Pulau Pinang · 1 September 2021
14th Assembly, 4th session, 1st meeting · 287 turns · 44,414 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan Doa.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula.
Pengumuman oleh Yang Berhormat Yang di-Petua Dewan Undangan Negeri.
Selamat pagi Ahli-ahli yang berhormat. Sebagaimana Ahli-ahli yang berhormat sedia maklum sedia maklum, dua (2) bekas ahli Dewan Undangan Negeri telah pun meninggal dunia iaitu Allahyarham Hajah Zabariah binti Wahab telah meninggal dunia pada 22 Julai 2021. Beliau telah berkhidmat sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Bertam dari tahun 2008 sehingga 2013. Manakala mendiang Dato’ Kee Phaik Cheen telah meninggal dunia pada 5 Ogos 2021. Beliau telah berkhidmat sebagai ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan Batu Uban dari tahun 1986 sehingg 2004 dan juga telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Maka oleh itu para hadirin saya mohon untuk bertafakur selama satu minit. Para hadirin di minta berdiri.
Para hadirin diminta duduk.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, persidangan kali ini kita berlangsung dalam situasi pandemik COVID-19 yang masih membimbangkan seluruh negara mahupun di Pulau Pinang khasnya. Sehubungan itu, saya minta memperingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk sentiasa patuh sepenuhnya kepada SOP yang telahpun ditetapkan dan sentiasa memakai pelitup muka dan memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya semeter. Hal ini perlu dipandang serius saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang masa termasuk pada waktu makan dan solat. Ahli-ahli Yang Berhormat untuk kali ini Dewan tidak akan berhenti rehat untuk makan tengahari bukan tidak membekal. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh keluar makan mengikut kesesuaian masa masing-masing. Ahli-ahli Yang Berhormat, pada kali ini kita akan mempertimbangkan sejumlah 60 soalan lisan, 670 soalan bertulis, satu Rang Undang-Undang dan satu Usul. Mesyuarat akan bersidang sehingga semua urusan mesyuarat selesai.
Pembentangan risalah.
Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon membentangkan di atas meja Dewan Risalah Bilangan 1 hingga 7 tahun 2021 seperti yang tersenarai dalam susunan urusan mesyuarat. Terima kasih.
Soalan bertulis.
Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, jawapan kepada soalan-soalan bertulis telah diletakkan di atas meja ahli yang bertanya selaras dengan sub peraturan 15(1)(h) Peraturan-Peratuan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan akan dimasukkan di dalam Penyata Rasmi.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri
Terima kasih.
Setiausaha Dewan Soalan lisan.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri
Ahli-ahli yang berhormat, seterusnya adalah dalam sesi soalan lisan. Persilakan yang berhormat Bukit Tambun.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan pertama. 1. Senaraikan kluster industri yang masih aktif dan telah tamat di Pulau Pinang dan nyatakan jumlah kes positif setiap kluster. (a) Apakah tindakan terhadap kilang yang berlaku kluster COVID-19? (b) Nyatakan kilang dan jumlah pekerja menyertai saringan sektor industri anjuran Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM). (c) Nyatakan kilang dan jumlah pekerja yang menyertai Program Imunisasi Industri Kerajaan Awam-Swasta (PIKA).
Yang Berhormat Penanti, sebelum Yang Berhormat Penanti menjawab soalan satu saya dengan ini minta Yang Berhormat Penanti juga menjawab soalan yang bersamaan dengan topik COVID-19 dan vaccination iaitu saya minta Yang Berhormat Penanti jawab bersama dengan soalan 11, 15, 17, 20, 21, 30, 37, 38, 39, 44, 56, 62 dan 68 supaya Dewan ini dapat gambaran yang lebih jelas dan usaha-usaha yang telah pun dilakukan oleh Kerajaan Negeri dapat di maklum dengan seelok-eloknya dan Dewan dapat maklumat yang lebih bagus. Sila.
Bismillahirrohmanirrohim. Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi. Soalan lisan nombor satu. Jawapan Ahli-ahli Yang Berhormat senarai kluster industri yang masih aktif dan telah tamat di Pinang dan jumlah kes positif setiap kluster hingga 12 Ogos 2021 adalah seperti di lampiran A, senarai yang panjang. Sub seksyen A, sekiranya berlaku kluster COVID-19 di sesebuah kilang, siasatan akan dibuat oleh pasukan penyiasat Pejabat Kesihatan Daerah ataupun PKD yang berkenaan ke atas semua kilang yang mempunyai kluster COVID-19. Panduan dan nasihat berkenaan langkah kawalan dan pencegahan akan diberi. Sekiranya perlu, kilang tersebut akan ditutup atau dikenakan kompaun mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), berdasarkan kepada penilaian risiko oleh pasukan penyiasat Pejabat Kesihatan.
Soalan (B), sehingga 20 Ogos 2021, Penang Safe telah menjalankan saringan kepada 59 syarikat dengan 6,753 pekerja. Jumlah pekerja yang disaring dan positif adalah 145 orang ataupun 2.15%. Pecahan mengikut Pejabat Daerah dan Tanah adalah seperti berikut: DAERAH KES POSITIF SPU 1 SPT 120 SPS 17 BD 7
Pecahan Kadar jangkitan Mengikut Bulan Adalah : BULAN KADAR JANGKITAN Mei 2021 0.58% Jun 2021 0.64% Julai 2021 3.41% Ogos 2021 4.52%
Pekerja yang disaring dan didapati positif akan dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam ataupun SIMKA. Soalan yang ketiga (C), Sehingga tarikh 23 Ogos 2021, pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Pulau Pinang merekodkan sebanyak 3,217 buah kilang dan syarikat yang telah berdaftar bagi menyertai Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta ataupun PIKAS dengan jumlah keseluruhan pekerja yang berdaftar seramai 254,319 orang.
Jumlah dos 1 dan dos 2 mengikut PPV PIKAS sehingga 22 Ogos 2021 adalah seperti berikut : No Nama PPV Dos 1 Dos 2 1 PPV Jawi Golf Resort 16,402 15,822 2 PPV Equatorial Hotel 34,439 23,585
Ini maknanya, yang tadi itu adalah PPV dimana dipanggil common PPV Industry dimana kilang-kilang kecil boleh menghantar pekerja-pekerja untuk vaksinasi. Seterusnya saya akan baca PPV di dalam kilang. Di Pulau Pinang kita mempunyai PPV di dalam kilang yang paling banyak di Malaysia. Semua sekali PPV industri bawah PIKAS.
No Nama PPV Dos 1 Dos 2 3 PPV Intel 14,000 13,218 4 PPV Plexus 16,997 16,136 5 PPV Jabil 15,300 14,658 6 PPV Flextronics 13,500 10,524 7 PPV Inari P34 20,628 15,448 8 PPV B Braun 8,379 3,828 9 PPV Keysights 9,000 7,380 10 PPV Molex 4,700 4,366 11 PPV Hotel Pearl View 9,983 7,577 12 PPV Matel 4,720 1,068 13 PPV Osram 4,826 2,036 14 PPV Ixora Hotel 16,374 0
Jumlah keseluruhan 189,248 135,642
Senarai-senarai kluster terlampau banyak, kluster kilang ni, just nak sebut di sini yang 70% daripada kluster-kluster dan jangkitan di Pulau Pinang sejak PKP 3.0, adalah daripada tempat kerja kebanyakannya dari kilang dan juga kita punya R-naught pun 70% adalah daripada tempat kerja especially kilang di Pulau Pinang.
Soalan lagi yang saya kena jawab nombor apa? 11 eh? Saya pun tak ingat, 11? Okey. Soalan 11, untuk membendung masalah mental semasa tekanan akibat COVID.
Soalan oleh Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil): 11. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjelaskan apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membendung masalah mental terutamanya tekanan akibat COVID-19?
Okey, No. 11 masalah kesihatan mental....(gangguan).
Mohon laluan. Soalan tambah bagaimana?
Nanti saya izinkan.
Selepas semua?
Kadang-kadang soalan yang nak ditanya aka nada jawapan pada soalan yang berikutnya. Cuba dengar dulu.
Lebih daripada tiga (3) soalan, baru boleh dibuat? Okey, terima kasih.
Sila.
Masalah kesihatan mental bukan sahaja mengakibatkan gejala gangguan mental atau penyakit mental (kesan biologikal dan psikologikal), tetapi mendatangkan kesan kepada kehidupan sosial dan tahap kefungsian individu berkenaan. Rangkaian kerjasama pelbagai agensi di dalam mengendali masalah psikologi telah lama wujud, antara kerajaan, swasta, universiti, NGO dan lain-lain agensi. Kesihatan mental akibat pandemik COVID-19 memberi kesan kepada semua golongan umur, sama ada petugas barisan hadapan (frontliners) dan petugas-petugas lain, masyarakat amnya, mereka yang kehilangan ahli keluarga akibat kematian serta golongan pesakit. Saya nak sebut di sini ya, as of 31 August, pada 31 Ogos semalam, terdapat 13 kematian, sebagai contohnya, accumulative 603 kematian as of 1hb September. Jadi kes kita, 87,000 lebih dan kes sembuh 77,000 tetapi kesannya kepada ahli keluarga dan masyarakat memang memberi tekanan daripada kematian dan sakit COVID. a. Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
(i) Kes-kes sedemikian dikendalikan oleh Pakar Kesihatan Awam dan Pegawai Psikologi Kaunseling (Kaunselor) (ii) Pasukan Mental Health and Psychosocial Support (MHPSS); dan (iii) Aksesibiliti perkhidmatan: Waktu pejabat b. Klinik Kesihatan (i) Kes-kes sedemikian dikendalikan oleh Pakar Perubatan Keluarga, Pegawai-Pegawai Perubatan, anggota paramedik dan Pegawai Psikologi Kaunseling; (ii) Pasukan Mental Health and Psychosocial Support (MHPSS); dan (iii) Aksesibiliti perkhidmatan: Waktu pejabat c. Hospital (i) Kes-kes sedemikian dikendalikan oleh Pakar Psikiatri, Pakar Psikologi Klinikal (Clinical Psychologist), Pegawai-pegawai Perubatan, Pegawai Psikologi Kaunseling (Kaunselor) dan anggota paramedik; (ii) Aksesibiliti perkhidmatan di hospital: 1. Waktu pejabat: i. Temujanji ii. Walk-in 2. Selepas waktu pejabat/cuti: i. Pegawai bertugas atas panggilan ii. Hadir untuk rawatan di Jabatan Kecemasan dan Traumatologi d. MENTARI (Pusat Kesihatan Mental Masyarakat, Klinik Kesihatan Butterworth) (i) Kes-kes sedemikian dikendalikan oleh Pakar Psikiatri dan juga Pakar Psikologi Klinikal. e. Terdapat talian Kasih iaitu talian helpline bebas tol 24 jam yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. f. Saluran Pendidikan (i) Webinar pendidikan telah diadakan dalam pelbagai saluran media g. Kerjasama dengan badan bukan kerajaan (i) Terutama dari segi pendidikan dan bantuan psikososial h. Kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (i) Petugas-petugas kesihatan dan juga pegawai Jabatan Kerja Perubatan Sosial di hospital memberi khidmat nasihat dan bantuan sosial sewajarnya kepada pesakit berdaftar yang terkesan akibat pandemik ini. i. Kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) (i) Rangkaian kerjasama di antara PERKESO, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Pulau Pinang dan Hospital Bukit Mertajam dan Unit Jurupulih Cara kerja di kedua-dua hospital berkenaan telah dijalinkan sebelum ini untuk 19 kes cubaan bunh diri yang dilaporkan berlaku di antara Januari – Mei tahun ini. Peranan Ketua Komuniti seperti Ketua-ketua Kampung, Pengerusi JK Penduduk, Kelab Rukun Tetangga (KRT), MPKK penting dalam mendepani cabaran pandemik dan usaha mendekati masyarakat telah dipergiatkan. Banyak punca yang menyebabkan kesihatan mental terjejas termasuk potensi
membunuh diri semasa pandemik ini rentetan kehilangan pekerjaan. Sokongan kewangan tidakstabil, tekanan keluarga dan sebagainya. NGO seperti Befrienders Penang melaporkan bahawa mereka menerima 6,202 panggilan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 ini. Begitu juga D’Home Mental Health Association yang menerima peningkatan aduan daripada orang ramai yang memerlukan bantuan psikologi. Sejajar dengan hasrat menuju merialisasikan visi Penang2030 iaitu menjadikan Pulau Pinang sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjalinkan kolaborasi dengan pelbagai NGO seperti D’Home Befrienders Penang, Pertubuhan Kebajikan Sneham Malaysia iaitu di bawah Dato’ Dr Florance, Kelab Kiwanis Pulau Pinang, The Penang Buddhist Tzu-Chi Merits society, Junior Chamber International (JCI) dan lain-lain termasuk persatuan dalam kalangan pemain industri seperti Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FFM), Persatuan Industri Semiconductor Malaysia (MSIA), Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SAMENTA) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta golongan professional untuk membentuk gabungan bagi mengkukuhkan dan mempercepatkan penyaluran bantuan kepada rakyat sepanjang tempoh pandemik. Gabungan yang dimaksudkan ini adalah PGCare Alliance gabungan ataupun gabungan PGCare. Gabungan ini mempunyai empat (4) teras utama iaitu satu (1) kesihatan mental, ke dua (2) pekerjaan, ketiga (3) makanan dan perlindungan dan ke empat (4) kewangan. Empat (4) jenis bantuan dibawah PGCare Alliance yang mana semua ini saling berkait antara satu sama lain misalnya kebanyakkan isu kesihatan mental dan tekanan adalah berpunca daripada isu pekerjaan atau kedudukan kewangan semasa tempoh pandemik. Perincian PG Care ini dilampirkan. Actually ada website juga on PGCare segala details boleh didapati di website itu.
Seterunsya soalan 15.
Soalan oleh Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah): 15. Berapakah kos keseluruhan vaksinasi di Pulau Pinang? (a) Senaraikan belanjawan Kerajaan Negeri dan pihak-pihak yang terlibat dalam program vaksin negeri ini. (b) Mengapakah Kerajaan Negeri boleh tertipu dengan scammer sebanyak 2 juta dos vaksin
Soalan 15 berkenaan dengan kos vaksinasi di Pulau Pinang. Kerajaan Persekutuan melalui MOSTI telah meluluskan siling peruntukan sebanyak RM25.1 juta kepada Kerajaan Negeri Pinang bagi menampung perbelanjaan pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin atau PPV. Peruntukan dimaklumkan akan disalurkan secara berfasa dengan itu daripada RM25.1 juta itu, RM7.71 juta telah disalurkan pada 16 April 2021 bagi fasa satu (1) dan dijangka akan menerima tambahan peruntukan sebanyak RM7.8 juta untuk fasa kedua dalam tempoh terdekat ini. Pihak MOSTI juga memaklumkan sekiranya siling yang ditetapkan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan PPV maka peruntukan tambahan akan dipertimbangkan juga pada masa yang sama Kerajaan Negeri telah meluluskan RM2 juta untuk menampung kos-kos pengoperasian PPV yang tidak dapat ditampung oleh perbelanjaan peruntukan Kerajaan Persekutuan. Sehingga 30 Julai 2021, jumlah perbelanjaan mengikut butiran dalam LAMPIRAN A.
Lampiran nanti letak di meja Yang Berhormat selepas sesi soalan lisan.
So dalam lampiran tu ada berapa peruntukan iaitu RM7.71 juta yang telah diterima peruntukan yang ditanggung RM5.7 juta peruntukan yang telah dibelanjakan RM1.495 juta baki yang belum RM6.214 juta. Soalan yang seterunya. Kerajaan Negeri menerima tawaran sumbangan vaksin dan Kerajaan Negeri telah menulis kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk pandangan dan khidmat nasihat pihak KKM telah membalas surat dengan memaklumkan Kerajaan Negeri tidak perlu menimbangkan sumbangan tersebut, ni soalan pasal sumbangan vaksin tidak perlu menimbang pada awal-awal pandemik kita lah kerana Kerajaan Persekutuan telah merangka dan melaksanakan Program Imunisasi COVID Kebangsaan secara keseluruhannya. Hanya pada bulan Ogos baru ni kita berlaku kelewatan mendapat vaksin dan pada 31 Ogos semalam pihak Kerajaan Selangor telah menyumbang secara percuma 20,000 vaksin daripada Selangor bernilai RM3 juta yang telah dihantar ke kita punya PPV pada 30 Ogos dan juga kita juga telah menerima kelulusan dari pihak KSU bawah CITF Kebangsaan meluluskan sekiranya untuk mendapat lebih vaksin. Sekarang kita ada dua (2) offer maknanya pihak Kementerian telah memberi surat meluluskan kita untuk meminjam daripada Kerajaan Selangor dan juga pinjaman vaksin ini dalam surat pada, yang saya baru terima kelmarin yang dihantar kepada SUK ialah Kerajaan Pusat akan memulangkan balik vaksin yang telah dipinjam tapi kita juga menerima secara verbal tawaran daripada Kerajaan Persekutuan KKM untuk memberi vaksin yang kita perlukan itu lebih awal supaya kita mendapat tambahan vaksin secepat mungkin sebab pada 3 September kita akan menerima 140,000 vaksin Pfizer dan juga kita akan menerima pada 10 September hampir 200,000 vaksin Pfizer dan tambahan kita dah dapat kelulusan tambahan 200,000 vaksin dan semalam kita dah dapat secara percuma sumbangan Kerajaan Selangor 20,000 dengan vaksin yang kita dapat ini insya-Allah kita dapat suntik 100% penduduk Pulau Pinang especially, terutamanya dos satu (1), dos pertama by pertengahan bulan September, ini insya-Allah dapat membantu supaya melindungi penduduk Pulau Pinang sekurang-kurangnya ada satu (1) dos.
Seterusnya soalan 17.
Soalan oleh Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz): 17. Kes positif COVID-19. (a) Mengapakah berlakunya peningkatan mendadak di Malaysia khususnya di Pulau Pinang? (b) Apakah Kerajaan Negeri mempunyai masalah dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menguruskan hal ini? (c) Apakah pandangan Kerajaan Negeri mengenai kuarantin kendiri? Bukankah ianya akan meningkatkan lagi kes positif COVID-19? Soalan 17. Okey. Peningkatan kes di Pulau Pinang mula dilaporkan sejak Negeri Pulau Pinang memasuki Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara pada 7 Julai 2021. Antara punca utama peningkatan ini adalah seperti berikut:
1. Kes yang melibatkan kilang dan industri. Siasatan pihak Pejabat Kesihatan Daerah mendapati kes-kes yang melibatkan pekerja kilang dan industri merupakan antara penyumbang terbesar kepada kes-kes yang direkodkan di Pulau Pinang. Punca jangkitan kebiasaanya akan menjurus kepada penempatan pekerja warga asing yang akan melibatkan pencampuran antara lebih dari 10 kilang dalam satu kawasan penempatan atau asrama. Kuarantin yang sempurna juga tidak dapat dijalankan dengan baik kerana fasiliti rumah yang kurang sesuai dan sentiasa melebihi kapisiti yang dihadkan. Kajian yang dilakukan oleh Dr. David Benjamin Lim pakar matematik dari Stanford mendapati 70% daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Pulau Pinang adalah berpunca daripada kluster tempat kerja di mana dari 1 Jun 2021 hingga 14 Julai 2021, 6,222 kes adalah berpunca daripada kluster tempat kerja dari keseluruhan, dari jumlah keseluruhan kes 8,668. Jadual satu (1) menunjukan kadar kebolehan jangkitan di Pualu Pinang dari 1 Julai 2021 hingga 1 Ogos 2021 mendapati kadar kebolehan jangkitan di Pulau Pinang 1.218, kluster tempat kerja 0.686, lain-lain kluster 0.536. 2. Punca jangkitan COVID ialah penularan dalam komuniti. Penularan dalam komuniti berlaku dan mengakibatkan jangkitan yang sukar dikawal. Terdapat isu pematuhan SOP yang lemah yang menyebabkan risiko jangkitan yang lebih tinggi. LAMPIRAN A diletakan di atas meja Yang Berhormat mempunyai perinci keseluruhan kes sembilan kes dan trend kes-kes COVID-19 mengikut kes dan kumpulan umur. 3. Jangkitan dalam kalangan isi rumah dan keluarga. Jangkitan dari kilang dan aktiviti ekonomi juga melibatkan pekerja warganegara Malaysia yang tidak tinggal di asrama pekerja. Pekerja warganegara akan tinggal bersama keluarga masing-masing dan akan mengakibatkan penularan dalam kalangan ahli keluarga. Selain itu, aktiviti ekonomi dan sosial sepanjang Program Pemulihan Negara fasa dua (2) (PPN) juga menjadi punca menjadi penularan COVID-19 di premis-premis terlibat seperti pasar, tapak bina dan pusat perniagaan. Kesannya penularan akan berterusan di rumah yang menjadikan bilangan kes terus meningkat. Soalan (B), setakat ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai masalah dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menguruskan pandemik ini. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan sentiasa bekerjasama dalam membuat keputusan-keputusan penting berkaitan dengan pandemik. Saya nak sebut di sini, antara banyak-banyak negeri di Malaysia ni, satu-satunya EXCO Negeri yang duduk dalam mesyuarat CITF Kebangsaan ialah Pualau Pinang lepas tu baru Selangor masuk dan Sabah Sarawak dia lain dia dikira sebagai Menteri taraf Menteri. Hanya, saya nak sebut di sini ya, kalau kita tengok sign of the data. Sign of the data menunjukkan jangkitan COVID berlaku ditempat yang tertutup macam tadi yang disebutkan oleh yang saya sebutkan tadi duduk ramai-ramai dan berlaku jangkitan. Tetapi saya rasa Kerajaan Pusat sepatutnya mengikut apa yang dilakukan oleh negara-negara luar seperti New Zealand di mana mereka tidak tutup, maknanya mereka benarkan peniaga-peniaga kecil, penjaja-penjaja di Farmers Market di pasar-pasar terbuka, maknanya apabila berlaku lockdown mereka-mereka yang kecil kecil ini tidak akan terjejas kita di Malaysia…(gangguan).
Yang Berhormat Penanti kembali ke soalan.
Ya, I know, I just nak sebut pasal penularan kes inilah sepatutnya kalau kita membenarkan kilang-kilang kita dibuka dan 70% daripada jangkitan kes daripada kilang sektor lain yang tidak menyumbang kepada jangkitan kes itu sepatutnya tidak di penalize tidak dihukum dan ditutup. Sepatutnya kita patut jadi macam negara-negara New Zealand semua itu, yang membenarkan pasar-pasar yang dibuka….(gangguan).
Balik kepada soalan yang berkenaan jawab yang berkenaan sudah.
Okey, No. C, soalannya ialah mengenai kuarantin kendiri, sehingga 9 Ogos sebanyak 900 kes baru, 908 kes baru telah dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Pulau Pinang adalah sebanyak 53,276 kes. Pada awal pandemik semua kes positif COVID-19, telah dimasukkan ke hospital untuk tujuan rawatan namun begitu pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pengurusan COVID-19 Bilangan 1/2021 pada 4 Januari 2021, dan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pengurusan Bencana KKM pada 11 Januari 2021 telah bersetuju untuk kes positif COVID-19 Kategori 1 yang tidak bergejala dan kategori 2 bergejala ringan untuk di isolasi di rumah atau tempat kediaman atau di hotel atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Risiko Rendah (PKRC) atau hospital mengikut kesesuaian tempat kediaman kes. Untuk Negeri Pulau Pinang memandangkan bilangan kes positif adalah melebihi kapasiti katil di PKRC dan hospital kes-kes yang menepati kriteria Kategori 1 dan 2 dibenarkan di isolasi di tempat kediaman ataupun di hotel. Kes-kes ini dipantau status kesihatan oleh Pusat Penilaian COVID-19, COVID-19 Assessment Centre ataupun CAC menggunakan senarai semak Home Assessment Tools sehingga 9 Ogos 2021 bilangan kes baru harian di bawah CAC adalah sebanyak 554 kes. Manakala bilangan kes harian yang masih di bawah pemantaun kes aktif CAC adalah 4,215 yang tadi tu kes baru harian, ini kes yang aktif yang ada sekarang. Maklumat terperinci mengenai peningkatan kes COVID-19 kategori 3 dan 4 di PKRC dan cara menggunakan Pulse Oximeter semasa di dalam kuarantin kendiri adalah seperti di Lampiran A yang diletakkan di atas meja Yang Berhormat.
Soalan 20 dan 21.
Okey, actually ada all the breakdown...(gangguan).
Nanti hantar ke meja Yang Berhormat.
Ya, saya nak sebut juga sebab masa kita key in jawapan kita belum buat satu kaedah baru yang telah dimulakan oleh Jabatan Kesihatan iaitu kita mempunyai COVID-19 Emergency Careline yang telah ditubuhkan secara live sejak 28 Ogos. Maknanya mereka yang kuarantin di rumah jika ada kesesakan nafas maknanya dia duduk kuarantin di rumah patutnya dia tak ada gejala ataupun gejala ringan tapi apabila gejala tu bertambah pesakit tu boleh call 999 dan di Pulau Pinang kita satu-satunya negeri di mana call kepada 999 jika ia adalah pesakit COVID-19 akan dihantar kepada COVID Emergency Careline di mana setiap call akan dibuat panggilan kepada setiap orang yang call 999 ini, yang COVID-19. Pertamanya call itu akan pergi ke MEC ataupun Medical Emergency Centre di Seberang Jaya di Hospital Seberang Jaya di mana saringan dibuat oleh Medical Assistants. Lepas itu ia akan dihantar kepada COVID-19 Emergency Careline dan team dari COVID-19 Emergency Careline akan telefon caller tadi yang buat panggilan 999 dan tanya keadaan dia. Tindakan yang di ambil ialah ia akan menghantar COVID-19 High Risk Vehicle untuk mengambil pesakit bawa ke PKRC ataupun hospital. Setakat semalam 90 calls panggilan 999 telah diambil oleh COVID-19 Emergency Careline dan depa ambil kos ini dan 48 orang telah mendapat pengangkutan van dan juga bas di mana dalam van itu ada oksigen. 90% daripada kes-kes panggilan adalah kes di mana mereka takut maknanya oksigen level dia masih di paras 95 % ke atas, jadi dia tak perlu sebenarnya masuk kategori 5 tapi di takut jadi banyak kes panik.
Yang Berhormat go to next question.
Okey, saya nak sebut untuk rakyat di sana kalau berlaku apa-apa peningkatan dalam gejala tolong call 999 kita ada team baru yang telah ditubuhkan. Seterusnya No. 20 ke?
Ya.
Soalan oleh Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee): 20. Nyatakan pusat persampelan untuk pengambilan saringan di Pulau Pinang mengikut daerah. (a) Berapakah saringan harian yang diambil di Pusat Kesihatan Berapit? (b) Bagaimanakah kerajaan dapat mengawal golongan yang membuat saringan agar tidak berjalan atau parkir di luar pusat tersebut iaitu di taman perumahan dan menyebabkan kerisauan masyarakat setempat?
Okey, no. 20 berkenaan dengan Pusat Pensampelan COVID-19 di Pulau Pinang mengikut daerah. Daerah Timur Laut, di Klinik Kesihatan Jalan Perak, Klinik Kesihatan Jalan Angsana, Klinik Kesihatan Sungai Dua, Klinik Kesihatan Jalan Macalister, Daerah Barat Daya, di Klinik Kesihatan Bayan Baru, Daerah Seberang Perai Utara, Dewan Besar Sungai Dua, Daerah Seberang Perai Tengah, Klinik Kesihatan Berapit, Daerah Seberang Perai Selatan, Klinik Kesihatan Bukit Panchor. Klinik Kesihatan Berapit menjalankan saringan untuk kes-kes yang disyaki COVID-19 kontak rapat, kes bergejala dan untuk tahanan baru. Secara purata
Klinik Kesihatan Berapit akan menjalankan sekitar 200 ke 300 pensampelan sehari terdiri daripada ujian RTK-PCR dan RT Antigen. Individu yang menjalani saringan akan diminta sentiasa mengekalkan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal sepanjang masa. Pemakaian gelang dan dokumen pemakluman perintah kuarantin akan diberikan untuk memastikan pergerakan mereka terhad ke kediaman masing-masing setelah proses saringan. Terdapat agensi yang bertindak untuk mengawal lalu lintas dan tinjauan untuk memastikan tiada kesesakan berlaku di luar kawasan pusat pensampelan seperti RELA dan PDRM.
No. 21
Soalan oleh Ahli Kawasan Air Putih (YB. Lim Guan Eng): 21. Sila nyatakan bilangan kematian daripada wabak COVID-19 setiap bulan di Pulau Pinang sejak tahun lepas. (a) Berapakah jumlah dos pertama dan kedua vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZaneca yang diberikan setiap bulan sejak tahun lalu mengikut daerah?
Okey, ini soalan berkenan dengan kematian. Kes kematian di Pulau Pinang sehingga 26 Ogos. Kalau kita bandingkan di sini untuk Mac sehingga Disember 2020 terdapat hanya 9 kematian, saya ucap takziah kepada semua keluarga tetapi pada 2021 jumlah kematian adalah 469 orang. Dirujuk Lampiran A diletakkan secara terperinci berkenaan dengan data kematian dan graf details. Soalan yang kedua berkenaan dengan jumlah dos pertama dan kedua Pfizer, Sinovac, dan AstraZeneca yang diberikan setiap bulan. Pemulaan pemberian vaksin adalah pada 23 Februari 2021. Rajah penerimaan vaksin mengikut jenis daripada Februari sehingga 5 September 2021 bagi Negeri Pulau Pinang adalah Februari Pfizer 16,380, jumlah Februari 16,380, kita tak dapat vaksin lain pada Februari hanya Pfizer saja. Pada bulan Mac 51,860 vaksin dan hanya Pfizer pada April kita dapat 44,460 Pfizer dan Sinovac 7,400 jumlah pada April 51,860 vaksin. Pada bulan Mei, Pfizer kita terima 60,840 Sinovac 39,580 jumlah 100,420. Pada Jun, Pfizer 117,000, Sinovac 106,500, AstraZeneca 61,000 jumlah Jun 284,500. Pada bulan Julai baru kita terima peningkatan yang lebih iaitu Pfizer 299,622, Sinovac 369,318, AstraZeneca 84,700, total untuk Julai 753,640. Untuk Ogos sehingga 17 Ogos kita menerima 140,400 Pfizer, 209 lapan 209,860 Sinovac, AstaZeneca 40,000. Jumlah Ogos setakat 17 Ogos ialah 360,260 dari 30 Ogos sehingga 5 September kita menerima 140,400.00 Pfizer, Sinovac 11,300 ni kalau kita tambah Sinovac yang kita baru dapat semalam tu tambah lagi 20,000 so kalau dari Kerajaan Persekutuan untuk sampai September 151,700, 151,700 sebab tu kita telah mohon tambahan vaksin 200,000 tu supaya kita cukup. Jumlah penduduk yang kita perlukan yang belum dapat dos pertama adalah lebih kurang 169,000 penduduk yang belum menerima suntikan pertama so kalau kita campur dengan 200,000 lagi insya-Allah kita boleh suntik semua orang. Baik. Macam saya kata tadi baik baik pertengahan September. Agihan vaksin diberi mengikut ketetapan penerimaan daripada peringkat kebangsaan. Tempoh antara dos 1 dan dos 2 adalah mengikut jenis vaksin iaitu kelaziman bagi Pfizer dan Sinovac adalah 21 hari manakala bagi AstraZeneca adalah 9 minggu. Penggunaan vaksin di daerah adalah berdasarkan jenis serta kapasiti pusat pemberian vaksin yang terdapat di daerah tersebut. Setakat ini kita mempunyai lebih kurang rasanya 47 pusat pemberian vaksin tidak termasuk klinik-klinik swasta di Pulau Pinang. Soalan 30 ke?
Ya.
Soalan oleh Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon): 30. Sejauh manakah sistem kesihatan awam negeri Pulau Pinang bersedia untuk berdepan dengan penularan varian Delta COVID-19 yang lebih mudah merebak serta menjangkiti individu lain dengan lebih pantas? (a) Bilakah jangkaan herd immunity boleh dicapai di Pulau Pinang? (b) Adakah vaksin yang disuntik kini mampu untuk melindungi rakyat daripada varian Delta dan Lambda?
Jawapan berkenaan dengan sistem kesihatan awam. Sistem kesihatan awam di Negeri Pulau Pinang di bawah Jabatan Kesihatan negeri Pulau Pinang bersedia untuk menghadapi ancaman varian COVID-19 yang baru dan lebih cepat menular berbanding sebelumnya. Actually sebelum ini kita ada satu (1) ja kes delta pada bulan Jun tetapi maklumat terkini daripada The DNA Profiling Of The Virus kita ada I think about tujuh (7) tapi rasanya dah dia dah membiak-biak Terdapat aktiviti yang dirangka untuk merealisasikan tujuan persediaan menghadapi ancaman tersebut berlandaskan beberapa perancangan. Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang sentiasa mengambil perhatian terhadap aktiviti virus...(gangguan).
Dato’ Speaker. Maaf menganggu Menurut jawapan EXCO diberitahu tujuh (7) kes delta sahaja. Maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan menyatakan 31 kes delta di Pulau Pinang kedua tertinggi di Malaysia selepas Sarawak. Adakah jawapan ini tepat?
Okey. Sorry. Yang ini yang maklumat saya dapat dari mesyuarat yang baru ini 2 hari lepas. So mungkin yang the latest information saya saya tak sempat tengok tapi saya nak jawab jawapan sebab jawapan jawapan. yang kita key- in ini jawapan yang kita key-in ini dalam sistem adalah ada tarikh. Setiap hari berlaku peningkatan as of today dia lain...(gangguan).
Maklumat ini daripada 16 Ogos sehingga 29 Ogos. Nanti kita boleh hantar dalam ini. Ini daripada Jabatan Kesihatan. EXCO kata tujuh (7) kes delta sahaja.
Okey.
Kita kedua tertinggi selepas Sarawak. Selepas Sarawak
Saya sebut ini berdasarkan apa jawapan yang di key-in kan dalam sistem mengikut tarikh - tarikh itu la.
Beri jawapan.
Tarikh tarikh yang di key-in oleh Jabatan Kesihatan. So selepas tarikh berlaku you know berlaku peningkatan Kebanyakkan masa key-in ini adalah pada 12 Ogos. Jabatan krisis kesihatan seperti yang sebut tadi sentiasa mengambil perhatian
Dato’ Speaker, maaf menganggu lagi Dato Speaker. Jawapan dari 12 Ogos kita hari ini 1 September, tak dak relevant.
Tak saya saya faham.
COVID is an serious isu Dato’ Speaker.
So that why I put many times... (gangguan).
Saya, saya nak terangkan jawapan – jawapan ini telah di keyin oleh jabatan berkenaan. Jadi kebanyakan jabatan berkenaan yang saya dapatlah dia keyin kebanyakan jawapan adalah pada tarikh paling lewat pun 12 Ogos jadi...(gangguan).
Maaf, maaf tanggung jawab seorang EXCO ada untuk bagi maklumat yang tepat
Ya, saya paham...(gangguan).
Duduk Penanti. Duduk juga. Saya bantu untuk perjelaskan. Kesemua jawapan adalah dijawab dalam buku jawapan adanya timeline. dia. Dia tak mungkin dapat maklumat ataupun perangkaan sehingga semalam. Ini perlu difaham oleh Ahli–ahli Yang Berhormat lah. Tetapi
jenis ini kalau memerlukan perangkaan yang terkini, EXCO pun boleh membagi selepas EXCO dapat perangkaan yang terkini lah. Itu saya rasa kena difaham oleh semualah dan mintak EXCO teruskan soalan ini. Saya nak henti di setakat soalan ini untuk terima sedikit soalan tambahan.
Okey, ni seperti saya sebut ya. Sample yang dihantar untuk tujuan whole genome sequency ke Institute of Medical Research (IMR) untuk tujuan analisa penuh varian COVID-19. Aktiviti ini telah pun bermula sejak pertengahan 2021 dan sehingga 11 Ogos kita dapat satu (1) kes import varian delta melibatkan seorang pengembara dari Costa Rica. Kes positif COVID-19 dengan varian of concern dan varian of interest mengikut negeri sehingga 17 Ogos varian delta tiga (3) kes pekerja kapal saringan kontek rapat dua (2) kes health care worker breakthrough infection kedua –duanya di Hospital Pulau Pinang satu beralamat di SPU dan satu di Timur Laut. Satu kes kluster Jalan Kampung bukit dan dua (2) kluster kes Lebuh Kurau Tiga. Varian delta (1) satu kes penggembara dari Costa Rica telah disembuh. Aaa, saya minta maaf sebab ini yang di keyin oleh dan diluluskan dan mungkin saya dah tanya actually daripada doktor tapi saya tak dapat yang terkini. Rujuk kepada lampiran respond kesihatan awam terhadap COVID-19 juga sentiasa berterusan dengan menjalankan pemantauan surveillance COVID-19 cara sentinel bagi mengesan jangkitan COVID-19 dalam kalangan klien klinik kesihatan yang bergejala. Dengan cara ini mereka akan lebih cepat di isolasi untuk mengekang penularan dalam komuniti. Bahagian Kesihatan Awam juga akan menjalankan kolaborasi dengan agensi awam dan jentera di bawah Kerajaan Negeri bagi membantu pengurusan pesakit COVID-19 dan kontak rapat yang sedang dalam tempoh kuarantin. Pematuan SOP juga dititikeberatkan melalui aktiviti penguatkuasaan kesihatan awam yang akan lebih dirancakkan lagi bagi memastikan penularan dapat dikawal diperingkat komuniti. (C) Walaupun kes COVID-19 harian tinggi meningkat kepada 2500 kes kebanyakkan kes tidak mempunyai ni setakat date haritulah yang masa kita tengok data tu yang diberikan oleh saya nak maklumkan di sini la maknanya pada masa itu 98% tidak mempunyai gejala atau mempunyai gejala ringan tetapi jumlah kes Kategori 5 dengan jangkitan serius yang memerlukan rawatan di hospital meningkat kepada 21 kes pada 24 Ogos. Oleh itu untuk mengelakkan mereka yang dikuarantin di rumah iaitu lebih kurang 7,000 lebih orang dari menjadi sakit ke kategori lebih tinggi. Dr. Leong, Ketua PKRC Kompleks Masyarakat Penyayang yang mempunyai kemudahan oksigen dengan untuk kes Kategori 3 dan 4 dan kita telah memulakan pasukan tindakan kecemasan COVID-19 untuk mempercepatkan 911 panggilan 911 tindak balas dan telah mula melatih 24 sukarelawan di Dewan Pintar di Taman Guar Perahu Penanti cara kolektif. Semua usaha yang dinyatakan akan membantu usaha Pulau Pinang dalam usaha menghadapi varian baru COVID-19 yang lebih cepat berjangkit dalam kalangan komuniti. Mencapai herd komuniti apabila 80% telah menerima kedua-dua vaksin sehingga 25 Ogos sebanyak 79.9% orang dewasa di Pulau Pinang telah menerima dos 1 dan sebanyak 50.5% orang dewasa menerima dos 2. Rujukan Lampiran 2 diletakkan di atas meja Yang Berhormat. Vaksin kini mampu melindungi rakyat dari mendapat jangkitan penyakit COVID-19 dikategori yang lebih teruk iaitu kategori 4,5 dan 3.
Terima kasih Yang Berhormat Penanti. Setakat untuk Yang Berhormat Penanti untuk hari ini. Saya nak buka kepada soalan tambahan
Dato’ Speaker soalan tambahan.
Sila. Bukit Tambun
Kluster industri telah wujud tanpa berhenti sejak bulan Mac tahun ini sepanjang lima (5) bulan telah menyebabkan kes positif di Pulau Pinang melonjak tinggi dan berkekalan 4 digit sepanjang bulan Ogos. Adakah Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak berkuasa untuk menutup kilang? Soalan kedua Saringan COVID merupakan alat pengesan yang sangat penting selain vaksinasi. Walau bagaimanapun selepas dua (2) bulan FFM mengumumkan akan membuat saringan secara sukarela tetapi jawapan yang diterima tadi hanya 59 kilang melibatkan 6,752 pekerja sahaja menjalankan saringan. Sebaliknya Penang Saring Lawan COVID anjuran Bahagian Kerajaan Tempatan telah menjalankan 40 ribu saringan dalam satu bulan. Adakah pihak FFM ini tidak serius tentang saringan ini? Persoalan di sini adakah Kerajaan Negeri ataupun Jabatan Kesihatan boleh memastikan pihak kilang menjalankan saringan secara berkala dan memaklumkan laporan kepada Pihak Berkuasa. Ini kerana Penang Saring COVID-19 melaporkan keputusan pada keesokkan hari setiap hari Dalam perkara ini mengucapkan tahniah kepada Datok Keramat. Soalan ketiga adakah, soalan ketiga mengenai vaksinasi PIKAS. Mengikut jawapan yang diberi sehingga harini terdapat 254,319 orang telah divaksinasi melalui program PIKAS. Sejumlah berapakah rakyat Pulau Pinang yang menerima vaksin menerusi program ini? Persoalan ini penting kerana saya tidak mahu pada hujung bulan ini kita Kerajaan Negeri mengumumkan 100% orang dewasa yang berdaftar menerima sekurang-kurangnya 1 dos tetapi secara realitinya masih lagi ada anak Pulau Pinang yang belum menerima vaksin sekurang-kurangnya 1 dos. Oleh itu, pecahan mengikut tempat, negeri, penetapan mereka adalah penting dalam program PIKAS ini sekian.
Sila, Yang Berhormat Penanti.
Untuk program PIKAS ini, dia adalah berdasarkan kepada majikan dan kita dapati terdapat 100,000 daripada pekerja yang disuntik itu adalah berada di luar Pulau Pinang tapi sebab mereka bekerja di sini, disebabkan itu mereka juga disuntik. Berkenaan dengan penutupan kilang itu adalah di bawah kuasa Jabatan Kesihatan Negeri dan saya ada data itu, it just that saya taknak sebut saya kena pastikan the exact figure as off sekarang jadi nanti saya akan berikan jawapan itu selepas ini. Tadi apa lagi ya soalan dia macam…(gangguan).
Persatuan Kilang-Kilang Malaysia sebab ikut data 6732 pekerja yang buat saringan.
Untuk yang apa ni saringan Penang Saring COVID ini adalah bertujuan untuk saring penduduk especially di kawasan hotspot dan kita mensasarkan 1,000 setiap penduduk untuk setiap KADUN, jadi 40 KADUN 40,000. Ini adalah untuk penduduk awam dan perbelanjaan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang saya rasa sebanyak RM3.5 juta yang dilakukan oleh pihak FFM adalah secara mereka kena is a deep throat saliva full deep saliva test yang digunakan untuk dan test itu adalah test PCR so apa yang berlaku ialah syarikat-syarikat akan mendaftarkan pekerja mereka yang saya tahu terdapat lebih kurang 30,000 pekerja yang telah didaftarkan untuk program ini dan tapi ia majikan itu perlu membayar. Kenapa dia buat begini ialah supaya dia nak prevent cluster tu daripada berlaku tetapi FFM dia banyak telibat dengan syarikat-syarikat yang kecil. So mungkin saringan yang dilakukan oleh kilang-kilang multi MNC kilang-kilang yang besar itu mereka buat saringan sendiri bukan melalui Penang Safe.
Sila, Yang Berhormat Bayan Lepas.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya berdiri di sini bukan untuk soalan tambahan. Masalahnya soalan saya no. 17 (C) yang berbunyi “Apakah pandangan Kerajaan Negeri mengenai kuarantin kendiri. Bukankah ianya akan meningkatkan lagi kes positif COVID-19” tidak dijawab oleh Yang Berhormat EXCO. Soalan tambahan saya yang itu masih tak dijawab lagi dalam soalan yang saya minta dalam soalan lisan. Soalan tambahan saya kenapakah ketika ini rakyat biasa terlalu sukar untuk mendapatkan saringan percuma daripada klinik kerajaan atau pun hospital kerajaan walaupun kebanyakan mereka adalah di stage 2 yang bergejala tidak seperti yang telah disebarkan untuk sebaran umum oleh CPRC dan juga Jabatan Kesihatan Negeri (JKN). Last sekali pergi ke fasiliti kesihatan terdekat untuk mendapatkan penilaian daripada Pegawai Perubatan yang bertauliah dan menjalani saringan COVID-19. Ini tidak berlaku kerana bagi saya saringan ini adalah amat penting untuk kita membendung penularan wabak ini mohon Yang Berhormat menjawab.
Okey Yang Berhormat.
Tadi jawapan yang saya bagi itu adalah berdasarkan key-in masa tu tapi pada 29 Ogos please tolong sabar sikit ini 29 Ogos yang saya terima daripada Timbalan Pengarah Kesihatan, untuk stay home ataupun mereka yang kuarantin di rumah atau pun di hotel, kes aktif ialah 7,832 kes kumulatif untuk stay home ataupun kuarantin di rumah ialah 44,635. Kes sembuh untuk yang kuarantin di rumah ialah 36,801 dan berlaku satu kematian, ini adalah berdasarkan kepada data yang saya terima pada 29 Ogos…(gangguan).
Ada satu soalan lagi.
Tidak dijawab soalan yang saya bangkitkan pandangan Kerajaan Negeri mengenai program yang dikatakan kuarantin kendiri ini masih tidak menjawab persoalan saya ini…(gangguan). Pandangan sama ada ianya bagus, adakah ianya terlalu berisiko atau pun kurang risiko dan sebagainya.
Berkenaan dengan saringan, keputusan MKN pada 8hb Ogos ialah saringan tidak dilakukan kepada kontak rapat maknanya jika satu orang dalam rumah itu sah positif ikut Jabatan Kesihatan ialah mereka tidak akan lakukan saringan kepada penghuni lain dalam rumah itu kerana diandaikan semua adalah positif disebabkan oleh peningkatan kes yang telah berlaku jadi kecuali kalau pesakit itu adalah dalam kategori high risk maknanya mengandung ada komorbiditi sakit ataupun BMI tinggi ataupun obese then mereka akan buat saringan untuk pesakit-pesakit sorry yang dalam rumah itu kontak rapat itu ada high risk then baru mereka buat saringan itu yang saya diberitahu in term of keputusan yang telah diterangkan kepada saya. Maknanya semua di dalam rumah itu akan diberikan gelang walaupun saringan tidak diambil dan CAC mereka mempunyai nombor panggilan CAC tetapi setiap daerah mempunyai nombor panggilan masing-masing dan seperti yang saya sebut disebabkan oleh peningkatan kematian, ataupun peningkatan kes-kes pesakit yang kuarantin di rumah telah meningkat ke kategori yang lebih tinggi disebabkan itu, Jabatan Kesihatan bawah kecemasan telah create PUCC ataupun COVID-19 Command Centre di bawah COVID-19 Comand Centre ini melalui panggilan 999 sebab itu kalau kita PKD kata apa-apa kalau tidak dapat call CAC sebagai contohnya, call 999 dan panggilan-panggilan daripada pesakit COVID-19 yang masih boleh berjalan, yang masih boleh ikut apa penyiasatan awal ikut medical assistant di MEC di Hospital Seberang Jaya tu akan transfer maklumat pesakit itu kepada COVID-19 Emergency Careline, COVID-19 Emergency Careline ini yang akan telefon pesakit yang call itu atau pun jiran ka, kakak dia ka, yang ada kes-kes kakak dari Johor pun call sebab adik dia yang 94 tahun kita akan call telefon dan apa ni ada beberapa konsultan kecemasan, physician consultant access the case and COVID-19 Emergency Careline ini based on arahan daripada consultant physical dia akan tengok apa vehicle yang akan dihantar kepada pesakit itu, sebab itu saya kata sejak 28 Ogos, 90 panggilan kecemasan 999 telah reroute kepada COVID-19 Emergency Careline dan dari situ 48 telah diambil melalui high risk transport vehicle yang ada oksigen atau pun…(gangguan).
Terima kasih Yang Berhormat Penanti kerana menjawab.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bukan soalan tambahan cuma nak minta penjelasan, tadi saya dengar Yang Berhormat Penanti beritahu daripada 44,000 orang yang dikuarantin kendiri di rumah hanya seorang sahaja yang meninggal adakah ini data yang tepat? Dato’ Speaker, kita sekarang tengah bincang health crisis ini berkenaan nyawa orang..(gangguan).. tak boleh ada jawapan yang tidak tepat sebab di kawasan saya, Yang Berhormat Penanti bagi saya habis dulu di kawasan saya sendiri orang yang dikuarantin di rumah dua orang meninggal, saya dapat jawapan seorang meninggal daripada 44,000 adakah ini jawapan yang betul Dato’ Speaker? Ini nyawa manusia we cannot give this kind an answers…(gangguan).
Jawapan ini adalah CPRC Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bertarikh 29 Ogos 2021,...(gangguan).
Nak tanya ka atau nak bantu untuk perjelas?
Just untuk bantuan, just a very a quick one, two thing that everything I can assist yang pertama I think daripada Bayan Lepas dan juga Bukit Tambun, tentang apakah tindakan yang boleh diambil because ada kaitan dengan Pihak Berkuasa Tempatan, saya ambil kesempatan untuk jawab. Pihak Berkuasa Tempatan sememangnya tiada kuasa ini di bawah kementerian seperti mana rakan saya nyatakan tadi kerana ini adalah di bawah peruntukan Akta 342, so itu adalah apa yang berlaku tetapi di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan ada banyak premis berlesen atau pun berdaftar dibawah Pihak Berkuasa Tempatan yang telahpun ditutup supaya mereka buat prosedur yang perlu di bawah nasihat KKM sebelum ia dibuka semula seperti pasar-pasar dan sebagainya. One more question I think I just assist my colleague, saya ingat dia sudah pun jawab begitu baik pada pagi ini banyak maklumat untuk program saringan ada soalan yang ditanya tadi of course saringan kita di peringkat negeri, kita juga ada program saringan kita yang sendiri iaitu Program Saringan COVID-19 everyone knows PSC19 di mana kita hendak sasar 40,000 orang di Pulau Pinang iaitu seribu di setiap DUN. Untuk makluman semua ingin saya beri sedikit maklumat I think everybody thinking information very-very important I understand from YB. Bagan Dalam sometime information is very important untuk data based untuk program PSC19 Dato’ Speaker, setakat penutupannya pada 24 Ogos kita selesai 40,000 di seluruh Pulau Pinang di mana untuk maklumat semua, pendaftaran dia adalah 46,875 that’s mean dia adalah lebih daripada apa yang kita tawarkan. Dan kesan akibat itu ada perbincangan di pihak Kerajaan Negeri sama ada hendak diteruskan ataupun tidak because ada permintaan daripada rakan-rakan ADUN kita yang mohon supaya kita dapat lihat semula dan kita sedang kaji. Itu adalah keputusan dari Kerajaan Negeri. Saya dalam proses mengkaji. The main thing now is as you may heard my collegue say just now dengan izin kita hendak selesaikan program vaksinasi, so kita dalam bulan September, 1st of September so we want to clear that first we wil see how it goes and then we will see that after saringan to continue. Like I said, walaupun kita divaksin dua kali dua dos tak bermaksud kita tak boleh disaring. World Health Organization nyatakan you have to continue with the screening secara berkala. So we would look into it Dato’ Speaker. Thank you very much.
Terima kasih.
Saya just nak jawab berkenaan dengan arahan penutupan kilang sebab kes banyak di kilang. Tadi ada soalan saya baru nampak data sehingga 28/8/2021 di Daerah Timur Laut 8, Barat Daya 47 kilang telah ditutup, Seberang Perai Utara 27, Seberang Perai Tengah 135, Seberang Perai Selatan 29 dan keseluruhan pada 2021 tahun ini sehingga 28 Ogos 2021 adalah sebanyak 246 kilang yang telah ditutup berbanding kalau pada tahun 2020 adalah 17 dan kebanyakkan kilang yang ditutup pada 2020 adalah di Barat Daya adalah sebanyak 15.
Masa tu Seberang Perai Tengah hanya 1 kilang hanya ditutup, Seberang Perai Selatan 1 kilang.
Terima kasih. Saya terima lagi satu.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada ADUN Penanti atas jawapan yang telah diberi atas soalan saya nombor 15. Sebahagian jawapan telah diberi. Apapun ada soalan yang belum dijawab iaitu pada (B) bagi soalan nombor 15 “Mengapakah Kerajaan Negeri boleh tertipu dengan scammer sebanyak 2 juta dos vaksin pada bulan Mei yang lepas”. Dan oleh kerana tidak dijawab, saya perlu penjelasan dalam dewan yang mulia ini dan soalan tambahan saya oleh kerana isu ini sedikit sebanyak mencalarkan Kerajaan Negeri adakah saya nak kepastian adakah laporan polis telah dibuat? Dan kalau telah dibuat, apakah keputusannya?” Terima kasih.
Terima kasih Penaga. Saya rasa jawapan itu ada jawab tetapi memandangkan ada soalan tambahan, jawab soalan tambahan itulah.
Berkenaan dengan sumbangan itu yang saya bacakan dengan jawapan tadi ialah Kerajaan Negeri menerima tawaran dan telah menulis surat kepada Kementerian Kesihatan untuk pandangan dan khidmat nasihat. Pihak KKM telah membalas surat dengan memaklumkan Kerajaan Negeri tidak perlu menimbangkan sumbangan tersebut kerana Kerajaan Persekutuan telahpun merangka dan melaksanakan program imunisasi COVID-19 Kebangsaan PKK secara keseluruhannya.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya ialah berkaitan mengenai scammer.
Yalah itu jawapan yang saya bagi...(gangguan).
Telah dibuat oleh Ketua Menteri dan pada tarikh 21 Mei pun Ketua Menteri telah membuat permohonan maaf atas scammer tersebut. Kerajaan Negeri tertipu dengan scammer. Saya nak minta penjelasan macam mana boleh tertipu dengan scammer dan adakah laporan polis telah buat?
Okey Penaga saya minta CM untuk clear the sky.
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya menyuarakan kekesalan atas apa yang berlaku dalam media. Bukan saya minta maaf kerana ada scam. Sebab tidak berbangkit seperti dijawabkan setelah nasihat KKM Kerajaan Negeri memang tidak mengadakan apa-apa perbincangan lanjut. Tambahan pula laporan polis dibuat dan sedang disiasat.
Ya terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat...(gangguan).
Dato’ Speaker, Peraturan Mesyuarat 27 mengenai jawapan-jawapan yang diberikan dalam Dewan ini. Dato’ Speaker seperti yang saya katakan tadi, hal berkenaan dengan kesihatan kita perlukan data yang tepat dan saya nak mengambil peluang ini untuk merujuk kepada jawapan-jawapan yang diberi kepada ADUN-ADUN untuk soalan bertulis. Jabatan-jabatan ni saya tak salahkan EXCO sebab soalan bertulis beratus. Mungkin seorang EXCO dapat seratus dua ratus jawapan. Saya nak merujuk kepada satu soalan bertulis saya kepada nombor 29. Saya tanya secara terperinci mengikut KADUN berapakah rumah ibadat Islam telah mendapat geran daripada tabung RIBI...(gangguan).
Soalan 29 tu soalan lisankah?
Soalan bertulis Dato’ Speaker. Saya nak tanya
Nanti sampai bahas.
Saya nak dapatkan panduan Dato’ Speaker. Yang ini dia berikan jawapan yang betul-betul salah. Dikatakan satu kuil di Sungai Puyu kawasannya ADUN kawasan dia tulis Bayan Lepas. Satu tokong daripada Kepala Batas. Jawapannya ditulis di sini ADUNnya adalah Padang Kota. Bagaimana jabatan boleh memberikan jawapan yang cukup bagi saya yang most careless mistake.
Yang Berhormat, saya tujukan kepada EXCO yang berkenaan untuk dapatkan penjelasan nanti.
Dato’ Speaker, ini pun ada kekeliruan. Tabung Jawatankuasa Tabung RIBI dipengerusikan oleh Datok Keramat tetapi jawapan diberikan oleh Padang Lalang, so bagaimana jabatan yang membuat silap ini saya nak dapatkan panduan daripada Dato’ Speaker.
Masalah ini sila direct kepada EXCO berkenaan supaya nanti perjelaskan di dalam Dewan ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk soalan lisan satu jam tiga puluh minit telahpun tamat dan saya nak ikuti dengan jenis minta Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
YB. Dato Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum kita beralih ke usul daripada Yang Berhormat Sungai Pinang, saya Yang di-Pertua Dewan ingin mengusul kepada Dewan yang mulia ini selaras dengan perkara 15(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bahawanya aturan urusan mesyuarat dipinda supaya Dewan boleh mempertimbangkan perkara pelantikan Ahli Dewan Undangan Negara dan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan 2021) terlebih dahulu. Ini adalah mengambil kira keadaan pandemik COVID-19 yang tidak dapat dijangka berkemungkinan akan menyebabkan ketidaksinambungan perjalananan persidangan DUN. Dan keutamaan dan kesegeraan pelantikan Ahli Dewan Negara supaya pelantikan baru Ahli Dewan Negara yang mewakili Pulau Pinang tidak terjejas. Memandangkan tempoh perkhidmatan Ahli Dewan Negara penggal terdahulu telahpun tamat pada 26 Ogos 2021 serta Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri (Pindaan 2021) dapat diluluskan agar selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian Dewan ini akan menyelesaikan kedua-dua perkara ini terlebih dahulu sebelum Dewan bersidang semula dengan sesi perbahasan usul terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri dan lain-lain urusan sehingga selesai. Maka dengan itu Ahli-ahli Yang Berhormat memohon sokongan dan persetujuan Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang sokong dan setuju katakan ‘Ya’. Yang tidak bersetuju sila katakan ‘Tidak’.
Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri:
“Ya”
Kita luluskan usul ini. Maka dengan ini saya nak minta urusan kita ke pelantikan Ahli Dewan Negara. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta mengemukakan cadangan nama-nama calon untuk dipilih sebagai Ahli Dewan Negara yang baru untuk menggantikan Yang Berusaha Saudari Lim Hui Ying dan Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff yang telah tamat tempoh
keanggotaan sebagai Ahli Dewan Negara pada 26 Ogos 2021. Mereka yang dipilih akan berkhidmat selama tiga (3) tahun. Nama calon untuk dipilih hendaklah dicadangkan dan disokongkan oleh Ahli-ahli Dewan ini dan ahli yang mencadangkan atau ahli yang menyokong hendaklah mengemukakan suatu penyataan bertulis yang ditandatangani oleh orang yang dinamakan bahawanya dia bersetuju untuk berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara jika dipilih. Dipersilakan cadangan nama.
Assalamualikum w.b.t dan Salam Sejahtera YB. Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mencadangkan Puan Fadhlina binti Dato’ Sidek dipilih sebagai Ahli Dewan Negara bagi mengisi kekosongan Ahli Dewan Negara yang telah tamat tempoh perlantikan pada 26 Ogos 2021. Puan Fadhlina dilahirkan pada 16 Oktober 1977 di Petaling Jaya, Selangor dan kini merupakan seorang isteri serta ibu kepada enam orang cahaya mata. Malang sekali dimaklumkan bahawa ayah Puan Fadhlina binti Dato’ Sidek telah meninggal dunia semalam akibat COVID-19 pada pukul 6.30 dan diuruskan pengebumian semalam juga pada 10 malam. Jadi kita...(gangguan).
Pembetulan ya bukan kerana COVID. Kerana komplikasi lain on record untuk supaya masuk dalam Penyata Dewan meninggal Dato’ Sidek bukan kerana COVID-19. Meninggal biasa. Terima kasih.
Mengucapakan takziah kepada keluarga Puan Fadhlina.
Maklumat kena tepat di Dewan.
Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Menengah Batu 10, Kajang, Selangor dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi dalam jurusan Undang-Undang di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Perjalanan beliau dalam menimba ilmu berterusan sehingga memiliki Diploma Pentadbiran Kehakiman Dan Guaman Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Ianya diikuti dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Syariah serta Ijazah Sarjana Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa. Kerjaya Puan Fadhlina telah bermula sejak tahun 2004 sebagai Peguambela dan Peguamcara. Beliau kemudiannya telah bertugas sebagai Peguam Syarie di tiga (3) buah negeri iaitu di Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau juga pernah menjadi Pensyarah Sambilan bagi subjek Guaman Islam Dan Undang-Undang Keterangan Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dan merupakan peguam panel bagi Majis Agama Islam Selangor. Kini beliau memiliki firma guaman syarie iaitu Tetuan Fadhlina Siddiq dan Associates. Puan Fadhlina memiliki pengalaman yang luas dalam bidang literasi Undang-Undang dan Keluarga Islam, Perlindungan dan Keselamatan Kanak-Kanak, Gerakan Keilmuan dan Advokasi sosial melibatkan gender dan pemberdayaan wanita serta pembangunan komuniti dan ekosistem selamat. Beliau juga terlibat secara aktif dalam organisasi pertubuhan bukan
kerajaan dan politik. Pada masa ini beliau memegang jawatan selaku Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita Parti Keadilan. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah As-Sahabah Urus Zakat Negeri Pulau Pinang, antara sumbangan dan jawatan yang disandang oleh Puan Fadhlina ketika ini ialah: (a) Naib Yang Dipertua 2 Pergerakan Puteri Islam Malaysia; (b) Pengerusi Pertubuhan Ar Rahmah rumah perlindungan Wanita hamil luar nikah; (c) Timbalan Presiden Pertubuhan Pemerkasaan Keluarga (FAME); dan (d) Penasihat Muslimah Interaktif Zon Network (MIZAN).
Berdasarkan pengetahuan serta dedikasi Puan Fadhlina khususnya dalam memperjuangkan hak-hak Wanita dan kanak-kanak beliau seringkali dijemput untuk menyampaikan ceramah serta pembentangan kertas kerja dalam wacana ilmu atau pun persidangan, antara tajuk-tajuk ceramah dan kertas kerja yang telah dibentangkan ialah (a) Wanita dan Jihad Menyanggah Extremism ; (b) Gender Identity Disorder dan Kesalahan Berpakaian Seperti Wanita; (c) The Rule Of Teacher In Child Protection Advocacies; (d) Children Right From Syariah And Legal Perspective; dan (e) Undistracted Excess To Safety And Justice For Victim Of Domestic Violence. Atas pengalaman dan pengetahuan yang luas bagi calon ini saya berpendapat dan percaya bahawa pelantikan Puan Fadhlina sebagai Ahli Dewan Negara akan membolehkan hasrat dan suara rakyat Pulau Pinang didengari di peringkat yang lebih tinggi. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon mencadangkan, sekian terima kasih.
Terima kasih, saya perlu sokong.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat, ada cadangan yang lain?
YB. Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mencadangkan saudari Lim Hui Ying dipilih semula sebagai Ahli Dewan Negara selepas tempoh pelantikan beliau sebelum ini tamat pada 26 Ogos 2021. Saudari Lim Hui Ying kini menyandang jawatan Setiausaha Parti DAP Negeri Pulau Pinang sejak November 2013. Beliau juga telah menyandang jawatan yang sama mulai tahun 2001 sehingga tahun 2006. Beliau dilahirkan pada 24 Jun 1963 dan kini berusia 58 tahun.
Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera Ekonomi dari Universiti Malaya. Bermula sebagai ahli biasa dalam parti DAP pada tahun 1999 beliau Seterusnya telah dipilih menjawat pelbagai jawatan seperti Naib Pengerusi DAP Negeri Pulau Pinang mulai tahun 2006 sehingga 2008, Penolong Setiausaha mulai tahun 2010 sehingga tahun 2013 serta lain-lain jawatan dalam parti sepanjang tempoh perkhidmatan beliau juga merupakan Setiausaha Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Pulau Pinang sejak Mei tahun 2019 sehingga kini. Malah atas kepercayaan dan komitmen yang tinggi yang dicurahkan beliau telah dilantik sebagai Pengarah Kempen Piliharaya Umum Ke 12 Pilihanraya ke 13 dan Pilihanraya Umum Ke 14 bagi parti DAP yang menyaksikan DAP dan Pakatan Harapan menang dengan majoriti yang lebih besar dalam kerusi-kerusi yang telah dipertandingkan di Negeri Pulau Pinang khususnya pada PRU Ke 14. Atas pengalaman yang luas bagi calon ini saya berpendapat dan percaya bahawa pelantikan semula saudari Lim Hui Ying sebagai Ahli Dewan Negara adalah bertepatan berdasarkan komitmen dan prestasi beliau yang cemerlang selama ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon mencadangkan, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Perai, saya perlukan sokongan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.
Terima kasih, saya perlu penyerahan kenyataan bertulis daripada kedua-dua calon. Sila. Maka Ahli-Ahli Yang Berhomat masalah yang kita hadapi sekarang adalah terdapat dua (2) nama yang telah dicalonkan sebagai Ahli Dewan Negara yang akan berkhidmat selama tiga (3) tahun iaitu Puan Fadhlina binti Siddiq dan saudari Lim Hui Ying untuk dipersetujui dalam Dewan. Ahli-ahli Yang bersetuju katakan ‘Ya’.
Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri: ‘Ya’.
Yang tidak bersetuju katakan ‘Tidak’. Usul dipersetujui.
Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Pulau Pinang Pindaan 2021.
Sila Yang Berhormat Ahli Kawasan Bagan Jermal.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya memohon mencadang supaya Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dibaca bagi kali yang pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.
Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang yang telah dibacakan bagi kali yang pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, mengikut Peraturan 59, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang saya mencadangkan bacaan kali yang kedua Rang Undang-Undang ini dan diteruskan dengan serta merta.
Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2021 bacaan kali kedua.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya memohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang Bernama suatu enakmen untuk meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dibaca bagi kali yang kedua.
Sila.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan kerajaan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Salam Sejahtera saya dengan penuh takzimnya berada di Dewan yang mulia ini untuk mengemukakan satu usul cadangan penggubalan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang melalui Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Pulau Pinang Pindaan 2021 mengenai penurunan had umur calon ADUN daripada 21 tahun ke 18 tahun seperti yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kertas Kerja 498 tahun 2021 yang
bersidang pada 11 Ogos 2021 dan diluluskan pada tarikh yang sama untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang Keempat Belas yang mulia ini. Adalah untuk maklumat semua Ahli Yang Berhormat, Ahli Berhormat Parlimen telah pun meminda Seksyen 5 Jadual Ke 8 Perlembagaan Persekutuan melalui Seksyen 4 Akta Perlembagaan Pindaan 2019 Akta A1603 yang telah berkuatkuasa pada 11 September 2019 yang mana pindaan tersebut telah menetapkan umur seorang warganegara yang layak untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri telah diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun bagi maksud penyelarasan Perlembagaan Negeri dan juga seksyen 5 Jadual Ke 8 Perlembagaan Persekutuan adalah saya membawa cadangan kepada Dewan yang mulia ini untuk Perkara 12 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dibuat pindaan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat ini negeri yang telah meluluskan pindaan umur calon Ahli Dewan Undangan Negeri daripada 21 tahun kepada 18 tahun adalah Negeri Sabah pinda dan berkuatkuasa pada 19 September 2019, Negeri Perlis yang kedua telah pinda pada bulan Mei tahun 2020 belum berkuatkuasa, negeri yang ketiga adalah Negeri Terengganu telah pinda pada bulan Ogos 2020. Negeri yang masih belum berkuatkuasa, negeri yang keempat Sarawak telah membuat pindaan pada bulan November tahun 2020. Negeri yang kelima adalah Negeri Kelantan telah meminda dan berkuatkuasa pada 31 Disember 2020 dan Negeri Perak negeri yang keenam pinda dan berkuatkuasa pada 1 Julai tahun 2021. Negeri Pulau Pinang akan menjadi negeri yang ketujuh untuk meluluskan dan membuat pindaan tersebut. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, banyak negara yang telah membenarkan calon yang berumur 18 tahun untuk bertanding dalam pilihanraya umum termasuklah seperti negara-negara Australia, Kanada dan United Kingdom. Di negara Malaysia wakil Dewan Rakyat yang paling muda iaitu YB. P. Prabakaran 22 tahun semasa menjadi Ahli Parlimen Batu dan YB. Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman berumur 25 tahun semasa menjadi Ahli Parlimen Muar. Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri yang paling muda dalam sejarah politik di mana Malaysia ialah YB. Larry Sng Wei Shien beliau telah menang sebagai ADUN Peragus Sarawak pada tahun 2001 dengan usia 21 tahun. Kerajaan Negeri melalui PYDC telah menganjurkan program taklimat kempen Undi 18 untuk golongan belia dengan tujuan meningkatkan kesedaran mereka terhadap kepentingan hak dan tanggungjawab sebagai seorang warganegara. Melalui program dan aktiviti tersebut pandangan golongan belia juga telah dikumpul taklimat kempen undi 18 telah diadakan di Daerah Seberang Perai Utara pada 15 Ogos 2020 dan Daerah Seberang Perai Tengah pada 3 Oktober 2020. Di samping itu PYDC juga bekerjasama dengan Pejabat SPR Pulau Pinang untuk menganjurkan sesi taklimat SPR dan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 12 Disember 2020. Selain daripada itu PYDC juga melancarkan kajian soal selidik pindaan had umur tahun Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang menumpukan peranan belia negeri di atas pindaan had umur tahun ADUN di Pulau Pinang. Soal selidik ini bertujuan untuk mengumpulkan pandangan sama ada golongan belia bersetuju atau tidak bersetuju bagi pelaksanaan pindaan umur tahun Ahli Dewan Undangan Negeri daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Kajian tersebut telah dilaksanakan bermula dari 8 Disember 2020 sehingga 6 Jun 2021. Borang soal selidik telah diedarkan secara hard copy dan juga secara talian (online) kepada responden. Sepanjang tempoh kempen ini dilaksanakan seramai 3,475 responden yang memenuhi syarat kelayakan iaitu umur antara 15 tahun sehingga umur 35 tahun. Berdasarkan data yang diperolehi, seramai 65.06% iaitu 2,261 responden yang bersetuju dengan pelaksanaan penurunan umur calon ADUN di Negeri Pulau Pinang dari 21 tahun ke 18 tahun manakala 34.94% iaitu sebanyak 1,214 responden pulak tidak bersetuju atas pelaksanaan penggubalan tersebut.
Sehubungan dengan itu, PYDC juga telah melancarkan kempen umur 18 jadi calon pada 6 April 2021 untuk meningkatkan lagi kesedaran sivik dalam kalangan belia serta memberi peluang untuk mereka menyuarakan pandangan tentang isu penurunan had umur calon ADUN daripada umur 21 tahun ke 18 tahun. Inisiatif kempen umur 18 jadi calon merangkumi: (i) Pelancaran logo kempen umur 18 jadi calon; (ii) Kempen umur 18 jadi calon Pulau Pinang Facebook profile frame; (iii) Pertandingan penulisan baju bertemakan kempen umur 18 jadi calon; dan (iv) Video promosi. Bagi meningkatkan kesedaran dan menarik perhatian golongan belia, PYDC memuat naik lapan (8) buah video rakaman. Rakaman-rakaman ini, adalah terdiri daripada pegawai-pegawai PYDC dan juga ADUN-ADUN seperti ADUN daripada Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi), ADUN daripada Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam), ADUN daripada Bagan Dalam (YB. Satees), ADUN daripada Seri Delima (YB. Syerleena) dan juga ADUN daripada Pulau Tikus (YB. Chris Lee). Pelajar-pelajar dari Politeknik Seberang Perai dan juga satu sesi bersembang secara maya juga diadakan. Penggubalan Rang Undang-Undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2021 dipinda dalam Perkara 12 dengan menggantikan perkataan “dua puluh satu tahun” dengan “lapan belas tahun”. Perkara 12 dalam Perlembagaan Negeri Pulau Pinang 2005 menyatakan perkara seperti berikut:
“Kelayakan Ahli” Tiap-tiap warganegara yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih yang bermastautin di Negeri Pulau Pinang layak menjadi Ahli Dewan Undangan, melainkan jika dia kehilangan kelayakan menjadi Ahli menurut Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan ini atau mengikut mana-mana undangan-undangan sebagaimana yang disebutkan dalam Perkara 13. Rang Undang-Undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2021 yang akan digubal bagi menggantikan Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang 2005 akan memperuntukkan kelayakan umur bagi menjadi anggota Dewan Undangan Negeri hendaklah lapan belas tahun atau lebih. Deraf Rang Undang-Undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2021 yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:
“Pindaan Perkara 12” Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dipinda dalam Perkara 12 dengan menggantikan perkataan ‘dua puluh satu tahun’ dengan ‘lapan belas tahun’.
Fasal 2 Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Perkara 12 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang bagi memperuntukkan kelayakan umur bagi menjadi anggota Dewan Undangan Negeri hendaklah lapan belas tahun atau lebih. Enakmen ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Oleh yang demikian, saya memohon sokongan daripada Dewan Undangan, yang semua Dewan Undangan Negeri, yang Ahli-ahli Dewan dan juga Dewan yang mulia ini terhadap Penggubalan Rang Undang-Undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2021 ini.
Terima kasih, saya perlu sokongan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong
Terima kasih Batu Maung. Ahli-ahli Yang Berhormat kita berada dalam sesi perbahasan untuk Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2021, Ahli-ahli Yang Berhormat sesiapa yang ingin mengambil bahagian dipersilakan.
Dato’ Yang di-Pertua, Pengkalan Kota.
Pengkalan Kota, sila ringkaskan.
Baik-baik, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua diatas peluang untuk menyertai sesi perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2021 yang baru sahaja dibentangkaan oleh Yang Berhormat Bagan Jermal dan disokongi oleh Yang Berhormat Batu Maung. Pada hari yang mulia dan di Dewan yang mulia ini, kita sekali lagi sampai ke titik yang penting selaras dengan reformasi institusi yang dikemudikan oleh Pakatan Harapan dan membuka lembaran baru sosial demokrasi untuk Negeri Pulau Pinang. Selepas pindaan Perlembagaan Negeri yang menghadkan tempoh perjawatan Ketua Menteri kepada dua (2) penggal yang telah diluluskan di Dewan yang mulia ini, pada November 2018. Usul Rang Undang-Undang pada hari ini, bakal menyaksikan belia yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh dicalonkan dan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Usul yang kita hadapi pada hari yang mulia ini, adalah berikutan dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Julai 2019 yang menurunkan had umur pengundi dan calon kerusi Parlimen dari 21 ke 18 tahun dan juga pendaftaran pengundi secara automatik. Ingin saya mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan penghargaan kepada mantan Menteri Belia dan Sukan dan juga Ahli Parlimen Muar, Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di atas pembentangan usul pindaan perlembagaan tersebut di Dewan Rakyat dan juga mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mendiang Datuk Liew Vui Keong yang membentangkan usul tersebut di Dewan Negara yang menjurus kepada ruang pembentangan usul di Dewan yang mulia pada hari ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, meskipun usul pindaan Perlembagaan Persekutuan telah diluluskan, komitmen Kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi merealisasikan usaha undi 18 ini masih terdapat kekurangan. Saya merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian yang bertarikh 25 Mac 2021 di mana menurut rekod terkini SPR seramai 5.6 juta orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas masih belum berdaftar sebagai pengundi di negara ini. Dan dari 5 perpuluhan juta warganegara ini, sebanyak 1 perpuluhan juta daripadanya adalah mereka yang berusia dari 18 tahun hingga 20 tahun. Dan laporan akhbar ini juga memetik komitmen SPR untuk melancarkan sistem semakan pra pendaftaran automatik melalui portal SPR menjelang Ogos 2021. Namun pada hari ini kita masih tidak lihat sebarang pelaksanaan sistem semakan tersebut dilaksanakan oleh SPR lagi. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi harapan saya apabila Usul Rang Undang-Undang (Pindaan) Perlembagaan Negeri diluluskan nanti, pimpinan Kerajaan Negeri dapat mengambil tindakan proaktif untuk menyusuli perkara tersebut bersama dengan Kerajaan Persekutuan dan juga Suruhanjaya Pilihan Raya untuk kita merealisasikan hasrat pelaksanaan dasar undi 18 secara bersungguh sungguh untuk kita menunjukkan komitmen kita kepada anak-anak muda bahawa reformasi institusi ini bukan retorik politik semata-matanya. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ingin juga saya membangkitkan tentang isu persekitaran yang majmuk susulan daripada Rang Undang-Undang (Pindaan) Perlembagaan Negeri ini yang bakal membenarkan mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas menjadi calon Pilihan Raya Negeri dan daripada itu menjadi salah seorang wakil rakyat di dalam Dewan yang mulia ini. Seringkali kita mendengar sindiran yang berkumandang di persidangan Dewan Rakyat di mana sindiran seperti atuk dan cucu dilontarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bukan berdasarkan fakta tetapi berdasarkan usia ataupun identiti seorang Ahli Yang Berhormat tersebut. Ini adalah jenis diskriminasi yang selalu kita berhadapan selain daripada diskriminasi yang ditunjukkan kepada gender, kepada agama, kepada kaum dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, persoalannya adalah sama ada kita akan melihat kepada sindiran dan insinuasi mengambil tempat khasnya di Dewan yang mulia ini apabila Rang Undang-Undang tersebut diluluskan. Sebenarnya situasi sebegini pun pernah mengambil tempat di Dewan yang mulia ini. Ingin saya merujuk kepada Penyata Rasmi Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas ini di mana pada 13 November 2018 Yang Berhormat daripada Permatang Berangan telah menyatakan yang berikutnya. Saya quote apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Permatang Berangan, “kalau boleh hormatlah sikit saya rasa Yang Berhormat umur berapa? 30 an. Saya rasa sejak lahirpun Yang Berhormat dah dapat menikmati hasil perjuangan Kerajaan Barisan Nasional dan lebih 60 tahun.” Bagi saya, saya rasa tidak ada masalah sekiranya sesuatu hujahan dikeluarkan tersebut adalah berdasarkan fakta dan berasaskan asas-asas yang kukuh namun kita jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan hujahan berasaskan identiti seseorang Ahli Yang Berhormat tidak kira usia, gender, agama ataupun perkauman. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu ingin saya mencadangkan supaya Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri secara khususnya peraturan 46 (13)(e) iaitu seseorang Ahli itu mestilah jangan mengeluarkan hujah berunsur diskriminasi terhadap gender, kaum dan agama. Saya rasa tambahan perkataan usia juga patut ditambahkan untuk menjamin persekitaran Dewan yang majmuk. Saya berharap agar Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat yang diterajui oleh Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua sendiri dapat menerima cadangan tersebut untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi merealisasikan persekitaran persidangan yang majmuk ini.
Yang Behormat Dato’ Yang di-Pertua, akhir kata saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri di atas usaha untuk membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2021 ini yang bakal mencatatkan titik sejarah yang baru untuk Negeri Pulau Pinang. Sekaligus menyakinkan rakyat Pulau Pinang bahawasanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh Pakatan Harapan benar-benar komited terhad reformasi institusi yang kita janjikan. Jadi dengan kata-kata itu, saya memohon menyokong.
Terima kasih Pengkalan Kota. Boleh Bagan.
Bagan Dalam. Dato’ Yang di-Pertua terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk berbahas dalam Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2021 ini. Saya bangga untuk mengambil bahagian dalam pindaan perlembagan yang penuh bersejarah ini. Apabila kita berbincang tentang undi 18, ia adalah untuk memberikan hak mengundi kepada anak-anak muda yang berumur 18 ke atas untuk mengundi dalam pilihanraya, memilih kerajaan ataupun Ahli Parlimen ataupun ADUN mereka. Tetapi pindaaan kita pada pagi ini adalah untuk memberikan hak kepada anak-anak muda untuk bertanding menjadi ADUN dalam Dewan yang mulia ini dan saya menyambut baik pindaan perlembagaan ini yang selaras dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan. Satu pencapaian yang bersejarah yang telah dicatatkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang cuba, sedang cuba digagalkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini dan sekarang Kerajaan Persekutuan yang tiada nama ataupun dalam singkatannya dipanggil Kerajaan 69. Dato’ Yang di-Pertua, ada dalam kalangan ahli politik kita yang sering merendah-rendahkan peranan belia. Orang muda sering diherdik ataupun diejek seperti yang kita lihat di dalam Parlimen. Mereka dipanggil budak kecil ataupun kanak-kanak ataupun cucu. Ini adalah ungkapan-ungkapan yang dilontarkan terhadap ahli politik yang muda tetapi akan ada satu masa di mana orang-orang muda yang akan menentukan nasib orang-orang muda yang akan menentukan hala tuju politik negara ini dan ini adalah satu is a historical movement for the youngsters of this country. Dato’ Yang di-Pertua, Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah dan penghargaan dan juga terima kasih kepada saudara Syed Saddiq, Mantan Menteri Belia dan Sukan yang membawa pindaan perlembagaan ataupun yang champions this pindaan perlembagaan ini yang dibawa oleh mantan Menteri Undang-undang Mendiang Dato’ W. K. Liew di Parlimen tetapi hakikatnya pada hari ini saya kesian dengan belia yang ada sekarang kerana mendapat seorang menteri yang sibuk memberi komen tentang mee apa tu? Mee Maggie. So, saya berharap menteri yang baru ini akan membuat sesuatu yang bermakna untuk golongan belia dan segera melaksanakan pindaan perlembagaan ini dan memberi hak mengundi kepada golongan belia yang berumur 18 tahun ke atas. Saya menyatakan perkara ini sebab pada 13 Ogos, tak lama baru 18 hari lepas di Mahkamah Tinggi Kuching diberitahu bahawa Kerajaan Persekutuan tidak berniat untuk melaksanakan Undi 18 pada tahun ini ataupun pada Pilihanraya Umum yang ke-15 yang bakal menjelang. Dato’ Yang Di-Pertua, Ini adalah satu I would call that treachery kepada anak-anak muda yang telah bekerja keras untuk membawa pindaan perlembagaan ini diperingkat Parlimen. Walau bagaimanapun saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang membawa pindaan perlembagaan ini dan memberikan hak kepada anak muda bukan saja untuk
mengundi tetapi untuk menjadi ADUN dalam Dewan yang mulia ini. Saya berharap pada sesi ataupun pada Dewan Undangan Negeri yang ke-15 kita ini mungkin ada anak-anak muda yang lebih muda daripada Padang Kota dan saya sendiri. Sorry, Pengkalan Kota bukan Padang Kota. Memang kami semua muda dari Padang Kota.
Maklumat kena tepat di Dewan ini. Maklumat tak tepat. Terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua, saya nak habiskan. Selain daripada ini, Dato’ Yang di-Pertua, saya berharap suara anak muda akan terus dihormati dan diberi pandangan serius kerana anak-anak muda mempunyai perspektif yang berbeza apabila mereka menghadapi sesuatu masalah. Bukannya kita merendahkan mereka yang sudah berumur, perspektif kita berbeza-beza. So, saya berharap satu perspektif yang baru akan dapat kita lihat apabila anak-anak muda dapat duduk di dalam Dewan yang mulia dan juga Dewan Rakyat. Saya tidak mahu panjang lebar. Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan perlembagaan ini dan saya ingin menyeru kepada Kerajaan Negeri selain daripada pindaan perlembagaan ini saya juga berharap Kerajaan Negeri akan mengaturkan program-program yang akan memberikan bimbingan dan didikan kepada anak-anak muda dalam demokrasi supaya mereka faham apa itu demokrasi. Generasi yang dipanggil generasi tiktok ini perlu faham apa itu demokrasi dan apa peranan mereka dalam demokrasi ini. Kenapa mereka mengundi. Apa yang akan mengubah nasib mereka supaya kita akan ada satu generasi yang tidak terikut-ikut retorik politik yang memainkan, yang selalunya dimainkan retorik kaum, agama dan sebagainya. So, dengan ini saya ingin menyatakan sokongan saya kepada pindaan perlembagaan ini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih. Rasanya usul ini satu usul yang patut kita selaraskan dengan Perlembagaan Persekutuan. Saya minta mungkin satu dua lagi untuk bersama-sama dalam perbahasan. Sila Pulau Tikus.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya amat gembira dapat satu peluang untuk membahas Rang Undang-Undang ini. Pada masa dahulu memang perspektif terhadap anak muda mereka tidak cukup matang tapi perspektif itu memang sudah ketinggalan zaman. Kita sudah dalam satu zaman information age yang semakin pesat tapi yang paling penting adalah laman web sekarang the world wide web adalah sangat besar. Semua maklumat boleh didapati di dalam internet. So, oleh itu walaupun masih ada masalah fake news yang banyak sekarang di seluruh tempat bukan sahaja dalam internet tetapi dalam social media juga. Tetapi saya rasa kita sudah masuk satu zaman bahawa anak muda kita pun tahu apa yang betul dan apa yang palsu. Bukan tak betul la nak kata palsu. Baru-baru ini untuk saya juga sebagai ADUN Pulau Tikus ada banyak NGO-NGO yang telah menolong saya. NGO-NGO seperti JCI dan Lions Club. Banyak mereka adalah NGO yang dipimpin oleh anak muda dan kita boleh melihat bahawa sifat-sifat pemimpin seorang pemimpin dalam aktiviti-aktiviti dan inisiatif-inisiatif mereka boleh dilihat baru-baru ini dalam pandemik ini sebab banyak orang keluar untuk menolong orang lain. So, oleh itu, JCI macam Tanjung Bunga pun ada buat program dengan saya. Lions Club juga ada buat program dengan saya dan yang paling penting saya tahu, saya boleh melihat bahawa pemimpin– pemimpin muda semakin keluar untuk membuat aktiviti. Dan ini adalah satu yang penting
kerana tiap, banyak orang-orang muda kurang confident, memang kita ada masalah sebab pemimpin-pemimpin yang ada sekarang pun tidak akan berada di sini untuk selama-lamanya. Pada satu hari, kita mesti memberi peluang itu kepada anak-anak muda yang baru tetapi masalahnya kalau anak-anak muda kurang confident kita akan menghadapi masalah. Oleh itu, saya amat gembira YB. Bagan Jermal telah buat banyak akitviti untuk anak muda melalui PYDC. Ada yang juga macam Sidang Muda yang saya diberi peluang untuk menjadi Speaker untuk dewan Sidang Muda, persidangan itu juga. Yang paling penting saya nak cakap juga bahawa saya juga alumni Sidang Muda, YB. Bagan Dalam juga alumni Sidang Muda dan YB. Pengkalan Kota juga alumni Sidang Muda. Sidang Muda ini telah memberi kita peluang untuk menunjukkan apakah kebolehan kita sebagai seorang wakil rakyat dalam satu persidangan seperti dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri. Ini adalah penting sebab melalui program-program, inisiatif-inisiatif macam ini kita boleh melihat bakat-bakat baru. Sudah terlampau lama politik adalah sesuatu tidak diketahui oleh anak muda macam bila saya sekolah dulu. Memang tidak ada pendidikan politik dan ini adalah salah kerana anak-anak muda mesti diberi satu peluang untuk mengetahui sistem pentadbiran negara dia sendiri. Ini adalah penting sebab sebagai seorang warga negara mereka mempunyai hak untuk tahu macam mana negara mereka ditadbir, bukan sahaja apa yang boleh dilihat dalam program-program TV pada masa muda sayalah. Sekarang, walaupun saya cakap masa muda saya dulu tapi saya rasa saya masih muda sekaranglah ataupun saya fikir saya masih mudalah. Jika kita benar-benar jujur dan ingin satu masa depan yang cerah untuk negara kita, kita mesti tidak boleh menolak peranan anak muda dalam pembentukan masyarakat kita. Saya bukan sahaja menyokong Rang Undang-Undang ini tetapi saya rasa Rang Undang-undang ini sepatutnya dibentang beberapa dekad yang lalu. Kita kena menunjukkan masyakarat kita semakin progresif dan juga matang, kita mesti mempercayai anak muda kita. Dato’ Yang di-Pertua, kita dengan memperkasakan anak-anak muda kita, kita akan juga memberi harapan kepada anak muda untuk menyumbang kepada masyarakat kita dan ini juga adalah satu pengajaran untuk ahli-ahli politik seperti ahli-ahli politik di peringkat Persekutuan sebab anak-anak muda kalau mereka memulai karier politik mereka dalam umur yang muda, mereka juga boleh melihat apakah kezaliman ahli-ahli politik yang mengkianati mandat yang diberi oleh rakyat mereka. Sebab kita di sini kita tahu bahawa pengkhianatan politik, pengkhianatan mandat rakyat boleh menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Adakah itu adil? Kita tahu tidak adil. So, oleh itu kita bagi peluang kepada anak-anak muda untuk melihat apakah ahli-ahli politik yang lebih tua daripada mereka apa yang mereka sedang buat? Dan mereka tahu kalau mereka mahu satu negara, satu masa depan untuk negara, mereka akan melawan.
Yang Berhormat, YB. Pengkalan Kota kata jangan diskriminasi ke atas umur. Mereka yang lebih berusia pun tidak sebeginilah. Sila ringkaskan.
Saya cakap mereka yang tua yang mengkhianati mandat rakyat, bukan semua. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengakhiri bahawa masa pandemik ini memang ada banyak anak muda semakin kecewa. Mereka dilihat bahawa Kerajaan Pusat kurang memahami dan tidak mendengar pandangan mereka, pada masa pandemik mereka pula merebut kuasa. Boleh melihat pada masa ini, oleh itu Rang Undang-Undang ini memang sudah lama kita menunggu dan baru keluar, baru datang, baru dibentang dan kita harap bahawa pada masa depan reform-reform lagi akan dibentang di peringkat Pusat dan kita berharap bahawa anak-anak muda akan memberi lebih pandangan untuk reform-reform pada masa akan datang. Kita sebagai ahli politik memberi satu peluang kepada anak muda. Pada masa itu juga, kita akan memaksa kita juga untuk lebih memahami masa depan anak-anak
muda supaya pada satu hari nanti kita boleh tahu bahawa Malaysia boleh diselamatkan. Harapan kita adalah kepada anak-anak muda. Dengan itu, Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih. Saya pilih Permatang Pasir dulu. Tolong pendekkan
Saya akan cuba pendekkan seperti mana sesi-sesi sebelum ini Dato’ Yang di-Pertua. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tahniah kepada EXCO Belia Bagan Jermal telah membentangkan satu Rang Undang-Undang yang begitu penting dan signifikan dalam demokrasi negara dan kita baru sahaja menyambut Merdeka semalam dan hari ini kita membentangkan Rang Undang-undang ini dan ini adalah satu petanda bahawa kita mahu melangkah lebih baik ke hadapan. Sebuah negara yang merdeka, Dato’ Yang di-Pertua, negara yang demokrasinya bersifat tulen, demokrasinya berpaksikan kepada nilai-nilai demokrasi yang tulen dan juga pada nilai-nilai yang diletakkan asasnya kepada Perlembagaan Persekutuan. Apa yang paling penting dalam pindaan ini adalah bagaimana Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan merangka perancangan-perancangan untuk mendidik anak-anak muda memahami apa itu demokrasi supaya siri-siri pengkhianatan demokrasi ini tidak berlaku lagi. Kita telah menyaksikan tahun lepas, tahun 2020 bagaimana pengkhianatan ini berlaku sehingga parti yang kalah jadi kerajaan, parti yang menang jadi pembangkang. Ini tidak boleh diizinkan berlaku dalam negara kita, tambah lagi dalam negeri kita. Bukan sahaja kita melihat pindaan ini hanya sekadar untuk membolehkan anak-anak muda berada dalam Dewan menjadi sebahagian daripada badan perundangan atapun legislative tapi bagaimana kita hendak mendidik warga negara ini, kepada rakyat Pulau Pinang, orang muda memahami bahawa demokrasi itu perlu berpegang, berdiri di atas sifat kejujuran. Kita tidak mahu lagi ada sikap-sikap parti politik yang hipokrit. Yang dulu menyokong Undi 18 tetapi apabila menjadi kerajaan, menentang pula Undi 18. Ini kerajaan apa yang ada dalam negara kita ini. Kita perlu bersikap jujur bukannya hipokrit seperti yang sebut tadi. Kerajaan 69 tungging terbalik. Ini bukan satu contoh yang kita hendak tunjukkan kepada rakyat kita, kepada generasi akan datang sebab itu apa yang ingin saya cadangkan adalah Kerajaan Negeri bukan hanya berhenti setakat pindaan ini sahaja tetapi perlu merangka pelbagai perancangan untuk memastikan belia, orang muda ini memahami dan menghargai apa itu demokrasi. Yang kedua Dato’ Yang di-Pertua, saya daripada perancangan-perancangan dari sudut bagaimana untuk memahamkan apakah demokrasi ini. Kita juga perlu mendidik anak-anak kita ini memahami demokrasi sejak dari sekolah. Oleh itu, perlu ada satu subjek ataupun silibus khusus di sekolah-sekolah untuk kita memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar bagaimana hendak terlibat dalam demokrasi, bagaimana hendak terlibat dalam wacana-wacana ilmiah yang besifat legislative ini atau simulasi legislative ini dan kita berharap dengan pendedahan ini, dengan pendidikan yang lebih komprehensif tentang demokrasi ini diperingkat sekolah lagi. Pulau Pinang boleh suatu hari nanti boleh menjadi kilang ataupun incubator melahirkan ahli-ahli politik yang berwibawa bukan sahaja dari sudut intelektual tetapi juga daripada segi prinsip demokrasi itu. Dan yang ketiga, kita menyokong. Saya menyokong Rang Undang-Undang ini, Pindaan Tubuh Negeri ini kerana kita melihat kepada keperluan segmen golongan muda untuk terlibat dalam dasar dan juga polisi negeri. Kita telah memberikan banyak tumpuan bagaimana kita hendak mengangkat martabat anak muda. Kita melihat kepada keperluan ekonomi mereka, keperluan pendidikan mereka, keperluan sosial mereka tapi kali ini kita memberikan tumpuan untuk melahirkan lebih ramai anak muda yang matang. Anak muda
yang boleh terlibat dalam memberikan idea-idea dan juga pandangan bagaimana dasar dan polisi tadbir urus Pulau Pinang ini boleh dibuat dan itu fungsi check and balance dalam sebuah badan legislative. Check and balance ini saja bersifat antara pembangkang dan pemerintah tapi check and balance ini juga perlu dilihat dalam konteks yang lebih inclusive iaitu pelbagai segmen berada di dalam Dewan ini. Ia telah membuka ruang yang lebih kepada golongan wanita dan dengan ini kita berharap pindaan ini akan melahirkan ramai lagi ADUN-ADUN yang lebih muda daripada saya dan juga ADUN-ADUN lain untuk betul-betul berada dalam Dewan ini supaya suara-suara orang muda ini yang betul-betul muda, segment orang muda ini berada Dewan ini supaya hak mereka kepentingan mereka dapat mereka suarakan dan kita dapat buat satu dasar yang lebih baik memberikan kepentingan dan juga menjaga kepentingan orang muda. Saya ingat itu sahaja, saya menyokong pindaan.
Terima kasih Permatang Pasir. Saya beri laluan untuk Penaga.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Dato’ Yang di-Pertua terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk saya juga turut mengambil sesi ini sesi perbahasan pindaan Rang Undang-Undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2021 bagi had umur 21 tahun ke 18 tahun yang telah dibentangkan oleh Y.B. EXCO mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kita negeri Pulau Pinang adalah negeri yang ke tujuh selepas Sabah, Perlis, Terengganu, Sarawak, Kelantan dan juga Perak. Dato’ Yang di-Pertua saya melihat antara rasionalnya kepada pindaan Rang Undang-Undang ini yang pertama, memberi peluang kepada seseorang individu untuk memilih wakil rakyat yang akan mewakili kepentingan mereka atau penurunan umur mengundi ini akan meningkatkan penyertaan belia sebagai warga bertanggungjawab dalam menyumbang kepada demokrasi dan pembangunan negara. Keduanya, membantu belia mempertingkatkan interaksi demokrasi dan kematangan melalui pendedahan kepada pengurusan tadbir urus negara. Antara lain Dato’ Yang di-Pertua, golongan belia berumur 18 tahun telah diberikan beberapa hak untuk membuat keputusan penting dalam kehidupan mereka seperti berkahwin, bekerja, memperoleh lesen memandu kenderaan, menyertai pasukan beruniform seperti angkatan tentera, ATM, PDRM dan lain-lain dan juga menandatangani kontrak pinjaman. Dato’ Yang di-Pertua, kalau kita melihat kepada jumlah belia yang berumur 18 hingga 20 tahun di negeri Pulau Pinang ini setakat 2019 adalah seramai 75,569 orang. Jumlah yang sangat besar dan saya rasa mereka juga perlu memainkan peranan untuk membantu dan memberi kefahaman dalam mengurus tadbir negara kita. Maka Dato’ Yang di-Pertua, Penaga menyokong...(gangguan).
(YB. Satees A/L Muniandy): Minta penjelasan sikit Dato’ daripada Penaga. Boleh minta penjelasan?
Sudah. Ahli-ahli Yang berhormat, kalau ada saya minta seorang lagi. Ada? Ketua Pembangkang. Sila. Last.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Saya terpanggil untuk bersama-sama dalam kita membahaskan usul pindaan enakmen yang telah dibentangkan oleh Bagan Jermal. Saya ingin menyebut peringkat awal ini, iaitu pada zaman Rasulullah SAW pernah melantik seorang panglima perang yang terdiri daripada seorang yang cukup muda Zaid bin Harisah dan tidak diberi kepada Khalid Al Walid panglima perang yang digelar singa. Singa Allah tetapi diberi kepada Zaid bin Harisah tapi Khalid Al Walid tidak berkecil hati walaupun tak diberikan tugas memegang panji perang kepada orang yang lebih muda. Jadi ini ada kaitan dengan apa yang kita bahaskan ini. Kita juga melihat bahawa golongan muda ini bila diturunkan hak mengundi kepada 18 tahun maknanya akan lebih ramai anak muda yang akan berada dalam menjadi pengundi dan sudah semestinya anak muda yang faham perangai anak muda. Anak saya yang kecil umur 17 tahun, saya pun tidak faham perangai dia. Cuma anak-anak muda di kalangan mereka yang faham masalah. Saya sendiri tidak boleh hendak masuk dengan golongan-golongan muda yang bawah-bawah ini yang era baru ini. Zaman baru ini, mungkin zaman internet, zaman media sosial dan sebagainya. Anak zaman alfa jadi kita tidak faham. Jadi sudah semestinya kita hendak golongan yang sama yang boleh faham yang boleh tahu masalah yang boleh tahu apa yang keperluan anak-anak muda yang semacam ini. Jadi sudah tentu bila dipersetujui di peringkat Parlimen untuk menurunkan hak mengundi dan kita mestilah saya rasa selaras dengan itu untuk menurunkan juga hak menjadi calon. Jadi apa yang penting ada keperluan di situ dan saya nampak keperluan itu memang perlu dibuat untuk dipinda dan yang penting persediaan, nanti Pulau tikus marah kat saya, persediaan maknanya peringkat kepimpinan sama ada parti dan sebagainya pimpinan kerajaan negeri juga bila sudah dipinda undang-undang ini persediaan untuk mewujudkan kepimpinan perlu ada sebab kalau kita tak buat persediaan maknanya mengwujudkan kepimpinan akan menimbulkan masalah. Masalah maksud saya masalah di sini umur 18 kemungkinan memerlukan untuk jadi pemimpin ini dia memerlukan pengalaman dan juga interaksi di antara masyarakat.
Ingin mencelah satu.
Ya.
Penjelasan. Ketua pembangkang setujukah persediaan yang dimaksudkan itu termasuk tidak lompat parti, anti-hopping law? Terima kasih.
Saya pun pelik Permatang Pasir. Kita bincang pasal lain dia sebut pasal lompat parti.
Persediaan ADUN ini termasuk lompat parti. Jadi adakah persediaan itu termasuk pihak Sungai Dua setuju atas dasar parti sendiri dan kita tidak bersetuju dengan melompat parti ini.
Saya secara jelas pendirian saya, kita berpegang kepada satu ketetapan satu pegangan dan kita tidak bersetuju dengan lompat parti. Saya secara peribadi sebab lompat parti ini akan menyebabkan demokrasi itu terhakis dan banyak lagi masalah yang akan berlaku seperti rasuah dan sebagainya.
Ahli-ahli yang berhormat. Akta lompat parti telahpun kita lulus di dalam Dewan. Sila balik.
Okey. Seterusnya saya mengharapkan saya dalam perbahasan ini saya bersetuju dengan apa yang dipinda cuma persediaan-persediaan untuk kita membentuk pemimpin-pemimpin muda ini yang serba serbi lengkap hendak jadi YB. bukan senang bukan satu benda yang mudah, bukan satu perkara yang senang sebab kita akan bergaul dengan banyak lagi peringkat umur jadi kita kena membentuk pemimpin. Jadi saya ingat setakat itu, saya ucapkan terima kasih dan saya menyokong usul.
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Just very quick one some numbers to support everyone spoke just now kalau boleh diizinkan saya minta.
Serba ringkas.
Ya. Saya ingat apa yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang betul tepat pada apa yang sedang berlaku and thank you to our YB moving this motion. Just a few number like I say just now number very important to support this arguement..(dengan izin), if we look at beberapa kategori kita hendak lihat sama ada mereka boleh bantu atau sokong dengan usul ini saya lihat pada pandemik sekarang. Sekarang semua adalah berkenaan pendemik, nombor pun begitu penting kalau tadi ada silap nombor yang diberi perlu diperbetulkan. Saya beri satu nombor yang saya dapati persefahaman daripada mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun. Saya hendak bagi little bit information. For your information daripada skim kita ataupun program saring kita I have kumpulan umur pengunjung that’s mean how they
show aware what’s is going on that cannot been argument against the fact is they should not be allowed. Itu bukan satu perbahasan terhadap mereka tidak dibenarkan untuk jadi calon. I give you the example for me number the most important thing because number only speak for itself. Yang pengunjung yang kita ada kita ada 11% daripada tahun 11 hingga 20 tahun. Dato’ Speaker, daripada tahun 1 hingga 10 tahun ada 2% of course that not many but I’m saying they are aware they know what is happening. This is very important and daripada 21 hingga 30 tahun 25%. It’s mean the maximum is up to 30 years old. So itulah begitu penting. Saya bagi satu contoh and I just want to say my experience Dato’ Speaker if I can apabila saya 17 tahun ayah saya ditahan di Kemunting dan saya terpaksa pergi untuk baca undang-undang di luar negara walaupun saya tanya dia saya tak mahu dia digari di Hospital Taiping dekat Kemunting kerana keadaannya begitu teruk setelah 53 hari dalam sel confinement but that time saya ingat kalau boleh saya ingat saya hendak masuk politik tapi tak boleh tapi sekarang ini lah peluang kita untuk beri peluang kepada mereka pada umur itu yang ada berpengalaman sebegitu rupa dan saya lihat semua ucapan yang saya lihat tadi adalah apa yang sedang berlaku dengan pendemik politik kita bukan pendemik COVID-19. Kita ada dua (2) pandemik di Malaysia, pendemik COVID dan pendemik politik. Saya terima kasih kepada semua terutamanya kepada Ketua Pembangkang. Thank you so much for agree with this. Sometimes the younger minds will lead us further and then how we move. Thank you so much.
Terima kasih Dato’ Keramat. Ahli-ahli yang berhormat saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telahpun menyertai sesi perbahasan atas Rang Undang-Undang ini. Dengan ini saya hendak minta yang berhormat apa nama Bagan Jermal untuk buat penggulungan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Terima kasih Yang di-Pertua Dewan dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas mengenai Rang Undang-Undang ini berdasarkan hujah dan fakta yang dibentangkan tadi jelas bahawa penyediaan dan pemantauan untuk penurunan had umur calon ADUN daripada 21 tahun ke 18 tahun di Pulau Pinang ini amat diperlukan. Seperti yang dicadangkan dan dibahas oleh Yang Berhormat Pengkalan Kota. Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Kota di atas cadangan beliau berhubung dengan situasi diskriminasi terhadap usia ahli yang berhormat di dalam Dewan yang mulia ini sememangnya berdasarkan peraturan pertama Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang sedia ada isu diskriminasi terhadap gender, kaum dan agama telahpun diperuntukan dengan penggubalan Rang Undang-Undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang 2021 ini. Saya berkongsi pendapat tentang isu yang dibangkitkan Yang Berhormat Pengkalan Kota akan saya akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat untuk meneliti cadangan tersebut yang yang dibangkit oleh ADUN daripada kawasan Bagan Dalam untuk memberikan hak kepada anak muda untuk bertanding dan ini selaras dengan pindaan Persekutuan bagi kepentingan golongan belia saya ingin ambil kesempatan ini untuk menekankan bahawa Parlimen secara sebulat suara telah menguruskan satu pindaan perlembagaan pada bulan Julai 2019 untuk memberikan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas untuk mengundi dan juga membolehkan pelaksanaan pendaftaran undi secara automatik.
Oleh yang demikian, saya sekali lagi ingin menyeru pihak Kerajaan Persekutuan yang baharu melaksanakan Undi18 selewat-lewatnya sebelum pilihanraya PRU ke-15. Saya percaya semua ADUN-ADUN yang bersidang dalam Dewan yang mulia ini termasuk pihak pembangkang, ADUN Penaga dan Sungai Dua bersetuju termasuk juga Permatang Berangan, bersetuju supaya kita nak lihat sebelum pilihanraya ke-15 dapat melaksanakan Undi18 untuk anak-anak muda kita membuat undi dan menentukan demokrasi untuk negara Malaysia kita. Kerajaan Pulau Pinang melalui PYDC juga akan terus berusaha untuk menganjurkan lebih banyak lagi program-program yang berkaitan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu sivik, demokrasi supaya golongan muda yang berminat dalam bidang politik boleh bersediakan diri untuk menghadapi cabaran menjadi calon dalam pilihan raya yang akan datang. Seiring dengan perkembangan pesat ekonomi, teknologi dan kemajuan pelbagai industri, penglibatan golongan muda dalam pembangunan sosial dan politik di negeri Pulau Pinang dan negara Malaysia adalah amat diperlukan. Mereka perlu diberi peluang untuk memainkan peranan yang kritikal dalam dasar-dasar kerajaan memandangkan mereka merupakan generasi yang bakal menentukan hala tuju negara pada masa hadapan. Golongan belia merupakan memang aset utama pembangunan negara. Hakikatnya, statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2021 telah menunjukkan bahawa 35.25% daripada populasi negeri Pulau Pinang iaitu sebanyak 624,000 orang golongan belia di Negeri Pulau Pinang yang berumur dari 15 hingga 34 tahun. Sehubungan dengan itu, mereka perlu diberi peluang dan platform yang optimum untuk meningkatkan kesedaran politik serta menitikberatkan pandangan dan suara golongan ini. Oleh sedemikian, berikutan perkembangan sosial dan demokrasi di seluruh dunia ini, maka golongan belia Pulau Pinang terdorong untuk turut diberi hak menjadi calon ADUN seawal usia 18 tahun. Langkah ini adalah bagi memberi peluang, ruang dan suara kepada mereka untuk sama-sama berganding bahu mencorak demokrasi negara melalui pilihan raya. Yang dibangkit oleh Pulau Tikus, di mana, terima kasih kepada hujah Yang Berhormat Pulau Tikus seiringan dengan perkembangan pesat ekonomi ini, maka golongan belia juga pergi buat dan perform dan seperti yang dibangkit masa pandemik sebanyak 75 youth volunteer, sukarelawan belia turut berganding bahu membantu KADUN dan mengenalpasti keluarga yang memerlukan bantuan bagi meringankan beban isi keluarga. Mereka turut membantu di KADUN Batu Lachang, KADUN Sungai Pinang dan di bawah Parlimen Jelutong. Usaha-usaha ini adalah menunjukkan bahawa golongan belia turut melibatkan diri dan menolong semasa pandemik COVID-19 ini. Dan juga terdapat 134 youth volunteer yang turut membantu dalam Liga Super di mana mereka turut juga menyumbang sedikit sebanyak usaha mereka untuk membantu semasa perlawanan bola di Super League ini. Untuk menjawab perbahasan daripada Yang Berhormat Sungai Dua dan juga Penaga di mana memang bersetuju bahawa umur 18 jadi calon adalah satu pembangunan yang sesuai kepada anak-anak mud akita dan PYDC akan menganjurkan lebih banyak program untuk mereka supaya anak-anak muda ini ada peluang untuk ambil bahagian dan juga memahami untuk membentuk pemuda-pemudi ini menjadi calon. Untuk meningkatkan kesedaran politik belia melalui program pendidikan sivik, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PYDC telah menganjurkan Bengkel Demokrat Muda di bawah Program Sidang Muda bagi melengkapkan peserta-peserta Bengkel Demokrat Muda dengan pengetahuan tentang ilmu demokrasi dan sivik yang dapat meningkatkan kesedaran mereka terhadap kepentingan hak dan tanggungjawab seseorang warganegara untuk mengundi ketika pilihan raya. Bengkel ini juga menawarkan sesi perbahasan secara maya kepada peserta-peserta untuk membahas isu mengenai pelaksanaan Undi18 di negara kita.
Saya di sini ingin ucapkan terima kasih kepada Pulau Tikus yang sudi meluangkan masa jadi Speaker semasa Bengkel Sidang Muda ini. Bukan saja Pulau Tikus, tetapi termasuk juga alumni-alumni termasuk Pengkalan Kota dan juga Bagan Dalam. Ada juga ramai untuk Sidang Muda. Masa depan yang cerah, adalah kita bergantung dengan anak-anak muda ini yang pernah mengambil bahagian dalam Sidang Muda kerana mereka sekurang-kurangnya pernah ambil bahagian dan juga melalui bengkel demokrat ini memahmi kesedaran dan juga isu-isu yang dibangkit dan dibahas dalam Sidang Muda. PYDC juga menggalakkan penglibatan belia dalam pembuatan keputusan supaya ia tidak secara langsung akan menggalakkan penyertaan pengundi 18 tahun dalam PRU 15. Oleh itu, PYDC juga memberi peluang kepada peserta-peserta untuk mengemukakan pendapat dan cadangan berkaitan polisi kerajaan yang membenarkan had umur layak mengundi 18 tahun ini bagi pertimbangan SPR dalam Kempen Undi18 yang dijalankan secara atas talian pada Disember 2020. Di samping itu, Sidang Muda juga telah dijalankan oleh PYDC untuk memberi pendedahan kepada golongan belia khususnya bagi mereka yang telah mengikuti bengkel demokrasi dengan proses penggubalan dasar pada peringkat negeri dan negara. Para peserta diberi peluang untuk mengemukakan usul dan membahaskan usul masing-masing di Dewan Undangan Negeri yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Sebarang cadangan dan isi kandungan perbahasan yang dikemukakan oleh Ahli Sidang Muda juga akan dikumpulkan dan ditujukan kepada barisan EXCO/ADUN yang berkenaan untuk pertimbangan dan rujukan. Seramai 68 ahli Sidang Muda telah mengambil bahagian dalam program ini dari 2018 hingga 2020. Untuk maklumat, Sidang Muda adalah satu program yang pertama dianjurkan oleh Negeri Pulau Pinang pada tahun 2015. Negeri yang pertama yang menganjurkan Sidang Muda adalah Negeri Pulau Pinang. Meneliti usaha-usaha ini, Kerajaan Negeri percaya bahawa ia adalah usaha yang wajar dilaksanakan untuk menggalakkan penglibatan belia terutamanya pengundi 18 tahun dalam PRU-15 untuk memberi impak positif kepada pembangunan negeri dan negara. Dengan Penggubalan Rang Undang-Undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2021 ini, anak-anak muda berusia 18 tahun ke atas boleh menjadi calon dalam pilihan raya yang akan datang. Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PYDC akan terus berusaha untuk menganjurkan lebih banyak lagi program-program yang berkaitan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu sivik, demokrasi supaya golongan muda yang berminat dalam bidang politik boleh bersiap sediakan diri untuk menghadapi cabaran yang akan datang pada pilihan raya yang akan datang. Dan kesan positif yang akan membawa untuk menguruskan calon ADUN yang lebih 18 tahun ini ada pembangunan sosial negeri kita iaitu ianya boleh memelihara hak belia, menggalakkan penglibatan belia dalam politik, memupuk kesedaran sifat tanggungjawab belia, memupuk kesedaran tentang Pendidikan Politik di kalangan belia. Rang Undang-Undang ini tidak akan menglibatkan sebarang peruntukan kewangan daripada Kerajaan Negeri. YB Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Saya mohon mencadangkan agar usul Cadangan Penggubalan Rang Undang-Undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2021 ini dipersetujui dan diangkat untuk diluluskan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Jermal. Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah Rang Undang-Undang Perlembangan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2021 dibacakan untuk kali yang kedua. Ahli-ahli yang bersetuju katakan, ‘Ya’.
Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri: ‘Ya’.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, katakan ‘Tidak’. ‘Ya’, sebulat suara dipersetujui.
Ahli-ahli Dewan menepuk meja.
Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen untuk meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
Ahli-ahli yang Berhormat, Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang kedua agar Rang Undang-Undang ini sekarang akan dipertimbangkan di dalam Jawatankuasa.
Fasal 1 dan 2.
Fasal 1 dan 2 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?
Rang Undang-Undang bernama suatu enakmen untuk meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
Tajuk penuh dan Fasal yang mengundangkan adakah menjadi sebahagian dari Rang Undang-Undang? Dewan bersidang semula. Sila, Yang Amat Berhormat.
Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2021 telahpun dipertimbangkan sefasal demi sefasal dalam Jawatankuasa dan dipersetujui tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang ini sekarang dibaca bagi kali yang ketiga serta diluluskan.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah Rang Undang-Undang yang dibaca bagi kali yang ketiga serta diluluskan. Ahli-ahli yang bersetuju katakan, ‘Ya’.
Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri: ‘Ya’.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, katakan ‘Tidak’. ‘Ya’, sebulat suara dipersetujui. Ahli-ahli Dewan menepuk meja.
Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2021, maka dengan ini adalah diperundangkan oleh kuasa Undangan Negeri Pulau Pinang.
Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Ahli-ahli Dewan menepuk meja.
Usul daripada Yang Berhormat Ahli Kawasan Sungai Pinang.
Dipersilakan Yang Berhormat Sungai Pinang.
Terima kasih, Dato’ Speaker, Yang Berhormat, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon mencadangkan “Bahawa kami Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang memohon mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini di Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Ke-Empat Belas pada 30hb Ogos, 2021”.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Abdul Razak di atas pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang yang baharu. Semoga Tuan Yang Terutama Tun dan Toh Puan sentiasa dalam keadaan yang sihat walafiat agar dapat terus memimpin negeri ini dengan landasan yang lebih maju, majmur dan sejahtera untuk rakyat Pulau Pinang. Pada masa yang sama, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan penghargaan kepada Yang Amat Bhg Tun Dato Seri Utama (Dr) Hj Abdul Rahman Bin Hj. Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-7 (tujuh) dan Yang Amat Bhg Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff di atas jasa dan bakti yang telah ditaburkan kepada Negeri Pulau Pinang selama ini. Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Tuan Yang Terutama Tun kerana telah merasmikan pembukaan Dewan Undangan Negeri untuk memulakan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-14 yang amat bersejarah ini walaupun kita masih diselubungi dengan suasana pandemik COVID-19. Pembukaan Dewan Undangan Negeri ini ketika suasana ini melambangkan Kerajaan Negeri amat menitikberatkan kebebasan amalan demokrasi agar setiap keputusan Kerajaan Negeri dibuat secara bertanggungjawab dan berhemah serta pada masa yang sama mempertingkatkan usaha mendepani wabak COVID-19 di Negeri Pulau Pinang. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri, Perdana Menteri yang baru dilantik dalam keadaan negara yang sangat mencabar ketika ini dan saya berharap dengan pelantikan Perdana Menteri, kerajaan akan meneruskan usaha-usaha dalam memerangi pandemik COVID-19 dengan segera demi kesejahteraan rakyat dan negara. Dato’ Yang di-Pertua, setakat 30 hari bulan Ogos kita telah mendapati sebanyak 84,759 jumlah kes positif COVID di Negeri Pulau Pinang. Pada masa yang sama sehingga tarikh tersebut seramai lebih 63.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Kerajaan Negeri juga mensasarkan bahawa 100% populasi penduduk yang berumur 18 tahun ke atas akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada awal September 2021. Semestinya saya amat menyokong hasrat Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran ini. Walau bagaimanapun, apakah langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi memudahkan proses pemberian vaksin ini kerana tarikh pada hari ini sudah satu hari bulan September dan saya tertanya-tanya adakah kita mampu masih mampu untuk mencapai sasaran 100% ini dalam awal bulan September. Bekalan vaksin yang tidak konsisten menyumbang kepada senario lonjakan kes COVID-19 di Pulau Pinang meskipun usaha meningkatkan kapasiti Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah dijalankan. Oleh itu, saya memohon Kerajaan Persekutuan agar bekalan vaksin perlu ditambahkan segera bagi membendung penularan jangkitan serta mempercepatkan proses vaksinasi supaya kita dapat mencapai sasaran 100% secepat mungkin. Dengan ini saya ingin mengungkapkan semula kata-kata Perdana Menteri bahawa konsep kerajaan ini adalah Kerajaan Keluarga Malaysia. Maka saya berharap Negeri Pulau Pinang dapat diberikan keutamaan dalam pemberian vaksin. Selain itu, saya ingin menekankan di sini bahawa dalam memberikan tumpuan untuk memastikan pencapaian sasaran bagi suntikan vaksin ini berjaya jangan pula kita lupa bahawa rakyat yang didapati positif COVID-19 ini juga memerlukan bantuan rawatan yang segera. Selaku agensi atau kerajaan kita tidak boleh memberi alasan bahawa katil hospital tidak mencukupi atau penuh. Sekiranya mereka yang dijangkiti COVID-19 cuba menghubungi 999 seperti yang dinasihatkan. Malangnya tiada siapa yang menjawab panggilan telefon tersebut dan seluruh isi rumah akan berada dalam keadaan yang amat resah disebabkan mereka tidak mampu membuat kuarantin kendiri dan susah untuk mengamalkan SOP akibat
daripada kebanyakkan ruang rumah dikehendaki untuk dikongsi bersama isi keluarga yang lain. Ini mampu membuatkan virus COVID-19 bermutasi kepada ahi keluarga yang lain dan memburukkan lagi keadaan. Persoalan saya sekarang ni, bagaimana kerajaan atau agensi mengendali kes-kes seperti ini? Rakyat kelihatan tidak jelas dengan langkah-langkah yang dikehendaki untuk diambil apabila mereka didapati positif COVID. Pada masa yang sama, bagi mereka yang memerlukan bantuan rawatan segera bagaimana agensi atau kesihatan ingin mengambil pendekatan bagi memudahkan mereka mendapatkan rawatan di hospital. Kita tidak boleh mengatakan disebabkan mereka dari kategori satu atau kategori dua yang tidak bergejala maka mereka mampu untuk membuat kuarantin kendiri tetapi kuarantin kendiri ini tidak berpihak kepada semua golongan masyarakat disebabkan mereka yang tinggal di pangsapuri mampu milik yang tidak mempunyai kemudahan untuk membuat sedemikian. Misalnya rakyat yang tinggal di PPR Jalan Sungai, KADUN Sungai Pinang, PPR Taman Manggis atau ruangan unit pangsapuri yang kecil dengan kepadatan density memang tidak dapat menjalankan kuarantin kendiri yang berkesan malah ia akan mengundang penularan rangkaian wabak COVID-19 ke komuniti yang semakin serius. Kes-kes kematian semakin meningkat. Semalam sahaja di PPR ada kes kematian yang kuarantin kendiri di rumah. Jadi MPKK saya, seluruh MPKK saya selama ini dah berapa lama mereka menangis dan call saya kata ‘YB. kita rasa helpless’. Kes-kes positif di PPR Jalan Sungai meningkat sekurang-kurangnya I rasa 60 keluarga. Tolong fikirkan kalau 60 keluarga di PPR dan di seluruh kawasan yang ber-density padat ini. Bagaimana mereka perasaan mereka, how they feel? Sebagai seorang wakil rakyat, saya juga rasa inilah satu perkara yang sangat serius sebab ia melibatkan nyawa rakyat jelata kita. Kita tidak boleh lagi tidak mampu untuk kehilangan nyawa rakyat jelata kita lagi dan saya rasa adalah masanya kita jadi lebih proaktif dan berkesan dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 ini. Saya menyahut dan ingin menyarankan kepada Kerajaan Negeri untuk menyediakan satu sistem cara alir yang lebih jelas agar rakyat dapat merujuk sekiranya mereka memerlukan bantuan kesihatan yang segera. Saya menyahut baik inisiatif Kerajaan Negeri dalam membangunkan empat PKRC yang baharu. Pada masa yang sama, saya juga berharap kerajaan dapat mewujudkan lebih banyak pusat kuarantin bagi pesakit risiko rendah supaya mereka tidak akan keadaan mereka tidak akan menjadi bertambah buruk ke stage tiga ke empat ke atau nyawa mereka hilang. Dengan kesempatan ini, saya ingin memaklumkan kepada Dewan bahawa komuniti di KADUN Sungai Pinang telah diberi latihan oleh CDERT MPKK KADUN Sungai Pinang mengenai cara-cara melakukan aktiviti nyah cemar dan sebagainya bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Setakat ini sebanyak 30 buah pasukan merangkumi 150 orang sukarelawan yang kini sentiasa bersedia di lapangan. Dengan pendedahan Latihan Pemerkasaan Komuniti sebegini, golongan sukarelawan mampu memahami pandemik ini dengan luas dan mereka juga dapat mengingatkan satu sama lain mengenai kefahaman kesihatan, keselamatan, kebersihan kawasan setempat dan pengamalan SOP sebagai konsep Kita Jaga Kita. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Puan Chong Eng, selaku EXCO Pembangunan Sosial yang telah mewujudkan sistem First Support Point bagi membantu mangsa keganasan domestik, di mana sistem ini telah memainkan peranan yang amat penting di kala negara menghadapi pandemik COVID-19. Saya difahamkan Kerajaan Negeri telah berjaya untuk mewujudkan lebih dari 30 First Support Point merangkumi dari Pusat Khidmat ADUN dan Pertubuhan Bukan Kerajaan iaitu NGO setakat ini bagi membantu golongan yang terkesan dengan isu sosial ini.
Dasar ini merupakan suatu pendekatan yang amat memberangsangkan bagi membantu mangsa keganasan domestik. Walau bagaimanapun, saya berpendapat dasar ini sahaja tidak mampu menyelesaikan isu keganasan domestik dalam jangka masa panjang. Oleh itu, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri untuk memperbanyakkan kempen-kempen kesedaran di peringkat MPKK / Agensi Kerajaan / JPWK dan lain–lain atau komuniti dengan membawa mesej jelas bahawa keganasan domestik ini merupakan suatu jenayah. Tambahan pula, saya juga berharap Kerajaan Negeri di bawah EXCO Perumahan dapat mendokong dasar ini dengan mewujudkan lebih banyak sistem First Support Point melibatkan Perbadanan Perumahan di Pulau Pinang. Contohnya, sekiranya kita dapat mewujudkan sistem ini di pejabat perbadanan di mana-mana pangsapuri atau kondominium maka ianya akan memudahkan serta mempercepatkan mangsa untuk segera mendapatkan bantuan tanpa perlu berlengah atau melambatkan proses. Jangan kita ambil terlampau mudah dengan isu-isu sosial seperti keganasan domestik, sekiranya ianya tidak dikendalikan dengan baik maka...(gangguan).
Minta, minta penjelasan.
Ya, silakan.
Minta penjelasan. Terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Sungai Pinang yang tadi telah membangkitkan satu point yang amat penting berhubung dengan lokasi First Support Point yang telah dipelopori oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana salah satu soalan bertulis saya, saya telah mendapatkan maklumat yang terkini berhubung dengan lokasi First Support Point yang telah siap didirikan di Negeri Pulau Pinang ini. Namun, saya lihat khususnya kepada First Support Point di pusat khidmat ADUN-ADUN di Negeri Pulau Pinang ini saya tidak nampak pusat khidmat daripada ADUN-ADUN pembangkang dijadikan First Support Point. Jadi saya rasa seperti mana Yang Berhormat Sungai Pinang tadi maklumkan khususnya ketika pandemik COVID-19 ini kesihatan mental itu dan juga isu keganasan domestik ini adalah suatu masalah yang perlu kita tangani secara bersama-sama. Jadi saya juga ingin mengajaklah rakan-rakan kita daripada Parti Pembangkang turut serta untuk mewujudkan lokasi First Support Point di pusat khidmat-pusat khidmat Yang Berhormat juga. Memandangkan Yang Berhormat-Yang Berhormat Parti Pembangkang pun dapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan saya rasa lebih banyak lagi Ahli-ahli Pembangkang kita boleh buat untuk mengatasi isu keganasan domestik ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Pengkalan Kota. Memang ini usaha untuk menubuhkan First Support Point itu adalah untuk kebajikan dan untuk kebaikan rakyat jelata kita. Jadi bersama-samalah kita tak kira politik dan latar belakang, kita sama-sama menjalankan sesuatu yang baik untuk rakyat kita. Jadi jangan kita ambil terlampau mudah dengan isu-isu sosial seperti keganasan domestik. Sekiranya ianya tidak dikendalikan dengan baik maka ia mampu mengundang mangsa untuk terjebak dengan gangguan mental lalu menjurus mangsa untuk bunuh diri akibat daripada kekurangan sistem sokongan.
Megikut pecahan statistik sebanyak 58 kes bunuh diri dilaporkan pada tahun 2020 dan diikuti dengan 53 kes bagi tempoh lima (5) bulan pertama tahun ini dan sebanyak 43 kes lagi cubaan bunuh diri dalam tempoh yang sama. Perkara ini menunjukkan keperluan untuk mewujudkan sistem First Support Point dengan lebih luas. Di samping kita melihat isu COVID-19, isu kesihatan mental juga amat penting. Ia perlukan perhatian serius dan ditangani sebaik mungkin agar kes membabitkan kesihatan mental dan bunuh diri dapat dikurangkan. Selaras dengan itu, saya menyambut baik inisiatif tepat yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membentuk Penang Care Alliance atau Gabungan Penang Care bersama NGO, para pemain industri utama serta golongan professional di negeri ini bagi memberi sokongan dan bantuan kepada masyarakat yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dengan menyediakan platform yang neutral, inklusif serta saksama kepada semua golongan yang terkesan dan memerlukan bantuan akibat krisis kesihatan semasa. Dato’ Yang di-Pertua, dalam kesempatan ini, izinkan saya untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Perbadanan Stadium dan Tanah Lapang Negeri Pulau Pinang serta PWDC di atas kerjasama yang telah diberikan bagi menjayakan projek Taman Areca di Lebuh Sungai Pinang 7, di mana taman ini bukan menjadi sebuah taman yang semakin popular malah ia juga telah menyediakan kemudahan sebanyak 100 buah parkir kepada penduduk tempatan dan pengunjung. Pada masa yang sama, saya memahami akan keperluannya tandas awam buat pengunjung di Taman Areca dan sekitar Karpal Singh Drive. Oleh itu, Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang juga telah bersetuju dengan cadangan saya untuk membina sebuah tandas awam pada tahun depan. Terima kasih saya ucapkan dan taman ini juga mempunyai dua ruang khas iaitu "Taman Komuniti" dan "Taman Terapi". Kedua - dua taman ini merupakan elemen unik bagi meningkatkan impak positif ketika menjalankan aktiviti senaman atau riadah. Dengan penyertaan komuniti atau penduduk setempat, saya yakin kita dapat mewujudkan kesedaran untuk bersama-sama dalam menjaga kebersihan dan keselamatan alam sekitar di taman kejiranan yang indah ini. Selain menjadi tempat yang selesa untuk aktiviti senaman dan riadah, taman ini juga dilengkapi dengan hutan simpanan pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan, padang rumput rekreasi, taman rama-rama, peralatan sukan, dataran umum dan khususnya dataran keluarga (family square) yang pertama di Pulau Pinang di mana ia sesuai untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Inisiatif ini juga selaras dengan Visi Pulau Pinang 2030 iaitu Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara. Untuk makluman semua, muara Sungai Pinang bersebelahan taman ini akan dijadikan sebagai Riverine Garden yang mana koleksi tumbuh-tumbuhan persisiran air ditanam bagi tujuan rekreasi pendidikan. Riverine Garden ini akan dilengkapi dengan informasi menarik mengenai tumbuh-tumbuhan bagi tujuan kesedaran pemuliharaan. Projek ini tidak akan menggunakan kos yang tinggi kerana ianya akan dilaksanakan secara gotong-royong untuk memaksimakan penglibatan komuniti setempat. Penanaman pokok di Riverine Garden ini akan menyumbang kepada program Penghijauan Malaysia di mana 100 juta pokok telah disasarkan menjelang 2025. Bagi Negeri Pulau Pinang, penanaman pokok ini akan menyumbangkan kepada hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menanam 200,000 pokok menjelang 2023. Selain daripada itu pihak kami juga bercadang untuk menanam Pokok Berembang bagi menarik serangga kunang-kunang atau kelip-kelip serta menjadikan taman itu sebagai daya tarikan serta lokasi tumpuan flora dan fauna serta eko pelancongan. Pihak JPS telah menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan seperti mengeluarkan selut bagi tujuan mendalamkan muara Sungai Pinang. Oleh itu saya berharap penduduk setempat juga memainkan peranan bagi memastikan kebersihan alam sekitar serta sungai kita pada masa yang sama kita juga harus bertanggungjawab dalam memelihara kualiti sungai kita. Akhir kata, saya juga buat semua rakyat Pulau Pinang kebersihan, keselamatan, kesihatan
dan kesejahteraan negara adalah tanggungjawab kita bersama marilah kita bergading bahu dalam memutuskan rangtaian COVID-19.
31 Ogos tarikh Keramat, Bersama Kita Menyambut Merdeka, Bersatu Berazam Penuh Semangat, Mari Pertahankan Kemerdekaan Kita.
Jalur Gemilang Bendera Malaysia, Megah Berkibar Setiap Hari, Selalulah Kita Berdoa Padanya, Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni.
Di Muara Banyak Buaya, Buaya Timbul Si Mangsa Cabut Lari, Virus COVID-19 Sungguh Bahaya, Kita Jaga Kita Jangan Abaikan Kuarantin Kendiri.
Sekian terima kasih, saya mohon menyokong.
Terima kasih YB. Sungai Pinang. Sila Yang Berhormat Seri Delima kalau boleh tidak lebih daripada 15 minit.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri saya mohon menyokong. Izinkan saya merakamkan kesyukuran kerana diberi ruang untuk menyuarakan sokongan terhadap usul yang telah dilafazkan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada Sesi Persidangan Penggal yang keempat kali ini. Dato’ Speaker, pandemik COVID-19 telah menyebabkan kehilangan nyawa manusia secara dramatik di seluruh dunia dan memberikan cabaran yang belum pernah kita semua bayangkan terhadap kesihatan awam. Sistem makanan dan juga aspek pekerjaan hari ini krisis ekonomi dan sosial yang disebabkan oleh COVID-19 adalah amat dahsyat berjuta syarikat dan industri menghadapi ancaman yang berisiko sehinggalah mereka gulung tikar. Untuk makluman juga hampir separuh daripada 3.3 billion tenaga kerja dunia sedang mengalami risiko kehilangan mata pencarian mereka. Pekerja sektor tidak formal paling mudah terkesan kerana majoritinya tidak mempunyai perlindungan sosial ataupun caruman terhadap penjagaan kesihatan yang lebih berkualiti serta aset yang produktif. Kita kini menghadapi krisis yang merangkumi semua aspek dalam kehidupan harian kita, jaminan makanan, kesihatan awam, pekerjaan dan juga isu tenaga buruh. Tempoh pemberian vaksin yang mengambil masa agak lama telah
menimbulkan persoalan apakah ada isu-isu berbangkit antara pihak Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Jadi kita hari ini sedang berdepan dengan wabak COVID yang telah mutasi kepada beberapa varian baru yang kita kenal pasti antaranya ialah Varian Delta, yang sudah menular dan jauh lebih merbahaya maka pemberian vaksin pada ketika ini haruslah dipercepatkan kerana saya bimbang dengan angka kes harian di Pulau Pinang telah mencapai empat digit. Kita sekarang sedang menghadapi keadaan yang penuh delima antara apa yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dan juga apa Kerajaan Negeri perlukan maka jelasnya bahawa krisis masa yang kita sedang hadapi bakal melumpuh sistem kesihatan kita. Dengan kenyataan yang dikeluarkan kita sedia maklum bahawa hospital telah kehabisan katil ICU. Keadaan di hospital sesak dan lebih merisaukan apabila barisan hadapan kita sudah tidak terdaya ekoran terlalu banyak bekerja dan mereka tidak mempunyai rehat yang cukup sejak wabak melanda negara kita. Dan di sini, Pulau Pinang memerlukan barisan pimpinan yang mampu membantu negeri kita, supaya kita dapat pulih dari pandemik dan portfolio yang amat penting bagi hari ini adalah portfolio kesihatan dan di sini kita perlukan pimpinan yang boleh memberi keputusan-keputusan yang tegas dan boleh menjadi perantara mengenai keperluan perubatan yang di Pulau Pinang dan juga Kerajaan Pusat. Sebagai ADUN Seri Delima, saya hari ini tegas membawa suara-suara penduduk yang mana beberapa kawasan dalam Seri Delima telah diklasifikasikan sebagai zon merah sama juga dengan kawasan-kawasan KADUN yang lain. Jadi penjagaan kesihatan merupakan hak asasi dan juga keperluan asas dalam krisis yang sedang kita hadapi, kecukupan dan kecekapan serta ketelusan sebagai mana maklumat dikongsi merupakan faktor yang amat penting yang mampu menyelamatkan nyawa rakyat negeri ini. Sejak beberapa bulan yang lepas kes-kes positif harian terus meningkat, tidak dinafikan inisiatif Kerajaan Negeri yang melaksanakan Program Saring COVID-19 serta saringan besar-besaran di kilang-kilang merupakan penyumbang kepada peningkatan. Tetapi program Penang Saring COVID-19 telah dijayakan oleh Datok Keramat dan usaha ini adalah satu elemen yang penting di mana (dengan izin)... data is king jadi maklumat diperlukan untuk mengawal penularan virus ini. Portfolio kesihatan ini adalah amat penting dalam kehidupan normal baru yang sedang kita alami, keputusan dari pimpinan menentukan siapa di antara kita yang boleh hidup dan sebagainya. Kita kini Perintah Kawalan Pergerakan masih diteruskan dan kita tak boleh tutup mata dengan isu kesihatan mental yang sedang rakyat derita. Jadi apakah kita mampu untuk teruskan membaca kes-kes bunuh diri dalam kalangan rakyat yang semakin meningkat saban hari. Jadi akhirnya SOP yang diwujudkan juga tidak lagi mengawal penularan wabak ini. Saya berpendapatan bahawa tibalah masanya untuk satu task force yang lebih tegas diwujudkan untuk lebih fokus dalam menguruskan risiko yang kita sedang hadapi. Saya memuji inisiatif yang dilakukan oleh YB. Sungai Puyu dengan mengwujudkan Penang Care Alliance yang bertindak sebagai satu pusat sehenti ataupun (dengan izin)...one stop center yang menyalurkan informasi berkenaan kebajikan dan juga kesihatan. Maka begitu juga lah kita perlu kepimpinan yang jelas dalam pengurusan COVID-19. Misalnya, apabila seseorang didapati positif maka apakah tindakan yang harus beliau lakukan ataupun apabila seorang yang didapati positif itu terpaksa kuarantin kendiri dengan enam (6) ahli keluarga lain dalam rumah pangsa kecil malah sehingga hari ini juga ada di antara pesakit COVID-19 yang berada dalam keadaan kritikal tidak berjaya mendapatkan bantuan ambulans untuk ke hospital. Jadi saya percaya isu-isu ini seharusnya mempunyai penyelesaian sejak hari pertama dan bukannya 17 bulan selepas. (Dengan izin)...the anxiety we face during this competitors of certain individuals pertaining to how we as a State response and handle this pandemic is unacceptable, we account, we demand accountability and about all transparency which decision are made and all of us backbenchers here should be involved further more we demand that information is getting clearly to avoid the unnecessary.
Dato’ Speaker, tindakan yang seharus disegerakan sekiranya hasrat untuk menyelamat nyawa menjadi keutamaan dan harus merangkumi perlindungan sosial ke arah perlindungan kesihatan sejagat dan juga sokongan pendapatan bagi mereka yang paling terkesan. Jadi saya tegas berpendapat bahawa cara yang terbaik untuk mengawal penularan wabak ini adalah dengan vaksinasi yang kita harus kita berikan kepada seramai yang mungkin dalam masa yang cepat. Kelembapan untuk mengambil tindakan ini berkemungkinan mampu membawa kita pula ke PKP 4.0 dan sebagainya. Jadi maka itu, saya juga ingin mohon jasa baik EXCO Kesihatan supaya meluluskan PPV mobil kepada setiap KADUN. PPV Mobil ini juga mampu bertindak sebagai sampingan kurangnya risiko berbanding PPV Mega yang di mana kewujudan PPV Mobil di setiap KADUN dapat memastikan bahawa setiap rakyat dapat divaksin secara menyeluruh. Tuan Yang di-Pertua, penularan wabak COVID-19 telah jadi barah yang memberi kesan buruk terhadap banyak sektor terutamanya sektor pelancongan dan industri kreatif telah dekat juga Pulau Pinang telah menjadi destinasi tumpuan yang kedua. Namun apabila penularan wabak ini berleluasa sejak awal tahun 2020 situasai ini telah memberi kesan terhadap perniagaan yang bukan keperluan terutama sekali seperti Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) di Pulau Pinang turut terjejas. Kini lebih setahun berlalu sektor-sektor ini seakan tidak mampu lagi untuk terus bernafas. Jadi ada yang mengambil keputusan untuk berhenti seketika ataupun terpaksa bergulung tikar. Bagi penggiat seni pula secara jelasnya kita dapat lihat bagaimana mereka terpaksa untuk mengubah lanskap karier semata-mata untuk mencari rezeki dalam kehidupan. Keputusan penutupan sempadan pintu-pintu negara melalui darat mahupun udara telah menyebabkan kemelesetan pelancongan serta menjejaskan sektor perkhidmatan yang pada tahap di luar jangkaan. Sungguhpun begitu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil inisiatif yang tersasar untuk menghidupkan semula sektor pelancongan domestik dalam negara. Tidak lupa juga kepada penggiat seni tempatan, beberapa pakej bantuan kesenian telahpun diumumkan untuk mengurangkan beban yang ditanggung di mana meliputi tiga (3) fasa iaitu fasa pertama kerajaan telah menyediakan bantuan sebanyak RM200,000 lebih untuk mengalakkan individu mahupun kumpulan penggiat seni untuk mengadakan program dan latihan seni atas talian. Fasa yang kedua pula, Kerajaan Negeri akan membantu persatuan Kesenian tempatan dari segi kos operasi penganjuran sesuatu program manakala fasa tiga Kerajaan Negeri akan mempromosikan program-program anjuran mereka. Walaupun ada individu mahupun kumpulan yang menyarankan Kerajaan Negeri tidak laksanakan banyak perkara untuk mereka namun apa yang sedang kita hadapi kini adalah Kerajaan Negeri sedang lakukan yang terbaik kepada semua pihak dalam keadaan yang amat mencabar. Dato’ Speaker, Pulau Pinang merupakan destinasi tumpuan bagi industri pelancongan, makanan, perubatan, sejarah, mahupun ekosistem yang unik. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas kejayaan mewartakan Pulau Jerejak sebagai Hutan Simpanan Kekal. Ini merupakan satu langkah yang amat baik untuk mempromosilkan kepelbagaian ekosistem dan biologi di Pulau Pinang. Lebih menarik lagi adalah Pulau Pinang sebenarnya mempunyai banyak laluan-laluan mendaki…(gangguan).
Dato’ Speaker, boleh?, I want to ask a specific question yang dia tanya tadi tu, sekejap ja a minute.
Sila.
Okey, saya dengar apa yang Yang Berhormat Syerleena sebut tadi saya just nak bagitau isu berkenaan dengan masalah vaksin all that saya nak bagitau yang kita negeri Pulau Pinang ni kita tidak termasuk di dalam operasi lonjakan kapisiti seperti yang telah dilakukan di Klang Valley. Klang Valley menerima sebagai contoh pada bulan Julai 6,3004,900 vaksin berbanding Pulau Pinang 753,640 vaksin pada Julai. Bulan Ogos Klang Valley menerima 1,677,800 vaksin, Pulau Pinang 917,220. Semasa itu, kita tak dimasukkan sebab kes kita tidak tinggi macam di Klang Valley, jadi Kerajaan Pusat mengambil keputusan untuk lambakkan all the vaccine saya sebut tadi tu 8 juta tu kepada KL dan juga Selangor dan juga kepada Sarawak disebabkan oleh pilihan raya Sarawak dan pada bulan Ogos 2 juta kepada Johor. Saya nak sebut kes kita meningkat dalam masa 3 minggu, masa tu apa yang saya diberitahu kenapa Pulau Pinang tidak dapat treatment yang sama lonjakkan vaksin itu sebab kita diberitahu jika Klang Valley yang menjadi epicenter kepada seluruh negara dikurangkan dia punya jangkitan sebab jangkitan terlampau tinggi 50% of the jangkitan seluruh Malaysia datang daripada situ, then jangkitan itu tak akan turun ke Pulau Pinang dan negeri-negeri lain. So kita percaya apa yang disebutkan is just that dalam masa tiga (3) minggu ni lonjakan berlaku, itulah saya nak jawab.
Terima kasih Penanti. Sila YB. Seri Delima bagi rumusan.
Okey, baik terima kasih. Dato’ Speaker, saya ada berapa minit lagi?
Tak ada. Kalau ikut.
Tak ada? Okey saya nak sambung balik lah ya. Jadi sebagai seorang yang gemar mendaki. Saya lihat sebenarnya banyak potensi di Pulau Pinang. Antaranya penambahan fasiliti juga kita boleh lakukan ialah penyediaan tandas awam, memperbaiki semua laluan bertangga mahupun laluan yang lebih selamat yang menyediakan stesen-stesen air minuman yang bersih mahupun pembinaan kawasan rehat yang mesra eko sistem supaya membolehkan para pendaki, penunggang basikal lasak mahupun pelancong untuk melihat permandangan yang indah di persekitaran Pulau Pinang. Saya cukup percaya penambah baikan sebegini tidaklah menelan belanja yang banyak berbanding pembinaan shopping mall dengan izin dengan minat rakyat Pulau Pinang semakin tinggi terhadap aktiviti mendaki ini ekoran penutupan pusat-pusat kecergasan macam gym dan sebagainya maka dengan alam semula jadi bukan sahaja mampu meningkatkan daya ketahanan fizikal rakyat malah saya percaya aktiviti sebegini juga mampu memberikan imunisasi semula jadi dalam diri kita untuk melawan wabak COVID-19.
Tuan Yang Di-Pertua, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa meletakkan kebajikan rakyat pada perkara yang utama. Sejak pelaksanaan program kebajikan i-Sejahtera, rata-rata rakyat dari pelbagai peringkat yang meliputi program-program bantuan yang disediakan telah mendapat manfaat darinya. Bahkan, bantuan-bantuan kewangan serta program Mutiara Foodbank juga tidak terkecuali dalam memastikan beban yang rakyat tanggung dapat dikurangkan. Namun, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0) pada Mac 2020, secara amnya kita tidak menjangkakan bagaimana unjuran pandemik ini telah memberi kesan yang amat buruk dalam kehidupan sosial rakyat, kesihatan ekonomi, kesan emosi rakyat mahupun kestabilan politik. Sektor pembuatan dan perkhidmatan merupakan sumber utama dalam penjanaan ekonomi di Pulau Pinang. Namun akibat daripada pelaksanaan PKP dan juga sekatan ke atas aktiviti pelancongan maka impaknya dapat dilihat bagaimana kesan rantaian aktiviti ekonomi ini telah terjejas teruk seperti sektor peruncitan, bidang kejuruteraan, perladangan serta perkhidmatan sosial itu sendiri. Meskipun sektor perkhidmatan perlu dan berorientasikan eksport masih belum minta maaf masih boleh beroperasi namun dengan pengurangan masa operasi dan juga gangguan pada rantaian pembekalan yang lain telah merencatkan juga aktiviti ekonomi. Kesannya, ramai antara rakyat Pulau Pinang telah kehilangan mata pencarian dengan sekelip mata kerana rata-rata syarikat perniagaan yang terkesan tidak mampu lagi untuk menanggung kerugian dan ada juga yang telah gulung tikar. Yang lebih parah, apabila golongan belia dan graduan baharu juga terpalit sama yang mana ke angka jumlah golongan yang tidak dapat mendapat pekerjaan. Dato’ Speaker, pada 2020, kadar penyertaan tenaga buruh di Pulau Pinang telah menunjukkan peningkatan sebanyak 0.7% kepada 68% hasil dari penyertaan kaum Wanita dalam bidang pekerjaan yang mana rata-rata lingkungan umur 30 hingga 44 tahun. Dalam masa yang sama, kadar pengangguran di negeri ini telah meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 30 tahun pada 3.5% pada 2020 dan tidak jauh dengan kadar pengganguran nasional iaitu 4.5%. Walau bagaimanapun, kadar pengangguran belia telah berada dalam paras yang amat membimbangkan iaitu pada 6.6% pada 2019 dan terus meningkat dengan drastik pada 2020 dengan 10.3%. Dengan situasi yang kian meruncing maka tidak dinafikan bahawa kadar pengangguran golongan belia mungkin akan meningkat lagi. Kita sering melaungkan bagaimana pentingnya peranan golongan belia sebagai penggerak utama dalam reformasi untuk meneruskan legasi yang bakal kita tinggalkan. Oleh yang demikian, saya percaya amat penting untuk kita memberi beberapa pilihan yang lebih baik untuk mereka dalam kelangsungan hidup hari-hari yang mendatang. Telah menjadi kebiasaan kita mendengar apabila graduan baharu kini menjadi penghantar makanan (grab food dan sebagainya) semata-mata untuk menyara kehidupan mereka. Tidak dinafikan penggunaan teknologi telah menjadi sebati dalam kehidupan kita juga. Maka Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah melaksakan beberapa bengkel latihan dan juga program secara maya untuk membantu menggilap bakat golongan dengan meningkatkan daya kemahiran dan membolehkan mereka diberikan peluang pekerjaan yang baik. Mengambil kesempatan ini saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri dan PYDC di atas penubuhan “Pusat Belia Penaga” pada 11 April yang lalu. Pusat macam ini saya percaya dapat menjadi pusat tumpuan kepada belia saling berkongsi pandangan dan juga melakukan aktiviti pembangunan insan mahupun program-program komuniti. Ini merupakan inisiatif yang baik untuk pembangunan belia tempatan dan saya juga harapkan bahawa setiap KADUN dapat mewujudkan pusat-pusat belia di kawasan masing-masing. Maka, dengan bagi KADUN Seri Delima juga, saya telah meninjau kawasan yang berpotensi sebagai Pusat Belia iaitu di Kampung Sungai Gelugor
Tuan yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan sebuah kerajaan yang dipimpin melalui tauladan yang baik. Kelulusan penggubalan undang-undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang bagi penurunan had Umur Calon ADUN daripada 21 hinggalah ke 18 dibentangkan dan langkah ini selari dengan hasrat kerajaan untuk dengan penurunan umur layak mengundi dari 21 ke 18. Tindakan lebih berkesan dari kata-kata, maka saya percaya ini adalah langkah yang terbaik untuk kita melibatkan anak muda dalam bidang politik ataupun kepimpinan. Dato Speaker, tahniah juga saya ucapkan kepada Padang Lalang selaku EXCO Pembangunan Sosial dan juga Perdanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang di atas kejayaan mereka menganjur program “Sidang Wanita Pulau Pinang” yang telah berlangsung dengan jayanya secara atas talian pada 21 Ogos. Sekali lagi, kita dapat melihat ramai semangat baharu yang berani tampil untuk diperdengarkan suara mereka mengenai isu-isu wanita. Ini juga selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk memperkenalkan kuota 30% penglibatan minimum penglibatan kaum wanita dan inisiatif (dengan izin)...“Top-Up Women Only Additional Seats” (TWOAS) yang ingin dicapai. Dengan pemerkasaan program sedemikian, maka isu skeptikal mengenai gender boleh diatasi apabila isu-isu ini sering dibincangkan. Isu gender ini merupakan tanggungjawab semua...(gangguan).
Yang Berhormat saya perlu minta untuk summarize dalam seminit.
Dalam seminit. Okey. Saya akan cuba. Jadi kita isu gender ini merupakan tanggungjawab untuk semua Jadi kita perlukan golongan suami, ayah, anak lelaki dan juga saudara yang lain untuk memahami bahawa komunikasi inklusif gender adalah penting. Jadi sejak bermulanya Pandemik COVID-19, memang kita tahu bahawa ini merupakan satu mimpi buruk yang telah memberi kesan kepada semua golongan rakyat dan juga kaum wanita dan juga walaupun banyak juga agensi dan badan kerajaaan telah menyediakan bantuan kewangan kepada beberapa golongan wanita yang terkesan. Namun, sebenarnya ada juga golongan yang tidak mendapat bantuan atas status mereka yang masih tidak jelas. Contohnya Ibu Tinggal. Status tidak jelas ini terus dibelengu bagi kaum ibu yang ditinggalkan gantung tidak bertali. Mereka diceraikan dan dalam sistem pendaftaran perkahwinan ataupun mana-mana portal lain, mereka masih berstatus berkahwin. Jadi melihat situasi ini, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar memperkenalkan satu lagi skim bantuan kewangan antaranya;bantuan sebagai contoh bantuan kos sara hidup bagi ibu tunggal dan ibu tinggal dalam sesebuah keluarga di mana berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan ataupun bantuan bulanan bagi ibu tunggal dan ibu tinggal yang mempunyai anak kecil di bawah umur 6 tahun.
Okey rumus.
Jadi Dato Speaker, peranan saya adalah sebagai wakil rakyat adalah memastikan rakyat di kawasan saya dapat hidup dengan aman, makmur dan selesa, Jadi berikutan adalah perkara yang telah saya lontarkan adalah satu gagasan di mana saya harapkan dapat dilaksanakan dalam seberapa yang segera.
Oleh yang demikian, adalah kewajaran yang amat patut sekali dipertimbangkan dan dijiwai oleh semua. Rakyat di bawah telah dibebani dengan bermacam-macam kepayahan, jadi kita sebagai Kerajaan janganlah menambah beban kepada rakyat dengan tindakan-tindakan yang tidak populis. Saya juga ingin berpesan kepada jentera kerajaan, layanilah kerenah rakyat kerana mereka adalah saudara kita yang kini memerlukan sokongan dan juga bantuan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya akhiri ucapan perbahasan saya dengan kata-kata sekali lagi saya, Seri Delima menyokong.
Terima Kasih penyokong usul. Ahli-ahli Yang Berhormat pembawa dan penyokong usul telahpun habiskan ucapan dan Ahli-ahli Yang Berhormat kita berada dalam seisi perbahasan dan usul ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Utama Yang Di-Pertua Negeri yang telahpun berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini pada 30 Ogos 2021. Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum kita balik ke seisi perbahasan, saya ada sedikit ketetapan yang ingin disampaikan kepada Dewan ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya terima ramai Ahli-ahli Yang Berhormat minta supaya Dewan ini boleh ditangguhkan pada hari ini juga memandangkan pandemik dan kebimbangan mereka tetapi saya nak maklumkan pada dewan ini untuk persidangan hari ini kita tidak akan lebih daripada jam 5.30 petang nanti dan untuk hari ini mereka Yang Berhormat- Yang berhormat yang ingin mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dipersilakan. dan saya minta kalau boleh selain daripada Ketua Pembangkang seelok-eloknya tidak lebih daripada 15 minit untuk kita dapat seramai mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat yang berpeluang untuk kita berbahas atas ucapan Tun dan saya ingin memaklum kalau kita berjalan mengikut apa yang ditetapkan esok. Kita akan saja melihat seisi pergulungan untuk dilangsungkan dengan EXCO yang diperlukan untuk membuat pergulungan serta Yang Amat Berhormat untuk membawa penggulungan kepada Dewan ini pada hari keesokkan. Maknanya saya tidak boleh menangguhkan Dewan ini pada hari ini sebagai kompromi saya sebaik mungkin adalah secepat mungkin pun adalah hari keesokkan dan saya mohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat dan sesiapa yang akan bahagian dalam perbahasan nanti silalah, silalah mematuhi kehadkan masa perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mohon kerjasama dan itu sahaja dan siapa ini angkat dalam seisi perbahasan. Ketua Pembangkang, tak nak? okey. Tapi jangan panjang sangat
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatu dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulliahirrabbilalamin………. Saya ingin mulakan perbahasan saya dengan membaca maksud ayat Al-Quran surah Ar Rum ayat 41 yang bermaksud telah timbul pelbagai kerosakkan dan bala bencana didarat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat. YB. Dato’ Yang di-Pertua, kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, Ketua Jabatan seterusnya tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dihormati dan dirahmati Allah sekalian.
Alhamdulliah bersyukur kita kehadrat Allah SWT dengan izin limpah rahmatnya inyah kita semua masih diberikan kesempatan dan juga kesihatan yang pentingnya kesihatan untuk kita berada di dalam dewan yang mulia ini bagi meneruskan tugas tanggungjawab kita sebagai Ahli Yang Berhormat. Dato Yang di-Pertua terima kasih dan penghargaan Sungai Dua ingin ucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan untuk terlibat sama dalam perbahasan. Ucapan terima kasih atas ucapan perasmiaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang DUN kali Keempat Belas oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang iaitu pada 30 Ogos yang lalu. Sekalung penghargaan dan terima kasih di atas ucapan yang amat bermakna dan jelas yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun dan sama-samalah kita menghayati dan juga meneliti ucapan yang telah disampaikan. Syabas dan tahniah kepada kepimpinan negeri yang diketuai oleh YAB Ketua Menteri dan barisan EXCO Pentadbiran Kerajaan Negeri, Majlis Keselamatan Negeri dan semua Jabatan/Agensi Negeri dan Persekutuan yang telah menyusun strategi dalam tindakan untuk kita melawan COVID-19 dengan baik. Tahniah kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang telah turun padang dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat di kawasan masing-masing tanpa mengira keselamatan diri, kita memang terdedah kepada COVID-19 tetapi kerana kita bekerja untuk rakyat kita sanggup turun ke tempat-tempat berisiko untuk kita menyampaikan bantuan ataupun memberikan khidmat nasihat. Syabas dan tahniah kepada barisan hadapan, inilah kumpulan yang paling penting kepada frontliner yang sentiasa menjalankan tugas dengan begitu cemerlang tanpa memikirkan penat lelah dan keselamatan masing-masing. Timbalan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia dan Negeri Pulau Pinang telah menghadapi dugaan yang begitu besar dan hebat daripada Allah S.W.T. Bermula Mac, Februari atau Mac 2020 kita mula diserang oleh pandemik COVID-19. Dunia dan manusia pernah menghadapi wabak-wabak yang besar sebelum ini sekitar tahun 1900 seperti wabak Cholera, SARS, Spanish Flu dan sebagainya. Wabak-wabak ini telah mengorbankan nyawa yang begitu besar, 500 juta nyawa dan Spanish Flu sendiri telah mengorbankan hampir 100 juta malah di Malaysia sendiri, di tanah air kita sendiri di awal-awal sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan berlaku wabak yang banyak termasuklah taun, batuk kering, malaria dan sebagainya yang saya rasa memang telah berlaku dulu dan memang telah berlaku aktiviti vaksinasi ni sudah sekian lama dan pada kali ini kita menghadapi satu norma baru dalam kehidupan apabila kita mula menghadapi PKP bermula dengan PKP, PKPB, PKPD dan PKPP hinggalah bermula pengisytiharan darurat lockdown 1.0, 2.0 dan seterusnya Pelan Pemulihan Negara yang telah dibentangkan dengan empat fasa. Tahun 2021 ini adalah merupakan tahun yang paling mencabar berbanding dengan tahun 2020 angka jangkitan COVID-19 terus meningkat dan kita mula merasakan virus COVID-19 mula merebak di merata tempat dan kita mula hidup dan akan hidup bersama-sama dengan COVID-19 ini. Semakin lama seperti yang disebutkan rakan-rakan tadi virus ini mula bermutasi pada pelbagai varian yang lebih mudah berjangkit dan lebih berbahaya dan kuat dan lebih tahan berbanding seperti varian delta, beta, lambda dan sebagainya. Kita sendiri tidak menjangkakan yang virus COVID-19 menyerang kita dan memberikan kesukaran yang cukup memberi kesan dalam kehidupan harian kita, ekonomi rakyat dan negara semakin menurun, sistem pendidikan mula terjejas, golongan yang menjadi B40 semakin ramai semakin bertambah, pergerakan rakyat mula terbatas, tahap kesihatan mula terkesan dan ketahanan mental rakyat mula tercalar…(gangguan).
Minta mencelah sekejap. Yang Berhormat Ketua Pembangkang saya amat berterima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang amat pedulikan masalah rakyat pada masa ini terutamanya masa PKP, PKPB, PKPD whatever tetapi yang paling penting saya nak tanya Ketua Pembangkang adakah Ketua Pembangkang berpendapat rampasan kuasa tidak berhenti-henti di kalangan Barisan Nasional Perikatan Nasional Pakatan Nasional whatever
Nasional, tak habis-habisan ini mesti dihentikan saya mau tanya pendapat Yang Berhormat Ketua Pembangkang, adakah Yang Berhormat Ketua Pembangkang akan setuju jika Kerajaan Persekutuan membuat pindaan perlembagaan untuk memberhentikan isu lompat parti ini, terima kasih.
Terima kasih YB. Pulau Tikus, dari segi apa yang dibangkitkan iaitu berkaitan dengan isu rampasan kuasa kerajaan, perubahan kerajaan dalam keadaan kita menghadapi pandemik COVID. Jadi itu adalah merupakan perkara yang telah berlaku, telah berjalan mungkin ada alasan-alasan saya rasa benda ini…(gangguan).
Mencelah, saya rasa benda ini sama sebab rampasan kuasa ini telah menyebabkan banyak masalah sampai sekarang kes begitu mendadak so saya minta adakah Ketua Pembangkang setuju kita buat satu pindaan perlembagaan di peringkat Persekutuan untuk menghentikan lompatan parti ini, terima kasih.
Okey, saya bercakap awal tadi saya tak bersetuju lompat parti bukan pendirian dan cara kita untuk melompat parti peribadi saya dan saya amat bersetuju kalau pindaan undang-undang syarat perlembagaan ini dibuat diperingkat Parlimen supaya aktiviti ini tak lagi menjadi sampai bila pun saya rasa kerajaan akan jadi macam ni, akan berlaku juga perkara macam ini. Kemudian nanti pun kalau dalam kerajaan tidak ada akta ini, syarat ini akta ini akan berlaku lagi di masa-masa yang akan datang. Perkara yang sama yang akan menyebabkan politik menjadi tidak stabil dan banyak kesan yang akan dirasakan oleh negara dan oleh rakyat yang pentingnya oleh rakyat, terima kasih Yang Berhormat Pulau Tikus.
YB. Timbalan Yang di-Pertua, penat bila pakai ni. Kadar jangkitan dan kedudukan kes COVID-19 di Malaysia telah meningkat kita sendiri tau, kita sendiri nampak dan Tuan Yang Terutama Tun sendiri sebut dalam ucapan meningkat kepada 1.7 juta daripada tahun 2020 cuma dalam ratusan ribu, 200 - 300 ribu meningkat sampai kepada 1.7 juta sehingga 30 Ogos dengan kes baru 19,000, kes baru yang tak pernah turun lagi bawah daripada 15,000 dalam masa sebulan ini, dalam masa dua bulan ini, 19,268 dan kematian juga semakin meningkat nombor satu sekarang ini. Kalau ikut dengan jumlah penduduk. Sebanyak 16,382 orang telah meninggal termasuk adik saya yang meninggal dua (2) minggu lepas dia post COVID dia lung COVID, paru-paru dia ada masalah jadi amat terasa. Saya amat terasa dengan apa yang berlaku dan saya boleh merasakan kesedihan-kesedihan ini yang ditanggung oleh rakyat kita, rakyat di Pulau Pinang dengan dugaan dan juga bencana yang menimpa kita ini dan jumlah ini juga bersama dengan di Pulau Pinang. Pulau Pinang juga sentiasa mengekori kedudukan lima (5) terbaik, lima (5) terbanyaklah kes-kes baru menjangkau ribuan, seribu lebih 1007, 1008, 1005 mengekori di belakang Selangor, Kuala Lumpur dan lain-lain. Di Pulau Pinang sendiri telah mencapai 84,759 dengan kes baru 1,780 pada 30 Ogos, kematian 580 yang pada asal dulu kita dah mencapai dua (2) angka bulan 7, bulan Julai kita dah sampai dah menurun cukup menurun dah kita buat pengawalan yang cukup baik, tindakan yang cukup baik di semua peringkat dia turun sehingga ke dua angka tetapi selepas kes di tahanan reman Penjara Reman dan juga kluster baru Sivagangga dan Tawar dia mula meningkat. Meningkat bulan 9, bulan 10, 2020 sehinggalah pada tahun 2021 dia terus meningkat dan semua kawasan di Pulau Pinang daerah-daerah dah jadi merah.
Dulu ada lagi ada kawasan-kawasan yang kuning, yang coklat sekarang dah semua dulu cuma Mukim 12 Barat Daya dan Timur Laut dua (2) mukim yang cukup kritikal tetapi sekarang semua tempat dah jadi merah dan statistik ini kita amat bimbang dengan statistik ini. Itu kita tak terperinci lagi tak tengok lagi dari segi penggunaan katil, saya terlibat dengan Mesyuarat JKKN terima kasih Yang Berhormat Padang Kota, Y.A.B. Ketua Menteri yang telah menjemput saya sama, banyak benda yang saya dapat maklumat dalam mesyuarat tersebut dan banyak idea boleh saya berikan kadang-kadang bercanggah pun dengan keputusan Persekutuan bercanggah, saya bangkitkan isu kilang kenapa kilang dibuka? Kenapa tidak ditutup buat sementara. Kenapa tak buat total lockdown dua bulan, sebulan supaya kes turun supaya negeri kita kena buat macam tu la kot buat total dua (2) minggu, dua (2) minggu virus dia kurang ini tak buat total. Saya bangkitkan Yang Berhormat Padang Kota boleh sahkan. Saya tak bersetuju dari segi kilang dan sebagainya yang saya rasa menimbulkan masalah dan kita belum tengok lagi kedudukan pusat kuarantin mungkin ada pengurangan/kekurangan pusat kuarantin itu sebab yang kesihatan tak nak arahkan buat kuarantin di rumah dan macam Yang Berhormat Sungai Pinang bangkitkan kuarantin di rumah ini akan menimbulkan masalah sorang positif, the whole rumah kena kuarantin di rumah, duduk di rumah tapi duduk tidak pakai gelang dia tak diberikan gelang. Bila tidak diberikan gelang dia akan keluar merata dia akan keluar pergi kedai, dia akan keluar pergi sana pergi sini sebab dia tak pakai gelang. Itu anggapan orang kampung, selagi tak pakai gelang boleh berjalan. Jadi ini bahayanya kurantin, self quarantine yang faham okey bagi yang tak faham memang akan berlaku masalah dan kita juga belum melihat dari segi penggunaan ICU kita maklumat tak ada berapa ICU. Dalam mesyuarat saya dapat maklumat itu, kita dalam keadaan macam mana. Kita dah guna 80%. Kita dah guna 100% jadi bila keadaan macam itu, kita tak mau dedahkan kepada rakyat dedahkan ini akan menimbulkan lagi kebimbangan dan juga tekanan jadi kita tak didedahkan sangat isu-isu yang sensitif tentang COVID ini yang boleh menyebabkan rakyat susah hati tak boleh dedahkan sangat…(gangguan)..
Dato’ Ketua Pembangkang terima kasih memberi laluan untuk minta penjelasan. Adakah Ketua Pembangkang setuju kalau saya berkata dasar sedia ada daripada Kementerian Kesihatan yang sedang downplay seriousness of the COVID infection di Malaysia…(dengan izin), yang menyatakan hari-hari kita nampak kes positif adalah 20,000 tetapi dia akan masukkan dalam satu perkataan warna hijau oo, 98% adalah kategori 1 dan 2 dan mereka dikuarantin di rumah. So bila saya nyatakan bahawa kuarantin di rumah ini satu dasar yang gagal yang telah menyebabkan penularan COVID yang lebih teruk dan telah menjadikan peningkatan kes secara mendadak, adakah Dato’ Ketua Pembangkang bersetuju dengan pandangan saya dan lagi satu risiko semalam kami diberitahu kononnya risiko tinggi sahaja yang akan dibawa ke hospital. Kalau mereka berisiko itu pun dia ada kelas-kelas dia. Yang masih boleh berjalan tidak boleh baru boleh pergi ke hospital. Tetapi bila seseorang itu dikuarantin di rumah, katakan diri saya, kalau saya kena kes positif saya kena kuaratin di rumah, di rumah saya bukan saya seorang saja. Ada isteri saya. Paling teruk ada anak saya lagi yang tak boleh dapat vaksin. Baru tiga tahun. Bagaimana pula dengan dia? Dan kita lihat kita adalah negeri kedua tertinggi yang ada varian Delta dan itu hanya dengan sampling dan bukan semuanya dibuat sampling di kaji kalau varian delta atau tidak? So ini perlu dikaji balik dan saya pun setuju, I think ini perkara kami perkara back-benchers dan juga pembangkang dan juga ramai kesemua daripada kita bersetuju kita perlu ada lebih banyak pusat kuarantin ataupun low risk quarantine and treatment centre di setiap kawasan Parlimen ataupun sekurang-kurangnya di setiap daerah untuk mengatasi masalah ini. We don’t want more people to die because of COVID-19. Saya pun mengucapkan takziah ke atas pemergian adik kepada Dato’ Ketua Pembangkang akibat daripada simptom post-COVID-19. Terima kasih.
Terima kasih Bagan Dalam. Bila sebut balik adik saya, saya rasa lain macam. Jadi terima kasih di atas pandangan dan saya bersetuju dari segi dua benda tersebut yang dimasukkan dalam ucapan iaitu tentang tambahkan low-risk quarantine di banyak tempat. Saya rasa tempat tu banyak. Tempat tu ada. Di setiap kawasan ada tempat. Ada sekolah, mungkin ada pusat latihan yang tidak digunakan. Kita boleh buat benda tu. Sebab kuarantin di rumah memang bermasalah. Memang tidak akan jaya mencapai penurunan kes kalau kita terus kuaratin di rumah sebab dia akan sentiasa meningkatkan sebab dari segi kesedaran masyarakat, dari segi kuaratin di rumah ini masih mundur dan juga kemudahan di rumah kadang di rumah tak da bilik pun. Ada bilik satu. Bilik air guna sama. Jadi ini memang berisiko sungguh kalau dia kuaratin di rumah. Dan mungkin benda ini boleh difikirkan, kita akan dibincangkan macam mana kita nak pastikan maklumat ataupun benda maklumat yang sebenar-benarnya untuk dilaksanakan di peringkat di rumah itu kena tau kepada masyarakat. Masyarakat kena faham. Dan data tadi saya tak boleh nak komenlah data ini tapi data ni pun kalau boleh data yang benarlah, tepat yang benar walaupun dia nampak tinggi kes tapi bila dibagitahu kata kes tu adalah bahagian kes yang lama dan sebagainya. Jadi benda ni tak boleh. Kita kena ada data yang tepat. Okey Yang Berhormat Yang di-Pertua, usaha-usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri, MKN, Ahli Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa Keselamatan Peringkat Negeri Daerah, Dato’ SUK, Jabatan Kesihatan, pihak hospital, polis, tentera dan semua frontliners dan semua pemimpin di peringkat akar umbi adalah merupakan satu tindakan ataupun satu usaha yang amat baik dan boleh dibanggakan. Cuma bila kita menghadapi satu wabak ini, satu bencana, satu bencana yang agak besar ni memanglah kadang-kadang ada sedikit sebanyak kekurangan. Kekurangan itu sentiasa kita perbaiki dan kita perlu bersedia untuk sentiasa memperbaiki segala kelemahan yang telah timbul akibat COVID-19 ini.
Ketua Pembangkan minta laluan. Terima kasih Ketua Pembangkang. Saya ingin mengambil kesempatan apabila Ketua Pembangkang menyebut mengenai kekurangan atau kelemahan yang ada ketika ini. Apa situasi yang sedang berlaku sekarang ini adalah seolah-olah negeri kita klinik, hospital terlalu kekurangan pekerja seolah-olah KKM amat kekurangan untuk membuat saringan kepada orang awam. Yang inilah yang sedang berlaku di lapangan yang mana penduduk mengadu kepada YB-YB kawasan apabila pergi ke klinik, klinik tak buat swab test walaupun ada gejala, walaupun demam walaupun batuk hanya bagi ubat Panadol, balik. Jadi jika ini yang berlaku sekarang di klinik di hospital kerajaan sudah tentunya rakyat kita akan bingung ke mana pula mereka hendak halatujukan permasalahan mereka. Jadi saya berkongsi rasa dengan Dato’ bagaimana situasi yang sedang dihadapi di lapangan.
Terima kasih Bayan Lepas. Perkara ini juga saya rasa kita perlu diambil tindakan oleh pihak Kerajaan Negeri ataupun pihak jabatan agensi sebab benda ni saya pun bangkitkan dalam mesyuarat tentang isu yang berkaitan dengan tindakan untuk saring mereka yang kontak rapat. Memang kita pun akui pihak kesihatan sendiri mampu sebab terlalu ramai terlalu banyak kes banyak yang kontak rapat dan dia melihat gejala. Ada gejala, sakit kronik baru dia bawa mungkin ke pusat kuaratin ataupun ke hospital. Kalau tidak ada gejala tahap satu dua, mungkin dia takkan bawa sebab kekangan inilah kekangan kemudahan hospital mungkin kekangan dari segi kakitangan dan sebagainya yang berlaku. Jadi mungkin ada kaedah lain
untuk kita selesaikan benda ini supaya dia tak menimbulkan rasa susah hati ataupun rasa tertekan di kalangan masyarakat dan juga rakyat yang terkena COVID-19.
Situasi ni macam ni apabila ada gejala yang tak ada gejala ni jarang sekalilah mereka nak serah diri mereka buat saringan. Dia kena cucuk hidung dan sebagainya. Masalahnya sekarang timbul apabila mereka ingin mendapatkan pengesahan ingin mendapatkan saringan ataupun rawatan di klinik ataupun hospital kerajaan. Okey mereka hanya beri ubat Panadol tanpa saringan dan mereka ini akan bawa balik ke rumah mereka dengan situasi yang macam mana? Jika mereka tu memang positif COVID-19 bermakna seluruh rumah mereka akan positif, akan berjangkit. Inilah yang akan menimbulkan pandemik yang takkan berkesudahan. Dan saya melihat inilah perkara yang amat serius dan saya mohon sekali lagi kepada JKN supaya bantulah untuk memudahkan orang awam ini untuk membuatkan saringan kerana saya sendiri telefon adik saya sendiri, kawan-kawan telefon sendiri. Bila kita telefon untuk dapatkan saringan mereka suruh pergi ke swasta. Apa akan jadi apabila rakyat yang sepatutnya dibela oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat diminta untuk mendapatkan rawatan ataupun testing di berbayar, di klinik-klinik swasta? Jadi saya memohon Dato’ dan juga kita semua agar menekankan bahawa ini adalah hak kebersamaan. Untuk mendapatkan rawatan tak kiralah sama ada kenal YB ataupun tidak patutnya benda ini sama. Saya tak nak apa yang sebelum ini diwar-warkan kalau nak dapat ambulan YB call nombor ni. Cepat dapat. Kalau ada masalah, call YB. YB akan call PKD. Cepat selesai masalah. Bagaimanakah rakyat yang di luar sana tak kenal siapa-siapa? Tak da nombor telepon PA YB pun. Jadi saya nak perkara ini diberikan hak sama rata. Semua rakyat dapat selesaikan masalah, tak perlu kenal YB dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih Bayan Lepas. Itu saya rasa YB yang buat kerja. Dia bangkitkan isu itu sebab dia dapat benda tu. Macam saya lah. Dia akan dapat benda tu, telefon. “Ni saya duk penat di rumah ni. Pasaipa ambulan saya call 999 tak mai amik”. Itu isu. Dia kena call 999. Bila call 999 barulah depa akan ambil tindakan tu pun kalau ada gejala teruk. Itu memang prosedur dia lah. Tapi kadang-kadang dia nak lepaskan masalah ni dia akan jumpa YB lah. Dia akan minta tolong dan sebagainya. Jadi itulah benda yang berlaku di peringkat bawah, di peringkat akar umbi, di peringkat YB sendiri, dan isu ini perkara ni saya rasa memang dalam pengetahuan KKM pun. Dalam pengetahuan CM pun. Cuma kita nak selesaikan macam mana. Pihak JKKN pihak CM sendiri pihak pimpinan negeri akan berbincang macam mana kita nak selesaikan masalah ini. Pernah saya bincangkan dengan kesihatan. Kesihatan kata kita akan bagi gelang semua. Sorang positif di rumah, kita bagi gelang semua. Tapi timbul isu pulak. Dia boleh saman katanya dia boleh saman balik pasaipa bagi gelang. Dia tak tau dia positif ke tak. Depa hdkan dia punya hak nak keluar berjalan dan sebagainya. Jadi terima kasih kepada Bayan Lepas. Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, walaupun kita dah buat pelbagai tindakan, pelbagai pelan dan sebagainya kadang-kadang ada juga kelemahan-kelemahan, ada kekurangan maklumlah kita tidak pernah mengalami pandemik atau wabak yang semacam ini. Kadang-kadang terdapat kelemahan-kelemahan yang berlaku yang perlu kita sama-sama lihat dan sama-sama selesaikan, In sha Allah. Antara kelemahan dan kelonggaran yang adalah untuk makluman, pertama kita tidak cukup tersedia dengan pelan segera yang lebih tersusun dalam menghadapi bencana wabak yang berulang. Jadi kita harap pelan yang ada ni kita dah ada pelan sekarang ni mengikut pusat dan sebagainya kita pun ada duk tambah baik duk peringkat kita, di peringkat di Negeri
Pulau Pinang kita mungkin boleh duk tambah baik macam mana kaedah kita nak perbaiki pelan-pelan. Sebab kita jangkakan dia mungkin berulang lagi dia mungkin ada lagi fasa gelombang-gelombang yang lain selepas ini. So kita kena standby lah kena get ready kena bersedia dengan pelan-pelan. Kalau kita masih tak bersedia contohnya macam kita kalau berlaku bencana banjir, berlaku setiap tahun selalu berlaku tapi bila berlaku bencana besar kita jammed. Kita ada masalah. Sana tak dak sini tak dak. Sini kurang. Jadi ini yang mungkin kita boleh tengok. Terdapat perbezaan dan ketidakseragaman antara kepimpinan. Maksud saya dari segi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dan saya banyak di peringkat negeri banyak benda yang kita tak ikut. Bukan maksud saya kita tak akur kepada Persekutuan tapi benda-benda ni kita kena ada pindaan dia. Kena ada stand dia. Contohnya, satu masa dulu kedai gunting rambut, sistem kata boleh buka. Saya orang yang pertama tak setuju buka. Saya kata saya tak setuju untuk buka kedai gunting rambut sebab dia amat terdedah dengan penyakit COVID-19 ni. Jadi kita buat keputusan di peringkat mesyuarat. Kita hold kedai ni. Dan ada lagi benda kita buat di peringkat JKKN, negeri yang kadang-kadang tak selari. Contohnya dine-in baru ni. Kita buat keputusan kita beri syarat yang ni pihak PBT ada buat. Syarat kedai mesti vaksin at least satu dos baru boleh buka. Kita pi kena ada dua dos. Tapi kedai ni tak payah ada dos. Kita taktau mai pulak kedai nasi kandar. Hat mai pekerja-pekerja daripada India ni contohnya yang masuk kerja ni kadang-kadang ni kita taktau dia bawa mai varian apa. Kita pun taktau. Jadi ini benda-benda yang perbezaan ni kadang-kadang menyebabkan keputusan yang kita buat untuk satu pengawalan kadang-kadang tak tercapai sepenuhnya. Jadi ini saya rasa kita perlu buat keputusan apa benda sekali pun kita buat keputusan dan kita maklumkan kepada peringkat yang lain. Ketiga penglibatan kepimpinan tidak menyeluruh diperingkat akar umbi dan maklumat tidak sampai walaupun dibuat diperingkat pemerkasaan komuniti kita buat keputusan buat pemerkasaan komuniti tetapi kadang-kadang tidak sampai hendak sampaikan ke bawah tu betul-betul kadang-kadang tidak sampai ini yang kita kena cari satu kaedah lain untuk sampaikan maklumat. Maklumat kena kuarantin di rumah dia pun tidak dapat walau pun dia melihat macam-macam dalam telefon dia tetapi dia tidak dapat tidak sampai maklumat itu kepada peringkat bawah dan kelemahan yang keempat ini adalah penglibatan tidak menyeluruh ADUN-ADUN dalam Jawatankuasa Bencana Daerah sebab saya sendiri tidak dipanggil untuk peringkat daerah, tidak tahulah kalau ADUN lain dipanggil, oh tidak panggil juga? Saya ingat pembangkang saja yang tidak dipanggil, jadi kalau boleh ..(gangguan).
Ahli Kawasn Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy): Dato’ Ketua Pembangkang sebab kami satu daerah saya cuba jelaskan memang dalam group what apps bencana Dato’ pun ada juga tetapi kalau Mesyuarat Jawatankuasa Bencana selalunya sama juga
Okey, kalau bolehlah
Saya minta laluan sedikit, memang ia satu tuduhan yang tidak boleh diterima seperti apabila saya wujudkan Penang Care gabungan kursus-kursus yang saya telah wujudkan saya telah jemput semua ADUN semua wakil rakyat untuk hantar satu wakil untuk tanyalah kawan daripada Permatang Berangan. YB hantar wakil ada jemput dak? Ada, tetapi Ketua Pembangkang langsung tidak respond, so jangan nak salahkan pada sesiapa? Salahlah kepada diri sendiri
Okey, terima kasih Yang Berhormat, saya baru sembang semalam dengan Yang Berhormat Sungai Puyu, saya kata saya akan hantarlah orang. Okay, saya bangkit dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Daerah kalau boleh libatkan mungkin tidak selalu sesekali panggillah SPU mungkin ada tiga (3) Parlimen ada 9 DUN mungkin libatkanlah untuk kita tahu maklumat makluman maklumbalas apa benda yang dibincangkan diperingkat Pembangunan Bencana Daerah sebab kalau tidak tahu kita tidak ada maklumat kita sendiri pun kita hendak maklum kepada rakyat pun susah. Okey, yang keenam tentang kelemahan ialah tentang sukarelawan, sukarelawan tidak begitu ramai dalam membantu hal-hal berkaitan COVID-19 semua orang takut kecuali hendak pi buat vaksinasi itu ramai sebab dia ada elaun dia, dia ada bayaran elaun tetapi kalau untuk contohnya saya nampak sebab anggota kesihatan ini pun sudah penat bila berlaku kematian, berlaku kematian diperingkat di SPU ini untunglah kita ada unit amal di bawah YB. Penaga orang dia akan turun untuk bantu termasuklah di semua kawasan di SPU dan juga ada JPAM Pertahanan Awam yang bantu untuk uruskan jenazah. Orang kampung tidak berani hendak uruskan jenazah di kubur juga tidak berani sebab kena pakai semua PPE. Jadi sukarelawan ini masih lagi nampak kekurangan kita perlu tambah lagi libatkan khususnya dalam hal yang berkaitan dengan pengurusan jenazah dan sebagainya, dan dari segi saringan pihak Kerajaan Negeri buat saya ucapkan terima kasih di semua DUN ada, di Sungai Dua buat di Dewan Besar Sungai Dua di Teluk Air Tawar buat di dewan masyarakat orang ramai...(gangguan).
Minta laluan boleh?
Ya
Terima kasih Ketua Pembangkang saya tertarik dengan ucapan ketua pembangkang yang menyentuh tentang sukarelawan ini. Adakah ketua pembangkang setuju sekiranya kalau kita kata kita minta mereka yang telah menjalani program Latihan Khidmat Negara ini PLKN ini semua dipanggil semula untuk menjadi sukarelawan kerana sebelum ini kerajaan telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk menyediakan latihan dan sebagainya kepada mereka-mereka ini maka ketika negara mengalami suatu bencana ataupun krisis saya rasa mereka-mereka ini perlulah menyumbang semula tenaga mereka secara sukarelawan adakah Dato’ Pembangkang bersetuju? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ahli Kawasan Batu Uban. Kita ada banyak pertubuhan kita ada macam-macam belia dan sebagainya. So wujudkanlah mungkin boleh yang kata PLKN itu kitab oleh buat cuma satu hendak kena cari mereka yang mampu yang boleh berkhidmat tanpa bayaran ini sukarelawan lah dan yang boleh menjalankan tugas. Kita tidak mahu yang tidak boleh buat kerja, masalah juga, jadi kena buat ramai, jadi di bawah setiap pertubuhan NGO dan saya rasa NGO yang dok ada pun ramai yang membantu termasuklah yang NGO Tzu Chi dan sebagainya banyak membantu di dewan Sungai Dua di CAC memang khemah-khemah dibagii sebahagian saya bagi sedikit depa bagi sebahagian untuk
penyediaan pusat CAC banyak lagi selain daripada peralatan kita yang pentingnya tenaga sukarelawan itu yang penting...(gangguan).
Saya minta cadangan. Saya dalam mesyuarat telah maklum bahawa ini Persatuan Bomba Sukarela hendak bagi bantuan. Saya telah maklum bahawa pasukan keselamatan seperti CPM rela untuk membantu. Saya juga hendak membantu ambulans-ambulans yang sedia ada daripada PBS untuk Pasukan Bomba Sukarela tetapi ini semua tidak diterima oleh kesihatan, tidak diterima kerana mengapa saya rasa mereka akan bimbang, bimbang daripada sedikit politik saya telah merayu dan bercadang tepikan kepentingan politik utamakan sosial utamakan bantuan kepada rakyat tidak kira siapa tidak kira bangsa tidak kira fahaman politik. Kerajaan Negeri telah membuktikan bahawa peruntukan untuk pembangkang sama rata dengan YB-YB dari kerajaan. Bakul-bakul makanan juga akan tetapi telah buktikan YB. Sungai Dua, Ketua Pembangkang juga dalam mesyuarat saya telah bangkitkan mengapa bakul-bakul makanan yang hendak diserahkan kepada MP tidak kira yang mana bagaimana tetapi saat-saat yang terakhir telah di hijack oleh MP wakil rakyat daripada BN dan apakah yang terjadi itu? Saya hendak minta kalau boleh Ahli Yang Berhormat daripada Sungai Dua beri sedikit sebanyak penjelasan bolehkah di sini saya dapat satu jaminan bahawanya dalam pihak BN Barisan Nasional bukalah hati bersama-sama dengan semua lain-lain Ahli-ahli Yang Berhormat dengan satu hati satu usaha bantu rakyat tepikan kepentingan politik, boleh tak?
Terima kasih YB. Ketua Pembangkang. Saya bagi lagi 3 minit Masalah kali ini sesi semasa COVID-19
Speaker kata boleh tambah untuk pembangkang?
Boleh, tetapi kita sudah tambah dah dari setengah jam kita sudah tambah 15 minit.
Jadi terima kasih cadangan daripada Yang Berhormat Sungai Puyu saya rasa memang perkara ini YAB Perdana Menteri baru pun sudah bincang untuk kita duduk bersama-sama untuk kita melawan COVID-19 bersama-sama insyaAllah perkara ini kita boleh tengok balik, insyaAllah. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mencadang sedikit penambahbaikan pertama kita perlu plan gerak kerja yang tersusun untuk bencana yang mungkin berulang. Kedua kerajaan negeri perlu menyediakan pelan pasca COVID-19 jangka panjang dan juga jangka sederhana supaya rakyat dapat meneruskan kehidupan seperti biasa, itu kita minta dibuat. Ketiga memwujudkan ramai sukarelawan dan kelima dari segi peningkatan kelengkapan kalau boleh pihak kerajaan negeri perlu melihat tang mana yang perlu dan saya rasa bantuan memang ada. Yang Berhormat Sungai Puyu tengok saya balik memang saya rasa pihak swasta dan juga pihak NGO bantu katil dan sebagainya kepada kesihatan tidak ada masalah.
Tanya kepada JK Pulau Pinang, katil-katil di MEC Jawi siapa yang bagi daripada mana? Siapa yang mengusaha kalau bukan Kerajaan Negeri siapa lagi? Saya hendak soalkan di sini pada bulan Mei 2020 kerajaan negeri telah membuat satu keputusan untuk beri satu peruntukan RM30 juta dan juga tanah di Dental College untuk membinakan 100 unit ICU. Mengapa telah ditolak oleh Kerajaan Pusat, mengapa? Kami tidak ada jaminan 2 bulan boleh siap sediakan tanah dan ICU ini serah kepada kerajaan pusat tetapi tidak mahu ambil kerana apa takut malu. Kedua saya juga ada cadang kepada JKN untuk saya bina dua (2) close house farming di SPS yang boleh ada 2400 katil semua sumbangan daripada orang ramai 100% mengapa juga tidak diterima, mengapa? You tahu kerajaan negeri tidak biasa keluar sebiji riuh sekampung tidak ada. Hanya Barisan Nasional ada saja, bertelur sebiji riuh sekampung, so saya tidak faham, kalau kata dari segi kewangan kemungkinannya tidak ada duit tetapi semua dibagi percuma, mengapa tolak? Mengapa? Saya kira ini saya tidak faham
Saya sudah bincang dengan Menteri Kesihatan yang baru untuk terima. Yang seterusnya YB. Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, ialah menyentuh isu-isu yang berkaitan wabak COVID-19 saya terpaksa mengambil masa ringkaskan. Pertamanya tentang isu industri pembungkusan kecil sederhana memang ramai usahawan kecil sederhana yang terkesan oleh COVID-19 ramai yang gulung tikar tutup kilang dan sebagainya jadi kalau boleh dilihat dari segi pelan jangka panjang untuk memulihkan dan membantu usahawan-usahawan yang terkesan daripada COVID-19 usahawan industri kecil dan sederhana. Kedua penjaja jalanan dan penjaja kecil. Penjaja jalanan dan peniaga kecil ini wujud cukup banyak zaman COVID-19 ini ramai yang timbul sebab mereka hilang pekerjaan tidak ada kerja kena buang kerja dan sebagainya menyebabkan mereka terpaksa meniaga dan meniaga ini kadang-kadang tidak ada proper tidak ada lesen dan sebagainya dan kita mengharapkan supaya pihak Kerajaan Negeri, pihak PBT melihat dari segi ini macam mana kita nak bantu peniaga-peniaga kecil dan juga penjaja ini yang mungkin dari segi lesen sementara dan penyediaan tapak yang sesuai dan jangan ada tindakan-tindakan saman dan sebagainya, kompaun dan sebagainya kerana ini akan memberi kesan yang lebih tidak elok dan tidak baik kepada peniaga-peniaga kecil ini In sha Allah. Seterusnya tentang kesihatan mental jadi saya tak mahu panjang sebab nanti Sungai Puyu hentam saya balik. Jadi In sha Allah ah, (PG) Penang Care saya akan ikut serta walaupun saya tak pergi wakil akan pergi dan saya melihat bahawa di Penang Care itu merangkumi semua. Semua ada dari segi nasihat, dari segi bantuan-bantuan lain dan sebagainya terdapat dalam satu (1) jadi In sha Allah saya akan dan pastikan kalau ada bantuan ada bagikan bantuan bakul pun bagikan jadi In sha Allah.
Ya, Yang di-Pertua Timbalan Dato’ Speaker sikit-sikit sahaja. Nombor satu (1) saya di sini rela bagi bantuan. Saya telah memohon dan mesyuarat EXCO, saya juga kata satu (1) sistem perantara mesti diutamakan atas perhatian. Saya telah minta bahawanya tiap-tiap hari JKM lapor kepada pejabat daerah supaya laporan adalah siapa adalah di house quarantine, home quarantine. Supaya maklumat ini boleh dipanjangkan kepada ADUN-ADUN. ADUN akan telefon hubungi di rumah yang ada house quarantine dan meminta mereka apakah bantuan mereka kehendak dan di SPU saya ada satu PKD yang baik saya dapat maklumat semua. KADUN-KADUN kami semua ada buat.
Saya tak tahu adakah Sungai Dua ada buat atau tidak saya tak tahu. Tetapi yang lain-lain daerah saya tanya rakan saya macam di DTL tak ada. Mengapa tak ada kami dah minta maklumat. Kami rela nak bantu kami nak tolong tetapi tidak dapat tolong kerana tidak ada maklumat daripada JKM tidak ada maklumat daripada KKM. Ini agensi siapa? Agensi federal kalau betul orang kata suci hati memang suci bagilah maklumat, kongsi maklumat kongsi supaya semua orang boleh kongsi dan bekerja sama-sama. Itulah masalah pandemik yang tidak dapat dikawal. We don’t have got support from the federal government how Penang State Government. Bukan bagi duit bagi maklumat, maklumat pun tak boleh bagi macam mana. Betul-betul kesian jangan kata kerana mulut kerana your face rakyat ditepikan saya tolonglah. Saya ada biasa cakap dalam Dewan yang mulia ini kita semua Ahli Yang Berhormat telah dibagi amanah Tuhan tunaikan amanah ini tunaikan kerana kalau tak dapat jawab di sini hari balik punya jam kepada Yang Maha Kuasa anda juga mesti menjawab. Bila bagi pelunang mengapa tidak tunaikan kewajipan anda. Dato’ Speaker saya hati sakit kerana kegiatan yang macam ini.
Terima kasih Sungai Puyu, tak mahu sentuh dia satgi dia celah. Cuma saya akan bincang kalau kata, benda ini memang dibangkitkan dalam mesyuarat pun saya faham YB. Sungai Puyu bangkitkan. Saya akan bincanglah In sha Allah kalau ada ruang-ruang yang macam ini yang boleh bantu. Dari segi wabak COVID ini mungkin cara bantuan peralatan dan sebaginya saya akan bincangkan In sha Allah saya cuba bantu. Seterusnya pendidikan, pendidikan juga perlu dilihat suatu benda yang penting sistem PDPR ini merupakan satu sistem yang kurang berkesan berbanding dengan semuka. Banyak masalah, masalah peralatan, masalah internet masalah macam-macam dan kita tak tahu lagi kualiti pelajar kita dalam PDPR ini macam mana. Kualiti dia mungkin menurun, mungkin tak sehebat pelajar yang bersemuka di sekolah. Jadi ini juga perlu dilihat sebagai satu (1) isu dan masalah yang juga kita di peringkat negeri perlu melihat bersama bagi menyelesaikan masalah pendidikan. Sektor pelancongan, sektor yang paling banyak terkesan dan saya harap dia banyak rangkaian dia. Dia ada hotel, dia ada driver teksi, driver bas dan sebagainya syarikat tourism. Jadi semua ini terkesan jadi kalau boleh buat satu (1) plan bincang untuk kita bantu pemain-pemain industri pelancongan ini macam mana. Apa kita nak bantu, apa kita nak buat dengan mereka yang terlibat dengan pelancongan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya nak sentuh sedikit tentang ucapan TYT yang menyentuh tentang banyak perkara daripada hasil negeri sampai ke pertanian dan cukup jelas dan cukup hebat ucapannya. Semua fakta ada dah nak pusing tak boleh dah sebab semua ada dalam tu yang kita nak bangkit semua dah dijawab. Jadi cuma saya nak sentuh tentang prestasi pelaburan. Tahniah kerana mendapat pelaburan yang agak tinggi. Masa COVID kita dapat pelaburan 14.1 billion dengan peluang pekerjaan 13,000. Cuma kalau boleh YB. Batu Maung tolong tengok macam mana kita nak pastikan pelaburan ini tidak lari keluar. Tidak pi ke tempat lain kita di peringkat negeri kena sediakan apa yang patut kita bantu dan juga sediakan kepada pelabur-pelabur asing, pelabur asing dan domestik ini. Kedua platform e-dagang satu (1) saluran baharu kalau boleh kalau boleh dilibatkan juga industri-industri kecil dan juga industri asas tani yang ada produk-produk dia yang boleh dipasarkan melalui e-dagang. Ini kalau boleh dapat senarai daripada jabatan agensi masukkan dalam saluran e-dagang. Syaratnya kualitinya itu elok, nak masuk e-dagang kualiti tak cantik mungkin masalah. Kalau boleh dapatkan senarai dan libatkan dalam e-dagang.
Tambakan Selatan Pulau Pinang. TYT juga menyentuh tentang isu ini jadi kalau boleh saya nak memang bantahan banyak semua orang bantah buat PSR. Tapi saya nampak Kerajaan Negeri tetap akan meneruskan dan pastikan kesan daripada tambakan laut ini tidak berlaku sepertimana di kawasan yang telah dibuat tambakan yang telah berlaku kesan dari segi air laut. Dari segi macam kita buat di Kawasan Gurney Drive dan sebagainya ada selut-selut dan sebagainya. Itu dari segi pelaksanaan kita kena tengok betul-betul. Bila pelaksaan pastikan dia mengikut syarat-syarat yang diluluskan oleh Environmental Management Plan. Kena ikut dia akan beri syarat lulus oleh EMP ini dia ada syarat-syarat dia. Syarat itu kena perlu dipatuhi sepenuhnya oleh pihak kontraktor ataupun pihak yang terlibat dan kita pihak Kerajaan Negeri perlu melihat satu (1) keperluan dan wajib untuk kita membuat pemantauan dan juga penguatkuasaan kepada syarikat yang terlibat. Isu nelayan juga perlu diberi penekanan supaya kita boleh berbincang dengan nelayan dan memastikan nasib nelayan terus terbela dan mereka dapat meneruskan aktiviti yang merupakan sumber pendapatan mereka. Pastikan depa ini puas hati, berpuas hati dengan apa yang telah dibincangkan supaya tak nampak masalah-masalah itu yang dibangkitkan oleh pihak lain. Kita tak berbincang dengan pihak nelayan, saya rasa dah dibuat perbincangan cuma nak pastikan mereka puas hati. Disediakan apa benda yang boleh dan diberikan kemudahan untuk mereka meneruskan aktiviti nelayan di kawasan tersebut.
Saya nak minta laluan.
Terima kasih saya tak mahu bagi.
Saya nak minta laluan. Laluan adalah mengapa gajah di mata tak nampak semut di berapa kilometer jauh ada nampak. Dato’ Speaker saya ada peluang untuk dalam dewan ini sudah begitu lama. Selalu saya ada dengar bahawa kepada tambatan laut di sini tambatan laut di sana tetapi tidak ada satu (1) kali pun untuk sentuh Bagan Ajam dan Pantai Bersih mengapa. Mengapa begitu? Kalau nak kalau betul-betul dan rela hati nak jaga hati kepentingan nelayan-nelayan dan juga alam sekitar tak kisah di mana principal tak ada. Adakah biasa Ahli Yang Berhormat dari Sungai Dua suntuk perkara-perkara cadangan tambak laut yang telah dibagi kelulusan di Pantai Bersih, Bagan Ajam. 160 ekar mengapa? Mengapa tiada?
Terima kasih Sungai Puyu. Saya tahu Sungai Puyu terlibat.
Dato’ Ketua Pembangkang dah berucap selama satu (1) jam. Saya bagi masa lima (5) minit sahaja.
Sikit lagi, bagi ruang sikit lagi sampai 2:30 minit
Tengok jam 2:15 minit. 2:30 minit tak boleh.
2:30 minit. Terima kasih, saya teruskan tentang Pembangunan Modal Insan yang disebut oleh T.Y.T. Saya harap pembangunan modal insan ini yang latih dalam 280000 orang peserta. Kalau boleh ditunjukkan sejauh mana pencapaiannya dan juga adakah melibatkan sekolah-sekolah di kawasan luar bandar di kawasan aliran sains di kawasan luar bandar yang memerlukan juga pembangunan modal insan. Seterusnya tentang perumahan TYT menyebut tentang isu ini saya ucapkan tahniah kerana telah berjaya penyeliaan Rumah Mampu Milik A,B dan C. Cuma saya nak tahu dari segi rumah mampu milik ini 19640 unit dalam pembinaan berapa dah siap? 61,286 unit dalam perancangan berapa yang dah dimulakan pembinaannya? Boleh tolong jelaskan dan kalau boleh saya minta rumah sewa beli daripada 10% dengan jumlah yang dibina kalau boleh ditingkatkan kepada 30% sebab ramai orang-orang Melayu ataupun bangsa-bangsa lain juga tidak mampu untuk beli rumah dengan harga yang tinggi bank tak luluskan dan sebagainya. Jadi perlu dinaikkan di tambah rumah rent to own ditambahkan dan diberikan peluang untuk mereka ini dapat memiliki rumah. Rumah PPR, Datok Keramat cakap dengan saya hari tu dia kata memang kita tak bagi Sultan tak bagi kebenaran pun kita akan buat sendiri. Jadi saya nak lihat perbincangan dengan pihak menteri yang baharu ini untuk buat rumah PPR. Tak buat pun kita akan buat sendiri. Seterusnya tentang Agro Teknologi yang disebut oleh T.Y.T. tentang Concept IR 4.0 kalau boleh dijelaskan oleh EXCO nanti. Tentang konsep ini yang macam mana concept yang dibuat disebutkan dalam jawapannya automasi sahaja. Adakah konsepnya merangkumi sistem tanaman dan sebagainya kalau boleh diberikan ruang 147 ekar ini kepada golongan-golongan siswazah ataupun mereka yang usahawan yang betul-betul berminat untuk laksanakan projek kalau tidak dia akan menjadi masalah. Isu penternakan babi pun disentuh oleh T.Y.T. dan kalau boleh dilihat balik tentang ladang tertutup yang akan dilaksanakan kandang tertutup kalau boleh tarikh 22.01.2022 terus dilaksanakan. Diberi lesen dibuat kandang tertutup supaya tidak ada masalah. Yang di-Pertua saya nak sentuh lagi satu (1) dua (2) lagi benda. Pertama tentang banjir, banjir masih lagi tidak selesai di Pulau Pinang walaupun dah sekian lama. Dah banyak duit dibelanjakan kalau boleh kita melihat punca banjir. Saya tak pasti sama ada kita ada plan mengatasi banjir. Kita ada buatkah. Plan banyak, jadi plan khusus untuk kita selesaikan.
Duit yang kurang Dato’.
Duit yang kurang kalau saya jadi PM saya bagi duit perhabis. Kalau jadi la
Minta celah sekarang di kita tahu UMNO sudah jadi Kerajaan Persekutuan. Sudah dapat jawatan PM mungkin UMNO Ketua Pembangkang boleh minta dari PM untuk bagi peruntukan kepada Pulau Pinang lah.
In sha Allah. Cuma kalau boleh kita fokuskan itu macamna kita nak selesaikan banjir. Adakah kita dah buat program mengatasi banjir RTB dan sebagainya memberi kesan yang baik. Kesan yang sebaiknya dan punca-punca banjir ini juga perlu dilihat. Punca banjir, sungai cetek mungkin buat RTB, mungkin penarahan bukit masih berlaku, juga ini benda-benda yang perlu kita lihat bersama-sama bincang bagaimana nak atasi masalah, selesaikan masalah yang berlaku. Tiada saliran yang sempurna mungkin ini boleh kita selesaikan masalah. Seterusnya tentang, tentang Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan, jadi kita jelas bahawa Rancangan Struktur 2030 telah dibentangkan dan juga Rancangan Tempatan, cuma saya nak sentuh di sini apa benda yang kita bantah yang berlaku dalam Rancangan Tempatan perlu dijelaskan oleh pihak EXCO terlibat. Pertamanya tentang mengapa perancangan pembangunan yang terdapat dalam Rancangan Struktur iaitu rancangan keutamaan bangunan terancang di tambakan laut Bagan Ajam ke Telok Air Tawar tidak terdapat dalam Rancangan Tempatan. Jadi ini saya rasa perlu dijelaskan supaya saya jelas. Dalam struktur ada dibuat dalam warna merah tapi bila Rancangan Tempatan tidak ada detailnya untuk pembangunan di kawasan itu. Kampung Tradisional juga tidak terdapat dalam Rancangan Stuktur untuk dibangunkan sebagai perkampungan terancang tapi dalam Rancangan Tempatan ada. Perlu dijelaskan kepada Dewan ini lah dan saya juga nak pastikan bahawa bantahan-bantahan yang kita buat di bawah Rancangan Struktur dulu dan juga Rancangan Tempatan ini perlu diberi feedback balik samada diluluskan bantahan ataupun tidak kita pun tak tau, panggil kita pi temuduga tapi akhirnya kita tak tahu samada diterima bantahan atau pun tidak diterima. Bagi Rancangan Tempatan, saya diperingkat saya membantah banyak pekara. Pertamanya membantah mengekalkan dan meningkatkan Kawasan Penternakan babi Kampung Selamat, saya bantah. Kami bantah. Kedua membantah pengoperasian kilang-kilang haram dikawasan bukan industri, nak putihkan dan buat jadi kawasan industri, saya bantah. Menolak projek pembangunan perumahan dikawasan zon pertanian juga kita bantah. Menolak cadangan mengurangkan kawasan zon pertanian daripada 31,000 kepada 28,000. Yang ada sekarang 31,000 dalam RT ini dalam rancangan sampai 2030, kawasan ini akan dikurangkan kepada 28,400 kita nak kekalkan kepada 31,392. Membantah cadangan ketiga Terowong Dasar Laut, membantah cadangan jajaran cadangan Monorail, Raja Uda ke Bukit Mertajam melintasi TUDM dan juga sawah padi. kita bantah. Kalau boleh buat jajaran lain. Jangan di atas kawasan TUDM mengikut dalam pelan tu dalam kawasan TUDM dan melepasi tanah sawah. dia akan menyebabkan tanah sawah itu mungkin akan berkurangan kawasan jelapang padi tu dan mungkin juga kawasan-kawasan keselamatan. Dan kita membantah penggunaan bahasa-bahasa lain selain daripada Bahasa Ibunda di petanda jalan, kita bantah. Seterusnya tentang, isu perjualan tanah oleh Kerajaan Negeri. Kita nak sentuh sedikit sahaja, saya mendapat maklumat daripada mungkinlah daripada jawapan bertulis saya dahulu, jawapan bertulis yang lepas dan juga daripada maklumat-maklumat yang lain bahawa Kerajaan Negeri dalam tempoh 2014 sehingga sekarang telah menjual seluas 1,100 ekar dengan hasil jualan RM12.5 billion pada syarikat Ivory, kepada Konsultan Zenith, PELAND, ASPEN, Paramount Group, Eco World, Temasik Singpura jumlah dia 12.5 billion, 1,100 ekar kawasan dia pun saya ada. Dalam soalan lisan penggal lalu kaitan ini telah dimaklumkan Kerajaan Negeri tidak menafikan dia kata buat pelupusan, pelupusan maksud saya mungkin penjualan lah saya faham, pelupusan ini dibuat 2010 hingga 2017 dengan melupuskan tanah seluas 1,027.5 ekar dengan nilai premium RM9.21 billion itu jawapan yang saya dapat.
Jadi cuma saya nak minta penjelasan dan juga mungkin penjelasan daripada pihak EXCO, tentang isu jualan ini dan kemanakah hasil jualan ini dimasukkan sepanjang tempoh lapan (8) tahun. Mohon diberi penjelasan terperinci kepada Dewan tentang isu ini. Dan kita jelaskan kalau tak jual sebut ja, habaq terus. Kalau ada pelupusan, maklumkan. Dan kita maklumkan ke mana perbelanjaan duit yang kita dapat tu guna untuk apa? Untuk bantu rakyat, untuk kebajikan dan sebagainya dan projek ini telah, di projek apa yang dibangunkan ditanah-tanah itu, projek-projek mega ka, projek besar ka, projek Dream City ka yang saya rasa kadang-kadang saya rasa Dream City projek yang di atas Tambakan Laut mungkin tak da la amount yang rendah yang murah harganya mungkin tanah saja dah beribu kaki persegi. Dan seterusnya tentang warisan budaya dan juga seni orang Melayu kalau boleh minta pihak Kerajaan Negeri juga melihat tentang perkembangan seni budaya dan juga kampung-kampung tradisional supaya dapat dikekalkan kampung tradisional dan budaya-budaya Melayu dapat dijadikan sebagai warisan macam di Melaka dondang sayang, di Johor ada Gazal, di Pulau Pinang juga kita ada boria, kita ada gazal parti dan sebagainya yang boleh kita jadikan sebagai satu gazetkan sebagai satu Seni Warisan orang Pulau Pinang, orang Melayu Pulau Pinang dan boleh kita kembangkan. Satu lagi tentang persoalan berkaitan memartabatkan Islam, saya ada beberapa soalan. Pertamanya tentang Khairun Ummah, saya minta pihak Pinang Tunggal tolong bentangkan saya nampak dia macam tak berapa melibatkan jabatan-jabatan yang banyak. Mungkin satu la Koperasi, SKM dan sebagainya tapi lain-lain agensi tak banyak terlibat. Kita nak keberkesanannya belanja dia mungkin banyak, kita nak keberkesanannya. Tolong bentangkan keberkesananya. Kedua tentang program HEBAT. HEBAT ni kaitan dengan Pusat Pembangunan Ilmu Islam, jadi siapa dan agensi mana yang memantau perlaksanaan program? Berapa jumlah wang Kerajaaan Negeri yang digunakan untuk program ini ataupun semata-mata menggunakan duit Zakat dan saya harap program ni dapat diteruskan dengan baik dan tentang masalah KITAB, Kolej Islam Teknologi Antrabangsa dan saya nak mintak penjelasan dari segi mengapa KITAB gagal menarik pelajar dalam negeri ini. Saya Nampak banyak pelajar daripada luar daripada tempat lain dan juga perbelanjaannya, siapa yang uruskan? Adakah ditanggung oleh Zakat Pulau Pinang sahaja ataupun mungkin ada sumber-sumber lain? Adakah KITAB ni diaudit akaunnya, perbelanjaannya dan sebagainya. Kedudukan aplikasi Masjid Pro, saya nak dijelaskan tentang berapakah jumlah masjid yang menggunakan aplikasi? Berapa harga langgangan setiap masjid, berapa potongan yang dikenakan jika mendermakan melalui aplikasi tersebut. Jadi, dan juga tentang wakaf. Kita dah hampir tiga (3) tahun penubuhan Wakaf Pulau Pinang. Saya juga nak kepastian berapa banyak dah tanah yang kita perolehi yang kita boleh beli dari wakaf ataupun kita sebagai melihat tanah yang sedia ada saja. Tidak mencari tanah-tanah baru yang diwakaf. Dan juga kalau boleh wakaf Pulau Pinang memikir dan merancang rancang uuntuk pembangunan perumahan, Perumahan Mampu Milik untuk dijual kepada orang-orang golongan B40 yang susah ni kalau wakaf buat dengan kos yang lebih rendah ada kemampuan oleh pihak-pihak yang memerlukan ni membeli rumah. Satu lagi tentang bangunan Al Mashoor Perempuan saya duk lalu situ saya nampak dia terbiar, saya rasa ni tanah wakaf. Bangunan saya tak pasti tapi tanah, tanah wakaf. Jadi kalau boleh mohon penjelasan isu bangunan ni dan perancangan masa hadapan. Satu lagi tentang pretasi dan kedudukan UPPK dan KAFA. Saya ucap tahniah kepada pihak Jabatan Agama Islam yang telah berjaya memberi keperluan belajar dalam internet dengan team yang ada tu dah buat elok dan kalau boleh diteruskan cuma persediaan kita Pulau Pinang untuk mengekalkan kedudukan terbaik di peringkat kebangsaan. Sebab dalam kita pandemik ini saya rasa memang kita akan menghadapi banyak masalah dan kalau boleh kita mencari jalan dan kaedah bagaimana kita nak kekalkan pretasi kita.
Bagi penjelasan soalan bertulis saya cuma nak penjelasan pertamanya penjelasan bertulis dan juga isu-isu lain. Pertama tentang isu PBA Pulau Pinang. Banyak yang bangkit dengan saya mai pejabat kenapa PBA potong saya punya air ni ketika COVID ni PBA potong mai clamp. Kalau boleh dilihat semula supaya dalam kita COVID ni kita tidak berlaku clamping tidak boleh bayar kena clamp. Dia nak guna air dah la pendapatan tak dak tekanan lagi lagi air takdak lagi masalah dia. Tolong lihat isu ni. Kedua tentang isu air mentah Kedah soalan bertulis. Sila jelaskan bahawa kita tidak akan bayar apa-apa kepada Kedah kita akan lawan undang-undang. Lawan bagi menang. Tak menang masalah dan sumber-sumber air kalau boleh fikirkan tambah lagi bukan hanya sekadar ambil air Perak lepas tu Sungai Perai kita nak cuba buat. Sungai Perai kalau nak buat kena bagi Sungai Kreh tu elok dulu. Kalau Sungai Kreh tu tak elok air dari Sungai Kreh tu akan masuk dalam Sungai Perai. Kita nak makan air apa pun saya tak tau jadi itu masalah dan carilah sumber-sumber lain lagi bukan sekadar satu dua pekara sahaja. Cari sumber-sumber lain lagi untuk kita dapatkan air. Buat tube well air laut kita proses ka apa, itu ada benda-benda lain yang boleh kita pastikan tidak ada masalah seperti mana hari ni. PBA jalan elok dah tak pernah ada shortage air. Seingat saya umur 58 tahun daripada saya kecil dulu tak pernah ada JKR mai hantar tong di rumah. Catuan tak pernah ada. Tak pernah ada. Alhamdulillah. Tapi kalau esok mai ada timbul masalah sumber air, kita akan hadapi masalah. Cari lah alternative dan sebagainya. Kedua tentang, pembinaan Kompleks Sukan di Pokok Sena. Jadi saya dah bangkitkan, minta kat Kementerian Belia. Mesyuarat baru ni, mesyuarat yang lepas, dia kata Kerajaan Negeri akan buat. Kompleks Sukan di Pokok Sena, Kerajaan Negeri akan buat. Saya harap dapat dilaksanakan lah dan dimasukan untuk kita laksanakan tanah yang memang syarat dia Kompleks Sukan dibangunkan sebab Tasek Gelugor tak da lagi, Kepala Batas banyak. Tasek Gelugor tak dak kompleks. Dok main merata. Jadi kita pastikan kita masukkan, sebab saya nak minta kat Kerajaan Persekutuan tapi state kata depa nak buat jadi ...(gangguan).
Yang Berhormat Sungai Dua, masa dah 2.30. Janji jangan dichapatikan.
Satu lagi orang kampung minta saya sampaikan ni, penggantian paip-paip yang utama di kampung yang dah lama, PBA lah. Paip air ni. Ada banyak kampung yang paip air yang dah bocor sentiasa. Dan berlaku pembaziran, air tak sampai, tutup air dan sebagaimana, tengok balik kawasan-kawasan kampung yang lama tu, tukar terus. Tak perlu kita minta aduan, PBA tau kampung mana yang buat tahun 60, ni yang pasang tahun 58, ini terus diperbaiki. Termasuklah tali air konkrit sawah yang banyak bocor. Jadi kalau boleh diperbaiki semula menurut JPS. Banyak tali air konkrit yang bocor yang menyebabkan pembaziran. Tentang khinzir tadi, saya rasa saya dah masukkan ternakan babi ini, saya telah masukkan dalam ucapan. Akhirnya, penutup saya, apabila negara dilanda wabak COVID-19, tugas sebagai wakil rakyat, pastinya lebih mencabar. Apatah lagi dengan pelaksanaan PKP. Sebagai wakil rakyat, kita semua pasti menjadi tempat mengadu dan rujukan rakyat di kawasan masing-masing. Tambah pula dengan keadaan dan suasana yang begitu serius dan membahayakan. Kita perlu menjadi perantara dan orang yang boleh membantu dan menenangkan rakyat yang kini tertekan. Rakyat di kawasan masing-masing berada dalam keadaan yang begitu susah dan terhimpit. Ada yang hilang pekerjaan, tiada pendapatan. Ada yang terputus bekalan, ada yang terkena jangkitan.
Tambah lagi yang terlibat oleh COVID dan dikuarantin. Inilah tugas dan tanggungjawab wakil rakyat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik yang tanpa mengira keselamatan dan kesihatan diri. Rintihan dan kesengsaraan rakyat, harus kita ambil tindakan sebaik-baiknya dengan sesegera mungkin. Apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini, sebenarnya mencukupi semua perkara. Antara perkara penting yang diberikan perhatian khusus oleh kerajaan adalah soal kesihatan dan keselamatan rakyat. Di samping itu, dari segi ekonomi juga perlu diberi perhatian supaya rakyat masih boleh mencari nafkah. Soal Pendidikan, anak-anak harus difokuskan supaya mereka tidak hilang arah dan ketinggalan. Pada ketika inilah kita perlu bersama-sama berpadu minda dan tenaga atas dasar keprihatinan terhadap nasib rakyat. Kita hentikan seketika soal politik kerana yang paling penting kita sama-sama berganding bahu mengekang dan melawan pandemik COVID-19 dan sama-sama kita hulurkan tangan membantu rakyat di seluruh negeri. Di kesempatan ini juga, saya selaku Ketua Pembangkang mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada kepimpinan Kerajaan Negeri atas sokongan dan bantuan yang telah disalurkan kepada rakyat. Secara langsung atau melalui jentera yang ada. Terima kasih rakan-rakan Yang Berhormat dan kepada pelbagai pihak yang turut menghulurkan bantuan kepada rakyat di Pulau Pinang yang terkesan seperti masjid, surau, tokong, kuil, gereja, swasta, NGO, inidividu dan lain-lain, pihak yang terlibat. Syabas, terima kasih serta sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada semua petugas-petugas daripada MKN, PDRM, kakitangan Kesihatan, ATM, RELA, JPAM, kakitangan agensi Kerajaan Persekutuan ataupun Negeri. Pihak media, sukarelawan, penyumbang di atas jasa semua yang pastinya tidak mampu dibalas. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada tersalah kata mengguris hati mana-mana pihak. Marilah sama-sama kita bekerjasama dan berganding bahu kita untuk membantu rakyat dan melawan dan memutuskan rantaian COVID-19 ini. Dan akhirnya, marilah sama-sama kita menadah tangan kehadrat Allah memohon doa moga penularan COVID-19 dapat dikurangkan dan berjaya dihentikan, dan bagi yang dijangkiti kita sama-sama doakan kesembuhan mereka. Teruskan membantu rakyat dan saya akan terus menyokong segala usaha demi kesejahteraan rakyat. Sebelum saya akhiri ucapan saya, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-64 dan Selamat Hari Malaysia. Sekian, Assalamualaikum WBT.
Dimaafkan dan terima kasih Sungai Dua. Seterusnya, Pantai Jerejak.
Assalamualaikum WBT, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, terima kasih atas izin untuk saya ikut mengambil bahagian dalam perbahasan usul terima kasih di atas ucapan Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri. Ucapan saya ini akan saya mulakan dengan memberikan tumpuan ke atas isu-isu di kawasan saya, dalam DUN Pantai Jerejak. Masalah yang utama adalah masalah banjir dalam beberapa kawasan perumahan dan itu sangat jelas dikenal pasti akibat daripada sistem longkang dan parit yang wujud sejak sekian lama, guna untuk menampung pertumbuhan taman perumahan khususnya landed property..(dengan izin) yang lama-kelamaan dek kerana kepesatan pembangunan, tidak dapat menampung aliran air terutama apabila berlaku hujan lebat yang berterusan. Hotspot nya tu sangat jelas terutama di Taman Perumahan Pantai Jerejak, Jalan Pantai Jerejak 6, 12, 18 kemudian di Mahsuri, Mayang Pasir, Kampung Jawa, Pintasan Bahagia, Sungai Nibong. Pattern nya jelas sepanjang tahun.
Apa pun saya bersyukur kerana ketika masalah ini diangkat, Kerajaan telahpun meluluskan Projek Tebatan Banjir Bayan Baru dan sehingga hari ini, sedang kita berucap dan bersidang, peratus kemajuan tu sudah hampir mencecah 80%. Dan ini sudah tentu memberikan kelegaan yang amat sangat kerana rumah pam automatik itu, yang 4 unit itu mampu untuk mengalirkan aliran air ke laut jika berlaku limpahan pada aliran utama. Itu ketika saya sebutkan masalah, saya juga berkongsi jalan keluarnya kerana kelulusan projek tebatan banjir dan ini sangat membantu. Progres 80% ini tidaklah sangat mengecewakan, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana kekangan PKP 1, PKP 2, dan PKP 3 di mana kontraktor yang mengendalikan projek memerlukan kelulusan JKR, MITI dan sebagainya. Jadi, saya berharap apabila siapnya nanti, akan memberi kelegaan kepada penduduk setempat khususnya 2,000 isi rumah dalam kawasan yang terlibat yang telah saya sebutkan tadi. Perkara kedua ialah berkenan dengan projek pembaharuan semula bandar. Di kawasan saya akan melibatkan lima (5) flat PDC. Dan saya mengucapkan terima kasih kepada EXCO Perumahan kerana ikut membabitkan saya dan pasukan Pusat Khidmat dalam perundingan, dalam Jawatankuasa Perundingan bersama dengan ketua-ketua blok yang terlibat. Namun begitu, sudah tentu melalui interaksi dengan penduduk, mereka terus membangkitkan beberapa perkara yang memerlukan penjelasan daripada EXCO. Mereka tertanya-tanya, apakah nanti, berapakah sebenarnya jumlah blok yang terlibat dan berapa unit yang akan dibina. Apakah itu nanti, status projek pembaharuan semula ini akan merupakan Rumah Mampu Milik atau high end condo? Apa jaminan mereka nanti akan mendapat unit ganti ataupun kawasan itu dibangunkan semula, bagaimana kedudukan mereka? Jadi, Kerajaan Negeri, saya syorkan harus tampil dengan penjelasan yang komprehensif yang membabitkan isu perundangan dan juga isu strata title ini. Itu akan memudahkan bagi kita yang mewakili kawasan membantu Kerajaan Negeri menjelaskan dan sekaligus boleh menghapuskan kebimbingan penduduk setempat. Seringkali, yang berulang adalah dibangunkan projek perumahan ini, ketidakcukupan kawasan parking. Jadi, kalau namapun kita bangunkan semula, aspek itu harus diberikan tumpuan supaya kita tidak mengulangi kelemahan yang lampau. Mereka ikut bertanyakan tentang apakah nanti ada dalam pelan pembangunan itu, naik taraf terhadap infrastruktur dan sudah tentu dia akan memberikan kesan juga kepada isu aliran trafik dan sebagainya. Jadi, itu antara perkara-perkara yang mereka bangkitkan tatkala kita hadir dalam majlis interaksi dan saya fikir itu munasabah, concern mereka, yang mereka sampaikan. Saya yakin Kerajaan Negeri khususnya EXCO yang berkenaan punya jawapan dan penjelasan terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan. Perkara ketiga masalah di kawasan saya adalah isu penjaja. Isu penjaja ini ada dua (2). Dia timbul kebelakangan ini kerana tekanan pandemik COVID-19. Hilang pekerjaan, susut pendapatan sedangkan tanggungan masih kekal walaupun tidak bertambah. Jalan keluar yang paling mudah adalah mereka berniaga. Apabila mereka berniaga, kita tahu Pihak Berkuasa Tempatan, ada peraturan dia. Ada peraturan tempatnya, lesennya, masa niaganya dan segala macam. Saya nak gunakan platform ketika berucap ni untuk merayu supaya fleksibiliti, keringanan dapat diberikan sementara kita ada undang-undang yang menyatakan di sini tak boleh, di sana tak boleh, lesen tak boleh. Keringanan itu harus diberikan sebagai menunjukkan rasa simpati kita atau empati kita kepada masyarakat dalam kategori ini. Sebagai itu, saya menyampaikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan, beberapa lokasi yang asalnya merupakan tempat parking tetapi kapasiti atau densitinya tu tidak tinggi. Apabila saya bertanya soalan bertulis, saya bertanya berapakan jumlah kutipan parking Pihak Berkuasa, jumlahnya memang tidak begitu besar. Menunjukkan bahawa penggunaannya itu rendah. Jadi kalau begitu, boleh saja kita gunakan sebagai gunasama dalam tempoh tertentu, dapat digunakan golongan berniaga bagi berniaga
kerana keadaan sekarang, keadaan luar biasa. Dan itu, akan menunjukkan rasa keprihatinan Kerajaan Negeri itu sendiri. Jadi, aspek penguatkuasaan itu kalau boleh juga tidak terlalu dilebihkan sementara kita faham, pertimbangannya, pertimbangan gangguan trafik umpamanya atau gangguan terhadap kawasan perumahan berdekatan. Namun, keadaan luar biasa ini memerlukan tindakan luar biasa. Kalau terpaksa kita ketepikan sekejap, apa pun undang-undang kecil ataupun undang-undang berkaitan, saya fikir kita harus melihat semula. Jadi, izin yang lebih fleksibel daripada Pihak Berkuasa Tempatan kepada komuniti penjaja, langkah penguatkuasaan yang barangkali perlu dikurangkan dan tidak terlalu ditonjolkan. Itu akan memberikan kelegaan kepada mereka berniaga untuk mendapat RM40-RM50 sehari, sebab di rumah dapur mesti berasap, anak ke sekolah, perbelanjaan dan sebagainya tu, berlaku seperti biasa. Jadi, saya tidak bermaksud bahawa tidak ada keprihatinan di pihak Kerajaan Negeri, cuma untuk tujuan yang spesifik ini, saya mohon untuk ianya dilihat untuk semula. Misalnya, saya bagi contoh, saya ucap terima kasih kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Di kawasan saya ni ada satu rumah wakaf di kawasan Sungai Nibong. Dia ada 72 unit. 47 unit disewa. 25 unit untuk asnaf yang layak dapat. Tapi dekat dengan rumah wakaf ini, ada kawasan kosong. Jadi, bila saya pergi surau masa Ramadan kelmarin, mereka datang, Yang Berhormat Datuk, boleh tak tolong cadang dengan MAINPP, bagilah izin tanah lapang ini untuk kami berniaga. Dan saya fikir munasabah. Mereka nampak di sebelah kawasan rumah mereka tanah lapang yang tidak dimanfaatkan. MAINPP barangkali ada perancangan terhadap tanah itu. Barangkali ada. Tapi soalnya di depan mata penduduk, tanah itu belum diusahakan, belum dimanfaatkan. Sementara ada perancangan yang nak dilakukan oleh MAINPP, alangkah baiknya diizinkan penduduk, dan diterangkan bahawa tempoh ini adalah tempoh yang dibenarkan dan sehingga tanah ini akan digunapakai, maka penduduk haruslah kemudiannya memberikan kerjasama untuk keluar. Jadi, daripada Ramadan yang lepas dan sebelumnya pun, saya tengok masih lagi tanah itu kosong, sekarang pun tanah tu masih lagi kosong. Jadi, barangkali saya fikir, Majlis Agama Islam bolehlah memberi pertimbangan segera. Dan saya harap ini keputusan yang mudah pada saya lah, low hang fruit...(dengan izin). Sebab itu akan memberi peluang kepada komuniti setempat untuk membangunkan atau memulakan ikhtiar cari makan mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya nak beralih lepas isu kawasan kepada titah ucapan Tuan Yang Terutama. Saya tengok dia memberikan penekanan yang sangat khusus tentang perlunya Kerajaan Negeri memberikan tumpuan kepada sumber manusia. Saya nak tumpukan khusus untuk isu Melayu Pulau Pinang ini. Kebetulan masa saya sempat membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama beberapa bulan yang lepas, belum pun saya menyampaikan pandangan saya terhadap perkara yang saya bercadang untuk bercakap, Tuan Yang Terutama mulakan dengan menyebut bahawa Yang Berhormat Dato’ boleh tak kita berbincang tentang bagaimana tanah wakaf boleh kita bangunkan, boleh kita monitize kan. Boleh tak juga kita bincangkan berkenaan dengan masalah kekurangan tanah kubur. Di Pulau Pinang ini nampaknya boleh ada potensi menimbulkan masalah kalau tidak dimulakan perancangan dengan teliti. Boleh tak diberikan satu penerangan bahawa orang-orang Melayu Pulau Pinang kalau diumumkan satu projek pembangunan berskala besar oleh Kerajaan Negeri reaksi awal itu bukannya reaksi menolak tetapi boleh ikut serta mengambil bahagian. Untuk itu, aspek pembangunan sumber manusia ini mempersiapkan orang Melayu Pulau Pinang khususnya supaya mereka boleh mengambil bahagian dalam arus pembangunan itu mesti diberi tumpuan. Jadi perbincangan kami berlegar kepada isu yang sangat substantif pada saya, ya sangat substantif yang datang pada Ketua Negeri, Ketua Kerajaan, Ketua Menteri. Ketua Negeri dia memberikan satu landasan perbincangan bahawa ini harus diberi tumpuan. Kerana itu, saya ingin menarik perhatian Ahli Berhormat Pinang
Tunggal kerana aspek ini saya fikir kita ada macam institusi KITAB yang juga disentuh oleh sahabat saya Ketua Pembangkang tadi. KITAB ini dah 15 tahun usianya, dah 15 tahun. Institusi pendidikan dibawah MAINPP dengan biaya zakat empat juta setahun. Institusi pendidikan ini kalau mengikut tradisi kecemerlangan institusi pendidikan Al Azhar misalnya kemudiannya Oxford atau Cambridge. Jadi tiga komponen yang memulakannya. Yang pertama ada guru, ada murobbi. Yang kedua ada kitab. Yang ketiga ada murid yang nak belajar. Al Azhar, masjid kelilingnya itu pondok itu modalnya. Sebab itu kalau kita pergi Oxford hari ini pun sama pergilah School Of Harris Manchester dia ada gereja atau shaper ada fakulti. Setiap school di Oxford itu begitu modalnya. Di Cambridge begitu juga. Jadi itu modal asalnya. KITAB dah 15 tahun dan saya fikir melihat ke hadapan biayanya tidak boleh hanya datang daripada institusi zakat sahaja, betul kutipannya 130 juta campur dengan tawakuf barangkali 80 juta tetapi zakat juga ada peranan terhadap asnaf yang sudah jelas. Jadi dalam institusi yang macam ini, saya cadangkan supaya Kerajaan Negeri memberi pertimbangan dollar to dollar dari segi peruntukan. Satu ringgit daripada zakat, satu ringgit daripada Kumpulan Wang Disatukan yang Dewan boleh luluskan. KITAB lahir begitu, tanah asalnya itu adalah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutan, asalnya masa itu Datuk Seri Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan bermulanya dia adalah sebagai Mahaad Tahfiz sebelum kita tukar jadi KITAB, Kolej Antarabangsa ini dan pada masa awalnya itu Kerajaan Negeri ada memberikan peruntukan cuma selepas daripada itu peruntukan tidak datang daripada Kerajaan Negeri kerana datang daripada zakat. Jadi saya ingin mencadangkan, kalau aspek pembiayaan ianya harus bukan sahaja zakat tetapi Dewan ini boleh juga ikut membiayainya. KITAB ada potensi, ada ruang. Saya sempat bertugas sebagai penasihat kepada Ketua Menteri, rakan saya sebelum ini dan saya berpeluang untuk mengenali dan memahami apakah constraints, kekangan, prospek dan peluang yang ada. Saya yakin ianya satu permulaan yang baik tetapi kita perlu dokong dengan political will atau tekad politik yang lebih kemas dan itu boleh melonjakkan satu. Yang kedua, inistitusi zakat juga saya fikir sejak 2008 kerajaan ini kita kuasai. Kalau saya ditanya apakah satu kebanggan ataupun legacylah kalau orang Melayu Islam Pulau Pinang nak tengok kepada Kerajaan Pakatan Rakyat dan sekarang Pakatan Harapan. Saya mimpikan institusi zakat ini boleh membiayai pengajian anak-anak Melayu Islam Pulau Pinang yang cemerlang top achievers...(dengan izin) dibantu sehingga menjadi Chartered Accountant, dibantu sehingga menjadi top data scientist dalam bidang sekarang ini intelligent Internet of Things, data scientist yang disentuh oleh T.Y.T dalam ucapan perbahasannya, bila bercakap ucapan perasmian, bila bercakap soal human resource dalam konteks Pulau Pinang. Kalau satu tahun zakat boleh membiayai untuk tujuan khusus melahirkan kepakaran-kepakaran profesional, bidang-bidang kritikal yang sesuai dengan Negeri Pulau Pinang. Melahirkan data scientist lebih penting daripada melahirkan umpamanya guru untuk pendidikan awal kanak-kanak ia tiada jurang contoh. Jadi utamakan sektor yang kritikal yang menjadi keperluan Kerajaan Negeri dan biaya institusi zakat ini khusus untuk kelompok pelajar cemerlang ini, saya fikir kalau kita mulakan dahulu kita boleh menyebut dengan yakin 250 pelajar-pelajar cemerlang Melayu Islam Pulau Pinang dilahirkan daripada biaya zakat untuk menjadi Professional Chartered Accountant dan bidang-bidang seumpanya. Kita boleh mulakan sekarang dah ada, memang ada sejak dua, tiga tahun yang lepas ada zakat mulakan ya, tetapi saya fikir ianya harus dilakukan dengan skala yang munasabah, skala munasabah dan dimulakan. Misalnya anak Melayu Pulau Pinang yang cemerlang lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, dari situ Zakat Pulau Pinang ambil alih untuk hantar mereka. Hantarlah ke UK ka, ke Ireland ka, New Zealand ka, Australia ka tak kisahlah atau dalam negara pun dalam tempoh 18 bulan. Dia akan graduate sebagai Chartered Accountant. Satu tahun 20 orang, kita set aside duit zakat RM5 juta tak apalah. Program yang berjalan sekarang jalan tetapi yang ini program khusus kemudian tengok pulak dalam bidang industri
perkapalan misalnya dalam bidang IT dan sebagainya. Jadi setiap tahun kita boleh sukat success story kejayaan daripada inisiatif seperti ini. Lima, sepuluh tahun akan datang Kerajaan Pulau Pinang boleh berbangga melalui institusi zakat kita melahirkan pelajar-pelajar cemerlang ini dalam bidang kepakaran yang memenuhi keperluan dan sesuai dengan agenda reform kerajaan terutama dalam tagline Khaira Ummah (kuntum khaira ummah ukhrijat linnas ta`murána bil-ma'rá wa tan-hauna 'anil-mungkar). Dia ada landasan yang cantik yang telah diletakkan dalam Program Khaira Ummah ini cuma landasan dan acuan itu harus diisi supaya result, keputusannya tangible boleh diukur dan boleh disukat. Saya mencadangkan supaya ianya dimulakan dan kalau ada ditambahbaikkan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut bahawa dalam suasana yang macam sekarang saya nak ucap tahniah banyak kepada Ketua Menteri. Dalam isu air dengan Kedah ini, dia tenang, sabar dan composes. Yang itu saya salute lah , saya tiada kekuatan itu, dia tidak layan provokasi dia tak ada. PBA kalau dia jawab pun sangat profesional faktanya, ulasannya, perspektif undang-undangnya, sejarahnya, adab orang berjirannya ini jelas. Kalau kita nak layan satu, layan balik itu, kita jadi tak berapa nak cerdik. Buat masa sekarang saya rasa lega, Ketua Menteri nampak tenang dan composes. Tak apalah biar jiran kita sebelah sana macam itu, tak apalah, kita tidak boleh nak ubah semua, ya sebab orang tengok kelaku dan perangai selama berpuluh tahun tak timbul pun masalah-masalah yang kebelakangan ini diungkit, tak timbul. Tetapi kita hadapi dengan tenang, semalam saya dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun ziarah ke Yan semalam untuk bantu buat penyerahan tunai lagi, wang tunai kepada Kerajaan Negeri. Kira bagi sebab kita nak ikut merasai kesusahan dan derita yang dialami oleh rakyat. Kita ketepikan sekejap perbezaan politik dan semalam Alhamdulillah EXCO Pendidikan, Kolonel Najmi ikut menyambut rombongan kami dan kita tunjukkan akhlak yang begitu, kalau kita diserang macam mana pun kita tunjukkan akhlak yang baik, ini cara kita menjaga adab berjiran. Sebab itu, saya tidak ada keraguan kalau kita nak angkat, nak julang PBA itu tengok dari segi pretasinya. Betul, Ketua Pembangkang tadi sebut umur 58 sama macam saya umur, saya pun tak tau, kalau tak sebut saya pun tak tau 58. Tapi disebut bahawa tak pernah rasai JKR pergi hantar air, maksudnya PBA uruskan dengan baik bahkan PBA antara syarikat pengurusan air yang terbaik di negara kita dengan kadar caj yang rendah berbanding beberapa negeri yang lain yang itu kebanggaan kita, fakta yang kita boleh kongsi non-revenue waternya rendah, governance nya itu bagus dan perancangannya bukan sahaja memberi khidmat terbaik sekarang tetapi turut mengambil kira ancaman dan potensi masalah hari muka seumpama bekalan air mentah dan sebagainya. Saya membaca, mengikuti kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh PBA dalam menguruskan suara-suara yang disampaikan oleh NGO umpamanya termasuklah komen terakhir tentang cadangan pembikinan Lapangan Terbang Kulim yang lokasinya itu secara relative dekat dengan sumber air yang berpontensi mewujudkan masalah pada hari depan. Kita suarakan dahulu, nyatakan dahulu fakta itu. Soal Menteri Besar Kedah nak balas balik dengan “hang tengok dululah sungai di Pulau Pinang ini pun terkotor” itu biar. Yang itu kita tak mahu bergaduh cara budak-budak, kita just quote the fact tepat pada masanya, tempatnya berikan segala laporan dan pandangan secara profesional dan kita percaya PBA harus kita beri dokongan sepenuhnya dalam mengekalkan prestasi memberikan perkhidmatan bekalan air bersih kepada penduduk baik industri ataupun pengguna isi rumah. Tuan Yang di-Pertua, saya juga sebenarnya ada memberikan soalan bertulis dan telah dijawab dengan begitu panjang lebar oleh Kerajaan Negeri tentang, saya bertanya tentang exit strategy kepada Kerajaan Negeri. Sekarang kita hadapi pandemik COVID yang bagi kesan kepada kesihatan, ekonomi kemudahan rakyat dan ini pengalaman baharu buat kita. Kita tak ada pengalaman ini cuma pengalaman ini harus kita persiapkan untuk merangka exit strategy, strategi keluarnya.
Tuan Yang di-Pertua saya kebetulan berpeluang menduduki Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan nasihat kepada Ke Bawah Duli tentang isu-isu COVID dan kaitannya dengan darurat. Melalui pembentangan-pembentangan yang dibuat oleh menteri-menteri dan ketua-ketua agensi di peringkat Kerajaan Persekutuan ada satu yang missing iaitu kita belum mempunyai exit strategy yang tuntas belum, belum lagi Pulau Pinang kita boleh mulakan. Bila saya membaca ucapan daripada jawapan yang diberikan oleh Ketua Menteri yang panjang lebar of course, sudah tentu saya juga ada pandangan terhadap beberapa perkara tetapi umumnya saya memilih untuk memberikan dulu kepercayaan bahawa Kerajaan Negeri sudah ada persiapannya, jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Saya akan memulakan ikhtiar lain dalam memberikan pandangan tidak melalui forum ini kerana masa yang terhad tetapi saya yakin bahawa sekurang-kurangnya apabila saya bertanya soalan bertulis, jawapan yang diberikan itu menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri sedar tentang laluan ke hadapan yang akan mereka lakukan untuk itu saya berharap perancangan itu akan berhasil. Dato’ Yang di-Pertua Dewan, demikianlah ucapan saya meliputi empat perkara. Pertama isu-isu dalam kawasan saya, kedua secara khusus tentang isu sumber manusia berkaitan dengan KITAB dan ZAKAT. InsyaAllah saya akan tunggu reaksi Yang Berhormat Pinang Tunggal sahabat saya, ada tu jawapan dalam kepala dia tu, cara dia angguk pun saya tau dah, kemudian saya juga menyebut bahawa bergerak ke hadapan kita perlu ada exit strategy yang baik dalam menguruskan keadaan sekarang kerana di Pantai Jerejak ini Mukim 12, seluruh DUN Pantai Jerejak terletak pada Mukim 12 dan kita Pingat Perak dari segi kes sekarang ini, kes COVID tetapi anehnya kes kematian sangat kecil saya fikir tempat awam iaitu Pasar Bayan Baru itu, sejak COVID-19 berlangsung sampai sekarang kesnya zero itu agak menakjubkan. Maknanya kita impose satu SOP yang tepat dia ikut, jadi tak ada rekod daripada soalan yang saya tanya tidak ada. Saya bimbangnya premis itu sebab dari densitynya, mobilitinya dekat situ tapi rupanya data tidak menunjukkan itu and I trust the data angka kematian juga kecil. Jadi mudah bila saya turun untuk menyampaikan penerangan saya cuma minta supaya pengunjung peniaga yang mengunjungi Pasar Bayan Baru tempat tumpuan di situ supaya kekal menjaga SOP kerana rekod menunjukkan bahawa tidak ada kes jangkitan di situ manakala kes kematian juga rendah. Jadi agak melegakan tapi bukan sepenuhnya kerana ia kekal sebagai kawasan yang kedua kerana di situ banyak terletak kawasan industri. Jadi saya ucapkan terima kasih atas peluang ini saya akhiri dengan Wabilahitawfeek Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Pantai Jerejak, dipersilakan Yang Berhormat Bukit Tengah.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri untuk membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan ucapan T.Y.T. Pulau Pinang. Timbalan Yang di-Pertua, kalau kita lihat hari ini memang seluruh tumpuan perbahasan kita adalah kepada pandemik COVID-19 dan saya juga berpandangan bahawa isu yang tunggal dan terbesar sekali yang sedang kita menghadapi di Pulau Pinang cabaran itu adalah pengendalian COVID-19 yang kita lihat setiap hari sedang meningkat dengan mendadak.
Suasana Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri di luar oleh orang ramai adalah perasaan muram, kekecewaan, ketakutan dan kesedihan. Jadi saya ingin juga dalam masa singkat yang diberikan kepada saya untuk memberi tumpuan penuh dalam perbahasan saya kepada isu COVID-19 Timbalan Yang di-Pertua Dewan.. YB. Timbalan Yang di-Pertua, kalau kita lihat pada tahun lepas, hujung tahun 31 Disember pada masa itu laporan harian tak sampai tiga angka tak sampai empat angka. 31 Disember laporan pada hari itu 92 kes sahaja. Kes jumlah kumulatif 3,800. Kita fast forward YB. Timbalan Yang di-Pertua, kepada 1 Jun di mana Kerajaan Persekutuan telahpun melaksanakan PKP penuh, full lockdown, 1 hari bulan Jun. Dalam enam (6) bulan sampai 1 Jun, kes telahpun melonjak ke 29,000 agaknya kes jumlah kumulatif. Dan pada hari itu, masa itu, waktu itu kes-kes harian pun sudah meningkat sampailah tiga (3) angka dan apa yang berlaku YB. Timbalan Yang di-Pertua seterusnya, dalam hanya 3 bulan daripada 1 Jun sampailah semalam kita tengah melihat kes melonjak lagi dalam tiga (3) bulan ni daripada 29,000 total kumulatif sampailah 86,000 iaitu tiga kali ganda. Full lockdown yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan pada masa itu adalah untuk bertujuan to break the chain of infection untuk menurunkan jumlah kes jangkitan COVID-19 di Pulau Pinang. Tetapi itu tidak berlaku malahnya telah pun gagal kita mencapai matlamat full lockdown itu, tiga (3) bulan kita telah melalui itu. Kalau kita lihat YB. Timbalan Yang di-Pertua, dan saya rasa ramai rakan-rakan disini juga akan bersetuju bahawa pandemik dalam tiga (3) bulan ini satu daripada penyebab adalah Delta Varian yang sedang melanda seluruh bukan saja Malaysia, India, Thailand, Vietnam, Indonesia dan sebagainya dan di Malaysia bermula di Klang Valley dan sekarang Klang Valley cases sedang pun menurun tetapi sedang merebak pula kepada negeri-negeri lain seperti di Kedah dan Pulau Pinang. Kedah pun kalau tak silap saya ada laporan yang mengatakan 81% kes daripada di Kedah sana adalah akibat Varian Delta. So, itu adalah satu sebab ada lagi sebab-sebab lain isu vaksinasi awalan yang agak lembab in the beginning...(dengan izin) we have the slow start. Tetapi kalau kita lihat baru-baru ini memang vaccination rate, kadar vaccination telah pun meningkat dan seperti yang diumumkan oleh EXCO Kesihatan, kita berharap dalam minggu kedua kita akan menjadi mencapai 100% di mana adult population akan mendapat dos pertama. Ada juga kes atau pun permasalahan awalan di mana apabila kita merancang untuk menubuhkan PPV. Saya bagi satu contoh di SPT, SPT mempunyai penduduk dua kali ganda lebih tinggi daripada SPU dan SPS. Jadi masalahnya pada awalan apabila PPV ditubuhkan hanya ditubuhkan dua PPV di SPT sama seperti SPS dan SPU dengan kapasiti vaksinasi yang sama sedangkan SPT mempunyai populasi yang jauh lebih besar dan apabila itu berlaku maka kadar pemberian vaksin itu untuk warga SPT menjadi lambat dan kita sebagai ADUN-ADUN di kawasan SPT dan Ahli-Ahli Parlimen saya rasa semua pun tau memang mendengar banyak rungutan dan kekecewaan daripada penduduk-penduduk di SPT. Tetapi sekarang isunya saya rasa diselesaikan cuma perkara-perkara ini kena dibincangkan kena dibawa supaya mendapat perhatian kerajaan. Mengapa? Apakah sebab-sebab penyebab kenapa kes-kes COVID-19 ini sedang dan masih meningkat. Vaccination rate adalah amat penting tetapi untuk saya YB. Timbalan Yang di-Pertua isu yang paling besar dan isu yang paling dekat dengan hati saya kenapa kes yang di Pulau Pinang sekarang ini menjadi sebegitu banyak kes adalah disebabkan oleh kluster kilang, tidak boleh dinafikan. Saya telahpun bertanya apakah tiga (3) penyebab utama yang menyebabkan kes COVID-19 meningkat di Pulau Pinang. Pagi tadi EXCO Kesihatan pun telah mengesahkan iaitu disebabkan oleh kilang. YB. Timbalan Yang di-Pertua, Kawasan SPT Kawasan Bukit Tengah sekarang ini adalah epicenters, the eyes of the storm for COVID di mana COVID sekarang ini sedang melanda Pulau Pinang tiap-tiap hari di kawasan saya di SPT tiap-tiap hari kita ada 500, 700 kes setiap hari. Dan ini bukan satu perkara yang hanya berlaku hari ini, amaran-amaran telahpun there were warning signs daripada permulaan lagi. In month, in facts sejak tahun last
year saya telahpun membangkitkan kerisauan, kalau kita lihat pergi melawat kawasan-kawasan perumahan tempatan di mana kilang-kilang menempatkan pekerja-pekerja mereka dalam keadaan yang memang tidak sesuai untuk tinggal bagi manusia, terlalu cramp, terlalu dekat dengan sesak dengan orang ramai memang tak sesuai dan mereka dibiarkan begitu tanpa pengawalan dan pengawasan. Pada masa itu saya telahpun memberi satu kerisauan membangkitkan mengatakan ini boleh menyebabkan kluster-kluster kilang. That was last year YB. Timbalan Yang di-Pertua. Dan saya katakan pada masa itu kalau kita tak menangani masalah ini maka segala usaha pada masa itu MCO 1, itu bukan MCO 2, MCO 1, segala usaha kerajaan MCO 1 untuk menangani COVID-19 untuk merendahkan kes COVID-19 akan dijadikan sia-sia kan saja. Anyway moving forward sekarang kita melihat saya tanya apakah sebab kes COVID-19 sekarang meningkat? Jawapannya adalah tiga alasan kenapa kes COVID-19 sedang meningkat satunya disebabkan kes ini disebabkan kilang dan industri, siasatan pihak Pejabat Kesihatan Daerah mendapati kes-kes yang melibatkan pekerja kilang dan industri merupakan antara penyumbang terbesar kepada kes-kes yang direkodkan di Pulau Pinang. Punca jangkitan kebiasaan akan menjurus kepada penempatan pekerja asing, warga asing yang akan melibatkan pencampuran antara sepuluh kilang dalam satu kawasan penempatan atau dormitory. Kuarantin yang sempurna juga tidak dijalankan dengan baik kerana fasiliti rumah yang kurang sesuai ini sentiasa menjadi kapasiti yang dihadkan. YB. Timbalan Yang di-Pertua, penduduk di SPT dan saya faham mereka sangat kecewa dan marah saya pun bersama dengan mereka. Tiap-tiap hari mereka melihat kes meningkat. Kawan mereka, keluarga mereka menjangkit COVID-19. Ada yang meninggal dunia, ada yang kehilangan kerja, ada yang kehilangan hasil pendapatan mereka. Mereka cukup sengsara dan isu inilah, isu kilang ini yang kita perlu untuk menangani. Ada bila saya keluar ramai yang berjumpa dengan saya biasanya selalu topik yang mereka akan bangkitkan mereka akan tanya saya, “YB, kilang-kilang ini kita tak boleh tutup ke? Tutupkan sahaja ramai orang sekarang susah dengan COVID-19 kes”, YB. Timbalan Yang di-Pertua saya harap bahawa satu Jawatankuasa bertindak khas boleh ditubuhkan khusus untuk melihat bagaimana kita boleh menyelesaikan kluster kes peningkatan ini yang disebabkan oleh kluster COVID-19. YB. Timbalan Yang di-Pertua, saya nak bagi satu contoh, sekarang ini apabila kita sebut tentang kilang-kilang ada dua perkara di mana kita akan melihat kes kluster ini, jangkitan ini berlaku. Satunya adalah di tempat kerja. Maksudnya SOP tak diikuti ataupun SOP yang sedia ada tidak mencukupi ataupun pelaksanaan ataupun penguatkuasaan SOP di kawasan-kawasan kilang itu tidak dibuat, itu satu. Yang lebih parah daripada itu adalah tempat penempatan yang diletakkan oleh majikan kilang-kilang seperti yang saya telah sebutkan tadi. Kita kalau kita pergi melihat YB. Timbalan Yang di-Pertua, kawasan-kawasan perumahan Taman Pelangi, Taman Perwira rumah-rumah itu satu rumah tiga empat puluh pekerja asing. Terbiar begitu sahaja. Taman Pelangi Blok, satu blok satu blok, tujuh blok, beribu-ribu pekerja asing di sana yang tidak diselenggarakan dengan baik. Kita selalu suka menyalahi, salahi pekerja asing tetapi untuk saya kita tidak boleh selalu buat begitu. Tanggungjawab yang lebih besar adalah pada majikan dan ejen-ejen yang meletakkan mereka di sana yang tidak menjaga dan mengawasi mereka. YB. Timbalan Yang di-Pertua, kita ada akta-akta, undang-undang sedia ada di mana kerajaan boleh mengambil tindakan. Kita ada akta-akta 324, 342, sorry, 342, Akta Pencegahan Penyakit Infectious Diseases. Kita ada Seksyen 269, 270, 271 Kanun Keseksaan di mana tindakan yang boleh diambil terhadap orang yang melakukan perbuatan cuai yang boleh mengakibatkan perebakan penyakit. Dan yang paling penting YB. Timbalan Yang di-Pertua, kita ada Akta 446, Akta 446 adalah Akta Standard Minima Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990. Di bawah akta ini, pindaan telah dibuat secara menyeluruh dan telahpun berkuatkuasa sejak tahun lepas September di mana kesemua majikan yang ingin meletakkan pekerja mereka dalam mana-mana rumah pun terlebih dahulu mesti
mendapatkan sijil penempatan. Kalau tidak dibuat, kalau tidak mengikuti Seksyen 24(d) ini yang saya sebutkan, maka majikan boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM50,000 ataupun penjara satu (1) tahun. Saya nak tanya YB. Timbalan Yang di-Pertua, berapakah kes penguatkuasaan yang telahpun dibuat oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) ataupun operasi bersepadu di mana pihak-pihak berkuasa agensi tempatan seperti MBSP, PDRM dan juga Jabatan Kesihatan dan Jabatan Tenaga Kerja boleh membuat operasi bersepadu untuk memastikan pematuhan akta tersebut. Saya ada tanya Dato’ Timbalan Yang di-Pertua soalan ini, nampaknya tidak pernah dibuat. Tidak pernah ada operasi bersepadu, cuma Jabatan Tenaga Kerja hanya mereka berseorangan bersendirian menjalankan inspection-inspection. Untuk saya itu tidak mencukupi dan tidak memadai. Kena ada lebih banyak operasi bersepadu. YB. Timbalan Yang di-Pertua, untuk menyelesaikan masalah ini. Tadi YB. Timbalan Yang di-Pertua ada juga kita melihat. Ini adalah jawapan yang saya ada tanya kepada kerajaan. “Apakah langkah-langkah yang diambil untuk menangani peningkatan kes COVID-19 daripada kluster pengilangan dan di tempat kerja dan penempatan pekerja di taman-taman perumahan khususnya di Seberang Perai Tengah”. Dan di sini jawapannya adalah yang pertama, memang diakui ada banyak kes melibatkan kluster kilang industri dan cadangan-cadangan ataupun syor-syor yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri di sini adalah (a) pihak Jabatan Kesihatan Negeri dan beberapa agensi termasuk JTK, PDRM dan MITI akan menjalankan operasi bersepadu untuk memastikan pematuhan SOP di tempat pekerja. Ini sepatutnya dibuat beberapa bulan sebelum kita melihat kes sekarang ini menjadi, meningkat sebegitu mendadak; (b) pemantauan terhadap kawasan-kawasan penempatan kilang, pekerja kilang bukan warganegara akan dijalankan, maksudnya tidak lagi dijalankan, akan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan proses kuarantin pekerja-pekerja ini berjalan dengan sempurna. Jadi YB. Timbalan Yang di-Pertua, saya nak katakan di sini, isu kilang ini mestilah ditangani dan saya berharap bahawa pihak-pihak ataupun agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan akan betul-betul memberi perhatian sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah ini. Sebab kita sudahpun tahu apa punca. Puncanya peningkatan kes daripada SPT dan Pulau Pinang datang daripada sektor perkilangan. Jadi we cannot just stand by and not doing anything, we have to be resolute, and we have to be very firm and we must take full action to ensure that the factories comply with the laws. Otherwise, we will carry on with this problem that we have been facing on this COVID-19 for the last few months YB. Timbalan Yang di-Pertua. Isu yang kedua berkenaan dengan COVID-19…(gangguan).
Dato’ Speaker, saya mohon celahan. Saya tertarik dengan hujah yang dibawa oleh Bukit Tengah berkaitan dengan tindakan ke atas majikan yang tidak menyediakan atau mengawasi tempat tinggal pekerja dan sebagainya khususnya pekerja asing. Barangkali juga kalau Bukit Tengah bersetuju untuk pandangan ini dimasukkan sebagai ucapan supaya nanti kerajaan boleh memberikan reaksi. Sekarang di negara kita masih berjalan lagi Ordinan Darurat, yang tamat itu Proklamasi Darurat. Ordinan masih wujud sebab ordinan tidak pernah dibatalkan sehinggalah enam bulan. Sebenarnya dalam Ordinan Darurat itu di quote memberi kuasa yang besar kepada kerajaan untuk bertindak ke atas majikan, denda yang lebih besar daripada akta yang disebut oleh Bukit Tengah. Perkara yang ingin saya ketahui juga, Dewan ini juga saya percaya begitu, adalah berapa banyak kertas siasatan yang telah dibuka kalau daripada akta mungkin tak ada, tapi mungkin di bawah ordinan ada tindakan diambil oleh pihak berwajib ke atas majikan. Jadi soalan khususnya adalah, apakah, berapakah bilangan kertas siasatan yang telah dibuka yang membabitkan kalau berlaku pelanggaran oleh majikan. Soal menyediakan tempat tinggal yang lebih baik kepada pekerja, satu.
Yang tidak berlaku macam, tidaklah berlaku macam Bukit Tengah sebutkan tadi, satu blok mengandungi puluhan pekerja asing yang terdedah kepada ancaman yang kita sedang bincangkan dan terhadap bilangan kertas siasatan yang telah dibuka, berapakah pendakwaan yang telah dibuat, berapa majikan yang telah dikenakan dan dibawa ke pengadilan? Itu barangkali boleh memberikan gambaran ketika undang-undang ada untuk penguatkuasaan berlaku tapi kalau nanti diberitahu bahawa tidak ada kertas siasatan dibuka, tidak ada pula kenaan denda kepada majikan, itu boleh memberikan gambaran kenapa kluster pekerja kilang ini antara penyumbang terbesar kepada peningkatan kes. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pantai Jerejak. Saya memohon agar soalan saya diterima. Soalan Pantai Jerejak juga diterima dan nanti kemudian dijawab oleh Kerajaan ataupun EXCO yang akan menjawab nanti Yang Berhormat Speaker. Yang isu berkenaan dengan pekerja kilang ini, juga satu isunya adalah berkenaan dengan saringan. Pagi tadi kita pun mendengar banyak hujahan mengenai isu saringan yang tidak mencukupi khususnya daripada kilang, sektor kilang. Saya juga ada tanya soalan berapa syarikat pengilangan yang telahpun membuat saringan COVID-19 untuk pekerja mereka di Seberang Perai Tengah khususnya di KADUN Bukit Tengah sejak 16 Mac 2021 dan jawapan yang diberikan kepada saya adalah terdapat 107, one hundred and seven buah kilang di kawasan Bukit Tengah yang telah menjalankan saringan COVID-19. One hundred and seven Dato’ Speaker. Di Bukit Tengah, kita ada 1800 kilang-kilang dan apabila saya membaca bahawa hanya 107 buah kilang yang membuat saringan, adalah saya rasa satu jumlah yang amat rendah. Kalau tak silap saya, advisor to the Penang Industrial Manufacturing Council, Lee Kah Choon baru beberapa hari lalu telahpun mengeluarkan satu kenyataan di mana beliau telahpun membangkitkan isu yang sama mengenai kebimbangan saringan yang tidak mencukupi dan beliau juga menasihatkan ataupun mencadangkan supaya saringan pekerja-pekerja kilang boleh dibuat secara berkala seperti yang dibawa oleh Bukit Tambun pagi tadi juga. Isunya, sebab apabila kita berbincang tentang saringan, khususnya pekerja-pekerja kilang, kita hanya tidak boleh berharap bahawa kita buat sekali dan kemudian berbulan-bulan kemudian tidak ada saringan dibuat sebab this is a life issues dan jangkitan itu boleh berlaku pada bila-bila masa khususnya pada waktu bekerja dan daripada laporan yang kita membaca juga Dato’ Speaker, daripada…(gangguan).
Bukit Tengah, tolong, masa kamu hanya ada dalam 15 minit.
Alright.
Tapi you dah masuk ke 25 minit…
Ya saya akan,
Tolong baca Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang 29(4)…
Saya tak bawa saya punya peraturan, minta maaf…
29(4). Tolong baca supaya Ahli-ahli Dewan lain juga faham apa yang ditulis di sana…
“Seseorang Ahli itu hendaklah dibenarkan berucap kepada Dewan berkenaan dengan mana-mana satu perkara jua selama tidak melebihi tujuh setengah minit kecuali jika Yang di-Pertua membenarkan lebih daripada dalam hal-hal yang ditentukan”. Ini adalah berkenaan dengan usul Dato’ Speaker. Untuk usul menangguhkan mesyuarat, akhir mesyuarat…
Okey, saya bagi you lagi tiga (3) minit saja…
Tapi saya akan akur, saya akan akur dengan…
Saya tahu kamu seorang peguam yang akan mesti cakap balik..tolong ikut lagi 3 minit sahaja…
Saya cuba untuk summarise…
Timbalan Speaker u-turn…
Secepat mungkin. Dato’ Speaker, isunya sekarang juga, Penang masih menghadapi masalah undertesting, right? Ada pakar-pakar yang telahpun mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa for example in Penang kadar positif dalam dua (2) minggu ini daripada 17 Ogos 2021 sampai hujung bulan, kadar positif yang dilaporkan untuk Pulau Pinang is still in double digits, exceeding 10 percent and angka ini adalah lebih daripada angka five (5) percent yang disyorkan oleh WHO. Ini bermaksud bahawa banyak kes yang dikesan sekarang adalah disebabkan saringan yang tidak mencukupi. Maka kita melihat kadar positif rate yang
agak tinggi dan lebih tinggi daripada apa yang disyorkan oleh WHO. Ini juga adalah syor daripada Dr. Jemilah Mahmood iaitu bekas Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada bekas Perdana Menteri sebelum kita ini, so kita perlu ada saringan yang lebih banyak dilakukan supaya kita boleh merancang bagaimana untuk menggendali dan melawan perang COVID-19 ini. Pagi tadi saya mendengar daripada EXCO Kesihatan menyatakan bahawa sekarang JKD tidak lagi membuat testing untuk mereka di satu rumah, right? Hanya yang positif awal itu mereka akan buat testing. So saya punya persoalan di sini, dalam keadaan itu maksudmya yang orang-orang dalam rumah itu yang tidak ditest, tidak diberi saringan, maksud angka positivity mereka ini tidak termasuk dalam angka data official dan bukankah ini akan memberi gambaran yang tidak tepat maksudnya bila ada lebih banyak kes tetapi kita melaporkan tidak begitu ramai kes yang sedang berlaku di Pulau Pinang dan satu isu Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan, very fast that I hope Kerajaan Negeri atau pun Kerajaan Pusat saya tidak kira boleh menyediakan saringan percuma. Memang Pulau Pinang buat yang terbaik untuk Program Saringan percuma 40,000 kes itu tetapi untuk saya bila saya dengar EXCO menyatakan sekarang mereka tak akan buat saringan lagi untuk saya bukankah tanggungjawab Jabatan Kesihatan dalam pemberian perkhidmatan kesihatan termasuklah perkhidmatan sebegitu asas this is the basic treatment kalau seseorang itu disyaki sakit atau menjangkiti COVID-19, beliau mempunyai hak untuk expect Kerajaan memberikan sekurang-kurangnya testing kepada mereka saya rasa ini…(gangguan)..
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah.
Okey Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan saya akhiri ada banyak lagi yang kita perlu buat untuk melawan COVID..(gangguan)..
Boleh teruskan EXCO yang berkenaan dan boleh tanya jawapan. Dipersilakan Yang Berhormat Machang Bubuk.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Salam Sejahtera dan Salam Harapan kepada rakan-rakan sekalian. Terima kasih kepada Dato’ yang sudi memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul terima kasih kepada T.Y.T. atas ucapan Perasmian Sidang DUN pada hari Isnin yang lepas. Perbahasan saya sangat ringkas saya akan fokus kepada COVID-19 serta pindaan peraturan tetap untuk Sidang DUN. Saya rasa tadi kita sudah sejak pagi tadi telah kita bincangkan pelbagai isu khasnya dari segi bagaimana kita dapat menangani pandemik ini dengan lebih berkesan dengan lebih baik dan jalan dihadapan kita begitu mencabar sebab kes semakin meningkat dan kes-kes kematian juga kita lihat begitu tinggi sehingga ada keluarga yang kehilangan, satu minggu kehilangan tiga (3) anggota keluarga dan kita juga difahamkan akan ada banyak keluarga juga anak-anak yatim akan bertambah dan juga kes-kes tentang kehilangan pekerjaan tidak ada sumber pendapatan juga meningkat.
Walau bagaimanapun, saya rasa pandemik ini dia memang satu cabaran yang amat susah untuk kita berdepan ia kita sudah tidak suka COVID-19 ini akan bersama dengan kita ya ramai Pakar Perubatan dan epidemiologist telah menegaskan bahawa nampaknya kita tidak mungkin dapat mencapai zero COVID-19 cases ya adalah lebih realistik untuk kita membesarkan imuniti agar sesiapa yang menjangkiti COVID-19 itu tidak akan menderita lebih daripada menghadapi demam yang serius. Contohnya ramai yang menjangkiti selsema atau flu setiap tahun tapi tidak akan menyebabkan mereka untuk masuk ke hospital atau ICU atau kematian. So ini adalah dalam masa yang sekarang kita harap kita dapat berusaha supaya COVID-19 ini menjadi satu demam dan selsema yang biasa di kalangan kita dan saya juga di sini ingin menyentuh tentang isu vaksin tadi ada orang rakan-rakan sekalian juga sudah ada sebut tentang vaksin. Saya rasa isunya setakat ini kita tidak masih tidak dapat mencapai hard immunity ya bagi negara kita hanya mereka yang umur 18 tahun ke atas sahaja yang akan diberi suntikan vaksin tapi bagi mereka yang kurang daripada 18 tahun seperti pelajar-pelajar sekolah atau di IPT mereka masih tidak dapat diberikan vaksin dan bagaimana kita nak buka semula sekolah sekiranya golongan pelajar ini tidak diberi vaksin dan macam mana kita dapat mewujudkan satu persekitaran sekolah yang selamat untuk mereka. So bagi saya memang tidak wajar untuk buka sekolah atau IPT selagi semua pelajar tidak diberi vaksin. Masalahnya yang kita hadapi sekarang adalah kemungkinan besar seperti tadi EXCO Kesihatan juga ada sebut virus itu telah bermutasi ya dan sudah sampai tahap satu Varian Delta dan mungkin bermutasi lagi selagi kita tidak dapat mengawalnya dengan baik dan lebih lama virus itu wujud dipersekitaran kita maka lebih berpotensi tinggi untuk virus itu bermutasi. Maka kita jangan harap kita dapat mencapai satu mission accomplished ya dalam usaha kita untuk wujud balik ke normal. Kita sebenarnya perlu bersiap sedia dari segi minda untuk menyesuaikan diri dalam keadaan norma baru ini. Peranan Kerajaan adalah mempertingkatkan kesedaran orang ramai dalam usaha adaptasi terhadap ancaman COVID-19. Maka saya ingin mencadangkan beberapa langkah penting untuk membantu rakyat dalam hidup bersama COVID-19. Vaksin perlu dipercepatkan, dipertingkatkan kerana sudah ada negara-negara yang bincang tentang dos yang ketiga supaya dapat boost the immunity yang ada di badan kita dan tadi kita juga ada sebut tentang saringan. Saya rasa kita semua sudah faham tahu bahawa sekarang jika nak buat saringan di klinik swasta harga pasarannya adalah RM100 hingga RM150 untuk sekali RTK bukan kata PCR. Selagi saya rasa selagi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri kita tidak mampu menyediakan saringan percuma kepada rakyat maka sekurang-kurangnya perlu ada pengawalan harga di mana adakah boleh kita turunkan harga di klinik sehingga satu harga katakan RM50 yang mampu dibiayai oleh keluarga-keluarga dan…(gangguan..)
Boleh saya buat pencelahan sedikit, mengenai dengan saringan. Kita lihat di negara-negara lain sekarang saya beri contoh seperti di Singapura saliva test yang kita boleh beli sekarang home kit, Kerajaan Singapura walaupun saya tau kita berbeza dari segi ekonomi dan kekayaan mereka tetapi setiap rumah membekalkan enam (6) unit saliva test untuk setiap keluarga di seluruh Singapura tak kira sama ada mereka ini telahpun menjangkiti COVID-19 atau tidak. Apakah pandangan Yang Berhormat Machang Bubuk bahawa Kerajaan Negara kita samada di Negeri mahupun Kerajaan Pusat harus mempertimbangkan kit-kit ini home kit ini sekurang-kurangnya boleh dibekalkan yang telah pun menjangkiti COVID-19 untuk rumah mereka, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah. Itu adalah cadangan yang seterusnya saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Tengah dimana selain daripada ujian RTK di klinik-klinik swasta perlu dikawal harganya. Saya juga cadangkan supaya Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan boleh memberi kit-kit saliva test yang kita buat di Dewan Sri Pinang pagi tadi diberikan kepada sekurang-kurangnya keluarga-keluarga B40 ya yang kebanyakan mereka sekarang sudah datang ke Pusat Khidmat untuk minta kita buat testing dan kapasiti untuk KKM atau Pejabat Kesihatan Daerah memang tidak mampu untuk membuat ujian saringan ke atas semua kontak-kontak rapat atau di satu rumah sekiranya ada seorang dikesan positif maka ahli-ahli keluarga itu sekarang KKM juga dalam kapasiti yang terlalu banyak sehingga susah untuk ditangani. So ini adalah satu alternatif yang boleh kita mempertimbangkan supaya ia test kit-test kit itu dapat diberikan secara percuma kepada keluarga-keluarga khasnya keluarga berpendapatan rendah…(gangguan)..
Penjelasan sedikit, terima kasih kepada Yang Berhormat Machang Bubuk yang kerana membangkitkan tentang cadangan supaya samada Kerajaan Persekutuan ataupun Kerajaan Negeri untuk membekalkan self-test kit untuk tujuan kita memperbanyakkan lebih saringan dan juga untuk menyenangkan untuk kita buat tracing lah dan kes-kes positif yang mungkin berlaku di dalam komuniti kita. Tetapi saya ingin mendapatkan pandangan Yang Berhormat Machang Bubuk di mana sebenarnya dimanakah penggunaan self-test kit ini sebenarnya ia bukannya senang. Ada dikalangan rakyat mungkin mereka yang warga emas itu tidak faham ataupun tidak tahu bagaimana untuk memakai atau menggunakan self-test kit tersebut dan saya pun percaya apabila self-test kit ini tidak digunakan dengan cara yang betul keputusan yang dapat mungkin kurang tepat sedikit. Saya setuju memang perlu kita bekalkan tapi pada masa yang sama kita perlu juga kaji tentang penggunaan self-test kit ini di mana mungkin apabila telah dibekalkan kepada keluarga-keluarga ada yang mereka campur ini mungkin menggunakan saliva yang berbeza keputusan akhir yang kita dapat itu bukan satu keputusan yang dipantau oleh Pihak Berkuasa khususnya daripada Pihak Kesihatan mungkin daripada ini kita perlu carilah satu cara yang seimbang bukan saja membekalkan self-test kit tapi perlu adanya test atau saringan yang dilakukan dengan pemantauan Pegawai Kesihatan yang berkenaan untuk mendapatkan data yang lebih tepat untuk situasi ini.
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Kota. Saya rasa itu betul memang ada kes-kes khasnya warga emas atau orang yang kurang waras ya ada OKU ke mereka tidak mampu untuk menjalankan self-test kit itu ada kes-kes yang berlainan dan tapi apa yang boleh dibuat oleh kita adalah untuk menunjukkan demo-demo dari segi you tube atau dalam illustration infografik yang boleh kita berikan kepada keluarga-keluarga tersebut supaya mereka dapat menjalankan ujian kendiri yang akan juga membantu untuk mengawal pandemik tersebut. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan, saya juga ingin mencadangkan supaya supaya Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan supaya memberi data internet percuma kepada keluarga-keluarga B40 yang mempunyai anak-anak yang perlu belajar di PdPR secara PdPR. Ada ramai keluarga yang B40 memang tidak mampu untuk ada laptop atau peranti atau tab, so walaupun kerajaan mungkin kita tidak mampu untuk menyediakan laptop-laptop seperti ini tapi sekurang-kurangnya boleh memberi data percuma untuk data internet percuma kepada golongan seperti ini supaya mereka tidak ketinggalan atau tidak dikecualikan dalam pembelajaran mereka dan akhir sekali, saya ingin mencadangkan juga supaya Kerajaan Negeri boleh sediakan satu tabung untuk bantuan khairat kematian kepada keluarga-keluarga mangsa COVID-19 yang meninggal dunia, sekurang-kurangnya boleh membantu waris mereka untuk meringankan beban mereka.
Dato Timbalan Yang di-Pertua Dewan, antaranya satu lagi isu yang saya nak membangkit di sini adalah berkaitan dengan pelaksanaan Persidangan DUN di atas talian atau secara maya. Saya dalam soalan bertulis saya yang nombor 19, saya ada tanya tentang sejauh manakah satu roadmap untuk merealisasikan supaya Persidangan DUN boleh diadakan secara online. Ini disebabkan oleh pandemik yang semakin serius, DUN juga menghadapi satu cabaran dari segi bagaimana kita kelangsungan kita. Kita perlu terpaksa untuk memendekkan perbahasan kita dan kita juga merisau sekiranya ada sesiapa yang dikesan positif maka semua Ahli-ahli Dewan kena dikuarantinkan. Kesemuanya ini akan menjejas kelangsungan persidangan kita. Maka, saya rasa kita perlu dengan segeranya dengan iktizam politik untuk kita meminda Fasal-Fasal atau undang-undang yang berkaitan dengan Persidangan DUN boleh diadakan secara maya. Walaupun Parlimen tengah kaji, tapi saya rasa kita juga tidak boleh hanya bergantung kepada Parlimen. DUN Pulau Pinang, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang juga perlu mengambil satu langkah yang proaktif dari segi mencari jalan supaya persidangan secara online itu dapat diadakan dan tanggungjawab wakil rakyat sebagai satu peranan untuk semak imbang terhadap kerajaan itu juga tidak akan dijejaskan. So saya harap perkara ini dapat diambil secara serius kerana kita tak boleh mengharapkan hanya COVID-19 itu akan hilang. Kita tidak tahu pandemik ini bila akan selesai. Dia akan jadi lebih baik atau lebih teruk lagi, kita tidak tahu. Tapi kita perlu bersiap sedia supaya keadaan seperti ini sekiranya berlanjutan maka kita boleh ada alternatif untuk melaksanakan tanggungjawab kita yang seterusnya. Satu isu akhir sekali, Timbalan Yang di-Pertua Dewan iaitu tentang tadi ada Pantai Jerejak juga ada sebut tentang isu air dan Lapangan Terbang Kulim. Saya rasa isu itu amat membimbangkan kerana mengikut walaupun tadi Pantai Jerejak kata Kerajaan begitu tenang, tapi saya juga bukan begitu tenang. Saya rasa apa yang telah disebutkan oleh kerajaan. Okey, pembinaan Lapangan Terbang Kulim yang dijangka akan bermula pada tahun 2026 dan ia telah memberikan kita satu alert lah di mana dalam kenyataan PBA telah menyatakan bahawa kemungkinan besar ia akan mempengaruhi kualiti air semasa pembinaan dan juga selepas pembinaan lapangan terbang dan yang paling membimbangkan adalah Kerajaan Negeri dan PBA langsung tidak dipanggil untuk memberi komen dan ulasan terhadap pembangunan lapangan tersebut dan saya juga ada tanya dalam soalan saya yang ke-30 tentang pengurusan sumber air di antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kedah…(gangguan).
Boleh minta celah sekejap. Minta celah. Saya nak tanya, saya tertarik dengan apa yang baru dibahas oleh Yang Berhormat Machang Bubuk. Yang paling penting ialah saya nak tahu adakah pendapat Yang Berhormat ini adalah isu lapangan terbang ini adalah sengaja dilakukan oleh sesebuah Kerajaan Negeri kawalan Perikatan Nasional ataupun Barisan Nasional ataupun whatever names lah.
PAS…
PAS lah.. Okey.. Kerajaan Negeri PAS, ini adalah sesuatu projek yang sengaja dibuat kerana Negeri Pulau Pinang dikuasai oleh Pakatan Harapan. Boleh minta penjelasan.
Terima kasih Pulau Tikus. Ini saya nanti bagi Kerajaan Negeri untuk jawab. Cuma soalan saya adalah berkaitan dengan apakah strategi dan langkah water diplomacy yang berkesan dan efektif yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri agar masalah ini dapat ditangani dengan baik. Dan jawapan daripada pihak Kerajaan Negeri telah mencadangkan satu pihak berkuasa bebas yang ditubuhkan untuk memelihara dan mengurus sumber air dari Ulu Muda, cadangkan satu Ulu Muda Basin Authority atau UMBA dengan langkah diplomasi untuk melaksanakannya,
Machang Bubuk. Terima kasih.
Okey.
Point noted.
Namun keraguan saya adalah, Kerajaan Persekutuan. Adakah Kerajaan Persekutuan akan memainkan peranan secara profesional dan berlandaskan kepada undang-undang dan apakah tindakan alternatif bagi Kerajaan Negeri sekiranya cadangan tersebut tidak diterima pakai oleh Kerajaan Persekutuan. Maka saya harap nanti Kerajaan Negeri boleh menjawab tentang perkara ini dan akhir sekali, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada semua para frontliner yang telah bertungkus lumus untuk membantu rakyat dan juga Kerajaan Negeri yang telah memberi sumbangan dan juga peruntukan kepada kita untuk menjalankan bantuan-bantuan menghulurkan bantuan-bantuan kepada keluarga-keluarga yang terkesan oleh pandemik COVID-19 ini. Dengan kata-kata itu, saya memohon menyokong.
Terima kasih Machang Bubuk. Dipersilakan Bukit Tambun.
Terima kasih. Selamat petang dan Salam Bahagia saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, barisan EXCO dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Sebelum saya mengambil bahagian untuk membahas teks ucapan Tuan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, di sini saya ingin mengimbas kembali isu-isu yang masih tertangguh sejak Mesyuarat Pertama Penggal Pertama yang saya ajukan dalam Sidang DUN ini. Pertama, proses pengambilan tanah oleh PDC di Jalan Paboi sudah lebih daripada tiga (3) tahun bawah Seksyen (4) atau Seksyen (8) tetapi sehingga kini kes ini masih tertangguh, tuan tanah tidak boleh membuat apa-apa ke atas tanah mereka. Kedua, projek jambatan ke Valdor menyeberangi Sungai Tengah serta sambungan jalan sejak ada di Jalan Perusahaan Valdor yang sepatutnya siap pada penghujung tahun 2019. Ketiga, isu
sambungan Jalan Tasek Mutiara 10 ke Hijauan Hill. Ini isu kawasan Dato’ Timbalan Speaker sudah beberapa kali siri mesyuarat telah diadakan tetapi masalah ini masih lagi tidak boleh ditangani walaupun jarak sambungan jalan itu hanya lebih kurang 380 meter. Keempat, projek stesen janakuasa elektrik berasaskan biogas dan biomas sisa ternakan di Kampung Valdor. Projek ini penting untuk menangani isu pencemaran di penternakan babi di Kampung Valdor. Kelima, bekalan tanah industri untuk foreign direct investment tak kira di Batu Kawan atau di kawasan sekitarnya. Kita perlu menyelesaikan perkara ini dan membekalkan tanah yang mencukupi untuk menarik pelaburan asing. Keenam, isu pencemaran kolam ternakan ikan dalam kolam ke atas sawah padi di DUN Sungai Acheh. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Speaker dan rakan-rakan seperjuangan, sudah 20 bulan kita menghadapi pandemik COVID-19, semua sektor ekonomi bagi saya kecuali perbankan, industri e&e dan juga industri berkaitan kelengkapan perubatan sahaja tidak terkesan. Lain-lain sektor menghadapi isu kerugian tanggungan hutang kepada bank, isu pembuangan pekerja, isu mungkin bagi sektor IKS mungkin menghadapi masalah gulung tikar, sektor-sektor yang amat terkesan terutamanya rakyat biasa yang bekerja sendiri, peniaga kecil dan sederhana, penjaja, pengusaha kilang kecil dan sederhana. Mereka menghadapi masalah yang terlalu getir bagi saya sepanjang 20 bulan ini. Kita, Kerajaan Negeri perlu mencari jalan membantu sektor-sektor yang terkesan ini. Pada masa yang sama, sebenarnya Kerajaan Negeri sendiri juga menghadapi cabaran terutamanya dari segi hasil negeri. Hasil negeri yang berjaya dikutip bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM467.56 juta. Bagi tahun 2021 setakat 30 Jun 2021, hasil yang dikutip adalah sebanyak RM386.9 juta sahaja. Memandangkan statistik yang diberikan pada jawapan saya dan juga dalam ucapan perasmian Tuan Yang di-Pertua, pendapatan hasil Kerajaan Negeri adalah kurang daripada anggaran Belanjawan 2021. Semasa dalam ucapan berkenaan dengan Belanjawan 2021 pada tahun lalu, saya telah menggesa Kerajaan Negeri untuk mencari jalan mendapatkan sumber pendapatan yang baru yang bukan berdasarkan hasil sedia ada seperti cukai tanah atau duti hiburan sahaja, ini penting untuk mengurangkan unjuran defisit bagi tahun 2021. Pendapatan ini belum ditambahkan bagi memastikan kelangsungan pembangunan negeri dan seterusnya dapat membantu rakyat Pulau Pinang yang sengsara sepanjang pandemik COVID-19 ini. Oleh itu dalam sidang DUN kali ini saya sekali lagi menyeru kepada pihak kerajaan negeri dan semua kakitangan awam yang terlibat termasuk semua ADUN kita perlu duduk bersama berbincang berganding bahu untuk mencari sumber pendapatan hasil tambahan kepada negeri bagi memastikan kelansungan pembangunan negeri dan bantuan kepada rakyat tidak terputus.
YB. Bukit Tambun, saya mendengar perbahasan YB. Bukit Tambun tadi tentang bagaimana kita hendak berhadapan dengan masalah ekonomi yang sedang dihadapi oleh rakyat Pulau Pinang dan kita juga bercakap tentang vaksinasi dan apabila kita telah mencapai hard immunity kelak nanti the end of October this year kita seharus telah bersedia untuk memasuki fasa endemik bukan lagi pendamik sebab kita harus hidup dengan keadaan ini kita harus terima hakikat bahawa COVID-19 ini suatu perkara yang akan hidup dengan kita dan kita perlu bersedia untuk memasuki fasa endemik dan adakah YB. Bukit Tambun bersetuju jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan lagi bantuan prihatin rakyat 4.0 atau 5.0 supaya sektor-sektor ekonomi rakyat yang terjejas ini terutamanya dalam sektor informal dapat dibantu bukan hanya dengan cara memberikan bantuan on off tetapi memberikan pancing kepada mereka supaya ekonomi rakyat boleh dirangsang dan seterusnya boleh menambah pendapatan kepada negeri Pulau Pinang, mohon penjelasan, terima kasih.
Terima kasih kepada YB. Permatang Pasir sebenarnya dalam soalan lisan saya nombor 48 saya telah meminta penjelasan daripada pihak kerajaan negeri iaitu adakah kerajaan negeri telah merangka pelan pemulihan dan strategi pembangunan pasca COVID-19 iaitu (A), “Apakah kaedah pemudah cara mempercepatkan proses permohonan pelan pembangunan dan tanah?”. Kedua. “Apakah pelan Pemulihan Usahawan Kecil dan Sederhana serta penjaja?”. Ketiga, “Apakah strategi baru untuk membatu sektor hotel dan pelancongan selain daripada Pelan Induk Perlancongan Pulau Pinang?” dan dalam soalan yang ke 25 iaitu soalan lisan juga saya juga meminta Kerajaan Negeri memperjelaskan tentang apakah pelan pemulihan untuk meransang projek infrastruktur yang ada di peringkat negeri. Kita memang perlu berdasarkan kepada keadaan sedia ada memang kita perlu menerima hakikat bahawa kita perlu hidup bersama COVID-19 untuk suatu jangka masa yang agak panjang lagi oleh itu kita perlu think out of box bagaimana untuk menangani isu-isu yang sedang dan bakal dihadapi. Dalam perkara ini, berdasarkan jawapan bertulis kepada saya di Pulau Pinang sebenarnya terdapat 313 buah hotel yang berdaftar dengan MOTAC atau MBPP atau MBSP malangnya setakat ini walaupun sektor penghotelan menghadapi masalah yang agar teruk tetapi hanya dua (2) buah hotel sahaja yang dijadikan pusat kuarantin untuk pesakit COVID-19 tahap 1 dan 2. Oleh itu disini saya mencadangkan agar YB. Ahli Kawasan Penanti dan YB. Paya Terubong dapat bersama-sama mengadakan perbincangan atau mesyuarat dengan semua hotel yang berdaftar untuk mengujudkan lebih banyak lagi pusat kuarantin COVID-19 untuk tahap 1 dan 2. Setiap hari saya menerima panggilan telefon bertanya tentang “Yang Berhormat dimanakah hotel yang membolehkan kami kuarantin untuk pesakit tahap 1 dan juga untuk kontak rapat”. Kita ada 313 ini yang berdaftar tetapi setakat ini hanya dua (2) hotel sahaja di Pulau yang menyertai untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin. Kedua, pusat pemberian vaksin di Pulau Pinang bagi saya setakat ini telah berjalan dengan lancar sekiranya bekalan vaksin tidak tertangguh atau terputus oleh itu bagi saya tibalah masa Kementerian Kesihatan ataupun Pejabat Kesihatan Daerah bagi PPV Jawi, PPV SP Arena, PPV Tapak Ekspo, PPV Kepala Batas, PPV Balik Pulau tibalah masa Pejabat Kesihatan Daerah menurunkan atau menyerahkan tugasan vaksinasi ini kepada protect health ataupun klinik-klinik atau hospital-hospital swasta untuk meneruskan kerja-kerja vaksinasi ini. Dia ada frontliner kita pegawai-pegawai kesihatan, jururawat-jururawat kesihatan kerajaan kita menumpukan tugasan berkaitan dengan saringan kuarantin rawatan di klinik daerah, di hospital daerah, di pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 berisiko rendah di mec Jawi sebab pada ketika ini proses untuk membuat saringan, tidak dapat dilakukan dan ada pesakit yang disahkan positif pada hari ketujuh pada hari kelapan baru mendapat panggilan untuk dikuarantinkan di Pusat Kuaratin di Jawi dan padahal pada ketika ini pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 berisiko rendah di MEC Jawi hanya setakat 60% sahaja. Ada lebihan 40% katil tanpa pesakit COVID-19 tahap 1 dan 2 disebabkan proses saringan dan penempatan mereka di pusat kuarantin tidak dapat dijalankan dengan lancar disebabkan kekurangan tenaga perubatan diperingkat Pejabat Kesihatan Daerah. Ketiga berkenaan dengan..(gangguan).
YB. Bukit Tambun satu minit lagi
Ya, boleh habis. Berkenaan dengan penglibatan hospital swasta dalam rawatan kes COVID-19, jawapan yang saya dapat adalah kapasiti katil di wad dan di ICU tidak mencukupi dan juga kos rawatan tidak menepati siling caj rawatan yang ditetapkan oleh KKM. Di sini saya mencadangkan hospital swasta tibalah masa hospital-hospital swasta bersama-sama kita
bersama-sama kerajaan untuk menangani isu COVID-19. Pihak swasta sebenarnya boleh mengujudkan unit khas untuk menerima pesakit tahap 1 dan 2 bertujuan memeriksa atau merawat atau diperingkat awalan disahkan positif. Kita bukan meminta pihak hospital swasta untuk merawat pesakit-pesakit di peringkat ICU, sekarang kebanyakkan pesakit yang baru disahkan positif tidak ada tempat untuk pergi, mereka hanya hendak membuat pemeriksaan awalan sahaja. Keempat bantuan kepada
Minta penjelasan sedikit, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, ini tadi sebut tentang hospital swasta ini pun saya rasa ramai yang tidak tahu hospital swasta ada terima pesakit tetapi kena bayar RM15,000.00 deposit mana ada keluarga-keluarga yang mampu untuk pergi sana kuarantin atau diberi rawatan ini pun satu kelemahan yang ditunjukkan oleh kerajaan di mana, ya, kerajaan pusat, kita boleh tengok harga itu caj begitu tinggi ini nyawa manusia, nyawa manusia ini bermaksud nyawa orang kaya boleh diselamatkan orang yang tidak mampu bayar tunggu di rumah mati di rumah sahaja, so saya rasa harap perkara ini dapat diambil perhatian oleh Kerajaan Pusat.
Tentang sektor restoran dan pemakanan, sudah 20 bulan kenduri tidak boleh diadakan, banyak restoran menghadapi masalah tidak dapat mengadakan jamuan oleh itu di sini saya berharap pihak InvestPenang dan juga YB. Batu Maung dapat menjadi pengantara antara sektor makanan kilang membolehkan pengusaha restoran ini boleh mengendalikan kantin di kilang-kilang kita. Setiap hari di Batu Kawan ada pembinaan kilang baru mereka memerlukan pengusaha kilang oleh itu tibalah masa kita menjadi pengantara membolehkan sektor ini terlibat dalam pengurusan kantin di kilang dan yang terakhir tentang isu memproses berkenaan dengan perihal tanah di PTG dan juga Pejabat Tanah diperingkat sekarang ini yang masih lagi PKP, proses pengurusan pecah sempadan dan juga elevation menghadapi masalah mereka perlu mendapatkan temujanji untuk membuat urusan berkaitan dengan urusan tanah ini melambatkan, agak lambat dan membantutkan menangguhkan proses pembangunan, proses tukar hakmilik kita perlu ingat hasil tanah merupakan hasil utama hasil Kerajaan Negeri. Oleh itu efisiensi di peringkat PTG dan Pejabat Tanah perlu dipertingkatkan dan pada masa yang sama Pihak Berkuasa Tempatan pada ketika ini perlu membantu pihak pemaju, pihak konsultan untuk mempercepatkan atau memastikan kelangsungan proses permohonan Kebenaran Merancang permohonan pelan kerja tanah dapat berjalan dengan lancar dan syarat-syarat yang tidak boleh ditunaikan disebabkan halangan PKP perlu kita tangani. Oleh itu sekali lagi di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri sepanjang 20 bulan ini kita memang cuba sedaya upaya untuk membantu rakyat Pulau Pinang yang terkesan saya harap bantuan sedemikian dapat diteruskan dan ditambahkan dengan cadangan-cadangan yang diutarakan oleh saya sebentar tadi, sekian terima kasih.
Terima kasih Bukit Tambun. Dipersilakan Permatang Berangan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, bismillahirrahmanirrahim (doa). Yang dihormati Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Yang dihormati Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang, Ahli-Ahli Yang Berhormat Pulau Pinang, para Urusetia dan Sidang Dewan yang mulia. Terdahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya berbahas bagi menyokong ucapan perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Pulau Pinang kali Keempat Belas yang telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 30 Ogos 2021. Permatang Berangan ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Abdul Razak atas pelantikan beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Kesembilan dan Permatang Berangan juga ingin merakamkan penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Kelapan yang telah menabur sumbang bakti kepada Pulau Pinang sebelum ini. Dalam kesempatan ini juga, sekalung tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaacob yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan. Sidang Dewan yang dimuliakan, Permatang Berangan ingin mengambil bahagian dalam mesyuarat kali ini secara ringkasnya untuk menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam memerangi COVID-19 yang sedang dialami oleh seluruh dunia khususnya di Malaysia dan di Pulau Pinang. Dalam situasi semasa, Permatang Berangan amat mengharapkan semua pihak dapat bekerjasama untuk membantu rakyat menghadapi kesukaran berdepan pandemik ini dan di Permatang Berangan sendiri sepanjang lebih setengah tahun pertama tahun ini sahaja, kerja-kerja kebajikan kakitangan dan sukarelawan Pusat Khidmat ADUN Permatang Berangan lebih tertumpu kepada kerja-kerja bantuan kebajikan termasuk membantu mereka yang terkesan dan keluarga-keluarga yang sedang dalam kuarantin kerana positif COVID-19. Permatang Berangan boleh bersetuju dengan rakan-rakan yang lain termasuk saranan daripada Bukit Tengah tadi yang mana cadangan penutupan sementara operasi kilang atau industri yang menjadi penyumbang utama 70% peningkatan kes-kes COVID-19 di Pulau Pinang dan adalah dicadangkan agar Kerajaan Negeri dapat berbincang dan mengadakan perjumpaan dengan Kerajaan Persekutuan bagi mengkaji semula SOP operasi industri yang mampu menyekat penularan kes selain memastikan syarat dua (2) dos vaksin kepada pekerja-pekerja kilang berkenaan untuk beroperasi semula. Ini termasuklah syarat saringan setiap dua (2) minggu bagi memastikan mereka tidak positif dan menjadi ejen penularan wabak COVID-19 kepada keluarga dan masyarakat. Respon yang saya dapat daripada penduduk-penduduk di Permatang Berangan khususnya, kebanyakan keluarga yang sedang menghadapi ataupun melalui tempoh kuarantin adalah berpunca daripada kluster tempat kerja ataupun kilang. Oleh yang demikian, saya amat bersetuju sekiranya ada kaedah ataupun perbincangan yang boleh dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk menutup sementara operasi kilang-kilang yang mempunyai kes-kes jangkitan yang besar dan mampu untuk mengurangkan penularan wabak tersebut. Yang dihormati Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Sidang Dewan yang mulia, dalam usaha lain saya yakin kebanyakkan daripada kita memang boleh bersetuju tidak mengira apa jua pandangan politik dalam keadaan semasa, keperluan untuk keselamatan dan kesihatan rakyat adalah paling utama dan yang paling penting keadaan semasa adalah pemulihan ekonomi dan kebajikan rakyat. Dalam perkara ini, Permatang Berangan amat bersimpati dengan majoriti rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Justeru usaha-usaha untuk membantu rakyat meneruskan kehidupan dalam keadaan semasa amatlah disokong. Kerjasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan pada
ketika ini, perlu untuk memulihkan ekonomi rakyat di semua lapisan masyarakat demi kelangsungan survival rakyat. Dalam usaha ini, Permatang Berangan amat berbesar hati sekiranya Kerajaan Negeri dapat berterusan membantu rakyat yang terkesan dengan pelbagai kaedah ataupun bantuan-bantuan secara berterusan. Mengikut jawapan yang saya perolehi daripada soalan saya, soalan bertulis nombor 17. Statistik sehingga 13 Ogos 2021, sebanyak 2,577 orang kehilangan pekerjaan yang mana saya yakin yang tidak berdaftar jumlahnya lebih ramai yang terkesan. Sehubungan itu, selain daripada bantuan one-off ataupun skim pinjaman kepada peniaga, penjaja kecil ataupun golongan-golongan lain yang terkesan, Permatang Berangan mengharapkan agar Kerajaan Negeri dapat menyegerakan kerja-kerja menaik taraf capaian liputan internet di kawasan-kawasan luar bandar kerana dalam keadaan semasa ramai yang kehilangan pekerjaan mengambil peluang menggunakan saluran e-dagang sebagai medium untuk mereka menambahkan pendapatan dan sekiranya liputan capaian internet ini lemah bagaimanakah perniagaan atas talian dapat dilaksanakan sebagai kaedah norma baharu untuk mencari pendapatan keluarga. Antara lain, ini berkaitan dengan isu di kawasan Permatang Berangan yang mana walaupun jawapan yang saya terima daripada soalan 18 (c) kawasan Tasek Gelugor dikenal pasti sebagai kawasan underserved area...(dengan izin) dengan kadar penembusan jalur lebar mudah alih 4G adalah sebanyak 80.79%. Namun kesukaran yang dialami oleh penduduk di kawasan DUN Permatang Berangan yang telah disuarakan ketika bertemu dengan saya kebanyakan daripada penduduk-penduduk setempat seperti di kawasan Pokok Macang, Pokok Tampang, Labuh Banting, Permatang Indah, Lubuk Meriam, Jarak Atas dan Ara Kuda sedang mengalami masalah gangguan liputan internet yang mana ini memberi kesan kepada mereka yang sedang menjalankan perniagaan online dan sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran pendidikan anak-anak melalui PdPR. Justeru saya memohon supaya Kerajaan Negeri dapat mengambil langkah untuk membantu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk Permatang Berangan dalam usaha mereka mencari pendapatan melalui perniagaan atas talian dan juga berusaha untuk membantu anak-anak yang tercicir kerana tidak dapat hadir ke sekolah secara bersemuka. Saya juga boleh bersetuju dengan rakan dari Machang Bubuk kekurangan ataupun masalah yang dihadapi oleh keluarga besar yang selain hilang pendapatan, kurang pendapatan namun tanggungan masih sama mereka juga menghadapi kesukaran membeli lebihan peranti kepada anak-anak kerana ada yang ramai anak, ada lima enam tetapi mempunyai satu atau dua sahaja alat peranti untuk dikongsi dan apabila berlakunya jadual yang sama di antara dua tiga anak maka mereka menghadapi kesukaran untuk belajar secara atas talian. Jadi dalam perkara ini saya yakin pihak Kerajaan Negeri boleh melihat kaedah yang bersesuaian untuk membantu rakyat yang terkesan. Antara lain isu-isu yang berkaitan di kawasan adalah kelonggaran untuk operasi kepada peniaga kecil dan penjaja. Selain daripada mereka yang dapat melakukan perniagaan secara atas talian, ramai juga yang tidak mempunyai kelebihan untuk berniaga secara norma baru namun mereka mengambil inisiatif untuk menambah pendapatan sebagai usaha berniaga makanan secara kecil-kecilan demi kelangsungan hidup. Oleh itu, saya amat mengharapkan agar pihak Kerajaan Negeri dapat memberikan kelonggaran untuk usaha-usaha mereka menambah pendapatan melalui perniagaan. Selain daripada itu, Permatang Berangan amat bersetuju sekiranya ada kajian trafik dapat dilihat di dua simpang utama di kawasan Tasek Gelugor iaitu keperluan memasang lampu isyarat atau apa-apa cadangan trafik bagi mengurangkan kesesakan dan kekerapan kemalangan yang berlaku di Jalan Utama Tasek Gelugor dan Simpang Tiga Kampung Tok Bedu. Jalan Kampung Tok Bedu menjadi laluan utama kepada penduduk-penduduk di sekitar kawasan tersebut termasuklah dari Kepala Batas yang setiap pagi keluar dari simpang tersebut untuk menuju ke tempat kerja. Dalam tempoh sebulan sahaja, setiap minggu lebih tiga (3) kali kekerapan kemalangan berlaku di situ dan juga kesesakan berlaku setiap pagi di
sekitar jam 7.00 ke 9.00 pagi. Jadi rungutan-rungutan yang saya terima daripada penduduk sekitar adalah kesesakan selain daripada risiko kemalangan yang menyebakan kematian dan juga kecederaan. Selain daripada itu, satu lagi simpang yang memerlukan pemerhatian ataupun cadangan untuk pembinaan sama ada lampu isyarat ataupun apa-apa keperluan trafik untuk mengurangkan kesesakan adalah di SImpang Tiga Pokok Tampang melalui jalan keluar ke Jalan Arumugum Pillai menuju ke Padang Menora di sebelah kiri dan Lahar Yooi di sebelah kanan. Di keperluan tersebut adalah sebagai laluan utama kedua dari Tasek Gelugor yang mana laluan tersebut menjadi laluan daripada penduduk-penduduk dari Kampung Selamat juga menuju ke kawasan Sungai Dua dan Seberang Jaya. Sidang Dewan yang dimuliakan, antara keperluan lain di dalam kawasan DUN Permatang Berangan adalah keperluan untuk menaik taraf jalan batas ban di kawasan pesisir sawah. Permatang Berangan mengharapkan agar ada keperluan untuk mengkaji kerja-kerja menaik taraf jalan-jalan batas ban di Lorong 28, Pengkalan Batu, Pokok Tampang di pesisir sungai Tok Keramat sehingga Lorong 10, Pokok Tampang yang mana laluan tersebut menjadi laluan utama penduduk di sekitarnya selain daripada jalan-jalan utama. Selain daripada itu, saya mengulangi permohonan terdahulu untuk membina tembok tebing di sepanjang tali air di Kampung Belukar yang mana dah ada kes kemalangan yang menyebabkan kanak-kanak jatuh dan mempunyai risiko kematian. Selain daripada itu, membina tebing di sepanjang petak sawah di semua kawasan sawah padi diminta oleh kumpulan pengusaha sawah padi yang mana mereka meminta supaya kawasan tersebut dilihat untuk diadakan tembok-tembok petak sawah bagi mengelakkan tanah runtuh ketika hujan lebat dan menyebabkan kerosakan kepada tanaman. Itu adalah antara sebahagian permohonan yang saya terima sepanjang tempoh ini dan sebenarnya masih banyak lagi permohonan-permohonan lain yang rasa bersesuaian dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribu terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Negeri, barisan Urusetia di Bahagian DUN Pulau Pinang yang dapat menyediakan Dewan yang serba indah ini dan dalam keadaan SOP yang ditetapkan dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas barisan hadapan di semua peringkat, jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, kakitangan dan sahabat sukarelawan Pusat Khidmat ADUN Permatang Berangan, pemimpin-pemimpin akar umbi, NGO, belia dan beliawanis, orang perseorangan serta rakyat Permatang Berangan yang menjadi mata serta telinga untuk menyalurkan maklumat penting tentang keperluan rakyat di Permatang Berangan ketika menghadapi kesukaran waktu pandemik COVID-19. Jadi saya mengharapkan kerjasama baik di semua peringkat akan dapat membantu untuk rakyat menghadapi pandemik ini dalam keadaan yang lebih baik. Dengan kata-kata itu saya ingin menyokong ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada tahun ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Permatang Berangan. Dipersilakan Batu Lancang.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri. Salam Sejahtera, Salam Harapan dan Salam 2021. Saya dengan sukacitanya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua
Negeri Pulau Pinang pada Isnin lalu yang menyentuh keprihatinan Kerajaan Negeri ini terhadap rakyat yang menghadapi pandemik COVID-19. Sebagai pentadbir yang prihatin, Kerajaan Negeri menyediakan Pakej Bantuan Khas Penang Lawan COVID-19 di mana sehingga 17 Ogos 2021, sebanyak RM149.61 juta telah disalurkan kepada penerima yang berkelayakan sosial, kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan apabila seramai 222,526 orang menerima Bantuan i-Sejahtera Fasa Satu (1). Dengan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM30.84 juta pada tahun ini. Di samping Program Mutiara Foodbank berjumlah RM253,628.00. Pakej Bantuan Khas ini turut disalurkan kepada bantuan langsung kepada 60 buah surau, 935 orang guru-guru Sekolah Agama Rakyat dan 55 orang Pemegang Tauliah Mengajar yang berdaftar dan diperakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) dengan jumlah RM1.095 juta. Kebajikan Pusat jagaan kanak-kanak, warga emas, OKU, perlindungan wanita di Pulau Pinang juga diambil berat apabila bantuan khas kewangan one-off berjumlah RM5,000 kepada 94 pusat ini diberi melibatkan peruntukan RM470,000.00. Selain itu Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM540,000.00 bagi bantuan pek makanan yang memberi manfaat kepada 10,800 orang penerima yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19. Penyaluran bantuan-bantuan ini sudah semestinya meringankan beban kos sara hidup, lebih-lebih lagi ketika rakyat menghadapi situasi sukar. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, negara telah berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19, lebih satu (1) tahun tujuh (7) bulan lalu apabila kes pertama dicatatkan pada 25 Januari 2020. Dan sepanjang tempoh tersebut, kita mula membiasakan diri dengan norma baru. Umum sedia maklum lebih banyak ujian saringan iaitu swab test...(dengan izin) dijalankan, lebih tinggi peluang mengenalpasti individu postitif COVID-19 sedang memerlukan rawatan segera, yang selari dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Berusaha mengenalpasti individu positif COVID-19 sehingga 23 Julai 2021, kes jangkitan di Pulau Pinang mencatatkan sehingga 500 sehari bermula 11 Ogos 2021. Lebih daripada 1,000 cases daripada 2,000 sehari dilaporkan bagi kes kumulatif sebanyak 86 juta di Pulau Pinang. Angka kematian pula kini sebanyak 603 iaitu naik lebih 200 dalam masa dua (2) minggu. Terdapat rungutan masyarakat tentang kelewatan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk respons kepada mereka. Sebaik dikesan punya simptom jangkitan, sepatutnya KKM boleh menyediakan satu (1) aplikasi secara dalam talian online di mana maklumat indiviu yang telah melakukan ujian saringan ini boleh diketahui dengan mudah dan tanpa perlu menunggu panggilan telefon KKM. Ketika ini pihak Hospital Swasta juga ada melakukan ujian saringan bagi mengesan jangkitan COVID-19. Cuma persoalannya, adakah KKM boleh mempertimbangkan untuk memberi kebenaran kepada semua hospital swasta yang melakukan ujian tersebut untuk mengeluarkan gelang merah jambu kepada mereka yang didapati positif. Juga kebenaran mengarahkan kuarantin selain memaklumkan kepada KKM tentang data pesakit tersebut. Ini boleh menjadi salah satu (1) cara bagaimana hospital swasta dapat mengurangkan beban petugas-petugs KKM. Selain itu, kita juga perlu mengambilkira tindakan segera yang perlu diambil ke atas individiu positif tanpa perlu ditangguh-tangguhkan. Ketika ini, proses menempatkan pesakit ke pusat kuarnatin mengambil masa yang lama sehingga empat (4) hari disebabkan prosedur yang panjang. Ada pesakit mengadu walaupun dia positif tapi dia tidak dibawa ke pusat kuarantin kerana perlu menunggu arahan lanjut daripada pihak KKM. Kita khuatir sekiranya pesakit mati di rumah jika KKM lambat bertindak walaupun disahkan positif. Tiga (3) kes berlaku dalam kes Batu Lancang apabila penduduk positif COVID-19 terpaksa menghubungi talian 999 kerana sesak nafas di rumah. Mereka adalah pesakit yang tidak menerima respons daripada pihak KKM lebih dari empat (4) hari untuk dipakaikan gelang merah jambu dan menjalani kuarantin sehingga kini, saya telah menerima lebih daripada sepuluh (10) aduan seperti begini. Persoalannya berapa banyakkah kes seperti ini berlaku di Pulau Pinang.
Kesan pandemik COVID-19 telah menyebabkan kesengsaraan kepada keluarga yang bahagia apabila kehilangan orang yang tersayang dalam sekelip mata. Menurut Kementerian Pelajaran, seramai 1,517 orang pelajar di seluruh negara menjadi anak yatim kerana kematian ibu bapa atau kedua-duanya disebabkan jangkitan COVID-19. Angka ini adalah sejak Mac 2020 sehingga Ogos tahun ini. Daripada jumlah ini, seramai 33 kanak-kanak diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak mempunyai waris untuk menjaga. Mereka kehilangan tempat bergantung pada usia muda. Saya sendiri telah bertemu dengan seorang ibu tunggal yang kehilangan satu-satu anaknya yang masih menuntut di universiti akibat jangkitan COVID-19. Hati ibu itu sangat terkesan selain menanggung kepiluan apabila anak lelaki berusia 20 tahun itu yang diharapkan menjaga, menghargai jasa dan mendapat pekerjaan baik untuk menjaganya kelak telah tiada lagi. Dari tadi sahaja jam 3:00 petang, saya juga terima satu (1) berita buruk, iaitu Allahyarham Encik Jaafar yang telah baru meninggal dunia. Beliau adalah bekas seorang kerani daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang telah kerja bersama saya sepuluh (10) tahun yang lalu, baru sahaja juga meninggal dunia akibat pandemik COVID-19 ini. Sebab itu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri perlu mengambil serius supaya melakukan ujian saringan secara keseluruhan dalam komuniti bukan secara sekarang iaitu ujian hanya kepada mereka yang mempunyai simptom dan telah positif. Langkah pencegahan COVID-19 seperti mana yang dilakukan awal pandemik tahun lalu, dilihat berkesan untuk mengurangkan wabak tetapi kini pesakit positif yang menjalani kuarantin selepas sepuluh (10) hari tidak lagi dipanggil KKM untuk menjalani ujian swab test kedua. Sebaliknya terus dipotong gelang merah jambu. Cara ini sangat merbahaya kerana kelonggaran untuk melakukan saringan secara agresif tidak mustahil boleh menyebabkan jangkitan lebih besar. Jika masalah kekurangan petugas, pihak KKM perlu memikirkan cara terbaik mengaasinya. Contohnya daripada permohonan, daripada Kerajaan Pusat untuk menggunakan kakitangan daripada jabatan-jabatan kerajaan lain. Misalnya polis, tentera ataupun pasukan penguatkuasa. Selain tenaga sukarelawan seperti Angkatan Pertahanan Awam, RELA dan sukarelawan bomba. Mereka ini setelah diberi latihan asas, pasti boleh melakukan tugas-tugas barisan hadapan untuk membuat saringan kepada penduduk bagi meringankan beban KKM. Difahamkan ketika ini terdapat sebuah Unit Rawatan Rapi Medan (ICU) didirikan di perkarangan Hospital Kepala Batas oleh tentera. Bantuan mereka juga boleh diminta, isunya ketika ini ia bukanlah tidak cukup katil untuk merawat pesakit, tetapi kekurangan petugas untuk menjalankan kerja-kerja awal iaitu memeriksa pesakit yang telah disahkan positif dan membuat saringan. Seperkara lagi adakah Kerajaan Negeri bercadang menubuhkan satu (1) skuad khas atau penasihat yang mana peranannya adalah membantu rakyat sekiranya berhadapan masalah-masalah apabila pertama kali disahkan positif COVID-19. Ini kerana ramai tidak tahu apa yang mereka patut buat kerana bukan semua rakyat ada pengetahuan tentang perubatan. Jadi skuad ini yang disertai doktor atau profesional boleh menjadi tempat rujukan serta nasihat kepada yang pertama kali dijangkiti COVID-19. Saya difahamkan Yang Berhormat EXCO Alam Sekitar dan Kebajikan telah menjemput pertubuhan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berprofesional dalam menubuhkan PgCare Alliance untuk membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik ini. Mungkin Yang Berhormat EXCO Alam Sekitar dan Kebajikan Negeri Pulau Pinang boleh membuat sesuatu kerana peranan skuad khas ini sangat penting untuk membantu rakyat. Yang Berhormat EXCO Kesihatan wajar memikirkan kaedah-kaedah yang berkesan tentang atau bekerjasama dengan Yang Berhormat EXCO Alam Sekitar dan Kebajikan untuk bersama-sama membantu rakyat Pulau Pinang.
Isu ini bukan remeh kerana jujurnya ramai tidak tahu apa mereka perlu lakukan. Misalnya hari pertama kurantin di rumah, hari kedua dan hari-hari seterusnya. Mereka juga berhadapan tekanan bukan sahaja pesakit orang dewasa, malah juga kanak-kanak serta warga emas. Ini adalah masalah rakyat yang perlu diambil berat dan diatasi. Dari pagi tadi kita telah difahamkan sebanyak 40,000 lebih yang self-quarantine di rumah. So saya harap adanya skuad-skuad sebegini, dapat membantu mereka yang tidak tahu apa yang kena dibuat semasa kuarantin di rumah. So tekanan perbahasan saya ini bukan menyalahkan mana-mana pihak tapi semata-mata, cadangan untuk diberi perhatian. Saya juga faham dalam keadaan genting ini, semua petugas barisan hadapan di hospital telah pun keletihan. Oleh itu, saya cadangkan agar Kerajaan menggunakan sumber lain bagi kerja-kerja yang bersesuaian, misalnya seperti polis, tentera, sukarelawan bomba dan lain-lain. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, ketika ini pakar-pakar mula membincangkan tentang keperluan vaksin dos ketiga (3), supaya langkah melindungi daripada varian baru COVID-19. Pada 16 Ogos 2021, Pfizer Biontech telah mengemukakan data klink awal kepada pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat bagi kebenaran dos ketiga (3) penggalak vaksin COVID-19. Permohonan suntikan ketiga (3) bagi semua penduduk Amerika Syarikat itu menyusuli keputusan kerajaannya meluluskan dos penggalak Pfizer Biontech dan Moderna bagi individu sistem imun yang lemah. Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Boula dalam satu kenyataan berkata, data setakat ini menunjukkan dos ketiga (3) merangsang antibodi tahap jauh melebihi kadar antibodi selepas dua (2) dos suntikan. Pakar Virologi Universiti Sains Malaysia (USM), YBhg. Prof. Madya Dr. Yahya Mat Arip pula dipetik berkata, kesemua jenis vaksin yang digunakan di negara ini memerlukan dos ketiga (3) bagi meningkatkan semula kemampuan antibodi badan untuk berhadapan dengan varian Delta. Jelasnya, menurut kajian ketiga-tiga vaksin tersebut terjejas dan keberkesanannya menurun apabila berhadapan dengan varian Delta. Apabila berlaku mutasi antibodi yang berhasil sebelum ini, hasil daripada vaksin yang telah kita ambil, hadapi masalah untuk berinteraksi atau mengenali virus yang masuk. Apabila berkurang, maka keberkesanan vaksin berkurang, oleh itu cara untuk atasinya adalah dengan meninggikan semula kepekatan dan jumlah antibodi yang ada. Pada 25 Julai yang lalu, media melaporkan kumpulan pakar akan mengemukakan beberapa syor mengenai dos ketiga (3) atau booster shot vaksin COVID-19 pada Mesyuarat Jawatakuasa Khas jaminan Akses Vaksin COVID-19 pada Ogos. Menteri Penyelaras Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Vaksin ketika itu adalah Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perbincangan akan turut melibatkan cadangan pemberian vaksin yang berlainan. Pakar Kesihatan Universiti Malaya (UM), YBhg. Prof. Datuk Dr. Awang Bulgiba Awang Mahmud pula dalam kenyataan dipetik, Malaysia perlu membuat persiapan awal bagi mendapatkan bekalan awal dos ketiga (3) walaupun pada masa yang sama mereka memberi fokus kepada usaha vaksin dos pertama (1) dan kedua (2) pada seluruh rakyat. Katanya, negara kita ketika ini memiliki bekalan vaksin yang mencukupi tetapi untuk dos ketiga (3), ia perlu dilakukan dari sekarang. Saya di sini juga ingin menekankan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa kita kena bersiap sedia dengan dos ketiga (3) sebelum terlambat memiliki bekalan vaksin. Kes COVID-19...(gangguan).
Minta pencerahan. Saya memang bersetuju dengan Batu Lanchang di mana Batu Lancang telah menyentuh tentang suntikan Pfizer yang ketiga (3) di mana satu (1) soalan yang bertulis saya telah kemukakan tetapi saya difahamkan jawapan sehingga kini, CITF Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) masih belum mengeluarkan kenyataan untuk keperluan bagi dos ketiga (3) sebagai booster bagi vaksin Pfizer atau vaksin yang lain. Di mana kami cuma nak berpesan di sini supaya Kerajaan Negeri harus bersiap sedia ataupun
bersiap sedia dengan kos-kos sekiranya perlu, maka kita perlu membeli dengan sendiri untuk bagi suntikan vaksin yang ketiga (3), bagi dos yang ketiga (3). Terima kasih.
Yang Berhormat Batu Lanchang, satu (1) minit lagi.
Kes COVID-19 yang masih tinggi di seluruh negara melebihi 20,000 setiap hari, memerlukan Kerajaan Persekutuan khususnya Menteri Kesihatan yang baru dilantik, lebih agresif membendung pandemik ini. Begitu juga Kerajaan Negeri perlu mempunyai badan bertindak khas bersama perancangan yang baik untuk menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri kerana situasi COVID-19 dilihat menjadi lebih berbahaya. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya inign membangkitkan masalah-masalah yang dihadapi oleh firma guaman pada masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perintah Kawalan Pergerakan diperketatkan atau sebarang sekatan kerajaan yang serupa di Pejabat Tanah di Negeri Pulau Pinang dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), iaitu kecekapan kerja dan sikap. Sekatan-sekatan semasa pandemik menyebabkan operasi jabatan kerajaan ditutup sejak Mei hingga awal bulan Julai. Walaupun operasi jabatan ini telah dibuka lebih sebulan lalu, masalah kerja masih dihadapi. Contohnya urusan syarikat guaman dengan Pejabat Tanah ini melibatkan carian dokumen. Misalnya carian persendirian hanya memerlukan satu (1) hari tetapi sekarang, ia memakan masa lebih tiga (3) minggu. Tanpa carian persendirian, firma guaman tidak dapat meneruskan fail kerana tidak dapat menyelesaikan perincian hartanah pemilik berdaftar dan lain-lain. Bagi carian rasmi yang hanya memerlukan tujuh (7) hari bekerja, tetapi sekarang ianya mengambil masa lebih daripada satu (1) bulan untuk mendapatkan dokumen. Tanpa carian rasmi, firma guaman tidak dapat memajukan perjanjian pinjaman kepada pihak bank yang berkaitan. Walaupun Pejabat Tanah telah memulakan operasi dan membolehkan firma guaman dengan temu janji untuk berdaftar, urusan hak milik tanah, tetapi hanya tiga (3) urusan sahaja yang dibenarkan pada satu (1) temu janji. Malangnya tiga (3) urusan ini tidak mencukupi, selain itu setiap firma guaman tidak dijanjikan slot temujanji, dan slot temujanji yang demikian hanya ditentukan oleh Pejabat Tanah. Sekarang tidak boleh berlaku difahamkan, sejak bulan Mei hingga sekarang. Pembeli tidak dapat menandatangani dokumen perjanjian jual beli. Kelewatan ini boleh menyebabkan berlakunya pelanggaran kontrak dan firma guaman boleh kehilangan pelanggan, seterusnya hilang pendapatan. Turut menanggung kerugian ialah Pejabat Setem, LHDN dan Pejabat Tanah apabila kehilangan duti setem dan yuran pendaftaran yang dikenakan atas transaksi-transaksi tersebut. Ini adalah masalah yang sangat serius dan kerugian ekonomi. Masalah-masalah dan kerugian ekonomi dapat dielakkan jika Pejabat Tanah beroperasi seperti sebelum PKP. Jangan jadikan pandemik COVID-19 sebagai alasan atau sebab operasi-operasi jabatan ini mengalami kelewatan. Mengapa tidak melakukan dengan segera, kerana COVID-19 walaupun kaedah temu janji untuk berurusan di jabatan kerajaan digunakan termasuk urusan dalam talian, bagi mengelak kesesakan, tetapi ia juga memakan masa berhari-hari, ia memerlukan beberapa minggu untuk membuat temujanji bagi melakukan carian dokumen. Mengapa kaedah bekerja dari rumah tidak digunakan. Sebelum Wawasan Negeri Pulau Pinang 2030 direalisasikan, kita mesti menangani kecekapan kerja jabatan kerajaan sebegini. Saya dengan rendah diri memohon isu ini diberi perhatian untuk memantau kecekapan kerja dan gaya jabatan kerajaan. Saya juga
mencadangkan selepas pandemik COVID-19 ini, setiap kaunter jabatan khususnya Pejabat Tanah, Pejabat Setem, LHDN, perlu mempunyai seorang (1) petugas untuk mengawasi kecekapan kerja setiap jabatan ini supaya Negeri Pulau Pinang dapat merealisasikan Visi 2030 tersebut.
Terima kasih Batu Lanchang.
Okey, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, sebelum saya mengakhiri ucapan perbahasan saya, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam sesi perbahasan pada kali ini. Sekian, terima kasih dan saya mohon menyokong.
Terima kasih Batu Lancang. Dipersilakan KOMTAR.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, terima kasih kerana diberi peluang untuk saya bahas dalam usul terima kasih ke atas ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Lebih 20 bulan Malaysia dilanda pandemik COVID-19. Pada permulaannya kita cuma dengar kes positif dengan jumlah yang kecil dan kita tidak kenal siapa pesakit tersebut. Dan kebanyakannya itu kes import. Namun kes harian semakin serius, kita mulai dengar kawan kita sendiri positif, komuniti kita positif, saudara mara kita positif dan jiran kita juga positif. Keadaan ini seperti virus itu berada sebelah kiri dan kanan kita sahaja. Kita sudah melepasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Satu (1), Dua (2), dan sehingga kini kita berada dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Satu (1), Dua (2). Kes dari berpuluh meningkat sehingga mencatat berpuluh ribu sehari, adakah starategi Lawan COVID-19 kami tidak berkesan atau gagal. Pada pandangan saya, apa-apa SOP boleh ditetapkan oleh kerajaan, tetapi self-discipline itu amatlah penting. Ahli-ahli Yang Berhormat, memang susah untuk membuat pilihan antara lives dan livelihood. Dalam pada itu, pakar kesihatan dalam Mesyuarat Keselamatan Negara (MKN), mempunyai pendirian yang tegas bahawa mereka tidak setuju melonggarkan SOP terlalu awal. Padahal, suara daripada sektor yang terjejas mohon supaya memulihkan aktiviti ekonomi secepat mungkin kerana mereka terpaksa menanggung kerugian selagi PKP tidak ditamatkan. Konflik antara kedua-dua pihak ini memberi kesan kepada Ahli Politik, kerana perlu memastikan kesihatan orang awam tidak terjejas, tapi pada masa yang sama mendapat tekanan untuk melindungi kepentingan ekonomi. Percanggahan konflik macam ini bukan sahaja berlaku di peringkat pusat, malah juga di Pulau Pinang. Saya masih ingat semasa Ketua Menteri pada satu (1) ketika dulu ingin meletakkan SOP dan tidak melonggarkan SOP untuk dine-in serta aktviti-aktiviti lain yang berisiko sentuhan dekat, banyak peniaga dan pihak tertentu mengkritik keputusan Kerajaan Negeri itu zalim kerana tidak menjaga periuk nasi mereka. Saya ingat tadi Ketua Pembangkang pun bangkit isu tentang gunting rambutlah. Semestinya sampai masa ini, tentunya banyak rakyat akan rasa hairan dengan keputusan kerajaan kenapa semasa kes jangkitan berada pada ratus-ratusan kes, kerajaan melaksanakan total lockdown.
Demi memastikan jangkitan terkawal, tetapi sekarang berpuluh-puluh ribu kes harian, kerajaan pula sebaliknya ingin membuka semula aktiviti ekonomi dan sosial. Tetapi kita perlu faham situasi dari masa ke semasa bahawa jika selepas 20 bulan, kebanyakan sektor ekonomi negara kita masih tidak dibuka semula, rakyat akan susah. Bukan kerana jangkitan COVID-19, tetapi kerana tiada sumber pendapatan. Kerajaan boleh membantu rakyat melalui pemberian Bantuan Prihatin Rakyat melalui beberapa fasa. Mengeluarkan duit simpanan persaraan sendiri, iaitu i-Sinar, i-Citra, bantuan PERKESO RM600.00 sebulan dengan PERKESO, dengan SOCSO, cuti tanpa gaji. Tetapi itu semua hanya cukup tahan setakat beberapa bulan sahaja. Saya berpendapat bahawa kebanyakan rakyat sudah habis segala simpanan yang ada. Jikalau sektor ekonomi masih tidak dapat dibuka semula, maka tiada sumber pendapatan untuk beli makanan dan barang keperluan asas. Oleh itu, 100% vaksin penuh orang dewasa dalam negeri perlu dicapai secepat mungkin. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, berdasarkan Jadual Kesembilan (9) Perlembagaan Persekutuan, sektor kesihatan adalah bidang kuasa Persekutuan. Dan kesihatan awam, kebersihan dan mencegah penyakit berada di senarai bersama. Maka dalam usaha lawan COVID sejak awal sehingga kini, Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri telah memberi kerjasama 101% kepada jabatan, agensi, persekutuan dan menjadikan ini sebagai tanggungjawab bersama. Tidak pernah pun elakkan tanggungjawab dan menunding jari menyalahkan mana-mana pihak. Malah, turut memberi segala bantuan yang boleh ditawarkan pada peringkat pertama, Kerajaan Negeri memberi semua petugas barisan hadapan (frontliner), Personal Protective Equipment (PPE). Masa itu nak cari satu (1) pelitup muka pun susah. Sarung tangan, face shield, cecair sanitasi tangan dan lain-lain peralatan. Apabila hospital kurang kemudahan dan kelengkapan kesihatan, Kerajaan Negeri tampil ke depan untuk memberi sumbangan dan juga bantu mencari NGO serta korporat untuk menaja. Kerajaan Negeri juga bantu menyediakan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), Pusat Pemberian Vaksin (PPV), malah juga turut memberi bantuan kepada Sekatan Jalan Raja (SJR) Polis. Tahukah anda khemah, tandas bergerak di tapak SJR, semua itu dari sumbangan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri juga memberi bantuan khas kepada petugas barisan hadapan dan menghargai usaha khas kepada petugas barisan hadapan dan usaha mereka senantiasa bertugas tanpa mengenal rehat serta rasa letih selain berdepan risiko dan usaha meringankan beban yang ditanggung pesakit serta menyelamatkan banyak nyawa. Kerajaan Negeri bersama NGO, para pemain industri utama serta golongan profesional di negeri ini, telah berkolaborasi membentuk PgCare Alliance untuk membantu masyarakat yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Kerajaan Negeri juga mengadakan program saringan COVID-19 dalam komuniti secara bersasar, membabitkan 40 kawasan Dewan Undangan Negeri di negeri ini. Dalam tempoh masa ini, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan lebih RM175 juta untuk membantu warga negeri dalam saat genting. Semua ini tidak lagi termasuk usaha pusat khidmat wakil rakyat membekalkan makanan kepada keluarga yang dikuarantin, menjalankan kerja sanitasi tempat awam, menghantar rakyat yang tidak mempunyai transport ke PPV, set up COVID-19 emergency care line, memberi self-test kit kepada kontak rapat, membekalkan laptop kepada pelajar belajar atas talian dan banyak-banyak usaha lagi. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, walaupun banyak usaha ini telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri, tetapi masih terdapat komen-komen negatif yang mengkritik Kerajaan Negeri tidak melakukan apa-apa untuk membantu. Sikap ini sebenarnya memang tidak adil. Mereka menganggap Ketua Menteri itu adalah Menteri Kesihatan ataupun Perdana Menteri. Tetapi padahalnya, kuasa Ketua Menteri Negeri terhad berbanding Menteri Pusat atau Perdana Menteri.
Banyak orang berkata mengapa tak mahu tutup kilang, masalah ini sebenarnya itu di bawah bidang kuasa MITI. Selangor juga mengahadapi masalah yang sama, dari sudut lain soalan yang dilontarkan adalah mengapa Pulau Pinang tidak boleh tutup sempadan negeri. Ini pula di bawah bidang kawasan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Soalan yang sering kita dengar, mengapa Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) tidak mengumumkan lokaliti kes positif pada permulaannya. Padahal ini juga di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ketua Menteri sentiasa menghadiri mesyuarat fight for the ketelusan informasi. Selepas itu, Jabatan Kesihatan Negeri baru mulai beri data lokaliti harian. Kritikan lain yang diterima, mengapa Program Vaksinasi Pulau Pinang sangat lambat. Padahalnya Negeri Pulau Pinang sekarang berada di tangga yang ketujuh (7) bagi lengkap vaksinasi dua (2) dos dan tangga yang keenam (6) bagi lengkap vaksinasi satu (1) dos. Dengan supply vaksin yang terjamin, prestasi ini akan dipertingkatkan lagi. Pada bulan Julai, Pulau Pinang dijangka akan terima bekalan vaksin sebanyak 591,532 dos, tetapi selepas permohonan Ketua Menteri kepada Kerajaan Pusat, kita terima sebanyak 703,448 dos dengan tambahan 111,916 dos. Bagi bulan Ogos pula, asalnya kita akan terima 707,220 dos vaksin, tetapi selepas usaha Ketua Menteri, kami menerima sebanyak 917,220 dos di Pulau Pinang dengan tambahan 210,000 dos. Ini semua adalah usaha Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan kadar vaksinasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Negeri Pulau Pinang. Jaminan bekalan vaksin juga adalah sangat penting dalam usaha mencapai 100 % merangkumi suntikan dos pertama (1) pada awal bulan September. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, usaha Lawan COVID-19 bukan dengan mulut, tetapi dengan action, khususnya pemimpin Malaysian Chinese Association (MCA) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia, mereka macam lupa parti mereka adalah parti pemerintah di pusat. Sentiasa mengeluarkan kenyataan mengkritik usaha COVID-19 Kerajaan Negeri seperti progres Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) lambat, kes positif kian meningkat dan apakah strategi Kerajaan Negeri. Statement mereka hanya akan tahu kritik Kerajaan Negeri sahaja, tanpa memberi cadangan yang konstruktif. Mereka sepatutnya berdiri bersama-sama rakyat Pulau Pinang dan minta pemimpin mereka di pusat untuk menghulurkan bantuan bagi membantu warga negeri. Mereka ini tak pernah minta Kerajaan Pusat memberi keutamaan atau membekalkan lebih vaksin untuk Negeri Pulau Pinang, sebaliknya asyik minta Kerajaan Negeri untuk membeli vaksin sendiri. Adakah mereka ini ejen kepada syarikat vaksin.
Minta celah, Yang Berhormat KOMTAR. Saya rasa, saya amat tertarik ke atas apa yang Yang Berhormat KOMTAR baru sahaja membahas. Oleh itu saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat KOMTAR, adakah MCA berkata begitu, nak bagi semua masalah kepada Kerajaan Negeri sebab mereka langsung tak ada kuasa di Kerajaan Pusat. Terima kasih.
Terima kasih Pulau Tikus. Saya ingat Ketua Pembangkang boleh tolonglah cakap dengan itu pemimpin-pemimpin MCA dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Pada pandemik ini, kita kena letakkan politik di tepilah. Kita sama-sama awan COVID-19, seperti apa yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang dalam Mesyuarat Keselamatan Negeri. Memang Ketua Pembangkang satu teladan. Dengan mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan, tidak akan membantu dan itu cuma satu wayang politik sahaja. Sebaliknya sebagai seorang Ketua Menteri yang bertanggungjawab, beliau membawa semua suara warga negeri ke dalam mesyuarat MKN dan berbincang dengan pemimpin pusat untuk mencari penyelesaian yang Pulau Pinang hadapi. Sebagai contoh, yang saya beri di atas. Ini menunjukkan usaha Ketua Menteri banyak memperoleh keputusan yang positif. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, status kewangan Negeri Pulau Pinang masih berada dalam keadaan yang sihat dan kukuh, walaupun terjejas dengan pandemik COVID-19 kerana Kerajaan Negeri selalu berpandukan kepada prinsip CAT iaitu Cekap, Amanah dan Telus. Dalam Ucapan Perasmian Tuan Yang Terutama Tun, mengatakan bahawa hasil negeri yang berjaya dikutip pada tahun 2020, adalah lebih kurang daripada yang dijangkakan, ini adalah disebabkan oleh pengecualian kutip hasil yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri ekoran situasi pandemik COVID-19. Dengan merujuk semula Belanjawan 2021 yang dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini pada tahun yang lepas. Defisit negeri adalah lebih dari RM400 juta. Dan rizab Pulau Pinang dilaporkan adalah sebanyak RM1.07 bilion. Saya menganggarkan perbelanjaan RM998 juta tidak dikurangkan, maka rizab kerajaan hanya akan tinggal RM600 juta sahaja. Seperti yang semua sedia maklum, hasil Kerajaan Negeri banyak bergantung kepada hasil berkaitan tanah. Dalam situasi pandemik ini, projek pembangunan juga agak slow, maka hasil premium tukar guna kegunaan tanah juga akan berkurangan dan akan sekali gus akan menjejaskan hasil negeri. Seruan Tuan Yang Terutama Tun dalam ucapannya juga memesan bahawa Kerajaan Negeri hendaklah mengorak langkah untuk mendapatkan hasil baharu sejajar dengan kelangsungan pembangunan negeri. Kita juga perlu belanja dengan lebih hemah, dan harus mencari punca hasil baru. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon Pegawai Kewangan Negeri mengadakan satu (1) Sesi Taklimat Mengenai Status Kewangan Negeri kepada wakil rakyat selepas sidang Dewan Undangan Negeri ini. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, saya menghargai segala usaha Lawan COVID-19 yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Namun begitu, saya melihat satu (1) kelemahan dalam usaha ini adalah wakil rakyat kurang diberi peluang untuk berbincang dalam mesyuarat berkaitan Lawan COVID-19 peringkat negeri mahupun daerah. Ini menyebabkan masalah komunikasi berlaku, kerana usaha kerajaan tidak dapat diimplementasikan dengan sempurna. Suara dan masalah yang dihadapi oleh akar umbi tidak dapat disampaikan pada platform yang tepat. Wakil rakyat perlu sendiri berkomunikasi dengan pegawai yang bertangungjawab untuk menyuarakan masalah-masalah yang dihadapi oleh public. Sebagai contoh, wakil rakyat hanya diminta beri cadangan lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan tidak dijemput dalam di Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF). Ini menyebabkan wakil rakyat tidak dapat terlibat secara langsung dalam membuat keputusan pemilihan lokasi PPV dan Program Outlet Vaksin. Kadang-kadang wakil rakyat juga tidak dapat info terkini dan perlu menerima info dari sosial media ataupun third party. Contohnya, kita dapat banyak kekeliruan semasa mengumumkan SOP. Semua ini dapat dielakkan sekiranya wakil rakyat dijemput untuk bersama-sama terlibat dalam mesyuarat.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, beberapa minggu ini kes COVID-19 di Pulau Pinang telah melonjak tinggi, dalam pemerhatian saya, ini adalah disebabkan oleh kegagalan dasar kuarantin kendiri. Kami memang memahami kekangan KKM pada peringkat yang genting ini. Mereka tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk menghadapi kes yang melonjak naik dalam masa yang singkat. Pesakit yang disahkan positif COVID-19 tahap satu (1) dan dua (2) diminta untuk menjalani kurantin kendiri di rumah. Dan lapor ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) melalui panggilan, tetapi malangnya bukan semua jenis rumah di Negeri Pualu Pinang sesuai untuk pesakit positif COVID-19 menjalani kuarantin di rumah. Sebagai contoh, rumah pangsa yang kecil dan hanya terdapat satu (1) bilik air dalam unit tersebut, ini akan menyebabkan virus merebak dari seorang pesakit positif dan akhirnya menjangkiti seluruh ahli keluarga. Tambahan pula, pesakit yang diminta untuk menjalani kuarantin kendiri tidak mempunyai self-discipline terutamanya mereka yang tidak diberi gelang pink, masih keluar rumah untuk beli makanan, cari kawan dan alasan-alasan lain. Ini sebenarnya meningkatkan risiko virus merebak di komuniti. Saya anggap ini adalah punca utama peningkatan kes. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya mencadangkan Kerajaan Negeri, Kerajaan perlu meneydiakan lebih Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), dan mohon lebih pihak pengusaha hotel utuk transform hotel mereka jadi low risk quarantine centre with 24 hours medical assistant. KKM juga boleh mengkaji semula doktor, jururawat yang sudah bersara, juga menggaji jururawat pelatih untuk memberi perkhdimatan supaya sama-sama Lawan COVID-19. KKM juga perlu memberi maklumat kes positif secara terus dan terbuka. Dan mohon maklum kepada Pusat Khidmat wakil rakyat setiap hari supaya Pusat Khidmat dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bleh memberi bantuan makanan serta dapat membantu mengawal pesakit yang positif agar mereka tidak boleh meninggalkan rumah mereka sesuka hati.
Yang Berhormat KOMTAR, satu (1) minit lagi.
Sikit lagi. Sekarang frontliner kami perlu fokus kepada kes yang lebih serius. Usaha community empowerment agak penting dan orang ramai boleh menjadi mata telinga untuk KKM dan PDRM. Kes positif telah merebak dari tempat kerja ke rumah, dan sekarang ke komuniti. Semalam KKM telah mengumumkan sehingga 29 Ogos 2021, Pulau Pinang dikesan 40 kes Delta variant dan lapan (8) kes Beta variant. Oleh itu, saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri mengkaji secara serius adakah Pulau Pinang boleh melaksanakan total lockdown dua (2) minggu seperti PKP Satu (1) dahulu. Supaya dapat memutuskan rangkaian jangkitan dan menurunkan kes, serta menghalang sistem perubatan awam dari lumpuh sepenuhnya. Saya tahu ini merupakan satu (1) keputusan yang sukar untuk dibuat, tapi better a little lost than a long so long. Ini telah berlaku di Selangor, yang mana mereka mengambil lebih daripada dua (2) bulan untuk menurunkan kes. Ini berikutan daripada kes di Selangor yang melonjak naik sejak awal bulan Jun, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan di Selangor mulai 3 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021 dan usaha mempercepatkan kadar vaksinasi kita dapat lihat kes di Selangor pada hari ini menurun secara mendadak. Saya berharap agar Pulau Pinang dapat mengambil tempoh yang lebih pendek untuk melandaikan semula kes harian kita iaitu kembali pada angka dua (2) digit sehari. Dalam situasi pandemik, KOMTAR pun tidak boleh panjang lebar. Mungkin apa yang saya katakan
adalah tidak sedap didengar, tapi ianya adalah pandangan dan cadangan yang bernas dari hati saya. Harap semua ini boleh diberi perhatian. Dengan ini saya mohon menyokong.
Terima kasih KOMTAR. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini ditangguhkan sehingga 2 September 2021 pukul 9:30 pagi. Terima kasih.
Dewan ditangguhkan pada jam 5.15 petang.