Pulau Pinang · 2 December 2021
14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 316 turns · 38,486 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Absent: Lim Guan Eng (Air Putih), Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail (Pantai Jerejak), Dato’ Seri Abdul Razak Bin Jaafar (Setiausaha Kerajaan Negeri)
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan Doa. Soalan lisan
Selamat pagi Ahli-ahli Yang Berhormat kita bersidang semula dan sesi soalan lisan hari ini kita bermula dengan menjemput soalan 40.
Dato’ Speaker soalan saya No. 40. No. 40. Konsep Keluarga Malaysia telah dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri baru-baru ini. (a) Nyatakan perancangan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan konsep ini dapat direalisasikan di Pulau Pinang serta adakah terdapat sebarang peruntukan bagi menjayakan strategik ini untuk pemulihan negara?
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Pinang atas soalan berhubung dengan Konsep Keluarga Malaysia untuk makluman Dewan yang mulia ini matlamat Keluarga Malaysia adalah sebagai sebuah aspirasi jangka masa panjang yang kalis cabaran masa hadapan dalam mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi berdasarkan atau berlandaskan keberhasilan, kebahagiaan. Sememangnya Konsep Keluarga Malaysia yang baru diperkenalkan sejajar dengan Wawasan Penang2030 Negeri Pintar Dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara. Tiada peruntukan khas yang dikhususkan untuk pelaksanaan Konsep Keluarga Malaysia di Pulau Pinang dan sekiranya apa yang kita lakukan untuk Penang2030 juga boleh dianggap sebagai sebahagian usaha dalam mencapai matlamat Keluarga Malaysia. Kerajaan Negeri akan sentiasa berganding bahu dengan Kerajaan Persekutuan untuk menjayakan strategi ini bagi pemulihan negara. Namun dalam kesempatan ini saya ingin juga menyuarakan pandangan berdasarkan reaksi rakyat terhadap apa yang berlaku di negara setelah Konsep Keluarga Malaysia ini diperkenalkan iaitu berhubung dengan Bajet 2022 tentang peruntukan berdasarkan kumpulan etnik dan juga Perdana Menteri ingin mempercepatkan agenda bumiputera dan dasar-dasar berkaitan telah menimbulkan soalan berhubung dengan nilai-nilai dalam konsep ini termasuk Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran. Kalau isu-isu ini tidak ditangani maka konsep Keluarga Malaysia akan tinggal sebagai satu konsep sahaja dan tidak akan capai matlamat yang diharapkan itu.
Terima kasih.
Terima kasih Padang Kota, jika seperti apa yang dikatakan oleh Padang Kota bahawa tiada peruntukan untuk bagi menjayakan strategi itu maka dan apa yang disebutkan tadi bahawa kalau tiga (3) konsep itu tiga teras utama iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran itu jika dia tidak, ia cuma adalah satu slogan sahaja atau konsep yang dicakap sahaja maka bagaimana dengan Kerajaan Negeri? Apakah langkah-langkah yang boleh diambil supaya rakyat Pulau Pinang boleh lihat dan memperolehi manfaat daripada kalau ada apa-apa program? Kalau tiada, saya rasa cuma seperti yang dikatakan oleh Padang Kota, Keterangkuman, adakah itu betul betul akan dilaksanakan, Kebersamaan yang penting itu? Jadi bagaimana dengan Pulau Pinang, terima kasih.
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Sungai Pinang, sememangnya apa yang disebutkan nilai-nilai teras dalam Keluarga Malaysia Keterangkuman, Kebersamaan, Kesyukuran sememangnya kita telah melalui Wawasan Penang2030, 4 Tema Utama serta 16 inisiatif strategik dan juga melalui program polisi dan inisiatif yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat GLC negeri telah mengambil usaha untuk mencapai matlamat ini supaya baik Keluarga Malaysia mahupun Penang2030 bukan menjadi satu slogan semata-mata tetapi menjadi satu hala tuju bagi Negeri Pulau Pinang atau pun di Malaysia dan kita perlu mengukur sejauh mana rakyat faham tentang konsep ini, kita faham Keluarga Malaysia adalah konsep yang baharu tetapi bagi Penang2030 sudahpun masuk tahun keempat. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Sungai Pinang baru-baru ini Penang Institute telah umumkan hasil kajiannya Happiness In Penang Index sememangnya ia memang satu perkara yang disebut dalam Penang2030 penting bahawa kita berhasrat ada pengukur kepada apa yang kita laksanakan dan kita akan melaksanakan Happiness Index seperti di negara-negara maju barat mereka ada index ini untuk mengukur tahap kepuasan rakyat terhadap apa yang berlaku di sekitar mereka dan didapati kajian yang dilakukan oleh Penang Institute walaupun semasa pandemik didapati 7.65% rakyat Pulau Pinang menganggap gembira dan puas hatilah, terhadap isu-isu livebility green agenda dan sebagainya di Negeri Pulau Pinang yang merupakan teras kepada Penang2030 dan kita mungkin cadang kajian sedemikian boleh dilakukan setiap tahun atau setiap dua tahun seperti dirancang supaya pengukuran ini adalah berkekalan dan hasil penemuan ini juga membolehkan agensi-agensi dan Kerajaan Negeri untuk melihat apakah yang mereka lakukan membawa impak dan hasil yang berkesan sepertimana ditetapkan dan kalau tidak maka penilaian semula cara-cara atau strategi perlu diubah demi memenuhi hasrat dan kehendak dan ekspektasi rakyat jelata terhadap eko-sistem liveability dan sebagainya isu-isu yang penting bagi mengiktirafkan tahap happiness dalam kalangan rakyat jelata.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri baru ini satu konsep seolah-olah untuk menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semuanya adalah dalam satu keluarga. Dalam satu keluarga itu selalunya ibu atau bapa tidak akan anak tirikan, tidak akan melayan anak-anaknya secara berbeza dari segi wilayah, kaum dan sebagainya. Saya nak tanya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, ini tentang budget allocation bukan sahaja untuk negeri, ini The Former Policy Research Director of Khazanah Institute, Dr. Muhammad Abdul Khalid, he said, dia telah nyatakan: “Malaysia adalah satu-satunya negara di mana bajetnya adalah race specific”. Total contrary to apa yang kita ada di Pulau Pinang. Kita jaga semua masyarakat, sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Kebangsaan, semuanya ada dijaga di bawah ini. So apakah pendirian Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, adakah kita akan ikut konsep Keluarga Malaysia ini, yang hanya retorik dan juga satu publisiti bukannya Keluarga Malaysia yang betul-betul akan dipraktikkan sebab dalam bajet pun kita nampak is very in balance di mana non-Bumis hanya dapat RM345 juta sahaja. So ada tak, apa pandangan pendirian Yang Amat Berhormat?
Y.A.B. Ketua Menteri: Ya. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Bagan Dalam. Sebenarnya dalam menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Pinang, saya pun sudah menyuarakan kerisauan pihak di sini terhadap apa yang berlaku setelah konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan. Kita tahu bahawa Yang Berhormat Perdana Menteri tiba-tiba menjadi Perdana Menteri dan tiba-tiba perlu keluarkan satu konsep yang akan dapat membayangkan komitmen beliau terhadap negara kita dan tiba-tiba kita ada konsep Keluarga Malaysia. Jadi kita tidak mahu mempertikaikan konsep Keluarga Malaysia sebab ini sememangnya hasrat kita semua, rakyat Malaysia hidup secara harmoni, bertoleransi, inklusif, kebersamaan, kesyukuran terhadap apa yang kita dapat di negara ini, khazanah dan kekayaan, kebahagiaan dan sebagainya, itu konsep yang kita mengalu-alukan tetapi sebaik sahaja konsep ini diperkenalkan, tak sampai 100 hari, kita nampak apa yang berlaku dalam peruntukan bajet dan sebagainya, yang mungkin memberi persepsi, konsep Keluarga Malaysia ini, bukan satu konsep yang serius tetapi semata-mata konsep for the sake of having a concept untuk memperkenalkan Perdana Menteri yang baharu kepada negara. Jadi ini sudah menimbulkan keadaan kerisauan rakyat, setengah-setengah rakyat terhadap apakah yang sebenarnya matlamat Keluarga Malaysia? Adakah ini satu kesinambungan dasar-dasar berlandaskan pertimbangan etnik atau sebaliknya, sesuai dengan nilai teras Keterangkuman, Kebersamaan Dan Kesyukuran Keluarga Malaysia.
Terima kasih. Soalan yang ke-41.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 41. No. 41. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). (a) Senaraikan jenis dan lokasi pusat perlindungan sedia ada yang terdapat di bawah naungan JKM di seluruh negeri. (b) Berapakah peruntukan yang dibayar kepada OKU sejak 2018 hingga kini? Perincikan mengikut kaum dan gender. (c) Berapakah permohonan bantuan yang ditolak sejak 2018 hingga kini dan apakah alasan penolakan? Statistikkan mengikut kaum.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih ADUN daripada Permatang Berangan. Saya ingin nak menjawab soalan nombor 41. Terdapat dua jenis pusat perlindungan yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu untuk kumpulan sasar kanak-kanak yang diselamatkan dan kumpulan sasar wanita mangsa keganasan rumah tangga. Bagi kes kanak-kanak, terdapat satu pusat perlindungan kanak-kanak di bawah naungan JKM di Pulau Pinang iaitu Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti di Kepala Batas, Seberang Perai Utara. RKKTB adalah institusi Tempat Selamat bagi kes-kes pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak di bawah Seksyen 54 (Tempat Selamat) dan Seksyen 30(1)(d), Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611). Operasi RKKTB, bagi kes wanita mangsa keganasan rumah tangga, terdapat dua tafsiran bagi tempat perlindungan mengikut Seksyen 2, Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) iaitu: (i) Tempat Selamat merujuk mana-mana rumah atau institusi yang disenggara/diuruskan oleh kerajaan/organisasi sukarela yang diluluskan oleh Menteri yang bertangungjawab bagi kebajikan masyarakat; atau (ii) Tempat perlindungan merujuk mana-mana rumah, institusi atau mana-mana tempat lain yang sesuai yang dihuni, yang penghuni atau pemunyanya bersedia untuk menerima seseorang mangsa buat sementara waktu.
Sehingga kini terdapat 42 Tempat Selamat yang diluluskan oleh YB. Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di mana 35 adalah di bawah kendalian kerajaan dan tujuh (7) di bawah kendalian Pertubuhan Sukarela Kebajikan (NGO) di seluruh negara. Bagi Negeri Pulau Pinang terdapat dua (2) Tempat Selamat yang telah diluluskan oleh KPWKM. Sejak tahun 2018 sehingga 2020, jumlah yang terlibat adalah RM4,563,450.00 untuk program berkaitan dengan tujuannya. Sejak tahun 2018 sehingga 2020, sebanyak 6,870 permohonan bantuan telah ditolak kerana tidak memenuhi syarat kelayakan permohonan, ini untuk OKU dan lain-lain. Perincian mengikut kaum dan gender seperti di Lampiran C yang akan diletak di atas meja Yang Berhormat selepas sesi soalan lisan ini. Di antara sebab-sebab penolakan permohonan adalah seperti berikut: (i) Bukan warganegara Malaysia. (ii) Pendapatan keluarga melebihi had kelayakan untuk menerima bantuan dari JKM.
(iii) Mempunyai anak yang telah dewasa dan bekerja serta mampu memberi sumbangan/menyara kehidupan pemohon; atau (iv) Masih sihat dan berupaya untuk bekerja serta berdikari bagi menyara kehidupan sendiri/keluarga.
Terima kasih. Ya?
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Puyu atas penjelasan pada soalan 41. Soalan tambahan saya, merujuk kepada kanak-kanak yang ketiadaan ibu bapa. Sekiranya mereka tidak diletakkan di bawah pusat perlindungan atau pusat jagaan oleh JKM, bagaimanakah JKM mengenal pasti keselamatan kanak-kanak yang berada di bawah seliaan penjaga? Yang kedua soalan saya, selain daripada bantuan kewangan, apakah lagi kemudahan atau pun keistimewaan yang disediakan oleh pihak JKM kepada golongan Orang Kelainan Upaya dan apakah kategori-kategori yang membolehkan OKU atau pun waris memohon untuk peruntukan bantuan bulanan atau pun one-off. Dan merujuk kepada permohonan yang ditolak, adakah permohonan boleh dilakukan semula atau pun sebarang permohonan boleh dilakukan secara tahunan atau bantuan one-off. Terima kasih.
Terima kasih. Untuk yang telah ditolak, mereka ada hak untuk buat rayuan. Selalunya kami izinkan mereka bahawa terus kepada Pejabat JKM Daerah dan jika ada apa-apa mereka boleh jumpa dengan ADUN untuk buat rayuan. Sekiranya ADUN lagi tidak puas hati, boleh juga rujuk kepada saya dan saya akan minta mereka hantar fail dan saya akan buat semakan. Dan untuk kanak-kanak yang tak ada ibu bapa, selalunya mereka terletak di rumah-rumah jagaan yang diluluskan oleh kerajaan dan di sana mereka juga dapat bantuan iaitu kata Empower of the Street Citizen. Satu program yang telah dilancarkan dan memang ada kadar-kadar yang boleh diberi kepada mereka untuk membantu rumah NGO-NGO yang menjaga kanak-kanak itu. Dan untuk yang lain-lain, memang ada syarat-syarat yang tertentu. Syarat-syarat yang tertentu supaya seperti untuk bantuan mereka yang bekerja dan jika dikaji mereka tidak melebihi RM1,200.00, tambahan pula akan dibagikan kepada mereka kerana JKM menggalakkan semua OKU-OKU untuk bekerja dan yang tidak dapat bekerja seperti OKU yang terlantar dan lain-lain, kami juga ada bagi bantuan bulanan. Yang sesiapa yang tidak dapat kerja juga boleh dibagi bantuan bulanan. Dan amaun-amaun akan kami buat kiraan mengikut pendapatan keluarga kerana di sini disokong oleh satu dasar BAES (Bantuan Agenda Ekonomi Saksama). Thank you.
Terima kasih. Saya nak jemput…(gangguan).
Soalan tambahan, tentang pusat perlindungan.
Sudah habis ditanyalah. Sila duduk. 42 saya nak jemput.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan 42. No. 42. Jelaskan pembangunan secara mampan dalam konteks Agenda Hijau Pulau Pinang 2030. (a) Pembangunan seperti lebuhraya, tambakan laut, Bukit Bendera menjejaskan dan merosakkan alam sekitar. Jelaskan bagaimana pembangunan ini boleh dianggap pembangunan mampan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. (b) Pengurusan secara lestari. Jelaskan bentuk pengurusan yang dilaksanakan.
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Ketua Pembangkang daripada KADUN Sungai Dua. Agenda Hijau Pulau Pinang dilancarkan oleh Penang Green Council merupakan panduan yang mengandungi strategi, pelan tindakan termasuk penunjuk-penunjuk kemampanan pembangunan mengikut Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, United Nation Sustainable Development Goals (UNSDGs) dalam menghadapi cabaran-cabaran alam sekitar secara global pada masa hadapan. Matlamat Pembangunan Lestari PBB terdiri daripada aspirasi untuk meningkatkan kesejahteraan sosial, alam sekitar dan ekonomi rakyat. Adalah menjadi mandat kerajaan yang dipilih, dengan sokongan rakyat, untuk memutuskan cara terbaik untuk meneruskan pembangunan mampan yang akan memberi manfaat kepada rakyat dan alam sekitar dalam jangka masa panjang. Agenda Hijau Pulau Pinang 2030 telah mula mengubahkan amalan dan persepsi Kerajaan Negeri dalam pertimbangan alam sekitar, terutamanya isu perubahan iklim dan penggubalan dasar merentasi semua bidang. Peralihan kepada pembangunan yang lebih hijau akan mengambil masa dan usaha oleh semua pihak berkepentingan, yang akan disemak dan dinilai semula secara berkala. Pihak Berkuasa Negeri amat komited dalam usaha pengekalan dan pemuliharaan kawasan sensitif alam sekitar melalui Pelan Strategik Guna Tanah di bawah Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030. Bagi memelihara keseimbangan pembangunan serta kepentingan penggunaan tanah dalam jangka panjang, kawasan perhutanan telah dikekalkan sebagai zon kawasan perhutanan. Penzonan zon hutan itu secara langsung mempunyai peraturan-peraturan dan garis panduan pembangunan yang kekang termasuklah mengambil kira penilaian impak alam sekitar EIA sekiranya mengikut jenis pembangunan yang dijalankan. Bagi kawasan hutan simpanan kekal sebanyak aktiviti seperti pembangunan di dalam hutan simpanan kekal adalah tidak dibenarkan untuk melainkan dengan satu permit penggunaan seperti diperuntukkan dalam Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara 1984 Akta 313. Walau bagaimanapun permit penggunaan ini hanya dibenarkan untuk jenis-jenis aktiviti yang disenaraikan di bawah Seksyen 34 Akta 313. Buat masa ini tidak ada pewartaan keluar hutan simpanan kekal bermaksud untuk pembangunan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri sejak 20 tahun ini. Konsep sustainable governance di bawah agenda hijau Pulau Pinang 2030, menunjuk kepada badan pentadbiran yang mahir dan konsep kemampanan serta proses membuat keputusan membantu mencapai pembangunan mampan, elemen utama tadbir urus mampan ini termasuk meningkatkan kapasiti penjawat awam untuk melaksanakan program-program kemampuan dan meningkatkan keberkesanan pemimpin untuk bertindak ke atas pembangunan
mampan mengalakkan kerajaan membuat keputusan berasaskan sains, akauntabiliti dan ketelusan serta meningkatkan kapasiti persediaan orang ramai untuk mengambil bahagian dalam proses perubahan polisi.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya bagi pembangunan mampan. Apa yang dimaksudkan pembangunan mampan adalah pembangunan yang dijalankan secara terancang dan berterusan dengan prinsip memenuhi keperluan sekarang tanpa mengorbankan keperluan generasi akan datang. Bagi pembangunan lestari di definasikan sebagai pembangunan yang dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan minimum ke atas alam semula jadi. Jadi apa yang saya nak soalkan di sini, apa yang saya risaukan adalah semasa pelaksanaan projek kerosakan akan berlaku dan apakah tindakan berkesan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan agensi pelaksanaan selain daripada penguatkuasaan dan kedua adakah pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar menjadi teras utama dalam pelaksanaan projek yang akan dibangunkan seperti tambakan laut dan sebagainya. Ketiga pelbagai syarat disenaraikan oleh EIA Jabatan Alam Sekitar kadang-kadang sampai ada 72 syarat, kebanyakannya adalah semasa pelaksanaan, sebelum dan selepas pelaksanaan. Jadi apakah tindakan jika syarat-syarat ini tidak dipatuhi sepertimana yang berlaku di Gurney Drive bila dilaksanakan tambakan laut berlaku pelbagai masalah seperti longgokan selut, nelayan tidak boleh menjalankan aktiviti dan sebagainya. Jadi apakah tindakan semasa yang saya risau semasa pelaksanaan itu akan berlaku banyak masalah walaupun kita dah patuhi? Jadi apakah tindakan, terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Ketua Pembangkang daripada Sungai Dua, saya ucapkan tahniah kepada Sungai Dua kerana bercakap mengikut pengalaman dia. Memang di Gurney Drive terdapat begitu banyak masalah-masalah apabila mereka tambakan laut betul memangnya tapi itu dari pentadbiran Barisan Nasional. Saya masih ingat bahawa saya pada tahun 2004 bila saya duduk di kerusi sana sebagai Ketua Pembangkang di dalam Dewan yang mulia ini, saya dah tunjuk bukti saya telah bawa isu-isu ini iaitu kata di Tanjung Pinang 1, yes you are very right. Oleh yang demikian apabila fasa dua yang mereka nak buat kali pertama di seluruh Malaysia Jabatan Alam Sekitar bawa masuk semua pengarah-pengarah dan orang-orang pakar daripada semua negeri....(gangguan).
Yang Berhormat, jawab untuk Kerajaan ini dan untuk zaman ini.
Saya sekarang menjawab
Tiga soalan yang ditanya sudah.
Saya menjawab, sabar sedikit Dato’ Speaker.
Masa tak sabar, kalau tak ada saya nak henti.
Tetapi Tuan Speaker sudah ambil masa sama saya sebab saya nak gunakan, saya mengatakan bahawa kali pertama untuk tambakan laut kami ada lebih 100 syarat baru yang dikenakan, sudah berapa kali apabila kita tidak puas hati urus kerja mereka kita juga keluarkan notis kepada mereka diberhentikan kerja, berapa kali penguatkuasaan telah serang sana bukan hanya berkaitan dengan tambakan laut tetapi juga berkenaan dengan tidak mengikut peraturan-peraturan dan mengunakan pekerja-pekerja asing yang tidak berdaftar dan tanpa izin. Ini semua telah dibuat dan saya bagi jaminan bahawanya mereka bila mereka buat tambakan laut di Tanjung Pinang dua tiap-tiap bulan mereka kena bagi satu laporan berkenaan dengan urus kerja kepada semua pejabat dan juga di sini kita juga wujudkan satu jawatankuasa pentadbiran iaitu Ops Lumpuh yang dipengerusikan Ahli Yang Berhormat daripada Tanjung Bunga dan disokong oleh saya untuk buat pemantauan semua syarat-syarat yang telah diluluskan dan dipersetuju. Dan ini telah diserah kepada ahli jawatankuasa Ops Lumpur supaya mereka bila buat penguatkuasaan bersepadu dan kita turun sana semak semua dengan teliti. Kita undang-undang yang berkaitan di mana kita nampaknya tidak selaras dengan zaman kini, telah dikaji semula dan memohon untuk dapat kelulusan daripada EXCO dan telah diwartakan supaya denda dinaikkan. Saya boleh bagi satu lagi contoh Green Agenda yang diurus oleh Kerajaan Negeri seperti Pulau Jerejak, Pulau Jerejak isu Pulau Jerejak saya tahu saya percaya bahawa Ahli Yang Berhormat daripada UMNO semua tahu tanah yang boleh dimaju telah dijual kepada UDA dan lain cerita saya tak mau cakap, I got into Green Agenda keseluruhan Pulau Jerejak selain daripada apa yang telah dijual oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada UDA saya telah memohon izin dan dapat diwartakan Pulau Jerejak sebagai hutan simpanan kekal iaitu Warta 332 seluas 285.4 hektar.
Yang Berhormat rumuskan
Saya kena bagi penjelasan.
Soalan yang ditanya sudah dijawab?
Belum habis kalau saya tak sempat habis.
Habis tak habis ditentukan saya. Sila rumuskan.
Saya rumuskan saya kata saya nak bagitau sama dia kalau tak ada dia lagi sesi lagi tanya soalan yang sama.
Jangan buang masa, sila rumuskan
Saya juga minta juga Dato’ Speaker jangan buang masa saya, saya nak jawab dengan sepenuh-penuhnya.
Sungai Puyu duduk, saya nak minta soalan 43.
Tidak patut.
Duduk.
Tidak patut
Patut tak patut ikut arahan.
Arahan tetapi...(gangguan).
43 sila. Sungai Puyu duduk.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan 43 No. 43. Government Linked Companies (GLC) (a) Apakah peranan GLC dan strateginya dalam pembangunan ekonomi Negeri Pulau Pinang? (b) Senaraikan ADUN dan Ahli Parlimen yang memegang jawatan dalam GLC dan emolumennya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Teluk Bahang atas soalan yang diberikan tadi. Terdapat 16 syarikat berkaitan Kerajaan Negeri iaitu Government Linked Companies dan maklumat berkaitan peranan dan strategi dalam pembangunan ekonomi keahlian ADUN dan Ahli Parlimen dalam GLC ini serta emolument mereka adalah seperti di senarai di lampiran A yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas sesi soalan lisan ini. Bagaimanapun saya akan membacakan 16 syarikat-syarikat ini untuk maklumat segera untuk Teluk Bahang (i) Penang Science Cluster; (ii) Penang Tech Centre Bhd.; (iii) PYDC Strategies Sdn. Bhd.; (iv) Digital Penang Sdn. Bhd.; (v) George Town World Heritage Incorporated; (vi) Penang Harmony Corporation Sdn. Bhd.; (vii) Penang FC Sdn. Bhd.; (viii) PGC Strategies Sdn. Bhd. (Penang Green Council); (ix) Penang Global Tourism Sdn. Bhd.; (x) PICEB Sdn. Bhd. (Penang Convention & Exhibition Bureau; (xi) PWDC Sdn. Bhd.; (xii) Penang Stem Sdn. Bhd.; (xiii) George Town Conservation & Development Corporation Sdn. Bhd. (GTCDC); (xiv) Invest-In-Penang Berhad; (xv) Penang Halal International Sdn. Bhd.; dan (xvi) Penang Infrastructure Corporation Sdn. Bhd. Inilah 16 GLC yang berkaitan Kerajaan Negeri.
Soalan tambahan saya di sini saya lihat tidak ada tersenarai kedudukan PBA, PDC, Penang Hill Corporation dan Lembaga Perumahan yang disebut sebagai agenda baru Pulau Pinang adakah dia terlibat dia terletak di bawah GLC atau pun tidak dan adakah syarikat perbadanan atau pun badan-badan ini adalah badan yang profit tidak diletakkan di bawah senarai tadi dan adakah dia diluar kita dapati Kerajaan di dalam pembentangan bajet menunjukkan menurunnya kutipan adakah sebab itu dikeluarkan? Terima kasih.
Terima kasih sekali lagi Teluk Bahang, PBA adalah syarikat yang disenaraikan di bawah bursa saham Malaysia, PDC adalah syarikat Badan Berkanun sama juga dengan Penang Hill Corporation. Tentang Housing Penang, Lembaga Perumahan Negeri badan berkanun juga status dia terima kasih.
Soalan tambahan terima kasih Dato’ Pengerusi, tadi dibentangkan tentang 16 buah syarikat di bawah Kerajaan Negeri. Saya nak kepastian 16 syarikat ini, berapa buah syarikat yang berasaskan perkhidmatan dan berapa yang berasaskan keuntungan maknanya dia kena cari untung untuk ada yang untung Bukit Bendera dia kena ada keuntungan dan dia ada pendapatan.
Apa soalan ini? Tanyalah soalan yang baik.
Habiskan soalan.
Berapa keuntungan yang dicapai oleh syarikat yang beri keuntungan balik kepada Kerajaan Negeri contohnya Bukit Bendera dan sebagainya yang ada pendapatan, kalau yang bagi servis ini mungkin tak ada pendapatan so terima kasih.
Terima kasih Sungai Dua. Kebanyakan 16 GLC ini kebanyakan adalah non-profit. Walau bagaimanapun, untuk menjawab soalan Sungai Dua yang mana satu yang di bawah Akta Syarikat. Mereka itu yang boleh untuk commercial life itu saya beri laporan kemudian tapi kebanyakannya ialah non-profit.
Bagi penjelasan sikit tentang profit, non-profit ini?
43.
Sebab ada banyak salah faham tentang profit, non-profit. Syarikat itu buat profit, profit ini tidak diedarkan kepada shareholders tapi mereka buat profit tapi tidak diedarkan kepada Board of Directors, kalau mereka buat profit keuntungan, kalau tidak diedarkan kepada Board Directors that is non-profit.
Terima kasih. Soalan 44.
Dato’ Speaker, soalan saya nombor 44.
No. 44. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan kesesakan lalu lintas di beberapa jalan utama dalam KADUN Bukit Tengah, khususnya di: (a) Jalan Permatang Tinggi; (b) Jalan Perusahaan Autocity; dan (c) Exit Juru Plus Highway Jalan Kebus Nenas.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Yang Berhormat Bukit Tengah. Sebagai perancangan menyelesaikan kesesakan trafik di jalan-jalan utama dalam kawasan Bukit Tengah, pihak JKR akan membuat permohonan peruntukan seperti berikut terutama Jalan Permatang Tinggi merupakan Jalan Persekutuan dan peruntukan telah pun dimohon melalui RMKe-12. Projek pelebaran Jalan Permatang Tinggi dari sempadan SPS hingga ke bulatan Bukit Tengah akan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan daripada JKR dan juga Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Kedua, Jalan Perusahaan Auto City pula merupakan Jalan Negeri dan pihak JKR akan membuat permohonan baru untuk kelulusan Kerajaan Negeri bagi cadangan pelebaran jalan di kawasan tersebut. Manakala pihak PDC pula sedang menjalankan kerja-kerja pelebaran Jalan Perusahaan kepada empat lorong dua hala dari persimpangan Jalan Kebun Nenas hingga ke Jalan Juru. Jalan Susur Lebuhraya PLUS Juru adalah di bawah seliaan LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia) manakala Jalan Kebun Nenas adalah Jalan Negeri. Jadi pihak JKR bersama-sama dengan pihak LLM sedang dalam perbincangan untuk mencari alternatif bagi penyuraian trafik di kawasan ini. Ada beberapa cadangan Yang Berhormat, termasuk contra flow dan sebagainya. Saya telah mempengerusikan mesyuarat hanya dua minggu yang lepas, tidak silap saya pada 17 November, berkenaan kesesakan di kawasan ini dan Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk meminta JKR untuk melantik konsultan untuk buat TIA. Selepas membuat TIA ini akan ada option-option yang kita boleh kaji dan lihat bagaimana kita boleh improve trafik dekat that intersection yang sememangnya teruk.
Selain itu Yang Berhormat, pihak PDRM sedaya upaya akan cuba mengurangkan kesesakan lalu lintas di atas jalan raya dengan menempatkan anggota-anggota trafik di tempat-tempat yang menjadi tumpuan pengguna jalan raya untuk membuat kawalan lalu lintas khususnya pada waktu puncak. Selain daripada kawalan lalu lintas, tindakan saman halangan juga dilakukan bagi memastikan pengguna jalan raya tidak meletakkan kenderaan sesuka hati di atas jalan utama yang mana menjadi punca utama kesesakan lalu lintas terutama sekali di kawasan Bukit Tengah yang menjadi laluan utama ke Jambatan Pulau Pinang. Tindakan ini sedikit sebanyak mampu untuk mengurangkan kesesakan namun struktur jalan yang sedia ada tidak lagi mampu untuk menampung jumlah kapasiti kenderaan yang bertambah setiap tahun. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO menjawab soalan kesesakan lalu lintas. Kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi khususnya intersection masuk daripada Exit Juru, ke Bukit Tengah merupakan jalan utama atau pun jalan artery serving kawasan-kawasan daripada Bukit Tengah, BM dan sebagainya sampai jalan-jalan ke Permatang Tinggi, Machang Bubuk dan masalah ini telah pun lama berada di kawasan di sana dan memang penduduk-penduduk sana selalu membuat complaint aduan mengenai permasalahan ini. Jadi saya amat gembira mendengar cadangan-cadangan yang telah pun diberikan tadi khususnya juga kepada hendak membuat satu Traffic Impact Assessment (TIA). Saya hendak tanya di sini, bilakah Traffic Impact Assessment ini akan dilaksanakan dan disempurnakan sebab saya rasa ini memang merupakan satu masalah yang perlu ditangani oleh kerajaan dengan secepat mungkin. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Memandangkan keputusan baru sahaja dibuat pada bulan November dan peruntukan untuk tahun ini pun sudah habis jadi kita akan gunakan peruntukan tahun 2022 tapi the first thing in 2022 JKR akan menjalankan lantikan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Soalan seterusnya saya hendak jemput soalan 45. Air Putih tidak ada maka soalan Air Putih 45 dilangkau dan kita pergi ke soalan 46. Sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 46. No. 46. Pulau Pinang terus menjadi tumpuan pelabur asing kerana ketersediaan modal asing berkemahiran dan kemudahan berkaitannya.
(a) Ramai rakyat Negeri Kedah turut memilih untuk bekerja dalam sektor swasta di Pulau Pinang. Sila berikan anggaran rakyat Negeri Kedah yang bekerja di Pulau Pinang khususnya sektor swasta.
Terima kasih Ahli Bagan Dalam. Saya pun tunggu-tunggu siapa akan tanya soalan macam ini. Maklumat mengenai bilangan rakyat Negeri Kedah yang bekerja di Negeri Pulau Pinang tidak dapat diperolehi dan hanya rakyat yang berhijrah ke Pulau Pinang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Dari tahun 2014 sehingga 2020 purata rakyat yang berhijrah dari Kedah ke Pulau Pinang setahun adalah seramai 3,500 orang. Ini menyumbang hampir 10 peratus daripada jumlah migrasi masuk ke Pulau Pinang. Daripada jumlah ini bilangan yang melibatkan diri dalam tenaga buruh adalah dianggarkan seramai 2,000 orang setahun. Namun sebenarnya dianggarkan lebih tinggi kerana ramai penduduk Kedah bekerja di Pulau Pinang tetapi tidak menetap di Pulau Pinang dan berulang-alik setiap hari. Mengikut analisis Penang Institute, migran dari Kedah ke Pulau Pinang menunjukkan penurunan dari tahun 2014 hingga 2018. Namun begitu, jumlah migran yang berhijrah dari negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia iaitu dari Kedah, Perak dan Perlis adalah agak stabil iaitu lebih kurang 7,550 orang migran setahun. Tenaga buruh daripada jumlah ini adalah dianggarkan seramai 4,300 orang setahun bagi tahun 2014 sehingga 2018. Namun pada tahun 2020, bilangan migran telah menurun sebanyak 35 peratus iaitu daripada 6,500 orang pada tahun 2018 ke 4,200 orang pada tahun 2020. Penurunan ini besar kemungkinan disebabkan oleh pandemik COVID-19 justeru dianggarkan hanya 2,500 orang tenaga buruh migran saja pada tahun 2020. Anggaran bilangan migran dari negeri Kedah ke Pulau Pinang yang terlibat dalam tenaga buruh serta anggaran bilangan migran dari Semenanjung Utara, negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Perlis dan Perak ke Pulau Pinang yang melibatkan dalam tenaga buruh akan diletakkan atas meja Yang Berhormat selepas soalan lisan. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Perai menjawab soalan saya tadi. Ini jelas menunjukkan memang ada migrasi daripada Kedah, mereka datang ke Pulau Pinang sebab peluang pekerjaan atau pun peluang ekonomi untuk rakyat Kedah lebih stabil atau pun terjamin di Pulau Pinang, berbandingkan dengan Kedah sendiri. Walau bagaimanapun, sejak tahun 2020, setelah kerajaan baru mengambil alih di Kedah kita sering diganggu kononnya perlu bayar untuk tanah, perlu bayar untuk air walaupun kita menjadi satu tempat yang memberi pekerjaan kepada rakyat Kedah. Adakah ini patut? Keduanya adalah sekarang dengan polisi-polisi Kerajaan Negeri Kedah yang dilihat lebih kepada ekstrem, yang mengganggu SJK Sekolah Jenis Kebangsaan, ganggu rakyat bukan non-Muslim dan sebagainya. Adakah pelaburan baru walaupun mereka mempunyai satu high-tech park di Kulim yang begitu canggih dapat elektrik murah, satu pesaing kepada Pulau Pinang dengan adanya kerajaan yang begitu tidak begitu pro investor atau pun pro business. Apakah our chances in Penang untuk attract pelabur-pelabur asing? Walaupun high tech mereka begitu canggih dan banyak kemudahan. Are our chances open? Terima kasih.
Terima kasih. Saya ingat niatnya bukan satu negeri mesti bersaing dengan negeri lain kita rasa di Malaysia semua negeri mesti dibangun. Kita tidak ada iri hati seperti Menteri Besar Kedah seorang racist dan seorang extremist. Saya katakan di Dewan ini, saya sudah katakan di luar seorang extremist dan racist. Jadi berbalik kepada soalan Bagan Dalam saya rasa Bagan Dalam, Bukan Bagan Luar? Bagan Dalam. Okey. Jadi kedua-dua negeri maju dan saya rasa Pulau Pinang lebih maju daripada Kedah ini tidak bermakna Kedah ini tidak boleh maju dari segi pembekalan tanah dan sebagainya ini ada sekatan di Pulau Pinang dan mungkin ada syarikat-syarikat yang pergi kepada Kedah oleh kerana kekurangan tanah tapi ada juga syarikat yang pergi kepada Kedah dan balik kepada Pulau Pinang sebab Kedah tidak ada sistem eko seperti Pulau Pinang. Jadi, sama ada saya rasa bahawa Kerajaan Negeri Kedah terutama daripada Kerajaan PAS ini adalah satu kerajaan yang tidak stabil yang selalu menghina Kerajaan Pulau Pinang, pemimpin-pemimpin Pulau Pinang isu air dan sebagainya. Saya tidak sebut mengenai perkara yang saya tulis banyak tapi apa yang penting adalah apa ini, penduduk di, apa angka-angka yang saya beri adalah angka-angka conservative lebih ramai daripada Kedah yang datang bekerja di Pulau Pinang. Sekarang apabila pandemik ini memang sudah turun kita tengok lebih banyak orang datang. Rakyat Pulau Pinang, penduduk sudah beli rumah di Kedah dan mereka berulang-alik. Jadi apa yang saya telah dibekalkan adalah conservative lebih ramai oleh kerana adalah peluang pekerjaan ini satu semulajadi mana-mana dari satu negara ke negara lain, satu negeri ke negeri lain ini memang sesuatu yang biasa dan perlu digalakkan. Kita juga ucapkan terima kasih kepada penduduk Kedah yang datang yang berkhidmat di Kedah. Tapi kita bukan macam negeri PAS, Kerajaan PAS ini selalu menghina orang bukan Islam. Tiga kuil Hindu telah dirobohkan di Alor Setar, Kulim dan sebagainya. Thaipusam, cuti Thaipusam telah dihapuskan di Kedah. Inilah toleransi oleh PAS. Jadi saya rasa bahawa menjawab kepada persoalan ini saya rasa Pulau Pinang ini kita bersaing, oleh kerana kekangan tanah kita akan bersaing. Kita akan mencipta mekanisme-mekanisme lain supaya kita menarik pelaburan. Kita tidak ada halangan mereka pergi ke Kedah. Kita tidak ada apa halangan terhadap penduduk Kedah, bersama-sama kita orang Malaysia tapi saya rasa masalah yang jadi adalah Kerajaan PAS Kedah yang jadi penghalang besar kepada kesatuan Malaysia atau pun perpaduan Malaysia. Terima kasih.
Soalan 47 saya hendak jemput.
Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 47. No. 47. Berapakah permohonan Skim Pinjaman Harapan yang telah diterima sejak tahun 2020 dan berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan? (a) Apakah peratusan dan bilangan pemohon yang berumur di bawah 35 tahun? (b) Nyatakan bilangan permohonan mengikut jenis perniagaan, kaum and tempat perniagaan.
Ya, soalan 47. Sila jawab. Tak ada? Oh, Batu Lancang. Betul?
Soalan berhubung dengan permohonan, terima kasih Batu Lanchang. Skim Pinjaman Harapan yang telah diterima setiap tahun 2020 dan berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan. Permohonan Skim Pinjaman Harapan atau pun SPH yang diterima sejak tahun 2020 sehingga Oktober 2021 adalah sebanyak 273 permohonan dan pinjaman yang telah diluluskan adalah RM1.721 juta kepada seramai 195 usahawan dan kalau kita lihat inilah tempoh COVID-19 dan PKP, pengurangan yang drastik untuk pinjaman kerana bisnes tidak dapat dibuka untuk beberapa masa jadi permohonan pinjaman pun berkurangan berbanding pada tahun-tahun sebelumnya. Menjawab soalan seterusnya, “Apakah peratusan dan bilangan pemohon yang berumur di bawah 35 tahun?”. Bilangan peminjam yang berumur di bawah 35 tahun adalah seramai 73 orang dengan peratusan sebanyak 37.4 peratus. 195 permohonan yang diluluskan mengikut jenis perniagaan, YB. Batu Lancang minta jenis kategori jenis perniagaan, kaum dan tempat perniagaan adalah seperti perincian di Lampiran A yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas sesi selesai sesi soalan lisan.
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, soalan tambahan.
Okey.
Terima kasih Batu Maung, daripada jawapan tadi sebanyak 273 permohonan diterima dan sebanyak 195 yang telah diluluskan. Soalan saya adakah Kerajaan Negeri akan memberi kelonggaran syarat permohonan untuk mereka yang gagal memohon atau tidak dapat diluluskan, memandangkan usahawan dan peniaga kecil ini dalam tempoh pasca COVID-19 memang dalam kesusahan. So adakah sebarang pertimbangan daripada Kerajaan Negeri?
Terima kasih YB. Batu Lancang. Ada sesetengah permohonan itu tidak lengkap, dokumen yang diberikan tidak lengkap tetapi kalau sekiranya ada yang kita boleh buka untuk rayuan, kita percaya seperti yang disebutkan YB. Batu Lancang, akibat PKP dan COVID-19 ini banyak yang terkesan mereka boleh mengemukakan rayuan tetapi kebanyakan kerana dokumen tidak lengkap saya akan minta diisi untuk disemak semula kes-kes yang seperti ini
Soalan tambahan, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, YB. Batu Maung, saya hendak tanya untuk Skim Pinjaman Harapan ini, isu ini telah saya bawa sebelum ini juga dalam perbahasan saya mengenai syarikat CTOS yang merupakan Credit Reference Agency di mana syarikat-syarikat peminjam kredit atau pun kedai motorsikal menggunakan CRA CTOS ini dan apabila seorang budak, apabila dia sekolah dia pinjam RM2,000.00 tidak boleh bayar selepas beberapa tahun namanya disenarai hitamkan. Bila dia pergi minta loan, kedai motorsikal suruh dia bayar RM12,000.00 perkara ini memang berlaku. So saya hendak tanya adakah Skim Pinjaman Harapan ini Credit Reference itu akan dibuat adakah perkhidmatan CTOS digunakan? Kalau digunakan, saya cadangkan kita keluarkan CTOS daripada CRA ini, kita gunakan CCRIS daripada Bank Negara sahaja. Ini soalan saya Dato’ Yang di-Pertua Dewan, terima kasih.
Dalam tapisan permohonan ini memang digunakan so apa yang berlaku ialah mereka yang tertunggak tiga (3) bulan dia akan keluar macam disenaraikan dalam itu so selalunya kita akan hubungi pemohon itu dan dapatkan what actually kalau itu kecuali sekarang ini peraturan Bank Negara yang baru mereka tidak bila kita buat search tidak dibenarkan, kita tak akan dapat detail. Dia akan hanya ada macam itulah macam kita katakan kalau kita ada tunggakan tetapi kita tidak akan dapat detail kecuali bankruptcy. So pemohon bahagian kalau baru-baru ini Skim PEKA 3.0 itu kita call balik pemohon hendak dapatkan what actually, detail dia punya itu so kalau dia maklumkan hanya kerana tunggakan itu kita pertimbangkan
Dato’ Yang di-Pertua, saya saja hendak tambah kalau CTOS ini Maybank pun tidak gunakan CTOS sebab CTOS ini not prudent dan they don’t do diligent, membenarkan syarikat kredit-kredit atau along berlesen ini untuk menggunakan CTOS untuk memeras ugut wang daripada peminjam so saya harap jangan gunakan CTOS lah. Terima kasih
Ambil maklum
Terima kasih, soalan 48, Ahli Kawasan Machang Bubuk
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan 48 No. 48. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan kuantiti dan kualiti perkhidmatan pusat jagaan dan rawatan warga emas seperti mana pendidikan awal atau industri hospitaliti disediakan di Pulau Pinang? (a) Sejauh manakah penyertaan profesional muda dalam geriatric nursing care?
(b) Adakah perkhidmatan geriatric nursing care boleh dijadikan sebagai kerjaya bagi orang muda atau siswazah?
Soalan 48 daripada YB. Machang Bubuk berkenaan dengan perkhidmatan pusat jagaan saya telah diminta untuk menjawab soalan ini Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai agensi bertanggungjawab bagi pendaftaran pusat-pusat jagaan melalui Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) dan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994 bertindak sebagai agensi mengawal selia pengoperasian pusat jagaan berdaftar yang dikendalikan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pengendali swasta bagi memastikan kualiti perkhidmatan pusat jagaan warga emas. Perakuan Pendaftaran dikeluarkan oleh JKM dengan memastikan pengendali pusat jagaan mematuhi syarat-syarat pendaftaran pusat jagaan seperti berikut : (i) Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS); (ii) Mendapat sokongan atau kelulusan daripada tiga (3) agensi teknikal iaitu Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Perancang Bandar dan Jabatan Perlesenan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan; dan (iii) Memenuhi standard minimum yang ditetapkan mengikut Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994 bagi aspek berikut : 1. Pematuhan nisbah penjaga dengan penghuni (a) Bagi warga emas boleh urus diri adalah 1 : 18; dan (b) Bagi warga emas terlantar 1 : 4
2. Pengambilan penjaga untuk bekerja (a) Orang yang mempunyai kelayakan atau pengalaman yang sesuai; dan (b) Menghadiri latihan penjagaan dan pengendalian warga emas yang dianjurkan oleh jabatan atau agensi luar.
3. Pematuhan nisbah penghuni dengan ruang lantai (a) Bagi warga emas nisbahnya adalah 3 meter persegi untuk setiap penghuni.
4. Penyediaan menu yang seimbang (a) Semua makanan dan minuman yang disediakan bagi penghuni atau orang-orang yang diterima untuk jagaan di suatu pusat jagaan hendaklah disediakan dengan sempurna, bersih dan mencukupi untuk memenuhi keperluan makanan berkhasiat bagi penghuni; dan (b) Skala diet dan menu makanan yang hendak disediakan hendaklah diluluskan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan disemak oleh Pegawai Nutrisi Jabatan Kesihatan serta dipamerkan di suatu tempat yang mudah dilihat di pusat itu.
5. Penyediaan program aktiviti harian (a) Kemudahan latihan, rawatan, terapi, aktiviti agama dan rekreasi bagi penghuni
6. Penyediaan kemudahan perabot dan peralatan bersesuaian
7. Penyimpanan dan penyelenggaraan rekod-rekod di pusat penjagaan iaitu (a) Rekod pekerja dan penghuni; (b) Rekod lawatan daripada pegawai yang diberi kuasa dan pegawai-pegawai agensi lain kerajaan; (c) Rekod latihan kebakaran dan latihan pengungsian bangunan yang dijalankan oleh pusat itu; dan (d) Buku log bagi merekodkan aktiviti dan peristiwa
8. Pengawalan kebersihan dan keselamatan di dalam dan di luar pusat jagaan (a) Selain daripada itu, pengendali di pusat penjagaan hendaklah memastikan bahawa semua tukang masak dan penjaga yang diambil bekerja di pusat itu menjalani pemeriksaan perubatan sekurang-kurangnya sekali setahun.
Sebarang ketidakpatuhan dan pelanggaran kepada peraturan yang telah ditetapkan boleh diambil tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu arahan bertulis, kompaun, tutup sementara dan pendakwaan.
Habis?
(a) Bagi geriatric nursing care memerlukan multidisciplinary team yang terdiri daripada pakar geriatric, gerontology nurse, physiotherapist dan occupational therapist serta sokongan yang kuat daripada unit kebajikan. Antara aktiviti yang diadakan ialah comprehensive Geriatric Assessment untuk semua pesakit baru, latihan pemulihan fungsi setiap hari, latihan untuk ahli keluarga dan penjaga serta pelbagai jenis risalah untuk pendidikan pesakit, ahli keluarga dan penjaga. Seorang warga emas yang dimasukkan ke pusat jagaan hospital jururawat yang bertanggungjawab perlu memastikan Comprehensive Geriatric Assessment dibuat dalam masa 24 jam pesakit dimasukkan, zero falls incidence dan zero pressure sore incidence. Pada masa kini, di fasiliti Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang hanya terdapat 2 orang jururawat yang mempunyai post basic perawatan gerontology yang boleh memberi perawatan geriatric nursing
care dan Comprehensive Geriatric Assessment. Untuk memberi comprehensive geriatric nursing care, seseorang itu perlu mempunyai: (i) Sijil/diploma/ijazah sarjana muda kejururawatan; (ii) Berdaftar dengan Lembaga Jururawat; (iii) Annual Practicing Certificate yang semasa atau sah laku; (iv) Pengalaman klinikal sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun; dan (v) Sijil post basic / postgraduate dalam bidang gerontology.
Manakala berdasarkan semakan maklumat pengendali pusat jagaan warga emas berdaftar pula terdapat sebahagian pengendali dan petugas pusat jagaan mempunyai latar belakang pendidikan peringkat ijazah dan diploma pelbagai bidang termasuk bidang kejururawatan manakala sebahagian yang lain sekadar memiliki kelayakan mempunyai SPM. (b) Perkhidmatan geriatric nursing care boleh dijadikan sebagai kerjaya bagi orang muda atau siswazah kerana terdapat penawaran peluang kerjaya tersebut. Perkhidmatan penjagaan dan rawatan bagi warga emas pada masa kini adalah semakin meningkat memandangkan Malaysia sedang menuju negara tua pada tahun 2030. Walau bagaimanapun ia memerlukan kemahiran, minat dan daya kesabaran yang tinggi untuk mengendalikan keperluan warga emas.
Panjang lebar.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua soalan tambahan saya. Terima kasih kepada YB. Pinang Tunggal yang telah menjelaskan tentang isu yang penting ini. Ya, tadi YB. Pinang Tunggal ada sebut di Pulau Pinang hanya ada dua (2) orang jururawat yang mempunyai kepakaran geriatric nursing care ini so ini adalah satu nombor yang begitu menakjubkan, mengejutkan kerana Negeri Pulau Pinang kita ada begitu ramai orang warga emas dan kita nampak ini adalah satu nombor yang kurang tidak mencukupi untuk keperluan yang diadakan so ada apa-apa rancangan bagi Kerajaan Negeri untuk memastikan keperluan itu dapat dicapai dengan lebih baik lagi. Soalan kedua saya adalah ada apa-apa usaha untuk menggalakkan orang muda untuk mengambil urus perkhidmatan geriatric nursing care ini sebagai satu kerjaya. Saya nampak macam banyak ‘Jom Kerja’ atau apa-apa program-program kerjaya ini macam bidang ini tidak dimasukkan untuk menarik minat orang muda untuk menceburi dalam bidang ini. Sekian terima kasih
Dato’ Yang di-Pertua daripada kelayakan yang diperlukan untuk terlibat dalam geriatric nursing care ini seperti yang saya sebutkan tadi sijil, diploma, ijazah berdaftar dengan Lembaga Jururawat perkara-perkara ini adalah di bawah bidang Kementerian Kesihatan, saya percaya Jabatan Kesihatan ada mempromosikan bidang ini kepada rakyat Malaysia yang berminat namun kalau boleh saya…(gangguan), kalau ada Ahli MMK…(gangguan).
Ahli MMK yang ada pun tak ada, tak apa jawab apa yang boleh jawab sudah.
Okey setakat itu, untuk pihak Kerajaan Negeri sendiri kita tidak ada rancanganlah untuk bidang ini kerana ianya di bawah Kementerian Kesihatan dan JKN sendiri…(gangguan)..
Lagi tak boleh, tak faham new field ka old field ka kena buat homework lah. Okey, seterusnya soalan Air Itam.
Terima kasih Dato’ Speaker, walaupun soalan saya seterusnya telah banyak dijawabkan oleh Yang Berhormat EXCO dalam penggulungan namun soalan saya soalan 49, terima kasih.
Sudah gulungkan? Jawab, jawapan sudah bagi dalam penggulunggan lah, kalau belum sila jawablah.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Pada pasca pandemik ini Kerajaan Negeri mengutamakan pemulihan keyakinan pelawat dan meningkatkan pendedahan Pulau Pinang sebagai satu destinasi pelancongan utama yang bertanggungjawab. Selain mengetengahkan Prosedur Operasi Standard, SOP seperti Program Sistem Akredatasi bagi kesiapsiagaan pasca COVID-19 dan kempen pelancongan bertanggungjawab Kerajaan Negeri juga mengutamakan kempen pelancongan mampan (sustainable tourism) dan aktiviti dalam alam semulajadi. Strategi-strategi pada tahap ini akan menggalakkan permintaan melalui kempen penjenamaan (branding campaign), meningkatkan hasil pendapatan melalui kempen taktikal perkongsian strategik (strategic partnership tactical campaign), penglibatan jenama (brand engagement) dan juga penjajaran industri (industry alignment) terima kasih….(gangguan)
Soalan tambahan sikit ja.
Pelancongan ka?
Berkaitan dengan pelancongan ini kita nak buka kembali dan sebagainya. Cuma saya nak minta sedikit penjelasan tentang kes varian baru ni varian Omicron macam transformers nama dia Omicron, jadi kalau boleh kita kena pastikan pelancong daripada luar yang akan masuk ni kita kena ambil tindakan kalau boleh minta penjelasan, kalau boleh kita pastikan Omicron ni tak datang ke Malaysia. Varian yang cukup bahaya ni, terima kasih.
Omicron, Omicron sila.
Memang apa ni pemulihan pelancongan ini banyak bergantung kepada keadaan COVID-19 sekarang ini lah. Memang banyak pelan, banyak tindakan nak buat tetapi oleh sebab kekangan itu daripada virus khususnya virus apa ni Omicron, Omicron sekarang ini banyak menjejaskan pelan yang akan direncanakan. Bagaimanapun, untuk membanteras COVID-19 ini kita perlukan tindakan bukan sahaja daripada pejabat saya termasuk juga Pejabat Kesihatan dan pejabat-pejabat atau agensi-agensi lain. Jadi Kerajaan Negeri akan sentiasa memantau keadaan COVID-19 ini macam mana nak tackle macam mana nak at the same time to membangunkan pelancongan dan juga membanteras COVID-19 ini. Ini satu pelan atau satu tindakan yang melibatkan banyak pihak dan juga mesti dilakukan secara berhati-hatilah.
Terima kasih saya nak jemput soalan daripada Bukit Tambun yang tanya soalan Sungai Dua, 50.
Ya, soalan saya soalan nombor 50. No. 50. Huraikan kapasiti harian pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Dua. (a) Jelaskan purata kapasiti efektif air setiap bulan di Empangan Teluk Bahang, Air Itam dan Mengkuang. (b) Apakah status projek Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perai? (c) Huraikan perancangan untuk merawat air mentah Sungai Perai dan Sungai Juru.
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Bukit Tambun ini mengenai loji rawatan air Sungai Dua, jangan risau, Ketua Pembangkang. Yang Berhormat, PBA memaklumkan bahawa kapasiti harian pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Dua adalah purata 950 mld atau pun juta liter sehari. Kapasiti efektif air setiap bulan di Empangan Teluk Bahang, Air Itam dan Mengkuang adalah seperti dalam jadual lah nanti saya akan berikan sebab kalau nak baca semua sangat terperinci namun saya ada buat sedikit pengiraan dengan
menggunakan kalkulator untuk puratalah angka purata Yang Berhormat untuk tahun 2021 sehingga bulan Oktober maksudnya 10 bulan. Purata kapasiti efektif bagi empangan Air Itam adalah 75.13 peratus, untuk Teluk Bahang 60.28 peratus dan untuk Mengkuang 93.91 peratus. Itu secara purata tapi kalau kita nak lihat angka yang terkini untuk Air Itam 92.9 peratus, Teluk Bahang 85.6 peratus dan Mengkuang 93.6 peratus. Jadi kapasiti efektif yang sangat memuaskan lah yang boleh tahan untuk tahun hadapan.
(i) Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih belum menerima maklum balas lanjut berkenaan surat permohonan rasmi Ketua Menteri bertarikh 19 Oktober 2020 kepada Menteri Alam Sekitar dan Air mengenai permohonan untuk membeli air mentah dengan harga yang berpatutan; (ii) Keduanya, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menulis kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak melalui surat bertarikh 10 Disember 2020 dengan menawarkan harga air mentah yang lebih tinggi dari sebelumnya atau bersamaan dengan kadar yang digunapakai dalam perjanjian penjualan air mentah oleh Negeri Pahang kepada Negeri Selangor; (iii) Ketiga, Menteri Besar Negeri Perak yang baru memaklumkan bahawa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli sedang melaksanakan kajian mengenai keupayaan Sungai Perak untuk menampung keperluan air. Kerajaan Negeri Perak mengambil maklum opsyen-opsyen yang dibentang oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti kadar air mentah yang lebih tinggi dan juga cadangan usahasama loji rawatan air Sungai Kerian. Kajian dijangka siap pada, sepatutnya dah siaplah sekarang ini dan selepas kajian siap maksudnya akan ada opsyen-opsyen yang akan dipertimbangkan oleh pihak Kementerian dan juga Kerajaan Negeri Perak dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pihak Kerajaan Negeri juga dimaklumkan bahawa pelantikan konsultan ya telah dibuat untuk kajian Penilaian Opsyen dan Pra Rekabentuk bagi skim tersebut. Yang Berhormat akhir sekali, pihak PBAPP memaklumkan perancangan untuk merawat air mentah Sungai Perai dan Sungai Juru adalah melalui Skim Bekalan Air Sungai Perai yang bertujuan untuk memanfaatkan Sungai Perai sebagai sumber air mentah tambahan untuk Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, kajian kejuruteraan sebelum ini menunjukkan air mentah dari sungai ini mungkin tidak selamat dirawat dengan menggunakan teknologi rawatan air konvensional ini ekoran daripada pencemaran yang terlalu tinggilah. Oleh itu, skim ini akan meneroka kemungkinan menggunakan teknologi rawatan air alternatif untuk merawat air mentah dengan selamat. Sungai Juru pula tidak dapat dipertimbangkan sebagai sumber air mentah kerana kualiti dan kuantiti air mentah berada pada tahap yang tidak mencukupilah. Pihak BKSA turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri sedang melihat potensi Sungai Perai sebagai sumber alternatif bekalan air mentah bagi memenuhi keperluan rakyat di negeri ini. Walaupun kapasiti air Sungai Perai tidak mampu memenuhi keperluan rakyat secara keseluruhannya namun ia menjadi sumber tambahan. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan Dato' Speaker. Terima kasih Tanjung Bunga, memandangkan skim penyaluran air mentah Sungai Perak tidak dapat dimuktamadkan bolehkah kita membina loji rawatan air Sungai Kerian? Itu soalan pertama dan soalan kedua, memandangkan Seberang Perai Selatan terutamanya DUN Sungai Acheh, Taman Seruling Emas di DUN Sungai Bakap dan juga sebahagian DUN Sungai Jawi menghadapi tekanan air yang rendah adakah PBA bercadang
membina tangki-tangki air untuk meningkatkan tekanan air dan juga sebagai strategic storage tank seperti Empangan Mengkuang tetapi ini lebih kepada bentuk tangki air bagi tujuan kecemasan semasa musim kemarau, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Sebenarnya Yang Berhormat, Sungai Kerian ini kita memang ada rancang nak buat loji rawatan tapi dengan sumber air yang sedia ada tu memang tidak mencukupi. Sungai Kerian dia ada air yang mencukupi hanya semasa musim hujan, semasa musim kering tu memang air tidak mencukupi dan itulah sebenarnya objektif skim pemindahan air dari Sungai Perak. Kita sebenarnya nak bawa air dari Sungai Perak masuk ke dalam Sungai Kerian supaya kita boleh ambil dari situ dan kemudian membuat loji rawatan, jadi dalam erti kata lain rancangan itu adalah terkait ya dengan skim penyaluran air mentah dari Sungai Perak. Namun begitu, pihak PBA sememangnya mempunyai pelan kontigensi ya sekiranya skim penyaluran air Sungai Perak ini tertangguh lagi. Antara contigency plan yang ada adalah untuk membuat loji pra rawatan Sungai Perai seperti yang saya ada sebut tadi Sungai Perai ada kemungkinan boleh menjadi sumber air mentah tambahan sebanyak 136 mld, dia cuma kaedah rawatan tu kena kaedah yang lain sikitlah disebabkan pencemaran yang lebih tinggi. Selain daripada itu, PBA juga merancang untuk membina loji rawatan air Mengkuang di Mengkuang Dam bagi membekal air kepada SPU dan SPT dan ini juga secara langsung akan menambah bekalan kepada SPS, jadi selain daripada 2 option tadi PBA juga akan membina 3 reservoir air terawat sebanyak 45 mld setiap satu di Tok Kangar, jadi ini akan secara langsung meningkatkan kapasiti simpanan air terawat dan dapatlah menstabilkan bekalan air di SPS seperti yang disebut tadi oleh Yang Berhormat, terima kasih.
Soalan tambahan. Satu, berkaitan dengan loji rawatan air di Sungai Dua memandangkan kita selalu menerima atau pun mendapatkan berita-berita berkaitan dengan pencemaran air Sungai Dua yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu khasnya daripada Persatuan NGO Cintai Alam so apakah tindakan dan inisiatif yang diambil oleh PBA pada masa hadapan berkenaan dengan sisa-sisa selepas rawatan.
Terima kasih Yang Berhormat, saya rasa maksud Yang Berhormat adalah sisa-sisa daripada loji rawatan lah?
Ya..ya..betul.
Okey, ini sebenarnya adalah isu yang memerlukan juga kerjasama dari pihak Persekutuan dan PBA pun melalui Kerajaan Negeri telah menulis beberapa kali untuk memaklumkan kepada Kementerian bahawa apa ni terdapat keperluan untuk meminda akta supaya sisa-sisa tersebut
tidak diclassified as scheduled waste, dia memang sebab nak membuangkan scheduled waste ini dia mempunyai kaedah-kaedah yang tertentu dan bukan semua tempat apa ni kita boleh menghantarnya. Jadi memang menjadi satu masalah tapi pun begitu PBA pun ada perancangan telah pun membuat langkah untuk pengambilan tanah di kawasan sebelah loji rawatan tersebut supaya kita boleh adakan mungkin treatment process lah rawatan dan juga recycling of the waste sisa-sisa daripada loji rawatan tersebut, terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat dan Ahli-ahli Yang berhormat untuk sesi soalan lisan 1 jam 30 minit telah pun tamat selaras dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, maka sila Yang Amat Berhormat.
Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat kita alih kepada sesi penggulungan atas Rang Undang-Undang dan Usul Perbekalan. Saya nak jemput ahli-ahli Yang Berhormat yang nak membuat penggulungan, sila.
Terima kasih Dato’ Speaker…(gangguan)
Sama juga Yang Berhormat telah jawab dalam sesi soalan lisan boleh dielakkan.
Ya saya maklum Dato’ Speaker. Mana-mana soalan yang telah dibangkitkan dalam soalan lisan saya akan apa ni ketepikan lah. Ok Dato’ Speaker terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan Bagi Tahun 2022 pada hari Jumaat yang lepas dengan tema “Mempercepat Pencapaian Penang2030” atau pun “Accelerating Penang2030”, Kerajaan Negeri jelas komited dalam usaha memulihkan sektor ekonomi pasca pandemik COVID-19. Peruntukan yang akan disalurkan kepada projek-projek infrastruktur, tebatan banjir serta pengangkutan awam di Negeri Pulau Pinang pada tahun hadapan diharap dapat membantu dan memacu pertumbuhan yang mampan serta mengurangkan impak negatif kepada ekonomi negeri kita.
Dato’ Speaker, saya bermula dengan Yang Berhormat Bertam, yang telah membangkitkan beberapa isu berkenaan pembinaan Projek membina jalan dari dua (2) lorong ke empat (4) lorang dari Permatang Pak Elong hingga Jambatan Merdeka. Sebagai makluman Yang Berhormat, pihak kontraktor kini dalam proses memindahkan keluar plastic barriers dari kawasan yang sudah selesai pembinaan bebendul jalan iaitu roadside curb. Bagi lokasi di Jalan Permatang Manggis pula, proses pembinaan garisan jalan sedang dilaksanakan di tapak dan ianya dijangka siap dalam tempoh seminggu sebelum dibuka kepada pengguna jalan raya. Berkenaan sela masa lampu isyarat di persimpangan Permatang Sintok, tempoh masa telah diselaraskan sehingga 40 saat dalam satu pusingan atau pun 40 seconds in one cycle. Untuk isu pencahayaan pencahayaan di sepanjang jajaran, reka bentuk jalan ini merangkumi pembinaan lampu jalan di setiap persimpangan yang mempunyai lampu isyarat di samping penggantian one-to-one di kawasan sedia ada yang mempunyai lampu jalan. Perubahan laluan sementara sentiasa berlaku dari semasa ke semasa memandangkan proses pembinaan sedang lagi dilaksanakan di tapak, Yang Berhormat.…(gangguan)
Yang Berhormat minta maaf.
Okey.
Cuma cuma satu soalan, saya ada bangkitkan dalam saya punya perbahasan. Longkang-longkang baru yang dibina sepanjang pelebaran jalan tu memang kalau kita tengok longkang-longkang itu dibina dengan kapasiti yang dalam yang besar. Okey, untuk menampung juga jumlah hujan yang lebat. Sebab kita tahu kawasan itu memang kawasan yang senang kena banjir kilat. So masalah dia sekarang ini bila kita tengok longkang-longkang yang baru ini pun dia dah dilitupi dengan pasir dengan rumput liar, so setengah-setengah tempat tu almost half daripada longkang itu dah pun dipenuhi dengan pasir, so sekiranya longkang-longkang ini tak dibersihkan yang menjadi kerisauan adalah apabila hujan lebat yang berpanjangan so air masih lagi akan melimpah keluar so saya pohon Kerajaan Negeri tengok masalah ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan maklumkan kepada pasukan projek dari JKR Malaysia yang sedang apa ni mengelola projek tersebut dan saya akan mintaklah kalau boleh mengambil tindakan untuk clear kan sediment tersebut. Yang Berhormat Bukit Tengah telah membawa beberapa isu tapi saya rasa dalam soalan lisan telah pun dijawab. Yang Berhormat Bayan Lepas, ada memohon penaiktarafan laluan FT006 dari Teluk Kumbar ke Puspakom selain membangkitkan masalah kesesakan lalu lintas di Sungai Batu. Saya rasa Yang Berhormat tiap-tiap kali
DUN pun ada bawa permohonan tersebut tapi sebagaimana Yang Berhormat pun tahu ini adalah Jalan Persekutuan lah. Namun begitu, JKR telah pun memohon melalui RMKe-11, RMKe-12 setakat ini belum berjaya lagi. Tapi akan dicuba lagilah. Yang Berhormat jangan risau. Berkenaan kesesakan di Sungai Batu antara puncanya juga adalah lampu trafik yang sedia ada. Jadi saya akan minta Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk semaklah agar sama ada fasa lampu trafik tu dapat dioptimumkan lagi selain daripada itu dengan bantuan polis dan sebagainya kita akan cubalah tapi Yang Berhormat pun maklum kawasan tu memang pada waktu puncak trafik yang sangat teruk lah. Yang Berhormat Jawi ada bangkitkan berkenaan perancangan untuk…(gangguan)
Dato’ Speaker.
Sila.
Terima kasih YB. EXCO yang menjawab soalan. Memang setiap kali Persidangan DUN perkara yang sama saya bangkitkan cuma apa yang paling penting sekali saya minta lah memang kita tahu kita dalam keadaan kerajaan yang berbeza lagi susahlah untuk dapatkan peruntukan yang amat besar cuma dalam masa sama saya minta satu solusi yang sementara, reaction yang sementara macam YB EXCO maklumkan tadi ada kawalan trafik dan sebagainya tapi perkara ini sebenarnya tidak berlaku. Ada berlaku tapi bukan yang permanent, itu sebab dalam perbahasan saya, saya mohon jika boleh kalau PDRM tak cukup manpower kita mohon supaya MBPP melalui warden trafik dan sebagainya mohonlah diadakan, diletakkan secara tetap paling kurang kena ada dua (2) orang lah, satu di Lexis di persimpangan tu, satu lagi di persimpangan Sungai Batu. Dan masalah untuk setting lampu timing lampu trafik dan sebagainya saya tak nampak satu penyelesaian, dia terpaksa menggunakan manual juga untuk handling. Terima kasih.
Okey terima kasih Yang Berhormat. Okey lah saya akan panjangkan kepada MBPP sekiranya boleh ada kakitangan yang mencukupi kalau boleh hantar trafik warden lah. Yang Berhormat Jawi ada bangkit mengenai perancangan membina sebatang jalan menghubungkan FT001 persimpangan tol Jawi ke Batu Kawan Industrial Park 2 atau pun BKIP 2. Bagi makluman Yang Berhormat, projek ini telah pun dimohon dalam senarai projek RMKe-12 di bawah tajuk Projek Membina dan Menaiktaraf Jalan dari Laluan Persekutuan FT001 di Jawi Ke Persimpangan bertingkat Jambatan Kedua Pulau Pinang. Selain daripada itu, terdapat juga rancangan oleh pihak NCIA untuk menghubungkan lebuh raya baharu iaitu Northern Corridor Highway dari Serdang ke Bandar Cassia, Batu Kawan melalui jalan FT001 dan BKIP 2 di masa depan.
Mengulas dengan lebih lanjut berkenaan hujah-hujah Yang Berhormat Jawi berkenaan infrastruktur di BKIP 2 dan juga Byram, PDC akan membina jalan dan jambatan merentasi Sungai Tengah yang akan menghubungkan Batu Kawan dengan BKIP 2. PDC juga akan menyediakan infrastruktur-infrastruktur asas yang lain seperti sambungan bekalan air dan elektrik ke kawasan BKIP 2 termasuk pembinaan loji rawatan kumbahan berpusat serta pemasangan kabel fiber. Kajian sistem saliran, EIA, TIA dan juga SIA akan dilaksanakan. EIA dan TIA sudah pun dilaksanakan. SIA sedang dilaksanakan bagi menilai kesan pembangunan terhadap persekitaran sedia ada. Projek naik taraf ini akan dilaksanakan mengikut dapatan daripada kajian-kajian yang diluluskan. Dato’ Speaker, saya merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun. Antaranya kesesakan lalu lintas di Jalan Bukit Tambun, Jalan Batu Kawan, Jalan Perusahaan Valdor dan Jalan Persekutuan serta masalah kecacatan Jalan Perusahaan Valdor dan Jambatan Batu Kawan. Selain itu, Yang Berhormat juga bangkit mengenai isu jalan sambungan atau pun missing link di antara Jalan Tasek Mutiara 10 ke Jalan Hijauan 1. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pihak JKR telah melantik juruukur untuk menjalankan kerja-kerja ukur sempadan bagi cadangan pelebaran susur kiri dari Jalan FT001 ke Jalan Perusahaan Valdor. Pada masa yang sama projek menaik taraf persimpangan tersebut telah pun dimasukkan dalam RMKe-12 untuk kelulusan di peringkat Kementerian. Berkenaan Jambatan Batu Kawan pula, status kemajuan semasa adalah 69%. Sepertimana Yang Berhormat sendiri maklum, projek ini sepatutnya sudah siaplah namun ada kelewatan yang berpunca daripada keruntuhan pier kedua. Perunding geoteknikal yang dilantik dari Kuala Lumpur telah pun menyiasat dan mendapati bahawa punca kejadian adalah akibat pembinaan temporary working platform. Pihak kontraktor dipertanggungjawabkan ke atas kerja-kerja pembaikan dan tarikh kesiapan baru adalah Mei 2023. Manakala bagi projek Jambatan Valdor, status kemajuan adalah 95 peratus dan dijangka siap pada suku kedua tahun 2022. Bagi sambungan Jalan Valdor, kerja premix sedang dijalankan dan dijangka siap pada awal tahun 2022. Berkenaan dengan missing link antara Bandar Tasek Mutiara dan Hijauan Hills, sebenarnya Yang Berhormat perkara ini telah dibawa ke perhatian Kerajaan Negeri dan keputusan telah pun dibuat di peringkat MMK untuk mengenakan syarat pembinaan jalan sepanjang 380 meter tersebut iaitu missing link kepada pemaju Tetuan Palmington Sdn Bhd apabila sebarang permohonan Pelan Kebenaran Merancang dibuat bagi apa-apa projek di dalam dan juga di sekitar kawasan Bandar Tasek Mutiara. Jadi sebaik sahaja PKM masuk dia akan disyaratkan untuk membina jalan tersebutlah. Dato’ Speaker, Yang Berhormat Seberang Jaya ada bangkitkan beberapa isulah mengenai kesesakan lalu lintas. Bagi makluman Yang Berhormat Seberang Jaya, Bulatan Seberang Jaya merupakan Jalan Negeri yang telah pun dinaiktaraf daripada dua (2) lorong ke tiga (3) pada tahun 2018. Walau bagaimanapun bulatan ini tiada lagi ROW yang mencukupi bagi pelebaran pada empat (4) lorong. Jalan Permatang Pauh pula yang diadu oleh Yang Berhormat Seberang Jaya sebenarnya adalah Jalan Persekutuan FT3111 dan JKR telah pun mengangkat permohonan pelebaran jalan ini ke peringkat Kementerian. Mungkin Yang Berhormat Seberang Jaya tak ada di sini tapi dia mungkin ada hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan so mungkin beliau boleh mintak pelebaran tersebutlah. Ya. Mungkin boleh berjaya. Yang Berhormat Sungai Acheh telah menimbulkan masalah kesesakan jalan di kawasan Sungai Acheh. Bagi makluman Yang Berhormat, kesesakan lalu lintas di Jalan
Persekutuan dari Simpang Ampat ke Simpang Sembilan adalah disebabkan kapasiti jalan sedia ada telah mencapai tahap tepu serta tidak dapat menampung isipadu kenderaan khususnya pada waktu puncak. Lampu isyarat di persimpangan sepanjang Jalan Persekutuan berfungsi sebagai kawalan lalulintas dan memberi kemudahan untuk pengguna jalan raya untuk membuat belokan. Cadangan penambahbaikan seperti berikut boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kelancaran aliran lalu lintas di Jalan Persekutuan yakni pelebaran jalan bagi meningkatkan kapasiti jalan, penutupan operasi lampu isyarat di beberapa persimpangan sepanjang Jalan Persekutuan serta naik taraf persimpangan kepada persimpangan bertingkat. Walau bagaimanapun, penutupan lampu isyarat hanya dapat dipertimbangkan apabila pihak JKR dapat menyediakan pusingan-U di lokasi yang bersesuaian bagi memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya. Dato’ Speaker, sebelum saya masuk kepada isu-isu berkait dengan tebatan banjir, saya ingin mengambil kesempatan ini sebenarnya untuk maklumkan bahawa pada perbahasan kali ini saya mendengar dan perhatikan banyak pujian-pujian oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian terhadap Jabatan Pengaliran dan Saliran Negeri Pulau Pinang. Jadi saya pun ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh pasukan JPS Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Engineer Zainuddin dan pasukan beliau, Timbalan Pengarah Ooi, semua JD-JD dan juga seorang pegawai yang baru sahaja ditukar ke Negeri Perak yang telah mengelola semua projek-projek high impact di Negeri Pulau Pinang dari permulaan sehingga habis iaitu Encik Yogen yang telah pun dinaik pangkat menjadi JD di Perak. Jadi Kerajaan Negeri memang terhutang budi kepada semua pegawai-pegawai ini yang telah bertungkus-lumus untuk membendung masalah banjir di Negeri Pulau Pinang. Namun, saya menggunakan perkataan membendunglah nak menyelesaikan tu lain cerita Yang Berhormat sebab Yang Berhormat pun perlu faham bila kita bincang isu banjir ini tiada penyelesaian seratus peratus. Yang paling banyak kita boleh buat adalah untuk menampung tahap hujan pada tahap-tahap yang tertentu sekiranya hujan yang terlalu lebat yang melebihi tahap yang direka bentuk sememangnya akan banjir juga. Saya harap Yang Berhormat pun boleh faham Okey Dato’ Speaker, berkenaan dengan hal ini, Yang Berhormat Sungai Dua telah minta senarai projek-projek tebatan banjir oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Senarai ini agak panjang jadi saya akan bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat Sungai Dua. Yang Berhormat Permatang Berangan telah menimbulkan isu banjir kilat di kawasan Simpang Tiga, Pokok Machang, Pokok Tampang dan Taman Desa Ara Permai, Ara Kuda. Sebagai makluman Yang Berhormat, sistem perparitan kampung di Simpang Tiga, Pokok Machang dan Pokok Tampang terletak di atas tanah milik dan memerlukan kebenaran tuan tanah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan. Bagi longkang-longkang yang terlibat, pihak MPKK dan juga penduduk sedang dalam proses mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik tanah. Walau bagaimanapun, pentadbiran ini sentiasa memantau dan melaksanakan segera pembaikan di kawasan yang sudah pun diberi kebenaran oleh pemilik tanah. Sebagai contoh pada tahun 2021, Kerajaaan Negeri telah melaksanakan kerja-kerja pembaikan parit di Kampung Chegar dan Kampung Banggul di KADUN Permatang Berangan dengan kos pembaikan sebanyak RM130 ribu. Bagi Taman Desa Ara Permai, pihak pemaju sedang dalam proses menyelesaikan isu banjir dengan menaik taraf sistem perparitan sedia ada serta membina parit pintasan untuk menyelesaikan sepenuhnya isu terbabit. Antara skop penaiktarafan adalah pembinaan parit monsun 3.6 meter di hadapan taman perumahan tersebut. Status
semasa pihak pemaju sedang dalam proses mendapatkan kelulusan daripada pihak JKR bagi kerja-kerja pembinaan parit pintasan merentangi Jalan Ara Kuda. Di samping itu, kerja-kerja penambahbaikan kolam takungan sedia ada juga sedang dilaksanakan di tapak. Dato’ Speaker, Yang Berhormat Batu Lancang ada bangkit isu Solok Van Praagh. Sukacita dimaklumkan tender projek tersebut telah diiklankan pada 17 November dan lawatan tapak telah diadakan pada 24 November. Tarikh tutup iklan dijadualkan pada 23 Disember dan pelantikan kontraktor dijangka akan dibuat pada pertengahan bulan Februari 2022. Yang Berhormat Batu Lancang juga membangkitkan mengenai parit monsun di bawah Jalan Kurau yang kurang diselenggara akibat isu bidang kuasa yang tidak jelas. Berkenaan isu ini, JPS akan mengaturkan mesyuarat bersama MBPP untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Yang Berhormat Jawi ada sentuh...(gangguan). Sila.
Dato’ Speaker, sorry, untuk soalan tentang kekukuhan parit monsun di bawah Jalan Kurau tu, disebabkan adanya mesyuarat telah kita berada dengan MBPP bersama dengan JPS telah diadakan. Tapi dengan mesyuarat yang paling baru ni bersama dengan Pejabat DO, JPS pula tolak dikatakan bukan under skop mereka. Dan mereka tolak balik kepada MBPP. So, begitulah dia tolak datang, dia tolak pergi. So, tak dapat selesaikan. So, sekarang saya memohon JPS untuk, bukan penyenggaraan untuk menyiasat dari segi kekukuhan jalan di parit monsun di Jalan Kurau disebabkan ianya berlaku keruntuhan di Solok Perak dan juga berlaku sekali keruntuhan pada tahun 2005 di Jalan Kurau juga. Saya takut ianya berulang seperti yang berlaku di Solok Perak. Terima kasih.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat, saya akan mengarahkan lah jabatan-jabatan yang berkenaan untuk menyiasat kekukuhan struktur tersebut. Supaya kita pastikan struktur, integriti struktur itu masih lagi dalam keadaan yang selamat. Yang Berhormat Jawi ada sentuh berkaitan masalah infrastruktur di BKIP 2 di Byram. Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan BKIP 2 keseluruhannya melibatkan kawasan seluas 1,327 ekar. Kerja tambun tanah yang sedang berlangsung melibatkan pembangunan fasa pertama iaitu seluas 100 ekar. Pembinaan infrastruktur seperti rumah pam berkapasiti tinggi dan sistem saliran yang sempurna dengan kapasiti yang mencukupi adalah amat mustahak bagi menjamin pembangunan yang mampan dan mengelak daripada berlaku masalah di masa depan. Cadangan tersebut telah disampaikan oleh JPS kepada penggerak projek iaitu PDC melalui siri bengkel dan ulasan secara bertulis. Ianya adalah keperluan yang penting khususnya kerana kawasan Byram ini adalah satu kawasan dataran banjir (flood plain) di Seberang Perai Selatan. Yang Berhormat Jawi juga ada bangkit mengenai Sungai Jawi. Sebagai makluman, JPS melalui peruntukan Kerajaan Negeri telah menyediakan Kajian Pelan Induk Tebatan Banjiir dan Sistem Saliran Mesra Alam iaitu Drainage Master Plan bagi SPS yang disiapkan pada tahun 2017. Melalui kajian yang menyeluruh dan komprehensif ini dianggarkan bahawa RM835 juta diperlukan bagi kos pembangunan infrastruktur kawalan banjir di seluruh SPS. Kos yang dianggarkan untuk pembangunan Sungai Jawi pula adalah sebanyak RM383 juta. Oleh kerana melibatkan kos yang tinggi, JPS telah merancang pembangunan secara berperingkat
berdasarkan keutamaan. Bagi Sungai Jawi, JPS telah memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM70 juta bagi cadangan menaik taraf Sungai Jawi dalam RMKe-12 namun permohonan telah ditolak. Melihat kepada kepentingan dan keperluan yang mendesak, JPS akan pohon semula cadangan projek ini dalam Rolling Plan 3 dalam RMKe-12. Merujuk kepada kelulusan peruntukan untuk menaikkan aras tebing Sungai Jawi yang baru diluluskan oleh Kerajaan Negeri, JPS akan meneliti cadangan-cadangan yang disyorkan oleh Yang Berhormat. Kerja-kerja akan dilaksanakan berdasarkan jumlah peruntukan yang diterima serta keperluan-keperluan teknikal yang lain. Keadaan sungai yang sempit, cerun tebing yang curam dan rizab sungai yang terhad adalah antara cabaran utama dalam merangka cadangan kerja-kerja naik taraf di kawasan ini. Walau bagaimanapun, JPS akan sedaya upaya menyampaikan perkhidmatan yang terbaik untuk kesejahteraan penduduk di kawasan ini. Dato’ Speaker, merujuk kepada Projek RTB Teluk Kumbar, Yang Berhormat Bayan Lepas memohon Kerajaan Negeri membuat perancangan awal bagi fasa-fasa akan datang termasuk pembinaan retention pond, menaik taraf parit-parit dan sungai-sungai sedia ada dan merancang pengambilan tanah. Bagi makluman Yang Berhormat, Projek RTB Teluk Kumbar yang sedang dilaksanakan telah direka bentuk untuk memberi tahap perlindungan sehingga 20 ARI dan dijangka siap pada penghujung tahun ini. Selepas itu, JPS akan menjalankan penilaian outcome terhadap projek tersebut. Berdasarkan penilaian tersebut, JPS akan merangka semula cadangan projek fasa kedua yang akan memberi tahap perlindungan 50 ARI dan disusuli dengan permohonan peruntukan. Antara cadangan komponen kerja dalam projek fasa kedua adalah termasuk pembinaan kolam takungan banjir, membina ban dan juga pengambilan tanah sudah tentu akan terlibat. Yang Berhormat Bukit Tambun telah menimbulkan masalah struktur box culvert di Sungai Kechil berhadapan dengan Nibong Tebal Paper Mill.Sebagai makluman Yang Berhormat, punca utama kejadian limpahan air Sungai Kechil di kawasan tersebut adalah disebabkan saiz struktur pembetung yang kecil atau pun culvert lah. JPS telah mengambil tindakan proaktif dengan mengutamakan cadangan naik taraf pembetung tersebut dengan jambatan baru di bawah RTB Sungai Kechil. Cadangan naik taraf tersebut masih dalam peringkat reka bentuk terperinci dan iklan tender dijadualkan pada tahun 2022. Jadi, lagi satu RTB besar di kawasan SPS lah. Yang Berhormat Bukit Tambun turut membangkitkan isu banjir di Kampung Sepulau, Kampung Sethu, serta persimpangan Jalan Changkat dan Jalan Persekutuan. Sebagaimana Yang Berhormat maklum, banjir di Kampung Sethu dan persimpangan Jalan Changkat - Jalan Persekutuan adalah berpunca daripada limpahan air Sungai Jawi apabila kawasan tadahan menerima jumlah taburan hujan yang tinggi. Keadaan ini bertambah buruk apabila terdapat halangan aliran Sungai Jawi oleh struktur jambatan Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri yang dibina terlalu rendah. Bagi perancangan jangka masa panjang untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut, JPS telah memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM70 juta bagi cadangan menaik taraf Sungai Jawi di dalam RMKe-12. Walau bagaimanapun, permohonan ini telah ditolak. Tapi akan dipohon semula lah, Yang Berhormat. Bagi Kampung Sethu, rekod JPS menunjukkan kawasan tersebut merupakan kawasan yang paling kerap berlaku banjir di SPS. Pembangunan di kawasan sekeliling Kampung Sethu telah menjadikannya sebagai kawasan beraras paling rendah. Oleh yang demikian, selain langkah struktur bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan ini, mungkin satu penyelesaian alternatif yang boleh dipertimbangkan adalah dengan mengadakan penempatan semula lah.
Tapi, itu pun tidak mudah. Tapi, kadang-kadang kita lihat di negara-negara lain, apabila berlaku flood plain, penempatan semula itu adalah satu kaedahlah untuk selesaikan masalah.
Kejadian banjir di Kampung Sepulau pula berhubung kait dengan Sungai Junjung yang menjadi sempadan antara Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah. Sungai Junjung juga menerima air larian dari kawasan tadahan berbukit di Negeri Kedah yang menyebabkan aliran air menjadi deras dengan isipadu yang besar apabila berlakunya hujan berkeamatan tinggi. Sungai yang sempit dan ketiadaan ban menyebabkan limpahan sungai sering terjadi seterusnya menyebabkan banjir. Sebagai kaedah penyelesaian, JPS telah mengangkat cadangan projek Rancangan Memulihkan Koridor Sungai Junjung di dalam RMKe-12 berjumlah RM85 juta. Inisiatif jangka masa pendek pula bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut adalah dengan membina ban sementara di kawasan kritikal serta kerja-kerja penyelenggaraan sungai dengan memastikan setiap halangan dibersihkan segera. Yang Berhormat Bukit Tengah bangkit mengenai isu banjir di Kampung Dock. Sukacita dimaklumkan Kerajaan Negeri telah pun meluluskan peruntukan untuk melaksanakan kerja ukur bagi penentuan skop kerja naik taraf di Kampung Dock. Dato’ Speaker, Saya beralih kepada PTMP…(gangguan).
YB. Zairil, Yang Berhormat. Sedikit. Ya, ya.
Sila, Yang Berhormat.
Terima kasih. Berkenaan dengan Kampung Dock ini, tadi kita mendengar bahawa banyak usaha sebelum ini, kerja-kerja kita menghargai JPS tetapi hari ini juga saya hendak mengambil kesempatanlah. Saya difahamkan pengumuman tadi mengenai pengukuran aras aliran longkang untuk Kampung Dock dan juga Kampung Tok Panjang telah diluluskan, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada juga Pejabat Daerah, ADO yang telah pun mengambil inisiatif untuk membuat lawatan dan juga cadangan-candangan kepada MMK. Ini adalah satu perkara yang saya nak katakan. Yang kedua, berkenaan dengan tadi yang disebutkan Sungai Junjung, long-term planning dan sebagainya. Saya ingin membangkitkan isu sekali lagi berkenaan dengan climate crisis yang sudah tentu dalam masa jangka panjang, daripada 2050 sampailah kepada hujung century ini, 2100. Kita akan melihat kesan di mana jumlah hujan yang akan turun di kawasan Pulau Pinang dan Malaysia ini dia akan meningkat. Dan ini boleh mengakibatkan lebih banyak hujan dan juga banjir. Walaupun bukan isu yang spesifik yang telah dibawakan tadi, saya harap mungkin, Yang Berhormat boleh memberi cadangan apakah yang kita akan melakukan untuk menangani masalah long term, kalau kita tak buat sekarang, bila nanti kita dilanda dengan hujan lebat, yang akan definitely will increase dalam masa yang akan datang dan banjir-banjir ini akan mengakibatkan kerugian besar, perbelanjaan besar daripada kerajaan nanti. Jadi, khususnya
soalan saya adakah kita akan membuat satu risk track assessment berkenaan dengan climate crisis ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah. Sebenarnya, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tengah ini adalah isu yang perlu diberi perhatian bukan sahaja oleh Negeri Pulau Pinang tapi seluruh Malaysia, seluruh dunia akibat daripada climate change yang sedang berlaku. Maka untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kami telah mewujudkan satu Resilient Infrastructure Taskforce dipengerusikan oleh saya sendiri dengan Think City sebagai urusetia. Bagi melihat kepada tindakan-tindakan yang boleh dibuat dan dirancang untuk masa depan khusus untuk menangani masalah climate change inilah. Jadi, perkara ini dalam perhatian Kerajaan Negeri juga, terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Projek PTMP dan juga PSR telah pun dikenal pasti oleh Majlis Perundingan Pemulihan Sosioekonomi Negeri Pulau Pinang iaitu PSERCC sebagai antara pemacu utama pemulihan ekonomi dalam zaman pasca COVID-19. Berkenaan projek ini, Yang Berhormat Machang Bubuk telah mengajukan soalan mengenai kriteria ESG. Namun, saya rasa dalam soalan lisan saya telah pun cover, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jadi, saya akan ke soalan yang seterusnya. Yang Berhormat Machang Bubuk walaupun telah bangkit mengenai green financing semasa soalan lisan juga, tapi saya nak tambah sedikit info lah sini. Semasa soalan lisan tu, saya tak sempat. Untuk makluman Yang Berhormat, green financing menggalakkan dan menyokong aliran kewangan dan perkhidmatan berkaitan ke arah pelaksanaan pembangunan, model perniagaan, pelaburan, perdagangan, ekonomi, projek sosial dan mesra alam sekitar serta dasar-dasar yang lestari atau mampan. Kerajaan Negeri percaya pembiayaan hijau atau pun green financing dapat digunakan untuk membiayai projek PTMP. Malah, buat pengetahuan Yang Berhormat, saya sendiri telah dijemput untuk membuat pembentangan berkenaan projek PSR di 6th OECD Forum on Green Finance and Investment yang telah berlangsung di Paris, Perancis pada tahun 2019. Ni sebelum zaman COVID lah, Dato’ Speaker. Secara dasarnya, projek PSR telah mendapat sambutan yang baik dalam persidangan antarabangsa tersebut, dalam kalangan pemain industri serta institusi-institusi kewangan antarabangsa. Malah, Kerajaan Negeri telah berjaya menarik minat Asian Development Bank untuk memberi pembiayaan green financing bagi projek LRT. Namun sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, sebarang pembiayaan termasuk pembiayaan hijau yang ingin diterima oleh Kerajaan Negeri adalah bergantung kepada persetujuan dan kelulusan Kerajaan Persekutuan. Malangnya, setelah pertukaran Kerajaan berlaku pada awal tahun 2020, antara keputusan yang dibuat oleh kerajaan baru adalah untuk membatalkan pembiayaan projek LRT oleh Asian Development Bank. Jadi, malanglah, dah tukar, sebelum tu, Menteri Kewangan sebelum tu telah beri banyak bantuan dari segi kelulusan, Perdana Menteri sebelum tu pun ada beri kelulusan untuk Pulau Pinang menerima pembiayaan daripada Asian Development Bank inilah. Tapi malangnya telah ditarik balik oleh Menteri Kewangan yang baru. Sekali lagi, nampaknya Pulau Pinang dimangsakan. Walaupun pembiayaan itu kita bukan minta duit daripada Kerajaan Persekutuan pun Dato’ Speaker. Kita minta daripada institusi kewangan antarabangsa. Yang kita minta daripada Kerajaan Persekutuan hanyalah persetujuan, itu pun boleh tarik balik. Sudah diberi boleh ditarik balik. Ini lah nak buat macam mana Dato’ Speaker. Mungkin Yang Berhormat Seberang Jaya boleh bantu sikit...(gangguan).
Minta laluan sekejap ya. Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Bunga. Saya rasa amat mengecewakan lah kalau Kerajaan Persekutuan macam tidak menyokong Negeri Pulau Pinang dalam perkembangan dan pembangunan negeri kita. So, oleh itu saya harap di sini rakan-rakan daripada Pembangkang di sini mungkin boleh membawa ini kepada Kerajaan Persekutuan. Kerana taat setia mereka patut di Negeri Pulau Pinang dan bukan di tempat lain macam Negeri Kedah. Terima kasih.
Ya, saya setuju dengan Yang Berhormat Pulau Tikus.
Minta penjelasan. Terima kasih Tanjung Bunga yang telah memperingati Dewan tentang kita sebenarnya mendapat kelulusan untuk mendapat pinjaman ke atau geran. Yang saya nak tahu tentang Asian Development Bank ini (ADB), apa alasan yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan bahawa pinjaman atau geran itu yang akan dibiayai akan membiayai projek LRT ini ditolak. Dan apa sebab-sebab yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. Kenapa ia telah ditolak. Ada orang nak bagi geran atau bagi pinjaman, kenapa kita tolak. Adakah syarat-syarat itu tidak berpihak kepada kita.
Saya rasa soalan itu kita perlu ajukan kepada Kementerian Kewangan lah Yang Berhormat. Saya nak jawab pun sukar. Tapi yang tahu kita dah memang dapat terima surat daripada Kementerian Kewangan yang telah membatalkan lah pembiayaan tersebut. Mengenai persoalan Yang Berhormat Machang Bubuk juga berkenaan peruntukan yang telah diberikan kepada Penang Infrastructure Corporation sejak penubuhannya pada 9 Julai 2020 sehingga akhir November 2021, Kerajaan Negeri telah memberi peruntukan sebanyak RM13,871,845.90 juta. Walau bagaimanapun kos yang diperuntukkan tidak digunakan sepenuhnya. Memandangkan tenaga kerja yang diperlukan di PIC masih belum diisi sepenuhnya kerana projek-projek PTMP dan PSR belum lagi bermula secara fizikal. Jadi peruntukan ini adalah termasuk kos penubuhan syarikat, pembelian peralatan pejabat, sewaan ruang pejabat, emolumen, gaji dan sebagainya. Dato' Speaker menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sungai Dua berkenaan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, sukacita dimaklumkan pembangunan PSR akan dilaksanakan selari dengan peraturan-peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh jabatan-jabatan yang berkaitan. Semasa peringkat pelaksanaan, Kerajaan Negeri akan memastikan kepatuhan langkah-langkah kawalan dan mitigasi yang dicadangkan dalam kesemua laporan yang diluluskan. Antaranya adalah pemantauan kualiti air, pemantauan kualiti udara, pemantauan getaran dan bunyi, pengurusan sisa pepejal, pembuangan bahan pengorekan dan juga pemasangan tirai kelodak (silt curtain) atau pun dan pemasangan peralatan pemantauan secara online bagi kualiti air. Di samping itu juga Third Party Environmental Audit juga turut akan dilaksanakan secara berkala semasa peringkat pembinaan bagi memastikan keberkesanan dan pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan. Selain itu pembangunan PSR juga merangkumi inisiatif-inisiatif hijau untuk menjaga alam sekitar antaranya adalah penyediaan 20% tanah Pulau A untuk
mewujudkan taman awam, terusan air, tanah bencah (wetland), dataran banjir (floodplain) dan juga bioswales untuk memperkasakan kepelbagaian biologi dan mencegah banjir serta menanam pokok bakau di tanah seluas 20 ekar untuk mewujudkan habitat baru dan kawasan nurseri untuk ikan dan udang. Pokok bakau sebagai penyerap karbon yang baik juga boleh membantu mengatasi pemanasan global. Kerajaan Negeri juga telah mencadangkan langkah-langkah kawalan jangka masa panjang termasuk melaksanakan program-program pengimbangan ekologi seperti penanaman pokok bakau, pelabuhan tukun tiruan dan unjam, pelepasan benih ikan dan udang, pembinaan garis pantai atau pun (shoreline) mesra di perimeter pulau PSR untuk menggalakkan kepelbagaian biologi, pertumbuhan habitat mikro dan eko-pelancongan serta penyediaan dana untuk penyelidikan ekologi laut, perikanan, penyu, tukun dan lain-lain. Terima kasih kepada Yang Berhormat Seberang Jaya kerana terus memberi sokongan kepada projek PTMP dan PSR. Menjawab persoalan Yang Berhormat, Kerajaan Negeri serta rakan pelaksana iaitu SRS Consortium sedang menangani isu-isu teknikal yang telah bangkit dalam pelaksanaan PTMP dan PSR khususnya isu kelulusan Laporan EIA bagi projek PSR yang telah dibatalkan. Kerajaan Negeri kini dalam proses terakhir memohon semakan kehakiman ke atas keputusan Lembaga Rayuan. Di samping itu Kerajaan Negeri juga akan mengemaskini Laporan EIA dan mengemukakan semula seperti yang telah saya sebut dalam soalan lisan juga Yang Berhormat. Seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Seberang Jaya projek ini telah mengambil banyak masa dan kos. Oleh kerana PSR adalah penting untuk ekonomi dan masa depan rakyat Pulau Pinang, Kerajaan Negeri tetap akan meneruskan usaha untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan untuk memulakan projek. Kerajaan Negeri juga memberi jaminan bahawa sehingga kesemua kelulusan diperolehi projek ini tidak akan dimulakan. Dato’ Speaker, Negeri Pulau Pinang sememangnya merupakan perintis dalam usaha menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan rakyat. Oh, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Bunga atas komitmen yang diberikan untuk meneruskan projek PSR ini tetapi antara perkara yang saya bangkitkan apabila kita merujuk kepada Ucapan Belanjawan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, PTMP pertamanya projek LRT Pulau Pinang ini dikaitkan sekali dengan projek PSR kerana kalau ikut kepada yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Project Transport Masterplan ini depohnya tu ada di atas pulau yang nak dibina. Sebab itu saya bangkitkan dalam perbahasan saya bahawa jika ini dikaitkan bersekali maka you jeopardise the whole project perancangan Kerajaan Negeri termasuk dari segi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, mewujudkan public transportation yang lebih baik. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memisahkan dua (2) projek ini supaya kelulusan untuk PTMP pun ada masalahnya yang tersendiri? Jadi apabila dikaitkan pula dengan satu lagi masalah lebih besar iaitu PSR maka saya takut-takut nanti kerana PSR tak lulus, maka Kerajaan Negeri terus ambil keputusan untuk batalkan juga projek...(gangguan).
Yang Berhormat. Yang Berhormat Seberang Jaya, saya nak pembetulan sikit yang jeopardize the whole project adalah Kerajaan Persekutuan, bukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Itu adalah fakta harus diperbetulkan. Terima kasih.
Yang Berhormat. I think we are here to discuss fact. Jeopardise in the sense that EIA has been submitted. It’s in the process. It’s a deal process. We respect the process. Apa juga keputusan yang dibuat nanti oleh Kerajaan Negeri. Ni saya bincang dari segi strategi. Maknanya kalau PTMP itu dilihat berasingan daripada PSR makna mungkin alignment depoh tu mungkin perlu dipindahkan supaya we can start the first PTMP. Sebab kalau, saya rasa Projek Transport Masterplan ini disokong oleh semua. Saya ingat ADUN-ADUN di sini pun sokong. Termasuk ADUN Pembangkang. Cuma isu PSR ini memang ada berbeza pandangan lah. ADUN Kerajaan pun tak sokong PSR, Ahli Parlimen Kerajaan pun tak sokong PSR. Jadi saya tak percaya, saya tak tahulah EXCO mungkin ada yang cakap sokong, dalam hati tak sokong, mungkin ada...(gangguan).
Pendekkan.
Saya tak pasti. Jadi sebab tu saya sebut tadi ini my concern is PTMP Project. ...(gangguan).
Jelas dah.
Yang mana saya harap kalau boleh Kerajaan Negeri pertimbangkan untuk pisahkan dua projek ini supaya PTMP dapat dilaksanakan dulu, Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Seberang Jaya. Kerajaan Negeri mengambil maklum dan sepertimana yang telah saya sebut hari tu semasa sesi soalan lisan, Kerajaan Negeri memang ada perancangan, telah sedang mengkaji sama ada kita boleh memanggil satu RFP pada tahun depan iaitu RFP ini akan merangkumi option di mana sekiranya PSR ini you know tidak menjadi model pembiayaan mungkin model pembiayaan lain boleh dipertimbangkan. Jadi ini antara fallback plan. Tapi Kerajaan Negeri sememangnya yakin, Yang Berhormat, Yakin bahawa segala pematuhan telah pun dibuat, segala syarat yang dikenakan telah pun dipatuhi dan Kerajaan Negeri yakin bahawa Laporan EIA yang akan diberi kepada Jabatan Alam Sekitar akan diluluskan sekali lagi, Yang Berhormat. Jangan lupa EIA yang terdahulu bukan tidak dilulus, diluluskan. Dia cuma atas alasan teknikal yang Kerajaan Negeri memang tidak setuju telah pun berlaku pengenepian kelulusan tersebut. Tidak bermaksud ada masalah dengan EIA tersebut, Yang Berhormat. Jadi kita yakin isu yang dibangkitkan dalam keputusan Lembaga Rayuan tersebut telah pun selesai. PSR telah pun digazetkan dalam Rancangan Struktur Negeri. Jadi tidak timbul lagi isu yang sama. Jadi kita yakin lah, kali ini kita boleh dapat kelulusan dan boleh mula kerja tanpa masalah.
Yang berhormat, peringatan Yang Berhormat tinggal lima minit.
Uish, 5 minit. Okeylah. Saya buat pengumuman penting ni. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sememangnya suka menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan rakyat. Ya, dari dulu kita telah bermula dengan perkhidmatan Central Area Transit (CAT) di George Town. Ia bas percuma di George Town dan kemudian telah diperkenalkan BEST atau pun Bridge Express Shuttle Transit yang masih lagi berlangsung setelah berbanyak tahun yang di mana kita mengadakan bas percuma juga dari Seberang ke Pulau. Dan pada tahun lepas Kerajaan Negeri telah mengambil langkah besar dengan melaksanakan inisiatif bas percuma di seluruh Negeri Pulau Pinang melalui pembiayaan penuh Pas Mutiara. Ini bermaksud bahawa setiap rakyat Malaysia yang memiliki Pas Mutiara dapat menikmati perjalanan percuma menggunakan bas Rapid Penang pada setiap laluan dan setiap masa di negeri ini. Tidak ada negeri lain, saya tak tahu kalau ada negeri lain di seluruh dunia pun Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang di mana penggunaan bas awam adalah percuma bagi semua orang. Dan sukacita dimaklumkan di sini bahawa Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk meneruskan pembiayaan Pas Mutiara ini bagi tahun hadapan. Walaupun Pulau Pinang tidak termasuk dalam negeri-negeri yang mendapat manfaat My50 dalam pengumuman Belanjawan 2022 oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri tetap komited untuk membantu meringankan beban rakyat. Namun begitu peruntukan untuk tahun depan adalah dihadkan kepada maksimum 7,500 pelanggan setiap bulan. Tapi saya rasa ini pun tidak menjadi masalah sangatlah kalau kita nak banding untuk bulan November pelanggan pun dalam 7,000 sahaja. Hampir 7,000 pelanggan. Jadi had yang kita tetapkan 7,500 pelanggan setiap bulan saya rasa dapat memanfaatkan ramai pengguna bas awam di negeri ini. Walaupun jumlah ini adalah kurang sedikit berbanding tahun semasa namun ia diharapkan dapat menggalakkan penggunaan sistem pengangkutan awam. Selain daripada subsidi bas, Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan feri percuma kepada semua warganegara Malaysia bermula 1 Julai 2021 terhad kepada 65,000 tiket sebulan. Sukacita saya memaklumkan bahawa program feri percuma akan diteruskan untuk tahun 2022 juga. Jadi Yang Berhormat semua, mana ada negeri lainnya di Malaysia pengangkutan awam semuanya percuma. Guna bas percuma, guna feri pun percuma. Saya rasa ini memang Penang leads lah. Sungai Acheh ada nak bangkit.
Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO tadi bentangkan berkaitan dengan bas percuma di kawasan seluruh Pulau Pinang. Tapi amat mendukacitakan bahawa Bas Rapid di kawasan Sungai Acheh telah dibatalkan dan ia amat penting untuk pengguna-pengguna termasuk pelajar-pelajar sekolah di kawasan Sungai Acheh. Bahkan saya perkara tersebut pernah dibangkitkan bahawa pembatalan walaupun alasan dikatakan bahawa tidak menguntungkan, tapi saya minta pertimbangan atau jasa baik pihak EXCO juga Kerajaan Negeri supaya diadakan kembali Rapid percuma kepada sekurang-kurangnya waktu persekolahan pada waktu pagi dan waktu pulang. Kerana ini kawasan di kawasan Sungai Acheh ni kita sedia maklum bahawa dia pinggiran di kawasan Pulau Pinang dan kita minta supaya dalam keistimewaan yang tempat lain dapat supaya tidak dipinggirkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Acheh akan dipanjangkan lah permohonan Yang Berhormat itu kepada pihak Rapid Penang. Okey, Yang Berhormat KOMTAR ada mengutarakan cadangan agar bas Hino yang kini sedang dalam tempoh percubaan oleh Rapid Penang disediakan tempat duduk. Untuk makluman Bas Hino merupakan bas percubaan dengan kerjasama antara Rapid Penang dan Hino Motors. Cadangan agar tempat duduk disediakan akan dipanjangkan juga kepada pihak Rapid. Yang Berhormat KOMTAR juga ada mencadangkan agar Kerajaan Negeri berbincang dengan Kerajaan Persekutuan untuk memperolehi 100 buah bas elektrik. Yang ni memang Kerajaan Negeri memang setuju lah sebab yang ni memang kita duk minta tapi ini adalah keputusan akhir adalah daripada Kementerian dan juga pihak Prasarana. Yang Berhormat Pengkalan Kota telah membangkitkan isu mengenai jadual waktu perjalanan feri. Sebagai makluman Yang Berhormat, pihak Penang Port Sdn Bhd (PPSB) telah mengeluarkan jadual perjalanan yang baru bermula 20 November yang lalu di mana kekerapan pada waktu puncak adalah 30 minit manakala pada waktu bukan puncak adalah satu jam. Yang Berhormat juga turut mengesyorkan agar perjalanan feri bermula lebih awal sebelum jam 7.00 pagi agar lebih ramai penumpang seperti pelajar dan pekerja dapat menggunakan perkhidmatan feri. Kerajaan Negeri setuju dan akan berbincang dengan pihak PPSB lah mengenai cadangan-cadangan ini supaya perkhidmatan feri dapatlah ditambah baik. Okay Dato’ Speaker, sebagai nak mengakhiri lah last isu saya nak bercakap sedikitlah tentang inisiatif digital. Bagi memastikan ketersediaan negeri Pulau Pinang menjelang era digital Kerajaan Negeri telah mewujudkan agensi baru iaitu Digital Penang yang bertanggungjawab untuk merangka hala tuju digital dalam empat (4) sektor kritikal iaitu infrastruktur digital, ekonomi digital, tadbir urus digital dan juga komuniti digital. Sejak penubuhannya pada April 2020, Digital Penang telah pun merangkakan Pelan Induk Transformasi Digital atau pun Digital Transformation Master Plan yang merangkumi rancangan-rancangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Dalam tempoh masa hanya 18 bulan sejak penubuhannya, Digital Penang telah berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif dan program, antaranya kempen DahDigital yang Yang Berhormat Batu Maung ada sebut, Go Digital Go International. Selain itu, Digital Penang juga telah menganjurkan beberapa siri bengkel e-commerce serta menerbitkan buku funder’s grit di samping memudahcarakan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM 1,000 kepada 961 PKS atau pun Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk penggunaan aplikasi digital. Selain itu, Digital Penang telah menubuhkan komuniti Coffee and Curry Puff sebagai forum perkongsian ilmu serta untuk menghubungkan syarikat-syarikat technology startups. Sebanyak 13 webinar telah diadakan dengan penyertaan seramai 1,584 usahawan teknologi, technopreneur. Alpha Startups Digital Accelerator juga dianjurkan dengan kerjasama syarikat swasta 1,337 atau pun Leeds sebagai bootcamp bagi 11 syarikat startup tempatan. Sebuah fintech hackathon juga berjaya diatur bersama syarikat Finexus yang mendapat penyertaan 34 pasukan daripada seluruh Malaysia. Tambahan juga, Digital Penang telah mengenal pasti kawasan di George Town yang bakal dibangunkan sebagai Creative Digital District (CD2) yang kita panggil CD2 Square yang akan menjadi hub-digital bagi syarikat-syarikat teknologi serta pusat pembelajaran dan tapak uji (test bed) bagi inisiatif-inisiatif strategi seperti Smart City of Excellence dan juga 5G Sandbox. Terkini, Digital Penang telah menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) bersama syarikat AngkasaX dan USM untuk membangunkan subsektor kejuruteraan aerospace
di Pulau Pinang. Melalui MoU tersebut, AngkasaX akan menubuhkan fasiliti Assembly, Integration and Testing (AIT) di USM untuk pembangunan satelit Low-Earth Orbit (LEO). Dari segi infrastruktur digital, Digital Penang sedang menyusuli cadangan penubuhan sebuah Internet Exchange serta data center di Pulau Pinang. Prasarana-prasarana ini amatlah penting bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sambungan internet di negeri ini. Selain itu, Digital Penang juga sedang meninjau kemungkinan mewujudkan sebuah pengkalan data bersepadu geospatial bagi mendigitalkan proses permohonan dan pemantauan utiliti bawah tanah. Dengan wujudnya sistem sedemikian, ia akan memudahcarakan proses perancangan pembangunan di seluruh negeri.
Akhir sekali, Digital Penang juga dalam proses penilaian tender bagi projek Digital Integrated Service Center (DISC). Ini sangat penting sebab ia akan menjadi aplikasi yang akan digunakan di setiap Pusat Khidmat ADUN-ADUN Negeri Pulau Pinang. Sistem ini akan membolehkan Pusat Khidmat untuk mendaftarkan pelanggan secara digital serta menghubungkan pelbagai aplikasi Kerajaan Negeri seperti iSejahtera dan e-Rumah, serta mengesan dan menyusuli kes-kes dalam tindakan. Projek ini dapat membantu membudayakan cara bekerja secara digital di mana pengurusan maklumat dapat diselia dengan lebih efisen dan lebih teratur. Di samping itu, ia juga akan mengurangkan pengurusan manual oleh pegawai-pegawai Pusat Khidmat dan ini akan membantu mereka memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan tambah nilai. Jadi dalam masa depan, orang masuk Pusat Khidmat kita minta IC cucuk dalam mesin semua data sudah keluar kita boleh tengok dia punya sejarah mendapat mySejahtera, sejarah mendapat bantuan apa-apa, kita pun boleh lihat sekiranya ada aduan yang telah dibuat oleh orang tersebut, sama ada aduan tersebut telah selesai atau tidak. Jadi ini akan membantu mendigitalkan perkhidmatan ADUN-ADUN di negeri Pulau Pinang. Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker ada masa lagi?
No.
Ahli KawasanTanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari): Cukup? Okey, jadi untuk mengakhiri Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri amat komited untuk memastikan pembangunan infrastrukur dan pengangkuan dilaksanakan dibangunkan dengan kaedah yang paling cekap dan lestari bagi kemasalahan rakyat Pulau Pinang. Justeru Kerajaan Negeri berharap agar semua pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta, Kerajaan Persekutuan dan juga rakyat negeri ini juga dapat bekerjasama dan sentiasa menyokong setiap inisiatif Kerajaan Negeri bagi membangun dan memajukan Negeri Pulau Pinang ke arah mencapai visi dan misi Penang2030. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Tanjong Bunga. Seterusnya Sungai Puyu tak mahu? Sungai Puyu masih merajuk kot?
Bukan, sudah dapat keizinan Ketua Menteri untuk dia gulung dulu.
Bukan kerana merajuk saya minta duduk dulu tadi. Datok Keramat dipersilakan ikut masa ya.
Terima kasih Dato’ Speaker adalah diharapkan dalam ucapan saya Sungai Puyu boleh tenang sedikit. So, saya ingin ambil kesempatan pada pagi ini untuk menjawab beberapa soalan sepertimana disarankan oleh Dato’ Speaker saya ambil maklum. Saya tak akan cuba ulang apa-apa yang saya telah nyatakan dalam soalan-solan lisan yang ditujukan kepada saya. Saya pergi kepada portfolio pertama saya, Dato’ Speaker, iaitu untuk pada pagi ini PlanMalaysia di Pulau Pinang atau sebelum ini dikenali sebagai JPBD, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. So, I think ada satu soalan yang konsisten daripada banyak YB iaitu saya lihat daripada Yang Berhormat Pengkalan Kota, Yang Berhormat Air Itam, Yang Berhormat Jawi, Yang Berhormat Bayan Lepas iaitu berkenaan pembinaan asrama pekerja asing. Dato’ Speaker, I think this it is very clear issue so I would take it on quickly. Untuk makluman semua Dato’ Speaker, kita ada polisi untuk pastikan ada kawasan untuk pekerja asing ditempatkan secara terkawal di seluruh Negeri Pulau Pinang. Ini adalah satu polisi yang sudah pun bermula sebelum COVID-19, sebelum pandemik, it is just for your information to put the perspective in place. Tetapi selepas pandemik Dato’ Speaker nampaknya lebih perlulah, mengapa? Kerana hakikinya adalah kebanyakan kes adalah daripada pekerja asing daripada kilang-kilang iaitu kluster-kluster utama kita. Kes-kes kita 70 peratus adalah daripada kluster di kilang. Ini tidak boleh kita nafikan, it is a fact. So kita ada beberapa program yang kita sudah pun mula dan kita hendak pastikan dalam penyediaan penginapan pekerja yang lebih khusus, selamat, sistematik dan kondusif adalah selaras dengan satu garis panduan yang kita telah wujudkan Dato’ Speaker, iaitu Garis Panduan Perancangan Pembinaan Penginapan Pekerja di Negeri Pulau Pinang yang juga bersandarkan kepada peruntukan undang-undang iaitu Seksyen 24H, Akta Standard Minimun Perumahan Penginapan dan Kemudahan Pekerjaan Pindaan 2019 we call it Akta 446, Dato’ Speaker. Di mana akta ini of course ada standard atau piawaian yang perlu kita pasti dipatuhi kerana mereka juga manusia dan kita perlu pastikan ada piawaian dan standard yang tersebut because satu daripada faktor adalah banyak daripada kilang kita di Pulau Pinang adalah multinational company atau pun MNC yang memerlukan untuk memastikan bahawasanya pekerja mereka tinggal dalam satu keadaan yang kondusif seperti begitu dan undang-undang dan garis panduan kita yang berteraskan dan bersandarkan undang-undang itu memang lihat kepada standard antarabangsa ini, Dato’ Speaker. Selain daripada itu Dato’ Speaker, ada pelbagai pertanyaan apabila kita hendak wujudkan satu asrama pekerja di sesuatu tempat itu mungkin ada kesan dari segi sosial. Tetapi ingin saya tegaskan di sini antara lain diperlukan satu penyediaan Laporan Kajian Social Impact Assessment atau pun dikenali sebagai SIA, Dato’ Speaker yang disyaratkan kepada semua pemaju dan kajian ini akan mengenal pasti impak padamasyarakat sekeliling and lihat bagaimana sekiranya diperlukan langkah-langkah mitigasi diambil, Dato’ Speaker. Oleh yang demikian, Dato’ Speaker kita berpendapat bukan sahaja garis panduan tetapi peruntukan undang-undang yang sedia ada adalah mencukupi untuk menangani isu penularan COVID-19 especially pada waktu semasa dalam kalangan pekerja asing and oleh yang demikian
kita akan teruskan dengan usaha kita. Sebelum pandemik untuk makluman rakan saya di Dewan sebenarnya dua skim telah pun dibangunkan iaitu satu di sini di Pulau iaitu di Batu Maung dan satu di bahagian Seberang iaitu di Bukit Minyak dan status terkini Dato’ Speaker is kita ada 10 skim sudah siap dibina seperti mana saya nyatakan dua yang mempunyai 9,542 katil beds that means for 9,542 residents Dato’ Speaker dan dalam pembinaan dan juga dalam perancangan dibina juga 8 skim yang lain yang akan ada 64,118 katil untuk penghuni di mana keseluruhan 10 skim ini Dato’ Speaker adalah untuk 73,660 penghuni.
Di sini di Pulau dan juga di bahagian Seberang dan yang penting saya ingin nyatakan Dato’ Speaker saya terus pergi pada satu perkara yang begitu penting. Di dalam Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan yang baru-baru selesai pada tahun ini di mana kita, saya wakil Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri dan of course Dato Seri Rizal was there, Menteri KPKT, kita bincang tentang isu ini kerana isu ini bukan isu Pulau Pinang, ini isu negara. Apabila pandemik melanda, kita lihat bahawa kluster-kluster adalah daripada kilang, pekerja asing. Malang, saya tak blame that persalahkan mereka juga manusia tapi hakiki dia adalah begitu. So, kita secara dasar setuju perlu ada asrama pekerja ini but the issue is this, Dato’ Speaker, pandemik ini tak tunggu tetapi untuk kita bina satu asrama kita perlu tunggu tiga tahun empat tahun untuk bina satu bangunan. That's the problem. So dalam mesyuarat terakhir ini Pulau Pinang melalui saya, saya kata kita perlu ada juga satu pendekatan atau penyelesaian masa pendek, masa sederhana. Yes, asrama pekerja like I mention just now the background we have ten, but we cannot wait for three years. Jadi kita ada cadangan, beberapa cadangan dari semua negeri di Malaysia in fact and the antara cadangan dia, Dato’ Speaker kita hendak short term and medium term so two things very important. So, satu untuk menempatkan pekerja kita di dalam kawasan kilang yang sesuai, that's mean it’s big enough and secondly of course di kawasan komersial kalau ia tidak dekat dengan Skim Perumahan. That is the whole point if you try to get them out of housing scheme, so they do not affect dia tak akan ada kesan terhadap rakyat tempatan. Dan untuk makluman Dato’ Speaker, ini telah dipersetujui oleh semua negeri di Malaysia tapi saya hendak bagitau satu perkara ada cadangan dari Kementerian supaya juga dibenarkan jangka masa pendek dan sederhana ini penginapan pekerjaan di kawasan perumahan dan saya memang tidak setuju dan apabila itu berlaku saya lihat kebanyakan negeri di Malaysia tidak setuju juga dengan Kerajaan Pusat. So mereka ambil iktibar daripada negeri Pulau Pinang, so we are moving forward, Dato’ Speaker. In fact, untuk permit sementara penginapan pekerja this is for the short term and the medium term I’m talking about just now, sudahpun beberapa telah diluluskan banyak juga di bahagian Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan juga Majlis Bandaraya Seberang Perai dan kita akan teruskan dengan usaha ini kerana ini penting untuk short term and medium term while we wait for the longer term asrama dibinalah, and that one will take time. Already ready, we will try to assist and expedite the process. Both the mayors kedua-dua Datok Bandar telah pun diminta kerana ini jadi satu isu yang begitu penting kepada keselamatan awam dan kesihatan kita. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, berkenaan dengan isu penempatan pekerja asing ini cukup serius sekali seperti yang dibawakan oleh Yang Berhormat sendiri. Warga asing ini banyak tempat penempatan mereka telah pun menjadi kluster-kluster COVID-19 sebelum ini dan tidak terlepas kawasan saya di mana kawasan saya merupakan satu kawasan perindustrian yang besar dan ramai daripada pekerja-pekerja asing ini ditempatkan bukan di asrama tetapi di tempat-tempat perumahan dan untuk masalah jangka pendek ini yang saya sebelum ini telah pun mencadangkan agar lebih banyak penguatkuasaan dilakukan, sebab
menurut saya, Yang Berhormat sudah tentu tahu bahawa di bawah Akta 446, Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerjaan ini, memang setiap pekerja, I mean majikan ini perlu mendapat Sijil Penempatan. Sijil Penempatan untuk menempatkan pekerja-pekerja mereka di tempat-tempat perumahan termasuk dan saya rasa tidak ada penguatkuasaan untuk mengenal pastikan ini dilakukan. Saya sebelum ini ada tanya dalam soalan saya untuk nyatakan berapa bilangan pemeriksaan penguatkuasaan mengejut, spot-check under this Act Yang Berhormat, di kawasan saya, ke atas unit-unit penginapan pekerja di kawasan DUN Bukit Tengah sepanjang masa 2021, dan jawapan yang diberikan of course I know this is under Jabatan Tenaga Kerja, it’s under them, di mana dinyatakan di sini there was only four (4) operasi bersepadu and this operasi juga dilaksanakan di kawasan perkilangan dan tapak-tapak pembinaan. It’s not enough to inspect the kilang and the tapak pembinaan. They have to go down to the taman-taman perumahan Yang Berhormat, to check whether they have the Sijil Penginapan dan saya harap Yang Berhormat boleh mengambil berat tentang isu ini untuk menekan kepada jabatan-jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Tenaga Kerja untuk mereka melakukan lebih banyak spot-check ke atas tempat-tempat ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Bukit Tengah, soalan yang begitu penting sekali. Dato’ Speaker, apabila kita mula sebelum pandemik pun, pre-pandemic, apabila kita datang dengan satu pendekatan untuk ada asrama pekerja, ingin saya nyatakan, ia bermula dengan senario di mana ada banyak aduan daripada skim-skim perumahan akan ada banyak warga asing di dalam skim-skim mereka. Contoh I bagilah, I ingat saya telah pun nyatakan but just to give a background to your answer, your question is very important. Di Batu Maung pada tahun 2017, kita ambil tindakan kerana di bawah undang-undang, di dalam sesuatu rumah itu sekiranya ada lebih daripada sebilangan orang kita boleh ambil tindakan. Ada peruntukan perundangan dan telah diambil. Cuma saya didatangi oleh apa ni pengusaha factory dan sebagainya. Dia cakap, okey, you have won the case. Ada perintah untuk keluar, untuk beri vacant possession, tapi kita nak pi mana. So they went to the adjacent scheme, that was the reason why we have to think about how to solve this problem and that is the reason while pre-pandemic, kita telah putus ada asrama pekerja. I agreed with Bukit Tengah. Yes, kita perlu ada lebih tindakan pengkuatkuasaan sekarang juga especially in your area that’s the reason why in near your area Bukit Minyak, we have one (1) because we already identified that is the hot spot. You know Taman Nagasari, everyone here knows, I openly can say it. Dato’ Speaker also probably will know. I mean this is majority is warga asing they even thinking may be convert the whole thing but there are legal issues if we can buy over and convert the whole thing faster also but this are legal issues also we are looking into, but I agree with your sugestion. But let me tell you the problem, the problem is kita telah daripada Lembaga Perumahan Negeri mohon kerjasama daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk dapat senarai nama daripada semua pengusaha kerana actually kilang-kilang perlu maklum dia punya pekerja siapa, dia duduk di mana, so that information cannot come to us, they go to JTK and Lembaga Perumahan has already asked so that we can get that information. And once we do, then we can see which agency is the right agency untuk ambil tindakan penguatkuasaan tersebut, dan saya beri commitment kita sedang in fact soalan yang baik kerana sedang dilakukan and of course saya ingin pergi kepada rakan saya daripada Bayan Lepas, I think, yang selalu ada buat pertanyaan tentang isu asrama pekerja and kita selalu akurlah kepada pandangan semua Ahli Dewan Undangan Negeri. Ini yang terpenting, itulah satu kerajaan yang telus yang mendengar and yes, there are 1 or 2 cases yang telah pun dinyatakan terlalu ramai di situ. I won’t go into the lots and all that I think, ini yang
dirujuk oleh rakan saya di mana memang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri telah dibangkit dan kita sendiri telah pun mengambil tindakan untuk bincang sama ada kita boleh kurangkan number pastikan semua syarat-syarat dipatuhi, I think, one of the other issue of course is berkenaan trafik dan sebagainya tapi itu semua adalah syarat yang diperlukan so jangan risau sememangnya kita akan lihat pada itu, and saya ingin juga beri komitmen di sini bahawasanya atau pun beri penjelasan bahawasanya kita tak hendak letak semua pekerja asing di satu tempat sahaja.
Kita hendak letak mereka di semua tempat yang memerlukan penempatan pekerja iaitu di bahagian-bahagian kilang dan sebagainya dan bukan satu tempat sahaja ada kilang di Pulau Pinang. Pulau Pinang satu tempat industri kilang yang pesat sekali di seluruh Malaysia so kita ada banyak tempat so perancangan kita bukan di satu tempat saja. Ia di tempat yang berlainan, let me just allay your fears, Bayan Lepas. Seolahnya kita semua hendak datang ke Bayan Lepas, No, that is not the right thinglah, but we will take into consideration. Kita akan ambil pertimbangan apa yg dinyatakan dan in fact for your information, that particular project that you mentioned, we have already reduced it, the number was not 40000. Dalam speech Bayan Lepas dinyatakan 40000, I think from the information I got, it will only 30000 but even than we have reduced it now to 25000. And it’s a very big area, it is a self-sustaining area, the whole idea, Dato’ Speaker, kita hendak pastikan mereka boleh berada dalam satu tempat di mana mereka berdaya huni sendiri tak perlu keluar, that was the whole idea because mereka dulu dalam skim-skim perumahan ada masalah sosial so when we have such new asrama pekerja our syarat is very detail begitu terperinci sekali, sehingga banyak kemudahan perlu diadakan dalam kemudahan atau pun asrama pekerja itu. Any question from Bayan Lepas?
Terima kasih kepada YB. EXCO yang mengulas ucapan atau pun penolakan saya terhadap cadangan untuk membina asrama warga asing di Teluk Kumbar. Saya bercakap atas dasar apa yang saya terima. 40000 orang ini bukan satu projek yang terdapat dalam pengetahuan saya yang YB. EXCO maklum tadi 25000 hanyalah projek Zantalite di Lot 1435, 1437 kan. Yang lain tu masih ada lagi Lot 1859 dengan 1865 di Taman Perda dan satu lagi di Sungai Batu. Semua ada, maklumat pun telah saya sampai kepada YB. EXCO dan Y.A.B. CM sendiri dan jika kita mendengar apa yang ucapan yang YB. EXCO maklum tadi, bahawa telah ada perbincangan antara negeri-negeri dan sebagainya, yang mahu penempatan ini tidak berlaku di kawasan yang berdekatan dengan penduduk local, apa yang saya dengarlah kan. Jadi antara yang masalah yang kami menentang di sana adalah apabila Zantalite ingin nak buat diambil sekali dengan rizab pantai yang mana nelayan-nelayan labuh bot di situ nak 70 bot, 80 bot di situ. Ini satu. Yang kedua, cadangan untuk ambil alih untuk ambil access road daripada tanah Kerajaan Negeri, tanah kerajaan, yang saya juga syorkan Lot 244 ni dijadikan satu buffer untuk buat rumah RMM, dan yang ketiga, kami di sana bimbang dengan suatu volume yang besar 25000 orang satu penempatan. Yang ni baru satu. Yang kedua tu nanti, di tanah Chong Co., itu betul-betul di tengah masyarakat Taman Perda dan satu lagi di Sungai Batu. Kita bimbang yang pertamanya, prasarana tak ada. Kita sekarang ni, di Teluk Kumbar, Balai Polis pun kecil berapa orang saja, kita tak nak jadi macam di Batu Maung tempoh hari dalam PKP, baru berapa ribu orang, 4000 orang, “bebaskan, bebaskan, bebaskan” dah ada protes. Bayangkan kalau ada 25000 orang, boleh runtuh bangunan konsulat 29 tingkat itulah yang kami fikir. Future-future punya ni dan kemudahan kami pun masih lagi tak ada, tak ada bomba,
bomba pun tak ada, bomba kena pergi Kampung Terang, Balik Pulau, jauh, atau pun Bayan Baru, Klinik pun tak ada jadi benda-benda inilah yang kita fikirkan untuk masyarakat di situ. Dan satu lagi kita perlu ingat bahawa bila ada satu penempatan yang besar beribu-ribu orang di situ, ada lagi 8700 tak sampai 2 km pun. Lagi 1 km lagi, 2 km lagi 11700. Jadi, kami penduduk asal di sana, orang asal di sana, yang beli hartanah di sana akan bimbang harga hartanah kami akan turun. Sapa nak beli?
Okey, sudah panjang, dalam perbahasan pun panjang lebar.
Terima kasih Bayan Lepas, sememangnya begitu semangat untuk nyatakan bebaskan, bebaskan. Saya hendak bebaskan masalah daripada rakyat Pulau Pinang dalam skim perumahan kita kerana sekarang itulah masalah. Oleh yang demikian, kita ada asrama pekerja supaya kita tempatkan mereka secara terkawal dalam satu tempat. Sekira tidak itulah masalah sosial yang bermula hampir 10 tahun dulu di pejabat saya, sampai sekarang dan dengan ada pandemik 70 peratus yang kena COVID-19 warga asing daripada kilang-kilang nak atau tidak mereka duduk dalam kawasan skim perumahan kita. I don’t think so. Jangan kata, kita dalam skim-skim perumahan asrama pekerja ini, tak ada kemudahan, memang ada. Klinik-klinik ada, ATM ada, boleh hantar duit balik pada mana-mana negara mereka datang tanpa pergi kepada bank-bank kita. Dalam itu, ini syarat-syarat sekarang begitu ketat, nak pergi gunting rambut pun ada. YB. boleh pi sana nak gunting rambut di situ. No problem. Boleh check sama ada mereka bebas atau tidak. No problem, but don’t ever say that we are doing this not humanitarianly because that is wrong. Kerana itulah piawaian antarabangsa yang kita telah terima dalam peruntukan perundangan nasional, first of all, dan dalam garis panduan kita di negeri because it is a requirement by our MNCs. I don’t want to repeat but this is the fact. 1 minute, 1 minute.
Asrama kita tak perlu pergi lah, sekarang kita tak ada masa…. (gangguan).
One more.. one more.. one more question. Saya nak tanya, okey sekarang ni sedang berlaku SIA dan konsultan pun jumpa saya sendiri dan saya telah menyatakan apa yang kena apa yang tak kena semua. MPKK dan apa penduduk semua. Jadi adakah Kerajaan Negeri masih lagi ingin meneruskan atau pun adakah SIA ini jika dapat report yang betul-betul telus dan sebagainya mengatakan perkara ini tidak boleh atau pun ada penentangan pelbagai alasan tidak dibolehkan syarat-syarat ini, adakah Kerajaan Negeri akan jalankan juga?
Sememangnya, itulah keperluan, Bayan Lepas. Semua projek bukan asrama pekerja saja, ada keperluan syarat-syarat perlu dipatuhi. Semua laporan-laporan perlu dikemukakan SIA (Social Impact Assessment Report) TIA (Transport Impact Assessment Report) semua perlu
diberi kepada kita kalau tidak kalau konsultan perunding kata tidak boleh, maka kalau ada pelan mitigasi, pemaju perlu patuh. Kalau tidak boleh patuh maka, apabila ia datang kepada kita, kita akan tolak, sememangnya this condition Bayan Lepas. Okay, I move on Dato' Speaker.
Ya.
Thank you. I think for me on Plan Malaysia that’s the most important because everybody seems to very confuse about the position, in fact we are trying to assist everyone here. Saya pergi kepada perumahan dan perumahan of course dekat pada hati saya tapi saya ingat pada hari pertama saya telah sentuh banyak perkara saya tak mahu sentuh lagi number number tentang pembekalan semua saya dah sentuh, penyelenggaraan saya sudah sentuh, cuma saya hendak tanya dua perkara tentang dua isu ini, pembekalan kita telah sampai 126,816 unit, pelbagai unit 42,000 to 300,000. Dato’ Speaker, I made a check because just to update I don’t want to repeat much, ada banyak negeri yang sekarang saya dapat maklumat yang sudah pun tidak ada Rumah Mampu Milik seperti kita jenis A, low cost Dato’ Speaker this is 42,000. I got a report here from my Lembaga several state, 1,2,3,4,5,6 at least the RMM A sekarang sudah pun naik daripada 42,000, ada yang naik juga kepada 90,000. This is RMM A, RMM B ada yang sudah tak ada pun they straight to RMM C kita masih ada so i think this is the important thing I want to raise to all my friend here because we are still maintaining the price very important something that Penang will continue to do, it is not easy because of course no developer wants to do this and that’s why I come to my next questions, next point Dato’ Speaker kepada Permatang Berangan yang atas dia tanya satu soalan baik how can we have more rumah Rumah Mampu Milik jenis A dan B for Low Cost and Low Medium Cost? I give the answer very quickly. Untuk makluman semua, apabila sesuatu pemaju itu tak dapat membina Rumah Mampu Milik A dan B dan mereka perlu dalam mana-mana pembinaan dia disyaratkan secara peruntungan, peruntukan, perundangan which is RSN, Rancangan Struktur Negeri mempunyai kuasa perundangan dan mereka perlulah we know 30% LC, LMC depending on the area sometimes dia punya area is too small so they cannot build, so apabila dia tak boleh build apa yang berlaku mereka perlu bayar sumbangan. So itu akan diakaunkan di bawah Akaun Amanah pelbagai kita. Untuk makluman Dato’ Speaker, setakat 31 Disember 2020 last year, end of last year my report that I have is kita ada baki akaun di situ RM216.86 juta as a result of bayaran sumbangan and the question by my learned friend from Permatang Berangan of course, how can we provide more Low Cost, Low Medium Cost? Jawapan dia senang. Dengan apa yang kita ada dana ini dalam akaun ini sekarang of course di bawah Lembaga Perumahan dulu daripada Jabatan Perumahan, kita akan membuat berbagai perkara saya beri sekarang itu something new just to informed everyone kita akan membiayai pembelian dan pengambilan balik tanah dengan tujuan untuk apa Permatang Berangan kata, mendirikan unit-unit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah. Kita akan juga membiayai pembangunan baru atau pun pembangunan semula rumah kos rendah dan kos sederhana rendah, kita akan membangunkan tapak dengan menyediakan infrastruktur yang diperlukan di kawasan perumahan yang dikenal pasti dengan of course yang penting selain daripada itu kita juga akan memberi insentif dan sebagainya kepada kontraktor-kontraktor yang hendak bantu kita dalam usaha kita untuk pembekalan lebih perumahan RMM A dan B sepertimana disarankan oleh Permatang Berangan yang saya setuju, I fully agreed with you but this is the kaedah yang kita perlu guna and we hope you know, we are just beginning I will cometo a few more points because I want to give a perspective inilah satu dana yang kita ada not much
dana we have in fact kita perlu lebih untuk bina satu-satu blok perumahan RMM, now we have Lembaga we are waiting start building our own in my lisan answer Bukit Gedung I mentioned, Mahsuri mentioned we know it is the minimum GDV of 150 millions. Easy to build one blok, so if 200 millions one block that’s it yang penting ingin saya nyatakan dengan Lembaga Perumahan apabila kita bina projek pertama kita di Bukit Gedung, projek pertama kita di Mahsuri saya yakin dan percaya akan ada pulangan baik kepada Negeri Pulau Pinang yang akan jawab lagi soalan Pematang Berangan RM216 juta itu akan meningkat. So it is a live number and we continuously try to assist by building, like I said in my answer lisan we want to prioritize Low Cost, Low Medium Cost in Lembaga Perumahan. Silakan Bagan Dalam.
Dato' Speaker saya minta laluan .Terima kasih kepada Yang Berhormat Datok Keramat yang telah memberi jawapan tentang komitmen negeri untuk membekalkan perumahan, perumahan ni housing is a basic right seperti yang kita selalu canangkan. Yang Berhormat Datok Keramat saya setuju harga kita masih rendah kalau berbanding dengan seluruh negara. Di Kuala Lumpur atau pun, di national average 100,000 is affordable di Pulau Pinang kita RM42,000 dan juga RM72,500 dan sangat affordable, but ada juga pemaju-pemaju yang mengambil kesempatan dalam pembinaan rumah kos rendah. Ini yang baru saya dapat satu information kalau tak saya sudah raise sebelum ini. Satu projek rumah pangsa kos rendah di Taman Pasir Indah kawasan kawan saya Permatang Pasir memang ini adalah projek rumah kos rendah sepatutnya dijual kepada mereka yang rakyat Malaysia dengan harga RM42,500 tetapi didapati sekarang telah ditukar jadi hostel pekerja asing. Adakah ini di dalam pengetahuan Kerajaan Negeri dan adakah pemaju yang sudah dapat kelulusan untuk bina rumah pangsa kos rendah tiba-tiba tukarnya jadi hostel pekerja asing? Ini persoalan saya.
Thank you very much Yang Berhormat Bagan Dalam. Well, this is a important question of course first of all I wanted to answer Permatang Berangan dengan apakah usaha kita and I hope some answer is there I take your question after I answered Bagan Dalam. First of all untuk kos rendah, kos sederhana rendah dalam borang PN1 apabila kita pohon untuk beli tidak dibenarkan untuk disewa simple as that bukan pada pekerja asing, kita punya orang tempatan pun you tak boleh sewa it has to be owner occupied yang perlu dihuni pemilik very simple, isu is perundangan now and I said this many times and I think you all tired of listening to me say it again but let me give you one development, Kementerian baru, Menteri baru Datuk Seri Reezal apabila dia masuk, dia datang panggil saya sendiri, dia tanya apa isu penting and I told him this is one of the biggest issues because ada penyalahgunaan perumahan kos rendah, kos sederhana rendah tapi kita tak boleh buat apa saya telah nyatakan dahulu ialah satu isu perundangan Jadual G, Jadual H dalam Akta yang berkenaan dia tidak membezakan antara perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah dan kos biasa, so kalau saya beli rumah kos biasa sememangnya saya ada hak untuk sewa, everybody know that and that’s yours right but in law they don’t differentiate. Jadi saya bagitau Reezal please we have to look into this dan dia setuju and I want to thanks Federal Goverment dia setuju untuk adakan bengkel dan kita ada bengkel dulu tapi saya sudah mengharungi atau pun melalui 4 Menteri sekarang sejak saya jadi EXCO Perumahan, so I have to advice and repeat the same thing always this problem with turnover high turn over on your side that’s problem. So Reezal said as soon as possible bengkel will be held we look into it for sure of course this particulars case Pasir Indah been turned in to hostel pekerja we might be the only one like I said you don’t have to go far walk down the road go to Macallum, you can see.
Actually, YB. yang ini bukan pembeli yang menukarnya jadi hostel pekerja, tetapi pemaju sendiri enggan menjualnya kepada rakyat Pulau Pinang dan dia kata kelulusan asal untuk rumah pangsa kos rendah, sekarang bila sudah bina dia dapat satu peluang untuk tukarnya sebagai hostel pekerja asing, they want to turn it to hostel pekerja asing. Ini tidak adil untuk rakyat Pulau Pinang.
Sekiranya kelulusan adalah untuk kos rendah sememangnya ia perlu kos rendah...(gangguan) ada kebenaran sebalik kalau dia dapat kebenaran kita akan check but definitely no.
Saya bawa kepada perhatian Yang Berhormat boleh ambil tindakan…
I will check there is no such things on your own whim and fancy just changing the plan because we have to abide a plan by both City Councils so we can see unless we have been some application subsequent to it yang mereka pohon untuk ada dipinda perancangan tersebut tapi I will check this is your Pasir Indah. I will check Pasir Indah, Dato’ Speaker I will go on, anything from Permatang Berangan?
Mohon mencelah. Terima kasih Yang Berhormat Dato' speaker dan terima kasih Yang Berhormat Datok Keramat atas penjelasan tentang isu-isu RMM A, RMM B khususnya untuk kawasan Tasek Gelugor, saya cuma nak mohon jasa baik daripada pihak Datok Keramat seperti soalan yang dijawab pada beberapa hari lepas untuk Datok Keramat ada berjanji untuk menyerahkan secara bertulis syarat-syarat yang membolehkan pemaju perumahan untuk tidak membekalkan rumah-rumah RMM A dan RMM B dan saya masih belum mendapat jawapan tersebut secara bertulis jadi mungkin pihak pejabat YB, boleh menyediakannya supaya saya dapat memberi jawapan kepada penduduk di Permatang Berangan terima kasih.
Okey,yhank you very much. Secara am sekiranya orang pemaju tu tidak dapat sediakan secara fizikal maka sumbangan perlu dibuat persoalannya ialah apakah, what’s other condition, keadaan yang kita boleh ambil kira untuk lulus atau pun tidak permohonan dia untuk tidak bina. So secara lazim dia tak boleh kalau dia kita boleh pertimbangkan kalau dia punya tapak itu kecil especially on the island sometimes on the island, Dato' Speaker when you want to build you got 1, 2 acres memang dalam tapak itu you tak boleh bina but let me tell you one thing di Pulau kita on island di mana kes-kes sebegitu rupa berlaku. Kita sekarang last result adalah untuk terima sumbangan kita boleh bagi syarat okey kalau you tak boleh dibina atas tapak bina tapak lain, so
they will go to other places sometimes Balik Pulau some area di some land they can build it there so we get them to build it because that’s their responsibility itu tanggungjawab mereka.
Terima kasih cuma tentang masalah yang berbangkit di Tasek Gelugor ini saya melihat ada projek yang kecil saya maklum lah kalau projek tanah dia kecil kurang daripada 150 mungkin kita boleh dipertimbangkan untuk tidak membina rumah RMM A dan B tapi saya tengok ada dua (2) projek, tiga (3) projek yang tanahnya besar bilangannya sampai 2,000, 1,000 lebih why not kalau kita tidak membenarkan dia buat hanya sekadar rumah C tapi dia buat sekali rumah A dan B, itu satu. Kedua tentang isu Akaun Amanah jadi saya dengar tadi ada RM216 juta wang sumbangan pemaju kepada akaun yang saya rasa akaun ini perlu kita bina, minta penjelasan lah, kita bina, kita bina rumah low cost atau tujuannya itu benda-benda berkaitan dengan low cost, kos rendah atau pun A dan B jadi kemungkinan lah saya kalau kata kita ada tanah untuk kita bina rumah low cost A dan B boleh atau tidak Lembaga Perumahan pertimbangkan untuk kita bina rumah dengan gunakan akaun amanah ini, tanah kita ada, tanah saya boleh cari di Tasek Gelugor tapi kita bina rumah A dan B, terima kasih.
Terima kasih I cuma nak peringatkan cuma 10 minit lagi balance.
Thank you, thank you, terima kasih kepada Dato’ Sungai Dua atas itu iaitu boleh bagi tanah. Okey very important because at the end of the day the first important cause is land tapi saya gembira pada pagi ini rakyat Pulau Pinang dapat lagi satu komitmen daripada Sungai Dua, Of course Reezal has already committed dua PPR, satu di sini, satu di seberang. And today if you can commit mungkin saya nak tanya mana tempat dia? Maklum kepada Lembaga and then kita akan ambil, we will take the next step.
Esok lulus.
Esok lulus? Hari ini boleh lulus. Lepas lunch. With that RM216? Of course, but you give me that but of course that’s the whole point now that tabung, because it is coming back to account. It is there for us to develop on our own, but it is not easy for us to develop but kita dah sampai masa dia. Sebelum ini Jabatan Perumahan tak boleh buat tapi sekarang Lembaga Perumahan melalui enakmen peruntukan undang-undang, kita akan buat. That is the reason why I mentioned, day 1, Bukit Gedong mentioned Mahsuri. We are doing it ourselves. So let us know if you have the land, easier for us. Itu satu cadangan yang terbaik pada pagi ini. Thank you very much.
Dato’ Speaker, I’ve only 10 minutes more, I will very more quickly not to touch on anything else but for perumahan, satu perkara yang begitu penting adalah di Pulau Pinang, kita ada kekangan dari segi tanah and then you know, it is not easy while we wait untuk penambakan lebih dilakukan dan sebagainya. Itu akan ambil masa 10-20 tahun, tak tau pun kita ada di sini atau tidaklah. So, we have to act quickly. Our children, they’re growing up fast. Your children, their grandchildren, all growing up very fast, so they need houses, roof over their heads. I’ve always said perumahan adalah satu hak asasi, so we have to provide and get ready. So how? Yes, we can, you know in Penang, we were very strict, we don’t want to go ti the 76-meter dan lebih, tak boleh. Which means we can’t ever go to our hills. Which is good. This will maintain. We will never ever allow that not to happen or to happen, never. We will maintain but then we had to look then where do we go? Penambakan will takes time. So, yang terpenting adalah satu kaedah baru iaitu pembaharuan semula bandar. Kita ada banyak bangunan, I’ve said this before, just want to put on record of few details Dato’, di mana kita telah pun mulakan perbincangan ini, lama sudah. I think we were the first state to comes out with The Urban Regeneration Committee (URC) under at that time Jabatan Perumahan. And in fact, Pusat to keep on their shoulder as well but as I’ve said, due to the high turnover Ministers, I’ve to brief Reezal again tentang ini kerana sudah berhenti tiba-tiba kerana banyak menteri masuk keluar dan sebagainya. So, the issue is also perundangan but in Penang kita akan teruskan walaupun ada isu perundangan, kita ada kaedah kita tersendiri di mana kita lihat, pada sesuatu tempat itu, kalau kita boleh dapat buy in iaitu persetujuan daripada penduduk, then kita boleh move. But that is the issue because if you don’t get the buy in by the certain percentage, then we cannot move. But we are looking at the way whereby we build not at the blocks that are existing but in the surrounding area and asked them to move forward and if they can’t come forward, looking at the new facilities that we can move into their building to rejuvenate and regenerate. Jadi dalam ini, Dato’ Speaker, hari itu saya ada nyatakan, first project will be Mahsuri but actually Dato’ Speaker, we have many, we have three (3) on the island and two (2) on the other side. I’ve said before, apart from Mahsuri we have on the island, Taman Free School and also Rifle Range. On seberang side, we have got if I’m not mistaken, Siakap URC and also Mak Mandin. And we will move forward. We will move forward Dato’ Speaker. I don’t want to take much time up any more but we are looking at several thousand units that we can make available. On top of giving one to one, that’s mean, yang penduduk sedia ada akan mendapat, kalau mereka duduk dalam dua tiga ratus kaki persegi, kita akan bagi minimum 750 kaki persegi. In facts some project like Mahsuri, they’ve requested for 900, if I’m not mistaken. We are already considering. So, and you got new facilities and then on top of that you will get extra unit. Very important. This is one way forward Dato’ Speaker to achieved our vision Penang2030 as well, which is a very big challenge for us because of shortage of land. Dato’ Speaker, one more thing that I would like to mention is, before I end, I know it’s coming to my time now is dalam segi Kerajaan Tempatan iaitu satu portfolio yang saya begitu berminat dengan sekarang kerana kita dalam portfolio ini banyak kerja yang telah buat. Selaras dengan keperluan di bawah dokumen terpenting kita iaitu visi atau pun wawasan 2030 Pulau Pinang. It’s not been easy, but I think we’ve achieved quite a bit in the last two years because it was mentioned in August rather than a launched in August 2018 by the Chief Minister. And come now, two (2) years already, saya di dalam Unit Inisiatif Pintar kerana dalam dokumen itu, visi itu mempunyai sebagai satu tema “payung”, umbrella theme. Pulau Pinang sebagai satu negeri pintar, hijau, berfokuskan keluarga yang akan inspirasikan negara. So, for us pintar is very important on top of housing. That was, I’ve said that before my Chief Minister is said number 1, bab 1 was housing but also very important, tema pintar kita.
Untuk makluman semua dalam Dewan ini, kita telah pun melaksanakan pelbagai inisiatif pintar setakat ini dan saya hendak beri laporan yang ringkas. Kita pada hari sudah sampai 81 inisiatif. I don’t want to talk too much about all the initiatives but maybe I touch on one or two. I know that day, when I spoke about this in answer to the very important question by if I’m not mistaken was YB. Chris from Pulau Tikus. I can’t remember whether it was him but no, no I think was this side on the low carbon, Dato’ Sungai Dua. Keperluan kita kurangkan emission of carbon kita. And of course, kita menggunakan banyak teknologi pintar untuk kita hendak capai objektif tersebut Dato’ Speaker and we have to do that. And we are doing it and some of the many initiatives that we are already achieved, the 81 I’m mentioned will assist us. And as you can see this morning yang sebut tentang perubahan iklim atau pun climate crisis, actually it is not perubahan, like I say crisis and I’m very happy to know, all my EXCO are looking to it and every portfolio we have to look into it because that’s the agenda number one now. And if I can just mentioned, in Penang Dato’ Speaker, we’ve got many initiatives that we’ve already, what they call? Implemented or are in the process of implementing. Satu daripada isu atau pun tanggungjawab terbesar di kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan adalah pengurusan sisa pepejal. Dan ini ada satu impak besar kepada pengeluaran…(gangguan).
Datok Keramat, masa pun sudah tamat.
Ya. Just the quick one.
Last point.
Ya. This is the last one. After this one I’m done. So impak besar daripada karbon adalah bagaimana kita uruskan sisa-sisa pepejal kita. And we are going newer technologies, Dato’ Speaker. For your information, your area Dato’ Speaker, kita sedang ada satu RFP di Ampang Jajar untuk diperbaharui tempat pengurusan sisa pepejal di situ. And in the RFP, for your information, we’ve requested for new technology which include waste energy and that’s extremely important one example that I give you. The other example and I want just to end by saying this of course, Gurney Wharf was mentioned by Pulau Tikus, you know why I mentioned all this? It’s because like just now I think for reclamation, we talk about reclamation, kita akan pastikan ada tempat hijau. Gurney Wharf is fully hijau lah, technically speaking, the dream park. You need that to balance the carbon emission, because that’s where oxygen comes out, so very important. In Penang so far Dato’ Speaker, one important thing, I just want to end, we’ve planted around 400 thousand trees from my report since 2008 until now 2021. And we are of course targeting for more lah. We are moving from that. Now one thing I want to know, let everyone know dalam Bajet Persekutuan yang baru-baru selesai dinyatakan oleh pihak Perdana Menteri, 10 juta pokok setahun akan ditanam oleh Kerajaan Pusat so I would like to know, for Penang berapa kita akan dapat? Kerana kita tak ada maklumat itu. So that is important, so this is part and parcel of the entire agenda. I think the rest all for I’m running out of times. Rakan-rakan ADUN saya yang ada soalan, as usual my door is always open, please just come and see me, I
give you the information. Sekian, terima kasih. Saya pohon untuk menyokong. Thank you very much.
Terima kasih Datok Keramat. Saya nak jemput Yang Berhormat Sungai Puyu.
Terima kasih kerana telah dijemput untuk menggulung tengahari ini. Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa syukur dan terima kasih kerana masih diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Alam Sekitar dan Kebajikan dan menyampaikan ucapan gulungan bagi isu-isu berkaitan dengan portfolio oleh Yang Berhormat ke atas Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2022 seperti mana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Dengan sepenuh yakinan, saya percaya Belanjawan Negeri Pulau Pinang Tahun 2022 dengan tema “Mempercepat Pencapaian Penang2030” akan memberikan nafas baru dalam merancakkan kembali ekonomi Negeri Pulau Pinang sambil kita berusaha ke arah kemenangan dalam peperangan terus melawan COVID-19. Dalam bidang alam sekitar, sesungguhnya kita semua sedar, isu-isu alam sekitar semakin hari semakin mencabar dan usaha-usaha untuk menanganinya memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak. Masalah alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air, pembuangan sisa pepejal dan toksik, penebangan hutan secara haram, pengurangan sumber semula jadi dan sebagainya, telah mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan kepada alam sekitar. Tragedi tanah runtuh, banjir kilat, pencemaran udara, air dan darat, pemanasan global dan sebagainya adalah kesan ketidakstabilan eko-sistem yang berpunca daripada perubahan iklim. Pada kini adalah climate emergency. Isu-isu alam sekitar tersebut merupakan antara cabaran-cabaran. Di sini satu soalan, daripada ADUN-ADUN, khasnya ADUN Sungai Dua, berkenaan kesejahteraan alam sekitar. Pihak Berkuasa Negeri sememang amat komited di dalam usaha melestarikan alam sekitar di Negeri Pulau Pinang dan bukan sajanya ianya diterjemahkan di dalam visi Penang2030 untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Negeri Hijau, malah melestarikan alam sekitar ini turut diterjemah melalui pelan strategik guna tanah di dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 (RSNPP 2030) iaitu untuk mengekalkan kawasan berhutan seterusnya memelihara kawasan sensitif alam sekitar. Ini adalah komitmen Kerajaan Negeri bagi memelihara keseimbangan pembangunan dan kepentingan penggunaan tanah negeri serta penjagaan alam sekitar. Pada tahun 2008, sejumlah Hutan Simpanan Kekal hanya ada 5,139 hektar. Pada kini, Negeri Pulau Pinang memiliki seluas 6,568 hektar kawasan berhutan yang telah diwartakan di bawah perundangan untuk tujuan perlindungan di mana seluas 5,366 hektar adalah Hutan Simpanan Kekal yang diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 dan seluas 1,182 hektar adalah Taman Negara Pulau Pinang yang diwartakan di bawah Akta Taman Negara 1980. Seterusnya di bawah RSN 2030 pula, Kerajaan Negeri sudah meletakkan strategi untuk mewartakan semua hutan bakau laut di negeri Pulau Pinang berikutan paya laut merupakan kawasan yang sensitif dan alam sekitar yang perlu dijaga bukan saja berfungsi sebagai hutan persisir pantai bagi industri hidupan marin. Di sini saya nak maklum bahawanya semua hutan bakau di Negeri Pulau Pinang akan diwartakan sebagai hutan simpanan kekal di sini. Walaupun RSN 2030 Pulau Pinang yang telah diwartakan dan khasnya di middle bank dan juga Pulau Gazumbo tidak disenaraikan dalam environmentally sensitive area dan ini
kemungkinannya boleh dijadikan satu tapak pembangunan. Kerajaan Negeri telah ambil satu tindakan dan satu tetapan bahawanya kawasan sana akan diwartakan sebagai Marine Sanctuary, keluasan adalah lebih kurang 29 kilometer persegi. Ini amat penting kerana middle bank kita ada seagrass, seagrass ini adalah sepanjang lebih kurang 2 kilometer dan keluasannya adalah lebih kurang 40 meter wide dan di sana kita ada banyak kita ada banyak seperti di sini ada sejumlah 4 jenis seagrass yang telah dikenalpasti di middle bank dan juga ada 52 spesis of 39 generasi dan 24 families of molucus telah dijumpa di sana dan di sana memang ada 37 spesis, 15 spesis of bivalve baru telah dilaporkan. Pada kini Penang Institude bersama dengan CEMACS telah jalankan kajian dan lain-lain. Saya ucapkan terima kasih kepada DOF Persekutuan yang bagi sokongan penuh bahawa sana akan menjadi marine sanctuary dapat wartakan. Dengan wujudkan satu marine sanctuary di mana kami akan jadi satu tapak jadi food security di sana. Di Pulau Jerejak memang telah ada orang yang buat kenyataan-kenyataan tertentu berkaitan. Selepas pewartaan sebagai Hutan Simpanan baki-baki tanah-tanah yang tidak boleh dijual dan pulau adalah menjadi smoke free island iaitu dilarang merokok di mana-mana tempat selain dalam rumah kediaman mereka sahaja. Di sini juga kami telah jadi satu tempat di mana selepas mereka lintas jambatan itu hanya EV yang boleh masuk di sana, selain daripada kereta-kereta Kerajaan dan juga untuk emergency purpose sahaja yang lain semua mesti adalah EV, electrical vehicle. Ini adalah satu langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menjagakan alam sekitar. Di sini saya juga nak bagitau bahawanya di dalam alam sekitar satu kajian yang telah dibuat oleh Think City dan Laporan Think City kepada Kerajaan Negeri berkenaan climate emergency. Kerajaan Negeri telah buat satu tetapan untuk semua tempat yang new development kami akan galakkan bahawa semua walkway dan drive way mesti gunakan recycle material iaitu kata construction and demolation waste di mana mereka hendak dipakai interlocking break. Ini boleh selesaikan masalah-masalah pembuangan construction and demolition waste ini juga telah dibuatkan. Satu soalan daripada Tambun, ADUN Tambun tak ada di sini, ada? Berkenaan dengan aggregate pada kini. Memang pada kini ada 8 kuari yang telah dijalankan. Sebelum Kerajaan ini di Pulau Pinang kita tidak ada quarry rules saya ucapkan terima kasih kepada EXCO-EXCO yang berkaitan iaitu bekas ADUN Batu Maung bantu untuk selaraskan dengan Penang Quarry Rules. Penang Quarry Rules telah dikuatkuasakan kerana telah diwartakan. Memang kalau tak ada, tak tipu kami ada terkini semua jumlah 5 kuari yang belum dapat license. 4 daripada Penanti kerana mereka tidak ada rehabilitation plan dan Kerajaan Negeri akan mencadangkan bahawa satu RFP dipanggil supaya keempat-empat itu berusaha bersama-sama atau satu syarikat atau kumpulan boleh mengunakan tapak itu untuk menjadikan tapak itu jadi nature water reservation area apabila dibuat kami boleh ambil air selepas intake by PBA dan simpan air di sana jadi water security untuk Negeri Pulau Pinang dan juga boleh dipakai untuk agriculture. Ini untuk di panggil food security. Ini sedang diuruskan. Yang di Juru kerana masalah-masalah aduan-aduan kacau ganggu oleh penduduk-penduduk di sana, lesen dia tidak diluluskan, kerana mereka kena selesaikan masalah-masalah tempatan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sokong sepenuh-penuh kepada Kerajaan Pusat yang untuk kuatkuasakan Rio de Janeiro Declaration tahun 1992 iaitu kata apa-apa pembangunan kena ada 4 pillar, 1 pillar ada ekonomi, ekonomi kena jaga alam sekitar, ekonomi dan alam sekitar mesti jaga pada state holder iaitu penduduk-penduduk di sana. Ini juga di bawah LA 21 Kerajaan Negeri kuatkuasakan. Saya percaya bahawa Negeri Pulau Pinang adalah satu-satu negeri sahaja yang kuatkuasakan dasar-dasar ini. Lagi satu adalah di Teluk Bahang walaupun dia adalah development quarry, tetapi telah langgar syarat, MBPP telah ambil tindakan mahkamah, ini adalah cara-cara Pulau Pinang menjaga kepentingan alam sekitar.
Habis dah?
Tak habis, banyak
Dato’ Speaker minta laluan, terima kasih Yang Berhormat Sungai Puyu mengenai tadi tentang kuari ini, adakah benar tentang bekalan sedia ada ini tidak mencukupi itu pertama, kedua isu yang saya highlight yang saya ketengahkan adakah kuari sedia ada menghadapi masalah aras melebihi 76 meter. Adakah boleh dibenarkan untuk kuari sedia ada dan ketiga adakah Kerajaan masih lagi terbuka untuk membenarkan pembukaan kuari baru? Itu sahaja.
Mereka mestilah mengikut apa ini RSN. Saya ucapkan terima kasih kepada Tambun kerana mengesahkan bahawa lepas 76 meter kita tak bagi mereka kebenaran dan jika mereka hendak buat rayuan, tetapi rayuan juga mesti jaga kepentingan alam sekitar ini amat penting. Mengapa tidak cukup aggregate di Pulau Pinang? Saya tak mahu tuduhan kepada MCO tetapi lagi satu sebab adalah the rate of development in Penang. Jikanya Kerajaan Negeri tidak kuatkuasakan Penang rule, quarry rule, tidak jaga dan ambil tindakan-tindakan, memang akan ada banyak aggregate yang memang cukup. Tetapi mereka mesti kena selaraskan baik pun mereka freehold atau leasehold mereka akan asingkan mereka untuk bayaran apa license 4C berkenaan dengan royalty akan dibayar kerana royalty itu adalah kepentingan untuk warga negeri Pulau Pinang dan semua-semua itu adalah sumber juga. Seterusnya adalah langkah yang turut diterjemahkan dalam Green Agenda Negeri Pulau Pinang yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2021 sebagai sebuah dokumen polisi negeri menyenaraikan sasaran Negeri Pulau Pinang mencapai sebuah Negeri Hijau menjelang 2030. Agenda Hijau Pulau Pinang merupakan panduan strategi plan termasuk petunjuk kemampuan pembangunan mengikut matlamat pembangunan industri PBB united nations sustainable development goals dalam menghadapi cabaran alam sekitar secara global dan masa hadapan. Dato’ Speaker, di sini juga kami ada orang membangkit bangkit bahawanya seperti dibangkit oleh ADUN Tambun lebih daripada 76 meter. Saya ucapkan terima kasih kepada MBPP kerana ada banyak aduan-aduan atau tuduhan-tuduhan bahawa ada pembangunan orang kata agriculture di atas bukit dan lain-lain. Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang pertama untuk wujudkan garis panduan right of way supaya kawalkan pembangunan khasnya dan termasuk agriculture diguna di atas bukit. Pada tahun 2020 satu mesyuarat berbincang dengan semua tuan tanah khasnya di Bukit Bendera, telah ada perbincangan. Satu persetujuan cara membuat jentera-jentera yang boleh diguna di sana. Ini semua telah dibuat...(gangguan).
Yang Berhormat lebih kurang berapa lama lagi?
Lagi setengah jam
Tak ada, sorry saya nak tangguhkan Dewan untuk henti rehat dan selepas henti rehat mengikut masa yang telah diperuntukkan Yang Berhormat ada lagi 20 minit untuk sambungkan ucapan pengulungan Yang Berhormat Sungai Puyu so Ahli-Ahli Yang Berhormat..(gangguan).
Dato’ Speaker, bolehkah saya buat satu kenyataan iaitu bukan masa tetapi soalan-soalan yang dibangkitkan di Dewan yang mulia ini mesti dijawab sebagai seorang yang bertanggungjawab.
20 minit juga nanti saya akan peruntukkan tak apa, Ahli-Ahli Yang Berhormat kita berhenti rehat dan kita bersidang semula pada jam 2 petang nanti
Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari
Dewan bersambung semula pada jam 2.30 petang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2020 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2020. Dipersilakan Sungai Puyu.
Terima kasih Timbalan Dato’ Speaker. Kerajaan Negeri juga pada 30 September tahun 2021 telah mewartakan seluas 3,685 hektar kawasan hutan simpanan kekal sebagai hutan tadahan air di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Pewartaan ini sekaligus mengukuhkan lagi perlindungan kawasan ini sebagai double protection dengan pembangunan yang akan datang iaitu juga terus diwartakan sebagai kawasan tadahan air di bawah Enakmen Bekalan Air EPA tahun 1998. Perintah bekalan air kawasan tadahan tahun 2004 pada 2 haribulan Disember 2004, 2 haribulan Disember iaitu kata pada tahun 2004 memang ada undang-undang ini tetapi tidak diwartakan dan hari ini Kerajaan Negeri telah wartakan double protection satu, sebagai hutan simpan kekal satu pada water catchment area. Kalau berbanding dengan Kedah di mana hutan simpanan boleh keluar balak di Pulau Pinang tak boleh, tempat ini di Telok Bahang kita telah wartakan. Water catchment area it’s a double protection untuk orang-orang di negeri Pulau Pinang. Berdasar rekod Jabatan Perhutanan Negeri sebanyak lima kes berkaitan dengan penerokaan haram di hutan simpanan kekal direkod dalam tempoh tahun 2016 sehingga 2020. Kegiatan ini dikesan dan dilaku oleh penduduk tempatan bagi tujuan pertanian dan ia berpunca daripada pihak pemilik tanah tidak menyedari tentang sempadan sebenar tanah milik masing-masing. Pada tahun 2016 sehingga 2020 hanya lima kes dan lima kes ini daripada tuan tanah yang tidak tahu mana dia sempadan. Di sini saya nak rakamkan ribuan terima kasih, terhutang budi kepada PBA di mana PBA juga ada satu sistem. Mereka tiap-tiap bulan bagi laporan kepada tapak yang ada diwartakan sebagai water catchment area. Apa yang dia buat semua dimaklum kepada pejabat EXCO, saya dan daripada ADUN daripada Tanjong Bunga. Inilah sistem yang kita buat so untuk ketua pembangkang jangan bimbang kami tidak lena, kami tidak tidur atas kerja kami berusaha 24 jam. Hal ini Kerajaan Negeri menerusi jabatan, agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk terus mengembelingkan tenaga mengadakan pemantauan dan penguatkuasaan untuk mengadakan kerja-kerja pembersihan kawasan oleh pemilik tanah khusus bagi tanah-tanah berhutan yang berada di kawasan bukit. Kerajaan Negeri juga amat mengalu-alukan maklumat orang ramai dalam menyalur maklumat kegiatan yang dicurigai di kawasan bukit kepada jabatan, agensi dan PBT. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada kepada satu kumpulan NGO yang juga orang yang mencintai bukit kerana tiap-tiap minggu mereka ada jalan, lari atas jungle trail itu. Mereka juga bantu Kerajaan Negeri untuk mendapat tanda-tanda dan juga mereka bagi laporan kegiatan di sana dengan ambil gambar, share location. Itulah satu cara sokongan dari orang yang mencintai bukit.
Bajet untuk alam sekitar yang merangkumi kawasan-kawasan yang lain. Menjawab soalan kepada ADUN Sungai Dua. Berkaitan dengan bajet alam sekitar hanya ditumpu kepada kawasan bukit dan botani. Maklumat kepada Yang Berhormat, Bajet Pembangunan Tahun 2021 bagi Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang adalah RM2.22 milion yang terlibat dan ini kami juga dapat yang serupa. Bukan jumlah berapa peruntukan tetapi jumlah apa kerja yang dibuat. This is not the amount of money; this is the among of commitment. Kalau tidak cukup saya percaya bahawa Ketua Menteri boleh bagi peruntukan tambahan
Mohon pencerahan. Saya amat tertarik dengan apa yang dibangkitkan oleh Sungai Puyu berkaitan dengan program-program yang dibuat untuk mengatasi masalah pencerahan bukit dan juga penggondolan kawasan-kawasan berbukit. Cuma yang saya risaukan dari segi tindakan pemantauan memang ada NGO yang bantu dan sebagainya. Cuma fokus oleh Jabatan Hutan hanya kepada kawasan yang dalam hutan simpan, hutan yang tidak boleh diganggu. Bagi kawasan yang pemilikan sendiri ini, tanah milik sendiri, kawasan ini yang banyak berlaku pencerahan-pencerahan bukit yang akan menyebabkan aliran air turun dan menyebabkan banjir. Jadi macam mana tindakan untuk kita atasi masalah tanah-tanah individu, tanah-tanah persendirian yang di yang ditarah yang dibersihkan kadang-kadang memakan masa yang agak panjang. Jadi apa tindakan untuk tanah-tanah individu?
Baik, saya akan bagi satu contoh. Terdapat satu bidang tanah yang tanah milik walaupun mereka dapat izin, kebenaran dan peruntukan daripada Jabatan Pertanian untuk perbaiki tanah dan tanam durian-durian yang spesis yang lebih baik dan kerana mereka sudah dapat persetujuan dan kebenaran mereka terus buat kerja-kerja tanah. Kerajaan negeri tidak terima. Kerajaan Negeri telah blacklisted kontraktor ini. Semua projek di negeri Pulau Pinang. Semua di blacklist. Tidak ada lagi langsung masuk pelan atau ubah pelan sehingga lebih kurang satu tahun. Hari ini juga tapak yang mereka buat tanpa masuk pelan merancang tidak boleh buat apa-apa dan hanya perbaiki. Saya bagi jaminan bahawanya Jawatankuasa Ops Lumpur juga tidak lena dan tiap-tiap bulan mereka kena bagi laporan dan tiap-tiap tiga (3) bulan kita bermesyuarat. Bermesyuarat bagi laporan dan apakah tindakan yang buat dan bukan sekali saja selepas tindakan patah balik lagi check sama dia orang. Ini telah dibuat kerana pada mulanya kami ada jemput Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada Parti Pembangkang untuk anggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang akan diwujudkan tetapi tidak mahu. Kerja tidak mahu cakap mahu. Betul tidak? Adakah saya panggil jemput? Tidak diterima kerana pentadbiran negeri kita tidak mahu unsur-unsur politik tetapi lebih daripada contribution oleh semua pihak termasuk para pembangkang. Kerajaan Negeri telah terlepas beberapa kali macam lawan COVID. Adakah saya jemput kali ini saya hendak terima kasih kepada Ahli-ahli Pembangkang apabila saya di minta untuk ketuai COVID. Saya jemput mereka bagi bantuan iaitu pada kini 24 jam call center mereka juga hantar wakil, kita juga bagi training dan lain-lain. Masa tidak diizin. Dalam alam sekitar satu isu yang cukup panas adalah sisa-sisa plastik, a waste plastic recycle industry. Sejak tahun 2016 saya ada bangkit isu ini dan pada tahun 2018 bila sudah ada satu perubahan kerajaan. Saya baru dapat maju sikit sebanyak kerana Negeri Pulau Pinang bukan darul sampah untuk recycle plastic waste. Tidak, bukan tetapi mereka bawa masuk melalui cara-cara yang tertentu dengan kata kawan baik atau mereka dapat AP...(gangguan).
Minta Bukit Tengah dengan Kebun Bunga reduce your volume please.
Dan plastic recycling industry, Kerajaan Negeri berdiri tegar bahawa kita tidak mahu terima counsel waste hanya pre consumer waste bukan sisa-sisa yang mereka yang ada kutip di landfill dan lain-lain, no way. Pendirian kerajaan negeri adalah bahawanya kuatkuasakan Surat Pekeliling 9/99 daripada KPKT, KPKT tahun 1999 yang sendiri keluarkan surat pekeliling ini, kuatkuasakan. Sebelum AP boleh dibagi, mesti dapat alasan dan persetujuan daripada Kerajaan Tempatan di Negeri Pulau Pinang kita bukan hendak rampas hak tetapi hendak kuatkuasakan masuk kampung ikut adat mesti dapat ulasan-ulasan daripada Pihak Berkuasa Tempatan, adakah syarikat ini memang berpengkalan di Negeri Pulau Pinang? Adakah mereka ada kilang di sini? Adakah kilang ada di zon yang betul atau kilang haram dan juga hendak minta daripada JAS Pulau Pinang. Adakah peralatan-peralatan mereka yang water filtration before discharge, air discharge semua sempurna dah, dah sempurna you baru boleh bagi mereka kelulusan untuk AP dan satu syarat tambahan mereka mesti bantu industri Negeri Pulau Pinang iaitu kata dengan kapasiti hanya dia boleh bawa masuk 70 percent dan baki 30 percent mesti beli dan anak tempatan supaya hendak support recycling industry Negeri Pulau Pinang. Hari ini amat dukacita walau pun surat pekeliling yang dikeluarkan oleh KPKT sendiri tetapi tidak dihormati. Dan pada kini, bila kami buat rayuan tolak mai tolak pi saya kata MITI tolak mai sini, tidak ada. Saya hendak masuk di rumah YB. Timbalan Speaker saya kena ketuk pintu minta izin baru boleh masuk betul tak? Ini lah dasar yang kita mahu semua recycling yang hendak masuk mai baik pun daripada sisa-sisa plastik, baik pun daripada e-waste semua mesti dapat persetujuan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Dalam satu isu yang selalu dipersoalkan dan juga yang akan sedang menjejaskan pembangunan industri estet adalah ini perkataan khinzir khasnya di Valdor. Saya hendak maklum kepada Dewan yang mulia ini selepas empat tahun Kerajaan Negeri berusaha dapat izin dan kebenaran daripada Kerajaan Pusat, baru-baru ini kami sudah dapat untuk wujudkan satu yang dipanggil biogas yang jana electricity daripada pembuangan kumbahan khinzir. Pada kini mereka telah dapat kelulusan semua, mereka sudah panggil tender dan mereka akan mula kerja bulan Disember. Saya berharap bahawa dalam dua tahun mereka boleh siap sediakan dan beroperasi, satu persetujuan telah dapat dengan ladang-ladang khinzir di mana sudah tiga kali public consultation telah dijalankan. Saya berharap dan berdoa bahawa dalam tempoh dua tahun selepas ini semua boleh selesai dan apabila selesai rakan EXCO saya akan mula pembersihan, selepas dia punya ponds dibersih JPS akan bersihkan longkang-longkang dan sungai-sungai kita akan bersihkan dan ini juga akan juga dengan masa yang dijadualkan untuk PDC membangunkan industrial estate di Batu Kawan dan juga di Byram Estate...(gangguan)
Saya minta pencerahan. Terima kasih Timbalan Dato' Speaker, terima kasih YB. Sungai Puyu, memang projek biomas telah mula dibincangkan pada akhir tahun 2015 dan kelulusan EIA hanya diperolehi pada awal tahun ini kalau tidak silap dan kini pelan bangunan telah mendapat kelulusan. Oleh yang demikian, saya berharap YB. Sungai Puyu, kita dapat memastikan semua penternak menyertai program ini sebab sehingga kini masih lagi tiada semua penternak menandatangani perjanjian dengan syarikat ini untuk memastikan semua kumbahan disalurkan ke loji biomas ini, itu pertama.
Kedua, bagi saya kawalan pelepasan sisa kumbahan ini adalah lebih penting daripada sistem tertutup sebab pada ketika ini memang pelepasan sisa kumbahan tanpa kawalan melalui masuk ke parit kemudian melalui kawasan perumahan dan terus ke perairan Pulau Aman dan Bukit Tambun. Ini telah menyebabkan sepanjang parit atau sungai membawa banyak masalah selain daripada pencemaran, Taman Hijauan Valdor iaitu Lorong Hijauan Valdor 39 dan 40 telah mengalami masalah semua bahan logam menghadapi masalah pengkaratan dan penghakisan, penghakisan itu adalah memang menakutkan seperti anai-anai memakan kayu, ini udara memakan besi dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri telah membuat survey on site dan bukti telah dikemukakan kepada pihak Kerajaan Negeri dan saya berharap projek ini dapat dijalankan dengan secepat mungkin dalam dua tahun kalau siap pembangunan perindustrian Batu Kawan Timur juga akan siap dalam dua tahun kita selesai masalah pencemaran kita juga akan dapat satu kawasan perindustrian seluas lebih kurang 700 ekar. Terima kasih
YB. Timbalan Dato' Speaker, kenyataan daripada YB. Bukit Tambun memang berasas. Dalam siasatan oleh Jabatan Alam Sekitar mengesahkan bahawa satu punca untuk erosiondatang daripada udara dan udara datang daripada a fumes that fumigated.
Sulfur dioxide.
Yes. Di sini saya ingin hendak buat rayuan lagi bahawa Kementerian Agriculture buat semakan undang-undang di mana apakah kimia-kimia yang boleh diadakan untuk makanan. Satu punca adalah daripada makanan the feed meal, so we need to look into all these chemical substancethat we put the feed meal. Saya minta Pengarah dalam laporan juga panjangkan kepada Kementerian.
Tambahan sedikit YB. Sungai Puyu, adakah projek biogas, biomas ini akan juga melibatkan satu pusat pengumpulan di kawasan Kampung Selamat untuk pengumpulan sisa-sisa buangan khinzir ini ke suatu tempat di roses di situ dan seterusnya tidak dilepaskan lagi ke dalam sungai, adakah itu akan dibuat sama di Kampung Selamat?
Ya, ini akan dibuat dan untuk projek ini sekarang. Pengerusi yang akan menjaga kebersihan sungai-sungai dan masalah ini adalah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri I dan saya juga Ahli Jawatankuasa di sana dan kami telah membuat semakan dan bermesyuarat beberapa kali iaitu kata kami amat prihatin masalah-masalah di sana, walaupun dia sudah larut lebih kerap 60 tahun.
YB. Timbalan Dato' Speaker, projek pembangunan tebus guna tanah seluas 650 hektar daripada Bagan Ajam sehingga Telok Air Tawar yang dibangkitkan Ahli Yang Berhormat Sungai Dua memang ini adalah projek daripada Rayston Consortium Sdn Bhd dan perjanjian reclamation agreement telah ditandatangani pada 16 Jun 1999 dan di sini saya bagi jaminan bahawa semua syarat-syarat yang diguna pakai, syor-syor dipakai untuk di Gurney Drive akan digunakan di sana dan ini bukan orang kata telah passing stone tetapi living document. Apakah yang ditambah akan dibuat di sana seperti apa yang dibangkit oleh ADUN Sungai Dua mengatakan refund discharge selepas itu juga diambil kira so demikian, walaupun pada masa itu mereka tidak ada satu syarat bahawanya tebus guna ini tidak boleh sambung ke tanah besar dia tidak ada syarat dan ingat pemaju ada hak dan saya telah merayu bahawanya kena lihat semula dan minta mereka bila tebus guna tanah dia kena lebih kurang 200 meter daripada tanah besar. Walaupun telah tandatangani saya telah membuat rayuan kena semak semula kerana kalau ini telah disyaratkan dan dipersetujui memang masalah-masalah yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Sungai Dua akan selesai semuanya. Ini saya kami telah ambil perhatian kerana masalah-masalah banjir, masalah-masalah tanah discharge itu memang sebelum Ahli Yang Berhormat Sungai Dua buat, kami telah membincangkan perkara ini tetapi saya juga ingin ucapkan terima kasihlah amat prihatin
Yang Berhormat Sungai Puyu, projek di Bagan Ajam ini memang projek asalnya daripada BORR penambakan. Dan apa yang saya lihat di situ kita perlu juga melihat aspek-aspek yang lain selain daripada kerosakan alam semula jadi, nelayan dan sebagainya. Memang saya bangkitkan isu itu dan adakah kemungkinan bila berkait dengan isu keselamatan dan sebagainya, adakah kemungkinan projek ini boleh dihentikan atau pun tidak dilaksanakan. Adakah ada masalah lain kalau berlaku penamatan mungkin ada peningkatan saman, bayaran tuntutan daripada pihak-pihak syarikat dan sebagainya kepada pihak Kerajaan Negeri, adakah itu ada dan mungkin EIA akan mempertimbangkan dari segi bantahan-bantahan yang kita buat. Kemungkinan saya takut ada nanti ada kemungkinan, dari segi keselamatan TUDM dan sebagainya mungkin boleh merencatkan dari segi pembangunan dan itu yang kita cuba untuk buat bantahan kalau boleh diperjelaskan sedikit tentang isu-isu tersebut.
Memang dari segi keselamatan dan lain-lain semua projek-projek yang berdekatan dengan airport dan lain-lain, mereka ada kuasa untuk hadkan jumlah berapa tingkat dari segi keselamatan. Memang di kawasan Bagan ada banyak permohonan pembangunan rumah pangsa bertingkat telah ditolak dan dihadkan kerana air force ways dan keselamatan, memang ada undang-undang. Jika cadangan seperti yang dikeluarkan oleh YB. Sungai Dua untuk batalkan memang Kerajaan Pusat tidak ada kuasa. Baiklah, untuk jaminkan kesan kepada sosial bagi menangani kesan sosial yang akan berlaku pihak Kerajaan Negeri telah syaratkan pada pemaju untuk menyediakan Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA). Penyediaan laporan sosial ini disediakan selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1972 Akta 172. Akta 172 Kerajaan Negeri memang komited terhadap projek tebus guna di Negeri Pulau Pinang perlu dapat kelulusan terutama kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), syor-syor untuk ada pelan tindakan yang sewajarnya bagi menangani mitigasi di Pulau Pinang disebabkan oleh kesan karbon dan kerana krisis dan langkah-langkah untuk menangani climate crisis, Kerajaan Negeri saya nak menjawab kepada persoalan oleh Yang Berhormat Bukit Tengah bahawanya pihak Penang Green Council
telah menerbit satu laporan impak perubahan iklim di Pulau Pinang pada Mac 2021, dan mengumpulkan maklumat dan data dan penemuan daripada pelbagai sumber untuk mengetengahkan risiko serta impak yang bakal dihadapi di Pulau Pinang disebabkan oleh perubahan iklim dan….(gangguan)
Yang Berhormat, dua minit lagi…gulungkan..
Saya belum…(gangguan).
Dah lebih dari masa yang diberikan.
Injury time, baik..untuk alam sekitar saya tak dapat jawab kerana masa terhad bukan saya tak mahu…(gangguan)
Boleh bagi jawapan bertulis terus kepada Yang Berhormat yang bertanya.
Kalau mereka masih berminatlah. Untuk kebajikan saya ada berapa isu yang saya I flip over lah memang kata masalah gelandangan. Kerajaan Negeri telah beri satu peruntukan kepada MBPP untuk mewujudkan satu pusat gelandangan Negeri Pulau Pinang. Pada mulanya kami ada jadual ikut jadual tapi kerana MCO kami terlambat lebih kurang 4 bulan. EOT (extension of time) telah diberi dan dipersetujui. Pada mulanya kami telah diberi jadual pada bulan Oktober kerana MCO kami telah mengizinkan mereka sehingga dibulan Mac ini telah dipersetujui. Satu isu yang amat penting iaitu kata berkenaan dengan dialisis kerana dialisis, isu ini telah dibangkitkan berapa kali khasnya oleh Bagan Dalam. Pada kini, dialisis station di seluruh Malaysia pada tahun 2021 kami dapat hanya angka-angka sehingga 2018 daripada Kementerian Kesihatan. Di Malaysia sejumlah 44,136 pesakit di Negeri Pulau Pinang ada 1,751 pesakit. Jika kami ambil iaitu kata di the growth rate of dialysis patient, Malaysia akan ada dalam tahun 2021 akan dapat 45,000 dan di Negeri Pulau Pinang akan dapat 3,300. Di seluruh Malaysia, jumlah mesin-mesin untuk dialisis adalah 11,100 mesin dan di Negeri Pulau Pinang adalah 870. Kerajaan Negeri amat bangga bahawa Kerajaan Negeri telah wujudkan satu pusat di Balik Pulau dipanggil CAT Dialysis Centre di sana kami ada 80 pesakit dan jumlah ada 14 mesin dan di sini jika kami ambil kira di the growth, kami akan dapat lebih kurang 180 patient pada tahun 2030. Di sini memang dialysis centre ini yang termurah sekali kerana disokong oleh Kerajaan Negeri pesakit-pesakit hanya bayar RM10.00 untuk semua bukan hanya daripada Kerajaan Negeri tetapi disokong oleh NGO-NGO, NGI-NGI di Pulau Pinang mereka bagi satu sokongan pada satu persatuan Penang Community Chest. Penang Community Chest memang kita ada Pengerusi Tetap adalah Ketua Menteri dan
Timbalan adalah Timbalan Ketua Menteri I dan II dan EXCO-EXCO adalah Ahli Jawatankuasa ini kami bagi bantuan kepada mereka….(gangguan)
Yang Berhormat Sungai Puyu okey? Sudah?
Belum.
So pasal ikut waktu 2.30 kena berhenti, saya dah tambah masa 7 minit untuk you saya bagi last 3 minit sampai 2.40.
Hampir 2.40.
Okey.
Baik, saya ucapkan terima kasih kepada NGO-NGO yang bagi sokongan sepenuh kepada Penang Care Alliance, di sini saya nak rakamkan ribuan terima kasih kepada dua NGO yang amat penting di dalam Penang Lawan COVID-19 iaitu kata Tzu Chi dan juga One Hope Foundation di mana kedua-dua persatuan ini telah bagi sumbangan yang amat penuh-penuh apakah keperluan, what is needed by di JKN, Jabatan Kesihatan Negeri, what ever their request, they try their best to give it…mereka tidak berputus asa dan tiap-tiap hari ada sokongan. Saya sebagai pengerusi Penang Care Alliance saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang bagi bantuan dan juga bagi the encouragement supaya ini semua wujud. Ini bukan hanya deal with COVID cases hari ini kita deal with post COVID cases kerana kini kami ada lebih kurang 210 unit oxygen concentrator yang kami bagi bantuan kepada orang yang memerlukan semua…(gangguan)
Yang Berhormat Timbalan Dato’ Speaker, yang ini tentang pusat dialisis yang telah saya buat…(gangguan)
Yang Berhormat Bagan Dalam, saya ingat tentang pusat dialisis soalan kamu telah dijawab oleh Sungai Puyu…(gangguan)
Belum lagi. Itu yang saya nak point out saya nak soalan yang saya tanya dekat kesihatan tapi Yang Berhormat Sungai Puyu jawab. Permohonan saya adalah untuk menubuhkan satu pusat dialisis dan juga wound care centre di Butterworth, di kawasan Jalan St. Mark, di bangunan kerajaan lama tu, so adakah ini akan menjadi realiti, Yang Berhormat Sungai Puyu? Itu sahaja.
Ya, memang jika ditanya kepada saya Kerajaan Negeri memang hendak ada satu dialysis centre di Bagan di Bagan Luar Road. Kami ada berapa permohonan tetapi permohonan itu telah ditolak, ditolak oleh Kerajaan Pusat iaitu Pengarah KKM. Telah ditolak kerana dia kata Dialysis Centre cukup tetapi dengan people on the ground seperti ADUN Bagan Dalam kami lihat adalah bukan hanya dialysis centre tapi wound centre. Ini adalah satu tempat di mana mereka masuk satu bilik, press dan full oxygen treatment ini juga adalah satu orang kata modern therapy pada pemain-pemain sukan. David Beckham bila dia nak main untuk England World Cup dia cedera yang dia akan masuk di sana so it’s increase the rate of recovery ini juga digunakan di apa ni oleh the navy. Apabila mereka go deep sea diving di Pulau Lumut mereka ada satu fasiliti, mereka masuk sana untuk rawatan. This is important, saya harap JKN boleh bagi pertimbangan ke atas semua apa ni permohonan dan sebelum saya akhiri atau sebelum ditamatkan oleh Speaker macam tadi saya nak buat macam ni, saya nak rakamkan terima kasih kepada semua ADUN yang berusaha begitu baik apabila kami mengatakan bahawa public delivery system iaitu kata kami dapat senarai nama daripada Pejabat Daerah sesiapa yang home quarantine atau home positive cases, mereka berhubung dengan keluarganya, tanya apa kemudahan-kemudahan yang mereka hendak, oximeter juga Kerajaan Negeri dapat sumbangan dan serah kepada mereka, makanan serah pada mereka, sapa yang turun padang? ADUN yang turun padang ini juga termasuk ADUN Pembangkang dan juga ADUN Pembangkang mesti merakamkan di Dewan yang mulia ini bahawa Penang Lawan COVID Kerajaan Pulau Pinang ada satu negeri sahaja yang tidak main politik…(gangguan)
Terima kasih Sungai Puyu…(gangguan) Yang Berhormat Sungai Puyu.
Satu minit.. sebab apa didapat oleh Ketua Menteri, Ketua Pembangkang pun dapat, bakul makanan Ketua Menteri jumlah berapa? Ketua Pembangkang pun dapat. Tidak macam Kerajaan Pusat di mana walaupun telah pun meluluskan RM22 juta setiap-tiap MP dapat 1000 kotak makanan nilai RM100 setiap kotak tercicir, terhilang, betul tak?. Kerajaan Negeri bila kami bagi serahan kami ambil nama daripada JKN. Siapa ada nama di JKN yang dapat bantuan bulanan kita akan serah pada mereka, nama yang kami dapat daripada Pejabat Daerah, kami akan serah pada mereka. This is the performance of all….apa ni ADUN-ADUN di Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, this is how we do it, so berharap bahawanya suara saya di sini dirakam dan dipanjangkan kepada Kerajaan Pusat, follow Pulau Pinang. Penang Leads in the management of COVID. Sekian, terima kasih dan saya menyokong.
Terima kasih Sungai Puyu, dipersilakan Padang Lalang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menggulung perbahasan bagi ucapan Belanjawan Tahun 2022. Terima kasih juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan portfolio saya iaitu Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam.
Dato’ Yang di-Pertua, MMK Pembangunan Sosial telah menerima 13 soalan berkaitan isu sosial khasnya melibatkan kes keganasan rumah tangga, isu kes bunuh diri dan pembuangan bayi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ADUN-ADUN yang membangkitkan isu-isu ini yang juga sama penting dengan isu yang lain. Statistik dari 2015 hingga Jun 2022 yang melaporkan kes pembuangan bayi di Malaysia sebanyaknya 652 kes. Ini menunjukkan betapa seriusnya isu sosial yang melandakan negara kita. Oleh itu saya juga menyokong cadangan ADUN Batu Lancang untuk memperluaskan kesedaran dan faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan isu ini. Kebanyakan ibu yang hamil tanpa ikatan perkahwinan yang sah seringkali terletak dengan stigma yang buruk mengakibatkan mereka lebih cenderung untuk meninggalkan atau membuang bayi kerana perasaan malu dan takut. Ini bukan untuk excuse untuk mereka tapi ini adalah fakta ya. Tambahan pula golongan ibu ini akan berasa buntu apabila tidak mendapat sokongan emosi daripada keluarga mereka sendiri, tak ada orang sokong mereka, mereka tidak seharusnya dipersalahkan oleh masyarakat malah suatu sistem sokongan dan pendidikan yang lebih baik harus diwujudkan oleh keluarga, guru, badan bukan kerajaan dan kerajaan sendiri perlu memainkan peranan yang lebih efektif bagi membendung isu pembuangan bayi ini. Ini merupakan satu isu yang rumit dan kompleks dan memerlukan usaha semua pihak untuk membendungkan isu ini. Selain itu, isu sosial seperti gejala bunuh diri juga kian meningkat pada musim pandemik ini. Jabatan Statistik Malaysia melaporkan 78 kes bunuh diri pada tahun 2020 dan 65 kes pada tahun 2021, the first six month saya rasa, di mana 78 peratus mangsa daripada kes keseluruhannya merupakan golongan lelaki. Walau bagaimanapun bagi kes cubaan membunuh diri, statistik menunjukkan daripada jumlah 137 kes yang dilaporkan dari tahun 2015 hingga Julai 2021, 63 peratus mangsa adalah golongan lelaki. Maksudnya, lebih ramai lelaki meninggal atau mati kerana bunuh diri kalau compare kepada wanita. Mengapa macam ini?
Stress and tension.
Ha, betul. Lelaki lebih stress. Tapi ramai lelaki tak tau mereka sangat stress. (ketawa)
CM, ditujukan. Ditujukan ke CM...(ketawa).
Wanita mereka boleh mengadu, boleh menangis, boleh bercakap-cakap dengan rakan-rakan. Dia akan panggil hotline. Tapi lelaki tak buat macam ini. Mereka semua simpan. Ini merupakan...(gangguan).
Champions.
Stereotype gender. Ya. Lelaki dia mesti tunjukkan bahawa dia kuat. Dia....(gangguan).
Champions.
Maskulin. Kalau lelaki, jangan menangislah. Itu selalu diajar dari kecil lagi. Jadi, itu dia menjadi satu characteristic lelaki. Jadi, lelaki sering dikaitkan sebagai maskulin dan kuat, menyebabkan mereka berani memilih kaedah bunuh diri yang lebih ganas dan mengakibatkan maut. Manakala bagi golongan wanita pula, yang dilihat sebagai lemah lembut akan lebih cenderung kepada kaedah yang kurang ganas dan kemungkinan tinggi tidak membawa maut. Wanita, dia ramai yang dia makan ubat. Dia makan sleeping pills, ada juga dia selepas makan dia panggil telefon. Ada juga, potong...(gangguan).
Kebanyakan potong diri, potong urat tangan.
Ya. Dia, dia sebagai dia bunuh diri untuk wanita sebagai satu cara untuk membuat protes dan bukan betul-betul mau mati. Tetapi kalau lelaki, dia betul-betul mau mati. Itulah, kematian kerana membunuh diri lebih ramai lelaki.
Hesitation cuts, they called it.
Ya. Jadi, yang pertama masalah ialah pembuangan bayi ialah ibu. Ibu yang tidak disokong, ibu yang sangat remaja muda, belum kahwin. Jadi dia dipandang sebagai satu, satu gejala yang sangat buruk. Dia dipandang rendah, dia di discriminate, tak ada orang akan sokong mereka. Walaupun mana ada manusia, tak buat tak ada kesilapan dalam kehidupan kita. Orang dewasa pun membuat kesilapan. Jadi, sekiranya mereka budak yang baru belajar, saya rasa kita perlu lebih, lebih, lebih simpati kepada merekalah. Kasihan kepada mereka dan tunjuk ajar ya. Biarlah mereka ada second chance dan bukan tidak mahu. Bukan saja tidak mau sokong mereka, tapi selalu cakap buruk terhadap mereka. Jadi kedua-dua isu sosial ini mencerminkan impak stereotype gender terhadap wanita dan lelaki. Walaupun mereka berhadapan dengan tekanan hidup yang berbeza tetapi sama-sama jatuh menjadi mangsa stereotype gender sehingga mampu meragut nyawa mereka. Oleh itu pentingnya kita menang, melengkapkan diri dengan pengetahuan dan lebih peka terhadap gender atau pun gender sensitive supaya stereotype ini dapat dihapuskan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PWDC, amat prihatin terhadap isu stereotype gender di Pulau Pinang dan senantiasa menjalankan program untuk memberi pengetahuan dan berkongsi tentang kepentingan dalam membendung keganasan berasaskan gender. Ini juga termasuk keganasan rumah tangga. Ya, keganasan berasaskan gender adalah kerana ketidaksamaan kuasa di antara pelaku dan mangsa. “It is power basee, it’s not simply gender based”. Saya ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan terima kasih kepada ADUN Bukit Tambun yang mengiktiraf usaha Kerajaan Negeri melalui PWDC dan sentiasa memberi sokongan yang sepenuhnya terhadap program kita. Ya, Tambun, Bukit Tambun, YB Bukit Tambun mempunyai sekumpulan wanita di bawah JPWKnya. Dia adalah amat-amat berjaya dalam program JPWK. Tahniah ya, YB Bukit Tambun. Jadi, mengenai khidmat sokongan bagi pembangunan sosial Pulau Pinang. Dasar Keluarga Selamat merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk menubuhkan sistem sokongan First Support Points bagi memberi bantuan segera kepada mangsa keganasan rumah tangga dengan membuat kes rujukan kepada pihak yang bersesuaian. Pada masa ini, 42 First Support Points yang melibatkan Pusat Khidmat ADUN, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Agama telah diwujudkan. Saya setuju dengan ADUN Sungai Pinang dan Seri Delima, untuk memperbanyakkan dan memperluaskan lagi sokongan serta bantuan kepada mangsa di Pulau Pinang terutamanya di sektor yang berlainan. Oleh itu, melalui kempen Peace Start From Home yang dilancarkan pada Oktober, sebanyak lapan (8) sesi kesedaran telah dijalankan, dan dihadiri seramai 300 orang peserta dari Pertubuhan Bukan Kerajaan. Institusi Pendidikan, Institusi Perubatan dan Pertubuhan Agama. Inisiatif ini adalah untuk membolehkan lebih ramai orang awam memahami isu mengenai keganasan rumah tangga dan menghulurkan bantuan kepada mangsa. Jadi...(gangguan).
Minta penjelasan. Minta penjelasan.
Ya. Okey.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Lalang, yang telah membangkitkan tentang usaha First Support Points yang telah diadakan. Saya masih ingat pada mesyuarat yang lalu, saya pun telah meminta supaya rakan-rakan kita di sebelah pembangkang juga turut bersama dengan Kerajaan Negeri bagi mewujudkan First Support Points juga di pejabat perkhidmatan masing-masinglah. Jadi, saya nak dapat tau daripada Yang Berhormat Padang Lalang sama ada rakan-rakan kita daripada pembangkang telah memohon supaya First Support Points ini, disediakan di Pusat Khidmat mereka. Dan satu lagi tadi, memang Yang Berhormat Padang Lalang telah membangkitkan tentang isu khususnya yang melibatkan kaum lelaki dalam gejala bunuh diri ini. Jadi, mungkin kita boleh cuba untuk memasukkan melalui First Support Points ini sebagai satu saluran untuk mereka mengadu memandangkan tadi Yang Berhormat Padang Lalang telah cuba untuk menerangkan sedikitlah, khususnya ciri-ciri kaum lelaki ini yang kurang suka berkongsi tentang masalah yang mereka hadapi. Jadi, mungkin itu boleh turut dimasukkan ke dalam publicity material, promosi First Support Points untuk mereka tahu sebenarnya ada saluran yang sesuai untuk mereka, terima kasih.
Okey. Terima kasih kepada Pengkalan Kota. Memang ini satu cadangan yang baik dan kami pada tahun yang akan datang, kita akan memperluaskan program kami dipanggil Girls and Boys Empowerment. Dari situ kita akan memberi tau semua boys, semua boys mengenai perbezaan gender dan behavior dan juga kita nak memberi tahu girls macam mana nak protect diri. Jangan, jangan senang ditipu.
Goda.
Supaya dia, dia jangan menjadi, menjadi, unwant, jangan ada. Di dalam menjadi sebagai watak di dalam unwanted pregnancy, teen age pregnancy. Dan juga kita mau menyarankan supaya boys jangan mengambil kesempatan dan adakan tanggung, tingkahlaku yang bertanggungjawab, ya.
Macam kita sekarang, tourism pun mesti bertanggungjawab. Jadi kalau mengadakan dating, mesti bertanggungjawab juga, ya. Jadi saya tadi ada, ada sedikit sempat, kesempatan untuk bercakap dengan kita punya YB. Permatang Berangan, ya. Dan kami cakap tentang inilah, keganasan dan isu-isu wanita dan memang beliau sangat sokong dan mungkin walaupun
bukan boleh, bukan di bawah Kerajaan Negeri atau pun PWDC, mungkin pihak-pihak Pembangkang juga boleh mengadakan program yang sama ya. Program yang sama untuk membantu masyarakatlah. Dan beliau memang sangat positif dalam perkara ini. Okey jadi, demi mempromosikan konsep keluarga bebas daripada sebarang keganasan, Kempen Penang Goes Orange atau PGO, juga telah dijalankan setiap tahun di Pulau Pinang. Tahun 2021, satu bertema berhubung “Committed, Collective” yang bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang keganasan rumah tangga dan pengwujudan First Support Points. Kempen ini telah dirasmikan oleh TYT. Tun Datuk Seri Utama, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 22 haribulan November. Pada masa yang sama, satu peranti mudah alih mobile application yang bernama “Penang Stops Violent” juga telah dilancarkan bagi memudahkan mangsa keganasan rumah tangga mencari lokasi First Support Points yang terdekat serta mendapatkan talian kecemasan yang boleh dihubungi. Di sini, izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN Padang Kota, Pinang Tunggal, Permatang Pasir, Penanti, Berapit, Machang Bubuk, Perai, Telok Air Tawar, Bukit Tambun, Pulau Tikus, Batu Lancang, Sungai Pinang, Seri Delima, Air Itam, KOMTAR dan rakan-rakan kerjasama yang giat menyokong program ini serta mewar-warkan mesej hentikan keganasan berasaskan gender.
Sungai Bakap tak sebut pun.
Ya. Sungai Bakap tak sebut...(ketawa). Okey, apa maksud dia keganasan berasaskan gender. Gender-based violent, umpamanya kalau Timbalan Speaker kerana dia seorang lelaki jadi, dia kena keganasan. Kalau wanita tak kena, hanya lelaki yang kena, ha itu maksudnya gender based. Kalau hanya wanita kerana dia dia kena keganasan kerana dia wanita ada beberapa jenayah ialah gender based umpamanya ramainya kebanyakan mangsanya ialah wanita iaitu sexsual harassment. sexual harassment dan sexual crime seperti rogol, exort itu ialah ramai wanita. Keganasan rumah tangga mangsanya 80 peratus wanita. Jadi ini dipanggil gender based, gender-based violence. Perkara ini sangat jarang berlaku di negeri lain tetapi di negara Penang, that why we are very active in promoting, the awareness in gender based violence. Saya amat berbangga untuk mengatakan bahawa kebanyakan YB. ADUN kita sangat peka gender dan menyokong segala inisiatif yang memperkasakan gender. Saya amat menghargai sokongan berterusan dari anda semua dan mereka ambik kes also. Kalau ada kes keganasan mereka pun bantu seperti Batu Lanchang. Dato’ Speaker, saya nak melaporkan tentang confinement centre. Isu Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin kita dalam english kata 'confinement center' lah juga sering kali dibangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini. Isu ini sangat penting kerana ianya berkaitan dengan kesihatan ibu dan bayi yang baru lahir. Pada masa ini, pusat penjagaan hanya diiktiraf sebagai peniaga dan didaftar di bawah lesen perniagaan kendalian Pihak Berkuasa Tempatan dan tidak termaktub dalam Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 atau pun dia Akta 586.
Justeru itu, Kerajaan Negeri melalui MMK Pembangunan Sosial telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja bagi menghasilkan Garis Panduan Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin supaya keselamatan ibu dan anak yang dijaga di pusat jagaan ini lebih terjamin. Jadi terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada YB. Sungai Pinang yang telah mengetuai Jawatankuasa Kerja tersebut dan berjaya menghasilkan garis panduan yang begitu yang begitu komprehensif. Tidak lupa juga YB. Bukit Tambun dan Berapit yang turut serta dalam Jawatankuasa tersebut. Garis panduan yang dihasilkan akan diangkat untuk kelulusan Mesyuarat EXCO sebelum diguna pakai kerana sekarang masing-masing agensi kata mereka tak ada punca kuasa untuk melaksanakan garis panduan ini. Jadi kita perlu memberi punca kuasa kepada satu agensi yang paling sesuai. Saya harap Kerajaan kita akan menerajui inisiatif ini selain selari dengan Visi Penang Leads. Sebagai EXCO Pembangunan Sosial yang bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan wanita dan kanak-kanak, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri memberi punca kuasa kepada Kerajaan Tempatan, kerana mereka merupakan agensi yang paling sesuai memberikan license untuk pusat-pusat ini.Selain daripada memberi license juga membuat kawal selia. Jadi untuk active aging, active aging dalam bahasa ialah penuaan aktif. Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Komtar dan Yang Berhormat Sungai Pinang berkenaan negara tua, aging country dan active aging….(dengan izin), Kerajaan Negeri komited dengan menghadapi cabaran masyarakat tua dan amat prihatin akan keperluan warga emas. Pada masa ini terdapat 28 Pusat Jagaan Warga Emas yang berdaftar di Pulau Pinang manakala sebanyak 51 Pusat Jagaan Warga Emas tidak berdaftar. Justeru itu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat giat menjalankan penguatkuasaan dan pemutihan bagi memastikan semua Pusat Jagaan Warga Emas di Pulau Pinang berdaftar dan beroperasi secara sah bagi menjamin keselamatan dan penjagaan kesihatan golongan warga emas. Tetapi, selain daripada membekalkan kemudahan, warga emas sendiri juga harus mengamalkan active aging dari aspek sosial, dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan fizikal seperti senaman, aerobik, berjalan-jalan di taman atau sebarang aktiviti yang menjadikan minda mereka aktif sama ada secara bersendirian atau bersama ahli keluarga, jiran dan masyarakat. Warga tua tidak harus dilihat sebagai bebanan kepada sesuatu keluarga sebaliknya mereka masih boleh memberi sumbangan kepada negara. Lebih 65 peratus daripada rakyat berusia antara 55 hingga 64 tahun di Korea, Japan dan Thailand masih aktif dalam pasaran tenaga kerja. Tetapi di Malaysia, hanya 45 peratus sahaja dalam kumpulan usia ini yang aktif bekerja. Demi merancang pelan tindakan active aging, satu kajian garis pangkal atau pun baseline research akan dijalankan oleh PWDC dan Penang Institute untuk mengkaji situasi active aging di Pulau Pinang serta mencadangkan tindakan sesuai untuk menggalakkan amalan active aging di negeri ini. Mengenai penglibatan wanita dan lelaki yang seimbang dalam kepimpinan, kita ada Dasar Keterangkuman Gender, JPWK dan Sidang Wanita. Isu-isu sosial yang dikatakan tadi akan sentiasa dibangkitkan sekiranya tiada perspektif gender dan akan terus menjadi parah sekiranya sistem perundangan kita didominasikan oleh satu gender sahaja. Sebagai contoh, isu Confinement Center yang dibangkitkan oleh wakil wanita, iaitu selalunya ialah ADUN Sungai Pinang.
Penglibatan wanita terutamanya di dalam proses perundangan dan pentadbiran adalah amat penting dan impaknya jelas kelihatan semasa pandemik COVID-19 ini. Berdasarkan kajian daripada Bloomberg pada tahun ini, lapan daripada sepuluh negara terbaik dalam senarai pengurusan pandemik COVID-19 mencapai lebih daripada 30 peratus penyertaan wanita dalam bidang perwakilan rakyat termasuk negara Finland, Switzerland, Netherlands, Denmark, Ireland, France, Norway dan Spain. Negara-negara ini juga berada di sepuluh tempat teratas di Indeks Kesaksamaan Gender atau pun Gender Equality Index tahun ini. Oleh itu, perwakilan gender yang seimbang di sistem perundangan dan pentadbiran adalah amat penting bagi menjana dasar-dasar pembangunan negeri yang menjamin kesejahteraan semua rakyat di Pulau Pinang. Dasar Keterangkuman Gender yang telah dilaksanakan sejak tahun 2019 merupakan salah satu usaha memupuk nilai dan amalan keterangkuman gender oleh Kerajaan Negeri. Hal ini termasuk pengamalan Pengurusan Keseimbangan Gender atau pun Gender Balanced Management yang menekankan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita di Jabatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, pelantikan MPKK dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan. Kini, kedua-dua pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan buat pertama kalinya telah mencapai lebih daripada 20 peratus pengisian wanita sejak tahun 2018.Manakala di peringkat MPKK pula majoriti telah mencapai kuota 30 peratus ahli Wanita.
YB. Timbalan yang di –Pertua Dewan: Bagan Lalang ada orang nak cakap.
YB. Bagan Lalang. Saya nak jelas sikit. Duk tunggu lama. YB tak stop saya tak dapat celah. Tentang, confinement center, confinement centre memang kita amat tertarik dengan itu. Sebab kita nampak confinement center zaman sekarang memang dah banyak ditubuhkan di tempat-tempat yang sekarang lebih moden, hotel-hotel pun dah ditukar kepada confinement center.
Betul. Betul.
So saya nak soalan saya, saya nak tanya sekarang untuk buat satu apa itu undang-undang baru so saya nak tau setakat ke peringkat mana dah? Kita punya persiapan itu sampai ke peringkat mana? Kalau nak diserahkan sepenuhnya kepada PBT saya ingat PBT dapat kekangan juga dari segi penguatkuasaan. Sebab PBT tak dak mahir dalam segi kesihatan. So terlibat kesihatan dengan budak-budak kecil yang mereka, saya pernah pergi tengok tapi saya rasa juga takut ada yang tak ada kawalan yang lebih ketat. Adanya bayi-bayi yang sepuluh atau pun dua puluh orang dalam satu bilik. So saya difahamkan kalau bayi atas jangkitan memang cepat dia akan satu kepada satu jangkitan memang cepat. So saya baru-baru terdengar juga satu confinement centre yang baru dijangkit COVID, satu, satu sahaja telah disampai kepada banyak budak yang baru sebulan juga tidak di...(gangguan).
YB. Timbalan yang di-Pertua Dewan: Batu Lanchang confinement center for mother or the child?
Both their now their all the both. Now all together one. So masalahnya siapa yang akan pergi menjaga dari segi kesihatan. Maksudnya satu bilik berapa besar kena kawal berapa bayi dan mothers macam mana? So saya ingat PBT tak ada bidang kuasa dengan bidang kepakaran dari segi enforcement ini lah. So saya nak taw jabatan-jabatan lain ada terlibat bersama untuk membuat satu garis panduan tetap dan penguatkuasaan mereka.
Okey. Terima kasih. memang isu ini saya dengar juga kerana pada sidang yang lepas soalan mengenai confinement center semua orang kata bukan skop kerja mereka, bukan bidang kuasa mereka. Tak ada agensi yang, yang menyambut soalan, itulah saya membuat saya nak buat satu garis panduan dan mencari satu agensi untuk bertanggungjawab untuk isu ini. Kerana memang ada demand ya, kita mungkin perlu kita akan lihatlah mana satu yang paling sesuai sekiranya kita tengok apakah yang mereka tidak, tidak, tidak boleh buat. What is weakness kalau mereka kata tak boleh? Jadi saya rasa Kerajaan Pulau Pinang boleh memberi sokongan sampai dia boleh buat. Kalau tidak macam mana? Semua orang kata ini kata bukan dia punya punca kuasa tak ada punca kuasa. Kita akan bagi punca kuasa dan kita akan memberi resources kalau tak ada. Tapi saya rasa dalam garis panduan itu memang sudah ada macam mana nak jaga bayi-bayi itu. Apakah peraturan atau pun syarat-syarat? Ini seperti di dalam hospital dia pun ada bilik bayi kita ikutlah syarat-syarat bilik bayi itu. One, one caretaker kepada berapa bayi?
YB. Timbalan yang di-Pertua Dewan: Due natal-ward, due-natal, the words is due-natal.
Due-natal. Dia atau pun dia social what is social distancing between them ya. Saya rasa kita boleh buat kalau kita ada azam...(gangguan).
Memang saya sokong, Padang Lalang.
Memang Padang Lalang.
Memang, memang saya sokong dia kena dibuat sebab memang .....(gangguan) you kena buat, kena buat, pasti kena buat yang itu sebab tak ada orang control dia akan menjadi lagi susah lagi dan semasa saya jadi Ahli Majlis, sudah saya bangkitkan isu-isu ini tapi tak terjadi-jadi so saya amat gembira hari ini kalau.....(gangguan)
Jarakkan distance maybe before, during before COVID was different, now we COVID we should be practice differently lah.....(gangguan).
No this issue been the five six years ago, dengan maaf.....(gangguan) enam tahun yang lebih, enam tujuh tahun lebih. Sememang saya sokong kalau adanya syarat atau pun undang-undang dikuatkuasakan terhadap isu ini. Terima kasih.
Okey.
Yang Berhormat Padang Lalang.
Saya, saya bagi chance kepada Sungai Pinang kerana dia yang buat garis panduan itu.
Tiga penggal dah isu confinement center.....(gangguan)
Dia punya anak semua sudah besar.
(gangguan) ini jaguh wanita yang lain, ibu yang lain.....(gangguan)
Itu sebab anak saya.....(gangguan) even anak saya sudah besar masih saya akan ada cucu kan.....(gangguan) so sekarang kita nak selesaikan. Saya ada confident, dia mesti akan selesai, akan selesai.
Masih berjuang untuk anak atau cucu?
Anak cucu cicit. Then saya nak bagi sedikit info bahawa memang kita adakan mesyuarat dan kita melibatkan JKN. Dan berterima kasihlah kepada Doktor Iqbal, dia beri pandangan dan seperti jarak dengan dinding dan dengan bassinet. Maka dia ada lah 15.2, I think 15.2 centimeter atau jarak, jarak bassinet ialah 0.3 meter. Dia ada lah, dia ada punya SOP. Kita, kita ambil kira, kita ikut apa yang dicadangkan, dinasihatkan oleh doktor-doktor di mana garis panduan itu ada diguna pakai di kemungkinan di hospital. Jadi kita guna pakai. Saya rasa isu ini telah timbul begitu lama. Tak ada punca kuasa, tu saya rasa kita create lah punca kuasa. Dan satu adalah bahawa, kejap eh nak kata apa pula...(gangguan).
Terima kasih.
Ada, ada, ada, ada. Satu ada lah oh jadi lagi satu bila kita sentuh tentang kesihatan selalunya kita sangka confinement center itu dia cuma dia adalah satu tempat sebagai satu tempat pusat jagaaan ibu berehat dan ada orang jaga. Ada penjaga jaga bayinya, kan selepas bersalin ibu ini dia, dia letih, dia lemah. Jadi ada satu tempat untuk dia rehat. Dia bukan pesakit. Jadi kesihatan itu kalau ada apa isu kesihatan sepatutnya pergi ke hospital maka dia selalunya ada banyak pihak try, ini adalah di bawah kesihatan. Maka kalau ibu kah atau bayi ada isu kesihatan, pergi ke hospital. Maka jadi saya rasalah kerajaan tempatan, kita ada kesihatan awam, kita ada doktor maka we can look into this and then we create the punca kuasa. Okay, terima kasih.
Yang Berhormat, sikit Yang Berhormat. Saya nak menyokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Pinang sebab Yang Berhormat bila sebut soal punca kuasanya sebab Yang Berhormat daripada Padang Lalang telah bangkitkan benda ni dah banyak tahun. Bila kita bicara soal punca kuasa ni saya ingat di Pulau Pinang kalau dulu kita mengharapkan di peringkat Persekutuan ada punca kuasa tu tapi benda tu tak berlaku dan sekarang ni soal kesihatan awam ini dia melibatkan PBT dan saya rasa di situ sebenarnya yang menjadi kunci. Makna kedua-dua Majlis, MBPP dan MBSP boleh mengambil inisiatif untuk memberikan punca kuasa tu supaya confinement center ini dapat diregulate di negeri Pulau Pinang. Saya percaya di peringkat pembangkang pun kita tidak ada masalah untuk menyokong usul seperti ini kerana ini adalah demi......(gangguan) ya perkhidmatan. Bukan untuk saya sahaja tapi untuk semualah kerana saya lihat trend penggunaan confinement center ini bukan hanya tertumpu pada satu kaum sahaja sebenarnya, bahkan semua. Melibatkan bahkan dalam masyarakat Melayu pun hari ini sudah ramai yang melihat kepada keperluan untuk tinggal di confinement center untuk penjagaan yang lebih baik. Jadi saya harap Yang Berhormat Padang Lalang boleh gerakkan usul ini segera melalui PBT dengan PBT memberi punca kuasa itu. Baik di MBPP dan juga MBSP dan saya yakin itu boleh dilakukan.
Yang Berhormat, yang saya tak setuju sedikit dengan Seberang Jaya saja. Kalau boleh punca kuasa datang dari Kerajaan Negeri, satu garis panduan yang selari. Nanti Pulau Pinang buat satu, Seberang Perai buat satu. Itu akan jadi masalah juga. Then esok lusa akan ada operator yang datang kenapa dekat Pulau boleh yang ini, dekat Seberang tak boleh yang ini. So sepatutnya satu garis panduan daripada Kerajaan Negeri apply to the both PBT.
Ya, ya tambahan sedikt. Ya memang garis panduan yang kita cadangkan adalah selaras di satu negeri. Terima kasih.
Okey. Ya garis panduan ini akan diguna di MBSP dan juga MBPP, yang pertama. Yang kedua, saya akan pohon saya akan bawa paper ke EXCO untuk memohon EXCO menturunkan punca kuasa kepada kedua-dua PBT ini. Okey terima kasih kepada sokongan semua. Kan saya sudah kata memang ADUN-ADUN kita sangat gender sensitive. Demi menggalakkan penglibatan wanita dalam bidang kepimpinan, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti penganjuran Program Sidang Wanita dan penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK). JPWK telah ditubuhkan sejak tahun 2019 dan telah memberi peluang kepada lebih 600 wanita bagi menganggotai jawatankuasa tersebut di mana mereka terlibat secara langsung dalam perancangan dan pelaksanaan lebih daripada 2,000 program dan projek yang berteraskan wanita dan keluarga. Sekadar perkongsian, JPWK Padang Lalang telah memenangi anugerah dari JCI Malaysia, Sustainable Development Award bagi kategori SDG 5: Gender Equality baru-baru ini. Kerajaan Negeri melalui PWDC juga telah menganjurkan Sidang Wanita bagi memberi peluang kepada semua wanita untuk mengalami pengalaman baharu sebagai wakil rakyat dan mendapat pendedahan tentang perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri sebenar. Saya ingin membalas kepada ADUN Pulau Tikus bahawa Sidang Wanita akan diteruskan dan terima kasih kerana sentiasa menyokong program ini. Sidang Wanita 2.0 akan diteruskan pada tahun ini dan akan diadakan pada 4 hari bulan Disember nanti. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Speaker kerana sekali lagi memberi peluang serta menyokong perjalanan program ini. Pengenalan Top-Up Women Only Additional Seat atau pun TWOAS atau Kerusi Tambahan Untuk Wanita Sahaja pada tahun 2020 ke dalam sistem perundangan Kerajaan Negeri merupakan satu proses semula jadi selepas dasar kuota 30 peratus telah dilaksanakan di tahap MPKK, Ahli Majlis dan Jabatan Kerajaan Negeri. Jadi ini adalah semuanya selaras dengan Dasar Keterangkuman Gender yang di Pulau Pinang. Satu-satu negeri di seluruh negeri yang ada dasar ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ADUN Jawi, ADUN Seri Delima, Permatang Berangan, Bagan Dalam, Pulau Betong, Bukit Tambun, Sungai Pinang yang menunjukkan sokongan kepada inisiatif TWOAS dan menyeru agar semua parti politik menghantar sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita pada pilihan raya yang akan datang. Saya amat sokong dengan cadangan ini. Saya rasa YB. Pengkalan Kota dan Machang Bubuk mereka pun juga sokong juga tapi dia kerana tak ada cukup masa untuk ucapkan dalam Dewan
ini. Dan saya juga nak mengucapkan banyak terima kasih kepada rakan-rakan EXCO yang semuanya sokong ke atas TWOAS ini, sistem TWOAS ini. Kepada ADUN Air Itam dan Bagan Dalam, saya menjamin pelaksanaan TWOAS tidak akan menjadi titik permulaan menghakiskan demokrasi dan ianya bukan free ticket untuk melibatkan diri di dalam DUN. Sebaliknya inisiatif ini akan menghalang penyalahgunaan sistem. Calon TWOAS akan dipilih daripada senarai calon yang dikemukakan oleh parti politik dan keputusan Pilihan Raya Negeri daripada Suruhanjaya Pilihan Raya dengan memakai senarai dan keputusan tersebut dalam proses pemilihan. Selain itu.…(gangguan).
Yang Berhormat dua minit lagi.
Saya, saya mohon untuk diberi masa yang lebih kerana memakai face mask ini tak boleh ucap dengan cepat. Tak cukup oksigen ya. Jadi pohon, pohon.
Sebagai yang diminta oleh Perai sebagai janda, okey saya akan tambah lima minit untuk you.
Ini ini hanya satu portfolio. Ini kerana pembangunan sosial ini besar merangkumi semua rakyat di dalam Pulau Pinang dan wanita merupakan 51peratus population dan ada lagi itu agama selain Islam. Jadi pohonlah
Dah diluluskan tambahan lima minit.
Selain itu, untuk menjawab juga soalan ADUN Bagan Dalam, Kerajaan Negeri juga menjamin calon-calon TWOAS ini berkelayakan dan bermastautin di Pulau Pinang. Sistem ini serupa dengan Party List yang dilaksanakan di negari Jerman, Taiwan, New Zealand. Justeru, calon TWOAS juga dipilih oleh rakyat secara tidak langsung dan merupakan satu proses yang demokratik. Pada masa ini, Jawatankuasa Kertas TWOAS, kerja TWOAS telah menghasilkan satu Kertas Putih dan dokumen ini telah diedarkan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri. Dokumen ini memberikan penjelasan tentang kaedah pelaksanaan TWOAS dan dan kebaikannya secara mendalam. Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat membaca Kertas Putih ini dan memberi sepenuh sokongan terhadap inisiatif ini dan Ahli-ahli Jawatankuasa kertas TWOAS ini menyarankan saya ucapkan terima kasih kepada semua dan juga khasnya kepada Kerajaan Negeri yang berani membuat, membuat satu structural change yang, yang berani. Jadi untuk memaklumkan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, Pusat Penang2030 merupakan satu pusat
gunasama shared-space yang boleh dimanfaatkan secara optimum bagi menjalankan….(gangguan).
YB. saya mohon laluan sikit pasal TWOAS ini.
Masa yang diberi pun cukup untuk beliau.
Yang Berhormat tentang isu representasi 30 peratus representasi di kalangan wanita ini memang saya daripada awal menyokong usaha ini kerana saya merasakan penglibatan wanita adalah penting dalam bukan hanya soal kehidupan seharian tapi juga dalam usaha pembangunan negeri dan juga pentadbiran kerajaan. Tetapi polisi yang ingin dibawa atau cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat ni saya risau ada dua risiko. Pertama, risikonya adalah bila adanya TWOAS ini menyebabkan parti-parti politik akan memilih tak apa tak yah letak calon untuk pilihan raya, nanti masuk je dalam TWOAS, satu. Saya, saya melihat ini sebenarnya untuk memberi kuasa kepada kerana ini adalah ADUN lantikan konsepnya hampir sama dengan ADUN lantikan. Jadi syarat-syaratnya itu perlu di study atau dilihat kerana ini melibatkan Perlembagaan Negeri, pertama. Keduanya, walaupun kita lihat ada representation sepatutnya TWOAS ini kalau nak dilaksanakan harus dilihat daripada awal dulu maknanya kalau jumlah DUN kerusi kita 40 hanya jika 40 ADUN itu tidak diwakili 30 peratus representasi wanita barulah pergi kepada TWOAS. Jadi sebab itu pada saya sekarang ni, kalau kita lihat kepada TWOAS ni semata-mata dia akan ada masalah kalau kata nanti kita lihat pula kepada kami dah undi 18 bagaimana pula ketika itu kita bincang soal mereka yang berumur 25 tahun ke bawah tapi tidak ada representasi dalam Dewan. So jadi sebab itu kalau kita nak ubah ni dia akan melibatkan constitution negeri, Perlembagaan Negeri maka saya melihat mungkin di expand atau dibesarkan lagi dan bukan hanya kepada wanita tetapi juga kepada golongan minoriti yang lain dalam soal isu ADUN lantikan ini dan pada masa yang sama kita juga kena address dengan isu yang mana kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang hanya 40. Kalau berlakulah apa-apa krisis yang menyebabkan jadi 20-20 makna its not odd no, it’s even no. Di sini saya ingat mungkin kita kena kaji bersekali bukan hanya soal representasi wanita 30 peratus ini akan menyebabkan menggubal semula Perlembagaan Negeri saya mohon pandangan Yang Berhormat Padang Lalang.
Terima kasih Yang Berhormat Seberang Jaya isu-isu yang dibawa oleh Seberang Jaya memang semua telah dibincang oleh Jawatankuasa ini dan juga pernah dibawa oleh ADUN-ADUN yang lain. Kita sudah teliti semua ada semuanya ada di dalam buku ini the White Paper ini saya harap semua boleh baca sana, sekiranya kita bernasib baik saya harap kepada sidang yang akan datang kita boleh membahas, kita boleh mentablekan ini secara untuk to ammend the constitution and to have Rang Undang-Undang supaya kita boleh melaksanakan. Saya rasa apa yang dinyatakan adalah ada point ada kepentingan tetapi pada waktu sekarang, yang kita buat dahulu lah untuk kaum wanita dahulu selepas itu kita boleh buat pindaan kita boleh merangkumkan kumpulan-kumpulan yang lain.
Minta penjelasan sikit, terima kasih Yang Berhormat Padang Lalang hari itu sememangnya saya, perbahasan saya memang saya nak bahas, nak sentuh berkenaan dengan TWOAS tetapi hari itu Timbalan Speaker memang strict atas masa yang diberikan tapi saya harap beri saya sedikit masa untuk bagi pandangan saya, bagi saya memang saya sokong pelaksanaan TWOAS ini tapi daripada apa yang saya perhatikan khususnya pada mesyuarat kali ini saya mendengar perbahasan Yang Berhormat Sungai Pinang, Yang Berhormat Seri Delima dan Yang Berhormat Berapit dan cumanya masa kita mengadakan persidangan, kita faham memang mereka adalah representasi bagi kaum wanita di dalam Dewan yang mulia ini cumanya atas sebab faktor-faktor yang berlainan mungkin dari segi masa dan juga peluang yang ada. Saya rasa dalam keseluruhan masa yang diberikan untuk mengadakan perbahasan tersebut isu-isu yang berkait rapat khususnya dengan kaum wanita dan juga keluarga tu sebenarnya telah pun disingkatkan sebab saya pun faham dan Yang Berhormat Sungai Pinang, Yang Berhormat Seri Delima, Yang Berhormat Berapit dan Yang Berhormat Pematang Berangan juga perlu membawa isu dari kawasan sendiri juga itu adalah kekangan yang tersebut. Jadi saya pun pernah mencadangkan supaya mungkin kita boleh lihat kepada sistem mesyuarat kita, persidangan kita sama ada satu hari khusus kita hanya membincangkan isu tentang kaum wanita dan keluarga. Saya percaya Yang Berhormat Seberang Jaya juga kalau diberi peluang dan masa bangkit juga tentang isu wanita dan keluarga juga sekiranya peluang tu diberi secara cukup dan saya juga yakin rakan-rakan seperjuangan saya Yang Berhormat - Yang Berhormat daripada kaum lelaki jika ada peluang itu boleh bawa itu juga tapi itulah had masa dan sistem persidangan kita yang sedia ada mungkin menjadi sebahagian daripada sekatan itu, jadi harap cadangan itu dapat dipertimbangkan.
Terima kasih, 20 minit campur 2 minit, 22 minit dah.
Okey terima kasih YB Pengkalan Kota, saya mengenai ini Pusat Penang2030 saya nak menjelaskan satu point ialah pusat ini bukan bertujuan untuk mengambil alih fungsi Pusat Khidmat KADUN tetapi untuk membolehkan Kerajaan Negeri lebih mendekati dan memahami keperluan rakyat dan juga boleh menganjurkan program-program kemasyarakatan dan untuk membawa mesej-mesej Kerajaan kepada komuniti....(gangguan).
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ada, saya nak minta satu saja, bukan soalan...(gangguan).
Tak ada masa, Bagan Dalam duduk dulu, sebab masa sini sudah lari.
Nanti, nanti saya ada isu mengenai Hal Ehwal Bukan Islam. Terima kasih kepada Y.A.B. Ketua Menteri kerana terus menyokong dan memperuntukkan bajet berjumlah RM1.1 juta kepada Penang Harmoni Corporation Sdn.Bhd. bagi meneruskan pelbagai program keagamaan dan keharmonian di bawah portfolio saya pada tahun depan. Memperkasakan urus tadbir Hal Ehwal Bukan Islam, itulah kita menubuhkan Penang Harmoni Corporation atau pun HARMONICO. Seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Penang Harmoni Corporation Sdn. Bhd. atau HARMONICO bertujuan untuk mengukuh lagi urus tadbir Hal Ehwal Bukan Islam pada masa yang sama berperanan untuk memupuk nilai-nilai sejagat dan kefahaman rohani dalam kalangan agama yang berbeza sebagai asas kepada masyarakat yang inklusif dan harmoni. HARMONICO juga telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program seperti Cycle The World, Cycle For Peace bagi menyampaikan mesej kedamaian sebenar sempena Sambutan Hari Kedamaian Antarabangsa. Keharmonian dan kedamaian tidak akan tercapai sekiranya tiada kesefahaman sesama bangsa, agama dan budaya. Kerajaan Negeri melalui HARMONICO telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan siri video berkaitan perayaan-perayaan di Malaysia yang dinamakan sebagai Kenali Perayaan Kita. Siri video tersebut memaparkan latar belakang perayaan-perayaan dan turut menekankan nilai-nilai murni untuk dihayati oleh masyarakat. Antara video yang telah dihasilkan adalah bagi Perayaan Hari Raya Haji, Perayaan Hungry Ghost, Navaratri, My Emperor God dan Kathina. Saya percaya bahawa dengan memahami adat budaya kaum lain, rasa hormat itu akan timbul. Sikap saling menghormati dan memahami antara pelbagai kaum adalah kunci kepada keamanan, keharmonian dan perpaduan kita selama ini. Selain itu bagi menyokong program Imunisasi Kebangsaan, HARMONICO telah bekerjasama dengan beberapa pertubuhan keagamaan bagi menggalakkan penganut-penganut mereka untuk mendapat vaksin. HARMONICO akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan bagi memastikan kita dapat membentuk masyarakat yang inklusif dan harmoni. Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu Jawatankuasa Penyelarasan Rumah Ibadat Bukan Islam bagi tujuan melaksanakan beberapa inisiatif antaranya adalah untuk menyelesaikan sebarang isu-isu yang melibatkan Rumah Ibadat Bukan Islam serta memperakukan permohonan pemberimilikan dan pajakan tanah bagi tapak baru atau penggantian tapak bangunan keagamaan selain Islam. Untuk makluman sebarang tindakan penguatkuasaan terhadap RIBI yang dibina tanpa permit perlu juga dirujuk kepada Jawatankuasa ini agar Rumah-Rumah Ibadat Bukan Islam di negeri ini lebih terjamin. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM8,479,009.44 di bawah Jawatankuasa Tabung Amanah RIBI atau pun Rumah Ibadat Bukan Islam sejak 2016. Sehingga kini kepada pelbagai tokong Cina dan Buddha, kuil India, gereja dan gudwara. Untuk makluman semua, kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah RM300,000 setiap tahun semenjak 2018 kepada MMK Hal Ehwal Bukan Islam untuk menganjurkan program-program keagamaan serta bagi menyokong aktiviti-aktiviti komuniti dan kemasyarakatan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Agama mahupun Rumah Ibadat Bukan Islam. Sehingga kini sebanyak 74 RIBI telah menerima peruntukan melalui MMK Hal Ehwal Bukan Islam. Peruntukan ini juga diberi kepada RIBI-RIBI yang menganjurkan program komuniti. ini menepati hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mewujudkan satu persekitaran di mana RIBI juga memainkan peranan sebagai Pusat Komuniti sebagai contoh sempena Perayaan Krismas pada tahun ini sebanyak RM47,000 telah diperuntukkan kepada 10 gereja di Pulau Pinang yang melibatkan diri dalam aktiviti komuniti. Saya juga percaya bahawa ramai Ahli-ahli Yang Berhormat juga turut menganjurkan pelbagai program komuniti bersama RIBI atau persatuan keagamaan dengan menggunakan peruntukan kewangan masing-masing.
Dato’ Speaker, kami memberikan saya memberikan semua peruntukan ini kerana ada orang menegur Kerajaan Negeri mengapa bukan Islam hanyalah RM1.1 million tapi untuk Islam RM70 million. Mereka membuat perbandingan seperti ini, saya rasa perbandingan tak boleh buat begitu sajalah kerana ada banyak lagi peruntukan tidak dinyatakan di dalam Bajet ini, jadi saya ada sedikit saja. Kerajaan melalui Pihak Berkuasa Tempatan juga telah menetapkan bahawa setiap permohonan Kebenaran Merancang bagi memacu kemajuan perumahan yang dikemukakan oleh pemaju disyaratkan untuk menyediakan tapak RIBI. Saya tidak tahu sama ada Kerajaan Barisan Nasional ada syarat seperti ini, atau dasar seperti ini. Di sini saya juga ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sejak tahun 2013 sehingga tahun ini Kerajaan Negeri melalui PBT, Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Pejabat Daerah Dan Tanah dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah memperuntukkan anggaran keluasan tapak sejumlah 41.68 ekar kepada 134 RIBI. Jadi kami melihat peruntukan tanah kepada RIBI sebagai tanggungjawab sosial sesebuah kerajaan saya harap Kerajaan Pusat pun buat begitulah.
Yang Berhormat sudah satu jam 3 minit.
Sikit saja.
Pertama Kedah kena belajar daripada Pulau Pinang. Jangan kacau RIBI-RIBI di Kedah.
RIBI adalah antara kumpulan yang terkesan akibat daripada penularan wabak COVID-19 jadi susulan daripada itu Kerajaan telah memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,000 one-off kepada RIBI di Pulau Pinang. Jadi sejumlah RM925,000 telah diperuntukkan bagi membantu RIBI-RIBI yang terkesan daripada COVID-19. Jadi, sejumlah RM601,000 telah diperuntukkan kepada, there is 1.1 and 2.1 ya, jadi sejumlah agak besar juga sudah diberikan kepada RIBI-RIBI sebagai Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang.
Terima kasih Padang Lalang.
Akhir sekali, sudah mau habis dah. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan pandangan dan cadangan-cadangan penambahbaikan yang melibatkan perkara-perkara di bawah portfolio saya. Kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap inisiatif-inisiatif yang
telah dilaksanakan oleh MMK Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam amat saya hargai. Jutaan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri…(gangguan).
Dato’ Speaker, last. Permintaan sikit je.
Tak ada masa Batu Lancang. Satgi boleh tanya, apa nak tanya boleh tanya di luar dengan Padang Lalang.
Permintaan, permintaan.
Atas kepercayaan yang diberi dan belanjawan yang telah diperuntukkan kepada MMK Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam.
Batu Lancang duduk. Batu Lancang sekali duduk.
Bukan saya tak mau bagi tapi saya tak ada masa ya. Sorry ya.
Batu Lancang dua kali duduk.
Sokongan Y.A.B. Ketua Menteri untuk Dasar Keterangkuman Gender telah menjadi beliau sebagai jaguh agenda wanita. Bolehkah semua orang tepuk sikit? Akhir kata, saya akan meneruskan usaha dan lebih proaktif dalam mencapai agenda pembangunan sosial. Saya menyeru kepada semua pihak sama ada lelaki atau pun wanita, ibu dan bapa termasuk masyarakat sekeliling untuk lebih prihatin dalam memainkan peranan dan laksanakan tanggungjawab masing-masing. Ingatlah, kedamaian bermula di rumah. Keluarga Damai, Rakyat Bersatu, Negeri Maju. Sekian, terima kasih, saya mohon menyokong.
Terima kasih Padang Lalang. Dipersilakan Yang Berhormat Perai.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah memberi impak yang besar terhadap pasaran tenaga kerja. Negeri Pulau Pinang juga tidak terkecuali daripada terkena tempias di mana Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah melaporkan jumlah pekerja dihentikan secara pemberhentian tetap atau sukarela dari bulan Mac 2020 sehingga Oktober 2021 adalah seramai 13,000 orang. Manakala dari segi tenaga buruh, STB yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bahawa Pulau Pinang mencatatkan kadar pengangguran sebanyak 3.5 peratus pada suku tahun pertama 2021 dan kadar ini menaik terus meningkat kepada 3.9 peratus untuk suku tahun kedua 2021. Justeru memberi impak negatif kepada pasaran buruh negeri. Namun begitu, pada suku ketiga tahun 2021, kadar pengangguran di Pulau Pinang menunjukkan pola penurunan di mana kadar pengangguran turun 0.2 peratus dan mencatat nilai 3.7 peratus. Manakala bilangan penganggur di Pulau Pinang terus turun marginal 0.1 peratus iaitu daripada 37,200 orang penganggur yang direkodkan pada suku tahun kedua 2021 ke 34,000 orang penganggur bagi suku tahun ketiga tahun 2021. Ini menunjukkan bahawa seiring dengan keputusan Kerajaan dalam membuka sektor-sektor ekonomi untuk beroperasi mengikut peralihan Fasa Pelan Pemulihan Negara telah melonjakkan semula peluang pekerjaan dan merancakkan ekonomi. Tidak dilupakan dengan usaha Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam pemberian vaksin kepada penduduk Pulau Pinang memainkan peranan penting dan menurunkan kes COVID-19. Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Sungai Dua, berkaitan peluang pekerjaan yang disediakan kepada golongan hilang pekerjaan di Pulau Pinang khususnya kepada rakyat tempatan serta syor Yang Berhormat Batu Uban supaya Kerajaan Negeri bekerjasama dengan PERKESO untuk meluaskan promosi dan membantu rakyat yang menganggur untuk mendapatkan pekerjaan, ingin saya maklumkan bahawa mengikut portal MyfutureJobs, jumlah kekosongan pekerjaan yang wujud di Negeri Pulau Pinang sehingga 26 November 2021 adalah sebanyak 19,392. Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat Pulau Pinang yang kehilangan kerja antaranya adalah Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Pusat Bantuan Kerjaya dan Bakat Pulau Pinang (Pusat CAT) telah melaksanakan pemadanan kerja secara berkumpulan (group job matching) untuk membantu pencari kerja dengan menjalankan pemadanan jawatan bersesuaian apabila menerima permintaan daripada majikan atau syarikat. Kedua, jangkauan kepada agensi-agensi pekerjaan lain secara proaktif telah dilaksanakan oleh Pusat CAT bagi memahami peluang-peluang pekerjaan yang aktif untuk dipanjangkan kepada pencari kerja melalui laman sesawang serta Facebook Pusat CAT dan ini termasuk juga bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam membantu pencari kerja melalui program-program seperti latihan, kaunseling, insentif kewangan dan lain-lain. Selain itu, nombor tiga, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Pusat CAT telah memainkan peranan untuk meningkatkan pertumbuhan sumber manusia melalui kempen My Penang, My Workplace yang bertujuan untuk membantu golongan yang hilang perkerjaan dan sumber pendapatan. Di bawah kempen ini terdapat beberapa siri webinar bertajuk Onwards & Upwards: Explore New Careers in Penang telah dianjurkan oleh Pusat CAT yang disertai oleh syarikat-syarikat di Pulau Pinang bagi memberi perkongsian kepada pencari kerja.
Yang Berhormat Sungai Dua turut bertanya mengenai isu penglibatan pelajar kawasan bandar dan luar bandar yang tidak seimbang untuk program-program Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM). Untuk makluman Yang Berhormat, setiap program STEM yang dilaksanakan oleh agensi-agensi yang terlibat sebenarnya adalah terbuka kepada semua sekolah di Pulau Pinang dan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Mengikut data daripada Penang Science Cluster yang menganjurkan program Coding for All yang meliputi pertandingan dan latihan kepada guru, sebanyak 2,300 orang pelajar dan 430 orang guru telah menyertai program-program tersebut. Manakala, berdasarkan maklumat Tech Dome Penang bagi tahun 2021, seramai 54,000 orang pelajar terlibat secara keseluruhan bagi program-program anjuran Tech Dome iaitu program Women in Zcience, Grand STEM Challenge, Step Up, Robomania, Ahli Teknologi Muda (AI) dan Penang Digital Literacy Camp. Daripada jumlah ini, seramai dekat 40,000 orang pelajar iaitu 72 peratus adalah dari sekolah-sekolah bandar manakala 15,220 orang orang pelajar iaitu lebih kurang 29 peratus adalah dari sekolah-sekolah luar bandar. Jadi, kita boleh lihat bahawa ada perbezaan ketara dari segi penglibatan sekolah luar bandar berbanding dengan sekolah bandar. Namun ingin saya perjelaskan di sini bahawa perbezaan ini adalah kerana sekolah-sekolah luar bandar pada kebiasaannya adalah sekolah bersaiz kecil maka jumlah keseluruhan pelajar adalah lebih kecil berbanding dengan sekolah-sekolah bandar. Selain itu, capaian internet turut menjadi antara faktor penentu bagi sekolah-sekolah luar bandar dalam menyertai program secara dalam talian. Selain daripada ini, Program Penggalakan Sains dan Teknologi (PPST) merupakan satu program yang memberi pendedahan ilmu sains dan teknologi serta aplikasinya dalam kehidupan harian bagi memupuk minat pelajar dalam menceburi kerjaya dalam bidang sains dan teknologi. Program ini adalah terbuka kepada semua sekolah di Pulau Pinang. Namun bagi meningkatkan penyertaan pelajar dari kawasan luar bandar, keutamaan diberikan kepada sekolah-sekolah dari luar bandar dan kepada pelajar daripada golongan B40. Bagi memberi pencerahan kepada pertanyaan Yang Berhormat Permatang Berangan sama ada Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan pihak swasta untuk membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi iaitu melalui InvestPenang dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk menggalakkan syarikat multinasional untuk melokalisasikan rantaian bekalan (supply chain) dan memberi perkhidmatan fasilitasi dalam business matching yang mana secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada perniagaan tempatan. Berdasarkan pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan di Pulau Pinang dari Januari 2020 sehingga Jun 2021 dianggarkan sebanyak hampir 16,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan di Pulau Pinang secara berperingkat pada tahun-tahun yang akan datang. Seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat ADUN Permatang Pasir, inisiatif Kerajaan Negeri seperti ini harus disokong dan diberi tumpuan bagi memastikan peluang pekerjaan dapat diwujudkan pada masa akan datang terutamanya untuk golongan graduan memastikan kelangsungan hidup rakyat Negeri Pulau Pinang terus terjamin. Berkaitan cadangan Yang Berhormat Air Itam supaya perhatian diberi kepada kesesakan lalu lintas dan pergerakan pelajar di sekolah memandangkan sesi persekolahan secara bersemuka telah dimulakan dan pertanyaan berkaitan vaksinasi guru serta kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dalam menyokong Ahli Dewan Undangan Negeri untuk memberi sumbangan kepada pelajar di kawasan ADUN masing-masing. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi mengatasi isu kesesakan lalu lintas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Garis Panduan, FAQ dan 5 Model Penyuraian Murid. Model 1 adalah berkaitan menggunakan ruang menunggu dalam kawasan sekolah dan Model 2 adalah laluan terarah dan sehala. Model 3 mengesyorkan kawalan keberadaan murid oleh pihak Polis, Rela,
Pihak Berkuasa Tempatan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Alumni, kumpulan sokongan ibu dan sukarelawan iaitu ibu bapa dan komuniti. Model 4 adalah penyuraian murid secara berperingkat manakala Model 5 adalah menunggu dalam bilik darjah atau sistem panggilan. Mengikut maklum balas Jabatan Pendidikan Negeri semua Pejabat Pendidikan Daerah di Pulau Pinang telah mengadakan sesi libat urus bersama semua PIBG sekolah yang berada di bawah daerah masing-masing dan semua sekolah di Pulau Pinang telah memilih model penyuraian yang bersesuaian dengan sekolah masing-masing, maklumat tersebut telah dihantar kepada JPNPP pada 18 Januari 2021 untuk dipanjangkan ke Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tindakan lanjut. Selain itu pihak Polis Diraja Malaysia turut menempatkan segala anggota polis di lokasi-lokasi yang dikenalpasti berlakunya kesesakan bagi mengawal lalu lintas. Bagi status vaksinasi para guru perkara ini adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan kerana guru dan staff ini di sekolah adalah tertakluk kepada peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam namun begitu JPNPP telah pun mengenal pasti dan menguruskan maklumat dan data berkaitan pegawai, guru dan anggota kumpulan pelaksana yang belum divaksin termasuk yang tidak divaksin atas sebab kesihatan dan menolak vaksin. JPNPP akan memastikan semua arahan JPA melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021, Dasar Pelaksanaan Imunisasi COVID-19 bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan bertarikh 18 Oktober 2021 akan dipatuhi sepenuhnya. Berkaitan kebenaran Yang Berhormat ADUN kawasan memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri menyatakan bahawa tiada halangan untuk ADUN kawasan berbuat demikian namun pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah perlu mematuhi Garis Panduan Pengoperasian Sekolah 3.0 oleh KPN masih tidak membenarkan orang luar iaitu orang awam untuk masuk ke dalam kawasan tersebut. Bantuan dan sumbangan yang hendak disampaikan boleh disalurkan melalui PIBG sekolah masing-masing. Cadangan Yang Berhormat Bagan Dalam untuk mengkaji sistem dan dasar pendidikan sedia ada bagi memantapkan tahap penguasaan para pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan perkara ini bukanlah hanya melibatkan Sekolah Jenis Kebangsaan tapi melibatkan Sekolah Kebangsaan, saya mengesyorkan supaya Kerajaan Persekutan melihat semua dasar dalam sistem pendidikan sedia ada dalam mengkaji dan mengambil langkah bagi memperbaiki tahap penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar secara menyeluruh melibatkan semua pelajar. Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan pihak Kerajaan Persekutuan dalam perkara ini. Ini adalah kerana kenyataan bahawa penguasaan Bahasa Melayu adalah lebih baik di kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan adalah tidak berdasarkan bukti kukuh dan ini tidak sepatutnya dijadikan alasan dalam menghentikan operasi Sekolah Jenis Kebangsaan dalam negara ini. Kita boleh lihat kadar penyertaan pelajar bangsa Melayu ke Sekolah Jenis Kebangsaan terutama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina semakin meningkat. Ini mencerminkan ketinggian mutu dan kualiti pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan maka penutupan sekolah-sekolah ini atas alasan tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah tidak berasas.
Dato’ Timbalan Speaker, Yang Berhormat Perai minta laluan.
Ya, bagi saya rehat sikit sebab saya mau nafas.
Berkenaan dengan isu penguasaan bahasa kebangsaan ini. Ini selalu dimainkan seolah-olah semua pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan adalah
Bagan Dalam semalam dah bagi tau kan kata you pun dari Sekolah Tamil, bahasa kamu bagus.
Sekejap, memang dimain-mainkan lepas kita keluarkan walaupun kita bincang dalam Dewan ini, lepas itu pun masih ada juga yang menggunakan hujah yang sama. Saya nak tanya, adakah penguasaan bahasa apakah tahap pemahaman atau pun bahasa kebangsaan di kalangan pelajar sekolah antarabangsa khususnya warganegara, kanak-kanak atau pun pelajar warganegara Malaysia yang belajar di international school di seluruh Malaysia, adakah mata pelajaran Bahasa Malaysia dijadikan wajib untuk mereka semua atau pun mata pelajaran Bahasa Malaysia ini hanya wajib kepada mereka yang belajar di sekolah kerajaan dan juga sekolah bantuan modal sahaja? Ini soalan saya, kenapa kalau mereka diberikan pengecualian daripada penguasaan Bahasa Malaysia, mereka tidak perlu duduk untuk Bahasa Malaysia, BM SPM why, kenapa kita masih membenarkan sekolah-sekolah antarabangsa beroperasi di negara ini kalau mereka membelakangkan Bahasa Kebangsaan kita? Kenapa SJKC atau SJKT yang ajar Bahasa Malaysia dikutuk, diherdik, disuruh tutup tetapi kalau ada sekolah antabangsa yang tidak mengajar Bahasa Malaysia, mengapa mereka diberi peluang untuk berbuat demikian? Ini soalan saya. Sekian terima kasih
Terima kasih Bagan Dalam jadi saya akan jawab ini secara ringkas bahawa isu ini penguasaan proficiency Bahasa Melayu adalah satu isu yang perlu didengar secara menyeluruh dan Bahasa Malaysia ini kelemahan pelajar-pelajar Bahasa Melayu ini bukan di sekolah vernacular tapi di Sekolah Kebangsaan. Lagi pula timbul sekolah international, banyak sekolah-sekolah antarabangsa telah diwujudkan dan saya rasa 40 peratus dan apa ini ibu bapa tempatan boleh hantar 40 peratus ini anak mereka ini ke sekolah antarabangsa dan banyak ahli-ahli politik juga hantar anak mereka ke sekolah London, Paris dan sebagainya. So adakah mereka mematuhi, adakah mereka sebenarnya memberi kepentingan kepada Bahasa Melayu dan sebagainya. Jadi saya tidak setuju bahawa seolah-olah mereka rasa macam ada satu kes mahkamah banyak sudah komen sekarang bahawa sekolah ini sekolah vernacular, sekolah Mandarin dan Tamil ini tidak membenarkan pelajar-pelajar ini fasih dalam Bahasa Melayu tidak ada proficiency maka mereka tidak boleh bersaing dengan pelajar-pelajar lain. Saya rasa itu saya tidak boleh terima tapi kalau rasa saya rasa Bahasa Melayu ini penguasaan Bahasa Melayu lemah secara across of all, jadi kita perlulah satu jawatankuasa yang diwujudkan oleh Parlimen untuk mengkaji perkara ini bukan saja difokuskan kepada Sekolah Kebangsaan, sekolah vernacular tapi juga di universiti-universiti. Akta Pendidikan memberikan dua (2) universiti yang mengunakan Bahasa Inggeris sebagai pengantaraan. Adakah ini setimpal dengan apa ini hasrat atau pun di mana Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan? Misalnya Universiti Antarabangsa Islam (UIA) gunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan. MARA gunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan. Saya tidak ada apa-apa asalkan janganlah kita katakan bahawa
kita ada Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita terima tak ada masalah. Kita bertutur dalam Bahasa Melayu Bahasa lingua franca lebih banyak orang Malaysia boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia bukan sahaja Bangladesh atau pun dari Pakistan. Jadi so jadi apa masalah ini ialah apabila kita lihat perkembangan Bahasa kita mesti mahu lihat secara lebih menyeluruh supaya kita memperbaiki penggunaan Bahasa Malaysia, penulisan Bahasa Malaysia. Di samping itu ada juga Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris adalah bahasa bukan bahasa saya bukan bahasa ibunda saya bukan bahasa ibunda TKM I yang ada sini bukan bahasa ibunda kepada Satees atau mana-mana tapi kita mementingkan Bahasa Inggeris sebab ini merupakan bahasa antarabangsa yang kita mesti menguasai. Misalnya saya ambil kes pejabat saya. Semua fasih dalam Bahasa Melayu cantik penulisan kalau dalam Bahasa Melayu. Apabila saya minta mereka tulis dalam Bahasa Inggeris ada kelemahan. Tidak boleh, menulis dalam Bahasa Melayu apabila saya nak tulis surat kepada embassy kedutaan dan sebagainya kita perlu menggunakan Bahasa Inggeris. Jadi apabila kakitangan saya tidak boleh draf surat dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu tak ada apa masalah, cantik penulisan Bahasa Melayu, lebih baik daripada Bahasa Melayu saya. So mereka ikut aliran Bahasa Melayu. Dulu saya ikut aliran Bahasa Inggeris masa saya, so anak-anak saya semua ikut aliran Bahasa Melayu tak ada masalah. Tapi kenapa Bahasa jadi isu politik selepas 60 tahun kita merdeka. Tak akan kita terima Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil misalnya pemandu state saya dia hantar anak ke Sekolah Mandarin. Tadi saya tanya sama dia saya tak sebut nama dia kenapa hantar anak ke Sekolah Mandarin. Dia kata YB untuk masa depan anak saya. So beliau adalah seorang keturunan Melayu hantar anak mereka ke sekolah Bahasa Inggeris. Saya rasa 30% masyarakat Melayu hantar ke Sekolah Mandarin, sekolah Cina tak ada salah.
Untuk makluman anak saya dua (2) orang Sekolah Cina.
Jadi isu ini saya nampak bahawa rakyat biasa sama ada rakyat masyarakat Melayu, India dan Cina, dia lebih rasional daripada orang politik. Mereka tau masa depan anak mereka ini lebih terjamin pada pandangan merekalah. Saya kata itu bukan betul atau tidak supaya dia menghantar banyak ini kawan-kawan saya masyarakat Melayu hantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Cina. So mengapa kita nak sebut tapi orang politik kata bahawa sekolah vernacular adalah anti nasional tidak ada fasih dalam Bahasa Melayu dan sebagainya. Ada kes mahkamah sekarang kes ini. Tapi saya rasa kita mahu lihat bahasa ini di mana lebih bahasa, masyarakat kita boleh menguasai lebih baik untuk mereka. Saya harap bahawa saya tau tiga Bahasa sahaja. Dulu saya belajar Perancis semua sudah lupa. Kalau boleh kalau saya boleh menguasai lebih banyak bahasa lebih baik saya. So itulah pandangan saya terhadap isu bahasa cuma janganlah politikkan bahasa. Senang dipolitikkan dan kita menerima kita tak ada isu apa ini penghormatan ini memang semua diselesai dalam sejarah kita. Isu ini dibangkitkan semula sebab politik. Mana saya berhenti tadi, okey so kita boleh lihat kadar penyertaan pelajar bangsa Melayu ke Sekolah Jenis Kebangsaan terutama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina semakin meningkat. Ini mencerminkan ketinggian mutu dan kualiti pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan maka penutupan sekolah-sekolah ini atas alasan tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah tidak berasas. Semua sekolah sama ada sekolah national, sekolah kebangsaan, sekolah
vernacular mana-mana ada juga pelajar-pelajar yang terbaik. Sama ada bukan saya katakan bahawa semua pelajar di sekolah vernacular baik dan semua pelajar di sekolah national tak baik ada juga pelajar-pelajar yang berkualiti di sekolah vernacular, sekolah kebangsaan dan sebagainya. Jadi apa yang saya katakan kita adalah mengadakan satu sikap yang lebih rasional. Saya teruskan berkaitan pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tengah jika penguatkuasaan akan ditingkatkan di kawasan Bukit Tengah untuk mengawal penularan COVID-19 yang kebanyakan disebabkan oleh penempatan warga asing di kawasan tersebut serta pertanyaan oleh Yang Berhormat Air Itam dan Pengkalan Kota berkaitan penempatan pekerja asing yang menganggu komuniti tempatan. Saya ingat perkara ini telah dibangkitkan dan telah dijelaskan oleh Datok Keramat, so saya tidak mahu ulanginya.
Boleh lonjak?
Okey, jadi saya akan pergi kepada soalan Yang Berhomat Bayan Lepas juga bangkitkan isu berkaitan pembinaan asrama pekerja di kawasan Bayan Lepas ini juga telah dijawab, okey saya skip. Yang Berhormat Seri Delima telah mencadangkan supaya peluang pekerjaan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bukan kurang upaya tapi kelainan upaya diberi penekanan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap kemajuan hidup golongan OKU. Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan OKU mendapat peluang dan pekerjaan dan menjana pendapatan adalah seperti berikut; Program Job Coaching dan Disabilities Training, Disability Equality Training iaitu program kerjasama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan agensi-agensi lain seperti Jabatan Tenaga Kerja, Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri dengan majikan-majikan yang berpotensi untuk mengambil OKU sebagai tenaga kerja. Dua, karnival kerjaya OKU anjuran JKM yang diadakan bagi memudahkan individu OKU untuk mencari pekerjaan untuk mendapatkan hebahan dan tawaran peluang pekerjaan oleh bagi bakal majikan yang turut serta dalam karnival tersebut. Tiga, program Dual Year Exit Program yang dijalankan oleh JKM berkonsepkan kebajikan produktif bertujuan untuk melatih dan membina daya upaya agar dapat keluar dari kepompong kemiskinan dan empat program pembangunan modal insan iaitu program yang dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah bagi melatih peserta kursus dalam membangunkan kemahiran seperti masakan atau jahitan. Golongan OKU boleh memanfaatkan kursus ini untuk menambah pendapatan sama ada melalui perniagaan sendiri atau bekerja. Bagi pertanyaan Yang Berhormat Seberang Jaya mengenai perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi bagi meningkatkan pekerja mahir dari Pulau Pinang serta syor daripada Yang Berhormat Telok Air Tawar mengenai penekanan kepada sistem pendidikan bagi melahirkan tenaga kerja selaras dengan Revolusi Industri 4.0. Seperti yang kita sedia maklum, kekurangan pekerja mahir bukan hanya isu Negeri Pulau Pinang malah ia adalah satu isu nasional. Sebagai perancangan jangka masa panjang Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dengan penubuhan agensi-agensi di bawah STEM iaitu Penang Science Cluster, Creative Animation @ Cat, Tech Dome dan lain-lain program atau agensi untuk mempromosikan bidang sains teknologi dan animasi di negeri ini sebab kita rasa kita khuatir bahawa mereka yang mengikuti sains di sekolah menengah ini sudah mungkin ada turun, bilangannya turun kita takut bahawa mereka tidak ada minat tentang sains dan matematik maka kita menyediakan program-program yang boleh menanam minat supaya mereka ikuti program dari sekolah sehingga atau pun sehingga mereka lepasan sekolah. Agensi-agensi
ini memainkan peranan dalam mempersiapkan pelajar dan orang awam dengan kemahiran seperti robotic, pengkodan serta memupuk minat dalam bidang sains inovasi teknologi dan Keusahawanan. Selain itu, Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan Penang Skill Development Centre (PSDC) dalam melatih modal insan dalam pelbagai bidang kemahiran bagi memenuhi kehendak industri berasaskan teknologi tinggi di negeri ini. Antara program khusus yang menjadi agenda utama Kerajaan Negeri melalui PSDC dalam bidang teknologi, pemesinan, keperisian, kejuruteraan komputer, elektronik, megatronik, telekomunikasi dan teknologi pembuatan. Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sejumlah RM3.24 juta untuk penubuhan Makmal Pencipta (Maker Lab) di 87 buah sekolah di Pulau Pinang pada tahun 2020. Susulan itu pada tahun 2021, Kerajaan Negeri telah memberi peruntukan sebanyak RM800,600 kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan kerja-kerja pendawaian elektrik di makmal-makmal yang melibatkan 32 buah sekolah. Maker Lab merupakan inisiatif yang menyediakan peralatan coding embedded system serta 3D design and printing untuk melengkapkan pembelajaran ko-kurikulum pelajar sekolah dalam subjek reka bentuk teknologi dan asas sains komputer yang merupakan kemahiran yang penting dalam Industri 4.0. Selain itu Kerajaan Negeri juga merancang pelaksanaan program pembangunan bakat Pendidikan Latihan Teknikal Dan Vokasional (TVET) di 15 buah Sekolah Menengah Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2022. Program ini adalah satu langkah dalam menghadapi isu kekurangan pelajar mahir dalam bidang TVET khususnya dalam bidang megatronik dan pemesinan jitu. Precision Machining dianggarkan bahawa sebanyak 250 orang pelajar yang menjalani latihan TVET ini akan masuk ke bidang pekerjaan teknikal setiap tahun sehingga 2024. Bagi cadangan Yang Berhormat Kebun Bunga supaya PSDC dinaik taraf sebagai sebuah universiti yang memberi pengiktirafan ijazah kepada pelajar dan memberikan penekanan kepada IR 4.0 dan industri elektrik dan elektronik. Untuk makluman Yang Berhormat, PSDC merupakan sebuah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan dan ditubuhkan berdasarkan model tripartite yang terdiri daripada pihak industri, ahli akademik dan kerajaan. Misi PSDC adalah untuk memenuhi keperluan industri dan menyokong keperluan tenaga kerja yang mahir dalam bidang design and development, manufacturing dan services dalam persekitaran perniagaan yang berubah dengan pantas. Maka untuk ketiga ini, PSDC tiada hasrat untuk menaik taraf status menjadi sebuah universiti dan akan terus fokus untuk memenuhi keperluan ahli syarikat PSDC dalam bidang industri 4.0. Namun begitu, PSDC akan terus bekerjasama dengan partner university bagi menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan. Sebagai penutup, bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan soalan-soalan mengenai portfolio saya iaitu Pembangunan Modal Insan, Pendidikan, Sains Dan Teknologi. Saya berharap dengan cadangan isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, dapat membantu saya dan Kerajaan Negeri untuk memperkemaskan lagi pelaksanaan dan arah tuju yang dirancang dalam memperhebatkan ekonomi Pulau Pinang, memberikan nilai kepada pendidikan dan pembangunan modal insan negeri ini serta memperkasakan sains, teknologi dan inovasi dalam kehidupan seharian. Sekian terima kasih. Saya mohon menyokong
Terima kasih Perai. Dipersilakan Pinang Tunggal.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera Tuan Yang Berhormat Tuan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri seterusnya tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu izinkan saya untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menggulung perbahasan dan sampaikan ucapan penggulungan bagi isu-isu berkaitan portfolio ini yang telah dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ke atas Rang Undang-Undang Perbekalan Dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2022 sepertimana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan memberikan cadangan-cadangan untuk kita semua sama-sama menambah baik perancangan Kerajaan Negeri dalam berikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Negeri Pulau Pinang. Dengan penuh keyakinan saya percaya Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2020 dengan tema "Mempercepat Pencapaian Penang2030" akan memberikan nafas baru dalam merancakkan kembali ekonomi Negeri Pulau Pinang sambil kita terus berusaha ke arah kemenangan dalam peperangan melawan COVID-19. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan perkara-perkara yang berkaitan MMK Hal Ehwal Agama Islam. Selaku Pengerusi Jawatankuasa MMK Hal Ehwal Agama Islam, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas sokongan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri dalam usaha untuk memartabatkan Agama Islam sebagai agama rasmi Pulau Pinang. Selaras dengan perkara 5(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. Setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan negeri atas komitmen yang ditunjukkan dalam memperkasakan syiar Islam negeri ini. Penyediaan peruntukan RM71.13 juta bagi tahun 2022 adalah peningkatan sebanyak RM6.97 juta berbanding tahun 2021. Hal ini sudah tentu amat signifikan dalam menangani kemaslahatan seluruh umat Islam di negeri ini. Saban tahun pelbagai majlis rasmi agama peringkat Negeri Pulau Pinang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang seperti Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran, Sambutan Maal Hijrah, Maulidur Rasul dan Festival Nasyid dengan peruntukan yang disalurkan Kerajaan Negeri berjumlah RM718,250.00 untuk tahun ini. Penganjuran majlis-majlis ini adalah amat penting bagi meraikan peristiwa-peristiwa penting dalam kalendar Islam di samping memilih calon-calon yang akan mewakili Negeri Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan. Pelaksanaan program-program di bawah MMK Agama turut disalurkan oleh Kerajaan Negeri setiap tahun berjumlah RM500,000.00 bagi memastikan semua jabatan-jabatan dan agensi-agensi agama Islam di Negeri Pulau Pinang dapat menganjurkan program-program bermanfaat kepada umat Islam. Kepada soalan Yang Berhormat Sungai Dua yang bertanyakan tentang rungutan di mana pelantikan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid ditangguhkan akibat penularan wabak COVID-19. Sebagaimana makluman, penangguhan Mesyuarat Agung Pemilihan Kariah adalah bertujuan untuk mengurangkan aktiviti berisiko di masjid. Aktiviti berisiko yang boleh berjangkit di mana kebolehjangkitan COVID-19 yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Hal sedemikian kerana pelaksanaan Mesyuarat Agung Pemilihan pastinya akan melibatkan perhimpunan yang ramai walaupun ada SOP yang membolehkan Mesyuarat Agung dijalankan namun berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lepas kebanyakan masjid-masjid tidak dapat menguatkuasakan SOP dengan berkesan. Justeru itu, mesyuarat perlu ditangguhkan bagi memelihara keselamatan ahli-ahli kariah. Sejajar dengan keperluan penangguhan pelaksanaan Mesyuarat Agung Pemilihan Jawatankuasa Kariah pada tahun ini maka tempoh pelantikan Jawatankuasa Kariah
saja ada juga perlu dilanjutkan bagi memastikan kelancaran pengurusan masjid dan pengurusan masjid tidak terjejas. Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Bilangan 4/2021 bertarikh 30 September 2021 telah bersetuju untuk menangguhkan Mesyuarat Agung Pemilihan serta melanjutkan tempoh perkhidmatan Jawatankuasa Kariah sedia ada hingga 31 Disember 2022. Mesyuarat juga memutuskan bahawa mana-mana Ahli Jawatankuasa Kariah yang berhasrat untuk meletak jawatan, pihak Jawatankuasa boleh menggantikannya dengan penama lain. Di samping itu, ahli kariah juga boleh menamakan pengganti baharu bagi mengisi kekosongan Jawatankuasa tersebut. Walau bagaimanapun, sebarang bentuk cadangan perlulah dikemukakan kepada Pegawai Tadbir Agama di Pejabat Agama Daerah masing-masing. Bagi soalan Yang Berhormat Sungai Dua juga mengenai tanah tujuan perkuburan di Sungai Dua, Pihak Berkuasa Negeri dalam mesyuaratnya bertarikh 21.10.2021 dan disahkan pada 28.10.2021 telah meluluskan pengambilan tanah bagi tujuan tersebut dan telah dibuat pewartaan pada 18 November 2021. Pengambilan tanah yang dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara dijangka akan selesai sekitar Mei 2022. Sebagai menjawab kepada persoalan Yang Berhormat Sungai Dua juga, kadar bantuan semasa yang diberikan kepada asnaf adalah berdasarkan kajian Had Al-Kifayah oleh pasukan penyelidik daripada Universiti Teknologi Mara (UITM), Cawangan Pulau Pinang pada tahun 2019. Kajian ini diperakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Kadar amaun bantuan ini mulai diguna pakai pada tahun 2020. Kajian Had Al-Kifayah akan dilakukan setiap lima (5) tahun sekali. Sungguhpun demikian, Zakat Pulau Pinang sentiasa peka dan memantau keperluan setiap kategori asnaf mengikut skim-skim bantuan yang disediakan dan juga mengikut keadaan semasa. Sebagai contoh, kadar bantuan kewangan bulanan telah dinaikkan dari minima RM250 sehingga RM500 kepada minima RM300 sehingga RM600 sebulan bergantung kepada saiz keluarga asnaf. Begitu juga kadar bantuan bina rumah telah dinaikkan dari RM57,500.00 kepada RM72,000.00 mulai Julai 2021. Skim-skim bantuan lain yang dilaksanakan oleh Zakat Pulau Pinang adalah yang tertinggi antara Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) dan badan-badan mengurus Zakat di Malaysia termasuklah Dermasiswa Pelajar IPT Luar Negara, Skim Bantuan Makanan Bulanan dan sebagainya. Selain itu, skim bantuan perubatan dan pembedahan adalah mengikut kos dan keperluan asnaf dengan sekarang jumlah maksimum sebanyak RM10,000.00, sebagai sumbanganlah bukan untuk sebagai membiayai.
Terima kasih Pinang Tunggal, cuma saya hendak tanya satu sedikit sahaja. Adakah pihak Zakat dari segi kita membuat rumah, membaiki rumah asnaf adakah mempunyai hasrat untuk kita bersama-sama membina satu rumah yang boleh kita masukkan golongan asnaf. Mulakan dana atau pun kutipan daripada zakat, untuk kita bina rumah ada tanah kita bina rumah.
Maksudnya buat satu skim? Mungkin ada disebut di sini juga tentang satu cadangan yang sedang dilaksanakan di Wakaf Seetee Aishah di mana Zakat terlibat di dalam pembinaan beberapa buah rumah, nanti saya sebutkanlah bila sampai perkara tersebut. Perancangan pengagihan bantuan zakat adalah berdasarkan keperluan asnaf pada setiap tahun melalui skim-skim bantuan kepada asnaf yang sedia ada dan komitmen ZPP adalah mengikut bajet tahunan yang diluluskan oleh pihak MAINPP. Setiap peningkatan adalah bergantung sepenuhnya kepada jumlah zakat yang dikutip oleh Zakat Pulau Pinang setiap tahun.
Bagi menjawab persoalan dan syor Yang Berhormat Pantai Jerejak, Zakat Pulau Pinang (ZPP) menerima baik cadangan ‘top achievers’ sememangnya sedang dalam perancangan dan penelitian untuk menaja lebih ramai anak-anak asnaf cemerlang yang ingin menceburi bidang-bidang kritikal yang diperlukan dalam pasaran pekerjaan khususnya di Negeri Pulau Pinang. Buat masa ini, ZPP sedang menaja empat (4) orang pelajar asnaf yang cemerlang bagi mengikuti Kursus ACCA dengan kerjasama MyPAC (Malaysia Professional Accounting) mulai tahun 2019 bagi melahirkan akauntan profesional dalam kalangan Muslim. ZPP juga telah bersetuju untuk menaja lima (5) orang pelajar asnaf yang cemerlang dalam bidang ini setiap tahun. Bagi tahun 2022, ZPP akan meneroka bidang-bidang kritikal lain untuk anak-anak asnaf cemerlang ditaja menggunakan dana zakat. Sebagai makluman juga, ZPP telah memperuntukkan peruntukan sebanyak RM11 juta setahun bagi tujuan dermasiswa kepada anak-anak Muslim Pulau Pinang yang melanjutkan pelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara dan antara yang mendapat manfaat daripada bantuan ini adalah anak-anak asnaf yang cemerlang atau pun “top achievers” tadi. Yang Berhormat Bertam ada membangkitkan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi Guru KAFA lelaki yang isterinya bersalin. Suka dimaklumkan bahawa urusan berkaitan lantikan, elaun dan semua kemudahan Guru KAFA adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui peranan JAKIM. Ini termasuk kemudahan Cuti Bersalin dengan elaun penuh kepada Guru KAFA wanita yang telah diumumkan oleh Menteri Agama pada 21 September 2021 di dalam sesi Dewan Rakyat dan akan mula dilaksanakan bermula 1 Januari 2022. Walau bagaimanapun, setakat ini tiada peruntukan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bersalin bagi Guru KAFA lelaki. Namun begitu, pihak JHEAIPP akan memanjangkan cadangan ini kepada pihak JAKIM untuk pertimbangan pada masa akan datang. Bayaran ex-gratia kepada Guru KAFA, Yang Berhormat Bertam juga membangkitkan perkara berkaitan bayaran ex-gratia kepada Guru KAFA. Sebagai makluman, bayaran ex-gratia bagi Guru KAFA Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak RM50.00 sebulan. Bayaran ini adalah antara yang terendah jika dibandingkan dengan elaun tambahan yang disediakan oleh negeri-negeri lain seperti Wilayah Persekutuan sebanyak RM500.00, Perak : RM200.00, Pahang : RM100.00, Johor : RM512.00 dan Melaka RM850.00. Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk menyemak semula jumlah bayaran ex-gratia kepada Guru KAFA di Negeri Pulau Pinang tetapi tertakluk kepada kedudukan kewangan Kerajaan Negeri. Cadangan menaikkan kadar elaun jurunikah dan membayar caruman KWSP kepada jurunikah. Yang Berhormat Penaga membangkitkan perkara berkaitan kenaikan elaun jurunikah dan caruman KWSP. Sebagai makluman Yang Berhormat, Kertas Cadangan Kenaikan Elaun Penolong Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam atau pun dikenali sebagai jurunikah telah dikemukakan kepada MAINPP untuk dibentangkan dalam Mesyuarat MAINPP yang akan datang. Berkaitan caruman KWSP kepada jurunikah. Untuk makluman Yang Berhormat Penaga, perkhidmatan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam (jurunikah) hanya dibayar elaun sebanyak RM100.00 mengikut majlis akad nikah serta RM1,200.00 secara tahunan dan tidak layak dibuat potongan KWSP. Walau bagaimanapun, Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, JHEAIPP bersedia mengadakan perjumpaan dan perbincangan lanjut bersama pihak KWSP berkenaan perkara tersebut. Gagasan Khaira Ummah 2030. Dalam suasana hari ini, cabaran yang dihadapi dalam usaha membina ummah yang berkualiti atau ‘Khaira Ummah’ bukanlah satu perkara yang mudah. Pembangunan di peringkat dasar perlu diperkukuhkan dengan sebaiknya bermula daripada kelompok kecil dalam keluarga. Penerapan nilai-nilai murni perlu dipupuk di peringkat awal usia lagi bagi melahirkan masyarakat yang berkualiti untuk membangun negeri dan negara. Khaira
Ummah 2030 juga turut diperkasakan dari sudut penyelidikan dan pemantauan sehingga tertubuhnya Al-Hady Centre (AHC). Al-Hady Centre (AHC) adalah manifestasi yang direalisasikan daripada Manifesto Pakatan Harapan Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang lalu. Bertindak sebagai agensi penyelidikan dan pemikiran khusus buat pembangunan Islam, Al-Hady Centre membantu menyediakan segala kajian dan dapatan untuk mengisi agenda pembangunan Khaira Ummah 2030. Al-Hady Centre ini diposisikan di bawah pengurusan dan pentadbiran Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) yang turut bertindak sebagai Pusat Kecemerlangan atau Centre of Excellence (COE) untuk KITAB.
Menjawab soalan Yang Berhormat Permatang Pasir berkaitan Khaira Ummah 2030, suka saya maklumkan bahawa Khaira Ummah 2030 itu sebenarnya adalah pelaksanaan berstrategi program dan aktiviti jabatan dan agensi-agensi Islam sedia ada yang merupakan kesinambungan daripada misi Rahmatan Lil Alamin yang telah pun digerakkan oleh MMK Agama Islam bermula tahun 2013 lagi. Pelbagai pengisian pencerdikan umat telah dilaksanakan sejak itu seperti wacana ilmiah, bulan-bulan Al-Quran dan lain-lain. Dalam aspek meningkatkan kefahaman umat Islam, Khaira Ummah 2030 di bawah teras HIKMAH, telah merancang pelbagai program pendidikan umat Islam di dalam komponen Pemerkasaan Pendidikan Islam. Dalam usaha pemersatuan umat pula, perkara ini telah menjadi keutamaan di bawah teras TARBIYAH di dalam komponen T3 (Masjid Ummatik) yang menyaksikan masjid diangkat menjadi pusat untuk pembangunan dan penyatuan ummah. Jadi, secara ringkasnya Gagasan Khaira Ummah 2030 menekankan dua aspek penting di dalam kehidupan umat iaitu memperkasakan pendidikan dan pengimarahan masjid untuk berperanan sebagai pusat pembangunan komuniti. Kepada soalan Yang Berhormat Sungai Dua juga terhadap peranan anak muda pelaksanaan Khaira Ummah 2030 ianya terletak di bawah tonggak Anak Muda, tiga komponen utama akan diperdanakan lagi iaitu Program Belia dan Ilmu, Program Belia dan Kemahiran serta Program Belia dan Masjid. Selain itu melalui agensi Kerajaan Negeri yang lain iaitu Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) satu lagi program yang memberi fokus kepada golongan belia adalah Program KAFA Menengah yang merupakan program kesinambungan daripada KAFA Rendah sedia ada. Selepas dirintis pelaksanaannya pada tahun 2019, diikuti dengan kekangan pelaksanaannya oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Program KAFA Menengah Pulau Pinang hanya akan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2022 dengan pelaksanaan di 10 buah masjid baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan pada tahun hadapan adalah sebanyak 13 buah masjid. Program KAFA Menengah ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih dari 500 remaja belia yang masih bersekolah di Sekolah Menengah Harian yang tidak dapat tempat di Sekolah Menengah Agama sama ada SMKA, SABK mahupun SAR. Dato' Timbalan Yang di-Pertua, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sentiasa berusaha meningkatkan pembangunan perumahan untuk golongan asnaf dan golongan B40 di negeri Pulau Pinang. Sehingga kini, MAINPP bersama agensi-agensi di bawahnya seperti Zakat Pulau Pinang dan Wakaf Pulau Pinang Sdn Bhd telah membangunkan sejumlah lebih 600 unit rumah untuk masyarakat Islam di negeri Pulau Pinang. Selain itu, MAINPP juga sedang melaksanakan projek pembangunan rumah kos rendah untuk golongan asnaf di Wakaf Seetee Aishah (Fasa 2) di sebelah Projek Seetee Aishah yang telah siap yang ada kedai-kedai di depan itu, berjumlah 150 unit. MAINPP terus komited mengembangkan perancangan pembangunan tanah-tanah wakaf di seluruh negeri Pulau Pinang bagi kemudahan perumahan kepada masyarakat Islam Pulau Pinang melalui instrument hartanah wakaf, baitulmal dan zakat. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Bayan Lepas berkaitan projek-projek Majlis Agama Islam di Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang dikategorikan sebagai sakit. Ingin diterangkan di sini bahawa pada masa ini tidak ada sebarang projek MAINPP yang boleh dikategorikan seperti berikut seperti sakit. Mungkin projek yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Bayan Lepas adalah dua (2) projek di bawah Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP)
iaitu Projek Hospital Islam dan Projek Sekolah Islam Antarabangsa yang telah saya sebutkan di dalam menjawab soalan lisan daripada Yang Berhormat Penaga beberapa hari lepas. Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengambil peluang untuk memperbetulkan sedikit statement YB. Sungai Acheh yang menyebut PDC telah pun mengambil alih pembinaan projek-projek tersebut. Ingin saya jelaskan bahawa penglibatan PDC di dalam projek-projek Yayasan Islam adalah sebagai perunding iaitu sebagai Project Management Office (PMO) yang berperanan dalam kerja-kerja perundingan dan penyusunan semula projek dan bukannya sebagai kontraktor projek tersebut.
Dato’ Timbalan Speaker, mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri mengenai Sekolah Islam Antarabangsa yang saya maksudkan yang projek sakit berkenaan. Bagaimana status ia sekarang ini apakah perancangannya sebab kalau tak silap saya projek ini tahun 2016 telah diwar-warkan sehingga sekarang tak ada lagi, 2016 atau pun 2014? Minta pencerahan dan sekarang ini memang nampak tak ada improvement apa-apa projek ini, terima kasih.
Baik terima kasih Yang Berhormat Bayan Lepas, untuk makluman disebabkan oleh PKP dan juga masalah funding telah membantutkan pelaksanaan projek Sekolah Antarabangsa tersebut yang telah bemula pembinaannya saya ingat dah siap sampai ground beam, yang siap sampai first floor column kalau tak salah jadi sedang direvive semula pembinaan tersebut oleh Yayasan Islam Pulau Pinang dan sebagai tambahan juga berkaitan projek Sekolah Islam Antarabangsa ini, buat masa sekarang Yayasan Islam sedang memuktamadkan perjanjian kerjasama dengan operator sekolah tersebut iaitu sebuah operator Sekolah Islam Antarabangsa di Cyberjaya di Kuala Lumpur yang menerapkan kokurikulum Bahasa Arab, Inggeris dan mengambil peperiksaan International General Certificated of Secondary Education (IGCSE). Dalam masa yang sama, pihak YIPP juga telah memohon pembiayaan kewangan daripada bank tempatan untuk memastikan pelaksanaan pembinaan dan operasi kelak berjalan lancar, Insya-Allah. Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Teluk Bahang berkaitan dengan perkembangan terkini pembinaan Masjid Botanica City, dimaklumkan bahawa satu lawatan tapak telah diadakan pada 5 Oktober yang lepas selepas pihak pemaju telah mencadangkan penggantian tapak masjid yang dicadangkan iaitu Lot 1100, Mukim 4, Daerah Barat Daya dengan sebahagian lot berhadapan dengan lot tersebut iaitu Lot 1102, Mukim 4, Daerah Barat Daya. MAINPP telah memutuskan untuk tidak menerima cadangan tersebut dan mengekalkan kedudukan asal tapak cadangan masjid di atas Lot 1100, Mukim 4, Daerah Barat Daya. MAINPP juga telah mengarahkan agar pemaju melepaskan gadaian di atas lot tapak masjid berkenaan bagi membolehkan tindakan selanjutnya boleh diambil oleh MAINPP untuk merancang pembinaan masjid baharu bagi keperluan penduduk setempat. Saya sentuh sikit MMK Koperasi, pemerkasaan koperasi di negeri Pulau Pinang adalah penting dalam usaha memberi sumbangan positif terhadap ekonomi dan sosial kepada masyarakat di Pulau Pinang. Menurut SKM Pulau Pinang sehingga Disember 2020, terdapat 754 buah koperasi telah didaftarkan di Pulau Pinang dan dengan anggota seramai 155,172. Prestasi aset koperasi di Pulau Pinang telah menunjukkan peningkatan 51 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan jumlah aset sebanyak RM874juta pada tahun 2020. Walau bagaimanapun,
prestasi perolehan menurun sebanyak 28 peratus dengan jumlah perolehan sebanyak RM169 juta pada tahun 2021. Prestasi ini didorong oleh berapa faktor antaranya kekangan dalam menjalankan aktiviti perniagaan sewaktu pandemik COVID-19. Sebagai sebuah negeri yang prihatin terhadap pembangunan koperasi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan Penang2030 Coop Grant pada 2 Februari 2021 bagi merangsang dan membantu ekosistem koperasi untuk lebih kompetitif dalam menghadapi norma baru. Pihak Kerajaan Negeri telah menyalurkan dana bantuan sebanyak RM450,000.00 kepada koperasi-koperasi kecil di Negeri Pulau Pinang pada tahun 2021 dan sebanyak 40 buah koperasi telah mendapat manfaat daripada program ini. Selain itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga membantu koperasi-koperasi dalam mempromosikan produk dan hasil keluaran mereka dengan mengadakan Pasar Khaira Ummah. Aktiviti ini dijalankan serentak dengan Jelajah Khaira Ummah ke masjid-masjid di seluruh pelosok Negeri Pulau Pinang. MMK Pemerkasaan Komuniti, 375 MPKK di seluruh negeri Pulau Pinang yang ditubuhkan telah memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha Kerajaan Negeri melawan COVID-19. Sebagai pengiktirafan, Pertandingan Komuniti Zon Hijau COVID-19 MPKK Negeri Pulau Pinang telah dianjurkan pada Ogos 2021. Pertandingan ini melibatkan penyertaan 24 MPKK terbaik dari seluruh negeri Pulau Pinang di mana lima (5) MPKK terbaik telah terpilih bagi saringan peringkat akhir. Pertandingan ini dapat membudayakan amalan norma baru dalam kalangan masyarakat Pulau Pinang sebagai satu strategi dalam membendung seterusnya memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19. Kerajaan Negeri di bawah portfolio Pemerkasaan Komuniti juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Takaful Kemalangan Peribadi Secara Berkumpulan (Group Personal Accident Takaful) untuk Ahli Majlis untuk Ahli MPKK di negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri telah melantik Etiqa Insuran & Takaful bagi menyediakan Takaful Kemalangan tersebut. Takaful Kemalangan ini diberikan kepada semua 375 MPKK sedia ada yang melibatkan seramai 5,399 ahli MPKK. Takaful Kemalangan Peribadi ini berkuatkuasa dari 1 Mei 2021 bagi tempoh satu (1) tahun. Pampasan akan dibayar kepada ahli MPKK bagi sebarang jenis kemalangan dan dilindungi dalam tempoh 24 jam. Tuntutan bil hospital boleh dituntut setiap kali kemasukan ke hospital berdasarkan jumlah bil dan maksima bayaran sebanyak RM500. Bayaran tuntutan pampasan akan dimasukkan terus ke dalam akaun penerima. Berkenaan cadangan YB Pantai Jerejak supaya Kerajaan Negeri memberi sumbangan kepada enam (6) orang ahli MPKK yang telah meninggal dunia akibat COVID-19, pihak Kerajaan Negeri akan menimbang cadangan tersebut walaupun pihak Insuran Takaful telah memberi sedikit sumbangan saguhati kepada keluarga mangsa. Adalah difahamkan pihak-pihak lain juga telah turut memberikan sumbangan kepada keluarga mangsa. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Bahagian Khidmat Pengurusan, semua Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, SKM, semua Ahli-ahli Jawatankuasa MPKK, anggota Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK), pengurusan masjid dan surau serta semua jabatan/ agensi-agensi dan institusi berkaitan yang menjalankan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh untuk menjayakan dan melaksanakan dasar serta perancangan di bawah portfolio saya. Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang bagi kemajuan dan kemakmuran negeri Pulau Pinang. Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Pinang Tunggal. Yang Berhormat-Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan sehingga esok pagi pukul 9.30 pagi.
Dewan ditangguhkan pada jam 4.55 petang.