Pulau Pinang · 7 August 2018
14th Assembly, 1st session, 1st meeting · 452 turns · 50,510 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Absent: Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. Rahman (Pinang Tunggal), Soon Lip Chee (Bagan Jermal)
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan doa.
Bacaan Doa.
Soalan lisan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula dengan sesi soalan lisan. Silakan Ahli Yang Berhormat Bukit Tambun.
Selamat pagi, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor 8. No. 8. Sila huraikan dengan jelas status tanah PDC di Batu Kawan seperti berikut : (a) Keluasan tanah industri yang telah dijual dan senarai pembelinya. (b) Keluasan tanah yang telah dijual melalui konsep Request for Proposal (RFP) dan status projek-projek berkaitan. (c) Keluasan tanah yang dijual secara tender terbuka dan status projek-projek berkenaan.
Selamat pagi, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tambun, yang ingin tau tentang status tanah PDC di Batu Kawan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sejak tahun 2008, seluas 602 ekar tanah telah dijual oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang atau PDC di Taman Perindustrian Batu Kawan kepada syarikat-syarikat tempatan dan asing untuk memulakan atau mengembang perniagaan mereka. Perincian senarai pembeli ini adalah di Lampiran A yang akan diletak di atas meja Yang Berhormat sebentar nanti sebab senarai dia adalah panjang. Keluasan tanah yang telah dijual melalui konsep Request for Proposal atau (RFP) dan secara tender terbuka oleh PDC di Bandar Cassia, Batu Kawan adalah seluas 356.6 ekar. Terdapat enam (6) projek cadangan penjualan tanah yang dibuat secara RFP, manakala satu (1) projek secara tender terbuka. Perincian status projek berkenaan adalah di Lampiran B dan juga akan diletak di atas meja Yang Berhormat. Terima kasih .
Soalan tambahan. Ada dua (2) soalan tambahan. Adakah perancangan projek padang golf dan taman tema air di Batu Kawan masih diteruskan? Jika ya, apa statusnya. Soalan kedua, berapakah baki tanah yang masih dimiliki oleh PDC di Batu Kawan, dan apakah perancangannya?
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tambun atas soalan tambahan. Mengenai cadangan padang golf, setelah beberapa percubaan untuk mendapat pelabur yang ingin melabur terhadap padang golf ini di Batu Kawan, tetapi tidak berjaya selama ini dan tidak disusuli oleh PDC. Manakala untuk theme park air memang juga usaha dilakukan untuk menarik pelabur-pelabur tempatan atau asing untuk membina theme park atau water theme park di Batu Kawan sebagai satu projek catalyst yang akan menjana aktiviti dan PDC memang bercadang untuk melanjutkan perkara ini, tetapi sememangnya sebelum ini pun ada cadangan-cadangan tertentu, tetapi tidak nampak hasil daripada usaha-usaha ini. Tetapi PDC adalah masih terbuka kepada cadangan berkenaan, sebab ini adalah satu projek yang dapat menyempurnakan Batu Kawan sebagai satu tempat pembangunan bercampur yang mengandungi komponen industri, komersial, perumahan, institusi dan mungkin pusat-pusat rekreasi. Mengenai baki tanah yang masih ada, saya tidak ada makluman. Tetapi segala tanah yang ada di Batu Kawan, kalau pun tidak masih belum mula sudah pun dikenalpasti dan dijual kepada pelabur-pelabur berkenaan dan di samping itu untuk memastikan Negeri Pulau Pinang mempunyai tanah-tanah industri yang cukup, PDC ada strategi untuk memastikan PDC senantiasa ada satu land bank yang mencukupi supaya usaha-usaha menarik pelabur asing mahupun tempatan dapat kita menarik, sebab kita perlu tanah
untuk tujuan ini. Dan bagi mengekalkan land bank yang cukup, memang PDC sudah pun memula usaha untuk meminta bantuan Kerajaan Negeri melaksanakan pengambilan tanah di selatan Batu Kawan dan di timur Batu Kawan. Di selatan memang pada satu ketika ada cadangan untuk berusaha sama dengan Sime Darby yang memang mempunyai land bank yang begitu besar di selatan Batu Kawan masuk ke Ladang Byram, Nibong Tebal. Jadi ini memang selaras dengan strategi PDC untuk melihat tanah-tanah yang baru, bagi tujuan perindustrian setelah Batu Kawan mencapai satu status dimana semua tanah habis ditawarkan kepada sektor pelabur asing dan tempatan.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang di-Pertua. Saya nampak PDC ini dulu merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri, Penang GLC Company yang saya nampak dulu banyak terlibat dengan projek-projek perumahan, lot-lot industri dan sebagainya. Dan saya nampak dalam soalan ini kebanyakan tanah-tanah milik PDC telah dijual kepada swasta ataupun syarikat dalam negeri dan luar ataupun dijual secara tender dan RFP...(dengan izin). Adakah PDC ini dah tidak mampu untuk melaksanakan projek sama ada secara terus ataupun JV dengan mana-mana syarikat untuk memastikan yang PDC juga merupakan satu GLC yang, viable yang, yang ada keuntungan yang banyak untuk meneruskan pembangunan di peringkat Kerajaan Negeri dengan sendiri. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang atas soalan tambahan. PDC sebagai tuan tanah bagi Batu Kawan memang telah pun mendapat master plan bagi kegunaan tanah di Batu Kawan yang seperti mana saya sebutkan tadi, ada zon-zon yang dikhususkan untuk perindustrian, komersial, kediaman, institusi, rekreasi dan sukan dan sebagainya. Jadi memang PDC tidak menggugurkan tanggungjawab untuk menyediakan rumah dan rumah mampu milik di mana, sepertimana Yang Berhormat Datok Keramat selalu memberi makluman kepada Dewan ini bahawa di Bandar Cassia, PDC pun sudah merancang untuk membina 22,500 kalau ingatan saya masih baik rumah mampu milik di Batu Kawan dan fasa-fasa tertentu pun ada yang sudah siap dan penyerahan kunci pun sudahpun dilakukan dan usaha ini akan diteruskan dengan fasa-fasa seterusnya. Jadi bagi komponen-komponen lain selain daripada kediaman ataupun komersial yang pun mampu diusahakan oleh PDC sendiri mahupun dalam usaha sama dengan syarikat-syarikat lain. Jadi memang kalau katakan tanah-tanah itu untuk tujuan perindustrian, maka saya percaya PDC tidak mampu atau tidak minat selain daripada SME, kedai-kedai SME, pusat-pusat SME, masih diusahakan oleh PDC, maka tapak tapak tanah untuk pembinaan kilang-kilang yang besar akan perlu dijual kepada pengilang-pengilang atau pelabur-pelabur. Semasa dalam misi kita menyertai MIDA ke luar negara, apa yang boleh kita tawarkan kalau tidak ada tanah? Jadi itu adalah strategi PDC, supaya sebahagian besar tanah dikhususkan untuk perindustrian. Manakala bagi pembangunan bercampur komersial misalnya bagaimana kita berusaha menarik IKEA melabur di sana sebagai satu anchor kepada pembangunan komersial di Batu Kawan dan IKEA pun dijangka akan buka pada bulan Mac tahun depan. Dan komponen-komponen lain seperti institusi atau universiti pun sedang dirancang untuk dibina oleh pihak swasta yang melabur di Batu Kawan. Maka bagi pihak PDC, kita memberi fokus kepada perumahan dan kalau ada peluang-peluang untuk usahasama dalam hartanah komersial, ataupun kemudahan rekreasi yang dapat menjana pendapatan yang baik dan pulangan yang baik kepada PDC, memang kita akan teroka peluang-peluang perniagaan ini.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Seterusnya soalan yang 9, soalan daripada Yang Berhormat Pantai Jerejak. Memandang Pantai Jerejak tiada dalam Dewan, soalan ini dilangkaukan. Dipersilakan soalan nombor 10, Yang Berhormat Pulau Tikus.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor 10. No. 10. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjamin dan memastikan kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengikut garis panduan reka bentuk yang betul dan terkini dalam kelulusan pelan pembangunan dan juga pembinaan infrastruktur awam?
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Ahli Kawasan Pulau Tikus, atas soalan yang ditanya berkenaan portfolio saya di bawah Kerajaan Tempatan berkenaan apakah rancangan negeri untuk menjamin dan memastikan kedua-dua pihak PBT ataupun Pihak Berkuasa Tempatan akan mengikut Garis Panduan Reka Bentuk Sejagat yang betul dan terkini dalam kelulusan Pelan Bangunan dan juga Pembinaan Infrastruktur Awam. Dato’ Speaker, untuk menjawab soalan ini antara rancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjamin serta memastikan kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan akan mematuhi Garis Panduan Reka Bentuk Sejagat dan Piawaian Malaysia MS 1184 & MS 1183 seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 34A, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan 1993) yang betul dan terkini dalam kelulusan pelan bangunan dan juga pembinaan infrastruktur awam adalah seperti berikut: (a) Mensyaratkan pemaju agar mematuhi keperluan reka bentuk sejagat di dalam kelulusan pelan jalan dan parit dan memastikan syarat berkenaan dipatuhi, sebelum sokongan Perakuan Siap dan Pematuhan ataupun (CCC) dikeluarkan kepada pemaju;
(b) Mewujudkan buku panduan ringkas reka bentuk sejagat; (c) Menyediakan senarai semak reka bentuk sejagat sebelum permohonan pelan bangunan dikemukakan; (d) Menjalankan pengauditan terhadap bangunan bagi keperluan reka bentuk sejagat sebelum Perakuan Siap dan Pematuhan ataupun (CCC) dikemukakan; dan (e) Mengadakan bengkel dan seminar di kalangan kakitangan PBT, professional dan perunding. Sekian Dato’ Speaker.
Terima kasih.
Dato‘ Speaker bolehkah saya bagi soalan tambahan?
Sila.
Terima kasih, okey. Yang Berhormat EXCO saya just nak menanya beberapa tambahan yang terutamanya kita tahu bahawa yang Reka Bentuk Sejagat pada tahun 2014 saya telah pergi ke beberapa negara yang lain seperti China dan juga Hong Kong dan Macau pada masa itu dan tahap kualiti Reka Bentuk Sejagat mereka sudah surpass kita boleh kata (dengan izin). oleh itu bukan sahaja nak dapat yang reka bentuk yang terkini dan panduan juga tapi kita kena serius mengambil serius dalam penguatkuasaan dan bukan sahaja dari segi reka bentuk…(gangguan).
Pulau Tikus soalan?
Okey, soalan saya adakah PBT-PBT kita akan mengambil serius terhadap penguatkuasaan bukan sahaja dalam Reka Bentuk Sejagat tapi dalam semua aspek-aspek PBT kita kerana I think rakyat sudah menanya adakah kita akan mengambil serius terhadap penguatkuasaan kita dari sekarang, terima kasih.
Terima kasih Ahli daripada Pulau Tikus atas soalan yang tepat pada masa dia kalau saya boleh nyatakan. Of course saya nyatakan tadi di bawah Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam kita ada satu peruntukan perundangan di mana kita ada garis panduan selaras dengan itu iaitu MS1184 dan 1183 mungkin apa yang dinyatakan oleh pihak Pulau Tikus ini menunjukkan mungkin kita perlu kaji semula sama ada kita hendak update garis panduan ini. Kalau apa yang beliau kata betul, jiran-jiran kita seperti mungkin you went to Hong Kong if not mistaken, Hong Kong dan jiran terdekat kita Singapura pun sudah jauh depan mara ke depan dalam Reka Bentuk Sejagat yang dikenakan ataupun disyaratkan kepada pemaju-pemaju mungkin kita perlu kaji semula.
Tapi I think apa yang saya kalau saya faham betul kita ada pemaju-pemaju walaupun Dato‘ Speaker, kita ada Garis Panduan Reka Sejagat ini yang wujud yang secara on paper…(dengan izin) mereka patuhi tapi saya dapat ada aduan bahawasanya bagi contoh untuk Orang Kelainan Upaya, bangunan-bangunan, jalan-jalan perlu ada keperluan untuk mereka guna dengan baik, tapi kebenaran dia ialah hakikat dia ialah most of the time ya ada atas paper tapi OKU tak dapat guna yang tak sesuai langsung. Jadi dari segi itu saya setuju dengan YB. Pulau Tikus kerana saya pernah mengalaminya secara peribadi Dato‘ Speaker, kerana ayah saya mendiang ayah saya untuk empat, lima tahun sebelum beliau meninggal ada dalam kerusi roda dan banyak tempat tak sesuai banyak tempat awam saya dah lihat macam itu, jadi setelah mengambil alih portfolio Kerajaan Tempatan saya telah nyatakan kepada semua anggota saya dari semua aspek kita mesti tegas dan aspek ini juga kita mesti tegas saya setuju dengan Pulau Tikus kalau pemaju on paper nampak seperti sudah patuhi tak boleh tak cukup. Kita mesti pastikan ia berlaku untuk menjaga golongan-golongan ini, itu saya beri komitmen kepada Pulau Tikus and of course coming back to bidang kuasa lain atau negeri lain kita boleh lihat dan kaji semua dan saya akan bincang dengan Pulau Tikus mungkin kita boleh tubuhkan satu jawatankuasa untuk lihat kepada perkara ini dan penting sekali tadi Dato‘ Speaker, soalan YB. Pulau Tikus berkenaan penguatkuasaan dari aspek Reka Bentuk Sejagat ini we will look into it tetapi secara am penguatkuasaan terhadap pihak-pihak yang tidak mematuhi ataupun melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan memang saya sudah arahkan anggota-anggota saya di kedua-dua PBT MBPP dan MPSP untuk ambil tindakan tegas. Saya beri contoh Dato‘ Speaker, setelah PRU-14 kita masuk kita lihat ada banyak tempat awam terutamanya five feet, five foot way di mana iaitu jalan raya di atas tempat jalan raya five foot way tersebut banyak orang ceroboh, ini tanah kerajaan semalam Dato‘ Pantai Jerejak ada tanya satu soalan tentang bagaimana kita hendak lihat untuk memastikan pantai-pantai kita tidak dicerobohi nelayan dan sebagainya itu soalan dia, itu soalan yang penting, bernas dan ikut juga Pulau Tikus kerana tempat-tempat awam ini yang adalah tanah kerajaan sering kali kita lihat ada orang ceroboh buat perniagaan dan sebagainya. Apakah pendirian kita Dato‘ Speaker? Kita hendak teruskan benar ini atau tidak? Saya percaya tidak, saya percaya rakyat umum tidak mahu kerana ia membawa masalah social. Kalau kita duduk di dalam satu skim perumahan umpamanya dan hendak balik rumah di tepi jalan ada orang berniaga peniaga-peniaga dan gerai-gerai jual makanan dan sebagainya nak balik rumah tiba-tiba ada orang berhenti kereta untuk pergi beli barang, bahaya satu, masalah sosial satu. So saya ingat penduduk secara umum tidak mahu terima ini jadi saya juga tegas dari aspek ini dan bagitau PBT perlu ambil tindakan dan tindakan telah pun dan sedang dibuat terhadap beberapa kawasan yang baru-baru ini saya boleh maklum adalah kawasan rakan saya daripada Tanjung Bunga, di mana di Tanjung Tokong kalau rakan-rakan saya tahu ada Tesco di situ, hendak pergi ke menuju ke Batu Feringghi Dato‘ Speaker keseluruhan jalan itu di depan sekolah di hadapan Tesco ada gerai-gerai makanan. Semua tak sah semua tak halal. Dia duduk atas kawasan yang dicerobohi iaitu kawasan Tanah Kerajaan jadi baru-baru ini atas ketegasan yang saya minta PBT buat kerja penguatkuasaan itu kita telah ambil tindakan yang pertama iaitu kalau kita tahu Dato‘ Speaker, if you go toward Batu Feringgh (dengan izin)…there is one brigde pedestrian bridge atas five foot way ada satu kedai Pajak Gadai Jackie Chan, Pajak Gadai Jackie Chan. Dahulu saya ingat saya tahu ini tempat kerana hari-hari saya balik saya punya rumah ada sana, so everyday I pass. Dia start punya jam Dato‘ Speaker, ada bumbung biasa dia punya bangunan kayu dan sebagainya tapi sampai satu hari sebelum penguatkuasaan diambil Dato‘ Speaker sudah jadi macam satu rumah atas kaki lima boleh dibenarkan atau tidak saya ingat tak boleh and that is one corner hebat tau Dato‘ Speaker. Kalau ada orang pergi berhenti kereta di situ satu lori atau bas datang dari belakang sure akan ada kemalangan. Saya ingat sudah ada beberapa kemalangan kalau saya tak silap Tanjung Bunga boleh correct me if I am wrong. So itulah sebab kawasan umum awam ini tak boleh dibenarkan perkara sedemikian berterusan Dato‘ Speaker dan saya beri komitmen kepada semua ahli dalam Dewan ini unless we have other views that we must take dan saya akan ambil tindakan tegas terhadap penceroboh-penceroboh ini.
Terima kasih.
Sediki saja, saya tertarik dengan Datok Keramat sebut tentang isu peniaga, peniaga kecil saya sebutkan dalam ucapan saya semalam tentang isu peniaga-peniaga kecil yang tidak ada tempat, tidak disediakan tempat yang sesuai untuk mereka berniaga. Kebanyakan gerai-gerai mereka diroboh dan sebagainya dan kita bersimpati. Dan kita akur kepada peraturan dan juga undang-undang yang tidak dibenarkan berniaga di kawasan awam dan sebagainya. Cuma kita nak juga ada tindakan untuk sediakan tempat sedikit timbang rasa daripada pihak kerajaan MPSP dan sebagainya untuk menyediakan tempat yang sesuai kepada mereka ini kerana tempat tak ada depa susah nak meniaga dan nak cari makan dan
sebagainya. Itulah yang mereka dapat melalui meniaga kecil-kecil ini dan kalau boleh disediakan tempat dan kita tak mau isu ini timbul kepada Pihak Kerajaan kita nak kita sediakan tempat so selesai masalah itu. Dan selesai sedikit masalah kepada peniaga-peniaga. Itu harapan saya.
Saya begitu setuju dengan Sungai Dua rakan karib saya. In fact apabila penguatkuasaan dibuat di Tanjung Tokong kita cuba dapat tempat untuk mereka dapat ditempatkan semula nombor satu. Nombor dua, kita juga di lain tempat memang sekiranya tindakan penguatkuasaan hendak dibuat kita lihat sama ada kita boleh beri masa untuk membolehkan kita cari tempat lain untuk mereka ditempatkan semula.
Saya beri satu contoh juga di kawasan Tanjung Bunga, di Tanjung Bunga ada banyak kes sebegini dan satu contoh yang boleh jawab soalan yang diajukan Sungai Dua ialah di sebelah Batu Feringghi proper, kalau kita tahu jalan dia Jalan Sungai Emas, Jalan Sungai Satu di situ pun depan hotel-hotel ada jalan yang menuju kepada Skim Perumahan yang keseluruhannya ada peniaga. So di kawasan tersebut Dato‘ Speaker, I give an example in fact sekarang kita dalam proses sudah notis telah pun dikeluarkan tapi mungkin saya boleh bincang dengan Tanjung Bunga yang juga telah bincang dengan saya tentang hold on first kerana mengapa? Jawab soalan Sungai Dua, di situ kita dalam proses sekarang menyelesaikan satu pasar awam Batu Feringghi. Which is at the advantage. Kalau pasar awam itu dapat kita selesaikan then kita boleh ambil tindakan tempatkan mereka saya pun tak mahu ambil tindakan penguatkuasaan tapi soalan dia Dato‘ Speaker, unfortunately ada tempat di mana kita sediakan generally di Pulau Pinang untuk peniaga-peniaga ini pergi tapi mereka tak mau pergi. So apa yang kita nak buat? Balik kepada apa yang saya kata tadi, kita nak biarkan begitu sahaja atau kita nak ambil tindakan tegas? I think we have to take action but they have to corporate with us, kalau kita boleh bantu mereka mereka mesti pindah. Kalau tidak Dato‘ Speaker tindakan penguatkuasaan mesti diambil. Sekian.
Terima kasih Datok Keramat saya persilakan Ahli Kawasan Sungai Pinang.
Terima kasih Yang di-Pertua Dato‘ Speaker, soalan saya soalan nombor 11. No. 11. Senaraikan butiran Tanah (no. Lot, Keluasan) yang belum dibangunkan yang telah diserahkan kepada: (a) Pesuruhjaya Tanah Persekutuan; dan (b) Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan dizonkan sebagai tanah sekolah rendah dan tanah sekolah menengah.
Terima kasih Dato‘ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Pinang yang ingin jawapan mengenai tanah-tanah sekolah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Hal Ehwal Pendidikan adalah terletak di bawah Senarai I – Senarai Persekutuan, Jadual 9 Perlembangan Persekutuan. Sehubungan itu, semua tanah untuk pembangunan sekolah perlu diberi milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan atau (PTP) memandangkan ianya akan dibina oleh Kementerian Pendidikan. Semakan dengan pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian mendapati sebanyak 18 lot tanah yang telah diberi milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan untuk tujuan pembangunan sekolah belum dibangunkan dan di samping itu sebanyak 12 lot tanah yang telah dibuat pengambilan balik serta selesai bagi tujuan pembangunan sekolah tetapi belum diberi milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan belum dibangunkan. Kedua-dua senarai akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas sesi soalan lisan ini. Sekian.
Terima kasih.
Soalan tambahan?
Sila.
Terima kasih Padang Kota dan saya juga nak tanya tambahan bahawa maklumat pembangunan yang wajib menyerahkan tanah sekolah sama ada telah menyerah atau masih dalam proses penyerahan?
Dengan juga nama pemaju kalau boleh dengan butiran tanah sekolah termasuk lokasi, keluasan serta status proses tersebut. Yang kedua SOP, SOP penyerahan tanah sekolah seperti tempoh masa menyerahkan tanah sekolah. Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat lebih fokus kepada pematuhan syarat-syarat pemaju untuk menyediakan tapak ini lain daripada apa yang saya berikan tadi. Itu berhubung dengan tindakan Kementerian atau Jabatan Pendidikan Negeri mengenal pasti tanah-tanah untuk sekolah baru ataupun padang sekolah baru dan sebagainya ataupun projek-projek untuk memperluaskan sekolah-sekolah yang sedia ada. Tetapi apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat lebih menuju kepada pemaju yang perlu mematuhi syarat pembangunan di mana Pihak Berkuasa Tempatan memang akan berpandu kepada satu syarat di mana dalam kemajuan yang melebihi unit-unit yang tertentu di mana akan menarik populasi yang berkenaan akan dirujuk kepada Jabatan Pendidikan yang akan menyatakan sama ada tapak sekolah sekiranya melepasi syarat-syarat pembangunan itu adakah ianya diperlukan atau tidak. Jadi kalau ianya diperlukan maka di peringkat kebenaran merangcang ianya akan disyaratkan bahawa dalam pembangunan sedemikian pemaju perlu sediakan satu tapak dan tapak itu perlu lazimnya dengan apa juga kemudahan perlu dipecah bahagian, sub divided setelah kelulusan Kebenaran Merancang dan selepas itu perlu di serahkan. Tetapi sepanjang tempoh ini pemaju disyaratkan diserahkan tanah-tanah ini kepada Kerajaan Negeri dan bukan kepada Kerajaan Persekutuan dan untuk diedarkan kepada sekolah-sekolah yang memerlukan tanah untuk memindah. Khususnya pemindahan sekolah-skolah yang ada murid-murid yang kecil sahaja di Pusat Bandaraya seperti George Town memang ada permohonan untuk pindah sekolah-sekolah yang kurang murid-murid. Dan memang selama ini ada tiga (3) atau empat (4) kes di mana Kerajaan Negeri telah menawar tanah kepada sekolah-sekolah berkenaan supaya ianya dapat dipindah ke kawasan-kawasan pembangunan baru misalnya Bayan Lepas dan Bayan Baru.
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Bertam.
Terima Kasih. Dengan izin Yang di-Pertua Speaker soalan saya, soalan nombor 12. No. 12. Mohon pencerahan mengenai status sekolah-sekolah yang dibina di bawah PMC. Didapati terdapat banyak soalan yang tidak mempunyai sijil layak menduduki. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah ini? Sekolah yang tiada sijil layak menduduki tidak dilindungi insuran dan sukar untuk dibuat maintenance.
Terima kasih Dato' Speaker dan terima kasih kepada Ahli Kawasan Bertam yang tanya berkenaan status sekolah-sekolah yang dibina di bawah PMC ataupun Penang Management Consultant (PMC) yang tidak mempunyai sijil layak menduduki dan apakah tidakan Kerajaan Negeri untuk kita tangani masalah ini. Untuk menjawab Yang Berhormat Bertam, pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah mengenal pasti sebanyak 31 buah sekolah yang dibina di bawah Penang Management Consultant atau PMC yang tidak mempunyai sijil layak menduduki atau Certificate Of Completion and Compliance or CCC. Betul apa yang ditanya tadi itulah adalah perincian yang kita dapati dan perincian dia seperti mana ditanya YB. Bertam ada di Lampiran A. Iaitu di 31 sekolah yang di dapati tidak mempunyai CCC ini. Berkenaan tindakan yang kita ambil. Tindakan terhadap sekolah-sekolah ini yang tidak ada CCC. Actually adalah bukan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun daripada maklumat yang kita perolehi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang isu sekolah yang diuruskan oleh PMC merupakan satu isu pusat ataupun Persekutuan dan semua negeri mempunyai masalah yang sama dan bukan sahaja di Pulau Pinang iaitu ada bangunan-bangunan tersebut yang tidak mempunyai sijil layak menduduki ataupun CCC Dato' Speaker. Dan isu ini saya difahamkan adalah di dalam tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia selaku pemilik projek-projek tersebut. Namun begitu secara umumnya YB. Bertam walaupun melibat PMC tetapi penglibatan Jurutera, Perunding, Akritek, Juru Ukurbahan tidak diabaikan dalam pemantuan kita dalam pelaksanaan projek-projek tersebut. Sekian terima kasih.
Dengan izin soalan tambahan.
Sila.
Dengan izin Yang Berhormat Datok Keramat. Yang Berhormat, saya difahamkan pihak JKR, Jabatan Bomba dan juga MPSP tidak terlibat langsung dalam memberikan apa-apa kelulusan terhadap penggunaan bangunan sekolah di bawah PMC, Yang Berhormat. Dan soalan saya adalah, adakah agensi-agensi ini akan terlibat sama dalam membaik-pulih sekolah tersebut sekiranya terdapat sebarang kerosakan atau malapetaka sebab saya agak khuatir kerana anak saya pun bersekolah di salah sebuah sekolah di bawah PMC . Terima kasih. Yang Berhormat.
Memang saya kongsi kerisauan Bertam. Saya pun ada anak yang ada dalam sekolah mungkin bangunan dia tak adak CCC, saya perlu semak. Nanti saya akan lihat Lampiran A. Tapi of course seperti yang saya nyatakan tadi ia di luar bidang kuasa negeri dan memang negeri sekarang kita sudah satu keluarga dengan Pusat. So, saya boleh bincang dengan Kementerian Pendidikan untuk Pulau Pinang lihat bagaimana kita boleh pastikan keselamatan bangunan-bangunan tersebut. Sekian, Bertam.
Sila.
Satu soalan Tuan Speaker. Boleh dimaklumkan dalam Dewan ini bangunan manakah lagi yang telah diuruskan PMC selain daripada sekolah. Terima kasih.
Kepada Bayan Lepas yang saya dimaklumkan adalah sekolah-sekolah ini 31 bangunan di Pulau Pinang seperti dalam Lampiran A saya beri kepada Bertam.
Setahu saya ada juga masjid-masjid yang telah dibina dengan proses PMC ini.
Bayan Lepas tak kena dengan soalan pokok. Soalan pokok itu sekolah. Sila saya ingin persilakan Ahli Yang Berhormat Air Itam.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor 13. No. 13. Pembangunan sukan di Negeri Pulau Pinag perlu diselaraskan diantara agensi-agensi berkaitan dan tidak hanya tertumpu kepada Majlis Sukan Negeri. Fasiliti sukan yang diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Kerajaan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan serta Agensi Persekutuan perlu dimanfaatkan. (a) Senaraikan Kompleks-Kompleks Sukan dan kemudahan sukan tersebut. (b) Adakah Kerajaan Negeri bersedia menguruskannya.
Dato' Speaker. Kerana Yang Berhormat EXCO Belia dan Sukan sekarang di Mesyuarat di Putrajaya bersama dengan YB. Menteri Belia dan Sukan. Jadi saya akan jawab soalan ini.
Sila.
Untuk makluman Yang Berhormat. Bermula dari bulan Mac 2008 hingga bulan Mei 2018 iaitu sebelum Pilihanraya Umum Ke-14, Program Pembangunan Sukan Negeri di Pulau Pinang sepanjang tempoh 10 tahun ini dikerahkan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang atau in short MSNPP. Berikutan daripada perbezaan Agenda Nasional dan Negeri yang melibatkan Agensi-agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada ketika itu. Sebagai satu-satunya agensi sukan di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah memainkan dua (2) peranan utama khususnya dalam membangunkan program sukan berprestasi tinggi negeri dan dalam masa yang sama juga bertanggungjawab menyelaraskan pembangunan sukan untuk semua.
Dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai serta Pejabat Daerah. Untuk Jabatan Belia dan Sukan yang di bawah pimpinan Kementerian Belia dan Sukan. Jabatan tersebut hanya menjalankan program di bawah Kementerian Belia dan Sukan sahaja dari Tahun 2008 hingga 2018. Setelah PRU ke-14 pada 9 Mei 2018, berlaku senario baru dalam politik Malaysia. Di mana Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh bekerjasama secara lebih erat. Perbezaan pandangan yang dihadapi selama 10 tahun oleh Agensi Negeri dengan Agensi Persekutuan ini kini telahpun berkurangan dan kebanyakan boleh diselesaikan termasuk pelaksanaan program-program pembangunan sukan negeri. Untuk soalan A, Kompleks-kompleks Sukan dan kemudahan sukan tersebut. Ini ada di dalam Lampiran A. Tapi saya bacakan. Kompleks Sukan ada sebanyak 12. Iaitu Kompleks Sukan Balik Pulau, Kompleks Sukan dan Rekreasi MPSP Bertam, Kompleks Sukan Komuniti Pinang Tunggal (KSK), Kompleks Sukan dan Rekreasi Sony Seberang Jaya, Kompleks Sukan dan Rekreasi MPSP di Jalan Betek. Di sini ada termasuk satu (1) kolam renang. Dan Kompleks Rakan Muda Jawi, Stadium Negeri Batu Kawan, Stadium Mini Permatang Rawa, yang termasuk ini stadium. Yang bahagian B. Dalam usaha Kerajaan Negeri untuk menyeleraskan pengurusan kemudahan sukan, Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang telah ditumpukan bagi membangun, mengurus, mengawal dan menyelenggara stadium dan kawasan lapang di Pulau Pinang. Enakmen Pertubuhan Perbadanan ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang ke-13 pada Tahun 2017. Walau bagaimanupun penubuhan Perbadanan ini telah ditangguhkan sehingga selepas kejohanan Asia Pasific Master Games (APMG) 2018 iaitu pada bulan September 2018.
Terima Kasih.
Dengan izin soalan tambahan Dato' Speaker. Memandangkan Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan berkenaan, adakah kita mendapat sebarang peruntukan dari Kerajaan Persekutuan dari tahun 2008 hingga 2018. Dan satu lagi, jika ada apakah kegunaan peruntukan kepada fasiliti-fasiliti ini.
Jawapan ialah tiada.
Terima kasih. Jawi
Yang di-Pertua, soalan saya adalah soalan tambahan. Tadi saya tertarik dengan EXCO Padang Lalang sebut perkataan dengan Kompleks Sukan Belia Sukan di Jawi dan Rakan Muda, Kompleks Rakan Muda. Di sini saya nak bertanya sama ada kompleks ini masih aktif dan masih buka untuk orang awam. Difahamkan kompleks ini dia ada satu padang untuk peminat-peminat yang bermain bola sepak tetapi kekurangan fasiliti untuk mereka untuk salin baju, tandas dan saya difahamkan ada juga satu (1) bilik untuk gym, gym room …(dengan izin). Dan saya minta sekiranya boleh minta EXCO Belia dan Sukan ambil perhatian tentang kompleks ini dan buka untuk orang awam supaya dapat menggunakan. Terima Kasih.
Di sini dia nyatakan bahawa di dalam Kompleks Rakan Muda Jawi dia ada gelanggang serbaguna terbuka, gelanggang serbaguna tertutup dan gym rakyat betul dan ada asrama juga. Mengenai hasrat YB. Jawi saya akan menyuruh EXCO yang berkenaan untuk memberi perhatian.
Persilakan Bukit Tengah.
Terima kasih Dato' Speaker. Soalan saya, soalan nombor 14. No. 14. Apakah projek-projek tebatan banjir yang telah dirancang untuk jangka masa sederhana dan panjang bagi Kawasan DUN Bukit Tengah, butiran projek-projek tersebut, kosnya, dan bilakah projek-projek tersebut akan dilaksanakan dan di selesaikan?
Terima Kasih Yang Berhormat. Dato' Speaker dan juga Yang Berhormat Bukit Tengah. Yang bertanya mengenai projek-projek tebatan banjir di kawasan Bukit Tengah. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Tengah, terdapat empat (4) projek tebatan banjir yang telah dirancang untuk dilaksanakan di KADUN Bukit Tengah. Dua (2) daripadanya adalah projek tebatan banjir jangka masa pendek seperti berikut: Pertamanya, kerja-kerja penyelenggaraan berkala pada Tahun 2018 yang melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan sungai dan parit Bukit Tengah dengan kos sebanyak RM120,000.00 dan kerja-kerja mendalamkan parit-parit di kawasan Bukit Tengah dengan kos RM170,000.00. Yang kedua kerja-kerja mendalam parit sisir Bukit Tengah bernilai RM200,000.00 yang telah dimulakan pada 4 Jun 2018 dan dijangka siap pada 4 September 2018. Manakala projek tebatan banjir jangka masa panjang pula yang dirancang di Bukit Tengah adalah seperti berikut; Yang pertamanya, Projek Tebatan Banjir Parit 5, Taman Mangga dan Jalan Juru, Daerah Seberang Perai Tengah yang bernilai RM14.6 juta yang telah dimulakan pada 16 Mac 2018 dan dijangka siap pada 15 Mac 2020 serta Projek Tebatan Banjir Parit 4 di Bukit Tengah, Daerah Seberang Perai Tengah bernilai RM16.9 juta yang telah dimulakan pada 16 Mac tahun ini dan dijangka siap pada 15 Mac 2020. Terima kasih.
Terima kasih. Bukit Tengah.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Bunga atas jawapan. Sudah tahu bahawa kawasan saya ini ada beberapa tempat yang selalu dilanda banjir. Khususnya bulan, hujung tahun lepas November. Seluruh negeri termasuk kawasan saya dilanda banjir kilat yang sangat teruk dan ada beberapa tempat yang selalunya mengalami masalah ini dan disebut antara satunya Taman Mangga oleh Yang Berhormat, kebetulan Pengerusi JKKK Taman Mangga pun ada pagi ini, Encik Ganesh. Jadi soalan yang saya ingin tanya hari ini adalah susulan daripada jawapan yang diberikan, adalah apakah status terkini Projek Tebatan Banjir Parit 4 dan 5 yang disebutkan tadi yang dijangka siap pada tahun 2020 dan apakah skop kerja untuk kedua-dua Projek Tebatan Banjir ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah atas keperihatian Yang Berhormat dan juga Pengerusi JKKK yang sampai hari ini. Kedua-dua Projek Tebatan Banjir Parit 4 dan Parit 5 sebenarnya adalah sebahagian daripada lapan project high impact Kerajaan Negeri yang telah diluluskan pada tahun lepas dengan peruntukan khas sebanyak RM150 juta. Dan bagi status kemajuannya, untuk Parit 4, kerja kini tahap kerja awalan dengan prestasi fizikal dalam lebih kurang 3%. Skopnya pula melibatkan penaiktarafan Parit 4 dengan tebing L-shaped sepanjang 1.1 km, menaiktaraf crossing di dua lokasi, membina rumah pam baru untuk mengganti yang lama dengan kapasiti 13.2 meter padu persaat dan pam ini akan mengepam air daripada Parit 4 ke Sungai Juru dan juga pengalihan utiliti. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya saya telah membuat lawatan tapak bersama-sama dengan Yang Berhormat Padang Lalang ke lokasi Parit 4 ini untuk meninjau kemajuan dan lokasinya sebenarnya rumah pam itu ada di belakang Perodua, Jalan Perusahaan Juru. Namun di situ, di tapak ada masalah yang berkait dengan tanah LPS ataupun TOL tapi masalah itu sekarang diselesaikan bersama-sama dengan JPS, dengan wakil rakyat tempatan juga, dengan MPSP dan kita jangka semuanya masih dalam jangkamasa yang dinyatakan. Bagi Parit 5 pula, kerjanya juga dalam peringkat kerja awalan dengan prestasi fizikal sebanyak 6%. Skopnya melibatkan menaiktaraf saliran sedia ada sepanjang 400 meter di Taman Mangga. Juga menaiktaraf Parit 5 dengan L-shaped di kedua-dua belah tebing sepanjang 2.55 km dari Taman Mangga ke rumah pam dan penaiktarafan L-shaped ini sebenarnya dijangka akan bermula dalam masa yang terdekat. Skopnya juga melibatkan pembinaan rumah pam baru yang akan mempunyai kapasiti 5 meter padu per saat. Namun peruntukan akan disediakan untuk future upgrade ataupun naiktaraf pada masa depan kepada 7.5 meter padu persaat. Selain daripada itu, terdapat juga pengalihan utiliti. Isu-isu yang berkait dengan Projek Parit 5 ini sebenarnya termasuk pengambilan tanah yang melibatkan satu lot serta struktur-struktur haram yang berada di atas rizab negeri yang mungkin akan mengakibatkan beberapa masalah apabila kerja-kerja berjalan. Namun begitu, kita mempunyai kawasan yang tidak mempunyai struktur, tidak mempunyai halangan dan kita akan mulakan penaiktarafan ke atas
kawasan-kawasan yang tiada halangan dahulu sebelum kita teruskan dengan projek-projek, I mean full project tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Tanjung Bunga. Seterusnya saya ingin persilakan Yang Berhormat Penanti.
Soalan saya nombor 15. No. 15. Bilakah Kerajaan Negeri bercadang mengagih Pengerusi-pengerusi portfolio Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) mengikut pengagihan portfolio Kabinet yang dilaksanakan di Kerajaan Pusat yang hampir seimbang di antara parti-parti bawah Kerajaan Pakatan Harapan (KPH)? (a) Kenapakah keahlian MMK kritikal seperti banjir tidak dibuka kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terkesan seperti sesi Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13 (PRU-13) supaya masalah rakyat ditangani cepat dalam MMK?
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Penanti yang ingin makluman berhubung dengan portfolio-portfolio Kerajaan Negeri dan juga keahlian dalam Jawatankuasa MMK mengikut portfolio. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Persekutuan telah melantik 26 orang Menteri yang bertanggungjawab ke atas 27 portfolio yang berlainan. Tetapi Kerajaan Negeri hanya mempunyai 11 orang Ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan bertanggungjawab ke atas 30 portfolio. Oleh itu, 30 portfolio tersebut perlu diagihkan di antara 11 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri termasuk Ketua Menteri seperti berikut: (a) Ketua Menteri – Pengangkutan, Komunikasi, Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah; (b) YB. Timbalan Ketua Menteri I – Pembangunan Industri, Hal Ehwal Agama Islam dan Perhubungan Masyarakat; (c) YB. Timbalan Ketua Menteri II – Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi; (d) YB. Datok Keramat – Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa; (e) YB. Sungai Puyu – Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar; (f) YB. Seberang Jaya – Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan; (g) YB. Batu Maung – Perdagangan Antarabangsa, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna; (h) YB. Padang Lalang – Pembangunan Wanita dan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam; (i) YB. Paya Terubong – Pembangunan Pelancongan dan Warisan, Kebudayaan dan Kesenian; (j) YB. Tanjung Bunga – Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir; (k) YB. Bagan Jermal – Belia dan Sukan.
Sebanyak 30 Jawatankuasa MMK telah dibentuk oleh Kerajaan Negeri dan keahliannya dihadkan kepada lima (5) orang dalam satu Jawatankuasa. Ahli-ahli Dewan diberi pilihan untuk menganggotai mana-mana Jawatankuasa mengikut keutamaan Ahli-ahli Dewan sendiri. MMK juga bersetuju untuk menambah keahlian anggota tersebut sekiranya terdapat permohonan daripada Yang Berhormat ADUN-ADUN dan setiap ADUN diminta untuk pilih lima (5) Jawatankuasa MMK yang mereka rasa mereka boleh menyumbang kepada peruntukan dasar dan membantu EXCO dalam menjalankan tugas-tugas dalam portfolio ini. Tetapi bagi Yang Berhormat Penanti, saya rasa kalau tak silap Yang Berhormat Penanti pilih sampai 13…(gangguan).
No, no, I mean is yang itu bukan, sorry.
Tak apa, itu fakta. Jadi Yang Berhormat pilih 13 maka Urusetia menghadapi cabaran macam mana nak meletakkan Yang Berhormat kepada 13 Jawatankuasa MMK ini dan telah memilih keahlian Yang Berhormat mengikut keutamaan yang dipilih oleh Yang Berhormat sendiri atau atas pertimbangan Ahli-ahli EXCO. Bagi Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir di mana nama Yang Berhormat tidak dimasukkan dan kemudiannya MMK pun sudah pun buat keputusan bolehlah kalau Yang Berhormat merasakan nak menganggotai mana-mana Jawatankuasa MMK ianya boleh dipertimbangkan dan bagi MMK Tebatan Banjir maka Yang Berhormat, saya percaya Yang Berhormat sudah pun dimasukkan sebagai Ahli Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir di mana Yang Berhormat merupakan ahli yang terlalu aktif dalam MMK Tebatan Banjir pada sesi yang lalu di mana banyak projek-projek dapat diluluskan untuk kawasan Penanti atas usaha gigih Yang Berhormat dalam Jawatankuasa itu. Dan kita berharap EXCO Tebatan Banjir yang baru juga dapat menimbang mungkin sudah habis luluskan projek, tak ada projek yang perlu diluluskan tetapi dan tak banjir juga dan akan menimbang apa-apa permohonan daripada Ahli-ahli dalam MMK berkenaan. Buat kali pertama Ahli-ahli Pembangkang juga dijemput untuk menjadi Ahli-ahli Jawatankuasa MMK dan ada…(Ahli Dewan bertepuk tangan). Dan ada Yang Berhormat Permatang Berangan dan Yang Berhormat Penaga juga sudah buat pilihan untuk menjadi ahli dalam MMK berkenaan. Tapi Sungai Dua saya tak pasti ada atau tidak. Ada ya? Jadi semua Ahli-Ahli Pembangkang pun setuju untuk menjadi Ahli kepada MMK yang dipilih. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Penanti, jika ada?
Saya nak tanyalah soalan kan. Sebenarnya saya letak tu mengikut priority sebab saya tau kita ada 40 ADUN dan 40 ADUN akan masukkan dan saya just letak according to, berdasarkan priority yang mana tapi pilihan-pilihan saya yang top ten pun tak dapat. Jadi setakat ini yang saya dapat hanya tiga iaitu Pembangunan Usahawan, terima kasih bawah Batu Maung dan Seberang Jaya, Pembangunan Desa dan lagi satu another, Dato’ Halim, Batu Maung is for Koperasi. It just that dari pengalaman saya masa PRU, tempoh PRU-13 sebab saya tengok, saya ingatkan di PRU-14 ni, kerusi-kerusi yang dimenangi oleh parti-parti dalam Pakatan Harapan adalah agak seimbanglah maknanya Keadilan kita menang 14 kerusi, DAP 19 kerusi campur dengan Amanah dan Bersatu. Jadi kalau kita campurkan Amanah dan Bersatu we are almost 18, 19.
Maka soalan?
Soalannya sebab tu saya tanya bilakah, soalan no. 1 tu, bilakah yang Kerajaan Negeri bercadang untuk mengagihkan pengerusi portfolio tu mengikut pengagihan yang dibuat di peringkat Kabinet iaitu saya sebut ni, hampir seimbang di antara parti-parti di bawah Pakatan Harapan. Kedua, kenapa benda tu penting saya nak soalannya ialah seperti yang disebut oleh Padang Kota, jika wakil rakyat tidak berada dalam Ahli MMK macam mana dia nak fight sebab then kita mengharapkan pegawai-pegawai kerajaan yang kadang-kadang dia ada kekangan manpower atau kakitangan. Hanya wakil-wakil rakyat yang boleh fight sebab tu saya tanya. Dulu saya dapat banyak projek pelancongan juga disebabkan saya dalam MMK Pelancongan, saya boleh fight untuk Penanti River Run, homestay dan macam-macam.
Soalan jelas.
Soalan itu saya tanya yang macam yang saya tanya dalam soalan lisan tidak terjawab, soalan lisan yang bila Kerajaan Negeri bercadang dan saya tanya yang banjir tu telah dijawab, yang saya dimasukkan saya hanya katakan kepada tak buka kepada ADUN-ADUN yang terkesan seperti PRU-13 sebab kita ADUN-ADUN yang akan fight dalam MMK untuk masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasan kita.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker. Terima kasih Penanti atas soalan tambahan yang menyoalkan pengagihan bukan Portfolio la, saya rasa yang pengagihan Ahli-Ahli MMK dan Ahli-Ahli Jemaah Menteri. Itulah pokok dia, bukan pengagihan Portfolio. Saya nampak kalau saya nak soal mengapa Penanti menganggap wakil Bersatu dan wakil Amanah lebih dekat dengan PKR? Saya pun boleh beranggapan dua (2) ahli Amanah dan dua (2) ahli Bersatu lebih dekat dengan DAP. 19 campur 4, 23. Yang Berhormat pun gunakan kriteria yang lain untuk melihat pengagihan Ahli-Ahli Jemaah Menteri yang disifatkan lebih imbang. Nampak imbang la 6-6-5-5 lebih kurang la. Tetapi itu tidak pandu kepada kerusi yang digunakan sebagai justifikasi Yang Berhormat. Di sini kata kerusi, di sana tak kira kerusi. Apa kriteria yang digunakan? Kalau ikut kerusi, Perdana Menteri patutnya datang dari parti yang lain. Saya tak kata la…(gangguan). Kalau kata pengagihan mengikut jumlah kerusi, Perdana Menteri tak patut datang dari parti yang kecil. Tetapi itulah keputusan yang kita hormati. Sekian.
Bukan, saya tidak sebut.
Cukup.
Saya just nak tanya sebab itu isunya la. Maknanya parti-parti itu kita ada, kita dibahagikan almost seimbang. Itu yang saya tanya dalam soalan itu.
Sudah. Saya…(gangguan).
Yang Berhormat pakai kriteria yang suite your agenda.Yang suite your agenda itu masalah dia. Kalau pakai kriteria yang sama, kita boleh terima. Tetapi Yang Berhormat pilih-pilih.
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin persilakan Teluk Bahang. Teluk Bahang? Teluk Bahang?
Soalan saya no. 17. No. 17. Apakah langkah-langkah penyelesaian jangka pendek dan Panjang dalam isu pengusiran keluaraga PPRT di Pulau Pinang?
Sila jawab soalan 17.
Terima kasih Dato Speaker. Soalan daripada rakan saya daripada Teluk Bahang berkenaan apakah langkah-langkah penyelesaian jangka pendek dan panjang dalam isu pengusiran keluarga PPRT di Pulau Pinang? Dato Speaker dalam menjawab soalan rakan saya daripada Teluk Bahang, Projek Perumahan Rakyat Termiskin ataupun PPRT ini, adalah program yang adalah di bawah kendalian Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan ia adalah berkonsepkan bantuan pembinaan baru rumah atau pun rumah baru di atas tanah milik Ketua Isi Rumah atau milik ahli keluarga penerima bantuan dari kategori fakir miskin ataupun miskin tegar. Dan untuk maklumat Yang Berhormat Teluk Bahang, setakat ini Dato Speaker, tiada sebarang tindakan pengusiran ataupun penguatkuasaan yang pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri ke atas penduduk yang menerima manfaat daripada program ini. Sekian.
Terima kasih Dato Keramat.
(Masalah audio tak jelas)….ada beberapa aduan yang saya terima dari PPR apa di Perai dan juga PPR di Sungai Pinang sebelum ini. Saya nak pastikan kalau tidak ada kategori baguslah. Cuma saya dapat aduan sama ada aduan ini tidak betul, itu terpulang. Terima kasih.
Dato speaker dan terima kasih pada rakan saya daripada Teluk Bahang. Mungkin apa yang kita tak begitu jelas di sini adalah soalan yang diajukan Teluk Bahang itu adalah berkenaan PPRT. Iaitu Projek Perumahan Rakyat Termiskin. Ia adalah berbeza dengan PPR iaitu Projek Perumahan Rakyat. Dan mungkin kalau tak silap ada disebut ataupun dirujuk pada kes Perai dan Sungai Pinang. Mungkin di Perai I think it’s a Thamby Kechil kan? Projek Thamby Kechil. Dan di Sungai Pinang mungkin Jalan Sungai. I don’t know whether they Jalan Sungai PPR. Okey, bagi menjawab saya boleh jawab. Untuk PPRT jawapan saya begitulah. Tiada kes pengusiran setakat ini. Tapi untuk PPR, Dato Speaker, bukan sahaja ada kes-kes di mana tindakan penguatkuasaan dibuat, dan tindakan penguatkuasaan dibuat Dato Speaker atas pelbagai sebab. Antara lain adalah untuk kita layak duduk dalam rumah PPR, ada syarat-syarat kelayakan dia. Ia adalah dikhususkan untuk golongan yang berpendapatan rendah sahaja. Iaitu pada point of entry…(dengan izin) kita tidak boleh syarat yang penting tidak boleh mempunyai pendapatan satu keluarga lebih daripada RM1,500. Like tadi, semalam tempoh hari saya ada sebut tentang syarat-syarat kelayakan untuk membeli rumah kos rendah, kos sederhana rendah. Kalau kos rendah kita tak boleh berpendapatan lebih daripada RM2,500 baru kita layak beli. Kalau kos sederhana rendah, RM3,500. Kalau lebih kita tak layak. Kalau tak lebih, baru boleh dipertimbangkan. Itu antara syarat yang nyata lah. Untuk PPR tak boleh lebih RM1,500. Jadi apabila kita masuk point of entry layak RM1,500 tak akan seumur hidup saya, saya akan berpendapatan RM1,500 sahaja kan? Ekonomi kita boleh bertambah maju dan bertambah baik. Apabila itu berlaku, kita akan semak dan kita akan dapati dia tak layak. Kerana dia tak layak, mesti beri laluan untuk orang yang ada di atas senarai yang menunggu sekian lama agar mereka dapat masuk. Itu yang kebiasaan dia satu. No.2 sebab ada banyak kes di mana kita ini disalahguna, saya boleh guna perkataan itu. Di mana ini adalah khusus untuk rakyat miskin. Tapi mereka datang dia duduk dia tak bayar pun kita punya sewa bulanan yang mana secara lazimnya untuk PPR adalah RM100.00, campur penyelenggaraan RM24.00, RM124.00, tak bayar pun. Ada kes tunggakan sehingga berapa tahun? Rakan saya daripada Teluk Bahang dan semua orang di dewan ini agar kita clear. Kerana ada kes yang akan di spin, kata ini oh, kerajaan yang kejam, zalim, ambil tindakan terhadap orang yang miskin! Ada kes di mana tunggakan sampai RM40,000. Kalau saya ada RM40,000, saya boleh beli satu kos rendah. Tak perlu sewa. So, ada kes-kes lain di mana kita tak benarkan kalau pasangan kita bukan orang tempatan. Ada kes-kes lain di mana disalahguna juga Dato Speaker. Dia datang, dia layak, dia pergi masuk tapi dia tak huni. Dia sewa pulak kepada orang luar. Bayar kepada kita RM124.00, itupun tak tahu, tak pasti sama ada dia bayar tak? Tapi dia tak duduk dia sewa pada orang ketiga, pihak ketiga RM500.00 satu bulan. Betul ka ini? Jadi kita ada banyak kategori di mana mereka adalah di dalam kategori perlu diambil tindakan penguatkuasaan. Tapi saya nak clarify dan perjelaskan kepada semua dalam Dewan ini, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang satu Kerajaan yang prihatin. Walaupun saya ada banyak kes di mana tindakan penguatkuasaan perlu diambil. Saya sebelum saya jadi EXCO Perumahan, ia adalah satu proses administrative. That’s mean tak perlu datang kepada EXCO. Di Bahagian Perumahan mereka punya rekod tunjuk PPR ada tunggakan, kategori-kategori yang saya sebut tadi, mereka terus boleh ambil tindakan penguatkuasaan. Tak perlu rujuk pada EXCO. Tapi Dato Speaker apabila saya masuk, saya kata tak boleh. Kita mesti lihat pada semua kes. Kerana ada mungkin kes mereka miskin, mereka tak dapat bayar. Jadi ada tunggakan. Tapi itu kes genuine, kes yang betul. So, kita mesti lihat pada setiap kes. Dan saya buat satu keputusan tubuhkan satu jawatankuasa penguatkuasaan, Dato Speaker. Di mana semua kes yang dikatakan perlu diambil tindakan penguatkuasaan perlu dirujuk keada saya. Dan saya akan panggil ADUN dalam kawasan tersebut yang terlibat di mana tindakan penguatkuasaan perlu dibuat untuk datang beri saya penjelasan ini kes betul atau tidak betul? Dan untuk makluman semua dalam Dewan Rakyat ini, dalam Dewan Undangan ini, saya hampir ada 500 kes sudah. Hampir ada 500 kes sudah. Tapi daripada 500 kes tersebut, hanya segelintir sahaja dalam 40 ataupun 50 sahaja yang kita ambil tindakan. Kita ada pakej ansuran untuk bantu mereka yang tak dapat bayar tunggakan. Kita faham mereka orang susah. Jadi kita buat pendekatan ini.
Untuk makluman Dato Speaker, apabila saya buat ini, saya ditegur Ketua Audit Negara. Saya EXCO Perumahan satu-satunya di Malaysia yang ditegur Ketua Audit Negara kerana tak ambil tindakan penguatkuasaan kerana sepatutnya saya ambil. Jadi lihatlah, prihatin atau tidak? Saya kata kepada Ketua Audit Negara, tak, saya tak akan ambil tindakan kepada mereka yang benar-benar susah. Saya akan bantu mereka. Nak tegur saya, tegurlah. Betul Teluk Bahang? Jadi itu jawapan saya pada Dato Teluk.
Terima kasih. Penaga.
Terima kasih kepada Dato Yang di-Pertua. Berhubung dengan PPRT ini saya mohon penjelasan sama ada ada data ataupun tidak, berapa jumlah miskin tegar sama ada bandar ataupun miskin tegar desa, yang masih belum ataupun masih belum mempunyai rumah PPRT ini di Negeri Pulau Pinang?
Minta maaf soalan tadi?
Saya minta penjelasan jumlah.
Okey.
Berapa jumlah miskin tegar sama ada miskin tegar bandar ataupun miskin tegar desa yang belum mempunyai rumah PPRT lah di Negeri Pulau Pinang?
PPRT bukan PPR.
PPRT.
PPRT saya perlu dapat makluman tersebut Dato Speaker.
Terima kasih.
Tapi untuk PPR saya ada senarai menunggu yang begitu panjang. Hampir 1500. Oleh itu, perlu kita ambil tindakan penguatkuasaan untuk kosongkan kediaman-kediaman unit tersebut untuk bagi laluan kepada mereka atas senarai. Tapi saya akan dapat makluman tersebut dan akan panjangkan kepada Penaga.
Ahli Yang Berhormat, Cuma satu pesanan saya kepada semua, kalau nak tanya soalan tambahan, minta faham soalan pokok dulu. Jangan nanti tengah-tengah you masuk soalan yang tak berkaitan dengan soalan pokok, maka EXCO tak dapat bagi soalan yang memuaskan anda. Terima kasih. Saya persilakan Teluk Air Tawar.
Selamat pagi. Soalan No. 18. No. 18. Mohon pencerahan bagaimana tanah lot 2581 seluas 23.094 ekar milik Majlis Agama Islam telah dipindah milik kepada Inter Link General Services Sdn. Bhd. kemudian digadai kepada Hock Thai Finance Corporation Berhad dan didaftarkan pada 12 Jun 1996 pada pukul 9.30 pagi?
Terima kasih Telok Ayer Tawar. Saya menjawab bagi pihak Pinang Tunggal, EXCO agama yang dalam cuti rehat, medical. Tanah Lot 2581, Mukim 7 Seberang Perai Utara seluas 23.094 ekar, adalah tanah yang dibeli oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada tahun 1983 dengan harga RM1.8 juta. Satu perjanjian usaha sama telah ditandatangani pada 10 Disember 1993 antara MAIPP dan Syarikat Interlink General Services Sdn. Bhd iaitu pemaju bagi tujuan pembangunan di atas tanah tersebut. Berdasarkan perjanjian usaha sama tersebut, Tanah Lot 2581 hendaklah dipindah milik kepada oleh MAIPP kepada pemaju. Pindah milik, tanah lot berkenaan telah dilakukan antara kedua pihak dan sebagai balasan, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang memperolehi bayaran RM2 juta. Tanah itu, kemudiannya telah digadai oleh pemaju kepada Hock Thai Finance Corporation Berhad pada 10 Jun 1996. Supplemental Agreement telah ditandatangani antara MAIPP dengan pemaju. Pemaju berkenaan perlu menjelaskan bayaran tambahan nilai tanah berjumlah RM1.163 juta kepada MAINPP menjadikan jumlah keseluruhan harga tanah adalah RM3.163 juta. Pada 14 Mac 1997, MAINPP telah memasukan kaveat persendirian ke atas tanah lot berkenaan kerana kegagalan pemaju melunaskan baki yuran pembelian tanah lot tersebut kepada MAINPP. Seterusnya, MAINPP mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju dan berjaya mendapatkan baki bayaran nilai tanah berjumlah RM1.163 juta. Syarikat berkenaan kemudiannya telah di isytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia dan pada tahun 2000 Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mula mengadakan rundingan dengan Hock Thai Finance Corporation Berhad dan semua pihak yang berkepentingan bagi menyelesaikan gadaian ke atas tanah tersebut. Akhirnya, tanah tersebut telah dibangunkan dengan projek perumahan yang sekarang dikenali sebagai Taman Sejahtera oleh SPNB yang siap dibina pada tahun 2008 dan telah pun diduduki. Untuk makluman Telok Ayer Tawar, tempoh melebihi 16 tahun diambil bagi menyiapkan projek tersebut.
Terima kasih.
Saya mohon soalan.
Sila.
Sebenarnya tanah tersebut bukannya di Taman Sejahtera Indah tanah tersebut ialah di Permatang Binjai. Saya difahamkan tanah di Taman Sejahtera Indah memang dimajukan oleh Interlink tapi Interlink bankrup satu lagi dianugerahkan tanah oleh Majlis Agama Islam ialah di Permatang Binjai itu sebanyak 23.09 ekar. Saya harap pihak Majlis melihat kembali tanah di kawasan ini sebab saya ada geran tanah ini untuk ditunjukkan kepada Majlis dan saya nak melihat di sini bagaimanakah ataupun apakah status pegangan tanah tersebut setelah interlink ini bankrup sama ada tanah ini tergantung ataupun akan diambil tindakan oleh pihak majlis. Dan seterusnya apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah ini dan kita juga nak lihat kalau boleh pihak Kerajaan Negeri membuka balik kertas siasatan bagaimana benda ini boleh berlaku. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Telok Ayer Tawar, saya harap Telok Ayer Tawar dapat memberikan butir-butir makluman itu kepada pihak saya supaya kita dapat melakukan siasatan sekiranya ada perkara-perkara yang tidak jelas di sini bagi menjawap soalan Telok Ayer Tawar. So saya harap segala maklumat itu dapat disampaikan kepada pihak saya. Terima kasih.
Ada tambahan sikit berkaitan dengan projek itu. Jadi saya ingin penjelasan juga berkaitan dengan projek Taman Sejahtera berkaitan dengan pindah milik yang dibuat kepada Syarikat Interlink. Syarikat Interlink cuma bayar sebahagian terus pindah milik dan ini boleh dibuat. Adakah ini boleh dilaksanakan di peringkat majlis? Yang keduanya dari segi….(lupa soalan).
Habis? Lupa tidak apa.. sila Batu Maung.
Terima kasih Sungai Dua, Insya-Allah segala soalan yang disampaikan itu akan kita saya dapatkan maklumat untuk dijawab dalam sidang ini.
Mohon penjelasan, taraf tanah ini Baitulmal atau tanah wakaf sebab isu dibangkitkan di kawasan mengatakan tanah ini tanah wakaf tidak boleh buat projek macam ini. Mungkin dia Baitulmal harap dapat pengesahan.
Kita akan siasat seperti disebut ADUN Sungai Dua kalau tanah wakaf tidak boleh pindah milik macam ini. Jadi Insya-Allah saya akan bagi jawapan dalam penggulungan nanti. Terima kasih.
Terima kasih Batu Maung. Persilakan Yang Berhormat Permatang Berangan.
Dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 19. No. 19. Sejauh manakah Kerajaan Negeri berusaha untuk menambah peruntukan tanah-tanah wakaf bagi pembinaan masjid/surau, sekolah agama rakyat mahupun tanah perkuburan? (a) Berapakah jumlah rumah ibadat bukan Islam yang telah dibina dalam kawasan perumahan di Pulau Pinang dan Seberang Perai? (b) Sila berikan jumlah mengikut kategori rumah ibadat (tokong/kuil/gereja) di setiap kawasan perumahan tersebut.
Terima kasih Permatang Berangan. Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah menyediakan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Tempatan Rumah-Rumah Ibadat Islam Negeri Pulau Pinang sebagai panduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan, agensi-agensi awam serta pihak pemaju bagi memastikan setiap rancangan pembangunan yang diwujudkan disediakan tapak masjid ataupun surau. Selain itu, sekiranya terdapat keperluan untuk membina masjid, surau, sekolah agama atau tanah perkuburan, proses pengambilan balik tanah akan dimohon oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang melalui peruntukan Kerajaan Negeri dan seterusnya tanah tersebut akan diberimilik kepada MAINPP. Bagi tujuan menambah peruntukan aset MAINPP atau tanah-tanah wakaf MAINPP melalui anak syarikatnya Wakaf Pulau Pinang Sendirian Berhad giat berusaha menjalankan promosi dan publisiti bagi mengumpul dan menambah dana wakaf tunai Majlis Agama Islam supaya individu, organisasi dapat menyumbang aset mereka untuk diwakafkan. Promosi dan publisiti ini disampaikan melalui khutbah Jumaat, sosial media dan juga dalam sebarang program JAIPP dan MAINPP untuk menyedarkan umat islam untuk penganjuran berwakaf supaya dapat memberikan manfaat ekonomi dan faedah kepada umat Islam. Seterusnya untuk menjawab soalan seterusnya. Sehingga tahun 2017, ini saya jawab mungkin untuk Padang Lalang jugalah. Sehingga tahun 2017, Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang telah dibina di kawasan Pulau berjumlah 207 manakala di Seberang Perai adalah berjumlah 444 buah. Terdapat empat (4) kategori RIBI iaitu Tokong, Kuil, Gereja dan Wat Siam. Perincian mengikut kategori RIBI di Kawasan Pulau dan Seberang Perai adalah seperti berikut: Tokong, kawasan Pulau - 86, kawasan Seberang Perai - 255, kuil, kawasan Pulau – 73, kawasan Seberang Perai - 160, gereja, kawasan Pulau - 43, kawasan Seberang Perai - 26, Wat Siam, kawasan Pulau - 5, kawasan Seberang Perai - 3.
Dato’ Yang di-Pertua saya ada soalan tambahan. Apakah peruntukan perundangan yang menyelia pembangunan yang menyelia tanah wakaf bagi masyarakat Islam dan adakah pembanguan tanah wakaf untuk kegunaan masyarakat Islam diletakkan dalam bidang kuasa yang sama dengan pembinaan Rumah Ibadat Bukan Islam.
Peruntukan pembinaan tidak sama sebenarnya antara wakaf dan pembinaan RIBI.
Terima kasih Batu Maung.
Ada tambahan.
Sila Sungai Aceh.
Dato’ Yang di-Pertua. Cuma saya nak tanya terdapat tanah-tanah wakaf yang mungkin pada zaman dulu yang tidak ada perjanjian penyerahan selalunya bila waris meninggal so anak-anak menuntut tanah-tanah tersebut walaupun secara verbal adakah di Pulau Pinang ini terdapat kes seperti ini mana kata di peringkat waris mungkin datuk dia ataupun bapa dia dulu wakafkan secara mulut tetapi mai di peringkat waris anak-anak ini membuat tuntutan bahawa ini tanah milik mereka bukan yang di wakafkan dalam perjanjian. Adakah terdapat kes di Negeri Pulau Pinang dan kalau ada berapa jumlah dia?
Memang ada, especially kes-kes lama yang mana waris tidak ada bukti. Dari segi perundangan kita memerlukan dokumen-dokumen bukti untuk buktikan bahawa dia itu seorang waris. Memang ada kes macam ini apa pun rujuk kepada perundangan. Saya tidak dapat nak berikan jumlah tetapi kalau ada butir detail saya akan jawab di pergulungan nanti.
Terima kasih Batu Maung. Saya persilakan Permatang Pasir.
Dengan izin Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 20. No. 20. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan jumlah Sekolah Agama Rakyat rendah dan menengah yang menerima bantunan kewangan daripada Kerajaan Negeri bagi peruntukan tahun 2018? (a) Mohon Kerajaan Negeri nyatakan sama ada kerajaan negeri bercadang untuk meningkatkan jumlah bantuan kewangan bagi hal perkara saguhati guru-guru Sekolah Agama Rakyat Rendah dan Menengah?
Batu Maung.
Terima kasih Permatang Pasir. Pada tahun 2018 Kerajaan Negeri telah menyalurkan bantuan kewangan kepada 196 Institusi Pendidikan Agama Islam berjumlah RM1,780,932.00. Perinciannya adalah seperti berikut. Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) 9 buah. Jumlahnya 333,900.00, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) jumlahnya adalah 11. Bantuan diberikan 216,600.00. Ketiga Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Sepenuh Masa jumlah sekolah ialah 10 dengan jumlah bantuan RM472,300.00, Maahad Tahfiz 37 buah. Jumlah peruntukan ialah RM168,584.00. Kelima Sekolah Agama Rakyat (KAFA Integrasi) 104 buah dengan jumlah RM467,400.00, Tadika Islam (TADIS) short formnya, 15 buah RM32,148.00 dan Pondok 9 buah berjumlah RM90,000.00. Jadi jumlah keseluruhan RM1,780,932.00. Untuk menjawab soalan seterusnya. Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa memang sentiasa membuat semakan dan kajian berkenaan cadangan untuk meningkatkan jumlah bantuan kewangan termasuk saguhati dan bonus kepada semua guru-guru Sekolah Agama Rakyat berdasarkan kemampuan Kerajaan Negeri.
Terima kasih Batu Maung.
Soalan tambahan dengan izin Dato’ Yang di-Pertua. Saya meneliti peruntukan bajet tahun lepas yang mana untuk tahun ini bajet untuk Hal Agama Islam sebanyak RM53 juta. Jadi adakah terdapat perancangan di pihak Kerajaan Negeri untuk meningkatkan sumbangan saguhati kepada guru-guru Sekolah Agama Rakyat dan juga adakah terdapat perancangan untuk memberikan elaun bulanan tetap kepada guru-guru Agama Rakyat memandangkan peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam ini besar RM53 juta. Mohon penjelasan.
Peruntukan Kerajaan Negeri untuk Hal Ehwal Agama yang di sebutkan tadi nampak besar tetapi kita agih melalui jabatan-jabatan di bawah Portfolio Agama. Insyaallah dalam bajet yang akan datang ini kita akan semak semula begitu juga dengan cadangan elaun bulanan itu tunggulah dalam bajet nanti YB. boleh memberi sedikit input tentang apa yang diminta itu tadi. Terima kasih.
Terima kasih. Persilakan Bayan Lepas.
Soalan saya nombor 21 No. 21. Prasarana kemudahan kesihatan rakyat perlu dipertingkatkan. KADUN Bayan Lepas hanya mempunyai sebuah klinik kesihatan sahaja untuk pelbagai rawatan. (a) Apakah ada perancangan untuk menaiktarafkan klinik yang sedia ada? (b) Bolehkah Klinik kesihatan ibu dan anak di Teluk Kumbar dinaiktaraf untuk pemeriksaan pesakit kronik ambil ubat atau cuci luka kencing manis.
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Lepas, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan daripada Yang Berhomat Bayan Lepas mengenai kemudahan prasarana kesihatan rakyat di KADUN Bayan Lepas yang memerlukan naik taraf. Pada ketika ini, untuk makluman Yang Berhormat Bayan Lepas fasiliti kesihatan utama di KADUN Bayan Lepas adalah Klinik Kesihatan Bayan Lepas dan Klinik Kesihatan Bayan Baru. Melalui permohonan Rolling Plan 4 Rancangan Malaysia Ke-11, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah membuat permohonan menaik taraf Klinik Kesihatan Bayan Lepas berdasarkan kepada peningkatan penduduk sekitar dan juga pertambahan jumlah pesakit yang hadir. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut tidak diluluskan sebelum ini berdasarkan keutamaan projek-projek lain yang lebih mendesak. Pada ketika ini, kes-kes bagi kedua-dua fasiliti di Bayan Baru, Bayan Lepas ini akan dirujuk ke fasiliti berdekatan seperti berikut iaitu ke Hospital Pulau Pinang yang jaraknya 20 kilometer daripada Bayan Lepas, Hospital Balik Pulau 14 kilometer dari Bayan Lepas, Klinik Kesihatan Bayan Baru 4 kilometer dari Bayan Lepas, Klinik Desa Sungai Ara dan Klinik Desa Sungai Batu 3 kilometer dari Bayan Lepas, Klinik Desa Teluk Kumbar 4 kilometer dari Bayan Lepas, Klinik Desa Permatang Damar Laut 5 kilometer daripada Bayan Lepas, Klinik Desa Gertak Sanggul 9 kilometer daripada Bayan Lepas dan juga satu Klinik Satu Malaysia di Sungai Batu 4 kilometer daripada kawasan Bayan Lepas. Setakat ini, tiada keperluan juga untuk makluman Yang Berhormat Bayan Lepas untuk Klinik Desa Teluk Kumbar dinaik taraf kerana semua rawatan lanjut pesakit luar seperti rawatan pesakit kronik atau mencuci luka kencing manis boleh didapati di Klinik Kesihatan Bayan Lepas yang terletak hanya sejauh 4.8 kilometer dari Klinik Desa Teluk Kumbar. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan Dato’ Speaker. Mengikut apa yang saya kumpulkan maklumat Klinik Kesihatan Bayan Lepas terlalu sesak dengan kehadiran pesakit mencecah 13,343 bagi bulan Julai dengan purata sebulan dengan purata satu (1) hari terdapat 500 oranglah yang hadir ke Klinik Bayan Lepas dan juga pertambahan penduduk yang mendadak saya fikir alasan kerajaan yang tidak menjuruskan Rancangan Malaysia Yang Ke-11 ini dia kata tak diluluskan bukan alasan yang mendesak saya rasa perkara ini perlu dipertimbangkan semula dengan keadaan sekarang pun sudah 500 ke 500 lebih yang hadir di klinik kesihatan tersebut dan juga saya mohon supaya Klinik Kesihatan Klinik Ibu dan Anak di Teluk Kumbar itu dapat dinaiktarafkan supaya dapat menampung serba sedikit kekangan yang berlaku di Klinik Kesihatan
Bayan Lepas. Jika nak pergi ke Klinik Kesihatan Bayan Baru pun sesak juga nak pergi GH lagi sesak. Nak pergi Balik Pulau keadaan yang sama. Jadi mohon pertimbangan supaya Klinik Ibu dan Anak di Teluk Kumbar ini dapat dinaiktarafkan sementara untuk kita bina kemudahan yang lebih lengkap Klinik Kesihatan di Bayan Lepas memang terlalu sesak parking pun tak ada dan kemudahan pun tidak ada. Jadi saya minta bolehkah untuk EXCO mengusulkan semula supaya rancangan naik taraf ini dibuat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Lepas. Saya yang pertamanya saya hanya EXCO Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Kesihatan ini di bawah list federal nak jawab untuk pihak Menteri Kesihatan pun tak boleh tapi tak apa, tak apa saya faham bagi saya jawab. Seperti saya sebutkan tadi dalam jawapan saya memang Jabatan Kesihatan Negeri telah maklum tentang masalah ini sebab itu diminta dan pohon melalui rolling plan Rancangan Malaysia Ke-11. Saya percaya tidak ada masalah untuk kita bangkitkan semula tetapi seperti Yang Berhormat Bayan Lepas maklum bahawa semua perancangan ini haruslah melalui proses permohonan belanjawan dan juga perancangan. Saya akan bangkitkan perkara ini juga di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri dalam Mesyuarat MMK Kesihatan dan juga untuk makluman Yang Berhormat dalam MMK Kesihatan baru-baru ini mesyuarat yang pertama untuk penggal ini telah dipanggil kita telah menubuhkan jawatankuasa untuk melihat semua infrastruktur dan juga frasarana kemudahan kesihatan di Pulau Pinang kerana masalah utama infrastruktur kesihatan di Pulau Pinang ini ialah masalah congestion. Kita bukan sahaja jammed di jalan raya tetapi kita juga jammed dalam hospital dan juga klinik kesihatan ini masalah yang kita hadapi dan saya ambil maklum dan saya mengucapkan ribuan terima kasih dengan Yang Berhormat Bayan Lepas, Insya-Allah kita sama-sama usahakan untuk dapatkan peruntukan bagi menaik taraf klinik kesihatan terima kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat 1 jam 30 minit sudah untuk soalan lisan telah pun tamat selaras dengan Subperaturan 26 (7) Peraturan-Peraturan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Sila.
Dato’ Yang di-Pertua selaras dengan Peraturan 6A(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang saya mohon supaya masa persidangan hari ini 7 hari bulan Ogos dilanjutkan sehingga jam 7.00 petang.
Saya perlukan sokongan.
Saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun mengemukakan usul di bawah Peraturan 6A(1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini 7 Ogos 2018 hari Selasa sehingga jam 7.00 petang. Ahli-ahli Yang Berhormat bersetuju katakan “Ya”. Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Yang tidak bersetuju katakan “Tidak”. Usul dipersetujui. Yang Amat Berhormat jawapan. Jawapan untuk lisan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletak ke atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya sebentar lagi dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat kita masih dalam sesi perbahasan dan kita sambung dari semalam dan saya ingin persilakan Yang Berhormat Sungai Pinang. Sungai Pinang berapa lama perlu? Berapa lama lagi perlu?
Sehingga habis tak payah 1 jam la. 20 minit, 15 minit. Okey.
Pegang janji ya.
Okey, terima kasih Yang di-Pertua Dato’ Speaker, kerana izinkan saya kerana menyambung perbahasan saya pada pagi yang mulia ini. Kita semua ambil tahu tentang kepentingan peranan kaum wanita. Semalam kita kata tentang golongan muda lelaki, golongan muda wanita dan kita sentuh tentang wanita. Dan saya ingin seru semua seperti pantun berikut juga. Golongan wanita dan anak sama penting, Pentadbiran baru Malaysia membawa harapan, Menangani masalah 1MDB sudah cukup pening, Marilah kita semua fokus terhadap penyelesaian. Dan di sini saya berharaplah dalam Dewan yang mulia ini semua suara wakil rakyat, saranan daripada wakil rakyat dapat satu penyelesaian demi kebajikan golongan wanita, golongan rakyat jelata kita. Bukan sahaja demi wanita sahaja untuk semua golongan. Dan di sini saya ingin menyentuh satu yang begitu gembira saya. Saya ingin kongsi pengalaman bahawa tentang golongan ibu tunggal pencapaian mereka, di PPR Jalan Sungai. Satu faktor utama yang menghalang golongan ibu tunggal daripada menjadi berdikari dan mempunyai kepercayaan diri ialah masalah kewangan. Justeru itu, dalam KADUN Sungai Pinang iaitu dalam Flat PPR Jalan Sungai Pinang telah mengadakan kelas buat roti khususnya untuk membolehkan golongan ibu untuk mempelajari satu kemahiran supaya mereka akan ada satu sumber pendapatan. Apabila seorang ibu tunggal mempunyai kemahiran yang tertentu, dia akan berasa bangga atas pencapaian diri, mempunyai pendapatan yang tetap dan bertekad untuk terus memajukan diri demi anak yang disayangi. Inilah matlamat saya sebagai seorang ADUN wanita untuk menghulurkan bantuan kepada golongan wanita yang kurang bernasib baik. Untuk kelas di kelas bakery di Sungai Pinang, segala bahan yang diguna di dalam kelas telah disumbang oleh penderma, semua percuma. Dan saya memang berterima kasih kepada MBPP kerana telah beri sokongan dengan buat tempahan daripada kelas roti yang dikendali oleh ibu tunggal golongan ibu tunggal ini. Dan ini bagaikan cahaya terang membawa harapan kepada mereka. Terima kasih MBPP atas CSR anda yang cukup bermakna. Kelas membuat roti ini merupakan satu titik permulaan bagi golongan ibu tunggal dalam kawasan saya. Apa yang memang diperlukan mereka ialah peluang keemasan untuk mempelajari satu kemahiran sebagai punca pendapatan dan bukan semata-matanya sumbangan bulanan barangan keperluan setiap bulan. Langkah yang perlu diambil ialah membina kepercayaan diri mereka dan membuat persiapan yang rapi untuk membantu mereka menceburi kegiatan ekonomi dalam masyarakat demi mereka sendiri dan juga anak yang disayangi. Saya berharaplah selain Pihak Berkuasa Tempatan iaitu MBPP yang telah buat tempahan yang akan terus menyokong program ini tetapi juga agensi-agensi yang lain atau syarikat-syarikat yang lain. Sumbangan daripada penderma individu ataupun syarikat juga dialu-alukan dari semasa ke masa untuk mempergiatkan lagi projek ini demi golongan ibu tunggal yang memang berkebolehan untuk menyumbang kepada kegiatan ekonomi Pulau Pinang. Sebaik mana sesebuah kerajaan atau keluarga adalah disebabkan nilai-nilai baik yang diterapkan berjaya menjadi amalan rakyatnya atau ahli keluarganya. Di sini saya ingin sentuh kebersihan. Kebersihan adalah salah satu cabang nilai-nilai baik sesebuah kerajaan waima bersih dari kekotoran atau bersih daripada gejala rasuah. Begitu juga sebuah keluarga jika bersih rumah tangga maka bersihlah isi rumah tersebut. Nilai-nilai baik institusi kekeluargaan adalah bermula dengan sikap dan kata tutur ibu bapa. Ini adalah nilai-nilai rohani yang kita semua tahu akan binasa sesebuah keluarga apabila sikap dan tutur kata ibu bapa mempengaruhi anak-anak. Di sini, sebenarnya saya bukan ingin menyentuh nilai-nilai bersih berkaitan rohani sahaja tetapi nilai-nilai baik untuk mengekalkan persekitaran yang bersih dan sihat. Antaranya adalah penyediaan makanan di premis-premis makanan, tahap kebersihan pasar-pasar awam, tahap kebersihan saliran dan longkang, tahap kebersihan tandas-tandas awam. Seperti yang dikatakan kelmarin oleh Yang Berhormat
KOMTAR. Ini memang satu isu saya rasa memang menyakitkan hati sebab Pulau Pinang kita Bandaraya George Town kita telah dianugerahkan satu bandaraya yang bersih tetapi insiden yang berlaku dan disiarkan pada surat khabar kelmarin bahawa keadaan tandas dalam feri Pulau Pinang begitu kotor sekali. Ikon Negeri Pulau Pinang tercemar begitu sahaja disebabkan pengurusan kebersihan yang tidak cekap pihak tersebut. Tahu tak ini kalau saya ada yang gambar yang ini yang mana yang di…(gangguan).
Yang Berhormat isu yang dibangkit tak perlu berulang-ulang.
Ini memang isu yang saya sudah siapkan juga tetapi kita sama-sama, ada pandangan yang sama. Ramai pelancong yang menaiki feri tersebut dan ini sangat memalukanlah Negeri Pulau Pinang.
Pandangan yang sama lagi tak perlu.
Tapi isu ini sangat penting kerana ini akan menjejaskan nama baik negeri kita. Jadi Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai sememangnya komited memastikan kebersihan di Pulau Pinang berada di tahap maksimum tetapi sekarang dilihat agenda ini kurang diberi penekanan. Adalah diharapkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dapat menguatkuasakan undang-undang pesalah kebersihan yang layak kita namakan sebagai ''Anti Sosial''. Tiada naluri untuk kesejahteraan bersama, tiada kesedaran bumi ini milik bersama dan bukan hak milik kekal. Tuntutan untuk memastikan semua premis-premis pasar setanding negara maju adalah keutamaan ketika ini oleh setiap rakyat terutamanya warga bandar. Meningkatkan kemudahan atau prasarana di pasar-pasar perlu setanding negara-negara maju, kita kini menghampiri tahun 2020. Adakah kita mahu melihat keadaan sedia ada ini kekal sehingga sampainya tahun 2020. Kita masih mempunyai masa untuk merangka dan melaksana tetapi untuk memastikan ia berjaya, kita semua perlukan azam yang kuat sepertimana azam rakyat Malaysia untuk menolak kerajaan BN yang lalu pada PRU yang lepas. Di sini saya ingin menarik perhatian semua Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia tentang isu gangguan seksual yang semakin berleluasa kebelakangan ini. Kekerapan berlakunya kes gangguan seksual di tempat kerja, pejabat dan lebih merisaukan lagi melibatkan mangsa di bawah umur dan masih di bangku sekolah tanpa mengira jantina mesti dikecam dan diberi perhatian yang serius. Kita tahu sekolah adalah satu tempat untuk anak-anak kita mempelajari, untuk anak-anak kita dapat pendidikan tetapi gangguan seksual juga berlaku di sekolah. Dan ini saya rasa dan berharaplah pihak berkuasa dan semua pihak yang memainkan peranan penting dalam situasi ini, pihak majikan, sekolah dan sebagainya akan mengambil tindakan, berwaspada, ada minda yang was-was pada setiap masa dalam membendung masalah ini. Luka minda ataupun kecederaaan dalaman dari segi kerohanian akibat gangguan seksual adalah lebih serius dan ketara dari cedera fizikal di permukaan kulit seseorang. Adalah masanya kita semua membuat ketetapan bahawa ''Cukuplah, cukuplah.... Memang dah cukup, (dengan izin)…enough is enough terhadap penyakit sosial ini. Marilah kita semua sama ada dari pihak kerajaan mahupun Pembangkang, pihak swasta dan orang ramai yg bertangungjawab terhadap diri sendiri dan orang yang disayangi di sekeliling kita. Melakukan apa yang perlu untuk menghentikan gangguan seksual, penyakit sosial komuniti moden hari ini. Saya ingin sentuh sedikit tentang soalan bertulis nombor empat.
Time up.
Sikit saja. Tentang nombor empat iaitu tentang perumahan kampung, pembangunan kampung, perumahan Kampung Pisang Awak Fasa Dua Seksyen Empat, Bandar Jelutong oleh JKP Sdn. Bhd. Di sini, jawapan yang diterima oleh saya bahawa perintah meruntuh telah diberikan dan telah diarahkan oleh MBPP supaya pihak JKP Sdn. Bhd. merobohkan premis bangunan yang gagal mencapai tahap kualiti pembinaan yang ditetapkan dan perintah itu telah diberi pada Januari tahun ini. Tapi sampai sekarang saya tidak nampak jawapan yang diberi oleh MBPP bahawa JKP masih dalam proses memperolehi permit meroboh daripada MBPP. Tapi saya difahamkan, JKP atau kontraktor tidak mengemukakan permohonan untuk permit meroboh. Maka ini telah menjadikan satu permasalahan bahawa bangunan yang terbiar sekarang
masih ada di sana dan bilakah tindakan akan diambil jika mereka masih gagal untuk menjalankan tugasan mereka? Akhir kata saya dengan ini ingin tanya tentang pencapaian oleh Kerajaan Tempatan bahawa dalam manifesto 100 hari, manifesto 100 hari akan sampai. Kita nampak tentang Agenda Hijau, kita ada tentang perumahan mampu milik, jadi saya berharaplah dalam 100 hari ini adakah pencapaian itu, telah dicapai atau akan dicapai? Dan akhir kata, saya dengan ini berbesar hati menyokong ucapan Tuan Yang Terutama Tun dan berharap apa yang telah dilontarkan oleh...(gangguan).
Sekejap. Dengan izin. Saya nak clarify satu perkara.
Tidak apa. Clarify bila nak tutup.
Okey.
Just because of tadi berkenaan dengan manifesto. Saya hendak kita tidak salah faham manifesto PRU-14 Pulau Pinang tidak menyatakan 100 hari. Manifesto negara yang menyatakan 100 hari. Dan 100 hari itu akan sampai tidak lama lagi. Saya ingat dalam 18 Jun, silap 18 Ogos ini. So, nanti saya menggulung dan jawab soalan. Tapi just untuk clarify Yang di-Pertua Dewan.
Okey.
Habis. So, saya mengucapkan, menyokong ucapan Tuan Yang Terutama Tun dan berharap apa yang telah dilontarkan oleh Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang diambil perhatian dan dilaksanakan sebaik mungkin. Dan saya ingin mengakhiri dengan sebuah pantun iaitu; Buah manggis warna jingga, Buah durian luar berduri, Dulu sepuluh kini tiga, Harap jangan menyepi diri.
Anak itik bermain air, Kolam ikan penuh kangkung, Jiwa kental jangan cair, Kami di sini sedia bersabung. Dan saya memohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih. Terima kasih Ahli Berhormat Sungai Pinang. Ahli-ahli Yang Berhormat rasa masa tidak cukup tidak perlulah berpantun. Sila Ahli Berhormat Permatang Berangan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum WBT. Dan salam sejahtera. Bismillahirahmanirrahim. (Bacaan Selawat) Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas usul terima kasih di atas ucapan Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Abbas, sempena perasmian Sidang DUN Penggal Keempat Belas pada 3 ogos 2018. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan sekalung tahniah Tuan Yang Terutama Tun kerana dapat menyampaikan ucapan dengan baik dalam keadaan yang harmoni dan sejahtera. Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, ke atas rahmat, kesejahteraan serta kemakmuran yang telah kita nikmati di negara Malaysia ini, berkat kepimpinan dan keikhlasan serta usaha bersungguh-sungguh hasil pemerintahan Barisan Nasional lebih 60 tahun dahulu. Justeru, saya mengambil kesempatan
ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada para pengundi dan penduduk di kawasan DUN Permatang Berangan yang telah mengundi dan terus memilih Barisan Nasional dalam PRU-14 yang lalu. Biar pun kini Barisan Nasional menjadi Pembangkang, saya akan berusaha untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab atas kepercayaan yang diberi sehabis baik, Insya-Allah. Saya percaya semua pihak di peringkat pentadbiran dan kita juga sebagai wakil rakyat di akar umbi telah berusaha seberapa yang boleh untuk memastikan segala yang disediakan oleh kerajaan memberi kesan dan faedah yang terbaik kepada rakyat. Sebagai contoh, saya menyambut baik permintaan Yang Berhormat KOMTAR untuk mewujudkan Urban Transformation Center atau UTC dengan izin yang mana umum mengetahui bahawa UTC adalah hasil usaha daripada usaha Kerajaan Barisan Nasional. Dan tidak salah diteruskan jika ianya memberi manfaat yang baik pada rakyat. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, oleh yang demikian pada kali ini, kemenangan kepada Kerajaan Pakatan Harapan diharapkan agar dapat meneruskan usaha yang telah lama dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Saya juga ingin menyatakan persetujuan dan sokongan ke atas ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Tun khususnya mengenai kepentingan menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Saranan Tuan Yang Terutama Tun untuk memastikan kesejahteraan rakyat amatlah bertepatan sekali dengan hasrat rakyat yang perlu diterjemahkan oleh Pakatan Harapan dengan penuh berintergriti dan bertanggungjawab. Usaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan sumber ekonomi rakyat serta menambah lebih banyak pembinaan rumah mampu milik terutama kepada golongan berpendapatan rendah amat disokong untuk dilaksanakan di Negeri Pulau Pinang. Justeru, tiada lagi isu anak tiri oleh Kerajaan Persekutuan memandangkan kerajaan Malaysia baharu kini telah diterajui oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Maka, permasalahan rakyat perlulah diperhalusi dan diambil tindakan dengan segera tanpa alasan lagi. Dengan kata-kata itu Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Permatang Berangan mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Permatang Berangan. Cuma sedikit saja, Permatang Berangan bila bahas tengok saya. Saya masih boleh lagi. Masih boleh dipandang. (Ahli Dewan ketawa)
Minta maaf, Yang di-Pertua. Saya baru belajar. Terima kasih.
Okey. Sila. Saya ingin mempersilakan Ahli-ahli Yang Berhormat siapa yang nak sambung. Kalau takde, saya gulung. Yang Berhormat Pulau Tikus.
Dato' Yang di-Pertua Dewan saya minta untuk dapat membahas usul ini. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Dewan Negeri Pulau Pinang, YAB. Ketua Menteri, Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih dan salam sejahtera. Pertama izinkan saya untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang sempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-14 pada hari Jumaat yang lepas. Saya berasa amat bersyukur kerana buat julung kali diberi peluang untuk mewakili rakyat Pulau Tikus di Dewan yang mulia ini. Dato' Yang di-Pertua, kita sudah menang Pilihanraya Umum Ke-14. Dan sekarang terutamanya Kerajaan Negeri Pakatan telah memasuki penggal yang ketiga. Dan sekarang rakyat ada expectation yang amat tinggi untuk kita. So, oleh itu kita sudah masuk satu era yang tidak sama lagi seperti penggal-penggal yang dulu. Kita sudah menang pun, Kerajaan Persekutuan di Putrajaya oleh itu rakyat mahu lihat tindakan. (Dengan izin),…they want to see action and results and enough for the talk and the rhetoric. Rakyat sudah tidak lagi mahu dengar alasan. Mereka sudah muak dan sekarang mahu lihat results…(dengan izin), yang juga tadi saya menyatakan saya pernah jadi seorang Ahli Majlis di dalam Majlis Bandaraya Pulau Pinang selama lima (5) tahun sebelum dipilih untuk menjadi seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dan saya tahu bahawa Majlis Kerajaan Tempatan ini sangat penting dalam pentadbiran sesebuah kerajaan. Dan dalam lima (5) tahun ini saya berada di dalam Majlis, saya juga tahu bahawa rakyat sudah mahu pengembalian Pilihanraya Kerajaan Tempatan. Tetapi saya juga mahu membangkitkan bahawa Malaysia Persekutuan secara seluruh perlulah disentralisasikan supaya semua paras-paras kerajaan dapat memainkan peranan mereka dengan efektif. So, oleh itu kita mesti mengembalikan Pilihanraya Tempatan juga dengan desentralisasikan, decentralization…(dengan izin) of all level of government into the state and onto the local councils supaya semua bukan sahaja dapat memainkan peranan dengan efektif tetapi boleh menunjukkan kebolehan mereka selepas dipilih oleh rakyat jelata.
Dato' Yang di-Pertua, saya menyambut baik ucapan Tuan Yang Terutama Tun yang telah menyatakan kepentingan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan bakat atau talent management…(dengan izin) dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, matematik dalam usaha untuk menjadikan Negeri Pulau Pinang sebuah negeri maju. Pemimpin masa depan negeri tercinta kita mungkin datang daripada golongan anak muda yang berbakat hari ini. Sebagai seorang yang boleh dikatakan mewakili anak muda yang masih bujang atau golongan bujang yang masih ingat mereka muda...(gangguan).
Masih bujang?
Masih bujang. Ya. Saya hendak bahas bahawa betapa pentingnya memberi tumpuan kepada golongan anak muda pada era yang baru ini. Sebab banyak rakan-rakan saya yang bersekolah dengan saya, pergi kolej dengan saya telah pun berpindah ke negeri lain ataupun ke negara yang lain dan masa depan Negeri Pulau Pinang amat bergantung kepada bakat-bakat yang akan datang. Kerana tanpa bakat-bakat ini negeri ataupun kita bukan sahaja negara kita boleh gagal kerana masa depan bakat-bakat baru golongan anak muda ini adalah key towards successful future…(dengan izin). Dalam dan terutama sekalinya anak muda, golongan anak muda mahu tahu kalau mereka berada di Pulau Pinang tinggal di Pulau Pinang bahawa mereka boleh mendapatkan perkerjaan dan boleh (dengan izin)…maintain a good quality of life di Pulau Pinang. Memandangkan pada Pilihan Raya Umum 14 yang lalu kita telah banyak memberi janji dalam manifesto antaranya menangani masalah trafik di negeri kita bukan hanya di bahagian pulau sahaja malah di bahagian tanah besar Pulau Pinang. Kita perlu dan ambil kisah rakyat Pulau Pinang untuk mencari penyelesaian. Kini pula ada muncul beberapa individu yang merasakan kita perlu merangka dan merancang semula Pelan Induk Pengangkutan kita yang telah lama tertunda. Rakyat telah lama menderita dan mengesahkan kita mencari jalan penyelesaian secepat mungkin. Kita tidak mahu rakyat menganggap kita hanya menanam tebu di pinggir bibir. Kepentingan dan keselesaan rakyat seharusnya diberi perhatian jika kita ingin memajukan pembangunan ekonomi negeri kita seperti yang dikatakan tadi, “We have to retain our talents and the key thing is that the economy”. Sekiranya isu trafik masih tidak kita tangani, sudah tentu ekonomi kita akan terjejas. Sila ingat bahawa Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang telah dibentangkan sebagai sebahagian daripada janji-janji kita kepada rakyat. Kami berjanji dan membentangkannya kepada orang ramai manakala pihak lawan kita berjanji untuk membatalkan seluruh projek itu tersebut. Rakyat telah membuat keputusan mereka pada 9 Mei yang lalu dan pilihan raya ini boleh dilihat sebagai satu referendum untuk pelan tersebut. Dialog dengan semua pihak boleh diuruskan itu adalah penting dengan izin "continuous public engagement"….(gangguan).
Pulau Tikus ada menyebut tentang pihak Barisan Nasional yang ingin membatalkan pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang. Saya rasa di pihak kita, kita melihat perlu ada perubahan dalam pengangkutan awam dan dalam sistem pengangkutan untuk mengelakkan kesesakan berlaku serta memastikan apa yang dirancang dalam Pelan Induk Pengangkutan dilaksanakan sebaik mungkin dengan mengambil kira alam sekitar, mengambil kira pandangan daripada masyarakat tentang pelaksanaan, itu yang kita nak. Kita bukan tak setuju. Kita nak perlaksanaan PTMP mengambil kira alam sekitar. Mengambil kira dari segi kemudahan yang boleh diterima pakai oleh masyarakat seluruhan. Kita tak mau sebarang bentuk pembangunan yang mungkin akan merosakkan alam sekitar dan sebab itu yang kita pentingkan. Sebab TYT sendiri nak pembangunan yang mampan yang mengambilkira alam sekitar. Itu yang kita nak. Kita bukan bukan membantah perlaksanaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang telah menjawab tadi. Saya rasa apabila kita membentangkan pelan ini, pelan ini adalah projek Kerajaan yang paling telus di seluruh negara. Kita tak ada beberapa public engagement…(dengan izin) dan saya rasa dalam dalam manifesto kita pada PRU yang lepas, kita telah memberi rakyat pilihan dan rakyat telah memberi kita satu mandat yang amat besar. Oleh itu, dengan kepercayaan rakyat pada kita dan kita juga ambil berat tentang alam sekitar. Kalau apa-apa yang kita boleh mengelakkan, kita telah buat. Ini adalah satu pelan yang dijadikan dengan slogan oleh Kerajaan Negeri kita “Cleaner, Greener, Safer And Healthier Penang”. Kita telah mencuba untuk mengamalkan slogan tesebut sebaik mungkin kita dalam pelan ini tetapi dalam PRU yang lepas saya tahu pihak lawan kita telah cakap bahawa pelan ini dia akan membatalkan. Betul ka tidak?
Sila sambungkan.
Oleh itu…(gangguan).
Habis?
Belum belum. Yang continue dialog dengan semua pihak boleh diuruskan tetapi pada akhirnya keputusan memang mesti dibuat oleh kita sebagai satu pasukan dan sebagai sebuah kerajaan yang bertangungjawab. Akan tetapi, adakah pihak-pihak yang menentang PTMP ini akan berpuas hati apabila pelan ini dibatalkan secara menyeluruh dan tanpa alternatif. Pihak-pihak yang menentang PTMP ini, pun tidak dapat memutuskan sesama sendiri apakah pelan alternatif mereka. Adakah yang mahu kedua-dua lebuh raya dan LRT sesetengah yang tidak mahu lebuhraya tetapi mahu lebih banyak LRT ada yang tidak mahu kedua-duanya tetapi mahu tram dan bas. Mereka semua pun langsung tidak mempunyai idea bagaimana pelan alternatif mereka akan dibiayai tetapi mahu memaksa Kerajaan Negeri untuk membatalkan pelan seolah-olah mereka yang mendapatkan mandat daripada rakyat Pulau Pinang. Rakyat Pulau Pinang telah meletakkan kepercayaan kepada Pakatan Harapan untuk memimpin dan membuat keputusan terbaik. Kita mesti selalu ingat pihak lawan kami telah berkempen atas janji sekali lagi saya tak nak repeat sekali lagi tetapi kita dah tahu mereka ingin membatalkan pelan tersebut. Kita tidak harus mengkhianati keyakinan rakyat terhadap kita. Tambahan pula yang banyak anak-anak muda kita yang telah berpindah ke bandar-bandar dan negara lain. Hal ini disebabkan pertumbuhan ekonomi kita yang tidak dapat bersaing dengan ekonomi-ekonomi di negara-negara lain tersebut. Kita akan kehilangan lebih ramai bakat anak- anak muda ke negara lain seperti Singapura. Adakah kita memilih untuk melihat negeri kita gagal? Kita mesti membangunkan ekonomi negeri kita lalu menjadi tumpuan antarabangsa dapat menarik bakat-bakat lain dari luar negara dan dari dalam Pulau Pinang juga. Trafik dan ekonomi adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan kerana (dengan izin)….time is money. Dato’ Yang Dipertua, berdirinya saya di sini pada pagi ini adalah juga untuk menyampaikan isu mengenai kebajikan orang kurang upaya atau OKU. Sebagai seorang abang yang menjaga seorang adik OKU, saya fahami kepentingnya hak-hak mereka. Sudah semestinya tergambar di fikiran kita wajah-wajah mereka yang keistimewaan upaya yang sangat-sangat memerlukan perhatian dan keprihatinan daripada Kerajaan untuk membantu dengan memberi kemudahan-kemudahan di tempat awam kepada mereka. Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu golongan OKU kerana mereka juga rakyat negeri Pulau Pinang. Dan PBT dan pengurus bangunan-bangunan swasta juga perlu menetapkan penguatkuasaan terhadap pemandu-pemandu yang menyalahgunakan tempat letak kereta OKU. Selain itu, tactile pavement atau laluan pejalan kaki yang menjadi penunjuk jalan bagi OKU yang mengalami masalah penglihatan perlulah konsisten. Sebolehnya kita ingin mengurangkan kesukaran kepada pengguna-pengguna masalah penglihatan dengan mentafsir haluan yang mereka ambil. Saya bercita-cita untuk menjadikan KADUN Pulau Tikus sebagai sebuah KADUN yang mengamalkan aksesibiliti sejagat secara keseluruhan.
Sehubungan dengan itu, jika sejumlah bilangan kamera keselamatan atau CCTV dapat ditambah dan diletakkan di laluan pejalan kaki khususnya tactile pavement, hal ini kerana adalah bagus kerana kita risaukan keselamatan juga bukan sahaja OKU tetapi rakyat jelata. Di samping itu, peranan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam merangkakan pelan yang sesuai untuk membantu golongan OKU dalam mencari pekerjaan amat penting. Kita mahu bebas diskriminasi terhadap OKU dalam bebas pekerjaan dan akui mereka yang kurang upaya juga mampu berjaya walaupun tidak memiliki tubuh sempurna seperti orang lain. Di samping mendidik masyarakat tentang pembangunan OKU agar masyarakat macam pengasas majikan jelas dan hormat tentang hak khas dan keperluan OKU. Penguatkuasaan undang-undang sediada dengan lebih tegas harus diamalkan untuk megurangkan penyalahgunaan tempat letak kereta OKU dan vandalisma kemudahan OKU. Tidak juga kita lupakan keselesaan buat mereka terutama sekali penyediaan kemudahan tandas yang mesra OKU tetapi ada lagi banyak tandas OKU yang telah dibina tidak mengikut panduan dan spesifikasi yang betul. Kes-kes macam ini telah memberi pandangan bahawa kemudahan-kemudahan ini semua hanya diletak (dengan izin)… “Just For Show’. Peluang sama rata juga mesti diberikan kepada golongan OKU untuk mengintegrasi dalam masyarakat dan bergerak dan memastikan bantuan sampai kepada golongan OKU secara menyeluruh. PBT juga mesti serius menguatkuasakan peraturan-peraturan mereka. Adakah semua pelan bangunan-bangunan dan infrastruktur awam yang baru
diluluskan mengikut panduan aksesibiliti sejagat yang terkini? Saya menyeru bahawa Penang Accessibility Action Group (PAAG) di bawah MMK Kerajaan Tempatan dihidupkan semula untuk memastikan hak-hak OKU akan terus dipelihara.
Tuan Yang Dipertua, dalam usaha kita untuk memajukan negeri tercinta kita, saya juga ingin membangkitkan isu kerja-kerja penyelenggaraan di antara jabatan. Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang membawa identiti Cekap, Akauntabiliti dan Telus, amat diharapkan agar jadual kerja-kerja penyelenggaraan dan pemasangan utiliti antara jabatan dapat diselaraskan. Kekurangan komunikasi di antara jabatan adalah penghalang kepada kita untuk menjadi sebuah bandaraya bertaraf antarabangsa. Seperti contoh, situasi seperti jalan yang baru selesai dibaiki oleh sebuah Jabatan Utiliti pada minggu lepas, dikorek semula pada minggu ini kerana Jabatan Utiliti atau agensi-agensi lain tidak berkomunikasi dengan sempurna. Situasi sebegini kerap berlaku. Oleh itu, sekiranya dapat penjadualan yang disedari dikongsi bersama di antara jabatan-jabatan kita dapat menjimatkan banyak masa, mengurangkan kesesakan lorong yang dikorek dan menjimatkan kos penyelenggaraan. Dan juga saya ingin membangkitkan sistem amaran cuaca kerana pada masa-masa ini cuaca kita macam tengok global warming itu adalah suatu yang benar. Dan cuaca kita semakin ekstrem terutamanya pada tahun yang lepas iaitu tropical depression 95W telah melanda Pulau Pinang pada 4 November dan kesan-kesannya masih berada di sini dan rakyat masih memperingati hari tersebut. Amaran cuaca adalah sesuatu yang bukan sahaja kita hanya menunggu Kerajaan Persekutuan untuk memberi arahan. Kita juga mesti membuat cara amaran kita sendiri kerana rakyat Pulau Pinang memang mengharapkan Kerajaan Negeri mereka tahu apa yang sedang berlaku pada masa terkini. Kita tahu bahawa tropical depression 95w telah dimulakan di Laut China Selatan dan bergerak secara perlahan-lahan datang ke Pulau Pinang pada hari tersebut tetapi kita hanya tahu apa yang telah berlaku apabila tropical depression itu sudah berada di atas kita dan pada masa itu dah terlambat. Banyak ada nyawa-nyawa yang kehilangan pada hari itu dan juga banyak-banyak kerosakkan telah dilanda ke atas kereta dan rumah….(gangguan).
Mohon penjelasan, Dato’ Speaker. Okey, terima kasih Ahli Kawasan Pulau Tikus memberi laluan. Saya ingin dapatkan pandangan daripada Ahli Kawasan Pulau Tikus berkenaan dengan bercakap tentang ribut yang telah, ataupun bencana yang telah melanda Negeri Pulau Pinang pada tahun 2017, November itu. Ada tuduhan terhadap Jabatan Meteorologi tentang late warning, tentang bencana itu. Kalau ada amaran awal daripada Jabatan Meteorologi mungkin ada kehilangan nyawa itu mungkin dapat dielakkan. Itulah pandangan daripada kita. Sejak November sehingga sekarang, adakah Jabatan Meteorologi ataupun kaedan yang diguna pakai lebih teliti dan adakah amaran awal itu, sejak November kita Nampak beberapa kali dah hujan lebat, ribut kencang sudah melanda. Bagaimanakah dari bulan November dan sekarang? Ada apa-apa perubahan yang ketara ataupun masih sama. Amarannya masih lambat, begitu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Dalam. Jabatan Meteorologi sudah mengelarkan satu apps untuk smart phone bergelar Mycuaca. Saya sering menggunakan juga untuk melihat cuaca-cuaca terkini terutamanya di sekitar di Negeri Pulau Pinang. Tetapi saya rasa masih tidak mencukupi kerana sekarang pada masa ini saya masih pergi ke laman facebook juga Jabatan Meteorologi untuk mendapatkan update-update yang terkini. Tetapi boleh nampak masih kurang memuaskan kerana ada banyak kali apabila hujan datang, amaran masih belum dikeluarkan. Tetapi saya gunakan apps-apps yang lain untu melihat data-data, juga diperolehi daripada Jabatan Meteorologi, kita boleh nampak bahawa hujan sedang datang ke negeri kita.
Oleh itu, data dan teknologi memang saya rasa Jabatan Meteorologi ada, tetapi cara untuk memberi amaran itu mesti dipertingkatkan. Oleh itu, saya rasa pada ini amaran dari pihak Kerajaan Negeri kita tidak mungkin, mungkin kita boleh cari jalan amaran kepada rakyat-rakyat Pulau Pinang dengan lebih efektif. Saya rasa ini adalah insiatif kita sendiri yang boleh dijadikan realiti kerana walaupun saya seorang orang biasa yang tidak pernah belajar cara-cara meteorologi dengan menggunakan apps-apps yang sedia ada juga kita boleh melihat adakah hujan yang lebat sedang datang ke Negeri Pulau Pinang.
Oleh itu, fall warning…(dengan izin), fall warning adalah penting kerana dia boleh menyelamatkan bukan sahaja harta benda seseorang tetapi nyawa, yang paling penting itu nyawa, okey. Yang juga …(gangguan).
Mohon laluan, nak tanya jua sebab YB. Pulau Tikus macam terror juga iya, dalam…(gangguan).
Terorr..terorr nanti masa bahas…kurangkan…(gangguan).
Tak, saja nak tanya yang, since Pulau Tikus telah buat analisa ya dan telah mecuba apa, ramalan kaji cuaca yang baik saya harap boleh advice bagi nasihat kepada kami-kami especially yang macam saya yang nak buat Festival Padi hujung minggu ni kan, supaya kita semua Ahli Dewan dan rakyat di Pulau Pinang ini tak payah tercari-cari apa, apa tools yang paling baik. Sebab then saya juga boleh beritahu semua penduduk kampung. Semua orang saya akan antar message guna, guna tools ni sebab YB Pulau Tikus telah buat membuat kajian. Saya harap tolong nasihatkan kami. Terima Kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Penanti. Sebenarnya di antara rakan-rakan sekerja saya dapati yang semua sudah panggil saya weather man...(dengan izin) juga. Dengan ini. Tetapi okey, yang ada banyak-banyak berberapa apps yang boleh digunakan tetapi kena lihat dengan teliti perubahan cuaca movement of the clouds, and also rain fall dia punya intensity...(dengan izin). Ini semua mesti diambil kira. Kita mesti boleh bincang selepas masa berehat nanti.
Apa-apa nant, nanti keluar bincang.
I think...(dengan izin) yang penting ialah kita membuat demikian demi kebaikan rakyat jelata yang kami menjaga sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab. Satu lagi isu yang saya ingin membangkitkan iaini adalah isu Performing Art...(dengan izin), okey, saya rasa pada saya sebagai seorang bekas pelakon juga untuk Actor Studio dan Penang PAC pada suatu masa yang dulu, rasa bahawa industri ini, kita boleh membangkitkan supaya kita boleh menjadikan Pulau Pinang sebuah Talent Hubs dan Art Hubs Performing Art Center juga. Saya rasa ada banyak potensi daripada industri ini, semakin meningkat dan suka saya memberi satu contoh. Saya memberi satu contoh, pada suatu bulan yang lalu kawan-kawan saya daripada band-band yang bebas telah membuat suatu konsert yang di panggil Indie Penang, tetapi tak banyak orang yang tahu kan ada konsert tersebut. Ini adalah band-band yang datang dari seluruh Malaysia yang datang untuk membuat persembahan bagi Pulau Pinang tetapi tak banyak orang yang tahu pun ada konsert tersebut dan kawan telah memberitahu kepada saya mereka sudah penat tiap-tiap tahun buat, tetapi tak banyak orang yang dapat you know...(dengan izin) ke konsert itu. Mereka yang datang adalah mereka yang memang (dengan izin)....hard core music lovers. Oleh itu, saya rasa kita boleh buat lebih untuk menjadikan konsert-konsert ini lebih besar pada tahun-tahun yang akan datang. Oleh itu, kita mesti dengan bekerjasama dengan banyak-banyak you know, producer-producer dan director-director yang bebas untuk mengkaji adakah kita dapat menjadikan Pulau Pinang sebuah hubs untuk Performing Arts. Macam di Singapura yang ada Performing Art Center mereka yang di panggil The Durian. Sudah banyak-banyak persembahan dibuat di tempat situ, semua yang banyak dapat dari luar negara dan memang mereka suka datang pergi ke Singapura sebab kerana banyak orang di sana suka dan, dan mampu membeli tiket untuk melihat persembahan-persembahan tersebut. Oleh itu, saya rasa sudah tiba masanya untuk Pulau Pinang mengikut jejak langkah ini kerana Pulau Pinang merupakan sebuah boiling pot...(dengan izin) banyak-banyak culture, banyak-banyak background berada di Pulau Pinang dan kita boleh menggunakan Pulau Pinang sebagai suatu tempat untuk membawa bakat-bakat daripada semua-semua daripada banyak-banyak negara untuk datang ke sini untuk membuat persembahan. Dengan ini, saya mengakhiri perbahasan saya dan juga saya memohon untuk menyokong usul tersebut. Sekian. Terima Kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pulau Tikus. Saya persilakan Ahli Yang Berhormat, siapa ingin?, Permatang Pasir. Sila.
Bismilahirahmanirahim. Alhamdulilah hirobillalamin wassali wassalam waalaasrofil amhiya liwalmursalim, waalaasrofil ajmain. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, pertamanya saya mengucapkan terima kasih di atas keizinan dan memberikan saya untuk membahas ucapan perasmian Tun Yang di-Pertua bagi penggal 14 ini, dan ucapan tahniah juga kepada Yang di-Pertua, Dato’ Law Choo Kiang telah dilantik sebagai Speaker Dewan Negeri Pulau Pinang dan juga tahniah juga kepada tuan, Tuan Chow Kon Yeow yang telah dipilih untuk menerajui…(gangguan).
Permatang Pasir sebut kawasan sudah.
Okey. Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya mengharapkan kita dalam menerajui kepimpinan negeri dapat melaksanakan segala tawaran yang telah kita tawarkan kepada rakyat sebelum Pilihanraya 14 yang lalu, manifesto kita, kerana saya percaya Pulau Pinang telah menunjukkan suatu prestasi yang baik selama 10 tahun ini. Untuk menjadi satu kerajaan sebagai model, Kerajaan Pakatan Harapan kepada rakyat seluruhnya di seluruh Malaysia yang akhirnya telah menerima perubahan, berani untuk menerima perubahan di peringkat Putrajaya dan berjaya mengambil alih pentadbiran Putrajaya dan momentum ini harus dikekalkan dan jika kita berjaya melaksanakan segala manifesto yang telah kita tawarkan sudah pasti Pulau Pinang akan terus menjadi model terbaik pentadbiran sebuah kerajaan dalam negara dan kesempatan ini juga saya mengambil untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi Permatang Pasir kerana memberi kepercayaan kepada Amanah. Walaupun Amanah adalah parti baru, tetapi peranan yang telah dimainkan oleh Parti Amanah dalam meneruskan perjuangan rakyat membuat perubahan dalam negara ini adalah suatu sumbangan yang besar kerana tanpa pembentukan Pakatan Harapan tidak mungkin kerajaan yang kita tentang selama ini UMNO-Barisan Nasional yang kini disokong oleh Parti Pas tidak akan ditumbangkan, dan salah satu strategi pilihan raya adalah untuk kita bergabung dalam satu gabungan yang besar dan saya berharap gabungan ini kan terus kekal utuh untuk memastikan segala agenda perubahan yang telah kita janjikan kepada rakyat Malaysia khususnya kepada rakyat Pulau Pinang ini akan dapat direalisasikan, dan saya ada beberapa topik untuk dibahaskan dalam mesyuarat pada kali ini. Pertamanya, adalah Reformasi Legislative. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya salah satu agenda perubahan yang kita angkat selama ini yang didukung oleh rakyat keseluruhannya adalah untuk kita mahukan perubahan kepada institusi-institusi demokrasi yang telah dirobek kebebasannya, kesuciannya oleh kerajaan yang lalu dan saya mengikut rapat perubahan atau reformasi yang sedang dilakukan di peringkat Parlimen dan saya mengharapkan Tuan Yang di-Pertua dapat mengadaptasi apa saja perubahan atau reform yang baik di peringkat parlimen. Suatu tugas berat yang menanti Tuan di-Pertua tapi saya percaya kemampuan Tuan di-Pertua untuk melakukan reformasi ataupun perubahan kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Antara yang saya dapat ikuti setakat hari ini adalah penambahan beberapa Jawatankuasa Pilihan Khas yang meliputi Dwi-Partisan ataupun movement of seize, position dan juga kepada rolling party supaya legislative ataupun Dewan Negeri ini akan bergerak dengan lebih baik lebih efisyen dalam menangani segala masalah dan juga menetukan dasar yang baik untuk pembangunan Negeri Pulau Pinang dan mengambil kira faktor formasi dan kita bukan saja perlu reform dari sudut pelaksanaan reformasi ataupun inplementasi reformasi itu malah dari sudut fizikal juga. Saya orang baru minta maaf namun saya merasakan bahawa Dewan yang mulia ini adalah Dewan yang begitu lama, satu bangunan yang kita klasifikasikan sebagai bangunan heritage namun saya cadangkan supaya kalau boleh kita menuntut atau memohon satu peruntukan supaya satu Dewan baru ditubuhkan. (Ahli Dewan menepuk meja). Saya merasakan tempat duduk kami sebagai Ahli Dewan ini dah selesa namun saya melihat kepada rakan-rakan saya di Jabatan-Jabatan, Agensi Kerajaan agak kurang selesa ataupun kalau Dewan itu dibesarkan Tuan Yang di-Pertua, saya percaya ramai pegawai-pegawai jabatan akan hadir untuk membantu perjalanan prosiding ataupun Mesyuarat kita di Dewan Undangan Negeri.
Maknanya Permatang Pasir kerana Dewan kita tidak selesa Pegawai kita tidak masuk?
Bukan tidak selesa dia tidak cukup besar.
Sila.
Saya menggunkan bahasa yang paling lunak, sebagai Ahli Dewan yang masih bersifat baby. Okey, dan apa…(gangguan).
Saya nak tambah sikit, mohon mencelah mengenai Dewan yang baru, setujukah Ahli Kawasan Permatang Pasir kalau saya cadangkan, kalau Dewan yang baru dibuat ia perlu dibuat di kawasan Seberang Perai?
Saya merasakan itu suatu cadangan yang baik dan kita adalah sepakat dalam hal ini. Pembangunan di Pulau Pinang ini perlu seimbang perlu equal antara Pulau dan Seberang dan jika Dewan Undangan Negeri dibina di Seberang Perai ia akan menjadi satu momentum baru kepada pembangunan yang lebih mampan di Seberang Perai. Jadi saya mengharapkan suatu usaha yang jitu yang berterusan daripada Kerajaan Negeri untuk menerima cadangan kami ini. Saya percaya ramai yang menyokong dan mengangkat cadangan ini ke peringkat Persekutuan. Kita mempunyai asas yang kukuh ataupun hujah yang kuat untuk meminta satu pembinaan Dewan yang baru memandangkan Negeri Pulau Pinang adalah penyumbang KDNK yang terbesar kepada KDNK negara. Kita pada tahun 2017 untuk rekod kita di tempat yang keenam sebanyak 6.6%. Jadi sumbangan yang besar ini harus dikembalikan kepada rakyat Pulau Pinang. Jadi apa salahnya kita menuntut sebuah Dewan Undangan Negeri yang baru, yang lebih selesa, besar dan kondusif untuk semua orang. Seperti di Parlimen, Tuan di-Pertua ia dibuka kepada pihak luar terutamanya students yang saya merasakan mereka perlu didedahkan dengan perjalanan legislative....(dengan izin) supaya pendedahan awal politik pendedahan awal pentadbiran dan juga kewangan negeri didedahkan, diberikan kepada pelajar-pelajar supaya minat mereka untuk menjadi generasi yang lebih baik, generasi yang akan mengambil alih pentadbiran di negara menentukan hala tuju negara, negeri akan diterima baik menerap masuk pemikiran mereka daripada mereka terbuang dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah adalah lebih baik mereka di bawa untuk datang rombongan melihat perjalanan legislative di Pulau Pinang. Yang ketiga, Tuan Yang di-Pertua, lanjutan daripada cadangan ini, saya mencadangkan agar Dewan yang mulia ini dikekalkan pembinaannya, mempunyai satu heritage, nilai sejarah yang tersendiri sebagai, boleh diangkat sebagai muzium perundangan memandangkan rekod sumbangannya kepada bidang perundangan begitu tinggi. Bangunan ini pernah menjadi (dengan izin)…Police Court dan Mahkamah Majistret sebelum ini. Dan setelah kita merdeka ia ditukar kepada Dewan Undangan Negeri dan muzium perundangan ini boleh dicapai, dan dibuat, dibina dengan mengekalkan bangunan yang sama dan ini akan menambah hasil negeri melalui pelancongan dan ia akan menjadi produk pelancongan yang terbaru kepada Pulau Pinang, Insya-Allah. Dan yang keempat, Tuan Yang di-Pertua, saya juga memikirkan bahawa tugas hakiki Ahli Dewan bukan sahaja untuk membincangkan dasar dan polisi kerajaan ataupun membincangkan masalah rakyat di peringkat Dewan, malah tugas kami juga perlu digalas di peringkat bawah. Iaitu kami perlu menjaga kebajikan rakyat di bawah. Dan sudah pasti sebuah kerajaan yang dijunjung oleh rakyat, sebuah kerajaan yang disokong oleh rakyat, adalah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat. Dan kebajikan rakyat ini sangat direct ya, rakyat akan berurusan dengan kami di peringkat bawah. Justeru itu, saya memohon jika kita melakukan reforming, kita juga perlu reform dalam bentuk kewangan. Apa salahnya kalau Kerajaan Negeri sudi menambah Peruntukan P16 bagi Ahli-ahli Dewan. Itulah hasrat Penanti kelmarin. Cuma saya bukan tidak berani Yang Berhormat CM, saya masih junior, sudah menjadi adat orang Melayu, adat orang Melayu untuk meminta yang senior untuk melakukan permintaan. Silakan.
Mohon penjelasan, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pasir. Tadi saya memang tertariklah dengan hujahan-hujahan oleh Yang Berhormat Permatang Pasir berhubungan dengan reformasi-reformasi khususnya dari segi Dewan Undangan Negeri kita. Cumanya, saya ingin mendapat pendapat Yang Berhormat Permatang Pasir tentang reformasi dari segi, bukan saja dari segi fizikal tetapi sekiranya Yang Berhormat Permatang Pasir lihat jumlah bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri yang kita ada iaitu 40 kerusi, adalah bilangan nombor genap. Jadi, kemungkinan besar senario 'Hung Parliament' kemungkinannya berlaku dan memandangkan salah satu agenda reformasi yang sering kita bangkitkan adalah dari segi persempadanan semula kerusi-kerusi khususnya di Dewan Undangan Negeri
ini, boleh saya dapatkan pendapat Yang Berhormat Permatang Pasir berhubungan dengan reformasi sebegini. Terima kasih.
Saya percaya itu bidang kuasa SPR. Untuk mengesyorkan, apa-apa penambahan-penambahan kerusi dan memandangkan nombor genap itu akan mendatangkan kesukaran jika pihak Pembangkang memainkan peranan yang aktif selepas ini untuk menarik sokongan rakyat, mungkin bakal ada equal kerusi yang menyukarkan penubuhan kerajaan seperti mana yang berlaku di Negeri Kedah, Negeri Perak baru-baru ini. Dan ini, kita setuju dengan pendapat YB. untuk kita menambahkan bilangan kerusi. Ya?
Mohon penjelasan lagi. Okey, Yang Berhormat Permatang Pasir bercakap tentang reformasi institusi. Apa yang kita bincang. Pada masa kini, Dewan Negeri, Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia boleh mencalonkan atau pun memilih dua (2) orang Ahli Dewan Negara, boleh mencalonkan, dan boleh memilih. Pada awalnya semasa kita mendapat kemerdekaan, Dewan Negara ditubuhkan untuk menjadi check and balance ataupun Council of State… (dengan izin) seperti yang ada di India. Mereka ada Dewan Negara di mana representasi daripada negeri itu ada dalam Dewan Negara. Pada mulanya, mereka yang boleh dilantik atas cadangan Kerajaan Persekutuan tidak lebih daripada Kerajaan Negeri tetapi Barisan Nasional, over the time….(dengan izin) telah menukar ataupun, meminda Perlembagaan Persekutuan dan telah kini mereka yang dipilih melalui cadangan Kerajaan Persekutuan sudah melebihi daripada negeri, negeri hanya ada 26 orang ahli sahaja. Apakah pandangan Permatang Pasir, adakah bersetuju kalau saya nyatakan sudah tiba masanya Dewan Negara kita di’reform’ ataupun reformed should be initiated in the… (gangguan).
Bagan Dalam, biar isu Dewan Negara pergi..(gangguan).
Bukan, saya, saya nak nyatakan pandangan Kerajaan Negeri juga untuk me’reflect’, reflect that the need for the State voice in the Parliament untuk reprensentasi negeri melebihi Dewan Negara seperti sekarang kita ada 40 Dewan, ADUN, kita dapat dua (2) Ahli Dewan Negara, seperti di Perlis, mereka ada 15 ADUN, dan mereka juga dapat dua (2). Juga Selangor, Sarawak mereka ada ADUN yang begitu banyak dapat dua (2) juga. Tidak adil dan bilangannya perlu ditambah. Sudah tiba masa. Setuju tak kalau Kerajaan Negeri Pulau Pinang datang dengan satu (1) usul untuk Kerajaan Persekutuan menukar ataupun reformed Dewan Negara untuk menjadi Council of States kembali. Apa pandangan Permatang Pasir?
Saya setuju dengan pandangan YB. kerana kita mahu bila kita reform itu, Dewan Negara berfungsi sebagai Dewan Negara. Bukan hanya sebagai rubberstamp. Jadi dalam konteks dalam Pakatan Harapan kita percaya bahawa Pakatan Harapan membawa satu agenda mengangkat Federalisme. Kita tidak mahu lagi amalan xenophobic yang diamalkan sebelum ini oleh Kerajaan Barisan Nasional yang meminggirkan Kerajaan Negeri, yang menganak tirikan Kerajaan Negeri dan ini diamalkan dalam Kerajaan Pakatan Harapan hari ini. Jadi, kalau kita mengangkat Federalisme sebagai tunjang Pentadbiran Negara, yang mana akan menghormati hak Negeri, sudah pasti jumlah itu harus ditambah dan saya menyeru kepada Air Putih dan juga Pantai Jerjak yang tidak hari pada hari ini. Mungkin mereka lihat live FB. Dan untuk membawa perkara ini di peringkat Parlimen. Teirma kasih Yang di-Pertua. Dan balik kepada isu peruntukan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Balik kepada kita memerlukan direct bantuan kepada rakyat di bawah, saya juga memohon kelicinan bantuan-bantuan ini, P16 ini, mendapat kerjasama yang sebaiknya daripada agensi kerajaan yang terlibat. Apa-apa permohonan peruntukan itu dimudahkan, memohon kelulusannya dan juga kita meminimakan birokrasi kerana apa yang kita mahu adalah sumbangan itu diberikan kepada rakyat dengan kadar yang segera. Dan selain daripada itu, kita juga diberikan OG, akaun khas, terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Namun, saya percaya jumlah itu perlu ditambah supaya bantuan-bantuan segera boleh kita salurkan dengan secepat mungkin terutamanya apabila berlaku disaster, berlaku banjir, berlaku ribut petir dan sebagainya kita dapat salurkan dengan segera tanpa melalui permohonan Peruntukan P16, yang lebih ringkas, lebih cepat, yang kita panggil fast track. Jadi, saya mencadangkan jika dibenarkan untuk P16 itu ditambah sebanyak RM200,000, 100%, dan juga OG akaun khas itu sebanyak RM180,000. Jika Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju, boleh sokong, kalau tak setuju saya percaya mereka nak jumlah yang lebih tinggi lagi daripada apa yang saya cadangkan.
Okey, isu yang kedua yang ingin saya utarakan Tuan Yang di-Pertua adalah isu ekonomi iaitu tajuk yang saya bawa adalah ‘Memakmurkan Ekonomi Rakyat’. Menyusuri Laporan Audit 2016 yang telah disediakan pada kami, hasil Kerajaan Negeri semakin meningkat RM1 billion lebih, tahun 2016 RM1,041.74 juta berbanding RM952.53 juta pada tahun 2015. Ini saya percaya adalah satu pencapaian yang baik oleh Kerajaan Negeri mempremiskan kepada konsep CAT, ‘Cekap, Akauntabiliti dan Telus’. Dan, meneliti kepada rekod akaun dan juga ekonomi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya dapati sektor industri pembinaan dan juga perkhidmatan adalah jumlah penyumbang terbesar bagi sektor perkhidmatan hampir 49.3% manakala sektor pembinaan lebih kurang 44.8%. Apa yang menjadi concern saya adalah sektor pertanian. Sektor pertanian hanya menyumbang lebih kurang 2.1% ataupun 2% sahaja kepada KDNK Negeri Pulau Pinang. Dan ini satu kebimbangan kerana trend ini semangkin menurun. Untuk rekod 2010 KDNK yang disumbangkan oleh sektor pertanian adalah sebanyak 2.4% tapi menjelang tahun 2016 ia menurun kepada 2%. Jadi, sektor pertanian semakin hari semakin ketinggalan daripada arus perdana ekonomi negeri. Saya mengutarakan tentang sektor pertanian ini adalah kerana di Seberang Perai, terutamanya di Permatang Pasir, ia masih lagi dianggap demografinya kawasan pertanian. Didominasikan tanaman sawah, dan dengan keadaan trend yang saya bacakan tadi, ia menunjukkan tanaman sawah ini, sawah padi ini market terpinggir daripada arus perdana ekonomi negeri. Ia disebabkan kepada beberapa faktor, antaranya adalah penjualan tanah-tanah sawah ini kepada pihak ketiga yang selepas itu kemudiannya dengan itu menukar syarat ataupun kegunaan tanah itu daripada sawah kepada industri dan ini banyak berlaku kepada Permatang Pasir. Sepanjang saya menjadi ADUN, baru tiga (3) bulan Tuan Yang di-Pertua, saya telah diberikan enam (6) permohonan tukar syarat ataupun lingkungan semula daripada tanaman sawah padi kepada industri dan ini amat menyedihkan kita kerana jika sawah padi ini, tanahnya adalah kebanyakan tanah yang besar, dan jika hanya few acres yang nak ditukar syarat, few acres sebahagian sahaja…(dengan izin), yang ditukar syarat, yang dibina kawasan industri, ia akan memberi kesan kepada sawah-sawah padi di sekelilingnya. Ia akan merosakan struktur tanah, kesuburan tanah itu dan juga akan mengurangkan aliran air dan secara langsung akan menjejaskan hasil tanaman padi….(gangguan).
Terima kasih Permatang Pasir, terima kasih Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang dibangkitkan oleh Permatang Pasir kaitan dengan tanah padi, sawah padi dan juga peranan sektor pertanian. Memang saya ada bangkitkan dalam ucapan saya, sektor pertanian diberikan peruntukan yang kecil dan menyumbangkan sedikit saja kepada KDNK. Jadi, bersetujukah Permatang Pasir supaya untuk bajet yang akan datang, tahun depan, Kerajaan Negeri tambah, bajet untuk sektor pertanian, Kerajaan Negeri di minta cari usaha-usaha yang lebih hebat untuk mempertingkatkan sumbangan sektor pertanian dalam membekalkan makanan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang. Cari kaedah-kaedah lain, tanah tak mencukupi, Kerajaan Negeri mungkin kenalpasti pendekatan yang lain. Saya pernah sebut dulu, saya pernah sebut dalam Dewan, konsep hectare equivalent....(dengan izin). Tak payah tanah banyak, maknanya setiap kita cari komoditi yang sesuai, setiap rumah, di kampung-kampung, usahakan satu rumah, mungkin 30, 40 pokok setiap rumah itu usahakan. So, dia tak payah guna tanah yang besar dah dapat 200 pokok. Saya juga minta pandangan Permatang Pasir satu lagi tentang tanah sawah. Saya berjuang di Dewan ini daripada 2013 berkaitan tanah sawah. Tanah sawah semakin kecil. Saya sebut dalam ucapan saya, tahun 1990an ada 20,000 hektar, dalam kawasan pengairan selepas itu tinggal 15,000 hektar dan sekarang tinggal 12,000 hektar. Tak termasuk yang di luar skim, di luar skim pengairan, di Bukit Mertajam, di Sungai Kerian ada skim, skim Sungai Manik dan di Balik Pulau luar skim, tak termasuk di luar skim. Jadi langkah yang perlu diambil serta tegas dalam kita nak memastikan tanah sawah ini tidak hilang, tidak ditukar syaratnya, tidak dijual, tidak ditambun, tidak ditambak kerana dalam tanah dalam Skim Pengairan mesti kita tegas melalui Warta Tali Air. Tanah sawah dalam Warta Tali Air dan dalam Skim Pengairan tak boleh disentuh. Mesti ada satu (1) syarat ataupun satu (1) dasar/undang-undang walaupun tanah ni first grade tapi kena ada satu (1) pendekatan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk melihat tanah sawah ini terus kekal supaya generasi akan datang kenal sawah padi. Ada generasi di Singapura tak tau pokok padi. Dia kata pokok padi dan pokok beras lain padahal pokok yang sama pokok padi menghasilkan beras. Kita tak mahu esok generasi akan datang jadi masalah. Terima kasih.
Terima kasih kepada Sungai Dua. Untuk soalan yang pertama itu saya bersetuju dengan cadangan itu, cadangan yang baik cuma malangnya tidak diangkat semasa Barisan Nasional memerintah dulu. Yang kedua….(gangguan).
Permatang Pasir masa jaga.
Okey. Yang kedua soalan kedua itu, ya kita perlu kawal sektor pertanian ini dengan mengawal penukaran syarat sawah padi dan juga penambakkan sawah padi. Kerana hari ini kita concerned tentang food security dan kenyataan terbaru daripada Menteri Pertanian Asas Tani di bawah Pakatan Harapan telah menekankan tentang food security tentang bagaimana kita nak memelihara jelapang-jelapang padi yang sedia ada dan mencari jelapang-jelapang padi baru supaya food security ini memang terjamin. Padi merupakan makanan asas ruji, beras merupakan makanan ruji bagi rakyat Malaysia dan sudah pasti kita perlu melaksanakan dasar-dasar yang menjaga yang melestarikan sawah-sawah padi supaya bekalan beras terjamin, bekalan beras cukup. Kita concern about a sustainable food supply...(dengan izin) Dato’ Speaker. Kita banyak bergantung kepada bahan import dari segi makanan. Untuk rekod 2015 sahaja hampir 45.4 billion kita mengimport makanan daripada luar. Dan apabila kita mengimport makanan daripada luar sudah pasti ia memberi kesan kepada rakyat terbanyak. Bahan import ini akan menyebabkan harga barangan meningkat. Bila kita maintain sawah-sawah padi kita memastikan bahawa a food supply is sustainable, Insya-Allah harga barang akan menurun kerana ia adalah harga tempatan seterusnya dapat meringankan beban rakyat terbanyak dan banyak kita bincangkan pada hari ini. Dan balik kepada isu tanaman padi penukaran syarat memang hak individu untuk menjual tetapi kita sebagai kerajaan mempunyai satu (1) tanggungjawab untuk memastikan bahawa kita tidak memberi keutamaan kepada permohonan menukar syarat supaya macam yang saya katakan tadi kawasan tanaman padi ini dapat dikekalkan. Dan di samping itu juga, saya juga menyarankan agar Kerajaan Negeri membentuk satu (1) agensi khas dengan dana khas untuk berkongsi dengan pemilik-pemilik sawah padi yang terbiar dan tidak mampu mereka usahakan mungkin generasi baru ini kebanyakannya berpelajaran tinggi tidak mempunyai kesempatan untuk mengusahakan tanaman padi, apa salahnya kita berkongsi dengan Kerajaan Negeri secara sistem mudharabah, konsep mudharabah di mana perkongsian di antara pemilik tanah dan juga kerajaan sebagai pengusaha dapat dijalankan. Dan ini dapat menambah pendapatan bukan saja kepada negeri malah kepada pemilik kawasan tanaman sawah. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh soalan pertanian ini kerana jika kita melaksanakan dasar-dasar baru secara holistik secara lebih efisien dalam pertanian saya yakin ia dapat menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan anak muda. Isu yang begitu membelit kehidupan anak muda adalah isu pekerjaan. Jadi terdapat ramai di sana anak-anak muda yang tidak mempunyai pekerjaan namun mereka juga tidak mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi peluang harus diberikan kepada mereka untuk menceburi ataupun menjadi usahawan dalam bidang pertanian. Dan saya menyarankan untuk membantu mereka menceburi bidang usahawan pertanian Kerajaan Negeri memajakkan jangka pendek atas tanah yang terbiar kepada mereka dan dengan bantuan daripada Zakat, Baitulmal dan sebagainya untuk memberi dana kepada mereka. Saya pasti mereka tergolong dalam golongan asnaf. Kita mempunyai kutipan zakat RM100 juta. Kita tidak boleh berbangga dengan kutipan tapi kita perlu bangga kerana kita dapat membantu mereka yang asnaf di luar sana. Pemberian yang jumlah yang tinggi kutipan zakat itu adalah lebih baik nilainya berbanding dengan kita menghebahkan nilai zakat yang kita kutip. Dan inilah peranan yang perlu dimainkan dalam kita membina sebuah negeri yang lebih maju untuk kesejahteraan rakyat. Dan untuk tempoh jangka panjang…(gangguan).
Mohon laluan. Saya just nak tanya.
Masa…(gangguan).
Permatang Pasir, masa.
Saya ingat Penanti dia tak perlu susah hati tentang sawah because dia pun dah buat Pesta Padi nanti. We have great idea on this, so I don’t think you have…(gangguan).
Saya just nak tambah kalau boleh tadi sebut Majlis Agama Islam dan saya nak nak nak cadangan boleh ke? Tak boleh. Just nak tambah yang jika Perda, Perda boleh boleh ambil alih tanah-tanah sawah yang macam waris nak jual daripada tanah-tanah itu ditukar jadi rumah ke apa ke benda macam statistik
yang saya bagi semalam tu kan, jadi satu (1) cadangan agar Perda ataupun mana-mana agensi yang lain dapat membeli rescue tanah tu.
Sebab itu saya cadangkan tadi sebuah agensi khas ditubuhkan dengan dana khas mempunyai konsep mudharabah, perkongsian di antara Kerajaan Negeri ataupun agensi yang saya cadangkan itu dengan pemilik tanah yang itu yang cadangan saya. Terima kasih Penanti. Balik kepada isu pekerjaan. Dan saya merasakan bahawa jika ini dapat dilaksanakan bantuan dana diberikan, bantuan tanah diberikan kepada mereka di luar sana kita akan mengurangkan masalah pengangguran dan pertanian ini ada kita andai ini adalah satu yang yang luas, ia bukan sahaja terikat dengan tanaman tapi juga penternakan, perikanan dan sebagainya dan ini yang harus kita usaha ke hari ini. Kita tidak mahu lagi menjadi seperti mana kerajaan terdahulu yang hanya memberi umpan, kita perlu hari ini bergerak secara berdikari kita memberikan pancing supaya orang muda di luar sana dapat berdikari menjadi usahawan dan seterusnya dapat menjana ekonomi dan pendapatan mereka sendiri secara tidak langsung menyumbang kepada ekonomi negeri. Dan yang yang terakhir tentang isu pertanian ini adalah isu jangka panjang. Yang di-Pertua saya melihat kepada pertanian-pertanian ini adalah satu (1) sektor ekonomi yang baik untuk masa depan negara. Jadi kita sekarang menuju kepada Revolusi Industri 4.0 di mana kita menekankan pendidikan-pendidikan TVET dan saya menyarankan agar Kerajaan Negeri bekerjasama erat dengan Kerajaan Pusat supaya pendidikan TVET ini dibuka dengan menumpukan kepada teknologi pertanian. Dan teknologi pertanian ini penting kerana industri 4.0 ini kalau kita kuasai Insya-Allah, peluang pekerjaan kepada anak tempatan itu akan terbuka luas. Kita tidak lagi bergantung kepada foreigner workers. Masalah kita bergantung foreigner workers hari ini kerana kita tidak mempunyai teknologi yang canggih. Kita tidak ada inovasi dalam teknologi. Kita bergantung banyak kepada manpower Bila kita bergantung kepada man power, kita terpaksa bergantung kepada foreigner workers. Dan sebab itu kalau kita melaksanakan revolusi industri ini kita membuka secara luas pendidikan TVET ini kita ada inovasi dalam teknologi, Insya-Allah kita punya anak-anak tempatan yang mempunyai pendidikan tinggi, yang mempunyai kemahiran dalam TVET dan sebagainya akan dapat menguasai peluang-peluang pekerjaan di masa hadapan dan kita akan mengurangkan kebergantungan kita kepada warga asing. Dan isu yang seterusnya yang ingin saya bawa kalau ada masa lagi Tuan Yang di-Pertua adalah kebajikan kaum wanita. Saya berdiri di sini, saya concern tentang wanita kerana banyak masalah di bawah ini adalah kebanyakannya adalah masalah ibu tunggal. Mereka ditinggalkan oleh suami, mereka juga yang perlu menyara anak-anak. Ini yang menjadikan kehidupan mereka semakin tertekan dan anak-anak tidak semuanya tetapi ada sebahagiannya yang terbiar dan tidak diuruskan dengan baik dari sudut pendidikan, dari sudut kebajikan mereka. Jadi saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri membuka lebih banyak female entrepreneurs memberi dana khas kepada golongan-golongan wanita ibu tunggal ini supaya mereka dapat menceburi bidang perniagaan. Bagi saya one of payment atau bantuan-bantuan kebajikan secara umpan ini tidak banyak membantu mereka. Kita harus mengubah daya ataupun dimensi pentadbiran kita. Polisi kita perlu melihat kepada pemberian pancing dan mereka berdikari mereka terlibat dalam keusahawanan, perniagaan kecil-kecilan supaya dapat pendapatan sendiri berbanding dengan kita membantu mereka dan lanjutan daripada cadangan ini, saya juga mencadangkan agar usahawan-usahawan kecil yang terlibat dengan perniagaan makanan, proses untuk mereka mendapat penandaan sijil halal itu dipermudahkan. Kita minimakan kerenah birokrasi, kita mudahkan mereka dalam mendapatkan sijil halal oleh kerana bagi orang Islam, bagi orang Melayu, penandaan sijil halal itu adalah satu (1) marketing yang begitu kuat kerana orang Melayu bila dia nak beli makanan dia akan tengok kepada sijil halal. Kalau tak ada sijil halal itu dia merasakan makanan itu tidak dihalalkan oleh pihak berkuasa. Jadi jika kita memudahkan keadaan ini, kita memudahkan kerenah birokrasi, saya percaya kita dapat akan bantu pengusaha-pengusaha atau usahawan kecil di peringkat bawah terutamanya kaum wanita. Dan bercakap tentang wanita juga saya juga ingin mencadangkan kepada Pihak Mahkamah Syariah yang ditadbir oleh Kerajaan Negeri untuk memudahkan kes-kes yang tertunggak di Mahkamah Syariah. Saya melihat begitu banyak kes-kes tertunggak, dan kita mencari SOP yang baru yang lebih efisien untuk mempercepatkan kes-kes perceraian dan juga kes-kes yang melibatkan tuntutan nafkah. Di bawah pentadbiran Mahkamah Syariah, kita ada satu arahan amalan iaitu practice direction yang dibuat iaitu untuk kes-kes perceraian itu diselesaikan dahulu, baru kita menyelesaikan kes tuntutan nafkah dan sebagainya. Bagi saya satu SOP baru perlu dibuat dimana kes perceraian perlu diselesaikan serentak dengan kes tuntutan nafkah ataupun sepanjang kes perceraian itu perlu juga diberikan penyelesaian kepada nafkah isteri, nafkah sementara sebab kebanyakan jenis perceraian ini mereka tinggal berasingan. Suami tidak akan lagi memikirkan tentang kebajikan isteri dan anak-anak…(gangguan).
Permatang Pasir, boleh buat rumusan. Masa kalau dari diperuntukkan. Sila.
Jadi saya berharapkan bahawa Mahkamah Syariah di Pulau Pinang dapat mencari satu SOP yang tersendiri dalam menyegerakan kes-kes yang melibatkan perceraian. Dan saya juga ada menyentuh tentang isu perumahan saya percaya ramai Ahli Dewan yang menyentuh isu ini, cuma saya ingin mencadangkan untuk membantu orang muda yang tidak mempunyai rumah untuk kita bekerjasama dengan pihak MAIPP membangunkan tanah wakaf yang tidak dibangunkan, dan kita mengutamakan konsep rent to own di mana ramai orang muda ataupun orang tidak berkemampuan di luar sana tidak memiliki rumah. Jadi kita usahakan tanah wakaf, dan tanah wakaf ini dibangunkan untuk perumahan mampu milik adalah satu konsep berdasarkan kepada konsep mesrah umum dan kita sebagai sebuah kerajaan yang memandang tinggi perkasaan institusi Islam bagi saya perlu memikirkan bagaimana untuk membangunkan ekonomi rakyat kepada orang Islam dan kita bangunkan tanah wakaf yang sedia ada untuk kita membantu rakyat. Bercakap juga, saya minta pohon lagi 5 minit Tuan Yang di-Pertua jika diizinkan memandangkan saya masih baru, saya tidak berapa faham tentang timeline yang ditetapkan. Okey, okey, bercakap tentang institusi Islam yang nak diperkasakan, saya nak bercakap tentang kebajikan guru-guru di bawah institusi Islam, cuma dalam stage ini saya nak sentuh tentang kebajikan guru KAFA. Guru KAFA, mereka diberikan elaun oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM900.00 dan elaun tambahan oleh Kerajaan Negeri RM50.00. Saya memikirkan oleh Pakatan Harapan itu menjanjikan gaji minimum RM1,500.00 apa salahnya kita menunaikan peranan untuk mencapai hasrat. Saya pohon satu kerjasama daripada Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan untuk mencari formula bagaimana memberikan gaji sebanyak RM1,500.00 kepada guru-guru KAFA. Itu adalah gaji minimum yang kita telah janjikan. Kalau diambil kira formula yang ada hari ini, Kerajaan Persekutuan memberikan RM900.00 dan Negeri kalau memberikan tambahan RM600.00, jumlah fail yang terdapat ini hanya sekitar 1,572 orang, Kerajaan Negeri hanyalah perlu menambah sebanyak RM864,600.00 sebulan yang menjadikan peruntukan tahunan sebanyak RM10,375,200.00 juta dan ini bukannya satu penambahan yang banyak memandangkan hasil Kerajaan Negeri untuk tahun 2016 sahaja sebanyak RM132.18 juta hasil tambahan. Hasil Kerajaan Negeri meningkat saban tahun dan kita harus hargai guru KAFA ini kerana mereka adalah guru yang mendidik anak-anak kita di peringkat bawah, di peringkat awal dan sumbangan RM600.00 ini tidaklah begitu membebankan Kerajaan Negeri ataupun menjejaskan fisikal negeri. Dan saya juga ingin menyentuh soal pengurusan zakat (dengan izin), Yang di-Pertua, saya ingin penjelasan kenapa begitu lama tempoh yang diambil untuk melantik CEO baru bagi Pusat Zakat sehinggakan banyak permohonan-permohonan pembinaan rumah tidak diluluskan, tidak dapat dilaksanakan dan juga terdapat bantuan kepada pelajar luar negeri juga tidak diberikan. Alasan yang diberikan adalah kerana CEO tidak dilantik lagi. Jadi saya pohon penjelasan kenapa perkara ini boleh berlaku di Negeri Pulau Pinang. Sedangkan kita mempaksikan kepada prinsip CAT, namun dalam institusi pentadbiran agama Islam ia satu yang menyedihkan apabila CEO tidak dilantik untuk tempoh yang begitu lama. Dan yang terakhir ingin saya sebut. Semi final. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, semi final. Iaitu masalah pentadbiran JKK. Kita sedia maklum bahawa Menteri Luar Bandar telah mengumumkan JKKP dibubarkan. Jadi selepas ini segala pentadbiran di peringkat bawah, di peringkat kampung akan diuruskan oleh Kerajaan Negeri, oleh JKKK dan perbezaan di antara JKKK dengan JKKP ialah JKKP mempunyai satu organisasi di setiap kampong. Namun bagi JKKK diperingkat negeri, kita mempunyai polisi melimitkan kepada lima (5) JKKK sahaja bagi setiap KADUN. Jadi saya mencadangkan bila JKKP ini telah dibubarkan, kita mengambil alih keseluruhan pentadbiran di peringkat kampung. Saya mencadangkan untuk setiap KADUN itu mempunyai JKKK bagi setiap kampung. Saya sedia maklum bahawa kekangan yang mungkin dihadapi oleh Kerajaan Negeri adalah kekangan kewangan, namun apabila JKKP itu telah dibubarkan sudah pasti kita dapat memohon segala peruntukan yang dulu diberikan JKKP diberikan kepada Kerajaan Negeri untuk menguruskan JKK di peringkat bawah dan untuk kita membantu kewangan negeri juga, kita boleh limitkan jumlah AJK dalam JKK kepada tujuh (7). Dulu kita, sekarang kita ada 15. Kita limitkan kepada tujuh (7) kerana ia tidak perlu satu AJK yang besar, memandangkan kita akan ada JKKK pada setiap kampung.
Dan yang isu yang terakhir Tuan Yang di-Pertua adalah isu sukan. Yang di-Pertua, saya merasakan sukan adalah amat dekat dengan saya. Saya orang muda walaupun agak beruban, tapi apa yang ingin ditekankan bahawa sukan ini memainkan peranan penting untuk kita membina sebuah masyarakat, ataupun insan yang baik disudut fizikal dan juga mental. Jadi saya memohon agar pihak Kerajaan Negeri melihat kepada fasiliti-fasiliti sukan diperingkat kampung Permatang Pasir terutamanya, pembinaan lebih banyak gelanggang. Gelanggang badminton, futsal dan juga bola keranjang. Sebab ini adalah satu fasiliti yang penting untuk orang muda diperingkat kampung. Dan juga saya menyarankan kepada Kerajaan Negeri untuk memikirkan bagaimana nak menaikkan ataupun mengangkat sukan-sukan tradisi menjadi sukan yang bentuk komersial ataupun sukan yang diterima diperingkat kebangsaan dan seterusnya mengangkat ke peringkat antarabangsa. Sebagai contoh pada minggu lepas, saya mengadakan satu pertandingan sepak raga tuju. Satu sepak raga bukan macam biasa ada tekong, ada gelanggang ada net. Tapi sepak raga tuju dalam bentuk bulatan, ia satu permainan tradisi, tapi ia dimainkan oleh anak muda hari ini. Ini menunjukkan anak muda ada kecenderungan untuk bermain permainan-permainan tradisi.
Jadi saya menyarankan agar pihak Kerajaan Negeri untuk mengangkat sukan-sukan tradisi ini sebagai sukan negeri, supaya ia dapat dikomersialkan dan dimainkan oleh anak-anak muda supaya nilai tradisi itu, nilai budaya itu tidak terhakis dalam kita mengejar kemajuan. Hidup kalau kata mengejar kemajuan pembangunan, kita tidak boleh meninggalkan budaya. Tradisi kita perlu kekal, jati diri kita perlu kekal supaya Malaysia baru yang akan kita bina ini sebuah Malaysia, sebuah negara yang maju di sudut pembangunan fizikal dan juga pembangunan insani supaya negara kita menjadi sebuah negara yang hebat, negara yang keluar daripada kepompong pemikiran agama yang sempit, pemikiran emosi, perkauman dan juga kehidupan yang penuh dengan corrupcy dan sebagainya.
Jadi saya percaya, kita Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu memainkan peranan yang penting untuk membina sebuah kehidupan yang harmoni, yang baik kepada rakyat kerana kita adalah rakyat pelbagai kaum, kita pelbagai agama, kita menghormati hak masing-masing.
Saya ingin berpesan kepada Penaga untuk membawa isu ini kepada rakan-rakan yang di luar. Sudah-sudahlah dengan isu-isu perkauman dan agama yang sempit. Kita mempunyai satu tugas yang lebih besar yang menanti kita di hadapan. Kita perlu membina sebuah negara yang maju, yang zero corruption, yang integriti, yang good governance, yang mempunyai nilai kebebasan dan sebagainya. Bukan kita terperangkap lagi dengan fahaman agama yang sempit, yang sengaja dimainkan sebagai satu propaganda, satu stigma untuk memecahbelahkan masyarakat.
Kita perlu hormati hak bukan Islam, Allah juga menyebut bahawa (bacaan potongan Al-Quran) tidak ada paksaan dalam Islam, menghormati kebebasan mereka, kita perlu menghormati pemikiran yang lebih dinamik di kalangan orang Islam, yang lebih progresif. Tidak bererti kita mempunyai pemikiran yang progresif itu, pemikiran yang lebih dinamik itu, kita meninggalkan nilai-nilai juga prinsip Islam. Kita perlu bergerak ke hadapan, jadilah Pembangkang yang betul-betul check and balance.
Jangan bagi kami di pihak backbenchers menjadi pihak check and balance pula. Kita memerlukan pembangkang yang check and balance supaya kerajaan dapat bergerak dengan baik untuk kebajikan rakyat dan saya memohon sekali lagi budi bicara Penaga untuk membawa perkara ini kepada rakan di luar. Jangan menggunakan masjid, surau dan sebagainya menjadi medan untuk kita mencipta propaganda yang tidak betul. Hentikan segala tohmahan tak betul kepada kerajaan. Baru-baru ini kita mendengar bagaimana di peringkat Parlimen, minta maaf Tuan Speaker. Pasir Salak mengatakan bahawa kerajaan Putrajaya dikuasai oleh Kristian. Ini tidak betul. Ini satu tohmahan. Saya juga minta…(gangguan).
Permatang Pasir.
Ya, ya.
Yang dijanji tidak ditepati. Sila.
Saya kalau jam ada di depan, saya nampak jam Dato’ Yang di-Pertua. Masalah jam di belakang, saya tak nampak. Jadi, saya juga minta daripada Sungai Dua untuk menegur pemimpin yang ada hari ini. Jangan apabila kita sudah terpalit dengan isu rasuah, kita gagal untuk membersihkan diri kita daripada rasuah, kita cuba memainkan api perkauman untuk menanam dihimpit kebencian dalam negara.
Sudah?
One minute saja Dato’.
Nanti tolak dari masa perbahasan.
Aah, jangan. Jangan. Jangan. Dato’ Speaker, perkara yang dibangkitkan oleh Permatang Pasir, saya ingat rasa adalah amat penting berkenaan dengan permainan politik perkauman. Dan saya tertarik kepada perkara ini sebab semalam apabila saya mendengar Yang Berhormat Permatang, Sungai Dua semasa mengucap. Beliau telah pun mengatakan bahawa mereka juga sebagai pembangkang dalam dewan yang mulia ini, akan memainkan peranan menjadi Pembangkang yang bertanggungjawab, yang bertanggungjawab. Jadi saya tertarik dengan perkara yang dibangkitkan oleh rakan saya apabila dia kata, sebelum ini bekas Timbalan Menteri, Tajuddin. Semasa kempen Sungai Kandis, meminta supaya pengundi-pengundi jangan mengundi Pakatan Harapan sebab ini adalah satu kerajaan Kristian, dengan niat jahat hendak menghasut rakyat. Maka adalah tanggungjawab, tanggungjawab kepada ahli-ahli politik terutamanya pemimpin seperti Yang Berhormat Sungai Dua untuk berdiri menegur, menegur tindakan-tindakan, permainan perkauman politik yang kejam. Betul tak? Bersetuju. (Ahli Dewan menepuk meja).
Tambah sikit. Sikit saja. Isu yang dibangkitkan ini, isu yang disebut di PRU, PRK, PRK Sungai Kandis. Cuma saya minta macam ni lah. Kita tak mau sebut perkauman. Dan saya harap sebelah sana pun tak sebut perkauman. Kita bangkitkan isu orang Melayu, itu disebut perkauman. Racist. Oo, orang Melayu sebut pasai Melayu, racist. Dan orang Cina juga, sebut pasai Cina. Orang India pun sebut pasai masyarakat India.
Itu bukan perkauman. Saya rasa itu juga perkauman, kita masing-masing mempertahankan. Orang Melayu ada yang mempertahankan orang India, ada yang mempertahankan orang Cina…(gangguan).
Adakah YB. Bersetuju dengan kenyataan Tajuddin itu? Yang menyatakan bahawa kalau mengundi Pakatan Harapan maka negara ini akan dijajah oleh Kerajaan Kristian? Apabila Tajuddin itu dia pergi memberi ceramah dia kata bahawa sekarang ini Kerajaan Pakatan Harapan dikuasai oleh Kristian-Kristian memberi alasan contoh-contoh kata Hannah Yeoh ini Kristian, Lim Guan Eng ini Kristian, Tony Pua Kristian dan sebagainya dan bukan setakat itu sahaja nak apa ini menakut-nakutkan khususnya kawan-kawan Melayu bahawa mengatakan kalau Kerajaan Harapan terus menjadi Kerajaaan di negara kita maka mereka juga akan memansuhkan sistem sistem Kerabat Diraja-raja Malaysia, ini sudah tentu satu perkara hasutan.
Saya rasa, Dato' Yang di-Pertua, kita ada Perlembagaan Persekutuan dan saya di peringkat Pembangkang kita tetap berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan kita tetap mempertahankan empat (4) perkara utama itu yang tercatit dalam Perlembagaan Persekutuan so kita akan tetap mempertahankan dan isu yang dibangkitkan tentang Pasir Salak dan saya rasa ini mungkin ada apa-apa yang dibangkitkan berkaitan dengan perbincangan di peringkat yang kita tak pasti, benda yang tak pasti. Saya pun tak pasti, kita pun tak pasti cuma itu dibangkitkan oleh Pasir Salak, PRK Sungai Kandis...(gangguan).
Sebab itu kita minta satu penegasan daripada Sungai Dua kepada pemimpin di atas jangan mengizinkan perkara ini berlaku. Kita perlu berlaku adil….(gangguan). Ini bukan soal kita mempertahankan hak masing-masing, ini soal kita membangkitkan sentimen perkauman…(gangguan).
Pihak kita sama jangan bangkitkan isu perkauman….(gangguan).
Ini satu yang tidak betul mempertahankan hak lain dalam ucapan saya saya mempertahankan hak Melayu. Saya banyak bercakap tentang bagaimana…(gangguan).
Sungai Dua dan Permatang Pasir isu ini cukup. Sila.
Yang saya bangkitkan sekarang ini adalah perkara-perkara yang berbentuk tomahan yang tidak benar yang membangkitkan semangat perkauman yang memainkan api perkauman itu yang saya tekankan. Sepanjang perbahasan saya saya menekankan bagaimana kita nak bangunkan ekonomi orang Melayu, membangunkan associate Islam itu yang kita perlu lihat untuk masa depan kita tapi jangan kita, perkara ini penting jangan kita dalam menuju ke arah Malaysia Baharu yang saya sebut tadi, yang mengamalkan prinsip kebebasan, prinsip integriti dan sebagainya kita memerangkap pemikiran orang Melayu dengan sentimen perkauman agama sempit dan kita bawa orang Melayu orang Islam ke arah yang ke belakang. Sebab itu Nabi pesan, Nabi telah bersabda bahawa jika kita siapa-siapa yang berjuang di atas ruqyah imamiyah atas bendera assabiyah, mereka mati dalam jahiliah. Kita tak mahu menjadikan rakyat Malaysia orang Islam Melayu ini masyarakat yang jahiliah, kita nak bina masyarakat baru yang demokrasi, yang lebih integriti. Sebab itu saya minta kepada Penaga dan Sungai Dua supaya menasihatkan pemimpin-pemimpin dan rakan-rakan di luar sana hentikan jangan menggunakan mimbar ataupun peluang dalam khutbah untuk membangkitkan perkara yang tidak benar yang berbentuk tomahan.
Dengan izin Yang di-Pertua saya ingin mencelah, mohon Permatang Pasir kita pun ada agenda terdahulu seperti mana Barisan Nasional menitik beratkan kepentingan semua kaum. Saya yakin Kerajaan Pakatan Harapan juga mempunyai hasrat yang sama dan kami mengambil maklum teguran tersebut. Jadi saya rasa perkara ini tidak perlu dipanjangkan kerana kita menitik beratkan kepentingan di kawasan Pulau Pinang dan hal isu itu saya rasa di peringkat nasional kami akan mengambil maklum perkara ini tetapi biarlah perkara itu ditetapkan di sini sahaja bahawa kalau pihak Pakatan Harapan pun ada matlamat untuk menjaga kepentingan semua pihak terdahulu pun memang Barisan Nasional menjaga kepentingan semua pihak. Jadi saya rasa Kerajaan baru ini perlu mengambil pendekatan yang sama dan saya rasa perkara ini tidak perlu dibangkitkan lagi. Terima kasih.
Terima kasih.
Saya rasa seminit saja lagi untuk penggulungan, saya bukan sahaja nak bangkitkan tapi perkara ini penting untuk kita membentuk permikiran yang baru kepada rakyat sebab itu George Bernard Shaw menyebut bahawa (dengan izin)…"Progress is impossible without change, and those who cannot change their minds, cannot change anything." Sebab itu kita penting kita nak bina sebuah negara yang baru, bangsa yang baru, bangsa yang bertamadun, rakyat yang mempunyai jati diri yang baik, pemikiran itu perlu diubah, jangan menyekat jangan mengongkong jangan divert pemikiran rakyat kepada pemikiran yang berbentuk perkauman …(gangguan), agama yang sempit sedangkan kita mempunyai agenda baik agenda yang lebih baik, agenda yang lebih tinggi agenda yang lebih mulia di hadapan kita. Sebab itu bila tadi Tuan Speaker memberikan peluang kepada Permatang Berangan untuk bercakap you ambil masa lima minit… (gangguan).
Saya faham tapi…(gangguan).
Dia tak mau bagi, sila.
Tadi kita dah bagi peluang setengah jam tapi malangnya sepuluh minit kita pun tak perasan dah habis. Tak dan nak mencelah rakan saya sebut minta maaf Permatang Berangan next time you can’t interrupt. Bercakap tentang isu ini, saya menyarankan kepada Kerajaan Negeri untuk menguatkuasakan undang-undang yang ada, kita ada peruntukan Seksyen 11, Enakmen Jenayah Syariah yang menetapkan
bahawa tidak ada penceramah yang boleh berceramah tanpa tauliah, kita menjunjung tinggi rule of law kita menyanjung tinggi kedaulatan undang-undang sebagai idealogi keempat dalam negara kita, dalam Rukun Negara tapi malangnya kita tidak mainkan implimentasi undang-undang ini, terdapat banyak di luar sana penceramah-penceramah luar yang tidak ada tauliah yang dibenarkan untuk memberikan ceramah dan ini yang selalu bermain dengan pemikiran-pemikiran propaganda-propaganda sebegini dan semua itu perlu ada satu pengurusan, kita tidak menyekat hak siapa-siapa untuk berceramah itu adalah perkara yang wajib tetapi perlu ada satu mekanisma bagaimana hendak menguruskan penceramah-penceramah ini supaya mesej Kerajaan mesej yang hendak kita bawa itu sampai kepada rakyat, sebagai contoh saya ambil…(gangguan).
Permatang Pasir seminit itu terlalu.
Okey-okey yang terakhir saya sebut Seksyen 11 ini tidak perlu menjadi kegusaran kepada Kerajaan Negeri memandangkan pada tahun 2012 Ustaz Fathul Bari telah membawa kes ini kepada Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kesahihan peruntukan undang-undang ini dan Mahkamah Persekutuan pada 30 Mei 2012 telah memutuskan bahawa undang-undang ini adalah sah dan berperlembagaan, this Is Constitutional Law, jadi Constitutional Law. Jadi apa dia bagi saya saya memohon agar satu tindakan yang holistik diambil bagaimana hendak menguruskan penceramah-penceramah ini supaya mesej yang betul, mesej yang hendak dibawakan oleh Kerajaan tentang memartabatkan Islam itu memperkasakan isu Islam itu dapat dilaksanakan dan saya memohon yang terakhir supaya teks-teks khutbah yang disediakan oleh barisan orang Islam yang diteliti bersama dengan Jabatan Mufti itu dibaca oleh semua khatib-khatib di masjid di seluruh Pulau Pinang dan kita perlu memastikan bahawa pengurusan masjid mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ini kerana, kerana yang paling penting kita perlu menjadi sebuah Kerajaan yang menjunjung keluhuran undang-undang, menjunjung rules of law. Oleh itu kita perlu pastikan setiap undang-undang yang kita telah gubal di dalam Dewan yang mulia ini dilaksanakan, diimplementasi secara rules of law ini. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih Permatang Pasir oleh kerana Permatang Pasir panjang lebar saya nak tangguhkan mesyuarat untuk berhenti rehat. Rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan ditangguhkan dan kita bersambung 2.30 petang nanti.
Dewan ditangguhkan pada jam 12.55 tengah hari.
Dewan bersambung semula pada jam 2.30 petang
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita berada dalam sesi perbahasan dipersilakan Yang Berhormat Ahli kawasan?
Assalamualaikum W.B.T dan Salam sejahtera. (Bacaan Doa). Terima kasih pada Timbalan Yang di-Pertua yang telah memberi laluan kepada saya untuk sesi perbahasan pada petang ini. Saya mengambil bahagian pada petang ini untuk membahas ucapan terima kasih atas Ucapan TYT yang telah disampaikan pada hari Jumaat yang lepas. Dalam ucapan TYT di muka surat yang ke-5 menekankan tentang negara kita Malaysia telah mencipta satu sejarah baru selepas daripada Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini. PRU ke-14 telah mencipta sejarah tersendiri dengan kita menyaksikan Kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah negara kita semenjak daripada negara kita mencapai kemerdekaan sehinggalah ke tahun ini. Selama 61 tahun telah pun beralih kepada kerajaan baru, Kerajaan Pakataan Harapan. Dengan menguasai bukan sahaja mengekalkan kemenangan di Negeri Pulau Pinang bahkan berjaya menguasai Kerajaan Pusat berjaya, mengusai Putrajaya. Apapun yang berlaku kita mesti melihat negara kita yang telah dibina setelah sekian lama, 61 tahun lebih kita mencapai kemerdekaan. Maka segala keamanan, keselamatan, kemakmuran dan keharmonian mestilah diberi perhatian oleh kita semua. Dan saya mewakili
ataupun selaku ADUN tunggal PAS di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ini. Saya juga terpanggil untuk mengambil bahagian dan juga untuk memastikan pembangunan, untuk memastikan negara dan negeri yang kita cintai ini berada dalam keadaan baik, berada dalam keadaan aman, makmur dan harmoni. Walaupun dilihat di sini saya bersama dengan UMNO selaku Pembangkang. Tetapi sebenarnya PAS bahkan dalam Pilihan Raya Umum yang lepas tidak bersama dalam blok UMNO, Barisan Nasional juga tidak bersama dalam blok Pakatan Harapan. Sebab itu, apa yang telah disebut oleh sahabat saya, Yang Berhormat Permatang Pasir, belum masuk lagi, bahawa PAS menyokong UMNO bahawa itu tidak benar sama sekali. Dan kita boleh bersama dan PAS mempunyai prinsip yang tersendiri. Sebab itu, saya sebut keamanan dan keselamatan, kemakmuran dan juga keharmonian ini perlu dijaga oleh kita semua. Jangan sekali-kali selepas daripada pilihan raya yang berlalu baru-baru ini kita menimbulkan semula perkara-perkara yang tak sepatutnya ditimbulkan. Dan kita mesti menjaga tatatusila dan kita mesti mempertahankan kedaulatan negara kita termasuklah perlembagaan Negara Malaysia itu sendiri. Dalam Ucapan TYT pada muka surat yang ke-11 telah meletakkan dan sekali lagi memberi penegasan, penekanan bahawa islam adalah merupakan agama rasmi bagi persekutuan. Maka dengan sebab itu harus dimartabatkan agama Islam dengan kita memperkasakan institusi-institusi yang berkaitan dengan islam. Sama ada melalui Majlis Agama Islam di peringkat Negeri-Negeri, Jabatan Agama Islam juga institusi-institusi lain. Termasuk yang berkait rapat dengan masyarakat institusi-institusi masjid-masjid dan surau-surau. Maka dengan sebab itu saya mengharapkan supaya kita semua mesti bertanggungjawab dan Kerajaan mesti memantau dengan kita mengawal institusi masjid-masjid dan surau-surau ini supaya tidak berlakunya ataupun supaya tidak fahaman-fahaman yang bercanggah ataupun fahaman-fahaman yang songsang yang menyalahi ajaran islam yang bercanggah dengan pegangan kita Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dan ajaran sesat ini, yang hari ini dilihat semakin menular mesti dikawal dengan sebaik mungkin. Institusi-institusi masjid-masjid, surau-surau mesti memainkan peranan. Dan tidak timbul ada golongan ustaz atau pendakwah, penceramah yang mengambil kesempatan ketika menyampaikan khutbah ataupun menyampai kuliah-kuliah agama di masjid-masjid dan surau-surau untuk tidak timbul untuk mereka membawa fahaman-fahaman yang sesat ini dan kita mesti menjaga dan dalam masa yang sama kalau boleh saya minta supaya institusi-institusi masjid-masjid, surau-surau agama ini tidak dibawa fahaman-fahaman politik yang kita rasa boleh mencetuskan ataupun boleh membawa kepada keadaan yang tidak baik. Bagi saya sebagaimana yang disebut tadi daripada sahabat saya Yang Berhormat Permatang Pasir bahawa ada golongan-golongan tertentu dimaksudkan daripada parti saya dia sebut tadi Penaga sebanyak tiga (3) kali supaya saya bagi respon tetapi saya tidak mengambil sesi ketika itu. Kali ini saya nak ambil peluang dan sebenarnya PAS daripada dulu sampai keharini kita berpegang dengan dasar dan prinsip perjuangan kita, tidak mempolitik dan tidak menggunakan agama demi kepentingan politik dan PAS tidak membawa isu perkauman, PAS tidak membawa isu perkauman. Sebab itu dalam struktur PAS itu sendiri adanya dewan himpunan penyokong PAS. Yang terdiri dari kaum India dan kaum Tiong Hua. Maka isu ini tidak timbul, tidak dibawa dan tidak dimainkan sama sekali oleh PAS isu perkauman. Dan PAS berpegang dengan prinsip dan kita berpegang dengan agama bersandarkan apa yang kita buat itu dengan agama. Sebab bagi PAS, Islam adalah agama yang lengkap, agama yang sempurrna dan Syumul yang telah dipraktikkan oleh Nabi S.A.W. Yang ianya menjadi cara hidup kita, yang kalau kita benar-benar berpegang dengan Islam maka kita tak akan sesat dan kita selamat sebagai orang Islam di dunia dan juga akhirat. Sebab itu dan saya sendiri walaupun sebagai orang terlibat secara langsung dalam politik tetapi ketika mana saya menyampaikan kuliah di masjid-masjid, ataupun di surau-surau saya lebih tekankan untuk membawa masyarakat umat Islam masyarakat yang berilmu. Mengeluarkan mereka dari kejahilan, kegelapan kepada cahaya ilmu. Dan saya yakin dengan ilmu yang mereka dapat dan mereka perolehi dengan kefahaman Islam yang jelas mereka akan memberi sokongan kepada PAS secara terbuka sebab itu perkara ini saya beri perhatian….(gangguan).
Mohon penjelasan.
Baik saya beri laluan kepada sahabat saya.
Terima kasih, Saya tertarik dengan ucapan sahabat saya yang saya kenal daripada kecil. Mengatakan bahawa PAS tidak memainkan sentimen perkauman. Baru-baru ini Sungai Kandis apa yang dimainkan dalam kempen, kita dapati satu ceramah oleh YB. Pasir Salak mengatakan bahawa Kerajaan Putrajaya dikuasai oleh Kristian. Itu adalah satu propaganda untuk memainkan sentimen perkauman. Berpremiskan kepada fahaman agama yang sempit. Dan pada masa yang sama ada ucapan-ucapan ataupun arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS yang mengarahkan ahli PAS mengundi calon
Barisan Nasional. Jadi apa pendirian Penaga berkenaan perkara ini. On one hand you kata calon BN ataupun jentera BN mengatakan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan adalah kerajaan bersifat yang terdiri oleh Kristian. Dan bagi saya adalah sentimen perkauman. Pada masa yang sama pemimpin PAS mengarahkan ahli PAS, mengundi calon Barisan Nasional. Yang mana partinya jenteranya berpremiskan kempennya kepada sentimen perkauman. Jadi, apa pendirian Penaga berkenaan perkara ini bahawa PAS tidak memainkan sentimen perkauman.
Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih dari sahabat saya dari Permatang Pasir. Suka saya sebut, kempen PRU kita tidak boleh mengambil sebagai ukuran. Bukan sahaja dari pihak Pembangkang bahkan dari pihak kerajaan. Yang kadang-kadang dalam ceramah dalam kempen semasa PRU menyentuh soal-soal ini termasuk fitnah yang dimainkan. Sebagaimana yang kita tahu sebelum pilihan raya, dua (2) tahun sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 termasuk selepas Pilihan Raya masih ada lagi suara-suara kedengaran kononnya PAS menerima dana daripada 1MDB tapi semalam, ketika mana dalam Dewan ini sendiri kita mendengar ketika ucapan daripada YB. Air Putih Saudara Tuan Lim Guan Eng YB telah menyebut dengan jelas yang menerima dana yang ada rekod, yang menerima dana itu daripada UMNO, MIC & MCA. PAS tidak disebut, daripada mana jumlah RM70 juta, daripada mana RM90 juta yang di highlight yang di bawa semasa kempen dengan isu fitnah ini mengakibatkan kepada PAS sendiri tidak berjaya menguasai atau tidak boleh menang besar. Kita hanya mampu mempunyai 18 kerusi Parlimen dan 90 kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri-Negeri. Jadi bagaimana saya sebut tadi. Soal ini, soal kempen kalau ada nak mengambil contoh dengan seorang individu atau seorang penceramah terus nak dilabelkan atau nak disamaratakan ini tidak adil. Kita berpegang kepada prinsip keadilan dan isu pimpinan PAS mengarahkan ahli PAS memberi sokongan pada UMNO saya kira juga tidak berbangkit sebagai PAS pernah memberi taklimat, memberi penerangan, memberi ceramah, mengadakan siri taklimat secara khusus kepada ahli PAS dan penyokong PAS pada Pilihan Raya Umum yang ke13 Tahun 2013. Supaya ahli-ahli PAS menyokong, PAS menyokong Pakatan Harapan, menyokong DAP. Maka dalam soal isu Sungai Kandis apabila PAS mengarahkan supaya ahli-ahli PAS menyokong UMNO saya ingat benda ni sama sahaja. Tak berbangkit sebagaimana kita pernah memberi sokongan terbuka kepada DAP dan PAS juga memberi sokongan terbuka baru-baru ini dalam pertembungan 2 penjuru kepada calon daripada UMNO. Maka jangan sebab sokongan itu dikatakan PAS nak bersama-sama, bekerjasama atau menyokong UMNO itu fakta yang tidak benar. Timbalan Yang di-Pertua sebagaimana saya sebut tadi harini kita melihat dalam negara kita untuk masyarakat umat islam kita perlu beri perhatian yang serius. Dengan fahaman-fahaman songsang yang sudah mula dibawa masuk yang sudah menular termasuklah fahaman Syiah. Termasuk ajaran Ahmadiyah dan fahaman-fahaman yang lain. Yang saya kira kali ini untuk memperkasakan institusi dan juga untuk memartabatkan ataupun memperkasakan Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam, masjid-masjid dan surau-surau, maka fahaman-fahaman songsang ajaran sesat ini mesti dibendung dengan sebaik mungkin supaya umat islam di Malaysia dapat terus berada dapat terus berpegang dengan ajaran islam yang sebenar dapat berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, akidah yang benar, ibadah yang lengkap dan akhlaknya sempurna sebagaimana yang ditunjuk oleh baginda Nabi kita Muhammad S.A.W. dan kalau ada penceramah, kalau ada pengkhutbah, khatib-khatib yang menyampaikan khutbah mungkin mirik ataupun cenderung kepada politik parti-parti tertentu itu perlu diberi perhatian. Sama ja. Sama ada yang menyokong Kerajaan Pakatan Harapan ataupun pembangkang. Sebab kadang-kadang kita terlalu taksub dengan parti masing-masing. Ketika penceramah bebas ini memberi sokongan terbuka kepada calon kita yang kita setujui dari parti kita, kita sokong. Kita support penceramah ini. Kita angkat dia, kita puji dia. Tiba-tiba apabila pencermah tersebut dalam masa yang sama selepas itu beralih dan memberi sokongan kepada parti lain kita serang dan kita caci, kita maki penceramah tersebut. Sebagai contoh, dalam Dewan yang mulia ini sebagai contoh, kalau mungkin Yang Berhormat. ADUN Permatang Pasir hendak mengetahui berlaku satu peristiwa ketika Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh yang ketika itu Datin Seri Wan Azizah bertanding sebagai calon Parlimen Permatang Pauh ketika mana Dato' Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara dan kerusi itu diadakan semula Pilihan Raya Kecil bagaimana seorang penceramah yang menyampaikan khutbah di atas mimbar Masjid Batu, berkempen menyebut secara terang-terangan supaya kita semua masyarakat setempat disitu memberi undi kepada calon PKR iaitu Datin Seri Wan Azizah. Maka video ini diviralkan, ditularkan, dan sebagainya penceramah ini dipuji, tiba-tiba dalam masa yang sama selepas itu sebelum Pilihanraya Umum baru-baru ini apabila penceramah tersebut menggunakan mimbar di Masjid Jamek Seberang Jaya tiba-tiba memberi sokongan terbuka kepada calon UMNO Permatang Pauh, tiba-tiba kita menyerang dan kita menghina penceramah tersebut. Jadi ini bagi saya tidak adil. Kita mesti bersikap adil jangan kita benci, marah kepada sesuatu kaum ataupun marah kepada seseorang menyebabkan kita tidak berlaku adil sedangkan Allah Taala menyebut dalam Al-Quran…(petikan ayat Al-Quran)…(dengan izin), bagaimana firman Allah yang
bermaksud “Janganlah disebabkan kemarahan ataupun kebencian kamu kepada seseorang, kepada sesuatu kaum, kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana itu hampir dengan taqwa”.
Timbalan Tuan Speaker, izinkan saya untuk celah sikit.
Daripada mana?
Seri Delima.
Seri Delima, sila.
Terima kasih. Saya tak nak komen banyaklah tentang khutbah sebabnya mungkin perkara ini dapat dipesongkan sebab saya pun telah banyak dituduh menjadi agen Yahudi lah apa lah dan apa-apa lah lagilah, anti-Islam lah. Tetapi saya ingin membaca, izinkan saya supaya saya dapat membaca satu petikan dari Utusan Malaysia yang telah disiar pada 24 Jun tahun 2016 iaitu DAP, ini tajuk dia, “DAP Tergolong Kafir Harbi, Perlu Ditentang”. Jadi saya ingin membaca satu petikan di dalam artikel tersebut iaitu menyatakan Utusan Malaysia melaporkan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr. Haron Din berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup menggadaikan prinsipnya sendiri apabila bersekongkol dengan DAP yang ternyata menjadi musuh Islam. Jadi saya bukan nak cakap banyaklah cuma nak minta nasihat. Memandangkan Yang Berhormat Penaga bercakap mengenai menyokong dan juga orang kata kita sekarang berada di alam Malaysia Baharu jadi saya rasa politik toksid ini memang bahaya. Jadi saya haraplah Yang Berhormat Penaga dapat panjangkan kepada rakan-rakan PAS yang lain supaya dapat berhentikan permainan mungkin bukan perkauman tetapi permainan agama yang memangnya bertentangan dengan ajaran Islam.
Terima kasih kepada Seri Delima. Timbalan Yang di-Pertua, suka saya sebut laporan-laporan daripada sama ada media baru ataupun media cetak, Utusan Malaysia ke apa tetapi itu, bagi PAS kita tidak mengambil sebagai rujukan. Kita tidak berpandukan kepada laporan yang dibuat.
Apa rujukan PAS sebenarnya?
Sebab kadang-kadang…(gangguan).
Dengan izin Dato’ Timbalan Speaker.
Permatang Pasir, sabar, duduk dahulu.
Diputar belit ataupun dimanipulasi oleh wartawan, oleh akhbar. Dengan sebab itu kalau betul ada ucapan yang demikian, daripada pimpinan PAS maka kita boleh bersetuju dengan apa yang telah disebut oleh YB. dari Seri Delima. Tapi bagi kita…(gangguan).
Mohon laluan.
Tapi bagi kita laporan-laporan melalui media ini terutamanya akhbar, kalau dulu kita kata Barisan Nasional menggunakan media untuk menyerang dan menfitnah Pakatan Pembangkang, DAP juga adalah dalam kalangan Pakatan Pembangkang, dan hari ini perkara yang sama juga mungkin berlaku.
YB. Penaga, bagi laluan Sungai Acheh dahulu. Berdiri dulu.
Terima kasih kepada Penaga. Saya tadi lihat apabila Yang Berhormat Penaga menyebut yang lebih saya nampak bersikap dengan terbuka apabila memberi nasihat sama ada dari pihak kerajaan ataupun sebaliknya untuk tidak taksub kepada mana-mana pemimpin dan juga menjadi contoh dan juga akhlak yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Saya cuma nak minta pandangan sebab tadi disebut tentang Yang Amat Berhormat Dato' Seri Wan Azizah. Saya nak tanya pandangan berkaitan dengan dakwaan seorang pemimpin daripada peringkat PAS sendiri yang jadi isu sehinggakan keluar nak tanam dekat jirat sehingga buat permohonan maaf. Apakah ini akhlak sedangkan ini akhlak yang dimaksudkan, dibawa contoh yang membawa satu orang kata apa, pandangan khususnya PAS sendiri yang membawa Islam tetapi dia membawa contoh yang tidak baik sedangkan apa yang disebut terang-terang di dalam masjid yang telah diviralkan sebab itu kalau kita nak melihat tentang akhlak seseorang pemimpin yang memegang satu jawatan dalam parti yang membawa pula fahaman, yang membawa pula kononnya adalah ini adalah Islam yang sebenarnya. Jadi saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Penaga.
Terima kasih sahabat saya YB. daripada Sungai Acheh. Timbalan Yang di-Pertua, sebab itu saya sebut, prinsip, yang salah tetap salah, yang benar tetap benar. Kalau salah kita katakan salah dan kita minta supaya dia memohon maaf. Dan isu yang dibangkitkan itu saya tahu dan yang bersalah itu telah memohon maaf. Itu sikap terbuka. Malangnya ada sebahagian daripada pemimpin kita yang tidak bersedia untuk membuat permohonan maaf walaupun dengan jelas yang disebut atau yang diucapkan itu adalah fitnah semata-mata. Sebagai contoh yang saya beri tadi dalam isu PAS menerima dana RM90 juta daripada 1MDB sampai ke hari ini tidak boleh dibuktikan walaupun kerajaan telah pun bertukar tangan. Menyentuh soal kesejahteraan rakyat yang disebut dalam ucapan TYT masalah rakyat ini perlu diberi perhatian serius. Perlu kita, perlu diberi fokus dan keutamaan sebab rakyat saya ingat, saya teruskan ucapan dan saya akan berikan laluan sebentar lain…(gangguan).
Ini isu lain.
YB, kita teruskan dengan YB. Penaga.
Tak apa, nanti saya pm dia.
Apa yang telah disebut oleh TYT dalam ucapan perasmian persidangan Dewan baru-baru ini adalah berkait dengan masalah rakyat yang perlu diberi fokus dan perhatian oleh Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat dan kita semua termasuk daripada pihak swasta itu sendiri dan rakyat kita tahu sampai ke hari ini kita tahu walaupun sudah 61 tahun, negara kita mencapai kemerdekaan. Soal isu kemiskinan masih ada lagi, masih belum dapat diselesaikan, soal isu perumahan sebagaimana yang disebut oleh YB. daripada Datok Keramat dalam jawapan yang diberi. Masih banyak pemohon-pemohon yang sedang menunggu, waiting list…(dengan izin), untuk mendapatkan rumah mampu milik. Masih ada rumah, sebuah rumah yang dihuni oleh lima keluarga dengan ayah, dengan anaknya, anak sulungnya yang telah berkahwin duduk di rumah yang sama, dengan anak kedua yang berkahwin duduk di rumah yang sama. Isu perumahan dengan isu pekerjaan juga yang mesti diberi fokus bahkan hari ini ramai di kalangan masyarakat kita ataupun rakyat bawahan yang menganggur. Bahkan di kalangan adik-adik kita yang baru sahaja keluar daripada universiti, statistik itu saya tidak boleh beri dengan tepat tetapi ramai pengangguran yang masih menganggur, yang masih menunggu kerja dan di sana ada juga penjawat awam yang dibuang daripada, yang dibuang kerja sebab berakhirnya ataupun beralihnya peralihan kuasa daripada BN kepada PH. Sebagai contoh kalau kita tengok, kalau kita lihat, antara penjawat awam yang dibuang kerja, penjawat awam lebih daripada 17,942 kakitangan kontrak yang dilantik oleh kerajaan terdahulu yang ditamatkan perkhidmatan serta merta, 1/3 ditamatkan perkhidmatan serta merta, dengan makna 3,242 ataupun nisbah 18% daripada 17,000 itu dan ada yang menunggu masa sampai tempoh kontrak dia maka akan ditamatkan juga, lebih kurang 2,934 pekerja. Jadi sebagai sebuah kerajaan yang sepatutnya, oleh kerana mereka juga rakyat walaupun dulu mereka bekerja dengan kerajaan BN tapi apabila dibuang kerja, sedangkan mereka mempunyai keluarga, mereka mempunyai anak, mereka mempunyai tanggungan, maka sepatutnya kita mesti memikirkan. Kalaulah ditamatkan kontrak, jadi apa alternatif kerja yang lain yang boleh kita beri untuk dia meneruskan kehidupan dia bersama-sama dengan keluarga. Jadi soal, apa dia, pekerjaan, soal kos sara hidup yang tinggi, yang hari ini soal pendidikan yang di sana juga ada keciciran dalam sistem pendidikan arus perdana kita dan jawapan bertulis yang telah diberi kepada saya, ada yang
tercicir daripada arus pendidikan oleh kerana mungkin masalah kemiskinan, terpaksa untuk menjaga adik di rumah, dengan sebab ayah ibu bekerja dan seumpamanya tidak mampu untuk pergi ke sekolah. Masalah pendidikan dan juga masalah kebajikan yang perlu diberi fokus. Sebab itu saya mengharapkan supaya Kerajaan PH, Kerajaan Pakatan Harapan hari ini benar-benar menunaikan janji yang telah dibuat sama ada di peringkat Kerajaan Pusat, walaupun kita tahu atas alasan jumlah hutang yang begitu tinggi menyebabkan beberapa janji yang tidak boleh ditepati dalam tempoh 100 hari pentadbiran ini tapi saya mengharapkan kerajaan di peringkat Negeri Pulau Pinang ini, Insya-Allah boleh menunaikan janji yang dibuat. Paling tidak, sebagai hadiah, Timbalan Yang di-Pertua, paling tidak sebagai hadiah kepada rakyat yang telah memberi sokongan yang cukup besar kepada PH, sebab di peringkat Dewan Undangan Negeri ini PH boleh menguasai 37 kerusi DUN daripada 40, nisbah dengan daripada Pilihan Raya Umum yang Ke-13 hari tu, 30:40 dengan kemenangan besar ini apa salahnya, walaupun semasa kempen pilihanraya telah dijanjikan untuk memansuhkan tol dan Negeri Pulau Pinang juga ada janji yang dibuat oleh bekas PM yang terdahulu ketika mana menyampaikan ucapan satu kempen di Balik Pulau untuk memansuhkan tol di Jambatan Pulau Pinang dan termasuk dengan apa yang diucapkan oleh mantan Ketua Menteri kita yang lepas juga, maka apa salahnya sebagai tanda terima kasih ke atas rakyat yang telah memberi sokongan padu ini saya minta supaya mansuhkan tol Jambatan Pulau Pinang, paling tidak untuk penunggang motorsikal. Dimansuhkan dengan mana penunggang-penunggan motorsikal ini yang saya tahu, yang saya kira, kebanyakkan mereka adalah rakyat bawahan, sederhana, yang keluar untuk bekerja dan pulang ke rumah untuk bertemu dengan ahli keluarga dari sebelah pagi dan petang. Maka apabila mereka menggunakan Jambatan Pulau Pinang, maka mereka perlu membayar tol. Dalam soalan, apa dia, bertulis saya, saya tengok maknanya kalau untuk motorsikal ini, untuk motorsikal, bukan untuk kereta, purata yang dikutip oleh konsesi tol Jambatan Pulau Pinang, dalam tempoh sebulan berjumlah RM667,788.00 dan untuk kereta, tinggi RM10,699,113.00. Maka kalau dalam purata sebulan, penunggang motorsikal yang membayar tol di Jambatan Pulau Pinang pertama dan purata satu bulan RM667,000.00, saya kira kerajaan boleh pertimbangkan kalau ianya berhubung kait dengan kuasa di peringkat Pusat, Federal, maka Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh berunding untuk memberi hadiah ataupun bonus kepada rakyat Pulau Pinang dengan memansuhkan tol Jambatan Pulau Pinang untuk motorsikal. Itu harapan saya walaupun saya di pihak Pembangkang tetapi demi untuk kesejahteraan, demi untuk kebaikan rakyat, inilah yang saya suarakan supaya perkara ini diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dan untuk…(gangguan).
Mohon laluan.
Sila.
Saya nak ulang balik tentang ucapan tadi tentang institusi pendidikan, kebajikan daripada Kerajaan Pakatan Harapan. Soalan saya, adakah Yang Berhormat sedar bahawa Kerajaan Negeri telah memberi insentif kepada pelajar-pelajar darjah 1, darjah 4, tingkatan 1, tingkatan 4 sebagai sumbangan RM100.00 dan begitu juga dengan institut pengajian tinggi yang mana sebelum ini kita tidak dengar, ertinya insentif yang sebegini. Jadi saya mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Penaga tentang usaha-usaha yang telah ataupun kebajikan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan selama dua penggal ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada sahabat saya YB. daripada Pulau Betong. Timbalan Yang di-Pertua, dan apa yang disebut tadi memang benar dan kita akuinya. Banyak program ataupun banyak bantuan-bantuan yang telah diberi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam tempoh mentadbir negeri daripada 2008 sehinggalah sampai ke hari ini yang soal kebajikan, pendidikan dan seumpamanya. Cuma untuk masa hadapan, supaya peruntukan ini diangkat ataupun dilebihkan lagi dengan pendapatan saya yakin, pendapatan Kerajaan Negeri setiap tahun bertambah. Dan saya menyokong daripada ucapan YB. Permatang Pasir pada sebelah tengahari tadi yang supaya elaun untuk guru KAFA juga dinaikkan diambil kira termasuklah peruntukkan kepada peruntukkan dibawah EXCO Agama untuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat ini untuk Ma‘had Tahfiz daripada RM1.7 juta itu saya kira sudah sampai masa sebab kalau dulu Ma‘had Tahfiz ini yang berdaftar tak banyak, hanya beberapa buah saja. Tapi setakat hari ini yang saya ingat, lebih daripada 26 buah Ma‘had Tahfiz yang berdaftar. Dan di sana ada Sekolah-Sekolah Agama Rakyat samaada peringkat rendah ataupun peringkat menengah dengan peruntukkan RM1.7 juta itu, saya sendiri pun ada Ma‘had Tahfiz. Sebelum ini saya mengendali Ma‘had Tahfiz daripada RM1.7 juta itu kita hanya terima lebih kurang ataupun tak sampai lima ribu ringgit sahaja.
Jadi demi survival pendidikan khususnya untuk masyarakat Islam di Pulau Pinang ini dengan adanya Zakat Pulau Pinang maka peruntukkan itu perlu diberi perhatian dan dilebihkan untuk memastikan pendidikan ataupun prasarana di sekolah-sekolah tersebut dapat dibaik, diperbaiki ataupun dapat memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar yang menuntut samaada di Ma’had - Ma‘had Tahfiz ataupun di Sekolah Agama Rakyat yang bertebaran di Negeri Pulau Pinang ini. Timbalan Yang di-Pertua, suka saya meneruskan ucapan saya berkaitan dengan soal masalah rakyat yang perlu diberi fokus dan perhatian oleh Kerajaan. Saya sebut tadi soal kemiskinan, soal perumahan, soal pekerjaan, kos sara hidup, pendidikan dan kebajikan. Dan saya nak supaya janji-janji yang telah kita beri untuk kebaikan rakyat itu mesti ditepati dalam tempoh lima (5) tahun ini. Dan saya kira, saya kira juga kalau di sana ada bantuan-bantuan yang sebelum ini pernah diberi oleh Kerajaan Pusat yang mungkin dihentikan, yang mungkin telah ditamatkan seumpama BR1M ataupun lainnya. Jadi saya bersetuju kalau bantuan itu diteruskan walaupun nak dijenamakan dengan jenama yang lain sebagaimana yang telah disebut kalau tak silap saya oleh ADUN daripada Pantai Jerejak. Malangnya supaya dijenamakan semula tidak menjadi masalah tetapi yang penting
Mohon mencelah.
Tetapi yang penting bantuan itu sampai ke tangan rakyat bawahan.
Mohon mencelah. Rakan saya daripada Penaga saya ingin membetulkan kenyataan yang dibuat itu. BR1M sudah pun dijenama lain sebagai bantuan sara hidup. Dan I think sudah pun dibayar kalau tak silap. Ataupun akan dibayar dalam bulan ini. So tidak dihentikan. 15 next week akan dibayar, tidak dihentikan. Itu jangan dihentikan.
Terima kasih sahabat saya yang telah memperbetulkan fakta. Maknanya, dinamakan semula. Bendanya sama tetapi dijenamakan semula untuk mewajahkan pemberian itu bukan daripada Kerajaan BN tetapi daripada Kerajaan PH. Tahniah! Saya juga ingin menyentuh Timbalan Yang di-Pertua, harapan kepada kerajaan baharu kali ini setelah kita melihat perubahan di peringkat pusat dan mengekalkan kerajaan di Peringkat Negeri, jangan ulangi kesilapan dan jugak kesalahan yang telah dibuat oleh Kerajaan yang lepas. Perkara ini mesti diberi perhatian serius oleh kita semua. Terutama sekali dalam isu rasuah. Kalau dulu memang negara kita tidak terlepas dengan isu rasuah yang melibatkan pimpinan politik yang melibatkan pimpinan kerajaan. Sama ada di Peringkat Negeri ataupun di Peringkat Pusat. Maka untuk kali ini rakyat akan melihat betulkah kita serius dalam soal menangani isu rasuah? Dan Alhamdulillah Kerajaan Pas di Kelantan semenjak daripada tahun 1990, yang sampai ke hari ini, 28 tahun, Alhamdulillah, pentadbiran Kerajaannya bersih dan bebas daripada rasuah yang sepatutnya dicontohi oleh negeri-negeri yang lain. Jadi kita mesti serius dalam soal isu rasuah. Jangan ulangi kesilapan ataupun perbuatan yang telah dilakukan oleh Kerajaan sebelum daripada ini…(gangguan).
Mohon penjelasan. Terima kasih Penaga. Tadi soal isu RM90 juta, ingin saya nyatakanlah dalam dewan yang mulia ini bahawa isu ini diperingkat prosiding mahkamah London. Dan ianya akan ditentukan kemudian sama ada benar-benar wang aliran 1MDB itu mengalir ke akaun PAS. Yang kedua berkenaan dengan mohon pencerahan tentang tiadanya rasuah di kalangan Kerajaan PAS, pemimpin PAS. Saya ingin memohon penjelasan, baru-baru ini telah diakui oleh seorang pemimpin PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki bahawa PAS ada menerima wang daripada UMNO. Itu adalah ikrar yang dikesan kuat satu pengakuan itu duit UMNO. Dan pada masa yang sama PAS menyokong UMNO dalam pilihan raya baru-baru ini dan juga dalam Pilihanraya Sungai Kandis secara obviousnya….(gangguan).
Permatang Pasir.
Tapi persoalan, soalan saya…(gangguan).
YB. Permatang Pasir, you’re going back to the same topic. Third time already.
No, no. Soalan saya because ….(gangguan).
Selesaikan this.
Okey, soalan saya apa tujuan PAS menerima dana daripada UMNO? Pada keadaan yang sama, pada masa yang sama menyokong UMNO. Adakah itu tidak rasuah?
Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih sekali lagi kepada sahabat saya daripada Yang Berhormat Permatang Pasir. Daripada yang saya sebut, Kerajaan Kelantan bebas rasuah. Dan ini telah dibuktikan dengan kenyataan rasmi daripada SPRM. Maka kalau ada di sana suara-suara ataupun kenyataan-kenyataan samaada yang didedahkan ataupun dibuat oleh individu itu, atau sesiapa sahaja, saya harap perkara ini boleh dibawa dan boleh dikemukakan kepada SPRM untuk siasatan lebih lanjut. Jadi selagi mana belum ada siasatan dan selagi mana belum disabitkan atau terbukti, maka jelas sampai ke hari ini Kerajaan Kelantan bebas rasuah. Tidak sebagaimana kerajaan negeri-negeri yang lain. Berkaitan dengan terima wang daripada UMNO, saya juga tertanya dan isu tadinya awal, soalan pertama tadi berkaitan dengan sumbangan ataupun dana RM90 juta itu yang hari ini saya tahu kes sedang berjalan. Tapi disebut di Parlimen sendiri dan juga di dalam Dewan Undangan Negeri oleh Yang Berhormat daripada Air Putih. Kalau di Parlimen oleh Yang Berhormat Tony Pua. Memang tidak ada data. Tidak ada maklumat berkaitan dengan dana 1MDB yang disalurkan kepada PAS. Kalau ada saya yakin sudah lama benda ini dibongkarkan dengan nombor akaun itu sendiri mungkin akan didedahkan. Tapi sampai ke hari ini, walaupun boleh disebut masuk kepada dana UMNO boleh disebut masuk ke dana apadia untuk MIC, MCA dan seumpamanya, tetapi sampai ke hari ini sama ada di peringkat Parlimen, melalui Parlimen ataupun di dalam Dewan Undangan Negeri tidak disebut dana yang diterima oleh PAS yang dikatakan daripada 1MDB. Timbalan Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya sebut tadi suka saya memberi harapan kepada kerajaan baharu kali ini, supaya jangan ulangi kesilapan dan kesalahan yang telah dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Yang pertama dalam soal isu rasuah. Yang kedua dalam soal monopoli. Ataupun kroni yang dijaga, kronisme. Supaya kita telus bagaimana sikap yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya ucap tahniah. Dengan adanya cekap, telus, maka perkara ini mesti dipraktikkan bukan sahaja di Peringkat Negeri bahkan di peringkat Kerajaan Pusat yang saya kira baru lagi menerajui tak sampai ataupun baru tiga (3) bulan saya kira. Maka isu monopoli dan termasuk juga isu skandal-skandal. Isu skandal-skandal. Kalau Kerajaan Pakatan Harapan kali ini serius dalam nak mendedah ataupun membongkarkan skandal-skandal yang pernah dibuat oleh Kerajaan sebelum ini, termasuk dalam isu 1MDB yang telah dibongkarkan, maka saya harap supaya benda ini mesti, mesti kita bersikap adil. Skandal-skandal yang melibatkan kerugian wang rakyat itu mesti dibongkar dan mesti didedahkan kesemuanya dengan tidak kita hanya fokus kepada isu 1MDB sahaja. Isu FOREX sebagai contoh. Berapa banyak negara kita kerugian daripada skandal ataupun daripada isu FOREX. RM31.5 billion. Skandal Perwaja Steel tahun 1982 ditubuhkan Perwaja Steel dengan hilangnya wang rakyat sebanyak RM10 billion. Isu ataupun skandal PKFZ, Port Klang Trade Zone, RM4.6 billion dan juga isu-isu yang lain. Saya harap supaya Kerajaan Pakatan Harapan juga mesti membongkar, mendedahkan skandal ini supaya diketahui oleh rakyat, sebagaimana rakyat hari ini juga nak tahu skandal isu 1MDB dan termasuk juga Timbalan Yang di-Pertua isu Memali yang berlaku pada tahun 1985. PAS daripada dulu sampai ke hari ini …(gangguan).
Beri laluan. YB. Penaga, saya rasa saya pun keliru yang ini Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri sebab isu-isu yang dibangkitkan saya rasanya tidak ada kaitan dengan isu berkaitan dengan Negeri Pulau Pinang ini. So, saya harap YB. Penaga fokus kepada isu-isu yang berteraskan kepada negeri. Terima kasih.
Terima kasih kepada sahabat saya daripada Batu Uban, Yang Berhormat Batu Uban. Daripada semalam lagi persidangan DUN ini seolah-olah macam persidangan Parlimen juga. Dengan respon daripada menteri-menteri Parlimen pun kita tengok isu-isu yang berbangkit di peringkat Nasional juga didedah dan disebut di dalam Dewan yang mulia ini. Saya cuma bagi contoh. Saya sebut tadi bukan saya nak ambil masa yang lama….(gangguan).
YB. Penaga, ringkaskan sikit. Masa terhad.
Saya cuma bagi contoh tadi supaya benda ini tidak berulang. Dan supaya Kerajaan kali ini benar-benar telus. Kesilapan yang telah dibuat oleh Kerajaan dahulu tidak diikuti dan skandal-skandal yang telah berlaku ini diambil sebagai peringatan bersama dan kalau nak dedah, jangan hanya memilih skandal-skandal tertentu sahaja membelakangkan atau meninggalkan skandal yang lain tetapi biar didedahkan kesemuanya termasuklah yang terakhir saya sebut tadi isu Memali yang sampai ke hari ini, sampai ke hari ini memang penduduk di Memali masih tertanya-tanya insiden yang berlaku tahun 1985 itu apa salah mereka? Apa kesalahan yang telah dibuat sehingga kerajaan yang saya tahu ketika itu Perdana Menterinya adalah Tun Mahathir sendiri sehingga sanggup mengambil ataupun mengarahkan lebih daripada 3,600 anggota Polis pelbagai unit yang dikerahkan ke sana dengan diketuai oleh seorang daripada Pengarah daripada Bukit Aman, Dato‘ Yahya Yeop menyerang seorang tokoh agama yang tidak tahu apa salah dan dosa yang telah dia buat sehingga mengorbankan menjadi titik sejarah hitam dalam negara kita. Mengorbankan 14 di kalangan pengikut Ustaz Ibrahim Libya dan empat (4) anggota Polis juga terlibat dalam peristiwa tersebut. Sebab itu PAS daripada dulu sampai ke hari ini dalam semua isu sama ada isu Memali, skandal-skandal kali ini kita menuntut supaya satu Suruhanjaya Bebas Diraja ditubuhkan untuk menyiasat supaya memberi pembelaan kepada semua. Timbalan Yang di-Pertua, saya terakhir. Saya fokus kepada Penaga. Kawasan saya dan saya ucap tahniah kepada pengundi-pengundi Penaga yang telah memberi mandat kepada saya mewakili mereka walaupun saya daripada PAS. Dan ini jelas PAS tidak menyokong dan PAS tidak bersama dengan UMNO sebab yang lawan saya di Penaga adalah calon daripada UMNO. Calon PH telah dikeluarkan awal oleh kerana ada isu. Borang permohonannya telah pun ditolak oleh SPR. Maka yang lawan saya adalah calon UMNO dan saya telah diberi mandat dipilih memenangi Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga. Penaga kalau kita lihat di Pulau Pinang ini antara kawasan yang agak mundur. Di sebelah Utara, Seberang Perai Utara. Sempadan ataupun border…(dengan izin) dengan Kedah iaitu Pantai Merdeka. Pembangunan yang saya tengok yang saya lihat dalam tempoh tiga (3) bulan saya berada di sana yang tidak seimbang. Seolah-olah dianaktirikan juga oleh kerana mungkin dua (2) penggal yang lepas kawasan ini juga diwakili oleh Pembangkang daripada UMNO dan kali ini diwakili oleh PAS pula, maka saya mengharapkan kali ini pembangunan seimbang terutama sekali dari sudut menyediakan kemudahan asas kepada penduduk di Penaga. Dalam pengetahuan saya, di Penaga, mesin ATM untuk mengeluarkan duit hanya ada satu lokasi sahaja, satu tempat sahaja, bayangkan penduduknya ramai, pengundi lebih kurang 20,000, penduduk lebih daripada itu tetapi kemudahan asas yang tidak disediakan dengan cukup. Infrastruktur yang saya lihat perlu diberi perhatian dan ditambahbaik juga saya memohon dalam Dewan ini supaya kalau kita pergi ke pekan Penaga, Balai Polis atau Pondok Polis Penaga, kita lihat agak teruk kedudukan atau binaan, saya mohon supaya Balai Polis ini ditambah baik atau dibangunkan sebuah bangunan atau sebuah Balai Polis yang baru untuk pekan Penaga ini. Jadi, Timbalan Yang di-Pertua, saya kira setakat itu untuk ucapan saya, saya ucap terima kasih dan saya menyokong.
Terima kasih Penaga. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Bertam.
Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum wbt, salam sejahtera dan salam Harapan. Saya rasa sungguh berwarna-warni perbahasan pada hari ini. Terima kasih saya ucap kepada YB. Permatang Pasir dan YB. Penaga dan terima kasih Timbalan Yang di-Pertua Speaker di atas peluang untuk Bertam membahas ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Dewan yang mulia ini di bawah senario Malaysia Baharu, Kerajaan Baharu dan juga pihak Pembangkang yang baharu. Bertam mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas ucapan pembukaan dan perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri pada kali ini. Saya mendoakan agar beliau sentiasa berada di dalam kesihatan yang baik dan dikurniakan umur yang panjang, Insya-Alllah. Sekalung tahniah diucapkan di atas perlantikan YB. Dato’ Law Choo Kiang selaku Speaker Dewan yang mulia ini dan kepada YB. Jawi selaku Timbalan Speaker Dewan yang mulia ini. Maaf, Sungai Bakap. Maaf, Timbalan Speaker, jangan marah. Tahniah juga saya ucapkan kepada pelantikan Ketua Menteri baru Yang Amat Berhormat Padang Kota dan kepada Ahli-ahli Jemaah EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tahniah sekali lagi.
Timbalan Yang di-Pertua Speaker, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada semua sukarelawan jentera pilihan raya PRU ke-14, N.02 Bertam yang telah bekerja keras sepanjang tempoh kempen untuk memastikan kemenangan Pakatan Harapan. Di bawah panas matahari dan kesejukan malam dan kepada semua pengundi-pengundi N.02 Bertam untuk memastikan kemenangan DUN Bertam mengekalkan Kerajaan Pulau Pinang dan sekali gus menyelamatkan Malaysia dengan pembentukan kerajaan baharu, Kerajaan Pakatan Harapan dan saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia yang telah menjaga keselamatan saya dan pasukan kempen saya sepanjang kempen PRU ke-14. Timbalan Yang di-Pertua, tanggal 9 Mei 2018 merupakan satu tarikh yang sangat bermakna kepada semua rakyat Malaysia yang telah berganding bahu bersama-sama mengubah Kerajaan di Malaysia selepas lebih 60 tahun di bawah satu kerajaan, satu rejim yang sama. Alhamdulillah di Parlimen Kepala Batas, sejarah telah terukir di mana ketiga-tiga DUN telah pun berubah dari pegangan Barisan Nasional kepada dua (2) kerusi kepada Pakatan Harapan, Bertam dan Pinang Tunggal dan satu kerusi kepada PAS. Tahniah sekurang-kurangnya kita masih ada seorang wakil rakyat dari PAS di dalam Dewan yang mulia ini. Namun dengan perubahan tunggak kerajaan perlulah perubahan pemikiran, sikap serta perspektif rakyat Malaysia untuk melakukan apa yang betul dan tepat, walaupun ianya sukar ataupun mencabar. Timbalan Yang di-Pertua Speaker, sebagai wakil rakyat yang membawa suara dan harapan rakyat Bertam ke Dewan yang mulia ini, cabaran yang menanti saya amatlah banyak. Terutama sekali dari segi pembangunan infrastruktur dan pembangunan ekonomi, setelah lebih dua (2) bulan saya dilantik sebagai wakil rakyat di Bertam, aduan yang paling banyak saya terima adalah dari segi perparitan. Di pihak saya, kami telah pun turun padang meninjau permasalahan yang timbul dan memang benar, sistem perancangan yang rapi terutama di kampung-kampung tradisi memerlukan penstrukturan semula dan perancangan yang amat rapi. Sistem perparitan ataupun longkang-longkang tidak dibina dengan sistematik dan terdapat beberapa kawasan di Permatang Bertam di mana longkang dibina tanpa ada saluran keluar ataupun outlet…(dengan izin). Longkang dibina sekerat jalan, memang pelik tetapi itulah hakikatnya. Akibat daripada kelemahan ini, hujan yang turun kalau lebat 45 minit sudah mencukupi untuk menyebabkan banjir kilat. Sekarang ini bila saya tengok langit yang gelap, saya dengar bunyi guruh terus jantung saya jadi gemuruh, Timbalan Yang di-Pertua Speaker. Saya percaya perkara yang sama dialami oleh YB-YB baru di dalam Dewan ini juga dan sebelum ini bila ada hujan lebat kita boleh tidur dengan nyenyak tetapi sekarang tidak lagi., saya percaya. Sistem perparitan di Kampung Kovil, Kepala Batas yang dibuat juga tiada perancangan yang teliti. Air yang keluar masuk ke dalam parit buangan seringkali tersangkut di pertengahan akibat daripada salah bina dan parit di sepanjang jalan di Kampung Setol pula tidak diselenggarakan dengan baik yakni tidak dibersihkan. Banyak sekali sampah-sampah sarap berkumpul, sebagai contoh, botol-botol minuman, barang-barangan plastik yang dibuang ke dalam sistem parit tidak dibersihkan. Saya memohon kepada Pihak Berkuasa Tempatan supaya tolong datang dan tinjau kawasan-kawasan ini dan cuba selesai permasalahan-permasalahan ini. Masalah ini bukan sahaja menyebabkan parit tersekat dan tersumbat malahan juga boleh menyebabkan pembiakan nyamuk dan penularan wabak penyakit. Saya juga amat berharap pihak JPS, Jabatan Pengairan dan Saliran akan menyegerakan pelan perparitan seperti yang telah dijanjikan selama ini. Timbalan Yang di-Pertua Speaker, pembangunan industri di kawasan Bertam haruslah dipertingkatkan. Bertam buat masa ini cuma ada dua kilang memproses, satu kilang memproses papan dan satu lagi memproses bahan soya. Penempatan kawasan industri seperti ini juga perlu diambil kira kerana kesan daripada proses pengilangan akan menyebabkan tahap kesihatan penduduk di sekitar taman-taman yang berdekatan dengan kilang-kilang tersebut akan terjejas. Mungkin sebelum ini Pihak Berkuasa Tempatan kurang memantau dan saya fikirkan satu kawasan khas untuk industri seperti ini harus difikirkan, harus diadakan. Bayangkan kilang papan, kilang soya yang berada berdekatan dengan taman-taman perumahan dan pencemaran udara dari habuk-habuk kayu dan bau yang tidak enak pasti akan terjadi. Oleh itu saya sebagai wakil rakyat kawasan Bertam memohon kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mengkaji kesesuaian satu tapak perindustrian yang baru dan mungkin saya boleh beri contoh, kita boleh buat di kawasan Bertam, mungkin di Padang Benggali. Pembangunan industri kecil dan sederhana perlu dititikberatkan untuk pembangunan ekonomi setempat. Di kawasan Bertam tidak ada kawasan IKS yang berkemudahan seperti IKS Kubang Menerong. Oleh itu saya pohon agar Kerajaan Pulau Pinang untuk mewujudkan satu kawasan IKS di kawasan Bertam. Timbalan Yang di-Pertua Speaker, bab pemilikan tanah adalah sesuatu yang amat diharapkan oleh setiap rakyat di negeri ini. Tanah di kampung-kampung tradisi amatlah bernilai dan menjadi kebanggaan sesebuah keluarga dan apa yang saya ingin katakan di sini adalah di Bertam saya banyak mendapat aduan
dan petisyen daripada penduduk mengenai satu projek pelebaran jalan dari dua lorong kepada empat lorong iaitu daripada Jambatan Merdeka sehinggalah ke Permatang Pak Elong. Masalah ini telah pun dijawab melalui soalan bertulis saya dan untuk pengetahuan Timbalan Yang di-Pertua Speaker, pada hari ini ada bersama saya satu petisyen saya bawa ke Dewan ini untuk ditunjukkan bahawa petisyen ini ditandatangani oleh 76 penduduk di Bertam memohon untuk menghentikan projek pelebaran jalan dari dua lorong kepada empat lorong, Kampung Datuk, Kepala Batas, Pulau Pinang dan antara intipati yang tertulis di dalam petisyen ini adalah isu banjir di kampung yang mungkin akan semakin kritikal disebabkan oleh pelebaran jalan semasa roadwork….(dengan izin) dan dituliskan juga daripada kami adalah dari keturunan asal penghuni Kampung Datuk, implikasi projek akan menjadi punca kegelisahan dan kebimbangan dan juga rakyat ingin mempertahankan tanah warisan. Saya pasti akan menyerahkan sesalinan petisyen ini kepada EXCO yang berkenaan. Rata-rata penduduk…(gangguan).
Yang Berhormat, boleh saya mencelah. Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mencelah sedikit, saya bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh YB Bertam tentang pelebaran jalan iaitu yang sedang dilakukan. Memang pelebaran jalan adalah penting untuk mengatasi kesesakan jalan raya yang mungkin teruk sekarang, tetapi yang penting sekali kontraktor-kontraktor yang diberikan tugas tersebut, mereka kena memastikan selepas kerja-kerja dijalankan, mereka kena pastikan persekitaran sentiasa dijaga, jangan lepas projek dijalankan tetapi apabila ada aduan langsung tidak ada tindakan daripada mereka. Saya mengambil satu contoh di mana di kawasan saya di Jalan Zoo, Kampung Pisang, kita telah membuat satu bypass…(dengan izi) dari Jalan Zoo ke Jalan Kampung Pisang, tetapi sebelum bypass jalan ini dibuat langsung tidak ada banjir di kawasan perumahan, akan tetapi setelah bypass dibuat ia mengakibatkan pengaliran air dari jalan besar ke kawasan perumahan. Akan tetapi tiada tindakan daripada kontraktor yang kita appoint… (dengan izin) untuk mengambil tindakan penyelesaian sehingga saya sebagai ADUN telah mengarahkan PBT iaitu MBPP untuk pergi ke tapak untuk mencari penyelesaian bagi kerja-kerja ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Air Itam. Tepat sekali dengan apa yang saya cadangkan. Timbalan Yang di-Pertua Speaker, rata-rata penduduk di kawasan yang terlibat mengadu bahawa jalan besar yang ada sekarang, the main road…(dengan izin) tidaklah begitu sesak dan tidak memerlukan pelebaran jalan, volume….(dengan izin) bilangan kenderaan yang melalui jalan tersebut tidaklah tinggi dan jarang-jarang sekali kita tengok ada kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan tersebut dan malah dengan pelebaran jalan ini. Ianya akan menyusahkan penduduk kampung yang terpaksa menyeberang jalan yang empat (4) lorong itu untuk pergi mengusahakan sawah di sebelah sana. Satu lagi isu ataupun permasalahan yang ditimbulkan adalah disebabkan nilai tanah yang akan ditawarkan sebagai pampasan mungkin tidak memadai dan tidak memungkinkan penduduk di situ mendapatkan tanah yang lain. Dan jika keadan ini berlaku ke manakah penduduk-penduduk terjejas ini akan pergi? Saya pasti Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat prihatin mengenai permasalahan ini. Timbalan Yang di-Pertua Speaker, saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri kita yang juga merupakan EXCO Pengangkutan yang telah melaksanakan program Congestion Alleviation Transport (CAT) iaitu perkhidmatan bas percuma di Bertam. Pelancaran CAT Bertam telah pun dilaksanakan pada 13 Julai 2018. Walau bagaimanapun, selepas tiga (3) minggu beroperasi terdapat juga aduan mengenai perkhidmatan bas percuma ini. Bas ini di katakan gagal mencapai matlamat untuk memberikan perkhidmatan bas percuma di Bertam. Saban hari bas-bas ini kelihatan lengang tanpa penghuni, kosong. Perkhidmatan ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga Bertam. Tapi saya percaya ini mungkin berpunca daripada kurangnya informasi mengenai perkhidmatan ini. Saya amat berharap Kerajaan Negeri dapat mempertingkatkan promosi supaya rakyat di Bertam mendapat informasi yang secukupnya agar perkhidmatan bas percuma ini tidak sia-sia sahaja. Saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar menyemak kembali route….(dengan izin) iaitu laluan jalan-jalan yang di lalui oleh bas-bas percuma ini. Sekiranya perkhidmatan ini di adalah untuk manfaat rakyat. Saya cadangkan agar laluan bas merangkumi ataupun melalui juga kampung-kampung tradisi di sekitar Bertam dan apa yang saya sebagai wakil rakyat Bertam harapkan ialah penambahbaikan perkhidmatan bas juga ke laluan-laluan yang mempunyai sekolah-sekolah dan juga pasar awam. Sebagai contoh, saya berikan kita perlukan juga laluan dari Kuala Bekah ke Padang Benggali melalui Sekolah Rendah Seri Gemilang dan SMK Seri Gemilang. Laluan Kompleks Kailan ke Datuk Haji Ahmad Badawi melalui Permatang Bertam dan Taman Abdullah Fahim melibatkan Sekolah Datuk Haji
Ahmad Badawi, Sekolah Permatang Bertam, Sekolah Hashim Awang dan laluan Kompleks Kailan melalui Pekan Kepala Batas ke Pasar Kepala Batas iaitu Permatang Manggis. Saya sebagai Wakil Rakyat Bertam amat berharap agar pihak yang bertanggungjawab sebagai seperti maaf Rapid Penang dan juga Kerajaan Tempatan dapat menambah baik program ini. Saya tahu bila program ini di laksanakan ada juga pihak yang merasakan kekurangan sumber pendapatan seperti perkhidmatan teksi yang beroperasi di sekitar Bertam. Namun sebagai Wakil Rakyat Bertam saya akan pastikan program ini berjalan seperti yang di harapkan. Bagi memenuhi hasrat Kerajaan Negeri untuk menjaga kebajikan semua rakyat Negeri Pulau Pinang khususnya di Bertam. Saya juga sedang mengatur program-program bersama-sama sekolah-sekolah, IPTA…(gangguan).
Mohon laluan sikit just one. Saya nak mohon juga kepada apa ni Padang Kota yang actually sangat baik hati selama ini. Sebab saya tengok mungkin ada pandangan yang kita gaduh ka macam-macam tapi sebenarnya tak. Saya hanya nak sebab Bertam sebut pasal pengangkutan awam yang percuma. Saya dulu pernah mohon di zaman PRU 13 untuk mengadakan free shuttle van. Masa itu kita minta bawah lesen bas mini desa dan bas mini lah. Tapi tak dapat, tapi mungkin tu di bawah SPAD kan. SPAD pun dah tak ada saya really nak mohon kepada Kerajaan Negeri dan Padang Kota, CM supaya tengok balik permohonan saya sebab Bertam dah dapat pengangkutan awam percumakan. Jadi sebab bila kita nak membangunkan Agro Pelancongan Padi di Kampung Terus semua itu kita di Penanti tak ada pengangkutan awam yang macam YB. Bertam sebut tadi di kampung-kampung kita memang perlukan van, shuttle van yang boleh masuk ke dalam kampung-kampung dan juga taman perumahan-perumahan yang padat supaya budak-budak sekolah tak payah naik motor tanpa lesen. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Penanti.
Bertam, saya tertarik dengan isu pengangkutan awam. Cuma apa yang saya nak kepastian Bertam setuju ataupun tidak. Kita kena educated dulu bagi kesedaran kepada masyarakat tentang Pengangkutan Awam, kadang-kadang bas yang lalu tak ada orang kesian kepada Syarikat Rapid dan prasarana. Bas free yang state sediakan Kerajaan Negeri bayar. Jadi kita kena educated kita kena pastikan masyarakat kita minat gunakan bas. Nak gunakan bas kalau tak gunakan bas tidak ada makna kita masukkan perkhidmatan bas. Saya pun perlu di kawasan Sungai Dua tapi saya perlu untuk masa tertentu sahaja. Time pagi dengan petang. Time pi sekolah balik sekolah itu banyak pelajar yang gunakan bas. Tapi time lain dia tak pakai ini kita kena fikirkan dan untuk plan Penang Transport Master Plan pun kita kena fikir kan perkara ini. Fikirkan untuk kita sedarkan masyarakat perlu gunakan bas. Buat highway besar PIL 1 contohnya. Lagi banyak kenderaan masuk, lagi banyak kesesakan akan berlaku. Jadi ini kita kena fikirkan macam mana kita nak sedarkan masyarakat. Dulu kita kata kongsi kenderaan pun tak jadi juga. Jadi nak nak ubah mindset nak ubah minda masyarakat ke arah nak gunakan public transport. Apabila pelaksanaan PTMP tidak berjaya ianya akan menjurus kepada pembaziran. Bila kita buat sesuatu kita kena fikirkan bersama. Supaya tidak berlaku pembaziran kita laksana sesuatu yang untuk faedah rakyat tapi akhirnya semua rugi, kerajaan rugi duit dibazirkan. Nak buat Penang Transport Master Plan ni pun kena pastikan perkara ni. Kalau tidak kita belanjakan berbillion-billion akhirnya tak digunakan tak dimenafaatkan lebih masalah. Jadi kita kena fikirkan balik terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang, ya yang penting sekali saya ingin tekankan adalah informasi dan promosi yang harus di war-warkan kepada rakyat supaya rakyat sedar mengenai kemudahan yang di berikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan bukan takat sedar dapat menikmati dan menggunakan kemudahan tersebut. Dan di peringkat DUN Bertam saya juga sedang mengatur program-program bersama sekolah-sekolah dan juga IPTA dan IPTS di sekitar Bertam untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan bas percuma ini. Timbalan Yang di-Pertua Speaker, pembangunan belia dan sukan juga akan menjadi fokus di Kawasan Bertam. Belia memainkan peranan yang amat penting dan kesinambungan pemerintahan Pakatan Harapan juga akan di ambil alih oleh pelapis-pelapis dari kalangan belia ini satu hari nanti dan Kawasan Bertam sebenarnya amat bertuah kerana mempunyai dua kompleks sukan ia kompleks-kompleks tersebut adalah satu Kompleks Sukan Titi Mukim dan yang keduanya Kompleks Majlis Perbandaran Seberang Perai di dalam Pekan Kepala Batas.
Namun tahap penggunaan padang ataupun stadium masih tertakluk kepada syarat-syarat yang agak ketat. Pasukan bola sepak kampung sebagai contoh terpaksa melupakan hasrat untuk bermain bola sepak di sebabkan ketiadaan padang yang bersesuaian dan padang sekolah pula tidak dibenarkan untuk di gunakan kerana ianya adalah di bawah pentadbiran sekolah. Terdapat gelanggang-gelanggang futsal yang dibina oleh pemaju, pemaju persendirian dan kemudiannya diserahkan kepada pihak Majlis Perbandaran dan seterusnya di sewakan atau di jaga oleh sesebuah pertubuhan. Tetapi gelanggang-gelanggang ini tidak diselenggara dengan baik. Akibatnya gelanggang menjadi terbiar, rosak dan tidak boleh di gunakan. Saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini tentang satu Stadium Hoki MPSP. Ianya masih belum di gunakan masih belum boleh di gunakan sehingga sekarang dan saya harap pihak yang bertanggungjawab membuat sesuatu untuk memastikan setiap gelanggang dan padang yang ada boleh digunakan dan di manfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Bertam khususnya dan rakyat Pulau Pinang amnya. Tubuh yang sihat akan melahirkan minda yang sihat dan apabila tempat bersukan ataupun beriadah tidak dapat digunakan dengan sebaik mungkin golongan belia akan merasa kecewa dan akibat daripada ini golongan belia lebih senang terjebak dengan anasir-anasir yang kurang sihat seperti penglibatan dalam kes-kes jenayah dan juga penyalahgunaan dadah. Timbalan Yang di-Pertua Speaker, manifesto Kerajaan Pakatan Harapan yang paling utama adalah pemansuhan GST. Namun saya ingin menarik perhatian terhadap rungutan pengguna di sekitar Bertam terutama selepas pemansuhan GST. Terdapat aduan-aduan yang diterima bahawa harga barangan yang dijual di kedai-kedai runcit di kampung-kampung masih lagi di tahap yang sama tidak ada pengurangan dan ada juga peniaga di pasar yang masih lagi mengekalkan harga yang lama. Rungutan seperti ini kerap diajukan memandangkan rakyat amat mengharapkan sesuatu tindakan yang lebih komprehensif dari pihak berkuasa terutama dari pihak KPDNKK dalam menangani isu harga barangan dan harapan saya adalah pihak KPDNKK turun padang bersama-sama saya. Kita pastikan harga barangan adalah mengikut standard ataupun peraturan yang sedia ada. Timbalan Yang di-Pertua Speaker, Bertam ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Puyu di atas Program Mutiara Food Bank yang amat baik serta telah memberi manfaat kepada seluruh warga Bertam khasnya dan penduduk Pulau Pinang amnya. Program Mutiara Food Bank telah di perkenalkan di kawasan Bertam dan maklum balas yang saya dapat sehingga hari ini amatlah positif. Program yang memberikan makanan harian kepada rakyat yang miskin dan tidak berkemampuan adalah satu contoh yang baik untuk menjadikan Pulau Pinang negeri yang berkebajikan. Di samping program-program Ibu Emas, Warga Emas, Anak Emas, Pelajar Emas sungguh banyak emas di Penang ini Ibu tunggal dan lain-lain lagi. Mutiara Food Bank telah membantu ramai penduduk walaupun pada peringkat awalnya ianya ditentang dan diviralkan oleh cyber troopers….(dengan izin) sebagai program memberi makanan yang expired kepada penduduk tetapi ini tidak benar…(gangguan).
Mohon Bertam. Terima kasih Timbalan Speaker. Bertam, Mutiara Food Bank program ini, semalam saya dengar daripada Ahli Kawasan Pantai Jerejak juga kalau kita lihat kepada negara yang sudah membangun seperti Perancis. Mereka sudah ada undang-undang untuk memaksa pasaraya-pasaraya besar untuk, tidak membuang ataupun melupuskan makanan yang akan expired dalam tiga (3) hari atau empat hari malah divert (dengan izin).
Agihkan.
Memberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan ataupun yang mereka yang tiada rumah, gelandangan, homeless people….(dengan izin). Adakah Bertam bersetuju kalau Pulau Pinang ataupun di peringkat Nasional kita ada satu undang-undang yang akan mensyaratkan pada semua pasaraya besar atau hotel-hotel besar untuk tidak membuang makanan, membazirkan makanan dan memberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Kalau tidak di peringkat Nasional, kenapa tidak di peringkat Pulau Pinang. Kenapa kita tidak boleh ada satu enakmen bagaimana pandangan Bertam?
Saya minta laluan. Timbalan Speaker. Memang ini adalah satu projek yang dijalankan di Negeri Pulau Pinang. Pada masa itu Kerajaan Pusat adalah Barisan Nasional. Saya tidak dapat apa-apa kerjasama oleh Kerajaan Pusat. Demikian ini adalah satu perintis, saya beri jaminan bahawanya kita akan bawa projek kita
akan selepas Pulau Pinang kepada seluruh Malaysia. Saya sempat berbincang dengan Menteri dan Kementerian untuk merujuk garis panduan yang digunakan oleh Pulau Pinang untuk seluruh Malaysia.
Terima kasih Sungai Puyu dan Bagan Dalam. Sepertimana saya tekankan di sini. Pembaziran makanan kita harus tangani dengan elok sekali, dengan sebaik mungkin dan makanan-makanan yang tidak habis kita patut salurkan kepada golongan yang amat memerlukan seperti golongan miskin dan gelandangan. Timbalan Yang di-Pertua Speaker. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah berjaya menganjurkan satu majlis yang amat berprestij pada 4 haribulan Ogos yang lalu. Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan yang telah disempurnakan oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad telah mendapat sambutan yang amat baik dari warga Negeri Pulau Pinang. Saya sendiri amat terpegun dengan persediaan rapi yang telah dibuat dan penglibatan daripada semua kaum di Pulau Pinang menunjukkan betapa kita amat bertuah kerana kita berada di negeri yang bertuah ini. Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain berganding, bersatu dan bersantai di atas satu padang. Keharmonian kaum kita telah buktikan pada malam tersebut dan sambutan Kemerdekaan tahun 2018 ini juga amatlah bermakna pada warga Malaysia kerana kita dapat mengecapi makna kemerdekaan kali ini di mana kita sudah pun merdeka daripada rejim kerajaan yang terdahulu yang tidak mempedulikan permasalahan dan kesejahteraan rakyat. Saya yakin di Pulau Pinang ini, di bawah prinsip Kerajaan Negeri iaitu pemerintahan yang Cekap, Akauntibiliti dan Telus, kesejahteraan, kemakmuran dan keharmonian rakyat akan dijaga dan akan dilaksanakan dengan baik sekali. Dengan ini saya menyokong usul ucapan yang Tuan Yang Terutama Yang diPertua Negeri Pulau Pinang. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB. Bertam. Tepat dengan masanya. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan …
Batu Uban.
Batu Uban. Ya.
Salam sejahtera dan salam reformasi saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Dewan Yang Dihormati sekalian. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas dalam ucapan Tun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dalam dewan ini pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-14 pada 03 Ogos 2018 yang lalu. Dikesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Timbalan Yang di-Pertua Speaker dan juga Dato’ Speaker atas pelantikan pada Penggal Ke 14 Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Pengkalan, Padang Kota di atas pelantikan sebagai Ketua Menteri dan juga semua ahli-ahli di dalam Dewan yang mulia ini yang dilantik untuk menjadi wakil dalam penggal ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi kawasan DUN Batu Uban yang telah memilih saya sebagai wakil rakyat mereka pada Pilihanraya Umum Yang Ke-14. Dan hari ini kita ada wakil juga dari Batu Uban, pemilih dari Batu Uban sendiri yang hadir pada hari ini. Terima kasih saya ucapkan. Timbalan yang di-Pertua, dalam Pilihanraya Umum Yang Ke-14, kita melihat Negara Malaysia telah mendapat kerajaan baru setelah kita menunggu lebih dari 6 dekad seperti yang disebut oleh rakan saya sebentar tadi di mana kejayaan Pakatan Rakyat ini telah membentuk Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri kerana ini adalah sokongan daripada rakyat Malaysia yang menanti untuk perubahan dan juga menolak politik perkauman dan juga memilih untuk politik baru iaitu (dengan izin)…new hope. Maka, (dengan izin)…expectation rakyat terhadap kita adalah tinggi. Tiada lagi ungkapan anak tiri dan sebagainya kerana kini ibu dan bapa adalah sama di peringkat Kerajaan Negeri dan juga di peringkat Kerajaan Pusat. Maka, saya berharap selepas ini banyak lagi pembangunan dan juga usaha-usaha untuk membangunkan Pulau Pinang ini dapat dijalankan dengan sempurna dan saya juga menyambut baik cadangan daripada Yang Berhormat Datok Keramat berkenaan dengan cadangan untuk mewujudkan skim sewa beli untuk kita
membantu golongan-golongan yang disebut sebagai B40 kerana kita juga faham sekarang kita menghadapi pelbagai masalah-masalah untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak bank kerana dengan syarat-syarat yang sangat ketat dan sebagainya. Dan saya juga sering menerima rungutan daripada pengundi di kawasan saya apabila mereka ingin memohon untuk mendapatkan perumahan. Permohonan mereka telah diluluskan di peringkat Kerajaan Negeri tetapi apabila mereka hendak membeli, mereka tidak mendapat memohon, tidak dapat kelulusan dari pihak bank kerana syarat-syarat yang ketat yang diletakkan oleh pihak bank itu sendiri. Dan kita faham, banyak benda yang diminta oleh pihak-pihak bank ini contoh first buyer…(dengan izin). Mereka seringkali menghadapi masalah kerana mereka tidak dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak bank itu sendiri. Saya pun tidak faham juga kerana kadang-kadang bank ini bila sesuatu peminjam itu dia tidak membuat sebarang pinjaman, Pihak bank tidak mahu meluluskan permohonan mereka kerana dengan alasan mereka tidak mempunyai komitmen tetapi kalau dia ada komitmen juga, pihak bank juga menolak permohonan mereka kerana komitmennya adalah terlebih dari kemampuan yang dimilikinya. Maka, saya melihat perkara ini dengan serius dan kita juga memohon pihak kerajaan untuk membantu sebab sekarang ini kita mempunyai wakil dari Kementerian Kewangan daripada Pulau Pinang. Mungkin kita bolehlah berbincang dengan pihak-pihak industri perbankan ini untuk kita memudahkanlah cara untuk membantu. Saya tertarik apabila saya telah membuat soalan bertulis meminta tentang perkara tersebut sebab di kawasan saya, di kawasan DUN Batu Uban ini, saya sering menerima permintaan yang amat tinggi daripada penduduk sekiranya mereka dapat menduduki di rumah PPR dan sebagainya. Di Kawasan Batu Uban ini, kita mempunyai satu skim PPR di mana dimiliki oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang tetapi kapasitinya sudah penuh, maka tidak dapatlah kita memenuhi permohonan-permohonan yang baru. Maka, saya menyambut baiklah cadangan daripada Kerajaan Negeri selepas ini kita boleh berkerjasama dengan Kementerian Perumahan dan juga Kerajaan Tempatan untuk mewujudkan skim sewa beli ini kerana ini dapatlah secara tidak langsung membantu pemohon-pemohon ataupun mereka yang ingin membeli, memiliki rumah pertama dan kalau boleh saya minta skim sewa beli ini bolehlah diadakan di kawasan Batu Uban ataupun di kawasan-kawasan yang berdekatan. Saya faham dengan isu tanah dan sebagainya, tetapi kebanyakkan pemohon ini memerlukannya kerana lokasi dan juga faktor pengangkutan sekiranya mereka ditawarkan, di lokasi lain. Faktor itu adalah salah satu faktor yang perlu kita ambil kira. Selain itu, berkenaan dengan pembangunan infrastruktur dan menaik taraf jalan, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada EXCO Tanjung Bunga kerana dalam jawapan bertulis, beliau telah menyatakan beberapa projek akan dilaksanakan pada tahun ini dan juga pada tahun 2019 di kawasan Batu Uban. Sekarang kalau kita lihat di kawasan Sungai Dua ke Batu Uban telah berjalan kerja-kerja untuk menaik taraf widening of road…(dengan izin) melibatkan di kawasan Jalan Sungai Dua ke Jalan Batu Uban. Maka saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kerana isu ini telah berlarutan sejak lama lagi dan selepas EXCO Tanjung Bunga ini dilantik, beliau telah memberi satu perhatian yang amat serius dengan itu saya mengucapkan terima kasih. Saya juga ingin menyentuh tentang bantuan-bantuan yang kita ingin berikan kepada usahawan-usahawan yang saya maksudkan adalah usahawan-usahawan muda, usahawan-usahawan yang ingin menjalankan perniagaan mereka. Mereka ini adalah golongan-golongan yang mahu untuk memiliki perniagaan sendiri tetapi masalahnya sekarang ini mereka menghadapi banyak kekangan. Kekangan adalah dari segi kewanganlah, kerana apabila kita hendak memulakan sesuatu perniagaan itu kita memerlukan modal yang tinggi untuk kita start the business…(dengan izin). Saya mendapat maklum balas daripada EXCO Batu Maung berkenaan dengan bantuan-bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri khususnya kepada golongan-golongan yang ingin memulakan perniagaan mereka sendiri. Di sini disertakan bahawa pelbagai program yang telah dijalankan dan juga Kerajaan Negeri dengan kerjasama PDC juga telah memberi bantuan kewangan untuk mereka-mereka yang hendak memulakan perniagaan. Tetapi persoalan saya, bantuan ada diberikan tetapi bantuan ini khusus kepada mereka yang sudah memulakan perniagaan mereka lebih daripada enam (6) bulan tetapi apa yang saya mahu ialah kita perlu menyediakan ataupun mencari satu mekanisme bagaimana untuk kita membantu golongan-golongan yang hendak mula-mula untuk memulakan perniagaan ini bantuan dari segi kewangan dan juga peralatan. Selepas kita mengambil alih Putrajaya dan, kita lihat bagaimana agensi-agensi kerajaan yang terdapat seperti SME Corp, MARA, TEKUN dan juga banyak lagi agensi-agensi Persekutuan yang memberi dana dan juga bantuan untuk menjalankan perniagaan ini kepada usahawan tetapi pokok asas saya kebanyakkan agensi-agensi ini mengenakan syarat yang amat ketat. Dulu, kalau tak silap saya, untuk memohon pinjaman TEKUN, kita memerlukan sokongan daripada Ketua Bahagian UMNO tetapi selepas ini saya tidak tahu sama ada, adakah sokongan-sokongan seperti itu diperlukan lagi atau tidak. Saya berharap selepas ini kita bolehlah memudahkan cara untuk memberi pinjaman kepada mereka-mereka
yang mahu untuk menjalankan perniagaan kerana banyak rungutan yang kita terima. Dulu kebanyakan mereka yang betul-betul hendak menjalankan perniagaan tidak mendapat peluang disebabkan mereka tidak ada kabel ataupun support daripada politician dan sebagainya (dengan izin). Timbalan Yang Di-Pertua, sebagai wakil rakyat yang dipilih saya diberi tanggungjawab untuk membawa suara dan juga masalah pengundi kawasan saya kepada perhatian Dewan yang mulia ini, seperti dalam ucapan perasmian Tun Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang supaya beliau memberitahu bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat menyuarakan kehendak pemilih dengan penuh tanggungjawab, berintegriti, jujur dan ikhlas. Timbalan Yang Di-Pertua, perkara yang ingin saya bawa adalah tentang peningkatan kes denggi terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Uban. Di kawasan saya, terdapat beberapa kes denggi yang dicatatkan dan dari pemantauan yang dibuat oleh saya, akibatnya adalah kurangnya pemantauan daripada pihak-pihak JMB ataupun MC itu sendiri iaitu pihak pengurusan bangunan berstrata dan di tempat saya terdapat banyak bangunan-bangunan tinggi yang berstrata. Maka peningkatan yang mendadak ini melibatkan kes denggi adalah tinggi di Kawasan DUN Batu Uban ini dan setakat ini terdapat 324 kes denggi dan juga satu (1) kematian yang telah direkodkan. Salah satu punca adalah kerana rumah-rumah kosong dan penyewaan kepada warga asing terutamanya di flat-flat kos rendah yang telah menyebabkan kesukaran untuk pihak penguatkuasaan seperti Pihak Kesihatan, Pihak JMB itu sendiri untuk mengambil tindakan kerana kebanyakan rumah-rumah ini dibiarkan ataupun diberikan sewa kepada penghuni-penghuni asing dan sebagainya. Saya tidak ada masalah sekiranya tuan rumah memberi sewa rumah-rumah kepada penyewa asing kerana ini adalah hak dan semalam kita ada mendengar bagaimana Yang Berhormat Machang Bubuk telah menyebut tentang had hak asasi kepada semua tetapi isunya di sini penyewaan kepada warga asing ini tetapi owner rumah tersebut tidak mengambil berat tentang rumah-rumah tersebut dan ini menyebabkan pelbagai isu yang timbul kerana satu rumah itu terdapat dalam 10 atau 15 orang yang tinggal dalam satu rumah tersebut. Maka ini menyebabkan pelbagai kes-kes sosial dan juga peningkatan kes-kes denggi kerana isu pembersihan.
Yang Berhormat, boleh minta penjelasan. Tadi saya tertarik dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Uban mengenai rumah-rumah yang telah disewa kepada warga-warga asing. Oleh itu saya ingin bertanya apakah pendapat Yang Berhormat Batu Uban mengenai rumah-rumah tersebut dan kalau warga-warga asing yang kebanyakan mereka adalah pekerja-pekerja asing, manakah yang boleh mereka tinggal kalau tidak dapat tinggal dalam kediaman-kediaman biasa. Okey. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Pulau Tikus, sebab itu saya sebutkan tadi, saya tidak ada sebab halangan tetapi yang pentingnya kita perlulah menjaga kebersihan dan juga satu rumah itu mungkin boleh dihadkan kepada lima (5) orang dan bukan dalam 10 orang dan sebagainya. Maka ini adalah satu kaedah untuk kita mengawal ataupun kita mengazetkan satu kawasan hostel dan sebagainya untuk mereka ini tinggal. Tetapi ini memerlukan perbincangan yang lebih lanjut daripada pihak-pihak yang berkaitan. Maka di sini saya ingin menyentuh tentang kes denggi yang amat serius di Kawasan DUN Batu Uban ini maka perlu ada satu mekanisma untuk kita melihat semula dan juga tindakan segera yang boleh diambil terhadap rumah-rumah yang tidak berpenghuni ini. Rumah-rumah kosong yang dibiarkan begitu sahaja maka ini adalah salah satu tempat-tempat utama pembiakan wabak denggi ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Kesihatan Daerah Timur Laut, Pejabat Daerah Timur Laut, Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang, JKKK dan juga Imigresen yang memberi sokongan terhadap program-program pencegahan denggi yang sedang dijalankan di kawasan-kawasan saya. Kerajaan Negeri juga melalui EXCO Kesihatan, YB. Dr. Afif juga telah mengambil beberapa inisiatif antaranya menganjurkan Program Gotong-royong Perdana yang telah diadakan pada 28 dan juga 29 Julai yang lepas dan untuk itu saya mengucapkan ribuan terima kasih tetapi, tentang isu ini masyarakat dan juga komuniti setempat juga harus memainkan peranan dengan sentiasa berwaspada dan juga mengambil langkah-langkah pencegahan, mereka harus memastikan kawasan sekitar di dalam dan luar rumah sentiasa dalam keadaan selamat seperti yang disebut oleh Yang Berhormat EXCO Seberang Jaya, bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Minta laluan Batu Uban, seperti yang disarankan oleh EXCO Kesihatan disebut diantaranya membantu untuk pencegahan pembiakan nyamuk aedes dibentuk satu team dipanggil pasukan COMBI (Comunication For Behaviourial Impact) iaitu pasukan untuk mengubah sikap dan saya minta pencerahan di KADUN Batu Uban adakah team-team itu sebab di peringkat negeri telah diadakan pertandingan COMBI ini sebagai satu bentuk semangat, setiap minggu pasukan ini pergi di antaranya contoh rumah-rumah kosong dan sebagainya untuk memastikan bahawa tidak ada pembiakan nyamuk aedes, jadi nak tahu di
Batu Uban adakah bentuk pasukan COMBI sebagai membantu untuk kita mencegah pembiakan nyamuk aedes. Terima kasih.
Terima kasih Pulau Betong. Di Batu Uban setiap minggu apa yang kami buat ialah kami telah menganjurkan program gotong-royong. Setiap minggu, kami ada program gotong-royong di tempat-tempat yang dikenal pasti sebagai hotspot tetapi masalahnya bila kita buat gotong-royong ini, penglibatan sendiri dari penduduk itu masih kurang dan sangat kecewa jugalah apabila kita turun ke kawasan mereka kita nak membantu mereka tetapi penglibatan penduduk itu sendiri tidak begitu baik dan kita lihat Ahli-ahli daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang lebih ramai daripada penduduk di suatu kawasan tersebut. Maka perkara ini perlu diambil serius dan dipandang serius kerana ini melibatkan kawasan setempat mereka. Satu cadangan yang baik mungkin selepas ini, saya kita bolehlah mengadakan satu Jawatankuasa COMBI, Jawatankuasa COMBI untuk kita pergi (dengan izin)…house to house, untuk memastikan setiap rumah ini mereka mengambil langkah-langkah keselamatan dan sebagainya. Pihak Kesihatan juga ada menjalankan aktiviti semburan dan juga setiap minggu tapi masalahnya, mereka tidak juga mendapat kerjasama daripada penduduk, bila mereka pergi ke sana untuk membuat semburan. Penduduk menutup pintu dan sebagainya. Maka perkara-perkara ini perlulah dilihat semula dan juga perlu, pencerahan ataupun satu taklimat khusus kepada penduduk-penduduk dan saya mengambil kesempatan ini meminta juga pihak-pihak pengurusan juga mengambil satu kaedah kita lihat semula bagaimana untuk kita bekerjasama dengan pihak-pihak kesihatan dan juga pihak JKKK dan untuk kita membantu penduduk-penduduk ini. Selain itu saya juga ingin memohon kerjasama daripada pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk memastikan longkang-longkang dan juga kawasan tanah lapang kita ini sentiasa diselia. Longkang-longkang lama yang sudah rosak juga perlu dinaik taraf dengan segera oleh Jabatan Kerja Raya kerana tiada saluran yang sempurna. Dengan sejarah di kawasan Batu Uban ini kebanyakannya adalah kawasan-kawasan perumahan yang dibina 20 tahun yang lalu maka sistem perparitan itu sendiri adalah tidak baik. Maka saya minta peruntukan tambahan mungkin dalam bajet ini ataupun dalam bajet 2019, kalau boleh EXCO yang berkaitan dapat meneliti semula dan juga kita memberi peruntukan untuk membaiki longkang-longkang yang menghadapi masalah.
Boleh tak mencelah, okey terima kasih. Saya juga mengambil berat tentang kes-kes denggi yang saya nampak walaupun pada bulan Januari, satu sistem Artificial Intelligence in Medical Epidemiology iaitu AMIE telah diimplimentasikan di mana ia boleh meramal kejadian wabak denggi. Adakah Yang Berhormat Batu Uban bersetuju bahawa walaupun sistem ini telah diimplimentasikan tetapi bila kita menghadiri mesyuarat wabak denggi tiap-tiap minggu, kita nampak bahawa statistik yang diberikan pada kita bahawa kes denggi masih meningkat terutamanya di Batu Uban. Saya rasa dah cecah 300 lebih kes dan ini amat serius. Dan kita nampak soalan lisan daripada Yang Berhormat dari Batu Lancang, saya amat kesal bahawa pemeriksaan di 29 buah sekolah di Pulau dan di dapati 26 buah sekolah adalah positif dengan pembiakan nyamuk aedes di mana kanak-kanak kita, anak-anak kita terancam dengan nyamuk aedes ini. Jadi saya rasa kesedaran di semua rakyat jelata masih tidak cukup, pendidikan, publisiti masih tidak cukup. Apakah cadangan kamu, adakah kita ingin tegaskan dan kuatkan penguatkuasaan? Jika penguatkuasaan, saya difahamkan RM500 jika didapati ada pembiakan aedes. Tetapi saya rasa dah bertahun-tahun masih tidak dapat menangani isu denggi ini yang membahayakan nyawa. Dah berapa nyawa telah terkorban sebab nyamuk aedes ini. Saya rasa di sini kita cuba carikan satu penyelesaian. Gotong-royong kita selalu adakan, almost tiap-tiap minggu, tetapi penyertaan daripada orang ramai tidak banyak. Tetapi tidak apa, kita teruskan sahaja. Saya rasa kesedaran daripada rakyat jelata boleh dipertingkatkan cuma sometimes kita rasa, memang rasa sangat frustrated. Batu Uban sekarang baru sahaja jadi Yang Berhormat Batu Uban tetapi dia sudah adakan lebih daripada 12 gotong-royong. Ini kena beri satu kepujian kepada dia. Terima kasih.
Terima kasih Sungai Pinang. Terima kasih jugalah kerana memuji saya dan sebab saya mengambil berat tentang demam denggi ini kerana saya lihat penyakit denggi ini amat berbahaya dan sekiranya kita tidak mengamalkan tindakan ia adalah satu wabak yang boleh cepat menular dan sekiranya kita tidak mengambil langkah-langkah pencegahan yang awal maka ia juga membawa maut. Maka sebab itu saya sangat memandang serius tentang isu denggi ini dan juga saya bercadang untuk bawa masuk dalam sisi pembahasan saya ini kerana saya nak satu perhatian di Dewan yang mulia ini. Memberi satu perhatian yang serius tentang kes-kes denggi yang berlaku di Kawasan DUN Batu Uban dan juga di kawasan-kawasan yang berlainan dan juga di kawasan seperti Paya Terubong dan juga Batu Lancang dan juga Sungai Pinang.
Saya berpendapat yang sama juga dengan Yang Berhormat Sungai Pinang berkenaan dengan penggunaan sistem AMIE. Sistem AMIE iaitu kita dimaklumkan bahawa sistem ini ia boleh buat ramalan awal berkenaan dengan pembiakan nyamuk aedes ini tetapi masalahnya setiap hari bila kami pergi ke mesyuarat denggi peningkatan itu bertambah ia tidak menunjukkan kes indeks yang menurun. Maka saya lihat saya tidak tahu dimanakah kesalahan ataupun dalam sistem tersebut ataupun kaedah penggunaan sistem tersebut. Kita perlu mencari satu mekanisma, mekanisma untuk kita melihat semula kerana saya difahamkan Kerajaan Negeri juga telah membelanjakan sejumlah wang untuk sistem tersebut. Maka kita perlulah memastikan perbelanjaan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri ini betul-betul boleh memanfaatkan masyarakat setempat yang juga rakyat Pulau Pinang ini.
Batu Uban boleh benarkan saya mencelah? Terima kasih Batu Uban. Timbalan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan tentang isu nyamuk aedes seperti yang dibangkitkan oleh YB. Sungai Pinang. Saya juga ingin membawa kembali tentang isu-isu di sekolah tentang pembiakan nyamuk aedes yang amat tinggi di kawasan-kawasan sekolah. Seperti cadangan saya yang hari pertama bahawa di setiap sekolah, sekolah ada tempat institusi pendidikan, saya berharap guru-guru ataupun guru besar mengambil berat tentang penyakit denggi di dalam sekolah kawasan mereka sebab dalam pemeriksaan di beberapa sekolah itu terdapat 26 sekolah yang adanya pembiakan aedes, saya amat berharap Kementerian Pendidikan Negeri Pulau Pinang mengambil berat tentang isu-isu ini sebab murid-murid sekolah yang sekolah rendah itu, sekolah rendah dengan antibodi yang tidak begitu strong...(dengan izin), ia boleh membawa maut bila-bila masa. So, saya berharaplah institusi pendidikan sebagai satu institusi pengajaran dan berharap dia mendapat menunjukkan tauladan yang baik kepada murid-murid sekolah. So saya mencadangkan setiap seminggu sehari adakan semasa perhimpunan meminta ataupun memohon guru besar mengadakan aktiviti plogging murid-murid sekali setiap minggu menggunakan 10 minit untuk plogging membersihkan kawasan-kawasan sekolah mereka dan membasmikan aedes. Sekian, terima kasih.
Minta tambah. Selain daripada sekolah saya baru sahaja melawat Pusat Kokurikulum Pulau Pinang pada minggu lepas disebabkan ada aduan-aduan dari penduduk di sekeliling sana. Semasa saya masuk melawat Pusat Kokurikulum Pulau Pinang bersama dengan Pegawai Kesihatan bersama juga pegawai daripada MPSP baru masuk sahaja sudah dapatlah gigit nyamuk sekeliling kita dan kita semua kena gigit. Dan menurut apa pegawai daripada Pusat Kokurikulum Negeri Pulau Pinang dia katakan tiap-tiap minggu ada aktiviti di sana. Perkara yang sangat penting sebab bukan sahaja di sekolah ada masalah denggi tetapi di Pusat Kokurikulum yang selalu tiap minggu dikunjungi oleh murid-murid dan pelajar yang adakan aktiviti di sana dan juga mereka camping di sana. Kadang-kadang mungkin dua (2) hari di sana tapi tempat camping juga ada banyak nyamuk masalah nyamuk mungkin denggi saya tak pasti. Saya rasa pihak yang berkaitan kena buat lawatan selalu dan memastikan pelajar-pelajar semua dijaga.
Saya mohon untuk diteruskan, saya rasa ini adalah satu isu yang hot yang dibahaskan sebab itu banyak penglibatan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua di sini saya juga mempunyai satu cadangan kepada Pihak Berkuasa Tempatan iaitu kerana kita lihat tempat-tempat mereka-mereka yang menjalankan perniagaan terbuka seperti kedai-kedai besi buruk dan juga scrap. Tempat-tempat ini adalah tempat yang mudah untuk terdedah dengan nyamuk denggi ini, maka di sini saya ingin mencadangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan supaya kita mensyaratkan dalam lesen majlis tersebut supaya setiap kedai-kedai yang menjalankan perniagaan besi buruk dan juga scrap ini perlu diwajibkan menjalankan aktiviti semburan setiap minggu dan sekiranya mereka gagal untuk menjalankan aktiviti tersebut ataupun gagal memberikan bukti-bukti resit dan sebagainya maka kita tidak perlu untuk memperbaharui lesen perniagaan mereka. Ini adalah antara syarat yang boleh kita masukkan dalam lesen perniagaan mereka. Seterusnya Timbalan Yang di-Pertua perkara yang seterusnya saya ingin bangkitkan di sini adalah tentang pertambahan penagih dadah dan juga pengedar dadah di kawasan DUN Batu Uban juga dan saya lihat gejala ini bertambah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan kerana setiap hari saya menerima aduan daripada penduduk-penduduk berkenaan dengan aktiviti-aktiviti berkenaan dengan dadah. Saya amat risau kerana rata-rata golongan yang terlibat dalam gejala yang dikatakan musuh nombor satu negara ini adalah mereka daripada golongan anak muda. Terdapat juga wanita yang mengambil dan menjadi pengedar dadah. Walaupun Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah proaktif umpamanya dengan agensi Negeri seperti AADK dan juga PEMADAM untuk membanteras dan juga membantu mereka yang terlibat dalam gejala pengambilan dadah ini, namun saya berpendapat penglibatan yang menyeluruh daripada agensi penguatkuasaan seperti Polis adalah amat penting. Pemantauan dan juga operasi yang berterusan di kawasan-kawasan hotspot ini perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, di kawasan saya seperti kawasan perumahan kos rendah di Flat Hamna, Taman Pekaka,
Bukit Jambul dan juga Bukit Gambir telah menjadi port ataupun tempat untuk pengedar dadah melakukan urusan jual beli tanpa pun rasa sedikit pun rasa takut. Tuan Timbalan Yang di-Pertua, maklum balas yang saya terima daripada Polis Diraja Malaysia melalui soalan bertulis saya PDRM telah memaklumkan bahawa setakat ini sebanyak 30 tangkapan telah dibuat berkaitan isu-isu dadah yang saya maksudkan sebentar tadi. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jugalah ribuan terima kasih kepada pihak Polis atas kerjasama yang diberikan maka saya juga mengharapkan supaya pihak Polis akan terus memantau dan juga mengambil tindakan sewajarnya. Tuan Timbalan Yang di-Pertua, di Dewan yang mulia ini juga saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat bekerjasama dengan juga badan-badan NGO untuk menyediakan pusat pemulihan dan juga rawatan khususnya untuk penagih dadah di Pulau Pinang ini. Kita harus memandang serius perkara ini kerana seperti saya sebut tadi rata-rata yang terlibat adalah golongan belia di mana mereka adalah aset kepada negara. Timbalan Yang di-Pertua ketika adanya perkhidmatan Pasukan Peronda Sukarelawan iaitu PPS kita mendapati kes-kes seperti penagihan, peragut, samun dan lain-lain kes jenayah yang berkaitan ada menunjukkan indeks penurunannya kerana kita lihat bagaimana kekerapan PPS itu sendiri sentiasa melakukan rondaan di kawasan-kawasan dan ini sedikit sebanyak menyebabkan juga ketakutan kepada individu-individu tertentu untuk melakukan kesalahan terutamanya pada waktu malam. Maka saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk kita mengaktifkan semula PPS ini sebelum ini telah diharamkan oleh Kerajaan Pusat Barisan Nasional kerana kita lihat bagaimana PPS ini penting bagi membantu dan juga bekerjasama dengan pihak Polis untuk mencegah jenayah dan saya berharap Kerajaan Negeri akan meneliti cadangan untuk mengaktifkan semula PPS ini. Timbalan Yang di-Pertua disebabkan saya adalah wakil yang paling muda untuk penggal ini maka wajiblah saya membawa isu berkenaan dengan pembangunan sukan dan juga anak muda…(gangguan).
YB. Batu Uban gulungkan ucapan kamu perbahasan. Tak cukup masa.
Minta 10 minit. Yang di-Pertua, di sini saya ingin mencadangkan supaya satu peruntukan khas ataupun geran khas disediakan kepada golongan belia yang layak untuk melaksanakan aktiviti pembangunan belia yang boleh menyerlahkan bakat dan juga membawa perubahan positif kepada masyarakat. Ini akan membuka peluang kepada anak muda untuk menonjol kreativiti dan juga bakat mereka dalam pelbagai bidang seperti sukan, kebudayaan dan juga kesusasteraan. Satu geran yang boleh dinamakan sebagai Geran Harapan Negeri Pulau Pinang perlu diwujudkan supaya dan geran ini pernah diwujudkan di negara-negara maju seperti di Australia dan juga di Scotland untuk mereka membangunkan projek-projek golongan muda ini untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Kebanyakan golongan muda menghadapi kekangan kewangan untuk meneruskan minat mereka dalam bidang mereka masing-masing oleh itu semua usaha mereka akan terbantut kerana kurangnya sokongan mereka dengan pihak- pihak berwajib. Kita juga perlu memenuhi citarasa semasa golongan muda serta mengikut trend semasa dengan mewujudkan satu platform dan mempamerkan bakat golongan belia ini. Saya juga ingin berterima kasih khususnya kepada Kerajaan Negeri dan terutamanya Ketua Menteri kerana beliau memang prihatin kepada pembangunan belia dan sukan ini. Memang belia dan sukan adalah masa depan kita, oleh itu pemuda-pemuda harus diberikan peluang kepada mereka supaya kita menggalakkan mereka terlibat dalam sukan. Timbalan Yang di-Pertua, di KADUN Batu Uban juga telah lahir ramai atlet yang telah berjaya sama ada mewakili di peringkat negeri, negara mahupun di peringkat antarabangsa. Saya ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini mengenai seorang atlet muda yang berasal daripada Bukit Gambir iaitu adik Ain Insyirah binti Rosli yang berumur 8 tahun. Adik ini mempunyai kehebatannya dia adalah seorang pemain catur, chess dan boleh dinamakan sebagai Jaguh Cilik Catur dan telah memenangi dan juga menyertai lebih 200 pertandingan sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada beliau. Namun saya kecewa apabila mendapati beliau tidak mendapati sebarang bantuan insentif, tajaan ataupun kewangan daripada mana-mana pihak. Saya dimaklumkan kejohanan antarabangsa yang disertainya adalah dengan sumber kewangan sendiri oleh ibu bapanya dan saya cukup sedih apabila ibu bapanya memberitahu saya baru-baru ini ibu bapa Ain terpaksa menolak menyertai beberapa kejohanan antarabangsa seperti di Russia, di China dan di Romania kerana kos perbelanjaan yang tinggi dan pada 1 hari bulan Ogos yang lalu saya telah memanggil ibu bapa Ain dan juga Ain untuk hadir ke pusat khidmat saya dan saya telah membuat satu press conference.
Tujuannya adalah saya ingin memberitahu kepada masyarakat tentang bakat yang dimiliki oleh adik Ain ini dan dalam press conference tersebut saya telah memohon sekiranya terdapat mana-mana individu yang ingin memberi tajaan kepada adik Ain ini untuk menyertai dalam kejohanan antarabangsa dan sebagainya. Dan selepas dua (2) hari saya telah menerima satu panggilan daripada seorang usahawan yang murah hati iaitu Mr. Tan daripada syarikat Pusat Perabot di KL, 3V Furniture dan beliau telah memberitahu saya dan juga menawarkan bantuan untuk adik Ain. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak media yang telah membantu untuk memberi publisiti kepada adik Ain ini. Maka di sini Tuan Timbalan Yang di-Pertua…(gangguan).
Cukup?
Oleh yang demikian saya memohon bantuan dan juga sokongan moral daripada Kerajaan Negeri dan juga EXCO Sukan yang terlibat untuk kita memberikan bantuan sewajarnya untuk pembangunan program-program atlit ini kerana kita perlu memastikan bakat mereka dapat terus digilap dan tidak hanya di separuh jalan. Timbalan Yang di-Pertua saya juga ingin menyentuh tentang usaha Kerajaan Negeri dalam merealisasikan dasar “Satu KADUN Satu Gelanggang Futsal” yang telah dimulakan pada tahun 2013. Maka di sini jugalah suka saya ingin memohon kepada Kerajaan Negeri untuk menyediakan sebuah gelanggang futsal di KADUN Batu Uban kerana dengan jumlah belia yang hampir 50% maka ia adalah satu keperluan untuk kita menyediakan infrastructure yang mampan dan baik kepada golongan belia supaya mereka dapat meluangkan masa dengan perkara baik dan sihat. Gelanggang futsal…(gangguan).
Terima kasih. Untuk menyediakan 1 futsal di KADUN YB., YB. you identify tempat mana tanah kat mana yang sesuai selepas itu apply kepada Tuan DO dan Tuan DO akan selaras dari situ ya. Thank you.
Terima kasih YB. Padang Lalang kerana telah memberi satu jawapan yang baik dan juga berita yang baik kepada saya. Maka selepas ini saya akan meminta JKKK untuk menyediakan kawasan-kawasan yang boleh dijadikan sebagai gelanggang futsal dan saya juga ingin memohon bukan sahaja gelanggang futsal tapi juga gelangang bola keranjang yang dilihat sekarang ini menjadi satu aktiviti untuk belia-belia di kawasan saya. Ini adalah satu keperluan kerana terdapat permintaan yang tinggi dan saya mengucapkan ribuan terima kasih. Selain itu, saya juga ingin menyentuh tentang beberapa permainan tradisi sebentar tadi kita lihat Permatang Pasir telah menyebut tentang pertandingan sepak takraw dan sebagainya. Saya masih ingat sewaktu saya menjadi Ahli Majlis saya telah menganjurkan pertandingan sepak takraw dan mungkin saya adalah satu-satunya penganjur yang bukan beragama Islam kerana selalunya sepak takraw ini yang banyak disertai oleh masyarakat Melayu dan sebagainya. Tetapi saya melihat ini satu keperluan pada masa depan ini kerana aktiviti-aktiviti seperti ini perlulah dipertingkatkan dan juga dipromosikan pada masa akan datang. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan tentang sukan Kabadi. Iaitu salah satu sukan tradisi yang mana majoritinya orang India yang menyertainya. Tapi pada masa ini kita lihat ramai bukan dari kaum India juga, aktif dalam permainan Kabadi ini di mana kita lihat di mana sekarang Negara seperti Bangladesh dan juga Pakistan menyertai kejohanan-kejohanan antarabangsa dan sebagainya….(gangguan).
Saya mohon mencelah sikit.
Masa dia dah pun limit dah.
Saya meminta Majlis Sukan Negeri untuk menyediakan kemudahan untuk Persatuan Kabadi ini untuk menyertai pertandingan Kabadi kerana saya difahamkan mereka tidak mempunyai satu tempat khas untuk melakukan aktiviti-aktiviti latihan dan sebagainya. Timbalan Yang di-Pertua Dewan, dunia telah berubah dan jalur lebar telah menjadi satu sebahagian daripada keperluan asas masa kini. Tidak seperti dulu hanya bekalan air, elektrik dan jalan
raya. Pada zaman revolusi industri 4.0, Internet menjadi perkara penting dalam kehidupan kita. Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini internet merupakan salah satu rantaian perhubungan antara dunia yang telah mengecilkan dunia selain televisyen. Ianya juga telah memberi banyak kebaikan kepada masyarakat kerana penggunaannya meluas dan maklumat tanpa sempadan juga tidak dinafikan kerana Internet lah Pakatan Harapan mendapat majoriti sokongan daripada rakyat Pulau Pinang dan juga Malaysia. Kerana rata-rata masyarakat memperolehi maklumat dan berita yang sahih, telus dan pantas dari mana-mana sahaja walaupun kita lihat ketika itu bagaimana TV3 dan Utusan merupakan media propaganda Barisan Nasional tetapi dengan adanya Internet ini kita percaya rakyat mendapat maklumat yang betul dan telus daripada masyarakat dan daripada pemimpin. Apabila kita mempunyai kelajuan akses Internet sedemikian rupa yang akan memberi faedah besar dan juga mengubah cara hidup masyarakat di negeri ini sama ada golongan profesional masyarakat desa dan juga para pelajar. Dengan adanya jalur lebar, masyarakat profesional misalnya bolehlah bekerja dari rumah. Kita lihat bagaimana Sungai Pinang semalam menceritakan tentang hak-hak wanita dan sebagainya. Maka saya lihat dengan adanya Internet golongan ibu, kaum ibu boleh bekerja dari rumah malahan hari ini saya difahamkan ramai juga yang membuat perniagaan menggunakan online…(dengan izin) terutamanya suri rumah yang giat menceburi bidang keusahawanan kerana mereka bolehlah beroperasi dari rumah. Manakala dari golongan para pelajar mereka boleh mendapat perkhidmatan pelajaran melalui persidangan video, membuat carian untuk kerja penyelidikan dan sebagainya. Timbalan Yang di-Pertua, kerana itu saya mencadangkan pada Kerajaan Negeri supaya perkhidmatan jalur lebar di kawasan-kawasan perumahan, tempat awam, dan juga institusi pendidikan perlu dipertingkatkan lagi. Saya seringkali menerima permintaan daripada penduduk terutamanya di Taman Lip Sin, Sungai Dua, Bukit Gambir, Bukit Jambul dan juga pelajar USM bahawa perkhidmatan internet sedia ada kurang memuaskan dan mereka kekurangan option untuk membuat pilihan. Ada syarikat jalur lebar hanya memberi perkhidmatan untuk bangunan yang berstrata….(gangguan).
Yang Berhormat Batu Uban.
Lima minit lagi.
10 minit dah cukup. Cukuplah. Kerana masih ada Ahli Yang Berhormat-Ahli Yang Berhormat yang menunggu.
Okey. Terima kasih. Maka saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana sebagai negeri pertama di Malaysia dalam memberikan perkhidmatan wifi percuma kepada penduduknya. Dengan pemasangan sebanyak 1500 access point. Idea ini telah diilhamkan bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang berpeluang untuk berhubung dengan informasi terkini secara percuma dan adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mentranformasikan Pulau Pinang kepada bandaraya antarabangsa yang berdaya saing secara global. Namun terdapat sedikit maklum balas daripada pengguna bahawa perkhidmatan wifi percuma ini kelajuannya perlu dipertingkatkan lagi. Saya amat berharap Kerajaan Negeri akan mengambil langkah-langkah proaktif berbincang bersama syarikat industri menyediakan perkhidmatan jalur lebar untuk memberi kualiti perkhidmatan jalur lebar yang lebih baik dan juga setanding dengan perkhidmatan yang dibekalkan oleh syarikat di dunia. Timbalan Yang di-Pertua, yang paling last adalah isu yang paling mustahak membawa satu isu berkenaan dengan tanah pajakan leasehold di tempat saya dan tempat yang saya maksudkan adalah di kediaman Taman Desa Baru di Sungai Dua iaitu boleh dikatakan tempat kediaman warisan dan majoritinya adalah penduduk kaum Cina. Di mana pada tahun 1972 rumah kediaman asal mereka telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu untuk memberi laluan pembinaan kampus Universiti Sains Malaysia (USM). Dan pada ketika itu, mereka hanya diberikan, memperuntukkan tapak kediaman kepada penduduk semasa dengan kadar bayaran RM1,000. Dan setiap tapak rumah untuk mendirikan rumah masing-masing dengan sendiri. Tempoh pajakan tanah pada selama 60 tahun pada 27 bulan 7 pada tahun 1988 hingga 29 bulan 8 2048. Kini penduduk Taman Desa Baru sudah tinggal di sini selama 30 tahun dan hanya tinggal 30 tahun lagilah untuk tamat pajakan tersebut. Terdapat lebih kurang 85 buah rumah di sana di mana 60 buah rumah adalah pajakan dan 21 rumah lagi berstatus TOL. Kebanyakan penduduk Taman Desa Baru sudah tinggal turun temurun, sejak ke generasi ketiga dan keempat.
Oleh yang demikian, saya ingin memohon kepada Kerajaan Negeri dan juga Ketua Menteri supaya dapat mempertimbangkan status pegangan kekal iaitu freehold kepada penduduk tersebut setelah mengambil kira status sejarah penempatan mereka. Saya yakin dan percaya Kerajaan Negeri yang berjiwa rakyat ini akan menyelesaikan masalah tanah ini kerana Kerajaan Negeri juga pernah menyelesaikan masalah tanah yang melibatkan 36 keluarga di Kampung Nenas, Jawi untuk mendapatkan mereka status pegangan kekal. Maka saya berharap fenomena dan juga method yang sama digunakan untuk membantu mereka di Taman Desa Baru ini. Dengan itu, saya memohon untuk menyokong. Sekian terima kasih.
Terima kasih Batu Uban. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Pengkalan Kota.
Terima kasih.
Harap ikut masa kalau boleh. Kalau bolehlah. Saya akan cuba control masa kalau tak boleh saya akan stop you. Kalau YB-YB bersedia hendak duduk sampai pukul satu pun boleh cakap.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Usul Ucapan Terima Kasih kepada Tuan Yang Terutama, Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang Ke-14 ini. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14, rakyat Malaysia telah melakukan perubahan di mana buat kali pertamanya di dalam sejarah negara kita UMNO-Barisan Nasional telah pun disingkirkan oleh rakyat selepas 60 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Menerusi pentadbiran Cekap, Akauntabiliti dan Telus seperti mana yang diamalkan oleh Pakatan Harapan sejak 2008 di Negeri Pulau Pinang ini, ia telah menyakinkan rakyat dari seluruh pelusuk negara untuk memilih sebuah kerajaan yang cekap berbanding dengan sebuah kerajaan kleptokrasi yang telah memalukan nama baik negara Malaysia di peringkat antarabangsa. Dan hari ini merupakan satu hari yang istimewa di mana kita telah akhirnya Kapal Layar Equanimity yang telah menjadi salah sebuah bukti dalam skandal 1MDB telah selamat kembali ke tanah air kita. Dan ingin saya mengambil kesempatan di sini untuk mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar kita dapat bawa Kapal Layar Equanimity ini datang ke perairan Negeri Pulau Pinang agar rakyat Pulau Pinang dapat diberikan satu peluang melawat salah satu bukti kepada skandal 1MDB yang teruk ini.
Timbalan Yang di-Pertua Dewan, usaha murni kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang ini juga diberkati oleh rakyat Negeri Pulau Pinang, dengan adanya mandat untuk Penggal Ketiga dan inilah memberikan satu keyakinan kepada pihak Kerajaan Negeri dan bukan sahaja kini kita mempunyai dua (2) orang Menteri Persekutuan yang ada bersama dengan kami di dalam Dewan yang mulia ini, terdapat juga empat Timbalan Menteri yang turut berasal dari Negeri Pulau Pinang. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi harapan besar agar Kerajaan Negeri dapat menjalinkan satu hubungan erat bersama dengan Kerajaan Persekutuan, sama ada di peringkat pimpinan tertinggi ataupun di peringkat agensi-agensi kerajaan agar kita dapat menebus kembali kerugian ke atas rakyat Negeri Pulau Pinang yang selama ini telah dianak tirikan oleh UMNO-Barisan Nasional. Secara makro, kerjasama erat di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan adalah amat diperlukan untuk mengatasi masalah besar sebagai contoh Rancangan Tebatan Banjir, Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang serta...(gangguan).
Penjelasan.
Silakan.
Saya terlepas tadi tentang Kapal Layar. Saya hendak Pengkalan Kota tunjuk bukti bahawa Kapal Layar ini adalah merupakan hasil ataupun duit 1MDB. Sila berikan bukti kepada saya. Saya hendak bukti betul-betul kapal layar ini adalah kapal layar yang duitnya daripada 1MDB. Keduanya, tentang isu, kena bagi buktilah, kena bagilah nanti. Keduanya tentang isu, tadi sebut apa isu kedua tadi? (Dewan ketawa)
Pengkalan Kota. Nampaknya, Ketua Pembangkang masih dalam denial syndrome. Amerika Syarikat sudah mengesahkan. Indonesia sudah mengesahkan dan sudah pun memberikan kepada Malaysia. Hanya Najib Razak dan juga UMNO yang masih dalam denial syndrome kata ini bukan kapal layar yang dibeli dengan wang rakyat Malaysia. Pentingnya sekarang Najib Razak, saya baca tadi akan didakwa esok lagi. Janganlah defense dia lagi, kita fokus kepada macam mana according meeting ini duit yang dicuri daripada rakyat Malaysia dikembalikan kepada Malaysia. Itu yang penting sekali sekarang.
Saya tidak defense. Kalau dah terbukti dalam perbicaraan, kira okey la tak ada masalah.
Ketua Pembangkang, kalau tidak terbukti Indonesia tak beri pun pada Malaysia.
Tidak. Kena bukti dulu. Buktikan salah, baru salah. Sekarang tidak dibuktikan lagi. Tunggu keputusan.
Pengkalan Kota. Izinkan.
Saya minta jalan sedikit sahaja. YB. Sungai Dua, adakah Sungai Dua begitu ada keyakinan bahawa kapal layar itu, kapal layar itu tidak datang daripada wang 1MDB? Ada begitu baik keyakinan. Setuju atau tidak bersetuju? Yes or no?
Saya tidak pasti. Saya tidak pasti. Saya tidak tahu keputusan. Saya pun tidak tahu betul tak betul.
Tetapi jikanya tidak tahu mengapa begitu defensive? Mengapa? Janganlah defense kerana defense, jangan.
Kita perlukan bukti. Kalau terbukti esok, kita terima lah.
Ya, seluruh Malaysia, rakyat sangat derita. We are suffering because of 1MDB. Not only saya tetapi you juga, dan anak cucu juga, berapa lama kita boleh putar belit tidak tahu lagi. We are suffering. So let us find the truth nothing but the truth.
Baik, terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang ada pertanyaan, ada jawapan. Jadi, saya harap Timbalan Yang di-Pertua bagi masa sikitlah, memandangkan banyak yang mencelah ni. Okey, baik. Saya nak teruskan dan secara, okey. Kalau kita bincang pasal hubungan di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, secara makronya kerjasama erat ini dapat membantu kami dalam menyelesaikan Rancangan Tebatan Banjir, Pelan Induk Pengangkutan dan juga Pembekalan Perumahan Mampu Milik khususnya Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang. Manakala secara mikro, agensi Kerajaan Persekutuan kini perlu meningkatkan lagi usaha dan prestasi mereka khususnya di Negeri Pulau Pinang agar dapat membantu Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat Pulau Pinang secara umum. Saya bagi contoh, apabila kita berhadapan dengan satu jalan, jalan raya yang berlubang, kadang kala untuk penggal yang lepas kita kena semak jalan ni jalan JKR ke jalan MBPP. Jalan JKR, kita kena minta JKR untuk menyelesaikan. Jalan MBPP, kita kena minta MBPP untuk menyelesaikan. Dan kini tiba masanya, saya rasa semua agensi kerajaan tidak kira agensi Kerajaan Negeri ataupun agensi Kerajaan Persekutuan, haruslah memainkan peranan yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat demi kesejahteraan rakyat Pulau Pinang. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri yang menawarkan Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang sebagai penyelesaian kepada kemelut dan permasalahan lalu lintas yang dihadapi oleh Pulau
Pinang. Keseluruhan pelan tersebut merupakan sebuah perancangan sistem pengangkutan secara keseluruhan, yang dijangka mampu untuk menampung keperluan sistem lalu lintas Negeri Pulau Pinang untuk 50 tahun yang akan datang. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang mengambil sikap terbuka, di dalam mengambil kira cadangan dan pandangan khususnya dari seluruh lapisan masyarakat berhubung pelan tersebut. Kita boleh lihat di mana proses rundingan yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri adalah telus dan ini merupakan salah satu proses perundingan yang paling komprehensif yang pernah diambil oleh mana-mana kerajaan di negara Malaysia.
Ingin juga saya menyentuh berhubung dengan Pan Island Link 1, dan cadangan sistem LRT di dalam fasa pertama pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang. Pan Island Link 1 merupakan cadangan untuk sistem jalanraya baru untuk meningkatkan kesinambungan dan keberkesanan sistem lalu lintas di bahagian Pulau, Pulau Pinang. Dan saya berpendapat, bahawa cadangan ini bukan sahaja dapat memendekkan masa perjalanan bagi pengguna jalan raya di Negeri Pulau Pinang, malah ia sekaligus dapat meringankan beban lalu lintas khususnya di sekitar Bandar George Town.
Untuk makluman dewan yang mulia ini, kawasan Pengkalan Kota khususnya di sekitar Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, Pengkalan Weld dan Jalan C.Y. Choy seringkali sesak khususnya menjelang masa waktu pagi dan petang apabila pengguna jalan raya berulang alik dari tempat bekerja. Ini sekaligus menyukarkan para penduduk di kawasan Pengkalan Kota untuk keluar masuk menjelang masa tersebut.
Dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas penyelesaian jangka pendek, misalnya pembinaan pusingan ‘U’ berkembar yang dijangkakan mula pada bulan September tahun ini. Namun bagi menyelesaikan isu ini, secara keseluruhan kita perlu melihat kepada penyelesaian jangka masa panjang yang mampan. Dan dengan adanya sambungan Pan Island Link 1 sebagai penyelesaian, ia dapat menawarkan satu alternatif kepada pengguna jalan untuk sampai ke destinasi yang ditujui dan pada masa yang sama mengurangkan tekanan lalu lintas yang dialami dikhususnya di kawasan Bandar George Town.
Dan untuk cadangan Projek Pengangkutan Awam LRT, saya difahamkan bahawa salah sebuah cadangan stesen LRT yang dirancangkan ada di kawasan Macallum. Dan cadangan tersebut bukan sahaja dapat menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam untuk penduduk di sekitar kawasan Macallum sahaja, malah ia akan dijadikan sebuah pemangkin kepada aktiviti-aktiviti ekonomi khususnya kepada pengusaha-pengusaha dan industri di kawasan setempat. Dan menerusi beberapa sesi perjumpaan di antara saya bersama dengan penduduk-penduduk di sekitar kawasan Pengkalan Kota, setakat kini kami menerima maklum balas dan ulasan yang bersifat positif dan menggalakkan dan adalah dengan yakin penduduk-penduduk khususnya dari kawasan Pengkalan Kota menyokong cadangan Kerajaan Negeri tersebut. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam usaha murni Kerajaan Negeri untuk merancang sistem pengangkutan untuk masa depan negeri kita, kini kita berdepan dengan individu-individu berkepentingan ataupun (dengan izin)...concerned individuals yang sanggup menerbitkan gambaran yang kurang tepat demi membantah usaha murni Kerajaan Negeri ini. Sehubungan dengan itu, saya berharap...(gangguan).
Boleh saya jelas sikit ha.
Boleh. Boleh.
Okey, Yang Berhormat Pengkalan Kota. Tadi saya tertarik dengan apa dikata individu-individu atau concerned individuals. Boleh tak menyatakan siapakah individu-individu ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pulau Tikus. Saya rasa Yang Berhormat Pulau Tikus pun fahamlah. Individu-individu ini telah pun berkempen, di hadapan pintu Dewan yang mulia ini, pada hari pertama, semasa sidang permulaan Dewan Undangan Negeri kita.
Mohon mencelah.
Silakan, silakan.
Adakah individu-individu ini, adalah individu yang sama telah menyokong satu parti politik pada Pilihanraya Umum Ke 14 yang lepas, yang parti itu dapat 136 undi. Adakah sama?
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Dalam. Saya bukan dari golongan individu-individu tersebut. Jadi saya tidak tau apakah sokongan ataupun fahaman politik mereka. Dan ingin saya teruskan. Sehubungan dengan itu, saya harap Kerajaan Negeri dapat mempergiatkan lagi sesi-sesi penerangan agar kita dapat mengumpul pandangan awam yang betul-betul tulen, dan tidak terjangkit dengan dakwaan yang dilemparkan oleh golongan individu-individu yang berkepentingan ini. Pandangan daripada individu-individu ini, sememangnya tidak mencerminkan kehendak rakyat Negeri Pulau Pinang agar nampak satu sistem pengangkutan yang akan untuk masa depan Negeri Pulau Pinang ini. Dan sememangnya pendapat individu-individu ini tidak mencerminkan pendapat saya.
Dan di sini saya ada persoalan untuk golongan ini. Adakah golongan individu ini faham tentang tekanan lalu lintas yang dialami yang perlu diharungi oleh penduduk-penduduk khususnya di sekitar kawasan Pengkalan Kota dan adakah golongan individu ini mahu melihat anak-anak muda kita apabila tamat pengajian, apabila mendapat pekerjaan yang pertama, tanggungan ataupun bebanan kewangan pertama mereka adalah untuk mengeluarkan duit untuk membeli kenderaan agar mereka dapat sampai ke tempat kerja, ataupun mereka boleh memilih sebuah sistem pengangkutan awam yang komprehensif agar mereka dapat mempunyai satu pilihan untuk menaiki sistem pengangkutan awam untuk pergi bekerja.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kebelakangan tahun ini, kita menyaksikan betapa rancaknya usaha-usaha murni Kerajaan Negeri Pulau Pinang di dalam pembangunan serta konservasi warisan, khususnya di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town yang baru sahaja meraikan sambutan ulang tahun yang Ke-10 diiktirafkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Dengan pengiktirafan Bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, Bandar George Town dan Negeri Pulau Pinang kini muncul kembali di persada antarabangsa yang bukan sahaja dapat meningkatkan daya tarikan pelancongan malah ia memainkan peranan penting di dalam pembangunan sosial dan ekonomi untuk seluruh Negeri Pulau Pinang.
Walau bagaimanapun, tumpuan berat juga perlu diambil terhadap faktor sampingan yang datang bersama dengan pengiktirafan tersebut, misalnya kenaikan kadar sewa, kesinambungan aktiviti dan industri perusahaan tradisional dan juga pematuhan Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia George Town merupakan antara cabaran yang perlu kita harungi demi mengekalkan status UNESCO tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua, ingin saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada George Town World Heritage Incorporated yang berjaya dalam peranannya sebagai pengurus kepada Tapak Warisan Dunia George Town yang kini mereka juga diiktirafkan sebagai salah satu pengurus Tapak Warisan Dunia yang terbaik di dunia, dan saya berharap Kerajaan Negeri dapat meneruskan sokongan yang padu kepada GTWHI untuk meningkatkan prestasi mereka lagi di dalam pengurusan Tapak Warisan Dunia.
Dan untuk kawasan Pengkalan Kota, Clan Jetties merupakan salah satu aset warisan yang penting bukan sahaja kepada George Town, malah ia juga merupakan salah satu aset warisan yang penting untuk Negeri Pulau Pinang. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, Clan Jetties merupakan salah satu kawasan ekonomi penting dalam sejarah Negeri Pulau Pinang di mana ia adalah titik permulaan bagi industri logistik yang paling awal di mana penghuni asal jeti tersebut adalah pemegang lesen memandu lori yang terawal di dalam sejarah Negeri Pulau Pinang. Dengan mengambil kira pembangunan dan konservasi yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di kawasan Clan Jetties, ingin saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar satu jawatankuasa pengurusan Clan Jetties dapat ditubuhkan untuk meneliti keperluan pembangunan serta konservasi kawasan tersebut untuk secara keseluruhan yang selaras dengan keperluan sepertimana yang termaktub dalam rancangan kawasan khas Tapak Warisan Dunia George Town. Selain daripada menjadi satu jawatankuasa teknikal ataupun penasihat ataupun (dengan izin)...advisory committe terhadap kerja-kerja pembaikan dan konservasi yang perlu kita lakukan adalah diharapkan jawatankuasa pengurusan ini juga dapat melibatkan agensi-agensi kerajaan dan juga wakil-wakil daripada jetties tersebut agar konsep pembangunan, penyertaan ataupun (dengan izin)...participatory development dapat dipupuk untuk mencapai pembangunan secara mampan untuk kawasan tersebut.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, salah sebuah kawasan warisan yang penting di kawasan Pengkalan Kota adalah Sia Boey ataupun dikenali sebagai Ujung Pasir. Sepertimana umum maklum, projek pembangunan semula Sia Boey yang sedang dijalankan ini akan mewujudkan sebuah tarikan kepada pelawat ke George Town khususnya dengan penemuan artifak di terusan Prangin. Saya dimaklumkan, saya difahamkan di Prangin Canal tersebut kita juga berjaya mendapatkan artifak yang merupakan cop getah pada zaman dulu yang merupakan cop getah yang asal untuk pengusaha pasar di Sia Boey tersebut. Dan sehubungan dengan itu, ingin saya mendapatkan pandangan ataupun hala tuju Kerajaan Negeri terhadap artifak-artifak tersebut dan seterusnya kepada keseluruhan konsep pembangunan tapak tersebut yang bukan saja kita dapat membangunkan sebuah destinasi pelancongan yang unggul malah sekaligus kita dapat menitik beratkan terhadap konservasi kepada titik sejarah yang penting untuk Negeri Pulau Pinang.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dengan keadaan kekurangan tanah ataupun (dengan izin)...land scarce di Negeri Pulau Pinang khususnya di kawasan Pulau, ramai di kalangan rakyat Negeri Pulau Pinang yang kini menghuni hartanah, kediaman yang bertingkat ataupun berstrata. Namun seringkali kita berdepan dengan aduan-aduan yang dibangkitkan oleh penghuni-penghuni tersebut berhubung dengan pihak pengurusan sama ada pihak pengurusan itu masih dalam bentuk badan pengurusan bersama ataupun perbadanan pengurusan.
Walaupun Kerajaan Negeri serta wakil-wakil rakyat memainkan peranan proaktif di dalam membantu untuk mengatasi masalah yang dihadapi, namun kesedaran dan kefahaman dengan lebih teliti perlu diterapkan khususnya kepada perundangan yang sedia ada, misalnya Akta Pengurusan Strata 2013 ataupun Akta 757 perlu ditingkatkan lagi di kalangan penduduk ataupun pihak pengurusan untuk hartanah kediaman bertingkat ini untuk memastikan ketelusan di dalam pengurusan dan juga penyelenggaraan perumahan sebegini dapat ditanggani secara berkesan. Sehubungan dengan itu, ingin saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar usaha pendidikan ataupun (dengan izin)...outreach dapat dilaksanakan dengan lebih kerap dan berkesan lagi untuk membantu penduduk-penduduk ini memahami hak serta perundangan yang berkaitan dan pada masa yang sama dapat menerapkan kepentingan berhubung dengan penyelenggaraan harta bersama jenis hartanah tersebut.
Dan di sini juga ingin saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar dapat menyalurkan lebih banyak sumber khususnya sumber manusia kepada Jabatan Pesuruhjaya Bangunan untuk kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini bagi meningkatkan usaha ini.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, suka saya membangkitkan tentang Pasar Lebuh Cecil di dalam Dewan yang mulia ini. Kebelakangan tahun ini, Pasar Lebuh Cecil telah menjadi tumpuan orang ramai khususnya pelancong-pelancong dari tempatan dan juga dari luar negara untuk datang ke Pasar Lebuh Cecil ini. Dan selain daripada menawarkan juadah makanan jalanan yang enak dan lazat di sini, barang-barang yang dijual di pasar ini juga adalah pada harga yang berpatutan. Dan pasar tersebut menjadi tumpuan apabila pada bulan Mei ini, kru penggambaran television daripada TVB daripada Hong Kong juga datang ke pasar Lebuh Cecil untuk buat penggambaran rancangan di pasar tersebut dan pasar ini juga merupakan kegemaran Yang Berhormat Air Putih untuk singgah untuk menikmati mee kari yang lazat selepas berbasikal dan juga merupakan salah satu tempat yang sering kali dikunjung oleh Yang Berhormat Kawasan Datuk Keramat untuk membeli barang-barang masak di Pasar Lebuh Cecil.
Jadi sehubungan dengan itu, ingin saya mencadangkan agar satu cadangan pembangunan semula dapat dipertimbangkan untuk Pasar Lebuh Cecil untuk mengatasi kekangan dan juga permasalahan yang kini dihadapi di pasar tersebut dengan keluasan tanah yang mencecah lebih kurang tiga (3) ekar komponen-komponen baru boleh diperkenalkan seperti tempat letak kereta, ruang awam, kemudahan sosial dan sukan, ruang hijau malah komponen tembatan banjir juga boleh diterapkan di dalam cadangan pembangunan semula tersebut. Jadi sememangnya saya menyokong pandangan Yang Berhormat Ahli daripada Kawasan Datok Keramat berhubung dengan cadangan untuk mengenalpasti pasar-pasar awam untuk tujuan naik taraf dan saya berharap agar cadangan pembangunan semula Pasar Lebuh Cecil ini dapat diberikan pertimbangan yang sewajarnya. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Negeri Pulau Pinang telah dilanda kejadian ribut taufan dan banjir yang teruk di dalam sejarah Negeri kita pada September dan November tahun lepas. Kita telah menyaksikan malapetaka ini berlaku di Negeri kita sehinggakan feri ditolak dari laut ke darat. Saya masih ingat ketika ribut tersebut melanda Negeri Pulau Pinang lebih daripada 100 incident pokok tumbang yang telah berlaku di sekitar kawasan Pulau sahaja pada malam tersebut dan ini merupakan satu cabaran yang besar khususnya buat Pihak Berkuasa Tempatan.
Walau bagaimanapun Rakyat Negeri Pulau Pinang telah menunjukan sikap kerjasama yang menakjubkan dan berjaya memulihkan keadaan kembali kepada asal seperti biasa dalam masa yang singkat, kita telah sama-sama mengharungi cabaran genting ini sebagai rakyat Negeri Pulau Pinang yang bangga. Ingin saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah menyumbangkan usaha mereka mengatasi malapetaka tersebut. Penghargaan juga diberikan kepada Kerajaan Negeri yang telah melancarkan Program Bangkit Pulau Pinang yang memberikan bantuan kewangan khususnya kepada mangsa-mangsa ribut yang telah mengalami kerugian khususnya dari segi kewangan seakibat dari malapetaka tersebut. Sehubungan dengan itu, ingin saya mendapatkan kepastian ataupun hala tuju Kerajaan Negeri tentang kesiapsiagaan kita sekiranya bencana ini berlaku lagi. Adakah jadual berkala untuk penyelenggaraan komponen-komponen penting seperti sistem saliran dan longkang, pemangkasan pokok-pokok, rumah pam air dan sistem amaran awal telah ditetapkan? Adakah (dengan izin)….standard operating procedure berhubung dengan situasi ini disemak semula dan dikemaskini agar ia dapat memudahkan semua pihak khususnya untuk menangani situasi bencana ini dengan lebih berkesan dan dengan yakinnya saya harap dengan perubahan pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang kini diterajui oleh Pakatan Harapan banyak agensi persekutuan dapat kita mengadakan perbincangan untuk sama-sama kita bersiap sedia sekiranya bencana ini berlaku lagi. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ingin juga saya mengambil kesempatan di sini untuk memberi penghargaan kepada Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang yang ditubuhkan pada tahun 2011 yang merupakan faktor penting di dalam usaha menurunkan kadar indeks jenayah di Negeri Pulau Pinang ini. Seperti mana yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Batu Uban, penghargaan juga kita harus berikan kepada wira dan wirawati kita daripada PPS ini yang terpaksa dimasukkan ke dalam lokap selepas kawad kehormat pada sambutan Hari Merdeka pada tahun 2014 dan diisytiharkan tidak sah oleh Kementerian Dalam Negeri di bawah pemerintahan UMNO Barisan Nasional terdahulu. Tahun ini merupakan tahun ulang tahun keempat wira dan wirawati kita terpaksa mengharungi detik sejarah yang hitam tersebut. Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan pandangan Kerajaan Negeri terhadap penubuhan semula PPS ini dan baru-baru ini juga saya menerima maklum balas daripada penduduk di sekitar Pengkalan Kota terdapat incident ragut di sekitar Pengkalan Weld dan ramai yang tertanya tentang penubuhan semula Pasukan Peronda Sukarela ini dan nescaya dengan penubuhan semula Pasukan Peronda Sukarela ini dan kerjasama erat bersama dengan agensi-agensi penguatkuasaan sepertimana yang kita amalkan sebelum ini dan saya yakin ia dapat menyumbangkan kepada penurunan kadar indeks jenayah di Negeri ini dan sekaligus mencapai hasrat Kerajaan Negeri agar Negeri Pulau Pinang ini sebuah Negeri yang bersih, hijau, sihat dan selamat.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ingin juga saya membangkitkan tentang Skim Perumahan Sewa Beli yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri. Skim Perumahan Sewa Beli yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri ini merupakan salah satu Dasar yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah yang ingin membeli rumah pertama tetapi menghadapi isu kadar penolakan pinjaman bank yang tinggi.
Selain daripada itu golongan ini juga terpaksa berhadapan dengan prosedur dan kos pembelian rumah yang memerlukan sejumlah wang yang tinggi misalnya wang deposit ataupun yuran guaman yang perlu disediakan sebelum dapat meneruskan untuk proses pembelian rumah tersebut. Jadi dengan pengenalan ataupun pelaksanaan Projek Skim Perumahan Sewa Beli ini sememangnya akan memanfaatkan majoriti rakyat khususnya golongan belia dan anak muda yang menginginkan rumah kediaman pertama mereka dan selain daripada dapat membantu Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu-isu tunggakan tinggi menerusi pelaksanaan Skim Sewa Beli ini di mana penyerta atau penyewa projek skim ini terpaksa membayar sewa mengikut masa untuk melayakkan mereka untuk memiliki kediaman itu pada penggal akhir pembayaran sewa tersebut. Dan disini juga ingin saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan mereka iaitu penyewa-penyewa rumah PPR kini yang mempunyai rekod pembayaran yang baik dan elok untuk diberikan keutamaan untuk menyertai skim perumahan sewa beli ini.
Saya memberi contoh sekiranya tempoh penyewaan Skim pemilikan bersama Skim Sewa Beli ini ditetapkan untuk 15 tahun, sekiranya penyewa tersebut telah menunjukkan satu rekod pembayaran yang cantik dan elok untuk masa lima (5) tahun, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk menawarkan Skim Sewa Beli ini untuk masa 10 tahun sahaja memandangkan ia telah menunjukkan rekod pembayaran yang baik selama lima (5) tahun ini dan saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar skim-skim tersebut lebih banyak dapat diwujudkan khususnya di kawasan Pulau dan terutamanya di kawasan Daerah Timur Laut yang sememangnya akan
memanfaatkan rakyat Negeri Pulau Pinang khususnya kepada golongan belia dan kepada mereka yang menginginkan rumah kediaman pertama mereka.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, akhir sekali sebagai kesimpulan suara rakyat telah menjadi muktamad menerusi keputusan Pilihanraya Umum ke-14 ini. Untuk penggal ini Kerajaan Negeri sememangnya tidak mempunyai masa untuk berehat ataupun (dengan izin)….honeymoon tapi sebaliknya usaha dan gerak kerja perlu kita dipertingkatkan lagi dengan adanya sokongan yang setimpal yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan, jadi saya berharap agar cadangan-cadangan bernas dan memanfaatkan rakyat tersebut dapat diterapkan dan dilaksanakan dengan kadar segera jadi dengan ini sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua saya memohon menyokong.
Terima kasih Pengkalan Kota, dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan YB. Seri Delima.
Ya saya, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera semua dan Salam Malaysia baru, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan dalam sidang ini. Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengetengahkan isu yang amat dekat dengan diri saya iaitu seputar isu-isu melibatkan penyertaan wanita khususnya dalam bidang Pendidikan. Saya kira semua yang ada dalam sidang ini bersetuju bahawa pendidikan merupakan antara bidang tumpuan utama yang menuntut komitmen yang tinggi dan berterusan. Kita sedar betapa pentingnya pendidikan dalam melahirkan generasi yang berupaya menggalas tanggungjawab membangunkan Negara pada masa yang akan datang dan saya percaya perkara ini hanya mampu di zahirkan melalui sebuah sistem pendidikan yang comprehensive dan inclusive. Saya ingin menarik perhatian terhadap kurikulum (dengan izin)…Sains Technology, Engineering And Mathematics atau singkatannya STEM, tumpuan saya khusus ke atas pengajaran dan pembelajaran STEM di Pulau Pinang. Seperti kita sedia maklum inisiatif penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran STEM sudah secara rasmi dilancarkan pada tahun lepas oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu saudara Yang Berhormat Lim Guan Eng matlamatnya jelas pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran STEM secara efektif dan menyeluruh di Pulau Pinang. Secara serba ringkas penekanan terhadap pembelajaran STEM sudah lama dimulakan ia sudah bermula sekitar tahun 1970’an dan telah berkembang khususnya setelah pelancaran Wawasan 2020 hampir 30 tahun yang lepas, tumpuan terhadap empat (4) kursus tersebut pada ketika itu adalah bermatlamatkan untuk melahirkan generasi yang dilengkapi dengan kemahiran dalam bidang teknologi serta pembuatan. Ia bertujuan untuk memenuhi keperluan industri berat serta menyediakan (dengan izin)…human capital yang mampu bersaing dalam industri yang menitik beratkan penguasaan kemahiran teknikal. Keempat-empat bidang tujahan dalam STEM ini bertambah relevan pada masa sekarang lebih-lebih lagi setelah kita memasuki Era Revolusi Industri 4.0. Jadi landskap industri masa kini lebih tertumpu kepada bidang perkhidmatan termasuklah pembangunan bidang robotik dan (dengan izin)….artificial intelligence serta perkhidmatan yang bersifat atas talian, bidang ini juga turut mempengaruhi kehidupan seharian kita pada masa sekarang dan tidak sahaja terhad kepada mereka yang berkerja dalam sektor tersebut, ambil sahaja contoh yang paling dekat dengan kita. Kepentingan bidang komputeran dan programming ini terpapar dalam kempen-kempen Ahli-ahli Yang Berhormat termasuklah saya dalam pilihan raya yang lepas. Jadi boleh dikatakan semua calon yang bertanding mempunyai facebook page tersendiri, kempen-kempen lebih tertumpu lebih di atas talian berbanding ceramah-ceramah secara langsung dan ini direalisasikan oleh pasukan-pasukan media yang fasih dan juga mahir dengan selok belok dunia maklumat pada hari ini.
Sebagai organisasi payung Penang STEM Sdn. Bhd. bertanggungjawab untuk menerajui pengajaran dan pembelajaran STEM melalui pelaksanaan strategi yang (dengan izin)….coherent dan synergistic, Penang STEM Sdn. Bhd. Mempunyai visi untuk mengangkat Pulau Pinang sebagai sebuah pusat kecemerlangan STEM. Ini ditunjangi oleh aspirasi untuk mendidik serta melahirkan bakat-bakat baru yang akan menerajui ekonomi digital dan juga Revolusi Industri 4.0. Penubuhan organisasi payung ini juga mencerminkan tekad Kerajaan Negeri dalam mendukung pengajaran dan pembelajaran STEM melalui pendekatan yang bersifat menyeluruh seperti penyediaan prasarana secukupnya sebagai asas kepada pembelajaran efektif di seluruh Pulau Pinang. Pelan ini juga mempunyai aspirasi untuk mengecilkan jurang antara kawasan Bandar dan Luar Bandar dari segi inisiatif penyediaan fasiliti, modal pengajar serta kemudahan di kawasan-kawasan tumpuan yang mudah diakses oleh masyarakat Pulau Pinang. Bertepatan dengan aspirasi tersebut, objektif utama pengajaran dan
pembelajaran STEM di Pulau Pinang turut menyasarkan negeri ini sebagai peneraju serta menjadi hub kepada perkembangan teknologi dan maklumat di Malaysia. Ini tercermin melalui pendekatan khusus terhadap pendidikan dan kemahiran STEM dalam golongan generasi muda serta galakan kepada penyertaan mereka ke dalam sektor-sektor utama revolusi industri 4.0 seperti (dengan izin)….big data analytics, cloud computing, robotics, artificial intelligence dan Internet Melalui 6 organisasi STEM di bawah STEM Sdn.Bhd. pelbagai program berbentuk pendidikan dapat dijalankan dan juga sekaligus dapat memberi pendedahan kepada masyarakat awam. Setakat awal tahun ini lebih daripada 250 program telah dijalankan, sebahagian besar program-program tersebut adalah program berasaskan STEM yang menyasarkan masyarakat awam. Kebanyakan program ini dijalankan adalah percuma manakala sebahagian lain adalah dikenakan bayaran yang rendah. Satu-satu perubahan ataupun tindakan-tindakan menuju perubahan tidak akan mampu direalisasikan tanpa didahului oleh ruang yang menyokong perubahan tersebut. Negara dan masyarakat ….(gangguan).
Boleh tanya soalan? Terima kasih kepada ADUN Seri Delima. Saya juga ada buat soalan bertulis berkenaan dengan keahlian MMK dan juga syarikat-syarikat di bawah kerajaan dan GLC. Saya sangat tertarik dengan apa yang dibahaskan oleh Seri Delima sebab di Penanti juga kami telah mengusahakan sejak tahun 2014, kita panggil Penanti Hackers, pada masa itu basically pasal pembelajaran STEM untuk kanak-kanak sekolah tercicir. Seperti yang saya sebut dalam perbahasan saya, kita juga akan siap bulan Ogos ini, bangunan untuk pembelajaran STEM. Hanya bila saya tengok dalam list GLC dan juga MMK yang terlibat dalam STEM saya hendak tahu, bagaimanakah pilihan ahli-ahli yang masuk di dalam perancangan dan pembangunan, perancangan untuk membangunkan STEM? Saya hendak tahu dari segi pemilihan, apakah kriteria ahli-ahli yang dipilih untuk masuk ke dalam jawatankuasa ataupun di dalam organisasi-organisasi seperti yang di bawah Kerajaan Negeri dan usaha-usaha yang disebutkan tadi. Macam 200 progam, what ever programmes dan ada beberapa organisasi yang YB. sebut, Penang Tech Centre, Penang Science Cluster, Penang STEM, lepas itu MMK ada Sains Teknologi. Saya hendak tahu bagaimana pemilihan dibuat? Lagi satu, kalau dari segi kriteria, saya hendak tahu, PHD saya memang dalam bidang Sains Teknologi dan Inovasi dalam bidang Elektronik. Apakah kriteria sebab dari PRU 13 saya tidak dimasukkan di dalam apa-apa jawatankuasa dan sampai PRU 14 sama juga. Saya hendak tahu apakah dasar yang digunakan untuk pemilihan ahli-ahli yang terlibat dalam perancangan pembelajaran STEM di Pulau Pinang.
Yang Berhormat Penanti, untuk pemilihan yang itu saya terus-terang saya pun kurang pasti, tetapi mengikut pengalaman saya sekiranya seseorang ADUN itu ingin melaksanakan satu program kita boleh dengan izin, reach out pada …(gangguan).
YB. Penanti, yang ini saya akan gulung.
Tetapi kalau sekiranya hendak melakukan aktiviti atau program boleh menghubungi agensi-agensi tersebut. Jadi Timbalan Speaker, saya teruskan. Negara dan masyarakat yang demokratik akan terlahir melalui penyediaan dan pengukuhan institusi-institusi demokrasi. Hal yang sama juga boleh diperhatikan dalam inisiatif pengajaran dan pembelajaran STEM. Jadi penubuhan Penang STEM Sdn. Bhd. serta enam (6) organisasi anak di bawahnya adalah hanya langkah pertama dalam perkembangan STEM di Pulau Pinang. Bagi saya pengwujudan ekosistem STEM ini merupakan langkah awal untuk signifikan untuk mempromosikan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan STEM pada masa sekarang. Ekosistem STEM juga boleh dilihat sebagai serampang dua mata yang tidak sahaja bertindak sebagai platform persediaan bagi generasi muda untuk hadapi cabaran masa depan tetapi juga menyediakan masa depan yakni ruang pengajaran dan pembelajaran STEM yang mampan untuk generasi muda pada masa sekarang. Berdasarkan pada apa yang disebut sebentar tadi, saya kira Kerajaan Negeri sudah mengambil inisiatif yang baik dalam memperkenalkan serta menyokong pembelajaran STEM di negeri kita. Jadi pendekatan inklusif yang diambil terutamanya dalam merapatkan jurang kawasan bandar dan luar bandar perlu diteruskan. Jadi penyediaan platform pengajaran dan pembelajaran haruslah bersifat komprehensif. Ia perlu disulam dengan hasrat dan cita-cita untuk melahirkan generasi inovator khususnya graduan-graduan yang segar yang tidak sahaja lulus semata-mata untuk memenuhi pasaran pekerjaan tetapi turut
menjadi orang-orang yang mencipta peluang pekerjaan. Perkara ini mampu dicapai antara lain melalui penekanan kepada aspek (dengan izin)….critical thinking dan penyemaian budaya inovatif dalam kalangan pelajar sejak dari pendidikan rendah lagi. Pun begitu, pendekatan inklusif ini tidak seharusnya terhad kepada pencapaian berbentuk vertical semata-mata. Jurang di antara bandar dan luar bandar yang boleh juga diterjemahkan kepada jurang pendapatan dan sosio ekonomi. Jadi pada saya pendidikan inklusif ini juga harus mengambil kira aspek-aspek sepunya masyarakat yang bersifat rentas etnik, agama dan juga kelas. Salah satu aspek horizontal tersebut adalah gender. Dalam negara yang masih lagi berada dalam tahap transisi, sebahagian besar masyarakat kita masih lagi terikat dengan pandangan-pandangan tradisional yang masih lagi menganggap wanita sebagai jantina kedua. Jadi pandangan sebegini cenderung untuk meremehkan kebolehan serta kapasiti wanita khususnya dalam bidang kepimpinan baik pentadbiran dan pengurusan perwakilan politik, pemimpin masyarakat setempat dan sebagainya. Justeru saya kira amatlah patut untuk organisasi-organisasi STEM di Pulau Pinang untuk menyimpan statistik penyertaan pelajar dalam program STEM berdasarkan pecahan gender di peringkat rendah, menengah dan tinggi. Ia juga perlu merangkumi taburan jumlah pelajar yang menyertai sektor-sektor pekerjaan yang menjadi tumpuan STEM. Hal ini penting supaya kita dapat, (dengan izin)….keep track dan melakukan penilaian terhadap keberkesanan program-program yang dilaksanakan dalam menggalakkan penyertaan pelajar untuk ikut serta dalam program STEM serta memastikan supaya mereka kekal dalam bidang tersebut di alam pekerjaan. Ini akan dapat membantu kita untuk merancang program yang lebih efektif….(gangguan).
Mohon mencelah sekejap.
Boleh.
Yang Berhormat Seri Delima, saya rasa program-program STEM ini adalah baik untuk masa hadapan dan Negeri Pulau Pinang tetapi saya hendak bertanya juga adakah rancangan-rancangan untuk menyimpan bakat-bakat ini setelah ianya habis diberi semua program sebab kalau semua bakat telah melalui program tersebut tetapi selepas itu jika mereka pergi ke negeri atau negara lain, masalah akan timbul. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pulau Tikus. Saya rasa memang ada tujuan untuk menyimpan bakat-bakat tersebut, (dengan izin)…the idea of the reversal of brain drain that we want to put forth is the idea of brain gain. Saya sambung balik, Timbalan Speaker. Pun begitu, cabaran terbesar buat kita di Pulau Pinang dan Malaysia umumnya masih lagi bersekitar soal umum masyarakat kita yang masih lagi terikat dengan pandangan yang meletakkan perempuan sebagai jantina kedua. Walaupun bilangan mahasiswa perempuan di universiti awam lebih tinggi berbanding lelaki namun boleh dikatakan tidak ramai daripada mereka yang benar-benar cemerlang setelah menyertai sektor pekerjaan. Jadi maksud cemerlang di sini merujuk kepada golongan perempuan, golongan wanita yang memiliki karier serta berupaya untuk meneruskan kariernya ke peringkat tertinggi. Rata-ratanya masih lagi berhadapan dengan faktor, (dengan izin)….glass ceiling dalam organisasi atau mengorbankan peluang karier demi komitmen terhadap keluarga terutamanya setelah berkahwin. Faktor kedua ini masih lagi membelengu golongan wanita lebih-lebih lagi persepsi yang melihat penekanan wanita terhadap kerjaya boleh menjejaskan tugas dalam institusi kekeluargaan. Ada satu lagi perkara yang amat perlu diketengahkan sebelum saya akhiri ucapan perbahasan saya yakni berkenaan dengan perkahwinan kanak-kanak khususnya kanak-kanak perempuan. Baru-baru ini terdapat satu kes kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun yang telah berkahwin dengan seorang lelaki yang berumur 41 tahun. Perkahwinan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi sehinggakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Wanita dan Pembangunan Wanita mengeluarkan kenyataan yang menyebutkan perkahwinan tersebut tidak sah dari segi undang-undang. Dalam jawapan lisannya yang diberikan di Dewan Rakyat baru-baru ini perkahwinan kanak-kanak di bawah umur masih lagi berleluasa di kalangan masyarakat Islam dan juga masyarat agama lain. Pada tahun 2017 sahaja, seramai 877 kanak-kanak Islam dan 968 kanak-kanak agama lain telah berkahwin dengan pasangan yang lebih dewasa dengan golongan termuda berusia 13 tahun. Dan juga statistik tersebut juga turut merangkumi Sabah dan Sarawak. Bagi saya kanak-kanak diusia 7 tahun hingga 17 tahun sepatutnya hanya menumpukan kepada pendidikan dan juga bermainlah dengan kanak-kanak yang lain.
Perkahwinan kanak-kanak ini adalah satu yang negatif terutamanya terhadap kanak-kanak perempuan yang mempunyai risiko kesihatan yang lebih tinggi dari segi fizikal dan juga psikologi. Saya melihat perkahwinan kanak-kanak ini sebagai satu pencabulan hak asasi manusia di mana mereka dinafikan hak mereka untuk membesar dan lebih lagi melalui zaman remaja yang normal. Perkahwinan seawal ini juga mempunyai kesan langsung terhadap tahap dan kualiti pendidikan kanak-kanak kerana memandangkan mereka sudah terbeban dengan tanggungjawab mereka sebagai seorang isteri seharusnya mereka tidak patutlah melalui sesuatu pengalaman di mana badan mereka tidak lagi ataupun kita katakan tidak mampu untuk, (dengan izin)….they are not physically developed yet. Faktor-faktor lazim yang menjurus kepada perkahwinan kanak-kanak termasuklah kemiskinan, kekurangan pendidikan, ketidakadilan gender dalam masyarakat, undang-undang yang tidak menyeluruh, serta budaya yang masih lagi menganggap perkahwinan sebagai jalan penyelesaian untuk membela nasib kaum wanita. Amalan sebegini tidak langsung mendukung gejala phedofilia yang semakin berleluasa, jadi ia membuatkan gejala phedofilia dilihat sebagai satu perkara normal seperti kes di mana kanak-kanak yang berumur 11 tahun mengahwini seorang lelaki dewasa yang berumur 41 tahun. Kes-kes (dengan izin)….child grooming, dilaporkan semakin berleluasa. Kebanyakkan (dengan izin)….sexual predators, mencari mangsa-mangsa bawah umur menerusi aplikasi-aplikasi sosial yang sedia banyak sekarang. Jadi selain pendidikan dan pembudayaan wanita serta kanak-kanak berkenaan dengan isu sebegini, saya berasakan perlunya mempunyai undang-undang yang lebih ketat untuk menapis permohonan-permohonan perkahwinan bawah umur terutamanya apabila ia melibatkan pasangan dewasa dengan kanak-kanak. Baru-baru ini di Kerajaan Negeri Selangor mengatakan bahawa ia akan meningkatkan umur perkahwinan kepada 18 jadi saya kira ini merupakan satu langkah yang perlu diikuti oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Jadi pada masa yang sama, perkara ini sekiranya perkara ini tidak ditangani ia boleh juga membawa kepada gejala keganasan terhadap kaum wanita. Jadi, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia sehingga ke hari ini sebanyak 57,519 kes keganasan terhadap wanita telah dilaporkan sejak tahun 2010. Dan kes yang tidak dilaporkan kita boleh spekulasilah bahawa ia lebih tinggi. Jadi perkara-perkara ini berlaku, sebab wujudnya tanggapan negatif terhadap kaum wanita dan ada juga bagi manusia yang menganggapkan bahawa kaum wanita ini hanya layak dilabelkan sebagai figura complimentary kaum lelaki. Akhir kata, saya ingin tambah juga, tanggapan negatif ini juga telah menyebabkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor iaitu Dato’ Shahbudin Yahya untuk mengeluarkan kenyataan yang saya rasa agak menjijikkan. Beliau menyatakan bahawa tidak salah untuk gadis di bawah umur 16 tahun berkahwin dengan orang yang dirogolnya. Beliau juga berkata seorang gadis ini kematangannya pada akil baligh adanya seawal Sembilan (9) tahun. Beliau juga berpendapat fizikal tubuh badan cukup untuk menentukan sama ada seorang gadis itu boleh berkahwin atau tidak. Asal akil baligh boleh kahwin kerana pada pendapat beliau fizikal dan spiritual mereka sudah bersedia. Maka umur bukan lagi menjadi penghalang untuk berkahwin. Saya berasa amat kesal dan juga kecewa bila membaca kenyataan malang ini kerana ia datangnya dari wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat untuk membela nasib rakyat semua tak kisah gender apa, lelaki ataupun wanita. Jadi ia menjadi tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat untuk mengubah set minda ini. Ini adalah tanggungjawab kita semua yang ada di sini juga iya. Jadi memandangkan Permatang Berangan berada di dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor, malangnya dia tidak ada tetapi mungkin dengan maaf, dan juga Sungai Dua mungkin boleh memberi beberapa ulasan lah. Tetapi saya ingin ulasan daripada Permatang Berangan sebab sebagai seorang wakil wanita. Ketua wanita juga…(gangguan).
Saya rasa isu ini bukan isu wanita kerana bapa, saya rasa kaum bapa juga concern tentang anak-anak mereka seperti Sungai Dua. Saya rasa Sungai Dua boleh sokong untuk bantah tidak jangan biarkan anak-anak di bawah 18 atau 16 berkahwin. Sama ada mereka perempuankah atau lelaki. Saya rasa ini adalah tanggungjawab kita semua bukan wanita sahaja. Jadi saya tengok ada banyak badan yang mendesakkan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga untuk mengadakan satu pendirian. Sebenarnya kuasa untuk mengubahkan undang-undang ini bukan di bawah Kementerian Wanita. Dia di bawah Kementerian Perdana Menteri. Jadi kita mesti desak ataupun kita mesti cakap dengan Perdana Menteri baru betul kerana dia di bawah Agama Islam dan Syariah dan di bawah Perdana Menteri. Tetapi di dalam Dewan ini, saya harap kita semua Ahli-ahli Yang Berhormat boleh dengan sebulat suara kata kita sokong supaya menaikkan ini umur kahwin dari 16 ke 18. Ini yang kita nak buatlah di Federal ataupun di sini. Jadi saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat boleh sokong cadangan Seri Delima ini. Saya sokong, saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat di sini pun tak ada seorang pun yang kahwin dengan isterinya di bawah umur 16, di sini, betulkah? I know
you will not marry them if they are 11 or 16 or 15 because they belum habis sekolah lagi. Mana boleh kahwinkan. Jadi saya harap Sungai Dua boleh sokong ya, terima kasih.
Amboi, sebut Sungai Dua banyak kali. Berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor tentang isu yang merogol boleh kahwin? Ini saya rasa berkaitan dengan persetujuan. Apa bila berlaku sesuatu kes rogol. Dalam orang Melayu atau orang Islam, ia nak mengelakkan berlaku malu, rasa malu, keluarga rasa malu dan keluarga belah lelaki mungkin kenal keluarga perempuan, kenal rapat dan sebagainya. Jadi kedua-dua pihak bersetuju untuk menjodohkan kedua-duanya tetapi dengan persetujuan kedua pihak, dan persetujuan pihak pentadbir, pihak hakim setuju untuk mengahwinkan. Itu saya rasa dalam hukum, boleh. Saya sebut tapi saya tidak ada asas agama/hukum yang kuat. Itu yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor. Bukan kata semua orang yang rogol kena kahwin, tak. Kes-kes tertentu orang Islam, dia kenal, keluarga kenal, masing-masing kenal mungkin jiran ataupun sekampung, nak elakkan rasa malu, rasa bermusuhan dan sebagainya, nak bagi keadaan itu cantik elok, dengan persetujuan waris, wali bersetuju, hakim setuju, dan kita kahwinkan. Bukan maksud semua kes begitu. Jangan maksudkan semua kes rogol mesti kahwin, tidak. Itu maksud Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang saya faham. Dan dari segi perkahwinan umur 16 tahun, dalam Islam ni bila dia akil baligh, dia matang, bila dia matang, dia boleh berkahwin. Syarat tu, akil baligh. Orang perempuan ni akil baligh dia awal. Saya pun tau anak saya umur 13, 12 dah akil baligh. Mak saya kahwin dulu umur 16, emak saya kahwin. Zaman dululah, tahun 50-an. Emak saya kahwin tahun 1957, umur dia 16 tahun. Dan mungkin pada masa ni, keturunan lain pun ada yang kahwin awal. Tetapi zaman sekarang orang tak kahwin umur 15, 14. Ada orang dulu-dulu kahwin umur 14. Orang Tionghua, ada yang kahwin awal. Dulu. Sekarang mungkin tak ada. Trend dulu, kahwin awal. Dan saya kalau ikut dalam hukum Islam, boleh, akil baligh boleh dengan persetujuan diri sendiri, dengan persetujuan kaum keluarga. Itu saya punya komen.
Seri Delima, mohon mencelah. Isu ini digembar gemburkan seolah-olah ia hanya melibatkan masyarakat Islam sahaja dan kita terjurus ke arah debat kita semua terjurus ke arah itu dan kita akan terlepas pandang the big picture…(dengan izin), ini bukan masalah satu masyarakat, satu kaum, atau satu agama sahaja. Malah di kalangan orang Cina dan orang India pun ada mereka yang berkahwin awal tetapi saya kurang bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang menang kembali dengan 82 undi, 81 undi yang sedang dicabar oleh Timbalan Menteri, dia menyatakan perogol boleh kahwin dengan mangsa rogol. Dia kata walaupun dia katakan isu sosial ataupun keluarga tetapi di bawah Undang-undang Negara ia adalah rogol berkanun statutory rape, I don’t know how to translate it to Malay. Statutory rape, iaitu salah tetap salah.
Rogol statutory.
Rogol statutory. So tidak ada ruang.
Dengan izin ya?
Dengan izin.
Okey, pandangan saya adalah jangan kita jurus debat kita ke arah satu masyarakat saja dan kita akan, we will miss the big picture. Itu pandangan saya. Dan undang-undang negeri yang ada Enakmen Syariah Negeri kalau boleh kita minta EXCO Ahli Kawasan Batu Maung ataupun Pinang Tunggal dan juga untuk mereka yang bukan beragama Islam, umur perkahwinan bawah 16 tahun, if I’m not mistaken, boleh kahwin dengan persetujuan daripada Ketua Menteri ataupun Menteri Besar mana-mana negeri. I think untuk yang bukan Islam. So it has to be change in both weather they are Muslim or non-Muslim. Children not supposed get married at young age. Itu perlu ada pendirian kita. Tidak ada argument agama di sini. Itu pandangan saya.
Saya bukan tidak bersetuju di segi pandangan tetapi dari segi agama Islam, dia ada syaratnya. Kita ada hukum kita. So kita tidak boleh keluar daripada hukum itu. Kalau hukum kata akil baligh boleh dan sebagainya, kita kena tetap begitu, kita tidak boleh buang hukum. Saya tetap dengan pendirian begitu.
Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Seri Delima, saya just nak dapatkan pandanganlah, saya kurang jelas. Selangor sudahpun memaklumkan, sudahpun mengumumkan mereka akan meminda enakmen, bagaimana itu? Adakah mereka lari daripada hukum ataupun, saya mohon penjelasanlah.
Saya tidak boleh bagi penjelasanlah sebab saya takut saya silap tetapi saya rasa dari segi Islam kita akan tetap, kita ada satu badan, satu orang yang akan menguruskan hukum hakam dan sebagainya jadi kita serahkan kepada pihak itu. Saya tak boleh bagi ketetapan, kita ada orang yang mahir tentang hukum hakam ini. Yang saya katakan tadi, kita dari segi Islam boleh, dari segi bila akil baligh, persetujuan keluarga dan sebagainya kita boleh kahwinkan.
Timbalan Speaker, okey isu yang ada kat sini ada dua (2). Yang memang saya terus terang saya tak setujulah. Nombor satu adalah kita perlu we have…(dengan iizin) to increase the age of consent to 18, there is no what if, we have to do it. Dan isu yang kedua ialah apabila keluarnya kenyataan di mana seorang wanita perlu ataupun perlulah berkahwin dengan perogol untuk you know untuk menebus malu, saya rasa ini satu benda yang tidak lagi boleh dilakukan dalam dunia sekarang. Disebabnya kebajikan kaum wanita yang dirogol dari segi trauma dan juga kesihatan mental perlu dilihat juga. Jadi apabila kita mendengar kes di mana adanya persetujuan di antara dua pihak, siapa yang memberi persetujuan tersebut. Adakah siapa-siapa yang menyoal kepada anak gadis yang dirogol itu tentang perasaan dia? Dengan izin, mungkin boleh saya nak sambung ya….(gangguan).
Saya ingatkan tadi dah last dah.
Ada lagi.
Ada? Wrap up lebih cepat lagi.
Okey, jadi bagi saya tugas pemimpin adalah untuk memperkasakan anak-anak gadis, wanita dan juga lelaki. Kita harus mementerangkumkan inklusiviti gender tersebut dengan memastikan supaya mereka menerima pendidikan dan juga perlindungan yang secukupnya dan seterusnya supaya memastikan kesejahteraan hidup mereka sebagai Warganegara Malaysia. Jadi akhir kata usaha untuk memecahkan stereotype gender ini masih lagi menjadi cabaran besar buat pembuat-pembuat dasar serta masyarakat di akar umbi kerana ia berkait dengan halangan-halangan berbentuk budaya. Namun ini tidak boleh menghalang kita untuk mula membina sebuah persekitaran yang menggalakkan kesedaran berkenaan kesaksamaan gender serta nilai inclusive untuk generasi muda masa sekarang. Jadi tugas-tugas penyediaan masa depan buat generasi muda sekarang haruslah mengambil kira penyediaan persekitaran yang adil untuk semua segmen dalam masyarakat lebih-lebih lagi mereka yang terpinggir. Jadi dengan ini saya mohon supaya menyokong usul. Sekian. Terima kasih.
Terima kasih Seri Delima. Dipersilakan Yang Berhormat, Ahli Kawasan Bagan Dalam.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua Dewan. Pertama sekali saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pimpinan Parti DAP, Setiausaha Agung DAP, Ahli Yang Berhormat Air Putih, Setiausaha Agung, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat Perai dan juga Setiausaha Negeri Datok Keramat, Tanjung Bunga dan semua kepimpinan negeri yang memberi peluang untuk bertanding dalam PRU ke-14.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi kawasan Bagan Dalam yang telah memberikan mandat kepada saya untuk menjadi wakil mereka dalam Dewan yang mulia ini. Saya berjanji saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk menjadi suara mereka dalam Dewan ini dan juga di luar. Kepercayaan rakyat itu akan saya membalas dengan perkhidmatan yang memuaskan. Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya juga mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua seluruh rakyat Malaysia yang akhirnya dapat menjatuhkan Kerajaan kleptokrat Barisan Nasional yang telah membawa negara kita ke kancah kemusnahan. Khususnya kepada rakyat Pulau Pinang. Kerana menjadi perintis perubahan kepada keseluruhan negara ini. Pulau Pinang selalu memimpin, Penang leads. Kita adalah Rakyat Negeri Pakatan pertama yang telah memperolehi 2/3 dalam Pilihanraya ke-12 pada tahun 2008. Walaupun difitnah, dianaktiri dan dibuli oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional yang perintah sebelum ini. Pakatan telah berjaya mengekalkan kemenangan rakyat itu pada Pilihanraya Umum Ke-13. Malah telah tambah 1 kerusi lagi. Mengambil semangat Rakyat Pulau Pinang sebagai teladan, Rakyat Malaysia akhirnya bangkit untuk menjatuhkan Rejim Kleptokrat Barisan Nasional. Malaysia yang bebas daripada penjajah 60 tahun yang lalu, bebas sekali lagi dari cengkaman rejim perompak. Sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah melakukan the mission impossible….(dengan izin). Yang berhormat Timbalan Speaker, saya memanggil kesemua ahli dewan yang mulia ini untuk menghayati pesanan Tuan Yang Terutama Tun dalam ucapannya untuk meraikan perbezaan pendapat dan mengekalkan di korum apabila kita berbahas. Dan saya rasa Ketua Pembangkang kita lebih baik daripada Ketua Pembangkang yang kita ada dalam 10 tahun ini. Tiada masalah lah rasanya….(gangguan).
Okey. Tak ada masalah.Tapi jangan lah lebih-lebih sangat hentam. Saya tak marah tak apa, saya marah sekali susah.
Kita boleh berbeza pendapat. Jangan hentam-menghentam. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan pimpinan. Tak hentam pun sudah keluar. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, yang mengiktiraf Pembangkang. Untuk Ketua Pembangkang, dilantik menjadi Ketua mengetuai Jawatankuasa Kira-Kira Dewan dan juga para ahli pembangkang juga diberi peluang untuk mengganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan. I mean Jawatankuasa MMK. Itu adalah satu pengiktirafan kita di sini Pakatan Harapan menunjukkan kita bukan seperti rejim Barisan Nasional yang terdahulu. Ahli Barisan Nasional sebelum ini apabila mereka menjadi Kerajaan di Dewan yang mulia ini, mereka membuli Pembangkang. Khususnya Sungai Puyu. Tak ada dalam Dewan. Sering dibuli. Sebelum itu, Padang Lalang dan juga Batu Lanchang, mantan Ahli EXCO. Bila ada satu pembangkang, semua gang up hentam Ahli-ahli Pembangkang. Tetapi walaupun sekarang Pembangkang tinggal tiga (3), kita tidak akan berbuat demikian. Malah kita akan mengiktiraf peranan pembangkang dalam institusi demokrasi ini. Dipersilakan Yang Berhormat Penaga.
Terima kasih sahabat saya Bagan Ajam, Bagan Dalam. Timbalan yang di-Pertua. Berdasarkan apa yang telah disebut tadi oleh sahabat saya dan inilah yang saya kira wajah Malaysia Baharu selepas daripada pilihan raya yang ke-14. Dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas apa yang disebut tadi. Memberi peluang kepada ADUN-ADUN pembangkang untuk berada di Jawatankuasa MMK dan seumpamanya. Cuma saya melihat di sana masih ada lagi deskriminasi yang dibuat terutama sekali di sudut keistimewaan ADUN-ADUN. Kalau boleh biar sama rata antara Kerajaan di sebelah Pembangkang khususnya berkaitan dengan peruntukan-peruntukan yang sepatutnya diperolehi demi untuk rakyat ataupun masyarkat yang berada di bawah kawasan Pembangkang itu sendiri. Demi untuk kebaikan mereka dan juga program-program yang mungkin dimampatkan ataupun projek yang akan dibuat dibawah DUN ataupun kawasan pembangkang itu sendri. Termasuk kawasan saya di Penaga.
Terima kasih sahabat saya dari Penaga.
Dengan izin, saya mohon mencelah.
Okey.
Yang Berhormat Bagan Dalam, saya ada pantun dua kerat. Buah nyior buah kelapa, Tinggal 3 pun tak apa. Kita lawan juga.
Lawan tetap lawan.
Minta pencerahan Bagan Dalam.
Teruskan.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Dalam saya tertarik perhatianlah atas apa-apa yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Bagan Dalam berhubung dengan, dengan peruntukan-peruntukan yang Kerajaan Negeri menawarkan kepada rakan-rakan kita daripada Pembangkang. Dan sebenarnya ini bukan satu perkara yang baru lah. Saya rasa untuk penggal yang lepas pun, apabila kita ada 10 orang wakil rakyat daripada UMNO Barisan Nasional yang menjadi Pembangkang di dalam Dewan yang mulia ini. Kerajaan Negeri turut menawarkan peruntukan untuk pembangunan di kawasan tersebut. Tetapi saya rasa Yang Berhormat Bagan Dalam, masa itu 10 orang Pembangkang itu tidak mereka tidak menggunakan peruntukan tersebut dan pada pembukaan pada ucapan Yang Berhormat Ketua Pembangkang hari itu beliau juga mengucapkan terima kasih lah kepada Kerajaan Negeri kerana menyediakan peruntukan tersebut. Dan saya rasa sebenarnya pelik lah sebab perkara ini sebenarnya bukan perkara yang baru di mana peruntukan itu telah ditawarkan pada penggal yang lepas. Namun tidak mendapat sambutan daripada pihak Pembangkang.
Sebelum itu, sebelum 9 Mei mereka ada jentera yang besar Kerajaan Persekutuan tak nak terima. Sekarang kita pun berilah kepada mereka peluang. Dan saya mengulas kepada sahabat saya daripada Penaga. Saya rasa saya minta rakan saya dari Penaga. Tolong juga sampaikan maklumat ini kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan juga Terengganu. Jangan menganak tirikan Pembangkang. Kita memulakan satu tradisi yang baru
Mohon mencelah.
Okey.
Terima kasih pada sahabat saya YB. daripada Bagan Dalam. Untuk makluman Dewan Undangan Negeri juga Negeri Pulau Pinang, untuk kali ini DUN Terengganu memberi sama rata peruntukan kepada semua YB-YB. Sama ada dari kalangan Kerajaan ataupun Pembangkang. Dan saya kira ini juga dibuat oleh Kerajaan Kelantan. Jadi saya harap benda yang sama jugak dapat dipraktikkan di Negeri Pulau Pinang.
Okey, kita terima pandangan itu. Ini lah kalau saya mencelah bila ahli lain berbahas, semua nak mencelah.
YB. Bagan Dalam.
Kita teruskan.
Masa yang sama juga diberi kepada YB.
Tetapi Penanti, Penanti dan Permatang Pasir dapat lebih.
Sila teruskan. Jangan mengalu-alukan untuk masuk celah. Okey?
Okey. Saya teruskan. Kita di Pulau Pinang memulakan satu tradisi yang baru dan teladan yang baik yang patut dicontohi di lain-lain negeri. Berbalik kepada Dewan Undangan Negeri, saya minta reformasi Institusi Demokrasi itu sendiri perlu mengambil kira seperti yang saya menyatakan sebelah pagi tadi semasa ahli kawasan Permatang Pasir berucap. Our representation in Dewan Negara has to be review…(dengan izin). Dan kita perlu Pulau Pinang perlu memimpin kempen itu untuk reform Dewan Negara untuk dijadikan Council of State seperti asal, keadaan asal apabila Persekutuan Malaysia ini menjadi. Itu pandangan saya. Dan satu lagi, satu isu yang dibentangkan, Dewan Undangan Negeri yang baru saya pun harap Kerajaan Negeri akan mengambil. Semalam saya ada nampak berita tersebut di surat khabar Cina tapi saya tak tahu baca la. Saya nampak Dato’ Speaker memegang satu kertas. Rasanya tentang bangunan baru saya tidak tahu. Saya harap Dewan Undangan Negeri yang baru akan dibina di Seberang Perai kali ini. Ahli-ahli dari Seberang boleh sokong. Okey, itu harapan saya. Beralih kepada isu yang lain. Yang Berhormat Timbalan Speaker. Tuan Yang Terutama Tun juga telah menggalakkan perkembangan industri dan pelancongan dalam ucapannya. Dalam jawapan yang saya terima dari EXCO juga menunjukkan pelaburan kita telah meningkat pada tahun lepas. Malah negara-negara seperti Switzerland, Luxembourg ada datang melabur di Pulau Pinang. Menunjukkan satu trend yang baik di Negeri Pulau Pinang ini. Suasana pelaburan itu memang positif di Negeri Pulau Pinang ini. Dan saya ingin menyeru kepada Kerajan Negeri supaya lebih banyak usaha untuk menarik pelaburan daripada European Union dan juga Amerika Syarikat perlu diambil khasnya. Ini kerana, pada masa kini dengan wujudnya Trade War….(dengan izin) di antara Amerika Syarikat dan China peluang kita terbuka luas. So saya harap Pulau Pinang mengambil peluang ini untuk meraih pelaburan dari negeri-negeri, negara-negara Barat khususnya Amerika Syarikat dan juga Kesatuan Eropah. Kita seperti yang dimaklum dalam ucapan Tuan Yang Terutama Tun, kita harus menggunakan peluang ini untuk muncul sebagai Silicon Valley, bukan Silicon Valley untuk Malaysia malah Silicon Valley of South East Asia seperti yang diseru oleh Tuan Yang Terutama Tun. Yang Berhormat Timbalan Speaker, untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Central of Excellent tumpuan harus diberi kepada IR 4.0, Industrial Revolution 4.0…(dengan izin). Dan fokus dalam sektor TVET seperti Tuan Yang Terutama Tun juga TVET ini sangat relevan dengan kita. PSDC yang ada dalam Negeri Pulau Pinang ini salah satu pusat TVET yang terkemuka di Malaysia. Malah ada pelajar-pelajar dari negeri lain yang gemar datang belajar di PSDC untuk belajar dalam bidang kemahiran ini. Dan saya menyeru bahawa kita perlukan lebih banyak pusat TVET seperti PSDC khususnya di kawasan Seberang juga. Sebab PSDC dia ada di Pulau dan kita perlukan satu di seberang. Kalau boleh saya minta pusat TVET itu diwujudkanlah dikawasan Bagan Dalam di Butterworth. Itu harapan saya. Dan kita juga ada Institut Latihan Perindustrian yang memang unggul dalam satu-satu bidang seperti Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas adalah salah satu ILP yang terkemuka dalam kemahiran berkaitan dengan Air Conditioning. One of the best in Malaysia. Malah ada juga yang datang dari luar negeri datang belajar di ILP Kepala Batas. Dan ILP Arumugam Pillai di Nibong Tebal adalah satu yang terbaik dalam bidang teknologi printing ataupun percetakan. Ini perlu diguna pakai oleh masyarakat di Pulau Pinang dan kita perlu mengwar-warkan ini peluang yang terdapat dalam sektor TVET ini kepada golongan muda. Dan saya juga berharap industri Institut Latihan Perindusrtrian ini membuka pintu mereka kepada semua kaum. Apabila kita melawat, kita nampak tidak keseimbangnnya. So kita rasa perlu beri peluang kepada semua. Dan apa yang perlu dibuat adalah melalui kempen-kempen kesedaran. Mungkin kerana kempen kesedaran kurang. Banyak pelajar daripada masyarkat Cina dan India tidak pergi ke ILP yang diluluskan oleh Kerajaan Kementerian Sumber Manusia ini. Dan saya berharap kedua-dua ILP Kepala Batas, Arumugam Pillai dan juga ILP di Perai berkejasama dengan Kerajaan Negeri dan agensi Kerajaan Negeri untuk melahirkan lebih banyak talent dalam bidang kemahiran ini. Saya tertarik dengan tindakan oleh Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang. Mereka sponsored about 40-50 students a year untuk menjalani kursus kemahiran di PSDC dan peluang-peluang seperti ini agensi-agensi kerajaan yang lain juga harus berbuat demikian kalau boleh sebagai salah satu CSR juga boleh melahirkan lebih banyak talent dalam bidang kemahiran ini. Dan jabatan Kerajaan Pusat
ataupun agensi Kerajaan Pusat seperti HRDF dan PTPK juga harus ditarik untuk membantu Pulau Pinang. Inilah harapan saya supaya lapisan masyarakat yang terpinggir bolehlah mengambil peluang ini untuk maju dalam kehidupan mereka. Yang Berhormat Timbalan Speaker, kebanyakan masa Pusat Perkembangan Kemahiran menghadapi cabaran untuk menarik para pelajar. Apabila saya melawat ILP Kepala Batas, ILP Nibong Tebal apa yang dinyatakan adalah kurangnya pelajar datang untuk mendaftar kursus kerana mereka merasakan ILP, Institut Latihan Perindustrian ini sebagai satu tempat untuk mereka yang gagal dalam peperiksaan seperti SPM dan juga PMR. Konteks ataupun persepsi ini harus ditukar. Agensi penerangan kerajaan memainkan satu peranan yang penting dalam menukar persepsi awam ataupun masyarakat ini. Dalam konteks Pulau Pinang, Mutiara FM juga mempunyai satu peranan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang peluang yang ada dalam sektor TVET ini ada peluang yang terbuka luas dalam institut latihan perindustrian ini. Malah pihak media ini khususnya yang ada berkait dengan Kerajaan, penerangan agensi penerangan seperti radio RTM, mereka perlu memainkan peranan yang lebih besar untuk mempromosi dasar-dasar kerajaan bukan saya kata dasar-dasar parti politik seperti sebelum ini. Malah mereka perlu mempromosi dasar-dasar kerajaan walaupun ada tetapi saya rasa kurang mempromosi dasar kerajaan seperti pengambilan ILP dan juga kita ada kekosongan tapak pasar dan kompleks. Kadangkala tidak sampai kepada mereka yang ingin mengambil peluang ini khasnya di Seberang Perai. So agensi penerangan seperti ini harus memainkan peranan mereka dalam mempromosi benda-benda seperti ini, Stesen swasta pun ada syarat untuk menyiarkan public service announcement dan saya mengambil peluang ini untuk menegur stesen radio swasta yang membuat pengumuman yang karut dia kata ini public service announcement tapi kadangkala apa yang dia umumkan adalah benda-benda yang karut, tidak berguna langsung kepada masyarakat. Ada satu radio stesen saya berhenti mendengar stesen radio selepas mendengar stesen radio Tamil THR Ragga kerana public service announcement yang dibuat adalah jangan pakai jersi bola sepak ke majlis perkahwinan. Itu dinyatakan sebagai public service announcement. Adakah ini penting? Saya juga ingin tegur stesen radio RTM sesetengah tetapi khususnya Minnal FM, radio Tamil juga yang terikut-ikut stesen radio swasta THR Ragga. Ada banyak public service announcement yang lebih penting di mana boleh buat aduan tentang barangan yang dijual mahal, isu-isu pengguna, aduan tentang pengangkutan awam, sepatutnya itu yang perlu jadi sebagai public service announcement, bukannya pengumuman-pengumuman yang karut. So saya mengambil peluang ini untuk menegur agensi penerangan seperti itu. Yang Berhormat Timbalan Speaker, golongan belia adalah penyumbang terbesar kepada kemenangan Pakatan Harapan. Mereka sudah muak dengan Barisan Nasional, dahagakan perubahan dan mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan mengundi untuk harapan dengan harapan bahawa perubahan ini akan membawa satu kebaikan kepada mereka dan sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan Pakatan Harapan untuk membela golongan belia ini. Isu membelenggu belia ini banyak seperti kos hidup tinggi, hutang pendidikan dan ketiadaan perumahan. Perumahan untuk belia contohnya menurut IRIS, satu pusat penyelidikan tentang belia hanya 14% belia yang berumur daripada 21 hingga 40 tahun mempunyai rumah di Malaysia ini. Manakala, 48.5% belia menyewa rumah yang mereka tinggal itu dan 37% lagi menumpang rumah keluarga. Ini satu trend yang membimbangkan. Yang memiliki rumah hanyalah 14%. Mereka ini kalau sampai umur mereka 40 tahun, mereka tidak boleh beli rumah saya tidak nampak peluang di mana mereka akan membeli rumah. Oleh itu, mereka juga menyatakan apa masalah mereka untuk membeli rumah. Antaranya ialah bayaran wang pendahuluan yang tinggi, harga rumah mampu milik ini mahal kadangkala dan juga tidak juga dapat kelulusan pinjaman. Saya menyambut baik pengumuman daripada Ahli Kawasan Datok Keramat yang telah menyatakan bahawa Bank Negara ataupun institusi-institusi kewangan sedia untuk melonggarkan syarat-syarat untuk memberi pinjaman perumahan. Ini sangat menggalakkan. Saya harap ini akan membantu golongan belia yang ingin membeli rumah dan saya juga ingin cadangkan kepada Kerajaan Negeri apa yang kita bincang trough out the day….(dengan izin), iaitu skim sewa-beli. Rakan saya daripada Pengkalan Kota tadi telah menyatakan kita membuka peluang kepada rakan pengundi PPR untuk menyertai skim sewa-beli ini. Saya ingin mencadangkan pihak Kerajaan Negeri membuka peluang kepada golongan belia khususnya yang berumur bawah 35 tahun ini juga diberi peluang untuk membeli ataupun duduk di rumah skim sewa-beli ini.
Teruskan Bayan Lepas.
Mohon laluan. Mohon penjelasan Bagan Dalam apa yang dimaksudkan dengan mampu milik tetapi mahal. Mohon penjelasan.
Ini saya ikut menurut kajian daripada IRIS. Boleh lihatlah dalam. Saya tidak tau. Itu yang dimaksudkan dalam tu, saya just translate sahaja. So, saya ikutkan fakta yang diberikan dalam penerbitan oleh IRIS tersebut. Ok nanti nanti kita boleh bincang. Saya akan tunjukkan. Tak tau mungkin RM72,000 itu Bayan Lepas mungkin bagi kita saya ingat RM72,000 itu murah. Mampu milik jenis dululah, tapi untuk yang mereka yang berpendapatan rendah RM72,000 itu mahal manakala yang masih kerja lagi bergaji RM1,300, RM1,200 tidak ada penambahan gaji untuk mereka untuk mereka RM42,000 pun mahal. Mungkin itu salah satu sebablah yang disebut.
Mohon penjelasan. RM72,500 dia low medium cost. Kalau mampu milik setahu saya kategori RM300,000.00.
Yang Berhormat, I think semua low cost, low medium cost semuanya sudah ditakrifkan sebagai rumah mampu milik jenis 1, 2….(gangguan). Jenis A, B, C. A is RM42,000, B is RM 72,000. Correct? Okey, jangan kelirukan sayalah. Okey, saya menyeru kepada Kerajaan Negeri untuk memberi satu peluang kepada golongan belia yang berumur bawah 35 tahun untuk menyertai skim sewa-beli ini untuk mendapatkan satu peluang khususnya yang mereka yang berpendapatan rendah. Ada yang kerja gaji tak sampai RM1,500.00 tapi sudah berkeluarga. Saya baru jumpa seorang minggu lepas. So memang wujud keadaan ini. So saya harap Kerajaan Negeri juga jaga kebajikan mereka. Dan saya ingin cadangkan 30% daripada rumah skim sewa-beli ini bolehlah diperuntukkan kepada golongan belia yang layak. Itu adalah cadangan saya. Saya berharap Kerajaan Negeri akan menyambut baik cadangan tersebut. Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya juga ingin memohon sokongan daripada Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Butterworth Youth Centre di kawasan saya di Butterworth. Bangunan lama MPSP yang terbengkalai sekian lama harus digunapakai ataupun harus ditransform dijadikan Butterwoth Youth Centre yang ada pusat rekreasi dan juga satu kolej TVET. Saya pergi lihat bangunan tersebut beberapa hari yang lepas. Cukup besar dan saya rasa rugilah bangunan itu dibiarkan di sana untuk menjadi usang. Lebih baik kita mengambil peluang ini. Memang saya faham. Saya menjadi ahli majlis lima (5) tahun. Kita sedang mencari penyewa. Ada yang datang nak sewa tapi kata sewa mahal lepas itu tidak datang kembali. Ada yang sudah sign agreement tapi tak bayar sewa. Memang ada banyak tapi saya ingat sudah cukuplah rasanya sekarang MPSP perlu berikan satu peluang kepada Kerajaan Negeri untuk membuat satu Butterwoth Youth Centre di kawasan tersebut. Saya pun ada bincang dengan rakan-rakan saya di Kerajaan Persekutuan, mereka pun sanggup bantu kalau Kerajaan Negeri datang dengan satu bantu jugalah dengan satu jenis bantuan. Yang Berhormat Timbalan Speaker, satu lagi isu di kawasan saya adalah terdapat satu gym rakyat di Jalan St. Mark kalau tak silap saya di Jalan Pantai yang tidak begitu elok saya tak akan kata buruk lah. Lebih tidak elok saya akan kata. Saya berharap apabila kita buat youth centre, gym rakyat ini diubah lokasinya ke youth centre ini. Ini adalah cadangan saya dan saya harap MPSP akan sedia untuk mendengar proposal daripada saya. Itu harapan saya. Lagi satu isu yang perlu diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri apabila kita bercakap tentang isu belia ini adalah tentang program PEKA (Penggerak Komuniti Muda). Saya minta kepada Kerajaan Negeri, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Yang Berhormat Bagan Jermal untuk mengekalkan projek PEKA ini. Mereka membantu kita semasa Kempen Bangkit Pulau Pinang. Mereka menyelaraskan bantuan-bantuan yang diterima. Mereka yang menjalankan ataupun menguruskan pusat panggilan tersebut. Itu yang saya diberitahu dan juga saya semalam ada jumpa dengan pengendali PEKA dan diberitahu terdapat 23 pusat tuisyen di seluruh negeri dan ini adalah satu trend yang bagus di mana anak muda melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial. Mereka tidak terpesong menjadi rempit ataupun menjadi gangster ataupun lain-lain aktiviti. Mereka memberikan perkhidmatan mereka kepada masyarakat. Saya dengar di Jawi saja ada enam (6) pusat tuisyen. Betulkan kalau saya salah. Itu yang saya dengarlah.
Permatang Pasir, silakan.
Pohon penjelasan. Tadi kita dengar ada menyebut tentang rempit dan sebagainya. Dan ini fungsi bawah PEKA. Bagaimana dengan keadaan kanak-kanak yang masih bersekolah rendah yang sekarang ni aktif bermain basikal lajak. Adakah ia satu ancaman kepada kehidupan mereka di masa hadapan? Dan adakah Yang Berhormat setuju bahawa PEKA perlu memainkan peranan yang aktif untuk mengekang keadaan ini kerana basikal lajak ni tak ubah seperti mat rempit panggil mat rempit junior. Jadi apakah penjelasan daripada YB? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pasir. Memang betul bila mereka mereka bermula di basikal lajak basikal lajak dan berakhir menjadi rempit. Kadangkala berakhir di kubur. Itu yang berlaku. Memang ada mat rempit yang pernah saya nampak sendiri mengalami kemalangan dan mati. Ada perkataan mungkin kurang eloklah digunakan. Mati katak di tempat accident itu sendiri. So ini perlu diatasi segeralah. So saya harap program seperti PEKA, mereka pun boleh approach the children….(dengan izin) untuk membawa mereka ke satu jalan yang baik untuk menunjukkan satu teladan yang baik untuk mengajar mereka dalam bidang pelajaran ataupun kanak-kanak kecil ini boleh di expose ataupun didedahkan dengan kursus-kursus kemahiran. Apabila ada kita menunjukkan kursus robotik mereka amat berminat dan coding, so saya harap…(gangguan).
Untuk pengetahuan Bagan Dalam, pembinaan, construction of basikal lajak adalah satu teknologi, satu kemahiran sebab dia tidak dijual di mana-mana kedai, ia perlu dipasang sendiri. Jadi bagaimana kita nak memainkan peranan untuk mengawal mereka?
Itu pun kita boleh explore kemahiran tersebut jugalah. Apa yang boleh dibuat ataupun kita boleh membawa mereka untuk menjadi the velodrome riders, the bicycle riders so boleh juga dekatkan ke sana daripada jadi rempit boleh jadilah atlet untuk negeri atau negara. Itu pandangan saya dan saya berharap PEKA akan membuka peluang kepada belia pelbagai latar belakang dapat bercampur dan membentuk satu masyarakat model Penang Society. Itu harapan saya. Saya juga berharap PEKA ini akan memainkan peranan yang lebih inclusive selepas ini. Apa yang saya lihat ada jugalah imbalance keanggotaan dalam PEKA ini. Hanya ada beberapa orang ahli berketurunan Cina dan hanya dua (2) orang India dan saya harap lepas ini bukalah pintu itu untuk menjadikan PEKA lebih inclusive dan boleh sampai ke seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira keturunan. Itu harapan saya. Yang Berhormat Timbalan Speaker, seterusnya saya moving on to the isu kelestarian alam yang juga disebut oleh Tuan Yang Terutama Tun dalam ucapannya. Yang Berhormat Timbalan Speaker, paya bakau adalah unsur yang penting dalam ekosistem persisiran pantai kita. IUCN satu agensi yang di bawah United Nation memberi penekanan terhadap mangrove restoration… (dengan izin) kerana kepentingan paya bakau ini tidak boleh dielakkan. Paya bakau ini memainkan satu peranan yang penting apabila Pulau Pinang dilanda tsunami lebih kurang 15 tahun yang lalu. Kawasan di Sungai Muda itu terselamat daripada tsunami kerana adanya buffer zone mangrove ini. So kita tidak boleh mengambil mudah mangrove forest ini dan saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana dalam jawapan bertulis yang diberikan oleh Ahli Kawasan Sungai Puyu, dinyatakan tidak akan ada apa-apa projek pembangunan di kawasan paya bakau sebab sebelum ini saya ada dengar ura-ura dikatakan kawasan Penaga – Telok Ayer Tawar di kawasan mangrove itu akan dijadikan pusat aquaculture dan saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah memberikan satu jawapan dan kepada saya mengatakan tidak akan ada apa-apa projek, apa-apa pun projek bukan sahaja projek tersebut. Dan juga saya amat menghargai dan sekali lagi menyatakan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menyatakan komitmen untuk mewartakan 664 hektar hutan paya bakau sebagai hutan simpanan kekal. Ini adalah trend positif dan daripada 664 itu, rakan saya, kawasan rakan saya, Penaga akan dapat 200 hektar jangan kerana tadi Penaga cakap mau pembangunan hutan paya bakau pula dijadi mangsa. Saya harap keputusan itu akan kekal dan EXCO juga telah memberikan komitmen dalam jawapannya untuk mengekalkan kawasan persisir pantai Penaga – Telok Ayer Tawar sebagai kawasan hijau mengikut rancangan struktur Negeri Pulau Pinang 2020. Itu adalah saya amat berterima kasihlah kerana menunjukkan walaupun ada individu-individu yang berkepentingan sendiri seperti yang dinyatakan rakan saya daripada Pengkalan Kota, katakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini tidak kisah tentang kehijauan, kelestarianlah, ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri untuk kekalkan Negeri Pulau Pinang sebagai satu negeri hijau di Malaysia ini. Penaga pun sokong…(Ahli Dewan ketawa). Mungkin kerana itulah Penaga sokong.
Okey, tapi saya tertanya-tanya Ahli Kawasan Sungai Puyu dalam jawapannya untuk lagi satu soalan, teragak-agak apabila saya bertanya apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menjadikan coastline Penaga – Telok Ayer Tawar ini sebagai tapak ramsar. Nampaknya jawapan itu tidak memberikan apa-apa direct answer. Buat masa ini tidak ada rancangan. Saya amat berharap perkara ini dihalusi supaya kawasan persisir pantai Penaga – Telok Ayer Tawar walaupun ini bukan kawasan saya, kawasan saya Bagan Dalam ada juga mangrove saya tau ia akan tetap selamat, saya takut Penaga – Telok Ayer Tawar sebab ini adalah satu kawasan tumpuan migratory birds. Kawasan tumpuan migratory birds dan cukup banyak, saya pernah lihat lebih kurang 20 jenis burung-burung hijrah, burung yang berhijrah ini ke kawasan Penaga dan ini boleh dijadikan…(gangguan).
Saya punya penjelasan. Kawasan itu bukan kawasan Penaga tetapi Bagan Belat. Bagan Belat sana ada lebih kurang ada 10,000 burung yang sentiasa di sana. Dia sudah buat ini Bagan Belat my second home.
Itu yang saya nyatakan persisiran pantai Penaga – Telok Ayer Tawar. Sepanjang persisiran pantai itu perlu diselamatkan lah supaya jangan ada apa-apa pembangunan. Itu pandangan saya. Saya rasa Kerajaan Negeri harus…(gangguan).
Satu saja, saya nak bagi pembetulan, itu kata sepanjang sana hanya satu tempat yang akan ada sedikit kemajuan untuk aquaculture ada zon ZIA di sana. Ini telah dirancang kepada masa Barisan Nasional. Sedang lagi buat zon ZIA. Untuk agriculture, prawn culture, itu di Pasir Gebu.
Itu saya faham Yang Berhormat.
Selain daripada itu, tidak ada apa rancangan.
Memang dia masih ada lagi tetapi, saya pernah lawat sebelum ini lebih kurang 6 ekar kalau tak silap, lebih? 300 ekar? Kalau boleh saya minta Kerajaan Negeri review baliklah, janganlah persisiran specially mangrove kalau bukan tak kena mengena dengan mangrove saya pun tak ada apa…(gangguan).
Memang mangrove itu dia di luar kerana tetapi dia kena ada satu buffer dan lain-lain iaitu ada satu perancangan, kerajaan yang dulu Barisan Nasional pada kini belum dapat proceed kerana terms and conditions applied dia kata dia kena protect the environment. We are looking to it.
Saya harap…(gangguan).
Saya mohon untuk menjawab sedikit tentang ZIA ini. Zon Industri Akuakultur ini telah kita rancang untuk dibangunkan di kawasan Penaga sekarang ini masih dalam proses EIA di atas tanah milik CMI dan untuk makluman Yang Berhormat Bagan Dalam, projek ini, kawasan itu telah pun kita gazetkan sebagai kawasan Zon Industri Akuakultur dan kita ada buffer zone, kita ada guideline untuk semua pembangunan di pesisir pantai yang telah diluluskan sendiri oleh MPSP yang mana ketika itu Yang Berhormat Bagan Dalam adalah Ahli Majlis di dalam MPSP. Dah ada guideline, garis panduan akuakultur untuk pembangunan persisir pantai. Terima kasih.
Sebenarnya masa itu bila diluluskan Yang Berhormat?
Yang Berhormat Sungai Acheh boleh bantu saya bila diluluskan di dalam Majlis?
Tak silap saya dalam 2015.
Saya memang membantah dari awal lagi dari tahun 2014 lagi saya membantah. In fact saya telah meminta MPSP untuk push untuk menekan Kerajaan Negeri untuk mewartakan kawasan tersebut sebagai nature and wildlife reserved. So sudah sekian lama mereka yang mengenali saya di Majlis Perbandaran Seberang Perai sudah…(gangguan).
YB. Bagan Dalam, ringkaskan perbahasan kamu.
Orang lain dapat satu jam. Ini baru 25 minit.
Bantu sikit Bagan Dalam, saya faham concern Yang Berhormat Bagan Dalam. Sebab itu, Zon Industri Akuakultur yang kita nak buat ini adalah yang pertama yang akan ada proper EIA sebab itu prosesnya mengambil masa yang panjang. Dulu kita susah nak berhubung dengan Kerajaan Persekutuan kerana perbezaan kerajaan, pemerintah ketika itu. Dan EIA ini kalau kita akan lihat kajian daripada impak itu, saya percaya kita akan mampu untuk pastikan concern atau keresahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Dalam itu terjawab. Untuk makluman Yang Berhormat Bagan Dalam juga, kalau Yang Berhormat pergi melawat Pulau Burung, sekarang ini di kawasan tempat pelupusan sampah kita, banyak burung migratory birds di situ juga.
Ada bezanya Yang Berhormat.
Cuma bau kurang selesa di situ tapi burung memang banyak.
Memang saya faham tetapi burung-burung yang datang ke coastline Penaga – Telok Ayer Tawar ini special. Ada, I don’t know, sandpiper something tetapi burung tu memang dikatakan pupus tetapi mereka jumpa kembali di kawasan pantai Seberang Perai ini. Oleh itulah saya minta kawasan itu diselamatkan. Tetapi saya tidak membantah, kalau dapat kelulusan EIA boleh diteruskan lah projek itu as long as tidak menganggu habitat burung penghijrahan itu. Itu adalah harapan saya dan saya minta Kerajaan Negeri juga untuk membuat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan untuk jadikan kawasan ini sebagai tapak ramsar kerana potensinya cukup besar. Kalau diikhtiraf sebagai ramsar site, kita akan ada access dana daripada jawatankuasa itu sendiri. Berjuta-juta, boleh kita boleh gunakan untuk membangunkan sektor eko-pelancongan di kawasan Penaga. Keresahan kawan saya tadi dia minta ekonomi, tiada pembangunan, saya rasa pembangunan di kawasan Penaga perlukan adalah eko-pelancongan. Maaf saya ganggu kawasan Penaga tetapi ini isu saya memperjuangkan sejak dari dulu lagi. Dan Yang Berhormat Sungai Puyu telah memberikan jawapan kepada saya dalam soalan bertulis saya bahawa dana “No Free Plastic Bag” hanya digunakan untuk kemiskinan. Saya berharap dasar ini dikaji semula kerana “No Free Plastic Bag” ini adalah satu polisi kehijauan atau kelestarian. Saya berharap tahun lepas dapat mengumpul lebih kurang RM1.2 million, RM800 thousand tahun ini sehingga bulan Julai. So saya berharap dana ini boleh digunakan untuk projek-projek kelestarian ataupun kehijauan di Negeri Pulau Pinang. Itu adalah harapan saya, itu adalah seruan saya kepada EXCO Ahli Kawasan Sungai Puyu. Yang Berhormat Timbalan Speaker, hutan dan hidupan kita harus dipelihara. Oleh itu saya berharap pihak Perhutanan dan Perhilitan gandakan usaha mereka untuk menangkap poachers, I don’t term it in Malays…(dengan izin), poachers perlu, mereka perlu ditangkap dan juga dihukum setimpalnya kerana mereka membunuh hidupan liar untuk dijadikan keuntungan kepada mereka. Saya berharap pihak Perhutanan dan Perhilitan akan ambil maklum perkara ini. Beralih kepada isu pelancongan. Saya ingin menegur pihak Penang Global Tourism pada peluang ini kerana mereka rasanya selepas sekian lama ditegur, saya menjadi Ahli Majlis di Seberang Perai pun selalu tegur kalau Penang Global Tourism bermakna bukan Penang Island Global Tourism perlu juga mempromosi kawasan-kawasan di Seberang Perai. Artwork kita di Butterworth lebih elok daripada street art di George Town. Itu pandangan sayalah. So saya minta pihak Penang Global Tourism ini keluar dari kepompong mereka dan juga explore kawasan-kawasan di Seberang Perai yang boleh dijadikan sebagai
destinasi pelancong khususnya pelancong yang boleh membelanjakan wang yang lebih. Seberang Perai pun sebahagian daripada Negeri Pulau Pinang. Itulah saya ingin tegur kepada Penang Global Tourism. Saya rasa tidak cukup pendedahan kepada produk pelancongan di Seberang Perai khususnya aktiviti bird's watching ini. Bird's watching ini adalah satu industri yang amat besar. Dianggarkan bernilai USD100 billion. Saya baca tadi USD41 billion dibelanjakan oleh bird’s watchers di Amerika Syarikat sahaja dan UK birders atau bird’s watchers di UK membelanjakan hampir USD500 juta setiap tahun. USD500 juta ini di Malaysia sudah jadi RM2 billion. So kita kena ambil peluang ini. Ada burung-burung yang datang ke Seberang Perai dan Pulau Pinang adalah burung-burung yang orang kata yang hampir pupus yang tidak boleh dilihat di mana-mana negara lain. So kita kena ambil peluang ini. Dianggarkan lebih kurang tiga (3), saya habiskan ayat ini. Dianggarkan lebih kurang tiga (3), saya habiskan ayat ni..dianggarkan lebih kurang 3 juta trips dilakukan oleh bird watchers ini di seluruh dunia, tiga (3) juta. Saya tidak kata kita perlu ambil ke semua tiga (3) juta trips itu, kalau kita dapat 10% daripada tiga (3) juta trips itu kita dapat berapa keuntungan. Ekonomi ini eko pelancongan ini kita harus mengambil kira dan menggandakan usaha untuk mempromote Penang atau Seberang Perai khususnya sebagai one of the best bird watching destination di South East Asia. Itu harapan saya kerana sekarang datang dari Jepun datang dari Korea, so kita ada market yang belum dipelopori dari negara-negara lain iaitu Eropah dan Amerika Syarikat. So Kita perlu mengambil peluang….(gangguan).
Penjelasan. Saya hendak minta laluan. Memang Kerajaan Negeri telah membenarkan Air Itam Dalam sebagai destinasi bird watching, ini adalah the second biggest bird watching park in the whole of Malaysia. Usaha-usaha dan kemudahan akan ditambah di sana tetapi pada 4 dan 5 November di mana kita telah alami ribut dan peralatan telah rosak, kita sedang mencari dana dan juga peruntukan untuk membaiki kerosakan. We will definitely make that as a bird watching area, bukan dari Jepun sahaja saja, Amerika, England, Germany yang datang di sana. It is good for local tourist guides kerana mereka bayar sebanyak 4% USD per day, per trip untuk membawa mereka dari hotel ke sana.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Dalam. Kali ini saya menyokong Yang Berhormat Bagan Dalam sebab saya sudah bangkitkan isu pelancongan di Seberang Perai dari dulu lagi. Kita kena tengok pelancongan di sebelah Seberang Perai, jangan hanya di sebelah Pulau, jadi Seberang Perai banyak potensinya. Di Sungai Acheh ada, kita ada homestay di semua tempat, homestay yang dah kita wujudkan, semua tempat masing-masing ada keistimewaan masing-masing di homestay ini. Tadi saya hendak cakap tentang Air Itam Dalam, YB. Sungai Puyu sudah sebut memang situ ada bird watching, kita ada river cruise, kita ada macam-macam di situ, kita ada tempat makan yang sesuai, di Penaga kita ada Pasar Bisik, macam-macam ada. Jadi kita harap Penang Global Tourism ambil kira senarai untuk bangunkan juga pelancongan di Seberang Perai jangan hanya di sebelah pulau sahaja, itu jadi harapan.
Minta laluan. Saya memang juga tertarik dengan aktiviti melihat burung ini, bird watching seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan Dalam dan saya juga bersetuju bahawa untuk satu pelan holistik untuk merangkumi Seberang Perai termasuk dalam pelan untuk membangunkan pelancongan di Seberang Perai, saya juga memang amat setuju. Saya pun sudah bertemu dengan pihak MPSP dan juga Pejabat Daerah di Seberang Perai dan selepas DUN ini saya berjanji sebagai EXCO Pelancongan memang akan mengeluarkan satu pelan termasuk Seberang Perai dan juga sebelah Pulau.
Tambahan daripada itu, saya hendak memakluman bahawa di Pulau Burung, di tapak pelupusan sampah di wet bank sana, peminat-peminat bird watcher telah berjumpa dengan saya dan kita telah bersetuju untuk membina satu bird watchers di sana. Kita akan meminta pihak MPSP untuk memberi kelulusan kerana pada masa kini kita tidak dibenarkan masuk kerana terdapat on going construction di fasa ketiga. Selepas itudi kawasan itu memang ada banyak burung-burung khasnya dan juga itik-itik, itik-itik juga telah menjadikan tempat itu their settlement now, we are watching it and we will make it as bird watching paradise.
Terima kasih EXCO YB. Sungai Puyu dan juga Paya Terubung yang juga EXCO Pelancongan yang menunjukkan minat untuk membangunkan pelancongan di Seberang Perai. Memang perlu diakui dalam masa tiga(3) bulan cukup banyak program yang dihadiri di Seberang Perai dan juga mendengar rintihan atau pandangan dari saya dan juga dari rakan-rakan saya. Terima kasih EXCO. Dan sebab itulah saya minta kawasan pesisir pantai Penaga, Telok Ayer Tawar ini sebagai dijadikan tapak ramsar. Apabila dijadikan tapak ramsar, pendedahan bird watchers daripada negara luar akan mula lihat kepada kawasan
ini dan mereka akan datang. So Ekonomi ini kita tidak boleh kalah, we cannot lose this economy, we have to get at least 10% of the global bird watching economic…(dengan izin), Timbalan Speaker. Pihak Penang Global Tourism bagi pandangan saya, mereka lebih fokus kepada satu (1) atau dua (2) negara. Memang pelancong dari negara-negara ini sedang datang, in longer run ini adalah satu yang tidak mampan atau pun not sustainable…(dengan izin), sebab mereka akan datang dan mereka akan jadi bosan. Oleh itu mereka perlu pelopor negara-negara lain dan perlu menarik minat daripada negara-negara lain untuk datang melawat Pulau Pinang. Itu adalah pandangan saya, saya sendiri rasa Penang Global Tourism kurangnya promosi mereka kepada pelancong dari India walaupun pelancong dari India adalah pelancong keempat terbesar, menurut jawapan yang saya dapat daripada EXCO Pelancongan, selepas, Indonesia, Singapura dan China, India tetapi kita tidak ambil peluang ini. Memang pelancong-pelancong dari India memang ada duit, selepas China its India, the next beat of economy of Asia its India…(dengan izin), so kita perlu mengambil peluang ini, Itu adalah pandangan saya, sekarang memang tidak ada. Saya diberitahu memang ada trade tourism, itu yang dibuat oleh Penang Global Tourism pada masa ini dan saya juga menyeru kepada mereka boleh lah apabila pelancong-pelancong dari luar negara datang especially India mereka pun akan meningkatkan ekonomi negara. Mereka pasti akan melawat kawasan Little India di George Town ini dan akan memberi keuntungan kepada peniaga dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri juga dan saya juga ada cadangan untuk mewujudkan satu Little India di kawasan saya sendiri iaitu Butterworth dan pada masa akan datang mereka bolehlah mereka melawat sana untuk merancakkan kegiatan ekonomi di kawasan Bagan Dalam itu sendiri. Saya minta atau saya cadangkan kepada Penang Global Tourism boleh mengambil beberapa orang yang boleh bertutur dalam Bahasa Tamil untuk bekerja di Penang Global Tourism supaya mereka boleh memberi cadangan-cadangan bernas untuk mempromosi Pulau Pinang kepada pelancong dari India. Ini adalah harapan saya. Hari itu saya telah melihat CEO Air Asia telah datang ke Pulau Pinang dan melawat YAB. Ketua Menteri dan tercetus idea untuk menubuhkan LCCT di Pulau Pinang. Itu cadangan yang baik, saya harap sehingga belum datang LCCT ini kita masih ada peluang yang perlu diguna pakai. Sebelum ini ada direct flight ataupun penerbangan terus Penang ke Chennai dan hampir semua masa, yang saya telah lihat, the flight is full, from Penang and also from Chennai, its always full. Tiba-tiba pihak Air Asia telah menghentikannya, saya dengar kerana tekanan dari pihak Civil Aviation dulu, MASCOM dulu, itu yang saya diberitahu. Saya harap pihak Air Asia atau EXCO Pelancongan boleh approach Air Asia atau Malindo untuk mengadakan penerbangan terus dari negara destinasi India either dari Chennai, Tripchi terus ke Pulau Pinang. Ia akan merancakkan ekonomi pelancongan negeri kita dan akan memberikan kesenangan untuk masyarakat daripada Malaysia yang ingin melawat India. Itu adalah pandangan saya….(gangguan).
Minta laluan. Boleh saya beri sedikit penjelasan. Untuk pelancongan India Kerajaan Negeri sebelum ini memang mengambil berat juga tetapi bukan melalui Penang Global Tourism tetapi melalui Penang Convention and Exhibitons Bureau untuk menjalankan promosi melalui business event dan juga wedding tourism. Memang promosi telah dijalankan di India dan pada bulan November satu exhibition yang besar akan diadakan yang membawa lebih kurang 150 travel agents dari India akan datang ke Pulau Pinang. Untuk mempromosikan Pulau Pinang dan India, Kerajaan Negeri juga telah merancang satu usaha untuk mewujudkan direct flight, penerbangan langsung dari Chennai ke Pulau Pinang. Kita harap ini akan berjalan…(gangguan).
YB. Bagan Dalam….(gangguan).
Timbalan Speaker, sila beri peluang kepada saya kerana banyak celahan.
You sudah 15 minit cerita tentang burung sahaja. Sekarang 15 minit cerita tentang pelancong. Harap faham ada seorang lagi pembahas yang sedang tunggu.
Okey, saya akan ringkaskan kalau boleh. Terima kasih kepada EXCO Pelancongan, yang telah menjawab. Itu yang saya katakan, commercial and exhibitions promotion , we need to attract the normal tourist who wants to come here, boleh juga menarik perhatian pembikin filem atau pembuat filem di India, mereka suka pergi shooting lagu-lagu mereka di negara lain, so Pulau Pinang boleh dijadikan satu destinasi. So itu adalah pandangan saya, kita boleh menarik mereka datang dan itu akan mendedahkan Pulau Pinang kepada audience yang lebih besar.
Saya beralih kepada isu lain, Timbalan Speaker, hampir habis, lagi dua kertas…(Ahli Dewan ketawa). Kawan saya kata sampai pukul 7.00, saya akan cuba bercakap sehingga pukul 7.00.
Saya beri you dua minit lagi.
Tidak cukup. YB Timbalan Speaker, tolong berikan saya peluang kerana ada banyak celahan. Pada masa kini peruntukan tanah oleh sesuatu pemaju kepada tapak RIBI, ada yang dekat depot sampah, ada yang dekat loji najis, saya rasa pemaju ini atau pun saya tidak tahu saya mahu gunakan perkataan kapitalis itu, mereka sengaja membuat demikian kerana mereka tidak ikhlas apabila memberikan tanah ataupun tapak kepada RIBI-RIBI yang asalnya berada di tanah tersebut. Mereka sengaja memberikan tanah di hujung kawasan yang tidak strategik, kebanyakan dekat tempat depot sampah ataupun loji najis atau pencawang elektrik, ini satu isu yang sensitif. Janganlah merendahkan mana-mana masyarakat dengan memberikan tapak-tapak RIBI di kawasan seperti itu. Saya harap Kerajaan Negeri akan ada satu garis panduan arahan kepada PBT, MBPP dan MPSP untuk menyelaraskan tapak RIBI tidak boleh berada dekat dengan kawasan depot sampah, loji najis dan pencawang elektrik. Ini perlu kerana Pulau Pinang adalah masyarakat yang berbilang kaum, agama dan hidup dalam harmoni, jangan create the enormisity between us, itu adalah pandangan saya. Kebanyakan masa bila dikatakan tapak RIBI its either kuil atau tokong, ini lah yang menjadi mangsa, itulah saya harap ada garis panduan dan juga saya minta Kerajaan Negeri perlu menetapkan satu saiz….(gangguan).
Minta laluan.
Teruskan.
Ada celahan lagi.
Terima kasih YB. Bagan Dalam. Saya rasa perkara ini tentang cadangan garis panduan berkaitan dengan tapak RIBI di belakang dan juga di kawasan dekat dengan pusat loji. Saya rasa bukan setakat RIBI saja, saya rasa termasuk juga dengan gerai-gerai yang dibina di taman-taman, sebab inilah satu faktor yang saya nampak apabila banyak gerai-gerai yang terbengkalai ataupun tidak mendapat sambutan untuk orang sewa. Adakah setuju dengan pandangan saya?
Saya bersetuju dengan pandangan dari kawan saya dari Sungai Acheh, gerai-gerai itu pun memang ada masalah, mungkin pada perbahasan lain saya akan berucap tentang itu, tetapi sekarang ini adalah isu tentang kebebasan beragama, Artikel 5 Perlembagaan Negeri juga memberikan kebebasan mana-mana agama untuk menjalankan ibadat mereka dengan bebas. So saya rasa pihak Kerajaan Negeri perlu ada guideline dan perlu juga ada satu saiz tetap untuk tapak RIBI ini, sekarang tidak tetap. So kadang-kadang dia bagi 40 kaki persegi, sangat kecil tidak boleh letak apa-apa di sana…(gangguan).
Boleh saya mencelah YB Bagan Dalam. Sebab saya pelik bila YB. Bagan Dalam dan YB. Sungai Acheh sebut Kerajaan Negeri perlu keluarkan satu guideline kerana Yang Berhormat adalah Ahli Majlis, benda ini bukan patut diuruskan di peringkat Majlis kah? Tidak perlu dibawa kepada Kerajaan Negeri untuk buat guideline.
Di peringkat Majlis ada kelemahan, boleh dioverruled by the State. Saya minta State teruskan dengan …(gangguan).
We shouldnt have that kind of attitude, this is three tier of government, cakap Bahasa Inggeris pula , minta maaf YB Timbalan Speaker, kita ada tiga tier, kita ada Federal Government, State Government dan juga Local Council. So this matter patutnya dibangkitkan di Local Council dan Kebenaran Merancang diluluskan oleh Local Council dan bukan oleh Kerajaan Negeri.
Okey, Yang Berhormat Seberang Jaya, memang saya faham tetapi walaupun ada three tier negara kita adalah one of the country the most centralized power, everything is centralized so, apa yang ada dekat Local Government is very few. Saya bersetuju juga tetapi saya tidak pernah ada dalam Jawatankuasa OSC dan saya tidak berpeluang untuk menimbulkan, YB. Timbalan Speaker berada dalam OSC, mungkin boleh tanya dia. Okey dan perlu ditetapkan satu saiz sebab sekarang tidak ada guideline daripada Kerajaan Negeri dan PBT boleh meluluskan Pelan Kebenaran Merancang mengikut tidak ada garis panduan. Apa yang jadi ialah mereka memberikan kawasan yang sangat kecil dan perlu ada satu saiz tetap ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan kalau pemaju tidak boleh patuh, katakan dia punya tanah memang kecil dan projek tidak sebesar itu, dia harus bayar penalti. Sekarang penalti dibayar kepada PBT, saya harap penalti ini bukan dibayar kepada PBT tetapi satu kepada satu RIBI Consolidated Fund, itu adalah cadangan saya, dengan izin. Saya juga ingin bertanyakan kepada EXCO ataupun Kerajaan Negeri apakah perancangan untuk menubuhkan Chinese Temple Endowment’s Board. So, apakah perancangan untuk menubuhkan Chinese Temple Endowment’s Board ataupun atau perkataan lainlah sebab ada tokong-tokong Cina, Tao, Persatuan RIBI perkataan lain sebab ada tokong-tokong Cina, Tao, di bawah persatuan RIBI, di bawah Kerajaan Negeri, badan berkanun, saya tidak mahu bercakap tentang persatuan okey, itu adalah pandangan saya. Akhir sekali saya beralih kepada isu yang terakhir Yang Berhormat Timbalan Speaker, tentang sekolah-sekolah Tamil. Saya ingin merakamkan penghargaan saya dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana Pulau Pinang adalah negeri pertama yang menubuhkan Jawatankuasa Khas Sekolah-sekolah Tamil. Di seluruh negara kita adalah negeri yang pertama dan kita juga adalah negeri pertama untuk memberikan peruntukan kepada sekolah-sekolah Tamil di dalam bajet tahunan Kerajaan Negeri. Kita mencipta satu sejarah, saya minta Kerajaan Persekutuan pun perlu ambil contoh daripada Pulau Pinang dan menubuhkan satu Jawatankuasa Kebangsaan Hal Ehwal Sekolah-Sekolah Tamil di Malaysia. Memang hanya terdapat 525 sekolah Tamil, so saya berharap akan ada satu jawatankuasa di peringkat Persekutuan untuk membincangkan masalah-masalah berkaitan dengan sekolah Tamil. Sebagai contohnya sekolah Tamil di kawasan Timbalan Speaker sendiri, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Bakap, duit tidak ada di akaun Board of Governors tetapi sampai sekarang mereka hanya mendapat faedah bank. Apa sudah jadi kita tidak tahu? So perlu ada satu jawatankuasa untuk mengelola kesemua perkara berkaitan hal ehwal sekolah Tamil di Malaysia. Sudah berakhirlah zaman di mana satu politik mengaut semua peruntukan yang diperuntukkan untuk semua sekolah-sekolah Tamil dan menebalkan poket mereka, sudah berakhir zaman itu. Saya berharap Yang Berhormat Perai akan membawa isu ini ke perhatian YB. Menteri Pendidikan dan untuk segera menubuhkan jawatankuasa tersebut. Dengan itu saya mengakhiri ucapan saya, baru 50 minit. Terima kasih Dato' Yang Berhormat Timbalan Speaker yang telah memberikan saya begitu banyak masa.
Terima kasih YB. Bagan Dalam. You bermula pada pukul 5.46. So waktu itu memang saya ada catitkan. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Jawi.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya minta keizinan sekiranya saya tidak habis kali saya minta disambungkan esok, boleh?
Boleh.
Selamat petang, Salam harapan, Salam Malaysia Baharu. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi ucapan perbahasan terima kasih ke atas ucapan Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Saya berasa amat bersyukur diberi peluang untuk mewakili rakyat DUN Jawi di Dewan yang mulia pada petang ini. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih ke atas usaha YAB. Ketua Menteri Pulau Pinang, EXCO Perumahan dan juga kepimpinan Kerajaan Pulau Pinang yang telah membantu anak Negeri untuk mendapatkan kediaman mampu milik mereka. Seperti apa yang diberitahu oleh EXCO Perumahan pada 27 Julai yang lalu, Kerajaan Pulau Pinang telah menyediakan sebanyak 28,000 unit rumah mampu milik jenis kos rendah, kos sederhana rendah dan mampu milik secara
fizikal yang telah siap dibina pada tahun 2008 di mana 22,000 unit dalam proses pembinaan dan 30 unit telah diluluskan untuk dibina. Walau bagaimanapun masih ramai orang tidak mampu membeli ataupun mendapatkan pinjaman bank bagi membeli rumah mampu milik. Oleh yang demikian saya bercadang Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Pulau Pinang harus terus memberi perkhidmatan seperti sewa beli untuk para pembeli rumah mampu milik jenis kos rendah yang dikenali sebagai jenis A dan jenis B. Dalam masa yang sama kita faham bahawa memang permintaan rumah mampu milik agak tinggi di seluruh negeri, tetapi masalah-masalah yang sedang berlaku di rumah mampu milik sedia ada haruslah kita sentiasa ambil kira juga. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kita memahami kebanyakan rumah kos rendah di seluruh Pulau Pinang adalah kediaman berstrata. Saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini tahu bahawa masalah-masalah yang dihadapi di rumah-rumah kos rendah kediaman berstrata ataupun dipanggil strata title…(dengan izin). Contohnya di kawasan DUN Jawi terdapat 17 skim rumah kos rendah dengan jumlah 242 unit, kebanyakan skim ini adalah lebih daripada 15 tahun ke atas. Masalah yang mereka hadapi adalah berkenaan dengan masalah pengurusan kediaman berstrata. Pengurusan bangunan kediaman berstrata kos rendah merupakan satu igauan di kebanyakan negeri yang banyak mempunyai kediaman berstrata jenis kos rendah. Keadaan yang sama juga berlaku di Pulau Pinang khasnya di Seberang Perai. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kita memahami dalam masyarakat kini, memang ramai orang memerlukan rumah mampu milik yang berkos rendah atau sederhana rendah. Sungguhpun demikian kita mendapati pengurusan dan pemilikan kediaman berstrata kos rendah ini menghadapi pelbagai masalah yang menyebabkan kehidupan harian penghuni terganggu, tidak selesa dan seringkali wakil rakyat terpaksa campur tangan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Manakala media masa pula sering mendedahkan kepincangan dan menyalahkan pihak kerajaan sama ada Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Tempatan. Pada hakikatnya kediaman berstrata ini wajib mempunyai pihak pengurusan sendiri yang dikenali sebagai Joint Management Body (JMB) ataupun MC…(dengan izin). Walau bagaimana pun situasi ini tidak berlaku di kediaman mereka. Kebanyakan bangunan berstrata kos rendah masih tidak mempunyai JMB apatah lagi MC. Kalau ada JMB atau MC pun tidak dapat berfungsi seperti di Taman Terong Indah, Desa Wawasan, Flat Mutiara Jaya, Flat Nibong Tebal Jaya, saya percaya banyak lagi. Antara sebab mengapa JMB tidak wujud atau tidak dapat berfungsi dengan sempurna adalah disebabkan satu, kegagalan pihak pemaju menubuhkan JMB apabila penyerahan hakmilik diberikan, terutamanya sebelum Akta 757 iaitu Akta Pengurusan Strata 2013 diwartakan. Kedua, masalah pemaju bangkrap, dengan izin, dan tiada wakil untuk mewujudkan JMB. Ketiga, masalah tiada pemilik yang sanggup memegang jawatan dalam JMB kerana kebanyakan pemilik tidak faham akan akta dan tanggungjawab. Akibatnya kebanyakan mereka takut untuk mengambil sebarang tanggungjawab dan risiko. Keempat, masalah utama adalah pemilik enggan membayar yuran pengurusan walau pun kebanyakan mereka mampu. Ini jelas nyata apabila mereka ini mampu memiliki TV berbayar, kereta yang bernilai mahal daripada nilai rumah dan lain-lain tetapi tidak mampu bayar yuran pengurusan. Kelima, no political view…(dengan izin) atau tiada satu badan penguatkuasaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak membayar yuran pengurusan. Keenam, sistem pengurusan yang tidak profesional yang disediakan oleh agensi pengurusan….(gangguan).
Minta pencerahan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, mengenai rumah pangsa kos rendah ini sebenarnya bukan sahaja penduduk yang menghadapi masalah tentang kefahaman. Bagi kita Kerajaan Negeri, kita juga tidak mempunyai sebuah badan yang betul-betul, minta maaf, memahami dan untuk mengawal rumah pangsa kos rendah ini. Dalam jawapan kepada soalan bertulis saya, saya minta senarai rumah kos rendah dan badan pengurusan di KADUN Bukit Tambun. Terdapat empat (4) skim di bawah DUN Jawi dimasukkan di dalam jawapan saya, dalam DUN saya dan terdapat empat (4) skim rumah pangsa kos rendah iaitu Taman Sungai Bakap Permai, Taman Gamelan Indah, Taman Gamelan dan Ta,am Sungai Bakap tidak tercicir daripada senarai yang sepatutnya terkandung dalam DUN Bukit Tambun. Tentang perkara ini saya berharap Kerajaan Negeri patut mengambil serius dan mempunyai satu perbadanan atau pertubuhan yang betul-betul memahami dan menyelesaikan masalah sebelum kita menyediakan lebih banyak lagi rumah kos rendah.
Yang Berhormat Bukit Tambun, saya akan beri cadangan kepada Kerajaan Negeri. Timbalan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu saya ingin mencadangkan dalam Dewan yang mulia ini untuk mengatasi masalah ini terutamanya bagi rumah kos rendah yang baru. Cadangan saya adalah, satu, Kerajaan boleh wujudkan kediaman kos rendah yang berbentuk sewa beli tanpa pemberian hak milik strata. Hak milik strata hanya boleh diberikan apabila semua pembayaran dilunaskan dan semua yuran penyelenggaraan dan sinking fund…(dengan izin) dibayar.
Kedua, bagi mereka yang tidak membayar yuran penyelenggaraan selama tiga (3) bulan berturut-turut, notis amaran harus dikeluarkan. Sekiranya yuran tidak dibayar selama enam bulan maka Kerajaan Negeri boleh mengeluarkan notis untuk mengosongkan unit tersebut. Ketiga, sekiranya unit dikosongkan, pihak Kerajaan Negeri bertanggungjawab mengembalikan semua wang sewaan yang telah dibayar tanpa sebarang faedah dan unit tersebut akan ditarik balik. Amalan seperti ini pernah diamalkan di negara jiran kita. Keempat, Kerajaan Negeri boleh menubuhkan unit pengurusan sendiri bagi menjalankan aktiviti pengurusan rumah kos rendah seperti yang diamalkan oleh HDB di Singapura. Dengan adanya unit pengurusan kos rendah ianya akan membantu pihak JMB atau MC untuk menjalankan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan kediaman berstrata dalam keadaan yang lebih baik. Cadangan ini adalah tidak bercanggah dengan keperluan Akta 757 kerana pentadbiran hari ini masih lagi terletak di bawah pemilik unit tetapi Unit Pengurusan Kos Rendah Kerajaan Negeri bertindak sebagai agensi pengurusan dan penasihat kepada pihak JMB ataupun MC. Kelima, pihak Unit Pengurusan Kerajaan Negeri diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengambil tindakan kepada penyewa ataupun pemilik yang engkar tanpa campur tangan politik. Untuk rumah kos rendah yang sedia ada, pihak Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan harus memainkan peranan yang penting di mana kita memahami Kerajaan Negeri mampu memberi bantuan seperti 80:20 kepada pihak pengurusan namun begitu kebanyakan rumah kos rendah tidak dapat bantuan tersebut disebabkan tiada satu pihak pengurusan yang dapat ditubuhkan. Saya berpendapat Kerajaan Negeri harus menubuhkan satu task force untuk lihat balik di setiap skim rumah kos rendah yang sedia ada di seluruh kawasan terutamanya di Seberang Perai. Task Force tersebut harus menjalankan bancian untuk mendapatkan semua data atau pun maklumat di setiap skim perumahan berstrata. Contohnya di DUN Jawi di mana terdapat banyak unit terbengkalai di skim Perumahan Kos Rendah sedia ada. Unit terbengkalai ini telah menjadi tapak pembuangan sampah haram. Oleh sebab itu task force ini memainkan peranan yang penting dan perlu melibatkan jabatan COB iaitu Unit Suruhanjaya dan Bangunan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan MPSP ataupun MBPP dan juga Jabatan Undang-undang sebagai penasihat undang-undang. Task force tersebut dapat membantu untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bangunan Kediaman Berstrata. Dan juga difahamkan terdapat banyak unit kosong di bawah hak milik bank iaitu kebanyakan pembeli tidak dapat membayar loan dan telah diambil balik oleh bank. Saya berpendapat bahawa PBT iaitu Pihak Berkuasa Tempatan harus mengambil tindakan yang tegas sekiranya terdapat aduan pihak pengurusan bangunan berstrata disebabkan unit-unit terbengkalai kebanyakannya tidak ada pintu, tidak ada tingkap dan dijadikan satu tempat pembuangan sampah yang haram, ada juga penagih dadah bersembunyi dalam unit-unit tersebut.
Yang Berhormat Timbalan Speaker,... (gangguan).
Terima kasih YB. Jawi.
Boleh teruskan? Ataupun?
Saya minta sambung esok.
Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan dan Dewan akan bersidang semula pada hari Rabu 8 Ogos 2018 pukul 9.30 pagi. Terima kasih.
Dewan ditangguhkan pada jam 7.05 malam.