Pulau Pinang · 16 November 2018
14th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 477 turns · 35,753 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Absent: Dr. Afif Bin Bahardin (Seberang Jaya), Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail (Pantai Jerejak), Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin (Penanti)
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan doa.
“Bacaan Doa”.
Soalan lisan.
Ahli-ahli Yang Berhormat. Dewan bersidang semula, saya ingin menjemput YB. Batu Uban.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 55. No. 55. Tanah Kerajaan di Sungai Dua (AIRMAS) (a). Apakah rancangan Kerajaan di tanah tersebut? (b). Adakah pusat penjaja atau pasar-pasar awam akan dibina di tanah tersebut?
Terima kasih Dato' Speaker. Dan kepada rakan saya daripada Batu Uban yang bertanyakan tentang satu pemajuan di Kawasan Sungai Dua dan apakah status khususnya berkenaan kemudahan awam yang akan dibina disitu. Dato' Speaker, untuk makluman dewan yang mulia ini. Tanah yang dimaksudkan adalah Tanah Kerajaan diatas Lot 9117 di Mukim 13 Daerah Timur Laut Pulau Pinang. Kerajaan Negeri sememangnya mempunyai perancangan untuk membina sebuah Dewan Serbaguna dengan kemudahan Tadika dan Pusat Penjaja di atas tanah tersebut. Dan projek ini adalah sepatutnya dimajukan oleh sebuah syarikat dikenali Syarikat Hamna Sdn. Bhd. Dimana berdasarkan perjanjian penswastaan yang telah ditandantangani bersama oleh pihak syarikat tersebut dan Kerajaan Negeri sejauh pada tahun 1991, 31 Julai. Namun demikian Dato' Speaker, pelaksanaan projek ini telah terhenti kerana pemaju gagal memenuhi obligasi sebagaimana yang di maktubkan dalam perjanjian dan satu notis penamatan perjanjian telah dikeluarkan pada 11 Februari Tahun 2015. Susulan daripada itu Syarikat Hamna telah menjalankan satu prosiding timbang tara, arbitration terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan setelah beberapa sesi prosiding timbang tara telah diadakan yang melibatkan pihak-pihak penimbang tara, pemaju yang merupakan claimant dalam kes itu, peguam pemaju Kerajaan Negeri sebagai respondent dan juga Penasihat Undang-undang Negeri bagi pihak Kerajaan Negeri dan keputusan akhir ataupun final award telah dibuat dan dikeluarkan oleh penimbang tara atau arbitrator di mana dinyatakan notis penamatan yang dikeluarkan bertarikh 11 Februari 2015 itu kepada pihak pemaju adalah tidak sah dan didapati menyalahi undang-undang. Dan oleh yang demikian pemaju perlu meneruskan pembangunan Dewan Serbaguna dengan Kemudahan Tadika dan Pusat Penjaja di atas tanah sepertimana yang maktub dalam perjanjian asal 1991
itu adalah obligasi beliau untuk menyediakan kemudahan awam tersebut. Dan untuk makluman Dato' Speaker diperingkat ini Kerajaan Negeri kita masih dalam peringkat rundingan dengan pihak pemaju berkenaan perancangan pelaksanaan projek pembangunan di atas tanah tersebut. Sekian.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Datok Keramat atas penjelasan yang diberikan dan seperti yang dimaklumkan bahawa pelan asal sepatutnya didirikan sebuah kemudahan awam iaitu pasar dan juga tadika di kawsan tersebut dan kita faham kawasan tersebut buat masa ini terdapat lebih kurang 21 gerai-gerai illegal yang kedai makan yang didirikan di tepi-tepi jalan. Sekiranya kemudahan ini dapat disediakan maka saya percaya mereka-mereka ini dapat kita relocate kepada tempat yang baik. Maka soalan saya, apakah tindakan seterusnya daripada Kerajaan Negeri sekiranya pemaju enggan untuk membuat ataupun meneruskan projek tersebut? Terima kasih.
Terima kasih, rakan saya daripada Batu Uban yang membangkitkan soalan tambahan yang penting. Semalam telah saya nyatakan sebagai jawapan didalam penggulungan saya kepada beberapa Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Sungai Dua rakan saya yang bertanyakan tentang apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap mereka-mereka ini yang berniaga yang diambil tindakan penguatkuasaan. Dan saya kata Kerajaan Negeri sememangnya mempunyai objektif untuk kalau mereka itu perlu diambil tindakan kuatkuasa kita perlu lihat kita boleh sama ada kita boleh tempatkan semua kerana kita prihatin mereka ini peniaga-peniaga kecil yang perlu nafkah mereka ini dan tetapi unfortunately mereka di satu kawasan yang tidak sah. Dan oleh yang demikian dalam projek-projek kita memberi obligasi kepada pemaju untuk lihat kepada penyediaan kemudahan awam termasuk pasar-pasar awam dalam kes ini pusat penjaja, dewan serbaguna dan tadika perlu dibuat. Jadi dengan keputusan di penimbang tara yang sebut tadi. Effect dia ialah kita kembali balik kepada perjanjian asal di mana di dalam perjanjian asal itu kepada Kerajaan Negeri dan kepada pemaju kedua-dua pihak ada obligasi mereka masing-masing. Dan adalah jelas sekali dalam perjanjian itu satu obligasi di atas bahu pemaju ialah untuk menyediakan kemudahan-kemudahan awam tersebut. Dan saya kembali kepada Batu Uban memang dalam kes khusus Batu Uban ini sepertimana Dato' Speaker beliau kata tadi beliau memang tahu ada 21 penjaja di situ yang menunggu sekian lama dan kita hendak lihat agar kemudahan awam ini dibina. Apapun rancangan ataupun keputusan yang kita dapat capai melalui rundingan sekarang yang sedang dibuat antara kerajaan dengan pemaju didalam konsep perancangan yang mungkin kita setuju nanti memang kita akan kehendaki kemudahan awam ini dibina. Dato' Speaker.
Terima kasih. Seterusnya Bukit Tambun.
Dato' Speaker, soalan saya soalan nombor 56. No. 56. Sila nyatakan kos keseluruhan pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah serta huraikan:-(a). Kos Operasi dan penyelenggaraan bulanan sejak 2 Mac 2014, (b). Jumlah kenderaan mengikut kategori dan kutipn tol bulanan sejak 2 Mac 2014
(c). Adakah JKSB bercadang mengurangkan kadar tol?
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Dan terima kasih pada YB. Bukit Tambun. yang bertanya mengenai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Bagi maklumat Yang Berhormat kos keseluruhan bagi pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah adalah berjumlah RM4.5 bilion. Manakala kos pengambilan tanah yang terlibat adalah RM189 juta. Kos operasi dan penyelengaraan tahunan serta purata kos operasi bulanan bagi jambatan tersebut sejak tahun 2014 adalah seperti berikut. Bagi tahun 2014 kos operasi dan penyelengaraan RM62,234,018.50 dengan purata kos bulanan. Kita tak perlu. You boleh calculate sendiri, saya bagi yang tahunan saja lah. Untuk tahun 2015 RM126,363,912.35. Untuk tahun 2016 RM110,978,171.62. Untuk tahun 2017 RM121,146,977.23. Bagi tahun ini sehingga bulan Oktober RM107,066.350.48. Sejumlah 7,120,604 buah kenderaan telah mengggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sejak 1 April 2014 sehingga 30 September 2108. Lampiran bagi perincian jumlah kenderaan mengikut kategori kelas kenderaan akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat nanti. Manakala jumlah kutipan tol bulanan sejak tol mula dikenakan pada 1 April pada 2014 sehingga 30 September 2018 adalah sebanyak RM142,518,580.46. Lampiran bagi perincian kutipan tol pada setiap tahun bermula dari tahun 2014 sehingga September 2018 juga akan diletakkan atas meja Yang Berhormat. Untuk menjawab soalan yang ketiga. Kerajaan Persekutuan melalui Ucapan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan pada 2 November 2018 telah mengumumkan pemansuhan tol motosikal iaitu kelas 0 di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan juga Jambatan Pulau Pinang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019. Buat masa ini tidak ada perubahan terhadap kadar tol ke atas kenderaan selain motosikal kelas 1 ke 5 di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di mana kadar kutipan tol yang dilaksanakan adalah mengikut kadar yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Soalan tambahan Dato' Speaker. Adakah Kerajaan Negeri boleh berbincang dengan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. untuk memberi diskaun 20% kepada penduduk yang bermastautin di Pulau Pinang seperti yang dinikmati di Jambatan Pulau Pinang? Soalan kedua, adakah Kerajaan Negeri berhak menghadkan kenderaan berat hanya menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bagi meringankan tekanan kepada Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada?
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat untuk soalan pertama cadangan yang sebenarnya untuk diskaun seperti mana yang dinikmati dalam Jambatan Pulau Pinang itu. Pada saya itu cadangan yang baik. Namun kuasanya bukan untuk Kerajaan Negeri seperti mana Yang Berhormat pun sedia maklum mungkin yang ini perlu perbincangan yang lebih lanjut kerana membabitkan konsesi ataupun perjanjian konsesi di antara JKSB sebagai syarikat Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dengan Kerajaan Persekutuan. Maka saya rasa Kerajaan Negeri memang boleh cadang, nak cadang tu boleh. Tapi kalau dari segi kata putus mungkin tidak sangat.
Tapi kalau saya kita rujuk balik kepada kos. Kita lihat bagi tahun 2017 umpamanya kos operasi bagi jambatan tersebut adalah RM121 juta manakala kutipan tol hanya RM38 juta bagi 2017. Jadi boleh nampak ya. Saya tak yakinlah bahawa JKSB akan setuju melainkan ada subsidi daripada Kerajaan Persekutuan. Tapi yang ini mungkin kita boleh bawa ke perbincangan. Untuk soalan yang kedua, Yang Berhormat bertanya mengenai adakah Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk menghadkan kenderaan. Saya rasa yang ini kita perlu halusi sedikit sebab dari segi pengehadkan nak megehadkan kenderaan yang berat dan sebagai melibatkan beberapa bidang kuasa Jambatan Pertama - Syarikat PLUS, Jambatan Kedua - Syarikat JKSB dan bagi penguasa jalan adalah LLM Lembaga Lebuhraya Malaysia disebabkan ia adalah jalan-jalan yang betul. Namun begitu dari segi punca kuasa larangan hanya boleh dibuat dengan pewartaan oleh Menteri Pengangkutan ataupun Menteri Kerja Raya Malaysia. Jadi itu adalah punca kuasa kalau Yang Berhormat hendak tahu.
Terima kasih. Seterusnya Bayan Lepas.
Terima kasih Dato' Speaker, soalan saya nombor 57. No. 57. Apakah Kesan yang Kerajaan Negeri tanggung sebaik sahaja Goods And Services Tax (GST) dimansuhkan dan ketika Sales and Service Tax (SST) dilaksanakan? (a). Bagaimanakah impak kewangan yang dirasai oleh Kerajaan Negeri. Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat Bayan Lepas, Sales & Services Tax (SST) merupakan cukai seperingkat ataupun single stage tax yang secara amnya dikenakan ke atas pengilang dan bukannya pengguna. Sebaliknya Goods and Service Tax (GST) adalah cukai di pelbagai peringkat ataupun multi stage tax yang terpaksa dibayar dan dikutip pada setiap peringkat rangkaian bekalan atau supply change segala kutipan SST adalah hasil bagi Kerajaan Persekutuan. Melalui pelaksanaan SST Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan boleh memohon pengecualian cukai jualan atau sales tax seperti yang termaktub di dalam Akta Cukai Jualan 2018 di mana semasa pelaksanaan GST tiada sebarang pengecualian cukai diberikan. Sehubungan dengan itu sekiranya Kerajaan Negeri diberi pelepasan cukai maka dari segi impak kewangan Kerajaan Negeri akan dapat menjimat perbelanjaan ini dan mempunyai lebihan tunai yang dapat disalurkan kepada pelbagai projek tambahan untuk faedah dan kesejahteraan rakyat. Sekian.
Terima kasih jelas. Pulau Betong sorry, maaf Bertam.
Dengan izin Yang di-Petua Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor No. 58. Terdapat rungutan dari peniaga di kawasan Bertam di mana penguatkuasaan terhadap peniaga-peniaga asing terutama Patani yang beroperasi tanpa lessen atau menggunakan penduduk tempatan secara ‘Ali Baba’. (a) Apakah tindakan pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini?
Terima kasih Dato’ Speaker, dan rakan saya daripada Bertam. Yang bertanyakan tentang penguatkuasa terhadap penguatkuasaan terhadap peniaga-peniaga asing di kawasan beliau. Tapi saya ingat ini soalan baik kerana ini adalah satu masalah bukan sahaja di kawasan beliau. Tetapi untuk menjawab Dato’ Speaker antara tindakan pihak Majlis Perbandaran Sebarang Perai ataupun (MPSP) untuk mengatasi isu peniaga warga negara asing yang beroperasi tanpa lesen atau menggunakan lesen penduduk tempatan adalah seperti berikut, iaitu (i) Menjalankan operasi penguatkuasaan bersama-sama jabatan dan agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kesihatan Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana operasi bersepadu ini telah dilakukan di Pekan Bukit Mertajam. (ii) Menetapkan syarat pelesenan premis iaitu premis perniagaan Dato’ Speaker perlu mempunyai sekurang-kurangnya 30% warganegara tempatan sepanjang masa operasi perniagaan. (iii) Membatalkan lesen perniagaan yang telah disalah guna atau disewakan atau tidak mematuhi syarat-syarat pelesenan bagi perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing; dan (iv) Mengadakan tindakan rampasan bagi aktiviti-aktiviti penjajaan yang dijalankan oleh warga asing.
Sekian, Dato’ Speaker.
Soalan tambahan dengan izin YB. Datok Keramat, kita sedia maklum bahawa banyak kedai-kedai premis makanan terutama sekali yang kedai-kedai tomyam di mana keseluruhan daripada tenaga kerja terdiri daripada orang asing orang Pattani orang Thailand dan memang tidak ada seorang pun warga Malaysia yang kita bekerja dan kebanyakan premis makanan ini dikendalikan sepenuhnya oleh orang-orang Pattani atau warga Thailand yang bagi saya menghina pas lawatan sosial dan ini amat merugikan negara di mana mereka menggunakan kelebihan untuk berniaga tanpa perlu membayar cukai kepada kerajaan dan mereka akan gunakan kemudahan ini untuk membeli bahan-bahan masakan seperti tepung, gula, minyak yang bersubsidi untuk orang Malaysia. Dalam erti kata lain mereka menikmati kemudahan ini seperti rakyat Malaysia tanpa perlu membayar cukai. So, persoalannya apakah tindakan kerajaan MPSP, Kerajaan Tempatan, Imigresen yang berkaitan untuk memastikan warga asing ini tidak sewenang-wenangnya menggunakan pas lawatan sosial atau permit kerja untuk menjalankan perniagaan tersebut. Terima kasih.
Sepertimana Dato' Speaker saya kata tadi ini satu permasalahan yang membelenggu bukan sahaja kawasan Bertam, infact di kawasan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang di KOMTAR. Saya ingat itu adalah satu contoh yang terbaik, kalau kita pergi ke KOMTAR hari-hari saya pergi kerja kita akan lihat mushrooming of kedai-kedai Bangladesh secara terbuka dan oleh itu memang kita sedar perlunya kita ambil tindakan dan kita menerima banyak rungutan dan aduan daripada orang awam. Dan untuk menjawab rakan saya daripada Bertam sepertimana saya nyatakan dalam jawapan asal saya tadi ada tindakan bersepadu kita ambil bersama agensi lain seperti Polis DiRaja Malaysia dan Imigresen. Dan infact ini sedang diterajui oleh rakan saya di tepi saya Sungai Puyu yang setiap minggu membuat laporan kepada Kerajaan Negeri di dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri EXCO
dan saya ingat kalau boleh, kita boleh cadangkan supaya senarai terperinci diberi oleh semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang mempunyai permasalahan ini supaya tindakan kita boleh ambil secara berkala terhadap setiap kawasan khusus bukan sahaja di kawasan KOMTAR. Tetapi KOMTAR is the best example is the right at our backyard is happening. Even though we take action they they comeback is a premier problem…(dengan izin) yang mana kita perlu lihat dan mengambil tindakan secara berkala terhadap mereka. Dan saya setuju ini adalah salah satu penyalahgunaan dan merugikan kepada kita dan membawa banyak permasalahan sosial juga Dato’ Speaker, sekian.
Terima kasih, Jawi.
Terima kasih Dato’ Speaker, saya soalan nombor 59. No. 59. Apakah keunikan sektor pelancongan yang dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri di Seberang Perai Selatan? (a) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk membangunkan sektor pelancongan di Seberang Perai Selatan?
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Jawi. Seperti yang selalu disarankan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bahawa ni Seberang Perai akan menjadi future untuk Negeri Pulau Pinang dan ini juga termasuk pelancongan dan kawasan Seberang Perai Selatan pun memang merupakan salah satu tumpuan untuk sektor pelancongan pada masa yang akan datang. Keunikan sektor pelancongan yang dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri di Seberang Perai Selatan adalah pelancongan berkonsep eko, agro dan membeli belah (dengan izin)…shopping dengan tarikan seperti Taman Negeri Bukit Panchor, hutan paya laut, Homestay Sungai Chenaam, Homestay Sungai Duri, Homestay Sungai Setar, Jeti Kelip-Kelip Sungai Nibong, Pulau Aman dan Design Village di Batu Kawan. Kerajaan Negeri memang berhasrat untuk membangunkan sektor pelancongan di Seberang Perai Selatan melalui tindakan-tindakan seperti berikut: (i) Menggiatkan promosi pelancongan Seberang Perai Selatan melalui penyertaan Kerajaan Negeri dalam pameran pelancongan dan pameran perdagangan. Di samping itu, destinasi pelancongan tersebut juga diterbitkan dalam bentuk risalah, peta dan dokumentari untuk edaran umum. (ii) Memberi tumpuan kepada pelancongan eko dan aktiviti bird watching di Taman Negeri Bukit Panchor yang mempunyai flora dan fauna yang terpelihara. Bagi memastikan kemudahan di Taman Negeri Bukit Panchor sentiasa dalam keadaan baik, Jabatan Perhutanan telah memperuntukkan sejumlah RM790,000.00 bagi tahun 2016 sehingga tahun ini. Selain itu, risalah bird watching in Penang juga telah diterbitkan bagi meningkatkan minat kepada aktiviti ini. (iii) Memberi fokus kepada aktiviti pelancongan berasaskan Community Based Tourism (CBT)…(dengan izin) khususnya melalui Program Homestay. Di samping penginapan, pengusaha homestay dapat memberikan perkhidmatan tambahan kepada pelancong melalui aktiviti jejak kampung, masakan tradisional, lawatan ke sawah padi, lawatan ke kolam udang, penangkapan ketam di jeti nelayan dan permainan tradisional.
(iv) Menaik taraf kemudahan rekreasi kepada pengunjung seperti menyediakan pondok rehat, pusat penerangan, tandas, bilik air, kantin, tempat letak kenderaan, tapak perkhemahan dan lain-lain. Kemudahan-kemudahan ini akan membantu menambahkan keselesaan pelancong. (v) Memajukan Pulau Aman sebagai destinasi makanan laut seafood paradise di mana pelancong dapat menikmati hasil laut yang segar dan juga berpeluang memilih ikan, udang dan ketam serta hasil laut yang lain untuk dimasak. Fiesta Pulau Aman untuk tahun depan juga telah dimasukkan dalam Kalendar Negeri Pulau Pinang untuk mempromosikan Pulau Aman sebagai destinasi pelancongan eko di kawasan Seberang Perai Selatan; dan (vi) Bekerjasama dengan pihak swasta untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam bidang pelancongan dan menambahkan produk pelancongan. Sebagai contoh, Bandar Batu Kawan telah dibangunkan sebagai pusat membeli belah dengan tarikan seperti Design Village dan yang akan datang, pusat kelengkapan rumah IKEA yang akan dibuka pada bulan Mac pada tahun depan. Dengan ini, sekian.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Ahli Kawasan Paya Terubong saya mewakili DUN Jawi mengucapkan terima kasih atas penjagaan tentang perhutanan bagi Taman Negeri Bukit Panchor. Soalan saya, di kawasan saya di kawasan Nibong Tebal Sungai Acheh merupakan sebatang sungai yang memecahkan kawasan DUN Jawi dan DUN Sungai Acheh kawasan rizab di sepanjang Sungai Kerian merupakan satu potensi untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai satu kawasan rekreasi, kawasan untuk berjalan kaki seperti joging track dan juga untuk tujuan sektor industri pelancongan seperti di negara jiran kita iaitu Hatyai Thailand satu floating market sahaja dapat menarik beratus-ratus ribu pelancong untuk mengunjung dalam seminggu. Walaupun penjaja dekat floating market sana hanya jual barang-barang yang biasa yang kita juga dapat di pasar ataupun di pekan. So, maksud saya adakah kita boleh memohon kawasan rizab di sepanjang Sungai Kerian untuk menjalankan aktiviti seperti apa yang saya contohkan?
Daripada aspek pelancongan, saya memang mengalu-alukan sebarang cadangan untuk menjadikan sungai ini sebagai satu tempat pelancongan tapi untuk rizab sungai sama ada untuk boleh disediakan kemudahan atau dibangunkan sebagai ini tempat pelancongan kita mungkin perlukan jawapan daripada JPS.
Terima kasih.
Soalan tambahan Dato’ Speaker. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB. Paya Terubong kerana telah memasukkan Fiesta Pulau Aman dalam kalendar pada tahun depan iaitu pada 26 Oktober 2019. Di sini adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menaik taraf kedua-dua jeti iaitu Jeti Pulau Aman dan Jeti Batu Musang dan juga memperkenalkan water taxi di kawasan tersebut.
Kesemua ini akan dikaji. Ahli kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye): Soalan tambahan
Sudah. Ahli kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye): Bukan tiga soalan. Satu, dua
Lebih. Lebih pun. Seterusnya soalan yang ke 60 soalan daripada Yang Berhormat dari Pantai Jerejak, Pantai Jerejak telah mohon cuti. Soalan dilangkau. Soalan yang berikutnya soalan 61, soalan 61 soalan daripada Yang Berhormat Penanti. Penanti tidak ada dalam Dewan soalan pun tidak akan dijawab. Seterusnya Pulau Betong.
Dato’ Speaker, soalan saya Soalan 62. No. 62. Dari Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) terdapat selekoh yang amat berbahaya, selepas Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yang Cheng. Selalu kemalangan terjadi di situ. Mohon tindakan segera diambil.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pulau Betong bertanya mengenai selekoh yang merbahaya selepas SJKC Yang Cheng. Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan bagi mengurangkan kadar kemalangan di kawasan tersebut dengan menjalankan Road Safety Audit pada tahun 2018 oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Negeri Pulau Pinang. Hasil daripada Road Safety Audit yang dilaksanakan itu, JKR telah memasang papan tanda selekoh berbahaya untuk memberi peringatan agar pemandu tidak memandu terlalu laju dan juga menaiktaraf pelebaran jalan berdekatan dengan kawasan tersebut. Selain itu, Jabatan Kerja Raya telah mengemukakan permohonan peruntukan untuk membaiki jalan dan tambahan perabot jalan seperti guard rail bagi program penyelenggaraan berkala bagi tahun 2019 kepada ibu pejabat JKR Malaysia dan permohonan ini telah dibuat pada 3 Oktober 2018. Terima kasih
Yang Berhormat.
Terima kasih. Sungai Pinang.
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya soalan 63. No. 63. Pulau Pinang kemungkinan telah dijadikan hub transit/makmal pemprosesan dadah. (a) Apakah tindakan bersepadu yang akan diambil oleh seua pihak untuk membenteras gejala ini? Huraikan (b) Rakyat risau dengan cadangan pemasuhan hukuman mati akan mengakibatkan kegiatan dadah dan jenayah serius lebih berleluasa.
Apakah humunan/akta yang lebih ketat akan digubal untuk menangani masalah ini?
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Sungai Pinang. Izinkan saya menjawab soalan 63. Antara langkah-langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama dengan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk membendung ancaman dadah seperti berikut: Melancarkan operasi-operasi secara berterusan bagi membanteras ancaman dadah; Menyedar masyarakat tentang akibat salahguna dadah melalui tindakan kesedaran seperti pameran dan ceramah; Melancarkan operasi bersepadu daripada semasa ke semasa dengan lain-lain jabatan atau agensi dalam membanteras edaran dadah; dan Program pendidikan pencegah dadah bagi generasi yang masih belum terjebak termasuk di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT). Program pendidikan mencegah dadah di peringkat komuniti, program rawatan dan pemulihan dalam komuniti bagi generasi yang terjebak namun fokus kepada klien AADK. Pada masa kini pemansuhan hukuman mati bagi kes dadah masih di dalam perbicaraan. Kerajaan mempunyai cadangan untuk menjatuh hukuman penjara sehingga tiga puluh tahun di mana lebih baik daripada memberi pilihan kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah.
Soalan tambahan. Dengan kes pembanterasan makmal haram pemprosesan dadah ini sebab sekarang Pulau Pinang bukan sahaja jadi transit, di sudah jadi satu hub pengedar pemprosesan dan pengeluaran dadah. So mungkinkah di antara bahan kimia yang bahan yang digunakan untuk proses pemprosesan dadah sebab dia senang didapati di Pulau Pinang dan adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyekat pembekalan khususnya bahan-bahan untuk pemprosesan dadah ini untuk membanteras gejala dadah ini.
Memang dadah adalah satu perniagaan yang begitu negatif di mana mereka ada banyak cara-cara supaya dia import dia punya kimia-kimia tertentu. Mereka boleh wujudkan beberapa syarikat dan satu-satu syarikat mengimport satu hanya satu jenis kimia. Selepas itu berkumpul sekali baru dia boleh jadi dadah. Akan tetapi jikanya ada pendidikan khasnya di komuniti di mana kita ada satu program dipanggil Jiran Tetangga. Jiran Tetangga adalah orang yang beragama Islam yang juga tunjuk di bagi kesedaran pada saya apabila nak buat satu masyarakat penyayang iaitu kata hendak tau kenalpasti siapa yang akan duduk di jiran. Siapakah dia apakah yang dia buat jika pada kini laporan-laporan yang kita lihat dalam laporan PDRM ada kebanyakan kondominium. Jikanya masyarakat khasnya di Negeri Pulau Pinang hendak stand alone, ini tidak akan mencegahkan perkara ini. Jikanya seperti bukan kami kata nak ambil tahu lain-lain hal tetapi kenal siapa yang jiran anda. Sepuluh rumah di sini, sepuluh rumah di kiri kanan depan belakang jika kita tahu semua kita akan membanteras dan boleh mengawalkan keadaan ini. Oleh yang demikian saya merayu bahawa kebudayaan kefahaman jiran tetangga mesti diutamakan dan ini boleh dibuat oleh JKKK, ADUN di mana majlis-majlis makan malam atau perhimpunan bahawa isu-isu ini kerana walaupun anda sendiri bukan seorang penagih dadah.
Anak anda pun bukan seorang penagih dadah, tidak ada jaminan cucu anda akan jadi penagih dadah jika kita tidak menghapuskan dadah. So saya merayu bahawa semua beri galakan kefahaman budaya jiran tetangga.
Terima kasih. Cuma Sungai Pinang, tadi saya terkeliru sedikit saya nak minta sedikit penjelasan. Adakah tadi soalan Sungai Pinang soalan itu kepada Sungai Puyu bahawanya Pulau Pinang telah menjadi hub transit dan makmal pemprosesan dadah? Betui aaa? Terima kasih Sungai Pinang. Sungai Acheh, sila.
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 64. No. 64. Apakah cadangan Kerajaan Negeri dalam usaha mengaktifkan semua bangunan-bangunan lama di kawasan bandar terutamanya bangunan yang mempunyai tunggakan cukai taksiran?
Terima kasih Dato’ Speaker dan juga rakan saya dari Sungai Acheh. Terima kasih ke atas soalan yang ditanyakan mengenai bangunan lama di kawasan bandar yang mempunyai tunggakan cukai. Bagi menjawab beliau Dato’ Speaker, selaras dengan pengiktirafan Bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai 2008 permintaan terhadap hartanah di kawasan Tapak Warisan Dunia George Town telah meningkat. Perkara ini secara tidak langsung mengaktifkkan semula bangunan-bangunan lama milik persendirian dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang di kawasan tersebut. Antara usaha-usaha Kerajaan Negeri melalui MBPP untuk mengaktifkan semula bangunan-bangunan lama milik MBPP di kawasan Tapak Warisan Dunia Georgetown adalah seperti berikut, Dato’ Speaker. (a) Menaiktaraf bangunan-bangunan lama dengan menggunakan peruntukan MBPP ataupun secara usahasama dengan mana-mana syarikat atau perbadanan. Sebagai contoh rumah kedai milik MBPP di Lebuh Kimberly telah dinaiktaraf oleh MBPP sendiri manakala premis MBPP di Lebuh Armenian telah pun dinaiktaraf dengan kerjasama George Town Consevartion and Development Cooperation ataupun GCDC. Dan kita juga memberi perhatian serius dengan memantau serta mengambil tindakan terhadap bangunan-bangunan usang berbahaya di kawasan George Town dan sekitarnya. Bagi bangunan-bangunan lama milik persendirian pula, tindakan yang dilakukan oleh MBPP bagi memastikan pemilik menjaga kebersihan dan keindahan bangunan adalah seperti berikut. Kita boleh keluarkan notis di bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 ataupun Seksyen 83 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kepada pemilik untuk membersihkan sisa-sisa kebakaran, membaiki bangunan tersebut, mendirikan pagar keselamatan ataupun hording di kawasan bangunan yang boleh mengancam keselamatan dan mengeluarkan pokok-pokok liar yang tumbuh di bangunan dan sebagainya. Dan juga memudahkan permohonan pelan bangunan-bangunan lama yang ingin dinaiktaraf dan pemprosesan permohonan pelan-pelan bangunan supaya pertimbangan dan keputusan dapat disampaikan dengan lebih cepat dan ini akan membantu pemilik-pemilik bangunan Dato’ Speaker untuk memulakan kerja-kerja pembaikan segera bagi mengelakkan bangunan-bangunan dari terus rosak. Sekian Dato’ Speaker.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sememangnya saya bersetujulah dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Datok Keramat. Cuma ingin saya bangkitkan tentang bangunan-bangunan terbiar khususnya di sekitar Jalan C.Y. Choy di mana saya difahamkan sememangnya pihak MBPP pun mengeluarkan notis tetapi di antara ada bangunan di mana pemilik itu memang sukar untuk dikesan sebab di antaranya mereka dah berumur dan tidak lagi menetap di kawasan tersebut. Dan adanya bangunan tersebut yang kita khuatir akan runtuh sekiranya terdapat kejadian ribut ke apa. Jadi soalan saya adakah Pihak Berkuasa Tempatan akan mengambil tindakan proaktif khususnya terhadap struktur bangunan yang kita nampak tidak kukuh tersebut. Sekiranya walaupun kita boleh keluarkan notis untuk minta pemilik untuk buat kerja-kerja penyelenggaraan tapi sekiranya struktur bangunan tersebut adalah dalam keadaan berbahaya sama ada Pihak Berkuasa Tempatan boleh masuk dan mengambil tindakan proaktif untuk mengelakkan sebarang malapetaka untuk yang bakal berlaku?
Terima kasih kepada rakan saya daripada Pengkalan Kota yang bertanyakan soalan tersebut. Seperti mana yang saya nyatakan tadi jawapan asal saya merujuk kepada notis-notis yang boleh dikeluarkan di bawah beberapa peruntukan perundangan terhadap pemilik dan pemilik perlu mengambil tindakan kemudian. Tetapi ada juga peruntukan kalau saya tidak silap yang membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan sendiri mengambil tindakan dan kemudiannya mengenakan caj kepada pihak pemilik sekiranya didapati pemilik tidak membuat apa yang diperlukan selaras dengan notis yang dikeluarkan dan memang saya setuju ada bangunan-bangunan di mana didapati pemilik tidak dapat dikesan. Dan mungkin saya akan bincang dengan pihak MBPP berkenaan secara khususnya Jalan C.Y. Choy yang disebut oleh rakan saya dari Pengkalan Kota.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sungai Acheh.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Satu lagi soalan. Adakah sekiranya bangunan-bangunan terbiar, bangunan-bangunan lama yang tidak aktif ini telah dijual dan pemilik baru yang telah membeli bangunan tersebut membuat rayuan untuk pengurangan cukai taksiran tertunggak daripada pemilik lama, adakah budi bicara di kedua-dua PBT ini boleh memberikan pengurangan ataupun sekiranya apa kaedah yang mereka boleh buat untuk mendapatkan sekurang-kurangnya hutang tunggakan tersebut bukan daripada mereka tetapi mereka mohon rayuan untuk minta pengecualian. Bukan pengecualian, makna kata diskaun daripada jumlah tunggakan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih rakan saya daripada Sungai Acheh. Berkenaan pembelian hartanah-hartanah daripada yang yang usang tersebut tidak boleh pembeli baru lazimnya dari segi perundangan apabila kita membeli mana-mana hartanah pun perlu mendapat satu pengesahan bahawa semua cukai-cukai perlu dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan telah pun diselesaikan baru transaksi itu boleh diteruskan. I think that’s a normal practice…(dengan izin), Dato’ Speaker. Tetapi berbalik kepada soalan rakan saya dari Sungai Acheh sama ada kita boleh beri satu pengecualian ataupun pengurangan atau diskaun terhadap cukai tertungak pemilik asal kepada pembeli baru, pada saya saya tidak pasti sama ada itu boleh dibuat dan infact probably saya boleh jawab tak boleh dibuat di peringkat ini tetapi mungkin kita boleh lihat sama ada itu perlu dilakukan tetapi dari segi undang-undang seperti mana saya nyatakan Dato’ Speaker, before the transaction can be completed they need to settle all the outstanding and arrears even by the earlier concession penjual ada pembeli dalam satu perjanjian jual beli tersebut, Dato’ Speaker.
Terima kasih. Seterusnya Pulau Tikus.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 65. No. 65. Adakah Kerajaan Tempatan kita bersedia untuk mengambil tindakan keras ke atas penjaja-penjaja dan binaan-binaan haram yang mungkin akan mengambcam keselamatan rakyat jelata terutamanya apabila menghadpi bencana?
Datok Keramat.
Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih kepada rakan saya dari Pulau Tikus. Ini adalah satu soalan berkenaan penjaja haram infact mungkin telah pun dijawab kepada soalan lain Dato’ Speaker.
Secara ringkas.
Untuk makluman Kerajaan Negeri melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan, sememangnya bersedia untuk mengambil tindakan tegas ke atas penjaja-penjaja dan binaan-binaan haram yang mungkin akan mengancam keselamatan rakyat jelata. PBT boleh mengambil tindakan peguatkuasaan dan perobohan terhadap binaan struktur haram di bawah Seksyen 70 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Bagi tindakan bagi penjaja-penjaja haram pula, penguatkuasaan boleh diambil mengikut prosedur ditetapkan iaitu mengeluarkan notis dan tawaran kompaun atas kesalahan menjalankan aktiviti penjajaan atau pun perniagaan tanpa lesen dan merampas atau pun menyita peralatan niaga ke atas gerai-gerai yang beroperasi tanpa lesen dan menimbulkan halangan serta kacau ganggu kepada masyarakat. Sekian Dato’ Speaker.
Terima kasih. Seterusnya saya ingin mempersilakan Penaga.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, saoalan saya soalan nombor 66. No. 66. Nyatakan jenis-jenis bantuan bencana yang dihulurkan oleh Kerajaan Negeri. (a) Sejauh manakah hasrat kerajaan untuk menaikkan sumbangan melalui Tabung Tuan Yang Terutama (T.Y.T.), contohnya kadar bantuan had maksima RM5,000.00 kepada RM10,000.00 untuk membantu mangsa bencana di Pulau Pinang?
Terima kasih Ahli Yang Berhormat pada Penaga, saya ingin menjawab soalan nombor 66. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperuntukkan bantuan kepada mangsa bencana selaras dengan Dasar Bantuan Kerajaan Negeri yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK). Jenis-jenis bantuan ialah seperti berikut:-(i) Bantuan serta merta Bantuan serta merta berupa makanan/minuman dan lain-lain keperluan asas seperti tikar, selimut, toto, bantal, tuala mandi dan lain-lain dibekalkan kepada setiap keluarga mangsa bencana alam. Kadar maksima bekalan makanan/minuman adalah RM15.00 sehari bagi seorang mangsa dan kadar maksima RM7.50 setiap bungkusan makanan/minuman. Pemberian ini adalah tertakluk kepada keadaan keperluan mangsa berkenaan. (ii) Bantuan pemulihan. (a) Bantuan Sekolah (b) Bantuan mengganti peralatan sekolah yang musnah adalah sebanyak RM50.00 bagi seorang murid / pelajar. (c) Bantuan pakaian seragam sekolah boleh dipertimbangkan sebanyak RM70.00 bagi setiap murid atau pelajar. Jumlah yang boleh diluluskan untuk seorang murid / pelajar tidak melebihi RM120.00 (d) Bantuan Pakaian Jumlah maksima ada RM70.00 bagi seorang yang terlibat dan juga kita pada kini untuk Negeri Pulau Pinang ada satu stor tidak kurang 10,000 pakaian yang telah diasing mengikut jantina dan juga lelaki, kanak-kanak, dewasa dan warga. Ini semua sudah siap sediakan. (e) Bantuan keluarga Jumlah maksima RM40.00 bagi seorang yang terlibat. (f) Bantuan Barang Keperluan Jumlah maksima RM100.00 bagi satu keluarga.
(g) Bantuan Membaiki Rumah Jumlah maksima sekali gus RM2,500.00 bagi satu keluarga. Di samping itu, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah akan memberi bantuan melalui Tabung Bantuan Tuan Yang Terutama (T.Y.T.) Negeri Pulau Pinang. Bantuan dalam bentuk bayaran sagu hati ini disalurkan kepada mangsa kejadian bencana alam di Negeri Pulau Pinang dari semasa ke semasa dalam usaha untuk meringankan penderitaan mangsa-mangsa yang terlibat. Penyaluran bantuan adalah kepada semua jenis kejadian bencana iaitu kemarau, banjir, ribut taufan, tanah runtuh, gempa bumi, tsunami, kebakaran dan termasuk apa-apa jua kejadian lain yang mendatangkan penderitaan kepada mangsa-mangsa yang terlibat secara persendirian atau secara kumpulan. Had maksima bagi nilai bantuan kepada mangsa-mangsa terlibat adalah sebanyak RM5,000.00 bagi satu-satu keluarga untuk keluarga sahaja bukan ahli mereka. Satu-satu keluarga nilai bantuan yang melebihi RM1,000.00 akan diuruskan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang melalui perakuan Pegawai Daerah. Kerajaan Negeri pada ketika ini tidak berhasrat untuk menaikkan sumbangan yang telah ditetapkan iaitu had maksima RM5,000.00 bagi nilai bantuan kepada mangsa-mangsa terlibat bagi satu-satu keluarga.
Terima kasih atas penjelasan daripada sungai Puyu. Soalan tambahan saya berkaitan dengan Tabung T.Y.T. semenjak dikuatkuasakan 1 Mac 2007. Bolehkah saya dapat penyata ataupun jumlah penerima yang telah dapat bantuan melalui Tabung T.Y.T. ini semenjak dikuatkuasakan Mac 2007? Kalau tak ni pun boleh.
Ini soalan yang kehendak melalui soalan bertulis. Jikanya nak data-data kena soalan bertulis saya boleh tetapi off record tak boleh. Kerana saya tak mau bagi satu angka up from the sky dan di sini ingin nak bagi tahu bahawa bukan jumlah tetapi cara yang bagi. Saya amat gembira bahawa untuk di JKM dan Pejabat Daerah dapat mentunai kewajipan KPI dalam 24 jam sebelum Kerajaan Pakatan Harapan satu bulan, dua bulan, tiga bulan, empat bulan kadang-kadang satu tahun pun belum sampai. Tetapi kerajaan ini dalam 24 jam. Jika nak semak rekod-rekod pada kini mereka hanya dalam 8 jam sudah sampai. Mengapa, semua ada amat proaktif.
So boleh bagi dalam secara bertulis la. Terima kasih, yang berikutnya soalan daripada Permatang Berangan.
Dengan izin Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 67. No. 67. Peningkatan Ekonomi Nelayan Sungai : Pendapatan nelayan di perairan sungai Labuh Banting (Permatang Berangan) amat kecil sekiranya bergantung kepada penangkapan ikan semata-mata. Selain menangkap ikan, aktiviti pelancongan –agro seperti river cruise dan kampung trail boleh menjana pendapatan mereka. (a) Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk memajukan ekonomi nelayan sungai ini melalui aktiviti-aktiviti tersebut?
Terima kasih Yang berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Permatang Berangan. Yang bertanya mengenai ekonomi nelayan sungai khususnya pendapatan nelayan di perairan Sungai Labuh Banting di Permatang Berangan. Bagi maklumat yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan telah memberikan pelbagai jenis bantuan kepada nelayan di Sungai Labuh Banting. Untuk rekod, Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan lesen menangkap ikan kepada 91 orang nelayan sungai di negeri ini yang membolehkan mereka menerima elaun sara hidup pada setiap bulan sebanyak RM200 seorang setiap bulan. Bantuan ini merupakan sebahagian usaha kerajaan dalam menjaga kebajikan nelayan sungai di negeri ini. Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai perancangan yang khusus bagi memajukan ekonomi nelayan di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui MPSP akan membuat lawatan tapak dan mengkaji potensi kawasan tersebut sebagai salah satu destinasi eko pelancongan di Seberang Perai. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan giat melaksanakan program pelepasan benih ikan dan udang secara berkala pada setiap tahun dan memberikan kursus kemahiran seperti kursus membaiki enjin kepada golongan nelayan. Inisiatif-inisiatif ini merupakan sebahagian usaha Kerajaan Negeri dalam meningkatkan pendapatan nelayan sungai di negeri ini. Saya boleh tambah juga kerjasama juga sedang dirangka dengan think city untuk melihat kepada potensi sungai-sungai di Seberang Perai untuk tujuan agro pelancongan seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat sendiri. Terima kasih.
Soalan tambahan, terima kasih ke atas penjelasan Yang berhormat Tanjung Bunga. Soalan saya, adakah Kerajaan Negeri menyediakan skin pinjaman atau pun dana khas kepada nelayan sungai selain daripada elaun tetap bulanan sebanyak RM200. Terima kasih.
Yang tu Yang Berhormat, saya kena rujuk dan akan bagi jawapan kepada yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih, soalan 68. Saya persilakan.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya ialah nombor 68. No. 68. Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam jangka masa pendek/panjang bagi menyelenggarakan sisitem perparitan di kawasan Kg. Bagan belat dan Kelab Rekreasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Butterowth? (a) Apakah jalan penyelesaian akan diambil oleh Kerajaan Negeri? (b) Apakah kriteria yang diberikan oleh Kerajaan Negeri berkaitan sistem perparitan oleh pemaju perumahan sekiranya ingin memajukan projek perumahan di kawasan tersebut?
Terima kasih, yang ni saya boleh jawab. Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Pejabat daerah dan Tanah SPU dan juga JKR sentiasa memantau dan menyelenggara sistem perparitan di Kawasan Kampung Bagan Belat. Sebagai langkah jangka masa pendek. Sistem perparitan ini
kerap dibersihkan bagi memastikan kelancaran saliran yang baik. Walau bagaimanapun, kedudukan sistem perparitan di Kampung Bagan Belat yang melalui tanah-tanah individu menyukarkan kerja-kerja pembersihan dan terdapat struktur binaan tambahan oleh penduduk yang mengganggu aliran longkang sedia ada. Sebagai langkah jangka masa panjang, pihak JKR dengan penglibatan bersama PDT SPU dan juga MPSP kini dalam perancangan untuk membina flap gate bagi memastikan aliran air tidak terganggu khususnya pada waktu air pasang atau hujan lebat. Manakala bagi parit-parit di kawasan Kelab Rekreasi Tentera Udara Di Raja Malaysia, ianya di bawah kawal selia pihak TUDM sendiri. a. Sebagai langkah penyelesaian ke atas pembaikan kerosakan sistem perparitan ini, keperluan pembaikan akan ditentukan berdasarkan hasil pemantauan di tapak oleh pihak PDT SPU dan juga JKR SPU. Di samping itu, pihak KADUN boleh berhubung terus dengan pegawai di PDT SPU atau JKR SPU untuk memaklumkan keperluan pembaikan tersebut. Pelaksanaan kerja-kerja pembaikan yang akan dilaksanakan adalah tertakluk kepada penilaian teknikal dan kelulusan peruntukan. Bagi sistem perparitan di kawasan Bagan Belat di bawah bidang kuasa JKR, kerja-kerja pembaikan kerosakan telah dilaksanakan pada tahun 2017. Yang Berhormat, MPSP mensyaratkan pemaju perumahan untuk mematuhi kriteria pembangunan berkaitan sistem perparitan di kawasan yang terlibat dan syarat-syaratnya adalah seperti berikut : (i) Pemaju disyaratkan menyediakan kolam takungan berdasarkan kehendak-kehendak Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) di dalam pembangunan mereka bagi kawalan air larian di dalam tapak pembangunan sebelum dialirkan ke parit utama atau sungai; (ii) Pemaju disyaratkan mereka bentuk sistem perparitan dalam kawasan pembangunan berdasarkan kehendak-kehendak MSMA; (iii) Tambunan tanah disyaratkan minima 2.13m atau lebih dengan memastikan paras selamat dari banjir bagi pembangunan baharu; (iv) Pemaju dikehemdaki mematuhi pelan kawalan hakisan dan kelodak tanah ataupun ESCP yang telah diluluskan di peringkat kerja tanah agar isu banjir lumpur tidak berlaku di tapak-tapak pembanguan baharu; dan (v) Pemaju dikehendaki mengikut spesifikasi Pelan Jalan dan Parit yang ditetapkan terutama dari segi penyediaan kolam takungan dan penyelenggaraan parit-parit dalam kawasan pembangunan yang sedang dilaksanakan. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan, saya ingin maklumkan bahwa baru-baru ini kita ada buat satu lawatan bersama dengan JKR mengenai dengan sistem perparitan yang sering tersumbat di kawasan tersebut. Dan kita dimaklumkan bahawa JKR akan buat satu kajian secara terperinci bagaimana nak mengatasi masalah ini. Dan difahamkan sejak lebih daripada dua bulan kita nak tahu sama ada kertas kerja dan juga ataupun pelan rancangan oleh pihak JKR telah sampai kepada di meja EXCO atau tidak, tu yang pertama. Yang kedua, sistem perparitan ini kebanyakannya dapat di seperti mana dikatakan oleh Yang Berhormat Tanjung Bunga kebanyakannya adalah tanah persendirian dan apakah rancangan ataupun adakah tindakan daripada Kerajaan Negeri untuk mengadakan sistem pengambilan tanah untuk kemudahan masyarakat di kawasan ini?
Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Pertama mengenai rancangan JKR. Yang tu saya akan berhubung dengan JKR SPU lah dan kita tengok apa status perancangan bagi kawasan tersebut. Yang kedua sistem perparitan yang ada dalam tanah persendirian itu memang masalah bukan sahaja di kawasan tersebut tapi memang di banyak kawasan lain apabila kita perlu membuat penaiktarafan dan sebagainya memang mendatangkan masalah. Biasanya kita akan cuba dulu dengan Pejabat Daerah, kita akan bincang dengan tuan tanah kadang-kadang seperti hari tu pun saya buat lawatan tapak ke SPU. Rasanya kawasan Sungai Dua yang di mana kawasan ladang itu ada parit tanah yang terpaksa dinaiktaraf. Tapi tanah ladang itu memang tanah persendirian lah jadi kita kena bincang dengan tuan tanah supaya kita cuba satu jalan penyelesaian dahulu. Untuk pengambilan tanah dan sebagainya itu memang boleh dikatakan sebagai last result lah sebab dia mendatangkan kos yang tinggi juga kepada Kerajaan Negeri dan sebagainya dan orang pun tak suka bila Kerajaan Negeri menguatkuasakan Akta Pengambilan Tanah. Jadi kita perlu lihat case by case dan kalau perlu kita boleh bincang dan kalau tak jadi kita boleh bincang di tahap yang lebih tinggi. Terima Kasih Yang Berhormat.
Terima kasih, Permatang Pasir.
Dengan izin Dato’ speaker, soalan saya nombor 69. No. 69. Minta Kerajaan Negeri nyatakan jumlah kematian akibat bunuh diri yang berlaku dalam Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2008 hingga Jun 2018.
Terima kasih, Ahli Yang Berhormat daripada Permatang Pasir. Izinkan saya mengucap di menjawab soalan 69. Bunuh diri adalah kelakuan spontan yang timbul apabila seseorang itu putus asa dan beranggapan kehidupan tidak lagi berguna. Bagi mereka kematian adalah satu-satunya jalan penyelesaian dan dalam kebanyakan kes, ia berlaku akibat ketidakmampuan individu menghadapi tekanan kehidupan yang dialami. Kebelakangan ini gejala bunuh diri banyak memenuhi dada akhbar di Malaysia malah ia seperti satu (1) fenomena yang ke sudah biasa berlaku seperti kejadian bunuh diri di luar negara. Pungutan data Pusat Registri Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia it’s a National Suicide Registry Malaysia mendapati sekurang-kurang dua (2) orang bunuh diri setiap-tiap hari dengan kadar purata 60 dalam satu (1), satu (1) bulan. Daripada data-data yang diperolehi daripada pihak Polis DiRaja Malaysia, jumlah kes bunuh diri yang berlaku di negeri ini sejak tahun 2008 adalah sebanyak 752 kes di mana 77 kes yang telah dilapor adalah bagi tahun ini sahaja. Berikut adalah butiran lengkap kes bunuh diri di negeri mengikut tahun sejak 2008. Untuk Timur Laut, 2008,16. 2009, 16. 2010, 28. 2011,33. 2012, 21. 2013, 42. 2014 adalah 49. 2015, 34. 2016, 35. 2017, 30. Untuk tahun ini 2018 sehingga kini adalah 35. Untuk SPU 2008, 13. 2009, 1. 2010, 5. 2011, 8. 2012, 5. 2013, 5. 2014, 7. 2015, 9. 2016, 18. 2017, 11. 2018 sehingga kini 9. Untuk SPT di mana KADUN Permatang Pasir, 2008, 14. 2009, 19. 2010, 15. 2011, 15. 2012, 15. 2013, 22. 2014, 14. 2015, 19. 2016, 25. 2017, 19. 2018 sehingga kini 15. Untuk SPS 2008, 11. 2009, 11. 2010, 8. 2011, 6. 2012 adalah 9. 2013 ada 8. 2014 ada 6. 2015, 11. 2016, 12. 2017, 12. 2018 sehingga kini 7. Untuk SPS, untuk Barat Daya, Barat Daya 2008 ada 7. 2009, 3. 2010, 4. 2011, 5. 2012 adalah 1. 2013, 2. 2014, 4. 2016, 4.
2017, 13. 2018 ada 11. So hujungnya dari 2008 sehingga 2018 untuk DTL ada 339, untuk SPU adalah 86, untuk SPT ada 168, untuk SPS 101, untuk DBD 58, jumlah 752.
Terima kasih.
Soalan tambahan dengan izin. Satu (1) jumlah yang tinggi yang kita lihat Dato’ Speaker, Yang Berhormat. Jadi apa langkah proaktif yang telah diambil atau pun dicadangkan diambil kerana ini satu trend yang amat membimbangkan. Kita kehilangan nyawa, maksud negara kehilangan manpower dalam kita nak membangunkan negara. Trend sebegini amat mengancam masa depan negara. Jadi saya nak tahu apa langkah proaktif yang, yang benar-benar proaktif, bukan sekadar kira usaha di kalangan ADUN ataupun di kalangan JKKK untuk menyedarkan ataupun untuk mendidik penduduk tapi satu langkah yang proaktif yang bentuk pencegahan, preventive measurement untuk mencegah trend ini daripada terus meningkat dan berleluasa. Terima kasih.
Melalui pakar-pakar di Negeri Pulau Pinang di mana di bawah SPC iaitu Suicide Prevention Committee, ini adalah satu pertubuhan swasta. Kita telah menjalankan berbanyak kesedaran, kesedaran di mana ada majlis-majlis tertentu kita ada penceramah dan lain-lain. Dan juga kita melalui persatuan-persatuan telah pergi minta apakah tanda-tanda seorang depress. Melalui befender juga, befender amat proaktif di mana Kerajaan Negeri sentiasa selalu beri peruntukan untuk luaskan ahli-ahli mereka. Dan kini juga ahli-ahli mereka kita pada kini bukan haknya melalui panggilan telefon tetapi melawat, melawat. Dan cara-cara untuk prevention, kita juga ada bagi maklumat, maklumat dan juga keterangan, kesedaran kepada MC dan GMB bahawa itu tempat yang selalu kena ada. Dan untuk Jabatan Negeri Pulau Pinang kami telah berhubungan dengan pentadbiran Jambatan Pulau Pinang untuk kerjasama dengan kita di sini kita akan meletak dua (2) bot. Dua (2) bot di Queensbay Mall sebagai satu (1) pengkalan ada dua (2) bot di yang akan diuruskan oleh JPAM kerana adalah di antara jambatan pertama dan kedua di mana ada quick respond. Quick respond ini amat penting jika anda lihat seorang sesiapa yang mereka berjalan tanpa macam arah tujuan, at lost. Cepat-cepat berhubung dengan pihak Polis, pihak yang berdekatan dan jika dia, jika dia kami dapat kembalikan PPS di Negeri Pulau Pinang amat senang sikit bila kami bagi keterangan kesedaran. Tetapi di sini selalu under SPC di Suicide Prevention Committee kita telah juga ada di bermesyuarat dengan agensi-agensi, wakil-wakil dari surat khabar di mana kita minta mereka jangan hebah-hebahkan cara dia bunuh diri. Juga jangan hebahkan dia latar belakang macam ni, ini adalah satu tanda di mana mereka baca lihat dan akan ikut, this is physiology. This is physiology. So kami merayu…(gangguan).
Yang Berhormat…(gangguan).
Belum habis. Kami merayu bahawanya untuk saya telah mengada satu cadangan, cadangan di mana saya akan ambil satu peruntukan di mana semua pejabat-pejabat ADUN, JKKK akan bagi satu kursus di panggil NLP, Neuro-Linguistic Programming. Di mana bagi tau, macam pejabat ADUN juga ada tempat yang terkenal. Selalu pihak ramai jumpa dan ada stress is there. Dan mengapa nak bagi training NLP kepada petugas-petugas di pejabat ADUN adalah
bagi merekla faham macam mana cara untuk berbincang dengan seorang apa bila melihat client telah terdesak. This are what we are planning to do.
Terima kasih.
Yang Berhormat.
Kebun Bunga.
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih kepada YB. EXCO Sungai Puyu kerana kes bunuh diri memang juga banyak berlaku di kawasan Kebun Bunga dan memang tiap-tiap tahun berlakunya juga pusat khidmat saya juga pernah menghadapi kes-kes orang yang datang memberi tahu masalah persendirian. Kadang kala saya punya staff pun tidak ada pengalaman atau kemahiran begitu untuk memberi kaunseling, so saya cukup terima kasih kerana YB. EXCO dah ajar satu rancangan dan cuma satu lagi cadangan yang saya nak cadangkan. Seperti di negara Jepun dan Korea, memang…(gangguan).
Kebun Bunga, soalan?
I will come to that tapi saya kena perlu jelaskan dulu kenapa kita nak rujuk kepada Jepun dan Korea kerana Korea dan Jepun adalah antara negara yang mempunyai kes bunuh diri yang tinggi dan setahu saya untuk negara seperti Jepun, mereka ada kempen untuk mencegah pembunuhan diri dengan adanya panel to build up dan juga taxi driver juga akan diberi taklimat. Bagaimana untuk mengesan orang-orang yang ada symptom untuk bunuh diri apabila dia ada penumpang. So soalan saya ialah YB. EXCO adakah kita juga akan mengambil inisiatif untuk perhaps to promote dan bagi taklimat atau training kepada teksi atau orang awam supaya dapat kita boleh mencegah atau menurunkan kadar kes pembunuhan diri. Terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih. Memang itu adalah satu (1) cadangan yang boleh dipertimbangan, akan tetapi apa penting adalah bahawa collection of data. Bila collection of data adalah tengok dia MO, modus operasi. Modus operasi di mana macam Jambatan Negeri Pulau Pinang yang pertama di mana seluruh orang yang lompat diri, macam mana, dan di sana ada CCTV so yang berkenaan dan proaktif. Dan juga apabila kata modus operasi juga macam tadi saya ada kata bahawa di bangunan tinggi. Saya di sini juga mengakui, akan mengaku bahawa I lost one (1) case, I lost one (1) case di mana di Batu Lancang pada masa tu bekas ADUN dan juga EXCO daripada Batu Lancang bersama saya ada seorang yang nak lompat diri. Kita turun sana duk pujuk-pujuk habis, we lost the case. We lost the case kerana dia terjun juga. So you cannot win all. Sometimes we win, sometimes me lose. Akan tetapi amat penting bahawa untuk dikesedaran, psychology and all this things, is everyday learning. So tidak ada sesiapa kata dia pakar tapi setiap-tiap kali semua tak serupa. Tetapi cara dan tempat serupa. Reaksi tak serupa sahaja.
So this is very important that we have to collect all data dan jika bolehnya melalui rakan EXCO saya daripada Bagan Jermal pada kini telah wujudkan banyak program untuk belia-belia supaya mereka burn out the frustration. Apabila ada majlis-majlis untuk belia, mereka ada perhubungan di mana kadang-kadang mereka baru boleh melepaskan geram pada melepaskan apa-apa. Dan juga saya dari Jepun, Jepun saya juga ada pergi sana, disaster prevention and suicide prevention, ada banyak kilang mereka tunjuk pada kami ada satu bilik di mana kalau you panas hati dengan siapa itu you terus pi bilik itu. Dia sana ada orang kata sign bag, you nak tendang, you nak pukul, you nak ambil kayu, pi, lepas geram di sana. Tetapi ini belum wujud di Pulau Pinang. Ini boleh diwujudkan dan boleh beri pertimbangan.
Yang Berhormat Sungai Puyu, saya ingin mendapatkan pencerahan sikit. Sekiranya seseorang tu dia cuba membunuh diri tetapi tidak berjaya, saya difahamkan dia akan didakwa. Jadi nak minta clarification because we are talking about suicide prevention. Sekiranya ia didakwa sebagai satu kes jenayah, adakah Kerajaan Negeri dapat meminda ataupun amend this regulation?
Ya undang-undang ini adalah oleh Kerajaan Pusat. Di sini dalam perbincangan kita semua kata dari mereka tidak boleh mendakwa sama dia. You cannot, you have got to give them counseling bukan mendakwa sama dia. So ini amat pentinglah. No prosecution or this so called suicide cases tetapi di sini, bila ada suicide case macam ni dan telah diselamatkan, kes ini tidak boleh berhenti di pihak Polis, charge sama dia atau marah sama dia, panggil dia balik. Mesti dirujuk kepada hospital, di mana pakar-pakar akan siasat dan bukan siasat beliau sahaja, akan tetapi JKM juga akan pergi rumah mensiasat dan juga jiran-jiran to get actual picture apakah terjadi supaya the right control to be done. This is complex issue but it can be done. It can be control. If we get precaution from all people or all the authority. Kerana macam ada kes daripada Berapit, di mana dia cuba bunuh diri di jambatan. Saya minta kerana ada maklumat daripada orang kata our CP mereka sudah tahu maklum kami sana selamatkan dia. Selepas selamatkan dia, bagi pada Polis. I pun tidak faham kenapa polis lepaskan dia. Petang dia bawa kereta pi langgar orang punya rumah. Saya terpaksa minta Ahli Yang Berhormat daripada Berapit minta polis kata kena tahan dia, bawa pi hospital supaya psikiatri di hospital GH boleh siasat dan bantu pada dia.
Terima kasih Sungai Puyu. Saya minta Sungai Dua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 70. No. 70. Sila bentangkan kedudukan terkini Projek Pacific International Lines (PIL1) dan Light Rail Transit (LRT). (a) Pembinaan pulau dengan kos yang tinggi akan menyebabkan harga rumah terlau tinggi. Bagaimana Kerajaan Negeri mengatasi isu ini? (b) Pelaksanaan Projek PIL1, LRT, Terowong dan 3 Pulau akan menyebabkan berlakunya kerosakan kepada alam sekitar. Huraikan jika penyataan ini tidak benar.
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua yang menanya soalan berhubung dengan Penang Transport Master Plan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, status pelaksanaan projek Bayan Baru LRT dan Pan Island Link 1 (PIL1) atau PIL1 adalah seperti berikut: i. Projek Bayan Baru LRT Pada ketika ini, masih menunggu kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan untuk Environmental Impact Assessment dan kelulusan Skim Rel atau railway. EIA telah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar pada 31 Mei 2017 untuk pertimbangan kelulusan. Manakala bagi Skim Railway pula, telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang kin dikenali sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada 29 Mac tahun 2016. Pihak APAD sedang meneliti semula laporan tersebut dan telah memohon Kerajaan Negeri untuk mengkaji tapak cadangan depot LRT sama ada boleh ditempatkan di kawasan tanah yang sedia ada berbanding dengan kawasan pulau yang akan ditebus guna kelak. Pihak rakan pelaksana projek atau Project Delivery Partner sedang menyediakan kajian cadangan yang munasabah sebelum dibentangkan semula kepada APAD sebelum akhir bulan November ini. ii. Bagi Projek PIL 1 Environmental Impact Assessment telah dikemukakan kepada JAS untuk pertimbangan pada 7 haribulan Mei tahun ini. Lanjutan daripada itu, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah meminta Kerajaan Negeri untuk mengadakan satu sesi Town Hall bersama orang awam di mana sesi tersebut telah diadakan pada 20 September yang lalu. Kini, pihak perunding dalam proses penyediaan maklum balas terhadap ulasan-ulasan yang diterima sewaktu pameran awam EIA serta ulasan yang diperolehi daripada sesi Town Hall. EIA dijangka akan dikemukakan semula kepada pihak Jabatan Alam Sekitar sebelum akhir bulan Disember ini. Untuk jawab soalan (a) berhubung dengan pembinaan Pulau dengan kos yang tinggi akan menyebabkan harga rumah terlalu tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, keseluruhan tanah tambakan sebanyak 4,500 ekar akan dimiliki oleh pihak Kerajaan Negeri sebab pihak Kerajaan Negeri adalah pemilik projek. Perancangan pembangunan ketiga-tiga pulau tersebut, akan melibatkan mix development iaitu kawasan perumahan termasuk beberapa jenis Rumah Mampu Milik, perniagaan, industri, kawasan lapang, sekolah, masjid, Rumah Ibadat Bukan Islam, infrastruktur dan utiliti dan institusi. Setiap komposisi pembangunan yang dicadangkan, mengambil kira hak setiap lapisan masyarakat termasuk yang berpendapatan sederhana terutamanya bagi kawasan-kawasan guna sama. Bagi permohonon perumahan awam bagi rakyat yang berpendapatan sederhana, harga adalah mengikut Garis Panduan Penyediaan Perumahan Mampu Milik Kerajaan Negeri, tambahan pula, Kerajaan Negeri juga mensyaratkan 30% daripada pembangunan disediakan Perumahan Mampu Milik selari dengan dasar kerajaan sekarang. Saya ingin pelawa yang Berhormat Sungai Dua untuk melihat dari sudut lain. Di Negeri Pulau Pinang, sekarang antara sebab kos hartanah tinggi, adalah kos tanah yang tinggi kerana kurangnya kos, kurangnya tanah di lokasi yang dianggap sesuai untuk pembangunan. Jadi, kalau menerusi projek tambakan laut, 4,500 ekar boleh ditawarkan kepada pasaran. Maka, kita berharap ianya akan membawa harga tanah pada Pulau ke satu paras yang membendung dia dari naik dan membendung sebab ada tanah-tanah yang baru yang disuntik ke dalam pasaran.
Mungkin dengan ini, tanah-tanah yang sedia ada, nilai dia akan dibendung. Jangan naik terlalu tinggi dan oleh kerana kerajaan adalah pemilik tanah di pulau-pulau, maka kita ada kawalan terhadap nilai tanah yang ditawarkan ke pasaran tetapi hakikinya, tanah itu perlu, nilai dia perlu cukup untuk membiayai projek-projek infrastruktur. Kita pun perlu meneliti kos pembinaan infrastruktur dengan nilai tanah yang dapat ditawarkan untuk dibida oleh pemaju-pemaju secara satu fasa demi satu fasa dan bukan sekaligus. 4,500 pun tak mungkin sebab projek tebus guna ni akan mengambil masa 10 hingga 15 tahun. Satu fasa demi satu fasa. Jadi, bagi (b), Kerajaan Negeri tidak menafikan impak projek-projek tersebut kepada alam sekitar. Walau bagaimanapun, impak-impak ini dikaji secara terperinci semasa penyediaan Laporan Environmental Impact Assessment dan langkah-langkah mitigasi yang sewajarnya telah digariskan. Kerajaan Negeri tak faham lah sebab di seluruh negara, banyak projek tebus guna diluluskan, cuma di Negeri Pulau Pinang susah sikit. Tetapi kita pun sudah mengarahkan Project Delivery Partner dengan konsultan mereka. Penuhi lah apa syarat yang diletakkan oleh agensi teknikal, baik dari segi perikanan, hidrologi, marine risk, dan social impact, heritage impact. Apa yang disyaratkan, kita akan memenuhinya dengan kajian-kajian dan laporan dan untuk memberi komitmen melaksanakan medikasi-medikasi bagi meminimakan impak kepada alam sekitar. Kerajaan Negeri senantiasa prihatin akan pembangunan yang mampan supaya persekitaran tidak tergugat atau terancam. Sekian.
Terima kasih.
Tambahan. Pandangan tambahan lah. Kita melihat bahawa jawapan daripada Padang Kota menyentuh secara details tentang projek Pulau dan juga projek-projek PTMP-Penang Transport Master Plan yang akan dilaksanakan. Cuma saya masih ada rasa gusar sedikit tentang isu alam sekitar ini. Saya juga antara orang yang melihatkan, memandang serius tentang isu alam sekitar dan juga isu-isu berkaitan dengan nelayan dan sebagainya. Jadi adakah pendekatan yang lebih, boleh tak diterangkan tentang pendekatan yang lebih spesifik. Bagaimana kita nak menyelesaikan masalah, Penang Pan Island Link 1 yang melalui kawasan, kawasan bukit yang akan berlaku pembinaan terowong yang mungkin akan menjejaskan bukit tersebut dan juga mungkin melalui kawasan, daripada segi social impact assessment, dari segi social impact berkaitan dengan kawasan-kawasan perumahan dan juga kawasan sekolah dan sebagainya. Jadi ini, kita tak menghalang dari segi pembangunan yang mungkin akan memberi keselasaan kepada masyarakat, kepada penduduk. Kepada perindustrian dan sebagainya yang mungkin memudahkan perlaksanaan program projek dan sebagainya tetapi kini kita juga kena beri perhatian yang berat, yang hebat, yang tinggi kerana dia akan memberi satu macam yang berlakulah, kita kata Bukit Kukus, macam mana keruntuhan. Kita dah kena tengok dulu sebelum buat, kita dah ada macam-macam. Macam-macam kaedah untuk kita mengatasi masalah. Macam-macam jangkaan dan sebagainya tetapi dia berlaku. Kita tak boleh nak elak, elak daripada berlakunya apabila kita buat sesuatu yang merosakkan struktur dan sebagainya dia akan berlaku masalah, keruntuhan dan sebagainya. Jadi, apakah pendekatan selain daripada, kita kena tengok banyak pendekatan sedikit. Tak boleh satu sahaja. Selain daripada, apakah pendekatan yang lebih spesifik untuk PIL 1 dan juga LRT? Sebab ini yang saya nampak dibuat terlebih dahulu. Pulau tu mungkin kemudian. Apakah pendekatan yang lebih spesifik dan isu-isu yang dibangkitkan tentang social impact dan
sebagainya yang boleh menyelesaikan masalah dan memberi satu kelegaan kepada masyarakat di kawasan Pulau Pinang ni. Terima kasih. Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua atas pandangan berhubung dengan apa tindakan yang boleh diambil oleh pihak Kerajaan Negeri dengan Project Delivery Partner terhadap isu-isu yang dibangkitkan khususnya impak alam sekitar yang akan dibawa oleh projek-projek ini. Baru minggu ini, Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Penang Transport Master Plan, telah bermesyuarat dan menerima cadangan alternatif daripada Project Delivery Partner tentang isu yang dibangkitkan. Kalau masjid dekat dengan alignment, macam mana kita dapat melihat ianya dialih. Sekiranya ianya tidak dialih, maka kita pun sudah ambil maklum teknologi semakin maju. Sistem rel yang dicadangkan itu, teknologi sekarang telah sampai ke satu tahap apabila rel melalui satu-satu tempat mungkin bunyinya pun dalam minima sekali. Dan tambahan pula ada sound barrier yang boleh dipasang sehingga kita memang tak perasan. Dan mengikut kajian yang dilakukan oleh perunding, keadaan sekarang di mana jalan raya yang sibuk seperti misalnya di tepi Sungai Nibong, Pesta, bunyi yang dijana oleh trafik sekarang berbanding dengan trafik yang akan dijana oleh rel yang melalui itu, adalah lebih kurang. Bunyi bukan sekadar kalau kereta ada bunyi 70 dBi, rel ada 80 dBi. Dia akan campur 70, campur 80 jadi 150, tidak. Mungkin dia akan sampai 80 maksima dia. Dia bukan campur satu, dua, tiga sumber, maka dia jadi pencemaran bunyi yang terlalu kuat. Dia tak operate macam itulah. Kita memang Jawatankuasa Pemandu telah meneliti setiap cadangan alternatif dari jajaran dan kita memberi kelulusan dan juga ada lokasi-lokasi kita minta kajian yang lebih lanjut dilakukan supaya kita capai satu keadaan yang dapat menjalankan projek tetapi merendahkan impak kepada komuniti. Itulah pendekatan yang kita ambil. Walaupun, saya kata tadi, nampaknya kita susah dapat kelulusan. Tetapi seperti penggal yang lepas, janji kita, kita nak buat segala yang boleh dalam kuasa kita supaya kajian sempurna dilaksanakan memenuhi semua syarat dan apabila projek dilaksanakan, syarat-syarat ini perlu dipatuhi sepertimana dicadangkan dalam laporan kajian.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Satu 1 jam 30 minit telah pun tamat untuk soalan lisan. Bagi soalan-soalan yang tidak sempat dijawab, saya minta Yang Amat Berhormat Ketua Menteri memberi jawapannya secara bertulis kepada Ahli yang bertanya selaras dengan subperaturan, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri. Y.A.B. Ketua Menteri:
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, selaras dengan Peraturan 6A (1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang saya mohon supaya masa persidangan hari ini 16 November tidak akan ditangguhkan, sehingga semua urusan mesyuarat selesai.
Saya mohon menyokong Dato’ Yang di-Pertua.
Sampai esok? Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mengemukakan usul di bawah peraturan 6A (1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan Dewan hari ini 16 November 2018, hari Jumaat tidak akan ditangguhkan sehingga semua urusan mesyuarat selesai.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan “Ya”. Ahli-ahli Dewan:
“Ya”.
Yang tidak bersetuju katakan “Tidak”. Usul dipersetujui semua. Ahli-Ahli Yang Berhormat kita masih berada dalam sesi pergulungan. Saya nak mempersilakan Pinang Tunggal.
Assalamualaikum Warahmatullwahhiwabarokathu, selamat rahmat Dato’ Yang di-Pertua saya mulakan dengan bacaan sepotong ayat Al-Quran (bacaan petikan Al-Quran), yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman kenapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciaannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”. Surah As-Saaf ayat 2 hingga 3. Yang Berhormat Dato’ Law Choo Kiang, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu izinkan saya untuk merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menggulung perbahasan sempena Mesyuarat Yang Kedua Bagi Penggal Pertama bagi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang Ke Empat Belas terutama sekali mengenai isu-isu yang menyentuh tentang tanggungjawab di bawah portfolio saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa MMK Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat. Ribuan terima kasih juga saya rakamkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan terutama melibatkan portfolio-portfolio tersebut. Saya menyambut baik ucapan Yang Amat Berhormat, Tuan Chow Kon Yeow Ketua Menteri Pulau Pinang ketika membentangkan Rang Undang-Undang Pembekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2019 di Dewan Undangan Negeri pada 9 November 2018 yang lalu dengan bertemakan Penang 2030, Negeri Pintar, Hijau dan Berteraskan Keluarga yang Berinspirasikan Negara. Di kesempatan ini juga saya ingin melahirkan rasa dukacita dan simpati terhadap kejadian tanah runtuh yang telah berlaku di tapak projek lebuhraya Bukit Kukus pada 19 Oktober yang lalu yang telah mengorbankan seramai sembilan orang. Manakala empat orang lagi cedera, susulan itu Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif menubuhkan satu jawatankuasa siasatan khas yang dipengerusikan oleh saya sendiri untuk menyiasat kes ini dan Insya-Allah kami akan melakukan terbaik untuk menunaikan tanggungjawab ini. Yang Berhormat Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mulakan penggulungan saya dengan menyentuh Portfolio Hal Ehwal Agama Islam. Bagi saya EXCO yang lepas, Dato’ Abdul Malik bin Abul Kassim telah melakukan yang terbaik dalam mempertabatkan islam di Pulau Pinang. Malah approach…(dengan izin) pendekatan Rahmatan Lil Alamin Islam sebagai rahmat bagi sekian alam yang dipelopori sebelum ini akan saya teruskan untuk membawa reformasi dalam segala aspek berkaitan islam apatah lagi ia digunakan oleh Kerajaan Pusat pada hari ini di mana menterinya juga orang Pulau Pinang, mengambil pendekatan maqasid syariah.
Pastinya saya akan meneruskan apa jua yang terbaik yag telah dilakukan oleh beliau Dato’ Abdul Malik dan saya amat berterima kasih kerana beliau telah berjaya memperkasakan, pengimarahan masjid-masjid serta surau-surau di Pulau Pinang ini. Kita sendiri dapat melihat dalam masjid-masjid dan surau-surau ini tambah makmur ceria dan pentadbiran masjid termasuk pentadbiran kewangan menjadi lebih terurus. Menjadi matlamat dan hasrat saya untuk meningkatkan martabat masjid dan memperkasakan fungsi serta peranannya sebagai pusat pembangunan ummah dan komuniti. Usaha ini tidak akan berjaya jika tidak akan di sokong oleh para pentadbir masjid dan ahli qariah. Justeru, para pentadbir dan ahli qariah juga perlu mempertingkatkan diri dengan ilmu dan kemahiran, bersikap positif dan terbuka untuk menerima perubahan yang positif berdasarkan keperluan dan situasi semasa terutama pada era teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan ini. Kita tidak boleh berada pada takok lama dan rigid dengan budaya lama yang menyekat perkembangan masjid daripada terus maju dan mencipta kecemerlangan. Perancangan yang teliti, rangkaian jaringan perhubungan yang luas dan pelaksanaan aktiviti yang menarik adalah faktor penting yang boleh memacu perkembangan dan pengimarahan masjid. Program-program masjid perlu dipelbagaikan sama ada persifat indoor mahupun outdoor. Kita tidak boleh bersifat menunggu sahaja jemaah untuk datang ke masjid tetapi kita perlu proaktif untuk mengajak orang ke masjid. Dalam usaha menjadikan masjid sebagai masjid berprestasi tinggi, keseimbangan kepimpinan perlu diberi perhatian serius dan perlu diambil tindakan daripada sekarang untuk golongan belia dan remaja perlu dilatih dan diberi kepercayaan untuk bersama melaksanakan aktiviti masjid dari masa ke semasa.
Minta laluan, minta laluan, berhubung dengan saranan menyatakan bahawa galakan utuk orang datang ke masjid saya tengok ada beberapa penceramah yang menyebabkan orang lari dari masjid. Macam mana tindakan masjid tentang penceramah-penceramah yang menggunakan bahasa-bahasa kesat dan maki hamun terutama pula menyerang pihak Kerajaan Negeri. Terima Kasih.
Terima kasih Telok Bahang saya akan jawab kemudian, apa, tak sampai lagi, Yang Berhormat mendahului saya. Usaha-usaha juga perlu di buat untuk memberikan kesedaran kepada jemaah agar bersifat mesra masjid ertinya bukan masjid saja mesra jemaah tetapi jemaah juga mesti mesra masjid. Kempen-kempen kesedaran dan penghayatan masjid mewajibkan masyarakat dan memasyarakatkan masjid ini perlu diperbanyakkan. Mungkin ia boleh mencapai kepada satu tahap masyarakat sendiri akan bertanya apakah sumbangan yang mereka boleh berikan kepada masjid. Bukan sekadar apa yang sumbangan masjid kepada mereka. Saya juga berhasrat mejadikan masjid-masjid di Pulau Pinang ini sebagai pusat kegiatan ummah seperti suatu ketika zaman kegemilangan Islam, program jelajah masjid melibatkan pemimpin-pemimpin turun padang masih diteruskan dari semasa ke semasa. Dalam tempoh dua bulan terakhir ini kita turun ke Masjid Bagan Jermal, Daerah Timur Laut, Masjid Kuala Juru, Seberang Perai Tengah, Masjid Sungai Kechil, SPS, Masjid Bagan Belat Butterworth, Masjid Kampung Genting Daerah Barat Daya dan akan datang di Masjid Simpang Tiga Tasek Gelugor pada 27 November 2018. Jadi Yang Berhormat Permatang Berangan di jemput samalah. Program Gerakan Subuh seramai Solat Jumaat sedang rancak diadakan si seluruh Pulau Pinang sejak daripada bulan Ramadan yang lalu dengan penglibatan tiga (3) buah masjid iaitu
Masjid Sungai Gelugor Daerah Timur Laut, Masjid Taman Guar Perahu SPT dan Masjid Lahar Tiang Kepala Batas. Pada 11 November lalu, program diteruskan semula di Masjid Lama Sungai Bakap SPS dan pada 17 November 2018, ia diteruskan di Masjid Sungai Burung, Daerah Barat Daya. Insya-Allah Program Perintis Subuhku di Masjid selama sebulan bermula 24 November hingga 26 Disember di Masjid Simpang Empat Permatang Buluh DUN Sungai Dua, Tasik Gelugor dengan penglibatan pelajar-pelajar sekolah-sekolah yang berhampiran. Pengisian program ini antaranya fardu ain, pelajar-pelajar perkemahan tuisyen pelajaran akademik dan lain-lain lagi. Program ini melibatkan kerjasama padu antara pihak masjid dengan pihak PPD SPU, sekolah-sekolah yang berdekatan, PDRM, masyarakat kampung, dan juga guru-guru di sekolah-sekolah berdekatan. Saya ucapkan tahniah kepada sebahagian masjid melalui inisiatif pengurusan mereka. Mereka telah menganjurkan bacaan Al-Quran semuka atau setengah muka beserta dengan terjemahan setiap kali selepas solat subuh berjemaah. Insya-Allah selepas ini kita akan pastikan semua program ini dengan diketuai masjid di Pulau Pinang akan mengadakan program ini yang diketuai dengan Imam yang bertugas. Walaupun ringkas dan pendek masanya, 10 hingga 15 minit sahaja setiap pagi, namun sentuhannya ayat atau kalam Allah setiap pagi adalah diharapkan untuk membentuk hati-hati, imej umat Islam sebagai satu syiar masjid Pulau Pinang. Insya-Allah.
Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan walaupun begitu, saya dengan tegas dan serius berharap dan mengarah masjid tidak digunakan untuk kepentingan untuk mana-mana parti politik atau tujuan berkempen atau mana-mana individu politik yang ni disebutkan oleh ADUN Teluk Bahang tadi. Tidak salah untuk berbincang masalah politik kerana Islam itu is always a life di mana politik is very much part of Islam….(dengan izin) Dato’ Yang di-Pertua. Kita tidak teragak-agak akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan peraturan pentadbiran masjid sedia ada berdasarkan enakmen pada siapa saja yang menyalahgunakan institusi masjid untuk tujuan memecah-belahkan perpaduan ummah. Saya sendiri sebagai pengerusi masjid Kariah Bertam Indah tidak menggunakan kedudukan sebagai pengerusi bila saya juga menjadi pemimpin parti politik. Sepatutnya sayalah yang mula-mula mengambil kesempatan Tuan Yang di-Pertua tetapi saya throw the line very-very clearly bila mana saya menjalankan tugas sebagai pengerusi qariah dan memainkan peranan saya sebagai seorang ahli politik di luar kawasan itu. Baik silakan.
Penjelasan. Apa yang berbangkit adalah bukan nak soal politik kepartian, politik ini luas ia merangkumi fahaman, idealogi parti politik. Apa yang membimbangkan kami di sudut orang muslim di Pulau Pinang ini adalah terdapatnya kawalan yang longgar ataupun tiada kawalan langsung oleh pihak berkuasa majlis agama. Tentang kebanjiran penceramah-penceramah luar yang membawa satu fahaman yang tidak selari dengan kerajaan malah tidak selari dengan fahaman Islam yang sesuai yang bersifat Wasatiah yang sederhana di dalam Negeri Pulau Pinang. Itu yang membimbangkan. Ini bukan soal parti politik, ini bukan soal PAS nak berkempen dalam masjid, soal Keadilan nak berkempen dalam masjid, persoalan-persoalan setiap parti politik itu ada ideologi dan fahaman. Ada fahaman-fahaman yang di bawa bersifat extreme…(dengan izin) sifat tomahan menyerang even menyerang Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sedangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan satu peruntukan yang tinggi tahun ini meningkat RM 56.8 juta. Jadi apa tindakan kita sebagai penguatkuasa, sebagai pihak berkuasa untuk membendung masalah ini. Ini bukan soal kita nak menyekat kebebasan bersuara dan
sebagainya tetapi masjid ataupun khutbah mimbar itu digunakan untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada umat islam sedangkan kita sebagai umat Islam disarankan untuk bersatu. Kita perlu bersatu dan bukannya dalam keadaan berpecah-belah. Jadi ini saya pohon penjelasan apa langkah-langkah yang nak diambil. Kita ada undang-undang dalam Enekmen Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang yang memperuntukkan kuasa bagi mendakwa, menahan dan mendakwa mereka yang mengajar tanpa tauliah. Adakah kita kuatkuasakan undang-undang itu? Jadi where is the rules of floor yang kita agung-agungkan? Saya pohon Negeri Pulau Pinang mengambil satu tindakan yang tegas, yang proaktif dalam langkah yang vices preventive measures untuk membendung gejala ini. Ini satu perkara yang serius kerana kita tidak mahu ada budaya atau trend dalam negara ini yang mempunyai kumpulan-kumpulan yang bersifat ekstrem dan ekstrem is lahir daripada pemikiran dan pemikiran itu akan dijana oleh pendidikan. Pendidikan ini yang saya maksudkan ceramah-ceramah, khutbah-khutbah di masjid-masjid. Jadi apa langkah-langkah yang diambil itu, mohon penjelasan Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Permatang Pasir…(gangguan).
Mohon laluan.
Sikit.
Terima kasih.
Hari ini hari Jumaat, kita perlu habiskan cepat, sebelum kita pergi sembahyang Jumaat ya. Bukan sebab malam, malam Jumaat, sebab hari ini, hari Jumaat. Okey baik.
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Pinang Tunggal. Saya nak mencelah sikit dan saya sangat tertarik dengan apa yang telah disebut oleh Pinang Tunggal tadi berkaitan dengan beliau sendiri sebagai pengerusi kariah Masjid At-Taqwa Bertam Indah walaupun mempunyai jawatan dalam parti dan juga jawatan di peringkat Kerajaan Negeri tetapi mengurus masjid dengan cara yang profesional. Tidak membawa masuk elemen politik. Tu satu pendekatan yang diambil Dato' sangat baik dan sehingga ke hari saya kira kerana pendekatan itulah saya masih lagi diberi peluang untuk mengajar di Masjid At-Taqwa itu sebulan sekali dan saya kira apa yang disebut dan apa yang dibangkitkan tadi oleh Permatang Pasir. Kita perlu melihat kadang-kadang penceramah yang menyampaikan kuliah ataupun ustaz-ustaz yang menyampaikan kuliah itu jangan lihat pegangan politik ustaz atau penceramah tersebut tetapi apa yang dibawa, apa yang disampaikan. Kalau dia tidak membawa unsur-unsur politik sempit ini saya kira tidak menjadi masalah. Kerana ada kalangan kita saya ada sebut dalam ucapan saya penggal lepas pun, kadang-kadang kita fobia, tengok orang tu kita terus dan kita tahu dia punya pegangan politik, ustaz tersebut daripada mana,
parti mana, menyebabkan kadang-kadang tidak berlaku adil. Sebab itu dalam ucapan saya yang lepas pun saya sebut kita mesti berlaku adil kalau kita nak sebahagian penceramah atau ustaz-ustaz itu memihak kepada kita dan dalam pada masa yang sama kita mestilah berlaku adil ke penceramah-penceramah tersebut, tidak memihak. Jadi dalam situasi dalam menyampaikan ilmu ini saya kira terasnya adalah ilmu. Kalau di sana ada sebagaimana yang disebut ada fahaman-fahaman esktrem yang dibawa masuk, yang itu saya minta kepada Majlis Agama Islam mesti memberi, mesti mengambil tindakan yang tegas kepada individu-individu terbabit sahaja. Mungkin saya kira, kuantiti yang tidak ramai dan kalau ada pun maknanya kita sangat-sangat mengharap supaya Majlis Agama Islam boleh ataupun Jabatan Agama Islam boleh mengambil tindakan yang tegas. Terima kasih.
Minta satu lagi laluan.
Terima kasih. Saya akan sambung.
TKM jawab. Saya rasa perkara yang sama.
Terima kasih Penaga dan terima kasih Permatang Pasir. Saya teruskan Dato’ Yang di-Pertua. Tentang hal ini kita sedar bahawa masyarakat kita masih lagi tidak boleh menerima perbezaan pandangan politik. Jadi terutama sekali di masjid-masjid. Jadi kita mengambil pendekatan bahawa politik kepartian harus dipisahkan dari program-program masjid. Kita sedar tentang apa yang berlaku tetapi jumlahnya tidaklah begitu banyak dan peraturan kita juga, peraturan pentadbiran masjid juga menghalang masjid-masjid digunakan untuk aktiviti-aktiviti politik. Untuk menangani masalah ini Insya-Allah kita akan memberi kursus kepada pengkuliah-pengkuliah kita. Walaupun jumlahnya begitu ramai, usaha ini kita akan buat sedikit demi sedikit supaya pengkuliah-pengkuliah juga kita beri kesedaran bahawa apa yang mereka sampaikan kadang-kadang boleh memecah-belahkan ummah dan jemaah di masjid-masjid. Jadi Insya-Allah itu kita akan lakukan, Tuan Yang di-Pertua. Saya teruskan. Kita juga sedang membuat modul latihan pengurusan perbezaan pandangan ini, mungkin ada kaitan dengan ini juga. Menurut Profesor Yusuf Al-Qardhawi, ulamak tersohor dunia hari ini, beliau mengatakan bahawa mengurus perbezaan pandangan merupakan satu Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Ramai di kalangan kita hari ini termasuk umat Islam sendiri tidak menyedari perkara ini. Kemampuan, kehebatan dan kebijaksanaan Nabi Muhamad SAW menguruskan umatnya di Madinah yang pelbagai terdiri daripada penganut agama dan ideologi yang berbeza, amalan tradisi kaum yang berbeza, keadaan budaya yang berbeza, corak pemikiran yang berbeza berjaya diolah dan diurus oleh Nabi S.A.W hingga berjaya mewujudkan Piagam Madinah, ikatan persaudaraan yang kukuh dan jitu di antara kaum, anak watan dan pendatang, saling bantu membantu di antara satu dan lain, satu barisan pakatan politik dengan orang-orang Yahudi, Nasrani dan Majusi yang berada di Madinah. Justeru itu, kita akan merangka pertemuan dengan pakar-pakar, kaunselor, motivator dan para academician dalam bidang conflict management termasuk USM, Jabatan Integriti Pulau Pinang dan juga IKIM untuk membentuk dan merangka modul latihan kepada pelajar, pemimpin masyarakat, JKKK, AJK Qaryah, tidak ketinggalan juga semua pengkuliah-pengkuliah kita yang memberi kuliah-kuliah di masjid-masjid di seluruh Pulau Pinang.
Mohon laluan. Terima kasih Pinang Tunggal. Saya nak tanya sama ada pihak Pinang Tunggal untuk menjadikan masjid ini sebagai pusat ilmu selain daripada ceramah agama untuk golongan dewasa dan juga kelas-kelas KAFA untuk anak-anak tetapi menggunakan platform masjid ini sebagai gedung ilmu untuk anak-anak sekolah macam contoh, saya ambil contoh di Sarawak di mana masjid-masjid ini digunakan untuk buat pusat tuisyen. Duit masjid tersebut yang disumbangkan oleh orang ramai disalurkan balik dengan membayar kepada guru-guru tuisyen sebagai tuisyen akademik daripada darjah satu sampailah form five. Dan bolehlah saya beritahu di sini sebab yang saya boleh tau tu bila abang saya yang duduk dekat sana sebab dia, anak-anak dia daripada anak nombor satu sampailah anak nombor enam, tak pernah ambil tuisyen dekat luar. Tuisyen di masjid bahkan sampai anak dia yang dapat four flat. Bermakna masjid ini digunakan sebagai tempat untuk menuntut ilmu selain daripada kita gunakan untuk ceramah agama dan lain tetapi kita syaratkan mungkin selepas ini KPI kepada pengerusi-pengerusi masjid, masjid-masjid ini dibuat pengisian sebegini dan mungkin ada galakkan daripada Pinang Tunggal sendiri selepas ini kepada masjid-masjid menjalankan aktiviti selain daripada yang dok ada dah, gotong-royong, ceramah agama, lepas tu yang lain-lain lagi. Jadi sebagai sumber ilmu di sana dan mungkin ada lagi aktiviti-aktiviti lain. Jadi ada skim galakkan di situ. Terima kasih.
Baik, terima kasih Sungai Acheh. Mengikut rating yang dikeluarkan oleh JAKIM, tak rasmilah, performance Masjid Pulau Pinang adalah lebih baik daripada masjid-masjid Sarawak. Jadi Yang Berhormat boleh buat rumusan selepas saya bentangkan ucapan saya nanti, Insya-Allah. Baik, saya sentuhkan sedikit tentang pendidikan. Pendidikan merupakan teras utama dalam pembangunan negara. Seperti yang kita semua sedia maklum, pendidikan bukanlah jumlah ‘A’ dalam peperiksaan semata-mata. Pendidikan yang berorientasikan ‘testing than educating’, dengan izin, perlu kita semak semula agar kita tidak melahirkan generasi yang berpelajaran tetapi tidak berpendidikan.
Pinang Tunggal, saya minta mencelah. Dah habis dah tentang agama Islam? Saya tambah sikit je untuk tindakan. Pertamanya tentang isu Enakmen Pentadbiran Agama Islam. Saya nampak perlu ada satu perbincangan di peringkat Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam dan juga Pejabat Mufti mungkin. Kita kaji balik kedudukan enakmen-enakmen yang kadang-kadang merugikan orang Islam, ia tidak menyebelahi. Kadang-kadang kita lawan di peringkat lain kita tak dak kekuatan ataupun tak dak perkara-perkara yang boleh mengukuhkan kekuatan Agama Islam. Contohnya isu bible, contoh yang saya ambil secara ringkas. Isu bible ini, kita tak ada, enakmen tak dikuatkuasakan ataupun tak dak, saya tak pasti tapi kita kaji balik supaya isu penyebaran agama lain kepada orang Islam ada dalam kuasa-kuasa ataupun dalam enakmen Agama Islam itu sendiri. Jadi saya minta dikaji semula enakmen ini diperingkat secara menyeluruh. Kalau perlu pindaan dan sebagainya, penguatkuasaan kita masukkan sebagai usul dan sebagainya untuk kita pindaan. Kedua tentang isu pengurusan wakaf. Wakaf ini saya nampak pendapatan ataupun income, pendapatan wakaf kepada pihak majlis semakin berkurangan ataupun tak mencukupi. Di Selangor kini sampai billion, RM1.0 bilion, wakaf untuk diagihkan. Jadi kalau boleh kita perhatikan dari segi pengurusan wakaf ini kita pertingkatkan. Cari orang yang hebat untuk buat pengurusan wakaf ini, tak boleh orang jabatan, orang pegawai kerajaan, dia kena ada orang khusus mahir dalam bidang wakaf supaya dia boleh meningkatkan wakaf. Orang nak infaq banyak tetapi tak ada satu pengurusan yang meyakinkan. Jadi ini juga perlu dilihat.
Ketiga tentang isu tanah kubur, saya dah bangkitkan kalau boleh dikaji semula, dilihat semula isu tanah kubur yang semakin berkurangan. Kita nak tambun ke, nak buat satu konsep lain ke, nak tambun ke untuk buat tingkat ke, kena ada satu pendekatan dari pihak Majlis dan pihak Jabatan Agama untuk kita buat satu pendekatan yang lebih menyeluruh kepada semua masjid yang ada masalah tentang tanah kubur di kawasan dan keempatnya tentang isu Audit Dalam. Saya rasa Audit Dalam untuk Majlis Agama Islam ini sudah wujud dan dipersetujui untuk dibuat Audit Dalam, Internal Audit…(dengan izin). Tapi sampai hari ini masih tak dibuat. Saya tak mau ada masalah dalam pengurusan wang-wang Majlis dan sebagainya, peruntukan dan sebagainya sama ada kelewatan, pembaziran dan sebagainya kita nak ada Audit Dalam yang buat kerja. Setiap jabatan ada Audit Dalam. Jabatan saya dulu pun ada Audit Dalam, Internal Audit yang buat kerja ini. Jadi kena dah luluskan saya ingat tahun 2017, atau 2016 tapi tak buat. Dan satu lagi tentang peruntukan Sekolah Agama Permatang Buluh, saya minta dikaji semula, dilihat semula, diberi perhatian semula. Sekolah Agama Permatang Buluh, yang telah diluluskan dulu tapi ditangguhkan sebab sangat-sangat perlu untuk Sekolah Agama Permatang Buluh dan juga Masjid Permatang Bogak. Terima kasih.
Terima kasih Sungai Dua. Saya teruskan. Tentang enakmen itu saya akan sentuhkan nanti, tentang wakaf, telah ditubuhkan satu badan khas untuk memperkasakan wakaf Pulau Pinang, insya-Allah sedang digerakkan, tanah kubur, ada usaha-usaha untuk meningkatkan pengurusan tanah kubur ini umpamanya kita telah mengadakan tanah kubur berpusat di Bertam dan yang lain akan menyusul, case by case. Audit Dalaman, kita telah pun mulakan proses-proses Audit Dalaman ini dengan zakatnya sekarang ada dilakukan. Kemudian Majlis Agama Islam, Insya-Allah kita akan tengok implimentasinya. Sekolah Permatang Buluh kita, saya akan sentuhkan nanti. Baik, saya teruskan. Gejala ‘berpelajaran tetapi tidak berpendidikan’ ini telah dikupas oleh seorang ilmuan bernama Harry Lewis daripada Universiti Harvard yang menulis buku berjudul “Excellence Without a Soul”, (Kecemerlangan Tanpa Roh), menurut beliau pendidikan pada hari ini telah kehilangan roh dan semangat yang sebenar. Malah menurut beliau pendidikan yang ada pada hari ini telah lari daripada matlamat asal. Pendidikan telah dijadikan satu komoditi untuk diniagakan. Dalam Zaman Revolusi Industri 4.0 yang banyak dikatakan di dalam penghujahan di dalam Dewan yang mulia ini, kita perlu memberi perhatian kepada satu dimensi kerohanian yang lebih utuh. Mengambilkira darjah kerohanian akan memudahkan proses memahami konsep kemanusiaan serta peranannya dalam ilmu pengetahuan, perlu diingat bahawa kerohanian adalah salah satu daripada enam aspirasi pelajar seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pengukuhan ilmu dan pengetahuan perlu menjadi teras kekuatan jiwa insan. Peristiwa hijrah turut membuktikan bahawa pusat penyebaran ilmu dan perkembangan intelektual adalah nadi kepada kewujudan generasi Rabbani iaitu masyarakat yang maju dari sudut pemikiran spiritual dan kebendaan. Peringkat awal perkembangan Islam, pusat penyebaran ilmu dan perkembangan intelektual ummah bermula dari Masjid. Ini selaras dengan usaha Rasulullah S.A.W bukan sahaja mendirikan tetapi juga membangunkan masjid sejurus beliau berhijrah ke Madinah Justeru, saya sedang dalam perancangan membentuk dasar dan menggubal peraturan untuk mewujudkan pendidikan KAFA di peringkat menengah. Ahli-Ahli Dewan yang dihormati dan bagi menjawab soalan ADUN Bertam, di Pulau Pinang kita telah berjaya mewujudkan KAFA
Sekolah Rendah sebanyak 208 buah sekolah. Kesemuanya adalah KAFA Sekolah Rendah sahaja dengan penglibatan lebih kurang 1,572 guru dan 36,013 Pelajar. Sebagai penerusan pengisian ilmu agama, tarbiah dan juga pembentukan akhlak mulia di kalangan pelajar, Insya-Allah dalam masa terdekat ini sebanyak tiga (3) buah Sekolah KAFA Menengah akan diwujudkan sebagai perintis berdasarkan pihak-pihak KAFA sendiri dengan sokongan Pihak Masjid. Tiga (3) buah sekolah tersebut ialah di Kariah Masjid Taman Bertam Indah, masjid saya sendiri, Kariah Lahar Tiang dan Kariah Masjid Simpang Empat Permatang Buluh, Tasek Gelugor. Program ini adalah hasil usaha sama antara Bahagian Pendidikan Islam JAIPP dan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Berkaitan peruntukan tambahan kepada institusi pendidikan swasta dan SAR, kita sedang melihat komitmen daripada peruntukan zakat dan juga lain-lain agensi, pusat dan sumber lain. Sekiranya terdapat pertambahan kutipan zakat dan terdana tambahan daripada apa jua sumber Insya-Allah kita akan memberi tumpuan khususnya kepada penambahan penambahbaikan pengurusan dan pentadbiran serta kebajikan guru-guru akan lebih terjamin, jadi saya amat berharap dalam Pihak Persekutuan dan Negeri daripada Kerajaan yang sama lebih banyak syarikat-syarikat swasta, Institusi Kewangan, Syarikat-syarikat Pelaburan Islam yang berniaga di Pulau Pinang untuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada ZPP. Mudah-mudahan pertambahan kutipan zakat dapat kita salurkan kepada institusi pendidikan rakyat ini. Berkaitan dengan isu pengusaha dan peniaga yang disenarai hitam atau telah diisytihar muflis oleh Mahkamah sama ada mereka boleh memohon untuk mendapatkan bantuan zakat ataupun tidak, Mereka ini berada dalam kumpulan asnaf ataupun tidak? Perkara ini dipandang serius dan dalam usaha membantu golongan ini dan saya akan panjangkan kepada pihak Jabatan Mufti untuk melihat dengan lebih mendalam lagi kerana ia melibatkan hukum dan juga dana zakat yang merupakan dana awam. Pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ribuan terima kasih atas keprihatinan Kerajan Negeri Pakatan Harapan yang terus menyokong usaha untuk memartabatkan Islam dengan meneruskan dasar dan program sedia ada di Negeri ini. Kesungguhan ini telah diterjemahkan melalui pembentangan Bajet 2019 oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang telah memperuntukkan sebanyak RM56.8 juta untuk Hal Ehwal Agama Islam berbanding RM53 juta pada tahun 2018 yang membabitkan peruntukan mengurus dan pembangunan JAIPP, Mufti dan juga Jabatan Kehakiman. Seiring itu, Kerajaan Negeri akan terus berperanan untuk memartabatkan Institusi Islam melalui pembangunan dan program untuk mendapat modal insan yang cemerlang. Antara pembangunan yang telah dilaksanakan adalah dalam aspek kemudahan prasarana masjid dan juga surau. Pada tahun 2018, terdapat beberapa projek membina masjid baru yang dilaksanakan secara kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan iaitu Masjid Seri Serdang, Masjid Penaga dan Masjid Kubang Ulu. Ketiga-tiga masjid ini telah pun siap dibina sepenuhnya. Malahan terdapat dua (2) lagi masjid baru yang sedang dalam peringkat pembinaan iaitu Masjid Kampung Rawa dan Masjid Kampung Bonggol. Selain itu, Kerajaan Negeri turut memberi perhatian kepada pembangunan Sekolah Agama Rakyat di Negeri Pulau Pinang dan telah meluluskan projek pembinaan baru di Sekolah Agama Rakyat di Masjid Seberang Perai Selatan dan Sekolah Agama Rakyat di Masjid Abdullah Fahim yang dijadualkan siap pada akhir tahun ini. Di samping itu, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana mengekalkan bajet untuk bantuan tahunan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat, sumbangan Ex-Gratia guru-guru KAFA, bayaran saguhati pegawai masjid dan bayaran khas kewangan, bonus kepada guru KAFA, SAR, Pondok, Tahfiz, Tadis, program-program rasmi keagamaan peringkat negeri dan MMK Agama.
Dalam memperkasakan urus tadbir Hal Ehwal Agama Islam terutamanya perundangan dan pendakwaan Syariah, Kerajaan Negeri telah memulakan penambahbaikan melalui inisiatif untuk mengasingkan Bahagian Pendakwahan menjadi satu jabatan yang berasingan bagi memperkemaskan lagi kedudukan institusi perundangan syariah untuk masyarakat Islam di negeri ini. Adalah diharapkan agar proses perundangan syariah dapat diuruskan dengan lebih baik dan telus dan yang utama keadilan dapat dilaksanakan dengan segera. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli Dewan sekalian, menjawab soalan Yang Berhormat ADUN Sungai Dua dan ADUN Permatang Berangan mengenai langkah-langkah dalam memperkukuhkan dan memartabatkan status Islam dalam menangani isu penyebaran Bible dikalangan Pelajar Sekolah. Pihak JAIPP telah melaksanakan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak PDRM dalam membendung pengedaran Bible berkenaan dari berleluasa di kalangan pelajar sekolah. Walau bagaimanapun, pihak JAIPP sentiasa cakna dengan isu yang melibatkan pelajar sekolah supaya ia dapat dikawal sekiranya berlaku sebarang penyebaran. Mengenai isu International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Pendirian kami adalah selari dengan pendirian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang menyatakan bahawa kita akan meneliti dan mengadakan perbincangan dengan wakil semua kaum di dalam Pakatan Harapan sebelum membuat keputusan. Yang Berhormat ADUN Sungai Dua juga membangkitkan isu Sekolah Agama Permatang Buloh yang memerlukan bantuan tambahan dan memohon Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan terhadap pembinaan Sekolah Agama Permatang Buloh dan Masjid Permatang Bogak. Untuk makluman Yang Berhormat, projek membina baru bangunan tambahan sekolah agama rakyat Saadatul Darain Simpang Empat Permatang Buluh akan diteruskan melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan dengan anggaran kos berjumlah RM2 juta, Insya-Allah. Menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Permatang Berangan mengenai usaha-usaha Kerajaan Negeri bagi membantu sekolah-sekolah agama swasta, bukan Kerajaan untuk dibaikpulih. Bagi melaksanakan projek-projek menaiktaraf, membaiki dan membina baru sekolah agama rakyat, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan pembangunan berjumlah RM2.15 juta pada tahun 2017 dan RM2.8 juta pada tahun 2018. Selain itu, pada 2017 dan 2018 Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan kewangan berbentuk one off sebanyak RM1.75 juta setahun untuk diagihkan kepada Sekolah Agama Rakyat bagi perbelanjaan pengurusan sekolah. Peruntukan pembangunan dan bantuan pengurusan disalurkan kepada sekolah agama rakyat berdasarkan kepada keperluan dan keutamaan. Kepada Yang Berhormat ADUN Penaga membangkitkan isu cadangan pembinaan sekolah KAFA di Kuala Muda, Penaga, sukacita dimaklumkan bahawa pembinaan Sekolah Agama Al-Saadah, Kuala Muda, Penaga dengan anggaran kos berjumlah RM1.0 juta akan diteruskan dan dijangka projek ini akan ditender pada bulan Januari 2019 tahun hadapan Insya-Allah oleh Pejabat Pembangunan Negeri. Yang Berhormat Bayan Lepas mencadangkan supaya ADUN-ADUN Islam dilantik sebagai penasihat kariah, pada pandangan kita pada masa sekarang tidaklah diperlukan lagi. Dan kepada soalan ADUN Bayan Lepas juga meminta supaya penguatkuasaan JAIPP ditingkatkan untuk membendung ceramah berunsur politik, yang disebutkan tadi tindakan seperti saya sebutkan Insya-Allah akan diambil dan kita sentiasa berhubung dengan penceramah-penceramah dan pengkuliah-pengkuliah kita melalui Pejabat Agama Daerah dan juga pengerusi Kariah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli Dewan sekalian, saya akan sentuh tentang portfolio Pembangunan Industri. Jawatankuasa MMK Pembangunan Industri telah memainkan peranannya untuk menyediakan polisi, dasar dan perancangan keseluruhan aktiviti serta program yang berkaitan dengan pembangunan industri di Pulau Pinang. Dalam hubungan ini, beberapa program telah dilaksanakan pada tahun 2018 bertujuan menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat perindustrian yang berdaya maju dan tumpuan bagi pelabur-pelabur khususnya industri kecil dan sederhana mempromosikan perniagaan mereka. Pencapaian bagi setiap polisi tersebut dapat dilihat melalui program-program seperti berikut: (i) Industry Looking For Talents 2018; (ii) Youth Economic Conference 2018; (iii) Food and Beverage Expo 2018; (iv) Business Networking Dialogue 2018; dan (v) Automotive Industry Expo 2018, i-Robotic 2018.
Di samping itu, terdapat juga program-program sampingan yang disertai oleh Kerajaan Negeri melalui PDC dalam aktiviti industri pembuatan dan industri desa yang meliputi pemadanan perniagaan (business matching) dan showcase usahawan IKS diperingkat tempatan dan juga ASEAN melalui IMT-GT, dewan-dewan perniagaan, Persatuan Perdagangan & Industri dan Agensi-agensi Kerajaan yang lain. Tidak dapat dinafikan bahawa Revolusi Industri akan memberi impak besar dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah dalam pekerjaaan. Malah, Ahli-Ahli Yang Berhormat juga menunjukkan minat yang mendalam dan memberi perhatian mengenai perkembangan Revolusi Industri 4.0 khususnya di Pulau Pinang. Dalam hubungan ini, persediaan dan perancangan yang rapi sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri unruk menghadapi Revolusi Industri 4.0. di antaranya adalah seperti berikut:
Memberi tumpuan kepada Pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) bagi memastikan Pulau Pinang menjadi Pusat Kecemerlangan Sains dan Teknologi melalui penubuhan Tech Dome Penang, Penang Science Cluster, Pusat @CAT dan Penang Math Platform. Menjawab syor Yang Berhormat ADUN Sungai Dua supaya Kerajaan Negeri menyediakan tenaga mahir secukupnya sebagai persiapan menghadapi Revolusi Industri 4.0., dalam hubungan ini Kerajaan Negeri berkerjasama dengan Penang Skill Development Center dan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk mempertingkatkan tahap pembangunana sumber manusia. Menubuhkan Penang Digital Library, Butterworth Digital Library, Penang Islamic Digital Library juga merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam menuju Revolusi Industri 4.0 yang memberi fokus kepada Pendidikan ESTEEMA (English, Science, Technology, Engineering, Entrepreneur, Mathematics and Arts.) Mewujudkan Penang i4.0 Seed Fund melalui dana permulaan berjumlah RM4 juta untuk membantu usahawan kecil dan syarikat-syarikat start-up yang terlibat dalam bidang teknologi seperti Internet of things, e-commerce dan bidang berkaitan bagi mempercepatkan dan mengembangkan pembangunan syarikat-syarikat start-up di Pulau Pinang. Membangunkan Konsep Bandar Pintar di Negeri Pulau Pinang dengan mengutamakan infrastruktur ICT sebagai kemudahan asas bandar dalam menuju era Revolusi Industri 4.0.
Bekerjasama dengan agensi-agensi seperti MIDA dan organisasi antarabangsa seperti SEMI bagi manganjurkan seminar-seminar berkaitan inovasi dan proses dalam Industri 4.0. Seminar Kerajaan Digital dianjurkan secara tahunan dengan pembentangan dan sesi forum khusus berkaitan bidang-bidang Industri 4.0 seperti IOT, big data, blockchain, machine learning dan lain-lain. Menganjurkan Program Hackaton Data Terbuka untuk mencetus dan mengalakkan penggunaan data terbuka Kerajaan dalam kalangan rakyat, pelajar Institusi Pengajian Tinggi, organisasi dan individu yang berbakat dalam menghasilkan produk data yang inovatif. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan juga akan menubuhkan Jawatankuasa Industri 4.0 yang mengandungi masyarakat setempat, Ahli Majlis, pegawai Kerajaan dan sektor swasta. Jawatankuasa ini akan membincangkan polisi berkaitan industri 4.0 dan cara pelaksanaannya dengan mengambil manfaat teknologi seperti Internet of Things, Big Data dan wireless Communication ke arah mencapai bandar rendah karbon. Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan pemantauan operasi lampu isyarat dan lampu jalan secara pintar. Membangunkan sistem Smart Traffic Analytics & Recognition System untuk alat kawalan lampu isyarat. Malah menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk penjawat awam di bawah Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Negeri, Syarikat Kerajaan Negeri dan lain-lain diberi pendedahan dan pemahaman tentang Revolusi Industri 4.0 ini melalui latihan, seminar, kursus dan lain-lain pendedahan yang dianjurkan sama ada oleh kerajaan ataupun pihak ataupun swasta. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli Dewn sekalian, bagi menjawab Yang Berhormat ADUN Permatang Berangan mengenai data pelabur dalam enam (6) bulan terkini dan syarikat yang telah ditutup selepas PRU-14. Untuk makluman Yang Berhormat, data terkini yang diperolehi berkaitan jumlah pelaburan (FDI+Pelaburan Domestik) adalah bagi tempoh Januari hingga Mac 2018 iaitu berjumlah RM1,019.33 juta. Manakala data pelabur di peringkat MIDA adalah sulit. Kerajaan Negeri tidak mempunyai data berkaitan syarikat yang telah ditutup selepas PRU-14. Mengenai sama ada Kerajaan Negeri boleh bekalkan bantuan mesin yang dilengkapi teknologi robotic atau automatic kepada golongan wanita khususnya yang terlibat dengan penyediaan santan, kuih muih dan kerisik yang merupakan aktiviti industri desa. Untuk makluman Yang Berhormat Permatang Berangan, sejak tahun 2009 Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) yang menawarkan pinjaman kecil-kecilan kepada peniaga-peniaga kecil bagi menambah modal untuk mengembangkan perniagaan mereka. Skim bantuan modal ini telah membantu seramai 3,034 penjaja dan peniaga kecil sejak dilaksanakan dengan jumlah keseluruhan pinjaman sebanyak RM15.3 juta dan kutipan balik berjumlah RM12.13 juta. Melihat kepada potensi dan manfaatnya, skim bantuan ini akan diteruskan lagi dengan peruntukan berjumlah RM1.0 juta pada tahun 2019 dan penjenamaan semula sebagai Skim Pinjaman Harapan (SPH). (Ahli Dewan menepuk meja) Yang Berhormat ADUN Bagan Dalam membangkitkan soalan mengenai usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk menarik pelabur dari India dan adakah terdapat Misi Perdagangan Antarabangsa ke India yang akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh terdekat ke tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa mempertingkatkan kerjasama dengan komuniti bisnes Negara India untuk mempromosikan peluang dan pelaburan yang sedia ada di Pulau Pinang. Syarikat teknologi maklumat di India mempunyai kemahiran dan kepakaran terutamanya dalam industri “Global Business Services”, Penyelidikan dan Pembangunan serta Pembangunan Perisian Perkomputeran yang dapat mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi. Pada masa kini, pelaburan dari segi reka bentuk / pembangunan perisian IT dari Negara India kian meningkat di Pulau Pinang. Di samping itu, kerjasama turut
diadakan dengan agensi Kerajaan Pusat seperti MITI dan MIDA terutamanya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan penawaran insentif negara kepada pelabur yang kompetitif berasaskan benchmark antarabangsa khususnya kepada negara-negara Asia Selatan. Ini juga merangkumi kemudahan membawa masuk kepakaran luar untuk melatih tenaga kerja tempatan. Menjawab cadangan Yang Berhormat ADUN Bertam…(gangguan).
Mohon laluan Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri, berkenaan dengan pelaburan daripada India menyatakan tentang IT companies dari India akan tarik masuk ke Pulau Pinang. Saya pun cadangkan syarikat-syarikat besar yang berkecimpung dalam industri automatif di India sedang they’re looking for market in the South East Asia di mana mereka belum ada apa-apa tapak ataupun the space for the untuk menceburi pasaran ASEAN. So saya harap Kerajaan Negeri akan mengambil peluang ini dan juga promosi Pulau Pinang kepada industri-industri selain daripada industri perisian IT dan mengambil peluang ini yang terbuka begitu luas. Terima kasih.
Terima kasih Bagan Dalam. Memang ada deligasi kita yang ke India malah kalau tak salah pada tahun 2017, satu delegasi yang diketuai oleh Prof. Ramasamy ada membuat kunjungan ke India dan kita percaya pada masa-masa hadapan kita akan akan membuat promotion lagi ke India kerana memandangkan potensi yang ada di negara tersebut, kita ambil maklum. Terima kasih Ahli Kawasan Bagan Dalam. Menjawab cadangan ADUN Bertam mengenai pembangunan ekonomi IKS seperti sektor perkayuan, pembuatan dan industri pemakanan di Bertam. Setakat ini Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk mewujudkan kawasan perindustrian khusus untuk IKS di KADUN Bertam. Minta maaf. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan sekalian, saya akan menyentuh tentang perhubungan masyarakat. Terutamanya tentang penstrukturan semula Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) yang sekarang ini dijenamakan semula dengan MPKK, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung. Sebagaimana kita sedia maklum, sebelum ini pengurusan JKKK adalah di bawah Kerajaan Negeri. Selepas Mei 2018 apabila Pakatan Harapan mengambil-alih tampuk Kerajaan Persekutuan, penambahbaikan melalui penstrukturan semula telah dilaksanakan. Antara penambahbaikan yang dilaksanakan adalah seperti berikut: (i) Institusi JKKK diteruskan dan dijenamakan semula sebagai MPKK. Institusi JKKK memainkan peranan penting dalam menggerakkan komuniti kampung untuk melaksanakan pembangunan bagi kemajuan dan kesejahteraan kampung itu sendiri. Selaras dengan itu, Kerajaan bersetuju agar institusi ini diteruskan dengan nama baharu iaitu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung. (ii) Urusan pelantikan, pertukaran dan penamatan MPKK adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri memandangkan Kerajaan Negeri lebih hampir dan memahami kehendak masyarakat kampung di negeri ini. Oleh demikian, kuasa dan urusan ini dikekalkan di peringkat Kerajaan Negeri dan pentadbiran di bawahnya. (iii) Kadar elaun kepada anggota MPKK adalah dicadang dikekalkan pada kadar elaun JKKK sebelum ini iaitu Pengerusi RM700 sebulan, tak tepuk pun tak apa, sama yang lepas juga. Setiausaha RM500 sebulan, pengurusan mesyuarat RM100 setiap mesyuarat.
Kehadiran mesyuarat, RM50 setiap mesyuarat. Selaras agenda keterangkuman gender…(gangguan).
Maaf, dengan izin Yang Berhormat Speaker, mohon mencelah atas isu MPKK ini. Saya cuma ada satu soalan lah, kriteria mengenai pemilihan MPKK, dengan izin Yang Berhormat Pinang Tunggal, ini adalah kerana kita tengok banyak tempat peruntukan atau pun kuota Parti untuk MPKK tidak mengikut peratusan jumlah penduduk yang ada dalam kawasan pentadbiran MPKK dan adakah pihak ADUN mempunyai kuasa untuk menentukan kuota tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Bertam. Perbincangan mengenai kuota-kuota ini adalah di peringkat Jawatankuasa parti-parti. Jadi, sila rujuk kepada wakil parti-parti masing-masinglah…(gangguan).
Dengan izin sekiranya boleh mencelah atas isu yang sama?
JKKK lagi?
Ya. JKKK.
Harap Dewan ini Dewan Undangan Negeri lah. JKKK itu nanti bincang sepertimana yang Pinang Tunggal telah menjawab, rujuk kepada parti masing-masing supaya perkara ini saya tak mahu di…(gangguan).
Berkenaan dengan sistem dia, sistem JKKK
Sistem okey.
Sistem JKKK yang di bawa oleh Yang Berhormat Bertam. Cuma saya mungkin nak cadangkan di sini ataupun meminta pandangan daripada Yang Berhormat sama ada dalam masa panjang yang akan datang mungkin kita boleh lihat balik sistem JKKK ini di mana sekarang ini ditentukan oleh kuota politik dan apabila sistem itu dibuat menerusi cara di mana Ahli-ahli JKKK atau JKKK itu sendiri dipilih mengikut parti politik, maka ada kadang-kadang mempunyai masalah pemilihan ahli-ahli, itu yang pertama. Yang kedua JKKK ini adalah sebenarnya untuk membantu ADUN kalau saya boleh katakan begitu, untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Jadi, apabila kita hanya melihat dari segi politik dan pelantikan politik, maka saya rasa kadang-kadang keberkesanan Ahli-ahli JKKK ini untuk membantu ADUN menjalankan tanggungjawab dia agak kadang-kadang boleh membangkitkan permasalahan kalau saya boleh katakan begitu. Jadi, adakah jangka masa lama Kerajaan Negeri akan melihat semula sistem pelantikan JKKK ini bukan atas kuota politik tetapi atas kebolehan dan meritokrasi dan memilih Ahli-ahli
JKKK yang betul-betul boleh membantu melaksanakan tugas mereka untuk masyarakat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sistem JKKK ini adalah extension kepada pentadbiran Kerajaan Negeri di peringkat bawahan, di bawah sekali. Jadi, ia mencerminkan kerajaan yang dilantik oleh rakyat dan di mana, lantikan itu dibuat berdasarkan parti-parti yang memerintah. Jadi saya ingat buat masa sekarang, apa yang sedang kita lakukan adalah penambahbaikan. Memang ada kelemahan-kelemahan ataupun ketidakpuasan hati sesetengah pihak tentang performance JKKK ini dari semasa ke semasa. Namun, saya percaya penambahbaikan itu kita akan teruskan daripada semasa ke semasa juga dengan mengadakan kursus-kursus ataupun latihan kepada JKKK sendiri supaya kita boleh menambahbaik perkhidmatan mereka dan mereka sendiri faham role mereka untuk menyampaikan khidmat membantu DUN di dalam memberi khidmat kepada masyarakat. Jadi, buat masa sekarang kita tidak ada cadangan untuk reform JKKK ini selain daripada sistem yang ada sekarang. Saya teruskan. Selaras dengan agenda keterangkuman gender, MPKK akan dianggotai oleh sekurang-kurangnya 30% oleh golongan wanita yang mampu untuk bersama-sama menyumbangkan tenaga, idea, perspektif dan kemahiran dalam pembangunan kampung. Pemberian geran bernilai RM10,000 kepada MPKK setahun bagi tujuan kesejahteraan dan keceriaan kampung. Pengiktirafan MPKK cemerlang melalui pemberian geran berjumlah RM10,000 setahun tadi. Latihan serta pelaksanaan program pengiktirafan kepimpinan MPKK oleh KPLB melalui Institut Kemahiran Desa akan terus berperanan untuk melaksanakan latihan kepimpinan dan urus tadbir desa kepada anggota MPKK. Ia adalah bagi melahirkan anggota MPKK yang professional, berinformasi dan berkemahiran di dalam melaksanakan tadbir urus organisasi dan masyarakat kampung. Sebagai penutup Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli Dewan sekalian, bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pertanyaan dan mengemukakan isu-isu yang berkaitan dengan Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Industri dan Pembangunan Masyarakat. Juga ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YB. Dato’ Seri SUK, YB. Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, YB. Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri dan semua ketua jabatan dan agensi negeri yang banyak membantu menjayakan dasar di bawah portfolio saya khususnya dan Kerajaan Negeri amnya. Saya turut ingin menzahirkan penghargaan atas sumbangan semua penjawat awam di negeri ini, tidak kira daripada Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan. Perkara-perkara yang telah dibangkitkan akan menjadi pemangkin untuk saya bekerja dengan lebih keras dan gigih bagi menambah nilai dan memperkukuhkan lagi mutu penyampaian di bawah portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat agar dapat merealisasikan aspirasi ke arah Penang 2030: Negeri Pintar, Hijau dan Berteraskan Keluarga yang Menginspirasikan Negara. Jantung pun jantung baru (Ahli Dewan ketawa). Tuan Yang di-Pertua, jadi saya akhiri dengan pantun:-Beras segantang sudah disukat, Lalu disimpan di atas para, Andai seluruh masyarakat muafakat, Negara damai rakyat sejahtera.
Harum sungguh bunga melati, Hiasan sanggul amat memikat, Bertolak ansur hormat-menghormati, Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat. Yang di-Pertua Dewan, saya mohon menyokong. Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh. (Ahli Dewan menepuk meja)
Terima kasih Ahli Kawasan Pinang Tunggal. Saya ingin seterusnya. Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. Selamat Pagi dah masuk Selamat Tengahari dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, yang telah mengambil bahagian dalam Sesi Perbahasan Ucapan Belanjawan 2019 Negeri Pulau Pinang Sempena Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-14 ini. Hari ini genapnya 191 hari, Kerajaan Pakatan Harapan menerajui Malaysia setelah kemenangan besar dalam PRU Ke-14, (Ahli Dewan menepuk meja) pada 9 Mei Tahun 2018 yang lalu. Jelaslah rakyat Malaysia amnya dan rakyat Negeri Pulau Pinang khususnya, telah memberi mandat dengan harapan yang amat besar kepada Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik. Bagi Kerajaan Negeri, harapan rakyat perlulah dijunjung tinggi dengan memastikan ke semua 68 Janji dalam Manifesto ‘Saya Sayang Pulau Pinang’, ‘I Love Penang’ dapat dilaksanakan dalam tempoh lima (5) tahun ini. Pelaksanaannya kelak akan diselaraskan dengan rangka kerja Visi Penang 2030, yang akan menjadi garis panduan kepada Kerajaan Negeri dalam mentadbir negeri yang tercinta ini. Saya dengan ini menjurus komitmen yang tinggi serta usaha yang gigih dari Barisan EXCO Kerajaan Negeri, serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk Pembangkang, untuk sama-sama mendokong hasrat Kerajaan Negeri. Inilah masanya untuk kita membalas kepercayaan dan penghormatan yang telah diberikan oleh rakyat kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Visi Penang 2030 adalah merupakan panduan dan hala tuju Kerajaan Negeri untuk mentadbir negeri ini, dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ia bertujuan untuk memastikan, semua golongan masyarakat dan sektor pembangunan tidak terlepas dan atau tercicir dari arus pembangunan. Visi Penang 2030, akan memberi penekanan kepada pembangunan keluarga dalam negeri yang hijau dan pintar. 4 Teras Utama dalam visi ini, akan dijadikan panduan bagi memastikan segala perancangan pembangunan negeri ini, dapat dilaksanakan secara menyeluruh tanpa meminggirkan mana-mana kawasan di bahagian Pulau mahupun Seberang Perai. Sejak tahun 2010, Kerajaan Negeri telah melancarkan inisiatif ‘Cleaner, Greener, Penang’ dengan hasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang hijau dan
bersih. Untuk menjayakan inisiatif ini, usaha berterusan diperlukan sehingga ia menjadi gaya hidup rakyat, supaya lebih prihatin terhadap alam sekitar. Perkara ini akan diberi penekanan dalam Visi Penang 2030. Demi mencapai keberkesanan dalam pengurusan dan penggunaan sumber, teknologi memainkan peranan yang amat penting. Oleh itu, peralihan negeri ini ke arah negeri pintar juga, haruslah diutamakan selaras dengan Pelan Transformasi Digital Negeri Pulau Pinang yang sedang diusahakan. Kerajaan Negeri akan memastikan, peralihan ini berjalan dengan lancar termasuk mewujudkan satu ekosistem yang kondusif untuk peralihan digital ini. Saya berhasrat untuk melihat, semua perancangan yang telah dan akan dirangka dibawah Penang 2030 ini, dapat direalisasikan dan bukan sekadar syor-syor di atas kertas sahaja. Manifesto ‘Saya Sayang Pulau Pinang’ Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk menunaikan 68 Janji Pilihanraya dalam Manifesto ‘Saya Sayang Pulau Pinang’. Manifesto yang telah dijanjikan, merangkumi aspek-aspek seperti penambahbaikan pentadbiran kerajaan, perumahan, keusahawanan, kemudahan asas dan infrastruktur, negeri hijau, kebajikan dan lain-lain lagi termasuk the central eyesation. Sehingga kini Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebanyak 37 Manifesto ini, telah pun berjaya dicapai. Sebahagian lagi sedang dilaksanakan, dan ada juga yang masih dalam peringkat perancangan. Sebagai contoh dalam penambahbaikan pentadbiran kerajaan, negeri ini melakar sejarah sebagai negeri pertama di Malaysia yang akan melaksanakan pengehadkan tempoh lantikan Ketua Menteri kepada dua (2) Penggal sahaja. (Ahli Dewan menepuk meja). Untuk tujuan ini, Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Pulau Pinang Pindaan 2018, akan dibentangkan dan diluluskan pada sidang Dewan ini. Dalam aspek perumahan, sasaran untuk membina 75,362 unit rumah mampu milik kos rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana telah pun dicapai dengan jumlah 97,242 unit telah siap, sedang dan akan dibina dalam tempoh terdekat. Namun Kerajaan Negeri tidak akan berhenti setakat ini, sahaja memandangkan permintaan untuk rumah mampu milik adalah tinggi. Justeru, Kerajaan Negeri komited untuk membina lebih banyak lagi rumah mampu milik di negeri ini. Saya perhatikan ada cadangan untuk menggunakan Big Data Analitic untuk mengkaji permintaan dan penawaran unit-unit mampu milik ini, dan saya berharap Pejabat Perumahan akan memberi pertimbangan supaya kita dapat menguruskan penawaran dan juga permintaan kategori rumah mampu milik ini, dengan lebih efisien supaya pemohon-pemohon merasakan adil walaupun mungkin perlu menunggu 3, 4 tahun sebelum sampai gilirannya. Dalam aspek keusahawanan pula, Kerajaan Negeri telah mendapati Manifesto untuk mewujudkan Tabung Benih Industri 4.0 atau i-4.0 Pulau Pinang dengan dana sebanyak RM4 juta untuk membantu techno preneur muda. Selain itu untuk pembangunan perusahaan kecil dan sederhana, SME Pusat S.M.A.R.T atau Small and Medium Enterprises Market Advisory Resource and Training Centre telah pun direalisasikan yang menyediakan tapak sewa bersubsidi di Bayan Lepas serta di Taman Perindustrian SME di Batu Kawan. Saya ingin memberi maklumat yang boleh kita merasakan memberangsangkan ekonomi kita, sebab ekoran daripada Perang Perdagangan Amerika Syarikat dengan China, maka Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Pulau Pinang, telah menjadi tumpuan kepada industri-industri untuk pindah pengoperasian mereka di kawasan ini, dan Invest Penang memaklumkan kepada saya, memang dalam tempoh beberapa bulan ini ada banyak pertanyaan untuk melabur di Negeri Pulau Pinang, khususnya dalam sub-sektor SME. Dan memandangkan kita menghadapi kekangan tanah-tanah industri, maka, Invest Penang akan mencari satu strategi yang baru iaitu kita membawa SME ke China, untuk mencari peluang kontrak syarikat-syarikat di China supaya
SME kita dapat memenuhi kerja ini di Negeri Pulau Pinang, dan bukan membawa kilang dari China ke Negeri Pulau Pinang. Ini pun satu pendekatan, yang kita akan teroka supaya dalam strategi ini SME-SME, dapat jugalah mendapat peluang daripada Perang Perdagangan diantara Amerika Syarikat dan China. Baru-baru ini Penang Skill Development Corporation, telah menganjurkan SME dan i-4.0 Week, satu kempen dan ekspo kesedaran berhubung dengan perlunya SME kita embrace i-4.0 ini, dengan tema Start Small, Win Big. Sebab kita mendapati SME, kemungkinan ada pandangan bahawa untuk embrace i-4.0 adalah sangat mahal. Tetapi ini sebaliknya, sebab sememangnya ada banyak solution provider yang dapat membantu SME untuk mengalih kepada i-4.0, supaya mereka dapat menyokong MMC-MMC yang sudah jauh ke hadapan. Walaupun i-4.0 ini baru mula dalam lingkungan lima (5) tahun di Jerman sahaja, tetapi ini sudah menjadi satu trend yang perlu kita embrace, kalau tidak kita akan tercicir. Jadi kita amat berharap, PSDC seperti rakan-rakan EXCO ada menyebut berbagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan pelaburan FDI Asing ataupun FDI Domestik, satu isu penting adalah talent poll kita, adakah kita mencukupi talent poll termasuk engineer dan technician yang dapat memenuhi kehendak ini, dan memang kita nak pujilah PSDC sebagai satu institusi kolaborasi di antara industri dengan kerajaan, yang menjadi satu pusat latihan yang penting di Malaysia, untuk menyediakan talent poll bagi Industri 4.0 ini. Dan ianya pun menerima banyak tawaran untuk kolaborasi dengan institusi antarabangsa dan luar negara. Jadi kita berharap dengan adanya institusi latihan, dan juga banyak institusi Tvet di Negeri Pulau Pinang, maka dari sudut talent poll kita, kita akan dapatlah menyahut cabaran dan menerima peluang. Untuk memastikan semua Manifesto ini dicapai, saya dan barisan EXCO Kerajaan Negeri akan terus komited melaksanakan tugas dengan kerjasama dari Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan dan sektor swasta. Kali ini ada tiga (3) Ahli Yang Berhormat yang menanya dan soalan ataupun jawapan sudah pun diberikan, yang menggariskan apakah janji yang telah ditunaikan, apa yang sedang dilakukan, ada yang perlu kelulusan dari Kementerian-Kementerian Persekutuan sebelum kita dapat melaksanakan. Namun kita tegaskan kita ada lima (5) ataupun empat (4) setengah tahun lagi, untuk menunaikan kesemua 68 Janji dalam Manifesto ‘I Love Penang’. Dato’ Yang di-Pertua, tentang pelaburan sektor industri rakan saya Timbalan Ketua Menteri I, telah pun memberi statistik yang terkini berhubung dengan pelaburan ke dalam Negeri Pulau Pinang, bagi tahun 2018. Kita masih menunggu statistik-statistik yang terbaru, tetapi memandangkan iklim pelaburan yang amat mencabar, saya rasa tahun pada 2008 apa yang kita dapat catat, mungkin akan kurang berbanding dengan tahun 2017. Itu satu tahun sebelum ini.
Padang Kota, sila. Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini saya nak berhenti rehat lebih awal. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan untuk henti rehat, dan sila kembali ke Dewan pada jam 2.30 nanti.
Dewan ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.
Dewan bersidang semula pada jam 2.30 petang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula. Saya nak mempersilakan Padang Kota untuk menyambung sesi penggulungan. Sila. Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Sukacita saya meneruskan penggulungan atas isu-isu yang dibangkitkan oleh YB. Ahli-ahli Dewan semasa perbahasan Belanjawan 2019. Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, fokus utama strategi promosi pelaburan termasuk mengenal pasti pelaburan yang baru serta pelaburan semula iaitu reinvestment terutamanya dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan, reka bentuk dan pembangunan produk, pembuatan berteknologi tinggi seperti elektrik dan elektronik, semikonduktor, LED, peralatan perubatan, pembuatan aeroangkasa, pembuatan makanan dan perkhidmatan perniagaan global atau GBS. Industri-industri yang mempunyai nilai tambah tinggi atau high value added dan industri intensif pengetahuan, knowledge incentive akan menjadi tumpuan promosi pelaburan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha-usaha termasuk pembangunan industri moden yang berteknologi tinggi untuk memastikan Pulau Pinang dapat menerima hasil pertumbuhan Industri 4.0 dan internet of things, seperti mana rakan saya Timbalan Ketua Menteri I telah hujahkan. Pelabur-pelabur di negeri ini terus menunjukkan keyakinan untuk melabur dan melaksanakan pelaburan semula seperti BBraun, Benchmark, Valeo, Boston Scientific, Bosch, UMW, Japan Lifeline dan BBS Automation pada tahun ini. Kita pun ada terima berita baik menjelang hujung tahun ini kita akan dapat satu pelabur yang bernilai tinggi di Batu Kawan yang akan diumumkan oleh MITI kemudian. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tengah mengenai tanah untuk Industri 4.0. Pada masa ini Kerajaan Negeri atau PDC tidak memperuntukkan kawasan khusus untuk menempatkan syarikat yang terlibat dalam Industri 4.0. Namun kebanyakan syarikat yang berada di negeri ini sememangnya terlibat secara langsung dengan Industri 4.0. Untuk menyokong industri ini Kerajaan Negeri sentiasa serius dalam memastikan penyediaan infrastruktur dari segi jaringan atau connectivity jalur lebar berkelajuan tinggi menggunakan fiber optic. Isu keselamatan di kawasan perindustrian juga diberi penekanan dalam usaha mengekalkan minat pelaburan di negeri ini. Justeru kerjasama di antara PDC, PDRM dan MPSP akan dipertingkatkan. Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah rondaan Polis yang lebih kerap di kawasan perindustrian termasuk cadangan membina pondok Polis di Taman Perindustrian Batu Kawan dan Penang Science Park. Dan baru-baru ini pun ada satu inisiatif untuk menubuhkan satu majlis di antara pihak-pihak kerajaan, agensi kerajaan yang diberi nama Industrial and Business Park Improvement Council di mana pihak industri perlu juga dijemput sebagai stakeholders bagi membicarakan isu-isu yang perlu dilakukan di taman-taman industri di negeri ini. Kita berharap dalam usaha Kerajaan Negeri mengembangkan Industri 4.0 kita berharaplah juga dapat sokongan dari MIDA dan MITI supaya Negeri Pulau Pinang dapatlah menjadi sebahagian besar sebagai penyumbang kepada pembangunan industri di Negara Malaysia.
Mengenai isu pengangkutan, pembangunan mampan sesebuah negeri bergantung kepada sesuatu pelan pengangkutan yang sistematik dan realistik. Ia memberi impak besar kepada kadar pertumbuhan ekonomi, liveability dan sustainability sebuah bandar. Harus ditegaskan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pihak Pembangkang atau NGO selalu menuduh kita tumpu perhatian untuk menjalankan projek-projek infrastruktur yang mega dan raksasa dan perbelanjaan berbilion-bilion, kononnya ada apa-apa faedah peribadi orang-orang yang bertanggungjawab atas projek-projek ini. Tetapi kita hendak menegaskan bahawa pengangkutan di Negeri Pulau Pinang adalah amat penting bukan sekadar projek sahaja tetapi kesan projek itu akan membolehkan kita menggerak, mencetus pembangunan ekonomi dan juga oleh kerana connectivity yang lebih baik, liveability dan sustainability indeks negeri kita akan meningkat juga. Ini adalah penting untuk menarik pelabur asing datang, menarik tenaga mahir, engineer untuk bekerja di Negeri Pulau Pinang dan mereka memilih Pulau Pinang kerana selain dari peluang pekerjaan, liveability standard dalam negeri kita adalah baik oleh kerana ada kemudahan asas yang kini kita usahakan menambahbaikkan infrastruktur pengangkutan ini supaya ianya lebih liveable dan sustainable dalam jangka panjang. Pelan pengangkutan sedemikian bukan sahaja perlu lebih murah dan cepat tetapi lebih penting ialah pelan itu perlu reliable, sustainable dan feasible. Pembangunan rangkaian pengangkutan awam bersepadu dan lebuh raya akan meningkatkan accessibility serta mengurangkan kesesakan lalu lintas. Ianya akan memberi keselesaan kepada rakyat serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan. Justeru Kerajaan Negeri amat komited untuk melaksanakan projek-projek di bawah PTMP. Kerajaan Negeri percaya projek-projek ini mampu mengubah lanskap pengangkutan sedia ada serta mengurangkan kesesakan lalu lintas yang saban hari menyeksa rakyat negeri ini. Kerajaan Negeri memahami kebimbangan Yang Berhormat Kebun Bunga dan rakyat berkenaan dengan projek Lebuhraya Bukit Kukus dan secara tidak langsung mengaitkan kegusaran tersebut dengan pelaksanaan projek-projek di bawah PTMP khususnya PIL 1. Sebagai makluman, Kerajaan Negeri akan memastikan undang-undang sedia ada dipatuhi dalam pelaksanaan projek-projek ini. Ini termasuk pematuhan terhadap Akta Perancangan Bandar dan Desa yang mewajibkan penyediaan Social Impact Assessment dan Environmental Impact Assessment. Justeru Kerajaan Negeri telah melantik Rakan Pelaksana Projek atau Project Delivery Partner, PDP yang akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memantau mutu kerja pihak kontraktor. Kerajaan Negeri juga tidak akan bersikap lepas tangan dan akan memastikan semua langkah-langkah mitigasi dilaksanakan untuk memastikan projek berjalan lancar dan selamat. Konsep PDP membawa maksud PDP bukan kontraktor yang dilantik untuk menjalankan projek LRT atau jalan atau komponen fasa-fasa dalam projek itu tetapi merupakan konsultan kita menyediakan semua pelan, membantu Kerajaan Negeri memanggil kontrak, menilai kontrak, memberi syor dan cadangan syarikat mana yang boleh dipertimbangkan, setelah ditawarkan projek memantau pelaksanaan projek, memastikan kontraktor mengikut time line dan kos yang ditetapkan dalam kontrak. Itu peranan PDP, maksudnya dia satu sayap daripada Kerajaan, out source kepada PDP untuk mula dari perancangan sehingga pelaksanaan sebab ini kerja yang raksasa yang memerlukan kepakaran dan kemahiran dan dalam setiap komponen PDP memainkan peranan untuk memantau kontraktor. PDP cuma dibayar satu yuran perundingan mungkin dalam 4%, 6% itu belum putuskan lagi sebab syarat yang kita letakkan tapak kelulusan Persekutuan baru kita masuk rundingan butir-butir perjanjian bagaimana kos projek ditetapkan, bagaimana time frame ditetapkan dan sebagainya. Saya jangka banyak kerja perlu dilakukan dalam fasa seterusnya tetapi setelah tiga (3) tahun kita masih tidak dapat melepasi peringkat yang pertama iaitu kelulusan LRT, kelulusan PIL dari segi railway
scheme, EIA, itu PSR pun belum dapat disiapkan, maka kita boleh berusaha lagi sehingga kita dapat kelulusan. Dalam hal ini tragedi tanah runtuh di Lebuhraya Bukit Kukus benar-benar memberi pengajaran kepada Kerajaan Negeri dan saya rasa semua pihaklah dalam aspek keselamatan projek. Sebab tragedi berlaku di banyak tempat tetapi sepatutnya setiap tragedi dapatlah memberi pengajaran kepada kita baik di pihak Kerajaan ataupun konsultan atau kontraktor supaya kita menambahbaikkan apa kelemahan yang ada. Kita sebenarnya ada opsyen seperti NGO kata berlakunya insiden hentikan semua projek, jangan buat, semua diberhentikan, negeri ini tutup tidak ada pembangunan. Opsyen yang lain kita menerima pengajaran daripada kelemahan pengurusan projek dan menambahbaikannya seperti apa yang dikongsikan oleh Yang Berhormat EXCO Kerajaan Tempatan di Hong Kong contohnya. Hong Kong sebenarnya berlaku satu tragedi pada 70an. Di mana tanah runtuh mengakibatkan rumah kerajaan awam runtuh dan 100, 200 nyawa dikorban. Kalau pada masa itu, ada NGO yang kuat, lantang bersuara. Mungkin kerajaan pada masa itu dengar NGO. Okeylah, Hong Kong kita tidak mahu bina lagi. Tetapi adakah opsyen yang dipilih oleh Hong Kong, tak ada. Kalau opsyen one dipilih, hari ini kita tiada Hong Kong la. Hong Kong Streets di sini adalah. Tetapi mereka pilih opsyen yang kedua iaitu mengaku kelemahan dan seterusnya melihat dasar, melihat undang-undang, melihat pematuhan, garis panduan, professional, lesson dalam geotechnical engineering semua dapat dipertingkatkan sehingga hari ini Hong Kong boleh lihat bangunan yang berpuluh-puluh tingkat dibina di lereng-lereng bukit. Atas isu keselamatan telah diberi pertimbangan yang sewajarnya. Jadi kita berharaplah Ahli-ahli Dewan mengambil maklum tentang perkara ini dan cuba engage rakyat jelata dalam satu discourse yang membina dengan menerangkan tujuan sebenarnya Penang Transport Master Plan ini. Dalam masa yang sama saya juga mengucapkanlah ada ADUN seperti Bukit Tambun pun menyokong penuh. Saya percaya ramai menyokong pelaksanaan PTMP termasuk Ketua Pembangkang pun tidak membantah tetapi kalau dilihat isu-isu teknikal diperbaiki, kalau suara rakyat diberi pertimbangan untuk mengalih jajaran sedikit sebanyak maka projek ini boleh dilaksanakan demi faedah dan manfaat Negeri Pulau Pinang. Mengenai Penang South Reclamation, melalui PSR dijangka pelaburan dalam bidang baharu akan meningkat dan dapat merealisasikan impian untuk hidup di dalam persekitaran yang bersih, hijau dan selamat. Peluang pekerjaan baru akan terbuka luas untuk rakyat. Namun begitu, Kerajaan Negeri amat memahami kegusaran komuniti nelayan mengenai kesan perlaksaaan projek ini terhadap mata pencarian mereka seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pasir. Perlu difahami Kerajaan Negeri berhasrat untuk mempertingkatkan mutu hidup komuniti nelayan melalui projek ini. Pelbagai faedah dan bantuan akan diberikan kepada komuniti nelayan dan rakyat tempatan termasuk peluang menceburi bidang-bidang ekonomi yang baru seperti akuakultur, perikanan laut dalam, perikanan rekreasi dan lain-lain lagi. Satu isu yang selalu dibangkitkan oleh NGO bahawa tiga pulau itu, PDP membuat anggaran bahawa populasi Negeri Pulau Pinang akan sampai 2.0 juta orang menjelang tahun 2030. Mereka kata sekarang Pulau Pinang cuma 1.5, 1.6. macam mana kita ada populasi yang begitu tinggi untuk menyokong projek seperti PSR di mana mix development akan melihat banyak unit rumah mampu milik komersial dan sebagainya. Saya berkesempatan diberi laporan yang terkini oleh Jabatan Perangkaan Malaysia tentang angka populasi Negeri Pulau Pinang. Sekarang pada tahun 2000, angka yang terkini 2017, Negeri Pulau Pinang populasi dia 1.7. Mungkin 2018 sudah sampai 1.8. Penambahannya lebih kurang 25,000 hingga 30,000 setiap tahun. Penambahan penduduk dan saya pun berkesempatan nampak pada 1990, populasi Negeri Pulau Pinang 0.7 juta. Sekarang sudah 28 tahun, tambah sehingga 1.7 lebih juta.
Maksudnya sudah lebih dari 1 kali ganda. Kalau mengikut kadar pertumbuhan ini dari 1.5 hingga 2% setahun. Dijangka kalau 2030, tak capai 2.4 million pun, capai 2.3 million lah. Jadi, NGO pun sometime pula ada firger from the sky tanpa merujuk kepada angka-angka dari Jabatan yang berkenaan. Jadi, PTP memang melakukan anggaran berdasarkan statistik yang ada walaupun statistik anggaran itu dibuat pada 2015. Apabila RFP dipanggil tetapi kalau mengikut kadar pertumbuhan dengan populasi kini maka menjelang 2030 populasi Negeri Pulau Pinang lebih kurang 2.2 atau 2.3 juta. Di mana kita dapat menampung penambahan yang begitu banyak itu. if we strankef 40 we could be looking at already a 3 million population. Adakah Pulau boleh menampung populasi ini? Itu sebab kita mengalih perhatian kita kepada Seberang Perai. Tetapi kadang kala lokasi tanah itu penting untuk menentukan nilai tanah itu. Bukan sebarang tanah di sempadan Penang dan Kedah, Kulim tidak capai nilai yang begitu tinggi berbanding dengan Bayan Baru misalnya, Sungai Nibong. Jadi lokasi tanah itu penting untuk menentukan nilai. Jadi kita berharap modal pembiayaan melalui PSR untuk melaksanakan PTMP ini dapat dihayati oleh rakyat jelata. Bukan kita suka-suka nak melaksanakan projek ini. Segala penjelasan sudah pun diutarakan sepanjang tiga (3) tahun ini. Mungkin NGO tidak perlu bertanggungjawab kepada 2.4 million people menjelang 2030 tetapi kita perlu sebagai kerajaan kita perlu memastikan menjelang 2030, 2040 apabila populasi mencecah 2.5, 2.8, 3 million. Maka, kita ada kemudahan asas. Kita ada perumahan, kita ada peluang pekerjaan dan sebagainya untuk menyokong populasi ini. Isu pelaksanaan perkhidmatan CAT. Kita memang sedar bahawa setakat ini ada beberapa kelemahan dalam pelaksanaan CAT seperti mana dibentangkan oleh Yang Berhormat Bertam yang menyatakan bahawa mungkin jumlah penumpang bas CAT kurang memuaskan. Untuk makluman Dewan, memang perkhidmatan CAT masih belum matang memandangkan perkhidmatan ini baru dilancarkan berperingkat peringkat mulai April tahun ini dan kita masih mengkaji tahap pencapaian perkhidmatan ini dan ianya perlu dipertingkatkan lagi. Setakat ini laluan CAT Air Itam telah mencatatkan purata jumlah penumpang yang memberangsangkan iaitu kira-kira 212,000 penumpang sebulan. Manakala CAT Alma. Kita pun mendengar suara Yang Berhormat Machang Bubuk sebab Machang Bubuk dan JKKK minta CAT pergi ke Alma dan kita pergi ke Alma tetapi jumlah purata penumpang masih rendah iaitu 3,400 sahaja. Jadi kita perlulah mungkin menstruktur semula laluan-laluan dan lihat bagaimana mencapai efisiensi dalam perkhidmatan bas percuma CAT ini dan bagi ADUN-ADUN seperti Permatang Berangan, Bayan Lepas, Pulau Betong yang pohon agar perkhidmatan bas percuma diperluaskan kepada kawasan masing-masing. Kerajaan Negeri akan timbang dan perlu dijelaskan pemilihan kawasan untuk melaksanakan perkhidmatan ini adalah mengikut beberapa kriteria seperti kawasan berdensiti tinggi, padat dan sebagainya. Kesesakan trafik yang tinggi dan kawasan yang masih belum ada perkhidmatan bas.
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Tentang CAT, Bagan Dalam pun ingin memohon diperluaskan ke Bagan walaupun ada dua (2) orang EXCO Sungai Puyu, Bagan Jermal tapi kami Bagan tak dapat perkhidmatan bas percuma CAT. Walaupun Penang Sentral itu sendiri pun berada di Bagan Dalam. Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Y.A.B. Ketua Menteri: Sebelum kita lancarkan. EXCO yang mewakili kawasan Bagan termasuk Mantan Ketua Menteri pun dari Bagan. Semasa perbincangan pemilihan laluan-laluan ini tidak timbul ada keperluan di Bagan sebab laluan utama Raja Uda pun ada perkhidmatan yang lain, sistem pengangkutan pun lebih kurang sempurna. Tetapi kita akan meneliti keperluan-keperluan ini dan mungkin perkhidmatan CAT Bus yang menelan RM15 juta ini bukan konsep yang terbaiklah.
Kita perlu aku bahawa ada ruang dan peluang untuk kita melihat semula. Saya tidak tahu la laluan USM itu, saya dengar feedback dari pensyarah itu baguslah sebab boleh masuk USM, pelajar boleh pergi ke Bukit Jambul, pergi ke Queensbay Mall dan sebagainya. Kadang kala laluan-laluan tertentu memang mencapai matlamatnya. Ada laluan yang mungkin tidak sesuai. Balik Pulau, saya pun setujulah. Kadang kala bas dengan pemandu sahaja, penumpang pun tak ada. Kita perlu meniliti supaya wang rakyat yang susah-susah kita dapat itu dibelanja dengan mencapai infensinya. Cadangan Yang Berhormat Bukit Tambun bahawa dua (2) lokasi di Stesen KTM Nibong Tebal dan C Mart dan Design Village adalah baik dan cadangan ini sebagai park n ride diperhalusi dengan terperinci. Seperti mana yang telah disuarakan oleh Kerajaan Negeri. Dato’ Yang di-Pertua, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang perlu dibesar untuk menggandakan kapasitinya termasuk keupayaan pengurusan kargo. Pengurusan kargo yang produktif amat diperlukan selaras dengan keperluan logistik sektor industri di negeri ini. Lapangan terbang Pulau Pinang berfungsi sebagai hub and spoke network di mana ia berdekatan dengan zon industri dan mempunyai accessibility ke North Butterworth Container Terminal dan rangkaian jalan raya yang baik melalui Jambatan Pertama dan Kedua serta electrified double track. Untuk tujuan ini, Kerajaan Negeri akan terus berhubung dengan Kementerian Pengangkutan berkenaan Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Seperti mana yang telah pun diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2019 sebelum ini, projek pembesaran Bayan Lepas ini hanya mampu menanggung kapasiti penumpang dan kargo untuk 20 atau 30 tahun sahaja. Bagi keperluan lapangan terbang selepas tahun 2050 misalnya, Kerajaan Negeri telah mencadang pembinaan sebuah lapangan terbang antarabangsa yang baru iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Koridor Utara di kawasan tebus guna berdekatan dengan Batu Maung boleh dipertimbangkan dan lokasi ini dipilih kerana berdekatan dengan Industri Bayan Lepas, Batu Kawan dan juga jambatan dan lokasi yang sama dengan lapangan terbang yang sedia ada. Tambahan pula semua infrastruktur dan jaringan jalan raya telah pun tersedia. Namun begitu cadangan ini masih dalam peringat cadangan dan perlu melalui pelbagai proses seperti kajian kebolehlaksanaan, kelulusan dari Majlis Perancangan Fizikal Negara untuk tebus guna laut, kelulusan Kajian EIA dan sumber pembiayaan projek ini. Keperluan untuk mewujudkan lapangan terbang baru ini adalah begitu kritikal dan bertujuan untuk menjaga kepentingan Pulau Pinang sebagai pintu masuk utama pengangkutan utara bagi wilayah utara Malaysia. Selain itu limpahan ekonomi yang dibawa melalui kewujudan lapangan terbang adalah terlalu besar dan ianya perlu dikekalkan. Perkhidmatan feri Pulau Pinang kini dioperasi oleh Prasarana Malaysia Berhad, syarikat tersebut telah melaksanakan beberapa penambahbaikan termasuk mewujudkan sistem kaunter tiket yang lebih teratur. Dalam masa yang sama pihak Prasarana bercadang untuk memasang Passenger Information System bagi memudahkan penumpang mengetahui masa ketibaan dan pelepasan feri. Kerajaan Negeri berhasrat untuk menambah baik perkhidmatan feri yang menjadi salah satu pengangkutan awam utama bagi penduduk di negeri ini termasuk memperkenalkan perkhidmatan water taxi atau cathamaran dan sebagainya sebab ianya merupakan satu cadangan yang terkandung dalam PTMP. Namun begitu beberapa kajian terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi mengenal pasti keperluan serta permintaan terhadap perkhidmatan ini sebelum ianya dapat dilaksanakan. Bagi cadangan Yang Berhormat Penaga untuk memansuhkan tambang feri, motosikal dan penumpang, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan perkara ini. Sebaliknya Kerajaan Negeri berterima kasih atas keperihatinan Kerajaan Persekutuan yang
telah memansuhkan tol motosikal di kedua-dua Jambatan Pulau Pinang melalui Belanjawan Negara 2019 baru-baru ini. Penaiktarafan terminal Feri Pengkalan Raja Tun Uda juga dapat perhatian berikutan siapnya Penang Sentral yang akan mula beroperasi pada 22 November ini. Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan lanjut dan akan meneliti cadangan penaiktarafan Pengkalan Raja Tun Uda demi keselesaan penumpang. Yang Berhormat Bukit Tambun turut mencadangkan jeti LKIM dinaik taraf untuk penggunaan kemudahan perkhidmatan water taxi pada masa depan dan cadangan ini diambil maklum untuk dikaji kebolehlaksanaannya. Sebagai sebuah negeri kecil tetapi besar peranannya di utara Malaysia, Pulau Pinang mempunyai pelbagai mode perkhidmatan pengangkutan. Yang Berhormat Kebun Bunga mencadangkan agar ketiga-tiga link yang menghubungkan Seberang kepada Pulau iaitu Jambatan Pertama, Kedua dan perkhidmatan feri disatukan dan diuruskan oleh satu organisasi sahaja. Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan ini dan akan cuba meneliti kebolehlaksanaannya termasuk keperluan mendapat persetujuan daripada Kerajaan Persekutuan. Secara kesimpulannya, pelaksanaan PTMP merupakan perancangan jangka panjang oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mengintegrasikan ke semua link penghubung di Pulau supaya satu sistem pengangkutan yang mampan dan tersusun dapat direalisasikan. Mengenai hal ehwal tanah Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, isu pencerobohan tanah-tanah kerajaan, tindakan tegas akan diambil terhadap pencerobohan tertakluk kepada Seksyen 425 Kanun Tanah Negara. Penguatkuasaan akan dibuat secara bersepadu dengan melibatkan jabatan-jabatan lain seperti PDRM, PBT, JKR, JPS dan lain-lain dan tiada kompromi diberi kepada mana-mana pencerobohan tanah termasuk dalam rezab pantai, rezab sungai mahupun rezab jalan. Tindakan penguatkuasaan ke atas pencerobohan tanah Kerajaan yang dibuat mulai 1 Januari tahun ini hingga 15 Oktober adalah 53 operasi tetapi masih ada beberapa operasi yang telah dirancang bagi baki tahun ini. Komunikasi. Jawatankuasa MMK Komunikasi telah bermesyuarat dan Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha penyaluran maklumat, polisi-polisi dan program rasmi Kerajaan Negeri kepada umum terutamanya dalam membawa Negeri Pulau Pinang ke arah mencapai Visi Penang 2030. Pendekatan ini secara tidak langsung dapat merapatkan jurang informasi di kalangan pihak kerajaan dan masyarakat umum secara menyeluruh. Bagi menjawab YB. Bukit Tambun yang mencadangkan agar penerbitan Buletin Mutiara dihentikan cetakan, hard copy dan hanya menfokuskan kepada e-media atau edisi digital. Perkara tersebut pernah dibincang dalam Mesyuarat Jawatankuasa MMK Komunikasi sebelum ini. Sebagai makluman, selain cetakan Buletin Mutiara kini memilik laman facebook dan juga platform berita online buletinmutiara.com. Adalah dimaklumkan bahawa platform-platform berkaitan mempunyai pembacanya yang tersendiri termasuk cetakan berbentuk surat khabar. Bagi edisi cetakan ia masih diperlukan terutamanya dalam memenuhi keperluan warga-warga emas khususnya di kawasan pendalaman dan juga pihak sekolah yang selepas perubahan politik, memang sekolah buat permintaanlah, dulu mungkin tidak berani, mana boleh letak Buletin Mutiara. Sekarang memang ada permintaan dari sekolah untuk hantar Buletin Mutiara kepada sekolah-sekolah dan kerana menggunakan ianya sebagai rujukan lanjut. Malah bagi pengisian isi kandungan edisi cetakan dan digital juga adalah tidak 100% sama yang mana banyak rencana bagi liputan khas dan wawancara adalah eksklusif untuk edisi cetakan sahaja. Namun kita sentiasa buka kepada untuk mengkaji keberkesanan Buletin Mutiara dan bagaimana kita boleh menambah baiknya dengan mengurangkan kosnya.
Hasil – YB. Ketua Pembangkang dan Sungai Dua telah membangkitkan tentang Belanjawan khususnya mengenai Hasil yang boleh dijana untuk Negeri Pulau Pinang. Meskipun Kerajaan Negeri tidak mempunyai sumber hasil yang baru tetapi Kerajaan Negeri akan memberi fokus kepada kutipan tunggakan cukai tanah, kutipan hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil. Di samping itu Kerajaan Negeri juga akan menggalakkan pelaksanaan projek secara Project Funding Initiative atau PFI yang boleh mengurangkan perbelanjaan Kerajaan Negeri. Antara usaha dan perancangan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam meningkatkan hasil dan mengurangkan tunggakan hasil adalah beberapa pendekatan yang lazimnya dilakukan oleh jabatan-jabatan termasuk penguatkuasaan undang-undang, menubuhkan pasukan khas untuk menyelesaikan isu tunggakan dan memberi fokus kepada hak milik tanah yang ada tunggakan yang tinggi, hantar surat peringatan dan sekian-sekian yang memang lazim dilakukan tetapi mungkin pihak Kerajaan Negeri dan Pejabat Kewangan Negeri dan pejabat tanah masing-masing perlu melihatlah satu kaedah yang baik sekali untuk memastikan Kerajaan Negeri dapat pungut hasil yang sepatutnya dikutip menggunakan teknologi dan sebagainya supaya kutipan itu menjadi lebih efisyen. Namun kita pun berharap pihak Kerajaan Negeri akan melakukan penelitian untuk membuka sumber-sumber hasil yang baru demi memastikan kedudukan kewangan Negeri adalah mampan dan stabil bagi melaksanakan projek-projek sosial dan ekonomi untuk kebajikan rakyat di Negeri Pulau Pinang. Memang salah satu kaedah yang senang, naikkan cukai tanah seperti mana dilaksanakan di beberapa negeri yang lain namun setakat ini Kerajaan Negeri masih belum berhasrat untuk meningkatkan kadar cukai tanah kerana prinsip dan keperihatinan Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan agar tidak membebankan rakyat Pulau Pinang. Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa hasil yang diperolehi oleh PBT akan berkurangan seperti yang dihujahkan oleh Ahli dalam Dewan disebabkan oleh pengurangan cukai pintu yang dilaksanakan untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Dan sehubungan ini bagi menampung kekurangan hasil tersebut, Kerajaan Negeri sebenarnya tidak membiarkan PBT untuk menanggung kerugian itu atau kehilangan hasil itu, tetapi Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan kepada MPSP misalnya, RM11.9 juta bagi tahun 2017 dan RM15 juta untuk 2018 kerana cukai pintu dikecualikan. Jadi Kerajaan Negeri sebenarnya ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri mengakui bahawa punca utama pengurangan defisit pada Anggaran Belanjawan Tahun 2019 adalah kerana tiada kemudahan pinjaman disediakan pada kali ini berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Walau bagaimanapun saya ingin hendak meyakinkan Dewan bahawa ketiadaan kemudahan pinjaman ini tidak akan menjejaskan kebajikan penjawat awam di agensi-agensi Negeri terlibat kerana tujuan pinjaman sebelum ini adalah untuk membiayai projek-projek pembangunan dan bukannya untuk menampung belanja mengurus agensi berkenaan. Pendapatan Kerajaan Negeri dari tahun 2013 tidak menunjukkan trend penurunan yang tetap di mana terdapat penurunan pada tahun-tahun tertentu manakala wujud juga peningkatan pada tahun-tahun yang lain. Pada tahun 2013, pendapatan adalah RM833 juta dan menurun kepada RM799 juta pada tahun 2014. Namun begitu, pendapatan meningkat pula pada tahun 2015 iaitu dari RM897 juta kepada RM1.03 bilion pada tahun 2016. Pada tahun 2017 pula ia menurun kepada RM757 juta, mungkin kita pun perlu kajilah mengapa ada turun naik yang mendadak satu, dua tahun secara perbandingan dan sehingga 14 November tahun ini, kebetulan tarikh ini sahaja tidak berkaitan dengan saya, telah mencecah RM634.1 juta berbanding dengan sasaran RM503 juta, bermaksud hasil sudah lebih dari apa yang dianggarkan dalam bajet sebelum ini. Dan ada suara bahawa sebenarnya Kerajaan Negeri perlu mengurangkan sumbangan kepada GLC, mengapa GLC perlu sumbangan dari pihak Kerajaan Negeri. Dan itu saya pun
sudah jelaskan sebab kebanyakan GLC adalah cost centre dan bukan profit centre bagi Kerajaan Negeri yang melaksanakan satu tugas sosial atau alam sekitar yang tertentu. It is a social enterprise, sometimes ianya ada impak sosial ekonomi juga tetapi rata-rata ianya memainkan fungsi untuk menggubal dasar, melaksanakan dasar, bukan satu entity untuk mencari keuntungan kepada pihak Kerajaan Negeri. Kalau dapat membawa impak multiplier impact seperti Bioceps ataupun Halal Penang dan sebagainya itu kita alu-alukan sebab dari lebihan agensi ini mereka akan pulangkan balik kepada dana Kerajaan Negeri. Kita sebenarnya merasakan geran-geran yang diberikan kepada GLC yang khusus ini berbaloi sebab ianya mencapai matlamat. Namun seperti selari dengan big picture kita akan mengkaji segala aspek peruntukan kepada GLC-GLC supaya kita dapatlah mencapai matlamat tetapi kurangnya perbelanjaan dan peruntukan kepada GLC-GLC ini. Strategi untuk memaksimakan hasil dari tanah-tanah atau projek-projek maka sumber hasil negeri adalah terhad maka sepanjang tempoh ini kita selalu meneroka bagaimana kita dapat menangani kekangan hasil yang kurang dengan melaksanakan beberapa strategi untuk memaksimakan hasil melalui pengurusan tanah dengan kaedah penjualan tanah bagi projek-projek pemangkin pada saiz yang kecil, penjualan tanah secara Request For Proposal (RFP), memberi sewa jangka pendek bagi tanah-tanah kosong milik PDC dan CMI untuk ekonomi aktiviti ekonomi, menyegerakan pembangunan dengan projek yang menjana pulangan tinggi serta menyediakan infrastruktur asas supaya nilai tanah terus meningkat. Mesti ada sebabnya mengapa kita perlu meluputkan tanah-tanah ini. Sebab kita nak menggunakan tanah ini untuk menjana aktiviti ekonomi. Kalau ada pelabur ada industri, ada hospital. Sebab kita sendiri tak mampu menjalankan projek-projek ini kita perlu menggunakan kaedah 4P Partnership. Public, Private, Professional and Peoples’ Partnership. Kita cuma menjadi enabler, pemudah cara ada investor datang mungkin dia memerlukan tanah, kita sediakan tanah dan projek itu akan membawa catalyst effect kepada down stream activities yang berkaitan dengan projek berkenaan. PDC memang Bukit Tambun sedar strategi PDC dalam menguruskan tanah khususnya tanah industri bukan semata-mata nak ada lebihan kadangkala tanah itu MNC yang datang dia akan tekan kita. Kita mahu pengecualian ini mahu itu mahu itu tetapi kita sebenarnya mahu mereka datang melabur mendirikan kilang, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Oleh itu kita sanggup kalau tak untung banyak tanah industri PDC boleh dijual kepada kilang-kilang yang saya sebut banyak kali ini. Ini satu strategi kalau kilang masuk, rumah masuk, sebab orang datang kerja mereka mahu perumahan, mahu komersial, kemudahan asas dibina seperti apa yang berlaku di Bayan Baru PDC pada zaman duhulu membina Free Trade Zone (FTZ) di Bayan Lepas, lepas itu bandar baru Bayan Baru dibangunkan. Ada komersial ada kediaman, ada kemudahan yang lain di Seberang Jaya pun sama. Di Batu Kawan hari ini pun sama memang strategi itu kalau Pembangkang selalu mengutuk kita jual tanah, jual tanah, jual tanah itu memang kita tidak menafikan mantan Ketua Menteri selalu mengaku kita memang jual tanah tetapi tanah yang kita jual lebih kurang berbanding dengan regim yang lepas dengan hasil dan pulangan yang lebih berbanding dengan regim yang lepas sebab kita selalunya ada open tender untuk mendapat hasil yang tertinggi. Kita tak segan silu nak aku sebab ini memang strategi pembangunan sebuah negeri yang kecil tak ada sumber alam semula jadi yang banyak.
Yang Amat Berhormat mohon laluan. Semalam kita telah lihat ataupun hari Rabu kita telah lihat mantan Menteri Wilayah Persekutuan telah didakwa di mahkamah kerana mengambil kick back penjualan tanah. Ini sudah pun dibawa ke mahkamah, Pembangkang dan mereka yang selalu menyatakan Pulau Pinang menjual tanah ini perlu mengakui bahawa di
Pulau Pinang tidak ada kes sedemikian sebab kita telus dan cekap itu sahaja komen saya Yang Amat Berhormat.
Cuma nak bangkit sahaja demi bangkit sahaja. Sila sambung. Y.A.B. Ketua Menteri: Oleh itu saya tak perlu jawab.
Tak perlu. Y.A.B. Ketua Menteri: Dato’ Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini Kerajaan Negeri memang memikirkan strategi yang sesuai seperti dikata 4P Partnership ini supaya dilaksanakan untuk membawa kejayaan dalam melaksanakan projek-projek pembangunan sosial seperti ada beberapa contoh ini kita lihat kesan dan impak dia. SPICE hari ini saya rasa ini satu tempat yang amat sesuai untuk mengadakan persidangan convention, jamuan, aktiviti sosial dan Penang International Science Fair dan sebagainya. Kalau kita akur dengan bantahan NGO dulu maka PISA kekal sebagai PISA selepas 10 tahun lagi teruk. Tetapi oleh kerana keputusan yang berani walaupun ada tekanan NGO, bantahan apa mahu mengapa mahu bina SPICE akan menjana trafik kalau kita dengar dengan pandangan ini hari ini sektor pelancongan Yang Berhormat Paya Terubong macam mana nak tarik MICE aktiviti di Negeri Pulau Pinang sedangkan kita tak ada satu convention centre yang boleh menampung keperluan ini. Ada contoh lagi, The Habitat di Bukit Bendera. Satu produk pelancongan yang memang world class. Ini melalui (4P) Partnership, Penang Hill Corporation memajak atau Kerajaan Negeri memajak tapak itu dan private sector invest dan mendirikan satu produk yang begitu baik dan canggih.
Dato’ Speaker, minta celahan. Itu sebab YB. Padang Kota saya memang guna model SPICE ini di Stadium Batu Kawan yang saya tekankan dalam ucapan saya. Y.A.B. Ketua Menteri: Ini perlu jawab sebab ini boleh kita menimbang kita pun terketandusan idea. EXCO banyak kali bincang bagaimana kita hendak hidup semula Batu Kawan, Stadium Batu Kawan. Bangunan yang begitu besar tapi tak jana apa hasil. PDC pun mahu menangis nak menanggung penyelenggaraan stadium ini. Tak ada hasil tetapi kerosakan perlu diperbaiki. Kalau Yang Berhormat ada idea yang baru mana-mana Yang Berhormat mana sektor swasta ada idea yang baru kita menyambut baiklah untuk menghidupkan semula Stadium Batu Kawan. Contoh yang lain Penang Digital Library kita cuma make available bangunan yang sedia ada yang mungkin yang tidak dipakai dengan efisiennya private sector dari industri Bayan Lepas masuk melabur sedikit, sekarang Pulau Pinang menjadi negeri yang pertamanya ada 24 hours Digital Library yang sekarang kembang kepada Digital Library yang kedua dan juga di Butterworth ada permintaan di mana di Bertam di mana-mana jugalah tetapi ini bergantung kepada adanya tempat-tempat yang sesuai dan juga ada pihak swasta dan industri untuk bekerjasamalah. Penang Science Cluster, App Care, Tech Dome dan lain-lain. Kita pakai kaedah yang sama kita menyediakan tempat mungkin pelaburan sedikit mungkin RM2 juta, RM3 juta industri yang membiayai bakinya dan industri yang mengoperate kemudahan-kemudahan ini bukan Kerajaan Negeri nak operate jadi inilah konsep yang telah membawa banyak faedah dan saya rasa Negeri Pulau Pinang setelah 10 tahun tak ada banyak sumber tak diberi perhatian
oleh Kerajaan Persekutuan inilah cara yang kita gunakan untuk membangunkan Negeri Pulau Pinang. Dan kita sememangnya merasakan pendekatan ini adalah pendekatan yang mampan, pendekatan yang baik dan akhirnya rakyat jelata yang menerima segala faedahnya. Kerajaan Negeri di mana-mana bidang misalnya kemudahan sukan dan lain-lain kalau ada di bawah Penang 2030 ada 4 tema ada 16 inisiatif dan di bawah setiap inisiatif ada ruang dan peluang untuk 4P Partnership. Kita teliti bukan satu partnership sahaja di bawah satu inisiatif mungkin ada 10, 20 opportunity untuk 4P Partnership kita perlu tunggu bulan Januari apabila kita menghabiskan penyediaan kita akan mengadakan stakeholders engagement lagi supaya rakyat dan private sector lebih faham bagaimana mereka boleh menggunakan platform yang disediakan di bawah Penang 2030 untuk melaksanakan pembangunan melalui kaedah 4P Partnership. Dalam suasana politik yang baru Kerajaan Negeri berharap Kerajaan Persekutuan menyalur peruntukan secara berterusan untuk membiayai projek-projek pembangunan mega dan infrastruktur. Secara jujur pada peringkat ini I think we better depends on ourselves our 4P Partnership has been successful of course kalau ada 5P lagi (P) yang kelima itu Persekutuanlah. Kalau ada (P) yang kelima itu kita rasa kita dapatlah menjana lebih banyak projek yang amat berguna ini. Nanti kalau Menteri Kewangan ada hadir mungkin kita tarik 5P dari Yang Berhormat Ahli Putih, Air Putih ini. Seterusnya mengenai Projek di bawah Chief Minister Incorporated (CMI). Island Medical City yang pada satu ketika menimbulkan kontroversi berhubung dengan tanah dijual tanpa ada RFP atau open tender. Secara jujur ini satu-satunya bidang tanah yang dijual tidak melalui open tender atau RFP. Ada sebabnya. Sebab Island Hospital tapak ini mereka pun memiliki lot-lot tertentu cuma bukan seluruh lot yang bakinya Kerajaan Negeri punya tanah. Untuk extension kepada Penang Island Hospital yang sedia ada sebarang perkembangan perlu attach kepada hospital yang sedia ada dan tanah ini adalah tanah yang paling dekat dengan Island Hospital yang sedia ada yang boleh dikait hubung kait melalui satu underground walkway dari tanah dia ke depan lot-lot mereka sendiri dan termasuk lot-lot pihak Kerajaan Negeri. Oleh sebab itulah pertimbangan khas sebab kalau hospital yang lain mahu menggunakan tanah itu memang apa hubung kait dengan bidang tanah itu. Katakan Glanegeles mahu tapi Kementerian Kesihatan akan syaratkan. Where is the connection to your hospital? Jadi itulah sebab atas pertimbangan khas tanah-tanah itu dijual kepada Island Hospital untuk dimajukan Island Medical City yang akan dilancarkan dalam bulan Disember nanti. Jadi itu satu contoh di mana tanah-tanah kerajaan digunakan untuk menjana satu projek yang amat besar yang menelan kos pembangunan sebanyak RM1.56 bilion even if you want to run a project RM1.5 million pun susah bagi Kerajaan Negeri, ada pelabur nak invest RM1.56 bilion untuk projek ini, maka itulah kita memudahcarakan. Dan dianggarkan mengambil masa 26 bulan untuk siap. Ada soalan mengenai jalinan kerjasama dengan UN-Habitat bagaimana kita bekerjasama dengan UN-Habitat. Memang seperti 4P Partnership kita bekerjasama dengan pelabur tempatan asing sekarang ada agensi antarabangsa kebetulan Mantan Datuk Bandar sekarang menjadi Executive Director UN-Habitat maka Dato’ menambah satu kesempatan untuk menggunakan platform United Nation Habitat untuk kerjasama dengan Negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan pembangunan berteraskan Sustainable Development Goals (SDG) dan New Urban Agenda yang sememangnya dimajukan oleh UN-Habitat maka kita melihat kesempatan ini kita pun memperuntukkan RM1.0 juta sahaja bukan banyak sebab pun kita tak mampu. Jadi melalui kerjasama ini maka UN-Habitat atau agensi UN yang berkaitan
boleh menjalankan kajian ataupun cadangan-cadangan pembangunan sesuai dengan pembangunan STG dan kelestarian, maka projek-projek boleh dicadangkan dan mungkin pihak swasta atau kerajaan akan membiayai kosnya. Satu contoh partnership ini dengan agensi antarabangsa, saya ingat kita pun ada satu badan yang diberi nama George Town Conservation and Development Corporation di mana nanti selepas Dewan, kalau tak hujan kita nak lawat beberapa projek yang sedang dilaksanakan oleh GTCDC sebenarnya satu tripartite, kerjasama tripartite di antara CMI, Think City dan Aga Khan, Trust for Culture yang menubuhkan GTCDC untuk menjalankan public ram project. Ini semua bukan projek-projek komersil tetapi untuk menambahbaikan ruang awam di sekitar bandar raya kita termasuk Butterworth. Saya sudah tahu, Bagan Dalam. Projek-projek mungkin kita akan lawat restoration of Fort Cornwallis. Fort Cornwallis more reinstatement dan di bawah North Seafront and East Seafront, improvement of the level life promenade fountain garden di tepi Town Hall, sudah siap. Lepas itu kita akan masuk ke improvement of Dewan Sri Pinang and its landscape. Nak memulihkan keadaan ruang awam pada zaman-zaman dahulu. Kita nak membaik pulih kemudahan yang sedia ada dan harap melalui public ram improvement ini kegemilangan Padang Kota, Esplanade dan kawasan heritage ini dapat menjadi satu ruang awam yang baru untuk keselesaan rakyat jelata dan pelancong. Hotel Bukit Bendera juga dibangkitkan setelah satu cadangan diumumkan oleh saya semasa satu sesi dialog sebenarnya sesi dialog yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) pada 8 November yang lalu. Ada orang yang tanya mengapa tak nampak apa di Bukit Bendera. Adakah Bukit Bendera untuk elit saja, orang biasa tak boleh enjoy Bukit Bendera dengan penginapan dia. Sekarang pun tak ada apa bangunan. Beberapa buah tetapi dalam keadaan yang tidak sempurna. Maka saya tau sebagai Ahli Lembaga Penang Hill Corporation dahulu dan sekarang Pengerusi. Memang ada cadangan untuk membina sebuah hotel di belakang Convalescent Bungalow. Untuk indicate Convalescent Bungalow mungkin dalam 200 bilik. Kalau ini pun dalam peringkat awal. Kalau setelah teliti apakah bilangan bilik yang mampan mungkin boleh dikurangkan tetapinya ianya akan menjadi satu boutique hotellah, bukan hotel yang lazim mungkin kita akan melihat pembangunan sedemikian kurang-kurangnya ada satu tempat penginapan. Bukan untuk pelancong, untuk rakyat tempatan untuk menikmati Bukit Bendera. Saya rasa Permatang Berangan pun minat membawa ahli keluarga, mungkin satu dua malam di Bukit Bendera sebagai rakyat, kita berhak untuk menikmati satu kemudahan yang kian dibaikpulih sepanjang 10 tahun ini. Sudah bertukar wajah yang baru di Bukit Bendera tetapi bukan pembangunan raksasa yang kita fikirkan merosakkan Bukit Bendera. Kita akan melakukan tasteful development di Bukit Bendera supaya menghormati warisan Bukit Bendera, warisan heritage dan warisan semulajadi. Mungkin ada satu cadangan untuk coolie line, cadangan dia bukan bina hotel-hotel yang besar tapi mungkin coolie line adalah kuarters bagi kuli-kuli yang dahulu. Sekarang pun nampak pun menjolok mata. Mungkin cadangan itu merobohkan coolie line quarters dan mendirikan tempat penginapan yang macam homestay, sesuai dengan environment. Kalau lereng itu tak mau dibina, tak apalah. Sekarang pun tak ada. Menggunakan foot print yang sedia ada. Tetapi kalau rasa tak sesuai, tak melaksanakan sahajalah, tak apa. Tetapi kita masih terbuka untuk menerima pandangan dan bukan kita bina satu hotel, Bukit Bendera sudah hancur. Jangan selalu menganggap begitulah. Keselamatan. Isu keselamatan juga dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri puas hatilah dengan laporan yang diberikan oleh PDRM sebab kebelakangan beberapa tahun ini memang trend menurun. Indeks jenayah di Pulau Pinang misalnya 1 Januari sehingga 14 November, itu pun kebetulan, 4,356 kes berbanding 4,893 kes bagi tempoh tahun yang lepas iaitu penurunan 537 kes atau
11%. Trend ini memanglah sudah beberapa tahun kita lihat, trend menurun dan kita menghargailah sumbangan pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan untuk memastikan Negeri Pulau Pinang selamat. Penurunan kes-kes ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Tindakan pencegahan jenayah yang berkesan dilakukan seperti menambahkan bilangan anggota Polis beruniform, mengadakan rondaan kereta peronda, unit peronda bermotosikal, Rakan Cops dan sebagainya. Isu pelarian Rohingya. Perkara ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua dan Penaga tentang adanya pelarian Rohingya di Bagan Lebai Tahir. Kerajaan Negeri dan agensi keselamatan seperti Majlis Keselamatan Negara Pulau Pinang, PDRM, Jabatan Imigresen serta lain-lain agensi mengambil perhatian yang serius berhubung isu ini. Saya rasa yang Berhormat Sungai Puyu sudahpun memberi penerangan yang panjang lebar, yang satu isu Yang Berhormat amat prihatinlah. Ada sedikit lagi isu lain. Mengapa Penaga baru sampai? Nak habis dah. Bangunan Dewan Undangan Negeri yang baru. Ini yang legasi-legasi yang ditinggal dari penggal yang lepas. Secara jujur tak ada tempat yang dapat dipastikan sehingga kini, ada cadangan untuk mendirikan bangunan di tapak pelupusan Jelutong setelah ia dipulihkan. Bukan sekarang, setelah ianya dipulihkan ada 80 ekar tanah pembangunan. Dan di bawah 4P partnership jugalah. Projek dua tiga bilion, macam mana MBPP nak belanja dua tiga billion nak baikpulih Jelutong land field so sekali 4P partnership ada investor yang sanggup melabur, ada Pihak Berkuasa Tempatan yang tidak apa? Tidak sabar lagi untuk dibaikpulihkan, maka kita harap isu di Bukit Teh iaitu tapak pelupusan sisa-sisa pembinaan dapat dibereskan dengan sebaik cepatnya, maka Jelutong land field dapat ditutup dan kerja-kerja rehabilitasi boleh mula dan dari perjanjian ini Kerajaan Negeri dapat 25% daripada tanah yang dibaikpulihkan itu. Maka Kerajaan Negeri boleh putuslah dengan 25% tanah itu, adakah Dewan Undangan Negeri sesuai dibina di sana, akan diputuskan apabila kita masuk kepada perancangan Master Plan Layout bagi tapak pelupusan Jelutong. Mungkin kita lihat tempat-tempat lain, nanti ya, saya habis sini dulu. Satu tempat kesayangan yang terbaru Yang Berhormat Datok Keramat, Gurney Wharf, saya tak perlu sebut, dia sudah tau. Ada tanah kerajaan yang perlu diserahkan kepada Kerajaan, adakah ianya tempat yang sesuai, kita tak taulah, kita timbang. Batu Kawan, memang banyak tanah. PDC pun nak memindah corporate office mereka ke Batu Kawan. Kita akan menimbang apabila masa matang, siapa akan membiayainya. Ini tak boleh 4P lah sebab kita pakai semua ruang, macam mana selesai itu ada ruang apa, mungkin tak bersidang mereka pakailah. So kita akan lihatlah adakah keperluan mengadakan satu bangunan yang baru. Penutup kejayaan ekonomi dan sosiopolitik Pulau Pinang adalah usaha kolektif semua lapisan rakyat. Kerajaan Negeri akan memastikan inisiatif yang dirangka di bawah Penang 2030 dan manifesto “Saya Sayang Pulau Pinang” dapat direalisasikan secepat mungkin untuk kesejahteraan rakyat negeri ini. Kerajaan Negeri akan bekerja keras dan mempertingkatkan lagi infrastruktur awam, kemudahan rumah mampu milik dan pengangkutan awam. Kerajaan Negeri juga akan terus memperbanyakkan peluang perniagaan, pekerjaan dan pendidikan dengan memberikan kebebasan untuk setiap orang mencapai potensinya serta melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan. Sesungguhnya muafakat dan kerjasama yang jitu oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakyat amatlah dihargai dan segala perancangan yang diatur pada masa depan perlu dilaksanakan dengan Cekap, Akauntabiliti dan Telus yang memungkinkan Negeri Pulau Pinang mencapai matlamat menjadi Negeri Pintar, Hijau dan Berteraskan Keluarga Yang Menginspirasikan Negara. Sekian, terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Padang Kota. Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli EXCO yang telah pun mengambil bahagian Sesi Penggulungan. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2019 dibaca bagi kali yang kedua. Ahli-ahli yang bersetuju katakan “Ya”. Ahli-Ahli Dewan: "Ya".
Yang tidak bersetuju katakan “Tidak”. Ahli-Ahli Dewan: "Tidak".
“Ya” lebih banyak.
Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi membenarkan sejumlah wang daripada wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2019 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang kedua. Rang Undang-Undang ini sekarang akan dipertimbangkan di dalam Jawatankuasa Perbekalan.
Jadual.
Kepala B01 - Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan RM168,591,110.00 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM168,591,110.00 sahaja untuk kepala B01 adakah menjadi sebahagian daripada jadual? Ahli-ahli Dewan:
"Ya".
Kepala B02 - Pejabat Tanah dan Galian RM10,769,140.00 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM10,769,140.00 sahaja untuk Kepala B02 adakah menjadi sebahagian daripada jadual? Ahli-ahli Dewan:
"Ya".
Kepala B.03 – Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Timur Laut RM7,180,696.00. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM7,180,696.00 untuk Kepala B.03, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?
Ahli-ahli Dewan: "Ya".
Kepala B.04 – Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya RM6,623,762.00. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM6,623,762.00 untuk Kepala B.04, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual? Ahli-ahli Dewan: "Ya".
Kepala B.05 – Pejabat Daerah dan Tanah, Seberang Perai Utara RM8,147,890.00. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM8,147,890.00 untuk Kepala B.05, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual? Ahli-ahli Dewan: "Ya".
Kepala B.06 – Pejabat Daerah dan Tanah, Seberang Perai Tengah RM8,119,025.00. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM8,119,025.00 untuk Kepala B.06, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual? Ahli-ahli Dewan: "Ya".
Seterusnya, Kepala B.07 – Pejabat Daerah dan Tanah, Seberang Perai Selatan, RM6,499,508. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM6,499,508.00 untuk Kepala B.07, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual? Ahli-ahli Dewan: "Ya".
Kepala B.08 – Jabatan Pengairan dan Saliran, RM39,840,974.00. Bahawanya sejumlah wang sebanyak RM39,840, untuk Kepala B.08, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual? Ahli-ahli Dewan: "Ya".
Kepala B.09 – Jabatan Perhutanan, RM3,543,470.00. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM3,543,470.00 untuk Kepala B.09, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual? Ahli-ahli Dewan: "Ya".
Seterusnya, Kepala B.10 – Jabatan Taman Botani, RM4,971,680.00. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM4,971,680.00 untuk Kepala B.10, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual? Ahli-ahli Dewan: "Ya".
Seterusnya, Kepala B.12 – Jabatan Kerja Raya, RM38,442,677.00. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM38,442,677.00 untuk Kepala B.12, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual? Ahli-ahli Dewan: "Ya".
Kepala B.13 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, RM21,014,070.00. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM21,014,070.00 untuk Kepala B.13, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual? Ahli-ahli Dewan: "Ya".
Kepala B.14 – Jabatan Kebajikan Masyarakat, RM10,546,230.00. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM10,546,230.00 untuk Kepala B.14, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual? Ahli-ahli Dewan: "Ya".
Kepala B.15 – Jabatan Perancang Bandar dan Desa, RM4,972,610.00. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM4,972,610.00 untuk Kepala B.15, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual? Ahli-ahli Dewan: "Ya".
Seterusnya, Kepala B.16 – Jabatan Kewangan Negeri, RM501,909,130.00. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM501,909,130.00 untuk Kepala B.16, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual? Ahli-ahli Dewan: "Ya".
Kepala B.17 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar, RM6,598,430.00. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM6,598,430.00 untuk Kepala B.17, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual? Ahli-ahli Dewan: "Ya".
Kepala B.18 – Jabatan Pertanian, RM8,402,020.00. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM8,402,020.00 untuk Kepala B.18, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual? Ahli-ahli Dewan: "Ya".
Kepala B.19 – Jabatan Mufti, RM2,855,735.00. Bahawanya sejumlah wang sebanyak RM2,855,735.00 untuk Kepala B.19, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual? Ahli-ahli Dewan: "Ya".
Yang terakhir. Kepala B.20 – Jabatan Kehakiman Syariah, RM7,845,300. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM7,845,300 untuk Kepala B.20, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual? Ahli-ahli Dewan: "Ya".
Fasal 1.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Fasal 1. Adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang? Ahli-ahli Dewan: "Ya".
Fasal 2.
Fasal 2. Adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang? Ahli-ahli Dewan: "Ya".
Rang Undang-Undang bernama ‘Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2019 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu’.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, tajuk penuh dan fasal yang mengundangkan adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang? Ahli-ahli Dewan: "Ya".
Dewan bersidang semula. Y.A.B. Ketua Menteri:
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2019, telah pun dipertimbangkan sefasal demi sefasal dalam Jawatankuasa dan dipersetujui tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini sekarang dibaca bagi kali yang ketiga serta diluluskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah Rang Undang-Undang dibacakan bagi kali yang ketiga serta diluluskan. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘Ya’. Ahli-ahli Dewan: "Ya".
Yang tidak bersetuju katakan ‘Tidak’. Sebulat suara diterima. (Ahli Dewan menepuk meja).
Enakmen Perbekalan Tahun 2019. Maka dengan ini adalah diperundangkan oleh Kuasa Undangan Negeri Pulau Pinang. (Ahli Dewan menepuk meja)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Seterusnya Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang ialah usul yang telahpun dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang berbunyi bahawa Dewan ini meluluskan Perbelanjaan sebanyak RM306,376,987.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Enam Juta, Tiga Ratus Tujuh Puluh Enam Ribu, Sembilan Ratus Lapan Puluh Tujuh) yang tertera di dalam Anggaran Pembangunan Tahun 2019 yang telah dibentangkan sebagai Risalah Dewan Bilangan 3 Tahun 2018, dan menetapkan bahawa jumlah yang tersebut hendaklah diguna bagi tujuan-tujuan yang ditetapkan dalam Anggaran Pembangunan Tahun 2019 itu. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘Ya’. Ahli-ahli Dewan: "Ya".
Yang tidak setuju, katakan ‘Tidak’. Sebulat suara usul dipersetujui.
Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2018. Y.A.B. Ketua Menteri:
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Dewan dan seluruh Malaysia. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dibaca bagi kali yang pertama.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.
Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang telah dibacakan bagi kali yang pertama. Y.A.B. Ketua Menteri:
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, mengikut Peraturan 59, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mencadangkan bacaan kali yang kedua Rang Undang-Undang ini diteruskan dengan serta merta.
Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Pulau Pinang Pindaan 2018, bacaan kali yang kedua. Y.A.B. Ketua Menteri:
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen untuk meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, dibaca bagi kali yang kedua.
Sila. Y.A.B. Ketua Menteri:
Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14, Pakatan Harapan telah menyatakan hasrat untuk membawa pembaharuan dan reformasi dalam sistem politik di negara ini. Hasrat ini perlu kita realisasikan setelah kita mendapat mandate rakyat yang telah memilih Pakatan Harapan sebagai kerajaan. Salah satu langkah ke arah mencapai hasrat ini, adalah janji kita untuk mengehadkan tempoh lantikan atau tempoh memegang jawatan-jawatan tertinggi di peringkat Persekutuan dan juga Negeri, seperti jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri. Perkara ini telah dinyatakan di dalam Janji Ke-12 Manifesto Pakatan Harapan di peringkat Kebangsaan iaitu ‘Mengehadkan Tempoh Perkhidmatan Perdana Menteri dan Menstruktur Semula Jabatan Perdana Menteri’. Janji Ke-12 ini turut menggariskan bahawa jawatan Ketua Menteri dan
Menteri Besar juga akan dihadkan kepada dua (2) penggal sahaja demi menerapkan amalan tadbir urus yang baik lagi telus. Hasrat mengehadkan tempoh lantikan ini kepada dua (2) penggal bukan sahaja dapat meningkatkan keberkesanan check and balance, malah cadangan ini dapat juga mencegah penyalahgunaan kuasa, serta menginstitusikan satu mekanisme di mana sistem pentadbiran dan perundangan yang mewajibkan pembaharuan pemimpin kerajaan atau leadership renewal…(dengan izin). Justeru barisan kepimpinan Pakatan Harapan Negeri Pulau Pinang telah memasukkan isu mengehadkan tempoh pelantikan Ketua Menteri kepada dua (2) penggal dalam manifesto bagi Negeri Pulau Pinang. Tindakan Kerajaan Negeri adalah selaras dengan manifesto Pakatan Harapan Kebangsaan. Baru-baru ini juga, Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengutarakan perkara ini di Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat sebagai satu langkah yang perlu disegerakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dalam melaksanakan reformasi sistem politik. Seiring dengan hala tuju Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut memberi keutamaan terhadap hasrat untuk memperbaharui sistem politik bagi memenuhi janji-janji manifesto semasa pilihan raya. Sekali lagi Negeri Pulau Pinang akan melakar sejarah dengan menjadi negeri yang pertama di Malaysia yang akan melaksanakan had tempoh lantikan Ketua Menteri atau Menteri Besar kepada dua (2) penggal dan membawa pendekatan politik yang progresif ini. Penang leads once again....(dengan izin).(Ahli Dewan menepuk meja). Bagi membolehkan cadangan ini dilaksanakan di Pulau Pinang, maka pindaan kepada Perlembagaan Negeri perlu dilaksanakan. Pelantikan Ketua Menteri jelas dinyatakan di bawah Perkara 7, Fasal 2(a) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang iaitu: Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:-(a) Yang di-Pertua Negeri hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Ketua Menteri untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan seorang Ahli Dewan Undangan yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan itu;
Dato‘ Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu, cadangan untuk meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara melalui Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang pada 11hb Jun tahun 2018. Cadangan pindaan kepada Perlembagaan Negeri Pulau Pinang ini juga telah dibincangkan di dalam beberapa siri mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan pada bulan Julai dan Ogos tahun ini. Setelah mengambil kira cadangan yang dikemukakan oleh Jabatan Peguam Negara dan bagi membolehkan amalan tadbir urus ini dilaksanakan, maka adalah dicadangkan untuk memasukkan dua kriteria utama dalam pelantikan jawatan Ketua Menteri dengan meminda Perkara 7, Fasal (2) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dengan menggantikan perenggan (a) seperti berikut dengan (a) yang baru:-(a) Yang di-Pertua Negeri hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Ketua Menteri untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan, seorang Ahli Dewan Undangan:-(i) Yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan itu kekal seperti sekarang dan yang baru; (ii) Yang tidak pernah pada bila-bila masa memegang jawatan Ketua Menteri bagi dua penggal dan:
Fasal (2) Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Perkara 7 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang bagi memperuntukkan kriteria tambahan berhubung dengan kelayakan seseorang Ahli Dewan Undangan untuk dilantik sebagai Ketua Menteri. Melalui pindaan yang dicadangkan ini, seseorang Ahli Dewan Undangan tidak boleh dilantik menjadi Ketua Menteri jika ahli berkenaan pernah memegang jawatan Ketua Menteri selama dua penggal Dewan Undangan. Penggal dalam konteks Rang Undang-Undang ini bermaksud tempoh yang dinyatakan dalam Perkara 19 Perenggan 3 Perlembagaan Negeri iaitu:-“Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Undangan hendaklah terus berjalan selama 5 tahun dari tarikh persidangan pertamanya dan selepas itu adalah terbubar”. Adalah dicadangkan tarikh penguatkuasaan adalah mulai dengan Pilihanraya Umum ke-14. Usaha murni Kerajaan Negeri untuk meminda Perlembagaan ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa mengamalkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Pindaan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang bagi tujuan mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri kepada dua (2) penggal seperti manifesto Pakatan Harapan adalah satu lagi bukti Kerajaan Pakatan Harapan menepati janji-janjinya. Semoga usaha Kerajaan Negeri ini akan dijadikan sebagai penanda aras dan memberi manfaat yang besar kepada rakyat khususnya di Pulau Pinang dan di negara Malaysia tercinta ini. (Ahli Dewan menepuk meja). Yang Berhormat Dato‘ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2018. Sekian.
Terima kasih Padang Kota.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.
Terima kasih Pinang Tunggal, Ahli-ahli Yang Berhormat kita berada di dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (2018), Ahli-ahli Yang Berhormat siapa yang ingin mengambil bahagian. Saya silakan Bukit Tengah.
Terima kasih Dato’ Speaker untuk memberikan saya satu peluang untuk mengambil bahagian perbahasan satu Rang Undang-Undang yang cukup bersejarah untuk meminda Perlembagaan Negeri kita untuk menterhadkan masa pelantikkan Ketua Menteri kepada dua (2) penggal. Sepertimana yang telah pun dihuraikan tadi oleh Ketua Menteri. Pindaan ini adalah susulan daripada janji-janji yang dibuat dalam manifesto Pakatan Harapan yang telah pun dilancarkan pada 7hb Mac lalu dan seterusnya dimasukkan juga dalam manifesto Pulau Pinang dalam pilihan raya yang lalu dan ini menunjukkan hari ini satu hari yang bersejarah seperti yang disebutkan tadi oleh Ketua Menteri bahawa Pakatan Harapan serius untuk menunaikan janji-janji dan hari ini kita menyaksikan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan really doing the walk and making the walk today, Dato‘ Speaker.
Walaupun perkara ini mula-mula kalau kita lihat dibangkitkan sebelum ini oleh Tun Mahathir sebenarnya perkara ini cadangan ini. It is ironic sebab beliau merupakan Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat dalam negara kita sebagai Perdana Menteri, 22 tahun tetapi saya percaya cadangan ini dibuat oleh Yang Berhormat Perdana Menteri kita sebab alasan-alasan dia jelas.
Tahun lepas ataupun semasa rejim Barisan Nasional kita lihat bahawa satu keadaan di mana seseorang Perdana Menteri itu diberi terlalu banyak kuasa sehingga seluruh sistem pentadbiran Negara diperalatkan untuk melindungi seseorang itu sehinggalah sistem pentadbiran Negara digunakan untuk membela, menyembunyi to defend Perdana Menteri kita daripada siasatan-siasatan jenayah iaitu yang kita semua tau skandal financial terbesar dalam dunia yang kita menyaksikan 1MDB. Jadi semasa sekarang apabila Putrajaya Kerajaan Pakatan Harapan sedang membuat rancangan untuk menterhadkan terma Perdana Menteri dan di mana Negeri-Negeri lain telah pun menyatakan bahawa mereka akan turut mengikut untuk menterhadkan masa terhad MB mereka Menteri Besar kita hari ini pada 16 November 2018 bukan sahaja untuk Negeri kita but we are setting a fantastic example for the whole country hari ini 16 November 2018, (Ahli Dewan menepuk meja) dan untuk ini kita harus menghargai usaha kepada Ketua Menteri, we must give him full mark to the CM for tabling this very important portion today. Kalau kita lihat kalau lihat sebelum ini Ketua Menteri kita pun baru sahaja enam (6) bulan menjadi Ketua Menteri, kerusinya pun belum kata orang english kata belum panas lagi. It is not even be warm tetapi hari ini beliau telah pun mengubalkan ataupun mencadangkan Rang Undang-Undang ini. Kalau kita lihat daripada segi sejarah, Ketua Menteri pertama Wong Pow Nee dia hanya berkhidmat dua terma 1957 sampai 1969, kemudian itu Tan Sri Lim Chong Eu dia berkhidmat berapa tahun? 21 tahun Tun Lim Chong Eu, 21 tahun lima (5) penggal daripada 1969 sampailah 1990. Kemudianya Tan Sri Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri selama 18 tahun Dato‘ Speaker daripada 1990 sehingga 2008 dan kemudian selepas itu Yang Berhormat Lim Guan Eng telah pun berkhidmat sebagai Ketua Menteri untuk dua (2) penggal iaitu 2008 sampai 2018. Tetapi mungkin kalau disebabkan tanggungjawab untuk dihantar kepada Putrajaya untuk menjadi Menteri Kewangan dia mungkin tak taulah masih menjadi Ketua Menteri atau tidak. Tapi apa yang saya nak kata di sini Dato‘ Speaker, menegaskan di sini adalah kelakuan CM kita untuk mencadangkan Rang Undang-Undang adalah sepenuhnya selfless bukan untuk kepentingan dirinya. (Ahli Dewan menepuk meja). Untuk generasi rakyat Pulau Pinang yang akan datang sebenarnya kalau kita melihat Rang Undang-Undang ini apabila Ketua Menteri menjadi Ketua Menteri tidak ada peruntukan untuk menghadkan masa jadi sebenarnya kalau kita melihat daripada Rang Undang-Undang ini tidak akan berfungsi secara retrospective dia tidak akan terpakai kepada Ketua Menteri kita tetapi saya percaya Ketua Menteri dalam hari ini dengan menyatakan dengan mengubalkan Rang Undang-Undang ini maka semasa perbincangan ketelitian Jawatankuasa Perlembagaan Dewan Undangan Negeri berbincang dengan usul ini Ketua Menteri ada menyebut saya percaya untuk menjelaskan bahawa Rang Undang-Undang ini juga akan terpakai kepada Ketua Menteri kita sendiri. Jadi it is a selfless act dia boleh kata bahawa Rang Undang-Undang ini tidak akan terpakai kepada dia tetapi beliau telah pun mengatakan bahawa Rang Undang-Undang ini juga akan terpakai kepada beliau dan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan adalah satu Kerajaan yang kita yang rakyat boleh mempercayai, apa yang dijanji akan ditunaikan bukan sekadar slogan-slogan kosong Barisan Nasional yang seperti yang dibuat dahulu, ‘Janji Ditepati, Rakyat Didahului’ tetapi tidak dibuat kita ada apa yang kita boleh percayai kita lihat hari ini seperti yang disebutkan oleh YB. Padang Lalang tadi, Bagan Dalam right semalam Menteri
Wilayah Persekutuan dituduh sebab mantan sebab rasuah penjualan tanah kita melihat selepas PRU yang ke-14 ini tak pernah berlaku sebegitu banyak atau sebegitu ramai Menteri-Menteri bekas Menteri-Menteri didakwa di Mahkamah sebab rasuah ini kali berlaku berapa? Berapa menteri-menteri telah diheret ke mahkamah daripada regim Barisan Nasional? Jadi saya ingin katakan di sini bahawa Rang Undang-Undang yang dicadangkan hari ini memang bersejarah dan progresif. Sejarah kerana kita akan melihat satu perubahan fundamental, fundamental change kepada struktur kerajaan negara kita, negeri kita, bukan negara kita. Dan juga ia amat progresif sebab sesiapa yang sekarang akan menjadi Ketua Menteri, kita tau masa mereka sekarang ini terhad. Mereka ada 10 tahun untuk merancang dan mencapai matlamat-matlamat dia untuk meninggalkan satu legasi. Itu 10 tahun, tidak boleh lari dari 10 tahun dan yang kedua, tidak ada lagi ilusi untuk Ketua Menteri dia boleh duduk dalam Pejabat Ketua Menteri untuk satu masa yang selama-lamanya or in definite time. So in this case there will no longer be dictator, ataupun satu kerajaan kleptokrasi yang kita lihat sebelum ini. Kita tau bahawa there are the same goes, power corrupts, and absolute power corrupts absolutely. Kita tidak mahu ini berlaku lagi dalam negara kita. Kita tidak boleh ada lagi cronyism dan kita tidak dengan adanya terhad masa, Dato’ Speaker, dengan adanya terhad masa, isteri-isteri atau keluarga seperti Perdana Menteri dulu tidak boleh memperalatkan Pejabat Ketua Menteri ataupun Perdana Menteri sebagai sarang untuk mereka membina kekayaan, untuk membeli beg, cincin dan sebagainya….(gangguan).
Yang Berhormatlah yang mempunyai masa yang terhad.
Ya. Jadi, saya sesungguhnya dalam perkara ini menyokong sepenuhnya cadangan yang dibawa dalam Rang Undang-Undang ini untuk mengehadkan masa. Dengan adanya begitu, rakyat, penduduk rakyat Pulau Pinang pun akan menjadi lebih jelas. Apabila nak sampai 10 tahun habisnya, rakyat boleh tau, okey masa CM itu sudah terhad, sudah nak habis, CM yang baru, siapa itu akan datang? Kita boleh lihat, bukan sejarah dalam keadaan gelap dan kita boleh memilih, rakyat boleh memilih. Walaupun isu ini, saya ingin mengatakan bahawa kita akan menyelesaikan isu untuk mengehadkan tempoh masa perlantikan Ketua Menteri namun saya ingin juga membangkitkan ada lagi dua (2) persoalan dalam Perlembagaan kita yang pada jangka masa lama yang kita harus memperhalusi iaitu permasalahan mengenai pelantikan dan juga perlucutan or dismissal Ketua Menteri oleh Yang di-Pertua Negeri seperti yang difasalkan dalam Perkara 7 dan 8, Perlembagaan Negeri. Saya menyebut ini sebab kalau kita lihat kebelakangan ini, khususnya selepas 2008, memang ada banyak-banyak contoh yang berlaku di Malaysia, di mana pemerintah-pemerintah di beberapa negeri telahpun melarang, melarang pilihan ataupun candidate Menteri Besar yang dicadangkan oleh Parti yang telahpun menang dalam pilihan raya itu. Sebagai satu contoh dalam 2008 adalah kes di Perlis, di mana Shahidan Kassim walaupun pilihan Parti UMNO-Barisan Nasional untuk menjadi Menteri Besar, tidak dibenarkan untuk, tidak dilantiklah atas pelantikan yang dibuat oleh Raja Perlis. Sama juga dengan Terengganu di mana kes apa nama tu? Kes Ahmad Samad dilantik sebagai Menteri Besar, Ahmad Said, di mana dipilih oleh Istana dan pilihan Parti Barisan Nasional tidak dipilih. Ini juga berlaku dalam tahun 1985. Dan kes yang paling ketara sekali yang kita melihat sebelum ini adalah kes constitutional crisis yang berlaku di Perak dalam tahun 2009. Saya rasa ramai di sini masih boleh ingat dalam minda mereka apa yang berlaku pada 7 Mei, satu hari Jumaat, pukul 2.45 petang apabila Speaker Dewan Undangan Negeri
Perak diheret keluar secara berkerasan oleh pegawai-pegawai Polis pada masa itu disebabkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri telah, daripada Pakatan, telah pun meninggalkan parti mereka untuk menjadi independent. Dan kes seterusnya berlaku selepas itu, keputusan yang dibawa kepada kes mahkamah pada masa itu. Pada masa itu, apabila ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan ini meletak jawatan, Menteri Besar Perak pada masa itu, Muhamad Nizar telah pun menghadap Sultan Perak mengikut fasal-fasal dalam Perlembagaan Negeri yang sama, Perak sama dengan Penang, untuk meminta supaya Dewan Negeri dibubarkan supaya satu pilihan raya boleh diadakan. Tetapi pada masa itu, ini permohonan Nizar tidak dibenarkan. Dan apa yang berlaku, adalah Sultan Perak telah pun meminta Muhamad Nizar untuk meletak jawatan dan apabila beliau tidak meletak jawatan, boleh kata beliau…(gangguan).
Yang Berhormat, saya cuma nak peringatkan Peraturan Mesyuarat supaya nama-nama Duli-duli Yang Mulia Raja kalau boleh elak menyebutkan untuk supaya tidak melanggar Peraturan-Peraturan Mesyuarat.
Ya. Saya tidak bertujuan untuk menghala isu ini kepada…(gangguan).
Cuma saya nak peringatkan.
Ya. Bukan untuk, it’s not directed to any, directly, personally, at any royal family for any purpose except what I’m trying to say memang sebelum ini ada contoh-contoh di mana kita telah pun menghadapi beberapa kes constitutional crisis dan kes yang kes Perak itu adalah satu kes yang sangat-sangat besar di mana it’s comes into questions peranan dan tanggungjawab bagaimana seseorang Ketua Menteri atau Menteri Besar boleh dilantik so pada masa itu memang selepas kecohan yang berlaku di Perak, mahkamah-mahkamah, kes ini dibawa ke mahkamah sampailah ke Mahkamah Persekutuan dan di mana sehingga hari ini keputusan kes di Mahkamah Persekutuan itu masih it horn our country today as we saw a recently in Sabah, dalam kes pertengkaran di antara Musa Aman dan Shafie Apdal dan keputusan, keputusan mahkamah di Perak oleh Mahkamah Persekutuan kalau kita baca, banyak kritikan telah pun dibuat di antaranya adalah Annice Chan, seorang former Court of Appeal judge yang sangat dihormati sebagai dianggap sebagai satu keputusan yang perverts dan juga kalau kita lihat observation-observation yang dibuat oleh pemerhati seperti Profesor Andrew Harding. Profesor Andrew Harding ini actually dia seorang profesor yang cukup ikut perkembangan politik. Yes, daripada NUS dan dulu juga pernah menjadi profesor saya di SOAS dan dalam buku yang ditulis The Constitution of Malaysia: A Contextual Analysis, Dato’ Speaker, beliau telah pun mengatakan bahawa “The decision breaks new ground in allowing the ruler considerable longitude which is not apparent in constitutional text or in general understanding of convention. To read its own judgement as the issues of legislators continue confident in the head of Government. It is not only a highly problematic understanding of the notion of confident and the proper roles of the head of states in a Westminster style constitution it appeared to be the controllably to Malaysian President with suggest that confident can only be a certain on the floor of the legislator. It also congests up the possibility of Royal interference in the operation of the constitution at both state and federal level and of the monarchy becoming a political football as competition continues between PM and Pakatan Rakyat”.
Saya walaupun tidak melihat bahawa bahawa perkara ini boleh berlaku di Pulau Pinang, Cuma untuk mengukuhkan institusi-institusi negara supaya negara kita menjadi lebih demokratik dan tidak ada keraguan dalam Perlembagaan. Maka saya harap bahawa Kerajaan Pulau Pinang sebab perkara ini akan berterusan seperti yang kita lihat juga di Selangor dan sebagainya apabila nak buat pelantikan Menteri Besar, satu ketika dahulu. Jadi saya harap kerajaan akan meneliti perkara ini untuk bagaimana kita boleh menyelesaikan isu-isu yang terdapat keraguan dalam Perlembagaan Negeri kita. Dan saya tidak mahu mengambil masa sebab saya tahu semua orang nak balik. Saya mengambil, saya, saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi untuk memuji Ketua Menteri kita untuk langkah yang cukup bersejarah dan progresif untuk mengukuhkan demokrasi negeri kita. Untuk memastikan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan kita ini adalah betul-betul satu kerajaan of the people, by the people and for the people. (Ahli Dewan menepuk meja). Satu kerajaan yang boleh rakyat daripada rakyat dan untuk rakyat. Dan walaupun seperti yang saya katakan asal tadi, Ketua Menteri baru menjadi, hanya menjadi Ketua Menteri enam (6) bulan lalu dan kita mengalu-alukan beliau menjadi Ketua Menteri, sekarang kita sedang membahaskan satu Rang Undang-Undang macam mana nak kata good bye kepada dia nanti. Tapi belum habis, tapi I belum habis, tapi I belum habis, jangan cepat-cepat, apa saya punya maksud di sini adalah CM kita masih ada sampai 2028. (Ahli Dewan menepuk meja). Dan at least another 10 years sampai 2028. Dan saya sudah yakin dengan sokongan rakyat dengan sokongan kita dalam Dewan yang mulia ini, beliau akan mempunyai satu a very successful two terms for the CM yang akan datang. Dan dengan, dan saya sendiri percaya, percaya bahawa dan kita boleh menyakinkan kepada rakyat Pulau Pinang bahawa Ketua Menteri kita sudah tentu he can deliver and he will deliver for the people of Penang. Dengan itu saya menyokong Rang Undang-Undang untuk meminda Perlembagaan.
Terima kasih Bukit Tengah. Bagan Dalam, cuma peringatan, hujah-hujah yang telah dilontarkan kalau boleh jangan diulang, supaya saya tak mau nanti saya pun boleh hafal.
Terpaksa pendekkan, semuanya sudah dicakap oleh Bukit Tengah tadi. Semua mau balik. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas usul yang bersejarah ini. Kita berada di detik yang bersejarah bukan sahaja untuk Negeri Pulau Pinang tetapi untuk seluruh Malaysia. Usul yang kita luluskan hari ini akan mengubah landskap politik tanah air kerana ini adalah first of its kind yang dibuat sejarah tanah air. Rang Undang-Undang usul untuk meminda Perkara 7, Perlembagaan Negeri Pulau Pinang ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang pertama menetapkan ataupun mengehadkan dua (2) penggal sebagai tempoh maksima untuk seorang Ketua Menteri menjawat jawatan tersebut. Seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tadi, ini adalah janji manifesto Pakatan Harapan dan seperti yang kita semua ketahui Pulau Pinang adalah perintis perubahan, catalyst for change…(dengan izin), di seluruh negara ini. Kita lihat kembali sejarah 10 tahun lepas, pada tahun 2008, apabila regim Barisan Nasional begitu angkuh yang mereka ingat mereka tidak boleh digugat langsung sering membuli Ahli Kawasan Sungai Puyu sebagai seorang Pembangkang di Dewan ini. Tetapi rakyat Pulau Pinang telah membuat keputusan untuk membuang Barisan Nasial daripada Pulau Pinang ini. (Ahli Dewan menepuk meja). Hari ini kita lihat angka barisan Nasional itu sendiri berkurang sudah. Hanya dua (2) orang ada di Dewan ini. Itulah rakyat Pulau Pinang selalunya berani untuk membuat perubahan
dan hari ini kita lihat Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri berani membawa perubahan yang bermakna untuk lanskap politik tanah air kita. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana telah membawa usul ini. Beliau mencatatkan sejarah bukan sahaja Pulau Pinang sebagai negeri yang pertama membawa usul yang sedemikian tetapi juga sebagai Ketua Menteri yang menghadkan tempohnya sendiri di Malaysia. Belum pernah ada di mana-mana negeri di Malaysia. CM who limiting own term for 10 year…(dengan izin). Saya pun menumpang sedikit dalam detik yang bersejarah ini bukan saja di dalam detik Dewan yang mulia ini juga sebagai seorang Ahli Jawatankuasa Perlembagaan Dewan ini. Terima kasih kerana memasukkan saya dalam jawatankuasa tersebut. Dalam kajian separuh penggal RMK ke 11, Perdana Menteri menyatakan bahawa jawatan Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar akan dihadkan kepada dua (2) penggal sahaja. Tak kala persekutuan masih membincangkan masih mengkaji Pplau Pinang sudahpun membuatnya pada hari ini. Itulah Pulau Pinang, Pulau Pinang memimpin, Penang Lead. Tahniah Yang Berhormat Ketua Menteri, Barisan EXCO, Ahli-Ahli Jawatankuasa Perlembagaan Dewan ini dan seluruh ahli Dewan yang mulia ini kerana melakarkan sejarah yang amat bermakna bukan sahaja kepada kerajaan dan rakyat Pulau Pinang tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia ini. Kita menunjukkan bahawa we walk the top dengan itu Dato’ Yang di-Pertua saya amat menyokong.
Terima kasih Ahli Kawasan Bagan Dalam. Saya nak dengar daripada Penaga juga sama hujah yang sama kalau boleh tidak perlu diulang.
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, barisan Exco seterusnya Yang Berhormat sekalian. Saya terpanggil untuk turut serta dalam pindaan RUU ini yang melibatkan meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang yang melibatkan had tempoh untuk jawatan Ketua Menteri sebagaimana seperti yang dibentangkan tadi. Cuma sebagai wakil tunggal PAS dalam Dewan ini. Saya melihat isu had tempoh pemerintah seseorang itu tidak berbangkit sebab dalam Islam kelayakan memimpin bukan tertakluk kepada tempoh masa. Tapi tertakluk kepada kebolehan, keupayaan dan juga kemampuan untuk mentadbir untuk membangunkan negeri atau negara, sebab itu dalam Al-Quran disebut istilah Al Qawil Amin, “Yang kuat dan amanah”. Kuat itu dengan makna kekuatan ilmu, kebolehan untuk terus memimpin dan kemampuan untuk membangunkan negara dan Al Amin itu dengan makna adanya integriti. Maka kalau ada Ketua Menteri yang ada pada hari ini ampu untuk terus mentadbir Pulau Pinang maka saya kita apa salahnya umtuk terus menyokong mungkin penggal keempat penggal. Itu tidak menjadi masalah asalkan tidak ada skandal-skandal yang dibuat. Tiada pembelian banglo-banglo mewah seumpamanya maka boleh terus. Sebab Islam melihat kepada keupayaan untuk memimpin, kemampuan dan juga kebolehan. Sama juga kalau Perdana Menteri hari ini setelah memerintah sebelumnya 22 tahun dengan skandal, isu-isu yang kita sedia maklum tetapi apabila dia mampu untuk buat suatu perubahan ke atas yang lebih baik maka saya kira boleh sampai empat (4) penggal sampai umur seratus dua puluh tahun pun tidak menjadi masalah, sebab itu saya mengambil dalam Dewan yang mulia ini pendirian untuk berkecuali dalam pindaan yang telah di bentang oleh Ketua Menteri.
Terima kasih Penaga. Yang Berhormat Sungai Dua.
Terima kasih Dato Yang di-Pertua, saya imgin turut seta dalam perbahasaan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Pulau Pinang berkaitan dengan menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri selama dua (2) penggal. Perbahasan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Bukit Tengah dan juga Yang Berhormat Bagan Dalam menyentuh tentang Barisan Nasional tentang bila lama pegang jawatan dia jadi masalah dan saya rasa Perdana Menteri yang ada hari ini memang daripada Barisan Nasional dan agak lama juga dia jadi Perdana Menteri. Saya ingat dua puluh dua tahun dan juga ada banyak masalah dan juga kesilapan. Bila lama ni dia ada bayak masalah dan juga kesilapan. Ini merupakan satu manifesto ataupun janji pilihan raya yang dibuat oleh pihak Pakatan Harapan termasuk juga di peringkat persekutuan dan peringkat negeri untuk menghadkan tempoh jawatan CM ataupun Ketua Menteri kepada dua (2) penggal. Bila janji-janji ini dibuat saya rasa janji perlu ditepati dan ini merupakan satu janji yang saya rasa akan cuba di tepati pada hari ini untuk menghadkan tempoh. Jadi saya, kami tiga (3) orang ini di peringkat Pembangkang secara peribadi, secara partinya secara Pembangkangnya kita tidak ingin turut serta dalam apa yang manifesto bahagian manifesto, kita tak keluarkan manifesto itu cuma secara peribadinya kita tidak boleh terlalu lama dalam memegang jawatan bila lama dia akan timbul masalah. (Ahli Dewan menepuk meja). Itu peribadi, tolong sebutkan itu, saya pon memang target saya dalam memimpin sekadar dalam dua (2) penggal cukup 60 tahun. Tahun ni 55 lagi lima (5) tahun ka tiga tahun setengah 58. Tak boleh dah sebab kita tidak mampu melaksanakan tugas dengan sempurna bila kita dah terlalu lama kita kan nampak ruang-ruang dan peluang yang boleh kita dapat dalam memegang jawatan. Kita akan berlaku banyak masaalah. Kita ada banyak pengikut, pengikut akan cuba untuk mohon macam-macam dari kita dan ini akan berlaku. Saya secara peribadi saya setuju untuk dihadkan, saya tak sokong cuma dari segi Pembangkang kita tak akan menyokong sebab ini merupakan manifesto, ini manifesto ini…(gangguan).
Boleh saya mencelah Sungai Dua maksudnya tak bersetuju dengan Rang Undang-Undang hari ini, kena kena dengan jelas sebab hari ini bersejarah.
Tak apa- tak apa, nanti lepas ni ada proses pengundian.
Kita akan mengundi tak ada masalah.
Cuma nak dapatkan pendirian beliau.
Pendirian saya sebagai Ketua Pembangkang sama rakan-rakan kita akan berkecuali dalam usul ini yang kita akan berkecuali dan tidak akan mengundi dalam usul. Terima kasih.
Terima kasih. Saya nak..(gangguan).
Yang Berhormat Dato’ Speaker Saya nak sedikit…(gangguan).
Okey, okey, okey. Tak apa, tak apa. Yang berhormat Pulau Tikus. Peringatan ya.
Ya, ya, ya, kita tidak akan cover apa yang telah di katakan di sini.
Okey. Sila
Terima kasih Dato’ yang di-Pertua, Dewan Undangan Negeri saya amat bergembira dan bersyukur kerana dapat membahas dalam you know hari yang bersejarah ini. Yang terutama sekali saya ingin berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana kita telah menunaikan janji kita yang pertama, yang amat penting pada 1947 Amerika Syarikat telah menghadkan penggal Presiden mereka yang pada masa itu Presiden Harry S. Truman yang paling penting dia Presiden Roosevelt telah mengadakan empat (4) penggal sebagai Presiden Amerika Syarikat pada masa itu tetapi Harry S. Truman rasa kebanyakan presiden sebelum dia presiden pertama mereka George Washington juga ada dua (2) penggal sahaja. So kita sudah sampai ke tahap ini dan boleh dikatakan kalau kita melihat sejarah di Pulau Pinang empat (4) Ketua Menteri sebelum Ketua Menteri sekarang yang keempat yang ketiga Tan Sri, Ketua Menteri pertama, Ketua Meteri kedua, dan Ketua Menteri ketiga adalah penggal mereka adalah lebih dari 10 tahun. Hanya Ketua Menteri dari Pakatan Harapan keempat telah berada di dalam jawatan itu untuk 10 tahun iaitu dua (2) penggal. So, sebelum enekmen ini diadakan Pakatan Harapan pontelah pun menunaikannya. Oleh itu, sepanjang 10 tahun di bawah pemerintahan Pakatan Harapan di Pulau Pinang kita telah mencapai banyak dan kini Pakatan Harapan adalah satu parti yang boleh di lihatkan akan memberi peluang kepada anak-anak muda boleh dilihatkan kerana pemimpin yang menghadkan penggal mereka akan memberi peluang kepada orang baru untuk tahap pimpinan. Dan ini adalah penting kerana harapan anak muda nak melihat bahawa anak muda ada peluang untuk satu hari jadi pemimpin di negeri yang tercinta ini. Politik kini telah banyak berubah, ramai yang berilmu dan punya kesedaran tinggi dengan nilai-nilai intigriti. Ini adalah laluan kepada wajah-wajah baru dan bakal pemimpin berwibawa yang baru untuk mebawa negeri ini ke arah kemajuan yang diingini dan prinsip-prinsip CAT boleh diteruskan melalui had enakmen ini untuk menghadkan jawatan, penggal Ketua Menteri. Yang paling penting Negeri Pulau Pinang telah mencapai sejarah kerana boleh dilihat di seluruh dunia. Kebiasanya had penggal adalah dalam sistem presiden, saya rasa Negeri Pulau Pinang adalah antara negeri-negeri atau dalam negara yang menggunakan sistem demokrasi berparlimen. Kita ada one of the first…(dengan izin). Dengan itu saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Pulau Tikus saya silakan Yang Berhormat Machang Bubuk, sama tak boleh berulang-ulang.
Ya, ya. Terima kasih Dato’ Speaker, saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasaan Pindaan Perlembagaan yang menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri. Saya masih ingat enam (6) bulan yang lepas apabila kita menang, dalam Pilihan Raya Umum yang ke 14. Semua rakyat sangat gembira dan pada masa itu apabila Dato’ Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara, kenyataan yang begitu penting yang saya dengar pada masa itu ialah
beliau telah menyatakan bahawa kejayaan Malaysia menukarkan kerajaan rejim Kleptrokasi itu telah memberi satu inspirasi kepada negara-negara lain di dunia, dan khasnya dalam keadaan dunia yang kebangkitan authoritarianism dan seluruh dunia yang sekarang mengalami kemerosotan demokrasi dan ada yang tertanya-tanya adakah demokrasi itu masih boleh dipertahankan memandangkkan banyak negara ada yang dulu memang ada negara yang mengamalkan had tempoh dua (2) penggal seperti di negara China pun sudah tukar menjadi Presiden Xi Jinping. Mereka pun sudahpun tidak menghadkan tempoh memegang jawatan tersebut. So cadangan untuk kita membuat pindaan Perlembangaan untuk menghadkan jawatan Ketua Menteri untuk dua (2) penggal memang saya nampak itu adalah satu usaha yang berani bagi Kerajaan Negeri khasnya di bawah Kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Walaupun perkara ini hanya berlaku di sidang DUN tapi bagi saya ia telah meberi satu makna yang signifikan kepada untuk kita semua memperingatkan perjuangan untuk melawan perkembangan anti demokrasi atau autoritarisme serta kemerosotan demokrasi yang berlaku di dunia ini. So, lebih penting lagi saya rasa pindaan perlembangaan kali ini ia akan juga memberi keyakinan kepada rakyat di negara lain yang berjuang yang masih percaya dengan nilai demokrasi ini dapat menjadikan Negeri Pulau Pinang dan Malaysia ini sebagai contoh untuk perjuangan mereka. So sebenarnya cadangan ini ada orang kata sebenarnya pada penggal yang lepas saya masih ingat untuk mengehadkan jawatan Ketua Menteri kepada dua (2) penggal itu. Mantan ADUN Tanjung Bunga iaitu saudara Teh Yee Cheu sentiasa dalam setiap kali sidang DUN mengemukakan kena ada nak mengehadkan. Masa itu memang ada pandangan seperti apa yang dikatakan oleh Penaga dan juga Sungai Dua. Selagi orang, pemimpin itu berkaliber, berkebolehan tak perlu kita mengehadkan ini terpulanglah kepada rakyat untuk decide untuk putuskan siapa yang mereka nak dia jadikan pemimpin dan tak perlu mengikatkan diri sendiri sebagai seorang pemimpin. Masa itu saya rasa kita di sini kenapa kita tidak setuju atau tidak membuat pindaan tersebut kerana kita pada masa itu kita kurang yakin dengan sistem yang sedia yang ada yang telah dibina oleh UMNO Barisan Nasional pada masa itu. So, kita kali ini kita tengok ya kita telah perjuangan reformasi itu yang kita nak sebagai bukan sekadar perjuangan slogan sahaja tetapi ia telah ditetapkan dalam sistem itu kita bukan nak satu sistem yang the true of man walaupun orang itu sangat hebat sangat kaliber tapi kita juga ingin mengehadkan supaya sistem itu tidak akan disalahgunakan. So, akhir kata saya juga ingin menegaskan bahawa pindaan perlembagaan kali ini adalah satu usaha yang baik yang bersejarah tapi kita juga kena pastikan bahawa sesuatu sistem demokrasi yang benar-benar boleh berfungsi dengan baik hanya adalah melalui penglibatan rakyat yang secara aktif dan juga kuasa check and balance yang diberikan oleh rakyat kepada sistem legislative ini perlu diperkasakan lagi baru sistem demokrasi tersebut akan dapat dilaksanakan. So, maka hari ini kita telah mencipta sejarah dan saya rasa Pulau Pinang kita telah bersedia seperti apa yang dikatakan oleh rakan-rakan semua termasuk Yang Amat Berhormat Ketua Menteri iaitu sekali lagi Penang Leads ya kita telah bersedia untuk membuat perubahan yang luar biasa ini dan saya dengan ini mohon menyokong.
Terima kasih saya nak seterusnya ingin silakan.
Pendek ja.
Short and sweet ya.
Short. Yes yes.
Saya rasa hujah.
It’s totally different issue. Apa yang saya lihat pindaan ini adalah satu tahap keadilan yang paling tinggi. Keadilan itu bermaksud not only to be done but must be seen to be done. Jadi bila mana kita membuat pindaan ini melimitkan tempoh dua (2) tahun. Ia keadilan kepada dua (2) term, dua (2) penggal, minta maaf Dato’ Speaker ia memberi keadilan kepada golongan lain untuk diberikan peluang untuk memimpin negeri ini terutamanya golongan-golongan muda dan ini adalah tahap demokrasi. Tentang soal dikatakan soal itu masih mampu ataupun masih berkeupayaan untuk memimpin jadi Ketua Menteri walaupun melebihi dua (2) penggal. Kaedah dalam Islam adalah untuk menyekat kemungkinan-kemungkinan berlakunya ketidakbersihan dalam pentadbiran kalau sebut tentang “Al Qowiyun” kekuatan, kemungkinan selepas dua (2) penggal itu kekuatannya merosot. So, kita nak menyekat dan juga “Al-Amin”, amanah, integeriti. Jadi seperti yang disebut oleh rakan saya daripada Sungai Dua bahawa apabila melebihi tempoh dua (2) penggal atau tiga (3) penggal kemungkinan-kemungkinan berlakunya korupsi dan sebagainya itu, boleh berlaku.
Jadi dua (2) penggal yang nak buat ini, adalah selaras dengan kehendak Islam iaitu menyekat daripada berlakunya kemungkaran ataupun pekara yang tidak baik. Jadi di sini, saya menyokong pindaan ini di atas prinsip keadilan the art must prinsiple in justies.
Terima kasih saya rasa kita menjemput Yang Amat Berhormat Padang Kota untuk membuat pergulungan. Sila. Y.A.B Ketua Menteri:
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli-Ahli Dewan pelbagai parti yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan berhubung dengan pindaan kepada Perlembagaan Negeri Pulau Pinang untuk mengehadakan tempoh perkhidmatan Ketua Menteri kepada dua (2) penggal. Saya cuma ingin memberi sedikit ulasan terhadap pekara yang dibangkitkan sebab pindaan ini adalah amat jelas sekali, amat ringkas, amat padat, terang. Niat itu adalah untuk menunaikan janji yang dibuat dalam pilihan raya dan pada petang ini kita tunaikan janji itu. Selalunya kita dengar 'by a stroke of the pen', we can do something good or we can undo something bad. Jadi pada sidang ini serupa dengan ungkapan the stroke of the pen. Saya lihat bukan mengambil peluang untuk berkhidmat seseorang Ketua Menteri lebih dari dua (2) penggal tetapi by the stroke of the pen, Dewan Undangan Negeri ini telah melakukan satu tindakan yang unprecedented seperti mana dihujahkan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti-parti politik, terhadap ahli-ahli politik terhadap tokoh-tokoh kerajaan bahawa parti-parti politik, tokoh politik adalah boleh dipercayai untuk tunaikan janji-janjinya. Kita perlu memulihkan keyakinan ini kepada rakyat sebab saya percaya dibawah
pemerintahan yang begitu lama pentadbiran yang lalu yang membawa perubahan pada 9 Mei ini, pokoknya adalah hilangnya kepercayaan rakyat dan penggundi kepada sistem kerajaan yang dipimpin, pimpinan dia, dasar dia, check and balance yang kurang hakisan instituasi kerajaan yang telah menyebabkan rakyat hilang yakin kepada Barisan National pada pilihan raya yang lepas.
Jadi by the stroke of the pen, kita nak memulihkan keyakinan rakyat bahawa Pakatan Harapan pemimpin dia tokoh-tokoh dia adalah parti dan pimpinan yang boleh dipercayai untuk menunaikan janji-janji pilihan raya khususnya. Memang sepanjang sidang ini kita ada menyentuh tentang 68 janji yang masih berusaha ditunaikan semua. Tetapi janji ini adalah janji yang kita letak di atas sekali dalam janji manifesto, ini menunjukkan betapa pentingnya janji ini sebab kita nak pulihkan keyakinan rakyat kepada sistem pemerintahan di negara kita ini. Jadi, saya walaupun menerima impak daripada pindaan perlembagaan ini saya tidak anggap ini sebagai satu pekara peribadi. Saya menduduki satu jawatan awam. I'm public officer and I'm occupies a public office berbanding dengan perniagaan sendiri, perniagaan keluarga atau practice dalam peguam atau doktor dan sebagainya. ini memang bukan isu peribadi tetapi selari dengan public office ini yang menuntut kita untuk melakukan sesuatu yang terbaik, kita perlu lakukannya pada petang ini. dan saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan EXCO saya yang sepanjang 2,3 bulan selepas terbentuknya Kerajaan Negeri yang baru kita seolah-olah tak ada urusan lainlah urusan pertama dalam EXCO meeting saya telah bangkitkan pekara ini mungkin dalam mesyuarat pertama atau mesyuarat yang kedua.
Ini menunjukkan hasrat dan niat kita untuk menyegerakan penunaian janji yang begitu penting ini dan terima kasih kepada semua EXCO yang memberi pandangan memang banyak sudut perbincangan bukan senang pada peringkat awal itu kita memang kita ada bnyak idea bagaimana melaksanakannya sehingga kita menghantar draft kita kepada Peguam Negara dan akhirnya Peguam Negara dengan kebijaksanaannya ataupun Khamar Peguam Negara dengan kebijaksanaannya mencadangkan kaedah ini ataupun fasa penstrukturan fasa ini untuk kita bawa kepada Dewan Undangan Negeri untuk dipinda supaya menguatkuasakan mengehadkan tempoh perhidmatan Ketua Menteri.
Saya nak jemputlah rakan-rakan Pembangkang untuk menilai semula pendirian yang diambil Penaga nak abstain. UMNO tak tau lagi tunggu undi antara sokong tak sokong. Jadi kita sebenarnya seperti Ahli yang lain mengatakan ini titik sejarah bagi sistem demokrasi parlimen di Malaysia. mungkin kita bukan state legislature yang mengamalkan westminister parliamentery system yang melakukan pekara ini saya rasa bukan di Malaysia sahaja mungkin di sebahagian dunia westminister. Mungkin kita mengambil satu titik permulaaan dalam parlimen dunia Komanwel tapi saya tak pastilah. Mungkin itulah tadi kelulusan pindaan. Ini bermaksud kita telah lulus satu ujian political cautions kita bahawa kita melakukan janji dengan cautions untuk menunaikanya bukan main-main kita letak sahaja tetapi kita memang mahu menunaikan janji ini apabila keadaan membenarkan.
Jadi kita berharaplah ramai orang tak tahu bahawa pindaan ini bukan ikat saya sahaja ikat, selagi ia tidak dipinda akan ikat pemegang Ketua Menteri pada masa-masa depan tetapi mengikat Ketua Menteri yang sudah berhidmat lebih dari dua (2) penggal tak kira Tan Sri Wong Pow Nee mendiang, tak kira Tun Doktor Lim Chong Eu mendiang, Tan Sri Koh Tsu Koon pun pernah berkhidmat lebih dari dua (2) penggal, Ahli Berhormat Air Putih pun pernah berhidmat lebih dua (2) penggallah. Jadi selain dari saya, saya mungkin tak khidmat dua (2) penggal sapa tau kan yang sebelum ini pun akan dikuatkuasakan sebab undang-undang ini berkuatkuasa dari
PRU ke-14 iaitu tarikh pertama Dewan yang baru ini bersidang. Maka berkuatkuasalah undang-undang ini. Jadi saya rasa tidak ada apa yang diucapkan dalam ucapan saya kata, diharapkan ada leadership renewal dengan hadnya tempoh perkhidmatan Ketua Menteri maka parti ataupun Pakatan dapatlah mengenal pasti orang-orang yang mungkin ambil alih untuk satu kesempatan untuk berkhidmat sebagai Ketua Menteri dan saya bersyukurlah ada kesempatan ini dan berharap Ahli Padang Kota ini setelah tamat perkhidmatan sebagai Ketua Menteri tidak dinilai kerana membawa pindaan ini sahaja. Menilai pencapaian-pencapaian saya, sepanjang tempoh sebagai Ketua Menteri. (Ahli Dewan bertepuk meja). Kalau ada kesempatan, mencapai impian Visi Penang 2030 lebih elok itulah harapan saya, dimana saya tidak lihat ini sebagai satu perkara yang peribadi dan harap apa yang kita buat, akan meletakkan satu tanda aras penanda yang baru, negeri-negeri lain saya tak tahu ada berapa negeri yang boleh meluluskan undang-undang yang sedemikian. Tetapi, boleh cuba juga, siapa tahu, Barisan Nasional pun boleh sokong dan haraplah negeri-negeri lain atau Kerajaan Persekutuan pun dapat menunaikan janji ini pada satu hari kelak. Sekian terima kasih. (Ahli Dewan bertepuk meja).
Terima kasih Yang Berhormat Padang kota. Seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan 2018) dibacakan bagi kali yang kedua. Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana pindaan ini melibatkan Perlembagaan Negeri. Maka, mengikut Perkara 35 Fasa 3, Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. Undi sebanyak tidak kurang daripada dua per tiga (2/3), daripada jumlah bilangan Ahli Dewan diperlukan, untuk Pindaan Perlembagaan. Oleh itu, undi secara bahagikan perlu diadakan. Maka, saya minta Setiausaha Dewan untuk menjalankan undian di bawah Peraturan 114, Peraturan-peraturan Majlis Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, nama Ahli Yang Berhormat akan dipanggil mengikut kawasan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila nyatakan “Ya”, Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”, dan Ahli Yang Berhormat yang tidak hendak mengundi, sila nyatakan “Tidak mengundi”. Saya mulakan dengan Ahli Kawasan Padang Kota. Y.A.B. Ketua Menteri: “Ya”.
Ahli Kawasan Pinang Tunggal.
“Ya”.
Ahli Kawasan Perai.
“Ya”.
Ahli Kawasan Padang Lalang.
“Ya”.
Ahli Kawasan Datok Keramat.
“Ya”.
Ahli Kawasan Sungai Puyu.
“Ya”.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga.
“Ya”.
Ahli Kawasan Batu Maung.
“Ya”.
Ahli Kawasan Paya Terubong.
“Ya”.
Ahli Kawasan Bagan Jermal.
“Ya”.
Ahli Kawasan Sungai Bakap.
“Ya”.
Ahli Kawasan Air Putih.
Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. “Ya”.
Ahli Kawasan KOMTAR.
“Ya”.
Ahli Kawasan Sungai Pinang.
“Ya”.
Ahli Kawasan Machang Bubuk.
Oh “Ya”.
Ahli Kawasan Batu Lanchang.
“Ya”.
Ahli Kawasan Bagan Dalam.
“Ya”.
Ahli Kawasan Bayan Lepas.
“Ya”.
Ahli Kawasan Permatang Pasir.
“Ya”.
Ahli Kawasan Kebun Bunga.
“Ya”.
Ahli Kawasan Bukit Tengah.
“Ya”.
Ahli Kawasan Seri Delima.
“Ya”.
Ahli Kawasan Pulau Tikus.
“Ya”.
Ahli Kawasan Teluk Bahang.
“Ya”.
Ahli Kawasan Bertam.
“Ya”.
Ahli Kawasan Batu Uban.
“Ya”.
Ahli Kawasan Ayer Itam.
“Ya”.
Ahli Kawasan Jawi.
“Ya”.
Ahli Kawasan Pulau Betong.
“Ya”.
Ahli Kawasan Bukit Tambun.
“Ya”.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota.
“Ya”.
Ahli Kawasan Berapit.
“Ya”.
Ahli Kawasan Sungai Acheh.
“Ya”.
Ahli Kawasan Sungai Dua.
“Tidak mengundi”. (Ahli Dewan bersorak)
Ahli Kawasan Permatang Berangan.
“Tidak mengundi”. (Ahli Dewan bersorak)
Ahli Kawasan Penaga.
“Tidak mengundi”. (Ahli Dewan bersorak)
Sila hormat keputusan Ahli-ahli Yang Berhormat. Tolong. Ahli-ahli Yang Berhormat, Fokus keputusan adalah seperti yang berikut. Undi “Ya”, 33. (Ahli Dewan Menepuk meja). Undi “Tidak”, 0. Undi. Undi “Tidak mengundi”, 3 undi.
Ahli-ahli Yang Berhormat, setelah undi dibuat adalah di dapati sejumlah 33 undi “Ya”, telah pun mempersudikan Rang Undang-Undang ini. Dan oleh itu, telah mencapai 2/3 majoriti. (Ahli Dewan tepuk meja) Ahli-ahli Yang Berhormat, tajuk penuh fasa yang mengundangkan dan fasa satu dan dua. Adalah menjadi sebahagian dari Rang Undang-undang? Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Setiausaha, sila menjalankan undi bagi di bawah Peraturan 114. Peraturan-peraturan majlis mesyurat Dewan Undangan Negeri. Cumanya saya nak, dapat persetujuan daripada Dewan kerana seterusnya ada dua lagi undi yang sama. Cuma saya nak dapat persetujuan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat adakah undi yang telah undi itu tadi boleh saya kekalkan. Kalau anda ada pendirian lain. Saya boleh juga, mengundi sekali lagi. Ada pandangan yang berbeza dan sila. Saya nak minta Setiausaha jalankan sekali lagi.
Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti tadi nama Ahli Yang Berhormat akan dipanggil mengikut kawasan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila nyatakan “Ya”, Yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Yang tidak hendak mengundi, sila nyatakan “Tidak Mengundi”. Saya mulakan dengan Ahli Kawasan Padang Kota. Y.A.B. Ketua Menteri: Parti dan peribadi. “Ya”.
Ahli Kawasan Pinang Tunggal.
“Ya”.
Ahli Kawasan Perai.
“Ya”.
Ahli Kawasan Padang Lalang.
“Ya”.
Ahli Kawasan Datok Keramat.
“Ya”.
Ahli Kawasan Sungai Puyu.
“Ya”.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga.
“Ya”.
Ahli Kawasan Batu Maung.
“Ya”.
Ahli Kawasan Paya Terubong.
“Ya”.
Ahli Kawasan Bagan Jermal.
“Ya”.
Ahli Kawasan Sungai Bakap.
“Ya”.
Ahli Kawasan Air Putih.
“Ya”.
Ahli Kawasan KOMTAR.
“Ya”.
Ahli Kawasan Sungai Pinang.
“Ya”.
Ahli Kawasan Machang Bubuk.
“Ya”.
Ahli Kawasan Batu Lanchang.
“Ya”.
Ahli Kawasan Bagan Dalam.
“Ya”.
Ahli Kawasan Bayan Lepas.
“Ya”.
Ahli Kawasan Permatang Pasir.
Istiqomah. “Ya”.
Ahli Kawasan Kebun Bunga.
“Ya”.
Ahli Kawasan Bukit Tengah.
“Ya”.
Ahli Kawasan Seri Delima.
“Ya”.
Ahli Kawasan Pulau Tikus.
“Ya”.
Ahli Kawasan Teluk Bahang.
“Ya”.
Ahli Kawasan Bertam.
“Ya”.
Ahli Kawasan Batu Uban.
“Ya”.
Ahli Kawasan Ayer Itam.
“Ya”.
Ahli Kawasan Jawi.
“Ya”.
Ahli Kawasan Pulau Betong.
“Ya”.
Ahli Kawasan Bukit Tambun.
“Ya”.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota.
“Ya”.
Ahli Kawasan Berapit.
“Ya”.
Ahli Kawasan Sungai Acheh.
Pasti “Ya”.
Ahli Kawasan Sungai Dua.
“Tidak mengundi”.
Ahli Kawasan Permatang Berangan.
“Tidak mengundi”.
Ahli Kawasan Penaga.
“Tidak mengundi”. Yang di-pertua Dewan Undangan Negeri: Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan adalah seperti berikut, undi “Ya”, 33 undi, undi “Tidak”, 0 undi dan undi “Tidak mengundi”, 3 undi. Ahli-ahli Yang Berhormat, setelah undian dibuat ada didapati 33 telah mempersetujui Rang Undang-undang ini dan oleh itu telah mencapai 2/3 majoriti. Dewan bersidang semula. Y.A.B. Ketua Menteri : Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang Enakmen Negeri Pulau Pinang (Pindaan 2018) telah pun dipertimbangkan sefasa demi sefasa dalam jawatankuasa, dan dipersetujui tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini sekarang dibaca bagi kali yang ketiga serta diluluskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah Rang Undang-undang dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana pindaan ini melibatkan Perlembagaan Negeri. Maka, mengikut perkara 35 fasa 3, Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. Undi sebanyak tidak kurang daripada dua per tiga (2/3), daripada jumlah bilangan Ahli Dewan diperlukan, untuk Pindaan Perlembagaan.
Oleh itu, undi secara bahagikan perlu diadakan. Maka, saya minta Setiausaha Dewan untuk menjalankan undian selaras dengan Peraturan 114, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, nama Ahli Yang Berhormat akan dipanggil mengikut kawasan. Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila nyatakan “Ya”, Yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Ahli Yang Berhormat yang tidak hendak mengundi, nyatakan “Tidak mengundi”. Saya mulakan dengan Ahli Kawasan Padang Kota. Y.A.B. Ketua Menteri: “Ya”.
Ahli Kawasan Pinang Tunggal.
“Ya”.
Ahli Kawasan Perai.
“Ya”.
Ahli Kawasan Padang Lalang.
“Ya”.
Ahli Kawasan Datok Keramat.
“Ya”.
Ahli Kawasan Sungai Puyu.
“Ya”.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga.
“Ya”.
Ahli Kawasan Batu Maung.
“Ya”.
Ahli Kawasan Paya Terubong.
“Ya”.
Ahli Kawasan Bagan Jermal.
“Ya”.
Ahli Kawasan Sungai Bakap.
“Ya”.
Ahli Kawasan Air Putih.
“Ya”.
Ahli Kawasan KOMTAR.
“Ya”.
Ahli Kawasan Sungai Pinang.
“Ya”.
Ahli Kawasan Machang Bubuk.
“Ya”.
Ahli Kawasan Batu Lanchang.
“Ya”.
Ahli Kawasan Bagan Dalam.
“Ya”.
Ahli Kawasan Bayan Lepas.
“Ya”.
Ahli Kawasan Permatang Pasir.
“Ya”.
Ahli Kawasan Kebun Bunga.
“Ya”.
Ahli Kawasan Bukit Tengah.
“Ya”.
Ahli Kawasan Seri Delima.
“Ya”.
Ahli Kawasan Pulau Tikus.
“Ya”.
Ahli Kawasan Teluk Bahang.
“Ya”.
Ahli Kawasan Bertam.
“Ya”.
Ahli Kawasan Batu Uban.
“Ya”.
Ahli Kawasan Ayer Itam.
“Ya”.
Ahli Kawasan Jawi.
“Ya”.
Ahli Kawasan Pulau Betong.
“Ya”.
Ahli Kawasan Bukit Tambun.
“Ya”.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota.
“Ya”.
Ahli Kawasan Berapit.
“Ya”.
Ahli Kawasan Sungai Acheh.
“Ya”.
Ahli Kawasan Sungai Dua.
“Tidak mengundi”.
Ahli Kawasan Permatang Berangan.
“Tidak mengundi”.
Ahli Kawasan Penaga.
“Tidak mengundi”
Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan adalah seperti berikut, undi “Ya”, 33 undi, undi “Tidak”, 0 undi dan undi “Tidak mengundi”, 3 undi. Ahli-ahli Yang Berhormat, setelah undian dibuat adalah didapati 33 telah mempersetujui Rang Undang-Undang ini dan oleh itu telah mencapai 2/3 majoriti. Oleh itu Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2018 dipersetujui. (Ahli Dewan menepuk meja).
Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2018, maka dengan ini adalah diperundangkan oleh Kuasa Undangan Negeri Pulau Pinang. (Ahli Dewan menepuk meja).
Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan dengan tidak kurang daripada 2/3 majoriti. (Ahli Dewan menepuk meja). Cuma untuk maklumam Ahli-ahli Yang Berhormat hari ini ada empat (4) Yang Berhormat yang telah pun mohon cuti dan telah maklum kepada Pejabat Speaker. Yang Berhormat Pantai Jerejak, Yang Berhormat Seberang Jaya, Yang Berhormat Penanti dan Yang Berhormat Telok Ayer Tawar. Empat (4) ini telah pun memaklum kepada pejabat saya bahawa mereka telah bercuti. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat dan tahniah juga kepada semua yang telah membantu dan mencipta sejarah. Sejujurnya saya nak menyatakan di sini, ini memerlukan satu keazaman dan keberanian politik dan saya terima kasih kerana anda semua telah melibat diri dalam menulis lebaran baru Dewan Undangan Negeri dan juga Negeri Pulau Pinang. Terima kasih saya nak ucapkan. (Ahli Dewan menepuk meja). Sila Setiausaha.
Rang Undang-Undang Tabung Amanah Biasiswa dan Pinjaman Penuntut (Negeri Pulau Pinang) (Pindaan) 2018.
Batu Maung. Nanti Perai dulu, sorry.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tabung Amanah Biasiswa dan Pinjaman Penuntut (Negeri Pulau Pinang) 1950 (Enakmen Ibu), dibacakan bagi kali yang pertama.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri saya mohon menyokong.
Rang Undang-Undang bernama “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tabung Amanah Biasiswa dan Pinjaman Penuntut (Negeri Pulau Pinang) 1950 (Enakmen Ibu).
Rang Undang-Undang dibacakan bagi kali yang pertama.
Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tabung Amanah Biasiswa dan Pinjaman Penuntut (Negeri Pulau Pinang) 1950 (Enakmen Ibu) dibaca bagi kali yang kedua. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, mengikut Peraturan 59, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mencadangkan bacaan kali yang kedua Rang Undang-Undang ini diteruskan dengan serta merta.
Rang Undang-Undang Tabung Amanah Biasiswa dan Pinjaman Penuntut (Negeri Pulau Pinang) (Pindaan) 2018, bacaan bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tabung Amanah Biasiswa dan Pinjaman Penuntut (Negeri Pulau Pinang) 1950 (Enakmen Ibu), dibacakan bagi kali yang kedua. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Enakmen Tabung Amanah Biasiswa dan Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang 1950 mula berkuatkuasa pada 15 Julai 1950. Enakmen ini melengkap peruntukan mengenai pemberian biasiswa dan pinjaman pendidikan kepada anak-anak Negeri Pulau Pinang yang mengikuti pengajian di institut pengajian tinggi dan perkara-perkara yang bersampingan serta berkaitan dengannya. Tujuan Rang Undang-Undang ini dibentangkan adalah bagi meminda Enakmen Ibu iaitu Tabung Amanah Biasiswa dan Pinjaman Penuntut (Negeri Pulau Pinang) 1950 Fasal 2. Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk membuat pindaan kepada Seksyen 4 dalam Enakmen Tabung Amanah Biasiswa dan Pinjaman Penuntut (Negeri Pulau Pinang) 1950 bagi menggantikan jawatan “The Deputy Chief Minister” dengan “a member of the Executive Council” di perenggan 4(1)(b) Enakmen pindaan Rang Undang-Undang ini tidak melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.
Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang Enakmen Tabung Amanah Biasiswa dan Pinjaman Penuntut (Negeri Pulau Pinang) (Pindaan) 2018 diluluskan oleh Dewan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berada dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Tabung Amanah Biasiswa dan Pinjaman Penuntut (Negeri Pulau Pinang) (Pindaan) 2018. Saya ingin mempersilakan sesiapa yang ingin membahaskan usul ini. Memandangkan usul ini cuma sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Perai, cuma pindaan dari “The Deputy Chief Minister” ke “Executive Council”. Saya masih minta kalau ada? Sila Yang Berhormat Perai untuk membuat penggulungan.
Dato’ Yang di-Pertua, cuma saya menyatakan bahawa ini cuma pindaan sahaja dan saya terus mohon dicadangkan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang ialah Rang Undang-Undang Tabung Amanah Biasiswa dan Pinjaman Penuntut (Negeri Pulau Pinang) (Pindaan) 2018, dibacakan bagi kali yang kedua. Ahli-ahli yang bersetuju, katakan “Ya”. Ahli-ahli Dewan: “Ya”
Yang tidak bersetuju katakan “Tidak”. “Ya”, sebulat suara.
Rang Undang-Undang bernama “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tabung Amanah Biasiswa dan Pinjaman Penuntut (Negeri Pulau Pinang) 1950 (Enakmen Ibu).
Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang kedua. Rang Undang-Undang ini sekarang akan dipertimbangkan dalam Jawatankuasa.
Fasal 1 dan 2
Fasal 1 dan 2 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang? Ahli-ahli Dewan: “Ya”
Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tabung Amanah Biasiswa dan Pinjaman Penuntut (Negeri Pulau Pinang) 1950 (Enakmen Ibu).
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tajuk dan Fasal yang mengundangkan adakah menjadi sebahagian daripda Rang Undang-Undang? Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Dewan bersidang semula.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-Undang Tabung Amanah Biasiswa dan Pinjaman Penuntut (Negeri Pulau Pinang) (Pindaan) 2018 telah pun dipertimbangkan sefasal demi sefasal dalam Jawatankuasa dan dipersetujui tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini sekarang dibacakan bagi kali yang ketiga serta diluluskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang ialah Rang Undang-Undang dibacakan bagi kali yang ketiga serta diluluskan. Ahli-ahli yang bersetuju, katakan “Ya”. Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Yang tidak bersetuju katakan “Tidak”. Sebulat suara dipersetujui.
Rang Undang-Undang Tabung Amanah Biasiswa dan Pinjaman Penuntut (Negeri Pulau Pinang) (Pindaan) 2018. Maka dengan ini adalah diperundangkan oleh Kuasa Undangan Negeri Pulau Pinang.
Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Usul daripada Yang Berhormat Ahli Kawasan Datok Keramat.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon mencadangkan: “Bahawa Dewan yang mulia ini meluluskan penubuhan Akaun Amanah Tabung Penyelenggaraan Maksima 80% Pulau Pinang dengan mengambil kira asas-asas seperti berikut: (a) Jumlah kelulusan dan transaksi yang begitu tinggi bermula tahun 2010 sehingga Ogos 2018 yang telah mencecah sebanyak 176 permohonan melibatkan jumlah keseluruhan kerja sebanyak RM25.6 juta;
(b) Akaun Amanah TPM80PP ini akan digunakan sebagai memudahkan medium transaksi bagi terimaan dan bayaran kepada pemohon-pemohon yang layak di bawah skim TPM80PP; dan (c) Baki peruntukan di dalam Akaun Amanah ini dapat dibawa ke hadapan dan ianya adalah selari dengan kerja-kerja selenggaraan atau naik taraf yang telah diluluskan di bawah skim TPM80PP. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dan menghadapi isu berkaitan keluasan tanah yang sangat terhad untuk pembangunan termasuk bagi perumahan. Kekangan ini amat ketara di bahagian Pulau sehingga menyebabkan pembangunan jenis strata menjadi lebih baik untuk menampung keperluan perumahan yang semakin meningkat susulan dari kepesatan ekonomi di negeri ini. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara ataupun dikenali sebagai NAPIC, dilaporkan bahawa untuk suku kedua tahun 2018 terdapat sejumlah 502,886 unit kediaman pelbagai jenis di Pulau Pinang. Daripada jumlah ini sebanyak 25,187 ataupun bersamaan 50% merupakan kediaman berstrata. Jumlah ini adalah ketiga tertinggi selepas Selangor yang mempunyai 637,583 unit strata dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur yang mempunyai 361,942 unit strata, Dato’ Speaker. Dalam pada itu, isu penyelenggaraan harta bersama sering menjadi satu rungutan penduduk di perumahan strata. Kos yang tinggi untuk membiayai kerja penyelenggaraan seperti pembaikan lif dan bumbung seringkali tidak dapat ditampung dengan akaun Badan Bersama atau JMB ataupun Perbadanan Pengurusan (MC) terutamanya bagi perumahan strata rumah mampu milik A dan B ataupun kos rendah atau kos sederhana rendah. Kegagalan untuk menyediakan peruntukan dari akaun JMB atau MC menyebabkan kerja-kerja penyelenggaraan tidak dapat dilakukan dan kegagalan ini akan menyebabkan penduduk menghadapi masalah. Yang Berhormat Dato’ Speaker, prihatin terhadap masalah ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2017 telah menyediakan peruntukan bagi membantu membiayai kos kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan di skim-skim perumahan yang dimajukan oleh syarikat swasta. Program bantuan ini dikhususkan kepada skim perumahan berstrata yang berharga tidak lebih RM150,000. Pada asalnya tidak lebih RM72,500 tetapi telah dibuat satu pindaan pada dasar tersebut. Asas kepada penetapan had ini adalah bantuan ditumpukan kepada penduduk-penduduk dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah dan program ini kini dikenali sebagai Tabung Penyelenggaraan Maksima 80% dan berkonsep perkongsian. Di mana sumber peruntukan disalurkan secara bersama oleh pihak Kerajaan Negeri, JMB, MC atau daripada mana-mana pihak. Sumbangan maksimun yang akan disalurkan oleh Kerajaan Negeri ialah sehingga maksimum 80% daripada kos penyelenggaraan sebenar dan baki kos iaitu 20% kos perlu disediakan oleh penduduk melalui JMB atau MC dan perlu diserahkan kepada Kerajaan Negeri sebelum kerja-kerja dimulakan. Antara lain skop kerja penyelenggaraan yang dibenarkan adalah kerja-kerja penyelenggaraan penambahbaikan aset ataupun kawasan hak milik bersama seperti lif, tangka air, pagar ataupun lain-lain aktiviti atau program yang berkaitan dengan skim-skim perumahan yang akan dilihat sebagai kes. Dato’ Speaker, sehingga Oktober 28, ini adalah satu yang terkini berbanding dengan apa yang saya nyatakan tadi Ogos. Tetapi yang terkini sehingga Oktober 28, sebanyak 183 permohonan bantuan penyelenggaraan yang melibatkan 305 projek. We have 183 applications but in certain applications they may be more one project by that particular scheme. Melibatkan 305 projek dengan anggaran kos berjumlah RM26.67 juta telah pun kita
luluskan oleh satu jawatankuasa khas yang akan menilaikan permohonan-permohonan yang dibuat yang saya pengerusikan sendiri. Inisiatif ini dipergiatkan sejak tahun 2016 susulan dengan kegagalan pentadbiran pihak Persekutuan yang terdahulu yang mempunyai satu tabung untuk membantu golongan berpendapatan rendah ini untuk skim-skim perumahan mereka iaitu Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia. Di mana mereka tidak meluluskan banyak permohonan. Untuk makluman Dato’ Speaker, pada rekod kita, kita ada 1,043 permohonan daripada kedua-dua PBT kepada Pusat tetapi cuma 29 sahaja yang diluluskan. Untuk makluman lanjut, untuk tahun 2015, 2016, 2017, tiga tahun berturut, satu pun tak diluluskan di Pulau Pinang. Pada masa ini peruntukan yang digunakan bagi membiayai projek TPM80PP sebahagiannya adalah daripada peruntukan Pembangunan P01, Dato’ Speaker. Setiap permohonan yang diluluskan akan dibuat jurnal pelarasan pihak Jabatan Kewangan Negeri kepada Akaun Amanah di bawah kawalan Jabatan Kewangan Negeri. Walau bagaimanapun Dato’ Speaker, Pengarah Audit Negeri Pulau Pinang yang membuat semakan ke atas prosidur ini telah mengesyorkan supaya amalan dibuat penambahbaikan. Lanjutan daripada itu, Jabatan Kewangan Negeri telah menyarankan supaya satu akaun amanah khas diwujudkan iaitu permohonan pada usul pada petang ini untuk mengakaunkan segala terimaan dan bayaran dan hal ehwal TPM80PP ini. Bagi tujuan berkaitan dengan cadangan ini, Seksyen 10 Akta Prosedur Kewangan 1957, Akta 61 menyatakan “Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Government Trust Fund) hanya boleh ditubuhkan berasaskan resolusi Badan Perundangan Persekutuan atau Negeri. Resolusi ini menetapkan tujuan mengimplikasikan kumpulan wang itu. Sejumlah wang akan dibayar dari semasa ke semasa daripada kumpulan wang disatukan bagi tujuan menampung keperluan kumpulan wang ini dan Menteri Kewangan adalah berhak menggunakan kumpulan wang ini bagi tujuan-tujuan yang ditentukan oleh resulosi Badan Perundangan”. Dato’ Speaker, kertas cadangan penubuhan Akaun Amanah TPM80PP telah pun diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui Kertas Bil. 887 tahun ini dan dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Bil 33 tahun ini pada 3 Oktober 2018 dan disahkan pada 10 Oktober 2018. Selaras dengan peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa, saya mengangkat usul penubuhan Akaun Amanah Tabung Penyelenggaraan Maksima 80% Pulau Pinang untuk perhatian, pertimbangan dan kelulusan Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Terima kasih. Saya perlukan sokongan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.
Terima kasih, Sungai Puyu. Ahli-ahli Yang Berhormat ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian dalam perbahasan, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terlebih dahulu ingin saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih atas peluang untuk menyertai sesi perbahasan untuk usul penubuhan Akaun Amanah Tabung Penyelenggaraan Maksima 80%
Pulau Pinang ataupun lebih dikenali TPM80PP yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Ahli Datok Keramat dan disokong oleh Yang Berhormat Ahli Sungai Puyu. Sememangnya bagi saya, TPM80PP ini dekat dihati saya lah, di mana ia adalah salah satu dasar yang secara langsungnya membantu rakyat di Negeri Pulau Pinang khususnya mereka yang menghuni di kediaman berstrata. Dan pada asalnya Kerajaan Persekutuan terdahulu, di bawah Barisan Nasional sememangnya menyediakan satu tabung yang dinamakan sebagai Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia. Tetapi Pulau Pinang telah dianaktirikan daripada menikmati manfaat daripada projek tersebut. Di mana hanya 29 permohonan yang telah diluluskan daripada 143 permohonan yang telah dikemukakan. Ini telah menjadikan Tabung Penyelenggaraan Maksima 80% Pulau Pinang satu dasar yang amat penting di mana Kerajaan Negeri telah mengambil sikap proaktif untuk membantu skim-skim perumahan berstrata untuk mengatasi masalah yang kritikal seperti kerosakan lif, kerosakan tangki air dan bumbung. Terima kasih lah kepada kegagalan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia yang secara tidak langsung telah menjadikan dasar Tabung Penyelenggaraan Maksima 80% Pulau Pinang yang dekat di hati semua rakyat Negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, susulan daripada usul untuk menubuhkan Akaun Amanah TPM80PP ini, ingin saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk menubuhkan satu bahagian teknikal di bawah Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengendalikan akaun amanah tersebut. Mengikut prosedur yang sedia ada, sebut harga untuk kerja-kerja penyelenggaraan yang dikemukakan itu disediakan oleh para penduduk berdasarkan konsep 80:20 mengikut kerja-kerja penyelenggaraan yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, adalah dicadangkan supaya satu bahagian teknikal dapat ditubuhkan agar sebut harga ini dapat dinilai secara telus dan memastikan kos kerja-kerja penyelenggaraan tersebut adalah berpatutan dan skop kerja yang dicadangkan tersebut benar-benar boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ingin juga saya mencadangkan agar akaun amanah tersebut boleh digunakan dengan lebih telus. Kerajaan Negeri seharusnya mengambil tindakan yang tegas untuk memastikan kualiti kerja yang disampaikan tersebut adalah pada tahap yang baik. Ingin saya memetik contoh dari Negara Singapura di mana Lembaga Pembangunan dan Perumahan Singapura ataupun (dengan izin)…Housing Development Board (HDB) telah menyenaraihitamkan syarikat lif untuk membida sebarang tender yang baru daripada HDB tersebut. Ini adalah susulan daripada isu kualiti dan kadar kerosakan yang didapati tinggi pada lif yang dipasang oleh syarikat tersebut. Malah satu kadar kerosakan lif kebangsaan ataupun (dengan izin)…National Lift Breakdown Figure telah digunakan sebagai satu piawaian untuk memastikan keadaan lif di Negara Singapura adalah dalam keadaan yang memuaskan. Kaedah ini juga boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri misalnya kaedah untuk menyenaraihitamkan dan pemantauan yang kerap untuk memastikan kerja-kerja yang dijalankan tersebut bermutu tinggi dan pada masa yang sama memastikan kesejahteraan hidup rakyat khususnya mereka yang menghuni di kediaman berstrata. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebagai tambahan kepada Tabung Penyelenggaraan Maksima 80% Pulau Pinang, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang ataupun Penang Development Corporation (PDC) juga menawarkan skim yang sama tetapi untuk projek-projek kediaman yang dibangunkan oleh PDC sahaja. Akan tetapi terdapat prosedur yang terlibat untuk projek-projek yang akan dilaksanakan oleh PDC dan seringkalanya ia akan
mengambil masa yang lama sebelum sesuatu projek penyelenggaraan itu dapat diluluskan. Dan kadang kala untuk projek-projek penyelengaraan yang kritikal sememangnya kita perlu menyelesaikan dalam masa yang singkat. Sehubungan dengan itu, ingin saya mencadangkan juga supaya permohonan penyelenggaraan bagi projek-projek kediaman yang dibina oleh PDC ini juga diseragamkan kepada Pengurusan Tabung Penyelenggaraan Maksima 80% Pulau Pinang dengan pihak PDC turut menyalurkan peruntukan kepada Akaun Amanah yang dicadangkan tersebut. Dengan ini saya percaya keseluruhan masa permohonan dapat disingkatkan dan kita dapat menyegerakan kerja-kerja penyelenggaraan khususnya bagi kerja yang kritikal. Cara keseluruhannya saya menyokong usul yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Datok Keramat tersebut dan saya berharap cadangan-cadangan yang telah dibangkitkan tadi dapat dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri. Dengan kata-kata ini saya mohon menyokong.
Terima kasih Pengkalan Kota. Saya minta Yang Berhormat Datok Keramat menggulung.
Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih rakan saya daripada Pengkalan Kota. Ada tiga (3) isu yang dibangkitkan oleh beliau. Untuk yang petama, sememangnya pada masa sedia ada apabila kita menerima permohonan-permohonan yang akan diteliti dengan terperinci dan kontraktor-kontraktor yang dicadangkan oleh pemohon itu perlu mencapai satu tahap mutu di mana mereka perlu patuhi banyak kehendak. Seperti mempunyai sijil Persijilan CIDB dan sebagainya. Banyak perkara yang mereka mesti tunjukkan kepada Bahagian Perumahan untuk pastikan bahawa kita akan membenarkan kontraktor tersebut membuat kerja-kerja tersebut. Setelah akaun ini kalau diwujudkan untuk makluman Pengkalan Kota, sememangnya cara ataupun kaedah yang kita gunakan itu yang sedia ada itu letak di bawah Akaun Amanah kerana kewangan yang diperlukan oleh setiap permohonan tersebut perlu didapati daripada akaun ini. Untuk makluman Pengkalan Kota dan Dato’ Speaker, kita memang akan menubuhkan satu unit teknikal yang akan dianggotai seramai diperingkat ini empat (4) kakitangan kontrak dalaman iaitu Penolong Jurutera Awam, Penolong Jurutera Mekanikal, Penolong Jurutera Elektrik dan Pembantu Tadbir Kewangan. Selain daripada isu kewangan, kalau kita lihat kepada keanggotaan unit tersebut sememangnya kita ada Engineer ataupun Jurutera kita yang akan lihat kepada kesesuaian ataupun kepakaran kontraktor yang dipilih dan kemudiannya kita kerana sekarang sedia ada juga kita akan memantau projek untuk lihat bahawa projek itu dilaksanakan dengan baik dan ini akan kita akan teruskan. Itu adalah jawapan yang pertama berkenaan cadangan untuk ditubuhkan satu unit teknikal. Sememangnya akan dibuat. Berkenaan dengan…(gangguan).
Minta pencerahan sedikit. YB. Datok Keramat cuma ada satu perkara yang perlukan kepastian. Kita juga ada memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk penyelenggaraan bangunan-bangunan tinggi. Sekiranya Kerajaan Persekutuan meluluskan permohonan peruntukan tersebut adakah ia akan dimasukkan ke dalam tabung ini atau ia akan serahkan balik?
Soalan yang bagus at the end of section. Quiet important because little a bit development ada perkembangan. Tadi saya ada kata, rakan saya Pengkalan Kota juga kata isu kegagalan dan penganaktirian kita dari segi pertimbangan dan kelulusan permohonan dari Pulau Pinang ke Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia itu tabung TP1Malaysia di Pusat. Saya dah bagi angka tadi. Now, dalam waktu zaman pentadbiran terdahulu saya ingin menyatakan kepada Dato’ Speaker, kita ada dapati ada skim-skim perumahan contohnya, beri contoh dia memohon kepada TPM80PP ini untuk penyelenggaraan lif tetapi pada waktu sama mereka juga pohon kepada TP1Malaysia. So ada dua (2) permohonan untuk projek yang sama dan kita dapati ada satu atau dua kes di mana setelah kita luluskan mereka mendapat kelulusan daripada TP1Malaysia. Saya tak mahu buat apa-apa tohmahan kerana mungkin ada isu politik atau apa yang bangkit tetapi itu adalah satu faktor, itu satu ketirisan kepada saya. Ketirisan kewangan Persekutuan kerana mereka sepatutnya tahu projek ini sudah pun diberikan kewangan daripada Kerajaan Negeri. Jadi mengapa perlu mereka buat? Berkenaan perkembangan dan betapa penting soalan rakan saya daripada Machang Bubuk kerana sepertimana semua tahu dari permulaan persidangan sampai sekarang semua orang tahu saya telah jumpa Menteri. Saya EXCO pertama jumpa dia dan di dalam agenda of cause, berkenaan penganaktirian kami dalam pelbagai aspek di perumahan, Dato’ Speaker. Antara lain saya sebut tentang TP1Malaysia dan dia kata, telah difaks dan disahkan oleh Menteri Kewangan sendiri di dalam Belanjawan Negara 2019 bahawa projek-projek Pusat seperti pembekalan perumahan mampu milik dan juga penyelenggaraan akan diteruskan dan diberikan dana RM1.5 bilion. So it going to continue, I presume, Dato’ Speaker. Isu is coming back to apa yang saya kata tadi. Overlap dalam claim. Saya bangkitkan itu juga pada Menteri dan Menteri setuju dengan saya kita perlu wujudkan satu mekanisma untuk pastikan Kerajaan Negeri di seluruh Malaysia dapat maklum kepada Unit TP1Malaysia di Pusat tentang permohonan dibuat di sini agar isu overlap ini tidak berlaku sekali lagi. Tetapi soalan Machang Bubuk mencadangkan mohon supaya kewangan di Pusat diberikan kepada Pulau Pinang, mungkin Air Putih boleh bantu kerana dia Menteri Kewangan. Kita boleh lihat sama ada wang itu boleh disalurkan kepada TPM80PP…(gangguan). This is federal project, we talking about TP1M. So that was your suggestion, itu diluar bidang kuasa kita lah Dato’ Speaker, tetapi of cause to me kita perlu mengelakkan ketirisan dan itu sememangnya dipersetujui Menteri apabila saya berjumpa dengan beliau. Berkenaan kualiti Dato’ Speaker, sememangnya kualiti adalah suatu keutamaan yang kita berikan kepada semua projek-projek di bawah TPM80PP ini di mana, seperti mana kita nyatakan kita ada Jurutera-Jurutera yang akan pantau dan sekiranya didapati kualiti itu tidak begitu baik kita memang sudah ambil tindakan dengan tidak meneruskan perkhidmatan daripada kontraktor yang didapati tidak memberi perkhidmatan yang berkualiti tersebut dan kita akan teruskan kaedah dengan tersebut apabila akaun ini kita tubuhkan. Yang terakhir yang dibangkitkan oleh Pengkalan Kota berkenaan PDC. Untuk makluman Dewan yang mulia, PDC juga ada satu tabung penyelenggaraan projek-projek PDC dan baru-baru ini, about satu tahun sudah mereka telah selenggarakan dengan Bahagian Perumahan kerana Bahagian Perumahan kita ada banyak kriteria, syarat dan sebagainya. Apakah skop kepenggunaan dan sebagainya dan berapa peratusan untuk tiap-tiap kerja, jenis kerja yang dibuat. Mereka sudah selaraskan dengan Perumahan.
Tetapi berkenaan isu sama ada kita boleh ambil alih projek PDC. Untuk makluman Dato’ Speaker, perumahan selain daripada TPM80PP ia adalah seperti mana saya nyatakan tadi untuk projek perumahan skim swasta. Untuk maklumam Dato’ Speaker, skim perumahan awam saya ada 50 skim di bawah Perumahan. Daripada 50 skim ini sejak 2010, ini bukan TMP80 lagi tahu, 2010 50 skim perumahan awam kita telah belanja lebih RM30 juta dengan peratusan projek di 50 skim tersebut, itu nombor satu. Nombor dua, di bawah TPM80PP ini ia bermula pada tahun 2013, Dato’ Speaker. Pada tahun 2013 permulaan kita cuma terima 8 permohonan, 8 permohonan untuk 8 projek about RM500,000. That is was a first year. Tetapi sehingga sekarang seperti mana saya nyatakan ada 100, hampir 200 permohonan dengan 305 projek. Untuk tahun ini sahaja banding dengan tahun pertama, tahun ini kita ada 73 permohonan yang masih di pelbagai peringkat pertimbangan untuk diluluskan yang bernilai RM9 juta. So dari segi, begitu banyaknya permohonan yang kita terima, soalan yang saya dapat lihat berkenaan cadangan itu ialah sama ada projek-projek PDC juga kita boleh jaga. Kerana mereka pun banyak projek tetapi cadangan ini saya akan ambil ke Lembaga PDC apabila bermesyuarat nanti dan kita lihat bagaimana. It is a question of the time and manpower especially quality work at the moment we already over a burden by so many the number of applications at TPM80PP. Dengan itu saya akhirkan penggulungan saya ini.
Terima kasih Ahli Datok Keramat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi Sekaran ialah Usul daripada Yang Berhormat Datok Keramat yang berbunyi seperti berikut: “Bahawa Dewan yang mulia ini meluluskan penubuhan Akaun Amanah Tabung Penyelenggaraan Maksima 80% Pulau Pinang (TPM80PP) dengan mengambil kira asas-asas seperti berikut: (a) Jumlah kelulusan dan transaksi yang begitu tinggi bermula tahun 2010 sehingga Ogos 2018 yang telah mencecah sebanyak 176 permohonan melibatkan jumlah keseluruhan kerja sebanyak RM25.6 juta; (b) Akaun Amanah TPM80PP ini akan digunakan sebagai memudahkan medium transaksi bagi terimaan dan bayaran kepada pemohon-pemohon yang layak di bawah skim TPM80PP; dan (c) Baki peruntukan di dalam Akaun Amanah ini dapat dibawa ke hadapan dan ianya adalah selari dengan kerja-kerja selenggaraan atau naik taraf yang telah diluluskan di bawah skim TPM80PP. Ahli-ahli yang bersetuju katakan “Ya”. Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Yang tidak bersetuju katakan “Tidak”. Sebulat suara usul dipersetujui. Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan sekarang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Y.A.B. Ketua Menteri telah mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan dan Usul telah mendapat sokongan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum Dewan ditangguhkan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat bahawanya Bangunan Dewan Undangan Negeri ini akan ditutup selama satu (1) tahun bermula pada bulan Januari 2019 sehingga Disember 2019 bagi memberi laluan kerja-kerja pemuliharaan bangunan ini oleh JKR. Sehubungan itu, Persidangan Dewan Undangan Negeri pada tahun hadapan akan diadakan di Bangunan Dewan Sri Pinang. Jika ada sebarang perkembangan yang terkini akan saya maklumkan pada Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerjasama semua sepanjang perjalanan persidangan Dewan ini. Maka dengan ini, Dewan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Dewan ditangguhkan pada jam 6.05 petang.