Pulau Pinang · 8 August 2018

14th Assembly, 1st session, 1st meeting · 577 turns · 64,829 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Absent: Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. Rahman (Pinang Tunggal), Lim Guan Eng (Air Putih), Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail (Pantai Jerejak)

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan doa.

Timbalan Setiausaha Dewan

Bacaan Doa.

Setiausaha Dewan

Soalan lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan disambung dengan sesi soalan lisan. Dipersilakan.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Ahli Yang Berhormat dan Dato’ Speaker. Soalan saya, adalah soalan nombor 22. No. 22. Pulau Pinang dilanda banjir besar pada bulan November 2017. Memandangkan perubahan cuaca secara mendadak pada masa ini, harap nyatakan : (a) Tindakan yang akan diambil jika berlakunya banjir besar lagi; (b) Bilangan anggota pasukan khas dan kemudahan serta lokasi dengan terperinci; (c) Cara menghubungi pasukan khas.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menjawab soalan 20, nombor 22. Selepas berlaku bencana banjir besar yang menimpa Negeri Pulau Pinang pada bulan November 2017, pihak Kerajaan Negeri telah merangka dan menyediakan pelan komprehensif dan jitu bagi persediaan menanggani sebarang bencana yang bakal mendatang kelak. Semua persediaan dan tindakan tersebut adalah terlibat pihak Kerajaan Negeri dengan Jabatan-jabatan dan agensi-agensi lain. Di antara langkah-langkah yang diguna oleh Kerajaan Negeri dan agensi-agensi yang bertanggungjawab jika berlaku kejadian banjir besar sekali lagi ada seperti berikut : (a) Melaksanakan tindakan mengikut prosedur seperti dalam Arahan Majlis Keselamatan Negeri No. 20 merangkumi sebelum (ketika amaran dikeluarkan), semasa (pengoperasian) dan selepas (pemulihan) bencana dengan koordinasi oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) yang dipengerusi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD); (b) Kesiapsiagaan dan persediaan menghadapi bencana juga telah diperingkatkan semua anggota agensi terlibat sehingga peringkat komuniti melalui pelbagai program pengurusan bencana yang dilaksana dari semasa ke semasa seperti bengkel, latihan amal dan table top eksesais; (c) Jawatankuasa ini juga akan menyelaras segala bantuan bencana daripada luar negeri dan pihak swasta segera sekiranya terdapat keperluan. Sehingga kini terdapat tiga agensi utama yang mempunyai pasukan penyelamat khas iaitu : (a) Anggota Pertahanan Awam Malaysia telah ditubuhkan satu pasukan khas pada 15 haribulan Ogos tahun 2008 di Pusat Pertahanan Awam Negeri, Negeri Sembilan (PUSA) iaitu Pasukan Khas APM pada 1 haribulan Ogos 2017. Pasukan ini telah diberi penjaminan semua semula iaitu daripada Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) kepada Pasukan Khas APM (Special Disaster and Emergency Respon Team) (SPIDER TEAM). Ia ditubuhkan bertujuan untuk melaksanakan tugas-tugas seperti mencari dan menyelamat (SAR) secara sistematik, teratur dan efisien dalam sesuatu bencana besar. Pasukan ini bertindak dalam keadaan yang mana bencana tersebut perlu kemahiran dan kepakaran serta peralatan canggih yang di mana tugas-tugas mencari dan menyelamat sukar dijalankan. Keanggota pasukan ini adalah seramai 99 orang di seluruh Malaysia dan 5 adalah di Negeri Pulau Pinang;

(b) Di National Disaster Management Agency (NADMA) telah menubuhkan Pasukan Mencari Menyelamat Khas Malaysia atau SMART (Special Malaysias Disaster Assistance and Rescue Team) di bawah majlis Keselamatan Negara Malaysia yang berdasar kelulusan Jemaah Menteri pada 18 haribulan Mei 1994. Pasukan SMART ini dianggotai oleh pegawai dan anggota daripada jabatan kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Anggota Tentera Malaysia (ATM), namun adalah di bawah pentadbiran dan tanggungjawab pihak NADMA. Keanggotaan dan Markas SMART team adalah di Pulau Meranti, Puchong (153). Kini pasukan SMART sedang giat menjalankan latihan siap persiapan untuk diiktiraf oleh INSARAG sebagai Heavy USAR Team yang kedua di Asia Tenggara pada tahun 2015; (c) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menubuhkan pasukan STORM atau Unit Special Tactical Operation and Rescue Team of Malaysia. Pasukan ini juga dikenali sebagai Malaysia Rapid Deployment Force di mana mereka ditugaskan untuk berfikir di luar kotak dan bekerja di luar kemampuan dalam menjalankan operasi menyelamat mangsa yang melibatkan bencana besar seperti SEARCH AND RESCUE. Kebanyakan operasi ini dijalan oleh pasukan ini adalah di tempat gelap terutamanya melibat runtuhan bangunan, penyelamat di hutan atau disaster berskala besar. Keanggotaan di Pulau Pinang adalah seramai 12 orang dan terdapat 320 anggota STORM di seluruh Malaysia.

Setiap pasukan-pasukan penyelamat khas ini mempunyai kemudahan dan aset yang canggih dalam melaksana operasi penyelamatan menghadapi bencana alam seperti banjir, kebakaran, runtuh struktur dan tanah runtuh mahupun menghadapi bencana industri seperti luputan, pencemaran dan kebocoran bahan-bahan berbahaya (hazardous materials) di kilang, loji dan depot. Pasukan-pasukan penyelamat khas ini juga sering melaksanakan latihan berkala dalam dan di luar negara bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran anggota pasukan. Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri atau Daerah boleh mengeluarkan arahan seperti memohon bantuan segera dari pasukan-pasukan penyelamat khas ini. Arahan ini yang dikeluarkan akan diselaraskan oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Yang Berhormat Sungai Puyu. Soalan di sini, seperti banjir yang berlaku ini November tahun lepas di Seberang, di Seberang Perai. Adakah ada skuad khas dari MPSP semasa semasa berlaku kebanjiran banjir sebab satu negeri semua dilanda banjir besar. Jadi saya difahamkan skuad khas MPSP fokus di bahagian di tempat seperti Bagan dan Bukit Mertajam juga menghadapi banjir yang sama. Tapi masa itu kekurangan kakitangan skuad khas dari MPSP sampai hanya pasukan Bomba Sukarela sahaja yang dapat keluar. Dan masalah di sini Pasukan Sukarela, Bomba Sukarela, mereka ada bot. Tapi masa itu mereka adalah bot yang tanpa enjin dan perlu orang untuk tarik bot itu. Itulah yang soalan di sini adalah saya nak fokus, kalau berlaku lagi banjir besar di sini, macam mana untuk menyelesaikan masalah seperti ini di tempat masing-masing kepada ADUN.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Saya tidak bersetujui dengan kenyataan bahawanya skuad khas MPSP hanya ada di Bagan. Tetapi skuad khas ini adalah di semua tiga, tiga tempat. Skuad khas MPSP khasnya dia punya Pengetua telah dibagi latihan di Korea, di mana saya hantar dia pi Korea untuk training on Disaster Management. Dan pada 4 dan 5 haribulan November memang ini satu banjir kilat yang dijangka tidak diluar jangka, diluar jangka iaitu kata dalam sejarah Negeri Pulau Pinang ini kali pertama yang kami menghadapi begitu.

Dan di sini saya lihat bahawa memang saya mengakui ada banyak kelemahan. Kelemahan iaitu kata tidak ada siap sediaan, kerana pada masa masa yang ke dulu MKN Arahan 20 adalah urusetia adalah di bawah di Dato’ SUK Negeri. Dan selepas itu telah pindah pergi JPAM. Dan JPAM memang tidak ada apa berhubung, ada kekurangan perhubungan dengan agensi-agensi lain khasnya daripada swasta, khas daripada swasta.

Memang, apabila apa banjir atau bencana, api atau lain-lain memang Bomba Sukarela di Negeri Pulau Pinang di mana kekuatan adalah 35 pasukan di seluruh Negeri Pulau Pinang, mereka tampil hadapan untuk membantu. Saya juga seorang ahli Bomba Sukarela. Di sana kami memang pada masa itu, kami ada bagi bot. Bot bukan ada enjin saja boleh pakai dan lihat mana tempat. Dia punya reka bentuk bot untuk tengok apa punya banjir. Ada satu fiber, ada satu yang ke penyelamat, iaitu aluminium. Di sini selepas banjir, saya telah memohon dan dapat sokongan daripada kawan-kawan Yang Berhormat Dato’ Speaker di mana ni Taiwanese Association telah bagi sumbangan 26 bot. Bot fiber kepada Kerajaan Negeri, pada kini saya juga dapat satu sumbangan 18 bot aluminium daripada Rotary Club yang dijangka mereka akan serah kepada saya bagi pihak Kerajaan Negeri minggu depan. Ini akan diagih kepada semua-semua bot pihak Bomba Sukarela, termasuk agensi-agensi yang terlibat.

Di sini saya juga minta bahawanya peralatan. Peralatan adalah ada kekurangan, walaupun semua Bomba Sukarela saya telah memberi mereka di electric saw dan lain-lain. Tetapi di magnitude of the disaster pada hari tu, ada banyak juga, ada banyak juga tempat it’s not accesible seperti bantuan daripada ATM yang nak datang daripada utara, mereka telah, mereka telah di, di cut off by the flooding also in Kedah. Dan itu ada satu masalah.

Dan untuk, untuk Bukit Mertajam, untuk Bukit, Bukit Mertajam Seberang Perai Tengah adalah satu central dan ke central ini pada semua saluran-saluran bantuan daripada selatan. Semua serah pada dia. Juga ada satu kenyataan bahawanya ada kekurangan daripada di JKM, memang saya akui. Kerana pada 15 haribulan September di mana di bahagian pulau menghadapi banjir. Semua bantuan-bantuan telah dihabis dan kami telah memohon daripada Kerajaan Pusat pada masa itu, untuk bagi reimbursement dan resupply. Semua adalah di Bedong. Di Bedong, Kedah dan juga sana di cut off. Oleh demikian, pada 4 haribulan malam terpaksa memohon bantuan daripada Kerajaan Selangor, dan Selangor telah hantar tiga (3) lori. Tiga lori yang sampai, yang sampai di Bukit Mertajam untuk awal pagi 5 haribulan. This is the coordination dan pada kini untuk siap sediaan saya telah ada dua mesyuarat dengan Mercy Malaysia. Dan Mercy Malaysia di mana kami akan bagi latihan, dan latihan, latihan telah dibagi pada semua decision matter daripada agensi-agensi kerajaan dan dilatihan kedua adalah untuk ADUN dan juga untuk di orang-orang pilihan. Baru-baru ini saya ada satu mesyuarat dengan Mercy Malaysia dan saya akan bagi peruntukan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sungai Puyu, ringkaskan jawapan. Jawab yang ditanya sahaja.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Sekejap saya bagi dia laporan kerna, dia tak tau apa kesiapsediaan. So, saya kena bagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Berapit cuma tanya yang…(gangguan).

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Rasa bimbang bahawanya pada bulan November yang kami akan menghadapi masalah-masa-lah. Kalau kami tak siap sedia, memang kami tak siap sedia. Tetapi kalau kata macam mana siap sedia pun lihat di Jepun, Osaka dan Kyoto mereka begitu siap sedia tetapi bila banjir satu minggu pun tidak boleh selamatkan semua. Begitu banyak orang mati. So, kami semua yang kata semua pemimpin-pemimpin tempatan mestilah bersiap sedia juga. Oleh demikian, saya merayu bahawanya Ahli Yang Berhormat bila bagi latihan, mintalah ambil bahagian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Sungai Puyu.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Soalan tambahan.

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ketua Pembangkang, satu sahaja.

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Ya, terima kasih Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada soalan yang dibangkitkan oleh Berapit. Banjir pada 11 November 2017 adalah banjir yang cukup serius kita tidak bersedia tidak banyak persediaan yang kita buat untuk menghadapi bencana yang begitu besar terutamanya dari segi peralatan dan juga dari segi bantuan tenaga tenaga sukarelawan. Apa yang nak saya soalkan nak bangkitkan di sini adakah pihak YB. bersetuju supaya kita mewujudkan macam Bomba Sukarela, saya amat menghargai Bomba Sukarela, terbakar di Sungai Dua Bomba Sukarela sampai dulu yang Bomba biasa tak sampai lagi. Cuma kita nak kalau boleh diwujudkan sukarelawan ini di setiap JKK ataupun di setiap kawasan dan kita train, supaya apa yang berlaku ada pihak yang boleh mengambil tindakan awal tak payah nak tunggu pihak-pihak lain JPAM dan sebagainya turun tapi sukarelawan ini ada hubung kait dengan dengan JPAM ataupun dengan pihak-pihak yang terlibat dalam mengkoordinasikan dari segi bantuan-bantuan dari segi tindakan yang perlu dibuat jadi ini saya rasa perlu diwujudkan kerana kadang-kadang JKK di kawasan pun tak tau apa nak buat. Tak tau apa tindakan yang patut dibuat dan di kawasan saya ada Sungai, di Sungai ada Nelayan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ketua Pembangkang soalan?

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Saya cuma nak soalan tadi adakah perlu kita wujudkan satu kelompok satu kepimpinan di peringkat kawasan Sukarelawan yang boleh membantu penduduk di kawasan itu dengan segera dari segi keluar ke tempat yang selamat dari segi dan sebagainya sementara kita nak tunggu nak tunggu pihak Jabatan turun sebab Jabatan ini dia terlibat dengan banyak kawasan kadang-kadang dia tak sempat turun. Jadi kita harap ini boleh dilaksanakan. Terima kasih.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Saya amat bersetujui cadangan daripada Sungai Dua. Adakah Yang Berhormat dari Sungai Dua bersetujui Barisan Nasional yang menghapuskan projek ini? You kill the project kerana kita ada PBS di mana keanggotaan 9,000 lebih orang anggota, PBS ini telah dilatih supaya menjadi Bomba Komuniti tetapi siapa yang bunuh pada dia? UMNO, Barisan Nasional. Adakah Ahli Berhormat dari Sungai Dua sedia menyokong bahawanya PBS dimuncul kembali? Sokong tak?

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

PPS dah ditutup. Sekarang kita dah ada sekarang sudah ada agensi pusat kita ada KRT Rukun Tertangga. Apa salah PBS dimasukkan di bawah perpaduan.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

PPS adalah di bawah Kerajaan Negeri, jikalau kata ada KRT atau RT memang dulu ada tetapi tidak berhasil kerana Rukun Tertangga itu telah diperalatkan oleh Barisan Nasional untuk politik masing-masing.

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Sekarang dah ada di bawah pusat teruskan.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Ya, apa yang apa yang….(gangguan).

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Saya rasa tidak ada masalah.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Apa yang kita bahas.

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

PBS bincang dengan KRT bawah Perpaduan, laksanakan terus.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Pada masa itu saya telah menjemput Perpaduan untuk bermesyuarat dengan Kerajaan Negeri, mereka tak berani tak berani kerana mereka juga di bawah Kerajaan Pusat dan Kerajaan Pusat di bawah UMNO Barisan Nasional oleh itu mereka takut tak berani. Saya amat syukur kepada tuhan kerana pegawai daripada Perpaduan telah berhubung saya kata bolehkah kami berbincang untuk kerjasama, saya kata

saya rela kerjasama dengan sesiapa pun jika ia berfaedah kepada masyarakat negeri dan negara. So ber-setuju tak PBS hendak dikembalikan?

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

PPS dikembalikan dalam Bentuk Baru…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat duduk.

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Melalui saluran yang sedia ada.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat duduk sat…(gangguan), Sungai Dua saya nak bagi teguran sedikitlah kalau sudah bangkitkan soalan, jawab soalan itu dan sesi ini sesi soalan lisan bukan perbahasan. Kalau nak bahas nanti boleh kalau nak gulung pun nanti boleh. Sila Sungai Puyu bagi jawapan yang kena mengena sudah.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

PBS adalah Bomba Komuniti, Pusat di PBS ada di Pasukan Bomba Sukarela mereka ada 35 tetapi PBS telah digunakan sebagai di Bomba Komuniti di mana mereka atau dan mereka ada kampung profile sampai mana mereka tau mana pili bomba mana ada kolam air dan lain-lain, mereka juga tau macam mana berhubung dengan Pasukan Bomba Sukarela. Oleh demikian PBS ini amat penting kerana jika mau besok juga kami boleh tubuhkan Bomba Komuniti di seluruh Pulau Pinang jika kita boleh dapat kerana kerana tuduhan-tuduhan dan diharamkan pada kini sehingga kini tidak dapat wujud walaupun kata sekarang Kerajaan Pusat dan Negeri adalah satu parti yang sama tetapi kerana di Menteri Dalam Negeri, Home Ministry bawa kes ini pergi Mahkamah sehingga kini tak ada keputusan daripada Mahkamah, Federal Court, oleh demikian kami tidak boleh bergerak kalau boleh bergerak besok dia bagi kebenaran lusa kami akan Bomba Komuniti untuk berfaedah semua orang baik pun banjir kilat baik pun api-api di mana tempat. Oleh demikian PBS ini amat penting untuk negeri negara.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Sungai Puyu, soalan seterusnya saya mempersilakan Sungai Dua.

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Terima kasih Dato‘ Yang di-Pertua, soalan saya soalan 23. No. 23. Kerja tambakan sawah di Sungai Lokan telah dibuat oleh Syarikat Pinang Mewah. (a) Apakah kedudukan terkina tindakan & jalan penyelesaian bagi kerja tambakan sawah yang telah dilaksanakan? (b) Mengapa tindakan penyelesaian mengambil masa begitu lama tanpa keputusan daripada pihak berkuasa? (c) Adakah sawah dan infrastruktur akan dipulihkan kembali?

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua, terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan. Majlis Perbandaran Seberang Perai telah mengambil tindakan penguatkuasaan dengan merampas jentera dan mengorek laluan keluar masuk bagi menghalang kenderaan dan lori tanah masuk ke tapak kerja tanah di kawasan Sungai Lokan seperti yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Sungai Dua. MPSP kini dalam proses untuk mengambil tindakan mahkamah bagi kerja tambakan sawah yang telah dijalankan oleh Syarikat Pinang Mewah. Tindakan penyelesaian mengambil masa yang lama kerana kesukaran bagi pihak MPSP untuk mendapatkan maklumat dan butir-butir pemilik tanah berdaftar bagi membawa kes-kes ke mahkamah. MPSP juga akan mengambil tindakan mahkamah di bawah Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 bagi mengarahkan pemilik tanah bagi mengembalikan tanah kepada keadaan asal.

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Terdapat banyak lagi kawasan sawah telah ditambun oleh syarikat-syarikat atau individu jadi saya mohon diberikan satu senarai tanah-tanah yang telah ditambun ini dan dibiarkan terbiar macam itu, soalan pertama. Kedua, adakah petani di kawasan sekitar kawasan Sungai Lokan, kawasan sekitar Pajak Song dan sebagainya yang terlibat dengan tambun tanah ini boleh menuntut kerugian hasil padi kerana dia melibatkan musuh-musuh tanaman padi di kawasan yang berkaitan. Adakah boleh tuntut dengan pihak pemaju yang tambun tanah ini dari segi kerugian-kerugian yang berkaitan? Yang ketiga, adakah tambakan sawah dibuat memerlukan kelulusan perlingkungan semula ataupun zoning tukar syarat daripada pertanian ke perumahan ataupun industri bangunan dan sebagainya. Adakah perlu pohon sebelum dilaksanakan tambun sebab kerja-kerja yang dibuat, ini dia tambun dulu dia bawa surat MPSP dia kata surat kebenaran dia lekatkan di kawasan bendang telah mendapat kelulusan pelan kelulusan tambun tanah dan tak dibuat kalau ada bantahan. Dia lekat macam itu sahaja padahal memang belum ada lagi kelulusan kerja tanah oleh pihak Majlis, dia masuk tambun gunakan alasan itu, jadi dia masuk pula hari cuti jadi saya minta kepastian adakah pemaju ini boleh masuk untuk kerja-kerja tanah dapat sebelum dapat kelulusan kerja tanah dengan hanya dapat kelulusan surat sekeping daripada MPSP dia masuk terus buat kerja tanah adakah dia boleh dapat kelulusan itu untuk membuat kerja tanah?

Yang di-Pertua (Speaker)

Seberang Jaya sila.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua. Untuk maklumat Yang Berhormat senarai tanah-tanah ini kita boleh sediakan dan saya akan lampirkan nanti kepada Yang Berhormat kerana audit kepada semua tanah-tanah dan pemutihan tanah-tanah sawah di Pulau Pinang ini telah kita laksanakan pada awal tahun dan hujung tahun lepas kita sudah ada senarainya. Untuk makluman Yang Berhormat buat masa kini, kita tidak ada program khusus yang mana petani atau pesawah boleh menuntut kerugian daripada akibat penambakan kawasan sawah padi ini yang menimbulkan isu musuh kepada tanaman ini dan untuk makluman Yang Berhormat juga, sebarang kerja-kerja pemohonan perlingkungan semula harus dimasukkan dahulu sebelum boleh laksanakan sebarang projek atau pembangunan. Apa yang berlaku dalam situasi ini, ini bukan perkara yang baru saya ingat Yang Berhormat pun maklum. Perkara ini adalah perkara yang telah berlarutan sejak beberapa ketika. Penguatkuasaan saya akui memang berhadapan dengan kelemahan yang mana kita ada beberapa loop hole dalam undang-undang kita. Mereka masuk buat kerja seperti Yang Berhormat sebut waktu cuti, waktu hari pegawai-pegawai kita tak berkerja tetapi saya dimaklumkan kita juga berkerjasama dengan pesawah-pesawah petani dan juga penduduk kampung untuk memastikan supaya mereka ini menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa bila kita lihat ada aktiviti-aktiviti tambakan ini. Untuk maklumat Yang Berhormat juga, sebarang permohonan perlingkungan semula jika kawasan sawah padi itu masih aktif maka kawasan sawah padi ini tidak akan dilingkungkan semula untuk tujuan pembangunan. Cuma masalah yang kita hadapi sekarang taktik mereka gunakan adalah mereka masuk tambun tanah itu dan untuk tunjuk bahawa kawasan itu sudah tidak aktif jadi ini masalah besar yang kita hadapi sebab itu kita sering berhubung dengan petani dan pesawah kita untuk memastikan mereka juga meneruskan aktiviti tanaman di situ dan dalam masa yang sama kita kena tingkatkan kesedaran terutamanya di kalangan pemilik-pemilik tanah kerana masalahnya ramai pemilik tanah ini menjual tanah mereka. Yang keduanya, bila ada demand mesti ada supply. Banyak juga dikalangan pembeli-pembeli sebenarnya hartanah-hartanah seperti ini, terutamanya pembeli-pembeli tanah lot mereka juga melihat ini adalah satu peluang untuk membeli tanah dengan harga yang sedikit murah tetapi sekarang ini banyak kebanyakan mereka menghadapi masalah kerana apabila mereka masuk pelan untuk buat rumah, pelan untuk buat kediaman atau apa saja pembangunan ditolak kerana tidak dapat perlingkungan semula lagi. Jadi, ini antara isu dan perkara yang memang jadi perhatian Kerajaan Negeri bahkan di peringkat MMK Pertanian juga kita memantau perkara ini dengan lebih kerap dan saya yakin kalau kita dapat melaksanakan sebahagian daripada tindakan mahkamah ini terutamanya kepada Syarikat Pinang Mewah yang disebut oleh Yang Berhormat yang saya rasa Yang Berhormat pun maklum sangat popular syarikat ini di Pulau Pinang dan kalau kita dapat ambil tindakan dan dapat tunjukkan pada awam saya yakin aktiviti ini kita dapat sekat dan dapat kita kurangkan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, saya ingin mempersilakan seterusnya soalan dari Sungai Acheh…(gangguan). Saya telah pun izin soalan tambahan sehingga empat dah. Permatang Pasir tak. Sila.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Terima kasih Dato‘ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 24. No. 24. Adakah jabatan atau agensi berkaitan sedar mengenai pencerobohan bot tunda (kenka) secara serius di kawasan perairan Sungai Acheh dan pencerobohan ini masih berleluasa seolah-olah tindakan penguatkuasaan tidak memberikan kesan. (a) Pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi masalah. (b) Langkah drastik yang perlu untuk hentikan kegiatan tersebut.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Acheh dan juga Yang di-Pertua Dewan. Soalan daripada Yang Berhormat Sungai Acheh adalah mengenai pencerobohan bot tunda (KENKA) secara serius di kawasan perairan Sungai Acheh dan apa langkah-langkah yang telah kita ambil untuk mengatasi masalah ini. Kerajaan Negeri sedar akan pencerobohan bot tunda dan dalam usaha untuk menangani aktiviti menangkap ikan menggunakan vesel dengan peralatan pukat KENKA, dua bot yang menyelahi syarat-syarat lesen di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985, Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang juga telah mengambil tindakan-tindakan seperti berikut dan untuk Pelan Jangka Pendek, menjalankan program pemantauan dan juga pengawasan merangkumi penguatkuasaan undang-undang di kawasan perairan Negeri Pulau Pinang. Nelayan yang melakukan kesalahan juga akan ditahan bersama vesel dan peralatannya boleh dikompaun di bawah Seksyen 31 Akta Perikanan 1985 ataupun didakwa di mahkamah. Pada tahun 2017, untuk makluman Yang Berhormat Sungai Acheh, Jabatan Perikanan Pulau Pinang telah berjaya membuat 22 kes tangkapan KENKA dua bot. Bagi Pelan Jangka Panjang untuk mengatasi masalah ini Jabatan Perikanan Malaysia mengenakan kadar kompaun yang lebih tinggi sebagai langkah pencegahan mulai 1 Jun 2015 di mana kompaun telah dinaikkan kepada RM1,200, RM1,500 dan RM2,000 berbanding RM800, RM900 dan RM1,000 bagi kesalahan pertama, kedua dan ketiga. Mulai tarikh tersebut juga, lesen akan digantung setahun mulai dari kesalahan pertama manakala peralatan akan dirampas bagi kesalahan ketiga. Kes akan didakwa di mahkamah bagi kesalahan keempat. Sekiranya sabit kesalahan, lesen vesel dan peralatan akan dibatalkan di bawah Seksyen 33 dan vesel serta peralatan juga akan dilucuthak di bawah Seksyen 52 Akta Perikanan 1985. Bagi Tahun 2015 iaitu sehingga 10 September 2015, sebanyak 23 buah vesel pukat KENKA yang menceroboh kawasan perairan 5 batu nautika telah ditahan dan dikenakan kompaun sewajarnya. Manakala tiga (3) buah vesel telah digantung lesennya selama setahun. Sebagai langkah drastik mengatasi masalah tersebut. Jabatan Perikanan Malaysia telah meminda syarat-syarat lesen yang lebih ketat di bawah kuasa Seksyen 10 Akta Perikanan 1985 bagi mengawal operasi vesel pukat kenka. Jabatan telah mengeluarkan Pekeliling bertarikh 14 April 2016 iaitu Pekeliling Penghapusan Pukat Kenka Dua Bot Secara Berperingkat sehingga 31 Disember 2020 melalui langkah-langkah kawalan. Dengan langkah-langkah kawalan adalah seperti berikut: i. Mewajibkan semua vesel kenka dua bot memasang alat Unit Pengesan Mobil (MTU) dan Sistem Pengenalan Automatik (AIS). ii. Lesen vesel tidak boleh dipindah milik. iii. Tindakan kompaun yang tinggi serta lesen digantung setahun sekiranya didapati melang-gar syarat dan peraturan pelesenan yang ditetapkan.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Cuma saya nak dapatkan sepanjang kes tangkapan yang dibuat ini ada tak bot yang di sita di Pulau Pinang dan juga ada tak kerjasama antara agensi sama ada Perikanan atau Marin bersama Agensi yang berkaitan juga di Negeri Perak untuk membanteras kes pukat tunda, pukat KENKA dua bot ini. Terima Kasih.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Acheh, tiga (3) buah vesel yang telah digantung lesen dan di sita sebelum ini dan saya percaya baru juga ada yang telah disita cuma Jabatan Perikanan juga memang bekerjasama dengan pihak berkuasa lain untuk melakukan kawalan. Kerana masalah kita perairan ini bukan satu kawasan yang mudah untuk dijaga tapi juga saya yakin kalau penguatkuasaan dibuat dengan sistematik dan juga penguatkuasaan dibuat dengan penuh integriti saya percaya kita dapat mengatasi masalah ini dengan langkah-langkah yang telah dirancang tadi. Dan kita harap pelaksanaan pelan jangka panjang untuk menghapuskan pukat KENKA dua bot secara peringkat 2020 ini kita akan dapat selesaikan masalah pencerobohan ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Seberang Jaya. Seterusnya dipersilakan Ahli Yang Berhormat Seri Delima.

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Terima kasih Dato' Speaker, soalan saya adalah, soalan nombor 25. No. 25. Apakah kemajuan terkini bagi mempertingkatkan kemudahan penjagaan anak di tempat kerja dan polisi Kerajaan Negeri untuk memudahcara penjagaan anak.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Tuan Speaker. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengumumkan bahawa menjelang 1 Januari 2019, semua jabatan/agensi Kerajaan hendaklah menye-diakan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di tempat kerja sebagai kemudahan untuk ibu-bapa yang bekerja menghantar anak-anak mereka bagi mendapat pengasuhan yang berkualiti tertutamanya mereka yang bekerja syif. Pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga menggalakkan majikan di sektor swasta menyediakan Pusat Jagaan Kanak-Kanak di tempat kerja. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri amat menggalakkan agar semua Jabatan/Agensi Kerajaan dan juga syarikat swasta di Pulau Pinang menyediakan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak. Kerajaan Negeri melalui Penang Women Development Corporation atau (PWDC) akan membantu Jabatan atau Agensi Kerajaan atau syarikat-syarikat swasta yang ingin menyediakan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak (PJKK) dari segi prosedur, penubuhan dan pendaftaran. Dan juga mengkongsi pengalaman kami kerana kami telah mengwujudkan satu (1) Pusat Jagaan di KOMTAR. Jadi dari segi polisi Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menerima pakai Dasar dan Pelan Tindakan Penjagaan Kanak-Kanak mulai Tahun 2013. Antara pencapaian utama dasar tersebut adalah pembinaan Taman Asuhan Kanak-Kanak Taska D'KOMTAR. Iaitu Taska untuk kakitangan kerajaan yang berkhidmat di KOMTAR. Tambahan lagi Kerajaan Negeri membiayai 2 (dua) buah Pusat Jagaan Kanak-Kanak yang terletak di Daerah Timur Laut dan Seberang Perai Tengah. Kedua-dua Pusat Jagaan Kanak-Kanak tersebut memberi jagaan kepada kanak-kanak daripada keluarga yang kurang berkemampuan termasuk ibu-ibu tunggal. Kerajaan Negeri juga sedang melaksanakan proses pemutihan sebagai usaha untuk mendaftarkan semua Taman Asuhan Kanak-Kanak dan Pusat Jagaan di Pulau Pinang. Masalah utama yang dikenalpasti menjadi punca Taman Asuhan Kanak-Kanak dan Pusat Jagaan tidak berdaftar adalah disebabkan kos permohonan tukar guna bangunan kediaman kepada Taman Asuhan Kanak-Kanak dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak yang tinggi di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk memberi diskaun 90% ke atas bayaran pemajuan infrastruktur untuk permohonan tukar guna bangunan, kediaman kepada taska dan juga PJKK bagi mereka yang tidak berlesen dan beroperasi sebelum 15 September 2017. Tempoh diskaun ini adalah daripada 15 September 2017 sehingga 14 September 2018. Jadi, sudah saya rasa satu (1) bulan lagi dia akan tamat tempohnya. Tindakan penguatkuasaan bersepadu bersama semua agensi yang terlibat akan diambil terhadap taska dan pusat jagaan yang masih beroperasi tanpa lesen selepas tamat tempoh pemberian diskaun 90% ini. Sekian. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Padang Lalang.

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Maaf, saya ada soalan tambahan. Terima kasih pada Yang Berhormat. Dari segi pemantauan garis panduan dan juga S.O.P penjagaan seperti meneliti latar belakang kakitangan terutamanya dari segi kesihatan mental, adakah ini juga di bawah kuasa Kerajaan Negeri dan juga apakah langkah-langkah yang boleh diambil supaya kes kecederaan ataupun kematian tidak lagi berlaku di pusat jagaan kanak-kanak.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Semua taska dan pusat jagaan adalah di bawah pantauan JKM. Jadi saya bersetuju bahawa kita seharusnya memantau kesihatan mental para penjaga atau educator di taska dan tadika. Tapi tadika dia di bawah Kementerian Pendidikan. Dan ini di bawah JKM. Satu lagi saya rasa kita juga pantau, mesti pantau, kita mesti check latar belakang pekerja-pekerja di taska dan tadika ialah history sama ada mereka ada sexual short history. Jadi kita memerlukan ini semua di peringkat Persekutuan dan bukan di Peringkat Negeri. Walau bagaimanpun kita boleh mengajukan, memanjangkan concern-concern ini kepada Kementerian di Kerajaan Pusat. Thank you.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Saya nak tanya sama ada. Owh kena tanya pada…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Penanti. Soalan pokok….(gangguan).

Soalannya adakah….(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan pokok tau?

Ya, berkenaan dengan Penjagaan Kanak- Kanak. Adakah Kerajaan Negeri telah apakah update atau terkini berkenaan dengan polisi yang diminta dan dipohon oleh Kerajaan Negeri supaya ada satu badan sahaja yang mengawal selia ataupun yang bertanggungjawab seperti di Singapore untuk Penjagaan Kanak-Kanak dari kecil sampai ke besar sebab sekarang ia berada di bawah dua (2) Kementerian. Adakah apa-apa maklumbalas daripada pihak Kerajaan Pusat?

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Permintaan ini, ataupun pandangan kita telah dipanjangkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Sampai sekarang belum dapat lagi. Tapi saya rasa ini merupakan satu isu yang memerlukan sokongan dari semua pihak dan juga semua Kementerian khasnya Perdana Menteri himself. Kerana ini merupakan satu (1) polisi yang akan ada impact ke atas pembangunan keluarga, pembangunan kanak-kanak dan juga empowerment of women dan juga kaum bapa. Jadi saya rasa ini merupakan satu cadangan dan satu langkah kita mau ambil. Kita akan terus berusaha supaya ia ada one stop center. Satu agensi untuk beri early childhood education seperti di Sin-gapore. Sekarang kita punya taska dan tadika ada di bawah Kementerian Pendidikan, Kementerian Luar Bandar dan juga Prime Minister Department. Di bawah Prime Minister Department pula dia ada dua (2) jenis. Ada satu di bawah PERPADUAN dan satu di bawah PERMATA, sekarang PERMATA, sekarang PER-MATA telah di bawah Kementerian Pendidikan. Jadi saya rasa dan kamu, kita semua setuju bahawa dia perlu di diadakan di bawah satu (1) badan dan bukan di semua di 3, 4 Kementerian. Jadi kita akan berusaha. Saya harap dapat semua sokongan semua Ahli-ahli Yang Berhormat di sini. Terima Kasih.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Soalan tambahan. Satu (1) soalan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya. Satu (1). Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima Kasih Dato' Speaker, saya cuma nak tanya Yang Berhormat Padang Lalang tentang dasar Kerajaan Pusat yang telah memutuskan bahawa pada tahun depan 2019 setiap Agensi Kerajaan atau bangunan-bangunan kerajaan perlu menubuhkan Pusat Jagaan Kanak-Kanak atau Child Care Center pada tahun depan. Soalan saya adalah sama ada semua bangunan-bangunan kerajaan ini sudah bersiap sedia dengan menampakkan tempoh masa yang dari sekarang sehingga tahun depan hanya enam (6) bulan, kurang daripada enam (6) bulan. So apakah usaha yang akan diadakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan sekurang-kurangnya agensi-agensi yang di bawah Kerajaan Negeri dapat memenuhi dasar yang telah disarankan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Terima Kasih YB. Machang Bubuk tentang soalan tambahan ini. Ini merupakan enam (6) bulan untuk menyediakan satu (1) Pusat Jagaan. Kalau mengikut pengalaman PWDC ini macam sedikit mission impossible la. Tambahan lagi kita tak ada budget untuk program ini. Sampai sekarang dan saya pun telah tanya kepada Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak dan Keluarga sama ada Kementerian akan sediakan bajet. Tetapi Kementerian faham la, Kementerian baru dia jadi Kerajaan, baru dia masuk jadi Menteri memang tak ada bajet untuk ini. Jadi saya rasa tempoh ini adalah sedikit unrealistic. Dia perlu tempoh masa yang lebih panjang. Tapi paling penting ialah mesti ada bajet. Kalau tak ada bajet, dana itu nak datang dari mana. Dan bajet ini bukan untuk tahun depan sahaja. Kerana selepas dia didirikan dia diadakan Child Care Center ini tiap-tiap tahun dia kena operational cost dan cost ini nak datang dari mana? Jadi dia perlulah, saya akan panjangkan lagi soalan tambahan dan concern YB. Machang Bubuk untuk dibawa ke Kementerian supaya Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri dapat menyediakan bajet di dalam Kabinet. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya ingin persilakan Yang Berhormat Penaga.

Terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 26. No. 26. Nyatakan keluasan tanah wakaf di bawah MAINPP mengikut setiap daerah dan apakah langkah-langkah serta usaha kerajaan untk memanfaatkan tanah wakaf di bawah MAINPP bagi kepentingan ekonomi masyarakat Islam di Pulau Pinang.

Menjawab soalan daripada YB. Penaga. Secara keseluruhannya, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang atau MAINPP mempunyai 1,270 lot tanah wakaf dengan jumlah keluasan 1,331.16 ekar. Perincian jumlah keluasan tanah wakaf bagi setiap daerah adalah seperti berikut: • Seberang Perai Utara, jumlah lot 414 dengan keluasan 508.33 ekar; • Seberang Perai Tengah, jumlah lot ialah 278 dengan keluasan 236.49 ekar; • Seberang Perai Selatan, jumlah lot 191 dengan keluasan 274.73 ekar; • Timur Laut, jumlah lot ialah 191 dengan keluasan 122.73 ekar; dan • Barat Daya, 196 jumlah lot dan 188.88 ekar. Jadi itulah, so keluasan seluruhnya ialah macam yang saya beri tadilah. So Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang memanfaatkan tanah wakaf melalui pelaksanaan rancangan pembangunan yang berterusan dengan tujuan memelihara kepentingan ekonomi serta kebajikan umat Islam Pulau Pinang. Bagi tempoh 2011 hingga 2018 MAINPP telah berjaya membangunkan sejumlah 373 unit kediaman dan 13 unit komersial di seluruh Pulau Pinang. Pada tahun 2018 sahaja, MAINPP telah Berjaya menyempurnakan dua projek perumahan iaitu 68 unit kediaman bagi projek Pangsapuri Wakaf Muhamed Hashim di Seberang Jaya dan 7 unit kediaman dan 4 unit komersial bagi projek Pangsapuri Siti dan Hajjah Norijah di Sungai Nibong. Di samping itu juga, terdapat projek perumahan yang sedang dalam pembinaan dan dalam perancangan untuk dibangunkan yang merangkumi 4,450 unit kediaman dan 181 unit komersial. Selain pembangunan yang melibatkan unit kediaman dan komersial, MAINPP juga memanfaatkan tanah wakaf dengan rancangan pembangunan yang memberi impak sosial dalam konteks kebajikan masyarakat Islam seperti pembinaan sekolah agama, dewan serbaguna, perumahan khas untuk asnaf zakat, rumah transit atau pusat sehenti saudara baru dan pembinaan hospital Islam.

MAINPP juga telah menubuhkan syarikat Wakaf Pulau Pinang yang telah memulakan operasinya pada 8 Januari 2018 bertujuan menambah baik urusan wakaf, termasuk perancangan membangunkan tanah wakaf. Wakaf Pulau Pinang Sdn. Bhd. juga menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan kutipan sewa premis, kutipan dana wakaf tunai dan hal yang berurusan dengan wakaf di Pulau Pinang. Perincian tanah wakaf yang telah, sedang dan dalam perancangan untuk dibangunkan adalah seperti di Lampiran A dan saya akan serahkan di atas meja YB. Penaga selepas tamat sesi soalan lisan ini.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Penaga.

Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO yang telah menjawab. Saya ada dua (2) soalan tambahan. Yang pertama di sana ada tanah wakaf yang hendak dibangunkan hospital Islam sepertimana yang disebut tadi, jadi tanah wakaf di belakang Masjid Bayan Baru saya kira, status pelaksanaan projek tersebut, saya nak tahu oleh kerana saya difahamkan majlis pecah tanah juga telah dibuat oleh TYT., soalan yang pertama dan soalan yang kedua, pandangan pihak Audit, kalau tak silap tahun 2015 yang mencadangkan kenaikan kadar sewaan tapak ataupun premis di tanah-tanah wakaf sebelum ini, jadi apakah cadangan itu telah diambil kira dan dilaksanakan. Terima kasih.

Berhubung dengan penubuhan Hospital Islam di atas tanah wakaf, di belakang Masjid Bayan Baru, adalah di bawah Yayasan Islam Pulau Pinang dan masih lagi di peringkat akhir pelan merancang. Kita telah membuat semakan tentang sewaan premis dan penyewa telah dikenakan kadar sewaan yang baru, sewaan yang baru sebagaimana yang dicadangkan oleh Audit.

Soalan tambahan. Apakah hasil kajian PDC terhadap tanah wakaf sekolah Al-Masriyah di Kuala Mengkuang di DUN Penanti kerana ini soalan yang saya dah tanya before tapi jawapannya PDC sedang buat kajian. Sebab dalam soalan tu saya telah mohon daripada penduduk dan JKKK, mereka telah mohon untuk buat perniagaan, bangunan perniagaan dan latihan sebab berdekatan dengan taman perumahan yang baru. Jadi jawapan dalam sidang DUN ialah PDC sedang buat kajian Tanah wakaf Sekolah Al-Masriyah. Jadi saya nak tau sama ada Dato’ tahu apa keputusan kajian itu.

Terima kasih Yang Berhormat Penanti. Maklumat tersebut saya akan dapatkan dan maklumkan dalam penggulungan nanti.

Yang di-Pertua (Speaker)

Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Pulau Betong.

Haji Mohd. Tuah bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 27. No. 27. Perkhidmatan MBPP dalam pembersihan parit dan longkang adlaah berjadual di Barat Daya. (a) Adakah tindakan diambil bila aduan dibuat? (b) Bolehkah perkhidmatan ini dibuat setiap hari? Jika perlu diswastakan.

Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih kepada rakan saya daripada Pulau Betong atas soalan berkenaan perkhidmatan MBPP dalam pembersihan parit dan longkang berjadual di Barat Daya berkenaan apakah tindakan yang akan diambil apabila aduan dibuat dan bolehkah perkhidmatan ini dibuat setiap hari dan sekiranya perlu diswastakan. Bagi menjawab soalan ini Dato’ Speaker, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik termasuk pengurusan aduan berkaitan perkhidmatan pembersihan parit dan longkang. Setiap aduan yang diterima akan disalurkan kepada jabatan yang berkaitan untuk tindakan dengan segera. MBPP sentiasa komited untuk mencapai Key Performance Indicator ataupun KPI aduan yang telah ditetapkan bagi menjamin kepuasan orang awam. MBPP juga mengadakan Mesyuarat Pengukuhan Aduan pada setiap bulan bagi

membincangkan isu dan masalah serta meningkatkan prestasi dalam menangani aduan yang diterima daripada orang awam. Selain itu, selaras dengan perkembangan teknologi komunikasi terkini, pihak MBPP telah mewujudkan Whatsapp group bagi menyampaikan maklumat aduan dengan cepat dan efektif agar tindakan dapat dilaksanakan dengan segera. Bagi kes berkaitan pembersihan parit dan longkang secara berjadual di Barat Daya, tindakan yang diambil oleh pihak MBPP adalah seperti berikut: i. Aduan sampah di tempat awam diambil tindakan pungutan dalam tempoh 24 jam. ii. Aduan kekotoran jalan dan parit awam diambil tindakan pembersihan dalam tempoh 24 jam. Pada masa kini Dato’ Speaker, perkhidmatan pembersihan parit dan longkang dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan bagi keseluruhan kawasan di dalam Pentadbiran Majlis. Bagi kawasan-kawasan jalan utama dan komersial pembersihan dibuat pada setiap hari. Bagi perkhidmatan pembersihan jalan dan parit untuk jalan sekunder pula, pembersihan dibuat tiga kali seminggu. Walau bagaimanapun, terdapat juga kawasan tertentu di mana perkhidmatan pembersihan parit dan longkang dilaksanakan mengikut jadual sekurang-kurangnya seminggu sekali atas faktor keupayaan penugasan dan hasil perolehan atau turnover anggota Majlis. Sekiranya perkhidmatan pembersihan parit dan longkang dilaksanakan pada setiap hari, ianya berkemungkinan memerlukan pertambahan tenaga pekerja dan peralatan sekaligus mengakibatkan peningkatan kos perkhidmatan. Mengenai cadangan penswastaan perkhidmatan ini, ia masih belum berbangkit setakat ini dan sekiranya ada cadangan yang sesuai, Kerajaan akan meneliti perkara ini, tertakluk kepada keperluan. Sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Datok Keramat. Seterusnya saya ingin persilakan Kebun Bunga.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 28. No. 28. Adakah PTMP (Penang Transport Master Plan) telah dipertimbangkan/dinilai oleh ‘Institute of Transport Development Policy’ (ITDP)?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Dato’ yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Kebun Bunga dan Dewan yang mulia ini, komponen-komponen di bawah Penang Transport Master Plan kini dalam proses kelulusan oleh Kerajaan Persekutuan dan keperluan untuk dinilai oleh Institute of Transport Development Policy (ITDP) bukannya satu keperluan yang wajib. Malah, ITDP tidak berperanan dalam memberi kelulusan di Malaysia. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri akan akur dengan apa jua keputusan Kerajaan Persekutuan jika Penang Transport Master Plan dicadangkan untuk dinilai semula oleh mana-mana agensi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Seterusnya, ya.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Soalan tambahan saya kepada Yang Amat Berhormat ialah selain daripada itu agensi Institute of Transport Development Policy adakah lagi consultancy ataupun agensi lain yang telah dishortlisted oleh Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat berkenaan dengan Penang Transport Master Plan.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Saya rasa isu ini tidak berbangkit sebab permohonan sudahpun dikemukakan kepada agensi-agensi yang berkenaan. Namun dalam proses meneliti permohonan dari pihak Kerajaan Negeri, agensi-agensi Persekutuan akan mengenakan syarat-syarat untuk dipenuhi termasuk kajian-kajian tambahan yang perlu dilakukan untuk menjawab kemusykilan yang mungkin dirasakan oleh panel yang menentukan permohonan ini. Jadi misalnya dalam kes Penang South Reclamation, syarat-syarat tambahan dikenakan kepada pemohon iaitu pihak Kerajaan Negeri untuk menyediakan laporan dan kajian tambahan misalnya heritage impact assessment atau social impact assessment, fishery impact assessment, marin risks, traffic analysis dan sebagainya. Itu pun akan dikemukakan dan sudahpun dikemukakan oleh pihak Kerajaan Negeri melalui syarikat yang dilantik. Maka kita percaya dalam proses ini pakar-pakar dalam Kementerian dan agensi Persekutuan dapatlah menilai laporan yang dikemukakan oleh consultant yang bertindak bagi pihak Kerajaan Negeri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Bagan Dalam.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 29. No. 29. Sila perincikan: (a) Nilai aset yang dimiliki oleh Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang dengan perincian pendapatan dan perbelanjaan tahunan untuk lima (5) tahun yang lepas. (b) Projek dan program berbentuk kemasyarakatan yang telah dijalankan oleh Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang sepanjang lima tahun yang lepas (2013 – 2018).

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Terima kasih Dato’ Speaker dan juga ADUN daripada Bagan Dalam. Jumlah nilai aset tetap dan semasa Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang yang telah diaudit sehingga tahun 2017 adalah sebanyak RM20,187,217.00. Perincian pendapatan dan perbelanjaan dari tahun 2013 hingga 2017 akan diletakkan di atas meja Ahli Yang Berhormat setelah selesai sesi soalan lisan. Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan dua program kemasyarakatan bagi tempoh 2013 hingga 2017 iaitu Program Bantuan Pendidikan dan Program Bantuan Kebajikan untuk pelajar dan individu yang kurang berkemampuan. Sebanyak RM2.6 juta telah dibelanjakan bagi kedua-dua program tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Soalan tambahan. Terima kasih dari Yang Berhormat Perai tentang jawapan tersebut. Dan saya ada soalan. Lembaga Wakaf Hindu wujud di Negeri Pulau Pinang dari tahun 1905. Tetapi kewujudannya nampak boleh dilihat hanya selepas tahun 2008 selepas Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan dengan pelbagai projek dan juga nilai aset yang begitu tinggi. Di masa semasa pemerintahan Barisan Nasional, ada tanah kubur Hindu yang telah hilang. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang untuk mengambil, menjaga ataupun mengambil balik tanah-tanah kubur yang telah dicuri ataupun hilang dari negeri Pulau Pinang. Dan juga dalam manifesto Pakatan Harapan PRU ke-14 ada janji daripada Kerajaan Pakatan Harapan untuk menubuhkan Lembaga Wakaf Hindu Persekutuan. Apakah pandangan Yang Berhormat tentang dia berdasarkan success story of the Hindu endowment orders in Penang…(dengan izin). Apakah pandangan Yang Berhormat Perai tentang Lembaga Wakaf Hindu Persekutuan? Adakah kita akan menggalak menghadapi apa-apa masalah apabila sudah ada Lembaga Wakaf Hindu di peringkat Persekutuan? Timbalan Ketua Menteri II

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Dalam. Saya ingat ada dua soalan. Satulah apa yang terjadi pada tanah-tanah seperti kubur yang telah hilang daripada Lembaga Wakaf Hindu semasa pemerintahan Barisan Nasional, saya rasa ada yang hilang, hilang saja. Saya tidak boleh apa ini mengambil balik tapi juga ada-ada kubur ini yang terbiar yang saya rasa yang telah diambil alih oleh Lembaga Wakaf Hindu dan bukan sahaja kubur juga tanah-tanah untuk apa ini apa ini tanah untuk kuil Hindu dan sebagainya. So jadi selepas kita mengambil alih kerajaan di negeri Pulau Pinang, saya rasa banyak apa ini telah dilaksanakan supaya untuk apa ini memberi keutamaan kepada aktiviti Lembaga Wakaf Hindu dan kepada masyarakat Hindu di Pulau Pinang. Soalan kedua adalah janji-janji yang telah dibuat oleh Pakatan Harapan sebelum pilihan raya 20 baru-baru ini, dan apakah tindakan- tindakan yang akan diambil salah satu janji yang telah dibuat oleh apa ini Pakatan Harapan masa itu apa ini dan Perdana Menteri sendiri telah apa ini merasmikan satu majlis sebelum pilihan raya di mana isu-isu seperti sekolah menengah apa ini tamil dan juga Lembaga Wakaf Hindu dapat diperluaskan di negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia. Jadi inilah antara-antara isu mungkin ada juga isu-isu lain, saya rasa perkara ini sedang dikaji dan saya ingat pada 13 haribulan kita dapat peluang untuk jumpa Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad supaya perkara-perkara ini dapat dikemukakan dan terus ini dapat dilaksanakan sebelum tempoh lima (5) tahun dihabis, lima (5) tahun dia habis. So, jadi usaha-usaha telah diambil dan saya ingat Lembaga Wakaf Hindu ini adalah satu badan kerajaan, badan kerajaan ataupun sunctuary body yang ditubuhkan zaman kolonial. Satu masa ketika 1906 oleh Ordinent Lembaga Wakaf Hindu dia mencantumkan Agama Hindu dalam agama apa ini Islam Muhammaddin, Hindu dan Muhammaddin, kemudian 70-an dia pecahkan kepada perasingkan antara jadi

Islam jadi MAIPP kemudian Lembaga Wakaf Hindu ini terus kekal sebagai seperti mana yang kita faham hari ini. So, jadi ini perlu diambil langkah-langkah diambil, supaya dilaksanakan di peringkat. Tapi dari segi ini saya rasa kita mahu kaji lah undang-undang sebab walaupun Lembaga walaupun ordinent ini adalah ordinent Kerajaan Negeri, tapi selepas kemerdekaan banyak undang-undang negeri-negeri telah diletak-kan di bawah Persekutuan. So, jadi walaupun kita ini kuasa ini kepada Lembaga Wakaf Hindu letak di Negeri Pulau Pinang, tapi undang-undang ini dapat diawasi oleh Kerajaan Persekutuan. So, jadi kerja Persekutuan cuma dia menjaga apa ini, dia buat audit dan kita perlu hantar laporan tahunan kepada Parlimen dan dia akan dibentangkan di Parlimen. Selain daripada pengurusan Lembaga Wakaf Hindu ini dijalankan oleh Kerajaan Negeri, di mana EXCO melantik apa ini pesuruhjaya-pesuruhjaya dapat perkenan daripada TYT. So, jadi inilah. Saya rasa kita melihat kepada undang-undang bagaimana kita mahu laksanakan di negeri-negeri lain. Saya rasa kita perlu kaji, perlukan satu pindaan kepada undang-undang Persekutuan ataupun satu undang-undang perlu baru yang perlu digubal sementara di Persekutuan di peringkat Persekutuan ataupun di negeri atau suatu undang-undang di Persekutuan yang memberi kuasa ataupun undang-undang satu undang-undang persekutuan kemudian lagi satu undang-undang di peringkat negeri. Saya rasa ini perlu dikaji oleh pakar-pakar undang-undang. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya persilakan Yang Berhormat Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato‘ Speaker. Soalan saya soalan 30. No. 30. Terangkan status terkini tentang projek terowong dasar laut serta tiga (3) lebuh raya yang jumlahnya bernilai RM6.3 bilion. (a) Terangkan hasil kajian kemungkinan (feasibility study) bertepatan dengan matlamat dan harapan asal kerajaan? (b) Apakah pelan mitigasi yang akan diambil oleh kerajaan sekiranya projek tersebut tidak mencapai matlamat yang diharapkan?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Untuk menjawab Yang Berhormat Machang Bubuk dan juga untuk Dewan yang mulia ini. Status pelaksanaan projek jalan-jalan utama dan terowong di Pulau Pinang sehingga kini adalah seperti berikut. Bagi projek jalan-jalan utama, kajian kebolehlaksaan untuk projek jalan-jalan utama yang melibatkan tiga (3) pakej jalan, iaitu jalan berkembar dari Tanjung Bunga ke Telok Bahang, pakej 1. Jalan pintasan by pass dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Jalan Air Itam, pakej 2. Dan Jalan pintasan by pass dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Persiaran Gurney, pakej ke-3 telah disiapkan pada 12 Mei tahun 2015. Seterusnya reka bentuk terperinci awalan atau preliminary details design telah siap disediakan pada 26 Januari 2016. Untuk membolehkan kajian terperinci impak alam sekitar dimulakan laporan kajian DEIA telah disiapkan dan dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar pada 21 April tahun 2017. Dan telah mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Alam Sekitar dengan 59 syarat untuk ditunaikan syarat pada 7 November tahun 2017. Susulan kelulusan DEIA, pihak syarikat projek ini sedang menyediakan Pelan Pengurusan Alam Sekitar atau Enviromenta Management Plan serta laporan-laporan teknikal lain yang perlu dikemukakan untuk kelulusan-kelulusan kelulusan jabatan-jabatan berkaitan sebelum kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan. Iaitu tunai syarat 59 syarat yang diletakkan dan ini perlu ditangani melalui Pelan Pengurusan Alam Sekitar dan laporan-laporan teknikal yang lain. Walaupun sudah dapat kelulusan ada syarat-syarat yang perlu ditunaikan. Permohonan pengambilan tanah serta pelepasan tanah Persekutuan bagi tujuan pembinaan projek ini, akan bermula dengan pakej 2. Pakej 2 adalah by pass dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Jalan Air Itam yang menjadi projek pertama untuk dilaksanakan. Bagi isu-isu tanah telah dikemukakan kepada Pejabat Daerah dan Tanah yang berkaitan serta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian. Untuk projek terowong pula atau juga dikenali sebagai Link ke-3 yang menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam kini di peringkat akhir kajian kebolehlaksanaan di mana kemajuan kajian sehingga 30 Jun tahun ini telah mencapai 96.5%. Hasil kajian ini seterusnya akan menentukan hala tuju perlaksanaan reka bentuk terperinci dan juga penyediaan laporan kajian terperinci impak alam sekitar. Maka ini belum dilakukan sebab feasibilities study belum disempurnakan lagi dan dimuktamadkan lagi. Pembinaan projek terowong bawah dasar laut ini adalah tertakluk kepada hasil laporan kebolehlaksanaan dan juga kesemua kelulusan yang telah ditetapkan.

Bagi menjawab soalan bahagian (a), berdasarkan hasil kajian kebolehlaksanaan 3 lebuh raya yang telah disiapkan dan matlamat Kerajan Negeri ialah untuk merealisasikan satu Pelan Induk Pengangkutan yang efisyen di mana antara objektif utamanya adalah untuk menjuraikan trafik dari lokasi-lokasi yang mengalami isu kesesakkan lalu lintas. Kerajaan Negeri telah mengenalpasti projek ini adalah berdaya maju untuk dilaksanakan. Pelaksanaanya dilihat akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang, berupaya untuk memacu pertumbuhan ekonomi negeri ke arah yang lebih mampan, mengurangkan masa perjalanan rakyat, serta membuka kawasan-kawasan baru untuk pembangunan. Ke semua impak perlaksanaan projek ini adalah bertepatan dengan matlamat utama Kerajaan Negeri untuk memajukan Pulau Pinang. (B) kelulusan kajian kebolehlaksanaan merupakan syarat asas untuk menentukan samaada projek boleh dilaksanakan atau sebaliknya. Dalam hal ini, pihak yang dilantik oleh Kerajaan Negeri harus melaksanakan satu kajian kebolehlaksanaan untuk memastikan kesesuaian cadangan jajaran lebuhraya dan terowong dari segi teknikal,ekonomi dan sosial. Projek-projek yang dicadangkan hanya akan diterus-kan sekiranya kajian kebolehlaksanaan mendapat kelulusan daripada pihak Kerajaan Persekutuan dan memberi indikasi yang positif dan bersesuain dengan matlamat Pelan Induk Penganggkutan Pulau Pinang. Terima kasih.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Jawapannya amat jelas. Cuma saya juga difahamkan bahawa tadi kita juga dimaklumkan link ke-3 itu Terowong Dasar Laut. Masih dalam peringkat feasibilities study. Tapi kita sudah tahu bahawa link ke-2 Jambatan Pulau Pinang yang ke-2 yang telah siap dibina sekarang setiap tahun syarikat jambatan tersebut mengikut laporan audit, Ketua Audit Negara telah menyatakan bahawa syarikat tersebut perlu menanggung kerugian yang begitu tinggi setiap tahun. Dan salah satu feasibility study yang akan dilaksanakan adalah kos pembinaan sahaja untuk terowong. Dan sekiranya penggunaan Jambatan ke-2, link ke-2 itu pun belum mencapai tahap yang maksima, bagaimana kita dapat memastikan bahawa terowong dasar laut itu tidak menjadi satu lagi projek white elephant dan nanti rakyat di Negeri Pulau Pinang yang akan perlu menanggung kerugian atau implikasi kewangan yang berat untuk rakyat di negeri Pulau Pinang ini.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan tambahan oleh Machang Bubuk. Memang apabila satu-satu projek penghubung dicadangkan, kajian atau salah dari satu aspek kajian adalah dari segi carrying capacity dan juga anggaran trafik yang dapat ditampung oleh projek ini dalam tempoh-tempoh tertentu iaitu tempoh yang berjangka pendek, berjangka sederhana dan berjangka panjang. Maka bagi Jambatan Pulau Pinang yang kedua ini ianya baru buka dalam lingkungan empat (4) tak sampai lima (5) tahun ini yang memerlukan masa mungkin kita tak ada akses kepada hasil kajian. Kemungkinan ianya dijangka akan dapat mencapai anggarannya dalam satu tempoh yang ditentukan apabila projek ini dimulakan mungkin dalam lima (5) tahun atau dalam 10 tahun mungkin dalam 20 tahun. Itupun tertakluk kepada kajian yang dilaksanakan berbanding dengan apa yang benar-benar berlaku. Jadi apa–apa kajian memang ada kelemahannya. Misalnya kajian ini dilakukan pada awal 2,000 misalnya. Pada masa itu, Batu Kawan pun macam satu tempat yang tidak ada apa-apa pembangunan tetapi setelah Pakatan Harapan mengambil alih kita nampak dalam 10 tahun ini, memang Batu Kawan telah mula melepasi imejnya sebagai satu tempat yang tak ada orang berminat. Saya pun sudah jawab kepada Yang Berhormat Bukit Tambun kelmarin bahawa tanah-tanah di Batu Kawan pun setakat ini saya rasa sudah habis, sekurangnya-kurangnya dikenalpasti kepada pihak-pihak pelabur dan mungkin ada fasa-fasa yang tertentu masih perlu diusahakan oleh pihak PDC bagi mencari rakan kongsi ataupun syarikat yang berminat untuk melaksanakan komponen-komponen yang tertentu. Pada kini pun banyak projek masih berjalan dalam peringkat awal. Dan kita percaya dalam lima (5) hingga 10 tahun Batu Kawan akan mencapai satu tahap pembangunan yang menyeluruh dan dapatlah lihat ianya menjadi satu pusat perniagaan, pusat pendidikan tinggi, mempunyai township yang baru dengan kehidupan lestari dan mampan dan tambahan pula dengan industri-industri yang kini pun sudah hampir mengambil segala tanah industri di Batu Kawan yang memaksa PDC melihat kepada selatan Batu Kawan ke Nibong Tebal dan ke timur Batu Kawan dan seterusnya ke utara Batu Kawan pun menjalankan kegiatan pengambilalihan tanah-tanah bagi tujuan industri. Itulah mungkin kita dapat dicaptured apabila Jambatan

Kedua atau kajian itu dilakukan sebab pada masa itu memang pertumbuhan Batu Kawan memang lambat sekalilah berbanding dengan begitu rancak sekarang. Dan balik kepada kajian sebenarnya juruperunding yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan mencadangkan second-link itu dibina untuk menyambung Gurney Drive dengan Bagan Ajam, bukan di Batu Kawan. Pada masa itu memang tak ada apa pun di Batu Kawan. Jadi oleh kerana keputusan politik, kajian yang menentukan laluan sepatutnya untuk melihat trafik menjana trafik yang memerlukan penyambung itu adalah di antara Gurney Drive dengan Bagan Ajam di utara di bahagian utara dan bukan di bahagian selatan. Jadi itulah mungkin kajian-kajian kadangkala tidak dapat mengambil segala unsur-unsur yang boleh berubah dari semasa ke semasa dan kita percaya link ketiga yang dicadangkan adalah untuk masa depan Negeri Pulau Pinang bukan sekarang. Sekarang kalau kata Jambatan Kedua pun belum capai sasarannya tetapi sasaran Kerajaan Negeri untuk memulakan link ketiga mula tahun 2023 mungkin boleh dilewatkan. Apabila siap pun sudah sampai 2030 atau 2035. Adakah pada masa itu diperlukan? Saya mungkin tak akan hidup sampai 2030 tetapi itulah tugas penganalisa dan consultant untuk menganggarkan adakah pada masa itu siapnya pada 2030 ada keperluan atau tidak? Dan syarikat ini akan menyiapkan feasibility study pada bulan Oktober tahun ini dan Kerajaan Negeri akan menilai samada memberi go ahead untuk pohon EIA dan lain-lain kerja atau tidak. Kita akan memutuskan, bukan syarikat itu putuskan. Kerajaan Negeri setelah menerima feasibility study itu akan meneliti dan mampu memutuskan, tangguhkan atau memberi green light untuk sambung kerja-kerja yang lain akan diputuskan oleh pihak Kerajaan nanti.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Pohon penjelasan tentang isu terowong sebabnya ia melibatkan kawasan Tasek Gelugor, kawasan Bagan Ajam. Tadi Padang Kota ada mengatakan bahawa sekarang peringkat feasibility study 90%. Bulan 10 akan siap. Jadi, saya nak minta pandangan sikit daripada Padang Kota dan minta dipertimbangkan supaya projek terowong link ketiga ini perlu juga mengambil kira dari segi masalah alam sekitar akan di-masukan dalam study ni. Mungkin dari segi masalah pelabuhan-pelabuhan yang ada di kawasan pelabuhan Pulau Pinang dan juga mungkin masalah nelayan di kawasan dan juga perumahan kampung di situ. Kampung contoh, Flat Taman Tun dan Bagan Lebai Tahir akan melibatkan perpindahan dan sebagainya. Jadi, tadi Padang Kota ada bagitau akan dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri. Jadi adakah boleh saya pohon kepada pihak Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan supaya projek ini ditangguhkan atau dihentikan pelaksanaan kerana saya rasa dia banyak memberi kesan kepada masalah-masalah yang disebutkan tadi sebelum dilanjutkan ke peringkat yang seterusnya. Jadi, melihat kepada masalah isu-isu dan sebagainya ini perlu diberi pertimbangan kerana projek ini mungkin macam Machang Bubuk bagitahu memberikan kerugian ataupun tidak mendatangkan hasil yang cepat. Mungkin kos nak dapat balik atas belanja yang mungkin agak lama dan merugikan kerajaan. Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Untuk menjawab saya memutuskan kita akan memberi komitmen sebelum Kerajaan Negeri buat apa-apa keputusan, kita akan membuka hasil kajian kemungkinan perlaksanaan ini untuk penelitian awam termasuk penelitian wakil-wakil rakyat untuk memberi pandangan terhadap hasil feasibility study itu sebelum Kerajaan Negeri buat apa-apa keputusan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya ingin sambung dengan Pengkalan Kota.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua. Soalan saya nombor 31. No. 31. Dengan kemasukkan pelancong mencata 821,207 pada suku pertama tahun 2018, iaitu 51.3% daripada jumlah populasi Negeri Pulau Pinang, apakah peranangan dan hala tuju Kerajaan Negeri dalam pembangunan pelancongan secara mampan (sustainbale)?

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih Yang Di-Pertua dan juga Pengkalan Kota. Untuk mencapai tahap pembangunan pelancongan secara mampan, Kerajaan Negeri akan mengambil peranan sebagai pengurus terhadap sumber yang terhad untuk memajukan sektor pelancongan negeri Pulau Pinang agar pembangunan tersebut bukan sahaja dapat mencatatkan kunjungan dan hasil pelancongan secara optimum malah pembangunan ini dapat memanfaatkan warga negeri Pulau Pinang dengan lebih baik. Dari segi ini, beberapa langkah seperti berikut ada dikenalpasti sebagai teras utama untuk mencapai pembangunan pelancongan secara mampan.

Pertama, mengenalpasti profil pelancong untuk tujuan pemasaran pelancongan yang lebih berkesan. Dalam usaha penarikan pelancongan, Kerajaan Negeri kini dalam usaha untuk merumuskan profil pelancong yang paling sesuai terhadap Negeri Pulau Pinang untuk merangka pemasaran pelancongan yang lebih berkesan. Walaupun Negeri Pulau Pinang ini menerima pengunjung tempatan dan juga antarabangsa dari seluruh pelusuk dunia, dengan profil pelancong yang lebih teliti, ia bukan sahaja dapat membantu meningkatkan usaha pemasaran pelancongan malah ini adalah rujukan kepada Kerajaan Negeri khususnya untuk merangka jangkaan (dengan izin)....expectation dan pengalaman (dengan izin).... experience dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang lebih menyeluruh. Kedua, audit terhadap produk pelancongan Negeri Pulau Pinang. Satu sistem audit secara menyeluruh turut akan dilaksanakan untuk produk-produk pelancongan di Negeri Pulau Pinang. Selain daripada mengemaskini pangkalan data (database) tentang tempat penarikan pelancongan, penginapan serta sektor perkhidmatan yang begitu berkait rapat dengan pelancongan, audit ini turut dapat menyumbangkan maklumat penting khususnya hasil dari segi kewangan dan sumber manusia dalam sektor pelancongan dan sekaligus berperanan sebagai rujukan kita di dalam merangka pemasaran pelan-congan negeri yang optimum. Ketiga, memupuk penyertaan golongan belia untuk menceburi bidang perusahaan tradisional sebagai produk pelancongan tidak ketara. Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk memupuk penyertaan golongan belia untuk menceburi perusahaan tradisional sebagai produk pelancongan tidak ketara (dengan izin)...intelligible tourism products. Dengan cabaran khususnya yang dihadapi oleh pengusahaan tradisional yang susah untuk mengenal pasti generasi yang sudi mengambil alih dan meneruskan perusahaan tradisional tersebut, usaha promosi dan galakan akan dicadangkan oleh Kerajaan Negeri khususnya mensasarkan golongan belia yang ingin menceburi perusahaan tradisional sebegini. Ini sekaligus akan memainkan peranan penting untuk mempertahankan dan meneruskan industri tradisional ini dan bakal menjanakan peluang pekerjaan sekaligus menyumbang kepada pembangunan pelancongan di Negeri Pulau Pinang. Keempat, insentif kepada pengusaha tapak penarikan pelancongan tempatan di kawasan Seberang Perai bagi menggalakkan pembangunan tapak penarikan pelancongan secara khususnya di kawasan Seberang Perai, Kerajaan Negeri kini juga dalam usaha untuk mengkaji jenis insentif yang boleh ditawarkan kepada pelabur dan pengusaha tapak penarikan pelancong dari Pulau Pinang atau luar negeri, yang ingin membangunkan destinasi atau tarikan pelancongan di kawasan Seberang Perai. Bagi mencapai keseimbangan pembangunan pelancong untuk kedua-dua bahagian Pulau dan juga Seberang, insentif ini akan dibekalkan sehingga tahap dan prestasi hasil pelancongan di kawasan Seberang Perai dapat menyamai prestasi atau keseimbangan seperti di bahagian Pulau. Keempat, memelihara dan mengembangkan seni, budaya dan warisan Pulau Pinang melalui usaha mewujudkan generasi pelapis. Generasi pelapis adalah diperlukan bagi mewarisi seni, budaya dan warisan supaya kekal dan tidak dilupakan masyarakat di samping menjadi satu tarikan utama pelancong. Kerajaan Negeri akan membangunkan Penang Art District…(dengan izin) sebagai pemangkin dalam bidang seni budaya dan warisan yang akan menempatkan koleksi terbesar galeri seni, muzium budaya, ruang pameran, studio seni dan muzik dan juga sekolah seni dan bengkel seni di Malaysia. Penang Art District ini akan meningkatkan seni budaya dan warisan melalui penglibatan artis, tukang seni, pendidik dan masyarakat umum selain menjadi tumpuan pelancong. Kerajaan Negeri memang mempunyai satu visi untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai satu ibukota kebudayaan di Asia dengan izin sebagai culture capital of Asia dan Kerajaan Negeri juga mempunyai keyakinan dan kepercayaan bahawa untuk membangunkan untuk membangunkan pelancongan, kesenian, art tourism akan menjadi satu visi yang penting dalam industri pelancongan di Negeri Pulau Pinang pada tahun yang akan datang. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Satu soalan saya izinkan.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Sememangnya saya setujulah dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Paya Terubong khususnya berhubungan dengan pembangunan pelancongan secara mampan. Dan soalan saya adalah sebegini. Sememangnya umum tahu tentang Clan Jetties di kawasan Pengkalan Kota yang selain daripada merupakan satu tempat tarikan pelancong yang penting khususnya di kawasan Bandar George Town, ia juga merupakan satu kawasan warisan, tapak warisan yang amat penting khususnya di dalam sejarah Negeri Pulau Pinang. Jadi saya ingin mendapatkan pandangan ataupun hala tuju daripada Yang Berhormat Paya Terubong khususnya apabila kita bincang berkenaan dengan bab pembangunan pelancongan secara mampan khususnya untuk kawasan Clan Jetties. Terima kasih.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih Pengkalan Kota. Saya juga memang akur dan setujui bahawa Clan Jetties adalah satu warisan yang penting untuk negeri Pulau Pinang. Ia memang menunjukkan sejarah yang begitu lama untuk Negeri Pulau Pinang dan juga kita pun sudah maklum bahawa Clan Jetties telah menjadi satu tarikan pelancongan yang sangat popular di masa kini. Tetapi, untuk pembangunan secara mampan untuk memajukan Clan Jetties ini, saya memerlukan pandangan dan juga ulasan daripada ADUN kawasan dan juga penduduk di tempat itu. Saya mungkin akan mengadakan satu public consultation dengan agensi Kerajaan Negeri yang terlibat dan juga penduduk di Clan Jetties, dan juga akan menjemput ADUN dan juga Ahli Parlimen untuk membincangkan bagaimana untuk menjadikan atau satu, mengkaji satu pelan yang lebih holistik untuk memajukan Clan Jetties sebagai satu tarikan yang lebih menarik dan juga lebih lagi ke satu tahap yang lebih lagi tinggi. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Satu (1) jam 30 minit untuk soalan lisan telah pun tamat selaras dengan subperaturan 26(7) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Sila Yang Amat Berhormat.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat, Dato’ Yang di-Pertua. Jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja Ahli Yang Bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita masih dalam sesi perbahasan atas usul ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun, yang telah pun melafazkan ucapan beliau di dewan. Saya ingin mempersilakan.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat, Dato’ Yang di-Pertua, saya ada usul untuk melanjutkan masa persidangan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Iaitu selaras dengan peraturan 6A(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mohon supaya masa persidangan hari ini, 8 Ogos dilanjutkan sehingga 10.00 malam.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya perlukan sokongan.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun mengemukakan usul di bawah peraturan 6A(1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini, 8 Ogos 2018, hari Rabu sehingga jam 10.00 malam. Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau setuju katakan “Ya”. Ahli-ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju katakan “Tidak”. Usul dipersetujui. Saya ingin sambung sesi perbahasan dengan Yang Berhormat Kawasan Jawi. Berapa minit diperlukan?

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

30 minit. Tak lebih daripada 30 minit. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya bagi 31 minit.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya sambung usul-usul yang tak habis semalam. Usul yang saya nak bangkit pada pagi yang mulia ini adalah berkenaan dengan isu banjir. Kita tahu bahawa isu banjir adalah satu nightmare….(dengan izin) bagi penduduk-penduduk di Kawasan Jawi. Mahupun di kawasan Sungai Bakap. Saya juga ingin mengambil peluang keemasan ini untuk membahas-kan tentang isu banjir di kawasan DUN Jawi. Untuk pengetahuan Ahli-Ahli Yang Berhormat, terdapat sebanyak enam (6) buah rumah pam dan dua (2) pintu air di daerah SPS. Soalan ini saya merujuk kepada soalan 18 yang saya tanya dalam DUN ini, tetapi merujuk kepada soalan Sidang DUN November 2017, soalan nombor 6(a), jawapan diberi oleh JPS adalah tujuh (7). Maksudnya satu (1) rumah pam telah hilang dalam jawapan saya pada kali ini. Antara rumah pam dan pintu air tersebut juga terdiri daripada jenis yang menggunakan diesel dan solar panel. Pam dan pintu air JPS memainkan peranan yang penting kerana setiap kali hujan kita memerlukan pam JPS untuk mengeluarkan air ke sungai. Akan tetapi, pam dan pintu air di kawasan DUN Jawi selalu menghadapi kerosakan. Kerosakan ini kebanyakan disebabkan vandalism….(dengan izin). JPS selalu akan mengambil masa yang panjang untuk menggantikan alat-alat ataupun disebabkan alat-alat itu bernilai harga yang tinggi, maka JPS perlu menjalankan open tender ataupun sebutharga untuk mendapat-kan gantian. Oleh sebab itu, saya ingin bercadang di Dewan yang mulia ini. Untuk jangka masa panjang, sepatutnya JPS harus menaik taraf untuk menggantikan jenis diesel dan jenis solar panel, tukar kepada kuasa bekalan elektrik. Walaupun, jawapan lisan yang diberi oleh EXCO kita, iaitu kebanyakan kawasan-kawasan yang lokasinya agak terpencil, khususnya di kawasan ladang dan sebagainya. Cadang-cadang yang diberikan oleh saya, ini bukan sahaja untuk mengurangkan kos perbelanjaan pada masa, pada jangka masa panjang, malah juga dapat memastikan kelestarian rumah pam itu berfungsi pada bila-bila masa kecemasan. JPS boleh membina, sebenarnya JPS boleh membina satu pondok penjaga di kawasan yang terpencil ataupun di rumah pam-rumah pam yang tiada bekalan kuasa elektrik, untuk jangka masa panjang, jangka masa pendek. Disebabkan kita selalu terima alasan daripada JPS mengatakan bahawa setiap kali waktu hujan, pada waktu malam, penjaga pam ataupun penjaga pintu air tidak berani turun ke tapak disebabkan kawasan itu gelap. Tiada ada bekalan elektrik. Oleh sebab itu, saya ingin cadangkan JPS supaya mengambil tindakan untuk membina sebuah pondok guard. Untuk mengupah penjaga keselamatan terhadap pam-pam yang tiada bekalan elektrik ataupun pintu air yang menggunakan solar panel. Disebabkan saya boleh bagi satu contoh pengiraan kalau satu biji pam, alat-alat daripada pam diesel ataupun solar panel, alatannya bernilai katakan, kita katakan RM30,000. Dalam setahun kehilangan tiga (3) kali, ia akan berkos lebih kurang RM90,000 tetapi kita sebagai pemilik pam tersebut, JPS, sekiranya kita dapat mengupah katakan dua (2) guard untuk satu hari, dua (2) shift. Sebulan kita bagi gaji RM5,000, satu tahun baru kita hanya belanja dekat-dekat RM60,000. Oleh sebab itu, penjaga pam ataupun penjaga, guard, penjaga pintu air, dia akan turun tapak walaupun hujan lebat pada waktu malam. Kalau tidak kawasan-kawasan di Sungai Bakap, di… saya rasa di Sungai Bakap nya, kawasan di Sungai Kechil, Kampung Setul, dan kawasan DUN Jawi akan jadi mangsa sekiranya tidak ada penjaga pam ataupun penjaga pintu air yang hujan lebat berlaku pada waktu malam. Dan juga saya ingin membawa satu isu berkenaan dengan pam diesel, JPS di parit G1 di mana di belakang Taman Desa Jawi. Pam tersebut, saya rasa telah bina lebih kurang dua (2) hingga tiga (3) tahun. Tetapi pam ini tidak pernah dipakai, mangsa-mangsa, penduduk-penduduk di Taman Desa Jawi, di Taman Cenderawasih akan jadi mangsa sekiranya hujan lebat. Oleh sebab itu, banjir kilat selalu berlaku di Taman Desa Jawi. Walaupun ada… ada kemajuan, ada developer, ada pemaju yang datang di sebelah Cenderawasih untuk membina rumah-rumah yang baru, tapi dengan syarat MPSP, paras tambun tanah, paras air adalah two point one (2.1) minimum syarat two point one 2.1 meter di mana kawasan yang lama seperti Cenderawasih dan Taman Desa Jawi, paras air saya rasa lebih kurang satu (1) meter. Di mana biasanya, sea level…(dengan izin) the highest sea level is one point six (1.6) meter manakala kawasan yang rendah adalah satu (1) meter sahaja. Oleh itu, saya minta JPS haruslah mengambil tindakan supaya dapat menukar pam diesel kepada pam berkuasa elektrik. Isu yang ketiga yang saya nak bawa dalam Dewan yang mulia ini adalah berkaitan dengan pengangkutan awam di kawasan Nibong Tebal. Berdasarkan jawapan yang diberi oleh mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dalam sidang DUN yang lepas, iaitu Mei tahun 2017, Kerajaan Negeri ada satu rancangan bersama Northern Corridor Implementation Authority (NCIA)…(dengan izin) untuk membina sebuah hub pengangkutan awam berdekatan Stesen Keretapi Nibong Tebal di mana tanahnya dimilik oleh Perbadanan Aset Keretapi (IAC). Sehubungan dengan ini, Kerajaan Negeri telah pun ada satu perbincangan awal pada tahun Oktober 2016 bersama MPSP, JKR, KTMB, Syarikat Prasarana Rapid Penang tentang perbincangan cadangan untuk satu hub pengangkutan awam di Nibong Tebal. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan.

Adakah rancangan ini masih dijalankan? Sebagai Wakil Rakyat di Kawasan DUN Jawi, kami memang men-galu-alukan satu hub pengangkutan awam dibina di mana di Parlimen Nibong Tebal terdapat 74,000 pengundi dan 27,000 pengundi adalah daripada Kawasan DUN Jawi. Saya rasa sebahagian daripada penduduk daripada DUN Bukit Tambun juga memerlukan, hub pengangkutan awam ini. Oleh sebab itu, saya mintalah pihak kerajaan mengkaji balik dan memberi jawapan kepada saya ataupun kepada rakyat-rakyat di Nibong Tebal sama ada cadangan untuk pembinaan hub pengangkutan awam ini masih diteruskan. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan tahap ketersampaian ke suatu tempat malah ia akan mengurangkan kesesakan jalanraya yang kian dilaporkan di Kawasan Jawi khususnya pada waktu puncak. Di samping itu, dengan adanya satu hub pengangkutan awam, saya pasti ia akan membantu peningkatan sektor, peningkatan dari sektor industri, sara hidup dan juga dapat menarik lebih ramai pelan-cong dari luar kawasan ke Nibong Tebal. Apabila kita sebut dengan pelancongan, saya ingin berkongsi pendapat saya tentang sektor pelancongan di Kawasan DUN Jawi. Kelip-kelip merupakan salah satu tarikan utama di kawasan Nibong Tebal. Terdapat sebanyak lapan (8) buah lokasi utama untuk menyaksi-kan jutaan cahaya kelip-kelip di Malaysia. Di mana jeti kelip-kelip di Nibong Tebal merupakan satu-satunya jeti kelip-kelip yang terdapat di Pulau Pinang, ini adalah salah satu kelebihan dimiliki oleh negeri Pulau Pinang di mana dianugerahkan untuk memiliki kelebihan seperti ini. Hal ini sedikit sebanyak telah memberi ruang kepada kita untuk mempromosikan pelancongan Negeri Pulau Pinang kepada pelancong bukan sahaja dalam negara malah dari luar negara juga. Untuk pengetahuan Ahli-Ahli Yang Berhormat, kelip-kelip ini….(gangguan).

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Yang Berhormat..

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Tunggu sebentar. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, kelip-kelip ini mempunyai keistimewaan tersendiri yang membolehkan, yang menarik minat orang dari serata dunia. Malangnya, setakat hari ini tiada ada satu jeti yang sempurna atau bersesuaian di Nibong Tebal di mana boleh memberi perkhidmatan kepada para pelawat kecuali jeti yang diusaha oleh pihak swasta. Bukan itu sahaja, malah Sungai Kerian yang digunakan sebagai laluan menikmati kelip-kelip dapat disambungkan sehingga ke Sungai Acheh, Tanjung Berembang, Sungai Udang di mana Sungai Udang juga terkenal dengan aktiviti perikanan laut dan perikanan kolam. Dengan adakan satu jeti, maka ia bukan sahaja dapat mempromosikan Nibong Tebal kepada kaca mata dunia malah akan membantu para nelayan yang menjalankan aktiviti perikanan di kawasan sekitar. Berdasarkan jawapan yang diterima daripada DUN pada November 2017. Mengatakan bahawa Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pembangunan Pelancongan pernah melawat tapak baru yang dicadangkan untuk pembinaan jeti kelip-kelip di Nibong Tebal pada September 2017. Di mana Kerajaan Negeri mendapati bahawa lokasi tersebut mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai tempat tarikan pelancongan. Namun demikian, Kerajaan Negeri akan memohon peruntukan dari Kementerian Pelancongan untuk membina jeti baru. Sebaliknya jikalau peruntukan hanya diluluskan dengan peruntukan yang kecil, maka Kerajaan Negeri hanya dapat menaik taraf jeti yang sedia ada. Saya ingin bertanya kepada Exco Pelancongan. Oh, Exco Pelancongan tiada di sini…

Yang di-Pertua (Speaker)

EXCO Pelancongan tiada.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya ingin bertanya kepada Exco Pelancongan tentang status yang dicatat dalam jawapan sidang DUN November 2017 yang lalu di mana kebanyakan orang akan silap faham apabila kita sebut pelancongan di Nibong Tebal. Hanya terlibat. Hanya terlibat dengan kelip-kelip sahaja tetapi kita juga boleh hidupkan dari segi eco tourism di mana pelancong boleh menggunakan bot dari Jeti Nibong Tebal melalui Sungai Kerian terus pergi ke Sungai Udang untuk menikmati makanan seafood…(dengan izin) yang lazat. Pasaran ikan melihat bagaimana penternak ikan laut, penternak ikan…(gangguan). Terima kasih EXCO. Untuk menikmati bagaimana penternak ikan laut, penternak ikan kolam dan satu kelebihan lagi juga dapat menarik pelancong untuk melihat ikan lumba-lumba iaitu ikan dolphins…(dengan izin) di tengah laut berhampiran jambatan kedua. Walau pun bukan selalu kita dapat lihat , tapi ia mesti ada musim. Saya difahamkan pada musim sekarang sehingga musim bulan November kita ada peluang untuk melihat ikan lumba-lumba berhampiran di Jambatan Kedua Pulau Pinang. Contohnya, di luar negara juga ada memberi perkhidmatan pelancongan sebegini. Bahawa ada bot bawa pelancong pergi menikmati ikan paus seperti di Australia dan di Thailand juga ada untuk melihat ikan lumba-lumba yang berwarna merah jambu dan bukan (tidak jelas) merah jambu. Jadi, saya selaku wakil rakyat kawasan Jawi minta jasa

baik…(gangguan). Nanti, biar saya habis dulu. Saya tiada masa. Minta jasa baik EXCO Pelancongan Kerajaan Negeri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat yang lain jangan ganggu.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Perlulah mengambil berat tentang permohonan ini. Selain daripada itu, saya ingin meminta Exco Pelancongan supaya dapat menarik balik, menarik balik satu hak milik bangunan dua tingkat iaitu terletak di tepi Sungai Kerian. Di mana berdasarkan jawapan yang diberi, bangunan tersebut tidak diberi CCC, tiada mempunyai CCC. Pemilik projek ini adalah Kementerian Pelacongan Malaysia di mana jabatan pelaksana adalah JPS Pulau Pinang. Tujuan bangunan tersebut untuk aktiviti eko-pelancongan. Untuk pengetahuan Ahli-Ahli Yang Berhormat, di mana satu persatuan yang bernama Majlis Pembangunan Eco Pelancongan SPS diberi kuasa untuk memilik hak bangunan tersebut. Saya minta pihak berkaitan siasat antara perjanjian di antara dua pihak kerana hak milik yang diberi kepada persatuan tersebut adalah wujud pada zaman pemerintahan Barisan Nasional dan saya difahamkan dalam setiausaha di dalam persatuan ini adalah terdiri daripada MCA iaitu calon pada pilihan raya umum yang lepas. Calon yang mewakili MCA yang bertanding di Padang Lalang. Selaku wakil rakyat dari Pakatan Harapan saya berharap Kerajaan Negeri harus mengambil balik dan mengembalikan hak milik kepada Kerajaan Negeri ataupun kepada JKKK Tempatan…(gangguan).

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Saya.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

One minutes. Belum habis lagi. Saya bagi one minutes untuk Sungai Acheh.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Terima kasih kepada Jawi. Dia punya bagi tak stop. Okey, Dato’ Yang di-Pertua, saya nak tanya dengan apa.. Jawi, bukan setakat jeti kelip-kelip. Perkara berkaitan dengan lawatan di musim dolphins dan juga di kawasan sangkar di kawasan Sungai Udang ini. Bahkan projek RTB dilaksanakan di Sungai Kerian, banyak jeti-jeti kecil. Jeti-jeti nelayan yang kecil di kawasan persisiran sungai yang dibina oleh nelayan-nelayan kecil ini habis ataupun hilang, musnah apabila berlakunya RTB. Perlukah cadangan ataupun syor setuju dengan pandangan saya bukan supaya bukan setakat jeti kelip-kelip tetapi jeti-jeti kecil nelayan ini untuk diwujudkan kembali melalui mana-mana agensi samada LIKM atau daripada Kementerian Pelan-congan sendiri untuk menambahkan ekonomi para nelayan di kawasan Sungai Acheh dan juga di kawasan Jawi.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Sungai Acheh. Saya memang bersetuju dengan cadangan daripada YB. Sungai Acheh. Disebabkan di kawasan Jawi juga terdapat satu jeti kecil sebagai di kawasan jeti nelayan Changkat. So, maka saya mintalah EXCO Pelancongan harus mengambil berat tentang seperti apa yang disebut semalam saya sudah lupa YB. yang mana mengatakan bahawa. Saya ingat burung. YB yang ,melihat burung. Mengambil berat tentang sektor pelancongan di kawasan Seberang Perai dan bukannya hanya rujuk di pulau sahaja.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Minta laluan. Untuk Jawi jangan bimbang. Seperti saya jawab kepada Pengkalan Kota dan juga jawab kepada Bagan Dalam semalam. Saya telah membuat satu akujanji bahawakan satu pembangunan pelancongan merangkumi kawasan Seberang Perai termasuklah kawasan Jawi. Jangan bimbang. Dan untuk jeti yang jeti kelip-kelip yang disebutkan tadi. Saya difahamkan ini satu permohonan daripada mantan EXCO Pelancongan kepada Menteri Pelancongan dahulu tetapi tidak ada jawapan dari Persekutuan. Tapi memandangkan sekarang kedua-kedua negeri dan juga Persekutuan adalah di bawah satu payung yang sama. Saya akan teruskan usaha ini untuk pembangunkan semula jeti-jeti.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih YB. EXCO. Pada pendapat saya sebagai wakil rakyat di kawasan DUN Jawi, saya merasa kalau kita tak dapat peruntukan daripada persekutuan maka kita ada peluang lagi untuk membina satu lagi jeti yang sedia ada iaitu di bangunan yang saya sebutkan tadi. Memang ada kawasan untuk kita buat jeti untuk tambahkan jeti yang sedia ada di sana untuk menaikkan taraf. Saya minta kalau boleh, YB. EXCO boleh buat satu lawatan dan kita lihat balik yang penting kita kena tarik balik hak milik bangunan tersebut kepada kerajaan. Terima kasih.

Dan isu seterusnya ingin saya bawa di sini berkenaan penguatkuasa bagi Pihak Berkuasa Tempatan. Soalan yang saya tanya pada kali ni, dalam DUN ini berkenaan dengan tindakan oleh MPSP terhadap sebuah kilang di kawasan DUN Jawi. Kita faham, sekarang memang ramai, memang ramai pemilik kilang yang tanpa berlesen. Maka apabila MPSP ambil tindakan ataupun pihak berkuasa ambil tindakan. Dia kena ikut SOP. Kena ikut masa, time frame. Apabila MPSP mengambil tindakan, di sini saya boleh rujuk lampiran yang dibekal oleh MPSP. Pada Julai 2017, MPSP membatalkan lesen perniagaan tetapi kes ini sampai hari ini masih tidak dapat selesai difahamkan, pemilik kilang telah membawa isu ini ke mahkamah. Dan saya ingin memberi tahu kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di sini bahawa kita faham sekarang pemilik kilang mereka lebih pandai daripada kita sebab mereka untuk mengelakkan tindakan daripada Pihak Berkuasa Tempatan mereka akan bawa isu semua masuk ke mahkamah untuk mendapat-kan kebenaran daripada mahkamah supaya melarang pihak PBT untuk mengambil tindakan terhadap kilang-kilang yang mereka, yang beroperasi. Kilang-kilang ini memang menjadi kacau ganggu di sekitar kawasan walau pun banyak kali saya bersama bekas ADUN Jawi, Saudara Soon. Memang kita pernah buat banyak kali perjumpaan dengan penduduk-penduduk dan perkara ini masih berlaku. Sekarang pemilik kilang beroperasi 24 jam dan MPSP difahamkan telah mendapatkan satu mendapatkan satu arahan daripada mahkamah supaya tidak boleh mengambil tindakan terhadap kilang tersebut dan Alam Sekitar difahamkan Alam Sekitar sekarang pun tidak boleh ambil tindakan kepada kilang-kilang yang tanpa lesen. Hanya Pihak Berkuasa Tempatan yang dapat mengambil tindakan. Di sini, saya ingin memberitahu bahawa saya tak mahu tidak mahu kes ini dijadikan satu precedent case....(dengan izin) disebabkan saya rasa banyak pemilik-pemilik kilang yang tanpa lesen akan ikut langkah ini apabila mereka ingin beroperasi tanpa lesen maka mereka masuk mahkamah fail dan minta kebenaran daripada mahkamah supaya melarang Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengambil tindakan terhadap kilang mereka. Maka, kilang mereka boleh beroperasi sehingga mahkamah ada sebut, untuk sebut kes dalam mahkamah. Seterusnya saya ingin sentuh dengan isu belia dan sukan. Di mana memang kita faham bahawa di kawasan DUN Jawi ataupun Kawasan Daerah Seberang Perai Selatan memang kita perlukan satu kolam renang. Di mana saya mendapatkan data ini, di mana di seluruh Seberang Perai, kita dimaklumkan bahawa terdapat dua (2) kolam di Seberang Perai Tengah. Satu kolam di Seberang Perai Utara tetapi malangnya di Seberang Perai Selatan, kita tidak ada satu biji kolam renang yang di bawah penyeliaan Kerajaan Negeri. Maka, saya mintalah bahawa Kerajaan Negeri haruslah mengambil berat tentang isu ini sebab ini adalah permintaan daripada wakil, permintaan daripada penduduk-penduduk di Seberang Perai Selatan. Saya tidak kisah bahawa kolam renang ini akan dibina di kawasan Jawi, Sungai Acheh atau pun di Sungai Bakap, ataupun di Bukit Tambun. Tapi ini hanyalah hasrat rakyat-rakyat di daerah SPS. Dan juga saya ingin bertanya kepada belia EXCO, EXCO Belia Dan Sukan berkenaan dengan berkenaan dengan kompleks-kompleks Belia Sukan, Rakan Muda di Sungai Jawi di mana saya difahamkan sebelah kompleks ada basketball, ada futsal, ada padang dan ada satu juga ada satu juga gym room...(dengan izin) dan difahamkan kalau orang awam nak memakai kawasan tersebut mereka orang awam terpaksa meminta permohonan melalui Pejabat Daerah. Oleh sebab itu, saya minta EXCO Belia Dan Sukan untuk mengkaji balik mengkaji balik hak milik kawasan tersebut kemungkinan boleh serah kepada MSN ataupun serah kepada JKK tempatan ataupun serah kepada pihak– pihak mana yang lebih senang untuk orang awam apabila orang awam hendak menggunakan tapak tersebut….(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Peringatan mesra.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Sebelum akhiri ucapan saya. Selagi lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada parti DAP saya, parti DAP dan pengundi-pengundi di DUN Jawi kerana memberi peluang kepada saya untuk mewakili di dalam Dewan yang mulai ini. Maka mengungkapkan satu peribahasa melayu untuk direnungi bersama ‘Dayung sudah di tangan, Perahu sudah di air. Segala-galanya yang dikehendaki sudah diperolehi, Marilah kita laksanakan segera harapan dan mandat rakyat’. Saya memohon untuk menyokong usul Tuan Yang Terutama Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Jawi. Saya ingin mempersilakan Bukit Tengah.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam per-bahasan ke atas usul ucapan terima kasih kepada T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri. Saya ingin terlebih dahulu mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertua kerana di lantik sebagai Speaker dalam Dewan yang mulia ini. Dan juga tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri

daripada Padang Kota yang dilantik sebagi Ketua Menteri yang saya sudah yakin dan percaya akan mendapat keyakinan penuh, kepercayaan penuh rakyat Malaysia untuk terus membawa pembangunan kepada Negeri Pulau Pinang dan selepas kerja cemerlang yang di yang di buat oleh Yang Berhormat Lim Guan Eng sebelum ini. Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada warga Bukit Tengah dan juga kepada warga Pulau Pinang kerana mengambil keputusan dalam pilihan raya baru-baru ini untuk mengundi satu kerajaan baharu dan untuk mengundi untuk satu Malaysia Baharu. Yang di-Pertua, sejak sejak pilihan raya yang cukup bersejarah ini tak sampai 100 hari. Kita telah pun menyaksi-kan perubahan-perubahan ataupun institusi reform yang telah pun dilaksanakan oleh kerajaan baharu dan untuk saya, saya percaya pencapaian yang paling besar sekali adalah adalah the biggest anti corruption clean up in our history of Malaysia. Yang di-Pertua, dan ini kita harus mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri baharu. Hari ini pun, Yang Berhormat Speaker kita melihat dalam berita di mana bekas Perdana Menteri buat semasa sekarang semasa kita sedang berbahas, telah pun di bawa ke mahkamah untuk dituduh, tuduh untuk tiga (3) tuduhan (Dewan tepuk meja), di bawah anti money laundering act berkenaan dengan kes SRC dan di mana beliau telah pun menerima RM42 juta ringgit di antara masa 2014 dan 2015. Dan beberapa hari kebelakangan ini seluruh negara…(gangguan). Ahli Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman): Yang di-Pertua, saya mohon mencelah, minta maaf Bukit Tengah saya rasa biarlah kes itu diputus-kan oleh pihak mahkamah dan tidak perlu dipanjangkan selagi belum mendapat keputusan, terima kasih.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Jangan risau Yang Berhormat saya yakin dengan ada kerajaan baharu dengan sistem kehakiman yang baharu kita akan mendapat keadilan yang rakyat Malaysia sedang mengunggu-menunggukan. Jangan risau, saya pasti tidak akan ada campur tangan dan beberapa hari ini seluruh perhatian negara kita sedang bertumpu kepada isu kapal The Equanimity yang saya percaya telah pun dibawa oleh ramai daripada Yang Berhormat-Berhormat di sini. Semalam pada pukul 12.25 petang kapal yang sedang di tunggu-tunggukan The Equanimity telah pun akhirnya sampai di Boustead Cruise Centre di Port Klang. In our shores finally dan perkara ini tidak dapat di lakukan, tidak dapat dilakukan sekiranya kerajaan yang kita ada hari ini masih dijajah oleh Barisan Nasional. Sebab apabila kapal layar ini dituntut, dirampas, disita oleh pihak Kerajaan Indonesia bulan Februari tahun ini, pihak Pembangkang pada masa itu telah pun membawa isu ini. Saya sendiri satu daripada Ahli Parlimen yang awal sekali mengusulkan di Parlimen, bertanya kenapa kerajaan tidak mahu menuntut balik kapal milikan Kerajaan Malaysia. Tetapi pada masa itu usul saya telah pun ditolak tapi nasib baik seperti yang saya katakan disebabkan kita ada kerajaan baharu, disebabkan kita ada Perdana Menteri yang baharu, beliau telah pun membuat permohonan kepada Kerajaan Indonesia dan Kerajaan Indonesia telah pun dengan baiknya bersetuju untuk kembalikan kapal layar The Equanimity yang berjumlah bernilai RM1 billion ringgit kepunyaan rakyat Malaysia. Syabas kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan. (Ahli Dewan tepuk meja). Saya masih ingat pada masa apabila kapal layar Equanimity disita. Apakah bekas Ketua Peguam Negara memberi pada alasan pada masa itu? Kenapa tidak mahu ambil balik buat tuntutan untuk kapal ini. Jawapan pada masa itu adalah menurut Ketua Peguam lama negara kita adalah kapal layar ini tidak berkepunyaan rakyat Malaysia. Inilah inilah masalah-masalah yang kita menghadapi pada masa itu. Kalau bukan…(gangguan).

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Mohon pencerahan, terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah cuma saya ingin mendapatkan pandangan Yang Berhormat Bukit Tengah sama ada setuju ke tidak sekiranya Kerajaan Negeri membuat permohonan untuk membawa kapal layar Equanimity tersebut untuk datang ke perairan negeri Pulau Pinang. Untuk supaya rakyat Negeri Pulau Pinang boleh melihat betapa besar skandal kewangan 1MDB ini dengan mata mereka sendiri, mohon pandangan Yang Berhormat Bukit Tengah.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Saya amat-amat bersetuju…(gangguan).

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Sikit-sikit ja.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Sekejap Yang Berhormat, saya amat-amat bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat dan saya cadangkan supaya EXCO Pelancongan membuat cadangan kepada Kerajaan Persekutuan supaya kapal layar ini boleh dibawa on loan kepada Pulau Pinang park dekat Weld Quay. Charge kepada rakyat kutip duit untuk Tabung Harapan (Ahli Dewan tepuk meja) dan rakyat Pulau Pinang boleh sendiri naik melihat apakah sebenarnya kapal layar Equanimity ini. Kalau bukan tindakan Tun Mahathir hari ini sudah tentu kepunyaan dan milikan kapal ini telah pun akan menjadi milikan Amerika Syarikat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bukit Tengah, sikit-sikit lebih fokus kepada…(gangguan).

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Baik-baik ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan bukan Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri…(gangguan).

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Yes, yes, sebab itu saya, …(gangguan).

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Sikit, sikit. Sekejap sahaja, sikit lagi nak tanya, Bukit Tengah.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Saya ingat teruskan. Sekejap ada banyak isu nanti.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Nak tambah sedikit sahaja.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Okey cepat.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Saya setuju dengan pandangan Yang di-Pertua, Dato’ yang di-Pertua. Kita fokus kepada Kerajaan Negeri, masalah isu negeri dan sebagainya. Saya pun fokus kepada isu itu banyak. Saya tak menyebut tentang isu-isu lain. Isu-isu yang tidak ada kaitan dengan Kerajaan Negeri. Semalam pun saya sebut isu kapal layar, kapal layar ini sampai sekarang pun tak tahu siapa punya lagi.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Yang Berhormat mungkin Yang berhormat, Yang Berhormat Sungai Dua mungkin Yang Berhormat Sungai Dua sahaja dalam Malaysia ini tak tahu tentang kapal Equanimity ini dan siapa milikan kapal ini. Tetapi isu rasuah ini dia adalah satu isu yang kita rakyat berpegang sangat penting dalam hati kita. Sebab itulah sebab itulah dalam PRU yang baru-baru ini rakyat dengan telah dengan banyak majoriti menolak kerajaan UMNO Barisan Nasional. (Dewan tepuk meja)

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Saya juga setuju dengan isu rasuah…(gangguan).

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Cukuplah… cukup Yang Berhormat I have the floor…(gangguan) I have the floor Yang Berhormat. I have the floor… I have the floor…(gangguan).

Muhammad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Rasuah di Pulau Pinang ini juga perlu dikaji dan buka buku-buku merah.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Cukup cukup nanti saya akan beri peluang…(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Bukit Tengah mohon laluan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau...(gangguan).

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Saya tak ada masa ada banyak isu saya bangkitkan.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Two minute sahaja.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Sorry, sorry after later. Secara peribadi hari ini Yang di-Pertua saya berasa amat berbangga and I feel very privileged sebagai seorang anak, anak Pulau Pinang yang dilahir dan dibesarkan di sini untuk berdiri bersama-sama Yang Berhormat dalam August hall ini. It has been a very sentimental trip for me Yang Berhormat Speaker because personally before me my family members, my father, my uncle and many of his friends yang saya telah pun berkenalan sejak saya masih budak lagi seperti Yang Berhormat Padang Kota, Yang Berhormat Sungai Puyu, Yang Berhormat Padang Lalang. I know all of them dan juga ada lagi ramai kawan-kawan keluarga saya yang pernah berdiri dalam Dewan yang mulia ini yang berbahas dan melawan UMNO Barisan Nasional sepertilah nama-nama yang saya rasa perlu di sebutkan adalah seperti Yang Berhormat Lim Kit Siang, Lim Hock Seng, Teoh Teik Huat, Ong Hock Aun, Cheah Teik Hoe, Gooi Hock Seng bapa sayalah dan seperti nama-nama lagi lain Goh Kheng Huat yang pernah yang lawan di Seberang Perai dan nama-nama yang pernah disebut oleh Yang Berhormat Lim Guan Eng sebelum ini. Seperti yang mendiang the late Karpal Singh, Peter Paul Dason, N. Shanmugam and P. Balasundram. It was because this leaders Dato’ Speaker It was because the fight that they have brought to Penang that they were the one who responsible for bringing down Lim Chong Eu in 1969. Dato’ Speaker. Ramai daripada mereka telah pun menyumbang banyak kepada perjuangan…(gangguan).

Ketua MenteriPadang Kota

1990.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

1990, minta maaf dan ramai daripada pemimpin-pemimpin ini telah pun menyumbang dalam perjuangan dan telah pun menunggu 30 dan 40 tahun untuk akhirnya melihat perubahan hari ini berlaku. Untuk mereka ini merupakan satu perjuangan yang cukup cukup susah pada masa itu. Ada satu masa dalam 1982 Yang Berhormat Speaker, 4 years 82 to 86…(dengan izin), pada masa itu hanya ada dua (2) Ahli Dewan Undangan Negeri DAP dalam dewan yang mulia ini. Sama seperti hari ini sudah tukar la dulu ada dua (2) DAP hari ini hanya ada dua (2) UMNO punya state assembly dalam Dewan yang mulia ini. It is a complete reversal and change of fortune for us here in Penang today. Dan oleh sebab itu saya merasa sangat amat bangga honoured and proud to be here to join their ranks to contribute to the political life and development of Penang. Yang di-Pertua, rakyat seluruh Malaysia hari ini tak kira di mana sudut sahaja di mana daerah kampung, taman, bandar hari ini berdiri tinggi merasa bangga dalam dunia membuat perubahan yang baru. Election kita yang di dubbed-kan dan digelarkan tsunami rakyat tsunami Malaysia telah pun menjadikan satu ombak yang sebegitu besar yang telah pun dirasa sehingga negeri Negara Singapura. They were talking about the change possible change that can come in Singapore after the change in Malaysia. As I said this change is not the easy one it took us 61 years. Tun M sendiri katakan bahawa dia kata ini pertukaran kerajaan only comes one in 61 years. Ada yang mereka berkata ini adalah satu perkara yang bersejarah ada yang kata ini adalah satu miracle. Yang Berhormat Speaker, my own party boss Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. Yang Berhor-mat Lim Guan Eng dipenjarakan, ramai lagi yang dipenjarakan, dianiayai, difitnah, diintimidasikan dan juga kehilangan kerja mereka. But today proudly were are here today. Lim Kit Siang saya nak kata. Lim Kit Siang has spent his whole life his work commitment and his personal struggle to bring change in our country. Secara peribadi saya nak kongsi satu nasihat yang pernah diberi oleh saudara Lim Kit Siang. Tahun lepas semasa Akta 355 bukan Rang Undang 355 dibawa ke Parlimen oleh Presiden PAS pada masa itu. Saya telah menelefon saudara Yang Berhormat Lim Kit Siang untuk mendapat nasihat berkenaan dengan standing order…(dengan izin) dan pada masa itu ada perbezaan pendapat di antara parti-parti. Saya nak berkongsi bagaimana kita nak mengundi pasal Rang Undang-Undang 355. Nasihat yang diberikan oleh beliau saya rasa kita semua boleh menerima pakai dan untuk saya seumur hidup saya saya tidak akan lupa. Apa yang dia katakan kepada saya pada masa itu adalah apabila kita mengundi, kita mengundi mengikut conscience kita. Apabila saya bertanya kepada beliau apa yang dimaksudkan conscience, vote according to your conscience, beliau memberitahu saya vote of conscience bermaksud vote to uphold the

spirit and later of the constitution and that is what we are here to do sama ada sebagai Ahli-ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Tetapi saya ingin menyatakan di sini perkara yang kita harus mengingat adalah kita harus mengingat kepada warga rakyat Pulau Pinang. Warga rakyat Pulau Pinang hari ini harus merasa sangat bangga sebab mereka memainkan satu (1) peranan yang cukup penting dalam perubahan yang kita melihat hari ini. Dalam Pilihanraya yang ke-12, kita warga Pulau Pinang telah pun berpegang tangan joint hands with Kedahan, Perakians, Selangorians untuk menendang keluar pemerintahan Barisan Nasional. Dan menafikan majoriti 2 per 3 dalam Parlimen. Rakyat Pulau Pinang sekali lagi keluar mengundi berbesar-besaran dalam PRU yang ke-14 err...ke-13, apabila kita pertama kali menafikan undi majoriti Barisan Nasional. Dan disebabkan ini Yang di-Pertua Malaysia Penang Pulau Pinang telah pun menjadi satu beacon of hope and showcase, showcase kepada seluruh negara untuk perubahan. Di bawah pimpinan Yang Berhormat Lim Guan Eng kita telah membuktikan bahawa pembangkang kita ini boleh memerintah negeri kita bukan sahaja dengan baik tetapi jauh lebih baik daripada zaman UMNO Barisan Nasional. Dan bukan sahaja dan walaupun tangan negeri kita diikat dan kita tidak menerima bantuan daripada Kerajaan Barisan Nasional, pelaburan terus masuk ke dalam negeri kita dan dengan pentadbiran yang baik urus, pentadbiran yang baik Kerajaan Negeri maka kita juga menjimat daripada pembiayaan dan apa yang dijimat telah diberi balik kepada warga Pulau Pinang dari segi program-program social welfare.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Minta laluan. Yang Berhormat Bukit Tengah tadi ada sebut berkaitan dengan apa, kita diikat tangan terutamanya kepimpinan sewaktu itu di bawah Negeri Pulau Pinang dan dipimpin oleh Pakatan Harapan atau pun Pembangkang dan pusat pula Barisan Nasional. Adakah maksud Yang Berhormat ni err… bahawa waktu err.. zaman err… pemerintahan BN di peringkat pusat ni peruntukan-peruntukan yang sepatutnya disalur kepada terus kepada Kerajaan Negeri ataupun kepada ADUN-ADUN di Pulau Pinang ini dinafikan dengan memberikan peruntukan-peruntukan tersebut kepada agensi-agensi di peringkat persekutuan. Minta pencerahan.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Ya. Yang Berhormat Sungai Acheh kawan baik saya. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Acheh cukup relevant. Sebab apa yang kita lihat selama ini dalam 61 tahun ini seperti yang disebut-sebutkan oleh Yang Berhormat Datok Keramat ini. Negeri Pulau Pinang telah pun dianak tirikan oleh Kerajaan Persekutuan yang pada masa itu dijajah diperintah oleh Kerajaan UMNO Barisan Nasional. Dan apabila kerajaan baru ditubuhkan di bawah Pakatan dalam tiga (3), 10 tahun ini, memang banyak-banyak projek, projek yang ingin dibuat oleh Kerajaan Negeri tidak dapat dilaksanakan. Kerajaan Persekutuan pada masa itu tidak melayan negeri kita dengan saksama dengan adil. Dan seperti contoh yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah berkenaan peruntukan ICU. Kita tahu peruntukan-peruntukan ICU daripada Jabatan Perdana Menteri. Setiap tahun memperuntukkan RM5 sehingga RM6 juta untuk setiap kawasan Parlimen di seluruh negara. 222 kerusi Parlimen tetapi apakah yang berlaku? Adakah duit pembangunan yang sepatutnya membawa faedah kepada rakyat dibawa? Tidak. Duit itu disalurkan bukan kepada Ahli Parlimen yang menang tetapi kepada Ketua-Ketua Bahagian UMNO. Inilah masalahnya dan saya harap perkara ini selepas pertukaran kerajaan baru, kita tidak akan melihat perkara ini berlaku lagi. Saya sendiri pun pernah membawa satu (1) Rang Undang-undang pada masa semasa saya Ahli Parlimen dulu untuk melihat bagaimana kita boleh mengawal selia penggunaan peruntukan ini. Tetapi pada masa itu ditolak oleh

Speaker.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Saya mohon mencelah Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat…(gangguan).

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Cukup YB. Mungkin YB. ini YB. tak suka dengar tentang isu-isu negara.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Bukan, saya harap Yang Berhormat Bukit Tengah..(gangguan).

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Tapi..(gangguan).

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Tidak terikut-ikut dengan peranan sebagai Ahli Parlimen pada penggal terdahulu. Kita dalam sidang DUN Pulau Pinang.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Saya sedang cakap tentang penganiayaan Kerajaan Persekutan terhadap Kerajaan Negeri Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sambung.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Jadi selepas, selepas kerajaan Pakatan Rakyat pada masa itu kita menawan Negeri Pulau Pinang, Pulau Pinang di bawah pimpinan kerajaan baru telah pun membawa banyak perubahan. We became the first to lead in many areas. Dan di antara perkara yang kita boleh berbangga adalah apabila Dewan yang mulia ini pada tahun 2012 meluluskan Enactment of The Freedom of Information Act. The first in the country. Kita semua tahu tentang perkara ini. In other words, because of Penangites, because of the Penang people, because of what we had achieved here…(dengan izin), Penang had become the catalyst, pemangkin untuk kebangkitan Malaysia ataupun Malaysia renaissances yang sedang kita menyaksikan di bawah “Malaysia Baharu” hari ini. Hari ini kita berada dalam tanah air yang mempunyai endless possibilities. Di dalam “Malaysia Baharu” ini kita hanya dihadkan oleh imagination kita, apa yang kita boleh imagine untuk a brighter and better future for Penang and Malaysia. Jadi persoalannya di sini adalah apakah masa hadapan yang kita ingin melihat untuk Pulau Pinang. Ini adalah satu (1) persoalan yang cukup-cukup penting. Untuk saya yang paling penting Ahli-ahli Berhormat adalah we must no longer be a Cinderella state in Malaysia. Cinderella state. Apa yang saya maksudkan sebagai Cinderella state? For 61 years seperti yang saya katakan tadi, we have been treated like the step child of the country. Anak tiri. This has to stop. We must be treated as first among equals in the new federation in the new Malaysian that we have today….(gangguan)

Minta. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya Bukit Tengah. Suka saya mencelah berkaitan dengan Malaysia Baharu hari ini, berkaitan dengan juga yang dibangkitkan oleh YB., yang disentuh oleh YB. tadi berkaitan dengan anak tiri juga penganiayaan yang telah dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Kalau Pulau Pinang merasakan di anak tiri hanya pada tahun 2008 selepas daripada Pilihanraya Umum yang ke-12, Kerajaan Kelantan saya kira lebih lama di anak tiri semenjak daripada tahun 1990. Bagaimana di anak tirikan oleh Kerajaan Pusat ketika itu yang saya kira Perdana Menteri ketika itu juga Perdana Menteri hari ini yang ditabalkan semula. Jadi soalan saya bolehkah Yang Berhormat Bukit Tengah memberi jaminan bahawa “Malaysia Baharu” ataupun kerajaan baru hari ini dipimpin oleh PH tidak akan menganak tiri negeri-negeri yang masih lagi berada di tangan Pembangkang termasuk Terengganu, Kelantan, Perlis, Pahang dan juga Sarawak. Kalau kita melihat dulunya royalti disekat, peruntukan tidak diberi, jaminan untuk “Malaysia Baharu” hari ini. Minta pandangan daripada Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Cukup. Yang lain duduk. Saya sekali lagi macam dekat Parlimen. Saya minta kalau isu ini disam-bung panjang, saya akan henti…(gangguan). Lari daripada fokus. Soalan…(gangguan) tak dapat jawab. Sila.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Yang Berhormat saya bersetuju dengan cadangan yang dibawa tadi. Dan inilah adalah cabaran kita di Negeri Pulau Pinang. Dengan kerajaan yang ada baharu sekarang, apa yang disebutkan dalam ucapan T.Y.T. adalah amat relevant sekali. Bahawa Negeri Pulau Pinang sekarang ini bukan lagi satu (1) Negeri Pembangkang. We have shred that title. Sekarang ini kita sudah menjadi bersama-sama Kerajaan Persekutuan dan kita harus dan patut mencari satu (1) synergy dalam usaha kerjasama kita dengan Kerajaan Persekutuan. Sebab sebelum ini Dato’ Speaker, kita melihat untuk Pulau Pinang, saya nak tak sebut Negeri Kedah, negeri hah, Negeri Kedah ataupun Negeri Kelantan, di Pulau Pinang. Kita mempunyai satu (1) sejarah yang cukup lama. Dalam tahun 1786, 300 tahun yang lalu negeri kita Pulau Pinang pada masa itu dijadikan satu (1) pelabuhan port free status, free port oleh pihak British pada masa itu. The economist menggelar free port ini pada masa zaman itu 300 tahun lalu sebagai the first custom made city of globalization. Tetapi pada tahun 1969 tiba-tiba Kerajaan Persekutuan telah pun menghentikan dan memansuhkan status free port di Pulau Pinang. Ini adalah satu (1) perkara yang cukup menyentuh hati rakyat Pulau Pinang. Pada masa itu apabila ini berlaku memang recession hit Penang very badly. Unemployment, well up as high as 18 percent. Our income per capital was only 12 percent compared to the national average.

Pada masa itu President International Chambers of Commerce telah pun menyatakan dia risau apabila free port status ini diambil balik sebab sebab yang dia jangka itu Penang ini akan hanya menjadi satu (1) fishing village. Tapi nasib baik pandangan dia itu he was wrong. Penang despite the free port status been taken away kita masih terus bermaju. Satu (1) lagi contoh adalah berkenaan dengan Jambatan Pulau Pinang yang selama ini sejak 1993, Kutipan berbilion-bilion ringgit. Saya tak tau berapa. Saya ingat apa yang saya baca dalam internet adalah RM1.7 billion. Construction cost RM800 juta. Daripada jumlah besar ini Penang tidak dapat satu (1) sen pun. Sepatutnya Penang Bridge harus dikembalikan balik kepada orang dan Negeri Pulau Pinang. Lagi satu (1) contoh yang saya boleh fikirkan adalah berkenaan pilihan raya, local council elections. We have been demanding in this state for local council elections sejak ia dimansuhkan dalam tahun 1990, 1965. Yang merupakan satu (1) kemungkiran hak rakyat of blatant violation of the rights of the people of Penang untuk memilih Ahli-ahli Majlis mereka. Karpal Singh, the late Karpal Singh once said “In Britain local council elections have been the order of the day since time in memorial. It’s elected local elections which are the bedrock and foundation of the democratic system and not parliamentary or state elections”. I could not agree more Yang Berhormat Speaker dengan kenyataan the late Karpal Singh. Sebegitu serius dan fundamental isu ini kepada kita negeri ini telah pun Dewan yang mulia ini telah pun dalam tahun 2013 meluluskan enakmen untuk mengadakan local council elections. We took it all the way up to the federal court. Because we felt that ini adalah kita merasa bahawa ini adalah isu yang sangat-sangat penting kepada negeri kita. Berapa duit yang Pulau Pinang menyumbang dari segi tax kepada federal goverment dan berapa yang kita dapat balik. Ada banyak pandangan mengenai isu ini. Saya pernah membaca statement daripada YB. Steven Sim sebelum ini. Sebegitu banyak jumlah yang kita menyumbang dari segi cukai kita hanya dapat balik satu (1) percent daripada budget persekutuan. Disebabkan itu saya menyatakan bahawa kerajaan kita ini selama ini dianak tirikan, dalam jawapan yang diberikan kepada saya dalam sesi DUN ini, apabila saya bertanya apakah projek-projek pembangunan dan infrastruktur negeri yang dirancang dipohon oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di antara Tahun 2008 sehingga 2018 yang tidak diluluskan atau lambat atau tidak dilaksanakan disebabkan oleh sikap tidak kerjasama Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional. Saya dirujuk kepada cadangan-cadangan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri di bawah Rolling Plan Rancangan Malaysia Kesebelas. Ada 133 projek yang masih tidak diluluskan, tidak satu diluluskan. Ahli-ahli Yang Berhormat, nak buat kerja baik pemulihan pemasangan papan tanda informasi bagi pos kawalan Kubu Pertahanan Inggeris yang berjumlah RM38,000 pun tidak boleh diluluskan. RM38,000, ini bukan sebut RM1 billion atau RM100 juta. Projek-projek hospital, projek naik taraf bus station di Seberang Perai, LRT, BRT, projek-projek tebatan banjir Bayan Lepas, Perai, Sungai Kecil, Bandar Bayan Baru, Nibong Tebal, Butterworth, Kampung Selamat dan banyak lagi dalam senarai ini yang saya tidak ada masa untuk nak sebutkan tetapi hari ini masih tidak diluluskan semasa zaman UMNO Barisan Nasional,

Yang Berhormat Sungai Dua…(gangguan).

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Sikit Yang Berhormat, saya rasa pihak Kerajaan Persekutuan pada 2008 sampai 2017 sebaik saja Pulau Pinang, rakyat Pulau Pinang RM8 billion, RM7- RM8 billion peruntukkan untuk projek-projek hospital dan sebagainya itu disalurkan ia ada peringkatnya, prosedur dan sebagainya mungkin bajet tidak mencukupi tidak disalurkan, RM8 billion yang senarai dekat saya ada RM8, RM7 billion yang disalurkan kepada Rakyat Pulau Pinang sepanjang 2008 sehingga 2017 jangan tiada langsung.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Yang Berhormat, kita dengar…(gangguan).

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Tak akan tidak ada langsung…(gangguan).

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Yang Berhormat kita dengar 2 hari lalu…(gangguan).

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Kena betulkan bukan tidak ada langsung peruntukan disalurkan…(gangguan).

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Yang Berhormat (dengan izin), dua (2) hari lalu Yang Berhormat Datok Keramat kata semasa beliau menjadi EXCO Perumahan, mereka dilayan tidak dilayan langsung, nak masuk Putrajaya pun tidak boleh. Setiap surat yang dibuat tidak dilayan oleh Kerajaan Barisan Nasional, sehinggalah projek-projek perumahan untuk orang awam di Pulau Pinang tidak dapat dilaksanakan. Apa jawapan itu? Saya nak ka-takan di sini. Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Bukit Tengah.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

I will try to very fast. Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Ya.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Very sort one more pages. Tetapi saya melihat sejak saya juga ingin memuji bahawa sejak Yang Berhormat Padang Kota mengambil alih sebagai Ketua Menteri dan juga Yang Berhormat EXCO Datok Keramat, mereka telah pun membuat banyak tuntutan daripada pihak Kerajaan Persekutuan baru ini, berkenaan dengan expansion of Penang Airport berkenaan dengan perumahan, berkenaan dengan banyak lagi projek-projek tembatan banjir dan sebagainya. Saya rasa dalam lima (5) tahun yang ke datang ini kita akan menghadapi satu masa yang cukup mencabar. Kita masih mempunyai satu pihak pembangkang yang kuat ya, mungkin bukan dalam Dewan ini tetapi di negara secara seluruh tetapi apa yang perlu kita ingat adalah mandat yang diberikan kepada kita untuk melaksanakan janji-janji yang kita telah pun membuat dalam manifesto harapan kita. Inilah cabaran kita dalam lima (5) tahun yang akan datang, walaupun kita mungkin tidak boleh mencapai semua manifesto yang dijanjikan tetapi yang paling penting tanggungjawab kita sebagai Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri disini dan juga tanggungjawab Kerajaan Negeri adalah untuk memastikan bahawa Kerajaan Persekutuan hendaklah dengan mengikut aim and spirit of the manifesto, we must try to achieve and we must be the check and balance dalam lima (5) tahun yang akan datang. Kerajaan Persekutuan mesti mengiktirafkan bahawa untuk menyokong Pulau Pinang adalah untuk menyokong negara kita sebab Negeri Pulau Pinang ini its one the main engine drivers of the economy of Malaysia. Baru-baru ini a prominent bussinesman told me if sekiranya Kerajaan Persekutuan memberikan kita sumber yang cukup, infrastruktur yang cukup, institusi yang cukup tidak ada sebab kenapa negeri kita tidak boleh mencapai tahap kecemerlangan yang lebih baik daripada Singapore ataupun Hong Kong, I agree with him, we have one of the best educated work force in the country, kita mempunyai education system yang paling baik dalam negara kita. Free School, Penang Free School the first english school in South East Asia, there was form in 1860, Convent Light Street, 1852 the firsts girl school, right. St. Xaviers, Chung Ling High School 1917 the first formal one of formal Chinese School in the region and we have also not forgetting, jangan kita lupa Universiti Sains Malaysia di antara universiti yang paling besar di negara kita. Jadi saya rasa dengan semua ini kita mempunyai kebolehan dan potensi untuk membawa Negeri Pulau Pinang ini ke tahap yang baru dan tinggi dan dalam chapter in this new chapter of history….(dengan izin) we, kita sudah menjadi pengarang sendiri untuk membentuk masa hadapan negeri kita dan negara kita. We must not waste this of opportunity kita mesti tidak boleh membuangkan peluang keemasan ini untuk membetulkan yang salah oleh kerajaan lama and in this time again I wish to stress here for the pearl of our orient to shine again, to shine again in this region not only Malaysian but in the whole of this South East Asia with that…(dengan izin) saya menamatkan ucapan saya hari ini dengan mengatakan #ILOVEPENANG dan menyokong ucapan T.Y.T. Sekian, terima kasih. (Dewan tepuk meja). Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah, seterusnya saya ingin mempersilakan mempersilakan ya sila, apa nama Air Itam.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Ya, terima kasih. Yang Berhormat Dato' Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Selamat petang, selamat Malaysia Baharu, salam sejahtera, salam harapan. Terima kasih Dato' Speakar kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan dalam Dewan Yang Mulia ini. Menjunjung kasih ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Pulau Pinang sempena

Perasmian Mesyuarat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas Negeri Pulau Pinang. Saya dengan rendah hati mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian dan keprihatinan Tun Yang di-Pertuan Negeri Pulau Pinang dalam memastikan kerajaan ini bergerak dan dipimpin dengan baik sejak dua penggal yang lalu sehingga kini . Dato' Speaker yang dihormati, pertama kalinya saya di sini sebagai salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri adalah sebahagian daripada untuk mengisi ruang demokrasi Malaysia pada pilihan raya umum yang lepas bagi Kawasan Air Itam. Walau bagaimana pun sebutan ejaan Air Itam yang mempunyai beberapa versi iaitu Air Itam, Air Hitam, Ayer Itam dan Ayer Hitam begitu mengelirukan. Adalah dengan ini saya mencadangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri melihat semula ejaan di papan-papan tanda dan alamat perumahan serta perniagaan yang digunakan akan dapat diselaraskan mengikut ejaan yang betul iaitu Air Itam, Pulau Pinang dan bukannya Ayer Hitam, Johor. Dengan ini, saya memohon kepada Yang Berhormat Datok Keramat dan Yang Berhormat Tanjung Bunga untuk memberi perhatian terhadap permohonan ini. Dato' Speaker, adalah menjadi tanggungjawab semua Ahli Dewan ini untuk memahami beberapa prinsip demokrasi dan tatasusila yang mana Malaysia Baharu yang sedang dibina semula atas runtuhnya Malaysia yang penuh dengan Kleptrokrasi, skandal kewangan, integriti dan rasa tidak bertanggungjawapan terhadap negara yang tercinta ini. Antara yang perlu dihadap adalah bila mana pilihan raya yang lepas, rakyat telah menjadi kepercayaan Pakatan Harapan untuk mentadbir Malaysia dan memberi peluang sekali lagi kepada Pakatan Harapan untuk memerintah negeri Pulau Pinang. Sehubungan dengan itu, adalah perlu kita semua yang berada disini mengembalikan kepercayaan ini dengan memastikan wang pembayar cukai di negeri ini dimanfaat sebaik mungkin. Antara yang perlu diberi penekanan adalah prinsip pengurusan CAT iaitu Cekap, Akauntabiliti dan Telus. Ini bakal mengubah persepsi awam terhadap agensi pelaksana di dalam kerajaan. Pengurusan khidmat pelanggan yang mesra dan efisyen mampu memberi suasana baik kepada rakyat dalam mendapatkan perkhidmatan daripada Kerajaan. Di masa yang sama, merakyatkan pemimpin perlu diadaptasikan oleh kita semua di peringkat badan diantara rakyat dan kerajaan. Di situ akan wujudnya sifat kasihnya rakyat terhadap kerajaan jika ini berjaya dilaksanakan. Pusat khidmat Ahli Dewan juga perlu mengamalkan dasar no wrong door policy....(dengan izin) bagi menyantuni rakyat. Pendekatan ini perlu diperkasakan dengan penyelarasan dan kerjasama agensi-agensi persekutuan yang mana sebelum ini tidak mendapat kerjasama baik disebabkan sijil lahir yang tidak sama. Adalah disarankan di dalam Dewan yang mulia ini, bantuan dan kerjasama daripada agensi-agensi persekutuan perlu dipertingkatkan ke tahap maksimun agar rakyat dapat mengecapi nikmat hasil daripada perubahan yang telah mereka lakukan pada pilihan raya umum yang lepas iaitu melihat Malaysia Baharu dan acuan exclusive dan progresif. Saya ambil contoh di kawasan saya terdapat 15 buah sekolah yang mana sekarang ini banyak keperluan perlu diisi dalam kadar segera akibat daripada pemotongan bajet Kementerian Pendidikan di era kerajaan dahulu. Antaranya seperti kemudahan infrastruktur yang diperlukan penambahbaikan, keperluan pejabat, peralatan pelajaran, keperluan sukan pelajar dan pengurusan perkhidmatan, penyelenggaraan bangunan. Adalah diharapkan pihak berkaitan dapat mengambil perhatian perkara ini dan memanjangkan kepada pihak kementerian untuk mendapatkan peruntukan kepada sekolah-sekolah di Pulau Pinang khususnya di kawa-san saya, Air Itam, Pulau Pinang. Dato' Speakar, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah-sekolah juga perlu diberi perhatian serius terutamanya berkaitan dengan diet dan nutrisi yang bersesuian berdasarkan tahap umur pelajar. Rancangan makanan tambahan bukanlah bantuan makanan semata-mata kepada pelajar miskin tetapi adalah rancangan membekalkan nutrisi kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan membina badan yang cergas dan otak yang cerdas sekali gus mampu bersaing dengan pelajar-pelajar yang keluarga berkemampuan. Kajian semula dan khidmat nasihat Pakar Perunding Makanan dan Kesihatan adalah diperlukan dalam menrencanakan penyediaan sajian kepada pelajar-pelajar ini. Seperkara lagi sajian kepada pelajar yang perlu ditambah bersesuian dengan hasrat yang hendak dicapai. Jangan jadikan program ini hanya untuk melepaskan batuk di tangga. Yang lepas jadikan sempadan yang baik jadikan tauladan. Dato' Speaker yang dihormati, pengangkutan awam adalah nadi pengangkutan rakyat marhaen, di samping itu pengangkutan awam juga adalah alternatif utama pelajar-pelajar di kawasan saya ke sekolah. Penambahan kenderaan akibat daripada kurang efisien perancangan laluan pengangkutan awam sering kali menjadi punca lambakan kenderaan di atas jalan terutamanya waktu sekolah. Sesi pagi atau petang sama saja ditambah dengan pertambungan waktu pagi dan pulang untuk bekerja. Alternatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk membina jalan pintas yang adalah Jalan Paya Teru-bong, Bukit Kukus ke Bukit Jambul adalah satu pedekatan yang baik untuk mengurangkan kesesakan jalan

raya tetapi ia tidak mengurangkan kenderaan di atas jalan raya. Rancangan jangka masa pendek dengan menyediakan perkhidmatan bas percuma perlu diteruskan dan diperluaskan lagi. Penambahbaikan dalam merancana laluan bas yang mampu membantu kebergantungan pengguna jalan raya untuk memandu sendiri perlu dikaji semula dan dilaksanakan dengan kadar segera. Saya bersedia untuk berbincang dan membantu merencanakan agenda ini bersama-sama dengan pihak berkaitan bagi merealisasikannya di Air Itam. Cuba Dato’ Speaker bayangkan setiap hari Isnin hingga Ju-maat, 15 buah sekolah serentak waktu pagi, tengahari dan petang berapa banyak pelajar, ibu bapa dan kenderaan persendirian yang berlegar di atas jalan untuk tujuan ini. Dato’ Speaker, keselamatan adalah keutamaan yang tiada siapa pun berani menyangkalnya terutamanya keselamatan di kawasan kejiranan ataupun perumahan. Dahulunya ada Pasukan Peronda Sukarela (PPS) dan menurut kenyataan Ketua Polis terdahulu indeks jenayah di Pulau Pinang pernah menunjukkan penurunan berikutan wujudnya organisasi ini. Akan tetapi disebabkan agenda politik tidak sihat pihak tertentu telah mengakibatkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) diberhentikan. Walau bagaimanapun selepas itu diwujudkan organisasi lain seumpamanya oleh Kerajaan Persekutuan tetapi tidak nampak peranan yang dimainkan dalam membantu komuniti masyarakat mencegah jenayah. Adalah dicadangkan organisasi seperti Rukun Tetangga, JKKK dan seumpamanya dapat diselaraskan bagi tujuan yang sama untuk membantu komuniti masyarakat dalam aspek kesela-matan kejiranan. Kerajaan Negeri perlu mengambil inisiatif positif untuk menggunakan sumber sedia ada untuk melaksanakan semula Program Keselamatan Komuniti apa perlu banyak agensi-agensi tetapi gerak kerja tidak diselaraskan dan matlamat tidak dapat dicapai. Dato’ Speaker, otak yang cerdas memerlukan badan yang cergas. Sukan dan riadah adalah antara yang mampu meningkatkan kecerdasan dan kecergasan. Pembangunan sukan di Negeri Pulau Pinang adalah antara yang terbaik di Malaysia sehingga mampu melahirkan bintang sukan bertaraf antarabangsa selain melahirkan bakat sukan yang baik, keperluan infrastruktur dan fasiliti sukan adalah aspek utama. Untuk pengetahuan Dato’ Speaker tidak lama lagi iaitu bulan depan di Pulau Pinang akan berlangsungnya sukan bertaraf antarabangsa yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang buat julung-julungnya iaitu Asia Pacific Master Game. Saya nak tahu di sini sejauh manakah keterlibatan Ahli Dewan ini dengan acara-acara yang bakal dil-aksanakan, peranan yang telah dimainkan oleh Ahli Dewan ini bagi mempromosikan acara sukan ini dan juga penyertaan di peringkat KADUN masing-masing. Harap masih ada ruang untuk kita semua untuk membantu memastikan temasya ini mendapat sokongan dan dokongan rakyat Pulau Pinang dengan jayanya. Pulau Pinang mempunyai sejarah sukan yang cukup hebat. Suatu masa dahulu atlet-atlet yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara. Sukan bola sepak misalnya mampu melahirkan pemain handalan di era 70an hingga 90an. Skuad Bola Sepak Olimpik negara ke Barcelona pernah dibarisi sebahagian besar pemain dari Pulau Pinang. Pemain-pemain itu pernah mengangkat nama Pulau Pinang di persada bola sepak negara di era semi-pro. Tetapi hari ini Bola Sepak Pulau Pinang hidup segan mati tak mahu. Pembangunan sukan bola sepak perlu diteruskan di peringkat awal. Bakat-bakat muda perlu digilap dan diberi peluang untuk mengasah bakat. Liga bola sepak tempatan perlu diharmonikan semula begitu juga dengan sukan-sukan lain seperti taekwondo, squasy, sepak takraw, badminton, gimnastik, hoki, berenang dan sebagainya.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Minta laluan terima kasih Yang Berhormat Air Itam, sememangnya saya tertariklah apabila Yang Berhormat Air Itam menyentuh pasal bola sepak khususnya bola sepak untuk Negeri Pulau Pinang di mana hakikatnya sememangnya kita semua tahu prestasinya agak kurang memuaskan. Sekiranya kita dibanding-kan dengan Negara Iceland di mana populasinya lebih rendah daripada Negeri Pulau Pinang namun mereka Berjaya memasuki persaingan World Cup yang baru-baru sahaja berlaku di Negara Russia dan ingin saya mendapat pandangan Yang Berhormat Air Itam lah, rasanya apa yang perlu kita lakukan supaya kita dapat mempertingkatkan lagi khususnya arena bola sepak kita di Negeri Pulau Pinang ini, terima kasih.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Minta laluan, terima kasih Yang Berhormat Air Itam sebab menimbulkan isu ini. Semalam sebenarnya saya pakai Tie Harimau Malaya nak raise isu FAP tapi tak cukup masa. Okey. Ini berkenaan dengan FAP dalam jawapan yang diberi kepada saya bekas Pengerusi Mantan Presiden FAP ada di sini diberi oleh EXCO Sukan dinyatakan lebih kurang bukan lebih kurang RM54 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri dari tahun 2008 sehingga 2018, RM54 juta Dato’ Speaker. So, RM54 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi mutu ataupun kualiti Bola Sepak Pulau Pinang terus merundum angka sebenarnya adalah RM54,164,820.00 telah diperuntukkan. Mutu bola sepak terus

merundum di mana sebelum Yang Berhormat Tanjung Bunga menjadi Presiden lagi sudah ada unsur-unsur yang saya nampak tidak efisien seperti membayar RM700,000.00 untuk seorang pemain import daripada Brazil di mana dia tidak didaftarkan dan tidak langsung bermain dalam Liga Malaysia sebab dia tidak dapat didaftarkan. Ini adalah wang rakyat disalurkan kepada FAP dan dia bazirkan begitu sahaja. Ini satu tuduhan yang saya selalu timbulkan. Ada unsur-unsur agen-agen tengah yang pernah duduk dalam FAP mereka pun, ada yang mereka keluar selepas Presiden FAP telah meletak jawatan, mereka membuat duit daripada perkara ini dan saya..(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Bagan Dalam saya beri nasihat kalau minat sangat dengan tajuk itu mengapa tadi bahas tak mau bangkit serah balik kepada Air Itam.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Satu penjelasan sahaja Dato’ Speaker, satu penjelasan. Apakah Air Itam bersetuju kalau RM54 juta ini disalurkan untuk pembangunan sports development di peringkat lain-lain sukan sudah maju atlet-atlet kita sudah menang lebih banyak pingat emas di sukan Malaysia yang lepas itu, minta penjelasan.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Yang Berhormat Pengkalan Kota, saya rasa Yang Berhormat Bagan Dalam sudah memberikan satu jawapan dan untuk Yang Berhormat Bagan Dalam saya memang setuju so saya diharapkan saya dapat sambungkan. Dato’ Speaker kita mempunyai facility sukan-sukan ini dan antara yang terbaik di Ma-laysia serta bakat-bakat baru dalam kejurulatihan. Kita hanya perlu memanfaatkannya sebaik mungkin. Contohnya, dengan bekas-bekas atlet sedia ada. Dato’ Speaker, untuk menjadikan Pulau Pinang destinasi terbaik pelancongan dan perindustrian perlunya pendekatan untuk menaik taraf sistem pengurusan, maklumat secara bersepadu antaranya pelaksanaan smart cities…(dengan izin) yang sekarang ini menjadi keutamaan bandar-bandar utama dunia. Penyatuan maklumat big data…(dengan izin) dan data analytic berkaitan perbandaran, demografi dan geografi menjadi keutamaan. Ini mampu menyusun semula gerak kerja perancangan pembangunan material dan insan di Negeri Pulau Pinang. Saya ingin mengesyorkan pelaksanaan ini diteruskan dan di-perkasakan dari masa ke semasa bagi menjamin kelestarian Generasi Madani akan datang yang sekarang ini kita warisi dari generasi sebelumnya. Pastinya kita juga perlu meninggalkan sesuatu yang baik dan bermanfaat kepada generasi akan datang. Dato’ Speaker, menjujung ucapan Tuan Yang Terutama berkaitan kelestarian negeri dalam urus tadbir yang lebih baik, Pembangunan Modal Insan yang berterusan, peningkatan pendapatan rakyat dalam negeri, penyediaan perumahan selesa kepada rakyat dengan ini saya menyokong ucapan ini dan dimasuk-kan dalam ucapan penangguhan ini sebagai benchmark kepada sesi perkhidmatan saya sebagai wakil rakyat Kawasan Air Itam Pulau Pinang. Sekian, saya memohon menyokong usul. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Air Itam saya ingin mempersilakan Ahli Yang Berhormat yang mana satu yang ingin sila. Berapit.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih YB. Dato’ Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan bagi ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang buat pertama kalinya di Dewan yang mulia ini saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada penduduk di Kawasan Berapit terutamanya kerana memilih saya sebagai ADUN kawasan tersebut. Saya akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan sebaiknya. Perkara yang pertama, saya ingin sentuh di sini mengenai isu gambar Pameran George Town Festival tahun ini yang diturunkan. Menurut Berita Malay Mail pada hari ini telah melaporkan bahawa gambar Pameran George Town Festival Tahun 2018 diturunkan atas arahan. Menurut berita gambar yang terlibat dalam George Town Festival iaitu Nisha Ayub dan Pang Khee Teik bergambar bersama Bendera Jalur Gemilang untuk mempromosikan patrotisme menjelang George Town Festival dari 4 Ogos hingga 2 September telah diturunkan. Ini jarang berlaku di Pulau Pinang kerana Kerajaan Pulau Pinang senantiasa menekankan kebebasan kesenian dan kebebasan berucap. Perkara ini telah menjadi viral di sosial media dan telah dikritik oleh NGO kerana tidak menghormati kebebasan kesenian. Saya ingin minta penjelasan diberikan sekiranya mana-mana pihak telah memberi arahan turunkan gambar pameran tersebut dan sebabnya.

Isu seterusnya yang ingin dibangkitkan di sini, adalah berkaitan dengan masyarakat yang semakin tua iaitu (dengan izinnya)...aging society yang berkaitan dengan warga emas iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Jabatan Statistik Malaysia pada tahun 2016 menyatakan Malaysia dijangka menjadi negara tua pada tahun 2035 sekitar 18 tahun daripada dari sekarang. Walaupun buat masa sekarang Pulau Pinang mempunyai populasi warga emas yang berumur 65 tahun berada di kedudukan kedua selepas Negeri Perak, tetapi dengan statistik peningkatan yang pantas ini sehingga tahun 2024 Pulau Pinang akan menjadi negeri yang mempunyai populasi warga emas yang paling tinggi di Malaysia. Dengan peratusan yang tinggi ini saya percaya di peringkat Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan perlu ada perancangan yang teliti agar satu sistem sokongan yang lengkap dapat dirangka agar kebajikan golongan warga emas ini dapat dipelihara. Syabas dan tahniah kepada YB. Sungai Puyu, EXCO Kebajikan yang selama ini telah memastikan pemberian RM100.00 pada peringkat pemulaan dan selepas itu dinaikkan kepada RM130.00 sebagai menghargai jasa emas tidak pernah gagal dilaksanakan. Walau bagaimanapun, saya berpendapat pemberian bantuan kepada warga emas tidak hanya terhad kepada bantuan kewangan semata-mata ia perlu meliputi bantuan yang menyeluruh dan inclusive. Kita semua akan jadi tua. Yang Berhormat-Yang Berhormat di sini termasuk Yang Berhormat Pengkalan Kota yang paling muda di sini juga akan jadi warga emas satu hari.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada yang sudah tua.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Saya setuju. Jadi ini akan menjadi satu isu yang disentuh di sini YB. Speaker. Sejak Pusat Khidmat KADUN saya dibuka, saya menerima berbagai kes berbentuk permohonan bantuan daripada golongan warga emas. Dari situlah tercetusnya idea supaya kerajaan dapat mempertimbangkan Projek Perumahan Bersara. Dari pembacaan saya sebelum ini kebajikan warga emas Negara Singapura amat bagus. Singapura mempunyai satu garis panduan bertajuk “Penjagaan Berasaskan Komuniti” direktori perkhidmatan, kesihatan dan penjagaan sosial yang setebal 307 muka surat yang mungkin boleh kita kaji. Saya berpendapat sekiranya kerajaan boleh memulakan projek asrama kepada pekerja asing, mengapa tidak boleh melakukan perkara yang sama terhadap Projek Perumahan Bersara ini. Singapura telah memperkenalkan Projek Perumahan Warga Tua Aktif yang diperkenalkan oleh (dengan izinnya)…Housing and Development Board iaitu HDB untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan warga tua yang tinggal di flat HDB. Saya mencadangkan agar, kerajaan mungkin dapat meminda atau memberi insentif sebagai galakan kepada pemaju projek perumahan supaya dapat memberi projek perumahan yang khas kepada warga emas. Di Singapura, Projek Perumahan Bersara ini bukan sekadar berkonsepkan perumahan semata-mata sahaja. Ia dilengkapi dengan tempat rekreasi, hiburan, perkhidmatan penjagaan sementara dan yang penting adalah kemudahan perubatan. Pusat penjagaan kanak-kanak juga boleh disediakan. Tuntutan hidup di zaman sekarang memerlukan suami dan isteri keluar kerja, bekerja untuk cari rezeki. Dengan kewujudan pusat penjagaan kanak-kanak, ini membolehkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke situ. Datuk atau nenek yang tinggal di Perumahan Bersara mungkin boleh tolong jaga dan bawa cucu mereka pulang daripada tadika atau sekolah, jika anak mereka tidak sempat. Sama ada kita setuju atau tidak terhadap idea ini, tetapi inilah trend sekarang yang sering berlaku dan menjadi satu isu dikalangan rakyat kita. Sebagai sebuah kerajaan, kepentingan masyarakat ini harus dititik beratkan. Warga emas memerlukan sokongan sosial bagi memastikan kebajikan tidak dipinggirkan. Cadangan saya mungkin buat masa sekarang kerajaan boleh menggunakan dewan serbaguna di setiap taman atau kampung untuk dijadikan tempat aktiviti harian bagi warga emas.

Contohnya, adalah seperti mengadakan kursus bagi meningkatkan skill seperti mempelajari Internet dan cara menggunakan sosial media. Lawatan kesihatan juga boleh dilakukan di dewan serbaguna, supaya kesihatan warga emas dapat dijadi, dapat dijaga walaupun sesetengah warga emas mengatakan bahawa sendirinya sihat. Tetapi konsep mencegah lebih baik daripada mengubati adalah penting.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Minta pencerahan. Terima kasih Yang Berhormat Berapit. Sememangnya saya bersetujulah dengan cadangan yang dibawakan oleh Yang Berhormat Berapit. Memandangkan walaupun saya merupakan seorang Ahli Dewan yang muda, tetapi khususnya di kawasan Pengkalan Kota, kita mempunyai sebuah komuniti warga emas yang agak besar. Dan sekiranya cadangan tersebut boleh diterima pakai oleh pihak Kerajaan Negeri, saya turut ingin mencadangkan bahawa Dewan Komuniti di Gat Lebuh

Maccallum dijadikan sebagai projek perintis bagi kita untuk mencuba, untuk menjalankan program khususnya Pusat Komuniti untuk warga emas ini. Terima kasih.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Jadi saya sambungkan dengan topik ini. Aspek untuk memberikan kepuasan kepada warga emas amat penting juga. Saya membaca satu artikel yang mengenai dengan Terapi Perkebunan iaitu (dengan izinnya)…Horticulture Theraphy yang telah dijalankan di banyak negara. Dan Amerika Syarikat merupakan satu pengasas bagi terapi ini di American Horticultural Therapy Association yang telah ditubuhkan pada tahun 1973.

Selain daripada Amerika Syarikat, negara Kanada, UK, Jerman dan di Asia pula Korea Selatan, Taiwan dan Jepun juga ada persatuan yang berkaitan. Harus ditegas di sini, terapi ini bukan untuk menjanakan keuntungan. Tetapi yang penting adalah sosial dan kepuasan untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan bagi warga emas. Sebagai contoh di Jepun peserta warga, warga emas diberi sebidang tanah untuk mencucuk tanam. Warga emas tersebut akan dibenarkan melakukan aktiviti pertanian yang ringan dan bukan bersifat keuntungan. Menurut pakar, terapi perkebunan ini mempunyai magic power…(dengan izinnya) memberi harapan kepada warga emas terhadap hasil tanaman yang akan dilihat pada hari besok. Saya faham Negeri Pulau Pinang terutamanya kawasan-kawasan bandar, kekurangan tanah. Tetapi, kita mungkin boleh menjalin kerjasama dengan pusat pertanian, contohnya untuk mencari kawasan-kawasan di luar bandar untuk merealisasikan hasrat ini. Galakan majikan untuk merangka semula pengurusan yang sesuai dengan pekerja warga emas, mungkin dengan cara ini kita boleh mengurangkan kadar populasi pekerja warga asing kerana warga emas yang sihat boleh bekerja dan mempertingkatkan diri sebagai mempertingkatkan diri sendiri. Sebagai contoh, negara Singapura mengupah warga emas menjadi pekerja pembersih yang kerja tidak berat di komuniti sendiri. Ini juga dapat mengelakkan jaringan kejiranan komuniti sebab orang tempatan yang menjaga kebersihan setempat.

Isu seterusnya yang ingin dibangkit adalah berkaitan dengan tandas perempuan. Saya berpendapat nisbah tandas lelaki dan perempuan seharusnya seimbang. Saya percaya hampir semua tandas lelaki mempunyai standing urinal dan cubicle, walaupun saya tidak masuk tandas lelaki. Manakala tandas perempuan pula hanya mempunyai cubicle. Sebagai contoh di tandas lelaki kalau ada tiga (3) standing urinal dan tiga (3) cubicle, manakala di tandas perempuan haruslah mempunyai enam cubicle. Sebab sekarang kekurangan cubicle di tandas perempuan. Kita lihat di luar pusat membeli belah, RNR selalunya tandas perempuan akan sesak dan beratur panjang. Perkara ini, telah dinyatakan pada tahun 2014 semasa Perasmian Pusat Penjaja di Padang Brown. Tetapi sehingga hari ini tidak dilaksanakan lagi. Saya mencadangkan agar satu Garis Panduan dapat dikaji semula, bagi membolehkan pelaksanaan ini dapat dijalankan. Mungkin bangunan-bangunan baru yang bakal dibina dapat mengikut nisbah yang dinyatakan, terutamanya di bangunan komersial, terminal pengangkutan, institusi awam, taman-taman rekreasi dan sebagainya. Dengan penambahan cubicle tandas perempuan, kaum lelaki juga akan turut dimanfaatkan. Cuba bayangkan, kaum lelaki tidak perlu tunggu isteri, girlfriend, anak perempuan mereka di luar tandas perempuan disebabkan kesesakan. Ini akan memanfaatkan semua orang.

Isu seterusnya adalah berkaitan dengan Bilik Laktasi. Iaitu penyusuan susu ibu sekarang menjadi satu trend. Ia dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak tersebut, saya percaya susu ibu adalah makanan terbaik bagi para bayi. Oleh itu, saya menyarankan agar majikan-majikan di sektor awam dan swasta dapat melihat isu ini secara mendalam. Saya tau ibu-ibu yang bekerja kadang kala mengalami kesulitan ini. Mereka tidak disediakan tempat yang sesuai dan selesa untuk mengepam susu di tempat kerja masing-masing. Bilik Laktasi ini perlu dimulakan di bangunan-bangunan kerajaan untuk menjadi role model kepada sektor lain. Saya difahamkan Majlis Perbandaran Seberang Perai iaitu MPSP mempunyai Bilik Laktasi yang lengkap dengan kerusi sofa, peti sejuk dan juga air-cond. Bilik ini bukan sahaja digunakan oleh pekerja wanita sahaja tetapi kepada orang awam yang berurusan di bangunan MPSP itu. Seperti apa yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, pada Majlis Perasmian Breast Feeding Week pada hari Ahad yang lalu, bayi baru dilahir perlu susu ibu sekurang-kurangnya enam (6) bulan. Tetapi, ibu bekerja yang baru lahirkan anak tidak akan diberikan cuti sepanjang enam (6) bulan. Melainkan ibu tersebut mengambil cuti tanpa gaji dan sebagainya, tapi dengan adanya Bilik Laktasi di tempat kerja, ibu-ibu dapat meneruskan tanggungjawab manusia yang dikurniakan oleh tuhan iaitu membekal makanan kepada bayi mereka. Ibu dapat mengepam susu di tempat yang sesuai dan simpan di peti sejuk, supaya susu tidak menjadi rosak semasa mereka bekerja di pejabat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mendapati di Dewan Undangan Negeri ini juga tidak mempu-nyai Bilik Laktasi. Oleh itu, saya dengan memohon jasa baik Dato’ Speaker, supaya sebuah Bilik Laktasi

dapat dibuat di Dewan yang mulia ini. Walaupun kita semua tahu bahawa Dewan ini tidak digunakan setiap hari dalam sepanjang tahun, tetapi Bilik Laktasi ini sangat berguna ketika Mesyuarat Sidang DUN diadakan. Bayangkan ada pegawai-pegawai wanita, para media perempuan, yang bertugas terpaksa berada di sini dari pagi sehingga sesetengah sampai malam. Kita perlu ingat dengan persekitaran tempat kerja yang mesra ini, iaitu tempat mesra kepada working mothers, barulah kita dapat menggalakkan lebih ramai wanita untuk bekerja dan sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi.

Saya percaya dengan persekitaran yang mesra kepada wanita, mungkin tidak lama lagi Malaysia akan melahirkan seorang pemimpin wanita yang seperti Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern iaitu melahirkan anak semasa memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dan kembali ke tempat kerja selepas cuti bersalin enam (6) minggu. Saya berpendapat kerajaan tidak boleh sekadar mengatakan ingin melahirkan lebih ramai pemimpin wanita, tetapi hakikatnya polisi yang mesra juga harus dilaksanakan. Seterusnya saya ingin membangkitkan berkaitan isu keselamatan di daerah Seberang Perai Tengah iaitu SPT….(gangguan).

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Pohon penjelasan. Saya tertarik dengan fakta berkenaan dengan isu berkenaan dengan susu susuan oleh ibu. Pendapat saya adalah tempoh dua bulan cuti yang diberikan oleh kerajaan tidak mencukupi.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Tiga (3) bulan.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Sekarang tiga (3) bulan, sekarang tiga (3) bulan, minta maaf. Adakah mencukupi untuk benar-benar menyusukan anak, bagi menjadikan anak itu benar-benar sihat dan membina anak tersebut secara fizikal dan mental, dan juga secara psikologi sebab ibu yang bekerja ni akan menjejaskan hubungan dengan anak dan sebagainya. Saya pohon pencerahan sama ada tempoh tiga bulan itu mencukupi.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih kepada Permatang Pasir. Walaupun saya belum jadi seorang ibu, tetapi saya juga ambil berat tentang perkara ini sebab ini merupakan satu perkara yang semua orang akan menghadapi. Dan menurut apa yang ketua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada Breast Feeding Week, ucapan beliau katakan sekurang-kurangnya tempoh untuk penyusuan bayi adalah enam (6) bulan, baru cukup. Jadi saya setujulah dengan YB. Permatang Pasir kalau cuti boleh diberikan dengan lebih kepada kaum ibu setelah lahirkan anak, (Dewan tepuk meja) dan dengan cuti yang bergaji.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Macam mana pula dengan bapa.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Kaum bapak, kaum bapak tak boleh cuti.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dia….(gangguan).

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Kalau tidak, dia beranak lagi.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Sekarang ada 15 hari kalau saya tak silap Dato’ Speaker. Boleh tak apa-apa cadangan untuk tambah untuk jadikan sebulan.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Minta maaf. Perkara saya adalah dengan Bilik Laktasi iaitu Breast Feeding erm, dari ibu. Jadi permintaan daripada sudut sebagai bapa sudah lari dari tajuk saya. Okey saya sambungkan dengan topik keselamatan di SPT, pada bulan Julai baru-baru ini telah berlakunya kes rompakan di kawasan perumahan di belakang Pusat Khidmat saya dan saya terima aduan dan saya dimaklumkan oleh pihak PDRM SPT bahawa PDRM menghadapi ketidak cukupan anggota rondaan, masalah ketidakcukupan anggota rondaan PDRM di SPT ini bukan satu perkara yang baru tetapi saya telah dimaklumkan ia telah berlaku sejak 15 tahun yang lalu dan masa soalan di sini adalah berapakah

sebenarnya nisbah penduduk dan anggota PDRM baru adalah satu nisbah yang sepatutnya dan ketika ini berapakah nisbahnya sekarang di SPT? Saya menyeru agar Operasi Payung yang pernah dilancarkan oleh Pihak Polis pada tahun 2009 dapat diteruskan terutamanya di kawasan hotspot jenayah bukan sahaja di kawasan Pulau tetapi juga di kawasan Seberang Perai. Saya difahamkan sejak Operasi Payung ini dilancarkan di Pulau Pinang ia telah mendapat sambutan yang baik sehingga Negeri Perak dan Negeri Kedah juga turut berminat melakukan perkara yang sama dengan sambutan yang baik ini tiada sebab pihak-pihak PDRM tidak meneruskan Operasi Payung ini dan tidak sambungkan Operasi Payung ini ke Seberang Perai. Berkaitan dengan kesesakan trafik terutamanya di jalan-jalan utama berhadapan sekolah. Saya percaya kesesakan trafik di hadapan sekolah-sekolah ini bukan sahaja berlaku di kawasan saya tetapi di merata-rata tempat. Sikap ibu bapa yang yang memberhentikan kenderaan mereka di hadapan pagar sekolah dan di sepanjang bahu jalan raya menyebabkan kesesakan yang teruk terutama ketika waktu puncak. Isu ini seperti tiada kesudahan sekiranya ibu bapa, pihak PIBG dan pihak sekolah sendiri tidak duduk semeja bagi membincangkan isu tersebut. Kadang kala kita boleh lihat jalan yang mempunyai tiga (3) lane menjadi satu lane sebab ada, (dengan izin)…ada double park ada triple park semasa mereka sebelum dan selepas sekolah. Di Bukit Mertajam antara jalan yang paling sesak terutamanya disebabkan oleh permasalah ini adalah di hadapan Sekolah Kebangsaan Convent di Jalan Kulim iaitu di tepi Hospital Besar Bukit Mertajam. Di mana sekolah ini terletak di jalan utama, saya mencadangkan agar pihak sekolah, pihak berkuasa seperti pihak Polis dan MPSP dapat duduk bersama untuk mencari satu penyelesaian untuk masalah ini, perkara ini perlu dibincang secara serius berikutan masalah ini telah melanda bukan satu atau dua hari sahaja tetapi adalah sepanjang tahun. Penduduk setempat terpaksa berdepan selama-lamanya selagi kalau Pelan Tindakan ini tidak ada, dulu ada pihak kata bahawa sekolah ini bidang sekolah adalah di bidang kuasa Kementerian Pendidikan dan saya percaya dengan sekarang Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan sudah di bawah satu payung. Kementerian haruslah memberi satu arahan daripada atas sampai ke sekolah supaya semua pihak sekolah mencari satu cara untuk selesaikan masalah ini yang berlaku di kebanyakkan tempat. Isu seterusnya adalah mengenai mengendalikan warisan kita, George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO adalah sesuatu yang amat membanggakan kepada rakyat Pulau Pinang. Oleh itu, saya berpendapat agar sejarah ini tidak diabaikan dan para pelajar kita terutamanya harus didedahkan dan diajar akan perkara ini. Saya difahamkan bahawa GTWHI sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk mengurus, memantau, melindungi, mempromosi dan memulihara Tapak Warisan Dunia George Town telah menganjurkan pelbagai aktiviti dan seminar terutamanya kepada para pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi dan orang ramai. Oleh itu, saya mencadangkan agar sekolah-sekolah menengah di Pulau Pinang dapat memberikan kerjasama untuk membolehkan anak-anak kita diberi pendedahan berhubung sejarah warisan negeri ini, mengenali bangunan bersejarah dan sebagainya. Sebagai pelajar daripada Seberang Perai saya sendiri berpendapat pelajar di kawasan Seberang Perai tidak (dengan izin)…familiar dengan bangunan atau sejarah warisan di George Town. Walaupun George Town adalah ibu negeri kita tapi status Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town atau se-jarahnya seolah-olahnya satu perkara yang tidak ada berkaitan dengan pelajar di Seberang Perai disebab-kan telah diasingkan dengan satu jambatan. Sebagai contoh yang baik Sekolah Menengah Jit Sin, Sekolah Menengah Cina Jit Sin Persendirian pernah menganjurkan lawatan untuk guru-guru sekolah tersebut melawat melawat ke Jalan Masjid Kapitan Keling yang juga digelar sebagai Street Of Harmony, rumah-rumah ibadat juga banyak di situ di sepanjang Jalan Harmony itu antaranya ada Temple Cina, ada Masjid Kapitan Keling ada Tample Hindu dan ada Gereja Kristian, melalui lawatan ini para guru dapat memahami budaya dan sejarah yang lain daripada apa yang mereka belajar dari buku tidak terhad kepada buku sejarah sahaja ini sekaligus dapat melahirkan rakyat Pulau Pinang rakyat Pulau Pinang untuk cintakan negeri ini tanpa berbelah bahagi. Saya mencadangkan supaya Jabatan Pendidikan merancang lawatan sebegini di setiap Sekolah Menengah di Pulau Pinang dan memilih beberapa tapak warisan untuk program mengenali warisan kita. Perkara akhir iaitu kawasan rekreasi atau tanah lapang yang dulu orang SPT atau penduduk Berapit kerap melawat Empangan Mengkuang yang dekat dengan Kampung Berapit, Empangan Mengkuang ini selama ini menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah, berjoging bersama keluarga telah ditutup untuk menaiktaraf pada tahun 2014. Empangan Mengkuang seharusnya dibuka kepada orang awam pada dua tahun yang lalu tetapi sehingga kini belum dapat dibuka disebabkan pihak Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air belum memenuhi sembilan syarat yang ditetapkan oleh PBAPP. Jawapan yang saya terima daripada Yang Berhormat Tanjung Bunga bahawa pembukaan Empangan Mengkuang kepada orang awam hanya akan dilaksanakan setelah projek diserahkan secara rasmi kepada Kerajaan Negeri dan seterusnya Kerajaan Negeri menyerahkan kepada PBAPP untuk diambil alih operasinya. Setelah dipastikan

keseluruhan kawasan ini benar-benar selamat untuk dikunjungi oleh orang awam dan tiada isu keselamatan di kawasan tersebut barulah Empangan tersebut boleh dibuka untuk kegunaan orang awam. Sebelum sesi Dewan ini dimulakan sudah ada ramai penduduk di Bukit Mertajam tanya saya bilakah Empangan Mengkuang boleh diguna, jawapan yang ketidakpastiannya tarikh itu mesti akan kecewakan mereka. Saya faham atas isu keselamatan Empangan Mengkuang tidak boleh dibuka buat masa sekarang, tetapi perkara ini juga mencerminkan bahawa masyarakat kita kekurangan tempat rekreasi atau tempat lapang. Kawasan rekreasi di kawasan perumahan adalah penting, sebagai contoh Kampung Berapit tiada satu Padang Bola Sepak walaupun bola sepak ini merupakan aktiviti yang digemari orang ramai di Malaysia. Yang penting di sini padang bukan sekadar tempat yang untuk sepak bola sahaja tetapi adalah untuk aktiviti rekreasi keluarga yang merupakan keseimbangan kehidupan terutamanya selepas sekolah atau selepas kerja kita tidak ingin melihat aktiviti rakyat hanya tertumpu kepada menonton televisyen pergi shopping centre sahaja. Saya mencadangkan satu dana perkongsian taman diwajibkan semasa menguruskan projek perumahan yang baru sebab buat masa sekarang kebanyakan projek perumahan baru hanya menyediakan tempat rekreasi atau (dengan izin)…children playground yang keluasan tidak besar, tidak sesuai dan tidak selesa dijadikan tempat joging atau senaman. Dana tapak lapang boleh digunakan untuk membina Taman Rekreasi yang sesuai oleh Kerajaan mungkin cadangan saya dalam setiap lingkungan lima (5) kilometer bina satu tapak rekreasi perkongsian. Penduduk di sekitar lingkungan lima (5) kilometer ini dapat menikmati taman rekreasi yang lengkap dengan kemudahan asas seperti tandas, children playground, lorong joging, tanah lapang untuk pelbagai aktiviti dan sebagainya. Saya berpendapat bahawa, kita harus menwujudkan masyarakat yang menyayangi tempat ini iaitu saya sayang Pulau Pinang. Perasaan cinta dan sayang ini boleh dilahirkan melalui mewujudkan masyarakat yang rasa bahagia, kebahagian ini bukan sekadar infra-struktur yang lengkap sahaja tetapi juga perlibatan aktiviti sosial, masyarakat dalam komuniti kita akhirnya Pulau Pinang akan mencapai matlamat saya sayang Pulau Pinang. Dengan ini saya mohon untuk me-nyokong. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kawasan Berapit, Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan ditangguh-kan untuk berhenti rehat dan kita sambung pada 2.30 petang nanti.

Dewan ditangguhkan pada jam 12.55 tengah hari.

Dewan bersambung semula pada jam 2.30 petang.

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat kita berada dalam sesi perbahasan. Dipersilakan Yang Berhormat, Ahli Kawasan Batu Lancang.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan, dan MBPP. Salam Sejahtera dan Salam Harapan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya dengan sukacitanya ingin merakamkan setinggi-setinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Ucapan Perasmian Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada sidang Dewan ini. Ini merupakan sesi mesyuarat dewan yang kali pertama bagi saya. Dan saya berasa amat bersyukur kerana telah dipilih untuk mewakili penduduk di kawasan Batu Lancang. Dan diberi peluang untuk bekerjasama dengan rakan-rakan seperjuangan saya demi kesejahteraan dan kegemilangan Negeri Pulau Pinang. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memberikan sekalung penghargaan kepada semua Yang Berhormat dari penggal sebelum ini kerana telah menjadikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai contoh Kerajaan yang bersih dan bebas rasuah. Oleh kerana daya usaha para Yang Berhormat. Rakyat Malaysia telah memilih perubahan pada tarikh bersejarah 9 Mei 2018 yang lalu. Saya amat bersetuju dengan ucapan perasmian oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun bahawa rakyat telah memberikan kita amanah yang besar kepada kita untuk mentadbir Negeri Pulau

Pinang. Oleh itu saya menyahut seruan Tuan Yang Terutama Tun untuk bersama-sama berusaha dan bekerjasama dengan semua Ahli-ahli Dewan untuk terus membelah kehidupan rakyat dengan adil dan saksama. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Izinkan saya membangkitkan beberapa isu penting. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, lebih 30% pengundi di kawasan saya Batu Lancang merupakan warga emas. Iaitu berumur lebih daripada 60 tahun. Oleh itu, Kerajaan Negeri dapat merancang pembangunan yang dapat menarik lebih ramai anak muda dan golongan belia untuk tinggal di kawasan Batu Lancang. Saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat menaik taraf flat-flat kos rendah di kawasan Batu Lancang. Lebih-lebih lagi di Flat Bata Merah. Di kawasan saya di Batu Lancang yang dibina lebih kurang 30 tahun dahulunya. Kini enam (6) buah Blok Flat Bata Merah berada dalam keadaan usang. Paip air, tangga kecemasan dan pendawaian elektrik perlu ditukar. Saya berharap flat-flat ini dapat dilengkapi dengan fasiliti dan kemudahan yang lebih moden. Mungkin juga di masa hada-pan Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan cadangan untuk merobohkan dan membina semula flat-flat ini dengan lebih unit yang lebih besar. Contohnya dari sekarang 550 kaki persegi ke 1,000 kaki persegi. Ini supaya orang ramai lebih-lebih lagi golongan muda mendapat peluang untuk menyewa-beli unit-unit ini. Kerajaan Negeri boleh membuka tender dan cadangan daripada pihak pemaju luar untuk membangunkan flat atau apartment baru ini dengan kerjasama dan perbincangan dengan penduduk flat, saya yakin kerja-kerja naik taraf dan pembinaan semula dapat meningkatkan kualiti hidup penghuni flat. Saya juga ingin membangkitkan isu kesesakan lalu lintas dan kekurangan tempat letak kereta di kawasan Batu Lancang. Yang merupakan satu masalah yang rumit. Penduduk meletak kenderaan mereka dengan sesuka hati kerana petak meletak kereta yang sedia ada tidak mencukupi untuk penduduk sekitar. Saya ingin memohon Kerajaan Negeri dan pihak yang bertanggungjawab supaya mempertimbangkan pembinaan dua (2) buah tempat letak kereta bertingkat. Satu (1) berdekatan dengan Pasar Batu Lancang tepi KFC dengan izin. Dan satu lagi di Desa Green, Jalan Van Praagh. Tingkat paling atas boleh digunakan sebagai lot komersial dan tempat beriadah. Manakala tingkat bawah pula boleh menempatkan penjaja ma-kanan atau medan selera. Tambahan pula Kompleks Penjaja yang sedia ada bersebelahan Pasar Awam Batu Lancang sudahpun berusia 40 tahun. Kesesakkan lalu lintas juga merupakan satu masalah yang sering dialami oleh penduduk kesemua rakyat Pulau Pinang termasuk penduduk di kawasan saya. Saya berharap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat mengkaji dan menyelesaikan masalah lalu lintas lebih-lebih lagi dibeberapa kawasan iaitu Jalan Perak dan Jalan Van Praagh, Lengkok Batu Lancang dan Pasar Batu Lancang. Ketiga Taman Hijau dan Lengkok Hijau. Mungkin di masa hadapan MBPP dapat menukar jalan-jalan tersebut ke jalan sehala tetapi terlebih dahulu mengadakan dialog bersama dengan pihak berkepentingan iaitu penduduk di kawasan ter-sebut. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, selain itu saya juga ingin mencadangkan Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula teknik dan S.O.P penurapan semula jalan raya kerana saya difahamkan teknik yang digunakan sekarang hanya menurap semula permukaan jalan raya yang sedia ada. Dan setiap lapisan baru adalah setebal 6cm. Dari teknik ini digunakan pakai berkali-kali. Saya khuatir selepas beberapa kali jalan yang sama ditar semula, jalan raya tersebut akan menjadi semakin tebal setiap kali, jika jalan yang sedia ada ditar setiap lima (5) tahun dengan menambah ketebalan sebanyak 6cm, dalam masa 50 tahun dia akan menjadi 60cm atau lebih kurang dua (2) kaki. Ini adalah 10 kali ganda ketebalan yang asal. Mungkin angka, mengikut angka yang saya terima daripada Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang iaitu PLAN@Malaysia jumlah keluasan jalan raya di bahagian Pulau, di bahagian Negeri Pulau Pinang ialah sebanyak 2,636 hektar tidak termasuk Seberang. Jika jalan-jalan ini diturap selama 50 tahun dia akan jadi dua (2) kaki tinggi mengikut perkiraan saya jika jalan-jalan tersebut diturap dengan teknik meiling dia dapat menampung 15,816,000.00 liter air hujan. Oleh jalan raya kini hanya ditambah semula sebanyak 15,819,000.00 liter air hujan ini tidak dapat ditampung dan akan mengalir di kawasan berdekatan ataupun ke kawasan yang lebih rendah dan ia juga adalah satu sebab induk yang menyumbangkan banjir di Negeri Pulau Pinang. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, satu kolam renang bersaiz olimpik mempunyai keluasan sebanyak 25 x 50 x2m dan dapat menampung sebanyak 2,500,000.00 liter air. Oleh itu 15,816,000.00 liter air hujan ialah bersamaan dengan 6,326 kolam renang bersaiz olimpik. Yang Berhormat sekalian, boleh cuba bayangkan risiko besar banjir yang boleh dihadapi oleh rakyat Pulau Pinang dalam jangka masa 50 tahun yang akan datang jika keadaan ini berlarutan. Selain itu. Pembahagi jalan atau center divider…(dengan izin) boleh menjadi risiko banjir. Dari pemerhatian saya dikebanyakan jalan raya di bawah Jabatan Kerja Raya, pembahagi jalan dibuat daripada simen. Oleh itu air hujan lansung tidak dapat meresap ke dalam simen. Saya harap pihak yang bertanggungjawab dapat memberikan perhatian kepada isu ini. Saya juga ingin membangkitkan isu kualiti jalan tar kita. Mengikut spesifikasi Jabatan Kerja Raya. Kualiti jalan tar kita masih kurang memuaskan. Jika dibandingkan dengan negara jiran kita seperti Singapura ataupun Korea, Japan atau China. Di mana jalan tar mereka lebih kukuh dan kuat. Di Singapura

dan Jepun jalan tar mereka sangat tahan lasak sehinggakan kapal terbang pun dapat mendarat di permukaan jalan. Tetapi di Pulau Pinang pula, setiap kali hujan lebat berlarutan beberapa hari sahaja kita akan dapat melihat lopak air dan lubang di atas permukaan tar jalan kita. Itu adalah keadaan-keadan jalan raya di Pulau Pinang sekarang. Saya faham, saya difahamkan yang tar digunakan untuk menurap jalan dibeli dari Seberang Perai. Kilang tar atau pacthing plan....(dengan izin) ini akan ditutup pada jam 7.00 petang di mana lori akan mengangkut tar dari Seberang ke kawasan Pulau. Mereka hanya dibenarkan untuk memulakan kerja-kerja menurap jalan pada pukul 10.00 malam ataupun 11.00 malam. Ini bermakna mereka perlu tunggu lebih kurang empat (4) jam sebelum menurap jalan. Berkemungkinan suhu tar yang diangkut telahpun sejuk. Saya khuatir proses pengangkutan tar dari Seberang ini memberikan kesan negatif kepada kualiti tar, kerana kita tau bahawa tar betul-betul panas sebelum digunakan. Kita juga dapat lihat jalan raya di Pulau Pinang penuh dengan tampalan semula ataupun patch road...(dengan izin) dan lopak-lopak. Saya berpendapat, pada pendapat saya keadaan ini menunjukkan imej kebelakang pula kerap mengorek jalan-jalan raya dan menampal semula jalan dengan sebarangan dan mencacatkan lagi permukaan jalan. Saya berharap semua pihak yang bertanggunjawab termasuk dari JKR dan Pengusaha Kilang Tar dan Syarikat Utiliti dapat mengkaji semula masalah-masalah ini dengan teliti dan mencari penyelesaian yang lebih holistik. Saya juga mencadangkan JKR menggunakan spesifikasi tar yang lebih berkualiti tinggi supaya Pulau Pinang dapat menjadi satu negeri antarabangsa yang setanding dengan negara-negara maju. Untuk menghuraikan lagi isu banjir saya juga ingin menggesa PBT khususnya JPS untuk mem-berikan perhatian kepada luas Sungai Jelutong yang mengalir daripada Sekolah Jelutong, Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim sehingga ke Jalan Van Praagh. Luas sungai ini menjadi kecil selepas Jalan Van Praagh dan ini menyebabkan banyak sampah terperangkap dan seterusnya menjadi risiko banjir. Saya berharap Kerajaan Negeri dapat menaik taraf sungai tersebut dan membina kolam takungan air di kawasan yang sesuai. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, antara isu yang penting yang saya ingin ketengahkan adalah isu kebersihan. Kempen Cleaner, Greener Penang dengan izin. Adalah satu kempen yang berjaya dan baru-baru ini pula Pulau Pinang telah dinamakan Bandaraya Yang Terbersih di Asian dengan Anugerah ACTC, Asian Clean Tourist City Standard…(dengan izin). Walau bagaimanapun terdapat banyak lagi ruang untuk PBT dan MBPP menambahbaikkan serta mempertahankan anugerah ini. Dari pemerhatian saya. Tahap kebersihan di kedai-kedai kopi, restoran dan kawasan penjaja sekitar Pulau Pinang masih kurang memuaskan. Saya dapat perhatikan masih ramai lagi penjaja yang enggan menggunakan free tap...(dengan izin) dan hasil air basuhan dibuang begitu sahaja di premis makanan. Keadaan yang kotor ini menarik haiwan vektor seperti tikus dan lipas ini boleh mejadikan punca penyebaran pelbagai jenis penyakit. Baru-baru ini Negeri Pulau Pinang dikejutkan dengan penyebaran penyakit tangan, kaki dan mulut di mana jumlah besar telah melonjak lebih daripada 100% berbanding pada masa yang sama tahun lepas iaitu dari 1,117 Januari hingga Julai 2017 dengan izin kepada 2,854 tahun 2018 dengan masa yang sama. Situasi ini sangat bahaya. Saya amat bimbang pada satu hari nanti sejenis penyakit yang baru akan mula tersebar dengan berleluasa melalui pengusaha-pengusaha makanan yang tidak menjaga kebersihan. Ini boleh me-nyebabkan kemerosotan industri makanan dan pelancong Negeri Pulau Pinang yang masyhur di serata dunia. Oleh itu, saya memohon Kesihatan Negeri dan MBPP menjalankan pemeriksaan dan pengredan setiap minggu sekurang-kurangnya tiga (3) kali seminggu supaya rakyat di Pulau Pinang dapat menikmati makanan yang lebih bersih dan sihat. Di sini, saya juga memohon Kementerian Kesihatan Malaysia boleh menurunkan kuasa penutupan kedai kepada MBPP terutamanya Bahagian Kesihatan Persekitaran bawah Akta Makanan 1983. MBPP telah memohon lama penurunan kuasa ini tetapi telah ditolak oleh KKM. Saya berharap dengan Malaysia Baru ini, KKM dapat mempertimbangkan rayuan saya di sini. Secara amnya Kerajaan Negeri perlu mengadakan kempen yang lebih holistik untuk mengubah mentaliti masyarakat lebih-lebih lagi kanak-kanak supaya lebih bertanggungjawab dengan kebersihan sekeliling. Saya cadangkan Kerajaan Negeri memberikan penekanan kepada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah dengan menerap nilai-nilai kebersihan dan kemahiran untuk menjaga kebersihan. Contohnya pengasingan sisa. Ilmu dan kemahiran yang dipelajari boleh dibawa balik ke rumah dan dikongsi dengan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Jika kita lihat contoh negara-negara seperti Jepun, Korea dan Taiwan, rakyat mereka mengamalkan pemikiran maju di mana nilai kebersihan menjadi tunjang utama. Malahan di Negara Jepun, pelajar-pelajar sekolah diajar bagaimana untuk menumbuh sejenis micro bacteria di mana micro bacteria ini boleh dibenarkan untuk membersihkan pinggan mangkuk, paip air dan juga sistem-sistem saliran termasuk sungai. Dalam masa yang terdekat kita juga boleh mengambil idea ini untuk mengajar dan menggalakkan pelajar sekolah mengambil pulang ilmu yang mendapat, dapat memberikan faedah dan manfaat kepada keluarga dan komuniti mereka.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin kupaskan satu lagi isu peruntukan kepada sekolah-sekolah. Selama ini Kerajaan Negeri memberikan peruntukan kepada sekolah jenis kebangsaan dan sekolah agama sahaja kerana kita membuat andaian bahawa sekolah kebangsaan mendapat peruntukan yang besar daripada Kerajaan Pusat. Ini kerana sebelum ini kita tidak dapat dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah kerana perbezaan fahaman politik. Baru-baru ini saya melawat sekolah lama saya iaitu Sekolah Kebangsaan Jelutong Barat. Saya mula memahami realiti di sekolah-sekolah kebangsaan. Dewan sekolah tersebut sudah lama bocor di bahagian bumbung dan tidak selamat untuk murid-murid sekolah tetapi pihak sekolah telah memohon peruntukan daripada Kementerian tapi dengan satu jawapan senang saja “tiada peruntukan”. Dan mereka masih menunggu sampai hari ini lebih kurang dua tahun. Kerusi meja pelajar juga berada dalam keadaan yang usang dan kelas darjah-darjah pun tidak dicat semula. Di sini saya sedar bahawa sekolah, bukan sekolah ini sahaja ada lagi satu sekolah iaitu di sekolah kawasan saya juga iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Zainal Abidin. Pada tahun 2016, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menaiktaraf sekolah ini kepada Kolej Tingkatan Enam Haji Zainal Abidin yang pertama di Negeri Pulau Pinang tetapi kemudahan-kemudahan di kolej ini masih terhenti di peringkat sekolah menengah sahaja. Kelas darjah standard sekolah menengah, kantin saiz kecil, dewan sekolah adalah ruang kantin. Pejabat guru-guru pangkat kebanyakan adalah gred 48 kerana dia ada sebuah kolej tetapi mereka hanya gunakan satu bilik sebagai office mereka dengan kipas angin sahaja. Saya juga difahamkan peruntukan juga tidak dapat disampaikan kepada kolej ini. Saya amat berharap Kementerian Pelajaran Malaysia ataupun Negeri mengambil berat tentang sekolah-sekolah yang di bawah penjagaan mereka. Di sini, saya sedar bahawa sekolah kebangsaan juga memerlukan bantuan daripada Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun saya berharap Kerajaan Pusat, lebih-lebih lagi Kementerian Pendidikan dapat bertanggungjawab dan mengambil berat untuk menyelesaikan masalah ini dengan kerjasama Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya berasa amat bangga kerana Pulau Pinang telah menjadi satu destinasi pelancongan yang terkenal. Setiap kali saya ada pergi George Town, saya dapat lihat para pelancong dari serata dunia menikmati lukisan, mural dan makanan enak di Pulau Pinang. Dengan peningkatan pelancong setiap tahun, saya berharap Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dapat ditambahbaik. Saya dimaklumkan bahawa masa ini lapangan terbang telah melebihi kapasiti iaitu tujuh (7) juta penumpang pada tahun lalu dan akan dinaiktaraf di masa hadapan. Walau bagaimanapun sementara menunggu kerja-kerja naik taraf dijalankan kita perlu memastikan para penumpang, lebih-lebih lagi pelancong asing dapat menggunakan lapangan terbang dengan lebih selesa. Terima satu berita baik semalam bahawa Pulau Pinang akan mendapat satu lagi LCCT yang baru. Low Cost Carrier Terminal oleh Menteri Kewangan. Syabas saya ucapkan. Saya telah menerima banyak aduan, ulasan tidak memuaskan daripada para pelancong berkenaan kebersihan tandas di lapan-gan terbang dan kesesakan di kawasan berlepas. Mesin untuk check in juga tidak mencukupi untuk kapisiti penumpang. Yang saya tidak dapat terima di sini adalah tandas di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Ini, dia lebih teruk daripada tandas awam MBPP. Saya berharap ini dapat dinaiktaraf ataupun dibersihkan dengan secepat yang boleh. Saya juga ingin mengutarakan satu lagi masalah yang dihadapi oleh pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Pada masa ini setiap kali waktu hujan para pelancong terpaksa meredah hujan dan kebasahan untuk menaiki bas yang menunggu mereka di Kawasan ketibaan. Ini memberikan imej yang kurang baik lebih-lebih lagi kepada pelancong yang baru sahaja tiba di Pulau Pinang. Saya cadangkan pihak lapangan terbang dengan kerjasama EXCO Pelancongan membina bumbung yang lebih panjang di kawasan perhentian bas dan laluan berbumbung. Saya berharap masalah ini dapat diatasi dengan secepat mungkin untuk memastikan keselesaan penumpang khususnya pelancong asing. Sebagai soalan tambahan, saya harap YB. EXCO Pelancongan dapat menjelaskan apakah pelan Kerajaan Negeri untuk membangunkan produk-produk pelancongan yang baru di Pulau Pinang. Daripada pemahaman saya kini kita hanya mengekalkan dan menaiktaraf produk-produk lama seperti Bukit Bendera, Batu Feringghi, street art dan lain-lain. Di sini saya ingin mengambil peluang untuk mencadangkan kepada Kerajaan Negeri lebih-lebih lagi EXCO Pelancongan untuk menjadikan pasar malam di sekitar Pulau Pinang seperti Pasar Malam Jalan Van Praagh di kawasan saya sebagai satu tempat tarikan pelancongan. Pasar malam merupakan satu produk bertarikan unik yang dapat memberikan pengalaman yang menarik kepada para pelancong lebih-lebih lagi pelancong asing. Selain pasar malam, pasar pagi atau pasar basah juga boleh menjadi tarikan yang unik, lebih-lebih kepada pelancong lain negara, Taiwan, Korea ataupun Eropah. Di luar negara pasar pagi menjadi itinerary biasa para pelancong seperti di Jepun, Korea dan United Kingdom. Tambahan pula Pasar Pagi Jelutong merupakan salah satu pasar yang sudah lama popular di kalangan rakyat Pulau Pinang. Pulau Pinang sudahpun menjadi satu negeri yang popular dengan budaya, seni, arca ataupun sculpture…(dengan izin) dan ukiran seperti lukisan mural dan arca wire art di George Town. Kita dapat lihat ramai pelancong asing di George Town yang tertarik dengan arca-arca dan mural street art.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di Bali, Indonesia, mereka membina arca-arca yang menarik di setiap bulatan iaitu roundabout. Setiap bulatan mempunyai arca yang berlainan mengikut tema, adat agama dan budaya Hindu di Bali. Kita mengambil inspirasi daripada Bali untuk menceriakan bulatan-bulatan di sekitar Pulau Pinang dengan arca-arca yang menarik mengikut tema, sejarah dan nilai-nilai tempatan Pulau Pinang dan menjadikannya sebagai produk pelancongan yang baru. Seperti di George Town pelancong-pelancong boleh menjejak arca-arca ini ataupun sculpture trio…(dengan izin) dengan secara tak langsung mereka dapat mengenali tempat-tempat menarik di luar kawasan George Town. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya menyokong daripada YB. Seri Delima semalam iaitu baru-baru ini di Negara Malaysia digegarkan dengan isu perkahwinan kanak-kanak ataupun perkahwinan bawah umur di mana seorang lelaki berumur 41 tahun telah mengahwini seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 11 tahun. Kerajaan Negeri Selangor telah pun mengambil langkah-langkah proaktif untuk menaikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun dengan sokongan Sultan Selangor. Saya menyokong idea Sultan Sharafuddin Idris Shah iaitu Sultan Selangor untuk tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun untuk berkahwin. Kanak-kanak perlu diberikan peluang untuk mendapatkan pendidikan dan menikmati zaman kanak-kanak. Mereka tidak mungkin memahami komitmen dan tanggungjawab sebagai seorang isteri ataupun yang berkeluarga. Saya berharap Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh mencontohi dan mengambil langkah seperti kerajaan di Negeri Selangor. Satu lagi saya juga ingin menyokong saranan daripada YB. Pengkalan Kota semalam juga tentang satu cadangan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membuat permohonan khas kepada Kerajaan Pusat supaya menghantar kapal layar mewah Equanimity ke Pulau Pinang…(gangguan).

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Silakan.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Terima kasih Yang Berhormat. Berhubung dengan perkahwinan muda, semalam saya tak sempat dengan Seri Delima. Sedarkah Yang Berhormat bahawa tahun 1985 atau sejak dulu sehingga 1985, 9.8% remaja di bawah umur 19 tahun terlibat dalam seks masa sekolah. Kemudian dia meningkat sehingga ke 18.2% pada tahun 1985 dan terus meningkat pada hari ini. Kita menghadkan perkahwinan itu akan menyebabkan masalah sosial yang akan berlaku dan biarkanlah mahkamah yang tentukan umur. Ini berdasarkan kalau yang nak galak kahwin, bagi kahwinlah. Kalau yang paksa kahwin kita kena sekat. Kalau yang betul galak nak kahwin sebab masalah seks di bangku sekolah terus meningkat pada hari ini. Adakah kita akan biarkan mereka ini terjebak di dalam itu dan mereka melahirkan anak dan membunuh anak. Hampir 582 anak dibuang dalam masa 10 tahun ini. Mereka tidak tahu tentang itu tapi mereka tidak diberi orang untuk menjaga mereka. Mungkin kita boleh pertimbangkan satu kaedah bagaimana remaja ini perlu dikawal dan dijaga dan di samping yang sama juga pastikan bahawa yang bertanggungjawab itu terus bertanggungjawab. Lelaki bertanggungjawab itu mestilah diberi tanggungja-wab secara akta, secara undang-undang ataupun secara sukarela. Penting kepada kita untuk menilai tentang masalah sosial yang terus meningkat dan seks remaja ini terus meningkat mengikut kajian terbaru ini. Jadi saya minta penjelasan daripada.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Timbalan Speaker, saya minta mencelah. Batu Lancang, okey? Saya tertarik dengan cadangan daripada YB. Telok Bahang tentang anak muda kahwin bawah umur ini umur ini. So, YB. Teluk Bahang menyatakan bahawa isu seks di bangku sekolah sebagai salah satu isu untuk menangani isu ini, apa yang perlu diamalkan bagi saya, pendapat saya, saya rasakan adalah Pendidikan Seks di bangku sekolah. Bukannya perkahwinan pada bangku sekolah. Itu pandangan saya.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Terima kasih Teluk Bahang. Terima kasih Bagan Dalam. Saya ingat perbahasan saya adalah saya sokong umur itu diambil ke 18 tahun. Terpulang kepada YB. Teluk Bahang adakah sokong ataupun tak sokong itu sahaja perbahasan saya. Saya tak akan panjangkan. Terima kasih. Yes, setuju ataupun tak setuju saya soalan saya ini. Sebab perbahasan saya adalah saya setuju, saya sokong. Itu sahaja perba-hasan saya. Dengan izin Timbalan Yang di-Pertua, saya sambung.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Boleh nak sambung, tapi ringkaskan.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Saya terhenti di tengah-tengah tadi. Okey, saya balik kepada saya menyokong saranan daripada YB. Pengkalan Kota. Oh ya, tak masuk lagi ya! Baru keluar. Bahawa kapal layar mewah Equanimity ini dihantar ke Pulau Pinang. Kapal ini boleh dibuka untuk dilihat oleh orang awam terutamanya rakyat di Pulau Pinang. Ini memberi peluang istimewa kepada rakyat di Pulau Pinang untuk menikmati, untuk melihat dan menikmati kapal layar mewah yang bernilai RM1 bilion ini. Dan juga haraplah Ketua Pembangkang dan Pembangkang-pembangkang lain juga boleh melihat kapal yang mewah ini. Sebelum saya mengakhiri uca-pan perbahasan saya, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam sesi perbahasan pada kali ini dan memberikan saya peluang untuk mengutarakan isu-isu penting demi kepentingan Negeri Pulau Pinang. Dengan ini saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Batu Lancang. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Bayan Lepas.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirobbil alamin, washolatu wassalamu 'ala asrofil ambiya iwal mursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Yang Berhormat, yang dihormati, Tuan Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Barisan EXCO, Barisan ADUN, sahabat-sahabat saya sekalian dan para hadirin yang hadir juga bersama pada petang ini untuk melihat perkembangan ataupun idea-idea yang dilahirkan atau dizahirkan oleh wakil rakyat-wakil rakyat yang dipilih. Timbalan Dato' Speaker, Bayan Lepas mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana diberikan kes-empatan dalam ruang pada petang ini untuk berucap kali pertama dalam dewan ini. Saya juga ucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi-pengundi saya di Bayan Lepas, yang berani membuat satu perubahan yang besar yang meraih kemenangan Pakatan Harapan melalui calon saya walaupun tak sehebat calon daripada Bagan Dalam dan Pengkalan Kota, yang menang sehingga menghilangkan deposit pihak lawan. Namun begitu saya melihat, majoriti yang saya terima sebanyak 5,245 adalah satu angka yang besar yang mana saya menganggap itu adalah harapan rakyat kepada saya untuk memikul amanah yang diberikan kepada saya. Dan Insha-Allah, saya cuba buat yang terbaik apa yang saya mampu. Insha-Allah, saya cuba. Timbalan Yang di-Pertua, saya memulakan ucapan pada hari ini dengan menyebut sepotong ayat Al-Quran dari Surah As-Saff. Bismillahirrahmanirrahim, (bacaan ayat Al-Quran) yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan apa yang tidak kamu laksanakan? Amat besar keben-cian di sisi Allah sekiranya kamu mengatakan apa yang tidak kamu laksanakan“. Timbalan Yang di-Pertua, saya telah memulakan ucapan pada petang ini dengan saya mengungkapkan sepotong ayat Al-Quran yang pendek tetapi jelas mendalam maksudnya kepada kita semua sebagai umatnya untuk menggunakan kesempatan hidup kita ini untuk yang pertama, merancang dan melaksanakan kebaikan kepada atau sesama manusia. Yang kedua, segala kebaikan yang dirancang perlu dan wajib dilaksanakan mengikut perancangan dan kemampuan termasuklah janji-janji pilihan raya. Dalam erti kata lain, perancangan dan perlaksanaan perlu wujud dalam kotak minda pemikiran kita semua sebagai pemimpin yang dilantik oleh rakyat sama ada dalam Kerajaan, penyokong Kerajaan ataupun Pembangkang. Yang di-Pertua, ungkapan “we walk the talk” sebagai satu inspirasi kepada saya sendiri dengan kerjasama dan bantuan daripada semua pihak teruta-manya pihak Kerajaan Negeri sebagai ADUN yang kali pertama berada di Dewan yang mulia ini dalam memenuhi amanah rakyat pada saya. Saya bimbang dan saya khuatir kesihatan atau kekuatan tubuh ba-dan kita dan masa hidup kita ini digunakan untuk bersenang lenang, bermewah-mewah, bergaduh, melakukan provokasi murahan, berhasad dengki, berprasangka buruk, beremosi tidak terkawal, berasa takjub dengan kebolehan diri sendiri, bersikap sombong, saling menyalah sesama kita, tidak boleh menerima perbezaan pandangan, membiarkan rakyat berada dalam kejahilan dan menzalimi rakyat sendiri tanpa rasa belas ihsan. Akhirnya kita dituduh sebagai pengkhianat yang mengkhianati amanah dengan mensia-siakan tanggungjawab yang mengakibatkan kita dimurkai oleh Allah S.W.T tuhan kita dan kita akan dilaknat pada hari kebangkitan semula nanti, nauzubillah min zalik. Timbalan Yang di-Pertua, apa yang penting dalam negara dan negeri kita pada hari ini ialah kita mahu sebuah kerajaan pemerintah pemimpin yang bertanggungjawab yang boleh melaksanakan amanah ini untuk kepentingan rakyat. Mana-mana kerajaan sekalipun akan mementingkan pemimpin yang boleh melaksanakan perancangan dan dapat menaungi seluruh rakyatnya merentasi sempadan bangsa, kaum, agama, budaya khususnya dalam tanah air kita. Inilah yang kita harapkan dan rakyat idam-idamkan.

Timbalan Yang di-Pertua, pengimarahan masjid dan hal ehwal Islam. Bayan Lepas ingin menyatakan di sini bahawa masjid-masjid di Pulau Pinang berjaya diimarahkan dengan sebaik mungkin hari ini. Saya berasa berbangga dengan prestasi 210 masjid-masjid di Pulau Pinang ini dalam usaha bersepadu mengadakan pelbagai bentuk program pengisian ilmu, forum, diskusi dan wacana, Program Ziarah Kebajikan, Program Pembangunan Remaja dan Belia. Tidak berlaku langsung campur tangan atau gangguan dari kepimpinan bukan Islam di Pulau Pinang dalam usaha untuk memartabatkan dan memperkasakan umat Islam dengan pembangunan insan dan ilmu agama ke arah membuka minda mereka di samping membanteras kejahilan ummah. Tetapi pihak yang tidak bertanggungjawab, terus menfitnah Kerajaan Negeri dengan pelbagai tuduhan yang kita dengar sebelum ini antaranya, di Pulau Pinang tiada azan dan bacaan Al-Quran. Dan tuduhan yang paling berat sekali pada tahun sebelum ini Ketua Menteri, mantan Ketua Menteri dituduh campur tangan dalam urusan agama Islam. Sedangkan pada hari ini, be-berapa tahun lalu sebuah masjid di Pulau Pinang iaitu Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah, Kepala Batas telah dinobatkan sebagai masjid ketiga terbaik di Malaysia. Kategori masjid Qariah oleh JAKIM. Perdana Menteri Malaysia ketika itu sendiri menyampaikan anugerah tersebut. Dan keseluruhan daripada 6,000, kita menjadi, mendapat tempat yang ketiga dalam pertandingan tersebut. Baru-baru ini ada juga masjid yang telah mengadakan program masjid terbuka dengan kehadiran begitu ramai orang-orang bukan Islam. Dalam usaha zakat pula, kutipan meningkat setiap tahun dan pengagihan kepada asnaf begitu telus. Namun demikian saya mencadangkan supaya pihak MAIPP bekerja dengan lebih gigih lagi dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan di negara di negeri kita ini. Jangan biarkan masalah dalaman mempengaruhi ataupun menjejaskan servis atau perkhidmatan zakat-zakat Pulau Pinang kepada rakyat di negeri ini. Timbalan Speaker, MASBAR dan PENBAR. MASBAR adalah masjid. Singkatan kepada Masjid Bebas Asap Rokok. PENBAR pula adalah Penang Bebas Asap Rokok. MASBAR dilancarkan oleh Tuan Yang Terutama Tun ketika 5 tahun dahulu di Kepala Batas. Saya berharap MAIPP memandang serius perkara ini supaya program pendidikan dan penguatkuasaan undang-undang dapat dilakukan dengan lebih bersepadu lagi. Saya amat berharap Jabatan Kesihatan Pulau Pinang dan JAIPP dapat bergerak seiring sejalan seperti melaksanakan program PENBAR ya, PENBAR di kawasan George Town World Heritage supaya Kerajaan Negeri dapat merealisasikan keseluruhan Negeri Pulau Pinang ini benar-benar bebas asap rokok suatu hari nanti. MASBAR sebagai projek perintis dan permulaan ke arah memenuhi hasrat murni ini. Saya mengimpikan suatu hari nanti, Pulau Pinang menjadi negeri pertama bebas asap rokok yang pertama di Malaysia. Harap-harap matlamat ini atupun misi ini dapat dijayakan. Timbalan yang di-Pertua, perkara seterusnya adalah belia dan Parlimen Muda. Saya ingin menarik perhatian semua Ahli Undangan Dewan yang mulia ini berkaitan generasi pewaris. Generasi yang akan menggantikan kita selepas ini dengan serba kecanggihan teknologi, komunikasi hari ini yang berkembang pesat dari hari ke hari. Dalam suasana dunia tanpa sempadan saya menjangkakan persaingan sengit akan berlaku di kalangan anak muda dalam bidang pekerjaan, perniagaan, pendidikan dan keusahawanan. Saya mengharapkan persaingan ini adalah persaingan yang positif. Mendewasakan dan mematangkan lagi per-siapan anak muda dengan ilmu dan kepakaran yang tersendiri dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang lebih mencabar ini. Saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya menyediakan platform yang sewajarnya dan sesuai kepada anak muda generasi pewaris ini seperti Latihan Debat Ala Parlimen yang kini diminati oleh remaja belia di luar negara dan juga Program Perkaderan Usahawan agar remaja, pemuda, belia, anak muda di Pulau Pinang didedahkan dengan suasana perniagaan. Tuan Timbalan Yang di-Pertua, Modul Latihan Pengurusan Perbezaan Pandangan ataupun conflict management. Menurut Professor Yusoff Al-Qardawi, ulama tersohor di dunia pada hari ini beliau menyatakan bahawa, mengurus perbezaan pandangan merupakan satu sunnah Nabi Muhammad S.A.W., ramai dikalangan kita di hari ini termasuk umat Islam itu sendiri tidak menyedari perkara ini. Kemampuan kehebatan dan kebijaksanaan Nabi Muhammad S.A.W mengurus akan umatnya di Madinah yang pelbagai bangsa, agama dan ideologi, amalan tradisi kaum yang berbeza, keadaan budaya yang berbeza, corak pemikiran yang berbeza berjaya diolah dan diuruskan oleh Nabi Muhammad S.A.W sehingga mewujudkan Piagam Madinah. Justeru itu, saya mencadangkan Kerajaan Negeri melalui Penang Youths Development Corporation, PYDC atau mana-mana agensi di bawah portfolio Ketua Menteri atau EXCO Belia merangka pertemuan dengan pakar-pakar psikologi, kaunselor, motivator-motivator dan para ahli akademik yang mempunyai kepakaran dalam conflict management daripada USM, Jabatan Intergriti Pulau Pinang dan juga daripada IKIM Kuala Lumpur untuk membentuk dan merangka modul latihan pada pelajar seluruh Pulau Pinang. Pemimpin-pemimpin masyarakat, JKKK dan tidak juga ketinggalan kepada seluruh pentadbir dan seluruh agensi-agensi Islam di Pulau Pinang terutamanya Ahli Jawatankuasa Qariah masjid di Pulau Pinang. Modul yang ada hari ini, kita objektifkan supaya masyarakat lebih berpandangan jauh dan berwa-wasan boleh menerima perbezaan pandangan, sentiasa berhati terbuka, rai-merai antara satu sama lain, bertoleransi, melihat seseorang bukan dengan pandangan parti politik kepartian semata-mata dan banyak lagi faedah daripada modul yang dirangka ini. Saya mencadangkan UPEN atau Pejabat SUK secara

khusunya unit latihan dapat memberikan penumpuan kepada modul ini juga sebagai modul tambahan da-lam kursus wajib kepada penjawat awam di Negeri Pulau Pinang.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Mohon penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Bayan Lepas ada mengutarakan tentang perbezaan pandangan dan juga mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah pusat latihan untuk membin-cangkan perkara hukum ini yang berpaksikan kepada perbezaan pandangan. Jadi soalan saya adakah Yang Berhormat bersetuju untuk Pulau Pinang ini memulakan langkah kearah mempelbagaikan pandangan hukum tidak berpaksikan kepada satu mazhab sahaja. Kita tidak hanya tertumpu pada satu pegangan mazhab tetapi kita membuka satu pemikiran baru. Saya menerima pandangan-pandangan lain yang sahih dari segi hukum dan juga paling penting ialah sesuai dengan wakiab dan juga keadaan di Malaysia. Saya pohon penjelasan.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Terima kasih sahabat sebelah saya dan satu parti dengan saya. Insya-Allah. Jadi untuk menjawab secara ringkas kita saya bagi pihak saya, saya amat bersetuju Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang status negeri yang agak special yang mana majoriti dan Islam berada dalamnya dan kita boleh meraikan pelbagai pandangan ya. Kalau apa yang saya mengutarakan tadi, bukan setakat masalah mazhab-mazhab ataupun pandangan-pandangan ilmiah ataupun feqah tetapi menyeluruh. Kita perlu menerima dengan seadanya dan berlapang dada. InsyaAllah tanpa kita mengenepikan asas ataupun tunjang. Kalau kita cakap konsep agama, asas dan tunjang tu jangan lari. Insya-Allah. Saya minta saya terus-kan…(gangguan).

Minta laluan. Terima kasih pada sahabat saya YB. daripada Bayan Lepas, Timbalan Yang di-Pertua.. Suka saya mencelah sedikit dengan apa yang telah disebut tadi bahkan yang telah diberi pandangan oleh sahabat saya Permatang Pasir berkaitan dengan kita menerima atau meraikan pandangan-pandangan yang berbeza dengan skop yang lebih luas. Bagi saya itu tidak menjadi masalah kalau dibincang ataupun dibahas ataupun dijadikan sebagai modul dikupas oleh ustaz-ustaz kita di dalam majlis-majlis ilmu dan seumpamanya. Cuma dalam kita nak berpegang atau beramal dalam konteks masyarakat umat Islam hari ini yang berpegang dengan mazhab Imam al-Syafie dalam mazhab feqah. Dalam mazhab Imam Al-Syafie itu pun kita belum boleh menguasai kesemua berkaitan dengan hukum-hukum berkaitan dengan isu-isu dalam mazhab Imam Al-Syafie apatah lagi kalau kita nak melihat pada mazhab-mazhab yang lain. Jadi untuk menjaga keharmonian masyarakat supaya tidak timbul kebimbangan ataupun tidak timbul masalah-masalah berbangkit dalam soal mazhab ini bagi saya biarlah umat Islam hari ini di Malaysia yang telah pun berpegang di seluruh aqidahnya dengan ahli Sunnah wal Jamaah dan secara feqahnya dengan mazhab Imam al-Syafie maka kita kekalkan sebagaimana yang telah diamalkan oleh masyarakat umat Islam datuk nenek moyang kita terdahulu. Terima kasih.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Laluan sikit. Yang Berhormat Bayan Lepas, terima kasih. Pohon penjelasan Yang Berhormat sama ada pandangan Yang Berhormat tadi adalah menjurus kepada konteks perbincangan ilmu ataupun dalam konteks pentadbiran kerana kita sekarang berhadapan dalam cabaran yang baru dalam dunia millennium serba baru ini dengan pemikiran generasi Y dan juga cabaran pembangunan fizikal yang baru. Kita adakah Yang Berhormat berpendapat bahawa dalam kita menguruskan pentadbiran kita boleh menerima pan-dangan mazhab lain. Contohnya pelaksanaan zakat. Saya telah menerima pandangan mazhab Hanafi da-lam perlaksanaannya. Dalam konteks yang saya ingin kongsikan dalam konteks kes-kes di mahkamah Syariah, bagi orang Islam dia ada dua secara umumnya secara umumnya ada dua penceraian. Satunya yang raj’ie, satu yang yang talak tiga. Satu talak satu yang boleh dirujuk semula, dan talak tiga yang tidak boleh berkahwin semula sehinggalah wanita itu berkahwin dengan lelaki lain kemudian bercerai baru boleh kahwin balik dengan suami lama. Dan ada itu yang bagi mazhab Syafie. Bagi mazhab lain ada ulama yang berpandangan bahawa walaupun talak tiga still ditafsirkan sebagai talak satu kerana hukum asal zaman Nabi Muhamad S.A.W, talak tiga itu dikira satu. Jadi adakah pandangan-pandangan begini untuk melahirkan masyarakat yang lebih harmoni yang menjaga institusi keluarga kerana bagi saya menjaga institusi keluarga itu lebih penting dengan kita meraikan pandangan mazhab lain yang boleh kita terima. Kalau kita hanya terikat dengan satu mazhab setakat institusi keluarga itu runtuh mengakibatkan pelbagai masalah lain masalah sosial masalah kehidupan masalah anak dan juga sebagainya, apa salahnya kita menguruskan pentadbiran negeri untuk melahirkan masyarakat yang baik itu. Kita menerima pandangan ulama lain, mazhab lain yang mentafsirkan talak tiga itu bukan talak satu. Adakah pandangan Yang Berhormat penjelasan yang saya pohon adalah sama ada konteks Yang Berhormat maksudkan itu konteks berbeza pandangan itu dalam konteks perbincangan ilmu ataupun kita menguruskan pentadbiran negeri. Terima kasih.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Terima kasih kepada YB. Penaga dan juga Permatang Pasir. Mungkin hari ini bersambung episod semalam kot. Okey, bagi saya menjawab soalan Penaga saya bersetuju dengan Penaga kita di Malaysia ini mengamalkan pegangan ahli Sunnah wal Jamaah dan mazhab yang kita pegang adalah mazhab Syafie untuk feqah ya. Bagi kita supaya kita sebagai guideline tidak berlaku salah paham ataupun tidak lagi berlaku kucar-kacir ya. Apa yang saya maksudkan dalam ucapan saya adalah dari awal-awal lagi saya maklumkan bahawa kita perlu kumpulkan motivator-motivator, pakar akedemik dan sebagainya dalam merumuskan perkara-perkara yang berkenaan. Bagi saya kalau Permatang Pasir relatedkan dengan masalah-masalah lain hal, terpulanglah. Kan? Bagi saya, saya cakap secara umum. Kalau kita nak konflik verbal management communication conflict ini dalam rumahtangga kita pun ada management conflict tapi macam mana kita..(gangguan) minta tambahan lagi sejam.

Muhammad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Saya nak jelaskan. Saya nak minta penjelasan kalau yang berkaitan dengan hukum dengan feqah dan sebagainya saya rasa kita kena stick pada satu. Tak boleh. Mungkin nak buat hukum nak buat fatwa kita boleh ambil daripada mazhab-mazhab lain. Tapi kita berteraskan kepada mazhab-mazhab Syafie. Tak boleh sat lagi dia jadi celaru kepada kita punya orang-orang Islam di Pulau Pinang. Kita pegang pada satu mazhab Syafie dan juga Sunnah wal-Jamaah. Dari segi pentadbiran pengurusan mungkin kita boleh gunakan. Yang tak bercanggah dengan Islam. Kita boleh gunakan pentadbiran dalam konteks mazhab-mazhab ini. Tapi dari segi hukum kita kena stick kepada satu.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Terima kasih kepada Ketua Pembangkang. Dia sebenarnya dalam mazhab kita pun bukan kita berpegang pada mazhab itu apabila kita taklik kepada masalah lain adalah satu kesalahan cuma kita seperti saya maklum dari awal tadi bagai tunjang dia dasar dia kita perlu pegang bahawa kita ini adalah Sunnah wal-Jamaah dan feqah kita daripada Imam Syafie. Yang lain-lain tu nak pergi Mekah, nak taklik dan se-bagainya itu terpulanglah. Tapi kalau kita menyentuh soalan institusi-institusi keluarga daripada talak tiga kira talak satu itu satu yang berat. Saya fikir perkara ini perlu dibawa ke medium ataupun platform yang lain. Boleh saya teruskan? Terima kasih kepada Permatang Pasir dan juga ahli-ahli yang sudi mence-lah. Timbalan Yang Di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh pembangunan fizikal mengenai perancangan bangunan fizikal di seluruh Pulau Pinang. Saya melihat perkara ini satu perkara yang amat serius. Kita tidak boleh menghalang pembangunan tetapi saya meminta supaya pembangunan fizikal ini diseimbangkan dengan pembangunan rohani spritual supaya penduduk Pulau Pinang mempunyai jatidiri yang kuat, daya ketahanan yang jitu, semangat daya juang yang padu untuk bersaing dengan dunia luar. Timbalan Yang Di-Pertua, saya ingin menyentuh dasar pengurusan setinggan Negeri Pulau Pinang walaupun saya tak suka sebut perkataan setinggan ya tapi telah digunakan istilah-istilah setinggan ini mengantikan rumah-rumah yang tidak sah yang duduk di tanah rizab kerajaan ataupun tanah milik orang lain ya secara tidak sah ataupun yang duduk dengan atas perjanjian mulut yang duduk ataupun perjanjian mulut daripada pemilik yang lama. Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang terdahulu sebaik sahaja mengambil alih Kerajaan Negeri pada tahun 2008 telah meluluskan dasar ini pada 21 haribulan Oktober tahun 2009 iaitu masih lagi Pakatan Rakyat bertujuan untuk membuat perancangan dan pembangunan yang komprehensif ke atas penempatan-penempatan setinggan di negeri ini. Isu ini amat menarik kepada saya dan saya juga tersentuh kerana pada fikiran saya Bayan Lepas adalah satu kawasan yang lebih terkesan dengan isu ini yang mana banyak pembinaan-pembinaan rumah-rumah baru yang melibatkan pengambilan tanah daripada pemaju-pemaju swasta seperti penduduk di Binjai, di Kampung Paya, di Kampung Matahari Naik dan juga di Kampung Nelayan. Dasar setinggan yang telah diluluskan pada tahun 2009 telah menubuhkan jawatankuasa pemantau setinggan peringkat negeri, task force dari Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah dan Galian, PBT dan juga jawatankuasa setinggan peringkat daerah ditubuhkan bagi tujuan menyelesaikan masalah setinggan seperti berikut. Saya berharap Jawa-tankuasa tersebut benar-benar memainkan peranan yang membantu setinggan yang tinggal di tanah per-sendirian ataupun di rizab kerajaan seperti dinyatakan. Dalam dasar tersebut, telah dinyatakan iaitu satu; bagi tanah-tanah kerajaan atau swasta yang telah mempunyai perancangan untuk dibangunkan oleh pihak pemaju, pemaju perlu menyelesaikan masa-lah setinggan terlebih dahulu sekiranya terdapat setinggan di atas tanah-tanah tersebut dengan me-nyelesaikan dengan membuat atau membina rumah kos rendah. Yang kedua; dasar pengagihan rumah kos rendah dan sederhana rendah hendaklah terlebih dahulu diisi oleh golongan setinggan di kawasan tersebut dan sekitar yang menepati syarat-syarat kelayakan bagi rumah kos rendah dan kos sederhana rendah. Yang ketiga; bagi setinggan di atas tanah persendirian atau tanah yang terlibat dengan projek

penswastaan, penempatan semula setinggan perlu diuruskan oleh pemaju atau pemiliknya sendiri. Dengan ketiga-tiga elemen tersebut saya mohon Pejabat Tanah ataupun PTG ataupun Kerajaan Negeri serta pemaju perlulah alert, perlulah tengok balik akan dasar setinggan yang telah dibuat pada tahun 2009 kerana banyak kes ya yang melibatkan pembinaan baru yang melibatkan penduduk kampung terutamanya di Teluk Kumbar, di Binjai dan dalam DUN Bayan Lepas itu sendiri yang saya lihat tak nampak lagi peranan task force itu. Saya cuba saya ingin menegur ataupun cadangkan supaya task force ini diwujudkan bukan se-mata-mata untuk melengkapkan mesyuarat tetapi untuk melihat dari tahun 2009 itu sekarang tahun 2018 ya. Jangan tahun 2009 buat tetapi tahun 2018 tak dijalankan. Saya juga berharap Kerajaan Negeri terus peka terhadap masalah perumahan rakyat di atas tanah rizab seperti rizab pantai yang telah nelayan tinggalkan sekian lama, tidak diambil. Mereka ini dipohon tidak diambil tindakan tergesa-gesa dalam melakukan penguatkuasaan sebaliknya marilah kita berkongsi rasa kesusahan rakyat yang tiada rumah yang sempurna. Saya penuh yakin Kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini akan terus memperjuangkan harapan rakyat. Timbalan Yang Di-Pertua, isu-isu dalam DUN Bayan Lepas, KADUN Bayan Lepas dihimpit dengan pembangunan perumahan yang telah siap dibina mahupun yang sedang rancak dibina dan yang akan dibina secara meluas menyebabkan kepadatan penduduk yang tinggi terutama di Pekan Lama Bayan Lepas penambahan penduduk yang begitu ketara sepatutnya diimbangkan dengan kemudahan fasiliti yang lebih besar dan lebih baik. Sebagai contoh, Masjid Bayan Lepas, Masjid Bayan Lepas perlu diperbesarkan bagi menampung ahli jemaah yang baru. Sudah sampai masanya masjid ini digantikan dengan masjid yang moden, yang melengkapi dengan parking-parking yang disediakan. Oleh itu, peranan yang lebih serius oleh MAIPP dan Kerajaan Negeri diperlukan kerana rancangan pengantian masjid ini memerlukan kos yang besar kerana melibatkan pengambilan dan pampasan bagi tanah sekitar termasuklah dijadikan tapak parking. Pelaksanaan rancangan pembinaan masjid ini saya fikir tidak bolehlah ditangguhkan lagi kerana pada masa sekarang pun ianya telah pun tidak dapat menampung keperluan setelah wujud setelah dihuni pangsapuri-pangsapuri seperti Bayu Nyaman, Bayu Terra dan Cititel Mutiara Perdana yang penuh dengan kediaman rumah bertingkat. Timbalan Yang di-Pertua, selain daripada masjid kemudahan untuk rawatan kesihatan juga perlu dipandang serius sejajar dengan perkembangan semasa. Klinik Bayan Lepas yang sedia ada juga tidak dapat atau tidak selesa lagi untuk menampung keperluan penduduk. Dua minggu lepas, saya telah men-gadakan lawatan ke klinik berkenaan. Klinik tersebut bukan hanya berfungsi sebagai klinik ibu dan anak tetapi juga sebagai pusat rawatan pesakit luar dan juga rawatan menggunakan methadone. Agak sedih saya melihat keadaan yang serba kekurangan apatah lagi dari segi keselesaan dengan kawasan yang sempit di luar sempit di dalam dengan peralatan yang tidak mencukupi. Timbalan Yang di-Pertua, saya sebagai wakil rakyat Bayan Lepas yang sentiasa dekat dengan penduduk, faham dengan situasi ini dan mendesak supaya dibina atau dinaiktarafkan kemudahan asas klinik kesihatan ini dengan segera. Saya juga difahamkan permohonan oleh Jabatan Kesihatan Negeri untuk RMK-11 telah ditolak atas alasan bukan keperluan yang mendesak. Tetapi rakyat Bayan Lepas kata ini keperluan yang mendesak. Klinik yang kecil ini menampung sehingga 500 pesakit pada satu hari. Dan pada bulan Julai sahaja tahun ini jumlah pesakit yang hadir 13,334 orang. Satu jumlah yang besar apatah lagi dengan kehadiran bakal penghuni rumah- rumah baru akan siap nanti. Rakyat Bayan Lepas mahu sebuah klinik kesihatan yang selesa termasuk dengan ruang parkir kereta dan motor. Timbalan Yang di-Pertua, saya bersyukur pekan Bayan Lepas tidak mengalami kesesakan trafik seperti dahulu setelah siapnya jejantas atau flyover FT6 yg menghubungkan lapangan terbang ke Kampung Bukit, Bayan Lepas dan disambung pula pelebaran jalan tersebut oleh pemaju perumahan di Changkat Bukit Belah oleh Tetuan LHTTP Sdn. Bhd. yang sekarang hampir siap. Dalam soalan bertulis saya kepada Yang Berhormat EXCO telah menjawab bahawa permohonan untuk penyambungan projek pelebaran jalan dari Changkat Bukit Belah ke Puspakom telah dihantar kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2017. Penduduk berharap agar projek ini dilaksanakan segera. Kerana aliran trafik tersangkut dan tersekat apa-bila jalan baru siap itu mempunyai empat atau enam lorong dipaksa menggunakan jalan asal hanya dua lorong ia akan dijadikan satu bottleneck…(dengan izin). Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon senarai projek-projek yang telah dihantar atau ditolak oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini pada tahun 2017 atau 2018, pemerintahan yang lama, diambil tindakan susulan dengan pengumuman oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini bahawa projek-projek yang masih tidak diberikan SST ataupun Surat Setuju Terima maka projek tersebut dibatalkan atau diketepikan. Saya mohon tindakan susulan dapat diambil seperti apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Pantai Jerejak bahawa pembinaan Masjid Sungai Nibong akan mengalami situasi yang sama tetapi setelah disusuli atau-pun di follow up ia dapat juga diteruskan.

Timbalan Yang di-Pertua, saya juga bersyukur projek pelebaran jalan dari Batu Maung ke Bayan Lepas FT10 juga telah siap dan amat besar kesannya kepada aliran trafik yang dapat menguraikan kesesakan lalu lintas. Saya ucapkan terima kasih kepada yang menjayakan projek tersebut. Namun begitu, saya telah menerima keluhan dan keresahan daripada penduduk Kampung Seronok akan bahayanya kepada penduduk terutama mereka yang rutinnya pergi solat di Masjid Kampung Seronok. Penduduk benar-benar merayu dan mendesak supaya dibina jejantas pejalan kaki dan motosikal untuk urusan harian. Apatah lagi telah berlaku dua kemalangan maut termasuklah arwah merupakan seorang Bilal di masjid yang menjadi mangsa ketika bulan puasa yang lalu. Permohonan telah dibuat sebelum ini, saya sendiri pun telah bangkitkan dalam mesyuarat JKTD (Jawatankuasa Tindakan Daerah) ketika saya bertugas sebagai Pegawai Penyelaras KADUN sebelum PRU, dimaklumkan Kerajaan Barisan Nasional bersedia untuk mem-binanya dengan kos RM10.2 juta namun sehingga pilihan raya pun masih tiada hitam putih persetujuan pembinaan projek tersebut. Saya mohon pihak EXCO ataupun Kerajaan Negeri dan JKR ambil maklum dengan serius keperluan pembinaan jejantas ini. Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua. Susahnya nak sebut. Kena panggil Dato' ni. Dato'

Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Doktor sudah.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Market, market Teluk Kumbar. Market Teluk Kumbar ataupun Pasar Teluk Kumbar isu ini telah berlarutan sekian lama...(gangguan).

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Penjelasan. Sebenarnya di Dewan Rakyat walaupun Timbalan Yang di-Pertua boleh di address sebagai Yang Di-Pertua pun sudah cukup. Tak perlu beza antara Yang Di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua 1 atau Timbalan Yang di-Pertua 2. Sebab yang ditulis sana Yang di-Pertua. Tidak kisah siapa yang duduk sana.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Padang Kota.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Terima kasih YAB. Ketua Menteri. Saya pun hendak panggil Yang di-Pertua tapi tengok orang yang lama-lama pun panggil Timbalan Yang di-Pertua, saya pun terikut sama. Mohon maaf orang baru. Insha-Allah.

Mengenai pasar basah Teluk Kumbar, isu ini telah berlarutan sekian lama. Sampai sekarang pun masih nampak semak samun sahaja. Pelbagai pertandingan rekabentuk telah dibuat dan kalau tidak silap saya pemenangnya pun telah dapat hadiah. Penduduk Teluk Kumbar begitu teruja dan ternanti-nanti pasar baharu yang moden bila nak buat? Dan bila nak disiapkan? Di Teluk Kumbar buat masa ini hanya ada pasar yang usang yang telah dibina sesama zaman perang lagi. Itupun hak persendirian. Bayan Lepas berharap pasar baru ini dapat disiapkan dengan segera kerana ia mendatangkan impak sosio-ekonomi yang tinggi. Di samping mewujudkan kemudahan kepada orang awam, ia juga akan dapat menempatkan peniaga-peniaga tempatan dan juga para peniaga yang tidak sah premisnya dalam erti kata lain peniaga-peniaga di tepi jalan. Dengan kemenangan calon Pakatan Harapan daripada Parti Amanah di Bayan Lepas diharapkan ianya dapat memudahkan dan mempercepatkan lagi apa-apa sahaja projek infra yang tertangguh. Tambahan pula, telah tiba masanya Teluk Kumbar diberikan perhatian termasuklah projek rumah pam Teluk Kumbar untuk mengatasi masalah banjir sampai hari ini pun masih tidak dimulakan lagi walapun telah dimaklumkan diluluskan. Timbalan Yang di-Pertua, Timbalan lagi. Yang di-Pertua, projek pelebaran jalan telah siap di Pekan Bayan Lepas tapi kami kehilangan dua kemudahan utama iaitu pejabat pos dan bank. Pembinaan jalan raya tersebut telah melanggar pejabat pos dan CIMB Bank. Dan sehingga kini tiada ganti. Amat malang-lah jika kita di arus pembangunan dalam masa yang sama kita membuang premis atau agensi yang penting ini. Jika sebelum ini, pejabat pos yang rakyat dapat melakukan pelbagai urusan peribadi mahupun yang berkaitan dengan kerajaan seperti daftar pemilih SPR, urusan JPJ, bil serta lain-lain. Namun sekarang tiada lagi. Yang ada hanya di pekan Balik Pulau, pekan Batu Maung dan pekan Bayan Baru. Begitu juga sektor perbankan. Bayan Lepas berharap agar Kerajaan Negeri dapat melakukan sesuatu walaupun saya faham ianya bukanlah terus di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri. Namun bagi saya dan penduduk Bayan Lepas dua (2) premis ini adalah amat amat penting.

Timbalan... Dato'... Dato' pula dah... Yang di-Pertua, selari dengan Ucapan Perasmian Tuan Yang Terutama Tun tempoh hari yang mahukan Kerajaan Negeri memberikan fokus kepada pemililikan rumah kos rendah. Saya menyarankan agar tanah milik PERDA sebanyak 47.62 ekar di Sungai Batu dibangunkan untuk keutamaan pembinaan rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah. Cadangan untuk membina 450 unit kos rendah di kawasan berkenaan amatlah dialu-alukan. Dan Bayan Lepas juga tidak menolak pembinaan rumah mampu milik. Cuma saya pohon dimaksimumkan pembinaan rumah kos rendah. KADUN Bayan Lepas, mengalami banyak masalah apabila sesuatu tanah itu hendak dibuat hendak dibuat kemajuan yang terpaksa memikirkan soalan pampasan dan penggantian rumah. Bila pemaju sediakan nilai pampasan untuk ganti rumah tetapi rumah tidak ada untuk diganti. Penduduk Kampung Midan, Kampung Paya, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Matahari Naik, dan Kampung Nelayan kawasan yang terlibat dengan kes pendudukan tanah tidak sah atau perjanjian asal dengan tuan tanah secara bersurat, mereka telah hidup di tanah berkenaan berpuluh-puluh tahun akhirnya dipaksa berpindah setelah berlaku pertukaran hakmilik. Saya berharap dengan adanya rumah kos rendah yang akan dibina dalam kawasan Bayan Lepas akan memudahkan proses perpindahan secara baik dapat dilakukan.

Yang di-Pertua, sejajar dengan hasrat Tuan Yang Terutama Tun untuk meningkatkan syiar Islam. Walaupun isu guru KAFA telah disebutkan oleh Ketua Pembangkang dan sahabat saya di sebelah, dalam benak hati saya dari awal lagi ingin menyuarakan suara hati saya supaya elaun saguhati kepada guru KAFA ini dikaji semula setelah 10 tahun sejak tahun 2008 angka RM50 ini tidak berganjak-ganjak. Jika sahabat saya di sebelah mohon tambahan sehingga RM600 sebulan untuk merealisasikan gaji minimun yang Pakatan Harapan janjikan. Namun, bagi saya, jika Kerajaan Negeri dapat menaikkan minimun 100% iaitu lagi tambahan RM50 menjadikan genap RM100 jika campurkan dengan bayaran daripada JAKIM maka genaplah gaji mereka ataupun elaun saguhati mereka RM1,000 sebulan. Namun demikian, Bayan Lepas tiadalah halangan jika Kerajaan Negeri bermurah hati untuk memberi lebih daripada itu. Boleh YAB. Ketua Menteri? Yang di-Pertua, menyentuh soal kebajikan, Alhamdulillah, Hampir tiga (3) tahun saya bersama dengan Kerajaan Negeri saya melihat kebersungguhan Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat khususnya miskin tegar. Skim AES atau Agenda Ekonomi Saksama sudah tentunya tidak dapat dinafikan lagi peranannya. Saya juga menzahirkan rasa syukur apabila dimaklumkan dalam jawapan bertulis yang diberikan kepada saya Kerajaan Negeri telah mengkaji untuk menaikkan paras garis kemiskinan atau PGK daripada RM930 kepada RM1,500 dan per kapita. Daripada RM220 seorang kepada RM400, sesuai dengan kos sara hidup sekarang begitu juga dengan bantuan peralatan di bawah EXCO Pembangunan Desa yang dapat dimanfaatkan oleh peniaga kecil untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Bayan Lepas. Sudah 40 minit.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Belum lagi. Bantuan pembinaan rumah atau baikpulih rumah yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada mereka yang benar-benar layak perlu dikaji semula nilainya. Bagi baikpulih ketetapan yang diambil sehingga RM15,000 bagi saya tiada masalah. Namun, untuk bina rumah dengan hadnya maksimum RM42,000 oleh Kerajaan Negeri menimbulkan permasalahan dan diharapkan dapat disesuaikan dengan spesifikasi semasa yang ditetapkan oleh JKR iaitu rumah yang dibina mempunyai satu bilik, kosnya adalah RM48,719, rumah dua bilik kosnya adalah RM60,724.96 dan rumah tiga bilik kosnya adalah RM67,000. Jika nilai kos ini tidak dapat disesuaikan dengan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh JKR maka menimbulkan permasalahan kepada pejabat daerah sebagai pelaksana atas kebimbangan isu-isu kualiti dan risiko. Begitu jugalah dengan ZDP saya mohon buat penilaian semula kerana buat masa ini jumlah yang ditawarkan oleh ZDP hanyalah RM45,000 hingga RM48,000 sahaja. Saya berharap agar apa-apa sahaja skim bantuan akan sampai kepada matlamat dan maksud. Di sini juga, saya ingin menzahirkan penghormatan saya dan ucapan terima kasih saya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Barat Daya di bawah kepimpinan Encik Azlan bin Kamis yang begitu responsive dan aggressive kerjasama dengan saya walaupun pada ketika itu saya bukanlah bergelar Yang Berhormat. Selama dua (2) tahun saya sebagai Pegawai Penyelaras KADUN dan dalam masa yang sama juga Kerajaan Pusat bukanlah di bawah Pakatan Harapan namun mereka sentiasa bersedia bersama saya turun padang bila-bila masa sahaja diperlukan tanpa kenal penat dan jemu malah puas dapat membantu mereka yang memerlukan. Syabas JKM Daerah Barat Daya. Tuan Yang di-Pertua, projek tambakan laut atau PSR. Bayan Lepas amatlah terkesan apabila dua (2) pulau berada DUN Bayan Lepas di mana selaku ADUN kawasan sudah tentulah pengharapan yang besar oleh rakyat untuk membela mereka terutama para nelayan. Pertemuan demi pertemuan, perbincangan demi perbincangan, telah diadakan bersama-sama sama ada SRS hadir atau tidak. Terima kasih atas kepercayaan YAB. Ketua Menteri yang memberikan kepercayaan kepada saya dengan melantik

saya sebagai salah seorang AJK task force bagi menangani isu pampasan kepada mereka yang terjejas. Kita mengharapkan kepada para penduduk dan nelayan yang menyambut baik projek ini. Manakala Kerajaan Negeri memberikan paling terbaik pada mereka khususnya pampasan ataupun kelebihan untuk jangka pendek dan jangka panjang. Saya percaya perundingan projek ini semakin kendur dan dapat dikendurkan lagi jika Kerajaan Negeri boleh menyatakan lebih awal manfaat yang mereka akan dapat yang wajar bagi mereka dan wajar bagi Kerajaan Negeri. Insha-Allah. Dengan kemajuan yang negeri capai akan dapat memberikan manfaat pada semua rakyat pada masa sekarang dan akan datang. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh perkara yang seakan-akan sama seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan dan isu menangani tanah RIBI. Bukan RIBI sahaja maksud saya Bagan Dalam, bukan masalah RIBI sahaja, surau juga mengalami nasib yang sama apabila diberikan lokasi yang tidak sesuai seperti bersebelahan dengan depo sampah dan juga tanah yang kecil serta berbukit. Mengikut garis panduan MBPP tahun 1989 RIBI dan surau adalah sama iaitu 0.1 meter persegi bagi seorang penduduk. Apa yang menyedihkan isu surau bagi kediaman yang mempunyai 690 unit yang mana hampir 80% muslim masih tidak dapat lagi menyelesaikan masalah ketiadaan surau. Syukur jugalah saya dan mantan Timbalan Ketua Menteri mendapat kerjasama daripada pemaju untuk membuat surau sementara di tingkat 3.

Dalam jawapan bertulis yang diterima mengenai keluasan tanah yang akan diberikan untuk pembinaan surau hanya 2,230.44 kaki persegi. Dimaklumkan cukup mengikut garis panduan MBPP. Secara logiknya di mata kasar kita jumlah berkenaan untuk sediakan Dewan Solat, tandas, bilik pengurusan jenazah tidak akan mencukupi langsung dari sudut yang diberikan membujur serta tidak ikut arah Kiblat. MAINPP enggan menerima tanah berkenaan dengan alasan tidak cukup mengikut garis panduan MAINPP iaitu luasnya sepatutnya diserahkan oleh Pemaju pada MAINPP adalah jumlah 8,030 kaki persegi. Kes ini tergantung hingga sekarang, saya mohon kajian bersama perlu dilakukan antara MAINPP dan PBT supaya jumlah dan lokasi yang betul, lebih praktikal demi memertabatkan institusi ibadat tidak kiralah sama ada Islam ataupun bukan Islam. Sejajar dengan perhormatan kita kepada terhadap Al – Quran. Tiba masa terhadap tuhan. Tiba masanya garis panduan yang dibuat pada tahun 1989 disemak semula.

Tuan Yang di-Pertua, kesempatan ini juga saya ingin menyarankan agar sumbangan bencana daripada tabung…(gangguan).

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Lain kali Speaker sudah cukup.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Tuan Yang di-Pertua, kesempatan ini juga saya ingin menyarankan agar sumbangan bencana daripada tabung TYT dikaji semula, buat masa sekarang jumlah ini diperuntukkan adalah 10% daripada nilai kerosakan dan maksimum RM5,000 jumlah ini saya kira terlalu kecil. Timbalan Yang di-Pertua, ke arah kehidupan yang lebih sempurna dan tiada yang tercicir dengan arus pendidikan dan pembangunan saya memuji perhatian yang serious oleh Kerajaan Negeri dengan memberikan biasiswa kecil Kerajaan Negeri kepada pelajar sekolah Menengah bantuan one off kepada pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingakatan 1 dan Tingkatan 4 serta bantuan awal pendaftaran ke Universiti. Walau bagaimanapun, alangkah baiknya jika Kerajaan Negeri mempertimbangkan apa yang saya sarankan supaya bantuan biasiswa kecil ini diteruskan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah.

Akhir sekali, akhir sekali Tuan Speaker, akhir sekali isu yang saya sentuh mengenai isu panas yang berkaitan dengan Agama Islam. Sejajar dengan Negara Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Saya mohon isu perkahwinan bawah umur yang dibangkitkan sebelum ini merujuk kepada garis panduan JAIPP yang sedia ada iaitu dikategorikan jenis-jenis perkahwinan yang disyaratkan mendapat kebenaran Hakim Syarie ataupun Mahkamah Syariah. Terlebih dahulu, mendapatkan kebenaran Hakim Syarie ataupun Mahkamah Syariah terlebih dahulu iaitu mengandungi 4 element. Yang pertama, yang perlu mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah adalah siapa nak kahwin lebih daripada satu ataupun poligami. Yang kedua, perkahwinan di bawah umur iaitu umur 18 tahun ke atas bagi lelaki dan 16 tahun ke bawah, 16 tahun ke atas bagi perempuan dan ketiga perkahwinan janda berhias dalam tempoh edah dan yang keempat perkahwinan yang memerlukan wali dan raja. Bagi umat Islam kita adalah tertakluk dengan hukum Islam dan Perundangan Syariah.

Tuan Yang di-Pertua,…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Habiskan Bayan Lepas.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Bayan Lepas.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Untuk akhirnya, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tak dapat laluan.. sorry saya running short of time minta maaf.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Itu lah Saya bercakap laju ini tak tahu la boleh rekod ker tidak rekod ker ini.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tolong ringkaskan secepat mungkin 1 minit lagi.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Akhir sekali saya menyanjung tinggi ucapan yang dibuat oleh Tuan Yang Terutama Tun dalam ucapan perasmian beliau yang ingin mengangkat atau memartabatkan syariat Islam di Pulau Pinang ini dan juga keutamaan kepada perumahan 40,000 ke bawah saya dengan ini memohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Bayan Lepas. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Sungai Acheh.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Bismilahirohmannirrohim. Assalamualaikum WBT. Selamat petang terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana diberi peluang dan juga ruang dalam perbahasan ucapan terima kasih Tun TYT Negeri Pulau Pinang. Tahniah ucapan diberikan ke atas lantikan Dato’ Speaker Yang Berhormat Dato’ Speaker sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan juga Yang Berhormat Timbalan Speaker daripada Sungai Bakap. Juga ucapan tahniah untuk Padang Kota Yang Berhormat Padang Kota di atas lantikan sebagai Ketua Menteri, pada barisan EXCO yang telah diberi amanah dan juga tanggungjawab untuk dilaksanakan demi kebaikan penduduk di Pulau Pinang.

Satu kebanggaan bagi rakyat Pulau Pinang kita mempunyai dua ADUN daripada Air Putih dan juga Pantai Jerejak yang telah menjadi Menteri di peringkat pusat bahkan tahniah juga kepada Batu Maung bekas Speaker dan hari ini masuk selaku EXCO di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, ucapan terima kasih ini juga dibuat untuk para pengundi di kawasan Sungai Acheh yang telah memberi kepercayaan dan juga pengharapan mereka kepada saya selaku wakil mereka di kawasan Sungai Acheh dan Insya-Allah komitmen ini akan diberikan untuk tidak memberikan kecewaan kepada para pengundi di kawasan Sungai Acheh dan setinggi-tinggi terima kasih juga dibuat kepada Tuan Yang Terutama yang begitu peka terhadap pembangunan untuk Negeri Pulau Pinang bahkan banyak perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Tun daripada segi isu pelancongan dan juga banyak lagi yang telah disebut disentuh pada perasmian 3 Ogos yang lalu. Justeru saya menarik perhatian Dewan ini untuk melihat di kawasan Sungai Acheh di mana saya juga mengucapkan terima kasih kepada EXCO Pelancongan yang hari ini sekali lagi mengulangi komitmen beliau untuk memberikan setinggi-tinggi tumpuan kepada pembangunan di kawasan Seberang Perai di-harapkan di Sungai Acheh juga mendapat tempias dalam industri pelancongan ini. Tuan Yang di-Pertua, kita lihat di kawasan Sungai Acheh di mana ada industri-industri ternakan ikan yang mana menjadi satu industri ekonomi di kawasan penduduk di kawasan Sungai Acheh tetapi kalau kita lihat daripada sudut yang lebih luas bahawa dalam industri pelancongan kita mengambil kira bagaimana di kawasan Vietnam di Negara Vietnam dan juga beberapa negara-negara lain dalam masa yang sama industri akuakultur ini diberi perhatian untuk dibuat sebagai satu eko pelancongan di kawasan-kawasan tersebut, sebab itu saya bersetuju dengan tadi pandangan daripada Jawi penumpuan di kawasan-kawasan ternakan ikan ini untuk kita ambil berat bahawa kawasan-kawasan ini boleh menjadi tarikan per-hatian oleh seluruh masyarakat di Malaysia ini atau pun menjadi tarikan pelancong daripada luar di mana kawasan ini adalah kawasan ternakan yang paling besar di kawasan Semenanjung di kawasan-kawasan Sungai Acheh Sungai Udang ini ternakan ikan dan kawasan-kawasan seperti di sungai-sungai Chenaam kita lihat bagaimana adanya kawasan di persisiran pantai, Hutan Api-Api ataupun Paya Bakau yang boleh dimanfaatkan untuk dibuat sebagai tempat pelancongan di kawasan Sungai Acheh bahkan Sungai Acheh

ini adalah pintu masuk Selatan ke Pulau Pinang dan penumpuan juga harus diberikan dalam aspek pelancongan di kawasan Sungai Aceh. Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Kawasan Penanti di mana dia mencadangkan beliau mencadangkan untuk membuatkan kawasan-kawasan padi ini ataupun sebagai rice padi art untuk menjadi tarikkan kepada pelancong-pelancong bukan saja di Penanti bahkan di kawasan SPU, di SPS satu-satunya kawasan padi di kawasan Sungai Acheh dan ini juga boleh dijadikan sebagai industri pelancongan untuk menjadi tarikkan kepada pelancong-pelancong di kawasan luar daripada Pulau Pinang. Tuan Yang di-Pertua, tadi saya ada sentuh berkaitan jeti-jeti nelayan yang di kawasan RTB yang telah dibangunkan projek RTB banyak kawasan-kawasan jeti nelayan kecil ini untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini telah dimusnahkan sebab projek RTB yang pada di persisiran sungai kawasan projek jeti ini dibina sendiri oleh nelayan-nelayan kecil, nelayan-nelayan sungai untuk pendapatan ekonomi mereka termasuk membawa mereka-mereka yang berada di luar kawasan Sungai Acheh yang berminat untuk pergi memancing di kawasan muara di kawasan Sungai Udang tetapi apabila jeti-jeti ini dimusnahkan ia seolah-olah memusnahkan ekonomi mereka sendiri sebab itu penumpuan di kawasan-kawasan jeti-jeti kecil ini sekurang-kurangnya pihak LKIM ataupun mana-mana agensi yang boleh membantu untuk mewujudkan balik jeti-jeti ini . Saya di pejabat ini tidak larat dah ramai nelayan-nelayan yang datang untuk meminta buat jeti bah kan kos buat jeti ini bukan kecil Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, bahkan memakan belanja tidak kurang daripada 50,000 ke 100,000 bahkan jeti-jeti ini pada awalnya apabila mereka berjumpa dengan kontraktor RTB memaklumkan bahawa jeti mereka ini apa kesudahan, apa pengakhiran jeti ini mereka menjanjikan mereka akan membina balik. Tiba-tiba abis walaupun projek ini hampir siap tidak dibina sehingga sekarang sebab itulah saya meminta supaya kita melihat balik bahawa jeti-jeti ini juga adalah penyumbang kepada ekonomi nelayan dekat situ di mana kawasan-kawasan sekarang ini adalah musim mereka tengok Ikan Lumba-lumba dan nelayan-nelayan kecil ini membawa pelancong-pelancong pergi ke Jambatan Kedua untuk melihat Ikan Lumba-lumba.

Dato' Yang di-Pertua, saya juga menarik perhatian di kawasan Sungai Acheh berkaitan dengan isu bas percuma saya telah mendapat jawapan secara bertulis di mana pihak Kerajaan Negeri sudi mempertimbangkan untuk membawa ataupun meneliti penambahan perkhidmatan ini di kawasan Sungai Acheh perkhidmatan bas CAT ini bas percuma ini hanya sampai di pinggiran kawasan Sungai Acheh disampai di Taman Ilmu di USM selepas itu dia terus patah balik ke Nibong Tebal. Tetapi keseluruhan Sungai Acheh di mana ada 8 buah sekolah di mana penduduknya golongan berpendapatan rendah dan juga sederhana tidak menikmati kemudahan ada disediakan oleh Kerajaan Negeri sebab itu saya merayu sebagai ADUN Kawasan untuk penelitian ini diberikan kepada kawasan Sungai Acheh dan bas percuma mungkin seperti yang kita tengok yang disampaikan Yang Berhormat Bertam bas kosong, bas lenggang tapi saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhomat Sungai Dua mungkin waktu-waktu peak hour ini waktu pagi, waktu orang keluar pergi kerja, waktu pergi sekolah, waktu tengah hari dan juga waktu petang boleh dimanfaatkan di kawasan Sungai Acheh sebab mungkin waktu-waktu lain ini dia tak sesibuk waktu-waktu pagi dan juga waktu petang. Jadi saya mengharapkan perhatian kepada pihak Kerajaan Negeri.

Dato' Yang di-Pertua, kalau KOMTAR membawa isu burung gagak, Bagan Dalam bawa isu burung, saya membawa isu berkaitan dengan monyet dan juga beruk di kawasan Sungai Acheh. Perkara ini berleluasa bagaimana beruk-beruk yang sekarang ini yang bukan setakat masuk ke dalam rumah penduduk-penduduk dekat kawasan Sungai Acheh bahkan sekarang ini berlaku dua (2) minggu lepas seekor beruk jantan membunuh kucing dan makan di pekan Sungai Acheh kejar budak balik sekolah, jadi saya minta supaya perhatian ini diberikan sama ada Jabatan Perhilitan ataupun saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya boleh kita tengok mana-mana lokasi ataupun penempatan yang boleh dibuat dibawa beruk-beruk ini berkerjasama dengan JKKK setempat sebab ada JKKK-JKKK yang mengam-bil inisiatif buat perangkap dan telefon Perhilitan untuk ambik. Jadi, saya mengharap mungkin Kerajaan Negeri boleh memikirkan tempat yang terbaik sebab beruk-beruk ini pun bukannya mengaji sekolah pun kan, jadi apabila dia masuk ke dalam rumah dan dia sekarang ini, telah orang cakap apa dah mula berani sampaikan mengejar budak-budak sekolah dan juga dia tidak takut langsung kepada orang yang dewasa ini. Jadi saya mengharapkan supaya pekara isu-isu ini isu beruk ini dapat ditangani di kawasan Sungai Acheh bahkan di kawasan Jawi juga menghadapi masalah yang sama.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Tambahan sedikit, bila Sungai Acheh menyebut tentang isu beruk, kera dan juga babi hutan, saya nak masukkan dalam handsard supaya saya teringat orang kampung di kawasan Sungai Dua minta dibang-kitkan isu ini, saya terlupa. Di kawasan Sungai Dua juga terdapat serangan-serangan yang cukup hebat daripada kera bahkan juga babi hutan. Pelbagai kaedah saya buat, saya turun memburu babi hutan, tembak tapi bila kita tembak babi hutan ni pun pandai, dia lari, dia tak turun. Pada pukul 8.00 malam sampai 3.00 pagi, 5.00 pagi saya tunggu. Jadi saya minta satu tindakan juga diambil tambahan daripada Sungai Acheh masukkan dalam handsard Sungai Acheh juga pun tak pa.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Mungkin kerana umur.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Supaya di buat satu tindakan yang lebih efisyen untuk mengurangkan masalah babi hutan dan juga beruk kera ini. Sungai Dua, di kawasan Sungai Dua di kawasan Kampung Teluk, dan juga di kawasan Taman Sungai Dua Utama banyak dan juga di kawasan Air Itam dalam kawasan pelancongan, kawasan-kawasan burung-burung hijrah tapi dia banyak babi hutan di situ yang menggangu masyarakat di kawasan itu. Terima kasih.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHAhli Kawasan Sungai Acheh · Sungai Acheh

Terima kasih kepada Sungai Dua. Itulah yang saya sebutkan bahawa mana beruk-beruk ini dah semakin berani. Kita tak boleh salahkan beruk-beruk ini sebab banyak kawasan-kawasan hutan telah dibangunkan dan mereka masuk lari ke kawasan-kawasan perumahan, kawasan-kawasan penempatan manusia. Bahkan seperti yang dimaklumkan oleh KOMTAR, Yang Berhormat KOMTAR yang lepas, kawasan-kawasan perumahan ini adalah sumber makanan untuk mereka. Jadi mungkin kita kena lihat dan kita kena teliti kaedah yang kita perlu buat supaya pengurangan beruk-beruk ini di kawasan Sungai Acheh dan mungkin di kawasan Sungai Dua ataupun mana-mana kawasan lagi. Cuma saya tak setuju untuk tembak sebab ada kes yang berlaku di Sungai Acheh, bila dia tembak kebetulan orang yang tembak tu tak perasan, dia ada anak dan masa dia kena tembak tu dia jatuh dia letak anak tepi dia tu, kita tengok kita sebagai manusia kita tengok kita kena ada perasaan ni lah. Tetapi kaedah selain daripada tembak yang boleh kita fikirkan satu tempat, satu ruang di kawasan Pulau Pinang ini mana-mana hutan yang ada untuk ditempatkan kalau kata Kedah atau negeri yang berjiran dengan kita sudi untuk terima kita hantar pi..kita hantar pi beruk-beruk ni. (Ahli Dewan Ketawa).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Eksport.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHAhli Kawasan Sungai Acheh · Sungai Acheh

Dan saya minta supaya benda ini diberi perhatian dan sekarang ini benda ni dah mula mengganas. Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik isu di kawasan Sungai Acheh, saya juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Menteri Kewangan semalam buat pengumuman, cadangan untuk mengu-rangkan hari cabutan, cabutan apa, cabutan nombor di Malaysia ini sebab kita tengok isu ini ia berleluasa di mana pusat-pusat perjudian haram tumbuh di kawasan-kawasan kampung ni, tumbuh di kawasan kampung ni tanpa ada sekatan dan kawalan, bahkan ia juga mengundang masalah sosial apabila orang yang gila atau tahi nombor ni dia tak peduli dah masalah kat rumah ni, yang penting dia punya nombor dia mengharapkan dia nak menang nombor. Begitu juga di kawasan Sungai Acheh bukan setakat nombor Yang Berhormat, Yang di-Pertua top up online...(dengan izin) melalui telefon, top up online, main judi secara online. Sekarang ini di kawasan Sungai Acheh wujud tiga, empat tempat kedai yang asalnya nampak seolah-olah macam kedai top up, top up handphone tapi sebenarnya dia top up untuk tambah kredit. Yang Berhormat ni pun sekali ke? Dia main judi secara online…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saya kata DUN Sungai Bakap pun.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

DUN Sungai Bakap pun okey, okey. Jadi isu ni bahkan gejala ini bukan setakat golongan dewasa termasuk remaja, anak-anak sekolah yang pergi top up duit belanja sekolah top up untuk main judi secara online. Mungkin kita lihat selain daripada PDRM saya minta supaya pelaksanaan penguatkuasaan ini boleh diselaraskan dengan SKMM, mungkin ada kaedah atau cara untuk blocked ni, tetapi kalau kita tidak membuat pengawalan dia akan merosakkan, meruntuhkan terutamanya golongan- golongan belia bahkan kalau isu mesin kuda dulu pun ada isu cerai- berai, apatah lagi sekarang ini system online yang budak-budak sekolah, anak-anak sekolah mudah untuk akses…(gangguan).

Minta laluan. Terima kasih kepada sahabat saya daripada Sungai Acheh, Timbalan Yang di-Pertua, suka juga saya mencelah atau respon berkaitan apa yang di sebut tadi berjudi atau lebih kita sebut istilahnya judi cyber, yang hari ini memang berleluasa di dalam masyarakat kita, bukan saja di Sungai Acheh bahkan di Penaga. Dua tiga hari yang lepas kalau tak silap saya hari Isnin, persidangan kita ni, Pegawai Pusat Khidmat saya menelefon ada satu kedai di bawah bangunan Pusat Khidmat saya tu yang nampak

di luar memang menjual top up untuk telefon, tapi sebenarnya ada judi cyber dan pihak berkuasa tak pasti sama ada pihak Polis telah buat serbuan. Jadi perkara ini saya harap kita semua beri perhatian dan bagaimana cara untuk menangani sebab dia melibatkan masyarakat khususnya di kalangan belia, anak-anak muda bahkan di kawasan saya difahamkan ada yang sampai peringkat jual bot nelayan kerana ketagih dengan judi cyber.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Terima kasih pada Penaga yang perihatin, Penaga juga merupakan bekas calon di kawasan Sungai Acheh yang lepas. Jadi seperti yang disebutkan oleh Penaga tadi, saya bersetuju sebab isu top up online ni, main judi online ni kebanyakan melibatkan anak muda remaja. Dulu sewaktu saya sebagai Ahli Majlis bersama dengan ADUN Bagan Dalam kita serius menangai isu kuda dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri bahawa tempoh untuk renew lesen pusat hiburan, cyber cafe ni akan tamat kan berkaitan isu mesin kuda ni, sebab dia mewujudkan gejala-gejala tidak sihat bahkan banyak masa anak-anak remaja sekarang ni dihabiskan dengan mesin main online ni. Jadi saya melihatkan mungkin penglibatan di peringkat pusat ni perlu serius, bersama-sama dengan Kerajaan Tempatan untuk menangani isu ini, kerana kalau mesin kuda dulu kita lihat walaupun di rampas mereka ada kaedah dia untuk nak dibawa ke mahkamah dia boleh ambil cip tu lah, ada banyak benda yang loophole… (dengan izin) yang ada dekat situ kita tak boleh nak detect apatah lagi secara online pakai handphone yang jadikan, jadi masalah untuk penguatkuasaan nanti. Tapi mungkinlah ada inisiatif ataupun alternatif lain oleh SKMM untuk membentras untuk menangani isi ini. Yang Berhormat Yang di-Pertua suka juga saya menarik perhatian Dewan ini berkaitan dengan isu yang pukat KENKA ataupun pukat tunda dua bot ni di kawasan Sungai Acheh ni memang masalah ni cukup-cukup kritikal, daripada zaman sewaktu saya menjadi pembantu kepada Ahli Parlimen Nibong Tebal pada waktu itu tahun 1999, Yang Berbahagia Goh Kheng Huat dulu, yang beliau membawa ke Parlimen sehingga ada ADUN-ADUN yang lain membawa isu berkaitan dengan pukat KENKA dua bot ni. Masalah dia, seluruh Malaysia hanya di negeri Perak sahaja yang ada lesen ni, di negeri Perak pula di kawasan Kuala Kurau, di kawasan Tanjung Piandang dan berjiran dengan Sungai Acheh. Apabila bot ini masuk ke perairan Sungai Acheh dia kaut habis segala dengan anak-anak bilis, pukat tunda dua bot ni. Jadi, penguatkuasaan kita perlu tegas sebab itu saya mencadangkan supaya pengutkuasaan selama ini di bawah Perikanan yang telah diberikan kepada Maritim, APMM supaya diserahkan balik kepada Perikanan. Penguatkuasaan di peringkat Perikanan Pulau Pinang mestilah bersepadu dengan Perikanan Perak sebab dia daripada Perak di ceroboh masuk rumah kita, dia ceroboh masuk perairan kita tanpa kita boleh kita sekat, tanpa boleh kita kawal. Tadi diterangkan oleh Yang Berhormat EXCO menjawab soalan, soalan lisan saya tadi. Saya tanya sekali lagi dalam soalan tambahan sebab di sini masa jawapan Yang Berhormat EXCO bahawa tiga (3) buah bot, yang digantung lesennya selama setahun, sebab tu saya tanya lagi berapa yang disita, masih juga saya tak pastilah masih juga bot yang sama atau pun yang lain. Saya minta supaya penguatkuasaan undang-undang yang di peringkat Parlimen ataupun di peringkat kita sendiri supaya sita bot tu, bakar ataupun dan tenggelamkan terus sebab bot-bot ini untuk, untuk depa buat ubah suai memakan kos ratusan ribu, seratus ribu lebih bahkan tangkapan untuk sekali dia turun ke laut 70,000 ke 80,000 hasil dia. Kalau kata kita tengok daripada segi penguatkuasaan dari segi saman, kompuan, RM1,200, RM1,500, RM2,000 yang dinaikkan dari RM800, RM9000, RM1,000 ni, bagi dia sikit ja, tak memberikan apa-apa makna dengan hasil tangkapan dia untuk satu hari. Bahkan juga yang berlaku di kawasan Sungai Acheh apabila aduan yang di buat oleh nelayan, oleh penternak ikan sangkar, dihantar gangster, dihantar bahkan penguasa saya ada gambar di mana penguatkuasa yang di buat laporan, orang yang dia buat laporan, orang tu dikacau, diganggu bahkan saya juga telah panjangkan kepada Ketua Polis Daerah, bot tu boleh parking nasib baik lah sebelah sangkar ikan yang buat aduan tu, ada CCTV. Bot Polis Marin pergi ganggu dia, pergi kacau sangkar dia. Orang nak cari makan bahkan nelayan-nelayan ni bukannya pendapatan yang besar, pendapatan kecil diganggu pula, sebab itu saya minta supaya lebih serius, daripada 1999 Yang Berhormat Goh Kheng Huat, Yang Berbahagia Goh Kheng Huat sampai sekarang ni dah 20 tahun isu ini tak selesai bahkan terlalu istimewa sangatkah di kawasan Kuala Kurau dan Tanjung Piandang yang dapat lesen ni. Seluruh Malaysia situ saja yang ada. Di kawasan situ saja di kawasan selatan, utara Negeri Perak selatan apa nama Negeri Pulau Pinang, bahkan diceroboh sesuka hati. Bahkan dimaklumkan oleh kawan saya Kuala Kurau mereka ada 200 pasang lebih, yang selalu dok ceroboh masuk pi Sungai Acheh ada dalam 17 pasang. Saya hari-hari dapat aduan…(gangguan).

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Sungai Acheh boleh minta penjelasan, terima kasih Sungai Acheh, saya juga tertarik dengan kenyataan yang telah diberikan oleh Sungai Acheh tadi. Hanya di Malaysia hanya di Tanjung Piandang dan Kuala Kurau yang dibenarkan menangkap ikan secara pukat dua bot. So kenapa boleh jadi macam ni? Ada apa-apa sebab, faktor yang istimewa kenapa dua (2) tempat ini sahaja nelayan di sana dibenarkan untuk

menangkap ikan dengan dua (2) bot itu. So ada apa-apa keistimewaan untuk nelayan-nelayan di kawasan itu?

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHAhli Kawasan Sungai Acheh · Sungai Acheh

Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubuk, saya pun sebenarnya persoalan yang sama saya nak tanya dalam Dewan ni, apakah keistimewaan kawasan Pulau Kurau, Tanjung Piandang ni yang diberi-kan lesen pukat kenka dua bot ni, tunda dua (2) bot ni. Apa istimewanya mereka? Kalau kata di kawasan Tanjung Piandang, Kuala Kurau mungkin di kawasan lain Sabah, Sarawak bahkan di Pulau Pinang sendiri juga nak, nak, teringin, tapi saya tak setujulah, bukan apa saya tak setuju tapi dia menggangu ekosistem perairan kita. Dia ambil sampaikan sekecil-kecil habis, pukat dia mata halus, yang ni dia ceroboh tanah perairan Pulau Pinang, saya ulangi dia ceroboh perairan Pulau Pinang. Kita tak ambil tindakan, kita ambil tindakan tapi tak dapat penguatkuasaan sepenuhnya. Saya ambil serius isu ni bukan sebab apa sebab nelayan kita kais pagi makan pagi. Sampai ke Balik Pulau dia ambil, sepatutnya dia 5 batu nautika keluar, dia ada padang dia sendiri di kawasan Perak tapi dia ceroboh masuk Pulau Pinang. Rumah kita kena ceroboh sebab itu juga saya cadangkan supaya agensi ataupun, Jabatan Perikanan disediakan kelengkapan yang terkini sebab nelayan semua kata kami pi ligan bot KENKA kami sampai dulu, Perikanan tak sampai lagi, kami pi ligan bot kenka bot yang dipanggil pukat Apollo tu, Maritim tak sampai lagi. Bot kami dulu sampai. Adakah ini masalah dia? Yang dikatakan sebagai masalah penguatkuasaan berkaitan dengan isu bot masalah ka, pegawai masalah ka? Saya biasa sendiri telefon dan saya panjangkan kepada pengetahuan Pengarah Perikanan, saya telefon, hotline saya bagitau ohh, kami tengah makan, kami tengah cuti hari ini, kami tak kerja ni, apa alasan dok bagi sedangkan bot tengah dok masuk tu, bot tengah masuk di perairan Pulau Pinang. Sebab itu saya minta supaya satu kaedah atau pun cadangan saya tadi berkaitan penyediaan peralatan terkini kepada Jabatan Perikanan ataupun jabatan-jabatan penguat-kuasaan ini. Kita tak mau dengar kata kami ni, apa nama start-start enjin ni depa sana ni dah siap kaut habis dah bawa balik. Bahkan di kawasan Tanjung Piandang, di kawasan Pulau Kurau bot yang nak keluar tu akan lalu di depan Pejabat Perikanan.

Jadi, mungkin juga penguatkuasaan bersepadu antara Utara Perak dan juga Pulau Pinang ni dapat diselaraskan supaya isu ini kita tangani dengan segera. Sebab itu, saya membawa suara-suara nelayan sebab ada nelayan-nelayan kecil kita ni yang pi, saya biasa ikut pi dua (2) kali, sewaktu lepas pukat Apollo ni masuk, dia labuh pukat kosong, naik sahaja. Kosong, tak ada apa. Jadi itulah saya minta sangat-sangat sebab nelayan-nelayan kecil ni, bila dia keluar sahaja, busuk-busuk RM200 dia dah buang duit untuk petrol dia. Busuk-busuk…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

YB. Sungai Acheh, untuk peringatan. Masa itu penting.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Baik, baik. Okey, okey.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Semalam Bagan Dalam, burung, burung, burung. Dan you, hari ini ikan, ikan, ikan.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Dan ini masalah tentang apa, pendapatan. Bah la Sungai Acheh ni banyak yang tertinggal dan janganlah pulak penduduk di Sungai Acheh pula, daripada segi ekonomi mereka terganggu. Itu yang saya bawa sangat isu pasal, isu kes nelayan ni. Sebab itu… terlalu lama sangat, Yang di-Pertua benda ini berlarutan. Dan satu lagi isu yang berkaitan dengan isu banjir. Saya lihat banyak aaarrr… peruntukan yang telah dikeluarkan untuk naik taraf rumah pam, naik taraf perparitan di kawasan-kawasan jalan utama. Kita juga kena tengok di kawasan-kawasan taman. Yang 15 tahun, 20 tahun yang lepas. Macam contoh di kawasan tempat saya. Apabila naik taraf longkang di kawasan USM, sepanjang Taman Pekaka. Longkang yang dibuat dekat luar tu, dengan longkang dalam Taman Pekaka tu, sekaki lebih. Bermakna dia duduk atas, makna kata air di dalam Taman Pekaka tu dia kena naik sekaki lebih baru dia terlepas masuk. Pergi saliran di kawasan jalan utama, jadi mungkin kawasan-kawasan yang lama ni, seperti di kawasan saya, Taman Fajar, kawasan yang Berhormat Bukit Tambun perlu dinaik taraf supaya untuk mengelakkan berla-kunya banjir-banjir kilat di mana kadar air yang… air hujan yang turun sekarang ni, memang kita tengok terlalu banyak dan benda ni mungkin menglibatkan banyak pihak sebab kawasan kediaman ataupun taman-taman ni pun di bawah penyelenggaraan MPSP dan juga MBPP. Jadi, mungkin ada kaedah atau peruntukan khas kepada PBT ini untuk menaik taraf longkang-longkang di dalam kawasan taman itu sendiri. Mungkin keseluruhan taman, khususnya taman itu perlu dinaik taraf.

Dato’ yang di-Pertua, saya tertarik juga dengan sahabat-sahabat yang lain yang membincangkan masalah, isu denggi ini. Kita, saya melihat bahawa, salah satu tempat di mana denggi ini selalu kerap berlaku di kawasan-kawasan perumahan kos rendah. Perumahan-perumahan kos rendah ini kita lihat ada setengah-setengah perumahan kawasan kos rendah yang ada penghuni tetapi ada unit-unit yang kosong seperti yang dimaklumkan oleh Jawi bahawa dijadikan tempat pembuangan sampah. Contoh, sewaktu saya berada di Taman Jentayu di kawasan ADUN Bukit Tambun, dua (2) buah unit rumah dijadikan tempat sarang penagih dadah, dan banyak bekas-bekas makanan yang menjadikan tempat pembiakan Aedes ini. Begitu juga di bawah kawasan-kawasan kos rendah ini, kenderaan-kenderaan tersadai yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, orang kata apa, tikus dan juga membawa penyakit-penyakit yang lain. Sebab itu saya mencadangkan supaya walaupun semalam saya sempat mengikuti perbahasan daripada Yang Berhormat Sungai Pinang walaupun saya tiada dalam Dewan ini semalam, kempen kesedaran tu penting untuk mereka sebab kita laksanakan banyak program gotong-royong di kawasan-kawasan terutamanya masa sewaktu saya menjadi Ahli Majlis, di kawasan-kawasan flat, kawasan-kawasan rumah kos rendah ni. Akhirnya yang gotong-royong, pekerja-pekerja daripada MPSP. Penduduk sendiri tak ada kesedaran untuk membuat pembersihan di kawasan mereka, tempat tinggal mereka, tempat duduk mereka. Dia masalah nyamuk yang dia bela tu kadang-kadang di dalam rumah dia sendiri tu pun ada. Nyamuk tu kalau gigit dia tak pa, masalah nyamuk tu dia keluar pi gigit orang lain. Tu yang masalah dia. Jadi, saya minta supaya kempen-kempen kesedaran ini kita dapatkan tingkatkan, kita dapat bantu penduduk-penduduk yang lain, yang ada tanggungjawab. Supaya perkara-perkara ini, isu denggi ini tidak berlarutan. Bahkan, tempat-tempat, rumah kos rendah ini, ada kes-kes yang berulang. Makna kata, lepas orang ni kena, orang tu pula kena. Walaupun setelah pihak Kesihatan ambil tindakan, pihak Majlis ambil tindakan. Fogging dan lain-lain lagi. Tapi, masih juga berlaku sebab kesedaran, kebersihan itu tidak mereka titikberatkan. Mungkin kempen ini perlu kita lihat balik. Supaya menjadi tanggungjawab mereka untuk mempunyai kesedaran dalam kebersihan di kawasan rumah tinggal mereka. Jadi, satu lagi berkaitan dengan yang terakhir, berkaitan dengan isu perumahan. Saya juga mengalu-alukan Yang Berhormat daripada Datok Keramat menyebut bahawa satu projek PPR di kawasan Kota Giam. Saya juga mencadangkan, saya pun berbincang dengan Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah di kawasan Sungai Chenaam juga terdapat tanah-tanah kerajaan, yang mungkin saya sendiri akan minta supaya dilihat, diteliti untuk boleh diwujudkan rumah PPR di kawasan Sungai Acheh ini. Kerana di kawasan Sungai Acheh ini bukan setakat penduduknya bekerja sebagai nelayan, petani tetapi juga pekerja-pekerja kilang yang mana mereka sendiri terbeban dengan masalah kewangan yang mungkin kewujudan rumah PPR ini dapat membantu mereka, sekurang-kurangnya meringankan beban mereka, kadang-kadang macam Yang Ber-hormat Penaga sebut, satu (1) rumah tu kadang sampai lima (5) keluarga yang duduk. Jadi, Insya-Allah, saya sebagai Wakil Rakyat di sana bersetuju, mana-mana tanah di kawasan Sungai Acheh yang boleh dijadikan rumah PPR ini, saya memang mengalu-alukan sangat. Alhamdulillah, Pegawai Daerah yang ada pun juga memberi komitmen yang tinggi, mengenalpasti tanah-tanah yang ada dan InsyaAllah saya akan bawa, panjangkan ke pengetahuan Datok Keramat. Jadi, dengan akhir kata, saya mengucapkan sekali lagi ribuan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua dan saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih YB. Sungai Acheh. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Bukit Tambun.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Bukit Tambun. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker. Pada petang yang mulia ini, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Isu nelayan sudah ADUN Sungai Acheh cover, isu perumahan, isu rumah kos rendah ADUN Jawi sudah cover. Memandangkan Yang Amat Berhormat Padang Kota, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, dan juga Yang Berhormat Pegawai Undang-Undang ada dalam Dewan yang mulia ini, mungkin saya, teks saya tidak dapat dipakai, mungkin saya dapat berbicara tentang isu perancangan, tentang isu tanah. 10 tahun telah berlalu, Kerajaan Negeri sudah berada di landasan yang kukuh ke arah merealisasikan Wawasan Pulau Pinang Berdaya Saing Di Peringkat Global menjelang tahun 2025. Namun begitu, pembangunan perbandaran yang pesat di Pulau Pinang telah mengakibatkan perubahan guna tanah yang ketara sehingga kawasan pinggir pantai ditebusguna dan lereng bukit dimajukan. Berdasar-kan unjuran guna tanah dalam draf Rancangan Struktur Pulau Pinang tahun 2008 hingga 2025, Pulau Pinang memerlukan lebih kurang 26, 442 hektar tanah untuk tujuan pembangunan sehingga tahun 2025.

Unjuran ini memberi cabaran kepada Pulau Pinang untuk memastikan tiada sebarang pembangunan berlaku ke atas kawasan sensitif alam sekitar seperti kawasan tanah tinggi, lereng bukit bercerun curam, kawasan banjir, kawasan rizab sungai, kawasan tadahan air, kawasan hutan bakau dan juga kawasan padi. Yang Berhormat Timbalan Speaker, justeru, Kerajaan Negeri dalam tempoh terdekat ini perlu menyiapkan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2008 - 2025 dan Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030 demi mengalih hala tuju pembangunan Pulau Pinang dari bahagian Pulau ke Seberang Perai yang memiliki kawasan tanah sejumlah 75,401 hektar. Ini bukan sahaja dapat memastikan bekalan tanah pembangunan mencukupi, malah dapat menjamin keseimbangan pembangunan di semua daerah. Dengan tiadanya rancangan tempatan, ratusan permohonan perlingkungan semula terpaksa dikemukakan untuk pertimbangan Jawatankuasa Perancang Negeri yang diketuai oleh yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Fungsi SPC (dengan izin)…telah di down grade kan untuk pertimbangan permohonan pembangunan lot-lot kecil sehingga sebidang tanah dua (2) ekar lot pertanian untuk dibangunkan stesen minyak juga perlu dirujuk pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Perancangan Negeri. Malah MPSP, Majlis Perbandaran Seberang Perai pada ketika ini telah mempertimbangkan permo-honan kebenaran merancang berdasarkan zoning Draf Rancangan Tempatan yang sebenarnya mendapat kelulusan SPC pada bulan Ogos tahun 2013. Dan semasa permohonan kebenaran merancang sebenarnya PLANMalaysia yang dahulu dikenali sebagai Jabatan Perancang dan Desa memproses permohonan berdasarkan zoning Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang, dan pihak Jabatan Perancang Bandar MPSP pula, membuat penilaian berdasarkan zoning draf Rancangan Tempatan. Sebenarnya saya telah membuat soalan bertulis tentang perkara ini dan jawapan daripada MPSP adalah Kandungan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) di bawah Seksyen 22(2)(6) membenarkan zoning dalam Draf Rancangan Tempatan boleh dijadikan sebagai panduan. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Timbalan Speaker, Majlis Perbandaran Seberang Perai sebenarnya tidak sewajarnya menjadikan Mesyuarat OSC iaitu Jawatankuasa Setempat OSC sebagai medan peperiksaan untuk membuat keputusan. Bila seseorang pemaju melalui consultant mengemukakan permohonan, adalah berdasarkan zoning Rancangan Struktur Negeri, mendapat pengesahan PLANMalaysia, diterima oleh OSC tetapi selepas 108 hari dipertimbangkan, keputusan di buat oleh Jawatankuasa OSC, berdasarkan zoning draf rancangan tempatan. Keputusannya adalah senang, lulus atau tolak. Permohonan kebenaran merancang melibatkan pembangunan sesebuah tempat terutamanya untuk menjana pembangunan negeri. Mesyuarat Jawatankuasa OSC tidak sewajarnya saya tekankan lagi sebagai medan seperti peperiksaan untuk membuat keputusan lulus ataupun tolak. Itu amatlah penting. Oleh itu, saya berharap PLAN Malaysia dapat menyegerakan proses pencantuman ketiga-tiga draf rancangan tempatan untuk melalui proses seperti yang termaktub dalam Akta 172 dan segera untuk menyiapkan rancangan struktur ini kalau boleh dalam pertengahan tahun depan.

Minta laluan. Saya nak tanya soalan tambahan. Apakah yang apakah update terkini maklum balas ADUN terhadap rancangan struktur negeri yang telah diminta mengikut dateline. Setahu saya hanya dua (2) ADUN yang hantar maklum balas. Saya Penanti dan Permatang Pasir. Sehingga hari ini saya tidak terima apa-apa maklum balas yang seperti mewartakan yang kita minta Kampung Terus sebagai tempat Agro Pelancongan Dan Warisan dan juga saya ada lagi satu soalan yang saya nak tanya. Semasa lawatan Ketua Menteri ke MPSP pada 28.5.2018, dialog telah diadakan di antara ADUN, Ahli Majlis dan Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai dan yang dipohon ialah dalam mesyuarat itu, Ketua Menteri kata memberi arahan kepada yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai untuk mendapatkan ulasan ataupun pandangan ADUN untuk sebarang permohonan projek pembangunan dan kerja tanah. Sebab masalah yang dihadapi oleh ADUN-ADUN ialah untuk mengurangkan risiko tanah runtuh dan banjir lumpur tetapi jawapan yang saya terima, saya tanya soalan bagaimanakah arahan Ketua Menteri telah dikuatkuasakan sebab sejak pertemuan dialog itu, kami, saya sebagai ADUN tidak menerima apa-apa surat untuk minta pandangan atas apa-apa permohonan. Jadi, jawapan yang saya terima ialah keputusan Ketua Menteri mengarahkan YDP MPSP untuk mendapatkan pandangan YB. ADUN tidak dikuatkuasakan sebab ia bercanggah dengan prosedur OSC 3.0. Jadi di sini saya nak tanya juga. Saya sebagai ADUN telah bagi maklum balas berkenaan dengan rancangan struktur negeri dan juga local plan atau pun rancangan tempatan. Saya nak tahu apakah dia kalau kita tidak boleh bagi apa-apa pandangan untuk kelulusan ataupun permohonan pembangunan dan kerja tanah sebab melanggar prosedur OSC 3.0. Apakah dia cara untuk ADUN-ADUN memberi pandangan sebab saya dah bagi maklumbalas bertulis kepada rancangan struktur negeri dan juga local plan.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Yang Berhormat Timbalan Speaker, mengenai soalan YB. ADUN Penanti saya memang tak boleh jawab sebab saya bukan EXCO yang memegang portfolio itu, saya hanya ADUN yang ingin juga menanya soalan yang sama. Saya berharap YAB. Padang Kota dapat memberi jawapan semasa penggulungan. Bagi memastikan pembangunan Seberang Perai dilaksanakan secara bersepadu dan berdaya saing di peringkat global, satu pelan integrasi perancangan guna tanah dan pengangkutan (dengan izin)....integrated land use and land transportation planning perlu diketengahkan. Berdasarkan pelan integrasi ini, perancangan guna tanah dari segi zoning, densiti, nisbah plot ada-lah berpandukan jalan-jalan raya serta laluan utama dan sistem pengangkutan awam. Ini adalah kerana pada peringkat ini Kerajaan Negeri sedang menyediakan Pelan Induk Pengangkutan dan untuk pengangkutan awam kita memang memerlukan (dengan izin)...ridership yang mencukupi. Oleh itu, den-siti perumahan di sepanjang jajaran pengangkutan awam perlulah tinggi. Plot ratio untuk tujuan komersial juga perlulah tinggi. Namun demikian pada 1 Oktober 2013, densiti di Seberang Perai sebenarnya telah diturunkan daripada 60 unit se ekar kepada 6 unit se ekar, di sesetengah tempat seperti di Jalan Kulim. 11 unit di kawasan Alma dan juga di sesetengah tempat hanyalah 30 unit. Ini adalah bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk memperkenalkan sistem pengangkutan awam terutamanya di Seberang Perai. Pada dulunya, kalau sebidang tanah memiliki 4 ekar. Kalau 60 unit kita boleh meminda 240 unit dan low cost, kalau 30%, kita boleh menyediakan 72 unit rumah kos rendah tetapi dengan garis panduan sedia ada, 4 ekar tanah, kalau di Alma, kawasan DUN Machang Bubuk hanya dapat menyediakan 120 unit, bererti penggunaan tanah itu untuk pembangunan telah diturunkan bila berkurangan. Bila berkurangan harga unit rumah akan meningkat dan pada masa yang sama low cost, perumahan kos rendah tidak dapat disediakan bagi kawasan-kawasan sedemikian. Oleh itu, dalam peringkat penyediaan Rancangan Tempatan Seberang Perai ini adalah diharapkan isu densiti perumahan, plot ratio kawasan komersial perlu dikaji semula. Yang Berhormat...(gangguan).

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Minta bagi laluan. Saya nak tanya berkenaan dengan YB. ADUN Bukit Tambun. Berkenaan dengan ada permintaan supaya untuk meningkatkan densiti atau plot ratio supaya dapatkan lebih banyak rumah dan lebih banyak low cost difahamkan 150 unit pemaju kena sediakan 30 unit, 30% (dengan izin)...from the 150 unit. Di sini saya ingin tanya YB. Bukti Tambun. Adakah YB. Bukit Tambun bersetuju sekiranya penam-bahan tentang plot ratio atau pun densiti dan pemaju akan menggunakan kaedah ini untuk memasuk semasa mereka memasuk layout, mereka akan masuk sebagai service apartment disebabkan pemaju sekiranya menggunakan service apartment untuk satu satu pembangunan, maka, pemaju ini akan dapat wave from low cost it means mereka akan dapat dikecualikan untuk membina low cost so, saya tak pasti sama ada Bukit Tambun bersetuju tak minta kerajaan lihat balik, sekiranya pemaju memasuk pelan tersebut sebagai development tersebut sebagai service apartment, maka mintalah mereka juga sediakan untuk pembinaan low cost bagi kerajaan. Terima kasih.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih kepada ADUN Jawi yang juga rakan sejawat saya semasa di OSC. Untuk makluman sidang Dewan. Service apartment ini timbul di Seberang Perai selepas densiti perumahan diturunkan. Pemaju mencari jalan untuk meningkatkan jumlah unit tak kira perumahan atau komersial yang boleh dijual untuk sesuatu tanah. Sebenarnya untuk service apartment di Seberang Perai hanya zoning komersial sahaja dibenarkan untuk pembangunan service apartment dan pada masa yang sama garis panduan service apartment yang ada di Majlis Bandaraya Pulau Pinang juga boleh diguna pakai. Kalau boleh diselaraskan di Seberang Perai untuk mengelakkan pihak pemaju mencari loophope...(dengan izin) untuk mencari loophole daripada menyediakan perumahan low cost. Itu penting sebab service apartment atau apartment perkhidmatan ini perlu didefinasikan dengan tepat. Kalau digunakan untuk tujuan perumahan, memang low cost mesti dikenakan. Jangan pula semasa mengemukakan pelan dikatakan service department dikecualikan daripada low cost tetapi di peringkat CCC, pihak pemaju pula akan mengatakan service apartment ini disediakan untuk tujuan kediaman, minta Majlis Perbandaran Seberang Perai atau Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk mengira cukai tafsiran berdasar-kan perumahan. Minta pihak Bomba pula mengecualikan sprinkler...(dengan izin). Oleh itu, dalam perkara ini, kita perlu kaji dengan teliti. Tak kira dari PlanMalaysia, Majlis Bandaraya Pulau Pinang mahupun Majlis Perbandaran Seberang Perai. Garis panduan perlu diteliti dalam semua aspek…(gangguan).

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Mohon. Minta penjelasan.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Bukit Tambun. Saya Cuma ada satu pertanyaan berkenaan peningkatan density. Saya telah, saya rasa ada banyak isu yang telah berlaku kepada pangsapuri atau apartment khasnya tempat letak kereta. Saya Nampak walaupun sekarang densiti yang dibenarkan untuk mendirikan pangsapuri atau flat. Banyak tempat menghadapi masalah parking-parking tak dak cukup dan letak di tepi jalan. Perumahan yang rumah teres dan menimbulkan banyak masalah. Kadang kala kereta Bomba tak boleh masuk sekiranya berlaku kebakaran di bangunan-bangunan tinggi itu. So, adakah perkara- perkara ini juga diambil kira semasa kelulusan untuk membenarkan pelan Kebenaran Merancang untuk membina kawasan, bangunan – bangunan tinggi khasnya rumah kediaman. Adakah nanti kita meningkatkan densiti? Adakah masalah kekurangan parking itu dapat ditangani dengan baik memandangkan sekarang setiap rumah mempunyai lebih daripada dua (2) buah kereta. So, itulah yang saya nampak ada juga tanggungjawab kerajaan untuk menghadkan densiti dan kualiti hidup untuk bangunan-bangunan yang tinggi ini khasnya rumah kos rendah tidak sepatutnya dibina dengan lebih tinggi lebih tinggi daripada 5 tingkat kerana kita juga tahu maintenance untuk lif semua itu akan mengambil kos yang tinggi pada masa akan datang. Oleh itu, saya juga harap dari segi membenarkan densiti yang tinggi, perkara-perkara ini perlu juga diambil kira.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tambun. Saya tertarik juga tadi berkenaan isu densiti yang dibangkitkan khususnya berhubung dengan densiti untuk rumah kediaman dan please correct me if i'm wrong…(dengan izin) Saya percaya Kerajaan Negeri melalui dasar untuk pembangunan perumahan mampu milik sebagai salah satu insentif untuk menggalakkan lebih banyak pembangunan rumah mampu milik di bahagian pulau dan juga Seberang Perai. Salah satu insentif yang diberikan adalah untuk dari segi peningkatan densiti. Dan jadi, tadi Yang Berhormat Bukit Tambun telah membangkitkan bahawa terdapat situasi di mana densiti telah diturunkan dan bukankah ia menjadi satu dorongan atau pun galakan agar lebih banyak pemaju khususnya sekiranya mereka mahu mendapatkan densiti yang lebih tinggi. Salah satu pilihan yang mereka boleh menceburi adalah untuk membina lebih banyak perumahan mampu milik yang dapat membantu khususnya rakyat Pulau Pinang keseluruhan. Terima kasih.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih diucapkan kepada ADUN Machang Bubuk dan juga ADUN Pengkalan Kota. Seperti yang saya sebut tadi dalam peringkat awal iaitu bukan semua Seberang Perai, saya cadangkan untuk meningkatkan densiti atau plot ratio. Saya menekankan kepada paksi integrated land use land transport planning...(dengan izin) iaitu hanya kawasan yang dilalui oleh koridor pengangkutan awam sahaja. Kita diizinkan untuk tingkatkan densiti dan juga plot ratio iaitu di laluan-laluan utama di persimpangan-persimpangan utama dan juga laluan pengangkutan awam yang dicadangkan dalam PTMP itu. Dan bagi menjawab pandangan daripada ADUN Pengkalan Kota, untuk makluman ADUN Pengkalan Kota, densiti yang diturunkan pada tahun 2013 itu, semasa dibuat garis panduan perumahan mampu milik masih belum ada lagi. Garis panduan perumahan mampu milik diadakan kemudian. Oleh itu, di sini perubahan dari segi densiti dari segi plot ratio ini berdasarkan rasional apa, saya juga ingin mendapat jawapan daripada Yang Amat Berhormat. Timbalan Speaker bagi memastikan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan pengangkutan awam di sini saya dicadangkan satu laluan BRT atau LRT menghubungkan bahagian Pulau dengan Seberang Perai. Bagi saya, saya lebih mementingkan hubungan antara bahagian Pulau dan Seberang Perai. Laluan pengangkutan awam ini sepatutnya disiapkan dulu, ini penting untuk mengurangkan kenderaan persendirian memasuki kawasan Pulau. Disebabkan setiap hari Jambatan Pulau Pinang memang jem teruk. Disebabkan ramai pekerja, ramai penduduk sehingga ke Sungai Petani, Bertam, Seberang Perai dan juga dari bahagian selatan Parit Buntar, Nibong Tebal, Bukit Tambun bekerja di bahagian Pulau dan di sini saya memang menyokong penuh dengan cadangan laluan pengangkutan awam tak kira BRT atau LRT menghubungkan The Light iaitu kawasan yang akan di cadangkan Pusat Convention Centre menghubungkan ke Kawasan perindustrian Perai melalui Chai Leng Park, Jalan Baru sehingga berakhir di Penang Sentral. Dan dari Penang Sentral hub pengangkutan awam itu akan di hubungkan ke lain-lain kawasan melalui laluan Taman Chai Leng kawasan ADUN Perai, melalui kawasan Seberang Jaya menghubungi Bandar Perda, Bukit Mertajam sehingga ke Permatang Tinggi. Di sini saya bercadang kepada Yang Amat Berhormat Padang Kota, hub untuk pengangkutan awam ini dipanjangkan dari Permatang Tinggi ke Stesyen KTM Simpang Empat. Ini akan menguntungkan ADUN Bukit Tambun dan juga kawasan YB. Timbalan Speaker. Hub pengangkutan awam itu patut dipanjangkan daripada Permatang Tinggi ke simpang empat, disebabkan simpang empat ini sekarang pihak pemaju dalam peringkat untuk pembangunan semula Kampung Baharu dan juga Pekan Simpang

Empat dan proses, proses untuk ganti rugi satu unit rumah kepada satu unit rumah kampung sedia ada sedang berjalan dan berharap akan diumumkan tidak lama kemudian. Yang Berhormat Timbalan Speaker, selain itu saya juga pada masa yang sama berharap perkhidmatan bas CAT ini wajar diperluaskan ke kawasan luar liputan BRT ataupun LRT pada kemudian hari perlu diperluaskan kalau di ADUN di DUN Bukit Tambun boleh diperluaskan sehingga ke Taman Berkat Indah dan juga ke Perkampungan Valdor bagi memastikan menghubungkan kawasan luar bandar dan juga bandar. Kalau boleh memang sampai Jawi sudah ada cuma kesinambungan itu penting disebabkan seperti CAT sekarang bermula di Taman Sri Janggus berakhir di Taman Sukun. Saya pernah cadangkan jangan belok kanan belok kiri dulu untuk touch Simpang Empat u turn balik di Balai Polis Simpang Empat untuk membolehkan kedua-dua sistem CAT ini dapat bersambung dapat bersambung dan boleh juga dipanjangkan sehingga ke Bandar Tasek Mutiara iaitu kawasan Timbalan Speaker. Itu amat penting di sidang Dewan ini saya mempromosikan bas CAT. Bas CAT ini merupakan satu mode iaitu sekarang bas, kita ingin mendidik penduduk Pulau Pinang membiasakan diri menggunakan pengangkutan awam. Dan untuk mereka pada hari kemudian dapat membiasakan diri dan menggunakan BRT, LRT atau Monorail yang akan dicadangkan dalam Pelan Induk Pengangkutan Awam. Yang Berhormat Timbalan Speaker, di sini saya ingin menyambut baik cadangan Yang Berhormat Paya Terubong yang menekankan Eko-Pelancongan dan Agro Pelancongan di kawasan Seberang Perai. Dalam jawapan Yang Berhormat Paya Terubong kepada saya beliau telah meng highlight...(dengan izin) kawasan Eco Tourism dan Agro Tourism yang telah di kenal pasti iaitu Taman Negeri Bukit Panchor, Taman Rimba Bukit Mertajam, Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam, Pulau Aman dan Relau. Menyentuh tentang pelancongan Agro Tourism ini saya menyambut baik dan berharap Coridor Eco Tourism Pulau Aman, Sungai Krian dan Sungai Udang dapat ditekankan. Koridor ini melibatkan pembangunan pelancongan berdasarkan warisan perkampungan Melayu di Pulau Aman, berdasarkan ternakan ikan dalam sangkar di sepanjang perairan, juga melibatkan kelip-kelip di Sungai Krian dan juga kawasan sawah padi di Sungai Chenaam. Itu koridor ini telah menyediakan menyediakan satu koridor pelancongan Eco Tourism dan juga Agro Tourism. Mengenai aktiviti Eco Tourism ini, ingin saya menyentuh tentang isu tanah. Disebabkan kebanyakan kawasan yang sesuai untuk pembangunan Eco atau Agro Tourism ini melibatkan isu tanah seperti isu Enakmen Air, Warta Tali Air dan Akta Pemulihan Tanah 1960. Kebanyakan tanah di SPT, di SPS dari Mukim dua (2) hingga Mukim tujuh (7). Semua tanah tak kira tanah tinggi, tanah rata semuanya terlibat dalam Akta Pemulihan Tanah 1960. Dengan kata yang lebih senang difahami iaitu tanah bukit. Kalau sesuatu pembangunan Eco Tourism atau Agro Tourism ini untuk mendapat kelulusan Enakmen Air enam (6) bulan, Pelingkungan Semula tiga (3) bulan, Ubah Syarat Tanah empat (4) hingga enam (6) bulan tak masuk PKM lagi. Untuk menyelesaikan isu tanah kita sudah mengambil masa lebih kurang dua (2) tahun. Selepas itu, proses PKM dan pelan bangunan. Akhirnya, Yang Berhormat Paya Terubong telah habis lima (5) tahun berkhidmat sebagai EXCO Pelancongan. Oleh itu, kita tidak berpeluang untuk menikmati produk yang cuba dipromosikan oleh Yang Berhormat Paya Terubong. Oleh itu isu tanah untuk tujuan Eco Tourism dan Agro Tourism ini perlu di-perhalusi oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota sebagai EXCO yang memegang portfolio tanah. Yang Berhormat Timbalan Speaker, dalam ucapan Tuan Yang di-Pertua telah menyentuh segala urusan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan dapat di sinergikan. Ini penting, justeru saya memohon kedua-dua peringkat kerajaan dapat menangani terutamanya masalah lalu lintas. Tak kira DUN mana. Di DUN Bukit Tambun, persimpangan tol Bukit Tambun arah selatan satu persimpangan tersebut melibatkan empat (4) agensi. Jalan Bukit Tambun di bawah JKR Persekutuan, jejambat tersebut di bawah JKR Negeri. Bahagian tol sehingga ke persimpangan jalan di bawah PLUS atau LLM. Traffic light pula di bawah MPSP. Sejurus selepas menjadi ADUN Bukit Tambun, saya telah mengadakan kerja koordinasi tetapi saya berharap kerja tersebut bukan kerja ADUN yang berkaitan. Sebenarnya antara jabatan, antara JKR Persekutuan dan JKR Negeri sepatutnya kalau sudah di bawah, dulu pun di bawah payung yang sama. Tetapi inilah masanya perlu disenergikan JKR Negeri atau Jabatan Negeri tidak boleh memberi jawapan kepada ADUN-ADUN Kawasan bahawa ini merupakan urusan peringkat Persekutuan. Saya berharap perkara-perkara seperti demikian, tidak kira JKR atau JPS mahupun Pejabat Pendidikan perlu disenergikan.

Yang Berhormat Timbalan Speaker….(gangguan).

Mohon laluan just one point.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Okey.

Okey, dengan itu juga saya nak mohon jika Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat juga boleh tengok kepada kelulusan sebagai contohnya solar farm kelulusan yang diberi oleh kementerian selama 23 tahun dan dia ada start date dia maknanya solar farm itu dia kena start masa itu tapi di Kerajaan Negeri pula solar farm itu tanah itu adalah sebagai contohnya adalah tanah hutan darat dan jawapan yang saya terima ialah kelulusan oleh kementerian untuk 21 tahun bukan 23 tahun, 21 tahun tetapi MPSP tidak meluluskan permohonan untuk membina bangunan. Jadi saya nak tanya sekarang ini solar farm yang yang….(gangguan). Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Tanya kepada siapa ini ADUN Penanti?

Tanya kepada kerajaan dan MPSP solar farm yang sekarang sedang bagi electricity dan ada lesen.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Stop masa perbahasan ADUN Penanti sudah ditanya.

Tadi tak tak, because this is need in their synergy berkenaan dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat since dia dah bangkitkan. Saya just nak tanya maknanya solar farm itu dia dapat lesen 21 tahun sekarang beroperasi bagi elektrik kepada TNB untuk 21 tahun tapi jawapan yang saya dapat di sini MPSP tidak meluluskan permohonan ini. Adakah solar farm itu haram? Itu soalan dia dan kalau boleh selepas ini boleh tak agensi kerajaan bila Kerajaan Pusat bagi lesen untuk buat apa-apa pembangunan di atas tanah hutan darat selama 21 tahun. Boleh tak berbincang dengan pihak Kerajaan Negeri yang meluluskan tanah itu. Terima kasih.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya teruskan dengan ucapan saya....(gangguan).

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Penjelasan sebab perbincangan ini sudah melanjut ke satu tahap yang memerlukan penjelasan. Memang isu tanah perancangan menjadi isu yang amat rumit sepanjang masa 10 tahun saya menjadi EXCO Kerajaan Tempatan. Saya cuba sedaya upaya untuk menangani isu ini dan baru-baru ini kita melihat sebab mengikut Kanun Tanah Negara sepatutnya apa juga pembangunan yang dicadangkan perlu dimulakan dengan proses perancangan atau pelingkungan dan bukan ke Pejabat Tanah untuk menangani isu tanah, keluar dari enakmen ka apa-apa. Jadi kita mahu sekarang Yang Berhormat EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa telah diberi tugas bersama dengan Pengarah Tanah dan Galian dan juga JPBD untuk melihat bagaimana kita streamline perkara ini supaya amat jelas dan tidak mengelirukan pemohon, consultant, pemilik dan apa-apa juga pencadang terhadap projek-projek mahu pun solar farm ka atau pembangunan campuran dan sebagainya. Jadi kita berharap perkara ini dapat ditangani supaya semua pihak jelas dari pencadang ataupun bagi pihak yang memproseskan permohonan. Jadi kita berharap EXCO dan juga PTG dapat segerakan perkara ini supaya isu chicken and egg itu dapat once and for all dapat diselesaikan.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya menyahut baik dan mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Padang Kota kerana dengan jawapan beliau memang Yang Amat Berhormat memang, memang masak dengan perkara ini, isu ini dan saya berharap dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

The word is matang.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Matang? Okey. Bahasa kampung. Okey....(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

YB. Bukit Tambun boleh wrap up dalam satu (1) dua (2) minit?

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Boleh. Bagi lima (5) minit sebab tadi ada cover ADUN Kawasan Sungai Bakap juga sebab ADUN Sungai Bakap tak ada peluang untuk berucap.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Stadium Batu Kawan siap pada tahun 2000, Jambatan Kedua siap pada tahun 2014 tetapi sistem jalan raya yang menghubungkan tanah besar ke pulau Batu Kawan sehingga kini masih tertangguh-tangguh. Di sini saya berharap pihak PDC dalam mengeluarkan tender untuk pembinaan jalan atau jambatan, masalah utiliti perlu diselesaikan dahulu. Sebab signs board, papan tanda yang ada di Jalan Valdor, di Batu Kawan, di Science Park ada tulis tarikh siap, Februari 2018 tetapi berdasarkan jawapan yang saya dapat ketiga-tiga tu akan ditangguhkan ada yang 2019, Jambatan Batu Kawan tangguh sehingga tahun 2020. Oleh itu saya berharap pihak PDC mengambil serius perkara ini. Contohnya Jalan Valdor, saya sebagai pegawai PDC pada masa itu terlibat dalam pengambilan tanah tersebut 1999 dan sehingga kini dan wang pampasan itu mungkin telah diberi dan kita telah melahirkan seorang Timbalan Speaker, itu penting tu sebab tanah yang diambil 20 tahun yang lalu, sehingga kini jalan masih belum dilebarkan, jambatan masih belum dibuat. Oleh itu saya memandang serius connectivity....(dengan izin) ke kawasan Batu Kawan, itu amatlah penting sebab berdasarkan kepada jawapan yang diberi oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota, pembangunan memang pesat di Batu Kawan. Seterusnya saya di sini selepas ucapan panjang lebar di sini pula saya akan membuat permohonan secara terus di sini tentang isu-isu di Bukit Tambun iaitu: Pertama, diharapkan siapkan ketiga-tiga laluan yang menghubungkan Batu Kawan dengan kadar yang segera. Yang kedua, tanggani masalah lalu lintas di persimpangan Plaza Tol Bukit Tambun, Jalan Bukit Tambun, Jalan Pak Boi, Jalan Kendi dan juga Jalan Persekutuan. Ketiga, menangani isu penternakan khinzir di DUN Bukit Tambun dan isu penternakan ayam di DUN Sungai Bakap. Tentang isu STP berpusat di perkampungan Valdor, saya berharap Syarikat Timeless Green Sdn. Bhd. dapat menyiapkan pembinaan loji kumbahan najis itu dengan secepat mungkin. Mereka telah ambil masa lebih daripada setengah tahun untuk memohon pengecualian kebenaran merancang, selepas itu pula menghabiskan masa untuk permohonan pengecualian EIA. Tapi akhir sekali EIA masih perlu dibuat. Oleh itu saya berharap syarikat terlibat dapat menumpukan ikut garis panduan dan juga piawaian yang sedia ada. Keempat, menangani isu penternakan ikan dalam sangkar, isu ternakan kerang dan isu nelayan di sepanjang persisiran pantai di Seberang Perai Selatan. Kelima, di sini saya ingin memohon kepada ADUN Bagan Jermal iaitu sebagai EXCO Belia dan Sukan, Sungai Acheh ada, Sungai Bakap dan juga Jawi sudah ada futsal, Bukit Tambun bila lagi? Haraplah futsal ini dapat disediakan di DUN Bukit Tambun dan juga sebuah lagi gelanggang bola keranjang dicadangkan di Taman Seri Aman iaitu kawasan kediaman ADUN Jawi. Saya berharap satu (1) gelanggang bola keranjang dapat disediakan…(gangguan).

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih kepada Bukit Tambun. Memang ada jawapan di sini Pejabat Daerah Tanah Seberang Perai Selatan ada telah memohon peruntukan dengan bajet pembangunan pada tahun 2019, memang tengah menerima satu (1) permohonan untuk membina satu (1) gelanggang futsal di Taman Merak oleh cadangan daripada ADUN lama dan tetapi tanah itu adalah bukan tanah kerajaan. Maka cadangan baru adalah di perkarangan Dewan JKKK Simpang Ampat. So ini mungkin akan dilaksanakan pada tahun 2019 kerana dengan bajet pembangunan tahun 2019.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Ucapan terima kasih kepada ADUN Bagan Jermal yang prihatin dengan pembangunan futsal di kawasan saya. Dan yang ketujuh, diminta menaik taraf parit dan jalan di Jalan Besar dan Jalan Badak Mati. Sebenarnya, JKR telah melanjutkan permohonan ini kepada JKR Negeri dan juga meminta pihak TNB, Telekom dan juga PBA mengalihkan utiliti sedia ada sebab jalan ini merupakan kawasan sempadan DUN Bukit Tambun dengan DUN Sungai Bakap. Nombor lapan, bagi isu perumahan rumah kos rendah saya menyokong penuh cadangan yang begitu teliti daripada ADUN Jawi. Masalah sedia ada rumah pangsa kos rendah diminta selesaikan dulu sebelum kita membina lebih banyak lagi rumah kos rendah pangsa ini. Mengenai isu Perbadanan Pengurusan daripada 14 Rumah Pangsa Kos Rendah di DUN Bukit Tambun tak sampai tiga (3) yang ada perbadanan pengurusan. Hutang bayaran pengurusan, semua kutipan kurang daripada 25% masalah ini bukan masalah sekarang, semasa saya di PDC itu, masalah perumahan di

Seberang Jaya dan juga di Bukit Gedung dari dulu sampai sekarang sudah 20 tahun, isu rumah pangsa kos rendah masih belum selesai. Kita perlu faham. Rumah kos rendah untuk orang miskin, tetapi me-mahami apa itu Akta Hak Milik Strata. Mereka perlu memahami bagaimana untuk menubuhkan Perbadanan Pengurusan lepas tu pula perlu mengutip management fee dan bagaimana mereka untuk melaksanakan kuasa-kuasa mereka menyita rumah yang tidak membayar bayaran pengurusan. Oleh itu saya berharap perkara ini perlu diselesaikan dengan kadar segera. Ke sembilan, pendalaman Sungai Jawi dan juga Sungai Junjung dan juga borrow pit di sepanjang kedua-dua sungai tersebut. Saya dimaklumkan oleh JPS, tak pernah pengorekkan sebab tiada peruntukan. Oleh itu, segala urusan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan perlu disinergikan. Yang kesepuluh (10), tentang soalan saya tentang SJK (C) Keng Koon, persoalan saya kepada PDC ialah lot tanah di antara SJK (C) dengan tanah kerajaan. Tengah-tengah itu ada satu (1) tanah private. Jawapan yang diberi adalah tidak betul. Oleh itu, saya berharap PDC dapat mengkaji balik jawapan yang diberi. Tentang SJK (C) yang dicadangkan di Batu Kawan, semasa kelulusan perumahan mampu milik iaitu 11,800 unit di Batu Kawan iaitu masa Pangsapuri Suria tersebut, sebidang tanah 14.5 ekar telah lulus serentak dalam permohonan kebenaran merancang ini. Apakah status tanah ini? Adakah di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan atau di bawah Kerajaan Negeri dengan kategori tanah institusi kerajaan sebab soalan ini adalah sebenarnya diajukan kepada ADUN Padang Lalang. Saya berharap tanah ini dapat diguna pakai untuk membina sebuah lagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Batu Kawan…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

YB. Bukit Tambun.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Okay last last.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Lima (5) minit dah tujuh (7) minit dah.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Kesebelas (11), di minta menyelesaikan sekolah di bawah PMC di Batu Kawan yang dibina pada tahun 2000 dan di Bandar Tasik Mutiara, sudah 18 tahun belum ada CCC. Sekarang berlaku mendapan, mendapan tanah menyebabkan semua paip air telah bocor. Kedua belas (12), tentang Sekolah Sukan Mutiara Impian satu-satunya sekolah sukan di Negeri Pulau Pinang yang sekolah ini siap dibina pada 17 tahun yang lalu tetapi kemudahan sukan disediakan 10 tahun yang lalu, track olahraga telah berlubang-lubang. Kemudahan gym telah usang dan juga bagi sewerage treatment plant, STP tidak berfungsi. Saya baru dapat quotation dari IWK untuk saya bayar RM380 untuk selesaikan 2.5 meter cube, IWK minta duit daripada saya untuk selesaikan masalah STP. Saya menghadiri majlis Perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum. Saya pergi tandas dan nampak perkara ini. Untuk makluman Sidang Dewan, terdapat empat (4) Sekolah Menengah Kebangsaan iaitu Sekolah Menengah Batu Kawan, Sekolah Menengah Simpang Empat, Sekolah Menengah Mutiara Impian, Sekolah Menengah Kebangsaan Valdor. Empat (4) sekolah kebangsaan, SK Pulau Aman, SK Taman Merak, SK Batu Kawan dan SK Bukit Tambun. Rupa-rupanya sekolah kebangsaan ini jauh lebih teruk daripada SJKC. Jawapan yang saya dapat ialah tiada peruntukan yang sama seperti yang disebut oleh ADUN Batu Lancang tadi. Sekarang pe-runtukan saya untuk ADUN Bukit Tambun daripada Kerajaan Negeri perlu pula disalurkan kepada sekolah-sekolah kebangsaan seperti yang telah diingatkan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum ini. Akhir sekali, sebagai satu-satunya ADUN lelaki ahli dalam Jawatankuasa MMK Wanita dan Keluarga, saya menyeru Kerajaan Negeri memberi perhatian dan keutamaan untuk memberi peruntukan dan segala bantuan untuk ADUN menjalankan aktiviti-aktiviti berhubung wanita dan juga keluarga di kawasan masing-masing. Bukan untuk ADUN Bukit Tambun sahaja tetapi kesemua ADUN yang menjalan-kan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kaum wanita dan melibatkan isu keluarga. Di sini, saya akan menyokong penuh ADUN Padang Lalang sebagai EXCO Wanita dan Keluarga untuk membangunkan wanita dan melibatkan ….(gangguan).

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Minta laluan sikit.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Masih lagi ada.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Saya cuba hendak jelaskan tentang dana kepada sekolah-sekolah kebangsaan. Sebenarnya dua penggal ini sebelum Pilihanraya 14 ini kita adalah, ini terpulang kepada individu sama ada member of Parliment, EXCO atau ADUN untuk memberi dana kepada sekolah kebangsaan kalau PIBG minta. Biasanya pihak pengurusan sekolah tidak minta, PIBG yang minta, itu terpulang. Saya juga sekali-sekala ada membekalkan dana tetapi kita tidak ada satu bajet untuk memberi dana, bajet yang formal kepada sekolah kebangsaan, cuma kita ada bajet kepada sekolah agama, sekolah jenis SJK Tamil dan Cina dan juga sekolah mubaligh. Sebab sekolah-sekolah ini bertaraf bantuan modal, sebab kerajaan cuma bayar gaji guru-guru tetapi untuk bangunan semua ini mereka bergantung kepada bantuan masyarakat. Manakala perbezaan sekolah kebangsaan di mana semua ini dibiayai oleh Kerajaan Pusat. Maka hubungan antara Kerajaan Negeri, dahulu lah, dengan sekolah bukanlah satu hubungan yang baik sekali, tidak ada hubungan langsung. Mereka pun tidak dibenarkan masuk sekolah kebangsaan kita pun tidak dibenarkan masuk sekolah jenis kebangsaan juga. Kita pun tahu apa berlaku kepada Pengetua Sekolah Tamil Mak Mandin apabila saya dengan mantan Ketua Menteri dapat jemputan ke sekolah, dia telah dipindahkan. Isu ini apa yang dibangkitkan adalah isu yang saya telah bincangkan di dalam EXCO bahawa Kerajaan Negeri perlu wujudkan satu dana untuk sekolah-sekolah kebangsaan. Sekarang permintaan mereka begitu tinggi sekali. Saya juga telah berbincang dengan Pengarah Pendidikan di Pulau Pinang, Encik Jamil supaya kita buat satu jawatankuasa dan dipengerusikan oleh saya dan mungkin satu atau dua EXCO atau ADUN, member of Parliment dan mungkin juga satu atau dua dari Kementerian Pelajaran di peringkat Pulau Pinang supaya kita wujudkan satu dana khas untuk sekolah-sekolah kebangsaan. Saya rasa situasi sekolah-sekolah kebangsaan ini amat teruk dan saya rasa bahawa permintaan mereka untuk dana daripada Kerajaan Persekutuan pun saya rasa mungkin tidak sampai, saya tidak tahu apakah kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan. Dalam situasi ini saya rasa kita tidak boleh biarkan sekolah kebangsaan, sebab kita tidak ada satu perbezaan politik antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat, so ada satu kerajaan sahaja. Dari konteks ini kita mesti membantu sekolah kebangsaan. Isu ini adalah dana, dana Kerajaan Negeri adalah lebih kurang RM1 billion. Satu masa ketika saya ingat dana, bajet USM lebih besar daripada Kerajaan Negeri. Jadi kita bukan, Selangor mungkin ada RM3 bilion bajet dia dan sebagainya. Apa yang baik sekali adalah Kerajaan Negeri tidak berhutang kepada sesiapa, hutang kita ini adalah paling kecil, kalau kita banding dengan Kedah, Melaka ataupun lain-lain negeri. Jadi dalam konteks ini, kita mesti wujudkan satu dana, ini saya akan gulung bila saya berpeluang supaya kita tidak melupakan. Saranan YB. Bukit Tambun, saya rasa kita memang sudah bincang isu ini, ini bukan satu perkara yang baru dibangkitkan, saya rasa kita akan bentangkan satu kertas di EXCO supaya mewujudkan satu dana untuk sekolah kebangsaan dan kemudian kita akan menentukan syarat-syaratnya. Misalnya apabila kita membaiki bumbung runtuh, masalah kecemasan kita akan bantu. Terima kasih.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Minta penjelasan. Boleh?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

YB. Bukit Tambun?

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Saya amat menghargai Kerajaan Negeri yang sanggup sediakan peruntukan untuk sekolah-sekolah kebangsaan juga pada bajet akan datang. On the same note, saya juga ingin menyeru kepada Kerajaan Negeri untuk menekan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan peruntukan yang setaraf seperti sekolah kebangsaan kepada sekolah jenis Kebangsaan Tamil, sekolah jenis Kebangsaan Cina dan sekolah mubaligh juga sebab mereka serba kekurangan, ada yang tidak boleh bayar bil letrik. Di kawasan saya ada tiga sekolah mubaligh, mereka perlu bayar bil letrik sendiri dan kadangkala cikgu-cikgu yang mengajar, mereka perlu membuat kutipan untuk bayar bil letrik. Saya harap Kerajaan Persekutuan juga akan ambil satu pendirian untuk memberikan layanan yang sama kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil, Cina dan juga mubaligh, itu harapan saya.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Di sini saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN Perai kerana perihatin kepada juga kepada sekolah menengah dan sekolah kebangsaan. Di sini saya ingin menyokong ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih YB. Bukit Tambun dan terima kasih juga kerana bersuara untuk kawasan DUN Sungai Bakap. Dipersilakan Yang Berhormat dari Telok Ayer Tawar.

Mustafa Kamal Bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengambil kesempatan di sini nak buat ucapan ringkas sahaja memandangkan masa mencemburui kita dan kita hendak beri peluang kepada rakan-rakan lain untuk bersama-sama membahaskan usul ucapan terima kasih. Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum w.b.t. Salam Sejahtera, Salam Harapan kepada semua. Apa yang kita hendak cakap pada petang ini dengan titah ucapan Yang di-Pertua Negeri Tun, jadi dari titah ucapan Tun, kita lihat bahawa Tun mengharapkan bahawa kita sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri mesti memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat di Negeri Pulau Pinang ini. Dalam usaha ini kita dapati agensi-agensi berkaitan mesti memainkan peranan yang penting dalam usaha memastikan bahawa titah ucapan TYT Tun direalisasikan oleh semua Ahli Yang Berhormat. Bagi kita di DUN Telok Ayer Tawar dari segi industri pelancongan kita mengharapkan kepada Kerajaan Negeri supaya meluluskan tiga (3) ekar yang kita pohon untuk kita melaksanakan pusat equestrian di sepanjang Pantai Robina. Jadi pusat equestrion ini penting sebab kita hendak jadikan Pantai Robina sebagai hub pelancongan yang utama di negeri ini. Di samping itu juga kita juga ingin memaklumkan bahawa kita juga akan melancarkan atau pun mengadakan pertandingan memancing bagi menggalakkan industri pelancongan di Taman Robina, Telok Ayer Tawar. Pada bulan Februari tahun ini kita telah mengadakan pertandingan memancing di mana penyertaannya sebanyak 753 pemancing di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak, Singapura dan sebagainya. Hadiah yang kita tawarkan adalah sebanyak RM40,000.00 untuk pemenang nombor satu, nombor dua RM10,000.00 dan nombor tiga adalah RM5,000.00. Pertandingan memancing ini juga akan kita adakan pada 12 Ogos ini sempena menyambut Bulan Kemerdekaan. Tawaran hadiah agak lumayan dan kita mengharapkan kaki pemancing ini akan dapat menyertai pertandingan memancing pada 12 Ogos iaitu hari Sabtu ini. Apa yang menjadi harapan kita dengan adanya pertandingan memancing kita akan dapat lagi menarik atau menjadikan Pantai Robina sebagai industri pelancongan di Daerah Seberang Perai Utara. Kita juga memohon kepada Kerajaan Negeri supaya dapat membantu kita melaksanakan program Rumah Warisan di mana kita telah mendapat sebuah rumah yang berusia 100 tahun di Bagan Belat dan rumah ini asalnya didirikan oleh pedagang dari Baghdad yang bernama Tuan Sheikh Bashir Nasaruddin yang menjadikan rumah ini sebagai kilang kain tenun. Kilang kain tenun ini adalah yang pertama di daerah Wilayah Utara pada masa itu dan pada zaman itu iaitu pada 1815, beliau pun sudah ada 10 orang pekerja bagi menjayakan industri kain tenun di rumah tersebut. Rumah ini juga pernah menjadi tempat persinggahan Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Perdana Menteri yang pertama untuk mengadakan mesyuarat dan juga mengadakan perbincangan. Semasa itu Tunku Abdul Rahman merupakah Pegawai Daerah di Kulim, Kedah. Satu lagi, sekarang ini di Taman Robina kita telah menjayakan satu projek iaitu projek mem-bangunkan Taman Robina dengan kita adakan gelanggang futsal, pusat gym dan sebagainya untuk meng-galakkan anak-anak muda terlibat di dalam industri ini. Saya minta maaf, teks ucapan saya hilang, tiba-tiba hilang daripada sistem saya. Saya ulang, tajuk ucapan saya pada hari ini ialah memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat, itu adalah intipati ucapan Tun Yang di-Pertua Negeri pada 4 haribulan yang lalu. Lebih daripada 10 tahun pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan dan kini memerintah Kerajaan Negeri dengan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus membolehkan kita hampir menyapu bersih kerusi yang di-pertandingkan. Pada PRU 14 yang lalu kita telah berjaya memenangi 37 kerusi daripada 40 kerusi dan Insya-Allah harapan kita pada PRU 15 tidak ada wakil pembangkang dalam DUN ini. Itu adalah harapan kita. Dato' Yang di-Pertua, dalam usaha kita mengekonomikkan negeri dan mensejahterakan rakyat langkah jangka pendek dan panjang harus dan hendaklah diambil dengan segera. Langkah jangka pendek di mana pihak Majlis harus mengambil langkah ke arah pemutihan kompleks perniagaan, majlis yang tidak aktif dan tidak disewakan pada masa ini. Kita lihat di sini kita lihat di sini dalam tahun sehingga Oktober 2005 Daerah Seberang Perai Tengah mencatatkan jumlah kompleks tidak aktif terbanyak dengan 11 buah kompleks. Dengan 153 buah gerai diikuti dengan Seberang Perai Utara enam (6) buah kompleks dengan 77 buah gerai dengan tiga (3) buah kompleks dengan 40 gerai secara keseluruhannya Majlis masih mempunyai 20 kompleks dengan 272 unit gerai yang tidak aktif. Apa yang membimbangkan 20 buah kompleks yang terbengkalai ini akan menjadi tempat maksiat, penagihan dadah, budaya lepak, vandalisme dan tempat gelandangan. Ini akan mencemarkan imej Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan kalau tidak ditangani dengan segera.

Dato’ Yang di-Pertua dalam melaksanakan pengurusan kewangan yang berhemah dan memasti-kan kedudukan kewangan yang terus kukuh dan dalam melaksanakan langkah-langkah penjimatan yang mengutamakan value for money…(dengan izin) saya mohon mencadangkan agar kompleks yang tidak aktif ini ditawarkan penyewaannya kepada persatuan-persatuan perniagaan, badan-badan koperasi, pertubuhan-pertubuhan belia dan mana-mana saja badan yang berkaitan dengan perniagaan dalam usaha kita hendak memajukan kompleks yang terbengkalai ini. Dasar kita haruslah diubah, dasar MPSP haruslah diubah daripada kompleks makanan kepada mempelbagaikan jenis perniagaan seperti jahitan, kraftangan, buah-buahan, jeruk, runcit, stationery, pengiklanan, pakaian dan lain-lain lagi. Penjelmaan yang difikirkan sesuai dengan menyediakan keperluan yang berbeza daripada kumpulan yang berbeza dalam usaha memenuhi impak kepada kumpulan sasaran. Dengan pelaksanaan joint venture antara badan-badan, antara badan-badan saya nyatakan tadi dengan Majlis kita akan dapat laksanakan tadbir urus yang cekap dan lebih efisien yang akan dapat memberi penjelmaan baru dalam usaha meningkatkan dan memajukan sektor ekonomi untuk penduduk masyarakat setempat dan menjadikan Majlis sebagai badan yang akan memacukan kejayaan, pemangkin dan mendepani masalah rakyat. Dato’ Yang di-Pertua, dalam projek jangka masa panjang usaha pembangunan komuniti peniaga yang tidak terkawal dan ianya boleh menjejaskan persekitaran perbandaran sosial dan gejala tidak sihat, sehingga Oktober 2015 kajian menunjukkan penjaja haram di seluruh Seberang Perai meningkat sebanyak 2,848 penjaja dengan menjalankan perniagaan tanpa lesen, dan tanpa suntikan vaksin secara puratanya Daerah Seberang Tengah mencatatkan angka penjaja haram yang paling tinggi dengan 1,914 diikuti dengan Seberang Perai Utara sebanyak 832 penjaja dan Seberang Perai Selatan sebanyak 102 penjaja. Ini amat sukar bagi kita untuk mengawal pembawakan penyakit daripada penjaja tambahan oleh penjaja haram ini tambahan pula Negeri Pulau Pinang sering dilanda dengan pelbagai penyakit. Dato’ Yang di-Pertua, selaras dengan misi Tun dalam ucapannya memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat dan menjadikan negeri ini lebih bersih, indah dan selesa didiami dan menjadikan daya tarikan pelancong menjelang tahun 2019, saya juga mencadangkan agar kawasan lapang kawasan Kompleks Makanan di Taman Tun Dr. Awang, Bagan Ajam akan dijadikan model, akan dijadikan model untuk penglibatan dan penyertaan kaum wanita dengan meningkatkan taraf wanita seperti yang mana yang diilhamkan oleh YB. Sungai Pinang dan juga YB. Padang Lalang yang menjadi EXCO dan juga Pengerusi PWDC. Dan kita juga mengharapkan apa yang kita rasa kita tidak puas hati malangnya usaha murni kita ini untuk menjayakan program ini untuk menggalakkan ibu-ibu tunggal, wanita yang tidak berkerjaya untuk terlibat dalam program yang kita cadangkan ini telah ditolak oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Dan kita harap kertas kerja yang kita hantar kepada Pihak Berkuasa Tempatan ini akan dikaji semula dan akan mendapat sokongan oleh pihak-pihak tertentu dalam Dewan ini. Dengan secara tidak langsung dengan adanya projek yang kita cadangkan ini kita juga mengharapkan kompleks yang sedia ada di Bagan Ajam itu dapat di-majukan. Sebab apa kompleks itu pada hari ini hidup segan mati tak mahu. Ada penjaja di corner itu satu hari dapat RM5.00 sahaja mereka terpaksa membayar pada harga yang tinggi ataupun sewa yang tinggi kepada pihak majlis. Jadi kita harap sebab di Telok Ayer Tawar ini banyak ibu tunggal, banyak ibu tunggal dan juga wanita yang tak berkerjaya. Jadi ini rancangan kita ini adalah untuk nak membantu ibu tunggal dan wanita tak berkerjaya dan kita nak kita jadikan kawasan tersebut sebagai gender business park center. Untuk menarik pelancong dan juga ramai untuk datang ke kawasan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, kita juga bercadang akan memajukan kawasan Pantai Telok Molek yang kita kenali sebagai Night Market atau Pasar Karat. Saya amat mengharapkan pihak Kerajaan Negeri dapat membantu kami dalam usaha merealisasikan cadangan ini dengan Slogan “Mengekonomikan Negeri dan Mensejahterakan Rakyat”. Telok Ayer Tawar juga akan menumpukan kepada pembangunan ilmu untuk rakyatnya. KADUN Telok Ayer Tawar mempunyai Sekolah Pendidikan Akhlak iaitu Tunas Bakti yang dulu dikenali sebagai kanak-kanak jahat, sekolah vokasional iaitu dalam bentuk kemahiran, sekolah agama rakyat, sekolah pengajian agama untuk yang berpencen, dan sekolah akademik biasa. Itulah keunikan DUN Telok Ayer Tawar. Dalam usaha pembangunan ilmu saya melancarkan, kini saya sedang melancarkan atau mencadangkan supaya rumah ilmu akan diwujudkan di DUN Telok Ayer Tawar dan kawasan ini telah pun kita buat gotong-royong pada minggu lepas dengan beberapa NGO dan juga dengan beberapa badan bebas dan juga sukarela untuk membantu kita untuk melaksanakan rumah ilmu ini dan rumah ilmu ini kita akan buat di Pusat Khidmat bekas Ketua Pembangkang DUN Telok Ayer Tawar. Di Pusat Khidmat bekas Ketua Pembangkang DUN Telok Ayer Tawar dan kita nak ambil alih bangunan tersebut pada 1 hari bulan lepas. Tetapi apa yang mendukacitakan kita ialah apabila kita masuk dalam pusat khidmat tersebut semua wiring dibuang. Dengan pintu ditanggalkan, api memang tak adalah, Jadi kita ada buat gotong-royong dengan badan NGO pada minggu lepas dari segi menjemput pakar-pakar lukisan untuk buat lukisan di kawasan tersebut dan kita panggil kontraktor kita nak buat anggaran lebih RM30,000 yang terpaksa kita belanjakan untuk membaik pulih pusat khidmat tersebut. Ini amat mendukacitakan, jadi selain daripada itu

kita lihat selepas sahaja Barisan Nasional kalah atau jatuh di kawasan DUN Telok Ayer Tawar bangunan-bangunan yang dahulunya di atas tanah persekutuan banyak yang telah dirosakkan. Jadi budaya vandalisme ini haruslah kita fikirkan balik dan kita harap benda ini tak akan berlaku selepas ini. Sebagai contoh, kita lihat di sini selepas kalahnya kita Bangunan KRT di Taman Berlian, pagar KRT pun diambil, bumbung pun dicuri, bangunan dihancurkan, jadi maknanya kos ini dulu ditanggung oleh rakyat…(gangguan).

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Minta pencerahan. Saya nak tahu perkara itu ada laporan Polis dibuat? Adakah Polis siasat?

Mustafa Kamal Bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Sebenarnya tanah itu adalah tanah atas PERDA Venture. Atas tanah PERDA Venture dan kita se-dang mendapat greenlight daripada pihak Polis untuk pihak Polis buat report atas tersebut. Semalam kita lihat bahawa bumbung-bumbung ditanggalkan, sekarang dah tak ada bumbung, pagar dicuri. Peralatan semua habis pintu apa semua dicabut dan sebagainya jadi ini maknanya ini adalah duit rakyat, duit rakyat. Walaupun depa kena terimalah kejatuhan mereka di kawasan DUN Telok Ayer Tawar dan ini duit rakyat depa mesti kena pulangkan kepada rakyat.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Telok Ayer Tawar minta laluan. Okey, Timbalan Speaker, Yang Berhormat Timbalan Speaker bukan sahaja Dewan-dewan KRT ataupun bangunan yang ada kaitan dengan mereka buat Program JKKP yang dirosakkan malah saya dapat maklumat bahawa di kawasan saya di Bagan Dalam ada satu pejabat dibuka oleh Jabatan Perdana Menteri dulu, (SITF) Special Implementation Task Force dia punya komputer, meja, kerusi in fact dia punya penutup tingkap semua sekali mereka lelong dan telah menjual dan ini telah dibeli oleh wang rakyat Jabatan Perdana Menteri. So, bermakna ini adalah harta kerajaan tetapi mereka telah melelong dan telah menjual. Begitulah sikap Barisan Nasional apabila datangnya wang rakyat. Mereka ingat itu wang rakyat and know harta mereka sendiri macam pemimpin utama mereka yang telah menyim-pan RM116 juta wang tunai dalam rumahnya perangai sama kepala lah. Sama macam ketua dia lah.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Bila kena cuit, saya kena bangkit.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

YB. Bagan Dalam kucing sedang tidur you bagi bangkit.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Saya jarang tapi kita kena lihat bukan semua kawasan yang berlaku. Jangan kerana satu, dua tempat dikatakan semua macam itu. Semua orang macam itu perangai.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Setuju Sungai Dua. Sungai Dua tak jadikan.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Tak jadi kita bagi Dewan dengan baik. Tak ada masalah. Kita tak buat macam tu. Tapi mungkin bangunan itu kadang-kadang ditinggalkan mungkinlah dalam bangunan peralatan diambil mungkin tapi bila ditinggalkan ada orang tak dikawal ada orang yang peniaga besi-besi buruk ini dia akan ambil.

Mustafa Kamal Bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Sungai Dua…(gangguan).

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Dia akan ambil, macam di Taman Berlian saya tengok yang besi buruk ni pagar ni diambil oleh orang lain. Peniaga-peniaga tempatan…(gangguan).

Mustafa Kamal Bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Kita ada gambar yang membuktikan bahawa arahan daripada pasukan RELA, RELA yang sendiri yang datang. RELA kita ada gambar, bukti, RELA dan Ketua RELA telah digantung tugasnya sekarang ini. Dan kita juga ingin maklumkan di sini bahawa semasa kita menjadi PPK kita telah mengambil Dewan Taman Robina, Dewan Taman Robina itu digunakan oleh UMNO pada masa itu tetapi kita tinggalkan selama tiga (3) tahun supaya depa boleh duduk situ. Selepas saya mengambil alih Telok Ayer Tawar saya menghantar surat kepada Ketua Negeri dan kita mangambil alih Dewan tersebut. Apa yang terjadi? Pintu pun depa buka,

elektrik pun depa rosak, aircond yang tak boleh jalan pun depa ambil. Ini kita ada bukti arahan daripada YB. kawasan pada ketika itu. Dan kita terpaksa membuat pembaikan lebih daripada RM35,000 ini duit daripada Pejabat Daerah. Boleh tanya dan semak daripada pejabat daerah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ahli Bagan Dalam boleh duduk sekejap?

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Minta sekejap.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Minta laluan dulu.

Mustafa Kamal Bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Dan kita angkat…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Panas.

Mustafa Kamal Bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Dan kita lihat lagi bukan kata di Telok Ayer Tawar tapi di Bagan Dalam serupa, di semua kawasan pun serupa. Batu Uban pun ada di semua kawasan pun ada. Apalah jenis macam ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Nak habiskan ucapan.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dia bagi laluan, Yang Berhormat Timbalan Speaker, Ketua Pembangkang kata ini orang besi buruk bukan orang besi buruk ini orang perangai buruk yang telah mencuri barangan ini semua yang itu dikatakan ditinggalkan. Yang SITF harta benda Jabatan Perdana Menteri dilelong oleh pegawai-pegawai yang digajikan oleh Jabatan Perdana Menteri sendiri. Ini bukan orang besi buruk dia jual komputer, meja, kerusi macam-macam tetapi sehingga sekarang di peringkat Persekutuan masalahnya adalah badan itu yang menguruskan sendiri kepalanya ataupun Pengarahnya masih ada lagi. Dulu dia jadi seoranglah pembodek Najib sekarang dia cuba bodek pula Kerajaan Persekutuan yang ada sekarang dia masih kekal lagi dan sampai sekarang siasatan terhadap harta benda yang telah dibeli dengan wang rakyat ini tidak dimulakan. So, saya harap Kerajaan Persekutuan pun akan hari ini baru ada berita baru saya nak baca tadi Menteri The Unity Minister sudah ambil alih jabatan tersebut saya harap Kerajaan Persekutuan ataupun jabatan tersebut akan membuat laporan Polis terhadap pencuri-pencuri ini dan mengambil tindakan sewajarnya.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Telok Ayer Tawar, saya nak jelas sedikit tak apa saya tahu Yang Berhormat Telok Ayer Tawar sedang panas biar dia reda sedikit. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya juga dewan di Sungai Pinang. Sebelum ini dewan diguna pakai di bawah nama golongan ibu-ibu tunggal. Tetapi bila pilihan raya, ia digunapakai untuk simpan semua Barisan Nasional punya bahan-bahan, benderalah tak tahulah buat apa di dalam tak ada aktiviti untuk ibu-ibu tunggal. Bila saya buat permohonan dan nak ambil tempat itu, saya buat satu paper, kita ada buat kerja, kita buat homework bahawa kita telah tiap-tiap hari ambil laporan dan risikan orang tempatan. Maka kita berjaya ambil alih dan kita guna pakai dewan itu dengan betul-betul demi kebaikan rakyat jelata. Jadi Telok Ayer Tawar boleh ambil sekarang dan minta peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk ibu tunggal.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih YB. Sungai Pinang.

Mustafa Kamal Bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Okey, terima kasih YB. Bagan Ajam dan juga YB. Sungai Pinang. Bagan Dalam, sorry. Baik, kita juga hari ini sebagai ADUN, kita juga bersimpatilah dengan ada setengah daripada KRT Pengusaha Tadika dan sebagainya yang masih mengggunakan dewan kita, kita benarkan depa guna bangunan, saya benarkan sebab sebagai pemimpin kita tidak mengira meski fahaman politik sama ada UMNO ka, MCA ka, MIC dan sebagainya. Malah kita membantu mereka tetapi apa yang kita lihat tadi apabila benda ini berlaku

di DUN Telok Ayer Tawar kita cuba nak mengilmukan masyarakat Telok Ayer Tawar dengan pelbagai aktiviti keilmuan. Maknanya sekarang ini di dalam dewan yang kita ambil alih yang kita gunakan yang kita jadikan dewan tersebut sebagai pusat-pusat ilmu untuk masyarakat warga emas dan sebagainya dari segi pengajaran agama kita juga jadikan dewan-dewan tersebut sebagai pusat tusyen percuma seperti yang dianjurkan oleh PEKA dan sebagainya. Kita juga sekarang ini nak jadikan sebuah sekolah kebangsaan di Taman Senangan sebagai projek perintis kepada saintis muda. Dengan kerjasama apa Tech Dome KOMTAR dan kita akan jalankan ataupun laksanakan program ini pada bulan September ini. Jadi sebab itulah kita jadikan kita jadikan dua, tiga kawasan di Telok Ayer Tawar sebagai Rumah Ilmu. Rumah Ilmu ini berbeza sebenarnya daripada perpustakaan sebab dalam Rumah Ilmu ini kita menyediakan playground untuk budak-budak juga iaitu budak-budak di peringkat umur 3, 4 tahun sebab bila ibu bapa mereka membawa mereka ini maknanya ibu bapa ada kesempatan, ada keselesaan untuk mentelaah buku-buku dalam Rumah Ilmu tersebut manakala anak-anak mereka akan bermain di kawasan playground yang kita sediakan.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Telok Ayer Tawar. Tuan Speaker, saya cuma rasa ada keperluan untuk mencadangkan kepada Kerajaan Negeri memandangkan kita baru-baru mengambil alih Kerajaan Pusat dan isu dewan yang diguna atau diguna pakai oleh agensi atau badan-badan yang Kerajaan Persekutuan itu di seluruh Negeri Pulau Pinang. Boleh saya mencadangkan supaya kita diberi semua senarai dewan-dewan yang di bawah Kerajaan Persekutuan dan satu task force yang terdiri daripada rakan-rakan Ahli DUN untuk menjalankan pengambilalihan secara lebih sistematik dan teratur untuk diguna pakai oleh semua rakyat iaitu kita nak satu usaha untuk merakyatkan dewan-dewan serbaguna dan dewan-dewan komuniti balai raya semua ini yang sepatutnya diguna pakai oleh semua rakyat tak kira pendirian politik dia atau apa-apa agama dia. Itu pandangan saya. Setujukah Telok Ayer Tawar untuk tubuhkan satu task force untuk mengambil alih semua dewan itu?

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Timbalan Speaker ini telah diusahakan kepada di Pejabat Daerah telah dinasihat bahawa semua dewan-dewan hendak disemak yang mana boleh jadi pusat pemindahan akan diguna sebagai pusat pemindahan. Yang mana ada kekurangan akan diperbaiki untuk bersiap sediaan untuk menghadapi apa bencana. So, task force ini tak payah la sudah ada sekarang sedang buatlah.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Isu ini dewan-dewan ini yang ditimbul oleh Machang Bubuk ini bukan perkara baru. Dalam dua (2) penggal ini saya rasa kita serahkan kepada pejabat tanah supaya kenal pasti mana-mana dewan disalahgunakan ataupun digunakan untuk tujuan politik kemudian dewan-dewan ini diserahkan kepada JKKK sekarang kebanyakan saya rasa telah diserahkan kepada JKKK dan mungkin adalah dewan-dewan ini saya rasa kita belum kenal pasti. Saya rasa cadangan task force ini, perkara ini kita boleh selesaikan secara normal tak payah task force untuk perkara ini boleh diselesaikan dan saya rasa banyak sudah selesai sebab badan yang perlu kita perlu serahkan JKK. JKK sekarang so jadi isu ini bukan isu sangat besar.

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Telok Ayer Tawar please we are running short of time 7.00 o’clock sorry. We got three (3) more speakers to go.

Mustafa Kamal Bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih kepada semua yang memberi cadangan yang terbaik daripada YB. termasuk YB. Sungai Puyu, YB. Sungai Pinang dan YB. Machang Bubuk. Jadi kita juga sedang mencadangkan bahawa satu Program Kampung Warisan akan diadakan di Bagan Belat. Lebih dua (2) tahun yang lalu kita pernah memohon satu Program Pembangunan Kampung Warisan di Bagan Belat, Telok Ayer Tawar. Terdapat sebuah rumah warisan berusia lebih 100 tahun yang dipunyai oleh keluarga Tuan Haji Hashim bin Hitam ketika zaman hampir merdeka Tunku Abdul Rahman pernah singgah di rumah ini untuk mengadakan perbincangan dan mesyuarat. Pedagang Arab pada ketika itu bernama Sheikh Nasiruddin dan datang dari Baghdad. Beliau seorang pedagang kain sekitar tahun 1850 sehingga 1930. Rumah warisan ini diusahakan sebagai tempat tenunan kain pelikat benang emas dan mempunyai 10 orang pekerja pada ketika itu. Kalau hari ini mungkin 10,000 lah 1815, 10 orang pekerja.

Pada masa ketika itu kain-kain ini dijual di seluruh wilayah utara dengan naik basikal sahaja. Dia tak ada pengangkutan ketika itu. Dan hari ini satu penemuan baru kita jumpa di mana lima (5) pucuk surat yang masih kekal, elok, kekal elok yang pada tahun 1815 oleh pewaris yang ada di kawasan-kawasan Kampung Bagan Belat. Jadi mengikut sejarah ini pada ketika itu Bagan Belat ada hubungan dengan pihak British. Surat itu ditulis pada tahun 1815 dan masih elok dan kertas dia masih utuh, kuat. Maksudnya kertas dia cukup tahan, tebal dan sebagainya dan surat itu disimpan di Sekolah Menengah Kebangsaan Gemilang, Telok Ayer Tawar. Jadi Sekolah Menengah Seri Gemilang Telok Ayer Tawar ini depa mengambil inisiatif untuk menjadikan sebuah bilik darjah sebagai simpanan bahan-bahan sejarah mengenai Bagan Belat. Sebab itu saya katakan bahawa Telok Ayer Tawar boleh dijadikan sebagai destinasi pelancongan dengan pelbagai sejarah yang sedia ada. Dan pada ketika itu, pedagang kereta kuda Inggeris kerap kali akan berdagang antara Kepala Batas dan juga Bagan Belat dan singgah di situ sebagai pelabuhan yang utama pada ketika itu di Bagan Belat. Hari ini Bagan Belat menerima ancaman dengan kawasan itu dah cetek dan pada ketika itu jadi pelabuhan utama. Jadi pihak persatuan pelancongan, EXCO Pelancongan kita boleh bekerjasama dalam usaha kita nak menggali balik sejarah di Telok Ayer Tawar ini. Dan pecah bangunan itu juga menjadi satu sejarahlah di Telok Ayer Tawar sebab semua bangunan yang ada di Telok Ayer Tawar banyak yang telah dipecahkan oleh pihak tertentu. Dato’ Yang di-Pertua dari segi INFRA kita mohon Kerajaan Negeri melihat kembali pembangunan INFRA untuk kemudahan penduduk di kawasan ini. Lebih daripada 25 tahun wakil rakyat BN dahulu tidak dapat menyediakan kemudahan seperti pejabat pos, bank dan kemudahan klinik kesihatan yang moden bagi kemudahan penduduk Telok Ayer Tawar yang mana penduduk-penduduk Telok Ayer Tawar perlukan semua kemudahan ini termasuk klinik kesihatan yang moden dengan penduduknya mencecah hampir 30,000 orang kini. Jadi kita nak 25 tahun depa tak boleh buat kita boleh buat dalam masa lima (5) tahun. Insya-Allah saya minta sokongan dari pihak-pihak tertentu. Dato’ Yang di-Pertua, Telok Ayer Tawar juga tidak mengabaikan peranan untuk memajukan industri pelancongan di kawasan Pantai Robina. Pantai Robina satu ketika dulu memang menjadi tumpuan Tentera Australia untuk berehat dan mandi-manda di Pantai Robina. Pantai Robina ini diambil daripada singkatan nama sepasang suami isteri Ketua Turus Angkatan Tentera Australia 60 pada ketika 61 tahun lebih pada ketika itu yang bernama Robinson dan Anderson singkatan daripada nama itu maka hasilnya jadilah Robina dan kini dikenali sebagai Taman Robina. Dengan kerjasama pihak MPSP sekarang ini Pantai Robina akan kita majukan sebagai hub pelancongan utama Daerah SPU. Di Pantai Robina kita telah membina sebuah gelanggang futsal untuk golongan belia terdapat juga sebuah gym rakyat di sini. Dan gym rakyat ini saya minta kepada EXCO Belia supaya kita nak ambil alih sebab gym ini diserahkan tak digunakan dengan sebaik mungkin dan saya juga difahamkan berkarat nanti dalam tu. Peralatan-peralatan itu nanti berkarat jadi kita minta supaya EXCO Belia dan Sukan dapat beker-jasama dengan kita dan kita akan cuba untuk mengurus tadbirkan pusat gym itu, untuk memajukan pusat gym itu. Dan pada hari ini juga kita telah berusaha untuk menceriakan atau mencerahkan Pantai Robina sebab sebelum ini Pantai Robina ini dijadikan tempat maksiat, waktu malam tak dak lampu banyak pasan-gan-pasangan yang hadir di situ. Jadi bagi mengelakkan kita jugakan dosa jadi kita telah mengusahakan bersama dengan pihak MPSP dan juga TNB dan kita dah pasang lampu di situ mulai awal tahun ini. Dan sekarang ini penduduk di Pantai Robina yang berkeluarga bolehlah pergi beristirehat ataupun santai-santai di Pantai Robina pada waktu malam. Dan seperti mana yang saya katakan tadi kita perlukan tiga (3) ekar tanah. Dan kita telah buat permohonanlah untuk kepada Kerajaan Negeri di mana kita membina pusat equestrian dan juga theme park di kawasan Taman Robina supaya kita nak menggalakkan lagi industri pelancongan ini. Infra semua kita dah ada. Nak membina tu kita dah dapat pengusaha untuk membina dan satu ketika nanti siapa yang hendak menunggang kuda bolehlah pergi ke Taman Robina. Siapa yang hen-dak belajar memanah dengan menaiki kuda boleh pergi ke Taman Robina. Jadi ini harapan kita supaya Kerajaan Negeri dapat sama-sama membantu kita untuk menzahirkan satu lagi hab industri pelancongan di Seberang Perai. Dan seperti yang mana saya katakan tadi, program pertandingan memancing kita ga-lakkan semua industri apa dia, pertandingan memancing dengan hadiah yang agak lumayan yang kita akan adakan pada 12 haribulan ni dan kita juga akan mengadakan pertandingan futsal secara terbuka dan kita jemput semua peminat-peminat futsal ataupun uar-uarkan kepada anak-anak tempatan dan kita adakan futsal terbuka pada 12 haribulan ini juga sempena menyambut bulan kemerdekaan. Dan seminggu selepas itu pada 25 hari bulan kita juga akan menganjurkan konvoi bermotosikal yang lebih 150 orang untuk men-jelajah seluruh DUN Telok Ayer Tawar dan membagi ataupun memberi bendera bagi setiap rumah dan juga tempat-tempat perniagaan seperti kedai makan dan sebagainya untuk kita edarkan iaitu sempena menyam-but bulan kemerdekaan. Tuan Yang Di-Pertua, di samping itu juga kita juga sedang membina track joging. Track joging yang sedia ni memang sudah ada di Taman Robina. Track joging dan track cycling. Di tepi pantai di sepanjang lebih kurang tiga kilometer untuk nak menggalakkan kegiatan sihat yang di slogan pada 'Penang Sihat'

pada rakyatnya. Dan kita mencadangkan track ini harus dipertingkatkanlah. Okey. Di samping itu juga, kita juga mencadang di sepanjang Pantai Telok Molek kita akan membina jeti. Jeti itu kita nak jadikan jeti berkenu, ada jet ski dan di jeti itu juga kita ada bot pelancongan untuk kita nak bawa pelancong-pelancong atau penduduk tempatan ke Tanjung Tokong dan juga ke,. tengok burung. Iaitu kita ada ekosistem... Eco-tourism kita boleh laksanakan Eco-tourism di mana sepertimana dikatakan oleh YB. Satees tadi, Telok Ayer Tawar lah ni ada seekor burung di dalam dunia ni... dia singgah. Satu jenis burung bukan seekor burung, satu jenis burung dia singgah dua (2) tempat saja dalam dunia ini. Satu di Bangladesh tak silap saya dan satu lagi di Telok Ayer Tawar. Itu keistimewaan Telok Ayer Tawar.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Burung Bangla kot Yang Berhormat.

Mustafa Kamal Bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Jadi ini kita minta perhatian kepada EXCO Pelancongan mengambil perhatian. Yang ini kita lakukan. Di samping juga, kita juga ada kawasan pokok berembang...(gangguan).

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Minta laluan Yang Berhormat. Sebenarnya sebelum ini kita pun tidak tahu di Pulau Pinang ada begitu burung yang unik. Jadi saya memang akan mengambil berat tentang semua ini burung-burung ye. Kita pun membangunkan bird tourism.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Telok Ayer Tawar sudah ke?

Just a quick question. Saya nak tanya duit. Duit semua ambil dari mana ye? Nak buat macam-macam pembangunan saya pun tertarik juga.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Nanti YB. Penanti personally boleh jumpa dia sendiri. Terima kasih.

Dan hadiah RM40,000 untuk 12 haribulan ni pun saya risau juga nanti semua orang pergi tempat dia.

Mustafa Kamal Bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Okey YB. Macam ini. Kita kena pandai. Kita bukan curi. Tapi ini dapatkan sponsor. Misalnya pertandingan memancing ini kita lancarkan bersama Joran kan. Joran dulu kita tengok dalam majalah Metro dulu yang ada pertandingan memancing apa semua tu dan dia akan ditaja oleh Wakjali Entertaiment. Jadi mana kita lima duit tak keluar. Even a cent kita tak keluar. Cuma kita jimat duit rakyat. Kita bagi kawasan tempat kita majukan. Jadi, Alhamdulillah, pada peringkat awal kita dapat sambutan 753 pemancing. Kita mahu pada kali ini kita buka peringkat antarabangsa tau. Makna kita mengalakkan pemancing-pemancing daripada Thailand dan sebagainya. Kalau kita lihat di sini pemancing ini sebenarnya bukan nak hadiah itu. Tapi minat. Minat ini depa sanggup datang dari Sarawak. Berapa banyak perbelanjaan depa. Makan depa kena tanggung sendiri. Kita tak tanggung kerana depa minat. Tapi oleh kerana kita tidak berminat ke arah itu kita rasa membazir. Okey YB. ? Kalau nak penaja cari saya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

YB. Telok Ayer Tawar, tolong ringkaskan.

Mustafa Kamal Bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Saya akan singkatkan. Tiada masalah. Memang saya nak singkatkan pun. Teks ucapan saya hilang. Data ucapan saya tadi. Nasib baik saya buat di sini saja.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Nasib baik hilang tadi.

Mustafa Kamal Bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Selaras dengan visi Tun dalam ucapan yang memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat dan menjadikan negeri ini lebih bersih, indah dan selesa didiami. Dan dia menjadi satu tarikan menjelang tahun 2019 saya juga mencadangkan, awal tadi saya dah cadangkan. Okey. Di samping itu, juga, Telok

Ayer Tawar juga tidak mengabaikan peranan bagi memajukan, saya dah baca dah tadi...(Dewan ketawa) Susah sebab teks ni buat di sini.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

YB. Semua sudah dah kot.

Mustafa Kamal Bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Dah. Dah. Sebab teks semua saya buat di sini. Okey. Telok Ayer Tawar juga tidak terlepas daripada masalah banjir. Masalah banjir. Yang ni penting. Masalah banjir. Dan kita telah mengenal pasti beberapa kawasan hotspot iaitu kawasan panas banjir dan antara kawasan yang kita kenalpasti ialah Taman Berlian. Taman Berlian ni kalau hujan sikit pun dah banjir. Dan kita dah dapat puncanya di mana terdapat ada satu parit yang besar tersumbat. Parit itu melalui kawasan TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia). Dan parit itu tidak diselengarakan mengikut jadual. Jadi inilah masalahnya. Jadi kita harap pihak-pihak tertentu dapat mengenalpasti parit itu. Kalau tidak dapat, mai jumpa saya, kita akan tunjukkan kawasan mana yang ber-lakunya pengaliran air yang tersumbat tadi. Dan satu lagi ialah di Bagan Lebai Tahir, macam tu juga. Pengaliran air tidak dapat dilakukan kerana laluan air ke TUDM telah ditutup dan kita tidak benarkan untuk nak membuka laluan itu. Jadi bila laluan itu tertutup air akan melimpah dan naik ke kawasan kampung. Dan kita juga, parit juga tidak dapat diseleng-garakan oleh JPS ataupun pihak tertentu disebabkan parit tersebut adalah tanah persendirian. Ini yang menjadi masalah kita sekarang ini. Bila tanah persendirian kita tidak dapat selenggarakan. Okey satu lagi, Tuan Yang di-Pertua, kita juga terdapat satu lagi masalah yang berlaku di Jalan Tengku Putera, Telok Ayer Tawar. Apabila hujan sikit sahaja rumah di kawasan ini akan sering dilanda banjir kilat. Ini disebabkan oleh parit TUDM. Dia tidak boleh mengalir air, air itu tidak boleh flow dengan baik. Jadi kita kena cuci dan bila tidak flow dengan baik, mesti ada masalah parit pada zaman dahulu di mana parit itu tidak seimbang pembinaannya. Makna sama rata sahaja, jadi air itu bertakung. Tidak boleh lalu. Dan ini juga dapat membiakkan nyamuk Aedes. Dan apa saya nak tekankan di sini, ialah bangunan. Ada sebuah bangunan tiga (3) tingkat di sini yang terbelengkalai. Bangunan tiga (3) tingkat yang terbelengkalai lebih daripada lima (5) tahun. Jadi hari ini setelah kita menang tengok bangunan tersebut dibuat balik. Dibina semula. Maksudnya dia ni balik. Jadi kita harap apa ini kan, bangunan itu dah terbiar lima (5) tahun tentulah dia punya pelan ni pun dah di... saya tidak tahu lah. Mungkin pelan dia tidak diluluskan lagilah kan. Tapi sekarang ini dibina semula dan kita mengharapkan oleh pihak yang berkaitan atau MPSP kita nak tahulah. Macam mana bangunan ini, boleh dibina balik dan kita nak tahu sistem perparitan itu macam mana. Kalau sistem perparitan itu, dia boleh menjejaskan laluan air dia masuk ke dalam parit yang saya nyatakan tadi mungkin hujan sedikit pun akan menjadi banjir yang lebih besar di kawasan Tengku Putera tadilah, di kawasan Tengku Putera tadi. Jadi kita harap pihak tertentu supaya mengambil perhatian bagaimana bangunan itu boleh, bukan dibina semula, diubahsuai balik dalam keadaan ini. Tuan yang di-Pertua, apa yang telah saya bangkitkan dalam ucapan tadi adalah merupakan antara intipati utama dalam Ucapan Perasmian Tun dalam Dewan yang mulia ini, iaitu memakmurkan negeri, men-sejahterakan rakyat. Jadi Tuan Timbalan, Tuan Yang di-Pertua saya dengan ini menyokong ucapan Yang di-Pertua Negeri. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Telok Ayer Tawar. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Pulau Betong.

Haji Mohd Tuah Bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Assalammualaikum W.B.T. Dan selamat sejahtera. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk petang ini bersama-sama mengambil bahagian dalam Mesyuarat Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-14. Dengan ini juga saya mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Padang Kota yang telah dilantik sebagai Ketua Menteri dan semua barisan EXCO Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pakatan Harapan yang telah berjaya mengekalkan pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Harapan bermulanya PRU-12 (2008) kemudian PRU-13 (2013) dan kini PRU-14 iaitu pada 2018. Sesungguhnya, saya nak ambil ucap selamat kepada semua khususnya di kawasan saya ADUN Pulau Betong, yang mana telah pengundi sendiri atau rakyat di Pulau Betong telah berani membuat perubahan untuk memilih kerajaan yang baharu Pakatan Harapan iaitu sebagai Kerajaan Negeri kemudian telah dinobatkan pula iaitu Kerajaan Persekutuan juga di bawah Pakatan Harapan. Ini adalah hasil daripada performance ataupun prestasi Kerajaan Negeri selama dua (2) penggal yang mana semua kita maklumi bahawa Kerajaan Negeri di kaca mata rakyat Pulau Pinang sendiri telah menikmati bahawa satu kerajaan kebajikan dan juga satu negeri keusahawanan yang mana telah dibuktikan dengan pelbagai sumbangan Kerajaan Negeri. Inilah dua (2) penggal setelah kita belum lagi memegang Kerajaan Pusat yang mana Kerajaan Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat telah dapat

memimpin Pulau Pinang yang mana kita semua memahami bahawa Pulau Pinang tidak ada minyak, Pulau Pinang tidak ada gas, Pulau Pinang tidak ada balak tetapi kebajikan rakyat telah sama-sama rakyat Pulau Pinang dapat menikmati. Contohnya, disebut sebagai Kerajaan Pulau Pinang itu disebut sebagai Kerajan DAP tetapi apa yang sama-sama kita maklumi, para penghafaz Al-Quran Kerajaan DAP inilah yang telah memberi sumbangan RM500 setahun kepada rakyat di Pulau Pinang. Kemudian, kita pula mendengar anak yang baru lahir Kerajaan Negeri Pulau Pinang lah yang kita dengar telah menyumbang ataupun memberi penghargaan sebanyak RM200. Sekiranya satu pasangan itu mendapat anak kembar diberi pula RM200, bermakna RM400. Ini ada di Pulau Pinang. Begitu juga kebajikan untuk pelajar yang tersebut, darjah satu, darjah empat, tingkatan satu, tingkatan empat juga berlaku di Pulau Pinang. Begitu juga pada awalnya 2009 iaitu penghargaan warga emas bagi mereka yang berusia 60 tahun, semua kita faham warga emas diberi penghargaan walaupun dia pencen Guru Besar. Walaupun dia pencen Jurutera. Tetapi sebagai penghargaan daripada Kerajaan Negeri sumbangan ini telah diberikan kepada warga emas. Inilah satu Kerajaan prihatin yang disebut sebagai oleh rakyat sebagai Kerajaan berkebajikan dan rakyat menikmati sampai sehingga kini. Dan sehingga kini bila kita berhadapan dengan PRU yang ke-14, pada 9 Mei yang lalu, rakyat di Pulau Pinang telah buat suatu perubahan dan mengekalkan Pulau Pinang sebagai Kerajan Pakatan Harapan sekaligus saya nak sebut di Balik Pulau belum ada rekod lagi 4-0 merupakan satu perubahan berani daripada rakyat buat suatu perubahan hasil daripada prestasi Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini kebajikannya inilah yang rakyat yakin dengan Kerajaan Pakatan Harapan. InshaAllah akan bawa perubahan sekaligus di peringkat Pusat juga kita juga dapat dinobatkan sebagai Kerajaan Pakatan Harapan, mudah mudahan saya mengharapkan kita semua di sini untuk menjaga prestasi ini dengan kita mengekalkan apa yang dibawa oleh Kerajaan Pulau Pinang sebagai CAT itu supaya sama-sama kita amalkan untuk kita kekalkan dan apabila kita berhadapan dengan pilihan raya yang ke-15, Insha-Allah kita juga akan diberi mandat oleh rakyat kerana rakyat sekarang bukan macam rakyat dahulu mereka dapat menilai, mereka dapat melihat iaitu apakah performance kerajaan benar-benar untuk membantu rakyat. Tuan Yang Dipertua Speaker Dewan Undangan Negeri, saya mewakili Pulau Betong hari ini kita ada dua lagi wakil akan bahas. Insha-Allah, saya akan cuba untuk ringkaskan dan terus kepada apa yang berlaku di kawasan. Di kawasan Pulau Betong yang mana yang Insha-Allah saya akan bawa iaitu harapan rakyat untuk lebih kepada di Pulau Betong. Di Pulau Betong, dari segi geografinya kita ada sawah, kita ada juga pengkalan jeti-jeti untuk nelayan, kita ada pokok durian. Inilah dia antara yang ada di Pulau Betong dan kawasan Pulau Betong ini ada bukit suatu yang saya nak menarik perhatian ialah di Pulau Betong ini kita cuba untuk nak menarik pelancong supaya berminat untuk datang ke Pulau Betong kebetulan Ahli Parlimen di Pulau Betong di Balik Pulau ialah Timbalan kepada Menteri Pelancongan, Kesenian dan juga budaya dan Insha-Allah, kita akan cuba bawa angkat Pulau Betong ini supaya menjadi tarikan pelancong. Untuk makluman di Pulau Betong ada kawasan berbukit, Kawasan berbukit yang bernama Bukit Genting. Jadi selepas saya dikunjungi oleh anak muda yang dikenali sebagai Kelab Paragliding Mutiara iaitu kelab payung terjun. Depa melihat bahawa ada satu kawasan Bukit Genting itu sesuai untuk tempat payung terjun sekitar jarak Bukit Genting ke kawasan pamah Kampung Genting sekitar 900 meter sesuai untuk payung terjun. Ini diantara apa yang saya nak sambut seruan anak muda supaya satu sukan para-gliding untuk terjun Bukit Genting ke Kampung Genting di Pulau Betong ini sebagai satu daya tarikan, saya nak mohon kepada ADUN Paya Terubong dari pelancongan dan juga adun Bagan Jermal Exco Sukan untuk kita melihat Kelab Paragliding Mutiara ini semakin menjadi tarikan pelancong dan inshaAllah bakal menjelang sekitar 31 Ogos, paragliding ini akan terjun daripada Bukit Genting ini. Satu tempat yang telah di kenal pasti dan telah pihak paragliding berhubung dengan pihak kawalan udara bahawa kawasan Genting ini adalah bebas daripada kawasan lalu lintas perhubungan udara. Dan juga dengan pihak kesela-matan sekurang- kurangnya sebagai satu daya tarikan di Pulau Betong dan sekaligus Pulau Pinang ada tempat paragliding terjun dan bawa Bendera Jalur Gemilang itu diantara menarik sekurangnya sebagai satu daya tarikan bagi pelancong dan juga Pulau Pinang di samping pelancong dapat datang ada makanan ada buah-buahan yang terdapat di Pulau Betong dapat dinikmati bersama-sama ini di antara yang saya nak bawa agenda anak muda di Pulau Betong iaitu nak jadikan sebagai Pulau Betong sebagai Pusat Sukan Paragliding iaitu terjun dari bukit ke paras tanah pamah 900 meter untuk sebagai satu tarikan daya pelan-cong. Itu yang pertama. Saya nak ringkaskan yang kedua, ialah dibangkitkan di peringkat rakyat Pulau Betong iaitu ucapan terima kasih berhubung dengan perkhidmatan Bas CAT bas percuma berlaku di Pekan Balik Pulau daripada Stesen Bas Rapid masuk ke Pondok Upeh sehingga ke Kompleks Sukan Balik Pulau saya diminta khusunya para parents ataupun ibu bapa yang banyak melibatkan anak-anak yang mengunakan transport CAT itu bas akan datang di Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh akan masuk ke Kompleks Sukan. Memandangkan berhenti di Kompleks Sukan dan berpatah balik ke Pekan Balik Pulau ada pihak pelajar terpaksa ambil satu bas lagi untuk ke Pulau Betong jadi saya mohon kepada Pihak Kerajaan Negeri yang telah memberi sponsor iaitu bas perkhidmatan percuma ini supaya bas di Kawasan Pulau Betong yang masuk ke Kompleks Sukan diteruskan perjalanan ke Pulau Betong supaya memudahkan para pelajar tak

payah turun bas, tukar bas terus naik bas yang sama dan sampai cepat ke rumah di Pulau Betong. Maknanya ini permintaan daripada rakyat Pulau Betong, parents dan juga pihak sekolah. Seterusnya, ialah saya akan bangkitkan ialah diantaranya ialah wakil juga penduduk di Pulau Betong minta mohon kalau pelancong ataupun mereka yang datang untuk cuti-cuti di Balik Pulau masalah juga dibangkitkan di Pekan Balik Pulau tidak ada tandas awam. Jadi biasanya kalau pelancong di Balik Pulau dia makan laksa juga kalau di Pulau Betong juga di sebelah Pulau itu kita ada Laksa Janggus. Jadi di Balik Pulau terkenal dengan keladi. Jadi orang Cina suka makan laksa Balik Pulau cari tandas tak ada. Jadi saya mohon supaya pihak yang berwajib untuk kita menyediakan tandas awam. Ini terpaksa kadang-kadang pelancong masuk kedai. Kadang-kadang setengah kedai dia tak izinkan pelancong masuk. Itu jadi kita nak mohon kepada pihak berwajib untuk sediakan satu tandas awam di kawasan Pekan Balik Pulau yang sekarang ini diterima pelbagai kunjungan yang mana supaya memudahkan pihak pelancong untuk menggunakan tandas awam. Dan seterusnya saya nak bangkit juga seperti yang para ADUN lain bangkit berhubung dengan selepas pilihan raya 9 Mei yang lalu, kita telah dikunjungi oleh semua sekolah di Pulau Betong masa yang sama saya ada 15 sekolah. Jadi kita ada sekolah dan pihak guru besar pihak guru telah mengunjungi pihak ADUN dan kita mengalu-alukan bahawa untuk bersama dalam program di sekolah, Program Hari Anugerah, Hari Kokurikulum dan sebagainya maklumlah bila kita pi ke sekolah, pelbagai aduan telah kita terima. Dan saya sambut baik peranan ADUN Perai yang mana telah akan mewujudkan tabung khas untuk institusi pendidikan kita hadapi sama masalah ini. Biasa satu sekolah saya menghadiri hari anugerah sorang datuk dia maklum kat saya ada cucu dari sekolah, tanya tok wan ada tak doa boleh tahan kencing? Tokwan dia tanya pasal apa? Dia pi sekolah tak mau kencing, balik nak kencing sebab ada 10 tandas, dua (2) saja tandas boleh guna lapan (8) lagi tak boleh, ini masalah infra. Jadi. saya mengharapkan supaya apa yang disarankan oleh EXCO Perai dia nak wujudkan tabung ini. Inilah diantaranya kita boleh membantu Sekolah Kebangsaan khusunya masalah aircond tak berfungsi, masalah tandas dan sebagainya. Inilah harapan. dan kita semua ADUN telah mengetahui bahawa peruntukan yang terhad ini dan kita akan bantu. Harapan kita akan bantu. Sebab harapan rakyat, supaya nak melihat sekolah institusi pendidikan diberi tempat dan dipandang oleh Kerajaaan Negeri yang prihatin ini supaya dapat kita bantu. Jadi sama-sama saya menyam-but seruan untuk kita bersama dengan ADUN Perai dan juga EXCO Pendidikan untuk kita bentuk tabung ini sekurang-kurangnya sedikit sebanyak dapat membantu iaitu berhubung dengan infrastruktur di sekolah-sekolah yang menghadapi masalah ini. Saya juga menyambut baik saranan Tuan Yang Terutama Tun berhubung dengan masyarakat di Pulau Pinang yang harmoni dan di KADUN Pulau Betong kita berusaha untuk mengharmonikan masyarakat. Untuk makluman, dua (2) penggal saya telah berusaha untuk mengurangi gejala sosial di antaranya pendekatan ialah golongan anak muda yang mana yang diambang perkahwinan. Dia ada duit, tak ada duit dia, dia bertunang tapi terpaksa tangguh perkahwinan kerana masalah dengan ekonomi. Jadi kita di KADUN Pulau Betong saya mengadakan majlis perkahwinan beramai-ramai untuk khususnya kaum melayu, saya telah adakan dua (2) kali dengan mengenakan setiap pasangan pada tahun 2014, setiap pasang RM1,000. Tapi kita berjaya mengumpulkan 10 pasang pengantin dan kita aturkan majlis perkahwinan dan menjimatkan mereka. Ini diantara cara untuk kita mengurangkan gejala sosial dan kita dapat himpunkan masyarakat. Kita tak kena syarat. Samaada berbagai parti boleh menyertai perkahwinan beramai-ramai. Kemudian pada tahun 2017, kita menerima penyertaan 18 pasang pengantin yang mana kita berjaya himpunkan family, parents seramai 10,000 orang dalam majlis tersebut. Ini di antara cara untuk kita bersama mendampingi masyarakat dan saya terima kasih banyak kepada Kerajaan Negeri di bawah EXCO Perhubungan Masyarakat masa itu telah menyumbang untuk memudahkan urusan kenduri dengan kita melibatkan semua JKKK secara gotong-royong untuk membantu majlis perkahwinan. Begitu juga dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang di bawah Jawatankuasa Kebajikannya membantu untuk menguruskan pasangan yang banyak ini untuk memudahkan mereka berkahwin dan Insha-Allah apa yang saya nampak saranan daripada Yang Terutama Tun untuk mengharmonikan masyarakat ini saya berusaha. Itu adalah pengalaman untuk pasangan melayu yang kita kahwinkan. Saya berbincang dengan ADUN-ADUN yang khususnya ADUN daripada kaum india iatu YB. daripada Batu Uban untuk kita cuba bawa pengantin Melayu, India dan Cina kita cuba sekalikan supaya kita boleh mengurangkan penggunaan wang yang banyak dalam pengurusan ekonomi mereka. Dan kita juga akan tahu bahawa ada juga masyarakat India yang tak ada duit tapi nak kahwin jadi kita bantu supaya inilah saya nak kenalkan supaya untuk harapkan Pulau Pinang adalah negeri yang pertama kita boleh cantumkan masyarakat Melayu, Cina dan juga India dalam satu majlis perkahwinan inilah lebih nampak harmoni apa yang disebut oleh di luar sana, kita lah negeri yang tidak boleh hidup dengan aman. Tetapi inilah di antara yang akan kita buktikan mudah-mudahan InshaAllah saya mengharapkan pilihanraya yang ke-15, kita akan masuk dalam keadaan yang lebih bergaya dan masyarakat yakin dengan kita. Kita buktikan dengan perlaksanaan. Inilah salah satu contoh negeri yang boleh bawa perpaduan dalam rakyat yang berbilang kaum.

Seterusnya ialah apa yang saya nak bangkitkan ialah tentang masalah kebersihan. TYT. juga menyebut Pulau Pinang dulunya disebut sebagai negeri yang tak bersih. Tapi hari ini Pulau Pinang bersih. Kita ada slogan "Penang Cleaner Greener Penang" dan kita juga telah dididik oleh Kerajaan Negeri bagaimana untuk nak bentuk negeri kita supaya bersih. Saya terbaca dalam Buletin Mutiara dua (2) bulan yang lalu satu program yang disebut sebagai plogging ada orang Balik Pulau tanya apa dia plogging? Saya dapat lihat dalam Buletin Mutiara disebut plogging ini ialah berjogging pagi-pagi sambil kutip sampah. Jadi saya jadikan agenda ini dalam ADUN Pulau Betong terutama saya panggil semua JKKK untuk kita turut serta dalam plogging melibatkan semua JKKK mengadakan plogging. Dua JKKK telah berjaya adakan plogging. Saya tertarik dengan Ketua Menteri sendiri yang telah turun ke padang dalam program plogging itu. Dan kadang-kadang bahasa plogging ini memang khususnya JKKK dia tak faham tapi bila dapat penjelasan dalam Buletin Mutiara plogging ini ialah kutip sampah dalam waktu pagi kita guna begitu. Jadi dua (2) program yang telah kita laksanakan untuk saya kongsi bersama iaitu di Sungai Titi Teras. Kita angkat kembali slogan "Cintai Sungai Kita". Ini diantara yang sebut perkara yang banjir di antara sungai kadang-kadang sangkut dengan bahan-bahan buluh, peti ais pun ada dalam sungai, TV pun ada dalam sungai. Jadi kita berpakat dengan JKKK kita ada peruntukan Kerajaan Negeri P1603 kita diperuntukan untuk sedikit penyediaan makanan dan kita bersama dengan Ahli Majlis dengan penyediaan peralatan daripada Majlis Bandaraya untuk sama-sama kita selesaikan. So, kita faham setelah dibentangkan oleh EXCO Bahagian Kerajaan Tempatan tentang kekangan tenaga kerja ini. Jadi kita bersama dengan masyarakat kita mendidik masyarakat supaya sungai ini kita jaga adalah milik kita bersama dan saya telah akui bahawa pada 22 Julai yang lalu kita telah berjaya turun sungai dan sama-sama bergotong royong cuci sungai dan ini berjaya. Dan pada 29 hari bulan tujuh, plogging daripada Kuala Pulau Betong ke Pantai Pasir Panjang kita dapat berjaya himpunkan botol-botol plastik dan juga alat-alat plastik dan sebagainya yang sisa yang terbuang sebanyak 248 kilogram. Dan berjaya kita kutip ini di antara yang kita bersama untuk didik masyarakat Pulau Pinang supaya inilah budaya yang kita harapkan untuk kita terus bersama dan gotong royong ini perlu kita gerakkan demi untuk menjaga Pulau Pinang dan di kaca mata masyarakat dan juga di seluruh Malaysia akan nampak bahawa Pulau Pinang bersih dengan rakyatnya sendiri ambil bahagian untuk perkara kebersihan ini. Seterusnya ialah berhubung dengan isu perumahan. Saya juga telah bertanya YB. Datok Keramat berhubung dengan perumahan PPR, Projek Perumahan Rakyat yang berlaku hanya di kawasan Timur Laut yang saya dapat jawapan bertulis dan juga di sebelah seberang. Tapi di Barat Daya dalam perancangan yang tidak tahu lagi bila akan dilaksanakan jadi saya mengharapkan supaya kita ada program AES disebutkan juga boleh untuk kita bantu rakyat termiskin kita ada Jawatankuasa Kemiskinan di peringkat daerah. Jadi di peringkat Barat Daya saya nak mengesyorkan bahawa kita memang tanah terhad. Kita ada peruntukan daripada pembangunan desa. Kita ada peruntukan daripada Zakat Pulau Pinang cuma ada masalah kekangan tanah. Jadi saya mengharapkan supaya tanah-tanah lot TOL ini diberi keutamaan kepada golongan miskin selepas kita bincang dalam Jawatankuasa Kemiskinan ataupun golongan yang disebut sebagai golongan asnaf yang berhak untuk menerima sumbangan ini supaya diberi keutamaan tanah tol kepada golongan ini kerana peruntukkan untuk rumah baru bagi pembagunan desa sekitar RM42,000 adalah di antara jalan yang mudah untuk kita membantu golongan miskin kerana kita ke arah untuk mengurangkan kemiskinan. Miskin akan ada tetapi kita akan reduce…(dengan izin) angka kemiski-nan ini. Ataupun saya nak cadangkan kepada pihak yang berwajib untuk rumah yang low cost yang tidak ada yang mereka yang tersenarai untuk membeli rumah tersebut tetapi masalah pinjaman yang kita bincang tadi boleh juga saya menyarankan supaya peruntukan ini kita beri rumah low cost ini kepada golongan asnaf. Inilah di antara yang untuk kita mempercepatkan cara untuk kita membantu golongan miskin ataupun golongan asnaf. Seterusnya ialah berhubung dengan masalah nelayan. Sama juga dengan Sungai Acheh dan juga ada dibangkitkan berhubung dengan isu pukat tunda. Saya sendiri diminta oleh nelayan di Pulau Bentong untuk melihat sendiri bot pukat tunda yang mana beroperasi di persisiran pantai yang sekitar 5 batu nortika. Cuma hari itu saya tak sempat kerana petang dah. Sebab biasanya nelayan akan turun pada jam 7.00 malam. Jadi saya minta InshaAllah saya bersedia dia akan bawa saya sendiri di lautan untuk melihat bagaimana operasinya, aktivitinya nelayan pukat tunda ini di perairan Pulau Betong berlaku. Walaupun kita tengok dikenakan pelbagai penguatkuasan tetapi masih berlaku iaitu pencerobohan oleh pukat tunda ini. Saya dulu tak faham apa itu pukat tunda, apa dia pukat Apollo. Pukat Apollo ini dua (2) bot dia pukat untuk habis semua segala hasil lautan ditarik oleh pukat Apollo. Pukat Apollo menggunakan dua (2) bot. Pukat tunda juga adalah satu juga aktiviti yang boleh menarik ertinya hasil laut yang menyebabkan nelayan-nelayan kecil ini akan tak dapat apa-apa hasil. Kesian kita kadang-kadang di dewan ini tak dapat rasai apa yang nelayan rasa. Balik bubuh minyak balik tak ada apa. Memang tak ada sungguh. Nak dapat ikan seekor pun payah. Hasil daripada pencerobohan nelayan pukat tunda. Jadi, kita minta sangatlah supaya pihak agensi-agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia. Kadang-kadang bila pukat tunda datang kita buat laporan. Ini makluman daripada nelayan seolah-olah macam pukat tunda ini tahu dia berbau macam mana Pengutkuasaan Maritim datang. Akhirnya nelayan sendiri yang terpaksa seperti yang disebut oleh Sungai Acheh, pergi untuk dia pakai ayat apa ligan? Ligan dia buru, buru untuk depa meninggalkan kawasan itu.

Kena buat macam itu. Saya sendiri berjumpa dengan Ketua Unit Nelayan di Pulau Betong. Kadang-kadang kita tak biasa dengan gaya hidup nelayan. Kita kena pergi bersembang dengan depa 1 jam lebih baru kita tahu bagaimana apa yang disebut pukat tunda, apa yang disebut pukat Apollo baru kita dapat memahami. Dan bagaimana rasanya. Jadi bagaimana tangkapan balik tak dapat apa. Jadi yang itu yang menghantui jiwa kita. Bila kita jumpa nelayan macam mana tak selesai lagi masalah pukat tunda dan sebagainya. Jadi saya mengharapkan supaya masalah ini kita selesaikan secara serius walaupun dikenakan penguatkuasan dan sebagainya laporan jawapan bertulis telah diberikan oleh EXCO Pertanian. Jadi saya mengharapkan supaya kita benar-benar serius sebab yang inilah masalah ini lama. Dah bertukar kerajaan pun harapan mereka supaya Pakatan Harapan boleh selesaikan masalah ini. Jadi sama-sama kita mengharapkan begitu. Dan saya juga mewakili nelayan ucap banyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah menyumbang pukat dua (2) kali setahun. Yang ini diucap terima kasih. Memang melapangkan kami. Bagus. Dan kami mengharapkan supaya ini di antara kami harap sangat supaya Kerajaan Negeri meneruskan ertinya kebajikan ini. Inilah suara daripada akar umbi yang kita terima berterima kasih banyak dengan Kerajaan Negeri. Cuma minta supaya pencerobohan daripada nelayan pukat tunda ini dapat diselesaikan. Seterusnya ialah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang. Jadi harapan saya supaya apa yang diharapkan sistem pengangkutan di Pulau Pinang dapat berjalan dengan lancar dan segala keseluruhannya adalah baik untuk kemajuan Negeri Pulau Pinang. Untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas oleh penduduk Pulau Pinang selain kita memendekkan perjalanan pergi dan balik. Berlaku tadi sahabat saya di Tambun juga minta supaya ada perjalanan daripada Pulau Pinang ke tanah besar dan kita harapkan supaya isu-isu yang dibangkitkan supaya dapat suatu pelan tindakan ini berjalan lancar dan seperti yang kita nam-pak bahawa Penang Bridge pertama dulu dibangkitkan masalah dan sebagainya tetapi di hari ini menjadi satu penghubungan yang utama dan saya mengharapkan supaya Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, Penang Master Plan Transport ini dapat Insha-Allah berjalan dengan baik dengan perbincangan kita dengan pembentangan Kerajaan Negeri supaya semua dapat buka minda dengan perbincangan bersama demi kebaikan rakyat untuk di Pulau Pinang. Akhir sekali ialah berhubung dengan isu banjir. Semua pihak kita bercakap isu banjir. Dan saya menyambut baik saranan YB. Tanjung Bunga iaitu berhubung dengan taskforce yang diwujudkan di SPS semasa ucapan tadi. Saya juga mengharapkan supaya, di KADUN Pulau Betong diwujudkan taskforce ini untuk menyelesaikan masalah banjir. Saya berhadapan dengan sendiri dengan pihak JPS, JKR, pihak Majlis Bandaraya. Kadang-kadang kalau kita jumpa JPS, JKR tak turun jadi kita harap supaya ada taskforce yang bersepadu untuk selesaikan masalah-masalah banjir. Dan kadang-kadang kita tengok, ada sistem saliran yang tidak dijaga dan saya nak sebut itulah jadual oleh pihak PBT supaya kita susun lebih teratur untuk saliran-saliran lama yang tidak berjalan lancar ini menyebabkan diantaranya kawasan dinaiki banjir dan sebagainya. Jadi saya mengharapkan kepada YB. Tanjung Bunga untuk melihat supaya di kawasan DUN Pulau Betong juga atau di daerah Barat Daya wujudnya taskforce untuk kita melihat secara serius permasalahan banjir ini dapat kita selesaikan bersama. Memang kita memahami bahawa kekangan kewangan memang banyak dan kita pun menerima di peringkat Barat Daya iaitu peruntukan untuk mem-baiki saliran dan sebagainya. Saya ucapkan terima kasih. Tapi taskforce ini adalah suatu tindakan yang bersepadu untuk kita dapat melihat bersama perkara ini dapat kita selesaikan iaitu berhubung dengan isu banjir. Jadi akhir kata, akhir kata saya mendoakan mudah-mudahan Pulau Pinang dilimpahkan rahmat. Hari ini kita berbincang dengan suatu etika yang baik Alhamdulillah. Walaupun kita dipaparkan dengan di Dewan Rakyat dengan pelbagai ucapan perkataan yang jelek dan kasar tetapi Alhamdulillah. Saya mendoakan kami diantaranya ada ADUN-ADUN baru dapat belajar, InshaAllah. Kita bersama juga dengan tiga (3) orang pembangkang dan bersama juga Insha-Allah untuk kita pastikan dewan ini berjalan dengan aman dan harmoni, dan Pulau Pinang, Insha-Allah dapat kita urus tadbir dengan baik dari semasa ke semasa. Jadi Yang Berhormat Timbalan Speaker, dengan ini saya mengakhiri perbahasan saya. Saya mohon menyokong ucapan perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri yang ke-14. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih YB. Pulau Betong. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Telok Bahang.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh. Salam sejahtera, salam hara-pan. Semoga dengan salam ini akan menambahbaikan Dewan ini. Terima kasih Dr. Speaker Dewan Un-dangan Negeri, Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Teluk Bahang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan teks, harapan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada petang ini.

Pertama saya ucap tahniah kepada Speaker. Kedua dan Timbalan Speaker, kepada Ketua Menteri dan semua ahli-ahli yang telah terlantik di Dewan ini. Dan saya juga ingin menarik perhatian ini tentang petikan daripada ucapan Tuan Yang Terutama seperti berikut. Pilihanraya Umum ke-14 telah melucutkan Pulau Pinang dengan title Negeri Pembangkang. Sebaliknya, Pulau Pinang telah bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan sebagai Kerajaan Pakatan Harapan. Kemenangan ini sebenarnya perlu diterjemahkan bahawa ianya akan menjadi sebagai segala urusan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dapat disenergikan lagi. Di bawah mahkota kata TYT. ini, saya nak sebut Pakatan Harapan telah pun menguasai Kerajaan Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan. Dalam PRU-14 ini kita tahu apa-bila kita menjadi kerajaan dan yang jadi kerajaan jadi pembangkang, ianya bagi sebagai seorang Islam, saya menyatakan kebenaran tentang Al-Quran di dalam surah Al-Imran, ayat ke-3 dan ayat ke-39 menyatakan bahawa ada orang yang akan diangkat oleh Allah dan yang akan diturunkan. Dan ada yang diberi kemuliaan dan diberi kehinaan. Dan dengan itu kita hari ini dewan ini kita lihat kita telah pun berjaya menjadi pembangkang dan daripada pembangkang menjadi kerajaan untuk melaksanakan apa yang kita buat. Kita tekun berjuang dengan kelas dan rakyat telah memberi sokongan kepada kita atas kesungguhan kita untuk membawa kemajuan Malaysia ini. Kebetulan pula kita hari ini buat kali pertama saya di Dewan ini dipilih mewakili daripada parti saya Bersatu yang diketuai oleh seorang yang agak lama 93 tahun jadi Perdana Menteri rekod dunia sekarang ini. Kita jadi dan dalam perbahasan sepanjang hari saya tengok Alhamdulillah kita punya wakil pembangkang daripada tiga Dewan Undangan Negeri banyak menyokong daripada membangkang. Tadi saya semawa elok-elok mai lah belah-belah Pakatan Harapan ini, ada banyak parti boleh pilih. Jadi saya nak pantun; Kalau padi katakan padi, Janganlah kami tertampi-tampi, Kalau sudi katakan sudi, Jangan kami ternanti-nanti." Pulau Pinang memang terkenal sebagai sebuah negeri ya negeri perdagangan. Sebelum Francis Light. Dan Alhamdulillah sekarang ini Kerajaan Pakatan yang telah dibuktikan dalam dua penggal ini telah menunjukkan kejayaan ini. Menjadikan Pulau Pinang negeri pelaburan ke-2 di Malaysia dengan mencatatkan angka 9.9 billion. Intergriti angka ini tidak boleh kita ubah. Ia satu satu sifat intergriti dia. Angka ini membenarkan bahawa kita di tempat ke-2 menjadikan negeri ini negeri mesra pelaburan. Tahniah kepada pemimpin-pemimpin kita sebelum ini. Dan di bawah ini rekod daripada 2017, ketika Ketua Menteri yang dulu, Lim Chong Eu memperkenalkan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri perdagangan, memperke-nalkan FTZ ataupun Free Trade Zon Area, beliau agak tidak popular masa itu. Kalau kita rujuk pada buku-buku sejarah, buku-buku tulisan kajian tentang Pulau Pinang, kerana semua FTZ ini sebahagian besar cukainya akan dibawa balik kepada Persekutuan. Kebetulan parti itu juga dulu adalah parti sebelumnya parti pembangkang. Kemudian dia cross ke Parti Kerajaan. Tapi akhirnya dia telah menunjukkan satu pres-tasi yang besar. Dengan mesra perdagangan ini kita telah membawa masuk sebahagian besar manusia ke sini. Menjadikan manusia itu kita terjemahkan kepada pendapatan negeri daripada cukai cukai Kerajaan Tempatan. Inilah yang menyebabkan Pulau Pinang ini terus bangun dan maju. Itulah keberanian pemimpin untuk membawa satu negeri ke dalam satu arena. Ini kita perlukan kepada pemimpin-pemimpin yang berani membawa negeri ini kepada arena yang lebih baik dan kita telah membawa pembangunan yang besar di sini termasuk kita telah bawa masuk Jho Low pun dari sini juga. Pulau Pinang. Peniaga yang datang ke sini adalah peniaga-peniaga yang terdiri daripada pelbagai standard. Daripada multinational company sehinggalah yang kandar berjualan daripada rumah ke rumah atau di pejabat-pejabat. Begitulah mesranya Pulau Pinang di dalam membina negeri ini. Dan kita faham bahawa dalam itulah saya dengar tadi banyak Ketua Menteri membentangkan tentang bagaimana Batu Kawan, proses kita nak menggalakkan syarikat-syarikat besar ini duduk di sini kita jual tanah. Jadi lama-lama jual saya pun takut juga tak ada apa-apa yang boleh dijual esok. Jadi syarikat-syarikat multinational yang ada di sini pula bukan dia duduk lama rekod. Sekian masa dia duduk dia pasti akan keluar. Jadi bagi proses penjualan ini kita tak kita tak tahu apakah implikasi? Adakah implikasi ini dikaji dan dilihat kesan kepada kita menjual tanah? Bolehkah kita mengambil pendekatan lain selain daripada menjual, pajakan list atau sebagainya itu dijadikan pendekatan negeri? Jadi saya rasa saya berucap ini tidak menyalahi sebab saya ini kali pertama kali jadi wakil rakyat jadi saya tak tahu mana satu kerja wakil rakyat…(gangguan).

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Ya, penjelasan.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Ya.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Memang semua tanah perindustrian diberi pajakan 60 tahun sahaja.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Terima Kasih. Y.A.B Ketua Menteri: Yang di Bayan Lepas ada yang sudah 40 tahun dekat-dekat dengan tamatnya pajakan tetapi biasanya akan dilanjutkan dengan premium yang akan dikenakan.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Terima kasih penjelasan. Tapi tadi sebab saya dengar ada banyak sangat jual-jual tanah, saya ingat jual banyak. Jadi saya tak tahu peranan wakil rakyat. Adakah dia tengok parit longkang? Ataupun dia bercakap tentang dasar di Dewan ini. Kadang-kadang kita kena hadir orang mati lagi banyak daripada mai di dewan. Hadir kenduri lagi banyak daripada ini. Jadi peranan seorang wakil rakyat ini terlalu banyak yang dipikulnya. Jadi kita harap bahawa apa itu supaya tanah-tanah ini kita pastikan kita boleh jaga supaya tidak dieksploitasikan oleh pedagang-pedagang luar jadi kita boleh jaga sebab kita tahu bahawa sistem pajakan ini akan memberi kita ruang lebih luas untuk kita manipulasikan dia punya nilai itu. Dan sama juga pada peniaga kecil dan penjaja yang menyewa gerai-gerai daripada kerajaan yang mana kerajaan telah memberi kemudahan kepada mereka mereka terdiri daripada 29,000 peniaga kecil dan penjaja di Pulau Pinang yang berdaftar. Ramai mereka. Mereka menyewa dan setengahnya menceroboh harta-harta kerajaan seperti yang kita bincang, sebelum-sebelum ini. Dan kita lihat bahawa pencerobohan ini semata-mata sebab mereka datang ke sini untuk mencari makan di sini kerana Pulau Pinang ini adalah tempat untuk mereka hidup dengan selesa dan dapat punca pendapatan. Tapi sebahagian daripada mereka yang datang sini itu, mereka telah dikenakan tindakan. Kalau boleh kita pastikan kerana sebab di kawasan Teluk Bahang ini adalah daerah yang juga terlibat banyak peniaga-peniaga di tepi jalan. Dan kalau boleh kita legalize, kita nak kita dia dihalalkan. Seperti mana yang berlaku di dekat Hospital GH Penang. Itu juga bahu jalan. Tapi dia telah dihalalkan di situ dengan kerajaan mengik-tirafkan sebagai kawasan menjaja. Kalau boleh kita pastikan lebih banyak tempat-tempat begini dan kita beri peluang kepada 39,000 penjaja dan peniaga kecil ini untuk mengambil bahagian di dalam ekonomi. Mereka juga adalah pengukuh dan pengimbang kepada kestabilan Pulau Pinang ini. Dari segi menyediakan kehendak dan keperluan rakyat dan juga pelancong datang ke Pulau Pinang.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Minta laluan.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Ya, sila.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Okey, saya bersetuju dengan apa Telok Bahang dalam isu ini. Sebab kadang-kadang kita tengok ada penjaja-penjaja yang walaupun dia tak ada lesen, dia akan diberi peruntukkan macam payung oleh FAMA, dan juga agensi-agensi lain pada peniaga-peniaga kecil ini. Perlukah kita di Pulau Pinang ini kita melihat keseluruhan Kerajaan Negeri, kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan ini, kita allocate depa kita legalize kan mereka ini himpun bersama dalam satu tempat. Adakah itu yang dimaksudkan oleh Telok Bahang?

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Terima kasih Sungai Acheh. Ya, memang kalau boleh kita cuba tempatkan mereka di satu tempat yang munasabah untuk berniaga. Ini dibuktikan kalau kita tengok sekarang ini di Rope Walk Butterworth ada satu kawasan penjaja di Rope Walk Butterworth ini yang telah dilegalize oleh maaf dihalalkan oleh MPSP. Mereka menguruskan sendiri. Kalau specialnya lagi mereka menguruskan sendiri tapak itu. Mereka pajak pada MPSP RM36,000 setahun. Dan mereka menyewa kepada peniaga-peniaga di situ seramai 300 peniaga lebih kurang. Dan ini mereka menguruskan tapak itu sendiri supaya tapak itu dijaga dan sampai setakat ini saya dapati, tidak ada satu complain daripada Majlis Perbandaran pada mereka ini. Malah mereka ini telah menubuhkan persatuan lain selain persatuan penjaja di situ mereka telah menubuhkan sebuah koperasi mereka. Di mana koperasi mereka ini telah berjaya memberi pinjaman mudah ataupun Skim Kredit Mikro di kalangan mereka. Bermodalkan RM50,000 pinjaman daripada Suruhanjaya Koperasi, mereka telah berjaya menghalau keluar 'along' peminjam lintah darat ini. Susah kita nak mencari 'along' di

situ. memang tak ada. Poster pun tak ada. Sebab mereka sediakan meja untuk 'along' bersaing dengan mereka. Mereka bagi pinjaman tanpa interest di mana mereka hanya caj pada kutipan bill collector yang mengutip itu. Setiap hari RM1.00. Kutipan harian. Pinjam RM2,000, 200 hari bayar. Boleh habis. Setiap hari bayaran itu bayar RM1.00 pada pengutip. Itu sahaja…(gangguan).

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Mohon laluan sedikit. Dr. Speaker, terdapat kesejangan kawasan yang legalize yang illegal boleh saya dapat penjelasan apa kekangan sebenarnya oleh peniaga kecil untuk dapat pengiktiraf secara legal? Sebab ada tempat yang legal ada tempat yang tak legal. So, apa kekangan sebenarnya yang berlaku? Terima kasih.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Saya rasa kekangan pada peniaga kecil ini adalah pentaksiran tempat yang dibuat oleh pihak Kerajaan Tempatan. Nombor 1 dan Kerajaan Tempatan lah mesti rasionalismekan tempat itu. Boleh ke berniaga atau tak boleh berniaga? Sebenarnya biasanya tempat perniagaan ini lebih difahami oleh orang peniaga. Sebab itu kalau peniaga urus peniaga dia lebih baik dari agensi yang mengurus peniaga. Kita tengok bagaimana Barisan Nasional apabila Pakatan menang mereka telah mencuri peniaga-peniaga kita buat di Kubang Menerong. Asalnya kita duduk di tapak ekspo, Seberang Jaya. Jadi semua pesta dan juga Karnival Usahawan dipindah ke dalam jauh ke pendalaman. Menyebabkan peniaga-peniaga di bawa sana mereka pun membelanjakan jutaan ringgit setiap tahun untuk majukan. Malah peniaga-peniaga ini hampir sedikit sahajalah yang mampu mereka stable didalam stabil di dalam perniagaan mereka. Sedangkan tapak di tapak ekspo ini adalah laluan utama Lebuh Raya Utara Selatan. Dari segi pasaran, dari segi pengiklanan kita telah menang di situ. Sepatutnya Kerajaan Negeri di bawah Portfolio Usahawan melihat supaya kembalikan balik peni-aga tadi. Peniaga ini telah dibawa ke dalam kawasan pendalaman dan diumpan dengan wang, seperti mana budaya sebelum ini dan mereka hidup dengan subsidi. Bukan sebab kemahiran. Mereka ditaja sampai ke packing barang. Bukan sebab kemahiran mereka. Jadi kalau boleh, kita sebagai kerajaan yang ada, kita bawa balik. Kita ada jutaan kenderaan yang melintasi situ. Sebagai bukti kita tengok di sebelah sana jalan kalau di Seberang Jaya itu di Tapak Ekspo ada Wakaf Seetee Aisah di sana ada Jeruk Pak Ali. Jeruk Pak Ali duduk di sana boleh bawa satu hari lebih kepada 20 bas pelancong. kerana ia satu pintu kedai. Kalau kita satu tapak ekspo, berapa banyak bas kita bawa? Ini kita penting kepada negeri ini mesti mesra dan tidak melihat multinational semata-mata. Kita kena lihat rakyat bawahan yang datang untuk mencari makan di sini. Jadi kita perlu untuk memajukan balik tempat-tempat yang potensi untuk mereka. Jadi di Ropewalk Bagan ini sekarang ini, mereka telah mencipta kejayaan mereka sendiri. Suruhanjaya Koperasi mengiktiraf mereka kolej ataupun Maktab Kerjasama Koperasi telah mengambil modal ini sebagai model sebagai modul sorry, modul dalam Kursus Latihan Koperasi sebab mereka adalah koperasi satu-satunya koperasi di Malaysia ini yang NPR dia zero, kosong. Tiada orang yang tidak bayar hutang. Hampir tak ada koperasi begitu. Saya tahu sebab saya penasihat koperasi itu. Jadi promosi lah. Oleh kerana ramai yang datang ke Penang ini, kita tengok, kita ada lambakan manusia yang per-lukan rumah. Tapi bukanlah rumah ini, satu keperluan semua orang nak beli. Sebab kita tengok kalau rekod German, Germany dia punya ownership home di Germany hanya 42%. Orang German tak suka beli rumah. Dia menyewa tak apa sebab dia akan suka berpindah. Dan dia tahu bila dia dewasa, anak dia juga akan belajar di lain, kerja di lain dan hidup di tempat lain. Kita, kalau kita ambil sebelah dia Polland, hampir 68% tapi dia punya pengangguran hampir 60%. German baru 3.2% kalau kita banding Penang, jauh la kita tertinggal dengan German ini. mungkin keperluan rumah ini untuk semata-mata kita jual, jadi saya rasa Kerajaan Negeri kena pastikan, bahawa kena banyakkan rumah sewa. 27,000 pintu Kerajaan Negeri tawarkan Rumah Mampu Milik ini kita pastikan bahawa rumah ini mesti disampaikan kepada mereka yang betul-betul perlu. Bukan macam dulu. Kerajaan dulu dia bubuh nama. Mula-mula adik beradik dia, kawan dia, parti dia kemudian baru jumpa orang yang perlu nama jadi kita pastikan benda ini tidak berlaku sekarang ini. Jadi kita perlukan kepada kepada kelebihan ini sebab di Pulau Pinang tidak ada orang tidur di bawah pokok, tiada orang yang tidur di bawah jambatan. Semua ada rumah. Sama ada sewa atau beli. Dan ada sebahagian dia menumpang di rumah keluarga. Mak di situ, anak menantu pun di situ. Jadi inilah pilihan supaya rumah-rumah ini kita beri. Di situ pulak ada kekangan mereka, untuk mereka membeli rumah gaji mereka tak membenarkan bank memberi pinjaman. Jadi ini penting pada kita, untuk kita kaji kita buat satu penilaian. Dalam memenuhi kehidupan ini juga di Pulau Pinang ini juga ada nelayan sebagai tempat mencari makan. Bukan semua nelayan ini orang Pulau Pinang. Ada yang datang kerja kilang di sini, berhenti kerja kilang jadi nelayan. Purata pendapatan nelayan di Pulau Pinang adalah RM1,500. Purata pendapatan. Mengikut kajian terakhir yang dibuat oleh SRS. Badan yang nak buat pulau kita untuk ganti tu. Mereka

hidup susah. Mereka tidak boleh meminjam untuk rumah. Mereka menumpang di tanah ataupun mereka menceroboh tanah-tanah daripada JPS. Mereka juga mengambil tanah-tanah kerajaan mereka tinggal di situ atau tanah-tanah syarikat yang tinggal. Kita bukan kata mereka jahat, tapi kehidupan mereka tidak cukup. Sebab itu kalau kalau boleh dalam dalam industri perikanan ini saya sekali lagi mengucapkan tahniah pada Kerajaan Pulau Pinang. Sebab kita duduk nombor satu dalam pengeluaran ikan laut di Pulau Pinang ini ternakan ikan laut. Ternakan ikan laut kita mencecah 1.114 juta bersamaan dengan 5.68 buah tan. Oh, sorry billion. Ini menunjukkan bahawa kita maju dalam perikanan. Apa salahnya kalau kita mener-oka untuk mengadakan ladang laut? Seperti mana FELDA ladang di darat, kita ladang di laut. Dengan R&D nya, Reseacrh And Development…(dengan izin) ditanggung oleh kerajaan dan pasaran juga dikaji oleh kerajaan. Peneroka ataupun penternak ikan ini mereka hanya operator di sana. Ini apa yang berlaku kepada FELDA. Menyebabkan orang FELDA ini dia kerja ladang. Tapi gaji dia tahun depan ini dah tahu pendapatan dia hujung tahun dia dah tahu. Nelayan kita ke laut tangkap ikan kita tengok semua gaduh. Pukat Apollo pukat tunda, gaduh dengan nelayan pantai. Saya di Teluk Bahang terlibat jugak nelayan. Saya tanya dengan nelayan-nelayan laut-laut dalam, atau nelayan pukat-pukat Apollo atau pukat tunda ini. Mereka juga tak ada ikan. Sebab itu mereka menceroboh. Kita tangkap ikan dunia merekodkan tiga kali ganda daripada pembiakan ikan. Makna kita tangkap cucu ikan. Sekarang kita tangkap cucu ikan. Dulu, kita boleh tengok TV orang angkat ikan, sebesar bas bawa balik ke Jepun. Sekarang nak dapat besar kereta pun tak ada. Menunjukkan ikan makin kurang di laut. Lebih baik Pulau Pinang meneroka awal. Kita ada pusat kajian kita. Boleh kita guna. Kita ada Pulau Sayak, kita ada Besut, pusat kajian aqua-culture kita. Kita pastikan kita menjadi keutamaan bukan di Malaysia, tapi kita jadi pengeluar ikan utama di Asean. Kita boleh capai sekiranya kita teroka ladang laut ini. Ini pasti akan membuatkan orang nelayan kita akan lebih terjamin masa depan dan mereka tidak akan membahayakan diri mereka ke laut. Mencari ikan entah di mana. Jadi inilah penting bagi kita untuk kita selesaikan masalah nelayan. Bertembung, bertempur di lautan atau nelayan pantai atau nelayan-nelayan pukat tunda dan apollo. Akhir sekali saya mengambil masa yang pendek ini, itulah Maghrib pun dah dekat, Bayan Lepas ini adalah sebagai pusat pelancongan di Telok Bahang ini sebagai pusat pelancongan Bayan Lepas adalah pusat penurunan pelancong dan pelancong sebahagian besarnya ke Telok Bahang. Tapi rekod yang ada di Telok Bahang ini, Taman Negara kita ada di sana. Kita ada Taman Rimba, Spice Garden, Escape, Entopia, Titi Kerawang, Pusat Astronomi, Kampung Nelayan dan rumah-rumah tradisi. Yang menjadi pusat kepada pelancong-pelancong singgah. Malangnya, rekod Taman Negara kita merakamkan hanya 132,000 pelancong yang datang ke sana. Sedangkan pelancong Pulau Pinang suku tahun pertama ini pun sudah sampai sejuta. Dan kita minta Kerajaan Negeri tingkatkan pelancong ke Telok Bahang. Bagaimana tingkat-kan? Kita selenggarakan Taman Negara. Sudah lima (5) tahun lebih Taman Negara ini tidak diselenggara. Jetinya patah. Dan operator-operator di situ berurusan tanpa lesen. Kita tak pernah peduli mereka, tak pernah lesenkan mereka latih mereka untuk dilesenkan. Kita perlu lesenkan mereka. Supaya mereka men-jadi pengusaha pelancong yang mampu membawa dunia ke situ. Jadi kita harap pelancongan ini boleh dibawa ke sana. Banyak pelancong diuruskan oleh mereka ini memang kumpulan tak berlesen ini menjadikan gangster-gangster tempat mereka bergantung. Jadi kalau tersilap…(gangguan).

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Yang Berhormat, saya minta sikit sahaja.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Ya.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Iaitu kata saya telah memohon peruntukan untuk membaiki fasiliti seperti di sana kerana pada dulu dia di bawah Kerajaan Pusat sekarang Kerajaan Pusat dan negeri adalah sama saya telah mohon. Saya sendiri juga ada turun padang untuk berbincang dengan mereka yang dibawa kapal di bawa bot-bot untuk mereka ke sana. Saya ingin bahawa kalau ADUN kawasan bantu sama saya untuk bincang pada mereka dan atas keselamatan. Saya hendak mereka ada manifesto. Kerana apa yang duduk di atas bot dan apa yang terjadi saya takut. So kalau boleh saya mohon iaitu kata kerjasama daripada ADUN kawasan supaya boleh kerja bersama saya, bincang dengan mereka untuk uruskan. Saya sedia untuk bantu bagi mereka lesen tetapi di sana juga saya minta mereka berdisplin sikit supaya bagi maklumat-maklumat penuh data-data jumlah berapa orang masuk supaya angka-angka 100,000 lebih orang memang begitu. Kerana kalau tak ada tak ada angka tak dapat kutip data.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Baik. Terima kasih Yang Berhormat atas sokongan ini. Saya berbangga dengan Pulau Pinang sebab cepat respon dalam semua hal. Betul. Sebenarnya untuk kita mudahkan saya telah pun mengarahkan dan mereka pun telah berjaya menubuh Persatuan Pengusaha Bot Pelancong. Jadi, senang kita berurusan dengan persatuan dan kita bekerjasama dengan pihak pentadbir Taman Negara. Dan satu lagi yang menjadi masalah kepada pelancongan ini, adalah lanun-lanun agensi ataupun mereka yang mengambil rasuah. Saya anggap sebagai rasuah. Agen-agen pelancongan daripada kereta sewa sehinggalah pemandu pelancong. Mereka menuntut sebahagian komisyen daripada pengusaha-pengusaha pelancongan di sana. Taman-taman pelancongan, kedai-kedai pelancongan sehingga mencecah kadang-kadang 50% tuntutan mereka. Kalau tidak mereka tidak akan membawa pelancong ke situ. Menyebabkan pelancong kita mendapat kualiti barang yang lebih rendah. Mereka dah bayar 50% kepada agen ini sama ada pemandu sampailah kepada agen. Jadi ini boleh dianggap sebagai rasuah. Dan perkara ini adalah bahaya kepada kita dan kualiti pelancongan kita akan menurun. Bagaimana kita nak buat ini, kita kena tingkatkan online marketing. Kita kena tingkatkan jualan secara langsung melalui online supaya mereka ini tidak disekat di jalan. Jadi kita kalu kita online pelancongan ini kita akan mampu untuk pengguna membeli terus ataupun berhubung terus dengan itu, dan boleh mereka mengarahkan kereta mereka, teksi mereka bawa mereka direct ke tempat itu. Tidak bergantung kepada agen-agen ini. Ini adalah bahaya kepada industri pelancongan di sana. Kalau boleh kita pastikan perkara ini boleh menjadi undang-undang. Dan semua ini…(gangguan).

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Minta laluan.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Ya.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Kan Yang Berhormat setuju bahawa online purchasing ini akan lebih menjimatkan tapi saya tadi sikit curious…(dengan izin) kadar komisyen yang disebutkan maksudnya tentang komisyen yang diminta oleh taxi driver atau pengusaha yang lain.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Sama ada taxi driver atau agen pelancongan kalau tidak mereka tak akan bawa kata di kedai kopi ka Escape ka mereka akan tuntut kepada kumpulan ini bayar mereka. Bukan bayar daripada pelancong. Daripada pengusaha. Jadi kalau kita jual kopi kita dah dia dah makan RM50.00 kita nak jual kopi itu berapa? Kita jual kopi yang murah la. Kita tipu pelancong. Kualiti pelancongan akan menurun. Hasil kita akan menurun. Jadi akan menyebabkan orang bercakap di luar sana Pulau Pinang depa penipu. Beli barang lain, dapat kualiti lain. Sebab kita kena bayar 50%

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

YB. minta maaf YB. Telok Bahang.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tolong cepatkan ucapan kamu kalau ada point-point yang lain. Sat lagi boleh bincang dengan YB. Tourism di luar. EXCO Tourism.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Semua ini berkenaan dengan duit jadi saya cadangkan di dewan yang mulia ini, bawa satu perancangan tentang trafik. Kita faham bahawa kita sedang berbincang tentang mengangkat sistem lalu lintas. Dalam sistem lalu lintas ini kita telah buat satu keputusan, bahawa pada 25 Mei 2017 lalu Dewan inilah Rang Undang-Undang Pinjaman Pulau Pinang iaitu bank dan sumber-sumber kewangan yang lain telah pun bersidang di sini untuk membuat dibentangkan disokong oleh majoriti oleh Dewan ini pada 2017. Air Itam ketika itu sebagai Ketua Menteri mengemukakan usul RUU tersebut, meminda (gangguan) sorry,sorry, sorry Air Putih. Yang telah memohon untuk pindaan ini. Supaya kita boleh meminjam dari luar. Kita tak boleh sebagai Kerajaan Negeri kita tak boleh meminjam dari luar kita meminda undang-undang ini RUU bukan 355 Penaga, 355 ini dia retorik sikit. Jadi kalau kita bincang ini adalah RUU ini untuk meminda supaya Kerajaan Negeri dapat sumber kewangan.

Kenapa Dewan ini bincang RUU tersebut Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang dianggarkan sebanyak RM4.7 billion? Kita tidak ada wang, jadi kita pinda untuk kita ada wang. Untuk kita pinjam daripada kerajaan kita tak ada duit sejumlah itu. Maka cadangan asal tebus guna tanah laut adalah untuk biayai kos pemajuan operasi PTPL ini. Apabila agensi-agensi birokarasi daripada persekutuan ini menghalang tambakan laut ini, kita telah membuat pindaan tadi. Kita telah bawa pindaan di sini. Dato Speaker dan Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri pertimbangkan untuk menerima tawaran pinjaman pelaburan asing dari China Exim Bank saya ingat daripada situ. Kalau tak silap daripada yang saya kutip data-data ini, dan pinjaman Negeri Pulau Pinang, bank dan sumber-sumber kewangan lain ini, ini 2017 yang diluluskan pada pertengahan tahun lepas di Dewan yang mulia ini, supaya memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri dengan persetujuan Kerajaan Persekutuan pada ketika itu, untuk meminjam RM4.7 bilion untuk Pelan Pengangkutan Awam ini. Saya bagi tahu di sini bahawa kita bermasalah dengan pinjaman perumahan. Kita bermasalah dengan pinjaman sekarang juga. Baru-baru ini ADUN kita yang juga Menteri Kewangan telah maklumkan bahawa duit di Kuala Lumpur pun tak ada dah. Satu trillion pinjaman dah lebih. Jadi mustahil lagi kita nak dapat pinjaman. Dan kita tak tau kita punya tambakan laut itu bila kita boleh mula. Dan bila pelan induk ini akan berjalan. Sekarang kita dibentangkan dengan pelan induk. Jadi ada beberapa pengajaran di sini. Pertama kita faham bahawa anggota Dewan inilah yang membuat undang-undang. Kita datang sini untuk membuat undang-undang. Dan kedua, undang-undang yang membolehkan Kerajaan Negeri ada kuasa untuk meminjam pinjaman asing kerana undang-undang itu wujud oleh kita, kita yang…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat, tolong ringkaskan YB. Telok Bahang, masa dah suntuk.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Kita yang wujud undang. Bukan undang-undang ini tak boleh diwujudkan….(gangguan).

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Mohon mencelah ya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Maaf ya, saya nak Telok Bahang untuk wrap it up. One minute.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Dan saya sepatutnya Dewan yang mulia ini tidak boleh dalih lagi seperti Kerajaan Pusat tak boleh biaya RM47 billion ini kerana hutang negara yang banyak sehingga 1 trillion lebih. Kalau ada kekangan perundangan ataupun kekangan kewangan patut dan ini bincang jalan keluar yang ada. Bukan berdalih kita tak ada duit. Dato' Speaker…(gangguan).

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Hutang itu dibuat oleh Barisan nasional, bukan Pakatan harapan.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Ya?

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Hutang negara dibuat oleh Barisan nasional bukan Pakatan harapan.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Ya betul. Jadi kita dah keluar dari masalah itu. Tapi masalah itu beban pada kita. (gangguan) kalau tiada perundangan yang membolehkan sebuah Bank Pembangunan Negeri ditubuhkan suatu RUU boleh dikemukakan untuk melepasi kekangan perundangan ini. Kalau Kerajaan Pusat kata tidak ada duit…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan dan akan bersambung semula pada jam pukul 8.00 malam

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Terima kasih. Dewan ditangguhkan pada jam 7.15 malam.

Dewan bersambung semula pada jam 8.00 malam.

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula, jadi sambungkan dengan Yang Berhormat Teluk Bahang. Ahli Yang Berhormat Teluk Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim): Terima kasih Yang di-Pertua Dato‘ Speaker, melihat kepada ucapan kekangan-kekangan kewangan yang saya sebut tadi maka di sini saya mencadangkan Kerajaan Negeri patut mempertimbangkan Penang Own State Bank atau apa-apa nama yang sesuai (dengan izin). Kalau tiada perundangan yang membole-hkan sebuah Bank Pembangunan Negeri ditubuhkan suatu RUU boleh dikemukakan untuk melepasi kekangan perundangan ini, kalau Kerajaan Pusat kata kita tak ada duit Penang Own State Bank ini boleh fasilitas memfasilitikan Projek Pelan Induk Pengangkutan ini kerana bank boleh terbitkan kredit tanpa kos. Dengan adanya Bank Pembangunan Negeri ini dengan projek sistem pengangkutan awam yang progresif memberi peluang untuk pendeposit melabur dengan membeli bon kerajaan yang lebih selamat apabila kita terbitkan nanti, untuk menubuhkan bank kita perlukan rizab tunai RM1 bilion sahaja kita punya reserve Negeri lebih daripada RM1 billion. Untuk menerbitkan RM47 billion itu Penang Own State Bank boleh meminjam atau kadar tawaran kadar tawaran antara bank yang berada di Malaysia ini iaitu platform antara bank-bank Komersial yang saling pinjam hutang reserved bank. Dato‘ Speaker apa yang ingin ditegaskan di sini penubuhan Penang Owned State Bank boleh ditubuhkan suatu RUU perlu dibentangkan dan diluluskan di Dewan yang mulia ini sebagaimana disebut sebelum ini RUU Pinjaman Negeri Pulau Pinang iaitu bank dan sumber-sumber kewangan lain 2017 diben-tangkan pada 27 Mei lepas lalu diluluskan di Dewan ini untuk tubuh Penang Owned State Bank juga perlu satu RUU dikemukakan di Dewan yang mulia ini, undang-undang bukan ciptaan Tuhan di sini undang-undang kita yang cipta, kita ada undang-undang Tuhan yang kita pakai kitab untuk kepercayaan kita jadi kita boleh tubuh dan kita boleh ubah undang-undang ini begitu juga wang wang Ringgit Malaysia ia akan ianya ada nilai kerana diikat oleh undang-undang dan tangan manusia yang kita buat di dalam Dewan.

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Mohon saya minta maaf Dato‘ Speaker mohon mencelah ye. Okey saya cuma hendak meminta penjelasan dari Yang Berhormat tadi Yang Berhormat telah membangkitkan isu mengenai Pembangunan Industri Pelancongan khususnya di Kawasan Teluk Bahang. Bagi saya, saya tahu bahawa salah satu faktor yang boleh menjaminkan Pembangunan Industri adalah dengan adanya fasiliti kemudahan terutamanya dengan adanya jalan-jalan yang sesuai dan kondusif untuk menampungi (dengan izin)…high heavy polymer traffic jadi di sini saya cuma nak…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat.

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Ya, okey soalan saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bukan soalan saya nak bagitau, Yang Berhormat kalau nak minta pencerahan biar sewaktu Yang Berhormat sedang ucap tajuk itu, tadi bila saya masuk Yang Berhormat Teluk Bahang sudah sampai kewangan, sudah bank tak ada pelancongan yang saya dengar pun tapi silalah tak apa kali ini boleh.

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Maaf, sebab tadi tadi saya nak celah tapi tak terdapat, maaf saya minta maaf jadi soalan saya cuma saya nak tanyalah Yang Berhormat sama ada Yang Berhormat setuju tak dengan adanya wujudnya Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang? Ahli Yang Berhormat Teluk Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim):

Ya, yang saya bincang tentang standard bank, bank ini adalah untuk menyelesaikan masalah pengangkutan ini tapi kalau kita nak angkut manusia dengan kenderaan lain pun boleh tak guna jalan tadi banyak kaedah kita boleh angkut tetapi kita sekarang timbul masalah tentang kekangan kewangan. Sekali lagi saya nak pentingkan ucapan Tuan Yang Terutama, Pilihan Raya Umum ke-14 telah melucutkan Pulau

Pinang dengan title Negeri Pembangkang sebaliknya Pulau Pinang telah bersama-sama dengan Kerajaan Persetuan sebagai Kerajaan Pakatan Harapan kemenangan ini sebenarnya perlu diterjemahkan bahawa ianya dapat menjadikan segala urusan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dapat di sinergikan. Sinergi ia patut kita kena sinergi di Dewan ini kepada Pakatan Harapan telah pun menguasai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dato‘ Speaker bentang RUU berkaitan tubuh bank pembangunan ini adalah sinergi kita di Dewan yang mulia ini saya mohon untuk perkara ini dipertimbangkan. Dengan itu saya mohon menyokong ucapan TYT.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Telok Bahang. Seterusnya saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Kebun Bunga. Sila.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Dato‘ Speaker, so saya adalah last, save the best for the last…(dengan izin). Dato‘ Speaker sememangnya saya memang menyokong ucapan perasmian TYT tapi untuk formality saya juga terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian juga dalam perbahasan Usul Ucapan Perasmian oleh TYT bagi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri yang ke-14. Dalam kesempatan ini, Dato‘ Speaker saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh pimpinan parti dan rakyat dalam memberi mandat dan peluang kepada saya untuk sekali lagi balik ke Dewan yang mulia ini untuk terus mewakili rakyat dan menyuarakan pelbagai isu dan agenda rakyat di kawasan Kebun Bunga dan Pulau Pinang. Dato‘ Speaker, suasana Persidangan Dewan tahun ini adalah berbeza kerana buat kali pertama dalam sejarah kita Kerajaan Persekutuan yang berlandaskan agenda reformasi telah dilahirkan ekoran daripada peristiwa pemecatan Dato‘ Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998. Majoriti rakyat telah memilih untuk mengakhiri satu pemerintahan oleh rejim yang telah memerintah Malaysia selama 60 tahun. Dalam keadaan ini, kita semua perlu menyesuaikan diri dalam menyambut pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru yang pasti dapat berkerjasama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dato‘ Speaker seperti bak kata, ‘‘ Zaman beralih musim bertukar“. Sekarang ini saya nak bahas tentang isu Pulau Pinang sebagai Silicon Valley of the East. Dato‘ Speaker, sejak tahun 1990-an, Pulau Pinang telah menikmati kedudukan Silicon Valley of the East yang kita semua kenali sebagai Bayan Lepas Free Industrial Zone. Namun demikian satu legasi yang hebat seperti Silicon Valley of the East di negeri kita tidak semestinya boleh menjamin kesinambungan (dengan izin)…continuity dan kemajuannya sekiranya kita tidak tahu mengurus, mengekal dan memperkembangkan keupayaan dan kelebihan di medan perkembangan teknologi dan industri yang begitu laju di antara negara-negara seperti Amerika Syarikat, China, India, Singapura, Vietnam, Korea dan Jepun. Dalam konteks ini dalam memastikan perkembangan dan kesinambungan kemajuan negeri Pulau Pinang sebagai Silicon Valley of The East kita mesti membuka jalan kepada evolusi yang baru menerusi Revolusi Industri 4.0 yang dikenali sebagai Industry 4.0 supaya kita boleh terus bersaing dan mampu (dengan izin)…move up the value chain dalam perkembangan industri teknologi (dengan izin)…data digit-isation, artificial intelligence, virtual reality dan industri pembuatan yang semakin pintar dan ke depan. Amat mustahak sekali kita juga perlu fokus pada research and development, design and build komponen-komponen yang bermutu tinggi supaya kita boleh move up the value chain. Dalam kata lain kita perlu fokus juga pada niche market products barulah pendapatan boleh bertambah dan meningkat sejajar dengan perkembangan ekonomi kita. Dato‘ Speaker, Industri 4.0 secara asasnya adalah berkaitan dengan konsep yang kini dikenali sebagai smart factory…(dengan izin) Dato Speaker, dalam modular struktur kilang-kilang pintar, sistem-sistem cyber physical dapat mengesan proses-proses fizikal dan lalu mewujudkan satu virtual copy daripada physical world dan membolehkan keputusan-keputusan decentralised boleh dibuat. Berkenaan dengan Internet of Things, sistem-sistem cyber physical boleh berkomunikasi dan bekerjasama dengan satu sama lain dengan manusia dalam real time…(dengan izin) secara dalaman (dengan izin)…internally dan secara keseluruhannya melintasi perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan dan dipergunakan oleh peserta-peserta value chain. Dato‘ Speaker, justeru itu Kerajaan Negeri perlu mengadakan pelbagai program dan rancangan untuk memastikan semua bakal jurutera dan juruteknik serta jurutera dan juruteknik sedia ada kita diberi peluang untuk menaiktaraf serta menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka yang selaras dengan (dengan izin)…Industry 4.0.

Antara perkara-perkara yang Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat bersama-sama boleh mengam-bil iktiar dan tindakan adalah seperti berikut; Pertama, memperkasa, memperluaskan peranan dan menaiktaraf Penang Skill Development Centre (PSDC) kepada sebuah Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi bertaraf Antarabangsa dalam penawaran kursus dan latihan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan selainnya kepada para anak-anak muda dan terutamanya jurutera dan juruteknik untuk pengajian ijazah di peringkat Master, PHD dan sebagainya. Kedua, pemberian biasiswa kepada Jurutera dan Juruteknik yang berkelayakan. Ketiga, menaja dan mengalakkan lebih banyak Program Exchange Programs untuk para pelajar yang mengambil kursus Engineering dengan negara-negara seperti Germany, Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan China. Keempat, menjemput dan mengupah lebih ramai pensyarah yang berkelayakan tinggi dari negara luar untuk mengajar di Universiti-Universiti kita. Kelima, mengadakan pelbagai program dan aktiviti dalam mengalakkan anak-anak muda kita mempelajari bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi. Dato‘ Speaker, sebelum Industri 4.0, manusia tidak boleh connect terus dengan teknologi dan melakukan pelbagai fungsi dalam masa yang sama di tempat-tempat yang berbeza. Mesin-mesin secara umumnya masih memerlukan kehadiran manusia untuk mengawal secara manual selain menghadapi pelbagai cabaran dan risiko. Dato‘ Speaker, Industri Revolusi 4.0 secara asasnya membolehkan manusia connect dan berkomunikasi secara langsung dengan teknologi dan data sama sekali. Sehingga hari ini Artificial intelligence, Virtual Reality, Internet of Things, Internet of People, smart home system dan autonomous driving vehicle adalah antara ciptaan ciptaan atau end result evolusi terkini yang kita perlu ambil iktibar supaya kira tidak ketinggalan zaman. Dato‘ Speaker, satu trend yang melambangkan sebuah negara yang maju dan kuat ialah dengan adanya taraf pendidikan antarabangsa. Sekarang ini saya akan beralih ke isu Projek Tebatan Banjir, Dato‘ Speaker saya sangat mengalu-alukan peruntukan RM150 juta yang baru diumumkan oleh Menteri Kewangan Yang Berhormat Lim Guan Eng yang juga merupakan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang untuk pelaksaan Projek Tembatan Banjir di Pulau Pinang. Saya percayai ekspektasi rakyat dalam memilih Kerajaan Pakatan Harapan secara langsung bererti mereka mempunyai keyakinan dengan kewibaan dan pentadbiran kedua-dua Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan. Di sini saya berharap dan menyeru supaya isu banjir di Negeri Pulau Pinang diselesaikan sekaligus dalam tempoh lima (5) tahun ini. Dato‘ Speaker, sekarang ini ada satu isu yang cukup penting dan isu ini telah lama berada di dalam hati dan otak saya sejak saya masih kecil, ini berkenaan kedudukan Free Port Negeri Pulau Pinang. Sejak penjajahan British, George Town adalah sebuah free port sehingga kedudukannya ditarik balik oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1969, ekoran daripada itu Pulau Pinang mulai mengalami krisis ekonomi dengan kehilangan perdagangan maritim yang mengakibatkan kadar pengganguran yang tinggi termasuk kehilangan bakat (dengan izin)…brain drain, brain drain sehingga pengenalan Bayan Lepas Free Industrial Zone yang berjaya memulihkan ekonomi Pulau Pinang. Menghadapi pelbagai cabaran dan trend ekonomi terkini terutamanya trade war di antara China dan Amerika Syarikat, Negeri Pulau Pinang (dengan izin) perlu reposition kedudukannya supaya kita dapat memperluas dan memperkasakannya daya saingan kita melalui pelabuhan sedia ada selain daripada Industri Pelancongan. Pulau Pinang terletak dalam lokasi cukup strategik di mana faktor ini telah lama diiktirafkan oleh Penjajah Bristish. Saya percayai bahawa zaman kegemilangan Pelabuhan Pulau Pinang boleh dipulihkan sekiranya status Free Port George Town diiktirafkan semula oleh Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan yang baru di mana Pelabuhan Pulau Pinang bukan sahaja berpontensi menjadi satu Pelabuhan Perdagangan Antarabangsa malahan ia juga boleh dijadikan Pelabuhan…(gangguan). Ahli Yang Berhormat Teluk Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim): Minta laluan.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Ya? Nak mencelah ka atau apa? Ahli Yang Berhormat Teluk Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim): Ya nak mencelah.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Nak mencelah? Okay.

Yang di-Pertua (Speaker)

Silakan.

Ahli Yang Berhormat Teluk Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim): Tuan Speaker tadi cakap tentang free port sedarkah kita bahawa hampir banyak barang-barang kita sekarang dah tak dikenakan cukai kecuali GST yang kita buang baru-baru ini ja, cukai jadi kalau kita buat free port adakah dia efektif untuk kita sekarang? Hampir semua barang-barang tidak dicukai dan cukai itu dikenakan di dalam Negeri semuanya. Sekian terima kasih.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Ya, terima kasih Yang Berhormat daripada Teluk Bahang, ya, memang saya difahamkan ada barangan yang tidak dikenakan cukai tapi juga ada banyak barang lagi dikenakan cukai lagi so walau bagaimanapun I rasa ini kedudukan free port perkara yang amat penting lah. So, tak apa nanti Yang Berhormat akan faham apabila saya habiskan bila habiskan bila saya habiskan ucapan okay sekarang balik ke sini. Okey, tadi I kata zaman kegemilangan Pelabuhan Pulau Pinang memang boleh dipulihkan sekiranya status Free Port George Town diiktirafkan semula oleh Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan yang baru di mana Pelabuhan Pulau Pinang bukan sahaja berpontensi menjadi satu Pelabuhan Perdagangan Antarabangsa malahan ia juga boleh dijadikan perubahan Pelabuhan yang menawarkan perkhidmatan seperti conventional cargo services, logistic services, container services, marine services dan sebagainya. Dato‘ Speaker, dalam pada itu sudah tiba masanya untuk Negeri Pulau Pinang terus mara ke depan dan saya mencadangkan supaya Kerajaan Pulau Pinang membuat kajian dan lalu membuat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menghidupkan semula kedudukan Free Port George Town, Pulau Pinang di mana ini sudah tentu akan mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada Negeri Pulau Pinang. (dengan izin) Dato‘ Speaker, It is time to give back to the Penang People’s the Free Port status, this is what belonged to the Penang People’s since 1969, so it’s timely is now. Dato‘ Speaker, dengan adanya status free port yang digabungkan dengan Silicon Valley of the East, Tapak Warisan UNESCO, Medical Tourism dan industri Perbankan, Insurans dan pelbagai servis sedia ada di Pulau Pinang maka Pulau Pinang akan bertambah maju dan makmur dalam masa yang akan datang. Berkenaan dengan Perumahan Awam, Dato‘ Speaker, isu Perumahan Awam telah lama menghantui Negeri Pulau Pinang. Di sebelah Pulau tanah yang semakin terhad dan mahal telah menjadi penghalang utama kepada Negeri Kerajaan Negeri dalam membina rumah Kos Rendah untuk golongan miskin. Dalam keadaan ini, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Pulau Pinang mempertimbangkan sama ada melalui penggubalan Enakmen, pembelian balik atau pengenalan satu skim pembelian balik rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat) di Pulau Pinang pada harga pasaran. Misalnya di Rumah Pangsa Padang Tembak terdapat banyak pemilik rumah PPR yang mampu membeli rumah dan tidak lagi miskin di mana mereka telah berpindah keluar dan lalu menyewakan unit mereka kepada orang lain. Dato‘ Speaker, skim pembelian semula rumah PPR ini membolehkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menambah atau (dengan izin)…replenish stok rumah PPR Projek Perumahan Rakyat di sebelah Pulau supaya unit-unit rumah pangsa yang dibeli semula tersebut boleh direnovasi dan lalu disewakan kepada golongan miskin. Ini bukan sahaja akan membantu Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjimatkan masa dan kos malahan dapat mempertingkatkan kecekapan Kerajaan Negeri dalam menangani kekurangan rumah PPR di Pulau Pinang. Selain itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak perlu bimbang dalam mencari dana untuk membelanjakan wang yang banyak dalam pembelian dan atau perolehan tanah untuk tujuan pem-binaan rumah PPR di sebelah Pulau. Dalam keadaan ini, saya mencadangkan supaya Kerajaan Pulau Pinang menubuh satu Jawatankuasa di bawah Jabatan Perumahan untuk tujuan pelaksanaan pembelian balik rumah PPR tersebut daripada mereka yang tidak lagi tergolong dalam ketegori kemiskinan dan telah memiliki rumah sendiri. Kriteria ini boleh dijadikan sebagai satu pengukur untuk pembelian balik wajib, compulsory buy back. Dato‘ Speaker, sekarang ini kita menghadapi satu isu yang hangat iaitu Penang Transport Master Plan yang juga merangkumi Penang Island Link. Dato‘ Speaker, di seluruh dunia tidak kira negara-negara yang maju atau negara-negara yang tengah membangun setiap negara perlu mempunyai satu Pelan Induk Pengangkutan ataupun (dengan izin)…Transport Master Plan mengikut georgrafi,demografi, keadaan lalu-lintas dan ekonomi yang tersendiri. Rancangan sedemikian adalah perlu untuk menjana kemajuan dan lalu menjamin kemakmuran serta jaringan sistem pengangkutan yang bersepadu untuk sesebuah negara. Dato‘ Speaker, baru-baru ini terdapat pelbagai kebimbangan yang telah dibangkitkan oleh rakyat Pulau Pinang yang tidak terhad kepada kawasan Kebun Bunga di mana salah satu komponen di bawah Penang Transport Master Plan (PTMP) iaitu Pan Island Link I akan melalui Taman Belia Majlis Bandaraya Pulau Pinang turut menarik perhatian dan kawasan-kawasan perumahan yang berkaitan seperti di Tanjong Bunga, Air Itam dan Paya Terubong. Banyak Badan Bukan Kerajaan dan persatuan-persatuan penduduk

telah menyuarakan pendapat dan kebimbangan mereka terutamanya mereka yang terkilan atau tersinggung perasaan dengan impak projek Penang Transport Master Plan. Dato‘ Speaker, tidak hairanlah apabila suatu projek dilaksanakan sudah tentu adanya impak sama ada dari segi alam sekitar, ekosistem, trafik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Walau bagaimanapun, setiap pelaksana projek hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Tempatan supaya impak boleh diminimakan. Dato‘ Speaker, sebagai sebuah Kerajaan yang berjiwa rakyat dan saya sebagai salah seorang wakil Kerajaan Pakatan Harapan percayai bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah prihatin dan bersedia mengambil kira semua pandangan, maklum balas, teguran dan kebimbangan rakyat. Antara kebimbangan dan pandangan utama yang diterima oleh saya setakat ini seperti berikut. Satu, landskap politik di Malaysia telah berubah, maka terowong yang dirancangkan pada awalnya adalah untuk memintas (dengan izin)…circumvent halangan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional pada ketika itu yang tidak akan membenarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil alih perkhidmatan Feri atau membina satu jambatan yang ketiga. Kedua, International Halcrow Consultancy dalam kajiannya mendapati bahawa trafik lintasan selat (dengan izin)…cross channel traffic adalah hanya 7% atas jumlah trafik pada waktu puncak di mana keadaan ini adalah tidak mendesak pada tahap ini dan mungkin hanya akan diperlukan pada tahun 2030. Ketiga, pada tahun 2016 Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan satu surat tawaran kepada SRS Konsortium dengan syarat nyata bahawa tidak ada pampasan akan dibayar sekiranya tidak ada kelulusan untuk projek tersebut. Keempat, Penang Transport Master Plan dipercayai bermiripkan PORR atau lebih dikenali sebagai Penang Outer Ring Road dalam bentuk lain yang menelan kos yang melampau tinggi iaitu RM46 bilion. Kos RM46 bilion dibahagikan dengan jumlah populasi Pulau Pinang kira-kira 1,750,000 penduduk adalah lebih kurang RM26,000 seorang. Berbanding dengan hasil Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu hanya lebih kurang RM100,000,000 setahun adalah tidak mencukupi untuk menanggung kos RM46 bilion dan akan memakan masa 46 tahun untuk melangsaikan kos tersebut. Komponen Penang Transport Master Plan mengenai tambakan laut (dengan izin)…reclamation yang merangkumi tiga (3) pulau yang melibatkan sebanyak 4,500 ekar bermiripkan projek (dengan izin)…Forest City di Johor yang kini telah menghadapi pelbagai masalah dan cabaran seperti (dengan izin)…over supply dan sebagainya. Sekiranya kos tambakan satu kaki persegi adalah RM200 maka jumlah kos tambakan untuk 4,500 ekar itu adalah kira-kira RM39,204,000,000 maka Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengambil masa 39 tahun untuk membayar kos RM39,204,000,000 tersebut andaikan hasil Kerajaan Negeri adalah konsisten pada RM1 bilion setiap tahun. Dato‘ Speaker, Negeri Pulau Pinang tidak memerlukan lebih banyak lebuhraya dan terowong dan atau Jambatan ketiga yang bukan sahaja akan mengalakkan lebih banyak penggunaan kenderaan dari Luar Negeri untuk memasuki Pulau Pinang memandangkan kita telah mempunyai tiga (3) penghubung (dengan izin)…three link we already have three link iaitu pertama Jambatan Pulau Pinang pertama, Jambatan Pulau Pinang kedua dan Perkhidmatan Feri. Kaedah (dengan izin) Dato‘ Speaker yang lebih berkesan dan murah untuk jangka masa yang panjang dalam menangani masalah kesesakan lalulintas di Pulau Pinang adalah melalui pengurangan penggunaan kenderaan di jalan raya, pemberian subsidi atau insentif pengangkutan awam kepada mereka yang layak, memperkenalkan…(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Mohon laluan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Nanti sebelum itu boleh bantu saya baca satu peraturan Mesyuarat?

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Boleh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh ya, muka surat 36, perkara nombor 5. Baca.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Seseorang itu, seseorang Ahli itu tidak boleh membaca ucapannya tetapi dia bolehlah membaca cabutan daripada risalah-risalah yang bertulis atau yang dicetak untuk menyokong hujah-hujahnya dan dia bolehlah menengok sekali sekala kepada catatan-catatannya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, Bagan Dalam telah pun menasihat kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat supaya nanti dalam perbahasan kalau bolehlah seboleh-bolehnya janganlah cuma membaca. Saya pun minta Bagan Dalam bantu saya sampaikan mesej sahaja. Sila Bagan Dalam.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Okey saya mesenger sahaja ya, don‘t shoot me, mesenger sahaja.

Yang di-Pertua (Speaker)

No kerana saya tengok semua dah buat lawak sikit, sila.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato‘ Speaker dan Yang Berhormat Kebun Bunga, Yang Berhormat Kebun Bunga membuat spekulasi bahawa pengunaan ataupun dengan adanya infrastruktur pengangkutan awam kereta akan berkurangan itu adalah dan ataupun boleh terangkan sedikit.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

I think YB. dari…?

Yang di-Pertua (Speaker)

Bagan Dalam.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Saya tidak menggunakan spekulasi. Ini adalah antara kebimbangan dan juga alasan-alasan yang saya terima setakat ini. Dan pihak-pihak memberikan saya alasan ini, telah membuat kajian dan mereka juga ada rekod dan kajian yang adanya dalam, dalam projek yang berkenaan. So, tadi saya yang saya sebut ialah bahawa jalan raya tidak semestinya akan, I mean jalan raya atau lebuh raya yang dibina tidak semestinya akan mengurangkan kesesakan lalu lintas. Itu point saya.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Saya boleh sambung.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Ya.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Okey.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Boleh. Boleh. Boleh.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Ah, saya setuju jalan raya baru tidak bukannya akan menyelesaikan masalah kesesakan juga. Pengangkutan awam I will advice also tak mungkin selesaikan masalah kesesakan juga.

Sebagai contoh saya ambil, New York Metro, bermula operasi pada 1863, pengangkutan awam yang masih canggih. I mean one of the earliest dan masih digunakan (dengan izin), Dato’ Yang di-Pertua. Dan juga London Tube mula operasi pada 1863 juga, tetapi kalau kita lihat kepada kesesakan di Kota London ataupun New York, masih lagi kereta begitu banyak sebab ini adalah populasi dunia ber-tambah. Trend populasi dunia sedang bertambah, dan saya anggarkan kereta pun akan bertambah juga. Kita boleh galakkan orang awam untuk menggunakan pengangkutan awam, tetapi kita tidak boleh paksa. Dan saya rasa ada kes-kes lain, di mana pengangkutan awam dan jalan dimajukan selaras ataupun sekali dan masih lagi kesesakan lalu lintas tidak selesai. Dan we have to always improve and satu lagi saja tambah, dan tadi Kebun Bunga ada beritahu yang Third Link ataupun ikut bahasa Kebun Bunga, Fourth Link sebab feri dikira sudah dikira sebagai Third Link, tidak diperlukan buat masa sekarang, tetapi hanya pada tahun 2030. If I’m not mistaken, that’s what you are saying.

Itulah Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pun telah menyatakan Projek Terowong Dasar Laut ini, bukan projek yang akan dibina serta merta. Ia akan bermula pada tahun 2023, dan pada masa 2030 sudah mungkin sudah siap, dan akan mula digunakan, futureristic sama juga seperti Second Link, pada awalnya kurang penggunaannya. Tetapi sekarang oleh kerana ada Second Link, kawasan Batu Kawan begitu maju. Dan saya sokong Terowong Dasar Laut ini, kerana dia akan bawa kemajuan yang lebih ke daerah saya, iaitu dearah Seberang Perai Utara, Bagan Dalam, Bagan Ajam, Sungai Puyu dan juga rakan-rakan saya dari Tasek Gelugor dan Kepala Batas.

So, saya sokong dan saya harap faktor inipun perlu diambil kira oleh mereka yang membantah, dan saya pun tau saudara saya dari Kebun Bunga adalah messenger sahaja. So I’m just telling, the message to the messenger… (dengan izin) thank you.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Yang Berhormat, saya tau. Sebelum satu projek dirancang atau dilaksanakan, saya rasa adalah perlu untuk mendengar pelbagai pandangan dan juga kebimbangan. Dan untuk pengetahuan Yang Berhormat, populasi Pulau Pinang ada hanya 1,750,000, kalau berbanding dengan London memang jauh berbeza. Berbanding dengan New York jauh berbeza, itu sebab depa ada rider ship.

Tapi di Pulau Pinang bukan lima juta, 10 juta. Itulah sebabnya, kalau Jambatan Kedua Pulau Pinang sekarang ni masih rugi, dan belum menepati sasaran sampai sekarang. Apatah kita lagi buat satu lagi terowong, boleh selesaikan masalah tak? Ataupun itu untung rugi pun belum pasti lagi…(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Dato’, Dato’ Yang di-Pertua.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

So, okay.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Boleh saya celah.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Saya minta daripada Dato’ Speaker.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Ya, mana satu.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Yang Berhormat, Yang Berhormat ini dari Kebun Bunga dia duk di Pulau. Kami duduk di Seberang. Gambarkan saya punya rumah, di KADUN saya di Sungai Puyu, bila saya nak mai Pulau Pinang, saya kena bawa kereta terus ke Perai, menggunakan Jambatan Pertama dan turun ke KOMTAR. Jumlah berapa carbon footprint yang kami telah keluarkan, gambarkan apabila Jambatan Pertama jika ada accident, macam mana dia sesakkan lalu lintas. Saya nak bagitau…(gangguan).

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Nanti.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Saya nak bagitau…(gangguan).

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

I think. Okay. Terima kasih.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

I’m holding the floor now. You sit down….(gangguan).

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

No. No. No. No. No.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

I’m holding the floor. …(gangguan).

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

It’s my floor.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

I’m holding the floor. I’m holding the floor….(gangguan).

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

It’s my floor. ….(gangguan).

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

I’m holding the floor now. ….(gangguan).

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

I can answer you now.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Now. You sit down. I’m holding the floor. Please sit down.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Dato’ Speaker, this is my floor. I think, you haven’t let me finished.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

No. Please sit down, because I’m holding the floor ….(gangguan).

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

This is my floor.

Yang di-Pertua (Speaker)

Satu demi satu saja.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

No. No. I disagree.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

No, you disagree.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

I stand to disagree.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Whether you agree, or not agree, you go to the rule.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

No. No. ….(gangguan).

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Because saya minta izin, telah dibagi floor. I’m holding the floor now.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Sekarang ni.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

You sit down.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Keizinan telah ditamatkan.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

You sit down.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

So, I can reply you.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kebun Bunga.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

I can reply you.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

You sit down.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau tadi tak mau bagi laluan, tak mau bagi laluan.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Tapi. ….(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau bagi laluan.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Laluan ni.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tapi. ….(gangguan).

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Telah dihadkan, dan sekarang ni saya nak tamatkan laluan itu Dato’ Speaker. Sebab….(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Itu. ….(gangguan).

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Saya boleh habiskan supaya….(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah jauh sudah lebih dari kuasa.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Sudah lebihkan.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Semua orang nak balik .. ….(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Kebun Bunga.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

You sit down, you sit down.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

No. No.

Yang di-Pertua (Speaker)

Nanti, saya minta….(gangguan).

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Saya kata, saya kata.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sungai Puyu. Pendekkan.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Ya. Pendekkan. Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya bagi nasihat kalau nak bagi pencerahan bagi. Kalau tak nak, Yang Berhormat berhak untuk tak mau bagi laluan.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Sebab tadi Yang Berhormat, saya tau.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sambung sikit.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Sungai Puyu nak penjelasan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sungai Puyu saya bagi sikit masa.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Saya teruskan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pencerahan itu.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Nak jawab.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Ya, minta dia duduk dulu. Nombor satu, Pulau Pinang dibahagian pulau, dan bahagian tanah besar adalah mangsa geo politic di semua pembangunan adalah di bahagian pulau, dan tanah besar kita telah dianaktirikan (Ahli Dewan tepuk meja). Kedua, lihat lah feri atau tak ada feri. Feri hanya muat 32 kalau di bawah, kalau double decker hanya 72. Jambatan Pertama satu hari kurang-kurang ada 80,000. Apakah akan jadi pada ekonomi Pulau Pinang jikanya Jambatan Pulau Pinang Pertama telah ditarafkan tidak selamat. Mengapa saya kata begitu, in contingency planning how do you solve the traffic management if Penang Bridge happen to stop for just one month. Satu hari saja, seluruh Pulau Pinang sesakkan lalu lintas. Kerajaan Negeri memang akan cuba to solve this problem by what it called urban rural migration, and the goverment determined to do that.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sungai Puyu, ringkas. Mesej sudah sampai.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Ya, mesej sudah sampai. Iaitu kata ada ke Ahli Yang Berhormat dari Kebun Bunga so full sokong satu syarikat swasta yang memiliki Jambatan Kedua, semua kena pergi sampai Batu Kawan, balik patah mai sini. Look at the economic cost, look at the carbon footprint. So, that is the reason why we have got to have the Third Link through this under sea tunnel.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Walaupun, walaupun kita kata hendak. Tetapi itu ketertakluk takluk kepada public feedback dan lain-lain. We will not push away thru. So, jika we are not pushed away thru, we just killed all the project kata ini ini ini. We are planning untuk tahun 2030, we are, we are planning for almost this.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Sungai Puyu.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Terima kasih.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Terima kasih, nasihat Sungai Puyu. Saya pun messenger juga. So, saya pun terima penjelasan.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Pendek kata, tidak ada pendirianlah messenger sahajalah. But, this is my statement.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Okay.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

That is your message, because you are a messenger.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Messenger dan bawa semua masuk mai sini dengan tidak ada pendirian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah, sudah.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Saya minta maaf.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Nanti dulu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Don’t jump to conclusion, YB. Sungai Puyu. Okay. Tadi, YB. Sungai Puyu pun ada se-but. Okay. YB. Sungai Puyu kata, okay ada feri. Tapi feri lambat. So, takkan kos untuk mengupgrade feri saya, saya percaya tidak akan melibatkan billion juta. Easy. It will be cheaper if we can upgrade the ferry, so that’s why later on I will come to that…(dengan izin) Dato’ Speaker.

So, tadi I kata ini salah satulah alasan yang diberikan. Kaedah yang lebih berkesan dan murah untuk jangka masa yang panjang dalam menanggani masalah kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang adalah melalui pengurangan penggunaan kenderaan di jalan raya. Pemberian subsidi atau insentif pengangkutan awam kepada mereka yang layak, memperkenalkan alternatif yang lebih efisien seperti BRT (Bus Rapid Transit), Tram dan lalu menambah baikkan pengangkutan awam sedia ada serta menaiktarafkan servis feri dengan menggantikan feri lama dengan feri baru. Kalau boleh gunakan juga Jetcat Highspeed Craft atau Hovercraft sekiranya perlu.

Dato’ Speaker, kos Penang Transport Master Plan yang kini mencecah kira-kira RM46,000,000,000 adalah terlalu tinggi, dan tidak boleh menyelesaikan masalah trafik di Pulau Pinang pada jangka masa panjang sekiranya populasi kadar penggunaan kenderaan di Pulau Pinang semakin meningkat.

Keunikan dan kedudukan UNESCO Pulau Pinang, mungkin akan terjejas dengan perlaksanaan Penang Transport Master Plan. Landskap, alam sekitar ekosistem, maritim dan keistimewaan Pulau Pinang sebagai Pulau Mutiara juga akan terjejas sama sekali.

Dan lagi satu last, 15.15. Detail Environmental Impact Assessment mengenai Penang Transport Master Plan, harus dilakukan oleh konsultan bebas yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dan bukan konsultan-konsultan lantikan project delivery partners atau pemaju demi ketulusan dan kesaksamaan.

Dato’ Speaker, walhal apa-apa projek yang hendak dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Harapan, sememangnya adalah berniat baik dan ingin membawa kemajuan yang mampan kepada Negeri Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, kita perlu menerima dan mempertimbangkan semua pandangan, kebimbangan dan kritikan daripada semua lapisan masyarakat terutamanya mereka yang berkelayakan, dan mempunyai bidang pengetahuan dalam perancangan ekonomi, bandar, kawalan lalu lintas dan alam sekitar untuk memastikan kita tidak melakukan kesilapan besar dalam peringkat perancangan dan pelaksa-naan projek yang sebesar seperti Penang Transport Master Plan…(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Dato’ Speaker, boleh minta….(gangguan).

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Nanti, saya akan benarkan. Nanti. Biar saya habiskan dulu. Okay. Dato’ Speaker, contohnya projek-projek yang gagal yang kita boleh lihat adalah seperti berikut :

Baru-baru ini kita dapat lihat, dua marina di Kedah dan Perak yang bernilai RM61,550,000 tidak pernah digunakan, walaupun kedua-dua projek telah siap dibina pada tahun 2003 dan tahun 2010.

Kedua. Dewan bedah Hospital Alor Gajah di Melaka tidak dapat digunakan walaupun sudah disiapkan sejak lima tahun yang lepas ekoran daripada masalah teknikal.

Dan ketiga, ini mengikut Ketua Audit Negara, Jambatan Kedua Pulau Pinang juga gagal mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang.

Dato’ Speaker, oleh itu kita tidak harus membiarkan anak-anak cucu kita mewarisi dan menanggung beban kesilapan kerajaan lepas yang berjumlah berbilion-bilion ringgit pada masa hadapan. Apatah lagi kita mesti mengambil iktibar dari projek-projek yang gagal tersebut, supaya tidak melaksanakan satu projek yang akhirnya tidak menepati sasaran dalam menanggani kesesakan lalu lintas.

Antara persoalan dan tanda tanya yang juga tertimbul adalah, Dato’ Speaker sama Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat comparative financial viability study untuk mod-mod pengangkutan awam yang berbeza seperti perbandingan kos BRT (dengan izin)…Bus Rapid Transit dengan kos LRT, Light Rail Transit.

Yang kedua, sama ada Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah membuat jangkaan keuntungan dan kerugian untuk BRT dan LRT.

Ketiga, adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah membuat kajian dan kiraan mengenai kos upgrading perkhidmatan feri…(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Saya minta laluan.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Sekejap lagi. Keempat, adakah Kerajaan Negeri telah membuat kiraan kos pengambilan tanah dan membuat perbandingan kos tambakan laut.

Dato’ Speaker, rakyat Pulau pinang yang juga merupakan stakeholders Pulau Pinang amat mengharapkan Kerajaan Pakatan Harapan akan memberi harapan kepada mereka sebagaimana yang di-laung-laungkan semasa Pilihanraya Umum Ke-14 untuk mengkaji semula, diberi peluang untuk menyertai (dengan izin)…participate dalam perancangan dan kajian semula Penang Transport Master Plan secara komprehensif dan terperinci supaya Penang Transport Master Plan akan menjadi satu pelan yang bernas dan betul-betul dapat membawa manfaat dan kemakmuran kepada seluruh rakyat Pulau Pinang (dengan izin). Dato’ Speaker, public interest must always prevail over commercial or private interest. Akhirnya, saya dengan rendah dirinya….(ganggaun).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Boleh, boleh saya.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Supaya kita semua cuba….(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Nak habis dah.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Membayangkan okay, atau imagine that’s all thing imagine bahawa kita. ….(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Dato’. ….(gangguan).

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Adalah penduduk-penduduk yang menduduki di kawasan-kawasan yang terjejas dengan Penang Transport Master Plan. Let’s think and imagine, put ourself in the position of those effected by the pro-ject. ….(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Mohon mencelah.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Stay in the area…(dengan izin). Wait-wait, wait.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Mohon mencelah.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Later, later. Saya akan bagi. Tak apa, It’s okay. Sebagai anak Pulau Pinang, Dato’ Speaker, adakah kita betul-betul memerlukan satu Penang Master Transport Plan yang mana komponennya adalah dirancang dan dicadangkan oleh syarikat-syarikat swasta. Okey, silakan Pulau Tikus.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Yang Berhormat Kebun Bunga, Dato’ Yang di-Pertua, saya cuma nak bertanya Yang Berhormat Kebun Bunga, adakah ini benar-benar suara rakyat Pulau Pinang atau ini adalah suara beberapa induvidu yang ingat mereka mewakili seluruh Pulau Pinang. Kalau mereka mewakili Pulau Pinang, kenapa mereka tidak bertanding untuk mendapatkan mandat daripada rakyat Pulau Pinang. Yang Berhormat Kebun Bunga, kamu tahu apabila kita berkempen, PTMP berada dalam manifesto kita, mengapa pada masa berkempen Yang Berhormat Kebun Bunga tidak berkata kepada rakyat, saya bantah PTMP ini. Tetapi sekarang kita sudah diberi mandat dan dibawa ke Dewan Undangan Negeri baru nak cakap ini massage suara rakyat. Saya rasa kalau mereka memang mewakili rakyat Pulau Pinang, mereka sendiri keluar mempersembahkan alternatif pelan alternatif mereka dan cuba mendapat mandat membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan melaksanakan pelan mereka. Kalau mereka tidak dapat mandat, kita sudah mempersembahkan PTMP ini kepada rakyat jelata, pada masa kempen. Kalau kita sekarang cakap ini semua tidak boleh pakai, ini bermaksud kita mengkhianati janji-janji yang kita telah memberi, mem-persembahkan kepada rakyat Pulau Pinang. (Dewan tepuk meja).

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Biar saya habiskan.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Kebun Bunga. Just, just saya nak tambah satu saja.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Wait, wait. Let me answer him first.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Okey.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Okey. Terima kasih Pulau Tikus.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Answer sekali la.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Wait, let me come to that. Pertama sekali, saya nak bagitau dewan ini bahawa PTMP tidak dibantah oleh mereka yang menyuarakan kebimbangan. Cuma, apa yang mereka nak tengok ialah, sama ada ini satu pelan yang betul-betul bernas, make sure they want to be part of it. They gonna make sure, that plan is one that’s really for the future, for the benefit of all Penang people. They don’t want this to be a mistake. They are not stoping the plan, that’s why they are just voicing concern they want to take part, to make sure that the design, and built and everything is accordance with the structure Pulau Pinang grografi dan sebagainya.

Dan untuk juga menjawab Pulau Tikus, tadi Pulau Tikus kata mungkin ini bukan alasan-alasan yang mewakili semua rakyat Pulau Pinang. Tapi tak pa. Dato’ Speaker, saya ada satu cadangan. Kita boleh buat satu referendum. Okay, let the Penang people decide whether they want this project or not. Tapi sekarang ni, sekarang ni isunya bukan they want or do not want. They want, but is just that, they want to make sure that certain components that really concern them, which are not necessary yang tidak diper-lukan. Mungkin kita boleh jimatkan kos, itu saja Dato’ Speaker. Oh, saya akan….(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Kebun Bunga, boleh.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Habiskan saya punya ucapan.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Boleh.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

I think later, later. Let me. Let me.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Lepas habiskan ucapan.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Tak pa, you can still, still mencelah later.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

No. no. just, just few minutes.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Never mind. Never mind. Never mind, it’s okay. Later, later.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Suara rakyat, saya nak jawab sedikit.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Nantilah, saya pun suara rakyat juga. Okay. So, Dato’ Speaker. Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, saya percaya kita boleh mengarahkan konsultan bebas membuat kajian menyeluruh dan mencari alternatif yang lebih berkesan, murah, praktikal, mesra alam dan mesra rakyat untuk jangka masa yang panjang. So, Dato’ Speaker. Sememangnya kita satu kerajaan Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan dan juga sekarang ni diperingkat Persekutuan. Kita nak merakyatkan satu kerajaan, that’s why we have to listen to people, we have to take all feedback. Kita bukan nak, nak, nak mencegah atau menghalang rakyat daripada menyuarakan pendapat mereka berkenaan dengan satu projek terutama macam Penang Transport Master Plan. Silakan err, Yang Berhormat dari, where?

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Bagan Dalam.

Yang di-Pertua (Speaker)

Aah, Bagan Dalam.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Bagan Dalam.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih. Terima kasih Kebun Bunga. Dua perkara. Pertama, Kebun Bunga telah menyatakan mereka bukan membantah PTMP, mereka hanya place the concern dengan maksud lain, apa yang saya faham adalah mereka setuju dengan nama PTMP, Penang Transport Master Plan. Lain-lain komponen semua perlu ikut mereka, itulah kehendak kumpulan ataupun seperti rakan saya daripada Pengkalan, Pengkalan Kota menggunakan perkataan concern individual. Saya tidak akan menyatakan bahawa, mereka adalah wakil, mewakili seluruh rakyat Pulau Pinang. Mereka, mereka ada mungkin ada wasted interest. Why they are posing this, for no reason you know. They are saying that, this is this plan is not feasible and every thing. Tetapi, (dengan izin) tetapi kenapa mereka tidak berikan satu peluang untuk pro-jek ini dijalankan. Dan kita sudah menyatakan beberapa kali ini adalah projek yang berpandangan jauh the future ristic project is not for a short term.

Dan lagi satu, Kebun Bunga apa projek PTMP ini lagi satu yang projek, Terowong Dasar Laut ini memang satu isu yang digunakan oleh Pembangkang. Pembangkang untuk menghentam Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Ke-14, khususnya Barisan Nasional. Tengoklah apa sudah jadi dengan Barisan Nasional. Hanya tinggal dua (2) orang saja khususnya dari, dari utara. Ada dua (2) saja. In fact PAS ini, bila PAS join Barisan Nasional. Hehe. Memang, memang Barisan Nasional bantah dia kata kita akan batalkan projek PTMP. Apa sudah jadi dengan mereka? Bermakna rakyat Pulau Pinang telah mengundi dengan begitu banyak sekali 92.25% of this Dewan comprising all Pakatan Harapan members. That’s mean rakyat Pulau Pinang terima apa yang telah dicadangkan oleh Pakatan Harapan.

Dan lagi satu ada concern individual, tersebut juga telah berkempen untuk seorang calon bukan Barisan Nasional, mereka tidak menunjukkan political alignment. Mereka menyokong seorang calon bukan daripada Barisan Nasional dan bukan Pakatan Harapan. Apa sudah jadi di kawasan rakan saya daripada Kebun, Tanjung Bunga. Apa sudah jadi yang mereka dapat bukan Sungai Pinang, Tanjung Bunga. Apa sudah jadi mereka dapat lebih 100 undi saja. Itulah, sokongan yang diberikan oleh rakyat kepada mereka yang cuba memutar belitkan fakta untuk menggagalkan projek PTMP ini.

Bagi saya sebagai orang yang datang daripada Seberang Perai Utara, dan juga rakan-rakan saya daripada Tasek Gelugor dan juga Kepala Batas. Saya sokong PTMP, Terowong Dasar Laut. Kita perlu untuk merancakkan ekonomi di kawasan seberang, khususnya di Kawasan Seberang Perai Utara. Terima kasih.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Penjelasan.

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Saya dulu. Saya dulu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey. Ikut.

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Sungai Dua, tak bantah PTMP.

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Saya tertarik dengan apa yang dibangkit, walaupun saya masuk terlambat sikit. Saya dengar hujung-hujung tentang PTMP, Kebun Bunga bangkitkan tentang mungkin masyarakat perlu memberi penjelasan dan ketidakpuasan hati tentang apa yang dirancangkan, dicadangkan untuk PTMP. Bukan kita bukan menolak, tetapi kita nak pelaksanaannya memenuhi hasrat rakyat. Saya tekankan dari segi alam sekitar kos dan sebagainya. Tidak menggangu alam sekitar, kos boleh dikurangkan dan sebab itu saya amat menyokong dari segi itu. Dan kita mengharapkan supaya kos-kos yang berkaitan dengan, dengan Terowong Dasar Laut dan sebagainya, mungkin boleh dikurangkan atau juga kita hentikan, tidak laksanakan projek itu. Kerana projek itu saya rasa nampak tidak berikan sebarang kelebihan kepada masyarakat di kawasan seberang sebelah Telok Ayer Tawar iaitu sebelah Bagan Ajam kerana dia akan banyak memusnahkan alam sekitar kampung tradisional Melayu dan sebagainya.

Dan juga dulu pernah masa dicadangkan PORR, saya ingat Sungai Puyu, pihak Pembangkang masa tu, amat tidak bersetuju, dan mengatakan projek ini akan menguntungkan syarikat-syarikat, pemaju-pemaju dan sebagainya. Yang ni pun saya takut jadi macam tu, dengan kos yang begitu tinggi RM8bilion mungkin akan menyebabkan, terlibat dengan syarikat-syarikat pemaju yang utamakan keun-tungan, dan dia tak memikirkan tentang pembangunan mampan dan sebagainya. Dia kira nak untungkan saja. Jadi kalau pelaksanaan projek yang boleh memberi kemudahan. Contohnya LRT, saya setuju LRT, LRT dibuat. Tapi kena ada banyak tempat-tempat inter-changed. Kalau tak banyak, mungkin tak menguntungkan masyarakat juga, tak menguntungkan orang juga. Kalau setakat dua, tiga tempat sahaja. Kita kena buat banyak interchanged, saya pun tak tau.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah.

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Saya bersetuju interchanged dibanyakkan. Cuma kita nak pastikan bahawa dilaksanakan....(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Ketua Pembangkang pendekkan.

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Projek PTMP saya bangkitkan dalam ucapan saya tentang PIL 1, banyak masalah dia. Jadi ini perlu dilihat kembali, masalah berlaku bila buat PIL 1, menyebabkan banyak gangguan alam sekitar, gangguan apa dari segi bunyi, getaran dan sebagainyalah yang menyebabkan masyarakat di sekitar laluan itu akan terlibat. Ini yang kita nak tekankan. Terima kasih.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Dato’ Speaker, saya nak minta satu penjelasan sahaja. Saya memang Dato’ Speaker daripada Sungai Dua, saya bila Sungai Dua mengatakan alam sekitar, saya amat sokong. Saya amat bersetujui tetapi, saya ada satu soalan saja.

Mengapa gajah di mata tak lihat semua, semut begitu jauh dia nampak. Di mana apabila, apabila you kata oo, ini ada tanah macam ni, alam sekitar akan jahanamlah. Sedangkan di Bagan Ajam, Pantai Bersih, Barisan Nasional telah meluluskan tebus guna tanah, seluasnya 1,606 ekar di Pantai Bersih. Saya dan Dewan di sini, mengapa sudah 10 tahun saya tak besa dengar yang mana-mana daripada Barisan Nasional pun sentuh pada projek itu. Saya tidak dengar di Negeri Pulau Pinang, sesiapapun kata itu projek terus guna di Bagan Ajam. 650 hectare, mengapa tak kata dia akan menjahanamkan alam sekitar disana. Apabila ketua pembangkang daripada UMNO, Telok Air Tawar pada tahun 2004, saya buat bantahan seabed mining, dia tak hirau. Tetapi, dalam Dewan ni bila kata itu tiga island, wah musnahkan alam sekitar dan lain-lain. Untuk mengapa tak bantah pada itu ni apa ni di tebus laut di Bagan Ajam.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Barisan Nasional telah mencuri pandangan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jangan ganggu.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Saya tidak, saya tidak salahkah anda. Apa yang anda apa Yang Berhormat cakap ada base on experience. Experience apabila Barisan Nasional buat projek, mesti besar-besar, banyak punya duit. Dan juga di sana juga personal interest, personal interest, commercial interest, public interest. I know, saya percaya bahawa…(gangguan).

Muhamad Yusoff bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Di kawasan Bagan Ajam, ka YB.?

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Bukan jeti, tebus guna tanah. 650 hektar, bukan penubuhan jeti. Tak dak ini untuk bot.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, terima kasih Sungai Puyu. Saya nak minta Kebun Bunga untuk teruskan.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Janganlah. Janganlah yang tu kata….(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya nak….(gangguan).

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Kalau nak compare, compare baik baiklah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila duduk. Sebenarnya isu ini sejak hari pertama, telahpun dibangkitkan di Dewan ini beberapa kali dan Yang Amat Berhormat pun telah menjawab panjang lebar melainkan yang mereka yang tidak dalam dewan sebenarnya akan telahpun dapat penjelasan yang secukupnya. So, saya rasa perkara ini juga Yang Amat Berhormat Ketua Menteri akan juga dalam waktu penggulungan beliau akan juga memberi lagi penerangan yang selanjutnya. So, saya maka saya minta Kebun Bunga untuk teruskan masuk ke topik yang lain, jika perlu.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Ya. Dato’ Speakar terima kasih. Cuma nak menjawab sikit kepada Sungai Dua. So, saya anggap tadi pendapat Sungai Dua sebenarnya tidak membantahlah Penang Transport Master Plan. Cuma ada kebimbangan saja dalam beberapa komponen itu sajakan. So, yang perlukan kajian. Itu memang juga yang pendapat yang saya nak bawa sini, sebagai wakil rakyat. Kami ni bukan nak membantah, cuma ada beberapa komponen ini mungkin boleh dikaji dengan lebih menyeluruh dan teliti. Itu saja. Dan dengan ini saya memohon untuk menyokong Dato’ Speaker. Itu saja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih banyak Kebun Bunga. Ahli-Ahli Yang Berhormat, sila angkat teguran saya supaya, mengikuti mesyuarat Dewan ini dengan sepenuhnya, beri tumpuan. Jangan perkara yang telah pun disebut beberapa kali, masih lagi berhujah yang sama. Ikut peraturan pun tidak akan saya izinkan. So, mintalah memberi kerjasama kepada saya, termasuk juga Barisan EXCO dan juga rakan-rakan Ahli-ahli Dewan.

Saya terima kasihlah kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, kita pun telah tamat sesi perbaha-san. Dan saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telahpun mengambil bahagian dalam sesi perbahasan, yang telah pun memberi pandangan, cadangan ataupun telah membawa isu-isu yang mengenai kawasan Yang Berhormat masing-masing.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua, maka sekarang Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita berada dalam sesi Penggulungan Usul, ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana perkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini di Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 pada 3 Ogos lalu. Maka, saya ingin memulakan sesi penggulungan dengan mempersilakan Ahli Yang Berhormat kawasan.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Bagan Jermal.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Di kesempatan ini saya mengambil peluang menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaian ucapan penggulungan bagi isu-isu yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini berkaitan dengan isu belia dan sukan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan komited dalam perbahasan melibatkan portfolio saya iaitu Belia dan Sukan. Pembangunan sukan. Sukan Malaysia, SUKMA Yang Ke-18, Perak 2018 menyentuh mengenai portfolio di bawah Pembangunan Sukan. Izinkan saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kontinjen Negeri Pulau Pinang di bawah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bakal menyertai Kejohanan Sukan Malaysia Ke-18 di Negeri Perak Tahun 2018 yang akan berlangsung secara rasminya pada 11 September sehingga 22 September bulan depan di Negeri Perak Darul Ridzuan. Berbaki 34 hari lagi, atlet-atlet berprestasi tinggi Negeri Pulau Pinang akan menyahut cabaran dalam memikul amanah negeri untuk berentap pada kejohanan sukan terbesar dan berprestij di Malaysia. Pergerakan terawal kontinjen negeri ke Negeri Perak pada 6 September 2018 di mana pasukan

bola sepak negeri bakal memulakan sepak perlawanan pada 8 September 2018 diikuti dengan futsal pada 9 September dan badminton pada 10 September selepas itu. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kontinjen negeri yang akan dipimpin oleh YB. Dato’ Seri Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Chef De Mission Negeri Pulau Pinang pada tahun ini. Akan menyertai secara keseluruhannya 29 jenis sukan dengan kekuatan seramai 730 orang atlet termasuk jurulatih, pasukan perubatan dan pegawai-pegawai sukan. Kontinjen negeri telah mensasarkan untuk mengekalkan Negeri Pulau Pinang di kedudukan lima (5) negeri yang terbaik. Dan juga berusaha untuk mengatasi sasaran 26 pungutan pingat emas yang pernah dicapai semasa Sukan Malaysia Yang Ke-17, Sarawak 2016 yang lalu. Kali ini kita pergi ke Negeri Perak sasaran kita adalah bukan ambil perak, adalah ambil emas. Perak tinggalkan kepada Negeri Perak. Sasaran akhir untuk pungutan pingat emas hanya akan diumumkan secara rasminya oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang pada Majlis Penyerahan Bendera Pulau Pinang kepada kontinjen negeri pada 2 September 2018 nanti. Untuk itu, saya memohon agar semua Ahli-Ahli Yang Ber-hormat di Dewan yang mulia ini serta seluruh masyarakat Pulau Pinang untuk turut berkunjung ke Negeri Perak pada bulan September ini dan memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada atlet-atlet sukan Negeri Pulau Pinang yang pastinya akan memberikan daya saingan mereka yang terbaik ketika mewakili Pulau Pinang di SUKMA nanti.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Menaiktaraf padang bola sepak di Taman Guar Perahu. Penanti tak ada sini tak apa, saya jawab juga. Mengenai makluman dan permohonan yang di-usulkan oleh Yang Berhormat Penanti, usaha yang dijalankan oleh Penanti amatlah dihargai dan disanjung tinggi dalam membangunkan sukan bola sepak khususnya di peringkat komuniti. Daya usaha sebegini amat membantu pembangunan sukan peringkat akar umbi. Saya mengambil kesempatan ini untuk me-nyeru kerjasama dari semua Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini untuk turut sama me-mainkan peranan sebegini dalam usaha Kerajaan Negeri untuk melahirkan lebih ramai pemain bola sepak berkaliber dan juga atlet-atlet sukan khususnya di kalangan anak-anak muda yang boleh dikesan bakatnya untuk diketengahkan ke peringkat latihan sukan berprestasi tinggi di bawah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Mengenai permohonan YB. Penanti untuk dipertimbangkan peruntukan bagi menaiktarafkan pada bola sepak di Taman Guar Perahu beserta pertimbangan untuk memperbanyakkan kemudahan-kemudahan sukan dan rekreasi di KADUN Penanti, saya akan membuat lawatan turun padang bersama YB. Penanti, bersama agensi-agensi yang berkaitan dalam masa yang terdekat selepas sidang DUN, dan akan memperhalusi permohonan YB. Penanti mengikut kesesuaian yang sewajarnya. Kalau FAP ada teladan yang baik seperti YB. Penanti saya rasa tunggakan tidak akan sebegitu banyak.

Klinik bola sepak. Begitu juga dengan permohonan yang diutarakan daripada YB. Penanti untuk dipertimbangkan peruntukan tambahan untuk membiayai klinik bola sepak beserta perolehan bagi mendapatkan peralatan sukan yang sewajarnya, selaku EXCO Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang saya akan cuba memanjangkan usaha-usaha yang dijalankan oleh YB. Penanti ini kepada pemakluman syarikat-syarikat swasta yang bersesuaian di bawah konsep CSR untuk membantu program di Penanti. Seperti yang dikatakan oleh Telok Ayer Tawar di mana kalau nak cari sponsor, juga boleh tanya Telok Ayer Tawar. Saya percaya Penanti juga boleh merujuk kepada Telok Ayer Tawar untuk sama-sama membantu Penanti kerana atas usaha Penanti yang sanggup untuk memajukan klinik bola sepak di KADUN Penanti. Peruntukan yang diterima dari Kerajaan Persekutunan bagi pembangunan sukan. Mengenai persoalan dari YB. Air Itam, mengenai peruntukan dari Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 hingga tahun 2018 untuk pembangunan sukan negeri, sememangnya sebagaimana yang dijawab oleh YB. Padang Lalang bagi pihak saya kerana semalam saya pergi mesyuarat dengan Menteri di Putrajaya. Ketika menjawab soalan lisan ID 417, tiada peruntukan yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri untuk tujuan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia hanya menyalurkan peruntukan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang untuk perbelanjaan pentadbiran agensi berkenaan dan pelaksanaan program-program kemasyarakatan seperti sukan kecergasan, sukan rekreasi, sukan orang kurang upaya, sukan penggalakkan, Hari Sukan Negara, program FIT Malaysia di bawah kendalian agensi Persekutuan. Peruntukan yang diterima adalah di antara paling rendah adalah RM150,000.00 hingga paling tinggi RM1,300,000.00 setahun. Perincian peruntukan yang diterima oleh Jabatan Belia dan Sukan akan diberi kepada Yang Berhormat setelah sesi penggulungan saya nanti. Di sini saya ingin memberi maklumat sejak tahun 2009, pada tahun 2009 peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan RM1,358,198.00, tahun 2010 RM320,437.00, tahun 2011 RM521,018.00, tahun 2012 RM852,890.00, tahun 2013 RM980,770.00, tahun 2014 RM739,200.00, tahun 2015 RM1,311,200.00, tahun 2016 RM497,500.00, tahun 2017 RM150,150.00

kerana duit sudah habis, tahun 2018 RM274,600.00. Inilah peruntukan yang diberi oleh Kementerian Belia dan Sukan kepada JBS (Jabatan Belia dan Sukan) di Negeri Pulau Pinang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, baru-baru ini saya juga telah mendapat maklumat terbaharu dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bahawa peruntukan berjumlah RM44,500,00.00 telah diperuntukkan dalam perancangan pihak KBS (Kementerian Belia dan Sukan) untuk menaiktaraf lima kemudahan sukan sedia ada dan membina baharu satu kompleks sukan di Tasek Gelugor. i. Menaiktaraf padang hoki Bertam, RM5,000,000.00. Ini yang atas permintaan Padang Lalang, EXCO Belia dan Sukan pada tahun 2013 hingga 2014 di mana permintaan di Dewan ini dan akhirnya kita juga dapat RM5,000,000.00 untuk menaiktaraf Padang Hoki Bertam. ii. Menaiktaraf Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban RM6,500,000.00. iii. Menaiktaraf Kompleks Rakan Muda di Jawi RM3,000,000.00. iv. Menaiktaraf peralatan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara di Bukit Mertajam RM12,000,000.00. v. Menaiktaraf bengkel, peralatan berkaitan Teknologi Hijau Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara di Bukit Mertajam RM10,000,000.00 dan vi. Membina kompleks sukan baharu di Tasek Gelugor RM8,000,000.00. Jumlahnya adalah RM44,500,000.00. Ini adalah projek dalam perancangan pada tahun 2018. Saya harap-harap projek ini dapat dilaksanakan secepat mungkin supaya kita memberikan banyak ruang untuk generasi muda dan generasi yang bersukan ada tempat untuk bersukan.

Selain itu, sejumlah RM196,955.00 juga telah diperuntukkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun ini untuk menaiktaraf 10 buah gelanggang futsal iaitu gelanggang futsal: i. Kuarters Polis Bayan Indah, ii. Kampung Baru Alma, Padang Lalang iii. Pokok Tampang, Tasek Gelugor iv. Kampung Kastam, Bukit Gelugor v. Permatang Damar Laut, Bayan Baru vi. Kampung Sungai Acheh, Nibong Tebal vii. Kampung Sungai Kechil, Nibong Tebal viii. Mengkuang, Permatang Pauh ix. Taman Bayu, Telok Ayer Tawar Bagan x. Kompleks Sukan Komuniti Pinang Tunggal, Kepala Batas Jumlah keseluruhan projek adalah RM196,955.00. Inilah maklumat yang diberi oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Kompleks Rakan Muda Jawi. Bagi jawab soalan Jawi, Kompleks Rakan Muda di Jawi masih lagi aktif dan penggunaanya sememang dibuka kepada orang ramai dari jam 8.00 pagi sehingga 11.00 malam setiap hari. Kompleks ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk menjalankan aktiviti seperti kursus, seminar dan latihan. Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik seminar untuk 100 orang, bilik mesyuarat, dewan besar untuk badminton dan sepak takraw beserta pentas, dewan terbuka untuk majlis jamuan, senamrobik, asrama yang mampu memuatkan lebih kurang 120 orang, apartment dengan kemu-dahan tiga bilik tidur, gimnasium rakyat dan gelanggang terbuka untuk sukan bola jaring, bola tampar dan bola keranjang. Terdapat juga sebuah kafeteria yang dibuka setiap hari sehingga jam 11.00 malam. Untuk makluman Jawi, sebanyak 288 program yang telah dijalankan di kompleks ini sejak Januari hingga Julai tahun 2018, jumlah peserta yang telah pergi adalah 5,538. Kemudahan ini berada di bawah seliaan Pejabat Daerah Belia dan Sukan Seberang Perai Selatan yang berada di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan dibuka tempahan untuk penggunaan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau boleh menghubungi talian terus 04-5824380, saya repeat again 04-5824380 untuk penempahan melalui telefon. Ya, silakan.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Boleh, cuma satu soalan saya nak tanya sama ada tadi YB. EXCO kata bangunan ini di bawah Belia Sukan, Jabatan Belia dan Sukan. Boleh tak kita minta Jabatan Belia dan Sukan adakan ini di bawah Kementerian. Saya cadangkan bahawa Kerajaan Negeri harus ambil balik hakmilik Kompleks Rakan Muda Jawi. Cuma cadanganlah, kalau boleh MSN ambil balik ataupun State under EXCO Belia dan Sukan. Terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih Jawi. Ini salah satu cadangan, mungkin cadangan ini boleh dipertimbangkan dan saya akan sampaikan cadangan ini kepada Jabatan Belia dan Sukan Seberang Perai Selatan kerana kalau ia diselenggarakan oleh MSN ataupun Pejabat Daerah mungkin lebih senang untuk di-jaga. Permohonan Jawi untuk pembinaan kolam renang di Daerah Seberang Perai Selatan termasuk permintaan daripada Sungai Acheh akan dipertimbangkan pada masa hadapan. Buat masa ini, Kerajaan Negeri telah mempunyai perancangan untuk membina baharu sebuah kompleks badminton dengan kapisiti lapan gelanggang badminton di KADUN Jawi.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Minta laluan.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Ini telah diluluskan tetapi masih tunggu pihak JKR untuk menjalankan kerja-kerja. Silakan.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Soalan saya berkenaan dengan kompleks badminton, adakah kita ada time frame ataupun masa untuk melaksanakan projek tersebut sebab projek ini telah diumumkan oleh mantan Ketua Menteri pada tahun yang lepas semasa bajet 2018. Maka sudah lebih kurang setahun kita selalu ditanya-tanya oleh penduduk bahawa tentang berkenaan dengan kompleks badminton di Nibong Tebal. Oleh sebab itu saya minta kalau boleh kita cuba dapatkan satu masa untuk melaksanakan projek tersebut. Terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih atas perhatian daripada Jawi yang memang ambil berat terhadap projek ini. Saya juga ambil berat projek ini kerana projek ini adalah masa saya sebagai ADUN di kawasan Jawi yang meminta selama empat (4) tahun baru dapat so amat terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang prihatin untuk membinakan lapan gelanggang badminton ini. Saya akan merujuk kepada PDC dan juga pihak JKR supaya mempercepatkan pelaksanaan lapan gelanggang badminton di KADUN Jawi ini atas permintaan-permintaan yang hebat di kalangan penduduk-penduduk di kawasan Seberang Perai Selatan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, memartabatkan sukan tradisi. Cadangan yang diutarakan oleh YB. Permatang Pasir dan YB. Batu Uban dalam memartabatkan sukan tradisi sehingga ke peringkat profesional dan kebangsaan amat saya setujui dan disokong sepenuhnya. Permainan tradisional merupa-kan warisan bangsa yang perlu dipertahankan selama-lamanya untuk tatapan generasi akan datang. Permainan tradisional dapat ditakrifkan secara literal sebagai permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat untuk satu tempoh tertentu. Sejak dua tiga dekad ini, kita dapat menyaksikan betapa permainan tradisional semakin ditelan zaman seiring dengan arus permodenan masa kini. Pada masa yang sama, permainan elektronik semakin diagung-agungkan di kalangan masyarakat masa kini sehingga sukan e-sports turut menjadi salah satu sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Untuk makluman Dewan yang mulia, sukan tradisional ini berada di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan, Seni dan Warisan yang saya percaya akan senantiasa berusaha untuk memupuk kesinambungan sukan tradisi ini diteruskan di Malaysia. Saya turut akan bekerjasama dengan EXCO Pembangunan Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pulau Pinang untuk bersama-sama melihat perkara ini untuk bersama-sama memajukan sukan tradisional ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, mengenai maklumat dari YB. Bertam mengenai ketiadaan padang bola sepak di KADUN Bertam, memang di KADUN Bertam ada satu gelanggang bola sepak di bawah MPSP dan gelanggang-gelanggang futsal yang dibina oleh pihak pemaju dan seterusnya tidak diselenggara dengan baik menyebabkan gelanggang terbiar. Saya harap pihak Bertam boleh memilih ka-wasan-kawasan ataupun melihat kawasan-kawasan yang strategik supaya menulis surat kepada Pejabat Daerah SPU untuk membuat permintaan dan kita akan turun sama-sama untuk mengkaji tapak terse-but. Kalau sesuai maka kita akan melaksanakan projek ini pada masa akan datang. Pihak YB. boleh menjemput belia-belia Bertam buat sementara waktu untuk menggunakan Kompleks Sukan Titi Mukim di Telok Ayer Tawar yang mengandungi antara, sebuah gelanggang sukan serbaguna berbumbung, sebuah pada bola sepak, tiga buah gelanggang badminton, sebuah gelanggang

tinju, tempat latihan angkat berat dan juga 16 buah gelanggang petanque yang berpatutan kadar sewanya di bawah pengurusan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Saya merancang untuk menaiktaraf padang bola sepak ini di Titi Mukim agar ianya sesuai dijadikan venue latihan dan pertandingan bola sepak di peringkat SPU pada masa akan datang. Selain itu, terdapat juga perancangan untuk menyediakan tiga (3) buah gelanggang sepak takraw kalau boleh di kompleks sukan tersebut. Sekian lamanya KADUN Bertam berada di bawah seliaan wakil rakyat Barisan Nasional, setuju Sungai Dua? Kerajaan Negeri juga amat terkilan kerana pihak-pihak berkenaan sama sekali tidak pernah menunjukkan keprihatin dan keseriusan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam tempoh 10 tahun yang lalu bagi membaikpulih infrastruktur dan kemudahan sukan di KADUN Bertam. Tak sama KADUN Bertam yang baru, baru angkat sumpah tak sampai tiga (3) bulan telah atau meminta beberapa kemudahan asas untuk rakyat-rakyat di kawasan Bertam. Inilah calon ataupun wakil rakyat yang kita mahu (Dewan bertepuk meja). Bertam merupakan kawasan Parlimen mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5 dan Timbalan Menteri Luar Malaysia pada tahun 2015. Tiada usaha dan tiada peruntukan disalurkan untuk membantu penyediaan kemudahan sukan kepada belia-belia Bertam untuk kegiatan bersukan. Ini adalah fakta kerana atas permintaan dan untuk menaiktaraf membaiki padang hoki kena tunggu beberapa tahun baru lulus RM5 juta. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, KADUN Bertam mempunyai sebuah Kompleks Sukan MPSP yang mempunyai padang bola sepak, gelanggang boling padang, padang hoki dan sebuah dewan tertutup. Sepertimana yang saya maklumkan tadi, saya telah berjumpa dengan Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada hari Selasa, semalam 7 Ogos 2018 semasa Mesyuarat Penyelarasan EXCO Pembangunan Belia dan Sukan Negeri seluruh Malaysia Bilangan 1 Tahun 2018 dan perkara tersebut telah dibangkitkan. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan berjumlah RM5 juta ini yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk kerja-kerja menaiktaraf stadium hoki MPSP ini sedang dalam proses penyediaan dokumen tender. Saya harap perkara ini dapat dipercepatkan kerana pada 18 Julai saya telah menulis surat kepada Kementerian Belia dan Sukan supaya untuk mempercepatkan projek naiktaraf padang hoki yang RM5 juta ini juga. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sumbangan Kerajaan Negeri kepada peserta sukan yang berbakat. YB. Batu Uban memaklumkan kecemerlangan adik Ain Insyirah Rosli yang berusia lapan tahun di dalam sukan catur. Kegemilangannya dalam memenangi National Scholastic Chess Championship tahun 2017 di Putrajaya dan juara dalam Malaysian National Youth Chess Championship tahun 2018 di Johor pada Mac yang lalu amat disegani dan menggembirakan Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang mempunyai prosedur yang perlu dipatuhi sebelum penyaluran peruntukan dapat dipertimbangkan pemberian kepada mana-mana individu yang me-nyertai sebarang pertandingan di luar negara. Antaranya, penyertaan mereka ini perlu melalui penyertaan yang diiktiraf kejohanan dan penyertaannya perlu menerusi Persatuan Sukan Negeri, Persatuan Sukan Kebangsaan atau menerusi Majlis Sukan Negara Malaysia dan Majlis Olimpik Malaysia. Penyertaan-penyertaan secara individu yang dilaksanakan atas inisiatif sendiri sukar untuk diketahui atau dikesan di peringkat Kerajaan Negeri bagi membolehkan penyaluran peruntukan subsidi diberikan kepada mereka. Di bawah Skim Insentif Kemenangan Sukan Kerajaan Negeri atau dikenali sebagai SKIMAS, atlet-atlet negeri yang cemerlang akan dipertimbangkan pemberian insentif kemenangan sukan atas kejayaan yang dicapai. Walau bagaimanapun, pertimbangan untuk penawaran insentif ini perlu dikemukakan melalui Persatuan Sukan Negeri kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk diangkat kelulusan di peringkat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

1 KADUN 1 Gelanggang Futsal yang seperti yang saya telah jawab kepada Bukit Tambun petang tadi, tahun 2019 harap akan dilaksanakan kerana bajet yang ada. Mengenai permohonan di bawah program 1 KADUN 1 Gelanggang Futsal yang dibangkitkan oleh Batu Uban, KADUN Batu Uban telah mempunyai sebuah gelanggang futsal di dalam kawasan Dewan JKKK Sungai Nibong Kechil yang dibina pada tahun 2004. Zaman Pemerintahan Barisan Nasional yang boleh digunakan oleh pihak Yang Berhormat. Manakala untuk permohonan bagi mendapatkan gelanggang futsal tambahan, saya harap Batu Uban bolehlah cari tempat-tempat yang bersesuaian dan tulis surat kepada Pejabat Daerah Timur Laut supaya untuk membuat pertimbangan dan atau atas permintaan juga daripada Batu Uban sebuah gelanggang bola keranjang, di mana Batu Uban juga bolehlah mencari tapak yang bersesuaian di mana untuk membinakan gelanggang bola keranjang dan juga ada permintaan-permintaan daripada penduduk, maka akan boleh dicadangkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah di Daerah Timur Laut.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program 1 KADUN 1 Gelanggang Futsal mulai tahun 2013. Dari tahun 2013 hingga tahun 2017, sebanyak 16 gelanggang futsal telah dibina di 16 KADUN. Dan pada tahun 2018 pula, sebanyak enam (6) gelanggang futsal yang akan dibina dengan anggaran kos sejumlah RM1.5 juta dan kini dalam peringkat rekabentuk oleh pihak Jabatan Kerja Raya. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, mempromosikan sukan-sukan tradisional seperti sepak raga tuju dan sukan kabaddi serta menyediakan gelanggang di Pulau Pinang. Sukan kabaddi merupakan sebuah sukan yang iktiraf sebagai sukan berprestasi tinggi di bawah naungan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sememangnya sentiasa membantu Persatuan Kabaddi Pulau Pinang dalam pemberian subsidi berjumlah RM3,000.00 hingga RM5,000.00 untuk menyertai pertandingan, pembayaran elaun atlet latihan berjumlah RM50.00 sebulan dan penyediaan lokasi latihan bertempat di Dewan Silat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Cumanya pihak persatuan memohon sebuah lokasi kekal yang boleh dijadikan pusat latihan kepada atlet-atlet kabaddi. Namun berdasarkan keadaan semasa di mana sukan kabaddi tidak dipertandingkan di Sukan Malaysia, kewajaran untuk menyediakan sebuah lokasi kekal masih belum menjadi keutamaan kepada Kerajaan Negeri berbanding dengan sukan-sukan berprestasi tinggi yang lain yang masih cari tempat untuk membuat latihan dan juga menjadi sukan wajib dan sukan pilihan utama di SUKMA.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Bagan Jermal, minta laluan.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Ya. Silakan.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Selain dari Dato’ Speaker selain daripada sukan Kabaddi, sepak raga sepak raga sudah menjadi sukan regional di mana dipertandingkan di peringkat Sukan SEA dan juga kalau tak silap saya di Sukan Asia merangkap gelaran juaranya adalah Korea Selatan pun pernah bermain sepak raga. Begitu juga dengan Kabaddi ada dalam Sukan Asia. Satu lagi sukan yang sudah memang ada ramai pengikut di Ma-laysia malah di kawasan Jawi sendiri I think Ahli Kawasan Bagan Jermal bila jadi ADUN Jawi kenal iaitu sukan silambam. Mereka telah meminta supaya sukan silambam ini diiktiraf dan dimasukkan ke dalam Sukan Malaysia 2020. So saya harap pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga menyokong usaha ini dan mengiktiraf pertubuhan-pertubuhan Silambam yang ada di Pulau Pinang dengan pengiktirafan itu bolehlah kita membawa mereka ke Sukan Malaysia dan ada potensinya. Sukan ini berumur 5000 tahun lebih. So memang satu sukan tradisional yang amat popular di kalangan orang-orang Tamil di Malaysia. So minta dipertimbangkan.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih cadangan daripada Bagan Dalam. Saya amat setujui sukan silambam pun salah satu sukan tradisional dan juga popular di kalangan kaum India terutama di kawasan Jawi yang ada peserta-peserta yang ambil bahagian. Bukan sahaja sukan silambam, sukan snuker, sukan floorball yang tidak termasuk dalam sukan Malaysia dan saya telah cadangkan beberapa sukan ini kepada kementerian dan kita haraplah pada satu hari Sukan Malaysia akan mengiktirafkan dan masukkan sukan silambam, sukan kabaddi, sukan snuker, sukan floorball yang akan dimasukkan dalam acara-acara Sukan Malaysia SUKMA.

Yang di-Pertua (Speaker)

Habiskah?

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Ada lagi. Setengah jam boleh habis. Kemudahan sukan sebelum saya pergi ke kemudahan sukan, saya jawab soalan Telok Ayer Tawar dahulu. Gym adalah di bawah Gerakan Belia 4B yang Gerakan Belia yang di bawah Majlis Belia Negeri Pulau Pinang yang dicadangkan oleh Telok Ayer Tawar supaya dewan gym ini diambil oleh diambil alih dibuat jagaan Pusat Khidmat Telok Ayer Tawar ataupun MSN ataupun Pejabat Daerah dan memang gym ini adalah di bawah Majlis Belia Pulau Pinang. Kita akan tulis surat kepada Majlis Belia Negeri Pulau Pinang kalau mereka gagal untuk maintain...(dengan izin) Dato’ Speaker maka kita boleh cadang di bawah jagaan MSN ataupun Pejabat Daerah. Selain daripada Ayer Tawar ada juga bangkit yang jetty canoe, track jogging di Pantai Robina. Ini isu yang melibatkan penyelenggaraan daripada tiga agensi salah satu JPS, Pejabat Daerah SPU dan juga MPSP dan saya akan aturkan satu mesyuarat dan jemput Telok Ayer Tawar supaya masuk dan bersama membuat satu lawatan supaya minta ketiga-tiga pihak untuk mengkaji siapa yang sepatutnya menjalankan

kerja-kerja penyelenggaraan kerana kita dapat tahu setiap kali memang mereka akan tolak kepada agensi-agensi yang antara tiga (3) ini. Maka saya akan aturkan satu mesyuarat dan lawatan bersama Telok Ayer Tawar dan juga menjemput ketiga-tiga agensi ini untuk berbincang supaya selesaikan masalah-masalah jogging track ini di Taman Robina. Kemudahan sukan. Mengenai saranan daripada Yang Berhormat pertanyaan mengenai prasa-rana sukan di kawasan masing-masing. Ingin saya suarakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus berusaha untuk menambah baik kemudahan-kemudahan sukan yang sedia ada dalam memastikan rakyat dapat menjalankan aktiviti sukan dengan kemudahan yang baik dan selamat. Kos penyelenggaraan memerlukan dana yang tinggi untuk tindakan jangka pendek fokus akan diberikan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan di lokasi yang memerlukan. Dalam pada itu Kerajaan Negeri juga akan turut berusaha untuk mempelbagaikan pelaksanaan program dan mengoptimumkan penggunaan kemudahan-kemudahan sedia ada di seluruh Negeri Pulau Pinang bagi menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat Pulau Pinang. Sebagai contohnya di mana Kerajaan Negeri kini sedang dalam usaha menaik taraf Stadium Mini Permatang Rawa yang akan mempunyai kemudahan padang bola sepak rumput synthetic, lima (5) gelanggang futsal dan sebuah gelanggang sepak takraw dan juga pembinaan sebuah stadium hoki yang baru di Jalan Betik, Seberang Perai Tengah di KADUN Padang Lalang. Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, isu yang hangat di kalangan rakyat jelata dan juga ADUN-ADUN dalam dewan ini FAP (Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang). Seterusnya, perkara ini ingin saya bangkitkan adalah mengenai isu pembangunan bola sepak negeri di bawah pegurusan FAP yang telah menarik perhatian ramai Ahli-ahli Yang Berhormat seperti mana yang telah dibangkitkan oleh Bagan Dalam, Kerajan Negeri dalam tempoh 10 tahun ini mulai tahun 2008 hingga tahun 2015 telah menyalurkan sejumlah RM54,000,000.00 kepada FAP bagi memperkasakan pembangunan sukan bola sepak di negeri Pulau Pinang. Penyaluran peruntukan ini terdiri dari sumbangan dan disalurkan melalui Kerajaan Negeri, PDC dan PBA. Tahun 2008, tiada peruntukan diberi oleh Kerajaan Negeri mahupun PDC dan PBA. Tahun 2009, PDC memberi peruntukan sebanyak RM250,000.00, PBA juga memberikan peruntukan RM250,000.00. Tahun 2010, 2011 tiada peruntukan diberi oleh Kerajaan Negeri mahupun PDC atau PBA. Tahun 2012, PBA memberi RM300,000.00 kepada FAP. Tahun 2013, PDC memberi RM1,000,000.00, maka PBA memberi RM2,035,700.00 kepada FAP. Tahun 2014 PDC memberi RM4,000,000.00 maka PBA memberi RM3,000,000.00 kepada FAP. Tahun 2015 PBA memberi RM6,000,000.00 kepada FAP. Tahun 2016 Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi RM18,000,000.00 kepada FAP dan PBA memberi RM6,000,000.00 kepada FAP. Tahun 2017 Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi RM10,500,000.00. Maka PDC dan PBA tiada peruntukan. Pada tahun 2018 sehingga 13 Julai Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2,829,120.00 kepada FAP. Akibat daripada kelemahan dalaman yang dihadapi oleh FAP melibatkan structure pengurusan dan pentadbiran kewangan yang tidak cekap, ianya telah menyaksikan FAP dibelenggu dengan masalah kewangan yang teruk. Sehingga kini mengikut laporan auditor FAP masih mempunyai hutang tertunggak yang berjumlah RM8,293,000.00 yang masih belum dijelaskan. Ini termasuk gaji-gaji akan dibayar sehingga bulan November 2018. Hutang ini terdiri daripada gaji pemain mengikut kontrak, KWSP, Perkeso, cukai pendapatan, pinjaman kewangan untuk bas dan kereta, bayaran sewa padang dan lain-lain. Ramai pemain dan jurulatih FAP tidak dibayar gaji mereka sejak bulan Januari tahun 2018 sehingga sekarang. Ini termasuk pembayaran gaji kepada pemain-pemain SUKMA Negeri Pulau Pinang yang akan mengambil bahagian pada bulan depan yang rata-ratanya telah dipilih dari pasukan Piala Presiden di bawah umur 21 tahun untuk mewakili negeri ke SUKMA di Perak pada bulan September. Ini merupakan satu masalah besar yang perlu ditangani secepat mungkin. Boleh dikatakan hamper keseluruhan pasukan bola sepak FAP bermula dari pasukan senior yang bermain di Liga Premier, Junior hinggalah ke pasukan SUKMA yang akan terjejas teruk akibat hutang yang melampau ini. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, untuk tahun 2018 setakat 13 Julai yang lalu, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM28,000,000.00 untuk menjelaskan sebahagian gaji-gaji kepada pemain-pemain FAP. Secara tegasnya, Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang perlu dirombak keseluruhan organ-isasinya. Saya amat setuju dengan pandangan Bagan Dalam, biar saya habis satu….(gangguan), bahawa peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada FAP adalah jauh lebih banyak daripada pe-runtukan yang disalurkan kepada FAP itu mengatasi peruntukan-peruntukan jabatan atau agensi Kerajaan Negeri yang cemerlang prestasinya untuk berkhidmat kepada masyarakat. Silakan.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih ahli kawasan Bagan Jermal. Saya sungguh terkejut dengan pendedahan bahawa RM54,000,000.00 telah diperuntukkan untuk FAP tetapi masih gagal masuk Super Leugue keluar dan se-dang struggle…(dengan izin) dalam Liga Premier. Ini satu yang perlu dipandang serius dan saya juga terke-jut Kerajaan Negeri masih lagi bantu FAP tahun ini dengan RM2,800,000.00 menunjukkan keikhlasan Ke-rajaan Negeri untuk membantu ataupun untuk menaikkan sukan bola sepak di Negeri Pulau Pinang ini

tetapi walau pun rakan saya dari Tanjung Bunga pernah menjadi Presiden FAP, dia pun tidak dapat memulihkan FAP kerana sel-sel kanser itu masih ada dalam lagi. Itulah masalahnya. One of the first thing I said to the president the former president of FAP is…(dengan izin), Dato’ Yang di-Pertua adalah get rid of these cancer cells but they were there apabila rakan saya meletak jawatan mereka juga turut lari keluar. Ada saya tidak mahu namakan mereka. Mereka telah menggunakan kelemahan yang telah ada dalam FAP ini dan mengimport player manakala local players yang bermain di lain-lain kelab ada yang bermain JDT, MIFA tetapi local player tidak diberikan. Saya minta selepas ini sekarang tujuh (7) bulan gaji pemain tidak dibayar apa yang saya baca dalam akhbar The Star tempoh hari. Saya minta selepas ini kalau Kerajaan Negeri membantu lagi kita tidak boleh campur tangan sebab piawaian ataupun standard FIFA akan suspend the team if we campur tangan but kalau kita nak bantu lagi saya minta akaun FAP ini diaudit secara keseluruhannya dan mereka yang telah menya-lahgunakan kuasa mereka dalam FAP harus menjawab atas kesilapan mereka. Itu adalah saranan saya kepada Exco dari kawasan Bagan Jermal. Terima kasih.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Sedikit pencerahan YB. Saya mendengar tadi bajet untuk tahun ini RM2,400,000.00 untuk (ada celahan) RM2,800,000.00 untuk Pasukan Bola Pulau Pinang dan tiada penajaan dari GLC-GLC besar mungkin PDC dan juga PBA. Jadi boleh saya dapat penjelasan mengapa tiada tajaan daripada GLC-GLC utama Pulau Pinang?

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Saya menjawab soalan daripada Bagan Dalam dulu. Kalau Kerajaan Negeri nak campur tangan memang kita akan menstructurekan dan kebelakangan ini kita ada beberapa perbincangan dan kita akan cuba untuk selesaikan masalah ini dan juga mencari kaedah yang sesuai untuk menstructurekan semula Persatuan FAP ini supaya dijadikan FAP untuk accountable kepada Kerajaan Negeri untuk tunjukkan atau melaporkan akaun-akaun yang audited inilah juga akaun-akaun yang audited saya dapat daripada auditor yang selama ini kita juga ada meminta mereka untuk tunjukkan Penyata Akaun FAP.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Minta penjelasan. Satu sahaja Dato’ Speaker, saya minta perlu disiasat kenapa seorang pemain dari Brazil di bawa masuk ke dalam pasukan Pulau Pinang tidak bermain langsung tetapi telah dibayar gaji lebih RM700,000.00. Ini maklumat yang sahih saya dapat, boleh sahkan dengan Timbalan Speaker juga, memang boleh sahkan. Ini adalah suatu yang amat mendukacitakan, dia tidak main langsung dalam liga sebab tidak didaftar tetapi RM700,00.00 dibayar. Kita beri wang kepada mereka, mereka buang dan ada agennya yang akan dapat komisyen. Cari agen itu siapa dan apakah hubungan agen itu dengan CancerCell yang telah keluar daripada FAP. Tanjung Bunga pun boleh sahkan. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Saya cuma hendak menjelaskan isu itu memang berlaku, ia akibat, ini telah berlaku sebelum saya mengambil alih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang dan saya tidak terlibat namun saya telah dimaklumkan bahawa setelah menandatangani kontrak bersama pemain tersebut, mereka mendapati semasa practice game ataupun perlawanan latihan, pemain itu tidak dapat bermain pada tahap yang sepatutnya, kemudian pemain asing lain telah dilantik pula dan pemain itu tidak didaftarkan sebagai pemain untuk musim tersebut. Saya tidak pasti kos yang tepat sama ada RM700,000.00 atau bagaimana, saya rasa itu perlu dirujuk kepada pengurusan lama sebelum saya. Terima kasih.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Dato’ Speaker, minta laluan. YB. Bagan Jermal, saya rasa isu ini adalah isu yang hangat diceritakan dan kita lihat bagaimana RM54 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri adalah duit daripada rakyat dan saya juga terkejut apabila Bagan Dalam menyebut dan juga kos hampir RM700,000.00 digunakan untuk mengimport seorang player dan player itu tidak bermain. Kalau saya minta perkara ini disiasat dan sekiranya betul saya minta Kerajaan Negeri mungkin boleh membuat laporan kepada SPRM supaya me-nyiasat EXCO- EXCO, maksud saya dalam FAP yang terlibat sebelum ini, supaya kita mendapat satu pen-cerahan because RM700,000.00 ini adalah duit yang agak banyak, mungkin kita tahu, bola sepak ini ada banyak yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu dan mungkin RM700,000.00 ini dibayar kepada agen dan sebagainya. Saya mintaklah cadangan saya kalau boleh Kerajaan Negeri membuat laporan SPRM. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Bagan Jermal, sambung.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Saya hendak jawab YB. Permatang Pasir yang bertanya mengapa PBA dan PDC tidak memberi peruntukan pada tahun ini. Memang betul pada tahun ini mungkin salah satu adalah prestasi yang tidak baik dan memuaskan, maka atas permintaan, kita pun tidak tahu sama ada FAP ada membuat permohonan kepada PDC dan PBA, maka dari segi laporan hendak tunjukkan Kerajaan Negeri memberikan peruntukan sebanyak RM471,000.00 setiap bulan selama enam (6) bulan sehingga Julai dan jumlah adalah RM2.8 juta. So, inilah jawapan yang saya akan berikan. Pembangunan Belia. Yang Berhormat Dato’ yang di-Pertua, golongan belia merupakan sumber terbesar dalam negara dan mereka berpotensi untuk menyumbangkan kepada pembangunan negara secara amnya dan Negeri Pulau Pinang secara khususnya. Bagi mewujudkan belia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negbara, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan berdasarkan tiga sektor utama iaitu Pendidikan dan Kerjaya, Kepimpinan dan Bakat, Kesedaran Sivik dan Demokrasi. Sebagai agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab dalam pembangunan belia, pihak Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (Penang Youth Development Corporation) PYDC…(dengan izin), telah merangka satu Pelan Tindakan Belia Pulau Pinang bersama Penang Institute untuk menentukan hala tuju bagi dasar pembangunan belia dalam negeri. Pelan Tindakan Belia Pulau Pinang. Pelan Tindakan Belia Pulau Pinang bertujuan untuk memasti-kan pemerkasaan belia bagi mennggalakkan kemajuan sosio ekonomi dan pertumbuhan politik di Negeri Pulau Pinang. Pelan ini akan mengenal pasti isu utama belia Pulau Pinang dari aspek sosio ekonomi dan politik dan menggubal dasar yang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam pembangunan belia. Dalamnya PYDC telah menganjur program dan aktiviti-aktiviti untuk golongan belia beserta mahasiswa-mahasiswi seperti berikut; Sidang Muda dan Bengkel Demokrat Muda. Penganjuran Sidang Muda dan Bengkel Demokrat Muda oleh PYDC bertujuan menggalakkan serta meningkatkan penyertaan belia dalam urus tadbir awam di Pulau Pinang dari segi kepimpinan dan perkongsian minda. Sejak tahun 2014, Parlimen Muda yang dimulakan oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) telah mendapat sokongan daripada PYDC. Mulai tahun 2016, PYDC telah mengambil alih tugas sebagai penganjur utama Parlimen Muda dan penjenamaan semula program ini sebagai Sidang Muda. Setakat ini, terdapat lebih daripada 300 orang muda telah menyertai program ini bagi membahaskan isu-isu belia dan dalam masa yang sama mereka juga berpeluang untuk mengemukakan pandangan mereka dalam pembangunan Negeri Pulau Pinang. Penang Fiesta. Bidang keusahawan semakin mendapat sambutan di kalangan belia Pulau Pinang baik dari segi perniagaan fizikal mahupun perniagaan atas talian (online) semakin rancak berkembang dalam era ini. Namun begitu para belia menghadapi kesukaran dalam mempromosikan produk mereka disebabkan tidak mempunyai satu platform yang sesuai. Melihat kepada senario ini PYDC telah menganjur-kan empat program Penang Fiesta sejak tahun 2017. Program ini telah berjaya membantu seramai 100 peniaga belia dengan mengetengahkan kepelbagaian produk niaga di Seberang Perai dan juga di bahagian Pulau Pinang. Kejohanan Sukan Piala PYDC. Sejak tahun 2014 PYDC telah menganjurkan kejohanan bola sepak, bola keranjang, sepak takraw dan bola jaring Piala PYDC. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan golongan orang muda di negeri ini dengan penyertaan melebihi 3,000 orang pemuda. Lawatan Belia ke Pulau Pinang. Lawatan Belia ke Pulau Pinang merupakan satu platform bagi golongan belia memahami polisi dan pengoperasian Kerajaan Negeri, terutamanya dalam memastikan Pulau Pinang menjadi sebuah negeri yang lebih hijau, bersih, selamat dan sihat. Para peserta lawatan yang terdiri daripada beliawan dan beliawanis seluruh negara telah diundang ke sesi perjumpaan dengan agensi-agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti Invest Penang, Penang Green Council, Perbadanan Pem-bangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), George Town World Heritage Incorporated (GTWHI), Tech Dome dan lain-lain. Pertukaran Pelajar Sains. Pertukaran pelajar sains dari kalangan pelajar berumur 13 hingga 18 tahun telah dilaksanakan melalui jalinan kerjasama di antara Negeri Pulau Pinang bersama dengan beberapa negara asing yang bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman pelajar supaya dapat berkongsi kemahiran dalam bidang sains dan teknologi di antara satu sama yang lain. Sehingga kini, PYDC bersama Tech Dome Penang telah mengadakan program Pertukaran Pelajar Sains bersama tiga (3) agensi luar negara seperti berikut; King Mongkut’s Institute of Technology Ladkrabang di Bangkok, Pusat Sains dan Teknologi Kebangsaan, Kaohsiung dan Pusat Sains Pendidikan Kebangsaan di Taipei.

Pengwujudan peruntukan khas untuk golongan belia. Cadangan YB. Batu Uban untuk menyediakan peruntukan khas di bawah nama Geran Harapan Negeri Pulau Pinang bagi tujuan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan belia untuk tonjol bakat dan kreativiti, sukan dan kesusaster-aan adalah lebih kurang sama dengan peranan yang dimainkan oleh PYDC selama ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan pertanyaan dan mengemukakan isu-isu yang berkaitan….(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Speaker, saya hendak tanya satu sahaja, belum jawab, saya minta Kerajaan Negeri untuk menyokong untuk membuat satu youth centre di Butterworth khususnya di bangunan MPSP lama yang sudah terbengkalai sekian lama. Saya minta Kerajaan Negeri sokong supaya kita boleh bawa proposal itu…(dengan izin), ke Kementerian untuk buat di Butterworth.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Saya terima cadangan ini. Terima kasih kerana Yang Berhormat membangkitkan pertanyaan dan mengemukakan isu-isu yang berkaitan dengan belia dan sukan di Negeri Pulau Pinang. Perkara-perkara yang telah dibangkitkan akan menjadi pemangkin untuk saya bekerja lebih keras dan lebih gigih bagi menambah nilai dan memperkukuhkan lagi mutu penyampaian di bawah portfolio belia dan sukan untuk pembangunan menyeluruh di peringkat Negeri. Sekian terima kasih, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Bagan Jermal. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan dan Dewan akan bersidang semula pada esok jam 9.30 pagi.

Dewan ditangguhkan pada jam 10.00 malam.