Pulau Pinang · 2 September 2021

14th Assembly, 4th session, 1st meeting · 510 turns · 58,493 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan Doa. Soalan Lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita dalam sesi soalan lisan. Dipersilakan Batu Lancang.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 2. No. 2. Difahamkan kerja fizikal Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang akan bermula pada bulan Januari tahun hadapan akan merangkumi pembinaan Jelutong diversion yang baru di mana ia akan dapat membantu mengurangkan beban diversion sedia ada. (a) Anggaran bilakah pembinaan projek diversion baru ini dapat bermula? Saya berharap pembinaan ini dapat diutamakan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih pada Yang Berhormat Batu Lancang atas soalan beliau. Yang Berhormat, Projek Rancangan Tebatan Banjir ataupun RTB Sungai Pinang akan memberi keutamaan kepada lokasi-lokasi hotspot banjir di sepanjang Sungai Pinang iaitu dari jambatan Jalan Patani hingga ke jambatan Jalan Datok Keramat atau Air Hitam dan bagi makluman Jelutong diversion baharu masih dalam pertimbangan akhir jawatankuasa teknikal berdasarkan faktor-faktor seperti kesesuaian di kawasan setempat serta pembangunan-pembangunan masa hadapan di jajaran tersebut dan selepas mendapat kelulusan dan pemuktamadan daripada jawatankuasa teknikal baru sahaja JPS Malaysia akan melakukan perolehan bagi pembinaan projek tersebut. Jadi jangkaan masa mungkin hujung tahun ni ataupun awal tahun depan. Tapi yalah maklum pada ketika ini banyak projek mengalami delay akibat PKP. Namun reka bentuk ini macam mana pun sedang diusahakan dan akan dimuktamadkan kelak. Namun demikian JPS Negeri Pulau Pinang sedang dalam penyediaan reka bentuk peringkat akhir bagi dua (2) lokasi kritikal di Jelutong iaitu Jalan Van Praagh dan juga Kampung Pokok Asam yang dijangka akan memulakan pembinaan pada penghujung tahun kalau boleh kita nak secepat mungkin lah ya tahun ini. Kedua-dua Projek Tebatan Banjir berskala kecil ini adalah penyelesaian jangka masa sederhana sementara penyiapan RTB Sungai Pinang dilaksanakan. Jadi saya harap itu dapat menjawab soalan, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Seterusnya saya nak jemput Pulau Tikus. Ada? Tak ada. Sila.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Untuk soalan saya. Saya nak tanya YB EXCO. Adakah apa alternative yang lain untuk masalah penyelesaian yang diversion akan dibuat? Saya difahamkan dia akan dibuat di Jalan Ahmad Nor. So because alternate yang lebih baik sebab di sana memang keadaan sibuk dengan adanya LRT dengan adanya expressway di sana itu.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Benar apa yang Yang Berhormat sebut tadi. Sememangnya pembinaan di kawasan Jalan Ahmad Nor iaitu jajaran yang dicadangkan bagi Jelutong diversion yang baru sememangnya kawasan yang sudah mempunyai pembangunan yang pesat dan lalu lintas dari segi trafik dan sebagainya semuanya akan menjadi masalah tapi itu sebenarnya antara faktor yang sedang dipertimbangkan oleh jawatankuasa teknikal juga. Namun begitu, dalam reka bentuk konsep yang dicadangkan oleh perunding terdapat juga cadangan pembinaan parallel drain di sepanjang kiri dan kanan Sungai Pinang bermula dari hilir Sungai Air Hitam sehingga jambatan di Jalan Patani. Cadangan parallel drain ini sebenarnya akan menjadi outlet pelepasan bagi parit-parit di kawasan tersebut agar air daripada parit semua tidak masuk ke dalam sungai jadi dia akan mempunyai dua (2) fungsi, satu, adalah untuk membantu dari segi banjir dan sebagainya untuk mengurangkan kapasiti dalam sungai tetapi keduanya dari segi pencemaran sungai. Kita semua di sini sedia maklum khususnya Yang Berhormat Sungai Pinang, selalu membangkitkan pencemaran di Sungai Pinang dan sekiranya kita ada parallel drain yang akan intercept air daripada longkang dan tidak masuk ke dalam sungai maka kita pun boleh mencapai matlamat untuk mengurangkan pencemaran di sungai tersebutlah. Jadi ini antara alternatif yang juga sedang dikaji. Terima kasih Yang Berrhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya persilakan Pulau Tikus.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3. No. 3 Projek Gurney Wharf. (a) Apakah perkembangan terkini projek Gurney Wharf dan bilakah projek tersebut dijangka untuk bermula dan siap? (b) Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk mempercepatkan projek tersebut?

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan kepada rakan saya daripada Pulau Tikus di mana soalan adalah berkenan status terkini projek Gurney Wharf. Dato’ Speaker untuk makluman semua di Dewan, kita sememangnya berhasrat untuk menjadikan Gurney Wharf sebagai satu kawasan rekreasi bertaraf antarabangsa. Dalam pada itu di peringkat ini setelah sudah lama I think most of the reclamation sudah siap, kita di peringkat melantik perunding di mana setakat ini tujuh (7) perunding telah dilantik dengan kepakaran bidang masing-masing iaitu nombor satu arkitek yang merupakan juga pengurus projek, Arkitek Landskap Tempatan yang berkerjasama dengan satu Arkitek Landskap Antarabangsa, Jurutera Awam dan Struktur, Jurutera Mekanikal dan Elektrikal, Juruukur Bahan, Jurutera Marine untuk projek ataupun komponen pantai dan tambakan dan Konsultan Alam Sekitar.

Perjanjian perunding Dato' Speaker, telah ditandatangani oleh wakil Kerajaan Negeri pada 21 Disember tahun sudah, so we have done that. Pelaksanaan projek dijangka akan bermula pada suku keempat tahun ini which is by the end of this year we hope dan tempoh masa yang diperlukan bagi pelaksanaan keseluruhan projek adalah selama tiga (3) tahun. Kita juga telah mensyaratkan satu (1) tahun tambahan sekiranya ada defect, liabiality period iaitu hingga suku keempat tahun 2024. Keseluruhan projek ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri dengan anggaran kos berjumlah RM200.3 juta. Ini sememangnya disebut oleh Tuan Yang Terutama sendiri dalam ucapan beliau di mana I think beliau memang tertarik pada program ini. Now, apabila saya nyatakan pada keseluruhan projek ada beberapa fasa iaitu Fasa 1 yang terdiri daripada penyediaan kawasan permainan kanak-kanak, kawasan permainan Skate Park, anjung tinjau or viewing deck...(dengan izin), tandas awam, promenade untuk pejalan kaki, kiosk penjaja, retail area, kedai serbaneka, surau, refuse center, kawasan landskap and taman rekreasi, tempat letak kereta kenderaan yang bertingkat dan terbuka. Now, fasa pertama ini kita jangka dapat selesai Dato’ Speaker pada suku keempat tahun depan. So the first phase is really the green area, the public parks. This comprises apa dengan izin saya nyatakan tadi. We hope by the end of next year Penangites will be able to enjoy the facilities there. Fasa 2 Dato’ Speaker terdiri daripada penyediaan sebahagian daripada kawasan landskap dan taman rekreasi. Kita juga telah bincang untuk adakan lebih kiosk penjaja tambahan, tandas dan juga tempat letak kereta dan juga sistem perparitan dan saliran yang juga kita jangka siap untuk Fasa 2 pada tahun berikutnya suku keempat juga 2023. So, in all we hope by 2023 we can get things up and running. Now Dato’ Speaker susulan ini, the next step, perunding telah merujuk kepada semua jabatan dan agensi teknikal yang terlibat bagi tujuan penyediaan pelan pembangunan dan kelulusan projek. Permohonan KM ataupun Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan telah pun actually dikemukakan pada 11 Mei 2021 dan 15 Julai 2021 masing-masing pada PlanMalaysia dan secara prinsip Pelan Kebenaran Merancang Dato’ Speaker, telah diluluskan dengan beberapa pindaan yang minor sahaja pada 12 Julai tahun ini. Kelulusan landskap juga telah dikemukakan untuk dipertimbangkan pada Julai juga, 2 Julai dan masih dalam pertimbangan jabatan yang berkaitan. Yang terkini Dato' Speaker, saya dimaklumkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dilantik sebagai Pegawai Penguatkuasa ataupun Superintendent Officer pada 6 Ogos baru-baru ini dan sebagai penasihat teknikal memandangkan projek ini adalah satu projek sosial dengan pembiayaan penuh Kerajaan Negeri dan untuk bahagian pihak perunding yang saya sebut tadi ada tujuh (7) yang dilantik sekarang mereka dalam proses penyediaan dokumen tender untuk dimuktamadkan, tender akan dibuka untuk kontraktor masuk. We are doing everything as per our CAT, itu sedang berlaku kita harap ia dapat dibuat pelawaan pada awal bulan ini September. Now Dato’ Speaker kita memang komited untuk pelaksanaan projek ini bagi manfaat penduduk Pulau Pinang dan telah mewajibkan semua jabatan agensi teknikal untuk memberikan keutamaan bagi memproses permohonan yang berkaitan dengan projek ini dan mematuhi tempoh-tempoh masa yang telah ditetapkan. So, I have given the timeline I think Pulau Tikus ask kalau boleh dipercepatkan. Sememangnya sekiranya boleh kalau ada apa proses kelulusan sekiranya semua syarat dipatuhi memandangkan ini satu projek Kerajaan Negeri kita boleh lihat bagaimana kita boleh percepatkan. Memang kita hendak projek ini up and running. In fact, Dato’ Speaker it was supposed to be last year but because of COVID-19 everything got delay this year, Dato’ Speaker. Terima Kasih

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Dato’ Yang di-Pertua minta soalan tambahan. Saya nak tanya ini adalah sebab ini juga berkenan dengan Projek Gurney Wharf ini related lah to the Projek Gurney Wharf. Yang STP 2 punya projek apakah status sekarang? Apakah status dalam pembinaan sekarang saya nak tanya apakah status? Adakah Kerajaan Negeri sudah ada timeline atau apa? Terima kasih.

Butir-butiran saya akan maklum, it’s totally different place Gurney Wharf and STP 2 is totally different. STP 2 memang ada fasa 2B dan 2C iaitu pulau baru, 2A sudah selesai iaitu Straits Quay so pulau baru 2B sedang diselesaikan dan kita akan teruskan dengan 2C. Timeline memang ada tapi I will give that to ours, this question actually on Gurney Wharf. Thank you Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Yang Berhormat Kebun Bunga, saya persilakan.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri soalan saya No. 4. No. 4. Apakah rancangan dan kaedah baru Kerajaan Negeri untuk mengatasi segala masalah penyelenggaraan yang berbangkit di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Tembak? (a) Adakah PPR Padang Tembak akan dibina semula? (b) Adakah PPR Padang Tembak boleh dipindahkan ke lokasi yang lain?

Terima kasih Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri atas soalan daripada Ahli Kebun Bunga yang adalah berkenaan Projek Perumahan Rakyat PPR di Padang Tembak iaitu di kawasan beliau iaitu sama ada kita akan buat pembinaan semula or regeneration as this is known dan apa proses berkenaan berlaku pemindahan lokasi yang lain. Dato’ Speaker, untuk makluman semua di Dewan sejak tahun 2008 sehingga Ogos tahun ini kita telah dalam pelbagai Tabung Penyelenggaraan yang kita ada iaitu satu untuk perumahan awam yang kedua adalah untuk perumahan swasta yang layak iaitu Tabung Maksima 80:20 semua orang tahu, dan juga yang ketiga kita ada satu tabung untuk bantu perumahan awam oleh kedua-dua PBT kita, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai. Secara keseluruhan setakat ini Dato’ Speaker, dalam kesemua tabung ini kita telah belanja RM281.77 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan di semua Skim Perumahan untuk Padang Tembak saja daripada ini kita telah belanja RM51.91 juta untuk tujuan penyelenggaraan which I think is one of the most substantial sum kerana ini projek memang kita sudah tahu lebih kurang 50 tahun dan perlu banyak penyelenggaraan. Antara lain skop penyelenggaraan adalah seperti berikut Dato’ Yang di-Pertua, the main one of course everyone knows about two (2) years ago kita buat penambahbaikan keretakan bangunan iaitu di dua (2) Blok A dan J yang mana kita dinasihati untuk buat, itu telah dibuat kita ada secara berkala kontrak pembersihan that is in all housing scheme and then pembaikan secara am kawasan gunasama. That means common area dan harta gunasama and of course secara

berkala also because there 9 blok there kita ada banyak lif hampir 27 yang perlu diselenggara secara berkala, that’s also takes up a lot of expenses from of the tabung, Dato’ Yang di-Pertua. Now coming back to the pembaharuan semula suggestion, di Pulau Pinang memang kita ada satu Jawatankuasa Pembaharuan semula Urban Regeneration Committee yang sekarang di bawah satu unit khas di bawah Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang yang telah ditubuhkan dan telah mula beroperasi mulai Januari tahun ini dan kita ada lima (5) projek yang telah dikenal pasti dan tiga (3) di bahagian Pulau dan dua (2) di bahagian Seberang. Dan kita bertekad untuk mula tahun ini in fact there is in Mahsuri in Bayan Lepas and we hope by the end of the year it will start because the issues we are more or less perhalusi and we will go to that. Padang Tembak is one of the other yang sudahpun kita ada satu plan secara prinsip dan kita perlulah seperti mana saya nyatakan lihat kepada aspek perundangan dan hakmilik dan sebagainya. Di Padang Tembak kita ada 3,300 unit around that so you can imagine the stale of it compared to the first one that we want to do that’s why I started out by saying the truth there is perceptive. Mahsuri only there is around 300 so that one is okay. Mahsuri the best part is there is tapak yang kosong di mana pelan kita adalah untuk bina di tapak yang kosong dulu dan serentak kita akan lihat bagaimana nak pindah. Padang Tembak the perceptive is different you cannot do that unless we find tapak yang kosong so that we can do that slowly then we relocated. So at the moment we are looking to that aspect that is the most importance aspect we use Mahsuri as the benchmark so memang kalau kita lihat pada Padang Tembak dan betapa banyak yang kita telah belanja option pembaharuan semula, Dato’ Speaker, sememangnya yang terbaik, I appreciate Yang Berhormat Jason from Kebun Bunga because you have always been raising this and this is very important very close to my heart so let us move on and I that the we were look at Padang Tembak is another major priority for Urban Regeneration and of course your other question kalau berlaku cadangan pemindahan ada dua (2) konsep I just explain. Kalau kita seperti Mahsuri boleh bina dulu dalam satu tapak kosong senang apabila ia sudah bina sudah tentu mereka akan pindah kerana mereka akan lihat betapa baiknya projek-projek baru banding dengan ada yang mereka duduk di Mahsuri unit mereka adalah 300 dan 400 kaki persegi. Di projek baru kita akan bagi dalam sekurang-kurang 750 kaki persegi dengan banyak perkhidmatan lain dengan sekuriti dan sebagainya. So that is the one option berkenaan pemindahan that means we don’t roboh their bangunan they can pindah. The second option is kalau tak ada tapak we have to look into meroboh and when we meroboh mereka perlu pindah, ke mana? So usually what procedure we will take adalah kaedah dia adalah kita akan bayar sewa bulanan supaya mereka boleh buat penyewaan di tempat lain sementara menunggu perobohan dan pembinaan baru, itu saja Dato’ Speaker, terima kasih

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, sila Yang Berhormat Kebun Bunga.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Dato’ Speaker, ada sedikit sebanyak tambahan dan penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Datok Keramat yang prihatin tentang PPR Padang Tembak cuma satu yang saya nak tanya tadi saya pun difahamkan lebih daripada RM50 juta telah dibelanjakan untuk tujuan penyelenggaraan PPR Padang Tembak. Cuma mengapa begitu banyak wang telah dibelanjakan tapi sampai sekarang ini pelbagai masalah penyelenggaraan masih berlaku ini satu dan kedua saya nak tanya sama ada, ada satu timeline had masa untuk Urban Regeneration ini dilaksanakan untuk PPR Padang Tembak. Yang ketiga ialah pernah ada satu International Design Contest yang pernah diadakan sejak Penggal Pertama Kerajaan baru mengambil alih dan itu design semua concept dah ada dan lagi satu ialah berkenaan

dengan relokasi tanah sebab tadi Yang Berhormat Datok Keramat ada sebut kerana Padang Tembak melibatkan 9 blok dan 9 blok ini memerlukan tanah yang besar. Kalau tak silap saya pernah ada satu cadangan yang pernah dicadangkan oleh pemerintah yang lepas bahawa kalau boleh PPR itu dipindahkan ke lokasi iaitu tanah FRU. So ini semua yang mungkin kita boleh pertimbangkanlah dan lagi satu ialah kerana PPR Padang Tembak telah lama dibina sejak 52 tahun yang lepas, kalau tak silap saya di negara Korea kalau satu bangunan melebihi 40 tahun tetap akan diroboh dan pampasan akan diberikan mengikut current market price in Korea this is the position Dato’ Speaker. Sama ada Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mempertimbangkan polisi yang sebegitu juga, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Thank you so much Yang Berhormat, sememangnya saya mula dengan contoh Korea tak perlu pergi ke Korea juga kita perlu pergi ke Singapura sudah ada undang-undang yang memerlukan kalau satu bangunan di situ sudah 30 tahun perlu ada satu audit bangunan itu untuk melihat dia punya struktur masih selamat atau tidak and then from that we thought there will suggest whether there should be regeneration dan di Singapura mereka ada Kementerian Pembaharuan Semula not just one Jawatankuasa di Bawah Lembaga so that’s how serious they look at it because there is high risers so they have ada banyak projek di situ banyak skim di situ yang telah dibuat pembaharuan semula sememangnya itu lah apa yang kita nak lihat.

Di Malaysia, the problem is kita tak ada satu peruntukan undang-undang yang membenarkan kita membuat sedemikian rupa. Let say if Padang Tembak or we give you Mahsuri for example the 300 there 299 agreed, if in Singapore there don’t have to get 299 to agree also 70% agree they can move in, the 30% they acquire buat pengambilan balik. So we don’t have that luxury here so that is why Mahsuri seems to be a clean project to start because there is at the site, of each lot an empty lot, so when the people see that then I’m sure most will come forward and then we can move forward to demolish and build where they are existing now. Di Padang Tembak the problem is kita tak ada tanah itu but as you have said first of all, we have design competition, yes we are aware of that sudah beberapa tahun dah actually so we are looking there, it is still on the table, but we have to read the people find out what is the position is now, number one. Number two, we have to look at tanah lapang just so that we can use model Mahsuri like I said just now, easier and in fact there is one or two I identified and we are discussing there is a a PBA Quarters there, so we are discussing, there is also kilang there, I think DNE or something DNP, we are looking as well see how we can accommodate the move because Padang Tembak is the biggest of the 5 in Penang and I think your first question was in relation to the 51 millions. Ini adalah bukan dalam tempoh masa sekarang saja, as you said it is 50 over years old project 9 block some more so it’s over time inilah lajer yang kita ada berapa yang kita telah belanja untuk semua jenis penyelenggaraan di situ the most expensive was recent structurer modification we have do to the 2 block, I think all of us aware we are going to move to others 7 as well in fact there is are budget ¾ and on top of that the lift problem. Lif adalah satu penyelenggaraan yang mengambil bajet yang terbanyak so itulah jawapan saya. Thank you.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Dato’ Speaker, sedikit saja,..

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih....(gangguan) Sudah pun tanya 4 hingga 5 soalan tambahan.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Ya. tapi tadi Yang Berhormat Datok Keramat bagi satu interesting point yang saya cuma nak tambah sikit. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, cuma satu Yang Berhormat Datok Keramat tadi ada sebut tentang kekangan tadi Yang Berhormat bagitau bahawa dekat Singapura ada undang-undang yang agak jelas tak perlu 100% penduduk atau pemilik kondo atau apartment itu setuju untuk rebuild tapi di Pulau Pinang Malaysia belum ada. Okey, soalan saya ialah bolehkah Kerajaan Negeri at least let this pass Enakmen on this and we just be the first one pilot on this. Terima kasih.

Saya boleh jawab ini bukan satu perkara pertama saya sudah bincang dengan tiga (3) Menteri Perumahan atas isu perundangan ini minta mereka buat pindaan kepada undang-undang yang wujud kerana perlu kepada undang-undang yang wujud seperti Akta HakMilik Tanah Strata dan Kanun Tanah Negara this two that were allowed us or saya telah cadangkan pengubalan satu akta tersendiri untuk pembaharuan semula like Singapore unfortunately dengan ada turnover Minister yang begitu tinggi, saya nak bincanglah dengan yang keempat sekarang Datuk Reezal maybe Dato Yusoff boleh minta dia ada satu perbincangan untuk follow up. thank you very much.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, Yang Berhormat Pulau Betong sila.

Haji Mohd Tuah bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri soalan saya no. 5 No. 5. Kemudahan jaringan internet amat penting untuk pelajar (PdPR) dan dewasa kerja di rumah (online meeting). Ini menjadi masalah utama di kawasan luar bandar seperti di Balik Pulau kerana capaian jaringan internet amat lambat. (a) Apakah syor Kerajaan Negeri untuk mengatasinya?

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

No. 32. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Bekerja dari Rumah (BDR) dan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) merupakan norma baharu dalam kehidupan sekarang. Kebanyakan rakyat mengalami masalah rangkaian Internet yang lemah di kawasan perumahan. (a) Apakah usaha dan penyelesaian yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi cabaran/masalah ini bagi memperluaskan rangkaian dan meningkatkan kelajuan Internet demi kebajikan rakyat negeri?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri izinkan saya menjawab soalan no. 5 bersekali dengan soalan 32 kerana kedua-duanya adalah berkaitan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih. Yang Berhormat Pulau Betong bertanya mengenai masalah jaringan internet untuk PdPR secara umumnya Yang Berhormat bagi memperluaskan rangkaian dan memastikan liputan internet yang baik bagi seluruh Negeri Pulau Pinang Kerajaan Negeri bersama-sama dengan 9 syarikat NSP ataupun Network Service Provider iaitu Celcom, Maxis, Digi, Umobile, TM, Time, YTL, Vibi dan Halo Technology telah merangka secara bersama satu Pelan Kesalinghubungan Negeri Pulau Pinang ataupun yang kita memanggil Penang Connectivity Master Plan (PCMP) selaras dengan aspirasi negara iaitu melalui Perancangan Jendela ataupun Jalinan Digital Negara. Strategi pelaksanaan PCMP ini merangkumi aspek penggunaan infrakstruktur telekomunikasi, pengurusan tadbir urus yang lebih cekap dan peningkatan kesedaran awam mengenai pengunaan infrastruktur telekomunikasi dan melalui PCMP ini kita mempunyai beberapa KPI antaranya adalah 100% ketersediaan kelajuan gigabyte di Ibu Negeri dan kawasan berimpak tinggi, 50% premis di kawasan berimpak rendah tersedia dengan capaian sehingga 500 mbps menjelang tahun 2025, ketersediaan 100% rangkaian Gentian Fiber Optik di sekolah, hospital, perpustakaan, Balai Polis dan Pejabat Pos menjelang 2025, kelajuan purata jalur-lebar mudah-alih 50mbps di 100% kawasan berpenduduk menjelang tahun 2025, drop call rate kurang daripada 3% dan call set up successful rate sama atau melebihi 95% di kawasan Green Connector di Pulau Pinang dan juga untuk mencapai KPI-KPI yang telah ditetapkan, Kerajaan Negeri telah pun memperkenalkan beberapa kaedah fiberisasi yang baru, contohnya FTTL, Fiber To The Longkang iaitu kita melakukan fiberisasi melalui jejaran longkang ataupun menggunakan aerial fabrication iaitu dengan menggunakan tiang. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga membantu memudah carakan permit dan sebagainya bagi syarikat-syarikat telekomunikasi untuk menyediakan dan membangunkan infrastruktur telekomunikasi tersebut. Kerajaan Negeri juga telah mengkaji semula garis panduan pembinaan menara telekomunikasi, mewujudkan garis panduan Smart Street Pole yang bakal dilaksanakan di Negeri Pulau Pinang. Mewujudkan juga garis panduan perabut Jalan Negeri Pulau Pinang dan banyak lagi termasuk Program Corporal Replacement ataupun penggantian infrastruktur corporal kepada gentian optic supaya kita boleh mencapailah jalur lebar yang yang lebih laju. Bagi kawasan Balik Pulau secara khusus, Balik Pulau telah dikenal pasti sebagai kawasan underserved area dengan kadar penembusan jalur lebar mudah alih adalah sebanyak 80.79%. Setakat ini sebanyak 973 buah premis di kawasan Balik Pulau telah diliputi dengan jajaran Internet jalur lebar talian tetap ataupun Fit Broadband dan sebanyak 37 buah stesen pemancar telah dinaik taraf untuk menampung keperluan dan permintaan penduduk tempatan. Melalui perancangan di bawah jendela dan PCMP sebanyak 1,676 buah premis di kawasan Balik Pulau akan diliputi dengan Internet jalur lebar talian tetap manakala bagi Internet jalur lebar mudah alih ataupun mobile broadband terdapat perancangan sebuah struktur telekomunikasi baru akan dibina di kawasan tersebut. Kerajaan Negeri dengan kerjasama semua stakeholders termaksud PBT, JKR, MCMC akan terus memantau keperluan menambah baik liputan telekomunikasi yang disediakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi supaya kita boleh mengurangkan jurang digital dalam kalangan masyarakat selaras dengan penggunaan digital dan pelaksanaan inisiatif online seperti PdPR, Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah, Inisiatif Tanpa Tunai dan Work From Home, bekerja dari rumah. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya nak tanya kepada EXCO tentang Penang Free Wifi yang sebelum ini memang kita ada menawarkan free Wifi kepada penduduk di Pulau Pinang dan saya difahamkan dalam jawapan bertulis No.12 saya dan saya dikatakan Penang Free WiFi telah dihentikan dan sudah ada request for proposal dua (2) kali tapi dua (2) kali pun tidak mendapat mana-mana pembida yang layak. Boleh terang lebih lanjut tentang perkara ini dan adakah Kerajaan Negeri juga akan teruskan membekalkan, menyediakan kemudahan free WiFi kepada kawasan-kawasan di kampung-kampung yang tidak ada akses kepada internet?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti Yang Berhormat semua sedia maklum, Projek Penang Free WiFi dahulu, Kerajaan Negeri telah memberhentikan disebabkan beberapa sebab antaranya adalah kos yang dibayar oleh Kerajaan Negeri dan kemudian kita lihat daripada value for money sebab kita mendapat banyak aduan. Keputusan untuk membuktikan telah dibuat setelah mendapat maklum balas. Kita telah menjalankan survey, pengguna-pengguna Penang Free Wifi dan mendapati secara keseluruhan terdapat banyak sangat aduan mengenai kelajuan dan sebagainya yang tidak dapat diselesaikan oleh syarikat penyedia pada waktu tu dan untuk kos yang dibayar memang tak berbaloi dari segi pulangan hasil. Oleh itu Kerajaan Negeri telah melakukan RFP sebanyak dua (2) kali untuk mencari syarikat penyedia yang baru. Namun demikian tidak ada sambutan sangat syarikat-syarikat tidak dapat memenuhi keperluan yang kita tetapkan. Namun begitu, Kerajaan Negeri telah sebab pada waktu itu konsep Smart Street Pole telah mula masuk dan oleh itu pendirian yang kita ambil adalah untuk menggantikan Penang Free WiFi dengan pembinaan Smart Street Pole di kawasan-kawasan yang mungkin kawasan awam di pasar ataupun sekolah dan sebagainya yang di mana kita boleh memasang WiFi di Smart Street Pole tersebut. Namun begitu projek Smart Street Pole memang telah mengalami kelewatan akibat PKP yang sebenarnya kita telah buat pilot projek dan sebagainya semuanya delay sebab pada waktu, sepatutnya dibuat pada tahun lepas dan semua syarikat pun mengalami kelewatan dalam melaksanakannya dan baru sahaja dilaksanakan beberapa perintis pada tahun ni dan Kerajaan Negeri pun telah mengambil keputusan untuk teruskan dengan projek tersebut jadi the next RFP will be on Smart Street Pole. Sekarang ni Bahagian Kerajaan Tempatan sedang merangkakan RFP tersebut mungkin dengan kerjasama PBT, kedua-dua PBT mungkin kita akan buat secara daerah, kita tak nak buat satu monopoli lah kita nak buka RFP bagi syarikat-syarikat yang berminat untuk masuk buat Smart Street Pole dan untuk kawasan-kawasan yang tertentu yang mungkin boleh di cadangkan oleh ADUN sendiri kita boleh letak Free WiFi di kawasan tersebut pada Smart Street Pole yang dibinalah, Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Silakan soalan enam (6) Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan 6. No. 6. Sejauh manakah climate resilient bagi Negeri Pulau Pinang berdepan dengan bencana alam serta cuaca ekstrem?

(a) Terangkan secara terperinci tentang persiapan kerajaan bersiap siaga terhadap musim hujan tengkujuh serta kemarau. (b) Sejauh manakah keberkesanan projek-projek tebatan banjir dalam menangani masalah banjir khasnya di kawasan kampung yang tidak mempunyai sistem saliran yang sistematik?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Machang Bubuk. Yang bertanya mengenai perancangan untuk menghadapi musim tengkujuh dan sebagainya. Yang Berhormat perancangan dan penyediaan cadangan rekabentuk bagi projek-projek tebatan banjir dalam peringkat rekabentuk akan mengambil kira keperluan climate change factor ini untuk menjawap soalan mengenai climate resilience. Sememangnya JPS akan mengambil kira climate change factor dan impaknya sebelum pelaksanaan projek. JPS Negeri Pulau Pinang, untuk soalan (A) telah melaksanakan perolehan bagi pembelian tiga (3) buah pam bergerak mobile pump dengan menggunakan peruntukan caruman perparitan negeri pada tahun 2020. Ini adalah tambahan kepada 12 buah pam bergerak yang sedia ada. Jadi maksudnya kita akan ada sebanyak 15 pam bergerak bagi seluruh Negeri Pulau Pinang maka ia bersamaan dengan tiga (3) pam bergerak untuk setiap daerah. Setiap kelima-lima daerah akan mempunyai tiga (3) pam setiap daerah. Ini untuk membantu dalam keadaan kecemasan sekiranya pam bergerak diperlukan. Selain daripada pam-pam ini, kerja-kerja penyenggaraan seperti pembersihan dan pengorekan kelodak dan sebagainya di sungai dan Parit Monsun sentiasa dilaksanakan juga, Yang Berhormat. Keberkesanan untuk soalan (B), projek-projek tebatan banjir dalam menangani masalah banjir, khasnya di kawasan kampung yang tidak mempunyai sistem saliran yang sistematik dilaksanakan melalui dua (2) kaedah, yang pertama melalui projek berskala besar saya bagi contoh macam Projek Tebatan Banjir Parit Empat yang secara tidak langsung akan membantu kawasan perkampungan di sekelilingnya termasuk Kampung Dock dan Kampung Nenas di Lembangan Parit Empat dan juga di Borrowpit Sungai Juru. Manakala Projek Tebatan Banjir di kawasan Mak Mandin telah menurunkan risiko dan kekerapan banjir dikawasan di kawasan penempatan yang mempunyai sistem saliran yang lama. Kaedah kedua adalah di luar kawasan projek-projek Tebatan Banjir iaitu kita akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem peparitan melalui permohonan daripada Pejabat Daerah masing-masing. Sebenarnya banyak juga projek yang kita buat khususnya di kawasan SPT yang di mana Pejabat Daerah SPT akan membuat permohonan kepada MMK Tebatan Banjir. Yang Berhormat sendiri seorang ahli dalam jawatankuasa tersebut dan kita akan melaksanakan projek-projek tersebut lah, dia secara ad hoc sebenarnya untuk kawasan kampung.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima Kasih saya ingin, silakan Sungai Acheh.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Yang Berhormat Speaker, soalan saya No. 7. No. 7. Apakah projek Jambatan Tanjong Berembang telah disiapkan sepenuhnya oleh kontraktor Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)? (a) Jika telah siap, adakah telah diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR)?

(b) Jika belum, apakah sebab proses kelewatan ini berlaku serta tindakan kepada kontraktor tersebut?

Yang di-Pertua (Speaker)

Sekali lagi, Tanjong Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dato’ Speaker tengah cari. Okey, banyak sangat. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga Yang Berhormat Sungai Acheh. Soalan mengenai Jambatan Tanjung Berembang. Projek Jambatan Tanjung Berembang ini adalah projek yang dilaksanakan oleh PDC dan menurut maklumat yang diperolehi daripada PDC projek tersebut telah disiapkan sepenuhnya oleh kontraktor dan telah pun dibuka kepada pengguna awam bermula 1 Mei 2021. Dokumen penyerahan jambatan seperti as build drawing dan sebagainya telah pun diserahkan kepada pihak PDC, daripada pihak PDC kepada pihak JKR pada 19 Julai 2021 dan pihak JKR sedang dalam proses penyemakan dokumen-dokumen tersebut dan dijangka akan mengatur pemeriksaan tapak pada waktu terdekat. Maksudnya sudah siap tapi belum buat penyerahan lagilah jadi nak buat penyerahan tu perlu ada pengesahan proses audit kriteria penerimaan jalan. Jadi itu antara PDC dengan JKR dijangka diselesaikan pada bulan September ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Terima kasih kepada Tanjong Bunga atas jawapan tersebut. Saya nak bangkitkan perkara yang berkaitan dengan jambatan tersebut. Apabila sepatutnya dijangka tempoh waktu siap tu pada beberapa tahun yang lepas tetapi tidak disiapkan bahkan setiap kali Mesyuarat Tindakan Daerah saya rasa masa tu Jawi pun ada, apa nama Tambun pun ada, sentiasa diberikan injakan tarikh untuk disiapkan sehinggakan pegawai PDC waktu pun keluar daripada mesyuarat. Cuma soalan tambahan saya, adakah Kerajaan Negeri bercadang apabila situasi kontraktor-kontraktor seperti ini akan disenaraihitam apabila kelewatan bahkan bukan satu projek ni tapi saya rasa ada projek lain juga yang melibatkan syarikat ini, bukan setakat syarikat tetapi semua Lembaga Pengarah syarikat tersebut, tu yang pertama. Yang kedua laluan tersebut daripada jambatan turun jambatan tu sehingga ke exit keluar Jalan Sungai Acheh keadaan dia gelap. Apakah selepas ni akan ada satu penambahan ataupun memang ada cadangan untuk menambahkan pencahayaan di kawasan tersebut sehingga di simpang keluar jalan tersebut? Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ambil maklum mengenai keadaan gelap di laluan keluar sehingga exit dan saya akan bincang dengan pihak PDC dan juga JKR mengenai bagaimana kita boleh buat pencahayaan di kawasan tersebut. Berkenaan dengan syarikat ataupun kontraktor yang terlibat bukan sahaja di projek ini lah, di mana-mana projek sememangnya Kerajaan Negeri akan mengambil kira. Sekiranya kelewatan adalah berpunca daripada kelewatan kontraktor sendiri yang tidak mungkin delay yang sebenarnya tidak patut lah sudah tentu tindakan seperti senarai hitam akan dilakukan dan telah dilakukan ke atas beberapa kontraktor dan bukan sahaja syarikat. Saya selalu maklum kepada JKR juga dan PDC bila penyenaraianhitaman dilakukan ini bukan sahaja ke atas syarikat dan sebab kita kena cari pengarah-pengarah dan juga share holder sebab kita maklum yang seorang tu boleh buka empat lima (5) syarikat semua dapat lesen semua dapat status G7 dan sebagainya dan satu dia gagal, dia akan cuba yang lain jadi kita perlu prihatin jugalah perkara ni memang saya telah highlight beberapa kali kepada JKR juga. Terima kasih, Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sila, Air Itam.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya soalan nombor 8. No. 8. Kes pengangguran terutama golongan belia semakin meningkat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan kehilangan kerja dan perniagaan mereka tidak dapat dijalankan. (a) Apakah usaha/bantuan Kerajaan Negeri untuk membantu golongan belia tersebut untuk kemasukan semula dalam pekerjaan dan memulih perniagaan mereka selepas pandemik ini selain daripada hanya membekalkan latihan sahaja?

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih, Dato’ Speaker, terima kasih Air Itam. Saya jawab soalan nombor 8. Usaha Kerajaan Negeri dalam membantu golongan belia yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan dan membantu memulihkan perniagaan mereka adalah melalui usaha berterusan oleh Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) di bawah MMK Belia dan Sukan di mana PYDC telah mengambil inisiatif menganjurkan beberapa program untuk menangani masalah pengangguran golongan belia akibat pandemik COVID-19. Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah seperti berikut: (a)

We Want You

Program ini merupakan pelantar atau platform (dengan izin) kerjaya yang dilancarkan pada tahun 2020 oleh YAB. Ketua Menteri kita untuk menandingi bakat yang diperlukan oleh majikan dan yang paling penting, mengurangkan kadar pengangguran belia di Pulau Pinang. Setakat ini terdapat 376 majikan mendaftar dalam pelantar ini dan mengiklankan sebanyak 508 peluang pekerjaan. Seramai 875 pemohon yang telah mendaftar sebagai pengguna di pelantar ini. (b) Virtual Career Fair 2021 yang bertema Explore, Connect and Get Hired Program ini telah diadakan pada 26 hingga 29 Ogos di mana ia dianjurkan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Big Domain bertujuan untuk menjadi medium antara majikan dan belia yang kehilangan pekerjaan. Selain itu, program ini juga akan menawarkan beberapa aktiviti tambahan untuk menyediakan para belia ke arah alam pekerjaan seperti Career Assessment & Counseling, Live Industrial Talks, Career Readiness Workshop dan Live Interview bersama majikan. Setakat 23 Ogos 2021, terdapat 83 majikan yang telah mendaftar dalam pameran kerjaya ini untuk merekrut pekerja daripada pelbagai bidang dan kepakaran seperti pencari kerja, fresh graduate dan pelajar yang menjalani latihan industri. Jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan yang berdaftar adalah sebanyak 7000 pekerjaan. Setakat ini terdapat lebih kurang 1,167 pemohon yang telah mendaftar dalam kerjaya maya ini. (c) Career Readiness Program (April dan Ogos) Program ini dianjurkan supaya para belia dapat menguasai dan menyedari tentang kepentingan serta pendedahan awal mengenai alam pekerjaan. Program ini mampu

mempertingkatkan kemahiran kerjaya demi membantu mereka untuk berjaya dalam meraih pekerjaan yang dimohon dan seterusnya membantu mengurangkan pengangguran. Butiran program adalah seperti berikut: KETETAPAN PELAKSANAAN PERINCIAN PROGRAM BILANGAN PESERTA Pada 10 April setiap tahun i. Innovative and Resilient Mindset; • (ii) Resume Clinic; iii. Personal Image and Branding; dan iv. Interview Simulation 43 orang Pada 21 dan 22 Ogos setiap tahun

i. Innovative and Resilient Mindset; • (ii) Personal Branding & Grooming; iii. What Employers Are Looking For?; dan iv. Resume Writing & Interview Skills. 125 orang JUMLAH KESELURUHAN PESERTA 168. ang

(d) Penang Young Digital Talent Programme Program ini merupakan satu program pensijilan yang akan melayakkan para belia menerima sijil yang diperakui oleh Kerajaan Negeri dan pihak industri. Program ini akan menawarkan modul teras dan modul kemahiran insaniah kepada peserta di mana mod pembelajaran ilmu dan kemahiran ini adalah dijalankan secara teori. Selain itu, para peserta juga perlu menjalani 80 jam sesi praktikal untuk memastikan mereka mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari. Dengan corak pembelajaran sebegini, para peserta akan menerima pendedahan yang lebih menyeluruh serta lebih efektif dalam meningkatkan pembangunan mereka khususnya dalam kursus yang diminati. Tempoh Kursus Bilangan peserta Suku tahun pertama Kursus Key Opinion Leader 21 orang Kursus Digital Marketing 24 orang Kursus e-Commerce 25 orang

Kursus Web Design 26 orang JUMLAH PESERTA 96 orang Suku tahun kedua

Kursus Digital Marketing 44 orang Kursus e-Commerce 20 orang Kursus Web Design 35 orang Kursus Basic Graphic Design 23 orang JUMLAH PESERTA 122 orang JUMLAH KESELURUHAN PESERTA 218 orang

Program anjuran PYDC telah berjaya membantu para belia kita berjaya dalam bidang yang diceburi misalnya seorang peserta telah berjaya meningkatkan pendapatan perniagaan keluarganya sebanyak 30 peratus walaupun dalam masa pandemik COVID-19 ini setelah menyertai kursus Key Opinion Leader dan e-Dagang. Beliau telah mempraktikkan apa yang dipelajari daripada kursus-kursus yang ditawarkan oleh PYDC untuk menguruskan laman web, Youtube dan Facebook Marketing untuk perniagaannya. Langkah ini telah berjaya meningkatkan pendapatan keluarganya.

(e) Digitalise Penang for Youth Program ini bertujuan untuk merancakkan pembangunan serta transformasi digital dalam kalangan belia. Program ini menawarkan peluang kepada pelajar dari seluruh Malaysia yang berumur dari 15 hingga 35 tahun untuk mempelajari menggunakan Web Hosting atau Virtual Private Server (VPS) secara percuma selama satu (1) tahun yang ditaja sepenuhnya oleh Exabytes Sdn Bhd. Ini akan memanfaatkan anak-anak muda terutamanya yang bukan berlatarbelakangkan pendidikan dalam bidang teknologi informasi dan seumpamanya. Para peserta yang layak boleh menggunakan platform ini sebaik mungkin sama ada untuk tujuan peribadi ataupun perniagaan dan sekali gus memastikan para belia kita tidak ketinggalan dalam zaman teknologi informasi yang semakin canggih ini. Exabytes menaja sebanyak 1,000 orang belia dan setakat hari ini PYDC mempunyai 123 peserta yang layak mendapat penajaan ini.

Kursus-kursus yang dilakukan di bawah program ini adalah seperti berikut: (i) Website Know-How 1: Domain, Hosting & VPS; (ii) Website Know-How 2: Wordpress; dan (iii) Website Know-How 3: Website Maintenance

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, jawapan berapa lama lagi? Bukan sedang gulung ya. Jawapan yang tepat dan padat.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Kisah Usahawan Belia (TOE); PYDC menyediakan platform kepada usahawan belia untuk mempromosikan perniagaan mereka dengan berkongsi kisah keusahawanan mereka. Sekiranya terdapat belia yang baharu menceburi bidang perniagaan setelah mengalami pengangguran, maka mereka boleh menyertai program ini. Setakat Julai 2021, terdapat seramai 30 orang usahawan belia perniagaan kecil telah berkongsi kisah kejayaan mereka. Program ini telah menerima maklum balas positif daripada usahawan belia dengan menyatakan bahawa inisiatif ini mampu membantu mereka untuk mempromosikan perniagaan mereka. Selain berkongsi kisah kejayaan mereka, usahawan belia ini turut dijemput untuk menyertai bengkel-bengkel yang bakal dianjurkan pada bulan September secara percuma untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam mengusahakan perniagaan mereka.

g. Program Reskilling, Upskilling & New Skilling: PYDC Essential Skills Programme PYDC ingin memantapkan pelbagai nilai insaniah termasuk komunikasi yang berkesan dan kemampuan untuk bekerja dalam pasukan dan memupuk daya fikir kritikal, daya penyelesaikan masalah, kepimpinan, berpidato serta kemihiran sosial agar diapliksikan dalam kerjaya mereka dengan lebih efisien. Program ini menawarkan sebanyak 16 modul untuk meningkatkan kebolehpasaran golongan belia termasuk mereka yang sedang menganggur. Ini boleh membantu golongan belia yang terjejas untuk dilatih sebagai seorang yang bernas dan mempunyai daya kebolehpasaran yang tinggi dan mempunyai kemampuan yang dikehendaki oleh majikan. Antara modul-modul yang ditawarkan adalah: TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM-PROGRAM Suku tahun pertama

i. Personal Profile Building dan Job Hunting; ii. Self-leadership for personal success; iii. Personal Branding and Grooming; iv. Communication and interpersonal skills; v. Effective Time management; vi. Managing Job and Workshop Stress; • vii. Professional Writing Skills; dan viii. Selling Through the Language of the Mind. Suku tahun kedua

i. The art of self-coaching; ii. Personal financial planning; iii. Innovative & resilient mindset; iv. Public speaking: essential ingredient in personality development; v. Develop amazing social skills;

vi. Crisis leadership; dan • vii. Managing transition effectively; dan viii. Critical thinking & effective problem-solving.

Modul-modul ini berjaya memanfaatkan 1,701 orang orang belia daripada pelbagai lapisan masyarakat. Sebagai daripada itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui InvestPenang juga secara berterusan membantu mewujudkan peluang pekerjaan baharu dengan mengambil langkah-langkah seperti berikut: i. Memberi khidmat fasilitasi kepada pelabur-pelabur baharu dalam pelaksanaan projek agar peluang pekerjaan dapat diwujudkan secara berterusan; ii. InvestPenang secara konsisten menggalakkan syarikat multinasional untuk melokalisasikan rantaian bekalan (supply chain) dan memberi perkhidmatan fasilitasi dalam business matching yang mana secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada perniagaan tempatan; iii. Kerjasama berterusan di antara InvestPenang dengan agensi-agensi lain untuk meneruskan usaha mempromosi/menarik pelaburan, sama ada daripada pelabur baharu ataupun penambahan pelaburan dari pelabur sedia ada, di samping membantu pembangunan industri kecil sederhana tempatan. Ini membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan bagi penempatan pekerjaan oleh pelabur baharu atau pelabur sedia ada yang mengembangkan operasi;dan iv. Usaha juga dipertingkatkan untuk mempelbagaikan pelaburan seperti daripada sektor Perkhidmatan Perniagaan Dunia (GBS) supaya menambahkan peluang pekerjaan dalam bidang kewangan, IT, seni kreatif, perisian dan sumber manusia yang bernilai tinggi.

Sebagai tambahan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Penang CAT Centre juga terus memainkan peranannya untuk meningkatkan pertumbuhan sumber manusia melalui kempen "My Penang, My Workplace" yang bertujuan untuk membantu golongan yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Selain itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah meluluskan satu cadangan berkenaan dengan Pelaksanaan SKIM Pinjaman Kelangsungan Perniagaan (SKIM PEKA 3.0) dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini yang dipegang portfolio oleh YB. Dato’ Halim. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan implikasi kewangan berjumlah RM5 juta untuk melaksanakan Skim PEKA PKS. Skim ini adalah bertujuan untuk menyediakan pinjaman modal pusingan secara cepat kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat PKP demi kelangsungan perniagaan selepas tempoh kesukaran ini. Di bawah Skim PEKA PKS ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bersetuju untuk memperuntukan sebanyak 30% peruntukan kepada usahawan mikro, kecil dan sederhana yang berusia 40 tahun dan ke bawah untuk memulih perniagaan mereka selepas pandemik. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberikan amanah kepada pihak PDC untuk menjalankan urusan yang berkenaan. Maklumat yang lebih lanjut akan diumumkan pada masa yang terdekat oleh YB. Batu Maung.

Berdasarkan usaha-usaha yang telah dinyatakan seperti di atas, peluang pekerjaan secara langsung akan terhasil dan ini membuka peluang yang luas kepada mereka yang kehilangan pekerjaan, khususnya golongan belia tempatan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Seterusnya, saya persilakan Batu Uban.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya Nombor 9. No. 9. Sila nyatakan jumlah pelaburan yang diterima oleh Pulau Pinang dalam tempoh enam (6) bulan pertama tahun ini. (a) Apakah sektor yang mencatatkan pelaburan yang positif dan berikan jumlah pelaburan yang diterima oleh sektor tersebut? (b) Apakah insentif yang disediakan Kerajaan Negeri untuk menarik pelaburan langsung asing dan pelaburan langsung domestik kePulau Pinang?

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Batu Uban yang telah mengajukan soalan. (A) Bagi bulan Januari hingga Mac 2021, Pulau Pinang mencatatkan jumlah pelaburan pembuatan sebanyak RM1.083 bilion dengan perincian seperti berikut: Industri pembuatan (Subsektor) Jumlah Pelaburan Pembuatan (RM) Sumbangan kepada jumlah keseluruhan (%) Produk Logam Fabrikasi (Fabricated Metal Products) 433.174 Juta 40% Mesin & Peralatan 226.001 Juta 21% Elektrik & Elektronik 163.014 Juta 15% Lain-lain 260.855 Juta 24% JUMLAH 1.083 bilion 100% Sumber: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Prestasi pelaburan untuk bulan April hingga Jun 2021 masih belum diumumkan oleh MIDA. (B) Antara insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk menarik pelaburan langsung asing dan pelaburan langsung domestik ke Pulau Pinang adalah seperti berikut: (I) Memberikan diskaun sebanyak 10% kepada pembelian tanah industri milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk sebarang pelaburan

bernilai RM1 bilion dan ke atas. Kerajaan Negeri, melalui InvestPenang, memberi pelbagai fasilitasi untuk pelabur-pelabur merangkumi perkara-perkara berikut: (i) InvestPenang sebagai pusat sumber dan tempat rujukan bagi pelabur dalam sektor pembuatan dan Perkhidmatan Perniagaan Global (Global Business Services, GBS); (ii) Memberi maklumat mengenai peluang perniagaan di Pulau Pinang; (iii) Membantu pelabur dalam proses due diligence; dan (iv) Fasilitasi pelaksanaan projek di Pulau Pinang. Selain itu, insentif kewangan atau pengecualian cukai hanya diberikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui agensi MIDA atau lain-lain agensi seperti MCR.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sila, Batu Uban.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih, Batu Maung. Soalan tambahan saya, bolehkah YB. Batu Maung memberikan senarai pelabur utama FDI dan DDI yang dimaksudkan tadi. Dan yang kedua, bagaimana pula dengan insentif agensi Kerajaan Pusat seperti MIDA dan juga MCR. Terima kasih.

Terima kasih Batu Uban. Untuk suku pertama 2021, antara pelabur utama Foreign Direct Investment ialah untuk tempoh suku tahun pertama tahun ini ialah Engineering Sdn. Bhd. daripada Amerika Syarikat, Industry Fabricated Metal Products, Broker Malaysia Sdn. Bhd., Industry Machinery Dan Equipment, daripada Switzerland, DYD Electronic (M) Sdn. Bhd., Electrical & Electronic, Hong Kong, Dolphin Manufacturing Solution Sdn. Bhd. Industry Transport Equipment daripada Singapura, Nihao Medical Malaysia Sdn Bhd (scientific and measuring equipment) daripada China. Untuk pelaburan DDI dalam negeri, CG Solution Enterprise Sdn Bhd. Industries (fabricated medicated products). Geo Glamers Sdn Bhd. (Chemical products), Gratag Medicated Malaysia Sdn Bhd (fabricated medical product). GUH Circuit Industries Penang Sdn Bhd (electrical and electronics) dan juga Paradigm Metal Industries Sdn Bhd. (machineries and equipment). Saya mengambil list lima (5) yang utama untuk industri FDI dan juga DDI. Untuk MIDA sebagai agensi Pusat yang menilai dan meluluskan projek, senarai insentif itu dan juga NCER, senarai insentif ini akan saya senaraikan dan berikan jawapan sebelum Sidang Dewan ini, list itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Seterusnya persilakan Bagan Dalam.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 10. No. 10. Bagaimanakah pelaksanaan darurat dari 12 Januari sehingga 1 Ogos 2021 telah membantu ataupun menggendalakan pengurusan dan operasi Kerajaan Negeri?

(a) Adakah darurat yang dicadangkan Kerajaan Persekutuan itu telah berjaya membasmi penularan COVID-19 di Pulau Pinang ataupun hanya bertujuan politik semata-mata?

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Terima kasih Speaker, terima kasih kepada Bagan Dalam di atas soalan ini. Saya rasa saya tidak akan baca soalan sebab jawapan di sini disediakan, saya tak faham. Cuma ni ada satu soalan, dua (2) bahagian, sama ada darurat dari 12 Januari hingga 1 Ogos membantu Kerajaan Negeri. Jawapan ini mudah, ‘Tidak’. Kedua, adakah darurat yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan ini berjaya memastikan penurunan COVID-19, jawapan ini, ‘Tidak’. Jadi darurat ini masih ada, belum dibatalkan oleh Parlimen. Akan dibuat dalam sesi bulan September lah, saya ingatlah. So jadi kalau darurat ini tidak membantu pembasmian COVID-19, kenapa darurat ini perlu diwujud? Saya rasa itu memang ternyata, darurat adalah untuk selamatkan Kerajaan Muhyiddin. Percubaan beliau untuk mengadakan darurat COVID-19 ini telah ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong oleh kali yang pertama. Kali yang kedua, dia berjaya untuk mewujudkan darurat. Dia juga cuba kali yang ketiga tapi ditolak. So, jadi pandangan saya bahawa penurunan COVID-19 ini tidak kena mengena dengan darurat. Darurat is means to save a failing regime. So I think, saudara Bagan Dalam pun taulah kenapa tanya sama saya. Okey, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, terima kasih Perai.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Soalan tambahan Dato’ Speaker. Okey. Soalan saya adalah senang sebab kita lihat COVID-19 ini semakin teruk. Penularannya semakin teruk di negara kita di mana saya ada nampak sendiri di mana kes-kes kategori 5, hospital sedang memberitahu keluarga mereka, mereka terpaksa menutup ventilator untuk diberikan peluang kepada orang yang ada chance of survival yang lebih. Kalau dia orang tua yang ada komorbiditi, mereka kata dia sudah masuk stage, they can’t help you anymore, so we have to go off the machine and support some others. So saya nak tanya di sini kalau Kerajaan Negeri bersetuju bahawa pelaksanaan darurat ini adalah satu wasted opportunity untuk Kerajaan Persekutuan yang sebelum ini, yang sama jugalah Kerajaan 69 ini untuk mempersediakan sistem infrastruktur kesihatan dan sistem kesihatan kita untuk menghadapi keadaan sekarang. Di mana sepanjang pelaksanaan darurat, tiada hospital swasta yang telah diambil-alih ataupun taken over by the Federal Government, tiada hospital lapangan yang banyak. Hanya satu dua, satu di Pulau Pinang dan satu di Melaka kalau saya tak silap. Dan tiada kerahan kakitangan kesihatan secara besar-besaran dan tiada perolehan medical equipments seperti oxygen concentrator, oxygen tanks dan juga mesin ventilasi dalam jumlah yang besar. So adakah ini satu wasted opportunity? Adakah Kerajaan Negeri bersetuju kalau saya mengatakan begini?

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Perai.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Soalan panjang lebar. Ini hal COVID-19. Jawapan saya adalah ringkas. Bahawa kalau kerajaan iaitu Kerajaan Muhyiddin, pada awalnya telah mengadakan satu pentadbiran yang akan mengambil kira tentang peranan Kerajaan Negeri, peranan pentadbiran local dan

sebagainya, kemungkinan besar maka isu COVID-19 ini boleh ditawan. Tapi saya rasa, COVID-19 ini bukanlah masalah di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia. Jadi isu ini di Pulau Pinang seperti di negeri-negeri lain adalah isu vaksin. Sebab kita itulah priority di Kerajaan Negeri dan saya rasa kitapun belum dapat walaupun saya rasa mereka yang dapat dos pertama sudah meningkat sama juga dengan dos kedua, mungkin bulan September, mungkin kita boleh capai kita punya sasaran. Jadi, apabila…(gangguan).

Mohon laluan.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Nanti you dapat peluang, okey? Sorry saya sentuh you punya bidang. Tak so jadi isu ini makna kita mula saringan pun saya rasa saringan juga baik. Apabila kita ada saringan kita menyaksikan banyak kes infection dan sebagainya tapi kita tidak ada vaksin. Jadi isu ini vaksin and saya dapat baru-baru ini, kita dapat pinjaman dan juga dapat bantuan daripada Kerajaan Selangor. Itu satu yang kita terima. Jadi isu basically isu dia adalah vaksin sekarang dan kita boleh salahkan, saya pun tak mau salahkan siapa-siapa. Sudah sampai satu situation di mana kita mungkin dalam satu krisis di mana kes-kes ini telah tambah di Pulau Pinang. Jadi kes harian, hari-hari ada kes. Ada yang meninggal di rumah. Ada kes-kes yang perlu kuarantin di rumah dan sebagainya. Sebab ini telah dibincang panjang lebar oleh EXCO berkenaan, cuma menyatakan bahawa kita memang dalam satu krisis di mana kita tidak boleh harapkan kepada semata-mata Kerajaan Pusat tetapi kita mahu ambil langkah-langkah yang kita perlu diambil supaya tawan krisis yang begitu teruk sekali. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Perai. Seterusnya saya nak mempersilakan soalan daripada Seberang Jaya.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 12. No. 12. Mohon senaraikan projek infrastruktur dan kos pembinaan yang telah dirancang di dalam DUN Seberang Jaya bagi tahun 2019 hingga 2021. (a) Apakah status pelaksanaan projek tersebut?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Speaker dan Yang Berhormat Seberang Jaya. Yang Berhormat, senarai projek-projek infrastruktur yang telah dirancang beserta kos pembinaan yang melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya bagi tahun 2019 hingga 2021 mengikut pihak berkuasa masing-masing adalah seperti dalam lampiran yang akan diberi kepada Yang Berhormat, Lampiran A (JKR), Lampiran B (JPS) dan Lampiran C (PDTSPT). Semua maklumat akan ada dalam lampiranlah Yang Berhormat Speaker, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya nak minta Pengkalan Kota.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan ke-13. No.13. Skim Pemilikan Rumah (HOC). (a) Apakah inisiatif Kerajaan Negeri terhadap sektor pembangunan perumahan ketika pandemik COVID-19? (b) Senaraikan usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu pemilikan perumahan di kalangan rakyat Pulau Pinang ketika pandemik COVID-19 ini.

Terima kasih Dato’ Speaker dan kepada rakan saya daripada Pengkalan Kota atas satu soalan yang penting iaitu bagaimanakah di sektor perumahan kita dapat bantu sektor dalam pandemik COVID-19, bagaimanakah kita boleh bantu sektor perumahan. Now, Dato’ Speaker, kita sedang memantau rapi segala aspek sosial dan ekonomi akibat kesan wabak COVID-19 sejak mula 2020 lagipun. Dan dari sektor perumahan, pelbagai inisiatif langsung dan tidak langsung yang berbentuk insentif telah pun diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi merangsang aktiviti ekonomi hampir kesemua sektor termasuk sektor pembinaan dan perumahan. PKP ataupun Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan telah menyebabkan Dato’ Speaker, banyak projek pembinaan terpaksa dihentikan dan seterusnya merencatkan momentum sektor pembinaan. Selain daripada terkini juga kesan kenaikan yang lebih mendadak dari mula sampai sekarang lebih mendadak kos bahan-bahan mentah telah memberi kesan terhadap rantaian bekalan industri pembinaan di sektor perumahan. Now, permasalahan ini Dato’ Speaker, telah mendorong Kerajaan Negeri sebagai pemudahcara dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif dalam Dasar Rangsangan Sektor Hartanah dan Dasar Pemilikan Kediaman ataupun dikenali sebagai Home Ownership Campaign (HOC) yang diperkenalkan pada kali yang pertama pada Jun 2020 dan kita telah lanjutkan baru-baru ini Dato’ Speaker versi 2.0 yang pada Jun apabila akhir tahun ini kepada Jun tahun depan. Ini adalah berbanding dengan Kerajaan Pusat yang juga ada HOC tetapi mereka cuma lanjutkan untuk versi 2.0 untuk tahun ini cuma kepada akhir tahun ini tapi kita buat keputusan untuk teruskan untuk satu tahun. Sehingga kita dapat kawal ataupun dapat herd immunity wabak ini Dato’ Speaker, industri perlu merancang kesediaan persekitaran kediaman Rumah Mampu Milik yang lebih selesa, ruang yang lebih besar dengan fasiliti dan kemudahan setempat yang dapat mengupayakan komuniti sekiranya keperluan Perintah Kawalan Pergerakan diaktifkan lagi. Now dalam pandemik ini dan dalam PKP kita lihat dua (2) aspek utama dari isi household, isi rumah yang perlu kita beri perhatian iaitu kesan ekonomi, nombor satu dan juga keperluan kediaman yang selesa. So, we have to look at the spending power which has been affected drastically as a result of COVID. And where housing is concerned, we also have to assist so dalam pada itu, (dengan izin).. Dato’ Speaker, kita telah meluluskan dalam HOC kita penurunan paras maksimum harga Rumah Mampu Milik jenis C1, C2 dan C3 sebanyak 10% di Penang iaitu secara am, secara umum, untuk RMM (Rumah Mampu Milik) berkeluasan 850 kaki persegi, dari RM300,000.00 siling dia di Pulau Pinang sebelum HOC sekarang 10 peratus dikurangkan adalah RM270,000.00. Dan di bahagian Seberang, RM250,000.00 dia punya siling, 10 percent sekarang adalah RM225,000.00 seunit. Walaupun pemaju hendak mengekalkan harga mereka pada harga asal iaitu RM300,000.00 ataupun RM250,000.00 masing-masing di Pulau dan Seberang, mereka dibenarkan tetapi tertakluk kepada mereka perlu naikkan keluasan kepada minimum 900. Earlier, RM300,000.00 is 850 sf. Now they want to maintain RM300,000.00, they have to increase it to 900. So that’s why we say dari segi ekonomi, untuk kurangkan harga supaya mereka dapat mampu lebih. Nombor dua, dari segi keselamatan dan juga keselesaan, if you

want that price then you have to increase the size to 900. So Dato’ Speaker, I think that the details in the answer in relations to all the pricing range in accent and 10 percent because we have many different products, so that is our first step dalam HOC which is important. Many others but I bring to the main point first. Kerajaan Negeri juga akan merancakkan sektor pembinaan hartanah khususnya kediaman sebagai penggerak kepada ekonomi Pulau Pinang because I think, the housing industries, Dato’ Speaker, assist Penang because every unit of house that is built about 140 industries are concerned. If can enjoy and rip the rewards of that unit being built because it’s from the time the developer builds to the time it is built to the time your furniture goes in, it is all affected. So apa yang kita hendak buat, kita juga hendak buat strategi pertama kita adalah untuk mengurangkan jumlah unit dalam overhang. Overhang adalah unit-unit perumahan yang tidak dapat dijual dalam sembilan (9) bulan setelah ia dapat CCC. Di Pulau Pinang kita dapati ada 3035 unit pada suku keempat tahun 2020 last year first quarter for 3035 unit dengan nilai RM1.07 billion. Ini adalah daripada Napic, Kementerian Kewangan so kita hendak lihat bagaimana kita boleh bantu untuk mengerakkan penjualan terhadap unit-unit ini, di mana kita telah pun memberi di dalam HOC kita banyak kelonggaran terhadap pembeli-pembeli asing tetapi itu pun kita tak tahu mereka boleh datang atau tidak kerana COVID-19 is affecting the entire world, so that is one.

Yang di-Pertua (Speaker)

Summarize…

Strategi kedua, Dato’ Speaker, ialah kita juga memberi nisbah plot yang lebih supaya lebih unit dapat dibina iaitu plot 4 kepada 1 (4:1) berbanding dengan 3.5 kepada 1 (3.5:1) dahulu, now, kita I just want to end by saying although kita bagi insentif dalam sudut saya nyatakan tadi reduce the price by 10%, some people cannot even afford that and this is not just for RMM, RM270,000, RM225,000 saya kata tadi even Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah susah, banyak susah untuk mereka dapat access kerana before COVID-19 already we had a big problem with the banks dari segi mendapat loan. I always said this at the DUN so imagine betapa susahnya COVID-19 menjadikan keadaan so we have one pendekatan daripada visi Pulau Pinang kita yang mana kita menjelang 2030 sekarang ada satu sasaran 220,000 unit, 230,000 unit Rumah Mampu Milik pelbagai jenis daripada Rumah Kos Rendah dan Rumah Kos Sederhana Rendah dan pelbagai Rumah Mampu Milik daripada 220,000 itu kita buat satu keputusan baru-baru ini, melalui HOC juga untuk pastikan 10% akan dijual melalui kaedah sewa beli iaitu dulu masalah kita bagi surat tawaran dia orang pergi ke bank tak dapat loan reject, 6 to 7 out of 10 that kind of cases, so apa yang kita buat dengan sewa beli mereka tak perlu dapat loan, mereka deal directly dengan State iaitu sekarang Lembaga Perumahan dan kita akan sediakan at least 10% kalau tawaran RM220000 that means RM22000. So untuk makluman semua setakat ini saya punya rekod menunjukkan kita sudah pun ada 2501 unit yang dapat kita agihkan melalui kaedah ini dan this will definitely membantu mereka yang dalam keadaan susah, thank you very much.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua Dewan. Terima kasih di atas jawapan yang begitu teliti yang dibekalkan oleh Yang Berhormat Datok Keramat memang kita nampak di Negeri

Pulau Pinang ini khususnya berkenaan dengan pemilikan perumahan banyak usaha yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri dan seringkali kita pun seolah-olahnya macam dianaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan khususnya di dalam pembekalan Rumah Mampu Milik ini tapi baru-baru ini kita mengalu-alukan seorang Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baru yang turut berasal daripada Negeri Pulau Pinang ini. Jadi soalan saya adalah apakah hasrat ataupun aspek-aspek yang ingin Kerajaan Negeri untuk mengangkat untuk perhatian dan berharap agar tindakan selanjutnya dapat dilaksanakan oleh Menteri yang baru ini yang juga Ahli Parlimen bagi kawasan Kepala Batas ini, terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Kota atas soalan tambahan. Saya ringkaskan sebenarnya pada minggu dahulu apabila beliau dilantik sebagai Menteri saya telah bersama Lembaga Perumahan mengutuskan ataupun menyiapkan satu surat rasmi kepada beliau untuk adakan perjumpaan untuk bincang banyak perkara yang masih tertunggak dari segi Kementerian kepada Negeri Pulau Pinang. Kita akan utuskan in fact kebetulannya pada hari ini surat tersebut kepada beliau dan haraplah ada satu perjumpaan secepat mungkin. Antara lain dalam surat itu kita ada minta Dato’ Speaker, tentang pembekalan perumahan Rumah Mampu Milik dari Kerajaan Pusat kerana sudah lama kita tak lihat. Although ada satu (1), dua (2) PRIMA dahulu yang sedang berjalan tetapi sampai sekarang belum selesai dengan penuh and we hope there will be more, this are very old pending cases even during mantan Ketua Menteri time till today we still waiting, but we hope for more to come, that is the most important dari segi pembekalan perumahan ini. Of course, there is many other issues just now Yang Berhormat Kebun Bunga ada nyatakan tentang hal perundangan that is in the letter also to Dato’ Reezal. Number three I would say, there is few others, one more important things just like I said tadi saya ada nyatakan tentang hal penyelenggaran I spoke about Padang Tembak but the whole of Penang we have spend some RM281bilion..(dengan izin).. like I said just now in my answer so we juga harap daripada Pusat mereka juga ada beberapa tabung sekarang TPP dan TPPM yang dijenamakan semula dahulu TP1Malaysia but they also have, so to be fair Dato’ Speaker, last year we applied, this was under the old minister Yang Berhormat Zuraida we applied last year 2020, 100juta worth untuk projek-projek di bawah tabung penyelenggaran Pusat dan to be fair saya ingat ingin nyatakan mereka ada beri untuk tabung sebelum KPKT ada salurkan RM35.1juta. For this year we applied RM87milion, RM86.94juta dan setakat ini kita telah terima RM18.4juta to be fair tapi itu bermaksud ada ruang lagi untuk dibincang cuma dengan banyak peralihan Menteri I hope their on the board understand well because this is long ongoing process sekian, terima kasih, thank you very much.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Tambahan Dato’ Speaker, tentang perumahan. Untuk Yang Berhormat Datok Keramat di kawasan DUN Bukit Tambun terdapat 14 skim perumahan rumah pangsa kos rendah dan golongan pemilik yang mendiami rumah low cost ini adalah golongan minority kebanyakannya adalah disewa kepada orang tempatan malahan kebanyakan adalah disewa kepada warga asing dan kini menjadi tempat kuarantin pekerja-pekerja kilang yang disahkan positif. Adakah kita mempunyai peruntukan untuk memaksa pemilik yang sewa kepada orang lain atau adakah kita memiliki peruntukan perundangan untuk acquire unit-unit rumah yang tidak didiami oleh pemilik sendiri. Sekian, terima kasih Dato’ Speaker.

Okay, thank you so much Yang Berhormat Bukit Tambun most of the question being asked actually ada soalan yang related, but a very quick one first of all, Rumah Kos Rendah dan Rumah Kos Sederhana Rendah sepatutnya tidak boleh dihuni oleh selain daripada pemilik. It has to be owner occupied perlu dihuni oleh pemilik, owner occupied, so bila ada sewaan kepada mahupun tempatan ataupun we know warga asing mostly yang menggerumuni banyak skim perumahan kos rendah ini it is not proper cuma saya telah bangkitkan this is another issue I raise in the letter to Dato’ Reezal that is said in the Dewan before the akta pemaju dalam jadualnya tidak menyatakan ia perlu dihuni pemilik kerana akta itu adalah one for all that means even for high end normal property, low cost and low medium cost. So if I am investor i buy a normal property not low, low medium cost I have the right to rent it out to whoever I please or choose to rent it out but this is not captured dalam jadual G and H dalam akta pemaju berkenaan isu ini number one so that has to be to look at number one. Number two of course saya tahu bahawasanya kita ada permasalahan dengan warga asing terutamanya di semua skim-skim perumahan termasuk di situ di bahagian Bukit Tambun, of course we know and as mentioned yesterday the majority of cases daripada pekerja, daripada kilang dan sebagainya. The percentage is very high from there so it is very worrisome memang dan now you are telling us, of course we know, again digunakan sebagai tempat kuarantin kerana itulah tempat mereka duduk so yang bagaimana kita boleh tangani ini, I might as well answer this straight away as it is a very, very important question kita memang ada projek ataupun program untuk bina asrama pekerja tapi untuk bina asrama pekerja, 2 sudah siap satu di Bukit Minyak satu di sini di Batu Maung ada beberapa lagi yang akan melihat keseluruhan ni yang hampir 76,000 lebih something like that I don’t have the exact number but it is around bed ataupun katil yang akan disediakan. Yang sudah siap is okey tapi yang belum siap ini adalah bangunan baru yang baru dibina tapi COVID-19 tak tunggu untuk kita we cannot wait so we have to look at pendekatan baru so dengan discussion ataupun perbincangan dengan Jabatan Tenaga Kerja (JKT) di Penang and of course Kementerian as well dipersetujui untuk KPKT, dipersetujui bahawa untuk jangka masa pendek kita lihat ada pendekatan baru iaitu dua (2) perkara bagaimana kita hendak rumahkan pekerja asing ini nombor satu kita lihat kepada kilang sendiri. Dahulu di kilang di dalam tapak kilang tak dibenarkan itu daripada DOE (JAS) it is not allowed because buffer zone etc tapi ada kilang yang besar sekali di mana dalam kilang masih ada tapak yang kosong yang boleh digunakan secara temporary measure supaya mereka tak ada berkeliaran di skim-skim perumahan dan bawa masalah sosial kepada orang tempatan so itu telah dibenarkan dan ada beberapa kilang yang sudahpun masuk plan dan diluluskan, I know of two in Seberang. Nombor dua, the second pendekatan jangka masa pendek is that kita lihat pada beberapa skim komersial di mana ada unit-unit kosong dan skim komersial ini adalah jauh daripada skim perumahan di mana kita boleh pertimbangkan kalau ada banyak ruang kosong kita boleh pertimbangkan untuk beri kebenaran untuk mereka gunakan sebagai tempat kediaman itu saja..(gangguan..)

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Soalan tambahan.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

YB. Jawi.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Minta penjelasan. Ia berkaitan dengan soalan saya nombor 16. Cuma saya memang setuju apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun di mana terdapat banyak low cost perumahan di kawasan SPS. Jawi ada 17 dan kebanyakan daripada low cost tersebut terbengkalai okey saya nak tanya sama ada perumahan Kerajaan Negeri boleh membeli unit-unit terbengkalai itu dan sewa balik kepada golongan kemiskinan ataupun sekiranya kerajaan dalam akta undang-undang Kerajaan Negeri tidak dibenarkan untuk membeli kemungkinan adakah kita boleh menubuhkan satu anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri supaya kita dapat membeli balik unit-unit terbengkalai terutamanya di kawasan SPS ataupun SPT. Saya rasa SPT, Yang Berhormat Berapit pun pernah bangkit tentang Rumah Kos Rendah yang terbengkalai itu so minta pandangan daripada Yang Berhormat Datok Keramat, thank you.

Thank you to rakan saya daripada Jawi. Jawi also we know banyak kes skim perumahan 17 yang dinyatakan. Actually, tadi Yang Berhormat Bukit Tambun I forgot to answer your question, you did ask the same question as Jawi just now, whether dalam skim ini kita boleh acquire, same question. I’m sorry I did not answer, I will answer it together. First of all, kita telah pun kaji sama ada ini boleh dibuat ini bukan satu perkara baru tapi I think seperti mana Jawi sedia maklum kita ada kekangan dari segi perundangan sedang kita melihat kepada itu, nombor satu. Nombor dua, Lembaga Perumahan Negeri in fact kita sedang buat kajian secara menyeluruh di keseluruhan skim-skim perumahan kita untuk mendapat satu detail butir-butiran yang terperinci untuk lihat bagaimana kita boleh teruskan dan mara ke hadapan. I think it boils down to legal aspect again, but it is a very good idea we have a mull over it before, if that can be done then certainly that is one way forward because there are already ready units and we can tackle COVID-19 or warga asing yang duduk di skim-skim perumahan dengan minta mereka pindah ke situ so memang sedang dikaji. It is a very good point that you have raise, thank you very much…(gangguan)..

Satess A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Speaker, ada satu minit lagi boleh tanya?

Yang di-Pertua (Speaker)

Tanya.

Satess A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Okey, terima kasih Dato’ Speaker dan juga Yang Berhormat Dato’ Keramat mengenai soalan ini House Ownership Scheme ini ataupun Skim Pemilikan Rumah. Saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana sudi untuk menyediakan rumah untuk penempatan semula penduduk Kampung Ujung Batu di kawasan saya. Walau bagaimanapun, pembinaan telah terhenti sekian lama dan apabila saya tanya pemaju kenapa tiada ada kemajuan dia kata belum ada perbincangan dengan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang sejak dia bertukar menjadi Lembaga Perumahan.

So kalau boleh saya minta Yang Berhormat Dato’ Keramat mengambil maklum dan mengarahkan untuk memulakan the negotiation untuk penempatan semula Kampung Ujung Batu, Terima kasih Dato’ Speaker.

Thank you just a very quick one. Memang ada satu projek di kawasan perkampungan Ujung Batu yang akan kita pindah mereka. Di mana ada satu projek yang kita telah beli in fact ada satu kertas telah pun dikemukakan ke pihak Kerajaan Negeri baru-baru ini supaya apabila itu berlaku kita boleh pindah mereka di situ agar Ujung Batu the entire land will become free from encumberment and we can take it over the state and do other projects there but now in the question is relocation actually, question on this I will update you later the answer. Kalau saya tidak silap Dato’ Speaker, ada timeline perbincangan sedang berlaku dan ada timeline I will get the answer but just to be sent created our pass it I think bertulis question Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat 1 jam 30 minit untuk soalan lisan telah pun tamat selaras dengan subperaturan 26 (7) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Sila

Y.A.B. Ketua Menteri:

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletak di atas meja ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat kita telah pun mengadakan sesi perbahasan semalam dan kalau mengikut ketetapan yang saya buat semalam hari ini kita akan bermula dengan penggulungan akan tetapi untuk membolehkan beberapa Yang Berhormat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan lagi saya telah berbincang dan telah putus bahawa sesi perbahasan ini tidak akan lebih daripada jam 1.00 tengah hari nanti dan saya sekali lagilah walaupun saya membenarkan lagi masa untuk sesi perbahasan angkat balik kita lihat rayuan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang meminta saya untuk memperingkas, pendekkan tempoh persidangan tetapi bila saya buka sahaja sesi perbahasan Yang Berhormat-Yang Berhormat tak ada limit pula telah pun kena sindrom pegang mic. Saya harap hari ini saya tetap akan membenarkan untuk berbahas sehingga jam 1.00 tengah hari dan saya hendak persilakan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membahaskan usul ucapan terima kasih atas Tuan Yang terutama Tun. Sila Air Putih.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Saya hendak sentuh point of order. Itu tidak ada kaitan dengan perbahasan dulu. Saya hendak minta kebenaran Tuan Yang di-Pertua kerana semalam semasa kita membincangkan Rang Undang-Undang untuk meminda Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang telah diluluskan secara sebulat suara. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri yang memberikan sokongan kepada pindaan perlembagaan yang amat penting ini.

Saya hanya hendak timbulkan satu perkara teknikal kerana mengikut Perkara 35 Perlembagaan Negeri berkaitan dengan pindaan kepada Perlembagaan Negeri perlu ada majoriti dua pertiga itu memang Perkara 35(3) tapi sungguhpun dapat sokongan daripada semua ADUN termasuk Pembangkang. Kami ucapkan terima kasih tapi tidak ada undian dibuat saya nak dapat penjelasan pencerahan tentang perkara ini kerana sekiranya tidak ada undian macam mana kita dapat pastikan ada majoriti dua pertiga. Saya bangkitkan perkara ini kerana kita nak pindaan ini dapat berjalan ataupun diiktiraf secara sahih Saya harap dapat penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Air Putih. Saya rasa saya jelaskan di sini saya telahpun mengambil maklum tentang hal ini sebelumnya akan tetapi kalau kita melihat daripada Perlembagaan Negeri 35 (4). Di mana saya bacalah “Suatu pindaan yang dibuat bagi maksud menyelaraskan perlembangan ini dengan peruntukan jadual kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan yang sedang berkuatkuasa ataupun berbangkit daripada sesuatu Enakmen sebagaimana yang disebut dalam perkara 11 adalah dikecualikan daripada peruntukan Fasal 3” yang dimaksudkan oleh Air Putih. Maka saya menggunakan peruntukan inilah yang kita membuat keputusan untuk persetujuan Rang Undang-Undang petang semalam. So harap Dewan ini dimaklumkan. Terima kasih. Air Putih.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Ya. Terima kasih. Itu ialah consequential tetapi sekiranya kita boleh saya rasa tak ada apa masalah kalau kita buat undian untuk pastikan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Air Putih, semalam kalau ditanya sebulat suara semua setuju sebulat suara. I am using the word sebulat suara.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Tapi itu adalah pandangan saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih atas nasihat.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Ya baik. Tidak ada masalah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila sesi bahas Ahli-ahli Yang Berhormat. Sesiapa hendak berbahas. Air Putih, sila.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

You speaking, is it? Okey? Bagan Dalam ada ucapkan? Kalau ada saya akan bagi jalan pada dia.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau bagi jalan nanti masa tidak ada. Saya rasa I say sorry to Air Putih.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Sebab saya harap boleh pastikan Bagan Dalam ada peluang untuk berucap. Saya tidak mahu angkat dia punya tempat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Air Putih.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua dan juga mengambil bahagian dalam usul terima kasih kepada ucapan Tuan Yang Terutama Tun yang telah pun dibentangkan pada hari Isnin 30 Ogos. Di sini saya rasa Dewan yang mulia ini memberikan tumpuan kepada isu COVID-19 dan juga kemelesetan ekonomi yang telah pun melanda negara sejak Mac tahun lepas. Kita semua tahu bahawa masalah COVID-19 ini kegagalannya adalah berpunca daripada kegagalan pentadbiran Kerajaan Pusat untuk menangani krisis pendemik dan juga ekonomi. Pada masa yang sama apa yang diusahakan oleh pihak Kerajaan Negeri ialah untuk cuba buat langkah- langkah mitigasi antaranya seperti yang telah pun disebut oleh pihak Kerajaan Negeri ialah bantuan sebanyak RM177 juta telah pun dihulurkan tetapi (dengan izin)...this is a near drop-in the ocean. Macam mana sejauh manakah Kerajaan Negeri dapat memberikan bantuan bila masalah yang begitu besar ini melanda segala lapisan rakyat. Itulah sebabnya apabila Kerajaan Pusat tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Maka kita hadapi masalah COVID-19 yang kian meruncing setiap hari dan juga kemelesetan ekonomi yang bukan sahaja menghancurkan mata pencarian rakyat tetapi juga keluarga, isi rumah secara amnya. Saya nak membincangkan perkara ini secara ringkas kerana banyak pun telah diucap oleh Ahli-ahli Dewan, Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Satu ialah kalau kita lihat kenaikan jangkitan COVID-19 jumlah di Pulau Pinang. Pada asalnya Pulau Pinang adalah satu zon hijau di mana ia adalah di antara negeri yang menunjukkan prestasi yang disebut sebagai paling baik dalam negara Malaysia tetapi kebelakangan ini kita lihat bukan sahaja kes COVID-19, jangkitan COVID-19 meningkat tapi kes kematian juga meningkat. Di sini kita perlu melaksanakan langkah-langkah yang dapat seperti yang saya sebut tadi mitigasi. Mengurangkan kesan buruk yang berlaku dan saya nak lihat atau kita nak buat penilaian secara grandnular data. Kalau kita lihat dari segi jangkitan sekarang hampir 90,000 tapi kalau kita membuat penilaian daripada kematian dari segi keberjangkitan ia boleh datang daripada mana-mana tempat tapi kalau kita lihat dan menilai secara grandnular data daripada kematian saya nak kongsikan jawapan yang saya terima jawapan tentang soalan bertulis di mana disebut untuk tahun ini 1 Januari 2021 hingga 11 Ogos KKM telah mengumumkan sejumlah 258 kematian berkaitan COVID-19. Melayu 106, Cina 104, India 32 dan warganegara 16. Ini sekali lagi menegaskan bahawa COVID-19 adalah satu pendemik yang tak kira bangsa agama ataupun latar belakang. Semua akan kena COVID-19. Jangan sebut kalau sekian-sekian anda tidak akan kena COVID-19. Tidak. Itu

adalah masalah dan satu krisis bersama yang hanya kita dapat menang kalau kita menanganinya secara bersama dan kalau kita menilai angka-angka ini Dato’ Yang di-Pertua, lagi satu soalan saya iaitu pada 26 Ogos ada sebanyak 469 kematian daripada COVID kalau 2020 hanya sembilan (9) orang mati keseluruhan tahun 2020, Sembilan (9) orang yang mati tapi untuk tahun ini sehingga 26 Ogos ada sebanyak 469. Itu bermakna dalam tempoh 15 hari di antara 11 Ogos di mana ada 258 kematian itu untuk tahun ini, tahun lepas kita tak mahu ambil kira kerana sembilan (9). 258 sampai 26 Ogos ada 469 kematian dalam tempoh 15 hari ada 211 kematian. Itu sesuatu yang amat membimbangkan. Apa sudah jadi apabila ia dianggap dikawal atau terkawal tiba-tiba hilang kawalan. Di mana langkah-langkah pencegahan daripada bersasar tiba-tiba tersasar tentu pihak Kementerian Kesihatan harus mengambil tanggungjawab penuh dan juga Kerajaan harus mengambil tanggungjawab penuh tentang perkara ini. Pelaksanaan MCO atau PKP secara bersiri tidak berkesan langsung. Pelaksanaan darurat menjadikan keadaan lagi teruk dan itulah sesuatu yang di mana kita diberikan satu gambaran palsu bahawa PKP dan juga darurat dapat mengatasi masalah kita hadapi. Apabila ia tidak dilaksanakan dengan baik ada double standard dalam penguatkuasaan, ada U-turn dalam SOP, ada polisi flip flop tidak ada komitmen untuk pastikan PKP dapat dilaksanakan dengan baik dan itulah sebab bila kita cakap total lockdown itu adalah indah khabar dari rupa kerana tidak berjaya langsung dan itu sebab total lockdown ini sebaliknya telah menjadikan keadaan lebih runcing kerana memberikan satu anggapan palsu keselesaan a forces sense of comfort and security. Dato’ Yang di-Pertua, kalau kita lihat angka-angka ini kita kena kaji mengapa tiba-tiba angka naik. Kita harusl ambil langkah untuk pergi secara grandnular sekiranya pihak Kerajaan Pusat tak mahu buat saya cadangkan bahawa Kerajaan Negeri buat. Mari kita jadi pemimpin dalam perkara ini. Saya nak kongsikan angka-angka di mana saya rasa kita lebih harus lebih dinamik harus lebih agresif kerana kita nak selamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat Pulau Pinang. Saya lihat di sini perincian kes kematian COVID-19. Mengikut KADUN yang nombor satu ialah Air Itam, 21 kematian daripada ini ialah angka secara terperinci sehingga 11 Ogos untuk tahun ini sahaja. Yang nombor satu di mana kematian paling tinggi adalah dari Air Itam, 21 kematian. Nombor dua Penaga, 14. Seperti yang saya sebut itulah masalah rakyat tak kira bangsa tak kira agama. Nombor tiga, Jawi 13 kematian. Nombor empat, Permatang Berangan, Pengkalan Kota, Batu Maung. Di sini saya nak cadangkan kalau kita tahu di manakah KADUN yang kita lihat ada kematian yang tertinggi atau di antara yang tinggi mengapa tidak kita berikan tumpuan kepada kawasan-kawasan tersebut. Mujurlah untuk kawasan-kawasan seperti Padang Lalang, Pulau Tikus, Padang Kota dan juga Air putih tidak ada kematian dalam kawasan kami tapi itu bukan sesuatu yang kita boleh rasa selesa kerana bila-bila akan jadi juga. Kalau kita lihat angka-angka ini secara grandnular kita pun harus ambil langkah-langkah tentang data-data ini supaya kita lihat mengapa kebanyakan kematian adalah menduduki di kawasan tersebut. Sekiranya Kerajaan Pusat tidak mahu buat saya harap Kerajaan Negeri boleh lah mempertimbangkan perkara ini supaya langkah-langkah yang sewajarnya dapat dilaksanakan. Inilah secara grandnular, tengok periksa usul, apakah asas, apakah puncanya. Lagi satu kalau kita lihat data-data, data-data di mana kita buat aging...(dengan izin). Di mana kita lihat usia mereka yang meninggal untuk tahun ini. Daripada 258 yang meninggal ini, 44 adalah yang berusia kurang daripada 50 tahun. 214 adalah yang berusia lebih daripada 50 tahun. Bermakna 83% daripada jumlah kematian adalah yang melebihi 50 tahun. Kalau begitu Dato’ Yang di-Pertua, saya nak cadangkan bahawa kita berikan keutamaan sungguhpun selain daripada langkah-langkah pencegahan kita berilah keutamaan kepada mereka yang berumur 50 tahun ke atas khususnya dari segi vaksinasi. Di sini saya nak ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor kerana telah sudi untuk menderma 20,000 dos vaksin kepada Negeri Pulau Pinang. Beliau datang sendiri untuk membuat derma ini dan saya harap 20,000 ini bolehlah diberikan kepada mereka yang perlukannya. Kalau tidak berumur 50 tahun ke atas ataupun kepada penjaja-penjaja dan

peniaga-peniaga. Saya rasa sekiranya kita nak buka balik sektor ekonomi, kita harus pastikan penjaja-penjaja dan juga peniaga-peniaga dan pekerja mereka dapatlah perlindungan dari segi vaksinasi. Kita tahu ada banyak pasar hari ini saya dengar itu Padang Tembak punya pasar pun kena tutup. Betul tak?

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Dato’ Speaker, minta celah. Yang Berhormat Air Putih tentang sumbangan 20,000 dos daripada Kerajaan Negeri Selangor memang kami mengalu-alukan. Di sini saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar biarlah 20,000 dos itu diagihkan ke kawasan-kawasan ADUN kami masing-masing agar kami dapatlah menjalankan program PPV Outreach untuk membantu kawasan kami sebab sebelum ini memang banyak permohonan kami untuk menjalankan PPV Outreach tetapi tidak dapat dijalankan disebabkan dos yang tidak cukup dan juga kuota Kerajaan Negeri. So, yang ni, memandangkan ini adalah sumbangan daripada Kerajaan Negeri Selangor diharapkan lah dapat diagihkan bersama kepada 40 ADUN untuk menjalankan PPV Outreach. Terima kasih.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Saya jawab ini dulu. Saya rasa itu salah satu cadangan selain daripada cadangan saya bahawa kita lihat usia mereka seperti yang saya sebut umur mereka yang melebihi 50 tahun kita harus berikan keutamaan. Di samping itu ialah penjaja-penjaja. Setiap kali kita lihat pasar tutup kita tahu penjaja-penjaja ini hilang mata pencarian selain daripada kehilangan nyawa. Saya harap perkara ini boleh lah diberikan pertimbangan. Sila Seberang Jaya.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Air Putih. Saya rasa dalam kita mendepani pandemik COVID-19 satu perkara yang kita telah pelajari hampir setahun ini adalah we need the whole government the whole society approach untuk mendepani masalah pandemik ini. Ada banyak pertikaian yang pastinya niat kita sama. Kita mahu melindungi nyawa rakyat dan juga melindungi kehidupan mereka. Saya tertarik apabila yang Berhormat Air Putih bangkitkan tentang sumbangan 20,000 dos daripada Kerajaan Negeri Selangor which pada saya kita hargai sumbangan daripada sahabat saya juga itu Yang Berhormat Menteri Besar kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi jumlahnya masih kecil 20,000 dos ini. Saya ambil contoh jumlah penerima vaksin melalui program PIKAS di bawah MITI sahaja yang telah menerima dos sebanyak dua (2) kali di Negeri Pulau Pinang sahaja sudah melibatkan 155,000 orang pekerja setakat hari ini yang telah menerima dan ada banyak lagi program-program kebangsaan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membantu. Soalan saya, saya tidak pasti apa perancangan Kerajaan Negeri selain daripada hanya menerima derma atau bercita-cita untuk mendapatkan lebih banyak derma vaksin. Adakah Kerajaan Negeri sebenarnya bercadang untuk membeli vaksin. Kalau Kerajaan Negeri Selangor boleh beli dan sedekah pada Pulau Pinang. Adakah Kerajaan Negeri ada kemampuan untuk membeli? Pertama. Keduanya kita sudah lihat the Surge Capacity Programme yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur dan The Greater KL telah berjaya mencapai herd immunity and we have seen the number of cases rises in Pulau Pinang. Pulau Pinang ini is the capital of the north lah lebih kurang kalau kita boleh sebut. Kita punya kepadatan penduduk yang tinggi dan adakah Yang Berhormat Air Putih boleh bersetuju dengan saya untuk kita juga minta supaya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan supaya kita juga buat Surge Capacity untuk Negeri Pulau Pinang dan juga kawasan utara ini secara keseluruhannya. Terima kasih.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Saya rasa itu Yang Berhormat Seberang Jaya patut ucap sendiri tentang perkara ini. Itulah pandangan yang kita pun sudah timbulkan yang penting ialah kalau kita sebut tentang 155,000 dos di bawah PIKAS dan sebagainya tetapi ia harus dibayar so mereka harus bayar RM90.00. Di sini ialah saya sebut di mana berikan secara percuma itu dilakukan oleh Kerajaan Negeri...(gangguan).

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Itu percuma, Yang Berhormat. Yang kena bayar itu ialah service.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Tapi kena bayar juga lah. Kita boleh cakap itu vaksin percuma tetapi kosnya sama kena bayar juga tapi yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor ialah percuma. Itu ialah kos sebanyak RM3.5 juta itu saya ucapkan terima kasih ekoran daripada perbincangan saya ataupun teman saya dengan Menteri Besar Selangor. Kita hargai mungkin kalau nak, nak minta lebih tapi apa yang rela diberikan daripada hati kita ucapkan menghargainya dan dari dalam hati kita. So Itulah yang penting...(gangguan). Saya hendak habiskan ucapan saya...(gangguan).

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Yang saya maksudkan adakah Kerajaan Negeri,Yang Berhormat bersetuju....(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Seberang Jaya nanti ada peluang.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Di sini di mana saya sebut bahawa perlu pastikan yang derma itu kita gunakan dengan high impact. Impact tinggi. Impact tinggi iaitu bagi penjaja ataupun kepada yang berumur lebih daripada 50 tahun. Saya rasa itu penting. Kedua tentang vaksin. Itu saya sendiri pun telah buat cadangan sedemikian dan telah pun dibincang menerusi Yang Berhormat daripada Bangi dengan Menteri pada masa itu KJ dan telah nampaknya dapat persefahaman untuk melantik seorang penyelaras seperti mana dilakukan di Negeri Selangor tapi saya tidak tahu sama ada pihak EXCO telah pun setuju tentang perkara ini mungkin EXCO boleh jawab tentang sama ada Kerajaan Negeri sokong untuk melantik seorang penyelaras OSC, Operation Surge Capacity sama seperti yang dilakukan di Lembah Klang dan berjaya mencapai kekebalan kelompok ataupun imuniti kelompok di mana sekarang first dose 100%. So itulah kita harap perkara ini dapatlah diberikan perhatian dan jawapan tadi. Yang saya nak tegaskan di sini perlunya bukan sahaja vaksinasi perlu dipertingkatkan. 464 orang telah mati sejak program vaksinasi mula pada bulan Februari ini dan sekiranya ia dapatlah disegerakan kita dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa lagi. I think this is a fact. 15 days, daripada 11 Ogos hingga 26 haribulan Ogos, 15 hari, 211 orang yang telah mati di Pulau Pinang sekiranya vaksinasi dapat dipercepatkan bukan angka nyawa sebanyak 211 ini mungkin dapat diselamatkan. Saya masih ingat apa dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing bila adiknya sendiri meninggal dunia dia sebut apa kalau vaksin boleh sampai lagi cepat saya punya adik, adik atau abang takkan meninggal dunia. Dia masih akan hidup lagi. Itu sebabnya janganlah lengah-lengah. Saya minta EXCO Kesihatan dalam perkara ini harap-

harap boleh ambil berat dalam perkara ini kerana sebarang kelambatan boleh mencetuskan atau mengakibatkan kehilangan nyawa. Kita tidak mahu cakap tentang kehilangan mata pencarian. So itulah sebabnya...(gangguan)

Yang di-Pertua (Speaker)

Nanti EXCO waktu gulung.

Saya ada jawapan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tidak mengapa. Its okay.

This is answer just one minutes tidak sampai.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Minta celah juga dari Berapit. Air Putih.

Yang di-Pertua (Speaker)

No, no, no. Air Putih sila.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Ya saya bagi sikit. Tadi Berapit nanti Yang Berhormat Penanti boleh ucap. Yang Berhormat Berapit.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih Yang Berhormat Air Putih. Saya amat tertarik dengan figure daripada Air Putih berkaitan dengan figure kematian di Pulau Pinang. Saya juga bersetuju kalau vaksinasi diberi awal kadar kematian dalam negeri ini mungkin boleh dikurangkan tetapi bagi saya bukan sahaja sekadar vaksinasi saya rasa cara untuk melawan COVID-19 ini seharusnya kita mengadakan satu informasi atau maklumat yang dikatakan SOP standard kepada semua. Pagi ini semasa saya memandu kereta ke Dewan baru ada seorang pengundi telefon saya, “macam mana dia boleh buat sebab bapa dia sudah dapat positif”. Saya rasa bagi kesemua Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, ini bukan satu perkara yang baru setiap daripada kita mungkin sudah menjadi hotline CAC. Jadi mengapa kita sendiri mengapa negeri ini tak boleh adakan satu standard SOP atau satu garis panduan macam mana satu keluarga yang ada patient positif macam mana mereka boleh buat dan apa yang saya nak setuju dengan Yang Berhormat Air Putih, kalau Kerajaan Pusat tak boleh buat saya cadangkan Kerajaan Negeri boleh buat. Kita boleh adakan satu hotline 24 jam tentang apa yang ada berkaitan dengan COVID-19...(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, saya rasa ada sedikit maklumat pun dalam ucapan yang semalam dalam jawapan bersabit dengan CAC…(gangguan).

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Bukan CAC saja…

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya minta pendekkan.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Okey boleh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau tidak akan jejaskan time Air Putih.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Dato’ Speaker, terima kasih. Sebab menurut jawapan yang saya dapat. Berapa orang yang telah hilang kerja sepanjang wabak COVID-19? Iaitu menurut rekod daripada PERKESO jumlah pekerja yang diberhentikan sepanjang penularan pandemik ini daripada Januari 2020 sampai 13 Ogos tahun ini adalah seramai 12,893 orang dengan begitu ramai orang yang hilang kerja dan kita perlukan ada juga pekerja pada masa ini supaya boleh menentang, melawan COVID-19. Saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri boleh hire pekerja yang hilang kerja. Adakan satu pasukan sementara dengan well trained dan bagi kepada semua maklumat kepada mereka, kepada sesiapa yang perlukan maklumat boleh telefon hotline ini dalam 24 jam melalui telefon ini mereka boleh tahu apa yang mereka boleh buat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Berapit. Air Putih, sila.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Saya ucapkan terima kasih kepada YB. Berapit. Apa yang dicadangkan oleh beliau boleh jadi sebahagian daripada ucapan saya. Saya nak tegaskan di sini. Ini sepatutnya adalah tanggungjawab daripada Kerajaan Persekutuan. Kegagalan melaksanakannya juga adalah kegagalan Kerajaan Persekutuan yang kami cadangkan di sini ialah hanya minta untuk membetulkan ataupun membuat apa yang boleh supaya dapat menebus kegagalan pihak Kerajaan Persekutuan untuk membuat langkah-langkah mitigasi. So, itu bukanlah apa yang kita sebut kesalahan Kerajaan Negeri kerana tanggungjawabnya sepatutnya datang dari Kerajaan Persekutuan. Tapi kerana mereka gagal buat, kita harus lihat macam mana kita boleh buat langkah-langkah untuk menebus kesalahan dan kegagalan daripada Kerajaan Persekutuan. Dan seperti yang disebut tadi, bukan sahaja dari proses vaksinasi yang haruslah disegerakan tapi juga dari segi sokongan. Sokongan untuk perkhidmatan kesihatan. Bila seorang kena COVID-19, buat panggilan tak ada jawapan. Tak jawab langsung. Panggil ambulans, tak datang. Minta pergi hospital tak dapat rawatan.

Di sini saya hendak tegaskan kita nak ucapkan terima kasih kepada semua frontliner, doktor-doktor, jururawat. Kita ucapkan tabik dan syabas kepada mereka. Tapi mereka tidak dapat sokongan sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan. Itu sebab kita harap Menteri Kesihatan yang baru boleh buat sesuatu untuk membetulkan keadaan ini supaya ada cukup sumber-sumber, ada cukup kakitangan dan anggota perkhidmatan sokongan supaya yang sakit, supaya yang positif COVID-19 dapatlah rawatan yang sewajarnya. Kalau tidak, kalau anda kena COVID-19, ini macam satu death sentenced...(dengan izin), itu macam anda lebih teruk daripada masuk penjara kerana akan kena isolasi dengan sepenuhnya. Sila Yang Berhormat.

Dato’ Speaker, saya mohon mencelah. Air Putih apakah bersetuju kalau saya berikan perspektif bahawa program vaksinasi ini dia ada pelan dasar dia. Kita telah diberi taklimat oleh Menteri pada Februari. Kelemahan yang pertama sebelum kita bergerak ke depan, kita hendak belajar kelemahan yang lampau. Pertama, adalah lambatnya Kerajaan Persekutuan untuk membuat perolehan. Itu faktor yang pertama yang Menteri pun tidak nafi lambat membuat perolehan, lambat tempah sebab apa? Sebab tunggu ujian klinikal vaksin yang dihasilkan. Sedangkan negara dunia yang lain UK, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Israel. Mereka ketika ujian klinikal itu dibuat, mereka tidak tunggu keputusan, mereka place dulu tempahan. Orang Kedah, orang Penang kata chop dulu. Bila ujian klinikal selesai 1,2,3 kami ambil dulu. Kita tidak. Ketika persaingan mendapatkan bekalan itu sangat sengit, kita negara kecil ini tunggu ujian klinikal, negara maju tempah dulu. Jadi lambat sampai. Ketika kita diberi taklimat pelan vaksinasi kebangsaan, sasarannya berapa, daftarnya berapa dan sebagainya. Sasaran itu tidak pernah dipenuhi. Itu fakta yang pertama. Yang kedua, bila pelaksanaannya sebenarnya ada pertimbangan lain. Sedarkah kita bahawa Sarawak nombor satu sekali peratusannya. Negeri jirannya Sabah paling corot sekali. Sebab apa? Sebab pertimbangan Kerajaan Persekutuan adalah hendak persiapkan Sarawak untuk Pilihanraya Negeri. Jadi nyawa di sana lebih penting dari nyawa rakyat negeri lain. Politik memastikan bekalan sampai itupun percaturannya berbeza-beza. Dia bukan soal Kerajaan Negeri sanggup beli atau tidak. Pelan dasar vaksinasi itu was prepared by the federal government, kita ini end receiver. Jadi sebab itu, saya setuju bila Air Putih sebut bahawa kelemahan itu ada bila kita akui, kita hendak bergerak ke depan. Ini bukan blaming game...(dengan izin) tapi saya hendak sebut. Ada satu anecdote saya terbaca dalam facebook. Puan Rahmah Ghazali adalah bekas Setiausaha Akhbar Air Putih. Dia sekarang tinggal di UK. Satu hari dia test, dia dan familynya positif tahap 1. Diarah kuarantin di rumah. Setiap hari NHS sama kita punya KKM telefon. Puan ada simptom tidak hari ini? Bergejala atau tidak? So, dia respons hari ini dia okey. Pagi telefon, petang telefon, malam telefon. Pada masa yang sama PBT pun telefon juga. Perlu tidak khidmat penghantar barangan dapur untuk kami beli? Itu namanya support system. Kita hanya bukan saja trace, kesan, test, isolate. Kita juga support. Kat sini lah sistem kita itu tempang, missing. Okey, itu pandangan apakah boleh Air Putih boleh masukkan sebahagian ucapan. Terima kasih.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Memang saya setuju masuk sebagai ucapan saya. Saya akan singkatkan. Itu perkara penting kerana sekiranya pihak Kerajaan Persekutuan gagal habis untuk jalankan tanggungjawab mereka dengan memberikan sokongan kepada frontliner. Kita di Pulau Pinang, kita lihat macam mana pihak Kerajaan Negeri boleh menebus kegagalan ini, membetulkannya untuk sekurang-kurangnya membuat mitigasi dan rakyat kita tidak akan menderita sebegitu banyak dan ingin saya sebut lagi tentang PPV. Ini PPV saya harap

bahawa pihak Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan kelulusan PPV oleh NGO-NGO termasuk daripada Tzu-Chi. Semua tahu sumbangan Tzu-Chi kepada masyarakat, kerja-kerja amal mereka. Ya saya tahu, saya faham Tzu-Chi akhirnya tidak diberikan kelulusan oleh pihak Kerajaan Negeri kerana pihak Kerajaan Pusat tidak boleh jamin bekalan yang mencukupi tapi itu bukan masalah Kerajaan Negeri, itu masalah Kerajaan Persekutuan kerana bekalan bukanlah masalah Kerajaan Negeri. So, bolehkah kita lulus biar masalah bekalan vaksin diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan supaya kita janganlah menghampakan mereka yang benar-benar nak berkhidmat dan membuat kerja amal. Saya percaya semua di sini tahu apakah sumbangan Tzu-Chi secara am, secara umum. Tidak kira bangsa, tidak kira agama. So kita harap ia dapat diberikan pertimbangan. Dan akhirnya tentang kompaun. Itu satu perkara penting, kompaun PKP. Jawapan bertulis saya ialah jumlah denda yang dikompaunkan bagi tahun 2020 ekoran melanggar SOP adalah 3,648. Di mana yang dikutip ialah RM2,085,000.00 iaitu langgar 3,648, kutip 2,000. Tapi untuk 2021 selepas PKP dan juga darurat. Ditingkatkan lagi ialah 3,762 telah pun dikompaun, dah kutip RM2,115,000.00. Sungguhpun kutip hampir sama dengan tahun lepas tetapi kompaunnya sekali ganda RM4,230,000.00. Kita tahu bahawa ini adalah ekoran darurat dan darurat telah diumumkan oleh pihak Kerajaan di Parlimen pada 23 Julai bahawa ia tidak akan, ia telah pun dibatalkan dan Menteri Undang-undang pada masa itu turut menyatakan bahawa ia tidak akan dikuatkuasakan. Itulah sebabnya kalau kita lihat maklumat ini. 2020, 104 kes telah dihadapkan ke mahkamah. Untuk kompaun-kompaun yang dikeluarkan pada tahun 2020. Tetapi untuk tahun 2021 tidak ada satu kes pun yang dihadapkan ke mahkamah kerana kekeliruan tentang salahlaku ataupun penguatkuasaan di bawah Ordinan Darurat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Seberang Jaya. Seberang Jaya. Okey, Sambung.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Ya, Itu mask. Itulah sebabnya adalah penting bahawa kita hendak minta sama ada boleh dapat maklumat daripada pihak Peguam Negara ataupun DBP. Bila ada kes dihadapkan ke mahkamah pada tahun lepas. Tahun ini tidak ada satu kes pun. Adakah kerana Ordinan Darurat ada masalah. Di mana kita tahu ia tidak berjaya lawan COVID-19 sebaliknya menjadi lebih teruk. Memang satu langkah untuk menyelamatkan kerjaya politik seseorang yang akhirnya tidak berjaya. Tetapi di sini, kita harap bahawa perkara ini dapatlah dimansuhkan. Kompaun yang dikeluarkan ini dapat dimansuhkan dan untuk mereka yang telah pun bayar haruslah membuat satu perkiraan macam mana ia akan diuruskan kerana kerajaan sendiri telah nyatakan 23 Julai di Parlimen tidak akan berkuatkuasa lagi. Ini satu perkara penting kerana melibatkan jumlah yang besar. Jumlah denda telah dinaikkan kepada RM50,000.00 untuk individu dan RM100,000.00 untuk syarikat. Itu bukan satu jumlah yang kecil. Saya harap perkara ini dapatlah diberikan perhatian kerana Dato’ Yang di-Pertua, kesahihannya, salahlaku dari segi peruntukannya dipertikaikan dan kami di sini telah pun menyatakan saya rasa bukan saya dari DAP tetapi juga parti-parti rakan dan menyatakan kalau mereka hendak hadapkan yang terima kompaun di mahkamah, kami akan sediakan peguam-peguam untuk membela mereka di mahkamah kerana inilah satu undang-undang yang tidak patut dan tidak munasabah dilaksanakan. Saya harap perkara ini dapatlah diberikan perhatian yang sewajarnya kerana yang penting sekarang ialah macam mana kita boleh menang COVID-19. Itu sebabnya kita sedia menghulurkan tangan atau bekerjasama untuk memastikan kita boleh menang atas COVID-19. Sungguhpun dalam perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi kalau kita pastikan pakar-pakar membuat keputusan bukanlah mereka yang pandai berpolitik tapi pakar-pakar kesihatan yang membuat keputusan. Kita pastikan bahawa bantuan disampaikan terus

kepada mereka yang memerlukannya, bukanlah menerusi orang tengah dan yang penting sekali bahawa kita laksanakan whole of society approach bukanlah whole of government. Whole of government oleh Kerajaan Pusat telah gagal. Kita hendak buat whole of society approach di mana kita mesti dapat sokongan dari semua rakyat. Saya yakin, saya percaya, saya pasti sekiranya ada keikhlasan dalam perkara ini. Bukan saja Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat tetapi parti-parti juga sedia mengenepikan perbezaan politik supaya kita dapat menang lawan COVID-19, hanya bila kita bersama, hanya bila kita serahkan kepada pakar-pakar, hanya bila kita pastikan wang sampai ke rakyat dan mereka yang perlukannya termasuk mengambil contract doctors supaya dapat menyokong kita lawan COVID-19. Barulah kita boleh menang atas COVID-19. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Air Putih. Saya hendak mohon Bayan Lepas.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Terima kasih Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jaga time bahas.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Saya mungkin tidak panjang, 10 minit. Sebab saya hendak bagi 10 minit kepada rakan separti saya tumpang masuk dalam ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin Wassalatu. Wassalamu 'Ala-Asyarafil Anbiya'e Wal. Mursalin Saidina Muhammadin Wa'ala Alihi. Wasahbihi Ajma'in. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum saya memulakan ucapan ini marilah kita menzahirkan rasa simpati kita kepada keluarga mereka yang telah meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 yang telah berlaku selama hampir dua (2) tahun. Kepada mereka yang telah berjuang dan sedang berjuang melawan virus COVID-19 ini, kita doakanlah agar mereka ini diberikan kesembuhan, diberikan kekuatan dan ketabahan InsyaAllah kita bersama dengan mereka untuk mendapatkan kesembuhan yang sepatutnya dan menjalankan kehidupan seperti sedia kala. Pertamanya, masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-64. Kemerdekaan yang kita kecapi sekian lama melalui dengan jerih perih pejuang Kemerdekaan sama ada daripada golongan bangsawan, alim ulamak, para Pahlawan Melayu mahupun insan biasa bersenjatakan keris mahupun idealisme, semangat untuk menghalau penjajah dari muka bumi Malaya. Pengorbanan selepas laungan Kemerdekaan yang diharungi oleh perwira negara yang menyarung uniform di badan bagi mempertahankan Kemerdekaan sehingga kini untuk kedaulatan bumi tercinta Malaysia.

Dato’ Speaker, pada tahun 2018 perubahan lanskap pentadbiran negara telah bertukar wajah daripada kuasa selama 60 tahun Barisan Nasional memerintah telah ditolak oleh rakyat untuk perubahan yang baharu dengan penuh harapan memilih Pakatan Harapan menjadi tunjang pentadbiran negara. Disaat virus COVID-19 sedang menjalar di negara China ke negara lain, kerajaan Pakatan Harapan pula tumbang dek kerana pembelotan. Ketika itu kita semua tidak sedar bahawa Corona virus itu adalah malapetaka yang baru muncul menjamah seluruh dunia dan sehingga kini negara kita juga masih tidak selesai berperang dengan virus pembunuh ini. Virus pembunuh nyawa manusia, pembunuh kehidupan yang sebelum ini terbina yang kehilangan kerja ada yang kehilangan anak, kehilangan suami isteri, ibu ayah dan orang-orang yang tersayang. Marilah kita bersatu padu di pelbagai peringkat untuk menangani wabak ini. Jika di dalam Dewan yang mulia ini tersentuh hal tanggungjawab pihak tertentu dikritik atau dicadangkan idea untuk penyelesaian bukan pula bermakna itu meremehkan usaha keras mereka tetapi sebaliknya adalah untuk penambahbaikan yang dilihat dari kaca mata yang berbeza dan sudah tentu berkaitan dengan keluhan dan kegusaran hati rakyat. Dato’ Speaker, kes kematian akibat COVID-19 di Pulau Pinang yang negerinya agak kecil jumlah penduduk sekitar 1.7 juta. Angka kematian yang direkodkan semalam telah mencecah 603 orang. Berapa ramaikah lagi akan menjadi mangsa korban COVID-19 ini? Dato’ Speaker, kuarantin diri atau mati sendiri itulah yang berlegar di fikiran saya dan rakyat terbanyak apabila pelaksanaan kuarantin kendiri ini cuba dilaksanakan. Buatlah apapun kaedah pemantauan COVID-19, assessment centre ataupun CAC atau sebagainya. Ambillah report harian daripada pesakit namun bagi saya ianya bukan satu penyelesaian yang tuntas. Dato’ Speaker, kita semua sedia maklum bahawa virus ini cepat dan mudah merebak tambahnya pula wujud mutasi yang lain seperti Delta, Alfa dan lain-lain. Bagaimana mungkin kita buat pengasingan sendiri di rumah pesakit itu yang hanya mempunyai dua (2) bilik ataupun satu (1) bilik air...(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Mohon celah sekejap. Okey sedikit sahaja tak panjang. Saya just cuma nak cakap pada hari ini saya telah kehilangan seorang rakan sekolah akibat COVID-19. So, saya merayu kepada wakil-wakil persekutuan yang berada di dalam Dewan ini juga untuk merayu, untuk please ambil kes ini dengan serius, ambil isu ini dengan serius sebab kita sudah, memang sudah sakit hati sampai tak boleh ada apa perasaan juga sudah sampai tahap itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Pulau Tikus

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

So, saya minta.

Yang di-Pertua (Speaker)

Mujur kita ada Ahli Parlimen juga tak apa.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Betul Pulau Tikus, oleh itu bagi saya untuk melaksanakan perintah kuarantin kendiri ini bagi rumah yang ada setakat 500 kaki persegi ataupun yang keluasannya 700 ke 750 persegi sahaja kecuali mereka yang tinggal di kondominium atapun rumah atas tanah. Tetapi kebanyakannya rakyat di Bayan Lepas adalah golongan M40 ataupun yang majoritinya adalah B40 yang tinggal di flat-flat kategori RMM A ataupun B. Dato’ Speaker, apabila pesakit ini hanya diarahkan untuk diisolasi kendiri maka peratusannya amat tinggi untuk menjangkiti kepada semua isi rumah itulah yang terjadi sekarang. Sebagai kontak rapat di sektor perkilangan pun sementara menunggu keputusan swab test ianya telah menjangkiti isi rumah. Kita perlu lihat juga kematian di luar hospital yang agak tinggi iaitu yang disebut BID - brought in dead seolah-olah mereka ini meninggal tanpa mendapat rawatan. Namun kita sebagai wakil rakyat ataupun penduduk di Negeri Pulau Pinang saya sendiri pun tidak tahu berapa banyakkah kes BID yang telah berlaku yang kita tahu hanyalah keseluruhan di negara kita yang dipaparkan di media-media. Dato’ Speaker....(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Speaker, saya minta celah bolehkah? Sekejap sahaja. Dato’ Speaker saya pun nak rujuk kepada maklumat ataupun jawapan daripada EXCO semalam yang menyatakan hanya seorang sahaja daripada 7,000 orang ataupun 4,000 orang yang dikuarantin kendiri di rumah meninggal dunia di Pulau Pinang hanya seorang sahaja. Ini rekod yang paling baik di seluruh negara mungkin di Pulau Pinang Dato’ Speaker. Sebab semalam Menteri Kesihatan baru dalam press conferencenya yang pertama menyatakan satu (1) daripada lima (5) orang kes yang meninggal dunia adalah datangnya dari kes kuarantin rumah that’s mean 20%. How it is possible Penang number is so low kita nak maklumat ini dikongsi kepada seluruh negara.

Yang di-Pertua (Speaker)

Thank you, terima kasih.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Supaya negara-negara lain pun hanya akan, negeri, negeri lain pun hanya akan ada satu kematian sahaja. Saya minta kalau rekod ini tidak betul diperbetulkan Dato’ Speaker.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Rekod itu bagi saya memang tak betul pun Dato’ Speaker. Dato’ Speaker untuk memenangi peperangan ini agensi kerajaan terbabit khususnya KKM perlu sedar bahawa ianya ialah seperti suatu perlawanan bola sepak yang mana kita perlu mendahului lawan kita perlu lebih pantas, lebih kekuatan berbanding pihak lawan untuk menjaringkan gol. Kita juga seperti di medan perang yang sebenar menggunakan segala senjata dan tentera yang ada. Kita tidak boleh memberikan alasan “oh kita kekurangan kakitangan, kita kekurangan aset”, bagaimana mungkin kita berperang di Pulau Pinang ini dengan jumlah kekuatan yang lebih kurang sama seperti tahun lepas yang mana kes COVID-19a nya jarang sekali mencecah ratusan tetapi sekarang ini telah mencecah ribuan sehari. Pada 6 September 2020 jumlah kumulatif kes hanyalah 137 kes sahaja di Pulau Pinang dan jumlah kematian adalah 2 kes dalam tempoh setahun terlalu tinggi perbezaannya.

Rakyat tidak mahu dan tidak sepatutnya dibebankan dengan masalah komunikasi ataupun masalah hak mendapatkan rawatan atas alasan “oh kes banyak”, call bilik gerakan agak sukar mendapat respon sebab sibuk kes banyak. “Oh pusat kuarantin ditutup di PULAZA”. “Oh stage one, oh stage two” dan pelbagai alasan yang telah dihadapi oleh rakyat. Dato’ Speaker, jika pesakit yang berada di dalam simptom gejala stage one atau stage two dikategorikan bukan berada di dalam keadaan terdesak, tidak perlu menjalankan swab test diberikan hanya panadol dan ubat batuk dan balik rumah untuk kuarantin kendiri. Apa akan terjadi pada ahli keluarganya? Tidakkah itu seperti pihak hospital, pihak klinik dianggap membenarkan racun yang membunuh dibawa pulang untuk dihadiahkan kepada keluarga tersebut. Cuba bayangkan apa akan terjadi kepada keluarga tersebut yang mempunyai pelbagai peringkat umur, pelbagai tahap kesihatan yang ada. Tidakkah itu bermakna kegagalan sistem kesihatan yang ada sekarang ini. Dato’ Speaker, saya juga hairan mengapakah masa pengkebumian jenazah mangsa COVID-19 semuanya yang menguruskan memakai PPE sedangkan jenazah tersebut telah diuruskan sebaiknya disarungkan plastik putih dengan pengurusannya yang terhad dan tidak mungkin mereka yang telah meninggal itu, wabak virus itu lebih besar kesannya daripada virus yang hidup di dalam rumah mereka yang dikurantin sendiri. Itulah maksud saya. Mengapa kita perlu serius sangat untuk menguruskan jenazah dengan PPE dan sebagainya sedangkan jenazah itu telah diurus sebaiknya sanitasi dan sebagainya tetapi di dalam rumah kita hanya diminta memakai facemask, lepas guna bilik air cuci, lepas guna barang cuci sepatutnya kalau begitulah keadaannya dalam keadaan menguruskan jenazah begitu jugalah di dalam rumah untuk menguruskan pesakit yang positif COVID-19. Dato’ Speaker, saya juga menyokong cadangan yang dibuat oleh KOMTAR semalam akibat daripada penularan virus Delta yang berleluasa untuk mengadakan lockdown dengan syarat. Dengan syaratnya apabila kita telah bersedia untuk memastikan lebih kurang 1.7 juta rakyat kita disaring sepenuhnya. Tiada gunanya kita membuat lockdown semata mata untuk menutup aktiviti ekonomi, aktiviti sosial yang sebelum ini yang kita buat tetapi dalam masa yang sama rakyat masih lagi tidak disaringkan sepenuhnya. Tiada maknanya lockdown jika begitu caranya bukan penyelesaian. Dato’ Speaker, orang tua-tua selalu berkata masa itu diibaratkan pedang lambat bertindak maka banyaklah nyawa yang akan melayang. Perkara ini perlu dilihat tempoh untuk mendapatkan setiap ujian swab test dan tempoh menunggu untuk mendapatkan ujian swab test amat wajar dipendekkan. Ada kes yang ada simptom jangkitan COVID-19 pun sekarang ini tidak boleh pergi ke klinik terus, bila sampai ke klinik “oh encik tidak ada nama dalam senarai swab test”. Oh inilah yang terjadi, yang sering kami terima aduan betul tak rakan-rakan YB. Itulah yang terjadi di lapangan. Bagi saya, untuk membendung COVID-19 ini adalah dengan kekuatan kita menggunakan masa dengan efisien. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat, pengesanan dan pengasingan adalah lebih baik dan amatlah penting seperti yang telah kita laksanakan ketika pada PKP Fasa 1 pada tahun yang lepas. Saya juga merayu agar bukalah ruang agar kakitangan JKN Pulau Pinang ini ditambah ambil lah kakitangan sokongan sebagai pekerja kontrak bagi membantu mereka frontliners ini untuk menghadapi peperangan ini. Jika mereka yang bekerja di KKM sekarang telah bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab dan ada yang saya kira telah melakukan tugasan diluar tanggungjawab mereka sebelum ini iaitu seperti menguruskan jenazah dan menambus tanah di kubur tersebut sememangnya saya amat juga amat kasihan kepada mereka. Saya juga di dalam Dewan yang mulia ini, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua frontliners terutamanya yang bekerja di bawah KKM. Dato’ Speaker, saya juga menyambut baik kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan pada lewat petang semalam yang menyatakan bahawa beliau akan menggerakkan kakitangan KKM, jentera-jentera daripada negeri-negeri yang kurang masalah ataupun yang telah dapat pun dikawal. Beliau menyatakan akan memberikan tumpuan kepada empat (4) negeri termasuklah

Pulau Pinang selain itu adalah Kedah, Johor dan Sabah. Saya juga mengharapkan agar Menteri Kesihatan yang baharu ini dapat melakukan proaktif dan laksanakanlah perubahan secara drastik bagi menjaga nyawa rakyat Malaysia. Semoga usaha para fronliners yang mempertaruhkan nyawa sendiri untuk insan lain akan dikira sebagai kebajikannya besar. Semoga Allah mengandakan amalan-amalan baik mereka. Bagi mereka yang telah hilang orang yang tersayang saya ucapkan takziah dan bagi mereka yang sedang berjuang dan bertarung dengan COVID-19 ini semoga mereka diberikan kesembuhan dan kekuatan dan rakyat Malaysia sentiasa mendoakan pada kalian. Dato’ Speaker untuk menjadikan negeri dan negara bertamadun dan maju produktif pendidikan perlu juga dilihat secara serius. Bagaimana untuk memastikan anak bangsa kita terus menimba ilmu dikala pendamik COVID-19 berterusan apa yang sangat membimbangkan saya adalah anak-anak kecil yang berumur 5,6,7 tahun yang masih lagi mencari-cari ilmu untuk membaca, mengira dengan lancar. Buat masa sekarang apa yang saya lihat ialah penumpuan kerajaan bagi mereka manghadapi peperiksaan, saya khuatir anak-anak kecil ini akan ketinggalan jauh kerana tidak dapat belajar dengan sempurna di usia muda itu...(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat. Sudah lebih 15 minit. Sila rumuskan. Kalau boleh.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Kaedah PdPR bukan lah kaedah pembelajaran yang sesuai bagi mereka terutama mereka berada pra sekolah yang perlukan pehatian lebih mengajar mereka dengan pelbagai sentuhan galakkan mereka untuk minat belajar sudah tentulah pendekatan yang berbeza dengan remaja dan anak-anak tersebut. Peranan ibubapa amatlah penting. Oleh kerana masa terlalu singkat saya pergi terus ke point saya di kawasan. Dato’ Speaker baru-baru ini pada 18 Ogos kawasan saya iaitu Teluk Kumbar terjadinya satu banjir kilat yang amat teruk sekali yang melibatkan 250 buah penduduk rumah penduduk yang terjejas dan saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ TKM I yang sudi turun menziarahi kawasan tersebut dan saya juga amat berharap agar mereka ini diberi pembelaan ketika pandemik COVID-19 yang berlaku sekarang ini. Mereka dalam kesusahan dan saya mengharapkan agar ada sedikit bantuan daripada Kerajaan Negeri untuk meringankan beban mereka.

Yang di-Pertua (Speaker)

YB.?

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Dato’ ada sedikit lagi. Dato’ Speaker satu perkara yang paling penting sekali yang perlu saya nyatakan di sini adalah cadangan untuk membina hostel pekerja di DUN Bayan Lepas. Saya bukan tidak faham polisi apa yang telah disampaikan oleh YB. EXCO sebentar tadi. Kita menyokong polisi tersebut tetapi dalam masa yang sama cuba Dato’ Speaker dan rakan-rakan ADUN sekalian, bayangkan dalam radius 5 kilometer ada 3 cadangan pembinaan hostel pekerja ataupun hostel warga asing. Yang pertama Projek Zaterlight, 25,000 orang di kawasan penempatan orang kampung. Cina, India Melayu yang telah hidup rukun damai datang lagi 1 cadangan untuk membina 8700 unit di Bukit Belah dan paling menyedihkan saya hadir pula satu lagi cadagan projek hostel pekerja asing betul-betul di kawasan sosial kawasan orang ramai berurusan iaitu di taman Perda Teluk Kumbar yang dijangkakan akan

menyediakan penempatan kepada 6,000 orang. Bayangkan kalau tuan-tuan, puan-puan, rakan-rakan sekalian dalam radius 5kilometer ada 40,000 warga asing sedangkan pengundi saya pun baru 23,000 penduduk asal baru ada 20,000 kita akan jadi golongan manoriti. Jadi saya mohon agar Kerajaan Negeri pertimbangkanlah. Saya tidak menghalang untuk pembinaan hostel

Yang di-Pertua (Speaker)

Nak bagi laluan atau nak merumus habis.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Saya mohon Kerajaan Negeri pertimbangkanlah Social Impact Assesment (SIA) ini perlulah merujuk kepada wakil rakyat. Perlu merujuk kepada komuniti bukanlah pada disediakan oleh konsultan yang berbayar yang sudah tentu ke arah pronya pada projek tersebut. Saya mohon agar ambil penduduk menjadi golongan minoriti di kawasan tersebut. Dipersilakan

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Terima kasih.Bayan Lepas. Saya bersetuju apa yang dimaklumkan oleh Bayan Lepas. sebab tu saya dalam Majlis MPSP dulu cadangan saya waktu itu pembinaan ini dibina dalam tanah industri enquire tanah-tanah kosong yang ada. Rumah-rumah tersebut rumah-rumah pekerja tersebut dibina dalam tapak industri, di Batu Kawan bukan dalam penempatan. Cuma saya tak taulah apa nama Bayan Lepas perasan atau tidak sekiranya perkara ini boleh dipertimbangkan saya minta supaya Kerajaan Negeri membuat pembinaan tersebut di dalam tapak industri itu sendiri. Kalau di kawasan apa free trade zone ada ruang lagi tanah kosong walaupun saya tau tanah-tanah syarikat ataupun enquire tanah tersebut dan bina dalam itu. Dia tidak bercampur dengan apa majoriti-majoriti penduduk-penduduk lokal di kawasan itu. Terima kasih

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Untuk akhirnya, saya amat bersetuju dengan pandangan Sungai Acheh dan saya juga bersetuju dengan pandangan YB. EXCO sebentar tadi Jauh buat pembinaan jauh daripada penempatan yang asal. Nak buat betul-betul tunggulah 3 pulau siap tak dak siapa nak arah. Sekarang ini masalah dia ok you all nak buat gated boleh kata okey 40,000 orang tu dalam gated depa tak akan keluar mustahil manusia tak akan keluar daripada itu ok last. dan juga penduduk asal terpaksa berkongsi, berkongsi jalan raya, berkongsi hospital, berkongsi klinik, berkongsi sungai dan segala-galanya yang akan menyusahkan penduduk tempatan. Jadi saya mohon perkara ini diambilah perhatian yang sepenuhnya. Moga–moga pelaksanaan ini dapatlah dibatalkan ataupun paling tak dak pun diminimunkan lah. Walhuallam terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih moga-moga rakyat Malaysia dapat keluar daripada bencana COVID-19 ini. Wallahuallam.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Bayan Lepas. Saya nak bagi Penaga. Sila juga jaga masa perbahasan. Tadi Bayan Lepas pun lebih dari 20 minit. Kita akan tutup jam 1.00 untuk EXCO-EXCO tolong sedia untuk buat pergulungan yang juga perlu hadkan masa pergulungan dalam masa 20 minit.yang isu-isu yang tidak menyentuh portfolio tidak perlu dibangkit buat pergulungan. Saya peringatkan kat EXCO. Sila Penaga

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera Alhamdulillahirabbilalamin Wassalatu Wassalamuala Rasulillahashabihiajmain. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang seluruh barisan EXCO-EXCO Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat kepada Dato’ Ketua Pembangkang seterusnya kepada rakan-rakan, Yang Berhormat-Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian.Terima Kasih diberi peluang kepada Penaga untuk ucapan perbahasan usul. Terima kasih atas ucapan Tuan Yang Terutama Tun Ahmad Fuzi bin Abdul Razak Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Keempat Belas. Dalam ucapan tersebut semua aspek diberi fokus dan disentuh yang melibatkan isu pandemik, isu kesihatan, ekonomi, pembangunan, usahawan, industri, pemerkasaan Komuniti Hal Ehwal Agama Islam juga antara yang disentuh oleh Tun adalah modal insan Belia dan Sukan. Penaga memulakan ucapan pada pagi ini dengan dua (2) isu di Penaga sendiri yang pertama berkaitan dengan masalah capaian internet dalam pengajaran dan pembelajaran norma baru. Pengajaran dan pembelajaran atas talian sudah menjadi norma baru bagi institusi pendidikan di Malaysia. Kesan pendamik COVID-19 sejak lebih setahun yang lalu. Pengajaran dan pembelajaran dalam talian hanya berkesan sekiranya capaian internet dapat dinikmati secara meluas bukan sahaja di bandar tapi juga di luar bandar dan kawasan pendalaman. Masalah capaian internet merupakan salah satu masalah yang dikatakan kritikal di Penaga. Kerana Penaga kawasan di sebelah utara sempadan dengan Kedah, kawasan nelayan, kawasan sawah. Banyak kawasan dan kampung-kampung yang tiada capaian internet menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Antaranya di Kampung Lembah, Taman Penaga Permai, dan beberapa kawasan yang lain. Ada di kalangan pelajar yang hampir gagal ujian universiti gara-gara talian internet yang lemah dan terputus secara tiba-tiba. Mereka ini juga terpaksa bergerak keluar jauh dari kampung tersebut demi mengikuti pembelajaran atas talian dengan lancar. Jadi mungkin Yang Berhormat Tanjong Bunga boleh memberi perhatian. Juga beberapa permohonan talian internet juga telah lama dihantar kepada pihak TM. Justeru diharapkan usaha pihak telekomunikasi tadi dalam jawapan-jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat ADUN menyebut sembilan (9) syarikat komunikasi telah memberi kerjasama dengan Kerajaan Negeri diharap syarikat-syarikat itu juga dapat fokus atapun melihat permasalahan di Penaga. Justeru diharap usaha pihak komunikasi untuk memastikan tindakan diambil dengan segera untuk mempertingkatkan capaian internet di Penaga dan DUN-DUN lain juga perjalanan kerja-kerja dari rumah mahupun PdPR. Yang kedua di Penaga berkaitan isu keperluan tiga (3) unit tandas di klinik kesihatan Penaga...(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Yang Berhormat Penaga. Tumpang lalu. Sekejap. Sekejap sahaja. Isu yang sama tentang PDPR tentang online bukan sahaja untuk Penaga saya bersuara untuk seluruh warga Pulau Pinang yang mempunyai kanak-kanak yang masih belajar tetapi saya nak tanya apa pendapat Penaga kita ada seorang Menteri Pendidikan yang sepatutnya sudah pun mengedarkan 150,000 laptop yang masih belum diedarkan sepenuhnya kepada mereka yang terkesan dan kita ada pula Perdana Menteri baru-baru ini melantik semula Menteri Pendidikan yang telah jelas gagal membantu golongan ini. Saya nak tanya pendapat Penaga.

Yang di-Pertua (Speaker)

Penaga biar ditanya di Parlimen. Tak perlu jawab. Nanti kita angkat naik jadi Parlimen

Bagan Dalam boleh minta Ahli Parlimen.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah–sudah Penaga. Nanti saya potong masa.

Dato’ Yang di-Pertua, saya teruskan keperluan tiga (3) unit tandas di klinik kesihatan Penaga. Penambahan kawasan saringan COVID-19 di klinik kesihatan Penaga menyebabkan keperluan kemudahan tandas untuk kegunaan pesakit yang dirawat di bawah khemah iaitu bertempat di luar bangunan permis utama. Saya dah turun saya tengok kemudahan tandas diluar adalah bagi mengelakkan pesakit yang mempunyai simptom demam dan mempunyai gejala COVID-19 memasuki tandas di dalam ruang premis Klinik Kesihatan Penaga. Ketiadaan kemudahan tandas di luar ini telah menyebabkan kesesakan dan perkongsian di antara pesakit justeru penambahan kemudahan tandas diperlukan di luar premis utama klinik Penaga. Ini saya minta perhatian Yang Berhormat Penanti. Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua fronliners yang telah banyak berkorban selama musim COVID-19 ini. Saya mengajak kepada semua terutama rakan-rakan Yang Berhormat sekalian agar banyak membantu mereka. Memberi sokongan terasa sekali apa yang dilalui oleh mereka dan saya juga terlibat secara langsung dan pada bulan yang lepas 4 Ogos saya bersama-sama dengan anggota-anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang telah berpeluang untuk membantu Pejabat Kesihatan Daerah bukan sahaja di daerah SPU malah sekarang ini berkembang ke daerah SPT, SPS untuk membantu mereka dalam urusan pengurusan jenazah orang Islam di sekitar Seberang Perai. Dengan jumlah kematian yang tidak menentu setiap hari seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Air Putih kematian yang tinggi maka dengan jumlah kematian yang tidak menentu setiap hari menyebabkan anggota-anggota Amal ini perlu bersedia setiap masa untuk membantu pejabat daerah dan juga dibantu juga oleh Angkatan Pertahanan Awam. (APM) untuk mengurus jenazah pesakit COVID-19 Muslim. Kepenatan, kepanasan, kesukaran menguruskan telah sma-sama kami rasai. Tahun ini penuh cabaran, frontliners negara banyak berkorban marilah semua tingkatkan keazaman, doa juga jangan dilupakan asbab COVID-19 dunia gundah nyawa kehidupan jadi taruhan bukannya masa kita berpecah-belah merdeka pandemik sejahtera watan. Dato’ Yang di-Pertua, saya juga nak menyentuh berkaitan isu gelandangan Program Mutiara Foodbank amat dipuji dan perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya dapat membantu rakyat dalam era pendemik COVID-19. Apa yang saya ingin beritahu kepada Dato’ Speaker ialah Kerajaan Negeri sepatutnya menyediakan penempatan sementara kepada gelandangan di kala pandemik dan bukannya berpeluk tubuh. Inisiatif seperti bekerjasama dengan NGO-NGO untuk membantu gelandangan perlu dilaksana, tapi malangnya tiada usaha malah dinasihati supaya tidak memberi bantuan makanan kerana mereka bukan gelandangan. Ramai pemberi bantuan berisiko dikompauan RM10,000 kerana memberi bantuan makanan kepada gelandangan. Persoalannya jika Kerajaan Negeri berjaya mengawal dan sekali gus mengurangkan gelandangan di tahap minimum adakah rakyat atau pemberi bantuan makanan ini wujud. Maka Kerajaan Negeri perlu lebih proaktif memandangkan jumlah gelandangan ataupun penerima bantuan makanan dianggar 500 orang di lokasi seperti

KOMTAR, Teatell, tokong cina, di tepi jalan, Masjid Kapitan, Padang Tembak dan juga di Butterworth serta tempat-tempat lain. Ini belum termasuk pusat-pusat Kebajikan Kanak-kanak, OKU, rumah orang tua yang terpaksa meminta bantuan makanan kerana tidak dapat menanggung kos dan bebanan di kala pandemik COVID-19. Setakat bantuan makanan bukanlah solusi malah Kerajaan Negeri perlu melaksanakan satu pelan rancangan jangka masa panjang untuk menyelesaikan isu gelandangan dan bukannya mengumumkan Pulau Pinang sifar kemiskinan. Apapun terima kasih atas inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu terutama sekali keprihatinan YAB. Ketua Menteri. Jadi saya bagi serangkap pantun:

Terima Kasih Kerajaan Negeri Membantu Rakyat Lewati Rintangan Dengan Keprihatinan YAB. Ketua Menteri Pulau Pinang Terus Maju Dan Mampan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga nak sentuh, ada isu yang dibangkitkan diberikan kepada saya iaitu isu perumahan Taman Terubong Indah. Saya ingin mendapat kepastian daripada Kerajaan Negeri terutama Yang Berhormat Datok Keramat apakah benar dan mohon penjelasan pihak EXCO pihak terlibat telah mengadu kekecewaan berkenaan ketidakadilan dalam isu pembelian rumah. 93 warganegara telah membeli rumah berkenaan pada tahun 1995 dengan harga RM84,000 daripada pemaju Majestic Heights iaitu Taman Terubong Indah, Paya Terubong Ayer Itam Pulau Pinang. Pemaju Majestic Heights telah membina 80% Pangsapuri Taman Terubong Indah dan terbengkalai 20% pada tahun 1997. Kemudian pada tahun 2014 pemaju PLB Sdn. Bhd. telah mengambil alih projek ini dan telah menyiapkan 20% lagi setelah mendapat kelulusan OSC City Council. Pangsapuri ini siap dibina dan penyerahan kunci pada 2016 ketika itu Yang Berhormat Air Putih adalah Ketua Menteri. Untuk makluman Dato’ Speaker, pembeli 93 buah rumah ini sampai sekarang masih menuntut hak rumah dan telah beberapa kali memohon bantuan dari Kerajaan Negeri. Ada antara mereka yang telah habis bayar hutang bank rumah berkenaan dan ada yang masih membayar dan segelintir di isytiharkan bankrap oleh bank, mereka menuntut keadilan kerana ratusan ribu telah mereka habiskan tapi bayang rumah masih belum kelihatan saya mohon penjelasan daripada EXCO yang terlibat dalam masa penggulungan nanti, Insya-Allah. Dato’ Speaker, pendirian saya juga tetap sama dengan Persatuan Nelayan dalam isu PSR, tetap sama tetap bersama Persatuan Nelayan, Unit Nelayan dan nelayan menolak PSR kerana laporan EIA, FIA, MTFN, ANP mengatakan kerosakan alam sekitar kekal, cuma Yang Berhormat Bayan Lepas yang bersetuju dengan PSR, kebimbangan beliau dengan projek perumahan ataupun asrama untuk warga asing memberi kesan kepada pengundi sana, PSR ini saya rasa kesannya lebih tinggi Kerajaan Negeri perlu mendengar bantahan nelayan terhadap kelulusan EIA oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar diputuskan oleh panel Lembaga Rayuan Alam Sekitar pada 6 sehingga 9 September 2021. Dato’ Speaker dalam ucapan TYT juga ada menyebut projek yang dibuat melibatkan kawasan seluas 96.46 ekar di kawasan projek tambakan laut Sri Tanjung Pinang Fasa 2 (STP 2), berhampiran Gurney Drive Daerah Timur Laut, Pulau Pinang sedang berjalan dan diteruskan...(gangguan).

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Mohon penjelasan, Yang Berhormat Penaga mohon diizinkan. Satu isu yang menarik tentang PSR ini disebabkan kita hari ini berhadapan dengan pandemik dan selepas kita mencapai herd immunity kita akan memasuki satu kehidupan norma baru yang disebut endemik iaitu kita perlu hidup dengan COVID-19 ini dan ujian besar kita adalah berhadapan pandemik COVID-19 ini bukan saja krisis kesihatan dan juga krisis nyawa tapi juga krisis ekonomi. Jadi dalam soal PSR ini adakah Yang Berhormat Penaga bersetuju bahawa projek PSR ini adalah satu projek untuk mewujudkan job creation (dengan izin) iaitu satu projek yang boleh mencipta peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada rakyat Pulau Pinang dan pada masa yang sama kita perlu imbangkan tentang kemantapan projek ini dengan kebimbangan nelayan yang disebut oleh Penaga tadi, namun adakah Penaga sedar bahawa siri-siri perbincangan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuahkan beberapa penyelesaian di antara Kerajaan Negeri dengan golongan nelayan termasuk beberapa pakej bantuan hidup ex-gratia bantuan bot, dan juga enjin, pakej pemerkasaan jeti dan juga perumahan mampu milik kepada golongan nelayan, jadi soalan saya adakah Penaga boleh bersetuju bahawa dalam kita berhadapan dengan ujian kehidupan pandemik ini di mana economic recovering plan strategy itu satu perkara yang begitu penting hari ini dan dengan penyelesaian yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang membolehkan projek PSR ini diteruskan itu saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Penaga.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Minta tambahan pencerahan juga daripada Yang Berhormat Penaga, saya ingin menanya Yang Berhormat Penaga apakah plan alternative untuk meningkatkan semula ekonomi selepas pandemik ini kerana kita telah melihat bahawa pandemik ini satu dunia pun terancam dan boleh lihat satu dunia pun susah dan pada masa ini masalah pekerjaan ini semua akan timbul apakah plan alternatif daripada Yang Berhormat Penaga dan partinya PAS sebab kita tak nak gunakan satu negeri macam Kelantan sebagai contoh untuk rakyat Pulau Pinang mengikut, terima kasih.

Baik, terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Pasir dan juga Yang Berhormat Pulau Tikus. Pandangan daripada Yang Berhormat Permatang Pasir dalam isu PSR sememangnya saya tidak bersetuju bukan hanya PSR ini memberi peluang pekerjaan tetapi saya nampak peluang kemusnahan itu lebih besar dengan ekosistem dan juga tempat ataupun sumber nelayan-nelayan mendapatkan hasil tangkapan mereka, rezeki mereka boleh musnah dengan sebab itu kita bertegas dengan isu PSR ini sepatutnya Kerajaan Negeri juga mendengar pandangan keluhan daripada NGO-NGO dan juga persatuan-persatuan Nelayan di sekitar kawasan terbabit. Sebagaimana kita juga risau bimbang dengan negeri jiran kita juga….(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Yang Berhormat Penaga, tapi saya tak nampak ada Parti PAS pun ada bertemu dengan NGO-NGO apabila mengikut sistem pembalakan di negeri mereka perintah.

Takkan kita nak laporkan setiap apa yang kita buat, pertemuan-pertemuan yang kita adakan……(gangguan).

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Saya tertarik dengan Yang Berhormat Pulau Tikus dengan Parti PAS, saya ingat dalam sebulan atau dua (2) bulan yang lepas bekas Timbalan Menteri Pertanian, seorang Ahli Parlimen PAS datang ke Pulau Pinang tanpa merujuk kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendapat penerangan yang jelas daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyelar projek PSR ini kononnya ini satu tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengusir melayu Pulau Pinang. Ini satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku kerana yang pertama tidak mendapat fakta yang jelas tentang kedudukan projek ini dan kedua bermain dengan sentimen perkauman menjadikan sentimen ini sebagai alat ataupun candu politik untuk tujuan kepentingan politik sedangkan kita harus bersikap lebih jujur dan melihat kepada kepentingan rakyat seluruhnya dalam membuat apa-apa ulasan, jadi saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Penaga tentang kewajaran statement bekas Timbalan Menteri yang dibuat dalam keadaan negeri kita dalam mendepani cabaran pandemik ini terutamannya dalam Economic Recovery Plan, terima kasih

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pasir, nampaknya isu ini agak panas saya dah panjang lebar berucap tentang isu PSR dalam sesi Dewan yang lepas, saya tidak berhasrat untuk panjangkan cuma bukan hanya seorang dua yang bantah bukan hanya Timbalan Menteri, banyak NGO-NGO, Agensi bahkan semua orang termasuk Ahli Parlimen Permatang Pauh juga mempersoalkan tentang projek PSR ini bahkan dimasukkan ke dalam page Ahli Parlimen Permatang Pauh jadi boleh rujuk kalau page itu, itupun kalau isu yang dibangkitkan itu tidak dipadamkan. Jadi di dalam soal ini bukan isu perkauman sebab NGO-NGO yang bantah juga bukan hanya satu kaum bahkan melibatkan pelbagai kaum, jadi kita meraikan. Kalau projek di Kedah contoh negara jiran kita yang nak membangunkan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim itu pun kita bimbang boleh menjejaskan air Sungai Muda apatah lagi projek ini dalam negeri kita Negeri Pulau Pinang sendiri, jadi Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri saya teruskan...(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Tapi PAS sekarang berada di dalam Kerajaan Persekutuan, mengapa tak boleh bincang dengan pemimpin-pemimpin parti sendiri?

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Yang Berhormat Penaga, boleh saya mohon mencelah, Yang Berhormat saya pun tertarik juga bila semua berbincang pasal PSR ini sebab saya sendiri mungkin ada berbeza sikit pandangan dengan Yang Berhormat Penaga, tetapi yang lebih merumitkan bila saya lihat Kerajaan Negeri sendiri seperti seolah-olah tidak ada persetujuan di kalangan parti-parti mereka sendiri, saya tak tau, mungkin Yang Berhormat Pinang Tunggal saya difahamkan mengambil alih tanggungjawab saya untuk menyelesaikan masalah dengan nelayan tapi maklumat yang saya terima daripada retreat pimpinan Yang Berhormat Pinang Tunggal, Parti Yang Berhormat Pinang Tunggal sendiri difahamkan, Presiden mempersoalkan kenapa masih lagi nak buat PSR mungkin sebab itu Ahli Parlimen membangkitkan perkara ini...(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Point of Order, point of order.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

...kerana kita pun tahu Yang Berhormat Penaga...(gangguan) Ahli Parlimen Permatang Pauh secara terbuka menentang usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri jadi adakah ada krisis di situ yang saya tak tahu, sebab sekarang ni banyak jajaran jadi saya tak pasti di Kerajaan Negeri ni macam mana? Yang Berhormat Pinang Tunggal mewakili Kerajaan Negeri atau mewakili Parti atau bagaimana? Permatang Pauh ini pandangan dia itu, sangat berbeza bahkan secara terbuka menyatakan bantahan berulang kali tentang isu PSR ini. Jadi kalau tadi nak mempersoalkan negeri lain, Pulau Tikus nak soal, Bagan Dalam nak soal, Permatang Pasir nak soal Penaga, saya ingat lebih baik soal dulu Kerajaan sendiri tanya what is the actual stand of this political party….(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Ini adalah satu tuduhan, niat jahat, dia kata seolah-olah ada konflik dalam Kerajaan Negeri ini tidak betul, ini hanya dikata spekulasi, dia nak panaskan keadaan Dewan, dia nyatakan pernyataan-pernyataan…..(gangguan dari beberapa Ahli Dewan) [YB. Timbalan Yang di-Pertua mematikan mikrofon)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Penaga, sambung, Penaga sambung….(gangguan). Bagan Dalam minta duduk. Saya tak bagi peluang kepada sesiapapun, saya minta Penaga sambung. Penaga sambung Penaga.

Bagan Dalam minta duduk. Pulau Tikus minta duduk

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Saya nak cakap. Celah. Celah sikit sahaja. Saya minta celah sikit sahaja. Celah sikit sahaja. Ahli-Ahli Yang Berhormat, semua individu-individu memang ada opinion dia sendiri, perbezaan dia sendiri tetapi yang paling penting kita kerja sebagai satu pasukan bukan di antara satu perikatan yang menganiayai satu sama lain sampai satu kerajaan pun sudah tumbang. Boleh nampak itu.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Dato’ Speaker saya ada satu soalan sahaja di sini saya ingin nak tanya. Ahli Yang Berhormat dari Seberang Jaya, apakah pendirian Yang Berhormat pada masa ini berkenaan dengan PSR. Apakah pendirian?

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya bangga apabila EXCO Kerajaan Negeri tanya pendirian saya. Terima kasih sahabat saya daripada Sungai Puyu. Boleh jawab sikit Penaga? Sedikit sahaja. Ini floor Penaga. Saya dah sebut tadi, memang pandangan saya sedikit berbeza dengan Penaga bahkan kita tak boleh menafi, I’m not going to lie to the Dewan. Saya sendiri yang terlibat dalam usaha untuk memastikan PSR itu dapat berjalan dan bahkan sebahagian besar daripada yang disebut dalam ucapan TYT baru ini. Program-program itu cadangan daripada saya dulu untuk dibawa untuk pertimbangan Kerajaan Negeri. I am part of the State Government. I know the project tetapi persoalan yang kita bangkitkan ini adalah dibangkit oleh negeri lain. Soal PAS di sana lah, PAS di sini lah. Let’s settle here. We’re in this Dewan to

discuss about our state. To discuss about Penang. Sebab itu saya rasa kita has to be fair. Pada Yang Berhormat Penaga, pandangan saya…(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

So Seberang Jaya nak masuk PAS ka?

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

But Federal kata Seberang Jaya dengan….(gangguan).

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Setuju. Saya setuju.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, duduk. Duduk. Penaga bersambung. Penaga sambung.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya rasa Yang Berhormat Pinang Tunggal pun bersetuju. Persoalan dia sekarang ini kita bangkit kenapa Permatang Pauh tidak bersetuju…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Minta Seberang Jaya cut short. Minta Seberang Jaya duduk…

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Permatang Pauh bukan Ahli Dewan Undangan Negeri. Itu dia ada pandangan individu dia.

Yang Berhormat Bagan Dalam, baik saya teruskan ucapan Dato’ Timbalan Yang di-Pertua oleh kerana masa tidak mengizinkan. Dalam banyak pekara yang di sentuh oleh TYT dalam ucapan perasmian Dewan. Cuma saya melihat ada satu projek besar yang tidak disentuh yang berkaitan Projek Terowong Dasar Laut. Jadi tak pastilah saya ingin tahu apa perkembangan projek itu wujud ataupun bila akan dilaksanakan ataupun projek terowong dasar laut ini masih dalam siasatan SPRM. Tuan Yang di-Pertua, 1 September 2021 telah mencatat satu sejarah apabila kesemua Ahli-ahli Dewan yang berada dalam Dewan yang mulia ini, kita telah berjaya dan meluluskan pindaan RUU Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang bagi menurunkan had umur 21 tahun ke 18 tahun ke atas untuk membolehkan bukan sahaja mereka sebagai pengundi bahkan dicalonkan sebagai calon dalam pilihan raya umum. Saya melihat perkara ini juga selari dengan Islam apabila Islam meletakkan seseorang itu boleh mengurus ataupun apa-apa yang melibatkan berkaitan dengan kepentingan dirinya apabila dia sampai kepada had yang disebut istilahnya akhil baligh dan akhil baligh ni di dalam Islam kalau lelakinya lebih kurang usianya 15 tahun. 15 tahun, lebih awal kerana kita melihat ada ketikanya individu-individu ni berpotensi untuk sama-sama membangunkan negara bahkan dalam sejarah Islam

boleh kita lihat bagaimana Nabi Muhammad SAW itu sendiri, sebelum kewafatan baginda pada tahun yang kesebelas Hijrah dua (2) bulan sebelum kewafatan baginda bagaimana Baginda SAW melantik seorang sahabat yang sangat muda iaitu Usamah Bin Zaid. Zaid Bin Harisah adalah anak angkat kepada Rasulullah SAW yang ayah dia gugur, shahid di medan Muttah tetapi anak dia Usamah Bin Zaid ini telah dilantik oleh Nabi SAW untuk memimpin satu pasukan tentera Islam di usia 18 tahun dan kalau kita lihat di dalam sejarah selepasnya apabila Sultan Muhammad Al-Fateh yang menggantikan ayahanda nya, Khalifah Sultan Murrad bagi Kerajaan Uthmaniah, maka Sultan Muhammad Al-Fateh dilantik sebagai khalifah ketika berusia 18 tahun dan pada ketika usia 21 tahun bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya merealisasikan apa yang telah disebut oleh Rasulullah SAW iaitu Islam akan membuka Kota Konstantinopel dan akhirnya kita melihat Istanbul kota yang dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fateh ketika beliau berusia 21 tahun. Cumanya kita perlu melihat dan Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri perlu memainkan peranan bagaimana kita hendak memberikan pendidikan kepada remaja ataupun belia yang berusia 18 tahun ini supaya mereka matang politik dan mereka juga boleh bersama-sama untuk membangunkan negara kita. Tak mau budaya-budaya atuk-atuk itu diikuti ataupun dituruti. Mereka mesti matang bertindak supaya insha-Allah kalaupun ada diantara mereka nantinya dalam pilihanraya umum yang akan datang dicalonkan dan diberikan amanah untuk memimpin sama ada peringkat negeri ataupun negara, mereka dapat melaksanakan amanah itu dengan sebaik mungkin. Jadi inilah yang perlu kita lihat. Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri modul pendidikan untuk anak-anak remaja ataupun belia ini insha-Allah, supaya ditangan mereka nanti kita serahkan mandat untuk mereka terus memacu pembangunan Negara Malaysia yang kita cinta ini insha-Allah. Dato’ Yang di-Pertua, saya mengakhiri ucapan saya dengan serangkap pantun, Ayuh semua rakyat Malaysia, Jalur gemilang kita Kibarkan, Bersatu hati semua bangsa, Membawa negeri menuju kejayaan.

Dengan itu terima kasih, saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Penaga. Seterusnya Bertam. 15 minit sahaja

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Dato’ Speaker, dah lama ni Dato’ Speaker. Boleh?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

15 minit sahaja.

Khaliq Mehtab Bin Mohd IshaqBERSATU · PHBertam

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam kemerdekaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Bismillahirahmanirahim, puji dan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayatnya kita semua dapat berkumpul dan bersidang di dalam Dewan yang

mulia ini walaupun kita masih berada di dalam pandemik yang merisaukan satu dunia, COVID-19. Alhamdulilah, kerusi-kerusi Ahli-Ahli Yang Berhormat juga telah disusun dengan sebegitu baik dengan mengambil kita penjarakan sosial yang optimum demi menjaga keselamatan semua. Bertam sekali lagi tampil di Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Yang ke 14. Di dalam Dewan yang mulia ini yang sudahpun dibaik pulih untuk keselesaan Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Terima kasih Bertam ucapkan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana telah merasmikan Mesyuarat Sidang DUN Pulau Pinang kali ini. Walaupun kita bersidang di dalam Dewan yang sudahpun dibaik pulih menjadi harapan Bertam, sejajar dengan saranan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, agar satu bangunan Dewan Undangan Negeri yang baru dapat didirikan dalam masa terdekat bagi memberi keselesaan dan kelancaran persidangan yang akan datang dengan mengambil kira jumlah Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai serta petugas-petugas Dewan Undangan Negeri. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu Bertam ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah menyalurkan dana bantuan COVID-19 dan dana ini digunakan sebaik mungkin untuk disalurkan balik bantuan bakul makanan kepada mereka yang terkesan akibat pendemik ini. Sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara khususnya dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ataupun singkatan PKP, masyarakat sangat terkesan dari segi kehilangan punca pendapatan, emosi dan kesihatan mental. Mereka yang terkesan bukan sahaja mereka yang di kuarantinkan akibat jangkitan tetapi ada juga keluarga yang terkesan akibat tidak dapat bekerja, tidak dapat meniaga, hilang punca pendapatan dan sebagainya. Kes-kes harian di Pulau Pinang pun semakin membimbangkan dari hari ke hari, di Bertam pun kes tinggi juga namun kecekalan, ketabahan dan semangat pekerja barisan hadapan amatlah tinggi. Begitu juga dengan sukarelawan ataupun Skuad Prihatin yang membantu melaksanakan program bakul makanan. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Berhormat, Bertam ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua frontliners dan juga sukarelawan yang telah membantu kerajaan dalam mekalsanakan kerja membantu rakyat. Mereka bertungkus-lumus untuk memastikan semua rakyat mematuhi SOP, tidak kira siang atau malam, panas atau hujan demi memastikan COVID-19 dapat dikekang. Mereka juga terpaksa menghadapi detik-detik mencemaskan terutama petugas-petugas yang berada di pusat kuarantin, hospital dan sebagainya. Mereka sering terdedah kepada jangkitan namun berbekalkan tekad dan iltizam mereka yang tinggi mereka tetap berada di tempat yang ditetapkan tanpa sebarang rungutan. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Berhormat, sepanjang tempoh PKP 3.0 ini, Bertam telah berjaya mengagihkan bantuan bakul makanan kepada lebih 3,000 keluarga yang terkesan. Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai, petugas, Ahli-ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Cawangan serta rakan-rakan yang telah mengembeling tenaga dalam pengagihan bakul-bakul makanan tersebut. Bertam juga ingin mengucapkan jutaan kepada terima kasih kepada Kerajaan Pusat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat yang juga telah mengagihkan bakul prihatin serta syarikat-syarikat swasta dan indvidu terbabit dalam agihan bakul makanan ini. Tanpa penglibatan Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, syarikat swasta, badan-badan kerajaan serta individu yang prihatin, agak sukar untuk Bertam menyalurkan bantuan kepada yang terkesan. Pada masa yang sama bantuan tambahan juga disalurkan kepada keluarga yang masih lagi kurang mampu untuk meneruskan kehidupan. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, memadangkan Bertam tidak mempunyai sayap pentadbiran seperti MPKK, Bertam telah menyalurkan bantuan melalui Khariah Masjid di sekitar DUN. Ahli Jawatankuasa Masjid serta surau juga menjadi mata dan telinga untuk Bertam mengetahui jumlah keluarga yang terlibat dan terkesan di setiap kawasan. Data-data dari Jabatan Kebajikan Masyakarat serta Pusat Urus Zakat Pulau Pinang

juga menjadi rujukan dalam melaksanakan misi ini. Kerjasama antara masyarakat sekeliling juga amat membantu tanpa mengira fahaman politik, kaum mahupun agama. Bak kata pepatah ‘Jiran Sepakat Membawa Berkat, Yang Berat Sama Dipikul Yang Ringan Sama Dijinjing’, itulah hebatnya masyarakat di sekitar DUN Bertam. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan atau singkatan PICK sedang dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Walaupun pada permulaan program ini ianya dianggap mustahil untuk melaksanakan suntikan vaksin sampai 50,000 seorang sehari namun kini jumlah vaksinasi telah meningkat sehingga pernah mencecah 500,000 dos vaksinisasi sehari. Bertam sendiri telah membuat lawatan ke Pusat Vaksinasi di Dewan Millenium pada 28 Mei 2021 dan pada ketika itu jumlah vaksinasi hanyalah 600 ke 700 orang sehari. Tetapi pada lawatan seterusnya pada 18 Jun 2021 jumlah vaksinasi telah meningkat 2 kali ganda. Kini dengan adanya Pusat Pemberian Vaksin di Dewan Millenium dan di Pusat Konvension Perda, jumlah vaksnasi sehari di setiap pusat menerima dapat mencecah sehingga 1,500 orang dan seterusnya dapat mempercepatkan proses pemberian vaksin di kedua-dua pusat ini. Bertam ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh petugas Pusat Pemberian Vaksin di Pulau Pinang serta seluruh negara. Juga tahniah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia serta Pejabat Kesihatan Negeri serta daerah di Negeri Pulau Pinang di atas kerja keras tanpa mengenal batas waktu. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pendemik COVID-19 telah menyebabkan sektor ekonomi negara terjejas dengan teruk. Ada syarikat yang terpaksa menutup operasi dan ini mengakibatkan pemberhentian pekerja dan jumlah pengangguran meningkat. Bukan setakat itu sahaja, dalam sektor ekonomi ini ramai usahawan kecil dan sederhana yang juga terkesan. Bantuan Prihatin Rakyat yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan serta Bantuan Usahwan Kecil dari Kerajaan Negeri telah sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh usahawan-usahawan ini. Sebagaimana kita semua sedia maklum, ramai di kalangan peniaga sama ada peniaga restoran, peniaga jalanan mahupun peniaga pasar malam, mereka ini terjejas dengan teruk. Walaupun aktiviti-aktiviti jualan dibenarkan dengan pematuhan SOP dan dibenarkan membungkus sahaja, ianya masih tidak dapat meningkatkan pendapatan mereka. Bagi peniaga-peniaga pasar malam ataupun pasar siang, mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk meneruskan kehidupan. Walapun di dalam Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara, dibenarkan dine-in...(dengan izin) tetapi dengan syarat pengunjung mestilah mempunyai dua (2) dos vaskin dan itupun setelah selang 14 hari selepas suntikan dos kedua. Rata-rata pengusaha restoran menyambut baik saranan ini namun kegelisahan serta kurang keyakinan pengunjung untuk dine-in di tempat berhawa dingin dan tertutup sedikit sebanyak memberi kesan kepada pengusaha restoran. Bertam ingin mengesyorkan agar Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan juga Majlis Bandaraya Seberang Perai untuk melihat sama ada dapat dibuka kawasan dine-in ini di kawasan lapang berhampiran restoran seperti di kawasan Program Street Food. Jika di Bertam, dicadangkan di kawasan lapang berhampiran Bertam Boulevard dan kawasan jalan hadapan kiosk, ataupun kedai-kedai dan restoran dibenarkan untuk diletakkan meja di luar untuk membolehkan aktiviti dine-in ini dijalankan. Dan Bertam sedia menyediakan pelan untuk perlaksanaan ini. In Sha-Allah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bertam, 1 minit lagi.

Khaliq Mehtab Bin Mohd IshaqBERSATU · PHBertam

Aik, biar betul?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saya dah catat sini you start pukul berapa, you finish pukul berapa.

Khaliq Mehtab Bin Mohd IshaqBERSATU · PHBertam

Okey, baik-baik. 5 minutes?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

No, no five minutes. Only one minute.

Khaliq Mehtab Bin Mohd IshaqBERSATU · PHBertam

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, menyedari bahawa pandemik COVID-19 memberikan impak, kemerosotan kewangan dan prestasi perniagaan terhadap ramai usahawan kecil dan sederhana, maka melalui Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang ataupun singkatan PERDA. Satu inisiatif moratorium tanpa faedah telah diberikan kepada penyewa-penyewa premis PERDA, penyewa gerai, tanah serta rumah PPRT PERDA. Peminjam-peminjam dana dan juga Skim Bantuan PERDA mulai bulan Mei 2021 sehingga Disember 2021. Syabas dan tahniah Bertam ucapkan kepada seluruh warga kerja dan pengurusan PERDA. Insentif ini adalah selaras dengan pakej perlindungan rakyat dan pelan pemulihan ekonomi. Moratorium ini melibatkan implikasi kewangan PERDA sebanyak hampir RM2 juta dan hampir 700 penyewa dan peminjam telah pun menerima manfaat ini. Melalui program PERDA4U Free Ride Vaccine pula telah menyediakan perkhidmatan pengangkutan percuma ke Pusat Pemberian Vaksin kepada kumpulan sasar yang memerlukan. Program ini merupakan satu inisiatif bagi membantu kerajaan mencapai sasaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara optimum dengan meningkatkan jumlah penerima vaksin melalui bantuan perkhidmatan pengangkutan percuma.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bertam, your time is over, you are consider finished already.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Saya cuma nak mencadangkan juga, seperti yang disebutkan tadi oleh Bertam berkaitan dengan moratorium kepada peniaga-peniaga di bawah bangunan sewaan PERDA. Saya juga mencadangkan sebab yang awal pun Kerajaan Negeri ada bagi bantuan pengecualian sewaan di bawah PBT yang melibatkan bangunan-bangunan Majlis. Mungkin yang terbaru ni, walaupun mereka boleh berniaga, kalau kita tengok mereka terkesan sebab orang tak boleh dine-in dan juga kadang-kadang pendapatan mereka itu memang merosot. Sama ada dipertimbangkan cadangan ini sama ada pengecualian dalam satu tempoh ataupun separuh bayaran bulanan kepada bangunan-bangunan milik PBT ini. Adakah Bertam bersetuju dengan cadangan ini?

Khaliq Mehtab Bin Mohd IshaqBERSATU · PHBertam

Saya bersetuju. Boleh saya sambung? Terima kasih. Senang. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Behormat, pandemik COVID-19 ini banyak memberi kesedaran kepada kita semua agar kita bersatu dalam memerangi wabak ini. Slogan ‘Kita Jaga Kita’ membawa

maksud kitalah sendiri menjadi benteng untuk memutuskan rangkaian COVID-19. Semua kita perlu memastikan dan mematuhi standard operating procedures yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Tanpa mengenal bangsa, agama, umur serta taraf kehidupan orang di antara kita, wajib mematuhi SOP. COVID-19 tidak kenal Dato’ Yang di-Pertua, tidak kenal Ahli-ahli Yang Berhormat mahupun rakyat jelata. Jika gagal mematuhi SOP, kadar jangkitan amatlah tinggi. Akhir kata, adalah menjadi harapan besar Bertam, supaya Ahli-ahli Yang Berhormat semua dapat mengembleng tenaga, tidak mengira parti, kerajaan ataupun pembangkang untuk membantu rakyat Pulau Pinang dalam masa kesempitan, kegelisahan dan kesusahan untuk meneruskan kehidupan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini. Bertam ingin memohon kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan Pulau Pinang khususnya untuk kita terus bersama menyokong usaha kerajaan untuk memastikan rantaian COVID-19 diputuskan. Kita Jaga Kita, Insya-Allah, kita akan menjadi sebuah keluarga Malaysia yang prihatin. Dan di kesempatan yang akhir juga, Bertam ingin mengucapkan berbanyak dan ribuan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua Speaker sendiri kerana telah menolak satu usul yang telah dibangkitkan awal oleh Pinang Tunggal untuk pengosangan seat Bertam, Seberang Jaya, Sungai Acheh dan Teluk Bahang. Dan Bertam percaya usul ini tidak sesuai dibangkitkan pada masa sekarang, memandangkan satu kes sedang berjalan di peringkat yang lebih tinggi. Terima kasih, Assalamualaikum.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Bertam, seterusnya Batu Uban. Masa yang diberi adalah 15 minit sahaja. Tengok time dahulu, 12.52pm campur 15 adalah?

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

1.20pm?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ha?! Tolong ambil sijil SPM kat saya esok.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ke atas ucapan TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, saya faham Dato’ Speaker dengan kekangan masa yang kita hadapi, maka saya akan patuh akan nasihat Timbalan Speaker untuk mempercepatkan ataupun mengehadkan ucapan saya. Timbalan Speaker, persidangan Dewan kali ini banyak menyentuh perkara mengenai COVID-19, seperti pengurusan pandemik, program vaksinasi, bantuan kepada penjaja, masyarakat dan sektor ekonomi yang terjejas dan juga perancangan pasca pandemik. Kita paham, rakan-rakan saya yang lain, Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan kita begitu concern...(dengan izinnya) tentang isu-isu COVID-19 ini kerana kita bimbang setakat data ataupun statistik jumlah kes komuniti, setakat semalam, 1 September terdapat 88,253 kes positif di Pulau Pinang, maka saya rasa, pihak berwajib seperti KKM, JKN dan Kerajaan Negeri perlu segera mengambil langkah strategik bagi memastikan penularan wabak COVID-19 ini dapat diputuskan dalam kalangan masyarakat. Saya sebagai wakil rakyat juga menerima banyak panggilan daripada masyarakat setempat di Batu Uban. Masyarakat setempat memerlukan bantuan apabila ada di antara mereka yang positif COVID-19, tetapi mereka hanya diminta untuk kuarantin di rumah tanpa ada apa-apa panduan yang jelas. Warga emas, golongan rakyat yang kurang kemampuan,

mereka semua ini mungkin ketinggalan mendapat maklmat, info melalui media sosial ataupun komunikasi yang berkesan. Maka, saya ingin membangkitkan isu dalam Dewan yang mulia ini, supaya satu komunikasi yang berkesan dapat untuk kita membantu untuk golongan-golongan ini, saya ingin mencadangkan supaya KKM ataupun Kerajaan Negeri dapat mencetak risalah yang lengkap tentang SOP untuk pesakit kuarantin kendiri. Pejabat ADUN, kami sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membantu untuk membuat edaran apabila kami menyampaikan bantuan kepada pesakit-pesakit kuarantin ataupun pesakit positif yang kuarantin di rumah. Selain itu, saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri, untuk kita membantukan satu sistem ataupun aplikasi support system, contohnya dalam apps tersebut, kita boleh meletakkan button SOS, di mana button SOS ini apabila mereka-mereka yang kuarantin di dalam rumah ini, sekiranya mereka menghadapi masalah sesak nafas, oksigen turun dan sebagainya mereka bolehlah segera menekan button SOS ini dan maklumat mereka itu akan sampai kepada pihak hospital dan pihak hospital boleh segera menghantar bantuan terus berdasarkan GPS pesakit. Kita tidak mahu, jangan hanya minta apabila ada kecemasan, minta pesakit-pesakit ini call 999. Kerana kita tahu, apabila pesakit kuarantin ini, dia menghadapi masalah, kalau dia nak call 999 pun, saya sendiri pun pernah mencuba call 999 ini, membantu salah seorang pesakit kuarantin, banyak maklumat yang mereka minta, banyak maklumat yang perlu diberikan oleh pesakit tersebut, maka ini semua akan menjejaskan ataupun melambatkan proses bantuan untuk diberikan kepada pesakit-pesakit ini. Sebab itu, saya minta kita sebagai Kerajaan Negeri, kita kena lead, kita mungkin boleh membuat satu aplikasi, di mana aplikasi itu bolehlah memberi bantuan di mana mereka-mereka yang kuarantin di rumah itu, apabila mereka memerlukan bantuan ambulans dan sebagainya mereka hanya menekan bantuan SOS itu, dan bantuan segera akan diberikan. Ada juga pesakit beritahu…(gangguan).

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Minta penjelasan, Batu Uban. Terima kasih kepada hujahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Uban ini, khususnya berkenaan dengan penggunaan aplikasi apabila kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini dan khususnya kepada mereka yang terpaksa menjalankan kuarantin kendiri di rumah maisng-masing. Sebenarnya, saya rasa memang aplikasi homes assessment tu pun telah dimasukkan ke dalam sistem MySejahtera ini tetapi malangnya kita lihat sistem ini yang dibangunkan dengan bajet yang cukup besar sebanyak RM70 juta yang telah dibelanjakan untuk membangunkan sistem MySejahtera ini, appointment atau temujanji vaksin pun dari Pulau Pinang, mereka boleh bagi sampai Kota Kinabalu, Sabah. Jadi, saya rasa patut kita patut lihat pada pembangunan aplikasi yang bersesuaian untuk kita dapat menyalurkan bantuan secara segera kepada rakan-rakan kita yang terpaksa menjalankan kuarantin di rumah tetapi kita perlu lihat details yang terperinci ini agar kita pastikan aplikasi benar-benar dapat berfungsi seperti apa yang kita minta. Terima kasih.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih sahabat saya dari Pengkalan Kota. Ya, saya bersetuju, saya amat bersetuju. Kita faham dan kita tidak dapat menafikan dalam aplikasi MySejahtera itu terdapat banyak kecacatan juga. Di kawasan saya di Batu Uban ada juga yang menerima appointment, di Seberang, di SPU, di SPT dan sebagainya. Bagaimana dengan warga emas ataupun mereka yang tidak mempunyai pengangkutan, mereka tidak dapat mampu pergi ke sana. Malahan, kes-kes di kawasan Seberang juga terlalu tinggi. Maka, mereka ketakutan. Apabila mereka menggunakan Help Desk yang terdapat dalam MySejahtera, mereka cancel appointment dan sebagainya untuk mendapat temujanji yang baru, mengambil masa yang terlalu panjang, ada yang sampai dua (2) hingga tiga (3) bulan, tidak mendapat temujanji yang

baharu maka saya berharap JKN juga dapat membantu untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh saya dan juga rakan saya daripada Pengkalan Kota. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, ada pesakit juga, dia beritahu, apabila dia call ambulans, pihak hospital maklumkan tidak mencukupi perkhidmatan ambulans ini. Maka saya ingin bertanya di dalam Dewan yang mulia ini, adakah perkara ini benar? Sekiranya benar, maka saya rasa KKM ataupun JKN perlu membentangkan satu pelan untuk mengatasi perkara-perkara ini. Saya percaya, Kerjaaan Negeri dan juga pihak NGO sedia membantu tetapi memerlukan kerjasama yang sepenuhnya daripada agensi yang terlibat. Saya juga mohon, supaya pihak JKN khususnya dapat berkongsi maklumat ataupun data mengenai kes COVID-19 positif kepada Wakil-wakil Rakyat. Kami sebagai Wakil Rakyat, kadang kala pun tidak mendapat sebarang maklumat, berapa orang yang mendapat kes positif, berapa rumah yang kuarantin dan sebagainya. Kami tidak ada semua maklumat ini. Sekiranya dalam Dewan yang mulia ini, dalam soalan-soalan bertulis, kalau JKN boleh memberi maklumbalas, kenapa maklumbalas seperti ini tidak diberikan dari semasa ke semasa kepada wakil rakyat. Kenapa mereka tidak mahu disclose maklumat-maklumat ini? Kerana saya rasa maklumat-maklumat ini penting, kami sebagai wakil rakyat memerlukan data-data ini, memerlukan maklumat-maklumat ini untuk kami menyampaikan bantuan yang sepatutnya.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Mohon mencelah. Batu Uban, semalam Menteri Kesihatan dalam sidang medianya, menyatakan bahawa selepas ini, Kementerian Kesihatan akan buat secara telus, makna kata segala butiran, segala angka akan diberikan secara telus. Jadi saya sendiri mengharapkan begitu. Kita harapkan begitu. Terima kasih.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih Bayan Lepas. Itulah, kita mengharapkan supaya satu kerjasama. Perkara ini adalah perkara bencana, pandemik, kita menghadapi satu pandemik maka kita perlu telus dalam perkara ini dan kita perlu berkongsi maklumat yang sedia ada yang ada pada kita. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh perkara lain, perkara COVID-19 dah tamat sebab ramai Ahli-Ahli dah bangkitkan...(gangguan).

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Penjelasan, kalau diizinkan. Tentang menangani pandemik ini, adakah, tadi Batu Uban menyentuh tentang kurangnya efisyen hotline dan sebagainya dan soalan saya adakah YB. bersetuju bahawa Kerajaan Negeri perlu memperbanyakkan lagi field quarantine center untuk memastikan bahawa masalah satu, yang pertama adalah Brought in Dead dan juga masalah kuarantin di rumah yang tidak ada pemantauan yang rapi daripada pihak KKM. Ini satu langkah yang efisyen untuk menangani masalah kematian yang meningkat di kalangan rakyat Pulau Pinang.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Ya, saya sangat bersetuju. 10 minit lagi. Saya bersetuju dengan pendapat itu sebab itu dari awal lagi saya rasa ramai rakan-rakan telah memberi idea ini untuk kita memperbanyakkan pusat-pusat kuarantin supaya kita dapat membantu. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapat status terkini daripada Kerajaan Negeri mengenai cadangan pembinaan Sekolah Menengah Tamil yang pertama di Pulau Pinang. Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang kita, YB. Air Putih pada ketika itu telah memperuntukkan sebidang tanah untuk membina Sekolah Menengah Tamil pertama di

Negara ini iaitu di Bagan Dalam. Namun ketika itu Putrajaya telah menolak cadangan tersebut, maka saya mengesyorkan dalam Dewan ini agar Kerajaan Negeri sekali lagi membuat rayuan kepada Putrajaya dan seterusnya meneruskan cadangan ini untuk memenuhi keperluan pendidikan untuk komuniti kaum India. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri terutamanya Ketua Menteri yang telah campur tangan dan menyelesaikan masalah perpindahan yang melibatkan 14 buah rumah, empat (4) tokong dan satu kuil di atas tanah lot Kementerian Dalam Negeri di Sungai Dua bagi memberi laluan kepada pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontijen yang baru beserta dengan kuarters anggota. Isu ini berbangkit sejak lama sejak tahun 2007. Dua wakil rakyat sebelum saya dan saya adalah wakil rakyat yang ketiga dengan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dan sebagainya maka isu ini dapat diselesaikan dengan baik, dengan rundingan yang telah kita buat, maka penduduk-penduduk tersebut telah mendapat satu pampasan yang setimpal kepada mereka yang terlibat dalam pembinaan ini. Maka selain itu, Kerajaan Negeri juga melalui Jawatankuasa RIBI dan juga Hindu Endowment Board telah memberikan tanah untuk penempatan semula empat (4) tokong dan satu kuil di atas tanah lot yang bersebelahan milik Kerajaan Negeri dengan keluasan 4000 square feet untuk setiap rumah ibadat yang terlibat. Saya sebagai ADUN Kawasan, berterima kasih kepada Kerajaan Negeri. Saya juga memohon bantuan agensi-agensi yang terlibat untuk membantu dan memudahkan proses pembinaan rumah-rumah ibadat tersebut. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa satu isu ataupun soalan bertulis saya. Soalan bertulis nombor satu yang telah saya bertanya tentang kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di Minden Heights. Dalam jawapan yang saya terima daripada YB. EXCO telah menyatakan bahawa kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di kawasan Minden Heights telah siap dilaksanakan pada tahun 2020 dengan jumlah kos sebanyak RM500,000.00 maka tetapi namun saya tidak pasti sama ada pihak JKR telah membaiki longkang yang telah saya bangkitkan beberapa kali dalam Dewan yang mulia ini kerana sehingga ke hari ini, kejadian banjir kilat tetap berlaku di kawasan tersebut. Apabila air hujan dari kawasan USM turun ke kawasan ini. Maka saya berharap satu penjelasan yang tepat dapat diberikan kepada saya. Saya juga ingin membangkitkan satu lagi isu yang telah tertangguh begitu lama iaitu membaik pulih kebocoran bumbung di blok Rumah Kos Rendah Halaman Kenanga oleh PDC. Jawapan yang diterima oleh saya adalah pihak PDC masih dalam perbincangan dan mereka juga akan membuat lawatan tapak secepat mungkin tetapi walau bagaimanapun, lawatan tapak tidak dapat dilaksanakan kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa di seluruh Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Batu Uban.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Dato’ Speaker, sikit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Dato’ Speaker, sikit lagi. Saya berharap dan merayu agar YB. EXCO dapat campur tangan dan dapat menyelesaikan isu ini yang sudah tertangguh hampir tujuh (7) tahun. Saya kesian, melihat ada penghuni yang terpaksa sewa ke rumah lain kerana keadaan rumah sekarang ini tidak selamat diduduki. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas pembentangan Pindaan Rang Undang-Undang untuk menurunkan calon layak bertanding pada PRU dari 21 tahun ke 18 tahun. Patutnya saya menjadi salah satu pembahas tetapi ketika itu masa terhad. Maka saya minta lima (5) minit sikit dari Dato’ Speaker…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Batu Uban. Semua dah cakap tentang umur itu.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Lima minit sahaja Dato’ Speaker, lima (5) minit.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saya agak, saya kena.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Lima minit Dato’, lima (5) minit Dato’ Speaker. Sebagai anak muda, Dato’ Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saya tau.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Maka saya menyokong dan mengalu-alukan pindaan Rang Undang-Undang. Kalau anak muda tak cakap, tak boleh Dato’ Speaker. Maka saya mengalu-alukan pindaan Rang Undang-Undang yang telah dibentangkan oleh YB. Bagan Jermal. Maka syabas saya ucapkan kepada beliau kerana saya melihat pindaan ini sebagai satu langkah positif dan juga hadiah kemerdekaan untuk anak-anak muda kita. Penurunan had umur ini dan membenarkan calon 18 tahun untuk bertanding akan menyuburkan proses demokrasi Negeri Pulau Pinang serta menguji kemampuan generasi muda dalam arena politik tanah air sekali gus akan membuka ruang dan peluang untuk anak muda muncul sebagai ahli pemimpin politik dalam politik arus perdana Malaysia. Lebih ramai anak muda dalam menyertai politik arus perdana akan membantu mengukuhkan proses demokrasi di Pulau Pinang kerana ini adalah kaedah formal untuk melibatkan generasi muda dalam proses politik formal dan landskap politik negara. Kita nak lihat lebih ramai lagi calon-calon anak muda yang akan berada bersama-sama kita di dalam Dewan ini dan kita dapat membahaskan dasar dan undang-undang untuk kebaikan negeri. Oleh yang demikian, proses penyediaan bagi umur 18 tahun menjadi calon dan pemilih perlu dipertingkatkan oleh semua pihak. Persediaan dan kematangan anak muda mengambil bahagian dalam proses demokrasi harus digilap sebelum diberi peluang menjadi wakil rakyat. Elemen yang paling penting adalah pendidikan tentang politik dan juga demokrasi. Saya mengesyorkan kepada pihak seperti PYDC harus memainkan peranan penting bagi memberi

pendedahan mengenai ilmu politik kepada anak muda bagi menghasilkan kualiti kepimpinan yang terbaik kepada negeri dan negara. Banyakkan program-program diskusi dan forum supaya pendedahan kepada anak muda dan meningkatkan kemahiran politik mereka melalui latihan dan juga penguasaan dalam komunikasi. Saya juga ingin mencadangkan dalam Dewan yang mulia ini supaya satu institusi pendidikan politik dengan izin, school for young politicians dapat ditubuhkan mungkin di bawah PYDC untuk kita memberi latihan dan juga memupuk proses demokrasi yang positif dan bertanggungjawab dengan memperkukuhkan kemampuan anak muda Pulau Pinang. Selain itu, institusi ini juga mampu mengembangkan pemimpin politik muda yang akan memimpin secara bertanggungjawab, berdisiplin, akauntabiliti dalam parti-parti politik yang diwakili.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Batu Uban.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Penyatuan demokratik melalui pemahaman dan penghayatan, last ayat Dato’. Yang lebih baik mengenai peranan dan fungsi parti politik dalam masyarakat demokratik adalah amat penting supaya kita dapat menghayati prinsip-prinsip pemerintahan yang baik iaitu good governance. Dengan ini saya menyokong, terima kasih Dato’ Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Batu Uban. Seterusnya penggulungan ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Dipersilakan, Penanti.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Speaker, saya minta ahli-ahli yang tidak dapat berbahas diberi ruang untuk mencelah semasa penggulungan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Kalau soalan yang tidak, repeat itu, soalan yang relevant saya akan benarkan tapi kalau repeat lagi, COVID-19, COVID-19, COVID-19, saya tak akan.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Isu COVID-19 yang paling besar.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pasal isu dah dibangkitkan selama dua (2) hari dan kita dah bagi peluang untuk semua cakap tentang COVID-19. Tentang mencegah, merawat dan semua. Dan juga prosedur-prosedur Kementerian Kesihatan. So saya sekarang minta Penanti untuk menggulungkan.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Tapi Dato’ Speaker, kalau dia gulung kita mesti bagi feedback juga. So saya minta kebenaran nanti untuk mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Cadangan-cadangan baik kita bagi. Kita membenarkan masuk.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Kalau ada informasi-informasi yang salah pun perlu dibetul-betulkan.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Ya, kita kena betulkan Dato’ Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Itu kalau boleh you boleh dibetulkan di luar pun dengan gulungan. Bukan di dalam Dewan. Terima kasih, duduk Bagan Dalam dan Pulau Tikus, duduk. Penanti.

Bismilahirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera kepada…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Minta maaf Penanti, saya tak bagi masa. Saya bagi you masa 20 minit sahaja. So kalau boleh jangan repeat yang telah dibincang dulu.

Ya. Terlebih dahulu Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih dan merakamkan kesyukuran kerana masih berpeluang untuk menyampaikan ucapan penggulungan di Dewan yang mulia ini. Bagi MMK Agro Teknologi, Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan. Saya juga nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah actually memberitahu all the keresahan yang dirasakan oleh rakyat Pulau Pinang di kawasan masing-masing. Actually, kita faham tetapi saya nak ucap terima kasihlah benda ini dibahaskan dengan baik dalam sidang DUN ini. Saya nak start dengan yang paling penting dulu, yang telah dibangkitkan oleh kesemua, sebelum itu berkenaan dengan data BID tadi tu, sorry, data kematian untuk stay home untuk pesakit-pesakit yang berdaftar dengan CAC. So saya baru terima like two second ago, sebenarnya is bukan satu tetapi tujuh (7). Ini yang diberitahu.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Brought In Dead.

Yang apa ni, kematian, kematian pesakit-pesakit di bawah pengawasan CAC tetapi, ini, tak apa, nanti saya akan bagi data-data lain juga. Saya pun asyik tanya, even saya tanya kepada Menteri, tolong check data ini betul ke tak?

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Yang Berhormat EXCO, saya nak tanya Penanti, saya just saya nak cakap sedikit dahulu. Saya harap Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Berhormat Penanti juga akan mengambil langkah dan buat inisiatif sendirilah. Jangan just membuta tuli ikut Kerajaan Persekutuan sahaja.

Saya rasa saya nak betulkan apa persepsi tuan, rakan-rakan saya. Saya nak beritahu yang sebenarnya kalau....(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya just nak perbetulkan sahaja, apa yang saya bangkitkan adalah mereka yang meninggal dunia selepas di kuarantin di rumah sahaja tanpa mendapat apa-apa bantuan ataupun panduan kesihatan daripada Kementerian Kesihatan ataupun you know, orang yang boleh memberikan nasihat, doktor dan sebagainya tetapi bukan tentang CAC. Tentang kes-kes brought in dead di Pulau Pinang yang telah dikuarantin di rumah sebelum mereka meninggal dunia.

Kalau dalam pengawasan CAC, mengikut Timbalan Pengarah Kesihatan ialah tujuh (7), dia baru updatekan tetapi kalau kita tengok daripada taburan kematian, daripada COVID-19 in terms of brought in dead yang ni data yang saya terima 29 Ogos tak ada data baru lagi yang saya terima. Okey, kalau di sini kalau kita tengok brought in dead lelaki 77, 64.7%, wanita 42 35.2%, Malaysian 95 orang 79.8%, non-Malaysian 24, 20.2%. Kalau ikut daerah Timur Laut 36, Barat Daya 20, Seberang Perai Utara 20, Seberang Perai Tengah 30, Seberang Perai Selatan 13, in term of each group child zero…(gangguan)..

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

No, Yang Berhormat Penanti sorry mencelah,

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Penanti, I think you are giving record of the death, death of COVID-19.

This is brought in dead due to COVID-19...(gangguan)..

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

That means, mereka ini brought in dead ini mereka sebelum itu mereka dikuarantin di rumah right, sebab…(gangguan)..

Yang saya dapat di bawah CAC...(gangguan)..

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

No..no..no..not CAC...(gangguan)..

No, this one is just brought in dead, yes...(gangguan)..

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Brought in dead yang dikuarantin di rumah la ataupun tanpa apa-apa dikuarantin ataupun mereka sendiri tak beritahu...(gangguan)..

Maknanya dia bukan meninggal dalam hospital...(gangguan)..

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Bukan meninggal dalam hospital, kita bertanya tentang mereka pesakit COVID-19 yang positif...(gangguan)..dikuarantin di rumah yang dibawa brought in dead to the hospital...(gangguan)..that means 100 lebihla the total number...(gangguan)..

Yang ni yang saya bagi data. Yang saya sebut tadi tu ialah 119 orang...(gangguan)..

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

That means apa yang dimaksudkan sebelum ini hanya seorang meninggal itu tak betullah 119 orang...(gangguan)..

Yang non-brought in dead ialah 437, yang brought in dead ialah 119...(gangguan)..

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

That means 20% daripada orang yang meninggal dunia di Pulau Pinang sama juga dikuarantin di rumah, itu yang dinyatakan oleh Menteri, I think the number tally now, thank you.

So maknanya di sini child (1 orang), young adult (17), matured adult (51), elderly (50). In term yang ada comorbidity status (78) maknanya 65.5%. Vaccination status yang brought in dead completed 2 dose (12 orang) 10% yang tak ada, incomplete vaccination (107) 90%. Okey, so itu data yang brought in dead. Saya terus nak sebut di sini yang apa ni semasa pandemik ini berlaku apa yang saya telah buat sebagai EXCO Kesihatan Pulau Pinang. Saya telah menulis kepada Menteri MOSTI masa itu because vaksin di bawah MOSTI, apa yang saya telah tulis dan bagi pelan perancangan untuk Pulau Pinang ialah untuk menggunakan konsep desentralisasi dan the first thing yang kita patut buat masa itu kita ada kluster rumah warga emas. So the first thing yang kita buat ialah kita pergi hantar outreach team kepada 132 rumah warga emas untuk dicucuk masa itu sebelum frontliner lagi kita dah cucuk 132 rumah warga emas and lepas itu, masa itu saya fikir why not kita pergi ke punca sebab sekarang ini daripada 80 kluster yang kita ada 60 adalah kluster kilang, hanya 6 saja yang tempat kerja yang bukan kluster kilang. So memang kluster kilang itu sangat tinggi, so the first thing dalam surat saya dan juga dalam pertemuan dalam mesyuarat saya minta supaya biarlah dia orang bayar duit maknanya kita bagi vaksin free, kilang-kilang ini setup PPV di tempat dia and dia suntik bayar doktor dia semua sendiri. So kita dah setup 14 yang seperti yang saya sebut sebelum ini 14 PPV industri di bawah PIKAS. Kita juga telah setup di Pulau Pinang bawah State Government bawah BPEN PPV untuk penternak, nelayan, kedai-kedai mamak yang itu pun kita dapat vaksin dan kita setup di bawah Kerajaan Negeri maknanya bukan bawah MITI untuk non-manufacturing so penternak-penternak ayam 1500 semua telah dicucuk kita bagi apa ni 20,000 vaksin di situ dan at the moment kita dah cucuk around about10,000 untuk kedai makan sebab bila kita open kita nak semua pekerja-pekerja itu semua dicucuk so maknanya kita ada strategi lagi yang kita buat ialah untuk apa ni mobile outreach yang macam saya sebut tadi bukan dekat rumah warga emas sahaja tetapi mobile outreach kepada warga-warga emas di kampung-kampung ke atau di mana-mana dan kawasan-kawasan hotspot yang susah dia nak pergi ke PPV sendiri ataupun dia tak percaya dengan vaksin yang itu kita dah cucuk kalau ikut datanya dah 9,600 lebih yang kita hantar yang ADUN-ADUN yang minta supaya mobile outreach ataupun mobile PPV pergi ke tempat mereka. Kita guna bas-bas, mula-mula kita guna bas LPPKN lepas tu kita guna bas Rapid so kita hantar ke sekolah ke apa-apa ke cucuk je dalam bas itu yang tu kita dah buat. Selain itu, kita ada… so at the end of the day, kita ada 45 PPV di Pulau Pinang dan PPV industri yang paling banyak sekali di Malaysia iaitu sampai 14 sudah habis cucuk kita juga buat common PPV okey. So itu salah satu cara apa ni dan the good news bila saya berada dalam CITF actually kalau dalam CITF ni kalau ikut Selangor, EXCO Kesihatan Selangor tidak berada dalam CITF. Mesyuarat CITF Kebangsaan hanya dihadiri diwakili oleh SUK ataupun Pengarah Kesihatan. Saya satu-satunya EXCO di federal, I mean di Peninsular yang hadir mewakili Kerajaan Pulau Pinang untuk mendapatkan vaksin, semua benda yang CM suruh saya minta tambah lagi vaksin pi cari semua vaksin itu kerja saya…(gangguan)..

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Penanti…

No, no, can I just finish?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Kalau boleh jangan ulang yang serupa yang kamu telah bincang dalam soalan...(gangguan).

No, tak, tak ini tak disebut... semua orang kata in the EXCO we are not doing anything (gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sudah disebut kami dah dengar dah, we already heard that thing abput you have been seating there..(gangguan)..

Okey, let me finish…(gangguan)..

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Yang Berhormat Penanti, I ada isu CITF…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Comes with something new…(gangguan)..

Yes, sekejap-sekejap, based on this…(gangguan)..

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Timbalan Yang di-Pertua Dewan, I think she has to withdraw dia perlu tarik balik kenyataan yang menyatakan “..semua orang panggil saya (kurang jelas Exco)..” who called that? So we need to know. Tak ada orang yang panggil ..(gangguan)..kita ada tanggungjawab terhadap rakyat yang mengundi kamu di luar.. ..(gangguan)..kami tanya soalan ini sebab COVID-19 is killing of people, just because we are asking does not mean you being a lainda… (gangguan)

Tak, tak, saya tak marah pun…(gangguan)

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

She cannot make that kind of comment here...(gangguan)..

Tak bukan, saya bukan blame anyone, I just nak try to perbetulkan persepsi....gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tak apa Yang Berhormat Bagan Dalam duduk dulu..duduk dulu...(gangguan)..

Okey, so dengan ini saya nak umumkan yang isu yang tadi doktor Afif tanya kenapa Selangor bagi 20,000 sahaja percuma. Itu salah actually Selangor bagi kita untuk loan untuk percepatkan 200,000 dan kita dapat surat secara black and white pada 30 Ogos yang meluluskan kalau kita ambil pinjaman daripada Selangor dan Selangor dan Kerajaan Pusat akan pulangkan balik kuota vaksin Pulau Pinang apabila kita habiskan vaksinasi pulangkan balik kepada Selangor tetapi berita yang bagus pagi ini saya juga dapat apa ni press conference semalam daripada YB KJ yang telah mengumumkan Pulau Pinang dapat untuk September ini 1,015,500 vaksin dan kita dapat tambahan maknanya kita tak payah nak pinjam daripada Selangor of course Selangor has been so kind kat kita sampai sanggup pinjamkan which is worth maybe 30milion...(gangguan)..

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Yang Berhormat Penanti...(gangguan)..

Sekejap, let me just finish this, sekejap saja, this is important untuk week one for September sepatutnya kita hanya dapat 140,000 sahaja vaksin tapi dia tambah another 200,000 I talked to YB. KJ tadi meeting dengan kita punya ketua vaksin Dr. Farzana dan juga meeting pagi tadi 8.30 pagi dengan Dr. Rafidah so we got it...(gangguan)..

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Yang Berhormat Penanti, saya cuma, can you just memastikan, memastikan sahaja…

So maknanya pada bulan September kita dapat 360,400 doses dan week two kita dapat tambahan juga 218,900, so maknanya week three kita dapat another 110,000 sebelum ini figure-figure ini kita tak dapat lagi now kita dah dapat fresh dari mesyuarat, saya baru dapat dari Timbalan SUK so maknanya dengan vaksin yang kita terima ini 360,400 pada minggu pertama September akan tiba esok dan 218,900 ni InshaAllah kita boleh vaccinated seramai sebab kita tinggal 160,000 lebih penduduk Pulau Pinang yang belum dapat vaksinasi dan data yang ..(gangguan)..

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Yang Berhormat Penanti, bagi laluan sekejap saya nak cakap...(gangguan).

No, I don’t have that much time I have to finish I just want to finish sekejap...(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Can we just say something..(gangguan)..

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pulau Tikus I think you can keep your question for the last lah I give you two minutes to let her finish her penggulungan…(gangguan)..

Okey, so maknanya kalau setakat 1 September pada kita ada yang terima sekurangnya 1 dos ialah 1,159,739 maknanya 1.1milion (65.4%) and in term population dewasa, dewasa ya sorry yang dewasa 84.8% dan dua (2) dos 57.9% as off 1 September yesterday. So jenis vaksin yang kita dapat ya based on mesyuarat pagi ini ialah Pfizer 765,000, Sinovac 200,000 yang kita akan dapat esok tambahan dengan Pfizer yang 140,000 tu, AstraZeneca 40,000, Cansino untuk one dose vaksin supaya kita boleh you know, refugees yang susah nak jumpa orang-orang, people yang susah nak jumpa la untuk second dose kita dapat 15,000, InshaAllah sepatutnya kita dapat dalam Ogos a week before dia bagi kepada orang-orang asing itu yang kita dapat lebih dari 1juta vaksin. So ini semua bukan tanpa usaha if kalau kita tak minta kita tak dapat. Lagi satu apa yang saya minta ialah disebabkan peningkatan kes yang terlampau tinggi CAC kita tak menghadapi masalah kekangan, kita mengharapkan apa yang saya telah minta dan berbincang dengan Pengarah Kesihatan dan juga Menteri ialah saya telah minta supaya seperti apa yang berlaku kepada semua kita punya PPV awam, PPV awam kita semua telah diserahkan kepada Protect Health kepada GPIS dan Private Health Care so tidak ada satu pun PPV awam yang diuruskan, yang perlu kita adakan doktor-doktor daripada Jabatan Kesihatan. Lagi satu saya juga minta, yang itu telah berlaku as off today, so lagi satu apa yang saya telah minta ialah CAC kita ni yang di mana 7,800 orang kuarantin di rumah bawah pengawasan dia hanya kategori 1 and 2 tapi dia boleh escalate macam kita tengok tadi the brought in dead figure yang itu telah saya minta supaya Protect Health datang sebab kita punya GPIS semua dia dah habis dah cucuk. Kebanyakannya dah habis cucuk dekat PPV industri sebab all this swasta dia cucuk di 14 PPV industri kita kebanyakannya PPV industri sekarang tinggal berapa sahaja, tinggal yang common PPV macam Exora, Pearl View Hotel di Prai, dua-dua di Prai so yang lain-lain itu dah tak perlu lagi dah…(gangguan)..

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Penanti lagi tiga (3) minit sahaja.

Tiga minit yang saya nak sebut lagi satu ialah kita telah minta juga supaya menggunakan Akta memaksa hotel-hotel swasta kita untuk ambil 30% daripada pesakit-pesakit level three to five sebab sekarang dia ambil level one and two sahaja untuk supaya dapat membantu menggunakan Akta sekarang hanya 5% daripada hospital daripada pesakit

COVID-19 diambil oleh hospital swasta, so dia kena main peranan dia sebab hospital swasta mempunyai katil ICU 66, katil HDUCCU 49 ventilator 78 so mereka boleh bantu the most important another important things disebutkan oleh semua ADUN-ADUN di sini ialah keresahan dan ketakutan yang dihadapi oleh pesakit-pesakit COVID-19 yang tinggal di rumah sebab tu saya bersama dengan Doktor Liong dan Doktor Darin ini means memang kita bekerjasama, kita bantu kita punya JKN. Kita tubuhkan this PUCC which is a COVID-19 command center kita tubuhkan COVID-19 emergency careline. Maknanya panggilan-panggilan kepada telefon nombor 999 akan pergi COVID-19 patient dia akan pergi kepada COVID Emergency Careline. Di mana kita akan text semua petugas di situ dia ada shift dia akan telefon pesakit tu, yang call tu it could be dia punya kakak in Johor, ada juga yang 94 years old. Call pesakit dan ada assessment ada Emergency Physician yang akan buat assessment hantar call dia lepas tu based on dia punya condition kita akan hantar dipanggil high risk transport vehicle sebab COVID-19 patient ini bila dia dalam keadaan selalu dia akan call 999 dia tak boleh bernafas. Pagi tadi pun saya dapat call 35 warga emas di pusat jagaan warga emas dekat BM tak boleh nak dia sudah risau dia sudah panic. So that is what we do. So kita punya team bila kita call dia, kadang kita come ambil dia. 90 percent of the cases itu sebab dia panic. Tapi memang kita tahu macam saya kata kita baru setup sebab seperti yang saya kata kita ni actually benda ni bawah Jabatan Kesihatan Akta 342 adalah di bawah Pengarah Kesihatan dan apabila mereka minta tolong dan kita tahu, so kita create satu back up team untuk provide this bus Rapid yang akan trasport patient ke PKRC level 3 dan 4 dan kalau dia teruk kita hantar ambulans. Kita juga ada van-van. Kita bekerjasama dengan Kembara kitchen juga iaitu bawah NAFAS yang membantu kita....(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Minta laluan Penanti. Saya mengambil kesempatan ini bukan hendak salahkan Penanti ke apa ini bukan hendak salahkan Penanti.

No, its okay, I don’t mind, actually.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

What I’m saying is because...(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Negeri

Bagan Dalam. Question or suggestion? Come to the question.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

I ask a question hendak dapatkan penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua Negeri

Come to the question.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Apa yang dinyatakan di sini tentang COVID-19 Command Center dan sebagainya, okey kita hargai. Masalahnya sekarang mereka yang dikuarantin di rumah bukan semua yang

tahu macam mana nak call kadang kala ada satu kes rakan saya daripada Air Itam seorang uncle itu tiba-tiba dia sesak nafas dia masuk Pusat Khidmat semalam. COVID-19 positive case so kita minta dasar kuarantin kendiri ini perlu dikaji balik. Saya faham Jabatan Kesihatan dia ada kekangan the manpower problem, recruitment and everything tetapi Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga Yang Berhormat Sungai Puyu sudah pun mendapatkan bantuan daripada pihak ini so boleh tak kita buka lebih banyak low risk quarantine center across the constituency. Itu yang kita perlu sekarang. It is a immediate need Penanti. Thank you.

Saya tahu. Ya, the solution is ialah supaya apa yang Jabatan Kesihatan minta ialah have, lebih banyak PKRC swasta di hotel ataupun bajet hotel sebab di hotel di bajet hotel dia ada proper katil dia ada toilet kalau duduk dekat MEC, KMP, Kompleks Masyarakat Penyayang is almost like hospital....(gangguan).

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Minta laluan Penanti.

Hendak jawab soalan.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya hendak jawab berkaitan dengan PKRC swasta hotel. Adakah rakyat yang menghadapi masalah ekonomi sekarang mampu lagi tak membayar kos yang begitu tinggi seperti Royal Chulan satu hari RM250.00.

Bukan hendak suruh rakyat bayar. Kita hendak guna duit daripada sekarang ini Kerajaan Pusat di bawah NADMA dia bayar untuk orang duduk di PKRC. Dia bayar, it cost about RM50.00 per person per day. Sekarang ini daripada duduk uncomfortable dekat ramai-ramai duduk lambakan duduk di hotel bayar oleh NADMA. Itu yang kita minta.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Ini akan dilaksanakan di Pulau Pinang?

Ya kita sudah minta benda ini.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Hendak minta tapi adakah dia akan dilaksanakan kenapa tidak dilaksanakan sebelum ini sampai kes jadi setiap hari dalam lingkungan 2,000 so bila akan dilaksanakan?

Seperti yang saya kata lonjakan kes.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk inject some fund on this or only NADMA or some other way. Is there any other way (dengan izin). Saya setuju.

Semua benda yang kadang-kadang duit itu sampai lewat for example even PPV kita yang keluarkan even duit itu dulu even yang kita buat ICU field unit yang dekat Kepala Batas itu pun kita yang keluarkan duit kita dulu hanya kalau ICU field unit yang sekarang ada ini dia hanya kalau boleh duduk dua tiga hari tidak mengapa tetapi kalau hendak duduk lama kat situ dia ialah ICU field unit untuk keadaan bencana, banjir atau apa-apa tetapi untuk jangka lama macam kita COVID-19 ini is better to have PKRC yang actually is a hospital yang ada oksigen ada aircond comfortable nak duduk in a tent that’s why even for PKRC yang sekarang ini kita upgrade to level three, four, then for penduduk people stay in proper hotel yang dibayar oleh NADMA after all NADMA now memang bayar pun. Ia bayar utiliti, dia bayar makanan, it comes to RM50 a day pun. Baik kita tolong semua sektor pelancongan kita tidak ada orang. Ia category one and two and then we get the Protect Health macam saya sebut tadi get the Protect Health to monitor them. That is our plan.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Speaker, saya ingat ia satu cadangan yang bagus boleh tak kita menjalankan, melaksanakan ini secepat mungkin and go the category kawasan yang mana yang teruk. Saya dapat jawapan daripada YB. EXCO tentang kawasan-kawasan yang amat teruk dari segi kematian saya ingat kematian paling tinggi di kawasan Air Itam, Penaga, kawasan Jawi 13, kawasan Batu Lanchang 10. Adakah kita melihat melalui dari segi kematian yang tinggi itu diberi keutamaan? Maksudnya dipercepatkan sebab kuarantin memang tidak boleh tunggu lama banyak pesakit yang masih di rumah. First thing saya minta. Second thing saya minta YB. EXCO boleh tak mendapatkan peruntukan untuk semua wakil rakyat di sini. Peruntukan untuk membeli test kit kepada pesakit COVI-19 di kawasan kami ataupun oxymeter untuk kami. Dapatkan peruntukan untuk Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Saya sangat setuju....(gangguan). Especially every house kena ada oxymeter, every house should ada.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Kita mengharapkan adanya peruntukan daripada YB. EXCO ataupun peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk membantu kami.

Saya minta Pegawai Kewangan Negeri tolong bagi sebab duit MMK saya tak cukup..(gangguan).

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Okey Penanti. Dato’ Speaker, satu soalan saya sahaja. Keadaan dekat PKRC MEC, Jawi memang agak teruk. Saya hendak pastikan sama ada YB. EXCO tolong memberi pesanan kepada person incharge terutamanya bagi pembersihan di dalam PKRC sebab saya selalu terima panggilan daripada orang awam even pesakit-pesakit di PKRC MEC Jawi sebab mereka ingat kawasan itu under Jawi tetapi sebenarnya under kawasan Sungai Bakap tetapi saya akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab kepada semua dan memang keadaan dalam PKRC memang agak teruk tetapi juga kita tidak boleh salahkan pihak ataupun pihak KKM disebabkan kemungkinan ada pesakit-pesakit yang suka membuang face mask ataupun lain-lain untuk menjadikan sumbat. So saya rasa Kerajaan Negeri harus memantau kes ini ataupun mengambil berat tentang isu-isu ini dan juga perkara kedua berkaitan dengan home quarantine, dekat kawasan Bukit Panchor yang adalah kawasan perindustrian so keadaan dekat Bukit Panchor memang serius kalau hotspot kita terus tekan sekurang-kurang yang lapor dalam KKM adalah 350 kes. Hanya tiga (3) lapor sahaja tetapi yang tidak lapor ada beberapa kes saya tahu ada kilang-kilang yang buat self-test, mereka tidak berani untuk laporkan kepada KKM ada juga pekerja-pekerja hubungi saya mengatakan kilang mereka 40 kes tetapi apabila saya check dengan PKD hanya lima (5) kes dilaporkan. Keadaan yang penduduk-penduduk di sekeliling rumah mereka selalu membuat aduan semalam saya berjaya menghalau satu rumah home stay menghalau 17 orang keluar pada malam tersebut semalam sahaja. So saya harap kita harus mengambil berat tentang asrama-asrama pekerja asing yang duduk di kawasan perumahan.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Penanti tolong bagi saya satu peluang. Ini isu kes PKRC juga dan juga berkait dengan penambahan vaksin kepada Pulau Pinang, syabaslah negeri kita dapat lebih banyak dos vaksin. Cuma kita tahu walaupun dos vaksin ini ditambah dia akan mengambil masa untuk orang divaksinasikan sebab itu pakar-pakar sekarang mengatakan krisis COVID-19 yang kita hadapi di Penang dia akan mungkin lanjut lagi dua (2) bulan sebab dia akan mengambil masa untuk memberikan vaksin-vaksin ini. Saya balik kepada PKRC. PKRC tadi telah pun disebutkan ada cadangan untuk menggunakan hotel-hotel swasta yang saya hendak bagi tumpuan saya harap EXCO boleh membantu dalam isu ini yang belum jawab lagi adalah PKRC-PKRC yang sebelum ini sudah dicadangkan kepada majikan kilang untuk dibuka bagi mengkuarantin pekerja-pekerja mereka ini sebab seperti yang disebutkan tadi oleh Jawi sama juga yang berlaku di Bukit Tengah dan juga di juga di SPS saya percaya adalah di mana majikan-majikan kilang ini menggunakan rumah-rumah di kawasan perumahan taman-taman sebagai pusat kuarantin dan ada banyak kes aduan di mana majikan ini pada waktu lewat malam Dato’ Speaker, mereka akan bawa beramai-ramai pekerja masuk ke dalam taman untuk dikuarantinkan. Under very suspicious circumstances in the middle of the night mereka akan datang so kita mesti ada satu kaedah untuk control ini I mean during now even in a full lockdown actually mengikut SOP even orang tempatan pun cannot move around, they cannot move houses but here the factory they are moving people from one taman to another taman....(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Negeri

Yang Berhormat Bukit Tengah kalau ada kes begitu itu tanggungjawab ADUN kawasan untuk buat laporan polis, tindakan polis diambil.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Kita memang buat laporan polis Dato’ Speaker. Kita buat laporan polis, kita buat laporan kepada JKD kita buat laporan macam-macam sampai MPKK saya kata sangat malu dia kata kepada saya “YB, saya hendak keluarkan makan sarapan di luar kampong dia pun dia malu sebab orang ramai akan marah dia sebab tidak ada tindakan diambil”. So itu sebab saya harap perhatian ataupun diberikan.

Actually no.. actually kan, kita dah apa ni.. JKN ada…kita dah buat apa ni, dapat 13 permohonan daripada, ini untuk yang pekerja ya… permohonan untuk jadi PKRC Swasta hanya out of the 13 hari tu, hanya dua (2) saja yang sanggup, so ikut syaratlah mungkin kita kena tengok.. saya nak bacakan numbers dia ya Hotel Vouk di George Town ada 230 bilik, tapi hanya digunakan 69 dibuka pada 24 Mei 2021 dan dia ada pada 25 Ogos 2021 tulah ada 99 orang 30 percent je ada caj maknanya dibayar oleh majikan. Hotel Royal Chulan yang diletakkan pekerja-pekerja JABIL seramai 46 orang dikuarantin dari 20 Jun 2021 dibuka pada 4 Jun 2021 ditutup pada 20 Jun 129 bilik, makna ni adalah hotel-hotel yang pernah jadi PKRC swasta. Hospital Seri Malaysia Bayan Baru ada 135 bilik dan hanya 19 orang je duduk di situ dibuka pada 6 Ogos 2021. Caj bilik ni termasuk dengan makanan semualah, tapi dan pada 25 Ogos 2021 ada 32 orang. PKRC swasta Hotel Mei di Penang ada 69 bilik, ini adalah percuma untuk B40 tajaan NGO Crest. Setakat itu saja. Actually, macam saya kata, ada 13 hotel-hotel lain yang telah mohon tapi bila dioffer diorang tarik diri tinggal dua (2) je.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Okay Penanti.

Tapi kita akan cuba,,.(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Kenapa mereka tarik diri? Ada apa-apa sebab khusus?

According to JKN, adalah disebabkan syarat, syaratlah, sebab diorang ni pesakit COVID-19, so dia ada some SOP yang perlu diikuti,...(gangguan).

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

YB. Penanti, Dato’ Speaker, satu cadangan daripada saya, daripada Jawi di mana saya minta pihak KKM ataupun PKD melaporkan kilang-kilang yang terdapat kes positif dan diminta untuk tutup ataupun diminta untuk kuarantin, laporkan kepada Ibu Pejabat Daerah Polis sebab OCPD pernah memberitahu saya, saya pernah bertanya dengan IPD SPS, adakah pihak PDRM terima apa-apa info daripada PKD jawapannya langsung tak ada. So kita minta kerjasama PDRM supaya PDRM boleh membantu kita buat rondaan kerap di kawasan-kawasan perumahan terutamanya bagi asrama-asrama di kawasan perumahan disebabkan memang pada ketika waktu ini PKD memang tak pakai pink, the pink wristband everything they just let it, or you quarantine yourself, pekerja asing tapi pekerja asing masih keluar. So saya minta antara kerjasama PKD dan juga IPD. Thank you.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan sudah jelas, apa nama, Penanti.

Just nak terangkan,,..(gangguan).

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Penanti, I think isu yang, PKRC…(gangguan).

Actually, kuasa Akta 342 telah diperturunkan sehingga ke DO, actually DO kalau, you all boleh je tanya DO maklumat ini, tapi tak ada lah sampai kepada saya, tapi kepada tuan DO ya…(gangguan).

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya rasa YB. EXCO boleh mencadangkan dalam mesyuarat-mesyuarat kerana ada mesyuarat yang kita tidak masuk. Oleh kerana itu dalam Dewan yang mulia ini kita minta atas jasa baik YB. EXCO membantu wakil rakyat-wakil rakyat supaya salurkan info-info yang penting dalam mesyuarat. Thank you.

Saya dah, saya dah minta, saya nak sebut di sini, dalam mesyuarat bersama dengan MKN semua, saya dah mohon supaya Jawatankuasa Bencana yang ada cerita pasal COVID-19 all the details di peringkat daerah dan I think beberapa ADUN pun telah menyertai, saya memang mohon, saya minta ke dalam Mesyuarat EXCO pun. Saya sendiri pun tidak dimasukkan dan lepas saya dah complaint banyak kali dalam Mesyuarat EXCO baru saya dapat masuk dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bencana daerah saya sendiri, SPT, so saya pun dapat masuk dua (2) kali mesyuarat, tapi like this lah, like kita sekarang ni saya rasa kita semua working together sebab kita kena faham yang JKN adalah satu federal agency dan kita pun sekarang ni saya rasa kita ada satu hubungan yang baik. Kita sama-sama support each other sebagai contohnya CAC dia tak cukup orang, dia punya ambulans semua tak cukup, emergency lines dia pun tak ada orang nak buat follow up kita bantulah benda tu…(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Speaker, we are coming to the original point again…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Then you abort it…(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Our concern is not on the kerjasama. Apa yang kita minta untuk more quarantine centre everywhere, PKRC. Tadi YB. EXCO jawab hotel-hotel bajet boleh dijadikan PKRC…(gangguan).

Ah ya betul, ya…(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Ataupun low risk quarantine centre. Soalan kita sekarang, EXCO sendiri jawab ada 16 hotel..(gangguan)

13…

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Offered themselves to be, tapi hanya dua (2) yang telah berjaya dan…

Bersetuju, saya dah, dah terangkan tadi…(gangguan).,

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

14 lagi tarik diri. So kita nak tahu kenapa mereka tarik diri, in fact menurut maklumat yang diterima daripada EXCO, 7000 ribu orang lagi masih dikuarantin di rumah. Kalau kita kira hotel-hotel di Pulau Pinang cukup berlambak, I think boleh cukup untuk menempatkan semua mereka di hotel. Apa masalah yang dihadapi, bila boleh dilaksanakan, ini yang kita nak tau, takkan after this, next DUN seating jangan kita diberitahu pula okey 50 hotel sedia tetapi hanya dua (2) saja yang boleh jalankan, 48 lagi tak ni…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Bagan Dalam?

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Ramai yang akan sudah meninggal pada masa itu Dato’ Speaker…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Apa nama, Penanti, Sila bagi rumusan.

Okey, rumusan. Saya akan usahakan benda ini. Macam saya kata tadi lah, kalau NADMA isu dia pasal kos juga kalau orang biasa, macam majikan tu dia mungkin boleh bayar, tapi kalau NADMA yang bayarkan yang RM50 sehari tu kepada, maknanya ada tampunganlah then maknanya kos tu akan lagi kurang. The other one saya nak sebut pasal Delta variant yang hari tu saya dapat daripada Timbalan Pengarah Kesihatan semasa saya punya sesi pagi tu, masa tu keluar the data so, sorry saya tak sempat, tapi data terbaru yang saya dapat ni, Delta variant as of 31 Ogos 2021 ada 32. Daerah Timur Laut ada 4, Barat Daya 16, Seberang Perai Utara 1, Seberang Perai Tengah 9, Seberang Perai Selatan 1, okey.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sambung.

Okey saya juga nak…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya bagi sedikit masa tambahan lagi memandangkan isu ini adalah isu yang paling penting untuk sesi kali ini. Yang lain EXCO tak ada keistimewaan sedemikian ya.

Ahh terima kasih. Untuk.. Saya nak pergi ke…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Cuma jangan berulang alik yang, hujah yang sudah...(gangguan).

Tak, saya nak pergi portfolio lain pula yang penting. Untuk portfolio Keselamatan Makanan dan Agroteknologi kita dah ada beberapa apa ni, benda baru yang kita buat untuk membantu B40 dan juga orang berpendapatan rendah dan nelayan-nelayan juga especially kadang nelayan-nelayan terkesan dengan apa-apa projek lah, pembangunan…jadi sebagai contohnya untuk membantu tingkatkan pendapatan untuk nelayan di Pulau Pinang ni kita tahun ini kita dah spend RM660,000 untuk membuat oceanography study di SPU, SPT dan SPS untuk pemetaan kebun kerang. Kebun kerang ni projek di mana 21 hektar diberi kepada nelayan ataupun B40 orang-orang muda ke apa dan mereka ni diberi TOL dan kita telah siap untuk SPU. Maknanya SPU sebelum ni tidak ada TOL lot kerang, sekarang kita dah ada sebanyak 13 dan kita dah buka, Pejabat Perikanan dah buka iklan, tarikh tutup 22 September 2021 dan kita nak, kita dah taburkan benih-benih kerang dan by September kita akan tabur 10 tan…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Penanti, gulung apa yang disentuh dalam sesi perbahasan sudah, kalau tak, tak habis-habis.

Tak ni...(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang mereka, Yang Berhormat-Yang Berhormat bangkit dalam sesi perbahasan gulungkan, pentingkan itu dulu, yang lain boleh dielakkan.

Tapi ini penting untuk bantu, bantu semua orang…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau jenis Yang Berhormat tidak bangkit…(gangguan).

Agroteknologi lah…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Minta Yang Berhormat boleh buat pengumuman melalui saluran Yang Berhormat. Sila. Saya nak kemas, dalam Dewan ini gulung yang dibangkit saja…

Okey, okey, untuk soalan-soalan, tulah soalan-soalan berkenaan dengan pertanian tu kita juga.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada soalan yang jenis itu?

Ada, ada soalan-soalan yang dibangkitkan. Program untuk community farming juga untuk membantu rakyat kita dapat pertambahan RM1.2 juta dan kita telah memulakan projek Farmer to Farmer untuk membantu mereka-mereka yang kehilangan pekerjaan.10 komuniti, peruntukan sebanyak RM320,000. Okey, yang tadi yang kerang tu pun ia boleh menjana pendapatan sebanyak, sekejap ya… ah okay, untuk, kita ada tiga (3) tempat yang tadi yang kerang, just nak add je lah, beting Selatan, SPU dengan SPT. Di beting Selatan which is SPS 80 lot telah ditawarkan dan akan mengeluarkan 120 meter tan matrik per lot, so kalau kali dengan RM7 per kilogram akan menjanakan RM67.2 juta pendapatan untuk nelayan dan B40 di SPS. Anggaran pendapatan per peserta per tuaian ialah RM105,000 per tuaian, maknanya RM17,500. So kita dah buat, dah start dan kita juga bagi pengecualian, apa ni TOL yang untuk tadi perikanan dah habis. Untuk penternakan, untuk penternakan kita telah mempunyai satu kerjasama bersama dengan FELCRA di Pulau Pinang kita ada lebih kurang 300 hektar tanah-tanah FELCRA di mana ladang kelapa sawit dia dah tua-tua dan kita telah mengadakan satu kerjasama di mana

lembu-lembu yang beribu-ribu di Pulau Pinang ni akan dipindahkan ke tanah-tanah FELCRA so sebagai contohnya di DTL dan di Pulau semuanya lembu-lembu tu tidak ada lesen daripada MBPP, kita akan pindah ke tanah FELCRA di Daerah Barat Daya sama juga di SPT di tepi-tepi sungai tu kita dah dapatkan tanah FELCRA dan penternak pun dah setuju, so ini antara apa yang kita buat ialah untuk membantu supaya Pulau Pinang continue mempunyai nelayan-nelayan yang akan beri kita ikan yang murah dan juga ternakan ayam and also all that kita bantu dan supaya mereka ni bila duduk di tempat-tempat yang haram I means yang tak berlesen ataupun tidak akan diberi lesen, dia akan pergi ke tempat-tempat symbiotic relationship dengan FELCRA dan saya amat terima kasih...(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Speaker tentang pertanian saya tak dapat berbahas. Sebenarnya saya nak tanya dalam perbahasan saya tentang Taman Agroteknologi Pertanian Perda. Saya dapat jawapan bertulis dinyatakan hampir 147 hektar atau acre tanah yang merupakan bekas tapak projek Northern Corridor Implementation Authority terbengkalai dan apakah perancangan, di sini saya tanya soalan apa rancangan, bagaimana tanah tu akan dibangunkan. Dinyatakan di sini akan dimajukan sebagai Taman Agroteknologi Pertanian Perda. Apa rancangan khusus di sana, adakah apa-apa perkembangan atau ia kekal terbengkalai.

Ada, ada… yang remaining lot yang terbengkalai, please remember Perda is federal, maknanya dia bukan bawah Kerajaan Pulau Pinang, walaupun tanah, okay…

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Tapi tanah diberi lease kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang?

Tak, tak,.. Ini tanah Perda, 1000 ekar tinggal 100 lebih ribu ekar, sorry 100 ekar lebih tu, 20 ekar kita khususkan untuk autonomous smart farm di tanah tu yang disebut yang terbengkalai tu. Terbengkalai tu bukan sebab kita tau, yang projek federal yang dari dulu, so kita selamatkan kita letak local automation company yang terbaik, local company, I cannot sebut ke… tapi dia apa ni.. Perda dah bersetuju, Jabatan, Kementerian dah bersetuju kita buat autonomous smart farm ni macam assembly line tetapi its actually smart farm ni melibatkan about belia-belia di 20 ekar, the rest of the 80 acre tu melibatkan belia-belia. That is what we are doing.

Yang di-Pertua (Speaker)

Penanti, saya bagi time maksimum tidak lebih dari lima (5) minit. Saya bagi.

Saya nak sebut di sini kita juga telah menambah atau tingkatkan membantu nelayan-nelayan di Changkat. Mereka bermula design yang dibuat oleh JKR tu nelayan-nelayan dah tolak so kita buat design baru. Dia nak tempat pemasaran ikan. Ini adalah untuk membantu about 150 nelayan-nelayan yang ada bot di situ supaya mereka bila kita hopefully keluar daripada COVID-19 ini mereka boleh majukan sector fishing, pemancing-pemancing datang ke situ. Situ pun kita dah bagi duit di situ dan juga kita untuk nelayan-nelayan yang terkesan

dengan projek tambakan laut di daerah Timur Laut iaitu nelayan Gurney, Tanjong Tokong, Paramount dan Tanjong Bunga. Kita juga bantu mereka mereka perlukan supaya ada sneakway dan juga mereka minta TOL dan macam-macam. Maknanya tambakan laut itu sedang berjalan. So tapi kita membantu mereka supaya mereka boleh boleh buat aktiviti perikanan mereka. Dan juga mereka minta floating jeti dan jeti semua ini cost ni sedang dikira oleh BPEN dan Ketua Menteri telah minta agar BPEN bentang di mesyuarat EXCO, satu holistik pelan bagaimana kita nak membantu nelayan-nelayan di yang terkesan dengan tambakan laut. Juga nelayan yang di kawasan PSR juga kita allocate TOL-TOL kerang. Di situ sebab kita dah kira apa ni kita bekerjasama dengan FRI supaya mereka dapat menambah pendapatan mereka di situ dan juga di kampung di jeti timbus di belah SPU dan juga di Penaga, jeti-jeti mereka dinaik taraf supaya ia menjadi dan juga jeti Bagan Ajam untuk menjadi tempat pendaratan kerang secara komersial.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey tinggal dua (2) minit sahaja.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Speaker, saya nak tanya yang soalan yang COVID-19 tadi yang saya berbahas itu. Tak dijawab langsung. Perbahasan saya adalah mengenai cadangan. Cadangan saya adalah semasa pakai gelang pink tu, you go back to the basic maksudnya kita lihat kepada Phase 1 yang dulu kita dapat control dengan ketat. So sekarang ni memang dah dilonggarkan sebab kebanyakan kes COVID-19 positif tu tidak memakai gelang merah jambu itu. So maksudnya ada yang berkeliaran keluar sahaja tak dicontrol sehingga lima (5), tujuh (7) hari masih boleh keluar. So ada cadangkan balik ada tak kita boleh menurunkan kuasa turunkan kuasa kepada hospital, klinik dan swasta? Berikan kuasa kepada mereka, benarkan mereka memakai gelang kepada yang kes positif.

Ya betul. Benda ni sebenarnya sudah dicadangkan supaya bila kita pergi ke klinik boleh digelangkan.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Bila dah positif diberi terus. So kita nak dengan jawapan. Dan yang kedua ialah tentang vaksin dos yang ketiga. Ada apa cadangan daripada pihak EXCO ataupun kerajaan tentang dos yang ketiga. Yang kita ada dengar setiap dunia dah bermula. So kita takmau terlambat lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay Batu Lancang. Jelas. Ada jawapan?

Tentang dos ketiga kita telah bincang tapi buat masa ni di Pulau Pinang dan I think di banyak-banyak negeri yang belum sebab lonjakan vaksin diberi tujuh (7) juta tu diberi kepada Klang Valley. Tujuh (7) juta tu dengan Sarawak. Sarawak pun dapat additional ni. Klang Valley tu maknanya sekarang ni kita nak vaksin tu kepada untuk at least the whole population dapat second dose.

Yang di-Pertua (Speaker)

Apa nama Penanti rumusan yang terakhir saya bantu. Dalam kes COVID-19 ni banyak ramai Yang Berhormat telah bangkit tetapi Yang Berhormat dalam Dewan ini kita kena tau juga. Walau macam mana pun dalam Perlembagaan Persekutuan pun bidang kesihatan ini adalah dalam Senarai Bersama maknanya tanggungjawab yang bersama dari Persekutuan dan dari State. Dan kita kena berlaku adil juga kepada yang mereka bertanggungjawab bukannya semua mereka itu boleh dapat satu keputusan di sini pun so saya harap ada cadangan yang baik ini kita hantar kepada Yang Berhormat EXCO ataupun kerajaan dan bukan terhenti saja dalam sesi Dewan ini saja. Dan apa yang boleh saya minta daripada pihak EXCO atau kerajaan adalah sambut dengan baik dan kita cuba dalam mekanisme bersama dengan Kerajaan Persekutuan kita minta. So saya minta apa nama Penanti kita rumuskan.

Just one minute. Saya akan rumuskan.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Penjelasan YB. Penanti. Before you go to, cadangan je Don’t worry cadangan ja. Terima kasih Yang Berhormat Penanti. Seperti mana yang tadi telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, memang kita nampak apabila EXCO Penanti membuat penggulungan, banyak data dan sebenarnya banyak tindakan pun telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri. Itu kita setuju. Not to say that bukan katakan memang Kerajaan Negeri banyak usaha banyak peruntukan yang telah kita sampaikan kita cuba sedaya upaya kita untuk melakukan yang terbaik meskipun kita tahu ini semua adalah kegagalan daripada pihak Kerajaan Persekutuan yang tidak dapat control pandemic COVID-19 ini. Cumanya saya berharap agar Yang Berhormat Penanti, sekiranya boleh benda-benda ataupun maklumat-maklumat yang tadi telah YB. dikongsikan buat kenyataan untuk orang ramai supaya orang ramai di luar sana tahu. Saya bagi contoh saya pada hari ini saya sendiri dengan Yang Berhormat Air Itam, kita terpaksa menjawab kepada tuduhan-tuduhan yang palsu yang dikatakan Pasar Air Itam ditutup, Pasar Lebuh Cecil ditutup. Kerja kita pula sekarang perlu menjawab kepada fake news-fake news diluar. Jadi saya pohon sekiranya maklumat yang sahih, maklumat yang tepat tentang usaha yang telah dilakukan itu kita sampaikan kepada rakyat agar semua tahu apakah inisiatif ataupun usaha yang kita telah lakukan. Itu cadangan saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Pengkalan Kota.

Saya sangat setuju. Banyak kali pun saya ada minta dalam mesyuarat supaya orang semua akan. Okey.

Yang di-Pertua (Speaker)

Penanti, rumuskan. Saya tak ada masa.

Saya nak rumuskan di sini nak sebutlah in terms of cadangan pasal orang-orang gelang tu actually saya dari awal lagi saya dah cadangkan supaya guna RFID tak pakai gelang pun takpa. Guna RFID on the person ka IC ka apa benda taktau lah tapi sebab ic kita dah ada cip kan, so anyway saya dah cadangkan tapi saya taktau dari segi undang-undang tak boleh ke nak RFID orang ke saya tak sure tapi saya dah mohon dah lama dah. Lagi satu utilization rate of vaccine kita di Pulau Pinang ni maknanya bila orang bagi vaksin kita memang guna habis. 95% antara yang tertinggi di Malaysia, jadi saya telah merancang bersama dengan PDC dengan NCIA. Kita dah ada seribu ekar tanah yang kita nak kita buat pelan untuk vaccine production. All the PPV with all the mass testing apa benda tu kita buat di situ dekat Jarak, SPU. So sekarang ni dalam blueprint kita tengah siapkan dalam sekejap masa dan apa ni tuan tanah pun dah bersetuju hanya joint venture dengan Kerajaan Negeri. So itu jangka masa sebab kita tahu vaksin ni kita kena ada dos ketiga dos keempat and so on. Dengan ini saya mohon menyokong.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Mohon pencerahan. YB. Penanti mohon pencerahan tentang lokasi yang dicadangkan itu sebab saya rasa dalam kawasan saya. Terima kasih.

Ya 1,000 ekar tu adalah sebelah PERDA. Sebelah PERDA kan seribu. Apa yang kita pelan adalah an integrated Biomedical Park with Smart Farming sebab sebelah tu kita ada Autonomous Smart Farm. And kita ada universiti USM which is a Biomedical Faculty. So maknanya keperluan apa ni tenaga graduan dekat sangat. Itu yang dalam perancangan yang saya boleh beritahu. Terima kasih. Dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Penanti. Bukan senang EXCO Kesihatan dalam saat-saat pandemik begitu serius. Saya ucapkan terima kasih bersungguh-sungguh dan seterusnya saya nak minta Bagan Jermal cuma juga gulung apa yang dibangkit. Kalau takda saya akan henti serta merta.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, tuan-tuan dan puan-puan selamat petang dan salam sejahtera. Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan bagi kali ini terutama yang melibatkan portfolio saya. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua Tun yang sudi dilantik menjadi penaung Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Pembangunan sukan di negeri Pulau Pinang perlu dilihat sebagai satu rantaian atau ekosistem yang memerlukan pelbagai pemegang taruh yang bergerak seiring dengan program dan strategi yang bersesuaian bagi memastikan satu rantaian prestasi lestari berjangka panjang dan lebih menyeluruh melibatkan sukan peringkat akar umbi yang berprestasi tinggi dapat dicapai. Konsep rantaian dalam pembangunan sukan ini merujuk kepada kepentingan beberapa komponen pemantapan Persatuan Sukan Negeri, pembangunan atlet negeri, pembangunan jurulatih berkualiti, penyediaan kemudahan dan fasiliti sukan negeri dan program kebajikan atlet negeri.

Izinkan saya kongsikan dua (2) fokus utama usaha Kerajaan Negeri dalam bidang sukan iaitu untuk pembangunan atlet negeri dan program kebajikan atlet negeri. Selaras dengan usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan lagi bilangan jurulatih berkualiti serta membina landasan kerjaya yang berpotensi dan cerah kepada atlet Pulau Pinang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan program Penang Junior Coaches ataupun singkatannya PJC pada 12 Ogos 2021. Objektif PJC untuk meningkat bilangan jurulatih muda negeri yang berkualiti bagi memperluaskan lagi usaha untuk diserap masuk dalam bidang sukan sejak di peringkat akar umbi. Selain memberi peluang kerjaya kepada atlet dan bekas atlet negeri untuk jurulatih muda atau junior coach...(dengan izin), di bawah program pembangunan atlet MSN. Program PJC ini bermula di dalam peringkat fasa pertama melibatkan sepuluh jenis sukan iaitu sukan badminton, bola jaring, bola keranjang, hoki, olahraga petanque, sepak takraw, silambam, silat dan tinju. Program untuk mendaftar bagi permohonan untuk mendaftar bagi program adalah terbuka kepada semua atlet dan bekas atlet Negeri Pulau Pinang yang berminat untuk menjadi jurulatih muda berumur dari 18 tahun hingga 25 tahun dan menetap di Negeri Pulau Pinang. Untuk memastikan kemahiran teknikal mereka berada paras tahap yang tinggi kelayakan asas mereka adalah berdasarkan kepada pengalaman sebagai atlet negeri di kejohanan peringkat kebangsaan atau setaraf dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Kerajaan Negeri meletakkan sepenuh harapan agar perancangan program ini dapat membantu atlet dan bekas atlet negeri untuk mengembangkan kejayaan mereka dalam bidang kejurulatihan sebagai salah satu landasan kerjaya. Jurulatih muda yang telah dikenal pasti ini seterusnya akan layak dilantik oleh MSN secara sambilan atau untuk membantu dan memperkenalkan memperkasakan lagi sukan di peringkat akar umbi. Mereka akan dibayar allowances. Untuk makluman, kita jangka dan saya percaya melalui program PJC ini akan menyumbang dan menyediakan hampir sebanyak 200 peluang pekerjaan kepada mereka. Program kebajikan atlet negeri (PACE), komponen program kebajikan yang merupakan kelestarian pembangunan sukan negeri di mana asas dia berdasarkan pada keseimbangan hayat kerja seorang atlet. Dalam arus kemodenan ini, cabaran utama yang dihadapi oleh badan sukan dalam mengekalkan kumpulan atlet negeri adalah dalam fasa teka-teki sama ada atlet-atlet tersebut akan kekal aktif dalam sukan yang telah mereka ceburi atau mengambil langkah untuk berhenti sahaja, untuk meneruskan bidang pelajaran atau bekerja dalam bidang lain. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat prihatin dalam situasi sedemikian dan terus mengorak langkah proaktif dalam mewujudkan program khas berkonsepkan menjaga kebajikan dan masa depan para atlet iaitu PACE. Program PACE mula pada 1 Ogos 2020 tahun lepas. Ini bertujuan untuk membantu dan menyokong kejayaan atlet Negeri Pulau Pinang ke arah bidang pendidikan, kejayaan dan kebajikan. PACE sejak penubuhan, PACE telah membantu seramai 80 orang atlet yang telah mendapat manfaat dan bantuan daripada tabung tersebut. Indeks sukan, memandangkan masa yang diberikan terhad. Saya cuma berkongsi dua (2) aspek inilah. Indeks sukan bagi menyahut seruan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, MMK Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah bekerjasama dengan Penang Institute untuk menjalankan kajian soal selidik Penang Sport Indeks secara dalam talian pada 4 Januari hingga 15 April 2021 dan berjaya mengumpul analisis data-data mengikut keperluan dan kegemaran aktiviti sukan semua golongan lapisan masyarakat di Negeri Pulau Pinang. Jumlah responden yang diterima adalah seramai 1530 orang. Berdasarkan hasil kajian tersebut Kerajaan Negeri dapat mengenal pasti serta menyediakan fasiliti sukan yang lengkap dan memenuhi kehendak semasa rakyat di Negeri Pulau Pinang. Indeks sukan ini bertujuan untuk mengenal pasti pengalaman masyarakat terhadap kemudahan sukan yang telah tersedia. Jenis sukan popular dalam kalangan masyarakat Pulau Pinang, kekerapan kegiatan sukan dan riadah dalam kalangan masyarakat Pulau Pinang, kemudahan-kemudahan sukan yang diingini oleh masyarakat Pulau Pinang dan juga pandangan masyarakat tentang kemudahan-kemudahan sukan yang perlu dinaik taraf.

Berikut terdapat tiga (3) kategori aspek kajian tersebut iaitu jenis sukan popular dalam kalangan masyarakat Pulau Pinang. Aktiviti jogging mendapat sebanyak 56% merupakan sukan yang paling digemari. Yang seterusnya jenis sukan yang kedua yang digemari adalah badminton 34% sementara mendaki dan jungle tracking adalah ketiga, 32%. Sukan keempat yang popular ialah berbasikal, 31% manakala 19% daripada keseluruhan responden memilih latihan gym dan 16% daripada mereka memilih aktiviti senaman seperti aerobic dan zumba. Kemudahan-kemudahan sukan yang diingini oleh masyarakat Pulau Pinang. Kemudahan sukan yang paling banyak mendapat permintaan adalah laluan jogging adalah 53%, gym 35%, 33% daripada responden itu memilih senaman awam untuk golongan tua dan 27% memilih taman permainan kanak-kanak. Terdapat juga permintaan daripada kolam renang 26% dan gelanggang badminton 25%. Secara ringkas kajian ini mencadangkan beberapa perkara kita akan menaiktarafkan dan penambahbaikan untuk kemudahan-kemudahan yang perlu dibina dan juga kekerapan masyarakat yang menggunakan kemudahan tersebut. Bagi menjawab persoalan yang dibangkit oleh Yang Berhormat Sungai Dua yang memohon agar diperhalusi pembinaan Kompleks Sukan Pokok Sena memandangkan kawasan di Tasek Gelugor masih tiada kemudahan seperti kompleks sukan. Untuk maklumat Yang Berhormat cadangan pembangnunan Kompleks Sukan Pokok Sena tersebut terletak di Lot 4377 yang berkeluasan 32,364 meter persegi. Lot tersebut merupakan tanah kerajaan yang telah direzabkan bagi maksud awam iaitu padang awam dan kompleks sukan pada tahun 1992. Pihak Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang telah pun menyiapkan mengemaskini lukisan lakaran awal bagi cadangan pembangunan projek Kompleks Sukan Pokok Sena tersebut. Beberapa komponen juga diletakkan dan dicadangkan. Selain itu Perbadangan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang akan mengadakan program public engagement..(dengan izin) Dato’ Speaker atau program tumpu bincang bagi mendapatkan maklumat khas daripada penduduk setempat dan sekeliling untuk cadangan pembangunan projek Kompleks Sukan Pokok Sena setelah peruntukan yang dipohon diluluskan. Masa itu kita akan jemput juga ADUN Sungai Dua boleh datang untuk bersama-sama dengan kita untuk public engagement. Penang FC, Penang Football Club selaras dengan kelulusan cadangan pengambilalihan Penang FC Sendirian Berhad pada 3 Februari 2021. Kerajaan Negeri telah memutuskan supaya Penang FC Sendirian Berhad diletakkan sebagai anak syarikat GLC di bawah Perbadanan Ketua Menteri iatu CMI dalam usaha membangunkan sukan bola sepak Negeri Pulau Pinang. Antara kejayaan Penang FC dalam Kejohanan Liga Super Malaysia musim tahun 2021 di mana Penang FC kini menduduki di tempat keempat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat ini TYT pun sudah sebut. Boleh ringkaskan.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Ya, dengan 37 mata setakat 1 September. Pembangunan belia Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang saya ingin ambil kesempatan untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Seri delima yang memberi tumpuan kepada peningkatan kadar pengangguran belia ataupun gerjen. Kerajaan Negeri amat prihatin terdapat isu ini dan komited untuk membantu golongan belia yang…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, yang jawapan itu saya pun sudah dengar dalam Dewan ini tadi lah. Kalau boleh pun ringkaskan.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Okey, saya ringkaskan. Memang kita ada banyak pelan saya ringkaskan. Berpandukan pada prinsip kerjasama awam swasta ataupun (PPP) public private partnership Pelan Tindakan Pembangunan Ekonomi Belia Negeri Pulau Pinang pasca COVID-19 akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan bekerjsama PYDC akan menjana dan mengoptimumkan program ekonomi yang menyeluruh kepada golongan belia. Salah satu (1) aspek yang ditekan dalam program ini adalah aspek pekerjaan diramalkan tiga (3) objektif dan enam (6) strategi. Saya tidak akan go detail saya akan go detail pada masa depan. So bertepatan dengan konsep pembangunan sosial di bawah inisiatif belia masa depan. MMK Belia Dan Sukan dan PYDC telah akan mengwujudkan 40 pusat belia dan pusat belia yang pertama diwujudkan adalah di Penaga dan kita saya nak jawab soalan daripada Seri Delima juga mencadangkan bahawa penubuhan pusat belia KADUN Seri Delima di Kampung Sungai Gelugor. Untuk maklumat kita akan melanjutkan permohonan tersebut pusat belia yang Bertam dan juga Pusat Belia Balik Pulau dengan rasminya telah mula beroperasi pada Ogos. Pusat belia yang sedang dalam proses penyediaan dan akan bermula operasi ada di Kawasan Penanti, Pusat Belia Batu Kawan, Pusat Belia Sungai Pinang, Pusat Belia Bagan Jermal dan Pusat Belia Seberang Jaya. Manakala penubuhan Pusat Belia Seri Delima dan Machang Bubok adalah dalam proses perbincangan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan Best Anak Penang. Skim insentif kecemerlangan bakat muda Pulau Pinang melalui kelulusan MMK Kertas MMK pada 30 Julai 2021. Untuk menunjukkan penghargaan kepada golongan belia dari umur 15 sehingga 30 tahun yang berjaya mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dari segi pencapaian akademik dan serta aktiviti KK. Permohonan skim insentif ini akan dibuka pada tahun hadapan 2022. Pengumuman dan informasi yang lebih lanjut akan dijalankan pada masa yang akan datang. Yang Berhormat Dato’ Speaker sekali lagi saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas perhatian teguran sokongan yang berterusan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat khasnya terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menambah nilai dan memperkukuhkan lagi mutu penyampaian di bawah portfolio Belia dan Sukan untuk pembangunan menyeluruh di peringkat negeri. Sekian, terima kasih. Saya memohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Bagan Jermal, tahniah. Paya Terubong saya minta.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ketua Jabatan, Tuan-tuan dan Puan-puan. Salam Sejahtera, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana diberi untuk membuat ucapan penggulungan bagi membentang sedikit sebanyak bagi isu-isu pelancongan dan ekonomi kreatif.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, seperti Yang Berhormat-Yang Berhormat sedia maklum wabak pandemik COVID-19 telah menjejaskan pembangunan dan menjadikan prestasi pelbagai industri termasuk sektor pelancongan dan juga ekonomi kreatif merosot khususnya dengan peningkatan kes baru-baru ini. Kedua-dua sektor ini merupakan antara aset Negeri Pulau Pinang yang amat penting dan juga telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negeri Pulau Pinang. Pelbagai tindakan serta strategi telah, sedang dan akan terus diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membendung kesan penularan wabak COVID-19. Secara dasar dan polisi Kerajaan Negeri akan menitikberatkan pelancongan domestik bagi memulihkan semula ekonomi pelancongan dan ekonomi kreatif sementara menunggu pembukaan semula sempadan negara. Sebenarnya pejabat saya telah merangka satu (1) pelan tindakan pemulihan pelancongan, tourism recovery action plan yang teliti dan juga merangkumi tindakan jangka masa pendek, jangka masa pertengahan dan juga jangka masa panjang. Oleh kerana limitation masa dan tidak diizinkan saya tidak akan menerangkan secara teliti dalam ucapan pada hari ini. Saya ingin membantu sedikit sebanyak mengenai isu hotel pusat kuarantin yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Bukit Tambun dan Yang Berhormat KOMTAR. Mengenai persoalan berkaitan dengan kegunaan hotel-hotel di Negeri Pulau Pinang sebagai Pusat Kuarantin Dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC). Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa kes COVID-19 semakin meruncing dan pusat kuarantin sedia ada mungkin tidak mencukupi bagi menampung bilangan pesakit COVID-19 yang meningkat. Sebenarnya Kerajaan Negeri sering kali menyeru transformasi tersebut melalui kenyataan media dan juga persatuan-persatuan industri pelancongan. Untuk makluman, Royale Chulan Pulau Pinang akan berfungsi sebagai PKRC mulai 2 haribulan September dan dibuka kepada orang awam di mana satu (1) pasukan rawatan atau medical team akan disediakan di premis tersebut. Setakat 1 September Kerajaan Negeri melalui pejabat saya telah menerima satu (1) lagi permohonan hotel di island, di pulau ini yang berminat untuk dijadikan sebagai PKRC dan sebagai maklumat tambahan dua (2) buah hotel di Seberang Perai juga telah mengemukakan permohonan untuk menjadi sebagai hotel kuarantin. Kedua-dua permohonan ini telah dipanjangkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri dan untuk tindakan selanjutnya dengan ini adalah diharapkan Jabatan Kesihatan Negeri dapat mempercepatkan proses sewajarnya untuk membendung dan mengatasi masalah kekurangan tempat kuarantin di Seberang Perai dan pada masa yang sama pejabat saya juga telah membantu untuk menjadualkan satu (1) sesi perbincangan antara Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan penggiat-penggiat hotel Negeri Pulau Pinang. Sesi tersebut akan berlangsung pada masa yang terdekat kemungkinan besar akan dijadualkan di minggu depan. Di mana mekanisme pengguna hotel sebagai PKRC dan juga pusat kuarantin dan juga pusat kuarantin bagi kontek rapat akan dibincang serta prosedur-prosedur yang berkenaan dan sebenarnya kuarantin hotel adalah satu (1) alternatif selain daripada PKRC awam untuk golongan yang sedia membayar dan juga untuk yang mampu untuk membayar dan sebenarnya pada peringkat awal memang banyak hotel yang berminat untuk dijadikan sebagai PKRC. Oleh kerana kriteria-kriteria atau syarat-syarat yang mungkin sedikit sebanyak stringent atau ketat jadi banyak hotel tidak dapat mematuhi kriteria-kriteria yang ditentukan oleh JKN. Oleh itulah sebab kebanyakan hotel telah menarik diri dan memandangkan keadaan telah berubah kemungkinan besar JKN-JKN juga akan berbincang dengan hotel-hotel supaya sedikit sebanyak ini kriteria atau syarat-syarat dapat dilonggarkan sedikit supaya lebih banyak lagi hotel dapat dijadikan sebagai alternatif untuk kuarantin.

Dan di sini mengenai ekonomi kreatif. Kerajaan Negeri berterima kasih kepada Seri Delima atas keprihatinan terhadap industri ekonomi kreatif demi membantu ekonomi kreatif. Kerajaan Negeri melancarkan Scheme Creative Live Loan untuk meringankan beban kewangan penggiat-penggiat industri ekonomi kreatif dan Kerajaan Negeri juga selalu bekerjasama dan menyokong program-program badan bukan kerajaan (NGO) dan juga persatuan-persatuan serta individu-individu yang terlibat dalam bidang ekonomi kreatif untuk membantu mereka yang amat terkesan dalam pandemik ini. Antara inisiatif yang diperkenalkan recently kita telah menyediakan satu platform dan juga saluran kepada artis-artis untuk menjana pendapatan pada musim yang getir ini, seperti Carry Carture (Caricature) Corner, dan juga arca pasir di PPV SPICE dan ini telah Pulau Pinang menjadikan satu negeri yang mempunyai PPV yang memberi telah mewujudkan PPV yang mempunyai elemen-elemen kesenian dan kita pun sekarang berbincang dengan artis-artis dan PPV supaya mungkin membawa masuk artis virtual bukan performing art untuk memberi persembahan atau performance dalam ini PPV-PPV untuk membantu mereka dapat menjanakan sedikit pendapatan. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah menggalakkan kumpulan kesenian artis untuk menganjurkan aktiviti dan program kesenian secara atas talian (online) untuk meningkatkan pengalaman digitalisasi dalam golongan tersebut supaya dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu. Proses pemulihan sektor pelancongan dan ekonomi kreatif dijangka akan mengambil masa dan proses vaksinasi adalah satu faktor penting yang akan membantu untuk membaik pulih situasi pandemik dan mengurangkan impaknya. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah mempercepatkan proses vaksinasi dalam kalangan pekerja-pekerja sektor pelancongan melalui program Vaksinasi Barisan Sektor Ekonomi Kerajaan Pulau Pinang (PVac). Di mana more than 90% of the pekerja-pekerja dalam sektor pelancongan telah divaksinkan sekurang-kurangnya satu dos dan pembukaan sektor pelancongan dan ekonomi kreatif adalah tertakluk kepada situasi semasa pandemik di mana seluruh Malaysia dan akan selaras dengan keputusan Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan secara kesimpulannya Kerajaan Negeri akan teruskan usaha dan juga untuk memulihkan dan juga untuk memperkembangkan sektor perlancongan dan ekonomi kreatif supaya kedua-dua sektor ini dapat menjadikan antara penyumbang utama untuk (KDNK) Negeri Pulau Pinang. Dengan ini sekian terima kasih. Saya memohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. dan seterusnya Batu Maung

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Batu Maung tiada saya jawab dulu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Batu Maung tak nak gulung ka atau nak skip.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Saya tak pasti Dato’ Yang di-Pertua. tapi memandangkan beliau tidak ada saya akan gulung dulu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Lain kali kena siap sedia. Sila apa nama Tanjong Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dato’ Yang di-Pertua, saya akan tumpu kepada soalan–soalan yang dibangkitkan dalam perbahasan sahaja. Isu – isu lain saya tidak akan sentuh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya. Betul

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terlebih dahulu Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada TYT Tun Dato’ Seri Utama Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang kelapan serta ucapan terima kasih atas kesudian TYT Tun untuk hadir dan merasmikan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Harapan kami semua semoga Negeri Pulau Pinang bertambah maju dan makmur di bawah pentadbiran dan pemerintahan TYT Tun. Tidak dilupakan juga ucapan selamat menyambut Hari Kebangsaan Negara Malaysia yang ke-64 pada semua rakyat Malaysia khususnya penduduk Negeri Pulau Pinang. Walaupun kita semua sedang mengalami kesukaran akibat pandemik COVID-19 yang masih menular, saya yakin dengan daya tahan ataupun resilience rakyat Negeri Pulau Pinang yang tidak pernah mengaku kalah negeri ini sudah tentu akan bangkit kembali pada masa akan dating. Justeru, Kerajaan Negeri sedang mengambil langkah proaktif bagi merangka pelan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk meneliti dan merancang strategi untuk memulihkan ekonomi terutamanya yang berkaitan dengan isu-isu pembangunan sektor infrastruktur dan pengangkutan di Negeri Pulau Pinang bagi memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan serta mengurangkan impak negatif kepada sektor ini. Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Tambun bertanya berkenaan status projek Jambatan Valdor merentasi Sungai Tengah serta sambungan Jalan Perusahaan Valdor yang sepatutnya selesai. Selain itu, Yang Berhormat juga turut bertanya mengenai isu sambungan jalan dari Bandar Tasek Mutiara ke Hijauan Hills, Sebagai makluman Yang Berhormat, terdapat isu kelulusan pelan dan isu kerosakan jalan yang telah berlaku bagi pelaksanaan projek Jambatan Valdor Bagi isu kelulusan pelan, pihak MBSP telah mensyaratkan agar pusingan-U disediakan bagi kenderaan berat. Pihak PDC pula akan berbincang dengan pihak MBSP dalam masa terdekat untuk perkongsian berkenaan bagaimana untuk berkongsi dana antara pemaju-pemaju di Valdor. Manakala bagi isu kerosakan jalan adalah disebabkan faktor reka bentuk oleh pihak konsultan yang tidak mematuhi spesifikasi dan pembinaan oleh pihak kontraktor yang tidak mematuhi pelan. Justeru, mesyuarat bersama Yang Berhormat Bukit Tambun sendiri pada 27 Julai yang lalu telah bersetuju supaya kelulusan pelan diperolehi dan perkongsian dana dipersetujui sebelum kerja pembinaan dilaksanakan di tapak. Selain itu, untuk isu sambungan jalan dari Bandar Tasek Mutiara ke Hijauan Hills, Kerajaan Negeri telah memutuskan agar pembinaan jalan tersebut disyaratkan kepada pemaju Tetuan Palmington Sdn. Bhd. sekiranya pemaju mengemukakan Permohonan Kebenaran Merancang yang baharu bagi projek di Bandar Tasek Mutiara kelak. Ini termasuk juga projek-projek di sekitar Bandar Tasek Mutiara dan bukan hanya tertakluk kepada pemajuan di township tersebut. Pembinaan jalan ini perlu dijalankan sebelum projek baharu boleh dimulakan. Walau bagaimanapun, sehingga kini MBSP masih belum menerima sebarang PKM daripada pihak pemaju. Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Berangan bangkit mengenai kemalangan yang kerap berlaku di jalan utama Tasek Gelugor dan Simpang Tiga Kampung Tok Bedu. Jalan Kampung Tok Bedu adalah laluan utama kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut termasuk dari Kepala Batas yang kerap menggunakan jalan tersebut. Sebagai makluman Yang Berhormat, pihak JKR telah membuat bancian lalu lintas dan hasil

bancian mendapati terdapat keperluan bagi pemasangan lampu isyarat di persimpangan tersebut. Jadi JKR akan angkat hasil bancian lalu lintas ini untuk mendapatkan kelulusan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Lalu Lintas di peringkat MBSP. Seterusnya pihak JKR akan memohon peruntukan melalui bajet pembangunan tahun 2022 untuk tujuan pembinaan lampu isyarat ini. Selain itu, Yang Berhormat Permatang Berangan juga membangkitkan isu untuk membina lampu isyarat bagi mengurangkan kesesakan di Simpang Tiga Pokok Tampang untuk isu ini Yang Berhormat JKR tidak ada perancangan untuk memasang lampu isyarat di persimpangan tersebut kerana telah pun ada lampu isyarat dengan jarak lebih kurang 50 meter daripada simpang di situ. Selain itu juga, sekiranya dilaksanakan pembinaan lampu isyarat akan melibatkan kerja-kerja pengalihan kedai-kedai sedia ada dan memerlukan pelebaran jalan untuk kelancaran trafik. Walau bagaimanapun, pihak JKR akan membuat penambahbaikan dengan menambah bilangan transverse bar serta papan tanda amaran di kawasan berkenaan supaya pemandu dan penunggang kenderaan lebih berwaspada. Seterusnya Yang Berhormat Permatang Berangan

Ahli Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman):

Mohon mencelah.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Sila

Ahli Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman):

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Tanjung Bunga atas penjelasan. Cuma mungkin ada sedikit kekeliruan tentang lokasi itu. Yang saya faham tadi tidak ada keperluan untuk Simpang Pokok Tampang itu yang saya maksudkan dalam perbahasan saya semalam adalah simpang dari kalau Tasek Gelugor simpang Pokok Tampang menuju ke Lahar Yooi di sebelah kanan dan sebelah kiri ke Padang Menora. Maksudnya mungkin ada keperluan di situ. Mungkin boleh dikaji semula untuk sama ada perlu atau tidak sebab di situ pun ada kesesakkan berlaku kerana laluan utama dari Tasek Gelugor ke Sungai Dua. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Saya akan minta Yang Berhormat pegawai-pegawai untuk berhubung dengan Yang Berhormat untuk memastikan lokasi tersebut dan juga mungkin boleh bincang mengenai keperluan dengan pegawai JKR.

Ahli Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman):

Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Okey. Seterusnya, Yang Berhormat Permatang Berangan juga memohon menaik taraf jalan ban di kawasan sawah padi di Lorong 28, Pengkalan Batu Pokok Tampang di persisiran Sungai Tok Keramat. Betul? Okey. JPS memaklumkan bahawa Jalan Ladang di ban pesisir di kawasan tersebut merupakan jalan bagi tujuan mekanisasi ladang dan digunakan untuk proses penghantaran input-input pertanian seperti baja, racun dan biji benih bagi kawasan

jelapang padi. Jalan tersebut adalah di bawah projek Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu ataupun (IADA) Negeri Pulau Pinang di mana fungsi asal jalan pertanian adalah sesuai untuk tujuan jentera pertanian. Bagi isu ini, keperluan menaik taraf jalan tersebut akan dikaji dan dicadang oleh dan sekiranya dipersetujui akan dicadangkan oleh JPS kepada pihak IADA. Yang Berhormat Permatang Berangan juga sentuh mengenai pembinaan tembok tebing di sepanjang tali air di Kampung Belukar di mana telah berlaku kes kemalangan Sebagai makluman Yang Berhormat, pembinaan tembok penahan tersebut telah pun diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke 11 dan telah dilaksanakan di Tali Air G Blok M5D sepanjang 700 meter selepas berlaku kejadian kemalangan tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, mengenai isu tebatan banjir Yang Berhormat Sungai Dua ada membangkitan mengenai kesan banjir di Negeri Pulau Pinang saya rasa Kerajaan Negeri telah banyak kali pun memaklumkan banyak peruntukan yang telah dibelanjakan melalui projek–projek high impact dan juga projek-projek Persekutuan bagi menangani isu banjir. Bagi makluman semua dua (2) projek high impact telah pun siap pada tahun ini iaitu RTB 4 dan RTB Parit 5. RTB Parit 4 dan RTB Parit 5 kedua-duanya di kawasan SPT dan bagi daerah SPU pulak RTB Mak Mandin bakal siap juga dalam bulan-bulan akan datang serta juga RTB Sungai Nipah dan RTB Bayan Baru di daerah Barat Daya juga akan siap pada tahun ini. Satu lagi RTB berimpak tinggi iaitu Kolam Takungan Alma di Bukit Mertajam juga sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada penghujung tahun 2022. Selain itu, JPS melalui Kerajaan Persekutuan juga telah menyiapkan projek RTB Sungai Kerian di SPS manakala RTB Teluk Kumbar dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada penghujung tahun ini. Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Dua membangkitkan isu banjir dan punca utama banjir. Yang Berhormat, kejadian banjir ini saya rasa Yang Berhormat sedia maklum banyak faktornya. Antaranya keadaan geografi di mana Negeri Pulau Pinang ini sebenarnya berada di kawasan hilir sungai-sungai yang mengalir dari Negeri Kedah. Kebanyakan banjir pun kadang-kadang di kawasan Seberang Perai berlaku bukan sebab hujan di Pulau Pinang tapi hujan di Kedah di mana airnya terlalu banyak melimpah ke kawasan Seberang Perai dan lagi-lagilah apabila air laut pasang jadi menjadi satu pertembungan antara air laut dan air hujan. Selain daripada itu punca-punca berlaku banjir juga adalah sistem peparitan yang dihalang yang terhalang oleh sampah sarap utiliti ataupun jambatan yang lama dan rendah. Pihak JPS sentiasa menangani isu berkaitan dengan menggunakan peruntukan pembangunan Kerajaan Negeri dan juga peruntukan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri telah mengenal pasti 63 kawasan hotspot banjir yang masih aktif di seluruh negeri dan dijangka dengan projek-projek tebatan banjir yang sedang dirangkakan menjelang tahun 2030 sebanyak 48% daripada keseluruhan hotspot dapatlah kita dikurangkan. Yang Berhormat Pantai Jerejak ada bertanya berkenaan kawasan hotspot banjir yang berlaku di KADUN beliau. Sebagai makluman, kawasan hotspot banjir yang tertumpu di DUN Pantai Jerejak adalah di kawasan Bayan Baru dan oleh itu Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif bagi melaksanakan projek tebatan banjir Bayan Baru sebagai salah satu projek yang berimpak tinggi dengan kos sebanyak RM20.2 juta. Kemajuan pembinaan fizikal adalah 78% dan dijangka siap pada hujung tahun ini. Dato’ Yang di-Pertua, Projek PTMP Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk memastikan projek-projek yang telah dirancang di bawah PTMP ataupun Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang termasuk projek (PSR) Penang South Reclamation dilaksanakan demi kepentingan rakyat. Walaupun terdapat kritikan mahupun bantahan, Kerajaan Negeri tetap komited untuk membantu rakyat memahami manfaat yang akan diperolehi daripada projek-projek ini dan memastikan tiada sebarang komuniti terpinggir dari arus pembangunan. Projek-projek ini merupakan penyumbang utama kepada pelaburan infrastruktur dan pertumbuhan ekonomi Negeri Pulau Pinang. Peranan PTMP adalah untuk menyelesaikan masalah lalu lintas, khususnya dengan menyediakan sistem pengangkutan awam rel yang akan mengurangkan kebergantungan penduduk Negeri Pulau Pinang terhadap kenderaan persendirian. Selain menambah baik tahap kehidupan dan keselesaan rakyat, projek ini turut

dapat membantu meningkatkan produktiviti dan daya saing negeri ini sebagai sebuah destinasi pelaburan dan pelancongan antarabangsa. Status terkini bagi projek-projek di bawah Jalan-Jalan Utama dan Terowong adalah seperti berikut: Pakej 1 Jalan Berkembar dari Tanjung Bunga ke Teluk Bahang dalam proses menentukan opsyen jajaran; Pakej 2 Jalan Pintasan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Ayer Hitam Kerja-kerja awalan bagi fasa pembinaan Pakej 2 telah dijalankan pada 31 Oktober. Di samping itu, proses pengambilan balik tanah juga sedang dilaksanakan. Namun begitu ada berlaku tergendala disebabkan oleh PKP banyak kerja yang tidak dapat dijalankan termasuk kerja–kerja perunding seperti soil investigation yang di mana perunding itu tidak dibenarkan masuk ke dalam tapak disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan; Pakej 3 iaitu Projek Jalan Pintasan dari Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu kini sedang dalam tindakan pihak kontraktor memuktamadkan reka bentuk terperinci; dan Pakej 4 pihak Kerajaan Negeri masih dalam iaitu terowong untuk terowong pihak Kerajaan Negeri masih dalam tindakan memuktamadkan kelulusan bagi deraf laporan kajian kebolehlaksanaan yang dikemukakan oleh pihak kontraktor. Walau bagaimanapun penularan wabak COVID-19 ini telah menyebabkan pelaksanaan projek komponen PTMP banyak tergendala pada peringkat awal kerana kekangan dan halangan terhadap kerja-kerja yang dirancang. Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri tetap menganggap pelaksanaan PTMP ini amat penting lagi-lagilah dalam keadaan semasa kerana projek ini akan memainkan peranan sebagai pemangkin ekonomi khususnya dalam keadaan pasca COVID-19 yang akan datang. Dalam jangka masa pendek, pelaksanaan PTMP dan PSR akan menjana peluang perniagaan kepada banyak syarikat-syarikat pembekal bahan pembinaan dan perkhidmatan tempatan. Peluang perniagaan ini akan membolehkan syarikat-syarikat ini menjana pendapatan dan mengekalkan pekerja-pekerja mereka, selain membayar cukai kepada kerajaan. Manakala bagi jangka masa Panjang, PSR menyasarkan Foreign Direct Investment (FDI) dengan anggaran sebanyak RM70 billion, dan KDNK dianggarkan sebanyak RM1.5 trilion, serta mewujudkan lebih 300,000 pekerjaan menjelang tahun 2050. Pembangunan ini akan menjadi pemangkin perkembangan sektor pembuatan dan perkhidmatan yang memacu ekonomi negeri. Semua usaha ini harus dilaksanakan mengikut perancangan supaya Negeri Pulau Pinang tidak ketinggalan dalam ekonomi dunia yang semakin mencabar. Sekiranya ditangguhkan lagi, pelaksanaan projek-projek yang terlibat akan memakan kos yang lebih tinggi di masa depan. Salah satu rancangan untuk menjadikan Pulau Pinang lebih berdaya saing adalah melalui pengembangan zon perindustrian bebas Bayan Lepas untuk menarik pelabur iaitu ke Pulau A yang akan berada di kawasan Selatan Bayan Lepas. Zon industri di Pulau A akan dibangunkan sebagai taman perindustrian teknologi tinggi yang kita namakan sebagai “Green Tech Park” untuk menarik pelabur antarabangsa dalam sektor E&E berteknologi tinggi pada masa hadapan. Pembangunan Green Tech Park ini adalah berbeza daripada taman perindustrian yang sedia ada kerana ia direka bentuk secara khusus untuk menyediakan infrastruktur bagi menyokong keperluan IR 4.0, seperti teknologi digital, e-dagang, Artificial Intelligence, 5G, Internet of Things, robotic dan automation. Selain itu, pembangunan Green Tech Park juga akan memenuhi prinsip-prinsip Environmental, Social and Corporate Governance dan Sustainable Development Goals dan mengambil kira cadangan Low Carbon Cities Framework. Taman perindustrian baharu ini juga akan berjiran dengan sebuah “software campus” yang mempunyai pusat pentadbiran Kerajaan Negeri, pusat seni dan budaya, pusat konvensyen, pust komersial dan tarikan pelancongan.

Kerajaan Negeri yakin bahawa Green Tech Park akan menjadi satu jenama antarabangsa baru dalam menambah baik dan mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang dalam rantaian nilai sektor E&E dunia bagi 30 tahun akan datang. Dato’ Yang di-Pertua, walaupun cabaran untuk mendapatkan kelulusan dan peruntukan bagi projek-projek ini tetapi Kerajaan Negeri tidak pernah berputus asa. Buat masa ini Kerajaan Negeri masih menantikan kelulusan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek PSR dan sementara itu aktiviti pra-pembinaan seperti kerja ukur dan siasatan tanah akan diteruskan di tapak projek. Walau bagaimanapun kerja-kerja penambakan tidak akan dilaksanakan sehingga kelulusan EMP diberikan oleh Jabatan Alam Sekitar. Justeru itu Yang Berhormat Sungai Dua usah khuatir kerana Kerajaan Negeri memberi jaminan bahawa pelaksanaan projek PSR ini hanya akan bermula setelah kelulusan EMP diperolehi. Kerajaan Negeri juga akan memastikan kesan-kesan seperti selut dan lumpur akan dikawal dengan mitigasi-mitigasi. Selain itu Kerajaan Negeri sedang menyusuli kelulusan akhir untuk memuktamadkan Bayan Lepas LRT yang telah pun mendapat kelulusan bersyarat pada 18 Julai 2019 dan dijangka akan mendapat kelulusan sepenuhnya daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) harap-harap pada tahun depan memandangkan Kerajaan Negeri masih dalam perbincangan bersama pihak MAHB untuk memuktamadkan jajaran dan stesen Bayan Lepas LRT di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Kerajaan Negeri kini juga dalam proses mendapatkan kelulusan bagi laporan EMP bagi Projek Pan Island Link 1. Di samping itu pada peringkat ini juga pelantikan perunding bagi kerja-kerja pelaksanan projek PIL1 sedang dijalankan dan dijangka akan memulakan kerja-kerja mereka bentuk pada akhir bulan September 2021 bagi Fasa 1A iaitu daripada Tun Dr. Lim Chong Eu Interchange ke Tun Dr. Awang Interchange. Dato’ Yang di-Pertua, ada satu isu yang telah dibangkitkan oleh beberapa Yang Berhormat di sini iaitu berkenaan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim Yang Berhormat Pantai Jerejak dan Yang Berhormat Machang Bubuk telah membangkitkan mengenai cadangan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim ataupun KXP. Seperti Yang Berhormat sedia maklum pembinaan KXP adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan. Kerajaan Negeri berpendirian cadangan pembinaan KXP perlu diteliti secara mendalam dan lebih terperinci. Pendirian ini telah disuarakan secara konsisten dalam ulasan-ulasan Kerajaan Negeri kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPFN dan Mesyuarat Kawal Selia MPFN. Selain daripada itu JPS juga telah membangkitkan mengenai sungai yang terdapat di pertengahan tapak cadangan KXP tersebut serta ketidaksesuaian pelaksanaan diversion bagi Sungai Jerung di situ, JPS juga memaklumkan bahawa kualiti air Sungai Muda yang berdekatan dengan cadangan tapak KXP perlu dipelihara memandangkan sungai tersebut merupakan sumber air bersih bagi Negeri Pulau Pinang dan juga Negeri Kedah. Selain daripada risiko ancaman kepada sungai, Kerajaan Negeri juga berpendirian bahawa Kerajaan Persekutuan seharusnya memberi penjelasan mengenai status projek KXP ini kerana ia juga berkait secara langsung dengan projek pembesaran dan penaiktarafan LTAPP iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Seperti Yang Berhormat sedia maklum projek pembesaran LTAPP amat diperlukan kerana statistik menunjukkan bahawa kapasiti Lapangan Terbang Pulau Pinang sudah lama dilampaui. Pada tahun 2019, jumlah penumpang telah mencecah 8.3 juta orang meskipun kapasiti Lapangan Terbang kita hanyalah 6.5 juta maksudnya kita dah overcapacity. namun begitu projek pembesaran LTAPP yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan telah pun ditangguh pelaksanaannya apabila Kerajaan Persekutuan yang baru telah ditubuhkan pada awal tahun lepas. Alasan yang diberi oleh Menteri Pengangkutan adalah bahawa semua projek lapangan terbang di Malaysia akan ditangguh secara menyeluruh sehingga hasil kajian National Airports Strategic Plan (NASP) dimuktamadkan. Justeru itu Kerajaan Persekutuan perlu memberi penjelasan sama ada KXP ini telah pun dipersetujui atau tidak kerana kajian National Airports Strategic Plan masih belum selesai Dato’ Yang di-Pertua..(gangguan).

Minta penjelasan, terima kasih Yang Berhormat Tanjung Bunga di atas penggulungan berhubung dengan isu khususnya dengan isu LapanganTerbang Antarabangsa Kulim (KXP) dan juga berhubung dengan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Jadi untuk LapanganTerbang Antarabangsa Kulim (KXP) ini saya telah dicabar oleh MCA Pulau Pinang untuk membawa isu ini kerana mereka telah lupa bahawa Presiden mereka adalah Menteri Pengangkutan sekarang, jadi saya membawa isu KXP ini, bagi saya kepentingan rakyat Negeri Pulau Pinang khususnya sumber air iaitu Sungai Muda yang bakal dijejaskan sehubungan dengan projek pembangunan itu, akan membawa impak kepada Negeri Pulau Pinang tapi itu adalah hal Negeri Kedah, saya akur bukan di medan ini untuk bincangkan tentang projek pembangunan infrastruktur negeri lain, tetapi seperti mana tadi Yang Berhormat Tanjong Bunga membangkitkan tentang alasan Menteri Pengangkutan yang telah menghentikan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ini saya ingin merujuk kepada satu laporan akhbar The Vibes yang bertarikh 4 Ogos 2021 di mana ia telah memetik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang iaitu Yang Berhormat Seberang Jaya telah mencadangkan supaya Negeri Pulau Pinang patut tutup Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk memberi laluan kepada cadangan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim ataupun KXP. Tadi Yang Berhormat Tanjong Bunga ada bangkit ada banyak alasan yang diberikan tetapi pula lah Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim in diberikan lampu hijau ataupun greenlight untuk dijalankan adakah ini tanda-tanda berhubung dengan keputusan ataupun pendirian Kerajaan Persekutuan di mana ancaman ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang….(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, masalah jelas.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Kota, this is exactly apa yang kita nak tahu Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri memang ingin tahu pendirian yang jelas daripada Menteri Pengangkutan apakah pendirian Kerajaan Persekutuan adakah projek KXP ini telah pun dipersetujui dan diluluskan dan sekiranya apakah terjadi dengan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tapi yang hairannya hari itu kita baca di surat khabar pun ada wakil MCA di Pulau Pinang yang membantah projek KXP padahal Presiden MCA sendiri yang menjadi Menteri Pengangkutan sepatutnya dia bantah kepada Presiden sendirilah.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Minta celah sekejap, adakah apa yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat Tanjong Bunga telah memberi saya satu pandangan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim ini adalah untuk sengaja nak mengancam Pulau Pinang, macam isu politiklah, tak ada isu lainlah, ini adalah alasan politik sahaja. Oleh itu MCA pun sudah menjadi satu Menteri Pengangkutan yang langsung tiada kuasa tetapi berada dalam kerajaan itu hanya untuk dapat jawatan. Saya nak menanya Yang Berhormat Tanjong Bunga apakah logik satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dibina if it’s not hanya untuk persecute Negeri Pulau Pinang..(dengan izin).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Tanjung Bunga saya nak ingatkan sudah lebih daripada 20 minit.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dah tak banyak dah, Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya minta kalau boleh rumuskan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Okey, baik. Dato’ Yang di-Pertua kita semua di sini sedia maklum Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang antara airport yang paling, mempunyai paling profitable untuk MHAB dia mempunyai passenger growth antara yang paling tinggi di Malaysia, mempunyai kargo yang kedua paling tinggi di negara Malaysia, dia adalah Lapangan Terbang yang sangat penting dan kritikal bagi wilayah utara, jadi itulah yang kita nak tahu sama ada jangan dipolitikkan, kita harap bahawa Kerajaan Persekutuan jangan bermain politik dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang fokus kepada apa yang telah pun diluluskan dahulu iaitu projek pembesaran kepada 12 juta passenger per annum dan kita nak tahu juga pendirian mengenai KXP. Baik, Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Dua bangkitkan tentang isu pemotongan bekalan air dan mengharapkan agar pihak PBA dapat memberi kelonggaran kepada pengguna-pengguna khususnya dalam keadaan COVID-19 inilah. Untuk makluman Yang Berhormat pihak PBAPP akan mempertimbangkan untuk tidak memotong bekalan air bagi Tariff 1 iaitu pelanggan domestik semasa keadaan pandemik sehingga ke suatu tempoh yang akan diberitahu kelak. Manakala bagi isu penggantian paip air utama, penggantian paip utama di kawasan DUN Sungai Dua akan dikaji dan diperuntukkan di dalam belanjawan PBAPP bagi tahun 2022. Walau bagaimanapun, penggantian paip air yang telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak PBAPP di daerah Seberang Perai Utara adalah seperti berikut; Tahun 2019 satu projek telah disiapkan di Kampung Sungai Korak; Tahun 2020 satu projek telah disiapkan di Jalan Mohd Saad; dan Tahun 2021 dua (2) projek sedang dilaksanakan di Jalan Padang Tembusu, Penaga dan di Jalan Kampung Tok Bedu ke Kampung Pokok Jenerih. Selain itu Yang Berhormat Sungai Dua turut membangkitkan soalan apakah tindakan dan alternatif Kerajaan Negeri dalam menyediakan sumber air mentah bagi Negeri Pulau Pinang dengan tidak bergantung kepada sumber air dari Negeri Perak dan Negeri Kedah. Untuk makluman Yang Berhormat, Sungai Muda hanya dapat memenuhi keperluan air mentah bagi Negeri Pulau Pinang sehingga tahun 2025. Sumber tambahan air mentah bagi Negeri Pulau Pinang telah dikenal pasti dalam Penang Water Supply Initiative 2050 yang dicadangkan oleh PBAPP, justeru sumber air mentah tambahan yang dikenal pasti adalah melalui Skim Bekalan Air Sungai Perai dan Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak. Projek Penyaluran Air Mentah Sungai Perak tergendala kerana Kerajaan Negeri Perak ingin menjual air terawat manakala Negeri Pulau Pinang ingin membeli air mentah. Status terkini pula, Kementerian Alam Sekitar dan Air telah bersetuju untuk melantik perunding untuk membuat kajian tentang opsyen-opsyen yang sesuai bagi pelaksanaan projek ini. Kajian ini sedang dijalankan dan dijangka siap pada bulan November 2021 dan kita harap pada waktu itu, setelah kajian dijalankan satu kata putus dapat kita perolehi mengenai masa depan projek ini lah. Selain itu PBA juga sedang mempertimbangkan skim penyahgaraman iaitu desalination sebagai alternatif untuk mendapatkan sumber air. Projek ini dicadangkan untuk dimulakan sekiranya projek penyaluran air mentah dari Negeri Perak masih tertangguh menjelang tahun

2025. Maksudnya sekiranya kita sampai tahun 2025, masih kita tidak dapat air dari Sungai Perak, maka mungkin terpaksa Negeri Pulau Pinang menggunakan kaedah penyahgaraman air laut. Namun demikian perlu tahulah, kalau kita buat desalination maka kos air adalah sangat tinggi. Okey, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua…(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Yang di-Pertua, saya nak mencelah sikit tentang air, punca air ini. Kita selalu bincang tentang air ini, Kedah selalu khususnya seorang pemimpin lah, selalu menyatakan seolah-olah kita sedang merompak hak Kedah dan sebagainya lah. Saya tidak mahu masuk ke dalam isu itu. Tetapi dinyatakan, we are talking about desalination now, so...(dengan izin), bagaimana pula dengan rancangan sebelum ini yang pernah diwar-warkan bahawa ada juga rancangan untuk mengambil air daripada Sungai Perai. Is that still, kalau Perak bagaimana pula dengan Sungai Perai. Ini soalan saya.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

YB. Tanjong Bunga, I give you another two (2) to three (3) minutes.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Okey, skim untuk penyaluran air Sungai Perai sememangnya dalam perancangan juga, dia antara opsyen. Tapi masalah dengan Sungai Perai ini, kapasitinya tidak begitu besar kalau nak banding dengan Sungai Perak. Jadi kalau kita buat pun, dia tidak akan cukup untuk menampung keperluan di Negeri Pulau Pinang. Maksudnya, punca lain masih lagi diperlukan. Kalau kita buat, kita ambil air Sungai Perai pun, memang pada suatu tahap tidak akan mencukupi. Oleh itu antara opsyen yang lain adalah penyahgaraman lah, desalination. Sebab kita perlukan secara berskala besar, kita akan ada pulau-pulau yang baru yang akan ditambak. Keperluan air mesti akan meningkat di Negeri Pulau Pinang. Okey, sebab kekurangan masa, saya akan terus ke isu terakhir iaitu infrastruktur telekomunikasi. Saya akan ke isu PdPR, tadi dalam soalan lisan saya telah jawab Dato’ Yang di-Pertua, jadi saya tak akan ulang. Hanya di sini saya lihat, okey, untuk Yang Berhormat Machang Bubuk dan Yang Berhormat Permatang Berangan ada bangkit mengenai inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu golongan yang tidak mampu memiliki peranti elektronik. Sebagai makluman, meskipun bidang pendidikan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, namun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil inisitiaf menubuhkan sebuah pasukan khas task force Program Komputer e-Pembelajaran. Ini di bawah Yang Berhormat Padang Lalang dan saya yakin Yang Berhormat pun nanti mungkin boleh tambah. Melalui program ini kita telah mendapat sumbangan daripada syarikat-syarikat yang telah membantu dan kemudian kita telah mengagihkan komputer riba kepada pelajar-pelajar. Jadi untuk mengakhiri Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri adalah amat komited untuk memastikan pembangunan infrastruktur dan pengangkutan dilaksanakan dengan kaedah yang paling cekap dan lestari bagi kemaslahatan bersama rakyat Pulau Pinang. Justeru Kerajaan Negeri berharap agar semua pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta, Kerajaan Persekutuan bahkan setiap lapisan masyarakat dapat bekerjasama dan sentiasa mendukung setiap inisiatif Kerajaan Negeri bagi membangunkan dan

memajukan Negeri Pulau Pinang ke arah mencapai misi dan visi Penang2030. Sekian terima kasih, saya mohon menyokong Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Tanjong Bunga, kemas.Terima kasih. Sungai Puyu.

Eh? Boleh tak, Batu Maung…

Yang di-Pertua (Speaker)

Nak bergulung?

Ya sikit…bergulung.

Yang di-Pertua (Speaker)

Oh.. ingat takmau..

Dah ada…okay proceed, Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, apa nama.. Batu Maung, 20 minit.

Okay, Assalamualaikum dan…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Satu saja perkara yang disebut dalam Dewan sesi perbahasan saja.

Okey. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan salam sejahtera Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, barisan EXCO, rakan-rakan ADUN sekalian. Terima kasih atas kesempatan untuk menggulung perbahasan pada hari ini Mesyuarat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas. Tahniah kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengajukan soalan-soalan untuk yang melibatkan portfolio MMK Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan. Diucapkan tahniah, syukur, kepada Tuan Yang Terutama, Tun Ahmad Fuzi bin Abdul Razak yang telah dilantik sebagai T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Pulau Pinang bertuah bukan sahaja mendapat anak Pulau Pinang sebagai T.Y.T Negeri Pulau Pinang tetapi juga mempunyai pengalaman

yang luas dalam bidang diplomatik dan hubungan luar negara dan pernah menjawat jawatan Setiausaha Yayasan World Islamic Economic Forum (WIEF) dari tahun 2017 hingga 2021 dan pengerusi kepada beberapa syarikat tersenarai awam. Pengalaman dan kredential ini sudah tentu dapat dimanfaatkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dato’ Yang di-Pertua, kita menyambut kemerdekaan dalam tahun ini, baru dua (2) hari yang lepas dalam suasana yang agak suram. Pandemik COVID-19 telah mengorbankan hampir 500 nyawa di Pulau Pinang. Tadi Air Putih sebutkan dalam tempoh dua (2) minggu yang lepas, 200 lebih nyawa anak Pulau Pinang terkorban akibat wabak ini dan seluruh Malaysia sebanyak 15,000 dan kalau kita lihat di seluruh dunia telah mencapai 5.5 juta dibandingkan Spanish flu 1933 yang mengorbankan 3 juta penduduk dunia. Kita kehilangan nyawa sejumlah besar ini seperti korban peperangan. Kita sebenarnya sedang berperang dengan virus COVID-19 sebab itu Pulau Pinang mengadakan tema Penang Lawan COVID-19 menunjukkan betapa seriusnya pandemik ini. Inilah masa penyatuan seluruh koordinasi, seluruh jentera, individu, agensi Pusat dan Kerajaan Negeri dan sudah sampai masanya kita hentikan politik yang tidak memanfaatkan rakyat, kita perlu memerdekakan rakyat daripada kemelut politik yang tidak memanfaatkan, memerdekakan rakyat daripada COVID-19 dan memerdekakan rakyat daripada kemelesetan ekonomi. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri sentiasa memberi tumpuan utama kepada kesejahteraan rakyat, well-being of the people. Memelihara kesejahteraan keluarga dan komuniti di samping memelihara integriti institusi awam. Visi Penang2030 cukup jelas meletakkan institusi keluarga, “a family focus state” sebagai tumpuan keutamaan adalah tepat di mana kesejahteraan individu, keluarga dan komuniti menjadi dasar Kerajaan Negeri. Kesejahteraan keluarga, persekitaran hijau bersih dan gaya hidup sihat dan negeri pintar adalah tepat sekali. Kesejahteraan rakyat tidak akan berlaku jika persekitaran diselebungi wabak COVID-19. Kita alu-alukan usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri menghulurkan tangan kepada Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pemimpin Pakatan Harapan untuk sama-sama memerangi wabak COVID-19 dan memulih ekonomi negara. Kita mengalu-alukan dalam pelantikan Yang Berhormat Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan yang baru. Kita harap ada kerjasama yang baik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat dalam menangani wabak ini. Walau bagaimanapun, pelantikan Menteri Kabinet yang terdiri daripada pimpinan yang sama terlibat dalam pentadbiran sewaktu 18 bulan wabak COVID-19 ini yang gagal menangani wabak ini sudah tentu ada kurang menyakinkan ramai. Seterusnya menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh ADUN yang bertanya. Yang Berhormat ADUN Bukit Tengah mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mewujudkan Jawatankuasa Khas untuk meneliti cara menyelesaikan isu kluster kilang. Untuk makluman ADUN Bukit Tengah, Kerajaan Negeri menyambut baik akan cadangan tersebut. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan mengkaji kebolehlaksanaan dan keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas tersebut dan jika ianya praktikal dengan metodologi yang bersesuaian setelah mengambil kira faktor seperti kos, kepakaran, penilaian risiko dan lain-lain perkara yang sewajarnya, perkara ini akan dipertimbangkan sebelum dimuktamadkan dan dilaksanakan. Perkara ini akan dibincangkan melalui Jawatankuasa Kerja Sektor Industri/SMI/ SME/Peruncitan di bawah Penang Socio Economic Recovery Consultative Council (PSERCC) dan untuk makluman Yang Berhormat Yang di-Pertua, isu kluster kilang sentiasa dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja COVID-19 Pulau Pinang (CITF) dan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri secara mingguan untuk perhatian dan tindakan setiap agensi. Soalan seterusnya berkaitan kluster kilang dan dibangkitkan lagi oleh Yang Berhormat ADUN Bukit Tengah, memohon Kerajaan Negeri mengadakan lebih banyak operasi bersepadu bagi memantau pematuhan Standard Operation Procedure (SOP) di kilang. Untuk makluman YB Bukit Tengah, Kerajaan Negeri dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi

sama ada dari peringkat Persekutuan dan juga Negeri, PBT khususnya sentiasa melaksanakan operasi berkaitan pematuhan di kilang secara kerap. Soalan seterusnya masih lagi dan kita dapati isu kluster kilang ini disebabkan kita tahu bermula dengan PKP, PKPP, PKPB berapa banyak PKP. SOP yang sentiasa berubah, agak juga terkesan kepada pihak penguatkuasa dan juga pihak industri kilang. Soalan seterusnya berkaitan kluster kilang oleh ADUN Permatang Berangan yang mengesyorkan supaya Kerajaan Negeri meneliti kaedah untuk menutup kilang yang mempunyai kes positif yang tinggi buat sementara waktu. Untuk makluman YB. ADUN Permatang Berangan, cadangan pengurangan penularan wabak COVID-19 melalui penutupan sektor perkilangan yang mempunyai kes positif yang tinggi, Kerajaan Negeri adalah tertakluk kepada strategi dan polisi yang ditetapkan oleh MITI dan SOP. Walau bagaimanapun, penutupan kilang kerap dilaksanakan berdasarkan arahan pencegahan daripada Jabatan Kesihatan jika terdapat bilangan kes positif yang tinggi. Selain itu kilang juga akan ditutup sekiranya terdapat pelanggaran serius dalam pematuhan SOP...(gangguan).

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Mohon laluan.

Ya. Silakan,

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Terima kasih Dato’ Abdul Halim. Isu yang sama berlaku juga di dalam perkilangan. Aduan yang saya dapat, apabila pekerja yang tak sihat diberikan rawatan di klinik dalam kilang, hanya macam tu lah, bagi Panadol dan tanpa swab. Dia, bila check suhu, COVID-19 ni kadang-kadang dia bukan demam, macam kita kata 39-40, tak. Dia simpton dia tu ja, tak larat, batuk dan sebagainya. Balik rumah, esok pergi lagi, kan. Itulah yang terjadi dan kemudian virus ini dia tersebar. Jadi saya mintalah agar ada satu arahan di sektor perkilangan ini, macam itu juga diwajibkan membuat saringan jika ada aduan daripada pekerja tersebut dan jangan lah paksa pekerja untuk hadir juga bekerja. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila sambung.

ADUN Bayan Lepas, tentang hal itu, sebenarnya kita ada membuat kenyataan, saya telah membuat kenyataan meminta semua majikan tak kiralah kilang atau bukan kilang untuk ada mercy, belas kasihan sekiranya employee ataupun pekerjanya tidak sihat. Memberi kelonggaran dan tidak membuat potongan gaji kerana pekerja itu dia kadang takut dipotong gaji dia terus juga sungguhpun dia rasa tidak sihat. Ada kenyataan yang dibuat tentang itu. Inilah yang saya kata memerlukan kerjasama individu, majikan dan sebagainya. Seterusnya, soalan Permatang Berangan tadi. Kerajaan Negeri dalam membendung wabak kluster kilang ini, meningkatkan usaha dan membuka, mengoptimakan penggunaan Pusat PPV serta meningkatkan inokulasi dan kita sebut oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri juga dan Ahli Dewan yang lain, YB. EXCO Kesihatan tentang pencapaian untuk

mencapai pencapaian 100% dos satu (1) pada September dan seterusnya dos dua (2) untuk kita mencapai ke Fasa 3. Seterusnya usaha-usaha daripada rakan saya daripada Kerajaan Tempatan, rakan saya YB. Datok Keramat, usaha-usaha Penang Saring COVID-19 (PSC-19) dan juga usaha-usaha daripada The Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), program S.A.F.E. Satu lagi usaha ialah daripada MITI sendiri melalui Safe at Work. Perang melawan COVID-19 ini memerlukan penyelarasan dan kerjasama semua individu, agensi dan pihak berkuasa di semua peringkat. Kerajaan Negeri mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk tenaga, wang ringgit, idea kepakaran dan maklum balas semua pihak untuk bersama-sama memerangi wabak ini. Kerajaan Negeri dalam sesi perbincangan dengan CREST (Collaborative Research in Engineering, Science and Technology akan melancarkan dan berkongsi “COVID-19 Management Best Practice SOP” iaitu kompilasi amalan terbaik pengurusan COVID-19 oleh syarikat-syarikat yang telah berjaya membendung jangkitan di tempat kerja sebagai rujukan dengan tujuan membantu PKS untuk operasi dengan selamat dengan kapasiti optimum. Satu kumpulan fokus dicadangkan yang terdiri daripada wakil CREST, MITI, CITF, InvestPenang, PDC dan FMM akan ditubuhkan. Kumpulan fokus ini akan memainkan peranan sebagai saluran komunikasi di antara pihak berkuasa dan pemain industri bagi membincangkan perkara yang berkaitan dengan rancangan dan prosedur kawalan COVID-19 ini. “COVID-19 Management Best Practice SOP” yang dikenali sebagai Enhancement Health System (EHS) SOP yang merangkumi 21 ciri amalan terbaik ini boleh diakses melalui laman web www.penanglawancovid19.com dan www.buletinmutiara.com mula minggu depan...(gangguan).

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Minta penjelasan Yang Berhormat Batu Maung. Terima kasIh Yang Berhormat Batu Maung yang membangkitkan khususnya di mana apabila situasi pandemilk COVID-19 di negeri kita, sepertimana yang didedahkan Yang Berhormat Penanti, 70% jangkitan COVID-19 adalah berasal dari tempat kerja. Tapi, isu ini adalah sebenarnya tentang inisiatif ‘safe at work’ yang dibangnunkan oleh pihak MITI. Di mana sebelum ini, pada sesi sidang khas pernah saya bangkitkan di mana ada satu SOP yang lengkap di mana ia merangkumi tentang langkah-langkah pencegahan di tempat kerja, saringan kesihatan dan juga penginapan, pengangkutan dan d juga mekanisme pengawasan kepada pekerja. Namun, demikian, SOP ini yang telah diperkenalkan pada awal Mac tahun ini, seolah-olahnya tidak dilaksanakan secara penuh di tempat-tempat berkerja dan saya rasa ini adalah satu sebab utama yang menyebabkan penularan wabak COVID-19 ini di tempat-tempat kerja. Jadi, mugnkin saya pohon pandangan Yang Berhormat Batu Maung tentang SOP ‘safe at work’ ini.

SOP ‘safe at work’ kalau kita lihat apabila peringkat awal perancangan awalnya lebih kepada isolation of the workers...(dengan izin) yang affected oleh COVID-19, tumpuannya kepada situ. Tetapi, lepas tu barulah ada complimentary, usaha-usaha bagaimana membendung, ada SOP yang tambahan kemudiannya. Tetapi pada asalnya, hanya tumpu kepada isolation of the workers. Itu menjawab kepada persoalan Pengkalan Kota. Seterusnya saya ke MMK Usahawan, sebelumnya persoalan lagi dari Buki Tambun. Sila.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Minta penjelasan isu saringan. Boleh tak Yang Berhormat bagi kita dia punya SOP mengenai saringan kilang, maksudnya memang saya baca ada banyak cadangan dan saya nak tau juga sama ada daripada Kerajaan Pusat ada keperluan untuk membuat saringan

berkala di kilang-kilang sebab tak gunanya kalau kita buat saringan sekali dan kemudiannya, dua tiga minggu kemudian, atau satu bulan kemudian, pekerja-pekerja nanti menjangkiti COVID-19. So, yang saya nampak sekarang memang ada banyak panggilan untuk ada saringan berkala. Apakah pandangan Yang Berhormat dan bagaimana ini akan dilaksanakan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah Sebenarnya, sudah ada industri kilang ini diwajibkan untuk mengadakan saringan dua (2) minggu sekali. Sudah ada. Sejak, I think dikeluarkan sejak dua (2) minggu yang lepas.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Dua (2) minggu lalu baru start ya? Adakah kita boleh dapatkan data berapakah pekerja yang telah pun disaring mengikut peraturan yang disediakan sebab jawapan saya terima juga pada kali Sidang DUN ini, saya telah tanya berapa kilang, ataupun pekerja di Bukit Tengah yang telah pun membuat saringan. Dan saya, jawapan yang diberikan kepada saya, adalah 107, dan untuk saya, pandangan saya, ini adalah jumlah yang sangat kurang sebab di Bukit Tengah kita ada yang saya difahami, kita ada 1,800 lebih kilang. Dengan sekarangnya masa kritikal di mana kita melihat, wabak COVID-19 ini yang datang daripada kilang-kilang ini, lebih harus dibuat untuk memantau situasi, we cannot go undertesting, we must ramped up our testing seperti yang juga dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan adanya saringan percuma yang sebelum ini untuk Pulau Pinang, tetapi khususnya untuk pekerja kilang, apakah rancangan kita untuk memastikan supaya ada saringan berkala dilakukan untuk pekerja-pekerja di kilang. Terima kasih.

Terima kasih. Saya rasa figure yang diberikan lebih daripada 100,000 itu lebih kepada vaksin. Dos vaksin sektor industri, 100,000 lebih daripada 250,000. Bagaimanapun, kita akan minta rujuk semula pihak CITF dan MITI untuk mengesahkan jawapan kita itu.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Untuk makluman Dato’, supaya nanti tindakan boleh diambil. Soalan saya adalah, berapa syarikat pengilangan yang telah membuat saringan COVID-19 untuk pekerja mereka di Seberang Perai Tengah khususnya KADUN Bukit Tengah sejak 16 Mac. Jawapan dia di sini, sebanyak 107 buah kilang di Kawasan Bukit Tengah telah menjalankan saringan COVID-19 ke atas pekerja-pekerja mereka. Satu, 40 kilang telah membuat saringan di bawah program saringan COVID-19 bagi pekerja asing oleh PERKESO dan baki adalah saringan di kilang adalah susulan pelaporan kes positif. So, maksudnya jawapan yang diberikan di sini 107. Masih sangat kurang, Dato’ Yang Berhormat.

Terima kasih Bukit Tengah yang mengetengahkan isu…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Batu Maung, lagi tiga (3) minit saja.

Kita akan dapatkan maklumbalas yang tepat dairpada CITF dan juga daripada pihak MITI. Dua lagi soalan sebelum saya rumuskan. ADUN Bukit Tengah yang mencadangkan EXCO Pembangunan Industri menjadi perantara di antara pengusaha makanan dan sektor perkilangan bagi membolehkan pengusaha makanan membuka kantin di kilang. Yang ini kita akan bincangkan sama ada kebolehlaksanaan untuk inisiatif ini. ADUN Sungai Dua bertanya tentang program-program keusahawanan. Program Kerajaan Negeri membantu usahawan PKS yang terkesan dengan COVID-19. Tahun lepas, pada Jun 2020, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Penang Socio Economic Recovery Consultative Council (PSERCC). Yang ini khas untuk, di bawah sektor ini pihak MMK Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan yang dipengerusikan oleh saya sendiri. Dari masa ke semasa, kita mengadakan mesyuarat untuk pelan-pelan tindakan untuk mengatasi masalah ekonomi ini. Antaranya juga ialah untuk mengkordinasikan kempen vaksinasi seperti kerjasama PIKAS, PVac yang mana mengadakan saringan COVID-19 besar-besaran. Saya Cuma nak sebut juga isu kadar pengangguran yang kembali meningkat pada kadar 4.46% dan ramai yang mendapat tekanan mental, kemurungan dan juga membunuh diri akibat daripada terkesan, vulnerable group kerana COVID19 ini. Justeru itu, Kerajaan Negeri dan paling terkesan ini sektor yang ditutup tempoh empat (4) bulan yang tidak dibenarkan menjalankan perniagaan. Sekarang ini, bukan lagi, ini essential, ini non-essential semua dah jadi essential. Bila dah tak dapat buka empat (4) bulan, sudah tentunya, desperate mental dan sebagainya. Sebab itulah kita nak tingkatkan dos, dan sebab itulah kita nak kerjasama semua untuk tangani. Kerajaan Negeri atas dasar untuk bantu khususnya kumpulan yang tidak dapat menjalankan perniagaan ini selain daripada program skim pinjaman bantuan-bantuan pakej yang sedia ada sebelum ini, kita juga telah mengadakan skim pinjaman PEKA RM30 juta pada bulan April tahun lepas dan RM10 juta PEKA sektor pelancongan. Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat MMK yang baru lalu, telah meluluskan sebanyak RM5 juta yang dinamakan Skim PKP 3.0. untuk jumlah pinjaman RM5,000 ke RM20,000 untuk membantu usahawan-usahawan ini. YB. Soon saya sebut tadi, 30% akan ditumpukan kepada anak-anak muda bawah 40 tahun, 30% daripada pinjaman itu untuk kepada anak-anak muda bawah 20 tahun dan pinjaman untuk tempoh 30 bulan, enam (6) bulan moratorium tanpa faedah yang mana urusetianya akan diuruskan oleh PDC dan kita akan umumkan butir-butir lanjut akan kita umumkan pada minggu ketiga pada bulan ini. Oleh kerana kesuntukan masa, saya telah menjawab semua soalan-soalan yang dikemukakan, dan saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua agensi-agensi khsususnya kepada Ketua Menteri, rakan-rakan EXCO sekalian. Pihak-pihak agensi, Jabatan Kesihatan, PDRM, MITI, APM, pihak Tzu Chi, NGO juga membantu kita dalam krisis ini. Juga frontliners seperti MPKK, staf-staf Pusat Khidmat yang mengambil risiko membantu rakyat dalam krisis ini. Sekali lagi, kita sama-samalah berusaha merdekakan diri kita daripada COVID-19, merdekakan kita daripada kemelesatan ekonomi dan merdekakan kita daripada politik yang tidak memanfaatkan rakyat. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Batu Maung. Silakan, Sungai Puyu.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Saya ada banyak isu tetapi saya akan ringkaskan. Masa yang telah ada pada saya, separuh saya akan bagi pada rakan saya kerana rakan saya lagi ada banyak perkara yang amat penting. Saya nak sentuh tentang alam sekitar bahawanya saya nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua anggota-anggota

Jabatan Alam Sekitar yang amat berjaya dalam kawalan sisa-sisa buangan untuk mai masuk Pulau Pinang untuk recycle. Kami telah berjaya untuk tahan berapa banyak container dan dihantar balik. JAS juga amat berjaya dalam mengambil perhatian ke atas pembakaran terbuka. Dan undang-undang, Environment Quality Act telah dilaksanakan dan ada banyak kes telah berjaya juga. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka. Untuk biogas di Valdor, semua telah diselesaikan dan kini mereka nak panggil sebut harga dan ada keyakinan bahawa hujung tahun ini akan bermula pembinaan dan akan siap sedia pada hujung tahun pada suku keempat tahun 2022 dan akan beroperasi pada tahun 2023. Sini juga saya ucapkan tahniah kepada PGC yang telah mewakili Negeri Pulau Pinang dan berjaya dalam SEA Circular iaitu United Nation Environment Programme, coordinating with the COBSEA iaitu Coordinating Body on the Seas of South East Asia berkenaan dengan sisa-sisa plastik di dalam laut. Hanya dua (2) di negeri yang telah dilantik oleh UNEP iaitu di Selangor dan Pulau Pinang. Saya juga ucapkan tahniah juga kepada PGC yang berjaya dalam usaha dipanggil Cities Circular di mana hanya tiga (3) bandaraya iaitu Bandaraya Melaka, MBSP dan MBPP. Tiga (3) diantaranya yang telah dilantik oleh EU untuk jalankan projek ini. Laporan-laporan telah dikemukakan dan telah diterbit dalam UNEP. Berkenaan dengan, kebajikan. Memang… daripada Penaga yang sentuh kepada berkenaan dengan gelandangan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tidak ada satu pusat untuk gelandangan dibina oleh kerajaan sejak kemerdekaan hingga kini. Pada tahun 2003 Kerajaan Pusat telah ada perbincangan dengan Kerajaan Negeri pada masa itu. Dan ada satu tukaran tanah, satu di Pulau dengan satu tanah Kerajaan Pusat di Jawi. Semua telah siap tetapi amat dukacita sehingga kini pusat ini yang dijenamakan Kompleks Penyayang Sinar Kasih belum siap dibina. Saya difahamkan hanya tahun 2023 baru boleh siap. Itulah orang kata prestasi Kerajaan Pusat. Satu pun tak boleh bina. Di sebaliknya di Negeri Pulau Pinang Kerajaan Negeri telah beri peruntukan sebanyak RM4.8 million kepada MBPP untuk membinakan satu pusat gelandangan, night shelter di Jalan C.Y. Choy. Kalau kami lihat, lihat kepada ikut jadual kehendak 90 percent. Tetapi pada kini hanya 60 lebih sahaja. Ini yang buat kira 100 hari, telah loss of 100 days kerana MCO. Tidak dapat berjaya, tidak dapat berjaya. Oleh yang demikian, saya ada yakinan, keyakinan bahawanya jika MCO ini telah, mereka dibagi benar kerja, mereka boleh dalam 100 hari daripada tarikh yang dijadualkan boleh siap. Ini adalah masalah-masalah dengan MITI di mana kontraktor telah ada mohon izin dan kebenaran untuk terus berusaha. Mereka ingin bahawa kena tunjuk where is the focus quarters? Ini tak bahaya, kami sudah buat rayuan. Tetapi sehingga kini, belum dapat kebenaran lah. Kemungkinan saya akan bincang dengan kawan saya daripada Seberang Jaya, minta tolonglah. Bagi saya peluang untuk siap sediakan pusat ini kerana kalau saya sudah siap sediakan pusat ini, saya boleh bawa rakan saya dari Penaga pegi melawat ke sana. Tetapi tak dapat duduk sana kerana anda bukan gelandangan. Dengan isu berkenaan dengan kemiskinan. Kemiskinannya kami telah tunjuk bahawanya di Pulau Pinang, kami amat berjaya dengan AES. Di mana Kerajaan Negeri telah bagi jaminan di Negeri Pulau Pinang satu keluarga di bawah satu rumah, pendapatan mereka semua tidak boleh kurang dari RM790.00. Kini telah naik taraf sehingga RM1,300.00. Dan di sini kami juga berjaya bahawanya dalam masa yang begitu, masa yang dalam tahun ini, kami telah bawa sebanyak 13,864 isi keluarga telah berjaya dikeluarkan daripada kemiskinan dengan perbelanjaan oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM42,315,395.00. Program-program untuk perbaiki rumah, bina semula juga telah diurus, dijalankan. Saya percaya bahawa isu-isu kebajikan ini semua telah kami dah berjaya. Penaga juga sentuh kepada bakul makanan. Saya ucapkan terima kasihlah kat Penaga kerana Penaga juga sekurang-kurangnya ambil inisiatif hantar dia punya wakil saja. Tak apa saya bagi bakul-bakul makanan kepada orang-orang yang terima di senarai Penaga. Kalau Penaga, Yang Berhormat Penaga sendiri yang turun, saya lebih baik hati. Di banding dengan daripada Permatang Berangan, sekurang-

kurangnya dia telefon pejabat saya. Ucap terima kasih telah terima bakul makanan. Itulah tunjuk bahawanya Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang begitu penyayang pada semua orang. Dalam usaha kebajikan tidak ambil kira bangsa, agama, kefahaman politik dan semua. Ketua Pembangkang mula-mula dapat RM30,000.00, Ketua Menteri dapat RM30,000.00. Tahun ini semua dapat RM50,000.00. Ketua Menteri pun dapat RM30,000.00 sampai dapat RM50,000.00. Semua telah dibuat. Oleh itu saya percaya bahawa dalam Pulau Pinang lawan COVID-19, kalau semua kami tepikan perbezaan politik, kami akan berjaya. Saya ada yakinan. Tetapi kena ada satu kerjasama di antara semua pihak.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Puyu. Saya ucap terima kasih Yang Berhormat Sungai Puyu atas keperihatinan beliau dan juga usaha yang beliau telah lakukan. Saya juga turut akui Yang Berhormat Sungai Puyu juga selalu berhubung dengan pihak Seberang Jaya untuk memberikan bantuan. Yang Berhormat Sungai Puyu, boleh tak Yang Berhormat Sungai Puyu setuju tadi sebut tentang berapa? RM50,000.00 tadi tu, mungkin Yang Berhormat Sungai Puyu boleh cadangkan pada Ketua Menteri untuk tambah lagi untuk yang Pembangkang ni, jadi RM100,000.00 ke RM300,000.00 ke Yang Berhormat Sungai Puyu?

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Selamat petang, selamat petang Ahli Yang Berhormat daripada Seberang Jaya. Tadi, apa yang saya kata, apa yang disalur kepada ADUN daripada kerajaan juga disalur kepada ADUN yang dari Parti Pembangkang, parti lawan. So saya, nanti dulu, nanti dulu. Kalau nak minta peruntukan yang lebih, saya percaya satni boleh minta daripada Ketua Menteri. Betul tak?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Sungai Puyu, MOU yang telah dibuat 10 minit. Sudah lebih daripada 10 minit.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Okey.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dan juga jangan layan soalan Seberang Jaya kerana makan kedua-dua belah, kiri dan kanan makan, itu saja.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Okey baik. Akhirnya saya nak maklum. Saya telah janji, saya terikat janjilah. Lembu diikat tali, orang diikat janji. Saya janji 10 minit, lagi ada satu minit sahaja. Baik untuk…(gangguan).

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Yang Berhormat Sungai Puyu, satu persoalan sahaja.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Nanti ini injury time ya.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Injury time. Terima kasih Yang Berhormat. Cuma saya nak bercakap sedikit tentang isu berhubung dengan gelandangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Puyu tadi. Baru-baru ini, kita dapat lihat EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan memaklumkan kepada kita bahawasanya pesakit mental dan gelandangan tidak akan dijangkiti COVID-19. Memang ini adalah satu kenyataan yang dikeluarkan. Jadi saya nak tanya pendapatlah Yang Berhormat Sungai Puyu setujukah tentang statement ini sebab untuk Yang Berhormat Sungai Puyu, saya ucapkan terima kasih sebab di ketika pandemik COVID-19 ini, Yang Berhormat Sungai Puyu bersama dengan Tzu Chi telah membantu untuk menyediakan Kompleks Masyarakat Penyayang untuk tempat-tempat kita periksa dan kita jaga untuk golongan gelandangan di Negeri Pulau Pinang ini. Tapi saya nak minta pendapatlah Yang Berhormat Sungai Puyu bersetujukah kenyataan EXCO Kelantan ini, gelandangan semua tidak akan kena COVID-19 punya?

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Saya tak berani dengar apa yang dia cakap kerana kalau saya dengar dia punya, saya boleh muntah keluar. Ya, memang Dato’ Timbalan Speaker, apabila saya mencadangkan bahawa menyelamatkan gelandangan-gelandangan khasnya di KOMTAR, saya minta izin daripada JKM tetapi tidak dibenarkan. Tetapi saya minta daripada Ketua Menteri yang bagi kata Penang Lawan COVID-19, semua orang mesti diselamatkan. Oleh kerana selamatkan mereka, letak di Kompleks Masyarakat Penyayang, disokong sepenuh-penuhnya oleh Tzu Chi. Dan kami telah tunjuk bukti bahawanya kemampuan untuk uruskan mereka semua. Saya nak minta doktor-doktor tak mahu bagi. Saya kena minta dari swasta dan swasta yang datang bantu saya. Dato’ Timbalan Speaker, Jabatan JKM Pulau Pinang telah juga menerima satu arahan, arahan bahawanya kami jangan lagi buat apa ni, operasi-operasi berkenaan gelandangan kerana tidak ada tempat untuk letak mereka. This is the problems which we are facing.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Sungai Puyu, saya ada soalan juga berkenaan dengan gelandangan dan saya tertarik kepada pandangan daripada Sungai Puyu tadi, Yang Berhormat yang katakan sekarang pun kalau ada gelandangan, tidak ada tempat untuk menempatkan mereka. Yang Berhormat, kita di Pulau Pinang tidak ada satu pusat jagaan seperti Rumah Ehsan ataupun Rumah Desa Bina Diri ataupun Rumah Seri Kenangan seperti di negeri-negeri lain yang boleh membantu to act as a safe house or temporary protection, tempat perlindungan untuk golongan warga emas ataupun orang-orang yang homeless. Ada beberapa kes di tempat kawasan saya juga Yang Berhormat, di mana kita mendapati kita akan mendengar daripada aduan ataupun maklumat yang disampaikan oleh penduduk terdapat seseorang homeless. Baru-baru ini seorang India yang kita dapat membantu hidup di tepi jalan his whole leg Yang Berhormat, was totally infected, yet he had no one to care for him. So of course, we’ve asked. Kita telah meminta ambulance untuk datang, untuk membantu dan juga JKM. Dan saya dimaklumkan oleh pihak JKM pun sekarang di Pulau Pinang kita tidak ada satu pusat khusus untuk menempatkan orang-orang ini. Biasanya apa yang akan berlaku adalah kita akan meminta bantuan daripada NGO-NGO ataupun Rumah-Rumah Orang Tua Persendirian untuk membantu, untuk menempatkan mereka di sana. Jadi saya nak dapat pandangan daripada Yang Berhormat, sama ada kita,

sama ada Negeri, Kerajaan Negeri ataupun kita boleh memohon kepada Kerajaan Pusat supaya ditubuhkan satu rumah jagaan atau pusat jagaan untuk orang-orang gelandangan khususnya kepada yang warga emas ini. Terima kasih.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Ya. Tadi saya baru kata satu kompleks iaitu kata itu Kompleks Penyayang Sinar Kasih akan dibina, sedang dibina sejak tahun 2003. Hanya akan disiap pada tahun 2023. Itu projek Kerajaan Pusat di SPS. Keluasan dalam enam (6) hektar ada di sana. So kami kena tunggulah. Tetapi projek yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri di Jalan C.Y. Choy akan disiap apabila mereka dibagi kebenaran untuk sambung kerja. Pada kini, kalau ikut jadual sudah kurang 100 hari kerana MCO. Saya ada yakinan bahawa kontraktor ini satu syarikat bumiputera anak muda, dia ada kemampuan, saya ada yakinan pada dia. Dan saya percaya bahawanya tahun 2022 akan siap di sini. Kerana kelemahan dan sistem pentadbiran atau metodologi dari Federal Government. Saya dengan ada beberapa ADUN tengah berusaha bersama-sama dengan NGO, MMC untuk wujudkan satu Penang Care Alliance. Kami mula ditubuh pada 16 Julai. The first meeting was on 16 of July dan telah dilancar oleh Ketua Menteri pada 11 Ogos dan kini kami akan ada empat (4) sektor, iaitu kata kesihatan mental, kesihatan mental kerana setiap 60 jam, two and half days ada satu laporan, kes bunuh diri. Oleh yang demikian, kami dapat pakar-pakar daripada semua pihak, baik pun dari hospital Kerajaan, hospital swasta dan orang yang telah retired untuk membantu, bagi ucapan dan lain-lain. Disediakan semua. Dan juga Penang Care telah jalankan kursus untuk pusat-pusat khidmat. Semua pusat-pusat khidmat telah dijemput hantar satu wakil untuk sesi latihan ini. Tetapi amat dukacita, Penaga tak hantar, tak ada respond. Percuma. Permatang Berangan ada, Penaga sorrylah tak ada. Kami juga ada satu untuk pekerjaan kerana dalam krisis ini, ada banyak orang telah hilang kerja dan mencari kerja. Penang Care telah berusaha bersama-sama SOCSO dan lain-lain kilang-kilang untuk kutip maklumat-maklumat dan juga buat-buat orang kata matchmaking khasnya daripada industri pelancongan yang mereka tidak ada skills dan perusahaan. We offer them training, we offer them matchmaking dan makanan dan tempat tinggal juga diuruskan seperti tadi kata safe house. Memang ada safe house di SPT tetapi saya tak boleh maklum the safe house kerana safe house ini digunakan oleh rakan saya daripada Yang Berhormat Padang Lalang untuk lindungi kes-kes keganasan dan lain-lain, you know safe house saya tak boleh kata lokasi tapi juga tempat makanan dan makanan juga telah berusaha di mana kami kutip maklumat-maklumat. Jika ikut kiraan bantuan daripada Kerajaan Pusat dan bantuan daripada Kerajaan Negeri adalah mencukupi kerana MPT ratus ribu satu kotak RM100 termasuk RM3000 daripada Kerajaan Negeri, RM200 dari 3 KADUN so RM600, untuk Parlimen RM100 iaitu kata RM700, RM3,700 untuk satu Parlimen semua ada cukup tetapi kami juga rasa amat bimbang tak cukup di mana arahan daripada Ketua Menteri setiap-tiap daerah kami ada letak 50 bungkus, tak cukup top-up oleh Mutiara Food Bank semua bagi. Apa yang saya rasa dukacita walaupun Kerajaan Negeri telah ambil langkah-langkah untuk membantu tetapi menghadapi satu kesulitan dan EXCO telah persetujui setiap-tiap kes house kuarantin mesti dimaklum kepada Pejabat Daerah kerana Tuan DO adalah Pengerusi Jawatankuasa Bencana. Pejabat Daerah apabila dapat maklumat akan minta Pengulu terus serah kepada ADUN supaya ADUN berhubung dengan keluarga yang home kuarantin. Apa yang hendak, apa yang boleh dibantu? Ini semua Kerajaan Negeri telah buat tetapi walaupun arahan dan permintaan dari Kerajaan Negeri kami tidak dapat, tidak dapat maklumat-maklumat tetapi di SPU semua dapatlah. SPU ada dapat, lain-lain daerah seperti DTL saya difahamkan tak ada, DBD tak ada, kenapa? Adakah mereka terus sibuk kemungkinan ya? Adakah ini arahan tidak turun sampai bawah kemungkinan ya tetapi saya merayulah saya merayu bahawa ini kena usaha kena jaga orang yang tengah susah betul tak Yang Berhormat Penaga? Betul kan…(gangguan)..

Haji Mohd Tuah Bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Dato’ Timbalan Speaker, Yang Berhormat Sungai Puyu, berhubung dengan kita kuarantin masyarakat pandemik COVID-19 ini masa yang sama seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Lepas iaitu ujian dengan banjir kilat pada 18 Ogos yang lalu jadi di Pulau Betong kita telah menghadapi ujian ini masa yang sama ada keluarga yang kuarantin, masa yang sama banjir kilat ini antaranya ialah kita nak bangkitkan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Lepas tentang bantuan seperti biasa sentuhan awal ialah bantuan makanan yang kita salurkan tetapi apa yang kita sedia maklum desakan berlaku iaitu barang perabot dan juga tikar getah dan sebagainya adalah di antara tilam dan sebagainya rosak jadi saya nak minta Yang Berhormat Sungai Puyu untuk bantu di kawasan yang terlibat di antaranya Pulau Betong 500 keluarga untuk Kerajaan Negeri beri sekurang-kurangnya one-off untuk bantuan kepada penduduk yang diuji dengan banjir kilat dan juga ada yang keluarga dikuarantin yang tu soalan pertama. Saya ambil ruang ini juga sebab saya tidak diberi peluang untuk perbahasan tadi yang kedua…(gangguan)..

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

You kena dapat kebenaran daripada Yang Berhormat Sungai Puyu pasal masa Yang Berhormat Sungai Puyu pun dah lebih dah, tadi pun sudah putus.

Haji Mohd Tuah Bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Yang Berhormat Sungai Puyu, saya mohon satu soalan lagi soalan berhubung dengan Pejabat JKM di Balik Pulau. Saya difahamkan berdekatan dengan Pejabat JKM ada CAT untuk dialisis saya difahamkan akan diperluaskan keluasannya melilbatkan juga Pejabat JKM, saya difahamkan akan dipindahkan ke tingkat atas Kompleks Majlis Bandaraya di Balik Pulau. Keluasan tersebut telah dikecilkan asalnya 3500 kaki persegi bila dipindah ke tingkat atas keadaan menjadi kecil sikit 1000 kaki persegi yang melibatkan 30 kapasiti staf jadi…(gangguan), timbul keresahan di kalangan masyarakat apabila ke tingkat atas ini menyukarkan di antaranya golongan OKU sebab tidak ada lif dan juga warga emas yang sering ke Pejabat JKM, jadi ini menjadi suatu permasalahan di Balik Pulau mengharapkan supaya pihak kerajaan memberi satu pertimbangan apakah tempat yang sesuai lagi untuk Pejabat JKM ini kita tempatkan supaya memudahkan pihak masyarakat berurusan seperti yang sedia ada, jadi saya mohon Yang Berhormat Sungai Puyu untuk penjelasan tentang perkembangan perpindahan tempat JKM di Balik Pulau, terima kasih.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Pejabat JKM di Balik Pulau telah disewa, ruangan disewa daripada MBPP dan MBPP yang akan buat keputusan. Memang di sana tapi kami ada satu pusat dialisis CAT di mana sehingga kini kami ada 84 pesakit dan daripada 70 pesakit ini ada daripada DBD, 9 pesakit adalah dari DTL. Memang sudah tidak cukup kami telah jalan 4 shift dan kami akan tambah mesin lagi. JKM telah cari banyak tempat tak dapat satu tempat yang sesuai tetapi di sini kami telah bagi jaminan bahawa usaha-usaha untuk menjaga kepentingan OKU, warga emas telah diambil kira di mana hanya separuh daripada pejabat yang sedia ada iaitu separuh yang untuk pentadbiran akan dipindah naik ke atas sahaja. Isu ini telah dibincang di semasa Mesyuarat EXCO dan dapat satu persetujuan daripada MBPP untuk mereka bagi ruang yang lebih besar untuk kebajikan pindah ke atas mesyuarat sedang dijalankan dan rundingan sedamg dijalankan. Saya ada keyakinan bahawa ini boleh selesai, kami pilih di bangunan MBPP di Balik Pulau kerana ia ada komuniti dan public transport ini semua diambil kira dan kemungkinannya saya kena cari satu tempat untuk JKM ada satu bangunan yang sama tetapi ini tertakluk

kepada tanah dan dapat peruntukan untuk pembinaan dan lain-lain. Saya bagi jaminan bahawa perkhidmatan tidak akan terjejas keranamu kami akan usaha. Jadi Timbalan Yang di-Pertua Dewan, saya akan berhenti di sini dengan satu ucapan terima kasih khasnya pada NGO-NGO seperti Tzu Chi, One Hope Foundation, Ji Sang dan banyak lagi yang sumbang kepada masyarakat Negeri Pulau Pinang yang menghadapi kerana saya di sini berani mengatakan 70% peralatan gunaan oleh kesihatan datang daripada orang ramai dan Kerajaan Negeri untuk membantu kesihatan yang ada ditangguhkan oleh Kerajaan Pusat. Oleh demikian, saya merayu kepada semua ketepikan politik, bersama bersatu hati untuk melawan COVID-19, stay safe pada semua orang, terima kasih saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Puyu. Dipersilakan Yang Berhormat Datok Keramat.

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan kepada semua rakan-rakan saya terima kasih kerana banyak input yang diberikan kepada ketiga-tiga portfolio di bawah saya Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan. Saya ambil maklum apa yang telah ditanya oleh beberapa rakan Yang Berhormat saya tetapi yang saya hendak tumpukan terutamanya sebelum saya jawab soalan dan mungkin soalan itu boleh dijawab adalah perutusan perasmian oleh Tuan Yang Terutama Tun yang pertama bagi pihak beliau di mana ada banyak perkara di bawah portfolio-portfolio saya yang beliau sentuh di mana walaupun begitu baru kita boleh lihat Tun sudah pun up to date dengan Negeri Pulau Pinang dan perkembangannya dalam semua sektor. Yang pertama ingin saya secara cepat I don’t want to repeat too many saya pun telah dalam beberapa jawapan saya menyatakan beberapa fakta yang perlu dibuat kerana portfolio saya melibatkan banyak angka so saya minta kesabaran semua supaya saya boleh beri sedikit. Seperti mana Tun nyatakan dalam muka surat 21 perutusan beliau kita ada perancangan untuk 220,000 unit Rumah Mampu Milik yang mana setakat ini saya bagi sedikit perincian I’m just gonna go very quickly on the number Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan, kita telah sampai ke 119,116 tepat perucapan atau utusan daripada Tun di mana daripada itu kita ada Rumah Kos Rendah yang telah siap dibina 38,190 yang sedang di dalam pelbagai peringkat pembinaan 19,640 dan dalam perancangan 61,286 which is very correct. So kita akan teruskan dengan usaha kita 119,116 unit merupakan 54%, 54.2% target ataupun sasaran kita menjelang 2030 we are more than 50% we still have another almost 8 years to go dan kita yakin ini dapat dibuat terutamanya dalam keadaan pandemik COVID-19. Ingin saya nyatakan kepada semua di sini, sepuluh tahun saya jadi EXCO Perumahan kita lihat betapa saya merayu kepada pemaju untuk buat Rumah Mampu Milik, susah very difficult. Selalu saya nyatakan don’t put all your egg in one basket never do that tak dengar tapi sekarang pemaju yang buat itu datang ke pejabat merayu boleh tukar pelan atau tidak. Bina satu RM1juta tak boleh jual, yang bina RM300,000 itu boleh nafas rakyat pun boleh nafas. See how things can changed. Things can changed overnight of course this is two years now with COVID-19 dan kita lihat Yang di-Pertua, saya nak maklum pada semua the only sector of housing that is moving without an overhang is affordable housing and that is the way Penang wanted it to be, I don’t want to thank COVID or anything but it is reality that it is necessary, there was no foresight that there gonna be COVID-19 but we plan long time ago and its happening, luckily we plan, ada sedikit sebanyak dan saya yakinlah oleh yang demikian we don’t know how long COVID-19 will go on but that is the reality hakikat dia di lapangan sektor perumahan, pemaju pun tak boleh bernafas, rakyat pun tak boleh bernafas tak perlu lihat projek RM300,000, RM400,000 and beyond, that is the reason why HOC kita bawa kurang 10% lagi and we are looking into more ways to assist both side. First of all for me

important ialah pembeli and then of course for the pembeli to be assisted, we also have to look at the other side, pemaju. So now we have one very good thing we have Lembaga Perumahan for the first time this year, timing… see the timing. All falling into place untuk Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang Dato’ Timbalan Speaker, kita sudah pun ada beberapa perancangan kita ada 14 projek yang kita telah rancang di bawah LPNPP iaitu sembilan adalah pembangunan Rumah Mampu Milik dan lima adalah pembangunan URC ataupun pembaharuan semula I said that this morning and we are going to start two, one each satu Rumah Mampu Milik di Bukit Gedung di Bayan Baru I think or Bayan Lepas, that side, ready tender sudah dipanggil dan kita akan tutup dan harap boleh mula. Saya akan pergi dengan Ketua Menteri saya pada akhir tahun ini for that first Rumah Mampu Milik by LPNPP in Bukit Gedong. It is going to happen of course Mahsuri is the second one also going to happen. So ini adalah pencapaian kita dari segi perumahan selaras dengan apa Tun Tuan Yang Terutama nyatakan dalam perutusannya. Itulah hasrat dan apa yang beliau hendak lihat Pulau Pinang buat dan saya ingin yakin dan pastikan Tun bahawa kita sedang dan akan memastikan ini berlaku. Selain daripada ini kita juga ada pelbagai projek seperti rent to own. Saya tidak mahu ulangi tetapi penting kerana Tun juga ada sebut tentang betapa sukar untuk rakyat access pinjaman dan sebagainya. So, this is one of the thing that he correctly again point it out. Kita setakat ini ada 2,510 unit daripada harga RM120.00 sehingga harga RM200.00 sebulan bayar kepada lembaga you dapat rumah terus 2,510 ready tapi ada banyak yang sedang dirancang and almost ready so we want to expedite this during this period. Itu apa yang saya janji kepada pihak Tuan Yang Terutama, Kerajaan Negeri akan buat. Saya juga ini ingin nyatakan pada pihak ADUN Penaga tentang perumahan just very quickly go through ada isu tentang Majestic Heights. Very good question. In fact Majestic Heights ada beberapa fasa yang telah terbengkalai itu adalah satu projek yang pertama yang saya pulihkan dan Kerajaan Negeri pulihkan di mana projek Fasa 1 yang terbengkalai merangkumi 375 unit. Apa yang berlaku kita telah pun memulihkannya kepada semua dapat diberikan unit-unit dalam fasa satu tersebut tetapi ada banyak fasa yang lain yang tidak dapat diteruskan kerana status mereka kurang daripada 10, 15 peratus, so kos untuk buat itu terlalu tinggi. Namun fasa yang pertama status mereka sudah hampir akhir so kita selesaikan dan mereka sudah masuk no issue tetapi apa yang Kerajaan Negeri bincang dengan pihak pemaju adalah untuk keseluruhannya kita hendak lihat samada mereka boleh bantu dalam lebih Rumah Mampu Milik iaitu Rumah Mampu Milik yang berkos RM300,000.00 dan ke bawah. Pada hal ini untuk makluman semua termasuk rakan saya daripada Penaga sememangnya ada satu projek yang telah selesai ...(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Negeri

Yang Berhormat Datok Keramat, kasihan Pulau Betong tunggu lama.

Pulau Betong is where? Can I finish this part first on Majestic Heights?

Haji Mohd Tuah bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Okey,teruskan.

So, Majestic Heights memang mereka meneruskan kerana soalan yang saya dapati ialah apakah bantuan yang akan dibuat pada yang lain pembeli yang tidak dapat unit-unit kerana terbengkalai fasa-fasa seterusnya. Apa yang telah kita berbincang dan sedang berlaku adalah satu ada beberapa fasa untuk Rumah Mampu Milik yang akan dibina oleh mereka tetapi of course dengan pandemik kita bersyukurlah sebelum itu ada satu projek yang mana yang dikenali sebagai The Stone di mana kita sudahpun pada tahun 2017 juga memberi mereka kebenaran merancang dan setakat ini 960 pembeli telah menandatangani perjanjian jual beli dan kita of course selalu akan berbincang dengan semua pembeli yang asal untuk fasa-fasa sebelum itu juga dan sekarang untuk lihat bagaimana kita boleh bantu kerana kita ada perbincangan secara berkala dengan semua pihak. Maybe you want to say something Pulau Betong?

Haji Mohd Tuah Bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Saya hendak ucap tahniah kepada Datok Keramat iaitu sasaran yang ditetapkan dalam Penang2030 adalah penyediaan rumah 220,000 unit Rumah Mampu Milik di Negeri Pulau Pinang. Pencapaian semasa sebanyak 100,916 unit iaitu pada 54.17%. Berdasarkan data daripada Sistem Maklumat Perumahan jumlah pemohon RMM A dan B bagi Pulau Betong sejak 2008 hingga 2021 adalah sebanyak 1241 iaitu 773 unit RMM A dan 468 RMM B. Manakala senarai menunggu terkini bagi DUN Pulau Betong merekodkan sebanyak 234 permohonan RMM A. Saya hendak bawa soalan saya juga nak minta perhatian kepada Datok Keramat iaitu penduduk G-13 Jalan Baru balik Pulau telah dimajukan oleh Yang Berhormat Parlimen Dato’ Muhammad Bakhtiar untuk perhatian Datok Keramat pada Mac yang lalu. Penduduk G-13 ini telah menerima notis untuk mengosongkan kediaman mereka dalam tempoh 14 hari selepas tarikh akhir penghakiman yang telah berlangsung pada 30 Mac 2001. Pertimbangan pihak Datok Keramat sangatlah diharapkan dengan kadar segera agar semua penduduk ini diberi keutamaan untuk mendapatkan Rumah Mampu Milik di kawasan berdekatan dengan mereka kerana keadaan penduduk ini sangat terkesan. Jadi saya mohon maklum balas daripada Datok Keramat berhubung dengan perkara dibangkitkan oleh Ahli Parlimen di Balik Pulau ini. Terima kasih.

Thank you Yang Berhormat Pulau Betong. Terima kasih soalan yang begitu penting kerana akan ada kesan kepada keseluruhan usaha kita di seluruh negeri di kelima-lima daerah. Just want to double check iaitu projek apa itu?

Haji Mohd Tuah Bin IsmailPKR · PHPulau Betong

G-13 Jalan Baru Balik Pulau.

Skim perumahan kampong. Secara lazimnya apabila ada notis keluar yang dikeluarkan oleh mana-mana pemaju terhadap sebarang pemajuan yang akan diambil oleh mereka, mereka perlu patuh dengan garis panduan yang kita sudahpun wujudkan I think hampir enam (6) atau tujuh (7) tahun sekarang di mana kita ada standard minima tentang bagaimana pampasan perlu diberikan kepada mereka, bagaimana mereka perlu ditempatkan semula dan sebagainya dan kita akan pastikan itu berlaku sekiranya ada apa-apa

permohonan yang dibuat kepada Kerajaan Negeri di peringkat Jawatankuasa Rancangan Negeri ataupun State Planning Committee we will look into that. Itu memang akan dibuat. Nombor dua, yang terpenting totally setuju dengan Pulau Betong keutamaan diberikan selalu akan diberikan kepada mereka di kawasan tempatan. Whatever pemajuan berlaku dalam senarai pemilihan kita di mana kita ada mesyuarat setiap bulan di mana banyak wakil rakyat saya adalah di dalam mesyuarat itu mereka tahu bahawasanya dalam keutamaan yang diberi adalah mereka yang perlu pindah that is one of the main keutamaan that we give, it is always number one on the list. Of course, dalam pada itu juga kita akan terima selalu sebagaimana kita sudah pun buat saya begini lama terima pandangan daripada especially semua wakil rakyat mereka akan beri pandangan kepada jawatankuasa dan kita akan ambil maklum that is the most important so I think what you have said is very important for everyone to understand. Kalau ada apa-apa pemajuan di mana-mana tempat dan kalau ada projek di tempat berdekatan dengan tapak yang akan dimaju keutamaan akan diberikan kepada nombor satu, orang tempatan dan juga nombor dua, mereka yang diberi recommendation daripada ADUN. ADUN always is number one kita selalu ambil kira apa yang dinyatakan yang yang disyorkan oleh ADUN. Of course perlu kita teruskan dengan proses ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi kerana kita punya waiting list pun banyak kalau satu satu projek itu ada 100, 200 tapi kampung yang dimajukan itu ada 500 jangan lupa ada 2000 lagi di daerah itu yang masih tunggu mungkin sudah lama lagi. So that is why we have to strike a balance and that is our job and we will look into it but yours are always given a priority. Thank you very much for that point.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Mohon mencelah. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Datok Keramat atas penjelasan tadi. Tentang isu-isu perumahan. Saya cuma ingin merujuk kepada jawapan kepada soalan bertulis saya nombor 10 berkenaan jumlah projek perumahan yang sedang dibina di kawasan Tasik Gelugor dan berdasarkan kepada jawapan pada nombor 10 (B) terdapat tujuh (7) projek perumahan yang sedang dalam pembinaan di Tasik Gelugor yang menawarkan sejumlah 3624 unit rumah yang mana selepas meneliti ketujuh-tujuh projek ini daripada jumlah 3624 unit rumah yang berharga melebihi RM250,000 adalah sebanyak 3322 unit yang mana bakinya hanya 302 unit sahaja yang berharga di bawah RM250,000 yang mana kita tahu kawasan Permatang Berangan merupakan kawasan pinggir bandar yang memerlukan lebih banyak jumlah rumah Rumah Mampu Milik di bawah harga RM250,000. Mungkin saya ingin bertanya pandangan Datok Keramat yang mana selepas ini mungkin ada lagi kawasan-kawasan yang boleh dibangunkan dengan perumahan yang mampu dimiliki oleh orang-orang di bawah pendapatan rendah. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Berangan. Satu soalan yang begitu penting yang sekali lagi akan melibatkan semua tempat dan kawasan ingin saya nyatakan usaha kita di dalam membangunkan perumahan di Pulau Pinang satu usaha yang bukan statik Ia adalah satu usaha yang bernyawa that mean is moving always. Yes, mungkin nombor yang tadi kira nanti saya boleh semak soalan sekiranya ada keperluan untuk lebih perumahan di bawah paras RM200,000 maka kita akan senantiasa melihat agar ia dibuat kerana mana-mana pemajuan juga masih tertakluk kepada satu peratusan Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah yang perlu dibina. So we will ensure that happen dan di Pulau Pinang ingin saya peringati semua kita masih berpegang kepada harga RM42000 dan RM72500 untuk Rumah Kos Rendah dan Rumah Kos Sederhana Rendah and in fact for your information Yang Berhormat I'm so happy to note on the Seberang side kita ada Rumah Kos Rendah RM42000 dua (2) tingkat di Scientex dengan car park pada harga RM72,500 yang dilancar oleh Ketua Menteri saya sendiri, itu yang terhangat so kalau boleh buat especially Seberang

kalau ada tanah we are looking into that, we are really looking into that. I wish we can do that in Penang Island tapi we are also looking into that here because that is a example for Penang never have we seen such a development tapi saya bagi assurance komitmen kepada Yang Berhormat daripada Permatang Berangan supaya kita akan teruskan usaha kita of course the more that we can get, the better in fact ada pemajuan sekarang like I said tak mahu terima kasih COVID-19 tapi kerana mereka tak boleh jual ada mereka yang tak bagi 30 peratus ada yang bagi lebih daripada 30% supaya boleh nafas, so let see how it goes we are working on it. There is one or two project already happening more than 30 percent.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Terima kasih Datok Keramat. Please look into it.

Saya teruskan Dato' Timbalan Speaker, very quick one I think I more less covered my housing, already covered penyelenggaraan this morning with the pricing what we have spend, what we asking with the federal government, HOC I have covered, of course incentive housing both side buyer and developer. I will go now to one important thing before I end. I will go to PlanMalaysia perancangan the quick one just a couple things because ada disebut di dalam ucapan Tuan Yang Di-Pertua dan I would like all my Yang Berhormat to be with me here today. Now this morning saya ada sentuh tentang Gurney Wharf saya tak mahu sentuh lagi details sudah saya berikan tapi Gurney Wharf yang mana hampir 131 acre lah yang akan diserahkan kepada Kerajaan, sudahpun diserahkan untuk projek tersebut. Disebut secara khusus oleh Tuan Yang Terutama, we will continue with it, the reason why I’m bringing this up is because we are very in advanced state, saya hendak nyatakan lah ini adalah masterplan terkini pada 21 Ogos 2021 kita ada satu mesyuarat ataupun awal Ogos and the, this is in relation to very specific details berkenaan hawker centre kita akan pindah astaka daripada Gurney Drive kepada Gurney Wharf, kita akan ada sekarang 157 gerai dalam astaka, lebih daripada apa yang ada, bukan begitu banyak lebih, but more, kerana kita nak menampung mereka yang memerlukan, ada banyak, ramai di persisiran jalan dan sebagainya we want to assist them, like there are many questions that been asked by all my YB., how do we help pengerai kecil during COVID-19. The answer is very simple, I just refer to this as a gambaran besar untuk semua soalan yang saya terima. Kita akan cari tempat untuk tempatkan mereka semula, bukan sahaja di sini yang baru tetapi yang sedia ada kita ada ratusan dan kita sedang buat kerja untuk bantu mereka and this includes the Gurney Wharf that is going to come about, kita juga ada mobile kiosk iaitu bukan gerai tetapi mobile kiosk, boleh jual makan for our simple nasi lemak seller on the street, always get saman, get notice for what, kita hendak bantu mereka. Kiosk pun kita ada, banyak yang kita hendak pastikan ada dan kita juga ada pelbagai kemudahan lain. I think seperti mana saya nyatakan tadi ada open carpark untuk bantu dari segi saliran trafik there is also part and parcel of our planning and there is of course all the kemudahan yang lain. Why am I raising this Dato’ Speaker…because that is one important thing in Tun's speech, at paragraph 40 or rather that is generally on Gurney Wharf, but I want to refer everybody, we have the speech, kepada mukasurat 36 iaitu perenggan 67 kalau ada semua. Kerana ini akan melibatkan semua kita di sini, ia adalah berkenaan ayat ini yang diutuskan beliau dan saya baca. Middle of the paragraph, or I can read the whole thing, second sentence “…justeru saya amat berharap supaya Kerajaan Negeri dapat meneruskan idea yang telah dibangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini pada 2015 sejauh itu dan juga 2019 yang lalu untuk mendirikan Dewan, bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang baru…”. We all remember that you would definitely remember that Dato’ Speaker, all my friends here, semua YB. akan tak boleh lupa lah ini first time speech dia, dia sudah nyatakan ini, “…semoga dengan wujudnya bangunan yang baru, fungsi dan keberkesanan Dewan Undangan Negeri

dan Jawatankuasa-Jawatankuasanya dibawahnya dapat dipertingkatkan dan akan menjadi mercu tanda kemegahan rakyat dan Negeri dalam mendokong sistem demokrasi di negara kita…”. So why did I bring this up? Ini tanah sudahpun ditambak, siap, mungkin ada kawasan di situ yang kita boleh pertimbangkan untuk didirikan Dewan Undangan Negeri yang baru. Siapa sokong di sini? [Ahli-ahli Dewan Undangan menepuk meja]

Ada? Ini Tun mahu dengar, dia sedang lihat. Tapi bukan di situ sahaja. Saya ada banyak cadangan lain juga yang mana saya boleh beri kepada semua rakan saya and then kita lihat lah sama ada kita hendak, apa yang hendak dipilih, some of them basically are not ready but in the pipeline kita ada seperti mana semua maklum PSR, 4,500 acre bakal ditambak di bahagian selatan boleh dipertimbangkan suatu hari. But that would probably be 10 to 15 years time. If you go to Gurney Wharf, it can happen next year because it is ready. Kita ada dua (2) water body di situ hampir 15 acres very very nice but of course we have to see whether it can be done or not. I’m just giving suggestion to answer Tun, because let’s have a bigger picture, all of us are involve in this, so you need to let me know, so that I would let Tun know, we also have on the other side of the Penang, don’t forget Penang seperti mana Ketua Menteri saya selalu nyatakan, the future of Penang is in Seberang. Seberang pun kita ada banyak program tebus guna, of course Timbalan Speaker juga dari Seberang mungkin ada prejudis sikit tetapi it’s okay we take things into account, of course we know another very big programme there nearly 1,600 acre, and of course this all will take time, but if really we want to there is another one on the Island as well, we have the rehabilitasi Jelutong, Tapak Pelupusan Sampah Jelutong, this can happen from our discussion maybe in 5 to 10 years completed. That happens on the Island actually got two, one ready, one in about 5 years to 10 years at least, and then of course PSI that is about 10 to 20 years at least and then you got Rayston on the other side and that is about 10 to 20 years also. So we have got a lot of opportunities, ada banyak tempat, saya harap semua wakil rakyat dapat beri sedikit maklumat kerana ini adalah permintaan daripada Tun kita sendiri. Sebagai T.Y.T pada kali pertama beliau berucap, dia kata itu yang terpenting dan dia berakhir perutusannya dengan menyatakan itu. Jadi itulah dalam minda dia penting. So I hope all can look into it, there is a reason why it is raised any questions or any pandangan daripada rakan-rakan saya kalau ada? Dato’ daripada Sungai Udang, Sungai Dua, thank you.

Terima kasih Datok Keramat. Saya rasa dari segi apa yang dibangkitkan tentang menyediakan membina Dewan Undangan Negeri yang baru. Saya amat, amat bersetuju dan kita perlu melihat di mana tempat yang agak sesuai kita boleh cadangkan segera. Saya minta Kerajaan Negeri boleh menyusun program untuk pelaksanaan segera dan tempat tu terpulang lah, saya ingat kalau kat Gurney Wharf tu pun cantik juga kan. Tempat dah sedia. Very fast, cari tempat yang sedia lah. Sebab mungkin kalau di PSR tu mungkin tak sempat pun.You have to wait…Tak sempat pun saya rasa. Jadi, cuma saya nak bangkitkan dua tiga perkara supaya dapat direkodkan. Pertama, tentang PPR saya nak bangkitkan balik rumah PPR ini agak penting sebab memang banyak yang tidak mampu dan memerlukan rumah PPR dan kita rasa rumah PPR dah tak mencukupi untuk disewa oleh orang yang tidak mampu ini dan saya rasa memang ada pengakuan daripada pihak Datok Keramat masa libat urus tentang Kerajaan Negeri akan melaksanakan membina rumah PPR. Jadi saya harap kita dapat teruskan dan saya akan cuba bincanglah dengan Menteri yang baru ini untuk kita bincang bersama. Supaya kita dapat satu keputusan lah untuk kita bina rumah PPR di setiap daerah lah.

Kedua, tentang kuota untuk rumah RMM A, B, jadi saya cuma nak dapat sedikit jawapan daripada soalan ni, soalan bertulis. Pecahan dia, RMM A Bumiputera 50%, Cina dan lain-lain 35%, India 15%. RMM B 30% Melayu Bumiputera, Cina dan lain-lain 55%, India 15% dan juga RMM C samalah dengan RMM B, cumanya kalau boleh lah bagi kawasan yang majoriti Melayu Bumiputera, kalau boleh dilebihkan kat rumah RMM B tu sebab di Scientex sendiri saya tengok banyak pembeli-pembeli Melayu yang berminat dan depa datang isi borang. Itu yang satu, jadi kemungkinan kita boleh pertimbangkan untuk dilebihkan kuota Bumiputera di kawasan-kawasan majoriti Melayu ini untuk ditambah kepada 50% mungkin. Ketiga tentang rent to own saya ada cadangkan dalam ucapan saya ditingkatkan daripada 10% ke 30%. Kalau boleh dipertimbangkan kepada 30% dan kalau lah ada cadangan tadi untuk ditambahkan rent to own saya rasa ini amat menepati saranan daripada T.Y.T Tun sendiri yang nak dilebihkan rumah rent to own dan satu lagi tentang RT ini, Rancangan Tempatan, kalau boleh bantahan-bantahan yang dibuat itupun boleh dilihat kembali dalam RT yang MBSP ini sebab saya hantar banyak bantahan dan juga dari segi perbezaan di antara saya bangkitkan baru ini mengapa dalam RS ada tapi dalam RT tidak ada pecahannya sebab yang saya faham RT ini adalah detail kepada RS dan saya nampak pembangunan Bagan Ajam ni tak dak dalam RT jadi saya persoalkan besepa tak ada dalam Rancangan Tempatan tapi dalam RS ada. Begitu juga dengan kampung tradisional yang nak dibangunkan kepada pembangunan terancang dalam RS ada, dalam RT dimasukkan tapi RS saya tak nampak kampung-kampung yang nak diubah perancangan pembinaannya. Jadi saya ingat, itulah pada masa ini. Terima kasih.

Terima kasih pada rakan saya daripada Sungai Dua, selalu yang menyatakan soalan yang tepat sekali.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Datok Keramat sudah setengah jam. Saya beri hanya 20 minit.

Pertama sekali.. Owh, sorry, I’m on my last. Just give me about five minutes, im on the last portfolio, KT, I finished two but then I can’t answer the plan now because of the question Dato’ Sungai Dua ingin saya nyatakan berkenaan RT dan apa yang disebut tadi ada perkara dalam RT yang tidak ikut RSN. Kalau ada, saya ingat masih ada ruang kerana kita hampir habis ataupun sudah habis I think this month we are going to finish for Seberang Perai RT di mana kedua-dua kita adalah dalam deraf akhir RT SP dan RT Pulau Pinang and we anticipate December kalau boleh untuk diwartakan but it is draft akhir, so ialah deraf, cepat-cepat kalau ada apa-apa untuk maklum, maklum, kita akan pastikan ia dimasukkan untuk pertimbangan. Untuk makluman semua, untuk kedua-dua RT kita sudah terima hampir lebih daripada 5,000 bantahan, yang terbesar daripada Seberang Perai Utara, 4,700 something. I don’t have the exact number but it is the highest so we are taking into consideration and we would of course try to accommodate kalau belum diambil pertimbangan dan ada keperluan untuk menyelaraskan, have to, you are right, RSN is the yang payung, so the rest is the detail which have to ikut, so we have to ensure that there is penyelarasan, so that one is no issue please come forward we are agreeable to assist you. Going back to another issue on kita punya ada percentage daripada dari segi perkauman dalam pengagihan perumahan RMM A dan B, itu adalah satu keperluan di bawah RSN, saya telah nyatakan sebelum ini and I think ini telah dibangkitkan sebelum ini dan kita faham, kita terikat dan di pemilihan seluruh pasukan kita perlu terikat and go through what is diperuntukkan di bawah RSN kerana RSN-Rancangan

Struktur Negeri ada kuasa perundangan so kalau kita tidak ikut itu bermaksud kita tak ikut undang-undang so we cannot just overwrite tetapi Dato’ sebelum tu kita mungkin kaji sama ada dalam RSN nak buat pindaan terhadap itu, buat sedikit kelonggaran case by case basis atau apa which we are thinking about, kita telah ambil beberapa case ke Kerajaan Negeri, untuk menjawab soalan Dato’ YB. Sungai Dua. In fact, one or two cases Dato’ already done di mana populasi dia dari kaum lebih banyak tak boleh dapat yang lain untuk fit in the percentage it work both ways, bukan kawasan yang ramai Melayu atau bumi atau ada kawasan yang ramai Cina, same thing, it can work both ways, but you must understand at the end of the day the RSN objektif mereka hari ini dari tahun 2007 adalah supaya kita dapat memajmukkan penduduk tempatan supaya semua ada. That is the whole idea, so we have to balance out again, so when we discuss when we kaji these are the factors that we are looking into. Dato’ Speaker, itu saja yang saya hendak nyatakan ada satu…(gangguan). One minute, one minute, let me finish Dato’ Sungai Dua first…

Haji Mohd Tuah Bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Minta laluan, Datok Keramat.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saya bagi dua (2) minit lagi saja Datok Keramat.

Got my KT ya, very fast, very COVID-19, KT very important, some numbers, but just Dato’ another very important. PPR, of course sekarang kita PPR adalah kaedah di mana kita hendak sewa untuk rakyat tapi kita alih kepada RTO supaya mereka pada akhir hayat itu boleh milik, so we are looking into that as you know it is 10 percent now. I know Sungai Dua has mentioned, you want to go to 30 percent, very good idea and I tell you what, kalau kita boleh cecah 10 percent and I’m confident, yakin itu then I would suggest. Let us do one thing at a time, kita sampai 10% saya akan contact Dato’ bagitau then we will decide berapa lagi percent kita akan teruskan. No issues. Okey, saya terus kepada Kerajan Tempatan. Saya ingin nyatakan of course keseluruhan perbincangan kita adalah berkenaan COVID-19. Keutamaan Negeri Pulau Pinang keselamatan awam, keselamatan kesihatan, saya nyatakan selalu. I’m very happy semua Yang Berhormat kita telah melibatkan diri dalam program kita untuk di peringkat negeri untuk lawan COVID-19. Yang pertama, Penang Saring COVID-19. Thank you so much for all your assistance to all my friends, my brothers, and sisters here. Tak boleh berlaku tanpa bantuan kamu semua. Now kalau kita lihat pada number yang kita hendak capai ia adalah 40,000, di satu kawasan DUN 1,000. For your information, kita telah dapati dalam program itu jumlah pendaftaran yang termuktamad 46,875. Melepasi sasaran kita, dan daripada itu semua telah pun dapat saringan yang datang 40,000 warganegara 90.62%. 90.62%, just to let you all have a understanding although we know that warganegara is the yang pertama contributor kan 70 percent but they don’t want to come, mungkin dia takut, that is the issue there, number one. Bukan warganegara was only 9.38% Dato’, and the percentage in terms of berapa yang positif dan negatif kita lihat yang negatif cuma 6% keseluruhan dan yang positif 6.6% yang negatif the balance 93.4% and for your information kita terus akan teruskan kaji sama ada perlu atau tidak. Saya ingat saya dengar banyak YB. saya tanya sama ada ini akan diteruskan atau tidak, of course just now Air Putih pun ada nyatakan perlu bantuan daripada Pusat ada banyak soalan pada beliau but at Penang we are looking into it.

Ketua Menteri saya telah minta saya kaji, kita akan lihat. But like I said, vaccination first. Let’s try to complete that. In the meantime, we look into whether we want to continue and there was a question just now which is right to the point, saringan ini tidak boleh berhenti ia perlu dilakukan berkala walaupun kita sudahpun divaksin dua (2) kali so this very importance for us to study. Number dua and the last one Dato’, one more programme yang akan berakhir pada petang ini dalam satu jam Program Mobile Vaksinasi untuk peniaga dan penjaja. Tadi Air Putih pun ada nyatakan penting untuk kita lihat pada kategori orang warga emas dan juga peniaga-peniaga, itulah program kita. Pulau Pinang sendiri dah keluarkan 11,000 vaksin untuk para-para penjaja itu dan kita hendak lihat setakat semalam, 8,280 telah divaksin di bawah program ini di lima (5) daerah yang bermula pada 30 haribulan Ogos untuk empat (4) hari sehingga hari ini, 2 haribulan September. Kita ada baki semalam, 2,730. Setakat pukul 3.00 tadi, saya nampak kita sudah sampai 1,500 and I think by 5.30 it will complete. That means we will have 100 percent, for the last two days it has been 100 percent. This also we will look into how we can assist, but again the vaccination was assisted and given by the Federal government. We want the Federal government to assist to give us more so that we can go for the second dose because this guys came for first dose under us but it was a collaboration with KPKT, dengan kata-kata itu....(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Datok Keramat dan seterusnya.

Thank you very much.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ada nak kata sesuatu.

Y.A.B. Ketua Menteri: Dato’ Yang di-Pertua selaras dengan Peraturan 6A(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mohon supaya masa persidangan hari ini dilanjutkan sehingga 6.30 petang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ada sokongan?

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mengumumkan usul di bawah Peraturan 6A(1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini 2 September 2021, Khamis sehingga jam 6.30 petang. Ahli-ahli Yang berhormat yang bersetuju katakan ‘Ya’.

Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri:

‘Ya’

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju katakan ‘Tidak’. Lebih suara bersetuju. Usul dipersetujui. Sebulat suara.

Dipersilakan Padang Lalang.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam usaha memperkasakan wanita dalam bidang ekonomi dan kepimpinan serta memupuk keluarga selamat dan keharmonian masyarakat di negeri ini. walaupun kita masih berhadapan dengan pandemik COVID-19 Kerajaan Negeri tetap komited dengan mengadakan pelbagai program dan dasar bagi pembangunan wanita dan keluarga melalui Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang ataupun PWDC dan program atas talian berkaitan perpaduan dan keharmonian melalui, menerusi Penang Harmoni Corporation Sdn Bhd ataupun HARMONICO. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan T.Y.T kerana telah menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam memacu pembangunan wanita dalam aspek kepimpinan, perwakilan wanita dalam ekonomi di Pulau Pinang. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan tahniah kepada YB. Senator Puan Lim Hui Ying dan YB. Senator Puan Fadhlina Sidek sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Negeri Pulau Pinang. Saya percaya kedua-dua senator tersebut mampu mengorak langkah membawa perspektif yang lebih menyeluruh berdasarkan prinsip kelo mpok berlainan keperluan berbeza supaya tiada yang ketinggalan. Harvard Business Review tahun 2020 mengatakan wanita dan lelaki mempunyai gaya kepimpinan yang berlainan di mana wanita lebih efisien dalam komunikasi dan lelaki pula lebih cenderung untuk membentuk perspektif strategik. Oleh itu, sekiranya diberi peluang dan platform kedua-dua wanita dan lelaki dapat bekerjasama untuk membentukkan model kepimpinan yang lebih sempurna. Dengan tujuan memperbanyakkan platform untuk mencungkil bakat wanita dalam kepimpinan dan seterusnya menambah perwakilan wanita dalam peringkat pembuat keputusan khasnya dalam bidang politik, Kerajaan melalui PWDC telah mewujudkan projek Sidang Wanita dan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga atau JPWK. Di seluruh Malaysia, hanya Pulau Pinang mempunyai projek Sidang Wanita dan JPWK. Tiada di tempat lain ya. Hanya di Pulau Pinang. Kedua-dua projek ini ialah untuk memberi platform kepada wanita. Projek Sidang Wanita juga di mentioned oleh Tuan Yang Terutama dalam ucapannya. Jadi Sidang Wanita 2021 ini akan dijalankan secara atas talian tahun ini dan tahun ini terdapat kerana atas talian jadi ia terdapat 14 peserta dari negeri-negeri luar seperti Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Kedah dan juga Terengganu. Jadi mungkin pada tahun-tahun yang akan datang kita boleh mengadakan Mini Parlimen wanita di Pulau Pinang. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada Dato’ Yang di-Pertua yang menjadi pemangkin utama Sidang Wanita dengan memberi nasihat bernas dan menyediakan kemudahan-kemudahan supaya Sidang Wanita dapat berjalan lancar. Ucapan terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, barisan EXCO dan YB.-YB., Telok Air Tawar, Permatang Pasir, Berapit, Machang Bubuk, Bukit Tambun, Pengkalan Kota, Sungai Pinang, Seri Delima, Air Itam dan Batu Uban, Ahli Parlimen Batu

Kawan serta Pegawai Penyelaras KADUN Penaga yang menyumbang dan memberi sokongan padu dalam menjayakan Program Sidang Wanita. Terima kasih kepada ADUN Seri Delima yang menyokong agenda Top-Up Women-Only Additional Seats ataupun TWOAS. Untuk memaklumkan Dewan yang mulia ini, hampir semua ADUN-ADUN memahami kepentingan, kepelbagaian dan keterangkuman (dengan izin)... diversity and inclusiveness dalam menghasilkan keputusan yang sempurna dan bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat. Inisiatif TWOAS merupakan tindakan sementara atau temporary measures untuk merapatkan jurang gender di arena politik. Sistem ini memastikan sekurang-kurangnya 30% perwakilan wanita di Dewan Undangan Negeri melalui ahli lantikan sekiranya diperlukan. Dengan kata lain, sistem ini hanya akan dilaksanakan sekiranya peratusan ADUN wanita kurang daripada 30%. Walau bagaimanapun, saya ingin menekankan di sini bahawa wakil wanita di

bawah sistem ini akan dipilih daripada golongan yang berkelayakan. Ini bermaksud mereka perlu mempunyai latarbelakang yang dapat menunjukkan kemampuan mereka dalam memperjuangkan hak rakyat khususnya golongan wanita dan kanak-kanak. Sehingga hari ini, jawatankuasa kerja TWOAS telah mengadakan 20 Sesi Libat Urus bersama pemegang taruh termasuk ADUN-ADUN, Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Majlis, parti-parti politik, NGO-NGO dan orang ramai bagi mendapat maklum balas demi menambah baik inisiatif ini. Input dan maklum balas yang diperoleh melalui Sesi-Sesi Libat Urus ini digunakan bagi memperkukuhkan dan memantapkan pelaksanaan TWOAS di Negeri Pulau Pinang. Sokongan yang diterima adalah sangat menggalakkan daripada setiap golongan pemegang taruh berkepentingan baik daripada ahli-ahli politik mahupun daripada NGO dan orang ramai. Walau pun menghadapi kekangan dalam menganjurkan program akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan, JPWK tetap komited dalam menjalankan program-program yang berfokus kepada pandemik COVID-19 ini. Sehingga 10 Ogos 2021, JPWK telah menjalankan 344 aktiviti melibatkan wanita dan keluarga yang hilang mata pencarian dengan menyediakan bengkel-bengkel atas talian supaya mereka terdedah dengan pengurusan kewangan dan perniagaan dalam talian. Selain itu, aktiviti berunsurkan kemahiran ibu bapa termasuk program pendidikan atas talian dan seminar topik kekeluargaan bagi menggalak mereka untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak serta memberi pendedahan dalam menghadapi cabaran family burnout. Aktiviti pengurusan kesihatan mental juga telah dianjurkan bagi membantu mereka yang mengalami tekanan akibat terlalu lama berkurung dalam rumah dan lain-lain masalah yang dihadapi. Seperti yang dikatakan oleh wakil Sungai Pinang, masalah sosial seperti keganasan rumah tangga harus dihentikan sama sekali. Berdasarkan data daripada Polis Diraja Malaysia, sebanyak 304 kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan dari bulan Januari hingga Julai tahun ini berbanding 192 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Ini menunjukkan peningkatan 58% dari tahun lepas. Data yang sangat membimbangkan. Justeru itu, pada Julai 2020, as a respond to the peningkatan kes keganasan rumah tangga, jadi Kerajaan Negeri telah melancarkan First Support Point di bawah Dasar Keluarga Selamat bagi memberi bantuan segera kepada mangsa keganasan rumah tangga. Inisiatif ini juga adalah bagi mencegah peningkatan kes keganasan rumah tangga sejak PKP 1.0. Sehingga ini, 29 Pusat Khidmat ADUN dan 12 pertubuhan bukan kerajaan telah diiktiraf sebagai petugas First Support Point. Bermula Mac 2021 sehingga Julai 2021, terdapat 81 kes yang telah diterima dan diuruskan oleh First Support Point. Saya bersetuju dengan wakil YB. Sungai Pinang dan Pengkalan Kota, pengendalian masalah sosial ini tidak harus berpisah di antara pihak kerajaan dan pembangkang. Semua wakil di KADUN semua wakil rakyat harus terlibat untuk menubuhkan First Support Point di KADUN masing-masing. Baru-baru ini, YB. ADUN Batu Lancang yang saya ingin puji dia kerana dia telah berjaya membantu seorang mangsa keganasan yang telah didera oleh

bapanya sendiri. Beliau telah menemani mangsa untuk membuat laporan polis serta mencari tempat perlindungan sementara buat untuk mangsa. Ini ini... (gangguan).

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Mohon mohon mencelah.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Ini ialah dari mangsa ada dari Bayan Lepas. Dia membantu YB. Bayan Lepas. Betul eh?

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Okey betul

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Betul?

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Padang Lalang, di kesempatan ini saya juga menzahirkan jutaan terima kasih pada ADUN Batu Lancang kerana bantu handle isu penderaan tersebut kerana pada masa itu berlaku banjir kilat yang saya memang tak dapat nak handle isu ni. Terima kasih banyak-banyak.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Ya terima kasih. Intervensi ADUN sangat penting dalam membanteras masalah sosial ini kerana wakil rakyat juga bertanggungjawab untuk membantu dan melindungi rakyat di kawasan mereka. Sekiranya lebih ramai ADUN dapat dapat bertindak ya seperti Batu Lancang, saya rasa kes keganasan adalah boleh ditangani tapi saya saya masih menghadapi masalah yang saya tak dapat tak tau apa nak macam mana nak bantu dalam kes keganasan rumah tangga. Umpamanya dia mangsa meminta saya teman dia untuk nego dengan suaminya kerana mahu dia mahu cerai, suaminya tidak mahu. Itu saya pun saya pun telah consult beberapa orang YB. lelaki what would they do if they face this kind of masalah ya dan antaranya ada beritahu saya, “You mesti cari lelaki untuk nego” dan saya rasa ini mungkin adalah mungkin kita akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk menangani masalah seperti ini ya supaya YB.-YB. lelaki boleh membantu, Speaker pun boleh membantu. Ini ialah supaya semua orang tahu keganasan terhadap ahli-ahli keluarga adalah salah dari sisi undang-undang juga dari sisi moral. Tak boleh ganas terhadap siapa-siapa khasnya ahli keluarga. Jadi kita mesti buat kempen untuk menghebahkan mesej seperti ini. Dan saya rasa saya boleh dapat sokongan semua ahli di sini. Betul ya? Jadi saya juga bersetuju dengan YB. Sungai Pinang bahawa pelaksanaan dasar sahaja tidak boleh menyelesaikan isu keganasan rumah tangga dalam jangka masa pendek. Kita perlukan long-term, long-term campaign. Jadi saya harap kita selepas ini selepas Dewan ini, saya akan adakan satu kempen supaya kita menjemput RIBI-RIBI ataupun pemimpin-pemimpin pertubuhan agama ataupun majikan-majikan untuk melaksanakan Keluarga Selamat di dalam tempat kerja mereka dan saya harap semua pihak boleh respond dengan baik.

Jadi saya ingin mengucap terima kasih kepada beberapa NGO yang telah melibat membantu kita dalam menyediakan atau melaksanakan Keluarga Selamat ini seperti The Safe Harbour, pertubuhan agama, Gereja St. Anne and institusi pendidikan Wesley Methodist School Penang International, Agape, WCC, Sneham dan lain-lain lagi. Tapi yang amat penting ialah ADUN-ADUN, intervention of ADUN is very effective because kalau hanya orang biasa pergi ke balai polis mungkin tak dapat kesan begitu effective ya tapi kalau ADUN pergi sana saya rasa banyak problem boleh selesai. Ya.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Yang di-Pertua, saya nak beri komen sedikit tentang keganasan rumah tangga ini sebab I think tiga (3) bulan lepas ada seorang wanita datang ke pejabat saya dengan kerusi roda tak ada kaki memang amputated due to diabetes datang. Dia datang adu kata suami dia sedang pukul di rumah dan saya hubungi pengerusi MPKK, setiausaha MPKK di blok yang sama memang mengaku ada kes-kes macam ni. Saya okay saya kata dia kata dia nak satu tempat temporary. Saya buka saya booked satu bilik di satu hotel bajet, budget hotel, sent her there so suaminya supaya suaminya tidak dapat cari dia lah. Dia kata dia nak keluar dari kawasan itu. Dalam masa 12 jam suaminya sudah pergi ke budget hotel, dia pun tidur di budget hotel itu. Keesokan hari dia datang dia memang sudah berbaik semulalah. Lepas itu, isteri tu datang balik kepada saya dan dia kata, lagi mengadu saya kena pukul. Then hari tu apa sudah jadi. Hari tu dia minta maaf hari ni dia buat lagi. So, yang ini Dato’ Speaker, dia akan menjadi satu masalah yang kalau kita terus apa ni if left to us the ADUN forever kita kena book hotel untuk selesaikan isu-isu begini. So kena ada satu dasar juga kalau keganasan rumah tangga katakan suami ke isteri ke pukul, perlu mereka perlu dibawa, lagi satu isterinya tak mau buat laporan polis terhadap suaminya...(gangguan). Dia kata dia baik tapi bila dia minum arak saja dia jadi macam ni so bagaimana kita boleh selesaikan masalah ni.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay we leave it to pakar

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

I think if leave it to the ADUN we will face problems every day. Semua masalah akan datang cari kami. Thank you.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Ya ini memang masalah yang selalu dihadapi oleh pihak polis juga. Hari ini dia buat police report hari esok ataupun kemudian dia tarik balik. Ini merupakan satu masalah yang besarlah. Tapi selalunya kami menasihati mangsa dia mesti dikaunseling atau dia mesti ada intervention. Kalau tak ada intervention dia selalu cycle ini akan berulang iaitu hari ini mereka gaduh dia pukul nanti dia akan meminta maaf dan cakap semua manis-manis dan buat semua janji tetapi selepas itu dia akan berlaku lagi. Dan sekiranya tak ada intervention, keganasan itu akan bertambah sampai mungkin boleh menghilang nyawa juga. Jadi kita perlulah memberitahu...(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat tempoh masa sudah...

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Okey memberitahu mangsa juga dan saya juga beritahu mesti berhati-hati sekiranya mahu you want to arrange ya tempat untuk dia khasnya ADUN lelaki untuk mangsa perempuan bawa orang ketiga dan juga better nya adalah wanita supaya dia tidak menjadi isu oleh suaminya. Suaminya mungkin akan tuduh yang bukan-bukan. Jadi ada lebih baik ADUN sendiri beritahu pihak polis juga. What you want to do, what you want to help because it can become an issue. Okey jadi saya rasa dalam masa pandemik ini, PWDC juga ada beberapa program untuk membantunya keluarga ataupun wanita, ibu tunggal yang dijejaskan oleh COVID-19 ini. Umpamanya, Projek Sokong Business Ibu Tunggal, Program Wanita Jana Rezeki 2021 dan juga Program Mentor Usahawan Wanita juga diteruskan dan satu lagi yang Kerajaan Negeri sudah melaksanakan as a respond to COVID-19 ialah sokongan inisiatif atau program atau sokongan terhadap pembelajaran dalam talian e-learning programme kerana kita dapati bahawa...(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Yang di-Pertua minta maaf.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

...lebih kurang 36%. Let me finish this. Pelajar tak ada peranti tak ada alat, let me finish this, pelajar dia tidak ada peranti, tiada alat komputer. Sekiranya tak ada komputer or any other alat tak dapatlah e-learning. Jadi Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan beberapa pihak mendapat peranti yang terpakai ataupun yang baru untuk diberikan kepada pelajar-pelajar dari keluarga yang miskin. Untuk tahun lepas, sebanyak 749 buah komputer telah diperbaiki dan 97 buah komputer diberikan kepada pelajar dan sekolah yang terpilih manakala 438 buah komputer telah dipinjamkan kepada pelajar yang memerlukannya. Untuk tahun ini, kita bekerjasama dengan Malaysia Semiconductor Industry Association (MSIA) telah berjaya menyediakan sebanyak 1,552 buah komputer riba kepada para pelajar daripada golongan B40 di Negeri Pulau Pinang. So, kita haraplah tadi saya tahu YB. Bagan Dalam pun sudah ada, have raise the question where is the computer supposed to sampai from Kerajaan Pusat jadi saya pun minta juga supaya Kerajaan Pusat boleh transparent ya untuk memberitahu berapa komputer telah sampai di Pulau Pinang, kepada sekolah yang mana dan berapa setiap sekolah ini? This is so that we will know who have get the computer and who tak ada.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih. Padang Lalang, sebenarnya saya nak tanya sebelum masuk ke dalam isu e-learning ini. Dato’ Yang di-Pertua, Pulau Pinang adalah negeri yang pertama telah mengumumkan bahawa seseorang wanita yang mengandung itu akan dapat cuti 90 hari, cuti bersalin lah. Tetapi saya baru dapat tahu bahawa ada dua standard dalam cuti ini sendiri. Ini untuk pekerja Kerajaan Negeri tetap sahaja ataupun Contract of Service yang mereka dapat 90 hari. My Pegawai Seranta, my PA dia baru bersalin, bila dia bertanya dengan SUK, dia kata itu tak termasuk kepada Pegawai Seranta yang bekerja untuk Contract for Service. Kenapa ada dua standard dalam negeri kita di mana 90 hari itu kenapa? Adakah wanita ini bebanannya kurang daripada wanita ini? Kenapa ada double standard? So kalau saya minta kalau boleh selaraskan. Semua perlu dapat, semua wanita yang bekerja di Kerajaan Negeri, agensi Kerajaan Negeri whether it is Contract of Service, Contract for Service, tetap semuanya perlu dapat 90 hari. Saya memang nak bangkitkan isu ini semasa

perbahasan saya, saya tidak dapat, so saya minta YB. EXCO mengambil perhatian dalam isu ini. Terima kasih.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Okey, ini satu isu yang baik. Dahulunya memang mereka yang Service of Contract or Contract of Service mereka tak dapat apa-apa kemudahan pun. Ini ialah selepas kita raise it in the EXCO dan semua EXCO pun berpendapat bahawa sekurang-kurangnya mereka dapat cuti 60 days seperti yang dahulu lah tetapi kita bolehlah tengok macam mana kerana dia ada garis panduan lah untuk to guide what kind of a scope and benefits they can enjoy it is in the syarat-syarat lah.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Tapi dia menampakkan satu ketidakadilan. So saya minta diselaraskan kalau boleh, Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Saya pun setuju. Okey, jadi saya nak beritahu Ahli-ahli Yang Berhormat di sini, bahawa sekarang kita ada satu GLC panggil HARMONICO, Penang Harmoni Corporation Sdn. Bhd. dan kita telah ada beberapa program dan kita akan memperbanyakkan program dan program dia mungkin dengan merai, to celebrate the festival dan juga membawa mesej seperti “Sayangi Keluarga, Jangan Ganas Ahli-Ahli Keluarga”, dia cantum kepada dua-dua ini…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Please, Padang Lalang, buat rumusan.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Jadi, akhir sekali, saya nak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas keprihatinan, pandangan, teguran dan sokongan yang berterusan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Bersama-samalah kita berganding bahu dalam menangani penularan wabak COVID-19 ini. Jadi, jaga SOP dan jaga diri. Sekian, terima kasih. Saya memohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Padang Lalang. Yang seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Perai, sila.

Terima kasih Dato’ Speaker. Jadi saya tidak mahu sentuh dengan ini perbahasan. Terus saya pergi pada soalan, saya ada beberapa soalan yang saya perlu jawab.

Yang di-Pertua (Speaker)

Cantik.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Yang Berhormat Berapit, soalan nombor satu Yang Berhormat Berapit agar Kerajaan Negeri menubuhkan satu pasukan yang terlatih untuk membantu individu yang kehilangan pekerjaan. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Kerja Sektor Pasaran Tenaga Kerja di bawah Penang Socio Economic Recovery Consultative Council (PSERCC) telah mengenal pasti memperkasakan peranan Penang Career Asistance and Talent Centre (Penang CAT) dalam pemadanan kerja sebagai salah satu strategi untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh pasaran tenaga kerja di Pulau Pinang pada masa ini. Susulan itu, Penang CAT Centre telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat Pulau Pinang yang kehilangan kerja akibat pandemik COVID-19 misalnya pemadanan kerja (job matching) dan juga siri webinar di mana wakil daripada pihak industri seperti Micron, Clarivate, Keysight dan Vitrox akan berkongsi tentang peluang pekerjaan baru dan juga tips tentang kemajuan kerjaya kepada para pencari kerja. Selain itu individu kehilangan pekerjaan yang membuat permohonan untuk mendapatkan Skim Insurans Pekerja daripada PERKESO akan memperolehi ID, My Future Jobs iaitu portal pekerjaan rasmi PERKESO secara automatik dan seorang caseworker akan ditugaskan untuk menguruskan permohonan setiap pencari kerja. Walau bagaimanapun, sukacita saya melaporkan bahawa berdasarkan pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan di Pulau Pinang dari Januari 2020 sehingga Mac 2021, dianggarkan sebanyak 15,596 peluang pekerjaan akan diwujudkan di Pulau Pinang secara berperingkat dalam tempoh tiga (3) hingga lima (5) tahun akan datang. Kerajaan Negeri akan meneruskan kerjasama dengan agensi-agensi lain melalui InvestPenang dalam usaha mempromosi dan menarik pelaburan sama ada pelabur baru ataupun penambahan pelaburan daripada pelabur sedia ada di samping membantu pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi rakyat Pulau Pinang. Yang Berhormat Sungai Dua bertanya tentang pencapaian program pembangunan modal insan yang telah dilaksanakan dan penglibatan rakyat luar bandar dalam program-program tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2020 sehingga 775 orang pelajar telah menyertai program-program di Penang Skills Development Centre iaitu PSDC dalam program-program seperti berikut: Diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma dan Sijil Kejuruteraan, Program Peningkatan Kemahiran Industri dan Program German Dual Vocational Training (GDVT) di mana kadar pengambilan peserta program dan kursus tersebut dalam pasaran tenaga kerja adalah sebanyak 100%. Manakala Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah melaksanakan program-program pembangunan modal insan seperti berikut: bagi seramai 4691 orang peserta pada tahun 2020, NCER Talent Enhancement Programme (NTEP), Program empowerNCER dan Program JomKerja@NCER. Program-program pembangunan modal insan yang dijalankan oleh PSDC dan NCIA ini mencapai hasil seperti peningkatan kebolehpasaran dan memberi peluang pekerjaan kepada graduan yang menganggur, pekerja yang diberhentikan kerja dan lepasan sekolah daripada kerjasama sektor swasta termasuk golongan daripada luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat juga, saya sering kali menekankan kepentingan dalam memberi keutamaan kepada penglibatan rakyat luar bandar dalam program-program yang dianjurkan oleh di bawah Jawatankuasa MMK Pembangunan Modal Insan agar lebih banyak peluang dapat ditawarkan kepada golongan ini. Soalan ketiga, ini adalah berkaitan dengan Yang Berhormat Sungai Dua. Tentang, tanya tentang keberkesanan PdPR iaitu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dan prestasi pelajar yang mengikuti PdPR. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pembelajaran secara bersemuka adalah lebih berkesan. Walau bagaimanapun dalam situasi pandemik ketika ini keberkesanan PdPR dilihat agak memuaskan memandangkan para guru dan pelajar menggunakan teknologi sepenuhnya yang sesuai dengan naluri generasi kini di mana pelbagai maklumat boleh diakses secara audio dan video. Selain itu, mengikut pemantauan

berkala oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, peratus kehadiran pelajar di kelas PdPR juga berada di tahap yang tinggi iaitu melebihi 91%. Manakala, Pentaksiran Bilik Darjah yang dibuat pada bulan Jun 2021 menunjukkan peratus pelajar sekolah rendah yang menguasai tahap minimum pembelajaran bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik adalah antara 82% sehingga 97%. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri berharap supaya Kerajaan Persekutuan dapat segerakan pemberian vaksin kepada semua pelajar sebelum pembukaan sekolah dilaksanakan. Saya bersetuju dengan soalan keempat iatu pandangan Yang Berhormat Machang Bubuk bahawa pembukaan sekolah perlu ditangguhkan sehingga semua pelajar terutama yang berumur bawah 18 tahun diberi suntikan vaksin untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat. Selain itu, Kerajaan Negeri mengambil maklum dan akan mempertimbangkan syor iaitu soalan kelima Yang Berhormat Batu Uban untuk mengemukakan rayuan kepada Kementerian Pendidikan bagi pembinaan sebuah Sekolah Menengah Tamil yang baharu. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Dunia teknologi telah berkembang dengan jauh lebih pantas daripada jangkaan disebabkan oleh penularan pandemik COVID-19. Untuk memastikan pusat-pusat STEM Negeri seperti Tech Dome Penang, Penang Science Cluster kekal menjalankan tanggungjawabnya untuk memupuk minat pelajar terhadap Sains dan Teknologi dalam keadaan norma baru ini, pusat-pusat STEM telah memperbanyakkan penganjuran bengkel dalam talian untuk terus merangsang sifat ingin tahu para peserta terhadap bidang STEM. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa kaedah pembelajaran secara praktikal masih merupakan kaedah yang palinng berkesan untuk pembelajaran STEM. Oleh yang demikian, bengkel Sains yang telah dijalankan sejak sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih diteruskan di mana bahan-bahan bengkel yang diperlukan akan dihantar ke rumah pelajar. Selain itu, Tech Dome juga sedang membangunkan alat-alat pameran baru dengan kerjasama beberapa universiti sebagai persediaan apabila kunjungan secara fizikal dibenarkan semula kelak. Sebagai penutup, bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan soalan-soalan mengenai portfolio saya iaitu Pembangunan Modal Insan, Pendidikan serta Sains dan Teknologi. Saya berharap dengan cadangan-cadangan dan isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, dapat membantu saya dan Kerajaan Negeri untuk memperkemaskan lagi pelaksanaan arah tuju yang dirancang dalam memberi nilai kepada pendidikan dan pembangunan modal insan di Pulau Pinang serta memperkasakan Sains dan Teknologi dalam kehidupan seharian. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Perai. Dipersilakan Pinang Tunggal.

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Ahli-ahli Yang Berhormat dari barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, tuan-tuan, puan-puan yang dihormati. Alhamdullillah izinkan saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesempatan yang diberikan pada saya untuk menggulung perbahasan ke atas ucapan perasmian yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 30 Ogos 2021 terutama melibatkan perkara-perkara yang menyentuh portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Koperasi dan Pemerkasaan Komuniti.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan memberikan cadangan-cadangan untuk kita sama-sama menambah baik perancangan Kerajaan Negeri dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik pada rakyat Pulau Pinang. Sedar atau tidak, kita telah berhempas pulas dengan wabak COVID-19 lebih daripada satu setengah tahun, maka kita mengambil iktibar daripada kisah ini untuk kita sama-sama mematuhi SOP dan mengamalkan norma kehidupan yang baharu serta meningkatkan kawalan keselamatan kendiri di mana sahaja kita berada bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negara kita. Saya memulakan dengan menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan Hal Ehwal Agama Islam. Selaku Pengerusi Jawatankuasa MMK Hal Ehwal Agama Islam, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas sokongan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri dalam usaha untuk memartabatkan agama Islam sebagai agama rasmi di Pulau Pinang. Beberapa elemen pembangunan diperkenalkan dalam menjelaskan konsep Rabbani seperti pembangunan modal insan, organisasi dan negara berteraskan maqasid Syariah. Terdapat lima (5) elemen penting yang ditekankan dalam maqasid syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Dalam suasana hari ini, cabaran yang dihadapi dalam usaha membina “Khaira Ummah” atau Ummah Berkualiti bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Pembangunan di peringkat dasar perlu diperkukuhkan dengan sebaiknya bermula daripada kelompok kecil dalam keluarga. Penerapan nilai-nilai murni perlu dipupuk di peringkat awal usia lagi bagi melahirkan masyarakat yang berkualiti untuk membangun negeri dan negara. Hal ini sejajarnya dengan salah satu daripada lima (5) teras “Khaira Ummah” yang menjadi agenda Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang digariskan oleh Kerajaan Negeri iaitu konsep “baiti jannati” iaitu konsep Rumahku Syurgaku bagi menfokuskan kepada pengukuhan institusi kekeluargaan. Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri yang telah memberi perhatian dan sokongan kepada agenda Khaira Ummah 2030 dalam ucapan perasmian baru-baru ini. Ini menggambarkan komitmen Tuan Yang Terutama Tun dalam memastikan kejayaan pelan pembangunan khusus buat umat Islam di negeri ini. Menyentuh soalan Yang Berhormat ADUN Sungai Dua, yang bertanyakan mengenai keberkesanan pelaksanaan Program Khaira Ummah 2030 dalam ucapan perbahasan pada hari semalam. Memandangkan agenda Khaira Ummah 2030 baru berusia setahun daripada tarikh pelancaran, masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program ini. Namun aktiviti-aktiviti yang telah dikenal pasti melalui sesi induksi yang telah diadakan pada September 2020 telah disusun bagi memastikan objektif iaitu mengiktiraf sumbangan anak muda sebagai tunjang Khaira Ummah dan memartabatkan masjid sebagai pusat pembangunan ummah menjelang 2030 dapat dicapai. Demi memastikan kelancaran pelaksanaan Khaira Ummah 2030, Pejabat Timbalan Ketua Menteri I menerusi Jawatankuasa MMK Hal Ehwal Agama Islam telah mengembleng 100 pemegang taruh (stakeholders) yang terdiri daripada agensi-agensi pentadbiran Islam, Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), golongan profesional, agamawan dan aktivis masyarakat. Sebagai sebuah pelan pembangunan yang komprehensif untuk umat Islam, induksi pertama untuk Khaira Ummah 2030 pada 21 September 2020 telah menggariskan pecahan komponen seperti berikut yang dinamakan “HEBAT”. Teras “Hikmah” di mana komponen utamanya Al-Hady Centre, Pemerkasaan Pendidikan Islam dan Literasi Undang-Undang. Teras “Ekonomi” iaitu menggunakan Wakaf dan Aset Muslim, Usahawan Muslim dan

Rejuvenasi Zakat. Dalam teras “Baiti Jannati” menumpukan fokus kepada Keluarga Sakinah, Ibu Bapa dan Komuniti dan Keluarga Islam dan Perundangan. Di bawah teras “Anak Muda” tumpukan kepada Belia dan Ilmu, Belia dan Kemahiran, Belia dan Masjid dan dalam teras “Tarbiah” kepada Dakwah Fardiyah, Dakwah Digital dan Masjid Ummatik. Keadaan pandemik terkini menuntut saya bersama dengan pasukan MMK Agama Islam untuk membuat beberapa penyesuaian untuk melaksanakan Khaira Ummah 2030 (KU2030). Justeru sebuah induksi susulan telah dijalankan dengan melibatkan 40 orang pemegang taruh pada 9 hingga 11 April 2021. Resolusi bengkel tersebut tertumpu kepada usaha menyusun semula dan meletakkan keutamaan ke atas semua program yang telah dibengkelkan semasa bengkel pertama dengan 69 aktiviti dan 133 KPI telah dikenal pasti yang menjadi fokus pada pelaksanaan agenda ini. Demi memastikan kelancaran dan keseragaman tindakan dalam menjalankan KU2030, satu mekanisme telah dikenal pasti dan dinamakan sebagai Dashboard KU2030. Pasukan ini bertanggungjawab dalam memantau perjalanan program-program yang telah disenarai pendek dan dipersetujui untuk dilaksanakan. Anggota-anggota di dalam pasukan task force ini adalah 8 agensi utama pentadbiran Islam di negeri ini iaitu Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Mufti Pulau Pinang, Zakat Pulau Pinang, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB), Wakaf Pulau Pinang (WPP), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP). Seperti mana perancangan pembangunan yang lain, KU2030 dirancang dalam lima (5) fasa utama iaitu tahun 2020 – Perancangan, 2020 hingga 2021 – Pemasyhuran dan Penerangan, 2021 hingga 2030 – Pelaksanaan, Semakan akan dibuat pada 2024 dan 2027 dan Penilaian Pencapaian pada 2030. Berkenaan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) yang banyak diperkatakan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat. Pada Sidang DUN kali ini saya telah menerima beberapa soalan melibatkan Kolej Islam, KITAB ini. Saya mengucapkan terima kasih pada ADUN-ADUN yang mengambil perhatian tentang pembangunan KITAB bagi memacu legasi tarbiah pendidikan ke arah melahirkan ulul albab. Dalam sesi perbahasan semalam, Yang Berhormat ADUN Sungai Dua dan Yang Berhormat ADUN Pantai Jerejak ada menyebut mengenai sumber peruntukan yang disalurkan untuk kegunaan KITAB. KITAB telah menerima peruntukan sejumlah RM4.5 juta pada tahun 2021 dari Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menerusi sumbangan Zakat Pulau Pinang sebagai asnaf fisabilillah. Peruntukan yang disalurkan tersebut adalah untuk kegunaan pentadbiran, pembangunan dan elaun sara hidup biasiswa. Yang Berhormat ADUN Pantai Jerejak mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mempertimbangkan pemberian peruntukan untuk kegunaan pembangunan KITAB. Sebagai makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri pada tahun 2021 telah memperuntukkan sejumlah RM500,000 di bawah Bajet Pembangunan P13 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan di KITAB. KITAB telah menyediakan perancangan untuk meneruskan kerjasama dengan Zakat Pulau Pinang dan Wakaf Pulau Pinang untuk memastikan kelestarian kewangan jangka masa panjang. Ahli-ahli Yang Berhormat, berkenaan dengan tanah wakaf di Pulau Pinang. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sentiasa berusaha melaksanakan fungsi dan kuasanya berkaitan pembangunan dan pengurusan harta wakaf di Pulau Pinang bagi mempertahankan hak dan kepentingan dalam membangunkan ekonomi umat Islam di Negeri Pulau Pinang. Peranan ini selari dengan peruntukan dalam Seksyen 7(1), Kewajipan Majlis Tentang Kemajuan Ekonomi dan Sosial Orang Islam, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004. Untuk tujuan tersebut, pihak MAINPP telah berusaha memajukan hartanah wakaf dengan melaksanakan projek-projek yang dapat memberi impak ekonomi

kepada umat Islam dengan membangunkan rumah-rumah kedai, pusat-pusat komersial serta sewaan-sewaan tanah wakaf bagi aktiviti ekonomi umat Islam. Yang Berhormat Sungai Dua juga bertanya mengenai pembangunan tanah wakaf untuk perumahan mampu milik kepada golongan B40 di Pulau Pinang. Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan yang telah dilaksanakan di atas tanah wakaf pada masa ini adalah melibatkan pembangunan perumahan di mana Pangsapuri Wakaf Siti dan Hajah Norijah, Sungai Nibong dan PangsapurI Wakaf An-Nur Telok Ayer Tawar telah dibina dengan menggunakan peruntukan daripada Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Unit Pangsapuri Wakaf Siti dan Hajah Norijah menggunakan konsep sewaan dengan menawarkan sewaan yang lebih rendah 30% peratus daripada nilai semasa. Sejumlah 25 unit rumah telah diberikan pada Zakat Pulau Pinang untuk penyediaan tempat tinggal kepada golongan asnaf di Pulau Pinang dengan kadar sewa RM300 sebulan di mana RM200 adalah ditanggung oleh Zakat Pulau Pinang dan RM100 sahaja ditanggung oleh asnaf tersebut. Sehingga kini, 17 unit rumah telah diduduki oleh golongan asnaf. Pangsapuri Wakaf An-Nur Telok Ayer Tawar menawarkan sejumlah 107 unit rumah untuk sewaan dengan memberikan pengurangan 30% lebih rendah kepada B40 daripada kadar pasaran iaitu dengan harga RM700 dan RM730 mengikut keluasan rumah. Pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah bersetuju untuk mengurangkan kadar sewaan kepada RM550 dan RM580 mengikut jenis bilik selama setahun di dalam musim COVID-19. Pihak MAINPP juga sedang merancang untuk melaksanakan konsep rent to own bagi Pangsapuri Wakaf An-Nur bagi memudahkan golongan B40 memiliki rumah. Yang Berhormat ADUN Pantai Jerejak mencadangkan Zakat Pulau Pinang menyediakan peruntukan bagi membiayai pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Sebagai makluman kepada Yang Berhormat, zakat Pulau Pinang telah menyediakan bantuan-bantuan seperti berikut; (a) Bantuan Permulaan ke Institusi Pengajian Tinggi Dalam dan Luar Negara, bantuan ini disediakan kepada anak-anak asnaf yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IPT Awam dan Swasta dalam dan luar negara bermula dari peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda berdasarkan syarat dan kelayakan yang ditetapkan. Permohonan adalah secara dalam talian dan dibuka sepanjang tahun. Bagi tahun 2021, Zakat menyediakan peruntukan sebanyak RM6 juta untuk Bantuan Permulaan Ke Institusi Pengajian Tinggi. Sehingga 31 Ogos 2021, sejumlah RM873,500 telah disalurkan kepada 1,031 penerima. Kadar bantuan setiap penerima adalah RM600 bagi peringkat Sijil, RM800 bagi peringkat Diploma dan RM1,000 bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda; (b) Dermasiswa Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi, dermasiswa ini disediakan kepada anak-anak asnaf yang telah melanjutkan pengajian di universiti tempatan dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam pelbagai bidang pengajian dari peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Tinggi berdasarkan syarat dan kelayakan yang ditetapkan. Permohonan adalah secara dalam talian dan dibuka mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh Zakat (ZPP). Dermasiswa Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi pula, peruntukan adalah sebanyak RM11,176,000. Kadar amaun dermasiswa adalah tertakluk kepada peringkat, bidang dan lokasi pengajian antara RM2,500 sehingga RM20,000 setiap tahun bagi setiap penerima; dan (c) Bantuan Tajaan Khas Pelajar Cemerlang dengan Kerjasama Malaysia Profesional Accountancy Centre (MyPAC), bantuan ini diberikan kepada pelajar untuk mengikut kursus ACCA dalam usaha melahirkan akauntan profesional dari kalangan anak-anak asnaf di Pulau Pinang. Bajet sebanyak RM300,000 setahun diperuntukkan bagi tujuan ini dengan sasaran lima (5) orang pelajar setahun.

Cadangan penubuhan Khairat Kematian. Yang Berhormat ADUN Machang Bubuk mencadangkan supaya satu tabung bagi Khairat Kematian diwujudkan untuk membantu pesakit COVID-19 yang telah meninggal dunia. Khairat bermaksud kebajikan. Khairat kematian adalah wang yang dikumpul daripada pencarum untuk membantu waris dalam urusan kematian dan pengkebumian. Setakat ini, Tabung Khairat Kematian telah sedia ada di peringkat Jawatankuasa Kariah masing-masing. Cadangan penubuhan Tabung Khairat Kematian untuk pesakit COVID-19 yang telah meninggal dunia adalah amat baik dan relevan dengan situasi masa kini yang menyaksikan kadar kematian yang tinggi. Hubungan umat Islam dengan penganut agama lain. Elemen kepelbagaian adalah program unik ciptaan Allah S.W.T sebagai satu bentuk aturan dan ketentuan yang ditetapkan berlaku kepada manusia. Hak dan kepentingan penganut agama lain tetap diraikan atas kapasiti mereka sebagai warganegara yang sah. Walau bagaimanapun, masih timbul percubaan untuk menuntut dan mempertikaikan hak tertentu atas nama keadilan atau kebebasan asasi. Keadaan menjadi semakin keruh apabila persoalan perkauman turut mengheret isu keagamaan memandangkan sesuatu kaum di Malaysia kebiasaannya disinonimkan dengan agama tertentu. Maka keharmonian yang dipupuk sejak sekian lama dilihat semakin terhakis disebabkan peranan pihak tidak bertanggungjawab yang gemar memanipulasi pelbagai isu bagi kepentingan sendiri. Sekiranya tidak diberi perhatian, situasi itu boleh membawa bibit perpecahan yang bakal meruntuhkan benteng keharmonian dan perpaduan dibina selama ini. Sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat Surah Al-Hujurat Ayat 9, apabila ada dua (2) golongan orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara kedua-duanya. Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang berbuat zalim itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah S.W.T. Jika golongan itu telah kembali maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlakulah adil. Sesungguhnya Allah S.W.T. mencintai orang-orang yang berlaku adil. Semua pihak adalah bertanggungjawab memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan Negeri Pulau Pinang terpelihara dan diwariskan kepada anak-anak muda, pada anak-anak generasi pada masa hadapan. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sentuh pula hal yang berkaitan dengan MMK Koperasi. Pemerkasaan Koperasi di Negeri Pulau Pinang adalah penting dalam usaha memberi sumbangan positif terhadap ekonomi dan sosial kepada masyarakat di Pulau Pinang. Menurut Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), sehingga Disember 2020 terdapat 754 buah Koperasi didaftar di Pulau Pinang yang mempunyai keanggotaan 152,172. Prestasi aset Koperasi Negeri Pulau Pinang telah menunjukkan peningkatan 51% berbanding tahun sebelumnya sebanyak RM847 juta pada tahun 2020. Walau bagaimanapun, prestasi perolehan menurun sebanyak 28% kepada RM169 juta pada tahun 2021. Prestasi ini didorong oleh beberapa faktor, antaranya adalah kekangan dalam menjalankan aktiviti perniagaan sewaktu pandemik COVID-19 dan kekurangan modal perniagaan. Sebagai sebuah negeri yang prihatin terhadap pembangunan koperasi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan Penang2030 Coop Grant pada 2 Februari 2021 bagi merangsang dan membantu ekosistem koperasi untuk lebih kompetitif dalam menghadapi norma baru. Sejumlah RM300,000 telah diperuntukkan kepada koperasi-koperasi yang berdaya saing dan membantu koperasi yang terjejas akibat COVID-19. Sehingga Ogos 2021, sebanyak 21 koperasi telah mendapat kelulusan pembiayaan sebanyak RM287,734. Di bawah MMK Pemerkasaan Komuniti, sebanyak 373 MPKK telah pun ditubuhkan di seluruh Negeri Pulau Pinang. Pejabat saya telah pun menganjurkan Pertandingan Komuniti Zon Hijau COVID-19 MPKK pada Ogos 2021 untuk mengiktiraf peranan MPKK dalam aktiviti melawan COVID-19. Kerajaan Negeri di bawah portfolio Pemerkasaan Komuniti juga mengambil inisiatif mengadakan Takaful Kemalangan Peribadi Secara Berkumpulan untuk Ahli MPKK di Negeri Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri telah melantik Etiqa Insurance & Takaful menyediakan Takaful Kemalangan tersebut. Sebanyak 5,399 Ahli MPKK telah pun dilindungi oleh Takaful Kemalangan Peribadi berkuatkuasa 1 Mei 2021 bagi tempoh satu (1) tahun dan faedah yang diperolehi adalah seperti berikut, kematian RM20,000, kecacatan kekal RM20,000, rawatan kemalangan RM500 maksimum satu kejadian / satu kes dan untuk urusan pengkebumian RM1,000. Seterusnya saya akan menyentuh pula tentang Jawatankuasa Taskforce Nelayan. Seperti yang telah disebutkan di dalam ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi bin Abdul Razak berkaitan Penang South Reclamation (PSR), inisiatif-inisiatif di bawah Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) sedang diselaraskan. Kerajaan Negeri sedang menjalankan semakan untuk mengenal pasti jumlah nelayan yang terlibat dalam Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang PSR dengan meneliti senarai daripada Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Setakat 31 Ogos 2021, seramai 535 orang nelayan dari unit-unit nelayan kawasan Selatan Pulau Pinang telah pun mendaftarkan nama mereka untuk menerima manfaat SIMP. Yang Berhormat Sungai Dua telah menyentuh berkenaan inisiatif yang harus diwujudkan oleh Kerajaan Negeri kepada nelayan-nelayan yang terkesan akibat projek PSR ini. Sebagai makluman Yang Berhormat, Jawatankuasa Taskforce Nelayan ditubuhkan bagi merangka dan melaksana inisiatif yang akan memberi manfaat kepada komuniti nelayan yang layak dan terkesan dengan projek PSR. Justeru Kerajaan Negeri sedang melaksanakan Pelan Pengurusan SIMP melalui pakej bantuan seperti berikut;

1) Pakej Bantuan Hidup melalui bayaran saguhati ex-gratia, bantuan bot dan enjin bot. Jumlah bayaran saguhati ini dibuat kepada nelayan mengikut tahap lokasi nelayan sama ada tahap 1 atau tahap 2. Bantuan bot dan enjin bot akan ditawarkan kepada pemilik bot atau tekong di tahap 1 iaitu dari unit nelayan Permatang Tepi Laut, Sungai Batu, Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul;

2) Pakej Pemerkasaan melalui pembinaan jeti nelayan moden baharu yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan alur navigasi yang membolehkan nelayan untuk pergi ke laut bagi tempoh 24 jam ataupun pergi ke laut dengan lebih jauh lagi tanpa mengira keadaan air laut pasang atau surut, pemerkasaan koperasi nelayan, skim tuisyen dan pendidikan untuk anak-anak nelayan, skim latihan atau kursus seperti kursus jurumudi, pembuatan bot, penyelenggaraan bot dan sebagainya untuk nelayan dan anak-anak mereka serta peluang pekerjaan bagi mereka yang berkelayakan; dan

3) Keutamaan bagi pendaftaran Rumah Mampu Milik bagi membantu nelayan yang belum memiliki rumah sendiri. Selain itu untuk perumahan juga, Kerajaan Negeri sedang menimbang beberapa cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan juga.

Sebagai makluman Yang Berhormat, pelaksanaan menyeluruh skim SIMP hanya akan bermula selepas projek PSR diberi kelulusan Environmental Management Plan (EMP) oleh pihak JAS yang sedang diuruskan untuk penambakan dibenarkan bermula. Buat masa ini, seramai 385 ahli Unit Nelayan telah menerima bayaran pendahuluan ex-gratia sebanyak RM500 selepas mendaftarkan nama mereka untuk skim SIMP. Kerajaan Negeri masih meneliti dan mengemaskini senarai nama nelayan bagi mengenal pasti bilangan individu yang layak menerima manfaat SIMP.

Kerajaan Negeri melalui jabatan dan agensi berkaitan sentiasa menerima cadangan dan input bagi menambah baik bantuan kepada nelayan yang terkesan dari semasa ke

semasa demi memastikan kebajikan komuniti nelayan yang terkesan akibat projek PSR ini terbela. Semasa ucapan YB. Penaga, YB. Seberang Jaya ada bertanya mengenai sokongan parti saya, KEADILAN…(gangguan).

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Dato’ Speaker, minta laluan sikit boleh. YB, berkenaan dengan projek PSR ini saya nak bertanya sedikit tentang ganti rugi adakah elemen ganti rugi rumah juga akan cadangan ini akan dilihat oleh Kerajaan Negeri untuk nelayan-nelayan yang terjejas? Terima kasih.

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Tidak ada elemen ganti rugi yang dicadangkan untuk setakat ini. Apa yang saya sebutkan tadi adalah ex-gratia dan juga program-program pemerkasaan. Ganti rugi tu maknanya ada kerugian di pihak yang terkesan itu. Kita tidak menganggap sebegitu. Semasa ucapan YB. Penaga, Seberang Jaya ada bertanya mengenai sokongan parti saya, KEADILAN, parti dia juga, parti Yang Berhormat juga, yang dulu lah terhadap projek PSR ini. Ingin saya maklumkan bahawa terdapat perbincangan di peringkat parti mengenai perancangan dan pelaksanaan projek ini dan ada juga pandangan-pandangan yang kritikal daripada pimpinan namun secara rasminya tidak ada bantahan ataupun penarikan sokongan terhadap projek inilah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Itu urusan parti. Urusan dalaman parti itu. Tak perlu sebut.

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Sebab ditanya, di sini saya jawab untuk makluman beliau.

Yang di-Pertua (Speaker)

Untuk makluman, tetapi sudah masuk dalam hansard.

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Jawatankuasa Taskforce Pencemaran Sungai daripada Penternakan Babi di Pulau Pinang. Saya sentuh sikit sebab saya juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Taskforce Pencemaran Sungai. Yang Berhormat ADUN Sungai Dua juga mohon pencerahan pelaksanaan Ladang Tertutup Kandang Babi di Pulau Pinang. Sebagai makluman kepada Yang Berhormat, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang sedang menjalankan verifikasi ke atas 153 kandang babi di seluruh Pulau Pinang bermula 2 Ogos 2021 ini dan dijangka akan tamat pada hujung tahun. Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan membentangkan hasil verifikasi kepada Kerajaan Negeri untuk keputusan selanjutnya. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sememangnya komited untuk menyelesaikan isu pencemaran sungai oleh kumbahan najis babi di seluruh Negeri Pulau Pinang terutama sekali di dua (2) sungai lah, Sungai Valdor dan Sungai Kereh di Seberang Perai Utara. Sebagai langkah awal, satu jawatankuasa taskforce telah dibentuk dan berperanan untuk mencadangkan penyelesaian jangka masa panjang terhadap kes pencemaran sungai dan saliran oleh najis babi di Negeri Pulau Pinang. Kedua, mengesyorkan segala keputusan yang

berkaitan dengan task force pengurusan pencemaran sungai oleh ladang ternakan babi di Negeri Pulau Pinang dan ketiga bertindak sebagai pelaksana dan pemantau bagi pelaksanaan program-program pemulihan kualiti air di sungai-sungai terlibat. Sehingga Ogos 2021, task force ini telah mengadakan sebanyak tiga (3) perbincangan ataupun mesyuarat dan beberapa perkara telah dibincangkan termasuk, satu, inisiatif dana oleh pihak swasta dalam cadangan untuk penubuhan menggunakan teknologi tenaga biogas serta lautan kumbahan najis babi, dan dua, pemantauan berkaitan pelaksanaan Enakmen Penternakan Babi 2016 dan Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi 2020. Sebelum saya mengundur diri, ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, BPEN, Bahagian Khidmat Pengurusan, semua Pejabat Daerah dan Tanah Pulau Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pulau Pinang, semua ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, anggota Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK), pengurusan masjid dan surau-surau di seluruh Negeri Pulau Pinang serta semua agensi, jabatan, institusi berkaitan yang menjalankan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh untuk menjayakan dan melaksanakan dasar serta perancangan di bawah portfolio saya. Semoga kerjasama yang terjalin dapat diteruskan pada masa-masa akan datang bagi kemajuan dan kemakmuran Negeri Pulau Pinang. Tuan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Pinang Tunggal. Seterusnya kita balik ke Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk menggulung.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas keprihatinan Tun terhadap isu-isu semasa di Negeri Pulau Pinang yang disuarakan melalui ucapan perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Keempat Belas. Ucapan terima kasih juga saya panjangkan kepada semua Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan baik dari Kerajaan Negeri mahupun barisan pembangkang yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Meskipun berdepan dengan suasana pandemik COVID-19 yang sungguh mencabar ini, namun komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat dalam membawa masalah yang membelenggu rakyat terutama di kawasan masing-masing ke dalam Dewan yang mulia ini sungguh baik dan harus diberi pujian. [Ahli-ahli Dewan menepuk meja]. Saya menyambut baik dengan segala persoalan dan permasalahan yang dibangkitkan. Kami di barisan kepimpinan Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk memastikan kelangsungan bukan sahaja untuk aspek ekonomi di Negeri ini namun Kerajaan Negeri optimis untuk memastikan aspek sosial dan kebajikan rakyat terus menjadi agenda utama dalam memacu Visi Penang2030 iaitu Negeri Pintar dan Hijau, Berteraskan Keluarga, Inspirasi Negara.

Isu mengenai Hasil Negeri. Hasil Negeri Pulau Pinang yang berjaya dikutip bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM467.56 juta iaitu 90.06% daripada anggaran hasil tahun 2020 sebanyak RM519.16 juta. Bagi tahun 2021 pula, setakat 30 Jun, hasil yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM386.90 juta iaitu 76.46% daripada anggaran hasil tahun ini sebanyak RM506.02 juta. Hasil sedia ada pada tahun 2021 ini tidak dapat dikutip sepenuhnya sehingga kini disebabkan pengecualian kutipan hasil yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri ekoran pandemik COVID-19. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri mengalami kekurangan hasil pada tahun ini justeru beberapa strategi telah direncana bagi menampung pengurangan ini antaranya ialah strategi pertama, pelupusan tanah secara tender. Pada masa ini pelupusan tanah Kerajaan adalah dibuat secara terus kepada pemohon tertentu dengan dikenakan bayaran premium mengikut harga pasaran semasa berpandukan nilaian tanah oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Selain kaedah ini, turut boleh dipertimbangkan adalah melalui pelupusan tanah secara tender. Melalui kaedah ini, tanah kerajaan akan dilupuskan kepada pembida tertinggi tertakluk kepada syarat tanah bagi memaksimumkan dan menjana hasil pulangan yang lebih tinggi kepada Kerajaan Negeri. Strategi kedua, memberi milikan tanah industri kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Pada masa ini terdapat tanah kerajaan yang terjadi hasil daripada aktiviti pengambilan tanah bagi tujuan industri. Tanah kerajaan ini tidak dilupuskan sehingga pelabur yang sesuai dan berminat mengemukakan permohonan pemberimilikan. Dalam keadaan ini, tanah tersebut adalah dormant dan Kerajaan Negeri tidak mendapat sebarang hasil daripada tanah ini. Mekanisme yang boleh dipertimbangkan adalah, tanah kerajaan bagi tujuan industri ini dilupuskan kepada PDC. Melalui kaedah ini, Kerajaan Negeri akan mendapat pulangan melalui cukai tanah secara konsisten daripada bank tanah ini. Strategi ketiga, pengkelasan semula tanah daripada tanah desa kepada tanah bandar. Pembangunan pesat yang berlaku telah mengubah beberapa kawasan desa menjadi maju dan berkembang menjadi bandar. Aktiviti pengkelasan semula tanah desa kepada tanah bandar adalah perlu dan tidak dapat dielakkan bagi kawasan-kawasan yang telah menjadi bandar dan aktiviti ini tidak melibatkan kawasan kampung. Ia meliputi peluasan sempadan bandar sedia ada seperti bandar Bukit Mertajam misalnya dan pewujudan bandar baru seperti bandar Bayan Baru. Jika aktiviti pengkelasan ini tidak dilaksanakan, ia merupakan sesuatu yang tidak adil kepada penduduk-penduduk di kawasan bandar yang telah diwartakan. Contohnya yang paling ketara adalah bandar Bayan Baru dan Bayan Lepas. Bayan Lepas merupakan tanah bandar walaupun pekan kecil sahaja. Manakala Bayan Baru merupakan tanah desa sedangkan jika dilihat pembangunan yang berlaku, pembangunan di Bayan Baru melebihi pembangunan di Bayan Lepas. Kekhuatiran umum yang wajar diketepikan adalah kenaikan kadar cukai tanah. Dengan pengkelasan ini, pembayar cukai tanah-tanah desa akan membayar mengikut kadar cukai tanah bagi tanah bandar yang mana kadar cukai ini tidak berubah dan telah digunakan sejak 26 tahun yang lepas iaitu semenjak tahun 1994. Walaupun semakan cukai tanah dibuat setiap tahun, namun memandangkan pandemik COVID-19, pihak Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk menangguhkan penguatkuasaan pengkelasan ini sehingga satu keadaan yang lebih sesuai. Strategi keempat, tukar ganti hakmilik interim register bagi hakmilik tidak terang. Pada masa ini terdapat puluhan ribu hakmilik tanah yang belum ditukar kepada hakmilik tanah berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965. Daripada ribuan hakmilik ini, sebahagiannya merupakan hakmilik tidak terang iaitu tidak dapat dipastikan pemilikan tanah. Anggaran jangka masa untuk menyiapkan sepenuhnya proses tukar ganti hakmilik interim register ini adalah dijangka di antara tiga (3) hingga lima (5) tahun mengikut kerumitan isu hakmilik IR tersebut dan proses ini sudah bermula. Apabila proses tukar ganti hakmilik IR bermula, sebenarnya sudah mula, berkemungkinan Kerajaan Negeri akan mendapat manfaat dalam bentuk pengembalian tanah kepada pihak Kerajaan melibatkan hakmilik tidak terang yang mana tanah ini boleh dibuat pelupusan ataupun untuk tujuan-tujuan pembangunan.

Selain daripada empat (4) strategi tersebut Dato’ Yang di-Pertua, beberapa langkah lain turut akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan hasil iaitu memantau kutipan Hasil Negeri. Bagi tahun 2021, kutipan hasil Kerajaan Negeri adalah dianggarkan berjumlah RM506 juta dan Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk mencapai sasaran kutipan yang telah dimuktamadkan di samping sentiasa menyemak laporan kutipan Hasil Negeri secara bulanan serta mengadakan pelbagai mesyuarat berkaitan pengurusan kutipan Hasil Negeri secara berkala. Meningkatkan Hasil Negeri melalui aktiviti pelaburan. Antara langkah lain yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan Hasil Negeri adalah melalui aktiviti-aktiviti pelaburan iaitu pelaburan dalam simpanan tetap, pelaburan dalam pasaran ekuiti serta memantau saham-saham baharu. Meningkatkan kutipan tunggakan Hasil Negeri. Sehingga Jun 2021, tunggakan keseluruhan Hasil Negeri adalah berjumlah RM93.59 juta. Sekiranya tunggakan hasil ini dapat dikutip, Hasil Negeri akan bertambah dan akan dapat mengurangkan tunggakan ini. Kerajaan Negeri sentiasa komited melipat gandakan usaha bagi meningkatkan Hasil Negeri dan mengurangkan tunggakan hasil dengan melakukan tindakan penguatkuasaan perundangan dan pemantauan berterusan. Mewartakan deposit yang tidak dituntut. Kerajaan Negeri mengambil tindakan menyemak status akaun-akaun deposit dan mewartakan deposit yang tidak dituntut selepas tempoh 12 bulan dari tarikh deposit tersebut boleh dikembalikan supaya dapat dikreditkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan. Tindakan ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan Hasil Negeri. Meningkatkan jumlah pemberian daripada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri juga memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan jumlah pemberian kepada Kerajaan Negeri memandangkan Negeri Pulau Pinang adalah di antara negeri yang tertinggi menyumbang kepada pelaburan langsung asing atau FDI Malaysia dan ini sekaligus menyumbang kepada hasil negara dalam bentuk cukai. Pemberian-pemberian daripada Kerajaan Persekutuan ini termasuklah pemberian mengikut bilangan kepala, pemberian bayaran perkhidmatan 10% kerana melaksanakan projek-projek pembangunan Persekutuan, pemberian pertambahan hasil Kerajaan Persekutuan, pemberian membiayai perbelanjaan mengurus di bawah senarai bersama, pemberian pelancongan, pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup serta pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalanraya Negeri atau MARRIS. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan, berhubung dengan masalah pembangunan tanah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua yang melibatkan penjualan 1,100 ekar tanah Kerajaan Negeri bernilai RM12.5 bilion sejak tahun 2011. Ingin saya tegaskan bahawa penjualan tanah-tanah ini adalah merujuk kepada penjualan tanah PDC, Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang dikendalikan oleh PDC. Melalui semakan jumlah hasil daripada penjualan tanah Kerajaan Negeri seluas 485 ekar kepada beberapa syarikat seperti syarikat Ivory Properties Group Berhad, Zubicon Sdn Bhd, PE Land Sdn. Bhd., Paramount Corporation Berhad, Aspen Vision Land Sdn. Bhd., Tanjung Villa Development Sdn. Bhd., Nada Samudra Sdn. Bhd., Pertubuhan Buddhist Tzu-Chi Merits, Biopolis Resources Sdn. Bhd. dan Pentamaster Engineering Sdn. Bhd. adalah bernilai RM1.9 bilion sahaja dan bukan RM12.5 bilion seperti mana dinyatakan oleh Yang Berhormat Sungai Dua. Ingin ditegaskan juga, bahawa penjualan tanah-tanah ini adalah untuk menjana semula ekonomi negeri demi manfaat rakyat secara keseluruhannya. PDC sebagai agensi pembangunan negeri memainkan peranan yang cukup besar dalam menerajui pertumbuhan sosial ekonomi, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup warga negeri ini. PDC turut bertanggungjawab untuk menggunakan lebihan hasil jualan ini untuk meningkatkan bank tanah PDC bagi membolehkan pembangunan industri dan pembangunan bercampur, pembangunan kemudahan infrastruktur dan pembangunan projek

baru dapat terus dilaksanakan. Maksudnya apa hasil penjualan tanah khususnya untuk industri dilabur balik untuk menyediakan infrastruktur yang amat mahal, membina jalan, jambatan, menyediakan kemudahan telekomunikasi dan tebatan banjir dan lain-lain dan juga untuk pengambilan tanah yang baharu untuk meneruskan agenda pembangunan industri di negeri kita. Seterusnya, menjawab soalan tambahan Yang Berhormat Bukit Tambun berkaitan pengambilan tanah oleh PDC di Jalan Paboi adalah untuk cadangan persimpangan bertingkat baharu bagi tujuan penjuraian trafik keluar masuk ke Bandar Cassia dan Bukit Tambun. Ingin dimaklumkan bahawa pengambilan balik tanah ini dalam proses pewartaan semula di bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960. Pengambilan tanah tertangguh atas beberapa faktor utama yang merangkumi permohonan peruntukan kos pengambilan tanah di bawah RMK-12 dan pelaksanaan Kajian Traffic Impact Assessment untuk mengenal pasti keperluan pelaksanaan projek ini. Berhubung persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun dan Yang Berhormat Batu Lancang agar Pejabat Daerah dan Tanah serta Pejabat Tanah dan Galian meningkatkan efficiency dalam memproses permohonan pengurusan tanah dalam tempoh pandemik COVID-19. Ingin dimaklumkan bahawa isu ini mula berbangkit sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19 di seluruh negara bermula 12 haribulan Mei, tahun ini dan arahan pematuhan SOP di tempat kerja oleh Setiausaha Kerajaan Negeri serta pengumuman Ketua Setiausaha Negara pada 29 Jun berhubung pengoperasian perkhidmatan kaunter bagi pejabat kerajaan dengan kapasiti tidak melebihi 50% manakala peratusan kehadiran keseluruhan jabatan melibatkan pegawai dan kakitangan telah dikurangkan kepada 20% dan yang terkini 60% selaras dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Pada 30 Ogos lalu dengan bilangan kapasiti kaunter dan kakitangan yang sangat terhad, PTG telah berjaya menyelesaikan kesemua senarai urusan tertunggak yang telah dikemukakan oleh Bar Committee Negeri Pulau Pinang. Susulan dari itu, PTG telah setuju agar pihak Penang Bar Committee mengemukakan semua senarai urusan-urusan tertunggak semua firma guaman Pulau Pinang sehingga terkini. Setakat ini, senarai permohonan urusan tertunggak yang dikemukakan melalui Penang Bar Committee melibatkan lebih kurang 300 firma guaman dengan anggaran jumlah keseluruhan urusniaga sebanyak 9,045 penserahan yang melibatkan 3,015 hakmilik title dan Penang Bar Committee setuju dengan PTG menyusun temujanji dan menyelesaikan semua permohonan seperti di atas dengan kapasiti kaunter yang terhad. Pihak Penang Bar Committee juga memaklumkan bahawa firma guaman tidak akan kemukakan permohonan baru sehingga semua permohonan tersebut diselesaikan. Di samping firma-firma guaman, PTG juga bertanggungjawab menyelesaikan permohonan-permohonan daripada firma guaman luar dari Negeri Pulau Pinang, dari PDRM, SPRM, juruukur, pemaju, Jabatan Kerajaan, JMB, MC, Penilai Berlesen, orang awam dan lain-lain pihak juga. PTG juga telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menyelesaikan permohonan-permohonan daripada semua pihak antaranya dengan menyediakan perkhidmatan drop box untuk urusan carian rasmi, carian persendirian dan consent tanpa had kepada semua pelanggan. Urusan di PTG juga tidak terhad kepada urusan-urusan membabitkan jual-beli tanah ataupun rumah semata-mata tetapi turut melibatkan pendaftaran dan pengeluaran hakmilik strata, pengeluaran hakmilik sementara dan hakmilik tetap, semakan dokumen-dokumen, urusan kehakiman, memproses permohonan tanah, memberi nasihat kepada pemegang taruh berhubung isu-isu tanah dan pelbagai lagi.

PTG dalam perancangan memberi perkhidmatan secara atas talian bagi urusan pemberian carian persendirian dan tempahan carian rasmi. Sebanyak tiga (3) buah syarikat telah membuat pembentangan dan akan kemukakan tawaran kos pembangunan sistem berkenaan. Pihak PTG akan mengangkat cadangan yang terpilih untuk perhatian

Jawatankuasa Pemandu ICT yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat SUK dan Kerajaan akan membuat keputusan. Walau bagaimanapun, perancangan ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya dapat bahawa sistem ini sesuai dan memperolehi kelulusan Jawatankuasa Pemandu ICT dan juga melibatkan peruntukan kewangan khas bagi tujuan ini. Sekiranya cadangan projek ini diluluskan, dianggarkan sistem ini akan dapat diguna pakai pada penghujung tahun ini juga. Ianya dijangka akan dapat memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuat carian tanpa perlu hadir secara fizikal di kaunter PTG. Perancangan pembangunan semula sistem e-tanah perlu dilaksanakan segera sama ada menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri. Ini bagi membolehkan lebih banyak urusan atas talian dapat dilakukan dan sistem yang lebih selamat dan terkini dapat dioperasikan oleh Pejabat-Pejabat Tanah khususnya PTG. Sekiranya kelulusan diberikan, keseluruhan proses pembangunan dijangka dapat dilakukan dalam tempoh dua (2) hingga tiga (3) tahun bergantung kepada kaedah pembangunan dan pelaksanaan yang dipersetujui. Selain itu, penyusunan ruang dan jumlah kaunter dan ruang pejabat di PTG bagi membolehkan kapasiti kehadiran kakitangan dan kaunter dioptimumkan tanpa mengundang risiko keselamatan kepada kakitangan dan pelanggan. Penang Land Rules 2021. Dato’ Yang di-Pertua, melihat kepada keadaan semasa dan berdasarkan kepada pindaan-pindaan yang telah dilakukan terhadap Kanun Tanah Negara, terdapat keperluan penggubalan Penang Land Rules yang baharu bagi menggantikan yang lama yang digubalkan pada tahun 2005. Sehubungan dengan itu, satu deraf Penang Land Rules 2021 telah dibentangkan dan diluluskan dalam MMK Kerajaan Negeri pada 6 Januari 2021 dan telah diwartakan pada 22 Julai 2021. Walau bagaimanapun, Penang Land Rules 2021 ini masih belum dikuatkuasakan yang mana keputusan berkaitan tarikh penguatkuasaan akan diwartakan pada suatu tarikh lain yang akan diputuskan kelak oleh Pihak Berkuasa Negeri. Alasannya, masa tak sesuai kerana pandemik COVID-19. Jadi kita memang memberi pelbagai pertimbangan apabila melibatkan cukai yang seterusnya melibatkan pembayar cukai iaitu rakyat dan pengundi. Penang Land Rules 2021 merupakan kesinambungan dan bagi menggantikan pemakaian PLR 2005 yang sedang berkuatkuasa pada masa ini. PLR 2021 mengandungi tiga (3) komponen atau bahagian utama iaitu kaedah-kaedah Schedule 1 yang mengandungi borang-borang, Schedule 2 yang mengandungi fi dan bayaran permohonan. Saya rasa boleh ringkaskan ini. Kita pergi ke situasi semasa COVID-19. Pada 23 Ogos yang lalu, saya telah mengutuskan surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhubung tambahan bekalan vaksin kepada Negeri Pulau Pinang dan semalam negeri kita dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKNPP) bahawa kita akan menerima 1,015,500 dos vaksin. [Ahli Dewan menepuk meja] Dos vaksin bagi sepanjang bulan September ini. Saya rasa dalam beberapa bulan ini, saya tak ada kerja lain dari memantau bekalan vaksin. [Ahli Dewan menepuk meja] Sebab kita memang merancang, kita menambah kapasiti PPV sehingga kita ada kapasiti 45,000 dos sehari. Tetapi bekalan yang kita terima tidak izinkan kita mencapai kapasiti ini dan setinggi pun pada tiga (3), empat hari (4) kita capai 35,000 sahaja. Yang lain puratanya mungkin dalam lingkungan 28,000 hingga 30,000 sahaja. Itulah masalah yang bukan sahaja Negeri Pulau Pinang hadapi, tetapi seluruh Malaysia, negeri-negeri lain malah seluruh dunia pun sebab global vaccine supply kita faham ada negara-negara yang telah mengawal bekalan ini dengan stockpile di negara-negara masing walaupun populasi mereka jauh rendah daripada stockpile vaksin mereka.

Jadi kita ucapkan terima kasih lah kerana dengan vaksin sejuta lebih ini kita boleh habiskan dos pertama dalam mungkin 10, 14 hari yang akan datang, dos nombor satu boleh habis tetapi apabila kata habis, tak habis juga seperti di Negeri Selangor sekarang sudah capai lebih dari 100% sebab populasi dewasa itu cuma satu anggaran berdasarkan Jabatan

Statistik. Statistik yang sepuluh tahun dahulu punya, jadi walaupun 100% kemungkinan kita perlu menggunakan kaedah walk in ataupun mobile PPV supaya orang yang tidak mendaftar akan juga dapat peluang menerima suntikan vaksin berkenaan. Jadi penghantaran bagi bekalan September ini akan diperolehi mulai esok, 3 September yang mana termasuk 200,000 dos sebagaimana kelulusan khas oleh KKM minggu yang lalu. Saya percaya Yang Berhormat Norlela ataupun EXCO Kesihatan telah memaklumkan kepada Dewan ini. Dengan kelulusan KKM tersebut, ia tidak bermakna bahawa kita menolak tawaran pinjaman vaksin daripada Kerajaan Negeri Selangor. Sebaliknya pada sesi kunjungan hormat Menteri Besar Selangor terhadap saya pada 31 Ogos baru-baru ini, kedua-dua pihak setuju bahawa tawaran tersebut kekal terbuka dan perbincangan akan terus dijalankan berasaskan keperluan semasa di masa depan. Pada aspek pembekalan sumber tenaga dan kelengkapan perubatan, saya mengalu-alukan pengumuman Menteri Kesihatan semalam dan jaminan tersebut diulangi sekali lagi pada sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pengurusan COVID-19 pada pagi tadi di mana saya hadir lah di bilik yang sebelah, pagi tadi, dan adalah dimaklumkan bahawa sebelum ini Pulau Pinang turut menyalurkan sumber tenaga perubatan ke Ibu Negara bagi menurunkan kes-kes di bawah Program Greater Klang Valley. Justeru, pendekatan sama kini perlu digunakan dengan menfokuskan kepada negeri-negeri di Utara Semenanjung khasnya Negeri Pulau Pinang, mungkin Kedah dan Perak. Selain pembekalan peralatan-peralatan perubatan khususnya kepada Unit Rawatan Rapi (ICU), penekanan juga perlu diberikan dalam meningkatkan keupayaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan sememangnya suara-suara Yang Berhormat-Yang Berhormat adalah lantang sekali dan kita percaya perkara ini perlu ditambahbaikkan dengan segeranya bagi memastikan kes-kes sedemikian tidak akhirnya melibatkan kehilangan nyawa yang banyak. Satu isu yang mengejutkan adalah berhubung dengan 32 kes yang dikenalpastikan melibatkan jangkitan COVID-19 varian Delta di Negeri kita seperti mana diumumkan Ketua Pengarah KKM pada 31 Ogos baru-baru ini. JKNPP memaklumkan bahawa dari 32 kes ini melibatkan 8 kematian dan 24 yang lain telah selesai menerima rawatan dan dibenarkan keluar dari Pusat Rawatan. Sebenarnya 32 kes ini bukan kes yang baru tetapi berlaku beberapa minggu dahulu, cuma apabila JKN hantar sampel-sampel kes berkenaan dalam tempoh minggu epid yang ke-27 iaitu 4 hingga 10 Julai hingga minggu epid ke-33 iaitu 15 hingga 21 Ogos, keputusan sampel hanya diterima pada tarikh pengumuman oleh DG KKM iaitu 31 Ogos 2021. So, I think we waited for more than one (1) month for the result and finally it was confirmed as Delta but all this caused 8 death and the rest has recover lah. Ini bermakna keputusan makmal bagi kes varian Delta memerlukan tempoh masa yang agak panjang iaitu hampir sebulan lebih. Justeru sebagai pemantauan lanjut, JKNPP terus menghantar sampel-sampel mengikut kriteria yang ditetapkan dan harap ianya dapatlah mengawal perebakan varian Delta di negeri ini. Sebagai makluman tambahan, dari 32 kes yang dilaporkan ini, 27 pesakit tidak menerima sebarang suntikan vaksin yang menerima satu (1) dos 5, dan tiada kes yang melibatkan mereka yang lengkap dua (2) dos. Jadi dari sampel yang kecil ini kita lihat kesan vaksin terhadap keseriusan apabila dijangkiti. Ini termasuklah 27 had never received vaccine, one (1) dose five and none received full vaccination. Sejak penularan COVID-19, Kerajaan Negeri telah belanja kira-kira RM180 juta demi memenuhi keperluan kelengkapan perubatan di hospital di seluruh negeri ini selain beberapa peruntukan besar seperti Pakej Bantuan Rakyat, Penang Saring COVID-19 dan sebagainya. Jadi perkara yang akhirlah saya rasa, sebab banyak lagi memandangkan masa tidak mengizinkan, Ketua Menteri pun tidak terkecuali dari masa, had masa…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

You still can go until another 15 minutes bonus for you.

Y.A.B. Ketua Menteri: Saya memang menyatakan Kerajaan Negeri memang komited dalam melindungi dan memastikan seluruh rakyat negeri ini khususnya populasi dewasa memperoleh suntikan imunisasi dan mencapai imuniti kelompok di negeri ini. Keseimbangan atas kesihatan, ekonomi dan sosial adalah perlu dicapai demi kesejahteraan Negeri Pulau Pinang yang tercinta secara keseluruhannya. Pada 1 September 2021, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah memaklumkan bahawa Malaysia bakal memasuki fasa endemik COVID-19 mula hujung Oktober ini selepas 80% populasi dewasa di negara ini lengkap menerima dua (2) dos vaksin. Dalam fasa ini, rakyat harus menerima konsep hidup bersama virus meskipun negara berjaya mengawal pandemik COVID-19. Dengan adanya vaksinasi, usaha untuk melakukan perubahan kepada tingkah laku dan usaha mengamalkan SOP yang berterusan maka kita boleh mula memasuki fasa baru hidup bersama virus COVID-19. Langkah ini juga membolehkan pelbagai sektor dalam negara dapat dibuka dan kehidupan rakyat kembali seperti sedia kala dalam norma baharu. Kerajaan Negeri mengalu-alukan pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, hari ini juga berhubung dengan harga siling borong dan harga runcit bagi Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 atau ujian sendiri yang masing-masing berharga RM16 harga borong serta RM19.90 harga runcit. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap agar harga yang diumumkan ini masih boleh dikurangkan lagi berikutan penggunaan kit tersebut pastinya akan meningkat lagi dalam tempoh endemik. Dengan ini saya sukacita mengumumkan bahawa sebagai permulaan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memperuntukkan 500 set kit ujian ini kepada setiap ADUN dan setiap Ahli Parlimen di Negeri Pulau Pinang untuk diedarkan kepada rakyat yang memerlukan. Kaedah pengedaran akan diumumkan dalam tempoh terdekat. Ini pun melibatkan RM400,000 lebih. [Ahli Dewan menepuk meja]

Jadi Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Dewan, saya ingin meringkaskan dan pergi ke penutup dan saya ingin ucapkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memastikan kelancaran Dewan pada sesi kali ini meskipun terpaksa dilaksanakan dalam tempoh yang singkat dan pendek, Dewan kita masih dapat bersidang dengan baik bagi membolehkan prinsip semak dan imbang atau check and balance dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ucapan terima kasih dan penghargaan saya kepada semua Ahli Dewan yang telah membuat saringan secara kendiri dan mengisytiharkan diri untuk hadir. Sesungguhnya ini adalah norma baharu yang perlu kita patuhi bagi mengawal penularan wabak COVID-19. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen dan usaha daripada seluruh anggota perkhidmatan awam yang terlibat dalam menyumbang ke arah pembangunan, keamanan dan kemakmuran negeri serta kesejahteraan rakyat negeri kita. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para frontliner yang telah bekerja keras dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bertugas kepada Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dr. Ma’arof Bin Sudin yang menggantikan Yang Berbahagia Datuk Dr. Asmayani Khalid yang telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Perubatan KKM baru-baru ini. Kerajaan Negeri berharap dapat mengkukuhkan lagi jalinan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dalam perang melawan COVID-19 terutama dalam membendung perebakan varian Delta di negeri kita. Akhir kata saya menyeru seluruh warga Negeri Pulau Pinang untuk kekal mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 ini. Dengan ini Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Padang Kota. Ahli-ahli Yang Berhormat sesi penggulungan sedia maklum telah pun selesai. Maka dengan itu masalah yang kita hadapi sekarang adalah usul “Bahawanya kami Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang memohon mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini di Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Keempat Belas pada 30 Ogos 2021” dipersetujuikan. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘Ya’.

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri: ‘Ya.’

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju katakan ‘Tidak’. ‘Ya’. Sebulat suara, usul dipersetujui.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan sekarang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada sokongan?

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Pinang Tunggal.

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan dan usul telah mendapat sokongan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekali lagi ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas kerjasama anda sepanjang perjalanan persidangan Dewan kali ini khasnya saya ucapkan terima kasih Jabatan Kesihatan yang telah pun membantu dari semua aspek pengawalan dan langkah-langkah mencegah COVID-19 khasnya terima kasih kepada Jabatan Kesihatan dan ingin minta maaf kepada semua atas segala kekurangan di Dewan ini sepanjang persidangan kali ini khasnya memandangkan kita dalam keadaan pandemik maka dengan ini Dewan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. Sekian, terima kasih. [Ahli-ahli Dewan menepuk meja]

Ahli-ahli Yang Berhormat akan ada sesi bergambar daripada belakang sini.

Dewan ditangguhkan pada jam 6.35 petang.