Pulau Pinang · 15 November 2018

14th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 402 turns · 64,771 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Absent: Lim Guan Eng (Air Putih), Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail (Pantai Jerejak), Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin (Penanti)

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan Doa.

Timbalan Setiausaha Dewan

“Bacaan Doa”.

Setiausaha Dewan

Soalan lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita sambung dengan Sesi Soalan Lisan. Sila Sungai Acheh.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Yang Berhormat Dato' Speaker, soalan saya nombor 40. No. 40. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk melebarkan jalan negeri antara Simpang Tiga ke Pekan Sungai Acheh dan Jalan Permatang Keling ke pekan Sungai Bakau?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Acheh. Untuk menjawab Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk melebarkan jalan negeri antara Simpang Tiga ke Pekan Sungai Acheh dan Jalan Permatang Keling ke Pekan Sungai Bakau. JKR telah mengadakan lawatan tapak pada 9 Oktober 2018 bersama-sama dengan Yang Berhormat sendiri serta jabatan-jabatan lain seperti Pejabat Daerah dan Tanah, JPS, MPSP dan syarikat utiliti yang terlibat. Anggaran kos projek bagi kedua-dua lokasi ini sedang diteliti oleh pihak JKR dengan kerjasama jabatan-jabatan berkaitan dan permohonan akan dibuat di bawah Peruntukan Pembangunan Negeri semasa penyediaan Bajet 2020 kelak. Maksudnya tahun depanlah kita akan buat perancangan. Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada kedudukan kewangan Kerajaan Negeri dan keutamaan projek-projek JKR. Terima kasih.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Soalan tambahan. Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat tadi. Ada dua perkara yang saya nak tanya di sini iaitu yang pertamanya adakah Kerajaan Negeri akan meminta bajet daripada Kerajaan Persekutuan juga kerana kedua-dua jalan tersebut ini ia melibatkan ada tanah kediaman dan juga tanah milik individu. Itu yang pertama. Yang keduanya, di kawasan antara Permatang Keling dan Sungai Bakau ni, dalam mesyuarat, saya dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Daerah apabila saya minta untuk keluarkan bajet penyelenggaraan, penyelenggaraan jalan tersebut itu di bawah JKR Perak walaupun kedudukannya seperti yang saya sebut dalam perbahasan saya kelmarin. So adakah sekiranya perkara ini diteruskan, di bawah JKR Perak ataupun state sendiri yang akan uruskan? Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk soalan pertama, peruntukan Persekutuan hanya akan diminta kalau jalan itu jalan Persekutuan. Jadi biasanya kalau jalan Negeri kita akan menggunakan peruntukan pembangunan negeri. Soalan kedua itu yang menarik sebab memang betul kawasan tersebut memang jajaran Jalan Sungai Bakau itu, nombornya pun A22, maksudnya jalan di bawah JKR Negeri Perak. Jadi penyelenggaraan dan penaiktarafan pun kalau kita nak buat keseluruhan di kawasan tersebut akan melibatkan kedua-dua JKR Negeri Pulau Pinang dan JKR Negeri Perak. Dan saya rasa kita melihat kepada perkara ini dan selepas

penaiktarafan yang sedang dilakukan di Tanjung Berembang iaitu penaiktarafan jalan serta pembinaan jambatan oleh PDC maka dijangkakan bahawa trafik, beban trafik akan meningkat di kawasan tersebut. Maka JKR SPS akan memohon projek baru untuk membuat pelebaran jalan pada tahun 2019 dan bagi pelaksanaan tahun seterusnya. Bagi jalan P167 iaitu Jalan Sungai Udang dan Sungai Bakau dan juga jalan P169 iaitu Jalan Berembang, Jalan Teluk Ipil dan Jalan Atas yang bersambung dengan A22 Jalan Sungai Bakau tersebut. Jadi disebabkan penaiktarafan ini melibatkan kedua-dua JKR Negeri Pulau Pinang dan JKR Negeri Perak maka JKR SPS akan berhubung dengan JKR Daerah Kerian di Negeri Perak bagi membuat kerjasamalah. Sudah tentu JKR Negeri Pulau Pinang tidak boleh buat secara sendiri, yang ini memerlukan kerjasama dan tidak ada masalah untuk kedua-dua JKR Daerah untuk bekerjasama. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Berapit.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Dato' Speaker, soalan saya soalan 41. No. 41. Kerajaan Negeri telah mewartakan undang-undang zon larangan merokok sejak sekian lama. (a) Nyatakan implikasi yang dikenakan ke atas individu yang melanggar peraturan tersebut. (b) Kementerian akan menguatkuasakan larangan merokok di seluruh restoran dan premis makanan bermula 1 Januari ini. Apakah peranan yang sewajarnya diambil oleh Kerajaan Negeri dalam memantapkan agenda berkenaan.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Berapit dan Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan. Saya sebelum menjawab soalan ini saya ingin merakamkan rasa simpati dan sedih kita kepada seorang mangsa nelayan yang telah hilang di laut baru-baru ini Saudara Allahyarham Abdullah bin Md. Lazim yang telah ditemui semula pada 13 haribulan yang lepas di Bayan Lepas. Jadi saya ingin merakamkan rasa simpati kepada keluarga dan ingin melafazkan Al-Fatihah untuk mangsa. (Bacaan Surah Al-Fatihah). Terima kasih. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Berapit berkenaan dengan warta undang-undang zon larangan merokok. Bagi individu yang melanggar peraturan iaitu merokok di kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok, pesalah boleh dikenakan kompaun sebanyak RM250 bagi setiap kesalahan. Kegagalan menjelaskan kompaun tersebut boleh menyebabkan individu berkenaan dikenakan tindakan mahkamah. Jika disabit kesalahan, denda tidak melebihi daripada RM10,000 boleh dikenakan. Mulai 1 Januari 2019, Kementerian Kesihatan telah mengisytiharkan restoran dan premis makanan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok. Kerajaan Negeri menyokong penuh usaha ini dan selaras dengan hasrat ini, Kerajaan Negeri sedia bekerjasama dengan pihak Kementerian dalam memastikan perintah larangan merokok dikuatkuasakan di seluruh restoran dan premis makanan bermula 1 Januari 2019. Dalam memantapkan agenda ini, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Kesihatan Negeri untuk mendapatkan penurunan kuasa daripada pihak Kementerian agar PBT juga boleh mengambil tindakan kompaun terhadap individu yang melakukan kesalahan di bawah perintah ini.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Soalan tambahan. Yang Berhormat Seberang Jaya, saya ingin tahu berapa kompaun yang telah diambil atas individu yang melanggar peraturan di kawasan larangan merokok setakat ini dan juga adakah kerajaan timbang untuk mengambil hukuman perkhidmatan sosial ke atas individu yang melanggar peraturan?

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Berapit. Sehingga sekarang, sehingga September 2018, aktiviti penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau melibatkan kawasan PENBAR (Penang Bebas Asap Rokok) terutamanya di Tapak Warisan Dunia George Town, sebanyak 111 notis kesalahan termasuk kompaun telah dikeluarkan di bawah Peraturan 22 (2). Buat masa sekarang tidak ada lagi, based on undang-undang yang ada, kita tidak ada lagi untuk hukuman perkhidmatan sosial. Buat masa sekarang.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

YB. Seberang Jaya, berkenaan dengan kebelakangan ini kita dapat lihat Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa orang awam dilarang merokok di kedai makanan. Di sini soalan saya adalah sekiranya orang awam dilarang merokok di kawasan kedai makan, adakah kita membenarkan kedai makan menjual rokok ataupun adakah pihak PBT untuk menetapkan syarat ke atas kedai makanan tersebut supaya menyediakan satu kawasan tertutup untuk merokok seperti di lapangan terbang yang kita tahu, seperti di airport, lapangan terbang.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Jawi. Saya difahamkan dalam pengumuman yang dibuat oleh Kementerian, tidak ada kawasan atau designated bilik dibenarkan untuk dibuat di dalam restoran untuk perokok. Yang akan dibuat ialah ada kawasan-kawasan di luar daripada kawasan restoran yang akan diwartakan sebagai kawasan yang boleh dibenarkan untuk merokok di situ. Sebab sekarang ini proses yang, matlamat program ini adalah untuk kita ubah semua kawasan menjadi kawasan larangan merokok kecuali beberapa kawasan tertentu sahaja yang dibenarkan untuk merokok. Maknanya untuk kawasan-kawasan tertutup tidak ada lagi dibenarkan untuk perokok merokok di dalam premis-premis ini.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Soalan tambahan. Terima kasih kepada Dato’ Speaker. YB. Seberang Jaya sebab ini soalan pertama anda dalam Sidang DUN so ada soalan tambah sikitlah. Berkenaan dengan penguatkuasaan. Kita sering tahu kita kerajaan nak tentukan peraturan itu agak senang tapi dari segi penguatkuasaan kita tahu dalam Jabatan Kesihatan Negeri kita juga tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk membuat penguatkuasaan dalam kes menangani denggi pun. Dari segi penguatkuasaan itu juga kita nampak sudah ada kelemahan tapi jika kita nak buat perkara ini, untuk menguatkuasa Undang-Undang Larangan Merokok ini, adakah macam mana nak memastikan penguatkuasaan itu dapat dijalankan dengan baik, dengan sempurna sebab memandangkan begitu banyak kelemahan atau kekurangan anggota yang ada pada kakitangan kerajaan ini.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubuk. Perkara ini memang telah dikenalpasti tentang masalah bagaimana mengatasi masalah yang kita panggil kekurangan penguatkuasa. Sebab itu dalam program ini, Menteri mempunyai hak untuk menurunkan kuasa itu kepada, sebagai contoh, pegawai-pegawai penguatkuasa daripada PBT untuk turut sama melakukan tindakan kompaun dan juga semakan tetapi ada beberapa isu. Antara isunya adalah adakah kompaun itu nanti akan masuk kepada hasil PBT atau masuk kepada hasil Kementerian. Jadi perkara-perkara itu masih lagi saya rasa dalam pembincangan sebab once benda ini selesai, lebih ramai pihak yang boleh kita turunkan kuasa, daripada Kementerian, daripada Menteri itu sendiri untuk menjadi penguatkuasa di peringkat akar umbi. Terima kasih.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Tuan Speaker. Soalan saya masih belum dijawab.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Berkenaan dengan menjual rokok dekat kedai makanan. Adakah pihak PBT akan mensyaratkan kedai makanan untuk melarang menjual rokok sebab very sarcastic...(dengan izin), kalau kita menjual rokok tanpa memberi kawasan tersebut untuk hisap rokok walaupun saya bukan perokok tapi saya cuma nak tanya ini soalan saya.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya tak ada jawapan yang tepat lagilah tentang perkara ini. Saya kena refer kepada Jabatan Kesihatan. Tapi ada banyak kedai jual kondom tapi tak buat di situ pun…(Ahli Dewan ketawa).

Yang di-Pertua (Speaker)

Pulau Tikus.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, soalan saya nombor 42, soalan saya nombor 42. Terima kasih. No. 42. Adakah Kerajaan Tempatan kita bersedia untuk menerima dan menguatkuasakan garis panduan aksesibiliti sejagat yang akan dibentangkan oleh Penang Accessibility Action Group (PAAG) pada masa terdekat, dalam kelulusan pelan-pelan infrastruktur dan bangunan?

Terima kasih Dato’ Speaker dan rakan saya daripada Pulau Tikus yang bertanyakan tentang sama ada Kerajaan Tempatan bersedia untuk menguatkuasakan garis panduan aksesibiliti sejagat yang dibentangkan oleh Penang Accessibility Action Group, dengan izin. Untuk menjawab rakan saya daripada Pulau Tikus. Dato’ Speaker, pada masa ini Pihak Berkuasa Tempatan sedang menggunapakai senarai semak yang telah disediakan oleh Penang Accessibility Action Group ataupun (PAAG), untuk semua kelulusan pelan-pelan infrastruktur dan bangunan. Senarai semak ini mempunyai pelbagai kategori yang perlu dipatuhi, antaranya ialah kategori tempat letak kereta, pencahayaan, pintu utama bangunan, tandas dan lain-lain. Walau bagaimanapun Dato’ Speaker, PBT secara dasar bersetuju untuk menggunapakai Garis Panduan Aksesibiliti Sejagat, yang akan dibentangkan oleh PAAG dalam kelulusan pelan-pelan infrastruktur dan bangunan. Garis Panduan ini Dato’ Speaker, perlulah berpandukan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) 1984 dan MS1184 (Universal Design-UD & Accessibility) serta perlu dibentangkan terlebih dahulu dalam Majlis Penuh Kedua-dua PBT untuk kelulusan, sebelum ia dapat dikuatkuasakan. Sekian Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Datok Keramat. Seterusnya, saya nak menjemput soalan Penaga.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 43. No. 43. Pada 19 Oktober 2018, runtuhan tanah di Bukit Kukus (BK) telah menyebabkan 9 mangsa terkorban dan 4 cedera.

(a) Adakah siasatan awal Kerajaan Negeri mendapati wujud elemen penyelewengan dalam proses pemberian tender dan prosedur pelaksanaan projek LBBK? (b) Jika ‘ya’, apakah tindakan pihak Kerajaan Negeri dan jika ‘tidak’, mengapakah tragedi ini berlaku?”

Terima kasih Dato’ Speaker dan pada rakan saya daripada Penaga. Sebenarnya soalan ini adalah sama tetapi, saya...(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Lepas.

Terlepas pandang, because so many questions. Is the same questions, but I think I keep it short because is one, satu perkara yang saya nak ulas. Ini adalah soalan berkenaan Bukit Kukus, tetapi secara khusus ditanyakan tentang pemberian tender kepada kontraktor, untuk pelaksanaan lebuh raya tersebut. Berkenaan isu tu, ingin saya jawab bagi pihak Kerajaan Negeri bahawasanya proses tawaran dan pemberian tender telah dibuat secara tender terbuka, dan ia telah mematuhi segala prosedur kewangan yang ditetapkan. Dan kita berpandangan bahawasanya, tiada unsur-unsur penyelewengan dalam pemberian tender sama sekali. Juga bagi menjawab soalan rakan saya dari Penaga berkenaan, apakah sedang berlaku berkenaan tindakan susulan setelah tragedi itu berlaku. Seperti mana saya nyatakan, pihak Kerajaan Negeri dan MBPP telah menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan Khas untuk menjalankan siasatan, bagi mengenal pasti punca kejadian tanah runtuh, dan seterusnya memberi cadangan penambahbaikan bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh di masa hadapan. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (DOSH) dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah menubuhkan Jawatankuasa Siasatan masing-masing berikut kejadian ini. Saya nak tambah satu perkara Dato’ Speaker. Susulan apa yang saya sebut tempoh hari di mana saya memberi penekanan bahawasanya ciri-ciri ataupun unsur-unsur keselamatan adalah keutamaan bagi pihak Kerajaan Negeri di dalam mana-mana projek mahupun projek infrastruktur ataupun projek pembangunan bangunan. Paramount consideration is given to safety. I want to repeat that. Cuma, ada satu perkara yang saya telah pun menyatakan tempoh hari apabila ditanya oleh Penaga juga sama ada mengapa EIA itu tidak disediakan, Environmental Impact Assessment Dato; Speaker, which hakikinya dalam kes ini memang tidak disediakan. Apa yang diperlukan adalah Environmental Management Plan (EMP) yang saya sebut pada tempoh hari. Tetapi saya ingin menyatakan di sini bahawasanya di dalam projek ini, jalan yang dikenali sebagai Jalan Bukit Kukus ini, dikenali sebagai satu collector road. Collector road adalah satu jalan yang saya difahamkan adalah satu jalan if I may, Dato’ Speaker….(dengan izin) ini apa yang saya dapati apa maksud collector road itu kerana itu adalah apa yang disebutkan Jabatan Alam Sekitar, apabila mereka membenarkan pengecualian EIA. Dia kata Collector road Bukit Kukus is a collector road....(dengan izin) Dato’ Speaker. “A collector road or distributor road is a low-to-moderate-capacity road, which serves to move traffic from local streets to arterial roads. Unlike arterials, collector roads are designed to provide access to residential properties”. Ini apa yang dikatakan collector road. Apabila saya lihat kepada Perintah Environmental Quality....(dengan izin) Environmental Quality describe activities or Environmental Impact Assessment Order 1987. Ini adalah Undang-Undang yang memerlukan EIA disediakan untuk pelbagai projek yang dinyatakan. Dan di dalam perenggan yang merujuk kepada infrastructure, kerana ini jalan raya comes under infrastructure can I just kindly read apa yang jenis infrastructure apa yang memerlukan EIA disebutkan.

9. Infrastructure I read….(dengan izin); (a) Construction of hospitals with outfall into beachfronts used for recreational purposes; (b) Industrial estate development for medium and heavy industries covering an area of 50 hectares or more; (c) Construction of expressways; disebut expressway (d) Construction of national highways; and (e) Construction of new town ship

Jadi apabila kita sebut infrastructure jenis jalan raya, apa yang disebut perlu EIA adalah expressway dan national highways, yang tidak menyebut collector road dan saya…(dengan izin) Dato’ Speaker, ingin merujuk kepada surat daripada JAS yang dan, JKR yang mengesahkan ini surat bertarikh 26 Januari 2015, yang kepada Jurutera Perunding untuk Jalan Bukit Kukus ini, iaitu GEA Malaysia Sdn. Bhd. di mana JKR menyatakan seperti ini, “Pejabat ini mengesahkan, cadangan jalan berkembar seperti yang dinyatakan di atas iaitu Bukit Kukus adalah direka bentuk sebagai ‘U3’ berjenis collector road”. Dan susulan itu, susulan itu apa yang berlaku itu surat 26 Januari 2015, susulan itu 5, 6 Februari 2015, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang membuat surat kepada Jurutera tersebut juga GEA, dan saya baca ini adalah apa yang dinyatakan: “Dimaklumkan bahawa setelah meneliti maklumat yang dikemukakan, Projek Pembinaan Jalan di atas adalah tidak tertakluk Dato’ Speaker di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974”. Ini yang ditulis oleh JAS, dia sahkan tak tertakluk kepada Akta tersebut yang mana saya sebut mengkehendaki EIA di dalam expressway dan national highway untuk jalan. “Walau bagaimanapun pihak pemaju hendaklah memberi perhatian terhadap aspek kawalan hakisan. Dan saya demand dengan melaksanakan Best Management Practices (BMP) di tapak projek, agar pelaksanaan projek tidak menjejaskan kualiti air dan alam sekitar”. Ini adalah surat daripada JAS, so apabila hari tempoh hari saya nyatakan sememangnya kita dapati tak dak, tiada EIA dikehendaki, cuma EMP dan ESCP yang saya sebut sebelum ini untuk memastikan keselamatan di kawasan tapak. Ini adalah sebabnya, ia adalah satu perkara yang termaktub di dalam Undang-Undang Pusat Akta Alam Sekeliling ini, adalah Undang-Undang Pusat 1974. So, sekiranya perlu penambahbaikan itu mungkin tak tau, mungkin di dalam bidang kuasa Jawatankuasa yang sedang menyiasat. Mungkin cadangan penambahbaikan mungkin perlu disemak semula Akta tersebut, untuk lihat sama ada jalan-jalan seperti collector road juga ini, perlu dikehendaki satu EIA untuk disediakan, Dato’ Speaker. Sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Mencelah sikit.

Boleh.

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Untuk terangkan tentang, Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sikit sudah.

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Sikit ja. Di dalam merangka EMP, seperti di sebut oleh apa Yang Berhormat Datok Keramat, bukannya EIA tidak disediakan, tetapi di dalam EMP, EIA tidak perlu mendapat kelulusan. Itu saja beza dia. EIA masih dibuat untuk merangka EMP, sebab di dalam EMP itu ada kelulusan daripada jabatan-jabatan yang berkenaan juga. Ya. Terima kasih.

Tambahan sikit. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datok Keramat. Saya setelah mendengar penjelasan bukan sahaja hari ini, bahkan penjelasan yang telah diberi berkaitan dengan insiden ataupun tragedi runtuhan tanah di Bukit Kukus itu, memang saya amat berpuas hati dan soalan ini pun dikemukakan awal, sebelum daripada terbentuknya Jawatankuasa Siasatan itu. Sebab tu saya masukkan soalan ini sebagai soalan lisan. Apa pun jawapan yang telah kita dengar, dan Insya-Allah mungkin akhir bulan ni juga kita akan dapat maklumat lebih terperinci dengan saya kira Jawatankuasa Siasatan akan melengkapkan Kertas Siasatan berakhir 30 November, untuk kita juga meneliti. Cumanya oleh kerana sebahagian yang disebut, projek ini juga adalah untuk kepentingan awam, jalan raya dan ianya tetap diteruskan ataupun dilaksanakan. Cuma sekarang ni seperti mana disebut, masalah keselamatan ataupun bagaimana kita nak memberi komitmen untuk memastikan keselamatan khususnya kepada pekerja-pekerja, sebab sekarang ni pun musim hujan kalau runtuhan itu berlaku, difahamkan adanya aliran air, dan kita telah alihkan, jadi bagaimana dengan projek ini terus berjalan dan hujan pun kerana sekarang ni musim tengkujuh, musim hujan akan ada aliran-aliran air yang mungkin boleh menyebabkan akan berlaku lagi runtuhan. Jadi yang saya nak sebenarnya komitmen kita untuk memastikan keselamatan itu terjamin, dan supaya tragedi ini tidak berulang di kemudian hari. Terima kasih pada Datok Keramat.

Dato’ Speaker, berkenaan isu keselamatan. Saya mengulangi apa yang saya nyatakan tadi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Secara ringkaslah.

Satu aspek yang memang kita beri keutamaan, dan secara ringkas tempoh hari saya telah nyatakan, selain daripada kehendak sepertimana rakan saya menyatakan tadi, Timbalan Ketua Menteri I walaupun EIA tidak perlu kelulusan, unsur dia ada di dalam EMP. EMP iaitu Environmental Management Plan dan ESCP iaitu Erosion And Sediment Control Plan, adalah langkah yang yang kita langkah yang kita ambil untuk memastikan ada keselamatan di tapak. Tetapi setelah insiden berlaku Dato’ Speaker, seperti mana saya nyatakan tempoh hari, saya ulangi dengan ringkas. Kita telah meningkatkan kerja-kerja pemantauan sepanjang tempoh pembinaan. Dengan memastikan laluan utama ke tapak projek sentiasa 24 hours dikawal oleh pihak keselamatan. Dan beberapa kerja-kerja mitigasi yang lain juga sepertimana saya nyatakan telah dan akan terus diambil untuk memastikan keselamatan pekerja-pekerja di situ. Tetapi berbalik kepada soalan yang diajukan, kita memang akan teruskan dengan projek ini, kerana ia adalah satu projek awam yang perlu kita selesaikan. Sekian Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya nak…(gangguan).

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau yang....(gangguan).

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Berkaitan. Merujuk kepada 43 (a) iaitu pemberian tender ini Yang Berhormat Datok Keramat, pembelian tender ini adakah hanya terhad mengikut harga terendah atau dengan menganalisis kemampuan syarikat atau track record syarikat yang diberi. Kedua, pengecualian tanpa kelulusan EIA ini diputuskan sebelum pemberian tender atau selepas pemberian tender. Itu saja.

Pemberian tender adalah melalui proses open tender, yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dan untuk sesuatu tender itu berlaku, ada Jawatakuasa Penilaian yang akan menilai pembida-pembida untuk projek-projek tersebut, jadi ada syarat-syarat yang perlu yang perlu dipatuhi, sebelum sesuatu kontraktor itu dilantik. Kepada soalan yang kedua, saya kalau tidak silap, telah pun merujuk kepada surat-surat tadi yang adalah daripada pihak JKR dan JAS kepada perunding yang bermaksud sememangnya tender itu telah pun diselesaikan. Then baru kita dapat surat ini kerana ia ditujukan kepada Jurutera Perunding tersebut. Dan saya hendak jelaskan dan ulangi di sini bahawasanya pengecualian terhadap keperluan EIA ini dibuat bukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Very important kerana saya lihat ada beberapa surat khabar yang membuat makes that allegation…(dengan izin) beberapa surat khabar saya lihat bahawasanya EIA ini dikecualikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini bukan perkara yang betul yang benar seperti yang saya nyatakan dan saya rujuk seluruh Dewan ini kepada surat daripada Jabatan Alam Sekitar yang merujuk kepada surat daripada JKR yang mengesahkan ini bukan satu national highway ataupun expressway tapi collector road dan oleh yang demikian tidak perlu ada EIA Dato’ Speaker sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Permatang Berangan.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua soalan saya soalan nombor 44. No. 44. Kemudahan Parkir Kepada Pengguna KTM. Kedudukan Stesen KTM Tasek Gelugor yang strategik menjadi penghubung kepada kawasan sekitarnya. Namun ia mengalami masalah kesesakan ekoran kekurangan tempat parkir kenderaan. (a) Bagaimanakah kerajaan dapat membantu menangani masalah ini dan menjadikan kedudukannya lebih efisien? (b) Adakah kerajaan bercadang membina parkir bertingkat di kawasan tersebut.

Dato’ Speaker, hampir selesai saya punya lisan tapi ada lagi. Saya ucapkan terima kasih kepada rakan saya daripada Permatang Berangan yang bertanyakan tentang isu kemudahan tempat parking atau parkir kepada pengguna KTM di Tasek Gelugor. Apakah status dia? Untuk menjawab rakan saya daripada Permatang Berangan, Kerajaan Negeri sedar akan kekurangan tapak parkir kenderaan di Stesen Tasek Gelugor. Malah Kerajaan Negeri bersama Keretapi

Tanah Melayu telah pun memaksimakan penggunaan kawasan sedia ada bagi kemudahan parkir kenderaan dan sebagai alternatif kepada isu parkir, perkhidmatan bas oleh Rapid Penang telah disediakan untuk kemudahan dan keselesaan penumpang ke stesen-stesen KTMB seluruh Negeri Pulau Pinang termasuk Stesen KTM Tasek Gelugor dan Kerajaan Negeri amat berharap kemudahan ini dapat digunakan bagi mengatasi masalah parking, parkir. Berdasarkan kepada kekangan kewangan dan ketersediaan ruang yang terhad di Stesen KTM Tasek Gelugor, pada masa ini Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk membina kemudahan parkir bertingkat di kawasan berkenaan. Sekian.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Soalan tambahan, terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Datok Keramat. Saya fahami situasi semasa cuma apakah perancangan masa hadapan untuk Kerajaan Negeri membina ataupun sebarang cadangan lain bagi mengatasi kesesakan kerana sekarang ini kalau kita lihat dan siapa yang pernah melalui kawasan tersebut ataupun menggunakan perkhidmatan KTM di situ, kita lihat laluan keluar masuk jalan, kiri kanan tu pun dah ada semua orang parking di kiri kanan tu. Jadi bila orang nak masuk, kenderaan daripada dalam tu terpaksa berhenti dan tunggu sehingga kenderaan yang masuk itu selesai sampai baru boleh keluar balik. Jadi macam mana perancangan kerajaan untuk mengelakkan kesesakan ini berterusan memandangkan pengguna-pengguna KTM ini bukan sahaja bukan sahaja daripada kawasan Tasek Gelugor dan Permatang Berangan tetapi lebih kepada kawasannya termasuk Lunas, Padang Serai ada juga daripada Kulim dan juga ada daripada Kepala Batas dan kawasan-kawasan sekitar. Jadi mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Datok Keramat.

Terima kasih rakan saya daripada Permatang Berangan. Sebenarnya kebetulannya dalam saya menyediakan ucapan penggulungan saya, saya lihat ada banyak pertanyaan berkenaan kehendak daripada ramai Yang Berhormat di sini untuk kita lihat sama ada lebih tempat parkir bertingkat dapat kita sediakan bukan sahaja untuk kes KTM di Tasek Gelugor tetapi rasional saya lihat kepada mengapa mereka membuat permintaan tersebut yang saya percaya adalah satu rasional yang amat baik sekali kerana ia adalah menuju kepada menggalakkan penggunaan public transport, pengangkutan awam like bus like keretapi. So I feel, saya berpendapat saya setuju bahawa walaupun di peringkat ini tiada perancangan, tetapi saya sebagai Ahli EXCO Kerajaan Tempatan akan mengerahkan kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan untuk lihat sama ada kita boleh mewujudkan satu polisi untuk melihat kepada kawasan strategik untuk adakan tempat-tempat parkir bertingkat agar orang ramai boleh letak kereta mereka di situ dan gunakan pengangkutan awam. Dan saya setuju dengan Permatang Berangan, saya tak pernah pergi ke KTM Tasek Gelugor untuk to be fair I’ve never been but mungkin satu hari saya boleh diajak oleh Permatang Berangan kita pergi lihat keretapi di di kawasan tersebut.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Saya mengalu-alukan jika ada penambahbaikan untuk kepentingan masyarakat dan rakyat sekitar. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Seterusnya dijemput Telok Ayer Tawar.

Mustafa Kamal Bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Dato’ Yang di-Pertua Speaker, soalan saya soalan nombor 5, eh 45. No. 45. Nyatakan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas Rumah Pam di Taman Wira yang tidak berfungsi dan tidak diselenggarakan lebih daripada 5 tahu.

(a) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina / membaik pulih Rumah Pam tersebut yang memberi impak kepada kawasan sekeliling ketika berlakunya paras air meningkat dan taburan hujan berlebihan?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Telok Ayer Tawar yang bertanya mengenai Rumah Pam di Taman Wira. Bagi makluman Yang Berhormat, Rumah Pam Taman Mira masih berfungsi dengan baik dan penyelenggaraan dilaksanakan secara berkala oleh Majlis Perbandaran Sebarang Perai (MPSP). Berikut merupakan rekod tarikh kerja-kerja penyelenggaraan yang telah dilaksanakan. Untuk tahun 2015 ada dua (2) kali penyelenggaraan iaitu pada 12 Mei dan 15 Oktober, untuk tahun 2016, dua (2) kali juga pada 22 Januari dan 16 Jun, untuk tahun 2017, tiga (3) kali diselenggara pada 7 Mac, 19 Julai dan 25 September. Untuk tahun 2018 pada 18 Julai telah dilakukan kerja-kerja servis. Walau bagaimanapun, pam yang berkapasiti rendah tidak berupaya untuk menampung kapasiti air yang tinggi sekiranya berlaku hujan yang lebat. Maka MPSP pun telah pun mengemukakan permohonan-permohonan untuk cadangan menaik taraf Rumah Pam Taman Wira tersebut kepada JPS dalam Mesyuarat Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir pada tahun ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Mustafa Kamal Bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Soalan tambahan. Saya difahamkan bahawa penaikan taraf untuk rumah pam tersebut telah ditolak oleh Kerajaan Negeri adakah ini benar?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat. Sukacita saya maklumkan sebenarnya pada Jawatankuasa MMK yang terbaru 28 September, kami telah meluluskan RM150,000 untuk membuat kajian reka bentuk terperinci bagi penaiktarafan rumah pam tersebut. Skopnya termasuk juga melebar dan mendalam parit ke Rumah Pam Taman Wira agar dapat menampung air kapasiti air hujan yang lebih bagi mengurangkan magnitude banjir kilat di kawasan tersebut. Tapi pada masa yang sama saya nak minta juga kerjasama Yang Berhormat untuk bantu untuk mendidik penduduk di kawasan tersebut juga antara masalah yang berlaku sampah sarap yang tersumbat dan mengurangkan efficiency rumah pam tersebut dan juga meningkatkan kekerapan perlu diselenggara dan pada masa yang sama kos penyelenggaraan akan meningkat, ya. Antara puncanya adalah sampah sarap. Jadi kalau boleh kita kerjasama antara masyarakat dan Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Soalan seterusnya Soalan 46 dari Yang Berhormat Permatang Pasir. Memandang Yang Berhormat tiada di dalam Dewan soalan dilangkau. Soalan 47 telah pun dijawab bersamaan dengan Soalan 22, 24 maka soalan ini pun telah pun dijawab seterusnya saya jemput Bukit Tengah.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 48. No. 48. Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Pihak Berkuasa untuk memantau dan melindungi hutan bakau dalam negeri daripada pembersihan haram dan kerosakan selepas berlakunya pencerobohan kawasan besar hutan bakau di Juru, Bukit Tengah baru-baru ini? Y.A.B. Ketua Menteri: Sebagai makluman kepada Yang Berhormat Bukit Tengah. Kerajaan Negeri mengambil perhatian serius mengenai pencerobohan tanah kerajaan yang berlaku baru-baru ini di kawasan hutan bakau di Juru, Bukit Tengah, Seberang Perai Tengah pada bulan Oktober 2018. Pencerobohan ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan amat dikesali. Menyedari hakikat ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang akan

terus mempergiatkan aktiviti pemantauan secara berkala dan penguatkuasaan ke atas kawasan hutan bakau sama ada dia di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal atau tanah kerajaan di negeri ini. Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang dengan sumber tenaga manusia yang terhad sentiasa berusaha untuk memastikan keselamatan hutan paya bakau di negeri ini sentiasa terjamin agar tidak diceroboh bagi tujuan mendapatkan kayu bakau atau penempatan secara haram. Sebagai langkah pro-aktif, Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan pasukan risikan dan penguatkuasaan yang sentiasa peka terhadap sebarang aduan awam. Setiap aduan awam yang diterima akan segera dijalankan pemeriksaan di lapangan. Selain itu, Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah dibekalkan kemudahan kenderaan pacuan empat roda, drone dan sistem aplikasi Forest Monitoring Using Remote Sensing Plus yang berupaya memantau perubahan sesuatu kawasan hutan di negeri ini melalui imej satelit yang terkini. Sistem ini telah disediakan oleh Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Selain itu, Jabatan Perhutanan Negeri sentiasa tegas menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara 1984 ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan sebarang penebangan pokok bakau, sama ada di dalam kawasan hutan simpanan kekal atau tanah kerajaan. Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 15, Akta Perhutanan Negara 1984 iaitu larangan mengambil hasil hutan dari mana-mana hutan simpan kekal atau tanah kerajaan, pelaku yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM500,000 dan penjara selama satu (1) hingga 20 tahun. Di samping itu, Jabatan Perhutanan telah menjalankan program kesedaran menyayangi hutan bakau secara intensif dengan penglibatan masyarakat tempatan sejak tahun 2008 hingga kini. Selepas kejadian Tsunami pada Disember 2004, Jabatan Perhutanan telah melaksanakan program penanaman pokok bakau dan spesies yang sesuai di pesisiran pantai negara melalui peruntukan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang kini dikenali sebagai Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Bilangan pokok bakau dan spesies bersesuaian yang telah tanam oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO), penduduk tempatan, para pelajar dan jabatan kerajaan lain di pesisiran pantai yang bersesuaian di Negeri Pulau Pinang melalui program kesedaran ini adalah sebanyak 137,443 pokok termasuk saya pun adalah tanam sikit-sikitlah. Melalui program ini, tahap kesedaran orang ramai terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan bakau paya bakau berjaya ditingkatkan dan seterusnya dapat membantu melindungi hutan bakau ini daripada dicerobohi. Sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Bukit Tengah.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Yang Berhormat Padang Kota memberi penjelasan mengenai langkah-langkah yang akan diambil untuk memantau hutan-hutan bakau. Cuma balik kepada kes pencerobohan yang yang yang berlaku baru-baru ini ia merupakan satu pencerobohan yang amat serius kerana melibatkan satu kawasan di antara 1 sampai 2 ekar hutan bakau yang telah pun dimusnahkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan menurut satu laporan daripada Jabatan Perikanan kepada jabatan apa ni Jabatan Pertanian laporan yang yang mereka buat selepas siasatan adalah mendapati memang lebih kurang dua (2) ekar kawasan hutan bakau tersebut dibersihkan dan dalam masa itu pemerhatian mereka juga mendapati dua (2) buah kolam telah dibina bagi tujuan ternakan ketam nipah. Dan daripada pemerhatian mereka juga terjumpa satu jentera yang ditinggalkan di kawasan berhampiran dengan kerja-kerja pembersihan dan pembinaan kolam. Dan juga mengikut maklumat mereka, sebelum ini Pejabat Daerah telah pun menerima satu (1) permohonan untuk memajukan kawasan tersebut bagi tujuan menjalankan aktiviti akuakultur ternakan ketam nipah tetapi permohonan telah untuk enam (6) ekar. Tetapi permohonan ini telah pun ditolak. Jadi apabila berlakunya satu pembersihan yang sebegitu besar, sudah mungkin tidak untuk saya tidak mungkin kalau tidak ada sesiapa pun yang telah pun memerhati apa yang telah pun berlaku sebab ia akan mengambil masa lebih mungkin satu (1) atau dua (2) minggu dan

seperti yang dimaksudkan oleh Ketua Menteri ini adalah satu kes yang serius. Jadi saya ingin bertanya sama ada kita akan mengadakan siasatan yang lebih lanjut untuk siasat kes ini supaya mereka yang dalang yang membuat kerosakan ini akan di tangkap dan dibawa ke mahkamah untuk dituduh sebab ini dalah satu kes yang serius dan perhutanan bakau ini penting kepada eko-sistem dan penting untuk menghadapi masalah banjir dan sebagainya. Terima kasih. Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tengah kerana membongkarkan pencerobohan yang besar ini melalui liputan media. Dan saya berharap Jabatan Perhutanan setelah selasaikan siasatan ini dapat ambil tindakan untuk mendakwa dibawah Seksyen 15 Akta Perhutanan Negara seperti mana dikatakan tadi membawa denda sehingga setengah juta ringgit atau penjara 1 hingga 20 tahun untuk menunjukkan ketegasan kita untuk melarang pencerobohan yang tidak sah terhadap hutan paya bakau di Negeri Pulau Pinang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya ingin menjemput soalan yang seterusnya soalan daripada Teluk Bahang. Memandangkan Teluk Bahang pun tiada dalam Dewan, soalan dilangkau. Soalan yang seterusnya Bagan Dalam.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 50. No. 50. Tanah paya hanya meliputi 3% daripada permukaan tanah di bumi, tetapi ia mampu menyimpan 30% daripada keseluruhan karbon di tanah dan mengurangkan kesan pemanasan global. (a) Adakah Kerajaan Negeri sedia jadikan tanah paya di pesisiran pantai Penaga-Teluk Air Tawar sebagai hutan dilindungi, mengambil kita faktor terhadap alam sekitar tersebut?

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Bagan Dalam izinkan saya untuk menjawab soalan 50. Sebagai makluman Yang Berhormat pada masa ini tanah Kerajaan Negeri di sepanjang pesisiran Pantai Pasir Gebu Mukim 1 hingga Kuala Bekah, Mukim 4 Daerah Seberang Perai Utara (SPU) seluas 1,938,945 meter per segi atau 479.13 ekar telah diberi milik kepada Perbadanan Ketua Menteri (CMI) pada 1 November 2013. Tapak ini telah dikenalpasti sebagai Zon Industri Akuakultur (ZIA) dan akan diuruskan oleh 19 pengusaha yang berjaya dalam proses temuduga. Kawasan paya bakau ini telah digazetkan oleh Kerajaan Negeri sebagai Zon Industri Akuakultur demi pembangunan projek akukultur bagi menampung keperluan sumber makanan rakyat di Negeri Pulau Pinang. Permohonan perlingkungan semula kawasan tersebut daripada Zon Hutan (Paya Bakau) kepada Zon Pertanian (Akuakultur) telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri dan Mesyuarat jawatankuasa Perancang Negeri bilangan 6/2014 yang diadakan pada 30 April 2014 dan disahkan pada 26 Mei 2014. Namun begitu, pelaksanaan projek Zon Industri Akuakultur berkenaan masih mengekalkan sebagai sebahagian kawasan hutan paya bakau di kawasan tersebut yang akan dipantau oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang komited untuk mengenal pasti seterusnya meningkatkan keluasan hutan simpanan kekal jenis hutan paya laut di Negeri Pulau Pinang dari masa ke semasa sebagai usaha melawan pemanasan global dan memelihara sumber biodiversiti. Semua itu, Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah mengenalpasti kawasan hutan paya bakau seluas 664 hektar dalam tanah Kerajaan di Negeri Pulau Pinang untuk diwartakan sebagai hutan simpanan kekal di lapan (8) kawasan berikut: Penaga seluas 200 hektar tidak masuk kawasan ZIA. Air Hitam Dalam seluas 10 hektar. Sungai Perai seluas 100 hektar.

Sungai Juru/Sungai Jawi seluas 150 hektar, Sungai Kerian/ Sungai Chenaam / Sungai Udang seluas 100 hektar, Pantai Acheh 60 hektar, Balik Pulau 40 hektar dan Batu Maung seluas 4 hektar. Pada peringkat ini Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang bersama dengan jabatan-jabatan berkepentingan sedang mengemaskini dan melaksanakan permurnian pelan warta kawasan-kawasan tersebut untuk diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal dibawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Soalan tambahan. Terima kasih kepada YB. Sungai Puyu yang telah menjawab tentang soalan 50 tadi. Merujuk kepada laporan dan daripada Global Wetland Outlook daripada Ramsar Secretariate untuk tahun ini dinyatakan bahawa 87% daripada Global Wetland Outlook ataupun tanah paya kita telah hilang 87% sejak tahun 1,700. Dalam 300 tahun, nampaknya kita hanya mempunyai 3% sahaja wetland yang masih ada di muka bumi ini yang merupakan punca untuk sumber air yang bersih dan juga untuk food securities, the existences of mangrove is important for food securities. Dan ia juga telah dinyatakan in Paris Agreement on Climate Change. So, saya ingin dapatkan kenyataan daripada atau pandangan daripada Kerajaan Negeri jika Laporan EIA tentang projek Zon Industri Akuakultur. Kalau dinyatakan kesan-kesannya terhadap alam sekitar dan juga perkara-perkara lain seperti water source dan food securities buffer zone untuk Tsunami,...(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Tanya soalan.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Kalau dinyatakan tidak sesuai. Adakah Kerajaan Negeri akan membatalkan projek ZIA tersebut dan adakah tanah tersebut diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal? Terima kasih.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Terima kasih. Ahli Yang Berhormat Bagan Dalam yang baca untuk ambil kira data-data untuk seluruh dunia. Kalau hendak ambil data yang penting adalah ambil data jumlah yang ada berapa di Negeri Pulau Pinang. Jumlah berapa yang telah digunakan akuakultur itu amat penting kerana apabila satu angka 87% telah hilang seolah-seolah di Negeri Pulau Pinang telah hilang begitu banyak. Tidak betul. Soalan akuakultur ini telah mula zaman sebelum Pakatan Harapan. Sebelum 2018 mereka telah zonkan untuk akuakultur. Dan jika lihat disana memang ada akuakultur yang di dekat disana. Apabila Kerajaan Pakatan ambil alih memang membuat kajian dibuat. Sudah 10 tahun kami tak benarkan mereka buat. Kerana mereka EIA tak dapat diluluskan. Nak buat, kena EIA. Tapi ada satu workshop yang kami telah jalankan untuk akuakultur. Macam mana nak kawal. Yang pertama, kita food securities amat penting. Kedua untuk food securities cara mereka buat akuakultur. Pada dulunya selepas kena tangkap hasil mereka hanya melepaskan air menghapuskan biodiversiti seperti di SPS. Kerajaan Negeri ini memang ambil perhatian dan akan satu demi satu minta mereka satu cara yang betul di mana hasil bila mereka buat harvesting buat air ini tidak boleh lepas directly into the water way akan tetapi disalurkan ke satu tempat dipanggil holding area. Holding area di mana holding area mereka kena ada settlement, treatment sebelum mereka melepaskan air-air ini. Dan pada kini EIA mereka belum dapat kelulusan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Seterusnya saya ingin....(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Satu lagi soalan tambahan. Dinyatakan juga tadi oleh Yang Berhormat Sungai Puyu, tentang Jabatan Perhutanan Negeri, 660 hektar di sepanjang pesisiran pantai di Negeri Pulau

Pinang akan diwartakan sebagai hutan simpan kekal. Jawapan yang saya dapat daripada bertulis dari Sungai Puyu pun sama. Tetapi seluas 100 hektar di Sungai Perai dinyatakan sebagai kawasan dikenal pasti untuk diwartakan sebagai hutan simpanan kekal. Tetapi Sungai Perai itu terlalu panjang daripada Tasek Gelugor, Air Itam Dalam sampai ke Bagan Dalam. So, saya, boleh tak, boleh dapat satu (1) maklumat dimana secara spesifik 100 hektar itu bermula dari mana dan berakhir dimana. Itu sahaja Yang Berhormat.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Memang di pesisiran pantai bukan masuk di sungai dan lain-lain. Yang itu kata pada kini, sedang buat kajian ukuran dan lain-lain. Dan apa satu berita baik adalah bahawa pada masa kini memang keluasan masih berkembang. Masih berkembang, kita hendak buat dia punya survey plan, selepas survey plan kena satu rundingan kami akan mewartakan dan ini akan dipercepatkan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ingin seterusnya menjemput soalan 51. YB. Kebun Bunga. Memandangkan Kebun Bunga pun tak ada di dalam Dewan. Soalan akan dilangkau. Saya nak bagi teguran pada semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk saya sesi soalan lisan ini umpamalah Minister Question Time untuk anda bertanya kepada EXCO. Jangan sia-siakan masa ini dan bertanggungjawab kepada soalan yang ditanya juga perlu diambil perhatian dan jangan sesekali mengatakan bahawa tiada berpeluang untuk bertanya kepada cabang eksekutif. Seterusnya saya nak minta soalan 52.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya yang 52. No. 52. Apakah status Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang? (a) Senaraikan objektif dan matlamat pelan tersebut.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih Dato' Speaker. Untuk jawapan ini Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang merupakan sebuah Pelan Komprehensif Kerajaan Negeri untuk membangunkan pelancongan di seluruh Negeri Pulau Pinang serta mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan utama. Pada masa ini pelan ini masih peringkat penyediaan rangka dan dijangka akan disiapkan pada tahun 2019. Pelan ini akan dihasilkan dengan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan supaya rancangan yang dihasilkan dapat memberi manfaat yang maksimum kepada rakyat Negeri Pulau Pinang. Matlamat pelan ini adalah untuk menetapkan hala tuju strategik Pembangunan Pelancongan Pulau Pinang bagi tempoh sehingga tahun 2030. Objektif pelan ini adalah seperti berikut: Pertama, Menilai kedudukan Pulau Pinang dalam sektor pelancongan. Kedua, Menyelaras dasar-dasar pelancongan berdasarkan trend pembangunan pelancongan semasa. Ketiga, Mengenal pasti halangan-halangan dalam pembangunan pelancongan beserta dengan cadangan penyelesaiannya. Keempat merancang dan membangunkan kawasan-kawasan pelancongan yang bersesuaian berdasarkan bidang-bidang pelancongan; Kelima sebagai rujukan inventori bagi semua tarikan pelancong yang terdapat di Negeri Pulau Pinang. Dengan ini sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Batu Lancang.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Soalan tambahan. Siapakah yang bertanggungjawab dan terlibat dalam penyediaan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang dan soalan kedua saya nyatakan fokus utama pencapaian pelan tersebut bagi terma pelaksanaan lima (5) tahun yang akan datang.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Mengaplikasikan dengan prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT), pelawaan usulan cadangan atau dikenali sebagai RFP akan dijalankan pada peringkat permulaan dengan melantik consultant bebas untuk projek ini. Dan pada masa kini, satu rangka sedang disediakan oleh Penang Institute dan selepas mendapatkan rangka ini satu idea akan dikeluarkan untuk melantik consultant bebas.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Soalan tambahan.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Sila.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Yang Berhormat Paya Terubong adakah pelan induk pelancongan ini akan dimasukkan dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang memandangkan dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang juga mempunyai sektor pelancongan yang menggariskan dasar-dasar utama.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Untuk Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang ini ia merupakan satu pelan induk spesifik untuk pelancongan tetapi dia bukan hanya merangkumi pelan pembangunan pelancongan dia juga akan merangkumi unsur warisan, budaya serta kesenian dan memang Rancangan Struktur Negeri akan merujuk semasa untuk membuat pelan induk pelancongan ini.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Yang di-Pertua, soalan yang kedua tak dijawab oleh YB. Paya Terubong. Soalan kedua nyatakan fokus utama pencapaian pelan tersebut bagi terma pelaksanaan lima (5) tahun akan datang, what is the plan for this five (5) year? Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

EXCO, jawab.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Untuk menyelaraskan dengan pelan tindakan Pulau Pinang, Penang 2030 pelan induk pelancongan pelan induk pelancongan Pulau Pinang ini akan merangka strategi dan fokus arah tuju nasib pelancongan dengan dua (2) fasa. Fasa pertama dari tahun 2019 sehingga 2024 dan fasa kedua 2025 sampai 2030. Ada dua fasa. Dan untuk mencapai matlamat kemampanan industri pelancongan ini komponen PEST, Politic Economy Social and Technology akan diambilkira dan dinilai. Untuk fasa pertama kita akan menguruskan destinasi-destinasi yang bersesuaian dengan trend semasa untuk memaksimumkan pendatang ke Negeri Pulau Pinang. Ini for the first five years.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya ingin menjemput Pengkalan Kota.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Dato’ yang di-Pertua. Soalan lisan yang terakhir saya soalan nombor 53. No. 53. Memandangkan Penang Sentral yang merupakan hab pengangkutan yang moden akan memulakan operasi tidak lama lagi, aakah Kerajaan Negeri

bercadang untuk menjalankan kerja menaik taraf di Pengkalan Raja Tun Uda? Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Petua. Untuk menjawab Yang Berhormat Pengkalan Kota dan Dewan yang mulia ini, Pengkalan Raja Tun Uda adalah dibawah tangunggungjawab Rapid Ferry Sdn. Bhd. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan Rapid Ferry Sdn. Bhd. Untuk memastikan perkhidmatan feri berjalan dengan lancar. Berdasarkan semakan dengan Rapid Ferry Sdn. Bhd., kerja-kerja penaiktarafan perlu dikaji dengan teliti bagi memastikan penaiktarafan pengkalan ini bersesuaian untuk digunakan oleh racer passenger pada masa hadapan. Buat masa ini kerja-kerja penaiktarafan yang dilakukan oleh Rapid Ferry Sdn. Bhd. hanya melibatkan penggantian bumbung laluan penjalan kaki sahaja. Sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Soalan tambahan. Terima kasih kepada jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota. Menurut maklumat yang saya terima pada masa kini hanya terdapat enam (6) buah feri yang sedang beroperasi malahannya sebenarnya hanya lima (5) sahaja di mana saya dimaklumkan ada sebuah feri kini dalam pembaikan. Jadi sekiranya terdapat cadangan untuk kita menambahkan bilangan feri memandangkan baru-baru ini bukan sahaja feri digunakan sebagai mod pengangkutan yang biasa malah saya percaya Rapid Ferry juga menawarkan perkhidmatan untuk ferry charter di mana sektor swasta boleh menyewa feri untuk menjalankan aktiviti-aktiviti persendirian. Jadi mungkinkah penambahan feri ini akan dapat dilaksanakan bagi mempertingkatkan lagi perkhidmatan feri tersebut? Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan tambahan Pengkalan Kota. Fakta yang digunakan oleh Yang Berhormat memang sudah diberi jawapan kelmarin dan dari jawapan itu kita dapat tahu bahawa pungutan daripada tambang dari kereta, motosikal dan penumpang memang jauh lebih rendah daripada kos untuk operasi perkhidmatan feri di Negeri Pulau Pinang maka sepanjang 20 tahun ini tidak ada syarikat yang ingin menjalankan perkhidmatan yang dianggap rugi dari segi kos operasian dan juga hasil yang dapat dipungut tetapi memandangkan ianya sebahagian daripada syarat konsesi Penang Port Sdn. Bhd. maka menjadi tanggungjawab Penang Port meneruskan perkhidmatan feri yang kini menjadi ikon kepada Negeri Pulau Pinang dan seharusnya tidak dihentikan perkhidmatan ini. Namun setelah bahagian feri ini dipecahkan daripada pengoperasian pelabuhan port, maka dahulunya ada crops subsidy daripada keuntungan dari corp operation dapat subsidize perkhidmatan feri tetapi memandangkan ini sudah dipecahkan maka kita dapat lihat lebih cabar-mencabar untuk dari segi kemampanan perkhidmatan ini tetapi ada harapan sebab ianya diambil alih bukan oleh sebuah syarikat swasta tetapi oleh Prasarana sebab Rapid Ferry Sdn. Bhd. adalah anak syarikat kepada Prasarana dan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Pengangkutan atas urusan pengangkutan. Jadi kita berharap Kementerian Pengangkutan dapat menyegerakan apa-apa rancangan menstruktur semula perkhidmatan pengangkutan di negara ini termasuk pengangkutan feri di Negeri Pulau Pinang. Semoga feri ataupun pengangkutan air termasuk water taxi dapat direalisasikan di Negeri Pulau Pinang sepertimana yang dicadangkan oleh Penang Transport Masterplan. Kita masih menunggu sabar menunggu mungkin kita pun ada rancangan untuk mengadakan request for proposal untuk perkhidmatan water taxi. Sekiranya Prasarana tidak lagi mengemukakan satu rancangan jangka panjang bagi menaiktaraf dan menjadikan perkhidmatan feri satu perkhidmatan yang mampan dari segi kewangan dan hasil. Jadi kita akan melihat dan saya pun sudah mengarahkan urus setia untuk memulakan inisiatif RFP bagi swasta untuk melihat bagaimana kita boleh mengadakan perkhidmatan feri termasuk perkhidmatan water taxi di Negeri Pulau Pinang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Sungai Dua. Eh sorry, Batu Uban.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih Yang di-Pertua. Kita fahami bahawa selepas Jambatan Pulau Pinang, feri adalah satu access yang utama dan digunapakai oleh pengunjung tempatan mahupun pelancong tetapi apa yang saya lihat kebersihan terutamanya di laluan penjalan kaki itu amatlah dukacita. Dengan kotoran dan juga berbau kencing dan sebagainya. Maka saya minta apakah tindakan daripada pihak berwajib ataupun Kerajaan Negeri untuk menangani isu tersebut? Terima kasih. Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih. Seeloknya tak perlu Ahli Dewan membangkitkan perkara ini. Pihak urusan ataupun pengurusan perlu senantiasa memastikan kemudahan awam dapat diuruskan dengan sebaik-baiknya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya soalan 54. No. 54. Senaraikan syarikat GLC yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri serta peruntukan tahunan yang diberikan sejak tahun 2016. (a) Adakah Kerajaan Negeri membuat penstrukturan semula syarikat GLC agar fungsinya tidak bertindih dengan agensi Kerajaan Persekutuan? (b) Apakah usaha Kerajaan Negeri mengurus syarikat GLC dengan lebih cekap agar keberkesanan sumber kewangan diguna pada pada tahap optimum? Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Machang Bubuk atas soalan mengenai GLC di Negeri Pulau Pinang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, terdapat sebelas GLC dibawah Kerajaan Negeri dengan jumlah peruntukan sebanyak 87.2 juta sejak tahun 2016 sehingga September tahun ini. Jumlah peruntukan yang disalurkan kesemua GLC ini bertambah dari setiap tahun mulai 2016 hingga tahun ini. Senarai syarikat GLC dan peruntukan tahunan yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri adalah seperti berikut. Saya cuma memberi angka besarlah bagi tiga tahun ini. 1. Lembaga Wakaf Hindu : 3.84 juta 2. Penang Global Tourism : 23.08 juta 3. Penang Skills Development Corporation : 3.46 juta 4. Georgetown World Heritage Incorporated (untuk tujuan pengurusan) : 13.74 juta 5. Georgetown Festival : 13 juta 6. PIHH Development Sdn. Bhd. atau Halal Hub : 1.5 juta 7. Penang Institute : 12.82 juta 8. Yayasan Islam Pulau Pinang : 2.4 juta

9. Institut Integriti Negeri : RM 54,320 10. Penang Women Development Corporation : 3 juta 11. Penang Green Council (untuk tujuan pengurusan) : 4.5 juta 12. Green Oasis Environmental Learning Center : 2.19 juta (tetapi projek ini masih lagi belum dimulakan) 13. Penang International Convetion & Exhibition Bureau five set: 3.6 juta Selaras dengan arus kemajuan dan juga perubahan pucuk pimpinan, Kerajaan Negeri akan meneliti cadangan untuk membuat penstrukturan semula dan kajian terhadap peranan syarikat GLC ini agar tidak bertindih dengan agensi Kerajaan Persekutuan dimana pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun kelmarin. Kerajaan Negeri juga akan berusaha untuk memperkasakan semua GLC ini agar dapat berdaya saing mampu berdikari dan meningkatkan produktiviti agar menghasilkan pendapatan supaya agensi-agensi ini dapat memberi perkhidmatan mengikut matlamat dan fungsi masing-masing. Kalau kita perhatikan kebanyakan GLC ini bukan ditubuhkan tujuan menjalankan perniagaan tetapi menyokong, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri dalam pelbagai bidang. Untuk Kerajaan Negeri dalam menguruskan syarikat GLC dengan lebih cekap lagi, antara lainnya adalah menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dalam syarikat ini kepada mereka yang berprofesional dalam bidang perniagaan dan pengurusan untuk memimpin syarikat-syarikat ini. Malah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga memberi cadangan agar Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua GLC dalam Kerajaan Pakatan Harapan tidak terdiri dari ahli politik dan tidak akan lagi diberi gaji yang tinggi. Sebaliknya bayaran yang bersesuaian akan dipertimbangkan dan bayaran bonus berdasarkan pencapaian prestasi kewangan syarikat berkenaan. Dalam sistem pengurusan yang berdaya usaha ini, bukan sahaja mampu menjadikan GLC lebih kompetitif, malah dapat membantu meningkatkan pendapatan negara dan negeri secara menyeluruh. Sekian.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Satu (1) jawapan yang amat memuaskan. Cuma saya juga ingin mendapat sedikit pandangan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, di mana apa yang kita sedia maklum, ya, bahawa kerajaan kita sekarang mempunyai dana dan peruntukan yang amat terhad, ya. Kita perlu mengoptimumkan segala hasil atau sumber yang kita dapat, ya. Tapi setuju, setujukah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bahawa kita sudah ada satu (1) sektor perkhidmatan awam yang begitu besar di Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri, dan sektor perkhidmatan yang besar, perkhidmatan awam yang besar ini sebenarnya ia juga berperanan untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Dan saya, saya juga mendapati bahawa tujuan untuk kita menubuhkan GLC-GLC tersebut adalah untuk menjalankan dasar-dasar kerajaan yang sepatutnya perlu juga, perlu didokong oleh sektor perkhidmatan awam.

Yang di-Pertua (Speaker)

Maka, soalan?

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Maka saya minta pandangan. Maka, maka soalan saya setujukah ya Kerajaan Negeri bahawa kita sudah ada satu (1) sektor perkhidmatan awam yang perlu diperkasakan supaya ia

dapat mendokong dasar-dasar kerajaan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat. Itu yang saya nak tau. Terima kasih. Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubuk serta Ahli-ahli Dewan yang lain khususnya dari Pakatan Harapan. Saya ingin mengingatkan bahawa kebanyakan GLC-GLC yang ada di negeri Pulau Pinang erti katanya bukan sama dengan GLC Persekutuan yang menceburi dalam pelbagai bidang bisnes yang berbilion-bilion ringgit. Di negeri Pulau Pinang, ianya khususnya dalam satu (1) senario politik di mana Kerajaan Negeri tidak mendapat sokongan daripada agensi persekutuan dalam 10 tahun sebelum ini. Apabila kita mendengar pujian dari Ahli-Ahli Yang Berhormat terhadap prestasi Kerajaan Negeri sepanjang 10 tahun ini, jangan lupa selain daripada pentadbir awam, perkhidmatan awam peringkat Negeri Pulau Pinang, ianya juga sebanyak sedikit atau sedikit sebanyak disumbang oleh GLC-GLC yang memang melaksanakan satu (1) fungsi yang spesifik bagi menyokong Kerajaan Negeri dalam suasana kita tidak dapat perhatian yang khusus daripada Kerajaan Persekutuan. Misalnya, Lembaga Wakaf Hindu, kita tidak dapat soalkan sebab ini digubal dalam satu (1) Ordinand British pun sudah hampir 89, 90 tahun dahulu. Jadi itu tidak menjadi masalah sebab ia meneruskan urusan berhubung dengan wakaf Hindu. Contoh yang baik Penang Global Tourism. Walaupun ada Pejabat MOTAC di Negeri Pulau Pinang, maklumlah sepanjang 10 tahun ini kita macam, bukan macamlah, sebenarnya dua (2) kerajaan yang berasingan....(gangguan). Kementerian melakukan apa yang mereka ingin di Negeri Pulau Pinang. Mereka pun perlu Negeri Pulau Pinang, Negeri Pulau Pinang satu “power house” dalam pelancongan. Mereka pun mau menggunakan pencapaian di Negeri Pulau Pinang untuk menambah kepada penghasilan dan prestasi mereka di peringkat negara. Mana-mana jabatan pun sama lah kalau Lembaga Hasil kata kita tak mau hasil dari Negeri Pulau Pinang, maka dengan serta merta hasil negara sudah kurang 6%, 7% setiap tahun. Maka semua agensi pun mahu negeri Pulau Pinang untuk menggambarkan satu (1) prestasi menyeluruh. Jadi tetapi walaupun begitu, sepanjang 10 tahun memang tak ada perhatian yang khusus. Jadi kita tubuhkan Penang Global Tourism untuk memajukan pelancongan di Negeri Pulau Pinang dan memang kita dapatlah lihat prestasi dia dari segi memajukan medical tourism, cruise tourism, heritage tourism, eco tourism, edu tourism dan sebagainya. Penang Youth Development Corporation sebagai pemuda di dewan ini, kita pun tau sebelum ini Yang Berhormat Padang Lalang dan sebelum itu Yang Berhormat Berapit menghadapi pelbagai cabaran untuk mendapat kerjasama Majlis Belia Negeri. Jadi kita tak ada pilihan. Kita mau memajukan agenda generasi muda dan kita tubuhkan PYDC untuk menjalankan program-program belia. Kita pun tidak halang kalau Majlis Belia Negeri dari Persekutuan ingin melakukan program-program kita kalau dijemput, kita akan sokong. Tetapi tidaklah, jadi kita perlu mengadakan satu (1) struktur yang parallel terhadap struktur persekutuan supaya agenda kita tidak terjejas. George Town World Heritage Incorporated, juga ada satu (1) special purpose vehicle untuk menjaga Tapak Warisan Dunia. Kita dulu dijanjikan apabila Melaka dan George Town disenarai dalam Tapak Warisan Dunia, Mantan Perdana Menteri pada masa itu dari Negeri Pulau Pinang menjanjikan RM50 juta kepada usaha untuk memelihara Tapak Warisan Dunia, Melaka dan Pulau Pinang. Kita sangka kita sekurang-kurangnya dapat RM25 juta lah sebab keluasan Tapak Warisan George Town lebih tiga (3) kali, empat (4) kali ganda dari Melaka. Kita pun tak tamak lah kasi setengah 50%. Tapi akhirnya diberi 20% itu pun, bukan, RM20 juta. Itu pun bukan terus masuk ke dana Kerajaan Negeri. Dia tubuhkan satu (1) agensi melalui Think City untuk menggunakan RM20 juta ini. Kita pun terima kasih kalau tidak disalurkan terus tetapi ditubuhkan satu (1) special purpose vehicle menggunakan dana itu kita pun terima kasih sebab ada kita nampak kolabrasi Think City dengan Kerajaan Negeri memang walaupun di atas ada agenda politik, di bawah orang yang menguruskan Think City, nasib baik nama dia Think City, dia fikir jugalah. Jadi dia tak terjerumus dalam persaingan politik. Dia pun menjalankan program yang amat berguna dan kita lihat hari ini Tapak Warisan George Town sudah dinaikkan imej dan diberi pengikhtirafan oleh UNESCO sebagai satu tapak yang diuruskan dengan terbaik sekali di rantau Asia baru-baru ini.

Lain-lain GLC samalah, kalau nak jelaskan nanti Dato’ Yang di-Pertua tidak memberi masa itulah. Jadi itulah di bawah satu latar belakang politik kita tubuhkan. Tetapi kita setuju kalau dalam politik yang sudah berubah adakah GLC ini masih diperlukan atau tidak atau lihat semula peranan dan fungsi mereka, kita akan melakukan supaya peruntukan yang mungkin boleh dimanfaatkan dalam bidang yang lain dapat disalurkan kepada bidang yang barulah untuk memajukan pembangunan sosial ekonomi Negeri Pulau Pinang. Sekian.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Mohon laluan.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Soalan tambahan....(gangguan)

Yang di-Pertua (Speaker)

Banyak ni. Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Saya nak ucapkan syabas lah dan tahniah sebab GLC-GLC yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri tidak seperti 1MDB yang ditubuhkan…(gangguan) oleh Kerajaan BN. Memang soalan yang saya tanya itu adalah untuk kita macam mana kita nak penstrukturan semula memandangkan keadaan politik yang berlainan. Saya cuma nak, nak, sebab dalam, dalam perbahasan saya, saya pun ada sebut nak tanya Kerajaan Negeri bahawa semua GLC adakah laporan-laporan GLC itu dan belanjawan itu akan diletak masuk dalam sidang DUN ini kerana memandangkan kita bajet yang kita luluskan itu tidak ada peruntukan-peruntukan yang disebutkan Kerajaan Negeri akan memberi kepada GLC. So adakah laporan tahunan akan diberikan kepada sidang DUN dan juga peruntukan yang diberi secara tahunan juga akan dibentangkan dalam sidang DUN ini? Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih sekali lagi kepada Dato’ Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Machang Bubuk. Kita perlu faham bahawa kebanyakan GLC yang ditubuhkan adalah ditubuhkan bukan mengikut satu (1) enakmen atau menjadi satu (1) Statutory Body Kerajaan Negeri atau Badan Berkanun. Kebanyakan melainkan Lembaga Wakaf. Laporan dia bukan dibentang di sini, dibentang di Dewan Rakyat. Sebab ianya digubal semasa zaman British dan laporan Lembaga Wakaf Hindu dibentangkan di Parlimen. Yang lain tu ditubuhkan sebagai di bawah Akta Syarikat. Akta Syarikat dan bukan menjadi satu Statutory Body di dalam Kerajaan Negeri. Namun saya kalau boleh faham tentang perjuangan Yang Berhormat sepanjang lima (5), enam (6) tahun ini mahu ketulusan, transparency, mahu ambil maklum tentang pengoperasian GLC di negeri ini, maka kita boleh membentangkan sebagai makluman walaupun tidak diwajibkan di bawah peraturan mesyuarat lah sebab ianya bukan satu Badan Berkanun seperti Lembaga Muzium, PDC, Penang Hill dan lain-lain agensi yang digubah sebagai satu Statutory Body.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Satu lagi.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Okey. Terima kasih Dato’ Speaker. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, soalan saya ringkas sahaja. Peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada syarikat-syarikat GLC ini boleh juga diklasifikasikan sebagai pelaburan. Bukannya semua anak syarikat yang dimaksudkan di sini seperti PGT, PIHH dan juga PICEB. So apakah sumbangannya untuk pertumbuhan ekonomi negeri setimpal dengan pelaburan yang kita buat melalui Dewan yang mulia ini? Terima kasih.

Y.A.B. Ketua Menteri: Bagus sekali soalan ini. Sebab memberi peluang untuk kita menjelaskan lagi peranan GLC-GLC. Saya ambil contoh PICEB, Penang International Convention and Exhibiton Bureau. Apa yang kita peruntukan setiap tahun mula tahun 2016 RM1.0 juta, 2017 RM1.0 juta lagi. Tahun 2018 RM1.6 juta. Angka besar RM3.6 juta. Itu pun bukan untuk PICEB melibatkan dalam perniagaan tetapi sebagai satu (1) enabler, satu (1) facilitator untuk mempromosikan Negeri Pulau Pinang sebagai satu MICE Centre - Meeting, Insentive, Convention Dan Exhibition Centre. Kepada pasaran sasar yang disasarkan dengan mengadakan program-program promosi pengiklanan sosial media dan sebagainya dan adanya menjemput tour agent dari misalnya dua tahun ini menjemput tour agent dari India untuk diperkenalkan Negeri Pulau Pinang kepada tour company supaya mereka dapat bantu pakej Negeri Pulau Pinang untuk jual kepada pelancong-pelancong yang ingin melancong di Malaysia dan Singapura, dan juga membantu menarik penaja dan penganjur Persidangan Antarabangsa untuk datang ke Negeri Pulau Pinang. Tengok kita cuma memperuntukkan RM1.6 juta tetapi mengikut PICEB kalau mengukur impact daripada penganjuran Persidangan Antarabangsa the economic effect daripada penaja penajaan ataupun penganjuran persidangan ini sampai 1 perpuluhan lebih bilion ringgit. The economic impact kalau satu persidangan 500 orang datang. Hotel, makan, convention centre, shopping dan sebagainya dia memang ada satu formula untuk mengira impact dia. The economic impact daripada setiap pelawat atau pelancong yang datang untuk hadir persidangan antarabangsa. Maka impact dia kita menggunakan pisau yang kecil untuk dapat menebang satu pokok yang besar. Maksud dia kita belanja RM1 juta tapi impact hasil dia RM1 bilion. Bukan secara langsung lah tetapi langsung kepada ekonomi negara kepada ekonomi Negeri Pulau Pinang. Itu satu contoh di mana kita selalu mahu menggalakkan 4P Partnership – Peoples, Public Private, Profesional dan People Partnership supaya walaupun kita menggunakan sumber yang sedikit kita mahu menjana hasil yang banyak untuk membawa manfaat dan faedah kepada ekonomi Negeri Pulau Pinang. That is the approach that we want to take lah. Kita tidak akan menjadi GLC ini sebagai 1MDB memang tak mampu kita buat. Kita tak mahu buat juga tetapi melaui kaedah ini dengan pelaburan yang sikit kita memainkan fungsi sebagai an availer fasilitator supaya Negeri Pulau Pinang terus menjadi satu daya tarikan dalam apa bidang juga pun.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Maka dengan itu Ahli-Ahli Yang Berhormat 1 jam 30 minit untuk soalan lisan pun telah tamat dan saya ingin persilakan Yang Amat Berhormat. Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua jawapan kepada soalan-soalan lisan yang dijawab sebentar tadi akan diletak di atas meja ahli-ahli yang bertanya dan dimasukkan dalam Penyata Rasmi dan seterusnya di bawah Peraturan 6a(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri saya pohon supaya masa persidangan hari ini 15 November dilanjutkan sehingga jam 10.00 malam.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya perlu sokongan.

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Dato’ Yang di-Pertua saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya harap tak ada sokongan. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat telah pun mengemukakan usul di bawah Peraturan 6a(1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini 15 November 2019 hari Khamis sehingga jam 10.00 malam. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan “Ya”.

Ahli-ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju katakan “Tidak”. Usul dipersetujui semua. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat kita sekarang bersambung dengan sesi pergulungan Rang Undang-Undang Perbekalan tahun 2019 dan Usul Anggaran Pembangunan tahun 2019. S Saya ingin, sebelum menjemput Ahli Yang Berhormat Paya Terubong untuk menyambung. Cuma saya nak peringatkan kepada semua harap bahawa maklumat ataupun jawapan yang telah pun disampaikan sewaktu sesi soalan lisan ataupun soalan tambahan. Kalau boleh dielakkan berulang, melainkan hujah-hujah yang baru. Juga peringatan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat sama yang telah pun di tanya biarlah Ahli EXCO yang telah pun jawab dalam ke semua sesi tidak perlulah berulang. Sila Paya Terubong, sambung.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Ya, terima kasih Yang di-Pertua. Pada hari itu Yang Berhormat Bertam dan Yang Berhormat Sungai Pinang telah berbahas cross the night dan hari ini saya pun terima kasih di beri peluang untuk membuat pergulungan cross the night Yang di-Pertua Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Goerge Town World Heritage Incorporated (GTWHI) akan meneruskan usaha dalam mengurus, memantau dan mempromosi tapak warisan dunia George Town dengan visi utamanya melindungi, memelihara dan meningkatkan mutu nilai-nilai keunggulan sejagat outstanding universal value…(dengan izin) selaras dengan pengiktirafan UNESCO. Tahun 2018 merupakan ulang tahun ke 10 George Town diisytiharkan sebagai tapak warisan UNESCO. Pelbagai program dan pameran telah diadakan sempena sambutan ulang tahun tersebut. Hari Warisan George Town pada 7 haribulan Julai 2018 telah diadakan dengan Perayaan Warisan George Town (George Town Heritage Celebrations) yang bertema “Dari Kisah silam, Untuk Masa kini, Demi Masa Hadapan”. Perayaan warisan ini merangkumi festival jalanan dan seni lawatan ke 8 tempat ibadat berlainan kepercayaan bagi masyarakat memahami keindahan amalan serta agama di sekitar George Town. Seramai 15,000 pengunjung termasuk penduduk tempatan, pelancong dari dalam dan luar negara telah membanjiri festival jalanan ini. Di atas sambutan yang menggalakkan, bagi tahun 2019, Kerajaan Negeri akan meneruskan Perayaan Warisan George Town dan George Town Festival dengan kerjasama masyarakat masyarakat dan persatuan-persatuan tempatan untuk mengukuhkan perpaduan sosial dan identiti kolektif. Bagi kelestarian Tapak Warisan Dunia George Town, Kerajaan Negeri melalui GTWHI akan membantu pemilik Bangunan Warisan Kategori 1 untuk membaik pulih bangunan mereka. Antaranya termasuk bangunan Ta Kam Hong (Gold Smith Association) di Lebuh Muntri dan bangunan Persatuan Penjual Bahan Makanan (Penang Grocery Association) di Jalan Pintal Tali. Kedua-dua bangunan ini berhadapan dengan masalah dilapidasi di bahagian bumbung, dinding dan tapak bangunan. GTWHI akan membantu pemilik bangunan ini di dalam penyediaan lukisan terukur, kajian dilapidasi dan kajian struktur bangunan berdasarkan garis panduan dalam Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia George Town. Di atas pembangunan yang pesat, Kerajaan Negeri akan memberi perhatian supaya George Town masih mengekalkan ciri-ciri asalnya beserta kegiatan masyarakat tempatan tidak terjejas. Berkaitan dengan saranan YB. Pengkalan Kota supaya mewujudkan mekanisme untuk menetapkan jenis perniagaan atau aktiviti komersial yang dibenarkan di kawasan Clan Jetty. Dimaklumkan bahawa, kawasan Clan Jetty adalah kawasan kediaman di bawah George Town Special Area Plan dan perkara ini akan di bincang dalam satu jawatankuasa dan di mana ADUN kawasan akan di jemput dan termasuk juga Ahli Parlimen kawasan juga akan di jemput dan George Town World Heritage Incorporated, Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang juga akan dalam jawatankuasa tersebut untuk membincangkan mekanisma tersebut.

Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan George Town Heritage Habitat Seed Fund dengan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk menggalakkan lebih ramai penduduk mendiami di Tapak Warisan Dunia George Town. Dana yang akan dilancarkan pada 24 haribulan November 2018 tahun ini mengiktiraf sumbangan pemilik premis warisan dan penyewa jangka panjang dalam usaha memelihara warisan budaya George Town dan Nilai-Nilai Keunggulan Sejagat sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pemilik premis warisan yang di pilih akan menerima bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan bahan dan bayaran profesional bagi kerja-kerja pembaikan fizikal atau kerja pemuliharaan mengikut Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia George Town. Selain itu, saya dengan bangganya menyatakan bahawa George Town juga merupakan satu-satunya tapak di Asia Pasifik yang telah di pilih oleh UNESCO untuk melaksanakan Projek Inventori Warisan Tidak Ketara Berasaskan Komuniti di Kawasan Bandar (Community-Based Intangible Cultural Heritage Inventory in Cities) yang di pilih oleh UNESCO. Projek ini akan dilaksanakan pada tahun 2019 dengan penglibatan komuniti tempatan di George Town. Projek ini akan berfokuskan kepada amalan upacara keagamaan dan sambutan perayaan di George Town dalam usaha untuk mengenal pasti keperluan, keadaan semasa dan daya maju Warisan Tidak Ketara di George Town. Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Jawi mengenai bangunan di sebelah Sungai Kerian yang digunakan untuk aktiviti kelip-kelip, pemilik projek ini adalah Kementerian Pelancongan Malaysia dan jabatan pelaksana adalah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri, JPS Pulau Pinang. Projek ini dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) menggunakan peruntukan Persekutuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi II. Status tapak projek ini adalah tanah Kerajaan Negeri untuk simpanan sungai. Pembinaan bangunan tersebut yang terdiri daripada binaan dua (2) tingkat jeti digunakan bagi tujuan aktiviti ekopelancongan khususnya untuk melihat kelip-kelip di muara sungai dan restoran. Mengenai status bangunan di tepi Jeti Kelip-Kelip ini, baru-baru ini saya telah pun membuat lawatan bersama Yang Berhormat Jawi dan juga Pegawai Daerah SPS. Difahamkan pembinaan jeti tersebut dimulakan pada Oktober tahun 2009 dan siapkan pada Mei tahun 2010. Difahamkan bahawa pemilik bangunan adalah di bawah Majlis Pelancongan Seberang Perai Selatan. Walau bagaimanapun, semakan oleh MPSP mendapati tidak ada kelulusan Pelan Bangunan dan Sijil Layak Menduduki (CCC) yang dikeluarkan ke atas bangunan tersebut. Saya menyarankan supaya Yang Berhormat Jawi boleh terus berbincang dengan Pejabat Daerah SPS dan MPSP untuk menyelesaikan isu pemilikan dan isu untuk penggunaan bangunan tersebut.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Minta penjelasan, adakah YB. Paya Terubong boleh keluarkan satu surat untuk memberi atau memaklum kepada Majlis Pelancongan Seberang Perai Selatan supaya mereka tidak boleh lagi memberi sewaan kepada Cafe Jetty Firefly yang terletak di bangunan tersebut. Disebabkan saya perlu satu surat daripada sama ada YB. EXCO ataupun pihak berkaitan untuk memaklum atau memberitahu Majlis Pelancongan Seberang Perai Selatan supaya mereka tidak ada kuasa lagi untuk memiliki bangunan tersebut dan disebabkan saya juga ingin membantu juga pengusaha cafe tersebut untuk mendapatkan lesen perniagaan daripada pihak MPSP.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih Yang Berhormat Jawi. Ini bukan satu masalah, saya akan mengadakan satu mesyuarat yang menjemput semua pihak terlibat untuk menyelesaikan masalah ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, seperti saranan Yang Berhormat Bagan Dalam. Saya ingin memberi satu berita baik bahawa Kerajaan Negeri telah mengenal pasti ‘Meriam Timbul’ di kawasan pantai sebelah terminal feri Butterworth sebagai salah satu tempat bersejarah di Seberang Perai. Bagi tujuan ini, saya juga difahami oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menyediakan satu dokumentari pendek mengenai kawasan ‘Meriam Timbul’ yang akan terbit pada hujung tahun ini. Oleh kerana kawasan Meriam Timbul terletak berdekatan dengan hub pengangkutan bas dan feri kita percayai bahawa akses ke kawasan tersebut adalah lebih mudah dan berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Pulau Pinang memang mempunyai alam semula jadi yang indah, yang menggalakkan pelancongan eko. Aset-aset pelancongan eko adalah seperti Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam, persisiran Teluk Air Tawar Kuala Muda di Seberang Perai dan Bukit Bendera di bahagian Pulau. Kerajaan Negeri mengambil maklum kepada minat yang tinggi dalam bidang pelancongan eko yang ditunjukkan oleh ke semua Ahli-Ahli Yang Berhormat. Seperti yang disebutkan oleh saya semasa menjawab soalan lisan yang Berhormat Bukit Tengah, senarai-senarai destinasi pelancongan eko ada masih buka dan saya masih mengalu-alukan Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk memberi input yang terperinci seperti yang disediakan oleh Yang Berhormat Bukit Tengah kepada pejabat saya supaya dapat dikaji dan dirumuskan dan juga dimasukkan ke dalam Pelan Induk Pelancongan. Saya memohon maaf sekira ada soalan lisan Yang Berhormat yang tertinggal yang saya tidak dapat sempat menjawab di Dewan ini tapi saya menegaskan bahawa pejabat saya ada selalu buka dan mengalu-alukan apa-apa cadangan dan juga pandangan. Yang Berhormat Speaker, Kerajaan Negeri juga menguruskan dan menyelenggara kawasan rekreasi hutan dan alam semulajadi melalui Jabatan Perhutanan bagi memastikan flora dan fauna terpelihara demi perkembangan eco-tourism Pulau Pinang. Rancangan eco-tourism yang lebih terperinci akan dijelaskan dalam Pelan Induk Perlancongan Pulau Pinang yang akan dijangka siap pada tahun depan. Yang Berhormat Bukit Tambun cadangan untuk pembangunan Perai pelancongan dan eko koridor dari Bukit Juru, Pulau Aman, Bukit Tambun, Sungai Kerian sehingga Sungai Acheh, saya memberi jaminan bahawa cadangan ini akan dikaji dan dipertimbangkan…(gangguan).

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Minta penjelasan. Yang Berhormat Paya Terubong saya amat gembira dengar kata Taman Rimba Cherok Tok Kun akan dimasukkan dalam Pelan Pelancongan Induk pada masa akan datang. Tetapi menurut jawapan yang di dapat oleh Yang Berhormat Machang Bubuk mengatakan kos pembaikan Taman Rimba Cheruk Tok Kun memerlukan peruntukan yang lebih RM10 juta. Jadi saya minta penjelasan daripada YB Paya Terubung adakah kos ini, adakah kita ada keyakinan boleh dapat kos atau peruntukan yang sebegitu tinggi?

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Isu mengenai bajet dan peruntukan yang terperinci maaf saya tidak dapat menjawab pada masa kini, tetapi saya percaya Kerajaan Negeri akan mengkaji bagaimana untuk membuat improvement....(dengan izin). Cadangan Yang Berhormat Bagan Dalam dan juga Yang Berhormat Sungai Pinang untuk pembangunan Sungai Perai dan Sungai Pinang sebagai destinasi pelancongan eko dan juga akan diberi perhatian dan proses penyelidikan juga akan dijalankan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi merancakkan promosi pelancongan Pulau Pinang Kerajaan Negeri melalui Penang Global Tourism (PGT) telah melancarkan video rasmi untuk kempen pelancongan Negeri Pulau Pinang dengan slogan Penang True atau Gorgeous Penang. Video ini menampilkan semua aspek kepelbagaian Pulau Pinang seperti gaya hidup tempatan, tapak warisan dengan dunia UNESCO, seni jalanan, keindahan alam semulajadi, tarikan-tarikan pelancong serta program dan festival yang diadakan di Pulau Pinang. Promosi kepada tempat tarikan pelancong di Pulau Pinang juga diterbitkan melalui video promosi here and now…(dengan izin) dengan penampilan The Habitats, Penang Hills dan Entopia, Escape, The Top, Gravity, Design Village Outlet Mall, Spice dan pada masa yang akan datang pihak Kerajaan Negeri juga mencadang untuk melancarkan video rasmi untuk mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan di Seberang Perai, dan mungkin ADUN-ADUN dan Ahli-Ahli Yang Berhormat di kawasan Seberang Perai boleh dijemput untuk menyertai shooting dalam video tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Habis?

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Belum lagi, Kerajaan Negeri juga akan menyiapkan usaha untuk mendapatkan lebih banyak penerbangan terus ke Pulau Pinang serta meningkatkan kekerapan penerbangan bagi laluan-laluan tersebut. Selain laluan penerbangan terus, Kerajaan Negeri juga sedang memberi fokus kepada syarikat penerbangan bagi laluan fly through...(dengan izin) untuk destinasi yang mempunyai penerbangan terus ke Pulau Pinang seperti Kuala Lumpur, Singapura, Hong Kong dan Bangkok. Bagi mempromosikan pelancongan Pulau Pinang di arena antarabangsa, Kerajaan Negeri juga akan memberikan keutamaan kepada pasaran negara yang mempunyai penerbangan terus ke Pulau Pinang dan juga pasaran yang mempunyai bilangan kedatangan yang tinggi. Kerajaan Negeri akan meneruskan rundingan dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi mewujudkan laluan penerbangan terus. Bermula tahun 2016, Kerajaan Negeri telah melaksanakan program pemberian insentif kepada syarikat penerbangan yang menawarkan laluan penerbangan terus ke Pulau Pinang. Tertakluk kepada syarat-syarat tersebut seperti laluan penerbangan terus yang terpilih, tempoh aktif laluan dan kekerapan penerbangan. Kerajaan Negeri mengadakan perbincangan dan kerjasama dengan syarikat penerbangan dan agensi pelancongan serta secara berterusan bagi meningkatkan jumlah laluan penerbangan terus. Berdasarkan perbandingan antara bulan Disember tahun 2017 dan Oktober tahun 2018 jumlah penerbangan terus dalam seminggu telah meningkat sebanyak 26 % iaitu daripada 232 kepada 293 penerbangan. Selain itu Kerajaan Negeri juga juga memberi fokus kepada syarikat penerbangan bagi laluan fly through…(dengan izin) bagi meningkatkan kemasukan pelancong asing melalui udara. Bagi menjawab cadangan Yang Berhormat Bagan Dalam, untuk menjelaskan salah tanggapan bahawa Penang Global Tourism (PGT) tidak menitik beratkan pasal India. Sebenarnya secara tradisinya mantan Ketua Menteri telah memberi amanah dan tanggungjawab yang lebih kepada atas sebab living room kepada PCEB, untuk menerokai pasaran di India. Kerajaan Negeri sememangnya tidak mengabaikan pasal India dan telah menjalankan usaha berterusan untuk menarik pelancong India dan berusaha menarik pelancong India dan mewujudkan haluan penerbangan terus ke India dan meletakkan penerbangan terus ke India. Pada Januari tahun ini, Kerajaan Negeri melalui Penang Global Tourism (PGT) sebagai bantuan dan Penang Convention and Exhibition Bureau (PSEB) telah menjalankan road show promosi pelancongan di India bersama-sama dengan 17 agensi pelancongan pada Januari ini. Pasukan road show ini telah menjelajah empat (4) bandar di India bagi mempromosi Pulau Pinang sebagai destinasi utama pelancongan dalam bidang business dan MICE dan dan juga percutian, perkahwinan dan pengambaran dalam Penang International Travel Exchange (PITE) yang diadakan pada bulan sembilan tahun ini di Pulau Pinang. PCEB juga telah menghimpun 113 agen-agen pelancongan dari India. Program Business-to-Business (B2B) ini bagi pasaran India merupakan program B2B untuk pelancongan yang terbesar diadakan di Malaysia. Melalui program ini lebih kurang 5,763 pakej berkaitan sektor pelancongan Pulau Pinang telah berjaya dijualkan kepada ejen-ejen di India. PCEB juga telah menghasilkan video promosi, pelancongan bagi pasaran India bagi tahun 2019, PCEB akan menggandakan lagi usaha untuk mempromosikan pelancongan Pulau Pinang ke pasaran India dengan sasaran pelancong dari bandar Chenai, Ahmedabad, Mumbai dan juga Delhi. Bagi mendapatkan penerbangan terus dari Pulau Pinang ke India, Kerajaan Negeri melalui PCEB juga telah mengadakan perbincangan bersama syarikat penerbangan tempatan untuk mengkaji kebolehlaksanaan laluan ke bandar-bandar utama di India. Walau berhadapan dengan beberapa cabaran seperti laluan udara yang terhad dan senarai menunggu yang panjang, Kerajaan Negeri komited untuk teruskan usaha untuk mewujudkan laluan penerbangan terus ini. Baru-baru ini CEO Air Asia telah melawat pejabat saya dan saya sendiri juga telah menyatakan hasrat Negeri Pulau Pinang untuk mewujudkan laluan terus di antara Pulau Pinang dan satu airport yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Bagan Dalam iaitu Coimbatore International Airport juga telah dikemukakan kepada CEO Air Asia, dan beliau pun berjanji akan mengkaji cadangan ini.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada yang Berhormat Paya Terubong yang telah memberikan satu penjelasan tentang perkara-perkara yang telah saya timbulkan dalam perbahasan saya. Mungkin saya menujukan soalan saya kepada PGT. Nampaknya PICEB telah pun membuat banyak aktiviti untuk mempromosi Pulau Pinang di India. Walau bagaimanapun, saya pun minta PGT juga meneruskan usaha-usaha untuk mempromosi Pulau Pinang di Asia Selatan khususnya di India seperti yang saya nyatakan dalam perbahasan saya di mana jangkaan out bound tourist...(dengan izin) daripada India, angka itu dijangka meningkat 122% daripada sekarang iaitu daripada 22 juta ke 50 juta pada tahun 2024 dan saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya Pulau Pinang mengambil the leading roll....(dengan izin) untuk mempromosi bukan sahaja Pulau Pinang tetapi kita mempunyai satu rangkaian pengangkutan kapal terbang yang begitu baik di mana kita ada penerbangan terus ke bandar-bandar utama Indonesia seperti Acheh dan juga Medan dan kita pun boleh buat satu package...(dengan izin) kepada pelancong-pelancong daripada Asia Selatan dan juga Eropah di mana kita...(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat sekarang bukan sesi perbahasan.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Saya ingin cadang sedikit sahaja. Saya akan minta penjelasan. Kerjasama dengan lain-lain negara di rantau ini. Apakah tindakan yang telah ambil untuk bekerjasama dengan Acheh, Medan ataupun di utara, Songkhla dan sebagainya.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Saya percayai pada masa kini tidak ada kerjasama di antara mana-mana dua–dua negeri tetapi bagaimana pun idea ini boleh dikaji juga sekiranya bandar-bandar di luar negeri sedia untuk berkolaberasi dengan Pulau Pinang atau Malaysia. Yang Berhormat Dato’ Speaker, umum mengetahui bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, (LTAPP) direka bentuk untuk kapasiti 6.5 juta pergerakan penumpang setahun. Kapasiti ini telah dicapai pada tahun 2016 dengan jumlah pergerakan penumpang sebanyak 6.7 juta. Bagi tahun 2017 jumlah pergerakan penumpang telah meningkat kepada 7.2 juta. Bagi tahun 2018 sehingga bulan September jumlah pergerakan penumpang telah mencapai 5.7 juta iaitu peningkatan sebanyak 7.5% jika dibanding dengan tempoh masa yang sama pada tahun sebelumnya. Jumlah pergerakan penumpang adalah dijangka akan mencapai 7.8 juta bagi tahun ini dengan kemasukan pelancongan yang meningkat setiap tahun. Terdapat keperluan yang kritikal untuk menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Pada masa ini Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan bersama-sama Malaysia Airport Sdn Bhd (MAHB) sedang mengkaji model pembangunan dan sedang mengkaji kaedah yang sesuai agar projek pembesaran ini dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin. Saya memang mengalu-alukan cadangan Kerajaan Negeri untuk membina sebuah lagi sebuah lapangan antarabangsa yang baru iaitu lapangan terbang antarabangsa koridor utara iaitu di atas tanah tebus di Batu Maung yang berdekatan Pulau Rimau. Ini adalah bagi tempoh panjang memandangkan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hanya mampu menanggung kapasiti penumpang dan kargo dalam tempoh dua puluh sehingga tiga puluh tahun yang akan datang sahaja. Kita memang pun dapat melihat banyak lapangan antarabangsa di dunia ini di lapangan Terbang Changi di Singapura, di Hong Kong, di Macau atau Lapangan Terbang di Osaka, semuanya dibina di atas tanah tebus. ADUN Batu Lanchang telah membangkitkan masalah kesesakan di Lapangan Terbang Pulau Pinang walaupun Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang adalah di bawah Malaysia Airport Sdn Bhd dan juga Kementerian Pengangkutan. Pejabat Exco Pelancongan Negeri Pulau Pinang sering memantau perkembangan di lapangan terbang melalui lawatan tapak, mesyuarat beserta memberi maklum balas daripada pelbagai stakeholders untuk penambaikan kualiti perkhidmatan kerana lapangan terbang memang merupakan satu imej yang penting bagi untuk sesebuah negeri.

Maklum balas daripada pihak lapangan terbang memberitahu bahawa penambahbaikan sedang ditambah secara berperingkat. Antaranya termasuk masalah kesesakan di kawasan kerbside pada waktu puncak di mana pihak lapangan terbang akan mengambil tindakan dengan meletakkan papan tanda di kawasan pick-up dan drop-off zone. Menurut lapangan terbang, ini juga akan diikuti dengan peletakan tiga (3) orang pengawal keselamatan untuk mengawal pergerakan kenderaan dan program operasi penguatkuasaan bersama PDRM, JPJ dan SPAD dari masa ke semasa. Selain itu, pihak MAHB juga akan menugaskan seorang ambassador untuk membantu penumpang bersama dengan beberapa papan tanda dan masa yang singkat saya juga akan membuat satu lawatan lagi ke lapangan terbang dan saya boleh akan menjemput Ahli Kawasan Batu Lancang yang juga merupakan salah seorang ahli dalam Lembaga PGT untuk membuat lawatan dan juga bermesyuarat dengan pihak lapangan terbang. Dato’ Speaker, pada tahun 2018 sehingga bulan September, Penang Port telah berjaya merekod ketibaan sebanyak 152 bilangan kapal pelayaran antarabangsa dan 241,418 penumpang. Pelabuhan Pulau Pinang (PPSB) dan Royal Caribbean Cruises Ltd (RCCL) juga telah memperuntukkan RM155 juta bagi menaik taraf Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier (SPCT) yang dijangka untuk mengambil masa setahun untuk disiapkan. Projek memperluaskan pengkalan ini membolehkan SPCT untuk menempatkan dua kapal pelayaran mega dan dapat mengendalikan sebanyak 12,000 penumpang pada satu masa. Baru-baru ini pun telah diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2019 bahawa Kerajaan Persekutuan turut memperuntukkan kemudahan bebas cukai kepada kedai bebas cukai di Pelabuhan Swettenham yang dipercayai akan membantu penjanaan pendapatan tambahan dan mempertingkatkan lagi khususnya untuk Negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Dato’ Speaker, pelancongan berasaskan MICE (Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions) juga merupakan lagi satu industri pelancongan utama di Negeri Pulau Pinang. Melalui kajian yang telah dibuat oleh PICEB pun seperti yang dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sebentar tadi. Pelancongan MICE telah menyumbang kepada anggaran impak ekonomi sebanyak RM1 bilion kepada Pulau Pinang di bawah pelancongan MICE, pelancongan adalah di atas akaun perniagaan dan bukannya percutian keluarga. Oleh itu, pelancongan MICE telah meningkatkan kemasukan pelancong terutamanya pada musim off-peak. Antara program-program MICE yang telah dijalankan pada tahun ini adalah termasuk seperti:-i. World Business Logistics Network Switzerland 2nd Annual Conference 2018 by World Business Logistics Network Switzerland dari 19 hingga 22 April 2018; ii. 48th Malaysian Orthopedic Association Annual Scientific Meeting 2018 by Medical Conference Partners dari 10 hingga 12 Mei 2018; dan iii. 4th World Symposium on Sustainable Development at Universities (WSSD-U-2018) by Centre of Sustainability Studies, Universiti Sains Malaysia dari 28 hingga 30 Ogos tahun ini. Bagi perancangan masa hadapan, Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha untuk menarik lebih banyak program antarabangsa untuk dilaksanakan di Pulau Pinang. Bagi tahun ini, Kerajaan Negeri telah berjaya dalam pembidaan program antarabangsa dilaksanakan di Pulau Pinang seperti Forum Inter-Islands Tourism Policy (ITOP Forum) yang berasaskan pelancongan kepulauan dan Asia Pacific Masters Games dalam bidang sukan antarabangsa. Bagi tahun depan, World Seafood Congress 2019 akan diadakan di Pulau Pinang dan World Landscape Architect Summit juga akan diadakan pada tahun 2020. Selain daripada produk pelancongan sedia ada, Kerajaan Negeri juga mempunyai matlamat untuk mendirikan Pulau Pinang sebagai hub kecemerlangan pendidikan. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan StudyPENANG yang terdiri daripada 19 institusi pendidikan termasuk university dan kolej swasta. StudyPENANG berfungsi untuk mempromosikan institusi-institusi pendidikan Pulau Pinang kepada pasaran luar negara bagi menarik lebih ramai pelajar melanjutkan pengajian di Pulau Pinang.

Selain itu, Pulau Pinang juga ingin meningkatkan daya saing hospital dalam sektor pelancongan perubatan melalui Penang Center of Medical Tourism (PMED). Pada masa ini, PMED mempunyai keahlian sebanyak 16 hospital dan bergiat aktif dalam pemasaran Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan perubatan yang terunggul. Untuk memastikan Pulau Pinang terus cemerlang sebagai pusat pelancongan perubatan, antara usaha yang dilakukan termasuk menggiatkan promosi dan pemasaran pelancongan perubatan melalui pameran pelancongan dan road show di rantau Asia, terutamanya kepada negara yang mempunyai penerbangan terus ke Pulau Pinang seperti Indonesia, Vietnam dan China. Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang turut penting dalam meningkatkan kemudahan dan kelengkapan untuk menerima pelancong perubatan. Selain itu, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan pihak swasta untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam membina baru atau menaik taraf pusat perubatan pelancongan. Indonesia memang merupakan pasaran tradisi yang penting untuk pelancongan perubatan di Negeri Pulau Pinang sejak dahulu khasnya dari Medan dan kini telah berkembang ke Jakarta dan juga Surabaya di mana terdapatnya penerbangan terus ke Pulau Pinang dari dua-dua bandar ini melalui city link dan juga Air Asia. PMED juga sedang berusahan membuat promosi hospital swasta Pulau Pinang dengan kerjasama dengan agensi seperti Tourism Malaysia dan juga MHTC (Malaysia Healthcare Travel Council) dalam usaha ini. Selain Indonesia, Negeri Pulau Pinang juga sedang berusaha mengeluarkan e-Pasaran di Indo-China seperti Thailand, Vietnam, Cambodia dan Laos. PMED juga berharap memperkembangkan hospital di sini yang ada perkhidmatan In Vitro Fertilization ke negara China yang mempunyai pasaran yang besar untuk pasangan yang ingin mendapatkan anak. PMED juga berharap syarikat penerbangan akan mempertingkatkan penerbangan terus ke bandaraya di China untuk memudahkan perubahan In Vitro Fertilization ini dapat dipromosikan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, amatlah bersyukur bahawa Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa 50% kutipan cukai pelancongan akan dikongsi dengan Kerajaan Negeri. Namun demikian, ia adalah amat penting untuk mengekalkan kutipan hotel fi yang dijalankan oleh kerajaan tempatan untuk meletakkan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan yang terunggul di rantau Asia. Ini adalah kerana hotel fi ini sangat penting untuk mengekalkan kuasa autonomi negeri dalam pembangunan industri pelancongan. Sejak pelaksanaan kutipan hotel fi sejak empat (4) tahun yang lepas, secara tidak langsung ini telah menyokong pelaksanaan projek penggalakan pelancongan seperti aktiviti pengiklanan dan promosi destinasi serta acara pelancongan. Dengan sumbangan hotel fi tersebut, industri pelancongan di Negeri Pulau Pinang juga telah berjaya mengatasi beberapa krisis kemelut yang menjejaskan industri tanpa bergantung pada sokongan kewangan Kerajaan Persekutuan. Ini juga membolehkan industri pelancongan di Negeri Pulau Pinang bersifat resilient dan mampan serta Kerajaan Negeri mempunyai kuasa autonomi untuk menjalankan inisiatif pembangunan pelancongan sendiri dengan lebih efektif dan bukan hanya bergantung kepada Kerajaan Persekutuan sebab untuk cukai pelancongan yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan, sekiranya hendak dikongsi oleh Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri perlu mengemukakan permohonan case by case on case basis dan juga tertakluk kepada discretion daripada Kerajaan Persekutuan untuk meluluskan bajet yang ingin disalurkan. Oleh itu, saya berpendapat bahawa kuasa autonomi negeri sendiri untuk hotel fi adalah sangat penting dan pengutipan RM2 atau RM3 ini juga tidak akan membawa kesan yang ketara kepada pelancong. Tetapi, kutipan tersebut dapat digunakan untuk mempromosikan destinasi Pulau Pinang. Dana tersebut dapat menjana lebih banyak ketibaan pelancong di mana hotel dan penggiat industri pelancongan akan memanfaatkan dari kesan pengganda tersebut dan menjadi self-sustain. Jawatankuasa Hotel Fi yang dibentuk bersama dengan para pengusaha hotel membolehkan penggiat industri hotel terlibat secara langsung dalam proses kelulusan kegunaan dana tersebut. Melalui mekanisma ini, pihak penggiat industri hotel dapat memantau dan mengukur keberkesanan program promosi pelancongan yang dilaksanakan atau yang ingin dilaksanakan oleh Negeri Pulau Pinang dari semasa ke semasa. Inisiatif hotel fi ini juga dapat menggalakkan kerjasama di antara Kerajaan Negeri dengan pihak swasta dan mewujudkan situasi menang – menang iaitu win win situation untuk industri pelancongan. Ini juga merupakan satu contoh yang baik untuk inisiatif 4P yang disarankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sektor perkhidmatan telah merupakan penyumbang utama kepada KDNK iaitu Keluaran Dalam Negara Kasar Negeri Pulau Pinang. Sektor perkhidmatan telah mendahului sektor pembuatan sebagai penyumbang utama kepada KDNK Negeri Pulau Pinang di mana pelancongan merupakan elemen yang terpenting dalam sektor perkhidmatan. Ia telah menyumbang 49% daripada ekonomi negeri berbanding 46% daripada sektor pembuatan. Oleh itu, dana yang mencukupi amatlah sangat diperlukan untuk memacu industri pelancongan dan mengukuhkan lagi kedudukan Negeri Pulau Pinang. Perancangan masa depan, pengintegrasian pengumpulan data bersama dengan kutipan hotel fi. Disebabkan Pulau Pinang mempunyai beberapa pintu masuk entry points....(dengan izin) seperti lapangan terbang, pelabuhan laut, pengangkutan darat iaitu melalui jambatan dan lebuhraya Pulau Pinang, ia adalah sangat sukar untuk mendapatkan bilangan dan demografi pelancong yang benar-benar atau yang tepat yang datang ke Pulau Pinang. Namun demikian, berbanding dengan cukai pelancongan yang hanya meliputi pelancong antarabangsa iaitu foreign visitors. Kutipan fi hotel adalah lebih komprehensif di mana ia merangkumi semua pelancong antarabangsa dan juga pelancong domestik. Dengan pelaksanaan pengumpulan data demografi tetamu hotel dan bilangan bilik yang dijual, kita akan mempunyai angka yang lebih tepat untuk mewajarkan pertumbuhan pasaran serta pemahaman pasaran pelancongan di Negeri Pulau Pinang. Selain itu, dengan adanya kedua-dua sumber dana iaitu hotel fi yang dikutip oleh Kerajaan Negeri dan juga cukai pelancongan yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan, untuk hotel fi yang dikutip oleh Kerajaan Negeri kita dapat digunakan untuk memberi fokus kepada projek pengiklanan dan promosi destinasi mana kala cukai pelancongan (tourism tax) boleh digunakan dari segi pembangunan infrastruktur jangka masa panjang. Sektor pelancongan dijangka berkembang pesat dan infrastruktur yang komprehensif dan canggih amatlah diperlukan untuk menampung peningkatan jumlah pelancong serta meningkatkan kemampanan industri pelancongan. Dalam pengetahuan saya, sebenarnya juga terdapat banyak bandar-bandar di dunia ini negara juga melaksanakan kutipan hotel fi. Sebagai contoh, di Berlin di Germany, 5% dikutip daripada harga setiap bilik setiap malam. Di Roma, Itali, Euro 3 sehingga Euro 7 juga dikutip mengikut jenis bilik. Di Milan, Euro 2 hingga Euro 5 juga dikutip. Di Budapest Hungary, 4% juga dikenakan daripada harga bilik setiap malam. Juga di Bali Indonesia juga mengenakan cukai pelancong. Kita memandang balik di Malaysia kita sendiri, di Langkawi, surcharge pun juga dikutip mengikut bilik mengikut bintang daripada RM1 sehingga RM9. Di Melaka, 1 tax yang dikenali sebagai heritage tax fee sebanyak RM2 juga dikutip terhadap setiap bilik setiap malam, untuk memperkasakan lagi pelancongan kita perlukan lebih banyak bullets…(dengan izin) untuk berperang. Kita memerlukan lebih dana untuk membuat promosi di luar Negeri. Untuk makluman Vietnam, Philippine, Thailand merupakan persaing kuat untuk Malaysia dan juga Negeri Pulau Pinang dan dalam Malaysia kita sendiri Sabah, Johor, Melaka, Perak, Selangor juga sedang mempergiatkan pelancongan masing-masing. Demi mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang dan bersaing dengan destinasi-destinasi luar negeri atau dalam negeri kita memang memerlukan lebih lagi dana untuk menarik lebih pelancong. Yang Berhormat Dato‘ Speaker, bagi mewujudkan Perancangan Pembangunan Pelancongan yang menyeluruh dan inclusive Kerajaan Negeri akan...(gangguan).

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Pencelahan kalau boleh, Yang Berhormat Paya Terubong seperti yang dimaklumkan bahawa dana itu sangat penting untuk membangunkan sektor Pelancongan dan berkenaan dengan isu Cukai Pelancongan, baru-baru ini Kerajaan Pusat dalam Bajet yang dibentangkan telah pun mengatakan bahawa mereka akan mengongsi, kongsi balik cukai-cukai pelancongan yang dikutip daripada setiap Negeri. Jadi saya ingin mendapat penjelasan sama ada pihak EXCO ataupun Kerajaan Negeri telah pun berunding dengan pihak Persekutuan bagaimanakah sharing, perkongsian cukai pelancongan ini akan dibuat sebab saya rasa itu adalah satu jumlah yang besar yang dikutip

daripada Pulau Pinang dan kalau disalurkan balik dengan adil maka kita boleh menggunakan untuk pembangunan sektor Pelancongan, terima kasih.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Untuk makluman, cukai Pelancongan yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan yang sebelum bulan Mei ini pun belum lagi disalurkan kepada Kerajaan Negeri dan memang Kerajaan Negeri telah menulis surat kepada MOTAC untuk mendapatkan saluran cukai tersebut dan dalam pengetahuan saya mekanisme untuk berkongsi cukai pelancongan ini untuk Kerajaan Negeri kita perlu it is case to case basis contohnya Kerajaan Negeri dia nak buat satu program atau aktiviti dia kena menghantar satu proposal, satu permohonan kepada MOTAC barulah MOTAC membuat keputusan hendak menyalurkan berapa kepada aktiviti tersebut by case to case basis. It not by one lump sum yang diberikan balik kepada Kerajaan Negeri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sambung.

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Dato‘ Speaker, sedikit sahaja, saya rasa Paya Terubong dah nak sampai ke penghujung, cuma saya tak dengar lagi disentuh tentang homestay, industri homestay yang saya rasa di Pulau Pinang ini ada lebih kurang 12 – 13 Homestay di setiap daerah SPU ada dua, SPT di Mengkuang dan sebagainya, SPS juga di Sungai Setar, Sungai Duri, Sungai Chenaam dan juga di Barat Daya. Jadi dulu ada agensi yang mengawalnya yang menjaganya iaitu PERDA, PERDA pun dah di bawah Kerajaan Pusat sekarang tak ada masalah, cuma kita nak kalau boleh homestay ni jadikan salah satu industri pelancongan sebab saya pergi ke India MATTA Fair kita promote kan homestay dan saya nampak orang-orang India sendiri pun berminat untuk duduk di homestay dalam suasana ekopelancongan, agro tourism dan sebagainya dan dia boleh membantu meningkatkan pendapatan kepada penduduk di Kampung itu. Satu kampung lebih kurang ada 10 ke 15 homestay. So dia boleh membantu meningkatkan industri kampung dan sebagai yang ada di kawasan homestay tersebut dan kalau boleh dimasukkan juga homestay ini di bawah pelancongan supaya dapat diselaraskan pelancong yang datang itu boleh berminat untuk mengikut ecotourism dan sebagainya boleh pergi ke homestay dan sebagainya dan jadi kalau boleh dimasukkan dan mungkin diselaraskan dari segi keperluan, kemudahan dan sebagainya kepada homestay-homestay yang terlibat untuk meningkatkan dan menambahkan lagi produk-produk pelancongan yang ada di Negeri Pulau Pinang dan saya ucap terima kasih kepada YB. Paya Terubong kerana telah memohon untuk tiap-tiap ADUN memberikan potensi pelancongan di kawasan masing-masing jadi saya dah hantar minta tindakan selanjutnya lepas itu diambil untuk memastikan apa yang kita hantar itu dapat dilaksanakan sepenuhnya, terima kasih.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Minta penjelasan sebab tadi saya nak tanya lagi tapi sudah pergi ke tajuk lain pula. Berkenaan dengan isu cukai pelancongan, adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat mengenai berapa jumlah yang telah pun dikutip dari Pulau Pinang sebelum ini dalam dia baru, I ingat baru dimulakan tahun lepas atau dua (2) tahun lalu. So adakah Kerajaan Negeri mempunyai angka-angka berapakah jumlah yang telah dikutip daripada hasil cukai pelancongan daripada Negeri Pulau Pinang dan yang kedua seperti yang dimaklumkan saya rasa memang sekarang ini cara bagaimana Kerajaan Pusat mengagihkan peruntukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti atau program-program pelancongan negeri adalah tidak begitu baik yang saya rasa dan saya cadangkan kepada I means it is not by the one case to case basis. Saya rasa kita perlu mendapat grant kalau boleh daripada Kerajaan Persekutuan tahunan jumlah yang tetap untuk kita membangunkan sektor pelancongan terima kasih, sama ada ini boleh dilakukan itu soalan saya.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Menjawab soalan dari Bukit Tengah dulu, memang bagaimana mekanisma Kerajaan Persekutuan untuk mengagihkan cukai pelancongan ini dan berapa angka yang sepatutnya Negeri Pulau Pinang dapat, maaf saya pun tak ada angka tersebut sebab ke semua ini di terus

di kutip oleh pihak Kastam, all direct to the federal through the customs. So saya akan melalui BPEN untuk memberi surat kepada MOTAC untuk mendapatkan angka-angka yang lebih jelas dan bagaimanakah atau mencadangkan satu grant atau satu lump sum untuk diberikan kepada negeri masing-masing adalah lebih baik. Saya setuju dengan pandangan itu lebih baik daripada case to case basis atau activity by activity basis yang akan tidak ada kebebasan untuk Negeri-Negeri untuk bagaimana utilize kan peruntukan tersebut. Untuk Sungai Dua, memang homestay tidak akan diabaikan dalam Pelan Induk Pelancongan dan saya juga telah dan akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia yang satu badan yang mengendali menguruskan homestay, untuk bagaimana mempromosikan homestay untuk Negeri Pulau Pinang, itu jangan bimbang. Yang Berhormat Dato‘ Speaker, Pelan Induk Pelancongan Negeri Pulau Pinang akan dihasilkan dengan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan supaya rancangan yang dihasilkan dapat memberi manfaat yang maksimum kepada rakyat oleh kerana sebentar tadi saya telah menjawab soalan Batu Lancang mengenai matlamat Pelan ini saya tidak akan mengulangkan lagi. Pada masa kini Pelan ini masih dalam peringkat perangka dan Perbincangan Kumpulan Fokus ataupun Focus Group Discussion akan diadakan dengan peringkat industri pelancongan dan juga Para Teknikal, Technical Expert dan Pihak-Pihak Berkepentingan Stakeholder Engagement akan diadakan untuk merumuskan strategi untuk pelancongan lestari menjelang tahun 2030. Pelan Induk ini akan dijangka siap pada tahun depan dan akhirnya untuk makluman, selaras dengan tahun pelancongan dan kebudayaan Malaysia China pada tahun 2020 dan juga Tahun Melawat Malaysia 2020, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang untuk mengadakan kempen Visit Penang Year, tahun melawat Pulau Pinang tahun 2020 juga bagi tujuan menarik pelancong ke Negeri Pulau Pinang memandangkan sektor pelancongan ini memang merupakan satu sektor yang sangat penting untuk Negeri Pulau Pinang dan kita berharaplah selaras dengan tahun melawat Malaysia 2020 tahun melawat Negeri Pulau Pinang pada masa yang sama juga akan menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai satu destinasi pelancongan yang terunggul di rantau ini. Dengan ini, sekian terima kasih saya memohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Paya Terubong, saya ingin menjemput Seberang Jaya.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Dato‘ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Izinkan saya untuk memulakan sesi permulaan dengan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Padang Kota kerana buat julung kalinya telah membentangkan Belanjawan Negeri Pulau Pinang. Syukur kepada Allah pada 9 Mei 2018 merupakan tarikh keramat buat rakyat Malaysia, rakyat Malaysia telah membuat satu keputusan yang paling berani dalam sejarah dan Malaysia baharu telah dilahirkan dan kini Kerajaan Pakatan Harapan telah diberikan mandat untuk menerajui Malaysia. Ternyata amalan Cekap, Akauntabiliti dan Telus yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2008 ini bukan hanya di yakini rakyat di Negeri ini tetapi juga telah menjadi pemangkin untuk membentuk kepercayaan segenap lapisan rakyat di seluruh negara terhadap kepimpinan dan model pentadbiran Pakatan Harapan. Saya juga ingin merakamkan setinggi ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Air Putih yang dahulunya petah membentangkan Belanjawan di Dewan ini namun pada 2 November lepas telah pula diamanahkan untuk membentangkan Belanjawan Kerajaan Persekutuan dengan matlamat untuk memulihkan ekonomi negara dan mengembalikan kewibawaan Kerajaan Persekutuan. Legasi dan kejayaan yang ditinggalkan oleh Yang Berhormat Air Putih di Negeri ini, saya yakin akan dapat diterjemahkan juga di peringkat nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Yang Berhormat Dato‘ Yang di-Pertua Dewan, Hari redup menyemai padi, Wak Dolah menanam jagung, Kalau hidup tidak berbudi, Duduk salah berdiri canggung.

Di sana padi di sini padi, Itulah nama sawah dan bendang, Di sana budi di sini budi, Barulah sempurna bernama orang“

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah membentang Belanjawan 2019 bertemakan “Penang 2030 : Negeri Pintar, Hijau dan Berteraskan Keluarga yang Mengispirasikan Negara“ di Dewan yang mulia ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan di atas Belanjawan yang cukup bermanfaat kepada rakyat ini. Saya ingin mengajak semua Ahli Dewan dan rakyat Negeri ini untuk maju bersama Wawasan Penang 2030. Penang 2030 akan dapat kita kecapi jika semua pihak berganding bahu dan bekerjasama untuk membangunkan negeri ini dengan mampan dan inclusive untuk semua. Untuk merealisasi Penang 2030, Kerajaan Negeri akan sentiasa berusaha untuk mengadaptasi teknologi dalam dasar-dasar akan datang. Saya juga percaya untuk mencapai visi Negeri Pulau Pinang sebagai bandar pintar, lebih banyak usaha akan direncanakan demi kepentingan rakyat di Negeri ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada jentera Kerajaan Negeri khasnya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana telah menyalurkan peruntukan yang bermanfaat bagi membiayai program-program di bawah Jawatankuasa MMK Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan.

Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan saya kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, Jabatan Perikanan, Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Perhutanan, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pulau Pinang, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pejabat-Pejabat Daerah dan lain-lain agensi yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan dan melaksanakan dasar dan perancangan di bawah portfolio saya Industri Asas Tani, Pertanian, Kesihatan dan Pembangunan Desa.

Moga tahun 2019 yang bakal kunjung tiba ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus melakar kejayaan demi kejayaan. Saya juga berharap Kerajaan Negeri Pakatan Harapan aspirasi rakyat ini akan terus mekar menyantuni rakyat, menyemarakkan demokrasi dan menjunjung prinsip peduli rakyat. Yang Berhormat Dato‘ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai menyahut seruan Ketua Menteri yang mengumumkan Belanjawan Penang 2030 untuk tahun 2019, sektor industri asas tani dan pertanian sememangnya sentiasa mengorak langkah untuk memenuhi aspirasi itu, prestasi dan sumbangan yang ditunjukkan oleh sektor Industri Asas Tani mampu menjadi pemangkin untuk melahirkan lebih ramai usahawan tempatan, tidak dapat dinafikan bahawa sektor pertanian merupakan nadi kepada Negeri ini. Bagi memperkasakan sektor industri asas tani ini, satu Dasar Pertanian Negeri Pulau Pinang 2019, 2021 sedang dirangka oleh Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Penang Institute. Dasar ini nanti akan memberi fokus kepada memastikan pembangunan industri pertanian yang lestari dan memproduktiviti tinggi serta menyerapkan kecanggihan teknologi industri 4.0. Matlamat untuk menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai hub benih serantau juga mula mendapat tarikan bila mana syarikat pengeluar benih ketiga terbesar di dunia iaitu Enza Zaden daripada Belanda telah memulakan operasi di Penang Sains Park Juru pada awal tahun

ini. Untuk terus memperkenalkan produk-produk dan hasil pertanian negeri ini, Kerajaan Negeri telah menganjurkan program Seberang Perai Fiesta 2018 iaitu Karnival Industri Asas Tani dan makanan di Tapak Expo Seberang Jaya pada 26 sehingga 30 September yang lalu. Program yang diilhamkan bermula dari Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat ini telah menjadi acara tahunan di Negeri Pulau Pinang. Pada ini tiga (3) komponen utama iaitu Agrofest 2018, Penang Food Festival dan Nusantara Artwave masih dikekalkan. Penganjuran program ini telah berjaya menarik kehadiran hampir 50,000 orang pengunjung dalam tempoh lima (5) hari program berlangsung. Inisiatif Kerajaan Negeri bagi penganjurkan program berskala besar seumpana ini bertujuan mempromosikan industri asas tani dan perikanan serta penternakan sebagai salah satu komponen utama industri di Negeri Pulau Pinang. Selain itu, melalui penganjuran program ini jelas menunjukkan penghargaan dan pengiktirafan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas sumbangan petani, penternak dan nelayan di dalam membangunkan negeri ini. Sehingga Oktober 2018, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri juga telah melaksanakan pelbagai program bagi membawa usahawan-usahawan tani Negeri Pulau Pinang ke negeri-negeri lain di dalam Malaysia. Antara program yang diadakan ialah promosi industri asas tani yang berlangsung di SPICE Arena pada 25 hingga 27 Januari, di PKNS Shah Alam pada 27 Mac hingga 1 April 2018, di Mydin Mall Bukit Mertajam pada 14 hingga 15 April, di Kuantan Berjaya Mall pada 17 hingga 22 Julai, di Tapak Ekspo Seberang Jaya sempena Seberang Perai Fiesta dan juga di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 23 hingga 28 Oktober. Program-program promosi ini telah berjaya mengutip hasil jualan mencecah RM493,000 dan memperkasakan lagi jaringan perniagaan usahawan-usahawan tani di negeri ini. Selepas keputusan pilihanraya yang lepas, kini Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah mula dapat bekerjasama dengan rapat dengan semua agensi-agensi Persekutuan. Memanfaatkan peluang yang ada, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mula mengorak langkah untuk bekerjasama rapat dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan iaitu FAMA. Antara usaha yang telah dibuat adalah Program Malaysia Fest 2018 di Changi, Singapura pada 9 hingga 12 Ogos yang lalu. Program ini telah melibatkan 13 usahawan industri asas tani Negeri Pulau Pinang dan saya sendiri telah memohon pihak FAMA Negeri Pulau Pinang untuk mempergiatkan usaha lagi untuk membawa usahawan kita menerokai pasaran antarabangsa. Saya berharap FAMA Negeri Pulau Pinang akan membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada usahawan-usahawan industri Negeri Pulau Pinang bagi mengenengahkan produk mereka. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri juga telah menganjurkan Penang Durian Festival 2018 bertempat di Mydin Mall Bukit Mertajam pada 27 dan 28 Julai 2018 yang lalu. Program yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pertanian dan FAMA ini telah berjaya mencatatkan jualan berjumlah RM68,000 dan rakyat Pulau Pinang bukan sahaja dapat menikmati durian pada kadar yang lebih rendah daripada harga pasaran, bahkan program ini juga merupakan sebahagian usaha untuk mengangkat dan mempromosikan lagi Durian Pulau Pinang dalam kelas yang tersendiri. Sebagai Kerajaan Negeri yang peduli kepada usahawan tani, program Tabung Usahawan Tani telah diperkasakan dengan membuka peluang kepada usahawan IAT yang berumur lebih 40 tahun dan tidak melebihi 60 tahun untuk turut serta di dalam program ini. Bagi usahawan tani yang berumur 40 tahun ke bawah, pinjaman tanpa faedah mikro kredit berjumlah RM6,000 telah disediakan. Manakala RM5,000 pinjaman mikro kredit disediakan bagi pemohon yang berumur 40 sehingga 60 tahun. Sejak tahun 2015 hingga Oktober 2018, Kerajaan Negeri telah membelanjakan dan memperuntukkan sejumlah RM750,000 bagi Program Tabung Usahawan Tani Muda dan telah memanfaatkan seramai 122 orang petani, penternak dan usahawan IAT untuk mengembangkan perniagaan mereka yang sedia ada. Usaha-usaha ini tidak berhenti di situ sahaja. Pada 22 November hingga 2 Disember ini, Kerajaan Negeri juga akan menyertai pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2018 yang bertempat di MAEPS, Serdang. Kita menjangkakan produk-produk Pulau Pinang akan sekali lagi menggegarkan Program MAHA 2018. Saya berharap, lebih ramai usahawan tani dapat dilahirkan dan saya ingin mengajak semua Ahli-ahli Dewan yang ada pada pagi ini untuk turut sama menyertai program MAHA yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.

Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Dua yang membangkitkan isu berkenaan warga asing yang mengusahakan pertanian di negeri ini. Saya ada menerima rungutan ini daripada ADUN kawasan berhubung permasalahan ini juga. Bagi menangani isu ini, kami telah mengarahkan Jabatan Pertanian untuk segera melakukan audit kepada semua tanah-tanah pertanian terutama di kawasan Ara Kuda, Tasik Gelugor. Kerjasama oleh pihak tuan tanah iaitu PERDA dan juga Jabatan Imigresen serta pihak berkuasa yang lain akan dibentuk bagi memastikan satu penyelesaian yang produktif akan dapat dicapai untuk mengatasi masalah ini. Berkenaan cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Berangan agar Kerajaan Negeri memberikan peruntukan yang khusus kepada golongan petani. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, telah banyak peruntukan yang telah kita sediakan dan untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah menyalurkan pelbagai peruntukan khusus untuk membantu golongan petani. Malah, Kerajaan Negeri telah memberikan lebih peruntukan berbanding Kerajaan Persekutuan yang dulu. Pada tahun 2018, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hanya menyediakan Jabatan Pertanian Pulau Pinang peruntukan pembangunan berjumlah RM1.59 juta sahaja. Manakala Kerajaan Negeri pula telah menyediakan RM3.37 juta bagi perkara yang sama. Manakala bagi Jabatan Perkhidmatan Veterinar, peruntukan pembangunan yang disediakan Kementerian hanyalah berjumlah RM45,000 tetapi Kerajaan Negeri memperuntukan peruntukan sejumlah RM2.96 juta. Inilah contoh ketidakadilan yang berlaku sebelum ini ketika berlakunya perbezaan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri. Oleh itu, bergerak ke hadapan, Kerajaan Negeri berharap agar lebih banyak peruntukan bersasar dapat disediakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2019. Menjawab kepada persoalan Yang Berhormat Sungai Acheh, Kerajaan Negeri sentiasa memberikan penekanan kepada pembangunan pertanian selain tanaman utama iaitu tanaman kontan di negeri ini. Kerajaan Negeri tidak mempunyai peruntukan khusus untuk tanaman hiliran. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah pun menyediakan peruntukan bagi tanaman kontan yang merujuk kepada tanaman selain tanaman utama. Peruntukan ini berjumlah RM150,000 pada tahun ini dan tahun hadapan. Dan usaha ini tidak terhenti di sini. Kerajaan Negeri juga menyediakan sebanyak RM150,000 bagi tujuan industri asas tani dan pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah menaikkan jumlah ini kepada RM200,000. Jelas Kerajaan Negeri sememangnya memberikan penekanan kepada semua aspek termasuklah untuk membangunkan hasil tanaman kontan kepada produk yang siap. Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri juga turut membiayai pelbagai projek bagi memastikan industri ternakan di negeri ini tidak ketinggalan. Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar berjumlah RM2.96 juta bagi meningkatkan industri penternakan di Negeri Pulau Pinang. Pada tahun 2018. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah melaksanakan perolehan baka kambing dan bebiri pejantan tempatan melibatkan kos berjumlah RM100,000 dalam memastikan perkembangan sihat industri penternakan di negeri ini. Usaha-usaha yang dibuat ini adalah bagi memastikan sektor penternakan di negeri ini terus berkembang seiring dengan perkembangan industri lain. Yang paling penting demi menjaga kepentingan penternak dan dalam masa yang sama menjaga alam sekitar, Kerajaan Negeri telah meluluskan Enakmen Penternakan Babi pada tahun 2016 dan sedang memperkemaskan syarat dan peraturan pernternakan babi yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2018 ini. Syarat dan peraturan babi, penternakan babi ini akan menekankan 4 aspek utama iaitu 4 kriteria utama iaitu closed house, zon penampan 200 meter, zero discharge dan good animal husbandary practice atau GAHP. Sehingga 18 Oktober 2018, MPSP telah menerima. Majlis Perbandaran Seberang Perai telah menerima dua (2) permohonan rasmi Pelan Bangunan untuk pelaksanaan sistem ladang babi tertutup dan permohonan ini masih dalam peringkat semakan pihak MPSP. Walau bagaimanapun, pemantauan yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar mendapati terdapat 42 buah ladang yang sedang dalam proses dinaiktaraf ke sistem ladang tertutup. Bagi memudahkan urusan menaiktaraf penternakan babi, Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk membuka kaunter khas melalui MPSP di Urusetia Pusat Setempat atau One Stop Center khusus untuk menerima Permohonan Pelan Bangunan bagi peternakan Ladang Babi

Tertutup. Untuk makluman Ahli Dewan, Kerajaan Negeri bercadang untuk memulakan operasi penguatkuasaan terhadap semua ladang-ladang yang tidak memenuhi kriteria dan syarat bermula pada 1 Januari 2020.

Yang Berhormat Penanti membangkitkan isu...(gangguan).

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Mohon laluan Seberang Jaya.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Ya, silakan Yang Berhormat Sungai Acheh.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Berkaitan dengan isu khinzir ini di mana sistem daripada ternakan sebelum ini kepada close system. Saya tengok banyak juga aduan-aduan sebelum ini terutamanya macam di kawasan Valdor yang ada, yang tukar ke close system ini tetapi pembuangan itu masih juga berlaku pada waktu awal pagi. Pukul 4.00 pagi, pukul 5.00 pagi. Kalau ikut claim itu zero waste lah tapi sebenarnya semua benda itu tidak berlaku. Itu yang pertama. Bagaimana nak kerajaan usaha untuk mengatasi masalah ini satu dan sebelum ini kerajaan pernah cadang dulu PFA, pig forming area yang sepatutnya berlaku di kawasan Bukit Tambun tetapi telah dibatalkan sebab pada masa tu Kerajaan Barisan Nasional lebih mementingkan keuntungan daripada nak menjaga masalah, menyelesaikan masalah penternak-penternak babi ini. Adakah Kerajaan Negeri sekarang ini bercadang untuk mencari satu tapak untuk mengumpulkan semua penternak-penternak khinzir ini ke dalam satu kawasan?

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Acheh. Sebab itu saya sebutkan tadi tentang 4 kriteria utama. Selagi mana mereka tidak mengikut kriteria yang 4 itu maka Kerajaan Negeri melalui Jabatan Veterinar mempunyai kuasa untuk menutup dan juga menamatkan aktiviti-aktiviti penternakan yang melanggar syarat-syarat ini. Jadi, kita ikut kepada Enakmen yang sedia ada. Untuk makluman Yang Berhormat…(gangguan).

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Mohon mencelah Yang Berhormat Seberang Jaya.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Nanti-nanti, bagi saya habiskan. Berkenaan dengan cadangan pig farming area. Setakat hari ini, memang tidak adalah. Tidak ada sebarang cadangan untuk kita membuat pig farming area baru yang kita fokus adalah dua (2) kawasan utama, kawasan Kampung Selamat dan juga Valdor di mana ada exiting, ladang-ladang penternakan babi iaitu diberikan fokus utama kerana saya percaya kalau kita ada undang-undang yang lebih ketat, undang-undang yang lebih berkesan pastinya kita dapat menyelesaikan masalah-masalah pencemaran yang telah membelenggu persekitaran kawasan penternakan babi ini lebih daripada 40 tahun. Silakan Yang Berhormat Permatang Berangan.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Seberang Jaya. Pertanyaan saya adalah berkenaan status ladang khinzir di Kampung Selamat. Adakah keempat-empat kriteria itu telah diaplikasi oleh pelaksana ladang tersebut?

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Berangan. Sebahagian ada yang telah mulakan proses itu. Buat waktu sekarang memang tidak. Majoritinya tidak. Tetapi sebab itu bila kita membawa masuk Enakmen Penternakan Babi ini tujuannya adalah untuk itu. Untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu kita lebih daripada 40 tahun. Sebab itu kita perlu berlaku adil kepada penternak juga. Sebab itu kita memberi sehingga Disember 2019 untuk mereka melakukan proses ini dan kita telah memudah cara di pelbagai peringkat termasuk juga

dalam soal bagaimana mendapatkan kebenaran merancang dan semua, pelan bangunan dan proses itu sedang berjalan. Jadi kita kena beri ruang kepada mereka untuk turut sama melakukan perubahan itu. Saya yakin. Insya-Alah. Kalau kita berjaya lakukan ini, banyak ladang-ladang ini tidak akan lagi menjadi tercemar seperti yang sebelum ini dan saya juga boleh aturkan lawatan untuk Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam dewan ini kepada yang hendak melihat ladang-ladang yang dah bersih. Saya sendiri telah pergi, Yang Berhormat Speaker dulu pun dah pergi tengok dan saya yakin kalau kita lihat itu sendiri, kita akan dapat terima bagaimana penternakan yang lebih moden, yang lebih bersih dan yang paling penting yang dapat menjaga alam sekitar. Dan untuk makluman Ahli Dewan soal produktiviti, soal ekonomi dari segi pihak penternak sendiri dalam masa jangka pendek ke sederhana, mereka akan mendapat semula pelaburan yang mereka masukkan untuk mereka melakukan perubahan-perubahan ini.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Mohon laluan untuk tambahan. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Seberang Jaya. Adakah dengan mengaplikasikan keempat-empat kriteria tadi, masalah bau di persekitaran terutama kepada penduduk-penduduk di kawasan perumahan di sekitar Tasek Gelugor akan dapat diatasi juga?

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Itu juga tujuannya. Bau, macam-macam lagi dischagre the side nampak babi itu pun kita atasi. Sebab itu saya sebutkan tadi. Kalau nak, kita boleh aturkan lawatan. Kepada yang berminat lah boleh PM tepi kat saya nama.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Minta laluan. Sedang kita bincang tentang penternak-penternak ini. Memang kita Pulau Pinang mempunyai Enakmen untuk ladang khinzir dan untuk uruskan. Bagaimana pula dengan penternak-pencernak lembu dan juga kambing. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa rancangan untuk mengkhususkan sesuatu kawasan ataupun menyediakan satu kawasan untuk membuat feedlot? Sebab masalah ini sedang berlanjutan di mana penternak complain bahawa Kerajaan Negeri tidak bantu dan mereka melepaskan lembu di atas jalan khususnya di kawasan Timbalan Speaker dan juga Bukit Tambun. Banyak, Sungai Acheh pun ada, so ada tak apa-apa rancangan khusus, khususnya di kawasan Seberang Perai Selatan. Kita lihat semakin banyak rungutan daripada penternak di sana.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Dalam. Saya maklum tentang masalah ini. Dia ada satu enakmen penternakan ruminan yakni memang is only part line…(dengan izin) cuma kita belum lagi fokus kepada itu kerana saiznya masih kecil industri ini di Negeri Pulau Pinang. Kita ada undang-undang di peringkat PBT tentang larangan-larangan untuk binatang-binatang ternakan ini dibiarkan berkeliaran sebab itu usaha-usaha sebagai contoh menangkap dan juga operasi-operasi ya, untuk mengawal ini sentiasa berjalan. Saya ingat Yang Berhormat Bagan Dalam pun maklum pihak MPSP sentiasa melakukan itu tetapi yang fokus untuk melaksanakan satu kawasan khusus memang tidak ada kerana saiznya tidak tidak begitu substantion tidak begitu besar untuk kita buat sebagai satu enakmen berbanding dengan penternakan babi. Penternakan babi kita hanya ada 100 lebih ladang tetapi kita ada 300,000 opulation babi di Negeri Pulau Pinang sahaja. Saya baru balik daripada Sabah, Pulau Pinang punya babi lagi banyak pada di Sabah 300,000…(gangguan).

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

YB. Seberang Jaya, saya sini ingin nak minta penjelasan berkenaan dengan kawasan khas untuk penternak lembu sepatutnya kita ada dia terletak di kawasan ADUN Bukit Tambun dan difahamkan kebanyakan penternak-penternak lembu mereka berasal daripada kawasan Batu Kawan, kawasan Jawi, kawasan Bukit Tambun tetapi ada sesetengah mereka tidak ingin untuk pergi ke kawasan tersebut disebabkan dalam geografi kawasan tapak itu masih belum sempurna untuk mereka bela lembu dekat sana dan salah satu sebab adalah berkenaan dengan bayaran tol fees kebanyakan penternak mereka berasa mahal atas bayaran tersebut. So adakah peluang

untuk bagi mereka untuk mengurangkan bayaran tol fees bagi kawasan tersebut untuk perternak lembu?

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Jawi. Saya ambil maklum perkara ini kita diperingkat Kerajaan Negeri belum ada perbincangan khusus tentang perkara ini tentang sama ada pemberian tol atau pengurangan pemberian tol kerana kita masih create atau selesaikan kes ini satu persatu berdasarkan kepada penternak. Saya ambil maklum dan saya akan bawa perkara ini dalam MMK Pertanian untuk kita bincangkan supaya saya boleh teruskan saya nak kena habis sebelum pukul 1.00. …(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Sekejap saja. Cadangan saja. Saya minta Kerajaan Negeri memberi perhatian dalam perkara ini juga sebab tadi dinyatakan babi ataupun khinzir di Pulau Pinang lebih daripada Sabah. Kita bercakap tentang food security dan sebagainya. I think Kerajaan Negeri perlu juga fokus kepada penternakan lembu di mana kita khususkan satu kawasan dan wujudkan konsep feedlot untuk dapat bersaing dengan negeri-negeri lain dan negara lain di rantau ini. Terima kasih.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Dalam atas cadangan itu. Saya teruskan tentang perkara yang dibangkitkan berkenaan isu masalah lalat di Kampung Sungai Lembu berpunca daripada aktiviti penternakan ayam. Menyedari hal ini, Kerajaan Negeri telah pun memikirkan penyelesaian jangka panjang iaitu dengan menaiktaraf kepada Sistem Penternakan Tertutup. Bagi memudahkan urusan ini, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberikan pengecualian kebenaran merancang yang sama kepada semua penternak-penternak unggas memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Pengecualian ini diberikan sehingga 14 Ogos 2020 dan bukan itu saja, Kerajaan Negeri melalui MPSP juga telah memberikan keistimewaan lain seperti pengecualian syarat tukar guna tanah daripada pertanian kepada industri, pengecualian daripada dikenakan syarat universal design seperti kemudahan OKU, parking dan landskap dan pengecualian sumbangan perparitan. Pihak MPSP juga giat melaksanakan pemeriksaan secara berkala kepada ladang-ladang penternakan sedia ada. Sebarang pelanggaran syarat pelesenan, pihak MPSP boleh mengambil tindakan seperti penguatkuasaan termasuklah mengeluarkan notis dan kompaun, membatalkan lesen dan juga pendakwaan di mahkamah. Kerajaan Negeri juga melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga sedang dalam proses untuk memuktamadkan Enakmen Penternakan Unggas sebelum dibawa untuk dibentangkan di Dewan ini. Ahli-ahli Yang Berhormat Kerajaan Negeri sentiasa menjaga kebajikan nelayan buktinya Kerajaan Negeri terus melaksanakan Program Bantuan Pukat secara dua (2) kali setahun sejak tahun 2013. Kerajaan Negeri juga mendengar dan mengambilkira rungutan daripada golongan nelayan. Bagi mengatasi masalah ini, bermula tahun 2017, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan kaedah pemberian bantuan nelayan dalam bentuk baucar yang bernilai RM400.00 setahun. Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM883,000 dan sejumlah 2,208 orang nelayan pesisir pantai telah menerima manfaat daripada bantuan pukat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri dalam membela semua golongan, pada tahun 2018, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan peruntukan dengan anggaran berjumlah RM359,000.00 bagi kerja-kerja bekalan elektrik di jeti nelayan Changkat. Bagi tujuan ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Seberang Perai Selatan selaku agensi pelaksana sedang melaksanakan kerja tersebut serta dijangka siap pada penghujung Disember 2018. Saya berharap agar kemudahan ini nanti dapat digunakan dengan sebaiknya oleh golongan nelayan. Usaha-usaha membantu golongan nelayan tidak terhenti di situ. Agensi Persekutuan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan juga telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada nelayan. Sehingga Ogos 2018, LKIM telah menyalurkan sejumlah RM929,000 untuk menampung pemberian elaun sara hidup nelayan, subsidi bahan api

merangkumi diesel dan juga petrol berjumlah RM6.83 juta dan tabung bantuan kebajikan dan bencana alam berjumlah RM173,000, bantuan peralatan menangkap ikan berjumlah RM500,000 dan membaikpulih rumah nelayan berjumlah RM117,000. LKIM juga turut menyalurkan peruntukan kepada pertubuhan nelayan dengan kos keseluruhan RM1.85 juta. Dalam masa yang sama, Jabatan Perikanan juga telah memberikan bantuan Touch Point berupa barangan keselamatan nelayan dan peralatan bagi mengekalkan aspek kesegaran ikan. Pada tahun ini sebanyak RM230,000 peruntukan barangan input berupa tong isulasi, baju hujan, lampu suluh dan beg kalis air telah diberikan kepada nelayan seluruh Negeri Pulau Pinang. Usaha-usaha untuk meningkatkan ekonomi golongan nelayan ini bukan hanya diukur dalam bentuk wang ringgit semata-mata. Kerajaan Negeri melalui kerjasama agensi-agensi terlibat juga telah menganjurkan beberapa siri kursus kepada nelayan seperti kursus enjin sangkut dan penyelenggaraan sampan fiber. Dalam masa yang sama, kursus bagi memproses produk-produk berasaskan perikanan turut diberikan penekanan. Dengan inisiatif-inisiatif ini, diharap pendapatan nelayan dapat dipertingkatkan. Sepertimana ucapan penggulungan saya sebelum ini, ingin saya tekankan di Dewan yang mulia ini, ‘Fisherman is not just a job, it is a profession’. Besar hasrat Kerajaan Negeri untuk memastikan golongan nelayan sentiasa terbela, terutamanya dalam era Kerajaan Pakatan Harapan. Yang Berhormat Teluk Bahang ada menzahirkan kegusaran mengenai penghasilan ikan di negeri ini. Tidak dapat disangkal kenyataan Yang Berhormat bahawa kerjaya nelayan ini sememangnya banyak dipelopori oleh golongan yang berumur. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri bersama-sama Kerajaan Persekutuan telah mempergiatkan usaha untuk membantu nelayan melalui inisiatif-inisiatif yang telah saya sebutkan sebentar tadi. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri juga telah mempergiatkan usaha dalam mempelbagaikan alternatif untuk meningkatkan hasil perikanan di Negeri Pulau Pinang. Antara usaha-usaha tersebut ialah melalui pengwujudan zon-zon industri akuakultur dan juga penternakan ikan sangkar. Usaha ini dibuat adalah untuk mengurangkan lagi kebergantungan kepada hasil perikanan melalui kaedah tangkapan. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan statistik Jabatan Perikanan pada tahun 2017, keluasan kawasan penternakan ikan sangkar di seluruh Pulau Pinang adalah berjumlah 78.38 hektar melibatkan 273 orang pengusaha. Zon Industri Akuakultur di Penaga juga sekarang ini di dalam proses untuk mendapatkan kelulusan Laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) yang sedang dimohon oleh pihak CMI (Perbadanan Ketua Menteri). Projek ini sedikit tergendala akibat kelewatan menyediakan laporan oleh pihak Persatuan Akuakultur Pulau Pinang (PENKUA) dan pada Oktober lepas telah diambil alih usaha ini oleh pihak Perbadanan Ketua Menteri iaitu CMI. Namun kelangsungan projek ini akan hanya ditentukan hasil keputusan laporan EIA yang sedang disediakan. Menjawab kepada cadangan....(gangguan). Sila Yang Berhormat.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Okey, berkaitan dengan ikan sangkar tadi. Saya tengok penternak-penternak sangkar ni kadang-kadang dia mengubah kedudukan sangkar tu bila dia tengok kawasan tersebut tak sesuai. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk tempatkan dalam satu-satu tempat untuk himpunkan untuk zoning kawasan dia supaya tidak berlaku pertikaian antara penternak sangkar dan juga nelayan. Sekarang ni memang isu tu tengah panas berkaitan dengan isu nelayan nak pergi tangkap dekat kawasan berhampiran dengan sangkar apa semua. So bila kita buat zoning tu mungkin kita dapat menyelesaikan masalah tu. Adakah untuk kedepan ni ada perancangan tu?

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Acheh. Berkenaan dengan isu ini memang telah dibincangkan, sedang dibincangkan di peringkat Kerajaan Negeri bahkan kita telah mencapai satu keputusan untuk membuat satu audit dan menggunakan teknologi Remote Sensing mengenalpasti semua sangkar-sangkar termasuk dari segi saiz, kedudukan kerana sehingga hari ini proses itu hanya dibuat secara manual oleh pegawai-pegawai kita di Pejabat Daerah yang

terpaksa sendiri ke laut untuk melihat dan melakukan pemantauan. Jadi sekarang ini kita akan gunakan teknologi yang ada untuk kenal pasti saiz sebenar dan dalam masa yang sama kita juga ingin melihat bagaimana Kerajaan Negeri dapat mengoptimumkan kutipan TOL daripada sangkar-sangkar ini kerana ada sangkar mungkin terlebih besar ada sangkar yang mungkin sedikit kecil berbanding dengan kelulusan yang diberikan. Jadi perkara-perkara ini yang sedang kita kenal pasti saya yakin selepas daripada ini kita dapat selaraskan tentang zon-zon akuakultur yang sedang berjalan di Negeri Pulau Pinang.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Mohon untuk mencelah.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Ya.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Terima kasih Yang Berhormat Seberang Jaya. Ada pertanyaan berkenaan dengan nelayan sungai. Tadi Yang Berhormat ada menyebut tentang insentif baucar RM400 pada tahun 2017 kepada nelayan pesisir pantai. Bagaimana pula status bantuan kepada nelayan sungai yang hanya memperolehi pendapatan yang kecil dan dalam pembahasan saya pada dua (2) hari lepas, saya ada menyebut juga tentang bagaimana kerajaan dapat membantu untuk menambah pendapatan nelayan sungai di samping adanya agro tourism seperti river cruise dan juga kampung trail. Mohon penjelasan.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya percaya soalan ni Yang Berhormat Permatang Berangan telah bangkitkan dalam soalan 67. Soalan Lisan tentang isu nelayan sungai. Di Pulau Pinang Yang Berhormat, kita ada 91 orang nelayan sungai yang telah diberikan lesen menangkap ikan oleh Jabatan Perikanan di Pulau Pinang dan mereka ini telah menerima elaun sara hidup setiap bulan sebanyak RM200 seorang setiap bulan. Dan setakat hari ini kita belum menerima apa-apa lagi program-program baru di peringkat Kerajaan Negeri pastinya kita fokus kepada nelayan pesisir pantai pun hanyalah untuk bantuan pukat yang selebihnya masih lagi bergantung kepada program-program yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Dan saya yakin ini akan dapat kita ketahui lebih lanjut apabila kementerian mengumumkan program-program yang berkaitan dengan nelayan sungai ini. Buat masa ini, untuk makluman Yang Berhormat Permatang Berangan juga, pihak Kerajaan Negeri dan juga MPSP telah banyak melakukan lawatan tapak dan juga mengkaji potensi untuk destinasi terutamanya di Sungai Perai untuk tujuan Agro Pelancongan seperti river cruise dan sebagainya lagi bahkan kita juga sedang merangka kerjasama dengan think city untuk melihat potensi sungai-sungai ini untuk dibangunkan bukan hanya untuk pelancongan tetapi untuk benar-benar menjadikan Sungai Perai ini sebagai river of life untuk kawasan Seberang Perai. Sila Yang Berhormat Sungai Dua.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Terima kasih Seberang Jaya. Saya ucapkan tahniah kerana akan mengadakan dasar Pertanian Negeri 2019 2021 cuma saya nak minta tambahan di sini supaya pihak Kerajaan Negeri melihat dari segi terutamanya IAT kita melihat dari segi pemasaran, pengumpulan dan pemasaran produk IAT sebab masalah yang dihadapi oleh pengusaha IAT pemasaran kita fokuskan bidang pemasaran ini. Dari segi tanaman, saya nak maklumkan dulu kita ada data-data base dari pihak Pertanian produk apa yang kita ada dan komuniti yang usahakan. Produk yang masih tak mencukupi tak mencukupi kita import dan sebagainya. So kita fokus kepada produk ini untuk kita laksanakan dengan menggunakan satu pendekatan yang lebih baik, yang lebih ekonomik, yang lebih menguntungkan, yang lebih mengurangkan penggunaan tanah. Itu konsep yang kedua, mungkin kita menggunakan konsep hutan equavalen dan sebagainya. Dari segi ternakan lembu dan juga yang berminat ini kalau boleh kita lebihkan kepada ternakan feedlot macam yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Bagan Dalam. Feedlot ini maknanya kita menggemukkan lembu tersebut dengan memberikan

makanan-makanan dan kita pusatkan setempat. Dan perikanan pula kita masukkan juga dalam ini dari segi penyediaan produk makanan ikan yang air tawar. Kalau yang laut ini dah bermasalah dari segi pengurangan ikan-ikan so kita fokuskan balik kepada ikan air tawar yang kita boleh ternak menggunakan konsep fiber canvas dan sebagainya. Itu mungkin boleh kita menambahkan makanan kepada masyarakat dan juga menambahkan pendapatan kepada petani yang ada di kawasan kampung. Terima kasih.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua. Ada beberapa sebenarnya, selepas kita mengambil alih Kerajaan Persekutuan 9 Mei yang lepas, kita mengenal pasti beberapa kawasan-kawasan potensi besar sebagai contoh, tanah-tanah milik PERDA, di kawasan Ara Kuda itu sangat luas, dan saya sendiri telah mengarahkan Jabatan Pertanian untuk melihat sendiri bagaimana kita boleh mengoptimumkan penggunaan tanah ini selagi mana yang sebelum ianya dibangunkan. Saya percaya sebenarnya Pulau Pinang ini tidaklah shortage of tanah untuk membuat usaha-usaha pertanian ini. Sebenarnya ada banyak tanah-tanah yang sedikit terbiar yang tidak kita optimumkan penggunaannya. Sebab itu antara usaha-usaha yang sedang kita lakukan setelah berbincang dengan pihak PDC, antaranya kawasan-kawasan tanah rentis yang boleh juga kita bangunkan untuk tanaman seperti nenas dan juga tanaman-tanaman lain yang boleh kita lakukan. Untuk makluman Yang Berhormat, tentang isu ternakan ikan di sungai ini, ada usaha tetapi saya melihat sendiri perkembangan itu agak sedikit slow, agak lembab mungkin kerana orang Pulau Pinang kurang makan ikan darat, dia lebih suka ikan laut. Jadi permintaan itu tidak begitu tinggi. Sebab itu kita tengah melihat juga bagaimana kita boleh tingkatkan dan hasil daripada program Seberang Perai Fiesta, kalau Yang Berhormat maklum kawasan tapak Expo Seberang Jaya itu ada mempunyai gerai-gerai kekal yang penggunaannya terhenti setahun sekali sahaja. Saya telah berbincang dengan jabatan termasuk juga agensi-agensi Persekutuan untuk lihat bagaimana kita boleh jadikan ini sebagai satu hub kerana kedudukannya di tepi lebuh raya bukan hanya untuk produk-produk pertanian tetapi juga produk-produk industri desa agar dijadikan sebagai satu bazar di situ yang beroperasi setiap hari. Dan boleh menjadi satu lagi tujuan yang kita panggil sebagai lokasi pelancongan dan juga ekonomi untuk masyarakat yang menggunakan laluan Lebuhraya Utara-Selatan. Saya ingin teruskan, ya Bagan Dalam… (gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Tentang komen daripada Seberang Jaya tadi bahawa nak buat kolam akua ternakan atau akuakultur di kawasan Telok Ayer Tawar ini yang dikatakan kawasan paya bakau. Tetapi ada cadangan, Penaga, Telok Ayer Tawar, coast line, ada cadangan di mana pihak MPSP sendiri, Perhutanan dan juga komuniti tersebut minta kawasan tersebut dikekalkan sebagai kawasan bakau sahaja. Sebab menurut Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang mengesahkan bahawa pokok api spesis Avivennia Rumphiana hanyalah wujud di hutan bakau Telok Ayer Tawar sahaja. Tiada ada di tempat mana-mana di Malaysia, hanya di Telok Ayer Tawar. Kalau kita bercakap tentang food security dan menjadikan kawasan ini sebagai kawasan ternakan akuakurtur kita akan hilang, boleh dikatakan nature treasure yang tidak boleh, we cannot go back and get that treasure. Saya berharap, saya secara persendirian, saya tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Mungkin ternakan boleh buat dalam sangkar di utara laut, bahagian laut, di dalam laut, sangkar dalam laut. So saya minta Kerajaan Negeri mengambil maklum perkara ini, walau pun food security penting alam sekitar juga penting. Itu pandangan saya.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Dalam. Untuk makluman Yang Berhormat, sebelum jabatan yang berkenaan Yang Berhormat sebut tadi, sebenarnya Mesyuarat SPC telah meluluskan rezoning kawasan ini untuk kawasan industrial aquaculture yang mana dianggotai oleh semua jabatan-jabatan itu dan perkara ini telah diselesaikan dalam mesyuarat EXCO baru-baru ini bahawa sehingga selepas selesai laporan EIA baru kita dapat tahu sama ada projek ini dapat diteruskan atau tidak kerana laporan EIA akan mengambil kira faktor-faktor itu dan juga termasuk faktor-faktor dari segi kelulusan buffer zon dan juga kesesuaian untuk melaksanakan

ternakan di situ. Saya percaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga fokus untuk menjaga alam sekitar dan tetapi dalam masa yang sama juga kita harus memikirkan bagaimana industri yang bernilai lebih RM1.5 bilion ini dapat kita tingkatkan lagi untuk memastikan kelangsungan dan juga food security untuk rakyat Negeri Pulau Pinang dan juga negara. Terima kasih.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Sekejap sahaja, adakah …(gangguan):

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, saya rasa Seberang Jaya sambung kerana jawapan tadi yang daripada Sungai Puyu pun sudah panjang lebar yang bersabit dengan hutan paya bakau dan Yang Berhormat Seberang Jaya pun berulang sahaja. Sila.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih, terima kasih. Bagi meneruskan ucapan penggulungan saya, saya akan masuk dalam soal sektor kesihatan. Untuk program pemeriksaan mammogram percuma untuk wanita Pulau Pinang ini telah dilaksanakan sejak tahun 2015. Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM1.069 juta sepanjang program ini dilaksanakan dan seramai 11,834 orang wanita telah menerima manfaat daripada program ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang telah bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM900,000.00 bagi tahun 2019 bagi menampung kos pelaksanaan program ini pada tahun hadapan. Bermula tahun hadapan Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi pelaksanaan program ini. Insya-Allah selepas ini wanita Pulau Pinang boleh mendapatkan pemeriksaan mammogram di lebih lima (5) pusat mammogram yang menjadi panel kepada LPPKN di negeri Pulau Pinang dengan penambahbaikan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri. Melalui usaha ini kita menyasarkan agar lebih 5,000 wanita Pulau Pinang yang berumur 35 tahun ke atas akan dapat menjalani saringan mammogram percuma ini. Yang Berhormat Ahli Dewan, kejayaan pelaksanaan program Penang Heart Safe telah mula menampakkan hasil dari segi bukan hanya menyelamatkan nyawa rakyat tetapi juga mencipta kesedaran yang tinggi di kalangan masyarakat ….(gangguan).

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Minta penjelasan Seberang Jaya.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Sorry, sila.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Tadi mengenai mammogram, saya difahamkan buat masa sekarang program mammogram sudah diberhentikan sejak bulan Jun, kalau tidak silap saya dan ada ramai juga penduduk yang datang ke Pusat Khidmat saya menanya tentang perkembangan masa sekarang. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Seberang Jaya.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih YB. Berapit, ya, memang Jun hari itu dihentikan kerana tamat kontrak dengan syarikat pembekal. Sebab itu kita sekarang mengkaji semula selepas pilihan raya dan telah bersetuju, mendapat persetujuan daripada LPPKN dalam tempoh terdekat akan ada satu memorandum akan ditandatangani dengan LPPKN untuk meneruskan program ini yang mana Kerajaan Negeri sebagai Kerajaan Negeri yang pertama menyediakan peruntukan untuk agensi Persekutuan untuk melaksanakan program. Jadi ini lah sebahagian usaha Pulau Pinang untuk membantu Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan program mereka di peringkat Kerajaan Negeri. Tepuk sedikit. (ketawa). Kejayaan pelaksanaan program Penang Heart Safe telah mula menampakkan hasil dari segi bukan hanya menyelamatkan nyawa rakyat tetapi juga mencipta kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan kemahiran CPR dan menggunakan Automated External

Defibrillator. Baru-baru ini sekumpulan pelajar Sekolah Tinggi Chung Ling telah berjaya menyelamatkan nyawa seorang mangsa yang mengalami serangan jantung ketika perlawanan bola sepak dan mangsa tersebut telah berjaya diselamatkan. Tiada nilai yang dapat diukur apabila nyawa ini diselamatkan. Oleh itu Kerajaan Negeri dalam kerangka untuk mewujudkan garis panduan pemasangan AED di tempat awam untuk seluruh Negeri Pulau Pinang. Sehingga hari ini telah ada lebih 40 AED yang diletakkan di tempat-tempat awam termasuk di bangunan-bangunan kerajaan yang telah dibiayai oleh Kerajaan Negeri sebanyak 10 buah AED sebelum ini. Program latihan CPR dan AED ini akan diteruskan dan sukacita untuk saya laporkan kepada Dewan ini bahawa lebih daripada 30,000 rakyat Pulau Pinang hari ini telah dilatih dengan kemahiran CPR dan juga penggunaan AED. Ahli-hli Dewan, kejayaan program Penang Bebas Asap Rokok kini telah mula diiktiraf awam dan juga badan dunia. Pulau Pinang bakal menerima anugerah oleh South East Asia Tobacco Control Alliance and the World Health Organisation atas usaha inisiatif Penang Bebas Asap Rokok pada 20 November ini minggu hadapan di Hoi An, Vietnam. Kerajaan Negeri menyambut baik usaha dan pelaksanaan laragan merokok di premis makanan bermula 1 Januari ini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Mengambil semangat ini, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri juga akan mula mengorak langkah untuk menjadikan keseluruhan Negeri Pulau Pinang sebagai Negeri Bebas Asap Rokok. Ahli Dewan yang dikasihi, denggi bukan sahaja berlaku di negeri ini, bahkan wabak ini turut menghantui seluruh negara. Kerajaan Negeri tekad dalam memastikan kesejahteraan dan memelihara keselamatan dan kesihatan rakyat Negeri Pulau Pinang. Secara kumulatif sehingga 10 November 2018, sebanyak 4,690 kes denggi dilaporkan berbanding tempoh yang sama iaitu 2,273 kes pada tahun 2017 iaitu peningkatan sebanyak 2,417 kes. Namun begitu Kerajaan Negeri masih komited dalam memerangi nyamuk aedes dan wabak denggi. Pelbagai sumber telah digembleng dan pelbagai langkah telah dikerah. Selagi Kerajaan Pakatan Harapan mentadbir negeri ini, kita tidak akan sama sekali menyerah kalah terhadap peperangan memerangi denggi ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Y.A.B. Ketua Menteri yang telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM423,000.00 untuk meneruskan program Sistem Crush Aedes Totally pada tahun 2019. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang juga telah meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM50,000.00 untuk program Communication for Behaviourial Impact (COMBI) bagi tahun ini. Di harap peruntukan-peruntukan yang telah diluluskan ini akan dapat membantu dalam usaha kita untuk memerangi wabak denggi di Negeri Pulau Pinang.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Minta penjelasan Yang Berhormat.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Minta penjelasan.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya bagi Sungai Pinang dahulu.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih Seberang Jaya. Kalau kita katakan tentang kes denggi ialah laporan daripada Kesihatan Negeri bahawa seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Seberang Jaya meningkat mencatat lebih daripada 2,000 kes iaitu 100% peningkatan berbanding kepada tahun yang lepas. Kita semua ambil tahu bahawa dengue case, kes-kes denggi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan isu di bangunan yang terbiar di mana selalu bila ada bangunan atau tanah-tanah yang terbiar akan berlakunya air bertakung atau keadaan yang sangat membimbangkan, keadaan yang kotor, air yang bertakung dan di kawasan saya di mana adalah satu projek JKP Mutiara Rini yang bakal diruntuhkan, dirobohkan pada end of this year. Tetapi pada masa sekarang ia telah menjadi satu ancaman di mana di kawasan KADUN Sungai Pinang telah jadi satu hot spot. Walau pun kami telah dua (2) kali membuat lawatan ke tapak itu tetapi bagaimana untuk menangani isu ini menjadi satu isu bukan seorang wakil rakyat yang

boleh mengatasi. Dan saya rasa isu denggi ini telah mengancam nyawa bukan sahaja kesihatan tetapi nyawa. Sekarang setakat ini saya difahamkan….(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Sungai Pinang, straight to the point.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ya, jadi saya berharaplah tolong tengok isu di mana di sekeliling kawasan Jelutong iaitu di bangunan JKP di mana Mutiara Heights, Mutiara Idaman 1, 2, Medan Tunku di mana mereka jadi mangsa dan tiap-tiap hari mereka dalam ketakutan bila akan jadi mangsa nyamuk aedes iaitu penyakit aedes. Denggi, denggi, sorry.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pinang. Yang Berhormat Sungai Pinang pun dengan saya, saya ingat hampir 6 tahun dalam mesyuarat yang sama untuk membincangkan masalah-masalah kawasan terbiar ini. Dan banyak loop hole di dalam undang-undang kita yang kita tak dapat atasi, terutamanya bila melibatkan, sebagai contoh, bukan hanya kawasan terbiar tetapi juga yang lebih malang lagi adalah sampah-sampah haram yang melibatkan kawasan-kawasan perumahan yang berkepadatan tinggi. Masalah-masalah ini itu satu faktor yang akan menyebabkan pembiakkan nyamuk tetapi saya percaya kalau kita bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan aspek-aspek kawalan itu dapat dihapuskan. We can not clear tak boleh bersihkan 100% tapi kawalan dari segi penggunaan abate, penyemburan fogging apa semua dapat dilakukan tetapi yang lebih penting sekarang ini saya percaya adalah kesedaran di kalangan masyarakat awam sendiri. Bukan hanya soal menghapuskan tempat-tempat pembiakkan tetapi bagaimana mencegah diri daripada digigit nyamuk. Selagi nyamuk tak gigit kita tak kena denggi. Jadi caranya adalah beberapa langkah-langkah yang saya percaya Yang Berhormat maklum menggunakan spray di rumah. Memasang apa ni sama ada kelambu ataupun juga menutup tingkap-tingkap dengan jaring-jaring anti-mosquito netting kemudian dalam masa yang sama menggunakan repellent dan juga tidak berada di kawasan-kawasan yang pron ada denggi ini, nyamuk Aedes ini. Yang itu perlu kita tingkatkan. Saya tidak ada formula ajaib untuk selesaikan masalah tanah terbiar, masalah bukan hanya tanah terbiar, bahkan kalau ada satu flat, ada rumah terbiar satu pun dah jadi satu masalah. Jadi perkara-perkara ini kita solve one by one. Tetapi kalau kita hanya mengharapkan pihak kerajaan, pihak berkuasa dan juga mungkin JKKK setempat sahaja untuk melaksanakannya mungkin kita tak akan dapat mencapai menghapuskan wabak denggi ini dengan lebih berkesan. Sebab itu fokus peruntukan yang diberikan kepada Communication For Behavior Impact (COMBI) dalam masa yang sama untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat. Saya ingat saya kena bagi Berapit.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih kepada Yang Berhormat Seberang Jaya. Mengenai cabaran masalah denggi. Bagi saya berapa sejak bulan Jun juga. Saya telah menganjurkan beberapa kali gotong-royong. Tetapi saya berpendapat di masyarakat sekarang gotong-royong sebenarnya susah sangat untuk mendapatkan sambutan daripada penduduk tak kira kita bagi dia risalah ka, menganjurkan aktiviti kesedaran supaya mereka nak minta mereka menyertai gotong-royong. Tapi setiap kali, akhirnya gotong-royong menjadi gotong-royong di antara JKKK atau MPSP, MBPP atau Bomba Sukarela. Of course ada Jabatan Kesihatan dan jikalau cabaran ini memang sudah ada. Dan setiap kali ada dalam mesyuarat dikatakan kena ada gotong-royong. Saya nak minta satu penyelesaian supaya kita tak boleh ada gotong-royong sahaja. Dan teknologi Wolbachia yang telah menunjukkan kesannya di Australia di sebuah Pekan di Queensland yang berjaya menurunkan kes denggi sebanyak 80% walaupun suntikan satu telur adalah RM0.45 sen sepengetahuan saya. Tetapi kes ini, teknologi terkini telah berjaya. Boleh ka kita, sekarang sudah tak boleh dapat orang gotong-royong jadi boleh ka kita pakai teknologi ini supaya kita kurangkan penduduk daripada dijangkiti denggi. Terima kasih.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih. Yang Berhormat Berapit. Saya tidak ada maklumat yang lengkap tentang Wolbachia ini, tetapi ini ada memang ada saya dimaklumkan Jabatan Kesihatan memang ada usaha untuk melihat samada termasuk di kementerian sama ada Wolbachia ini boleh digunapakai atau tidak. Tetapi must keep in mind nyamuk ini survive daripada zaman dinosaur lagi sampai sekarang. Isu nya bukan sama ada nyamuk itu dia mati sebab apa ke. Thats not the issue. The issue is our own self. Setiap individu kena ambil langkah-langkah pencegahan. Sebab itu saya sebut dalam Communication For Behavior Impact (COMBI) dan juga dalam mesyuarat-mesyuarat kita beri penekanan kepada kesedaran penggunaan repellent bagaimana menggunakan mosquito spray bahkan hingga ke tahap menggunakan kelambu sekarang tak ada orang guna kelambu. Tetapi ialah we have other method. Ada kaedah-kaedah lain menggunakan spray sebagai contohnya. Ini saya ingat langkah-langkah yang lebih berkesan daripada nyamuk itu gigit kita. The only way to survive this untuk kita mengatasi masalah-masalah ini atau denggi ini adalah menghalang nyamuk daripada gigit kita. Nyamuk tak gigit kita, kita tak kena denggi. It as simple as that. Tugas kita ya, kita kena buat gotong-royong. Kena buat apa, gotong-royong satu perkara, memanglah dari segi, saya faham masalah gotong-royong. Memang tak berkesan. Sebab tu saya pun tahu dan maklum tetapi at least baikla kita buat satu gotong-royong, masyarakat situ tahu ini kawasan wabak denggi. Dia turun tak turun itu belakang kira. Tetapi saya telah memberi arahan kepada semua jabatan-jabatan kalau gotong-royong itu dihadiri kurang dari 20 orang penduduk tempatan, sila batalkan gotong-royong, balik rumah jangan datang lagi. Sebab ini bukan tanggungjawab pegawai kerajaan sebenarnya. Ini tanggungjawab masyarakat. Sebenarnya tak perlu pun Jabatan Kesihatan datang untuk buat gotong-royong. Kalau masyarakat sendiri berhimpun berkumpul datang beritahu okey. Kawasan kita kawasan wabak denggi. Kita buat gotong-royong. Tak payah tunggu Jabatan Kesihatan, tak payah tunggu MPSP. Setiap rumah ada penyapu, setiap rumah ada water hose. Kalau masyarakat ada kesedaran itu saya yakin gotong-royong ini akan secara sendiri gain momentum. Kalau dilihat orang kerajaan datang, owh, ini tugas kerajaan. Kerajaan kena jaga kawasan tempat tinggal kita. Tapi saya ingat kalau kita boleh ubah mindset itu. Itu lebih bermakna daripada kita mengeluh tentang soal gotong-royong itu. Saya faham. Tapi saya percaya kalau semua wakil rakyat boleh bercakap macam saya cakap, kita mungkin akan hilang undi. Pada saya tidak apa, as long we are doing the right thing and try to change the mindset of the people. Hilang sikit tak apa. Majoriti kita besar. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya ingin teruskan tentang pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bertam di atas cadangan agar doktor pakar ditempatkan.

Satees A/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Yang Berhormat. Denggi belum. Dah habis dah?

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya baru satu nak habis.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Denggi-denggi isu kawasan.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Lepas ini la Yang Berhormat. Saya dah banyak ulas soal denggi ni.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

No, No, No. saya nak tanya satu saja. Kesihatan.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Lepas ini la Yang Berhormat.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Jabatan Kesihatan, apabila mendapati ada jentik-jentik di sesuatu kawasan keluarkan saja notis kepada orang persendirian. Bagaimana pula dengan Syarikat-Syarikat Kerajaan

seperti BORR di tepi Lebuh Raya BORR, di tepi bangunan lama MPSP. Cukup teruk keadaan. Adakah Kesihatan. Jawab ya.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Ada Yang Berhormat. Saya sendiri Pusat Khidmat saya sendiri kena kompaun. Saya akui. Pusat Khidmat ADUN kena kompaun oleh Jabatan Kesihatan kerana tidak, ada menemui kawasan pembiakan. Dan ada syarikat-syarikat yang telah kena, ada juga di Pulau Pinang. Joint Management Body (JMB) apa Jawatankuasa Penduduk yang telah kena, Management Corporation (MC) telah kena dan bawa mahkamah dan dikenakan denda. Ada dibuat. Sekarang ni tak ada hukuman gantung ja. Yang lain semua buat.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Minta bagi dekat Syarikat BORR jugala. Syarikat BORR.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya akan semak semula yang itu. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Dalam. Pertanyaan Yang Berhormat Bertam tentang menempatkan Doktor pakar di Hospital Kepala Batas. Untuk makluman Yang Berhormat Hospital Kepala Batas merupakan sebuah hospital pakar minor. Di mana hanya kepakaran tertentu sahaja yang ditawarkan iaitu Kecemasan dan Trauma, Obstetrik dan Ginkologi, Pediatrik, Perubatan, Anestesiologi dan Pembedahan yang ditempatkan di Hospital tersebut sepenuh masa. Selain daripada itu rawatan pakar dari jabatan pembedahan dan jabatan othopedik diadakan setiap hari semasa waktu pejabat. Oleh kerana kepakaran ini tidak disediakan sepenuh masa, bagi kes-kes kemalangan, pesakit akan dihantar ke Hospital Seberang Jaya. Bagi menangani masalah ini, Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan konsep kluster Seberang Perai di mana kepakaran dan sumber manusia sedia ada akan dikongsi di antara hospital-hospital ini. Berhubung isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Berangan mengenai kaedah penyelesaian bagi mengurangkan masa menunggu di Zon Kecemasan Hospital Kepala Batas dan juga Butterworth. Adalah hasrat Kerajaan Negeri agar setiap pesakit menerima rawatan dan layanan sewajarnya. Untuk makluman Yang Berhormat, Hospital Kepala Batas mempunyai 134 katil. Terdapat dua (2) pakar ditempatkan di Jabatan Kecemasan sepenuh masa. Dan bagi kes-kes kritikal dan separa kritikal, pihak hospital akan memberi keutamaan. Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat, kini Hospital Seberang Jaya sedang dinaik taraf dengan sebuah projek multi-storey block. Selaras dengan projek ini, fungsi Hospital Butterworth nanti akan diganti oleh Hospital Seberang Jaya dan fasiliti sedia ada di Hospital Butterworth tidak sesuai lagi untuk dinaik taraf kembali untuk menjadi sebagai sebuah hospital. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin meneruskan lagi ucapan ini dengan Projek Khas Ekonomi. Selari dengan Belanjawan Marhaen pada tahun 2018, Kerajaan Negeri telah meneruskan Projek Khas Ekonomi bagi tujuan Pembangunan Desa. Projek ini merangkumi empat (4) subprogram iaitu Program Bina Baru dan Baik Pulih Rumah Rakyat Miskin, Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi (bantuan peralatan) dan Program Pembaikan Gerai. Pada tahun 2018 sahaja. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM4.95 juta bagi tujuan ini. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan lagi RM4.5 juta lagi untuk projek penyelenggaraan dan naik taraf dewan orang ramai dan juga jalan kampung. Bagi tahun 2018 Kerajaan Negeri telah pun meluluskan peruntukkan bagi kos bina baru sebanyak 25 buah rumah. Kos bagi pembaikkan 89 buah rumah kampung, bantuan peralatan kepada 111 orang penerima dan 22 kursus pembangunan modal insan. Kesemua ini merupakan sebahagian usaha Kerajaaan Negeri dalam memperkasakan penduduk desa. Melalui kursus-kursus yang diluluskan pada tahun 2018 seperti Kursus Pembuatan Sushi, Kursus Makanan Berasaskan Soya, Kursus Solekan, Bengkel Pembuatan Snowfish, Kursus Jahitan dan lain-lain lagi. Kerajaan Negeri amat berharap ianya akan dapat meningkatkan nilai tambah kepada pendapatan penduduk desa di negeri ini.

Menjawab kepada persoalan Yang Berhormat Sungai Dua. Untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri secara konsisten berusaha untuk membangunkan desa di negeri Pulau Pinang. Meskipun terdapat sedikit pengurangan dalam peruntukan yang disediakan, perkara ini bukanlah suatu isu memandangkan Kerajaan Negeri boleh membuat penyenaraian semula berdasarkan keutamaan. Dan pelarasan di antara Agensi Negeri dan Persekutuan juga sedang giat dijalankan agar penyampaian peruntukan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan dan program modal insan yang lebih bersasar, efisyen dapat dilakukan kepada masyarakat desa di Negeri Pulau Pinang. Sebagai penutup sesungguhnya Kerajaan Negeri komited untuk memperkenalkan idea-idea yang inovasi dan terkini tidak kira bagi tujuan Pertanian, Kesihatan dan juga Pembangunan Desa di Pulau Pinang. Hasrat murni Kerajaan Negeri ini semata-mata demi memartabatkan setiap seorang rakyat Pulau Pinang. Kerajaan Negeri yang Cekap, Akuntabiliti & Telus ini akan sentiasa mengamalkan dasar Open Door Policy. Agensi di bawah portfolio yang diamanahkan kepada saya akan istiqomah untuk bertindak sebagai medium pemudahcara tidak kira bagi permohonan dalaman Agensi Negeri atau luaran Agensi Persekutuan atau Syarikat Korporat dalam menjadikan Negeri Pulau Pinang negeri yang terbaik di kalangan terbaik. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Pulau Pinang disebut Tanjung, Terkenal juga Pulau Mutiara, Kerja keras menambah untung, Maju bersama, maju negara.

Pulau Pinang tiga bersegi, Bertentang dengan tanah seberang, Orang berbudi tentu tak rugi, Harapan juga dikenang orang. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Yang Berhormat dengan lafaz ini, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Seberang Jaya. Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan ditangguh untuk berhenti rehat dan kita bersidang semula pada jam 2.30 petang nanti.

Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.

Dewan bersambung semula pada jam 2.30 petang.

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berada dalam sesi Penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2019 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2019. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Datok Keramat.

Dengan izin Dato' Speaker. Saya memohon supaya membuat penggulungan saya dan ingin saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Speaker dan juga kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan terhadap Belanjawan 2019 Pulau Pinang yang diumumkan Ketua Menteri tempoh hari. Saya ada tiga portfolio sepertimana semua tahu iaitu Perumahan, Perancang Bandar dan Desa dan juga Kerajaan Tempatan sekarang. Saya telah mendengar perbahasan-perbahasan yang dibuat oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat tetapi seperti biasa saya selalu menyatakan bahawa saya akan secara ringkas memberi status keadaan perumahan. Saya akan mula dengan perumahan. Status keadaan perumahan di negeri Pulau Pinang. Dan saya setuju dengan apa Sungai Dua kata di dalam perbahasan beliau bahawa apabila kita buat penggulungan ini, kita hendak bandingkan dia dengan apa yang diumumkan dalam Manifesto PRU 14 Pulau Pinang sama ada apa prestasi kita dari segi setiap aspek yang dinyatakan dalam Manifesto pada waktu sekarang. Saya ingat kepada Sungai Dua kepada Permatang Berangan kepada Bayan Lepas, Permatang Pasir dan juga Pulau Tikus dan I think I’m very happy gembira kerana daripada semua yang saya nyatakan tadi, Sungai Dua dan Permatang Berangan sememangnya dalam ucapannya telah mengiktirafkan usaha negeri Pulau Pinang di dalam pembekalan Rumah Mampu Milik Kos Rendah, Kos Sederhana Rendah. Saya ucapkan terima kasih. Dalam pada ini Dato’ Speaker, saya ulangi prestasi kita berbanding Manifesto PRU 14. Janji yang dinyatakan dalam aspek pembekalan perumahan dalam Manifesto tersebut adalah kita akan membekalkan 75,361 unit kos rendah, kos sederhana rendah dan mampu milik menjelang 2025. Tetapi untuk makluman keseluruhan yang hadir dalam dewan ini statistik atau angka yang terkini yang saya dapat adalah 97,242 iaitu jauh lebih daripada apa yang dinyatakan dalam Manifesto. Iaitu daripada jumlah itu 28,195 telah siap dibina 24,445 sedang di dalam pelbagai proses pembinaan dan 44,602 dalam perancangan. Saya ada ditanya satu soalan apabila saya sebut angka ini tempoh hari di dalam salah satu soalan lisan bukan di dalam dewan tapi di luar. Mengapa ada satu kenaikan yang begitu mendadak daripada Mei kita dalam 80,000 apabila PRU berlaku sekarang hampir 100,000 dalam 6 bulan kita ada 20,000 peningkatan. Jawapannya kepada saya sebagai EXCO Perumahan untuk penggal kedua sekarang ialah saya percaya ini berlaku kerana sebelum PRU 14 ada satu (1) kekhuatiran oleh rakyat, oleh pemaju-pemaju tentang hala tuju bukan sahaja negeri Pulau Pinang tetapi Malaysia. Dan apabila kita lihat pada kekhuatiran tersebut, saya tahu for a fact (dengan izin) Dato’ Speaker penggal dahulu ada banyak projek yang mereka tidak mahu masuk permohonan untuk diluluskan untuk projek-projek pemajuan perumahan. Because of that wait and see (dengan izin) tetapi pada saya kenaikan yang melonjak ini kerana ada investor confidence (dengan izin) sekarang. Selepas PRU 14 apabila Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya. Itu adalah sebab yang saya nyatakan ada kenaikan sebanyak hampir 20,000 unit berbanding dengan apa yang kita ada pada bulan Mei dahulu. Daripada angka ini saya setuju dengan Sungai Dua dalam perbahasan beliau. Beliau kata ‘yes’…(dengan izin) kita iktirafkan nombor tersebut tetapi beliau ada kata bagi tumpuan khususnya kepada Rumah Mampu Milik A dan B iaitu kos rendah dan kos sederhana rendah dan saya akan cuba sedaya upaya saya untuk buat sedemikian. Cuma saya nak kongsi sedikit maklumat. Daripada 97,000 unit yang saya sebut tadi 16,047 unit A ataupun kos rendah telah siap dibina, 2,950 unit A ataupun kos rendah sedang dibina dan 7,835 telah diluluskan untuk

dibina. Untuk B pula Dato’ Speaker iaitu kos sederhana rendah 11,777 telah siap dibina, 4,009 sedang dibina dan 9,780 telah diluluskan untuk dibina. Untuk C pula 371 unit telah dibina, 17,485 unit sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan dan 26,987 unit telah dilulus untuk dibina. Ini perinciannya. Of course, kalau kita lihat pada angka yang tersebut tadi A and B tak sebanyak yang diluluskan berbanding C. Tetapi saya memberi commitmentlah kepada seluruh Dewan bahawa kita akan teruskan usaha kita untuk pastikan bekalan Rumah Mampu Milik jenis A dan B di dalam pasaran kita di Negeri Pulau Pinang. Selain daripada itu saya juga gembira untuk menyatakan setelah kita ambil alih Putrajaya mungkin sekarang ada cahaya at the end of the tunnel, light at the end of the tunnel because Putrajaya untuk 10 tahun menganaktirikan Pulau Pinang dari aspek perumahan. PRIMA sampai sekarang mereka cakap banyak, Perdana Menteri terdahulu kata ratusan ribu PRIMA akan dibina di seluruh Malaysia. Tapi malangnya di Pulau Pinang satu (1) pun sehingga hari ini Dato’ Speaker belum siap fizikal dibina dan PRIMA digubalkan melalui satu akta pada tahun 2012 sudah enam (6) tahun. Kalau ikhlas nak bagi pada semua, tahun ini sudah at least satu (1) dua (2) projek kita dapat. Tapi tak dapat. Tapi kita pembayar cukai yang hampir terbesar walaupun kita negeri yang kedua kecil, kita negeri yang mempunyai pembayar cukai yang ketiga besar di seluruh Malaysia. Iaitu hampir RM6 bilion setahun. Jadi saya gembira untuk di peringkat ini selain daripada 97 yang saya nyatakan tadi itu usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama pemaju swasta di Pulau Pinang. Tetapi dalam belanjawan yang diumumkan oleh mantan Ketua Menteri kita pada dua (2) minggu dahulu ia kata dia akan memperuntukkan RM1.5 bilion untuk program-program perumahan mampu milik Pusat dan saya akan membuat usaha meminta supaya kita diberi sedikit keutamaan memandangkan sekian lama kita dianaktirikan.

Dato’ Speaker, saya teruskan seperti mana saya nyatakan pembekalan perumahan iaitu pembinaannya ialah begitu penting dan diberi keutamaan. Tetapi setelah ia dibina apa sasar kita? What is our target group? Ia adalah terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Itu sasaran perumahan awam tetapi kita lihat Dato’ Speaker, masalah yang kita hadapi sekarang yang saya telah nyatakan dalam jawapan lisan tapi penting saya sebut sekali lagi ialah masalah mendapat pinjaman dari bank. It’s very unfortunate that the lower income group is the group…(dengan izin), that is suffering the highest loan rejection rate kerana mereka dikatakan kategori berisiko. Tak boleh bayar balik dan sebagainya. Tapi saya ingat satu (1) pendekatan baru perlu diambil oleh Bank Negara Malaysia di peringkat Pusat kerana mereka boleh beri arahan kepada bank-bank komersial supaya kita lihat kepada kategori golongan berpendapatan rendah ini berlainan…(gangguan).

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Minta laluan.

I just finish then you asking on the loan is it? Just give me a minute. Sehubungan itu Dato’ Speaker sepertimana saya nyatakan tadi ada satu rancangan perumahan Malaysia yang akan diumumkan bulan depan oleh Menteri baru, Yang Berhormat Hajah Zuraidah dan dalam perjumpaan saya dengan beliau saya telah bangkitkan ini sebagai cabaran terbesar dan beliau beri komitmen ia akan dijawab di dalam Rancangan Perumahan Malaysia yang baru yang akan diumumkan tahun depan. Tapi satu lagi perkara yang saya begitu gembira memandangkan kita telah menerajui Kerajaan Pusat ialah dalam Belanjawan oleh Mantan Ketua Menteri kita iaitu Belanjawan Negara, RM1 bilion juga diperuntukkan kepada Bank Negara Malaysia untuk membantu golongan berpendapatan rendah ini yang akan mula pada bulan Januari tahun depan. Dan saya harap kita juga akan diberi sedikit keutamaan. Sekian. Silakan.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Yang Berhormat EXCO daripada Datok Keramat. Saya tadi ada dengar Yang Berhormat kata memang ini merupakan satu kenyataan bahawa ramai yang ingin membeli rumah kos rendah ataupun rumah mampu milik tapi pinjaman tidak dapat diluluskan. So untuk tujuan ini untuk membantu mereka ini adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk

mempertimbangkan menggunakan satu tabung atau memerlukan satu tabung untuk membeli balik itu rumah daripada pihak pemaju dan di sewa balik kepada golongan yang miskin, ini satu (1). Kedua yang saya tahu kita ada satu Tabung Bumiputera yang masih ada. Bolehkah kita juga gunakan Tabung Bumiputera ini untuk membeli itu rumah dan kemudian sewa balik kepada golongan Bumiputera yang miskin. Itu soalan saya.

Sebenarnya macam you sudah baca saya punya teks ucapan. Kerana sememangnya saya akan sentuh perkara-perkara tersebut. Tadi saya sebut tentang kesukaran mendapat pinjaman, so, apabila itu berlaku of course kalau Kerajaan Negeri kita ada kewangan yang terhad, kita tak boleh nafikan. Jadi untuk adakan satu tabung dan bertindak sebagai bank untuk beri pinjaman itu agak sukar. Jadi kita berterima kasih kepada Pusat kerana RM1 billion ini number one, kita juga harapkan satu berita baik pada bulan depan tentang kaedah-kaedah lain bagaimana kita boleh tangani isu kadar penolakan pinjaman yang tinggi next month. This is federal level. Tetapi di sini apa yang kita boleh buat saya setuju dengan rakan saya berkenaan bagaimana kita hendak lihat pada kaedah-kaedah lain bagaimana kita boleh beri golongan berpendapatan rendah ini satu peluang untuk mengakses perumahan. So we have to look into differently now. If the issue you can’t get loan, ok we have to look at the important call question which is how do we make housing accessible then to them, if they cannot get a loan. Jadi kita lihat pada kaedah lain. Jadi kaedah yang kita lihat sekarang ialah kita akan mempergiatkan usaha kita, di mana kita telah pun memperkenalkan dua (2) projek perintis sewa beli ataupun perkenalkan semula. Sewa beli actually existed a long long time ago but then it was not very favourable and we only about two years ago started two pilot projects in Jawi SPS…(dengan izin) iaitu Taman Sungai Duri Permai. Kita ada 104 unit, kita sewa pada harga RM150.00 sebulan untuk 23 tahun. Lepas itu mereka menjadi pemilik. So it is much better then PPR in that sense kerana mereka ada sense of ownership…(dengan izin). The other one is….(dengan izin) Taman Seruling Emas 51 unit pada harga RM100 sebulan untuk tempoh that one is 15 years. Tetapi saya telah mengarahkan pihak perumahan supaya kita lihat dan kenal pasti tapak-tapak lain atau projek-projek lain di mana kita boleh guna sebagai sewa beli. Seperti mana rakan saya tadi kata, dia ada cadang tadi sama ada kita hendak beli daripada pemaju and then buat kaedah sewa beli ini. If this two projects Taman Sungai Duri Permai and Taman Seruling Emas actually it was that. Kita beli daripada satu pemaju and then kita sewa beli kepada pemohon. Dan kita akan pergiatkan seperti mana saya nyatakan

Di peringkat ini let me finish Pulau tikus di peringkat ini selain daripada dua projek itu kita juga ada perancangan untuk membina 187 unit di Mak Mandin tetapi di peringkat ini kos rendah for A. So I have requested Perumahan to kaji sama ada instead of full loan selling according kos rendah whether we can use kaedah sewa beli for this particular project. And also lagi satu projek PPR juga di Tok Suboh yang sudah pun siap. Saya sudah pun memohon kepada Kementerian KPKT supaya lihat cause PPR is buit by them, manage by us but PPR is rentail like I said just now there is no sense of ownership. Tapi untuk projek itu saya telah menulis kepada KPKT minta mereka untuk pertimbangkan sama ada boleh atau pun kita guna kaedah sewa beli di Permatang Tok Suboh tersebut. Dan aa sila kan aa Pulau Tikus. Before I go to the next one.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Keramat saya nak tanya sekejap saya tahu kita telah mengkaji banyak-banyak cara perumahan di banyak-banyak tempat di dunia tetapi adakah cara-cara housing development board di Singapura boleh dilaksanakan di Pulau Pinang tak I means home ownership....(dengan izin) not practical just nak tanya ini saja. Terima kasih.

Contoh Singapura iaitu housing development board HDB adalah satu contoh yang diteladani banyak bidang kuasa dan negara di semua di seluruh dunia. Kerana mereka telah berjaya untuk merumahkan warga Singapura di mana 88% skim perumahan adalah di bawah HDB di Singapura. Dan Of couse HDB adalah perumahan awam jadi kepada orang Singapura ia adalah lebih mampulah kalau banding open market. Dan couse di sini di peringkat Pulau Pinang agensi yang menjalankan progam-progam dan skim-skim dan memajukan skim perumahan untuk Kerajaan Negeri adalah PDC di peringkat ini. Dan kita boleh lihat kepada HDB dan ambil contoh daripada mereka tetapi kita ada perbezaan dengan Singapura seperti mana saya nyatakan tadi. Di Singapura kerajaan memiliki tanah, di sini kita ada kekangan tanah. Kebanyakan pemajuan yang berlaku di atas tanah swasta ataupun untuk PDC tanah yang kita membuat pengambilan. So that is the big different with Singapore. So have to look at other ways in Penang. And just now saya ada sebut tentang kaedah sewa beli which I think kepada Ketua Menteri baru kita Y.A.B. Tuan Chow dia bersetuju dengan isu ataupun kaedah sewa beli. Jadi kita akan lihat supaya ada lebih skim di mana kita boleh perkenalkan kaedah tersebut. Dato' Speaker, seperti mana saya nyatakan, ada satu golongan yang berpendapatan begitu rendah sekali yang tidak dapat juga membeli rumah kos rendah pun pada 42 mereka tak mampu pun 42. So Kerajaan Negeri prihatin tentang golonggan ini dan selain daripada kaedah sewa beli yang saya sebut tadi kita akan teruskan usaha kita untuk memajukan lebih skim PPR. Di mana saya tempoh hari telah nyatakan kita ada beberapa tapak yang telah dikenalpasti di kelima-lima daerah di Pulau Pinang telah pun kita maklum kepada KPKT. Tapi mungkin sekiranya ia diluluskan sekarang satu sahaja diluluskan di Jelutung iaitu di kawasan Sungai Pinang yang lain belum ada maklum balas, tapi yang penting mungkin saya akan cadangkan rather then PPR we should move forword with kaedah sewa beli even for new. PPR that we are suggesting to be built....(dengan izin), Dato’ Speaker. Saya rujuk pada Yang Berhormat Air Itam, yang juga sebut tentang unit-unit bencana di dalam PPR. Untuk makluman Dato’ Speaker memang ada disediakan tetapi nombor dia tak begitu banyak kerana kita of couse kita harap tak ada bencana selalulah tetapi memang ada disediakan 13 unit sekarang di beberapa skim PPR dan juga Skim Perumahan Bahagian Perumahan. Yang Berhormat Kebun Bunga..(gangguan).

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Mohon pencerahan.

Ada bangkit or silakan.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih Dato’ Keramat atas apa yang dibangkitkan tetapi hanya saya nak bangkitkan adalah, walaupun 13 unit telah disediakan akan tetapi keadaan 13 unit yang disediakan tu tidak boleh dihuni serta merta apabila bencana berlaku dan so saya berharap agar pihak yang bertanggungjawab boleh pastikan keadaan rumah tu adalah dalam keadaan yang bagus boleh dihuni bila-bila masa sekiranya, I means when the need of using it lah kerana kena tunggu satu bulan untuk masukan TNB, wayar wayar yang tak bernyala dan sebagainya dan kita perlu tinggalkan mereka di tempat yang lain.

Terima kasih Air Itam saya amat setuju dengan Air Itam tetapi sebenarnya unit-unit bencana sepatutnya boleh dihunilah kepada saya itu adalah apa yang keadaan yang kita hendak berlaku dan saya agak terperanjat juga kalau kita nyatakan ia tak dapat dihuni mungkin ada kes-kes melebihi 13 unit yang perlu kita dapat maklumat ataupun unit-unit yang baru, supaya dapat digunakan untuk bencana kalau melebihi 13 mungkin unit-unit tersebut tak berstatus boleh dihuni dengan serta merta tapi saya dinyatakan unit-unit bencana pihak Perumahan yang saya sebut tadi adalah complete with all utility and furniture. Itu yang saya difahamkan selama

ini oleh Perumahan but I will look into it ensure ke 13 unit yang kita khususkan ini sememangnya dalam keadaaan boleh dihuni serta merta. Saya alih kepada Kebun Bunga di mana Kebun Bunga ada bangkit satu isu yang sudah pun menjadi satu isu untuk dua penggal dahulu dan juga kita lihat sekarang dalam enam (6) bulan Penggal Ketiga adalah satu isu iaitu isu dengan Skim Perumahan di Padang Tembak. Now skim perumahan di Padang Tembak Dato’ Speaker adalah satu skim perumahan awam yang lama sekali. It is the oldest in Penang 1969 if I not miss taken. So it is about 40 nearly 50 years now its one of the oldest skim. Yang merumahkan puluhan ribu warga di kawasan Air Itam dan Kebun Bunga, di mana ada 3336 unit kesemuanya di situ tetapi ada 9 blok semua. Tetapi memandangkan usia dia Dato’ Speaker, so ada banyak permasalahan dengan structure in fact untuk blok J dan E kita telahpun membelanjakan aa beberapa juta tahun sudah untuk memperbaiki keretakan yang ada because we are very serious out of the 9 blocks 2 blocks had we had to go in so we take a emergency work and it has been completed untuk 7 blok yang lain juga ada isu masalah structure tapi bukan seserius J dan E dan itu pun sudah ada bajet untuk tahun depan untuk kita laksanakan kerja-kerja pembaikan. Untuk maklumat semua, sejak tahun 2010 kita telah pun belanja hampir RM7.7 juta untuk penyelenggaraan Skim Perumahan Padang Tembak dan ini adalah satu beban terhadap perumahan. Let me be honest ya because one of the biggest one of the biggest budget we have to allocate every year for maintainance is for Padang Tembak dan of course ada beberapa cadangan dahulu juga daripada bekas ADUN di Kebun Bunga dan juga dalam perbincangan saya dengan ADUN Kebun Bunga sekarang cadangan untuk lihat sama ada kita boleh buat pembaharuan semula, it is Urban Regeneration. Urban Regeneration ini berlaku di banyak tempat di dunia dimana apabila bangunan-bangunan didapati sudah berusia dan ada permasaalahan structure mereka akan kaji sama ada perlu atau tidak dibangunkan semula. Infact di Singapura again aaa ada satu badan call The Urban Renewal Authority di bawah kementerian di bawah kerajaan yang melihat spesifik kepada ini, dan ada akta yang mengkehendaki mereka melihat dan megkaji bangunan-bangunan yang sudah sampai satu tempoh tertentu. Dan kita di Pulau Pinang sebenarnya sebelum ini sudah pun ada usaha di mana kita kenal pasti beberapa tempat dan aa saya ingat terkini berkenaan isu ini ialah permasalahan perundangan. Mengapa kerana senang apa yang berlaku kalau kita ada satu skim dengan umpamanya 500 unit dan skim itu hak milik sudah keluar strata sudah keluar. Maka semua pemilik itu mempunyai hak pada setiap unit. Jadi kalau kita nak baru semua blok itu dengan merobohkannya built new one, kita perlu atau tidak kebenaran daripada semua pemilik itu jadi isu kerana kalau satu atau dua kata saya tak mau, yang 498 yang mau mereka tak boleh teruskan, so kita mesti lihat kepada perundangan. Dan baru-baru ini di dalam Jawatankuasa Pembaharuan semula saya telah mohon pandangan perundangan atas isu ini dan saya dimaklumkan bahawa kita perlu menunggu satu pindaan aa kepada akta strata yang belum berkuatkuasa mungkin Dato’ PUU agree that is the latest and we are waiting now daripada kementerian iaitu pusat. I think even pusat mempunyai hasrat supaya projek pembaharuan semula ini berlaku bukan sahaja di Penang tapi di lain-lain tempat. Di lain negara for information Dato’ Speaker, like Singapore, apabila mereka mendapat kebenaran pemilik sehingga beberapa peratus in Singapore if I not wrong miss taken around 70% then they can compulsorily equired the remaining unit that do not want to agree or give consent, so that is what we are looking here in Malaysia and now ia adalah di peringkat kementerian dan kita harap while be a studying kesesuaian skim-skim di Pulau Pinang yang boleh kita lihat untuk buat pembaharuan semula kita harap mereka pun dengan cepat dapat memutuskan dan memberi kata muktamad berkenaan isu ini.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Dato‘ Speaker mohon penjelasan daripada YB. Dato’ Keramat saya kagum dengan idea-idea dan juga rancangan pihak Kerajaan terutamanya adanya pelan untuk renew atau regenerate perumahan di Padang Tembak. Cuma sekarang ni masalahnya bukan dari segi saja penyelenggaraan tapi juga adalah masalah pengurusan sampah sarap waste manegement buat masa ini sebab saya difahamkan ini telah ditender kepada kontraktor untuk menguruskan. Selalunya apabila kontraktor yang lama sudah ada experience dia sudah tau macam mana nak uruskan tetapi mungkin selepas tamat kontraknya dia tak dapat tender lagi, dan dengan kontrak

yang baru dia masuk dia tak dak pengalaman dalam menguruskan sampah sarap sehingga masa ini pangurusan tak memuaskan dan cukup teruk. So apa kah mekanisma yang baru yang kita boleh adakan supaya pengurusan sampah sarap dan penyelenggaraan lebih sistematik dan efektif. Terima kasih Yang Berhormat.

Saya setuju dengan Kebun Bunga isu permasalah dengan kontraktor bukan sahaja di Padang Tembak tetapi dalam pengalaman saya penggal dahulu sehingga sekarang memang ada kontraktor-kontraktor yang kalau kita dapati tidak memberi perkhidmatan yang memuaskan kita akan ambil tindakan untuk menggantikan mereka. Tetapi kalau kita nak lihat kepada kaedah lain sebenarnya kita sudah pun melaksanakan satu kaedah iaitu melalui PWDC Penang Women Development Corporations yang membantu kita untuk membuat kaedah Gender Responsive Participatory Budget (GRPB). Ini telah kita berjaya kita laksanakan, apa apa maksud itu, itu bermaksud kita empower penduduk di skim itu, untuk jaga kebersihan skim mereka. So we give them that sence of ownership again to manage dan kita kita telah berjaya melakukannya satu di Sungai Pinang, I think ADUN kawasan Sungai Pinang akan bersetuju ya, satu kes success story dan sekarang kita sedang buat di satu skim perumahan di bahagian seberang iaitu Desa Wawasan Dato’ Speaker. It’s that's on going at the moment and the recently we have identified a few other places, Ampang Jajar. My EXCO collegue attendance the first meeting with the resident. So mungkin kaedah ini boleh kita lakukan in fact for Kebun Bunga information selain dari projek yang saya sebut tadi, saya ada satu jawatankuasa kecil yang saya pengerusikan dengan PWDC untuk melihat secara berkala how successful this programme and learning a nine years Kebun Bunga dan Padang Tembak, one of them so, you will be coming there soon and you have get involve as well. So, saya ingat itu mungkin satu kaedah yang baik yang mungkin kita boleh perluaskan di skim-skim perumahan yang lain. Saya pergi kepada…(gangguan).

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Yang Berhormat, boleh saya tambah sikit.

Boleh.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Saya cukup terima kasihlah kepada yang Berhormat kerana cukup prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh, oleh perumahan Padang Tembak cuma sekarang ini lagi satu kekhuatiran yang juga satu masalah lama yang masih belum dapat ditangani ialah apabila berlakunya kecemasan macam kerosakan pam yang menyebabkan gangguan air, electricity sometimes trip, so kadang-kadang ini berlaku tidak tertentu kadang-kadang waktu malam, waktu pagi, 2.00 -3.00 pagi so mereka ini akan cari pihak saya atau pihak JKKK tapi pihak kami ini tidak ada kebolehan untuk menyelesaikan ini. Asalkan telefon pihak perumahan so kerana ini saya nak tanya bolehkah kita kita ada satu mekanisme baru supaya supervisor yang incharge tentang blok-blok yang berkenaan. Saya difahamkan satu supervisor menjaga 2 blok. Sama adakah mereka ini boleh straight on the way if the emergency call contractor, so, kadangkala kami pun tak tau sapa nak call dan mereka akan mai jumpa saya atau call saya , call saya punya service team tapi kami pun kadang-kadang kelam-kabut. So, this has been happening. I hope that Yang Berhormat boleh bantu. Terima kasih.

Saya memang akan bantu apabila ada insiden kecemasan yang perlu kita tangani dengan segera. Saya pergi kepada Jawi yang membangkitkan isu proses permohonan untuk unit-unit perumahan yang penting. Saya kata tadi, pembekalan is the important you have cover that, saya kata isu bank is important you have cover that, saya kata penyelenggaraan selepas itu pun important covered that just now in brief, yang penting juga adalah proses permohonan untuk ditawarkan perumahan and I thanks to Jawi for asking that question and I think Jawi is the one who said had cuba memudah carakan proses dengan ada borang yang boleh dimuat turun, itu memang berlaku sekarang, nombor satu dan also ada cadangan dari Ahli Yang Berhormat yang

cadang supaya diwujudkan buku panduan ‘Do’s and Don’t’ untuk memudahkan cara permohonan untuk perumahan kos rendah dan kita akan pertimbangkan dan saya akan bincang dengan pegawai-pegawai saya daripada perumahan. Dato’ Speaker, tadi Kebun Bunga ada sebut tentang penggunaan Akaun Amanah Perumahan Bumiputera. Sememangnya saya ingin sentuh terhadapnya. Kita pada ketika ini, ada satu akaun Amanah Perumahan Bumiputera yang mana ia mengumpulkan wang yang kita kutip daripada pemaju-pemaju yang meminta pelepasan kuota Bumiputera so it goes to this account and we are in a prosess of using it dan diperingkat ini kerajaan ini kita telah membiayai pembelian daripada akaun ini ya 320 unit RMM B iaitu kos sederhana rendah SP Chelliah, yang datang dengan satu tempat letak kereta. Kita juga biayai 41 unit RMM A ataupun kos sederhana rendah teres setingkat di Permatang Tok Suboh, SPT. Dan menggunakan akaun ini juga 39 unit RMM A ataupun kos sederhana teres setingkat juga di Kampung Kepala Gajah di SPS. YB. Pengkalan Kota rakan saya ada juga sebut di dalam lisan dan saya telah pun jawab tentang isu micro housing yang penting terutama di kawasan bandar yang mana kita lihat dan cuba perluaskan selain daripada projek perintis di Kimberly Street, Dato’ Speaker. And of course yang terbaru ada satu cadangan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir tentang kaedah mendapat rumah iaitu pier to pier (P2P) yang sudah pun sedang secara hangat didebatkan oleh semua stake holder kerana ini merupakan satu kaedah di mana pembeli, bakal pembeli membayar sebanyak 20%, 80% dibiayai oleh pihak ketiga tetapi ada banyak pro’s and con’s. Dato’ Speaker, as EXCO for Perumahan I also have my views on it. But I think perhaps masa perlu diambil dan perlu dikaji sama ada ia boleh its workable or not and for your information, I was had a ground breaking with the minister, our minister, from..not, not Menteri Kewangan, but Saifuddin, Datuk Saifuddin, about a we can have good in Bayan Lepas, Bayan Baru and in his speech dalam apa ni dalam ucapan beliau, beliau ada sentuh tentang P2P ini kerana dalam ucapan saya, saya ada kata kerana Menteri ada, saya harap menteri boleh ambil balik kepada Jemaah Menteri, Kabinet meeting supaya dapat dibincangkan isu penganaktirian Pulau Pinang etc. pembekalan perumahan program pusat and…and sebagainya dan juga berkenaan is kesukaran mendapat pinjaman dan dia mengakui ada pro’s and con’s terhadap program P2P ini yang perlu masa untuk kajian dan perlu diperhalusi dan dia juga buat komitmen bahawa sekiranya dia didapati not workable dan kita perlu lihat semula pada program atau pun kaedah P2P yang tersebut. Dato’ Speaker, saya ada satu pengumuman yang ingin saya nyatakan di sini berkenaan kaedah pemilikan rumah mampu milik terutamanya kos rendah dan kos sederhana rendah. Apa yang berlaku sekarang ialah kita bina, bakal pembeli memohon, kalau didapati layak dia akan ditawarkan tawaran keluar daripada perumahan dia ditawarkan dia pergi kepada pemaju ataupun kalau pemaju Kerajaan Negeri PDC, sign SNP dia jadi pemilik. Dalam borang PN 1 yang perlu diisi untuk lihat sama ada dia layak ataupun tidak oleh perumahan ada satu klausa di situ yang menyatakan unit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah perlu dihuni pemilik, had to be owner occupied Dato’ Speaker dan kita ada satu moratorium iaitu satu, iaitu satu kita halang penjualan unit kos rendah (KR) dan kos sederhana rendah (KRS) di dalam tempoh 10 tahun daripada ia dibeli . There is a moratorium of ten years on the sub-sale of low cost and low medium cost, because we don’t want one space occulation and then even then we said have be owner occupied. Tapi apa yang kita dapati kaedah dan hakikat sebenarnya dan ia adalah masalah yang menghantui saya sejak dari penggal dahulu-dahulu kerana kita dapati ada banyak skim-skim kos rendah dan kos sederhana rendah Dato’ Speaker yang dibanjiri warga asing Bangladesh, Myanmar dan mereka sebab banyak masalah sosial. Ramai yang datang ke pejabat saya menangis. Kalau saya ada anak bagaimana kita rasa, kita lihat orang warga asing ini secara tidak senonoh jalan merata-rata dan banyak masalah sosial. Mengapa saya bangkitkan ini kerana berbalik kepada apa saya kata tadi moratorium 10 tahun, berbalik kepada apa saya kata tadi tak boleh disewa keluar kerana perlu dihuni pemilik, has to be owner occupied, maka ini menunjukkan semua pembeli ini yang pada asalnya ditawarkan kerana layak at the point in time mungkin mereka sudah jadi ekonomi lebih baik mereka upgrade either to rumah mampu milik or normal housing but they are still the owner of that unit so, thats the reason they rent

out. And that's the reason that clause cannot be complied with in fact they break that clause, mereka melanggar klausa itu. So di dalam mesyuarat MMK Perumahan baru-baru ini ada cadangan yang sebenarnya datang daripada EXCO sendiri, Ketua Menteri saya sendiri. Kita hendak lihat sama ada Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh perkenalkan satu kaedah pemilikan rumah kos rendah rumah kos sederhana rendah yang baru. Di mana sekiranya kita dapati pembeli pada asalnya menjualkannya pada pihak ketiga, kita tak akan benarkan. Mereka mesti serahkan balik kepada Kerajaan Negeri dan that's the general intention, our objectif is there, that’s happen in other country like Singapore, so that never always be a stock supaya selalu ada stok di tangan kita saya tak boleh…tak perlu cari PDC, saya tak perlu cari pemaju bina yang baru dan yang baru salah guna seperti mana yang saya nyatakan. Ada beberapa isu yang dibangkiti dalam mesyuarat kita of course this is all tiding problems, course is the first time is being suggested. But we're very serious about coming up with this and I feel this is very important housing announcement for me because he had not been mention publicly yet and is being mentioned for the first time here. And and of course saya mengalu-alukan apa-apa pendapat atas pandangan daripada semua ahli rakan saya di Dewan ini kerana kita akan ada siri perbincangan lihat bagaimana kaedah ini perlu diperhalusi. Satu persoalan yang dibangkitkan rakan saya dalam MMK Perumahan itu you nak beli balik pada harga apa that’s a big question isn’t it?. Because they expect to sell it and make a durian runtuh, but actually is not right. So, that’s a suggestion kalau dia sedang service loan kita boleh ambil kira loan yang dia bayar kerana that will be more twenty two then bayar balik depending on case by case this is kalau setinggan dia dapat sebagai compensation you got no loan issue we take it back at forty two but all this we will be studying I have commitee that now looking into it and I feel it's a win-win situation for everyone, accept the person who buy is it and who want to abuse it to make the durian runtuh. The State means they have stock continuously my list the waiting buyer on the waiting buyer on waiting list in the ten of thousand they also win because is easier for them to get they will always be cycle of this stock coming back to me. So be ready stock. Dewan ini faham cadangan yang saya buat ini kerana ini satu cadangan yang akan mempunyai satu impak besar kepada kaedah perumahan awam di Negeri Pulau Pinang dan mungkin setelah selesai kita kaji satu pengumuman rasmi boleh dibuat sama ada ia akan diteruskan atau pun tidak. Dato’ Speaker, saya ingin juga menyatakan tentang isu Yang Berhormat Jawi yang telah keluar di muka surat pertama The Star dan mengejutkan saya dan Ketua Menteri saya tentang satu skim perumahan di Jawi what is the skim…pemerpati?

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Skim tersebut, Taman Bukit Panchor,sebenarnya bukan satu skim saja di kawasan…(gangguan).

Banyak, banyaklah pada picture was...(gangguan).

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Picture. I think Bukit Panchor and also Taman Sintar.

Okey, ada banyak kes, saya tak nafikan di kawasan Jawi yang kita lihat ia tidak diselenggara dengan baik yang tak taulah sama ada ia dalam satu keadaan yang boleh dihuni oleh manusia ataupun tidak. Tetapi, ini berlaku dan saya difahamkan oleh Perumahan gambar yang ditunjuk dalam Star itu sebenarnya masalah dia ialah apa, skim-skim perumahan ini yang tidak diselenggara baik kerana masalah ketidak, kegagalan menubuhkan JMB atau MC kerana kalau tiada JMB atau MC tak ada kutipan penyelenggaraan, kalau tiada kutipan penyelengaraan maka tempat tak diselenggara. So that is the flow of events. Saya dimaklumkan pegawai saya daripada Perumahan, that particular project in the papers, COB actually went down. Dalam kes-kes di mana JMB dan MC tak ditubuhkan, COB iaitu di bawah MBPP, Pihak Berkuasa Tempatan ada hak untuk masuk dan bantu untuk tubuhkan. Dalam kes ini memang dibuat tetapi malangnya dalam dua tiga bulan selepas ia dibuat, kerana tiada kerjasama langsung daripada

masyarakat dan penduduk di situ, pengerusinya resigned. That’s actually what happen in that case. So coming back that the bigger picture here not just for your particular case but it happened everywhere in Penang. Maybe ini your area banyak sikitlah. But di seluruh merata Pulau Pinang, ada. Kita perlu ada satu perubahan minda tentang betapa baiknya manfaatnya kita ada tubuhkan JMB, MC untuk kebaikan penduduk sendiri. I think that has to be done. And of course, saya ingin menyatakan bahawa untuk makluman semua di Bahagian Perumahan, tadi saya ada kata tentang penyelenggaraan kawasan seperti di Kebun Bunga, Padang Tembak, this is skim perumahan. Whereby we have 50 scheme in five district in Penang yang kita sedang menyelenggara sejak 2010, hampir RM30 juta, RM40 juta kita telah belanja tetapi untuk skim swasta, for information kita juga ada satu tabung penyelenggaraan iaitu Tabung Penyelenggaan Maksimum 80%. Di mana untuk skim-skim yang layak mereka boleh pohon untuk tujuan penyelenggaraan dan di situ mungkin kita boleh bantu. Ya, Jawi silakan.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih YB. Datok Keramat. Berkenaan dengan skim-skim yang saya sebutkan semasa ucapan saya kebanyakan skim perumahan swasta dan bukan dimilik di under PPR. So skim tersebut kebanyakan lebih daripada 15 tahun. Kebanyakan unit-unit berada dalam skim tersebut, ada unit kosong ataupun terbengkalai. Dengan semak samun, sampah sarap. So adakah, saya memang faham bahawa semasa saya jadi Ahli Majlis pun, kita ada terlibat dalam untuk membantu untuk menubuhkan satu badan pembandaran, dekat JMB dekat MC, dekat skim tersebut tetapi apa yang saya bahaskan semasa dalam ucapan saya, memang penduduk yang berada di sana cuma untuk keluar dan cukupkan korum itu sahaja. Maksud, kalau sekurang-kurang tujuh (7) orang, mereka akan keluar dan muatkan korum tersebut. Selepas mungkin dua (2) bulan, tiada ada satu penduduk yang berani untuk memikul tanggungjawab yang berat ini untuk meneruskan management komuniti tersebut. So oleh sebab itu dalam tiga (3) bulan, kemungkinan last of half years, enam (6) bulan, badan tersebut akan bubar. So adakah, cadangan saya adakah Kerajaan Negeri haruslah timbang satu kaedah untuk mengambil balik atau membeli balik unit-unit yang kosong sedia ada sebab kebanyakan, saya bagi salah satu contoh di Taman Sintar. Whole unit, I think hanya 20% kedudukan, so yang lain semua biar kosong sahaja. So adakah Kerajaan Negeri harus timbang balik sama ada kita pergi beli balik unit-unit kosong tersebut dan menggunakan kaedah sewa balik kepada orang-orang yang ada kelayakan.

Ya. I think permasalahan pokok dia ialah kalau kawasan itu dalam keadaan yang tidak diselenggara, kotor, tak bersih-bersih, saya ambil balik pun siapa nak skim tersebut. So we have to look root problems whereby we need mindset change, they must understand this is for the better but your cadangan yang dibuat untuk ambil balik itu memang satu cadangan yang sudah lama kita pertimbangkan kerana kalau unit itu terbiar, datang balik pada apa Sungai Pinang kata tadi tentang isu denggi. Ada banyak permasalahan, sosial dan sebagainya, even kesihatan. Kita boleh ambil balik, memang kita boleh, terutamanya kalau yang terbiar, kemungkinan besar, assessment tak dibayar. So kita boleh actually boleh rampas unit tersebut. We have considered this before.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Ya, YB. Datok Keramat, selain daripada kita ambil balik, sebagai pihak berkuasa kita haruslah untuk menubuhkan satu task force ataupun satu lembaga untuk menjaga balik unit tersebut, menjaga balik skim tersebut disebabkan kebanyakan perkara ini berlaku adalah disebabkan kita kurang penguatkuasaan. Disebabkan kurang penguatkuasaan, maka pemilik-pemilik tersebut, they lose control, dia boleh buat apa yang mereka suka saja sebab tanpa satu pertubuhan, tanpa satu MC, mereka tak ada orang untuk ambil tindakan terhadap mereka.

Ya, seperti mana saya nyatakan, balik kepada isu pokok permasalahan tersebut perlulah ada perubahan minda agar mereka menubuhkan JMB dan kemudiannya MC. Tetapi untuk mengakhiri isu ini, saya telah pun memohon Perumahan untuk mendapat satu senarai daripada semua Ahli dalam Dewan ini yang boleh mengenalpasti skim-skim di kawasan mereka yang

mempunyai masalah ketiadaan JMB ataupun MC kerana di bawah Undang-Undang COB boleh bantu. But you have to understand, COB is only short ended. To be fairly frank here dan di mana boleh, kalau senarai diberi, kita akan cuba, saya akan cuba tengok apa kita boleh lakukan.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

YB. Datok Keramat, saya pernah cadang bahawa PBT ataupun pihak-pihak mana di bawah Jabatan Perumahan, kita boleh buat banci terhadap semua skim tersebut disebabkan banyak rumah kosong, kita tak pasti sama ada owner dia under bank ataupun dibawah pihak swasta. So kita haruslah menjalankan satu banci terhadap semua skim, unit-unit dalam skim tersebut.

Kita ambil maklum tentang apa yang dibangkitkan oleh Jawi tadi. Dato’ Speaker, kepada saya untuk perumahan banyak yang telah saya telah sebut dalam jawapan lisan saya, saya tak mau ulangi. Tetapi saya ucapkan terima kasihlah atas pengiktirafan daripada rakan saya daripada sebelah sana juga akan prestasi kita di Pulau Pinang dan saya beri komitmen bahawa kita akan teruskan di dalam usaha perbekalan rumah mampu milik, kos rendah, kos sederhana rendah, penyelenggaraannya dan semua aspek-aspek lain dari segi perumahan. Dato’ Speaker saya pergi ke portfolio kemudian saya iaitu Perancangan Bandar dan Desa ataupun sekarang dikenali sebagai PLANMalaysia di Pulau Pinang. Di mana ada beberapa perkara, yang pertama dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Dalam berkenaan tapak, pilih tapak yang diserahkan sebagai tapak Rumah Ibadat Bukan Islam ataupun tapak RIBI atau pemaju kerana salah satu syarat yang dikehendaki untuk dipatuhi pemaju-pemaju adalah mereka mesti sediakan tapak RIBI. I think keluhan rakan saya ialah beliau kata ada banyak kes di mana didapati tapak-tapak itu tidak sesuai. Dan saya setuju sepenuhnya dengan dia. Kerana saya telah, saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa RIBI ini, telah juga mempengerusikan mesyuarat di mana kita memberi tanah kepada pemohon. Lepas kita dapat tanah itu, kita ada senarai kita. Then kita tak simpan saja. Ada pemohon-pemohon yang mohon. Tetapi didapati apabila mereka ditawarkan pergi ke tapak itu tak boleh digunakan langsung. On paper, the plan is there but it is actually the slope 90 degrees, can’t do anything or it is interim that you can’t do anything on. So memang saya setuju dengan Bagan Dalam, ini perlu diberi perhatian dan sebenarnya saya telah mengarahkan kedua-dua PBT untuk membuat semakan lokasi dan tapak yang dicadangkan oleh pihak pemaju sebelum pelan merancang diluluskan. Mungkin kita perlu perketatkan prosedur berkenaan isu ini dan saya akan lihat semula. Cause this arahan actually was given last term when we found out this what is happening. So have to look at it again whether it is being properly address, Dato’ Speaker. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada Pulau Tikus yang tiada di dalam Dewan tetapi beliau ada tanya soalan berkenaan satu perkara yang penting kepada saya dan penting untuk Negeri Pulau Pinang iaitu hala tuju masa hadapan di kawasan beliau iaitu di Gurney Drive. Umum mengetahui bahawa kita ada satu projek mega di Gurney Drive yang akan dikenali sebagai Gurney Wharf di mana ia adalah satu projek taman di atas air yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang akan terletak di atas kawasan yang akan ditebus guna. Seluas 130 ekar yang sedang berlaku sekarang as we speak. Dan saya difahamkan, bahawa kerja penambakan itu mungkin akan berakhir dan selesai pertengahan tahun depan. Which is very close dan untuk makluman semua kos penambakan dibiayai penuhnya oleh pemaju iaitu Tanjung Pinang Development dan setelah penambakan berlaku, kita akan diserahkan 41 ekar seperti mana dipersetujui untuk digunakan untuk kemudahan awam terutamanya public parks dan sebagainya. Dan kita sekarang di peringkat berbincang dengan mereka apa kaedah untuk mara ke hadapan untuk mewujudkan taman-taman tema ini kerana takkan kita hendak diserahkan satu desert of Gurney Drive. So are we in the process of trying to finalize how we move forward to realize the components of this project. In fact, untuk makluman semua, saya ingin mengulangi dan memperingati semua bahawa projek ini telah mendapat sokongan sebanyak 87.2% di dalam satu survey yang diadakan untuk sebulan di dalam bulan 2016. That means very large substantial number of people are waiting for this project to finalize. Selain daripada 40 ekar itu, kita juga telah pun mengenalpasti beberapa kawasan di dalam keseluruhan kawasan tambakan tersebut yang kemungkinan besar akan memberi Kerajaan Negeri lebih daripada 41

ekar sahaja tetapi pengumuman akan dibuat apabila perkara ini kita selesai dan tamatkan. Dan untuk makluman Tuan Speaker, di mana kita hanya beritahu tentang komponen-komponen taman tema ini, theme park or public parks in the Gurney Wharf plan, kita ada di peringkat ini conceptual plan iaitu penyediaan kawasan promenade di kawasan tepi laut, penyediakan kawasan skate park, kiosk-kiosk dan kedai-kedai serbaneka, penyediaan of course tandas-tandas awam, beberapa viewing decks, kawasan permainan kanak-kanak, of course kawasan tempat letak kereta juga kita sedang pertimbangkan dan kemudahan-kemudahan mesra OKU dan juga ada satu man made beach yang kita rancangkan untuk kita diadakan di Gurney Wharf tersebut. Dan saya difahamkan setelah penyerahan tanah tersebut yang dijangkakan akan berlaku pada pertengahan tahun depan, komponen-komponen Gurney Wharf yang saya sebut tadi yang akan laksanakan secara berfasa, akan bermula setelah diserahkan pada bulan Jun 2019 dan kita jangka siap pada bulan Ogos 2021, Dato’ Speaker. Itu yang saya hendak sebut berkenaan PLANMalaysia. Dato’ Speaker, saya pergi kepada portfolio baru saya, iaitu Kerajaan Tempatan. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah beri banyak cadangan-cadangan penambahbaikan dalam sistem penyaluran perkhidmatan bagi kedua-dua PBT. Saya menyokong penuh Sungai Dua yang menyatakan beliau menyokong penuh saya dan usaha Kerajaan Negeri menanam lebih pokok di seluruh Negeri Pulau Pinang. Untuk makluman Dewan, sehingga kini sebanyak 333,532 pokok baru, telah ditanam oleh Kerajaan Negeri di Pulau Pinang dalam tempoh 2008 sehingga Oktober 2018. Now one of the other aspects dalam Manifesto PRU 14, kita ada kata kita akan menanam lagi 100,000 pokok di Pulau dan Seberang iaitu masing-masing sebanyak 50,000 lah di sini dan di Seberang. Tetapi saya telah pun memohon kedua-dua PBT, untuk timbang sama ada mereka boleh kali ganda dia, 2 kali. That’s mean it say just 100, we want to go beyond that is 200, dan mereka di dalam proses mempertimbangkan apa yang saya telah cadangkan Dato’ Speaker. Saya juga ingin menjelaskan bahawa kekhuatiran Sungai Dua mengenai penggondolan bukit, sememangnya kita ambil serius. Mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab akan dihadapkan ke mahkamah, dan diambil tindakan keadilan. Yang bukit yang digondolkan dan dirujuk oleh Sungai Dua sememangnya telah diambil tindakan, dan di dalam proses pemantauan pembaikpulihannya sekarang. Dan mungkin apa yang berlaku yang dikatakan oleh Sungai Dua, I think your concerned is undang-undang yang kita ada pun is just a slap on the risk. Kita dapat denda, mereka bayar denda. Tetapi bukit telah digondol. So, mungkin saya hendak cadangkan undang-undang yang berkenaan perlu kita lihat, kalau ia Enakmen Negeri ataupun Undang-Undang Pusat, sekarang kita di Pusat mungkin, kita hendak lihat semula sama ada pindaan hendak dibuat untuk memberi hukuman yang lebih tinggi, agar ia menjadi satu deterrent Dato’ Speaker, kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini, yang mungkin melakukan kesalahan tersebut di dalam masa hadapan. Silakan.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Terima kasih Datok Keramat. Tentang isu penggondolan ataupun penebangan pokok-pokok di kawasan bukit ini, memang saya rasa dia berkaitan dengan penguatkuasaan, ataupun denda-denda yang kadang-kadang tak begitu sepadan dengan, dengan kerosakan yang telah dibuat. Jadi kalau boleh lihat, kita kaji semula. Mungkin pihak Datok Keramat boleh bincang di peringkat atasan untuk kaji semula hukuman-hukuman ataupun denda-denda supaya lebih lebih kuat, lebih lebih keras lagi. Jadi dia tak kan dapat laksanakan kalau lebih keras. Jadi, satu lagi tentang Datok Keramat. Dulu saya pernah bertengkar dengan Datok Keramat, tapi sekarang dah jadi kawan baik.

Dulu pun kawan.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Kawan. Berbalik kepada perumahan tadi, saya tengok semua benda yang saya nak bangkit dah di dah diselesaikan. Jadi, saya tak nampak benda nak bangkit. Cuma kalau boleh, saya bangkit balik isu yang saya bangkitkan dulu berkaitan dengan penyediaan rumah-rumah mampu milik ‘A’ dan ‘B’ ni yang mencukupi.

Ya.

Muhamad Yusoff bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Itu kalau boleh kita berikan penekanan supaya golongan yang, yang, yang amat memerlukan ni, kita dah sediakan rumah. Dan juga berkaitan dengan rumah ataupun kuarters yang terbiar, kalau boleh disentuh juga. Macam mana kita nak selesaikan isu kuarters yang terbiar, mungkin di bawah portfolio Datok Keramat.

Terima kasih Sungai Dua sekali lagi. Sememangnya seperti mana saya nyatakan, mungkin tiba masanya kita lihat semula pada undang-undang yang wujud untuk mengenakan hukuman yang lebih tinggi, agar ia menjadi satu deterrent. Saya setuju dengan Sungai Dua, saya akan lihat pada itu. Dan of course rumah pembekalan rumah memang itu kita beri keutamanan. Dan kita saya akan tekankan ‘A’ dan ‘B’ tersebut. Tetapi mungkin satu cara juga kita tangani permasalahan tersebut adalah kajian yang saya akan buat berkenaan pengambilan balik unit-unit, di mana mereka telah menambahbaik atau naik taraf because that will be another way kita boleh control stock yang ada di dalam tangan kita. Saya juga ingin menyebut tentang isu yang dibangkitkan oleh Bukit Tambun, I think tentang ada peruntukan undang-undang mengenai Larangan Menebang Pokok. I think is was you, the 0.8 meters di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa. Oh, Bagan Dalam. Sorry, there would be Bagan Dalam. Sememangnya kita ambil serius di mana ada satu seksyen di bawah Akta tersebut, iaitu di Bahagian 5 Perintah Pemeliharaan Pokok iaitu Seksyen 35, dan kita memandang serius dan mereka-mereka yang didapati melanggar undang-undang ini telah dan akan kita terus ambil tindakan penguatkuasaan kerana ini adalah satu Kerajaan Negeri yang mengambil serius cogan kata kita iaitu ‘Greener’ di dalam kita punya cogan kata ‘Cleaner, Greener, Healthier and Safer Penang’ Dato’ Speaker. Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada Berapit yang telah membangkitkan usaha dari segi keselamatan di taman-taman rekreasi, dan saya setuju bahawa ini adalah satu isu penting, kerana keselamatan juga adalah di dalam cogan kata kita ‘Cleaner, Greener, Healthier and Safer’ or you want to go back to yours. Okay. Saya kembali nanti sekejap.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Yang Berhormat, terima kasih. Dato’ Speaker. Yang Berhormat Datok Keramat telah menyatakan bahawa 35H ni memang kurangnya penguatkuasaan. So, adakah Kerajaan Negeri akan membuat apa-apa dasar untuk memberikan satu Guide Line kepada kedua-dua PBT, MBPP dan MPSP untuk menguatkuasa Seksyen ini, secara lebih kerap supaya kes-kes penebangan pokok-pokok haram di mana-mana sahaja tidak berlaku, dan mereka akan menghargai pokok sebagai satu komponen yang penting dalam kehidupan kita.

Saya akan buat sedemikian di mana saya akan arahkan kedua-dua PBT untuk lihat kepada penguatkuasaan sekiranya mereka mendapati ada kes-kes di mana seksyen tersebut mungkin dilanggar. Balik kepada Berapit, berkenaan isu pencahayaan di taman rekreasi yang dibangkitkan, dan saya setuju ini adalah penting. Dan saya akan arahkan kedua-dua PBT untuk melihat bahawa pencahayaan adalah sempurna di semua taman-taman rekreasi. Dan dalam pada ini ingin saya sebutkan Dato’ Speaker, salah satu lagi yang saya buat arahan kepada kedua-dua PBT apabila saya ambil alih portfolio ini, adalah saya hendak negeri Pulau Pinang menjadi negeri

pertama di Malaysia yang mempunyai lampu tiang jalan 100% LED, menjelang 2022. Dan usaha sedang dibuat sekarang, untuk mencapai usaha mencapai objektif tersebut. Dan ini juga ada di dalam janji PRU 14 iaitu penggantian lampu jalan dengan LED, di mana kita lihat kita akan berusaha untuk menggantikan 20,000 tiang tetapi, untuk makluman sekarang ia akan mencecah hampir 34,198. Jadi janji itu pun dalam Manifesto kita telah melepasi, dan dahulu kita ada permasalah apabila Penggal, usaha ini bermula Penggal dahulu. Should be for every one information, but the problem that we had dalam Penggal dahulu, ialah lampu-lampu jalan yang kita ada, tiang-tiang lampu jalan yang kita ada di Pulau Pinang bukan semua milik PBT. Di bahagian Pulau, MBPP ada, di bahagian Seberang MPSP ada yang mereka selenggara. Tetapi the mother, the lion share actually is diselenggara oleh TNB. So, apabila kita ada usaha ataupun inisiatif ini yang dimulakan Penggal dahulu cuma PBT yang buat, kerana TNB tak setuju untuk buat. Tetapi memandangkan ada perubahan sekarang di Putrajaya, baru-baru ini saya difahamkan di Pulau, mereka secara prinsip telah pun bersetuju untuk juga ikut inisiatif kita untuk memasang LED. Dan kita sedang dalam perbincangan untuk MPSP, untuk mereka buat sedemikian rupa juga. Berkenaan isu penaiktarafan lampu limpah di Stadium Hoki MPSP. Projek menaiktaraf dan memasang lampu limpah ini akan dilaksanakan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan, dan tender telah keluar pada 25 Oktober dan akan tutup pada 30 November. Dan projek dijadualkan bermula awal tahun depan, Dato’ Speaker.

Nor Hafizah binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Mohon laluan.

Silakan.

Nor Hafizah binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Yang Berhormat Datok Keramat berkenaan pencahayaan kawasan-kawasan gelap dan terpencil, mohon penjelasan adakah kerajaan mempunyai perancangan di masa hadapan. Sekiranya terdapat di kawasan seperti kawasan saya, ada kawasan perkampungan yang laluan ke kampung itu, tiada kediaman. Jadi di laluan satu jalan tu, dia tiada tiang-tiang lampu yang bersambung. Dan adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk memasang lampu solar yang tidak memerlukan talian elektrik. Mungkin ada cadangan penambahbaikan. Sebelum ini kita ada cadangan juga daripada penduduk kampung, yang memohon lampu jalan. Tetapi disebabkan ketiadaan tiang-tiang lampu untuk menambah lampu jalan, jadi pelaksanaan tidak dapat dilakukan. Bagaimana cadangan kerajaan untuk mencahayakan kawasan-kawasan terpencil tersebut?

Terima kasih kepada rakan saya daripada Permatang Berangan, atas apa yang dibangkitkan tadi. Saya sememangnya setuju, dari segi pencahayaan ini penting untuk keselamatan. Dan yang saya sebut tadi adalah berkenaan apa yang dibangkitkan Berapit di taman-taman rekreasi. Tetapi, I think the principal is the same. Jadi saya mohonlah kepada Permatang Berangan, kalau boleh maklum pada saya, atau tulis terus kepada MPSP maklum kepada mereka, dan ‘cc copy’ kepada saya mana kawasan-kawasan yang perlu kita lihat, dan saya akan bekerja dengan PBT iaitu MPSP untuk lihat sama ada kita boleh laksanakan apa yang dicadangkan tadi oleh Permatang Berangan. Dato’ Speaker, saya teruskan dari segi keselamatan pula, juga. Sorry. Saya telah mengarahkan lebih banyak CCTV dipasang. Manifesto kita nyatakan 1,000 akan dipasang di seluruh negeri iaitu di kawasan Pulau dan juga bahagian tanah besar. Tetapi untuk makluman semua, sehingga kini jumlah CCTV yang telah dipasang adalah sebanyak 897 unit iaitu di bahagian Pulau 767, dan di bahagian MPSP 130 that bring it to 897. Tetapi saya ingin umumkan dan telahpun diumumkan oleh Datuk Bandar sebelum ini, kita akan menambah lebih sebanyak lebih, lebih 150 unit lagi yang akan diselesaikan menjelang Mei tahun depan yang akan menjadikan jumlah keseluruhannya 1,047 yang bukan sahaja kita capai janji, tetapi juga melepasi sasaran Dato’ Speaker.

Saya juga mengambil kira pertanyaan Batu Lancang, Berapit, Telok Bahang, Machang Bubuk dan Batu Uban berkenaan pemasangan CCTV ini. Dan seperti mana saya nyatakan tadi, kita sedang membuat tambahan. Tetapi yang penting Dato’ Speaker, CCTV sekarang adalah satu perkara yang begitu penting di dalam dunia Revolusi 4.0, kerana dengan ada CCTV ini banyak aspek boleh kita capai. Not just keselamatan, dan ini kita dapati apabila saya pergi untuk satu kongres Internet of Things World Congress di Sepanyol beberapa satu bulan dahulu, di mana kita lihat ini adalah satu modus operandi kita guna CCTV yang mempunyai banyak sensor yang boleh dihubung kait dengan banyak aspek lain, selain daripada keselamatan. Jadi yang penting ialah tekonologi yang kita gunakan. Ada pelbagai jenis CCTV tetapi, dia ada pelbagai generasi sudah, yang penting untuk internet of things yang kita belajar dari Sepanyol ‘even though you want to start small, you must have a long term vision, because what is relevant in technology today, tomorrow can become redundant in this very advanced age’…(dengan izin), Dato’ Speaker. Jadi saya akan cadangkan kepada kedua-dua PBT untuk melihat agar pemasangan CCTV menggunakan sistem yang lebih canggih dan terkini. Saya difahamkan CCTV di MBPP sekarang sedang disimulisasikan dengan System Intelligent Video Analytics (OIVA) ataupun analitis video pintar dengan menggunakan Teknologi IBM di Pusat Operasi Pintar (IOC) Intelligent Operation Center MBPP. Melalui kerjasama dengan pihak PDRM keupayaan Teknologi IVA ini Kerajaan Negeri bercadang penggunaan CCTV dengan Sistem Pengecaman Wajah, facial recognition, sorry.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Dato’ Keramat saya minta penjelasan, memang kami menyambut baik dengan pertambahannya CCTV. Saya ingin cadangkan bahawa dengan teknologi yang begitu canggih sekarang pada masa depan CCTV telah banyak dipasang seperti di Promenade Persiaran Karpal Singh tetapi kita menghadapi masalah bahawa seperti isu pemandu motosikal di atas Promenade itu, di mana kita ada CCTV adakah, adakah kerajaan boleh mengguna pakai saya nak cadangkan supaya CCTV untuk capture sebagai satu bukti. Kemungkinan coming to that sebab kita bermasalah ada, ada banyak group yang lepak di sana ambil dadah ka dan juga terlalu ramai motor race di atas lorong basikal dan kita ada CCTV. Adakah ini akan jadikan satu bukti untuk kita keluarkan saman dan mencegah aktiviti sedemikian berterusan? Terima kasih.

Saya baru mau baca, dia sudah tau. Melalui kerjasama dengan pihak PDRM Dato’ Speaker, dan keupayaan Teknologi IVA tersebut, Kerajaan Negeri bercadang sepertimana dikatakan Sungai Pinang untuk menaik taraf penggunaan CCTV dengan sistem pengecaman wajah facial recognition di lokasi-lokasi hotspot jenayah bagi mengesan dan mengenal pasti penjenayah. Selain daripada Sistem Pengesanan Kenderaan Pembuangan Sampah Secara Haram kawasan larangan tempat letak kereta dan sebagainya, memang saya setuju and I will ask them to look that Karpal Singh Drive agar dia dapat dilaksanakan di situ. Dato’ Speaker, rakan saya dari KOMTAR memohon MBPP untuk menyediakan tandas awam di Stesen Bas KOMTAR dan saya ingat ini adalah satu cadangan yang baik dan saya akan memohon agar dilakukan secepat mungkin because there is one of our transport hub at the moment in Penang in George Town. Seterusnya Bertam membangkitkan isu untuk menaik taraf tandas awam di kawasan Bertam. Saya difahamkan ada dua (2) buah tandas awam di MPSP di kawasan Bertam iaitu di Kompleks Sukan Bertam dan Dewan Millenium. Saya difahamkan ia dalam keadaan yang baik. Walau bagaimanapun saya akan arahkan MPSP untuk lihat sama ada dia boleh dinaiktarafkan kerana baru-baru ini saya telah melancarkan tandas baru di Anjung Awam di Gurney Drive yang mana menggunakan teknologi kitar semula bahan-bahan daripada kitar semula dalam tandas pun ada lampu LED dia gunakan teknologi rainwater havesting untuk digunakan di mana kos dapat kita jimat banyak. Jadi kita hendak guna konsep itu saya telah mohon kedua-dua PBT lihat kepada konsep itu untuk tempat-tempat tandas-tandas lain yang kita akan ambil tindakan untuk naik taraf, Dato’ Speaker.

Khaliq Mehtab Bin Mohd IshaqBERSATU · PHBertam

Mohon mencelah dengan izin. Terima kasih. Yang Berhormat Datok Keramat. Iya, memang tidak dinafikan di Kompleks Sukan MPSP di Kepala Batas dan di Dewan Millenium memang ada tandas awam. Masalah dia tandas awam itu tidak boleh diaccess pada setiap masa sebagai contoh di Kompleks Sukan MPSP di mana kompleks itu digunakan kebanyakannya selepas pagi untuk aktiviti riadah seperti senam robik, taichi, joging, di sebelah petang untuk permainan bola sepak, jogging track as well tetapi tandas cuma dibuka 2 jam sahaja sehari. Which is from 7.00 to 9.00 in the morning....(dengan izin) or 8.00 to 10.00 that’s worth it, the rest of the day the toilet is closed and untuk Dewan Millennium pagar Dewan Millenium ditutup pada setiap masa cuma apabila ada apa-apa sambutan ataupun upacara di Dewan Millennium baru Dewan Millennium boleh diaccess dan tandas boleh digunakan. Dan sebenarnya soalan saya dalam perbahasan mengenai tandas awam adalah tertumpu kepada kawasan Kiosk Bertam Yang Berhormat. Yes, Kiosk Bertam because di kawasan Kiosk Bertam terdapat apa ni terdapat outlet-outlet makanan di mana tidak ada tandas awam dan kebanyakan aktiviti kemasyarakatan dijalankan di sana. So apabila tidak ada tandas awam memang menyukarkan pengunjung-pengunjung di situ.

Terima kasih, rakan saya daripada Bertam saya akan ambil maklum dan pegawai-pegawai saya daripada MPSP sememangnya ada dan saya akan minta mereka beri laporan dan saya akan ambil tindakan yang sewajarnya kepada rakan saya. Saya balik kepada satu isu lagi iaitu kemudahan parkir kereta yang saya jawab kepada Permatang Berangan pagi tadi. Yang mana saya kata memang ada dalam penggulungan saya. Selain daripada Permatang Berangan, Air Itam juga ada sebut tentang isu ini di mana perlu kita beri tumpuan kepada tempat-tempat yang ada pengangkutan awam supaya kita boleh galakkan penggunaan pengangkutan awam dan saya setuju penuh dengan cadangan yang tersebut dan saya akan arahkan kedua-dua PBT untuk melihat dan mengenal pasti tapak-tapak yang sesuai untuk kita merancang buat sedemikian. Saya juga merujuk kepada Bagan Dalam yang mencadangkan agar bangunan lama atau usang di kawasan Butterworth dijadikan Butterworth Youth Centre. Sememangnya untuk makluman Bagan Dalam pada waktu ini juga as we speak MPSP sedang berurusan dengan beberapa pihak dan agensi yang berpotensi untuk menyewa bangunan tersebut untuk dijadikan sebagai Butterwoth Youth Centre actually is happening in at the moment Bagan Dalam for your information.

Haji Mohd Tuah Bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Mohon mencelah.

Ya silakan.

Haji Mohd Tuah Bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Bercakap tadi tentang tandas awam. Pada bulan Ogos yang lalu persidangan kita ada membangkitkan di kawasan KADUN Pulau Betong satu tandas awam di Pantai Pasir Panjang Balik Pulau. Status penggunaan untuk tandas awam hingga kini masih lagi dalam keadaan yang sama tidak boleh digunakan oleh orang awam. Nak minta dari pihak Majlis Bandaraya supaya memberi pencerahan bagaimana dengan penggunaan setakat ini belum ada apa-apa tindakan.

Pantai Pasir Permatang Panjang?

Haji Mohd Tuah Bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Pasir Panjang kawasan berlaku Tsunami dulu di Pulau Betong.

Oh., Pasir Panjang saya akan pegawai saya ada di sini saya akan minta mereka memberi laporan dan saya akan ambil tindakan yang sewajarnya. Dato’ Speaker...(gangguan). Y.A.B. Ketua Menteri: Penjelasan status tandas itu boleh diiktirafkan sebagai tandas tidak bertuan. Tak ada agensi mahu mahu tuntut sebab mungkin ianya dibina dengan peruntukan khas dan tidak ada kelulusan bukan di bawah bidang kuasa majlis, bukan di bawah pejabat daerah. Maka itulah mungkin sekarang jadi tanggungjawab Yang Berhormat EXCO.

Itu Ketua menteri telah beri pencerahan.

Haji Mohd Tuah Bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Terima kasih di atas penjelasan.

Saya akan lihat apa yang kita boleh buat. Saya ingin alih kepada...(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Yang Berhormat mohon laluan. Bangunan MPSP, semalam Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pun telah memberitahu pihak akhbar bahawa ada cadangan dari pada UTC sebelum Pilihan Raya Umum 14 bahawa UTC ada cadangan ambil alih saya dengar, ura-ura daripada mereka di luar bahawa UTC pun mungkin tidak akan berminat sebab untuk membangunkan bangunan tersebut kosnya amat tinggi dan saya mendapati sebelum ini pun mereka yang datang mereka tidak mahu mengambil bangunan itu sebab kos untuk membina membaikpulihnya amat tinggi dalam berjuta-juta. So saya minta, saya pun ada bercakap dengan Dato’ Yang di-Pertua daripada MPSP bahawa saya akan bawa satu proposal kepada pihak beliau dan saya berharap Yang Berhormat Datok Keramat akan sokong apabila datang ke EXCO untuk beri sedikit bantuan kewanganlah. Peruntukan dari Kerajaan Negeri.

Boleh, kita akan pertimbangkan. Dato’ Speaker, saya alih kepada pasar awam dan Kompleks Makanan Awam. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah bangkitkan isu ini dalam perbahasan mereka. Di Negeri Pulau Pinang kita ada 55 pasar awam iaitu 24 di pulau dan 31 di seberang. Dan kita ada 104 Kompleks Makanan Awam 37 di Pulau dan 67 di Seberang. Saya telah tubuhkan satu jawatankuasa khas setelah ambil portfolio Kerajaan Tempatan untuk mengkaji status semua pasar-pasar dan Kompleks Makanan Awam agar ia mencapai status tahap kebersihan tidak kurang daripada B iaitu Gred A ataupun B menjelang tahun depan.

Dan kedua-dua PBT sedang dalam melaksanakan usaha ini agar ia dapat dicapai. Dato’ Speaker, saya ucapkan terima kasih kepada Telok Bahang dan Sungai Dua yang membangkitkan isu pemindahan peniaga-peniaga yang menjalankan di bahu jalan yang mana diambil tindakan penguatkuasaan kerana ada gangguan lalu lintas. Perlu difaham penguatkuasaan diambil apabila ia merupakan satu ancaman kepada keselamatan orang awam dan sebegitu then we have to there is no choice tetapi saya bersetuju dengan Sungai Dua bahawasanya sememangnya kita perlu berusaha untuk cari satu tempat lain untuk mereka berniaga dan sebagainya dan itu adalah apa ini inisiatif Kerajaan Negeri untuk makluman Sungai Dua. Di mana ada beberapa tapak pasar baru yang kita bina ataupun pasar lama yang kita naik taraf yang kita lihat ada unit-unit yang boleh diberikan kepada peniaga-peniaga ini kita tempatkan semula mereka terutamanya kalau pasar itu di kawasan berdekatan ada peniaga-peniaga yang akan terjejas dengan tindakan penguatkuasaan mereka akan diberi keutamaan untuk masuk ke dalam bangunan baru tersebut. Dato’ Speaker...(gangguan).

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Mohon laluan

Ya, silakan.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Datok Keramat berkenaan status peniaga ataupun penjaja yang berniaga di kawasan Pusat Komersial Tasek Gelugor. Saya ada pertanyaan daripada seorang peniaga yang mana beliau meletakkan gerai di hadapan kedai runcit berdekatan dan mendapat notis untuk tutup ataupun berpindah dalam tempoh 24 jam. Jadi apakah status ataupun bagaimanakah pihak PBT mengambil tindakan ke atas peniaga-peniaga ini dan di kawasan tersebut bagaimanakah statusnya dengan kaitan bidang kuasa PBT? Di kawasan Pusat Komersial Tasek Gelugor. Terima kasih.

Saya akan mendapat maklumat selanjutnya daripada Pegawai-pegawai MPSP yang hadir dan saya akan maklum kemudian kepada Permatang Berangan. Dato’ Speaker, ingin saya....(gangguan).

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

YB. beri laluan. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Datok Keramat saya ada sikit isu berkenaan dengan penjaja haram dengan penjaja bertaging. Kebelakangan beberapa hari ini dan PBT telah mengambil tindakan rampasan terhadap penjaja haram that one under policy...(dengan izin) untuk saya, saya tidak ada masalah berkenaan isu penjaja bertagging maksudnya perniagaan lama yang telah berniaga sebelum tahun 2010. Pada masa itu, saya masih ingat MMK telah membuat satu keputusan sebelum Mei tahun 2010 dan juga pada masa itu MBPP juga buat satu keputusan terima sebagai penjaja lama dan hanya diberikan kompaun setiap tiga bulan sekali dengan harganya RM50.00. Tetapi dua tiga hari ini MBPP telah buat satu keputusan setiap yang bertagging itu dikenakan kompaun setiap bulan dengan kesalahan pertama RM50.00 tanpa membuat rampasan, kesalahan kedua RM100.00, kesalahan ketiga RM200.00. Maksudnya perniagaan yang bertagging tu yang telah dikenalpasti itu diberi kompaun sebanyak RM200.00 selepas tiga (3) bulan. Di sini saya ambil peluang ini untuk merayu kepada YB. EXCO, harap-harap MBPP dapatlah melihat peniaga-peniaga kecil ini sebab kompaun RM200.00 setiap bulan itu memang agak berat untuk mereka ini. Sebab polisi telah diadakan pada tahun 2010. Saya merayu, dalam Dewan ini, supaya Bahagian Perlesenan mempertimbangkan perkara ini. Sekian, terima kasih.

Ahli Kawasan Batu Lancang.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Ia dibuat di seluruh Pulau Pinang tapi bermula di kawasan saya, Jelutong dengan Jalan Perak, beberapa tempat telah dikenakanlah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

YB. Batu Lancang, buat bantahan ke? Buat rayuan?

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Saya buat rayuan.

Kawasan saya pun dalam Jelutong. Jadi saya ambil maklum apa yang disebut tadi tentang kenaikan kompaun dari RM50.00 hingga RM200.00 dan itu kemungkinan besar adalah satu keputusan polisi di Bahagian Pelesenan di PBT dan mungkin saya akan panggil untuk satu

mesyuarat bersama dengan YB. Batu Lancang untuk kita bincang perkara ini, lihat bagaimana kita boleh menyelesaikannya. Dato’ Speaker, saya teruskan berkenaan Program Pengasingan Sisa di Punca ataupun PSP. Mengenai usaha PSP di Kerajaan Negeri sepertimana dimaklum, dasar ini telah diperkenalkan sejak 2016. Dan penguatkuasaan dasar itu bermula satu tahun after, on year moratorium of awareness programs, it’s began penguatkuasaan pada 1 September tetapi penguatkuasaan dihadkan pada waktu itu kepada bangunan bertingkat sahaja dan saya dimaklumkan sebanyak 449 kompoun telah dikeluarkan oleh kedua-dua PBT setakat ini terhadap bangunan-bangunan bertingkat yang didapati tidak mengikuti dasar PSP Kerajaan Negeri. Dan baru-baru ini apabila saya menjadi EXCO Kerajaan Tempatan, apabila membincang status PSP tersebut, saya telah memutuskan kerana ada satu moratorium terhadap tindakan penguatkuasaan terhadap hartanah berlandai, landed properties tetapi saya mengambil keputusan kalau kita benar-benar hendak objektif dan dasar ini berjaya, kita mesti tegas juga. Dan kita telah buat keputusan bahawa pada bulan Januari iaitu mulai 1 Januari 2019 kita akan ambil tindakan penguatkuasaan juga kepada premis-premis di atas tanah berlandai. Jadi saya ambil kesempatan di Dewan ini untuk memperingati semua rakyat Pulau Pinang bahawa ini akan berlaku kerana kita, usaha ini dibuat kerana kita hendak menanam satu mindset kebersihan dan sebagainya yang adalah selaras dengan dasar pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang jadi 1st January 2019. Saya ingin maklumkan juga…(gangguan). Sorry, silakan.

Muhammad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Berkaitan dengan Pengasingan Sisa di Punca, memang ianya merupakan satu perkara yang sangat baik jika dilakukan. Cuma bila kita nak laksanakan pada tahun 2019, saya rasa ia akan menimbulkan isu, akan jadi isulah sebab mungkin banyak lagi golongan masyarakat yang tak ada maklumat atau tak ambil tahu tentang perkara ini. Mungkin perlaksanaannya kita buat peringkat awal tu kita tak denda lagi. Mungkin kita warning, notis, jangan terus denda sebab kalau denda tu ia akan jadi isu balik kepada pihak kerajaan, ia akan jadi masalah.

I think usaha ini yang dimulakan Ketua Menteri kita penggal dahulu…(gangguan), sorry? Dimulakan oleh Ketua Menteri kita pada penggal dahulu. Sepertimana saya nyatakan 2016 kita akan masuk tahun ketiga sekarang dan sebenarnya rakyat Pulau Pinang telahpun diberi banyak program kesedaran dan sebagainya. Tetapi berkenaan apa Sungai Dua kata, saya sememangnya telah mohon bahagian yang menguruskan program PSP ini di Kerajaan Tempatan untuk mengadakan secara berkala beberapa program untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat Negeri Pulau Pinang, and infact, I just signed off a letter yang akan diterima semua ADUN untuk maklum kepada semua ADUN bahawa kita akan laksanakan program ini dan kita cuba pilih satu atau dua skim perumahan, kita turun padang bersama saya, saya akan turun dengan ADUN, untuk kita buat program-program kesedaran bahawasanya ini akan berlaku. Dato’ Speaker, saya rujuk kepada KOMTAR juga yang ada tanya tentang mesin incinerator, waste to energy load, loading waste to energy, which is incinerator concepts of pengurusan sisa. Pada asalnya ada banyak pro and con mungkin lebih cons daripada pros berkenaan penggunaan incinerator terutamanya di Negara Malaysia memandangkan iklim dan sebagainya yang adalah tidak sesuai berbanding dengan negara lain. Tetapi baru-baru ini teknologi pun sudah begitu advance di mana ada negara yang telah pun ada jenis incinerator yang sesuai untuk kami. And for your information, KOMTAR, actually Menteri sendiri KPKT iaitu YB. Hajah Zuraida telah pun membuat pengumuman dan cadangan bahawasanya setiap negeri sekurang-kurangnya mesti ada satu incinerator. At least one incinerator a state if not more. Dan di peringkat ini saya memang sedang dalam perbincangan untuk lihat sama ada kita ada tempat yang sesuai untuk dipasang incinerator tersebut. But of course the question is also funding dan apabila saya jumpa Menteri dalam mesyuarat dengan Menteri, saya ada bangkit isu itu dan mereka kata Pusat Kementerian, Kerajaan Pusat sedang bincang kerana semua negeri tanya soalan yang sama. Ada implikasi kewangan dan itu kita belum dapat maklumbalas di peringkat ini.

Machang Bubuk ada bangkitkan masalah tapak pelupusan di Bukit Teh. Untuk makluman Dato’ Speaker, sekarang tapak pelupusan yang digunakan adalah di Jelutong tetapi kita telah menerima satu laporan bahawa tapak Jelutong sudah menjadi tidak selamat. Dan ia di dalam satu keadaan yang begitu serius sekali yang telah menyebabkan Kerajaan Negeri buat keputusan ia perlu ditutupkan. Jelutong will be shut down. Jadi kita perlu cari satu tempat alternatif dan tempat alternatif yang kita ada actually long term plan was to go to Bukit Teh but it was not so sudden after we received this report about the need for Jelutong to shut down. So we have to fast track Bukit Teh. It was already in the planning state but it wouldn’t come very quickly so kita perlu fast track Bukit Teh dan di peringkat ini, isu-isu tanah, isu-isu pengezonan, isu-isu pengeluaran warta tanah bukit dan sebagainya sedang ditangani, beberapa telah pun selesai. Dan untuk makluman Dato’ Speaker, kita telah pun menerima secara preliminary satu persetujuan daripada Jabatan Alam Sekitar agar Bukit Teh itu digunakan sebagai tapak pelupusan sementara. Dan kita sedang menyediakan sekarang traffic impact assessments untuk melihat apa cara dan langkah-langkah kita boleh bermitigasikan permasalahan lalu lintas dan trafik di kawasan yang akan dilalui untuk masuk ke tapak di Bukit Teh tersebut. Dato’ Speaker, kepada saya, saya ingat dalam tempoh enam bulan saya ambil alih portfolio Kerajaan Tempatan, saya lihat bahawa pentingnya kita menggalas revolusi industri 4.0. And this is not only here in Kerajaan Tempatan where in Kerajaan Tempatan, I’ve been specifically requested to look into bagaimana kita boleh jadikan Pulau Pinang satu pulau pintar, negeri pintar, smart city. Tetapi yang mempunyai impact kepada semua EXCO. Dan untuk saya, saya ada tiga portfolio: Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa juga Kerajaan Tempatan. Dan Kerajaan Negeri dalam pada ini, juga telah menetapkan visi kita sepertimana diumumkan Ketua Menteri saya iaitu dalam Visi 2030 Pulau Pinang, kita lihat salah satu topik ataupun aspek yang disebut sebagai tajuk dalam visi tersebut adalah pintar, smart dan itu betul kerana kalau kita tak, if we don’t embrace it then we are going to be lagging very, very much behind. Kerana dunia sekarang adalah berkenaan ini. Kalau saya pergi ke Sepanyol, Barcelona kepada World Congress Internet of Things, kita lihat betapa advance sudah dunia kita, Dato’ Speaker. And actually, we are lagging behind so we have to catch up. So dari segi ini saya telah diminta untuk lihat bagaimana kita boleh buat perancangan agar Negeri Pulau Pinang mempunyai ciri-ciri bandar pintar. Dalam usaha ini untuk mengumpulkan…(gangguan).

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Minta penjelasan. Sorry YB, I thought the finish yang Bukit Teh.

No, no, that’s alright to say about Bukit Teh.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

So saya cuma ada satu perkara yang berkenaan perkara bukit yang tapak pelupusan sementara. Actually, it’s not tapak pelupusan. It is recovery centre right? So benda ini saya rasa adalah sangat penting untuk kita adakan kajian social impact assessment sebelum kita melaksanakan kerja-kerja di dalam tapak. Itu adalah penting kerana saya rasa ramai di antara kalangan penduduk-penduduk pun tidak tau tentang perkara ini dan saya harap perkara itu akan direkodkan supaya semua penduduk yang berdekatan dan bukan sekadar di Machang Bubuk tetapi di sepanjang jalan yang juga disebut oleh Bukit Tambun di mana dari Jambatan Kedua sehingga ke kawasan Bukit Teh di mana jalan-jalan di sepanjang jalan-jalan tersebut memang sempit dan perlu dinaiktaraf sekiranya ia diluluskan. Itu permintaan yang daripada kawasan wakil rakyat, wakil rakyat kawasan. Terima kasih.

Terima kasih. Memang sepertimana yang saya nyatakan, satu daripada isu yang penting sekali yang akan berbangkit adalah masalah berkenaan lalu lintas dan trafik yang secara betul dinyatakan oleh rakan saya daripada Machang Bubuk dan oleh yang demikian, kita dalam proses penyediaan TIA tersebut yang akan melihat kepada itu dan kita ambil maklum tentang apa yang dinyatakan tentang sama ada perlu atau tidak social impact assessment juga. Dan saya akan beri maklumbalas kemudian kepada Machang Bubuk.

Kembali kepada revolusi industri 4.0, Dato’ Speaker. Kerajaan Negeri dalam usaha mengukuhkan tadbir urus berkaitan transformasi digital agar selaras dengan tadbir urus bandar pintar serta polisi berkaitan pembangunan bandar pintar telah menetapkan empat teras strategik iaitu infrastruktur, data, tadbir urus dan rakyat melalui penubuhan satu agensi Penang Smart Delivery Unit (PSDU) yang adalah di bawah Pentadbiran Bahagian Kerajaan Tempatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Di mana PSDU ini telah dipertanggungjawab, Dato’ Speaker untuk menyelaraskan inisiatif bandar pintar di Negeri Pulau Pinang melalui pelaksanaan oleh jabatan/agensi negeri semenjak beberapa tahun yang lalu. We want to bring all the agencies who were working on this now. We all in the different pages together under one umbrella. Because we don’t want a situation like I said just now, today we use technology that will be redundant tomorrow. So we all have to be on the same page…(dengan izin). Sebagai persediaan bagi menghadapi revolusi Revolusi Industri 4.0, Kerajaan Negeri amat menggalakkan usaha setiap jabatan dan agensi melalui perlaksanaan integrasi sistem, pendigitalan proses kerja, penggunaan internet of things, pengukuhan keselamatan siber, penggunaan analitis digital raya, big data analytics, cloud computing, machine learning blockchain dan sebagainya untuk diadaptasi dalam pelbagai inisiatif bandar pintar di Negeri Pulau Pinang. Bagi memastikan pelbagai inisiatif ini didokumentasikan dengan baik, untuk simpanan rekod di masa akan datang, serta rujukan pelbagai pihak termasuk memaklumkan masyarakat mengenai inisiatif-inisiatif pintar yang telah dilaksanakan di Negeri Pulau Pinang. Pihak Penang Institute juga telah dilantik oleh Kerajaan Negeri pada bulan Februari ini untuk menyediakan dokumen root map Penang Smart International City. Dokumen tersebut dijangka siap awal Februari, tahun depan dan akan meliputi lima domain pintar iaitu komuniti pintar atau smart community, persekitaran pintar atau smart environment, mobility pintar - smart mobility, ekonomi pintar - smart economy dan kerajaan pintar iaitu smart government. Sehingga kini, terdapat dua puluh dua inisiatif yang telah disahkan sebagai inisiatif yang berkaitan bandar pintar dan sepuluh inisiatif bandar pintar telah dirancang untuk dilaksanakan oleh pelbagai jabatan dan agensi di Negeri Pulau Pinang. Konsep bandar pintar di Negeri Pulau Pinang adalah dibangunkan dengan mengutamakan infrastructure information and communication technology ataupun I-City sebagai kemudahan asas bandar termasuk pembinaan menara-menara telekomunikasi, smart pools dan Wifi. Dan melalui pelaksanaan polisi pintu terbuka kini Kerajaan Negeri sedang membangunkan beberapa projek di peringkat proof of concept di mana POC ini kita akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat infra dan telco dan digital di mana mereka akan melaksanakan projek-projek perintis untuk kita lihat apa produk yang mereka ada yang adalah yang terbaik untuk kita gunakan dan adaptasikan di Negeri Pulau Pinang. Antara lain, kolaborasi Kerajaan Negeri dengan pihak-pihak tersebut untuk melaksanakan inisiatif pintar adalah seperti berikut di mana kita ada kerjasama dengan Intel. Infact when I was in Barcelona ada puluhan booth di situ. Puluhan booth dari semua, what we called Intel semua syarikat yang dalam Industri Revolusi 4.0. tetapi booth yang terbesar adalah Intel. That was in Spain, the world congress on IOT, dan Intel berada di Pulau Pinang. Dia ada di Batu Kawan di Pulau Pinang, Dato’ Speaker. So we should be using and tapping on this because they were the major players. They’re speakers from the Silicon Valley was the bleeding speakers in all of the booth that we went to see and they announced so many new technology there. So saya jumpa dengan one of the talk guys from Silicon Valley, who is the Indian National and the he said he knew about Penang, and he was willing coorperate more with the Penang State Goverment to realise our vision to make Penang the Smart City. So infact sebelum saya pergi pun ke situ, kita telah pon menjalinkan satu kerjasama dengan Intel Penang untuk membuat satu projek yang melibatkan peralatan seperti Smart Street Light dan CCTV termasuk IOT dengan pelbagai sensor persekitaran dan perisian Intel menggunakan long reach network dan projek ini adalah projek perintis yang dibuat oleh Intel di kawasan Batu Kawan yang sedang sekarang berlaku dengan MPSP sebagai pengurus projek. Kita juga ada satu kerjasama dengan pihak Celcom dan syarikat swasta untuk smart home kit di mana kita akan buat satu projek perintis untuk beberapa unit di satu projek rumah mampu milik Kerajaan Negeri iaitu di Batu Kawan juga. Dan ini sedang di dalam proses perlaksanaan juga dengan syarikat swasta DE.Co, kita sedang bincang untuk perlaksanaan smart

bus stop. Dan kita telah kenal pasti dua (2) perhentian bas satu di sini Pulau dan satu di Seberang yang akan menggunakan pelbagai elemen seperti tenaga solar, pengumpulan air hujan, menara telco, papan iklan digital, tempat mengecas phone, butang kecemasan, papan pemakluman digital waktu ketibaan bas dan sebagainya Dato’ Speaker. So ini adalah beberapa contoh yang saya beri dan kita harap, terutamanya kerjasama dengan Intel nanti kita telah dimaklum bahawa platform yang mereka guna untuk beberapa ciri saja yang sedang mereka buat di dalam projek perintis ini di Batu Kawan tersebut boleh ditambah dengan banyak aspek lain dan itu adalah satu perkembangan yang begitu besar sekali untuk Pulau Pinang. If you asked me, they have agreed in principal to let us have position on that platform dan kalau berjaya ia boleh digunakan di keseluruhan Negeri Pulau Pinang dan mungkin kita boleh lihat bagaimana ini dibuat. Dan for your information ini telah diumumkan juga di Sepanyol dimana mereka kata mereka bukan hendak monopoli mana-mana negara atau negeri di seluruh dunia kerana platform yang mereka beri itu kita boleh guna dengan kolaborasi dan kerjasama dengan syarikat-syarikat lain untuk produk-produk lain. Tetapi the platform is the most important yang mereka akan serahkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dato’ Speaker, kita menggalakkan pelaksanaan inisiatif bandar pintar oleh pelbagai jabatan dan agensi melalui pengetahuan dan pendedahan yang diperolehi daripada seminar-seminar yang telah pun kita sertai di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan untuk memastikan ke semua inisiatif ini dapat diselaraskan. Ini penting Kerajaan Negeri berhasrat untuk mewujudkan an information operation centre or IOC yang berfungsi untuk mengumpul data perbandaran daripada pelbagai jabatan dan agensi untuk disalurkan kepada pihak yang berminat untuk menghasilkan inisiatif Bandar Pintar yang akhirnya dapat membantu Kerajaan Negeri merealisasikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri pintar dan yang bertaraf antarabangsa. Kita perlu….(ada gangguan).

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Wait. Bagi saya pencelahan sedikit. Tuan Yang di-Pertua, YB. Datok Keramat tentang new, I mean yang tentang apa itu bus stop yang mempunyai canggih ini saya juga nak membangkitkan sedikit berkenaan mengenai isu kompaun MBPP. Saya difahamkan kompaun MBPP ini, kebanyakan orang tidak membuat tidak bayarlah kiranya tunggakan itu amat tinggi. So saya ingat ada apa cara untuk mengingatkan tentang tunggakan-tunggakan yang tinggi saya ingat contoh tahun 2012 ialah RM1.3 million untuk tahun 2018 hutangnya RM2.7million dan tidak dibayar oleh pesalah-pesalah kompaun parking whatever lah kesalahan yang telah dikeluarkan kompaun MBPP. So saya ingat saya ada cadangan sedikit. Ada tak kita boleh …(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

YB. Batu Lancang, tolong tambah suara sikit. Saya ingat semua orang tak boleh faham soalan.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Tak dengar ya? Baik-baik. Tentang kompaun-kompaun tu boleh tak kita mengaitkan atau bersatukan dengan JPJ kompaun yang tidak dibayar oleh MBPP masa tukar lesen ataupun pembaharuan yang lain boleh direkodkan atau disaman dengan juga ataupun permohonan lesen baru untuk MBPP lesen perniagaan ataupun pending permission application yang pesalah yang tidak membayar hutang bagi pintu, kita sekat ataupun dengan cara yang macam mana yang, untuk mendapatkan balik hutang.

Actually, this is talking about the Revolusi Industry 4.0 which I was going to end anyway but I just quickly answered what you have asked. Apa yang dibangkitkan isu daripada Batu Lancang ini satu isu sebenar memang berlaku iaitu kita ada melalui PBT-PBT kutipan-kutipan melalui kompaun umpamanya kompaun terhadap kenderaan yang meletak kereta secara salah di tempat di tempat yang tak dibenarkan sebab itu umpamanya. Itu kereta. Kita juga ada kutipan cukai. Cukai pintu di mana ada banyak tunggakan. Kutipan-kutipan ini ada banyak tunggakan. Sudah banyak tahun berlaku. Isu dia bagaimana kita hendak kutip kembali.

Bagaimana kita punya tindakan kuasa untuk dapat duit itu kerana ia ada satu kehilangan hasil kepada Kerajaan Negeri khususnya PBT dan kebetulannya Dato’ Speaker saya dalam perjumpaan saya dengan Menteri di dalam majlis Kerajaan Tempatan Negara MKT, Majlis Negara Kerajaan Tempatan bagi pihak Pulau Pinang membangkitkan isu ini kerana semua EXCO negeri lain Ketua Menteri negeri lain, Menteri Besar negeri lain yang hadir juga setuju dengan Pulau Pinang apabila saya kata perlu kita ada kaedah untuk lihat bagaimana kita boleh dapat balik hasil ini yang adalah satu pemasalahan di seluruh Malaysia bukan sahaja di Pulau Pinang. Dan antara lain cadangan yang dibuat adalah kita mesti ada kerjasama dengan agensi kerajaan lain umpamanya beri contoh untuk kompaun kereta yang tidak dikutip ada tunggakan, kita bekerjasamalah dengan JPJ seperti mana Batu Lancang cakap tadi. Di mana maklumat itu diberi kepada JPJ. Jadi di portal ataupun orang yang ada tunggakan itu apabila dia pergi ke JPJ untuk renew dia punya road tax, JPJ akan halang dia akan cakap tak boleh. You belum selesai you punya kompaun you tak boleh dapat road tax baru. Itu umpamanya satu kaedah. Sama juga dengan cukai kalau cukai pintu ada tunggakan dia tak bayar mungkin kita boleh kolaborasi dan kerjasama dengan agensi seperti CCRIS maklumat boleh kita masuk ke dalam situ badan tersebut. Sama dengan maklumat lain di mana kalau saya pergi ke bank mau dapat loan untuk rumah atau kereta atau apa-apa lain, dicheck CCRIS then CCRIS cakap tak boleh. You belum selesai you punya tunggakan lagi. So this kaedah-kaedah yang telah kita cadangkan yang dialu-alukan oleh Menteri sendiri. Tetapi dia kata, mereka di peringkat pusat akan membuat satu kajian berkenaan isu ini dan harap-harap kita boleh dapat satu jawapan yang baik kerana ia melibatkan agensi –agensi di peringkat pusat Dato’ Speaker. Saya kembali kepada ucapan saya yang sudah…(gangguan).

Nor Hafizah binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Mohon mencelah sedikit sahaja Yang Berhormat Datok Keramat. Walaupun saya faham Yang Berhormat Datuk Keramat sedang membincangkan IR4.0 dan kebetulan Yang Berhormat menyebut tentang smart bus stop. Dalam perbahasan saya, saya ada menyebut tentang status perhentian bas yang daif di kawasan Permatang Berangan. Jadi saya nak tanya penjelasan apakah tindakan pihak MPSP ataupun Kerajaan Tempatan tentang perhentian bas yang daif ini di persekitaran kawasan tempat saya sebab kawasan semi urban ini memang memerlukan bus stop yang sedia ada ni dibaikpulih atau dinaiktaraf termasuk sekali dengan status keperluan. Adakah menjadi keperluan untuk memasang lampu isyarat di simpang tiga Detong, Tasek Gelugor? Terima kasih.

Berkenaan perhentian-perhentian bas yang dikendalikan oleh kedua-dua PBT. Memang kalau kita dapati ia tidak begitu dalam keadaan yang baik kita akan saya akan arahkan mereka ambil tindakan untuk menaiktaraf tetapi berbalik kepada apa yang saya berbincang berkenaan Revolusi Industry 4.0 ini, ada banyak aspek yang perlu kita lihat bagaimana kita boleh adaptasi dan implemantasi this IR 4.0. Yang saya sebut tentang smart bus stop tadi adalah yang mempunyai banyak ciri-ciri yang saya sebut tadi adalah di peringkat POC sahaja which is proof of concept di mana kita mempelawa syarikat tertentu, tunjuk apa produk ini. Kita kenalpasti satu, dua kalau ia workable, kalau kos boleh kita tanggung then satu hari nanti kita harap semua bus stop di Negeri Pulau Pinang akan berubah wajahnya menjadi smart bus stop, Dato’ Speaker. Dato’ Speaker saya ingin akhiri dengan mengatakan usaha kita untuk menjadi negeri pintar bertaraf antarabangsa perlukan komitmen daripada semua pihak iaitu semua jabatan dan agensi sama ada kerajaan, bukan kerjaan ataupun swasta. Dan saya harap kita akan dapat kerjasama tersebut agar kita boleh merealisasikan objektif kita dan saya ingin menyatakan saya, Kerajaan Negeri akan terus menghadiri pelbagai program-program, seminar-seminar kerana inilah satu perkara baru yang perlu kita belajar. It is on this or something else?

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

So, sebelum tu, sebelum akhir boleh saya celah sikit? Tentang satu isu yang saya rasa dihadapi oleh semua-semua ADUN di sini. Tentang local issue di mana PBT. Isu-isu PBT. Kita seringkali bincangkan tentang illegal hawker, dan illegal structure, struktur haram. Permasalahan di sini adalah apabila sesuatu aduan ditujukan kepada PBT, memang pada

permulaannya aduan itu adalah satu perkara yang kecil. Tapi, selepas itu ditujukan tiada tindakan diambil sehingga, contohlah, saya struktur menjadi satu rumah, barulah nak diambilkan tindakan. Saya rasa yang ini mungkin akan create an issue lah after that. So, saya harap sebagai KT EXCO yang menjaga PBT, dapat berbincang dengan PBT-PBT, kedua-dua PBT agar satu mekanisme dapat diambil, untuk mengambil tindakan. Jika nak ambil tindakan, kami pun tak harap tindakan diambil. Tetapi haram memang haram. Kalau nak ambil tindakan, ambil tindakan dengan cepat dan bukan sehingga satu struktur sudah siap baru diambil tindakan atau penjaja haram tu sudah dapat mencari satu nafkah, income, baru kita ambil tindakan. So, yang ini permintaan saya rasa saya bercakap bagi semua pihak ADUN-ADUN di sini. Terima kasih.

Sememangnya apabila saya merupakan ADUN sahaja sebelum saya dilantik menjadi EXCO, penggal pertama. Itu saya mengalami sebagai ADUN. Sekarang saya sudah jadi EXCO Kerajaan Tempatan. Dan saya memang setuju itulah adalah permasalahan dia. Apabila kita lihat struktur-struktur haram sedang dinaikkan, tiada tindakan penguatkuasaan diambil, lepas naik, lepas beroperasi seperti apa yang Air Itam kata mereka ada buat berniaga dan sebagainya. Berbulan-bulan baru kemudian baru nak ambil tindakan. Jadi, itu permasalahan yang dahulu pun saya telah kata tindakan penguatkuasaan mesti diambil dengan cepat. Terutamanya terhadap mereka yang baru, yang haram supaya kita tidak dibelenggu permasalahan yang dinyatakan. Kerana at the end of the day ADUN will be the first person all of this people who enforcement action has been taken, will be the first person come to. So I fully support that and I, saya percaya pegawai-pegawai saya pada kedua-dua PBT ada di sini sila ambil maklum. Mungkin saya akan buat satu briefing dengan mereka untuk melihat apakah kelemahan-kelemahan dalam sistem yang tidak menyebabkan kita dapat ambil tindakan secara cepat. Apakah ia kekurangan manpower atau pun sebagainya. Terima kasih kepada Air Itam untuk cadangan yang baik tersebut…(gangguan).

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Sebelum habis, sikit lagi la. Okey. Tentang, nak tahu pandangan Yang Berhormat Datok Keramat tentang cadangan saya mengenakan cukai pintu dan cukai tanah yang lebih tinggi bagi rumah usang dan tanah terbiar yang tidak diselenggara dengan baiklah. Kerana masalah-masalah itu tadi banyak ADUN pun ada sebut kerana mungkin ada kes denggi, kes kesihatan, kes kacau ganggu dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu menggunakan lebih banyak tenaga, atau tenaga kerja atau tenaga wang untuk menyelesaikan masalah ini supaya owner itu tidak sewenang-wenangnya membiarkan masalah ini. Adakah cadangan saya akan dipertimbangkan oleh Majlis dan cadangan mengenakan cukai pintu atau cukai tanah yang lebih tinggi lah. Mungkin, mungkin, untuk value yang sama RM100, dia kena RM200 lah. Mungkin macam tu.

Sememangnya kebetulan apa yang dinyatakan KOMTAR berkenaan isu ini kita sedang menyelidik, ask we speak, di mana saya telah pun berbincang dengan Datuk Bandar yang berpendapat mungkin kita perlu kaji agar menaikkan cukai-cukai yang kita ada terhadap premis-premis yang terbiar supaya mereka either mengawalkan dia supaya, sekarang apabila premis terbiar, apa yang berlaku MBPP atau MPSP akan hantar notis kalau dia tak bersihkan dan sebagainya, kita masuk kita charge them. That is the procedure. So ada cadangan sepertimana KOMTAR nyatakan untuk kita lihat sama ada satu lagi kaedah ialah untuk mengenakan cukai yang lebih tinggi terhadap pemilik petak-petak yang membiarkan unit-unit mereka kosong tersebut. Dan kita akan utamakan kajian tersebut dan saya akan balik kepada KOMTAR. So, Dato’ Speaker saya ingin berakhir dengan menyatakan bahawa apa yang saya hujah dan cadangan-cadangan yang ada perlu sekali lagi kerjasama daripada semua pihak dan saya seru semua pihak supaya sokong usaha Kerajaan Negeri untuk menjadi bandar pintar bertaraf antarabangsa sekaligus mendokong visi Ketua Menteri iaitu dalam pengumuman Penang 2030 dia dalam menjadikan Pulau Pinang sebuah Negeri Pintar, Hijau, Berteraskan Keluarga Yang Menginspirasikan Negara.

Dan sebelum saya akhiri ingin saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai saya daripada Pejabat Perumahan, daripada Pejabat Perancang Bandar Dan Desa atau PLAN Malaysia di Pulau Pinang dan juga di pejabat Kerajaan Tempatan dan juga MBPP dan MPSP. Sekali lagi terima kasih dan saya harap kita dapat kerjasama supaya menjayakan visi dan misi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dengan itu, saya mohon menyokong, Dato' Speaker. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Datok Keramat. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Batu Maung, YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain.

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam harapan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah yang telah turut serta mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ke atas Ucapan Bajet 2019 oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri khususnya melibatkan portfolio Perdagangan Dalam Negeri dan Perdagangan Antarabangsa, Pembangunan Keusahawanan, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi yang diamanahkan kepada saya. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya menyambut baik ucapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ketika membentangkan Rang-Rang Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2019 di Dewan Undangan Negeri pada 9 November yang lalu. Dengan bertemakan Penang 2030, Negeri Pintar, Hijau Dan Berteraskan Keluarga Yang Menginspirasikan Negara. Tajuk ini, tema ini yang berketepatan sekali kerana institusi keluarga penting untuk sebuah negeri itu memakmurkan modal insan yang akan memberi manfaat dan menyumbangkan kepada negeri Pulau Pinang. Dan satu institusi keluarga itu Yang Amat Berhormat Ketua Menteri meletakkan visi Pulau Pinang 2030 itu, saya unit kecil perlu ada keperluan asas yang perlu dicukup pendidikan dan juga perlu meningkatkan ekonomi sebuah keluarga itu. Dalam satu keluarga besar yang lain di bawah Negeri Pulau Pinang, sebuah negeri masyarakat majmuk sudah tentunya keharmonian sebuah keluarga kecil ini digabungkan sebuah keluarga besar terdiri daripada pelbagai bangsa di Pulau Pinang ini, pelbagai bangsa, pelbagai agama dan budaya ini. Sudah tentunya kemantapkan institusi keluarga besar ini memberi manfaat kepada Negeri Pulau Pinang. Seterusnya, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, telah meletakkan negeri hijau di mana manusia, keseimbangan manusia dan alam sekitar itu menjadi fokus kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Seterusnya yang saya akan sentuh lebih sikit ialah tentang menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri pintar. Ini sudah disentuh oleh rakan saya daripada Datok Keramat tadi dari segi prespektif Smartcity, bagaimanapun, saya akan sentuh dai segi keusahawanan yang mana di bawah MMK yang diamanahkan kepada saya. Sebenarnya ucapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Kerajaan Negeri akan memacu ekonomi rakyat dengan menggalakkan penyertaan rakyat dalam perniagaan agar seiring dengan perkembangan era digital ekonomi dunia dan saya percaya hasrat yang Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menjadikan Pulau Pinang negeri pintar ialah untuk memacu rakyat untuk mengambil peluang era digital ekonomi dunia di mana teknologi digital akan mempengaruhi kehidupan manusia. Justeru itu, selari dengan visi negeri pintar ini, MMK Pembangunan Usahawan akan melaksanakan plane tindakan ataupun road map bagaimana teknologi digital ini dapat dimanfaatkan oleh rakyat Pulau Pinang untuk mencapai kualiti hidup yang lebih baik dan mengurangkan ketidakseimbangan antara masyarakat dan antara rakyat. Digital teknologi memberi pilihan kepada orang ramai untuk memanfaatkan teknologi dalam apa jua bidang, pendidikan, kesihatan, perniagaan, pertanian dan lain-lain.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Saya ingin membawa perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat, visi Penang 2030, yang ingin menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri pintar memang amat dialu-alukan dan berketetapan dengan era digital ekonomi yang kita sedang lalui sekarang. Elok kita… bukanlah saya nak bagi lecture tentang ekonomi digital. Ekonomi digital merujuk kepada ekonomi berasaskan digital computing technology. Istilah ekonomi digital atau pun digital economy…(dengan izin). Pertama kali disebut oleh seorang profesor penyelidik Jepun di kala Jepun mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 19, pertengahan 1990-an. Pada tahun 1995, Don Tapscott, seorang usahawan konsultan Kanada, daripada Kanada, telah menulis buku yang pertama tentang digital ekonomi ini bertajuk ‘Digital Economy Promise and Peril In The Age Of Networking Intelligence’ terjemahannya ialah ‘Ekonomi Digital, Harapan Dan Cabaran Menempuhi Era Networking Intelligence’. Inilah buku pertama bagaimana internet akan merubah cara atau model perniagaan dan kehidupan manusia. Kita juga tidak ingin, oleh itu kita juga tidak ingin rakyat dan usahawan dari Pulau Pinang ketinggalan dalam era ekonomi digital ini lagi. Lebih-lebih lagi mengikut Boston Consulting Group, nilai ekonomi digital dunia pada hari ini ialah sebanyak USD3 trilion. Saya juga mengalukan sekiranya kita dapat menubuhkan satu portfolio baru yang diberi nama Digital Economi Dan Komuniti untuk memaju dan digital dan sudah tentunya sebuah agensi khas diwujudkan untuk mempromosikan ekonomi digital dan komuditi ini. Melalui agensi ini, stakeholders seperti penjawat awam, swasta, NGO dan orang awam akan didedahkan dan diberi kefahaman ekonomi digital ini melalui seminar dan kursus-kursus. Kita mulakan di era digital ekonomi di bawah digital ekonomi ini, kita perlu nak mulakan transformasi digital. Ini yang perlu ada satu agensi khas. Kalau di Pusat kita ada Menteri Komunikasi dan Multimedia lepas itu di bawah Agensi Pusat kita ada MDEC. Di Pulau Pinang kita juga perlu, mungkin keperluan dan disebut oleh rakan saya tadi memang kita dalam proses untuk memacukan ekonomi digital ni. So, kalau di Pusat ada Multimedia dan Komunikasi dibawah YB. Gobind Singh dan ada MDEC yang memacu transformasi digital dan di Pulau Pinang juga InsyaAllah kita dalam usahakan portfolio, satu portfolio ekonomi, digital ekonomi. Perlunya satu agensi yang memacu, yang (dengan izin)….drive digital transformation di Pulau Pinang ini. Ini ialah kerana penting tahap kefahaman masyarakat tentang digital economy itu terlalu rendah. Sekarang orang sebut tentang Industri 4.0 dan istilah-istilah yang bagi setengah orang jargon, big data analytics, clouds, artificial intelligent, IOT, block change dan semua ini mungkin masih baru dan kefahaman kepada ramai rakyat ini amat kurang sekali. Sebab itu lah perlunya satu agensi khas untuk memacu kefahaman digital transformasi ini dan kita juga di masa hadapan akan berhadapan dengan cashless society banyak negeri kita dah apply atau laksanakan e-wallet di mana transaksi kewangan tidak lagi menggunakan wang kertas tetapi menggunakan coding dan digital. So inilah yang perlu Pulau Pinang segera memulakan ataupun melaksanakan transformasi digital ini. Di Singapura misalnya, pencapaian e-wallet adalah sebanyak 61%, Netherland 60%, Perancis 59%, di Malaysia baru 2%. Kita mungkin mendapati bahawa banyak pelancong-pelancong China yang ke sini membuat aduan yang kita masih lagi menggunakan wang kertas dan coin. Kalau di China, saya rasa penerapan di sana almost lebih daripada 70% tak lagi menggunakan wang kertas dan sekarang ini kita sebut tentang digital currency, bit coins, kripto currency. So ini perkara-perkara yang Negeri Pulau Pinang sesuai dengan arah visi 2030 menjadi negeri pintar perlu memacu segera digital transformasi ini. Oleh itu, sebagai EXCO yang diberi amanah, dipertanggungjawabkan dengan pembangunan usahawan, Insya-Allah kita untuk kalendar tahun depan, ini menjadi teras MMK ini untuk memberi pendedahan untuk usahawan-usahawan kita untuk embrace digital economy ini. E-commerce dan e-business akan menjadi kursus-kursus utama untuk para usahawan kita. Untuk maklumat Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat…(gangguan).

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Minta laluan. Terima kasih Yang Berhormat daripada Batu Maung atas penjelasan tadi khususnya di dalam inisiatif atau pun usaha Kerajaan Negeri untuk bergerak ke Industri 4.0 ini dan sememangnya saya pun bersetujulah dengan cadangan Yang Berhormat Batu Maung berkenaan dengan penubuhan sesebuah agensi yang khusus untuk melihat kepada industri-

industri yang berasaskan ekonomi digital ini. Tetapi pada masa yang sama, kita menggalakkan sektor digital ekonomi ini bergiat di Negeri Pulau Pinang. Pada masa yang sama juga kita haruslah menyedari tentang cabaran yang akan dibawa khususnya daripada ekonomi digital ini. Baru-baru ini kita dikejutkan bahawa Syarikat Media Prima telah diperas ugut dengan hacker yang telah menguncikan emel Syarikat Media Prima dan memeras ugut sebanyak 100 ribu bitcoin agar dia akan mengembalikan data tersebut dan mungkin, saya mungkin dapatkan pandangan Yang Berhormat Batu Maung, adakah kita sudah sedia dari segi keselamatan digital ini? Di mana kemungkinan besar kalau kita masih belum bersedia lagi, ekonomi digital kita akan terdedah daripada cabaran-cabaran yang dibawa khususnya ransom ware ataupun daripada hacker…(dengan izin) ini.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota, cabang kepada Industri 4.0 salah satunya ialah cyber security, dan ini antara perkara-perkara yang orang kata sebahagian daripada transformasi digital yang akan berlaku bila kita embrace digital ekonomi dan transformasi digital, cyber security ialah salah satu cabang yang perlu ada. Terima kasih Ahli Kawasan Pengkalan Kota. Seterusnya, saya berkesempatan bertemu, berbincang dengan KSU Kementerian Pembangunan Usahawan baru-baru ini dan kita minta lah selama ini kita 10 tahun terpisah dengan Kerajaan Pusat dan kita minta supaya satu (1) pusat, one-stop center untuk usahawan yang dalam itu juga akan melibatkan usaha-usaha memacu digital ekonomi itu diadakan di Pulau Pinang. Secara dasarnya telah dipersetujui, mungkin di Batu Maung lah. Tepuk sikit (Ahli Dewan menepuk meja) Maknanya pusat one-stop center untuk usahawan. Ini penting kerana ini memberi kesempatan, peluang untuk usahawan untuk jadikan tempat ini sebagai pusat untuk mereka merujuk dan mendapatkan bimbingan untuk bagaimana mereka dapat meningkatkan kecekapan dari semua segi bidang keusahawanan dan dalam bajet. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga baru-baru ini disebut tentang Industri 4wrd, Industri 4.0 tetapi istilah digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah Industri 4wrd. Sebanyak RM210 juta diperuntukkan untuk Industri 4wrd ini yang saya percaya di pihak MMK Pembangunan Usahawan Negeri Pulau Pinang akan manfaatkan RM210 juta yang diperuntukkan, yang ini sebahagian daripada digital ekonomi yang diperuntukan oleh Kerajaan Pusat. So inisiatif lain yang diberikan oleh Kerajaan Negeri seperti yang disebut oleh Ketua Menteri ialah sebanyak RM4 juta untuk seed fund, untuk technopreneur yang ada di @ CAT dah dipakai pun RM1.0 juta dan saya dimaklumkan setakat ini dah hampir RM3 juta telah diluluskan untuk tabung seed fund untuk usahawan-usahawan teknologi ini. Ini inisiatif yang amat penting kerana kalau kita lihat, satu e-commerce, yang keduanya ialah memacu digital entrepreneur. Digital entrepreneur ni kalau saya bagi contoh ialah e-book, Grab, Grab tu digital entrepreneur lah untuk memberi contoh dan kita kena banyakkan yang ini. Kalau dulu kita biasa dengan facebook, tentang apple, tetapi kita lihat teknologi berubah. Kalau dulunya Amerika menjadi pusat kecemerlangan teknologi, tetapi sekarang sudah berpindah kepada sebelah timur Negeri China, Jepun dan Korea dan kita lihat dulu Jack Ma, Alibaba nya, di negeri China. Inilah yang akan kita di portfolio saya MMK Pembangunan Usahawan, kita nak cuba hasilkan kita anak-anak Pulau Pinang ada yang berjaya menjadi Jack Ma dan Michael Zuckerberg. Seterusnya, apa yang disebutkan ini ialah menjawab soalan Ahli Kawasan Teluk Bahang yang membangkitkan tentang apakah langkah-langkah untuk Kerajaan Negeri membantu usahawan-usahawan muda dalam era digital. Seterusnya saya ingin menjawab soalan yang diberikan oleh Ahli Kawasan Machang Bubuk tentang sosial enterprise. Kerajaan Negeri sehingga kini belum memulakan inisiatif sosial enterprise ini. Sosial enterprise ini adalah organisasi ataupun mungkin sebuah bisnes yang menjadikan usaha kebajikan seperti pembasmian kemiskinan atau memelihara alam sekitar sebagai contoh sebagai misi utama dan menggunakan model perniagaan syarikat untuk membiayai golongan-golongan yang kurang mampu mengangkat mereka menjadi usahawan. Di Pulau Pinang kita belum mulakan lagi. Inisiatif ini dimulakan di bawah Kerajaan Pusat pada 2015 hingga 2018 oleh MaGIC iaitu Malaysia Global Innovation & Creativity Center pada 2015 hingga 2018 dan diperuntukkan sebanyak RM20 juta. Kalau bajet baru ini 2019 bajet Kerajaan Pusat memperuntukkan RM10 juta untuk sosial enterprise. Satu contoh sosial enterprise ialah Yayasan Air Asia. Kalau kita baca majalah di dalam pesawat Air Asia itu kita nampak contoh-contoh bagaimana Yayasan Air Asia Foundation.

Inilah satu contoh sosial enterprise, bagaimana mereka membantu usahawan-usahawan, mengenalpasti usahawan-usahawan luar bandar, usahawan-usahawan yang mengangkat mereka, yang ada kapasiti untuk menjadi usahawan yang berjaya di bawah sosial enterprise ini. ADUN Sungai Dua mengesyorkan agar Kerajaan Negeri meneruskan skim bantuan modal pinjaman mikro kredit kepada usahawan yang memerlukan untuk manfaatkan rakyat dan memantau kutipan bayaran balik SPH dan untuk makluman, saya dah beri jawapan bertulis. Kita Alhamdulillah mencapai kutipan bayaran balik ini pada kadar yang cukup tinggi, 85%. ADUN Bukit Tambun turut bertanya tentang untuk menambah peruntukan ini kepada RM2 juta dan tambahan ini bergantung kepada utilization…(dengan izin), habis kita akan tambah lagi. Setakat ini masih lagi belum gunakan sepenuhnya. Seterusnya ADUN Penanti membangkitkan isu berkaitan interest ataupun soft loan yang dikenakan oleh bank seperti Agro Bank sebanyak 3.75% jauh lebih murah berbanding 8% interest charge yang dikenakan oleh Tabung Skim Pinjaman Harapan. Dulunya skim ini dinamakan Pinjaman Titian Saksama Rakyat (PTSR). Saya cukup keliru, saya ingat UPSR. So kita tukar kepada SPH Skim Pinjaman Harapan, pendek sahaja, tiga words. Jadi kita hanya kenakan 8% caj ini untuk tahun kedua. Setelah langsaikan pinjaman itu, kalau tahun pertama tidak ada caj. Tahun kedua bila dia meminjam semula baru kita kenakan caj ini. ADUN Penanti juga mengesyorkan agar Kerajaan Negeri mengambil alih bangunan -bangunan terbiar seperti Perda City Mall, Seberang Jaya, yang boleh dijadikan pusat pemasaran one-stop center dan Tapak Ekspo Seberang Jaya direjuvenasikan seperti pasar borong di Singapura untuk dijadikan premis perniagaan kepada usahawan. Kita mengambil pertimbangan kawasan-kawasan yang disebutkan di sini. Sekarang ini Perda pun belum ada pengerusinya lagi dan ini mungkin antara premis-premis yang saya sebut tadi, kita tengah mencari satu premis one-stop center untuk usahawan yang akan diuntukkan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri, ini adalah tempat-tempat yang boleh kita pertimbangkan. Seterusnya mengenai MMK Hal Ehwal Pengguna. Selepas Kerajaan Persekutuan ditadbir oleh Pakatan Harapan pada 9 Mei 2018, barulah hubungan rasmi berkaitan hal kepenggunaan dan koperasi dapat terjalin antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Sebelum ini terdapat jurang dan tembok pemisah yang merencatkan perancangan Kerajaan Negeri berkaitan hal kepenggunaan dan koperasi, kerana hubungan kurang mesra antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan ketika itu pada 4 Julai 2008, Kerajaan Negeri terpaksa menubuhkan sukarelawan kumpulan pemantau pengguna di setiap KADUN bagi membantu Kerajaan Negeri. Maka bermula Januari 2019, Kumpulan Pemantau Pengguna itu akan digantikan dengan Kumpulan Gerakan Pengguna Daerah agar selaras dan berpadu dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Gabungan Pengguna Daerah (GPD) akan dipengerusikan oleh pengerusi yang dilantik oleh EXCO Hal Ehwal Pengguna serta keanggotaan oleh seorang wakil bagi setiap ADUN, keanggotaannya seramai 15 orang akan melibatkan agensi-agensi kerajaan di peringkat daerah serta individu yang aktif dalam bidang kepenggunaan, persatuan pengguna dan perwakilan dari badan-badan perniagaan setempat. Bidang tugas JPD merangkumi perkara-perkara berikut :-1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kepenggunaan bagi peringkat daerah. 2. Memberi pandangan kepada Gerakan Pengguna Negeri dalam sebarang perkara yang berkaitan dengan kepenggunaan. 3. Membantu menyiasat dan mengemukakan isu-isu kepenggunaan di peringkat daerah. 4. Membantu menggerakkan skuad pengguna. 5. Membantu dalam program aktiviti anjuran KPDNHEP negeri dan cawangan. Pihak saya merancang akan mengadakan taklimat tentang GPD kepada setiap ADUN dan Majlis Penyampaian Watikah kepada Jawatankuasa GPD ini akan dilaksanakan pada bulan Disember 2018. Gerakan Pengguna Daerah terletak di bawah Gerakan Pengguna Negeri, GPD terletak bawah GPN yang dipengerusikan oleh Pengerusi Gerakan Pengguna Negeri iaitu Pengarah Negeri

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan dianggotai oleh pengerusi bersama iaitu EXCO Hal Ehwal Pengguna dan wakil-wakil dari Persatuan Pengguna, perwakilan dari badan-badan Perniagaan Negeri, agensi-agensi Kerajaan di peringkat Negeri dan Pengerusi GPD iaitu Gerakan Pengguna Daerah. GPN ditubuhkan untuk menyediakan satu forum rasmi bagi membincang dan mengatasi masalah kepenggunaan di peringkat negeri. Ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian untuk memberi perhatian kepada lebih ramai penduduk khasnya di peringkat negeri dan daerah yang pada masa ini kekurangan saluran untuk menyuarakan masalah kepenggunaan mereka. Dengan adanya GPN, Kementerian telah mewujudkan satu saluran membolehkan semua pihak untuk sama-sama membincangkan dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pengguna. Di peringkat kebangsaan ataupun di peringkat Persekutuan terdapat Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan (MGPK) yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan dianggotai oleh semua Pengerusi Gerakan Pengguna Negeri. Kita harapkan dengan penubuhan Gerakan Pengguna di peringkat Daerah, Negeri dan Persekutuan itu nanti akan melancarkan usaha bersepadu menanggani isu kepenggunaan. Seterusnya saya ingin sentuh tentang MMK Koperasi. Sejak 2008 sebanyak 428 koperasi baru telah ditubuhkan di Pulau Pinang dan didaftarkan oleh SKM iaitu Suruhanjaya koperasi Malaysia, menjadikan jumlahnya sehingga September 2018 adalah 724 buah koperasi. Daripada jumlah tersebut 503 koperasi aktif terdiri daripada 373 koperasi dewasa dan 130 koperasi sekolah. Koperasi mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1962, dimulakan dengan koperasi jimat cermat dan pinjam meminjam. Bagi merancanakan penambahbaikan Gerakan Koperasi di Negeri Pulau Pinang, pelbagai aktiviti dijadualkan bersama SKM dan ANGKASA Negeri Pulau Pinang yang melibatkan semua jenis koperasi termasuklah koperasi sekolah. Tiga objektif yang telah dilaksanakan bermula Jun 2018 sehingga November 2018 adalah seperti berikut :-1. Memperkukuhkan jaringan perniagaan koperasi sedia ada. 2. Memperkasakan produk-produk dan perkhidmatan koperasi. 3. Pengiktirafan kepada gerakan koperasi Sekolah. Kerajaan Negeri telah membantu dengan jayanya Konvensyen Young Entrepreneur Strive For Success ataupun (YESS) peringkat Negeri Pulau Pinang 2018 dan peringkat kebangsaan. Inilah merupakan satu program yang diadakan memberi peluang kepada Koperasi Sekolah sebagai platform untuk mereka mempertandingkan produk dan perkhidmatan koperasi sekolah dan memupuk budaya keusahawanan di peringkat pelajar sekolah. Berikut adalah program-program MMK Koperasi yang telah dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak, kita adakan pada 27 – 28 Ogos dan 10 September 2018, kita adakan Program Memperkasakan Usahawan Koperasi Pulau Pinang untuk khas Koperasi untuk Koperasi SKM bersama MMK Koperasi juga menyertai Perarakan Hari Kebangsaan seterusnya yang saya sebutkan tadi 29 September, Konvensyen Young Entrepreneur Strive For Success peringkat sekolah Negeri Pulau Pinang dan seterusnya ada satu lagi yang kita adakan pada 17 November ini iaitu bagaimana kepenggunaan dan keselamatan rumah yang kita akan adakan pada 17 November ini di Dewan Millenium. Setakat ini sebanyak RM97,200 telah dibelanjakan untuk program-program koperasi dalam tempoh enam (6) bulan daripada tahun ini.

Peranan seterusnya di bawah MMK Perdagangan Dalam Negeri Dan Antarabangsa. Kerajaan Negeri telah membawa beberapa usahawan untuk menyertai rombongan perdagangan dan pelaburan ke negara-negara berikut bagi tujuan promosi dan perbadanan perniagaan business matching. Pertama pada bulan Julai, 12 hingga 15 Julai iaitu Expo World HAPEX di Songkla dan keduanya ialah pada 19 dan 22 Julai Conference 4th IMT-GT di Prince Of Songkla University Thailand, ketiga ialah 19 dan 24 September, Deligasi Pulau Pinang menyertai Global Entreprenuer Network Asia Conference in Digital Thailand, pada Oktober kita bersama MITI buat pertama kali bersama MITI kita sertai deligasi Trade and Investment Mission…(dengan izin) di Japan dan Republic Of Korea. Seterusnya kita juga menerima kunjung daripada Delegasi Perniagaan dan Perdagangan Zimbabwe yang untuk mengajak usahawan Pulau Pinang ke Zimbabwe sebuah negeri yang baru sahaja bertukar presiden yang ada potensi untuk usahawan Pulau Pinang untuk manfaatkan sebuah negeri yang baru buka ruang pelaburan di Zimbabwe,

seterusnya pada Oktober yang lepas seramai 13 usahawan Pulau Pinang menyertai Trade Expo Indonesia di Baten dan Bandung Indonesia.

Seterusnya saya ingin sentuh tentang Penang International Halal Hub, perkembangan agresif Sektor Industri Halal Pulau Pinang jelas terbukti dengan penganjuran Ekspo dan Persidangan Halal Antarabangsa (PIHEC) selama 9 tahun berturut-turut sejak tahun 2010 dalam usaha membangunkan dan memperkembangkan Industri Halal Tempatan ke persada global. PIHEC seterusnya pada tahun hadapan iaitu PIHEC ke-10 akan diadakan pada 1 hingga 3 Mac 2019.

Berhubung saranan YB. Bukit Tambun tentang agar industri Halal diperluaskan kepada Industri Kecil dan Sederhana. Ingin saya maklumkan bahawa peruntukan undang-undang untuk persijilan halal adalah choice, satu pilihan dan bukanlah mandatory kepada semua industri dan pengiktirafan halal adalah satu standard, dia bukan untuk orang muslim sahaja pengiktirafan halal ini adalah satu piawaian….(gangguan).

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta pencerahan untuk YB. Batu Maung yang saya highlight kan memang untuk usahawan Melayu dan juga muslim bagi saya, saya dan industri makanan saya memiliki persijilan halal tetapi di kebanyakan industri IKS atau Industri desa di Kampung termasuk di Pulau Aman. Kerepek, belacan semua tiada persijilan halal kalau bagi saya seorang bukan muslim bawa keluar dari Pulau Aman dijual tiada orang akan beli dengan saya. Bererti Industri Desa dan Industri IKS yang diusahakan oleh muslim hanya dapat dipasarkan di antara komuniti yang mengenali mereka, tidak dapat dipasarkan keluar dari Negeri Pulau Pinang. Jangan cakap lagi dieksport ke negara-negara Islam itu yang saya tekankan, memang banyak IKS Industri Desa terutama usahawan wanita di desa memang produk mereka tidak dapat dipasarkan.

Ya, Bukit Tambun saya setuju sekali selepas ini PISH ada teruskan dengan out reach program maknanya semua industri kecil, muslim atau non-muslim supaya mengambil kesempatan piawaian halal ini supaya tidak ada keraguan untuk dan boleh diketengahkan ke pasaran luar Pulau Pinang dan juga pasaran antarabangsa, sebenarnya saya tak dapat detail statistik sebenarnya banyak OEM halal yang mendapat pengiktirafan halal Pulau Pinang ini adalah daripada bukan muslim dan mereka mendapat pasaran luas di Europe khususnya dan baru-baru ini kita juga mendapat banyak enquiry daripada Japan untuk Olimpik Jepun untuk usahawan kita bekerjasama, JV dengan usahawan Jepun untuk sediakan halal untuk persediaan Olimpik 2020.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Minta laluan, terima kasih atas pertanyaan daripada Yang Berhormat Batu Kawan, saya bersetuju sekali, Bukit Tambun sorry, Bukit Tambun saya bersetuju sekali dengan pandangan beliau kerana di kawasan saya juga terdapat usahawan wanita khususnya yang berkaitan dengan IKS dan saya yakin kebanyakan daripada produk muslim khususnya menginginkan Certificate Halal ini mungkin ada syarat-syarat tertentu untuk mendapatkan pensijilan halal dan kebanyakannya IKS ini biasanya produk yang dikeluarkan secara kecil-kecilan. Jadi bagaimanakah kerajaan melalui pihak EXCO dapat membantu untuk kumpulan-kumpulan ini mendapatkan sijil halal. Maksudnya mungkin ada gabungan secara berkelompok ataupun cadangan masa hadapan untuk membantu golongan-golongan ini mendapatkan Certificate Halal ini. Terima kasih.

Terima kasih Permatang Berangan di atas soalan yang diberikan. Sebenarnya Pejabat MMK Pembangunan Usahawan kita mempunyai satu unit yang boleh usahawan ini rujuk untuk program-program macam ini maknanya out reach untuk turun kalau YB. perlukan bantuan kita mengumpul usahawan-usahawan ini kita akan hantar satu unit yang terdiri daripada maknanya pakej daripada pensijilan halal, bimbingan sijil halal, kadar e-commerce ini yang kita akan mulakan tahun depan bagi dia pendedahan dan keperluan e-commerce dan bila e-commerce dah tentunya bila meningkatnya permintaan adalah e-commerce itu diperlukan pinjaman,

perlukan mesin. Ini juga kita ada agensi-agensi negeri dan Kerajaan Pusat yang akan membantu dan seterusnya kadang-kadang dia perlukan bimbingan packaging dan juga bagaimana untuk masuk ke industri pengeksportan barang-barang ini. Sekarang mulai tahun depan kita ada satu unit khas yang akan boleh mana-mana usahawan rujuk untuk mendapatkan bimbingan kepada usahawan IKS kita. Seterusnya Sungai Dua, saya telah jawab mengenai isu penyediaan gelatin halal dalam industri halal khususnya industri makanan. Syor Kerajaan Negeri memberi perhatian dalam isu makanan berasaskan gelatin halal dan kenalpasti sumber yang halal ini penting sekali. Sebenarnya kita masih mencari-cari organisasi yang boleh membantu Kerajaan Negeri. Sebenarnya kita dulu ada anak syarikat yang bergiat dalam ini dan sekarang ini kita masih mencari mereka yang benar-benar mampu menghasilkan gelatin halal untuk kita bantu usahawan halal Negeri Pulau Pinang.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Minta laluan sekali lagi Yang Berhormat Batu Maung. Sebelum ini, Yang Berhormat ada menyebut tentang koperasi, saya nak tanya tentang status Tabung Pusingan Modal. Bagaimanakah permohonan untuk dapat Tabung Pusingan Modal dibuat kerana saya difahamkan ada kadang-kadang banyak birokrasi dan syarat-syarat tertentu yang menyebabkan permohonan itu tidak diluluskan? Mohon penjelasan

SKM menyediakan satu tabung khas sebenarnya cukup mudah kalau ada masalah kita dah banyak membantu SKM. Sekarang ini mengamalkan pintu terbuka dan kita dapati banyak koperasi-koperasi yang tidak aktif sekarang ini mendapat lonjakan apa ini sumbangan untuk bergiat semula dalam mengaktifkan cuma mereka kadang-kadang tidak tahu apa bidang-bidang perniagaan yang sesuai. Jadi sekarang ini dengan mengurus SKM di Pulau Pinang ini kita lihat banyak aktiviti untuk membantu koperasi-koperasi yang letih. Saya panggil yang letih. Mereka ada koperasi tetapi mereka tidak tahu apa jenis perniagaan yang boleh mereka ceburi.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Minta laluan. Saya minta yang mana syarikat-syarikat yang bersama dengan Program PIHH. Ada tak syarikat-syarikat yang terlibat yang mengalami kerugian dalam ataupun kita minta yang rugi? Yang untung tak apa la. Kita minta yang rugi.

PIHH, ada anak syarikatnya ialah yang PIHH Penang Internnational Halal Hub mempunyai 50% kepentingan dalam sebuah syarikat yang dinamakan, yang bernama PH Gelatin Farm Sdn. Bhd. Ini sebenarnya ditubuhkan untuk mengeluarkan, menghasilkan, menyelidik dan mengeluarkan gelatin. Tetapi syarikat ini mengalami sedikit masalah, mengalami kerugian, kerugian mencecah RM721,000.00 dan saya baru ambil alih dan itu sebab kita tanya Sungai Dua bagaimana nak rujuk ada tak mereka yang disebutkan di Bangladesh ada syarikat yang memang dah establish dalam menghasilkan gelatin ini. Kerana anak syarikat PIHH yang terlibat sama dalam anak syarikat ini telah pun pengurusannya telah tiada lagi. So, ya, Syarikat PH Gelatin Farm Sdn Bhd. Memang mengalami kerugian dan kita dalam Mesyuarat Board PIHH akan datang kita akan bincang apa tindakan seterusnya.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Terima kasih Batu Maung. Isu gelatin halal ini saya memang amat ambil berat sebab setiap kali sidang DUN saya sentuh tentang isu gelatin. Sebab dia berkait dengan pemakanan orang Islam nak makan. Dia gunakan banyak bahan yang ada gunakan gelatin nak buat kek dan sebagainya. Sumber gelatin yang halal itu amat penting. Dalam PIHH ini dalam kilang-kilang yang industri halal ini tak banyak yang buat benda ini. Dia cuma menghasilkan produk halal. Tapi dia tak hasil gelatin halal sumber halal gelatin halal. Saya memang ada sumber ini mungkin boleh bincang untuk maslahah umum. Maslahah orang Islam bukan kita nak apa-apa. Kita nak pastikan yang sumber halal itu boleh diambil alih syarikat bawah Kerajaan Negeri untuk laksanakan. Kita boleh bagi buat. Mungkin ada perbincangan. Bukan ada apa projek belakang.

Ini depan-depan. Untuk kita pastikan gelatin halal ini disediakan. Dalam kita menguruskan industri. Dan satu lagi tentang berbalik tadi saya tertinggal penguatkuasan dari segi harga barang. Jadi kita lihat barang ini tak berapa turun sangat pun. Masih lagi. Jadi bila harga barang naik ini dia susah sikit nak turun. Payah nak turun balik. Jadi nampak kita buat cara macam-macam dia masih lagi dalam kedudukan yang agak tinggi. Jadi kita kena pastikan penguatkuasaan kita buat betul-betul. Buat sungguh-sungguh, ramaikan yang golongan sukarelawan yang pergi check harga. Tapi dia bukan tangkap, dia pantau sahaja dan laporkan kepada agensi. Kena ada banyak agensi penguatkuasaan. Kalau tidak dia tak akan memberi kesan baik kepada masyarakat dan rakyat negeri di Pulau Pinang dari segi harga barang, Terima Kasih.

Terima Kasih Sungai Dua. Seperti yang saya sebutkan tadi kita memang dah tubuh rakan pengguna daerah yang kata 15 orang setiap KADUN dan inilah yang mungkin kita minta membantu kita dalam mengawasi harga dan juga mamantau isu-isu kepenggunaan di bawah bukan sahaja kawalan harga harga tetapi isu-isu kepenggunaan. Seterusnya saya ucapkan terima kasih kepada Bagan Dalam di atas pengiktirafan tentang perkembangan PIHH dalam sungguhpun kita ada sedikit kecacatan dari segi anak syarikat kita tetapi PIHH melalui Taman Perindustrian Halal Pulau Pinang setelah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM726.7 juta bagi fasa satu, RM484 juta fasa dua, RM242.76 juta. Dan saya percaya melalui PIHH ini ada peluang dan ruang untuk terus maju terus meningkatkan kecekapan dan juga membantu industri-industri di Pulau Pinang untuk menceburi industri halal di peringkat antarabangsa seterusnya. Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Sungai Acheh supaya PIHH mengorak langkah dan mengenalpasti negara-negara yang baru nak membangun menghadapi masalah nak mendapati makanan halal dengan menggalakkan pengusaha Pulau Pinang melabur negara-negara membangun dalam aspek industri halal. Saya mengambil saranan ini dan antara beberapa buah negeri kita akan terus melawat seperti yang dicadangkan oleh Sungai Acheh adalah negeri yang Kemboja, Jepun, Thailand, dan juga Vietnam. So, dan saya sebutkan tadi di Zimbabwe juga meminta kita untuk membantu dalam industri halal ini. Dan akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang telah banyak membantu kita dalam semua portfolio yang telah diamanahkan kepada saya. Insya-Allah tahun depan kita akan mantapkan kesemua portfolio ini dan juga Industri PIHH. So, saya dengan ini menyokong ucapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih YB. Batu Maung. Dipersilakan Ahli Yang Berhormat Ahli Kawasan Tanjung Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bermula dengan merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas pembentangan Belanjawan 2019 yang telah berjaya merangkakan hala tuju yang jelas bagi pembangunan negeri Pulau Pinang sehingga ke tahun 2030 sebagai Negeri Pintar, Hijau dan Berteraskan Keluarga yang Menginspirasikan Negara. Sesungguhnya Negeri Pulau Pinang telah pun menjadi inspirasi kepada negara apabila berani merubah pada tahun 2008 dengan memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Harapan buat kali pertama. 10 tahun kemudian rakyat di serata Malaysia telah mengikuti jejak langkah Pulau Pinang dengan memenangkan gabungan Pakatan Harapan di peringkat Kerajaan Persekutuan. Saya percaya keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Harapan adalah berasaskan sedikit sebanyak kepada kejayaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2008 yang telah membuktikan bahawa kita mampu mentadbir dengan cekap, akauntabiliti dan telus serta senantiasa mengutamakan kebajikan dan kemaslahatan rakyat.

Tuan yang di-Pertua. Saya ingin memulakan ucapan penggulungan saya dengan merakamkan ucapan syabas dan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan Negeri 2019, khususnya berkaitan dengan isu-isu kerja raya, utiliti dan tebatan banjir untuk dibawa ke perhatian Kerajaan Negeri. Beberapa isu dan cadangan baru telah dibangkitkan dan pentadbiran ini pastinya akan sedaya upaya memberi perhatian ke atas cadangan yang bermanfaat dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Pulau Pinang. Tuan Yang di-Pertua sukacita dimaklumkan bahawa pada masa ini Kerajaan Negeri giat meneruskan pelaksanaan 16 projek pembinaan dan menaik taraf jalan yang telah diperincikan dalam Belanjawan 2018 dengan peruntukan pembangunan berjumlah RM12,448,738.17, selaras dengan notis perubahan melalui kelulusan oleh Jabatan Kewangan Negeri di mana 3 projek telah pun siap pembinaan, 6 projek lagi dalam peringkat pembinaan, 6 projek dalam peringkat reka bentuk dan kerja awalan dan 1 projek tertangguh. Kerajaan Negeri senantiasa memastikan pembangunan infrastruktur yang lestari dan seimbang di negeri ini. Sehubungan dengan itu, setiap projek infrastruktur dirangka dengan teliti berdasarkan kepada keperluan semasa dan peruntukan yang tersedia. Izinkan saya merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua yang memohon agar Kerajaan Negeri memberikan perhatian kepada jalan-jalan kampung dengan mendapatkan peruntukan menaiktaraf jalan-jalan kampung daripada sumber lain, yakni Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Sebagai mana Yang Berhormat sedia maklum, jalan-jalan kampung terletak di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah dan Tanah dan sebanyak RM2 juta diperuntukkan di bawah peruntukan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf jalan-jalan kampung bagi tahun 2019. Saya akui jumlah ini tidak mencukupi dan menyambut baik saranan Yang Berhormat agar peruntukan lain diusahakan. Sememangnya di bawah Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kerja Raya dan Utilti, jabatan-jabatan yang bertanggungjawab sepatutnya membawa cadangan berkaitan apa sahaja penambahbaikan infrastruktur termasuklah jalan raya untuk mengenalpasti kaedah dan keperluan pembaikan atau penaiktarafan. Dalam hal ini cadangan ADUN Kawasan kepada Pejabat Daerah dan Tanah setelah dibincangkan lanjut bersama jabatan dan agensi lain akan dibawa kepada perhatian jawatankuasa ini yang diurusetiakan oleh pihak JKR. Sekiranya peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) perlu dimohon, maka prosedur dan peruntukkan berkenaan di bawah kementerian ini akan diikuti. Sebagai makluman tambahan antara kriteria wajib yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk penaiktarafan jalan-jalan kampung adalah seperti berikut. Pertamanya jalan-jalan yang dibina atau dinaik taraf harus memberi manfaat kepada lebih daripada 100 pengguna di kawasan sekitarnya. Kedua, jalan yang memberi kemudahan perhubungan kepada pusat-pusat kesihatan atau klinik, sekolah, masjid atau surau, pasar pusat-pusat riadah dan kemudahan awam yang lain. Ketiga, jalan yang menyambungkan di antara sebuah kampung dengan kampung lain dan atau menghubunglan dengan jalan besar. Akhirnya jalan kampung yang menghubungkan pekan kecil pusat kegiatan ekomoni, perniagaan, pusat industri kecil atau pusat pertumbuhan desa. Tuan Yang di-Pertua merujuk kepada soalan yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua mengenai status pembaikan cerun bukit yang telah dilaksanakan menggunakan peruntukan RM10 juta pada tahun ini. Bagi makluman Yang Berhormat, status terkini berkaitan peruntukan RM10 juta untuk pelaksanaan kerja-kerja pembaikkan 4 cerun di Jalan Taman Tun Sardon kini pada peningkatan penilaian tender, setelah tarikh tutup tender pada 25 Oktober baru-baru ini. Saya difahamkan Lembaga Tender akan bermesyuarat akhir bulan ini bagi melantik kontraktor. Kerja-kerja pembaikan cerun ini dijangkakan bermula pada Januari tahun 2019 dengan tempoh pembinaan selama 44 minggu. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Kebun Bunga memohon agar Kerajaan Negeri mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan Suruhanjaya Kejuruteraan Sivil dan Geoteknikal yang berkelayakan dan diiktiraf untuk membuat pemantauan projek dan siasatan selanjutya membentangkan hasil siasatan dalam Dewan yang mulia ini. Bagi makluman Yang Berhormat, antara terma rujukan jawatankuasa khas siasatan projek jalan berkembar di Bukit kukus yang telah diputuskan dalam mesyuarat EXCO, oleh EXCO Negeri Pulau Pinang. Selain daripada mengenalpasti punca kejadian dan siapa yang

bertanggungjawab adalah untuk mencadangkan penambahbaikan kepada garis panduan sedia ada berhubung kerja-kerja pembinaan yang melibatkan lereng bukit. Saya sendiri rasa ada perlu kita memperketatkan garis panduan dari segi prosedur, pemantauan serta penguatkuasaan ke atas kerja-kerja pembinaan di kawasan-kawasan yang sensititif agar dapat mengelak daripada berlaku tragedi pada masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua. Saya memerhati bahawa Yang Berhormat Bertam telah membangkitkan isu berhubung dengan sistem perparitan di kawasan Bertam yang terlibat dengan projek menaiktaraf jalan dari dua lorong ke empat lorong di mana Yang Berhormat memohon agar penelitian terperinci dibuat terhadap kecekapan pengaliran air ke parit buang untuk memastikan tidak berlaku banjir menenggelami kawasan projek dan kawasan berdekatan. Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada Yang Berhormat atas keprihatinan dalam isu ini. Projek penaiktarafan jalan ini sebenarnya boleh digunakan sebagai opportunity, peluang untuk menangani masalah banjir di kawasan yang terbabit kerana skop projek juga merangkumi penaiktarafan longkang di sepanjang jajaran. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, sistem perparitan yang dimaksudkan itu adalah terletak di dalam kawasan perindustrian oleh itu memerlukan keizinan tuan tanah terlibat. Perkara ini telah dibincangkan bersama Pejabat Daerah dan Tanah SPU, JKR, Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP serta JPS pada Ogos 2018. Tambahan kepada itu saya telah melakukan lawatan tapak bersama-sama Yang Berhormat sendiri, sekali dengan pihak JKR, MPSP dan JKKK setempat pada 22 Oktober 2018 yang lalu. Seperti mana yang telah dipersetujui perbincangan susulan selanjutnya akan diadakan dalam masa terdekat dan Yang Berhormat akan dijemput untuk turut serta agar perkara ini dapat kita merancang dengan baik. Saya yakin dengan kerjasama semua pihak kita mampu mencari penyelesaian yang sekaligus dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya izinkan saya menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Berangan berhubung kemalangan jalan raya yang kerap berlaku di simpang tiga, Tasek Gelugor dan keperluan memasang lampu isyarat di simpang tiga ini. Bagi makluman Yang Berhormat, MPSP dan JKR telah bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk pemasangan lampu isyarat di simpang tiga Thaitong, Tasek Gelugor. Laporan kajian impak lalu lintas atau pun traffic impact assessment yang dikemukakan oleh pemaju juga telah menunjukkan terdapat keperluan lampu isyarat di persimpangan tersebut. Sehubungan itu MPSP dan JKR telah mensyaratkan kepada pemaju untuk melaksanakan pemasangan lampu isyarat di situ. Moga-moga dengan adanya lampu isyarat ini dapat dielakkan kemalangan pada masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Dalam, berkenaan BORR, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth di mana kutipan tol dibuat di Perai dan Bagan Ajam tetapi penyelenggaraan jalan kurang memuaskan. Seperti mana Yang Berhormat maklum, penyelenggaraan BORR di Perai dan Bagan Ajam adalah di bawah bidang kuasa pihak BORR. Walau bagaimanapun MPSP telah menghantar surat peringatan pada 13 November, baru ini supaya isu ini diselesaikan dengan kadar segera. Surat ini juga telah disalinkan kepada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk mengambil tindakan dan penguatkuasaan sewajarnya bagi pelaksanaan kerja-kerja yang berkaitan di bawah seliaan agensi tersebut.

Yang Berhormat Bagan Dalam juga ada membangkitkan …(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Sebelum pergi ke isu lain, BORR ini, ini bukan kali pertama surat ditulis, surat peringatan ditulis kepaca BORR, masa saya jadi Ahli Majlis dalam setahun itu, dua kali, tiga kali ditulis malah pihak BORR juga telah dipanggil untuk menganggotai Jawatankuasa Lalu Lintas di MPSP tetapi masih sama. Dahulu memanglah mereka ingat mereka di bawah Kerajaan Persekutuan, untouchables, BORR memang tidak patuh kepada apa yang kita cadangkan dan seringkali memberikan alasan bahawa ini bukan tanggungjawab kita tetapi tanggungjawab mereka seolah-olah ambil duit daripada rakyat melalui tol sahaja. So saya berharap sekarang dengan adanya Kerajaan Persekutuan yang baru sikap BORR pun akan berubah. Saya berharap pihak Yang Berhormat akan memberi penekanan dalam isu ini.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Saya pun berharap begitu Yang Berhormat dan sekiranya kali ini mereka engkar dan tidak mematuhi saranan maka kita boleh berhubung dan mengambil tindakan yang lanjut. Tetapi buat masa ini saya rasa kita bagi chance lah, baru tukar kerajaan. Yang Berhormat Bagan Dalam ada membangkitkan isu permohonan untuk bina penggunaan bonggol di Sekolah Kebangsaan Sungai Nyior tetapi tidak diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah kerana tertakluk kepada dasar sedia ada, dan sama ada dasar berkenaan dapat dipinda bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Sebagai maklumat Yang Berhormat, saya percaya bahawa when there is a will there is a way, apa-apa dasar tidak semestinya terpahat dalam batu buat selama-lamanya. Sudah tentu sekiranya terdapat keperluan untuk mengkaji semula sesuatu dasar maka kita boleh melakukannya. Yang Berhormat ada menggunakan contoh kes kemalangan yang berlaku di SJKC Kwang Hwa, Batu Uban. Sukacita saya memaklumkan bahawa bonggol jalan dalam bentuk speed table telah pun siap dibina pada 28 September 2018 seperti mana Batu Uban ada maklumkan pada hari itu. Bagi maklumat Yang Berhormat, bonggol jalan sebenarnya adalah satu kemudahan yang amat berkontroversi kerana ada masanya disukai dan ada masanya dibenci oleh pengguna jalan raya. Kadangkala ia juga membahayakan kepada penunggang motosikal. Maka penggunaannya harus diberi pertimbangan dan penilaian yang amat serius oleh pihak penguasa jalan dan tidak boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya. Penggunaan kemudahan ini tertakluk kepada keperluan untuk redaan trafik bagi meningkatkan tahap keselamatan dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Bagi kes di Sekolah Kebangsaan Sungai Nyior, JKR sedang meneliti perkara ini dan akan mempertimbangkan penggunaan bonggol di kawasan tersebut. Tetapi Yang Berhormat maklumlah bila kita buat orang akan marah, tak buat pun orang akan marah juga. Jadi Yang Berhormat sebagai ADUN kawasan mungkin lebih arif dan kita akan bergantung juga kepada pendirian Yang Berhormat-Yang Berhormat….(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Yang Berhormat Tanjong Bunga, kalau lepas buat ada orang marah saya akan marah kembali orang tersebut. Sebab apa Yang Berhormat, tentang bonggol ini memang saya pihak JKR akan mengkaji kesesuaian untuk diadakan bonggol di sana tetapi harapan saya adalah bukan kes bonggol di sini sahaja tetapi dasar lama yang dibuat pada tahun 2004 itu perlu dikaji balik kesesuaiannya sebab memang dasar yang lapuk. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dasar JKR sebenarnya boleh dibuat tetapi dia sebenarnya dilihat sebagai last result dan JKR lebih cenderung kepada mencuba beberapa cara lain dahulu sebab seperti mana saya kata bonggol ini amat berkontroversilah. Tetapi dalam perkara ini saya rasa pihak ADUN kawasan sepatutnya mempunyai input yang penting dalam perkara ini. Jadi kalau diminta oleh ADUN kawasan, saya rasa pihak Kerajaan Negeri akan mengambil dengan lebih teliti dan serius. Seperti mana apabila saya mendapat panggilan daripada Yang Berhormat Batu Uban terus kita buat, tidak ada masalah. Jadi kalau Yang Berhormat ada menghadapi masalah di mana-mana tempat lain, sila, boleh maklum. Okey lepas bonggol, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi maklum balas kepada Yang Berhormat Berapit yang memohon agar Kerajaan Negeri memastikan kemudahan kepada pejalan kaki seperti lorong atau jejantas dalam pembangunan infrastruktur jalan raya khususnya di kawasan sekolah. Untuk maklumat Yang Berhormat, JKR Seberang Perai Tengah, SPT sedang dalam usaha melaksanakan kemudahan pejalan kaki di setiap sekolah di daerah SPT secara berperingkat berdasarkan permohonan yang dimohon daripada orang awam secara terus dan juga daripada pihak ADUN melalui Jawatankuasa Tindakan Daerah. Manakala untuk pembinaan jejantas, ianya juga akan dilaksanakan berdasarkan permohonan dan mengikut arahan teknik bagi pemasangan jejantas tersebut oleh pihak JKR. Pelaksanaan infrastruktur ini adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan yang diterima.

Saya beralih kepada isu yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Berapit yang memohon agar pihak JKR membantu untuk mempercepatkan kebenaran pihak Perbadanan Aset Keretapi bagi membolehkan kerja-kerja pelebaran jalan dimulakan. Sebagai maklumat JKR SPT tidak menerima sebarang kelulusan berkaitan pengambilan tanah daripada RAC untuk tujuan pelebaran jalan. Sebaliknya JKR SPT hanya menerima surat kebenaran daripada pihak RAC untuk menyelenggara jalan Kampung Besar sahaja. Walau bagaimanapun, perkara ini akan disemak semula dan diteliti lanjut bersama semua pihak yang terlibat. Seterusnya Yang Berhormat Berapit juga memohon agar Kerajaan Negeri menyelesaikan isu kesesakan jalan berhadapan SMK Convent Bukit Mertajam yang terlalu sempit dan menyebabkan kekurangan tempat meletak kenderaan terutamanya di kawasan hospital. Untuk makluman Yang Berhormat, JKR dalam proses untuk mengemukakan permohonan peruntukan kepada BPEN untuk menaik taraf jalan tersebut bagi jajaran di bawah seliaan JKR. Tuan Yang di-Pertua, menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Acheh yang bertanya mengenai perancangan pelebaran Jalan Simpang Tiga ke Jalan Sungai Acheh, saya ingin memaklumkan di sini bahawa jalan tersebut adalah di bawah seliaan JKR Perak. Walau bagaimanapun, JKR Pulau Pinang akan mengambil inisiatif untuk memanjangkan keperluan pelebaran jalan ini kepada JKR Perak untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Yang Berhormat Bayan Lepas dan Yang Berhormat Pulau Betong ada bertanya sama ada Jalan Telok Kumbar akan dilebarkan. Bagi maklumat kedua-dua Yang Berhormat, pelebaran Jalan Telok Kumbar telah pun dimasukkan ke dalam permohonan Rancangan Malaysia Ke 11, Rolling Plan Ketiga dengan peruntukan sebanyak RM403 juta namun tidak menerima kelulusan lagi. Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pulau Betong juga membangkitkan mengenai kejadian cerun runtuh di seksyen sekitar 28.40, Jalan Bayan Lepas ke Balik Pulau iaitu Jalan Persekutuan FT006. Mengikut arahan kerja yang dikeluarkan oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR tarikh mula projek pembaikpulihan adalah 29 November dan dijangka siap pada 28 April tahun depan. Projek melibatkan dua lokasi cerun dengan kos siling sebanyak RM1.7 juta. Buat masa ini satu lorong jalan boleh dilalui oleh kenderaan ringan sahaja, kenderaan berat melebihi 3 tan tidak dibenarkan kerana dikhuatiri gegaran kenderaan berat yang tersebut boleh menyebabkan runtuhan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Tambun telah membangkitkan banyak isu mengenai Jalan Bukit Tambun dan jalan-jalan disekelilingnya. Pihak Kerajaan Negeri telah mengambil maklum masalah-masalah yang dihadapi di jalan tersebut. Seperti mana Yang Berhormat Bukit Tambun pun sedia maklum, saya telah melakukan lawatan tapak pada 27 September 2018 sekali dengan Yang Berhormat sendiri, juga Yang Berhormat Perai, pihak JKR serta pihak MPSP. Susulan daripada lawatan tapak tersebut, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan untuk membincangkan kaedah-kaedah bagi menyelesaikan masalah di Persimpangan Plaza Tol Bukit Tambun Selatan serta jalan-jalan yang berkaitan. Untuk jangka masa pendek, cadangan adalah untuk mengubah kedudukan median dan road island yang sedia ada untuk menambah dua lorong ke kanan ke arah Batu Kawan dan satu lorong terus ke Jalan Pak Boi. Bagi jangka masa sederhana terdapat keperluan untuk menaik taraf pusingan U bagi membolehkan pelaksanaan left in left out di kawasan bertentangan persimpangan tersebut. Tambahan kepada itu, terdapat isu endapan ataupun sedimentation yang sering terkumpul dalam longkang di jajaran jalan connector FT149. Masalah penyelenggaraan ini berlaku atas sebab status jalan tersebut, sebab masih lagi dikategorikan sebagai jalan Persekutuan walau pun keseluruhan jalan di kawasan tersebut telah pun diwartakan sebagai jalan Negeri. Jadi ia menjadi satu masalah penyelenggaraan. Bagi memudahkan kerja naik taraf dan penyelenggaraan pada masa akan datang, adalah dicadangkan agar connector itu dijadikan sebahagian daripada Jalan Bukit Tambun Jeti P172. Kalau kita boleh digazet jalan connector tersebut jadikan sebagai Kerajaan Negeri, maka penyelenggaraan adalah lebih mudah. Pada masa yang sama semakan mendapati bahawa terdapat hakisan tebing parit tanah yang berada dalam rezab tanah milik LLM yang berkembar dengan jalan connector tersebut. Pada masa yang sama, parit tanah ini juga mungkin bahawa sekiranya kenderaan berat melaluinya. Maka telah dicadangkan kepada LLM untuk menaik taraf parit tanah tersebut menjadi longkang konkrit. Berkenaan dengan isu penyelenggaran Lebuhraya Bandar Cassia, Jalan Batu Kawan, Jalan Bukit

Tambun, Jalan Tasek dan Jalan Bukit Teh yang kurang memuaskan, bagi maklumat Yang Berhormat Bukit Tambun. Lebuhraya Bandar Cassia masih di bawah penyelenggaraan pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, PDC di mana Yang Berhormat sendiri pernah berkhidmat dahulu. Jalan Tasek pula adalah jalan Negeri di bawah JKR dan diselenggarakan menggunakan wang amanah MARRIS. Tahun ini pihak JKR telah melaksanakan resurfacing atau membaharu muka sepanjang 1 kilometer bermula Simpang Jalan Tasek ke arah Bukit Teh melalui Jalan Che Hussin. Bagi tahun 2019 JKR telah menjadikan Jalan Tasek, Jalan Che Hussin sebagai keutamaan membaharu muka sehingga ke sempadan SPS, SPT. Manakala Jalan Bukit Tambun adalah Jalan Persekutuan FT149 dan pada tahun ini JKR telah membaharu muka 400 meter bermula daripada Plaza Tol Bukit Tambun Selatan. Untuk kalau kita nak membaharu muka seluruh jajaran FT 149 kosnya adalah RM 4 juta. Tuan Yang di-Pertua izinkan saya memberi maklum balas mengenai isu-isu tebatan banjir. Sebelum itu….(gangguan).

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Yang Berhormat Tanjung Bunga tentang memberi muka jalan Bukit Tambun FT 149 ni mengambil kos lebih kurang RM4 juta tetapi projek pelupusan sisa pepejal di Bukit Teh akan melalui jalan tersebut dan jawapan yang saya jawapan bertulis yang saya dapat daripada YB. Datok Keramat adalah di bawah JKR dan sekarang JKR memang sudah menjalankan kajian dan kosnya adalah RM4 juta oleh itu siapakah yang akan menanggung kos ini dan akan memberi muka jalan ini? Sebelum setiap hari 200 hingga 500 trip lori yang akan melalui jalan tersebut.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Jadi jalan nama jalan pun FT149 maksudnya dia Federal Route dia Jalan Persekutuan jadi kita perlu minta kepada Kerajaan Persekutuan dan mungkin Yang Berhormat boleh tulis surat untuk menghighlight perkara ini kita boleh gunakan ini cuba untuk dapatkan peruntukan daripada pihak Persekutuan ya. Kita cuba.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta maaf, Yang Berhormat Tanjung Bunga memang JKR Kementerian Kerja Raya sudah menolak untuk tahun ini permohonan untuk JKR negeri telah ditolak .

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Tahun ini telah selesai dan kita. Sekejab lagi datang ke depan kita cuba untuk tahun depan. Saya ambik perhatian ya. Tuan Yang Dipertua, isu tebatan banjir pulak. Sila..(gangguan).

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Boleh minta penjelasan Yang Berhormat, sebelum ke isu projek tebatan banjir dalam ucapan saya saya telah merujuk kepada projek pelebaran jalan menaiktaraf taraf jalan 2 tunggal 2 lorong kepada jalan berkembar 4 lorong daripada Permatang Tinggi ke Sungai Juru.Jadi saya sama ada soalan itu akan dijawab kemudian atau sebab menurut jawapan yang diberikan kepada saya projek ini memang tidak diluluskan sebelum ini tetapi jabatan kerajaan, JKR Negeri Pulau Pinang telah pun membuat permohonan dalam RMK 11 Roling Plan ke 4 dan tertakluk kepada kelulusan Bajet 2019 oleh Kementerian Kerja Raya dan saya pun telah bertanya semasa ucapan saya sama ada ini telah pun diwujudkan dan berapa jumlah harganya kos anggaran untuk projek ini sekiranya Yang Berhormat boleh menjawab. Terima Kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat seperti mana Yang Berhormat pun telah menerima jawapan bertulis tapi seperti mana Yang Berhormat maklum, memang ada peruntukan yang dimohon sama juga dengan Jalan Teluk Kumbar ada kata tadi. kita memang mohon banyak tapi tak semestinya semua mesti dapat. Kalau tak dapat kita akan mohon balik, dia berdasarkan keutamaan KKR pun nak buat keputusan. Jadi bila kita mohon pun kita akan letak justifikasi. Kewajaran mengapa dan perlu dan sebagainya. Jadi dalam kes-kes yang kita rasa ada

kepentingan dan sebagainya kita akan cuba ya untuk fight tapi sekali lagi saya kata bukan semua yang kita minta semua akan dapat ya sama juga dengan tebatan banjir kita memang minta banyak, tebatan banjir kita minta RM1.0 bilion dari Kerajaan Persekutuan. Untuk tahun ni Menteri Kewangan telah meluluskan RM 150 juta tapi masih lagi ada apa ni RM 850 juta yang kita perlu untuk Pulau Pinang jadi tak mungkin Kerajaan Persekutuan boleh bagi semua sebab bukan sahaja Pulau Pinang sahaja yang kita mintak tapi yang penting follow up dan kita selalu highlight perkara ini sudah tentu Insya-Allah kita boleh dapat peruntukan. Ya Bayan Lepas….(gangguan).

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Saya mohon penjelasan RM 403 juta tadi sama ada bajet tu dari Sungai Batu terus ke Simpang Empat atau pun di Bukit Genting sahaja. Apa yang saya cakap dalam perbahasan mengenai yang part yang cerun sahaja. Bukit Genting dapat separuh tambah separuh lagi dalam 200 meter macam tu yang tu lebih urgent.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Itu kita perlu telitilah kalau hanya jajaran yang lebih pendek mungkin kita kena buat apa ni kena tahu kos untuk yang tu saya kena tanya dengan JKR. Okey saya jawab soalan daripada Yang Berhormat Sungai Dua yang merujuk kepada ucapan Belanjawan 2019 dan menyatakan bahawa jumlah projek tebatan banjir yang akan dilaksanakan pada tahun 2019 adalah kurang. Sebagai makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri adalah serius dengan mengambil berat perihal menangani isu banjir di negeri ini. Setakat Oktober 2018, terdapat 164 projek tebatan banjir yang sedang dilaksanakan di seluruh Negeri Pulau Pinang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 245,352,769.70 di mana kesemuanya adalah daripada Kerajaan Negeri. Ini termasuk projek-projek high-impact serta semua projek oleh agensi-agensi kerajaan seperti JKR, JPS, MBPP dan MPSP dibawah caruman perparitan atau caruman infrastruktur. Bagi tahun 2019, pelaksanaan projek-projek ini akan diteruskan malah akan ditambah lagi. Tambahan kepada itu, kini rakyat Pulau Pinang sangat bernasib baik kerana berlaku pertukaran rejim di peringkat peringkat Kerajaan Persekutuan. Seperti mana yang saya kata tadi, Menteri Kewangan Malaysia telah pun mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir RTB Sungai Pinang yang sudah terlalu lama dinanti-nantikan oleh penduduk Pulau Pinang. Di samping itu, ada beberapa projek lain seperti RTB Teluk Kumbar, Teluk Bahang dan RTB Pondok Upeh yang akan disusuli dengan Kerajaan Persekutuan. Seterusnya saya ingin memberi maklum balas kepada cadangan Yang Berhormat Sungai Dua agar Penang Flood Master Plan diwujudkan untuk mengatasi masalah banjir kilat di negeri ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negera melalui JPS Pulau Pinang telah pun menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam ataupun Drainage Master Plan ya kita dah buat Drainage Master Plan untuk semua daerah di Negeri Pulau Pinang maksudnya 5 Daerah 5 Drainage Master Plan yang telah pun dibuat. Dan DMP yang akan dan telah digunapakai sebagai rujukan dalam perancangan pembangunan di negeri ini. DMP ini berfungsi sebagai garis panduan bagi proses merancang, pemajuan dan penaiktarafan sistem perparitan. Senarai DMP yang terlibat dan status perlaksanaanya adalah seperti berikut: DMP SPU dijangka siap hujung bulan Disember 2018; DMP SPT telah disiapkan April 2016; DMP SPS telah disiapkan Disember 2017; DMP DTL telah disiapkan September 2018 baru-baru ni dan telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri SPC pada Oktober 2018; dan DMP DBD telah siap November 2013 tapi kita akan buat kajian semula dijangka pada tahun depan kerana sudah lima (5) tahun DMP ini disiapkan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan Dalam, ada memohon agar projek mendalamkan muara Sungai Perai dilaksanakan memandangkan terdapat kes banjir kilat yang memberi impak ke kawasan Perai dan Bagan Ajam, Bagan Dalam. Sebagai makluman Yang Berhormat permohonan mengorek muara Sungai Perai telah dimasukkan ke dalam senarai keutamaan permohonan projek RM1.0 bilion tadi saya ada kata daripada Kerajaan Persekutuan, melalui projek RTB Sungai Perai yang akan merangkumi kerja-kerja pengorekan muara selain daripada menaik taraf ban dan struktur tebatan banjir sepanjang Sungai Perai. Projek ini telah dimohon kepda Kerajaan Persekutuan pada Disember 2017 dan susulan semula permohonan telah dikemukakan sekali lagi pada tahun ini. Jadi begitulah statusnya. Sila.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Bunga. Saya berharap pihak Tanjung Bunga akan terus memberikan pressure atau pun tekanan kepada pihak sekarang di bawah Menterinya adalah Menteri Air Yang Berhormat Xavier Jaya Kumar, Dr. Xavier Jayakumar so terus tekanan supaya….(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dr. Xavier Jayakumar.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dr. Xavier Jayakumar, Dr. sudah bersuara. So saya berharap kita akan dapat peruntukan tersebut dan kerja-kerja fizikalnya akan bermula secepat mungkin. Saya tak nak masalah banjir ni akan ke pergi ke pilihan raya ke -15. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Saya faham Yang Berhormat dan saya bersimpati sebab itu pun Kerajaan Negeri membuat projek High-Impact di kawasan Bagan Mak Mandin. Tuan Yang di-Pertua beralih kepada Yang Berhormat Jawi agar Kerajaan Negeri mencari kaedah yang lain untuk membenarkan pihak swasta mengambil pasir di Sungai Jejawi dan Sungai Tengah sebagai langkah membantu meringankan beban peruntukan Kerajaan Negeri dalam mendalamkan sungai di samping meningkatkan hasil pendapatan kepda Kerajaan Negeri. Sebagai makluman yang Berhormat, perkara ini telah pun mendapat perhatian Kerajaan Negeri dan projek perintis di daerah Barat Daya telah pun dipersetujui untuk dilaksanakan melalui Request For Proposal (RFP). Dalam hal ini, Yang Berhormat bolehlah menasihatkan pihak swasta yang berminat untuk mengemukakan permohonan pengambilan pasir di Sungai Jawi dan Sungai Tengah kepda Pejabat Daerah dan Tanah SPS untuk dipertimbangkan bersama-sama dengan JPS daerah, sebelum diangkat kepda Jawatankuasa Tanah Negeri, Landcom dan MMK selanjutnya. Yang Berhormat Jawi, Juga ada mencadangkan agar JPS membuka satu laluan ya bagi membuka lingkungan Sungai Jejawi supaya dapat membantu pengaliran air dari up stream ke down stream. Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan Yang Berhormat ini, sebagai makluman, JPS telah memohon peruntukan kepada Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir bagi melaksanakan kajian teperinci RTB Sungai Jawi. Cadangan Yang Berhormat sememangnya telah diberi perhatian, di mana kajian laluan baru ataupun bypass bagi Sungai Jawi akan dimasukkan ke dalam terma rujukan konsep alternative agar perunding yang akan dilantik dapat melaksanakan kajian berkaitan laluan baru ataupun bypass tersebut. Saya juga ingin memberi maklum balas kepada isu Yang Berhormat Jawi berkaitan kontraktor yang dilantik membina Jambatan Sungai Jejawi yang dikatakan tidak melaksanakan kerja mengikut jadual.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Sorry sungai Klim.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Sungai Klim, okey minta maaf. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum , perbincangan telah diadakan pada 5 Oktober 2018 di Rumah Pam Nibong Tebal yang turut

disertai Yang Berhormat sendiri bersama Bahagian Pengurusan Banjir JPS Pulau Pinang dan JPS SPS…(gangguan).

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Sorry YB Tanjung Bunga, kalau sepatutnya RTB Sungai Kerian dia terletak di Sungai Kerian yang telah kami mengadakan satu mesyuarat bersama dengan JPS pada 5 Oktober tapi jambatan yang saya rujukkan itu adalah jambatan yang menyambung Sungai Acheh dan Sungai Jawi iaitu di Tanjung Berembang dengan Jalan Victoria di bawah Projek PDC. Yang kami mesyuarat itu adalah berkaitan RTB Sungai Kerian dan bukan jambatan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Jadi yang diminta adalah kontraktor bagi projek Jambatan Tanjung Bunga di bawah PDC Jalan Victoria kepada Sungai Udang Tanjung Berembang.Yang tu kita perlu telitilah Yang Berhormat. Saya kan bagi maklum balas nanti. Okey, saya pergi kepada soalan Yang Berhormat Permatang Berangan meyuarakan kerisauan kejadian banjir di Sungai Kreh dan Sungai Kechil Pokok Machang dan bertanya berkenaan tempoh pelaksanaan kerja-kerja membersihkan kekotoran atau sampah yang terapung dalam aliran air. Untuk makluman Yang Berhormat aliran Sungai Kechil Pokok Machang akan mengalir ke Sungai Kreh dan seterusnya ke Sungai Perai. Limpahan Sungai Kreh Pokok Machang yang berlaku adalah berpunca daripada paras Sungai Kreh dan Sungai Prai yang terlalu tinggi akibat hujan lebat beserta faktor air pasang. Akibatnya , aliran air dari Sungai Kechil Pokok Machang akan terganggu dan tidak dapat mengalir keluar ke Sungai Kreh sehingga menyebabkan berlakunya banjir. Bagi mengatasi permasalahan ini pihak JPS menjalankan pembersihan Sungai Kreh sebanyak lima (5) kali setahun. Selain itu, pembersihan Sungai Kechil Pokok Machang juga turut dijalankan secara pusingan sebanyak empat (4) kali setahun. Sebagai makluman juga, pihak JPS SPU sedang dalam perancangan untuk menjalankan kajian lanjut untuk mengenalpasti keperluan dan kesesuaian kerja tebatan banjir yang berkesan bagi mengurangkan risiko limpahan air sungai ini. Yang Berhormat Bayan Lepas telah mengajukan soalan mengenai masalah banjir di lembangan Sungai Bayan Lepas. Buat makluman, laporan akhir dengan kos bagi projek tebatan banjir di kawasan tersebut akan dibentangkan pada Disember 2018 dan setelah dimuktamadkan akan dibawa ke pertimbangan Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir. Yang saya dimaklumkan anggaran kos dalam RM7 juta lah tapi kita tunggu kos yang muktamad. Bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Uban mengenai masalah banjir di Bukit Gambir, pihak JPS sedia maklum dan sedang menjalankan kerja ukur bagi menaiktaraf sistem perparitan di kawasan tersebut. Pelaksanaannya kelak akan bergantung kepada peruntukan yang diterima. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pulau Betong telah menyuarakan mengenai masalah parit atau sistem saliran yang sering tersumbat di kawasannya. Bagi makluman Yang Berhormat, road side drain di jajaran jalan persekutuan adalah di bawah bidang kuasa JKR dan diselenggara oleh syarikat konsesi jalan persekutuan, iaitu THB. Sekiranya terdapat masalah penyelenggaraan yang tidak mencukupi, pihak JKR akan mengambil maklum, namun saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk menekankan kepada semua Ahli-Ahli Dewan Yang Mulia ini seperti mana saya ada jawab jugak pagi tadi kepada Yang Berhormat Telok Ayer Tawar bahawa adalah penting juga kita merubah tabiat masyarakat kita yang suka membuang sampah merata-rata. Kebanyakan banjir kilat yang berpunca daripada sistem saliran yang tersumbat adalah akibat daripada sampah sarap yang dibuang oleh penduduk tempatan. Walaupun pihak kerajaan bertanggungjawab untuk melakukan penyelenggaraan, ini tidak bermaksud rakyat tidak perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat yang berhemah. Maka saya pohon jasa baik semua Ahli-ahli Dewan untuk bantu ya untuk meningkatkan kesedaran di kawasan masing-masing untuk menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah secara tidak bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Machang Bubuk telah mencadangkan supaya Kerajaan Negeri membangunkan pelan sementara untuk mengatasi masalah yang berlaku di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebelum kerja naik taraf dilaksanakan, seperti masalah banjir, kesesakan kawasan letak kereta dan lain-lain kemudahan yang sewajarnya. Sebagai makluman Yang Berhormat, kawasan Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Silap kawasan. Bukan Machang Bubuk.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Batu Lancang? Silap. Terima kasih. Batu Lancang. Okey. Airport eh? Tapi airport pun bukan dalam kawasan kedua-dua. Sebagai makluman Yang Berhormat Batu Lancang, kawasan Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan dan pemantauan melalui Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah memberikan beberapa cadangan penyelesaian kepada MAHB berhubung masalah banjir di airport semasa Mesyuarat Khas Banjir Daerah Barat Daya pada 30 Oktober 2018. Dan antara cadangannya adalah seperti penambahan pam, penambahbaikan sistem perparitan dalaman ataupun internal drainage dan juga menaikkan aras dewan pelepasan. Pihak MAHB telah mengambil perhatian cadangan-cadangan tersebut dan kini berada dalam tindakan mereka. Manakala masalah kesesakan kawasan tempat letak kereta dan juga lain-lain kemudahan telah pun termasuk dalam langkah mitigasi jangka pendek dan juga jangka masa panjang oleh pihak MAHB sendiri. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Pinang, tidak hadir, telah membangkitkan beberapa hujah menarik mengenai pemulihan sungai dan sama ada ia dapat dilakukan dalam skop RTB Sungai Pinang. Untuk makluman Yang Berhormat, tujuan utama RTB Sungai Pinang sudah tentu adalah untuk menangani masalah banjir. Namun begitu, aspek peningkatan kualiti air sungai serta kemudahan rekreasi juga akan diambil kira dan kebolehlaksanaannya adalah tertakluk kepada skop dan peruntukan. Pihak MBPP telah pun mengadakan lawatan tapak bersama JPS untuk meninjau lokasi-lokasi yang sesuai dibuat pengindahan landskap atau dijadikan laluan pejalan kaki ataupun laluan basikal. Dalam erti kata lain, pihak Kerajaan Negeri memang mengambil kira keperluan ini dan akan cuba untuk memastikan ianya dapat dimasukkan ke dalam skop projek. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan isu berkaitan dengan pelaksanaan projek-projek High-Impact. Sepertimana semua sedia maklum, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan..(gangguan).

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Minta maaf Yang Berhormat, boleh saya tanya sekali lagi?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya, Yang Berhormat.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Berkenaan dengan isu sungai, I tak tau sama ada akan menjawab soalan saya, sebab dalam ucapan saya, saya juga ada bertanya bilakah ataupun sama ada JPS telah pun merancang, telah pun memohon untuk peruntukan tahun 2019 bagi pemuliharaan Sungai Juru di bawah peruntukan Persekutuan. Saya bertanya soalan ini sebab untuk saya Sungai Juru ini agak penting as a natural asset kepada negeri kita is a river dan kalau kita melihat dari segi laporan yang dikeluarkan oleh buku Data Asas Ekonomi 2017, Pulau Pinang agak membimbangkan bahawa di water quality the polution index di antara tujuh (7) sungai yang ada di Pulau Pinang, Juru adalah sungai yang tercemar selepas Sungai Perai. Walaupun dalam tahap di antara 60 to 80 but it is in between, just right in 60, and below 60 it is actually sungai yang ditafsirkan sebagai unhealthy. So it’s between unhealthy and moderate for the last few years. Jadi saya rasa kerajaan harus memberi lebih perhatian la untuk to rehabilitate the health of sungai because it’s very important to us. Thank you Yang Berhormat.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah. Sebenarnya Kerajaan Negeri memang ada mengambil prihatin mengenai isu-isu di Sungai Juru. Dan sebab itu kita ada masukkan lembangan Sungai Juru sebagai antara skop dalam permohonan RM1.0 bilion yang saya telah kata tadi daripada Kerajaan Persekutuan. Bagi makluman Yang Berhormat anggaran kos ya, bagi penaiktarafan lembangan Sungai Juru adalah dalam RM40 juta. Dan of course ia akan termasuk juga pemulihan sungai dan sebagainya. Sememangnya kalau, kalau boleh kita nak naik taraf dan kita nak memulihkan sebanyak sungai yang mungkin, Yang Berhormat. Tapi kita memang dari segi Kerajaan Negeri seperti mana saya kata tadi, sudah ada RM265 juta projek yang sedang berjalan. Ini memang satu (1) jumlah yang sangat besar kepada Kerajaan Negeri. Mungkin untuk Kerajaan Persekutuan tidak begitu besar tetapi untuk Kerajaan Negeri adalah amat besar. Dan sudah tentu peruntukan daripada apa ni, Kerajaan Negeri ini kita perlu memberikan kepada projek-projek berdasarkan pada priority, keutamaan. Dan mana yang boleh kita akan buat, yang terlalu besar kita akan pohon daripada Kerajaan Persekutuan. Dan Yang Berhormat pun boleh terus untuk minta agar isu Sungai Juru ini diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan. Mana saya tadi, yes, project High-Impact. Sepertimana semua Ahli-Ahli yang dalam Dewan ini sedia maklum, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM150 juta untuk lapan (8) projek High-Impact untuk menangani masalah banjir di beberapa kawasan hot spot yang utama di Negeri Pulau Pinang. Namun, beberapa projek tersebut melibatkan isu seperti pengambilan tanah serta keperluan untuk mengosongkan rizab sungai bagi tujuan penaiktarafan. Satu (1) contoh yang ketara adalah projek tebatan banjir Permatang Sungai Rawa yang melibatkan pengambilan tanah di 73 lot. Oleh yang demikian, pihak Kerajaan Negeri ingin menyeru kerjasama semua pihak, khususnya Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, agar sebarang struktur tanpa izin yang telah diberi notis melalui pejabat tanah diberi perhatian tindakan dengan segera. Saya berharap agar semua Ahli-ahli Yang Berhormat dapat memberi perhatian dan kerjasama penyelarasan antara pihak berkuasa dengan pemilik-pemilik struktur bagi tindakan perobohan. Sekiranya urusan perobohan struktur haram di dalam ROW projek memakan masa yang lama, maka ianya akan melambatkan pembinaan projek. Perkara ini secara langsung akan memberi impak kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat juga, Iya. Jadi kita minta tolong pemahaman Yang Berhormat semua. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pengkalan Kota memohon agar kerja-kerja menaiktaraf sistem kumbahan di kawasan Clan Jetty dapat dinaiktaraf dengan segera. Untuk makluman Yang Berhormat dan juga semua Ahli Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri sememangnya prihatin tentang kepentingan untuk mewujudkan sistem saliran kumbahan yang sistematik di kawasan Clan Jetty yang merupakan kawasan warisan. Perkara ini telah pun dibawa ke perhatian pihak kementerian yang bertanggungjawab sebelum ini, iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Selanjutnya pada tahun 2017, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) yang kini di bawah struktur organisasi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah melantik syarikat Perunding Pinang Sdn. Bhd. untuk menjalankan Kajian Penilaian Impak Sosial, Social Impact Assessment di kawasan Clan Jetty yang bertajuk “Proposed Social Impact Assessment Study For Clan Jetty, George Town Pulau Pinang”. Pelaksanaan kajian ini menggunakan peruntukan yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 berjumlah RM300,000. Laporan SIA ini telah siap sepenuhnya pada bulan April 2018, di mana dua (2) kaedah sistem rawatan kumbahan telah dicadangkan seperti berikut: i. Caged-In-Situ-Septic System (CISST); dan ii. Vacuum Sewer System Dalam hal ini, kedua-dua kaedah yang dicadangkan perlu diteliti semula, di mana kaedah penggunaan sistem Caged-In-Situ-Septic System (CISST) semasa pelaksanaan prototype telah menerima sambutan negatif daripada penduduk sekitar serta pelancong di kawasan George Town. Manakala kaedah sistem pembetungan vakum ataupun Vacuum Sewer System tidak diluluskan di bawah piawai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Dalam masa terdekat, JPP, Kerajaan Negeri dan juga Unit Perancang Ekonomi akan membuat penelitian lanjut secara terperinci ke atas laporan kajian tersebut untuk mengenalpasti kaedah sistem rawatan kumbahan yang bersesuaian serta pelan mitigasi untuk menangani isu-isu yang dijangkakan

semasa tempoh pembinaan kelak. Kerajaan Negeri akan membuat susulan lanjut berkenaan hasil penelitian tersebut. Yang Berhormat Batu Uban telah membangkitkan isu-isu berkaitan projek penaiktarafan sistem pembetungan di kawasan Bayan Baru, khususnya mengenai pihak kontraktor yang dilihat mengabaikan aspek keselamatan semasa melakukan kerja mengorek jalan dan membiarkan air bertakung sehingga nyamuk membiak. Bagi makluman Yang Berhormat, pemantauan ke atas projek ini adalah di bawah tanggungjawab pihak kontraktor yang telah dipertanggungjawabkan oleh JPP untuk melantik Safety and Health Officer yang bertauliah. Pun begitu, Kerajaan Negeri akan mengambil inisiatif untuk memanjangkan perkara ini kepada JPP agar mengambil tindakan dengan segera. Di samping itu, perkara ini turut dipanjangkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang (DOSH) serta Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya. Berkenaan dengan projek yang sama, Yang Berhormat Bayan Lepas juga membangkitkan mengenai manhole IWK di Jalan Rajawali yang kerap melimpah. Bagi makluman Yang Berhormat, projek ini sebenarnya merupakan projek di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan bukannya projek IWK. Pelaksanaannya pula adalah di bawah kontraktor yang dilantik oleh SPAN. Sebagai makluman, projek ini bertujuan untuk menaiktaraf pembetungan kepada yang baru dengan kapasiti yang lebih besar dan agak memakan masa yang lama untuk disiapkan. Buat masa ini, pihak kontraktor mengambil langkah penyelesaian jangka masa pendek dengan menyedut keluar kumbahan yang tidak dapat ditampung oleh stesen pengepaman sehingga keseluruhan projek ini selesai dan kemudiannya akan disalurkan ke loji yang lebih besar, iaitu loji PEG 061 di Bayan Baru. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat….(gangguan).

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Mohon mencelah Tanjung Bunga. Isu di Jalan Dato’ Ismail Hashim dan Rajawali ni dah hampir setahun lebih. Kita pun dah bermesyuarat di peringkat daerah, banyak kali dah. Dan Pejabat CM sendiri pun terima aduan terus daripada pengadu-pengadu. Jadi antara yang saya syorkan pada mesyuarat dua (2) bulan lepas tak silap saya, dalam JKTD kalau boleh manhole tersebut dialihkan ke tepi. Bukan duk atas jalan raya. Sebab bila duk atas jalan raya, bukan kata kadang-kadang, always air itu keluar dan dia push dia punya besi penutup manhole tu. Memang terlalu bahaya. Setiap hari kalau hujan, di situlah banjir yang paling teruk sekali. Jadi saya mintalah kerjasama yang lebih efisyen supaya, saya tak kiralah SPAN ka IWK ka, janji benda ni boleh diselesaikan. Paling tak dak, langkah yang saya fikirkan kalau boleh seal terus, kan. Sebab apa yang saya dimaklumkan projek ini akan makan masa 12 bulan atau 14 bulan lagi. Jadi sampai bila? Dan penduduk di sekitar pun, mereka pun bising sebab bau tu bau busuk. Sekarang ni depa divert air tu ke longkang. Air tu ke longkang kemudian dia ke sungai, Sungai Bayan Lepas. Jadi saya mohonlah tindakan yang segera.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Baik, terima kasih Yang Berhormat Bayan Lepas. Memang kita ambil maklumlah. Saya pun terima aduan yang sama. Kita pun, saya telah buat lawatan tapak juga ke Jalan Dato’ Ismail Hashim tu dan memang, masalahnya dan seperti mana Yang Berhormat kata memang banyak delay lah projek ini. Disebabkan banyak faktor termasuk utiliti yang terpaksa dialih, batu-batuan yang besar, depa terpaksa buat letupan dan sebagainya dan manhole-manhole yang tidak ada dalam sistem peta yang sedia ada. Maksudnya mereka terjumpa dan juga banyak utiliti yang terpaksa dialih, batu-batuan yang besar depa terpaksa buat letupan dan sebagainya. Dan manhole - manhole yang tidak ada dalam sistem peta yang sedia ada. Maksudnya mereka terjumpa dan juga banyak utiliti yang juga tidak dipetakkan dengan elok. Jadi memang banyak masalah yang di hadapi dan saya rasa akan ada delay sepertimana Yang Berhormat cakap lah mungkin akhir tahun depan ya. Itu pun kita mengharapkan yang baik.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Cuma saya tak nak risiko lah pengguna jalan raya Insya-Allah.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Kita faham dan kita ambil maklum saya akan kemukakan kepada JBP dan kita lihat bagaimana mungkin cadangan Yang Berhormat nanti kita akan bincang dengan lebih lanjut lah ya untuk mengalihkan manhole tersebut. Saya ingin nak menjawab soalan daripada Yang Berhormat KOMTAR. Yang menyatakan bahawa tidak ada kemudahan internet berkelajuan tinggi di Pusat Khidmat ADUN beliau. Untuk makluman, setiap pejabat KADUN sememangnya telah disediakan dengan Access Point (AP) Penang Free WiFi malah di pejabat Yang Berhormat KOMTAR sendiri, perkhidmatan WiFi disediakan dengan kelajuan internet 50 Megabits per second. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan untuk memasang internet berkelajuan tinggi yang lebih tinggi di Pusat Khidmat YB., Pihak Yang Berhormat perlulah mendapatkan perkhidmatan tersebut daripada pihak syarikat telekomunikasi yang sedia ada di pasaran. Yang Berhormat KOMTAR dan juga Yang Berhormat Permatang Pasir ada membuat aduan mengenai perkhidmatan Penang Free WiFi sedia ada. Kerajaan Negeri mengambil maklum dan akan bertindak dengan segera bagi menambah baik dan menaik taraf perkhidmatan ini. Justeru, Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan hasrat mana-mana syarikat telekomunikasi yang berminat untuk membantu hasrat Kerajaan Negeri ini melalui Request for Proposal (RFP) yang akan dilakukan kelak bagi menyediakan perkhidmatan ini menurut kehendak pengguna dan keperluan semasa selaras dengan Dasar Pintu Terbuka (Open Door Policy) Kerajaan Negeri. Penambahbaikan perkhidmatan ini akan diperluaskan di kawasan pedalaman dan kawasan tumpuan orang awam serta entry point pelancong seperti Penang Sentral, Stesen Bas Sungai Nibong selain pusat-pusat pendidikan, hospital dan sebagainya. Selain itu, Kerajaan Negeri menggalakkan syarikat-syarikat telekomunikasi memasang fiber optik bagi perkhidmatan internet berkelajuan tinggi secara smart partnership bagi tujuan penjimatan kos untuk menggantikan rangkaian kuprum. Malah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mengamalkan Dasar Pintu Terbuka tanpa monopoli kepada mana-mana syarikat telekomunikasi yang ingin menyediakan infrastruktur telekomunikasi di seluruh Negeri Pulau Pinang. Persaingan sesama syarikat ini akan memberikan potensi perkhidmatan internet yang lebih berkualiti dengan harga yang berpatutan. Bagi memastikan ketersediaan Kerajaan Negeri menghadapi Era 5G dengan penambahbaikan liputan telekomunikasi di Negeri Pulau Pinang, peranan pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai adalah amat penting dalam memastikan keutamaan diberikan kepada pelan-pelan bangunan berkaitan dengan pembinaan struktur-stuktur telekomunikasi. Walau bagaimanapun, proses kelulusan adalah tertakluk kepada pematuhan teknikal dan Prosedur serta Garis Panduan Menara Telekomunikasi Negeri Pulau Pinang Tahun 2015. Tuan Yang di-Pertua, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Utara, Negeri Pulau Pinang merupakan salah satu negeri yang menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan internet yang terbaik di Malaysia. Kadar penembusan jalur lebar mudah alih di Pulau Pinang adalah sebanyak 122.3% berbanding 117.9% di peringkat nasional. Bagi penembusan jalur lebar talian tetap pula, kadar penembusan di Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 11.6% berbanding 19.8% di peringkat nasional. Untuk itu, kawasan-kawasan luar bandar yang mempunyai limitasi akses akan ditambahbaik liputan selular dari 2G kepada 3G dan LTE dengan pekhidmatan jalur lebar mudah alih yang lebih pantas dan berkualiti. Selain itu. Infrastruktur jalur lebar talian tetap giat diperluaskan melalui Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi dan juga projek Jalur Lebar Pinggir Bandar yang dilaksanakan dengan kerjasama syarikat Telekom Malaysia. Kerajaan Negeri amat komited dalam memastikan liputan dan kualiti perkhidmatan perkhidmatan jalur lebar di Negeri Pulau Pinang dipertingkatkan dari masa ke semasa agar seiring dengan perkembangan ekonomi dan pembangunan yang pesat supaya tidak ada rakyat di negeri ini yang ketinggalan dalam arus Industrial Revolution 4.0 ini.

Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi impian agar Negeri Pulau Pinang membangun maju dengan infrastruktur yang efisyen dan lestari bagi keselesaan rakyat Pulau Pinang. Justeru Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dengan gigih melalui pelbagai platform untuk memastikan Negeri Pulau Pinang memiliki infrastruktur terbaik selaras dengan agenda mentransformasikan negeri ini menjadi Negeri Pintar Bertaraf Antarabangsa dan menyediakan kehidupan yang berdaya huni kepada rakyat. Untuk itu, Kerajaan Negeri mengalu-alukan kerjasama semua pihak termasuk pihak swasta dan Kerajaan Persekutuan untuk merealisasikan sebarang perancangan projek infrastruktur. Semoga dengan kerjasama yang erat di antara semua pihak, Negeri Pulau Pinang akan terus bergerak maju ke hadapan dan membawa kemakmuran kepada semua rakyat. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih YB. Tanjung Bunga. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Perai.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua Dewan, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. Saya akan terus pergi kepada soalan-soalan telah dibangkitkan semasa perbahasan bajet tahun ini. Yang Berhormat Sungai Dua dan Penaga telah bertanya sama ada peluang pekerjaan disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada anak muda dan penduduk tempatan. Sejak tahun 2008 sehingga kini, pelbagai peluang pekerjaan telah diwujudkan dengan mencatatkan jumlah melebihi 15,000 kekosongan secara purata pada setiap tahun. Sejak tahun 2017 hingga Mac 2018 sahaja, sebanyak lebih 14,000 pekerjaan telah diwujudkan hasil daripada pelaburan baharu dan pelaburan semula. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Pusat CAT (Penang Career Assistance and Talent Centre) juga menjalankan pemadanan jawatan kepada semua golongan pencari kerja dengan yang ditawarkan oleh industri. Sejak penubuhan Pusat CAT pada tahun pada Mac 2009 sehingga Oktober 2018, seramai 10,551 orang telah berdaftar sebagai pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,445 pemadanan jawatan telah berjalan untuk 289 buah syarikat. Kadar pengangguran di Pulau Pinang kekal stabil pada 2.1%, kedua terendah antara negeri-negeri di Malaysia. Di samping itu, bagi meningkatkan jumlah pelaburan, langkah-langkah strategik juga diambil untuk mempelbagaikan jenis pekerjaan, terutamanya pekerjaan bernilai tinggi (high value jobs) seperti advanced manufacturing dalam sektor pembuatan, reka bentuk dan pembangunan. Dari segi perniagaan, sektor Perkhidmatan Perniagaan Global (Global Business Services) seperti kewangan, perkhidmatan penyumberan luar, teknologi maklumat dan sumber manusia merupakan sektor baharu yang diperkenalkan. Antara pekerjaan baharu yang diwujudkan dalam sektor pembuatan di Pulau Pinang ialah seperti saintis data maklumat data (Data Scientist) dan jurutera robotik. Yang Berhormat Sungai Dua yang telah menyeru agar Kerajaan Negeri melaksanakan program-program STEM di sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Kerajaan Negeri sentiasa memberi tumpuan kepada sekolah-sekolah di luar bandar. Malah, sebagai Pengerusi Jawatankuasa MMK Sains, Teknologi dan Inovasi, saya sentiasa menyeru ahli-ahli jawatankuasa supaya pelaksanaan program-program ditumpukan kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar bagi sebarang pelaksanaan program STEM. Walau bagaimanapun, program-program STEM sentiasa dibuka untuk orang awam dan berdasarkan kepada pendaftaran melalui laman web Penang STEM selain permohonan daripada sekolah rendah dan sekolah menengah serta individu untuk melaksanakan program. Selain itu, Perpustakaan Digital Pulau Pinang (PDL) turut menyokong kepada pembangunan STEM di Pulau Pinang dengan menyediakan bahan bacaan eBooks sebagai sumber rujukan tambahan kepada pengguna. PDL mengambil pendekatan dengan mempromosikan kemudahan eBooks dan keahlian melalui pameran-pameran di sekolah-sekolah yang dianjurkan di bawah Penang STEM. Selain itu, penglibatan kerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam penganjuran Kelas Pengekodan (Coding) turut dilaksanakan pada setiap Sabtu, minggu terakhir setiap bulan sepanjang tahun 2018. Sehingga Oktober 2018, seramai 344 pelajar yang berumur di antara 7 hingga 15 tahun dari sekolah kebangsaan dan sekolah menengah di 12

KADUN telah memperoleh manfaat daripada kelas pengekodan tersebut. Kelas tersebut diadakan secara percuma kepada pelajar-pelajar berkenaan. Yang Berhormat Penanti telah memohon supaya Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk membantu dalam pelaksanaan program-program STEM di Penang Science Cafe di Dewan Guar Perahu yang baru siap. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, operasi Penang Science Cafe dibiayai oleh Penang Science Cluster, satu badan bukan berasaskan keuntungan yang mendapat bantuan kewangan melalui sumbangan oleh syarikat awam atau swasta, derma dan juga secara Corporate Social Responsibility (CSR) dalam membiayai program-program di bawah Penang Science Cluster. Namun, Kerajaan Negeri turut menyumbang kepada Penang Science Cluster dan akan cuba mempertimbangkan permohonan Yang Berhormat Penanti. Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Pulau Tikus berkenaan usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri untuk menarik balik bakat-bakat anak muda yang bekerja di luar negara, penghijrahan modal insan yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tinggi ke negara lain (brain drain) adalah satu fenomena atau trend universal yang sering dialami oleh negara-negara sedang membangun. Faktor penarikan yang wujud di negara-negara maju seperti taraf ekonomi yang baik dan peluang kerja yang setanding dengan kelulusan menyumbang kepada beralihnya tumpuan modal insan ke negara lain. Bagi menarik balik bakat-bakat anak muda yang bekerja di luar negara untuk kembali di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah mempertingkatkan pembangunan industri dan ekonomi dalam rantaian yang lebih tinggi melalui pelaburan baharu dan pelaburan semula Pulau Pinang untuk mewujudkan peluang pekerjaan. Pada tahun 2017, Pulau Pinang mencatatkan rekod pelaburan asing (FDI) tertinggi dalam bidang pembuatan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia, dengan nilai FDI RM8.5 bilion. Bagi jumlah pelaburan (pelaburan asing dan pelaburan domestik) pula, Pulau Pinang mencatatkan rekod sebagai negeri dengan jumlah pelaburan kedua tertinggi dalam bidang pembuatan, dengan nilai sebanyak RM10.8 bilion. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar raya antarabangsa yang menjadi lokasi pilihan kepada pelabur, destinasi pilihan kepada pelancong dan tempat tinggal pilihan untuk mereka yang inginkan sustainable living. Bagi mengelakkan modal insan dan mengurangkan bakat anak muda dari Pulau Pinang berkhidmat di luar negara, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Penang Future Foundation (PFF) yang akan dibiayai oleh penderma / syarikat swasta. PFF juga bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran tinggi dalam bidang STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics) dan seterusnya kembali bekerja di Pulau Pinang selepas tamat pengajian. Sejumlah RM10 juta telah diperuntukan untuk program biasiswa ini. Walau bagaimanapun, jumlah tajaan ini adalah bergantung kepada kelayakan permohonan sebenar yang diterima oleh tahun berkenaan. Sejak PFF ditubuhkan pada tahun 2015 sehingga tahun 2017, seramai 300 orang pelajar telah menerima biasiswa PFF. Yang Berhormat Bertam telah mencadangkan berkenaan penubuhan Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang (PIDL) di Wisma Baitulmal, Kepala Batas, Pulau Pinang. Buat masa kini, Kerajaan Negeri bersama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan membangunkan Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang (PIDL) di sebuah bangunan bersebelahan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. PIDL adalah penanda aras dalam menggalakkan penduduk di negeri ini mendapatkan maklumat berkenaan berkaitan keagamaan Islam secara elektronik dan boleh diakses untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. MAINPP akan memperuntukkan kos dengan anggaran berjumlah RM5 juta untuk projek ini dijangka buka kepada orang awam pada suku tahun 2019. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan memfokuskan kepada pembanguan PIDL yang diluluskan dan akan mengambil kira penerimaan penduduk mengenai kemudahan yang disediakan sebelum membuat cadangan kepada pembangunan PIDL bagi fasa seterusnya. Operasi perkhidmatan akan diuruskan oleh pihak MAINPP. Yang Berhormat Telok Bahang telah menyeru supaya Kerajaan Negeri meningkatkan usaha untuk menggalakan anak muda dalam program entrepreneur startup. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, satu program baru yang dikenali sebagai Penang Accelerator for Creative, Analytics and Technology telah dilancarkan bagi golongan yang ingin mencebur bidang

perniagaan sebagai perintis, pemula niaga entrepreneur. Program ini bertujuan untuk membantu usahawan kecil dan berfungsi mempercepatkan penubuhan secara pertubuhan syarikat-syarikat permulaan kreatif berasaskan teknologi. Mengumpul bakat-bakat baru dalam bidang animasi kreatif, cloud computing, aplikasi teknologi, big data analytics dan internet of things. Melalui @CAT, pelbagai aktiviti program telah dilaksanakan untuk melahirkan usahawan dalam bidang teknologi technopreneurs diantaranya ialah Artificial Intelligence Workshop, Alibaba Northern Region Workshop, YouthCoLab Penang dan Google Analytics Workshop. Yang Berhormat Bertam, Batu Lancang dan Bayan Lepas telah memohon Kerajaan Negeri agar memberi bantuan kepada sekolah-sekolah di Pulau Pinang yang berada dalam keadaaan daif. Walau pun sektor pendidikan bukanlah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, namun Kerajaan Negeri akan terus memberikan bantuan yang setimpal kepada bidang pendidikan demi memperkasakan pembangunan modal insan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri baru-baru ini setelah meluluskan penyaluran peruntukan tahunan sebanyak RM3 juta kepada sekolah bantuan penuh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan untuk menguruskan pengagihan peruntukan ini. Penyaluran peruntukkan tahunan ini akan dilaksanakan berdasarkan bottom up approach di mana peruntukan akan disalurkan berdasarkan keperluan dan permintaan daripada sekolah bantuan penuh kerajaan melalui JPN, PPP serta selari dengan perancangan dan pertimbangan sekolah. Kerajaan Negeri akan menyalurkan peruntukkan kepada sekolah-sekolah yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Khas. Sekolah bantuan kerajaan yang telah ditubuhkan melalui pemberian secara outright grant kursusnya kepada projek-projek infrastruktur kepada kerja-kerja pembaikkan dan penyelenggaran mengikut peraturan perolehan semasa. Permohonan boleh dikemukakan kepada JPN mulai Januari 2019. Yang Berhormat Sungai Pinang telah mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menggalakkan penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa di Negeri Pulau Pinang dan sekaligus menjadikan Pulau Pinang sebagai hub pendidikan antarabangsa. Sejajar dengan inspirasi Kerajaan Negeri menjadikan Pulau Pinang sebagai Hub Pendidikan Bertaraf Antarabangsa. Kerajaan Negeri akan amat komited dalam usaha untuk menarik lebih banyak pusat pengajian tinggi untuk mendirikan kampus di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, PDC telah berjaya menarik minat KDU University College dan sebuah universiti swasta yang berusaha sama dengan PKT Logistics Group Sdn Bhd untuk mendirikan kampus di Bandar Cassia, Batu Kawan. PDC kini sedang berusaha untuk menarik minat sekolah antarabangsa, sekolah swasta dan beberapa pusat pendidikan ke kawasan tersebut. Kerajaan Negeri juga telah menerima cadangan pembangunan Sekolah Antarabangsa Stonyhurst Penang dengan kerjasama Stonyhurst College dari United Kingdom di atas tanah milik Perbadanan Ketua Menteri, CMI Lot 705. Lot baru 100008, Seksyen 1, Bandar Tanjung Pinang, Daerah Timur Laut yang meliputi kawasan seluas 4.33 ekar. Stonyhurst merupakan kolej berusia 425 tahun dan akan menggunakan silibus akademik dan kokurikulum dari United Kingdom untuk pelajar seawal umur 4 tahun sehingga 18 tahun dengan persijilan O Level, A Level dan International Baccalaureate. Projek ini masih dalam peringkat perancangan dan pelan telah dikemukakan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Pembangunan projek ini akan mengambil 24 bulan selepas mendapati kelulusan semua pelan berkaitan. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menggalakkan pelajar antarabangsa untuk datang belajar di Pulau Pinang. Pulau Pinang kini menjadi tumpuan pelajar dari beberapa negara terutamanya dari Indonesia, Iran, Palestin dan Arab Saudi. Walau bagaimana pun saya rasa Pulau Pinang bukanlah jadi seperti popular seperti Lembah Klang dan baru-baru ini saya dapat satu rombongan daripada kolej swasta dan mereka rasa, mereka kolej-kolej di Pulau Pinang dianaktirikan. Walau pun kolej-kolej di Pulau Pinang adalah mungkin cawangan atau pun sebahagian kolej-kolej yang telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Tapi, apabila kolej-kolej di Pulau Pinang ini tidak diiktiraf atau pun tidak disenaraikan dalam list JPN. Kursusnya ambil kes pelajar-pelajar daripada Republik China. Mereka lebih minat datang ke Kuala Lumpur daripada Pulau Pinang dan oleh kerana kolej-kolej di Pulau Pinang ini tiada dalam senarai Jabatan Pendidikan Negara, JPN, sorry Kementerian Pendidikan. So, ini adalah satu kekangan kenapa kita tidak dapat. Saya rasa ada diantara 500 hingga 600 pelajar-pelajar asing di Pulau Pinang. Jadi, saya telah menulis

surat kepada Menteri Pendidikan ataupun juga kepada JPN supaya isu ini dapat diselesaikan segera apabila pegawai JPN hantar surat kepada kolej-kolej di China atau pun di lain negara mungkin kolej-kolej yang ada di Pulau Pinang ini akan mendapat satu pengiktirafan.

Satees A/L MunaindyDAP · PHBagan Dalam

Lepas Sungai Pinang, saya.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih Perai. Seperti yang saya bangkitkan dalam ucapan saya bahawa terima kasihlah saya dapat tahu bahawa YB. Perai akan, sudah tulis kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan supaya kolej-kolej dan universtiti juga di Pulau Pinang akan dapat pengiktirafan dari Kementerian Pendidikan Negara China. Sebab saya difahamkan sebelum itu, just kalau Kementerian Pendidikan Malaysia beri satu senarai kepada Negara China. Meraka akan endos, mereka akan hantar kalau ada pelajar akan belajar di sini dan saya difahamkan bahawa dia adalah di Negera China terutamanya dari seperti di Ningxia dan Sin Chuan. Memang meraka berminat datang ke Pulau Pinang. Cuma mereka tak ada satu guideline atau satu sesiapa yang betul-betul boleh bantu atau membawa mereka ke sini dengan ada satu link dan sebab tak ada pengiktirafan dari Negara China. Ini saya bercadanglah bahawa kalau boleh YB. Perai buat satu rombongan ke tempat-tempat itu dan beritahu mereka. Pulau Pinang menyambut baik kedatangan mereka dan boleh membawa saya bersama juga. Saya ada orang yang ada dalam bidang ini. Mereka selalu bawa pelajar ke tempat sini di sini ke USM. Ada 200 pelajar di USM adalah datang dari Negara China. Terima kasih.

Satees A/L MunaindyDAP · PHBagan Dalam

Yang Berhormat. Saya teruskan. Memang saya nak sentuh tentang Universiti Xiamen yang telah di divert dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur oleh rejim sebelum ini. Mereka tidak mahu universiti-universiti besar ataupun dan syarikat-syarikat korporat besar ke Pulau Pinang. Takut kita jadi lebih berjaya. Menyentuh hal yang sama tentang universiti ataupun institut pendidikan tinggi awam dari luar. Kita lihat di Malaysia sekarang ini hanya beberapa universiti awam atau pun swasta yang menawarkan Kursus Kejuruteraan Sivil, engineering. Very few UiTM, UKM dan juga UTM dan juga beberapa yang. Manakala kita nampak universiti-universiti di India, banyak dan cukup banyak dan mereka bilangan jurutera di India over supply, lebih daripada apa yang mereka memerlukan. So, saya harap Kerajaan Negeri juga akan mengambil usaha untuk menarik universiti-universiti daripada India yang terkemuka untuk datang membuka cawangan di Malaysia yang boleh menawarkan Kursus Kejuruteraan Sivil dan juga kursus-kursus lain dengan harga yang lebih berpatutan daripada universiti-universiti antarabangsa. Terima kasih.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Diucapkan terima kasih kepada dua-dua Ahli Dewan Undangan daripada Sungai Pinang dan juga daripada Bagan Dalam. Saya merujuk daripada soalan daripada Sungai Pinang. Isunya adalah untuk senarai dan saya rasa isu itu merupakan masalah pokok. Bukan sebenarnya dengan pelajar-pelajar daripada China. Kemungkinan, ini juga merupakan kepada pelajar-pelajar daripada negara yang lain sebab saya rasa macam kalau senarai nama-nama kolej walau pun mereka mendapat attrance yang sama seperti kolej di Kuala Lumpur dan juga ada beberapa kolej ada cawangan di Pulau Pinang. Tetapi kenapa anaktirikan Pulau Pinang tapi tidak Kuala Lumpur tetapi kolej yang sama dan pengiktirafan yang sama, agensi yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi, inilah rombongan telah dikemukakan dan saya pun memahami dan saya rasa Sungai Pinang pun tahu apa masalahnya. Surat saya telah menulis surat kepada Kementerian Pelajaran supaya ini perlu diatasi, saya rasa ini masalah mereka supaya senarai ini dalam masuk dalam Kementerian Pendidikan dan sebagainya. So, ini boleh seperti saya rasa kalau Negara China dia mungkin lebih, mungkin lebih ikut satu yang rasmi. Kalau tidak rasmi, dia tidak akan menghantar pelajar-pelajar. Ini memang satu pendirian lama. Jadi, saya rasa kita akan cuba atasi dan saya rasa walau pun saya mengakui bahawa penarikan Lembah Klang dengan keruntuhan macam ibu kota dan sebagainya adalah lebih dari Pulau

Pinang. Walau bagaimana pun, kita akan cuba di Pulau Pinang dan saya sedang kerjasama dengan wakil-wakil daripada kolej-kolej yang ada di Pulau Pinang. Berbalik pada persoalan Bagan Dalam. Kenapa minat seperti kes India. Baru-baru ini kita juga ada satu rombongan ke India dan saya juga ada satu perbincangan dengan syarikat ataupun syarikat yang memiliki kolej International Dental Collage di Butterworth dan mereka juga berminat supaya mereka membawa datang ke Pulau Pinang dan mereka pun sudah biasa dengan Pulau Pinang, biasa dengan Malaysia. Mungkin dia kata mungkin mereka pun rasa boleh berkemungkinan besar mereka boleh datang berbincang bersama kita, Ketua Menteri dan sebagainya supaya buka kolej-kolej lebih engineering dan sebagainya yang kita memerlukan. Sebab saya rasa di Malaysia ini kekangan yang besar kepada kenaikan, peningkatan Malaysia ini bukan di Pulau Pinang saja adalah kekurangan tenaga mahir. It is very obvious 30%, 32% saja. So, ini perlukan syarikat besar-besar yang datang ke Pulau Pinang. Dia minta bolehkah Pulau Pinang menyediakan 3000, 4000 engineering? Kita tidak boleh membekalkan 3,000, 4,000 engineer dan juga technician dan sebagainya. Ini lah suatu yang kita perlu atasi dan oleh kerana itu kita sudah mulakan STEM program supaya kita dari awal kita memberi fokus kepada pelajar-pelajar daripada sekolah rendah dan sekolah menengah supaya mereka ada minat tentang sains. Sebab saya rasa mengikut data dan statistik saya rasa mereka yang minat memang sudah kurang. Saya pun tidak tahu apa pasal di Malaysia. Jadi kita mahu menanamkan ini semangat kecintaan kepada sains dan teknologi. Oleh kerana itu, dengan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan juga syarikat-syarikat kita menanamkan minat sains dan teknologi mungkin lebih kreatif, lebih imaginetif apa yang dijalankan di sekolah-sekolah. Jadi saya teruskan, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menggalakkan pelajar antarabangsa untuk datang belajar di Pulau Pinang. Pulau Pinang menjadi tumpuan pelajar dari beberapa negara terutamanya dari Indonesia, Iran, Palestin, Jordan dan Arab Saudi. Sehubungan dengan itu, StudyPenang yang sebelum ini dikenali sebaqgai Penang Centre of Education Tourism telah ditubuhkan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai hab Pendidikan bertaraf dunia bagi Pendidikan dan tempat untuk hidup, belajar dan berkembang. StudyPenang berfungsi untuk mempromosi dan memasarkan Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Yang Berhormat Batu Uban telah memohon bantuan Kerajaan Negeri untuk pembinaan bangunan baharu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Subramanaiya Barathee, Gelugor. Kawasan Batu Uban. Sejak tahun 2009 sehingga 2018, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan Bantuan Modal lebih RM348,000 kepada sekolah, satu sekolah. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan permohonan untuk pembinaan bangunan baharu setelah membuat penilaian terperinci. Mungkin sekolah pun telah berjumpa bersama saya supaya mendapat bantuan. Mungkin kita akan timbang permohonan mereka pada tahun depan. Berkenaan syor oleh Yang Berhormat Pembangkang….(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Minta laluan. Berkenaan dengan isu yang hampir sama dinyatakan oleh Yang Berhormat Batu Uban bahawa beliau kerana tak cukup tempat di sekolah, demand mereka perlu membesarkan sekolah. Manakala di Kawasan saya di Bagan Dalam pula, memang demandnya cukup tinggi, di mana Sekolah Jenis Kebangsaan Mak Mandin terpaksa dijalankan dalam dua sesi dan saya pun telah meminta dalam persidangan lepas supaya Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk memberikan sebidang tanah ataupun mencari sebidang tanah untuk dijadikan Sekolah Jenis Kebangsaan Bagan Dalam yang baharu. Walau bagaimanapun, jawapan yang saya dapat adalah Kerajaan Negeri belum ada apa-apa perancangan. So saya minta Kerajaan Negeri kaji balik dasar ini dan kalau boleh sediakan sebidang tanah untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Baru di Bagan Dalam sebab permintaannya amat menggalakkan. Yang Berhormat Perai telah nyatakan bahawa tapak tanah untuk sekolah menengah disediakan di Bagan Dalam. Kalau boleh saya minta untuk sekolah rendah dan kita cari di Batu Kawan. Itu cadangan saya, terima kasih.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Ahli Bagan Dalam sendiri faham apakah masalah yang dihadapi selama 60 tahun. Bahawa Pendidikan ini bukan lah di bawah kuasa Kerajaan Negeri, apa-apa permintaan mungkin tidak diterima. Saya rasa isu ini sekolah untuk, tanah ini sekolah Tamil ini telah dibangkit oleh bekas ADUN dalam tiap-tiap sesi dia akan bangkit isu tanah di Bagan Dalam. Ini dapat diteruskan oleh ahli baru Bagan Dalam, perjuang. Jadi saya rasa, ini bukan suatu yang mustahil tapi oleh kerana kemenangan Pakatan Harapan pada Mei memberikan suatu harapan yang besar supaya bagaimana kita akan melihat isu pendidikan Tamil di Malaysia dan saya rasa kita akan adakan suatu persidangan pada akhir bulan ini untuk menilai dan melihat apakah pendidikan Tamil dalam konteks mungkin saya rasa selain daripada Sekolah Kebangsaan Tamil yang kita telah terima dalam Menifesto Pakatan Harapan, isu ini juga tanah untuk sekolah Tamil bukan sahaja di Bagan Dalam dan beberapa tempat lain. Oleh kerana penghijrahan pekerja India daripada ladang ke bandar ini mengakibatkan tranfomasi penduduk daripada luar bandar ke bandar. Ini semua diambil kira dan juga kependudukan di kawasan-kawasan dan saya rasa ini mesti masuk dalam perkiraan sebelum kita dapat mengemukakan permohonan tanah atau tanah untuk sekolah Tamil bukan sahaja di Bagan Dalam mungkin juga tempat-tempat dikenal pasti. Berkenaan syor oleh Yang Berhormat Permatang Berangan, Permatang Pasir dan Kebun Bunga untuk memberi penekanan kepasa aspek Pendidikan kemahiran kepada golongan belia dan pelajar sekolah menengah dan memperkasa pakar-pakar dalam bidang tersebut. Kerajaan Negeri sememangnya memberi fokus dan penekanan kepada pendidikan kemahiran. Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan Penang Skills Development Center dan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk meningkatkan tahap pembangunan sumber manusia berteraskan latihan kemahiran mengikut keperluan pasaran di Pulau Pinang. Antara institusi-institusi yang memainkan peranan dalam memberi latihan kemahiran adalah seperti PSDC. PSDC memainkan peranan untuk melatih sumber manusia dalam pelbagai bidang kemahiran bagi memenuhi kehendak industri berasaskan teknologi tinggi di negeri ini. Antara program khusus untuk lepasan SPM yang menjadi agenda utama Kerajaan Negeri melalaui PSDC ialah dalam bidang eknologi Pemesinan Kepersisan, Kejuruteraan (Komputer, Elektronik, Mekatronik, Telekomunikasi) dan Teknologi Pembuatan (CAD/CAM). Kerajaan Negeri juga telah membangunkan sistem Pendidikan vokasional ala Negera Jerman iaitu Malaysian Mesiter Program di Negeri Pulau Pinang. Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SEMENTA) dan Fourier Technical Consultants (FTC). Kerajaan Negeri turut bekerjasama dengan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia serta Fourier Technical Consultants dalam menyediakan program latihan dan pengajian vokasional, (Vocational Skills Employment Program – VSEP) buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Sejajar dengan visi Kerajaan Negeri dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah bandar pintar bertaraf antarabangsa, program VSEP melalui kolabarasi Penang Science Cluster, SAMENTA dan FTC akan memberi penekanan terhadap aspek adaptif kemahiran teknikal yang boleh digunapakai dalam memenuhi visi tersebut. Pusat CAT baharu dinamakan Penang Accelerator for Creative, Analytics & Technology @ CAT telah dilancarkan bagi golongan yang ingin menceburi bidang perniagaan sebagai perintis pemula niaga. Program ini bertujuan untuk membantu usahawan kecil yang terlibat dalam bidang animasi kreatif, analisis dan teknologi ataupun yang terlibat dalam sektor Internet of Things. Bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan soalan-soalan kepada saya…..(gangguan).

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Minta laluan, Yang Berhormat Perai, cuma saya ada satu soalan berkenaan dengan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil, Sungai Bakap difahamkan sebelum ini dalam masa rejim Barisan Nasional telah memberikan peruntukan sebanyak RM3.5 million…(dengan izin)

kepada pihak sekolah dan peruntukan tersebut dipegang oleh Lembaga Sekolah. Apakah oleh Lembaga Sekolah. Adakah apa-apa status berkenaan dengan perkara tersebut?

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

YB. Jawi, memang kita telah membincang isu ini, bangunan Sekolah Tamil Sungai Bakap dan memang betul peruntukan RM3.5 juta dan juga tanah telah disediakan untuk pembangunan. Saya pun tidak tahu kenapa kelambatan pembangunan ini. Saya tidak boleh naikkan, so jadi tapi projek ini akan dijalankan, itu saya dengan berita, khabar baru. Oleh kerana, duit ini dipegang oleh LPS dan saya diberitahu bahawa mereka tunggu 2, 3 orang dari LPS untuk letak jawatan sebelum projek ini dimulakan. Mereka perlu letak jawatan. Sebab apabila keahlian baru LPS mungkin projek dijalankan ini diberitahu oleh Pengarah LPS. Saya tidak tahu apa perkembangan yang terkini. Tapi inilah gambaran….(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Isu yang hampir sama seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Jawi, ada LPS-LPS di sekolah-sekolah Tamil ini yang menjadi, mereka datang ambil kuasa selepas mantan Perdana Menteri mengumumkan peruntukan, hampir ke semua sekolah Tamil di Pulau Pinang dikuasai oleh pihak-pihak yang berkepentingan daripada Parti MIC dan salah satunya adalah mereka telah mengambil alih LPS, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Batu Kawan dan berlaku abuse of power ataupun salah guna kuasa di mana fund ataupun dana yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan sekolah tidak boleh digunakan oleh PIBG telah dikeluarkan dan digunakan oleh mantan, ketua PIBG tersebut dan ada laporan SPRM dan dikatakan PIBG tersebut telah gantung. Tetapi saya diberitahu mantan Timbalan Menteri Pendidikan daripada MIC juga telah mengarahkan JPN untuk membenarkan PIBG tersebut beroperasi semula walaupun telah dibekukan oleh SPRM. Saya minta Yang Berhormat Perai ambil perhatian perkara ini sebab ada seorang culprit, adalah seorang penjawat juga yang bekerja sebagai seorang guru, perlu diambil tindakan terhadap individu-individu seperti ini untuk mengelakkan mereka terus menggunakan sekolah Tamil untuk kepentingan diri mereka. Itu cadangan saya.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Yang Berhormat Perai, cuma saya nak tanya tentang LPS yang akan di structure…(dengan izin), so adakah Kerajaan Negeri akan memantau tentang LPS yang akan di structure itu disebabkan kita pun risau kalau tidak ada satu pihak untuk memantau LPS yang baru itu, kemungkinan perkara ini tidak dapat diselesaikan disebabkan amaun yang begitu besar telah dipegang oleh akaun LPS.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Perkara yang ditimbulkan oleh Ahli Kawasan Bagan Dalam, isu ini adalah dirujuk kepada Sekolah Batu Kawan, bukan sahaja Batu Kawan beberapa sekolah yang menerima dana daripada Kerajaan Barisan Nasional dan kemudian mereka menyalahgunakan dana. Macam kes Byram juga dan beberapa sekolah. Mungkin saya rasa begitu jelas sekali di Batu Kawan, pelantikan ketua. Mereka telah, dia telah dikatakan di suspend kemudian dilantik semula oleh Timbalan Menteri Pendidikan pada masa itu. Tapi saya rasa sekarang, senario adalah lain. Di mana Kerajaan Negeri akan bekerjasama rapat dengan JPN Pulau Pinang. Jadi kerjasama ini sangat-sangat penting supaya Kerajaan Negeri juga ada suatu peranan penting untuk mengawasi bagaimana sekolah-sekolah khususnya mereka yang menerima bantuan daripada sekolah Kerajaan Negeri. Bagaimana mereka akan gunakan? Jadi saya pergi kepada isu Sekolah Sungai Bakap, sekolah Sungai Bakap ini, ahli-ahli LPN ini dulu adalah daripada politik. Ini memang jelas siapa parti itu. Mereka ini perlu dikeluarkan. Ini memang syarat kepada sekolah, ini mereka mesti dikeluarkan sebelum projek ini dimulakan. Mungkin ia ambil masa sedikit tapi memang saya ada umumkan baik kepada Pengarah JPN. Saya rasa perkara ini boleh diselesaikan walaupun ia mengambil masa. Walaupun mungkin perkara ini telah ditunda ini diselesaikan sebelum pilihan raya tapi tidak diselesaikan. Tapi sekarang saya rasa kita ada satu senario di mana ini boleh diselesaikan antara kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan JPN.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Terima kasih Yang Berhormat Perai, saya ada soalan tapi Yang Berhormat Perai telah memberi penjelasan hampir sama dengan apa yang saya hendak tanya. Cuma adakah Yang Berhormat Perai akan mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan bahawa penyelarasan untuk saluran-saluran dana untuk sekolah-sekolah bantuan kerajaan dapat diselaraskan melalui Kerajaan Negeri dan juga ada juga bantuan-bantuan daripada private ataupun persendirian dapat disalurkan melalui Kerajaan Negeri. Mohon komen.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Terima kasih daripada Ahli Kawasan Permatang Berangan. Terima kasih atas soalan ini. Cuma sekarang ini kita sediakan RM3 juta supaya kita akan memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah kebangsaan, sekolah sekolah rendah dan sekolah menengah. Ini akan disalurkan, keputusan ini akan dibuat oleh jawatankuasa, saya menjadi pengerusi dan wakil daripada JPN, wakil daripada Kerajaan Negeri, wakil daripada BPEN. BPEN akan jadi macam sekretariat. Jadi kita akan lihat kepada tiap-tiap permohonan kemudian kita akan buat keputusan. Asalkan mereka ini minta bantuan untuk projek-projek rasa perlu disegerakan dan sebagainya. Tapi kita tidak ada apa-apa rancangan supaya pihak swasta akan salurkan bantuan kepada sekolah melalui Kerajaan Negeri sebab kalau pihak swasta salurkan bantuan kepada sekolah Kerajaan Negeri itu mereka sendiri akan salurkan. Kita tidak melalui Kerajaan Negeri dan kita tidak akan sentuh apa dana daripada swasta, okey.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Tambahan Yang Berhormat Perai, ada dua Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di Kawasan Permatang Berangan, saya harap selepas ini minta tolong perhatikan keperluan kerana di situ pun ada juga. Sebelum ini kita beri bantuan cuma di kawasan adalah kawasan sekarang menjadi kawasan pembangkang tapi saya mengharapkan Kerajaan Negeri tidak menganaktirikan kawasan Pembangkang sebab saya menjaga kepentingan semua rakyat di kawasan Permatang Berangan jadi minta tolong Yang Berhormat Perai tengok sekali lah, terima kasih.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Okey, saya rasa ada 28 sekolah Tamil dan saya ingat di kawasan, apakah sekolah Tamil itu?

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

SRJK Mayfield dan juga Ladang Malakoff.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Ladang Malakoff? So jadi baru-baru ini kita telah janji hampir 4 ekar tanah supaya ada projek pembangunan. So kita tidak nafikan mereka belum diserahkan akan diserahkan kini diwajib diserahkan di Sekolah Tamil di Malakoff. Lagi satu ada sekolah, Ladang Mayfield, saya rasa kalau ada apa-apa isu mereka akan bangkitkan tetapi tiap-tiap tahun kita salurkan bantuan kepada sekolah bukan sahaja sekolah Tamil, sekolah Cina dan sekolah Agama. Jadi kita tidak pilih kasih dalam hal ini. Ini kita sudah mulakan pada tahun 2009, okey.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Kita bukan Barisan Nasional.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Tak apalah, up grade your service lah.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta pencerahan Yang Berhormat Perai, cuma bajet pada kali ini saya mendapati sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan tidak termasuk dalam peruntukan

seperti yang mungkin dijanjikan pada sesi yang lalu tentang peruntukan kepada sekolah menengah dan sekolah kebangsaan.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Peruntukan sudah disediakan. Kita memang telah memberi janji mungkin beberapa tahun sebelum ini bahawa asalkan Kerajaan Pakatan Harapan kekal. Semestinya kita akan beri bantuan modal kepada sekolah bantuan modal, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah….(gangguan).

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Ini baru sahaja. Dulu tak ada, dulu tidak ada apa-apa hubungan antara Kerajaan Negeri dengan sekolah kebangsaan. Sekolah Menengah Kebangsaan di bawah Kerajaan Persekutaan ia pun bantuan penuh. Tapi kita bagi bantuan modal sahaja. Tapi sekarang, kita juga sediakan RM3 juta supaya bekalkan kepada sekolah-sekolah kebangsaan. Walaupun saya rasa dana itu kecil, tapi kita akan buat priority, kita buat priority dan salurkan dana kepada sekolah-sekolah kebangsaan mahupun sekolah rendah dan sekolah kebangsaan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, itulah apa ni, penyampaian saya dan juga jawapan-jawapan saya pada petang ini dan saya mengucapkan terima kasih atas peluang ini dan saya terus menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Perai. Dewan ditangguhkan dan Dewan akan bersidang kembali pada pukul 8.00 malam.

Dewan ditangguhkan pada jam 7.05 petang.

Dewan disambung semula pada jam 8.00 malam

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita bersambung dengan sesi penggulungan. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Sungai Puyu.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Terima kasih Timbalan Dato’ Speaker. Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan rasa dukacita dan seperti terhadap mangsa kejadian tanah runtuh yang berlaku di tapak projek lebuh raya Bukit Kukus, Paya Terubong pada 19hb Oktober yang lalu yang telah mengorbankan seramai sembilan orang mangsa pekerja pembinaan manakala empat lagi tercedera. Takziah pada ahli keluarga mangsa yang terlibat. Saya sendiri ada di sana operasi di sana dan kami, Kerajaan Negeri dan mewakili Kerajaan Negeri untuk urus semua iaitu kata untuk keluarga hantar mayat balik pi negara yang asal. Pada hari pertama semua habis. Inilah satu tanggungjawab Kerajaan Negeri apabila ada kejadian, kami tak lari diri akan tetapi buat bantu, bantuan kepada keluarga dan rakan-rakan di sana. Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa MMK Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana telah membentang belanja 2019 berteras Penang 2030. Hala tuju

untuk memberi penekanan kepada pembangunan keluarga dalam negeri yang hijau dan pintar. Nescaya hala tuju ini membawa kepada impian untuk menjadi Negeri Pulau Pinang makmur daripada segi ekonomi dan sosial, gembira serta hormoni yang dapat tercapai. Berdasarkan pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Belanjawan 2019 Negeri Pulau Pinang ini telah disediakan dengan menyelaraskan projek-projek Kerajaan Negeri sedia ada untuk menyesuaikan untuk visi sedia ada Penang 2030 dan di kategori mengikut 4 Teras Utama berdasarkan people insantic seperti teras pertama meningkatkan daya bumi, untuk meningkatkan kualiti kehidupan, increase of liberity quality of life. Teras yang kedua ialah menaikkan ekonomi dengan menaikan pendapatan isi keluarga, upgrade the economic to risk the house holding income and dispossible income. Teras ketiga memperkasakan rakyat untuk meningkatkan penglibatan masyarakat, empower the people to the stranger participation dan teras ke empat melapor persekitaran infrastructure dan kemudahan awam untuk meningkatkan daya tahan dalam pelbagai keadaan. Which is invest is build environment to improved resilence, Keempat-empat teras tersebut sememangnya mempunyai perkaitan secara langsung dengan Portfolio Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar yang diamalkan kepada saya. Dalam kebajikan dan masyarakat penyayang. Yang Berhormat Timbalan Dato' Speaker, Kerajaan Negeri sememangnya komited dan menjadi Negeri Pulau Pinang sebuah negeri berkebajikan dan meningkatkan kepercayaan rakyat. Ini dapat dibuktikan bahawa dengan pelaksanaan beberapa program kebajikan yang telah menjadi ikutan dan juga role model seperti program i-Sejahtera yang dilaksanakan Kerajaan Negeri pada tahun 2009 lalu diikuti oleh Kerajaan Persekutuan melalui pelaksanaan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia, BRiM. Yang terbaru Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Mutiara Food Bank pada 11 Mei 2017 iaitu sebuah program yang menyelamatkan surplus food daripada hypermarket, restaurant dan hotel yang mana bekalan makanan tersebut diagih kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada rakyat miskin. Paling banggakan Kerajaan Negeri merupakan negeri pertama di Malaysia yang bekerjasama dengan Yayasan Food Aid untuk melaksanakan program ini. Selepas satu tahun pelaksanaan program ini Kerajaan Persekutuan turut menyatakan hasrat untuk melaksanakan program ini di peringkat nasional kerana program ini telah menunjuk impak yang tinggi di kalangan rakyat iaitu menunjuk bahawa program-program kebajikan di Negeri Pulau Pinang adalah menunjuk prestasi yang sangat baik sehingga mampu menarik perhatian daripada Kerajaan Persekutuan malah negeri-negeri yang lain juga. Selain itu Kerajaan Negeri tetap akan meneruskan program-program kebajikan yang sedia ada seperti Program Agenda Ekonomi Saksama yang masih konsistant dan memberi sepenuh komitmen dengan membantu rakyat miskin setiap tiap kawasan tanpa prejudis terhadap kawasan Pembangkang. Ini telah membuktikan kerja gempur setakat ini. Di sini saya ingin, jikanya Ahli Yang Berhormat Sungai Dua terhadap saya, ini semua bukti ada di sini. Di mana mengikut KADUN yang saya boleh kata di sini menunjuk bahawa ada orang yang termiskin terbanyak sekali ada di KADUN UMNO, rejim Barisan Nasional. Setakat Oktober 2018, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM30.85 juta kepada 955 orang penerima aktif yang menerima manfaat bantuan. Ini sejak pelaksanaan sejak tahun 2009 iaitu kata sehingga kini kata RM30.85 juta untuk orang itu termiskin di KADUN-KADUN tersebut. Usaha Kerajaan Negeri tidak terhenti di situ sahaja. Kerajaan Negeri turut mempelbagai program-program kebajikan melalui pelbagai pemberian bantuan kebajikan, bayaran wang insan dan penghargaan kepada warga emas, pelajar sekolah rendah menengah, bantuan kepada orang kehilangan upaya, ibu tunggal, suri rumah dan penghargaan anak emas wajar diiktIrafkan. Program-program kebajikan yang dijalankan di Pulau Pinang telah mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan. Bermula dari Program Penghargaan Warga Emas dan sumbangan kepada warga emas meninggal dunia pada tahun 2009. Perhatian Kerajaan Negeri terus lagi kepada Program Bantuan Ibu Tunggal 2011, Program Bantuan OKU 2011, Program Anak Emas 2011, Program Skim Pelajar 2012, Program Ibu Emas 2014 yang telah berjaya dilaksanakan. Setiap program bantuan telah tersebut juga mempunyai modal khusus yang dibangunkan dalam sistem i-Sejahtera dan program-program kebajikan ini yang meliputi semua lapisan masyarakat menunjuk komitmen Kerajaan Negeri dalam memberi bantuan kepada rakyat iaitu tidak kira kepada sesiapa. Iaitu tidak kira bangsa, agama kefahaman politik tetapi pada mulanya saya menghadapi satu cabaran, satu

desakan satu di kata orang kata sabotaj oleh UMNO daripada rejim Barisan Nasional. Di mana mereka kata wang ini tidak halal, wang judi dan lain-lain dan mereka kutip panggil orang bagi balik wah newspaper tulis wah, seratus ribu orang telah kembalikan itu RM100. Mai masuk Dewan Sri dia angkat duit tunai, besar bungkus punya. Kira-kira kerana dua puluh tiga ribu lebih sahaja. Dia kutip satu ribu orang, RM100 tetapi bila kira sini RM23,000 lebih sahaja. Itulah UMNO di rejim Barisan Nasional. Nak cabar dibuktikan. Ahli-Ahli Yang Berhormat dari Sungai Dua pun tau mengenai perkara ini di mana wang telah lari dia tak tau sahaja. Tetapi kutip RM100,000 bagi balik RM23,000 semua orang tahu.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

RM7,000 pergi mana?

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

RM73,000.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

RM73,000 pergi mana, RM23,000 dia kembalikan, apa sudah jadi dengan RM77,000 tersebut Yang Berhormat?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Kemungkinan jalan ada berlubang dan mungkin jatuh sini jatuh sana sikit sampai sini RM23,000 lah.You tau bukan you tak tau.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat ni semua jolok sarang tebuan ni.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Kalau tak ada boring sikit lah. Selaras dengan perhatian kebajikan rakyat miskin, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kemasyarakatan (JKM) telah memperkenalkan inisentif empowering the street citizen pada tahun 2016 sebagai langkah untuk mengatasi masalah gelendangan di kawasan Pulau. Di bawah program ini gelendangan akan ditempatkan di transit gelendangan di mana mereka akan dibekalkan dengan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang selesa bagi permulaanya. Tujuan utuk menganjur empowering the street citizen adalah untuk membantu golongan gelandangan Pulau Pinang. Program ini bersifat try party adventure yang di mana menggabungkan sektor kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan dalam menjayakan program ini. Tempoh perkenalan yang dicadangkan adalah antara enam hingga dua belas bulan. Program ini mensasar tersebut gelendangan ini sudah dapat berdikari dan dapat berinteraksi dengan masyarakat. Di sini memang ada orang tanya sama saya, saya telah umum pada tahun 2012 tetapi hari ini 2018 baru nak jayakan satu. Ini adalah kerana ditempat yang kami mula cadangkan di Jalan Gudwara di mana adalah satu pusat-pusat untuk haiwan di mana quarantine area dan di sana ada list, Kerajaan Negeri nak pakai tak boleh, tetapi meraka sana sewa bagi orang naik kuda boleh. Siapa yang urus, Kerajaan Pusat, Kerajaan Pusat lebih minat bagi kuda tapi nak bantu orang gelandangan dia tak mau. Kalau hari itu dia bersetuju sama saya, saya sudah siap, 2015 sudah ada. Tetapi Tuhan maha kuasa pi mai pi mai dia sudah nampak satu rumah kedai di sana dan saya telah pergi visit dan ini plan telah rancang semua telah dapat secara prinsip dilulus masa Mesyuarat MMK baru di lalu. Mutiara Food Bank ada banyak, Ahli-Ahli Yang Berhormat telah menanya berkenaan Mutiara Food Bank dan Yang Berhormat dari Sungai Dua, Yang Berhormat dari Penanti, Yang Berhormat Bagan Dalam, Yang Berhormat daripada Batu Uban yang mempersoalkan Mutiara Food Bank. Ini kerana dia ada banyak dasar, prinsip cara dia buat amat panjang, iaitu kepada sesiapa yang minat, jumpa saya di pejabat. Saya boleh tunjuk macam mana ini buat dan masa yang tidak izin.

Menjawab isu-isu yang dibangkit oleh ADUN Sungai Dua berhubung dengan kualiti makanan yang diedarkan untuk Program Mutiara Food Bank, Kerajaan Negeri melalui unit Mutiara Food Bank sentiasa memasti kualiti yang terbaik bagi setiap bekalan makanan yang diagihkan. Untuk makluman Yang Berhormat setiap bekalan makanan yang tiba di Mutiara Food Bank akan melalui beberapa proses pemeriksaan kualiti seperti pengkelasan, pemeriksaan serta sentuhan dan bau serta lebihan sebelum bahan makanan diagih kepada kumpulan sasar. Kumpulan sasar ini datang dari senarai AES, bukan nak bagi sapa-sapa bagi. Rakyat daripada AES. AES adalah telah disiasat oleh JKKK penghulu dan setiap-tiap bulan kita ada mesyuarat di pejabat daerah, di Jawatankuasa Kemiskian Daerah sebab ditapis. Selepas ditapis, baru disenaraikan dalam di AES dan AES pastikan bahawa semua orang sekurang-kurangnya semuanya RM220 sebulan. Kalau tak cukup top up system. Selain itu, Mutiara Food Bank akan sentiasa memantau tarikh luput dan kualiti makanan di stor penyimpan dari semasa ke semasa bagi memastikan keadaan dan mutu bekalan makanan akan berada dalam keadaan yang baik. Menjawab cadangan daripada yang dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat ADUN Penanti tidak di sini satu hari, iaitu kata Mutiara Food Bank menggunakan teknologi terkini dan membungkus kedap udara bagi meningkatkan jangka hayat sesuatu makanan disimpan serta menggunakan label yang tertera tarikh makanan termasuk nama penyumbang pada setiap bungkusan makanan selain daripada membolehkan makanan ini dapat digunakan semasa bencana alam. Ini saya tidak akan terima. Kalau tak simpan ni untuk bencana alam, kemungkinan kalau simpan telah banyak, tidak ada bencana. Ini saya tak mau, saya tak terima kerana makanan untuk bencana, kita telah ada satu orang kata satu MOU dengan semua pusat-pusat membeli belah di mana jikanya ada apa-apa kecemasan, kami bagi satu surat rasmi bahawa ini ada satu bencana kecemasan, mereka hendaklah berhenti jualan makanan-makanan pada sesiapa. Dia kena surrender dia punya stok to the State Government, or 72 hours. Dan itu tidak boleh keluar tanpa, orang kata diberi notes daripada Kerajaan Negeri. We will control the foods. Kerana mengapa? Jika kami nak buat seperti yang dicadangkan, buat simpanan, simpan kerana ada masa, tempat dan orang pi jaga. Di sini kalau kami ada satu MOU yang telah ditandatangani dengan pusat membeli belah, terus tak payah itu orang kata, self-life dan expiry date. Kita masuk yang semua terkini. Yang Berhormat ADUN Bagan Dalam yang mencadangkan kawasan Butterworth berada program Mutiara Food Bank. Untuk makluman, Kerajaan Negeri mengalu-alukan penglibatan semua KADUN yang berhasrat untuk bersama-sama sertai program ini. Untuk ADUN Bagan Dalam, saya merayu bahawa lihat cara macam mana dibuat di KADUN di Pengkalan Kota di mana terletak di pusat gelandangan di sana, night shelter di sana, dalam sana saya juga wujudkan satu kedai runcit. Kedai runcit ini bukan untuk jual, tetapi siapa yang nak derma boleh angkat di sana, beras atau apa. Dan penerima sasar daripada senarai AES ini, mereka akan dibagi satu kad di mana ada QR kod, bila masuk mai kami buat scanning, apa yang mereka hendak, ambil percuma. Derma oleh orang ramai atas kepercayaan orang ramai terhadap Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Pulau Pinang. (Ahli Dewan menepuk meja)

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Sungai Puyu, mohon mencelah. Sebenarnya saya tidak minta untuk Program Mutiara Foodbank sebab saya belum bersedia lagi untuk program tersebut tetapi saya telah meminta satu pusat gelandangan di Pekan Butterworth, di bandar Butterworth itu sendiri sebab angka gelandangan sedang meningkat kerana sekarang bila Penang Sentral dibuka lagi banyak akan datang. So saya minta pusat gelandangan sepertimana yang ada di, yang akan dibuat di Jalan C.Y. Choy, juga dibina di Butterworth, itu cadangan saya.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Yang ini akan berpusat di SPS, SPS ada satu pusat sedang dibina, KADUN Jawi, sedang dibina. Sana ada tujuh hektar tanah di mana pada mulanya ini akan dibina oleh Barisan Nasional tetapi ruling plan 8, 9, 10, 11 ruling, dia rolled lebih. Sekarang Kerajaan Pakatan Harapan akan ambil, kami akan bina di sana, we will build that.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Bermakna gelandangan yang ada di Butterworth semua kita akan hantar pergi ke Jawi?

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Ya, betul.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Memang ada satu building, satu bangunan Masyarakat Penyayang sedang dibina tetapi projek tersebut pun saya rasa pun telah tangguh begitu lama. Maksudnya proses cukup lambat untuk tidak mengikut jadual semasa pembinaan tersebut.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Ya, untuk kontraktor teruskan kerja kena ada kewangan. Pada waktu itu ini projek regim Barisan Nasional, Kerajaan Pusat. Dia letak satu bina satu, dia kena beberapa tahun baru boleh siap. Itulah Barisan Nasional. Oleh demikian, pada kini saya telah Kerajaan Pakatan Harapan sudah jadi Kerajaan Pusat, kami akan mereka minta percepatkan kerana masalah-masalah ini hendak ditangani.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Okey, Yang Berhormat Sungai Puyu, sedikit saja lagi, walau bagaimanapun saya masih minta di Butterworth juga sebab dengan ada sekarang pun sebab Butterworth, sebab dia merupakan satu bandar yang center point dari dulu lagi sebab dihubungkan dengan feri dan dengan adanya Penang Sentral, feri dan juga KTM, masih akan ada, mereka akan datang lagi, mungkin mereka akan yang ditempatkan di Jawi pun akan datang lari mari balik ke Butterworth dan tinggal di sana. So saya minta kena ada satu pusat transit gelandangan di Butterworth jugalah untuk kita hantar mereka ke pusat tersebut mendapatkan pekerjaan dan mereka boleh move on dengan kehidupan mereka.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Baiklah untuk…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Bagan Dalam.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Ya, untuk elakkan gaduh, saya punya rakan daripada Bagan Dalam, kami di bawah Parlimen Bagan, akan dibagi perhatian. Baik program-program kebajikan. Menjawab syor Yang Berhormat ADUN Sungai Dua mengenai Kerajaan Negeri perlu meneruskan program kebajikan rakyat supaya dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan khususnya masyarakat luar bandar. Ini akan dijalankan. Walau pada masa saya ambil alih sebagai EXCO untuk kebajikan ada jumlah di negeri Pulau Pinang 5,000 lebih sahaja. Seolahnya kelab Barisan Nasional. Kalau bukan orang sokongan, ni orang menyokong, Barisan Nasional tak ada. Daripada 5,000 lebih, pada hari ini saya sekarang ada jaga lebih dari 22,000. Mengapa? Tidak ada sesiapa yang akan ditertinggalkan di Negeri Pulau Pinang. Tak kira kawasan mana. Oleh yang demikian, tadi saya ada kata daripada kawasan UMNO yang terbanyak sekali kerana Barisan Nasional, UMNO ada lebih di luar bandar. Di bandar, pekan susah mau tipulah. Orang di luar bandar senang sikit diputarbelitkan sama dia. Oleh yang demikian, kami tak serupa. Kami sudah buka lebih cerah. Kerajaan Negeri menyambut baik syor tersebut dan semesti Kerajaan Negeri akan meneruskan program kebajikan selama ini yang telah memberi manfaat kepada rakyat dan khususnya rakyat miskin walaupun pada kini Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah terdiri daripada kerajaan yang sama. Apa yang lebih menarik adalah Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan bersama berganding bahu membantu rakyat melalui agensi masing-masing. Ini menunjukkan perbezaan Kerajaan Persekutuan sekarang berbanding kerajaan yang terdahulu yang lebih gemar menjadikan perbezaan ideologi politik sebagai tembok pemisah di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Memang dulu, memang amat susah untuk saya kerja. Ada banyak maklumat berkenaan dengan ibu tunggal, sistem e-kasih. Tetapi bila kami telah jadi Kerajaan Negeri, accessibility telah tutup. Bermaksud orang yang hendak dibantu tak dapat dibantu kerana maklumat ini tidak mau bagi kepada Kerajaan Negeri. Dia

nak jatuh Kerajaan Negeri ke bawah, Kerajaan Negeri tak boleh kerja dengan simpan maklumat. Itulah UMNO, regim Barisan Nasional. Pusat transit gelandangan, menjawab soalan Ahli Yang Berhormat ADUN Pengkalan Kota mengenai mekanisme yang digunapakai untuk pengurusan Pusat Transit Gelandangan di Pengkalan Kota. Untuk makluman Yang Berhormat, pengurusan penempatan gelandangan ini dicadangkan diurus oleh pihak Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikenalpasti oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang. Kami ada buka untuk NGO-NGO dan kami sudah kenal pasti sedang berbincang dan juga bukan nak pakai garis panduan oleh Kerajaan Negeri tetapi juga garis panduan yang akan dicadangkan oleh NGO supaya nak senang sikit dengan melalui empowering the street citizen, saya ada keyakinan bahawa ini akan jadi terbaik kerana kerja-kerja urusan-urusan Kerajaan Negeri telah dinampak dan bukan tiru, digunapakai seluruh Malaysia. No free plastic bag sekarang nak jalankan, one time use plastic nak jalankan, ini juga nak jalankan dan ada satu berita yang baik, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri kata, “saya nak turun mai Pulau Pinang lihat cara macam mana Mutiara Food Bank digunapakai”, akan ke mari pada 22 Disember, dicadangkan 22 Disember akan diconfirm oleh dia punya pejabat. Dan dia juga mencadangkan, bukan dia sendiri turun, ini ingin semua EXCO yang menjaga kebajikan di seluruh Malaysia, iaitu kata semua negeri-negeri EXCO yang jaga kebajikan mesti ikut sama dia, iringi dia turun mai Pulau Pinang tengok perkara ini.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Minta laluan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Puyu ke atas penjelasan tadi berhubungan dengan pengurusan Pusat Transit Gelandangan ini dan sememangnya saya beri penghargaanlah kepada Kerajaan Negeri ke atas di dalam cara memilih pihak pengurusan untuk Pusat Transit Gelandangan ini dan saya berharap agar Badan Bukan Kerajaan, NGO ini yang dipilih nanti sesebuah NGO yang bertauliahlah, yang boleh benar-benar membawa manfaat khususnya dalam menjayakan Projek Pusat Transit Gelandangan ini. Terima kasih.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Ya, terima kasih di antara senarai yang dipendekkan adalah Tzu Chi dan memang ADUN Kawasan akan juga dilantik dalam jawatankuasa untuk uruskan perkara ini. Bagi menghargai dan membantu NGO yang bersedia untuk menempatkan golongan gelandangan yang tidak produktif, Kerajaan Negeri akan menyalur bantuan melalui geran ransom dan geran pentadbiran sebanyak RM359,100.00 manakala RM201,600.00 akan diperuntukkan untuk menganjurkan latihan kemahiran untuk gelandangan yang produktif. Kita ada dua, non-productive and productive. Productive macam mana buat, non-productive macam mana buat. Untuk alam sekitar. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua. Seterusnya izinkan saya membahas isu-isu berkaitan dengan alam sekitar yang juga merupakan portfolio di bawah tangungjawab saya. Sesungguhnya kita semua sedar, isu-isu alam sekitar semakin hari semakin mencabar dan usaha-usaha untuk menanganinya memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak. Masalah alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air, pembuangan sisa-sisa pepejal dan toksik, penebangan hutan secara haram, pengurangan sumber semula jadi dan sebagainya, telah mengakibatkan berlaku ketidakseimbangan kepada alam sekitar. Tragedi tanah runtuh, banjir kilat, pencemaran udara, air dan darat, pemanasan global dan sebagainya adalah kesan ketidakstabilan ekosistem berpunca daripada perubahan iklim. Isu-isu alam sekitar tersebut merupakan antara cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani oleh kita semua. Justeru, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dalam ucapan Belanjawan 2019 telah menggariskan sasaran Penang 2030 bagi Teras Keempat iaitu melabur dalam persekitaran infrastruktur dan kemudahan awam untuk meningkatkan daya tahan dalam pelbagai keadaan. Melalui teras ini Negeri Pulau Pinang berkeyakinan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dan kelestarian alam sekitar, seiring dengan pembangunan melalui pelaksanaan Agenda Hijau Pulau Pinang atau Penang Green Agenda. Agenda Hijau Pulau Pinang akan berperanan sebagai roadmap untuk tempoh 10 tahun bagi memacu Negeri Pulau Pinang ke arah negeri hijau, dan lestari (Green and Sustainable State) daripada 2020 sehingga 2030

menfokuskan Penang Green Agenda adalah untuk berformulasi kaedah begitu bagi menangani isu-isu sensitif alam sekitar berpaksi kepada pemeliharaan, pemulihan dan kawalan pencemaran atau ke arah kelestarian. Mengenal pasti sasaran jangka pendek, dan jangka sederhana, jangka panjang untuk meningkatkan kelestarian alam sekitar dan merangka strategi dan pelan tindakan untuk mencapai sasaran kelestarian alam sekitar yang telah dikenal pasti berdasar United Nation’s Sustainable Development Goals (UNSDG). Proses pembangunan Penang Green Agenda, dimula pada tahun 2017 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun hujung tahun 2019. Proses ini dilaksanakan dalam 3 fasa seperti berikut: i. Fasa Pertama : Mengenalkan pasti skop, halatuju, rangka kerja, tindakan tugas serta tanggungjawab pihak berkepentingan; ii. Fasa Dua : Mengenal pasti sasaran serta indikator perlu dicapai dan membentuk strategi serta pelan tindakan untuk mencapai sasaran yang dikenal pasti dan; iii. Fasa Tiga : Pelancaran dan pelaksanaan pelan tindakan secara bersepadu. Pada masa ini, pembangunan Penang Green Agenda berada dalam peringkat Fasa Dua. Selaku EXCO Alam Sekitar, saya amat berterima kasih kerana Pembentangan Belanja 2019 Negeri Pulau Pinang, turut menyentuh mengenakan hasrat Kerajaan menjadi Penang sebagai Negeri Hijau (Green State) yang akan terjemahkan melalui perancang Kerajaan Negeri untuk menanamkan 100,000 pokok dalam tahun dalam tempoh lima (5) tahun ini. Memang ada orang tanya sama saya mengapa 100,000 saja, kami tolak tanah 300,000 lebih, tanam sehingga tak dak tempat nak tanam. Sekarang yang cara macam mana nak tanam itu, amat penting. So, ada yang open space mana kami akan replace yang pokok-pokok yang bahaya. Di kesempatan ini, saya ingin juga mengambil peluang dan ruang untuk menyentuh sedikit mengenakan No Single-Use Plastic yang sedang dirancangkan oleh Kerajaan Negeri. Memang Kerajaan Negeri akan menguatkuasakan No Single-Use Plastic Dasar pada 1 haribulan Januari 2019. Proses perbincangan dengan manufacture, persatuan-persatuan dan kedai-kedai dan orang kata pihak-pihak berkepentingan sedang dijalankan. Iaitu kata kami lebih baik, kami lebih minat, lebih minat bahawa selaraskan seluruh Malaysia kerana dalam mesyurat yang saya ada, persamaan dengan Menteri dan juga EXCO-EXCO lain, kami telah mencadangkan One National Policy walaupun Pulau Pinang telah dilantik, dah bagi peluang untuk jadi tuan rumah untuk satu workshop untuk semua EXCO-EXCO Negeri cara, cara dan apakah hendak dibuat supaya dapat wujudkan satu Garis Panduan yang akan guna pakai seluruh negeri. We are, we will be hosting workshop for all of them kerana Pulau Pinang dahului, Penang Leads. Di kesempatan ini, isu penggunaan dan bergantungan kepada produk plastik serta kaedah pelupusan yang tidak sistematik, telah menyebabkan berlaku pencemaran alam yang serius. Justeru ini, Dasar Pengurusan Sisa Plastik Negeri Pulau Pinang, sedang dirangka dan meminimumkan impak kesan pencemaran plastik Negeri Pulau Pinang. Sebagaimananya Yang Berhormat semua sedia maklum, pada tahun 2009 Kerajaan Negeri telah memperkenalkan program No Free Plastic Bag. Sebagai langkah seterusnya (moving forward) dalam program No Free Plastic Bag, Kerajaan Negeri sedang merancangkan dan akan kaji mengenakan syarat-syarat baru yang program No Free Plastic Bag berikut, iaitu kata No Free Plastic Bag yang begitu jaya oleh Negeri Pulau Pinang, dan semua seluruh Malaysia sebelum Kerajaan iaitu Pusat ditukar pada Pakatan Harapan, memang mereka akan tiru. Kami kata ke atas mereka we do not not copy right, please copy it right. Tetapi ini juga nyaris-nyaris disabotaj, oleh Kerajaan Pusat. Bila Kerajaan Negeri di Negeri Pulau Pinang kami ada sistem kutipan dan gunakan kewangan kutip iaitu RM0.20 sen setiap ni setiap ni plastik bag. Kerajaan Pusat kata you itu duit simpan, pakai apa you pakai, buat apa kata you buat CSR. Sehingga kami and orang kata pelawat-pelawat daripada negeri datang ke Pulau Pinang gaduh. Sana tak kutip, you kutip. Sana satu minggu kutip satu hari, sini kutip tiap-tiap hari.

So, saya amat bersyukur pada tuhan sekarang Kerajaan Pusat pun Pakatan Harapan dapat selaraskan semua 7 hari, 1 minggu, 365 hari, satu tahun. Tetapi kehendak ambil sedikit masa ke arah cadangan Negeri Pulau Pinang mereka belum terima, iaitu kami nak cadang bahawa setiap plastik bag di caj RM0.50 sen. RM0.50 sen, sama masa sudah sampai dan dia bagi ini akan dinaik tebalnya, daripada 15micron kehendak sampai 40micron. Dan Negeri Pulau Pinang memang, saya telah dibuat kenyataan di, semasa mesyuarat which says no to bayar the credible, kerana bayar the credible pun ada banyak masalah. Ada yang ikut bayar the credible, ada yang kimia ada yang ada dikata bio. Dan saya kata, jikanya Kerajaan Pusat ingin nak pakai kena selaras dengan satu warna saja one common colour. Sebab orang boleh faham, orang boleh tau. Bukan semua orang tau di antara PE dan PP. Suka juga ingin saya memaklum di sini bahawa Negeri Pulau Pinang telah mencadangkan oleh MESTECC bagi tuan sebagai tuan rumah untuk menganjurkan bengkel untuk berkongsi maklumat, pengalaman dengan semua negeri-negeri mewujudkan satu Garis Panduan Peringkat Nasional. Susulan pada program No Free Plastic Bag, Kerajaan Negeri berhasrat untuk melaksanakan Dasar Larangan gunakan Plastik Sekali Guna. We will said no to that, and then kami untuk Fasa yang Pertama kerana kami hendak orang great the awareness dah 6 bulan, kami telah minta bahawanya mereka tidak boleh supply, unless tidak bagi straw kecuali yang diminta oleh mereka dan kes-kes yang tertentu orang OKU, baby, orang warga emas dan lain-lain. Buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui Penang Green Council (PGC) telah memulakan pendekanan soft approach dengan mendekati masyarakat serta pemilik restoran perniagaan dan memberi informasi dan kesedaran supaya menyokong Polisi Kerajaan Negeri ke arah No Single-Use Plastic secara amnya, dan Polisi ini No Plastic Straw secara khususnya. Kami telah buat survey, telefon, kami hantar mesej dan lain-lain. Satu survey sedang dijalankan. Kita amat bertuah selepas PRU14, kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak lagi bersendiri memperjuangkan isu-isu alam sekitar, khususnya berkaitan dengan penggunaan sisa-sisa plastik. Suka ingin saya memaklum di sini bahawa Kementerian Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perumahan Iklim telah memperkenalkan “Malaysia’s Roadmap Towards Zero Single-Use Plastic Bag 2018 hingga 2030” yang akan menjadikan pelan halatuju negara ke arah Pembasmian Kegunaan Plastik Sekali Guna. Justeru itu, perancang Kerajaan Negeri dalam program No To Single-Use Plastic khususnya akan diselaraskan dengan pelan halatuju nasional tersebut. Di kesempatan ini saya, saya juga ingin menjawab beberapa perkara yang kita bangkit berkenaan Portfolio Alam Sekitar semasa perbahasan pada kali ini. Saya ingin nak ucapkan ribuan terima kasih pada Ahli Yang Berhormat dari Datok Keramat dan juga daripada Pinang Tunggal, kerana pagi ini telah bagi penjelasan di mana di Portfolio saya telah dituduh, telah dituduh kata kami mengkecualikan The EIA untuk Bukit Kukus. Ini telah difahamkan bahawa Undang-Undang ini eco challenge adalah daripada zaman regim Barisan Nasional dimana dia kata ini tak payah EIA. Kami hanya ikut tu, kerana 6 bulan saja tak dapat pinda banyak. Selepas ini kita sudah nampak kita akan pinda lagi banyak, untuk menjaga dan kepentingan pekerja-pekerja. Isu sisa-sisa plastik yang diimport di Negeri Pulau Pinang, saya ucapkan terima kasih pada Menteri, di mana selepas ucapan saya dan jawapan di Dewan yang mulia ini, dengan reporter-reporter dan semua telah masuk PNBCT, buka terdapat 175 kontena, di depan adalah row material yang cantik bersih. Di belakang adalah sisa-sisa. Saya telah buat satu pendirian, bahawa recycling adalah satu industri digalakkan, tetapi bukan recycling untuk sisa-sisa municipal plastik daripada luar negara. Hanya orang kata clean plastic pre-consumer dibenarkan. Saya juga disini dalam Dewan yang mulia ini telah menyatakan bahawa ada pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab bermain dengan Kod ST iaitu kata 39, 3901 sehingga 3912 ada kod-kod untuk orang kata bahan mentah. Dan bukannya kelmarin, dalam sana mereka punya diperiksa di Custom 1 yang berikrar mereka menggunakan 3903 dimana tak da cukai, tak da ni tidak apa, tidak ada A.P yang berkenaan. Tetapi buka-buka, dalam semua sisa-sisa

ini. Kalau sisa-sisa plastik itu, mengapa saya buat bantahan. Sisa-sisa ni municipal plastic dia itu kata kutip daripada tapak pelupusan sampah, yang diguna kotor dan mai sini, dia cuci. Cuci baru dia boleh, dia beri proses. Bila cuci ini, air ini warna air ni masuk pi perparitan, sungai, laut bahaya. Jahanam kan Bio Diversity. So, say no to municipal plastic waste. Di sini juga saya mencadangkan kepada Kementerian bahawanya sebelum AP boleh dibagi, mesti rujuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk buat semakan kilang ini apakah kemampuan mereka, buat ada kapasiti, adakah mereka ada peralatan-peralatan yang boleh jaga kebersihan dan menjagakan Alam Sekitar seperti water treatment, seperti peralatan-peralatan yang akan control dia punya asap di mana asid akan digenerator. Akan dijana di sana. Ini semua harus dapat kelulusan, saya memang bersimpati dengan Ahli Yang Berhomat daripada Bukit Tambun. Tadi saya turun, turun pi untuk urusan iaitu untuk Bio kes, tetapi di sana bau bakar plastik lebih kuat dari bau sisa-sisa khinzir. There is the truth. Oleh demikian, saya berbincang dengan pegawai-pegawai JAS yang datang daripada Putrajaya petang ni, saya kata ini kilang semua mesti disiasat. Dan bila nak siasat, saya kata kena Operasi Bersepadu. Semua jabatan-jabatan yang terlibat mesti di sana termasuk MACC kena masuk di sana. Tak dak kompromi, kerana Kerajaan Negeri untuk mewujudkan satu negeri hijau, we will not compromise the environment. (Ahli Dewan menepuk meja) This is my word to you.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

YB. Sungai Puyu.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Ya.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Minta juga siasat kilang-kilang tanpa berlesen, ataupun kilang-kilang kitar semula di kawasan Nibong Tebal termasuk DUN Jawi dan DUN Sungai Bakap.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Ya, memang. memang dalam maklumat-maklumat yang saya dapat di seluruh Negeri Pulau Pinang tidak ada sekurang daripada 200, ada 200 kilang-kilang tanpa izin, saya tidak mahu kata dia haram, saya kata tanpa izin, tanpa lesen. Di sini apabila pengimportan, AP nak bagi, kalau dia punya kapasiti ada 100 tan satu bulan, kami hanya boleh bagi dia 70, mengapa dia boleh buat 100, kita bagi 70 kerana dia kena bertanggungjawab CSR untuk beli daripada anak-anak tempatan yang municipal waste di sini. Import tak boleh tetapi 30% daripada apa yang mereka proses mesti daripada local atau tempatan di mana anak-anak tempatan kutip daripada municipal waste jual kepada mereka untuk wujudkan satu green economy dan juga pertingkatkan recycling waste. Saya juga mencadangkan bahawa kilang-kilang ini mesti berkumpul di satu tapak selain dari anak tempatan ia kutip sahaja, untuk proses satu tempat. Senang sikit untuk penguatkuasaan, ini mesti dijalankan, cadangan saya. Lagi satu, yang pada kini kita ada yang mana maklumat seperti ada satu syarikat yang begitu berani cabar pihak berkuasa tempatan kerana pihak berkuasa mengikut prosedur, telah ambil tindakan pada dia, dia sue sama MPSP. Dan nanti sat kata kalau kes ini salah guna kuasa belum habis dibicara ini tidak boleh ambil tindakan pada saya. Tidak boleh. Oleh itu saya nak merayu dalam Dewan yang mulia ini bahawa kena bagi kuasa pada Pihak Berkuasa Tempatan satu kuasa memohon court order. Ini kilang tidak ada lesen, ini kilang mencemarkan alam sekitar, kita tutup sama dia sementara, nak bicara, bicara dulu, terpaksa buat, buat. Kami mengalu-alukan pelabuhan, kami juga mengalu-alukan ini industri tetapi industri player mesti bertanggungjawab, bukan you buat duit kami kena bayar duit, tak boleh. Di sini juga soalan berkenaan dengan Pokok Api-Api. Saya ucapkan terima kasih kepada ADUN daripada Bukit Tengah di mana satu petang dia ada berhubung dengan saya kata JKKK saya telah nampak kegiatan macam ini. Dan saya telah minta MPSP, saya telah minta JAS turun padang dengan secepat mungkin dan juga daripada Perhutanan. Pukul 12.30 dapat maklumat pukul 3.00 mereka sudah sampai sana, sudah bagi satu laporan. Itulah saya kata JKKK dan ADUN

dapat bantu Kerajaan Negeri untuk membenteraskan kegiatan-kegiatan yang tidak diizin di Negeri Pulau Pinang seperti potong Pokok Api-Api di sana. Arahan Y.A.B. Ketua Menteri saya terima, nasihat dan maklumat daripada YB. Bukit Tengah saya terima, saya akan menggunakan kes ini satu show case supaya akan hantarkan satu mesej, don’t destroy our environment, this is Pulau Pinang, Pulau Pinang akan jadi hijau. Bukan cool down, saya hendak cepat sikit, saya ada 10 minit. Daripada Permatang Berangan yang memohon tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani ancaman babi hutan dan kera liar di Kampong Chempedak daripada ADUN Permatang Berangan, memang saya ucapkan terima kasih ada perhatian kepada KADUN. Tetapi masalah ini bukan di KADUN anda sahaja tetapi di seluruh SPU. Ini adalah kerana ada di RTB Kuala Muda dan juga di Sungai Perai di mana mereka buat tebatan banjir di sepanjang ini telah usik sikit dia punya tempat duduk dan lain-lain dan di sini kami telah ambil tindakan. Berkenaan dengan isu ancaman babi hutan dan kera liar di Kampong Chempedak yang telah dibangkit oleh Yang Berhormat ADUN Permatang Berangan, sebagai makluman semua Ahli-ahli Yang Berhormat, kawasan Seberang Perai Utara sememangnya menghadapi masalah ancaman babi hutan dan kera liar kerana kerja-kerja tebatan banjir Sungai Perai dan Sungai Muda. Sehubungan itu Jabatan Perhilitan Negeri Pulau Pinang telah dan sedang membuat tindakan-tindakan melalui operasi memindah hidupan liar yang membuat kacau ganggu ke kawasan hutan simpanan. Bagi hidupan liar yang melibatkan kera dan babi hutan yang tidak dapat dipindah maka langkah penakaian telah dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan. Kami bukan tembak untuk matilah, kalau boleh elakkan, elak. Kerana kalau saya kata macam ini, sat ni Bagan Dalam nanti marah. Sekiranya tanah pelupusan sampah diurus dengan betul dan berlaku hujan lebat akan menyebabkan pencemaran kepada sungai atau laut terutamanya ternakan sangkar ikan yang berhampiran khususnya kawasan pelupusan sampah Pulau Burung yang dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat KOMTAR. Memang Ahli Yang Berhormat KOMTAR telah mencadangkan supaya Kerajaan Negeri membuat kajian komprehensif membina loji waste to energy. Sebagai maklumat Yang Berhormat, dasar Kerajaan Persekutuan adalah menggalakkan kegunaan pendekatan waste to energy. Justeru Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah nasihat semua pihak berkuasa tempatan untuk mewujudkan satu guna pakai terminal treatment untuk menjanakan tenaga. Namun begitu tanah yang ada di Negeri Pulau Pinang adalah terhad. Pembinaan loji bagi melaksanakan proses terminal treatment tersebut, oleh demikian pada masa ini pelaksanaan satu kajian komprehensif untuk membinakan loji waste to energy sedang diusahakan. Kerajaan Negeri telah diminta untuk menaik taraf lanskap sepanjang Jalan Azlan Shah bagi memberikan imej yang baik kepada pelancong yang akan dijalankan oleh Ahli Yang Berhormat Batu Lanchang. Ahli Yang Berhormat ADUN Batu Lanchang telah membangkit mengenai keperluan menaik tarafkan lanskap di sepanjang Jalan Sultan Azlan Shah. Pada masa ini proses pengindahan lanskap bersama pihak swasta sedang dilaksanakan melalui pendekatan Public Private People Partnership, PPPP. Sehubungan ini Kerajaan Negeri mengalu-alukan cadangan bagi tujuan pengindahan lanskap di Negeri Pulau Pinang daripada semua pihak yang akan ambil pertimbangan. Ahli-ahli Yang Berhormat, akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak termasuk jabatan-jabatan, agensi-agensi Kerajaan termasuk NGO-NGO serta komuniti-komuniti, institusi-institusi swasta yang telah membantu Kerajaan Negeri untuk melaksanakan program-program kebajikan masyarakat penyayang dan alam sekitar dan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Pulau Pinang. Di sini juga saya nak ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bukan hanya di Dewan, semasa Dewan, semasa ke semasa juga ada telefon saya berbincang dengan hal-hal alam sekitar dan kebajikan, juga bagi nasihat, juga tunjuk ajar kepada saya, saya rela belajar daripada semua orang. Ini saya mahu mempertingkatkan prestasi Negeri Pulau Pinang. Saya hanya juga wakil anda sahaja dalam bidang Alam Sekitar, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang. Semua nasihat saya ambil dan semua nasihat dialu-alukan. Semoga kerjasama di antara kerajaan dan

masyarakat yang sentiasa membantu Kerajaan Negeri dalam membaiki perkhidmatan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang. Bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pertanyaan dan mengemukakan isu-isu yang berkaitan. Perkara-perkara yang dibangkit akan menjadi pemangkin untuk saya bekerja dengan lebih keras dan gigil bagi menambahkan nilai dan memperkukuhkan mutu penyampaian di portfolio Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat boleh ulang balik perkataan yang pakai tadi.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Apa itu? Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri: ‘Gigil’.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

‘Gigil’.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bukan gigil, ramai yang dengar tu kata gigil.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Lebih keras dan gigih. (ketawa). Akhir kata saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar-pelajar Negeri Pulau Pinang yang akan menduduki peperiksaan SPM bermula minggu ini. Selamat bercuti kepada semua pelajar sekolah yang akan bercuti pada 24 November 2018 dan memohon sentiasa menjaga keselamatan masing-masing terutamanya musim monsun ini. Ini saya mohon menyokong, sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Puyu. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Padang Lalang.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut mengambil bahagian dalam penggulungan perbahasan Bajet ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Y.A.B. Ketua Menteri kerana mempromosikan agenda kesaksamaan gender dengan menyokong usaha meningkatkan perwakilan wanita dalam struktur Kerajaan Negeri melalui pelaksanaan dasar 30% perwakilan wanita dalam Majlis Pengurusan Komuniti dan Kampung (MPKK) yang dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK). Bermula secara berperingkat sejak tahun 2017 lagi, perkara ini juga telah disarankan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar YB. Dato’ Seri Rina binti Mohd Harun. Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak sahaja berhenti pada tahap itu. Ucapan Bajet Y.A.B. Ketua Menteri baru-baru ini telah menggesakan komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam meningkatkan perwakilan wanita dalam struktur Kerajaan Negeri dengan memanjangkan dasar ini dalam pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan. Saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Ketua Menteri sekali lagi kerana peka gender dan bertekad untuk menjadikan dasar ini sebagai suatu kenyataan. Ini juga adalah selari dengan cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB. Hajah Zuraida binti Kamaruddin. YB. Zuraida telah menegaskan bahawa kementeriannya akan menilai semula peruntukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang gagal melantik sekurang-kurangnya 30% ahli majlis dalam kalangan wanita. Kita perlu mengorak langkah dalam memastikan supaya dasar ini dilaksanakan dalam pelantikan Ahli Majlis di MBPP dan MPSP pada Januari 2020. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, peratusan perwakilan wanita dalam

Dewan-Dewan Perundangan di negara kita perlulah ditingkatkan agar bilangannya seimbang dengan jumlah penduduk wanita di negara ini. Bukan itu sahaja, malah dengan meningkatkan perwakilan wakil rakyat wanita lebih banyak undang-undang atau dasar yang lebih peka gender dan membawa manfaat kepada wanita, kanak-kanak dan keluarga dapat digubal dan menangani isu-isu gender seperti jenayah seks, keganasan rumah tangga, pengwujudan pusat jagaan kanak-kanak, bilik penyusuan dan hak pekerja wanita. Pada masa ini bilangan Ahli Parlimen wanita di Dewan Rakyat adalah seramai 32 orang atau 14.4% di mana terdapat peningkatan sebanyak 3.6%. berbanding dengan sebelum PRU 14. Walau pun peratusan perwakilan wanita di Dewan Rakyat telah bertambah peratusan peningkatan masih sangat rendah. Selepas 61 tahun merdeka, peratusan Ahli Parlimen wanita Malaysia masih pada tahap 14.4% dan ini memang saya rasa kita mesti semua berusahalah untuk meningkatkan. Mengikut Inter-Parlimentary Union, Malaysia berada pada kedudukan ke 137 daripada 193 negara dan masih di belakang Indonesia, Cambodia, Singapura, Vietnam, Filipina, dan juga Laos. Di kalangan negara-negara ASEAN, Malaysia berada pada kedudukan ketujuh daripada sepuluh negara. Keadaan ini harus diperbaiki dan peratusan perlu dipertingkatkan jika kita ingin melihat perubahan positif dalam sistem politik tanah negara kita. Tindakan afirmatif sedemikian dengan memastikan sekurang-kurangnya 30% perwakilan wanita dalam institusi politik telah digunapakai di banyak negara. Namun, tanggungjawab ini terletak di bahu pemimpin-pemimpin dalam institusi politik berkenaan. Pemimpin tersebut yang akan memilih calon yang akan dipertandingkan dalam pilihan raya ataupun dilantik untuk jawatan-jawatan tertentu. Pada masa kini, kebanyakan pemimpin adalah golongan lelaki. Hal ini menjadi (dengan izin)…Catch 22, di mana di satu pihak kita perlu lebih ramai perwakilan wanita walhal kita tidak mempunyai pemimpin wanita yang mencukupi dalam jawatankuasa pemilihan untuk membuat keputusan tersebut. Oleh itu, kita perlu meningkatkan perwakilan wanita dalam jawatankuasa pemilihan bagi membuka peluang untuk melantik lebih ramai wanita sebagai pemimpin atau membuat keputusan untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan gender di dalam institusi politik. Saya percaya Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, yang mewakili golongan wanita dan lelaki akan menyokong dan menggesa supaya institusi politik juga lebih peka gender dan supaya kita mencapai target sekurang-kurangnya 30% di dalam peringkat pimpinan ataupun membuat keputusan di dalam bidang politik. Selain itu, kita juga perlu meningkatkan perwakilan wanita dalam jawatan membuat keputusan dalam syarikat-syarikat Kerajaan Negeri dan syarikat korporat. Pengenalan sekurang-kurangnya 30% perwakilan wanita sebagai Lembaga Pengarah boleh dilihat sebagai langkah progresif untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam peringkat membuat keputusan dan dalam pada masa yang sama bawa pelbagaian gender dalam budaya korporat. Meningkatkan perwakilan wanita dalam Lembaga Pengarah sesebuah organisasi membolehkan dasar-dasar yang memenuhi keperluan pekerja daripada latar belakang yang pelbagai diperkenalkan. Menurut kenyataan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Seri Azizah Mohamad, pada tahun 2017 beliau mengatakan bahawa hanya 18.3 peratus daripada Ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat Kerajaan Negeri (government linked company) dan syarikat pelaburan Kerajaan Negeri (government linked-investment company) adalah wanita. Ini semua dari New Straits Times. Antara manfaat yang bakal diperolehi dengan perwakilan wanita di peringkat membuat keputusan adalah penyelesaian masalah secara lebih holistik kerana melibatkan idea dan perspektif daripada kedua-dua gender. Kedua, keperluan berlainan antara wanita dan lelaki dapat dipenuhi dan ketiga mengikut kajian Peterson Institute for International Economics didapati bahawa organisasi yang pada awalnya tidak mempunyai wanita dalam peringkat membuat keputusan dan yang kemudiannya meningkat kepada 30% menyaksikan kenaikan 15% dalam margin pendapatan bersih mereka. Terdapat korelasi positif yang signifikan di antara peningkatan bilangan pemimpin wanita dengan prestasi kewangan perniagaan. Oleh itu MMK keterangkuman gender akan mewujudkan kumpulan wanita berbakat ataupun (dengan izin)…women talented pool untuk membina kapasiti wanita bagi membolehkan wanita-wanita ini dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat Kerajaan Negeri dan

juga syarikat swasta. Inisiatif ini bertujuan untuk menarik lebih ramai wanita melibatkan diri dalam peringkat membuat keputusan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan Visi Penang2030 untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang berorientasi keluarga (dengan izin)…A Family-focused Green and Smart State that Inspire the Nation. Visi ini telah menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pertama yang memperkenalkan visi sedemikian memandangkan tiada, tidak ada mana-mana Kerajaan Negeri yang memperkenalkan visi yang memfokuskan kepada institut kekeluargaan. Kepentingan institut kekeluargaan tidak dapat dinafikan kerana pembentukkan akhlak dan sahsiah generasi baru muda bermula daripada institusi kekeluargaan. Keruntuhan sebuah keluarga dari segi moral, agama sahsiah serta nilai-nilai murni merupakan punca utama masalah–masalah sosial yang saban hari berleluasa tidak kira di kampung ataupun di bandar. Anak-anak memerlukan bimbingan, didikan dan kasih sayang ibu bapa. Ibu bapa yang akan membentuk acuan untuk anak-anak menempuh masa depan mereka. Keluarga yang kukuh dan stabil dapat mendidik dan memupuk kanak-kanak untuk berdikari, berketahanan diri dan dapat memikir dengan lebih bijak. Justeru itu ia akan mengurangkan masalah sosial dan mengurangkan beban peruntukan kerajaan dalam menyediakan institusi pemulihan atau program pemulihan. Matlamat (dengan izin) matlamatnya (dengan izin) prevention is better than cure. Jadi adalah pentingnya kita selalunya kita tanya kerajaan. Jadi ada mat rempit macam mana kerajaan boleh buat? Ada penyalahgunaan dadah, apakah kerajaan boleh membantu? Atau ada banyak kes bunuh diri apakah kerajaan boleh buat? Ini tak boleh selesai pada tahap itu. Ini dia semua bermula di dari keluarga dan apabila mereka masih kecil lagi. Jadi pada masa ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama PWDC dalam proses merangka sebuah dasar keluarga yang akan dilaksanakan di Pulau Pinang sejajar dengan Visi Penang 2030. Polisi tersebut akan menjadi kerangka kerja dalam merancang melaksanakan dan memantau program-program dan projek-projek untuk memenuhi keperluan keluarga di Pulau Pinang. Untuk mencapai visi sedemikian Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membei peruntukan untuk program-program yang bermanfaat untuk keluarga seperti Hari Keluarga Peringkat Negeri yang akan dijadikan program tahunan. Hari Keluarga ialah untuk mengingatkan semua, bahawa keluarga adalah sangat penting dan nilai-nilai yang kita harus memupuk di dalam keluarga kita. Dia bukan satu hari untuk happy-happy saja tapi dia ada maknanya. Jadi, Yang Berhormat Penaga ada menimbulkan ini isu kerja shif. Selain sambutan Hari Keluarga, Kerajaan Negeri akan mengkaji untuk memperkenalkan garis panduan waktu kerja fleksibel yang membolehkan ibu bapa yang bekerja shif dapat meluangkan lebih banyak masa berkualiti dengan anak-anak mereka dan berharap agar swasta sektor swasta akan melaksanakan garis panduan sedemikian. Walaupun bekerja, kedua-dua ibu bapa perlu memastikan mereka meluangkan masa bersama anak-anak. Jadi ia ada tiga pihak ibu bapa sendiri mesti mengaturkan masa untuk bekerja, untuk di rumah, untuk bersama-sama dengan anak. Dan kita harap bahawa pihak swasta juga akan mementingkan bahawa pekerja mereka juga memerlu masa untuk keluarga mereka. Jadi saya rasa kalau ada baik tetapkan sekurang-kurangnya satu hari dia mesti balik rumah untuk makan malam kerana ada banyak ramai bapa tak balik makan malam….(gangguan). Hari ni tak balik tapi juga bukan bapa sahaja kalau ibu juga bekerja seperti kerja di sini pun selalunya tak balik makan malam juga. Jadi ini kita mestilah mengatur masa kitalah sekurang-kurangnya satu harilah. Satu minggu satu minggu saya ada dengar bahawa Ketua Menteri ada tetapkan masa satu minggu ada satu hari akan makan tengah hari dengan keluarganya. Betulkah? Betul aa saya harap semua nya akan ambil tunjuk contoh Ketua Menteri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, bersidang.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Khasnya, khasnya apabila anak-anak awak masih kecil kerana sebelum umur tujuh mereka bergantung penuh terhadap ibu bapa. Selepas itu mereka pergi ke sekolah. Mereka akan dipengaruhi oleh kawan-kawannya, cikgu-cikgunya dan ibu bapanya kurang influence terhadap

mereka apabila mereka sampai remaja mereka takmau keluarlah dengan ibu bapa. Jadi, masa emas untuk ibu bapa ialah sebelum mereka umur tujuh, kerana mereka tak dapat pergi mana-mana. Hanya boleh di rumah. Jadi saya ingin berkongsi ucapannya Puan Indra Nooyi yang merupakan CEO Pepsi Cola Wanita pertama. CEO wanita pertama untuk Pepsi Cola. Baru –baru ini dia sudah mau pencen. Jadi, dia tulis surat beri nasihat sedikit kepada rakan-rakannya (dengan izinnya)…jadi “Finally, think hard about time. We have so little of it on this earth. Make the most of your days, and make space for the loved ones who matter most. Take it from me, not me, Miss Indra. I’ve been blessed with an amazing career but if I’m being honest, there have been moments I wish I’ve spent more time with my children and family. So, I encourage you to be mindful of your choice on the road ahead.”. Kita selalulah mesti buat pilihan sama ada mahu karier ka khasnya ibu-ibu sama ada kita nak tumpu kepada karier atau pun kita mahu menjaga keluarga. Saya harap lah kita semua boleh balance ya di mana kita karier dan juga ada sebuah keluarga yang bahagia. Saya yakin bahawa ahli bahawa Ahli-ahli Dewan yang mulia pasti bersetuju bahawa kita semua hendak membalance meseimbangkan karier kerja dan keluarga dan juga kehidupan kita tapi ini memerlukan kita selalu memikir sebagai seorang wakil rakyat kita di sini membuat dasar-dasar. Jadi, saya harap apabila kita buat dasar untuk menseimbangkan karier, kerja dan kehidupan, semua boleh sokong (Ahli Dewan menepuk meja) Jadi Yang Berhormat Tambun, beliau menyokong penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga. Saya rasa bukan Yang Berhormat Tambun sahaja, Yang Berhormat Bagan Dalam, Yang Berhormat Sungai Pinang dan juga Yang Berhormat Seri Delima, Yang Berhormat Pulau Betong dia pun sokong dan juga Yang Berhormat Batu Lancang. Saya rasa ramai yang sokong, dan juga Yang Berhormat Penanti walaupun beliau tak ada di sini. Jadi saya mengucapkan banyak terima kasih kerana saya merasa ini merupakan satu dasar yang penting. Timbalan Speaker Sungai Bakap, dia pun memberi sokongan yang sepenuhnya (Ahli Dewan menepuk meja) Untuk mengukuhkan lagi program-program yang membawa manfaat kepada wanita, keluarga dan komuniti, penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga ataupun (JPWK) di setiap KADUN telah disyorkan. Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang memperkenalkan konsep JPWK sebagai sebuah struktur formal yang memainkan peranan sebagai mekanisma untuk memastikan pelaksanaan program-program membawa manfaat kepada komuniti di peringkat akar umbi. Ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam bukan sahaja menggubal dasar-dasar, malah juga telah maju satu langkah ke hadapan dengan adanya sebuah struktur dan mekanisma dalam bentuk jawatankuasa untuk melaksanakan serta menjayakan dasar-dasar tersebut kerana kita boleh adakan dasar yang paling cantik, paling baik tetapi sekiranya kita tak ada mekanisma untuk melaksanakan, kalau tak ada dana untuk melaksanakan, ia tetap berada di dalam kertas sahaja. Dia tidak akan jalan. Sekiranya kita ingin laksanakan, jadi kita perlu ada mekanisma, ada struktur dan ada dana, ada human resources. Antara fungsi utama JPWK adalah untuk merancang dan melaksanakan program-program pembangunan wanita dan keluarga untuk meningkatkan kesedaran dan memperkasakan wanita dan keluarga di kalangan masyarakat setempat dalam hal kekeluargaan, keibubapaan, pembangunan kanak-kanak, kesihatan, peluang pendapatan dan lain-lain lagi. Saya rasa ini bukan untuk wanita sajalah atau ibu, untuk lelaki dan bapa juga kerana keluarga itu dia mesti ada ibu-bapa dan anak-anak barulah dia sempurna. JPWK juga akan menjadi satu platform untuk mengenalpasti dan membina lebih ramai pemimpin wanita. Saya diberitahu bahawa Yang Berhormat Bukit Tambun telah sediakan, dia sudah cari 15 wanita sudah ada di situ tapi dia tunggu saja hari ini. Saya rasa …(gangguan).

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta penjelasan Yang Berhormat Padang Lalang. Bukan saya pilih, mereka pilih sendiri. Mereka memilih antara mereka dan pejabat juga telah disediakan cuma nak minta pengesahan bilakah mereka boleh bermula gerak kerja. (Ahli Dewan menepuk meja)

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih. Ini sungguh berkesan, very effective. Ini ADUN very effective. Saya haraplah, selepas ini kita akan dapat sokongan diluluskan di dalam Exco dan dia boleh dilaksanakan. Jadi kita untuk mensyorkan, mengusulkan jawatankuasa ini, satu sesi konsultansi dengan ADUN dan Penyelaras KADUN telah diadakan pada Ogos dan kertas cadangan juga telah dibentangkan dalam Mesyuarat MMK Wanita dan Keluarga pada 30 haribulan Ogos. Baru-baru ini, sesi konsultansi dengan Ketua-Ketua Pasukan Briged Wanita Pulau Pinang telah diadakan pada 10 November. Saya amat berbangga kerana semua sebulat suara menyokong penubuhan JPWK di setiap KADUN (Ahli Dewan menepuk meja) Perkara ini akan diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) untuk pertimbangan dan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri. Jika tiada halangan, dapat sokongan jadi saya harap penubuhan JPWK akan dilaksanakan pada tahun 2019. Penanti tak ada di sini, nanti saya cakap dengan dia lah apa bila saya jumpa dia. Jadi untuk Ahli Kawasan Bagan Dalam mengenai keganasan terhadap kanak-kanak. Saya rasa beberapa Ahli Yang Berhormat telah memberi perhatian kepada isu ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang memandang serius kes-kes jenayah keganasan yang melibatkan kanak-kanak terutamanya keganasan seksual. Dianggarkan bahawa 1 daripada 3 budak perempuan dan satu daripada 6 budak lelaki menjadi mangsa penderaan seksual sebelum mereka mencapai umur 18 tahun. Kerajaan Negeri telah menganjurkan kempen kesedaran “Body Safety Education” dengan tujuan mendidik warga Pulau Pinang, khususnya golongan kanak-kanak dan ibu-bapa mengenai penderaan seksual terhadap kanak-kanak dan memberi kesedaran kepada semua golongan masyarakat berkenaan dengan keselamatan dan perlindungan kanak-kanak. Selaras dengan kempen ini, buku “Body Safety Education” telah diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan dalam proses percetakan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Sejumlah 20 ribu naskah akan diterbitkan. Untuk menghentikan keganasan terhadap wanita, Kerajaan Negeri bersama PWDC mengadakan kempen “Penang Goes Orange” setiap tahun sejak 2014 untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang jenis-jenis keganasan terhadap wanita dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah dan menghentikan perbuatan keji tersebut. Keganasan berasaskan gender adalah disebabkan ketidakseimbangan kuasa, (dengan izin)…“power imbalance’ antara pelaku dan mangsa. Jadi, wanita juga boleh ganas wanita. Mereka yang lebih berkuasa akan ganas mereka yang kurang berkuasa. Jadi selalunya kanak-kanak diganaskan kerana kanak-kanak dia kurang kuasa, dia tak boleh mempertahankan diri. Kes-kes rogol, mangsanya ialah dipilih mereka yang di bawah umur, yang lemah yang tidak dapat mempertahankan diri. Jadi, ini keganasan berdasarkan gender atau gender bias, violence is about power imbalance. Itulah kita kata bahawa perlunya ada 30% pembuat keputusan itu terdiri daripada wanita supaya dia boleh balance power seperti ini, supaya boleh kurangkan keganasan berasaskan gender. Dalam menyahut seruan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kerajaan Negeri menyokong sepenuhnya penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di pejabat-pejabat Kerajaan. Penubuhan TASKA di tempat kerja membolehkan ibu-bapa menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerja kerana anak mereka berada dekat dan di tempat yang selamat. Pada masa ini terdapat tiga (3) Jabatan Negeri dan sembilan (9) Jabatan Persekutuan di Pulau Pinang mempunyai TASKA di tempat kerja. Kerajaan Negeri sedang menjalankan kajian berkenaan perkara ini bagi membolehkan lebih banyak jabatan mewujudkan TASKA di tempat kerja di Pulau Pinang. Untuk memastikan pendidikan awal kanak-kanak dari umur 3 bulan ke 6 tahun adalah sistematik, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengesyorkan penubuhan Agensi Pembangunan Pendidikan Awal atau pun “Early Childhood Development Agency” (ECDA) kepada Kerajaan Pusat kerana ini adalah bidang Kerajaan Pusat. ECDA akan berfungsi sebagai satu badan berautonomi (independent body) untuk menyatukan pelbagai sistem penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia bagi memastikan setiap kanak-kanak dapat mengakses khidmat penjagaan dan pendidikan awal yang menyeluruh, berkualiti dan berkemampuan. Kerajaan Pusat telah memberi banyak peruntukan. Kementerian yang dapat paling banyak peruntukan ialah Pendidikan. Tapi, banyak peruntukan ialah untuk universiti dan higher learning.

Sebenarnya, untuk memulakan pendidikan yang lebih saksama dan adil untuk setiap kanak-kanak sepatutnya kita mengfokuskan kepada pendidikan awal kerana pada waktu itu setiap orang boleh dapat pendidikan dan jagaan awal. Bukan semua orang boleh pergi ke universiti, bukan semua orang boleh pergi ke form 6 ataupun matrikulasi. Saya rasa sudah sampai masa Kerajaan Pusat, Kementerian Pendidikan mesti kaji semula, tukar, perubahan mesti berlaku di peringkat kanak-kanak kerana pada umur itu, itu adalah masa untuk membentukkan sahsiah dan karakter anak-anak itu dan bukan tunggu sampai universiti.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Pohon penjelasan sedikit.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Okey. Thank you.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Dalam soalan bertulis saya kepada Portfolio Agama bertanya tentang sama ada wujud kes-kes perkahwinan bawah umur di Pulau Pinang dan jawapannya ada. Jadi soalan saya, setakat mana kolaborasi Yang Berhormat EXCO Portfolio Wanita dan Portfolio Agama untuk melihat kepada kebajikan, kemaslahatan pendidikan mereka ini yang berkahwin bawah umur terutamanya wanita perempuan. Terima kasih.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Ini merupakan satu masalah yang multifaceted, dia bukan senang macam tu dia boleh dibantu. Lebih baik dia jangan kahwin awal lah. Kekalkan dia di sekolah kalau boleh…(gangguan).

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Sekarang dah kahwin. Soalannya dah kahwin so what the mechanism or vision has been taken?

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Saya mahu secara sangat jujur memberitahu bahawa tak ada apa-apa langkah yang diambil kerana mereka sudah kahwin dan melainkan mereka datang merayu untuk bantuan. Upaya bantuan yang diberi adalah kerana kemiskinan walaupun didera. Kalau yang tak ada yang datang untuk bantuan, macam mana kita nak bantu dia. Jadi ini bukan satu masalah yang senang, yang boleh diatasi. Tapi sekarang kita mengatakan bahawa kita akan cuba nak meningkatkan umur untuk perkahwinan itu sampai 18, 18 pun muda lagi kerana sekiranya dia berpelajaran lagi, dia belum pergi ke kolej dan universiti lagi yang lebih baik dia sekurang-kurangnya habis SPM. Jadi, lebih baik kita prevent dia, prevention is still better then cure lah, and sometime this cure is very difficult, very difficult jadi fungsi…(gangguan). Ahli kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Hello, Yang Berhormat Padang Lalang. Ahli kawasan Padang Lalang ( YB. Chong Eng): Ya? Ahli kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

I think sudah beralih daripada pusat asuhan tadi. Ada cadangan yang saya telah bangkitkan tetapi mungkin terlepas pandang iaitu untuk wujudkan satu registry for the pengasuh-pengasuh persendirian yang menjaga anak-anak di rumah untuk, sebab kes-kes yang kebelakangan ini yang kita dengar adalah bukan berlaku di pusat asuhan ada juga di pusat asuhan tetapi pengasuh-pengasuh persendirian untuk mendaftarkan mereka di bawah SSM ka ada sesuatu cara dan apabila mereka didaftar saya cadangkan untuk diperiksa jenayah, rekod jenayah mereka, rekod kesihatan mental dan juga rekod kesihatan mental dan rekod jenayah ahli-ahli keluarga yang tinggal dalam rumah yang sama sebab kes yang baru-baru berlaku kanak-kanak 9 bulan dirogol, dibunuh itu adalah dilakukan oleh suami pengasuh itu sendiri dan juga

rekod pekerja-pekerja pusat asuhan ia tidak dijawab so saya minta yang ini diberi penekanan juga lah. Terima kasih. Ahli kawasan Padang Lalang (YB. Chong Eng): Terima kasih. Terima kasih, saya rasa semua ini boleh dilaksanakan tetapi agensi mana yang nak laksanakan, siapa, siapa yang nak buat…(gangguan). Ahli kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy): Saya cadangkan untuk Pulau Pinang bawa cadangan ini kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dalam tempoh hari. Ahli kawasan Padang Lalang (YB. Chong Eng) Saya rasa ini pun bukan satu kementerian yang boleh buat semua umpamanya pendaftaran, penjenayah seksual itu, saya rasa dia bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Wanita dia mungkin di Kementerian Dalam Negeri atau mana-mana. Jadi kita perlukan satu, agensi ya, it's “Early Child Care and Development Agency” dan fungsi ini termasuk: 1. Menyelaraskan pemantauan semua TASKA dan TADIKA; 2. Merangkakan garis panduan kemudahan program dan kurikulum; 3. Menyelaraskan yuran berdasarkan lokasi; 4. Memberi latihan kepada tenaga pengajar, penjaga dan pengusaha pusat; dan 5. Menyediakan hal-hal berkaitan geran subsidi daripada Kerajaan.

Pada waktu sekarang, kita susah demand untuk perkhidmatan asuhan adalah banyak tapi supply tak cukup itulah kepada sesetengah ibu bapa dia tak dapat memilih, dia tak boleh pergi check sama ada ini dia ada latihan tak, sama ada dia didaftar ka, sudah didaftar ka kerana dia perlu pergi ke kerja dan anaknya mesti letak di mana-mana kalau tak ada orang jaga, dia tidak boleh pergi kerja. Jadi di sinilah saya rasa, Kerajaan mesti memainkan peranan. Jadi Kerajaan Pusat saya harap boleh mengadakan kaji semula tentang bidang penjagaan kanak-kanak ini kerana pada waktu yang akan datang pada masa depan lebih ramai wanita akan pergi ke kerja kerana ingin tetapi juga kerana terpaksa. Banyak keluarga dia tak boleh menampung kehidupan lagi dengan satu pendapatan. Kedua-dua mesti pergi kerja. Kedua-dua pergi kerja jadi anak siapa yang nak jaga. Anak-anak ini adalah masa depan negara, jadi negara mesti bantulah untuk menjaga mereka memberi pendidikan kepada mereka. Jadi pengagihan sumber negara, pengagihan bajet negara mesti memberi perhatian kepada penjagaan kanak-kanak ini. Sungai Pinang, Sungai Dua dan Batu Lancang ada bertanya mengenai isu Keterangkuman gender. Saya ingin mengucapkan sekali lagi lah kerana ini MMK Keterangkuman gender ini ialah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri (Ahli Dewan menepuk meja) Jadi usaha MMK ini akan, kita akan teruskan kerja kita dalam mengarus perdanakan gender ke dalam dasar-dasar, program-program dan amalan-amalan pentadbiran Kerajaan Negei. MMK Keterangkuman gender atau KG bertujuan untuk mencapai kesaksamaan gender dengan mengenal pastikan keperluan, keutamaan dan kehendak wanita, lelaki, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.

Daripada pelbagai latar belakang, kini MMK KG bersama PWDC sedang menggubal dasar keterangkuman gender yang akan menginstitutionkan KG ke dalam dalam dasar-dasar. Kita akan mengadakan SOP - Standard Operation Procedure dan KPI untuk memastikan keterangkuman gender diamalkan oleh semua agensi dan Jabatan Negeri dari segi perancangan, pelaksanaan dan penambahan program, menambahbaikan program ataupun projek. Selain itu, dasar ini akan memastikan semua kakitangan tidak kira gender mempunyai peluang yang sama untuk menyertai dalam peranan pentadbiran, pengurusan dan pembuat keputusan dengan prinsip gender seimbang. Dalam kata lain, pada masa lima (5) tahun. Kita yang mahu mencapai ialah setiap pembuat keputusan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau

Pinang, dia membuat sesuatu setiap kali ia membuat satu keputusan dia akan fikir ini untuk lelaki kah atau untuk perempuan kah ataupun siapa yang akan manafaat dari program ini dan setiap Ahli Yang Berhormat apabila mereka meluluskan peruntukan dan mereka akan kira, ini untuk siapa yang manafaat lelaki ke atau wanita dan sudah sampai 30 % belum? Kalau belum dia cepat-cepat dia akan meningkatkan meluluskan lebih banyak lagi untuk aktiviti program wanita. Itu adalah sasarannya. Dia menjadi sebahagian dalam kehidupan setiap hari bukan hanya apabila kita datang ke Dewan ini sahaja. Ini telah berlaku di Berlin bahawa is the way of life everyday. Mereka memikir channel budgeting. Tiap tiap hari mesti fikir. Ia secara automaticnya ia akan menjadi automatic dia akan menjadi satu faktor apabila membuat keputusan. Jadi MMK KG juga mengorak langkah untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam Kerajaan Negeri khususnya memastikan kesaksamaan gender bagi lelaki dan wanita diintegrasikan dalam semua proses pembuat keputusan.

Pada Disember 2017 Jabatan Perangkaan Malaysia telah menunjukkan bahawa Malaysia telah berjaya mengurangkan jurang antara wanita dan lelaki dalam sektor pendidikan dan kesihatan, di mana Malaysia telah mendapat skor 1.092 dan 0.957 masing-masing. Iaitu dalam pendidikan skornya ialah 1.092, apa maksudnya? Maksudnya ialah wanita telah mencapai lebih dalam bidang pendidikan. Kalau dia skor satu (1) ialah seimbanglah 50-50 kalau ia melebihi maksudnya wanita telah lebih mencapai dalam bidang, bidang pendidikan dan memang itulah.

Saya, saya pun ada sedikit risaulah dahulu saya tak risau. Adalah Tun Mahathir apabila dia di dalam Parlimen dia pernah risau bahawa sekiranya lebih ramai wanita yang graduate. Lebih ramai mahasiswi daripada mahasiswa. Jadi, dia risau mahasiswi ini nanti mahu kahwin dengan siapa kerana selalunya dia kahwin dengan setaraf ataupun yang lebih tinggi taraf dengan dia. Sekarang yang siswa lebih kurang daripada siswi, tapi tak cukup macam mana?. Cara yang dicadangkan ialah mahasiswa boleh kahwin dua (Ahli Dewan ketawa). Tetapi selalunya mahasiswi mereka kurang mahu jadi isteri kedua saya rasa. Saya buka jalan tapi janganlah, berilah penyelesaian yang lebih boleh diterima. Jadi, kita dan saya pergi ke bukan di universiti sahaja sekarang di sekolah menegah bilangan pelajar wanita adalah lebih ramai daripada lelaki. Saya tidak tau adalah ini keseluruhan tapi di Sekolah Menengah Jit Sin, ini top school di seluruh Malaysia. Dia, rationya ialah 60:40, 60% wanita dan 40% lelaki. Jadi di Rwanda, Negara Rwanda. Bahawa dia di Parlimen mereka, Ahli Parlimen wanita 68%. Jadi adalah di France, di East Europe ada dekat 50/50.

Jadi saya ada sedikit risau juga pada masa yang akan datang, mungkin gender balance ini akan terbalik iaitu lebih ramai wanita yang di bidang di dalam bidang pembuat keputusan. Jadi saya rasa adalah jadi untuk keterangkuman gender ini, gender balance ini bukan nak siapa siapa wanita ka atau lelaki untuk menjadi dominan ya. Jadi, kitalah saya rasa saya nak syorkan bahawa kita prinsip keterangkuman gender ini kita punya ialah 40:40:20. 40 wanita, 40 lelaki, dan 20 lagi campur-campur ialah siapa yang cekap dia dapatlah. Siapa yang cepat,cekap dia dapat jadi supaya tak ada satu gender yang akan melebihi 60%. Dia akan selalu di jamin, terjamin. Selain daripada itu, MMK KG akan mendorong pengunaan Gender Responsive dan Participatory Budgeting atau GRPB secara lebih menyeluruh di Pulau Pinang. GRPB ialah Gender Budgeting melalui proses participatory. Jadi, GRPB merupakan pendekatan berorientasikan rakyat dan menghubungkan kerajaan dan rakyat untuk mendapatkan hasil yang efektif dan menyeluruh. GRPB merapatkan jurang antara penyedia perkhidmatan dan pengguna perkhidmatan. Ia membantu memastikan penglibatan kumpulan-kumpulan berlainan dalam komuniti-komuniti dengan latar belakang berbeza dari segi jantina, umur, etnik, orang kurang upaya dan lain lain. Jadi ini keterangkuman. Pelaksanaan GRPB akan memastikan pengagihan sumber lebih bersifat peka gender untuk meningkatkan penglibatan komuniti dan mencapai kesaksamaan gender. Saya rasa ini merupakan satu prinsip yang sangat baik untuk proses demokrasi kerana demokrasi ialah merupakan rakyat membuat keputusan bersama. Ini akan memastikan kita akan selalu tahu apakah kehendak rakyat.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai telah menggunapakai GRPB dalam proses belanjawan sejak tahun 2012, Manakala pada tahun 2017, Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah menerima pakai GRPB untuk meningkatkan kualiti hidup komunitI yang tinggal di PPR. Sukacita dimaklumkan bahawa baru-baru ini iaitu pada Oktober 2018, PWDC melalui program GRPB telah memenangi anugerah United Nation-Habitat National Scroll of Honour Award 2018 daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kita telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam GRPB dan saya rasa Machang Bubuk tak ada sini. Machang Bubuk dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam telah bersama-sama melaksanakan satu program ‘Duit Kita Hak Kita’. Melibatkan 17 buah JKKK dan 3,000 penduduk dan projek ini saya diberitahu juga telah memenangi satu award di Barcelona pada hujung tahun ini. Saya diberitahu bahawa Machang Bubuk akan pergi ke Barcelona untuk menerima anugerah itu. GRPB juga menekankan perspektif gender untuk menilai impak sesuatu program atau projek yang dilaksanakan ataupun perkhidmatan yang disediakan untuk masyarakat. Sebagai contoh, GRPB membolehkan data mengenai gender dianalisis dari segi keupayaan golongan wanita dan golongan lelaki untuk mengakses, mengawal dan memiliki sumber yang ada. Hasil analisis ini dapat digunakan untuk menambahbaik dasar yang sedia ada atau mewujudkan dasar atau garis panduan baharu untuk merancang program atau projek. Tiga (3) komponen utama dalam belanjawan gender ataupun (dengan izin)….gender budgeting ialah: (a) Belanjawan Berasaskan Gender; seperti program kesihatan wanita, insentif pendidikan bagi remaja lelaki, inisiatif program menggalakkan kontraktor wanita dan lain-lain. Jadi gender ini bukan sahaja wanita tetapi lelaki juga. (b) Belanjawan yang memberi kesan kepada wanita dan lelaki; contohnya kemudahan pusat jagaan kanak-kanak, cuti penjagaan anak baru lahir untuk ibu dan bapa, penggunaan kemudahan awam oleh wanita dan lelaki seperti taman dan lain-lain; (c) Belajawan yang bersifat umum seperti program dan kempen kebersihan, penyelengaraan bangunan, pelebaran jalan dan lain-lain. Analisis gender merupakan alat atau instrumen yang digunakan untuk mengukur perbezaan antara keperluan wanita dan lelaki dengan objektif untuk memenuhi keperluan khusus bersadarkan gender. Ia akan mengambil kira faktor-faktor seperti keadaan ekonomi, tempat tinggal, tahap pendidikan dan lain-lain. Ini akan memberikan gambaran dan maklumat berkenaan perhubungan dinamik antara lelaki dan waita dalam masyarakat. Sebagai contoh, bantuan kewangan yang diberikan kepada Industri Kecil dan Sederhana (SMI) perlu dikenalpasti bilangan komposisi wanita dan lelaki, jenis perniagaan dan keperluan pemilik syarikat. Ini kerana keperluan kedua-dua golongan wanita dan lelaki mungkin berbeza walaupun semuanya dalam SMI dan harus diteliti secara berasingan. Dengan menggunakan kaedah analisa gender, MMK KG berharap bantuan peruntukan bajet negeri kepada SMI dapat diagihkan dengan lebih berkesan. Kerana business, perniagaan wanita adalah tidak sama dengan business ataupun perniagaan lelaki. Jadi mereka menghadapi cabaran yang tidak sama. Jadi kita tidak hanya beri tanpa analisa mungkin hanya sebahagian yang dapat manafaatnya. MMK KG akan menitikberatkan kepentingan mengumpul adan menanalisa data untuk dijadikan sebagai input bagi perancangan program dan pelaksanaan polisi. Justeru itu, data pecahan mengikut jantina ataupun (dengan izin)….Sex Disaggregated Data (SDD) perlu disediakan supaya penggubal dasar dapat menilai keadaan dan seterusnya menggubal dasar yang sesuai. Sebagai contoh, bilangan lelaki dan wanita yang menggunakan perpustakaan digital harus direkodkan untuk memahami keperluan kumpulan yang berbeza berdasarkan gender usia dan etnik supaya kemudahan yang sesuai dapat dirancangkan. Saya harap digital library ada data seperti ini kerana mungkin digital library dibuka 24 jam. Saya rasa ramai ibubapa tak benarkan anak perempuan keluar rumah selepas pukul 10.00 malam. Jadi macam mana dia nak guna digital library? Saya fikir begitu saja lah. Mungkin perlu lah, perlu beri perhatian kepada siapakah yang mengguna kemudahan ini.

Satu lagi e-Sport. Impak e-Sport juga boleh dikaji untuk memahami faktor aktiviti ini dinominasi oleh golongan lelaki. Lebih ramai lelaki yang memain e-Sport, mengapa? Boleh ajar juga. Jadi itu adalah supaya kita mesti peka dan prihatin mengapa wanita tidak bermain e-Sport…(gangguan).

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Minta penjelasan. YB. Padang Lalang, saya memang setuju e-Sport kebanyakan pemain adalah lelaki tapi hakikatnya semua jenis sukan majoriti pemain adalah lelaki. Adakah YB. Padang Lalang setuju dengan fenomena ini?

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Iya, saya pun setuju kerana saya kecuali lah itu sukan netball ia untuk wanita sahaja. Basketball pun ada. Ada yang kedua-dua gender ia lebih kurang seimbang. Ada yang sangat dominasi oleh satu gender. Jadi apabila kita menggunapakai dasar keterangkuman gender ini jadi MSN ia perlu membuat analisis mengapa sukan ini kurang ada wanita. Atau sukan ini kurang ada lelaki. Macam mana nak menyediakan kemudahan supaya ia lebih seimbang.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Minta laluan daripada Ahli Kawasan Padang Lalang. Untuk makluman, tahun ini pemenang SUKMA 2018 untuk acara wushu kedua-dua pingat emas adalah wanita, untuk acara judo kita dapat enam (6) pingat emas, lima (5) daripada wanita, untuk acara berenang kita dapat enam (6) pingat emas, lima (5) daripada wanita, untuk acara badminton lelaki mendapat dua (2) pingat emas, untuk silat satu (1) pingat emas, untuk acara pataque daripada wanita juga, satu (1) bergu dan perseorangan wanita juga. Saya rasa bukan sukan dimonopoli oleh lelaki ataupun wanita kerana kita tak agihkan sama ada wanita handal atau lelaki handal. Kita pilih siapa berkebolehan ataupun siapa yang mampu memang mereka akan dipilih dan dilatih dan di sini lah kita, saya rasa untuk sukan kita tidak seharusnya untuk memilih sama ada kita kena ada berapa wanita ataupun lebih banyak wanita masuk ataupun lelaki masuk atau mana-mana sukan dimonopoli oleh lelaki. Contohnya e-Sport, hari ini kita lihat memang banyak golongan lelaki main tapi mungkin esok hari muncul lah juara yang pertama di Malaysia adalah pemain wanita, kita tidak tahu. Memang kita tidak tahu. So saya rasa sama-sama lah kita berjuang untuk sukan tak kira bangsa, tak kira pangkat dan tak kira jantina. Untuk makluman.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Untuk yang saya terangkan ialah kita mesti beri perhatian kepada perbezaan, keperluan perbezaan berlainan kumpulan. Bukan nak kata tanding lelaki lebih hebat kah, ataupun wanita lebih hebat. Berapa banyak ada. Kita nak beri peluang yang sama kepada semua golongan. Golongan ini boleh dibezakan mengikut etnik dan juga mengikut tempat mereka tinggal. Mereka di luar bandar saya rasa ada kurang kemudahan sukan. Umpamanya tak ada squash, gelanggang squash di SPS ataupun kurang ada pun kurang. Jadi kita mesti bawa kemudahan ini kepada tempat-tempat yang kekurangan. Itu maksudnya. Bukan siapa yang menang lebih banyak pingat emas lah walaupun wanita prestasi baik juga. Kita puji juga lah. Kita puji kalau lelaki dapat pingat emas, dia dapat RM4,000 ganjaran, lelaki pun dapat RM4,000 ganjaran. Ini saksama.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Minta pencerahan Yang Berhormat Padang Lalang. Sememangnya saya berminat terhadap topik ini bukan sahaja disebabkan sukan tetapi yang merangkumi semua gender. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Padang Lalang sebab saya sebagai seorang pelari dan mengikut kajian pelari, kalau ikut peratusan biasanya pelari lelaki terutama di Malaysia lebih kurang 80% kalau di satu acara Marathon. Dan kebanyakan perempuan kalau pelari dikatakan kalau acara larian, perempuan yang boleh dapat pencapaian baik biasanya di umur 20 sampai 30. Dan lepas itu, selepas umur 30, pencapaian dan juga penyertaan akan menurun. Ini juga disebabkan ada ramai golongan perempuan sudah kahwin, hamil dan mereka pilih untuk duduk daripada sukan. Jadi saya minta juga untuk kajian keseluruhan sebenarnya kita sampai lah satu

masa kita boleh tanya, apakah permintaan kaum wanita yang dulu cenderung untuk sukan lepas itu sampai ke umur selepas 30 atau lepas itu, apakah pilihan mereka? Terima kasih.

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Boleh saya nak minta mohon celah dan tambah sikit, terima kasih Yang Berhormat Padang Lalang….(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat bila waktu dah pukul 10.00 baru nak aktif.

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Tiba-tiba ada …(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Boleh kita bagi peluang, saya ingat bagi EXCO mempercepatkan secepat mungkin..

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Boleh tak bagi saya, lima (5) minit. Sekejap saja. Saya cuma nak menarik perhatian sikit lah sebab memandang bila kita sebut tentang gender ini, sebenarnya isu dia adalah gender stereotype. Jadi bila kita menyebut tentang industri sukan dan juga politik, dua-dua perkara ini merupakan orang kata it’s still male dominated. Contoh sekarang ni saya nak, tak mahu nak sebut tentang eSport, tapi saya nak cakap sikit mengenai sukan Muay Thai, Tomoi. Ini merupakan satu lagi industri di mana ramai lelaki yang bermain. Tapi bila wanita kurang sikit. Jadi again apa yang saya nak tekankan adalah masalahnya adalah gender stereotype. Selagi kita tidak boleh mengubah persepsi dan juga mindset, disitulah kita ada lagi kekangan.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Betul, saya setuju dengan Seri Delima. Memang kita perlu mengubah mindset kerana ini zaman sudah berlainan. Zaman ini, lebih ramai wanita di dalam universiti, dan mereka juga ada berkemampuan untuk berlari. Tetapi, mereka ada satu benda yang tidak sama. Apabila mereka kahwin, mereka akan mengandung dan mereka akan melahirkan bayi dan mereka menjaga bayi. Kerana ini, mereka ini telah mengadakan kesan terhadap mereka. Mereka kerana tak ada masa lagi, mereka tak tidak bersukan. Itulah kita lihat bahawa lelaki menjadi suami, menjadi bapa boleh lagi bersukan. Tapi, wanita yang menjadi ibu itu kurang bersukan lagi. Ya. Ini adalah hakikat, walaupun berapa, berapa ingin saya nak wanita bersama dengan lelaki tetapi ini tak dapat mengubah, kerana ini adalah biological differences. Tapi sekiranya kita membanyakkan kemudahan untuk ibu. Jadi, mungkin ibu juga boleh bersukan. Kita kalau, kaum bapa lebih, lebih peka kepada keperluan ibu, isterinya. Mungkin isterinya pun boleh, pergi ke gym. Satu hari, satu minggu. Ya, dan bukan, dan bukan hanya suami pergi ke gym sahaja, isteri tak pergi ke gym. Jadi adalah baik kalau ada operator, gym operator katakan, sekiranya, suami dan isteri mendaftar bersama jadi diberi diskaun 50%. Family package. Jadi, dia ini menggalakkan supaya wanita pun boleh bersukan selepas itu ya. Tapi yang, yang, yang point yang saya nak make ialah ada perbezaan di antara lelaki dan wanita. Khasnya apabila mereka kahwin dan adakan keluarga. Menjadi ibu dan bapa. Tanggungjawab masing-masing tidak sama. Dan tanggungjawab ibu ini, lebih mendorong untuk menjaga anak-anak. Jadi saya pun, nak ingin menggalakkan supaya kaum bapa membantu menolong membuat kerja di rumah, menjaga anak juga. Ya, saya nak tanya ini Bagan Dalam baru dapat satu anak, seorang anak. Saya, dia boleh tahu dia memang bantu jaga anak. Saya rasa ini sangat, ini sudah sangat biasa. Saya rasa ini Jawi pun selalu ada, jaga anak.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Tapi saya tak berani cuci baju malam la. Sebab saya punya statement cuci baju dalam waktu malam akan menjadikan. Tapi saya tidak pastilah. Bagi saya tak ada masalah.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Tak da masalah. Okey, okey.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Padang Lalang, saya takut saya berdengkur kuat.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Tapi, ini saya rasa. Kalau kita tidak. Kalau kaum bapa bantu sikit…(gangguan). Timbalan Yang di-pertua Dewan Undangan Negeri:

Chong EngDAP · PHPadang Lalang, Ahli Kawasan Padang Lalang · Padang Lalang

Sikit 10 more minutes. Timbalan Yang di-pertua Dewan Undangan Negeri: Lagi 10 minit. So.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Kalau kaum bapa juga bantu dalam menjaga anak. Saya rasa, keluarga itu akan lebih bahagia. Betul ha. (Ahli Dewan menepuk meja) Memang ada, memang ada study kata kalau suami kamu, suami juga bantu buat kerja di rumah, Ya. Perkahwinan itu akan lebih kukuh dan juga keluarga lebih bahagia. Sekiranya kita mahu keluarga bahagia jadi, kaum bapa, saya harap akan tolong buat kerja-kerja ini….(gangguan). Timbalan Yang di-pertua Dewan: Yang, Yang Berhormat, setelah mendengar YB. Padang Lalang, saya pun nak balik cepat. Saya rasa keluarga, keluarga yang bahagia.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Saya masih ada tugas kerana ini malam Jumaat. (Ahli Dewan menepuk meja) Timbalan Yang di-pertua Dewan Undangan Negeri: Okay, continue, Padang Lalang please.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Okey, MMK KG tidak hanya menumpukan kepada pemerkasaan wanita, malah ingin mencapai kesaksamaan gender, baik wanita mahupun lelaki. Kini, jurang gender di Institusi Pengajian Tinggi dan Sekolah Menengah semakin serius. Indeks ketidaksamaan gender berada pada tahap 2.37. Ini menunjukkan bahawa jumlah pelajar wanita adalah lebih kurang dua kali ganda lebih berbanding pelajar lelaki di Institusi Pengajian Tinggi. Di samping itu, hasil penyelidikkan yang dijalankan oleh Penang Institut pada tahun 2017 juga mendapati pelajar perempuan di sekolah menengah mendapat pencapaian yang lebih baik berbanding pelajar lelaki. Oleh itu, kewujudan tren terbalik jurang gender (dengan izin)…reverse gender gap trend di institusi pendidikan menimbulkan isu-isu lain, seperti trajektori kejayaan kerjaya untuk golongan lelaki dan potensi impak negatif terhadap jenayah dan indicator social yang lain. Umpamanya, apakah impaknya kepada institusi keluarga? Jabatan Perangkaan Statistik telah menunjukkan statistik nisbah banduan wanita berbanding banduan lelaki adalah, 1:9. Dalam 10 orang, 9 orang lelaki, seorang perempuan. Dalam penjara ini. Penyelidikan secara menyeluruh dan SDD adalah sangat penting, untuk

memahami keadaan reverse gender gap trend untuk merancang dan mengambil jalan penyelesaian yang sesuai dan tepat. Kerajaan Negeri Pulau Pinang memerlukan kerjasama semua pihak demi menjayakan pelaksanaan Dasar Keterangkuman Gender. Saya yakin bahawa semua ADUN, Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri serta Kerajaan Persekutuan akan menyokong dasar tersebut dan bersama-sama melaksanakan sejajar dengan Visi Penang 2030 untuk mengurangkan diskriminasi dan ketidaksaksamaan dalam masyarakat kita. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak termasuk jabatan, agensi-agensi kerajaan, termasuk NGO-NGO serta komuniti dan institusi-institusi swasta yang telah membantu Kerajaan Negeri untuk melaksanakan program-program Pembangunan Wanita dan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama lain selain Islam demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Pulau Pinang. Semoga kerjasama antara kerajaan dan masyarakat akan sentiasa membantu Kerajaan Negeri dalam membaiki perkhidmatannya kepada share-holder yang terbesar iaitu rakyat Negeri Pulau Pinang. Bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pertanyaan dan mengemukakan isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya. Sekian terima kasih. Saya memohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih YB. Padang Lalang. Yang Berhormat, sidang dewan ditangguhkan. Dewan akan bersidang, esok pukul 9.30 pagi. Dan diminta YB-YB semua balik rumah terus. Terima kasih.

Dewan ditangguhkan pada jam 10.10 malam.