Pulau Pinang · 3 December 2021

14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 259 turns · 25,702 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Absent: Yeoh Soon Hin (Paya Terubong), Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail (Pantai Jerejak), Dr. Afif Bin Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq (Bertam)

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan Doa. Soalan lisan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula dengan sesi soalan lisan. Dipersilakan.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Terima kasih YB. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 51. No. 51. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan kesemua Negeri Pulau Pinang mempunyai akses internet yang laju khususnya dengan pemasangan kabel ‘fibre optic’ atau pun mana-mana pun cara penyelesaian yang lain?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih YB. Dato’ Speaker dan Yang Berhormat Pulau Tikus. Yang Berhormat bagi menambah baik jaringan liputan telelomunikasi di seluruh Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan termasuk juga pihak swasta dalam memperkukuhkan industri telekomunikasi di Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri juga telah menghasilkan satu pelan yang dinamakan Penang Connectivity Master Plan di mana pelan ini adalah selari dengan pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dibangunkan oleh Kerajaan Pusat. Melalui pelan JENDELA, unjuran ketersediaan infrastruktur gentian optic atau fibre to the home adalah sebanyak 283,989 sambungan ke premis dan bagi liputan mudah alih 4G/LTE sebanyak 99.74 peratus di kawasan berpenduduk menjelang bulan Disember 2022. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan jaringan liputan internet berada dalam keadaan yang terbaik, beberapa perancangan strategik telah dirangka untuk memastikan sasaran yang ditetapkan akan tercapai seperti berikut; Yang pertamanya, pengukuhan tadbir urus iaitu dengan menyediakan garis panduan fiberisasi di Negeri Pulau Pinang, mewajibkan perkongsian infrastruktur dalam kalangan syarikat telekomunikasi, menguatkuasakan pemasangan komunikasi sebagai infrastruktur asas. Pulau Pinang adalah negeri pertama untuk melakukannya melalui Undang-undang Kecil Bangunan Seragam dan mewujudkan Garis Panduan Smart Street Pole di Negeri Pulau Pinang Yang kedua, peningkatan kualiti infrastruktur iaitu menaik taraf infrastruktur copper kepada gentian optic, memperkenalkan kaedah fiberisasi baharu seperti clip on solution, menyediakan infrastruktur gentian optik di sekolah-sekolah milik Kerajaan Negeri melalui pelaksanaan Projek Gigabit City oleh pihak TT Dot com, ini TIME lah. Menyediakan infrastruktur gentian optik di semua sekolah-sekolah di bawah KPM melalui pelaksanaan projek KKMM (School Fiberisation) merangkumi jajaran agensi kerajaan.

Dan ketiga, pemantapan advokasi masyarakat iaitu dengan menganjurkan Seminar Electromagnetic Field secara berkala kepada rakyat Pulau Pinang, menganjurkan program kesedaran EMF kepada pelajar sekolah, mempromosikan video penerangan EMF oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Selain itu, pelaksanaan naik taraf rangkaian telekomunikasi di Negeri Pulau Pinang sehingga suku ketiga 2021 adalah seperti berikut: Untuk jalur lebar mudah alih, struktur pemancar baru : 89 siap, 10 dalam pelaksanaan, untuk naik taraf stesen pemancar (4G/LTE) 1,485 telah siap 98 dalam pelaksanaan, untuk jalur lebar tetap 150,709 premis telah siap dan 133,280 dalam pelaksanaan. Terima kasih Yang Berhormat.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Soalan tambahan, boleh saya tanya apakah jangka masa untuk seluruh Pulau Pinang untuk merangkumi apa fiber optik ni merangkumi seluruh Negeri Pulau Pinang, terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Kalau kita rujuk kepada perancangan garis semasa perancangan bagi penaiktarafan dan penggantian copper kepada fiber oleh Syarikat Telekom Malaysia adalah dijangka proses penggantian kabel talian tetap copper kepada kabel fiber akan siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2022. Pelaksanaan projek ini dijangka akan menambah kelajuan dan seterusnya meningkatkan kepuasan penggunaan perkhidmatan jalur lebar dalam erti kata lain Yang Berhormat by the end of next year, there will be no more Streamyx di Negeri Pulau Pinang. Semuanya akan diganti dengan minimum Unifi, ini akan membantu banyaklah dan kalau kita lihat kepada ketersediaan fiber optik untuk seluruh kawasan seluruh Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri menjangka ia akan tercapai kalau ikut kita punya perancangan supposed to be by 2023 lah tetapi I think kalau semua syarikat-syarikat seperti TM, Alo, TIME semuanya bekerjasama dan merancakkan lagi pelaksanaan, kita boleh capai sebelum itu, terima kasih Yang Berhormat.

Soalan tambahan, terima kasih YB. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas penjelasan Yang Berhormat yang telah sedikit sebanyak melegakan masalah yang dihadapi di kawasan-kawasan luar bandar. Saya nak penjelasan sedikit tentang projek pemasangan kabel adakah penglibatan pihak saya dengar ceritalah ada pihak TNB akan bersama untuk melaksanakan pemasangan kabel fiber optik ini. Jadi apakah kaedah yang dilaksanakan sama dengan ni ka atau menggunakan saluran TNB yang ada? Keduanya, masih tentang kawasan-kawasan yang masih lagi tak mendapat liputan, adakah ada satu green lane untuk dipercepatkan untuk kawasan yang cukup bermasalah dan kita senaraikan senarai kawasan-kawasan yagn terlibat untuk tindakanlah, terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua. Soalan yang baik. Betul, apa yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Sungai Dua. Syarikat TNB sudah memasuki dalam arena telekomunikasi melalui anak syarikatnya yang bernama Alo seperti yang saya telah sebut tadi. Syarikat Alo ni akan melaksanakan apa ni perniagaan infrastruktur telekomunikasi yang dilaksanakan oleh TNB dan mereka yang menariknya akan menyasarkan kawasan-kawasan lain daripada yang telah pun apa ni ada perkhidmatan TM, perkhidmatan TIME. Jadi dia punya fokus sebenarnya adalah kawasan-kawasan yang kita panggil underserved areas, kawasan-kawasan yang mungkin tidak mempunyai rangkaian fiber optik pada masa kini dan malah Kerajaan Negeri memang mempunyai apa ni perbincangan bersama-sama dengan Alo, Alo telah pun dijemput untuk menyertai Jawatankuasa Pemandu Telekomunikasi yang dipengerusikan oleh saya dan setelah perbincangan Kerajaan Negeri pun telah bersetuju dengan Alo untuk mensasarkan beberapa kawasanlah underserved. Sebagai permulaan kawasan Seberang Jaya, kawasan Penanti, kawasan Batu Maung adalah antara kawasan yang awal lah dan selepas itu dia akan moved kepada kawasan-kawasan lain, terima kasih Yang Berhormat.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjung Bunga atas jawapan tentang akses internet. Saya ada satu soalan tambahan mengikut jawapan yang saya terima daripada Yang Berhormat Tanjong Bunga pada mesyuarat yang lepas, kerja-kerja menaik taraf untuk pemasangan fiber optik akan diselesaikan dalam tempoh sehingga tahun 2022. Jadi, saya ingin bertanya sehingga kini apakah status peratusan pencapaian kawasan yang telah disiapkan dan dimanakah kawasan yang telah selesai kerja-kerja tersebut? Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Berangan, info tu kita ada dan saya akan saya boleh bagi kepada Yang Berhormat lah tetapi sepatutnya actually kalau ikutkan jawapan dahulu dia sepatutnya selesai lebih awal sikit tetapi disebabkan PKP itu ada lambat sikit lah tadi saya kata pertengahan tahun 2022 tu ada kemungkinan besar boleh capailah tapi status terkini mana yang dah siap kita boleh bagi, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Seterusnya.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Bismillahir Rahmanirrahim YB. Dato’ Timbalan Speaker, denan izin soalan saya nombor 52. No. 52. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan berapakah jumlah pemohon yang telah memohon Skim Pinjaman PEKA PKS 3.0 dan berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih YB. Dato’ Timbalan Speaker dan juga Yang Berhormat Permatang Pasir terima kasih yang bertanya Skim Pinjaman PEKA PKS 3.0, Yang Berhormat setakat 29 Oktober 2021 iaitu tarikh tutup permohonan sejumlah 627 permohonan telah diterima dan sehingga 23 November 2021, sejumlah 411 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pinjaman berjumlah RM4.70 juta, terima kasih.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Seterusnya. Ada?

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Ada soalan tambahan. Boleh dijawab oleh Yang Berhormat EXCO permohonan ada 627 saya kira ia jumlah yang tidak begitu besar jadi adakah ada apa-apa shortcoming atau kekurangan dalam proses pengiklanan atau pun promosi skim pinjaman ini kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana di Pulau Pinang, terima kasih Yang Berhormat.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa untuk soalan ini saya kena check dengan Yang Berhormat Batu Maung dan saya akan minta Yang Berhormat Batu Maung untuk memberi jawapan tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saya agak faham bahawa soalan ini ditujukan dan seharusnya dijawab oleh Dato' Haji Halim, Batu Maung tapi soalan nanti boleh dijawablah….(gangguan)

Cuma saya nak tanya tentang setiap pinjaman ini dia akan ada masalah dengan non-performing loan ataupun orang tak bayar tapi kita akan pasti gunakan bayaran balik ni untuk kita keluarkan bagi pinjaman untuk peniaga yang ke hadapan. Ini setakat inilah, PEKA ni dah 3.0 jadi mungkin ada 1.0, 2.0. Jadi setakat ini prestasi pembayaran balik tu macam mana dan apakah tindakan kita akan ambil kepada mereka yang tidak membayar pinjaman ini. Jadi ini merupakan satu bentuk pinjaman yang baik yang perlu kita teruskan cuma kita nak pastikan prestasi pembayaran balik itu, terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Komen daripada Yang Berhormat Sungai Dua ya, Kerajaan Negeri akan ambil maklumlah dan saya akan bagi statistik prestasi sama ada berapa peratus yang menjadi non-performing loan dan sebagainya, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih dan seterusnya.

Dato’ Mustafa Kamal Bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Terima kasih YB. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 53. No. 53. Apakah pelan perancangan jangka masa pendek dan panjang untuk membantu rakyat di Negeri Pulau Pinang yang terjejas mata pencariannya akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan seperti dibuang kerja?

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Terima kasih di atas soalan tadi. Pelan perancangan jangka masa pendek dan panjang oleh Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat Negeri Pulau Pinang yang terjejas mata pencarian adalah seperti berikut: Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi pusat bantuan kerjaya dan bakat Pulau Pinang (Pusat CAT) telah melaksanakan pemadanan kerja secara berkumpulan ‘group job matching’ untuk membantu pencari kerja dengan menjalankan pemandanan jawatan bersesuaian apabila menerima permintaan daripada majikan atau syarikat. Pusat CAT akan mendapatkan maklumat tentang jenis pekerjaan untuk syarikat yang mengalami penutupan, susulan itu Pusat CAT akan menjalankan prosedur pemadanan kerja secara berkumpulan dengan syarikat yang diperluaskan operasi. Kedua, laman sesawang Pusat CAT menjadi satu titik tumpuan kepada majikan dan juga pencari kerja melalui perkhidmatan percuma laman sesawang Pusat CAT ini pihak majikan dapat mempromosi peluang pekerjaan yang ditawarkan manakala pencari kerja juga dapat memohon pekerjaan. Bagi individu yang kehilangan pekerjaan mereka boleh membuat permohonan untuk mendapatkan skim insurans pekerja yang akan memperolehi ID MyFutureJobs secara automatik. Empat, jangkauan kepada agensi-agensi pekerjaan lain secara proaktif bagi memahami peluang-peluang pekerjaan yang aktif untuk dipanjangkan kepada pencari kerja melalui laman sesawang serta Facebook Pusat CAT. Kerajaan Negeri juga melalui Pusat CAT terus memainkan peranan untuk meningkatkan pertumbuhan sumber manusia melalui Kempen My Penang, My Workplace yang bertujuan untuk membantu golongan yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Di bawah kempen ini terdapat beberapa siri webinar bertajuk ‘Onwards and Upwards : Explore New Careers in Penang’ telah dianjurkan oleh Pusat CAT yang disertai oleh syarikat-syarikat di Pulau Pinang bagi memberi perkongsian kepada pencari kerja khususnya golongan yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan, lepasan graduan dan pelajar-pelajar institut pengajian tinggi mengenai peluang pekerjaan yang terdapat di syarikat masing-masing di samping keistimewaan bekerja dengan syarikat-syarikat tersebut. Enam, bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam membantu pencari kerja melalui program-program seperti latihan, kaunseling, insentif kewangan dan lain-lain. Tujuh, bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk mempromosikan maklumat tentang peluang pekerjaan yang tersedia seperti dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Projek Koridor Utara (NCIA) bagi program-program seperti NCER Strategic Intervention Programme empower NCER, JomKerja dan JomNiaga di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan TalentCorp untuk Program Career Comeback.

Lapan, selain itu Kerajaan Negeri turut bekerjasama dengan agensi-agensi lain melalui investPenang untuk meneruskan usaha mempromosi dan menarik pelaburan sama ada pelabur baru atau penambahan pelaburan daripada pelabur sedia ada di samping membantu pembangunan industri kecil dan sederhana tempatan. Sembilan, selain daripada sektor pembuatan usaha dipertingkatkan dalam mempelbagaikan pelaburan daripada sektor Perkhidmatan Perniagaan Dunia (GBS) bagi menambah peluang pekerjaan dalam bidang kewangan, teknologi, maklumat seni kreatif, persiaran dan sumber manusia tertinggi. Sepuluh, Kerajaan Negeri melalui Penang Youth Development Corporation (PYDC) telah melancarkan portal pencarian kerja ‘We Want You’ pada Jun 2020 sebanyak 463 majikan telah mendaftar dalam platform ini dan mengiklankan sebanyak 990 peluang pekerjaan. Kerajaan Negeri juga terus melaksanakan program-program bantuan bagi menggalakkan keusahawanan dalam kalangan rakyat Pulau Pinang khususnya kepada pencari kerja. Antara program-program yang dilaksanakan adalah seperti skim Pinjaman Harapan, Tabung Usahawan Tani Negeri Pulau Pinang, Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi dan lain-lain. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Teruskan dengan soalan seterus.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih YB. Timbalan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 54. No. 54. Mengikut statistik daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Liga Super 2021, Penang FC mencatat jumlah pasukan ketiga tertinggi raih tontonan iaitu 13.2 juta menerusi platform Youtube rasmi Unifi. (a) Adakah MFL membayar royalty penyiaran kepada Penang FC dan berapa jumlah yang diterima? (b) Berikan perincian bagaimana royalty tersebut digunakan.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih YB. Timbalan Yang di-Pertua, saya menjawab soalan nombor 54 daripada YB. Batu Uban sehingga kini Penang Football Club masih belum menerima sebarang bayaran berkaitan royalti penyiaran menerusi saluran Youtube rasmi Unifi. Mesyuarat Rakan Kongsi mereka bersama pihak MFL pada awal musim tahun 2021 memaklumkan bahawa butiran perincian agihan royalti penyiaran akan dibuat selepas tamat liga dan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Rakan Kongsi Liga pada 22 November 2021. Selain itu, siaran perlawanan bola sepak Liga Super yang turut melibatkan perlawanan Penang FC di saluran Youtube adalah merupakan ehsan daripada pihak Unifi yang mana sepatutnya ianya hanya disiarkan di laman rasmi Unifi sahaja.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Soalan tambahan YB. Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih atas maklum balas yang diberikan. Mungkin selepas ini mungkin Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan memohon

supaya MFL membayar royalti hasil daripada kutipan sebab memang kita tahu Youtube akan membayar royalti juga kepada pihak MFL. Okey, soalan saya adakah Penang FC juga bekerjasama dengan mana-mana organisasi luar untuk pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi klinik bola sepak dan apakah rancangan dan inisiatif yang diambil oleh Penang FC? Terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih YB. Timbalan Yang di-Pertua, saya jawab soalan tambahan daripada YB. Batu Uban di mana untuk penganjuran akademi atau pun anjuran klinik sukan bola sepak memang adalah salah satu tanggungjawab daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Pulau Pinang bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang mahu pun sehingga sekarang dari segi pembangunan sukan di mana Penang Football Club juga bekerjasama memainkan roll yang penting dengan persatuan-persatuan seperti Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan juga Persatuan Bola Sepak Negeri Pulau Pinang sempena ulang tahun ke-100 untuk Persatuan Bola Sepak Negeri Pulau Pinang, maka klinik-klinik sukan akan dianjurkan. Oleh kerana mulai 1 Jun tahun ini Kerajaan Persekutuan melaksanakan PKP sekali lagi banyak aktiviti-ativiti sukan terutama klinik-klinik sukan tidak dapat dijalankan tetapi selepas pembukaan klinik bola sepak anjuran daripada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bersama dengan Penang Football Club (PFC) telah dianjurkan pada 24 Oktober 2021 di Kompleks Sukan Sony dan juga pada 28 November 2021 iaitu minggu lepas juga ada anjuran satu klinik bola sepak di Stadium Bandaraya. Buat setakat ini bukan kita tidak mahu mempromosikan aktiviti sukan atau pun klinik sukan tetapi kena ikut SOP dan kena hadkan kapasiti peserta-peserta yang ambil bahagian di mana anak-anak yang ingin hadir haruslah ditemani oleh ibu bapa mereka dan maksimum 50 peserta. Ke semua kedua-dua klinik itu memang penyertaan sambutan yang baik, penuh so saya harap persatuan-persatuan, akademi-akademi bola sepak di Negeri Pulau Pinang bolehlah menghantar kertas cadangan kepada pejabat saya atau pun kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang atau pun kepada Penang FC. Kita sama-sama untuk bekerjasama juga melibatkan Persatuan Bola Sepak Negeri Pulau Pinang sama-sama membangunkan sukan bola sepak mencari bakat baru untuk masa depan kita. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih, soalan nombor 55 telah dijawab bersama dengan soalan bernombor 12, saya memberi kebenaran kepada MMK Kesihatan untuk memberi satu berita baik untuk semua ADUN-ADUN dan juga penduduk-penduduk Pulau Pinang. Saya minta MMK Kesihatan 2 minit untuk itu.

Terima kasih YB. Timbalan Yang di-Pertua, saya hendak war-warkan kepada semua dan ada ADUN-ADUN yang tanya soalan yang saya tidak sempat jawab, jadi terkini pagi ini saya telah diberitahu oleh CEO Protect Health ada data yang agak alarming di Pulau Pinang kita punya attrition rate ataupun mereka yang datang ke mengambil booster dose yang telah mendapat temujanji about 50 percent tidak hadir, jadinya keputusan telah dibuat sesiapa yang hendak ambil Sinovac boleh mengambil Sinovac.

Mula-mula semalam keputusan ialah hanya untuk di PPV offside tetapi pada pagi ini diberitahu yang penduduk Pulau Pinang yang kalau selepas tiga (3) bulan yang telah mengambil Sinovac boleh mengambil booster dose kalau betul-betul tidak mahu ambil Pfizer boleh mengambil Sinovac di mana-mana 86 klinik swasta dan 8 hospital dan PPV offside. Setakat ini kita ada tiga (3) PPV offside di Sunshine dan juga di Tapak Ekspo dengan lagi satu di Flextronic di Bukit Minyak tetapi harini pun ada lawatan Protect Health untuk menambah, hari ini pun ada inspection pada hari Jumaat pada pukul 3.00 petang...(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

YB. Ahli Kawasan Penanti, 2 minit siap. Okay, seterusnya soalan nombor 56.

Y.A.B. Ketua Menteri: Dato’ Yang di-Pertua, saya cadangkan Yang Berhormat EXCO keluarkan satu kenyataan untuk menerangkan sejelas-jelasnya perkara ini.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Seterusnya. Soalan 56, Pulau Betong.

Haji Mohd Tuah Bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Soalan saya nombor 56. No. 56. Sekolah SK dan SMK luar bandar kerap memohon bantuan untuk kemudahan pembelajaran dan infrastruktur. Begitu juga dengan sekolah KAFA dan SAR sering memohon bantuan. (a) Bagaimanakah peruntukan Bajet 2021 Kerajaan Negeri untuk membantu sekolah ini?

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Terima kasih kepada soalan Pulau Betong. Sektor pendidikan adalah di bahawa bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan bagi pembangunan Makmal Pencipta (Macab lab) di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dengan kos berjumlah RM2,082,000.00 pada tahun 2020. Bagi tahun 2021, sejumlah RM800,600.00 telah disediakan bagi kerja-kerja pendawaian elektrik untuk Macab lab di sekolah-sekolah yang terlibat. Senarai sekolah yang terlibat akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat. Seterusnya, bagi Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan KAFA pula, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM3 juta pada tahun 2021 di bawah pemberian Bantuan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Penerima bantuan ini merangkumi 334 institusi Pendidikan Islam iaitu Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Rendah Agama (SRAR), Maahad Tahfiz, Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) Integrasi, KAFA Tulen, TADIS dan Sekolah Rendah. Selain tu, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan berjumlah RM6.5 juta pada tahun 2021 bagi projek-projek pembinaan Sekolah Agama Rakyat di bawah Vot P13 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau

Pinang. Kerajaan Negeri berharap peruntukan yang disediakan ini dapat membantu SAR dan Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA) untuk beroperasi dengan baik. Itu sahaja.

Haji Mohd Tuah Bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Soalan tambahan. Biasanya Pejabat ADUN menghadapi aduan, menerima aduan berhubung dengan sekolah SK dan SMK. Diantaranya ialah contoh infra yang, contoh, air conditioner tidak berfungsi, tandas tidak berfungsi dengan baik untuk dibaikpulih. Masalahnya ialah bila kita nak buat tinjauan untuk kita cuba nak bantu tapi masalah kita tak dibenarkan masuk ke sekolah. Jadi masalah timbul ialah tidak selesanya khususnya di kalangan pelajar dan guru di SK dan juga SMK menghadapi keadaan yang begini. Jadi bagaimana kita nak bantu masalah kadang-kadang ada pelajar terpaksa, dia tak nak masuk tandas, contoh tak selesa sebab daif sangat tandas terpaksa tahan kencing, daripada masuk sekolah sampai balik di rumah. Ini di antara masalah yang kita hadapi bila ada SK dan SMK mohon untuk nak bantu, inilah kekangan kita. Jadi minta penjelasan kepada Yang Berhormat Perai.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Ya. Terima kasih. Ini saya rasa, terima kasih Pulau Betong. Ini sebenarnya menggambarkan realiti, masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri untuk membantu Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan. Jadi ada banyak peristiwalah saya tak payah sebutkan di sini. Kita tak dibenarkan masuk sekolah juga dan satu segi mereka perlu bantuan kewangan dan sebagainya. Bukan Kerajaan Negeri tidak mau bantu, saya rasa banyak ADUN dan Ahli Parlimen juga bantu mereka. Dan saya sendiri bantu sekolah menengah dan sebagainya atas permintaan PIBG, sekolah tak minta, PIBG minta. Tapi kita, dengan syor, kita tak boleh pergi sekolah. Kadang-kadang kita pun rasa macam, macam mana, satu segi, saya pun faham keadaan mereka. Saya pun faham, satu segi guru besar-guru besar ini tak mahu ada apa-apa hubungan, mereka takut untuk ambil gambar dengan kita. Jadi inilah cabaran kita. Tapi walau bagaimanapun, atas kebajikan pelajar, ibu bapa, kita mau bantu mereka tapi dari segi yang lain, saya ingat pihak pentadbiran JPN, bukan mereka tak baik, tapi saya boleh faham sebab mungkin ada arahan secara lebih implicit. Jangan ada apa-apa hubungan dengan Kerajaan Negeri atau EXCO Pendidikan dan sebagainya. Jadi inilah kita menghadapi dan saya sebut satu perkara, semasa Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri, kita pergi ke sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan, tiba-tiba guru besar telah dipindahkan 24 jam. Jadi kalau kita rasa kita mau pergi pun kita tak mau bagi kesusahan kepada guru besar-guru besarlah. Mungkin ini akan menjejaskan jawatan mereka dan sebagainya. So jadi semasa Pakatan Harapan, kita tak ada masalah antara JPN dengan Kerajaan Negeri. Satu hubungan yang baik sekali. Tapi apabila Pakatan Harapan jatuh, maka hubungan ini ada lain. Saya tak mau salahkan mana-mana pihak, JPN ataupun di peringkat daerah, tak ada. Cuma mungkin ada arahan, saya pun tidak tau, mungkin implicit, mungkin tersirat dan sebagainya. Jadi inilah isu ini, tapi ini tidak menghalang Member of Parliament, DUN, EXCO untuk membantu Sekolah Kebangsaan di kawasan mereka masing-masing. So saya faham apa di Pulau Betong, satu adalah mungkin keadaan ini teruk, macam ini bila kita buat Macab lab, tapi tak ada wiring di sekolah, kemudian kita bantu dengan dana RM800,000.00 lebih kepada JKR supaya buat wiring di sekolah-sekolah tertentu. Jadi ini saya rasa hanyalah segelintir sekolah sahaja. Ada banyak lagi sekolah yang tidak ada kemudahan asas. Terima kasih.

Terima kasih. Saya terpanggil untuk menyentuh tentang tidak dapat datang ke sekolah pihak-pihak kerajaan. Jadi saya rasa benda ini benda yang saya rasa, tak taulah, saya tak nampak dia berlaku. Kalau kita dengan niat yang baik untuk membantu. Dan saya rasa mungkin tidak ada arahan, mungkin anggapan sahaja…(gangguan).

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Perbetulkan kenyataan Ketua Pembangkang, memang berlaku, di kawasan saya pun berlaku...(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saya minta Permatang Pasir, Pulau Tikus, duduk.

Saya juga merasakannya semasa saya, masa PH dulu, saya juga tak boleh masuk sekolah. Jadi saya rasa benda yang sama juga berlaku...(gangguan)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Minta Pulau Tikus, Permatang Pasir, duduk. Benarkan Sungai Dua.

Sebab kita nak membantu sekolah. Ada peruntukan yang disalurkan walaupun tak banyak tapi boleh membantu sekolah. Peruntukan ADUN juga ada. Jadi benda ini saya rasa perlu diperbetulkan. Kalau saya jadi Menteri Pendidikan, saya tak bagi keadaan macam ini berlaku....(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Timbalan Speaker, Sungai Dua nyatakan dibenarkan masuk. Ini evidence, dulu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mak Mandin, guru besar ditukar dalam masa 24 jam. Masa BN. Sekarang Perdana Menteri daripada BN, saya cadangkan Ketua Pembangkang sila beri tahu kepada PM jangan buat benda ini. Kita nak tolong sekolah. Budak sekolah tidak boleh mengundi dalam pilihan raya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bagan Dalam sudah. Sungai Dua.

Saya juga merasakan keadaan yang sama...(gangguan)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, Sungai Dua. Terima kasih.

Masa PH dulu saya juga merasakan keadaan yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Sungai Dua.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Saya rasa tidak ada perbezaan antara saya dengan Sungai Dua. Kita walaupun Pembangkang, kalau untuk kerajaan, bersama-sama kita membantu sekolah, kita bantu kanak-kanak, bantu ibu bapa. Saya tak ada apa-apa problem tapi halangan adalah halangan politik...(gangguan).

Saya dulu saya gunakan PIBG. Saya gunakan PIBG untuk menyalurkan kalau ada peruntukan. Saya tak gunakan pihak sekolah, mungkin pihak sekolah dia terikat dengan pelbagai arahan dan sebagainya....(gangguan).

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Beginilah Ketua Pembangkang, Kementerian Pelajaran dapat dana RM60 billion lebih, yang besar sekali kalau kita banding dengan kementerian-kementerian lain. Tapi saya rasa kenapa keadaan di sekolah, Sekolah Kebangsaan ini, ada Sekolah Kebangsaan yang saya rasa, fasiliti semua ini baik. Ada yang teruk sekali, ada yang betul tadi Pulau Betong kata, ada kemudahan tandas teruk sekali. So bukan kerajaan, bukan kita tak mau tolong tapi proses pertolongan ini adalah terbatas, ada halangan. So jadi kalau kita pergi sekolah bersama dengan guru besar, saya ingat saya pasti tindakan akan diambil terhadap guru besar. Ini pernah berlaku. Dan juga baru-baru ini guru besar telah dapat amaran sebab dia bersama-sama saya walaupun dia sembunyi belakang. Dapat amaran daripada JPN. So jadi saya, saya tak ada apa-apa dengan Pengarah JPN, saya rasa saya kawan baik dengan dia tapi dia sendiri tidak boleh bertindak secara sukarela.

Haji Mohd Tuah Bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Dato’ Speaker...(gangguan)

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu memberikan lap top.....(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

One at the time. Permatang Pasir, duduk sekejap.

Keadaan macam ini perlu diperbetulkan sebab saya rasa, saya pun pernah merasakan keadaan itu. Saya juga terkena, kena tindakan macam tu juga dulu. Bila kerajaan bertukar, dia akan jadi macam tu. Jadi kita kena perbetulkan benda ni. Bab pendidikan, bab kesihatan dan sebagainya tak boleh ada…(gangguan).

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Siapa perbetulkan keadaan ini? Kerajaan Pusat, bukan kita.

Kita kena bangkitkan. Kita cuba perbetulkan, kita cuba perbetulkan.

Haji Mohd Tuah Bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Dato’ Speaker...(gangguan)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Semua duduk. Minta Sungai Dua duduk.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Saya ingin menambah Timbalan Speaker. Ketika mana, ini fakta, ini fakta…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

No. No more question.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Ketika Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan lap top kepada pelajar, ada sekolah yang menolak sedangkan ketika pandemik itu, kita belajar dalam proses PdPR.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, Permatang Pasir. Permatang Pasir duduk.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Ini fakta. Saya ingat lagi, kita minta Kerajaan Pusat, kita minta wakil-wakil dalam Dewan yang mulia ini, dari UMNO, PAS bersatu bawa isu ini ke Kerajaan Pusat, betulkan apa yang berlaku di bawah. Jangan diskriminasi. Konsep federalisme itu perlu dipatuhi dan dihormati....(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Duduk, duduk. Semua diminta duduk. Semua duduk.

Haji Mohd Tuah Bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Dato’ Speaker. Saya ada satu yang terkini. Dato’ Speaker, Pulau Betong, daripada ada satu institusi, dia minta supaya: “Saya ada hajat daripada Pengetua ada hajat, minta bantuan daripada YB, bantuan kepada pelajar asrama yang dikuarantin untuk pencegahan wabak yang tersebar. Kalau adanya, minta bantu kami”. Lepas tu, dia datang pula satu message: “Kami tidak dibenarkan membuat permohonan kepada pihak luar, cuma saya verbal sahaja”. Jadi kita nak bagi macam mana? Ini di antara arahan yang saya terima. Maknanya kita nak bagi bantuan tapi masa yang sama ditegah oleh pihak…(gangguan).

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Sebab kita government sekarang, di Pulau Pinang government, so kena hormat konsep federalisme. Kita adalah kerajaan di negeri. UMNO di pusat, jadi kena hormat. Tak sama kerana ini adalah bantuan daripada Kerajaan Negeri. Hormat Kerajaan Negeri, respect Kerajaan Negeri...(gangguan)

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Hormat Kerajaan Negeri. Kamu ADUN duduk di Pulau Pinang. Hormatilah Kerajaan Negeri Pulau Pinang...(gangguan).

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Hari ini saya suka, Ketua Pembangkang sudah panas.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Tak sama.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Tak sama.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Permatang Pasir duduk.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Kita kerajaan. Kita nak mudahkan rakyat, bantu pelajar.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pulau Tikus, duduk.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Dalam proses PdPR tidak diberikan. Tak sama.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okay, okay, next kita teruskan. Seterusnya…(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Speaker, saya pun ada SK, saya tak dibenarkan masuk.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, kita pergi ke soalan yang seterusnya. Okey.....(gangguan) Dah, okey. Nanti duduk di luar minum kopi teh bincang ini dan perbetulkan. Terima kasih, duduk. Seterusnya soalan 57, Yang Berhormat Seberang Jaya tiada ada di Dewan, kita lonjak ke soalan 58.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih. Selamat pagi saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua, soalan Pengkalan Kota, soalan ke 58. No. 58. ADUN yang paling tadah. (a) Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang berpaling tadah dan tidak lagi menyokong Kerajaan Negeri selepas Langkah Sheraton? (b) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengambil tindakan selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 14A, Perlembagaan Negeri?

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Sebelum menjawab soalan 58, Pengkalan Kota, saya setuju dengan ADUN Perai, Yang Berhormat Perai ada buat kali pertama kita saksikan Ketua Pembangkang boleh hot juga, boleh panas juga. [Ahli Dewan menepuk meja] Minum kopi tak selesaikan masalah ini. Lebih baik kalau ada baik partition community summon State Education Director untuk memberi penjelasan. Saya arahkan TKM II mengaturkan mesyuarat ini. Boleh? [Ahli Dewan menepuk meja]

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Saya bersedia bila-bila.

Y.A.B. Ketua Menteri: Bersama Ketua Pembangkang dan ahli-ahli yang berminat.

Boleh boleh saya hendak macam itu.

Y.A.B. Ketua Menteri: Ini baru keluarga Malaysia. Bagi menjawab soalan dari Yang Berhormat Pengkalan Kota, Kerajaan Negeri mengecam tindakan Ahli-ahli Undangan Negeri yang berpaling tadah kerana perbuatan sedemikian mengkhianati kepercayaan dan amanat rakyat yang dimenangi dalam pilihan raya yang lalu. Wakil rakyat yang telah mengubah pendirian politik mereka dilihat sebagai sehaluan dengan barisan pembangkang negeri dan akan diperlakukan sedemikian oleh Kerajaan Negeri. Perkara 14(a) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang telah digubah khususnya untuk mengatasi situasi wakil rakyat yang berpaling tadah. Namun begitu, legality Perkara 14(a) kini sedang di cabar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang oleh ADUN-ADUN berkenaan dan telah ditetapkan untuk pendengaran pada 18 Februari 2022. Sehubungan itu, tindakan susulan bagi penguatkuasaan Perkara 14(a) akan ditangguhkan sehingga perkara ini diputuskan secara muktamad melalui proses undang-undang.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih jawapan yang telah diberikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri berhubung dengan isu ini. Sememangnya isu ini adalah penting di mana kita telah menyaksikan akibat pembelotan ini, pengkhianatan ini kita telah melihatkan kepada pergolakan situasi politik di negara kita dan juga di beberapa negeri juga. Jadi soalan saya adalah berhubung dengan perkara ini saya difahamkan sememangnya terdapat permohonan perundangan iaitu semakan kehakiman yang telah dipohon oleh pihak Kerajaan Negeri berhubung dengan pelaksanaan Perkara 14(a) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. Jadi soalan saya adalah apakah status terkini berhubung dengan proses semakan kehakiman juga agar kita dapat benar-benar memartabatkan perlembagaan negeri kita?

Y.A.B. Ketua Menteri: Okey, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Kota atas soalan tambahan. Memang betul apa yang saya jawab adalah berhubung dengan originating summons daripada empat (4) orang ADUN berkenaan. Namun begitu sebagai tindak balas kepada originating summons berkenaan pihak Kerajaan Negeri juga telah memfailkan satu permohonan mengikut Seksyen 84 - Courts Of Judicature Act untuk merujuk soalan ini berhubung dengan Constitutionality Artikel 14(a) supaya perkara ini dapat di bawa terus kepada Mahkamah Persekutuan untuk menentukan sama ada Artikel 14(a) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah tidak konsisten dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Negara.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Soalan tambahan.

Y.A.B. Ketua Menteri: Dan tarikh itu sama dengan apa yang saya nyatakan tadi sebab ini satu permohonan kepada Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi, hakim akan menentukan sama ada permohonan negeri boleh dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ya.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Ya, terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya kepada Ketua Menteri kita juga difahamkan Parlimen juga akan menggubal undang-undang anti lompat parti ini dan apakah kesan sekiranya Parlimen akan meluluskan pinda penggubalan akta anti lompat parti ini ke atas kes ini dan juga adakah Perlembagaan Pulau Pinang ini akan menjadi satu rujukan atau reference untuk Parlimen untuk mengubahkan undang-undang anti lompat parti ini. Terima kasih.

Y.A.B. Ketua Menteri:

Soalan yang baik Dato’ Yang di-Pertua, dari Bukit Tengah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Machang Bubuk.

Y.A.B. Ketua Menteri: Machang Bubuk. Bukit Tengah pun mahu tanya juga tetapi sudah ditanyakan oleh Machang Bubuk. Soalan ini perlu di jawab mengikut concion empat (4) orang ADUN ini sebab parti sendiri sekarang sudah memperjuangkan undang-undang mencegah lompat parti tetapi keempat-empat sudah lompat parti setelah lompat parti, parti mereka menghalang lompat parti. Jadi apa pendirian empat (4) orang yang lompat parti ini?

Zolkifly Bin Md LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Saya ingin pembetulan.

Y.A.B. Ketua Menteri: Saya rasa ini perlu ditentukan oleh mahkamah sekiranya undang-undang anti-hopping diluluskan oleh Dewan Rakyat maka ianya akan menjadi undang-undang negara tetapi masih tertakluk kepada proses undang-undang kalau ada mana-mana pihak nak menguji sama ada apa yang digubahkan itu konsisten dengan perkara Freedom of Association, Perkara 10(1)(c) itu pun masih terbuka untuk dicabar melainkan apa yang digubahkan itu water type dari segi ambil kira semua selok-belok undang-undang, penafsiran dan sebagainya supaya memang jelas tindakan ini diharamkan oleh undang-undang oleh Perlembagaan Negara. Jadi sekiranya undang-undang ini digubal di peringkat Dewan Rakyat saya bagi pihak Kerajaan Negeri boleh katakan kita sedia untuk meneliti apa yang digubalkan dan pinda Undang-Undang Negeri supaya konsisten dengan apa yang digubalkan oleh Dewan Rakyat supaya tidak perlu ada apa-apa percanggahan di antara Undang-Undang Persekutuan dengan Undang-Undang Negeri tertakluk kepada apa yang digubalkan pada sesi Parlimen yang akan datang. Kalau sempat dibawa kepada Dewan Undangan Negeri, saya akan bincang dengan Penasihat Undang-Undang bagaimana kita boleh streamline Undang-Undang Negeri dengan Undang-Undang Persekutuan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih.

Saya hendak minta sedikit penjelasan kerana isu undang-undang. Just a quick one kalau boleh Dato’ Timbalan Speaker? Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas isu ini yang begitu penting sekali. Daripada empat (4) saya tak nampak juga mereka di sini.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Satu sahaja.

Ada satu.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang rajin.

Oh, ada satu. Okey. Tiga (3) sudah tak lompat, dia sudah lari. Lebih teruk daripada lompat, sudah lari, saya ingat jangan lari, duduk di kerusi mana you orang sekarang? Tak boleh ada di sini pun selain daripada lompat. Now isu pokok yang dibangkitkan tadi adalah satu isu penting berkenaan court case ataupun perbicaraan di mahkamah sekarang...(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Not supposed to talk on what is going on to talk.

I know. I'm not talking about that issue is of course court case itu apakah court case itu untuk melihat sama ada anti-hopping law ini boleh di pertahankan di sisi perundangan dan di sisi Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. So that is ongoing, we have gone through this many of time. But the issue just now that was raised very interestingly by my friend, YB. Lee Khai Loon of course, is now ada satu perancangan di pihak pusat supaya ada satu Rang Undang-Undang diwujudkan untuk mewujudkan perundangan sedemikian rupa yang sama dengan Pulau Pinang sehala dan sehaluan dengan apa yang kita mulakan. Now why am I giving this perspective, ia adalah penting untuk court case. I am not talking about the court case, I not going say anything about the court case but because of that fact Dato’ Timbalan Speaker, apa yang saya berpendapat adalah mungkin court case ini perlu ditangguhkan oleh semua pihak sehingga satu keputusan dibuat oleh pihak pusat...(gangguan).

Zolkifly Bin Md LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Saya minta bantah campur tangan mahkamah...(gangguan).

Wait. I not belum habis. .....(gangguan). Duduk bagi saya habis dulu. Kerana otherwise kita akan tidak selari dengan apa yang akan berlaku. So saya harap itu dapat diambil pertimbangan lah. I, mean all lawyers here would understand. If that is going to be and that is a suggestion ada sudah pun cadangan. Dato’ Speaker, Timbalan Speaker, you all know that so tidak perlu mahkamah di dalam satu keadaan yang tidak tentu. Apabila sudah pun ada cadangan di pihak Pusat supaya ada satu penggubalan atau pun pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang akan menghalang anti-hopping ini because then, that court case can be answered without any issue, and you put the court in the predicament. Jadi kepada saya sebagai bekas peguam the best way forward on this semua tunggu dan kita minta Kerajaan Pusat supaya percepatkan penggubalan akta supaya tidak boleh lompat parti. That is what I want to say. Thank you very much.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Thank you, Datok Keramat. Let the case take it fisrt. Saya benarkan you satu minit.

Zolkifly Bin Md LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Terima kasih. Pertama sebab saya disentuh dalam hal ini. Kedua, undang-undang mahkamah ini kita dah tidak boleh masuk campur dan percanggahan memang berlaku di antara Negeri dan Persekutuan. Dan yang ketiganya saya tidak akan lompat parti, saya masih Parti Bersatu jangan paksa saya lompat parti. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih. Terus jawab.

Y.A.B. Ketua Menteri:

Kalau soalan tambahan kena ada jawapan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dia bukan kata tambah soalan, dia kata pendirian dia.

Y.A.B. Ketua Menteri: Saya pun tambah pendirian. Kita hormati pendirian Yang Berhormat. Saya pun tak nak cakap apa sebab ini lebih baik diputuskan oleh mahkamah tetapi selalunya apabila bincang isu ini kita tumpu perhatian kepada kebebasan wakil rakyat yang dipilih. Macam mana dengan pengundi yang memilih? [Ahli Dewan menepuk meja] Dalam Perlembagaan hak pengundi untuk memilih juga tergantung dalam Perlembagaan. Jadi dalam kes Kerajaan Negeri kita pun nak highlight macam mana dengan kebebasan pengundi untuk memilih tetapi setelah memilih mandat dan kepercayaan itu telah dikhianati. Itulah isu yang kita akan bawa juga.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, terima kasih, Telok Bahang.....(gangguan). Kita teruskan dengan soalan 59.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Timbalan Speaker, soalan saya soalan nombor 59. No. 59. Apakah rancangan masa hadapan oleh PBA untuk memastikan bekalan air dijamin untuk warga Pulau Pinang di mana Menteri Besar Kedah sering memberi kenyataan tidak masuk akal? (a) Apakah inisiatif diambil oleh PBA untuk mengatasi masalah tekanan air rendah di SPS di mana kawqasan perindustrian sedang dibangunkan di Byram akan menjadikan beban bagi PBA?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Jawi di atas soalan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Kalau sudah jawab di dalam penggulungan tidak payah ulang balik.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Belum.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Belum lagi dijawab.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ini soalan baru Yang Berhormat. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) dapat bawah Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan harus mewujudkan Ulu Muda Basin Authority (UMBA) untuk melindungi dan mengurus kawasan tadahan Ulu Muda. UMBA harus dibentuk untuk menyusun dan melaksanakan Rancangan Lembangan Ulu Muda bagi menjaga kepentingan 4.2 juta rakyat di Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Ini adalah disebabkan kawasan tadahan air Ulu Muda mesti dikendalikan secara lestari sebagai kawasan tadahan air utama di Wilayah Ekonomi Koridor Utara. Pengurusan lestari Oleh Kerajaan Persekutuan harus dilaksanakan untuk menghentikan sepenuhnya dan melarang semua aktiviti pembalakan, pelombongan dan lain-lain yang merosakkan kawasan tadahan air Ulu Muda tersebut. Fungsi UMBA amat penting dalam pelaksanaan program air untuk masa depan dan mempunyai empat keutamaan seperti berikut: (i) Menangani perubahan iklim; (ii) Menyokong sungai yang baik; (iii) Menggunakan air dengan berhemah; dan (iv) Menjamin bekalan air.

Keempat-empat keutamaan ini secara meluas menggambarkan cabaran yang sedang dihadapi oleh Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang berhubung keselamatan bekalan air di NCER. Justeru Kerajaan Persekutuan harus menjadi penyumbang utama melalui Peruntukan Tahunan Persekutuan yang diperoleh daripada hasil cukai negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Sebagai penerima manfaat langsung dari UMBA yang dicadangkan, ketiga-tiga negeri ini juga boleh menyumbang untuk membiayai Lembaga berkenaan.

Yang Berhormat untuk soalan mengenai penyelesaian masalah tekanan air di kawasan Seberang Perai Selatan, penyelesaian jangka masa pendek adalah pengagihan air secara kawalan injap air supaya aliran air yang lebih tinggi disalurkan ke kawasan SPS, pengeluaran maksimum dari loji rawatan air Sungai Dua untuk mengekalkan tekanan yang tinggi. Untuk penyelesaian jangka masa panjang kita ada cadangan pembinaan rumah pam di Kubang Semang tahun siap 2023, menaik taraf sistem pam di Bukit Minyak dijangka siap 2024, pembinaan Loji Rawatan Air Mengkuang 2024, menaik taraf Fasa 2 di loji rawatan Air Sungai Dua dan pembinaan fasa 12A di loji rawatan air Sungai Dua dijangka siap 2022 dan 2023. Penggantian paip juga yang dilaksanakan pada setiap tahun. Terima kasih Yang Berhormat.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Dato’ Timbalan Yang Di-Pertua soalan tambahan. Soalan tambahan saya berkenaan dengan bekalan air di masa hadapan di Negeri Pulau Pinang. Satu kenyataan sidang media telah dikeluarkan oleh PBA pada bulan Ogos di mana kita sedia maklum pembinaan Lapangan Terbang di Kulim akan menjejaskan daripada laporan EIA kita dimaklumkan pembinaan Lapangan Terbang Kulim akan menjejaskan atau pun mencemarkan Sungai Muda di mana sedia maklum YB. Padang Kota telah mendapatkan, walaupun mendapatkan soalan atau pun jawapan daripada semasa di Parlimen baru-baru ini di mana pembinaan Lapangan Terbang Kulim masih belum diluluskan tetapi soalan saya adalah berkaitan dengan apakah peranan Kerajaan Negeri atau pun PBA sekiranya pada masa hadapan Lapangan Antarabangsa Kulim diluluskan, di mana kita risau bahawa pembinaan tersebut akan menjejaskan sumber air di Sungai Muda dan akan mencemarkan alam sekitar? Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Jawi soalan tambahan yang cukup baik. Sebenarnya kerisauan Kerajaan Negeri adalah mengenai effluent yang bakal di discaj kepada Sungai Muda daripada cadangan projek pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, itu satu tapi jangan lupa projek tersebut bukan hanya satu lapangan terbang Yang Berhomat Dato’ Speaker, projek itu juga membabitkan pembinaan satu aerotropolis iaitu pembangunan yang besar-besaran dia memang pembangunan berskala besar, ada kawasan perindustrian dan macam-macam. Apabila kita ada kawasan perindustrian, aerotropolis, lapangan terbang, syarikat-syarikat logistik dan sebagainya sudah tentu akan ada effluent yang kita khuatiri akan masuk ke dalam air Sungai Dua dan menjejaskan bekalan air untuk tiga (3) negeri sebab Sungai Muda adalah sangat penting bagi Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, Sungai Muda merupakan sumber air mentah utama bukan sahaja kepada tiga (3) Loji Rawatan Air SADA dan tujuh (7) muka sauk JPS Negeri Kedah dan di Pulau Pinang kita mengambil air untuk Loji Rawatan Air Sungai Muda dan juga dua (2) muka sauk JPS. Jadi ia sememangnya satu sumber air yang sangat penting bukan sahaja untuk bekalan air minum tapi juga untuk pertanian dan kualiti air mentah Sungai Muda sudah tentu akan terjejas sekiranya ada effluent dari loji-loji kumbahan dan sebagainya daripada projek KXP dan juga aerotropolis. Malah Kerajaan Negeri telah pun memanjangkan kebimbangan ini serta bukti-bukti dan juga unjuran-unjuran yang telah dibuat mengenai effluent tersebut kepada Majlis Air Negara. Kerajaan Negeri sebenarnya kita nak elak daripada berlaku situasi seperti mana yang berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor, yang setiap dua, tiga bulan tak ada air, betul? Kita selalu dengar daripada kawan-kawan di Selangor, di KL setiap dua, tiga bulan mesti ada masalah dengan bekalan air. Tapi mujur di Pulau Pinang tak pernah berlaku tapi kalau kita nak pastikan perkara

ini dapat stable untuk masa depan maka kita perlu melindungi sumber air mentah yang paling utama di kawasan utara negara kita iaitu kawasan Ulu Muda. Jadi, Kerajaan Negeri sememangnya menyarankan supaya Kerajaan Persekutuan mengambil kira semua risiko-risiko terhadap kualiti air mentah Sungai Muda pada masa depan sekiranya projek ini akan berjalan. Ini sangat penting bukan hanya untuk Pulau Pinang tapi untuk seluruh tiga-tiga negeri di Wilayah Utara, terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Tanjong Bunga yang telah menjelaskan tentang tindakan yang akan diambil. Jadi Ulu Muda based in authority memang satu benda UMBA satu perkara yang terpenting kalau kita melibatkan ketiga-tiga negeri di bawah Kerajaan Persekutuan untuk satukan sebab kita kena jaga sumber, sumber air tu kita kena jaga. Inilah authority yang akan melaksanakannya. Saya nak tau apakah perkembangan sehingga kini dari segi Ulu Muda based in authority sampai dekat mana dah? Baru nak bincang ka? Dah sampai ke tahap kita akan laksanakan supaya dia boleh menyelesaikan semua masalah sumber air kita selesai, kita boleh selesaikan hubungan antara negeri, selesaikan masalah yang berbangkit, yang berbangkit kadang-kadang benda yang tak sepatutnya dibangkitkan, jadi kita boleh selesaikan. Setakat mana perkembangan? Satu lagi tentang source-source lain? Saya bangkitkan dalam Dewan yang dulu, apakah perancangan PBA untuk memastikan bekalan air ni berterusan dengan baik kalau kita tidak mempunyai perancangan jangka panjang? Saya pernah cadangkan untuk kita ambil air Sungai Prai yang sungainya agak besar dan datang daripada Sungai Kulim dan juga Sungai Muda ada cabangnya. Jadi kalau bolehlah kita fokuskan juga Sungai Perai ni dan juga mungkin Sungai Juru tapi mungkin kos agak tinggi untuk kita buat treatment dan sebagainya, nak buat pembersihan sungai dan sebagainya. Tetapi bila kita dah bersihkan sungai, najis khinzir pun kita dah selesaikan, saya rasa benda ni boleh kita laksanakan untuk kita pastikan ada, ada sumber-sumber lain sebagai pengganti atau pun sebagai benda perkara yang kita nak sediakan kalau ada apa-apa berlaku. Saya tak mahu berlaku macam di Selangor, air tak ada dan sebagainya kurang, ia melibatkan banyak ni industri kita pun akan terjejas macam-macam benda lagi, rakyat marah dan sebagainya. Jadi kita kena ada perancangan, saya nampak Sungai Perai, sungai-sungai yang kita ada ni boleh kita buat, Insya-Allah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Jawi, last, soalan last.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Dato Timbalan Speaker, minta soalan. Soalan saya kepada Sungai Dua juga di mana kita faham wakil daripada Parlimen Nibong Tebal adalah Timbalan Menteri dalam bidang ini. So soalan saya, adakah Kerajaan Negeri pernah dijemput untuk berbincang dengan Timbalan Menteri atau pun Kementerian tentang isu ini dan di mana saya rasa, saya percaya Sungai Dua sebagai wakil rakyat Pulau Pinang, warga Pulau Pinang memang Sungai Dua akan mempertahankan dan menyokong peranan Kerajaan Negeri di mana dalam isu ini tentang pencemaran air akibat pembinaan Lapangan Terbang Kulim pada masa hadapan, terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat atas keprihatinan atas isu air, keselamatan air, water security untuk seluruh Wilayah Utara. Sebenarnya pendirian Yang Berhomat Sungai Dua tu baik dan Kerajaan Negeri pun cukup setuju, sebenarnya perkara UMBA ini adalah sangat diperlukan dan beberapa kenyataan media telah pun dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, surat pun telah diutuskan kepada pihak Kementerian. Namun begitu buat setakat ni tak ada lagi perkembangan saya minta sepertimana Yang Berhormat Jawi kata kalau boleh Sungai Dua pun tolong sekali sebagai Pembangkang untuk mempertahankan sumber air mentah untuk Negeri Pulau Pinang dan juga Kedah dan juga Perlis ya, kalau boleh kita nak mewujudkan UMBA ni supaya semua stakeholder termasuk Kerajaan Persekutuan dan ketiga-tiga Kerajaan Negeri dapat bersekali untuk memastikan sumber air dapat di lindungi. Yang Berhormat tadi ada menyebut mengenai alternatif Sungai Perai sebagai alternatif. Ini sudah dalam perancangan Kerajaan Negeri. Kita sememangnya ingin menjadikan Sungai Perai sebagai salah satu sumber air mentah dan cuma kapasiti Sungai Perai kita dapati hanya dalam 136 juta liter sehari lah LMD, tidak begitu banyak tapi akan membantu juga dan kita sedang dalam perancangan namun Sungai Perai ini disebabkan kualiti air kurang baik jadi kaedah rawatan tu mungkin akan berbeza sedikit dan mungkin akan lebih mahal sedikit lah tapi untuk 136 LMD itu boleh dipertimbangkan dan sudah tentu pencemaran daripada najis-najis khinzir dan sebagainya tu adalah satu salah satu masalah yang perlu dibendung lah sebelum kita boleh saya menggunakan air di Sungai Perai. Untuk Sungai Juru berdasarkan kajian yang dibuat memang tidak dapat digunakan sebagai sumber air mentah sebab dia memang terlalu tercemar, Dato' Speaker. Jadi Sungai Perai tu boleh dan selain daripada itu kita juga ada perancangan untuk mengambil air dari Sungai Perak dan sekiranya tidak menjadi juga ada beberapa alternatif termasuk penyahgaraman, desalination. Jadi terima kasih Yang Berhormat atas soalan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih seterusnya soalan?

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Timbalan Speaker, soalan saya no. 60. No. 60. Kesesakan jalan raya Bayan Lepas ke Balik Pulau menghantui pengguna jalan raya. (a) Sejauh manakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani isu ini ? (b) Adakah Penang Transport Master Plan (PTMP) menolak kepentingan keutamaan pembesaran atau keperntingan jalan ini? (c) Berapakah kos pembinaan Jalan Bukit Kukus dibiayai Kerajaan Negeri?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Bayan Lepas, banyak soalan lah hari ini. Yang Berhormat kesesakan jalan raya dari Bayan Lepas ke Balik Pulau berlaku semasa waktu puncak pagi dan petang. Jalan ini merupakan Jalan Persekutuan di bawah bidang kuasa JKR dan JKR pun telah mohon cadangan untuk menaik taraf Jalan Teluk Kumbar, saya rasa ini saya telah jawab dalam penggulungan Yang Berhomat.

Untuk soalan kedua Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan pelaksanaan PTMP yang merangkumi komponen-komponen projek Bayan Lepas LRT dan juga projek-projek lebuh raya dan Penang South Reclamation sebagai projek transformasi ekonomi bagi Negeri Pulau Pinang. Buat masa ini komponen-komponen PTMP yang diberi keutamaan untuk pelaksanaan di Fasa 1 adalah Bayan Lepas LRT dan juga Lebuh Raya Pan Island Link 1. Projek-projek ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang semakin serius di kawasan bandar perindustrian dan perumahan berketumpatan tinggi. Berdasarkan kajian PTMP unjuran bilangan pengguna pengangkutan awam dari kawasan Bayan Lepas sehingga Balik Pulau pada tahun 2030 tidak mewajarkan penyediaan LRT di koridor berkenaan, walaupun cadangan Bayan Lepas LRT tidak meliputi kawasan Balik Pulau buat masa ini perkara ini boleh dikaji semula pada masa depan mengikut keperluan dan unjuran pengguna setelah pembinaan Fasa 1 dari Komtar ke Permatang Damar Laut diselesaikan. Apabila perkhidmatan Bayan Lepas LRT bermula penduduk di kawasan pekan Bayan Lepas, Sungai Batu, Teluk Kumbar, Genting dan Gertak Sanggul boleh menggunakan perkhidmatan bas perantara, feeder service yang akan beroperasi dalam lingkungan tiga (3) kilometer dari Stesen LRT Permatang Damar Laut dan Stesen LRT Penang Airport. Penduduk di kawasan selatan Negeri Pulau Pinang boleh menggunakan pernyataan ini untuk berulang-alik antara kediaman mereka dan Stesen LRT. Manakala dalam perancangan masa depan Lebuh Raya Pan Island Link 2 dirancang di kawasan Teluk Kumbar. Lebuh Raya Pan Island Link 2 ini akan menghubungkan PIL 1 dan kawasan tambakan Pulau B dalam projek PSR untuk memastikan kelancaran pergerakan lalu lintas di kawasan tersebut. Akhir sekali soalan yang ketiga, kos projek pembinaan Jalan Berkembar, Jalan Paya Terubong iaitu Lebuh Raya Bukit Kukus oleh Kerajaan Negeri melalui pihak dianggarkan sebanyak RM278,690,000. Terima kasih Yang Berhormat.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

YB. EXCO cuma soalan tambahan saya seperti yang kita sedia maklum dalam FT 6 ini telah lama berlaku kesesakan dan cadangan untuk pembesarannya telah lama kalau tak silap saya lebih daripada 10 tahun. Dalam maklumat saya juga ada tanah-tanah untuk digunakan untuk pembesaran tersebut telah dibayar pampasannya ada yang telah dibayar yang ini yang dapat daripada verval, bual-bual mulut-mulut mereka yang tinggal di tepi-tepi itu cuma saya takut perkara ini tertinggal isu pembayaran ini dia akan melambatkan proses berlaku melaksanakan pembesaran ini. Kemudian dalam kontak ini jika masalah ini terlalu lama adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk menggunakan dana sendiri untuk melebarkan jalan tersebut? Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih, yang ini perlu perbincangan lanjutlah sebab secara lazimnya jalan persekutuan itu penaiktarafan dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dan dana Kerajaan Negeri kita gunakan untuk penaiktarafan dalam negeri. Namun kadang-kadang ada di kes-kes yang tertentu kes-kes yang khas sekiranya kerja yang diperlukan itu mungkin hanya untuk scratch yang tertentu, kos pun tidak tinggi sangat kadang-kadang Kerajaan Negeri juga boleh buat, tapi kita kena tengoklah keadaan. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih seterusnya soalan 61 telah dijawab bersama dengan soalan 1, so teruskan dengan soalan 62

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker, sorry sorry dia tak tanya lagi sorry

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan 62 No. 62. Huraikan secara terperinci status terkini pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang (a) Nyatakan tarikh projek ini dijangka bermula dan siap sepenuhnya.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Okey terima kasih Yang Berhormat Sungai Pinang atas soalan mengenai RTB Sungai Pinang

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Boleh jawab sebelum ini tak digulungan?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Belum, belum lagi

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Kalau dah jawab boleh lompat.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Belum Dato’ Speaker cut short saya punya masa, masa dalam penggulungan saya tak dapat jawab banyak soalan

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Last sekali saya jadi mangsa.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Yang Berhormat pakej satu bagi projek RTB Sungai Pinang dijangka bermula pada bulan Mei 2022 dan dijangka siap pada bulan Mei 2026. Mesyuarat penyelarasan bersama

stakeholder Bilangan 2 tahun 2021 telah diadakan pada 12 November bagi membincangkan keperluan dan syarat daripada semua Jabatan dan agensi yang berkaitan. Terima kasih Yang Berhormat.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Bunga. Jawapan sangat ringkas tetapi isu di RTB Lembangan Sungai Pinang itu kita dah bincang lama dah tunggu-tunggukan pelaksanaannya. Maka di sini saya nak tau selain daripada untuk pelaksanaan RTB Lembangan Sungai Pinang itu untuk mengelak banjir selain daripada itu adakah projek ini boleh mengurangkan isu pencemaran air sungai di Sungai Pinang?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pinang yang senantiasa prihatin mengenai keadaan pencemaran di Sungai Pinang banyak kali telah dibangkitkan isu mengenai pencemaran di sungai tersebut. Sukacita dimaklumkan sebenarnya apabila JPS Malaysia mula membuat persediaan untuk reka bentuk bagi RTB Sungai Pinang dan dalam perbincangan bersama Kerajaan Negeri pun Kerajaan Negeri ada highlight berkenaan dengan pencemaran. Sekiranya boleh kita nak “kill two birds with one stone” lah satu untuk menyelesaikan masalah banjir dan kedua kita juga kalau boleh nak menyelesaikan isu pencemaranlah jadi dalam reka bentuk RTB Sungai Pinang ini yang bakal dibuat dalam fasa satu dia menariknya sebab antara skop adalah untuk membina parallel drain. Dalam erti kata lain akan ada parit yang akan dibina sejajar dengan Sungai Pinang yang di mana semua air larian daripada jalan raya, air-air daripada internal drainage dan sebagainya semua akan masuk dalam parit dan bukan dalam sungai. Jadi dia akan capture dalam parit dia akan jalan sejajar dengan parallel Sungai Pinang dan kemudian bila sampai di hilir baru dia akan di discharge lah. So ini sudah tentu akan melindungi dan meningkatkan kualiti air Sungai Pinang supaya air Sungai Pinang tidak akan menjadi sungai yang paling kotorlah di Negeri Pulau Pinang. Jadi harap projek ini dapat membantulah. Terima kasih Yang Berhormat.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Saya nak jelaskan air Sungai Pinang sekarang bukan yang paling terkotor di Pulau Pinang dia ada di kelas 2 hingga 3, bukan yang paling terkotor

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih tapi kalau saya boleh tambah one last comment. Macam mana kita buat pun dengan parallel drain dan sebagainya, isunya adalah kawalan di punca Dato' Speaker, kalau kita boleh control at source itu yang paling baik itu yang kita kena pastikan.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada EXCO yang menjawab soalan ini mengelakkan banjir, mengelakkan pencemaran. Adakah akan dijadikan sebagai satu tempat tarikan pelancongan seperti Sungai Melaka lah, banyak orang ingat Sungai Pinang hanya kawasan Sungai Pinang tetapi tidaklah KOMTAR pun ada border, Pengkalan Kota pun ada border, Datok

Keramat pun ada terlibatlah so adakah selepas rancangan tembatan banjir lembangan Sungai Pinang ini siap akan ada satu projek seperti Sungai Melaka baru-baru kami balik daripada Melaka memang sungai itu satu tarikan untuk menarik pelancong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pergi kempenkah pergi melawat?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat KOMTAR, sambil melawat sambil berkempen Dato’ Speaker

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tuju kepada CM.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Cadangan yang baik sebenarnya sekiranya kualiti air Sungai Pinang dapat ditingkatkan dan tidak begitu kotor selepas daripada kelas 2 kelas 3 kalau boleh kita menjadikan kelas yang lebih baik lagi maka ia akan ada potensilah untuk menjadi tarikan. Of course tertakluk kepada lokasi-lokasi tertentu dan juga rizab tertentulah tapi kita boleh melihat kepada cadangan ini terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Seterusnya soalan 63.

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, soalan saya soalan 63 No 63. Sila berikan kawajaran meneruskan tambakan laut Bagan Ajam sedangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin laksanakan Kempen Hijau serta DAP bantah projek Johor dan Melaka. (a) Sila huraikan kaedah mitigasi bagi tambakan laut Bagan Ajam

Y.A.B Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Dua dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri dan Rayston Consortium (Butterworth) Sdn Bhd telah menandatangi perjanjian Land Reclamation and Resettlement Agreement pada 16 Jun 1999. Perjanjian ini ditandatangani susulan daripada perjanjian asal dan perjanjian konsensi yang telah ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan Lingkaran Luar Butterworth (Penang) Sdn Bhd bagi pembinaan, pengoperasian, pengurusan dan penyelenggaraan Butterworth Outer Ring Road atau BORR.

Adalah syarat Kerajaan Persekutuan supaya Kerajaan Negeri menandatangani perjanjian berasingan bagi isu penempatan semula penghuni kuarters kerajaan dan setinggan yang terlibat dalam projek BORR tersebut. Berdasarkan perjanjian tersebut Rayston Consortium Sdn Bhd diberi hak untuk menebusguna tanah seluas 650 hektar dengan perincian seperti berikut: (i) 407 hektar untuk pembangunan bercampur iaitu dipecahkan kepada 100.31 hektar diserahkan kepada Kerajaan Negeri dan 306.69 hektar untuk pembangunan Rayston Consortium sendiri; dan (ii) 243 hektar untuk cadangan pengembangan North Butterworth Container Terminal (NBCT) iaitu bagi tujuan pelabuhan dan aktiviti berkaitan pelabuhan. Sehubungan dengan itu, projek tambakan laut Bagan Ajam ini wajar diteruskan oleh Kerajaan Negeri kerana projek berkenaan dapat meningkatkan taraf hidup penduduk setempat dari segi penyediaan peluang-peluang pekerjaan, sosio ekonomi, taraf kesihatan yang baik, kehidupan lebih kondusif seiring dengan pembangunan serta menjamin keselamatan dan sosial masyarakat. Merujuk kepada kaedah mitigasi yang banyak kali dibangkitkan oleh Yang Berhormat, Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi projek ini terdapat beberapa kaedah mitigasi yang melibatkan kesan terhadap alam sekitar antaranya air laut, ekologi laut, kualiti udara, bunyi bising, pengurusan sisa, aspek sosial dan kesan project abandonment. Berdasarkan Laporan EIA yang dikemukakan oleh Juru Perunding Chemsain Konsultant Sdn. Bhd. kepada ibu pejabat Jabatan Alam Sekitar, antara kaedah mitigasi bagi projek seluas 407 hektar dari Bagan Ajam hingga Telok Air Tawar di Seberang Perai Utara adalah di Lampiran A yang akan diberikan kepada Yang Berhormat yang melibatkan perkara-perkara yang saya sebutkan tadi. Berdasarkan maklum balas tambahan daripada Jabatan Alam Sekitar, laporan EIA ini masih dalam perhatian Ibu Pejabat Jabatan berkenaan di Putrajaya dan kelulusan masih belum diperoleh.

Soalan tambahan, terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Pertamanya soalan saya itu saya sebut mengapa projek ini diteruskan kewajarannya dan mengapa pendirian pihak kerajaan atau DAP berubah di Pulau Pinang. Di Johor kita bantah, di Melaka kita bantah tapi di Pulau Pinang kita teruskan. Kewajaran itu saya nampak ada yang tersirat dan telah dijelaskan oleh CM Padang Kota tadi dari segi perjanjian dan sebagainya. Adakah perjanjian ini boleh dibatalkan saya nak tanya itu, adakah boleh dibatalkan Kerajaan sekaranglah boleh batal kalau tak, jawab sajalah tak boleh habaq tak boleh bukan susah dan apakah kesan jika dibatalkan jadi benda ini saya perlu jelaskan kepada rakyat di sana di kawasan Tasek Gelugor sebab kesan dan impak ini akan samalah dengan PSR dia akan memberi kesan kepada alam sekitar, nelayan, keselamatan dan sebagainya dari segi banjir di kawasan taman persekitaran dan banyak benda-benda yang saya dah bantah dalam EIA jadi kita tanya itu satu. Kedua mitigasi, kita boleh cerita mitigasi kita nak buat yang kita akan selesaikan masalah tapi adakah mitigasi ini akan memastikan ia kembali kepada asal sekurang-kurangnya 60 percent – 70 percent balik kepada asal mungkin tak boleh 100peratus mungkin boleh kaedah-kaedah mitigasi yang boleh memastikan dia boleh kembali kepada asalnya...(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Timbalan Yang di-Pertua ini adalah hipokritlah negeri lain parti yang sama boleh buat Negeri Pulau Pinang dia pula bantah cakap ini itu semua dipanggil parti hipokrit tau ini...(gangguan).

Pulau Tikus bagi saya...(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Panas juga Sungai Fua sambung, sabar sedikit

Dan seterusnya ketiga tentang pemantauan saya bangkitkan juga pemantauan pemantauan semasa pelaksanaan itu yang paling penting kalau dah esok nak laksana pemantau semasa pelaksanaan itu...(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya nak tanya satu soalan. Soalan tambahan. Saya nak tanya pendirian...(gangguan).

Bagi saya habiskan. Ini Bagan Dalam...(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Bukan soalan tambahan. Setuju tak kalau Sungai Dua...(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Duduk dulu, duduk sekejap.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Barisan Nasional telah mengkhianati rakyat Butterworth khususnya apabila tandatangani perjanjian dengan Rayston ini. Yang curi atau pun apa ni rampas pantai kami. Setuju tak?

Saya tak setuju. Sebab pembangunan asalnya untuk BORR dan juga untuk pelabuhan. Tak sampai kita nak, mungkin dalam perjanjian tu ada. Tapi tak sampai kita nak musnahkan pantainya. Saya rasa....(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sebentar tadi kata tak setuju.

Dipantai itu dah dibuat projek eko-pelancongan di Pantai Robina di Pantai Bersih tu dah dibuat. ...(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Soalan, Yang Berhormat Sungai Dua, soalanya?

Soalannya Pemantauan tadi lah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih.

Semasa pelaksanaan perlu lebih mantap dan lebih cekap dalam kita nak pastikan dia berkesan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Sungai Dua.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan juga Ketua Pembangkang. Saya harap Ahli-ahli Dewan jangan salah tafsir pendirian Yang Berhormat Sungai Dua. Apabila Yang Berhormat senantiasa tekankan mitigasi. Kalau tekankan mitigasi maksudnya projek lulus, projek berjalan cuma mitigasi kesan dia. Jadi jangan tafsir bahawa Yang Berhormat Sungai Dua tak mau projek ini. Sebab Sungai Dua tau perjanjian ini dimeteraikan tahun 1999. Dan pihak yang menandatangani sudah menunaikan tanggungjawab membina lebuh raya BORR, kuarters-kuarters kerajaan untuk menggantikan kuarters yang dirobohkan, tempat-tempat menempatkan semula sudah dibina unutk menempatkan semula penduduk-penduduk. Maka syarikat ini telah tunaikan kewajipan mereka dalam perjanjian. Sekarang pula apakah pulangan, itulah menjadi soalnya? Tandatangan pada tahun 1999, sekarang 2021. Syarikat ini masih tidak melepaskan perjanjian ini sebab mereka sudah tunaikan bina lebuh raya dan lain-lain dan sekarang sampai masa mereka mendapatkan pulangan daripada tambakan itu. Oleh kerana ini adalah perjanjian konsesi, kalau nak dibatalkan memandangkan mereka pun sudah melakukan perbelanjaan untuk membina lebuh raya dan lain-lain kewajipan. Pihak yang membatalkan itu perlu membayar ganti rugi. Itu amat jelas. The fact that after 20 years mereka masih tak putus asa, masih datang ke kerajaan yang memerintah. Sekarang PH

memerintah, PR memerintah. Tak tau bila lain-lain parti akan memerintah. Selagi syarikat ini tidak dapat bahagian mereka dalam perjanjian konsesi, mereka akan tuntut. Tak kisah siapa menjadi kerajaan. Itu perlu kita faham. Dan isu mitigasi lazimnya keperluan EIA sudah menjadi jawapan kepada soalan Yang Berhormat sendiri. Kalau kita lihat Sri Tanjung Pinang sekarang. Dia tambak 230 ekar. Sekarang sudah habis pemajuan dia. Straits Quay dan sebagainya sudah habis fasa pertama. Itu hasil daripada tambakan juga. Sekarang masuk fasa kedua, fasa 2A, B, C. Kesan ada kita nampak. Kemajuan belum mula. Tambahan Gurney Wharf adalah ekoran daripada syarat tambahan daripada Kerajaan Negeri minta syarikat ini sumbang tanah 110 ekar daripada tambakan itu. Yang tak ada dalam perjanjian asal. Itu peranan Kerajaan Negeri untuk memastikan kita mendapat manfaat daripada tambakan itu dari segi pulangan tanah, serahan tanah kepada Kerajaan Negeri. Dalam kes Rayston itu juga apabila syarikat datang runding dengan Kerajaan Negeri, kita pakai kaedah E&O juga. Dalam perjanjian mungkin tidak sebut berapa peratus tanah yang ditambak itu perlu diserahkan kepada Kerajaan Negeri. Sebenarnya ini perjanjian konsesi di antara Persekutuan dengan syarikat. Tetapi negeri diheret pada masa itu untuk tandatangan bersama atas komponen-komponen kerja yang tertentu. Apabila mereka sampai runding nak kelulusan, Kerajaan Negeri pada masa itu mantan Ketua Menteri menggunakan kaedah E&O. Berapa peratus tanah yang ditambak itu, syarikat ini mahu serahkan kepada Kerajaan Negeri. Memang syarikat kata mungkin 5 peratus, 10 peratus. Kerajaan Negeri tidak setuju. Akhirnya kita letakkan peratusan yang tinggi, 40 peratus, 50 peratus, bolehkah? Semestinya atas kepentingan komersial, kita runding akhirnya 35 peratus tanah yang ditambak baki itu 650 hektar, dia kena serahkan 35 peratus dari 650 hektar itu kepada Kerajaan Negeri. Itulah kita ambil peluang ini untuk memperolehi tanah bagi tujuan hasil dan tujuan pembangunan. Saya harap penjelasan ini cukup jelas untuk Dewan yang mulia ini dan harap kalau ada apa-apa isu mitigasi kita ada JAS. Sebenarnya Yang Berhormat tanya apakah pendirian DAP. Yang Berhormat Tanjong Bunga sudah terang dengan begitu jelas. Kita tak bantah tambakan di Johor, kita tidak bantah tambakan di Melaka. Mengapa apabila kita nak lakukan projek ini, kita tak ada kelulusan pula? Itulah pendirian yang amat jelas. Kita tidak menganggap ini selagi mitigasi dapat dilakukan apabila kita lihat contoh di Tanjung Pinang, Sri Tanjung Pinang memang ada, kita tak nafikan pada hari pertama, titik pertama, kita katakan mesti ada impak dia. Tetapi pentingnya apakah kerja mitigasi untuk membantu golongan yang terkesan. Untuk menjaga ekologi laut. Untuk memastikan sungai yang mengalir bersih dan sebagainya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima Kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat 1 jam 30 minit untuk soalan lisan telah tamat selaras dengan Subperaturan 26(7) - Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita masih berada dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2022 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2022. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Padang Kota.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang saya hormati. Salam Sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggran Pembangunan Tahun 2022. Segala cadangan dan komen, baik positif atau negatif yang dibangkitkan ketika perbahasan sememanya akan diambil kira untuk penambahbaikan selaras dengan hasrat kita untuk merealisasikan tema bajet Negeri Pulau Pinang 2022 ini iaitu “Mempercepatkan Pencapaian Penang2030” atau “Accelerating Penang2030”. Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2022 ini dengan tema “Mempercepatkan Pencapaian Penang2030” dipilih seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memulihkan sektor ekonomi Pasca Pandemik COVID-19. Sememangnya apa yang dibentangkan bajet ini dirangka dengan penuh teliti supaya aspek pembangunan terus dipergiat di Pulau Pinang yang menjadi pemangkin kepada pemulihan sektor ekonomi serta kehidupan rakyat yang terjejas akibat wabak COVID-19. Terlebih dahulu, saya ingin merujuk kepada ucapan Yang Berhormat Air Putih yang menyatakan simpanan terkumpul negeri semasa pengambilalihan Kerajaan Negeri pada tahun 2008 adalah berjumlah RM849 juta ringgit. Dan amaunnya telah berjaya ditingkatkan kepada RM2.1 bilion ringgit pada tahun 2018. Yang Berhormat Air Putih turut memaklumkan dalam dua (2) ke tiga (3) tahun kebelakangan ini, simpanan terkumpul negeri yang berjumlah RM2.1 bilion ringgit itu telah menurun ke RM888 juta ringgit. Saya ingin memberi penjelasan Dato’ Yang di-Pertua untuk membetulkan kenyataan ini. Semasa Kerajaan Negeri ambil alih pada tahun 2008, simpanan terkumpul negeri berjumlah RM847.45 juta dan telah meningkat kepada RM1.97 bilion ringgit pada tahun 2018. Seterusnya, pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah berjaya meningkatkan lagi simpanan terkumpul negeri kepada RM2.1 bilion ringgit. Walau bagaimanapun, prestasi yang membanggakan ini tidak dapat diteruskan pada tahun 2020 kerana Kerajaan Negeri sama seperti Kerajaan Persekutuan dan lain-lain negeri-negeri lain terpaksa bergelut dengan cabaran yang sangat hebat untuk berdepan dengan kesan pandemik COVID-19. Kerajaan Negeri telah belanjakan peruntukan yang besar bagi menyediakan bantuan kepada golongan yang terjejas di bawah Pakej Bantuan Khas Penang Lawan COVID-19. Selain itu, hasil Kerajaan Negeri juga telah berkurangan di mana hanya RM467.28 juta berjaya dikutip berbanding anggaran asal berjumlah RM519.16 juta ringgit. Faktor-faktor ini telah menyebabkan simpanan terkumpul negeri menurun sedikit daripada RM2.1 bilion ringgit kepada RM1.82 bilion ringgit pada tahun 2020, dan bukannya RM888 juta ringgit sepertimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Air Putih. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, amaun RM888 juta ringgit ini hanya melibatkan Akaun Hasil Disatukan dan belum mengambil kira Akaun Amanah Disatukan yang berjumlah RM933.68 juta ringgit pada tahun 2020. Akaun Amanah Disatukan adalah akaun-akaun yang ditubuhkan bagi tujuan khusus dan peruntukan yang diterima di dalam akaun tersebut hanya boleh dibelanjakan bagi tujuan khusus tersebut sahaja. Oleh yang demikian, perbandingan ini tidak dilakukan secara apple to apple. Oleh yang demikian, adalah ditekankan semula bahawa

simpanan terkumpul negeri hanya kurang dari RM2.1 bilion pada tahun 2019 kepada RM1.82 bilion pada tahun 2020 dan bukan turun sehingga RM800 lebih juta ringgit. Sebenarnya. Ahli-ahli Dewan boleh rujuk kepada Penyata Kewangan 2020 yang dibentangkan bersama sebagai dokumen penting dalam belanjawan ini di mana butir-butir saya sebutkan tadi sememangnya dapat diperolehinya dan ini menjadi satu dokumen untuk membantu Ahli-ahli Dewan menunaikan kewajipan dan tanggungjawab untuk check and balance Kerajaan Negeri. Jadi seperti mana dinyatakan mungkin pihak pembangkang juga merasa ada isu untuk diekpertasikan bukan pembangkang di dalam Dewan tetapi pembangkang di luar Dewan, MCA Gerakan dan lain-lain yang menuduh bahawa kalau simpanan kita turun kepada angka ini kita akan jadi bankrup tetapi setelah saya jelaskan tadi sebenarnya bukan turun sampai RM888 juta tetapi RM1.82 billion ringgit. Dato’ Yang di-Pertua, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua, Kerajaan Negeri tidak menafikan bahawa Bajet 2022 ini menunjukkan unjuran defisit yang agak tinggi berjumlah RM449.80 juta. Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira semua komitmen Kerajaan Negeri dan anggaran hasil yang terhad berjumlah RM485.42 juta, maka bajet defisit ini tidak dapat dielakkan. Peruntukan Mengurus berjumlah RM935.22 juta ringgit perlu dibajetkan untuk memastikan jentera pentadbiran negeri beroperasi dengan efisien, menyediakan platform yang kondusif untuk menjana semula aktiviti ekonomi negeri, dan memastikan program kebajikan serta bantuan rakyat dapat diteruskan pada tahun 2022, terutamanya dalam tempoh pasca COVID-19 ini. Kerajaan Negeri akur terpaksa menampung defisit tahun 2020 ini daripada Hasil Simpanan Terkumpul Negeri (Akaun Hasil Disatukan) yang berbaki sebanyak RM887.88 juta setakat akhir 2020. Namun begitu, Kerajaan Negeri berjanji akan memastikan pengurusan kewangan dilakukan melalui prinsip ‘Cekap, Akauntabiliti dan Telus’ (CAT) dan mengamalkan langkah-langkah berbelanja secara berhemah untuk meminimumkan defisit ini. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan mencari alternatif-alternatif baru untuk meningkatkan hasil negeri setelah keadaan ekonomi negeri kembali pulih daripada kesan pandemik COVID-19 ini. Di kesempatan ini, Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat kerana memahami pembentangan bajet defisit negeri ini adalah disebabkan komitmen Kerajaan Negeri yang tinggi terhadap pemulihan ekonomi, di samping kutipan hasil yang terhad. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2020 telah diaudit oleh Ketua Audit Negara sebelum dibentang di dalam Dewan Undangan Negeri iaitu Laporan Ketua Audit Negara yang panas-panas juga baru dibentang di Dewan Raya kelmarin dan satu salinan telah dihantar ke Pejabat Ketua Menteri oleh Jabatan Audit Negeri yang menyemak prestasi kewangan Kerajaan Negeri tahun 2020 yang mendapat pengiktirafan Ketua Audit Negara di mana Kerajaan Negeri telah diberi Sijil Berstatus Bersih iaitu Sijil Tanpa Teguran. Ini membuktikan bahawa pengurusan kewangan Kerajaan Negeri adalah cekap dan teratur. [Ahli Dewan menepuk meja]. Walaupun perbelanjaan Kerajaan Negeri adalah berstatus defisit pada tahun 2020, namun laporan ini menyatakan Kerajaan Negeri telah mengutamakan pelaksanaan projek-projek pembangunan negeri, tiada pengambilan hutang baru, ansuran hutang dibayar mengikut jadual dan tiada tunggakan, pemutihan data telah dilaksanakan, perbelanjaan dilakukan secara accountable dan berintegriti. Sebenarnya kedudukan kewangan dipantau oleh Majlis Kewangan Negeri yang bermesyuarat dua tiga kali setahun di mana butiran-butiran seperti pinjaman setiap negeri, tunggakan hutang dan sebagainya dilaporkan di dalam mesyuarat dan kalau ingin sedikit makluman sukacita dimaklumkan Negeri Pulau Pinang merupakan negeri yang ada pinjaman belum selesai yang paling kurang cuma RM49.6 juta ringgit sahaja. Dua digit RM49 million sahaja. Berbanding dengan negeri-negeri lain. Tiga digit, Empat digit, maksud empat digit adalah RM2.6 billion, Kedah, RM3.2 Pahang, RM 1.1 Negeri Selangor dan lain-lain seperti Kelantan

RM854 juta dan lain-lain. Ini menunjukkan kita memang meneruskan prestasi pengurusan kewangan yang baik. Sungguhpun kita kurang hasil. We can do better when we have more revenue. Itulah cabaran kita. Itulah yang apa yang kita ingin lakukan untuk rakyat Negeri Pulau Pinang tetapi buktinya jelas, Negeri Pulau Pinang adalah Negeri yang dipinggirkan dari segi peruntukan. Saya sudah kongsikan maklumat kita dapat paling kedua terendah dari segi Belanjawan 2022 tahun depan. Development Estimate kita adalah negeri paling kedua rendah lebih baik sedikit dari Melaka sahaja. Yang lain-lain dapat RM2 bilion, RM3 bilion, RM4 bilion kita dapat RM0.9 billion sahaja. Oleh itu saya dalam jawapan sebelum ini, minta Kerajaan Negeri berilah RM5 bilion setiap tahun supaya kita dapat menggunakan peruntukan dan hasil ini untuk merancakkan lagi pembangunan di Negeri Pulau Pinang untuk manafaat dan kesejahteraan rakyat jelata. Yang Berhormat Permatang Berangan telah bangkitkan soalan sejauh mana keberkesanan pencapaian Negeri untuk menguruskan bajet tahun lepas atau tahun inilah tak perlu tengok tahun depan macam mana dengan tahun ini pula. Seperti yang semua Ahli sedia maklum, Bajet 2021 yang dibentangkan tahun lepas adalah berteraskan empat (4) strategi iaitu:  Menggalakkan Pelaburan dan Meningkatkan Produktiviti  Kedua Membangunkan Infrastruktur dan Komuniti Digital  Ketiga Memperkukuh dan Mensejahterakan Kualiti Hidup Rakyat; dan  Keempat Memperkasakan Peranan dan Bakat Modal Insan

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah berjaya mencapai objektif-objektif yang ditetapkan semasa bajet ini dibentangkan. Setakat tahun ini, 1 haribulan Disember, Kerajaan Negeri telah belanjakan hampir 70 peratus daripada Peruntukan Mengurus seperti yang dibajetkan dan projek-projek pembangunan juga sedang rancak dilaksanakan sekarang. Kedua-dua belanja Mengurus dan Pembangunan dijangka mencapai sasaran yang ditetapkan pada hujung tahun ini. It’s fall my narrow interest, I hope it was no be spend, It’s no spend that we can show us surplus budget kan atau defisit yang lebih kurang. Tetapi wang ini diperuntukkan untuk membantu rakyat. Jadi kita berharap kita capai prestasi sepenuhnya. Bagi Strategi Pertama, Jabatan Kewangan Negeri akan sentiasa mengkaji peluang untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan dalam pasaran kewangan melalui analisis, perbandingan dan kajian pasaran yang dibuat dari semasa kesemasa. Pelaburan melalui simpanan tetap sekarang pun faedah pun tak banyak lah itu pun kurang hasil juga dan lain-lain instrumen kewangan yang bersesuaian dinilai bagi memastikan Kerajaan Negeri mendapat pulangan yang maksimum dan manpan. Ia perlu dilaksanakan dengan meneliti risiko-risiko pelaburan yang wujud, memandangkan pasaran kini terdedah kepada elemen-elemen VUCA atau volatile, uncertainty, complexity dan ambiguous. Seterusnya bagi Strategi Kedua, semua jabatan telah bertungkus-lumus untuk melaksanakan projek-projek yang dirancang pada tahun ini untuk memastikan semua projek infrastruktur dan kemudahan rakyat dapat disiapkan mengikut jadual. Bagi Strategi Ketiga, walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar, namun Kerajaan Negeri tetap mengotakan janji kepada rakyat dengan melaksanakan program-program kebajikan dan pemberian pada tahun ini. Kerajaan Negeri memahami kesusahan yang dihadapi oleh rakyat lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik ini. Antara program bantuan utama yang telah dilaksanakan adalah program i-Sejahtera dengan anggaran berjumlah RM50.0 juta ringgit, perkhidmatan pengangkutan percuma berjumlah RM10.0 juta ringgit, bayaran Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM8.0 juta ringgit dan lain-lain.

Seterusnya berkaitan Strategi Keempat, Kerajaan Negeri telah membelanjakan hampir RM14.0 juta ringgit sehingga kini bagi tujuan bayaran bantuan Pendidikan kepada Sekolah Agama, Sekolah Cina, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Tamil. Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ambil kesempatan merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan kerana menyalurkan beberapa pemberian kepada Negeri kita di bawah Pemberian Mengikut Bilangan Kepala, Pemberian Pelancongan, Pemberian MARRIS, Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP) dan lain-lain. Peruntukan yang diterima pada tahun 2021 sehingga kini adalah berjumlah RM293.29 juta. Walau bagaimanapun, pemberian ini tidak setimpal jika dibanding dengan sumbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau pun Pulau Pinang kepada KDNK Negara. Kerajaan Negeri menyeru Kerajaan Persekutuan dapat menilai semula pemberian ini agar dapat membantu Negeri Pulau Pinang mengharungi tempoh ekonomi yang mencabarkan ini. Kerajaan Negeri pohon sekurang-kurangnya RM5 bilion dapat disalurkan setiap tahun kepada Kerajaan Negeri sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri atas prestasi yang cemerlang ini. Pemberian ini juga akan membantu Kerajaan Negeri dalam mengurangkan defisit. Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, saya merujuk kepada soalan Yang Berhormat Sungai Dua mengenai kebergantungan Kerajaan Negeri kepada hasil cukai sahaja dan tiada hasil tambahan lain. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sumber hasil Kerajaan Negeri bukan hanya bergantung kepada hasil cukai semata-mata. Sebenarnya, selain hasil cukai terdapat dua (2) lagi komponen hasil Kerajaan Negeri iaitu Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Hasil cukai terdiri daripada cukai tanah, cukai parit dan tali air, cukai langsung yang lain dan cukai hiburan. Hasil Bukan Cukai terdiri daripada lesen, bayaran pendaftaran dan permit, perkhidmatan dan bayaran perkhidmatan, perolehan dari jualan barang-barang, sewaan, faedah dan perolehan dari pelaburan, denda dan hukuman serta sumbangan dan bayaran ganti daripada luar negeri serta sumbangan tempatan. Manakala, Terimaan Bukan Hasil pula terdiri daripada pulangan balik perbelanjaan, terimaan dari agensi kerajaan dan lain-lain terimaan atau pindahan atau sumbangan. Kerajaan Negeri tidak menafikan bahawa pandemik COVID-19 telah memberi impak kerugian hasil yang signifikan pada tahun 2020. Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri menganggarkan kutipan hasil sebanyak RM519.16 juta. Namun begitu, kutipan hasil sebenar pada tahun 2020 hanya berjumlah RM467.27 juta iaitu 90.01 peratus daripada anggaran kutipan. Kutipan hasil cukai adalah sebanyak RM130.07 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM254.22 juta dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM82.98 juta. Sebenarnya sekali lagi saya minta Ahli-ahli Dewan rujuk kepada penyata ini untuk butir-butir yang lebih tepat. Dato’ Yang di-Pertua, walau bagaimanapun pada tahun ini Kerajaan Negeri telah berjaya membuat kutipan hasil setakat 30 November 2021. Ini untuk Bukit Tambun minat yang tanya sekarang setakat 30 November 2021 tahun kita kita dapat pungut hasil sebanyak RM617.38 juta iaitu peningkatan sebanyak atau pun ianya peningkatan sebanyak RM111.36 juta lebih banyak daripada anggaran yang asal iaitu 122 peratus berbanding dengan anggaran, ini kira berita baiklah. Kita dapat memungut hasil lebih daripada apa yang dianggarkan. Pecahan hasil tersebut mengikut komponen Hasil Bukan Cukai RM406.00 juta iaitu 65.76 peratus, manakala Hasil Cukai berjumlah RM129.89 juta atau 21.04 peratus dan Terimaan Bukan Hasil adalah RM81.50 juta atau 13.20 peratus daripada kutipan keseluruhan. Oleh yang demikian, sumbangan terbesar adalah daripada Hasil Bukan Cukai dan bukannya Hasil Cukai seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sungai Dua.

Buat masa ini, Kerajaan Negeri tiada sebarang perancangan bagi kenaikan kadar cukai tanah dan cukai bagi petak atau blok sementara di negeri kita. Kadar cukai tanah yang digunakan sekarang merupakan kadar yang telah disemak pada tahun 1994 dan pelaksanaanya mula 1 Januari 1996. Selepas itu, tiada semakan cukai sehingga sekarang dilaksanakan walaupun kadar cukai tersebut telah digunakan selama 26 tahun. Mungkin kalau nak merancakkan lagi pembangunan, lambat laun kita perlu memfikirkan isu ini sepertimana disuarakan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Mengenai Bantuan Khas COVID-19, sebenarnya saya pun sudah jawab yang Berhormat Seberang Jaya. Saya rasa tidak perlu ulangkan apa yang sudah pun disebut. Cuma ingin saya menyatakan walaupun dari Tabung Penang Lawan COVID ini masih ada baki RM4.6 juta yang masih belum dibelanjakan. Kita sedia maklumlah bahawa kita pun perlu berhati-hati dengan amaran yang dikeluarkan oleh WHO berhubung dengan varian yang baru Omicron yang mempunyai jumlah mutasi yang banyak dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi. Berdasarkan situasi sebegini Kerajaan Negeri perlu mengambil pendekatan yang tidak tergesa-gesa untuk belanja sumbangan tersebut pada tahun ini dan simpan untuk lihat keadaan pada awal tahun akan datang.

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah lancer Visi Penang2030 dengan matlamat utama ‘Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara’. Selanjutnya, Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 diwujudkan untuk menggariskan perancangan yang mengandungi polisi dan dasar-dasar perancangan Negeri ini dan disokong dengan Gambarajah Utama atau Peta Cadangan Guna tanah sehingga tahun 2030. Pada masa ini, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan dalam peringkat akhir penyediaan Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang 2030 dan Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030. Rancangan Tempatan tersebut merupakan usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan di kedua-dua PBT dipacu seiring dengan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 dan secara tidak langsung dapat mengurangkan jurang pembangunan sosio ekonomi di antara luar bandar dan bandar. Masa depan pembangunan Negeri Pulau Pinang adalah di bahagian Seberang Perai kerana dijangka mampu menawarkan kawasan pembangunan yang luas dan berpotensi tinggi. Bagi menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Sungai Dua mengenai pengagihan hasil yang sama rata, ingin saya menyatakan bahawa Kerajaan Negeri tidak sama sekali meminggirkan mana-mana pihak daripada menikmati kemakmuran yang telah kita cipta bersama. Di Dewan yang mulia ini, kita telah membincangkan harapan Kerajaan Negeri supaya Kerajaan Persekutuan timbang peruntukan pembangunan yang lebih tinggi selaras dengan sumbangan Pulau Pinang kepada KDNK antara 6.7 hingga 6.9 peratus. Sehubungan itu, Yang Berhormat Bukit Tengah telah cadang supaya satu (1) Jawatankuasa Bebas ditubuhkan untuk mengkaji hubungan Kerajaan Persekutuan dengan negeri serta mendapat apa yang sepatutnya diterima oleh Negeri Pulau Pinang. Setelah mendengar hujahan Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini begitu passionate tentang isu ini maka saya mahu jawap Kerajaan Negeri akan memberikan pertimbangan kepada cadangan Yang Berhormat tersebut.

Peluang pelaburan baharu Negeri Pulau Pinang. Dato’ Yang di-Pertua, bagi menjawab pertanyaan dari Yang Berhormat Air Putih berhubung status projek infrastruktur di Batu Kawan dan Byram. Sememangnya PDC meneruskan usaha untuk menyediakan tapak pembangunan dan kemudahan infrastruktur bagi

menyokong perkembangan pesat sektor industri, perumahan dan komersial di Bandar Cassia, Penang Science Park dan Byram, Seberang Perai Selatan. Antara projek-projek infrastuktur yang telah siap termasuk tujuh (7) projek jalan, satu (1) projek Lift Pump Station, satu (1) projek Loji Rawatan Kumbahan dan satu (1) projek Flyover. Manakala projek-projek infrastruktur yang sedang di dalam pelaksanaan adalah seperti berikut: a) Pelebaran Jambatan Batu Kawan, Bandar Cassia. b) Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya Bandar Cassia c) Loji Rawatan Kumbahan, Bandar Cassia. d) Lingkaran Cassia Timur, Bandar Cassia. e) Jambatan Valdor, BKIP.

Sementara itu kerja-kerja memperluaskan Utara Penang Science Park seluas 377 ekar lagi telah dimulakan. Kawasan Fasa 3 seluas 33 ekar lagi telah ditambun tanah telah disiapkan pada Disember 2019. PDC juga telah menyiapkan kerja-kerja infrastruktur bagi menyambungkan kawasan sedia ada Penang Science Park ke Juru melalui kawasan perindustrian baru di Utara Penang Science Park. Pembukaan Jalan PSPN 2 tersebut telah dirasmikan pada Januari 2019. Mungkin Ahli-ahli Dewan khususnya dari Pulau Pinang sebelah ini minta Yang Berhormat Bukit Tengah menganjurkan lawatan sambil belajar ke taman-taman industri di kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi untuk mendapat satu gambaran yang lebih jelas. Selepas itu ada seafood di Bukit Tambun. Enak juga, boleh? Naik bot ke Pulau Aman juga, boleh?

Yang di-Pertua (Speaker)

Belanjawan atas peruntukan Yang Berhormat sendiri bukan kerajaan.

Y.A.B. Ketua Menteri: Perlu jaminkan COVID free ya. Okey. Seterusnya Kawasan pembangunan industri yang baharu iaitu Batu Kawan Industrial Park 2 di Byram telah dirancang untuk menjadi taman industri yang baru. Kerja tambun tanah bagi menyediakan tapak perindustrian Fasa 1 seluas 200 ekar bagi plot-plot industri telah dimulakan pada Jun 2020 dan dijangka siap pada 2023. Kerja infrastruktur utama sedang dirancang untuk ditender dan seterusnya ke peringkat pembinaan. Berhubung persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua, Yang Berhormat Jawi dan Yang Berhormat Berapit mengenai usaha yang telah diambil oleh PDC untuk menarik lebih banyak pelabur ke BKIP 2 dan Batu Kawan Timur. Antara usaha yang telah diambil adalah seperti berikut: (a) Memberi tumpuan utama kepada perancangan dan penyediaan infrastruktur dalam kawasan perindustrian PDC iaitu dari segi jaringan (connectivity) jalur lebar berkelajuan tinggi menggunakan fiber optik dan logistik yang baik dengan tujuan memenuhi keperluan industri yang memerlukan kelajuan dan kecekapan dalam sistem penyampaian; (b) Memastikan perancangan penempatan syarikat berdasarkan kategori aktiviti perniagaan dipatuhi agar konsep perancangan pembangunan di BKIP2 terpelihara dan mewujudkan kawasan perindustrian berkonsepkan ‘Managed Industrial Park’ dengan mengambil kira elemen Bandar Pintar atau Smart City dan aspek keselamatan (highly

secured area). Itu kita akan lihat secara berstrata apa yang berlaku berstrata di Byram BKIP 2. (c) Meningkatkan promosi kepada pelabur tempatan dan asing termasuk melalui penyertaan PDC dalam Expo Dubai 2020. Yang Berhormat Jawi telah menyatakan kerisauan mengenai Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung yang berhadapan tapak BKIP 2 yang dilihat boleh menjadi halangan untuk menarik pelabur. Sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan, isu ini tidak berbangkit sama sekali. Tapak seluas 160 ekar di BKIP 2 iaitu bersebelahan tapak pelupusan telah dikenalpasti sebagai kawasan untuk ditawarkan kepada syarikat-syarikat dari industri logistik dan industri am sahaja. Manakala tapak bagi aktiviti yang digalakkan atau promoted industry akan diletakkan lebih jauh, 500 meter atau satu, dua kilometer dari tapak pelupusan supaya isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tidak akan menjejaskan minat para pelabur. Seperti mana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jawi berhubung masalah kerja tambun tanah yang menyebabkan takungan air dan banjir di kawasan Byram, sememangnya PDC memberi perhatian kepada isu ini dan pendekatan yang akan diambil termasuk pemantauan semasa, meletakkan ban, menjalankan penyelenggaraan ban dan parit, menugaskan Environmental Officer untuk melaksanakan pemantauan serta melantik perunding untuk melaksanakan kerja auditan dan pemantauan. Dan sama-sama kita jaga perjalanan kerja supaya tapak ini dapat disiap pada tarikh yang ditetapkan. Yang Berhormat Berapit telah memohon maklumat mengenai stok tanah industri PDC yang dapat menarik pelaburan pada tahun 2022 dan 2023 sementara BKIP2 dan Batu Kawan Timur siap dibangunkan pada tahun 2023 dan 2024. Iaitu masih peralihan sebelum taman-taman industri baru siap. Untuk makluman Dewan ini, setakat 29 November 2021, PDC memang mempunyai tanah industri sedia ada untuk ditawarkan kepada pelabur di Taman Industri Batu Kawan (188 ekar), Penang Science Park (26 ekar) dan Utara Penang Science Park (176 ekar) bagi menampung keperluan pada tahun 2022/2023. Yang Berhormat Air Putih telah mencadangkan Kerajaan Negeri untuk melihat potensi baharu dari segi pelaburan bagi meningkatkan hasil daripada kaedah lain. Kerajaan Negeri mengenalpasti kawasan pembangunan sedia ada yang tidak dimajukan atau terbiar (underutilized) dan membuat perancangan pembangunan semula secara menyeluruh seperti di kawasan pesisir pantai bahagian Pulau, di Weld Quay, George Town dan kawasan pesisir pantai bahagian Butterworth, di Seberang Perai Utara di bawah Projek Penang Bay. Pada peringkat permulaan, kawasan di Weld Quay, George Town akan ditransformasikan sebagai George Town Central Business District dengan presint kreatif dan teknologi dengan diselaraskan di bawah Program CD Square atau Creative Digital District. Kerajaan Negeri kini sedang dalam kerangka untuk menjadikan Tapak Warisan Dunia sekitar Lebuh Pantai, George Town sebagai hab penjanaan k-ekonomi. Justeru, dengan matlamat penubuhan Daerah Digital Kreatif, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Digital Nasional Berhad dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan memastikan segala kemudahan berkaitan merangkumi liputan rangkaian 5G dapat diperluaskan di daerah ini. Inisiatif CD Square juga adalah salah satu usaha untuk mempercepat pencapaian Penang2030 selari dengan usaha yang telah dimulakan pada tahun 60-an, awal 70-an oleh Ketua Menteri pada masa itu, Tun Dr. Lim Chong Eu bagi menubuhkan Zon Perdagangan Bebas. Kerajaan Negeri melihat pada masa itu Zon Perdagangan Bebas dicipta untuk menjana ekonomi yang baharu. 50 tahun kemudian, mungkin k-ekonomi, digital ekonomi adalah penjana ekonomi yang baru dan oleh itu kita memberi tumpuan kepada perkara ini dengan mulakan secara perintis Creative Digital District di sekitar Lebuh Pantai, George Town.

Di samping itu, kita juga menyambut baik penganjuran-penganjuran program mega seperti World Congress on Information Technology, Tech Fest Penang, Symposium Artificial Intelligence dan Jelajah 5G. Pada 24 November yang lalu, Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Think City, Digital Penang dan Penang Institute telah adakan sesi libat urus atau stakeholder engagement untuk membentangkan perkongsian berkaitan projek-projek CD Square dan peluang-peluang pelaburan berkonsepkan digital kreatif. Penganjuran mini forum tersebut telah menghimpunkan pemilik hartanah, penyewa, persatuan dan pemegang taruh berkaitan Tapak Warisan Dunia di sekitar Lebuh Pantai, George Town. Sesi ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan termasuk penyertaan daripada Wawasan Open Universiti, Universiti Sains Malaysia, Khoo Kongsi, Penang Science Cluster, Price Waterhouse Coopers, Henry Butcher Penang, OCBC Bank, dan George Town World Heritage Incorperated. Selain itu, pembangunan projek akan dibuat berdasarkan konsep Public-Private-People-Professional Partnership di mana pembangunan projek adalah secara usahasama dengan pihak swasta, di mana Kerajaan Negeri menyediakan kawasan tanah untuk pembangunan dan pelaburan dan kos pembangunan projek adalah oleh pihak swasta. Dalam mesyuarat Persekutuan baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menyarankan bahawa Kerajaan-Kerajaan Negeri melihat kaedah PPPPP ini untuk pelaksanaan projek kerana pihak Kerajaan Persekutuan juga kurang dana untuk melaksanakan projek-projek berkenaan. Jadi konsep ini memang dilakukan di Negeri Pulau Pinang dan kita akan menggunakan konsep ini supaya dapat dalam cabaran ekonomi sedunia, kita masih dapat melaksanakan projek-projek dengan penyertaan daripada pihak swasta. Satu contoh yang sedang kita rancang adalah pembangunan semula Kompleks Bayu Senja di Batu Feringghi. Yang Berhormat Bukit Tambun telah memohon maklumat mengenai perancangan bagi membangunkan tanah kawasan bukit milik PDC di Bukit Jambul dan Paya Terubong. Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, tanah tersebut berada pada ketinggian melebihi 75 meter. Saya pun tanya PDC masa you beli tanah, melepasi 76 meter. Mereka jawab itu semua berlaku berdekad-dekad dahululah sebelum ada apa-apa garis panduan sedemikian. Jadi kawasan itu memang tak sesuai untuk apa-apa pembangunan melainkan mungkin agro pelancongan untuk menambah produk pelancongan di Negeri Pulau Pinang. Memang PDC telah mula mengkaji tetapi bukan senang sebab kawasan itu memang cerun tinggi, accessibility pun jadi satu masalah. Mengenai status pelaksanaan pemindaan sempadan bandar asal di bawah Seksyen 11(CA) Kanun Tanah Negara dan wujudkan bandar-bandar baharu di bawah Seksyen 11(d) Kanun Tanah Negara, cadangan untuk mengkelas semula tanah-tanah desa kepada tanah bandar, meminda sempadan bandar asal dan mewujudkan bandar baru ianya ditangguhkan buat sementara waktu untuk Kerajaan Negeri memfokus kepada pengawalan penularan COVID-19 Pulau Pinang terlebih dahulu. Memang usaha-usaha sudah dimulakan dan kita akan memilih masa yang sesuai untuk melaksanakan tindakan-tindakan sedemikian. Yang Berhormat Bukit Tambun juga memberi perhatian kepada isu lanjutan pajakan tanah-tanah industri sebab kebanyakkan atau sebahagian besar tanah-tanah industri hampir dekat dengan 60 tahun pajakan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan PDC sedang menggubal satu dasar baharu berkaitan lanjutan tempoh pajakan. Dasar ini bertujuan untuk menangani isu kekurangan tanah dengan mengambil kira isu pencemaran seperti alam sekitar, teknologi rendah serta labour intensive yang tidak dapat dikawal. Saya ingin menyakinkan Ahli-ahli Dewan bahawa jangan pandang ringan apa cadangan yang diutarakan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat di Dewan ini mahupun di luar oleh sektor stakeholders dalam sesi engagement mereka, mereka membangkitkan pelbagai isu dan cadangan. Kerajaan Negeri ini adalah Kerajaan Negeri yang sanggup mendengar sekiranya ada

idea, cadangan yang baik, kita akan mengambil tindakan sewajarnya. Jadi memang berhubung dengan kelanjutan tempoh pajakan tanah industri, ianya diberi perhatian yang serius dan saya percaya akan dapat kita muktamadkan cadangan yang sedang dikaji pada first quarter atau first half tahun akan datang. Maka kita lihatlah dalam isu lanjutan pajakan ini yang melibatkan semua kawasan industri, kita buat penilaian berdasarkan tujuh (7) kriteria yang ditetapkan merangkumi penggunaan tanah yang optimum, skills & technical intensive industri-industri ini, high value added, high value jobs, ecosystem relevance, global value chain exposure dan R&D/D&D. Kriteria-kriteria ini ditetapkan untuk membantu pihak Kerajaan Negeri menimbang lanjutan tempoh pajakan bagi industri-industri yang sedia ada. Yang Berhormat Kebun Bunga juga ada menyentuh tentang banglo milik Kerajaan Negeri di Taman Jesselton, Daerah Timur Laut. Ianya masih dalam pelaksanaan dan sedang diubahsuai sebagai kuarters Pegawai Kanan Kerajaan. Mengenai Climate Adaptation Fund yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang Bubuk, Yang Berhormat menanya mengapa MBSP tidak termasuk dalam Climate Adaptation Fund yang bernilai USD10 juta ini. Untuk makluman Dewan, pelaksanaan projek-projek adaptasi iklim yang berasaskan nature-based solutions ini tertumpu kepada kawasan berkeluasan kecil seperti George Town dan Bayan Lepas dan yang menerima paling banyak kesan pemanasan bandar dengan pembangunan yang padat. Maka dalam apa yang diluluskan, dia memang tujuan Urban Warming Project yang khusus, yang melibatkan pelaksanaan empat (4) fasa yang melibatkan penghijauan bandar, pengurusan penyimpanan air, daya tahan sosial dan kapasiti institusi.

Selain menjadi platform demostrasi kepada seluruh Malaysia, projek perintis ini juga boleh dijadikan penanda aras bagi mengarusperdanakan praktis dan solusi terbaik bagi penyesuaian iklim di kawasan bandar. Kawasan MBSP masih mendapat manfaat daripada program pembangunan kapsiti yang dianjurkan oleh MBPP, JPS dan ThinkCity. Di Seberang Perai pula kita mendapati isu kenaikan paras laut menjadi satu isu yang perlu diberi perhatian dan ThinkCity dengan kerjasama MBSP sedang mengenalpasti isu ini dan pada tahun hadapan, ThinkCity menyasarkan dana penyesuaian yang berasaskan ekosistem global secara eksklusif bagi kawasan tersebut. Kita akan cuba pohon untuk tujuan yang lain daripada apa yang diluluskan di MBSP. Mengenai syarikat berkaitan Kerajaan Negeri atau GLC, untuk makluman Dewan terdapat 17 syarikat GLC di bawah Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang atau CMI dan dua (2) GLC di bawah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri. Penubuhan GLC di bawah Kerajaan Negeri apabila Yang Berhormat semua meneliti fungsi setiap GLC didapati GLC- GLC ini walaupun GLC memberi konotasi untuk buat keuntungan tetapi GLC di negeri Pulau Pinang tidak berorentasi keuntungan tetapi bertindak sebagai entiti penyampaian dasar dan inisiatif Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, katakan Digital Penang dia akan melihat isu-isu digitalization, Penang Green Council tentang inisiatif hijau, agenda hijau, alam sekitar dan sebagainya. (PYDC) pembangunan belia, (PWDC) pembangunan wanita dan juga pembangunan sosial, Penang Global Tourism atas pelancongan dan warisan, GTWHI dan sebagainya. Mereka memainkan fungsi selain daripada sebuah syarikat yang memfokuskan kepada perniagaan ianya ditubuhkan untuk membantu Kerajaan Negeri melaksanakan dan menjalankan program-program dan dasar-dasar yang pro rakyat dan melibatkan rakyat dan komuniti dalam pelaksanaan dan penggubahan dasar-dasar ini. Jadi, Kerajaan Negeri memberi geran kepada GLC-GLC ini untuk tujuan pengurusan dan juga melaksanakan program-program dan melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan kadang kala dasar-dasar yang ditetapkan oleh kementerian-kementerian berkenaan.

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan, adalah menjadi keutamaan Kerajaan Negeri untuk ‘Mempercepatkan Pencapaian Penang2030’. Sehubungan dengan itu, bersandarkan empat (4) teras utama iaitu meningkatkan daya huni bagi menambah baik kualiti kehidupan, menaik taraf ekonomi bagi meningkatkan pendapatan isi rumah, memperkasakan rakyat bagi meningkatkan penyertaan awam, dan melabur dalam persekitaran terbina bagi menambah baik daya tahan serta didokong oleh 16 Inisiatif Strategik, Kerajaan Negeri yakin kita mampu merealisasikan pencapaian ini dengan memperkasakan agenda ‘Digital Ekonomi’ di negeri ini. Ekonomi Negeri Pulau Pinang selama 50 tahun ialah disokong oleh industri yang tertumpu di kawasan Bayan Lepas yang telah diiktiraf sebagai semikonduktor dan hab E&E bagi rantau ini. Gabungan nilai pelaburan pembuatan di negeri ini pada 2019 dan 2020 adalah RM31 bilion, mewakili 18peratus daripada keseluruhan nilai pelaburan di Malaysia dan telah menyumbangkan volum dan lebihan perdagangan untuk 2020 bagi sektor E&E. Pelaburan pembuatan di Pulau Pinang mencipta lebih 32,000 peluang pekerjaan dari tahun 2019 dan 2020. Nilai eksport negeri berjumlah RM310 bilion pada 2020 mewakili 32 peratus atau hampir satu pertiga daripada jumlah keseluruhan Malaysia. Pulau Pinang sebagai negeri terkecil di Malaysia, kita dapat menjana RM110 bilion nilai lebihan perdagangan tahun 2020. Memandangkan semikonduktor global akan terus menjadi sektor yang sangat berdaya saing, Pulau Pinang juga perlu konsisten dalam sektor E&E dan perindustrian. Berorientasikan pertumbuhan selama 50 tahun yang lalu, bagi terus menggalakkan pertumbuhan industri bagi 20 tahun akan datang, Pulau Pinang akan mengembangkan pelaksanaan projek sedia ada seperti BKIP2 untuk terus berdaya saing di arena global. Selain itu juga, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan pelbagai pendekatan untuk memperluaskan bakat di Pulau Pinang termasuk memacu pelaburan, menangani jurang penawaran dan permintaan dalam TVET bagi menarik pelaburan kualiti dalam jangka masa terdekat dan jangka panjang. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, E&E dan semikonduktor dilihat menjadi sektor kitaran bagi memacu perkembangan ekonomi negeri, walau bagaimanapun, untuk Pulau Pinang mencapai pertumbuhan sebagai ‘The Silicon Valley of East 2.0’ kita perlu mengambil dan merebut peluang-peluang pelaburan dalam teknologi perubatan, sains hayat, industri automasi dan robotik.

Selain daripada penumpuan terhadap pertumbuhan industri, saya melihat Pulau Pinang memerlukan sektor pertumbuhan baharu, dan perlu beralih kepada digital ekonomi dan teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada suku ke-3 tahun 2021, pendapatan e-dagang Malaysia melonjak kepada RM279 bilion, ataupun peningkatan 17.1 peratus dari tahun ke tahun, bagi suku ketiga 2021.

Pulau Pinang sebagai hab industri perlu memanfaatkan pertumbuhan e-dagang dan membina sektor ekonomi baharu dengan pelebaran digital 5G dan gudang automatik infrastruktur, logistik dan pusat data. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PDC, Invest Penang dan Digital Penang perlu bersedia untuk memacu pertumbuhan ekonomi baharu bagi 50 tahun akan datang. Sebagaimana yang saya sebutkan Dato’ Yang di-Pertua, Belanjawan Tahun 2022 merupakan pembentangan kali keempat sejak saya menerajui tampuk pemerintahan Negeri Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri. Sememangnya cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri adalah berbeza setiap tahun, tambahan pula dengan kesan pandemik COVID-19. Namun, dengan hasil komitmen yang tidak berbelah bagi daripada barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang membentuk jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak membolehkan Kerajaan Negeri menjalankan amanah untuk membangunkan negeri dan rakyat negeri kita.

Hasrat semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini adalah untuk memastikan kemajuan negeri dan kemakmuran rakyat kita tanpa mengira agama dan bangsa. Usaha dan objektif yang disasarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Konsep Keluarga Malaysia akan didukung di peringkat negeri dan terjemahkan dalam Visi Penang2030. Semoga Bajet Tahun 2022 ini akan menjadi titik kebangkitan kita untuk sama-sama memulihkan ekonomi dan memacu ekonomi Negeri Pulau Pinang ke peringkat yang lebih tinggi selaras dengan moto “Negeri Hijau dan Pintar Berteraskan Keluarga, Inspirasi Negara”. Dato’ Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri ucapan penggulungan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih Kerajaan Negeri kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar sepanjang lebih 2 tahun perkhidmatan beliau di negeri kita. Beliau akan memulakan tugas sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkuatkuasa pada 10 Disember 2021. Tahniah juga diucapkan di atas kenaikan pangkat tersebut, dan semoga Yang Berhormat Dato’ Seri akan terus cemerlang di tempat baru kelak. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat dan juga terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telahpun mengambil bahagian dalam sesi pergulungan. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat masalah yang kita hadapi sekarang adalah Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2022 dibaca bagi kali yang kedua. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘Ya’.

Ahli-ahli Kerajaan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan ‘Tidak’. “Ya” sebulat suara kita terima.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama ‘Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang kedua. Rang Undang-Undang ini sekarang akan dipertimbangkan di dalam Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Jadual.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.01, Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan RM209,473,780 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sembilan Juta, Empat Ratus Tujuh Puluh Tiga Ribu, Tujuh Ratus Lapan Puluh Sahaja). Bahawa jumlah wang sebanyak RM209,473,780 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sembilan Juta, Empat Ratus Tujuh Puluh Tiga Ribu, Tujuh Ratus Lapan Puluh Sahaja) untuk Kepala B.01, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.02, Pejabat Tanah dan Galian. RM14,978,190 (Ringgit Malaysia Empat Belas Juta, Sembilan Ratus Tujuh Puluh Lapan Ribu, Satu Ratus Sembilan Puluh Sahaja). Bahawa jumlah wang sebanyak RM14,978,190 (Ringgit Malaysia Empat Belas Juta, Sembilan Ratus Tujuh Puluh Lapan Ribu, Seratus Sembilan Puluh Sahaja) untuk Kepala B.02, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.03, Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut. RM 7,834,844 (Ringgit Malaysia: Tujuh Juta, Lapan Ratus Tiga Puluh Empat Ribu, Lapan Ratus Empat Puluh Empat Sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak. RM 7,834,844 (Ringgit Malaysia: Tujuh Juta, Lapan Ratus Tiga Puluh Empat Ribu, Lapan Ratus Empat Puluh Empat Sahaja untuk Kepala B.03, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.04, Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya. RM7,298,846 (Ringgit Malaysia: Tujuh Juta, Dua Ratus Sembilan Puluh Lapan Ribu, Lapan Ratus Empat Puluh Enam Sahaja). Bahawa jumlah wang sebanyak RM7,298,846 (Ringgit Malaysia: Tujuh Juta, Dua Ratus Sembilan Puluh Lapan Ribu, Lapan Ratus Empat Puluh Enam Sahaja) untuk Kepala B.04, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.05 Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara RM8,905,110 (Ringgit Malaysia Lapan Juta, Sembilan Ratus Lima Ribu Satu Ratus Sepuluh Sahaja). Bahawa jumlah wang sebanyak RM8,905,110 (Ringgit Malaysia Lapan Juta, Sembilan Ratus Lima Ribu Satu Ratus Sepuluh Sahaja untuk Kepala B.05, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.06 Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah RM8,602,656 (Ringgit Malaysia Lapan Juta Enam Ratus Dua Ribu Enam Ratus Lima Puluh Enam Sahaja). Bahawa jumlah wang sebanyak RM8,602,656 (Ringgit Malaysia Lapan Juta Enam Ratus Dua Ribu Enam Ratus Lima Puluh Enam Sahaja) untuk Kepala B.06, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.07 Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan RM7,205,163 (Ringgit Malaysia Tujuh Juta Dua Ratus Lima Ribu Satu Ratus Enam Puluh Tiga Sahaja). Bahawa jumlah wang sebanyak RM7,205,163 (Ringgit Malaysia Tujuh Juta Dua Ratus Lima Ribu Satu Ratus Enam Puluh Tiga Sahaja) untuk Kepala B.07, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.08 Jabatan Pengairan dan Saliran RM47,019,765 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Tujuh Juta Sembilan Belas Ribu Tujuh Ratus Enam Puluh Lima Sahaja). Bahawa jumlah wang sebanyak RM47,019,765 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Tujuh Juta Sembilan Belas Ribu Tujuh Ratus Enam Puluh Lima Sahaja) untuk Kepala B.08, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.09 Jabatan Perhutanan RM3,824,160 (Ringgit Malaysia Tiga Juta Lapan Ratus Dua Puluh Empat Ribu Satu Ratus Enam Puluh Sahaja). Bahawa jumlah wang sebanyak RM3,824,160 (Ringgit Malaysia Tiga Juta Lapan Ratus Dua Puluh Empat Ribu Satu Ratus Enam Puluh Sahaja)untuk Kepala B.09, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.10 Jabatan Taman Botani RM5,261,368 (Ringgit Malaysia Lima Juta Dua Ratus Enam Puluh Satu Ribu Tiga Ratus Enam Puluh Lapan Sahaja). Bahawa jumlah wang sebanyak RM5,261,368 (Ringgit Malaysia Lima Juta Dua Ratus Enam Puluh Satu Ribu Tiga Ratus Enam Puluh Lapan Sahaja)untuk Kepala B.10, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.12 Jabatan Kerja Raya RM40,762,372 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Juta Tujuh Ratus Enam Puluh Dua Ribu Tiga Ratus Tujuh Puluh Dua Sahaja). Bahawa jumlah wang sebanyak RM40,762,372 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Juta Tujuh Ratus Enam Puluh Dua Ribu Tiga Ratus Tujuh Puluh Dua Sahaja) untuk Kepala B.12, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.13 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam RM21,613,910 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Satu Juta Enam Ratus Tiga Belas Ribu Sembilan Ratus Sepuluh Sahaja). Bahawa jumlah wang sebanyak RM21,613,910 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Satu Juta Enam Ratus Tiga Belas Ribu Sembilan Ratus Sepuluh Sahaja)untuk Kepala B.13 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.14 Jabatan Kebajikan Masyarakat RM10,724,740 (Ringgit Malaysia Sepuluh Juta Tujuh Ratus Dua Puluh Empat Ribu Tujuh Ratus Empat Puluh Sahaja). Bahawa jumlah wang sebanyak RM10,724,740 (Ringgit Malaysia Sepuluh Juta Tujuh Ratus Dua Puluh Empat Ribu Tujuh Ratus Empat Puluh Sahaja) untuk Kepala B.12 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?.

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.15 Jabatan Perancang Bandar dan Desa RM4,664,655 (Ringgit Malaysia Empat Juta Enam Ratus Enam Puluh Empat Ribu Enam Ratus Lima Puluh Lima Sahaja). Bahawa jumlah wang sebanyak RM4,664,655 (Ringgit Malaysia Empat Juta Enam Ratus Enam Puluh Empat Ribu Enam Ratus Lima Puluh Lima Sahaja) untuk Kepala B.15 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”..

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.16 Jabatan Kewangan Negeri RM457,233,149 (Ringgit Malaysia Empat Ratus Lima Puluh Tujuh Juta Dua Ratus Tiga Puluh Tiga Ribu Satu Ratus Empat Puluh Sembilan Sahaja). Bahawa jumlah wang sebanyak RM457,233,149 (Ringgit Malaysia Empat Ratus Lima Puluh Tujuh Juta Dua Ratus Tiga Puluh Tiga Ribu Satu Ratus Empat Puluh Sembilan Sahaja) untuk Kepala B.16 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.17 Jabatan Perkhidmatan Veterinar RM7,068,652 (Ringgit Malaysia Tujuh Juta Enam Puluh Lapan Ribu Enam Ratus Lima Puluh Dua Sahaja). Bahawa jumlah wang sebanyak RM7,068,652 (Ringgit Malaysia Tujuh Juta Enam Puluh Lapan Ribu Enam Ratus Lima Puluh Dua Sahaja) untuk Kepala B.15 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.18 Jabatan Pertanian RM8,717,827 (Ringgit Malaysia Lapan Juta Tujuh Ratus Tujuh Belas Ribu Lapan Ratus Dua Puluh Tujuh Sahaja). Bahawa jumlah wang sebanyak RM8,717,827 (Ringgit Malaysia Lapan Juta Tujuh Ratus Tujuh Belas Ribu Lapan Ratus Dua Puluh Tujuh Sahaja)untuk Kepala B.18 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.19 Jabatan Mufti RM3,457,070 (Ringgit Malaysia Tiga Juta Empat Ratus Lima Puluh Tujuh Ribu Tujuh Puluh Sahaja). Bahawa jumlah wang sebanyak RM3,457,070 (Ringgit Malaysia Tiga Juta Empat Ratus Lima Puluh Tujuh Ribu Tujuh Puluh Sahaja) untuk Kepala B.19 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.20 Jabatan Kehakiman Syariah RM8,354,800 (Ringgit Malaysia Lapan Juta Tiga Ratus Lima Puluh Empat Ribu Lapan Ratus Sahaja). Bahawa jumlah wang sebanyak RM8,354,800 (Ringgit Malaysia Lapan Juta Tiga Ratus Lima Puluh Empat Ribu Lapan Ratus Sahaja) untuk Kepala B.20 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.21 Jabatan Pendakwaan Syariah RM1,503,120 (Ringgit Malaysia Satu Juta Lima Ratus Tiga Ribu Satu Ratus Dua Puluh Sahaja). Bahawa jumlah wang sebanyak RM1,503,120 (Ringgit Malaysia Satu Juta Lima Ratus Tiga Ribu Satu Ratus Dua Puluh Sahaja)untuk Kepala B.21 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Setiausaha Dewan

Fasal 1.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 1 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang?

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Setiausaha Dewan

Fasal 2.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 2 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang?

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi Tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tajuk penuh dan fasal yang mengundangkan adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang?

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan bersidang semula.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2022 telah pun dipertimbangkan sefasal demi sefasal dalam Jawatankuasa dan dipersetujui tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini sekarang dibaca bagi kali yang ketiga serta diluluskan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat masalah yang kita hadapi sekarang ialah Rang Undang-Undang dibacakan bagi kali yang ketiga serta diluluskan. Ahli-ahli yang bersetuju katakan "Ya",

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan "Tidak". Sebulat suara kita terima.

Setiausaha Dewan

Enakmen Perbekalan Tahun 2022 maka dengan ini adalah diperundangkan oleh Kuasa Undangan Negeri Pulau Pinang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Rang Undang-undang telah dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah yang kita hadapi sekarang ialah usul yang telah dikemukakan oleh Y.A.B. Ketua Menteri yang berbunyi “Bahawa Dewan ini meluluskan perbelanjaan sebanyak RM316,132,788.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Enam Belas Juta Satu Ratus Tiga Puluh Dua Ribu Tujuh Ratus Lapan Puluh Lapan) yang tertera di dalam Anggaran Pembangunan Tahun 2022 yang dibentangkan sebagai Risalah Dewan Undangan Negeri Bilangan 8 Tahun 2021 dan menetapkan bahawa jumlah yang tersebut hendaklah digunakan bagi tujuan-tujuan yang ditetapkan dalam Anggaran Pembangunan Tahun 2022 itu. Ahli-ahli yang bersetuju katakan "Ya".

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan "Tidak". Ya, semua setuju, usul dipersetujui. Ahli-ahli Yang Berhormat saya nak tangguhkan Dewan untuk berhenti rehat dan kita bersidang semula pada jam 3.00 petang nanti.

Dewan ditangguhkan pada jam 12.25 tengah hari.

Dewan bersidang semula pada jam 3.00 petang.

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Ketua Menteri Pulau Pinang (Pemerbadanan) (Pindaan) 2021.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Yang Amat Berhormat.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Ketua Menteri Pulau Pinang (Pemerbadanan) 2009, dibaca bagi kali yang pertama.

Yang di-Pertua (Speaker)

Minta sokong.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Ketua Menteri Pulau Pinang (Pemerbadanan) 2009.

Yang di-Pertua (Speaker)

Rang Undang-Undang telahpun dibacakan bagi kali yang pertama.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, mengikut Peraturan 59 - Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mencadangkan bacaan kali yang kedua Rang Undang-Undang ini diteruskan dengan serta merta.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Ketua Menteri Pulau Pinang (Pemerbadanan) (Pindaan) 2021 bacaan kali kedua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Yang Amat Berhormat.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Dewan Yang Mulia ini, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Ketua Menteri Pulau Pinang (Pemerbadanan) 2009 dibacakan pada kali yang kedua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terlebih dahulu, Dewan ini sedia maklum bahawa Enakmen Perbadanan Ketua Menteri ataupun Perbadanan Ketua Menteri ditubuhkan sebagai salah satu jentera Kerajaan Negeri. Menurut Akta Perbadanan, Kekompetenan Badan Perundangan Negeri tahun 1962, iaitu Akta 380, Melalui Seksyen 3 “Akta 380 dibaca bersama butiran 5 Jadual Pertama Akta 380. Sebagai salah satu jentera Kerajaan Negeri yang terpenting, CMI berfungsi sebagai custodian kepada aspek-aspek tanah milik Kerajaan Negeri dan mengurus semua urusniaga dan program pembangunan Kerajaan Negeri yang berskala besar, untuk menjana hasil Kerajaan Negeri. Tadbir urus berskala besar ini, memerlukan pentadbiran kewangan yang efesien dan penuh berintegriti. Melibatkan Pengurusan kewangan dan aset dan memerlukan tenaga kerja yang berprestasi tinggi, cekap dan berkemahiran dalam pelbagai aspek khususnya dalam perancangan pemajuan, perundingan kontrak dan perbelanjaan berhemah untuk tujuan pengauditan dan percukaian. Sehubungan itu, Enakmen Ketua Menteri Pulau Pinang (Pemerbadanan) 2009 yang telah diwartakan pada 23 Julai 2009, di mana dengan kuasa yang diperolehi melalui enakmen ini, Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang perlu memainkan peranan dengan baik serta membantu pentadbiran Kerajaan Negeri melalui pembaharuan institusi, Wawasan Penang2030 dan perundangan yang disyorkan melalui Rang Undang-Undang ini. Untuk makluman Dewan, sehingga November 2021, CMI menguruskan sebanyak 116 projek termasuk projek perumahan secara usahasama (joint venture), pelancongan dan pendidikan, pertanian, perikanan dan penternakan, fasiliti dan utiliti awam dan telekomunikasi. Selain itu, CMI juga turut memantau 16 anak syarikat Kerajaan Negeri yang

diletakkan dibawahnya. Hasil kutipan melalui sewaan, pajakan dan jualan dari awal penubuhannya diperakaunkan terus kepada Akaun Bendahari Negeri dan sehingga kini, ya dan sehingga sampai sehingga kini. Dato’ Yang di-Pertua, aset-aset dibawah CMI yang merangkumi tanah dan bangunan pada ketika ini, adalah dinilai berdasarkan nilaian oleh Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta (JPPH), dan ia didaftarkan di bawah Skim Perakaunan Akuan Kerajaan Negeri. Cadangan Rang Undang-Undang Ketua Menteri Pulau Pinang (Pemerbadanan) (Pindaan) 2021, dalam Mesyuarat Kedua Penggal ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan dan menambahbaik pengurusan CMI selaras dengan pandangan dari pihak Audit serta menerapkan nilai-nilai tadbir urus yang baik atau good governance. Ini juga adalah selaras dengan visi Penang2030 di bawah inisiatif Strategi C4, iaitu mempercepatkan penyampaian program dan pembaharuan institusi seperti saya sebutkan tadi. Pindaan yang dicadangkan Dato’ Yang di-Pertua, pada kali ini difokus kepada empat (4) perkara utama iaitu: 1) Wujud suatu struktur Lembaga Pengarah dengan Ketua Menteri sebagai pengerusi, dan keanggotaan sekurang-kurangnya dua (2) ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang, Pegawai Kewangan Negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan Pengurus Besar CMI; 2) Mewujudkan Sistem Perakaunan Berasingan yang membolehkan ia merekod semua aktiviti berkaitan kewangan dan boleh diaudit serta diberi pengkelasan sama ada ianya berada dalam keadaan teratur dan baik atau sebaliknya; 3) Mengujudkan Satu Pengkalan Data untuk pengurusan Aset Alih dan Tidak Alih dengan nilaian terkini daripada JPPH bagi memastikan aset-aset berdaftar dijaga, diselenggara dan dipantau sebaiknya; dan 4) Mengujudkan Sistem Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia yang lebih baik bagi memastikan kebajikan pegawai dan anggota terjamin dan terpelihara serta memastikan terdapat peluang pembangunan kerjaya yang saksama. Pindaan-pindaan yang dibuat di dalam Rang Undang-Undang ini, merangkumi perkara-perkara berikut:

Fasa Satu - Mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuatkuasa;

Fasa Dua - Bertujuan untuk memasukkan Seksyen baru 3A, yang memperuntukkan keahlian Perbadanan; Fasa Tiga – Bertujuan untuk memasukkan Seksyen baharu 5A, 5B, 5C, 5D, 5E, 5F, 5G, 5H, 5I, 5J, 5K, 5L, 5M, 5N, 5O, 5P dan 5Q yang memperuntukkan kuasa kepada Perbadanan untuk melaksanakan fungsi dan urusannya yang turut termasuk kuasa untuk melantik Jawatankuasa, Setiausaha, Pengurus Besar dan Pekerja-pekerja Perbadanan; Fasa Empat – Bertujuan untuk memasukkan Seksyen baru 8, yang peruntukkan kuasa kepada Perbadanan untuk meminda jadual; dan kelima Fasa Lima – Bertujuan untuk memasukkan jadual yang memperuntukkan tema dan syarat pelantikan, pembatalan, perletakan dan pengosongan jawatan. Selain itu, jadual juga memperuntukkan peruntukan berkenaan saraan dan elaun Ahli Perbadanan serta Tatacara Perjalanan Mesyuarat. Rang Undang-Undang Ketua Menteri Pulau Pinang (Pemerbadanan) (Pindaan) 2021 ini tidak menghadkan Perbadanan Ketua Menteri Pulau

Pinang CMI untuk menjalankan fungsi dan peranan serta peroperasi dengan sewajarnya selaras dengan tujuan asal penubuhan pada tahun 2009. Dengan itu Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon turut serta dalam sesi perbahasan mengenai Usul Rang Undang-Undang Ketua Menteri Pulau Pinang (Pemerbadanan) (Pindaan) 2021, yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sebentar tadi. Perbadanan Ketua Menteri (CMI) ditubuhkan dibawah Enakmen Ketua Menteri Pulau Pinang (Pemerbadanan) 2009, yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 27 April 2009. CMI ditubuhkan untuk mengurus dan memantau aset-aset Kerajaan Negeri dan menjana pendapatan melalui Konsep Public People and Private Partnership (4P’s). Antara projek-projek yang dikendalikan oleh CMI, adalah merangkumi projek Pembangunan Perumahan, Pembangunan Pelancongan, Warisan dan Pendidikan, Pembangunan Fasiliti Dan Utiliti Awam, Pembangunan Pertanian, Perikanan dan Penternakan, Pembangunan selain Islam, Rumah Ibadat Bukan Islam dan Pembangunan di bawah George Town Conservation and Development Corporation (GTCDC). Dengan kuasa yang diperoleh melalui Enakmen CMI, yang telah wartakan pada 23 Julai 2009, Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang telah memainkan peranannya dengan baik dan membantu pentadbiran Kerajaan Negeri selama lebih satu dekad. Walau bagaimanapun, pengoperasiannya masih terhad dan tidak benar-benar beroperasi seperti yang sepatutnya itu bertindak sebagai salah satu Badan Berkanun Negeri. Akaun CMI juga tidak diaudit berasingan kerana peruntukan yang disalurkan kepada CMI adalah diselaraskan di bawah Bajet Mengurus dibawah Aktiviti 021, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri dibawah maksud Bekalan (B01). Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, hari ini kerana buat masa ini CMI tidak mempunyai akaun sendiri untuk menguruskan peruntukan yang disalurkan. Pindaan kepada Enakmen CMI yang dicadangkan ini, akan membolehkan satu akaun dapat diwujudkan dan dia akan mempunyai rekod Perakaunan berasingan. Manakala setiap hasil yang diterima, akaun di perakaunan terus kepada Hasil Negeri melalui Bendahari Negeri Pulau Pinang. Sehubungan dengan itu, Pindaan kepada Enakmen CMI ini adalah berketetapan dengan arus semasa bagi membolehkan CMI bergerak sendiri sebagai suatu lagi Badan Berkanun Negeri dengan memberi dan membuka peluang kerjaya kepada mereka yang layak, serta menjaga kebajikan dan pembangunan kerjaya kepada pegawai dan anggota sedia ada. CMI bakal mengikut jejak langkah dan kejayaan penubuhan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Taman Botani Negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Perai. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berada dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Ketua Menteri Pulau Pinang (Pemerbadanan) (Pindaan) 2021. Maka, Ahli-ahli Yang Berhormat, siapa yang ingin mengambil bahagian dalam perbahasan, dipersilakan. Ya. Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang yang untuk pindaan CMI. Saya ada sedikit, saya rasa kali ini adalah satu peluang yang terbaiklah untuk kita lihat balik nak juga kaji balik tentang objektif dan penubuhan CMI yang berteraskan untuk melaksanakan dan juga penyampaian dasar-dasar kerajaan. Pada asasnya bila penswastaan atau permerdanan ini diadakan, kita dapat lihat bahawa ini adalah salah satu tujuan untuk meningkatkan produktiviti dan juga kecekapan dalam penghasilan kerja bagi kerajaan dan serta kita ingin mengurangkan beban kewangan Kerajaan Negeri. Saya juga sentiasa tertanya-tanya ya, sama ada sektor perkhidmatan awam yang ada pada hari ini tidak dapat mampu untuk menyahut cabaran dan keperluan untuk melaksanakan agenda-agenda dan dasar-dasar kerajaan, ini sebab saya lihat di bawah CMI ini ada tadi CM ada sebut ada 16 anak syarikat dan sebenarnya ada satu lagi 17 jika Penang Infrastructure of Cooperation itu ditambahkan mungkin ada 17 dan saya nampak banyak anak-anak syarikat yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri bagi melaksanakan kerja-kerja atau program-program kerajaan. Sebenarnya salah satu matlamat untuk kita sebenarnya kita sudah ada satu sektor perkhidmatan awam yang saiznya sudah besar dan kita juga sekiranya nak bertambah lagi anak-anak syarikat saya nampak ini juga akan menyebabkan satu saiz perkhidmatan awam yang lebih besar lagi ialah untuk kita tambahkan. Saya juga ingin menyatakan di sini dalam perbahasan dalam Sidang DUN ini kita juga sentiasa menyatakan government should stay out of business dan saya nampak tadi kita juga sentiasa mendengar daripada...(gangguan).

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Minta penjelasan.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Nanti, nanti, saya finish dulu.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Ya

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Dan kita juga tak sesuai untuk bersaing dengan private sector, ini saya rasa adalah perkara yang kita juga perlu ambil perhatian apabila kita menubuhkan entiti-entiti yang juga akan melibatkan dalam sektor-sektor swasta ini. So ini saya mukadimah saya. Ya, Okey.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Minta laluan. Terima kasih kepada yang Yang Berhormat Machang Bubuk saya cuma ada pertanyaan sebab saya terdengar hujahan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Machang Bubuk tadi tentang pertambahan saiz khususnya sektor perkhidmatan awam ni cumanya saya kurang fahamlah mungkin saya minta penjelasan lebih sikit daripada Yang Berhormat Machang Bubuk sebab memandangkan Perbadanan Ketua Menteri ini sememangnya adalah sebuah entiti yang sedia ada, cumanya melalui enakmen ini kita secara khususnya boleh dikatakan perbadanankan lah tapi saya rasa saya tak nampak ada tambahan itu sebab memang adalah entiti yang saya mungkin saya minta Yang Berhormat Machang Bubuk boleh tolong jelaskan hujahan Yang Berhormat Ahli Kawasan Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Kota apa yang saya cuba tadi untuk jelaskan adalah matlamat dan misi utama untuk GLC-GLC yang ditubuhkan itu sebenarnya kita nampak juga sometime dia ada juga pertindihan dengan jabatan-jabatan kerajaan dan soalan saya adalah kenapa kita perlu lagi GLC-GLC? Sekiranya ada sektor perkhidmatan awam yang begitu sudah saiznya juga agak besar, ya. Adakah kemampuan sektor perkhidmatan awam di negeri kita tidak mampu untuk melaksanakan program-program yang dicadangkan atau agenda-agenda yang dibawa oleh Kerajaan Negeri, itu adalah persoalan saya. Ya dan memang ada kita juga atau kemungkinan besar juga kakitangan kakitangan awam yang sedia ada tidak cukup diperkasakan kapasiti mereka tidak mencukupi baru kita ada macam Perbadanan Stadium dan Tanah Lapang untuk mengurus stadium-stadium dan tanah lapang yang ada di negeri kita. So ini yang saya cuba nak dapatlah kepastian daripada Kerajaan Negeri. Yang seterusnya untuk penumbuhan Kumpulan Wang iaitu Seksyen 5G, ya Kumpulan Wang hendaklah mengandungi yang dalam (a) itu “Apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud oleh Dewan Undangan Negeri”. Saya ingin tahu bahawa adakah peruntukan-peruntukan Kerajaan Negeri kepada CMI akan dibentangkan dalam Sidang DUN seperti yang dimasukkan dalam buku bajet Ini. Adakah dia tadi YB. Perai ada menyebut sebelum ini kita akan letak dalam B01? Adakah kita akan tambah lagi satu bahagian untuk CMI sahaja setiap kali kita membentangkan kerajaan membentangkan belanjawan akan meletakkan, okey, setiap tahun kerajaan akan memperuntukkan berapa untuk CMI ini dan juga sekiranya CMI menjadi satu Badan Berkanun yang mampu menjana keuntungan atau surplus atau ada hasil, adakah CMI juga akan memberi dividen kepada Kerajaan Negeri macam Petronas ke setiap tahun mereka telah diwajibkan untuk memberi dividen kepada kerajaan untuk melakukan program-program pembangunan? Maka CMI sebagai satu Badan Berkanun, adakah mereka juga mungkinkah kita akan tetapkan satu peratusan berapa keuntungan perlu dimasukkan ke dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan satu lagi yang saya juga ingin untuk bangkitkan adalah kuasa untuk melantik macam Pengurus Besar dan juga jawatan-jawatan tinggi dalam CMI ini. Saya juga ingin tahu sama ada adakah CMI akan tubuhkan satu jawatankuasa untuk interview atau melantik jawatan-jawatan tinggi dalam GLC-GLC yang anak-anak syarikat di bawah CMI ini. Ini adalah bertujuan untuk kita dapatkan the right person for the right job. Wah memang susah bernafas. Okey, cadangan-cadangan yang akhir bagi saya, saya juga rasa kita sebagai ADUN atau backbenches kita ingin melihat supaya ada semangat semak imbang ini dapat dilakukan. Maka saya mencadangkan salah satu jawatankuasa pilihan select committee tentang agensi badan berkanun dan anak syarikat dalam DUN ini dapat diwujudkan supaya kita dapat memainkan peranan, DUN ni dapat memainkan peranan semak imbang ke atas semua agensi kerajaan, badan berkanun dan juga anak-anak syarikat dan peranan jawatankuasa pilihan ini juga bukan sekadar semak imbang sahaja malahan juga dapat memastikan bahawa urus tadbir semua

agensi, badan berkanun dan GLC akan berteraskan dengan prinsip Competent Accountability and Transparency (CAT). Itu saja daripada saya, sekian terima kasih

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubuk, ya Yang Berhormat Bukit Tambun

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri kerana saya diberi peluang untuk mengambil bahagian untuk berbahas tentang Enakmen Ketua Menteri Pulau Pinang (Pemerbadanan) (Pindaan) 2021. Merujuk kepada Seksyen 5(a) fungsi Perbadanan ini merangkumi menguruskan keperluan wang, menasihati Pihak Berkuasa Negeri tentang pengoperasian, ketiga mentadbir dan membelanjakan sesuatu terimaan wang perbadanan yang diperuntukkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Ini bererti Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang perlu memiliki tadbir urus yang baik, (dengan izin)....good governance dalam pengurusan kewangan atau pun peruntukan, pengurusan aset alih dan bukan alih yang dimiliki perbadanan dan pengurusan projek pembangunan. Sebagai sebuah perbadanan yang memantau 16 anak syarikat dan telah melaksanakan 116 projek sememangnya Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang perlu diterajui oleh pasukan profesional ataupun teknokrat yang memiliki kelayakan dan kemahiran yang berkaitan. Ini adalah kerana pasukan pengurusan ini juga bertanggungjawab untuk menasihati perbadanan yang hanya terdiri daripada Ketua Menteri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai kanan pentadbiran awam Kerajaan Negeri. Dato' Yang di-Pertua, merujuk kepada Seksyen 3(a) iaitu Keahlian Perbadanan dapat kita simpulkan bahawa setiap GLC Kerajaan Negeri ini dianggotai oleh pegawai kerajaan yang sama. Maksud di sini adalah seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, lebih kurang dari PDC, PBA, CMI dan seterusnya lain-lain anak syarikat adalah diketuai oleh Ketua Menteri, Ahli-ahli EXCO dan pegawai-pegawai yang tersebut tadi. Oleh yang demikian, di sini saya mencadangkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri ditempatkan secara berasingan di GLC yang berlainan. Maksud saya di sini anak-anak syarikat di bawah CMI, CMI memang saya bersetuju keahlian seperti yang dicadangkan dalam Seksyen 3(a) tetapi anak-anak syarikat di bawah Perbadanan Ketua Menteri ini. Ini sebagai contoh, Penasihat Undang-Undang Negeri sepanjang Sidang DUN, beliau perlu bersama kita dan perlu menghadiri Mesyuarat MMK seminggu sekali dan juga terpaksa menghadiri semua Mesyuarat Ahli-Ahli Lembaga seperti PDC, PBA, CMI dan sehingga terpaksa menjaga bola sepak kita. Ini merupakan satu tanggungjawab yang memang amat membebankan pegawai-pegawai kanan penjawat awam kita. Merujuk kepada Seksyen 5(d) iaitu Jawatan Pengurus Besar. Saya merasa hairan mengapa Subseksyen 7, iaitu “Perbadanan boleh melantik mana-mana penjawat awam dari Agensi Persekutuan atau Negeri, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan”, sedangkan Subseksyen 2(a) telah jelaskan dengan menyatakan bahawa “Pengurus Besar hendaklah seorang yang mempunyai kelayakan akademik dan pengalaman dalam pandangan Perbadanan setaraf dengan jawatan itu”. Subseksyen 2(a) telah menjelaskan siapa yang layak, siapa yang difikirkan layak oleh Perbadanan dilantik menjawat jawatan ini. Tidak perlu lagi kita khususkan Perbadanan boleh melantik mana-mana penjawat awam untuk menjawat jawatan ini.

Oleh itu, sesiapa sahaja yang dilantik sebagai Pengurus Besar tidak boleh memegang mana-mana jawatan atau menjalankan apa-apa perniagaan termasuk perlu melepaskan jawatan atau bersara awal sekiranya beliau adalah seorang penjawat awam. Seperti yang disebutkan oleh Machang Bubuk tadi, kita sudah memiliki Perkhidmatan Awam dengan saiz yang begitu besar, oleh itu jawatan Pengurus Besar dalam CMI ini, tidak boleh tidak seharusnya menjadi batu loncatan kepada mana-mana pegawai kerajaan untuk naik pangkat. Sesiapa yang difikirkan oleh Perbadanan layak untuk menjawat jawatan ini, selepas dilantik perlu melepaskan apa-apa jawatan. Bererti no U-turn, tidak boleh balik kepada perkhidmatan awam sebab jawatan ini amat penting, akan menguruskan ratusan projek kerajaan melibatkan berjuta-juta dana yang bakal diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri. Ini amatlah penting sekiranya kita mengkaji tanggungjawab-tanggungjawab Pengurus Besar yang dinyatakan dalam Seksyen 5(g) hingga ke 5(q) terutamanya melibatkan perbelanjaan Kumpulan Wang, penyediaan anggaran perbelanjaan dan juga pengurusan wang rizab. Yang berhormat Dato’ Speaker, saya memahami bahawa kebanyakan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri bukan berorientasikan keuntungan. Walau bagaimanapun pihak pengurusan anak syarikat perlu beranggapan setiap penerimaan daripada Kerajaan Negeri adalah satu pelaburan, bukan peruntukan seperti kita peruntukkan kepada jabatan-jabatan kerajaan. Termasuk kepada Penang FC, kita tidak boleh menganggap itu merupakan satu tajaan daripada CMI. Itu perlu dianggap sebagai satu pelaburan, CMI labur dalam mana-mana anak syarikat untuk menjana keuntungan dari segi kewangan dan juga bukan kewangan yang seperti yang disampaikan semasa dalam penggulungan oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota. Setiap Ketua Eksekutif dalam mana-mana anak syarikat, perlu merancang, mengurus dan membelanja dengan cekap dan amanah agar mendapat pulangan kepada Kerajaan Negeri dan juga untuk kesejahteraan rakyat. Contohnya PWDC, walaupun sebagai sebuah anak syarikat yang bukan berorentasikan kewangan tetapi sejak penubuhan PWDC, kita boleh adakan Sidang Wanita (Women Empowerment) dan pada masa yang sama tubuhkan JPWK di kesemua 40 DUN melibatkan semua wanita dan membantu kerajaan merakyatkan ekonomi. Walaupun wanita ini terlibat dalam perniagaan kecil-kecilan di setiap DUN dan pada masa yang sama satu dasar Keluarga Selamat telah diadakan dan baru-baru ini di bawah, diketuai oleh ADUN Sungai Pinang, kita telah sediakan satu deraf garis panduan untuk Pusat Penjagaan Ibu Selepas Bersalin dan Bayi. Inilah yang kita mahu. Anak-anak syarikat walaupun tidak berorientasikan keuntungan tetapi dapat membawa perubahan kepada negeri kita, dapat mengangkat wanita kita. Oleh itu jangan beranggapan anak-anak syarikat yang tidak berorentasikan kewangan boleh berbelanja dengan sesuka hati, tidak perlu berhemah. Oleh yang demikian…(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Minta laluan sekejap. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tambun. Saya amat tertarik dengan apa yang telah dikatakan tadi dalam perbahasan beliau. Tetapi saya pun ingin memperingatkan saya ada kepercayaan penuh kepada agensi-agensi GLC kita kerana kita bukan sebuah agensi macam 1MDB tapi saya rasa apa yang telah dimaksudkan pun, walaupun point-point ada relevant tetapi juga kalau kita nak mencari bakat-bakat untuk menerajui GLC kita, kita pun mesti tau bahawa bakat-bakat ini tidak akan masuk GLC kita dengan harga yang murah. Kita mesti mencari bakat yang paling bagus untuk menerajui GLC kita dan we have to be willing to pay for it...(dengan izin), oleh itu saya harap bahawa Kerajaan Negeri akan membuat sedaya upaya untuk mendapatkan dana yang mencukupi untuk mendapat bakat-bakat yang paling hebat untuk menerajui GLC-GLC kita pada masa depanlah, bukan sahaja CMI tapi GLC-GLC yang lain. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bukit Tambun, kalau boleh rumuskan.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Okey, di sini saya ingin merumuskan, mengapa kepentingan CMI ini seperti yang saya, saya ulangi apa yang saya sebutkan dalam penggulungan saya, hasil cukai kita pada tahun 2016 (RM133 juta), 2017 (RM135 juta), 2018 (RM135 juta), 2019 (RM135 juta), 2020 (RM130 juta) dan pada tahun ini sehingga 30 November, hanya RM129 juta. Bererti, pendapatan Kerajaan Negeri daripada Hasil Cukai adalah statik iaitu tidak pernah mencecah RM140 juta bagi lima (5) tahun kebelakangan ini. Oleh itu, peranan CMI penting untuk menjana pendapatan Hasil Bukan Cukai untuk membolehkan ke semua kita di sini, 40 ADUN mendapat peruntukan yang lebih dan untuk dan juga menjana lebih banyak peruntukan kepada jabatan-jabatan kerajaan yang ada. Dan dengan itu, saya menyokong usul ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ya, Bukit Tengah.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau boleh…(gangguan).

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Saya akan cuba ringkaskan untuk tidak mengambil masa yang lama.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Dato’ Speaker, membenarkan peluang saya untuk berbahas dalam pindaan kepada Enakmen Ketua Menteri Pulau Pinang 2021. Seperti yang kita dengar dari Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tadi, pindaan ini bertujuan untuk memperkasakan pengawalan pengurusan CMI ini. Dan saya rasa ini adalah satu pindaan yang sangat penting untuk mengadakan safeguard-safeguard dalam pengurusan kewangan khususnya CMI ini. Sebab kita mendengar tadi, CMI ini aktivitinya begitu luas sekali daripada projek-projek perumahan kepada pertanian, kepada sektor pendidikan, tadi ada Hal Ehwal Agama Islam dan sebagainya. So many sectors involved, dan hartanah-hartanah yang di bawah CMI yang sebelum ini tidak mempunyai satu akaun khas. Satu akaun yang berasingan. Jadi saya amat mengalu-alukan pindaan yang dibawa ini untuk mengadakan satu akaun yang berasingan. Kita seperti kebimbangan yang kita

dengar daripada dua (2) rakan saya tadi, yang paling penting ada pengurusan ini CMI ini mestilah telus, mestilah accountable dan mestilah terbuka. Kita tidak mahu satu situasi di mana kita melihat aset-aset negeri kita disalahgunakan seperti yang kita lihat oleh SOE-SOE (State Own Enterprise) yang lain yang dikawal oleh Barisan Nasional yang seperti yang kita semua tahu 1MDB ini, kehilangan wang berbilion-billion ringgit disebabkan tidak ada pengurusan yang baik, jadi berlakunya ketirisan dan sebagainya. FELDA lagi satu example yang baik. Jadi kita perlu untuk mengadakan satu pengurusan yang baik dan ini telahpun dibuat dalam cadangan Seksyen 5(i), ini sangat penting ini, 5(i) berkenaan dengan expenditure dan preparation of estimate dan juga 5(l) khususnya 5(l), di mana dinyatakan di sini bahawa “corporation shall keep proper account and other record in respect of its operation and shall prepare statement of account for each financial year”. And yang paling penting Subseksyen 2,.....(dengan izin) “the account of the corporation shall be audited annually by The Auditor General” yang sebelum ini tidak ada peruntukan sebegini. Jadi adalah sangat penting saya mengalu-alukan ialah satu tindakan yang baik untuk akaun akan diauditkan oleh auditor-general dan kemudian dikemukakan kepada, akan dibentangkan kepada Dewan Undangan Negeri, saya harap kita boleh dibahaskan. Saya rasa bahawa SOE-SOE ini CMI ini dia ada satu peluang yang bagus kalau diurus dengan baik yang boleh menjana hasil. SOE ini kalau kita lihat di merata dunia pun memang ada banyak syarikat. Singapura kita tahu Syarikat Temasik yang paling terbesar mereka melabur di merata-rata dunia. Khazanah adalah satu syarikat SOE yang agak juga berjaya dan berkaitan dengan syarikat-syarikat yang dipegang di peringkat negeri ini. Di Selangor kita ada KPS. KPS ini Kumpulan Perangsang Selangor Berhad. Mereka pun terlibat dalam banyak aktiviti manufacturing, trading, infrastructure, utilities, property, investment dan sebagainya. Kita juga di Sabah mereka ada Suria. Syarikat Suria Capital Holdings Berhad yang mengoperasikan Sabah Port dan mereka dapat pendapatan hasil pendapatan daripada melaksanakan port. Johor kita ada KPJ yang mereka ini adalah pengendali hospital-hospital yang juga menjana banyak hasil kepada negeri mereka dan of course di Pulau Pinang kita diingatkan dengan lupakan dua (2) SOE yang penting satu adalah PDC. PDC adalah bertanggungjawab dari 50 tahun lebih lagi untuk memajukan sektor sosial ekonomi pembangunan negeri kita ini. Lagi satu adalah PBA. PBA juga adalah satu SOE syarikat yang di bawah pegang yang dimiliki dikuasai oleh negeri yang kita tahu bahawa walaupun dalam dalam masa COVID sekarang ini, walaupun susah namun syarikat itu masih lagi boleh menjana profit after tax RM24 juta kalau tidak silap saya. Dividen masih dibayar kepada semua share holder. 20 tahun tidak pernah tidak dibagi dividen kepada shareholder-shreholder. Revenue yang dapat daripada PBA RM336 juta. Ini adalah success, kejayaan-kejayaan Kerajaan Negeri kita dalam kita boleh menerajui with star brilliant five star standard if I mean Dato’ Speaker. Jadi cuma saya hendak katakan di sini saya haraplah walaupun saya kata SOE ini sangat penting yang boleh menghasilkan membawa hasil kepada negeri yang boleh membawa pembangunan menjana pekerjaan dan juga ada mungkin industri-industri yang boleh kita membawa seperti technological progress. Penang SOE can do that tetapi yang cuma saya sedikit membimbangkan di sini is that CMI ini dia pegang terlalu banyak portfolio sekarang. I mean terlalu banyak sector, so soalan saya, bagaimanakah kerajaan akan memantau supaya kita lebih fokus dalam matlamat CMI ini untuk membuat pelaburan. We cannot be doing everything and anything at all time, Dato’ Speaker. So saya hendak dapatkan sedikit penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri nanti. Seperti yang saya kata yang paling penting yang saya lihat dalam Rang Undang-Undang ini adalah kemudiannya laporan akaun nanti akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri dan saya juga bersama dengan kawan saya ingin mendapat penjelasan sama ada nanti report, financial report ini akan kita boleh diperbahaskan nanti dalam sesi-sesi mesyuarat yang

akan datang. Dengan itu saya memohon untuk menyokong pindaan kepada Rang Undang-Undang. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Yang Berhormat jika tidak ada saya bagi. Okey, tidak dengar Ketua Pembangkang tidak jadilah.

Assalamualaikum Warahmaitullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, kita dalam cara untuk kita membahaskan cadangan pindaan Rang Undang-Undang Enakmen Ketua Menteri Pulau Pinang diperbadankan. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya sebagai Pengerusi PAC memang saya sudah pernah panggil CMI untuk mendapat maklumat selanjutnya tentang perjalanan dan sebagainya dan saya juga ada soalan tentang CMI dan saya melihat bahawa CMI merupakan satu entiti yang penting kepada Kerajaan Negeri. Di mana-mana negeri pun ada. Ada MBI ada CMI dan sebagainya yang penting untuk menjadi satu badan bagi melaksanakan segala, menguruskan segala aset dan juga mungkin program-program yang besar bagi pihak ataupun mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini merupakan satu jaminan ataupun cermin untuk melihat sama ada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, CMI itu berjaya maknanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan kerajaan yang Berjaya. Jadi ini merupakan satu perkara yang amat penting benda yang penting sebab kita tengok CMI ini agak banyak menguruskan aset dan sebagainya. Saya nampak ada kelemahan-kelemahan yang masih ada yang saya rasa lebih elok kalau kita hendak upgrade ataupun pinda enakmen ini saya perkara yang cukup baik sebab kita hendak pinda ke arah yang lebih baik. Ke arah pengurusan yang lebih baik. Ke arah pelaksanaan program yang lebih baik yang menjamin keberhasilan dan juga kejayaannya sebab daripada 16 syarikat ini ada syarikat yang tidak berfungsi. Saya ingat ada tujuh (7) kot, tidak pasti tapi ada syarikat yang tidak berfungsi yang domain yang mungkin akan ditutup jadi itu mungkin kerana kelemahan kita dari segi perancangan, susun strategi dan sebagainya. Tiada tadbir urus yang baik bukan tidak baik yang ada sekarang ini baik tapi bebannya terlampau banyak dia pun tidak ada kemahiran dan kepakaran jadi kadang-kadang menyebabkan dia tidak boleh hendak urus terlampau banyak hendak urus aset pun bukan satu benda yang senang kena ada orang yang pakar dalam menguruskan aset ini. Aset-aset yang ada di CMI ini banyak, cukup banyak, cukup banyak aset. Senarai hendak diberikan kepada saya itu banyak senarai aset. Jadi tiada tadbir urus yang hendak kata tidak baik tidak bagus juga, yang berkemahiran ataupun yang ada kemahiran dalam bidang. Skop tugas yang baik agak terhad, skop pelaksanaan tugas di peringkat pengurusan itu agak terhad. Mungkin bila ada pengurus besar esok dia mungkin lebih dia akan ada pengurus-pengurus di bawah. Pengurus pelaburan, pengurus usaha sama join venture, pengurus bab-bab pendidikan dan sebagainya dia akan ada bidang-bidang di bawah itu yang setiap bidang itu akan ada kemahiran-kemahiran dia. Dia akan ambil orang yang ada kemahiran termasuk dalam pindaan ini. Saya nampak satu benda yang cukup baik kita hendak ambil Pengurus Besar yang betul-betul berpengalaman mungkin dia daripada syarikat lain yang masuk dan mungkin ada pengurus bahagian dia nanti yang berkemahiran dalam bidang tertentu. Pengurusan kewangan, saya sudah sebut dalam Mesyuarat PAC memang Audit Negara bagi tahu CMI ini tidak diauditkan sebab dia bersama dengan SUK. Dia bawah SUK jadi tidak diauditkan. Jadi kita tidak nampak duit yang dana ada ke mana dibelanjakan dan sebagainya tidak nampak telus di

situ. Jadi mungkin bila dipinda undang-undang ini dia akan ada auditor’s yang akan masuk untuk tengok untuk siasat untuk check di mana kewangan dia. Di mana dibelanjakan? Adakah ikut peraturan dan sebagainya? Itu akan ada. Komitmen anggota. Kita faham bila anggota kerajaan, saya juga pernah kerja kerajaan. Kadang-kadang komitmen kita bila terlampau banyak tugas kita jadi jam. Kita jadi tidak tentu hendak buat yang mana. Jadi komitmen anggota ini bila tidak seratus peratus kerja dengan Perbadanan ini komitmenya agak kurang. Dia tidak ada perancangan, dia tidak ada anggaran perbelanjaannya. Perbadanan ini dia mungkin ada anggaran perbelanjaan yang akan dibuat. Jadi itu mungkin dia lebih komit dengan apa yang dia buat nanti. Satu lagi kurang perancangan dan strategi jadi bila tidak ada pengurusan, tiada pengurus besar, tiada keahlian dia tadi yang terdiri daripada Ketua Menteri dan sebagainya itu ada dalam pindaan dia ada itu saya rasa mungkin akan menyebabkan Perbadanan ini akan lebih berkesan dari segi ini. Kita mengharapkan bila kita buat pindaan ini tapi pindaan ini pun kena, kena rancang betul-betullah. Sebab CMI ini mencerminkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Jadi kita kena uruskan Perbadanan ini nanti dan pastikan dia berjalan dengan baik tidak ada pihak yang akan menimbulkan sebarang masalah di dalam itu. Macam di sebut oleh Bukit Tengah tadi. Kita kena telus sebab kita ada aset yang begitu banyak aset yang cukup banyak di CMI yang perlu diuruskan. Kita ada projek pertanian mungkin termasuk dalam projek pertanian di vanila itu kita ada JV tapi kita tidak mahir pun dalam, dalam vanila mungkin kena cari orang yang mahir dalam bidang pertanian untuk uruskan bidang itu. Jadi ini benda-benda yang perlu ditambahbaik kita hendak fokus. Hasilnya bila kita sudah pinda perlembagaan ini undang-undang ini mungkin hasilnya kita ada tadbir urus yang baik, kita ada pengurusan yang sistematik yang boleh yang mempunyai pengalaman menguruskan perbadanan menguruskan syarikat kita fokus kepada bidang-bidang aset ada seorang urus dia akan bincang nanti, fikirkan macam mana hendak urus aset ini dengan baik. Kita ada Pengurus Kewangan yang boleh menguruskan kewangan dengan baik dan kita boleh menambah hasil. Itu yang paling penting mungkin untuk menambah hasil Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam setiap program ataupun projek yang dilaksanakan. Jadi inilah saya nampak pindaan ini saya sokong sebab kita hendak pastikan bahawa Perbadanan ini, CMI ini dapat berjalan dengan sempurna dengan lebih lancar dengan lebih profesional bila kita buat pindaan ini. Jadi itu yang saya harapkan kepada CMI selepas kita pinda nanti. Jadi saya sokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua. Sila Permatang Pasir.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Kita mengambil satu tindakan yang baik demi kelangsungan konsep tadbiran di Pulau Pinang iaitu yang kita panggil CAT, Competent Accountability dan juga Transparent dengan pindaan Rang Undang-Undang ini yang di sebut Ketua Menteri Pulau Pinang (Pemerbadanan) 2021 yang merangkumi beberapa pindaan yang melibatkan perjawatan dan juga perakaunan khususnya demi menjamin satu tadbir urus baik ataupun good corporate governance dalam Perbadanan CMI ini dan apa yang saya harapkan adalah konsep CAT ini diteruskan supaya CMI akan menjadi sebuah entiti yang menjadi contoh dalam negara ini. Kita tidak mahu ada wujudnya keadaan di mana CMI menjadi seperti beberapa yang lain setengah negeri yang mengalami kerugian. Itu yang pertama saya hendak sebut. Walaupun disebut tadi bahawa ada anak syarikat di bawah kawal selia CMI ini yang tidak

melibatkan orentasi keuntungan tetapi wang disalurkan ataupun injected itu adalah wang rakyat jadi mahu tidak mahu CMI perlu diuruskan bukan saja dengan baik integriti dan corporate governance tetapi juga mempunyai orientasi kewangan atau perniagaan yang jitu dan mampan sebab kita memerlukan hasil yang lebih daripada negeri. Kita tidak boleh lagi dalam kontrak selama CMI ini bergantung sepenuhnya dengan bantuan kerajaan untuk pengurusan, untuk menjana perniagaan dan sudah tiba masanya 10 tahun saya fikir satu tempoh yang matang untuk CMI bergerak dari pancu dari ke arah yang lebih tinggi, lebih maju untuk menjadi sebuah GLC dan Entiti yang mampu menjana hasil kepada kerajaan seterusnya membantu rakyat di bawah. Cuma apa yang jadi concern saya, saya meminta dan memohon satu kepastian daripada pihak Kerajaan supaya perjawatan-perjawatan ini di isi oleh mereka yang competent walaupun menyatakan cara bertulis dalam statue ini tentang pelantikan itu daripada golongan profesional tetapi perlu dilakukan secara walk the talk secara praktikalnya memang betul-betul profesional. Saya tidak mahu CMI ini menjadi satu entiti di mana wujudnya political petronage setengah-tengah negeri GLC-GLC ini menjadi entiti di mana ada ahli-ahli politik ditempatkan untuk memberikan jawatan juga gaji. Jadi kita percaya dengan konsep CAT yang dijunjung oleh Kerajaan Negeri selama ini dan saya mengharapkan jaminan daripada Kerajaan Negeri bahawa GLC-GLC ataupun di bawah CMI termasuk CMI sendiri bukan satu entiti untuk memenuhi ataupun memberikan kelebihan manfaat kepada rakan-rakan politik tetapi dijadikan CMI ini entiti contoh yang ditadbir urus oleh mereka betul-betul profesional dan competent untuk membawa dan juga memacu sebagai sebuah entiti yang betul-betul dapat memberi keuntungan dan hasil kepada negeri dan yang kedua sikit saja lagi tentang periklanan. Inilah adalah satu langkah yang cukup baik untuk menjamin supaya CMI ini tidak lagi, tidak menjadi sepertimana yang berlaku dalam setengah MBI ataupun yang kita boleh lihat sepertimana yang berlaku kepada Menteri Kewangan Incorporated, Finance Malaysia Incorporated di mana terdapat beberapa projek-projek yang rugi yang tak boleh lagi diteruskan kerana bebanan kewangan sepertimana yang yang berlaku di bawah 1MDB, sepertimana projek pada Malaysia telah diambil alih oleh Finance Malaysia Incorporated pada peringkat Persekutuan dan akhirnya wang rakyat digunakan sekali lagi untuk menanggung beban kewangan syarikat-syarikat GLC ini yang telah dikorupkan oleh pemimpin Barisan Nasional. Jadi kita tak mahu perkara ini berlaku dan saya yakin dengan konsep CAT yang dijunjung oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan CMI bukan menjadi entiti seperti itu, maksud saya jika ada GLC-GLC yang mengalami kerugian yang bukan bersifat sosial services kita perlu dispose kan, kita perlu lupuskan, supaya kita tak menanggung kerugian. Jadi ini harapan saya dan saya minta penjelasan dan jaminan daripada Kerajaan Negeri...(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Minta laluan Permatang Pasir, minta laluan.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Sikit lagi nak habiskan dulu. Supaya apa nak berlaku malapetaka dalam negara selama ini tidak berulang Laporan 1MDB, Tabung Haji, FELDA sebagainya tapi kita telah buktikan sebagaimana Pakatan Harapan memerintah dan kita melantik mereka yang profesional kita menguruskan kewangan dengan penuh integriti dan good governance kita telah berjaya memulihkan semula entiti-entiti ini, termasuk Tabung Haji, Tabung Haji dulu rugi puluh billion tapi bila kita ambil alih dalam tempoh dua (2) tahun sahaja di mana kita melantik orang profesional

dalam Tabung Haji, Tabung Haji telah menunjukkan pemulihan di mana pada tahun 2019 keuntungan direkodkan RM1.3 billion pada tahun 2020 untuk bulan enam (6) bukan pertama keuntungan RM1.25 billion dan ini yang kita nak dilakukan oleh CMI iaitu bukan sahaja tadbir urus yang baik tetapi juga competent untuk menjana hasil Kerajaan Negeri. Silakan.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Permatang Pasir, Permatang Pasir kata CMI perlu beroperasi sebagai satu entiti perniagaan ataupun fully profit oriented something like profit oriented business...(dengan izin), tetapi apabila sesuatu kerajaan itu mempunyai sesuatu GLC seperti CMI bukan terlibat dalam sesuatu perniagaan ataupun satu perdagangan dan sebagainya tapi ada juga tanggungjawab-tanggungjawab lain seperti CMI sekarang pemilik Butterworth Digital Library dan juga Digital Library lain-lain di Pulau Pinang. Nanti kita kata, “Oh! CMI you kena tunjukkan You cannot be on the right to choose money and tour everything perlu tunjukkan keuntungan”. Saya takut pula nanti esok Butterworth Digital Library dia charge RM10, RM20 untuk seorang masuk. So kita juga perlu ambil kira tanggungjawab kerajaan itu sendiri. Not corporate social responsibility government responsibility using this CMI to do certain things people of Penang it satu. Keduanya adalah satu Penang FC Penang FC ni kalau kita nak expect untuk dia dapatkan keuntungan saya rasa tidaklah kecualilah kita jangan ambil pula player daripada luar import player itu saya dari dulu memang nyatakan macam tulah dan juga, bekas Presiden FAP bersuara. Senang saja macam stadium kita di Batu Kawan dia perlu bayar sewa kepada stadium corporation dan perlu ada satu cara untuk di mana cut the cost and spend more di public services itu saja, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Teruskan.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Apa yang saya sebut tadi adalah syarikat-syarikat GLC di bawah CMI yang bukan bersifat social services seperti yang disebut tadi tentang Perbadanan Library, Penang FC bersifar social services itu memang perlu diuruskan dengan baik oleh CMI. Apa yang saya sebutkan tadi yang tidak ada keuntungan tidak ada social services yang bersifat kewangan semata-mata primary oriented ataupun apa dia bersifat orientasikan keuntungan itu perlu dilihat oleh CMI. CMI tidak menjadi satu entiti untuk menanggung kerugian, kita tidak mahu seperti mana berlaku peringkat Persekutuan di mana Finance Minister Corporated ini ditunggang oleh Perdana Menteri sebelum ini untuk menanggung hutang dalam 1MDB yang akhirnya ditanggung oleh rakyat. Ini bukan satu konsep yang patut di amalkan oleh CMI itu yang saya harapkan demi masa depan rakyat Pulau Pinang, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Komtar, ya seorang lagi. Sila

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Terima kasih Yang Berhormat Dato Yang Di-Pertua kerana izinkan saya turut serta dalam sesi Perbahasan Mengenai Usul Rang Undang-Undang Ketua Menteri Pulau Pinang (Pemerbadanan) (Pindaan) 2021 yang telah dibentangkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri sebentar tadi. Saya ingat point-point banyak pun telah dihujah dan debate oleh rakan-rakan, hanya satu, satu point saja yang penting adalah kerajaan menubuhkan anak syarikat atau perbadanan adalah untuk melaksanakan sesuatu polisi yang telah diumumkan dan telah dirancang contohnya tubuh PWDC untuk menjalankan hasrat itu kerja-kerja wanita dan PYDC untuk usaha-usaha untuk membantu pemuda dan saya berpandangan seperti rakan-rakan, pemerbadanan keahlian permerbadanan perlulah tidak seperti apa yang sama dengan struktur kerajaan sekarang pengurusan dia semua daripada kakitangan kerajaan. Kita boleh ambil lebih banyak profesional supaya membantu kami membuat keputusan yang penting atau membantu kami plan hala tuju yang betullah. Yang lagi satu kita perlu elakkan kritik dan birokrasi yang senantiasa dikritik, saya ingat Ahli-ahli Dewan pun kritik tentang red tape dan birokrasi. Kita harap perbadanan atau anak syarikat ini ditubuhkan boleh elakkan masalah-masalah ini dan juga berharap jawatan yang belum di isi di bawah CMI bolehlah pergi cari profesional untuk membantu kami. Contohnya dengan pakar ekonomi atau pakar-pakar di bidang-bidang tertentu untuk membantu Kerajaan Negeri lebih awal lagi mencapai Visi 2030. Dengan pindaan ini saya meneliti adalah untuk menjadikan CMI sebagai satu entiti yang lebih telus, lebih cekap, dan boleh ada check and balance maka saya menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih KOMTAR. Ahli-ahli Yang Berhormat terima kasih yang mengambil bahagian dalam perbahasan. Saya nak menjemput Y.A.B. Ketua Menteri untuk membuat penggulungan atas Rang Undang-Undang ini, sila.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang sempat berucap dan kepada yang tak sempat diundang untuk berucap juga terima kasih atas keprihatinan dan perhatian. Saya ucapkan terima kasih kerana banyak isu telah diketengahkan. Isu-isu yang ingin mendapat penjelasan tentang hala tuju CMI, pentadbiran dan pengurusan secara telus, CAT dan sebagainya. Pada diri saya langkah membawa pindaan Rang Undang-Undang ini adalah langkah yang pertama ke arah memperkasakan CMI. Sebagai latar belakang apabila saya mengambil alih tampok pemerintahan Negeri Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri antara tugas-tugas yang banyak adalah tugas untuk memimpin CMI nama dia sudah ada, siapa lagi kalau bukan CM yang memimpin CMI. Jadi itu antara satu tanggungjawab yang perlu saya pikul sebagai Ketua Menteri bersama dengan rakan-rakan EXCO untuk memberi pimpinan kepada mana-mana badan di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pada ketika itu saya memang mendapati CMI tidak ada langsung struktur pengurusan dan urus tadbir seperti agensi-agensi yang lain walaupun ditubuhkan melalui Enakmen 2009 apa yang saya dapati pengurusan dan pentadbiran CMI tidak teratur dan tidak berfungsi sebagai Perbadanan yang lain di mana ada pelbagai struktur-struktur pengurusan.

Apa yang disting kepada CMI pada ketika itu apabila ada apa-apa keputusan yang utama, major decision ianya akan dibawa kepada MMK untuk kelulusan atau endosan apa yang berlaku di peringkat CMI. Jadi saya rasa saya tak mahu menjadi seorang Ketua Menteri tunggalnya buat keputusan untuk CMI dan dengan secepat mungkin langkah pertama saya ambil adalah untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pengurusan sebab dalam Enakmen tak ada pun. Jadi sebagai satu langkah yang boleh sedikit sebanyak menwujudkan urus tadbir dalam CMI saya tak sanggup jadi orang yang tunggal membuat keputusan. Oleh itu jawatankuasa pengurusan diwujudkan, saya jemput Timbalan-Timbalan Ketua Menteri saya. Dato’ SUK, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-Undang, Pegawai Kewangan Negeri sepertimana cadangan keahlian perbadanan untuk tubuh satu jawatankuasa pengurusan itulah langkah pertama yang kita lakukan untuk pengurusan yang lebih teratur supaya CMI boleh berfungsi dengan lebih mantap lagi. Ini pun sesuai dengan Penang2030 kita cakap institutional reform dan sebagainya jadi dari mesyuarat yang lepas, mesyuarat ini Ahli-ahli Yang Berhormat akan perhatikan bahawa kita membawa pindaan kepada Rang Undang-Undang misalnya CMI pada hari ini, pada hari itu Perbadanan Perpustakaan seterusnya mungkin Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan sebagainya sebagai usaha kita memperkasakan perbadanan dan institusi di Negeri Pulau Pinang supaya dapat lebih berfungsi dengan baik. Jadi apa saya dengar daripada pandangan Yang Berhormat-Yang Berhormat adalah proses yang saya sendiri dan rakan-rakan saya melalui apabila mendapati kita perlu satu struktur urus tadbir yang baik untuk memimpin CMI ke arah hadapan lebih-lebih lagi ada teguran audit dan sebagainya, memang kalau kita meneruskan cara lama ianya bukan satu perkara yang mampan dilakukan. Jadi oleh kerana kesedaran itu mulakan proses dan akhirnya sebagai langkah pertama setelah mendengar banyak hujahan yang baik saya rasa apa yang diutarakan akan menjadi langkah kedua CMI mengambil kira pandangan-pandangan Yang Berhormat-Yang Berhormat kita akan melakukan apa yang terbaik untuk pengurusan CMI sepertimana dihujahkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat yang sempat memberi pandangan yang bernas saya rasa sebab proses itu saya sendiri melalui pada peringkat awal dan terima kasihlah atas sumbangan idea-idea yang diberikan. Sebelum saya memberi sedikit sebanyak jawapan kepada isu-isu yang dibangkitkan mungkin satu isu yang perlu dijelaskan supaya kekeliruan tidak berterusan dan CMI menjadi mangsa iaitu tindakan pihak Kerajaan Negeri kononnya meletakkan GLC yang 15, 17 itu dibawah CMI mungkin istilah dan ayat itu tak berapa betul untuk membayangkan situasi sebenarnya, sama proses yang saya melalui dari 17 GLC saya bukan pengerusi kepada semua GLC. Saya pun buat keputusan saya tak mau menjadi pengerusi setiap GLC. Oleh itu ada GLC-GLC saya serahkan minta EXCO yang bertanggungjawab portfolio berkenaan menjadi pengerusi GLC berkenaan, sama-sama pikul tanggungjawab saya tak perlu melibat dalam setiap GLC kerana ada rakan EXCO yang cekap membantu saya. Tetapi setelah mempengerusikan mana-mana GLC yang di bawah saya saya pun mendapati ada keperluan untuk streamline GLC-GLC ini sebab mereka beroperasi macam bersendirian masing-masing ada dasar perjawatan, naik pangkat, gaji dan sebagainya. Jadi saya mahu satu badan di dalam Kerajaan Negeri bantu saya dan lihat kepada semua GLC kenalpasti apakah isu masalah cadangkan perkara yang terbaik untuk memperkasakan GLC-GLC ini. Jadi kalau saya letakkan tanggungjawab ini kepada BPEN ke, kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia itu pun boleh tapi pada masa itu kita fikir CMI pun boleh memain peranan itu dan oleh itu kita minta CMI coordinate usaha ini, so kalau kita semua anggap letak bawah CMI pun tak betul juga sebenarnya tak letak di bawah CMI. GLC-GLC ini berfungsi bersendirian atas bidang kuasa kewajipan masing. Cuma dari segi review, struktur dan sebagainya penjawatan, naik pangkat, gaji, bonus kita nak streamline.

Jadi kita minta CMI bantu untuk melihat. Setelah selesai tugas ini tidaklah CMI dikatakan, “Oh! dia jaga semua GLC.” Itu suatu penjelasan yang saya ingin sampaikan. All this GLC are not put under CMI, CMI diminta untuk membantu Kerajaan Negeri, saya sendiri untuk melihat isu-isu di setiap GLC memberi cadangan dan setelah itu kita akan ambil tindakan yang sewajarnya maka habislah tanggungjawab CMI dalam perkara ini. Saya rasa CMI pun tak mau kerja ini. Cukup banyak projek untuk diuruskan. Jadi saya berharap perkara ini dapat kefahaman Yang Berhormat masing-masing. Yang Berhormat Machang Bubuk, terima kasih kerana telah memberi banyak pandangan seperti biasalah yang menyoalkan secara mendalam adakah perlu kita adakan GLC-GLC yang begitu banyak sedangkan kita juga ada sektor perkhidmatan yang memang boleh melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab sedemikian. Mengenai kekhuatiran Yang Berhormat tentang penindihan dan sebagainya saya rasa ianya tidak berbangkit sebab ianya apa-apa perjawatan kita perlu ada waran perjawatan dan perbelanjaan pengurusan datangnya dari Kerajaan Negeri juga. So sebarang jawatan perlu diluluskan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk mewujudkan perjawatan yang baru dalam mana-mana GLC. Jadi kalau Yang Berhormat semua mungkin tak ada maklumat tentang GLC-GLC yang ada di Negeri Pulau Pinang mungkin secara cepat saya memberi satu gambaran berapa peruntukan mereka terima. Dalam pengulungan saya pun saya telah terangkan fungsi GLC ini sebenarnya bukan bisness atau profit orientated melaksanakan satu tanggungjawab sosial, it is a social good dalam melaksanakan dasar-dasar dan program-program Kerajaan Negeri. Itu tujuan kebanyakan GLC yang ada di Negeri Pulau Pinang. Penang Global Tourism dia bukan melibatkan diri dalam perniagaan dia melibatkan diri dalam promosi pelancongan menganjurkan misalnya Penang International Food Festival dan lain-lain program untuk memperkenalkan, menonjol jenama Negeri Pulau Pinang memperkenalkan produk baharu bekerjasama dengan sektor swasta untuk menaikkan imej Negeri Pulau Pinang. Runding dengan syarikat penerbangan mungkin untuk mendapat penerbangan langsung dari destinasi sebelum ini tak ada, itulah kerja-kerja GLC seperti ini dalam bidang pelancongan. Jadi dia bukan terlibat dalam perniagaan kita memberi RM7.4juta tahun depan sama juga sebab mereka memerlukan melakukan promosi melalui pengiklanan di media masa, di majalah, di atas kapal terbang mungkin menelan perbelanjaan yang lebih tinggi berbanding dengan lain-lain cara itu tujuan misalnya Penang Global Tourism. Penang International Convention & Exhibition Bureau dia khusus mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi penganjuran event sahaja, MICE khususnya pada pandangan saya sebenarnya dua badan ini boleh digabungkan sebab sama-sama terlibat dalam pengalakan pelancongan tetapi mereka masing-masing ada idea yang berlainan. Saya pernah cadangkan kepada EXCO lihat macam mana dua badan ini yang terlibat dalam pelancongan boleh digabungkan. Hari ini kita pun katakan this is the first step, there may be other steps that we want to take that will make our GLC more lien, more efficient to perform their duty as well as possible. George Town World Heritage Incorporated kita tau ia satu komitmen kita untuk menjaga tapak warisan dunia dengan baik dan baiknya mereka perform sehingga kita dapat diiktirafkan sebagai The Best Manager of World Heritage Site in South East Asia oleh UNESCO, [Ahli Dewan menepuk meja]. Itulah GTWHI tak libat dalam perniagaan tetapi melaksanakan kerja-kerja memastikan taraf world heritage site di George Town kekal dan tidak ditarik balik kalau ada tidak jaga tidak urus dengan baik UNESCO boleh tarik balik pengiktirafan ini. Itulah tanggungjawab GTWHI bersama dengan organisasi tempatan dan masyarakat untuk mempromote universal outstanding

value menganjurkan program-program pendidikan, memberi khidmat consultancy kepada kontraktor-kontraktor untuk mematuhi syarat-syarat warisan seumpama ini dan senarai itu kita sedarlah PWDC agenda wanita pembangunan sosial. Tadi Yang Berhormat Permatang Pasir mengiktirafkan, ada Yang Berhormat KOMTAR antaranya mengiktirafkan peranan seperti PWDC, PYDC mereka tak buat perniagaan tetapi melaksanakan dan menyokong dasar Kerajaan Negeri dalam bidang-bidang berkenaan. Penang Football Club itu terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah jangan anggap ini satu penajaan tetapi satu, siapa yang cakap, Tambun? Maaf. Bukan satu penajaan semata-mata tapi satu pelaburan, investment tetapi bagi Permatang Pasir ini satu ini satu social goods menyatupadukan rakyat kita kerana bola sepak adalah satu-satu permainan yang dapat kita mengembelingkan rakyat untuk cinta negeri kita. Itu peranan yang penting ada ramai yang tak faham mengapa nak belanja RM8.0 juta tetapi nilai dia memupuk perpaduan antara kaum khususnya belia-belia mana sukan boleh menyemarakkan semangat kenegerian macam bola sepak. [Ahli Dewan menepuk meja]. Itulah mengapa kita ambil alih tanggungjawab daripada Penang FA sebab tak ada orang nak tanggungjawab? Siapa nak tanggungjawab kita perlu belanja banyak tetapi kita pun ambil pendekatan belanja dengan berhemah. Kalau jurulatih rasa dia boleh layak dapat RM50,000 sebulan maaf lah cari pasukan yang lain. , [Ahli Dewan menepuk meja]. Kita mungkin mampu RM15,000, RM20,000 sahaja. Itu kalau setuju dengan gaji itu setuju dengan urus tadbir kita, kita bentuk satu pasukan yang dengan bangganya musim yang lepas menang Premier League dan musim ini tangga ketiga Super League dan nyaris kerana JDT kalah kita pun hilang peluang untuk AFC dalam dua (2) tahun. [Ahli Dewan menepuk meja]. Saya rasa inilah satu pelaburan yang membawa manafaat kepada negeri kita. Terima kasih juga kepada EXCO, Dato’ LA , Dato’ Timbalan Speaker kerana masing-masing menyumbang kepada pencapaian PFC. [Ahli Dewan menepuk meja]. Penang International Halal Hub dapat satu juta setengah juga bukan buat perniagaan tetapi kerja-kerja untuk menggalakkan usahawan dan sebagainya. Jadi itulah contoh GLC di Negeri Pulau Pinang kita tak sampai sekadar Tabung Haji, KPJ,Khazanah,...(gangguan) 1MDB, (maaf) tetapi kita ada kalau ada peluang dengan urus tadbir yang baik ,sapa tau saya mungkin tak maw jadi 1MDB, kalau jadi KBJ ada ada pelaburan dalam hospital dan medical services khususnya dengan COVID-19 satu bidang yang amat penting untuk kita ceburi. Itulah contoh kalau CMI setelah ada nafas baru melalui pindaan ini bolehlah teliti bidang-bidang yang baharu. Boleh teruskan? Sampai pukul 5.00. Saya rasa saya tak perlu jawab satu demi satu secara amnya, saya telah ketengahkan isu-isu yang penting dalam perbahasan ini dan cuma satu perkara yang dibangkitkan Yang Berhormat berhubung dengan penjawat awam untuk dilantik untuk menjadi Pengurus Besar. Sekyen ini sebenarnya adalah satu pengecualian kalau didapati dalam Perbadanan CMI tak ada calon yang sesuai untuk mengisi jawatan-jawatan tertentu, maka kita boleh pinjam dari Penjawat Awam yang ada di negeri untuk satu tempoh satu (1), dua (2) tahun bukan secara kekal lah. Itu tujuan subsection ini, supaya dengan pengisian ini mungkin CMI ada masa untuk meneliti, meneliti calon-calon yang lebih sesuai. Walaupun ada kekurangan kita nak beri jaminan bahawa semua proses yang ada sekarang melalui dan mematuhi peraturan tender. Pekeliling Kewangan adalah dipatuhi ada melalui Jawatankuasa Tender Negeri, Jawatankuasa Perolehan dan bagi major decision sampai kepada MMK sendiri sebagai langkah untuk kita semak dan imbang apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Machang Bubuk tadi. Jadi kita setujulah untuk menjana Hasil Bukan Cukai. Bukit Tambun, Yang Berhormat Sungai Dua pun amat prihatin seisi ini selalu cakap tentang hasil, cukai hasil cukai, Hasil Bukan Cukaidan lain-lain.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Sudah sejuk.

Y.A.B. Ketua Menteri: Sudah sejuk? Ha sudah tak panas lagi. Okey. Saya ingin menyatakan bahawa sebenarnya CMI dalam lima (5) tahun kebelakangan ini, hasil dari CMI boleh dikira Hasil Bukan Cukai lah. Dalam lima (5) tahun ini,CMI telah sumbang hasil RM181.46 juta ringgit kepada coffers Kerajaan Negeri. Itulah sumbangan daripada CMI dan harus ditegaskan kita mungkn menganggap GLC melakukan banyak perkara banyak bentuk perniagaan tetapi satu kreatistik CMI penglibatan CMI sebenarnya adalah amat fokus. CMI cuma ceburi dalam Land Based Asset and Building Based Asset iaitu setelah Kerajaan Negeri memberi elenation tanah-tanah kepada CMI ataupun bangunan-bangunan yang ada kepada CMI. CMI dipertanggungjawabkan untuk mencari rakan kolabrasi untuk memajukan aset-aset itu. How to value at our asset if the land is left there? Ia tidak akan mendatangkan apa-apa hasil dan pulangan. Jadi CMI memang fokus Land Asset Collaboration iaitu kita ada tanah, kita akan ada RFP sebelum itu kita tentukan apakah jenis pembangunan di atas aset berkenaan dan menjemput di bawah konsep (PPPP) Private, Public Private, Private Public Professional Partnership (PPPP) untuk melihat apakah potensi aset itu misalnya tanah dan apakah projek yang boleh dicadangkan sesuai dengan lokasi dan boleh dikatakan dari 116 projek yang sedang dikendalikan oleh CMI mungkin terlalu banyak sektor. Saya faham saya setuju. So ini sekali lagi langkah pertama kita ada langkah seterusnya untuk meneliti sama ada CMI perlu ceburi dengan begitu banyak sektor tetapi semua ini ada berkaitan dengan aset tanah dan bangunan. So, it’s not free for all. Kalau tak ada tanah macam mana kita nak jalin koberasi dengan rakan perniagaan. Antara sebelas (11) projek yang utama yang diusahakan sekarang adalah Gurney Wharf, Batu Kawan Agro Park, Pembangunan semula Hotel Hick di Bukit Bendera, The Habitat Bukit Bendera maksudnya aset land aset kita kolebrasi dengan The Habitat Foundation dan harini kita lihat satu (1) produk pelancongan yang begitu unggul dan canggih dan kita dapat pulangan melalui pajakan yang panjang. Mungkin 45 tahun ,60 tahun, setiap tahun kita dapat pulangan dan kita mendoakan projek-projek ini berjaya untuk menjana hasil, kalau gagal memang tak ada pulangan, misalnya Gua Kepah Galeri kita harap ianya berjaya kita dapat peruntukan Persekutuan juga dan kalau siap buka, hasil yang kita dapat mungkin adalah melalui kutipan pintu dan Fort Cornwallis, Zone Industry Agriculture, Stonyhurst Pendidikan di Tanjong Tokong mungkin ada berita baik kita ada hasil RM15 juta dalam bulan Disember harap-harap maka kutipan hasil kita akan lebih banyaklah dari apa kita bincang pagi tadi. Itulah contoh-contoh projek dilibat oleh CMI dan CMI menjangka dalam empat (4) tahun seterusnya 2022 hingga 2025, hasil yang boleh dijanakan kepada Negeri adalah RM99.5 juta ringgit. Jadi itulah anggaran dari apa yang diusahakan sekarang dan kita jangka dapat hasil hit sehingga RM100 juta dalam empat (4) tahun akan datang. Dan melalui projek-projek ini dianggarkan CMI melalui PPPP ini nilai projek yang kita usahakan yang saya katakan tadi adalah dianggarkan bernilai RM1.5 bilion ringgit. So, with us are waiting a land and buildings the collaborative partners coming in invest to the new RM1.5 billion ringgit kita mungkin boleh dapat hasil seratus, dua ratus jutalah daripada usahasama ini. Jadi aset yang ada pada CMI dianggarkan bernilai RM859 juta ringgit. Itulah aset yang ada pada CMI. Jadi memang saya setuju ini ada potensi, CMI mempunyai potensi untuk menjadi satu penggerak pembangunan di Negeri Pulau Pinang di samping menjadi penjana hasil kepada Kerajaan Negeri yang perlu diuruskan

dengan baik dan kita harap melalui pindaan ini kita memulakan langkah pertama ke arah pengurusan yang lebih baik, memantapkan, memperkasakan CMI untuk mencapai potensi ini. Akhir kata ingin saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah memberi pandangan tentang CMI, kekhuatiran terhadap CMI, salah faham tentang peranan CMI pun ada tetapi diharap dengan penjelasan ini kita dapatlah melangkau langkah pertama ini dan mulakan proses memperkasakan CMI. Jadi dengan itu Dato’ Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih , [Ahli Dewan menepuk meja].

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang ialah Rang Undang-Undang Enakmen Ketua Menteri Pulau Pinang (Pemerbadanan), (Pindaan) 2021 dibacakan bagi kali yang kedua. Ahli-ahli yang bersetuju katakan "Ya".

Ahli-Ahli Kerajaan: "Ya"

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak setuju katakan "Tidak". Sebulat suara kita setuju. Ada, ada, oh! ada saya boleh catat Bagan Dalam lah.

YB.Sateesh A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Bukan saya… (gangguan).

Sila.

Setiausaha Dewan Rang Undang-Undang Bernama sesuatu Enakmen untuk meminda Enakmen Ketua Menteri Pulau Pinang (Pemerbadanan) 2009

Yang di-Pertua (Speaker)

Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang kedua.Rang Undang-Undang ini sekarang akan dipertimbangkan dalam jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Fasal 1 hingga 5.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 1 hingga 5, adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang- Undang.

Ahli-Ahli Kerajaan "Ya"

Setiausaha Dewan Rang Undang-Undang Bernama sesuatu Enakmen meminda Enakmen Ketua Menteri Pulau Pinang (Pemerbadanan) 2009.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tajuk penuh dan fasa yang mengundangkan, adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Kerajaan "Ya"

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan bersidang semula.

Y.A.B. Ketua Menteri:

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-Undang Enakmen Ketua Menteri Pulau Pinang (Pemerbadanan) (Pindaan) 2021 telahpun dipertimbangkan sefasal demi sefasal dalam Jawatankuasa dan dipersetujui tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini, sekarang dibaca bagi kali yang ketiga serta diluluskan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang ialah Rang Undang-Undang Enakmen Ketua Menteri Pulau Pinang (Pemerbadanan) (Pindaan) 2021 dibacakan bagi kali yang ketiga. Ahli-Ahli yang bersetuju katakan “Ya”.

Ahli-ahli Kerajaan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan "Tidak". Sebulat suaralah dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Enakmen Ketua Menteri Pulau Pinang (Pemerbadanan) (Pindaan) 2021 maka dengan ini adalah diperundangkan oleh Kuasa Undangan Negeri Pulau Pinang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Y.A.B. Ketua Menteri: Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan sekarang.

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan dan usul telah mendapat sokongan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti biasa, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama sepanjang perjalanan persidangan Dewan kali ini dan sepanjang persidangan kali ini juga, saya tidak menerima apa-apa laporan positif daripada Ujian Kendiri COVID daripada semua yang hadir di Dewan ini. Dengan itu, Dewan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Dewan ditangguhkan pada jam 4.50 petang.