahun 20… a… 2017 hanya 2.2 peratus sahaja. Bajet kali ini telah memfokuskan dua agenda utama iaitu menjana pembangunan ekonomi mampan dan meningkat kualiti hidup rakyat. Saya tertarik, satu kejutan yang luar biasa yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Bintong, iaitu bonus kepada kakitangan awam yang mana Kerajaan Negeri mampu memberikan sebanyak RM600.00 kepada penjawat awam Gred 1 hingga 54 dan ini adalah satu kejutan yang luar biasa yang mana menunjukkan Kerajaan Negeri Perlis telah berusaha sedaya upaya, berbelanja secara berhemah demi mencapai hasrat yang telah dicita-citakan oleh rakyat. Jadi ada satu perkara yang saya ingin sentuh di sini, kepada rakan-rakan PH, yang ni pun aduan rakyat, supaya rakan-rakan PH dapat menyampaikan kepada Kerajaan yang ada pada hari ini iaitu di mana apabila tadi dalam soalan lisan daripada Yang Berhormat Kuala Perlis berhubung dengan MPKKP, bagi pihak Kerajaan Negeri kita tidak menghadapi masalah sekiranya betul pihak Kerajaan Persekutuan ingin mewujudkan MPKKP. Tetapi buat masa ini kami di pihak Kerajaan Negeri masih belum menerima secara bertulis mengatakan perlantikan yang sebelum ini akan dibatalkan, kerana kalau ikut perlantikan sepertimana surat yang diterima oleh Pengerusi MPKK dan Setiausaha yang ada sekarang ini, adalah surat tu berkuatkuasa daripada 1 Januari 2019 sehingga penghujung Disember 2020. Jadi… dan… sekiranya ianya berlaku sekalipun maka Kerajaan Negeri telah pun membuat persediaan untuk mewujudkan semula JKKK di peringkat negeri Perlis dan satu lagi perkara yang ingin dibangkitkan di sini, kenapa pihak Kerajaan Persekutuan membuat U-turn yang sebegini dan untuk makluman rakan-rakan PH di sana, ianya amatlah tidak mencerminkan sikap profesionalisme dan yang paling terkesan U-turn ini adalah sebanyak 106 cawangan yang telah mendapat kelulusan... surat kelulusan peruntukan geran 10K ini tetapi tak disampaikan peruntukan tersebut. Ini aduan di bawah yang semakin dok bercakap, bila lagi? Ni nak habis tahun dah…

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Yang Behormat Dato’ Speaker, saya mohon mencelah. OK terima kasih Yang Berhormat Chuping berkenaan dengan MPKK. Sebenarnya Kerajaan Persekutuan tidak akan menghapuskan MPKK tetapi mereka hanya memperkenalkan MPKKP, hanyalah jika Kerajaan Negeri akan meluluskan MPKK, teruskan… ha ini maklumat yang kami dapat… itu… tapi atas kos sendiri, itu yang pertama. Tadi Yang Behormat Chuping ada sebut berkenaan profesionalisme, simple as this lah, dengan izin Dato’ Speaker, semasa perarakan Hari Kemerdekaan yang lepas di stadium, kontinjen MPKK masuk ke dalam stadium sebagai kontinjen lah… tetapi membawa bendera UMNO. MPKK bukan identitinya ialah UMNO, itu yang… siapa yang tidak professional sebenarnya dalam keadaan ini? Itu yang… yang membuatkan apa nama ni… penyokong-penyokong Pakatan Harapan marah dan menyampaikan perkara ini kepada Menteri, itu sahaja.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis kerana itu yang menjadi… apa orang kata... terbuku di hati Yang Berhormat Kuala Perlis saya ingin jelaskan di sini yang mana berkaitan dengan profesionalisme tadi, yang berbangkit tentang kalau Kerajaan Persekutuan maksudnya tak membatalkan MPKK tapi buat apa gunanya? Baiklah kami ikut acuan kami sendiri, di peringkat Kerajaan Negeri untuk mengumpulkan semula JKKK, dan yang seterusnya berkaitan dengan yang dibangkitkan tentang sewaktu hari Kebangsaan perbarisan tu, untuk makluman Yang Berhormat Kuala Perlis, rakyat di bawah sana, komuniti yang kita panggil MPKK ini tak kesemuanya pelbagai... orang kata apa... yang memegang jawatan parti. Dan tidak sesekali pihak Kerajaan Negeri menyuruh ataupun suruh depa buat bawak bendera. Kita hanya di peringkat Kerajaan Negeri mengalu-alukan supaya depa membawa bendera Malaysia mewakili komuniti MPKK, tetapi di sebaliknya itulah yang berlaku atas depa sendiri dan ini yang menunjukkan tidak profesionalnya di peringkat Kerajaan Persekutuan. Nak sambut Merdeka, kita tahu sejarah, tak tau lah sejarah nak bawak balik abu Chin Peng ni mai kot mana? Kan? Jadi itulah yang saya ingin mintak tolong kawan-kawan… rakan-rakan daripada Kerajaan PH supaya…

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Yang Berhormat Speaker, saya minta mencelah… Beseri minta mencelah. Untuk makluman Kuala Perlis, bendera UMNO tu pun sebagai kita nak tunjuk bahawa UMNO lah pejuang kemerdekaan semua… no… untuk makluman Kuala Perlis lah, nak bagitahu bahawa UMNO adalah salah satu parti yang memperjuangkan kemerdekaan. Sekian, terima kasih.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Yang Behormat Dato’ Speaker, mohon mencelah balik. Ya saya tak nafikan, UMNO adalah salah satu organisasi semasa memperjuangkan kemerdekaan masa tersebut, tetapi bila... apa nama ni… MPKK bawa bendera UMNO masa tu, kami tak nafikan. Kami ni insyaAllah tak ada masalah, tapi penyokong-penyokong di bawah, mereka membuat laporan. Itu yang… yang… yang orang cakap menyebabkan kemarahan, tak sepatutnya. Ini… actually ini bukan satu... salah satu penyebab kenapa penyokong-penyokong Pakatan Harapan marah kepada MPKK yang ditubuhkan, yang dipilih oleh... daripada Kerajaan Negeri. Banyak lagi sebab-sebab lain, tetapi itu salah satunya untuk makluman…

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Mohon mencelah… macam ni Yang Berhormat Beseri, saya memang bersetuju kemerdekaan Malaysia ni diperjuangkan oleh parti-parti… gabungan parti dalam Barisan Nasional. Kalau nak bawa bendera UMNO ke MCA ka MIC, boleh… boleh minta penyokong yang hadir ke stadium bawa bendera-bendera parti. Tetapi kalau perarakan MPKK, saya sarankan pemimpin-pemimpin di atas seharusnya memberi sedikit teguran supaya tidak membawa bendera-bendera yang berunsurkan parti, terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon mencelah. Saya terkejut dengan argument yang diberikan oleh Indera Kayangan dan juga… Kuala Perlis. Consideration yang digunakan oleh Kerajaan sekarang, hanyalah kepada… kerana ada dikalangan ahli-ahli ataupun mereka yang menyertai perarakan itu membawa bendera UMNO, saya pun tengok balik apabila benda ni ditimbulkan, saya tengok… saya bilang balik berapa banyak bendera UMNO yang dibawa. Saya kira-kira ada 13, 13 bendera saya kira… yang mana mereka ini sepertimana yang disebutkan oleh Chuping tadi, tak disuruh pun. Ini adalah atas semangat mereka sendiri sahaja, dan kalau sekiranya ada di kalangan kumpulan komuniti itu yang terdiri daripada parti PKR ka… atau PPBM ka atau daripada PAS ka atau DAP sekalipun yang menyertainya, dan bawa bendera, kita tak ada masalah. Tetapi yang saya pelik ini, consideration suatu National Policy, Dasar Negara… telah dibuat berdasarkan kepada hanya bendera tetapi saya pelik, yang saya pelik sepertimana yang juga disebut oleh Chuping tadi, kumpulan apa ni... movement communist itu… seluruh negara… bendera Malaysia diubah jadi lima bintang. Tak dak pulak ahli-ahli daripada parti Pakatan Harapan ataupun komponen-komponen parti Pakatan Harapan yang menyebut sesuatu yang negatif (majoriti Ahli Dewan menepuk meja tanda menyokong) saya rasa ini sesuatu yang pelik bagi saya. Saya harap ini... sepatutnya negara melihat ini dengan serius sebab itu kesannya kepada negara dan rakyat lebih ramai yang marah sebenarnya… pada apa-apa yang berlaku itu, tidak termasuk lagi penghinaan yang dilakukan ke atas Raja-Raja dan juga penghinaan yang dilakukan ke atas agama. Jadi saya tak tau apa consideration ataupun pertimbangan yang digunakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan untuk membuat sesuatu dasar yang melibatkan seluruh Negara. Saya rasa kalau begini pertimbangan yang digunakan, we are not going north… we are going south… Yang Berhormat, terima kasih Dato’ Speaker.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Mohon mencelah Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih atas pandangan Yang Amat Berhormat Bintong, tadi Yang Amat Berhormat Bintong ada menyebut berkenaan bintang… bendera bintang berbucu lima. Sebenarnya perkara ini berlaku bukan baru lagi… sebelum lagi… semasa pemerintahan Barisan Nasional tetapi ketika itu media di-control oleh Kerajaan Barisan Nasional. Sekarang ini kami... kenapa kami perlu bercakap? Media dah mainkan benda tu ketika pemerintahan kami, so kami terima… kami cuba perbetulkan, kami bagi nasihat. So benda ni bukan baharu lagi, benda ini sebelum ini dah terjadi tetapi tidak dimainkan oleh media kerana media ketika itu tidak bebas. Sekarang media lebih bebas dan lebih telus.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, di situlah terletaknya kebijaksanaan Kerajaan Barisan Nasional dahulu. Sesuatu yang boleh menimbulkan rasa ketidak puasan hati atau marah di kalangan rakyat dibendung, bukannya dibebaskan. Jadi saya tidak tahu di mana titik pertimbangan Yang Berhormat dalam hal ini. Sesuatu yang mendatangkan masalah dalam masyarakat, sesuatu yang menimbulkan kemarahan, sesuatu yang menimbulkan… apa ni… a… rasa marah di kalangan masyarakat ini dibendung dan itu yang dilakukan exactly oleh Kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan sekarang semua nak bebaskan, nak benarkan, ia boleh berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam masyarakat, itukah yang kita kehendaki? Dan itukah hala tuju negara kita sebenarnya pada masa yang akan dating? Saya tak fikir ini adalah sesuatu benda yang sihat Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jadi saya rasa pandangan saya dan rakan-rakan saya yang lain pun (menunjukkan barisan Exco) ataupun mungkin agaknya mungkin sebahagian besar daripada kesemua sekali di dalam Dewan ini tidak bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat daripada Kuala Perlis.

Speaker

Yang Berhormat, saya nak minta Yang Berhormat Chuping habiskan sebab kita ada agenda untuk…

Dato’ Speaker mintak sikit sahaja…

Speaker

Saya nak bagi Chuping habiskan…

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, cuma sikit sahaja… berbalik kepada MPKK tadi saya nak sentuh, kalau nak buat yang baru tu, buatlah… cuma saya nak mintak tolong rakan-rakan PH tolong sampaikan, peruntukan yang telah diluluskan tolong selesaikan… na… janji tetap dikota. Saya ingin menyentuh mengenai portfolio saya yang mana saya ingin juga mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Bintong kerana telah mengumumkan Tahun Melawat Perlis pada 2021, atas usaha untuk menjayakan TMP 2021, sekali lagi Yang Amat Berhormat Bintong telah memperuntukkan sebanyak RM4.17 juta bagi memfokuskan kepada penambah baikan dan pelancongan dan pelbagaikan produk eko-pelancongan. Yang ni… peruntukan ini telah dibahagikan kepada tiga fokus utama iaitu sport tourism, produk-produk baru dan juga agro pelancongan. Saya juga ingin memberi maklum balas kepada Yang Berhormat Kuala Perlis yang telah memberi… dalam ucapan perbahasan kelmarin telah menyentuh tentang Tahun Melawat Malaysia 2020 yang mana seperti yang kita sedia maklum, Kementerian telah mewar-warkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun depan, 2020 dan selaras dengan itu Kerajaan Negeri juga memberi komited untuk sama-sama mempromosikan produk-produk fizikal dan program pelancongan yang sedia ada di negeri Perlis. Produk-produk ini akan ditambah baik dari segi pengiklanan serta hebahan untuk meningkatkan kunjungan pelancong dan Kerajaan Negeri Perlis juga telah mendaftarkan lima program utama yang berteraskan pelancongan untuk diwar-warkan sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2020. Berkaitan dengan hasil langsung kepada Kerajaan Negeri adalah melalui cukai pelancongan. Yang ni dicaj kepada penginap antarabangsa yang menginap di hotel seluruh negeri Perlis. Kementerian Kewangan Malaysia pada 28 Mac 2019 telah mengumumkan penyaluran 50 peratus daripada kutipan tersebut kepada Kerajaan Negeri. Jadi, pada kutipan 2017 sehingga 2018, kita telah menerima sebanyak RM22,000.00 untuk… duit ini akan… sebagai peruntukan tambahan bagi menambah baik sektor pelancongan di negeri Perlis dan pada masa yang sama, sektor pelancongan memberi limpahan ekonomi kepada rakyat seperti pengusaha produk pelancongan, usahawan, pemandu teksi dan sebagainya. Satu kajian sedang dijalankan oleh pasukan perunding berkaitan trend pelancong di Perlis. Antara dapatan awal kajian adalah, kumpulan pelancong ni, paling ramai berumur lingkungan 21 hingga 30 tahun dan yang paling ramai juga dari kumpulan yang telah berkahwin, dan yang ketiga ni adalah daripada kakitangan awam, yang keempat, yang paling ramai suka mai ni golongan perempuan dan yang kelima pelancong-pelancong yang berkeluarga yang paling ramai mengunjungi Perlis dan yang akhir, yang keenam kajian juga mendapati kumpulan besar pelancong yang berkunjung ke Perlis adalah untuk membeli-belah di Padang Besar, yang datang sini untuk mesyuarat dan seminar, yang sukai mai makan-makan dan berkunjung sanak saudara yang ada di negeri Perlis ni. Langkah meningkatkan hasil pelancongan Kerajaan Negeri sedang merangka beberapa strategi pembangunan untuk sektor pelancongan. Antaranya…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Pohon laluan Yang Berhormat… sikit saja… pasal pelancongan… saya tak nak terjebak dalam... tu tadi… sebab saya memerhati sahaja… saya nak tanya tentang pelancongan. Yang Berhormat, memandangkan beberapa buah hotel baharu yang akan dibina di Perlis, atas pembentangan Yang Berhormat… Yang Amat Berhormat Bintong, saya mencadangkan di antara konsep hotel-hotel ini… memandangkan negeri ini negeri Sunnah yang agak dikenali di peringkat antarabangsa, apa kata kalau kita buat hotel-hotel ni yang berlandaskan Islam… kerana beberapa hotel macam ini di Langkawi kita lihat, mendapat sambutan yang luar biasa, bukan sahaja daripada orang Islam, bahkan orang bukan Islam apabila kolam mandi dibina berasingan dan sebagainya. Cuba… cuba kita selitkan balik, sebab setiap kali perkampungan Sunnah di Perlis, ratusan… beribu orang hadir termasuk dari luar negara dan mereka akan datang balik ke negeri ini, mungkin sebagai pelancong atau pun sebagai apa ni… untuk… untuk mendapatkan wacana, ilmu dan sebagainya. Jadi apa kata kata hotel-hotel yang baru dibina cuba kita bergerak ke arah itu, yang bercirikan unsur-unsur Islam dalam… di dalam hotel dilarang menjual minuman keras, tidak ada pencampuran yang bukan mahram berlaku dan sebagainya. Jadi hanya cadangan daripada sayalah. Minta ditimbangkan dengan mengambil advantage kita sebagai negeri Sunnah, terima kasih.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tambun Tulang, pandangan yang cukup bagus dan kita bagi pihak Kerajaan Negeri akan menimbang dan mungkin ini adalah satu kriteria yang boleh kita letakkan kepada pengusaha-pengusaha hotel yang akan melabur di negeri Perlis, insyaAllah. Dan sebagaimana yang saya sebut tadi, langkah-langkah untuk meningkatkan hasil pelancongan, beberapa strategi antaranya ialah, pertama meningkatkan aktiviti perniagaan pintu masuk utama seperti di Kuala Perlis dan Padang Besar, yang kedua melibatkan komuniti dalam pembangunan pelancongan seperti pembangunan kumpulan pemandu pelancong di Wang Kelian… bukan di Wang Kelian sahaja, mungkin di tempat-tempat produk-produk pelancongan seperti Tasik Melati kita akan ambil orang sekitar kawasan tersebut untuk menjadi pemandu pelancong. Yang ketiga melibatkan sektor swasta dalam sektor pelancongan sedia ada, yang keempat menjadikan produk pelancongan sebagai pemangkin pembangunan, dan yang kelima menonjolkan penggunaan teknologi maklumat dan media kreatif dalam pembangunan pelancongan. Kelmarin juga Yang Berhormat Kuala Perlis menyentuh tentang program yang berlangsung pada 7 haribulan 12 iaitu Surfcasting, rod joran tu la… memancing… yang mana program ini bukan dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri, ia adalah salah satu penganjuran oleh pihak Tourism Malaysia yang dilantik syarikat, satu syarikat ini dilantik oleh pihak Tourism Malaysia untuk menganjur surfcasting ini, dan penganjur pun telah membuat semakan terlebih dahulu jadual pasang surut air dan sebelum program ini dilaksanakan dan telah dipersetujui oleh penganjur peringkat ibu pejabat serta selari dengan jadual siri kesembilan yang telah ditetapkan. Depa ni ada sepuluh siri dan Perlis hari tu adalah siri yang kesembilan, dan anggaran peserta yang dijangka menyertai pertandingan ini seramai 1,500 ke 2,000. Jadi sasaran hari tu, yang datang 1,615 penyertaan adalah mencapai sasaran yang pihak syarikat ini tetapkan dan pertandingan ini merupakan Siri Grand Prix dan negeri Perlis dipilih sebagai lokasi kesembilan. Sekiranya pada masa akan datang negeri Perlis terpilih sekali lagi, maka pihak penganjur akan mengambil maklum mengenai perkara-perkara tadi. Saya juga ingin memberi maklum balas kepada Yang Berhormat Tambun Tulang kelmarin ada sedikit menyebut dan bukan memberi soalan tu sebagai pandangan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Tambun Tulang dan kita bagi pihak Kerajaan Negeri akan perincikan dan akan menyesuaikan ikut kemampuan kewangan

Kerajaan Negeri. Ini menunjukkan betapa seriusnya Kerajaan Negeri dalam usaha merancakkan sektor pelancongan bagi menyumbang peningkatan yang berterusan ekonomi negeri Perlis. Terima kasih banyak-banyak Yang Amat Berhormat Bintong. Harapan saya, saya menyeru kepada agensi atau Jabatan-Jabatan yang mempunyai produk-produk pelancongan ini dapat menjaga dan dapat menggunakan peruntukan ini dengan sebaik yang mungkin. Perkara penting yang perlu dititik beratkan ialah menekankan aspek kebersihan, itu yang pertama dan yang kedua landskap… apa… membuat landskap yang menarik yang boleh memberi daya tarikan kepada pelancong. Sama-samalah kita menjayakan TMP2021, insyaAllah semoga apa yang kita cita-citakan ini dapat kita realisasikan bersama. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk menzahirkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan-Jabatan Negeri dan Persekutuan yang di bawah portfolio saya yang selama ini telah memberikan sepenuh komitmen yang padu dalam saya melaksanakan tanggungjawab ini. Begitu juga yang sentiasa membantu saya dalam menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan rakyat khususnya di DUN Chuping. Jasa dan kerjasama Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat saya hargai. Akhir kata terima kasih dan tahniah jua diucapkan kepada Yang Behormat Dato’ Speaker dan seluruh Setiausaha Dewan dan seluruh kakitangan Dewan Undangan Negeri yang telah berjaya mengendalikan persidangan ini dengan teratur dan tertib. Saya dan seluruh warga Chuping menyokong usul yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Bintong. Sekian, wabillahitawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Chuping, dipersilakan Yang Amat Berhormat Bintong.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Bismillahirahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sebelum saya memulakan penggulungan ini, pertamanya saya ingin membuat sedikit pembetulan ke atas maklumat yang saya berikan sebelum ini berkaitan dengan soalan lisan yang telah dikemukakan… soalan mulut pulak, yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Guar Sanji, iaitu berhubung dengan pertanyaan beliau berapa ramai pengunjung-pengunjung ataupun pelancong yang telah mengunjungi taman di Bukit Ayer dan juga di Sungai Batu Pahat. Sebenarnya mulai tahun 2019… mulai April tahun 2019, kita telah mula mengenakan bayaran sebenarnya kepada pengunjung di Taman Eko-Rimba Bukit Ayer… Hutan Lipur dan juga di Sungai Batu Pahat. Jadi untuk angka 2019, untuk Hutan Lipur kita ada 26,303 orang dan yang mengunjungi ataupun yang tinggal di Chalet Bukit Ayer itu ada 3,146 orang. Pada tahun 2018 pengunjungnya lebih ramai, 108,535 dan yang tinggal di Chalet Bukit Ayer itu 2,028. Kenapa berlaku penurunan mendadak itu? Sebab telah mula dikenakan bayaran. Jadi bayaran yang dikenakan untuk dewasa RM2.00, kanak-kanak RM1.00 dan untuk yang tiada… yang tidak mempunyai MyKad maksudnya bukan Warganegara RM3.00. Dan untuk OKU dan juga warga emas percuma. Jadi itu maklumat yang saya ingin perbetulkan… tadi ada saya menyebutkan bahawa kita tidak mengenakan caj, sebenarnya telah mula dikenakan pada bulan April tahun 2019. Dan satu lagi pembetulan yang saya ingin lakukan, ini bukan disengajakan… is a slip of my tongue, dengan izin, iaitu mengenai bayaran khas yang dibayar kepada orang-orang pencen Kerajaan Persekutuan bagi RM250.00, Kerajaan Negeri top up RM350.00, jadi jumlah keseluruhan adalah RM600.00, bukan RM650.00 seperti yang saya sebutkan di dalam Dewan. Jadi campur tak betul.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada Sena, daripada Indera Kayangan, daripada Kuala Perlis, daripada Guar Sanji dan juga Tambun Tulang yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan Bajet 2020 untuk negeri Perlis, terutama sekali menyentuh mengenai portfolio di bawah tanggungjawab saya. Saya tak nak mengambil masa yang terlalu panjang dan saya ingin terus memberikan feedback ataupun respon kepada beberapa isu yang dibangkitkan berkaitan dengan portfolio saya. Yang pertamanya ialah berkaitan dengan cadangan untuk meletak Pegawai Kanan SPRM di Pejabat Menteri Besar. Di dalam statement yang saya keluarkan sebelum ini, saya tidak pernah mengatakan kita menolak. Saya mengatakan bahawa itu perlu dikaji dari segi kesesuaiannya terlebih dahulu, saya mengatakan demikian kerana telah pun ada usaha sebelum ini yang dilakukan oleh Kerajaan sebelum ini iaitu bersesuaian dengan… dengan Pekeliling Perkhidmatan Tahun… Bilangan 6 Tahun 2013 yang mencadang ataupun yang mengenai penubuhan Unit Integriti, Unit Integriti di semua agensi-agensi awam. Unit Integriti ini ia lebih menyeluruh, dia tidak hanya memfokus kepada aspek membanteras rasuah semata-mata tetapi juga aspek-aspek yang lain yang berkaitan dengan disiplin yang boleh membawa kepada elemen-elemen yang tidak dikehendaki berlaku di dalam perkhidmatan awam dan unit integriti ini harus dilihat sebenarnya, adakah dengan menempatkan pegawai lebih baik atau dengan menubuhkan satu unit itu lebih berkesan misalnya. Jadi kalau kita lihat kepada Unit Integriti ini dia ada 6 fungsi utama. Satu mengenai tadbir urus itu sendiri, good governance, yang kedua mengenai pengukuhan integrity… strengthening the integrity, kemudiannya pengesanan dan pengesahan, pengurusan aduan, pematuhan dan tatertib. Jadi pengesanan dan pengesahan itu adalah aspek investigation di sana, jadi itu melibatkan SPRM juga. Sebenarnya Unit Integriti ini adalah merupakan unit yang merangkumi kesemua aspek yang berkaitan dengan good governance termasuk aspek rasuah itu sendiri. Jadi saya mencadangkan supaya dilihat dengan lebih lanjut, supaya Kerajaan tidak habis resources begitu sahaja, dengan menempatkan… kalau nak tempatkan di semua Pejabat Menteri Besar kena tempatkan, di semua pejabat-pejabat Menteri kena tempatkan. Pejabat Perdana Menteri pun kena letak begitu juga dengan Pejabat Timbalan Perdana Menteri, then baru justify. Dan itu saya bercakap mengenai keperluan kesesuaian meletak, keduanya dari segi aplikasi kewangan, ini harus dilihat oleh Kerajaan dengan begitu serius. Jadi saya menyatakan bahawa benda ini, saya tidak tolak tetapi….

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Mohon laluan Yang Amat Berhormat…

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

…saya menyatakan bahawa… sekejap Yang Berhormat. Bagi saya habiskab sekejap dulu… lihat dari segi kesesuaian dia dahulu. Itu yang saya cadangkan, silakan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Bintong. Berkaitan dengan saranan ataupun gesaan yang dibuat oleh ADUN-ADUN PH berkaitan dengan untuk meletakkan Pegawai SPRM di pejabat MB ni, semalam tular satu kenyataan yang dibuat di page YB Sena di mana mengatakan semua kesepakatan di antara ADUN pembangkang kecuali PAS, dalam perbahasan belanjawan 2020 Perlis siang tadi menggesa agar Menteri Besar Perlis menerima cadangan SPRM supaya pegawai kanan SPRM ditempatkan di Pejabat Menteri Besar, demi integriti dan urus tadbir yang baik. Berita penuh, tekan link. Baik, saya nak menyatakan bahawa di sini prinsip PAS ia selagi mana ada kebaikan dan kita menyokong dan kita perlu mempunyai penilaian-penilaian yang begitu rapi untuk dilaksanakan. Kita lihat PAS Kelantan, kita tadbir 25 tahun lebih dan kita membuka pintu seluas-luasnya kepada SPRM 25 jam sehari untuk adakan siasatan. Ini prinsip kita, sampai hari ini SPRM tidak masuk… tidak pernah masuk membuat apa-apa siasatan. Jadi jika dilihat apa yang diviralkan ini, saya nak kena bangun sebab seolah-olah menyatakan PAS ni tak menyokong benda baik… na… membawa imej yang buruk kepada PAS, satu…

Maknanya PAS tu setuju la?

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Tak… ni benda baik dijelaskan oleh Yang Berhormat Bintong sebentar tadi. Cuma saya terkilan sebab PH mengatakan kecuali ADUN PAS, sedangkan kita terbuka dalam masalah ini, dan yang berikutnya mungkin kerana keghairahanlah ADUN PH ini nak buat apa-apa semua, nak viral, nak nyatakan… nak buat perubahan-perubahan ini sampai kita tidak mengambil penilaian-penilaian yang sewajarnya demi menjaga semua parti politik yang ada di Malaysia. Jadi kita kena… selalu yang saya sebut dalam ucapan perbahasan, kita selaku Wakil Rakyat perlulah memiliki ilmu, penguasaan ilmu yang betul. Yang ada ilmu barulah kita menyatakan sesuatu benda yang ada pada kita. Sekian, terima kasih, dan saya minta komen Yang Amat Berhormat lanjut dalam isu ini.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji, saya menyokong sepenuhnya kenyataan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Guar Sanji tadi dan kalau perlu dimasukkan menjadi sebahagian daripada kenyataan statement saya Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan itulah juga yang saya sebutkan. Sebenarnya saya tidak menolak, jika kalau tidak menolak bermaksud menyokong, tetapi dalam sokongan itu kita nak… supaya pihak yang berkenaan melihat dari segi kesesuaian supaya kita tidak hanya membuang wang dengan begitu sahaja dan kita nak kan apa yang dikatakan oleh wakil-wakil daripada Pakatan Harapan ini you must walk the talk. Ini kita tahu di dalam ni.. di dalam apa yang berlaku di dalam negara kita ini, orang yang telah pun dibawa ke mahkamah dan dibicarakan di atas kes rasuah perbicaraan boleh diberhentikan dan digugurkan begitu sahaja, this is not walking the talk… basically. Jadi sebab itulah dalam hal ini forms sahaja tidak cukup, forms sahaja tidak cukup. Dia mesti datang dengan substance-nya sekali. Saya tak nak ini hanya menjadi satu form sahaja, kita nakkan betul-betul… saya menyokong sepenuhnya, transparency di dalam hal ini. Tiada masalah kalau sekiranya Kerajaan PAS Kelantan selama 25 tahun menyambut baik cadangan ini, sama juga dengan Kerajaan Negeri sebab itulah juga saya nak sebutkan di sini… saya nak sebutkan di sini bahawa… negeri Perlis ini dia termasuk dalam kategori C. Kategori C ini bukan curut… bukan yang corot… bukan curut, silap… bukan yang corot. Kategori C adalah merupakan kategori risiko yang rendah sekali dan mengikut… itu daripada 13 negeri yang ada di Malaysia, yang terendah sekali, dari segi risikonya dan dari segi risiko rasuah ya… dan satu lagi, ini perbincangan yang diadakan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan Ketua Pengarah Pusat Governan Integriti dan Anti Rasuah Nasional ataupun National Centre for Governance Integrity and Anti Corruption Malaysia. Di dalam hal ini dia mengatakan bahawa… ini daripada bulan Julai yang lepas sahaja… dia menyatakan bahawa, berdasarkan kepada risiko kita yang rendah itu, maka tidak ada keperluan untuk meletakkan Pegawai Kanan SPRM di negeri Perlis. Ini pandangan professional. Sebab itulah saya mengatakan tadi pihak Kerajaan seharusnya melihat ini… melihat kesesuaian itu, mengkaji… find the justifications, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan barulah kita tidak… we don’t waste our resources just like that, dengan izin. Itu mengenai cadangan supaya meletakkan pegawai kanan SPRM di negeri Perlis ataupun di Pejabat Menteri Besar Perlis. Saya nak luaskan lagi, kalau nak letakkan juga, jangan hanya letak di negeri Perlis, letak di semua. Di semua negeri-negeri, tak kisahlah mereka menolak atau menerima dan juga di semua pejabat-pejabat Menteri di peringkat Persekutuan termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Then barulah kita nampak… this is a serious matter. Bukannya berdasarkan kepada suspicious ataupun been suspicious, tak betul. Ini kena ada justifications, kena kaji betul-betul. Ambil pandangan daripada GIACC tadi, Centre for… apa ni… Pusat Governan Integriti dan Anti Rasuah Nasional tersebut. Dan satu lagi saya nak menyentuh juga mengenai apa yang disebutkan atau dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sena juga mengenai projek KCC yang dibangkitkan dalam sidang Dewan yang lepas jadi saya tak sempat jawab dan jawapan diberikan dalam bentuk… aa… dalam bentuk bertulis iaitu pun Yang Berhormat Sena viral-kan di dalam FB… nak dapat weight.. nak bagi dapat political weight.

Tapi saya nak ceritakan di sini kenapa projek KCC ini tidak boleh dilaksanakan? Ini kerana projek ini tidak diluluskan oleh Menteri Kewangan dan kita telah mendapat surat rasmi daripada Menteri Kewangan bertarikh 17 Julai 2018 yang tidak meluluskan projek tersebut sebab untuk sesuatu Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri melaksanakan… projek-projek pembangunan atau pun pelaburan yang melebihi RM5.0 juta, mesti mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan, ini adalah mengikut Akta yang ada. Jadi memanglah Menteri Kewangan dia mempunyai consideration dia yang tersendiri, kenapa dia tidak meluluskan. Jadi semacam yang saya terangkan dalam sesi-sesi Dewan sebelum ini, ada beberapa perkara lagi yang perlu dipatuhi oleh pihak yang mencadangkan. Sebab itu kita tidak tergesa-gesa di dalam meluluskan perkara ini sebab ada benda-benda teknikal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Jadi itu salah satu punca utama mengapa tidak dapat dilaksanakan dan mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana kelulusan tidak diberikan oleh Menteri Kewangan. Itu mengenai KCC.

Dan juga disentuh oleh ADUN Sena mengenai tujuh anak syarikat yang telah mencatatkan keuntungan negatif ataupun rugi. Ini betul sepertimana yang disebutkan di dalam Laporan Audit, dan tujuh syarikat tersebut ialah Pens Holdings, Modern Spectrum, Perlis Properties, Putra Palace, Hotel Brasmana, PME dan Bakau Jaya. Dan kita sedar akan kelemahan-kelemahan yang wujud di dalam anak-anak syarikat ini kerana itulah kita telah meminta supaya Jawatankuasa Pelaburan yang akan dibentuk oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri untuk menilai terlebih dahulu akan cadangan-cadangan pelaburan yang akan dilakukan oleh syarikat-syarikat ini untuk memastikan supaya pelaburan-pelaburan yang mereka akan lakukan ini akan mendatangkan keuntungan, jadi ini tindakan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri kita. Kita sedar akan kelemahan-kelemahan dari segi pengurusan dan sebagainya yang wujud di dalam syarikat-syarikat ini. Jadi itu langkah-langkah yang kita lakukan, insyaAllah dan kita harapkan supaya syarikat-syarikat ini akan kembali bernafas dengan lebih baik. Walau bagaimanapun, kita juga bercadang supaya beberapa entiti ini dapat dilupuskan ataupun dijual kepada pihak yang berminat supaya mereka dapat mengambil alih untuk menguruskannya seperti mana yang kita lakukan kepada hotel Putra Regency ataupun sebelum ini dikenali sebagai Putra Palace di mana kita telah meminta supaya pihak hoteliers atau pun mereka yang betul-betul berkecimpung dalam bidang perhotelan itu untuk menguruskannya. Jadi… malangnya sehingga ke hari ini kita belum lagi memperolehi mereka yang betul-betul berminat dan akhirnya akan mengambil alih entiti-entiti yang berkenaan. Jadi itu antara langkah-langkah yang sedang kita lakukan tetapi belum lagi menampakkan hasil.

Juga Yang Berhormat Sena telah menyentuh mengenai tiada perancangan untuk meningkatkan hasil Kerajaan Negeri yang ketara. Sebenarnya ini tidak betul, kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi hasil untuk Kerajaan Negeri dan kalau Yang Berhormat baca sendiri dalam statement yang telah saya berikan dua hari yang lepas semasa pembentangan bajet itu sendiri, saya telah menyatakan bahawa untuk tahun 2018 kita punya pendapatan kita hanyalah RM18.63 juta, dan ini telah meningkat pada tahun 2018 menjadi RM20.35 juta dan ini peningkatan 9.2 peratus, dan ini juga berdasarkan kepada rekod adalah merupakan suatu pencapaian yang tertinggi dalam tempoh 20 tahun. Jadi bermakna ada di sini bahawa ada usaha-usaha yang positif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan hasil. Kerana itulah daripada mula-mula saya mengambil alih tugas sebagai Menteri Besar, saya telah menyatakan dengan jelas bahawa kita akan berusaha untuk menguncupkan defisit di dalam perbelanjaan kita, di dalam Bajet kita. Tetapi pengurangan defisit ini ataupun pengucupan defisit ini bukan dengan mengurangkan perbelanjaan tetapi dengan meningkatkan hasil, dan itu yang kita lakukan. Kalau sekiranya kita tengok graf pengucupan defisit Kerajaan Negeri, dia sebenarnya menunjukkan peningkatan bermaksud pengurangan defisit itu. Jadi itu yang kita lakukan. Nak menguruskan kewangan ini memanglah susah sebenarnya dan tidak boleh berlaku overnight. Malah Kerajaan Persekutuan pun defisitnya meningkat. Saya yakin defisitnya meningkat sebab setiap bulan ada sahaja pinjaman yang dilakukan, sama ada di dalam mahu pun di luar Negara. Jadi kalau Kerajaan Negeri ini kita menguncup, Kerajaan Persekutuan melebar. Jadi itu menimbulkan pertanyaan yang besar jugaklah sampai hari ni kita tak dapat jawapan lagi. Tapi selain daripada itu, ada usaha-usaha lain yang dibuat sepertimana yang saya sebutkan di dalam jawapan saya dua hari yang lepas, saya mengatakan bahawa kita cuba mencari hasil-hasil baru seperti usaha hasil pokok jati itu misalnya yang akan mendatangkan pendapatan, insyaAllah. Bagi tahun 2017 sahaja telah mendapat RM408,000.00 dan insyaAllah kita ada lagi program ini. Fasa yang kedua, bagi tahun 2018 kita dah dapat RM142,000.00 dan masih ada lagi yang kita sedang lihat oleh Jabatan Hutan Negeri dan insyaAllah dia juga akan menjadi satu sumber… hasil yang baharu kepada Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Kuala Perlis ada membangkitkan satu persoalan yang khusus. Saya pun tak sempat jawab soalan ini sebenarnya semasa soalan lisan iaitu mengenai cadangan pihak CM Global Sdn Bhd untuk mewujudkan kilangnya di CVIA. Jadi Yang Berhormat Kuala Perlis telah menimbulkan mengenai latar belakang syarikat ini, ataupun adakah syarikat ini tidak memenuhi syarat-syarat yang ditentu… ditetapkan oleh Kerajaan dan terpaksa berpindah daripada Gurun ke Chuping. Untuk makluman Yang Berhormat dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya kita memang melihat latar belakang ini sebab di pihak Kerajaan Negeri kita ada satu Jawatankuasa Teknikal. Setiap cadangan yang diterima oleh pihak swasta untuk membuat pelaburan di negeri Perlis, dia akan melalui Jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri. Tidak ada seorang pun Exco yang duduk di dalam Jawatankuasa ini. Kalau kita nakkan supaya mereka ini di kalangan atau ahli-ahli di kalangan mereka yang ada expertise di dalam bidang masing-masing. Tidak ada seorang Exco pun yang berada di depan ini berada di dalam Jawatankuasa Teknikal ini. Jadi Jawatankuasa Teknikal ini akan melihat, pertamanya dari segi latar belakang syarikat, dia akan melihat dari segi keupayaan teknikalnya, keupayaan kewangannya, model perniagaan yang mereka akan kemukakan, kesan kepada sosio-ekonomi dan aspek-aspek lain lah. Ini semua akan dilihat dari Jawatankuasa Teknikal ini dan Jawatankuasa Teknikal ini akan memberikan perakuan kepada Kerajaan Negeri sama ada menerima atau tidak atau mungkin perlu dibuat suatu penambah baikan oleh syarikat yang berkenaan dalam cadangan yang dikemukakan itu. Dan saya juga nak maklumkan bahawa walaupun saya telah menyebut di dalam FB saya bahawa kita telah mengadakan pertemuan dengan pihak CM Global dan mereka telah menyatakan bahawa mereka telah membuat pelaburan dalam lingkungan RM1.0 billion dan mungkin akan dapat mewujudkan peluang pekerjaan, kalau tak silap saya, saya sebut dalam 5,000 ka… ketika itu… ini yang dimaklumkan. Kita telah mengadakan pertemuan sekali lagi dengan mereka pada 30 Oktober tahun 2019 dan selain daripada itu kita juga telah melakukan lawatan ke kilang atau pun ke fasiliti mereka ke Gurun tersebut. Saya dan beberapa orang daripada Kerajaan Negeri telah ke sana dan kami telah diberikan taklimat oleh pihak syarikat berhubung dengan operasi mereka, dan saya nak maklumkan di sini bahawa setiap apa-apa yang nak diluluskan oleh Kerajaan Negeri, cadangan pelaburan ka atau apa-apa ka, dia mesti memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan. Bila saya sebut syarat-syarat Kerajaan ni dia bukan bermakna hanya syarat Kerajaan Negeri, tetapi juga syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan-Jabatan di peringkat Kerajaan Persekutuan seperti syarat oleh KPKT misalnya, syarat oleh Jabatan Alam Sekitar misalnya, syarat oleh Jabatan Bomba, syarat oleh… erm…. kita punya PBT di sini seperti MPK misalnya, dan sebenarnya ada 18 syarat kalau dalam konteks untuk mengitar semula bahan-bahan terbuang ini. Dia ada 18 syarat yang mesti dipenuhi dan saya dimaklumkan bahawa syarikat ini dalam operasinya di Gurun itu, dia memenuhi kesemua 18 syarat ini dan mereka sebenarnya tak pun diarah untuk memberhentikan operasi dan sebagainya cuma ada satu kes laporan baru-baru ini sebab ada kes kecurian yang berlaku di dalam fasiliti yang ataupun infra… dalam depa punya tempat… kilang mereka itu. Itu ada terbaca di dalam satu laporan akhbar. Itu saja yang saya dapat cerita dan saya nak beritahu bahawa apa yang nak diproses di kilang ini bukannya plastik yang datang dalam bentuk botol dan sebagainya. Dia adalah merupakan bahan recycleables… plastik ini… yang telah pun dibersihkan dan diricihkan maksudnya dia shredded dia dalam bentuk yang shredded… saya tengok sendiri di kilang itu, dan shredded plastic ini, dengan izin, kemudiannya akan diproses untuk menjadi resin… kalau kita kata macam palette lah… untuk dijadikan resin yang saiznya kecil-kecil dan resin ini juga adalah merupakan raw material yang akan digunakan untuk mengeluarkan plastik semula dan 80 peratus daripada keluaran syarikat ini adalah dieksport ke luar negara dan 20 peratus digunakan untuk keluaran dalam negara, mengeluarkan plastik untuk garbage bag, untuk plastik untuk kedai-kedai dan sebagainya. Jadi itu… jadi saya bagi jaminan kepada Yang Berhormat Kuala Perlis bahawa jika sekiranya syarikat ini diluluskan untuk melakukan pelaburan di Chuping Valley, mereka wajib memenuhi kesemua syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan.

Dan Yang Berhormat Kuala Perlis juga menyentuh mengenai satu kawasan lapang di sebelah Konkos, apakah ada cadangan untuk membangunkannya? Yang ini sebenarnya, tanah ini adalah milik Kerajaan Persekutuan… dia di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Jadi Kerajaan Negeri memang tiada hasrat untuk membangunkan tanah ini sebab bukan milik kita. Dia juga sebenarnya adalah untuk kegunaan Kementerian Dalam Negeri iaitu untuk PDRM. Jadi apa-apa cadangan yang hendak dibuat oleh PDRM itu, mereka punya perancangan sendiri lah. Dan satu lagi yang disentuh oleh Yang Berhormat Guar Sanji ialah mengenai… juga CVIA sama ada nak membenarkan industri ringan seperti mikro-elektronik dan semi-conductor di CVIA. Yang ini memang termasuk di bawah kluster pembangunan hijau… industri yang… green based industry, memang kita tidak ada masalah sekiranya ada pelabur-pelabur yang ingin untuk membuat operasi kilang untuk semi-conductor dan juga mikro-elektronik ini. Dan Yang Berhormat Sena juga ada menyentuh berkaitan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang kurang stabil berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara. Saya bersetuju dengan Laporan Ketua Audit Negara dan pandangan daripada Yang Berhormat Sena, tetapi itu adalah merupakan laporan yang berakhir pada 31 Disember tahun 2018. Kalau kita tengok laporan itu juga ada menunjukkan petanda yang positif yang laporan audit tersebut adalah berdasarkan kepada kedudukan Kumpulan Wang Disatukan di mana baki bagi tahun 2018 adalah RM22.2 juta berbanding dengan RM35.98 juta pada tahun 2017. Pada… walaupun begitu Kumpulan Wang yang Disatukan ini telah menunjukkan trend yang lebih baik berbanding tahun 2015 dan 2016 sebenarnya. Tahun 2015 dan 2016 masing-masing RM16.67 juta dan RM15.59 juta. Jadi kita nampak ada perbezaan di sana. Dan ini kita terus lakukan… kita terus lakukan melalui perbelanjaan berhemah dan kerana itulah kita dapati bahawa sepertimana yang saya sebutkan tadi, defisit kita menurun. Pada tahun 2018, defisit kita… eh sorry, pada tahun 2017, defisit kita RM31.23 juta, tetapi pada tahun 2018 dia menurun kepada RM15.41 juta. Inilah angka-angka yang telah disemak dan telah diaudit sebenarnya oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Mengenai satu lagi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Guar Sanji mengenai kehilangan… terdapat kehilangan… ini juga merujuk kepada laporan audit tahun 2018 ya… yang merujuk kepada kehilangan aset tidak dilaporkan kepada Ketua Jabatan dan Laporan Polis tidak dibuat, kenapa tidak dibuat? Sebenarnya tidak ada kehilangan yang berlaku kepada aset-aset ini sebab hasil semakan yang dibuat semula benda itu ada. Saya rasa ini mungkin kes overlooked di dalam Jabatan-Jabatan ini, mereka melakukan stok ke atas ataupun stok ke atas apa-apa yang ada tu mungkin ada yang tertinggal. Jadi telah disahkan sebenarnya oleh Jabatan-Jabatan berkenaan, tidak ada kehilangan yang berlaku dan yang lain-lain tu yang disebutkan mengenai projek-projek yang perlu dilakukan di kawasan-kawasan, yang ini rakan-rakan saya tadi daripada Exco telah pun menjawabnya dan kalau ada mana-mana yang belum lagi dijawab yang berkaitan dengan cadangan-cadangan dan juga aduan-aduan yang berkaitan dengan perkhidmatan Kerajaan ini, insyaAllah semua ini kita akan ambil perhatian dan kita akan mengambil tindakan susulan. Jadi sekali lagi… itu sahaja yang ingin saya jelaskan sebagai respon daripada beberapa isu…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Minta laluan… Yang Berhormat… OK last ya. Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Bintong. Saya cuma bagi pihak diri saya mengucapkan tahniah di atas Bajet yang dibentangkan, cuma saya berharap dalam melaksanakan Bajet tidak ada golongan yang dipinggirkan daripada arus perdana pembangunan negeri seperti yang dirancangkan dan juga saya minta Yang Berhormat pastikan bahawa… secara bersungguh-sungguh kerana service sector ni dia sebenarnya boleh meningkatkan KDNK negeri dan supaya kuasa beli itu kita pertingkatkan untuk rakyat negeri untuk membina… shared prosperity…. berkongsi kemakmuran di antara kita. Jadi itu sahaja daripada Tambun Tulang, terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, sebenarnya kita menyokong wawasan kemakmuran bersama, shared prosperity, sepertimana yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini, dan hasrat Kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat untuk memastikan tidak lagi wujud jurang pembangunan di antara negeri-negeri di Malaysia dan daripada kawasan-kawasan di Malaysia. Itu kita sokong 100 peratus dan kerana itulah juga kita telah mendapat peruntukan dan boleh dikatakan hampir semua projek-projek yang kita rancang sama ada yang nak diteruskan atau pun yang baru diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan, dan itu menunjukkan bahawa apa yang kita lakukan ini adalah sesuatu yang telus dan sesuatu yang memang justify, dengan izin. Jadi terima kasih Yang Berhormat daripada Kuala Perlis, dia kata… hari ni pun dia kata Kerajaan Pakatan Harapan ini sebab Kerajaan Pakatan Harapan luluskan kerana benda itu adalah justified bermakna apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri itu adalah sesuatu yang betul dan kita berada di atas landasan yang betul dan itu sebenarnya bertepatan dengan apa yang dilakukan, apa yang dirancangkan di dalam konsep shared responsibility itu dan itulah juga sebenarnya Yang Berhormat Tambun Tulang, kita memberikan penekanan kepada aspek ataupun pada sektor services ini. Sebab saya melihat ini adalah merupakan satu sektor yang akan menjana pembangunan kepada negeri Perlis dan kita melihat bahawa sektor perkhidmatan ini dia menyumbang lebih daripada 65 peratus kepada ekonomi negeri, dan saya yakin bahawa sektor perkhidmatan ini akan terus menjadi… catalyst kepada pembangunan negeri, di negeri Perlis ini.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Yang Berhormat, Menteri Ekonomi ni dia banyak tolong BN ni… macam mana Sena dengan Kuala Perlis?

Kami… demi untuk rakyat Perlis tak ada masalah.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Kita tahu apa ni… Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada PH dan daripada PH ni dia tau bahawa Kerajaan Negeri ini melakukan tugas dengan betul. Kita tidak ada… apa ni… niat-niat yang lain, malah kawasan Yang Berhormat sendiri pun kita bantu semua. Mungkin agaknya lebih banyak lagi dapat berbanding dengan kawasan-kawasan yang lain termasuk Yang Berhormat Tambun Tulang. Itu diakui sendiri kelmarin dalam ucapan dia, dan insyaAllah lah kita sama-sama dalam hal ini, kita mempunyai perbezaan tetapi kita mempunyai hasrat yang sama. Perbezaan kita dari segi pendekatan, mungkin dari segi ideologi, dari segi kita punya argument kita, tetapi saya yakin kita semua mempunyai hasrat yang sama untuk melihat negeri Perlis ini bangun dan maju bersama-sama dengan negeri-negeri lain di Malaysia, insyaAllah. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker yang telah mengendalikan mesyuarat kita dengan begitu baik dan lancar sekali dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perdebatan dan perbahasan kita dan segala isu, pandangan-pandangan bernas yang dilontarkan semasa persidangan ini. Tidak lupa juga saya mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Dewan yang telah bekerja keras selama beberapa minggu, bulan sebelum ini menyediakan dokumen-dokumen yang kita lihat diletakkan di atas meja kita ini. Ini bukan merupakan satu kerja yang mudah, satu kerja yang susah tetapi telah dapat berjaya dilakukan dengan baik oleh Setiausaha Dewan dan juga pembantunya dan juga rakan-rakan Bentara yang lain terutama sekali semasa persidangan ini. Jadi terima kasih kepada Setiausaha Dewan, terima kasih kepada Penolong Setiausaha Dewan, dan terima kasih kepada Bentara-Bentara Dewan yang telah menjalankan tugas dengan begitu berkesan sekali. Juga terima kasih kepada semua Ketua-Ketua Jabatan dan wakil-wakil Ketua Jabatan yang hadir semasa persidangan ini yang telah membantu Kerajaan untuk melancarkan lagi perlaksanaan projek-projek pembangunan yang kita rancangkan untuk negeri Perlis. Akhir sekali saya juga mengucapkan terima kasih kepada pemerhati-pemerhati yang hadir sepanjang persidangan Dewan kita selama tiga hari ini. Jadi itulah sahaja Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekian wabillahitawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Bintong, sebelum kita meneruskan perkara-perkara yang akan kita bincang mengenai anggaran, saya ingin menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Perlis mengenai pertamanya, edaran hansard yang lambat dibuat, yang kedua cadangan untuk menyiarakan siaran langsung persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis dan yang ketiga mengenai pembentangan bajet yang minta dicadangkan dibuat pada hujung minggu. Pertama sekali mengenai hansard, hansard ini adalah penulisan daripada ucapan Yang Berhormat sepanjang perjalanan Dewan. Sebenarnya kita telah pun mengambil langkah awal untuk mengenalpasti peralatan dan perisian, software yang terbaik untuk kita gunakan bagi menterjemah daripada percakapan kepada teks, daripada speech to text ataupun daripada lisan kepada teks yang boleh kita gunakan dan memberi jaminan keselamatan kepada kita, sebab ucapan Yang Berhormat ini dikira sebagai rahsia selagi kita tidak hebahkan kepada rakyat jelata. Dan Dewan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat SUK telah pun mengadakan sesi perbincangan bersama dengan dua buah syarikat untuk kita membeli perisian yang paling sesuai sekali. Perkara yang kedua ialah mengenai siaran langsung, saya ingin mengumumkan bahawa Dewan ini telah pun di upgrade sistem audio dan videonya bernilai RM700,000.00 yang saya menganggap antara salah satu Dewan Undangan Negeri yang terbaik di Malaysi. Tetapi kita tidak dapat menyediakan siaran langsung sebab kita akan melihat bahawa perkakasan yang akan kita gunakan sesuai tidak dengan sistem Bosch yang kita gunakan pada waktu sekarang ini. Dan kalau kita tengok di Dewan Negeri yang lain pun tidak digunakan siaran langsung, cuma ada dia ambi secara diam-diam oleh Ahli-Ahli Dewan dan juga mungkin melalui pemerhati. Kita pun di Dewan Undangan Negeri Perlis pun kita… saya melihat ada di ambil secara diam-diam, tetapi tak tahu lah untuk tujuan apa. Walau bagaimanapun, saya ingin memesan bahawa apa-apa yang Ahli-Ahli Yang Berhormat, Tuan-Tuan mengambil… ini merupakan satu tertib… tatatertib yang boleh diambil tindakan sekiranya kesilapan dibuat untuk tujuan yang tidak baik. Perkara yang seterusnya ialah mengenai siaran langsung ini, setakat ini kita tak dapat laksanakan. Walau bagaimanapun, Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh untuk menjemput sesiapa sahaja yang Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju untuk bawa ke sini, dengan persetujuan daripada Speaker dan juga Setiausaha Dewan. Kita ada 140 kerusi di galeri pemerhati di atas, tetapi saya juga ingin memesan bahawa mereka mestilah berpakaian yang sopan dan kalau tidak melanggar peraturan Speaker dan juga Setiausaha Dewan boleh… kalau saya kata perkataan menghalau keluar daripada Dewan, itu ada dalam buku Peraturan Dewan. Kalau saya baca pun dia bahasa Perlis lama dulu, jadi saya ringkaskan, boleh datang duduk elok-elok, dengar elok-elok, dan berpakaian elok. Kemudian cadangan supaya dijadikan sesi pembentangan bajet ini dibuat pada hujung minggu, saya percaya pengalaman akan menentukan kebolehan seseorang wakil rakyat untuk berbahas di dalam Dewan ini. Saya memuji tindakan ataupun kebolehan Yang Berhormat Tambun Tulang, mungkin kerana pengalaman dia, dan juga pihak Kerajaan, saya juga ingin memuji Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Mereka berdiri dengan spontan dan tak banyak sangat seolah-olah membaca, ini yang kita hendak, dan ini juga disebut dalam Peraturan Dewan. Jadi dari segi untuk menyediakan bajet ataupun dibentangkan bajet di hujung minggu, saya rasa tak perlu lagi… saya mengambil contoh seorang lagi Yang Berhormat Guar Sanji, walaupun masih muda… remaja… tetapi boleh memberikan komitmen untuk perbahasan bajet dan saya menyeru semua Wakil Rakyat di pihak Kerajaan dan juga di pihak pembangkang dan backbenchers boleh memberikan impak yang baik kepada Dewan ini dari segi memberikan perbahasan yang terbaik, terima kasih.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang….

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Dato’ Speaker… Dato’ Speaker, sedikit pandangan. Terima kasih Dato’ Speaker tentang penjelasan tentang Peraturan dan Kedudukan Dewan. Sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya bersetuju Dato’ Speaker pertahankan setengah-setengah perkara seperti live, Facebook dan sebagainya kerana keluhuran Dewan kita kalau lihat dibandingkan dengan sidang DUN-DUN di luar negara, di Province dan sebagainya, mereka sebenarnya tidak buat… tidak ada yang macam ni sebenarnya. Walaupun dunia sekarang beralih kepada sistem aplikasi… kecuali Parlimen Malaysia. Parlimen Malaysia sekarang ni nampak dia live yang boleh di access oleh Unifi dan sebagainya tetapi sebenarnya Dewan Parlimen dia kena pertahankan keutuhan-keutuhan dia. Macam di Westminster, dia tak dak… rostrum dia masih dibina tahun 1700 dulu ni. Hanya microphone sahaja ditukar, dan Ahli-Ahli Yang Berhormat dia tidak ada tempat duduk, sapa datang awal duduk depan, sapa datang lewat duduk belakang. Hanya ketika berbahas mereka ke depan ke rostrum dan bercakap, dan mereka pertahankan itu sampai sekarang. Jadi ada perkara-perkara ketika Dato’ Speaker diamanahkan menjadi Speaker Dewan pada masa ini, pertahankan keluruhan ini kerana Dewan ini kalau kita tidak pertahankan dia tidak ada kelebihan kalau dibandingkan dengan meeting-meeting ataupun perjumpaan ataupun meeting-meeting yang biasa. Jadi saya ucapkan tahniah Dato’ Speaker atas prinsip-prinsip yang dipertahankan. Saya tidak setuju sebenarnya dibuat live secara langsung untuk keseluruhan perjalanan mesyuarat yang kita adakan. Itu sebenarnya sudah dikira terkeluar dari kemegahan… ‘umph’ tu tak dak dah… dah tak dak dah bila kita ketengahkan semua orang, rakyat jelata boleh tengok secara langsung, apa yang berlaku. Biar benda tu jadi rahsia, kalau dia nak buat petikan-petikan scene tertentu itu kita benarkan, saya menyokong penuh saranan dan juga cadangan daripada Dato’ Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undangan Enakmen Perbekalan Tahun 2020 dicadangkan untuk dibaca bagi kali kedua, Ahli-Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih… Ahli-Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan tiga orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling dan YB Tuan Nor Azam bin Karap)

Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perkhidmatan bagi tahun 2020 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya minta persetujuan supaya Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2020 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2020 dibawa ke dalam Jawatankuasa, Ahli-Ahli yang bersetuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan tiga orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling dan YB Tuan Nor Azam bin Karap).

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

(Bentara menurunkan cokmar daripada kedudukan asalnya)

Setiausaha Dewan

Jadual.

Pengerusi

Kepala Bekalan B.01 berjumlah RM3,981,300.00 di bawah Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Terima kasih. Kepala B.01 berjumlah RM3,981,300.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Ahli-Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan tiga orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling dan YB Tuan Nor Azam bin Karap).

Kepala B.01 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.02 berjumlah RM2,332,000.00 di bawah Dewan Undangan Negeri dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Terima kasih. Kepala B.02 berjumlah RM2,332,000.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan empat orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling, YB Tuan Nor Azam bin Karap dan YB Dato’ Ismail bin Kasim).

Terima kasih. Kepala B.02 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.04 berjumlah RM50,201,200.00 dan Kepala Pembangunan P.04 berjumlah RM16,095,360.00 di bawah Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri dibuka untuk perbahasan.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Dato’ Pengerusi, saya ingin merujuk kepada B04 yang berjumlah RM50 juta ini, saya ingin bertanya Yang Berhormat, adakah RM50.0 juta itu termasuk bangunan yang di dalam pembinaan sekarang ini, terima kasih Dato’ Pengerusi.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker… ya, itu termasuk perbelanjaan pembangunan sebenarnya, bukan sahaja bangunan SUK tetapi juga bangunan istana Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda, terima kasih.

Pengerusi

Terima kasih. Kepala B.04 berjumlah RM50,201,200.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan tiga orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling dan YB Tuan Nor Azam bin Karap).

Kepala B.04 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Perbelanjaan di bawah Kepala P.04 berjumlah RM16,095,360.00 hendaklah diluluskan. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Ahli-Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan empat orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling, YB Tuan Nor Azam bin Karap dan YB Dato’ Ismail bin Kasim).

Terima kasih. Perbelanjaan di bawah Kepala P.04 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.

Kepala Bekalan B.05 berjumlah RM6,994,600.00 di bawah Pelbagai Perkhidmatan dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Terima kasih. Kepala B05 berjumlah

RM6,994,600.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan empat orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling, YB Tuan Nor Azam bin Karap dan YB Dato’ Ismail bin Kasim).

Kepala B.05 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.06 berjumlah RM3,307,790.00 di bawah Pejabat Perbendaharaan Negeri dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.06 berjumlah RM 3,307,790.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan empat orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling, YB Tuan Nor Azam bin Karap dan YB Dato’ Ismail bin Kasim).

Kepala B.06 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.07 berjumlah RM4,678,100.00 di bawah Pejabat Perbendaharaan Negeri (Caruman kepada Kumpulan Wang Berkanun) dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.07 berjumlah RM4,678,100.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan empat orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling, YB Tuan Nor Azam bin Karap dan YB Dato’ Ismail bin Kasim).

Kepala B.07 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.09 berjumlah RM19,923,600.00 dan Kepala Pembangunan P.09 berjumlah RM55,450,070.00 di bawah Jabatan Kerja Raya dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.09 berjumlah RM19,923,600.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan tiga orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling dan YB Tuan Nor Azam bin Karap).

Terima kasih. Kepala B09 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Perbelanjaan di bawah Kepala P.09 berjumlah RM55,450,070.00 hendaklah diluluskan. Ahli-Ahli yang bersetuju sila angkat tangan. Ahli-Ahli Yang tidak bersetuju sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan lima orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling, YB Tuan Nor Azam bin Karap, YB Tuan Mohd Ridzuan bin Hashim dan YB Dato’ Ismail bin Kasim).

Perbelanjaan di bawah Kepala P.09 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.

Kepala Bekalan B.11 berjumlah RM6,261,000.00 dan Kepala Pembangunan P.11 berjumlah RM3,510,020.00 di bawah Jabatan Pertanian dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.11 berjumlah RM6,261,000.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan empat orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling, YB Tuan Nor Azam bin Karap dan YB Dato’ Ismail bin Kasim).

Kepala B.11 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Perbelanjaan di bawah Kepala P.11 berjumlah RM3,510,020.00 hendaklah diluluskan. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Ahli-Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Terima kasih.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan empat orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling, YB Tuan Nor Azam bin Karap dan YB Dato’ Ismail bin Kasim).

Perbelanjaan di bawah Kepala P11 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.

Kepala Bekalan B.12 berjumlah RM3,671,700.00 dan Kepala Pembangunan P.12 berjumlah RM512,050.00 di bawah Jabatan Perkhidmatan Veteriner dibuka untuk perbahasan.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Dato’ Pengerusi, saya ingin bertanya sedikit tentang B.12 ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar… iaitu berhubung dengan kedudukan padang ragut di Padang Besar, itu… adakah padang ragut di Padang Besar sekarang ini sudah digunakan untuk tujuan tertentu ataupun kita sewakan kepada pihak luar bagi urusan transit dan kemasukan ternakan lembu dari luar negara dan sebagainya, terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebenarnya kita masih tertakluk kepada satu perjanjian jangka panjang bagi padang ragut di Veterinar jalan ke Padang Besar itu, terima kasih.

Pengerusi

Kepala B.12 berjumlah RM3,671,700.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan empat orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling, YB Tuan Nor Azam bin Karap dan YB Dato’ Ismail bin Kasim).

Kepala B.12 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Perbelanjaan di bawah Kepala P.12 berjumlah RM512,050.00 hendaklah diluluskan. Ahli-Ahli yang bersetuju sila angkat tangan. Terima kasih, sila… Ahli-Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan tiga orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling dan YB Tuan Nor Azam bin Karap).

Perbelanjaan di bawah Kepala P.12 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.

Kepala Bekalan B.13 berjumlah RM14,479,500.00 dan Kepala Pembangunan P.13 berjumlah RM7,450,020.00 di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.13 berjumlah RM14,479,500.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan empat orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling, YB Tuan Nor Azam bin Karap dan YB Dato’ Ismail bin Kasim).

Kepala B.13 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Perbelanjaan di bawah Kepala P.13 berjumlah RM7,450,020.00 hendaklah diluluskan. Ahli-Ahli yang bersetuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan tiga orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling dan YB Tuan Nor Azam bin Karap).

Perbelanjaan di bawah Kepala P.13 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.

Kepala Bekalan B.14 berjumlah RM1,040,500.00 di bawah Jabatan Perancang Bandar dan Desa dibuka untuk perbahasan.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Sedikit Dato’ Pengerusi… saya ingin bertanya tentang kedudukan tanah yang agak luas di kawasan saya iaitu di DUN Tambun Tulang di bukit… di Guar Sawa, Utan Aji, itu bekas kuari milik Duli Yang Maha Mulia Tuanku, adakah perancangan di masa depan untuk tanah berkenaan dimajukan untuk projek ataupun sebarang fasa projek Kerajaan memberi impak kepada penduduk tempatan, terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada masa ini tak ada lagi perancangan pembangunan untuk tanah tersebut, tetapi di masa yang lepas, memang ada perancangan tetapi malangnya perancangan itu tidak berlaku iaitu untuk membina sebuah hospital di tapak tersebut jadi sekarang ini tak ada lagi perancangan untuk membangunkan tanah milik Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja itu.

Pengerusi

Terima kasih… Kepala B.14 berjumlah RM1,040,500.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan tiga orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling dan YB Tuan Nor Azam bin Karap).

Kepala B.14 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.15 berjumlah RM9,018,400.00 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.15 berjumlah RM9,018,400.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan empat orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling, YB Tuan Nor Azam bin Karap dan YB Dato’ Ismail bin Kasim).

Kepala B.15 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.16 berjumlah RM5,666,000.00 di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.16 berjumlah RM5,666,000.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan empat orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling, YB Tuan Nor Azam bin Karap dan YB Dato’ Ismail bin Kasim).

Kepala B.16 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.17 berjumlah RM1,487,900.00 di bawah Jabatan Mufti dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.17 berjumlah RM1,487,900.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan tiga orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling dan YB Tuan Nor Azam bin Karap).

Terima kasih. Kepala B.17 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.18 berjumlah RM2,157,800.00 di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.18 berjumlah RM2,157,800.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan tiga orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling dan YB Tuan Nor Azam bin Karap).

Kepala B.18 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.19 berjumlah RM559,200.00 di bawah Pejabat Pembangunan Negeri dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.19 berjumlah RM559,200.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Ahli-Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan tiga orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling dan YB Tuan Nor Azam bin Karap).

Terima kasih. Kepala B.19 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.23 berjumlah RM4,399,200.00 dan Kepala Pembangunan P.23 berjumlah RM500,260.00 di bawah Jabatan Perhutanan dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Terima kasih. Kepala B.23 berjumlah RM4,399,200.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan empat orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling, YB Tuan Nor Azam bin Karap dan YB Mohd Ridzuan bin Hashim).

Kepala B.23 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Perbelanjaan di bawah Kepala P.23 berjumlah RM500,260.00 hendaklah diluluskan. Ahli-Ahli… Ahli-Ahli yang bersetuju sila angkat tangan. Ahli-Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan tiga orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling dan YB Tuan Nor Azam bin Karap).

Perbelanjaan di bawah Kepala P.23 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.

Kepala Bekalan B.25 berjumlah RM6,735,500.00 di bawah Jabatan Tanah dan Galian dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.25 berjumlah RM6,735,500.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Ahli-Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan empat orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling, YB Tuan Nor Azam bin Karap dan YB Mohd Ridzuan bin Hashim).

Kepala B.25 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.57 berjumlah RM10.00 di bawah Membeli Tanah dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.57 berjumlah RM10.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Ahli-Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan empat orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling, YB Tuan Nor Azam bin Karap dan YB Dato’ Ismail bin Kasim).

Kepala B.57 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Fasal 1 hingga Fasal 2 dan tajuknya.

Pengerusi

Fasal 1 hingga Fasal 2 dan tajuknya menjadi sebahagian dariapda Rang Undang-Undang hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan tiga orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling dan YB Tuan Nor Azam bin Karap).

Fasal 1 hingga Fasal 2 dan tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2020 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan. Terima kasih.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan tiga orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling dan YB Tuan Nor Azam bin Karap).

Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2020 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju sila angkat tangan. Ahli-Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan tiga orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling dan YB Tuan Nor Azam bin Karap).

Dewan bersidang semula.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum Dewan bersidang semula, saya mohon untuk memperbetulkan rekod jawapan saya kepada pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tambun Tulang iaitu berkenaan dengan B.04 berjumlah RM50,201,200.00. Yang Berhormat telah bertanya sama ada ini adalah… adakah juga…

termasuk bayaran untuk ataupun projek SUK aa… saya telah memberi jawapan ya, sebenarnya tidak… itu adalah merupakan emolumen, sebenarnya yang… untuk pembangunan SUK dan Istana itu terletak di bawah P.09, iaitu di bawah Jabatan Kerja Raya, saya mohon untuk dibetulkan rekod di dalam hansard. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

(Bentara meletakkan kembali cokmar ke tempat asalnya)

Speaker

Bacaan Kali Ketiga.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2020 telah pun ditimbang di dalam Jawatankuasa dan dipersetujui. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali ketiga dan diluluskan.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2020 dicadangkan untuk dibaca kali ketiga dan diluluskan. Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan tiga orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling dan YB Tuan Nor Azam bin Karap).

Rang Undang-undang ini dibaca kali ketiga dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2020 maka diperbuat Undang-Undang ini oleh Dewan Undangan Negeri Perlis seperti berikut, “Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tahun 2020”.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2020 telah pun ditimbang di dalam Jawatankuasa dan dipersetujui. Justeru itu saya mohon mencadangkan supaya Usul ini, “Bahawa Dewan ini mengikut Seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 mengambil ketetapan bersetuju meluluskan perbelanjaan sebanyak RM83,517,780.00 seperti yang tersebut di dalam Anggaran Pembangunan Negeri Perlis Tahun 2020 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bilangan 14 Tahun 2019 diluluskan.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, usul bahawa Dewan ini mengikut Seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 mengambil ketetapan bersetuju meluluskan perbelanjaan sebanyak RM83,517,780.00 seperti yang tersebut di dalam Anggaran Pembangunan Negeri Perlis Tahun 2020 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bilangan 14 Tahun 2019 hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Majoriti Ahli bersetuju dengan tiga orang berkecuali iaitu YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil, YB Puan Gan Ay Ling dan YB Tuan Nor Azam bin Karap).

Usul ini diluluskan.

Penangguhan DewanAdjournment

Speaker

Penangguhan Dewan, saya ingin memberi peluang kepada Yang Berhormat Tambun Tulang untuk bercakap sepatah dua.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Saya ingat YB Sena…

Speaker

Nak bagi YB Sena?

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Ya… lagi elok lah…

Speaker

Kalau tak dak semua cakap, saya nak tutup lah…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Ya… Yang Berhormat Dato’ Speaker, rakan-rakan yang saya yang dihormati sekalian, YAB, terima kasih… bagi pihak kami dan bersama-sama dengan barisan Kerajaan, atas persidangan yang berlangsung tiga hari dengan jayanya terutamanya kepada Yang Berhormat Speaker sendiri bersama Setiausaha Dewan dan pembantu-pembantunya, kepada YAB… Pejabat MB, YB SS, YB LA, YB Kewangan orang-orang penting ni, JUSA-JUSA semua ni kena… tapi bonus dapat ya… kalau dapat Alhamdulillah jangan tak dapat pulak walaupun mereka dalam kedudukan JUSA, dan semua Agensi, dan Pengarah-Pengarah yang sudi hadir untuk menonton… meeting pada kali ini, dan kita berharap sokongan yang diberi itu, kami bagi pihak barisan yang sebelah sini lah (menunjuk ke barisan pembangkang) wakil… dengan PAS sekali mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dan saya nampak hubungan baik kita ini berterusan tanpa mengira ideologi politik, alah… sikit-sikit berbalah tu tak pa lah… itu orang kata macam ‘ribut dalam cawan’ dia tak kan pi ke mana… jangan bagi berkocak keluar sudahlah, dok di dalam… dan terima kasih sekali kepada YB Speaker atas… apa penjagaan, menjaga meeting dengan baik… senang berjalan dengan lancar sepertimana yang dijadualkan, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, saya juga ingin mengucapkan dan merakam ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, semua Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan yang hadir sepanjang tiga hari kita bersidang serta agensi-agensi yang dapat hadir, agensi Kerajaan, rakan-rakan media para Pegawai dan kakitangan serta petugas Dewan yang bertungkus lumus sehingga saya dapat maklum sampai pukul 3.00… pukul 2.00 pagi tadi, syabas… yang memudahkan kerja-kerja Dewan ini diuruskan, dan juga kepada pemerhati yang berada pada Dewan ini sejak tiga hari yang lalu dan kepada semua pihak dan saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada Pegawai-Pegawai awam yang bertukar keluar daripada Perlis dan ada yang naik pangkat, dan ada yang bersara dan memberi khidmat kepada negeri Perlis yang kita sayangi ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian, wabillahitawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih.

(Persidangan ditangguhkan pada jam 2.59 petang)