Pulau Pinang · 30 May 2022

14th Assembly, 5th session, 1st meeting · 455 turns · 56,849 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Absent: Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail (Pantai Jerejak), Zulkifli Bin Ibrahim (HADIR), Dato’ Dr. Ahmad Jailani Bin Muhamed (Setiausaha Kerajaan Negeri), Dato’ Norazmi Bin Mohd. Narawi (Penasihat Undang–Undang Negeri), Dato’ Dr. Mohamad Farazi Bin Johari (Pegawai Kewangan Negeri)

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan doa.

Timbalan Setiausaha Dewan

“Bacaan Doa”

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan bersidang semula.

Setiausaha Dewan

Pengumuman oleh Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, dimaklumkan bahawa Allahyarhamah Dato’ Hajah Gayah @ Rogayah binti Arif telah meninggal dunia pada 25 Oktober 2021, beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan Sungai Acheh dari 1986 hingga 1990. Oleh itu, para hadirin saya mohon untuk bertakafur selama satu minit, hadirin diminta berdiri. [Ahli-ahli Dewan berdiri bertafakur selama 1 minit] Ahli-Ahli sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, sepertimana yang sedia maklum persidangan kali ini berlangsung dalam fasa peralihan ke endemik. Sehubungan dengan itu, amat penting untuk kita memahami risiko penularan COVID-19 serta mengambil langkah-langkah berjaga-jaga. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat semua terlibat telah pun diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk melakukan ujian saringan kendiri mengguna saliva kit yang telah pun disediakan setiap pagi sebelum hadir secara fizikal ke Persidangan DUN. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin juga mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk sentiasa memakai pelitup muka. Walau bagaimanapun, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menanggalkan pelitup muka semasa berucap. Ahli-ahli Yang Berhormat, dewan akan terus bersidang tanpa berhenti rehat, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mengambil masa kesesuaian masing-masing untuk makan dan bersolat. Ahli-ahli Yang Berhormat, pada kali ini, sesi kali ini kita akan mempertimbangkan sejumlah 71 soalan lisan dan 655 soalan bertulis. Mesyuarat akan bersidang sehingga semua urusan mesyuarat selesai.

Setiausaha Dewan

Pembentangan risalah.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon membentangkan di atas meja Dewan, risalah Bilangan 1 hingga 3 Tahun 2022 seperti yang tersenarai dalam susunan urusan mesyuarat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Setiausaha Dewan

Soalan soalan, soalan bertulis.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, jawapan kepada soalan-soalan bertulis telah diletakkan di atas meja Ahli yang bertanya selaras dengan Subperaturan 15 (1) (h) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.

Setiausaha Dewan

Soalan lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, seterusnya kita berada dalam sesi Soalan Lisan. Saya ingin mempersilakan soalan daripada Yang Berhormat Bukit Tambun.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih Dato' Speaker, soalan saya soalan nombor satu. No. 1. Senaraikan kemudahan di bawah pengurusan Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang serta huraikan kos penyelenggaraan bulanan setiap kemudahan. (a) Senaraikan penyewa Stadium Batu Kawan sejak 1 Februari 2022 dan nyatakan jumlah kutipan sewaan. (b) Apakah perancangan temasya sukan yang bakal dianjurkan di Stadium? (c) Apakah perancangan pembangunan baki tanah sekitar Stadium?

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih Dato' Speaker, saya jawab soalan satu. Antara kemudahan-kemudahan awam di bawah pengurusan Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang adalah seperti berikut: (i) Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan;

(ii) Dewan Milenium, Kepala Batas; (iii) Kolam Renang Awam Seberang Jaya; (iv) Kompleks Sukan dan Rekreasi Sony, Seberang Jaya; (v) Dewan Serbaguna di Jalan Kaki Bukit (Dewan Bola Tampar, Kampung Buah Pala); (vi) Kompleks Sukan Balik Pulau; (vii) Stadium Jalan Betek, Seberang Perai Tengah; dan (viii) Stadium Mini Permatang Rawa, Seberang Perai Tengah.

Kos penyelenggaraan bagi setiap fasiliti seperti di LAMPIRAN A. (a) Penyewa Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan sejak 1 Februari 2022 adalah seperti berikut: Penyewa-penyewa seperti: (i) Penang FC Sdn. Bhd.; (ii) Bukit Tambun FC; (iii) Prodragline Enterprise; dan (iv) Eden Eminent Enterprise. Jumlah kutipan di Stadium Negeri Pulau Pinang sehingga bulan Mac 2022 adalah sebanyak RM20,855.00. (b) Perancangan temasya sukan yang bakal dianjurkan di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan adalah Piala atau Liga Bola Sepak bertaraf prestasi tinggi yang akan diadakan pada tahun 2023. Selain itu, terdapat juga beberapa program yang masih di peringkat perbincangan dengan penganjur seperti Petronas Cubprix. Pengumuman mengenainya akan dibuat setelah mendapat pengesahan tarikh pelaksanaannya. (c) Pihak Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang telahpun mengadakan beberapa perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang bagi melaksanakan proses pelantikan juruukur untuk menjalankan land survey bagi menetapkan sempadan tanah lot ini. Setelah land survey dijalankan, baki tanah sekitar stadium akan digunakan bagi rancangan Sports City Batu Kawan. Komponen-komponen Sports City Batu Kawan termasuk gelanggang hoki, pusat akuatik seperti yang dinanti-nantikan oleh ADUN-ADUN atau pun penduduk-penduduk di kawasan SPS, outdoor park dan multipurpose hall. Dengan izin Dato' Speaker, Request For Proposal (RFP) akan dibuka setelah land survey dijalankan untuk pembangunan projek Sports City Batu Kawan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih Dato' Speaker, soalan tambahan. Terima kasih kepada Bagan Jermal, kita sedia maklum, Stadium Batu Kawan telah dijadikan venue utama pada 25 Mei 2000 untuk SUKMA. Walau bagaimanapun, sepanjang 22 tahun ini, Stadium Batu Kawan masih lagi kekal dengan stadium utama sahaja dan tiada pembangunan dijalankan bagi baki tanah

perkarangan stadium. Apakah sebab utama sepanjang 22 tahun ini tiada kerja-kerja tambahan sport facility yang berkualiti dibangunkan, itu soalan pertama. Soalan kedua, atlet-atlet sukan terutamanya atlet-atlet sukan di Pulau Pinang termasuk Penang FC, Penang Piala Presiden dan Pasukan Belia Penang menghadapi masalah isu penginapan setiap kali menjalankan latihan mereka perlu berjalan jauh dari SPU, dari Balik Pulau sehingga ke kawasan latihan bola sepak ataupun olahraga. Adakah dalam perancangan baki tanah stadium tersebut satu perkampungan sukan akan didirikan dalam perkarangan stadium untuk dijadikan tempat penginapan untuk atlet-atlet kita dan juga boleh disewa kepada atlet pelawat dan mungkin juga boleh dijadikan sebagai hostel atau hotel. Soalan ketiga adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia untuk menganjurkan SUKMA 2028? Sekian.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih kepada soalan tambahan yang dituju oleh Bukit Tambun, saya akan menjawab soalan pertama yang ditanya oleh Bukit Tambun. Sememangnya Stadium Negeri Batu Kawan siap dibina untuk kegunaan SUKMA pada tahun 2000 dan setelah saya memegang jawatan EXCO Belia dan Sukan pada tahun 2018, kita bermesyuarat dengan PDC di mana dimaklumkan bahawa PDC memang pernah merancang Batu Kawan Sport City pada 2018 juga. Di atas tapak yang baki iaitu sebanyak 144.16 ekar. Komponen-komponen yang telah dirancang pada masa itu tahun 2018 bagi pihak PDC adalah seperti Sport Commercial Arcade, Sport College dan akademi hotel seperti dicadangkan untuk penginapan. Service Residence Sport Village…(dengan izin) Dato‘ Speaker, Aquatic Centre, Indoor Multipurpose Court, Indoor Basketball Academy Indoor Gym dan Training Stadium, Indoor Badminton Academy, Indoor Futsal dan Sport Association Centre. Walau bagaimanapun, setelah Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang mengambil alih Stadium Negeri Pulau Pinang iaitu Stadium Batu Kawan pada 1 Julai tahun 2020, pihak perbadanan telah pun duduk bermesyuarat bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bersama juga dengan persatuan-persatuan sukan di Negeri Pulau Pinang dan terdapat 46 persatuan sukan, rancangan bincang persatuan sukan di mana yang masih kekurangan atau tidak ada fasiliti sukan untuk atlet-atlet mereka training. Maka setelah beberapa perbincangan dan juga ada cadangan-cadangan daripada persatuan sukan dan juga Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, maka buat sementara waktu seperti yang tadi saya jawab, memang Kerajaan Negeri Pulau Pinang merancang untuk membina dan mewujudkan Sport City Batu Kawan, dan Sport City ini akan merangkumi fasiliti-fasiliti yang penting yang masih tidak ada, sama ada di kawasan SPS yang masih tidak ada ataupun di Negeri Pulau Pinang yang masih tidak ada seperti Aquatic Centre, Hockey Field, dan juga beberapa komponen sukan yang penting contohnya skuasy yang ada di sebelah Pulau tapi di mainland tak ada Squash Centre dan juga sukan-sukan yang masih tak ada fasiliti. Untuk menjawab soalan tambahan yang kedua, atlet-atlet yang membuat training buat masa ini memang saya setuju untuk pembinaan atau pewujudan sport village….(dengan izin) Dato‘ Speaker mungkin tak dapat di sport city itu. Mungkin tak cukup, ataupun boleh memasukkan buat sementara waktu dalam rancangan plan yang telah diderafkan oleh stadium board buat masa ini, tak termasuk lagi untuk sport village dan asrama-asrama yang sedia ada di Negeri Pulau Pinang. Memang Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bercadang untuk membina semua asrama baru yang 3 tingkat yang dapat menampung penginapan lebih kurang 100 orang atlet, asrama yang sedia ada di MSN…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat jawab, Yang Berhormat Tambun tanya di Batu Kawan sahaja.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Oh, okey. So, ini saja yang saya jawab untuk soalan tambahan kedua, soalan tambahan yang ketiga?

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

SUKMA 2028 adakah?

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

SUKMA tahun 2028 seperti yang dijadualkan SUKMA sepatutnya dijalankan pada tahun 2020 tapi kerana pandemik yang berlaku maka telah ditunda selama 2 tahun SUKMA akan dijalankan pada tahun ini, September. Tarikh-tarikh yang rasmi akan diumum setelah satu mesyuarat yang telah dijadualkan oleh Menteri Belia Dan Sukan pada 7hb Jun dan dalam mesyuarat sebelum ini memang kita Negeri Pulau Pinang ada bercadang untuk menganjurkan SUKMA tetapi SUKMA yang selepas tahun ini mereka akan memberikan ruang pada tahun 2024 kepada Johor dan tahun 2026 kepada Kelantan. Tahun 2028 masih ada kekosongan, ada ruang dan memang Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia untuk menganjurkan SUKMA. Terpulang kepada jawatankuasa SUKMA tertinggi untuk membuat keputusan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, saya nak jemput soalan daripada Batu Lancang sila.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato‘ Yang di-Pertua, soalan saya nombor dua. No. 2. Pulau Pinang telah menarik banyak pelabur luar negara di mana sehingga tahun lalu nilainya sebanyak RM76.2 bilion. (a) Adakah infrastruktur sedia ada seperti jalan raya, bekalan tenaga dan air serta telekomunikasi mampu menampung keperluan tersebut pada masa hadapan? (b) Sejauh manakah jaminan mereka terus kekal dan melabur di sini?

Y.A.B Ketua Menteri: Terima kasih Dato‘ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Lancang. Pulau Pinang merupakan penerima pelaburan terbesar dalam sektor perkilangan untuk tahun 2021 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM76.2 billion ringgit yang merangkumi 111 projek. Berdasarkan laporan MIDA, prestasi cemerlang tersebut adalah disumbangkan daripada FDI berjumlah RM74.4 bilion (98%) dan Pelaburan Langsung Domestik (DDI) berjumlah RM1.8 bilion (2%). lndustri elektrikal dan elektronik menyumbang sebanyak RM73.9 bilion (97%) daripada jumlah pelaburan yang diterima Negeri Pulau Pinang, diikuti dengan bidang produk logam asas berjumlah RM831 juta dan bidang jentera dan peralatan

berjumlah RM780 juta. Prestasi cemerlang Pulau Pinang ini diharap dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Salah satu faktor utama syarikat-syarikat sedia ada meneruskan pelaburan dan pelabur-pelabur baharu memilih negeri kita sebagai destinasi pelaburan mereka adalah disebabkan oleh ketersediaan infrastruktur yang kian berkembang pesat di Pulau Pinang. Antara infrastruktur tersebut ialah seperti jalan raya, bekalan tenaga elektrik dan air, loji rawatan pembetungan serta telekomunikasi di kawasan perindustrian lama yang sentiasa dinaiktaraf dan diselenggara dengan baik dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi yang berkaitan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Penang Development Corporation (PDC) serta beberapa syarikat telco yang lain. Pada bulan Februari tahun ini, Kerajaan Persekutuan melalui pihak MIDA telah mengagihkan peruntukan dana Program Menaik Taraf lnfrastruktur Asas Kawasan Perindustrian sedia ada kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi menambah baik taraf infrastruktur daripada segi sistem perparitan dan saliran, menaik taraf sistem kawalan banjir, pembinaan infrastruktur baharu seperti jalan masuk utama, jalan ke kawasan baharu dan perparitan yang telah diluluskan oleh agensi berkaitan. Justeru itu, berikutan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap jabatan dan agensi pelaksana yang sentiasa komited dalam merealisasikan segala visi dan misi, Kerajaan Negeri amat yakin segala infrastruktur sedia ada masih boleh menampung keperluan syarikat-syarikat yang melabur di Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri kini menumpu kepada pelaburan daripada sektor-sektor tertentu terutamanya sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan yang merangkumi elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor, peralatan perubatan, aeroangkasa, ekonomi digital, perkhidmatan perniagaan global, perekaan integrated circuit (IC) dan projek-projek yang memberi nilai tambahan yang tinggi. Negeri Pulau Pinang dilengkapi dengan ekosistem yang sempurna, sumber manusia berteknikal mahir dan berpengetahuan, kos operasi yang berdaya saing, serta kemudahan menjalankan perniagaan daripada segi ketersediaan infrastruktur dan taman-taman industri yang bertaraf antarabangsa. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat , Kerajaan Negeri akan terus fokus dan memperkukuhkan aspek-aspek ini supaya pelabur yang telah melabur di sini masih berdaya saing dan boleh terus kekal dan melabur di Pulau Pinang. Untuk memastikan pelabur sedia ada dan pelabur baharu dapat dijaga, beberapa inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, iaitu termasuklah penubuhan Majlis Penasihat lndustri Pembuatan Pulau Pinang pada bulan April 2021. Terma rujukan bagi Majlis ini adalah untuk mempertingkatkan kemudahan dalam menjalankan perniagaan di Pulau Pinang, menjalinkan usahasama dan mengenal pasti kekuatan dan keupayaan syarikat-syarikat, mempromosikan ekosistem industri Pulau Pinang serta menjadi suara bersepadu yang mewakili pihak industri. Majlis ini disertai oleh Persatuan Syarikat Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang (FREPENCA), Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan Persatuan lndustri Perubatan Malaysia. Selain itu, lnvest Penang kini menawarkan hand holding program untuk memberi sokongan dan fasilitasi untuk memudahkan para pelabur sedia ada mahupun pelabur baharu untuk menubuhkan syarikat perniagaan, membina atau menyewa bangunan kilang yang baharu dan memulakan operasi pengilangan. Ini adalah untuk memastikan kesenangan menjalankan perniagaan atau ease of doing business di Pulau Pinang. Invest Penang juga memainkan peranan yang penting untuk melancarkan proses para pelabur dalam projek pembinaan kilang baharu, sesi pengambilan pekerja dan mengenal pasti tapak sementara sebagai perkhidmatan selepas jualan tanah industri. Syarikat domestik dan antarabangsa yang mempunyai pengalaman di Pulau Pinang bukan sahaja akan mengembangkan operasi

mereka di Pulau Pinang, malah menarik pelabur berpotensi lain untuk turut sama menapak di Pulau Pinang. Untuk menggalakkan pelaburan domestik pula, Kerajaan Negeri menyediakan tanah industri khas untuk pelabur domestik yang dikelilingi oleh syarikat-syarikat antarabangsa supaya dapat meningkatkan peluang kepada pembekal tempatan untuk mengembangkan peluang perniagaan mereka secara tidak langsung. Selain itu, pihak kerajaan juga menganjurkan Hari Pembekal atau Supplier Day bersama syarikat antarabangsa untuk membentangkan cara-cara bagaimana kilang domestik boleh membekal produk atau servis mereka kepada syarikat-syarikat antarabangsa. Sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingat saya amat jelas dengan penjelasan daripada Padang Kota. Saya, soalan saya tinggal satu. Saya ada tiga soalan jadi tinggal satu sahaja. Soalan saya adalah ketersediaan infrastruktur 5G sememangnya akan menjadi salah satu daya tarikan pelabur asing. So di negara kita inilah, apakah garis masa asas pelaksanaan 5G di Pulau Pinang? Dan sejauh manakah konflik di antara Digital National Berhad dan pemain industri menjejaskan plan pelaksanaan 5G di negeri kita?

Y.A.B. Ketua Menteri: Kemudahan telekomunikasi adalah satu komponen yang penting selain dari apa yang saya bentangkan insfrastruktur-infrastruktur ini, dan sememangnya pada peringkat ini, pihak Kerajaan Negeri masih, walaupun kita sudah ada sesi libat urus dengan pihak Persekutuan mahupun agensi yang akan melaksanakan perkhidmatan 5G di Negeri Pulau Pinang dan di seluruh negara. Namun oleh kerana ketidakpastian keputusan untuk hala tuju syarikat mana yang mengendalikan perkhidmatan 5G, kita masih menunggu tetapi walau bagaimanapun, kita sudah mulakan pilot project di tiga lokasi di Bandaraya George Town supaya untuk menjadi satu pilot untuk menguji kesediaan Pihak Berkuasa Tempatan mahupun negeri dalam menerima perkhidmatan-perkhidmatan 5G dengan penyediaan insfrastruktur yang diperlukan seperti smart pole dan lain-lain. Kita masih menunggu keputusan yang akan dibuat oleh pihak Kerajaan Persekutuan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Salah satu perkara yang penting dalam menggalakkan industri pelabur asing ini adalah air. Jadi kalau berlaku krisis air, bermasalah dan air mungkin akan menjadi mahal dan sebagainya. Apakah persediaan pihak Kerajaan Negeri dalam memastikan bahawa perkara ini tidak berlaku dan boleh memastikan bahawa kos bagi air yang terlibat berada di tahap yang rendah dan mungkin akan menggalakkan lagi pelabur-pelabur daripada luar? Yang kedua juga berkaitan dengan kesediaan Kerajaan Negeri untuk mengatasi ataupun menyelesaikan masalah jika berlaku, jika terbina lapangan terbang di Kulim. Jadi ini mungkin akan mengurangkan sedikit sebab di Kulim, sebab saya rasa lapangan terbang khusus untuk barangan ataupun untuk cargo. Jadi apakah persediaan kita di peringkat Kerajaan Negeri kalau berlaku ataupun terbinanya Lapangan Terbang Kulim yang saya rasa akan menjadi satu persaingan kepada pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang? Terima kasih.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang atas soalan berhubung dengan ketersediaan dari segi bekalan air dan juga persaingan daripada sebuah lapangan terbang yang mungkin dibina di Kulim. Bagi isu bekalan air, PBA sebagai syarikat yang bertanggungjawab bersama dengan Kerajaan Negeri memang meneliti keperluan air bukan pada hari ini tetapi keperluan air dijangka untuk 10, 20 hingga 30 tahun ke masa hadapan dan oleh itu sejak tahun 2009, kita pun sudah memulakan satu kajian yang bersangkut-paut dengan mencari satu sumber air mentah yang alternatif iaitu daripada Sungai Perak yang diberikan nama Sungai Perak Water Transfer Scheme untuk complement apa yang kita terima dari Sungai Muda pada kini yang membekal 85% sumber air mentah untuk dirawat dan disampai kepada pengguna, kediaman, komersial dan juga industri. Jadi apabila kita meneliti keperluan air dari sektor-sektor berkaitan maka perancangan dibuat untuk memastikan kita buat persiapan demi menyediakan kemudahan-kemudahan yang dapat merawat selain dari bekalan air mentah, adalah kemudahan untuk merawat dan juga sistem untuk menyampaikan air yang dirawat kepada pengguna-pengguna akhir sama ada kediaman, perniagaan mahupun indusri. Jadi bagi bekalan air kepada industri-industri, memang dalam lingkungan persiapan di bawah kajian-kajian yang sedemikian. Tetapi kita tahu bahawa memang sudah ada kelewatan daripada Perak River Water Transfer Scheme di mana kita masih belum dapat satu keputusan daripada pihak Kerajaan Negeri Perak mahupun daripada kementerian yang berkaitan. Walaupun semenjak saya menjadi Ketua Menteri, saya pun sudah ada rundingan dengan dua Menteri Besar, dua Menteri Air tetapi nampaknya masih belum sampai mencapai satu persetujuan untuk memulakan projek yang akan memberi sumber mentah air yang alternatif yang dapat complement apa yang kita dapat dari Sungai Muda. Dan sememangnya ini gambaran yang holistik tetapi bagi gambaran dalam sektor, dalam taman-taman industri sememangnya apabila pihak pelabur melalui Invest Penang mahupun Pihak Berkuasa Tempatan, PBA akan meneliti keperluan air bagi setiap permohonan kilang dan akan menetapkan syarat, bagaimana mereka perlu menyediakan tangki simpanan. Satu syarat yang mereka perlu patuhi adalah setiap kilang tertakluk kepada kegunaan air yang diperlukan, perlu menyediakan tangki simpanan untuk tahan sekurang-kurangnya 48 jam untuk kegunaan sendiri apabila berlakunya disruption kepada bekalan air kalau di mana-mana ada paip besar bocor yang memerlukan kerja-kerja pembaikan secara kecemasan.

Berhubung dengan cadangan untuk membina sebuah lapangan terbang di Kulim, setakat apa yang kita terima daripada Kerajaan Persekutuan khususnya MOT, sebab kitapun pada peringkat ini masih berhubung dengan kementerian berkenaan tentang Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dan jawapan yang banyak kali disebut oleh MOT adalah tunggu untuk kajian National Airport Strategic Plan sebelum mana-mana projek berhubung dengan lapangan terbang baik dari segi penaiktarafan seperti di Bayan Lepas ataupun projek-projek lapangan terbang yang baharu seperti Kulim dapat diberi satu keputusan yang muktamad. Jadi bagi pihak Kerajaan Negeri, setakat ini memang tidak ada kelulusan baik untuk Bayan Lepas mahupun untuk Kulim. Namun kita lihat isu ini secara positifnya kalau industri di Wilayah Utara berkembang dengan begitu baiknya, yang memerlukan penambahan baik di Bayan Lepas mahupun di Kulim, itulah satu keputusan di mana kajian National Airport Strategic Plan ini dapat memberi jawapan kepada kementerian untuk melakukan satu keputusan yang bijaksana. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya nak jemput Yang Berhormat Kebun Bunga, sila.

Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Dato’ Speaker, soalan saya soalan ketiga. No. 3. Apakah tindakan dan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mencapai Visi 2030?

Y.A.B. Ketua Menteri: Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin memohon keizinan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua untuk menjawab Soalan 3 dari Kebun Bunga bersama dengan Soalan 32 dari Yang Berhormat Permatang Pasir dan Soalan 70 yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Seberang Jaya sebab melibatkan isu yang sama.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

No. 32. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan sejauh manakah program yang dirancang di bawah Penang2030 telah mencapai objektifnya?

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

No. 70. Apakah status pelaksanaan Visi Pulau Pinang 2030?

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh, sila.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada 21 Januari 2022, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melancarkan Kad Laporan Pencapaian 3 Tahun yang pertamanya sebagai komitmen untuk mencapai Visi Penang2030. Dokumen tersebut telah menggariskan semua pencapaian Kerajaan Negeri di bawah visi ini sejak ianya

dilancarkan pada Ogos 2018. Visi Penang2030, bersandarkan Empat Teras Utama iaitu meningkatkan daya huni bagi menambah baik kualiti kehidupan, menaiktaraf ekonomi bagi meningkatkan pendapatan isi rumah, memperkasa rakyat bagi meningkatkan penyertaan awam dan melabur dalam persekitaran terbina bagi menambah baik daya tahan kita atau resilient kita. Empat Teras Utama akan didokong oleh 16 lnisiatif Strategik dan sasaran strategik tumpuan. Kerajaan Negeri yakin merealisasikan Visi Penang2030 dengan memperkasakan agenda 'Ekonomi Perindustrian' dan 'Digital Ekonomi' di negeri ini, serta mengambil langkah untuk meningkatkan daya huni dan menambah baik pembangunan alam sekitar untuk mengatasi perubahan iklim. Hala tuju Kerajaan Negeri dalam mempercepatkan pencapaian Penang2030 berlandaskan Tiga Inisiatif Utama merangkumi lnisiatif Setempat, lnisiatif Pembangunan Komuniti dan lnisiatif Libat Urus lndustri. Melalui lnisiatif Setempat, Kerajaan Negeri akan membangunkan hab inovatif digital dengan mewujudkan suatu Daerah Kreatif yang akan menjadi pemangkin kepada digital ekonomi masa hadapan. Matlamat utama Daerah Kreatif adalah untuk mencipta ekosistem digital yang terdiri daripada syarikat pemula teknologi, usahawan, perkhidmatan digital dan syarikat perisian. Terdapat lapan (8) syarikat yang telah menyatakan komitmen dan hasrat mereka untuk menubuhkan sebuah pusat di Daerah Kreatif Pulau Pinang. Dalam tempoh tiga (3) tahun akan datang, rancangan ini adalah untuk menarik 50 syarikat digital untuk melabur dan menubuhkan operasi mereka di sini, untuk mewujudkan 2,000 pekerjaan berpendapatan tinggi dan berfungsi sebagai peneraju ekosistem digital. Ekonomi Negeri Pulau Pinang disokong oleh industri telah diiktiraf sebagai semikonduktor dan hab E&E bagi rantau ini. Gabungan nilai pelaburan pembuatan di negeri ini pada tahun 2019 dan 2020 ialah RM31 bilion, mewakili 18% daripada keseluruhan nilai pelaburan di Malaysia dan telah menyumbangkan volume dan lebihan perdagangan bagi tahun 2020 bagi sektor E&E. Pada 2021, Negeri Pulau Pinang terus mencapai pelaburan pembuatan tertinggi iaitu RM76.2 billion dan mencipta 51,000 peluang pekerjaan. Memandangkan semikonduktor global akan terus menjadi sektor yang sangat berdaya saing, Pulau Pinang juga perlu konsisten dalam sektor ini. Berorientasikan pertumbuhan, bagi terus menggalakkan pertumbuhan indutri bagi 20 tahun akan datang, Pulau Pinang akan mengembang pelaksanaan projek dan penyediaan tanah seperti Batu Kawan Industrial Park 2 untuk terus berdaya saing di arena global. Agak panjang ya. Selain itu, Kerajaan Negeri juga mengambil langkah-langkah pendekatan bagi memperluaskan bakat di Pulau Pinang termasuk memacu pelaburan, menangani jurang penawaran dan permintaan dalam TVET bagi menarik pelaburan kualitatif dalam jangka masa terdekat dan jangka panjang. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, E&E dan semiconductor dilihat menjadi sektor kitaran bagi memacu perkembangan ekonomi negeri, walaupun untuk Pulau Pinang mencapai pertumbuhan sebagai The Silicon Valley of The East 2.0, kita perlu mengambil dan berebut peluang-peluang pelaburan dalam teknologi perubatan, sains hayat, industri automasi dan robotik. Sektor industri juga dijangka meningkat 10% untuk eksport tahunan bagi tempoh 2022 hingga 2025 dan 5% bahagian pasaran global bagi semikonduktor. Selain daripada itu, penumpuan terhadap pembuatan industri, saya lihat Pulau Pinang memerlukan sektor pertumbuhan yang baharu dan perlu beralih kepada digital ekonomi dan teknologi maklumat dan komunikasi. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia pada suku ke-3 pada tahun 2021, pendapatan e-dagang Malaysia melonjak kepada RM279 bilion ataupun peningkatan sebanyak 17.1% dari tahun ke tahun. Untuk mencapai Visi Penang2030 dengan sasaran-sasaran tumpuan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga akan meningkatkan daya huni bagi menambah baik kualiti kehidupan dan mengenal pasti projek-projek perumahan dan kebajikan rakyat dengan

membangunkan bakat anak-anak muda, warga emas yang berteraskan keluarga, yang berteraskan keluarga. Kerajaan Negeri juga akan memperkenalkan dasar libat urus stakeholder engagement dan mengalukan sifat kesukarelawan bagi mempertingkatkan penyertaan awam di dalam rancangan masa depan Pulau Pinang dan memberi tumpuan untuk pembaikan infrastruktur dan alam sekitar perubahan iklim. Dengan langkah-langkah dan sasaran-sasaran untuk Visi Penang2030, Kerajaan Negeri komited bahawa Pulau Pinang akan menarik lebih banyak pelancong, pelaburan dan sebuah negeri yang berciri teras, mampan, dan pintar selaras dengan Visi ini. Untuk memantau prestasi Penang2030, Kerajaan Negeri akan mempamerkan sistem papan pemuka atau dashboard Penang2030 untuk merupakan sistem pemantauan pelaksanaan projek-projek di bawah Visi Penang2030 ini, sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, sila.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Tambahan Dato' Speaker. Dato' Speaker, saya memang teruja dengan senarai pencapaian oleh Kerajaan Negeri seperti yang telah dipaparkan baru-baru ini dalam report card Kerajaan Negeri. Jadi soalan tambahan saya ialah terus terang, jadi untuk tujuan pencapaian Visi 2030 dan juga seperti yang telah disenaraikan oleh Ketua Menteri tentang perancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan empat teras utama, jadi soalan saya ialah, jadi kita tak perlu tunggu sampai 2030 untuk mencapai Visi 2030, itu saja terima kasih.

Y.A.B. Ketua Menteri: Saya setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Maka saya nak jemput soalan seterusnyalah, semua setuju. Soalan seterusnya, Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Ssoalan saya, soalan No. 4. No. 4. Bencana kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung. (a) Terangkan secara terperinci tentang punca dan usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani krisis. (b) Senaraikan implikasi kewangan yang perlu ditanggung oleh Kerajaan Negeri dalam penempatan semula penduduk serta usaha mitigasi bencana. (c) Apakah pengajaran yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri?

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

No. 57 Sejak insiden kebakaran berlaku di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung, didapati bahawa Kerajaan Negeri menghadapi kekurangan satu unit tindakan khas bencana. (a) Adakah Kerajaan Negeri bersetuju menyediakan satu pasukan Unit Bencana supaya kita dapat berdepan dengan semua insiden bencana berlaku contohnya kebakaran, banjir dan lainlain lagi?

Terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua dan juga kepada Ahli Kawasan Machang Bubuk atas persoalan ini. Saya mohon izin Dato' Speaker sekiranya boleh untuk juga jawab kepada Soalan 57 yang adalah sama juga, berkenaan kebakaran di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh sila.

Thank you very much. Dan of course dengan izin saya ambil mask saya keluar. Now soalan yang ditanya adalah berkenaan apa yang berlaku baru-baru ini iaitu ada satu kebakaran di PPS tapak pelupusan sampah Pulau Burung dan soalan yang ditanya adalah berkenaan bagaimana ia berlaku dan sebagainya. So, I want a give a bit a details, saya harap semua boleh sabar dan ambil jawapan saya. Now, tapak pelupusan sampah Pulau Burung mula terbakar pada 12 Januari tahun ini dan usaha pemadaman tersebut, kebakaran tersebut telah pun melibatkan pelbagai agensi dan telah pun berakhir pada 31 Januari, I think saya dengan Ketua Menteri saya dan juga YB. Kawasan semua telah pun turun padang untuk lihat apa yang berlaku pada permulaannya. Kawasan yang terbakar Dato’ Speaker, mencecah sekitar 16 ekar di fasa satu tapak pelupusan tersebut. Berdasarkan siasatan yang telah kita jalankan terutamanya oleh pihak bomba, kebakaran berpunca daripada faktor cuaca semasa iaitu musim panas yang meningkatkan risiko kebakaran di tapak tersebut. Walau bagaimanapun terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan kebakaran sukar dikawal pada waktu permulaan dia iaitu No. 1, kawasan terbakar merupakan bekas kolam berkedalaman sekurang-kurangnya 15 meter dan tidak mempunyai lapisan tanah sebagai firebreaker di dalam. No. 2, pembukaan kawasan pembuangan yang terlampau besar dan bersambungan mengakibat api merebak dengan pantas dan mudah. No. 3, tiada akses bagi tujuan pemantauan dan tindakan mitigasi akibat daripada pembuangan sampah di lereng-lereng yang telah pun ditutup sebelum itu. No. 4, operator tapak pelupusan ingin saya nyatakan telah pun tidak patuh beberapa Standard Operating Procedure ataupun SOP pengendalian tapak pelupusan tersebut. Ini adalah laporan rasmi daripada pihak Bomba, Dato’ Speaker. So apa yang kita buat Kerajaan Negeri bersama kedua-dua PBT, Pihak Berkuasa Tempatan telah mengambil tindakan sewajarnya ke atas operator tapak pelupusan dan juga mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Ingin saya nyatakan di peringkat ini, bahawasanya penyampaian perkhidmatan oleh pihak Kerajaan Negeri adalah yang terpenting termasuk daripada kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan. Dan yang terpenting untuk makluman semua di sini, peruntukan ataupun bajet

kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan, Dato' Speaker just quick one, lebih daripada 50% adalah untuk pengurusan sisa pepejal dan itu yang terpenting untuk kita. Jadi kita lihat kejadian ini sebagai serius. So bagi menangani krisis yang berlaku ini, kita ada satu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Seberang Perai Selatan yang telah pun digerakkan untuk menyelaraskan tugasan sepanjang operasi pemadaman kebakaran yang berlaku seperti ditanya soalan tadi. Now implikasi kewangan, the next question yang perlu ditanggung oleh Kerajaan adalah seperti perincian yang ada dalam jawapan di mana ia termasuk bekalan lori tangki, bekalan tanah merah, bantuan jentera tenaga pekerja dan pampasan kepada keluarga yang terlibat yang membawa kepada satu jumlah keseluruhannya RM888,229.00. Untuk makluman semua, the details are there, Tuan Yang Di-Pertua. Now Kerajaan Negeri kita menanggung kos pampasan sebanyak RM115,000 kepada 115 keluarga yang terjejas. I think YB. Kawasan pun faham itu, bagi implikasi kewangan kepada MBPP sebanyak RM76,400 dan yang ditanggung sepenuhnya oleh MBPP manakala kos pemadaman kebakaran oleh MBSP was RM750,829.00 yang kita sedang tuntut sepenuhnya daripada operator tapak pelupusan tersebut, Dato’ Speaker. Selain itu Dato' Speaker, kegagalan kontraktor tersebut untuk selenggara tapak pelupusan telah akibatkan kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan juga alami kerugian iaitu antaranya perkara adalah kehilangan gas akibat kebakaran, kerosakan lori-lori MBPP dan MBSP kerana jalan tidak diselenggara, kos remedi untuk perbaiki keadaan di tapak pelupusan, dan juga kos pembinaan sub stesen TNB yang membawa kepada satu jumlah RM59.5 juta. It’s a quite substantial amount. So far, this our calculation because we need to move forward and this is the number we have, so Kerajaan Negeri melalui MBSP telah pun mengambil tindakan ke atas operator dan langkah-langkah mitigasi untuk pastikan kejadian ini tidak berulang sekali lagi. That’s the most important things for us Dato’ Speaker, and antara lain, tindakan itu adalah kita telah arahkan operator untuk jalankan kerja penutupan dengan kadar segera dengan menggunakan tanah merah setiap hari mengikut speksifikasi yang telah ditetapkan iaitu memastikan setiap lapisan sisa pepejal tidak melebihi lima meter dan ditutupi dengan tanah merah secara padat dengan ketinggian sekurang-kurangnya 15cm sebelum membukanya semula. Pihak operator juga telah diarahkan untuk membuat penutupan dengan kadar segera di kawasan yang terdedah, any others area that we feel is a jeopardize we are looking into it on the daily basis now. Pihak operator juga Dato’ Speaker, diarahkan untuk menyediakan pili bomba, fire hydrant dan dua (2) unit tangki mudah alih berserta high pressure jetter berkapasiti sekurang-kurangnya 3,000 liter dalam kawasan tapak pelupusan. Seterusnya pihak operator diarahkan untuk sediakan stockpile tanah merah yang cukup untuk sekurang-kurangnya at least 3 days for operation untuk penutupan sekiranya diperlukan setiap hari. Seterusnya pihak operator juga perlu merancang tempat pengoperasian pembuangan dengan baik supaya kawasan pembuangan tidak dibuka terlampau besar dan bersambungan serta membuatkan firebreaker antara sub-sub sel di kawasan tersebut. Seterusnya, pihak operator kalau didapati gagal patuh apa-apa syarat yang kita telah pun kita nyatakan maka kita akan lihat kepada tindakan perundangan, Dato' Speaker. Now I think I given quite a big of details apa yang kita perlu buat, and I repeat apa yang saya nyatakan tadi kita akan lihat kepada pengurusan sisa kita di seluruh Negeri Pulau Pinang bukan sahaja di kawasan itu, tetapi juga di kawasan ini kita juga ada tapak pelupusan sampah di Jelutong yang juga kita sedang tangani, dan kita akan pastikan teknologi yang terbaru akan berlaku akan diguna pakai. Seperti mana Ketua Menteri saya baru nyatakan dalam ucapan beliau tadi, kita perlu lihat pada isu ini kerana ia ada kait rapat dengan krisis iklim yang berlaku.

So it is extremely important dan kita sedang ambil tindakan as I speak right now Dato’ Speaker, thank you very much.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sila.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Dato Keramat kerana memberi penjelasan yang begitu terperinci. Soalan saya adalah berikut, operator yang telah banyak kali gagal saya boleh kata itu sudah gagal dan kenapa tidak ada tindakan yang drastik terhadap operator tersebut. Dan sekiranya sudah banyak peluang kita bagi kepada operator untuk menangani satu tapak pelupusan pepejal yang begitu penting untuk Negeri Pulau Pinang dan 16 ekar yang terbakar sehingga satu bulan saya rasa lebih satu bulan dan memberi ancaman kepada kesihatan orang awam di Pulau Pinang. Kawasan saya walaupun bukan di sana tapi di Machang Bubuk kita juga berdepan dengan isu jerebu ini, ia pembakaran secara terbuka, so kenapa kita masih bagi operator itu beroperasi lagi? Adakah Kerajaan perlu mengambil tindakan yang alternatif untuk menangani isu ini dengan lebih dalam masa panjang lagilah, lebih panjang lagi. Dan soalan kedua saya juga, tapak pelupusan Pulau Burung ini juga mempunyai banyak isu pencemaran air juga. Isu-isu pengurusan leachate yang selalunya menjadi isu itu dia turun pergi ke sungai kemudian mengalir ke laut, ia juga akan menjejaskan kualiti makanan laut kita. So, apa pandangan Yang Berhormat Ahli Kawasan Datok Keramat, bagaimana kita boleh juga memastikan yang operator tersebut untuk mematuhi SOP-SOP atau standard-standard yang telah kita tetapkan. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli Kawasan Machang Bubuk atas soalan seterus beliau. Saya mula dengan soalan yang kedua iaitu berkenaan isu leachate sebenarnya ini adalah satu daripada permasalahan ke semua yang kita sedang hadapi. Dan sememangnya mereka sudah pun tangani dan sedang menanganinya lah, we are looking into that, kita dapati bahawa ada leachate yang keluar kepada kawasan perairan lautan yang mana kita sudah pun meminta mereka sudah pun beberapa bulan sekarang dan kita dapat laporan terkini bahawasanya ia sedang dan akan diselesaikan dengan secepat mungkin by the operator, number 1. Number 2, coming back to your first question, Yang Berhormat. Yes, apabila kita lihat bahawasanya ada satu kegagalan dalam mematuhi kepada syarat-syarat, ini adalah satu perjanjian konsesi yang telah pun kita masuk sudahpun bertahun dahulu, Dato' Speaker. Dan kita sedang melihat kepada syarat-syarat dan kita sudah pun kenal pasti ada banyak pelanggaran dalam perjanjian konsesi tersebut, Dato' Speaker. There is no issue about that dari segi perundangan sudah pun kita lihat berbulan sekarang. Bukan sekarang sahaja, jadi for your information kita sudah pun capai suatu persetujuan dengan pihak operator di mana mereka setuju untuk buat satu penamatan secara bersama, in English it is called mutual termination, mereka sudah setuju. So, kita dalam proses sekarang untuk lihat apabila itu berlaku bagaimana kita boleh laksanakan operasi di tapak tersebut di mana ia perlu dibuat oleh pihak PBT. So, that is the issue now but your question is very valid question. And for your information, for the information of everyone here actually we have come to that point of mutual termination. The question is

when that happens who is going to operate? So we have to get ready for that and we are getting ready for that with our PBT MBSP and MBPP in the mean time they also have agreed Dato' Speaker, sebelum diambil alih tapak oleh kita punya orang mereka akan teruskan because that it is very important, we cannot let that just go, number 1. Number 2 after that happened when our PBT comes on board Dato' Speaker, we are going to look at opening a fresh tender for a new operator to come on board, so itulah jawapan saya kepada kita. Thank you.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Tambahan

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh, saya izinkan.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Disebabkan soalan saya soalan nombor 57 berkaitan dengan saya tak pasti sama ada tadi soalan saya dijawab atau tidak.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sekali

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Nampak macam masih belum jawab lagilah

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah jawab sekali, sila, sila

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Adakah Kerajaan Negeri bersetuju untuk menyediakan satu pasukan untuk mencegah, Pasukan Unit Bencana supaya apabila ada apa-apa berlaku memang kita dapat bersedia? Contohnya, musim banjir kilat yang berlaku pada tahun 2017 dan juga memang saya setuju dengan Machang Bubuk di mana operator, tanggungjawab operator memang penting di tapak pelupusan dan cuma saya nak dapatkan maklumat adakah pihak Kerajaan bersetuju untuk memberi MBSP untuk masuk sebagai tempoh interim period untuk mengambil alih dalam tempoh enam (6) bulan, tiga (3) bulan? Pada masa yang sama kita keluarkan Request For Proposal (RFP) ataupun yang dikatakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Datuk Keramat, fresh tender, so saya rasa sekiranya pihak Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan untuk mendapatkan tender yang

baru, saya rasa saya berpendapat di mana adakah tender ini di bawah MBSP ataupun di bawah Kerajaan Negeri di bawah Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri? So saya harap kalau sekiranya dapat tender baru atau pun tender untuk interim, kita harus membawa tender itu kepada Kerajaan Negeri untuk buat keputusan, dan bukan sahaja di bawah Pihak Berkuasa Tempatan MBSP atau pun MBPP. Terima kasih.

I think Yang Berhormat Dato' Speaker, I answer. First of all, Unit Bencana, saya telah nyatakan dalam jawapan that’s why i combined both answers, sudah pun kita dalam persiapan untuk diwujudkan satu Unit Bencana tersebut kerana bukan sahaja untuk satu isu seperti di Pulau Burung tetapi di lain tempat juga. Number 2, I think tender selalu adalah melalui proses perolehan. So sememangnya ia akan dipantau oleh Kerajaan Negeri juga kerana inilah satu tender untuk kita lihat bagaimana kita boleh beri satu operator baru melalui MBSP dan juga MBPP tetapi Kerajaan Negeri boleh melihat kepada isu tersebut there is no issue on that at all kerana kita mempunyai satu sistem terbuka dan telus. I think the rest I have answer in the question. Thank you.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Ahli Kawasan Datok Keramat, seterusnya saya hendak jemput Yang Berhormat Ahli Kawasan Pulau Tikus.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya nombor 5. No. 5. Apakah status projek Mount Erskine underpass memandangkan situasi lalu lintas semakin sesak? (a) Apakah jangka masa projek ini kalau masih akan dilaksanakan?

Thank you kepada Yang Berhormat Pulau Tikus berkenaan satu soalan Projek Mount Erskine (Underpass) yang memerlukan perhatian kerana begitu banyak situasi-situasi lalu lintas lah, which I agree lah to Yang Berhormat, I will be very ringkas on this answer. Setakat ini, proses pengambilan 20 lot tanah oleh Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Timur Laut (DTL) bagi pelaksanaan Projek Cadangan Pembinaan Jalan Bawah (underpass) dari Jalan Mount Erskine ke Jalan Burma yang menggunakan peruntukan Majlis Bandaraya Pulau Pinang sebanyak RM25 juta telah selesai pada bulan Mac tahun 2020. Selain itu, reka bentuk terperinci bagi projek tersebut juga telah pun disediakan oleh perunding yang dilantik oleh pihak MBPP dan bagi melaksanakan projek tersebut MBPP telah membuat permohonan peruntukan juga kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2020 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), namun setakat ini ia tidak diluluskan. Untuk itu Yang Berhormat Dato' Speaker, pihak MBPP telah mengemukakan semula permohonan peruntukan tersebut iaitu sebanyak RM25 juta bagi pembangunan projek di bawah Rolling Plan Ke-3 (RP3) Tahun 2023, RMK-12 melalui Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada bulan Februari tahun ini. Now sekiranya permohonan peruntukan tersebut diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan projek ini akan dimulakan pada 2023 memandangkan proses pengambilan tanah telah selesai dan reka bentuk jalan juga telah pun disediakan dan dijangkakan kalau itu berlaku projek jalan

bawah ataupun underpass dari Jalan Mount Erskine ke Jalan Burma ini akan mengambil masa selama tiga (3) tahun untuk dilaksanakan. Sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Soalan tambahan, terima kasih Yang Berhormat Ahli Kawasan Datok Keramat saya just hendak tanya soalan tambahan bahawa untuk kawasan-kawasan yang dalam proses pengambilan tanah yang sudah pun melalui proses perobohan, saya juga ingin meminta Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa kebersihan di kawasan-kawasan tersebut dijaga sementara menunggu semua kelulusan-kelulusan oleh pihak yang tertentu lah supaya projek ini boleh dilaksanakan kerana kawasan itu memang kawasan perumahan juga dan kita juga mesti memastikan bahawa tiada masalah-masalah seperti pembiakan nyamuk atau selain sebagainya lah, dan boleh tak Kerajaan Negeri mencuba sedaya upaya untuk mempercepatkan proses ini kerana situasi trafik semakin teruk pada pagi tadi juga semasa saya datang ke Dewan Undangan Negeri pun juga sudah ada kesesakan jalan. Kita belum mengira lagi masa perayaan baru-baru ini kerana terlampau sesak di sana. Okey, terima kasih.

Sememangnya saya setuju dengan Yang Berhormat Ahli Kawasan Pulau Tikus, saya setiap hari dilanda trafik apabila saya datang ke KOMTAR bukan senang and it is that area that I have to pass and saya faham in fact not just that particular stretch we should look at other. And we are looking at it in fact the State Government kerana kita lihat Pulau Pinang adalah satu tarikan bukan saja kepada orang Pulau Pinang tetapi orang luar juga dan kita lihat trafik yang sampai begitu banyak. So sememangnya I agree with you we are trying to, we have already put in our request repeat requesting them to reconsider again the application that was rejected but we are looking at that and our work berkenaan pengambilan tanah Dato' Speaker, telah pun selesai. The rest of course in terms of cleanliness and safety, we will look into it as the project move on. Thank you.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya nak minta soalan yang seterusnya soalan yang ke 6, sila.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dato' Speaker, soalan saya nombor 6. Terima kasih. No. 6 Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan jumlah pekerja yang telah dibuang kerja (retrenched) akibat COVID-19 di Pulau Pinang?

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker dan juga Yang Berhormat Ahli Kawasan Permatang Pasir, mengikut data Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak 7,070 orang pekerja tempatan telah dihentikan (retrenchment) di Pulau Pinang sejak Mac 2020 sehingga April 2022 mengikut perincian seperti berikut :  Mac 2020 sehingga Disember 2020 seramai 5481 orang kena buang kerja (retrenchment)  Tahun 2021 (1364)  Januari 2002 sehingga April 2022 (225)  Jumlah adalah 7,070 orang kena retrenchment atau buang kerja Data ini diperolehi daripada Borang Pemberitahuan Pekerja (PK) yang dikemukakan oleh pihak majikan yang menjalankan operasi perniagaan di Negeri Pulau Pinang. Jumlah ini adalah jumlah umum dan tidak memfokuskan pemberhentian akibat COVID-19 semata-mata. Manakala Portal MyfutureJobs yang diselaraskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melaporkan seramai 14,446 pekerja telah kehilangan pekerjaan dari tahun 2020 sehingga 6 Mei 2022 seperti perincian berikut : Mengikut tahun : 2020 adalah 10,465  2021 adalah 3,519  Januari hingga 6 Mei 2022 adalah 462, so jumlah adalah 14,446. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri seperti yang kita sedia maklum bahawa masalah unemployment ini masalah yang crucial di dalam negara kita terutamanya di Negeri Pulau Pinang. Jadi adakah ada beberapa inisiatif yang telah dijalankan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membantu mereka yang telah dibuang. Dan sekiranya ada, apakah respon yang telah diterima pada mereka yang telah dibuang? Terima kasih.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Ahli Kawasan Permatang Pasir, satu soalan yang saya rasa dalam dua tahun pandemik ini, memang itulah saya rasa tempoh yang sangat penting supaya kita menjaga kepentingan pekerja, dan mungkin telah ada beberapa usaha supaya mereka yang kena buang kerja ini dapat kerja sama ada dalam industri yang sama ataupun yang lain. Antara usaha adalah job matching yang saya kira PERKESO yang jalankan job matching, dan kita di Pulau Pinang juga kita buat apa ini di bawah InvestPenang di bawah apa tu agensi katalah InvestPenang supaya kita buat job matching dan bukan kita, bukan juga Kerajaan Pusat di bawah PERKESO, bukan sahaja Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tapi ada banyak usaha yang saya tidak begitu kenal pasti supaya job matching ini dilaporkan.

So ini salah satu sebab saya rasa kita memang buat ini satu pelan mitigasi di mana mereka yang dibuang kerja ini bukanlah terlalu ramai seperti di negeri-negeri lain. Tapi

selepas apa ini COVID dalam apa ini katakan tahun ini saya rasa kita tidak ada pekerja, kita tidak kilang-kilang cari pekerja. So sekarang ni bukan kita buat program mitigasi supaya mereka tidak buang pekerja, tetapi kita mahu buat apa ini dasar ataupun langkah-langkah supaya bagaimana kita akan menyediakan pekerja kepada kilang-kilang. So jadi apa yang mereka selain daripada pekerja asing dan sebagainya, kita kilang-kilang ini ataupun syarikat multinasional memerlukan tenaga pekerja yang mahir yang ada talent dan sebagainya. Itu adalah saya rasa satu cabaran yang sangat besar kepada Pulau Pinang ataupun Kerajaan Pusat. So jadi Pulau Pinang ini sekarang mungkin isu-isu apa ini unemployment, tidak ada pekerjaan atau underemployment, tidak wujud sebenarnya. Yang wujud adalah tidak cukup pekerja untuk syarikat-syarikat so ini lah saya rasa dan oleh kerana itu memang dapat juga apa itu poaching satu syarikat ini akan cuba dapat menggalakkan pekerja lain untuk dapat kerja di kilang mereka dan sebagainya. So this poaching, so jadi ini tidak boleh dielakkan dan kita saya rasa salah satu sebab satu segi kita apa ini menggalakkan syarikat-syarikat yang ada high-end supaya kita mendidik tapi mereka perlukan pekerja yang berbakat yang ada talent dan sebagainya. So maka inilah yang jadi satu cabaran besar kepada kita dan rasa walaupun kita juga ada dari segi Kerajaan Negeri kita adakan sains STEM Council sebagainya supaya kita memastikan bahawa kita mewujudkan satu environment supaya kita wujudkan ini mereka minat dalam sains dan teknologi. Tapi isu yang selalu dihadapi oleh InvestPenang adalah syarikat-syarikat mahu pekerja sekarang. Mana mahu pergi? Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya nak jemput.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada jawapan tadi yang diberikan oleh Yang Berhormat Perai tentang isu sumber manusia dan guna tenaga khususnya di Negeri Pulau Pinang ini. Tapi kita lihat sebenarnya isu ini bukan sahaja membawa satu impak yang besar khususnya kepada sektor-sektor perindustrian tetapi kita boleh lihat disebabkan oleh dasar pekerja ataupun sumber manusia yang kurang menentu khususnya oleh Kerajaan Persekutuan. Malahan kita boleh lihat sektor-sektor lain seperti pembuatan makanan juga turut menghadapi isu kekurangan sumber manusia. Jadi soalan saya adalah sama ada Kerajaan Negeri selain daripada sektor perindustrian yang kita laksanakan dasar job matching ini, apakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk membantu dari segi kekurangan sumber manusia bagi sektor-sektor selain daripada sektor perindustrian ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sebelum, Yang Berhormat, sila kalau nak bangkitkan soalan tambahan juga kena fahami soalan pokok. Soalan pokoknya adalah jumlah pekerja yang dibuang akibat COVID-19 tapi saya nak jawapan ringkas sudahlah.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Okey. Terima kasih di atas soalan tadi dan itu bukan sahaja tanggungjawab Kerajaan Negeri supaya kita menyalurkan pekerja-pekerja kepada syarikat-syarikat yang kita cuma boleh bantu dalam proses. Ini adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat juga, ini adalah tanggungjawab syarikat-syarikat sendiri. Ini adalah satu tanggungjawab semua di negara ini bukan sahaja tapi kita memang sediakan. Baru-baru ini saya telah hantar laporan yang telah disediakan oleh melalui webinar dan sebagainya supaya kita membawa beberapa isu kepada Kerajaan Pusat dari segi pengambilan pekerja seperti talent dan sebagainya. Ini dalam laporan ini saya telah hantar kepada Ketua Menteri. Kemudian Ketua Menteri ini mungkin dia sudah hantar kepada pihak yang berkenaan di Pusat sebab memang isu ini satu isu yang sangat serius sebab kalau kita tidak ada sediakan apa ini bakat-bakat di kalangan pekerja maka saya rasa mungkin ini akan mengurangkan syarikat-syarikat yang datang ke Pulau Pinang mungkin dia akan pergi ke negeri lain dan sebagainya. So inilah satu isu yang serius yang kita perlu tangani dan saya tidak ada satu jawapan yang mudah atau senang. Tapi ini satu proses satu proses yang melibatkan tanggungjawab segera. Dan saudara sendiri faham bahawa isu pekerja dan sebagainya bukanlah satu isu ini di bawah Kerajaan Negeri. Kita memang ada peranan tertentu tapi ini adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat. Pengambilan pekerja untuk meluluskan pekerja dari luar negeri ini adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat. So kita tidak ada satu itu bukan dalam kuasa kita lah. So jadi kita buat kerja-kerja supaya kita tangani isu-isu yang semasa supaya kita akan buat program-program mitigasi, perbincangan dengan syarikat-syarikat, perbincangan dengan agensi kerajaan dan sebagainya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Soalan seterusnya Air Itam. Sila.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 7. No.7. Tidak dapat dinafikan kenderaan elektrik (EV) bakal menggantikan kenderaan mod tradisional. Negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand telah melancarkan inisiatif meningkatkan uptake EV di negara masing-masing. (a) Meskipun majoriti inisiatif ini di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, apakah langkah yang akan atau telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam memupuk peningkatan EV selaras dengan gagasan Penang2030?

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Air Itam. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Air Itam tentang apakah langkah yang akan atau telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam memupuk peningkatan electric vehicle dengan izin ataupun kenderaan elektrik selaras dengan gagasan ataupun Visi Penang2030. Kita semua sedia maklum sejak pengumuman oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam Belanjawan

2022 pada 29 Oktober tahun lepas dengan insentif pengecualian penuh cukai import, cukai eksais, cukai jualan, cukai jalan dan income tax relief…(dengan izin), sehingga RM2,500 telah menarik ataupun boost minat penggunaan kereta eletrik. Dan tidak dapat dinafikan kenderaan eletrik bakal menggantikan kenderaan mod tradisional pada masa yang akan datang. Selaras dengan apa yang saya sebutkan tadi, Visi Kerajaan Negeri Penang2030 ialah Penang Negeri Hijau, energy efficient dan juga mengurangkan pencemaran udara. Impak Kerajaan Negeri untuk membantu meningkatkan kadar uptake penggunaan kenderaan eletrik di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri bukan sahaja akan menumpukan kepada kenderaan empat roda tapi juga kenderaan dua roda akan diberi perhatian. Antara langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri dalam memupuk peningkatan EV, selaras dengan gagasan Penang2030 adalah:  Menyediakan struktur tempat pengecasan kenderaan elektrik di lokasi-lokasi yang strategik.  Kedua, menyediakan infrastruktur tempat pengecasan motosikal elektrik secara percuma di Pulau Pinang.  Ketiga, mengadakan program-program usaha sama dengan organisasi swasta untuk penerapan penggunaan kenderaan elektrik.  Keempat, menggalakkan pemasangan infrastruktur tempat pengecasan kenderaan elektrik bagi projek pembangunan baru sama ada di kompleks-kompleks, mall ataupun stesen-stesen minyak dan seterusnya penggunaan motosikal elektrik oleh PBT untuk menjalankan penguatkuasaan di sekitar kawasan Pulau Pinang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya nak minta Yang Berhormat Bagan Dalam untuk soalan seterusnya.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor8. No. 8. Nyatakan jumlah cukai pendapatan yang telah dibayar oleh Jabatan Kerajaan Negeri, Badan-Badan Berkanun dan agensi-agensi Kerajaan Negeri dari tahun 2018 hingga 2021. (a) Adakah munasabah Cukai Pendapatan dikutip daripada Jabatan / Badan / Agensi Kerajaan Negeri yang tidak berasaskan keuntungan, tetapi hanya memberi perkhidmatan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Yang Berhormat Bagan Dalam atas soalan nombor 8. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, berdasarkan rekod Jabatan Kewangan Negeri tiada bayaran cukai pendapatan yang telah dibayar oleh mana-mana jabatan Kerajaan Negeri dari tahun 2018 hingga 2021. Manakala bagi badan atau agensi Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:

Iaitu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai tak ada, Penang Development Corporation RM134 juta. Muzium Negeri Pulau Pinang RM0.027 juta.

Perbadanan Perpustakaan Awam RM0.27 juta. Manakala Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang RM3.17 juta. Jabatan atau agensi yang tidak berasaskan keuntungan yang hanya memberi perkhidmatan kepada rakyat adalah tidak munasabah untuk dikenakan cukai pendapatan itulah kedudukan sekarang Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Yang di-Pertua menurut daripada jawapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri beliau sudahpun nyatakan ini adalah tidak munasabah mereka yang memberikan perkhidmatan dikenakan cukai tetapi kita lihat di sini seperti Perbadanan Perpustakaan dikenakan cukai pendapatan RM270,000 dan juga Muzium yang dikenakan RM27,000. Ada tak apa-apa pulangan daripada amount ini dikembalikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri untuk disalurkan kepada agensi-agensi yang membayar cukai pendapatan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sudahpun mengakui tidak munasabah? Terima kasih.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri akan ambil maklum cadangan Yang Berhormat dan akan meminta supaya perkara ini dipertimbangkan supaya agensi-agensi yang tidak bermotif keuntungan tidak dibebankan dengan pembayaran cukai-cukai sedemikian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Dan saya nak menjemput Yang Berhormat Jawi.

H'ng Mooi LyeDAP · PHAhli Kawasan Jawi · Jawi

Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 9. No. 9. Berapakah jumlah projek dan kos projek RMK-12 yang diluluskan dan bilakah ianya akan dilaksanakan? (a) Nyatakan jumlah projek infra dan bangunan yang dilaksanakan di kawasan DUN Jawi bagi tahun 2022? Y.A.B. Ketua Menteri:

Terima kasih kepada Yang Berhormat Jawi yang kemukakan soalan ini. Jumlah projek yang telah diluluskan sehingga 24 April 2022 ini di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) ialah 191 projek. Daripada 191 projek, sebanyak 65 sedang dalam pelaksanaan, 93 di peringkat pra-pelaksanaan manakala 33 projek telah disiapkan. Sejumlah satu (1) projek infrastruktur dan empat (4) projek bangunan di bawah RMKe-12 dirancang untuk dilaksanakan di kawasan DUN Jawi bagi tahun 2022. Butir-butir projek ini akan disampaikan secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Soalan tambahan. Saya tak pasti sama ada Ketua Menteri boleh jawab tak. Adakah apakah projek yang dipohon di bawah RMK 12 tidak dapat diterima ataupun masih belum diluluskan?

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih saya akan cuba menjawab sebab setiap tahun kita menghadapi isu yang sama di mana pihak Kerajaan Negeri akan kemukakan mengumpul cadangan-cadangan atau permohonan-permohonan dari setiap agensi di Negeri Pulau Pinang di bawah Kerajaan Negeri dan juga Pihak Berkuasa Tempatan dan akan diberi keutamaan oleh BPEN yang kumpulkan maklumat-maklumat yang sedemikian dan di bawah rolling plan setiap tahun maka senarai permohonan akan dikemukakan yang menelan peruntukan berbillion-billion ringgit tetapi memangnya kita cuma dapat kelulusan bagi satu bilangan yang kecil sahaja seperti mana di nyatakan tadi. Saya boleh katakan secara purata dan secara amnya bagi setiap tahun di bawah mana-mana RMK. Pihak Kerajaan Negeri akan dapat dalam linkungan RM900 juta untuk melaksanakan projek-projek tetapi ianya tidak semestinya datang daripada permohonan agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri. Kebanyakannya sebenarnya merupakan projek-projek persekutuan yang dilaksanakan oleh kementerian-kementerian masing-masing di Negeri Pulau Pinang. Jadi itulah keadaan bagi setiap RMK dan di bawah setiap rolling plan juga.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat untuk soalan lisan 1 30 minit telahpun tamat selaras dengan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri. Sila Yang Amat Berhormat.

Y.A.B. Ketua Menteri: Dato’ Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletak di atas meja ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih

Timbalan Setiausaha Dewan

Usul daripada Yang Berhormat Ahli Kawasan Batu Uban.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Batu Uban.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon mencadangkan bahawa kami Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Dewan Undangan Pulau Pinang memohon mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini di Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Ke Empat Belas pada 27 Mei 2022.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Yang di-Pertua, salam sejahtera dan salam Penang 2030 saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua frontliners atas pengorbanan mereka untuk mengekang penularan COVID-19. Kini kita dalam peralihan ke endemik.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan barisan EXCO atas pencapaian Manifesto 2018 Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang. Untuk makluman sehingga 9 Mei 2022, sebanyak 68 manifesto atau 90% daripada janji dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum ke 14 telah berjaya dilaksanakan dan ditunaikan. Ini adalah satu pencapaian yang terbaik dan menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang berpegang kepada janji, ‘Janji Ditepati’ dan juga menunaikan kewajipan kepada rakyat Pulau Pinang seperti yang telah dijanji dalam manifesto PRU yang ke 14. Walaupun dalam keadaan negara berdepan dengan pandemik COVID-19 dan juga detik penting dan mencabar dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetap menjadi pilihan utama sektor pembuatan elektronik, kelengkapan perubatan, LED, aerospace dan juga menjadi hab Business Process Outsourcing dan kekal sebagai negeri penyumbang utama kepada KDNK Nasional dengan pelaburan sebanyak RM76.2 billion pada tahun 2021 dan ini merupakan pelaburan yang tertinggi dalam negara. Saya juga mengucapkan syabas dan memuji usaha Kerajaan Negeri membantu rakyat Pulau Pinang untuk memiliki sebuah rumah di negeri ini. Pulau Pinang sebagai pusat pembangunan ekonomi yang pesat dan juga sebagai bandar yang boleh didiami, liveable city telah menjadi tarikan dan juga destinasi migrasi dalam negeri oleh rakyat dari negeri lain seperti dari Kedah, Perlis, Perak, Kelantan dan lain-lain lagi.

Oleh yang demikian, permintaan terhadap permohonan perumahan juga meningkat. Untuk itu Kerajaan Negeri juga telah menepati status unit perumahan seperti yang dijanjikan iaitu sehingga 11 April 2022 sejumlah 134,195 unit meliputi rumah mampu milik kategori A, B dan C telah siap dibina dan dipelbagai peringkat pembinaan. Saya juga bersyukur Kerajaan Negeri memperkenalkan konsep rent to own iaitu sewa beli untuk membantu mereka yang sukar mendapat pinjaman daripada bank terutamanya golongan belia yang baru menceburi dunia pekerjaan. Konsep sewa beli ini mampu meringankan bebanan dan mereka juga dapat membantu membuat perancangan rapi sebelum memiliki sebuah rumah kerana skim sewa beli rumah mampu milik A dan B tidak dikenakan sebarang faedah pada sepanjang tempoh pembiayaan selama 15 hingga 20 tahun. Saya juga memohon supaya Batu Uban juga tidak terlepas sebagai kawasan projek perumahan sewa beli ini daripada sasaran pembinaan 22,000 unit menjelang tahun 2030. Selain itu, bagi membantu pemilik rumah kos rendah dan juga sederhana rendah, Kerajaan Negeri menyediakan bantuan kewangan untuk membaik pulih, mengganti, menyelenggara lif, tangki air dan juga bumbung melalui Tabung Penyelenggaraan Maksimum 80% Pulau Pinang. Sehingga kini, sebanyak RM86.4 juta telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri. Batu Uban juga telah menerima manfaat besar dengan skim ini, setakat bulan Mei 2022 sebanyak 38 projek telah diluluskan dengan kos melibatkan RM6.1 juta. Saya mewakili penduduk Batu Uban ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Dato’ Yang di-Pertua, di samping pembangunan baru yang pesat saya juga ingin membuat saranan supaya aspek perancangan yang mampan, (dengan Izin)…sustainability development and environmental management perlu dititikberatkan. Semua perancangan baru mestilah bersifat masa hadapan yang mempunyai visi dan misi yang menunjukkan bandar sebagai habitat yang sesuai didiami oleh penghuninya berteraskan kelestarian alam sekitar dan kualiti hidup masyarakat. Perancangan seperti traffic management dan juga penyediaan infrastruktur asas seperti hab pendidikan, pusat perubatan, tanah lapang, tanah RIBI, pusat aktiviti rekreasi dan lain-lain kemudahan awam juga perlu disediakan. Di sini saya juga ingin menekankan berkenaan dengan bab penyediaan tanah RIBI sebab di kawasan saya, bila ada pembangunan baru, tanah RIBI disediakan namun lokasi tanah RIBI itu saya minta Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk meneliti sebelum menerima lokasi tanah RIBI yang diberikan oleh pemaju kerana kebanyakan tanah RIBI yang diberikan adalah tidak sesuai untuk rumah-rumah ibadat, selalunya dia di tepi Indah Water ataupun tanah tiga segi ataupun tanah yang diberikan bersebelahan dengan kawasan perumahan. Maka tanah-tanah ini tidak dapat digunakan sebagai tanah RIBI kerana menerima bantahan dan juga tidak sesuai lokasinya. Maka saya minta Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk meneliti perkara ini dengan lebih lanjut.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu usahawan di negeri ini melalui Skim Pinjaman Harapan yang menyediakan pinjaman mikro kredit tanpa faedah sehingga maksimum RM25,000. Skim Pinjaman Harapan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PDC merupakan satu skim penyaluran modal tambahan yang mudah dan tidak membebankan usahawan kecil. Tabung pinjaman sebegini adalah penting untuk memastikan kelangsungan perniagaan untuk industri PKS. Saya juga berpendapat skim ini perlu diteruskan dan juga mencadangkan agar dana dapat diperbesarkan lagi pada masa hadapan. Penerima bantuan jugalah perlu bersasar dan perhatian perlu dilakukan supaya dana yang diberikan akan digunakan dengan sebaik mungkinnya untuk membangunkan perniagaan, mereka bukan untuk tujuan lain.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga mensarankan agar Kerajaan Negeri dapat melipat gandakan fokus kepada ekonomi digital. Dalam keadaan era baru ini, kita harus membantu usahawan PKS untuk mampu menghadapi persaingan dan meningkatkan kecekapan dalam operasi perniagaan mereka kerana ia bukan lagi business as usual…(dengan izin), inilah masa untuk idea baru dan inovasi. Saya berharap Kerajaan Negeri akan terus komited untuk merangka program aktiviti dan juga menyediakan inisiatif berkaitan dengan digital business.

Dato Yang di-Pertua, saya juga ingin memuji usaha Kerajaan Negeri dalam begitu komited untuk pembangunan belia dan sukan di Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi tumpuan terhadap pembangunan fasiliti sukan dan taman rekreasi di negeri ini. Setakat tahun 2021 peruntukan sebanyak RM 5.6 juta telah digunakan bagi pembangunan kemudahan sukan di Negeri Pulau Pinang ini. Ini termasuklah sebanyak 31 kemudahan sukan yang telah dibangunkan dan sebanyak 33 kemudahan sukan telah dinaik taraf oleh Pejabat MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang melalui Pejabat Daerah dan juga Tanah. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri yang amat menitik beratkan pembangunan sektor sukan khususnya di Negeri Pulau Pinang ini. Sebagai ADUN Kawasan Batu Uban, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan terutamanya EXCO Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang yang mengambil berat tentang pembangunan fasiliti sukan di setiap daerah dan juga KADUN. Di KADUN Batu Uban kita juga tidak terlepas satu gelanggang futsal telah dibina pada tahun 2019 di Desa Permai Indah dan ini merupakan gelanggang futsal yang pertama di KADUN Batu Uban bersaiz FIFA. Di samping itu, gelanggang sepak takraw yang bersebelahan dan juga telah dinaik taraf pada tahun 2021. Bukan itu sahaja sebuah gelanggang kabaddi juga telah dibina di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2021 di mana ia merupakan gelanggang pertama khususnya untuk sukan kabaddi di Negeri Pulau Pinang bahkan juga di Malaysia. Sebagai penaung Persatuan Kabaddi Pulau Pinang, saya percaya ini akan dapat membantu membangunkan sukan kabaddi di Negeri Pulau Pinang ini. Pembinaan dan penaiktarafan fasiliti sukan adalah amat penting untuk pembangunan sukan. Sehubungan dengan itu, saya sangat berharap supaya pihak Kerajaan Negeri dapat meningkatkan peruntukan pembangunan fasiliti sukan terutamanya peruntukan RM1.6 juta di bawah P01 untuk pembangunan gelanggang sukan awam supaya dapat mewujudkan lebih banyak fasiliti sukan di setiap daerah dan juga KADUN.

Dato’ Yang di-Pertua, selain gelanggang dan fasiliti sukan, Kerajaan Negeri juga telah menwujudkan Taman Eureka Lebuh Sungai Pinang 7, taman tersebut kini telah dijadikan satu tempat rekreasi yang amat popular untuk golongan masyarakat bersenam dan juga bersukan. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Saya percaya melalui usaha Kerajaan Negeri untuk membina dan juga menaik taraf fasiliti sukan di negeri ini, ia akan dapat memupuk semangat bersukan di kalangan masyarakat serta mencungkil lebih banyak atlet negeri selaras inisatif sukan untuk semua sport for all.

Dato’ Yang di-Pertua, untuk pembangunan belia saya difahamkan bahawa setakat ini sebanyak 2,205 belia telah menyertai sebagai Sukarelawan Belia Pulau Pinang. Terdapat 7 kategori seperti alam sekitar, bencana alam, kerja alam, pertolongan cemas, pendidikan seni dan budaya serta sukan. Banyak program telah disertai oleh Sukarelawan Belia Pulau Pinang selaras dengan Visi Penang2030 dan juga bagi meningkatkan penyertaan sosial golongan belia Pulau Pinang serta mewujudkan masyarakat yang progresif melalui pembangunan belia. Antaranya termasuklah program-program pembersihan pantai, misi bantuan bencana banjir, program gotong-royong, bantuan kecemasan dan sebagainya. Saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga PYDC supaya menambah kategori baru dalam Sukarelawan Belia Pulau Pinang agar dapat menarik lebih banyak penyertaan belia di negeri Pulau Pinang dalam inisiatif ini. Malah, saya percaya

bahawa dengan adanya pertambahan sukarelawan belia ini kita akan merealisasikan hasrat Visi Penang2030 untuk merekrut 20,000 sukarelawan belia menjelang tahun 2030. Inisiatif Bakat Muda Digital Pulau Pinang yang juga dikenali sebagai Penang Youth Digital Talent telah menarik penyertaan sebanyak seramai 1,570 belia. Tahniah Kerajaan Negeri dan PYDC kerana bakat-bakat digital ini dapat dicungkil menerusi pelbagai program latihan dan juga pembangunan melalui inisiatif bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital negeri ini. Malahan Kerajaan Negeri melalui PYDC juga bertungkus-lumus menggalakkan golongan belia untuk mengambil bahagian dalam aspek keusahawanan. Dalam pada itu, cabaran keusahawanan belia terdiri daripada tiga (3) aspek iaitu Bengkel Penyediaan Perniagaan, Cabaran Keusahawanan Belia dan Penang Start Up Program. Saya percaya hasrat murni ini akan dapat memupuk minat dan bakat keusahawanan dalam kalangan mereka. Di samping menyediakan sebuah platform kepada bakal usahawan untuk berkongsi idea-idea yang inovatif dan juga kreatif. Dato’ Yang Di-Pertua, langkah Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatankuasa Belia Pulau Pinang (JBPP) bagi memperkasakan golongan belia di semua KADUN adalah usaha yang perlu diberi pengiktirafan. Inisiatif ini dapat menyediakan platform kepada golongan belia untuk menonjolkan keupayaan mereka dan seterusnya melahirkan belia yang sihat dan juga memperkasakan diri agar sentiasa berketrampilan, bertanggungjawab dan juga berdisiplin. Syabas juga kepada Penang Youth Development Corporation (PYDC) yang banyak menganjurkan aktiviti dan program belia. Baru-baru ini, saya juga hadir dan mempengerusikan Sidang Muda Simulasi di mana saya dapat memantau ramai peserta yang mempunyai bakat dan juga berpotensi sebagai pemimpin masa hadapan. Cadangan usul dan perbahasan yang dibawa oleh peserta juga boleh diambil sebagai input untuk Kerajaan Negeri merangka polisi dan juga perancangan program pada masa hadapan. Golongan belia ini adalah aset kepada Negeri Pulau Pinang kita perlu membimbing dan juga membantu mereka. Dato' Yang Di-Pertua, saya ingin membawa beberapa isu untuk perhatian Dewan yang mulia ini. Sejak kebelakangan ini, kes terjun di Jambatan Pulau Pinang sudah menjadi satu trend kita tertanya-tanya, adakah Jambatan Pulau Pinang sudah menjadi satu tempat untuk bunuh diri? Statistik kes terjun Jambatan Pulau Pinang sepanjang Mei 2022 sehingga 20 Mei 2022, ini saya ambil daripada sumber Utusan Malaysia adalah direkodkan sebanyak lapan (8) orang daripada jumlah tersebut empat (4) orang telah terselamat dan empat (4) orang maut. Mengikut jantina, empat (4) orang perempuan dan juga empat (4) orang lelaki dan yang terbaru seorang wanita juga cuba terjun di Jambatan Pulau Pinang, namun syukur wanita tersebut telah berjaya diselamatkan oleh seorang hero iaitu abang Bomba yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bertugas. Seluruh rakyat Pulau Pinang perlu berterima kasih dan juga menghargai keberanian abang Bomba tersebut. Saya juga ingin syorkan kepada Kerajaan Negeri agar dapat mempertimbangkan pingat Kerajaan Negeri kepada beliau atas menghargai keberanian beliau membantu menyelamatkan wanita yang cuba terjun jambatan tersebut. Keberanian dan sumbangan beliau perlu menjadi contoh terbaik kepada rakyat negeri Pulau Pinang. Dato’ Yang di-Pertua…(gangguan).

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Mohon mencelah. Terima kasih. Dato’ Speaker, adakah Batu Uban setuju dengan cadangan saya bahawa sudah tiba masanya untuk kita mengambil tindakan untuk mengelak kejadian bunuh diri ataupun terjun daripada Jambatan Pulau Pinang ini dengan membina barrier atau penghadang ataupun pagar anti climb supaya tidak ada dia punya peluang ruang mereka untuk melakukan ataupun cuba membunuh diri?

Kedua, adakah Batu Uban setuju bahawa peranan pihak media juga amat diperlukan agar perkara begini tidak disiarkan secara meluas kerana mungkin terdapat satu macam provoke atau satu galakan untuk mereka melakukan perkara yang tidak baik itu. Terima kasih.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Dato’ Speaker, saya minta menjawab. Memang saya terima kasih kepada …(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat hendak jawab? Tidak perlu, nanti waktu gulung. Pendek ringkaskan, belum tiba masa untuk gulung.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Ya. Memang Kerajaan Negeri ambil perhatian. Kita telah wujudkan satu Suicide Prerevention Committee, dipengerusikan oleh Kesihatan untuk kes-kes ini kita sedang berbincang dan akan mencadangkan pada Penang Bridge Authority dan PLUS. Ini akan dibuat. Bukan itu sahaja tetapi lain-lain termasuk NGOs. Lagi satu kita juga ada bincang dengan media dan satu mesyuarat rasmi akan membincang dengan semua dan juga MMC. Kes ini tidak dilaporkan dan ini sedang diusaha…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sila sambung.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Ya. Saya hendak tambah sedikit sahaja tentang kes-kes bunuh diri di atas Jambatan Pulau Pinang ini. Jambatan Pulau Pinang merupakan salah satu jambatan ataupun tol yang mengenakan bayaran yang begitu tinggi di seluruh negeri Pulau Pinang ini yang paling tinggi RM5.60 dan mereka dapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap tahun. So adakah Batu Uban bersetuju kalau saya cadangkan pihak Penang Bridge Sdn Bhd pasang safety net below the bridge…(dengan izin), untuk kalau boleh untuk mengelakkan kes-kes bunuh diri begini apabila mereka yang terjun akan dapat diselamatkan dengan automatik. So rugilah kalau dia terjun pun dia akan end up on the net….(dengan izin). So, adakah setuju? Akan memakan kos lebih kurang berjuta-juta ringgit tetapi dengan keuntungan yang telah diperolehi berbilion ringgit sejak mula berkhidmat. So, rasanya ini adalah satu cadangan yang boleh dipertimbangkan. Adakah Batu Uban, bersetuju?

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih Bayan Lepas dan juga Bagan Dalam. Sudah tentu saya sangat bersetuju dengan Bayan Lepas, apa yang dikatakan Bayan Lepas supaya laman-laman sosial berkaitan dengan cara-cara melakukan cubaan bunuh diri ini perlu diharamkan kerana ini adalah merupakan salah satu pengaruh yang sangat besar kepada individu-individu terutama bagi golongan remaja dan juga dewasa untuk cenderung melakukan cubaan bunuh diri ini. Saya juga amat bersetuju dengan Bagan Dalam dan saya rasa pihak penguatkuasaan Jambatan Pulau Pinang perlu meningkatkan rondaan terutamanya pada waktu-waktu sunyi atau kurang

kenderaan bertujuan mengenal pasti individu-individu yang berhenti tanpa sebarang alasan di atas jambatan. Selain itu, saya rasa satu cadangan yang baik dan juga kita juga boleh mempertimbangkan pihak Jambatan Pulau Pinang untuk pembinaan pagar yang tinggi di tepi Jambatan bagi tujuan mencegah tindakan untuk melakukan cubaan bunuh diri dan juga netting yang seperti yang disebutkan oleh Bagan Dalam. Dato’ Yang Di-Pertua…(gangguan).

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Mohon laluan Batu Uban, sedikit sahaja. Saya mengikuti rapat daripada luar tadi tentang isu terjun jambatan ini. Saya ingat satu perkara yang mungkin Batu Uban boleh bersetuju dengan saya adalah sepatutnya kita melihat bagaimana kita mencegah daripada orang membunuh diri. Bukan soal kita hendak selamatkan pakai jala, pakai jaring apa. Because this is the issue of mental health. Isu ini sangat besar sekarang ini yang mana stigma terhadap mental health ini juga sangat besar. Antara dulu perancangan yang ingin kita buat dulu waktu saya EXCO Kesihatan adalah untuk kita buat Mobile Counseling atau Mobile Psychiatrists atau Psychologist yang boleh memberikan kaunseling dan juga bantuan kepada mereka yang perlukan khidmat sokongan mental health ini secara mobile dan ini telah dibuat di beberapa bandar utama seperti di Bandung yang mana mereka boleh pergi masuk ada satu van disediakan ada psychologist dalam itu dan mereka boleh berbicara apa saja something like Befrienders yang pakai telefon tetapi ini secara fizikal secara mobile. Jadi saya mungkin saya hendak selit sikit sebab daripada kita bincang macam mana hendak halang dia terjun bangunan atau terjun jambatan. Di Pulau Pinang ini bukan jambatan sahaja, hospital pun banyak juga orang terjun dan isu dia adalah how do we prevent them from going towards doing that or attemptin suicide? Jadi ini saya ingat mungkin pihak Kerajaan Negeri boleh pertimbangkan untuk jadikan Pulau Pinang ini hanya bandar yang selamat tetapi lebih penting how do we prevent this from continue to happen dan macam mana kita hendak address issue mental health ini.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Sedikit. Saya hendak…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang itu nanti gulung. Saya hendak beri sedikit pandangan. Yang Berhormat duduk suruh jangan media provoke lapor tapi banyak saya bagi masa untuk bincang isu ini tapi saya hendak bagi Bayan Lepas satu lagi. I think yang lain, untuk mengatasinya EXCO telah pun catat, agensi dan jabatan pun catat nanti kita dengar sudah dan untuk Yang Berhormat-Yang Berhormat lain kalau tidak ada pandangan yang lain untuk tajuk terjun ini saya hendak henti setakat itu sahaja. Sila Bayan Lepas.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Okey. Saya bersetuju dengan pandangan YB Seberang Jaya, untuk mental health dan sebagainya. Namun tindakan kita, untuk melakukan tindakan untuk preventive daripada mereka untuk terjun itu adalah satu keperluan sebab yang terjun ini kadang-kadang dia bukan duduk Penang pun, dia mai jauh-jauh dia mai terjun, sebab dia rasa tempat itu yang paling sesuai dan mungkin rasa syok kot sebab boleh dapat nama dan sebagainya pada hal pun, sama ada hidup atau mati pun dia tidak tahu. Jadi bagi saya yang ini bukan peranan kita semua.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

You should not say rasa syok, that’s not the way. You cannot say saya rasa tidak sesuai untuk kata.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Okey saya tarik balik.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

I think we have to be a bit sensitive about that.

Yang di-Pertua (Speaker)

Apa nama Batu Uban.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Boleh saya teruskan?

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya rasa soalan pun sudah di dengar. Kita tunggu nanti, jawapan akan di dengar juga. Tidak perlu.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Sedikit sahaja…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Nanti waktu gulung. EXCO dapat jawapan yang lebih lengkap, lebih padat jawab sekali sudah. Batu Uban, tidak ada masa.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Sedikit lagi Dato’ Speaker. Terima kasih Seberang Jaya, memang saya ada cadangan di dalam perbahasan saya kerana saya juga bimbang melihat kepada trend peningkatan kes bunuh diri ini.

Dato’ Speaker, untuk makluman berdasarkan jawapan soalan bertulis saya sepanjang tempoh tahun 2020 sehingga 2022 sebanyak 64 kes cubaan bunuh diri telah dilaporkan di Pulau Pinang. Bukan saja berlaku di Jambatan Pulau Pinang tetapi juga di kebanyakan tempat juga. Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri mempunyai kerangka pelan segera untuk membantu golongan ini. Sebelum ini Kerajaan Negeri memang ada menyediakan bantuan seperti call center dan juga kaunseling. Namun demikian, kita perlu melihat dan juga merangka semula pelan yang baru. Kerajaan Negeri perlu ada formula baru bagi membendung peningkatan kes cubaan bunuh diri ini dan saya syorkan supaya PYDC dan juga PWDC juga untuk menjadi ahli jawatankuasa dalam pelan strategik ini kerana kita lihat ramai wanita dan juga belia yang terlibat dalam kes cubaan bunuh diri ini. Dato’ Yang di-Pertua, terdapat pelbagai faktor untuk menyumbang seseorang itu kepada kemurungan dan juga tekanan seperti stress di tempat kerja, masalah rumahtangga, masalah cinta, masalah kewangan dan juga masalah pembelajaran dan juga lain-lain. Perkara ini perlu dikendali dengan sebaik mungkin seperti bantuan kaunseling, sokongan emosi dan juga pemulihan harus diberikan kepada pesakit. Dari segi undang-undang, saya berharap pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas tetapi cuba untuk membantu mereka dengan proses pemulihan. Harus diingat mereka yang cuba membunuh diri lazimnya membuat keputusan terburu-buru dan juga tidak rasional. Masyarakat juga perlu dididik dan juga mempunyai empati, peka dan juga mengenal pasti tanda-tanda amaran yang berlaku sama ada pada ahli keluarga, sahabat handai dan juga rakan sejawat yang penting kita harus mengikis stigma. Dato’ Yang Di-Pertua, Kerajaan Negeri juga perlu berwaspada dengan penularan virus baru selepas COVID-19 yang terbaharu virus Cacar Monyet ataupun Monkey Pox dan Hand Foot Mouth Disease (HFMD). Saya ingin tahu adakah Pulau Pinang mempunyai kes berkaitan dua virus ini dan juga adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi virus ini. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk berdepan dengan pandemik baru ini, plan of action? Dato’ Yang di-Pertua, penglibatan dalam pertanian amat digalakkan untuk memperkasa produktiviti industri makanan sekaligus dapat meningkatkan hasil pengeluaran makanan di negeri ini seperti yang disarankan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri. Dengan peningkatan inflasi negara dan juga kekurangan bekalan makanan, Kerajaan Negeri harus mempunyai satu dasar yang berkesan untuk menangani masalah ini. Peningkatan harga kos, (dengan izin)…operation cost seperti seperti kos racun dan juga dedak juga memberi kesan kepada petani dan juga penternak dan juga menjejaskan pengeluaran kerana meningkatkan kos input pertanian dengan ketara. Oleh itu, saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk membantu petani dan juga penternak ini menanggung kerugian dengan memberi subsidi baja dan peralatan serta memberi bantuan kewangan bulanan selama enam (6) bulan. Jumlah bantuan kewangan ini boleh ditentukan kemudian dan dimasukkan dalam Belanjawan Tahun 2023 Kerajaan Negeri nanti. Selain itu saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberi pajakan tanah untuk aktiviti pertanian dan juga penternakan untuk tempoh tempoh yang panjang untuk usahawan membuat perancangan rapi dan juga dapat mengawal kos operasi. Selain itu, bangunkan semua tanah terbiar untuk tambah hasil makanan, strategik jangka panjang, sederhana dan pendek perlu dirangka dalam usaha membangunkan sumber tanah pertanian terbiar agar boleh dioptimumkan produktivitinya. Akhir kata, Kerajaan Negeri juga perlu membentuk dasar pembangunan pertanian yang lebih komprehensif demi memperkasa sektor pengeluaran makanan bagi memastikan jaminan bekalan makanan untuk negeri kita ini terjamin. Terima kasih. …(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Yang di-Pertua, tentang pertanian yang isu ini kita lihat baru-baru ini krisis di Sri Langka yang menjadi politik dan ekonomi dan sebagainya bermula daripada krisis makanan apabila Kerajaan Sri Lanka tidak mempunyai satu polisi ataupun dasar pertanian yang khusus dan mereka secara tiba-tiba telah mengharamkan semua chemical fertilizer…(dengan izin), dan telah chain effect nya telah membawa kepada satu krisis ekonomi yang begitu teruk dalam sejarah negara tersebut dan kita ada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, I think one of the among few countries in the world yang ada kementerian untuk food industry tetapi kita tak ada satu dasar khusus untuk food security ini. Dulu Pak Lah pernah buat Dasar Pertanian Negara ini. Masa tu yang jadi Menteri Pertanian adalah Presiden Parti Seberang Jaya, dia gagal untuk membawa apa-apa perubahan dalam Dasar tersebut malah dia telah kerja keras untuk menurunkan Pak Lah dan dari situ sudah terbantutnya Dasar Policy Food Security ini.

Adakah Yang Berhormat Batu Uban bersetuju dengan saya kalau saya nyatakan Kerajaan Negeri perlu mengambil inisiatif untuk meyakinkan peniaga-peniaga tempatan untuk menjual hasil mereka kepada rakyat tempatan daripada eksport ke Singapura? Itu yang paling penting sebab kebanyakan eksport pertanian, produk pertanian kita dieksport ke negeri luar, itu yang menyebabkan kita ketandusan makanan di negara kita so adakah Yang Berhormat Batu Uban bersetuju dengan saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah terima kasih kan?

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih.. boleh saya jawab sikit? Saya sangat setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Dalam sebab tu saya kata Kerajaan Negeri perlu ada satu pelan komprehensif yang di mana kita dapat membantu petani dan juga penternak ni kerana dari segi sekarang ni petani dan penternak mereka tidak dapat survive disebabkan harga barangan telah menaik, cost operation telah meningkat dan saya rasa Kerajaan Negeri melalui EXCO yang berkaitan perlulah melihat semula polisi ataupun dasar ini supaya kita dapat memperbanyakkan lagi produktiviti khususnya daripada petani dan juga penternak sebab tu saya mention, kalau boleh kita juga bagi bantuan kewangan bulanan selama enam (6) bulan kepada petani dan juga penternak yang dikenalpasti ini. Sekian, terima kasih Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, usul telahpun dicadangkan oleh Yang Berhormat Batu Uban. Saya perlukan Ahli Yang Berhormat untuk menyokong usul ini. Yang Berhormat KOMTAR, nak menyokong? Sila.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri saya mohon menyokong. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Salam Sejahtera dan Salam Harapan. Saya berasa amat syukur kerana selepas tempoh dua (2) tahun PKP, PKPB, PKPP dan PKPD, negara tercinta kita telah memasuki fasa peralihan ke endemik. Saya ingin mewakili rakyat Negeri Pulau Pinang mengucapkan terima kasih kepada semua front liner

dan pihak-pihak yang bertungkus-lumus untuk melawan COVID-19 khususnya terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang memimpin barisan pimpinan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pasukan Penang Lawan COVID dan Persekutuan tanpa mengira fahaman politik demi kepentingan rakyat Pulau Pinang. Beliau turut berpegang kepada prinsipnya iaitu kuat bekerja dan kurang bercakap dalam melaksanakan tugasnya. Menggunakan platform seperti Mesyuarat Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi membincangkan cara penyelesaian yang paling berkesan untuk membantu rakyat. Contohnya Program Imunisasi yang berjaya dan menubuhkan Pusat PKRC dan Hospital Medan terbesar negara dekat Hospital Besar Pulau Pinang semasa keadaan COVID-19 dalam keadaan yang kritikal di negeri ini. Kerajaan Negeri turut memberi peruntukan untuk membantu agensi-agensi pusat untuk menjalankan tugas. Kerajaan Negeri juga menyediakan pakej Bantuan Khas Penang Lawan COVID-19 dengan peruntukan berjumlah RM176.45 juta untuk pakej bantuan tersebut dan dilaksanakan melalui tiga fasa dari tahun 2020 sehingga 2022. Bantuan tersebut diberikan untuk mengurangkan beban golongan paling terkesan serta mengaktifkan kembali sektor ekonomi negeri yang terjejas. Walaupun dua tahun ini banyak tumpuan telah diberi untuk lawan COVID-19 tetapi Kerajaan Negeri di bawah pimpinan oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota masih dapat menunaikan 90% daripada 68 janji yang terkandung di Manifesto pada tahun 2018 Pilihanraya Umum yang ke-14. Janji-janji yang berjaya ditunaikan adalah merangkumi program kebajikan sukan dan pelancongan, penyediaan rumah mampu milik, meningkatkan kemudahan asas, pembangunan pendidikan, memartabatkan agama Islam serta membentuk masyarakat harmoni dengan tekad bersama, kita telah membentuk sebuah Kerajaan Negeri berkebajikan yang terus meletakkan kepentingan rakyat negeri ini sebagai keutamaan. Selain menunaikan janji-janji Manifesto, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri juga telah melancarkan Visi Penang2030 Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara sebagai teras memimpin Negeri Pulau Pinang melangkah ke tahap baru. Jarang kita lihat visi negeri lain yang akan menekankan tema unsur kekeluargaan, akan tetapi Yang Amat Berhormat Ketua Menteri percaya bahawa sekiranya ingin membina sebuah masyarakat harmoni, kuncinya adalah perlu datang dari sebuah keluarga yang bahagia. Demi mencapai impian tersebut, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menggagaskan Wawasan Pembangunan Negeri iaitu Penang2030 yang terdiri daripada 4 Tema Utama. 4 tema itu menurut beliau adalah meningkatkan taraf hidup serta kualiti hidup penduduk, mengembangkan sains ekonomi demi meningkatkan pendapatan isi rumah, memperkasa rakyat demi mengukuh sistem masyarakat sivik dan pelaburan Kerajaan Negeri dalam pembangunan alam semula jadi agar lebih berdaya tahan. Pada Sidang DUN yang lepas, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mengumumkan setiap KADUN perlu menubuhkan satu Pusat Penang2030 untuk memberikan satu ruang kongsi kepada komuniti setempat untuk menjalankan aktiviti masyarakat. Dengan gembiranya saya ingin melapor dalam Dewan yang mulia ini bahawa lokasi pusat Penang2030 KADUN KOMTAR telah berjaya dipilih iaitu di kompleks Dewan Masyarakat Taman Harapan. Terima kasih kepada MBPP kerana sudi menawarkan satu unit yang berkeluasan kira-kira 3000sqft untuk menjadikan pusat Penang2030. Ianya merupakan satu lokasi yang terbaik kerana di situ adalah projek perumahan mampu milik Kerajaan Negeri yang pertama dalam Bandar George Town. Terdapat kira-kira 2000 unit perumahan di kawasan tersebut dan jika setiap unit diduduki oleh empat (4) orang maka sebanyak 8,000 penduduk kembali menghuni di Bandar George Town serta Pusat Penang2030 akan memanfaatkan mereka.

Sekarang Pusat Penang2030 ini masih dalam peringkat perancangan. Saya telah bekerjasama dengan Kolej Equator dengan memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk memberi idea masing-masing dalam pertandingan reka bentuk konsep pusat ini dan selepas itu, pejabat saya akan memilih reka bentuk yang paling sesuai berdasarkan cadangan profesional yang diberikan oleh para juri untuk menyempurnakan projek tersebut. Dijangka pusat ini bakal memberi perkhidmatan kepada orang ramai khususnya di kawasan KOMTAR pada bulan Ogos tahun ini. Saya juga bercadang untuk memindahkan Pusat Khidmat KADUN KOMTAR ke kawasan ini sekiranya saya diberi mandat sekali lagi menjadi Wakil Rakyat Kawasan KOMTAR. Dato’ Yang di-Pertua, dalam Ucapan Perasmian TYT Tun, Tun telah minta wakil rakyat untuk sama-sama berkongsi cadangan bagi meningkatkan hasil Kerajaan Negeri. Sebelum pandemik, memang Kerajaan Negeri mempunyai hasil tambahan dari hotel levy tetapi sepanjang pandemik dua (2) tahun ini, hasil hotel pun tidak memberangsangkan. Jikalau cukai tanah dipertingkatkan iaitu hasil utama Kerajaan Negeri, rakyat baru nak tarik nafas lega dan bangkit dari pandemik, janganlah pula membebankan mereka. Cara yang paling sesuai adalah Kerajaan Pusat memberi geran khas berdasarkan cukai yang syarikat dan rakyat Pulau Pinang bayar kepada Kerajaan Pusat. Memang Negeri Pulau Pinang berbeza dengan negeri lain yang ada sumber asli seperti petroleum dan Kerajaan Pusat membayar royalti kepada negeri tersebut seperti Terengganu dan Sarawak. Kedua-dua negeri ini sememangnya kaya. Walaupun Pulau Pinang tiada sumber asli, namun kita ada modal insan dan berjaya menarik pelaburan langsung asing (FDI) serta menyediakan peluang pekerjaan yang bergaji tinggi. Pulau Pinang mencatatkan jumlah pelaburan perkilangan paling tinggi bagi tahun 2021 iaitu sebanyak RM76.2 bilion. Daripada segi pelaburan ke Pulau Pinang pula, 98 peratus adalah FDI yang mana negeri ini menjadi penerima FDI paling besar negara dengan jumlah kemasukan sebanyak 41% pada tahun lepas. Dengan ini, hasil Kerajaan Pusat akan meningkat kerana terima lebih banyak cukai dari syarikat dan rakyat Pulau Pinang. Maka Kerajaan Pusat patut beri ganjaran kepada Kerajaan Negeri dengan cash grants. Kerajaan Pusat sering mengambil alasan yang sama iaitu Pulau Pinang adalah negeri yang maju dan boleh berkembang sendiri serta Kerajaan Pusat lebih memberi tumpuan bantuan kepada negeri yang kurang maju. Tanggapan ini adalah tidak adil sama sekali kepada negeri kita jika Kerajaan Pusat bersikap adil kepada Pulau Pinang seperti beri fokus kepada Klang Valley maka Pulau Pinang akan berada di tahap yang lebih tinggi berbanding dengan tahap sekarang. Oleh demikian, saya berharap Kerajaan Negeri boleh menubuh satu jawatankuasa khas untuk memperjuangkan cadangan ini.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Yang Berhormat KOMTAR, minta laluan? Boleh? Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat KOMTAR di mana tadi pun kita lihat Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pun jawab agensi-agensi negeri seperti perpustakaan pun dipaksa untuk bayar cukai pendapatan. Inilah keadaan di mana Kerajaan Persekutuan ini adalah satu tradisi yang bermula daripada rejim Barisan Nasional dan Kerajaan Negeri yang sebelum ini yang Barisan Nasional pun telah memberikan semua kuasa yang kita ada kepada Kerajaan Persekutuan dan konsep federalisme, the spirit of federalism…(dengan izin), sudah tidak dihormati oleh Kerajaan Persekutuan dan kita tidak dilayan dengan adil dan kita nampak kita sering menjadi mangsa kemajuan kita sendiri, kerana kita maju, mereka nafikan peruntukan untuk kita. Ini adalah sesuatu yang tidak adil dan kita nampak tradisi ini bermula kembali setelah Perikatan Nasional ataupun Barisan Nasional telah mengambil alih tampuk pemerintahan di Putrajaya. Saya harap kita akan sama-sama Ahli-ahli dalam Dewan ini termasuk dengan Seberang Jaya,

Penaga dan Ketua Pembangkang berjuang untuk hak negeri kita dikembalikan dan kita dilayan dengan adil oleh Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Terima kasih Bagan Dalam. Memang setujulah so harap-harap Pembangkang juga boleh bekerjasama sekali untuk orang-orang Pulau Pinang. Dato’ Yang di-Pertua, isu jaminan makanan atau security makanan kini menjadi topik hangat dalam kalangan orang ramai berikutan dengan krisis sektor penternakan. Kenaikan harga bahan makanan bahan mentah import untuk penternakan telah mengakibatkan kenaikan harga ternakan secara mendadak seperti khinzir dan ayam di Malaysia. Sebenarnya sudah terdapat petunjuk dari awal tahun lagi bahawa sektor pengeksportan bekalan makanan sedang menghadapi masalah akibat daripada beberapa faktor termasuk bencana alam dan perang Rusia-Ukraine. Bermula dari bulan Januari sudah terdapat kekurangan bekalan ubi kentang yang menjejaskan beberapa francais makanan antarabangsa. Sehubung dengan isu yang kita alami sekarang, saya berpendapat bahawa Pelan Tindak Dasar security makanan negara 2021 hingga 2025 perlulah diperkukuhkan lagi serta meningkatkan kerjasama antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri demi memaksimumkan keberkesanan tindakan tersebut. Pulau Pinang memegang rekod pengeluaran padi yang paling tinggi puratanya maka kita boleh menyumbang terhadap penambahbaikan dan adaptasi teknologi baru untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti para petani. Pada masa yang sama Kerajaan Negeri boleh menggalakkan para petani dalam negeri untuk menanam atau menghasilkan bahan makanan yang kita import untuk mengurangkan pergantungan terhadap negara lain. Mengikut statistik yang dibekalkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, beberapa bekalan makanan tertinggi negara kita yang diimport adalah daging kambing 90.4%, mangga 86.2 % dan cili 72.4%. Ke semua makanan ini boleh ditanam dan dihasilkan dalam negara. Maka adalah lebih bermanfaat untuk mendorong para petani kita bagi mengisi kekurangan yang kita hadapi dari terus mengimport makanan-makanan tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, sesungguhnya tanah pertanian di Pulau Pinang adalah terhad. Namun demikian negeri kita mempunyai purata keluaran tanaman per hektar yang paling tinggi di Malaysia Justeru, kita perlu mencari jalan untuk menggunakan tanah negeri kita dengan lebih cekap untuk memaksimumkan penggunaan tanah negeri kita yang terhad ini, Kerajaan Negeri boleh menggalakkan penggunaan tanah pemajuan yang masih belum dimajukan untuk kegiatan pertanian jangka pendek. Hasil tanaman yang mempunyai tempoh tuaian yang pendek seperti bayam, sawi, jagung dan lain-lain boleh ditanam. Kerajaan Negeri boleh memberi insentif kepada tuan tanah melalui pengurangan cukai tanah tahunan untuk lot-lot tersebut jika digunakan sebagai tanah pertanian atau disewa kepada petani-petani untuk kegiatan pertanian. Pada masa yang sama Kerajaan Negeri juga boleh menggalakan pertanian bandar urban farming. Namun demikian tinjauan perlu dijalankan terlebih dahulu dan sekiranya tidak menjejaskan penduduk setempat boleh menyewakan lot-lot milikan kerajaan dalam bandar kepada orang yang berminat. Ini bukan sahaja boleh meningkatkan pengeluaran hasil tanaman dalam negeri malah boleh membekalkan sayur-sayuran yang lebih segar kepada orang ramai. Dato’ Yang di-Pertua, tadi pun sudah banyak dibincang…(gangguan).

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Minta laluan, boleh? Yang tentang tanah pertanian.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Yang tentang tanah pertanian. Okey.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Okey terima kasih KOMTAR. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Komtar, apa pandangan KOMTAR terhadap isu-isu tambakan tanah sawah yang juga banyak di sebut oleh Ketua Pembangkang. Ya saya rasa selain daripada kita membuka ruang yang baru, tanah-tanah pertanian yang sedia ada saya rasa ia perlu dipelihara sebab sekiranya ia telah dibina untuk dijadikan tanah-tanah pertanian jadi tapak perumahan maka ia akan mengurangkan lah saiz tanah-tanah pertanian di Negeri Pulau Pinang dan krisis makanan kali ini juga memberi satu isyarat yang amat jelas kepada kita bahawa tanah-tanah pertanian yang ada di Negeri Pulau Pinang itu begitu pentinglah untuk kita memastikan security makanan kita dapat terjamin.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Terima kasih kepada Machang Bubok. Memang saya ingat Kerajaan Negeri pun tidak setuju padi, sawah padi itu ditukar menjadi tapak –tapak perumahan atau kilang-kilang. Saya ingat Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan Negeri sedang ambil tindakan lah. Saya ingat PAC pun pernah bincang isu-isu ini lah. So saya ingat nanti EXCO Pertanian boleh memberi maklumat-maklumat yang lebih lengkap kepada Dewan yang mulia ini. Dato’ Yang di-Pertua, terdapat banyak orang yang menghadapi pelbagai rintangan dalam kehidupan. Namun masih pilih untuk terus berjuang tak kira betapa susahnya. Namun begitu, ada juga orang yang tidak menyayangi nyawa sendiri. Setakat bulan Mei tahun ini sahaja terdapat sejumlah lapan (8) kes terjun Jambatan Pulau Pinang yang mengakibatkan empat (4) kematian. Jambatan Pulau Pinang tak tau bila telah menjadi destinasi pilihan untuk bunuh diri disebabkan lokasinya yang mudah diakses. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menubuhkan satu pasukan tindakan diketuai oleh Yang Berhormat Sungai Puyu dan dianggotai oleh para pakar dan Pertubuhan Bukan Kerajaan untuk mencari mekanisma membantu mereka yang mengalami masalah dalam kehidupan supaya tidak menjadikan Jambatan Pulau Pinang atau tempat-tempat lain sebagai tempat membunuh diri. Dalam pemerhatian saya terdapat tiga sebab utama ianya berlaku iaitu masalah kesihatan, emosi, kewangan seseorang itu pilih untuk bunuh diri. Kerajaan Negeri boleh bekerjasama dengan pihak NGO untuk mempromosikan satu common hotline saya tau sekarang ada banyak NGO memberi perkhidmatan kaunseling tetapi dengan contact number yang atau hotline yang tidak sama. So mungkin kita boleh adakan satu common punya hotline supaya orang itu lebih ingat nak nak minta bantuan call 999 nak minta kaunseling boleh call satu nombor yang khas itu. So yang boleh memberikan perkhidmatan kaunseling untuk mencegah kes bunuh diri. Selain itu, kita juga perlu meningkatkan usaha kempen kesedaran untuk menyayangi nyawa sendiri serta berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang dan harmoni. Selain daripada Kerajaan, ahli keluarga, saudara mara dan kawan-kawan juga berperanan untuk memberi motivasi yang positif kepada ahli keluarga atau kawan yang menghadapi masalah. Kita belajar untuk menjadi pendengar yang baik. Ini boleh membantu memikul sedikit sebanyak tekanan yang mereka hadapi. Pihak media dan orang ramai juga perlu bertanggungjawab dan sensitif dengan isu ini. Mungkin dengan cara tidak melaporkan kes-kes bunuh diri secara besar-besaran di media sosial atau surat khabar adalah lebih baik kerana mungkin dapat membantu mengurangkan kes dan keinginan untuk membunuh diri di mana-mana. Bunuh diri bukanlah jalan penyelesaian kita perlu menyebarkan mesej bahawa bunuh diri bukan sahaja tidak akan selesaikan masalah yang dihadapi malah ianya mendatangkan masalah serta merumitkan ahli keluarga sahaja.

Terdapat banyak cadangan dari pakar-pakar untuk mengelakkan orang awam dari bunuh diri di jambatan seperti memasang mesej menghargai nyawa sendiri di atas jambatan, menubuhkan satu skuad khas yang membuat rondaan secara lebih kerap di atas jambatan, memasangkan penghalang atau jaring keselamatan yang tadi Batu Uban juga cadangkan. Justeru saya berharap pasukan tindakan yang ditubuh oleh Kerajaan Negeri boleh bekerjasama dengan Syarikat Konsesi Jambatan Pulau Pinang untuk membincang dan mendapat satu cara penyelesaian secepat mungkin. Harap-harap selepas ini tiada lagi orang terjun di Jambatan Pulau Pinang. Dato’ Yang di-Pertua, mengikut laporan PDRM, aliran trafik di Pulau Pinang telah merekodkan peningkatan sehingga 38% sejak susulan kebenaran merentas negeri serta cuti hujung minggu pada Oktober 2021. Kenderaan bertambah hampir 100% khususnya di kawasan Timur Laut. Pada 24 haribulan Mei 2022, dilaporkan terdapat kemalangan maut di Jambatan Pulau Pinang menghala ke George Town. Ramai antara kami yang terperangkap selama 3 jam bagi merentasi Jambatan Pulau Pinang. Sampai ada graduan USM yang terpaksa menumpang motosikal bagi melepasi kesesakan jalan raya untuk ke Dewan Konvokesyen di USM. Anak Yang Berhormat Padang Lalang yang merupakan salah seorang graduan USM pada pagi tersebut juga terperangkap dalam kesesakan tersebut. Kesesakan itu menyebabkan Sidang Lima Upacara Konvokesyen ke 59 terpaksa dilewatkan berikutan terdapat graduan atau pegawai yang mengalami kelewatan. Ketua Polis Pulau Pinang turut terpaksa turun padang memantau dan mengawal lalu lintas bersama anggota demi melancarkan pergerakan kenderaan di tempat kejadian. Maka projek terowong bawah dasar laut yang di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP) yang mana terowong tersebut sepanjang 7.2 kilometer itu akan menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai Utara itu wajib dilaksanakan. Impak pelaksanaan projek ini kepada aliran lalu lintas di keseluruhan bandar George Town amatlah besar. Dengan siapnya projek link ketiga ini, kenderaan – kenderaan dari bahagian Utara Pulau tidak perlu lagi melalui kawasan bandar untuk ke Jambatan Pulau Pinang dan seterusnya ke Seberang Perai serta sebaliknya. Projek ini juga mampu melegakan kesesakan waktu puncak di Jambatan Pulau Pinang yang dijangka akan mengalami keadaan lalu lintas akan capai saturated flow, flow optimum lah dalam masa lima (5) tahun dengan ini sekali lagi saya ingin memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan projek tersebut secepat mungkin. Dato’ Yang di-Pertua, harga petrol yang sedang meningkat secara mendadak sejak kebelakangan ini telah menyebabkan inflasi. Walaupun Malaysia sebagai sebuah negara yang aktif dalam industri eksport sumber petroleum akan tetapi sampai hari ini Kerajaan Pusat masih perlu menanggung kos subsidi yang tinggi ke atas petrol jenis RON 95 dan diesel dijangka RM30 billion bagi tahun 2022. Maka ini adalah golden opportunity kepada kerajaan bagi menggalakkan orang ramai untuk menggunakan kereta elektronik EV. Sebenarnya penggunaan EV bukan sahaja dapat mengurangkan penggunaan petrol malah ianya juga dapat mengurangkan pelepasan karbon. Ini juga selaras dengan visi Penang2030 yang bermatlamat menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang hasrat mengutamakan agenda hijau. Walau bagaimanapun di Malaysia saya terima maklum balas daripada pengguna EV bahawa cabaran terbesar yang dihadapi adalah kekurangan stesen charge EV. Tambahan pula tempoh masa yang diambil untuk mengecas EV adalah sekurang-kurangnya 6 jam ke atas. Buat masa sekarang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih tiada garis panduan yang spesifik terhadap stesen charge EV terutamanya ke atas projek pembangunan baru yang akan datang. PBT harus take the lead dengan memasangkan charge EV di fasiliti kerajaan sedia ada seperti kompleks makanan, pasar awam, bangunan kerajaan, taman rekreasi dan tempat letak kenderaan awam sebagai kick start.

PBT juga perlu mempertimbangkan pemberian insentif atau pengecualian ke atas fi kerajaan sekiranya pihak swasta sudi bekerjasama dengan PBT sebagai pioneer group yang menyokong inisiatif kerajaan dengan memasang stesen charge EV di bangunan yang dimilikinya seperti hotel, kompleks beli belah, tempat letak kenderaan dan sebagainya. Selain dari PBT, Kerajaan Negeri juga boleh menggalakan inisiatif ini melalui konsep request for proposal (RFP) dari pihak swasta yang berminat untuk menjayakan projek tersebut. Dengan teknologi yang semakin canggih stesen charge EV diluar negara telah pun mempunyai kebolehan untuk membuat penggantian bateri on the spot supaya pengguna EV boleh meneruskan perjalanannya dalam masa yang singkat. Kita sebagai barisan pimpinan Kerajaan Negeri haruslah berani membuat changes dan saya percaya bahawa pengguna EV akan menjadi trend orang ramai pada masa yang akan datang. Oleh itu, saya juga ingin mencadangkan Kerajaan untuk mempertimbangkan penukaran kenderaan jenis EV sebagai kenderaan rasmi Kerajaan sekiranya Kerajaan mempunyai hasrat untuk menukar kereta rasmi pada masa yang akan datang. Pada masa yang akan datang dan menjadi ikutan kepada orang ramai. Dato’ Yang di-Pertua, dahulu aktiviti penyembelihan ayam boleh dilakukan di dalam pasar. Namun timbul isu tentang kebersihan dan kesihatan berdasarkan aktiviti tersebut. Oleh itu, pihak Majlis bersama-sama Jabatan Veterinar telah mengeluarkan garis panduan untuk tidak melakukan aktiviti penyembelihan di pasar awam secara terbuka. Penjual-penjual ayam juga boleh menerima keputusan tersebut. Ini sebenarnya merupakan satu langkah yang baik untuk memastikan kebersihan serta mengelakkan penyebaran virus seperti SARS, Sindrom Pernafasan Akut Teruk. Namun begitu, pihak Majlis perlu memberi tempat alternatif bagi para penjual ayam untuk menyembelih ayam. Dalam bahagian Pulau sekarang, tiada satu tempat pun untuk penyembelihan ayam. Semuanya perlu bergantung kepada pembekal di bahagian seberang. Saya ingin mencadangkan kepada pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang agar mencari satu lokasi yang sesuai supaya pengusaha ayam boleh menjalankan kerja-kerja penyembelihan. Contohnya, terdapat pasar awam atau kompleks makanan yang kurang mendapat kunjungan orang ramai boleh ditransformasikan menjadi pusat penyembelihan ayam dengan kemudahan sistem penapisan bahan sisa yang lengkap. Dengan adanya pusat ini, maka para penjual boleh membekal ayam segar untuk pelanggan mereka selain mendapat bekalan ayam bersih dari kilang seberang. Dato’ Yang di-Pertua, ramai di antara kita selalunya dengar kawan-kawan kita yang pergi melancong ke negara Jepun khususnya melihat bunga sakura, tapi saya tak ada peluang lagi la. Sakura telah menjadi satu tarikan pelancong ke Jepun. Sebenarnya di negara yang kita cintai ini juga terdapat sejenis pokok Tekoma yang berbunga putih atau merah jambu dan dikenali sebagai sakura Malaysia la ini. Tekoma boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan baharu di Pulau Pinang. Pokok ini dilihat mampu menjadi tarikan pelancong luar dan dalam negara disebabkan ianya hanya muncul secara bermusim. Ketika Malaysia berdepan cuaca panas sekitar Mac dan April setiap tahun serta tidak ubah seperti suasana musim bunga sakura di Jepun. Oleh itu saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan untuk menanam pokok Tekoma secara besar-besaran di tempat yang sesuai. Biasanya pokok Tekoma mengambil masa dua (2) hingga tiga (3) tahun untuk membesar sehingga bunga pertamanya mekar. Proses untuk pokok ini berbunga akan berlangsung selama sebulan dan akan mekar selama satu (1) hingga dua (2) minggu. Jabatan Landskap perlu membaja, sering mencantas dan juga menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan supaya bunga boleh mekar lebih lama dan mempunyai warna lebih menarik. Penanaman pokok-pokok dapat membantu menyerap karbon dioksida dari udara yang akhirnya mengurangkan kesan gas rumah hijau. Pokok-pokok dalam kuantiti yang

banyak mempengaruhi iklim seterusnya memberi kesan kepada cuaca. Dengan penanaman pokok Tekoma bukan sahaja dapat menghijaukan serta mengindahkan kawasan sekitar malah juga boleh dijadikan satu tarikan pelancong. Inisiatif ini adalah one stone kill many birds sekaligus membuatkan ramai terpesona dengan keindahan bunga Tekoma yang mekar. Hasrat Kerajaan Negeri untuk menanam 500,000 pokok menjelang tahun 2030 yang mana kini lebih 106,777 pokok telah ditanam diseluruh negeri. Usaha ini adalah sejajar dengan tema Visi Penang2030 ke arah menjadikan Penang, Pulau Pinang sebagai negeri bersih dan hijau berteraskan keluarga inspirasi negara. Sebelum mengakhiri ucapan…(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

KOMTAR lagi sekali sahaja tentang pokok, yang pokok Tekoma.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Tak apalah nanti nanti.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah, KOMTAR gulung.

Ahli Kwasan KOMTAR (YB. Teh Lai Heng): You punya masa untuk bahas.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pandai.

Ahli Kwasan KOMTAR (YB. Teh Lai Heng): Sebelum mengakhiri ucapan KOMTAR berharap agar cadangan-cadangan bernas ini dapat diteliti oleh barisan kepimpinan Kerajaan Negeri dengan sokongan penuh daripada warga negeri untuk menjadikan ianya sebuah negeri yang lestari dan harmoni. Sama-sama kita sayangi Pulau Pinang. Sekian, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat KOMTAR. Ahli-ahli Yang Berhormat, maka kita berada dalam sesi perbahasan usul yang telahpun dibawa oleh Yang Berhormat Batu Uban di mana kita mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana telah berkenan melafaz ucapan kepada Dewan ini di Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri yang ke-14 pada 27 Mei yang lalu. Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingin menjemput siapa yang ingin mengambil bahagian dalam perbahasan. Sila. Ketua Pembangkang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim, Bismillahish Shaafii, Bismillahil Kaafii, Bismillahil Mu’aafii, Bismillahil ladzhi laa yadhurru ma’as mihi syai ' un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wassalatu Wassalamu ‘Ala-Asyarafil Anbiya’e Wal Mursalin Wa’ala Alihi Wasahbihi Ajma’in. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Padang Kota, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, Ketua Jabatan, wakil-wakil jabatan, tuan-tuan dan puan-puan Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekelian. Alhamdulillah, Syukur kita kepada Allah SWT kerana dengan izin limpah rahmat inayahNya kita masih lagi diberikan kesempatan dan ruang untuk kita sama-sama berada di Dewan yang mulia bagi kita melaksanakan tugasan dan tanggungjawab kita sebagai Ahli Dewan sebagai wakil rakyat untuk kita membincang berbahas dan menyelesaikan isu-isu dan masalah dan sama-sama kita beri pandangan dan buah fikiran untuk membantu pihak Kerajaan Negeri dalam memastikan segala bentuk perancangan dan juga pembangunan boleh dinikmati oleh semua rakyat, oleh semua masyarakat dan segala isu dan masalah boleh kita atasi bersama. Kita juga bersyukur kerana kita telah selesai berperang dengan COVID-19, selesai di peringkat pandemik dan sekarang kita berada di dalam endemik dan saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Y.A.B. Padang Kota dan juga semua jawatankuasa, semua pentadbiran yang telah berjaya menguruskan perang menghadapi COVID dengan begitu baik dan cemerlang dan terima kasih kepada semua frontliner, jabatan-jabatan yang terlibat yang saya rasa telah bersama-sama berkorban masa dan juga tenaga dan juga nyawa dalam menghadapi COVID-19 ini. YB. Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat tuan-tuan dan puan-puan, Sungai Dua ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang yang diberikan untuk terlibat sama dalam perbahasan atas ucapan perasmian penggal kelima sidang DUN kali ke-14 oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 27 Mei yang lalu. YB. Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan, saya tersentuh dengan apa yang disebut oleh KOMTAR sebentar tadi dan saya rasa tugas kita semakin hari semakin berat dengan keadaan selepas COVID dan keadaan ekonomi dan juga keadaan hidup rakyat yang saya rasa semakin tertekan dan susah. Oleh ini, perlu kita hindarkan, hindarkan masalah kepartian dan sebagainya kerana fokus kita adalah untuk menyelesaikan isu rakyat. Isu harga barang semakin naik, ini satu benda yang cukup terasa di peringkat masyarakat di setiap seluruh pelusuk Negeri Pulau Pinang. Dulu bawa RM50 boleh satu bakul tapi sekarang RM50 boleh dua, tiga barang sahaja. Jadi ini yang berlaku dan saya rasa ini perlu dilihat oleh pihak Kerajaan Negeri bukan hanya meletakkan beban ini kepada pihak-pihak yang lain, kita juga bertanggungjawab, kita kena bertanggungjawab bersama-sama, kalau kita letakkan benda perkara ini kepada satu benda lain, mungkin letakkan kepada Kerajaan Persekutuan ianya tidak akan selesaikan masalah. Kita juga ada tanggungjawab yang tertentu yang perlu kita jalankan di peringkat…(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Minta celah Ketua Pembangkang, walaupun Kerajaan Negeri kita tetap ada tanggungjawab-tanggungjawab kita sendiri tetapi dasar-dasar kebangsaan adalah yang paling penting terutamanya apabila mata wang kita semakin turun. Saya tanya apakah solusi apakah solution kepada masalah-masalah ini. So oleh itu, jangan cuba nak mengelak daripada masalah terutama iaitu kita sudah melihat apabila 22 bulan dalam masa Pakatan Harapan yang telah mendapatkan mandat rakyat pada masa itu, kita boleh meningkatkan

mutu pentadbiran kerajaan negara ini. Tetapi sekarang boleh dilihat apa telah berlaku. So apakah cara penyelesaian, boleh nampak macam Singapura masih mata wang mereka tetap kekal macam itu tetapi mata wang kita semakin menurun. Apakah cara penyelesaian Yang Berhormat Ketua Pembangkang?

Terima kasih Pulau Tikus. Pulau Tikus bukan Pulau Tikuih. Asyik dengan bahasa Utara ni dia Tikuih. Jadi Tikus garang ya. Jadi saya tak mahu jawab benda ini sebab saya bukan pakar. Saya bukan pakar dalam ekonomi dan sebagainya. Dan dalam 22 bulan masa Pakatan Harapan perintah pun masalah ini terus berlaku. Masih harga barang masih tinggi, tak tak turun pun. Tak usah duk pembohong. Tak turun pun.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Ketua Pembangkang saya nak tambah sedikit sahaja, masa tu. …(gangguan).

Saya tak mau, saya nak terus. Sat lagi hampa tambah.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Masa tu Pantai Jerejak jadi Menteri Kementerian Perdagangan Hal Ehwal Dalam Negeri harga barangan makanan dikawal. Sekarang tak tau siapa menteri dia. Hilang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bagi Chance.

Harga Telur. OK. Dan seterusnya kos sara hidup semakin meningkat. Ini saya ceritakan apa yang berlaku. Kita kena fikirkan bersama. Saya pun fikir. Di peringkat pusat pun fikir. Di peringkat Kerajaan Negeri juga kena berfikir. Itu sama-sama kita buat. Dan ada peranan masing-masing. Tak boleh sebut kata, oh! akta ini peringkat Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri tak boleh buat apa. Ada hak negeri dan ada hak bersama sebagainya yang perlu kita buat bersama- sama Insya Allah.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Kalau Menteri-Menteri Persekutuan ada pendapatan ada pemikiran seperti Ketua Pembangkang baguslah. Menteri-Menteri tak ada mereka yang tidak tahu apa mereka sedang buat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Nanti Masa Bagan Dalam bahas.

Ramai pekerja yang hilang pekerjaan. Peluang pekerjaan semakin kurang walaupun di Pulau Pinang, Alhamdulillah ada pertambahan. Rakyat semakin tertekan itu yang menyebabkan berlaku bunuh diri dan sebagainya. Tertekan dengan hutang dan sebagainya yang ini menyebabkan berlaku kejadian-kejadian yang tidak kita inginkan. Dan pengangguran juga mungkin agak meningkat walaupun tak banyak. Tapi ada peningkatan. Banyak budak-budak graduan yang keluar yang perlu kita sediakan. Dan ini sedang diuruskan oleh Pulau Pinang dan saya ucapkan terima kasih kerana menyediakan peluang pelaburan yang begitu tinggi RM74.4 Billion. Pelaburan daripada luar. Tak tahulah sama ada pelaburan ini dicari sendiri oleh Kerajaan Negeri, pergi keluar negara ka, buat lawatan dan sebagainya, business trip dan sebagainya ataupun MIDA yang uruskan…(gangguan). Jadi kita kena tengok dari segi itu la. Kalau Kerajaan Negeri yang buat saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah. Penutupan kedai-kedai dan syarikat-syarikat ini yang saya rasa kejatuhan nilai mata wang. Memang nilai mata wang jatuh. Kita pun, saya pun nak cakap tak tahu bab ini. Bab jatuhnya matawang kerana puncanya apa? Itu yang kita, siapa celah tu. Banyak mencelah. Jadi ini yang sedang berlaku dan mungkin kerana keadaan ekonomi dunia yang juga dalam keadaan yang sedemikian menyebabkan dia terkait dengan kita dan mungkin juga kerana isu-isu yang lain, yang boleh kita sama-sama selesaikan, InsyaAllah, Padang Kota ya.

Seterusnya tentang, manifesto PH yang belum tercapai. Ni saya jawab ni mesti ada orang marah kat saya. Manusia dipegang pada janji, lembu dipegang pada talinya. Seperti yang disebut janji bukan kitab suci tetapi setiap yang berjanji perlu mengotakan janji. Sebelum dan semasa berkempen kita menjanjikan pelbagai perkara yang kadangkalanya susah dan tidak mampu untuk kita tunaikan. Bukan sebelah sana sahaja, sebelah saya pun kadang-kadang berjanji juga. Tak boleh tunai sebab masa berkempen ni dia janji apa saja, kadang-kadang bulan bintang. Janji nak buat apa saja, boleh buat, boleh selesai. Tapi lepas menang tak boleh nak buat. Apabila kita tidak mampu menunaikan janji, kita yang berjanji perlu memberikan penjelasan dan seterusnya memohon maaf kepada semua rakyat yang menerima janji dan harapan secara terbuka. Ini untuk mengelakkan rakyat merasa marah, kecewa dan tak puas hati. Sekurang-kurangnya rakyat akan merasa lembut hati. Dalam PRU-14 yang lepas Pakatan Harapan Pulau Pinang memasukkan 68 perkara yang dalam manifesto. Walaupun manifesto ini bukan janji, tetapi Kerajaan PH wajib berusaha untuk melaksanakanya. Kerana janji-janji itu yang menyebabkan pengundi-pengundi tertarik untuk memilih Pakatan Harapan dan menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Padang Kota semasa Majlis Pelancaran Pencapaian Manifesto 2018, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyentuh berkaitan pencapaian manifesto dan membentuk kerajaan berkebajikan yang meletakkan kepentingan rakyat negeri ini sebagai keutamaan. Pencapaian yang dicapai adalah sebanyak 90% daripada 68 janji manifesto. Pecahannya 54 janji telah ditepati, 12 dalam pelaksanaan dan dua (2) tidak akan dilaksanakan kerana terdapat pertindihan dengan program Kerajaan Persekutuan. Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah berjaya mencapai kejayaan yang cukup baik. Kalau periksa ni dapat A. Ataupun cemerlang A+. Cuma dalam kita menilai pencapaian ini kita perlu melihat dalam konteks pelbagai sudut, bukan hanya melihat pencapaian dari segi pelaksanaan program. Tetapi juga perlu melihat dari segi kejayaan program, impact program, jumlah rakyat yang menerima nikmat, kesamarataan dalam menerima hasil, keadilan dalam mengecap nikmat dan kesamarataan dalam memperolehi projek pembangunan serta infrastruktur yang telah disediakan oleh kerajaan. Terdapat perkara-perkara yang masih belum dicapai sepenuhnya atau masih belum menepati keadilan dan hak kesamarataan seperti yang dilaung-laungkan. Daripada 11 tema yang telah dibentangkan terdapat perkara-perkara yang secara langsung telah dipenuhi dan dicapai. Ada tema yang dicapai pelaksanaanya tetapi hasil atau impactnya tidak dirasai oleh

semua rakyat secara adil dan saksama. Ada tema yang dilaksanakan tetapi pencapaiannya masih tidak memenuhi hasrat rakyat keseluruhan. Ada tema yang dilaksanakan tetapi bercanggah dengan hasrat tema yang lain. Ada tema yang dilaksanakan mempunyai perancangan yang tersirat dalam memecahkan dominasi sesuatu kaum. Ini antara perkara yang masih menimbulkan keraguan dalam melihat impact, hasil dan kesan daripada pelaksanaan program-program dan projek dalam mencapai sepenuhnya kejayaan dalam menepati janji manifesto. Kejayaan perlu dilihat dari segi hasil yang dicapai memberi kepuasan hati kepada rakyat keseluruhan. Bukan hanya sebahagian rakyat. Antara teguran dan perkara yang belum dicapai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang saya nak sebut satu-satu, satu persatu. Pertama tentang Agenda Negeri Hijau. Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya menyentuh dalam pencapaian manifesto kepada pengwartaan hutan simpan dan tidak mengamalkan pembalakan. Memang tak dak balak pun di Pulau Pinang. Di samping itu Kerajaan Negeri juga menyentuh berkaitan dengan kerja-kerja penanaman pokok yang mencapai 191,756 pokok. Juga menyentuh tentang kadar kitar semula mencapai 51.18% dan tiada catuan air. Sedangkan Agenda Negeri Hijau ini merangkumi agenda dan dasar penjagaan alam sekitar. Isu pembangunan mampan, isu penjagaan bukit, isu penjagaan ekosistem laut, isu pencemaran dan sebagainya yang berkaitan. Apa yang dilihat perkara yang berkaitan dengan isu-isu tersebut tidak disentuh dan dimasukkan dalam pencapaian manifesto. Banyak kerosakan yang berlaku akibat pembangunan perumahan, projek tambakan, projek pencerahan dan pembangunan lereng bukit, projek ternakan khinzir, pencemaran oleh sebab kilang-kilang haram, pencemaran akibat pelupusan sampah dan lain-lain tidak disentuh. Tambakan laut masih menjadi agenda utama Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diteruskan walaupun menjadi punca kepada kerosakan alam sekitar dan alam semula jadi. Ianya menjadi dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam rancangan struktur dan rancangan tempatan. Pembangunan mampan yang disentuh oleh Tuan Yang Terutama dalam ucapan yang yang lepas kurang diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri. Pencerahan bukit masih berlaku di kawasan Pulau Pinang. Walaupun usaha-usaha penguatkuasaan dan usaha-usaha mitigasi tetap dilaksanakan. Pembangunan di lereng bukit juga masih dilaksanakan seperti pembangunan di kawasan Sungai Ara. Saya tak tahu sama ada keputusan mahkamah macam mana? Pembangunan yang telah mengakibatkan berlaku hakisan, runtuhan dan banjir kilat. Ini antara punca selain daripada banjir besar dan sebagainya. Ini antara punca bila kita buat pembangunan di kawasan bukit maka tidak ada lagi pokok-pokok untuk menahan air jadi akan berlaku banjir kilat dan sebagainya. Isu pencemaran sungai dan laut juga masih berterusan dan ini perlu dimasukkan dalam perkara yang berkaitan isu negeri hijau ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu bersama-sama dengan Kerajaan Pusat menjadikan usaha berkaitan pencemaran sungai dan laut sebagai agenda negeri hijau ini.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Dato Speaker mohon mencelah. Mohon penjelasan. Tadi Ketua Pembangkang kata tak silap saya ada menyebut kawasan Sungai Ara. Jadi sebolehnya saya nak detail di Sungai Ara itu bukit mana yang telah dijarah dan kawasan mana yang telah dibanjir kilat. Terima Kasih.

Okey, terima kasih Bayan Lepas, Bayan Lepas ni sensitif sunguh. Saya sebut Sungai Ara ini sebab saya nampak dalam program aktiviti demonstrasi oleh penduduk di kawasan Sungai Ara kalau tak silap saya lah. Kalau saya silap, saya minta maaf dan saya tarik balik.

Dia ada projek berkaitan penduduk di kawasan bawah bukit ada pembangunan di lereng bukit. Jadi penduduk dibawah tu buat tindakan bantahan dan sebagainya. Dalam kes mahkamah saya ingat ini. Dalam keputusan mahkamah. Tunggu, Mahkamah Persekutuan tak silap saya. Mahkamah Majistret, mahkamah ini lulus. Berpihak kepada pemaju. Pemaju ni Sunway. Cari tengok.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Dak, Sungai Ara ni luas, kalau kata dia Setia Triangle, projek kuari berkenaan telah sebelum ini menerima bantahan penduduk dan saya telah turut. Tri Pinaccle?

Pembangunan lereng bukit. Rumah di kawasan lereng bukit. Kedua tentang isu perumahan. Berkait dengan manifesto ni. Kerajaan Negeri telah melaporkan bahawa sejumlah 134,195 unit rumah RMM A, B dan C telah siap. Dalam peringkat pembinaan dan dalam perancangan. Apa yang saya ingin sentuh di sini adalah berkaitan penyediaan rumah berbanding dengan keperluan dan kehendak rakyat. Impact dan kesan kepada penyediaan rumah mampu milik ini perlu menepati kehendak majoriti rakyat yang memerlukan. Rakyat ramai yang masih memerlukan rumah RMM A dan B. Dalam ucapan pada sesi yang lalu saya telah menyebut bahawa pembinaan rumah kediaman dan rumah mampu milik yang mencecah nilai ratusan ribu ringgit seolah-olah menghukum rakyat yang berpendapatan rendah. Rumah Scientex baru ni, dia minta rumah RM200,000 dapat tawaran RM300, 000. Gaji 1,900.00, isi rumah. ‘Tobat Lahum’ tak boleh beli. ‘Tobat Lahum’ kiranya atas daripada teruk lagi.

Jadi golongan muda yang baru masuk alam pekerjaan pun tak mampu. Dan sebenarnya terbeban kerana ada dikalangan mereka tidak mampu untuk mendapatkan pinjaman bank, ini disebut oleh T.Y.T. sendiri (Tuan Yang Terutama). Banyak orang tak mampu nak beli rumah dalam keadaan la ni bank cukup strict, cukup tegas, dia tak bagi. Takat tolak semua hang hutang semua tu, tak lepas, tak bagi loan. Memang banyak yang sangkut di sini tak boleh beli rumah sebab pinjaman bank tak lepas.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Dato’ minta pencerahan lagi sekali mengenai perumahan. Saya memang particular pasal perumahan. Dato' sebagai Pengurus Besar, CEO tak silap saya, PERDA Ventures, saya biasa suara kepada Dato’ bahawa di kawasan saya sendiri pun, PERDA Ventures dia JV, dia nak nak buat rumah berharga RM300.000, tapi saya tak setuju, jadi macam manakah peranan Dato’ untuk mainkan supaya saya minta saya tolak permohonan mereka sebab saya nak bila tanah tanah tu kerajaan (PERDA punya) perlu ada A dan B. Nak buat C pun tak pa. Jadi saya minta Dato’ tolong tengok samalah perkara ini.

InsyaAllah, saya dapatlah surat YB tu.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mencelah. Berkenaaan dengan isu perumahan ini, saya pun setuju memang RMM Kelas A, 42,000, 72,000, 150,000, kita perlukan lebih banyak daripada projek-projek yang lain tetapi ada juga di mana seperti di kawasan SPU untuk Projek

Mekar Sari, yang 42,000, 72,000 dibuka buat sekian lama. Saya pernah ada di dalam Mesyuarat SPEC, kita nampak yang mereka pilih kawasan yang mereka, kalau katakanlah kalau mereka lebih gemar di Bandaraya Butterworth daripada Kepala Batas ataupun di Bertam atau di Permatang Berangan, so ini menjadi salah satu demand. Lagi satu saya pun baru tau Dato’ Ketua Pembangkang salah sebahagian daripada PERDA Ventures. So apa pandangan PERDA Ventures sebab tanah-tanah land bank PERDA di SPU cukup besar, so berapa projek RM42,000, RM72,000 ataupun di bawah RM150,000 akan dibina oleh PERDA Venture? Jangan tolak kepada Kerajaan Negeri sahaja. Apa komitmen Kerajaan Persekutan dan yang dianggotai oleh Dato’ Ketua Pembangkang, ini soalan saya.

Terima kasih YB Satees. Saya duduk PERDA Ventures ni empat (4) bulan, saya sedang mengkaji melihat memang hasrat saya sangat-sangat untuk jadikan PVI ni, PERDA Ventures ni, saya nak sebagai anak syarikat kepada PERDA yang memenuhi hasrat bantu rakyat PERDA . PERDA lantik anak syarikat untuk bangunkan bukan PVI punya tanah pun. Dia sebagai anak syarikat.

Khaliq Mehtab Bin Mohd IshaqBERSATU · PHBertam

Saya ingin mencelah sikit. Okey Ahli-Ahli Yang Berhormat, untuk menjawab soalan mengenai perumahan di SPU, okey Bagan Dalam sahabat saya. Baru-baru ini pihak PERDA ada membuat perbincangan dengan pihak KPKT ya. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dimana PERDA mempunyai sebidang tanah seluas lebih kurang 320 ekar di Pongsu Seribu dan memang ada perancangan untuk kita bina Rumah Mampu Milik dan juga rumah PPR. Dan salah satu syarat yang PERDA kenakan kepada KPKT apabila kita buat satu usahasama supaya KPKT dapat membina lebih kurang at least minimum 700 rumah PPR dan InsyaAllah projek ini akan kalau tiada halangan akan berlangsung akan bermula dalam tahun ini dan akan siap mungkin dalam masa 3, 4 tahun akan datang. So at least we gonna have 700 units of rumah PPR di Kepala Batas untuk makluman semua, terima kasih.

Terima kasih Bertam, Pengerusi PERDA. Jadi tentang jawapan kepada Bayan Lepas, Insya Allah saya akan bincang dan tengok balik supaya ada rumah 42,000. Saya rasa benda ni baru nak masuk pelan merancang. Tu yang minta Bayan Lepas komen, jadi saya ingat kita akan bincang balik. Saya akan panggil untuk perbincangan, saya minta maaf, kerana tak sempat nak panggil bincang sebab saya tak masuk PVI lagi masa tu, la ni dah masuk dah, kita boleh panggil bincang. YB. Satees, PVI setakat ni kita dah buat dan laksana bagi pihak PERDA. Semua ada rumah 42,000, 72,000, 100,000 lebih sikit, dan ada yang 300 000, 200 000 lebih. Dia ada RMM A, B, C, setakat ni di seberang tak da lagi la rumah yang juta, yang harga 500,000 ke atas tak da lagi di tanah PERDA . Di Pulau Pinang saya tak tau la. Di sebelah seberang tak da lagi setakat ni, esok ada hentam saya pula.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Lagi satu Dato’ Ketua Pembangkang, lagi satu agensi adalah Federal Land Commissioner, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Tanah mereka yang tak digunakan, macam di kawasan saya berekar-ekar tak digunakan. Bagilah kepada Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang, kita boleh majukan ataupun buat private venture, buka untuk 72,000 supaya di

tengah-tengah bandaraya Butterworth boleh jugalah. Ini komitmen dua hala bukan sehala sahaja. Itu yang saya nak nyatakan.

Okey-okey, saya tak janji, tapi Insya Allah saya bincang. Okey, oleh itu saya melihat adalah menjadi keperluan kepada Kerajaan Negeri untuk memikirkan satu kaedah atau perancangan khusus bagi menyelesaikan masalah ini. Sebagai contoh pembinaan rumah kos rendah atau sederhana yang berharga di bawah paras RM80,000 atau RM100,000.00, perlu diperbanyakkan demi rakyat Pulau Pinang dan golongan muda.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sering memperkatakan bahawa Kerajaan Negeri telah menyediakan rumah yang cukup untuk rakyat Pulau Pinang. Dalam ucapan T.Y.T. juga telah menyentuh kepentingan menyediakan rumah untuk rakyat dalam membentuk keluarga atau komuniti sejahtera. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri juga menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PDC dan sektor swasta telah membina 29,294 unit rumah mampu milik kategori A, B dan C telah siap dibina sejak 2008. Sejumlah 23,222 sedang dibina dan 48,017 dalam peringkat perancangan. Apa yang saya ketahui terdapat ramai lagi senarai pemohon yang belum dapat rumah A dan B. Saya rasa tak silap, saya dapat maklumat yang diberikan kepada saya dalam jawapan bertulis, lebih kurang 60,000 lebih yang masih lagi memohon dua kategori RMM A dan B, dan saya setuju dengan Bagan Dalam. Ada pembeli yang kita tawarkan rumah, dia tak mau pi situ. Saya kena hari tu, tawar rumah di Teluk Air Tawar, sahabat saya, orang India, dia mau tempat lain. Dia tak mau. Dia dapat di Tasek Gelugor, dia tak mau, dia mau di Teluk Air Tawar, so saya uruskan, dapatlah kat dia. Okeylah boleh ganti. Itu masalah yang saya rasa memang berlaku di peringkat perumahan yang memilih tempat jadi kita kena pastikan bahawa yang benda ini tidak berlaku lagi.

Pembinaan banyak Rumah Mampu Milik Kategori C akan menyebabkan golongan ini tidak dapat memiliki rumah sendiri. Di Tasek Gelugor, banyak rumah yang dibina Kategori C. Ada lapan (8) projek, semua kategori RMM C, harganya RM250,000.00 ke atas, bawah dari RM300,000.00 sebab di seberang bawah RM300,000.00, RM250,000.00. Jadi banyak yang dibina rumah kategori ini, jadi ini, merupakan satu bentuk pembinaan, kalau banyak RMM C, maka banyaklah orang yang tak dapat beli disebabkan oleh kekangan dari segi pinjaman dan sebagainya. Jadi TYT pun dah sebut supaya rumah sewa beli boleh ditambahkan jadi saya amat bersetuju supaya kita Kerajaan Negeri melihat macam mana kita nak banyakkan rumah rent to own. InsyaAllah, PERDA akan buat rent to own lagi satu di Tasek Gelugor untuk orang-orang yang tak mampu nak beli rumah. Jadi saranan pecahan kuota pemilikan rumah RMM juga saya nampak tidak menunjukkan keadilan dan kesaksamaan. Ini berkaitan dengan manifesto. Pecahannya 55% kaum Cina, 30% kaum Melayu dan 15% India. Jadi kalau boleh kita melihat kawasan, kawasan majoriti Melayu, mungkin 55% Melayu, 30% Cina, 15% India. Kita ikut pecahan penduduk, ataupun majoriti kaum di situ. Kalau boleh kita buat macam tu. Tak semua kawasan yang kita kategorikan kuota macam tu. Kadang-kadang dia menimbulkan masalah juga dan saranan saya kepada Kerajaan Negeri dalam manifesto ini supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu membina lebih banyak rumah RMM A dan B. Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu membina lebih banyak rumah PPR. Alhamdullilah, Kepala Batas, kawasan tanah PERDA ini kita akan buat PPR, lebih kurang 20 ekar kita dah setuju. YB. Dato’ Sri Reezal dah setuju dan kita akan buat rumah PPR dan di sebelah Pulau Pinang satu, tempat saya tak pasti tang mana. Tapi di Penang satu, di Seberang satu.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu melaksanakan konsep rent to own yang saya sebut tadi dan kuarters-kuarters, rumah kerajaan yang terbengkalai juga perlu kita lihat, saya dah masuk dalam mesyuarat di peringkat persekutuan. Kuarters ni banyak tinggal, banyak tak di duduki, kuarters guru, kuarters kesihatan dan sebagainya, kosong dan kita perlu cari inisiatif untuk kita baik pulih, kita nak jual ka, kita nak sewa ka kepada orang yang memerlukan dengan kadar yang bersesuaian.

Ketiga tentang manifesto tentang capaian internet, saya rasa ini masih lagi lemah dan tidak menyeluruh dan saya rasa usaha mungkin sedang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk mencapai. Jadi kita kena masuk, capai 90% tapi masih belum tercapai. Jadi kita kena telus dalam pencapaian dan juga impak dan perlu keadilan kepada semua rakyat. Tak boleh tempat-tempat tertentu, kawasan tertentu, orang-orang tertentu saja dapat, orang lain tak dapat pun. Capaian internet masih lagi lemah dan pihak Kerajaan Negeri menjanjikan masalah ini dapat diselesaikan segera. Jadi kita perlu melihat supaya isu ini dapat diselesaikan dan semua kawasan mendapat liputan yang terbaik. Kemudian meningkatkan kemudahan asas keseimbangan pembangunan, kemudahan asas dan infrastruktur bandar dan luar bandar masih terdapat ketidakseimbangan antara jumlah pembangunan, jumlah peruntukan pembangunan yang disalurkan disediakan di kawasan bandar dan di bawah PBT dengan kawasan luar bandar. Dan kita faham, PBT ni dia fokus dekat kawasan taman dan sebagainya tapi kalau boleh dibincangkan supaya peruntukan yang disalurkan menyeluruh dan bukan hanya sekadar kawasan taman, longkang di kampung juga perlu. Kita juga terpaksa dapatkan peruntukan daripada pihak kementerian dan sebagainya tapi agihan keseimbangan kemudahan asas ini perlu disalurkan dengan lebih seimbang kepada luar bandar dan juga bandar. Ini belum dapat dilaksanakan sepenuhnya. Belum capai lagi pun.

Masalah banjir kilat masih berterusan. Walaupun lapan (8) projek RTB telah siap dan sedang dilaksanakan. Isu ini belum dapat diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang walaupun pada satu ketika dulu, terdapat janji oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyelesaikan isu banjir dalam masa setahun. Ni dah 14 tahun, 14 tahun tak selesai lagi. Lepas tu kita salahkan Kerajaan Pusat tak bagi duit, tak bagi peruntukan tak boleh selesai masalah banjir. Kena tengok punca banjir tu, punca apa. Selesaikan punca tu. Selesaikan punca banjir.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Contoh khusus di mana banjir tidak diselesaikan sebab setahu saya…(gangguan).

Banjir kilat..banjir kilat.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Banjir kilat? KL lagi teruk, hujan sikit sejam sudah jadi pulau Kuala Lumpur.

Saya sebut Pulau Pinang, hang sebut KL buat apa, memang faham la KL, hat Pulau Pinang ni, hujan sat saja orang Pulau Pinang susah hati dah.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Itu berpunca daripada perubahan iklim juga…hujan yg paling lebat dan sebagainya.

Antaranya iklim…tapi longkang tak elok, tak buat longkang lengkap.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Sepandai-pandai manusia, lagi pandai nature, ataupun alam semula jadi.

Muhamad Yusoff bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Okey, itu kemudahan asas.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sejam Ketua Pembangkang.

Okey tema Negeri Keusahawanan Jadi saya tengok tema ni melalui lima (5) manifesto tidak menumpukan kepada usahawan kecil dan bumiputera yang masih ketinggalan, banyak fokus kepada usahawan sederhana, usahawan besar usahawan-usahawan kecil ini nampak tak berapa fokus, bagi kat Jabatan Pertanian ja, Kerajaan Negeri ini tak tengok, Kerajaan Negeri tengok GBS syarikat besar-besar, yang kecil tolong tengok sama jadi orang yang kecil-kecil ini tak puas hati cuma bagi pinjaman ja TUT pinjaman macam itu tapi fokus untuk tema negeri keusahawanan ini masih belum tercapai sepenuhnya dalam mewujudkan peluang-peluang perniagaan kepada usahawan bumiputera dan juga kaum-kaum lain dan wujudkan usahawan kecil ini tak kira orang Melayu, ka India, ka Cina usahawan kecil yang kecil-kecil ini yang tak dak siapa nak tengok ini bila COVID depa ni teruk. Jadi fokus ke arah itu sama dan juga mewujudkan ruang pasaran kita mempromosikan produk-produk pengeluaran usahawan ini. Pembangunan pendidikan dan kemahiran saya rasa masih juga berada dalam tahap tidak seimbang antara institut pendidikan seperti yang dilaporkan sejak 2018 hingga 2021 berjumlah RM52 juta tapi pengagihannya, penyalurannya saya tak tau berasaskan apa berasaskan bilangan sekolah ka bilangan pelajar ka macam mana tapi diberi secara sama banyak dari segi keadilan bagus semua sekolah ini dapat, Sekolah Mubaligh dapat banyak ni, Sekolah Agama Rakyat dapat banyak ni, Sekolah Tamil dapat banyak ini bagi sama tapi Sekolah Agama Rakyat ini banyak bilangannya dia kadang-kadang tak begitu adil dari segi pengagihan bagi setiap sekolah. Jadi ini juga perlu diberi perhatian dalam pencapaian manifesto supaya dia lebih telus dan lebih menyeluruh. Keseimbangan pembangunan belia saya nampak pembangunan belia di bawah PYDC di bawah Kerajaan Negeri bagus baik tapi saya bercakap banyak kali dah tolong tengok persatuan-persatuan belia ini sama, persatuan-persatuan belia ini kadang-kadang tertinggal tak tau dalam jawapan bertulis pun tak dak langsung nama persatuan belia. Mengapa Kerajaan Negeri marah sangat kat persatuan belia, persatuan belia ini ada politik itu alasan yang diberikan kat saya. Oh! depa ni tak boleh orang politik semua ini. Tapi kita buat kena libatkan persatuan ini baru menyeluruh di peringkat akar umbi kampung. Depa ada persatuan yang tu ja depa ada pun depa nak mai kt PYDC pun depa tak mai. Penang Youth Development

Centre nama pun PYDC depa pun gerun tengok PYDC depa nak persatuan belia 4B, MAYC, HYO, Belia BELL adalah lagi YMCA. Jadi ini persatuan-persatuan yang ada di Pulau Pinang ada 400 lebih termasuk persatuan belia tunggal ini. Libatkan depa ini saya rasa lagi hebat lagi baik untuk tujuan bukan politik untuk bangunkan belia untuk bangunkan anak-anak muda. Jangan fokus pada satu kumpulan, kumpulan lain tertinggal jadi ini masih lagi terdapat kelompongan dalam pencapaian impak dari segi manisfesto. Seterusnya dari segi pelancongan Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Sukan jadi fokus bidang pelancongan tertumpu saya nampak satulah cakap banyak kali dah banyak fokus ke sebelah Pulau pelanconganlah hat sebelah seberang kawan-kawan seberang pun setuju mungkin, kurang fokus dalam senarai ada tapi tak pernah bawa pelancong pi pun. Tak tau la, saya pun ada Inap Desa, homestay yang kita buat yang PERDA buat ada 10, Seberang ada 8, Penang ada 2 tapi tak pernah pelancong pi.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Boleh?

Boleh boleh boleh.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Walaupun saya setuju for certain extent…(dengan izin) tetapi itu bukanlah kebenaran sebenar-benarnya sebab kenapa, setelah Kerajaan Pakatan Rakyat ataupun Harapan mengambil alih memang sudah ada fokus untuk di bahagian seberang, saya ingat lagi saya masa jadi Ahli Majlis dulu, Yang Berhormat Air Putih menjadi Ketua Menteri, Ketua Menteri pertama yang hadir untuk merasmikan program ecotourism untuk menjadikan dasar ecotourism untuk Seberang Perai, kawasan Air Itam Dalam di kawasan YB Ketua Pembangkang itu adalah salah satu destinasi yang dikunjungi oleh pelancong-pelancong daripada Korea, Jepun dan memang rakan saya daripada Paya Terubong selalu ada buat program-program untuk kawasan ini. Kami memang dapat perhatianlah sebab kawasan bandar dan eko pelancongan kita sama-sama perlu membangunkan. Tetapi Kerajaan Persekutuan tak bagi apa-apa pun untuk kita buat kawasan khusus untuk eko pelancongan di seberang itu pun perlu kita bangkitkan, nanti Dato’ Ketua Pembangkang masuk Tasek Gelugor bolehlah perjuangkan untuk kami; masuk Parlimen.

Okay terima kasih YB. Satees ayat last tu saya tak tahan. Okey tentang kebudayaan dan kesenian pun saya tak nampak sangat usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dalam membangunkan dan mempertahankan kebudayaan dan kesenian yang terdapat dalam Pulau Pinang bukan kesenian orang Melayu ja, kesenian bangsa lain juga perlu dipertahankan dan perlu dipertingkatkan, pelancong mai bagi persembahan kesenian kaum Cina dan sebagainya, cuma Jabatan Kesenian dan kebudayaan negeri ja dok buat dan ini perlu sebab saya di bawah fokus group ini. Terdapat kesenian pelbagai kaum yang perlu dibangunkan Pulau Pinang ini juga negeri yang banyak sumber warisan daripada pelbagai kaum. Warisan ini macam-macam tempat warisan, bangunan warisan, seni warisan macam-macam benda lagi yang ada boleh diwariskan dan saya tak nampak diberi perhatian Pulau Pinang ini hanya fokus dekat heritage ja bangunan warisan, kawasan warisan sahaja. Kena tengok kraftangan dan kita boleh kaitkan dengan pelancongan tidak esok dia mati begitu sahaja. Pelancongan

kita kena kaitkan dengan warisan-warisan yang ada jadi ini perlu dimasukkan dalam pelancongan kebudayaan warisan kesenian dan sukan itu sebagai benda yang perlu kita capai dalam manisfesto bukan hanya sekadar kita buat bangunan warisan, baiki apa kita buat tetapi untuk bantu depa ini, untuk membantu orang yang terlibat dengan warisan ini bangunan warisan bukannya sikit belah seberang pun banyak saya nampak dalam jawapan bertulis senarai warisan tu banyak bangunan di seberang, masjid kawasan pondok dan sebagainya yang ada ciri-ciri warisan tapi tak pernah pun dibuat pembaikan pemulihan dan sebagainya bagi bangunan-bangunan warisan di seberang banyak fokus kepada sebelah sini. Jadi ini perlu kita lihat bersama-sama supaya apa yang kita buat dari segi manifesto bukan hanya sekadar kita tercapai, buat yang ni capai tapi impaknya dan kesannya perlu dilihat. Seterusnya tentang kegagalan dan janji kosong ini saya dapat daripada satu sumber tentang benda-benda yang kita dah janji dulu selama 14 tahun tapi tak boleh buat sampai hari ini mungkin ada kekangan-kekangan saya nak sebut sahaja. Pertama tentang terowong dasar laut Pulau Pinang masih belum dibuat janji lama dah, tak tau lah kekangan dia macam-macam lah. Perlu dilihat janji-janji yag dicakap dengan orang ini. Kita cakap dengan orang janji nak buat, banjir nak selesai dalam masa setahun tak boleh selesai so kita kena lihat itu. Mansuhkan tol Sungai Nyior tak selesai lagi, Wifi percuma Pulau Pinang belanja banyak lapan point berapa puluh juta tapi tak capai matlamat Wifi itu la ni dok p dah 4G 5G tapi Wifi percuma pun terbengkalai macam tu saja. Caj Kerajaan Tempatan banyak caj-caj yang dikenakan kepada rakyat jadi ini kata nak kurangkan tapi banyak caj-caj tambahan surcaj air, caj beg plastik banyak lah caj hotel orang duduk. Projek lorong basikal yang nampak janji nak buat lorong basikal tapi hasilnya tak nampak lorong basikal tak berapa sempurna lorong basikal kos tinggi saya bangkit dalam Dewan. Belanja kos cukup tinggi lebih tinggi daripada projek ECRL lagi kosnya dia tapi orang tak guna orang kurang pakai sebab tak ada ciri-ciri keselamatan tak cantik dan sebagainya…(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Saya nak mencelah

Saya tak mau bagilah

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Ketua Pembangkang minta celah sekejap.

Muhamad Yusoff bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Konsep Pulau Pinang hijau juga dijanjikan tapi tak selesai…(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Ketua Pembangkang minta celah sekejap.

Penubuhan pusat…(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Ketua Pembangkang tak mau bagi laluan.

Jadi ini antara benda yang dah dijanjikan tapi tak selesai jadi kalau boleh kita tengok hat janji tu tolong bagi selesai supaya rakyat melihat PRU-15 ini kita menjadi parti yang menjadi pilihan sebab kita janji semua kita buat janji semua kita tepati dulu kita kata kat orang tak tepati sekarang ada benda yang kita tak tepati lagi perlu kita lihat, InsyaAllah.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

Seterusnya kupasan dan ulasan ucapan T.Y.T. saya amat…(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Bagi laluan sedikitlah, tak bagi laluan.

Saya tak mau bagilah Pulau Tikus selalu kacau saya.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Tak kacau cuma nak klarifikasi sahaja.

Apa apa okey okey.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Saya amat tertarik apa yang telah dibincangkan oleh Ketua Pembangkang tadi saya juga ingin mengingatkan bahawa ada kekeliruan tentang jalan raya yang ada di seluruh negara ada jalan raya persekutuan, jalanraya negeri dan sebagainyalah. Oleh itu adakah Ketua Pembangkang bersetuju bahawa kalau semua jalan raya diletakkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing seluruh negara senang sikit bagi implimentasi apa pun boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri secara terus.

Okay saya setuju. Semua jalan state ambil semua, hat federal tak dak dah? semua state jalan negeri dan negeri, hangpa tanggung semua esok. Kita perlu menjaga hasrat kita semua bersama-sama dengan hasrat TYT Yang di-Pertua Negeri yang menekan perpaduan merupakan aset penting negara yang menyatu padukan masyarakat Malaysia yang berbilang

kaum dan agama dan keturunan tanpa perpaduan tak mungkin keharmonian dapat dinikmati itu ucapan TYT. Beliau menyentuh berkenaan dengan semangat tolong menolong, bertimbang rasa, bertolak ansur dan kesopanan merupakan ciri-ciri yang menjadi identiti masyarakat Malaysia. TYT juga mengharapkan dapat melihat Ahli-ahli Yang Berhormat bersama-sama semua warga kerja perkhidmatan awam, swasta dan rakyat negeri mengembeleng tenaga dan fikiran untuk menyumbang ke arah perancangan pembangunan negeri. TYT Yang di-Pertua Negeri juga mencadangkan agar Ahli-ahli Dewan berbahas dan memberi cadangan yang bernas bagi membolehkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil tindakan yang konklusif dan langkah jangka panjang bagi mengatasi masalah yang dihadapi dalam bidang agro makanan dan ternakan. Antara perkara yang disentuh oleh TYT pertamanya, saya menyokong cadangan TYT supaya Kerajaan Negeri perlu menumpukan sepenuh daya dan tenaga dan membuat perancangan jauh kehadapan dalam era endemik COVID-19 dan tidak dikekang dengan pandemik demi membawa kesejahteraan kepada rakyat Pulau Pinang ke arah membina sebuah negeri dan bangsa yang bertamadun dan maju. Perkara ini perlu kita kaitkan dengan perancangan yang mempunyai ciri-ciri keadilan kepada semua rakyat mengurangkan unsur-unsur maksiat kesilapan dan rasuah, meningkatkan bekalan makanan, mengurangkan dan menyelesaikan bencana yang menyusahkan rakyat. Hasil Kerajaan Negeri, Tuan Yang Terutama Tun juga menyentuh berkaitan dengan keperluan untuk memikirkan merancang langkah-langkah di luar kotak serta di luar kebiasaan dengan memikirkan idea-idea baru untuk meningkatkan hasil negeri. Hasil negeri tidak boleh hanya difokuskan kepada hasil cukai, hasil bukan cukai, pelaburan, kutipan tunggakan hasil jualan tanah dan lain-lain yang kebiasaan. Ini perlu dirancang dan difikirkan oleh semua pihak termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat, fikir, rancang dan laksanakan beberapa kaedah untuk meningkatkan hasil negeri. Saya pernah cadang dulu, kita kena ikut macam Singapore, kena cukai apa dia panggil tak tau, cukai pembangunan ka apa. Nanti saya cari balik saya bagtahu. Ketiga, kerjasama erat Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Tuan Yang Terutama Tun juga telah menyentuh berkaitan betapa pentingnya kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Dalam memastikan projek pembangunan dan infrasturktur yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan agar rakyat dapat menikmati faedahnya. Beliau juga menyentuh berkaitan peruntukan dalam RMKe-12, Rolling Plan kedua dari Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan 189 projek berjumlah RM990 juta hampir RM1 bilion. Ini adalah satu peruntukan yang agak besar kepada rakyat Pulau Pinang. Pembekalan air, Tuan Yang Terutama Tun memaklumkan bekalan air mentah merupakan perkara asas yang amat penting bagi sebuah negeri. Bekalan air mentah adalah mustahak untuk rakyat dan pemangkin kepada pembangunan negeri, beliau memberikan penekanan supaya Kerajaan Negeri mengambil berat isu-isu berkaitan bekalan air mentah ke negeri. Apa yang saya lihat bekalan air mentah akan menjadi masalah kepada Negeri Pulau Pinang. Sekarang masalah berlaku di kawasan Seberang Perai Selatan ada catuan, ada krisis air di Seberang Perai Selatan. Untuk penyelesaian jangka panjang, Kerajaan Negeri perlu dokongan dari Kerajaan Persekutuan untuk perancangan strategik bekalan air di Pulau Pinang terutamanya melibatkan air mentah dari Perak. Saya ucap terima kasih kepada Padang Kota yang telah mengadakan perbincangan sebanyak tiga empat kali untuk menyelesaikan masalah. Ini kita kena teruskan supaya isu ni boleh diselesaikan. Pulau Pinang akan mengalami krisis air yang serius jika tidak diselesaikan segera. Buktinya pada awal tahun baru ni berlaku di Daerah Seberang Perai Selatan, Kedah juga akan meneruskan projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) untuk menakung lebihan air

di Sungai Muda. Projek ini sedang dibangunkan dan sekarang dan akan menyebabkan kuantiti air di Muka South di Pinang Tunggal akan berkurangan dan sampai ke hujung dekat nak keluar di muara Kuala Muda ni akan tinggal selut. Jadi ini akan menimbulkan masalah, PBA extract air daripada Sungai Muda 84% ke 85%. Cukup banyak, jadi sekiranya projek ini diteruskan dengan skala yang besar oleh Kedah dan tengah duk buat TAPS ni, Takungan Air Pinggiran Sungai (depa buat tepi sungai ambil air), petani akan hadapi masalah. Penduduk juga mungkin akan hadapi masalah sebab 84%, industri ekonomi juga akan menghadapi masalah ini kita kena tengok dan Kerajaan Negeri kena selesaikan isu-isu ni dan saya rasa sedang diuruskan kalau boleh kita selesai, kalau tak selesai kita akan hadapi masalah.

Alternatif dia, ambil air laut kos dia RM3.00 seliter kos proses saja nak jual kat rakyat berapa duit? Kat rakyat, kat kilang-kilang selain daripada kita kitar semula, kita kena juga ada bekalan air yang cukup kos esok mungkin kalau ambil air laut dan sebagainya kos akan jadi ke RM3.50 ke RM4.00 seliter akan berikan tekanan kepada rakyat. Itu dari segi air kalau boleh kita bincang sebaik mungkin supaya tidak bermasalah dengan Perak dan juga Kedah ni boleh kita selesaikan, kita jangan duk bergaduh dok bertengkar tentang isu ini. Kita nak fikir penyelesaian untuk masa depan Negeri Pulau Pinang ke arah yang lebih maju. Sila.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Ya, Sungai Dua. Pertama kali saya minta beri laluan kepada saya di mana Jawi berasal dari kawasan SPS. Memang kami menghadapi masalah kekurangan air dan tadi saya terperanjat bahawa Yang Berhormat Sungai Dua pun mengatakan bahawa air mentah memang penting untuk masa hadapan bagi Negeri Pulau Pinang di mana perbincangan masih berjalan lagi dengan Kerajaan Negeri Perak, saya rasa Kerajaan Negeri Perak di bawah kerajaan UMNO kan Yang Berhormat Sungai Dua? Maka saya ingin memohon bahawa mungkin Yang Berhormat Sungai Dua boleh membantu Kerajaan Negeri supaya dapat membeli air mentah, ingat air mentah bukan air terawat, air mentah daripada Negeri Perak, terima kasih.

Terima kasih kalau saya MB Perak saya bagi dah. Melawak-melawak sahaja InsyaAllah, kita kena bincang, gunakan Kerajaan Persekutuan sebagai orang tengah untuk selesaikan masalah kalau kita tak pi bincang masalah ini mungkin tak selesai, masing-masing ada stand dia, ada pendirian dan sebagainya. Jadi bila pendirian tak sehaluan ianya tak akan selesaikan masalah so kita kena cari titik tengah untuk selesaikan masalah…(gangguan)..

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Yang Berhormat Sungai Dua, minta laluan that’s why, sebab itulah saya minta kalau Yang Berhormat Sungai Dua mampu ataupun boleh membantu Kerajaan Negeri supaya dapat menjadi orang tengah dalam perbincangan ini UMNO dengan UMNO boleh bincang kot saya rasa, tak ada masalah. Terima kasih.

InsyaAllah, saya cuba tau, jangan tulis dalam handsard saya nak buat pula, saya cuba…(gangguan). Saya ucapkan tahniah kepada pencapaian manifesto ni tentang pencapaian dari segi penerangan dan industri pelaburan Tuan Yang Terutama ada sebut RM76.22 bilion. Ini adalah satu pencapaian yang cukup terbaik. Cuma kita kena pastikan pelaburan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dengan mengambil kira dari segi isu-isu

lainlah isu alam sekitar dan sebagainya. Ini satu perkara yang baik dan Tuan Yang Terutama pun memang memuji tindakan Kerajaan Negeri dalam mendapatkan pelaburan. Seterusnya tentang agro teknologi dan pembangunan luar bandar, Tuan Yang Terutama menekankan kepentingan dan mustahaknya pihak Kerajaan Negeri untuk memikirkan dan menyusun strategi bersama jabatan dan swasta dalam memastikan bekalan sumber makanan untuk penduduk Pulau Pinang mencukupi tanpa perlu mengimport dari negeri atau negara luar dengan tanah yang terhad ni. Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Komtar tadi tentang kita kena fokuskan, tumpukan untuk Pulau Pinang jangan sebut lagi federal, Pulau Pinang tolong cari satu cara macam mana kita nak sediakan food security untuk rakyat Pulau Pinang. Beras pun tak cukup, kita baru keluarkan 65% dengan hasil yang tinggi tu 5.8 tan tertinggi di Malaysia tapi masih tak cukup sebab orang macam Pulau Tikus dia makan lebih sikit, dia mesti marah tu average orang makan nasi ni 60 kilo, orang macam saya 60kg setahun bukan sehari bayangkan dengan rakyat yang ada, so kita perlu banyak, so tanah bendang jangan duk tambun tak tentu hala dia akan menjadi masalah kepada kita. Nak beli beras kalau negara tu bergaduh, negara tu ada kemarau bencana tak sampai kat kita, so kita kena sediakan food security. Jadi saya minta Kerajaan Negeri bawah Yang Berhormat Penanti fikir nak buat food security ni macam mana? Untuk jaminan makanan ni ada empat (4) komponen dalam ketersediaan makanan, capaian makanan, penggunaan makanan, kestabilan makanan so empat benda ni kita kena tengok supaya kita bersedia dengan food security, tanah state ada 200 ekar lebih di Batu Kawan yang jadi taman pertanian ni, di Penanti ada, Ara Kuda pun kita bagi, PERDA bagi untuk buat taman kekal pengeluaran makanan TKPM untuk semua tanah yang ada ni kita jadikan satu fokuskan buat satu perancangan yang cukup teliti, keperluan makanan apa dia yang perlu dilaksanakan. Ni buat masing-masing, hang buat tanaman ni, hang buat yang ni tak sesuai dengan keperluan rakyat, dia buat vanilla mungkin tak sesuai (contoh Yang Berhormat) tak sesuai dengan keperluan rakyat. So cari satu dua syarikat swasta ataupun individu kita, Jabatan Pertanian atur untuk dia, okey 20 ekar buat tanaman berdaun, hat ni buat yang ni, ni buat tanaman kacang untuk makanan ni, buat macam tu baru cukup. Ini buat masing-masing. Banyak lagilah konsep yang boleh kita buat yang saya cadangkan supaya Kerajaan Negeri fokus kepada kita nak jadikan ada food security untuk rakyat di Pulau Pinang. Jangan duk tunggu dok harap orang lain nak bagi takut tak ada, tak ada kita teruk tak ada food security tak ada bekalan makanan, so cukup teruk. Kita kena ada kawasan taman kekal, kita dah ada. Gunakan kaedah dan susun dengan sistematik supaya dia mencukupkan untuk keperluan rakyat di Pulau Pinang. Projek hectare equivalent, saya cadang dah dulu buat, hectare equivalent bincang dengan pertanian buat, tanah tak ada suruh orang kampung buat di rumah macam lebih kurang dengan pertanian bandar, buat. Teknologi baru sektor swasta, NCIA tolong tengok apa benda nak buat. Buat benda yang gagal ja dulu lain susun balik buat bagi jadi, buat kolam udang rugi buat yang itu rugi, la kena bagi untung. Perumahan saya dah hurai tadi. Pelancongan kena tengok balik Plan Tindakan Pemulihan, TYT sebut buat pelan tindakan pelancongan, pemulihan pelancongan yang boleh menghidupkan pemain-pemain sektor pelancongan yang banyak di Pulau Pinang. Projek tebatan banjir juga disebut oleh TYT dan kalau boleh jangan dok harap kat JPS saja, semua banjir JPS teruklah depa semua jabatan lain kena terlibat bersama tak boleh harap kat JPS. Kita ada PBT, kita ada Kerajaan Negeri sendiri, kita ada jabatan lain. Jabatan Alam Sekitar juga kena terlibat dalam isu-isu tebatan banjir, bencana dan sebagainya juga jabatan-jabatan yang lain, so kita kena tengok bersama-sama. Alam sekitar saya dah sebut tadi so kalau boleh agenda hijau TYT sebut agenda hijau so kena fahamlah agenda hijau ni apa, pembangunan mampan ni apa so saya tak nampak benda-benda ni diteruskan dengan jayanya oleh Kerajaan Negeri dari segi agenda hijau dan juga pembangunan mampan.

Apa yang dibuat ni, yang dilaksanakan dan diteruskan adalah benda-benda yang merosakkan dan memusnahkan ekosistem, memusnahkan alam sekitar, memusnahkan keadaan laut, pencemaran sungai dan sebagainya. Jadi ini kita kena pastikan agenda hijau yang dilaung-laungkan oleh pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu diteruskan, perlu diberi perhatian yang khusus jangan esok orang salah kita tak ada dah kawasan bukit dan sebagainya…(gangguan). Saya nak teruskan Yang Berhormat tak apa Yang Berhormat gulung ja.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Minta penjelasan. Bukan, saya sedarkah bahawa di seluruh Malaysia, hanya Pulau Pinang yang ada satu agenda hijau yang telah diluluskan, hanya negeri-negeri satu sahaja dan kerana anda tidak faham jangan……bagi satu spesifik perkara…(gangguan)…

Yang Berhormat, saya faham cara saya. Saya faham agenda hijau ni termasuklah kita jaga alam sekitar kita tak musnahkan alam sekitar, kita tak buat benda yang merosakkan alam sekitar, nak kekalkan alam sekitar supaya orang akan datang boleh tengok oo, ini Bukit Bendera..ini flora fauna dia..ini pokok bakau…(gangguan)..

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Kerana kemungkinannya Ahli Yang Berhormat ada katak di bawah tempurung tidak nampak apa Kerajaan Negeri telah buat…(gangguan)..

Tak apalah, Yang Berhormat teranglah esok apa Yang Berhormat nak buat, dah buat dah saya nampak dari segi saya, tak nampak alam sekitar ni dijaga sangat, jaga tapi tak jaga sangat..dia beza ayat dia Yang Berhormat …(gangguan)..

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey.

Okey, isu ada tiga lagi. Isu air saya sebut dah tadi tolong bagi perhatian supaya keadaan ekonomi rakyat tak jadi masalah ke depan, air kena ada kalau air tak ada esok kilang pun orang lari habis, air mahal orang lari habis…(gangguan)..

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Air mentah yang penting untuk masalah hadapan Negeri Pulau Pinang di mana Yang Berhormat saya minta Sungai Dua, mungkin Yang Berhormat Sungai Dua tak rasa sebab loji rawatan di sebelah Sungai Dua, Sungai Dua setiap hari menikmati air banyak yang senang tapi di kawasan SPS memang susah..(gangguan).

Loji dekat kawasan saya. Loji dekat rumah tapi saya pun standby dah standby di rumah orang tua, pak mertua saya, rumah saya…saya buat ...(gangguan)…

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Sungai Dua jangan risau, loji rawatan PBA dekat sebelah Sungai Dua.

Takut ada krisis air, saya bina telaga di kampung risau juga, orang Islam ni air tu mustahak. Isu pengharaman homestay di Pulau Pinang, ini Yang Berhormat Dato Keramat ada sebut dalam akhbar 28 April nak haramkan homestay ataupun sewa rumah jangka pendek, jadi saya faham la apa yang disebut tentang isu-isu masalah di peringkat bangunan bertingkat strata, apartment, kondominium ni banyak isu timbul bila buat homestay. Tapi sepatutnya guarded ni tak payahlah buat homestay tapi yang rumah-rumah apartment, kondominium ada buat homestay kadang-kadang bila duk di homestay dia ganggu dia mungkin bersuka ria ka dalam bangunan tu buat partilah dan sebagainya timbul masalah dan banyak rungutan daripada penduduk setempat tentang isu ni. Jadi pihak PBT akan buat garis panduan untuk memberi kuasa kepada JMB dan Badan Pengurusan untuk buat kuatkuasakan dari segi homestay ataupun rumah sewa jangka pendek. Bila sebut homestay ini, saya risau saya pun buat homestay buat program homestay, program inap desa. Saya takut orang kampung dok bising kat saya, kita buat program inap desa ni kena sekali ka, saya rasa saya minta penjelasan rumah yang inap desa ni, homestay yang kita buat ni ada 10 homestay (2 di Penang, 8 di Seberang) terlibat atau pun tidak dalam konsep ini. Saya rasa benda ni kita memang buat untuk tingkatkan ekonomi masyarakat di kampung, di rumah di setiap kampung dia boleh terlibat dalam aktiviti homestay. Jadi adakah ada sebarang kelonggaran, contohnya la ni nak kena kepada yang premis bertingkat, garis panduan akan dibuat, tindakan penguatkuasaan akan dibuat, saman, kompaun dan sebagainya. Bagi yang landed properties, tak buat lagi, tak ambil tindakan lagi sebab dia ada garis panduan asing. Jadi adakah ada kelonggaran? Boleh dak longgarkan? Boleh tak longgarkan sikit, ada kelonggaran. Dia nak buat mungkin dia nak tambahkan pendapatan dia, dia mungkin tak duduk rumah tu, dia nak buat homestay, ada tak kelonggaran yang boleh bagi kelonggaran kepada dia buat? Okey, satu lagi tentang ni, saya tak sebut tak boleh. Orang kampung marah. Cadangan pembinaan taman industri dan pembinaan pembangunan kuarters pekerja berpusat (CLQ) di Bertam, kawasan Pinang Tunggal. Jadi penggal lepas, Bayan Lepas bangkitkan isu ini. Isu asrama pekerja asing di kawasan Telok Kumbar. Dia kata banyak masalah sosial dan sebagainya. Dan saya minta ketetapan, setuju tak setuju? Bayan Lepas kata tak setuju. Okey. Dia memang tak setuju dan hari ini pun, saya pun tak setuju dengan cadangan projek pembinaan dua (2) blok asrama pekerja asing di kawasan Bertam di bawah DUN Pinang Tunggal, di lot, di 144 lot industri dan tujuh (7) blok asrama di Mukim 6 dan juga Mukim 3, Persiaran Perindustrian Bertam Perdana. Jadi penduduk pun memang ada Jawatankuasa Bertindak dah. Dijangkakan 15 hingga 17 ribu pekerja akan masuk di sini dan saya rasa syarat di KPKT, tak ada syarat ini. Dari segi Akta KPKT, cuma yang ada, sumber manusia, saya rasa ada syarat. Tapi memang kita tak setujulah. Jawatankuasa Bertindak ini dia tak setuju langsung, industri tak mau, asrama pun dia tak mau. Pihak sebahagiannya setuju industri tapi dia tak mau ada asrama. Jadi kalau boleh dibuat satu perbincanganlah.

Pelan tak masuk lagi ni, pelan merancang, baru dok cerita kata nak buat tapi tak masuk pelan merancang. Sebelum luluskan pelan merancang dan sebagainya, saya juga tak setuju sebab banyak kesan-kesan yang cukup membimbangkan masyarakat di situ. Impak sosial, impak keselamatan, kesihatan. Bila wujud asrama ni, berlakulah, impak lalulintas, trafik, impak pencemaran. Kilang itu dekat sangat dengan perumahan, kawasan itu semua kawasan perumahan antara 5 meter ke 5 km, antara jaraknya tu. Dok ada 30 kawasan taman dan juga kampung, yang dekat dengan kawasan tu, jadi banyak kesan-kesannya yang akan berlaku. Dan kita harap benda ini boleh dibincangkan bila ada pelan merancang, bincangkan balik dengan penduduk terlibat sama. Dengan Jawatankuasa Bertindak juga kita bincang. Mungkin kita tak tolak untuk industri tetapi penduduk ni, dia minta tolak semua, tak mau dah, lot industri dan juga asrama. Dia nak kawasan perumahan sahaja tapi bincanglah, buat libat urus, bincang balik dengan penduduk, dengan semua yang terlibat supaya benda ini boleh kita cari jalan penyelesaian win-win situation..(dengan izin), supaya semua orang puas hati. Mungkin asrama itu kita tak dak, tapi industri kita buat industri yang canggih-canggih ni, tak dak pencemaran. Tak tau lah industri apa yang takdak pencemaran, semua ada pencemaran sampingan dia, walaupun dia canggih macam mana pun, dia ada kesan-kesan yang lain tapi buatlah industri yang tak terlalu banyak bahan buangannya. Jadi mungkin akan boleh memberikan kelegaan, itu mungkin kita boleh bincang dalam libat urus nanti supaya semua pihak puas hati dari segi itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Rumuskan.

Okey seterusnya. Food security, saya sebut dah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang sudah sebut tak perlulah.

Tak perlu sebut dah. Tentang isu pembangunan Bukit Bendera sikit. Saya tengok akan dibangunkan dan tahniah iktiraf sebagai Biosphere Reserve UNESCO. Cuma, kita seronok dapat pengiktirafan ini, cuma kita harap supaya Bukit Bendera perlu dijaga dan status ini bukan hanya pada nama tetapi keadaan semula jadinya perlu dikekalkan dan dijaga. Pembangunan Bukit Bendera perlu dilaksanakan dengan teliti, jangan sampai merosakkan eko sistem yang sensitif dan habitat semulajadi. Jangan kita rosakkan. Antara projek yang boleh menjejaskan eko sistem dan habitat semulajadi seperti kereta kabel, projek pembangunan di kawasan Bukit Bendera, nak buat rumah, projek kuari perlu dihentikan, projek pembangunan pertanian yang tak terkawal perlu dihentikan. Jadi ini kena tengok supaya pembangunan Bukit Bendera sesuai dengan habitat Biosphere Reserve UNESCO. Jangan kita nak bangunkan, akhirnya Bukit Bendera jadi rosak habis, alam semula jadi. So perlu satu badan pengurusan yang aktif dan proaktif untuk melihat dan mengawasi projek pembangunan Bukit Bendera. Belia saya sebut dah tadi. Okey, dari segi pembangunan berkaitan Islam. Saya nak sebut satu dua benda ja. Pertama tentang pentadbiran Agama Islam, saya mulakan dengan tahniah kepada seluruh Zakat yang telah mengutip lebih RM140 juta tahun lepas. Jadi saya percaya bahawa ini merupakan komitmen yang cukup tinggi daripada warga Zakat dan bukan kejayaan

individu. Jadi saya nasihat supaya sumber zakat ini tidak digunakan sewenang-wenangnya, kena guna mengikut asnaf dan kepada benda yang perlu. Kalau sumber lain kita boleh cari, jangan gunakan duit zakat. Contohnya Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB), dia beban sepenuhnya kat Zakat ini. Ini kadang-kadang kena ambillah sebahagian, janganlah ambil semua duit zakat pi ke situ. Zakat ini kita nak guna untuk benda lain lagi. Semua ni, semua kita guna, lebih RM4 juta setahun, duit zakat untuk operasi KITAB. Kita mau KITAB, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa, tapi jangan kita gunakan semua, dan kita kena guna juga untuk lain-lain. Tahfiz dan sebagainya supaya benda ni boleh dilaksanakan dengan baik dan mencapai matlamatnya. Saya terkejut tengok rombongan beramai-ramai pentadbir KITAB ke Timur Tengah baru-baru ini, belanja tinggi, banyak kosnya, gunakan duit dari sumber zakat dan sebagainya. Saya nak tau juga sumber mana yang pi rombongan ini. Kalau guna duit zakat, saya tak setujulah. Dan kekosongan jawatan pengarah, jadi kalau boleh tolong isi cepat. Pengarah dah tukar, tahniahlah kepada dia, dia pi jadi Timbalan SUK, jadi isi cepat kalau boleh saya nak anak tempatan supaya dia lebih memahami situasi dan corak kehidupan dan lebih bertanggungjawab kepada setiap apa yang dilaksanakan oleh pihak jabatan dan juga Majlis Agama Islam. Okey.

Yang di-Pertua (Speaker)

Habis?

Tentang isu di Sungai Dua sikit YB. Dato’. Tentang isu di Sungai Dua, saya ucap terima kasih di atas segala sumbangan dan sebagainya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, habis ya?

Sat YB.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak ada?

Isu ini saya nak sebut pasal penjelasan soalan bertulis saya sikit YB.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ini? Okey, okey.

Okey, pertamanya tentang jawapan kepada senarai usahawan industri asas tani, apa usaha Kerajaan Negeri bantu? Jadi saya tak nampak satu bentuk dokongan ataupun bantuan yang berkesan kepada usahawan ini. Jadi kalau boleh tolong tengok secara serius, ada 607 usahawan industri asas tani. Carilah satu kaedah untuk kita bantu khasnya dari segi pemasaran. Tolong susunlah bentuk pemasaran, buat packaging, buat satu benda yang boleh tingkatkan dari segi production dan juga jualan usahawan-usahawan ini. Kedua tentang tambakan Bagan Ajam. Saya minta penjelasan sedikit, jawapan diberi, cuma 25 orang saja yang hadir dalam sesi perbincangan dengan pihak konsultan. 25 orang, itupun bukan semua nelayan pun, nelayan cuma wakil-wakil persatuan saja. Jadi kalau boleh tolonglah libatkan balik kesemua nelayan dan selesaikan isu impak sosial bagi nelayan yang terlibat dengan tambakan laut di Bagan Ajam. Tiga, tentang isu Taman Telok Molek, saya ucap terima kasih, dah tak jadi asrama pekerja dah. Jadi kalau boleh dikekalkan, di tempat-tempat lain pun jangan ada dah, kawasan taman perumahan, pi buat asrama pekerja. Memang boleh buat, tapi jangan buat di kawasan yang padat dengan penduduk buat asrama pekerja. Dia bersembang di luar sehingga pukul satu dua pagi, ada orang mai hantar, macam-macamlah. Isu pekerja asing yang buat asrama di Taman Telok Molek. Isu pembukaan Pulau Pinang saya bangkitkan tentang sejarah Pulau Pinang, jadi saya mengalu-alukanlah pengakuan daripada pihak Kerajaan Negeri yang akan menerima hasil kajian sejarah Pulau Pinang dan sanggup untuk membetulkan fakta sejarah. Jadi ini saya ucap terima kasih. Saya sedang berusaha ke arah itu untuk melihat dari segi fakta sejarah Pulau Pinang yang mungkin melibatkan semua orang, bukan kata orang Melayu sahaja. Dan CMI, jawapan tentang pendapatan CMI, tentang tanah-tanah. Jadi saya lihat tanah di Batu Kawan, Agro Park 284 ekar ini, saya rasa perlu kita bincang dan susun balik apa bentuk pembangunan yang nak dibuat. Tak boleh kita buat cendawan saja situ, nenas saja, kita kena buat benda-benda lain. Kursus pi buat nenas, nenas sapa pun boleh buat, buat untuk makanan asasi, sayur-sayuran dan sebagainya buat satu perancangan lainlah. CMI bincang balik, susun balik jenis tanaman komoditi yang perlu kita suaikan dengan keperluan masyarakat di Pulau Pinang. Tanah sawah yang ditambun, jawapan saya tengok tak puas hati sungguh. Tindakan korek balik tak ada satu pun yang buat tindakan mahkamah, keputusan mahkamah cuma kompaun RM3,000.00, RM5,000.00, syarikat tu bayar habis selesai, syarikat yang buat ini syarikat yang besar-besar juga, jadi tindakan mahkamah tak sampai tak ada YB. Penanti pun, tak ada tindakan mahkamah. Cuma hanya sekadar tindakan kompaun ja, jadi kalau boleh teruskan lah dengan tindakan mahkamah suruh dia korek balik macam asal tanah tu tak korek balik, ambil tindakan kompaun RM100,000; RM500,000 maksimum denda RM500,000 tapi kena denda RM5,000 ja, dia yang tambun ini dia senyum dia senyum dengan senyuman manisnya, dia senyum dia bayar. Lokasi penempatan semula penjaja jadi kebanyakan penjaja tepi jalan diambil tindakan dia tetapkan satu lokasi, okey, ganggu lalu lintas letak tempat yang khusus, tempat tu tolong tengoklah, pihak PBT tolong tengok tempat tu sesuai atau tak sesuai? Kalau tak sesuai cari jalan nak bagi sesuai buatlah macam manapun promosi ka, apa ka, buat bagi sesuai, bagi orang boleh mai ramai, dia biasa meniaga di tepi jalan orang mai ramai, tapi ada orang buat aduan. Dia kena tindakan jadi buat penempatan semula kita setuju tapi tempat yang sesuai dan kalau tak berapa sesuai tolong jelaskan cari kaedah nak bagi orang boleh mai beli macam dulu juga, tak ramai pun kurang sikit. Okey, saya juga dapat soalan tentang item-item Kampung Warisan dan sebagainya, saya nampak banyak di seberang, Kampung Warisan senarainya ada di Seberang Perai Utara, Selatan, Tengah ada ciri-ciri bangunan warisan, tapi tolong lihatlah supaya dapat dibaik pulih, diambil tindakan penjagaan dan sebagainya. Ada sebahagian di Tasik Gelugor dan di Pokok Sena dan lain-lain banyak lagi cuba tengok yang itu. Dan satu lagi tentang pangsapuri perkhidmatan (servis apartment) jadi saya melihat banyak kelebihan diberi kepada pemaju

pangsapuri perkhidmatan, tak payah buat low cost, tak payah RMM A & B, semua buat rumah yang mahal. Harga dia RM1.2 million ke RM 4 juta, satu pangsapuri, ini memang rakyat-rakyat marhaen tak boleh beli. Kita nak tau juga apa keistimewaan syarikat ni yang dapat kemudahan sampai macam tu, yang boleh dikategorikan sebagai pangsapuri perkhidmatan. Okey soalan tentang zon industri, 7 zon industri akan diwujudkan di 5 daerah. Konsep pemutihan kilang ini saya nak penjelasan lagi, adakah kilang tu bila diputihkan akan ditempatkan di tempat dia yang sama ataupun kita pindahkan ke lot industri yang sedia ada, yang 7 lot industri ataupun duduk situ juga, (bagi kebenaran dia buat kat situ juga). Saya rasa tak sesuai kawasan tu dekat dengan tali air, dekat dengan sungai, dia kena pindah ke lot industri, ini saya mohon penjelasan daripada pihak dan bagi masalah di kawasan Parlimen Tasik Gelugor, pertama saya nak sentuh tentang isu khinzir saya minta EXCO tolong jawab apa tindakan terkini yang setuntas mungkin untuk kita selesaikan isu khinzir ini, tarikh dia dah sampai ini, tahun 2022 untuk kita buat ladang tertutup. Saya kalau boleh memang kita bantah langsung untuk buat ladang khinzir di Kampung Selamat tu, tapi dah dizonkan sebagai kawasan ternakan di Bawah Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan tapi kalau boleh dan sistem tertutup yang kita setuju dulu dibuat segera tak payah tunggu dah yang mau terlibat ni ramai bagi yang terlibat yang tak mau tu jangan bagi ternak dah supaya air sungai tu tak lagi tercemar. Isu babi hutan dan kera masih lagi berlaku tolong tengok balik di kawasan Tasik Gelugor. Isu dewan-dewan terbiar di kawasan Parlimen Tasik Gelugor masih berlaku, Kerajaan Negeri ambil alih dewan bersama MPKK contohnya, tak kira siapa-siapa punya, dia kira MPKK nak ambil semua ambil tak apa, ambil jaga elok-elok, buat baik pulih gunakan dewan itu sepenuhnya, ni kadang-kadang tak digunakan terbengkalai di Sungai Dua ada 3 biji dewan yang rosak terus, hancur pada hal dulu orang kampung pakai, itu yang saya teringat di Sungai Dua, apa lagi isu perumahan tadi, isu perumahan Tasik Gelugor RMM A, B, C isu kertas saya hilang ni. Saya ingat itulah isu Tasik Gelugor, Sungai Dua, isu jalan pun saya rasa dah selesai, terima kasih banyak, isu jalan alternatif pihak Majlis dah jawab dengan saya, dia kata akan buat jalan sehala so tak berlaku lah jammed di tengah-tengah Pekan Sungai Dua dia akan buat jalan sehala keluar kot Taman Sungai Dua Utama, so selesailah masalah sedikit kesesakan di kawasan Sungai Dua, dan isu yang lain-lain, saya rasa, saya dah sentuh banyak, terima kasih banyak kepada semua Jabatan, Agensi yang saya rasa yang telah banyak memberi sokongan dan juga bantuan dalam kita menyelesaikan masalah rakyat kepada semua YB-YB bukan saya seorang sahaja kepada semua YB. lain yang dibantu dan semua dibantu untuk selesaikan masalah, tapi kadang-kadang Jabatan ni ada kekangan dia, ada kelemahan kekurangan dia mungkin kadang-kadang tu agak lambat saya kena fahamlah tugas-tugas Agensi kadang peruntukan tak turun dan sebagainya. Jadi kita ucap terima kasih kepada semua Jabatan, yang sentiasa membantu semua Ahli Yang Berhormat melaksanakan tanggungjawab dan juga amanah di peringkat kawasan. Dan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak memberi dokongan kepada segala penyelesaian masalah yang berlaku, terima kasih banyak saya minta maaf kalau ada salah silap dalam ucapan harap apa yang saya cadangkan dapat diberi perhatian, dapat diambil tindakan tentang food security dan satu lagi saya lupa, saya nak tanya YB, dah lama saya tak tengok Agrofest, kalau boleh tahun ni buatlah sebab kita nak memberi penganugerahan, pengiktirafan kepada petani (di peringkat kebangsaan ada), di peringkat negeri-negeri juga ada, kita nak iktiraf petani ni, petani ni buat kerja teruk bagi kita makan, buat bendang sebagainya, bela lembu, bela kambing, bela macam-macam, tapi kita tak iktiraf mereka. Dah lama mungkin kerana COVID, ni lepas habis COVID ini saya minta sangat-sangatlah tolong kita pertimbangkanlah untuk kita buat, walaupun tak grand tapi kita buat semua jabatan terlibat, jabatan akan gunakan peruntukan masing-masing untuk buat Agrofest tu, dan saya rasa orang ramai, masyarakat pun nak tengok, lama dah tak tengok Agrofest di

tapak Ekspo, tapak yang dulu saya ada terlibat semasa pembukaannya dulu, tapak Ekspo Seberang Jaya. Jadi kita buatlah, kita buat diperingkat Kebangsaan juga ada, kalau boleh kita tolong tengok balik supaya benda ni boleh kita buat sebagai pengiktirafan kepada petani, penternak, nelayan yang ada di Pulau Pinang. Terima kasih banyak minta maaf banyak-banyak kalau ada salah silap. Sekian Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, saya menyokong ucapan TYT, yang saya puas hati, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Sungai Dua, dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Bukit Tengah.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Dato Speaker, terima kasih memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan, Perbahasan Ucapan Perasmian TYT. Dato' Speaker kita lihat pagi, petang ini memang Sungai Dua, kita lihat dia agak semangat sikit kali ini dia berucap dalam dua jam, mungkin sebab dia pun tadi dia rasa mungkin ini adalah antara Sidang DUN yang terakhir sebelum pilihan raya. Kita ambil maklum bahawa sememangnya kemungkinan besar Dato' Speaker ini mungkin adalah Sidang DUN yang terakhir sebelum pilihanraya, jadi saya rasa adalah amat penting untuk kita semua menggunakan masa kita dalam Sidang DUN kali ini untuk menilai semula itu Dato' Speaker, cabaran-cabaran yang kita telah hadapi dalam empat (4) tahun sebelum ini selepas pilihan raya lalu dan juga kejayaan kita dan juga harapan-harapan kita untuk masa depan akan datang Dato' Speaker. Terlebih dahulu saya juga seperti rakan-rakan lain ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan seluruh Barisan Kerajaan kerana mencapai 90% daripada Manifesto yang dijanjikan dalam Pakatan, dalam Pilihan Raya PRU yang ke-14. Kita lihat dalam Manifesto 68. Sebelas terma ini sebagai promises, apa ni janji-janji yang telah dibuat dalam yang saya rasa adalah cukup komprehensif sekali, kita perlu ingat Dato’ Speaker bahawa disebabkan sokongan dan keyakinan rakyat yang cukup kukuh dan padat pada masa pilihan raya yang lalu, mereka telah pun memberikan Pakatan Harapan satu mandat untuk terus menjadi kerajaan bagi penggal ke-3 dan disebabkan sokongan padat ini juga kita berjaya untuk menjatuhkan satu Kerajaan Barisan Nasional selepas 60 tahun dan Pakatan Harapan menjadi, mendapat untuk menubuhkan kerajaan di Pusat, Kerajaan Persekutuan. Untuk saya ini dan satu kemenangan rakyat hasil daripada pilihan raya lalu adalah satu kemenangan rakyat terhadap rasuah, kemenangan rakyat terhadap satu rejim yang cukup autokratik dan satu kemenangan terhadap untuk demokrasi negara kita Dato’ Speaker. Jadi kalau kita lihat balik Dato’ Speaker, dalam 20 bulan pun tidak dinafikan ada banyak kebaikan yang telah dibawa oleh Kerajaan Pakatan Harapan di Peringkat Kerajaan Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang pun dapat untung Dato’ Speaker, peruntukan-peruntukan yang lama yang kita telah pun memohon daripada Kerajaan Persekutuan yang dulu-dulu tak dapat untuk projek-projek RTB kita dapat, kita dapat kelulusan pada masa itu untuk buat expansion kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, kita dapat janji untuk peruntukan untuk menaiktarafkan Penang Hill Cable Car sistem kita RM100 juta pada masa itu dijanjikan.

Dan pertama kali diluar extra constitutionally Dato’ Speaker, pada masa Pakatan Harapan menjadi Kerajaan Persekutuan mereka telah pun berkongsikan hasil daripada cukaian tourism tax kepada semua negeri-negeri di negara kita tak perlu dilakukan tetapi pada masa Yang Berhormat Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri itu semua telah pun berjaya dilakukan untuk membawa satu keadaan yang lebih adil dan saksama kepada semua negeri-negeri di Malaysia tetapi malangnya Dato’ Speaker harapan baru rakyat telah pun dihancurkan dengan langkah Sheraton dengan pengkhianatan dan tindak laku yang tak boleh unforgivable, yang tidak boleh dimaafkan Dato’ Speaker apabila mereka dengan katak-katak politik ni telah menjatuhkan Kerajaan PH dan selepas itu bermulanya kita melihat kemerosotan pemerintahan negara kita Dato’ Speaker. Things started to go down hill…(dengan izin), darurat diisytiharkan, parlimen digantung, Sidang DUN pun digantung, dan kita melihat munculnya berlaku politik dua darjat. Satu yang mengutamakan political elite satu peraturan dan lagi satu set peraturan untuk orang-orang rakyat biasa itulah yang menjadi satu masalah masa kita ingat apabila kita semua semasa kena duduk rumah patuh peraturan tetap dan sebagainya ada Menteri-Menteri, Deputy Speaker, bukan daripada Dewan yang mulia ini buat pesta durian, kita masih ingat dan kita lihat Menteri Besar daripada Kedah mai ke kawasan saya di Juru, Autocity buat test drive kereta semasa semua orang kena duduk rumah mengikut SOP, menjaga keselamatan dan kesihatan orang ramai tetapi itu yang berlaku. Apa yang berlaku kemudian kita lihat bekas Perdana Menteri kita sekarang ini, mana-mana sahaja yang dia telah pun pergi melawat dia diberi layanan VVIP oleh Kerajaan Persekutuan, mana dia pergi dia dapat layanan yang cukup luar biasa sekali dan dia terus untuk menjual berita-berita palsu kepada rakyat Malaysia. Yang terbaru adalah apabila beliau menyatakan bahawa dia kata apa, dia kata RM0.01 sen kerajaan pun tidak digunakan untuk membiayai hutang 1MDB terus serta merta dibidas oleh Menteri Kewangan, iaitu Tengku Zafrul kata ini semua memang tidak benar kerajaan telah pun membiayai RM13 juta, billion, minta maaf untuk dibiayai kerajaan untuk membayar hutang 1MDB ada lagi RM38 billion Dato’ Speaker, RM38 billion yang masih terhutang. Bayangkan berapa projek-projek pembangunan yang boleh membawa manfaat kepada rakyat itu yang boleh digunakan oleh jumlah RM38 billion ini berapa projek RTB yang kita boleh buat di Pulau Pinang, berapa projek hospital, jalan raya, highway yang rosak-rosak yang perlu dibuat di Pulau Pinang tidak dapat dibuat disebabkan dulu 1MDB dan hutang daripada 1MDB. Dato’ Speaker, selepas Sheraton Move, Langkah Sheraton Pulau Pinang juga turut dimangsakan, it was very unfortunate seperti yang saya katakan tadi projek-projek yang telah diluluskan sebelum ini seperti expansion of the airport kita itu dibatalkan, perkhidmatan iconic ferry dibatalkan Project Penang Hill Cable Car, RM100 juta itu dibatalkan, funding guarantee yang dijanjikan sebelum ini daripada Kerajaan Pakatan Harapan untuk menolong membiayai projek LRT Pulau Pinang dan RM10 billion funding itu Dato’ Speaker telah pun dibatalkan. Saya hendak katakan di sini sebagai satu contoh Dato’ Speaker, kononnya Kerajaan Persekutuan kata mereka hendak jaga kepentingan Pulau Pinang dan apabila pada masa itu Menteri Ekonomi telah pun pergi merata-rata di seluruh Malaysia berjumpa dengan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk dapat feedback untuk merangka Rancangan Malaysia Ke-12. Dia kata dulu sudah buat silap dan sekarang mereka hendak ambil feedback daripada setiap negeri dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-12, apa yang berlaku Dato’ Speaker,….(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Yang Berhormat Ahli Kawasan Bukit Tengah boleh saya minta mencelah sekejap? Okay, saya amat tertarik dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ahli Kawasan Bukit Tengah tadi terutamanya atas apa projek-projek yang telah dibatalkan kepada Negeri Pulau Pinang. So, saya ingin hendak bercakap di sini menyatakan di sini yang saya harap wakil-wakil rakyat pembangkang di sini juga boleh bawa projek-projek kita untuk merayu

kepada Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan kelulusan kerana mereka juga merupakan wakil rakyat telah dipilih oleh rakyat Pulau Pinang. So, oleh itu adakah kita, kamu rasa bahawa kalau mereka ikut sahaja apa pimpinan-pimpinan Persekutuan mereka yang hendak membatalkan projek-projek untuk Negeri Pulau Pinang yang kononnya macam pengkhianat untuk Negeri Pulau Pinang macam itu.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Ya, saya bersetuju dengan Pulau Tikus. Memang kita semua hendak yang terbaik untuk Pulau Pinang dan saya rasa juga wakil-wakil rakyat daripada pihak sebelah juga ada tanggungjawab untuk pergi lah jumpa dengan bos-bos mereka itu untuk memohon menjadi lebih adil kepada negeri Pulau Pinang saya hendak kata saya hendak sambung pasal isu Rancangan Malaysia tadi dalam Rancangan Malaysia Ke-12, Dato’ Speaker, yang dibentangkan di Parlimen, saya sendiri melihat muka surat buku 532 muka surat. Rancangan Pembangunan 5 Tahun Pulau Pinang, I mean Malaysia saya pun cari berapa baca di mana letaknya disebut tentang pasal Pulau Pinang di seluruh dokumen itu 500 muka surat Pulau Pinang nama Penang itu ayat itu kalau kita buat search hanya keluar tiga (3) kali sahaja Dato’ Speaker. Ini menunjukkan di mana setakat Pulau Pinang kepentingan Pulau Pinang itu dinilaikan dan dibawa dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Tadi ada soalan yang tadi siapa yang tadi tanya pagi tadi tentang berapa projek yang Pulau Pinang telah pun memohon untuk Rancangan Malaysia, Yang Berhormat Jawi tadi pagi tanya, saya pun tanya soalan yang sama dalam soalan DUN dan jawapan yang diberikan adalah Rancangan Malaysia Ke-12, 121 projek dipohon dengan anggaran kos RM12 billion daripada itu hanya tiga (3) projek yang diluluskan Yang Berhormat Jawi, hanya tiga (3) projek dan untuk Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan pertama pada tahun 2021 kita memohon 179 projek jumlah RM28 bilion lebih dalam Rolling Plan tahun kedua 2022, 111 projek dipohon dan kemudian adalah banyak lagi projek dipohon berbillion-billion ringgit. Setakat harini untuk Rancangan Malaysia Ke-12, ada sahaja 11 projek yang diluluskan Yang Berhormat dan Dato’ Speaker, jadi saya lihat kalau lah sekiranya kita sambung terus dengan ikut jalan ini Dato’ Speaker seperti-seperti yang dahulu di mana hanya satu (1) parti politik menguasai segala-galanya yang kita sendiri sudah pun saksi sebelum ini dengan kuasa yang keterlaluan yang tanpa kawalan unchecked and excessive powers yang telah pun sebelum ini disalahgunakan oleh Kerajaan UMNO Barisan Nasional ia akan membawa suatu kesan dan kos kerugian yang sangat besar kepada negara kita.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Yang Berhormat Bukit Tengah, minta laluan. Apabila kita bercakap tentang hubungan Persekutuan dengan Negeri ini, pada asasnya Perlembagaan Persekutuan kita, Perlembagaan Persekutuan merdeka kita, dinyatakan kita akan amalkan konsep federalisme di mana its a power sharing concept…(dengan izin), Dato’ Yang di-Pertua, power sharing concept between state and the federal government, di mana kita tidak akan dilayan seperti anak tiri atau pun dilayan sama rata tetapi apa yang berlaku adalah di bawah pemerintahan Barisan Nasional sepanjang 50 tahun, mereka telah menghancurkan negara ini dan telah menghakiskan concept federalisme di mana, negeri-negeri dilayan dengan begitu buruk sekali. Yang paling kita nampak adalah di negeri Pulau Pinang sendiri. Kita menyumbang cukai yang tinggi kita, membawa menarik FDI yang begitu tinggi, tetapi kita dilayan seperti anak tiri. Dan tadi Ahli Kawasan Bukit Tengah telah menyatakan Rancangan Malaysia Ke-12, dalam ucapan Tuan Yang Terutama Tun, beliau telah menyatakan hanya 1.3 peratus daripada keseluruhan peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 diberikan kepada Pulau Pinang dan kita

nampak ini pun telah menjadi satu ikutan oleh Kerajaan Perikatan Nasional, di bawah Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin Yasin dan disambung juga oleh Dato’ Seri Perdana Menteri yang baru. Ini menunjukkan negeri-negeri haruslah bangkit untuk menentang sikap persekutuan oleh Barisan Nasional ini, yang cuba menghakiskan kuasa negeri, mereka sudah hijack semuanya daripada kita, kita punya Dewan Negara yang sepatutnya menjadi suara negeri sudah jadi suara persekutuan. Mereka boleh lantik sesuka hati. Dan saya harap, tiada Ahli-Ahli UMNO daripada sini, so saya minta rakan saya daripada PAS pun boleh lah bersatu dengan kita untuk memperjuangkan suara negeri Kedah, Kelantan, Terengganu. Mungkin tidak lah, takut hilang kerusi di Kabinet nanti ya PAS? Apa pandangan Yang Berhormat Bukit Tengah? itu sahaja.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Itu bukan pandangan. Itu sudah buat kenyataan. Cuma saya sangat sangat bersetuju dengan Yang Berhormat Bagan Dalam permasalahan terbesar di negara kita adalah bila walaupun kita amalkan sistem federalisme ini, apa itu maksudnya federalisme? Di negara-negara lain yang mengamalkan sistem federalisme, Kerajaan-kerajaan Negeri mempunyai kuasa yang besar, ruang untuk mereka mentadbir dan untuk mereka membuat keputusan sendiri untuk membangun sendiri dan dengan dana mencukupi diberikan kepada mereka untuk they have a lot of powers mereka memang ada banyak kuasa di tangan mereka untuk menguruskan negeri mereka tetapi di Malaysia pula ini tidak berlaku, it is a direct opposite di Malaysia segala-gala kuasa yang penting dana, sumber, tanggungjawab semuanya terletak di tangan Kerajaan Persekutuan. Akibat daripada ini kita telah pun melihat untuk berpuluh-puluhan tahun Kerajaan Pusat di bawah UMNO Barisan Nasional telah pun memperalatkan dan menyalahgunakan kuasa mereka untuk menekan dan mempengaruhi dan mengugut negeri-negeri untuk menjamin kuasa politik mereka. They use that as a political tool selama ini dan kita semua tahu Dato’ Speaker, kalau tidak sokong Kerajaan Pusat maka forget it you akan dianak tirikan you tidak akan dapat pembangunan dan sebagainya. Ini yang berlaku selama berpuluhan tahun ini dan bayangkan seperti yang disebutkan daripada Ahli Kawasan Bagan Dalam tadi walau pun negeri-negeri khususnya seperti Pulau Pinang yang menyumbang sebegitu besar kepada negara ekonomi RM92 billion kepada GDP negara kita ini dan di mana kita tidak hutang RM0.01 sen pun kepada Kerajaan Pusat, kita tidak hutang RM0.01 sen pun. Tetapi hakikatnya kita tidak ada kuasa pun untuk hendak menentukan di mana kita hendak letak satu bus station, hentian bas pun kita tidak ada kuasa. So where is the keadilan itu? Kesaksamaan itu memang tidak ada Dato’ Speaker. Pasal bus stand saya hendak bagi contoh di kawasan saya, dan mungkin Yang Berhormat Bagan Dalam, YB. Satees A/L Muniandy tahu di Kampung Kuala Juru, Bagan Nyiur, Sungai Semilang apa lagi kampung-kampung di sana, Bukit Kechil berpuluh beribuan penduduk di sana tetapi tidak ada bus station tidak ada laluan ataupun perkhidmatan bas awam kepada kawasan-kawasan ini. Dato’ Speaker yang sememangnya untuk saya, sememangnya perjuangan dan tuntutan berpuluhan tahun Pulau Pinang untuk diberikan lebih banyak kuasa dan dana untuk membangunkan negeri kita ini. Ini sudah lama-lama kita sudah tuntut, Dato’ Speaker, dan untuk saya yang paling penting adalah kita harus ingat setiap negeri harus diberi hak dan kuasa untuk memenuhi hasrat warga mereka, warga penduduk mereka, the aspiration of the people dalam kebebasan mereka sendiri to determine untuk menentukan hala tuju pembangunan negeri mereka masing-masing menerusi Kerajaan Negeri yang dipilih oleh rakyat negeri itu. Kita kena ingatkan Dato’ Speaker, kita kena ingatkan Kerajaan Pusat kalau tidak ada Pulau Pinang tidak ada Malaysia hari ini Dato’ Speaker. Sama juga dengan negeri-negeri lain, setiap satu 13 negeri di Malaysia ini secara individu dan bersaksama apabila berkumpul

menjadilah Malaysia, dan di setiap negeri pun Dato’ Speaker, mereka unik dan berbeza dari segi karakter, sejarah, demografi, industri dan keperluan mereka. Tidak ada satu. Kita tidak boleh guna satu kaedah one size fit all situation. Jadi sebab kita ada Kedah PAS tapi mereka pun ada masalah mereka. Johor pun ada masalah mereka. Kelantan pun ada masalah mereka sebab saya sangat itu sangat bersetuju dengan Padang Lalang, Bagan Dalam. Apabila sekaranglah, Dato’ Speaker, sudah tiba masa untuk negeri-negeri menuntut layanan yang lebih adil dan saksama untuk lebih banyak kuasa, tanggungjawab dan dana dari Putrajaya untuk mentadbir dan membangunkan negeri masing-masing, tak kiralah siapa atau parti politik mana menjadi Kerajaan Pusat. Dalam hal ini, Dato’ Speaker, saya ingin merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Ketua Menteri kita dalam mengetuai perjuangan membela hak Negeri Pulau Pinang dengan menghasilkan baru-baru ini, in fact, petang tadi kita baru buat satu PC bersama Ketua Menteri di mana beliau telah pun mengumumkan dan menghasilkan satu laporan berkait hubungan Persekutuan dan Negeri, Federal-State relation yang bertajuk Enabling Decentralization and improving Federal-State Relation in the Federation of Malaysia. Saya Dato’ Speaker, percaya laporan ini adalah laporan pertama yang dihasilkan oleh sesebuah Kerajaan Negeri atas tajuk disentralisasi kuasa. Tahniah kepada Ketua Menteri dan juga penghargaan khusus harus diberi kepada Dr Francis Loh Kok Wah dan juga Dato’ Ooi Kee Beng daripada Penang Institute yang bersama-sama menghasilkan laporan ini. Dato’ Speaker laporan ini ada lima bahagian yang menjelaskan trend sedunia dalam disentralisasi. Rangka perlembagaan kami dalam pembahagian kuasa dan juga agihan kewangan fiscal transfer yang tidak seimbang dan adil dan juga kesan buruk yang dibawa daripada kesemua aspek operasi kepada semua aspek operasi dan pembangunan negeri akibat daripada daripada konsentrasi kuasa yang tidak terkawal dan berlebihan daripada Kerajaan Pusat khususnya dalam konteks Pulau Pinang selepas 2008 sehingga kini. Laporan diakhiri tersebut dengan tiga (3) syor-syor ataupun cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan nilai federalisma Dato’ Speaker dan memperjuangkan hak negeri bagi Penang dan juga untuk negeri-negeri lain. Cadangan pertama adalah untuk menuntut penubuhan satu suruhanjaya hubungan persekutuan-negeri di peringkat nasional ataupun kebangsaan di mana komposisi dan rujuk terma rujukan term of reference mesti mencerminkan permintaan dan keperluan negeri-negeri dalam menilai semula semua aspek agihan kuasa dan khususnya dana di mana pengagihan dana kepada negeri-negeri mesti lebih adil dan saksama Dato’ Speaker. Yang kedua cadangannya adalah untuk Pulau Pinang mengetuai satu inisiatif untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama yang merangkumi semua negeri-negeri dalam bersama-sama mempromosikan nilai-nilai federalisma untuk good governance dan memperkukuhkan perpaduan dan integriti negara. Dan akhir sekali yang ketiga adalah untuk menubuhkan cadangan menubuhkan satu jawatankuasa pilihan a select comittee dalam Dewan yang mulia ini oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang berkait hubung dengan Persekutuan-Negeri bagi menyiasat dan melaporkan atas semua perkara kerjasama Kerajaan Pusat dengan Negeri dalam contoh seperti pendidikan, kesihatan, alam sekitar, urusan bencana di mana kemudian hasil daripada laporan ini kita boleh menjadikan asas untuk membuat dasar-dasar yang kita kemudian boleh cadangkan kepada Kerajaan Pusat untuk dilaksanakan, untuk eratkan lagi perhubungan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Dato’ Speaker, saya sangat berharap bahawa laporan ini dan syor-syor didalamnya akan bantu memunculkan satu platform bersama-sama bagi negeri-negeri untuk bekerjasama membawa penstrukturan semula hubungan Persekutuan - Negeri bagi menjamin suatu masa depan yang lebih demokratik dan adil saksama kepada semua negeri-negeri dan negara kita.

Dato’ Speaker sebelum yang saya katakan yang sebelum ini, yang sebelum ini saya hujahkan memang sekarang kalau kita lihat rakyat kecewa. Ramai telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap sistem politik dan pentadbiran negara kita. Ramai merasa golongan elit politik lebih diutamakan daripada rakyat biasa dan dalam hal ini, saya sesungguhnya percaya bahawa Pulau Pinang boleh menjadi dalam kedudukan yang terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat dalam demokrasi dan dalam kerajaan. Kenapa saya katakan begitu Dato’ Speaker? Sebab kita di sini berpeluang menjadi satu torch of hope, sinaran obor harapan dengan mengamali good governance satu kerajaan yang bersih dan amanah di mana rakyat didahului, where the people come first Dato’ Speaker. Jelas daripada ucapan perasmian TYT bahawa Penang ada banyak untuk kita berbangga dengan pencapaian-pencapaian Kerajaan Negeri. Dan saya rasa banyak daripada pencapaian ini telah pun dihujah daripada rakan-rakan saya dalam Dewan yang mulia ini seperti pelaburan pembuatan tertinggi di Malaysia RM76.22 billion dijangka menghasil 12,000 peluang pekerjaan. Saya juga nak katakan di sini, kita negeri yang pertama yang memberi perkhidmatan pengangkutan percuma bas dan feri. Kalau untuk di seluruh negara, we are the first Dato’ Speaker. Tahniah kepada Tanjong Bunga yang menjayakan inisiatif ini. Ada banyak program-program lagi dari segi pendidikan yang sebenarnya di bawah jurisdiction, bidang kuasa Kerajaan Pusat namun Kerajaan Pulau Pinang masih melabur berjuta-juta ringgit untuk sekolah-sekolah agama, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sebagainya. Jadi, Dato’ Speaker saya yakin sekiranya Kerajaan PH Pulau Pinang terus membina atas usaha berkhidmat bagi rakyat dengan meningkatkan kualiti hidup mereka dan memperjuangkan isu-isu yang penting dalam kehidupan mereka seperti perumahan, pendidikan, peluang pekerjaan, kos hidup, kebajikan dengan cara yang terbuka, inklusif dan bersih seperti yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini sudah tentu saya percaya Dato’ Speaker. Penang can be the hope the hope beacon of the entire country, Dato' Speaker.

Ada satu dua lagi isu Dato’ Speaker. Satu adalah berkenaan dengan kebajikan. Social welfare. Ini merupakan satu tanggungjawab yang dikongsi di antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri. Now, tidak boleh dinafikan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah pun membiayai banyak duit, dana dan usaha dan memperkenalkan program-program dalam sektor ini seperti i-Sejahtera, kita tau semua rakyat tau tentang i-Sejahtera di mana pembayaran tunai, bantuan diberi kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, kanak-kanak dan juga untuk perbelanjaan kematian, funeral expenses. Dan daripada 2008 sehingga Oktober 2021 Dato’ Speaker, mungkin ramai yang tak tau Kerajaan Negeri telah pun membiayai sebanyak RM137 juta kepada 983,000 penerima dalam negeri kita Dato’ Speaker. Kita ada Mutiara Food Bank dan baru-baru ini memang dalam berita kerajaan hampir sudah siap pembinaan transit centre for the homeless untuk yang gelandangan di Jalan C.Y. Choy. Kerajaan Negeri Dato’ Speaker juga setiap tahun memperuntukkan 8 juta kepada Jabatan Kebajikan untuk membantu top-up sebenarnya bantuan-bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat. Jadi, bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dipanggil Bantuan Agenda Ekonomi Saksama (BAES). RM8 juta setahun digunakan untuk membantu orang-orang yang susah ini. Tetapi apa yang saya nak highlight kan di sini adalah bahawa Kerajaan Persekutuan kita ni, memberi tumpuan yang paling kecil sekali kepada sektor kebajikan. Saya katakan begitu sebab mengikut laporan-laporan yang saya telah pun membaca negara kita hanya membelanjakan satu peratus daripada GDP KDNK kita ini on social welfare. Kalau berbanding dengan negara-negara bermaju, mereka spent membiayai about 25 to 30 percent of their GDP dan perbelanjaan kita dalam sektor social welfare ini lebih kurang daripada jiran-jiran antara jiran-jiran negara kita ini.

Jadi, saya nak memuji saya tau bahawa petugas-petugas and our civil servant dalam JKM memang bekerja sangat kuat. I jumpa dengan mereka, setiap kali I bekerja sangat rapat dengan mereka saya tau mereka sangat-sangat dedikasi dalam kerja mereka, tetapi mereka hanya boleh melaksanakan agensi pelaksana dasar-dasar yang dibuat jauh di Kuala Lumpur. Dan inilah berlakunya permasalahan. Sebenarnya dasar-dasar perkhidmatan social welfare harus dibuat di peringat negeri. Tak boleh buat di peringkat Kuala Lumpur yang lebih jauh daripada sana. Mereka tak tau apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang ataupun di negeri-negeri ini. Dato’ Speaker I nak bagi satu contoh. Bantuan-bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat yang ada sekarang ini dia streamline OKU ka, kanak-kanak ka, ibu tunggal ka tiap negeri ada calculation dia, dia bagi saja tetapi dia tak mengambil kira perkara-perkara seperti kos kehidupan yang berbeza. Katakan daripada negeri Perlis ataupun Pulau Pinang. Pulau Pinang kos kehidupan cost of living di sini lebih tinggi kalau dibandingkan dengan negeri Perlis tadi. Jadi, bantuan yang diberikan itu di sini memang tak cukup untuk membantu mereka yang sangat memerlukan. Satu lagi yang berkenaan dengan kebajikan ini yang saya nak sebut adalah berkenaan dengan perkhidmatan social services. Walaupun ada banyak bantuan yang diberikan dari segi kewangan Dato’ Speaker tetapi perkhidmatan itu masih tak cukup. Saya nak bagi satu contoh kita ada banyak rumah-rumah welfare yang diuruskan oleh jabatan kerajaan. Actually tak banyak pun 2015, laporannya adalah ada hanya 66 rumah welfare di seluruh satu Malaysia yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan. Dua ribu lebih lain diuruskan oleh sektor swasta. Di Pulau Pinang Dato’ Speaker, negeri-negeri lain untuk jaga orang tua yang terpinggir yang tak boleh menjaga mereka sendiri, ataupun mungkin mereka tak ada keluarga, tiada keupayaan negeri lain, mereka ada Rumah Seri Kenangan, mereka ada Rumah Ehsan yang dibina oleh Kerajaan Pusat dan diurus oleh Jabatan Kebajikan. Pulau Pinang kita tak ada. Kenapa kita tak ada Rumah Seri Kenangan di Pulau Pinang? Kenapa kita tak ada Rumah Ehsan di Pulau Pinang? Bila saya pergi melawat kampung-kampung khususnya dan masuk dalam kampung-kampung, jumpa dengan penduduk masih ramai khususnya orang-orang tua yang masih terpinggir tak dapat bantuan daripada pihak berkuasa. Kita perlu ingat negeri kita sekarang ni sedang menghala kepada satu negara we called it aging country. Lebih orang ramai sedang menjadi tua. Jadi kita mesti mempunyai satu dasar yang lebih baik. Kerajaan Negeri mesti mengambil leadership ini walaupun kita tersekat dari segi kewangan dan juga kuasa dana tanggungjawab dan sebagainya. We have to look at the ageing population right now Dato’ Speaker. Tidak bolehlah kita membantu setakat memastikan orang tua itu cukup makan, boleh tidur, boleh bangun, itu sahaja. That it’s not the issue. Old people should be allowed to grow old with the of government helping them to make sure that they had good quality of life and to live in dignity, Dato’ Speaker. I think that is very very important.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bukit Tengah.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Berapa minit lagi saja.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Dua minit lagi. Saya ada dua isu local tempatan, isu tempatan yang saya nak sebutkan disini. Yang pertama ini adalah, satu problem yang semakin menjadi besar, yang semakin tidak boleh diselesaikan. Saya faham Yang Berhormat Tanjong Tokong, Tanjong Bunga mempunyai kekangan tetapi perlu juga saya membawa perhatian ini kepada Yang Berhormat atas isu traffic jam Dato’ Speaker. Traffic jam di batu, di Bukit Tengah semakin menjadi sangat-sangat teruk, dan kita selalu mendapat complainted yang kita tidak tau macam mana kita nak menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas ini. Yang saya maksudkan itu Dato’ Speaker, adalah Juru interchange sekarang ini kalau nak masuk Juru daripada Lebuh Raya Utara-Selatan kena tunggu. Kena tunggu sangat lama dengan queue yang kereta yang sangat panjang untuk nak masuk. Nak masuk Auto City pun sama, nak masuk jalan, Jalan Chian Heng Kai pun sama. Jadi di Juru interchange tu menjadi satu permasalahan yang besar. Jalan Perusahaan pun menjadi satu permasalahan yang besar. Pelebaran projek pelebaran jalan raya di seluruh Jalan Perusahaan selalu penuh dengan kereta-kereta dan projek itu seolah-olah tak boleh diselesaikan. Dan we also get a lot of complaint tentang isu itu. So, there are several places yang saya harap Kerajaan Negeri dapatlah melihat untuk tengok macam mana kita boleh menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Bukit Tengah khususnya sekarang Bukit Tengah ini menjadi satu hab yang sangat penting yang sambungkan Utara dengan Selatan Dato’ Speaker. Akhir sekali lagi satu isu yang saya nak bawa di sini yang saya ingin kerajaan memberi perhatian adalah tentang isu penyalahgunaan rumah-rumah unit kos rendah, Dato’ Speaker. Baru-baru ini dalam bulan Januari, saya telah pun dijumpai dengan sekumpulan penduduk yang diberikan baru saja dapat kunci kepada low cost housing yang baru siap dibina, ini bukan low cost housing lama. Ini baru siap dibina, mereka baru dapat kunci dan apa yang berlaku dalam seminggu atau dua minggu mereka mendapat kunci, mereka mendapati bahawa the owners, pemilik unit-unit ini yang tidak bertanggungjawab telah pun sewa rumah ini yang sepatutnya diberikan dan dibantu membantu orang yang lebih susah, warga Malaysia dijadikan sebagai asrama pekerja asing. Saya tidak tau bagaimana ini boleh berlaku, dan kilang-kilang ini mereka menjadi sebegitu brazen, mereka letak poster dengan nama kad syarikat-syarikat kilang di hadapan unit-unit sendiri dengan QR Code dan katakan ini adalah asrama pekerja asing. Apabila isu ini di bawa Dato’ Speaker, I just nak katakan di sini memang saya tahu Kerajaan Negeri ada buat, ada ambil tindakan dan surat ada dikeluar dan untuk satu masa memang mereka telah pun pindah keluar. Tetapi selepas itu, saya difahamkan sekarang mereka telah pun mula kembali untuk menjadikan tempat ini sebagai asrama yang tidak sepatutnya berlaku Dato’ Speaker dan saya berharap kerajaan boleh melihat dalam perkara ini untuk melihat bagaimana nak menyelesaikan permasalahan ini. Dan dengan itu Dato’ Speaker, saya mengakhiri ucapan saya khususnya saya tertarik kepada nasihat Yang Berhormat YDP kita di mana dia berkata dan saya rasa ini adalah satu nasihat yang baik untuk kita semua boleh menggunapakai iaitu dia telah kata di sini “Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh” “Tanpa Perpaduan Tidak Mungkin Keharmonian Dapat Dinikmati”. Dengan itu, saya mohon untuk menyokong ucapan perasmian YDP TYT. Terima kasih Dato’ Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah. Dipersilakan Yang Berhormat Seberang Jaya.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua atas kesudian memberikan saya ruang untuk terlibat langsung dalam perbahasan untuk membahaskan ucapan Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, Selamat Petang pada Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Ahli-Ahli Dewan dan semua yang mengikuti perbahasan kita pada petang ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini mewakili Seberang Jaya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidillwal Faizin, Takabballahu Minna Walminkum, Maaf Zahir dan Batin pada semua Ahli Dewan dan juga rakyat, masyarakat Islam di Negeri Pulau Pinang. Petang ini saya mengambil pendirian untuk terlibat sama dalam perbahasan ini bagi memberikan sedikit update atau makluman-makluman terbaru mengenai usaha-usaha Kerajaan Persekutuan membantu Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan masa sama juga untuk membincangkan dan membahaskan apa yang telah dibangkitkan oleh Kerajaan Negeri selama ini melalui ucapan Tuan Yang Terutama dan juga isu-isu berkaitan dengan masa depan Negeri Pulau Pinang. Seperti yang kita tahu, hari ini kita dapat berada dalam Dewan ini buat pertama kali julungnya saya dapat berucap semula tanpa perlu memakai mask. Selepas hampir dua (2) tahun, kita tidak dapat melaksanakan persidangan dengan secara normal, kali ini kita dapat melaksanakannya kerana negara kini termasuk juga Negeri Pulau Pinang telah masuk ke fasa endemik dan ini bukan hanya usaha daripada kita di dalam Dewan ini saja. Tetapi juga usaha majoriti rakyat, usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan termasuk juga dengan pelbagai Agensi-Agensi Kerajaan dan untuk menyatakan bahawa tidak ada kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, saya tidak bersetuju. Bahkan Ketua Menteri sendiri adalah yang bertanggungjawab untuk memimpin usaha bagi menangani isu COVID-19 di Negeri Pulau Pinang, dan itu melibatkan semua agensi bahkan Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri daripada Padang Kota menjadi jeneral kita di Negeri Pulau Pinang, untuk memastikan usaha daripada peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Dan saya lihat sinergi itu berlaku apabila kita berhadapan dengan krisis besar seperti COVID-19, dan tadi Yang Berhormat Bukit Tengah bangkitkan seolah-olah semua masalah ini negara menuju ke arah yang tidak baik, negara tidak ada pelaburan, negara tidak ada pentadbiran yang baik, saya menyangkal sama sekali, kerana sejak daripada perubahan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan, walaupun dalam suasana COVID-19, walaupun dalam suasana cabaran global yang tak pernah dilihat sebelum ini, Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin ketika itu berjaya mengemudi negara keluar daripada masalah yang sebegitu besar. Hari ini kita berada dalam Fasa Endemik, kerana sejak Oktober tahun lalu kes sudah mula mencatatkan penurunan. Kerana kita laksanakan “Program Vaksinasi” atau “Imunisasi Kebangsaan”. Ketika itu Kerajaan Perikatan Nasional dihentam sehabis-habisnya kerana cuba untuk menyelesaikan masalah rakyat. Tetapi, berkat kepimpinan Yang Berhormat Tan

Sri Muhyiddin dengan penuh hikmah dan sabar meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi dan politik, beliau telah berjaya menyelamatkan negara dan juga rakyat daripada bencana COVID-19. Hari ini kita menjadi negara contoh, menjadi negara yang sekarang ini menjadi perhatian dunia apabila kita dapat mengatasi masalah COVID ini. Kita dapat lihat pujian-pujian yang diberikan oleh WHO melalui Yang Berhormat Menteri Khairy Jamaludin, ketika persidangan baru-baru ini dan juga bagaimana kita menjadi rujukan kepada negara-negara lain untuk mengatasi masalah COVID di tempat mereka. Bukan itu sahaja, bahkan dari segi ekonomi kita dapat lihat bagaimana peningkatan pelaburan ke negara ini bertambah lebih-lebih lagi disahkan oleh sendiri Yang Berhormat Ketua Menteri dan juga Yang di-Pertua Dewan, maaf Yang di-Pertua Negeri apabila di dalam ucapan beliau menyebut bahawa pelaburan Negeri Pulau Pinang adalah yang tertinggi pada tahun lepas iaitu sebanyak RM74 billion dari segi foreign direct investment. Ini bukti komitmen bahawa keyakinan itu wujud, keyakinan itu ada pada pentadbiran kerajaan yang ada pada hari ini, dan juga kepada bagaimana sosio ekonomi Negeri Pulau Pinang dan juga negara Malaysia ini bergerak. Jadi janganlah kita main persepsi semata-mata, walhal rakyat di luar sana sekarang hari ini bahkan berasa lebih selamat apabila mereka berada di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan…(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Tolonglah, bagi saya celah sikitlah.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Tadi saya tak kacau, bagi-bagi. Saya nak politik sekejap.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Politik sekejap. Nanti bagi saya celah. Okay, boleh ha.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Boleh, boleh. Saya nak sebut ini, sebab apa Yang Berhormat dalam kita membicarakan soal kepimpinan dalam kita membicarakan soal bagaimana mentadbir negeri. Saya ingat kita harus terima bahawa Pulau Pinang juga tidak lari daripada kelemahan. Saya sebahagian daripada kerajaan dahulu, saya juga tahu kelemahan-kelemahan yang kita hadapi. Bahkan kalau saya boleh sebutkan sejak daripada pandemik itu berlaku, kita dapat lihat sendiri banyak kepincangan-kepincangan atau kelemahan yang berlaku, yang mungkin kita sendiri tidak perasan atau kita tak nak terima kerana kita terasa kita terlampau selesa, we are in our comfort zone. Sebagai contoh, saya nak ambil tentang pencapaian Manifesto Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Baru-baru ini diumumkan bahawa Kerajaan Negeri telah mencapai 90% daripada jumlah pelaksanaan pencapaian Manifesto yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2018.

Saya terlibat sama dalam draf ini, saya terlibat sama dalam memastikan bahawa Manifesto ini dibentangkan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang. Saya telah melihat dan mengkaji, melihat sendiri apa yang dikatakan telah dilaksanakan. Kajian Ketua Menteri menjawab, melalui soalan bertulis yang saya berikan, bahawa menyatakan bahawa 90% daripada Manifesto ini telah dilaksanakan. Kalau saya boleh sebutkan di sini, saya tidak percaya ini 90%. Ianya hanya kalau paling tinggi pun 60% daripada apa yang Manifesto itu telah dijanjikan. Kenapa saya sebut begitu? Saya telah gariskan beberapa perkara antaranya dalam muka surat lapan, kalau kita lihat dalam Manifesto ini, saya tak pasti Ahli Dewan lain dah tengok belum. Dah tengok dah? Kena tengok. Hah tengok dah hah. Okey.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Semua Ahli Dewan dah dapat dah.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Pulau Tikus, dah tengok ha. Ini Manifesto Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Hah. Okey hah. Sebagai contoh, bagaimana kita meletakkan bahawa pelaksanaan beberapa projek besar terutamanya LRT, Pelaksanaan Pembinaan Lebuh Raya yang masih tidak berjalan, walaupun diletak sebagai status dalam pelaksanaan, tetapi kita tahu bahawa itu tidak lagi menepati Manifesto yang kita janjikan. Saya tahu ianya dalam pelaksanaan. Tetapi, kita tahu juga Projek LRT ini bergantung kepada kelulusan EIA projek kita di Selatan Pulau Pinang. Ini semua saya rasa tidaklah boleh digunakan sebagai bukti bahawa 90% Manifesto telah tercapai. Itu muka surat lapan. Kemudian saya pergi kepada Manifesto yang ke 26 dan 27. 26 dan 27, okey. Jap. Jap, bagi saya explained satu satu….(ganggua). I have more this. Sabar-sabar. Ya, betul saya sebut. Sebab apa saya sebut, you cannot say. 90%, kerana belum laksana. Masalah rakyat Negeri Pulau Pinang masih belum selesai. Projek ini pun masih tidak dilaksanakan, dan kita pun tahu masalah saya adalah bila disebut bahawa, floor saya. Floor saya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Minta Bukit Tengah, off your mic.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Yang Berhormat Bukit Tengah, ini floor saya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Dia nak politik dulu.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Hah, you all ada peluang, ada ruang untuk berbahas. Bagi saya berbahas dulu. Okay. Jadi, saya nak sebut ni sebab apa sebab untuk menyatakan bahawa 90% daripada Manifesto ini telah tercapai, saya rasa it’s misleading. Kita tidak boleh mislead negeri dan juga rakyat Negeri Pulau Pinang dengan mengatakan bahawa 90% Manifesto ini telah terlaksana, atau sedang dalam pelaksanaan dan mengatakan 90% telah tercapai. Itu retorik politik, walhal isu-isu besar, isu kesesakan lalulintas tadi sapa bangkit. Tak boleh nak pergi konvokesyen. Itu bukan isu hari konvo saja. Kami yang dok seberang ni, hari-hari hadapi isu ni.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Isu lalu lintas.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Contoh-contoh.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Contoh.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya sebut.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Itu salah satu sebabnya adalah, Kerajaan Persekutuan hentikan feri pengangkutan kenderaan. Itu mengakibatkan….(gangguan).

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Yang Berhormat. Yang Berhormat. ….(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Hampir 2,000 kereta di atas jalan raya lebih daripada dulu.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Jangan kita buat lawak pada diri kita sendiri, tak kanlah feri boleh selesai masalah lalu lintas.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dia merumitkan lagi masalah.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Kan dah kata perancangan ada cadangan lain. Untuk ganti feri apa semua. Isu dia, di Negeri Pulau Pinang ini adalah isu mobiliti rakyat. Bukan isu kereta sesak lalu lintas sahaja. Ianya isu apa opsyen, apa pilihan yang rakyat ada untuk bergerak dari point A ke point B. Isu pengangkutan awam, isu ini isu besar. Tak kan lah isu besar ini, sama besar dia dengan menanam pokok 100,000 lagi pokok baru. Tak bolehlah kita kira tajuk terus 90% telah tercapai. Saya tak setuju the way kerajaan sebab saya sebahagian daripada yang menulis ini. Saya sendiri tidak setuju dengan cara penilaian bahawa manifesto ini 90% telah tercapai. ….(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Dulu setuju, sekarang tak setuju lah. Bila deraf dulu….(gangguan).

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Tidak mungkin sama nilainya 100,000 batang pokok ditanam dengan hendak selesaikan isu lalu lintas di Negeri Pulau Pinang, sebab itu saya sebut tadi kalau kita sebut 90 peratus telah tercapai itu misleading the public.

Satees a/l MunaindyDAP · PHBagan Dalam

Seberang Jaya, boleh celah?

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Yang Berhormat, bersabar. Saya belum habis.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

You part of the drafing for that, sekarang pula cakap don’t agree….(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bagan Dalam duduk, Pulau Tikus duduk….(gangguan). Pulau Tikus sila duduk. Seberang Jaya, apabila you berbahas, berbahas melihat saya. You lihat belakang seperti you welcoming question from them.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya minta maaf. Senang sikit tengok. Saya minta maaf Yang Berhormat Timbalan Speaker, yang saya sebut tidak pernah kata saya tidak setuju dalam manifesto ini. Don’t get me wrong Pulau Tikus. Yang saya tidak setuju adalah bila Kerajaan Negeri yang ada di depan saya pada hari ini dengan bangga mengatakan 90% manifesto ini telah dicapai. Whereas it might be less than 60 percent daripada apa yang sepatutnya kita janjikan dan dilaksanakan untuk rakyat Negeri Pulau Pinang. Ini yang saya bangkitkan. Takkan kita samakan untuk selesaikan masalah lalu lintas rakyat, masalah pengangkutan awam sama nilainya dengan tanam 100,000 lagi tanam batang pokok baru. Tidak logik ini tidak dari segi polisi dari segi statistik dari segi data tidak mungkin kita boleh samakan nilai pelaksanaan janji-janji itu sama dengan 100,000. ….(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Seberang Jaya tolong beri laluan.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Sekejap.Yang berhormat Saya hendak banyak ini hendak sambung. Banyak ini. ….(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Saya hendak tanya sekejap sahaja. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya bagi sekejap lagi.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Seberang Jaya.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Sekejap, saya hendak bangkitkan contoh yang belum selesai. Sila Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Y.A.B. Ketua Menteri: Walaupun Yang Berhormat sebahagian daripada ramai yang terlibat dalam penggubahan manifesto, pada masa itu pun tidak meletakkan apa nilai kepada setiap item. Empat (4) tahun kemudian Yang Berhormat datang ke Dewan ini menyatakan ada nilainya menanam 100,000 pokok kurang nilainya kurang nilainya daripada menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas. Di mana nilai itu? Mengapa tidak ditetapkan empat (4) tahun dahulu? Kalau menggunakan nilai, boleh saya katakan dengan RM76 bilion pelaburan asing nilai itu paling tinggi. Bolehkah saya katakan kita mencapai 100% kerana nilai RM76 bilion. Tujuan kita memberi peratusan ialah bagi item yang sudah ditepati item dalam pelaksanaan kita tahu item-item berkenaan mungkin mengambil lima (5) tahun, 10 tahun tidak mungkin mencapai dalam satu penggal pun. Tetapi sekurang-kurangnya, kalau usaha sudah dimulakan, perjanjian sudah ditandatangani, tender sudah dipanggil, kerja sudah dimula, boleh kita anggap ini satu pencapaian juga takkan hendak tunggu 20 tahun untuk PSI siap baru kita kata kita penuhi janji itu. Kalau perjanjian mula EIA diluluskan boleh dianggap juga tepati apa yang kita usahakan. Sekian terima kasih.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sebab itu saya bangkitkan kepada Yang Amat Berhormat dan juga kepada Kerajaan Negeri yang saya maksudkan tadi itu announce, untuk declare bahawa 90 peratus telah didapati is misleading. Sebenarnya pelaksanaan itu tidak berjalan pun lagi. Betul kita janji hendak buat kita tetapi belum lagi. Itu yang saya bangkitkan sebab isu ini adalah isu realiti di bawah. Saya bicara soal pengangkutan

awam sebagai contoh. Ini isu realiti di bawah isu sedang kita hadapi sebab itu saya merasakan bahawa tidak patut kita mengatakan bahawa 90% manifesto ini telah tercapai. Belum. Saya tidak kata bahawa tidak patut capai patut capai.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Seberang Jaya misleading.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Dan saya mengharapkan.….(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Seberang Jaya terus pusing. Misleading. .....(gangguan)

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya ambil contoh manifesto 26 memodenkan pengurusan sisa pepejal. Apa statusnya?

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Seberang Jaya saya hendak tanya satu saja.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Bagi saya sebut….(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Bolehkah jawab kenapa rakan Seberang Jaya, Tengku Zafrul, kenapa dia batalkan Loan Guarantee kepada negeri Pulau Pinang? Kita hendak laksanakan siapa yang jadi penghalang? Kerajaan Persekutuan atas sebab-sebab politik .....(gangguan).

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Yang Berhormat Bagan Dalam, kalau yang itu isu besar , yang disebut pun sudah dijawab sebelum ini bahawa peruntukan itu digunakan untuk hendak membantu usaha Kerajaan Persekutuan untuk COVID….(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Ini Loan Guarantee. Dia tidak perlu keluarkan apa-apa wang tunai daripada Kerajaan Persekutuan. Ini dia bagi jaminan kerajaan sahaja. Guarantor.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Iya la loan guanrantee siapa nak bayar? Guarantee tetap berbayar….(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

You stand up for Penang….(gangguan). Patut stand up for Pulau Pinang. ….(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Patut share the power (dengan izin) ….(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Kamu Wakil Rakyat Pulau Pinang.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya ingat semua orang tahu. Saya memang wakil rakyat Pulau Pinang, taat setia saya, akujanji saya pada Negeri Pulau Pinang.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Tanyalah kepada Tengku Zafrul batalkan kepada negeri kita? Kenapa anaktirikan kita? Kenapa tidak boleh jawab.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Jawab kepada rakyat Pulau Pinang, jawap kepada rakyat Pulau Pinang.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Yang Berhormat Yang di-Pertua Kerajaan Persekutuan belanjakan duit untuk beri vaksin kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak payah keluar duit….(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Rakyat Negeri Pulau Pinang tak bayar cukai kah? We pay tax…(gangguan).

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Minta maaf Seberang Jaya…(gangguan). Don’t mislead the Dewan. Vaksin dia beli dengan mengambil duit Kumpulan Wang Amanah Negara. Itu wang rakyat. Itu daripada duit minyak Petronas. Itu bukan duit kerajaan. Itu ambil dari amanah. Ini misleading statement Seberang Jaya…(gangguan).

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Yang Berhormat sabar. Beri saya cakap. Kerajaan diberikan sejumlah dana oleh rakyat. Dana diuruskan untuk priority selesaikan masalah. Selesai masalah adalah nak pilih antara

vaksin atau hendak buat kereta kabel supaya Bagan Dalam dengan Permatang Pasir boleh naik…(gangguan).

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Itu bukan hasil negara…(gangguan). Itu wang amanah daripada duit petroleum. Itu bukan hasil negara…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Semua duduk bagi Yang Amat Ketua Menteri buat penjelasan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

Ini memutar belitkan. Adakah Perlis perlu bayar, adakah Melaka perlu bayar? Adakah Terengganu perlu bayar? Adakah Sabah perlu bayar? Adakah Perak perlu bayar?

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Sebab itu saya sebut tadi Yang Amat Berhormat. Problem dia…(gangguan). Kita telah jawab. Kerajaan Persekutuan telah jawab bahawa dana itu harus digunakan untuk program pemulihan negara untuk melawan COVID. Okey. Bukannya soal kita hendak anaktirikan Negeri Pulau Pinang. Ada lagi banyak usaha lain yang saya sebut tadi bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga harus berterima kasih kerana peruntukan itu juga disalurkan untuk beli vaksin, untuk bantu rakyat Negeri Pulau Pinang untuk mewujudkan komuniti …(gangguan).

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Hasil itu datang dari Pulau Pinang, hasil kedua yang tertinggi…(gangguan). Hasil dari Pulau Pinang. Pusat kena hargai, kena appreciate. Hasil dari Pulau Pinang. …(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Tak apa PRU yang akan datang you jawap kepada rakyat Pulau Pinang…(gangguan).

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Ini bukan soal kereta kabel, ini soal diskriminasi, soal prinsip tidak patuhi…(gangguan).

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Saya ingat Seberang Jaya kena faham dari segi perubatan, pelajaran semua tu under Persekutuan…(gangguan). Jangan buat tuduhan Negeri Pulau Pinang…(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Itu tanggungjawab, tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. …(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bagan Dalam dengan Batu Lancang. You continue with your ucapan.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, perbezaan kita pada pentang ini Yang Berhormat adalah saya merasakan duit yang kerajaan ada harus digunakan fokus untuk bantu usaha melawan COVID-19. Kalau Yang Berhormat semua merasakan…(gangguan).

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Duit kerajaan ada, duit tu duit KWAN bukan duit kerajaan. Jangan mislead dengan Dewan.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Sekarang ini kalau Yang Berhormat rasakan lebih utama bahawa lebih utama daripada 2021 sampai sekarang adalah untuk bina kereta kabel saya serah kepada Yang Berhormat…(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Yang Berhormat satu soalan sahaja. Seberang Jaya satu soalan sahaja. Boleh?

Dr Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Pada saya Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat persekutuan fokus dia adalah untuk bantu pulihkan ekonomi cergaskan semula ekonomi, jaga kesihatan rakyat, jaga nyawa rakyat. Kalau itu keutamaan kami anda semua tidak bersetuju bukan masalah saya…(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Bukan kita tak bersetuju, rakan sepejuangan kamu yang tidak bersetuju…(gangguan). Rakan seperjuang sendiri tak setuju…(gangguan, ramai Ahli Dewan yang bersuara).

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Bagaimana dalam tempoh perintah oleh Kerajaan Pusat sehingga sekarang, Dewan di bawah atau kawasan Tan Sri Mahyuddin, RM32 juta…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saya minta semua duduk. Seberang Jaya sambung.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Tak boleh mislead Dewan, mislead Dewan, mislead Dewan…(gangguan). Dak you kata Kerajaan Pusat jaga rakyat sedangkan…(gangguan).

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Nama saja 90% of the Manisfesto has been fullfilled. This is also misleading…(gangguan..kurang jelas sistem audio dimatikan). This mislead 90% manisfesto that I can prove it…(gangguan). This is misleading…(gangguan).

Tidak boleh mislead Dewan…(gangguan). Tidak, you kata Kerajaan Pusat jaga rakyat sedangkan gagal…(gangguan). 90%, kita ada manisfesto sudah dilaksana.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Yang Berhormat boleh saya terus?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ya, teruskan yang lain semua duduk.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Timbalan Speaker, kena tetapkan tegakkan, this is misleading the Dewan. …(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Misleading, minta tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saya kata duduk. Dengar apa yang Seberang Jaya hendak kata. Duduk.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Tentang manisfeto 56, ah 46. Saya hendak tahu berapa banyak rumah yang telah dibina sejak daripada 2021 sehingga sekarang. Minta maaf daripada tahun 2020 sehingga sekarang manifesto 46 iaitu projek khas ekonomi untuk keluarga miskin yang mana siling harga rumah daripada RM42,000 telah dinaikkan kepada RM56,000 dan membaiki rumah dikekalkan kepada RM15,000. Saya ingin tahu daripada Kerajaan Negeri berapakah jumlah yang telah dibina sejak daripada tahun 2020 sehinggalah sekarang? Kemudian tentang manifesto 51, 52, 53, dan 54 yang ini saya ingat cukup berkait rapat dengan Yang Berhormat Pinang Tunggal. Saya ucap tahniah pelaksanaan Penang Islamic Digital Library dan juga Al-Hadis Center tapi dalam masa yang sama ada status pelaksanaan tentang pembinaan membangunkan bandar universiti di Balik Pulau. Yang ini ada dalam manifesto jadi kita hendak tahu saya ingat Dewan juga berhak untuk tahu apakah statusnya dan jawapan yang saya terima tentang pembinaan hospital Islam ini masih lagi di peringkat akhir penilaian semula. Apakah sebenarnya status sebenar dari segi pelaksanaan hospital Islam ini kerana kita tahu projek ini telah kalau saya mudah sebut telah terbengkalai sebegitu lama, maka saya ingin Yang Berhormat Pinang Tunggal untuk bantu kita memahami tentang isu ini.

Dalam masa yang sama saya juga ingin bangkitkan beberapa isu lain seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang sebentar tadi tentang isu negeri keusahawanan dan negeri industri. Saya faham tadi kita semua faham bahawa pelaburan Negeri Pulau Pinang antara yang tertinggi RM76.2 bilion sahaja dalam pelaburan sektor pembuatan dan diluluskan oleh pihak MITI dan juga MIDA yang mana pelaburan-pelaburan ini yang mahu masuk ke negara haruslah mendapat kelulusan daripada peringkat Persekutuan maka tidak betul kalau kata bahawa Kerajaan Persekutuan tidak peduli tentang Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang mencatatkan peratusan yang tertinggi. Jadi saya cadangkan …(gangguan).

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Seberang Jaya, just because you say investment coming in there for you are saying that, tadi dia kata apa? Investment coming in, so Federal Government care about us…(gangguan). Itu yang you kata sebab tadi?

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya maksudkan bahawa…(gangguan).

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Apa yang maksudkan? Ini mengelirukan.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Apa yang mengelirukan?

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Ini adalah investor-investor yang hendak masuk ke Pulau Pinang hendak invest sini sebab mereka rasa Penang adalah terbaik tempat terbaik untuk melabur bukan sebabkan Kerajaan Perikatan Nasional…(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Don’t take that credit for what is not yours…(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Invest Penang doing the job not MIDA.…(gangguan…ramai Ahli Dewan bersuara).

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, I think you have to remind your ADUN you congratulated MIDA in your speech dalam ucapan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada MIDA .…(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

MIDA is doing it collectively for the all country for Penang we have a dedicated agency InvestPenang untuk tarik pelaburan.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Is it wrong for me to acknowledge a federal agency? Is it wrong?

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Don’t claim credit for the work that we did in Penang. (gangguan)….you are working for the people of Penang or for that agency?

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Credit for agency.…(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

You are working for the people of Penang not for that agency.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Then why Penang is doing better than other state? You tell me?

Dr Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

I didn’t say anything.…(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

If it is across the board why Penang is doing better than other state? Think about it.

Dr Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

There’s already infrastructure. There’s already infrastructure yang bukan dibina oleh Pulau Tikus, Bagan Dalam pun. Dibina lebih awal daripada tu. Kita bagilah credit kepada agensi persekutuan. I am only reciprocating apa yang Yang Berhormat Padang Kota sebut. Takkanlah Yang Berhormat Bagan Dalam marah. Saya bukan suruh you hantar ucapan terima kasih pada Menteri Kanan, tak.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

It’s not just MIDA doing the job. We InvestPenang doing….(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Give proper credit to Penang….(gangguan).

Y.A.B. Ketua Menteri: Minta penjelasan. Dato’ Yang di-Pertua, secara pendeknya cerita yang panjang, ramai sudah menyuarakan pandangan apa yang kita tegaskan bukan kita tak mahu peruntukan dari Persekutuan. Kalau kita tak mahu, kita tidak menuntut. Kita mahu. Bukan saja kita mahu, kita mahu lebih banyak lagi. Kita menyumbang enam hingga lapan peratus kepada KDNK tetapi sebagai balasan kita dapat satu peratus daripada Bajet Persekutuan. Itu kita katakan tak adil. Itu saja la.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Menteri. Nanti kalau saya di Parlimen saya bangkitkan. Yang Berhormat Ketua Menteri, saya juga nak bangkit tentang bila sebut pasal Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri ni tapi malangnya Yang Berhormat Air Putih dah tak ada tapi saya nak bangkitkan juga. Sebab dalam salah satu manifesto, Manifesto 68, mungkin sebab tak boleh nak buat jadi dia letak last sekali tapi yelah menuntut. Saya pun ingat juga Manifesto ini because I signed off this also tetapi kita tak buat…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

You part of this. So you must take the blame also?

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Tetapi tak, saya nak sebut…(gangguan), menuntut Kerajaan Persekutuan memansuhkan tol di Jambatan Pertama Pulau Pinang dan Tol Sungai Nyior. Ini kita janjikan. Kita ya, saya sebut kita. Jadi sekarang ni status dalam pelaksanaan. Jadi apa pelaksanaannya?

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Siapa jatuhkan kerajaan itu? Siapa jatuhkan kerajaan itu sebelum kita dapat tunaikan, laksanakan janji itu….(gangguan).

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Sabar, sabar….(gangguan). Allah, semua nak sebutkan jatuhkan kerajaan. Takpa lah….(gangguan), tak ada siapa pun ….(gangguan),

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Tol itu di kawasan saya, di kawasan saya. Saya nak tengok tol itu dimansuhkan…(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Dia jatuhkan bersama UMNO…(gangguan). UMNO pula jatuhkan dia sekarang…(gangguan).

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Pemansuhan tol di Jambatan Pulau Pinang dan Tol Sungai Nyior yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Mungkinlah, sebab dia tak ada sini. Jadi mungkin nanti. Kita, saya nak dengar, kenapa?

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Saya nak tanya soalan juga, siapa yang gulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat tu?

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Yang Berhormat tak payah la. Sudah la…(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Jawab la. Itu yang penting. PAS pun…(gangguan), seolah-olah tunjukkan mereka tu alim tapi bersekongkol jatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat. Tindakan yang tidak bermoral, tidak beretika…(gangguan).

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Pakatan Harapan tarik sokongan daripada Tun Mahathir. Itu clear. Tak ada siapa boleh deny fakta tu….(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Weren't you part of Pakatan Harapan that time? Weren't you part of it?...(gangguan) then your people pull down…(gangguan).

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

I'm part of Pakatan Harapan and I supported Tun…(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Takkan kami nak bersekongkol dengan pengkhianat? We will not…(gangguan)

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Kawan-kawan saya daripada UMNO daripada PAS datang beri sokongan pada Tun Mahathir. Itu sahaja….(gangguan), yang tarik sokongan Pakatan Harapan...siapa patut jadi Perdana Menteri? Pakatan Harapan tak hantar nama Tun Dr. Mahathir….(gangguan), betul Yang Berhormat pun faham….(gangguan).

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Duduk bersama kleptokrat, Seberang Jaya kami tak sanggup duduk bersama kleptokrat.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

(gangguan suara ramai oleh Ahli Dewan)…kenapa BN tarik sokongan, kenapa Najib tarik sokongan kepada Muhyiddin….(gangguan).

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Masalahnya kami tak duduk bersama kleptokrat, Seberang Jaya kami tak sanggup duduk bersama kleptokrat. Kamu cakap tentang integriti dan sebagainya, kamu duduk dengan kleptroktat…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Calm, calm. We are in the Dewan. Dewan Pulau Pinang. They all in Parliment this issue issue .. (gangguan).

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Yang Berhormat, saya sebab saya janji dengan Jawi saya pendek saja. Sekejap ya.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Sejak masuk dari pintu belakang, cakap apa pun boleh pusing.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya masuk pintu tepi tu. Saya tak boleh masuk pintu belakang (Ahli Dewan ketawa) okey. Yang Berhormat, saya nak bangkit tentang isu pengangguran belia. Yang ni saya cakap terima kasih Yang Berhormat Bagan Jermal telah memberikan jawapan kepada soalan yang saya bangkitkan ini.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Ini tak mau claim credit kah?

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Tak, pengangguran belia ini sebab penting ya. Saya ingat ini satu perkara yang kita perlu lihat walaupun dalam kita membawa investment, membawa peluang pekerjaan baharu ke Negeri Pulau Pinang, peratusan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Bagan Jermal dalam soalan yang saya bangkitkan,”Kadar pengangguran pada Tahun 2019 adalah sebanyak 2 peratus untuk Negeri Pulau Pinang. Sebahagian daripada itu kadar pengganguran belia adalah 6.6 peratus tetapi pada tahun 2020 sahaja kadar pengangguran telah meningkat kepada 3.5%”. Saya percaya mungkin akibat daripada Pandemik COVID-19. Tetapi kadar pengangguran belia daripada 6.6 peratus meningkat sehingga 10.3 peratus. Jadi makna peningkatan yang tinggi. Baru-baru ni saya ada dialog, sesi dialog dengan mereka yang terlibat dalam gig ekonomi. Sebahagian besarnya adalah anak-anak muda. Mereka ini bukan hanya sekarang ini fokus kepada untuk mendapatkan pendapatan melalui sistem perkhidmatan e-hailing dan

semua ini, tetapi yang menjadi kerisauan saya adalah mereka tidak ada that social safety net. Mereka ini tidak nampak ada career development selepas itu. Mereka ini tidak nampak bahawa apa simpanan untuk mereka pada masa akan datang, sebab ini penting. Dulu amalannya adalah kalau ialah kalau kita di kampung-kampung, mak ayah kita selalu tanya kerja mana, kerja gomen. Kerja gomen kira secure lah ada pencen, ada EPF. Tapi mereka ini tidak ada dan mereka ini adalah sebilangan besar daripada jumlah masyarakat atau rakyat di Negeri Pulau Pinang pada hari ini. Sebab itu saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Jermal walaupun banyak jawapan beliau berikan maklumat tentang program-program peningkatan daya saing, peningkatan kendiri profesional, saya harapkan supaya Kerajaan Negeri dapat bekerjasama dengan agensi persekutuan, boleh bekerjasama melalui Majlis Bumiputera kita kerana saya sendiri, Yang Berhormat Sungai Dua dan juga Yang Berhormat Penaga dan semua Yang Berhormat Teluk Bahang, kita ada focus group kita masing-masing yang kita willing to work with state government, membantu usaha untuk memastikan golongan orang muda ini tidak tertinggal belakang dalam bidang pekerjaan ini nanti. Dalam masa yang sama, saya nak bangkitkan tentang soal pertanian di Negeri Pulau Pinang. Ini dari segi soal penternakan. Baru-baru ini negara riuh, kecoh apabila dikatakan bekalan ayam tak mencukupi. Negeri Pulau Pinang sepanjang saya menjadi EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, menjaga soal pertanian, kita maklum dan sedia maklum bahawa Negeri Pulau Pinang adalah antara pengeksport ayam yang terbesar di negara kita. Kita keluarkan jumlah ayam yang banyak untuk kegunaan masyarakat dan juga rakyat di Malaysia. Saya nak bangkitkan ini kerana kadang-kadang kita ahli politik ini, kita suka ambil kesempatan, ia termasuk saya lah juga, very short term, kita nampak masalah tu hari ini kita terus kata masalah tu berlaku kerana salah orang ni, salah orang tu, salah semua tetapi yang saya nak bangkitkan dalam keadaan Pulau Pinang sebagai pengeluar terbesar jumlah ayam di negara kita. Pada Tahun 2019, jumlah ayam daging yang dikeluarkan oleh Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 95,742 metrik tan, tahun 2019. Malangnya pada tahun 2020, turun kepada 79,755 metrik tan dan sekarang ini turun kepada tahun 2021 sebanyak 76,553 metrik tan, ini Negeri Pulau Pinang. SSL kita, SSL kita untuk sufficient makna untuk pengeluaran yang boleh mencukupkan bekalan dalam Negeri Pulau Pinang. Tahun 2019, kita mencatatkan 140% makna lebih daripada jumlah keperluan. Pada tahun 2020, kita mencatatkan 118% dan pada tahun 2021, 113 peratus. Mana daripada 140 peratus turun kepada 113%. Ini berlaku bukan waktu saya EXCO. Saya kena sebut ni kang orang kata saya pulak. Sebab kalau saya ni, saya akan risau. Sebab kita Pulau Pinang bukan hanya mengeluarkan ayam untuk kita beli dekat market Bukit Mertajam atau Seberang Jaya sahaja. Kita supply ke seluruh negara dan juga kawasan utara ni. Jadi sebab itu kalau lihat kepada jumlah ini, maknanya it’s a looming problem bukan hari ni baru bermula, daripada haritu dah start tetapi kita tak ada siapa tengok figure ini. Tak ada langsung usaha untuk bertanya kepada penternak-penternak kenapa hasil kita menurun? Kenapa pengeluaran kita menurun? Kenapa produktiviti kita menurun? Kerana sektor penternakan tidak pernah sekali diberikan perintah kawalan pergerakan. Ayam boleh bergerak pergi mana pun, ayam tak ada kena sekat, tak boleh kena tunjuk Mysejahtera, tak ada. Ayam boleh beroperasi seperti biasa dan saya nak bangkit sebab saya nak sebut semua sektor ternakan. Saya bagi figures dulu. Saya ambil contoh lagi satu, lembu. Babi turun sikitlah daripada 260%, babi tahun 2019 kepada 227 tahun 2021. Masih tinggi, sebab itu tak ada, tapi ada juga. Hari tu ada kenaikan harga babi saya difahamkan. Betul kan ada isu saya dengarlah ramai penternak-penternak datang jumpa saya beritahu. Jumpa sebab dia orang sayang EXCO yang lama ini (Ahli Dewan ketawa). Dia masih cari jumpa…(gangguan), ada buat kerja, memang ada buat kerja kita buat kerja punya orang… (gangguan).

Untuk lembu dan kerbau, tahun 2019, 47.3% SSL tetapi sekarang menurun kepada 20.89%. Makna lembu dan kerbau dulu tahun 2019, 5,499 matrik tan sekarang hanya 2,414 metrik tan, separuh. Kemudian apa, kambing. Kambing lagi kesian. 427 tan metrik pada tahun 2019 kepada 88.3 tan metrik sahaja daripada 23.91% SSL kepada 4.97% SSL. Jadi ini masalah yang kita hadapi. Sebab itu Pulau Pinang ini saya agree, saya akui kerana saya sendiri tahu potensinya di Pulau Pinang dan kita adalah satu negeri yang penting. Bila kita tidak ada usaha menyeluruh daripada peringkat pembuat dasar sehinggalah kepada pihak industri kita, maka ini yang berlaku. Ini yang berlaku sehingga menyumbang kepada masalah yang kita hadapi pada hari ini. Krisis food security. Bagus kita bercakap soal food security tetapi the figures doesn’t show that kita benar-benar nak selesaikan masalah food security di Negeri Pulau Pinang. Antara fokus apabila ketika saya menjadi EXCO Kerajaan Negeri ini, saya fokus kepada SSL. Boleh semak dengan semua pegawai Jabatan Veterinar, ini yang saya tanya setiap kali mesyuarat. Kita lihat apa nilai hasil, berapa jumlah hasil bukan hanya penternakan bahkan akuakultur, padi. Bahkan padi kita juga menurun daripada sebelum ini 5.7 sekarang jadi 5.0 tan per hektar. Jadi ini masalah yang sedang kita hadapi di Negeri Pulau Pinang. Jadi sebab itu saya harap Kerajaan Negeri dapat keluarkan satu dasar yang lebih menyeluruh, dapat turun padang. Kalau nampak tak boleh nak buat, minta orang lain buat. Kalau perlu reshuffle, reshuffle. Kalau perlu. Sebab apa? Pada saya ini soal rakyat. This is not about individual….(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Ini tak ada isu politik. Boleh tak Seberang Jaya? Sebenarnya food security ni tadi pun saya dah, memang saya pun timbulkan. Mana-mana krisis ekonomi, akan start dengan food inflation dulu. Harga barangan makanan naik, harga makanan naik dan it’s a chain effect macam yang jadi di Sri Lanka kerana harga beras naik mereka perlu import foreign influx and everything telah menjadi satu krisis. Apabila Seberang Jaya bercakap Kerajaan Negeri perlu ada dasar tersendiri untuk isu dalam isu food security, ini saya setuju, tetapi apa yang kita nampak di peringkat kebangsaan sendiri tak ada satu dasar yang khusus untuk menjamin keselamatan makanan ini dan menteri macam dia, Malaysia adalah satu satu negara yang ada kementerian khusus untuk food industry tetapi kita masih lagi bergantung kepada import untuk barangan tenusu. Kita import daripada New Zealand dan India dan sebagainya. So kalau saya nyatakan kepada Seberang Jaya bukan sahaja perlu ada rombakan, itu cadangan daripada Seberang Jaya, tapi saya yakin isu food security ini di peringkat persekutuan pun perlu ada rombakan, sebab tiada satu dasar yang boleh menjamin keselamatan makanan dan kita terus eksport makanan kita ke Singapura dan sebagainya untuk keuntungan. So apa pandangan Seberang Jaya dalam hal ini.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Sebab tu Yang Berhormat bila kita berada dalam peringkat negeri, fokus kita harus Negeri Pulau Pinang. So we have to be the best, kita kena optimize production kita. Sebab itu pendekatan yang kita ambil dulu Yang Berhormat Sungai Dua dulu sebahagian daripada MMK saya. Ini antara benda yang kita bincangkan iaitu bagaimana kita optimize dan pastikan production kita tinggi di Negeri Pulau Pinang dan untuk buat ini, dia tidak boleh hanya duduk di tingkat 52, 53 KOMTAR, kena turun padang, berjumpa dengan penternak, berjumpa dengan petani, masuk selut, turun jeti. Semua kena buat dan ini semua perlukan usaha menyeluruh sebab apa yang saya lihat yang berlaku ini the figure show bahawa Pulau Pinang start to loose kita punya optimum potential. Sebab itu saya setuju pandangan Yang Berhormat Bagan Dalam we have to work with other government, memang perlu kerana sebahagian

besar pertanian ini juga melibatkan dasar-dasar dan kelulusan yang perlu didapatkan daripada Kerajaan Persekutuan dan kita telah gerakkan banyak usaha sebelum ini melalui PERDA dan juga banyak lagi agensi-agensi lain untuk bagaimana kita nak optimumkan Negeri Pulau Pinang ini dan kita tak perlu nak buat semua. Kita fokus kepada yang kita dah kuat. Kita fokus pada benda yang kita boleh buat dalam kapasiti kita yang tidak ada tanah yang luas ini. Jadi sebab itu saya merasakan ini perlu dilihat oleh Kerajaan Negeri dan saya harap ada satu usaha menyeluruh untuk memastikan menjelang sidang DUN yang akan datang jika ada supaya nombor-nombor ini meningkat semula, supaya figure ini berubah tidak lagi mencatatkan penurunan seperti sekarang kerana sudah tidak ada alasan kerana kita sudah difasa endemik negara sudah buka sempadan maka sudah tiba masanya. Sebab itu saya masih lagi mencadangkan kepada Kerajaan Negeri kerana pada dulu saya cadangkan pada Kerajaan Negeri ketika dalam EXCO untuk wujudkan satu GLC tentang Agro sahaja bagi Negeri Pulau Pinang yang mana tidak ada sehingga hari ini. Let us manage give all the land atau tanah-tanah yang tidak yang terbiar ini diuruskan oleh agensi seperti ini. This is the future. Kita kena fikirkan pasal food security kalau kita hanya mengharapkan Agensi Kerajaan sahaja untuk bergerak tidak boleh. We need the system integrates kita yang boleh integrated kan industri dengan pembuat dasar dan juga dengan konsumer kita. Bagaimana kita nak educate kerana it must go the whole food chain daripada farm to folk daripada ladang sehinggalah ke meja makan jadi sebab itu saya ingat saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya diwujudkan segera. It’s never to late untuk mewujudkan agensi seperti ini dibawah Kerajaan Negeri. Seterusnya sikit masa sahaja lagi Yang Berhormat Yang di-Pertua saya nak bangkitkan tentang Skim Pinjaman Harapan saya tak pasti mungkin yang ini Yang Berhormat Batu Maung boleh bantu saya sebab jawapan yang diberikan saya saya tak tahu saya nak terima atau tidak saya rasa macam sikit sangat sebab melalui Skim Pinjaman Harapan ini dikatakan dari untuk tahun 2021 sahaja hanya 62 orang yang telah menerima skim bantuan ini atau skim pinjaman ini bernilai RM591,000. Saya tak pasti adakah ini betul jawapannya sebab lagi satu jawapan saya tanya juga secara terperinci untuk tahun 2022 hanya 36 orang sahaja yang menerima Skim Pinjaman Harapan. Penduduk kita berapa 1.7, 1.6 juta orang takkan lah kita tolong peniaga sebanyak 36 orang untuk tahun 2022. Sebab itu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua tadi bahawa Negeri Keusahawanan memang tak nampak lagi sebab khemah yang patut bagi 6,000 buah khemah pun baru 3,000 lebih saja yang dapat. Itu khemah ini skim pinjaman pula 36 orang. Macam mana kita nak gelar negeri ini as a Enterprenuer State, Negeri Keusahawanan seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat Padang Kota. Jangan lah anggap salah faham pula bahawa kami tak sokong. Kami sokong mana yang boleh bawa pendapatan pada rakyat boleh pulih kehidupan rakyat tingkatkan kualiti of life rakyat pasti kami sokong tapi masalahnya pelaksanaan itu jauh panggang dari api ini masalahnya. Sebab tu saya minta Yang Berhormat Batu Maung mungkin ada penjelasan yang lebih tentang perkara ini kerana saya macam nak terima nak marah tak boleh…(gangguan).

Seberang Jaya, sikit.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Tapi tak palah nanti masa nak gulung saya nak habiskan dah. Ha, kemudian ini yang saya last lah saya ingat nanti ramai yang akan marah jugaklah tapi saya nak kena sebut yang ini. Ini tentang unit Mutiara Food Bank yang ini sahabat saya Yang Berhormat apa Paya

Terubong, eh bukan Paya Terubong Sungai Puyu, sorry. Yang Berhormat Sungai Puyu menjawab tentang saya bertanyakan berapakah jumlah peruntukan atau sumbangan yang telah diterima oleh unit Mutiara Food Bank ha daripada September 2021 sehingga April 2022? Dimaklumkan bahawa telah membeli 12,000 unit makanan kering, 16,000 unit, 16,000 unit ini maksudnya beras kira satu, gula kira satu, minyak masak kira satu, sardin kira satu, tepung gandum kira satu. So campur campur campur 16,000 pek eh bukan pek barang jumlah pek saya percaya 3200, 3200 pek dalam jumlah itu peruntukan yang telah disalurkan oleh ini untuk unit Mutiara Food Bank adalah sebanyak RM79,520.00. Saya pun check iphone saya rupanya ada kalkulator. Saya pun tekan kalkulator. RM79,520.00 bahagi dengan 3,200 unit atau pek makanan berjumlah RM24.90 sen kalau tak salah saya. Yang Berhormat Air Putih bagi dulu masa Menteri Kewangan lagi banyak RM30.00 ringgit. Sekarang ini bagi RM24.90 sen kalau tak salah saya. Cuba kita kira balik. Yang Berhormat boleh bawak keluar kalkulator kita kira sama – sama. Tak saya nak pastikan sebab saya kira banyak kali sampai saya tunjuk kepada Yang Berhormat Penaga betul ka kiraan ini RM79,520.00 bahagi dengan 3200 ops silap RM24.85 sen kurang 5 sen. Ha, ini jumlah dia. Yang Berhormat, kita ahli politik kat sini sebahagian besar sahabat–sahabat saya ini bantai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Perikatan Nasional macam tak ada sempadan. Sebab apa? Melalui bantuan bakul makanan Jabatan Kebajikan Masyarakat nilai dia berapa Yang Berhormat Permatang Berangan RM100.00 yang disediakan oleh Kementerian Wanita dan Kebajikan Masyarakat peringkat Persekutuan RM100.00. Saya tak minta Kerajaan Negeri untuk buat lebih pada itu tapi atleast bagilah sama. Janganlah bagi lebih rendah daripada RM 30.00 e-wallet yang Air Putih bagi dulu.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Saya ingat…(gangguan).

Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr Afif bin Bahardin): Ini masalahnya RM24.85 sen…(gangguan).

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Saya ingat Seberang Jaya…(gangguan).

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya kira tadi. Saya bukan sahaja check orang lain. Saya semak ini jadi saya pun kiralah balik…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Seberang Jaya...

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Okey lah, mungkin lah 3200 dari September hingga April 2022.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Seberang Jaya EXCO akan, akan jawab soalan yang kamu.

Dr Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Bila saya kira balik berapa yang saya keluarkan Pusat Khidmat…(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Bagi Sungai Puyu yang jawab.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Sabar lah. Dia boleh gulungkan. Sabar.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Boleh kah saya jawab?

(YB. Dr. Afif bin Bahardin) Sabar, sabar.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Tabur fitnah lepas tu menghilangkan diri.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

3200 untuk unit Mutiara Food Bank ini disalurkan dalam masa yang sama saya kira berapa saya bagi daripada September 2021 sehingga April 2022. Kalau Food Bank boleh bagi, unit Mutiara Food Bank boleh bagi 3200 saya bagi ketika itu pun hampir sama untuk DUN saya. Ini untuk satu Negeri Pulau Pinang dan saya akui saya tak boleh bagi sampai RM100.00 itu yang saya sediakan di Pusat Khidmat. Mana yang saya dapat daripada JKM saya bagi juga yang RM100.00 punya. Saya atleast sedia RM 50.00 hingga RM 70.00 supaya kita ada barang yang cukup.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Barang sama harga lebih.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Eh tak. Barang lebih u know what barang lebih.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Barang sama.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Yang Berhormat, Yang Berhormat I don’t do that…(gangguan).

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Minta penjelasan.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

I’m not accusing you.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Jadi Yang Berhormat…(gangguan).

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Minta penjelasan.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Silakan Yang Berhormat Sungai Puyu

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Terima Kasih. Apabila dia buat analisa dia lihat pada apa angka yang dia kata. Mutiara Food Bank bukan ambil kewangan daripada Kerajaan untuk beli barangan untuk edar pada mereka. Yang edar kali pertama dimana kami edar 20,000 walaupun dalam kotak dikatakan RM50.00 ringgit dia kata 24 la kerana dia kata dia punya standard. Dia kata RM 50.00 ringgit tetapi Audit Department telah satu demi satu dia buat kiraan dengan gambar-gambar barangan dalam kotak berbanding dengan harga di Pusat Raya ada RM 60.00 ringgit. Kita bagi mengikut senarai yang telah di dalam JKM. …(gangguan).

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Tak pa Yang Berhormat

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Berbanding dengan apa yang kata oleh Kerajaan Pusat bagi satu ribu kotak pada MP. Banyak MP tidak dapat satu ribu kotak. Walaupun kata RM100.00 telah banyak pihak yang telah ambil kira tak sampai RM37.00. Andai kata jumlah berapa jumlah berapa Mutiara Food Bank dapat daripada Kerajaan ini bukan untuk urusan membeli apa dapat di oleh Mutiara Food Bank adalah barangan yang diderma oleh masyarakat…(gangguan).

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Tak pa Yang Berhormat Sungai Puyu. Saya saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat kerana bangkit untuk cuba menjelaskan situasi. saya…(gangguan).

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Bukan cuba…(gangguan).

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya cuba faham.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Bukan cuba. Kisah benar.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya masih tak faham lagi. Tapi... …(gangguan).

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

You memang tak dak faham…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Seberang Jaya one minute more only I give you one minute more only.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Yang saya sebut tadi adalah saya ok saya terima Kerajaan Negeri nak beri bantuan tak ada masalah yang saya minta kalau boleh jangan tak minta lebih pun bagi sama dengan Kerajaan Persekutuan. Jangan lah bagi RM24.85 sen. Itu ja yang saya bangkitkan. Yang Berhormat boleh bincang dengan Mutiara Food Bank…(gangguan).

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Jika itu. Jika itu Dato’ Speaker kalau Kerajaan Negeri kena ikut Kerajaan Pusat mengapa apa kutip cukai dalam Negeri Pulau Pinang tidak bagi balik sebagai satu…(gangguan).

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Jauh sangat yang tu Yang Berhormat. Saya minta maaf Yang Berhormat. Saya respect Yang Berhormat tapi saya bangkitkan ini based on apa yang dijawab oleh Yang Berhormat sendiri. Bukan saya reka bukan saya cari audit lain saya jawab daripada soalan yang di di saya tanya yang dijawab oleh Yang Berhormat. Jadi jawapan dia saya kira RM24.85 sen. Mungkin nanti waktu penggulungan nanti Yang Berhormat boleh justify kenapa RM24.85 sen. Mungkinlah beli banyak bila beli banyak harga dia kurang mungkin. Mungkin ada supplier bagi free. Mungkin beras dia jenis lain. Contoh. Ha. Gula dia mungkin gula yang kecil sikit saiz dia. Contoh sebab dalam ini tak disebut berapa kilo semua tak disebut.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Seberang Jaya.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Jadi saya minta…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Satu minit lagi sahaja.

Dr. Afif bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Boleh justify kan. Jadi sekali lagi terima kasih Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri kerana sudi memberikan saya masa dan ruang dan terima kasih kepada Yang Berhormat Jawi memberikan saya laluan saya dengan ini mohon menyokong ucapan Yang Tuan Yang Di-Pertua. Terima kasih

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima Kasih Seberang Jaya. Dipersilakan ya. Jawi

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima Kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang di atas keprihatian Tuan Yang Terutama Tun terhadap keperluan rakyat ekonomi dan pembangunan di Negeri Pulau Pinang. Ini amat jelas dapat kita gambarkan melalui ucapan dasar Tuan Yang Terutama Tun diperasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang Keempat Belas pada Jumaat yang lepas. Sebagai anak jati Pulau Pinang kami seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang mendoakan agar Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan sentiasa diberi kesejahteraan dipanjangkan umur dan mendapat keberkatan untuk terus memegang tampuk kepimpinan tertinggi Negeri Pulau Pinang. Saya berasa bersyukur kepada Tuhan kerana diberi peluang keemasan ini untuk berada di dalam Dewan yang mulia ini bagi melunaskan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Dato’ Yang di-Pertua, Menurut ucapan Tuan Yang Terutama Tun memberi pesanan dimana jaminan atau keselamatan makanan perlu menjadi keutamaan Kerajaan Negeri bagi memastikan sumber makanan kita sentiasa berada di keadaan selamat mencukupi dan bersih. Negeri Pulau Pinang merupakan pengeluaran ikan sangkar yang tertinggi dan juga pengeluaran padi adalah antara pengeluaran hasil yang tertinggi di Malaysia. Walaupun pendapatan utama Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah bergantung dalam sektor pembuatan dan perkilangan yang telah memberi sumber pendapatan yang tinggi kepada Kerajaan Negeri. Selain daripada penternak ikan sangkar sumber pendapatan yang melibatkan hasil laut dan pertanian tidak harus dilupakan dimana sektor ini juga telah menyumbang hasil pulangan yang tinggi bagi Kerajaan Negeri yang kita cintai ini.

Dato’ Yang di-Pertua, Saya mengambil contoh di Seberang Perai Selatan terdapat banyak pelantar atau jeti nelayan yang telah dibina tanpa pengawalan daripada Jabatan atau Agensi berkaitan. Sekiranya pembinaan jeti nelayan atau pelantar ikan ini dibina tanpa pengawalan yang betul Jawi bimbang ianya akan memberi masalah kepada pihak pengurusan untuk memantau aktiviti-aktiviti nelayan ataupun menyalur bantuan disetiap kawasan oleh jabatan atau agensi yang terlibat. Di kawasan Jawi sahaja terdapat empat (4) jeti nelayan telah dibina. Antara empat (4) itu hanya satu (1) sahaja menjalankan operasi mereka dengan tatacara yang lebih teratur. Nelayan-nelayan menubuhkan jawatankuasanya untuk mengurus sebarang urusan secara rasmi ataupun tidak. Bagi jeti nelayan yang terletak di Kampung Che Isa, Teluk Ipil dan Kampung Kebun Baru ini tidak ada badan pengurusan yang ditubuhkan. Adakah pihak jabatan Kerajaan Negeri mahupun agensi yang terlibat seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dapat membantu untuk menaik taraf jeti-jeti seperti ini dan menggalakkan nelayan-nelayan tempatan untuk menubuhkan satu badan pengurusan. Saya berpendapat perkara ini perlu diambil kira demi menjaga golongan nelayan yang kebanyakkan berpendapatan rendah iaitu di bawah golongan B40 di samping juga dapat menjana ekonomi negeri. Walaupun jeti-jeti ini tiada badan pengurusan, atas keprihatinan sebagai ADUN kawasan, saya tetap menyalurkan bantuan contohnya di jeti nelayan Kampung Che Isa telah dinaik taraf semula seperti pelantar bergerak, tangga besi untuk nelayan turun dan naikkan hasil sungai atau laut dari pelantar. Pendawaian semula, memasang lampu spotlight dari peruntukan projek pakej rangsangan ekonomi daerah dan peruntukan dari ADUN Kawasan saya sendiri sebanyak RM52,300.00 untuk penaiktarafan bagi kemudahan nelayan-nelayan di kawasan ini. Dato’ Yang di-Pertua,

Saya ingin memaklumkan dalam Dewan yang mulia ini juga, dengan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak 13 tahun yang lalu Jeti Nelayan Changkat ini beroperasi, kita dapat lihatnya jelas perubahan sejak zaman dahulu sehingga hari ini. Pada masa itu hanya wujudnya sebuah jeti nelayan sahaja yang telah dibina oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dengan kos binaan sebanyak RM500.00 tanpa sebarang kemudahan asas.

Kini kita dapat lihat dengan keprihatinan di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Harapan, jeti nelayan Changkat telah dilengkapi kemudahan asas seperti memanjangkan jeti sedia ada yang berbumbung, dataran tempat letak kenderaan, tempat rehat, jalan tar dari jalan utama sejauh satu kilometer, kemudahan lampu di jeti dan juga lampu awam sepanjang jalan yang masuk ke jeti nelayan Changkat dari Jalan Byram, kemudahan bekalan air bersih dan lain-lain lagi dengan kos melebihi RM1.0 juta.

Pada tahun 2021, EXCO Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Pulau Pinang telah meluluskan satu peruntukan untuk membina empat (4) unit gerai di dalam kawasan jeti nelayan Changkat ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Penanti atas usaha beliau dan saya juga dimaklumkan bahawa projek ini akan bermula pada tahun ini.

Jawi amat berharap jabatan atau agensi yang berkaitan dapat melihat semula pembinaan pelantar atau jeti-jeti untuk kemudahan nelayan dapat di kawal serta dipertingkatkan selari dengan pelancaran Visi Penang2030 oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang. Dato’ Yang Di-Pertua,

Selain daripada isu kemudahan asas bagi nelayan, saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua petani yang dapat menghasilkan pengeluaran padi yang direkodkan merupakan antara pengeluaran hasil tertinggi di Malaysia. Tanaman padi adalah tanaman yang dikategorikan sebagai tanaman keselamatan untuk sokongan hidup.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, menurut Pengarah Jabatan Pertanian Negeri, pada bulan Februari tahun 2021, laporan keluasan jelapang padi di Negeri Pulau Pinang adalah seluas 12,105 hektar berbanding dengan 12,782 hektar tahun sebelum permutihan diluluskan. Walau bagaimanapun, ianya telah berkurang sebanyak 677 hektar iaitu sebanyak 5 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. Penurunan keluasan jelapang padi ini berkemungkinan atas sebab-sebab penukaran kegunaan tanah kepada kegunaan yang lain. Kekurangan pekerja ataupun kos bekalan untuk tanaman semakin meningkat yang menyebabkan petani terpaksa berhenti. Dato’ Yang di-Pertua,

Dengan mengekalkan keluasan jelapang padi yang ada di dalam Negeri Pulau Pinang, saya berharap Kerajaan Negeri dapat membantu golongan ini agar dapat menjalankan tanaman padi secara moden dengan sokongan daripada Jabatan Pertanian, FAMA dan lain-lain agensi agar pulangan setiap kali dituai, hasilnya akan bertambah dari tahun ke tahun. Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh mengkaji semula supaya dapat memberi idea-idea ataupun cadangan-cadangan baru untuk mempertingkatkan hasil pulangan yang lumayan khususnya kepada golongan nelayan, petani dan pekebun kecil dalam Negeri Pulau Pinang seperti dengan memperbanyakkan kursus-kursus bimbingan untuk meningkatkan hasil mereka, menyediakan dana sokongan dan lain-lain lagi. Kini seluruh dunia menghadapi kadar inflasi semakin tinggi akibat peningkatan permintaan barangan dan perkhidmatan secara mendadak sejak ekonomi dibuka semula.

Menurut ucapan Tuan Yang Terutama Tun, Peningkatan inflasi di Negeri Pulau Pinang adalah pada kadar 2.2 peratus dan 3.5 peratus bagi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol. Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu segera memperkukuhkan atau menstruktur semula ekonomi berdasarkan kepada realiti dan sumber di dalam Negeriku yang sedia ada. Contohnya kita boleh mengkaji kesesuaian apabila terdapat permohonan penukaran kegunaan tanah sama ada daripada jelapang padi ataupun pertanian kepada kegunaan tanah yang lain kerana sumber ini adalah untuk menampung bagi keperluan penduduk di dalam Negeri Pulau Pinang.

Saya ucapkan syabas dan tahniah atas pencapaian manifesto yang telah dijanjikan kepada rakyat jelata pada tahun 2018 sebanyak 90 peratus kita mencapai setakat hari ini. Kemungkinan Seberang Jaya menafikan pencapaian Negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Harapan disebab Seberang Jaya sudah lompat pergi ke Perikatan Nasional. Dalam manifesto di bawah Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang, kita menegaskan bahawa sebuah negeri hijau perlu melaksanakan projek kitar semula dan perlu mencapai ke tahap 45 peratus di seluruh Negeri Pulau Pinang.

Di samping itu, Visi Penang2030 yang digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkumi aspek Negeri Hijau dan Pintar sebagai hala tuju dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Sebagai anak jati Pulau Pinang saya berasa bangga dengan Dasar Pengasingan Sisa di Punca yang telah dikuatkuasakan pada 1 Jun 2017 oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Atas pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan EXCO Kerajaan Tempatan, kita telah berjaya mencapai kadar kitar semula bagi Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 51.18 peratus setakat hari ini.

Saya percaya di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, kadar kitar semula di Negeri Pulau Pinang akan terus dipertingkatkan lagi supaya dapat membantu untuk mengurangkan penghantaran sisa ke tapak pelupusan Pulau Burung.

Untuk makluman semua, sejumlah 2,500 tan sampah harian dihasilkan di seluruh Negeri Pulau Pinang. Bilangan sampah ini agak tinggi kalau berbeza dengan tahun sebelum ini. Saya beri satu contoh di MBPP pada bulan Mac tahun lepas hanya 20,000 tan tetapi pada tahun ini bulan Mac hasil sampah telah meningkat sehingga 39,000 tan dan di MPSP pada bulan Mac tahun 2021 adalah 53,000 tan dan pada tahun ini bulan Mac hanya 43,000 tan. Ini amat jelas hasilan sampah di Negeri Pulau Pinang masih tinggi lagi dan kita haruslah berusaha bersama-sama supaya kita membuat, mengamalkan Dasar Pengasingan Sisa di Punca di seluruh kawasan di Negeri Pulau Pinang.

Saya percaya warga Pulau Pinang tidak terlupa tentang insiden kebakaran di Pulau Burung yang berlaku pada 12 Januari 2022. Lebih kurang 28 ekar iaitu kira-kira 35 peratus daripada luas kesuluruhan tapak pelupusan telah terbakar dan telah memberi kesan yang buruk kesan langsung di dua kawasan perumahan terdekat iaitu di Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru.

Saya ingin mengambil kesempatan merakamkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah memberi bayaran saguhati sebanyak RM1,000.00 kepada setiap keluarga yang terlibat di Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru. Sebanyak 38 keluarga yang terlibat di Ladang Byram dan 77 keluarga di Kebun Baru yang terlibat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah SPS yang diketuai oleh pegawai daerah Seberang Perai Selatan Puan Marlia binti Mohd Belia serta jabatan dan agensi yang terlibat telah bermesyuarat sebanyak 19 kali iaitu hampir setiap hari kita terpaksa bermesyuarat termasuk pada hari cuti minggu dan perayaan Thaipusum.

Ini adalah terbukti komitmen penuh para petugas barisan hadapan dan kakitangan Kerajaan di negeri ini dalam memastikan keselamatan rakyat sentiasa diutamakan.

Selama 29 hari, berlakunya kebakaran akhirnya kita telah berjaya memadamkan. Saya mengambil kesempatan dalam Dewan yang mulia ini merakamkan jutaan terima kasih kepada semua agensi mahupun Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat dalam membantu insiden kebakaran di Pulau Burung. Dato’ Yang di-Pertua,

Izinkan saya berkongsi pendapat saya terhadap tapak perlupusan sampah di Pulau Burung. Kaedah perlupusan sampah setakat hari ini adalah jenis sanitari. Kaedah ini akan menyebabkan masalah kebakaran berlaku pada bila-bila masa terutamanya pada waktu musim kemarau.

Sampah dilupus secara kaedah sanitari akan menghasilkan gas Metana di bawah tanah. Gas ini diistilahkan sebagai suatu gas yang amat merbahaya lagi beracun, jika pengumpalan gas Metana tinggi dalam kawasan tertutup di bawah tanah dan di atas limbungan sampah sarap, maka ia juga boleh menyebabkan berlakunya letupan iaitu explosion di sel-sel landfill. Keadaan ini berlaku semasa kebakaran di Pulau Burung, gas Metana membantu api semakin merebak.

Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, pihak Kerajaan Negeri perlu memastikan pengurusan, pengurusan tapak perlupusan sampah wajib mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh agensi-agensi ataupun jabatan-jabatan tertentu. Di mana kita harus juga mengambil kaedah untuk menguruskan sekali gus gas Metana ini. Untuk makluman dalam Dewan yang mulia ini, gas Metana yang dihasilkan dapat menjanakan kuasa elektrik sekiranya kuantitinya mencukupi. Saya ingin bercadang kepada Kerajaan Negeri, di mana kita harus mengkaji semula dengan kaedah pelupusan jenis sanitari yang digunakan masa kini di Pulau Burung. Adakah kaedah ini masih sesuai dan apakah perancangan Kerajaan Negeri pada masa hadapan?

Pengurusan sisa pepejal adalah satu proses yang rumit dan kritikal untuk menuju ke sebuah negeri yang lebih hijau. Kerajaan Negeri harus menjalankan kajian terperinci dengan kaedah yang menggunakan teknologi canggih seperti teknologi loji rawatan termal iaitu incinerator dan seumpamanya. Loji rawatan termal adalah alternatif terbaik dalam melupuskan sisa pepejal kerana ia membabitkan ruang yang kecil berbanding tapak perlupusan jenis sanitari. Ia juga dapat mengurangkan masalah bau dan isu air leachate yang menyebabkan pencemaran air sungai khususnya di Pulau Burung disebabkan di sekeliling kawasan Pulau Burung merupakan kawasan penternak ikan dan kerang. Memang kita sering dapat aduan mahupun dari penternak sendiri ataupun persatuan penternak berkaitan air leachate telah mengalir ke dalam sungai ataupun laut yang boleh menjejaskan pendapatan hasil ternakan para penternak. Saya percaya dengan adanya kaedah loji rawatan termal, pengurusan boleh menghasilkan tenaga daripada sisa sampah malah ia akan dapat menyelesaikan masalah tapak perlupusan sampah terbuka. Kerajaan Negeri harus bertindak lebih awal kerana kawasan berhampiran Pulau Burung merupakan kawasan perindustrian bagi Kerajaan Negeri bagi masa yang akan datang.

Dato' Yang di-Pertua, kesesakan lalu lintas di Seberang Perai Selatan semakin serius akibat pembangunan kawasan industri yang pesat contohnya di Batu Kawan Industrial Park. Aliran trafik di jalan utama iaitu jalan FT001 sama ada dari arah utara ataupun selatan semakin bertambah terutamanya pada waktu pagi semasa waktu bekerja. Sebagai wakil rakyat di SPS, sering saya menerima panggilan dan pandangan berkaitan dengan isu kesesakan lalu lintas yang berlaku masa ini. Saya sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan Jawi dan saya percaya atas kerjasama antara bersama dengan Bukit Tambun dan Sungai Bakap kami boleh kongsikan lebih lagi cadangan atau pandangan untuk menyelesaikan masalah ataupun mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di SPS.

Saya memberi satu contoh atas usaha saya dan sokongan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia di mana kami telah menambah satu kaunter entrance di Tol Jawi. Ia dapat membantu mengurangkan masa kesesakan lebih kurang 8,500 kenderaan yang menuju ke tol Jawi pada setiap waktu pagi khasnya, waktu bekerja. Kini pula kami menghadapi masalah kesesakan di jalan FT001 di bahagian Sungai Bakap ke Valdor Industrial Park, Jalan Tasek dan Jalan Bukit Tambun. Jangkaan saya lebih daripada 20,000 kenderaan melalui kawasan ini setiap waktu pagi masa bekerja. Terdapat juga atas sebab pesaingan antara pemaju-pemaju yang menjadikan penduduk sekeliling dijadikan mangsa. Contohnya berlaku di Jalan Tasek Mutiara 10 ke Hijauan Hill. Jalan ini harus dibuka serta-merta. Saya difahamkan dalam jawapan saya masih dalam peringkat untuk mengambil tanah, saya rasa jalan tersebut agak penting untuk menyambungkan taman-taman ke taman-taman yang lain.

Dato' Yang di-Pertua, pada bulan April 2022 atas permintaan dan permohonan Jawi kepada PDC akhirnya dan juga dapat sokongan daripada Bukit Tambun dan Sungai Bakap semasa mesyuarat. Akhirnya PDC bersetuju untuk memberi laluan kepada Jawi di mana jalan pintas dari Batu Kawan Industrial Park ke Byram dibenar dibuka semula dengan syarat atas tanggugjawab pengguna sendiri. Saya berasa syukur dengan pembukaan semula jalan pintas ini supaya dapat membantu lebih ramai pengguna untuk mengurangkan masa mereka dalam perjalanan semasa waktu pelepasan kerja ataupun waktu untuk pergi ke kerja terutamanya kepada pengguna yang tinggal di kawasan Nibong Tebal. Jawi ingin mengambil kesempatan dalam Dewan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Encik Lee yang memberi tajaan untuk membina jalan tersebut dengan tar sepanjang 700 meter. Walau bagaimanapun Jawi berpendapat anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri iaitu PDC perlu melaksanakan projek untuk pembinaan jambatan yang merentasi Sungai Tengah dengan serta merta.

Dato' Yang di-Pertua, bolehkah saya dapatkan dalam Dewan yang mulia ini, apakah sebab-sebab menyebabkan PDC masih tangguh untuk projek-projek tersebut iaitu pembinaan jambatan merentasi Sungai Tengah? Bagi saya untuk mengurangkan beban bagi Kerajaan Negeri saya bercadang kepada Kerajaan Negeri supaya mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan pihak swasta ataupun membuka tender secara RFP, Request For Proposal…(dengan izin) di mana Kerajaan Negeri Perlu letakkan syarat untuk pembinaan jambatan dalam RFP tersebut.

Dato' Yang di-Pertua, setiap kali semasa Jawi berada di dalam Dewan pastinya Jawi akan ulas berkaitan dengan tentang isu banjir. Kita selalu risau air sungai yang turun dari upstream di sempadan negeri kita seperti Kedah melalui Sungai Jejawi, Perak melalui Sungai Kerian yang terlalu lajak dan banyak hingga menyebabkan banjir kilat di kawasan Jawi. Tetapi hari ini tetap saya akan sentuh isu berkaitan air maka ia tiada berkaitan dengan banjir. Jawi selalu mengadu air sungai yang terlalu banyak hingga melimpah atas jalan tetapi sebaliknya hari ini kami di Seberang Perai Selatan menghadapi masalah bekalan air. Sudah pastinya ramai penduduk di kawasan Seberang Perai Selatan menghadapi masalah ini terutamanya dari Taman Widuri, Taman Seruling Emas dan di seluruh taman di kawasan Nibong Tebal dan juga taman-taman bersempadan di Negeri Perak.

Pembangunan yang pesat harus dengan adanya perancangan yang teratur, PBA memainkan peranan yang penting untuk memastikan satu-satu Pelan Pembangunan yang mencukupi syarat mahupun bagi sektor perindustrian ataupun kawasan perumahan dan perdagangan. Kami sedia maklum, di mana perbincangan antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Perak masih berjalan. Pulau Pinang hendak membeli air mentah dari Negeri Perak di bawah Projek Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS). Projek ini perlu dilaksanakan bagi memenuhi kehendak serta permintaan sumber air bagi Negeri Pulau Pinang mahupun di bahagian Utara Negeri Perak sendiri pun.

Saya berasa syukur kerana di daerah Seberang Perai Selatan wujudnya wakil rakyat Parlimen yang memegang jawatan Timbalan Menteri, Ahli Parlimen Nibong Tebal merangkap Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air. Saya yakin kepada Ahli Parlimen Nibong Tebal di mana kami anak Pulau Pinang amat berharap Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air dapat membantu kawasan parlimen beliau, dapat mengatasi rundingan di bawah Projek Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak.

Untuk makluman dalam Dewan yang mulia ini, kami memerlukan air mentah dan bukan air dirawat dari Negeri Perak. Mungkin pihak Kerajaan Negeri boleh menjemput sekali Timbalan Menteri untuk berbincang masalah ini. Dengan perubahan iklim dan permintaan air semakin meningkat, Kerajaan Negeri harus mencari kaedah yang lain pada masa yang sama menunggu keputusan rundingan bersama Kerajaan Negeri Perak bagi mengatasi masalah sumber air. Dato' Yang di-Pertua, Saya ingin berkongsi beberapa cadangan dalam Dewan yang mulia ini supaya dapat kita bersama-sama mengatasi masalah bekalan air di Negeri Pulau Pinang. Dengan pembangunan teknologi yang canggih pada masa ini Kerajaan Negeri harus menjalankan kajian dengan menggunakan teknolgi canggih yang sedia ada contohnya dengan kaedah penyahgaraman air laut ataupun di panggil seawater desalination…(dengan izin). Walaupun kos agak tinggi tetapi ia dapat menyelesaikan masalah kita untuk jangka masa panjang. Cadangan seterusnya selain daripada Sungai Dua, di Negeri Pulau Pinang juga terdapat sumber air yang terletak di bahagian Seberang Perai iaitu Sungai Perai, Sungai Juru, Sungai Junjong, Sungai Jejawi dan Sungai Kerian. Walau bagaimana pun, kualiti air sungai buat masa kini tidak dapat dirawat ke tahap kualiti air yang boleh diminum dengan teknologi rawatan air sedia ada. Adakah air sungai ini boleh dirawat sehingga ke tahap kualiti selamat diminum dengan menggunakan teknologi yang lebih canggih. Saya berpendapat Kerajaan

Negeri perlu mengkaji semula dan boleh juga dapat pandangan daripada pakar-pakar dalam bidang ini.

Di samping itu, pembangunan industri di Negeri Pulau Pinang semakin pesat terutamanya di Seberang Perai Selatan di Batu Kawan. Permintaan air pastinya akan meningkat. Kita perlu seimbangkan permintaan bekalan air mahupun di sektor industri dan juga perumahan atau kawasan perdagangan.

Pembinaan reservoir di kawasan Batu Kawan Industrial Park perlu dilaksanakan dengan serta merta. Ia bukan saja dapat menjamin kuantiti air di kawasan perindustrian tetapi dapat juga memastikan bekalan air ke kawasan Seberang Perai Selatan.

Loji rawatan air di Bukit Panchor Dam harus dinaik tarafkan. Saya difahamkan hasil rawatan air di loji rawatan Bukit Panchor hanya dapat menampung di tiga (3) kawasan sahaja iaitu di Kampung Besar, Kampung Buaya dan juga Kolej PERDA Tech. Kita perlu menaik taraf loji rawatan ini supaya dapat menghasilkan lebih banyak kuantiti air untuk kawasan SPS. Sekurang-kurangnya kuantiti air yang dapat menampung bagi beberapa taman yang berhampiran. Saya ingin juga bercadang supaya satu pump station harus dibina di kawasan SPS ataupun di daerah SPS supaya dapat membantu untuk booster ataupun menambahkan tekanan air untuk salurkan keseluruhan kawasan perumahan khasnya di kawasan Nibong Tebal, Taman Seruling Emas, Taman Widuri dan di kawasan Penjara Seberang Perai.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, reka bentuk tangki di bangunan lama seperti di Hospital Sungai Bakap harus dilihat semula oleh Kementerian Kesihatan di mana kapasiti air yang direka pada zaman dahulu tidak dapat lagi mengatasi permintaan yang tinggi pada hari ini. Masalah bekalan air juga berlaku di Penjara Seberang Perai, Jawi. Di samping itu projek pembinaan Depo Imigresen dan Kuartes Jawi sedang berjalan pada masa kini. Saya berpendapat untuk jangka masa panjang JKR harus meneliti semula semua isu-isu ini yang akan memberi kesan terhadap kedua-dua bangunan ini. Dato' Yang di-Pertua, Untuk makluman semua, PBA telah melaksanakan Pelan Kontigensi pada 26 Mei, untuk mengatasi masalah bekalan air di daerah Seberang Perai Selatan. Boleh saya dapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan dengan Pelan Kontigensi ini, adakah ia betul-betul boleh membantu untuk mengurangkan masalah bekalan air di kawasan SPS. Bagaimana dengan peniaga-peniaga di kawasan SPS untuk menghadapi terutamanya pada waktu siang sekiranya bekalan air terjejas? Kita memang faham pada hari ini juga ada perhimpunan oleh penduduk-penduduk di kawasan di Taman Widuri dan Seruling Emas. Memang kita faham kemarahan ataupun uncomfortable during waktu kelepasan kerja. Saya sering terima mesej panggilan bukan saja di kawasan Taman Widuri, Taman Seruling Emas tetapi kini berlaku di kawasan Jawi di kawasan saya sendiri. Perkara ini tidak pernah berlaku, perkara ini memang tidak pernah berlaku tetapi hari ini kita terpaksa menghadapi bekalan air yang tidak mencukupi. Saya perlu PBA memberi penjelasan yang lebih lanjut kepada semua disebabkan kami dipilih oleh penduduk, pengundi-pengundi yang duduk di tempat kita sebelum kita tumbang kita perlu PBA untuk jelaskan kepada kita. Jangan biar kita tumbang.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Jawi minta laluan. Adakah Jawi bersetuju dengan alasan yang telah diberikan bahawa ketidakcukupan air di sana disebabkan oleh kawasan perindustian di Batu Kawan? Adakah Jawi bersetuju dengan alasan tersebut?

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Sebab itulah cadangan dalam ucapan saya tadi, kita perlu minta PDC membina reservoir serta merta disebabkan kawasan perindustrian…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

PBA bukan PDC.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Sorry, PDC bukan PBA, PDC perlu membinakan reservoir serta merta. Bukan PBA. PDC perlu membinakan reservoir serta merta sebab infrastruktur ini. PDC kena bina jalan, PDC kena bina reservoir untuk menampung permintaan di Kawasan Perindustrian Batu Kawan, bukan saja ada kawasan perindustrian, di Batu Kawan terdapat juga kawasan perumahan, kawasan perdagangan

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Jawi, boleh mencelah. Okey. Saya cukup tertarik dengan seruan daripada Jawi kepada PBA, agensi Kerajaan Negeri supaya buat kerja dan buat dengan tepat supaya jangan pula kami wakil-wakil rakyat yang kena tempias kerana kelemahan ataupun kelewatan daripada agensi-agensi kerajaan. Turut juga bukan saja untuk PBA, PDC juga. Kita nampak kerja-kerja yang dimulakan selalunya lambat di kawasan saya sendiri, Jalan Bagan Baru 1, kita tidak tahu bila akan siap dibina. Jawapan yang diberikan pun …(gangguan). So saya nak.. katakan semua agensi Kerajaan Negeri, PDC ke PBA ke mereka perlu menjalankan kerja dengan sempurna supaya imej Kerajaan Negeri tidak tercalar.…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima Kasih Bagan Dalam. Jawi

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Dalam kontegensi pelan ini dinyatakan…(gangguan).

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Jawi, Jawi... (gangguan)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Batu Lancang, tentang air ka…(gangguan)..

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Ya, pertanyaan saya, difahamkan apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Jawi tadi maksudnya adalah keseluruhan masterplan PDC fail, ia tidak ada mempunyai reservoir yang besar untuk menyimpan air telah menyebabkan bekalan air domestik dipindahkan ke perindustrian, maksudnya begitu, maksud Jawi…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

It not from PBA, is not from PBA?

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

No, no, apa yang dimaksudkan tadi memang PDC tidak membina reservoir besar di kawasan perindustrian itu telah menyebabkan kawasan domestik tidak mempunyai air dan PBA telah menyalurkan air domestik ke perindustrian, adakah betul?

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Okey, untuk makluman semua dalam Masterplan PDC di Batu Kawan Industri Park memang diwajibkan untuk membina reservoir saya rasa perkara ini antara perbincangan PDC dan PBA sedang dijalankan dan saya percaya, saya percaya PDC akan bina reservoir ini mungkin kita minta dalam masa yang terdekat ataupun serta-merta disebabkan untuk menyelesaikan masalah ini selain daripada air mentah, kita minta juga infrastruktur-infrastruktur yang perlu dibina harus buat serta merta…(gangguan)..

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Jawi, satu minit lagi.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

One minute, dalam kontigensi untuk Yang Berhormat Sungai Bakap juga, dalam kontigensi pelan ini memang dikatakan 32,993 yang berdaftar dalam PBA terjejas. Ini bermakna memang satu anggaran yang besar dan saya amat risau perkara ini kalau selanjutnya tidak boleh selesai saya rasa next time, Yang Berhormat Sungai Bakap, Jawi pun tak dapat berpeluang…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Semua jatuh.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Semua jatuh. So dengan ni, untuk makluman kepada semua, perubahan iklim ya, sebab permintaan air tinggi disebabkan air mentah kita sudah kurang. Ini berkaitan dengan juga, dengan perubahan iklim saya merayu seluruh rakyat di Malaysia, perubahan iklim bukan sahaja memberi tekanan kepada persekitaran, malah menjejaskan sistem ekonomi, sosial dan politik. Apa yang saya katakan tadi politik. Jawi menyeru rakyat jelata perlu mempraktikkan amalan mesra alam dan berubah ke arah kehidupan yang lestari untuk menghadapi perubahan iklim yang semakin serius di seluruh dunia. Sebelum saya akhiri ucapan saya, izinkan saya merangkap satu pantun dalam Dewan yang mulia ini, Syarat pohon dengan buah bidara Tumbuh di sebelah lebih rami-rami, Rakyat SPS nak tindakan

Setelah pulihkan bekalan air kami. Dengan ini saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Jawi. Dipersilakan Yang Berhormat Batu Lancang. Kita akan..(gangguan)..

Y.A.B. Ketua Menteri:

Yang berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, selaras dengan peruntukan 62(a)(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mohon supaya masa persidangan hari ini dilanjutkan sehingga jam 6.30 petang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih, minta orang sokong.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih. Inilah punca bila ADUN-ADUN yang berucap berbahas kena ikut waktu yang diberi. Janji tau untuk 20 minit ataupun 25 minit ini you orang heret..heret..heret…suruh sampai 30, 40 minit kita nak berhentikan pun kita tak boleh pasal kesian kat you orang suara rakyat, suara rakyat di mana dalam duduk luar. …(gangguan). Salah seorang punca you…duduk…(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Kami nak datang Dewan dua kali setahun saja. Bagilah chance.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dipersilakan,…gangguan..usul setuju “Ya”. Semua setuju ka dewan bersambung sehingga pukul 6.30. Kalau semua setuju katakan “Ya”, yang tak setuju, tak ada orang. So usul dipersetujui dengan satu suara yang bulat, semua setuju Dewan akan bersidang sampai jam 6.30 petang, terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Batu Lancang masa 20 minit, injured time 25 minit saja, tolong tengok waktu. 3.51pm ya.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, rakan-rakan Yang Berhormat Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri, pegawai-pegawai, kawan-kawan dari pihak media, Salam sejahtera Salam Harapan dan Salam 2030.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, saya dengan sukacitanya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan usul terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas ucapan yang dibentangkan pada Jumaat lalu. Sepertimana disebut Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua fokus khususnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memacu pertumbuhan dan pelaburan ekonomi digital bagi menggalakkan pelaburan termasuk aktiviti berteraskan ekonomi digital telah menetapkan negeri ini maju selangkah ke hadapan. Selain itu, tumbuhan pelaburan ekonomi digital juga diberikan kepada aktiviti berkaitan Industri 4.0 dan teknologi generasi baharu sebagai pemacu baharu ekonomi negeri seperti teknologi kecerdasan buatan AI, analysis data, Internet of Thing (IT), integrated security design, e-dagang dan lain-lain lagi. Turut diberi penekanan ialah program keselamatan makanan yang menjadi isu utama hari ini dan wajar diberikan tumpuan agar Pulau Pinang dapat mendepani cabaran inflasi ataupun hyperinflasi. Walaupun negeri kita ini tidak mempunyai tanah pertanian luas seperti negeri-negeri lain di Malaysia. Kita mampu meningkatkan produktiviti tanaman melalui penggunaan variety tanaman yang mengeluarkan hasil tinggi dalam tempoh masa yang singkat. Penggunaan input pertanian yang menggalakkan pertumbuhan dan aplikasi teknologi moden dan tidak menggunakan tanah sebagai media tanaman. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang pula akan memberi tumpuan dalam usaha mengurangkan kejadian banjir iaitu dengan pembinaan rumah pam, ban, pintu air, perkukuhan tebing sungai, mendalam dan melebar sungai, pencegahan hakisan pantai dan juga menaiktaraf struktur-struktrur utama. Bagi tahun ini dua projek tebatan banjir akan dimulakan melalui peruntukan negeri iaitu Projek Tebatan Banjir Monsun di Kampung Pokok Asam, Jelutong dan Projek Tebatan Banjir di Solok Van Praagh, Jelutong. Pelaksanaan projek-projek ini akan memberikan outcome yang besar kepada penduduk-penduduk terlibat dengan banjir dan juga Kerajaan Negeri yang mana ianya akan meningkatkan keyakinan rakyat kepada pentadbiran negeri yang mesra serta prihatin.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kepentingan Sumber Makanan. Makanan merupakan antara keperluan asas harian yang diperlukan kerana tanpa makanan seseorang itu boleh menderita seterusnya membawa kepada kematian. Oleh itu, adalah amat mustahak bagi mana-mana kerajaan yang mentadbir memastikan bahawa keperluan bekalan makanan yang mencukupi bagi rakyat jelata, nutrisi daripada pengambilan sesuatu makanan sangat penting bagi tumbuhbesaran seseorang terutamanya kepada generasi muda yang merupakan peneraju negara pada masa hadapan. Menerusi Food Aid Organization (FAO)…(dengan izin), pengambilan nutrisi yang tidak mencukupi menyebabkan kerugian antara 0.23 dan 4.7 peratus pertumbuhan keluaran dalam negara kasar per kapita di seluruh dunia. Oleh itu, tanggungjawab sesebuah kerajaan tidak hanya terhenti setakat menyediakan makanan yang mencukupi bagi semua tetapi harus memastikan makanan tersebut adalah berkhasiat, malangnya pada zaman sekarang memastikan bekalan makanan mencukupi saja belum cukup bagi sesebuah kerajaan. Bukan hanya memastikan bekalan makanan yang mencukupi tetapi juga harus memastikan makanan tersebut dapat dinikmati semua lapisan masyarakat dan bukan golongan tertentu sahaja. Inflasi kian meningkat dan dijangka akan meningkat lagi sepanjang tahun ini berikutan beberapa peristiwa antarabangsa seperti peperangan di Ukraine, gangguan rantaian bekalan global akibat langkah-langkah pembendungan dan ketat bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di China dan pembukaan semula ekonomi dunia secara mendadak selepas pandemik. Gabungan faktor-faktor tersebut telah mengakibatkan harga kebanyakan barang melambung harga makanan tidak dikecualikan dan dapat dilihat bagi makanan asal seperti ayam dan minyak masak. Malaysia merupakan pengimport bersih makanan dengan nilai sebanyak RM5.5 bilion tahun 2022 berbanding dengan jumlah eksport makanan sebanyak

RM33.8 bilion dengan penurunan Ringgit Malaysia baru-baru ini adalah dijangka bahawa harga makanan yang kebanyakannya perlu diimport untuk memenuhi permintaa tempatan terus meningkat walaupun bank negara telah menaikkan dasar semalaman overnight policy rate (OPR)…(dengan izin), sebanyak 25 mata kepada 20 peratus baru-baru ini untuk mengurangkan risiko inflasi, langkah tersebut juga mendatangkan kemudaratan kepada golongan berpendapatan kecil dan miskin. Mereka yang mempunyai pinjaman dengan kadar pinjaman yang terapung perlu memperuntukkan lebih banyak setiap bulan untuk membayar balik pinjaman ditambah pula dengan kenaikan harga makanan, golongan tersebut berasa terhimpit dari dua sisi akhirnya pemakanan dan nutrisi mereka sekeluarga akan terjejas kerana terpaksa memilih makanan yang lebih murah, kurang berkhasiat dan dalam kuantiti yang lebih kecil. Bank negara dijangka menaikkan OPR sekurang-kurangnya sekali lagi sebelum tahun 2022 berakhir dan langkah ini dijangka berterusan pada tahun hadapan. Rakyat masih terpaksa berdepan dengan keputusan-keputusan yang lebih sukar selepas ini sebelum keadaan betul-betul kembali normal. Oleh itu, terdapat pelbagai faedah dan kesan gandaan jika sesebuah kerajaan menabung dan memastikan terdapat makanan yang berkhasiat, berpatutan dan mencukupi untuk rakyat. Kerajaan Pulau Pinang juga mempunyai tanggungjawab dan harus berusaha memastikan bekalan makanan nutrisi warga Pulau Pinang tidak terjejas dan masih mampu membeli makanan berkhasiat yang mencukupi pada masa akan datang. Ini dapat dicapai dengan pembangunan sektor perikanan di negeri ini termasuk aktiviti akuakultur. Termasuk makanan laut masih perlu diimport untuk memenuhi permintaan domestik walaupun terdapat udang dan ikan tuna yang mencukupi untuk kegunaan tempatan namun menurut self-sufficiency resources (SSR)…(dengan izin), Jabatan Perangkaan Malaysia secara keseluruhannya sektor perikanan mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan bagi memastikan bekalan makanan dan nutrisi rakyat Malaysia terjamin. Sektor perikanan terutamanya aktiviti akuakultur bagi Negeri Pulau Pinang telah berkembang dengan pesat sejak pertukaran kerajaan pada tahun 2008. Dengan pengeluaran akuakultur melebihi tangkapan ikan atau pendaratan hasil marin sejak tahun 2014 dengan nilai lebih daripada satu bilion setahun dan di mana pengeluaran akuakultur melebih pendaratan ikan konsisten, konsisten di seluruh dunia. Ini kerana tidak mungkin permintaan makanan laut sedunia tidak dapat dipenuhi melalui perikanan konvensional semata-mata. Pemulihan stok ikan walaupun ditangkap sudah mampan, tidak dapat bersaing dengan pertumbuhan populasi manusia dijangka mencecah 10 bilion pada tahun 2050, ditambah pula dengan kesan pemanasan global yang akan menyebabkan air laut semakin panas, stok ikan akan berhijrah ke air laut yang lebih sejuk bersesuaian dengan fisologi habitat. Oleh itu, adalah amat penting untuk rakyat Pulau Pinang diberitahu langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk melindungi mata pencarian golongan nelayan dan membina daya tahan mereka menghadapi masa hadapan apabila perubahan iklim dijangka menyebabkan gangguan pada rantaian bekalan makanan yang merupakan punca nutrisi rakyat Pulau Pinang. Perlu juga diketahui bahawa Pulau Pinang merupakan pengeluaran ikan sangkar utama negara sejak tiga (3) tahun lalu dengan pengeluaran sebanyak 12,039.4 metrik tan bersamaan dengan nilai RM206.8 juta melibatkan 226 orang terkena pada tahun 2021. Boleh dikatakan bahawa kita amat bertuah kerana terdapat beberapa institusi-institusi pendidikan bertaraf antarabangsa yang berada di Pulau Pinang. Institusi pertama ialah Universiti Sains Malaysia (USM) yang merupakan satu-satunya Universiti APEX di Malaysia yang mempunyai Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS) yang ditubuhkan sejak tahun 1991. Pengarah CEMACS sekarang tidak lain tidak bukan, Prof. Dato' Dr. Aileen Tan Shau Hwai yang terkenal dengan mariculture dan giat melatih usahawan-usahawan yang berminat dalam akuakultur tiram. Institusi Penyelidikan Ikan (FRI) di mana ibu pejabatnya di Pulau Pinang sejak tahun 1968 merupakan institusi penyelidikan kedua. Kerajaan Pulau Pinang dapat manfaatkan kepakaran penyelidikan-penyelidikan FRI yang pakar dalam pelbagai bidang berkaitan dengan perikanan dan akuakultur khususnya di perairan Malaysia. Institusi

penyelidikan ketiga adalah WorldFish iaitu sebuah pertubuhan penyelidikan antarabangsa, bukan berasaskan keuntungan yang berpangkal di Batu Maung sejak tahun 2000. Dua saintis WorldFish iaitu Dr. Modadugu Gupta dan Dr. Shakuntala Haraksingh merupakan penerima World Food Prize yang sering dirujuk sebagai Nobel Prize of Food and Agriculture…(dengan izin), yang diperolehi masing-masing pada tahun 2005 dan 2021. Terdapat pelbagai pakar perikanan yang terkenal dan diiktiraf di persada dunia di ketiga-tiga institut penyelidikan tersebut. Persoalannya, adakah Kerajaan Negeri mengambil kesempatan ini untuk berkerjasama dengan institut-institut penyelidikan tersebut yang telah wujud sekian lama di Pulau Pinang untuk mengenalpasti langkah-langkah mitigasi dan penyelesaian untuk nelayan tempatan menghadapi fenomena perubahan iklim serta meningkatkan pengeluaran ikan termasuk udang, rumpai laut, bivalvia dan sebagainya. Baik melalui penangkapan dari laut, sungai, kolam atau muara atau melalui aktiviti akuakultur sekaligus. Memastikan bekalan makanan dan nutrisi dapat dilindungi bagi kesejahteraan Rakyat Pulau Pinang kelak. Walaupun sektor perikanan tidak dapat bertanding dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan dari segi penyumbangan KDNK Pulau Pinang. Namun tidak boleh dinafikan kepentingan untuk membangun sektor tersebut demi menjamin bekalan makanan berkhasiat yang mencukupi untuk warga Pulau Pinang. Ia juga dapat mengurangkan kebergantungan import makanan yang pastinya akan menyumbang kepada kestabilan harga makanan seperti yang dijelaskan tadi. Malnutrisi yang mempunyai impak tidak langsung kepada KDNK pada masa depan sesebuah negeri. Jika tiba masanya pengeluaran akuakultur melebihi keperluan domestik, hasil lebihan tersebut boleh dieksport untuk meningkatkan lagi KDNK Pulau Pinang. Kerajaan Pulau Pinang boleh membantu pengusaha-pengusaha tradisional untuk menaiktaraf operasi mereka bagi meningkatkan pengeluaran serta mendapat akreditasi untuk memasuki pasaran Eropah yang sangat ketat tetapi lumayan. Langkah-langkah tersebut pastinya akan meningkatkan sumbangan sektor perikanan kepada KDNK Pulau Pinang di samping faedah-faedah yang telah saya nyatakan sebelum itu. Oleh yang demikian, saya mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi tumpuan yang serius terhadap sektor perikanan di negeri tercinta kita.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kebaikan Penyusuan Susu Ibu. Penyusuan susu ibu, memberi seribu kebaikan kepada bayi dan ibu. Kesan baik ini bukan hanya dirasai ketika bayi masih kecil namun ianya berkekalan di sepanjang hayatnya. Kebaikan ini meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga pembentukan peribadi seorang anak. Penyusuan ibu juga merupakan langkah yang praktikal bagi keluarga, kerajaan dan masyarakat untuk menjimatkan wang malah pihak hospital swasta di Pulau Pinang sendiri turut menggalakkan penyusuan ibu sejak tahun 1993. Sebagai seorang suami dan bapa, saya sendiri menyokong penyusuan ibu kerana kebaikannya kepada anak-anak malah perkara tentang penyusuan ibu bukanlah satu taboo dan tidak boleh diperkatakan secara terbuka kerana ia juga adalah salah satu daripada alamiyah manusia. Memetik laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, polisi penyusuan susu ibu adalah di mana semua ibu digalakkan menyusu anak dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga bayi berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan daripada umur enam bulan. Ini bermakna bayi perlu diberi susu ibu sahaja dan tidak diberi apa-apa minuman atau makanan lain termasuk air kosong melainkan ubatan-ubatan yang diberi oleh doktor. Saya membangkitkan isu ini di dalam Dewan kerana saya pernah terbaca satu berita berlaku pada awal tahun ini di sebuah premis beli belah di Kuala Lumpur tentang seorang ibu yang sedang menyusukan anak dihalau Pegawai Keselamatan dan diminta beredar ke tempat lain kerana dikatakan tidak boleh menyusukan anak di tempat awam. Ibu berkenaan sedang menyusukan anak setelah bayinya menangis kelaparan di satu sudut yang terlindung tetapi tindakannya itu telah dikatakan kurang sopan. Sebagai seorang bapa saya berasakan marah kerana kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Justeru saya membawa isu ini ke dalam

Dewan serta EXCO yang bertanggungjawab agar kejadian selepas sebegini tidak berlaku di Negeri Pulau Pinang. Penyusuan ibu di tempat umum tidak salah di sisi undang-undang. Sebagai kerajaan yang prihatin kita perlu bertegas kerana tiada individu lain yang boleh menghalang sesiapa daripada menyusukan bayi walaupun di depan khalayak ramai. Ini kerana penyusuan badan adalah satu perbuatan yang tidak akan mengundang apa-apa masalah kepada individu lain malah merupakan method terbaik untuk menyusukan bayi. Di sini saya juga ingin bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri berapakah tempat penyusuan ibu yang terdapat di Pulau Pinang atau ada disediakan oleh Kerajaan Negeri khususnya di lokasi awam? Saya juga berpandangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang wajar menetapkan satu peraturan atau arahan agar mewajibkan setiap premis tempat beli belah atau tempat awam menyediakan ruang atau bilik khusus untuk menyusukan anak. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga boleh mendahului negeri-negeri lain dengan menjadikan peraturan ini sebagai wajib. Usaha memperkenalkan bilik penyusuan ibu di tempat awam perlu dilihat dari sudut positif kerana impaknya amat besar kepada masyarakat dan pembangunan negara. Ia tidak memerlukan kos yang besar tetapi impak adalah usaha yang kecil itu amat besar sekali. Sebagai seorang ketua keluarga, saya sangat menyokong…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Batu Lancang, one minute, hold on please. Ahli-ahli Yang Berhormat, peringatan. Merujuk kepada Peraturan 8, Paragraph 1, Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Ahli-ahli yang berada di luar, tolong masuk ke Dewan. Kita hanya mempunyai sembilan (9) orang sahaja dalam Dewan. Saya minta Ahli-ahli yang berada di luar kawasan Dewan ini sila masuk ke Dewan.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Boleh saya sambung?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sambung.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya sangat menyokong kawasan kemudahan awam untuk mewujudkan bilik khas bagi ibu-ibu menyusukan bayi mereka. Justeru, sokongan seumpama itu, di tempat awam amat penting kerana ia merupakan satu eko-sistem yang memberi sokongan dan kemudahan kepada ibu-ibu dan bayi mereka yang melibatkan bantuan kerajaan, agensi kerajaan berkaitan serta pihak swasta. Dengan demikian, ibu-ibu dapat menyusukan bayi mereka tidak kira di mana atau pada bila-bila masa sahaja.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sama juga dengan isu bekalan air mentah. Sebagai sebuah negeri industri, sumber air merupakan keperluan bahan mentah yang sangat penting. Justeru itu, apakah persediaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), bagi memastikan sumber air mentah mencukupi pada masa hadapan. Selain Zon Industri Bebas Bayan Lepas, Zon Industri Bebas Perai, terdapat juga beberapa kawasan atau taman perindustrian seperti kawasan perindustrian Batu Kawan, Taman Sains Pulau Pinang, Bukit Minyak dan Simpang Ampat, difahamkan adanya beberapa lagi kawasan perindustrian baru yang bakal dimajukan. PBAPP dalam paparan pada laman web menyebut penggunaan purata air di negeri ini pada tahun 2021 adalah sebanyak 860 juta liter sehari dan dijangka

akan mencecah 1,483 juta sehari pada tahun 2030, 1,696 juta liter sehari pada 2040 dan seterusnya 1,884 juta liter sehari tahun 2050. Sehubungan itu, sebagai pihak bertanggungjawab, apakah rancangan jangka panjang PBAPP bagi kilang-kilang ini serta masalah-masalah air yang lain? Sepertimana kita tahu, kilang-kilang menggunakan sumber air di samping bekalan tenaga elektrik serta kemudahan infrastruktur lain termasuk internet berkelajuan tinggi. Kerajaan Negeri bersama pihak Digital Nasional Berhad juga telah memulakan pelaksanaan 5G di Pulau Pinang dengan 151 lokasi di bahagian Pulau telah dikenalpasti bagi Fasa 1 pada tahun 2022. Tumpuan merangkumi pusat bandar, kawasan berkepadatan tinggi, pusat tumpuan pelancong dan kawasan perindustrian. Prasarana ini juga memberi keyakinan kepada pelabur asing bahawa infrastruktur yang ada mencukupi untuk mereka datang melabur ke sini. Pada tahun 2021, Pulau Pinang kekal mencatat jumlah pelabur asing tertinggi di Malaysia dengan nilai sebanyak RM76.2 bilion. Kehadiran terus pelabur asing juga penting apabila ia menjana ekonomi negeri yang kukuh selain menyumbang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Kita juga boleh mencadangkan bagi keperluan industri agar PBAPP mencontohi langkah Singapura iaitu menyuling air laut sebagai sumber air mentah baharu sama ada sebagai air minuman atau bagi kegunaan industri. Penyulingan air laut adalah salah satu daripada empat (4) sumber air Singapura. Ketersediaan bekalan penyulingan air laut itu menjadikan bekalan air Singapura sangat berdaya tahan. Ini juga membolehkan PBAPP mengenakan caj yang lebih tinggi kepada kilang dan lebih menguntungkan berbanding caj air domestik. Jadi, penggunaan teknologi baharu seperti ini wajar dipertimbangkan bagi mengelak kita kekurangan sumber tersebut. Pada 1 Mac lalu, PBAPP mengumumkan sedang melaksanakan lima (5) projek menerusi Pelan Kontingensi Air Mentah 2030 demi memastikan keselamatan bekalan air Pulau Pinang dan akan menghasilkan 569 juta liter sehari, sekali gus meningkatkan kapasiti reka bentuk maksimum daripada 1,599 juta liter sehari kini kepada 2,168 juta liter sehari. PBAPP merancang untuk menyiapkan dua (2) projek naik taraf di Loji Rawatan Air Sungai Dua, membina dua (2) loji rawatan air baharu berdekatan Empangan Mengkuang dan Sungai Muda dan mula meneroka Sungai Perai sebagai sumber air mentah tambahan untuk Pulau Pinang. Projek-projek itu akan membantu memastikan Pulau Pinang mempunyai margin rizab yang sihat dan mengelakkan krisis air sehingga 2030. Saya juga difahamkan, PBAPP juga mencadangkan pengoperasian loji desalinasi untuk memenuhi jangkaan permintaan air mentah negeri ini yang dikatakan mungkin dilaksanakan secara berperingkat. Sebagai sebuah negeri pulau yang dikelilingi laut, Pulau Pinang wajar menggunakan teknologi desalinasi seperti Singapura di mana secara teorinya memanfaatkan jumlah air mentah tanpa had untuk masa hadapan. Perlu diingat bahawa bekalan air adalah perkhidmatan awam penting yang memberi kesan kepada kehidupan harian 1,776 juta orang di Pulau Pinang, serta operasi beribu-ribu perniagaan. Terbaru, mulai 26 Mei, PBAPP melaksanakan Pelan Kontingensi Bekalan Air Seberang Perai Selatan untuk menangani isu bekalan air di kawasan kediaman. Menerusi pelan ini, bekalan air disalurkan kepada pengguna domestik selama 12 jam iaitu dari 6:00 petang hingga 6:00 pagi setiap hari. Langkah ini akan membolehkan pengguna domestik SPS mengisi tangki air mereka dan menyimpan air yang mencukupi untuk kegunaan harian. Pelaksanaannya berkemungkinan berterusan sehingga pengoperasian Pakej 12A Loji Rawatan Air Sungai Dua pada tahun 2023. Jika isu kekurangan bekalan air serius seperti ini berlaku di SPS maka tidak mustahil ia juga boleh terjadi di kawasan-kawasan lain di Pulau Pinang pada masa hadapan. Dalam pada itu, projek kolam takungan air hujan pertama di Pulau Pinang akan dibina di Solok Van Praagh sebagai projek tebatan banjir, jadi boleh dicadangkan juga agar air di kolam takungan ini boleh dimanfaat oleh PBAPP bagi keperluan penduduk semasa kecemasan. Sekiranya banyak kolam takungan dibina pada masa hadapan maka PBAPP akan mempunyai lebih banyak sumber air alternatif. Ia juga boleh

mengatasi isu tekanan air rendah di kebanyakan kawasan perumahan di Pulau Pinang sepertimana yang kerap diadukan oleh wakil rakyat yang berpunca daripada kekurangan air.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Indah Water Konsortium (IWK) adalah syarikat milik Menteri Kewangan diperbadankan merupakan Syarikat Pembentungan Nasional yang telah diamanahkan dengan tugas untuk membangunkan dan menyelenggara sistem pembentungan yang moden dan efisien untuk rakyat Malaysia. Pada tahun 1994 Kerajaan Persekutuan telah menganugerahkan konsesi kepada syarikat untuk mengambil alih perkhidmatan pembentungan seluruh negara di mana sebelum itu di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan kecuali Sabah dan Sarawak sistem pembetungan yang moden dan efisien adalah amat penting bagi negara demi memastikan air kumbahan dirawat sebelum disalirkan ke dalam sistem pengairan sungai, parit dan laut. Ini akan membantu negara untuk memelihara sumber air melindungi kesihatan awam dan mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat. Bagaimanapun sejak 20 tahun lalu kita masih boleh melihat kerja-kerja menyedut najis-najis dengan lori dilakukan secara berkala di taman-taman perumahan serta kawasan kediaman lama di Pulau Pinang. Ini kerana sistem pembentungan di kawasan ini menggunakan kaedah lama yang tidak bersambung kepada loji rawatan air IWK sedia ada. Sebaliknya sistem tangki septik lama ini perlu diselenggarakan secara manual, tangki septik sepatutnya perlu dikosongkan kerana jika tidak ia akan menyebabkan kumbahan enap cemar melimpah dan mengalir ke dalam longkang lantas boleh menyebabkan pencemaran sungai serta menyumbangkan kepada sumber air yang tidak selamat. Ini kerana tangki septik yang efisien boleh menyimpan sisa kumbahan sehingga dua (2) tahun. Enap cemar di tangki septik perlu dikosongkan secara berkala contohnya di DUN Batu Lancang taman-taman lama seperti Taman Hijau, Taman Hutching, Taman Pinhorn masih menggunakan tangki septik lama apa lagi di kawasan-kawasan George Town. Ada juga aduan diterima daripada penduduk bahawa kerja-kerja pengosongan tangki septik dilakukan dengan tidak sempurna menyebabkan ada ulat keluar daripada tangki tersebut. Dalam perbahasan ini saya membangkitkan isu tersebut supaya IWK boleh menjalankan kerja-kerja menambah baik seperti melakukan penyambungan antara tangki septik lama ini kepada loji mereka malah di kawasan DUN Batu Lancang juga terdapat tiga (3) kawasan kejiranan di mana saluran najis tidak dapat dirawat tetapi dialirkan terus ke sungai iaitu di Jalan Sri Rahim, Jalan Kurau dan di sungai di belakang Sekolah Menengah Jelutong. Kemungkinan besar disebabkan ia adalah pembentungan lama atau telah rosak atau mungkin disebabkan faktor lain. Justeru saya berharap IWK melihat keadaan ini dan memaklumkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara atau SPAN, serta jabatan tertentu untuk menaik taraf sistem pembentungan lama. Saya difahamkan pihak SPAN ada menerima levi sebanyak 100 peratus harga jualan dari daripada semua pemaju projek perumahan yang disalurkan kepada seluruh capital contribution SCC atau sumbangan kutipan pembentungan. Kutipan ini kemudiannya dimasukkan sebagai Dana Simpanan Kerajaan atau Government Trust Fund…(dengan izin). Mengikut peraturan SPAN dana ini dikhususkan bagi membiayai kerja-kerja pembentungan mengikut Seksyen 172 Akta Industri Perkhidmatan Air.

Polisi ini yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak 1996 bertujuan memperbaiki dan meningkatkan penyambungan sistem pembentungan kepada satu sistem berpusat bertujuan mengurangkan keadaan sistem pembentungan lama yang menyalurkan kumbahan terus ke dalam sungai lantas mengurangkan isu kelestarian. Jadi pihak IWK boleh menggunakan dana ini untuk melakukan perkara sama bagi menaik taraf sistem pembentungan di kawasan-kawasan kejiranan lama di Pulau Pinang khususnya di DUN Batu Lancang.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebelum Batu Lanchang mengakhiri ucapan perbahasan saya sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua terlibat di dalam sesi perbahasan pada kali ini, sekian terima kasih dan saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Batu Lanchang, seterusnya dipersilakan Bertam.

Khaliq Mehtab bin Mohd IshaqBERSATU · PHBertam

Terima kasih Yang di-Pertua Dato’ Timbalan Speaker. Bismillahirohmannirrohim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya kita semua dapat berkumpul dan bersidang dalam Dewan yang mulia ini dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Yang ke-14. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Bersua sekali lagi kita semua di dalam Dewan yang mulia ini untuk terus membincangkan permasalahan rakyat yang sering diadukan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat lain, Bertam juga tidak ketinggalan dalam mengutarakan apa sahaja masalah yang berlaku di kawasan serta sedikit isu nasional yang boleh kita fikirkan bersama. Seperti di persidangan yang lalu, Bertam ingin menyuarakan berapa permasalahan baru dan juga yang lama yang telah dibangkitkan sebagai tindakan susulan dan peringatan serta ingin mendapatkan kepastian mengenai perancangan serta pelaksanaan setiap aduan yang dibangkitkan. Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Bertam merupakan pusat pentadbiran daerah Seberang Perai Utara. Kawasan Bertam yang agak pesat membangun dengan pembangunan sama ada perumahan ataupun komersial telah dirancang oleh pihak-pihak yang berwajib. Sebagai pusat pentadbiran yang menempatkan pelbagai pejabat Kerajaan sama ada Negeri ataupun Persekutuan. Sudah tentu kemudahan infrastruktur memerlukan perancangan yang teliti, yang perlu difikirkan dari pelbagai sudut dan dipertimbangkan dari sudut ekonomi mahupun sosial. Di sini Bertam ingin mengutarakan masalah aduan penduduk mengenai perancangan Kerajaan Negeri untuk menempatkan asrama pekerja asing untuk pelbagai sektor di kawasan Pinang Tunggal. Pinang Tunggal dan Bertam ni sebenarnya berjiran ja, cuit akan terasa, dicubit pasti sakit. Sekiranya perancangan ini dilaksanakan di kawasan Pinang Tunggal sudah tentu impaknya akan sampai ke Bertam. Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Bertam bukan membangkang secara membuta tuli, tambahan pula projek atau perancangan menempatkan asrama pekerja asing ini adalah untuk kemajuan sektor ekonomi. Bertam ingin menyuarakan pandangan mengenai kesan-kesan yang mungkin akan terjadi sekiranya perancangan ini dilaksanakan. Bertam tidak mahu apa yang berlaku di kawasan Taman Pelangi yang mendapat gelaran international park atau taman antarabangsa ini berlaku di kawasan berdekatan Bertam. Taman Pelangi yang dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang ataupun PDC untuk kemudahan rakyat Pulau Pinang kini telah bertukar menjadi penempatan pekerja asing. Penempatan bermula apabila sebuah syarikat multinasional telah menempatkan tiga (3) atau empat (4) blok khusus sebagai asrama perempuan warga asing pada sekitar tahun 1992 dan ianya mendapat sambutan yang amat baik daripada kebanyakan pengilang-pengilang di kawasan Prai dan Seberang Jaya, kawalan keselamatan, pagar keselamatan serta pelbagai SOP telah dibuat untuk memastikan kawasan asrama itu selamat

dan bermula dari situ banyaklah rumah-rumah kediaman disewakan sebagai asrama penempatan pekerja asing. Pada mulanya warga tempatan amat bersyukur kerana dengan adanya ramai pekerja asing di situ maka peluang berniaga warga tempatan juga terbuka, peniaga-peniaga kecil mula membuka perniagaan di kawasan Taman Pelangi dan semakin hari, semakin maju perniagaan kecil sehinggalah menjadi besar. Ada yang telah menyewa sebuah rumah kedai untuk dijadikan tempat meniaga. Pasar malam Taman Pelangi juga amat meriah dengan aktiviti jualan. Mungkin ada di antara Ahli-ahli Yang Berhormat juga pernah mengunjungi pasar malam Taman Pelangi sekitar tahun 2002 hingga 2008, sepanjang jalan masuk dari simpang hinggalah ke hujung pelbagai barangan dijual ikan, sayur, hinggalah pakaian ada dijual di situ. Kita amat bersyukur dengan perkembangan ini kerana ianya juga menjana pendapatan bagi warga tempatan. Namun kusangka hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Masalahnya kita sering alpa dengan kemajuan kita sering lupa yang baru akan jadi buruk, kita sering lalai bahawa yang segar akan menjadi layu dan kelalaian dan kealpaan kita membawa padah. Setelah berpuluh tahun asrama pekerja asing ditempatkan di Taman Pelangi pelbagai masalah sosial telah timbul, manusia ni sering ambil kesempatan, ambil peluang ke atas manusia lain yang lalai. Peluang kelekaan inilah menjadikan keadaan semakin tidak terkawal. Kegiatan ekonomi yang dulunya dimiliki oleh warga tempatan telah diambil alih oleh warga asing, perniagaan kecil-kecilan menjadi besar, warga asing menjadi tauke, warga tempatan menjadi kuli, hampir keseluruhan kawasan Taman Pelangi, aktiviti perniagaan dimiliki atau dijalankan oleh warga asing. Malah masalah sosial pula timbul apabila mereka tidak lagi takut pada pihak penguatkuasa sebab mereka bebas untuk melakukan apa saja. Di sini Bertam ingin menyorot kembali mengenai insiden Solat Hari Raya di Taman Pelangi. Walaupun arahan bahawa Solat Hari Raya tidak dibenarkan di masjid atau surau tetapi warga asing dengan selamba berkumpul dan bersolat di surau malah di tanah lapang, kesannya amat berat. Penguatkuasa mahu ambil tindakan terpaksa pula berunding kerana isu ibadat amatlah sensitif. Apabila warga asing atau pekerja asing tinggal di sesuatu kawasan, masalah pergaduhan antara mereka juga sering kedengaran. Perkembangan ini amatlah tidak sihat sama sekali. Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat Bertam amat berharap bahawa rintihan, aduan serta petisyen rakyat di kawasan Bertam juga Pinang Tunggal di dalam Parlimen Kepala Batas di dengari. Bertam tidak mahu keselesaan, kedamaian, keharmonian kawasan kami dicemari dengan penempatan pekerja warga asing yang boleh mendatangkan masalah sosial serta ekonomi setempat. Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat …(gangguan)

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Minta penjelasan Yang Berhormat Bertam. Terima kasih di atas peluang yang diberikan oleh Yang Berhormat Bertam tadi. Saya memang tertarik tentang isu-isu khususnya berkenaan dengan masalah sosial yang berikutan dengan terdapatnya penduduk-penduduk warga asing, memang di kawasan saya pun memanglah terkenal juga dengan penempatan di mana ia melibatkan tentang warga asing tapi bukankah itulah sebab yang utama perlukan kita menyediakan asrama yang lebih terurus dan dengan peraturan-peraturan seperti mana yang termaktub di dalam syarat pembinaan asrama pekerja yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri, bukankah dengan cara itu dapat kita menangani masalah yang dibangkitkan disebutkan oleh Yang Berhormat Bertam tadi. Saya minta pandangan.

Khaliq Mehtab bin Mohd IshaqBERSATU · PHBertam

Okey, saya setuju apabila kita adakan asrama penempatan warga asing sepatutnya SOP ataupun undang-undang ataupun sekuriti diperketatkan. Masalah dia bolehkah kita bendung benda ni 100 peratus, mula-mula ikutlah lama-lama buat macam rumah sendiri dah buat macam rumah sendiri, ambil alih pula, itulah masalah dia yang kami risaukan Yang Berhormat, okey.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Mohon laluan, terima kasih kepada Bertam. Isu asrama warga asing ini sebenarnya saya nak ulas atau nak hujah dalam perbahasan tetapi nasib Pinang Tunggal dan Bertam sama dengan saya, saya tak tahu pendirian ADUN Pinang Tunggal itu sendiri macam mana pendirian beliau. Kalau sebelum ini hanya Bayan Lepas sahaja seolah-olah tiada yang backup ataupun membantu memberikan sokongan untuk menghalang kepada pembinaan asrama warga asing. Cuma satu saya nak maklum kepada YB. Pengkalan Kota. Dalam libat urus SIA baru-baru ini yang melibatkan MPKK apabila ditanya sama ada mereka ini dibenarkan keluar ataupun tidak? Jawapan dia, kena benarkan, mereka akan keluar, jadi apa guna kita gated mereka, apa gunanya kita buat sistem in out dan untuk kawal mereka tapi dalam masa yang sama mereka boleh keluar? Di situlah seperti Bertam hujahkan tadi, disitulah akan bermulanya dominasi ekonomi, dominasi masalah sosial dan pelbagai masalah-masalah yang lain. Bertam saya lihat dan Pinang Tunggal saya lihat saya minta maaf saya tak dapat hadir lagi mungkin jauh sedikit tetapi apa yang berlaku di Bayan Lepas betul-betul di kediaman kalau kita lihat jawapan daripada Exco kononnya di kawasan low cost, di kawasan kampung tak benarkan pembinaan ataupun kediaman warga asing ini tetapi masalah ini lagi teruk, di Teluk Kumbar lagi teruk 44,000 dihadapkan dengan penduduk 20,000, 25,000, jadi perkara yang paling besar sekali tak apa satu hari nanti Insya-Allah saya akan tapi saya mohon semua rakan-rakan ADUN dapat faham situasi ini. Saya anggap pekerja asing ini bukan buruh paksa, bukan mereka yang hendak pergi kerja hendak pergi ke kilang naik bas di escort oleh polis. Balik daripada kilang pergi balik dari rumah mereka escort polis juga bukan itu konsepnya. Kalau itu konsepnya tidak tahulah. Kena tanyalah apa itu Pertubuhan Pekerja-Pekerja Dunia dan sebagainya. Terima kasih.

Khaliq Mehtab bin Mohd IshaqBERSATU · PHBertam

Kalau asyik kena escort dengan polis macam VIP lah pula. Terima kasih Yang Berhormat Ahli Kawasan Bayan Lepas atas pandangan dan pendapat yang sama…(gangguan).

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Saya hendak minta sedikit penjelasan. Saya dengar bahawanya Ahli Yang Berhormat berkenaan Taman Pelangi di Juru betul tak? Di sana apa yang telah dicadangkan adalah cara yang tidak serupa. Di sana apabila mereka bina rumah kos rendah tidak jual kepada anak tempatan tetapi ia jual kepada kilang-kilang. Kilang-kilang beli dan beri warga asing duduk di sana tanpa apa-apa kawalan. Memang apa yang dibangkitkan social impact sedikit sebanyak ada. Tetapi kami bila hendak beri perbandingan, semak dulu bukan macam workers hostel mereka boleh buat berniaga di sana tidak ada tidak serupa langsung dan di Taman Pelangi memang Kerajaan Negeri pada masa itu bina jual RM32,000 kepada kilang-kilang dan banyak kilang-kilang sudah beli dan sudah buat hostel di sana. I just want to clarify the fact, its not this kerajaan but the kerajaan dulu bina jual.

Khaliq Mehtab bin Mohd IshaqBERSATU · PHBertam

Terima kasih Yang Berhormat Ahli Kawasan Sungai Puyu, apa pun Ahli Kawasan Bertam mengharapkan…(gangguan).

Sekiranya dibenarkan Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri kita lihat isu ini sedang berlarutan dan saya tidak mahu ia berlarutan. Mengapa kita ada asrama pekerja? Kerana sudah pun lebih daripada 10 tahun ada aduan daripada rakyat di seluruh Negeri Pulau Pinang lima (5) daerah kita dari Daerah Timur Laut kepada Daerah Barat Daya, kepada Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan dan kita lihat ada ramai Yang Berhormat di sini yang setuju bahawa kita perlu asrama pekerja sebegini rupa betul atau tidak? Saya boleh lihat satu dua yang mereka sudah pun datang pada kita. Apa yang kita hendak buat objektif hasrat, visi dan misi kita dalam hal ini adalah untuk tempatkan mereka kepada satu tempat yang betul supaya mereka tidak membawa masalah sosial kepada skim-skim perumahan, itu sahaja dan itulah apa yang kita sedang buat. Apabila kita sebut tentang nombor pekerja asing di Negeri Pulau Pinang tahu atau tidak berapa dia? So sebelum buat apa-apa kenyataan mesti ada fakta. Di Negeri Pulau Pinang kita ada hampir 200,000 pekerja asing di seluruh lima (5) daerah kita dan itulah apa yang yang kita hendak buat untuk bantu warga Pulau Pinang dengan tempatkan mereka di dalam satu tempat yang baik dan tempat itu mungkin lebih baik daripada kondominium yang kita ada kerana ada banyak kemudahan and I think we cannot go on with this debate, you have to understand that kalau kita sokong usaha ini ia akan sokong kamu, saya percaya itu. Saya tidak faham mengapa kita hendak mereka terus duduk dalam skim-skim perumahan kita menyebabkan permasalah sosial dikalangan kita.

Khaliq Mehtab bin Mohd IshaqBERSATU · PHBertam

Terima kasih Yang Berhormat Datok Keramat, saya sambung. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Bertam sambung ya. Petani atau pesawah di negeri Pulau Pinang merupakan nadi penggerak kemajuan sektor pertanian sama ada pesawah atau penanam sayur atau kepala sawit mereka menjadi sebahagian penyumbang ekonomi sama ada kita sedar ataupun tidak. Baru-baru ini Bertam telah menerima satu memorandum mengenai elaun sara hidup pesawah menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan Penaga. Pesawah memohon agar pihak Kerajaan Negeri menerusi EXCO Pertanian dan Asas Tani untuk meneliti secara terperinci elaun sara hidup semasa proses menanam padi bermula sehinggalah padi dituai. Bertam tahu bahawa ada sesetengah pesawah terpaksa berhutang atau pun mendapatkan advance dari tauke padi demi kelangsungan hidup mereka terutama pesawah yang mengusahakan sawah secara kecil-kecilan pesawah terpaksa mengeluarkan modal yang besar akibat kenaikan harga pertanian. Jadi elok rasanya kita sama-sama fikirkan kebaikan untuk pesawah yang menyediakan beras untuk kita makan setiap hari. Sebagai sebuah kerajaan yang berkebajikan dan prihatin terhadap masalah rakyat, Bertam yakin perkara ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

Bertam juga ingin menyuarakan sekali lagi mengenai kemudahan jeti di Sungai Abdul. Adalah diharapkan permohonan untuk memperbaiki separuh jeti kayu kepada konkrit dapat dilaksanakan dengan segera sudah tiga (3) tahun permohonan dibuat namun masih lagi tertangguh. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berada dalam proses pemulihan selepas pandemik COVID-19 dan kita sekarang (maaf) kita sekarang berada di dalam fasa endemik kesan daripada COVID-19 amat terasa kepada seluruh rakyat Malaysia amnya Pulau Pinang khususnya, kebanyakan peniaga sama ada kecil atau besar memang terkesan dengan pandemik COVID-19 ianya masih berlarutan dan keadaan semakin pulih walau pun agak perlahan. Dalam fasa ini kita dibenarkan menunaikan solat berjemaah dan dibenarkan berhari raya dan dibenarkan mengadakan majlis keramaian. Alhamdulillah, akhirnya kita sama-sama dapat merayakan Aidilfitri bersama selepas dua (2) tahun tidak berpeluang. Tahun ini juga merupakan tahun yang paling meriah dengan jamuan rumah terbuka hingga ke akhir Syawal. Ada antara wakil rakyat pun mesti sudah ada yang naik berat badan. Dalam masa kita bersiap sedia untuk merayakan Aidil Fitri masalah lain pula yang timbul, bekalan ayam habis. Ianya bukan sehari atau seminggu malah sehingga ke hari Jumaat lepas iaitu 27 Mei 2022, pasar awam Kepala Batas tiada bekalan ayam seperti selalu. Sebagai wakil rakyat Kawasan Bertam sudah tentu lah rungutan berkenaan ayam yang tiada bekalan dan disusuli dengan isu kenaikan harga ayam yang menjadi satu isu yang perlu didengar dan perlu diselesaikan. Walaupun ianya bukan berkait rapat dengan Kerajaan Negeri secara langsung namun masalah rakyat perlu juga diselesaikan. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang yang menjadi pemantau harga barangan sepatutnya sudah ada satu mekanisme kawalan sama ada diperingkat negeri ataupun di peringkat persekutuan. Masalah yang sering didengar apabila harga naik jawapan yang didengar adalah kerajaan akan memastikan tiada kenaikan harga barangan terkawal tetapi akhirnya harga barang naik juga. Terbaru dengar khabar gula pula akan naik, harga tepung dan harga barangan keperluan lain akan naik. Cuba kita semua fikir jika harga barangan keperluan pula naik apa akan jadi pada kos sara hidup, naik lagi maka bertambahlah bilangan keluarga miskin, bertambahlah B40. Bertam faham harga barangan ditentukan pasaran tetapi siapakah yang mengawal pasaran? Jika ada demand….(dengan izin) yang tinggi tetapi bekalan tidak mencukupi maka harga akan tetap naik. Itu semua orang tahu pemandu teksi tahu, petani tahu, cikgu tahu, pensyarah tahu persoalannya takkan EXCO atau menteri tidak tahu? Apabila diajukan soalan ini kepada pakar ekonomi jawapannya agak ilmiah, kenaikan harga barang di dalam negara adalah kesan kepada kelemahan ringgit. Kerajaan Pusat wajib berbuat sesuatu demi memastikan negara kita tidak lagi terbeban dengan masalah kewangan yang semakin meruncing. Bertam amat berharap pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dapat melaksanakan amanah rakyat untuk memastikan setiap harga keperluan adalah mencukupi dengan harga yang berpatutan. Jangan ada kenaikan yang membebankan jangan sampai 100 peratus kenaikan harga benda. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat bandar pusat bandar Bertam Perdana atau kiosk yang merupakan kawasan komersial menjadi agak suram selepas pandemik COVID-19. Semasa lawatan kerja di kawasan digazetkan kawasan untuk aktiviti uptown dapati ianya tidak diuruskan dengan baik. Ada penambahan di bangunan serta ada pokok-pokok yang terbiar dan ada batu penghalang kemasukan kereta telah dirosakkan. Kawasan tersebut sepatutnya diuruskan dengan baik dan sampah dibuang dan diletakkan di tepi bangunan, ada peniaga yang memasang khemah tambahan dan ini mencacatkan pemandangan kawasan yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti uptown ataupun riadah. Bertam pernah mencadangkan dibuat lukisan mural di kawasan tersebut namun sehingga sekarang masih belum diberikan perhatian. Begitu juga di Bertam Boulevard yang suram, Bertam sekali lagi memohon Pihak Berkuasa Tempatan untuk memasang lampu-lampu

hiasan sebagai penarik untuk menarik pengunjung ke Bertam Kiosk. Satu lagi rungutan daripada pihak pembeli kiosk ialah ketiadaan bilik air dan kemudahan surau di kawasan tersebut. Surau dan bilik air selalu dikunci dan ianya agak terbiar. Pihak yang berwajib, Bertam memantau serta memastikan kemudahan ini dapat disediakan. Jika Bertam Properties perlu sediakan maka pastikan mereka menyediakan kemudahan untuk pengunjung di kiosk Bertam. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat kemudahan infrastruktur yang baik amatlah penting untuk keselesaan rakyat namun ada pelbagai faktor yang perlu pihak berkuasa ambil perhatian agar pembangunan tidak membawa masalah kepada rakyat. Bertam ingin memohon agar pihak Jabatan Kerja Raya Negeri untuk melihat masalah yang timbul akibat dari pembinaan jalan raya 2 lorong kepada 4 lorong di sekitar Bertam. Masalah yang diutarakan oleh penduduk di sepanjang kawasan projek seperti Kampung Permatang Pak Elong, Kampung Permatang Manggis, Kampung Datuk perlu diberi perhatian. Apabila projek ini siap timbul lah pula masalah, yang pertama tempat untuk membuat Pusingan-U agak jauh dan keduanya tiada lintasan pejalan kaki untuk penduduk melintas ke kampung sebelah. Bertam memahami masalah kos pembinaan yang tinggi tetapi apa yang ingin disuarakan ialah sekiranya pihak berkenaan dapat membina jejantas yang sesuai demi kemudahan penduduk untuk melintas jalan khususnya untuk motosikal juga atau pun pejalan kaki. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan dan Ahli-ahli Yang Berhormat kemudahan riadah seperti stadium bola sepak MBSP, stadium hoki serta lawn ball telah siap dibina di Bertam. Tambahan pula Stadium Hoki Bertam kini telah dinaiktaraf dan telah digunakan untuk permainan hoki sama ada siang ataupun malam dengan kemudahan lampu limpah atau pun flux light..(dengan izin). Bertam sekali lagi ingin mohon agar pemasangan lampu limpah di stadium bola sepak dapat diluluskan dan dipercepatkan. Sebagai nota ini adalah kali keempat permohonan seperti ini diajukan oleh Bertam di dalam Dewan yang mulia ini. Akhir kata, beralihnya negara ke fasa endemik bolehlah kita menghempus nafas lega kerana kehidupan rakyat dapat kembali kepada hampir normal ataupun 90 peratus normal seperti sebelum pandemik COVID-19 melanda negara kita. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga Bertam ajukan kepada frontliners daripada agensi Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan. Terima kasih kasih kepada rakyat Pulau Pinang yang prihatin dan bertangungjawab dan tidak lupa juga terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya percaya telah turun padang membantu dan memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di kawasan masing-masing terbela dan terjaga. Sekian, Wabillah Hitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bertam. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Seri Delima.

Syerleena binti Abul RashidDAP · PHSeri Delima

Terima kasih. Assalamualaikum kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ketua Jabatan, wakil-wakil dan juga para hadirin yang berada dalam Dewan yang mulia ini. Salam sejahtera dan salam mutiara. Izinkan saya merakamkan kesyukuran kerana diberi ruang untuk menyuarakan sokongan terhadap usul yang telah dilafazkan oleh Tuan

Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada pembukaan sesi persidangan penggal yang kelima kali ini. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, pembangunan sesuatu kawasan adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menghidupkan semula kawasan tersebut. Ia boleh membantu mewujudkan pekerjaan dan juga menarik perniagaan yang baharu dan seterusnya membantu meningkatkan ekonomi tempatan. Ia juga boleh dirancang jenis industri yang diperlukan untuk pertumbuhan serta memastikan terdapat sumber dan juga kemudahan yang mencukupi untuk menyokong perniagaan tersebut. Di sepanjang jalan Hilir Pemancar di Taman Tun Sardon, di bahu-bahu kiri dan juga kanan telah menjadi sarang gerai tidak berlesen dan juga sejak dua (2) tahun yang lalu sejak permulaan pandemik lebih banyak gerai telah didirikan. Menyukarkan pejalan kaki untuk jalan dan juga menyempitkan jalan serta menyebabkan kesesakan tidak pernah terjadi sebelum ini. Dan lebih teruk lagi apabila mereka mengambil tempat di atas tempat letak kereta penduduk. Saya telah pun menerima terlalu banyak aduan daripada penduduk dan juga sebagai wakil rakyat saya terperangkap dalam dilema. Sama juga seperti yang lain. Bagaimanakah kita boleh mengambil tindakan terhadap individu-individu yang terpaksa mencari jalan untuk menampung kehidupan seharian? Mereka telah diberhentikan kerja dan juga terpaksa menjual makanan dan juga minuman di gerai-gerai di tepi jalan. Tetapi pada masa yang sama, bagaimana kita tidak boleh endahkan kebimbangan yang semakin meningkat. Penduduk yang sukar untuk meletakkan kenderaan. Ada juga yang berlaku ugutan supaya mereka boleh meletak kereta mereka. Jadi sebagai pembuat dasar saya kira cara yang terbaik ke hadapan adalah untuk menyediakan lebih banyak kompleks yang boleh menempatkan gerai-gerai ini. Jadi daripada merampas mata pencarian mereka, marilah kita jadikan mereka pemilik perniagaan yang sah dengan menyediakan ruang terkawal untuk mereka beroperasi. Tahniah saya ucapkan kepada penduduk Tanjong Bunga yang kini boleh menikmati satu food court baru di Hillside. Saya cukup berharap perkara yang sama dapat dilakukan untuk Astaka Taman Tun Sardon iaitu dengan menyediakan ruang untuk semua penjual tepi jalan dan juga menyediakan tempat letak kereta bertingkat untuk pengunjung meletak kenderaan mereka. Dan juga membersihkan jalan-jalan sekeliling dan sekaligus memulihkan ekonomi tempatan. Timbalan Speaker, satu perkara yang jauh lebih penting adalah infrastruktur awam yang asas yang telah berdekad lamanya tidak diselenggara dengan baik dan juga dalam keadaan yang sangat daif. Perumahan lama, flat yang langsung tidak mempunyai keperluan asas seperti ram, lif untuk kegunaan para warga emas dan juga OKU, pengguna kerusi roda. Inilah hakikat yang sedang kami hadapi di flat-flat seperti di Taman Tun Sardon. Rakyat Pulau Pinang sudah terbiasa dengan kesan dari masalah penuaan bangunan-bangunan awam dan juga kompleks perumahan. Walaupun sudah biasa, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku. Saya ingin memberi beberapa contoh. Contoh nombor satu isu peparitan. Kawasan-kawasan seperti Island Glades sebagai contoh merupakan salah satu kawasan penempatan kediaman awal di Pulau Pinang sedang menghadapi isu perparitan uzur yang sangat memerlukan kerja-kerja pembaikan tetapi projek-projek naik taraf sukar dilakukan kerana perlukan jumlah peruntukan yang besar dari Kerajaan Negeri. Contoh yang kedua, isu kekurangan tempat letak kereta. Pangsapuri dan juga flat lama seperti Taman Tun Sardon, Krystal Heights dan juga seluruh deretan pangsapuri di Jalan Gangsa di Seri Delima sedang mengalami isu kekurangan tempat letak kereta yang amat serius ekoran penambahan ahli-ahli keluarga. Kini sudah menjadi kebiasaan untuk setiap rumah mempunyai lebih daripada dua (2) buah kereta namun malangnya ketiadaan tempat letak kereta yang mencukupi memaksa para penduduk memarkir kenderaan mereka di sepanjang bahu jalan. Isu ini pulak menjadi semakin parah apabila berlakunya kecemasan di mana bomba ataupun ambulan sukar untuk melalui jalan yang sempit ini. Maka banyak

saman-saman yang telah dikeluarkan kepada penduduk oleh pihak polis trafik di mana tindakan ini saya kira wajar tetapi tidak adil kepada mereka pada masa yang sama. Tuan Yang di-Pertua, dengan izin Timbalan Dato’ Speaker, saya ingin memetik petikan yang diterbitkan oleh Penang Monthly pada tahun 2019 yang memetik ucapan dari Yang Berhormat Datok Keramat. Dengan izin ‘Penang will be undergoing urban regeneration in the near future to address land scarcity, especially on the island. Land reclamation is a norm for all states to get sufficient land”. Jadi ini tidak dinafikan bahawa saya setuju dengan kenyataan tersebut namun jangan pula kita lupa dan terlepas pandang perkara pokok berkaitan permasalahan sedia ada yang harus juga diselesaikan apabila rumah pangsa mencapai umur tertentu yang menjadi tidak daya maju dari segi ekonomi untuk diselenggara. Penyelenggaraan flat lama adalah lebih mahal daripada membangun semula skim baru dari awal. Saya juga difahamkan bahawa pangsapuri seperti flat Taman Free School di Datok Keramat, Flat Mahsuri di Bayan Lepas dan juga Flat Riffle Range di Padang Tembak yang mana pembangunan berusia lebih 40 atau 50 tahun telah dikenalpasti untuk menjalani “Urban Rejuvenation” yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan saya amat berharap bahawa keputusan yang sama dapat dilakukan di Pangsapuri Flat Taman Tun Sardon. Taman Tun Sardon merupakan kawasan kediaman penduduk yang masih dalam lingkaran bandar George Town, Pulau Pinang. Terletak 5.7 km di selatan pusat bandar, kejiranan kelas pekerja ini yang juga berjiran dengan Minden Heights. Taman Tun Sardon dinamakan sempena Sardon Jubir yang berkhidmat sebagai Gabenor Pulau Pinang antara tahun 1975 hingga ke tahun 1981 dan sebelum itu, beliau telah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan, Menteri Kerja Raya dan Komunikasi. Jadi berbalik kepada Taman Tun Sardon ia dibina dengan niat murni untuk menyediakan rumah kepada semua orang sambil memberi keperluan asas yang sepatutnya diberikan kepada semua tanpa mengira status ekonomi, bangsa ataupun agama. Jadi walau bagaimanapun sejak beberapa dekad yang lalu, Taman Tun Sardon telah jauh ke terbelakang dibayangi oleh perkembangan yang lebih baru, yang lebih elit. Taman Tun Sardon adalah mercu tanda kepada Astaka Taman Tun Sardon sebuah kompleks makanan yang saya faham masih berada di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri ataupun lebih dikenali sebagai ICU dan kini dalam proses diserahkan kepada MBPP. Ia juga merupakan satu tempat yang sangat popular untuk pelancongan makanan dan kerana ia terletak di satu lokasi yang strategik. Jadi idea untuk urban rejuvenation ini adalah sangat-sangat memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang. Jadi di Taman Tun Sardon aduan paip lama, air kumbahan najis yang bocor menitik di siling rumah penduduk bukanlah cara kita mengambarkan kehidupan rakyat Pulau Pinang. Jadi pejabat saya juga menerima begitu banyak aduan setiap kali berkaitan dengan hal-hal ini tetapi disebabkan oleh peraturan, prosedur dan juga bidang kuasa agensi tertentu serta kepantasan dan juga kecekapan untuk bertindak balas terhadap aduan-aduan, ia seperti tak ke mana. Jadi kita tahu bahawa kos penyelenggaraan serta pembiayaan memainkan peranan yang penting. Jadi saya juga berharap agar Kerajaan Negeri akan melihat kepada meningkatkan belanjawan untuk membaiki serta mengemaskini perkara-perkara yang boleh dan juga yang tidak boleh dilakukan apa yang boleh dilakukan dan berapa cepat ia boleh disiapkan. Masih terdapat banyak karenah di setiap lapisan dan juga budaya ini yang memerlukan perubahan yang menyeluruh. Kebersihan yang sentiasa menjadi tumpuan utama saya. Sehingga kini kebersihan di sekeliling kawasan Taman Tun Sardon masih tidak cukup baik. Mungkin sikap kekurangan kesedaran oleh ramai penduduk menunjukkan kekurangan ataupun tidak mengambil kira keterlibatan sivik atau mungkin kesalahan terletak pada kontraktor yang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka seperti mana yang telah mereka janjikan. Jadi apapun tidak ada seseorang manusia pun yang layak hidup dalam serba kekurangan. Saya tidak mahu sehingga penduduk di sini merasakan mereka hidup bagaikan di tepi timbunan sampah. Menjadi tanggung jawab kita sebagai pembuat dasar untuk mengubah perkara ini. Jadi mungkin cara yang terbaik ke hadapan adalah untuk menggunakan tindakan penguasaan

yang lebih ketat dan juga denda yang lebih berat. Selain itu, tingkatkan kutipan dan juga pembersihan sampah ataupun jadual yang berkaitan dengan penyelenggaraan taman dan sebagainya. Kita perlu menunjuk kepada mereka contoh yang lebih baik dan perlu diikuti. Timbalan Speaker, pandemik COVID-19 telah meningkatkan kesedaran kita betapa cepatnya dunia ni boleh berubah. Dan juga semasa era COVID-19 kita terpaksa hidup dengan keadaan yang tidak kepastian, kebimbangan, pengasingan dari orang ramai dan juga hidup dalam kesunyian. Jadi hasilnya kita dapat menyaksikan peralihan budaya dalam kesedaran orang ramai bercakap tentang kesihatan mental. Isu kes bunuh diri yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang telah sekaligus menunjukkan keperluan untuk kita sebagai pengubal dasar-dasar negeri untuk memperbanyakkan lagi perbincangan mengenai kesihatan mental. Perkataan mental sendiri seringkali mencetuskan stigma yang negatif. Bila orang sebut perkataan-perkataan seperti Tanjung Rambutan ataupun Hospital Bahagia, percayalah ada juga yang tergelak. Tanjung Rambutan dan juga Hospital Bahagia sudah menjadi (dengan izin)….punchline comedy bagi masyarakat Malaysia semasa. Banyak yang menghadapi masalah kesihatan mental enggan untuk tampil untuk mendapat rawatan kerana malu takut diejek oleh masyarakat, dan selalu mendapat respon yang negatif. Masyarakat kita tidak memandang serius terhadap masalah kesihatan mental. Jadi antara salah satu perkara yang dilakukan ataupun yang perlu dilakukan adalah untuk (dengan izin)….decriminalise kes bunuh diri, Seksyen 309 Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa mana-mana individu boleh didakwa jika beliau cuba untuk membunuh diri dengan kemungkinan dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun ataupun denda ataupun dua-duanya sekali. Tindakan seperti ini adalah kejam. Kerana sesiapa yang terdorong untuk melakukan perkara ini sedang mengalami masalah tekanan yang serius. Jadi percayalah depression…(dengan izin), bukannya satu trend atau perkara yang timbul dengan sekejap …(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Minta mencelah. Terima kasih Yang Berhormat Seri Delima. Kepada isu kesihatan mental itu, kita sudah tahu banyak di kalangan masyarakat yang menghadapi masalah kesihatan mental dan juga kerana mereka enggan mencari cara penyelesaian atau pergi untuk kaunseling ataupun psikiatri atau apa-apa jenis pertolongan lagi telah berada di rumah dan menyebabkan lebih banyak penderitaan dikalangan keluarga juga. Oleh itu adakah sesuatu perlu dibuat untuk mereka yang menghadapi masalah tetapi enggan melaporkan diri oleh kerana malu, ataupun takut disabit kesalahan jika ditangkap oleh Pihak Berkuasa? Terima kasih.

Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Baik terima kasih Yang Berhormat Pulau Tikus. Nanti saya akan jelaskan juga. Jadi sesiapa yang mengalami kemurungan ataupun depression…(dengan izin), kebarangkalian besar telah lama melalui perasaan-perasaan ini. Maka persepsi menyalahkan media kerana menulis berita-berita kes bunuh diri sepatutnya tidak berlaku kerana hasrat untuk membunuh diri adalah sesuatu yang dialami atau difikirkan buat masa yang lama. Jadi mungkin cadangan yang konstrutif rakan-rakan media yang menulis artikel tersebut boleh juga kongsi nombor-nombor hotline seperi Befrienders ataupun pakar-pakar psikologi yang boleh membantu. Cadangan untuk membina barrier yang tinggi dan juga menyediakan safety net adalah cadangan-cadangan yang boleh membantu tetapi perlukan kajian yang lebih terperinci. (Dengan izin)…it is not in absolutely deterrent sebab mangsa-mangsa tekanan ini akan juga mencari tempat-tempat yang lain. Bangunan cakar langit yang lain ataupun cara-cara lain seperti menelan pil tidur ataupun (dengan izin)….asphyxiation. Jadi kemurungan sebenarnya mempunyai tujuh (7) jenis yang berlainan (dengan izin)….Major Depressive Disorder,

Persistent depressive disorder, ketiga Bipolar Disorder, keempat Postpartum Disorder, kelima Premenstrual dysphoric disorder, seasonal affective disorder dan atypical depression. Kita perlu utamakan kesedaran terhadap kesihatan mental dan juga seelok-eloknya mengubah cara pendekatan (dengan izin)….mental health should be treated as health crisis. Saya sokong dengan cadangan Yang Berhormat KOMTAR yang telah menyatakan bahawa semua agensi, stake holders, pakar kesihatan, Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat dan persatuan-persatuan perlu bekerjasama. Jadi cadangan untuk selaraskan nombor seperti mana 999 digunakan untuk kecemasan perlulah diambil serius dan harap kita dapat berbincang dengan lebih lanjut. Dato’ Timbalan Speaker, apabila membincangkan tentang pembangunan seni budaya dalam sesebuah negeri, hal ini boleh menghasilkan persekitaran yang kondusif dengan kreativiti dan juga inovasi dalam kalangan masyarakat. Kawasan-kawasan yang kurang maju, sebenarnya boleh dimajukan sebagai tarikan ataupun tumpuan baru dengan pembangunan seni budaya di situ, di samping membantu bakat-bakat tempatan dengan memperuntukkan dengan dari Kerajaan Negeri. Jadi, izinkan saya untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah berjaya menghasilkan Penang Arts District, The Penang Creative Digital District dan juga beberapa-berapa inisiatif persembahan bakat baru seperti Show Penang Open Mic yang telah dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang. Salah satu cara yang lain untuk kita membangunkan seni budaya adalah melalui penglibatan masyarakat awam dalam seni lukis. Contohnya, lukisan mural di bangunan-bangunan yang dirasa sesuai sebagai tarikan pelancongan mahupun di dinding-dinding di kawasan taman-taman kejiranan dan juga taman awam. Seni lukis sebenarnya menceritakan tentang kehidupan sebuah komuniti tersendiri. Dan saya ingin menarik perhatian terhadap apa yang telah dilakukan oleh, oleh Yang Berhormat Air Itam. Ini adalah satu inisiatif yang saya cukup suka. Tahniah, syabas. Secara umumnya, konsep sebegini ini secara tidak langsung akan menggalakkan interaksi sosial dan juga membendung masalah kesihatan mental dengan cara: 1. Penglibatan kawasan kejiranan, kawasan kerja, kedai-kedai runcit ya, ia boleh dijadikan tempat tumpuan orang ramai sepanjang hari;

2. Walaupun dengan kepadatan penduduk, namun masih mempunyai jalinan rangkaian yang baik, dataran pejalan kaki yang selesa dan juga ya akses kenderaan disekatkan supaya kita dapat ya lebih mesra pejalan kaki ya penunggang-penunggang basikal dan seterusnya;

3. Pokok-pokok jalanan yang lebih cantik dengan udara yang bersih, dan tidak mempunyai pencemaran bunyi, ia dapat ya mengurangkan beban, tekanan. Jadi kemudahan-kemudahan komuniti yang yang menghadap ke jalan akses dan sebagainya ia dapat membantu dalam segi pembangunan sosial. Sekali lagi, tidak dinafikan bahawa Pulau Pinang merupakan tempat tumpuan untuk kebudayaan, warisan dan juga seni kreatif. Dalam bidang pelancongan pula, Pulau Pinang mempunyai terlalu banyak kategori pelancongan yang boleh ditawarkan selain pelancongan makanan, pelancongan perubatan dan sebagainya. Jadi, Pulau Pinang juga kaya dengan pelancongan-pelancongan seni lukis, pelancongan pantai, pelancongan sukan. Jadi, maka saya ingin ambil kesempatan ini ya untuk mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana telah menerajui pembangunan angkasa lepas dan

Angkasa-X Innovation Sdn. Bhd. akan membangunkan sebuah stesen angkasa lepas bumi dan juga pusat teknologi angkasa lepas di Kampus Kejuruteraan USM, di Nibong Tebal. Jadi, mana tahu selepas ini mungkin Pulau Pinang boleh menerajui Space Tourism dan juga sekaligus ya boleh bekerjasama dengan Space-X, dan mungkin boleh menjemput Elon Musk untuk makan nasi kandar.

Jadi apa yang boleh, apa yang sedang ya menjadi jantung dan membuatkan Pulau Pinang ini lebih menyerlah, sudah pasti dengan Muzik. Jadi dengan wujudnya entiti seperti Penang House of Music, Fakulti Muzik USM dan juga Indie Darlings seperti Soundmaker Studio dan juga beberapa pemain muzik yang telah melonjakkan nama mereka ke pentas dunia seperti Alleycats, Ahmad Nawab, P. Ramlee, Jimmy Boyle, Dasha Logan and juga Phil Tan. Phil Tan yang merupakan seorang sound engineer yang telah bekerjasama ya dengan artis-artis terkenal seperti Gwen Stefani dan juga Mariah Carey dan banyak lagi. Dan beliau telah menghabiskan masa MCO di Pulau Pinang, dan berhasrat untuk menjadikan Pulau Pinang ni sebagai salah satu base. Tetapi malangnya, hasrat ini tidak termakbul. Jadi, maka saya percaya ya, bahawa kesediaan kita untuk mewujudkan Pelancongan Muzik Pulau Pinang sudah ada dan tidak boleh dinafikan lagi. Muzik, boleh dihidupkan dalam pelbagai kombinasi Intrumental dan vokal, solo, berkumpulan, muzik akustik mahupun elektrik, macam-macam. Jadi, genre muzik adalah produk dari kehidupan masyarakat, sesuatu yang harus dihargai kerana nilai estetiknya malahnya muzik juga saling hubung kait dengan budaya dan juga sejarah warisan, sosial, dan juga geografi kawasan. Jadi, kalau dulu muzik tidak lari dari aspek ritual dan sosialiti. Namun kini, muzik lebih santai dan menjadi sumber inspirasi dan juga ekspresi dari pemuzik dan juga keselesaan pendengar. Jadi, muzik ini mencerminkan identiti, keselesaan, persembahan dan macam-macam. Jadi aktiviti pelancongan merupakan juga industri yang sangat dinamik…(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Minta celah sekejap.

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Okey.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Terima kasih Yang Berhormat Seri Delima. Saya amat tertarik dengan ini artis-artis muzik. Tetapi, saya just nak tanya jugalah kalau kita bandingkan industri muzik atau kesenian dalam bukan sahaja di Negeri Pulau Pinang tetapi Malaysia secara seluruh. Masih dalam consumer power masih amat kecil kalau dibandingkan dengan negara-negara lain terutamanya negara-negara baratlah. Oleh itu amat sukar untuk artis-artis untuk mencari makan dalam industri kesenian ini. Oleh itu, apakah cadangan Yang Berhormat Seri Delima untuk mengatasi masalah ini?

Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Saya, terima kasih. Saya hanya boleh bagi cadangan ya. Saya kurang setujulah dengan tanggapan bahawa pasaran kita terlalu kecil disebabkan kalau kita tengok Malaysia ni kita ada pelbagai bahasa. Jadi kalau dari segi pemasaran lagu-lagu yang berbahasa Melayu, pasarannya tidak terhad di Malaysia, Indonesia, Brunei, Nusantara, ya. Jadi kalaulah dari segi lagu-lagu Mandarin, pasarannya pun agak luas. Dan juga kalau Bahasa Tamil dan sebagainya. Jadi, apa yang perlu dilakukan adalah satu ya, kesinambungan dari segi promosi dan juga iltizam politik untuk membantu ya, bakat-bakat muzik tempatan. Jadi, para pelancong hari ini melancong dengan tujuan untuk mampu meransang ekonomi pelancongan dunia. Jadi misalnya kini telah wujudnya pelancongan perubatan, pelancongan warisan, pelancongan makanan dan pelancongan muzik adalah antara pelancongan yang menjurus kepada pelancongan tumpuan. Pelan…(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Ah, mengenai saudari daripada Seri Delima tentang pelancongan muzik. Saya cukup tertarik tadi dia cakap Bahasa Tamil, lagu Bahasa Tamil so, saya pun tertarik nak jawablah. Ini satu perkara yang saya nampak Pulau Pinang ada potensi yang perlu kita guna pakailah. Kenapa saya nyatakan begitu. Baru-baru ini ada dua (2) orang penyanyi yang popular dari India datang buat show mereka nyatakanlah mereka akan buat show di Kuala Lumpur. Dalam satu jam, semua tiket sold out. It’s about a few thousand dan harganya bukan murah dan I think selain daripada memberi ruang kepada bakat-bakat dalam, kita pun perlu bawa bakat-bakat antarabangsa ke Pulau Pinang kerana ini adalah destinasi pelancongan dan, we have everything in Penang…(dengan izin,) so bukan sahaja artis tempatan, kita pun boleh lihat kepada Hong Kong, Chennai dan beyond that. Dan mereka perlu datang, kita ada SPICE. Mereka boleh performance, di sana dan akan menjadi pemangkin untuk industri pelancongan seni, pelancongan muzik yang dinyatakan oleh saudari. Thank you.

Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Okey, terima kasih pada Yang Berhormat Bagan Dalam. Memang saya setuju. Setuju. Bukan hanya kita beri tumpuan kepada tempatan, tapi pada masa sama kita mengembangkan ya, pelancongan muzik untuk menarik juga ahli-ahli muzik, pemuzik dari antarabangsa. Jadi, Pelancongan Muzik dalam erti yang lebih luas akan menerokai ya, beberapa tempat dengan tujuan untuk hadir menyaksi festival-festival muzik dan juga persembahan yang lain. Jadi, dalam pelancongan muzik ini, pelancong didefinasikan dalam dua kumpulan. Satu, mereka yang datang sebagai pendengar muzik. Kedua, mereka hadir sebagai pemain muzik. Jadi, Pelancongan Muzik akan melawati kawasan-kawasan di bandar, pekan ataupun perkampungan tempatan. Malah pelancongan ini ya penting juga untuk kampung-kampung kecil seperti mana yang sedang berlaku di Glastonbury, sama juga bandar seperti Glasgow. Maka, apa yang menghalang kita memang tak dak apa-apa untuk menghalangkan kita untuk memperkenalkan semula ya, Penang Northern Jazz Festival, Penang Indie-Music Fest, Penang Northern Festival, Green Force Music dan sebagainya dan juga perlu menyokong inisiatif-inisiatif independent…(dengan izin), dari organisasi seperti Soundmaker dan juga Uah

Music Culture yang seringkali memberi platform kepada pemuzik tempatan untuk mempersembahkan hasil seni mereka. Kebelakangan ini pemain muzik kontemporari menjadi fenomena besar dalam industri muzik sehingga menggalakkan terjadinya pelancong, pelancongan muzik. Persembahan-persembahan muzik dilawati oleh jutaan pelancong luar dan dalam negara ia boleh menggalakkan memperkembangkan ekonomi pelancongan. Jadi, kalaulah Jakarta boleh membawa band seperti Slipknot tahun hadapan melalui Hammersonic Festival, kenapa tidak Pulau Pinang? [Ahli Dewan menepuk meja] Jadi, mungkin ramai yang tidak sedar bahawa guitarist bagi band Limp Bizkit, Wes Borland, telah mengadakan satu klinik gitar di Pulau Pinang pada tahun 2007. Tau dak? Jadi, faktor utama yang memacukan industri pelancongan muzik ialah dengan meningkatkan dalam kepelbagaian acara nasional dan juga antarabangsa, karnival, konsert, festival dan sebagainya. Jadi, faktor utama lain adalah persembahan oleh penyanyi antarabangsa dan juga negara ia boleh buat ya, acara-acara konsert sedemikian. Jadi kita tak boleh nafikan bahawa, generasi millennium adalah penonton yang ideal untuk festival-festival muzik sebegini. Dan juga media juga mainkan peranan yang penting dalam memacukan industri pelancongan muzik…(gangguan).

Celahan.

Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Jadi.

Terima kasih Seri Delima. Terima kasih. Saya memang memegang portfolio/fokus group. Kesenian, kebudayaan, Warisan, Pelancongan. Memang diberi tanggungjawab ini untuk melihat balik kesenian dan juga warisan. Saya cuma nak pandangan daripada Seri Delima. Kita di Pulau Pinang ni ada banyak kaum. Cina, India, Melayu, Banggali, dan Punjabi, Rohinya. Perai pandai melawak dengan saya. Kita ada tiga, empat kaum yang majmuk di Pulau Pinang dan setiap kaum ni ada kesenian dan warisannya. Macam orang Melayu dia ada Boria, dia ada Gazal Parti, dia ada lain-lain lah. Dia ada Burdah dan sebagainya. Dan orang Cina, India mungkin ada. Jadi, kalau boleh kita cari satu platform untuk kita tonjolkan. Hat tempatan ada, hat luar tadi oklah. Saya tak berapa minat. Zaman saya dulu minat Eagles dulu ni. Zaman lama-lama, Air Supply dulu ni.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Deep Purple.

Erm, Deep Purple. Zaman saya mengaji dululah sekolah masa di ITM. Jadi kalau boleh kita cuba jangan ketepikan yang tempatan. Cari satu platform, cari satu badan untuk wujudkan balik yang saya rasa kita boleh kembangkan seiring dengan pelancongan di Pulau Pinang ini.

Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Terima kasih Yang Berhormat. Saya, saya pun setuju sebenarnya…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Seri Delima, satu minit lagi.

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Allah. Baik. Baik, saya setuju. Jadi, antara faktor lain ya yang perlu kita tengok kan di mana pelancongan muzik ni sebenarnya bila kita hidupkan atau mewujudkan pelancongan muzik ini. Dia, kita boleh bekerjasama dengan sektor-sektor pelancongan yang lain seperti industri perhotelan, transport dan sebagainya. Jadi, saya percaya bahawa apabila kita memberi tawaran dan juga peluang kepada syarikat-syarikat perhotelan dan juga pusat pelancongan ia dapat juga memberi satu kerjasama yang bagus untuk membangunkan ekonomi tempatan iaitu di Pulau Pinang. Disebabkan kita juga beruntung ya, kerana kita mempunyai pengangkutan domestik dan antarabangsa. Kita pun ada ya, lapangan terbang, jadi kalau dari segi logistik, saya rasa tidak ada masalah. Cuma kena tunggu approval daripada Kerajaan Pusat untuk setengah-setengah perkara. Jadi, balik kepada pelancongan muzik. Apatah lagi sekiranya ada kerjasama dengan artis tempatan, artis antarabangsa hotel, kelab-kelab muzik sebagai venue untuk persembahan-persembahan tersebut disebabkan di Pulau Pinang ini sebenarnya kita ada ramai banyak lokasi yang boleh dijadikan venue persembahan bukan takat sahaja di SPICE tapi di Fort Cornwallis di Padang Kota Lama, Dewan Seri Pinang dan juga auditorium. Macam-macam kita boleh lakukan dan pada masa yang sama, kita dapat membantu syarikat-syarikat tempatan dan juga ahli-ahli muzik kita dan juga rakan-rakan kita yang telah terkesan daripada pandemik. Jadi hakikatnya apabila kita mendengar ya, dengan minda dan hati yang terbuka, maka saya percaya ini adalah satu fungsi yang penting dalam memajukan negara ke arah yang lebih bermakna dan juga positif. Jadi kita sangat memerlukan adab yang sopan dan yang baik berkompromi bersama tambah dengan pemikiran yang terbuka melihat juga bagaimana pentingnya Industri Pelancongan Muzik adalah untuk kemajuan di Pulau Pinang. Jadi akhir kata, masyarakat abad ke-21 ini adalah satu masyarakat yang amat kompleks. Jadi cabaran-cabaran yang kita hadapi amatlah berbeza jika dibandingkan dengan dekad-dekad yang sebelum ini, tambahan pula cabaran-cabaran pasca pandemik. Jadi wujudnya satu keperluan seperti mana yang telah disarankan oleh Tuan Yang Terutama dalam ucapan perasmian tempoharinya yang mengatakan kita perlu mengembeling tenaga dan juga daya fikir untuk menyumbangkan ke arah perancangan pembangunan ini. Jadi dengan ini Seri Delima menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Seri Delima. Dipersilakan Bagan Dalam. Sudah ada persetujuan? Ya, persetujuan.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Okey. Terima kasih. Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan di dalam Dewan yang mulia ini. Dato' Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para hadirin dan seluruh anggota pentadbiran Kerajaan Negeri semoga kalian senantiasa beroleh kesejahteraan sihat sejahtera dan sentosa. Dato’ Yang di-Pertua, bersyukurlah semua kerana pada akhirnya kita telah memasuki fasa peralihan kepada endemik. Perkara ini dapat dicapai kerana hasil usaha gigih dan tidak berputus asa para anggota barisan hadapan selama dua (2) tahun berturut-turut. Dalam ini saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada pasukan saya di Air Itam, Ahli Jawatankuasa MPKK, pasukan Bomba Sukarela dan para sukarelawan amal KADUN Air Itam yang telah menabur jasa dan bakti sepanjang tempoh yang sukar dan mencabar ini. Sepanjang fasa pandemik, kami bukan sahaja telah mengagihkan sebanyak lebih kurang 1,180 bakul makanan kepada golongan yang memerlukan malah pelbagai bentuk bantuan lain telah dilaksanakan antaranya adalah membekalkan sebanyak 160 buah alat oksimeter kepada mereka yang menghidapi jangkitan COVID-19. Selain daripada itu perkhidmatan menghantar bekalan makanan juga telah diselaraskan oleh Pusat Khidmat KADUN Air Itam untuk keluarga yang menjalani kuarantin kendiri di rumah. Pada satu ketika apabila pusat perubatan, kuarantin dan wad hospital terlalu penuh dan alat bantuan pernafasan oxygen concentrator tidak mencukupi di sana, kami dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan dan pertubuhan amal seperti Penang Health Care Alliance telah menyediakan alat bantuan pernafasan kepada mangsa yang agak kritikal. Dalam usaha membendung penularan wabak pada ketika itu, pasukan saya di Air Itam juga tidak lupa akan anak-anak yang terkurung di rumah dan terpaksa menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah PdPR. Kepada mereka yang kurang mampu untuk memiliki peranti mudah alih kami telah membekalkan sebanyak 78 buah peranti mudah alih kepada mereka. Kepada mereka yang tidak mampu mendapatkan perkhidmatan jalur lebar mudah alih kami telah mengalihkan bantuan jalur lebar kepada murid-murid tersebut agar mereka dapat teruskan pembelajaran atas talian dan tidak ketinggalan dalam kelas harian mereka. Sebagai usaha untuk meringankan bebanan penduduk Air Itam terutamanya golong B40, inisiatif food bank telah dilaksanakan dengan kerjasama MPKK di mana makanan segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran disediakan untuk edaran secara percuma. Dato’ Yang di-Pertua, walaupun fasa pandemik telah berakhir namun ini tidak bermakna kita boleh leka dan cuai dengan kedudukan kesihatan kita dan masyarakat secara keseluruhan. Kami di KADUN Air Itam, sentiasa peka dan mengambil berat kesihatan masyarakat. Oleh yang demikian sebagai usaha berterusan membendung penularan penyakit, satu Karnival Kesihatan telah diadakan pada 29 Mei iaitu semalam dengan kerjasama pengamal perubatan dan dirasmikan oleh Ketua Menteri kita. Penduduk tempatan menikmati pemeriksaan kesihatan yang percuma dan khidmat nasihat perubatan

pada masa yang sama sebagai usaha meningkatkan tahap kesihatan golongan B40, inisiatif Peka B40 atau juga dikenali sebagai Skim Peduli Kesihatan telah memperkenalkan kepada peserta yang layak. Segala usaha yang telah dilaksanakan adalah dengan harapan bahawa bebanan rakyat pada ketika itu dapat diringankan dan kelangsungan hidup mereka terjamin. Dato’ Yang di-Pertua, pada fasa peralihan kepada endemik ini boleh dikatakan bahawa kebanyakan kegiatan perniagaan dan riadah telah dibenarkan. Ini bermaksudnya penggunaan tenaga elektrik dan bekalan air telah kembali ke penggunaan kapasiti pra pandemik. Susulan daripada itu, terdapat beberapa kejadian gangguan bekalan elektrik yang telah dialami di kawasan Air Itam dan saya di sini ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) atas tindakan pantas mereka untuk memulihkan bekalan tenaga elektrik kepada penduduk apabila berlakunya gangguan elektrik. Tindak balas pihak TNB yang laju dan menangani aduan awam ini menunjukkan bahawa pihak TNB mempunyai pasukan khidmat pelanggan yang terurus dan bertanggungjawab akan tetapi perkara yang sama tidak dapat disebut untuk syarikat bekalan air kita dalam menangani masalah dan aduan awam mengenai perkhidmatan bekalan air. Dato’ Yang Di-Pertua, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang juga dikenali sebagai PBAPP adalah satu badan yang bertanggungjawab terhadap bekalan air yang berterusan kepada penduduk negeri ini dan mempunyai sejarah penubuhan seawal tahun 1919. Maka PBAPP seharusnya mempunyai pengalaman yang mendalam dan memadai dalam bab pengurusan air namun pada pada hari ini selepas 103 tahun penubuhan perkhidmatan air di Negeri Pulau Pinang, saya berasa pihak PBAPP perlu memerhati dan mencontohi kecekapan pihak agensi lain dalam menyelesaikan aduan awam dan tindakan pantas membaik pulih bekalan asas seperti air supaya perniagaan dan kehidupan harian orang awam tidak terjejas. Penduduk di sekitar Air Itam seringkali mengalami masalah gangguan bekalan air. Apabila pihak kami memanjangkan aduan tersebut kepada PBAPP mereka mengambil masa yang lama untuk memberi maklum balas ataupun memulihkan keadaan. Saya mengambil satu contoh apabila kebocoran paip dan saluran air ditujukan kepada PBAPP. Mereka kadangkala mengambil masa yang lama untuk membaik pulih paip tersebut. Air yang mengalir sehingga berhari-hari adalah satu pembaziran akan tetapi PBAPP pula sering menyeru orang awam untuk menjimat air demi kelestarian alam sekitar dan tidak membazir khazanah alam. Pepatah kampung menyebut ini adalah “Cakap tidak serupa bikin”. Di samping itu saranan pihak PBAPP kepada pengguna supaya memasang tangki air di rumah pengadu untuk mengatasi masalah gangguan bekalan air juga sukar di terima. Hal ini bertambah rumit apabila hakikatnya kebanyakkan rumah yang mengalami gangguan bekalan air pada hari yang biasa mengalami masalah tekanan air yang rendah juga. Seandainya tekanan air yang dibekalkan itu rendah bagaimana pula air boleh disalurkan ke tangki yang lazimnya tangki tersebut akan ditempatkan di atas lelangit atau bumbung rumah. Ini merupakan satu cadangan yang kurang waras. Dato’ Yang di-Pertua, PBAPP merupakan sebuah Perbadanan yang telah menerima pelbagai pensijilan bertaraf antarabangsa dan anugerah bertaraf nasional atas kecemerlangan yang dicapai. Namun segala anugerah dan pensijilan ini tidak bermakna sekiranya pihak Perbadanan gagal menjiwai tahap pengurusan tindak balas pantas dan kebertanggungjawaban yang dimaksudkan oleh sijil dan anugerah tersebut. Seandainya gagal, maka ia seakannya sedap di pandang tetapi tidak lengkap amalannya. Pihak Perbadanan seharusnya membangunkan kaedah penyelesaian jangka masa panjang dan jangka masa pendek untuk menangani rintihan para pengguna terutamanya di Air Itam ataupun di seluruh Pulau Pinang kerana air merupakan keperluan asas manusia yang tidak boleh dinafikan. Dato’ Yang di-Pertua, pada fasa peralihan kepada endemik ini kita boleh memerhati bahawa jalan raya di sekitar Pulau kembali sesak. Untuk KADUN Air Itam umpamanya dengan kepadatan penduduk yang tinggi dan kebanyakan mereka yang bekerja dan berulang-alik dari

kawasan perindustrian Bayan Lepas dan Seberang Perai keadaan lalu lintas pada waktu sibuk (dengan izinnya)…peak hours di Air Itam menghampiri keadaan tidak bergerak (dengan izin)…stand still ditambah pula kenderaan dari luar negeri dan pelancong semasa cuti am terutamanya pada waktu sekarang di mana sempadan negara telah buka dan kawasan Air Itam yang terkenal sebagai satu destinasi pelancongan dengan adanya Tokong Kek Lok Si dan Bukit Bendera akan menerima lebih ramai lagi pengunjung. Oleh yang demikian, keputusan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan pembinaan jalan pintasan Air Itam, Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu adalah satu keputusan yang tepat. Projek ini merupakan sebahagian daripada Pelan Induk pengangkutan Pulau Pinang (PPMP) yang bertujuan untuk menangani kesesakan lalu lintas. Kita telah melancarkan projek tersebut pada November 2019 yang dianggarkan akan menelan perbelanjaan sebanyak RM851.04 juta dan pada ketika itu, pihak media telah melaporkan bahawa jalan tersebut dijangka siap pada tahun 2023. Saya menyambut baik janji Kerajaan Negeri bahawa tiada tol akan dikenakan kepada pengguna jalan tersebut dan penduduk di kawasan Air Itam sememangnya menanti-nantikan projek tersebut siap. Namun ketika lawatan tapak pada Januari 2022, Ketua Menteri telah mengumumkan bahawa projek tersebut dijangka siap pada 2025. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri melalui penubuhan Penang Infrastructure Corporation Sdn. Bhd. (PICSB) seharusnya memastikan pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) diuruskan dengan tersusun dan berkesan. Ini adalah sepertimana tujuan asal PICSB ditubuhkan. Lazimnya PICSB selain dari memastikan projek dijalankan mengikut jadual juga sepatutnya bertanggungjawab untuk memberi maklum balas secara berkala kepada Ahli Dewan Undangan Negeri yang mana kawasan mereka terlibat dengan pembangunan prasarana lalu lintas PICSB. Ini kerana sebagai wakil rakyat, kami sentiasa berdepan dengan persoalan dan pertanyaan daripada pengundi kawasan dan orang awam. Pendek kata, ADUN juga antara pemegang taruh (dengan izin)…stake holder yang penting dalam pembangunan ini. Dato’ Yang di-Pertua, di sini saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri MMK Belia dan Sukan Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan juga Yayasan Islam Pulau Pinang kerana telah melaksanakan beberapa projek kemudahan masyarakat di Air Itam. Pertama sekalinya, adalah tiga (3) gelanggang sepak takraw di padang Suria Kampung Melayu yang telah siap dibina serentak di bawah MMK Belia dan Sukan Pulau Pinang dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM180,000. Gelanggang tersebut akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Bagan Jermal pada Sabtu ini selaras dengan Kejohanan Sepaktakraw Terbuka Air Itam dan Parlimen Bukit Gelugor. Bagi saya sepak takraw merupakan sukan tradisional masyarakat tempatan saya berharap dengan adanya kemudahan seperti ini ia akan dapat melahirkan bakat sepak takraw di kalangan belia tempatan di samping memberi peluang untuk penduduk tempatan menjalankan kegiatan sukan tradisional yang sihat. Yang kedua, adalah Taman Kejiranan Desa Mawar yang telah disiapkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang dengan peruntukan dari Kerajaan Negeri jumlah kos keseluruhan projek itu menelan belanja sebanyak RM686,470 di mana dana tersebut disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada MBPP dan diselenggara penuh oleh Majlis. Taman yang moden ini telah dilancarkan pada Mac 2022 tahun ini. Dato’ Yang di-Pertua, taman kejiranan ini ada keunikan tersendiri kerana ia mempunyai lima (5) komponen utama iaitu laluan pejalan kaki, dataran serbaguna, Mawar Pavillion, taman permainan kanak-kanak dan akhir sekali adalah ruang lapang hijau termasuk vertical and safe. Pada masa yang sama taman ini telah direka dengan mengambil kira golongan kelainan upaya OKU di mana laluan disediakan untuk mereka yang menggunakan kerusi roda. Ini adalah satu contoh yang nyata membuktikan kita adalah kerajaan yang bukan

sahaja memberi tumpuan kepada pembangunan semata-mata tetapi juga prihatin kepada semua golongan masyarakat. Ketiganya, adalah kes kelas tambahan percuma yang bakal dilaksanakan oleh Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) di Air Itam pada 15 Mei yang baru lalu sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di KADUN Air Itam. Pihak Yayasan setelah mengadakan pendaftaran pelajar kelas tambahan percuma. Ini adalah antara sebahagian daripada inisiatif Yayasan atas peruntukan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Yayasan Islam sebanyak RM1.6 juta yang telah diterima pada April tahun ini. Untuk penduduk muslim di Air Itam, difahamkan bahawa Yayasan akan melaksanakan program berbentuk pendidikan yang dinamakan Program Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Menengah membabitkan masyarakat tempatan. Dato' Yang di-Pertua, seperti yang kita semua maklum, Pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan PKP telah memberi kesan langsung kepada pendidikan negara. Berdasarkan statistik Kementerian Pendidikan yang dikeluarkan pada Oktober 2020, kadar keciciran murid di sekolah rendah meningkat 0.13 peratus pada tahun 2020. Sementara kadar keciciran pelajar sekolah menengah pula meningkat daripada 1.14 peratus kepada 1.26 peratus bagi tempoh yang sama. Kita amat khuatir dengan keadaan ini yang mungkin akan mewujudkan lost generation…(dengan izin), lost generation merujuk kepada kohort murid yang keciciran pendidikan sehingga menyebabkan tahap pencapaian pendidikan mereka lebih rendah berbanding kumpulan sebelum ini. Antara punca terjadi lost generation adalah kehilangan waktu pembelajaran untuk tempoh yang lama akibat peperangan, bencana alam yang besar atau penularan wabak penyakit berjangkit berpanjangan. Oleh itu, saya amat mengalu-alukan usaha yang dilaksanakan oleh Yayasan Islam Pulau Pinang yang membantu menyediakan kelas bimbingan Pulau Pinang untuk mengajar secara percuma kepada pelajar sekolah rendah di Flat Kampung Melayu dan sekitarnya. Usaha ini diharapkan dapat membantu murid-murid daripada tercicir dan dapat meningkatkan prestasi pencapaian mereka di sekolah. Dato’ Yang di-Pertua, segala perancangan dan pelaksanaan kami di Air Itam adalah berpaksikan Manifesto Kerajaan Negeri pada tahun 2018. Syabas kepada kerajaan pimpinan Pakatan Harapan atas kejayaan melaksanakan 90 peratus daripada 68 janji yang terkandung di dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu. Bantuan B40 yang telah kami agihkan di Air Itam, pembangunan prasarana, kemudahan masyarakat dan program komuniti adalah penterjemahan manifesto tersebut. Saya berasa bangga kerana Air Itam adalah sebahagian daripada kejayaan ini. Dato’ Yang di-Pertua, perkara yang selanjutnya yang saya ingin bangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini adalah berkenaan masalah hartanah persendirian dan swasta yang terbiar terutamanya jenis (dengan izin)…landed property. Isu yang berbangkit selama ini adalah hartanah tersebut yang terbiar sekian lama dan tidak terurus sehingga menyebabkan masalah kacau ganggu kepada penduduk-penduduk sekitar khususnya jiran seperti masalah belukar, semak belukar dan semak samun, masalah kebersihan, tempat makhluk perosak, kejadian pokok tumbang dan sebagainya. Oleh yang demikian, dengan punca kuasa untuk mengambil tindakan terletak di tangan Pihak Berkuasa Tempatan. Saya menyeru Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai supaya mengambil tindakan yang tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Pihak majlis perlu mengkaji kaedah dan tatacara pelaksanaan baru di mana pihak majlis boleh mengenakan kos pembersihan ataupun hukuman yang tinggi kepada tuan rumah atau tuan tanah yang enggan mengambil sebarang tindakan selepas notis majlis dikeluarkan kerana kompaun yang dikenakan sekarang adalah lebih murah daripada tuan rumah mengambil atau mengupah kontraktor swasta untuk membuat pembersihan. Langkah ini adalah dengan harapan supaya pihak hartanah lebih bertanggungjawab terhadap harta mereka dan bertimbang rasa kepada

penduduk di kawasan sekeliling dan juga tidak menambahkan beban kepada pekerja majlis yang perlu menjalankan tugas yang di luar skop kerja mereka dalam kawasan persendirian. Dato’ Yang di-Pertua, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang telah pada ucapan Perasmian Dewan pada 27 haribulan Mei telah mencadangkan agar Ahli-ahli Dewan berbahas dan memberi cadangan bernas bagi membolehkan Kerajaan Negeri mengambil tindakan yang konklusif dan langkah jangka panjang mengatasi masalah lalat yang berisiko menjejaskan kesihatan awam di Daerah Seberang Perai Selatan. Dato’ Yang di-Pertua, walaupun isu berbangkit adalah tertumpu di Daerah Seberang Perai Selatan namun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, mana-mana dan apa-apa perkara berbangkit yang melibatkan kepentingan rakyat Pulau Pinang seharusnya diberi tumpuan dan perhatian oleh semua Ahli Dewan Undangan. Maka mengenai masalah lalat yang berpunca dari sektor ternakan, pertama sekali kita perlu mengambil pendirian yang memberi kemenangan bersama (dengan izin)…win-win situation untuk para penternak dan penduduk. Walaupun punca kuasa telah diberikan melalui Rang Undang-Undang Perladangan Unggas Negeri Pulau Pinang Tahun 2020 yang telah diwartakan pada September 2020. Berdasarkan enakmen tersebut di bawah seksyen 21A dan B, jabatan telah diberi kuasa untuk mengambil tindakan kepada peladang unggas yang gagal untuk menjaga dan menyelenggara kebersihan am ladang unggasnya pada setiap masa atau mengambil langkah-langkah untuk mencegah apa-apa keadaan yang menggalakkan pembiakan lalat, serangga atau makhluk perosak yang boleh menjadi punca kemudaratan kesihatan atau kacau ganggu awam adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM30,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya. Pendek kata, dari segi undang-undang yang sedia ada telah memberi kuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap pesalah yang degil dan ingkar. Namun pada masa yang sama, sebelum tindakan diambil kita juga menilai dengan akal dan budi bicara melihat gambaran keseluruhan dan kesan lanjut yang akan datang dan tidak dijangka. Kita perlu mengetahui bahawa terdapat kawasan perumahan yang sedang mengalami masalah lalat kerana ladang unggas dan kawasan perumahan sangat dekat. Ini bukan kerana ladang tersebut didirikan berdekatan dengan kawasan perumahan akan tetapi oleh kerana peredaran masa dan pembangunan yang pesat, kawasan perumahan telah didirikan berdekatan dengan ladang unggas. Seandainya kita mengambil tindakan secara terus-menerus sama ada tindakan mahkamah ataupun penutupan ladang, ini akan memberi kesan kepada kapasiti penghasilan dan bekalan ayam dalam erti kata ini akan menggugat keselamatan makanan negeri kita. Apa yang harus dilaksanakan? Langkah yang perlu diambil adalah penerapan amalan ladang penternakan yang baik untuk industri unggas tempatan. Amalan ini yang disertakan persijilan MyGAP, Malaysia Good Agricultural Practices…(dengan izin) bertujuan untuk mencapai matlamat empat (4) berikut; keselamatan makanan untuk pengguna, industri yang mesra alam, kebajikan haiwan terpelihara dan memastikan keselamatan kesihatan dan keselesaan kepada pekerja ladang dan haiwan. Jabatan Perkhidmatan Veterinar mempunyai kepakaran dan kebolehan dalam melatih dan mendidik para peladang untuk menerapkan amalan MyGAP untuk perusahaan mereka. Di mana kaedah untuk mengatasi masalah makhluk perosak seperti lalat juga terkandung dalam latihan tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, perkara selanjutnya yang juga merupakan perkara yang sangat dekat di hati saya adalah bidang pelancongan. Air Itam mempunyai beberapa tumpuan utama kegiatan pelancongan seperti Bukit Bendera, Tokong Kek Lok Si, Tugu Peringatan Perang Dunia ke-2, nasi kandar Kampung Melayu, laksa Pasar Air Itam, Empangan Air Itam dan banyak lagi. Tempat yang disebutkan tadi terkenal dan malah ada di antara mereka pernah dipaparkan di rancangan Netflix, Asian Food Network, MediaCorp Singapore dan banyak lagi. Sebagai inisiatif tambahan, Air Itam telah menerbitkan risalah mengenai lukisan dinding yang unik di sekitar Air Itam dan juga telah diedarkan kepada Ahli-ahli di dalam Dewan yang mulia

ini iaitu di atas meja. Risalah ini juga akan diletakkan di lokasi strategik contohnya di Stesyen Bukit Bendera, hotel-hotel sekitar, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk diedarkan kepada pelancong yang datang ke Air Itam. Lukisan tersebut adalah hasil kreativiti seniman tempatan yang memaparkan keunikan Air Itam. Saya berharap pengunjung ke sini akan dapat menghayati dan mengambil gambar dengan lukisan yang telah dihasilkan. Dato' Yang di-Pertua, Jawatankuasa MMK Pelancongan dan Ekonomi Kreatif juga boleh mencari jalan untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Michelin Guide. Pulau Pinang dikenali sebagai destinasi pelancongan makanan di rantau ini akan tetapi jika dibandingkan dengan Singapura yang mempunyai sejumlah 38 premis makanan yang telah menerima pengiktirafan pada tahun 2017 dan beberapa bandar raya di Thailand seperti Bangkok, Chiang Mai dan Phuket mempunyai sebanyak 32 premis makanan yang telah menerima pengiktirafan pada tahun 2020. Anugerah Bintang Michelin di Pulau Pinang mampu memberi rangsangan kepada industri pelancongan kita dengan adanya aneka pilihan makanan di Pulau Pinang seperti nasi kandar, char kuey teow, rojak, laksa, sup sarang burung walit dan lain-lain saya yakin bahawa semestinya ada di kalangan mereka yang mampu meraih Anugerah Bintang Michelin. Dato’ Yang di-Pertua, perkara terakhir yang ingin saya bangkitkan adalah berkenaan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI). Anggaran awal yang dibuat oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang menunjukkan sebanyak 100 buah Rumah Ibadat Bukan Islam yang masih belum mendapat sijil penyiapan dan pematuhan (CCC) dan tentunya ada sebahagian melibatkan RIBI di kawasan Air Itam. Sebagai sebuah negeri yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama, isu ini harus mendapat perhatian kita dan jalan penyelesaian jangka masa panjang perlu dimajukan. Saya difahamkan bahawa satu usul telah dibentangkan di mesyuarat penuh Majlis Bandaraya pada hari ini untuk merangka garis panduan pemutihan bangunan Rumah Ibadat Bukan Islam dengan tujuan untuk membantu RIBI yang masih belum mendapat status sah bangunan untuk memperolehi sijil penyiapan dan pematuhan (CCC). Oleh yang demikian, saya berharap Jawatankuasa MMK Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan kita untuk sesi libat urus dalam perkara ini. Sejajar dengan manifesto Kerajaan Negeri untuk mewujudkan masyarakat majmuk yang harmoni maka saya berpendapat bahawa isu ini harus mendapat perhatian dan sokongan kita semua. Saya dengan ini menyokong Ucapan Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Keempat Belas Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Air Itam. Dipersilakan Yang Berhormat Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Salam sejahtera, Salam Harapan kepada rakan-rakan Ahli-ahli Dewan sekalian. Dalam dua (2) tahun yang lepas, kita semua setiap hari mengharapkan untuk kembali ke normal atau kita harapkan business as usual. Namun pada realitinya adalah amat sukar untuk kita kembali business as usual kerana kesan COVID-19 yang begitu besar sekali dengan teknologi yang destruction itu dan juga masalah climate change yang telah menyebabkan kita amat sukar untuk kembali kepada status itu. Business as usual bukan lagi satu mitigasi yang baik terhadap climate crisis atau mengurangkan jurang dari segi ketidakadilan dalam sosial ekonomi. Kita perlu bertindak dengan lebih agresif serta

drastik untuk membawa kita ke hadapan khasnya dalam usaha menyiapsiagakan jentera kerajaan untuk berdepan dengan pelbagai krisis yang kian mencabar setiap hari. Dato’ Speaker, saya juga dalam mengucapkan usul, mengucapkan terima kasih atas ucapan perasmian TYT. Saya akan membawa empat (4) isu utama yang melibatkan pembangunan Kerajaan Negeri di Pulau Pinang. Yang pertama adalah tentang crisis management. Bagaimana kita dapat menjadikan pembangunan infrastuktur di Pulau Pinang ini lebih resilient dengan pelbagai cabaran yang akan datang dan juga bagaimana kita dapat menguruskan aset-aset untuk menangani masalah besar yang dihadapi oleh kita semua. Itu adalah satu cabaran untuk bukan sekadar Kerajaan Negeri tetapi untuk wakil-wakil rakyat sekalian. Sejauh manakah Kerajaan Negeri dapat bersiapsiaga untuk berdepan dengan pelbagai krisis seperti climate change yang akan menyebabkan paras air laut yang akan meningkat dan juga cuaca yang ekstrem. Adakah kita semua sudah bersedia? Adakah kita mengambil tindakan yang mencukupi? Ini persoalan-persoalan yang perlu kita bukan sekadar jawab tetapi kita juga perlu mengambil tindakan. Dato’ Speaker, menurut laporan United Nation bilangan berkenaan dengan bencana yang berkaitan dengan cuaca telah menaik sebanyak lima (5) kali ganda ya, hujan lebat dengan kuantiti air yang tinggi telah menyebabkan infrastruktur yang sedia ada atau dibina dulu sudah tidak dapat menampung kuantiti air yang begitu tinggi khasnya kebelakangan ini hujan dengan cuaca ekstrem itu. Hujan diturunkan dengan kuantiti yang besar dalam masa satu dua jam. Maka banyak kawasan yang di berada di tempat yang rendah akan mengalami banjir-banjir kilat. Malah ada bandaraya-bandaraya yang dikatakan sudah bersiapsiaga seperti Singapura, New York, London mereka juga berasa mereka belum bersedia untuk berdepan dengan cuaca yang ekstrem itu. Maka adaptasi climate change plan yang di bawah strategi Penang2030 itu adalah penting untuk kita sama-sama mencari jalan bagaimana kita dapat menyesuaikan diri dalam keadaan climate change ini. Maka saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri dapat mengkaji satu pelan comprehensive dan advance resiliency serta menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk melaksanakan program-program climate adaptasi di seluruh Negeri Pulau Pinang. Saya faham memang kita mempunyai peruntukan yang amat terhad. Saya sendiri juga menjadi salah seorang ahli dalam jawantankuasa MMK Tebatan Banjir yang dipengerusikan oleh Ahli Tanjong Bunga tapi kita juga tahu memang peruntukan itu amat terhad dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah meluluskan beberapa projek yang begitu penting yang berimpak tinggi di kawasan Machang Bubuk. Di Taman Machang Bubuk, di Taman Sejahtera dan juga Rumah Pam Sungai Junjung Mati yang juga sedang dalam proses melantik perunding untuk membuat kajian dan juga reka bentuk. Ini semua usaha-usaha yang telah diusahakan oleh Kerajaan Negeri dan saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana sentiasa prihatin terhadap isu-isu dan juga melibatkan wakil-wakil rakyat dalam proses menangani masalah ini.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Machang Bubuk, boleh celah sikit.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Okey, boleh Bukit Tengah.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Saya amat tertarik dengan hujahan Machang Bubuk berkenaan isu adaptation plan ini untuk perubahan iklim dan juga data-data yang telah pun disampaikan tadi. Saya sendiri pun baca di dalam dunia sekarang ini memang satu laporan UN mengatakan kerugian setiap tahun atas sebab climate change akibat daripada kebakaran, banjir dan sebagainya dianggarkan 270 bilion satu tahun US. Dan kita pun sendiri menyaksikan perubahan iklim yang berlaku dengan banjir yang luar biasa yang berlaku di kawasan Kuala Lumpur, Klang Valley Selangor. Ini adalah negeri-negeri yang kaya yang sangat jarang kita melihat banjir berlaku dalam bulan Disember. Bulan lalu sampai awal bulan Januari tahun ini dan mengikut laporan juga kalau saya tidak, silap ganti rugi ataupun kerugian untuk banjir yang berlaku tahun lepas ini dia sampai RM6 bilion. Jadi saya rasa cadangan yang dicadangkan oleh Machang Bubuk untuk mengadakan satu adaptasi pelan untuk kita bersiap sedia bagi perubahan cuaca untuk 10, 20 dan sampai 50 tahun ke depan adalah amat penting sebab setiap kali kalau kita lihat setiap kali ada banjir kerajaan terpaksa menggunakan dana yang besar untuk membantu untuk membuat, pemulihan dan sebagainya. So, they must be early planning daripada sekarang jadi saya sangat bersetuju dan saya haraplah dan juga nanti pihak kerajaan boleh menjelaskan dengan secara perinci what is their planning, we must have roadmap. Saya juga memuji kerajaan memang dengan permulaan menubuhkan Unit Pengurusan Bencana yang sudah ada sekarang yang memang akan diberi mandat untuk mengkaji kesan jangka masa panjang yang disebabkan oleh perubahan iklim. Jadi saya meminta supaya Kerajaan Negeri memberi lebih banyak butiran mengenai ini dan last sekali saya juga bersetuju Kerajaan Negeri as it is memang buat banyak bantuan dalam isu nak membenteraskan banjir dan sebagainya. Beberapa contoh telahpun diberikan oleh Machang Bubuk dan juga di Bukit Tengah of course two big RTB projek Parit Empat, Parit Lima telahpun siap dan memang ada effect kita lihat dalam 1, 2 tahun ini tidak ada banjir. But kita kena akui bahawa perkara perubahan iklim ini ada real dan effect dia akan menjadi lebih teruk dalam masa yang akan datang. Terima kasih Machang Bubuk

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Ya, terima kasih Bukit Tengah dan saya minta ia dimasukkan dalam sebahagian dalam ucapan saya. Saya setuju dangan apa yang disebutkan oleh Bukit Tengah memang kerugian yang telah kita terpaksa kita tanggungkan apabila banjir berlaku ia kita terpaksa untuk dia bukan sekadar harta benda tapi ada yang menyebabkan kehilangan nyawa juga yang akan berlaku semasa bencana alam ini dan ini juga masuk ke perkara yang saya nak bangkitkan di sini iaitu kita perlu membuat ramalan iklim yang climate forecast yang serta merancang untuk siap siaga infrastruktur kita, bangunan kita dan juga komuniti di Pulau Pinang ini untuk berdepan dengan kejadian bencana alam pada masa akan datang. Kita tak mahu ada nanti berlakunya bencana ini kita berkelam kabut tidak mengetahui bagaimana untuk menanganinya dengan baik. Ia kita selama ini lebih kepada fire fighting, ia ada apa isu berlaku kita pergi selesaikan kita fixing the disaster. Tapi kita jarang untuk lihat ke hadapan. Macam tadi Bukit Tengah sebut, planning kita pada masa 2030, 2040, 2050 ia jangkaan di UN sudah menyatakan paras air laut akan meningkat sekiranya suhu bertambah 1.5 degree celsius itu paras air laut itu akan meningkat. Pulau Pinang kita sebagai satu coastal atau perairan laut kita memang akan suka, tidak suka kita terpaksa untuk berdepan dengan kenaikan paras air laut ini.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Mohon mencelah sekejap. Yang Berhormat Machang Bubuk, saya amat tertarik dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang perubahan iklim. Terutamanya kalau kita apa seperti yang dibangkitkan tadi. Kita terlampau lama telah menghadapi bencana macam ini secara reactive dan tak cukup preventive, okay. Adakah dinasihati bahawa Kerajaan Negeri untuk mempelajari cara-cara preventive yang telah dikaji oleh atau dipraktis lah oleh negara-negara yang sering ada bencan alam yang ada sering lebih daripada kitalah seperti Jepun, gempa bumi dan tsunami. I think you know, kita jarang dapat bencana saya amat bersyukurlah kerana kita berada di satu negara yang jarang ada bencana alam tetapi we cannot rule out that it cannot happen in the future satu kepastian the only thing constants in life is will be change. One day perubahan iklim ini akan membawa bencana yang kita mungkin tak pernah menghadapi pun. Oleh itu, saya harap adakah Yang Berhormat Machang Bubuk setuju kita patut mempelajari bagaimana cara preventive bencana-bencana alam daripada negara-negara yang ada bencana alam macam itu.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Ya, setuju. Terima kasih kepada Ahli Pulau Tikus. Ia betul kita perlu belajar daripada pengalaman yang lepas dan juga kepada negara-negara yang lain khasnya dari segi bagaimana mereka menangani krisis-krisis seperti bencana alam ini. Dan ia kita jangan rasa macam tadi Pulau Tikus ada sebut gempa bumi pun tidak jauh daripada kitalah. Sumatera merupakan salah satu tempat yang sering ada risiko untuk berlakunya gempa bumi dan juga ia amat berdekatan dengan Pulau Pinang ia dan setiap kali apabila ada gempa bumi atau tsunami yang berlaku di kawasan Sumatera kita di Negeri Pulau Pinang juga secara tempiasnya juga akan terkesan daripada bencana alam tersebut. Maka ini adalah satu perkara yang penting yang bagaimana kita dapat menyiapsiagakan dan juga merancang dengan lebih awal lagi. Macam pagi tadi dalam Soalan Lisan saya. Saya ada sebut tentang Pulau Burung. Kebakaran Pulau Burung itu juga telah menunjukkan ada banyak kelemahan ia di kalangan pihak-pihak yang berkewajipan. Mereka yang bertanggungjawab itu, nampaknya tidak kompeten untuk menangani krisis pembakaran secara terbuka ini di Pulau Burung ini dan juga menyebabkan satu, boleh dikatakan satu masalah yang besar kepada penduduk-penduduk di sekitarnya sampai perlu ada penempatan semula dan ia juga melibatkan satu kos yang tinggi. Pihak juga MBSP, MBPP dan Kerajaan Negeri perlu menuntut telah melaporkan kerugian sebanyak RM59 juta, satu kerugian yang begitu besar yang telah perlu ditanggung oleh kerajaan. RM59.5 juta kerosakan, kehilangan gas, cost remedy, kos pembinaan TNB substation. Semua ini melibatkan kos yang begitu tinggi. So, ini adalah satu pengalaman yang pahit yang perlu kita ambil iktibar supaya ia bukan sekadar tidak berulang lagi tapi ia perlu kita menanganinya dengan baik. So, isunya bukan lagi adakah kita menubuhkan unit bencana ka atau agensi baru untuk menanganinya. Bagi saya ia tidak, kita tidak kekurangan agensi atau unit-unit untuk menangani bencana tetapi bagaimana kita mampu berkolaboratif dengan aset-aset yang sedia ada, jentera-jentera yang sedia ada, agensi-agensi yang sedia ada untuk melaksanakan kerja secara tahap yang optimum untuk menangani krisis ini. Kadang kala krisis ini adalah bukan bencana alam, ia adalah disebabkan perilaku manusia juga ada. Dato’ Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang saya ingin bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini adalah tentang Smart City atau Bandar Pintar. Saya rasa Smart City ini memang sentiasa dibincangkan atau dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Dewan dan juga kerajaan. Namun, pada saya salah satu asas yang paling penting adalah digital gap yang isu digital gap yang amat ketara, yang berlaku di kawasan luar bandar dan juga kawasan-kawasan

perumahan khasnya B40. Kawasan perumahan B40 yang berstrata tinggi itu. Mereka tidak mampu atau tidak dapat menyediakan jalur lebar talian tetap. Maka, kebanyakkan mereka telah dinafikan untuk hak, untuk akses kepada broadband iaitu jalur lebar. Jalur lebar sekarang adalah satu keperluan dalam usaha kita menuju ke 5G, jalur lebar itu sudah menjadi satu asas untuk penduduk-penduduk di Negeri Pulau Pinang khasnya bagi golongan B40 yang mereka tidak mampu untuk mendapatkan perkhidmatan jalur lebar ini. Maka, saya mencadangkan agar kerajaan boleh mempertimbangkan Penang Free WiFi itu walaupun mungkin RFP yang kita buka itu tak ada orang yang minat maka boleh Penang Free WiFi memperkembangkan di rumah-rumah, flat, pangsapuri-pangsapuri kos rendah supaya mereka juga boleh diberi prihatian dan juga dapat menikmati perkhidmatan jalur lebar dan sekali gus mengurangkan digital gap di kawasan di antara di dalam Negeri Pulau Pinang ini. Bagi saya, teknologi baru atau teknologi tinggi ini ia sepatutnya menjadi satu alat untuk kita menyelesaikan masalah-masalah sosial dan juga masalah-masalah setempat. Baru-baru ini, saya di kawasan saya ada satu tragedi dimana kemalangan maut telah berlaku ke atas seorang budak sekolah darjah 4. Disebabkan satu kemalangan maut, di satu persimpangan jalan yang amat sibuk khasnya pada waktu kemuncak dan saya di sini saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan maut itu dan juga saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan kepada kerajaan agar kajian ke atas reka bentuk persimpangan-persimpangan yang sibuk ini dan juga pengurusan lalu lintas perlu mengambil kira keselamatan lalu lintas serta dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap penggunaan jalan lalu lintas ini. Dato’ Yang di-Pertua, maka saya ingin juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah meluluskan satu projek yang menaiktaraf jalan dari persimpangan Kota Permai ke Jalan Rozhan Fasa 1 dan kos projek tersebut yang menelan sebanyak RM8.9 juta ini telah mula dilaksanakan dan saya memang begitu berterima kasih kerana projek ini dapat dilaksanakan dan kita haraplah fasa ke 2 yang menyambungkan Desa Palma sehingga Jalan Rozhan itu iaitu tempat kejadian kemalangan maut itu juga dapat diluluskan pada masa akan datang supaya satu jalan yang lebih selamat dapat kita wujudkan di kawasan saya. Saya dalam soalan saya yang bertulis yang ke No. 8. Saya ada sebut tentang bandar pintar bermula dengan jalan yang pintar. Saya mendapat satu jawapan di mana di Seberang Perai ada empat (4) persimpangan di Seberang Perai yang dipasang Artificial Intelligence dan cloud-connected radar di persimpangan-persimpangan jalan tersebut. Ada (4) persimpangan iaitu Jalan Kota Permai, Jalan Betek, Jalan Binjai, Taman Sri Rambai dan juga Jalan Chian Heng Kai. So, empat (4) persimpangan ini ada dipasang lampu-lampu isyarat dia ada dipasang Artificial Intelligence dan cloud-connected radar yang saya rasa ini adalah satu usaha yang baik di mana saya rasa kesesakan lalu lintas yang dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Dewan di sini di mana bagaimana kita dapat menggunakan teknologi baru yang inovatif untuk menyelesaikan masalah-masalah kesesakan lalu lintas dan juga keselamatan lalu lintas. Saya di sini ingin membangkitkan bahawa kesesakan lalu lintas di kawasan saya khasnya di Jalan Alma, Bukit Minyak, Jalan Rozhan, Jalan Kulim dan Jalan Permatang Tinggi yang semakin hari, semakin sesak. Maka, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk memasang lampu isyarat yang mempunyai fungsi Artificial Intelligence dan juga cloud-connected radar di persimpangan-persimpangan tersebut supaya dapat kita menangani masalah kesesakan lalu lintas dengan lebih baik lagi. Dato’ Yang di-Pertua, perkara yang ketiga yang saya ingin berkongsi di sini ialah berkaitan dengan isu kos sara hidup dan juga ekonomi marhaen kini. Dalam soalan bertulis saya yang ke 16 berkaitan dengan Skim Pinjaman Harapan.

Saya rasa Skim Pinjaman Harapan ini amat penting. Ia tadi Batu Maung, bukan Sebernag Jaya juga ada tanya tentang kelulusan pemohon-pemohon Skim Pinjaman Harapan ini. Saya rasa Skim Pinjaman Harapan ini amat penting khasnya dalam pandemik COVID-19, ramai yang hilang pekerjaan atau terpaksa memulakan perniagaan kecil. Maka, saya rasa kelulusan itu atau permohonan itu amat kecil. Pada tahun 2020 ada permohonan 224 permohonan tapi yang lulus kita dapat 169, jumlah kelulusan itu RM1.5 juta tapi pada tahun 2021 yang masa kita dalam pandemik, permohonan hanya ada 75 dan kelulusan hanya 52. Jumlah kelulusan itu hanya mencapai RM433,000.00. Saya tidak tahu apa punca atau sebabnya permohonan itu begitu sedikit tapi yang penting saya rasa kita perlu melonggarkan syarat-syarat permohonan pinjaman SPH bagi membolehkan mereka yang hilang punca pendapatan atau berdepan dengan masalah untuk melangsungkan kehidupan seharian mereka untuk membangunkan business yang mereka yang penting Skim Pinjaman Harapan ini adalah satu skim yang kita memberi kail, pancing kepada orang-orang yang memerlukan bantuan dan kita membantu mereka untuk berdikari dan mereka bukan nak minta kita bagi makanan atau kita bagi bakul makanan boleh selesaikan. Bakul makanan hanya boleh selesaikan untuk satu minggu sahaja, mungkin. Tetapi after kita bagi bakul makanan, what next? So, saya rasa skim pinjaman itu harapan khasnya kita perlu dipergiatkan, dipromosikan dengan bantuan-bantuan daripada Ahli-ahli Dewan dan wakil-wakil rakyat yang kita boleh memberi rekemen kepada mereka supaya mereka boleh lebih dapat pinjaman tersebut. Iya, Bagan Dalam.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih, yang Skim Pinjaman Harapan ini, micro kredit yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini. Saya setuju dengan Machang Bubuk, ini adalah salah satu cara untuk mereka untuk peniaga-peniaga kecil untuk berdikari. Ada yang telah hilang pekerjaan semasa pandemik, ada yang business mereka telah lingkup dan mereka boleh bangkit kembali dengan bantuan yang kecil. Pinjaman pertama RM5,000.00 kalau payment dia semua okey, boleh pinjam RM10,000.00. Ini yang saya diberitahu tetapi siapa yang membuat keputusan dalam pemilihan ini? Macam mana prosedur dia yang mereka luluskan pinjaman ini kita pun tidak tahu. Saya setuju dengan cadangan Machang Bubuk, kalau boleh EXCO berkaitan, Batu Maung perlulah mengadakan satu taklimat kepada Ahli-ahli Dewan ini dan mungkin cara-cara pemilihan kita boleh ada satu jawatankuasa khas yang melibatkan Ahli-ahli Dewan ini juga yang boleh lihat berapa transparent nya…(dengan izin), proses pemilihan dan pemberian Pinjaman Skim Harapan ini. Ini pandangan saya.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Bagan Dalam. Ya, saya rasa itu satu usaha yang penting yang amat terdesak juga, mendesak juga bagaimana kita boleh membantu rakyat yang susah di lapangan ini dan kurangkan kerenah birokrasi, yang itu penting. Kadang kala itu proses permohonan itu mengambil begitu lama sampai orang juga mungkin sudah tidak dapat memulakan business atau terlepas daripada peluang membuka business tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, perkara yang terakhir yang saya ingin bangkitkan dalam Dewan ini adalah tentang had perbelanjaan bekalan atau P012 yang kita hadkan RM10,000.00. Saya rasa perlu dikaji semula. Buat masa ini apa-apa permohonan untuk perbelanjaan bekalan itu adalah had RM10,000.00 sahaja yang kita perlu membuat permohonan dengan Pejabat Daerah. Sekiranya lebih kepada RM10,000.00 maka ia perlu dihantar kepada Pegawai Kewangan Negeri, YB. Pegawai Kewangan Negeri perlu memberi kelulusan sekiranya permohonan perbelanjaan itu melebihi RM10,000.00 ya, tetapi semua sedia maklum, sekarang barangan semua harga barangan mahal. Macam saya buat rumah terbuka Aidilfitri.

Itupun sudah perlu mencecah dekat RM20,000.00. So, dekat dengan contoh ini. RM20,000.00 setiap kali saya hendak meluluskan satu program untuk perbelanjaan perbekalan maka Pejabat Daerah perlu membuat memohon kepada Pegawai Kewangan Negeri untuk mendapatkan kelulusan. So, saya rasa ini pun satu proses birokrasi yang perlu kita kaji semula ia samada kita boleh pertingkatkan kepada RM20,000.00 ke bawah atau tidak perlu sampai ke Pegawai Kewangan Negeri. Yang akan memantau perbelanjaan ADUN-ADUN itu Pejabat-pejabat Daerah masih sebagai gate keeper bahawa perbelanjaan ADUN-ADUN itu tidak disalahgunakan. Menang saya rasa check and balance itu perlu tapi kita boleh mempertingkatkan had itu kepada RM20,000.00 instead of RM10,000.00. So, itu adalah perkara yang saya nak bangkitkan. Itu mungkin bajet tahun depan. Sebagai penutup Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa sebagai pembuat dasar atau kerajaan yang bertanggungjawab, kita perlu merancang terlebih dahulu namun adakah kita tahu, kita memang tidak tahu krisis apa yang akan berlaku sedangkan kita masih bergelumang dalam krisis yang sentiasa melandai kita. Sekiranya kita berasa complacent atau selesa dengan hari ini. Mungkin ia agak mudahlah kita, ia akan membawa kita ke bencana ke hari keesokan. Ancaman masa depan kita lebih baik ditangangi lebih awal, dengan lebih bersedia dan bukan sekadar fire fighting. Maka saya juga di sini untuk menyeru kepada semua Ahli-ahli Dewan untuk ketepikan perbezaan pendirian politik demi mengangkat dan juga mempertahankan kepentingan orang ramai. Sekiranya krisis itu dapat menyatu padukan kita semua, maka kita juga perlu memperingati diri sendiri bahawa kita ada pilihan di mana kita mampu guna kuasa yang diamanahkan oleh rakyat kepada kita untuk membuat kebaikan kepada rakyat. Saya rasa kuasa itu adalah untuk kebaikan dan bukan untuk keburukan. Dengan kata-kata ini saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua frontliners dan juga semua kakitangan kerajaan, agensi-agensi kerajaan yang telah bertungkus lumus untuk berkhidmat kepada rakyat dan juga membantu rakyat untuk mengharungi cabaran. Sekian, terima kasih. Saya memohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Machang Bubuk. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan dan Dewan akan bersidang semula pada hari Selasa 31 Mei 2022, jam 9.30 pagi.

Dewan ditangguhkan pada jam 6.20 petang