Pulau Pinang · 31 May 2022

14th Assembly, 5th session, 1st meeting · 345 turns · 56,347 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Absent: Dr. Afif Bin Bahardin (Seberang Jaya), Zulkifli Bin Ibrahim (Sungai Acheh)

(Pembukaan)

Timbalan Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Ahli-ahli Yang Berhormat, bacaan doa. Baccan Doa. Soalan lisan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula dengan sesi soalan lisan. Soalan nombor 10.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih timbalan Yang di-Pertua. soalan saya soalan no. 10. No. 10. Berikan jumlah penagih dan pengedar dadah yang ditahan di KADUN Batu Uban sepanjang tahun 2020 hingga kini berdasarkan komposisi kaum dan gender. (a) Nyatakan kawasan yang menjadi tumpuan aktiviti dadah di Pulau Pinang. (b) Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membanteras aktiviti ini? (c) Berikan jumlah pengedar dadah yang menunggu hukuman mati.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

YB Norlela.

Okey, soalan nombor 10 berkenaan dengan dadah. Berdasarrkan rekod agensi AADK Pulau Pinang jumlah penagih yang ditahan di KADUN Batu Uban daripada tahun 2020 sehingga April 2022 adalah sebanyak 34 kes. Lelaki 30, perempuan 4. Kalau ikut kaum Melayu 25, Cina 2, India 6 lain-lain satu. Berdasarkan rekod pihak Polis Diraja Malaysia rekod dikemukakan statistik penagih dan pengedar dadah yang ditahan di KADUN Batu Uban sepanjang tahun 2020 sehingga 2022 berdasarkan komposisi kaum dan gender. 2020: 38 orang Melayu, Cina 1, India 2, warga asing 0, lelaki 35, perempuan 6, jumlah 41; 2021: Melayu 11, Cina 0, India 0, warga asing 1, lelaki 12, perempuan 0, 12 orang; 2022, 6 Melayu, 0 Cina, India 1, warga asing 0, lelaki 5, perempuan 2, jumlah 7.

Jika kita tengok ikut daerah. Soalan seterusnya ialah kawasan yang menjadi tumpuan aktiviti dadah di Pulau Pinang. Di Timur Laut kawasan dadah adalah Mukim 13, Seberang Perai Tengah, Mukim 16, 19, 20 dan 21. Seberang Perai Utara Mukim 1, Barat Daya Mukim 12. Berdasarkan rekod AADK kawasan yang menjadi tumpuan aktiviti dadah di Pulau Pinang. AADK telah mengenal pasti tujuh kawasan berisiko tinggi iaitu KBT di Pulau Pinang melibatkan empat (4) daerah. Kawasan yang dikesan di Timur Laut, George Town; Seberang Perai Tengah, Bukit Tengah, Seberang Perai Utara, Butterworth, Barat Daya, Bayan lepas, Seberang Perai Selatan, Nibong Tebal. Berdasarkan rekod PDRM terdapat lima (5) kawasan dikenal pasti sebagai kawasan dikenalpasti sebagai kawasan tumpuan dadah Pulau Pinang dan berdasaran rekod juga tempat tumpuan penagihan ini berubah dari semasa ke semasa dan tempat. Data AADK yang dikeluarkan pada 2021 mendapati bilangan penyalahguna dan penagih dadah serta bahan di negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 8,185 orang. Pecahan mengikut kategori adalah seperti berikut. 2019 terdapat 8,987 kes, 2020 7,633 kes, 2021 8,185 kes. Yang tadi tu adalah jumlah penyalahgunaan dadah dan penagih dadah ikut tahun di Pulau Pinang. Dadah jenis (amphetamine type stimulant) methamphetamine crystalliine and tablet, Ecstasy dan amphetamine sebanyak 4,121 kes atau 50.3 peratus. Dadah jenis opiat, heroin, morfin dan candu sebanyak 3704 kes atau 45.3 peratus. Dadah jenis ganja marijuana sebanyak 291 kes atau 3.6 dadah jenis lain-lain Kraton depression dissociative, hallucinogen dan inhalant sebanyak enam kes atau 0.7 peratus. Psychotropic, Erimin 5, Bendzodiazepine dan psychotropic sebanyak sembilan kes atau 0.1 peratus. Pengukuran darah dadah terkawal dua ratus, 2025 mensasarkan kadar prevalens penyalahguna dan penagih dadah adalah bersamaan 400 orang per seratus ribu penduduk. Kadar prevalens pada tahun 2021 bagi penyalahguna dan penagih dadah di Pulau Pinang adalah 461 satu orang per 100,000 penduduk. Nilai tersebut masih terkawal iaitu di bawah acceptable range bagi penagih dadah iaitu antara 400 ke 1000 orang penagih dadah per 100,000 orang penduduk. Setakat ini berdasarkan daftar AADK jumlah penagih dadah atau orang kena pengawasan (OKP) terkini yang sedang mengikuti program rawatan dan pemulihan di dalam komuniti di bawah seliaan pihak AADK adalah seramai 2,925 orang. Mengikut daerah jumlah orang kena pengawasan ataupun OKP di Timur Laut ada 1,006 orang. Barat Daya 388 orang; Seberang Perai Utara 409 orang; Seberang Perai Tengah 745 orang; Seberang Perai Selatan 377 orang. Jumlah semasa penagih dadah yang mengikuti program rawatan dan pemulihan di dalam institusi yang ditempatkan di pusat pemulihan penagihan narkotik PUSPEN adalah seramai 497 orang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ahli Yang Berhormat Penanti, soalan hanya tiga (3) soalan sahaja. Come to the point straight to the question.

Oh, pengedar itu?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Kawasan yang menjadi tumpuan. Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membanteras aktiviti ini? Berikan jumlah pengedar dadah yang menunggu hukuman mati. Itu sahaja.

Okey. Baik. I think soalan yang tadi telah jawab yang (b) usaha. Okey, usaha. Dalam memperkasakan lagi usaha menangani permasalahan dadah di negeri ini. AADK telah mengenalpasti sebanyak 155 kawasan berisiko tinggi di seluruh negara. Di Pulau Pinang ada tujuh (7) mukim melibatkan empat (4) daerah iaitu Daerah Timur Laut Mukim 13, Daerah Seberang Perai Tengah tadi yang disebut tadi. Jadi pihak kerajaan negeri dan AADK Negeri Pulau Pinang telah merangka strategi Penang Lawan Ancaman Dadah (PLAD) yang telah dilaksanakan digunakan merangkumi program pencegahan rawatan dan pemulihan dan penguatkuasaan. Strategi yang dilaksanakan ialah nombor satu penghijauan 7 kawasan berisiko tinggi KBT mengikut fasa berdasarkan lapan set memprogram berdasarkan lima indikator penghijauan KBT. Mesyuarat Majlis Banteras Dadah Negeri Pulau Pinang, 2019 telah meluluskan inisiatif bersepadu projek rintis di kawasan Mukim 21 dan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM66,000 untuk menggerakkan program di bawah projek ini. Selain itu, Mesyuarat Majlis Banteras Dadah Negeri Pulau Pinang 2021 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM53,800 bagi pelaksanaan pelan tindakan komprehensif penghijauan penyalahgunaan dadah dan substance kawasan berisiko tinggi Mukim 1, Seberang Perai Utara. Sejumlah 35 program telah dilaksanakan di bawah program penghijauan kawasan berisiko tinggi. Penagihan dadah 2021, Mukim 1 di SPU dengan jumlah perbelanjaan RM53,000 dan 31 program di bawah program penghijauan kawasan berisiko tinggi penagihan dadah 2021 Mukim 21 SPT dengan jumlah perbelanjaan RM53,000. Perincian ada di lampiran ID 310 yang diletakkan di meja. Berdasarkan outcome program penghijauan 7 kawasan berisiko tinggi penagihan dadah tahun 2021 didapati peratusan OKP kekal pulih sebanyak 73.1 peratus, 20 orang dinilai dan 19 orang berjaya memenuhi kriteria dan memenuhi enam (6) kriteria yang telah ditetapkan di Mukim 1 manakala di Mukim 21 didapati peratusan OKP kekal pulih sebanyak 83.3 peratus, 12 orang dinilai dan 10 orang berjaya memenuhi kriteria dan memenuhi enam (6) kriteria yang telah ditetapkan. Lampiran ID 310 (b) menunjukkan carta-carta kadar penagih baru dikesan kadar penagih berulang peningkatan OKP compliance OKP kekal pulih di Mukim 1 dan 21 cadangan seterusnya cadangan pewujudan anjung komuniti di kawasan berisiko tinggi penagihan dadah telah dibentang dalam Majlis Tindakan Membanteras Dadah Negeri Pulau Pinang pada 18 April 2022. Pengwujudan anjung komuniti sebagai pendekatan di bawah inisiatif penghijauan kawasan berisiko tinggi penagihan dadah dan mendekatkan agensi dengan komuniti bagi memastikan kehadiran dan perkhidmatan dapat dirasai dan konsisten. Lokasi anjung komuniti di 7 mukim melibatkan empat daerah iaitu Timur Laut Mukim 13 Seberang Perai Tengah Mukim 16 19, 20 dan 21 Seberang Perai Utara Mukim 1 dan Barat Daya. Anjung komuniti menempatkan dua pegawai AADK di setiap anjung komuniti sepenuh masa sewaktu waktu bekerja.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Penanti. Dua minit lagi.

Dua minit okey. Pengukuhan program pendidikan pencegahan dadah use and powerment ialah gerak spot anti dadah dan program keluarga prihatin projek tawan minda benci ataupun darwish program generasi pintar program gerak kerja memperkasa belia tidak berpersatuan di

negeri Pulau Pinang indikator di bawah projek tawan minda darwish ada all the detail rasanya atas meja boleh dibacakan. Okey lagi satu ialah di mesyuarat yang majlis banteras dadah yang yang baru ini telah meluluskan lima (5) program iaitu fokus lima (5) tahun penghijauan penyalahgunaan dadah dan substance kawasan berisiko tinggi dengan bajet sebanyak 318000 dilaksanakan mulai 2021 sehingga 2025. Fokus lima (5) tahun gerak skuad anti dadah ke arah pemerkasaan kesukarelaan belia Negeri Pulau Pinang dengan bajet 219000 dilaksanakan mulai 2021 hingga 2025. Inisiatif pelaksanaan tempat kerja bebas dadah di Jabatan agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang program dadah tawan minda benci dadah, arak, rokok, vape, inhalen dan HIV dengan bajet RM30,000 yang dilaksanakan mulai 2021 dan gerak kerja memperkasa belia tidak berpersatuan di negeri Pulau Pinang dengan bajet RM37,500 dilaksanakan mulai 2021. Berdasarkan program yang dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri bersama AADK Pulau Pinang fokus untuk meningkatkan protective factors ataupun faktor perlindungan dan mengurangkan faktor risiko mengikut evidence based. Program ini bertujuan untuk melindungi, membuat intervensi awalan dan menangguh atau menghentikan tingkah-laku penagihan dalam kalangan kumpulan sasaran. Mengikut rekod Jabatan Penjara Negeri Pulau Pinang, jumlah pengedar dadah yang menunggu hukuman mati adalah seramai 82 orang. Pecahan mengikut penjara adalah seperti berikut; Penjara Reman Pulau Pinang, 11. Penjara Seberang Perai, 60 orang lelaki, 5 orang wanita, 71 orang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Penanti.

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Boleh.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Kita melihat dadah merupakan musuh utama negara dan juga negeri, bukan hanya musuh negara juga merupakan musuh utama Negeri Pulau Pinang. Berpandukan kepada rekod kes sebagainya banyak kawasan yang melibatkan termasuk sekarang ni di sekolah juga telah mula unsur-unsur dadah ni masuk ke sekolah sebagai tempat untuk menjadi mencari pelapis penagih di kalangan pelajar sekolah. Ini yang merisaukan dan Pulau Pinang juga merupakan tempat di mana rampasan dadah yang terbesar pernah dibuat di Pulau Pinang. Banyak rampasan. Tiga, empat rampasan yang telah berlaku dan merupakan tempat transit untuk pengedar-pengedar dadah ini buat transit di sini untuk edar di kawasan utara dan juga di kawasan negara Malaysia. Jadi ini merupakan satu perkara yang cukup mustahak dan saya nampak AADK sahaja yang memainkan peranan mungkin bersama dengan jawatankuasa pembasmian dadah. Jadi saya harapkan sangat kalau boleh bajet mungkin YB boleh respond.

Saya cadangkan dan minta pandangan YB, bajet untuk membenteras dadah ni kalau boleh dimasukkan dalam Bajet Kerajaan Negeri nanti untuk kita bagi sedikit sebanyak peruntukan untuk usaha-usaha membasmi dadah bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan, kita ada AADK dan kita ada bajet daripada negeri untuk kita masukkan supaya program-program yang dibuat lebih memberi kesan dalam kita membanteras dan membasmi dadah di peringkat Negeri Pulau Pinang. Kita dah banyak di bawah AADK ni ada skuad anti dadah, JKPD dan sebagainya, kalau boleh kita selaraskan antara jawatankuasa ini dengan jawatankuasa pembasmian dadah di peringkat negeri dan usaha ini bukan usaha yang kita letakkan kepada pihak AADK sahaja. Saya pandangan daripada YB kalau boleh kita melihat perkara ini sebagai satu perkara yang paling serius yang melibatkan generasi-generasi akan datang yang merupakan mereka yang akan memimpin, pelapis pemimpin kepada negeri ini, perlu kita bebas daripada dadah yang saya rasa semakin serius di Pulau Pinang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua.

Terima kasih atas pandangan. Sebenarnya Projek Rintis yang kita mulakan dan diluluskan pada yang mula-mula yang kita buat di Mukim 21tu lepas tu, lepas tu kita teruskan dengan Mukim 1, itu sebenarnya bukan hanya AADK sebab projek tu actually dicadangkan oleh saya masa tu sebagai untuk dimasukkan Mukim 21 di dalam Projek Rintis Kebangsaan. Masa tu ada 12 projek rintis seluruh negara dan saya telah membuat sesi libat urus bersama dengan semua jawatankuasa masjid, MPKK, KRT, semua penduduk-penduduk, persatuan penduduk. Sebenarnya Projek Rintis yang kita tengok yang telah dibuat di Mukim 21 dan seterusnya di Mukim 1 adalah satu di mana seluruh komuniti dan juga agensi-agensi kerajaan terlibat dan juga NGO-NGO, so dia bukan hanya AADK seorang saja. Of course di bawah kita sebagai AADK sebagai pangkar, dia merangka tapi kita ada buat design thinking dan banyak aktiviti-aktiviti lainlah. Jadi, lagi satu, selain daripada program-program kita juga membangunkan kawasan-kawasan tu so sebagai contohnya di Program Rintis ini kita bersihkan port-port dadah even macam kalau tepi sungai ke apa, bersama dengan JPS. Untuk di kawasan Mukim 1, Mesyuarat EXCO baru ini telah meluluskan agar mempersetujuilah maknanya kawasan-kawasan dan rumah-rumah dan struktur-struktur di Kuala Muda yang dikenalpasti sebagai kawasan kawasan port dadah ke penjualan dadah ke atau pun ada aktiviti-aktiviti tak sihat kita akan membangun semula kawasan tu dan kita telah dalam Mesyuarat EXCO bersama dengan pengarah PTG dan juga saya telah berbincang dengan Penyelaras DUN di situ. Maknanya penduduk di situ pun nak bangunkan semula. Sebagai contohnya juga di Mukim 21 tempat yang dulu port dadah itu kita telah jadikan tempat tu sebagai tempat aktiviti. Sebagai contohnya dulu di kawasan Taman Guar Perahu dan kita dah tahu siapa dia punya tokan-tokan, Kampung Tun Sardon pun ada, kawasan nearby situ tapi.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Penanti. Yang Berhormat Sungai Dua hanya memberi cadangan, bukan untuk bentang semula. Sekian, terima kasih. Soalan nombor 11.

Nor Hafizah binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 11. No. 11. Jumlah peruntukan tahunan MARRIS (a) Berapakah peruntukan MARRIS yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri setiap tahun? (b) Apakah mekanisme yang digunakan untuk mengagihkan peruntukan tersebut kepada PBT dan jabatan yang terlibat? (c) Nyatakan jumlah peruntukan MARRIS yang Kerajaan Negeri berikan kepada PBT dan jabatan terlibat setiap tahun.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Berangan atas soalan mengenai peruntukan MARRIS. Bagi makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri menerima peruntukan MARRIS daripada Kerajaan Persekutuan setiap tahun. Peruntukan ini disalurkan secara bulanan kepada Kerajaan Negeri. Peruntukan MARRIS yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2021 adalah sejumlah RM208,768,683.00. Sepertimana Yang Berhormat Yang Berhormat di Dewan Yang Mulia ini maklum, ini merupakan satu peningkatan yang besarlah yang mendadak juga sekiranya kita bandingkan pada tahun 2018, Kerajaan Negeri hanya menerima RM114 juta ringgit untuk peruntukan MARRIS dan peningkatan ini adalah sedikit sebanyak satu hasil secara langsung daripada usaha Kerajaan Negeri untuk melakukan projek pencerapan jalan yang telah sekaligus meningkatkan peruntukan MARRIS daripada Kerajaan Persekutuan. Bagi tahun 2022 pula setakat 30 April Kerajaan Negeri telah pun menerima peruntukan MARRIS berjumlah RM75,353,610.00. Untuk soalan kedua Yang Berhormat, mekanisme pengagihan peruntukan MARRIS adalah mengikut Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri 3.0. Semua jabatan dan Pihak Berkuasa Tempatan akan mengemukakan senarai projek penyenggaraan jalan negeri yang hendak dilaksanakan kepada Jabatan Kewangan Negeri (JKN) bagi tujuan penyaluran peruntukan pada awal tahun dan sekiranya terdapat keperluan tambahan maka permohonan akan dikemukakan pada secara adhoc lah Yang Berhormat. Ketiga, jumlah peruntukan MARRIS yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada PBT dan jabatan yang terlibat termasuk jumlah carry forward dari tahun sebelumnya adalah seperti di Lampiran A yang saya akan letak atas meja Yang Berhormat lah selepas selesai sesi lisan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Bunga.

Nor Hafizah binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Soalan tambahan. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Tanjong Bunga atas jawapan kepada soalan nombor 11. Seperti yang diketahui MARRIS atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia diperuntukkan untuk projek-projek turapan jalan dan pembaikan saliran air. Soalan tambahan saya, apakah skop atau jenis

projek lain yang berkaitan yang boleh dimasukkan dan dipohon melalui peruntukan MARRIS dan yang kedua, bagaimanakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan kualiti projek-projek di bawah MARRIS mematuhi spesifikasi yang ditetapkan dan tiada rungutan selepas projek disiapkan? Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Sebenarnya kalau ikutkan Garis Panduan MARRIS yang asal, banyak kekangan. Dia sebenarnya hanya boleh digunakan untuk penyelenggaraan, untuk membaik pulih mengikut skop yang asal. Namun demikian, tahun-tahun kebelakangan ini Kerajaan Persekutuan telah pun membuat update kepada garis panduan dan yang terkini garis panduan 3.0 yang telah pun dipersetujui oleh Kabinet baru-baru ini yang membenarkan penggunaan peruntukan MARRIS bagi infrastruktur jalan, jambatan, parit, longkang dan juga cerun di jalan negeri yang rosak akibat banjir, selagi tidak merubah geometri ataupun kategori jalan. Ini kita tak guna istilah naik taraf tapi kita boleh guna istilah pembaikan ataupun pengubahsuaian, penggantian, pemulihan, penyenggaraan dan sebagainya. Saya bagi contoh sekiranya kita ada satu jalan, satu lorong dua hala, kita nak ubah suai menjadi dua lorong dua hala iaitu tidak dibenarkan oleh MARRIS. Namun demikian, sekiranya jalan tu mempunyai parit 300 mm, kita nak ubah suai jadi 450 mm, itu dibenarkan. Jadi dia ikut garis panduan yang terbaru, dia lebih flexible. Jadi lebih projek-projek yang kita boleh buat sekiranya jalan longkang di sesuatu jalan mengakibatkan banjir di kawasan tersebut, kita boleh gunakan MARRIS untuk membuat pengubahsuaian. Yang kedua Yang Berhormat, semua agensi-agensi yang bertanggungjawab atas jalan seperti PBT, JKR dan sebagainya sudah tentu mempunyai SOP-SOP yang tertentu untuk memastikan kerja-kerja yang dibuat oleh kontraktor yang dilantik adalah memuaskan. Dia tidak akan dapat kelulusan dengan pembayaran sekiranya tahap kerja itu tidak menunaikan syarat lah Yang Berhormat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih. Soalan 12.

Haji Mohd Tuah bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Dato’ Speaker, soalan saya nombor 12. No. 12. Apakah usaha-usah Kerajaan Negeri untuk membawa perubahan kepada Buletin Mutiara (BM) yang menjadi antara instrument mempromosikan dasar-dasar Kerajaan Negeri? Kita tidak mahu BM sekadar menjadi pembungkus nasi lemak. Inovasi baru, infografik yang lebih menarik, reka bentuk futuristik, gaya penulisan yang informatif dan menarik adalah antara tindakan positif.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pulau Betong. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, antara usaha-usaha yang telah diambil bagi menjadikan Buletin Mutiara sebagai instrument utama dalam mempromosikan dasar-dasar yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut;

(a) memastikan kandungan penerbitan yang sahih dan selaras dengan keperluan semasa.

(b) Pemaparan maklumat dalam bentuk infografik bagi memberikan penerangan yang jelas dan mudah kepada rakyat Pulau Pinang.

(c) Mempelbagaikan kandungan pemberitaan, wawancara dan lain-lain berkait yang menyentuh isu-isu semasa dan komuniti setempat.

(d) Menyediakan ruang hebahan kepada jabatan dan agensi Kerajaan Negeri untuk pemakluman mengenai dasar serta program yang dilaksanakan.

(e) Mempelbagaikan penerbitan video dan penerbitan dengan kandungan menarik dan menyentuh isu semasa.

(f) Mempelbagaikan peraduan-peraduan dan posting-posting dengan bahan paparan menarik dan berkait dengan isu semasa.

Dalam pada itu, Buletin Mutiara juga dapat diakses secara maya pada setiap masa melalui laman web dan media sosial selaras dengan era pendigitalan kini. Malah, bagi memperhebatkan sebaran dan saluran maklumat Buletin Mutiara yang merupakan media rasmi Kerajaan Negeri, kerjasama semua agensi jabatan, orang perseorangan, Ahli-ahli Yang Berhormat untuk bersama-sama berkongsi paparan serta memperkasakan edarannya di kawasan seliaan masing-masing adalah amatlah diperlukan serta dihargai. Terima kasih.

Haji Mohd Tuah bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Soalan tambahan. Berhubung dengan peredaran iaitu hardcopy kepada masyarakat, bagaimana itu kita nak pastikan bahawa hardcopy ini betul-betul sampai kepada masyarakat sebab kita berhadapan dengan media sosial yang semua orang boleh dapat melalui paparan media social, berbeza dengan dalam bentuk hardcopy tu supaya kita tetap mahu bahawa perkara yang disebutkan itu menjadi bahan untuk bungkusan nasi lemak jadi kita nak pastikan bahawa hard copy ini sampai kepada rakyat di bawah, jadi untuk makluman minta pencerahan.

Y.A.B Ketua Menteri: Terima kasih Yang Berhormat Pulau Betong, mengikut pelbagai kajian yang dilakukan didapati media sosial sudah pun menjadi pilihan utama pembaca-pembaca dan surat khabar ataupun media cetak cuma kini dipilih antara semua saluran dan medium dalam lingkungan kurang daripada 15% iaitu 5% orang yang ingin mendapat makluman memilih penerbitan atau surat khabar manakala saluran-saluran media sosial sudah berkembang dengan begitu baik khususnya semasa pandemik dan menjadi pilihan hampir 60% - 70% dengan lain-lain melalui radio ataupun televisyen dari WhatsApp itu pun kira media sosial. Jadi sepatutnya kita pun perlu

memberi tumpuan kepada perubahan pilihan daripada orang ramai yang ingin akses kepada maklumat. Jadi kini Buletin Mutiara masih meneruskan penerbitan kerana dalam satu kajian yang Buletin Mutiara lakukan masih ada pemintaan tentang penerbitan hard copy selain daripada memperkasakan medium media sosial yang boleh diakses dengan lebih mudah oleh orang ramai jadi memandangkan masih ada keperluan mengikut kajian yang kami lakukan khususnya di kalangan murid-murid sekolah, instituti-institusi pengajian maka kita masih meneruskan penerbitan hard copy selain dari menghebatkan lagi media sosial kita terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Soalan 13 sila

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Yang Berhormat Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, soalan saya soalan ke-13 No. 13. Isu penyewaan unit RMM Jenis A dan B. (a) Apakah status terkini khususnya berhubung dengan isu perundangan bagi mengatasi masalah penyewaan unit RMM Jenis A dan B?

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada Dato‘ Speaker, terima kasih kepada Ahli Kawasan Pengkalan Kota atas soalan yang penting juga begitu penting iaitu berkenaan isu penyewaan unit-unit kos rendah dan kos sederhana rendah yang sekarang dikenali sebagai RMM A dan B, Dato‘ Timbalan Speaker dan apakah sedang kita buat terutamannya dari segi perundangan untuk kawal keadaan ia disewa kepada ramai semalam saya ada sebut dalam satu jawapan berkenaan isu warga asing duduk di banyak skim-skim perumahan sebegini rupa dan hari ini kita ada satu soalan yang khusus kepada apakah kita akan buat. Dato‘ Speaker, Dato‘ Timbalan Speaker Kerajaan Negeri kita sudah pun menggesa Kerajaan Pusat agar aspek perundangan ditelitikan kerana ia merupakan satu isu perundangan either kita pinda ataupun wujudkan satu perundangan baru untuk menangani ini, I cut the whole story short in fact saya telah pun dalam menjadi EXCO Perumahan melihat kepada 4 Menteri Perumahan itulah permasalahan Kerajaan Pusat selalu bertukar-bertukar sehingga mereka tidak boleh buat apa yang kita minta kerana kita sudah minta daripada Menteri Perumahan yang pertama yang I deal with, ini bukan satu isu baru sudah pun kita minta mereka lihat either kita pinda beberapa akta yang kita ada, Akta Hak Milik Strata beberapa lain, yang terpenting adalah ini Dato‘ Speaker, I go straight to the point kita ada satu akta di mana apabila kita memberi borang kepada mereka yang hendak pilih perumahan mampu milik actually kos rendah, kos sederhana rendah the question today, dalam borang itu ia dinyatakan ia cuma boleh dihuni oleh pemilik that mean it can only owner occupied….(dengan izin) Dato’, tetapi apabila mereka pergi kepada peguam sign S&P dalam S&P itu ia adalah tertakluk kepada perundangan di mana ada beberapa jadual yang akan melihat kepada apa syarat. I said this before in day one I just want to give backgroud before we come to where we are, so kita ada Jadual G, kita ada Jadual H yang membenarkan mereka kerana kalau kita beli rumah sememangnya kita berhak untuk menyewanya oleh itu kita beli rumah sebagai satu pelaburan tetapi ia tak selaras dengan apa yang kita hendak buat berkenaan rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah very simple. So kita telah pun minta Kerajaan Pusat melihat kepada ini kerana ini adalah satu isu perundangan yang cuma boleh dibetulkan oleh pihak pusat

because it is federal law bukan di bawah kita dan that is the issue dan saya telah bincang dengan empat (4) menteri sehingga sekarang Menteri Datuk Seri Reezal Merican yang anak jati Pulau Pinang saya harap saya telah pun maklum kepada dia saya harap kita dapat satu maklum balas tetapi sehingga sekarang saya tak dapat, saya tak dapat apa-apa maklum balas. Is the 4th minister Dato‘ Timbalan Speaker, so what else can we do that the reason why this is a very important question and it come back to, mengapa perlu dibuat dengan secepat mungkin kerana kalau tidak kita akan dibanjiri dengan warga-warga asing duduk di skim-skim perumahan kita dan kita tak mahu itu berlaku tetapi kita tak boleh hadkannya sekiranya kita tak ada perundangan yang dapat kita gunakan untuk hadkannya, that is the very simple answer to your question from Pengkalan Kota, so I think that all I have to say. Kita harap Kerajaan Pusat dapat memberi satu maklumbalas dengan secepat mungkin kerana in fact kita di Pulau Pinang Dato' Timbalan Speaker telah pun memberi cadangan kepada mereka untuk bagaimana kita boleh buat pindaan atau wujudkan satu undang-undang baru untuk tangani perkara ini dan mereka minta saya supaya terajui lead Penang always lead we lead and we want the others state to follow because they also having the same problem Dato‘ Timbalan Speaker, terima kasih.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih di atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Datok Keramat tadi berhubung dengan isu penyewaan, semalam memang di dalam perbahasan di antara beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu khususnya penyewaan unit Rumah Mampu Milik Jenis A dan Jenis B ini khususnya kepada golongan warga asing jadi saya ada dua persoalan satu adalah apakah yang pihak Kerajaan Negeri boleh menyusuli lagi dengan Kerajaan Persekutuan khususnya berhubung dengan isu penyewaan ini kerana saya rasa kita perlu mengambil satu tindakan yang menyekang insident penyewaan rumah mampu milik Jenis A dan B…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Pengkalan Kota jawapan telah diberi tadi.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

I got second question, apakah tindakan susulan that the first question yang soalan kedua adalah apakah tindakan yang telah diambil khususnya penyewaan unit-unit rumah RMM A dan B ini kepada warga asing secara terus? Kita nampak memang terdapat seolah-olahnya sindiket atau pun kumpulan yang menyewa RMM A dan B ini untuk disewakan kepada warga asing dan saya ingin mendapatkan jawapan daripada Yang Berhormat Datok Keramat apakah tindakan selanjutnya yang boleh dibuat oleh Kerajaan Negeri? Terima kasih.

Ya terima kasih kepada Ahli Kawasan Pengkalan Kota atas soalan susulan tadi, of course the first question tindakan susulan I answered is Dato‘ Timbalan Speaker stated we are following up with federal goverment dan kita harap saya percaya mereka sedang dengar apa yang saya nyatakan sekarang. They have their people who are looking at what we are saying on a daily basis and we make our press conference and press statement so it is nothing new dan I will follow up personally with Datuk Seri Reezal to see what is the position because we have to move forward

because this is something that cannot be done overnight…(dengan izin), Dato‘ Timbalan Speaker, perlu ada perundangan baru ataupun pindaan kepada perundangan sedia ada dan sebagainya ia it will take some time kita sudah ada pun for your information kita sudah ada pun beberapa bengkel Dato‘ Timbalan Speaker berkenaan isu ini so is nothing new like I said just now. Number two, berkenaan dengan apakah yang kita boleh buat berkenaan dengan kita dibanjiri warga asing dalam skim-skim perumahan kita saya tidak mahu ulangi in fact Dato‘ Timbalan Speaker was here when im answered yesterday, kita sedang buat pelbagai projek asrama pekerja bukan sahaja untuk pekerja asing tetapi pekerja tempatan juga untuk menempatkan mereka di dalam satu skim yang teratur dan tersusun supaya ia tidak menganggu rakyat warga-warga tempatan kita dalam skim-skim perumahan kita dan kita akan terus dengan itu kita sudah ada pun dengan izin Dato‘ Timbalan Speaker sekarang dalam tujuh (7) projek dan dua (2) telah pun siap telah pun diduduki dan sekarang kita sedang menyiapkan yang lain so we have to look at that, so it a global picture you know is a very holistic issue how we are trying to settle it Dato‘ Timbalan Speaker when you look at the problem the first question bring us to the problem and the problem need to be answered so that is the reason why we are doing what we are doing at the moment as best we can, terima kasih Dato‘ Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey soalan?

Soalan tambahan sedikit, terima kasih Dato‘ Timbalan Speaker jadi penjelasan daripada Datok Keramat amat memberi kepuasan kepada saya, saya faham sebelum ini syarat yang telah diberikan dalam RMM A dan B ini boleh dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri saya faham macam itu makna kita dah bagi syarat tak boleh jual tak boleh sewa memang ada syarat dalam masa kita tawarkan rupanya dia ada kaitan dengan undang-undang peringkat KPKT jadi InsyaAllah saya cuma nak tanya adakah apa tindakan yang kita buat dengan mengunakan syarat yang kita berikan adakah ada tindakan yang kita buat kepada penyewa dan orang yang menyewa dan menjual rumah kos rendah A dan B ini adakah kita ada tindakan sebelum ini adakah kita pernah membuat tindakan kepada mereka yang membeli dan InsyaAllah dari segi ini saya akan bersama untuk berbincang dengan Datuk Seri Reezal untuk kita buat pindaan kalau saya memang tak setuju kalau kita bagi rumah A dan B, dia perlu rumah dia sewa saya tak setuju sepatutnya dia duduk di rumah tu pasal apa dia pi sewa juga ini merupakan satu satu benda yang kita beri tak menyelesaikan masalah dan menimbulkan masalah. Jadi kalau boleh saya akan cuba bantu insyaAllah dari segi kita nak minta pindaan dan kita bincang cuma tadi saya tanya adakah kita dah ambil tindakan sebelum ini kepada mereka yang jual dan juga yang sewa, pernah dak kita ambil tindakan? Terima kasih

Saya ingat pagi ini saya dengar Ketua Pembangkang sudah baca minda saya somehow or rather kerana sememangnya kita ada plan ataupun perancangan untuk ambil tindakan, walaupun undang-undang yang sedang kita lihat kepada kita tak boleh tunggu dan kita ada syarat dalam borang PN1 yang mana saya nyatakan dan betul yang dinyatakan oleh Dato’ Ketua Pembangkang tadi bahawasanya tidak dibenarkan. So for you all information keep the whole story short Dato’ Timbalan Speaker Lembaga Perumahan Negeri sudahpun sediakan draf notis untuk dikeluarkan kepada semua mereka yang menyewa ataupun menjual yang melanggarkan

syarat tersebut dalam PN1 dan saya beri amaran kepada semua bahawa ia akan berlaku dalam masa yang tersingkat, sekian.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Soalan No. 14.

Dato’ Mustafa Kamal bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, soalan saya soalan No. 14. No.14. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membantu bagi memastikan hasil tanaman padi di Negeri Pulau Pinang dapat ditingkatkan dengan lebih tinggi lagi? Nyatakan langkah-langkah tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Penanti, soalan dia langkah-langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang memastikan hasil tanaman padi ditingkatkan dengan lebih tinggi lagi.

Pada 17 Mei 2022 saya bersama Menteri Pertanian dan lndustri Makanan (MAFI) iaitu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee telah bersama 5 syarikat yang menyertai Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB). 5 syarikat itu ialah tersebut adalah Koperasi Kerjaya Permatang Nibong Pulau Pinang Berhad, Koperasi Jalan Sempadan Nibong Tebal Berhad, Koperasi Kelompok Padi Jalan Baru Nibong Tebal Berhad, Kilang Beras Siong Heng Sdn Bhd, OBL Maju Sdn Bhd. Program Smart Sawah berskala besar ini sebelum ini telah diadakan di dua (2) negeri dan ia terbukti berhasil meningkatkan pendapatan dan purata hasil padi sehektar selain mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah sebagai contoh Program Smart Sawah Bersekala Besar yang dilaksanakan di Sekinchan, Selangor melibatkan kawasan seluas 100 hektar telah meningkatkan purata hasil padi daripada 2.5 tan metrik sehektar kepada 8 hingga 10 tan metrik sehektar bagi musim 2, 2021 dan musim 1, 2022. Manakala di Batang Lupar, Sarawak telah merekodkan peningkatan hasil pendapatan daripada 50% sehingga 100% yang memberi manfaat kepada 245 orang pesawah yang terlibat dengan program ini. Program Smart Sawah Bersekala Besar ini di Pulau Pinang akan dilaksanakan di bawah seliaan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu ataupun IADA Pulau Pinang melibatkan kawasan seluas 942 hektar dan 420 orang peserta yang juga merupakan Ahli Koperasi dan Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). Saya yakin kolaborasi strategik antara MAFI, IADA dan bersama koperasi dan syarikat-syarikat peneraju akan menjadi titik permulaan kepada perubahan landskap industri padi dan beras tempatan di Pulau Pinang. Seterusnya membantu kerajaan mencapai sasaran 75 % tahap sara diri SSM negara menjelang 2025. Antara langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan Jabatan Pertanian Pulau Pinang bagi memastikan hasil tanaman padi negeri Pulau Pinang dapat ditingkatkan adalah seperti berikut: Program Pembangunan Khidmat Pengembangan Tekno Pertanian.

Berikut adalah perincian program untuk tahun 2022 iaitu : 1. Pakej Latihan dan hands-on Petani Dan Usahawan Industri Asas Tani yang dilakukan di sasaran di peringkat negeri masing-masing 9 latihan untuk kursus berkaitan tanaman. Kesemua latihan dianjurkan secara bersiri di Pusat Latihan Pertanian Cherok Tok Kun dan terbuka kepada petani dan orang awam yang berminat untuk menceburi bidang-bidang ini. Permohonan boleh dibuat melalui sistem eKursustani. Latihan juga diadakan di peringkat daerah melibatkan penganjuran sebanyak 120 latihan sepanjang tahun tahun 2022, kaedah pelaksanaan latihan adalah secara bersiri dalam kumpulan kecil tidak melebihi 15 ke 20 peserta, kaedah pelaksanaan latihan diperingkat lapangan mengambil jenis tanaman, kalendar tanaman teknologi sebagai contohnya hands-on kawalan tikus pada tanaman padi, kaedah pelaksanaan adalah secara gotong-royong bersama para pesawah serta latihan secara teori. Selepas itu pada tahun 2022 keduanya juga diadakan Jabatan Pertanian Negeri melaksanakan 5 sesi untuk program libat urus dan penilaian teknologi pertanian dengan kerjasama MTDC. Seterusnya Kit Pembangunan Pertanian, Program Pembangunan Industri Tanaman Padi, objektif utama program ini adalah memastikan hasil pengeluaran beras mencukupi dan selamat dimakan. Butiran perincian adalah seperti berikut: 1. Program Sawah Gemilang dilaksanakan di kawasan seluas 50 hektar di kawasan sawah padi di setiap daerah. Tujuan program ialah untuk mencapai sekurang-kurangnya 7 metrik tan per hektar hasil pengeluaran setiap musim, kaedah pelaksanaan program adalah melalui insentif baja tambahan kepada para pesawah. Para-para pesawah menerima bantuan baja subsidi daripada Kementerian pada setiap musim penanaman manakala baja tambahan ditampung oleh para petani sendiri bagi membantu meningkatkan hasil pengeluaran dan masa pembajaan yang tepat yang disyorkan dalam (Rice Check) manual tanaman padi, pihak Jabatan Pertanian Negeri melaksanakan inisiatif bagi ini, bagi membantu golongan pesawah memberi insentif baja tambahan. Untuk pengetahuan benih padi yang diberi kepada petani di Pulau Pinang sekarang ini adalah kualiti yang terbaik. 2. Okey kedua program kawalan penyakit dan perosak tanaman padi, pendekatan yang digunakan ialah integrated pest management ataupun Pengurusan Perosak Bersepadu dan mengambil kira serangan tersebut telah melepasi Tahap Ambang Kawalan atau Economic Threshold Level ETL, tahap serangan perosak atau penyakit dinilai melalui aktiviti tinjauan atau surveillance oleh pihak bahagian biosekuriti tumbuhan BBT di 211 titik pengawasan ataupun point surveillance di seluruh Negeri Pulau Pinang. Melalui tinjauan kepada 211 lokasi ini, ETL serangan perosak dan penyakit dapat ditentukan dan seterusnya kaedah kawalan boleh dilaksanakan di lapangan sama ada melalui kaedah IPM atau melalui penggunaan racun kimia sepenuhnya. Sekiranya nilai kerugian tanaman melebihi kos kawalan penggunaan racun kimia disyorkan bagi mengelakkan penurunan hasil pengeluaran, sehubungan itu bagi tujuan kawalan perosak, penyakit dan rumpai, program kawalan penyakit dan perosak tanaman padi telah dirancang, penggunaan baja racun kimia telah bermula dari peringkat penyediaan tanah bagi memusnahkan rumpai jenis saka sehingga kepada 18 ke 20 HLT. Okey, seterusnya Program Sanitasi Jentera Ladang, amalan kultura dan sanitasi dapat mengawal penyakit seperti Hawa Bulir Bakteria dan Hawa Daun Bakteria walaupun serangan penyakit ini telah berkurangan amalan sanitasi jentera ladang disyorkan bagi langkah pencegahan penyakit merebak dari petak sawah ke petak yang lain. Seterusnya kerja Peluasan Pasel Padi, naik taraf dan baik pulih infrastruktur ladang dalam petak sawah. Kerja untuk peluasan pasel padi merupakan insentif yang diberikan bagi tujuan menambah keluasan

bertanam kawasan padi, untuk makluman dari tahun 2020 sehingga 2021, Jabatan Pertanian telah membaik pulih sebanyak 14,267 meter parit buang di dalam petak sawah padi tapak jentera digunakan bagi tujuan aktiviti penuaian dan dianggarkan sebanyak 2,000 tapak jentera terdapat di sekitar kawasan sawah di Pulau Pinang. Tapak-tapak ini perlu dibaikpulih dan dinaiktaraf supaya dapat digunakan pada musim yang seterusnya. Seterusnya Model Farm Alternate Wetting And Drying. Pengurusan Air bagi tujuan pengairan dan saliran sangat penting bagi menjamin bekalan air mencukupi mengikut keperluan tanaman. Kerajaan Negeri telah menyusun semula pengairan padi dan sudah membina 34 telaga tube well di daerah Seberang Utara, JPS juga sudah membina 2 deep tube well untuk susun semula pengairan padi, dalam Mesyuarat MMK pada 18 Mei 2022, Exco Alam Sekitar dan Kebajikan telah memaklumkan yang CMI (Chief Minister Incorporated) telah mengemukakan permohonan pemberimilikan ke empat tapak kuari di Penanti, pihak CMI akan memanggil request for proposal ataupun RFP bagi kerja-kerja rehabilisasi apabila urusan pemberimilikan tapak dapat selesai, ia akan dijadikan takungan air negara National Water Reservoir untuk pengairan pertanian dan akan juga menyelesaikan masalah banjir. Maknanya kelebihan air dari Sungai Kulim yang melimpah dan menyebabkan banjir akan dimasukkan di dalam kuari di Penanti.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Penanti, jawapan ini telah diberi kepada Telok Ayer Tawar, semua? Yang ada di dalam ini.

Ada, tapi jawapan soalan lisan…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Boleh ringkaskan, ada satu minit lagi.

Ada, ada lagi yang penting-penting, tadi nak cakap pasal pengairan sebab masalah pengairan untuk tanaman padi. Okey selainnya ialah amalan pertanian baik di mana insentif permulaan sebanyak RM500 dalam bentuk input pertanian dan juga menyalurkan 10,000 kepada pesawah yang berjaya mengsijilkan sawah mereka, bawah myGAP dan juga pembelian penuai gabungan mini atau mini combine harvester dan penggunaan teknologi terkini dalam penanaman padi. Sejak 2020 Kerajaan Negeri telah membeli 5 unit drone berharga RM70,000 setiap satu, pada tahun ini Kerajaan Negeri akan membeli satu lagi drone dengan model terbaru untuk digunakan di tanaman sawah di sekitar Pulau Pinang. Drone tersebut berkesan untuk menyembur baja dan racun menjimatkan masa dan kos dengan bayaran RM60 per 0.4 hektar ataupun 1 ekar dalam tempoh 6 minit. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian telah membeli satu penuai gabungan mini yang diimport dari China dan harga RM140,000 per unit manakala IADA telah pun membeli 3 unit mesin tersebut. Kerajaan Negeri dan Jabatan Pertanian dalam perancangan untuk membeli lebih banyak mesin penuai gabungan mini iaitu Mini Combines Harvester untuk diagihkan kepada koperasi dan kelompok padi yang aktif. Dengan penggunaan mesin ini, petani tidak akan mengalami kerugian yang besar. Penggunaan mesin ini hanya mencatatkan kerugian sebanyak 3% hingga 5% berbanding 20% sehingga 30% sekarang ini. Pembayaran kepada pembekal

perkhidmatan untuk menuai padi berdasarkan keluasan dan bukan berat. Ini adalah satu yang dicadangkan, yang telah dibuat di negeri-negeri lain. Sehingga kini, petani sawah di Pulau Pinang membayar khidmat tuai padi berdasarkan keluasan (hektar) yang menyebabkan kerugian 20% hingga 30% bersamaan 200 hingga 300 kilogram per hektar menggunakan jentera ladang konvensional sekiranya pemandu tidak berhati-hati…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Penanti.

Tambahan. Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Penanti yang saya rasa dah menjelaskan secara details tentang program-program yang dibuat bagi meningkatkan hasil padi dan tahniah kerana Pulau Pinang dapat meningkatkan purata hasil padi yang tertinggi di Malaysia…(gangguan)..

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Sungai Dua. Soalan?

Jadi saya cuma nak tanya. Pertama, tentang isu air, adakah pihak Kerajaan Negeri dan juga pihak jabatan terlibat memikirkan tentang isu air yang akan berlaku, mungkin YB. boleh jawab dalam soalan, dalam penggulungan. Isu air yang sedang berlaku dan mungkin akan berlaku bila Kedah melaksanakan taps di peringkat Sungai Muda. Kedua, tentang isu ‘smart padi’ sawah berskala besar. Jadi ini memang dah dilaksanakan cukup lama. Kita dulu buat mini estate padi. Estate padi dengan NCIA, dengan NCER.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Banyak pengalaman, biasa duduk di situ.

Dengan NKEA, kita dah buat tapi saya nampak ada hasilnya tapi tak begitu berkesan. Dan satu lagi kalau boleh tolong tengok, minta perhatian kepada YB. nasib penyewa-penyewa tanah kalau buat smart padi ini, nasib penyewa-penyewa tanah. Depa sewa tanah, depa bukan tuan tanah projek ini akan bincang dengan tuan tanah, jadi penyewa tak akan dapat buat, tak dapat usaha bendang dah sebab depa selama ini bergantung kepada penyewaan. Jadi tolong tengok penyewa ini. Dalam smart padi berskala besar, tolong tengok penyewa. Saya minta tolong perhatian, saya minta pandangan daripada YB., penyewa ini akan pi ke mana? Dia mungkin akan jadi pekerja sahaja, dia takkan jadi pengusaha dah. Jadi libatkan mereka dalam 'smart sawah berskala besar'.

Ketiga tentang keluasan padi. Saya minta pandangan daripada YB., keluasan padi daripada dulu 20,000 lebih hektar. Sekarang tinggal 12,000. Dah semakin kurang banyak. Terlampau banyak. Apa cara kita nak kekang supaya mengekalkan sawah, kawasan sawah yang tinggal 12,000 hektar ini supaya ia tak kurang lagi. Saya takut dia akan kurang lagi. Mungkin tinggal 10,000, mungkin tinggal 8,000 hektar. Jadi ini merupakan isu yang penting sebab kita nak tingkatkan hasil nak bekalkan makanan, beras ini kepada food security di peringkat Negeri Pulau Pinang. Keluasan padi, isu keluasan padi dan juga isu peranan negeri. Saya minta sangat, bukan kita nak bergantung kepada Pusat semata-mata. Kita juga ada peranan, Kerajaan Negeri juga ada peranan untuk kita bangunkan, tingkatkan hasil padi. Jadi kita kena ada juga peranan, mungkin kita masukkan lebih tambahan peruntukan kepada Jabatan Pertanian untuk fokus. Kita dah buat banyak dah, dari benih sampai ke pemasaran, kita buat program-program yang banyak tentang sawah padi tapi masih lagi menghadapi masalah dari segi pelaksanaan, penyatuan, pelaksanaan serentak padi dan ini merupakan masalah yang perlu kita lihat bersama. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih. Saya, Penanti boleh gulung semasa penggulungan, reverse cadangan dan beberapa soalan sahaja. Terima kasih Penanti. Soalan nombor 15.

Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Terima kasih Timbalan Dato’ Speaker, soalan saya nombor 15. No. 15 Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk menaik taraf KOMTAR supaya ia lebih mesra OKU dan warga emas? (a) Ramai yang mengadu tempat letak kereta berada di kawasan yang tidak mempunyai ramp atau lif bagi golongan OKU/Warga Emas, apakah perancangan kerajaan untuk memudahkan golongan yang terkesan?

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker, kepada Ahli Kawasan Seri Delima atas soalan berkenaan adakah kita hendak naik taraf KOMTAR supaya ia lebih mesra OKU dan lebih mesra warga emas. Kerajaan Negeri, Dato’ Timbalan Speaker, sentiasa prihatin dan sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak termasuk ADUN kawasan untuk menangani keadaan beberapa keperluan tambahan terhadap infrastruktur dan kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas di kawasan KOMTAR demi keperluan dan kebaikan mereka. Dan Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Kumpulan Tindakan Aksessibiliti Pulau Pinang (Penang Accessibility Action Group) or known as PAAG menyokong penuh perancangan untuk menaik taraf kemudahan aksesibiliti di KOMTAR bagi golongan OKU dan warga emas. Selaras dengan keperluan aksesibiliti di KOMTAR, pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Setia Urus Sdn. Bhd. telah pun melaksanakan beberapa kerja-kerja penaiktarafan kemudahan infrastruktur termasuk penyediaan ramp dan tandas OKU bagi keselesaan golongan OKU dan warga emas. Dan pihak PDC juga dalam perancangan penyediaan kemudahan aksesibiliti lain seperti penaiktarafan kemudahan tempat letak kereta berdekatan dengan ramp ataupun lif di lokasi strategik pada masa yang akan datang. Sekian, Dato’ Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Soalan nombor 16.

Khaliq Mehtab bin Mohd IshaqBERSATU · PHBertam

Dengan izin, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, soalan saya soalan nombor 16. No. 16 Beberapa laporan terhadap kilang sejuk beku di kawasan Jalan Tiga Kepala Batas telah dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (MBSP), mengapa sehingga kini tindakan masih belum dibuat? Laporan dibuat oleh penduduk kerana kegiatan kilang memberi masalah kepada penduduk sekeliling dan kehadiran lori kontena melalui jalan kampung membahayakan dan merosakkan jalan.

Terima kasih kepada Ahli Kawasan Bertam atas soalan beliau berkenaan beberapa laporan terhadap satu kilang sejuk beku di kawasan Jalan Tiga di Kepala Batas yang telah pun dilaporkan kepada MBSP dan apakah tindakan yang sedang dilakukan. Dato’ Timbalan Speaker, Majlis Bandaraya Seberang Perai telah pun keluarkan notis kacau ganggu pada 13 Mac tahun 2020 kepada pemilik premis dan lanjutan daripada itu, tindakan mahkamah telah pun diadakan ke atas pemilik premis atas kesalahan kacau ganggu dan pemilik premis telah disabitkan dengan kesalahan dan didenda sebanyak RM1,300.00 pada 6 September 2021. Dan selain daripada itu Dato’ Timbalan Speaker, pada 8 September 2021, pihak MBSP telah mengeluarkan satu surat tunjuk sebab pembatalan lesen premis perniagaan dan memberi tempoh tujuh (7) hari kepada pemilik premis tersebut untuk memberi sebab. Walau bagaimanapun, pemilik premis tersebut gagal berbuat demikian dan lesen telah dibatalkan pada 6 Januari 2022. Pihak MBSP telah pun keluarkan notis menghentikan perniagaan pada 17 Disember 2021 pada pemilik premis memandangkan premis masih beroperasi berdasarkan pemantauan yang dilakukan oleh pihak MBSP. Sehubungan itu, pihak MBSP akan membuat tindakan pendakwaan untuk kali kedua terhadap pemilik premis tersebut. Dan kita, MBSP sekarang sedang dalam proses penyediaan dokumen undang-undang bagi tindakan penguatkuasaan. Terima kasih, Dato’ Timbalan.

Khaliq Mehtab bin Mohd IshaqBERSATU · PHBertam

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO Datok Keramat. Sekiranya satu lawatan dibuat di Jalan Tiga, Kepala Batas, kita akan dapati pembinaan kilang tersebut adalah terlalu dekat dengan ada sebuah rumah di sebelahnya. Dan kalau tak silap saya, dari dinding kilang ke dinding rumah sebelah, the distant is about…(dengan izin), mungkin roughly, 2 meters Yang Berhormat. So soalan saya, adakah PBT meluluskan pembinaan ataupun operasi kilang di kawasan perumahan tanpa ada buffer zone? And apa yang boleh dilakukan oleh PBT dalam menangani struktur binaan kilang sedia ada yang terlalu dekat dengan rumah tersebut yang akan menyebabkan kacau ganggu pada rumah. Terima kasih.

I think it’s a good question. Untuk kes khusus ini, sememangnya pun saya telah pun beri jawapan berkenaan tindakan yang sedang ataupun sudahpun diambil terhadap kes inilah. Tetapi secara am, I think, ingin saya nyatakan di sini, apabila kita melihat kepada apa-apa pemajuan

yang dirancang, sememangnya kita ambil kira bahawasanya tiada permasalah sebegitu rupa. First of all, dari segi pengezonan, banyak isu teknikal Dato’ Timbalan Speaker. Dari isi pengezonan, sama ada dia dekat dengan tempat ataupun kawasan perumahan and of course, apabila ia sampai kepada peringkat PBT, apabila kebenaran merancang dibenarkan sememangnya mereka akan melihat agar permasalahan seperti kes ini tidak berlaku. That is very, very firm. We are very firm on that. There is no issue. So let me be very clear on this issue that we are always memantau dan pastikan bahawasanya apa-apa pemajuan yang berlaku di Negeri Pulau Pinang sama ada di bahagian Pulau, dua daerah kita ataupun di bahagian Seberang, tiga daerah kita di situ, akan mematuhi semua keperluan teknikal yang diperlukan. Sekian, thank you very much.

Cuma, saya minta pengesahan daripada Dato Keramat terima kasih. Adakah kawasan ini kawasan zon industri ataupun kawasan perumahan? Tapak premis ini, dekat dengan rumah saya pun, (Taman saya Seri Serdang) dekat dengan rumah. Memang pekerja asing pun ramai di situ. Jadi kalau boleh dan minta pengesahan sama ada kawasan ini kawasan memang zon industri ataupun zon perdagangan, perniagaan atau zon perumahan yang dibuat. Terima kasih.

Berkenaan isu pengezonan kawasan ini, saya akan mendapat maklumat yang khusus untuk diberikan kepada Ketua Pembangkang tetapi memandangkan apa yang telah berlaku, sememangnya MBSP tidak setujulah dengan premis tersebut ataupun kilang tersebut berada di situ dan kita sedang mengambil tindakan kerana ini satu premis sahaja. Apabila kita sebut tentang pengezonan, ia adalah satu tempat besar, bukan satu premis sahaja. So we will look into it, I will get back to you on that. Thank you very much for your question.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Soalan nombor 17.

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Penaga nombor 17. No. 17. Penduduk sekitar Teluk Kumbar membantah pembinaan asrama pekerja asing di sana. (a) Nyatakan tempat lokasi projek ini dan jumlah pekerja asing yang akan ditempatkan. (b) Kegagalan kerajaan ingin meneruskan projek ini dalam keadaan infra jalan raya utama tidak dinaik taraf, tiada jaminan keselamatan, kesihatan dan sosial budaya terganggu. Mohon penjelasan.

Jagdeep Singh Deo /L Karpal SinghDAP · PHDatok Keramat

Terima kasih saya ucapkan kepada Ahli Kawasan Penaga atas soalan yang mana actually kita telah pun, saya telah pun sentuhlah semalam, pagi ini juga berkenaan penduduk di Teluk Kumbar secara khususlah membantah pembinaan asrama pekerja asing di situ. Untuk makluman, Dato’ Timbalan Speaker, saya hendak mengulas sedikit semula, Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja ataupun Akta 446 yang kita semua tahu, 2019 menyatakan bahawasanya kawasan perumahan boleh dijadikan sebagai asrama pekerja tetapi perlu patuh syarat-syarat teknikal. Now, walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tegas dengan tidak benarkan sebarang penginapan pekerja di kawasan kos rendah (LC) ataupun kos sederhana rendah (LMC) dan kampung. Kerajaan Negeri telah pun meluluskan beberapa penginapan asrama pekerja bagi tangani masalah kebanjiran pekerja asing di kawasan perumahan. Pusat penginapan asrama pekerja adalah satu penyelesaian jangka panjang bagi isu pekerja asing yang tinggal di kawasan perumahan bersama-sama dengan penduduk tempatan di Negeri Pulau Pinang di mana kita telah menerima banyak bantahan tentang isu kebanjiran warga asing di skim-skim perumahan terutamanya di kawasan Bayan Lepas dan Teluk Kumbar yang dekat dengan kawasan industri. Justeru, pembangunan pusat penginapan asrama pekerja tersebut adalah satu perancangan yang menyeluruh, selamat dan teratur yang akan melihat dan memberi manfaat kepada penduduk tempatan

Dato’ Timbalan Speaker, I don't want to repeat what I said since yesterday. I just go to soalan berkenaan lokasi, senarai lokasi dan jumlah pekerja asing di kawasan sekitar Teluk Kumbar yang kita ada dalam rekod kita seperti mana boleh dilihat dalam jawapan. Satu adalah di Permatang Damar Laut dengan 2,900 penghuni, juga satu di Teluk Kumbar Mukim 9 dengan 25,000 penghuni dan lagi satu di Tingkat Teluk Kumbar dengan 7,680 penghuni yang membawa kepada satu jumlah keseluruhannya di kawasan tersebut 35,580 penghuni. So, kita akan teruskan dengan apa yang kita sudah pun buat dan yang terpenting sepertimana saya nyatakan tadi, ingin saya ulangi one thing Dato’ Timbalan Speaker, apabila kita luluskan projek-projek ini kita lihat kepada number pekerja-pekerja yang ada terutamanya pekerja warga asing yang ada yang perlu ditempatkan di dalam suatu tempat yang teratur dan tersusun. But let me also tell everyone here, apabila saya ada perbincangan dengan Kementerian Tempatan dan Perumahan (KPKT) di negara Malaysia mereka setuju supaya rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah dan rumah kampung dibenarkan untuk diduduki mereka. Di Pulau Pinang kita tidak setuju dan oleh yang demikian, bahawa kita pada satu pendekatan perlu kita ada asrama sebegini rupa untuk tempatkan mereka. I hope everybody understand the position that we’re taking which is different from the rest of the country. Kalau you hendak banding kita dengan negeri lain mereka benarkan di kos rendah, kos sederhana rendah di kampung pun. We are not going to allow that. Kerana ada distraction social yang kita tidak boleh benarkan, kerana itulah aduan yang pejabat kita terima sudah lebih daripada 10 tahun. Thank you very much.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Soalan tambahan. Timbalan Speaker, saya amat-amat menghargai usaha yang telah dibuat oleh YB. EXCO untuk mengatasi masalah pekerja asing ini dan dalam jawapan beliau dalam soalan-soalan bertulis pun saya amat-amat menghargai apabila bersedia menerima pandangan daripada pimpinan masyarakat termasuklah wakil rakyat dan ahli politik sebagianya. Cuma dalam sesi ini saya rasa terkeliru sama ada projek ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri ataupun tidak. Jika ikut statement yang dikeluarkan oleh YB. EXCO sebentar tadi 3 (tiga) projek ini telah diluluskan. Tetapi apabila saya bertanya dengan Ketua Menteri sendiri projek ini tidak diluluskan lagi. Yang mana satu yang betul?

Soalan kedua saya adalah jika kita nak buat yang terbaik untuk Negeri Pulau Pinang untuk pengasingan pekerja dengan masyarakat ada Akta 446 dan sebagainya untuk menjamin kebajikan warga asing ini. Tetapi dalam masa yang sama saya melihat tiada usaha untuk mitigasi ataupun akta yang sama bagaimana pemisahan penduduk asal. Kira tadi tu YB. EXCO maklumkan Kerajaan Negeri tak setuju apabila penempatan itu terletak di Low Cost, Low Medium Cost. Yang paling ketara sekali apabila cadangan untuk membina rumah, asrama warga asing ini betul-betul di tengah-tengah Low Cost, Low Medium Cost. Tingkat Teluk Kumbar, tepi pasar malam ada tujuh (7) blok rumah kos rendah PERDA punya, Taman Teluk, Taman Teluk 2A, Taman Kumbar Permai. Semua itu, jadi saya rasa ada cakap tak serupa bikin. Jadi saya minta perkara ini dikaji dan jika diluar orang boleh bantah, saya faham. Bantahan apabila di sesuatu kawasan ada warga asing dan sebagainya. Bagaimana pula bila dah berkumpul terlalu ramai di satu-satu tempat yang orang tempatan duduk lagi banyak-banyak masalah. Nanti dalam sesi saya punya perbahasan nanti, saya akan ulas mengenai isu sosial, agama dan sebagainya. Cuma saya ambil kesempatan daripada YB. Penaga. Terima kasih.

Ya. Thank You very much. Sepertimana kita lihat dan apa yang saya nyatakan soalan adalah berkenaan lokasi dan apa yang telah diluluskan sudah pun diluluskan dan ada yang sedang di dalam pertimbangan, number one. Number two, ingin saya nyatakan bahawasanya apabila kita sebut tentang ada skim asrama pekerja ini walaupun asing ataupun tempatan, dia adalah begitu tersusun dan it is all sense sustainable. So, apabila itu berlaku mereka akan berada dalam satu tempat di mana mereka terkawal. Saya telah nyatakan perkataan itu daripada pagi, daripada semalam. Mereka tak perlu keluar. So, kita akan ambil masalah daripada skim-skim perumahan kita keluar daripada itu. Itulah apa yang kita hendak buat. Dan ini telah pun dibuat di ramai-ramai negara yang lain. Di mana sudah perpuluhan tahun mereka buat. So, itu perlu difaham dan adalah satu perkara yang positif untuk YB. untuk nyatakan pada penduduk-penduduk tempatan kamu, kerana mereka sedang mengalami masalah sekarang dan inilah apa yang kita cadang dan rancang supaya kita boleh atasi dia. Okay, Thank You.

Ada satu soalan tambahan.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Boleh bagi laluan. Sebab saya takut nanti masa perbahasan YB. EXCO tak ada. Boleh tak, minta satu sekali lagi.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bayan Lepas sudah habis perbahasan belum?

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Belum lagi tapi nanti YB. EXCO tak ada.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

…(gangguan) dan Dato Keramat menggulung dan saya bagi Penaga.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

(gangguan) Saya nak menyentuh isu sustainable. Minta maaf. Minta laluan sebentar sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saya minta Penaga. Semasa gulungan Bayan Lepas akan dapat jawapan.

Baik, Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Datok Keramat atas penjelasan dan juga jawapan yang diberi berkait dengan soalan saya nombor 17 tadi. Isu penempatan pekerja warga asing sememangnya agak serius dan dibincangkan di semua peringkat termasuk semalam pun di pihak pembangkang kita menerima juga memorandum berkaitan dengan…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Penaga, Question, soalan.

Asrama warga asing. Cuma soalan tambahan saya kalau kita merujuk kepada satu kenyataan akhbar pada 12 Ogos 2020, kenyataan akhbar daripada Yang Amat Berhormat Padang Kota iaitulah bagaimana satu projek pembinaan rumah ataupun asrama pekerja warga asing ini di Juru telah dibatalkan disebabkan oleh desakan ataupun bantahan kuat daripada penduduk sekitar di Juru. Jadi sebagaimana penempatan asrama pekerja warga asing boleh dibatalkan di Juru apabila adanya bantahan yang kuat daripada penduduk sekitar. Jadi saya kira di Teluk Kumbar juga, juga di, di Bertam ini boleh dibatalkan sebab bantahan yang kuat dan memorandum yang difahamkan yang ada di tangan saya ini yang menandatangani bantahan di sekitar perkara ini dalam isu asrama pekerja asing di Bertam lebih daripada 6,000 penduduk yang membantah. Ini mungkin alasan ataupun hujah yang sama boleh diguna pakai. Jangan lambakkan pekerja asing ini di kawasan majoriti Melayu.

Mungkin saya boleh terus jawab. Untuk makluman semua saya telah nyatakan ada tujuh (7) projek. Dua (2) telahpun diluluskan. Satu di Bukit Minyak, satu (1) di Batu Maung sudahpun diduduki sekarang. Yang lain dalam pemajuan. Yang Juru actually adalah yang salah satu yang pertama. Tetapi ia tidak diteruskan dua perkara. Satu berkenaan isu geografi mereka di kawasan mereka ada banyak ulasan teknikal apabila ada apa-apa pemajuan. So, mereka tidak dapat buat itu. Yang kedua kerana pandemik. Pandemik menyebabkan pemaju tidak dapat teruskan pada waktu itu. Jadi mereka tarik balik. There is number one. Number two, Bertam if you talking about Bertam ini adalah SPU kan. Ya, SPU kalau saya fahamlah tempat ini ialah satu tempat baru. Ada

banyak fasa. Ini satu kawasan perindustrian. Kita dalam Fasa 1 saja sekarang. Belum sampai pun kepada fasa di mana ada asrama tersebut yang akan dibina dan ia belum masuk untuk pertimbangan kita. So, ini akan mengambil masa. So, if that is the correct place la. I hope that is the correct place lah we are talking about. So, ia akan dipertimbangkan apabila masanya sampai. Simple as that. Dengan semua ulasan teknikal diambil kira. Thank you.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih. Soalan nombor 18.

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor 18. No. 18. Berapa peratuskah keperluan air di Pulau Pinang yang diambil dari Sungai Muda? (a) Apakah kesan yang akan berlaku jika Kerajaan Negeri Kedah melaksanakan projek takungan air pinggiran sungai? (b) Apakah kesan kepada ekonomi Pulau Pinang jika berlaku krisis air?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Dan terima Kasih kepada Dato’ Ketua Pembangkang atas soalan. Yang Berhormat, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) mengebstrak lebih 80% air mentah yang diperlukannya setiap hari untuk menghasilkan air terawat daripada Sungai Muda. Kesan akibat pelaksanaan projek takungan air pinggiran sungai di Sungai Muda yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Kedah masih belum diketahui. Sekiranya projek tersebut memberi kesan buruk kepada Negeri Pulau Pinang, maka Kerajaan Negeri akan bertindak secara serta-merta untuk menghentikannya. Di Malaysia terdapat undang-undang negeri dan juga persekutuan. Sebarang projek baru di Sungai Muda dan di Hulu Muka Sauk, Lahar Tiang Pulau Pinang mestilah mematuhi undang-undang sedia ada. Projek sedemikian tidak boleh memberikan kesan buruk atau menjejaskan perkhidmatan bekalan air kepada 1.78 juta pengguna air di Pulau Pinang. Secara ringkasnya Negeri Kedah tidak boleh menjalankan projek yang melibatkan Ulu Muda tanpa persetujuan daripada pihak Kerajaan Persekutuan khususnya kerana Kerajaan Persekutuan lah yang akan membiayainya. Sekiranya projek ini merugikan ataupun mengancam penggunaan air Negeri Pulau Pinang maka Kerajaan Negeri boleh mengambil beberapa tindakan lah. Contohnya, kita boleh mengemukakan bantahan rasmi kepada Kerajaan Persekutuan ataupun mengusulkan bantahan di Parlimen melalui Ahli-ahli Parlimen. Ataupun mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan injuksi di mahkamah sekiranya perlu. Pokoknya, Kerajaan Negeri akan terus melindungi kepentingan Pulau Pinang berkenaan dengan jaminan bekalan air. PBA akan berusaha untuk melaksanakan lebih banyak projek strategik di bawah Inisiatif Bekalan Air Pulau Pinang 2050 untuk mengurangkan risiko kemungkinan berlakunya musibah di Sungai Muda yang boleh mempengaruhi perkhidmatan bekalan air di Pulau Pinang pada masa akan datang. Selain daripada tu Yang Berhormat, Kerajaan Negeri juga telah mencadangkan penubuhan “UMBA” ataupun Ulu Muda Basin Authority, satu pihak berkuasa yang melibatkan Kerajaan Negeri-negeri yang terlibat dalam kawasan tersebut serta Kerajaan Persekutuan.

Untuk menjawab soalan terakhir sekiranya bekalan air dari Sungai Muda terganggu maka perkhidmatan bekalan air untuk 1.78 juta penduduk Negeri Pulau Pinang akan terjejas. Krisis bekalan air di Pulau Pinang juga akan menyebabkan kerugian besar kepada semua perniagaan yang kini menyumbang sebanyak RM94.7 bilion pada KDNK negara pada tahun 2019. Terima kasih Yang Berhormat.

Soalan tambahan. Terima kasih Tanjung Bungah yang telah menjelaskan tentang isu yang dibangkitkan. Saya cuma nak tambah soalan. Pertamanya tentang 85% air yang kita ambil dari Sungai Muda. Boleh tak dipecahkan untuk domestik kegunaan umum, untuk industri berapa pecent yang kita nak untuk pertanian berapa percent? Boleh atau tidak. Kalau tak boleh tak apalah. Cuba kita nak tahu, saya nak tahu percent untuk pertanian tu berapa. Sebab saya nampak kalau berlaku selain daripada isu-isu minuman domestik dan juga perniagaan industri, pertanian juga akan beri kesan yang paling ketara kalau berlaku. Dan keduanya isu perbincangan dengan Negeri Kedah tentang dan isu tapping ini. Taps ini memang saya mendapat maklumat mungkin tak tepat usaha-usaha ini telah dibuat diperingkat Negeri Kedah daripada kawan di SADA tapi tak tau la benar ataupun tidak dia kata telah dibuat usaha tapping, tapping air sepanjang sungai tu buat satu takungan. Jadi ini merisaukan saya sebab air yang akan sampai di hujung air yang berselut yang dah sikit, dah tak banyak dah. Saya rasa ini akan memberi kesan yang cukup ketara. Kalau ini berlaku kita kena ambil tindakan kita kena berbincang di bawah tadi jawatankuasa baru itu supaya usaha yang dibuat tidak diteruskan ataupun tak dibuat langsung sebab kalau dibuat yang ini dia macam melanggar, melanggar ataupun dia tidak mengikut syarat ataupun perkara yang perlu dibuat.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Ketua Pembangkang adakah Ketua Pembangkang nyatakan kita kena bawa Menteri Besar Kedah ke mahkamah?

Tidak tidak…(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Rakan Penaga setuju tak?

Tidak kita bincang…(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dia tak setuju, dia sokong PAS. Bukan sokong Negeri Pulau Pinang.

Ia tak berlaku. Jadi perbincangan ini kita kena buat menggunakan Kerajaan Pusat. Pusat kena jadi orang tengah. Jadi ini kita kena buat tak palah saya boleh lah kita cuba-cuba untuk tengok sebab saya memikirkan masalah Negeri Pulau Pinang…(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Ketua Pembangkang sokong ka kita bawa dia ke Mahkamah?

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Ketua Pembangkang ADUN, ADUN Kedah ka?

Jadi saya bukan ADUN Kedah, hang ni pasal apa? Saya cerita pasal air tau.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dia sokong.

Air Pulau Pinang. Orang Pulau Pinang mungkin tak dak air. Mungkin tak dak air suatu hari esok.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Satu cadangan yang baik oleh Sungai Dua Pulau Tikus salah faham.

Ekonomi teruk semua teruk fikirlah. Saya fikir benda ini.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Sungai Dua.

Jadi kita kena selesai la…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ya, ya.

By hook or by crook… (dengan izin), kita kena selesai. Saya sayang Pulau Pinang saya sayang orang Pulau Pinang. Jadi kita kena bincang yang terbaik apa benda pun kita boleh bincang…(gangguan).

(YB. Satees a/l Muniandy) Tapi Penaga tak sayang Pulau Pinang.

Sayang.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Sayang kepada MB PAS.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Yes, buktikan dengan MB PAS.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, minta semua duduk. Sungai Dua.

Satu lagi tentang semalam Jason, Bukit Tambun, Jawi. Okey saya…(gangguan).

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Ya, memang kita kena mintak PAS Penaga.

Ya, saya cuma nak bangkitkan dia bangkitkan semalam saya dengar sikit saya ada di luar dia sebut tentang PBA. PBA yang tak buat tindakan tak buat kerja dan sebaliknya kita tengok PBA buat kerja selama ini baik dah Pulau Pinang ini antara yang terbaik kan Padang Kota…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sungai Dua soalan.

Cuma saya nak minta penjelasan tugas untuk cari air cari penyelesaian pada isu air ini adakah semata-mata tugas PBA? Ataupun Kerajaan Negeri? Ataupun tugas Bersama? Jangan kita blame PBA kesian dekat PBA, kerja teruk dah kita blame dalam Dewan nampak PBA macam tak buat kerja. PBA buat kerja insyaAllah tapi nak cari sumber air ini kita diperingkat Negeri kena uruskan bersama-sama. Saya doakan semoga usaha-usaha ini berjaya. Kita akan bantu kot manapun tapi kena ada bersama-sama dengan Pusat sebagai orang tengah untuk selesaikan masalah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Sungai Dua.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat satu jam tiga puluh minit untuk soalan lisan telah tamat. Selaras dengan sub peraturan 26 (7) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan di dalam Penyata Rasmi.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat kita berharap dalam sesi perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Y.A.B. Ketua Menteri: Di samping Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, selaras dengan peraturan 6A(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mohon masa persidangan hari ini 31 Mei dilanjutkan sehingga jam 6.30 petang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih saya memerlukan sokongan. Sila.

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Saya memohon menyokong.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sebenarnya yang disebut yang Amat Berhormat Ketua Menteri mengemukakan usul dibawah Peraturan 6A(1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini 31 Mei, Selasa sehingga jam 6.30 petang. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan “Ya”.

Ahli-ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju katakan ”Tidak”. Usul dipersetujui. Sila Dewan Bersidang Semula. Ya, Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Saya ada satu usul yang nak dibangkitkan Peraturan–Peraturan Majlis Mesyuarat yang 34(8). Notis Tanpa Pemberitahu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan sedia mendengar. Sila.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin membawa satu usul yang berbunyi bahawa saya “Dewan yang mulia ini mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup serta security makanan yang menghimpitkan rakyat serta menjejaskan pembangunan ekonomi yang mampan”. Usul ini saya ingin bangkitkan di sini kerana memandangkan dalam ucapan T.Y.T., perasmian T.Y.T. juga ada menyebutkan tentang kadar inflasi yang telah menghimpitkan rakyat dan juga ramai Ahli-ahli Dewan pada perbahasan semalam juga membangkitkan banyak isu yang berkaitan isu security makanan serta kenaikan harga makanan. Maka saya rasa ada keperluan yang mendesak untuk sama-sama kita di Dewan yang mulia ini untuk mengemukakan satu pendirian yang mewakili rakyat di Pulau Pinang ini ke atas tindakan dan usaha yang perlu diambil oleh Kerajaan Persekutan. Dengan ini saya mohon Dato’ Speaker untuk mempertimbangkan cadangan ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Minta Machang Bubuk sila baca sekali lagi tajuk usul.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Okey, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua tajuk usul ini berbunyi “Bahawa saya, bahawasanya Dewan yang mulia ini mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menagani isu kenaikan kos sara hidup serta security makanan yang menghimpitkan rakyat serta menjejaskan pembangunan ekonomi yang mampan”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih saya mengakui dan setuju Usul Tanpa Pemberitahu dibacakan. Ahli-Ahli Yang Berhormat memandangkan ini adalah satu Usul Tanpa Pemberitahu, maka mengikut Peraturan Majlis Ahli Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang saya memerlukan sepuluh (10) orang penyokong usul yang berdiri ditempat masing-masing. Terima kasih sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat maka kita sekarang berada dalam sesi perbahasan atas satu usul tanpa pemberitahu yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Machang Bubuk yang berbunyi “Bahawasanya Dewan yang mulia ini mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup serta security makanan yang menghimpitkan rakyat dan menjejaskan pembangunan ekonomi yang mampan”. Ahli-ahli Yang Berhormat untuk sesi perbahasan ini saya akan menghadkan setiap pembahas dalam tempoh masa 10 minit sahaja dan saya membuka ruang untuk semua yang ingin membahas atas usul ini. Sila bahas.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pembawa. Already pencadang it. Saya it already open our bahas sila sokong pun sudah disokong oleh sepuluh yang berdiri sekarang bahas lah okey, bahas.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Okey, Terima kasih YB Yang di-Pertua. Terima kasih kerana membenarkan usul ini dibahaskan dalam Sidang DUN yang mulia ini. Saya rasa isu ini adalah yang begitu besar dan juga penting kerana isu ini memang telah terkesan dengan seluruh rakyat di Malaysia. Inflasi yang telah naik secara mendadak diseluruh dunia termasuk Malaysia juga tidak terkecuali daripada implikasi negatif ini. Ini kita berada dalam perfect storm dimana isu 3C ini pandemik COVID-19 dengan konflik peperangan di Ukraine serta Climate Changes di mana ada kemarau, musim kemarau, banjir besar dan juga heat wave yang berlaku di seluruh dunia ini berlaku secara serentak dan menyebabkan krisis global ini berlaku.

Isu kenaikan harga makanan telah menjadikan kos sara hidup naik secara mendadak makanan telah menjadi tidak lagi mampu bagi golongan B40 dan juga M40 yang tidak tahan dengan kenaikan harga makanan yang melambung tinggi. Isu jaminan atau keselamatan makanan juga disentuh dalam ucapan perasmian T.Y.T. di dalam Sidang DUN kali ini. Saranan T.Y.T. agar program keselamatan makanan itu wajar diberi tumpuan agar dapat berdepan dengan cabaran inflasi ataupun hyperinflation. Ramai juga dikalangan kita Ahli-ahli Dewan ini membangkitkan isu security makanan ini maka saya berpendapat bahawa adalah penting dan mustahak bagi Dewan yang mulia ini untuk menghantar satu mesej yang jelas kepada Kerajaan Persekutuan dalam isu menangani kenaikan kos sara hidup serta security makanan yang menghimpitkan rakyat. Isu inflasi dan kenaikan kos sara hidup ini perlu ditangani secara bersama dan juga secara segera. Pemimpin-pemimpin politik perlu melihat kos sara hidup ini sebagai satu masalah yang perlu ditangani secara bersama. Apa yang berlaku yang sedang berlaku sekarang, kini kita negara telah menyebabkan disebabkan oleh krisis makanan di sedunia maka menyebabkan ramai banyak negara telah mula mengharamkan eksport makanan keluar negara termasuk kita dengar India juga mula mengharamkan pengeluaran wheats, Indonesia negara jiran kita juga haramkan pengeluaran minyak kelapa sawit dan Malaysia juga kita akan mengharamkan eksport ayam ke Singapura. Tapi apa yang kita tengok sekiranya semua negara telah menghentikan eksport bahan-bahan makanan atau bahan-bahan pengeluar makanan ini maka ia akan menyebabkan the domino effect kepada keseluruh industri dan juga sektor pengeluaran makanan ini. Ramai peladang dan juga penternak telah mengeluh dengan penetapan harga siling yang menyebabkan menyebabkan mereka terpaksa mengalami kerugian ya akibat kenaikan kos pengeluaran seperti harga makanan haiwan yang diimport yang naik secara mendadak akibat daripada kelemahan mata wang ringgit Malaysia ini dan juga rantaian bekalan supply chain yang telah terjejas terputus akibat daripada konflik di Rusia, konflik Rusia dengan Ukraine yang Negara China masih dalam lockdown maka ada banyak bekalan tidak dapat disampaikan kepada penternak-penternak. Maka subsidi kerajaan kepada penternak itu bukan banyak membantu sangat kerana masalah yang dihadapi oleh penternak adalah kekurangan tenaga kerja serta kenaikan kos operasi. Saya juga ingin membangkitkan di sini ada banyak dasar dan juga pelan telah dirangka oleh Kerajaan Persekutuan termasuk Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang kita ada Jawatankuasa Sekuriti Makanan. Ada banyak pelan-pelan ia seperti pelan-pelan Dasar Agro Makanan Negara 2021 hingga 2030. Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara termasuk ada Pelan Induk Pembangunan Jagung Bijian 2018 hingga 2032. Semua ini telah dirancangkan oleh Kerajaan Persekutuan tapi kenapa sehingga kini kita masih berdepan dengan krisis makanan yang seperti yang kita hadapi hari ini? Banyak dasar dan juga banyak pelan telah dirangka tetapi dari segi pelaksanaannya kita nampak amat lemah. Maka saya di sini saya ingin mencadangkan beberapa langkah utama yang perlu diambil oleh Kerajaan Persekutuan. Antaranya adalah pertama, mengkaji semula sistem pertanian negara kita yang terlalu utamakan kelapa sawit dan getah sehingga kita abaikan pengeluaran bahan makanan. Maka Malaysia perlu doublesify pengeluaran makanan dari segi jenis tanaman serta teknik-teknik peladangan agar pengeluaran makanan kita lebih resilient. Kedua, masalah kekurangan tenaga kerja di sektor pertanian perlu ditangani dengan segera agar pengeluaran makanan tidak terjejas. Kita minta supaya agensi atau kementerian yang berkaitan perlu kurangkan karenah birokrasi serta memberi lanjutan permit kerja kepada

pekerja-pekerja asing yang sudah bekerja di Malaysia, ya bagi mereka supaya boleh teruskan pekerjaan mereka di dalam Malaysia. Ketiga, saya juga ingin mengambil perhatian Sidang DUN ini untuk mendesak supaya Kerajaan Persekutuan menyegerakan projek Sungai Perak Raw Transfer Scheme (SPRWTS) yang begitu penting untuk menjamin bekalan air yang mencukupi di Northern Corridor Economic Region (NCER), kenapa saya nak bangkitkan projek ini kerana baru-baru ini kita juga semalam sahaja berita di mana Empangan Bukit Merah yang merupakan sumber air utama untuk aktiviti pertanian dan juga industri di kawasan Perak Utara. Paras empangan itu sudah sampai tahap yang kritikal iaitu 20 kaki. Maka ini adalah satu fenomena atau satu musim kemarau yang telah kita nampak ia telah melanda kawasan di Malaysia dan sekiranya sumber air itu tidak dibekalkan kepada sektor-sektor pertanian maka produktiviti atau pengeluaran bahan makanan seperti beras dan sayur akan terjejas. So maka projek ini begitu penting dan itu kita perlu menyegerakan projek SPRWTS ini supaya isu bekalan air di seluruh Perak Utara dan juga di Pulau Pinang itu dapat diurus dengan baik. Kerajaan Persekutuan tidak boleh lepas tangan begitu sahaja atau minta Kerajaan Negeri kedua-dua Kerajaan Negeri Perak dan juga Pulau Pinang untuk berunding secara sendiri, ya. Kerajaan Persekutuan perlu memainkan satu peranan atau satu tanggungjawab sebagai mediator atau pemudahcara di antara kedua-dua negeri untuk memastikan bahawa sumber air di kawasan Northern Corridor Economic Region ini terjamin, baru boleh kita bangunkan negara kita dengan lebih baik lagi. So maka Kerajaan Persekutuan perlu nampak isu ini dengan lebih holistic, bagaimana kita dapat menjamin sekuriti makanan melalui menyediakan sumber air yang mengcukupi kepada seluruh rakyat di Malaysia ini dan bukan tengok perkara ini dari segi politik. Yang keempat, iaitu terakhir saya juga mendesak supaya Kerajaan Persekutuan perlu imposed moratorium ke atas semua permohonan tukar syarat tanah pertanian. Tanah-tanah pertanian yang begitu subur di Malaysia ini termasuk tanah sawah, bendang, tanah-tanah yang boleh dijadikan tanaman sayur untuk membela peladang-peladang. Semua itu perlu dijaga dilindungi supaya aktiviti-aktiviti pengeluaran makanan ini tidak terjejas. Maka saya rasa moratorium itu adalah penting untuk kita mengkaji semula tentang penggunaan tanah itu. So ini adalah satu peluang yang bagi saya krisis ini adalah satu peluang yang terbaiklah untuk kita semua ahli-ahli politik dan juga seluruh rakyat di Malaysia untuk kita berusaha bersama untuk menangani isu ini. The bottom line is that, kita perlu mengeluarkan lebih banyak makanan dengan menggunakan tanah yang terhad dan juga kurangkan pengeluaran karbon yang ada. So dengan itu saya mohon untuk mencadang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, sila Ahli Yang Berhormat Batu Lancang, sila bahas.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Terima kasih kepada Yang di-Pertua yang memberi peluang kepada saya untuk menyokong usul tergempar mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup serta sekuriti makanan yang menghimpit rakyat serta menjejaskan pembangunan ekonomi yang mampat. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, isu kenaikan harga makanan, isu ini semakin diperkatakan semua peringkat kelompok rakyat baik golongan atasan apatah lagi rakyat keluarga B40, apabila terpaksa bergelut dengan harga barang keperluan harian yang semangkin meningkat. Ingin saya memetik Berita Harian pada bertarikh 19 Mei dengan tajuk ringgit jatuh

harga barang naik peniaga terjejas. Dengan nilai Ringgit Malaysia yang kian yang lemah berbanding negara jiran seperti Singapura dan Thailand. Thailand di mana negara kita banyak bergantung untuk medapatkan bekalan makanan seperti sayur-sayuran, ikan dan buah-buahan. Ini bukan sahaja menjejaskan peniaga tetapi secara langsung membebankan pengguna kerana dalam rantaian bekalan pasaran, penggunalah yang berada dalam penghujung rangkaian tersebut. Akhirnya akan menerima kesan paling ketara. Semasa pemantauan saya pasar awam baru-baru ini, saya dapati bahawa apa yang disebut tadi apa yang telah dilaporkan di suratkhabar adalah berasas. Maklum balas dari peraih dan pemborong juga telah menyelesaikan kepada saya bahawa barangan import semakin mahal. Pada 4 Julai 2008 Jawatankuasa Majlis Mesyuarat MMK Perdagangan Industri dan Pembangunan Usahawan Negeri telah mewujudkan program pemantauan pelanggan pengguna (dengan izin)…Consumer Watch bertujuan untuk memberi pendidikan dan kesedaran tentang hak pengguna sebagai teras utama dalam menghasilkan modul pengguna yang bijak di semua peringkat masyarakat. Gagasan ini merupakan satu langkah yang baik ketika itu dan pada masa sama membuktikan bahawa kerajaan ini berpandangan jauh dalam hal-hal berkaitan pengguna dan inflasi. Oleh yang demikian izinkan saya memberi sedikit saran kepada Jawatankuasa Majlis Mesyuarat MMK Perdagangan, pada waktu yang mencabar ini untuk menangani masalah yang dihadapi rakyat kita sekarang. Ingin saya mencadangkan supaya program pemantauan pengguna yang telah diasaskan empat belas tahun dahulu bukan sahaja mesti diteruskan tapi juga perlu diperluaskan bidang pemantauan mereka. Antaranya adalah memberi maklum balas terkini kepada Pihak Berkuasa tentang kenaikan harga barang terkawal yang melampau barang jualan yang tidak dipamerkan harga, menyimpan barang terkawal melebihi had, (dengan izin)… calling dan penggunaan alat sukat timbang yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa MMK Pembangunan Usahawan atas kejayaan dalam menyertai Expo Dubai pada tahun ini dan menganjurkan Penang with Design. Memetik berita di Kraf 18 Januari, Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa MMK Pembangunan Usahawan menyatakan hasrat untuk menjalin hubungan Pulau Pinang dengan Emirates Arab Arab Bersatu (UAE) terutamanya Dubai kerana Negeri Emirates merupakan pusat dagangan Timur Tengah dan Afrika Utara, (dengan izin)…It is but wise the establish corner activities of Penang to the world through UAE and specifically through of Dubai at Emirates in the center of the trip for the Middle East and North Africa. Oleh itu saya ingin bertanya bahawa sama ada usaha jalinan dengan Antarabangsa, Timur Tengah ini dapat menerokai pasaran import makanan atau keperluan harian dari Timur Tengah dan Afrika Utara yang lebih murah supaya pengimport kita dapat membekalkan kepada pasaran tempatan pada harga yang lebih berpatutan. Selanjutnya yang ingin saya bangkitkan adalah bidang perusahaan tempatan. Selama dua (2) tahun penularan wabak COVID-19, usahawan tempatan dari pelbagai sektor menghadapi ujian yang amat genting. Ramai dalam kalangan mereka tewas dan terpaksa gulung tikar ketika itu tetapi sukacita dimaklumkan bahawa pada masa itu Jawatankuasa MMK Pembangunan Usahawan telah melaksanakan program perolehan khemah untuk diedarkan kepada usahawan tempatan. Namun demikian pada bulan Februari tahun ini, negeri kita dilanda bencana ribut ramai usahawan kecil dan penjaja yang terjejas di mana bumbung kedai warung dan khemah mereka telah rosak dtiup angin kencang. Adakah Jawatankuasa MMK Pembangunan Usahawan telah merancang sebarang program bantuan kecemasan kepada para usahawan kecil yang terkesan akibat bencana tersebut? Usahawan kecil inilah yang paling ramai di akar umbi yang paling memerlukan perhatian dan keperhatianan Jawatankuasa MMK Pembangunan Usahawan. Kejayaan dalam mengukurkan hubungan perdagangan kita dengan Dubai adalah satu pencapaian yang harus kita banggakan. Namun demikian usahawan tempatan dan perniagaan kecil yang merupakan golongan mudah terjejas dan tidak boleh lepas pandang dan dasar kita harus ditambah baik. Perancangan dan pelaksanaan yang tersusun perlu ada

untuk membantu mereka mengatasi kesukaran yang mereka sedang hadapi pada waktu yang mencabar ini. Saya ingin memetik satu hantaran menerusi TikTok oleh seorang wanita dan saya dapati ia membawa maksud yang amat mendalam. Oleh itu saya ingin berkongsi dengan semua Ahli-ahli Dewan sekalian dan juga sebagai satu maksud kesedaran kepada menteri dan pemimpin-pemimpin kebangsaan kita tentang penderitaan yang sedang ditanggung oleh rakyat Malaysia. “Ayam naik harga, diikuti rapat oleh gula, dikejar gandum yang menggila, ikan pun berenang sama, sayur pun katanya naik juga. Semuanya naik ikut suka, yang tak naik satu sahaja, maruah menteri Kerajaan Malaysia. Rakyat harapkan solusi, menteri senang lenang atas kerusi, rakyat harapkan tindakan, menteri kata jagalah makan. Inilah kisah sebuah negeri, tukar tiga kali dah Perdana Menteri. Ingatkan tukar boleh pacu strategi, rupanya penyangak hanya ingat macam mana nak makan tepi, Najib kata rakyat is the king, menteri kata rakyat tuan kami, Perdana Menteri kata kami akan teliti, tapi semua itu ayat penyedap keluar TV. Akhir sekali rakyat yang kena peka, PRU dah nak tiba, jangan salah memilih engkar, kalau kekal pilihan yang ada, maksudnya rakyat masuk lubang kubur dua kali waktu yang berbeza. Kalau PH jangan terlalu selesa, rakyat mahu lihat PH kembali ke arus perdana. Membina strategi buat negara, jangan diulang silap salah yang sama”. Sekian terima kasih dan saya memohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, mungkin Pantai Jerejak dulu, sepuluh minit juga.

Terima kasih Dato' Speaker. Isu kos sara hidup ni Dato’ Speaker ada sekurang-kurangnya lima (5) perkara. Satu kos makanan, yang kedua belanja perumahan, yang ketiga bil utiliti, yang keempat pendidikan, yang kelima kesihatan. Jadi, kos sara hidup bukan sekadar berlegar kepada isu makanan, kos sara hidup di negara kita ini sebenarnya tertumpu dan terkait dengan lima perkara ini sekurang-kurangnya itu yang pertama.

Yang kedua corak perbelanjaan rakyat di negara kita Dato’ Yang di-Pertua ialah semakin miskin rakyat semakin banyak dia belanja untuk makanan. Kalau kedudukan dia tinggi, gaji dia mahal dia belanja untuk makanan tu kurang tapi dia daftar di kelab mewah, dia leisure itu pattern dia, dan oleh kerana pendapatan untuk berbelanja untuk makanan ni tinggi jadi dia bagi kesan kepada golongan rakyat bawahan. Sebab itu usul ini menjadi penting untuk kita bincang dalam Dewan. Dari mana sumber pendapatan rakyat? Jabatan Perangkaan kata sumber pendapatan rakyat ni datang daripada yang pertama gaji atau upah. Dia bekerja tiap bulan dia dapat gaji atau upah. Yang kedua kalau dia mewarisi harta. Yang ketiga kalau dia dapat pendapatan daripada sewa. Yang keempat yang menjadi penting kepada pendapatan rakyat sebenarnya adalah bantuan tunai kerajaan. Jadi empat ini adalah sumber pendapatan rakyat. Kos sara hidup dia berkaitan dengan keupayaan kuasa beli. Jadi dengan keadaan yang sekarang berlaku dalam negara kita maka di mana kita sekarang? Yang pertama, kalau kita ambil makanan kita sekarang belanja hampir lima puluh bilion setahun untuk keperluan import makanan, dan angka ini terus melonjak. Kita beli daging kita beli ikan kita beli dedak ya, soya, jagung dan segala macam keperluan makanan kita. Kelapa semua dusun kelapa di negara kita cuma boleh bagi tiga puluh peratus, tujuh puluh peratus lagi kita beli dari Indonesia. Betul baru ni kerajaan kata buka AP siapa yang nak beli ayam misalnya boleh. Tapi di Brazil kita beli ayam dari Brazil. Harga dia RM13.00 di sini kerajaan kawal dengan Akta Kawalan Harga jangan jual lebih RM10.00, so siapa

nak import?. Walaupun dia buka AP, polisi tu dia umum tapi kalau kita faham, tak ada players yang nak terlibat. Baik kerajaan juga peruntukan RM700 juta untuk memastikan harga ayam di pasaran rendah. RM700 juta dah diumum, dah ada tapi yang menuntut subsidi ini daripada kerajaan yang melibatkan pemain industri yang kecil-kecil ini setakat dua tiga hari lepas cuma sekitar RM50 juta. Itupun kerajaan belum bayar lagi. Pemain industri penting yang syarikat tersenarai yang mengeluarkan ayam dia tak minat nak ambil subsidi ini. Itu cabaran dia kalau kita faham dari segi rantaian bekalan itu. Jadi isunya adalah benar seperti yang disebut oleh rakan saya dari Machang Bubuk tadi bukan saja soal harga tapi juga soal bekalan. Saya bagi contoh Dato’ Speaker ini direct punya kesan Perang Rusia Ukraine apa kena-mengena dengan kita? Kita beli baja dari Ukraine dan Rusia ini RM1 billion setahun okey. Bila perang harga pun melonjak. Kalau kita pergi ke jumpa penanam padi kita di bawah, harga baja sekarang naik seratus peratus. Betul. Dalam ucapan TYT sebut kita berbangga kerana hasil padi di Pulau Pinang ni lima (5) tan satu hektar betul? Tapi kosnya juga sangat tinggi. Jadi kesan dia tu mereka berada di lantai bawah kerak kemiskinan. Itu realiti kehidupan yang ada. Saya sedang melontarkan dulu anecdote tentang tajuk ini pada akhir nanti saya cuba juga mengangkat beberapa cadangan.

Jadi ketika tukaran ringgit kita sekarang RM 4.40 bagi satu US Dollar ketika kita beli makanan kita bayar US Dollar. Kita bukan bayar dalam Singapore Dollar atau Thai Bhatt kita bayar dalam US Dollar. Kalau ringgit kita semakin lemah bermaksud kita terpaksa berbelanja lebih apabila kos itu meningkat maka dengan sendirinya Akta Kawalan Harga macam mana pun kalau kita laksanakan dia akan menjadi satu yang zalim ke atas pengguna pun zalim, ke atas peniaga pun zalim ke atas pengeluar dan seluruh rantaian.

Baik inisiatif jangka pendek kerajaan ada, Kerajaan Persekutuan lah ya, RM700 juta dia bagi, betul. Kemudian dengan harapan bekalan ayam dan sebagainya akan cukup. Bekalan satu bab. Kalau kita menjadi penternak ayam hari ini 70 peratus daripada kos adalah makanan soya dan jagung. Sebiji pun tidak kita hasilkan dalam negara. Sebab itulah Selangor dan Negeri Sembilan beberapa hari lepas bersetuju untuk usahakan tanaman jagung ini. Ia satu langkah yang baik. Tapi di sisi lain ada segmen masyarakat Pejuang Alam Sekitar kata mereka bantah sebab sebelum tanam jagung sedikit kawasan hutan kena dibersihkan. Jadi kita kena balance lagi sekali, kita kena seimbangkan. Pejuang Alam Sekitar kata apa ni cerahkan hutan. Kita kata kita nak tanam jagung? Kenapa tanam jagung? Sekurang-kurangnya jagung boleh membekalkan bekalan makanan ternak. Sekarang ni jagung kita beli dari Argentina. Kita beli daripada Brazil. Soya semua kita beli. Bila kos tinggi mana mungkin penternak boleh keluarkan ayam dengan harga murah. Cuma 30 peratus sahaja sewa, upah, bil api air dan transport. Jadi kalau kat sini saja, saya tidak bercakap bagi pihak pengeluar ayam sahaja. Saya tiada kepentingan apa-apa. Cuma kalau kita berada pada kedudukan mereka dengan keadaan yang berlaku begitu, maka seekor ayam hidup yang dihasilkan di ladang dengan kos yang tinggi kemudian melalui beberapa rantaian bekalan dan berakhir di meja di pasar yang kawan saya tadi dari Batu Lancang melawat tu memang betul harga akan tinggi.

Jadi pendekatan mana-mana pun kerajaan pun, pertama kalau pendekatan jangka pendek mesti subsidi. Tapi realitinya Dato’ Speaker, sebab sahabat saya pernah jadi Menteri Kewangan dia boleh sahkan. Bagi setiap RM100.00 yang kita dapat daripada revenues Kerajaan Pusat dia ada beberapa komitmen tetap yang tak boleh tinggal. Gaji, pencen, death services kemudian subsidi, campur yang ini bermaksud 93 peratus kepada kewangan kerajaan. Subsidi saya bagi contoh, subsidi petrol supaya minyak kita dapat isi dengan harga RM2.00 berapa RON sekarang?. RM 2.05. RON sekarang ni berjumlah RM25 billion. Okay ya, now dah jadi sebab kita tuang minyak petrol ni 1.4 bilion liter sebulan dan dalam 1.4 tu cuma 7 percent saja yang tuang RON 97. Seri Delima Pakai apa 95 ke 97? 95? Bawa kereta apa? Volvo. Jadi keadaan ini berlaku oleh kerana harga minyak tinggi maka tanggungan juga besar.

Okey, kalau kita berbahas kita kata itu urusan kerajaan yang memerintah kamu kena carilah jalan. Kita dalam Dewan ini kena mengangkat sementara kita faham realiti itu tapi jangka pendeknya tetap merupakan subsidi. Ketika subsidi ditawarkan RM700 juta untuk ayam ternyata no takers ya bila saya berjumpa dengan penternak ayam ini dia kata yang tuntut tu baru lebih kurang RM50 juta lambat pula dapat. Jadi ini kesan berantai dia jadi dalam keadaan kita sekarang, Dato’ Speaker saya nak sebut strategi jangka panjang kita kena hasil sendirilah. Bawang sebiji pun kita tak hasilkan dalam negara. Kita beli dari Holland, bawang besar yang putih tu kita beli dari Holland. Kalau bawang merah besar tu China dan India. India dan China ya, sebiji pun tak ada bawang dihasilkan dalam negara kecuali yang kita tanam pasu belakang rumah tu cerita lain lah. Itu realiti dia ya. Tak ada. Kita ni ikan tak cukup. Ikan ni begini, kita ada nelayan kita bagi lesen laut dalam dia tangkap ikan di perairan antarabangsa dia dapat subsidi diesel, nelayan. Dia mendarat ikan di Siam kemudian lori Siam hantar masuk ikan tempat kita balik. Ini berlaku kalau kita tengok belanja subsidi petrol nelayan, subsidi diesel nelayan tinggi tetapi tak match dengan hasil tangkapan. Akhirnya nilai import kita tinggi. Itu yang berlaku. Jadi terlalu banyak perkara yang kita hendak betulkan kita kena reset.

Apa yang dalam kawalan kita di Pulau Pinang ini tanah pertanian lebih kurang dua puluh 7,000 hektar kurang lebih, EXCO Pertanian betulkan saya ekalau tanah bendang lebih kurang 14,000 hektar okay ya. Pertama jangan usik sama sekali kawasan ini. Jangan usik ya. Yang kedua saya tadi bincang dengan sahabat saya ada inisiatif jangka pendek tapi bergantung kepada keupayaan kewangan kita. Di Selangor, Perbadanan Pertanian dia ada satu peruntukan di mana dia beli ayam dengan semua penternak ayam yang kecil-kecil di seluruh Selangor. Dia beli dengan harga tinggi dia jual dengan harga bawah harga kawalan. Kerajaan kata harga RM 8.90 dia jual dengan harga RM 8.00 dia suruh dia buka pusat-pusat jualan seluruh Selangor dan satu family tidak boleh beli lebih daripada dua (2) ekor. Satu family beli tidak lebih dari dua ekor. Dia jual dengan harga di bawah harga kawalan dan ini dah masuk tahun kedua. Dia tak belanja banyak lebih kurang dalam 40, 50 juta begitu kalau Pulau Pinang ada barangkali kita kena hitung dulu. Banyak daripada Pulau Pinang ya. Jadi kalau kita hitung dulu keperluan ayam untuk rakyat Pulau Pinang. Isi rumah lah bukan yang berniaga restoran semua tu. Restoran kayu semua tu cerita lain lah. Itu dia kena ni, baik itu jangka pendek yang terdekat terutama ketika musim perayaan kena demandnya tinggi tu satu caralah kalau kita nak dapat, kalau praktikal, kalau munasabah kena tengok balik akaun kita kalau tidak kita tengok begini ya. Apa lagi keperluan rakyat? Kalau sayur misalnya. Nadi pengeluaran sayur kita Cameron Highland. Cameron Highland dia akan pergi ke pusat pasar borong. Pusat Pasar Borong Selayang itu nadi ekonomi dari segi industri borong ini sehingga 80 peratus daripada Pasar Borong Selayang baru pergi Pasar Borong Bukit Mertajam, daripada situ baru pergi pasar dan dia unik dan aneh sekali sebab Cameron Highland itu katalah di bawahnya itu ada satu Felda, Sungai Koyan satu jam saja tapi sayur Cameron Highland tak terus pergi Sungai Koyan di Pahang. Dia pergi Pasar Borong Selayang kemudian dia pergi Bentong kemudian dia naik baru sampai Sungai Koyan. Kalau kita pergi pasar malam sana, sawi harga RM 5.00 naik di Cameron Highland sawi harga RM 1.00 sahaja padahal jarak dia satu jam sahaja bawah, sebab rantaian dia ikut begitu, kalau tak break rantaian itu. Itu satu cara dan kita ada beberapa kawasan lah yang boleh kita, saya tengok industri sayur ini diwujudkan ada, ada saya tahu sebab bila kami buat food bank, Mutiara Food Bank dekat sini, kami buat kadang-kadang penanam sayur ni bila dia harvest petang hari Dato’ Speaker, dia telefon boleh tak collect yang lebihan di atas tapak ni. Sebab kami dah collect dah, kami nak hantar ke pasar borong. Kami hantar lori dan pergi ambil sayur bayam, sawi, kangkung di pasar nu dekat jarak sana kawasan Dewan Negeri mana tu? Ara Kuda. Saya bawa lori Mutiara Food Bank kami boleh angkut banyak bukan main dan itu kita pergi ke rumah-rumah makcik-makcik yang tengah petang-petang makan membawang, bukan ni lah, makan colek orang Kelantan kata, terus bagi sayur pada dia. Dia kata mujur lah Yang Berhormat kami tak gaduh pi

pasar malam. Dia jimat RM 20.00. Esok dia bagi duit kocek lebih kepada anak dia sebab dia tak pergi pasar malam kerana kita bagi sayur segar. Maksudnya kawasan pengeluaran sayur di situ, saya sembang dengan penanam sayur, rungutan dia sama racun harga mahal, baja harga mahal.

Kerajaan Negeri sekali lagi ketika kita bahas tajuk ini alangkah baiknya kalau ada sedikit kita boleh squeeze kat situ facilitate mereka dari segi perbelanjaan itu. Saya ada beberapa tajuk lagi yang berkaitan tetapi supaya berlaku adil kepada kawan-kawan yang lain. Terima kasih Dato’ Speaker kerana bagi ruang kepada saya untuk bahas tajuk ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima Kasih Pantai Jerejak. Sila Air Putih. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tak berucap sila pakai pelitup. Sila sambung.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Terima Kasih kepada Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Machang Bubuk dan juga disokong oleh Yang Berhormat Batu Lancang tentang satu perkara yang terpenting dalam Malaysia sekarang iaitu isu kos sara hidup. Sebelum saya mulakan ucapan saya tentu saya nak sokong apa yang dinyatakan oleh rakan-rakan saya termasuk daripada Pantai Jerejak dan saya nak tambah dengan beberapa statistik yang telah pun diperolehi daripada maklumat-maklumat terkini yang kebanyakannya datang juga daripada rakan saya daripada Bangi, Ahli Parlimen Bangi Saudara Dr. Ong Kian Ming di mana kita tahu kalau kita lihat tentang perbandingan harga zaman Pakatan Harapan dan juga zaman sekarang contohnya kita sebut tentang minyak masak, 5kg punya minyak masak masa itu RM19, ini zaman PH, sekarang cecah RM45. Itulah perbezaan antara dulu dan sekarang dan saya percaya ADUN-ADUN daripada Pembangkang pun setuju memang jauh berbeza berbanding dengan zaman PH dan sekarang di mana YB. Menteri sendiri kita kena berikan sedikit pujian sekurang-kurangnya dapat kawal harga barangan bukan macam zaman sekarang harga barangan naik semua BN, barangan naik sahaja. Itulah perbezaan besar dan dalam keadaan sedemikian bukan sahaja setakat barangan yang kita beli dekat pasar tak kira itu ayam la, telur la, cili la sampai RM20 tak pernah lihat harga cili sampai RM20 bila saya pergi ke pasar saya sembang dengan mak cik mak cik pak cik pak cik mereka pun geleng kepala tak pernah lihat harga macam tu apa dah jadi? Bukankah ini zaman di mana kerajaan harus kawalkan harga tersebut? Memang sebelum ini kita buat beberapa cadangan sebagai langkah awalan buatlah satu dana kestabilan harga. Itu basic. Tak payah jadi seorang pakar ekonomi pun tahu. Tak payah jadi Menteri Kewangan pun boleh buat. Tapi ini tak langsung tak dibuat oleh pihak kerajaan. Mereka hanya berminat pergi bercuti dekat luar negeri sahaja. Yang lain-lain di mana rakyat menghadapi masalah sedemikian tak buat. Oh! dia hanya cakap tak begitu serius, Menteri Ekonomi Mustapa Mohamed Tok Mat, Tok Pa sebut apa, hanya 2.2%, tak serius, ini memang betul kalau kita lihat CPI 2.2%. Tetapi bukankah kita tahu bahawa itu tidak cerminkan keadaan sebenarnya. Kalau kita lihat jangan kita sebut zaman PH 2018,2019 dengan sekarang kita sebut setahun sebelum ini iaitu April bulan 4, 2021 berbanding dengan bulan 4 tahun ini minyak masak lagi 3 kg, sudah naik sebanyak 37.2%. Sweetened creamer, ini susulah, susu manis, what we call that? sweetened creamer. Susu pekat, susu pekat, Ya. Susu pekat manis naik 19%. Telur. Gred A naik 23%. Ayam 1kg naik 11%. Ini dalam tempoh masa satu tahun. Bulan 4 tahun lepas dengan bulan 4 sekarang.

Adakah ini selaras dengan CPI sebanyak 2.1% atau 2.2%? Bulan Januari 2.3%, bulan Februari 2.2%, bulan Mac 2.2%. Apa sudah jadi? Adakah statistik ini tak tepat? Tidak. Dia tepat tetapi kerana wajaran ia, wajaran ia mengandungi barangan-barangan di mana ia terletak di bawah harga kawalan. Apakah guna kita ukur CPI, kadar inflasi, bila semua barangan yang diukur adalah dibawah harga terkawal, harga kawalan, macam manapun tidak akan naik kecuali ia dibuang di luar wajar itu, so itu tidak mencerminkan keadaan sebenarnya. Itulah sebabnya Bank Negara sendiri akui masalah ini. Bank Negara Malaysia mereka buat ukuran baru ataupun indeks baru EPI (Everyday Price Index), PEPI (Perception Price Index) di mana mereka nyatakan, ini sebagai satu contoh di antara 10 tahun 2010 hingga 2019, CPI adalah secara purata adalah 2.1% tapi EPI lebih tinggi 2.6% yang lagi teruk adalah PEPI (Perception Price Index) 7.5 % bermakna kalau kita ukur dari segi harga yang diminta oleh rakyat ia adalah 3 kali ganda lebih besar daripada CPI sebenarnya. Tapi itu pun, Tuan Yang di-Pertua tidak mencerminkan keadaan sebenarnya kerana realiti adalah harga lebih tinggi, kita pergi luar kita tahu, saya rasa, satu ukuran yang mungkin lebih tepat ialah kita lihat Producer Price Index (PPI) di mana kita lihat apakah kos yang ditanggung oleh peniaga yang terpaksa bayar untuk keluarkan barangan mereka, dan kita lihat, kalau kita lihat Producer Price Index untuk Januari adalah sebanyak 9.22%, Februari 9.7%, Mac 11.6%, itu menunjukan kos mereka naik sedemikian kalau mereka tak salurkan kenaikan kos ini kepada pengguna, mereka terpaksa tanggung sendiri. Berapa lamakah mereka boleh tanggung kos sedemikian dan itulah sebabnya kalau kita lihat, ini hanya PPI secara keseluruhan, kalau kita lihat, kita pecahkan dengan lebih terperinci iaitu hanya dalam sudut pertanian agriculture products, kenaikannya lebih membimbangkan. Pada bulan April, PPI untuk barangan pertanian adalah sebanyak, kenaikannya adalah sebanyak 50%, itulah sebabnya kita lihat sekarang bekalan ayam tak cukup, mengapa? Kerana subsidi yang dibagi oleh kerajaan RM0.90 sen, dengan harga kawalan RM8.90 sen. Tak cukup. Kosnya 11 hingga 11 setengah. Bermakna setiap ekor ayam yang mereka jual mereka terpaksa tanggung kerugian RM1.00, RM1.00 setengah. Sapa yang nak jual? Lebih baik tutup kilang. Itu yang mengakibatkan kekurangan bekalan, dan pada masa yang sama kita kena lihat apakah tindakan yang boleh diambil untuk membantu mereka. Kalau sekadar untuk haramkan eksport ayam, adakah ini akan membantu? Bila mereka ambil daripada pengeluar besar yang jadi masalah ialah pengeluar sederhana dan kecil dan semua tutup kilang kerana mereka memang tak mampu untuk ternak ayam kerana setiap ekor mereka terpaksa menanggung kerugian. Itulah masalah, masalah apabila kerajaan tidak ada satu rancangan pun, tak ada dasar, yang disebut sekarang, Policies Complacency by The Federal Government. Itu sekarang digunakan oleh banyak pakar ekonomi. Policies Complacency by The Federal Government saya rasa ini lebih daripada itu. Ini polisi Zombiesme. Sudah jadi zombi. Dia tak rasa lagi kesusahan rakyat. Sampai pergi luar negeri, semua ini mungkin cuti terakhir sebelum PRU lah akan datang. Tapi rakyat susah macam mana? Dan bila kita lihat keadaan sedemikian bila saya sebut tentang rancangan yang menyeluruh dia cakap Perdana Menteri ada umumkan kita bebaskan atau kita hapuskan import AP untuk makanan. Tapi adakah ini berkesan bila kita lihat dari segi karenah birokrasi, susah juga untuk import makanan. Macam untuk ayam-ayam, oh!, dah import masuk pun terpaksa isi banyak borang sampai tak ada perbezaan langsung. Tuan Yang di-Pertua, so dari segi polisi zombiesme ini kita kena bangun la, kena sedar kalau import tak perlu. Pastikan mereka boleh masuk dengan bebas. Jangan buat halangan karenah birokrasi sedemikian. Tak bermakna sekiranya import AP kononya dihapuskan tapi mesti juga isi borang-borang sini sana merata-rata tak ada beza langsung. Dan kita kena lihat juga, selain daripada itu, satu lagi contoh karenah birokrasi yang amat jelas ialah apa yang diumumkan oleh MAFI iaitu Ministry of Agriculture and Food Industries yang amat mengejutkan, saya ingat semua tahu bahawa subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada semua penternak dan perusahaan untuk cuba mengawal harga barangan harga ayam dan pada masa yang sama bantu pengeluar, penternak ayam supaya mereka dapat mengurangkan kos baja dan sebagainya dan juga apa ini

dedak yang mereka terpaksa beli dengan harga yang naik melambung tinggi. Sebenarnya sebanyak RM730 juta telah disediakan. Berapa yang dibayar? RM50 juta sahaja. Daripada RM730 juta yang sepatutnya diberikan kepada penternak hanya RM50 juta dibayar. Tak hairanlah mengapa banyak pengeluar, penternak tak mau ternak ayam lagi, kerana bila ada subsidi ini indah khabar dari rupa tak boleh dapat lansung. Itulah karenah birokrasi yang kami sebut. Di mana pihak kerajaan lansung tidak jalankan tugas seperti yang mereka janjikan. Sebagai rumusan…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Rumus.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Ya, sebagai rumusan, saya sudah dapat kena body language daripada …(gangguan)

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Dato’ Speaker, mohon penjelasan.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Ya, sila.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Terima kasih Air Putih. Memandangkan Air Putih adalah salah seorang daripada kabinet daripada Pakatan Harapan dahulu, mungkin lebih tahu situasi ekonomi di Malaysia sekarang ini dan mungkin ada idea-idea untuk bantu meningkatkan balik ekonomi dan mengatasi kos sara hidup, cuma dalam kesempatan ini saya nak bertanya isu sawit sebenarnya sama ada Malaysia ini adalah pengeluar sawit pengeksport sawit atau dalam masa yang sama kita juga mengimport sawit kerana kalau kita lihat makanan asas kita seperti yang YB. sedia maklum minyak terlalu mahal, padahalnya kalau ikutkan kita adalah pengeluar, tak tau la pulak kalau kita pun sama juga sebagai pengimport dan juga kalau perlu sawit ini kita ambil tindakan seperti yang mana Kerajaan India telah ambil untuk menghentikan eksport pada 18hb 5. Jika perlu sawit ini kita penuhi keperluan dalaman dulu, adakah YB. Air Putih bersetuju? Sebab sawit ini produk dia banyak, makanan, makanan manusia, makanan ternakan, kosmetik dan semacam.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jelas.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Terima kasih. Terima kasih YB. Saya rasa itu satu cadangan yang boleh dipertimbangkan. Tapi kita kena lihat itu kesan dia contohnya kita lihat ayam, bila tiba-tiba halang eksport ayam, jangan lupa bahawa penternak terpaksa bayar pampasan kerana mereka telah langgar kontrak, tak boleh eksport dan jangan lupa juga bila mereka eksport ayam ini boleh memberikan mereka

satu saluran untung untuk cross subsidi pengeluaran tempatan yang lebih murah. Tapi adakah diambil kira oleh pihak kerajaan. Kita lihat apa yang dibuat oleh Kerajaan Indonesia? Dia haramkan eksport itu eksport kelapa sawit supaya minyak masak lebih stabil dan menjaminkan bekalan yang mencukupi. Ya, saya rasa itu mereka buat atas kepentingan nasional tapi adakah ini akan dijalankan oleh pihak itu apa ni itu Kerajaan Malaysia? Kita kena ingat kita ada masalah untuk menunaikan kontrak kita juga. Mengapa? Kerana masalah kekurangan pekerja. So kita lihat Malaysia dalam krisis ekonomi, ini bukan sekadar kenaikan harga, kita ada masalah kekurangan pekerja yang dianggap lebih serius daripada masalah kenaikan harga. Kerana kalau kenaikan harga, kos ini disalurkan kepada pengguna bukan pembeli tapi kekurangan pekerja anda tidak boleh berniaga lansung. Saya jangan tak payah cakap lebih daripada itu tengok itu kita punya caterer la, yang bekalkan makanan dia cakap banyak bisnes dia tak boleh terima, tak berani terima kerana tak ada pekerja untuk bantu dia masak. Sekarang sudah saya pun tak faham mengapa yang dia minta sign satu MOU begitu susah la. Turunkan tandatangan sahaja begitu susah. Kalau zaman PH kita sudah terbang, tak payah pergi cuti, pergilah Indonesia, settle perkara ini mengapa pergi jauh-jauh Jepun, Eropah sana boleh cari pekerja ka? Oo, cakap Bahasa Melayu tu cerita lain la dia tak boleh cakap Bahas Melayu dia pula cakap kena haramkan, itu perkara lain yang sekarang Bahasa Inggeris bukan Bahasa Melayu betulkan. Sekarang yang perkara pokok ini. Satu lagi isu kita kena ambil kira bila Bank Negara mengambil tindakan mengharamkan pengeksportan barangan perlu. Kita pun akan terjejas kerana bila kita nak beli kita tak tahu nak beli. Adakah kita buat kita mempelbagaikan sumber-sumber barangan itu? We diversify food resources. Kita kena belajar daripada Singapura, Singapura adalah sebuah negara yang bergantung 100% semua barangan makanannya daripada luar negeri dan dia punya Singapura bergantung dari luar negeri bukan sahaja Malaysia, kalau Malaysia haram itu pengeksportan dia tak takut, ayam tak boleh pergi Singapura tak apa kerana dia boleh cari saluran lain kerana dia sudah mempelbagaikan pembelian ..diversify the resources… dan mengikut angka-angka yang kita perolehi mereka telah pelbagai tanpa pembelian daripada kepada 172 negara,172 countries that is by Singapore…(gangguan)

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Adakah untuk ya, sedikit lagi tadi ada berkaitan penjelasan saya tak mahu berikan kuliah tetapi sedikit lagi, so dari aspek ini mengapa pihak kerajaan tidak buat sedemikian kerana ini adalah satu keperluan dalam semasa kita menghadapi cabaran ekonomi yang genting janganlah hanya ambil sambil lewa kita kena ambil tindakan tegas seperti saya sebut inflasi dan juga bekalan kekurangan bekalan. Kedua kekurangan pekerja itu amat serius, ketiga ialah nilai ringgit dalam keadaan dimana harga minyak naik kepada 113 US Dollar satu tong kelapa sawit naik sampai RM7,000 mengapa kita punya nilai duit begitu lemah RM4.40 kepada US Dollar kepada RM3.21 ini rekod paling rendah dalam sejarah. Zaman PH pun tak sampai tahap macam tu dia RM3.21, Thai 700THB, sekarang pergi Thailand hari tu nilai ringgit dia tak ada harga lagi, bukan macam dulu adakah kita boleh merasa bangga di bawah zaman kerajaan sekarang. Pergi Thailand orang tak layan langsung, tak dihormati langsung itulah keadaan mengapa bila harga barang komoditi naik. Kita punya nilai ringgit begitu lemah kerana pelabur luar negeri tahu inilah kerajaan yang tak ada dasar. Tak ada plan, if you fail plan to you plain to tu fail. Itulah rumusan saya dan saya harap usul ini boleh disokong oleh pihak Parti Pembangkang supaya bukan sahaja boleh mengambil

kira masalah yang dihadapi rakyat isu paling penting di mana kita mahu mereka boleh hidup, jangan lupa itu pengeluaran RM10,000 KWSP dia tak boleh tahan selama-lamanya mungkin tinggal tinggal tiga empat bulan selepas itu macam mana mereka boleh hidup hari ke hari. Kalau tidak jangan mereka sekarang “Kais Pagi Makan Pagi, “Kais Petang Makan Petang”. terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Tambun dulu.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih kepada Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Terima kasih kepada Sidang Dewan, di sini saya ingin menyentuh sebab tadi kawan-kawan kita sentuh tentang ayam. Makanan utama di Malaysia beras, ayam, telur dan sayur hari ini saya akan sentuh tentang ayam. Keperluan ayam di Malaysia adalah 2.9 juta…(gangguan)..ekor ayam sehari bersamaan dengan 62.9 juta ekor ayam sebulan dan mengikut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, pengeluaran ayam mencatat hanya mencatatkan 61.1 juta ekor pada Disember 2021 tetapi sebenarnya berapakah pengeluaran ayam sebulan pada ketika ini. Sebagai sebuah pengeksport ayam kini kita telah mengalami kekurangan ayam sejak Oktober tahun yang lalu. Ini merupakan satu situasi yang amat memalukan dan sepanjang empat tahun saya sebagai ADUN, saya jarang marah Kerajaan Persekutuan tetapi pada hari ini saya ingin mengatakan kerajaan ini memang gagal dan kerajaan ini sudah sampai tahap tidak cerdik. Saya ini lemah lembut sikit kepada Sungai Dua. Kerajaan ini dari dulu, kini, selama-lamanya hanya tahu mengawal harga makanan, harga ayam hanya menerusi tiga (3) strategi iaitu tetapkan harga siling, bagi AP untuk import, lepas tu mengadakan penguatkuasaan terhadap peniaga-peniaga kita di pasar awam, di pasar malam. Pada pagi ini, saya ingin berkongsi dengan Ahli-Ahli Mesyuarat tentang secara ringkas tentang proses penternakan ayam ni. Ayam ini bukan anak ayam kita ternak 35 hari dan dipasarkan. Sebenarnya anak ayam ni kita, Malaysia ni kita memiliki 4 GPS farm (grandparents’ stock) iaitu satu di Pendang dan tiga di Johor. Se ekor anak ayam yang kita import dari USA adalah 55USD dan anak ayam ini hanya boleh menghasilkan lebih kurang 42 biji telur dan untuk menghasilkan telur pertama mengambil masa enam (6) bulan, dan kemudian di tetas di hatchery, di sebelah GPS Farm, di utara ni di Pendang di tengah Ladang Getah milik PKNK seluas 10 hektar ldang getah tu, tengah-tengah tu ada GPS Farm. Ini merupakan sejenis industri penternakan berteknologi tinggi. Apakah bantuan kerajaan dari segi subsidi, dari segi pelepasan cukai? Sehingga hari ini kita hanya bantu E&E bila pelabur asing masuk kita bagi pengecualian cukai selama 10 tahun. Selepas telur ditetas, anak ayam yang ditetas di GP Hatchery akan dihantar ke Ladang Parents Stock Pulau Pinang. Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Air Putih ketika menjadi Ketua Menteri dan Dato' Speaker semasa menjawat EXCO Pertanian, Kerajaan Negeri telah mewujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Juru sebagai yang kini dikenali sebagai Batu Kawan Agropark, sekarang dimiliki CMI untuk dipajakkan kepada sebuah syarikat untuk menjalankan ladang parent stock. Ladang parents’ juga memerlukan enam (6) bulan untuk menghasilkan telur pertama dan telur-telur ini akan dihantar ke hatchery, kalau di sini ada di Seberang Jaya mungkin ramai tidak tahu antara kilang-kilang hi-tech itu ada sebuah kilang yang menentas anak ayam yang menggunakan teknologi Belgium bukan teknologi tempatan. Enam (6) bulan juga dan semasa memerlukan juga 21 hari juga untuk menetas dan kemudian baru hantar ke GPS Farm iaitu ladang ternakan ayam yang semua kita kenal memerlukan 35 hari, pendek kata seekor ayam daging yang kita dapat dipasaran, di pasar awam di pasar malam memerlukan satu proses 14 bulan dan ayam yang dijual kini kita harga siling RM8.90.

Sebentar tadi Yang Berhormat Pantai Jerejak ada sebut harga siling sekarang kalau AP dimansuhkan tetapi harga import ayam super yang ayam tanpa kepala dan kaki yang kalau kita import lebih kurang RM11.00 hingga RM13.00 tetapi harga siling untuk ayam super adalah RM10.00 di market, siapa nak berniaga rugi, membuat perniagaan yang rugi? Oleh yang demikian, sepanjang proses penternakan ini apakah Kerajaan Persekutuan bantu penternak-penternak kita? Nombor satu. Nombor dua, kita memang ada sediakan MAFI, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan setiap tahun lebih kurang ada menyalurkan RM100 hingga RM200 juta pinjaman atau geran, ke manakah pergi geran ini pinjaman yang dengan kadar 1% ini kemanakah pergi pinjaman ini dan kalau betul kita bantu penternak-penternak, apakah kejayaan penternak-penternak ini peratus kejayaan, ketelusan, ketirisan dan saluran peruntukan dan pinjaman ini adakah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ataupun Kerajaan Persekutuan memantau…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat pakar ayam…(gangguan)..sudah lebih dari masa yang diperuntukkan..(gangguan)..

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Tadi kita sebut pasal makanan ayam, saya setuju dengan Yang Berhormat Pantai Jerejak satu biji jagung, satu biji gandum kita tak boleh hasilkan, makanan ayam utama jagung meningkat daripada RM800 per metrik tan sehingga pada hari ini RM1,800. Soybean meal iaitu hampas soya ni telah meningkat daripada RM1600 ke RM2700 per metric tan, gandum dari RM900 ke RM1800, CPO kita ada, CPO ini kelapa sawit dari 3500 tan menaik secara mendadak kepada 6000 per metrik tan yang ini Kementerian Keusahawanan Perladangan dan Komuniti boleh kawal, kita bukan saja kawal harga minyak 1 paket 1 kilo tetapi CPO yang merupakan salah satu makanan ternakan, kita juga boleh kawal untuk membantu penternak-penternak kita dan juga kita ada palm kernel cake iaitu selepas kita ambil keluar palm kernel oil yang ini juga kita perlu kawal tetapi pada ketika ini kita eksport palm kernel cake ini ke New Zealand harga pasaran untuk si penternak ini adalah RM900 per metrik tan, hampas beras hancur, beras hancur merupakan satu jenis makanan ayam yang menyumbang kepada protein boleh mengganti jagung dan harga ini siapa yang kawal harga beras hancur ini. BERNAS bawah siapa? Oleh yang demikian, jagung, hampas soya dan gandum kita tak boleh kawal sebab semua import tapi benda yang boleh kita kawal seperti CPO, seperti palm kernel cake, seperti beras hancur kita perlu kawal tanpa kawalan makanan asas ternakan ini kita tidak boleh turunkan harga ayam. Dan last sekali akhir sekali tentang stock buying. Stock buying bererti penyimpanan stok ayam. Kita kalau di Penang, di Pulau Pinang kita ada dam, strategik di Mengkuang. Ayam kita juga boleh simpan semasa pandemik dua puluh dua bulan harga ayam menjunam di bawah harga ladang ternakan pada masa itu RM4.50. Siapa bantu peladang dan pada masa itu sebenarnya ayam ini kita boleh simpan. Kalau ikut EHM (Eatery Health Malaysia) dan boleh dibekukan boleh tahan satu tahun. Dan sebenarnya kerajaan mengadakan stock buying ini sebab hospital, penjara banyak agensi kerajaan yang memerlukan bekalan ayam harian. Dan sebenarnya kita boleh menggalakkan semasa harga rendah kita boleh simpan dan boleh dipasarkan semasa harga ayam melonjak tinggi. Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan, kawalan harga makanan bukan kawal harga pasaran di pasar awam di pasar malam sahaja. Kita jangan menganiayai peniaga-peniaga kecil di peringkat akar umbi ini. Kita perlu memahami sepanjang

proses penternakan, penanaman sayur pertanian. Jaga dari peringkat A hingga ke Z. Itu sahaja. Oleh demikian saya menyokong usul ini, sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Untuk Ketua Pembangkang juga sepuluh minit. Saya tak ada masa lebih untuk…

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarokatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua beri ruang untuk saya bersama terlibat dalam membahaskan usul tergempar, usul yang mendesak Kerajaan Persekutuan menangani isu peningkatan kos sara hidup dan juga isu sekuriti makanan supaya rakyat tidak dibebani. Jadi dah banyak cakap tentang isu ini dan di peringkat bawah pun menyebut tentang isu ini. Isu yang saya rasa pihak Kerajaan Persekutuan akan mengambil tindakan dan melihat sebab isu ini berkaitan dengan masalah rakyat. Dan banyak dasar telah dibuat cuma mungkin kadang-kadang pelaksanaannya agak kurang dan mungkin tak mencapai matlamat. Jadi kita mendesak, saya menyokong cuma saya menyokong bukan hanya Kerajaan Persekutuan, kita panjangkan kepada Kerajaan Persekutuan juga Kerajaan Negeri perlu tindakan. Saya masukkan dalam ucapan dan T.Y.T. sendiri minta kita usahakan ini. Hasilkan pertanian, hasilkan food security sebagainya. T.Y.T. Tun juga menyebut tentang perkara ini dan betapa pentingnya penyediaan food security dan juga menangani isu kos sara hidup. Kos sara hidup, Pantai Jerjak bentang panjang. Dia menyentuh berkaitan banyak perkara yang menyebabkan kos sara hidup ini meningkat. Pertamanya mungkin nilai mata wang disebut tadi. Mungkin juga melibatkan harga barang yang tinggi. Dan juga kos yang ditanggung oleh mereka yang mengusahakan segala bentuk pengeluaran pertanian dan sebagainya. Ia ada kaitan yang banyak bukan hanya satu sebab kos sara hidup tinggi, sebab ni. Dia ada kaitan sampai ke bawah sampai ke peringkat pengeluaran dan sebagainya. Dia ada kaitan di situ. Jadi benda ni perlu diselesaikan sampai ke bawah. Sampai ke akar umbi macam pakar ayam menyebut. Kena selesaikan dan kita juga saya juga bersetuju kalau kita melihat perkara ini dan panjangkan kepada pihak persekutuan untuk kita selesaikan sehingga ke bawah, sehingga ke punca mengapa kos sara hidup itu tinggi? Kos sara hidup dikira setelah kita tolak kos-kos yang ditanggung. Dia kena tanggung sewa rumah, dia kena tanggung pinjaman bank dan sebagainya. Lepas tu kos baki yang tinggal itulah yang akan digunakan untuk dia membeli barangan dan sebagainya dengan membeli barangan dengan kos yang sedikit, duit yang sedikit dengan kos yang tinggi maka dia akan menghadapi masalah. Jadi perkara ini perlu kita selesaikan di peringkat negeri dan di persekutuan. Bukan hanya persekutuan yang memikirkan kita di negeri juga perlu melihat bersama macam mana kaedah-kaedah cara kita nak selesaikan isu-isu yang berkaitan ini. Yang peringkat persekutuan punya tugas kita serah dekat depa. Depa cari jalan tak boleh buat akan ada benda yang akan menimpa nanti. Selesaikan. Kementerian Pertanian Industri Makanan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri yang Pantai Jerejak duduk dulu. Perlu kita lihat macam mana bukan satu perkara yang mudah dalam keadaan ekonomi yang meleset hari ini bukan benda yang mudah kita nak selesaikan masalah. Kos sara hidup ini.

Kedua tentang isu sekuriti. Sekuriti makanan. Kita, saya pernah bertanya berapa lama kita boleh tahan kalau beras ni ataupun lain-lain makanan ni cuma dua ke enam bulan kalau berlaku apa-apa masalah. Kita minta tak berlaku la perang dan sebagainya. Kemarau panjang seperti, bencana alam tapi kalau berlaku kita cuma boleh bertahan dua ke enam bulan. Beras boleh tahan enam bulan stok. Sebab kita banyak bergantung kepada import. Kita beli barang luar banyak sayur dan sebagainya. Jadi nak selesai masalah tu kita kena keluarkan, hasilkan termasuklah tadi kos makanan ternakan. Saya tahu bahawa kilang dan peringkat lain industri sawit kita hasilkan PKC. Sumber yang baik untuk makanan ternakan. Kita jual 70 percent ke negara luar. Why not kita ambik 40 percent jual? 60 percent guna dalam negeri termasuk beras. Hampas beras atau beras hancur juga kita jual. Itu boleh ganti gandum boleh ganti jagung untuk kita buat ternakan makanan ternakan dan sebagainya dan saya rasakan usaha-usaha ini sedang difikirkan. Sedang diusahakan oleh pihak kerajaan. Jadi tentang isu menangani peningkatan kos sara hidup dan juga isu-isu industri makanan, saya bersetuju kita mendesak Kerajaan Persekutuan dalam masa yang sama di peringkat Kerajaan Negeri juga perlu melihat benda ini. Tak boleh hanya kita bergantung ataupun mengharapkan di peringkat atas. Kita juga ada tugas dan tanggungjawab. Saya harap pihak Kerajaan Negeri juga saya masukkan dalam ucapan saya dulu iaitu kena melihat isu sekuriti makanan, satu benda yang paling penting dan saya cadangkan pertamanya perlu kita membuat kajian keperluan makanan dan pelaksanaan projek bersesuaian dengan komoditi. Kita mesti ada database. Sayur kita nak pakai banyak mana? Beras kita dah ada base, kita nak pakai berapa puluh ribu metrik tan. Enam puluh kilo satu orang makan, berapa banyak? Kita baru sampai 60 percent – 70 percent SSL, daging dan sebagainya. Kita nak data tu. Data tu kita akan selaraskan supaya kita buat proram-program projek pertanian bersesuaian dengan itu. Walaupun tanah tak luas, tak cukup tapi Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan khususnya Kerajaan Negeri nak kena lihat benda ni. Kita kena sediakan. Kita buat projek besar di tanah di Sungai Bakap, Batu Kawan, ada 200 ekar lebih di TKPM 500 lebih sikit. PVI ada sikit, yang tanah PERDA pun ada. Jadi kita tak buat secara yang bersistem secara tersusun. Bagi depa tanam ja. Apa nak tanam, tanam. So kita diperingkat Kerajaan Negeri yang kena atur benda tu susun okay. 20 ekar tanam sayur daun bagi syarikat buat. 20 ekar buat tanaman kacang, kacang panjang kacang buncis. Contoh la kita bagi baru bersesuaian dengan keperluan. Dan kita jangan hantar keluar benda ni. Pasaran kita kena control pasal kita kena jaga. Kita ada jabatan agensi kita dan sebagainya. Kita jaga barang ni jangan keluar. Jangan tembus keluar ke Pasar Selayang, kita gunakan untuk kita. Itu sebagai satu cadangan yang pertama. Kedua kena kurangkan import dari negara luar. Itu sudah semestinya. Kalau ada import yang banyak akan berlaku kenaikan harga. Harga semakin tinggi dengan mata wang kita yang rendah, yang kecik jadi dia akan menjadi masalah. Kita kena kurangkan import dan tingkatkan pengeluaran. Ketiga Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri khususnya Pusat perlu melihat kos bahan mentah. Macam Pantai Jerejak sebut. Buat bendang kosnya tinggi baja yang tinggi. NOP kita ambik dari Ukraine. Sebab tu alasan untuk naikkan kos baja. NOP kita ambik daripada Ukraine. Ukraine perang. Dan banyak benda lagi. So kita kena pastikan punca di bawah ini bahan mentah, makanan, baja, racun dan sebagainya perlu juga dilihat supaya tidak melibat terlibat dengan kenaikan harga barang. Sekarang ni dia berlaku macam tu kerana racun mahal, kerana kos tinggi, makanan tinggi maka bahan makanan yang kita beli yang kita tanam dihasilkan tidak terkawal dan kita tak boleh salahkan petani. Tak boleh salahkan penternak. Mereka kena tanggung kos yang tinggi. Walaupun kerajaan dah bagi banyak bantuan subsidi dan di sini kita

kena lihat kalau boleh, kita kena pertimbangkan juga di peringkat persekutuan dan juga negeri. Pesekutuan ada bagi tapi tak menyeluruh so kita kena minta dia bagi secara menyeluruh kepada petani pentenak dan sebagainya. Dan juga Kerajaan Negeri perlu melihat apa kaedah kita boleh bantu petani. Ada sedikit dana kewangan yang boleh kita bantu. Yang keempat tentang food security saya kena pastkan bahawa food security ni bukan hanya peranan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri juga perlu melihat di mana kita boleh cari jalan dan kaedah bersama dengan Persekutuan, Agensi dan Jabatan untuk kita pastikan food security kita ni selamat. Jangan kita letak beban ni Persekutuan ja buat semua buat. Kita langsung tidak melihat apa perkara yang boleh kita sumbangkan demi kesejahteraan dan juga kebaikan rakyat di Pulau Pinang dan juga perlu kita laksanakan rantaian yang lengkap dari segi food security. Kita kena wujudkan, nak jadikan harga yang baik yang murah dan sebagainya tak boleh diganggu oleh orang lain kita kena wujudkan proses dari awal. Daripada kalau padi ni dari benih padi, daripada pelaksanaan kerja dia semua kita, kita di bawah kawalan kita. Kita boleh control. Kita boleh jaga. Kalau kita tidak control benih mungkin kita ambik dari luar dengan harga yang mahal bahan-bahan mentah, baja racun mahal maka ini akan berlaku. So ni juga perlu dilihat supaya food security ini satu rantaian yang lengkap. Kita dah ada projek hasilkan benih, YB. Penanti dah wujudkan benih yang berkualiti. Gunakan, kita dah ada pusat perternakan pembenihan ayam. Kita gunakan. So ini satu langkah kita yang cukup baik dan perlu kita pertingkatkan dalam kita nak menyediakan bahan-bahan yang berkualiti, mewujudkan satu rantaian yang terbaik bagi penyediaan security makanan dan juga penyediaan makanan yang lebih murah dan saya rasa banyak dilaksanakan dan InsyaAllah saya rasa di pihak pembangkang kita sentiasa melihat dan menyokong walaupun setengah orang kata Yusoff ini dia turut sahaja Pembangkang tapi dasar yang perlu kita pertahankan yang perlu kita buat untuk faedah rakyat kita sokong. Saya menyokong dengan tambahan Kerajaan Negeri juga perlu bersama mendesak Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri, usul daripada ADUN minta Kerajaan Negeri untuk bersama-sama melihat tentang menangani isu kenaikan kos sara hidup dan isu sekuriti makanan kita lihat bersama, benda yang kita buat bersama-sama InsyaAllah dia akan mencapai satu kejayaan yang lebih baik Pulau Pinang tak ramai 1.78 juta keperluan banyak mana perlu kita tau so sediakan untuk rakyat Pulau Pinang ini supaya kita boleh atasi masalah yang mungkin akan lebih terkesan orang tak boleh makan, orang tak ada makanan akan berlaku satu perkara yang kita tak duga. Indonesia dia buat ladang dia buat satu program untuk membangunkan food security. Dia tanah banyak okey kita tak ada tanah kita cari jalan untuk bangunkan food security. So terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Sungai Dua, saya Bagan Dalam mungkin saya jemput lagi dua atau tiga saya nak minta Machang Bubuk sedia untuk gulunglah. Sila Bagan Dalam.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato‘ Yang di-Pertua, saya cuba ringkaskan tak masuk 10 minit mungkin 5 minit sebab ada isu-isu yang sudah pun dibincangkan panjang lebar. Dato‘ Yang di-Pertua seperti yang kita telah bincangkan panjang lebar kadar inflasi makanan ini food inflation akan menjadi chain effect untuk inflasi lain ataupun satu krisis ekonomi yang contoh yang paling terbaru dan paling baik kita lihat adalah di Sri Lanka di mana semuanya bermula dengan inflasi makanan di mana harga beras naik mereka perlu import beras untuk dengan subsidi 450 juta USD dan lepas itu subsidi ditarik balik untuk pembelian baja dan sebagainya telah menjadi satu chain effect dan telah mengakibatkan negara itu masuk ke dalam

satu krisis dan tadi Ketua Pembangkang nyatakan bila harga makanan ataupun inflasi ini tidak dapat dikawal apa akan jadi? Kita lihat contoh terbaik di Sri Lanka rusuhan mereka bakar rumah-rumah MP mereka masuk ada MP yang terbunuh kerana rakyat tidak ada makanan untuk dibeli, harga makanan melambung naik. Ini adalah satu krisis yang kita sedang lihat di hadapan mata kita di mana makanan adalah satu boleh jadi punca krisis. Dato’ Yang di-Pertua, oleh itu amatlah penting untuk mana-mana negara untuk mengamalkan self sustainability dalam industri makanan ini makanan dihasilkan oleh sesuatu negara itu sendiri, kita lihat kepada indeks SSL Malaysia yang diperolehi daripada dasar makanan negara kita. Kita nampak dalam 10 tahun kebelakang ini hampir kesemua makanan asas telah rekodkan kejatuhan lah dari beras 62% naik sikit 63%, buah-buahan daripada 83% ke 79%, sayur-sayuran ada naik sedikit, lembu daripada 30% ke 21%, kambing 11% ke 10%, daging babi pun jatuh, ayam jatuh semuanya susu yang paling teruk dari 99% ke 62%, kita bergantung lebih kurang 30% kita bergantung kepada import daripada negara-negara asing. Saya lihat kepada seorang anak Pulau Pinang yang pernah membawa isu ataupun dasar untuk revolusikan pertanian di dalam negara. Ini Pak Lah Perdana Menteri kelima negara kita beliau cuba membawa revolusi pertanian mempunyai satu visi untuk pertanian. Masa itu beliau diherdik dan tidak diberi sokongan sepenuhnya oleh orang-orangnya sendiri khususnya oleh ada seorang ahli partinya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mantan Perdana Menteri. Beliau gunakan itu sebagai kelemahan untuk jatuhkan Pak Lah. Ini saya nak nyatakan di sini projek-projek yang dimulakan pada semasa pemerintahan Pak Lah antaranya adalah untuk menjadikan Malaysia self sustaining dalam food industry. Salah satu projek yang boleh saya nyatakan kebanyakan projek yang dimulakan pada masa itu gagal sebab projek-projek ini di hijack oleh ahli-ahli politik khususnya daripada UMNO dan Barisan Nasional. Saya bagi satu contoh masa tahun 2006 Kerajaan Persekutuan membuat satu NFC (National Feedlot Corporation) kita pun sudah tau apa sudah berlaku Kerajaan bagi pinjaman untuk membeli lembu tapi ada orang pergi beli kondo untuk lembu duduk. So ini yang menjadikan NFC gagal, ahli-ahli politik mengambil peluang untuk abuse, abuse the dasar dan kita lihat hari ini kita tidak cukup bekalan daging lembu di negara kita. Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi adalah monopoli oleh import barangan makanan dan approve permit, monopoli AP juga mereka-mereka yang ada mempunyai hubungan politik saya memangil mereka sebagai kartel AP makanan. Mereka menguasai approve permit ini sampai baru-baru ini kita masuk dalam krisis baru Kerajaan Barisan Nasional ini nak liberalise nak buka AP untuk semua. Dato‘ Yang di-Pertua, saya bagi contoh untuk barangan tenusu kita telah import barangan tenusu pada tahun 2019 RM3.9 billion ringgit kita telah import iaitu 63% tadi dan kebanyakan daripada New Zealand dan Australia apabila nilai mata wang kita lemah Malaysian Ringgit lemah dengan USD dengan secara automatik harga barangan tenusu ini akan naik dan kita ada dasar makanan di sini MAFI sendiri telah nyatakan salah satu caranya untuk kita nak diversified the source of import tetapi Dato’ Yang di-Pertua, saya beritahu apa yang, saya ulang apa yang diberitahu oleh Air Putih bukan sahaja birokrasi cara kartel import AP ini bekerja mereka akan halang usaha untuk diversified import ini. Saya bagi satu contoh ada seorang peniaga yang saya kenal cuba sedaya upaya dia untuk dapatkan AP untuk import barangan tenusu daripada India di mana harganya lebih murah daripada New Zealand atau Australia tak dapat ditembusi di Putrajaya, dia cuba call beratus kali tak dapat kalau tak percaya saya pun call number ini 03-88702072 beratus kali call pun orang tak jawab sampai di pergi ke sana pun dia cakap apa you dapatkan appointment dulu baru datang. So ini caranya birokrasi menghalang self sustaning negara kita.

Dato‘ Yang di-Pertua, MAFI sendiri tidak beri kerjasama untuk negara kita dalam sektor food industry ini. Selain daripada import ini pun satu cara untuk kita mengoptimumkan food security iaitu kawal eksport. Macam-macam program pertanian kita buat beratus juta negara sedang belanjakan untuk pertanian ini berjaya melahirkan agropreneur tetapi agropreneur-agropreneur kita dia lebih gemar untuk eksport khususnya kepada ke Singapura kenapa? Kerana nilai mata wang Singapura itu tinggi mereka dapat jual produk tanaman mereka dengan harga yang tinggi dan apa yang kita dapat dalam pasaran kita adalah produk-produk kualitinya ada B atau C, A selalunya pergi ke Singapura ini yang menjadi di sana. Dato’ Yang di-Pertua, kita ada banyak program tapi sasaran program tidak menjuruskan untuk pastikan keselamatan makanan dalam negara. Sebagai contohnya FAMA, FAMA sepatutnya buat pasar tani di seluruh negara untuk kawal harga makanan dan juga memberi peluang kepada petani untuk menjual produk mereka produk tanaman mereka dengan harga yang lebih competitive tetapi berapa pasar tani aktif di Pulau Pinang? Nanti mungkin EXCO boleh jawab. So ini Kerajaan Persekutuan seolah-olah melepaskan batuk di tangga tidak bersungguh-sungguh di dalam program-program yang dilaksanakan. Semua dasar-dasar yang dibuat gagal sebab tidak ada pelaksanaan yang efisien dan efektif. Salah siapa? Mungkin menteri, menteri dia orang baik Datuk Seri Ronald Kiandee tetapi terlalu baik kerana membiarkan birokrat-birokrat ini bermaharajalela, membiarkan kartel-kartel AP makanan ini bermaharajalela di dalam Kementerian. Dato‘ Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin merujuk kepada satu lagi juga program ataupun projek yang baru diumumkan Daily Valley yang nak dibuat di Johor mereka kata nak buat Daily Valley ini untuk kawal import barangan tenusu daripada luar negara dan kita boleh bergantung sendiri kepada produk dalam negara kita. The manufacturing dalam negara kita tapi Dato‘ Yang di-Pertua bagaimana kita nak kawal satu projek yang kita sudah dana yang kita sudah berikan dana bagaimana negara kita I mean Kerajaan akan kawal mereka daripada eksport ke luar negara. What is the yardstick berapa peratus mereka perlu sediakan untuk pasaran tempatan dan berapa peratus boleh eskport. Kita tidak ada yardstick di peringkat persekutuan ini masalah yang kita lihat dan paling utama sekali ialah apa yang rakan-rakan kita cakap tadi tentang subsidi selalunya Kerajaan Persekutuan cakap seolah-olah subsidi ini buruk, baru-baru ini mereka sudah mula cakap Yang Berhormat Azmin Ali dan Tengku Zafrul seolah-olah mereka nak kurangkan subsidi minyak ataupun batalkan subsidi minyak bila mereka cakap subsidi bersasar saya rasa ini akan terjadi tetapi subsidi adalah tanggungjawab Kerajaan kepada rakyat yang bayar cukai. Jangan senang-senang nak tarik subsidi berikan subsidi kepada pemain industri pertanian bagaimana kita nak beri itu berikan mereka subsidi dengan janji mereka akan memberi bekalan mereka kepada dalam negara dulu ini penting dan ia akan menstabilkan harga barangan makanan selalu nak batalkan subsidi kenapa sebab Kerajaan gagal 2.0 ini mereka nak bayar gaji duta-duta khas bertaraf menteri yang tak guna, banyak. Dato’ Yang di-Pertua akhir sekali kita bercakap tentang India tadi harga gandum mesti akan naik. Saya baca di mana satu roti canai mungkin akan naik harga sehingga RM2.00. Dulu saya pernah makan RM0.40 tak boleh we can’t imaging paying RM2.00 for one piece roti canai macam mana kita nak kawal ini? Dengan Kerajaan Persekutuan perlu adalah perbincangan dengan negara-negara pengekport sekarang Indonesia haram eksport minyak kelapa sawit boleh tak kita bincang dengan negara India untuk swap mereka eksport gandum kepada kita dan kita beri kelonggaran untuk eksport minyak sawit ke negara tersebut, ini adalah satu peluang yang kita gunakan dan kita nampak Kerajaan Persekutuan kita leka dalam kawalan harga makanan ini yang akan memberi impak yang besar kepada rakyat dan akan menjurus kepada krisis yang tidak dapat we can’t imagine.

Akhir sekali Kerajaan Persekutuan juga perlu optimumkan pengeluaran makanan dalam negara dengan mengadakan kerjasama dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri seluruh Kerajaan Negeri macam Kerajaan Negeri Pulau Pinang Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mengumumkan minggu lepas bahawa kita sedia pertimbangkan tanah untuk penghasilan bayaran apa ini bahan makanan. Bagaimana Kerajaan Persekutuan akan berkerjasama dengan Kerajaan Negeri perlu ada satu frame work untuk pastikan pengeluaran makanan bertambah dan food security dalam negara kita ini terjamin dengan itu saya mohon menyokong usul ini, Dato‘ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat dalam usul tergempar ini banyak yang telah dibangkitkan dan saya lihat hujah-hujah yang berulang-ulang pun sudah saya dengar banyak dan siapa yang nak bahas sekarang saya juga nak minta perkara yang sudah dibangkit jangan lagi. Pakar ayam sudah ada pakar padi sudah semua sudah ada sila kalau KOMTAR nak bahas pun tak lebih daripada 10 minit pun.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Tak ada tak lebih terima kasih Dato’ Yang di-Pertua banyak yang kami dengar tentang perbahasan tentang isu-isu kenaikan harga makanan saya telah sentuh isu ini perbahasan semalamlah….(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Then sudah bahas mengapa nak?

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Hari ini kita sentuh tentang kos pengangkutan kos pengangkutan juga melibatkan satu komponen di kos sara hidup memang ini ada satu masalah yang membawa impak yang besar kepada rakyat khususnya golongan B40 jika kita tahu sekarang Kerajaan Pusat mempunyai hasrat membatalkan subsidi petrol dan diesel mungkin bukan 100% tetapi dengan menjalankan subsidi bersasar. Mengikut data daripda Jabatan Perangkaan pada tahun 2019 seisi rumah di Pulau Pinang secara puratanya membelanjakan sebanyak RM476 sebulan dalam pengangkutan iaitu 10.3 peratus daripada jumlah perbelanjaan bulanan dan antaranya RM281 adalah untuk minyak dan pelincir kenderaan persendirian sahaja. Menurut laporan dari Utusan, Kementerian Pengangkutan berhasrat untuk meningkatkan tambang pengangkutan awam. Saya berpandangan ini adalah satu cadangan atau keputusan yang tidak masuk akal atau bukan satu cadangan yang baik pada waktu ini kerana rakyat masih dalam kehidupan yang susah. Janganlah letak garam di atas luka. Keputusan ini sememangnya akan tambah beban atas rakyat. Kerajaan Pusat sepatutnya ikut apa yang Kerajaan Negeri telah laksanakan iaitu sediakan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk beri perkhidmatan bas dan feri secara percuma kepada warga negeri. Inisiatif ini sebenarnya memberi manfaat kepada orang ramai yang mana ianya akan mengurangkan kesesakan lalu lintas serta kurang pelepasan karbon maka Kementerian Pengangkutan sepatutnya tidak menaikkan tambang sebaliknya perlu menggalak orang ramai untuk terus menggunakan pengangkutan awam. Ini adalah hujah-hujah pendek saya untuk menyokong usul Machang Bubuk. Sekian terima Kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Satu lagi, saya minta Teluk Bahang.

Zolkifly bin Md LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua. Terima kasih kerana dapat sama berbahas dalam usul tergempar di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk mengekang harga barang ini tapi kita faham bahawa kenaikan harga barang ini adalah global ia bukan semata-mata Malaysia. Itu kena akui dan dia diakui oleh sebahagian daripada pembahas kita. Kita perlu melihat ia sebagai satu gerakan yang bersama bukan politik tetapi banyak pembahas politik sampai Bagan Dalam pun bagi tahu menjatuhkan Tan Sri Muhyidin, jatuhkan Pak Lah yang saya tahu DAP lah duk menjatuhkan kerajaan…(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato' Yang di-Pertua, itu fakta. Saya nyatakan fakta sahaja. Siapa yang jatuhkan Pak Lah dulu…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Bagan Dalam.

Zolkifly bin Md LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Jatuhkan Tun Mahathir.

Yang di-Pertua (Speaker)

Itu cuma hujah Bagan Dalam.

Zolkifly bin Md LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Kita ada tanggungjawab bersama…(gangguan).

Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Saya rasa hujah DAP menjatuhkan kerajaan itu mungkin mohon tarik balik lah, tak sesuai.

Yang di-Pertua (Speaker)

Duduk. Sila.

Zolkifly bin Md LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Dalam hal food security. Kita bincang food security. Kita kena lihat tanggungjawab kita bersama kita cakap tentang self sustainable, Bagan Dalam pun cakap tapi tidak ada

tanggungjawab pada Kerajaan Negerikah untuk pertahankan kita diri sendiri? Sepatutnya kita ada, kita ada Agro Park kita, apa yang kita hasilkan kita buat penurunan pengeluaran ayam di Pulau Pinang 76 juta tan kepada 56 juta tan metrik daripada tahun 2019 tahun 2021. Penurunan ini adakah tanggungjawab itu tidak ada pada kita? Kita pernah ada food bank kita boleh buat food bank kadang benda yang naik tidak masuk akal. Kita kena faham saya pernah ke pasar. Limau nipis tiga biji RM2.50, dia kata pasal apa, dia kata barang mahal, import. Mata wang tinggi, mata wang Malaysia jatuh, apa kena mengena dengan limau nipis? Serai dan kantan naik harga sedangkan Pantai Jerejak kata kalau ke ladang kita dapat harga yang murah yang mahal di pasar tapi harga di sana masih kekal. Makanan ruji kita beras, masih kita kekal harga, jadi mestilah tanggungjawab ini kita bersama. Kalau kita boleh buat satu gerakan yang besar dalam food bank kenapa kita tidak boleh buat dalam satu gerakan besar untuk food security kita di Penang. Jadi tanggungjawab ini hendaklah dilihat bersama bukan kata Persekutuan tidak buat, buat tetapi kekangan yang berlaku masalah sekarang kita kata kenaikan harga sebab tenaga kerja. Di kedai kenapa kita punya portfolio usahawan tidak galakkan kita punya pekedai-pekedai menggunakan mesin. Sebagai contoh kalau restoran sekarang ini ada mesin kalau bancuh air tidak payah pakai pekerja kita tekan button sahaja lapan sembilan menu mesin kadang dibekalkan oleh syarikat-syarikat minuman secara percuma dan dia boleh kurangkan seorang pekerja daripada lima pekerja jadi empat pekerja. Jadi kena perlu galakan daripada kerajaan. Kenaikan harga tadi di sentuh tadi oleh KOMTAR tadi sebab pengangkutan harga minyak belanja. Kita bagi bas percuma di Pulau Pinang tapi bas kosong. Adakah hendak suruh Kerajaan Persekutuan datang bawa orang naik bas. Perlu ada kempen daripada kita sendiri untuk turun kos belanja. Bas kita kosong, bas percuma, bagi kad lagi. Kad pun kadang percuma tapi orang tidak naik bas. Kita tidak ada tanggungjawab kita sendiri untuk kita buat. Jadi saya harap usul ini hendaklah kita gerak bersama mendesak Kerajaan Negeri untuk bersama-sama bertindak menjadikan pemakanan dan juga hasil makanan kita ini lebih rendah dengan kos sara hidup kita lebih rendah supaya kita mengubah gaya hidup sebahagian daripada tanggungjawab kita dan bantuan kepada Kerajaan Negeri kepada peniaga-peniaga dan juga kepada pekedai-pekedai ini supaya ditingkatkan dan kita lebih inovasi dalam hal ini. Jadi saya di sini, saya minta supaya usul ini dipinda bersama mendesak Kerajaan Negeri bersama-sama Persekutuan untuk menjadikan tanggungjawab bersama menangani kos sara hidup ini. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sila YB. Batu Maung.

Boleh sikit. Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua dan juga Yang Berhormat Machang Bubuk yang membawa usul kepada Dewan ini mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menangani isu kos sara hidup serta sekuriti makanan yang menghimpit rakyat yang menjejas pembangunan ekonomi yang mampan. Sebahagian besar masyarakat menghadapi masalah meneruskan kelangsungan hidup semua orang tahu bila berlakunya COVID dua tahun banyak yang sengsara yang M40 jadi B40 tambah pula bila berlakunya perang Russia dan Ukraine dan penurunan nilai ringgit, ini yang berlaku sekarang. Kos naik ini kita belum pulih lagi COVID-19 baru peralihan tetapi berlakunya perang pada Februari 2022 telah menjejaskan lagi teruk keadaan supply chain, destruction in supply chain….(dengan izin). Jadi, pergi ke pasar sekarang sebutkan tadi sudah jelaskan banyak oleh kita beruntung kerana kita ada mantan menteri KPDNKK Pantai

Jerejak dan juga Air Putih yang memberikan dua perspektif yang cukup jelas. Saya hanya akan sentuh tentang beberapa perkara yang yang berupa fakta yang perlu kita tahu saya sebut tadi Ukraine, COVID-19 dah jejaskan rezeki logistik dan kondusif dan keperluan kita ingat pelitup muka kita nak cari bahan mentah pun semua daripada China tetapi semua ini lepas tu berlakunya apa tu Ukraine war dan Russian war itu dan penurunan nilai ringgit ini kena kita tanya Menteri Kewangan. Bagaimana pengurusan kewangan menyebabkan ringgit US Dolar 4.40 itu dan import barang-barangan jagung gandum dan juga kacang soya ini dua negeri yang hampir 50 peratus supply dunia selain daripada Brazil dan datang daripada dua negeri ini. Sudah tentunya barang serta ternakan ayam misalnya feed meal untuk ayam 70 peratus terdiri daripada jagung dan 70 peratus kos itu kos makanan untuk ayam sudah tentunya menjejaskan pengeluaran ayam tambah pula disebut tadi kawalan harga RM8.90 sekilo tu sebenarnya bawah daripada kos pengeluaran. So siapakah pengeluar yang akan mengeluarkan apa tu nak jual nak keluarkan bila harga control ini. Pergilah ke market sekarang tanyalah peruncit-peruncit dia order 1000 seminggu tiga hari dia perlu 1000 dia hanya dapat 400 kita tak boleh salahkan pengeluar sebab itulah subsidi ini penting, subsidi ini penting subsidi ke atas bahan makanan yang diimport ini kita satu alternatif yang perlu di buat dan ini memerlukan kerjasama Kerajaan Pusat yang control subsidi ini. Saya nak tanya Sungai Dua, AP sudah dimansuhkan kita alu-alukan lah tetapi tak semua item sebenarnya kalau nak hapuskan AP, semua AP mansuhkan. Kita masih mengimport beras 40 peratus daripada keperluan beras negara, kita masih mengimport 80 peratus keperluan daging yang dikatakan tahap keberdikarian, self sufficiency ratio itu 40 peratus beras. Kenapa tak dihapuskan AP untuk import beras ini? Kawal penyeludupan ini. Sungai Dua kena bawa kepada Pusat. Sudah tentunya bila berlaku ini kos sara hidup kalau kita tengok DOSM Jabatan Perangkaan Malaysia 2010 sampai 2020 kalau bahan makanan dan minuman keseluruhan bijirin beras roti daging kalau 2020 kuasa belilah dah turun dari 16.7 peratus kepada 19 2020 kepada 19.4 peratus November 2021 ini belum perang Ukraine dan Russia lagi. Maknanya kalau kita bawa duit 2010 kita beli barang yang RN80.60 sen barangan item ini tetapi barang yang sama dibeli pada 2021 10 tahun Disember ini maknanya kita barang tu RM100 itu maknanya lebih kurang 20 peratus sebelum berlaku Ukraine dan Russia war maknanya sekarang lebih teruk. Sebab itu kalau kita pergi ke pasar. Saya baru ini pergi ke pasar, saya minta cili, dia bagi empat. Saya tanya saya nak cili dia kata ambillah. Dia ambil empat, dia tak berani bagi kerana empat biji cili RM3.00 dia takut. Dulu kalau kita ingat 18 tahun dulu harga ikan kembung baru RM8.00 sekilo, sekarang RM18.00 sekilo dan kita tak dapat dah dulu nampak orang-orang yang susah dulu dia beli ikan baja sekarang pergi ke pasar sudah tidak ada ikan baja yang susah ini dia beli ikan baja ataupun ikan campur sekarang tidak ada yang paling murah ikan gelama ikan kembong saja. Itulah kedudukan bagaimana golongan B40 dan seterusnya akan berlaku apa yang dipanggil golongan B40 ini juga akan menghadapi masalah nutrition. Diet mereka dan mereka tidak dapat vitamin protein yang diperlukan untuk makanan mereka sebab itu saya sokong kalau yang dicadangkan oleh apa yang dicadangkan oleh Pantai Jerejak tadi bagaimana kita boleh mungkin perlu ada satu task force untuk ditubuhkan untuk melihat isu ini di peringkat negeri di mana ada cadangan dari Pantai Jerejak, Selangor dan Negeri Sembilan membeli ayam misalnya daripada peruncit-peruncit ataupun pengeluar ayam dan seterusnya menawarkan kepada khusus kepada B40. Kedua disebutkan juga tentang ini kena dengan rakan EXCO Pertanian saya mungkin kawasan-kawasan tertentu ditanam bijirin jagung misalnya dan seterusnya kita perlu mendesak Kerajaan Pusat subsidi itu bukan saja disegerakan tetapi tambah subsidi diberi untuk khususnya ayam dan lain-lain juga. Itulah yang sikit saya sentuh selainnya khusus menjawab soalan Batu Lancang di waktu penggulungan nanti. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Pulau Tikus. Jangan lebih dari 10 minit.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Okey, terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua. Bagi saya satu peluang untuk membahas atas usul ini juga sebab tadi saya amat tertarik tapi apa yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan daripada Pembangkang yang minta kita buat bersama-sama ini semua tapi saya ingin memperingatkan semua bahawa ini adalah usul untuk mendesak Kerajaan Persekutuan dan kita tahu kita tak payah mendesak diri sendiri kerana kita pun semua di kerajaan pihak Kerajaan Negeri faham apakah tugas-tugas mereka tak payah mendesak sendiri, tetapi kita kena mendesak Kerajaan Persekutuan kerana pada masa ini Kerajaan Persekutuan dan kita bukan dalam satu alignment yang sama. Saya ingin memperingatkan apa yang telah berlaku apabila nilai mata wang kita menurun ada di antara mereka suka cakap bahawa ini adalah sebenarnya apa yang semua kerajaan di dunia mahu cakap bahawa ini adalah sebenarnya apa yang semua kerajaan di dunia mahu cakap bahawa macam kerajaan-kerajaan di negara China sengaja mengawal nilai mata wang mereka supaya tidak naik supaya boleh bersaing dengan negara-negara lain dalam industri dan mendapatkan pelabur-pelabur. Tetapi saya juga ingin memperingatkan bahawa negara kita adalah sebuah negara yang masih memerlukan banyak import. Kita tidak boleh melupakan fakta itu kerana kita sudah melihat dari masa kita mencapai kemerdekaan sampai sekarang. Pada masa suatu masa dahululah mungkin banyak di sini pun tak boleh ingat Ringgit Malaysia bersama dengan Dolar Singapura dan Ringgit Brunei adalah satu interchangeable kepada 1 dollar kepada 1 ringgit Brunei. Malaysia sendiri yang keluar daripada interchangeability pact itu pada suatu masa dahulu dan melihat kepada sumber-sumber asli yang terdapat di Malaysia, nilai mata wang kita yang patut naik kerana kita ada sumber asli, kita ada tanah tetapi mengapa kita pula yang turun? Mengapa negara-negara kecil seperti Singapura dan Brunei mereka satu one to one kerana masih maintain interchangeability pact. Kita yang keluar, mereka masih maintain dan sekarang RM3.20 kepada satu dolar Singapura dan satu ringgit Brunei. Kita adalah satu negara yang kaya dan nilai mata wang kita yang patut naik tetapi nilai mata wang kita yang turun pula dan apa kena mengena dengan usul ini? Saya nak cakap sekaranglah kerana kita akan masuki satu fasa yang tidak tentu yang memang tidak tentu kita tidak dapat melihat apa yang akan berlaku lagi sebab ada yang ekonomi sekarang ni dah cakap the worst is yet to come tetapi the most important thing is what are we doing about it? Kerana kat luar di sana rakyat Malaysia sedang mengalaminya. What is the government’s plan? Where’s is the Federal Government’s plan? Bank Negara under what? Not under Kerajaan Negeri right? Under Kerajaan Persekutuan. So oleh itu saya nak lihat di sini mengapa kita masih cuba you cakap macam Kerajaan Negeri pun satu slot yang sama dengan Kerajaan Persekutuan bahawa kita kena buat bersama-sama. Saya faham kita Kerajaan Negeri dan saya faham pun kita ada tanggungjawab kita sendiri tetapi tanggungjawab itu tak perlu satu usul di dalam Dewan yang mulia ini untuk memperingatkan kita. Kita mengadakan usul ini adalah untuk memperingatkan Kerajaan Persekutuan bahawa tanggungjawab mereka adalah untuk negara dan bukan untuk diri sendiri. Dan itulah saya ingin memperingatkan lagi satu kali lah, jangan letak Kerajaan Negeri kita bersama dengan slot yang sama dengan Kerajaan Persekutuan, okey? Bukan Kerajaan Negeri kita yang menyebabkan nilai matawang kita turun sampai RM3.20 ringgit kepada satu Dolar Singapura sekarang sudah RM4.1 atau 4.2 US dollar. Okey, kita boleh melihat mengapa dia turun dari dulu pun boleh melihat apabila skandal-skandal negara keluar, nilai mata wang kita turun. Sekarang nilai mata wang kita masih turun masa dulu sampai sekarang belum recover pun masih dalam masalah itu. Adakah

itu satu kerajaan yang boleh main boleh mentadbir di negara ini ataupun sama sahaja seperti Kerajaan Perikatan Nasional dulu. Kerajaan gagal 2.0. Oleh itu, saya memang berharap ADUN-ADUN daripada Pembangkang, rakan-rakan kita dari Pembangkang, turut menyokong dan jangan gunakan alasan bahawa Kerajaan Negeri patut berada dalam kategori yang sama sebagai alasan untuk tidak menyokong. Ini adalah untuk rakyat Malaysia. Kerajaan Persekutuan ada banyak kuasa. Kita ada Kerajaan Negeri, banyak kuasa di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Kamu pun tahu. Oleh itu, tolonglah kita untuk mendesak. Saya mencabar ADUN-ADUN Pembangkang di sini untuk menyokong usul ini. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Rasanya usul ini telah pun dibahas lebih daripada 2 jam dan saya ucapkan terima kasih lah kepada semua yang telah pernah menyertai sesi perbahasan ini. Maka saya nak minta pencadang usul untuk buat penggulungan. Sila Yang Berhormat Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Hari ini saya rasa begitu penting tentang perbahasan usul ini dan saya rasa tadi beberapa rakan-rakan, ADUN-ADUN telah memberi banyak cadangan yang konstruktif dan juga banyak idea-idea yang bernas untuk kita bawa kepada Kerajaan Persekutuan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kepada Ahli Dewan Batu Lancang yang telah mengingatkan Kerajaan Negeri untuk meneruskan pemantauan pengguna dan juga kepada mantan-mantan menteri kita, Pantai Jerejak dan Air Putih yang telah menyebut tentang cadangan-cadangan yang boleh bagi pihak Kerajaan Persekutuan untuk mengambil dan juga kepada bagaimana the monetary policy yang seperti disebutkan oleh Yang Berhormat Pulau Tikus tadi yang perlu diambil kira oleh Kerajaan Persekutuan dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Bukit Tambun yang telah memberi kita satu kuliah tentang bagaimana penternakan ayam itu melaluinya dan juga kepada Yang Berhormat Sungai Dua, Yang Berhormat Bagan Dalam, Yang Berhormat KOMTAR, Yang Berhormat Teluk Bahang, Yang Berhormat Batu Maung dan Yang Berhormat Pulau Tikus. Saya rasa cadangan-cadangan itu adalah penting kerana ia telah merupakan wakil, suara daripada rakyat yang telah dibangkitkan oleh Wakil-wakil Rakyat di Negeri Pulau Pinang ini dan pihak tadi Yang Berhormat Sungai Dua dan juga Yang Berhormat Pulau Teluk Bahang juga ada sebut, perlu kerjasama dengan Kerajaan Negeri. Saya memang setuju tetapi kenapa usul tergempar ini kita mendesak kepada Kerajaan Persekutuan kerana kita faham banyak bidang kuasa yang tentang kawalan kos sara hidup itu di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan dan kita juga ingin meminta supaya Kerajaan Persekutuan mendengar suara rakyat, cadangan-cadangan rakyat, apa yang telah kita bangkitkan selama ini, ada banyak cadangan termasuk tadi kita sebut, storage yang boleh kita minta Kerajaan Persekutuan untuk memberi dana supaya storage itu boleh disediakan bukan untuk kegunaan Pulau Pinang sahaja tetapi untuk seluruh negara Malaysia dan ramai juga di kalangan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri juga telah menyeru kepada Kerajaan Persekutuan untuk kurangkan kerenah birokrasi supaya memudahkan para penternak, pekebun dan juga nelayan untuk mendapatkan subsidi atau bantuan-bantuan yang sewajarnya. Itu yang kita harap. Banyak cadangan yang telah disampaikan tapi ini kita kata bola adalah di kaki Kerajaan Persekutuan. Bagaimana mereka menyambut bola yang kita hantar kepada mereka. Saya tidak kata Kerajaan Negeri tidak ada apa-apa peranan tapi peranan yang telah kita banyak kali sebut, cadangan-cadangan yang kita sebut termasuk yang saya sekali lagi nak menyeru kepada

Kerajaan Persekutuan untuk menyegerakan iaitu The Sungai Perak Raw Water Transfer Scheme. Itu penting untuk kita memastikan kegiatan pertanian itu bukan sekadar di Pulau Pinang tetapi di seluruh Perak Utara dan juga northern region yang itu perlu disegerakan. Itu adalah perkara-perkara yang saya rasa pentingnya pada hari ini, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah mencipta satu sejarah di mana saya rasa kita telah membawa satu isu yang begitu penting bagi rakyat dan juga kita memainkan satu peranan di mana wakil rakyat yang sepatutnya berjuang untuk nasib rakyat yang sedang bertungkus-lumus, yang sedang bergelumang dengan kos sara hidup yang tinggi ini. Dengan itu, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan dan juga kepada Dato’ Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubuk. Ahli-ahli Yang Berhormat, maka masalah yang kita hadapi sekarang adalah usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Machang Bubuk iaitu “Bahawasanya Dewan Yang Mulia ini mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup serta sekuriti makanan yang menghimpitkan rakyat dan menjejaskan pembangunan ekonomi yang mampan dipersetujui”. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju katakan “Ya”.

Ahli-ahli Dewan:

“Ya”

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju katakan “Tidak”. Usul dipersetujui. Terima kasih. Tiada bantahan dan diterima. Terima kasih.

[Ahli-ahli Dewan menepuk meja].

Maka Ahli-ahli Yang Berhormat kita bersidang semula dan kita masih berada dalam sesi perbahasan atas usul untuk kita mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana telah berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini pada mesyuarat yang lalu dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sila yang nak menyertai perbahasan. Yang Berhormat Permatang Berangan. Sila. Jangan lebih masa.

Nor Hafizah binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera (bacaan doa). Yang dihormati Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Padang Kota selaku Ketua Menteri dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Yang dihormati Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang dan barisan Ahli Yang Berhormat Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat Pulau Pinang, ketua-ketua serta wakil-wakil jabatan dan agensi, para media dan pemerhati seterusnya hadirin hadirat yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita sama-sama menzahirkan setinggi-tinggi

kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia dan izin-Nya yang membolehkan kita berada dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang DUN Pulau Pinang kali yang ke-14. Sekali lagi Permatang Berangan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian bagi membahaskan usul ucapan terima kasih sempena ucapan perasmian mesyuarat pertama tahun ini yang telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada Jumaat lalu. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kerana hingga saat endemik, kita berpeluang menyuarakan hasrat akar umbi untuk dipertimbangkan secara bersama demi kepentingan rakyat di kawasan khasnya dan Pulau Pinang amnya. Permatang Berangan juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan pelbagai peringkat dan kategori serta semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung bertungkus lumus membantu rakyat Pulau Pinang melawan COVID-19. Masih dalam keadaan menitikberatkan kepentingan penjagaan SOP mengikut norma baharu, Permatang Berangan mendoakan agar kita semua dapat menunaikan tanggungjawab bagi menyelesaikan perbahasan mesyuarat kali ini dengan selamat dan sempurna.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Permatang Berangan menyambut baik saranan titah Tuan Yang Terutama Tun dalam memperkasakan agenda kelangsungan hidup rakyat pasca COVID-19 yang bertujuan menaik taraf ekonomi, meningkatkan kualiti kehidupan dan melabur dalam persekitaran terbina. Dalam perkara ini beberapa aspek berikut perlu diberi keutamaan dan penekanan iaitu (a) penjagaan kesihatan, kebajikan dan kemaslahatan rakyat; (b) Pembangunan modal insan, pelaburan, transformasi industri dan ekonomi digital; (c) Pembangunan infrastruktur, pengangkutan dan liputan telekomunikasi; (d) Pemajuan perumahan mampu milik dan persekitaran sihat; serta (e) Penjagaan keselamatan makanan demi kelangsungan hidup.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Sidang Dewan Yang Dimuliakan, Selepas lebih dua tahun Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri secara bersama membantu rakyat memerangi wabak COVID-19, penerimaan imunisasi vaksin dan dos penggalak telah dapat menangani penularan wabak ini dengan terkawal. Apabila faktor kesihatan telah dapat ditangani, tibalah masanya kerajaan menumpukan usaha menaik taraf ekonomi rakyat setelah Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik pada 1 April 2022 lalu. Dalam hal ini, Permatang Berangan bersetuju dengan titah Tuan Yang Terutama Tun untuk memperkasakan ekonomi negeri dan rakyat dengan lebih agresif. Dalam aspek menaik taraf ekonomi, Permatang Berangan ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri dapat meningkatkan usaha dengan 3 cara berikut; pertama memberi latihan dan bimbingan kemahiran untuk pembangunan modal insan. Kedua, mempertingkatkan aktiviti pelancongan serta tiga, merancakkan pembangunan industri makanan.

Antara permintaan akar umbi khasnya golongan anak muda adalah memperbanyakkan siri latihan kemahiran dan bimbingan untuk ekonomi digital. Selaras dengan saranan untuk meningkatkan produktiviti pemacu pertumbuhan ekonomi, golongan yang bekerja sendiri dan pekerja am di kalangan belia dan wanita juga perlu diberikan bantuan. Dalam hal ini, selain sumbangan bantuan segera kepada golongan yang terkesan, Pematang Berangan menyarankan kepada Kerajaan Negeri untuk membantu mereka dengan latihan penjanaan ekonomi secara maya melalui kursus pendek bersesuaian dengan matlamat membangunkan infrastruktur dan komuniti digital yang mampu dan maju berdaya saing. Ini kerana, sejak pandemik melanda rakyat

sudah terbiasa dengan perkhidmatan jual beli secara atas talian yang mana dalam masa yang sama membantu peniaga mengurangkan kos sewaan bangunan yang membebankan. Tambahan kepada itu, sektor ekonomi digital juga dapat membantu merancakkan aktiviti pelancongan yang mana media sosial boleh dijadikan medium untuk mengiklankan produk dan mempromosikan kawasan pelancongan yang boleh menjadi tumpuan ramai serta meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Justeru, amatlah wajar sekiranya Kerajaan Negeri dapat mengenal pasti untuk memperkenalkan dan menaik taraf kawasan-kawasan warisan yang berpotensi untuk dijadikan tempat tumpuan pelancong. Di Permatang Berangan khususnya sebagai contoh, Jeti Sungai Labuh Banting boleh dibangunkan dan dipromosikan untuk aktiviti river cruise…(dengan izin), dan pengenalan kepada produk-produk makanan tempatan yang mampu menjana pendapatan nelayan dan penduduk setempat serta meningkatkan ekonomi Negeri Pulau Pinang melalui pelancongan domestik. Dalam perkara ini, Permatang Berangan mengesyorkan agar Kerajaan Negeri dapat membantu menaik taraf kawasan potensi pelancongan dengan lebih agresif melalui dana one-off…(dengan izin), mahupun bentuk pembiayaan yang boleh dibincangkan bersesuaian dengan keadaan semasa. Saya ingin merujuk kepada jawapan kepada soalan bertulis saya no. 11, masih tiada sebarang cadangan untuk pembinaan pusat perniagaan setempat di daerah Seberang Perai Utara. Justeru amatlah dihargai sekiranya EXCO Usahawan dapat mempertimbangkan cadangan pembinaan pusat perniagaan setempat di KADUN Permatang Berangan bagi mengumpulkan peniaga-peniaga tidak berpremis di one-stop centre…(dengan izin), yang boleh menjana peningkatan ekonomi masyarakat setempat serta membuka peluang pekerjaan baharu.

Di samping itu, bersesuaian dengan saranan Tuan Yang Terutama Tun untuk mengutamakan jaminan dan keselamatan makanan, Permatang Berangan mencadangkan juga agar Kerajaan Negeri menggalakkan penglibatan rakyat khasnya penjaja, peniaga kecil dan usahawan bagi merancakkan industri makanan berasaskan pertanian sebagai langkah jangka pendek dan jangka panjang menangani inflasi dan krisis kekurangan bekalan makanan. Bantuan dana seperti program Pemberian Insentif Teknologi Pertanian Belia Tani, Tabung Usahawan Tani atau TUT dan Geran Agropreneur Muda atau GAM diperbanyakkan dan ditambah dalam pembentangan Bajet akan datang. Sebagai contoh, apabila kekurangan bekalan ayam berlaku, masih ada bekalan sumber makanan lain berasaskan pertanian yang dapat menampung kekurangan itu. Jangan risau saya tak bincang dah tajuk ayam sebab dah banyak. Dan tambahan kepada itu, berkaitan dengan food security…(dengan izin), Kerajaan Negeri juga perlu bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk tugas-tugas pemantauan aktiviti orang tengah yang mengambil kesempatan dan juga bertindak untuk menaikkan harga sewenang-wenangnya dan inilah masanya untuk kita bagi untuk mengawal harga yang naik secara mendadak.

Tambahan kepada itu, Pulau Pinang juga perlu mengekalkan rekod sebagai negeri pengeluar padi tertinggi sejak 2020. Untuk tujuan tersebut, Kerajaan Negeri perlu memantau aktiviti tambakan tanah sawah padi yang berleluasa dan mengkaji kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk memelihara kawasan yang diwartakan sebagai tanah pertanian dengan mengenakan tindakan yang serius dan juga tindakan perundangan supaya Pulau Pinang dapat mengekalkan rekodnya sebagai negeri tertinggi pengeluar padi negara. Sidang Dewan yang dihormati sekalian…(gangguan).

Mohon mencelah.

Nor Hafizah binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Ya sila.

Saya tertarik dengan apa yang dibangkitkan tentang isu tambakan tanah sawah dan saya mohon pandangan tindakan yang lebih keras perlu dibuat kepada syarikat yang menambun tanah sawah. Tanah sawah memang dulu luas di bawah warta tali air di bawah skim pengairan. Dulu ada 25,000 hektar sekarang dah tinggal 12,000 hektar yang berdaftar yang dalam skim pengairan, di luar skim ada lagi 2,000 so 14,000. So kalau boleh kita pastikan tindakan keras, tindakan mahkamah yang lebih keras untuk dikorek semula tanah sawah yang telah ditambun jadikan seperti asal kerana kalau tidak diselesaikan tak diberi satu tindakan yang keras maka ianya akan terus berleluasa kerana tanah di Pulau Pinang adalah tanah first gred dan dia mungkin boleh melaksanakan pelbagai aktiviti tapi special untuk tanah sawah kalau boleh tidak diambil tindakan langsung dari segi tambakan dan sebagainya. Tindakan keras perlu dibuat. Sekian, terima kasih.

Nor Hafizah binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua atas cadangan untuk penguatkuasaan tindakan kepada syarikat-syarikat yang menambak tanah-tanah sawah. Dan saya yakin dalam perkara ini semua boleh bersetuju bahawa kita perlu memberi penekanan dan mencadangkan kepada pucuk pimpinan supaya tindakan boleh dibuat ke atas mereka melalui perundangan dan mungkin di peringkat persekutuan juga boleh ada peruntukan baru dalam perundangan yang memberikan penekanan dan tindakan yang lebih keras ke atas mereka. Saya teruskan. Sidang Dewan yang dihormati sekalian, demi meningkatkan kualiti kehidupan, kediaman yang selesa, jaringan infrastruktur dan telekomunikasi yang jelas, kemudahan pendidikan, hal ehwal agama serta bantuan kebajikan akan dapat membantu rakyat hidup dengan lebih bermakna. Dalam istilah menjaga kebajikan rakyat, Permatang Berangan ingin menyuarakan keresahan penduduk yang sedikit terkilan dengan isu bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM yang mana mereka gagal menerima kesinambungan sumbangan bulanan. Antara yang diajukan ketika bertemu saya di pusat khidmat adalah kegagalan menerima sumbangan apabila tidak memperbaharui pendaftaran setiap awal tahun. Ada juga yang diberhentikan sumbangan tanpa alasan munasabah termasuk mempunyai anak bekerja sedangkan anak tersebut sendiri adalah penerima sumbangan bulanan JKM. Dalam isu ini, amatlah dihargai sekiranya Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan rungutan rakyat tentang syarat yang ketat dan banyak birokrasi sehingga menyebabkan bantuan bulanan mereka diberhentikan. Dalam hal ini juga, Permatang Berangan ingin mencadangkan agar pihak Dewan ini dapat mempertimbangkan cadangan ataupun kaedah pembaharuan pendaftaran setiap tahun dapat dilakukan secara automatik kerana kebanyakan penerima adalah warga emas yang daif dan OKU yang uzur malah ada di kalangan mereka kebanyakkannya tidak mempunyai kenderaan untuk berulang-alik ke Pejabat JKM bagi memperbaharui permohonan mereka…(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Permatang Berangan. Permatang Berangan isu ini I think dihadapi oleh semua ADUN-ADUN. Memang ada penerima bantuan JKM datang ke pejabat kami nyatakan bantuan bulanan mereka terhenti terbatal walaupun kita dapat hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat apa yang saya dapat tahu adalah ini adalah syarat daripada kerajaan Jabatan Kebajikan di Putrajaya. Dan

kita nampak salah satu birokrasinya semakin bertambah apabila kita beralih ke IT ataupun masa depan yang berasaskan IT, kita pula ke belakang di mana kita minta mereka isi borang perlu hantar macam ini satu cara, I think di seluruh negara sama juga, kita tidak tahu. Ini yang saya selalu nyatakan bila saya nyatakan mereka kata saya berpolitik tetapi apa gunanya kalau kerajaan mengenal ataupun memperkenalkan dasar-dasar yang ke belakang apabila kita sudah ke depan. Inilah yang saya nyatakan sebagai kerajaan gagal 2.0 dan menteri yang sedia ada sekarang, Rina Harun gagal 100 peratus. Ini yang boleh saya nyatakan.

Nor Hafizah binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Terima kasih Bagan Dalam atas teguran. Saya yakin perkara ini berlaku juga di kawasan lain cuma kita tidak menyalahkan JKM sepenuhnya. Kemungkinan teguran ini adalah untuk penambahbaikan kaedah yang bersesuaian dengan keadaan semasa dan memudahkan pemohon-pemohon mendapatkan permohonan dan kerajaan dapat meluluskan permohonan mereka dengan kadar segera dan mudah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kelmarin saya dan Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan YB. Penaga telah menerima satu memorandum bantahan kepada pembangunan semula serta cadangan pembangunan perumahan awam. Kuarters kakitangan dan perumahan mampu milik di Jalan Sheikh Madar, Air Itam Pulau Pinang. Dalam memorandum ini, Persatuan Penduduk Jalan Sheikh Madar menyuarakan keresahan mereka yang telah mereka lalui beberapa tahun ini dan kerisauan tersebut telahpun dibawa secara perbincangan ringkas semalam yang mana penghuni-penghuni yang diwakili oleh beberapa wakil telahpun menyuarakan memorandum ini dan mereka memberitahu bahawa kebanyakan keluarga yang berada di situ sekitar 67 keluarga yang masih kekal di sana telah menghuni kawasan di penempatan tersebut sejak turun temurun daripada tahun 60-an. Jadi apa yang merisaukan mereka adalah kehilangan tempat tinggal sekiranya kawasan tersebut dibangunkan. Tambahan kepada itu, saya difahamkan bahawa penghuni-penghuni diminta untuk memperbaharui kontrak perjanjian yang telah menukarkan tempoh penyewaan daripada tiga tahun kepada penyewaan secara bulanan. Dalam hal ini juga, saya yakin ia telah menyukarkan penduduk yang majoritinya telah lanjut usia untuk berurusan secara bulanan berulang alik untuk urusan pembaharuan kontrak. Sehubungan itu saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk melanjutkan tempoh sewaan dan mungkin ada cara lain untuk memberikan mereka penyelesaian dan menyelesaikan kegusaran ini.

Terima kasih Permatang Berangan. Saya juga terlibat semalam dalam perbincangan ataupun penyerahan satu memorandum daripada penduduk di kawasan kuarters Jalan Kampung Sheikh Madar. Kuarters ni tanah MBPP. Jadi ada perancangan di peringkat Kerajaan Negeri, MBPP untuk membangunkan kawasan tersebut. Kawasan tersebut bukan ada orang Melayu sahaja. Ada orang Cina dan juga India. Dulu 100 orang sekarang tinggal 60, mungkin sebahagian sudah ada rumah, dah beli dapat rumah kos rendah dan sebagainya. Cuma kerisauan penduduk di sini. Dengan kontrak mengikut bulan sekarang ini, setiap bulan disambung, setiap bulan disambung. Jadi mereka merasa risau, takut mereka terpaksa keluar tanpa ada satu arahan yang bagi masa yang panjang. Habis tempoh sebulan, mungkin bulan lima ni habis, hari ini last, suruh keluar jadi ini satu kerisauan kepada penduduk sebab mereka sendiri pun dah tak boleh nak cari tempat lain. Dan ada yang ditawarkan rumah di Jalan Terengganu tapi rumah itu agak kecil. Satu bilik sahaja dengan keluarga yang ramai mungkin

tak berapa selesa. Jadi kemungkinan, saya mengharapkan supaya Kerajaan Negeri, pihak MBPP membuat satu perbincangan yang lebih teliti dengan penduduk-penduduk yang terlibat, walaupun mereka memang duduk di tanah itu dengan sewaan RM75.00 sebulan, saya ingat, RM75.00 sebulan, sewaan yang agak rendah di kawasan tengah bandar. Jadi mungkin ada perancangan pihak kerajaan nak bina rumah yang lebih selesa dan mungkin ini kita boleh beri jaminan, boleh mereka beli rumah di situ mungkin, kawasan itupun banjir, saya dengar ada masalah banjir. Jadi mungkin ada perancangan yang lebih selesa cuma perbincangan itu perlu diterangkan kepada masyarakat, kepada keluarga ini dengan lebih telus, dengan lebih memberikan keadaan supaya menjamin, memberi jaminan bila suruh keluar untuk bangunkan mereka akan diberi tempat sementara ataupun duit sewaan, contoh lah, kalau boleh dipertimbangkan. Dan selepas itu, rumah siap mungkin mereka akan diberi tawaran untuk membeli dengan harga yang berpatutan kepada penduduk di situ untuk beli tempat yang dibangunkan. Jadi ini kemungkinan benda-benda yang kita nak selesaikan masalah, nak puaskan hati semua pihak, kita pun rasa kita hilang sedikit tapi dapat juga, penduduk pun mungkin, mereka juga nak semacam itu. Jadi kalau boleh satu sesi perbincangan, kalau ayat sekarang ini dipanggil libat urus, dan saya rasa perancangan Kerajaan Negeri dah ada cuma nak pastikan bahawa penduduk yang terlibat, 60 orang lebih ini, 67 orang ini mendapat satu bentuk ganjaran ataupun satu bentuk ganti rugi yang bersesuaian walaupun mereka duduk di situ lama. Ganti rugi yang bersesuaian yang mereka sendiri rasa puashati, mereka mendapat sesuatu dengan depa membayar sesuatu dan mungkin ini boleh mencari penyelesaian lah. Saya harap kita selesaikan isu ini dengan cara yang terbaik dengan maklumkan secara telus kepada penduduk, mereka akan memperolehi sesuatu. Depa tak dapat surat notis pengosongan lagi, pemilikan kosong tapi depa sambung kontrak. Mungkin pihak Kerajaan Negeri masih lagi membincangkan. Jadi bincanglah dalam keadaan terbaik supaya penduduk juga mendapat satu kepuasan hati dan mereka tidak dibiarkan begitu sahaja, tanpa ada rumah, diberi satu bentuk rumah yang lebih sesuai kepada mereka. So terima kasih.

Nor Hafizah binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua. Saya boleh bersetuju dengan cadangan tersebut dan saya juga memohon supaya Kerajaan Negeri dapat mengambil tindakan segera supaya perbincangan lanjut dapat diadakan secara bersama untuk win-win situation. Sidang Dewan yang dimuliakan, sebagai ulangan saranan saya dalam mesyuarat tahun lalu, saya sekali lagi menyuarakan hasrat akar umbi di Permatang Berangan tentang isu perumahan mampu milik yang mana kebanyakan mereka belum mempunyai rumah pertama dan masih menyewa kerana gagal mendapatkan pembiayaan perumahan daripada institusi kewangan. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada soalan bertulis saya nombor 3, yang mana jawapan 3(a) yang saya terima daripada Yang Berhormat Datok Keramat, berdasarkan rekod MBSP dari tahun 2018 sehingga kini, terdapat 14 projek pemajuan perumahan sedang dijalankan di Tasek Gelugor dan kawasan sekitarnya yang mana enam projek merupakan pemajuan RMM ataupun Rumah Mampu Milik manakala baki lapan (8) pemajuan adalah untuk rumah biasa dan mewah yang tidak dikawal penjualan oleh Kerajaan Negeri. Dalam hal ini, amatlah dihargai sekiranya Kerajaan Negeri dapat membantu keluarga B40 memudahkan urusan atau mempertimbangkan kelonggaran syarat bagi mendapatkan pembiayaan rumah pertama dengan lebih mudah. Jika tidak pun, mohon Kerajaan Negeri banyakkan lah pembinaan RMM A dan B di kawasan Tasek Gelugor dan SPU. Atau paling tidak pun, buatlah pengambilan tanah bagi membina rumah PPR dan PPRT yang dapat dihuni oleh mereka yang berpendapatan rendah. Jika cadangan penyelesaian ini dapat didengari, akan berkuranglah masalah sosial

termasuk kes-kes bunuh diri terjun bangunan dan sebagainya, terjun jambatan dan sebagainya yang makin meningkat dewasa ini. Dan mohon dengarkanlah rintihan rakyat marhaen yang memerlukan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua…(gangguan).

Tambahan, Permatang Berangan, isu ini saya bangkitkan saya tahu lapan sahaja projek tapi jawapan bertulis 14. Enam (6) projek RMM dan lapan rumah biasa, rumah mewah. Enam (6) projek RMM ni pun yang saya dapat maklumat, tidak mengandungi RMM A dan B. Seperti projek macam Scientex, semua rumah RMM C. 2000 unit semua C dan depan Scientex tu pun semua C. So tidak mengandungi komponen RMM A dan B. Memanglah dia rumah mampu milik. Bila buat RMM C tak payahlah buat A dan B. Cuma yang saya nak pastikan bahawa, projek yang dibuat yang enam (6) projek ini, kalau boleh tapi mungkin dah berjalan tapi, kalau dalam pelan merancang dan sebagainya, kalau boleh dimasukkan A dan B bersama. A dan B bersama dengan C…(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Minta penjelasan. Dato’ Yang di-Pertua, ini pelan kebenaran merancang kita belum lihat, kita pun tidak tau adakah RMM A, B pun termasuk. Mungkin dia nak buat RMM C dulu, nanti EXCO akan jawab tapi soalan saya adalah kepada Dato’ Ketua Pembangkang, sepanjang berapa tahun PERDA telah mengambil tanah di kawasan Seberang Perai Utara, bukan kini, dari dulu lagi, beratus ekar, beribu ekar telah diambil alih, baru-baru ini pun mereka telah masuk ke dalam satu joint venture dengan syarikat pemaju lain seperti SP Setia. Beratus ekar telah diberikan kepada SP Setia, saya nak tanya berapa peratus daripada tanah tersebut daripada PERDA yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dikhususkan berapa unit rumah dalam RMM A dengan harga RM42,000.00 mengikut harga Kerajaan Negeri telah dibina dan PERDA Ventures pula bagaimana, berapa ratus atau berapa ribu unit rumah telah dibina sebelum ini? Ataupun akan dibina yang sudah masuk PKM. Jangan kata visi “oh! kita pelan nak bina seribu rumah”, kita nak tau berapa sudah masuk PKM, boleh tak Dato’ Ketua Pembangkang?

Terima kasih Bagan Dalam. PERDA ada tanah, PERDA milik tanah dan PVI sebagai anak syarikat yang melaksanakan pembinaan dengan melantik syarikat-syarikat lain untuk pelaksanaan. Setakat yang saya tahu, setiap projek PERDA mempunyai A dan B termasuk di Perda Indah, termasuk di Ara Kuda, Taman Desa Ara, termasuk di sebelah pulau, memang kita melibatkan komponen itu. Kita ada RMM A, B, C dan ada juga sebahagian yang lebih tinggi tapi tak banyak bilangannya. Jadi bilangan jumlah keseluruhan saya akan bagi kat YB, berapa jumlahnya yang telah kita buat. Saya ingat di Balik Pulau ada dua, di Seberang yang kita dah buat, di Kubang Menerong, di Ara Kuda, ada rumah ‘rent-to-own’ yang kita dah buat. Saya akan beri details kat YB. Memang kita ada komponen itu yang kita buat. Kita nak juga macam tu supaya macam SP Setia, bukan kawasan Tasek Gelugor, itu kawasan Kepala Batas. SP Setia bukan tanah PERDA. Kita takdak dengan SP Setia, dia sendiri, SP Setia syarikat besar, so dia buat sendiri, seribu hektar tanah itu. Memang tanah itu totally 100% dibuat oleh SP Setia. Kita ada tanah yang 300 ekar yang YB. bangkitkan, kita nak buat PPR dan juga rumah pelbagai jenis. Jadi saya ingat yang itu saja. Kalau boleh ada campuran antara rumah yang RMM A dan B ni sekali, bukan hanya ada C sahaja. Kebanyakan projek yang akan dibuat, kebanyakannya

ada C sahaja. Rumah RM250,000.00, jadi sebahagian B40, M40 tak mampu nak beli rumah yang macam tu dan ada juga sebahagian rumah yang lebih tinggi lagi, jadi kalau boleh kita campurkan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, faham. Permatang Berangan, rumuslah.

Nor Hafizah binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua, untuk Yang Berhormat Bagan Dalam, maklumat yang saya boleh kongsikan sedikit di sini, daripada projek yang diberi ini, difahamkan RMM hanya ada A dan C, tidak dibekalkan B tetapi untuk status bagi A, keseluruhan 6 pemajuan perumahan ini, hanya ada 1,296 RMM A dan 4,645 RMM C. Cuma status bagi yang RMM A, belum mengemukakan pelan bangunan. Maksudnya cadangan memang ada tetapi pelaksanaannya belum diluluskan lagi. Bukan PERDA, maksudnya keseluruhan daripada projek Scientex dan lain-lain. Saya teruskan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebagai usaha merancakkan aktiviti ekonomi rakyat dan seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri menjadikan Penang as a liveable city….(dengan izin), Permatang Berangan amat menyokong sekiranya jabatan mahupun agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri dapat membantu membuka peluang pelaburan khasnya dalam bidang perkhidmatan dan pembuatan demi kelangsungan ekonomi Negeri Pulau Pinang dan rakyatnya. Saranan daripada pakar ekonomi juga akan dapat membantu memperkasakan usaha memulihkan ekonomi negeri. Pakej-pakej bantuan perniagaan dan pemerkasaan usahawan akan dapat membantu meningkatkan kemasukkan pelabur-pelabur domestik dan antarabangsa.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, untuk merujuk kepada isu-isu baru dan berulang dalam kawasan Permatang Berangan sendiri. Yang pertama, insiden serangan babi hutan di Padang Cempedak masih menghantui penduduk. Kelibat khinzir di Pengkalan Batu, Taman Sepadu dan kawasan sekitarnya juga perlu diberi perhatian oleh Jabatan Perhilitan untuk memastikan tiada insiden serangan yang sama berulang, dan rungutan daripada penduduk di Taman Sepadu dan Taman Koskam tentang kumpulan anjing liar yang berkeliaran di kawasan perumahan mereka, menimbulkan rasa tidak senang dan risau akan keselamatan anak-anak atas risiko dikejar atau digigit oleh haiwan berkenaan. Mohon pihak PBT memantau dan ambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah ini. Sejak awal tahun ini, sebanyak 17 aduan yang diterima melibatkan kacau ganggu yang disebabkan oleh babi hutan dan kera, manakala tiga (3) aduan melibatkan anjing liar. Jadi diharap bantuan daripada Jabatan Perhilitan dan MBSP dapat diteruskan untuk menangani masalah ini. Selain daripada itu, masalah sisa buangan najis babi dari ladang penternakan khinzir di Kampung Selamat, masih tidak dapat menyelesaikan pencemaran bau di persekitaran perumahan penduduk di Tasek Gelugor. Isu ini berulang dan kita faham ia berpunca daripada sistem pengolahan pelepasan sisa buangan najis yang mana sistem ini tidak berkesan. Oleh yang demikian, Enakmen Penternakan Babi 2018 yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Jun diharap dapat melaksanakan penguatkuasaan untuk ladang babi tertutup untuk menyelesaikan isu-isu ini. Dato’ Yang di-Pertua, Pusat Khidmat ADUN Permatang Berangan menerima banyak aduan berkaitan kelemahan capaian internet khasnya; di kawasan Pokok Machang, Pokok Tampang, Permatang Indah, Pengkalan Batu, Labuh Banting dan Paya Tok Akil yang sebahagian

besar penduduk tidak mendapat liputan internet secara menyeluruh. Saya ingin merujuk kepada jawapan yang dikemukakan berkaitan isu ini yang mana jawapan kepada soalan bertulis saya nombor 4B, “Sehingga suku pertama tahun 2022, purata kelajuan muat turun jalur lebar mudah alih di kawasan Parlimen Tasek Gelugor adalah sebanyak 35mbps. Liputan dan kualiti pengalaman pengguna dijangka akan bertambah baik setelah sebuah struktur pemancar baharu dibina dan kerja-kerja penambahbaikan sebanyak sembilan buah pemancar sedia ada kepada kemudahan 4G LTE selesai”. Soalan saya, bilakah kerja-kerja naiktaraf dan penambahbaikan pemancar ini akan selesai? Dan saya mengharapkan agar jawapan ini akan dapat memuaskan hati penduduk yang bertanya berulang kali. Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi permintaan berbangkit, adalah untuk memohon pihak PBT menyelenggara padang bola di Anjung Gelugor berhadapan SMK Bakti, Tasek Gelugor bagi membolehkan aktiviti-aktiviti riadah dijalankan dengan lebih selamat dan selesa. Tambahan kepada itu juga, ada permohonan untuk penutupan longkang di persekitaran sekolah daripada Sekolah Menengah Bakti sehingga ke simpang Balai Polis Tasek Gelugor, dan ada juga permohonan untuk melihat kedudukan longkang-longkang daripada Balai Polis Tasek Gelugor sehingga Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor yang mana laluan tersebut menjadi laluan pelajar-pelajar sekolah pergi dan balik. Jadi kita risau bila kanak-kanak berjalan ataupun berbasikal di laluan tersebut ada risiko jatuh di dalam longkang dan mendapat kecelakaan. Tambahan kepada itu, saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada pejabat Yang Amat Berhormat Padang Kota, yang telah mengambil tindakan untuk kerja-kerja penurapan jalan di Jalan Hashim Awang, Jalan Pokok Tampang, Jalan Pokok Sena dan jalan utama di sekitar Tasek Gelugor yang dapat melancarkan perjalanan trafik di Tasek Gelugor dan kawasan sekitarnya. Tambahan kepada itu juga, merujuk kepada jawapan solan bertulis nombor 7, isu berbangkit berkenaan kemajuan pembinaan lampu isyarat dan keperluan trafik yang difikirkan perlu dan suai manfaat dengan keperluan bagi mengelakkan kesesakan dan risiko kemalangan telah diajukan sebelum ini, yang mana pihak JKR juga telah membuat beberapa kali pemantauan dan saya mengharapkan agar persimpangan yang perlu diberi keutamaan untuk tindakan segera adalah simpang jalan Tasek Gelugor dan Ara Kuda, Simpang Jalan Lahar Yooi - Pokok Tampang, Simpang Jalan Pokok Sena dan jalan utama Pokok Sena, simpang Pasar Malam Tasek Gelugor, simpang Kampung Tok Bedu ke Pokok Machang dan simpang jalan Pongsu Seribu ke jalan Permatang Indah. Jadi sekiranya ada tindakan lanjut, saya mohon agar Kerajaan Negeri atau pihak berkenaan dapat membantu untuk menyelesaikan isu-isu kemalangan dan kesesakan trafik di waktu puncak.

Yang Berhormat, Dato’ Yang di-Pertua, tambahan kepada itu, Permatang Berangan ingin mengambil kesempatan ini juga untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri melalui YB. Bagan Jermal yang prihatin dengan keperluan pembinaan Kompleks Sukan Pokok Sena yang telah pun berjalan untuk memulakan pembinaan Fasa baru pada tahun ini, jadi kita mengharapkan agar Fasa 1, 2 dan 3 dapat dilaksanakan tanpa ada tempoh lewat. Sebelum mengundurkan diri, Permatang Berangan mengambil kesempatan ini juga untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pasukan anggota keselamatan, pemimpin tempatan, petugas barisan hadapan, pekerja pembersihan, semua pihak termasuk warga penduduk Permatang Berangan yang bertungkus lumus bersama-sama dengan Pusat Khidmat ADUN Permatang Berangan bagi membantu kumpulan-kumpulan terkesan dalam usaha memerangi COVID-19.

Penghargaan terima kasih juga kepada semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang telah memberikan kerjasama positif kepada Pusat Khidmat Permatang Berangan setiap kali Permatang Berangan meminta pertolongan untuk kebajikan rakyat. Harapan Permatang Berangan adalah pencapaian matlamat ke arah peningkatan ekonomi dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan dapat dilaksanakan menjelang endemik ini dan kita dapat bersama-sama untuk membantu menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dengan lebih efektif. Oleh yang demikian, Permatang Berangan menyokong ucapan perasmian T.Y.T atas semua usaha yang dirancang oleh Kerajaan Negeri demi kebaikan dan manfaat rakyat. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Permatang Berangan. Bagan Dalam. Jaga time ya.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Ya, okey.

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Tak akan izin lebih.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Yang di-Pertua, saya minta ini sebelum saya mulakan kerana kami datang dewan ini hanya dua tahun sekali so bolehlah beri sedikit kelonggaran kalau lebih sikit, tak masuk 1 jam.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau masa sampai, saya akan henti.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Okey..okey. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan ucapan Tuan Yang Terutama, Tun yang telah dibuat pada hari Jumaat lepas. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Y.A.B. Ketua Menteri yang telah menyempurnakan empat tahun pemerintahan dan kita telah dapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri dilandasan yang betul dimana manifesto Kerajaan Negeri Pakatan Harapan 90 lebih daripada 90% telah pun dicapai ataupun dalam pencapaian sedang diuruskan untuk ke arah itu. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada perkara-perkara yang telah diberi perhatian oleh ucapan Tuan Yang Terutama dalam ucapan Tuan Yang Terutama, antara perkara yang paling utama telah diutarakan oleh Tuan Yang Terutama, Tun adalah tentang hubungan antara Persekutuan, Negeri haruslah harmoni dan perkara ini telah kita bincang panjang lebar dan kita nampak masih lagi ada ruang untuk there is a room for improvement…(dengan izin), di mana kita perlu dilayan secara adil. We are partner in power, we are not beggars. Ini adalah untuk Kerajaan Persekutuan perlu faham dan perlu memberikan kuasa-kuasa kepada kita, proses desentralisasi harus dimulakan di semua peringkat di Kerajaan Persekutuan perlu memberikan

kuasa-kuasa dan perlu berlaku adil dalam pengagihan peruntukan kepada Kerajaan Negeri. Saya bercakap untuk semua negeri di Malaysia dan khususnya kepada Pulau Pinang. Kerajaan Persekutuan tidak boleh memusatkan kuasa dan membelanjakan wang sewenang-wenangnya mengikut kehendak dan juga according to their favouritism. Ini adalah permintaan saya. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyeru Kerajaan Persekutuan supaya melayan kami dengan baik. Kami di Pulau Pinang menyumbang kepada kemajuan pertumbuhan negara. Jangan layan kami seolah anak tiri. Ini rakan-rakan saya daripada Pembangkang pun boleh bawa kepada Kerajaan Persekutuan. Sebagai negeri yang bayar cukai yang tinggi, kami harus dapat pulangan yang adil. Tuan Yang Terutama telah nyatakan dalam ucapannya dalam Rancangan Malaysia ke-12, kita hanya dapat 1.3%, sedikit, ketidakadilan yang sangat-sangat obvious dan ini perlu dibetulkan, kita bayar cukai yang lebih…(gangguan).

Satees, YB. Bagan Dalam, T.Y.T sebut 997 juta hampir RM1 bilion untuk RP2. Dia ada banyak RP tau. Kemudian RP lain akan masuk banyak lagi. Tak pa la, kita masuk RP2. RMK-12, RP2, Rolling Plan 2. Dia ada banyak Rolling Plan. Kita akan cuba minta. Mungkin bukan melalui Kerajaan Negeri, mungkin daripada jabatan-jabatan yang akan dapat peruntukan tu untuk faedah rakyat juga. Jadi adalah benda tu. Sampai, InsyaAllah. Ada peruntukan, bukan tak da langsung. Anak tiri ni, selalunya tak dapat langsung apa pun. Mak tiri tak bagi makan anak pun. Tapi ni anak tiri pun ada juga makanan dia. Ada juga yang diberikan…(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Saya bagi satu lagi contoh…(gangguan).

Muhamad Yusoff bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Sebut anak tiri, Sungai Dua juga dianaktirikan. Kita bayar cukai banyak. State. Penduduk di Sungai Dua tetapi peruntukan infrastuktur cuma RM800,000 untuk 2 tahun…(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Tapi apa yang dapat daripada Kerajaan Negeri pun Sungai Dua belum belanjakan habis. Minggu lepas baru habis Mesyuarat Tindakan Daerah…(gangguan).

Muhamad Yusoff bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

RM800,000 untuk infrastruktur di Sungai Dua dalam masa 2 tahun oleh MBSP. Berapa tahun?

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Satu isu saja sudah lebih dari 10 minit, nanti dua isu saja YB boleh bangkit. You no need to…so funny….(gangguan)

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Now, okey..tak masuklah. So apa yang kita minta, walaupun Rolling Plan dan sebagainya, perlulah berlaku adil kepada Pulau Pinang. Kita bayar cukai, rakyat kita bayar cukai yang lebih dan perlu dilayan secara adil macam prob the loan guarantee for us to do the LRT project. Tiba-tiba itu tak perlukan apa-apa komitmen kewangan daripada Kerajaan Persekutuan. Itu menunjukkan niat yang tidak baik oleh Kerajaan Persekutuan, PN ke, BN ke, Kerajaan Gagal 2.0, 1.0, semuanya sama. Mereka ingin menganaktirikan. Dato’ Ketua Pembangkang kata, ibu tiri selalunya tak bagi apa-apa pun, yang ini dia ambil lebih daripada kita, bagi sedikit. Itupun salah satu kriteria ibu tiri saya nyatakan di sini. Dato’ Yang di-Pertua, kita harap hubungan antara Persekutuan dan Negeri haruslah lebih harmoni. Kita ada Northern Region and Northern Corridor Economic Region dan kita nampak Pulau Pinang adalah berpotensi untuk menjadi pusat untuk seluruh northern region dan kita nampak memang Pulau Pinang lah paling maju di Wilayah Utara ini, dan kita perlu disokong oleh Kerajaan Persekutuan supaya Wilayah Utara ni maju secara kolektif, kita bukan minta untuk Pulau Pinang diberi peruntukan yang lebih supaya kita sahaja maju tetapi the chain effect will be for the other partners in Northern Corridor Economic Region juga.

Dato’ Yang di-Pertua, okey, saya tak nak cakap panjang lebar tentang hubungan Persekutuan Negeri. Dato’ Yang di-Pertua, dalam ucapan T.Y.T juga diseru supaya program-program STEM untuk negeri dapat cungkil lebih banyak bakat selari dengan pertumbuhan negeri yang ingin maju ke arah negeri maju, dan kita perlukan banyak bakat kejuruteraan, FDI baru masuk RM76.2 bilion. Kita nampak bakat engineering kita semakin menurun. Apakah puncanya? Ini perlu dikaji dan Kerajaan Negeri walaupun pendidikan bukanlah our core business…(dengan izin), kita perlulah mainkan peranan kita untuk meningkatkan bakat-bakat STEM di Pulau Pinang. Ini untuk for the continuances of the FDI untuk kita dapat menyokong that the FDI kemasukan FDI ke dalam Pulau Pinang dengan modal insan yang mahir di negeri ini. Program-program STEM Kerajaan Negeri, sebenarnya saya lihat Pulau Pinang adalah negeri yang pertama di seluruh Malaysia dulu di bawah Yang Berhormat Air Putih, telah mulakan inisiatif Kerajaan Negeri pertama yang adakan STEM Council, kita ada Tech Dome, kita ada Penang Science Cluster, kita ada Math Platform di negeri-negeri di Malaysia yang lain kita tidak ada Math Platform Penang is the first one to have a Math Platform dan Digital Library satu di Pulau dan satu di Butterworth. So kita menjadi flag bearer in the STEM education in in the whole country dan ia perlulah diteruskan dan ia perlu disokong oleh Jabatan Pendidikan Negeri walaupun tadi saya nyatakan hubungan Persekutuan Negeri kadangkala walaupun Persekutuan Negeri boleh berduduk semeja dan bincang kita nampak birokrat-birokrat masih lagi dalam bekerja dalam silo silo mindset mereka rasa seolah-olah kita ada satu gap di antara Kerajaan Negeri dan juga Jabatan –Jabatan Persekutuan. Ada perubahan sikap dulu lepas 2018, wakil-wakil rakyat dibenarkan masuk untuk menyalurkan bantuan kepada sekolah-sekolah. Bukan kita nak buat politik disana kita nak hanya nak berikan bantuan bila kita beri bantuan kita pun nak lihat apa yang dibuat dengan wang kita salurkan itu. Apakah kerosakan yang dibaiki dan kini kembalilah sikap itu mereka tidak benarkan kita masuk. Ada sekolah di kawasan saya, saya ingin menyalurkan bantuan cikgunya kata Guru Besarnya kata kalau saya bagi YB. masuk ini saya akan kena surat warning dan saya dihalang masuk bukan sahaja dihalang masuk diminta untuk hadir ke depan pintu pagar dan menyerahkan bantuan. Inilah the sad state of education kita nak bantu institusi sekolah kita dihalang kita dilayan sebegini. Dato’ Yang di-Pertua, kita masuk sekolah bukannya kita nak curi harta benda sekolah kenapa dihalang sampai tidak boleh masuk melepasi pintu pagar. Ini soalan saya.

Dato’ Yang di-Pertua, selain daripada STEM yang kita lihat memang mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri saya pun minta Kerajaan Negeri juga memberi penekanan kepada mata pelajaran mata pelajaran lain seperti Georgrafi dan Sains Pertanian. Kita bercakap satu hari suntuk tentang food security. So we also need to have talents in that sectors dan Kerajaan Negeri perlu memainkan peranan sebab kita nampak Kerajaan Persekutuan tidak ada arah directionless, headless chicken mereka di Persekutuan dan agenda pendidikan ini perlu diambil oleh Kerajaan Negeri. Ini permintaan saya supaya tidak ada ketandusan kepakaran mahir dalam sektor-sektor lain khususnya seperti surveyor, cartographer, arborist, botanist dan sebagainya sebab sekarang kita nampak memang kos survey pun melambung naik begitu tinggi dan untuk mengawal fenomena ini kita pun perlu menggalakkan pelajar-pelajar kita masuk dalam bidang-bidang ini. Saya dapat jawapan bertulis menyatakan memang Jabatan Pendidikan Negeri mengambil perhatian khusus dalam perkara ini tetapi yang saya dapat tahu pratikalnya di lapangan bukan ini adalah bukan apa yang sebenarnya. STEM, Georgrafi dan sebagainya di ini daripada seorang pemain industri yang menyatakan kepada saya. Pengetua-pengetua sekolah tidak galakan pelajar masuk ke jurusan STEM ataupun jurusan elektif lain seperti geografi dan sebagainya kenapa mereka ingin kejar kadar kelulusan yang tinggi mereka takut kalau pelajar memilih mata pelajaran STEM mungkin kadar kelulusan sekolah akan jatuh. So dulu kita kata pelajar yang selalunya kejar kadar kelulusan dalam ujian dan peperiksaan sebagainya sekarang kita nampak institusi sekolah itu sendiri mereka kejar kadar kelulusan tinggi. There is no point doing that walaubagaimanapun katakan kadar kelulusan turun pun pelajar kita akan dapat menembusi bidang-bidang lebih berguna yang akan memberi pulangan kepada Negeri dalam sektor modal insan Dato’ Yang di-Pertua dan satu fenomena yang saya nampak dan saya bimbang adalah dimana data pelajar lepasan SPM dibocorkan oleh pihak-pihak sekolah sendiri. Ini perlu diberi perhatian khusus kenapa ada pelajar-pelajar selalunya setiap tahun saya akan buat program untuk galakan pelajar lepasan SPM untuk masuk ke ILP untuk memilih bidang STEM sebagai pilihan mereka tetapi sebelum kita buat program pelajar lepasan SPM belum dapat keputusan SPM sudah dapat tawaran daripada Kolej. Katakan ada satu daripada Kolej dia kata "oh ambil bidang ini confirm akan dapat kerja polis". Ini tawaran yang dibuat oleh kolej-kolej swasta. Bagaimana data ini dibocorkan oleh sekolah? Tidak saya tidak nampak pihak lain bocorkan data-data ini selain daripada dari sekolah sendiri yang ini haruslah di kaji oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan mereka perlu beri perhatian bagaimana data ini boleh dapat kepada kolej-kolej swasta yang memberikan offer kepada pelajar-pelajar. Lambakan IPTS yang menawarkan kursus-kursus yang tidak berkualiti juga menjadi satu masalah sistem Pendidikan Negara dan kita berharap di Pulau Pinang ini perlu ada satu sistem yang lebih elok di mana pelajar-pelajar kita dapat memilih jurusan yang STEM ataupun jurusan yang lebih berguna kepada diri mereka dan yang akan menyumbang kepada modal insan negeri kita. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin bercakap tentang satu isu yang kritikal di Negara kita dan saya nampak perkara ini memang kritikal di Negara kita. Masalah penagihan dadah. Semakin hari semakin meningkat dan di Pulau Pinang ini kita nampak menjadi satu hotspot untuk aktiviti dadah sejak berpuluh tahun. Dato’ Yang di-Pertua, saya ada beberapa laporan declassified CIA document. Saya sedang buat carian benda saya came across this document semuanya saya ada di sini. It’s a tahun 70-an, tahun 60-an dan juga tahun 72, CIA declassified notes Dato’ Yang di-Pertua staff notes semuanya meletakkan Pulau Pinang sebagai hotspot dadah dari 50 tahun kita masih menjadi hotspot dadah. Ini adalah satu fenomena yang tidak sihat di mana kita lihat angka penagih dadah sedang meningkat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua akan bersetuju dengan saya sebab ada satu kes berlaku di kawasan Sungai Bakap di mana seorang penagih dadah telah membeli bekalan itu pun lepas mak dia datang merayu dekat pejabat wakil rakyat untuk katakan tak dak duit nak

makan wakil rakyat bantulah RM300. Keesokan harinya anaknya pergi keluar merogol, meliwat seorang wanita dan membunuhnya dan telah menyorok the dead body under the bed berlaku ini penagih dadah yang telah buat ini saya walaupun tindakan itu dinyatakan sebagai tindakan individu saya nampak dorongannya kerana dadah. Mengambil dadah jenis ice, so saya nampak kes-kes seperti ini sedang meningkat dan saya bimbang walaupun bukan dalam kuasa Kerajaan Negeri untuk kawal dadah ini. Tetapi Kerajaan Negeri juga perlu mengikuti isu ini dan harap Jawatankuasa Keselamatan Negeri yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri akan memberi perhatian khusus dalam isu ini. Dato’ Yang di-Pertua, dadah adalah musuh negara ini. Pelbagai isu sosial berbaik berhubung kait dengan penyalahgunaan dadah, kes bunuh kemalangan dan sebagainya selalunya rakan saya dari Penaga ataupun rakan-rakan lain dari PAS dia selalu nyatakan, "Oh! kerana kes mabuklah kes kemalangan berlaku". Kalau kita bandingkan statistik kita nampak kemalangan – kemalangan melibatkan kenderaan berat, pemandu bas, pemandu lori selalunya melibatkan penyalahgunaan dadah. Ini ini yang kita nampak daripada laporan-laporan daripada akhbar. Dato’ Yang di-Pertua, saya dapat jawapan daripada EXCO, dari tahun 2018 sehingga 2020 Pulau Pinang mencatatkan 81 tangkapan sindiket dadah dengan nilai rampasan dadah sebanyak RM95.93 juta almost hundred million sampai bulan 4, bulan April ini. Ini di Pulau Pinang sahaja. Setiap tahun ada kes-kes tetapi masalahnya terus masih terus berterusan. Kerajaan Negeri harus fokus kenapa isu ini berulang. Kita perlu ada satu focus group dan bincangkan bagaimana kita boleh hadapi masalah ini. Tekong dadah semakin berani dan mereka mampu hidup tanpa bimbang atau takut. Di kawasan saya bukan saja di kawasan saya di kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah kita nampak para pemuda bukan sahaja terjebak dalam menagih dadah tetapi mereka menjadi runner kerana apa mereka dijanjikan dengan satu motosikal LC RM6,000, dibeli cash diberikan kepada mereka dan mereka mendapat duit senang. Mereka mengedarkan dadah ini, mereka boleh dapat mungkin dalam satu hari itu RM150 - RM200 tetapi mereka tidak tahu risikonya kalau ditangkap mereka akan dihukum gantung sampai mati. Dan walaupun saya ada pandangan saya peribadi saya dalam isu-isu kemanusiaan tetapi untuk isu dadah ini saya sokong mandatory dead penalty at least discretionary dead penalty ini. Ini pendirian saya sendirilah. Dato-Dato, Dato’ Yang di-Pertua yang ditangkap ini ikan bilis-ikan bilis yang kecil. Kita nampak tekong-tekong besar masih bebas. Bagaimana ini berlaku? Dan dengan teknologi yang sedia ada kita nampak mereka sudah maju ke hadapan di mana sekarang kita nampak urus niaganya menggunakan cryptocurrency bitcoin yang saya dapat jawapan daripada EXCO mungkin daripada pihak polis nyatakan risikan belum dapat. Tetapi orang awam seperti saya boleh tahu apa yang mereka sedang buat. Saya bagi satu contoh tahun 2021 tahun lepas ada satu kes tangkapan di Chai Leng Park dengan tangkapannya syabu 29 kilogram, heroin 8 kilogram, kafein 52.1 kilogram. Yang ini dinyatakan oleh polis boleh membekal kepada 407,500 orang penagih di Negeri Pulau Pinang. Dan orang ini bukan kali pertama ditangkap pernah ditangkap sebelum ini pada tahun 2015, 2018, bagaimana ia boleh bebas kembali tekong besar dan dia keluar, dia jalankan aktiviti lagi besar dan mereka hidup mewah di mana where is the end Dato’ Yang di-Pertua? Rakyat kita masalah berbagai-bagai masalah berpunca daripada dadah ini. Pemuda yang menjadi penagih, yang menjadi runner dan sebagainya saya harap Jawatankuasa Keselamatan Negeri akan membincangkan isu ini dalam dalam mesyuarat-mesyuarat mereka. Dato’ Yang di-Pertua saya balik ya…(gangguan).

Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Minta laluan.

(YB. Satees a/l Muniandy): Silakan.

Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Saya cukup tertarik dengan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Dalam iaitu mengenai isu dadah disebabkan tadi pagi pun saya ada telah melihat ya satu wawancara di CNA yang menyatakan the golden, (dengan izin)…The Golden Triangle is now drugs rather coming up for the golden triangle is becoming worst. Jadi ini adalah satu isu saya agak, (dengan izin)…very timely. Apa yang saya nak bangkitkan adalah di Pulau Pinang ini kita merupakan satu pulau dan kita ada laut lautan yang dikelilingi kita jadi sudah menjadi satu kebiasaan di mana penyeludupan dadah ini sering kali digunakan diatas bot-bot vessel dan juga bot-bot ikan penangkapan ikan. Jadi di sinilah kita perlu tegaskan penguatkuasaan dari semua agensi perlu perlu diperketatkan dari polis, marin polis dan sebagainya tapi memandangkan isu-isu ini dia membabitkan dengan Kerajaaan Pusat dan sebagainya kita apa pun kita perlu dapatkan satu jalan penyelesaian disebabkan orang yang orang yang dengan izin suffer, adalah anak-anak kita, dan juga rakan-rakan kita, keluarga kita juga.

(YB. Satees a/l Muniandy): Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bagan Dalam dua minit lagi.

(YB. Satees a/l Muniandy): 5 minit

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dua minit.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dua minit

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Faham.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Okey, saya cuba. Dato’ Yang di-Pertua saya cuba habiskan secepat mungkinla saya beralih kepada saya bersetuju dengan Seri Delima isu dadah ini isu yang besar. Kita boleh bincang di mana-mana sahaja. Bukan sahaja di Parlimen yang kita tidak boleh mencuci tangan

dengan nyatakan ini bukan di bidang kuasa Kerajaan Negeri, bukan di bawah bidang kuasa DUN. Tetapi ini isu yang memberi kesan secara terus kepada kita. Setiap hari kita nampak isu ini menimbulkan pelbagai masalah. Ada penagih yang duduk jadi apa ini gelandangan. Kawasan saya di Bagan Dalam menjadi hotspot untuk gelandangan. Bila kita buat satu operasi bersepadu dengan Polis dan AADK hampir 80% semuanya positif dadah so positif dadah dan kita AADK, pun tak tau macam mana nak kawal. Bagi saya kawalannya adalah nipping in the bud. Tangkap tekong–tekong. Dan bila mereka ditangkap, mereka perlu dihukum bukannya dilepaskan lepas 2 tahun 3 tahun so ini saya I’m putting myself in danger…(dengan izin), bila saya berbincang tentang perkara ini secara terbuka tetapi I have to do this Dato’ Yang di-Pertua. Dato’ Yang di-Pertua saya beralih kepada isu di Pembangunan di kawasan Bagan Dalam. Saya dapat jawapan daripada Yang Berhormat Datok Keramat bahawa Penang Bay juga akan melibatkan depot-depot petroleum yang ada di kawasan saya dan Buterworth International Metal yang sedang beroperasi selama 120 tahun pun akan ditukar menjadi kawasan perumahan ataupun pangsapuri perkhidmatan. Dua unit, tiga unit pangsapuri perkhidmatan ini adalah amat penting untuk pembangunan di Kawasan Butterworth. Dan saya minta Kerajaan Negeri juga memberi perhatian apabila Pembangunan-Pembangunan Mega seperti ini datang ke kawasan kita pun minta kawasan hijau dikekalkan kalau boleh diperbanyakkan. Oleh itu, saya ingin saya pun telah tanya satu soalan tentang Taman Botani Pulau Pinang kalau ada kemungkinan diperluaskan di kawasan Seberang sebab kita nampak Taman Botani ini sekarang khusus di kawasan YB. Pulau Tikus? Pulau Tikus sahaja, Taman Botani.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Kebun Bunga.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Oh, Kebun Bunga. Saya pun confuse macam rakyat. Saya pun confuse.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Cakap Bagan Dalam sudahla.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Saya minta kalau boleh Taman Pantai di kawasan saya ditukar jadi sebagai Taman Botani Mini. Pokok-pokok yang khusus boleh dibawa dan ditanam di sana dan kita boleh mulakan the expansion of the Botanical Garden in Seberang Perai bermula di Bagan Dalam. Ini permintaan saya kepada Kerajaan Negeri. Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya isu jalan-jalan di bawah penyelenggaran JKR Pusat dan kita nampak walaupun kita bayar roadtax, kita bayar macam-macam, penyelenggaraannya cukup-cukup bagi saya menyedihkan. Di Jalan Bagan Luar, satu jalan utama, the main highway ataupun Jalan Persekutuan Utama road dividernya pecah. Penutup longkang sudah hilang tetapi belum dibaiki. Bila kita rujuk kepada JKR, JKR kata belum dapat dana dan perlu rujuk kepada JKR Negeri. JKR Negeri pun sudah ada perancangan dan mereka dan perlu datang kepada Ahli Parlimen ataupun ADUN dan kita perlu belanjakan RM120,000.00 untuk perkara sekecil itu. Tidak adil. Ini adalah cukai jalan dibayar oleh pengguna jalan raya, kenapa tidak digunakan untuk membaiki kerosakan-kerosakan sebegini. Ini perlu diberi perhatian oleh JKR Pusat.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bagan Dalam, 1 minit lagi.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Okey, okey, habiskan, secepat mungkin. Dato’ Yang di-Pertua, RTB Sungai Nyior. Sebelum ini berulang kali saya telah bercakap tentang RTB Sungai Nyior, Kerajaan Negeri pun beri perhatian tetapi kita nampak dengan perubahan iklim yang semakin meningkat, isu yang saya bimbang tiga (3) tahun lepas sudah mula menjadi kenyataan di mana sekarang jalan BORR banjir bukan semasa hujan, semasa air pasang dan untuk kalau hari itu ada hujan lebat, I think mungkin toll gate pun sudah dibanjiri. Jalan-jalan ekspres yang kita bayar duit penuh dengan air banjir, air-air pasang. So, saya minta Kerajaan Negeri walaupun kita tahu Kerajaan Persekutuan tidak akan sediakan dana dan saya minta, baru masuk rakan saya dari Tanjong Bunga, mungkin boleh mengambil perhatian dan boleh memulakan untuk do something. Maybe kita boleh adopt another way build design and pay. Ataupun pembayaran berkala boleh juga dikajilah untuk masalah ini. Saya akan habiskan. Dato’ Yang di-Pertua, pesakit jantung. Saya telah mendapat jawapan daripada EXCO tentang para pesakit, sakit jantung dari golongan B40 yang terpaksa menunggu lama. Kadang kala berbulan, ada yang sudah meninggal sebeum dapat giliran mereka. Ada yang tunggu berbulan-bulan masih belum dapat lagi. Ini satu trend yang membimbangkan dan saya tanya jika hospital-hospital swasta di Pulau Pinang sedia menerima beberapa kes sakit jantung. Sekarang kita tahu ada dua (2) sahaja hospital swasta yang berkebajikan. Satu Lam Wah Ee dan satu Kek Lok Si di Air Itam dan kita nampak hospital-hospital swasta yang lain tidak begitu aktif dalam membantu golongan-golongan B40. Memang saya setuju, mereka beroperasi untuk keuntungan tetapi perlu juga ada tanggungjawab sosial dan saya faham dalam jawapan yang diberikan, mereka kata JKMPP tidak boleh buat apa-apa but lesen diberikan oleh Kementerian Kesihatan. Letakkan lah syarat, setiap tahun perlu beri berapa untuk kes jantung, pesakit jantung ini. Boleh berikan berapa pesakit, at least lima (5) setahun. Yang ini boleh dibuat perlu cari satu jalan kalau Kerajaan Persekutuan tak buat, Kerajaan Negeri buat. Bincang dengan hospital-hospital swasta di Negeri Pulau Pinang. Sebab Pulau Pinang ini jadi utama untuk kes-kes sakit jantung dari seluruh wilayah utara. Satu lagi di Alor Setar, mereka tampung untuk pesakit-pesakit daripada Perlis dan Wilayah Alor Setar dan untuk Parit Buntar, Bagan Serai dan sebagainya mereka datang ke Hospital Pulau Pinang. Perlu ada satu cara dan kita nampak kes-kes pesakit jantung yang betul-betul jatuh dalam golongan B40 boleh dibantu oleh hospital swasta. Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi isu adalah tentang PDC. PDC saya dapat jawapan di sini. Jalan Bagan Baru 1 yang sekian lama sedang dibaiki akan siap pada akhir bulan Jun. Sudah habis. Sekejap.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Bagan Dalam. Sudah dapat jawapan kan. Bukan PDC sudah jawab?

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Belum lagi. Ini saya nyatakan. Dato’ Yang di-Pertua, tahun lepas mereka jawab Jiran Residensi Dewan itu nak serah kepada MBSP pada Oktober 2021 yang hari ini 27 Mei baru mereka hand over kepada MBSP. Enam (6) bulan. So, kalau janji dalam Dewan ini tolonglah laksanakan mengikut garis masa yang anda sendiri nyatakan, jabatan sendiri yang nyatakan. Ini

saya minta baru ini saya dapat jawapan Jun 2022. Saya hendak tunggu dan lihatlah, kalau mereka dapat siapkan. Dato’ Yang di-Pertua, Tabung Penyelenggaraan Maksima 80:20 saya dapat jawapan juga dari ada dua (2) yang masih lagi dalam pertimbangan tangki air di Flat Sri Bagan dan kerja-kerja pembaikan di Flat Taman Bagan. Saya tidak nampak permohonan untuk membaiki penyelenggaraan lif di Taman Mewah, Butterworth. Saya tidak tahu di mana break of chain, tidak masuk permohonan ka ataupun permohonan tercicir ka dan saya minta ini pun diberi perhatian sebab ini adalah flat yang bukan, medium cost dan perlu diberi perhatian jugalah. Dato’ yang di-Pertua, sekali lagi…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Sekejap. eko pelancongan di kawasan Sungai Perai perlulah diberi perhatian juga kerana kita nampak pelancongan menjadi tulang belakang ekonomi Pulau Pinang di masa hadapan dan kita nampak ada potensi Sungai Perai dimajukan sebagai satu (1) spot eko pelancongan dan saya minta Kerajaan Negeri juga menyediakan dana untuk membangunkan eko pelancongan di Sungai Perai. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengakhiri ucapan perbahasan saya dengan satu pepatah tamil (Bahasa tamil). Selalunya kita dilihat sebagai tadi ada backbencher kata ini Pembangkang belum masuk ka? Kadang kala kita bersuara seperti pembangkang dalam Dewan ini demi rakyat di luar sana. Ini adalah tanggungjawab kami sebagai ADUN-ADUN dan kami dipilih oleh rakyat untuk sebab itu saya merujuk kepada pepatah tamil (Bahasa Tamil) yang ditulis 2000 tahun dulu, dinyatakan (Bahasa Tamil): "Kalau seorang raja itu tidak ada penentangnya dalam kabinet kerajaan, dia sendiri dia tidak akan dapat menjalankan pemerintahannya secara adil dan saksama". Dan itulah ini guna pakai oleh kerajaan mana-mana dunia di mana perlu ada pembangkang yang konstruktif. Kalau Pembangkang tidak buat kerja, ADUN-ADUN kerajaaan akan menjalankan tugas tersebut dan bukannya kritik sewenang-wenangnya tetapi untuk pembangunan negeri, untuk kebajikan rakyat yang mengundi kami dan memilih kami. Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua yang telah memberikan peluang untuk saya berbahas kali ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Bagan Dalam. Dipersilakan Pulau Tikus.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya amat menghargai masa ini dan peluang ini untuk membahaskan usul yang amat mulia ini juga.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

25 minit

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Terima kasih, ada injury time kan?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tak ada injury. Termasuk injury time dah tu 25.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Pertama sekali, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya ingin berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana memulakan Projek Gurney Wharf. Kepada sesiapa yang pernah pergi ke Persiaran Gurney ataupun Gurney Drive ketika pada 80-an, 70-an macam itu masa itu, saya dilahirkan pada zaman 80-an. Saya ingat Gurney Wharf pada masa itu saja dulu tetapi pada suatu masa dahulu Gurney Drive ada pantai dan kita pernah pergi sana untuk bermain di pantai dan juga menangkap siput. Apa telah berlaku selepas itu? Kita boleh melihat selepas, sebelum pentadbiran Pakatan Harapan, Gurney Drive terus menjadi kotor, mud flood dan semua sampah sampai ketua Kerajaan Persekutuan pada masa itu boleh kata Pulau Pinang itu darul sampah. Memang memalukan tetapi sekarang boleh melihat bahawa proses rehabilitation untuk Gurney Drive telah bermula. Bukan saja itu. Kita Pulau Pinang mempunyai banyak -banyak aset untuk rehabilitation tetapi kita tahu pada masa itu pada masa dahulu, Kerajaan Negeri yang sebelum itu hanya tahu macam mana nak bina baru dan lupakan yang lama tetapi kita tetap mahu membawa zaman kegemilangan kembali ke Negeri Pulau Pinang. So, saya rasa itu adalah sangat penting untuk kita sebagai rakyat Pulau Pinang sebab kalau kita hilang kebanggaan kita terhadap negeri kita sendiri memang, it is such a waste. Pulau Pinang untuk the longest time menjadi pengeksport yang paling besar kepada negara-negara lain. Talent, bakat-bakat. Kita eksport bakat-bakat ke negara lain. Saya rasa semua di sini pun ada ahli keluarga ataupun kawan-kawan yang telah pergi ke negara lain untuk bekerja. Kita pun tahu masalah mengapa mereka pergi tetapi ini kepentingan adalah apa yang kita buat dari masa ini. Sebab itu Pulau Pinang sekarang dengan projek-projek seperti Gurney Wharf kita boleh melihat bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini adalah satu kerajaan yang bukan sahaja hendak membina projek-projek baru tetapi kembalikan zaman kegemilangan tempat Pulau Pinang. Gurney Drive yang lama sudah tidak lagi boleh diselamatkan tetapi Gurney Wharf yang baru adalah impian yang baru kepada semua di Negeri Pulau Pinang. Dato’ Timbalan yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu disentralisasi. Kepada mereka yang tidak tahu atau tidak faham apa itu disentralisasi. Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan dan ada negara-negara lain yang berpersekutuan di seluruh dunia seperti Australia, Amerika Syarikat, Jerman, Kanada banyak Brazil juga negara-negara Persekutuan. Apa perbezaan negara-negara berpersekutuan dengan negara-negara lain macam negara-negara yang mengamalkan prinsip unitary state. Kebanyakan negara-negara yang mengikut prinsip unitary state ini adalah mereka ada satu Kerajaan Pusat yang amat kuat, amat berkuasa dan semua kerajaan provisional government usually very subservient tetapi kepada negara-negara yang mengamalkan Persekutuan, federal government, federation usually negara-negera itu akan memberi banyak kuasa kepada negeri-negeri komponen negara itu juga. Dan itu amat penting kerana kita tahu Malaysia adalah sebuah negara yang berpersekutuan dan walaupun kita tetap taat setia kepada Persekutuan Malaysia, tetapi kita pun mahu Kerajaan Persekutuan menghormati prinsip-prinsip Persekutuan.

Ada yang boleh melihat bahawa pada tahun 2013, Pulau Pinang telah menyumbang RM5.7 billion cukai kepada Kerajaan Persekutuan hanya mendapat RM162.7 juta daripada Kerajaan Persekutuan semula iaitu hanya 2.85% dari Pulau Pinang. Kita dapat balik dari Kerajaan Persekutuan. Adakah itu adil kepada Pulau Pinang tetapi tetap kalau prinsip Persekutuan ini boleh dicapai ia hanya mesti bermula daripada menghormati perbezaan politik. Boleh melihat di negara-negara lain seperti Australia. Ada negeri-negeri yang dikawal dengan parti Liberal dan ada negeri-negeri yang dikawal oleh parti labor. Kadang kala Liberal atau labor pun ambil alih jawatan Perdana Menteri dekat di Australia tetapi mereka masih menghormati prinsip-prinsip Persekutuan dan juga menghormati parti yang sedang berkuasa di negeri itu. Kalau kita tidak menghormati kita tidak bermulakan untuk menghormati perbezaan politik amat susah untuk mencapai sebuah negara yang benar-benar mengamalkan prinsip berperlembagaan. Boleh melihat kalau sebuah negeri macam Pulau Pinang sekarang sedang kerajaan adalah Pakatan Harapan iaitu dalam Kerajaan Persekutuan Pembangkang walaupun kita menang pilihan raya yang lalu kita tahu lah apa yang telah berlaku sejak itu. Tetapi pada masa ini dekat tahap Persekutuan kita adalah Pembangkang. Tapi boleh melihat kerana kita adalah satu negeri Pembangkang macam dianak tirikan. Projek-projek yang kita nak, kena minta berapa kali loan yang kita minta pun sudah batalkan. Perkara-perkara macam ini berlaku ada yang cakap oh ini bukan ini adalah collective decision nothing to do with political differences, come on lah. Tanya kat luar sanalah rakyat Pulau Pinang percaya tak? Tetapi rakyat Pulau Pinang tetap memilih kita sebagai kerajaan not because they are rebellious tetapi mereka percaya bahawa kita boleh membuat, we can do a better job than them dan saya percaya pun that we did the better job than them and we will continue doing a better job than them in the future. Tetapi mereka pun tahu sama itu sebab apabila kita berjaya sebagai satu kerajaan kita membawa benchmark naik dan apabila benchmark naik mereka kena bekerja lebih keras, mereka kena lebih berjiwa rakyat, mereka kena buat projek hanya untuk rakyat dan mereka tahu, mereka tak mahu buat perkara itu. Oleh itu, try to make us fail, same old story lah. Seperti yang saya cakapkan di perbahasan usul sebelum ini kita memulakan, how to say interchangeability of currency, currency pacts dengan Singapura dan juga Brunei. One to one to one. Lepas itu Malaysia keluar daripada interchangeability packs itu sekarang 3.2 to 1. Sepatutnya negara yang ada sumber asli, great natural resources, manpower itu supposed to be doing better why are we not doing better. So, again if the federal government cannot the good job, decentralize power and let us do a better job for Penang. Okey, seterusnya saya ingin bercakap sikit mengenai penubuhan baru-baru ini JBPP iaitu jawatankuasa belia yang baharu yang paling penting kita mesti memahami konsep belia dan pemikiran belia dan generasi akan datang. Sekarang mereka merupakan pimpinan untuk masa depan dan kalau kita tak faham belia, kita memang akan kena how do you say cut off lah generational gap atau totally cut off from reality...(dengan izin) tapi belia walaupun mereka adalah you know muda tetapi mereka sudah ada satu budaya mereka sendiri dan sekarang kita mesti menghormati budaya itu kerana sekarang umur 18 tahun boleh jadi calon pilihan raya dah, umur 18 tahun boleh mengundi juga, dunia kita telah berubah dan saya amat gembira dengan penubuhan JBPP kerana kita boleh bekerjasama dengan belia dan saya…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pulau Tikus I’m carrying the floor here.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Okey.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Face me please.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Okey, terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Kita mesti memastikan bahawa juga bahawa trend-trend kita up to date lah dengan aspek-aspek the interest of the youth sebab kalau kita tak up to date memang akan ketinggalan zaman dan pada satu masa dahulu saya ingat mak saya pernah marah saya sebab saya suka main video games tapi dia cakap masa depan tak boleh cari kerja kalau you main video game. Sekarang kita boleh melihat pertandingan e-Sports ada yang dalam ada price money berjuta-juta punya. So memang konsep dulu yang you cannot make a living playing video game sudah ketinggalan zaman. So, these are the things, you know that we sometime maybe kita sudah sampai satu umur kita akan ingat semua akan berfikir macam kita tetapi tidak satu generasi yang baru sudah keluar, satu generasi yang baru yang akan membawa budaya mereka. Interests, game sports semua yang berbeza. Kita sudah sampai tahap itu dan that’s why I say ingin berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dengan penubuhan JBPP. Seterusnya saya ingin bercakap sedikit mengenai Kerajaan Tempatan, saya harap PBT-PBT kita, Pihak Berkuasa Tempatan lah akan menunaikan dan mengambil tugas mereka dengan serius kerana kamu merupakan the arms of government yang paling dekat dengan rakyat. Function PBT kita rakyat akan melihat, rakyat akan merasa dan kita yang kena tanggung sebagai ahli politik sebab rakyat yang pilih kita. Terutamanya saya ingin memperingatkan PBT-PBT untuk mengambil penguatkuasaan mereka dengan serius juga terutamanya di hub-hub pelancongan, kita boleh melihat dengan perayaan-perayaan baru-baru ini, banyak-banyak pelancong datang ke Pulau Pinang sampai saya nak keluar rumah pun takut sikit sebab banyak orang tetapi saya amat gembira dapat melihat bahawa pelancongan kembali ke Pulau Pinang sebab ini adalah ekonomi kita dan juga Pulau Pinang, Penang welcome you tetapi kita mesti ingat juga kerana kalau Majlis PBT-PBT kita terutamanya dalam pembersihan dan juga pengawalan trafik dan juga penguatkuasaa. Kalau mereka tidak menjalankan tugas mereka memang akan mengeluarkan banyak masalah kepada kita sebab boleh melihat juga macam hub-hub pelancongan seperti di Batu Feringgi yang ada banyak aktiviti seperti lancang air. Saya harap PBT-PBT yang sudah, saya pun merupakan dalam Jawatankuasa Lancang Air ini dan saya harap PBT-PBT akan menguatkuasakan segala keputusan yang telah dibuat dalam jawatankuasa itu supaya pelancong selamat iaitu paling penting. Sebab nama kita, our reputation is on the line setiap kali kita how is it pelancong datang ke Pulau Pinang sebab ini adalah nama baik Pulau Pinang we have to defend Penang. So, semua fungsi-fungsi kerajaan mesti mengambil tugas mereka dengan serius. Saya juga, harap juga bahawa PBT-PBT kita tahu bahawa segala kelulusan mereka dengan projek mesti dibuat dengan meneliti semua aspek-aspek seperti baru-baru ini ada terkeluar satu masalah apabila pemaju yang sepatutnya bina satu jalan di Persiaran Halia 3, walaupun pembinaan jalan itu adalah dalam syarat-syarat pembinaan projek yang lain tetapi jalan raya itu belum habis lagi, belum bina habis lagi sebab ada kelulusan-kelulusan belum dapat diperolehi lagi dan ini adalah sesuatu saya rasa juga adalah tidak adil kepada semua yang berada di situ sebab perumahan sudah siap, orang pun sudah masuk tapi trafik tidak dikawal. So, jalan raya

yang baru belum dibina sebab kelulusan belum di dapat tetapi mengapa PBT telah memberi kelulusan untuk memulakan pembinaan rumah tetapi pembinaan jalan raya belum pun kelulusan jalan raya pun belum dapat diselesaikan. Ini adalah sesuatu yang saya rasa, sebagai PBT mereka patut mengambil serius dan tahu bahawa perumahan dan juga jalan raya akses kepada perumahan itu perlu diluluskan dan dibina pada masa yang sama kalau tidak orang sudah masuk rumah traffic jam dan setiap kali kita boleh melihat apabila di kawasan perumahan baru memang banyak orang akan masuk kereta banyak, sudah akan masuk dan kita mesti mengawal trafik. So, Oleh itu semua PBT-PBT tugas kamu adalah amat penting dan saya harap PBT-PBT kita juga akan mengambil serius tugas mereka pada masa akan datang. Lagi saya nak bangkit, ada industri-industri di luar yang masih kita tidak dapat membawa ke Pulau Pinang saya rasa dan banyak-banyak anak-anak muda kita sering ke negara-negara lain untuk mencari rezekilah dalam industri-industri. Ada di antara mereka memang dalam art industry susah nak cari makan, it’s very hard to make a living right now Penang, mungkin ekonomi tak cukup besar lagi tetapi saya percaya kalau kita kalau kerajaan memberi lebih banyak tumpuan kepada kesenian ini seperti apa yang telah dibangkit oleh Yang Berhormat Seri Delima dahulu, kalau Kerajaan Negeri dapat memberi lebih fokus kepada kesenian juga saya harap bahawa banyak anak-anak muda, artis-artis muda boleh berada di Pulau Pinang, boleh pindah ke Pulau Pinang juga dan jadikan Pulau Pinang hub untuk kesenian bukan sahaja kesenian dari segi melukis atau mewarna atau mengecat tetapi kesenian musik, kesenian persembahan, performing arts macam teater macam Singapore sekarang ada the big durian the esplanade mereka yang buat yang mendapatkan muzikal-muzikal dari luar negara pergi ke sana. Kita mampu juga menjadikan Pulau Pinang satu hub kesenian yang paling penting ialah kita teruskan memberikan pertolongan dan juga open our selves to new form of entertainment as well sebab musik boleh beli hub dekat Amerika dan juga Jepun sekarang dan juga di Asia Tenggara. Bahawa di antara hiburan-hiburan baru ada MMA (Mixed Martial Arts) yang sekarang kita memang juga sudah boleh melihat tapi masih dalam tahap permulaan di Negeri Pulau Pinang. Saya ingat dulu I pun pernah pergi training untuk kickboxing walaupun semua nampak saya sekarang mungkin tak percayalah tetapi ada satu masa dahulu memang saya pernah pergi kickboxing tapi kita boleh melihat lebih banyak bakat bakat muda yang suka kan sports MMA (Mixed Martial Arts) and all that tetapi memang platform tak cukup di sini mereka pergi ke Kuala Lumpur atau ke negara lain. Di antara juga hiburan-hiburan baru ialah gusti professional baru-baru Yang Berhormat Seri Delima telah membuat satu tayangan yang Gila Gusti. Itu bukan satu tayangan filem dari luar negara iaitu filem Malaysia dan pelakon-pelakon filem itu adalah bakat bakat gusti professional dari Malaysia dan kebanyakan mereka langsung tak dapat duit tapi tak boleh cari makan dalam industri ini tetapi tetap membuatnya sebab ada passion, hiburan, sport entertainment itu dan di antara mereka yang dalam team gusti professional itu adalah seorang wanita bertudung, bertudung professional wrestler yang the first one in the world, hijab covered professional wrestler, pengusti profesional yang bertudung yang pertama di dunia. Itu Diana ataupun dikenali sebagai Phoenix. Mereka sudah mencabar norma di negara kita tetapi masih mencari platform dan saya harap Pulau Pinang boleh menjadi platform kepada artis-artis ini semua dan juga practitioner of alternative spirit ini sebab itu...(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pulau Tikus one more minute.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Injury time five more.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Included already. I told you in the beginning.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Okay, okay. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Akhirnya saya ingin nyatakan bahawa, yang ini isu kesihatan mental jugalah. Bukan sahaja kesihatan mental, tapi kesihatan on the overall lah. Okay. Saya harap bahawa kita dapat memeliharakan semua walaupun, ini berada dalam bidang kuasa persekutuan. Tetapi boleh melihat daripada dua (2) tahun pandemik ini, hospital-hospital awam kita amat penting. Sebab, sebelum hospital swasta dapat memahami COVID dan betapa seriusnya situasi pandemik ini. Hospital-hospital kerajaan kita memang sudah berada disitu. Memang sudah cuba menolong semua yang dijangkiti wabak COVID-19. Oleh itu, kita mesti juga buat tugas kita untuk menolong mereka agar mereka boleh melihat tekanan yang dirasai oleh doktor-doktor dan staf-staf di hospital. Saya harap bahawa walaupun ini berada dibidang kuasa Persekutuan, kadang kala saya tahu bahawa mereka ada banyak yang berada dalam hati yang nak, nak ada banyak masalah yang mereka nak bagi tahu tetapi, takut. Sebab, bos-bos yang berada di Putrajaya mungkin boleh mengambil tindakan keatasnya, kalau mereka memberi situasi sebenar. Oleh itu, saya harap Kerajaan Negeri, EXCO terutamanya juga akan melihat dengan teliti masalah dalam hospital-hospital kerajaan kita. Might not be personal issues, tetapi facilities ataupun equipment ini semua mesti dilihat. Sebab kita boleh tahu dah, dan pandemik dua (2) tahun ini mereka yang berada disitu yang menolong kita keluar daripada pandemik. Saya sebagai ADUN Pulau Tikus, apa yang saya boleh tolong facility yang saya boleh bagi, saya pun terus bagi sahaja. Sebab saya faham, bahawa kalau mereka tidak dapat sudah sampai satu tahap bahawa kita mereka terlampau penat untuk menolong kita, then I do not know what’s going to happen to us.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Oleh itu, dengan ini saya memang amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri atas prestasi. Memang hari Itu Yang Berhormat Seberang Jaya, walaupun dia tak ada di sini dia cakap dia tak percayai report card. Come on, he was there we were all there. We all believe that is true.

Memang, memang apa sahaja dia boleh mencari. You know alasan counter arguments atau apa untuk argue back la. Tetapi, what you cannot deny or what you cannot bluff are the people out there. Mereka tahu, and mereka tahu bahawa kerajaan ini we have delivered, and we will continue to deliver. Dengan itu, sekian terima kasih dan saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Pulau Tikus. Seterusnya, Telok Bahang.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Terima kasih Dato’ Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Kita bagi ke Pembangkang dulu.

Zolkifly bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Assalammualaikum Warrah Matullahi Taala Wabarakatuh dan Selamat Petang. Terima kasih pada Dato’ Yang di-Pertuan, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan semua Ahli EXCO, Ahli-Ahli Yang Berhormat serta para hadirin. Saya mohon mengucap syukur kerana sama-sama dapat terlibat dalam Perbahasan bersama Usul ucapan terima kasih kepada ucapan Tuan Yang Terutama Tun Pulau Pinang. Jadi, mungkin ini adalah Sidang DUN yang terakhir yang kita akan duduk, dan kita faham bahawa dalam hal ini sepertimana kita…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Cakap macam tau bila nak election ka.

Zolkifly bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Kita dah hujung dah… (ketawa). Jadi boleh, boleh buat tilikan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sebab dulu boleh tanya Rosmah, sekarang boleh tanya you lah.

Zolkifly bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Boleh. (ketawa). Sepertimana kita telah melalui pandemik sekarang kita dah beralih pada endemik, kita pun sama juga Ahli-ahli Dewan bakal beralih kepada satu suasana DUN ini. Kita faham bahawa, kita juga akan diadili dan dilihat tentang prestasi kita sepertimana dibincang oleh sebahagian daripada Ahli-ahli Dewan tentang manifesto yang boleh dicapai dan tidak dicapai. Kita juga ada yang boleh dan ada yang tidak boleh.

Dan kita harap bahawa, semua ini dapat kita capai bersama-sama atas tujuan dan niat sama-sama semua untuk bangunkan negara, nak pastikan Negeri Pulau Pinang juga seiring sama dengan negara Malaysia. Dalam perbentangan ucapan rasmi, kita lihat bahawa kita juga semua berbangga dengan pencapaian yang berlaku pada Pulau Pinang tentang pelaburan yang kita dapat hampir lebih daripada RM76.22 billion yang kita terima dengan alasan dan juga dengan kekuatan kerja sama MIDA dan juga Kerajaan Negeri serta seluruh Malaysia untuk pastikan Pulau Pinang menjadi tempat sebagai hub pelaburan. Dalam hal kita menerima pelaburan yang tinggi dan juga industri yang kita buru untuk kita dapat kita perlu ingat bahawa kita ada kekangan dengan kita kekurangan tenaga kerja. Yang berlaku bukan kita, fenomena dunia dah berlaku sehinggakan di Mekah sendiri, kita akan hadapi Haji mereka tidak buka sebab tidak ada tenaga kerja untuk urus hotel. Hotel yang 20 tingkat, hanya lima enam tingkat diurus dan perlu diurus sendiri oleh apa dia punya syarikat yang bawa orang bukan hotel yang urus, sebab tenaga kerja. Fenomena ini berlaku kerana COVID yang kita lalui. Jadi, di situ kita lihat bahawa kalau kita tidak imbangi sumber tenaga kerja dengan industri yang masuk mungkin dia akan mencacat dan menjejaskan kita kembali. Di sinilah kita perlu kepada inovasi, dalam hal kita meningkatkan usaha pelaburan dan juga industri untuk kita pastikan kita dapat supply. Kita tau bahawa dalam perhotelan sendiri, statement dikeluarkan Persatuan Hotel Malaysia mereka kekurangan 10,000 di Pulau Pinang. 10,000 tenaga kerja. Begitu juga di industri elektronik, kita kekurangan hampir 60,000 pekerja. Jadi, semua kekurangan ini akan memberi kesan kalau kita tidak buat persiapan awal. Dan kita faham sebagai sebuah Kerajaan Negeri, kita mesti ada perancangan awal dan kita boleh membaca situasi sepertimana kita membaca situasi kekurangan makanan pada hari ini. Patutnya lebih awal kita melihat perkara ini, dan kita buat satu persiapan untuk pastikan bahawa kita cukup tenaga kerja, bukan hanya bergantung kepada pekerja asing semata-mata. Seperti yang saya katakan tadi kalau di restoran kita boleh bantu, saya pun turun di restoran nasihatkan mereka untuk menggunakan mesin sebagai contoh pembancuh air. Kita ada boleh bantu dan kurangkan tenaga kerja, mengurangkan kos yang meningkat daripada situ. Itulah inovasi yang perlu kepada Kerajaan Negeri turun berkempen bersama dengan kita untuk kita pastikan bahawa Pulau Pinang terus menjadi tempat yang memang menjadi pilihan kepada industri. Dan dalam memburu industri, kita juga perlu ingat jangan kita lupa kes Sungai Kim Kim di Johor. Jangan berlaku di Pulau Pinang, sebab zon penampan yang perlu kita adakan mestilah lebih daripada 500 meter. Ada desakan supaya lebih pada satu kilometer. Saya dimaklumkan di Bertam, ada diluluskan satu kawasan industri baru. Saya tak tau standard industri apa, tapi dia amat dekat dengan penempatan. Kita mesti serik dengan apa yang berlaku kepada Johor. Jangan dia berulang di Pulau Pinang, sebab industri inilah yang akan membawa kepada bahan-bahan buangan yang akan menjadikan apa manafaat, apa tu bala bencana ini akan dirasai oleh rakyat Negeri Pulau Pinang. Sebab dalam memburu industri, kita mesti mengambil kira kepada semua keadaan supaya kita benar-benar memenuhi aspek keselamatan kepada rakyat kita. Jadi, saya harap bahawa dalam kita memburu ini kita ambil kira tentang standard industri yang perlu kita adakan. Dan kalau boleh kita berusahalah mencari jarak yang lebih baik kepada semua yang saya sebut tadi ini. Pada zon penampan dan sebagainya. Dan kita juga perlu ingat bahawa dalam memburu industri juga, oleh ini satu kebanggaan kepada Pulau Pinang. Kita pencapaian tinggi, kita tengok sebahagian besar apa daripada

kalangan wakil-wakil rakyat kita telah berbincang dan meluahkan perasaan tentang perumahan pekerja yang telah ditempatkan di tempat penduduk. Macam di Teluk Kumbar, di Balik Pulau diletakkan di kawasan perumahan sama-sama dengan rakyat, perumahan rakyat ataupun low-cost area yang dia juga akan memberi kesan yang sama kepada penduduk tempatan. Jadi, kita harap bahawa perkara ini saya dah bangkitkan dulu. Patutnya industri, perumahan industri ini dia letak di kawasan industri. Kalau lebih baiknya dia letak di industri sebagaimana contoh saya bagi rumah tentera dalam kem tentera, rumah cikgu dalam sekolah, dulu dia buat macam tu. Sekarang kalau kita boleh applied, kita boleh copy, kita boleh salin perkara-perkara ni. Kita buat balik, dia akan mengurangkan tekanan kepada rakyat disekitar itu. Kita faham apa yang berlaku seperti disebut oleh EXCO kita, bahawa rumah-rumah ini atas permintaan, rumah-rumah pekerja ini atas permintaan rakyat supaya dia asingkan. Supaya tidak mengganggu sistem sosial yang kita ada di Pulau Pinang ini. Dan kita cuba buat, tapi kita buat pula ditengah penduduk. Sama juga kita akan balik, bawa orang ini balik ke tempat masyarakat. Jadi, bolehlah kita cari satu jalan untuk pastikan perumahan ini balik kepada tempat industri itu sendiri. Jadi, saya harap bahawa dalam perkembangan kita memburu industri kita semakin maju. Penduduk makin ramai dan kita hadapi dalam fenomena negara yang selepas COVID ini, kita juga tau bahawa fenomena apa pemanasan global yang berlaku pada kita. Seperti yang kita dengar tadi ada tuntutan supaya Tebatan Banjir ini perlu dilihat kepada air pasang. Kita sekarang…(gangguan).

Telok Bahang. Setengah. Jadi, saya tertarik dengan apa yang dibangkitkan oleh Telok Bahang berkaitan dengan perumahan ataupun asrama pekerja yang disentuh tadi. Jaminan daripada pihak Datok Keramat, bahawa kesan sosial tidak akan berlaku dan akan dibuat pemantauan penguatkuasaan yang berterusan di kawasan asrama ini. Adakah Telok Bahang boleh menjamin ataupun boleh memastikan betul-betul kesan impak sosial dikalangan kalau kata di Teluk Kumbar, 40,000 35,000 orang akan masuk di situ. Di kawasan Bertam, cadangan dalam pakat cadangan ini akan masuk 16,000 ke 17,000 orang yang begitu hampir dengan kawasan perumahan, yang dekat dengan perumahan persekitaran masyarakat di situ. Adakah boleh jaminan dari segi impak sosial tidak akan berlaku? Mereka ini sudah pastinya akan keluar dari kawasan, depa tak kan duduk dalam rumah tu sahaja. Mereka akan diberi kebebasan untuk keluar di kawasan sekitar dan ini yang membimbangkan masyarakat di kawasan kalau rumah tu dekat dengan kawasan perumahan. Akan berlaku satu impak sosial yang begitu, begitu ketara akan menyebabkan masyarakat berubah dari segi struktur hidup dia, masyarakat dia akan berubah kerana terdapatnya lebih ramai pendatang ataupun pekerja luar masuk asing dan juga local akan masuk di situ. Dan mungkin indeks lain akan bertambah. Indeks jenayah dan sebagainya. Jadi, kalau boleh pandangan Telok Bahang dah cadangkan tadi kita buat di kawasan industri, di kawasan yang ada kawasan industri buat kawasan perumahan asrama dan sebagainya. Kalau boleh kita cuba tekankan, kita pastikan Kerajaan Negeri cuba melihat aspek itu. Aspek kemudahan dan kebaikan kepada masyarakat juga perlu dilihat dalam kita nak membuat sesuatu benda yang lain, yang mungkin boleh ada kebaikan dia juga. Tapi keburukannya itu, kita kena lihat impak dan kesan kepada masyarakat.

Dan dari segi bentuk industri juga, kalau dekat dengan kawasan perumahan macam yang akan dibuat di Bertam, dia dekat hampir dengan kawasan ada 30 kampung dan juga perumahan di situ. Jadi, kesan kalau boleh bentuk industri itu, perlu dilihat bentuk industri yang tidak terlalu banyak pencemaran dan juga pengeluaran, waste dia, hasil buangan dia itu tak banyak. Kalau ada kesan itu, kita juga tak berapa setuju kalau dibuat di kawasan hampir dengan perumahan dari segi pembinaan kawasan industri, dan juga tadi berkaitan dengan asrama pekerja. Kita kena, pihak Kerajaan Negeri kena melihat ke semua aspek ini. Kalau bantahan penduduk terlalu banyak contohnya di kawasan Bertam nanti, kita kena bincang balik. Benda apa, bentuk apa yang boleh kita laksanakan yang boleh memuaskan semua kawasan penduduk di situ, dari segi kesan-kesan sampingannya yang ada disitu. So, terima kasih.

Zolkifly bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Terima kasih

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pulau Tikus, setuju saja.

Zolkifly bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Seperti yang saya katakan tadi…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dia setuju saja.

Zolkifly bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Setuju sekarang ni.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dengan cadangan?

Zolkifly bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Boleh, atau tidak kita mengawal mereka manusia jadi macam mana kita nak kawal depa bukan buruh paksaan. Mereka akan bebas, sebab itu saya kata untuk mengelakkan kesan bukan khasnya undang-undang tetapi dimensi susun atur sebuah bandar itu dilihat sebagai suatu kewajipan kepada sebuah kerajaan untuk pastikan benda itu tidak memberi kesan besar kepada kita. Banyak pelanggaran undang-undang yang telah berlaku kita lihat. Walaupun dikenakan tekanan yang tinggi sehingga kita lihat hukum bunuh pada dadah pun orang masih buat. Tambah lagi kita buat perkara begini kita akan hadapi suasana itu dan kita harap sebab itu kita minta Kerajaan Negeri mengkaji, melihat situasi untuk memastikan bahawa perkara ini ada di sana di kawasan industri sendiri.

Berhubung dengan zon penampan itu, sebab itu saya kata kita mesti serik, kita mesti rasa. Apa yang berlaku di Johor jangan berlaku kepada kita. Sebab itu kita kena persiapan awal. Susun atur kepada design bandar kita ataupun kawasan industri kita itu mestilah kurangkan kesan kepada kita sendiri. Sebab itu kita minta supaya kerajaan mengkaji semula hal-hal ini. Sebab itu saya katakan dengan peningkatan industri terhadap pencapaian kita dalam industri ini dia akan membawa kesan banyak kepada kita baik dan buruk dan kita perlu menyusun kedudukan kita sebagai sebuah kerajaan sepertimana yang saya katakan tadi. Kita menyusun bandar kita, kita cuba menyusun bandar untuk elak banjir.

Sekarang kita ada menghadapi air pasang. Tahun ini saja dah dua (2) kali air pasang besar. Awal tahun ini dan tahun lepas, dia dulu tak pernah tenggelam. Saya balik kawasan saya tiba-tiba kampung yang tak pernah tenggelam, taman yang tak pernah tenggelam, tenggelam. Dan saya bersama-sama dengan sotong, ikan semua naik, udang semua naik memenuhi kawasan halaman dan masuk dalam rumah. Ini fenomena yang berlaku kepada kita dan kita perlu ada persiapan. Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang dikatakan berdaulat. Kita mengakui, kita sebuah kerajaan kita mesti pastikan perkara ini atasi sebelum kita sampai pada keadaan yang lebih kritikal. Sebab itu air pasang yang fenomena air pasang ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun mengikut kajian yang dibentangkan oleh pelbagai pihak. Bahawa pemanasan global ini akan menyebabkan air pasang yang terus meningkat. Apa tindakan kita dan apa plan rancangan kita ke arah itu. Kita rasa dengan apa yang pendapatan kita daripada sumber pelaburan yang tinggi yang kita dapat ini kita dapat pastikan kedudukan penduduk juga akan terjamin dia ada dapat dirasai keamanan tinggal di Pulau Pinang ini. Dengan pembangunan yang tinggi ini juga kita telah membuatkan masyarakat suka datang ke Pulau Pinang. Itu saya ucap tahniah kepada Pulau Pinang pada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Orang ramai suka tambah saya Balik Pulau. Orang mai makan durian, sekarang ni hujung minggu jammed. Saya pun tak tahu tu kalau hujung minggu boleh cramp sebab orang ramai datang makan durian. Adakah kita hanya dengan membesarkan jalan?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tapi Teluk Bahang tak biasa jemput kita semua pi kat sana.

Zolkifly bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Pasai durian baru luruh, nanti kita jemput. Ada call tak jawab. YB. pun lari. Orang makan durian banyak. Jadi nak pastikan keadaan ini

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Teluk Bahang jangan makan seorang, tengok rambut dah jatuh habis dah

Zolkifly bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Jatuh, buah jatuh. Jadi apa yang kita faham. Saya tengok pernah ke China menghadiri pameran exhibition business exhibition. Dia menawarkan perkhidmatan pengangkutan percuma daripada hotel ke kawasan exhibition yang luas bukan kecil sebesar Balik Pulau tapi ini ada dapat mengurangkan trafik. Membantu mereka untuk mengurangkan jammed, jadi kalau kita ada inisiatif ini kita tahu penghasilan ini akan menjadikan Pulau Pinang lebih popular dan mendapat pendapatan tambahan.

Kita perlu mempersiapkan diri kita supaya Pulau Pinang bersedia menerima tetamu ini. Tambah saya di Balik Pulau, di lain saya tak tahu. Di Balik Pulau ini ada satu jalan kecil ja yang menghubungkan semua kampung. Jadi kalau kita boleh sediakan satu sistem baharu ataupun kita mengkaji apa benda yang boleh kurang selain daripada membesarkan jalan dan kita tambah lagi perkara-perkara lain. Educate masyarakat dan sebagainya supaya mereka suka menggunakan public transport.

Macam saya bincang tadi kita bahas dalam usul, kita tak boleh salahkan semua kos peningkatan ini kepada Persekutuan. Apa yang kita perlu buat saya ucap tahniah juga kepada Pulau Pinang. Kita boleh sediakan bas percuma, tapi Yang Amat Berhormat cuba perhati, adakah bas itu penuh? Kita cuma penuh di masa peak hour semua orang datang kerja. Kemudian tak guna bas, bila kita educate kita kempen makna kita lakukan kempen ini supaya orang ramai suka menggunakan public transport seperti mana orang-orang di negara maju. Ini pastikan dalam pembangunan ini, kita juga kena pastikan bahawa kita terlibat dan kita mengajar masyarakat duduk dalam bandar, duduk dalam pembangunan. Jadi bukan kita semua nak salahkan Kuala Lumpur sampaikan air pasang pun salah. Jadi benda-benda ini kita kena pastikan bahawa Kerajaan Negeri perlu merancang untuk melihat supaya trafik yang telah menjadi satu keadaan yang amat sukar kepada kita sekarang ni Jambatan Pulau Pinang belah petang ambil masa satu jam untuk kita cross. Apa jarak lebih kurang lima kilometer jambatan dan juga di bandar sini kita juga jammed. Ini semua perlu dilihat sebagai tanggungjawab kita bersama untuk pastikan perkara ini dapat kita atasi seberapa segera yang boleh.

Kita juga faham bahawa dalam hal keadaan kita membangun ini juga macam saya balik baru-baru bila saya ada di kawasan baru-baru ini. Datang Hari Raya, saya dimaklumkan ayam habis malam raya. Dalam keadaan yang sama yang kita lihat statistik kita keluar ayam makin menurun termasuk di Pulau Pinang. Jadi perancangan kita ke arah kita menyediakan makanan. Kalau kita boleh buat food bank, tak kan kita tak boleh buat satu badan yang sama untuk food security. Bukan mesti kita nak tunggu Kuala Lumpur semua buat tapi kita sebagai kerajaan yang berdaulat kita rasa kita boleh mentadbir, kita mesti pastikan makanan ini cukup dan kita tahu bila kekurangan yang akan berlaku. Sebab kita faham bahawa fenomena yang berlaku hari ini telah pun dihidu lebih awal oleh semua negara-negara di dunia kenaikan kos dan sebagainya. Sebab itu banyak negara dan juga negeri-negeri yang mebuat persiapan ke arah ini. Kita dengar tadi Pantai Jerejak juga sebut, Selangor telah sediakan dia punya plan untuk ayam dia terus kekal murah dan juga ayam dia boleh sampai kepada orang ramai. Kita jangan melihat ayam, kita kena melihat perkara lain daripada ayam. Barang yang betul murah, saya sebut tadi bunga kantan tak ada kena mengena dengan kenaikan dollar Amerika. Dia juga ikut naik, jadi ini semua perlu kepada kita sama-sama untuk membantu rakyat dan masyarakat dalam keadaan kita keluar daripada pandemik ini. Jadi saya harap bahawa untuk mengurangkan inflasi yang berlaku yang di rancang di jangka akan lebih teruk. Kita sebagai Kerajaan Negeri mesti ada satu rancangan sendiri untuk pastikan Pulau Pinang terus dapat dikawal dalam keadaan yang baik ini. Jadi saya juga ingin mengharapkan supaya kita terus meningkat kita punya kuasa membeli rakyat di sini dan juga mempastikan peniaga-peniaga dan usahawan di seluruh Pulau Pinang ini dibela dan dijaga. Local punya businessman juga kita pastikan mereka dapat sustained dalam hal menerima jumlah pengunjung yang begitu ramai. Kita harap bahawa kita pastikan semua peniaga-peniaga dan penjaja ini mendapat bantuan yang cukup daripada apa yang Kerajaan Negeri sebut tentang apa itu Dana Harapan dan sebagainya.

Macam di Persekutuan saya tahu, di PERDA juga ada disalurkan bantuan semasa pandemik kepada usahawan. Satu usahawan dapat RM20,000 sampai RM100,000. Lebih 200 usahawan di Pulau Pinang ini mendapat skim tadi untuk memastikan kelangsungan mereka di dalam keadaan pandemik yang kita lalui dan kita sekarang nak keluar daripada pandemik untuk kita jadikan kehidupan lebih selesa. Jadi saya harap bahawa dengan semua yang ada kelestarian hidup kita ini kita jaminkan bahawa sosial kita akan lebih baik dan kita akan terus menjadi sebuah negeri yang memang disukai oleh orang ramai untuk datang dan duduk tidak ada tekanan di sini sebab kita tengok sekarang ini bulan lepas hampir lebih lima, enam orang terjun jambatan. Adakah semua tentang ekonomi atau tekanan kerja ataupun perkara lain? Ini perlu dilihat sebagai tanggungjawab kita untuk pastikan mereka hidup di dalam keadaan yang aman dan makmur di sini.

Saya juga ingin mendapat perhatian tentang apa yang saya bangkit sebelum ini tentang masjid di Pondok Upeh, sorry di Pantai Air Putih, Balik Pulau. Masjid ini selepas saya bercakap di dewan ini ada lawatan daripada Timbalan Ketua Menteri, EXCO Agama dan beberapa pegawai tapi hanya lawatan. Saya tak dapat apa maklumat, tak dimaklumkan saya sebagai ADUN kawasan pun kehadiran mereka. Tak juga diberi tahu apa perkembangan yang telah berlaku di sana dan saya ingin mewakili rakyat di sana untuk bertanya tentang apa tindakan kepada masjid yang dikatakan hampir 12 tahun tidak lagi timbul-timbul di Kawasan Air Putih ini. Jadi saya harap dengan semua perkara yang kita buat ini kita akan pastikan kelestarian hidup kita ini akan terus kita dapat pastikan kita hidup dalam keadaan harmoni dan aman di Pulau Pinang ini. Saya dengan itu saya mengharap supaya kemakmuran yang kita kecapi, kerjasama kita dengan Persekutuan perlu dipertingkatkan lebih tinggi. Sepertimana yang disebut kita dengan MIDA, kita berjaya membawa pelaburan yang tinggi. Kita harap bahawa kemajuan yang kita kecapi ini dapat dirasai oleh rakyat. Kita nak pastikan bahawa di tempat saya ada kes pasal kita bincang tentang perumahan. Kita katakan tentang perumahan rakyat, kita buat low cost. Di kawasan saya ada low-cost yang terbengkalai, adakah ini tidak dilihat oleh kerajaan tentang apa yang berlaku di sana? Bagaimana rumah-rumah ini nak pastikan mereka telah pun bayar kepada bank, mereka telah bayar pada bank tapi rumah mereka tak siap di Sungai Pinang, Balik Pulau. Jadi kita harap Kerajaan Negeri dapat melihat perkara ini dan rakyat mengeluh. Apabila data yang kita bagi, kita katakan kita ada rumah. Kita tawar pada rakyat tapi kita tengok di sini ada satu Projek Quinton di Balik Pulau. Di mana sebanyak 246 unit rumah berharga RM42,000.00 dan RM72,500.00 ini terbengkalai. Sebabnya tuan company mati. Perkara yang tak logik berlaku, tuan company mati projek terbengkalai. Sekarang hutan sedang naik, boleh melawat EXCO boleh tengok, boleh jadi saksi. Sekarang pembeli sudah mula dikenakan bayaran tapi rumah tak siap. Projek ini kita tak mahu dia berjalan panjang nanti lebih ramai mangsa akan tanggung di sana. Rakyat di Balik Pulau mengeluh kita di Dewan kita bentang tentang jumlah rumah untuk rakyat tapi ada terbengkalai kita tak nampak. Jadi kita pastikan semua ini dapat kita atasi supaya benar-benar rakyat boleh duduk aman di Pulau Pinang. Saya kata tadi kalau dia kena bayar tempat tak boleh duduk macam mana dia nak pastikan dia boleh ada di Pulau Pinang dengan baik. Jadi saya harap kes-kes begini perlu dilihat sebagai tanggungjawab kita bersama. Saya sebagai ADUN wakil di sana ingin membawa laporan ini sampai ke Dewan supaya pastikan perkara ini kita atasi bersama dan juga satu lagi kita minta supaya kelonggaran pada Kerajaan Tempatan tentang rumah kampung yang nak dibina. Sebahagian besar penduduk di tempat saya dapat membuat aduan apabila mereka rumah mereka rosak mereka baiki biasanya struktur akan berubah. Rumah kampung, mereka dapat saman ataupun perintah supaya berhenti dan roboh. Ada kes kejadian di mana peniaga yang tak dapat meniaga pada musim pandemik mereka bawa balik barang-barang mereka di Kuala Jam Baru. Seorang kawan Cina saya banyak

barang duduk di tengah panas dan hujan sampai hampir setahun minta kebenaran tak dapat untuk buat pondok simpan barang.

Kemudian dia buat khemah, tent di bawah letak roda ada tiang untuk sementara. Bangunan dia dicincang oleh majlis. Dipijak bumbung hingga hancur. Alasan dia tak ada kebenaran tak ada plan. Guna khemah untuk simpan barang yang dia tak boleh meniaga masa tu. Ini perlu dilihat sebagai tanggungjawab kita bersama untuk pastikan bahawa rakyat duduk aman di dalam Pulau Pinang. Sebab itu saya katakan dalam hal ini kita minta supaya kerajaan lebih prihatin di sini melihat kepada orang kampung yang duduk di kampung nak buat rumah, nak baiki rumah dan juga kadang-kadang mereka cuma besarkan di tanah sendiri. Kerana bilangan jumlah anak yang makin bertambah dan sebagainya. Perlu diberi perhatian dan pertimbangan oleh pihak kerajaan supaya tekanan-tekanan ini tidak berlaku kepada rakyat di sana. Jadi oleh itu, masa yang diberi pada saya ini saya gunakan sebaik mungkin saya minta supaya kerajaan lebih prihatin menangani rakyat di Pulau Pinang dalam hal memastikan kelangsungan dan pembangunan ini dikecapi oleh semua rakyat dan saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih dan menerima ucapan perasmian oleh Tuan Yang Terutama Tun. Sekian, Terima Kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Telok Bahang. Dipersilakan Berapit.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih Dato’ Speaker, izinkan saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih di atas peluang untuk turut mengambil bahagian dalam Sesi Perbahasan Usul Terima Kasih Ke Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 ini. Tahun ini merupakan ulang tahun ke 50 Perjalanan Transformasi Perindustrian Pulau Pinang bertema Fifty Years Of Excellence And Beyond. Sebagai warga Pulau Pinang saya berbangga melihat Pulau Pinang mencatat nilai berjaya dengan jumlah paling tinggi dalam pelaburan sektor pembuatan dalam negara yang bernilai RM76.22 billion dengan menjana 51,000 peluang pekerjaan. Malah ini merupakan 39% dalam jumlah pelaburan sektor pembuatan dalam Malaysia dan seterusnya satu sumbangan yang sangat besar dalam ekonomi Malaysia. Selama ini Pulau Pinang yang terkenal dengan nama Lembah Silikon Timur kini telah menempatkan lebih 350 syarikat multinasional dan lebih 3,000 perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor pembuatan serta menarik jutaan pelancong setiap tahun. Semasa kita meraikan kejayaan ini saya difahamkan kita juga menghadapi satu cabaran iaitu kepakaran atau tenaga kerja, saya tahu banyak industri juga menghadapi masalah ini tidak kira sektor perkhidmatan, sektor pembuatan dan lain-lain, namun dengan supply yang tidak dapat memenuhi permintaan yang begitu tinggi di sektor perindustrian. Sampailah saya di dengar ada ditawarkan RM4,000 hingga RM5,400.00 bagi pelajar kejuruteraan yang baru berijazah tetapi masih susah untuk mendapatkan pakar yang sesuai. Saya berharap Kerajaan Negeri boleh mengadakan pelan dari jangka pendek dan jangka panjang untuk mengatasikan masalah ini. Dato' Speaker, saya mencadangkan satu pelan jangka pendek supaya diadakan, masalah kesesakan lalu lintas pada waktu puncak bukan setelah kembali bukan sahaja ke tahap sebelum pandemik COVID-19 malah keadaan adalah lagi teruk daripada sebelum COVID, kebanyakan

warga kerja terpaksa sangkut dalam kesesakan lalu lintas sekurang-kurangnya satu jam setengah walaupun berulang balik hanya 10km. Sekiranya terdapat pilihan atau alternatif yang lebih baik saya percaya kebanyakan daripada mereka tidak ingin membazirkan masa dalam traffic jammed apatah lagi dengan peningkatan kos petrol baru-baru ini. Saya difahamkan dalam negeri ini dari bahagian Pulau dan Seberang terdapat lebih kurang 300,000 orang yang bekerja di kawasan FTZ cuba bayangkan kalau setengah daripadanya iaitu 150,000 kenderaan berulang-alik di kawasan FTZ pada masa yang sama, ini adalah satu jumlah yang sangat besar dan menyumbang kepada traffic jammed. Saya masih ingat program bas percuma Best FIZ yang membawa pekerja kolar putih dari bahagian Seberang ke kawasan FTZ Bayan Lepas pernah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2011 dan mencatat rekod penumpang seramai 880 sehari, dalam erti kata lain ia telah berjaya mengurangkan lebih kurang 440 buah kenderaan peribadi di atas jambatan serta di kawasan FIZ pada kedua-dua waktu puncak. Daya tarikan program tersebut menurun sebanyak 25 peratus selepas dari bas percuma menjadi charge RM50 sebulan atas pengguna mulai tahun 2015 dan perkhidmatan ini telah ditamatkan pada Ogos tahun 2020, diganti dengan CAT Bridge, sememangnya program bas ke FTZ boleh dikaji semula dengan keadaan sekarang iaitu kesesakan lebih serius dan juga kenaikan harga petrol. Bolehlah Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Frepenca iaitu Persatuan Pekilang di kawasan FIZ Bayan Lepas dengan mengadakan survey kawasan kediaman yang dihuni oleh majoriti jurutera atau pekerja supaya boleh menjadikan satu perintis projek. Contohnya kalau kebanyakan jurutera atau pekerja yang bekerja di kawasan Bayan Lepas yang tinggal kalau katakan mereka tinggal di bahagian Relau atau Bayan Lepas maka mungkin boleh adakan suttle bas yang membawa mereka mulai Relau atau Bayan Lepas ke kawasan Bayan Lepas. Dengan kerjasama ini, saya percaya Kerajaan Negeri dapat boleh sekurang-kurangnya mengurangkan atau menyelesaikan masalah ini dengan dalam masa jangka pendek. Dato' Speaker, jangka sederhana yang saya ingin cadangkan adalah mengadakan kursus STEM iaitu Sains Teknologi Engineering and Math sebab STEM ini adalah pengasas untuk membangunkan sektor perindustrian. Sememangnya Kerajaan Negeri telah memulakan pelbagai program peningkatan pembangunan modal insan pada beberapa tahun dahulu seperti yang disebut oleh, seperti yang telah disebut dalam Dewan ini iaitu Penang Internship Subsidy Programme, Pusat STEM dibawah ekosistem Penang STEM iaitu Tech Dome Penang, Penang Science Cluster, Penang Math Platform, Penang Digital Library Dan Penang Skills Development Centre dan Inisiatif Pembangunan Bakat TVET. Awal bulan ini TECH Start yang dianjurkan oleh Penang Science Cluster yang saya menyaksikan sendiri merupakan satu produk yang amat bagus yang melibatkan pelajar menyertai kelas TVET semasa di tingkatan 5 dan tingkatan 4 tanpa menjejaskan mereka serta mengambil peperiksaan SPM. Pada fasa pertama saya difahamkan terdapat 250 pelajar daripada keluarga B40. Mereka akan diaturkan masuk ke syarikat bekerja sambil belajar selepas SPM dan gaji akan dibayar. Dato’ Speaker, saya faham sekarang masih ada ramai ibubapa yang mempunyai satu pandangan, satu pandangan bias terhadap TVET dalam masyarakat yang realistik ini, kalau kita ingin menukar pemikiran ibubapa saya bercadang kan satu salah satu cara adalah kita terus bagi tahu kepada mereka berapa pendapatan atau gaji yang akan diperolehi oleh anak mereka selepas habis pelajaran TVET. Saya sendiri pernah dengar testimoni daripada seorang pelajar di program TECH Start. Seorang pelajar yang masih belajar sambil bekerja tetapi satu bulan boleh mendapat pendapatan RM3,000.00. Ini merupakan satu pendapatan yang lumayan bagi seorang pelajar yang baru saja tamat SPM. Jadi bolehlah Kerajaan Negeri di samping menganjurkan

khusus kepada pelajar, kita boleh menghasilkan lebih lagi testimoni atau dikatakan mungkin ke dalam bahan video supaya menarik hati golongan ibu bapa untuk mereka menggalakkan anak mereka menceburi dalam TVET. Cara ini mungkin dapat kita menambah pekerjaan dalam sektor industri dalam jangka tiga (3) sehingga lima (5) tahun dan jangka panjang bagi saya. Dato’ Speaker satu pusat penjagaan bagi warga emas adalah sangat penting. Zaman sekarang atas keperluan ekonomi sememangnya kita tahu kaum wanita memikul tanggungjawab yang sama untuk menyara keluarga tetapi menurut satu laporan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, apabila golongan wanita meningkat usia, semakin kurang semakin mereka meningkat usia, semakin kurang wanita bekerja. Sebelum pandemik kadar wanita yang bekerja yang berumur 25 hingga 34 adalah setinggi 73.4% manakala kadar para wanita yang bekerjaya berumur 35 hingga 44 tahun menurun sebanyak 68% menurut kajian selepas berkahwin ramai wanita akan berhenti kerja kerana mereka memilih keluarga. Mereka kaum wanita menyumbangkan sebanyak 60.7% kepada jumlah pengangguran iaitu satu jumlah yang agak besar dan laporan daripada Bank Dunia pada tahun 2014 jika tiada halangan dari segi ekonomi untuk kaum wanita di Malaysia, di Malaysia bekerja pendapatan perkapita negara boleh meningkat sebanyak 26.2% dan seterusnya menjadikan satu purata keuntungan pendapatan tahunan sebanyak RM9,400.00. Dengan keadaan sekarang ramai wanita meninggalkan tempat kerja selepas kahwin atau selepas bersalin sebab mereka memilih untuk menjaga anak atau ibu bapa, ini lebih jelas dilihat semasa PKP kerana kebanyakan kerja rumah tangga adalah dilakukan oleh kaum wanita, jadi jika kita ingin galakkan wanita mengejar cita-cita dan membuat pilihan hidup mereka sendiri, kita mesti selesaikan masalah yang mereka hadapi, salah satunya adalah tanggungjawab penjagaan. Kini saya juga setuju dengan terdapat ramai juga kawan lelaki yang memikul tanggungjawab menjaga keluarga sebagai suami, bapa dan anak. Namun masih terdapat beberapa stereotaip dalam masyarakat ini bahawa kaum wanita perlu memikul beban penjagaan warga emas dan kanak-kanak. Pusat jagaan swasta adalah satu pilihan yang sangat bagus tetapi kena bayar yuran yang tinggi, beribu-ribu satu bulan dan saya mencadangkan supaya kerajaan mempunyai satu mekanisme untuk mengkaji semula pusat jagaan supaya dapat memenuhi permintaan yang tinggi serta memastikan perkhidmatan ini lebih mudah di akses dengan harga yang berpatutan, kita harus membenarkan warga emas tinggal di komuniti yang mereka sudah terbiasa diri, pada masa yang sama mengurangkan beban penjagaan ini termasuk menubuhkan satu perkhidmatan dinamik yang bukan sahaja merangkumi penjagaan malah juga termasuk aktiviti-aktiviti yang lain seperti bagi warga emas, belajar skill yang ikut era sekarang dan menjadi satu masalah, satu punca masalah kepada kebanyakan kaum wanita yang bekerja adalah jika di rumah mereka ada warga emas jatuh sakit atau baru menjalani operation, penjaga susah mendapatkan satu tempat untuk menghantar warga emas kecuali old folks home tetapi yang seperti yang saya sebut tadi dengan harga yang lebih tinggi. Jadi ada juga mereka terpaksa memilih untuk berhenti kerja, satu laporan oleh laporan Bank Dunia pada tahun 2020 aspek Demografik Malaysia berganjak ke arah masyarakat menua 7% warga Malaysia berusia 65 tahun ke atas…(gangguan).

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Berapit, mohon laluan. Saya amat tertarik apabila menyentuh mengenai isu penjagaan kerana dalam kawasan saya juga mengalami isu yang sama, yang mana warga emas yang sakit kita tak tahu nak bela ataupun nak channel ke mana kerana apabila dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat mereka tak boleh terima dan bila kita nak, mereka hanya mencadangkan supaya dihantar ke pusat penjagaan yang menelan belanja RM1,000.00 sebulan, jadi memang diluar kemampuan mereka. Jadi adakah YB Berapit bersetuju jika kita syorkan kepada Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Pusat melalui JKM agar diberikan subsidi untuk menanggung kos-kos penjagaan ini?

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih YB. Bayan Lepas saya memang setuju dan syor YB. Bayan Lepas bolehlah masuk dalam cadangan saya. Saya rasa satu contoh yang sangat bagus adalah negara Singapura. Ada pusat jagaan warga emas dalam komuniti, ini menyenangkan anak muda mereka yang pergi kerja supaya kalau mereka memang tak ada masa kalau ada orang jatuh sakit di mana mereka nak hantar mereka hantar di tempat komuniti sendiri dan masa balik kerja mereka senang untuk pergi melawat orang tua mereka dan untuk negeri mungkin ini telah menyentuh tentang negara ini macam mana satu sistem mekanisme kebajikan yang harus kita adakan tetapi untuk negeri Pulau Pinang mungkin subsidi atau mungkin satu sistem yang mungkin kita boleh mengadakan supaya menggalakkan situasi ini…(gangguan).

Berapit.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Ya sila.

Terima kasih. Saya sebut pasal orang tua-tua ini warga emas. Saya berminat sebab kita pun akan jadi warga tua. Saya tahun depan akan jadi warga emas. Jadi satu kita kena melihat macam tadi tempat untuk kita letakkan orang tua-tua. Saya hendak bagi pandangan satu sebab kita ada di Darul Hanan satu tempat yang dibuat oleh Zakat dengan Yayasan Bukhari, Zakat bagi perbelanjaan pengurusan dan Bukhari buat pembangunan. Darul Hanan ini tempat yang boleh meletakkan orang tua-tua asnaf ataupun tidak asnaf di situ yang bukan asnaf ini kena bayar sikit dan juga boleh letak pagi, petang ambil dan dia ada banyak pengisian ada kelas agama ada senaman dan sebagainya. Kalau boleh konsep macam ini mungkin pihak Jabatan Agama, Majlis Agama ataupun Zakat boleh pertingkatkan, tambah sebab memang kes-kes orang tua-tua terbiar ini cukup banyak berlaku. Di kawasan saya pun banyak kadang-kadang tinggal seorang dan dia pun sakit dan sebagainya. Jadi tiada tempat untuk dia pergi dengan kos yang tinggi mungkin tak mampu. Jadi kalau boleh cadangan saya dan pandangan saya kalau boleh untuk orang Islam pihak Zakat dan Jabatan Agama ambil tindakan itu dan bagi pihak yang lain-lain mungkin boleh Kerajaan Negeri menyediakan tempat yang agak sesuai dengan dia sebagai orang tua-tua apa dia hendak buat. Saya juga ada di Sungai Dua ada pusat aktiviti warga emas juga untuk orang-orang warga emas yang ada macam-macam kemudahan. Kita ada macam-macam benda yang dia boleh datang di situ meluahkan perasaan dia kongsi masalah dia di rumah. Kadang-kadang orang tua-tua ini duduk rumah lama-lama pun tak boleh juga dia kena pergi duduk sembang dengan kawan-kawan di tempat yang sesuai. Banyakkan pusat aktiviti warga emas macam yang Sungai Dua buat kalau hendak mai tengok mai tengok Sungai Dua special. Johor, Perlis mai melawat tengok…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Persiapan untuk diri sendiri?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Persiapan untuk diri sendiri di masa depan?

Ya, InsyaAllah tapi InsyaAllah saya jaga anak-anak yang baik depa akan jaga saya yang tak jaga ini kadang-kadang kita tak jaga orang tua-tua kita. Jadi tuhan balas kita pun anak-anak tinggal kita kena jaga orang tua-tua, mak ayah kita ada, syurga kita kita kena jaga, tidak jaga itu, Tuhan balas dekat kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sungai Dua kalau ada harta dengan kewangan jangan lepas sampai nafas yang akhir.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Dato’ Speaker, terima kasih kepada YB. Sungai Dua. Saya tanya sama YB. Sungai Dua kalau tahun depan kita kata warga emas ini merupakan mutiara kepada keluarga dan masyarakat dan saya nak ingatkan kepada YB. tahun depan jangan lupa untuk memohon i-Sejahtera. Pergi Pulau Pinang tidak kira siapa kita memohon juga kalau ada kelayakan kita boleh memohon i-Sejahtera.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sungai Dua kena panggil Ketua Menteri dengan saya abang.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Dato’ Speaker menurut satu laporan oleh bank dunia pada tahun 2020 aspek…(gangguan).

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Saya minta penjelasan.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Ini topik yang sangat hangat. Jadi saya minta Dato’ Speaker nanti bagi lebih masa. Thank you.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Masa berjalan, 25 minit sahaja.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Timbalan Dato’ Speaker, memang dasar JKM setiap Parlimen boleh wujudkan satu PAWE atau pusat aktiviti untuk warga emas. Setiap di Parlimen apabila mereka hendak wujudkan PAWE, mereka boleh memohon satu peruntukan sebanyak RM100,000 boleh bagi untuk wujudkan pusat ini dan untuk pentadbiran tiap-tiap tahun akan dibayar RM40,000. Saya merayu bahawanya kemudahan yang telah siap sedia oleh JKM digunakan kerana daripada banyak Parlimen bukan semua Parlimen ada. So saya merayu semua ambil perhatian perkara ini dan wujudkan PAWE yang lain-lain juga boleh dimohon dan kita akan bagi pertimbangan.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih kepada YB. Sungai Puyu. PAWE satu kemudahan yang bagus tetapi saya juga memohon kalau kita boleh mengkaji satu pusat jagaan warga emas yang lebih komprehensif supaya kalau ada yang sudah sakit di mana kita hendak hantar orang mudah hendak hantar warga emas supaya dijaga dengan lebih sempurna. Dato’ Speaker, saya sambung tadi laporan daripada Bank Dunia pada tahun 2020. Aspek demografi di Malaysia telah mengajar ke era masyarakat benua 7 peratus warga Malaysia sekarang berusia 65 ke atas jumlah ini akan meningkat kepada 14 peratus pada tahun 2044, jadi saya rasa ini ada satu masa kita mencari satu penyelesaian pada jangka yang panjang untuk membolehkan bukan sahaja kaum wanita dan juga of course adalah kaum lelaki untuk meneruskan kerja mereka tetapi juga dapat menjaga keluarga mereka tanpa terlalu bimbang. Dato’ Speaker saya ingin menyentuh tentang bekalan elektrik. Masalah gangguan elektrik sering berlaku di kawasan Bukit Mertajam terutamanya di kawasan Kampung Baru, Taman Bee, Taman Jernih dan termasuk juga Pejabat Pusat Khidmat saya sendiri sejak tahun lepas. Saya meminta kerajaan negeri mengambil serius bekalan elektrik yang terputus sejak tahun lepas di taman-taman perumahan sebab ini telah menjadi satu gangguan serius kepada penduduk. Pihak kami selalu pihak office saya selalu menerima panggilan daripada penduduk tetapi kita bukan pakar dalam perkara ini dan TNB adalah satu-satunya pakar elektrik iaitu memonopolikan pasaran ini. Ini adalah satu tanggungjawab bagi TNB supaya membekalkan elektrik yang stabil kepada semua pengguna. Hal ini berlaku bukan sahaja di masa puncak tetapi hal ini gangguan elektrik bukan sahaja berlaku di masa puncak masa waktu pejabat tetapi juga berlaku di masa malam selepas 12.00 am. Ini memang menjejaskan kualiti tidur penduduk malah juga merugikan mereka yang terpaksa work from home dan berada bersama, deal dengan negara barat yang masa terbalik dengan kita. Saya difahamkan ada satu PPU iaitu Penubuhan Pencawang Pembahagian Utama akan didirikan di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam yang dapat menampung beban pembekal status pembinaan bangunan sekarang adalah 80 peratus dan kerja elektrikal dan naik taraf bekalan dijangka dapat disiap di kuarter pertama tahun depan. Akan tetapi saya ingin bertanya dengan pembangunan yang pesat sekarang di kawasan Bukit Mertajam, adakah satu pelan induk untuk memastikan bekalan elektrik yang stabil diadakan dari semasa ke semasa? Jika dulunya dikaji semula setiap lima (5) tahun sekali dengan andaian saya tidak pasti, adakah sekarang perlu ditukar mengikut pembangunan sekarang? Mungkin setiap dua tahun atau setiap tiga tahun sekali supaya janganlah tunggu sampai masalah terjadi barulah kita dapatkan cara untuk menyelesaikannya. Ini seolah-olah seperti kita bukan satu pelan

tetapi menjadi penyelamat api sahaja. Saya minta Kerajaan Negeri boleh memainkan peranan koordinasi untuk perkara ini. Saya ingin menyentuh tentang hal perpustakaan digital. Perpustakaan Digital Pulau Pinang adalah perintis pertama di Malaysia. Perpustakaan ini mendapat sambutan yang sangat bagus di kalangan orang muda sampai menjadi inspirasi kepada Perpustakaan Digital Negeri Kedah. Saya amat terkejut melihat satu notis yang dikeluarkan oleh perpustakaan digital kita bahawa bermula pada 1 Februari, Perpustakaan Digital Pulau Pinang dan Perpustakaan Digital Butterworth hanya akan beroperasi mulai jam 9.00 am sampai 6.00 pm dan buka pada hari Rabu sehingga Ahad sahaja. Perpustakaan Digital Pulau Pinang telah beroperasi 24 jam sehari sejak tahun 2017. Saya difahamkan waktu operasi ini di sambut baik dan menjadi satu tempat panas kepada golongan pelajar. Dato’ Speaker, untuk zaman sekarang kafe dan kedai fast food yang beroperasi 24 jam telah menjadi satu trend yang tidak dapat dinafikan oleh kita kepada golongan pelajar yang tidak berkemampuan ke kafe 24 jam untuk mengadakan perbincangan atau mungkin group study dengan rakan mereka. Jadi perpustakaan digital kita yang percuma merupakan satu fasiliti yang sangat bagus untuk mengurangkan jurang di antara kepada mereka yang berada dan mereka yang miskin dengan masa operasi sekarang 9.00 to 6.00 pm seolah-olahnya dia adalah seperti dengan waktu pejabat atau waktu sekolah jika katakan perpustakaan digital kita beroperasi pada 9.00 sehingga 6.00 maka golongan muda atau pelajar mereka memang boleh pilih untuk menggunakan perpustakaan di sekolah sebab perpustakaan sekolah biasanya juga buka sehingga 6.00.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dua minit lagi Berapit.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Okey. Terima kasih Dato’ Speaker. Menurut jawapan yang diterima dalam Sidang Dewan ini antara aduan yang terima dengan Digital Library 24 jam termasuk pengguna menggunakan tempat letak kereta sebagai tempat dating di waktu malam pelajar merokok dan minum arak pada waktu malam tetapi Dato' Speaker hal dating atau minum arak memang berlaku di walaupun di sekolah. Ia bukan satu perkara yang baru. Ia tidak akan diputuskan atau diselesaikan dengan menukar Digital Library punya operations time Digital Library tetapi akan menyebabkan pihak yang betul-betul ingin gunakan kemudahan ini hilang peluang mereka. Kalau aduan yang diterima menjadi satu kebimbangan kepada kita, maka saya juga mencadangkan mungkin kita boleh pilih masa buka sekolah dan selepas waktu sekolah mungkin dari 6.00 pagi sehingga 10.00 malam. Sebab masa tuisyen Dato’ Speaker, masa tuisyen sekarang sehingga 10.00 malam maka Digital Library kita boleh juga mengikut trend sekarang. Kalau mereka belajar perlu gunakan fasiliti ini kita perlu bekalkan fasiliti. Di sini saya ingin terima kasih kepada juga Yang Amat Berhormat sebab saya pernah menyentuh Digital Library SPT di sidang Dewan yang lepas. Sefaham saya CMI telah menemu dengan Persatuan Alumni Jit Sin untuk membincang perkembangan perpustakaan digital ini sebab persatuan Alumni Jit Sin mereka menawarkan pusat alumni mereka sebagai Perpustakaan Digital SPT dan saya harap impian ini dapat direalisasikan dengan awal supaya memberi manfaat kepada semua pelajar dan Dato’ Speaker, satu saja, lagi satu saja. Saya dicelah untuk beberapa kali…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Setengah minit sahaja.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Satu saja Dato’ Speaker, saya ingin menyentuh pengurangan pelepasan karbon dan kesesakan lalu lintas di kawasan Berapit, Jalan Kampung besar di hadapan SRJK (C) Kim Sen adalah satu jalan pintas untuk masuk ke Perkampungan Berapit dan Penanti. Kereta yang ingin belok ke Jalan Kampung Besar selalu terpaksa beratur panjang dan kadang-kadang perlu beratur sepanjang lebih daripada 500 meter di Jalan Kulim. Ini mengakibatkan seluruh Jalan Kulim sesak. Seringkali saya menanya pelan untuk Kampung Besar ini dan jawapan yang saya telah dapat adalah reka bentuk projek pelebaran Jalan Kampung Besar telah diadakan tetapi sekarang masih dalam peringkat pengambilan tanah. Saya tahu tanah itu adalah dimiliki oleh RAC iaitu Railway Corporation akan tetapi saya minta satu tindakan proaktif diambil oleh Kerajaan Negeri. Saya ingin cadangkan menambah satu lalu lintas, satu laluan pintas di bawah jejantas di depan Sekolah Kim Seng supaya kenderaan tidak perlu lagi lalu masuk belok ke Jalan Kampung Besar. Dengan adakan shortcut ini, kenderaan tidak perlu lagi bertemu yang kenderaan daripada bahagian Kulim untuk ke Pekan BM tidak perlu lagi bertemu dengan kenderaan daripada Pekan BM ke Kulim berhadap ke Kulim. Ini dapat menyelesaikan masalah ini. Saya juga ingin menyentuh tol PLUS di Juru selepas Auto City yang hampir sesak pada bila-bila waktu bekerja. Saya sendiri pernah dengar satu cadangan daripada pihak industri untuk meminda tol ke kawasan lebih selatan yang jauh daripada Persimpangan Tol Tambun dan Bandar Cassia. Kawasan Juru telah dibangunkan dengan pesat dalam 20 tahun ini kini bukan sahaja kawasan industri tetapi penuh dengan kediaman dan hiburan dan pada masa siang atau balik atau siang bekerja kita nampak kesesakan ini bukan sahaja di sana tapi kadang-kadang jammed sampai Seberang Jaya. Walaupun terdapat 7 kaunter tol di bahagian tol Juru ke selatan tetapi dijadikan 3 lane selepas tol mengakibatkan satu bottleneck yang tidak dapat diselesaikan masalah jammed dan semasa kita menuju ke arah Visi Pulau Pinang 2030 iaitu Negeri Hijau perlulah kita ambil satu inisiatif atau menjadi satu coordinator supaya boleh mengurangkan karbon dioksida ini. Karbon dioksida ini ada di atas jalan sebenarnya tidak menambah tidak boleh membantu kita ke arah negeri hijau.

Last sekali, Rumah Rehat BM, Dato’ Speaker. Rumah Rehat BM atau BM Rest House telah diabaikan lebih 10 tahun seringkali saya untuk menyentuh hal ini dan saya sendiri merasa sangat geram semasa saya pergi tengok keadaan yang sangat teruk, tinggalkan bumbung yang pecah saja dan mungkin akan dirobohkan bila-bila masa. Semasa saya menyentuh perkara ini di Sidang Dewan yang lepas, warga Bukit Mertajam sangat ambil berat tentang hal ini dan saya terima pelbagai cadangan. Akan tetapi, keputusan akhir masih belum diperolehi dan Bukit Mertajam ini kurang satu tempat kesenian dan kebudayaan. Lorong Ang Cheng yang kita adakan satu program Sunday Market pada 2 minggu yang lepas, kurang 200 meter belakang itu…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Berapit minta 1 saja.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

..1 minit dan sambutan Sunday Market itu ini membuktikan penduduk Bukit Mertajam ingin sangat satu tempat untuk menitikberatkan kesenian dan kebudayaan. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan supaya menghidup semula Rumah Rehat BM bagi memanfaatkan warga Bukit Mertajam. Dengan ini saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Berapit. Seterusnya Yang Berhormat Bayan Lepas. Masa yang diberi, 25 minit.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Terima kasih Dato’ Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi robbil alamin, washolatu wassalamu ‘ala asrofil ambiya’i wal mursalin, wa ‘ala alihi wasohbihi ajma’in.

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat YB-YB EXCO, Yang Berhormat rakan-rakan ADUN sekalian. Syukur kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam kesempatan pada petang ini dapat kita bersama mendengar perbahasan perbahasan daripada semua ADUN-ADUN, InsyaAllah dalam kesempatan ini juga kita mengambil apa yang baik untuk kita laksanakan di tanah Negeri Pulau Pinang ini. Alhamdulillah kita masih lagi dalam mood raya hari ini adalah 30 Syawal, masih lagi ada jemputan-jemputan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tuan-tuan, puan-puan, Dato’ Speaker, kita baru sahaja terlepas daripada pandemik virus COVID yang menyusahkan kita selama dua (2) tahun dan kita berharapkan agar virus ini akan tamat selama-lamanya. Namun sekarang rakyat Malaysia khususnya terpaksa menghadapi satu lagi virus, amat-amat teruk yang dinamakan virus BN, virus 'Barang Naik'. Jadi bertabahlah wahai rakyat Malaysia moga-moga ada usaha daripada Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri untuk membantu meringankan kos sara hidup supaya penduduk, masyarakat di Malaysia ini dapat meneruskan kehidupan dengan seadanya dengan lebih sempurna, InsyaAllah. Dato’ Speaker, Pulau Pinang menyumbang pendapatan negara yang kedua terbesar. Pendapatan ekonomi dan pendapatan negara yang tertinggi. Namun demikian saya amatlah begitu sedih apabila dalam RMK, Rancangan Malaysia ke-12, Rolling Plan yang ke-2 kita hanya menerima peruntukan sebanyak 1.3 peratus sahaja iaitu RM997 juta daripada keseluruhan RMKe-12 itu. Inilah yang menyebabkan banyak projek-projek infra yang tergendala ataupun akan tergendala dan yang paling mendukacitakan apabila projek infrastruktur yang paling penting yang telah diluluskan dalam RMK yang ke-11 iaitu pembinaan Klinik Kesihatan Bayan Lepas Jenis 2 telah dibatalkan. Perkara ini amatlah menyedihkan kerana ia mendatangkan kesan kepada penduduk dalam DUN Bayan Lepas yang mempunyai jumlah sekarang ini mengikut perangkaan pada tahun 2020 seramai 85,000. Dato’ Speaker, Bayan Lepas juga mengharapkan agar Kerajaan Negeri terus memberikan keutamaan pembinaan klinik kesihatan ini dan memastikan rakyat kita mempunyai akses yang mudah kepada fasiliti kesihatan. Saya juga amat mengharapkan agar Kerajaan Negeri terus menekan dan memberikan keutamaan pelebaran jalan FT 6 Bukit Belah ke PUSPAKOM yang telah dimohon pelaksanaannya melalui RMKe-10 lagi. Kerajaan Persekutuan haruslah sedar bahawa pelaburan infrastruktur di Negeri Pulau Pinang tidak akan merugikan negara bahkan memulangkan hasilnya kembali kepada negara kita yang tercinta. Jika Pulau Pinang hanya

menerima sekitar RM800 ke 900 juta sahaja maka banyaklah perkara-perkara penting untuk menyumbangkan ke arah ekonomi yang mapan tidak dapat dilaksanakan. Dato’ Speaker, kesesakan trafik Bukit Belah ke Puspakom yang saban tahun saya bangkitkan menyentuh juga isu peruntukan ini Bayan Lepas sekali lagi membangkitkan isu kesesakan jalan raya di FT 6 Bukit Belah ke PUSPAKOM ini yang telah lama terjadi. JKR Pulau Pinang dimaklumkan telah memohon lagi pada RMKe-11 pada Julai tahun 2019 dan sekali lagi memohon dalam RMKe-12 pada Februari 2020. Namun, sehingga sekarang masih tidak diluluskan lagi oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU). JKR dalam laporannya menyatakan pada tahun 2018 telah menyatakan bahawa dalam lima (5) tahun lagi jalan FT6, jalan yang saya nyatakan berkenaan akan sesak dan tidak akan dapat menampung isipadu kenderaan lima (5) tahun bermakna pada tahun 2023 namun sekarang jalan tersebut dah tahun 2022, tahun 2021 pun amat sesak terutama di musim durian ini. Kalau Dato’ Speaker nak cuba kesesakan ini tera mana, boleh kita pergi ke Balik Pulau untuk bersama menikmati durian.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih di atas jemputan.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Dato’ Speaker, di Balik Pulau adalah pusat pentadbiran Daerah Barat Daya yang ada Pejabat Tanah, Pejabat Daerah, Mahkamah Syariah, JKN, Jabatan Perpaduan, Hospital Balik Pulau, Balai Bomba, Pejabat Pos, segala-galanya di sana. Pejabat Agama untuk nikah kahwin, istitusi pendidikan tinggi, dan sekolah dan yang lain juga termasuklah pembinaan perumahan-perumahan yang baharu. Manakala di bahagian Bayan Lepas dan juga di Bayan Baru ianya sebagai pusat ekonomi dan sektor perkilangan. Kesesakan tersebut benar-benar berada di tengah-tengah lokasi dua-dua. Makna kata, nak pergi Balik Pulau pun Teluk Kumbar, Sungai Batu jem, nak pergi ke Bayan Lepas, Bayan Baru pun jem. Sangkut di Teluk Kumbar dan Sungai Batu. Antara punca kesesakan ini yang sempat saya study ialah yang pertama, lampu isyarat di Persimpangan Sungai Batu telah tidak efisien, tak boleh guna dah. Yang kedua, wujud bottleneck antara Emerald Residence sehingga sekolah rendah di Sungai Batu iaitu apabila daripada 4 lorong dia menjadi ke 2 lorong. Yang ketiga ialah persimpangan di Pekan Teluk Kumbar, yang keempat adalah jalan 2 lorong tidak mampu lagi untuk menampung jumlah kenderaan, yang kelima adalah sikap pemandu itu sendiri. Saya dengan ini menekankan bahawa tindakan penyelesaian jangka pendek perlu dilakukan segera bagi mengelak situasi menjadi lebih buruk lagi. Walaupun kita tidak mampu untuk lakukan naik taraf semua bagi penyelesaian yang tuntas namun tindakan segera perlu dilakukan tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Kalau dilihat jawapan YB. EXCO sebelum-sebelum ini, kos amat tinggi mencecah RM400 juta lebih di mana untuk membayar pampasan sahaja JKR maklumkan mencecah RM200 juta lebih. Namun, dalam kesempatan ini saya lihat kita perlu mengambil pendekatan segera supaya Kerajaan Negeri dan MBPP membantu JKR bagi melebarkan jalan yang bermula dengan sambungan jalan empat lorong yang ada di Emerald Residence atau di tangki air PBA sehingga melepasi lampu isyarat Sungai Batu sahaja bagi peringkat awal. Saya minta Kerajaan Negeri dan MBPP campur tangan bagi fasa ini setidak-tidaknya dapat menyelesaikan masalah bottleneck dan gangguan lampu isyarat tersebut dapat diatasi dengan mewujudkan laluan terus daripada Balik Pulau tanpa berhenti di lampu isyarat di Sungai Batu. Sememangnya membina flyover adalah cara yang terbaik namun sudah tentu kos tinggi.

Bagi persimpangan Teluk Kumbar ke Gertak Sanggul yang tadi saya maksudkan itu penyelesaian jangka pendek antara Emerald dengan traffic light Sungai Batu itu dia tidak melibatkan tanah private. Ia hanya melibatkan sebahagian besarnya melibatkan tanah kerajaan, kita hanya menaiktarafkan sahaja dengan melebarkannya. Bagi persimpangan Teluk Kumbar ke Gertak Sanggul juga perlu diselesaikan secara teknikal yakni kajian mewujudkan laluan sehala atau meletakkan syarat kepada pemaju perumahan untuk melebarkan persimpangan jalan tersebut. Saya juga mengharapkan agar setiap projek yang dikenakan syarat melalui Traffic Impact Assessment (TIA) sebagai mitigasi masalah trafik. Syarat-syarat tersebut perlulah dilaksanakan. Maksudnya apabila pemaju datang ke Teluk Kumbar, Sungai Batu dan DUN Bayan Lepas, letakkan TIA itu sebagai langkah mitigasi kita. Mereka buat dulu, sebelum mereka menyiapkan projek mereka seperti yang telah dinyatakan masalah yang sama yang dihadapi oleh Pulau Tikus, projek perumahan dah siap, jalan pelebaran masih lagi tak siap-siap hingga mengganggu lalu lintas. Saya harap kita tidak hanya menunggu lagi peruntukan dari Kerajaan Pusat semata-mata namun kita perlu bertindak demi keselesaan rakyat. Dato’ Speaker, baru ini kita dengar bahawa terdapat kelonggaran daripada kerajaan menggunakan duit MARRIS dan pagi tadi pun kita telah dengar, saya sendiri dengar penjelasan oleh YB. EXCO, kelonggaran-kelonggaran ada syarat-syaratnya. Saya nak bangkitkan supaya kita sebolehnya guna duit MARRIS tersebut namun jawapan yang YB. EXCO maklumkan tadi nampak macam kita tak boleh guna. Tapi kemungkinan besar kita boleh memohon dengan seperti memohon permohonan Kebenaran Khas yang special bagi kita mengatasi masalah tersebut dan saya fikir kos tak sampai 600 meter tersebut, tak sampai RM2 juta. InsyaAllah kerana kosnya tinggi juga sebab pelebaran itu melibatkan ada slope sedikit.

Dato’ Speaker, kepelbagaian bebanan rakyat. Kos sara hidup sekarang amat tinggi dan bagi mereka yang berpendapatan rendah terpaksa menyara hidup dengan apa jua cara sekalipun. Mereka banyak yang mempunyai dua (2) karier, pagi kerja lain, petang kerja lain terpaksa buat dua kerja dalam sehari demi kelangsungan hidup. Dugaan amat perit lagi apabila pasangan yang ada tidak mampu bekerja sama ada sakit dan sebagainya ataupun yang uzur dan sedang diuji dengan masalah kesihatan. Di sini juga ingin saya lontarkan permasalahan rakyat. Kisah benar yang terjadi kepada Mohd Shakrisham bin Mohamad yang kehilangan anaknya Allahyarham Nur Ikmal seorang anak syurga, berumur 18 tahun yang telah menjadi korban kebakaran pada 8 Mei tahun 2022. Allahyarham seorang OKU hiperaktif terpaksa ditinggalkan oleh ayahnya untuk pergi kerja berhampiran dengan rumahnya. Ayahnya tiada pilihan lain kerana buntu untuk mendapatkan mereka yang sanggup untuk menjaga anaknya ketika bekerja memandangkan isterinya pula telah meninggal dua (2) bulan yang lepas akibat kanser dan juga mangsa COVID. Saya mohon Kerajaan Negeri dan Kerajaan Malaysia ambil perhatian khusus bagi mereka yang mempunyai anak yang OKU, autism atau hiperaktif supaya ibu ayah mereka boleh bekerja tanpa susah hati akan risiko meninggalkan anak mereka di rumah. Amat sukar bagi mencari penjaga atau pengasuh anak mereka ini, oleh itu saya ingin mencadangkan agar JKM membuat kajian terperinci bagi membantu hal ini. Saya juga telah menceritakan situasi yang berlaku kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang yang turut hadir menziarahi ayah arwah ketika kejadian dan jika boleh, masalah ini sama juga seperti tadi, warga emas terpaksa kita susah untuk cari mereka untuk menjaganya. Dalam masa yang sama kita perlu bekerja. YB. EXCO jawab ada PAWE dan sebagainya. Namun yang kes yang saya maklumkan ini, ada anak-anak OKU yang ibu bapa terpaksa bekerja, nak tinggal di mana. Kalau kerja normal shift mungkin ada PDK, mungkin ada orang yang sanggup tetapi apabila melibatkan kerja dengan shift, siang dan malam kita perlu melihat keperluan untuk menyediakan khidmat penjagaan anak-anak mereka. Dalam kes ini saya ingin mencadangkan jika ada kemampuan kita menggunakan

khidmat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), cuba kita minta supaya JKM study sama ada PDK ini boleh melaksanakan cadangan yang saya nyatakan tadi.

Dato’ Speaker, Penang2030 - Meningkatkan Kebolehdayahuni Dan Mempertingkatkan Taraf Hidup. Dasar keluarga selamat, membantu negeri dan meningkatkan taraf hidup rakyat, bandar rendah karbon, komuniti sihat, agenda hijau, isu bekalan air mentah, food security antara perkara yang disentuh juga dalam ucapan TYT. Ianya berkait rapat dan perlu dititikberatkan dengan sebarang perancangan pembangunan dan apatah lagi cadangan pembinaan asrama warga asing yang berskala besar dan sudah tentunya memberikan implikasi yang besar kepada masyarakat setempat. Saya amat menghargai niat baik Kerajaan Negeri dalam jawapan bertulis yang saya terima berkaitan cadangan itu untuk pembinaan asrama warga asing oleh pihak swasta bagi memenuhi Akta 446. Bayan Lepas amat memahami keperluan pembinaan tersebut dan kita sebenarnya kita tidak menolak jika dia buat di luar kawasan Bayan Lepas. Kita nak benda yang baik ini kita letakkan di tempat yang baik. Jangan kita letakkan di Bayan Lepas, di Teluk Kumbar ini, akan, lokasi yang tidak sesuai. Bayan Lepas, kita, saya sendiri saya tidak halang. Kita tahu, benda ini adalah penting untuk kegiatan ekonomi kita. Namun lokasinya tidak sesuai dan kita perlu diisolatedkan, terpisah dengan jarak. Kalau nak letak sekarang ini betul-betul di tempat kediaman rakyat kita. Bayan Lepas sekali lagi menegaskan untuk menolak cadangan pembinaan asrama warga asing ini di dua lokasi di Teluk Kumbar dan satu di Sungai Batu. Sesi libat urus untuk Social Impact Assessment telah dibuat dan respon daripada mereka yang terlibat dalam sesi tersebut semuanya menolak. Apatah lagi cadangan tersebut diletakkan dalam komuniti rakyat. Jika sebelum ini kita cuba selesaikan masalah penempatan warga asing yang berselerak, di flat-flat, di taman perumahan, atas alasan gangguan kepada penduduk tempatan, betul. Saya amat bersetuju langkah tersebut tetapi langkah untuk menempatkan mereka di perkampungan Melayu, di kawasan perumahan kos rendah PERDA, kos rendah Taman Sahabat, kos rendah Flat Seri Gertak Sanggul, Taman Pasir Belanda, Taman Kurma Permai, adakah itu wajar? Saya tidak boleh terima, ia ini diibaratkan sebagai bom jangka. Dikumpulkan beribu-ribu warga asing di dalam kawasan yang telah ada masyarakat kita. Ditegaskan dalam jawapan bertulis yang saya terima mengenai asrama ini, mereka akan di gated, dipagar dan mempunyai kawalan yang amat ketat. Persoalannya, adakah mereka ini seperti tahanan depoh? Atau dilayan seperti buruh paksa yang langsung tidak dibenarkan keluar? Adakah mereka juga pergi kerja, balik kerja dengan police escort macam naik Black Maria, kalau kita tengok ada escort, naik Black Maria pergi ke mahkamah, balik pun escort juga, depa tak boleh keluar, tak boleh naik Grab dan sebagainya seperti seorang pesalah. Dan saya ingin menyentuh sedikit mengenai own sustainable ataupun self-sustainable, projek asrama warga asing ini. Di mana, persoalannya adalah hak beragama. Kalau kita bercakap pasal social impact. Hak beragama. Jika mereka ini beragama Kristian, tadi cerita pasal depa tak boleh keluar terus, tak boleh keluar terus, dok dalam tu saja, self, maksudnya buat semua dalam tu. Kita nak tanya, jika mereka ini beragama Kristian, kebiasaannya mereka ini akan keluar mengunjungi gereja setiap hari Ahad. Adakah terdapat gereja dalam kawasan mereka? Jika mereka Islam, Muslim. Mereka juga berhak untuk beramal dengan agama mereka termasuklah kewajipan menunaikan solat Fardhu Jumaat. Adakah terdapat masjid di dalam kawasan penempatan mereka? Atau mereka dibenarkan keluar untuk solat Jumaat bersama penduduk tempatan? Adakah Masjid Teluk Kumbar, Sungai Batu mampu menampung jemaah solat yang berbelas-belas ribu atau berpuluhan ribu orang? Bagi saya, jika ianya melibatkan pekerja asing beragama Islam, amatlah wajar cadangan pembinaan asrama ini mengambil pandangan daripada institusi Islam seperti Majlis Agama Islam dan Jabatan Mufti kerana kami orang Islam ini, bila kita tinggal di satu tempat melebihi tiga (3) hari, di consider, dianggap sebagai pemastautin dan pihak masjid juga bertanggungjawab ke atas mereka yang berada di dalam kariah masjid tersebut. Setiap masjid ada lingkung kuasa ataupun lingkung sempadan pada mereka yang boleh kena, yang kena dihormati oleh semua pihak. Bagaimana

pula dalam sesi libat urus Social Impact Assessment (SIA), dimaklumkan bahawa pekerja berkenaan masih boleh keluar daripada kediaman mereka. Dalam sesi libat urus MPKK, bila ditanya mereka boleh keluar, tak boleh keluar, jawapan mereka adalah boleh. Jadi itulah ketirisan ataupun buah-buah untuk mendatangkan pelbagai masalah. Penduduk amat bimbang dengan masalah sosial yang akan berlaku. Demografi akan berubah, masalah keselamatan, masalah ekonomi, masalah keagamaan, perkongsian fasiliti dan yang paling merisaukan penduduk adalah yang paling merisaukan adalah penduduk tempatan akan terhimpit kerana mereka akan menjadi golong minoriti di tengah Bandaraya Antarabangsa Teluk Kumbar. Bandaraya Antarabangsa Teluk Kumbar. La ni dah jadi bandaraya dah sebab dia jem selalu. Lepas ini dia akan jadi Bandaraya Antarabangsa sebab pelbagai bangsa duduk di situ. Sehingga setiap inci pun tanah tersebut kita akan rasakan bukan hak kita. Jangan sampai warga asing pula menjadi nelayan part time, jangan sampai warga asing menjadi mengutip siput di pantai, jangan sampai peniaga asing menjadi peniaga di pasar malam sehingga mengganggu urusan hidup orang tempatan. Kita hidup dalam masyarakat seperti penyapu lidi. Kita ni sedikit, bila kita sedikit, makna kata kekuatan kita adalah sedikit berbanding warga asing yang jumlahnya yang amat besar daripada kita sendiri. Sudah tentu mereka akan menjadi penyapu lidi yang kuat boleh memukul kita. Sedikit demi sedikit mereka akan mendominasikan fasiliti awam, perniagaan dan akhirnya bumi dipijak milik orang. Saya juga mempunyai anak lelaki, saya juga mempunyai anak perempuan yang bersekolah dan juga kawasan berkenaan yang dicadangkan juga terdapat sekolah, pelbagai sekolah, sekolah menengah, sekolah rendah, sekolah KAFA, agama dan sebagainya. Saya juga takut keselamatan anak-anak saya. Begitu jugalah rakyat dan penduduk di sana. Dato’ Speaker, bantahan demi bantahan dari golongan pekerja dan penduduk tempatan yang amat tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Saya mengharapkan, jika melihat jawapan yang diberikan oleh YB. EXCO, amatlah baik sekali di mana jawapannya akan mempertimbangkan pandangan daripada ahli politik ataupun pimpinan tempatan. Saya harap ianya menjadi kenyataan supaya Kerajaan Negeri boleh menerima penerangan saya sebagai wakil rakyat dan juga pimpinan-pimpinan tempatan dan juga penduduk di sana. Kita mengharapkan agar alihkanlah cadangan tersebut ke lokasi yang lebih sesuai. Jika boleh, saya mencadangkan agar ianya dibuat, ditukar ganti tanah dengan tanah PDC di Batu Kawan. Dengan tanah milik persendirian yang telah dicadangkan untuk pembangunan asrama tersebut. Makna kata lot-lot tanah yang berada di Teluk Kumbar itu kita minta dilakukan swapping dengan tanah PDC di Batu Kawan supaya mereka boleh berkumpul di satu tempat kalau kata 200,000 orang, 200,000 orang itu saja. Silakan.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih kepada sahabat saya Bayan Lepas kerana memberi sedikit laluan kepada saya untuk mencelah dan isu yang dibangkitkan berkaitan dengan penempatan pekerja warga asing di Teluk Kumbar. Dalam soalan bertulis saya pun ada jawapan diberi dan melihat kebimbangan daripada YB. Bayan Lepas memang saya bersetuju melihat kepada angka atau jumlah yang terlalu ramai warga asing, pekerja warga asing yang akan mendiami kawasan tersebut dengan jumlah 35,580 penghuni. Jadi saya nak tanya, oleh kerana mereka adalah pekerja warga asing yang akan bekerja di kawasan industri, adakah YB. Bayan Lepas ada maklumat, berkaitan dengan asrama yang akan dibina itu sama ada dia di dalam kawasan perindustrian ataupun dalam kawasan penduduk perumahan penduduk? Kalau dalam kawasan perumahan penduduk, seperti mana yang dibangkitkan tadilah, dia akan memberi kesan yang negatif sama ada masalah sosial dan juga masalah-masalah lain. Jadi mohon penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bayan Lepas, dua minit lagi sahaja.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Terima kasih Penaga atas soalan tersebut. Kita sedia maklum kawasan cadangan tersebut adalah kawasan awam. Memang kita akui tanah tersebut jika di tingkat Teluk Kumbar itu adalah tanah yang digazetkan sebagai tanah industri kerana ada industri kecil di situ tapi kita perlu lihat juga, di situ jugalah penempatan flat-flat PERDA, kos rendah, ada tujuh (7) di situ. Kalau kata jarak di antara cadangan yang di hoarding di situ tak sampai pun 50 meter pun dengan penduduk. Jika dinaikkan sebanyak 27 tingkat, yang saya maksudkan di tapak pasar malam, Chong Company. Kalau jerit, gaduh pun dengar. Apatah lagi jika berlaku rusuhan dan sebagainya. Saya teruskan.

Bayan Lepas, sikit ja saya nak mencelah. Saya amat simpati dengan apa yang telah dihadapi oleh Bayan Lepas dan apa yang dicakap oleh Bayan Lepas adalah merupakan perkara yang akan berlaku. Kita tak kata kita boleh elak. Ia akan berlaku. Impak sosial, mungkin masalah jenayah dan sebagainya, ianya akan berlaku. Dia tidak akan terkurung di situ. Jadi, saya nak kepastian ataupun nak benda ini juga dikaitkan, dimasukkan supaya pihak Kerajaan Negeri mempertimbangkan bantahan orang ramai, kes yang sama akan berlaku di Pinang Tunggal, di Bertam, yang mana bantahan dah mencecah enam, tujuh ribu orang. Jadi benda ni perlu dilihat, bantahan dan, masalah rakyat…(gangguan), perlu dilihat…(gangguan).

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Dato’ Ketua Pembangkang, saya harap Dato’ Ketua Pembangkang juga boleh bersimpati dengan Kawasan-kawasan…(gangguan).

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Ini floor saya. Pengkalan Kota minta izin pada saya dulu baru boleh cakap. Minta izin saya dulu, baru mencelah. Saya bagi kepada Ketua Pembangkang untuk berhujah.

Ini yang saya nampak perlu Kerajaan Negeri pertimbang serapi-rapinya dari segi perlaksanaan sebab ini melibakan rakyat, melibatkan orang ramai, melibatkan penduduk tempatan. Kita nak bagi masalah. Pendatang asing, pekerja asing, orang luar baik, tapi penduduk tempatan yang menghadapi masalah.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Okey, kita ubahkan. Saya banyak lagi point yang saya nak sampaikan. Terima kasih atas…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Lagi satu (1) minit lagi, Bayan Lepas. Masa yang diberi hanya 25 minit. Ini dah 31 minit dah.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Yang ini isu besar… nanti saya panggil… ada isu lagi, okey. Jadi cadangan saya untuk penyelesaiannya secara saya rasa boleh dilakukan adalah dengan kerjasama syarikat tersebut dengan juga PDC supaya berlaku swapping atau pertukaran tanah yang sama nilai untuk kita letakkan mereka di satu tempat sahaja. Okey, saya sambung balik. Yang paling penting juga adalah, adakah kelulusan kebenaran merancang, Pelan Merancang, pembinaan diberikan sedangkan kita masih lagi tidak bersedia. Sungai Batu, Teluk Kumbar sering berlaku terputus bekalan air. Dan menghadapi tekanan air yang rendah. Apakah PBA telah bersedia untuk membekalkan air kepada hampir 44,000 orang pekerja asing dalam tempoh masa tak sampai tiga (3) tahun? Adakah PBA mampu untuk membekalkan air kepada penduduk di sana, satu masalahnya, membekalkan kepada 40,000 orang dan juga kepada flat-flat kos rendah ni, kebanyakkan depa tak ada water pump untuk pump naik. Flat lima (5) tingkat ni. Perkara ini adalah isu yang besar, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa perlu melihat secara serius supaya ianya tidak menjadi masalah yang besar sebelum meluluskan sesuatu perancangan. Langkah-langkah mitigasi perlu dilakukan terlebih dahulu sebelumnya ianya dilaksanakan. Saya tidak mahu perkara ini akan terjadi sama seperti SPS. Buat kilang dulu, air Sungai Bakap pun tak ada. Dalam group kita, Sungai Bakap pun air pun tak ada sampai suruh YB. Sungai Bakap letak jawatan. Isu air. Ni sekarang. Mitigasi tu bermakna langkah-langkah pencegahan sebelum terjadi masalah. Bukan dah jadi masalah, baru kita terkial-kial mencari jalan penyelesaiannya…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Ada lagi. Sat, sat. Dato’ Speaker, ada perkara yang saya terpaksa…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Cakap tentang Sungai Bakap, masa pun tak ditambah.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Saya minta kerjasama Sungai Bakap, jadi Tuan-Tuan dan Puan-Puan, rakan-rakan sekalian, Ahli Dewan Undangan yang mulia ini, jika nak lebih clear ataupun lebih mendalam,

boleh, saya boleh jemput, Tuan-tuan, Puan-puan sekalian ke kawasan cadangan tersebut. Dan kita tak ada masalah untuk kita berbincang dan sebagainya dan kita boleh open table, insyaAllah. Dato’ Speaker adalah dijemput.

Dato’ Speaker, Perumahan Rakyat. Tadi kita hentam, kali ini kita puji balik Dato’ Speaker. Tahniah kepada YB. EXCO Perumahan yang sentiasa bekerja bagi memenuhi kehendak penduduk Pulau Pinang yang amat memerlukan rumah sebagai tempat berlindung. Kejayaan Kerajaan Negeri mewujudkan rumah kos rendah yang boleh dimiliki secara rent to own amat dihargai kerana ianya amat membantu mereka yang sukar mendapat pinjaman bank. Buat masa ini, lokasi tersebut hanya ada di Kuala Jalan Baharu iaitu K Park. Saya amat mengharapkan agar rumah-rumah tersebut dibina di kawasan Teluk Kumbar dan Sungai Batu dan juga diwujudkan rumah mampu milik jenis A iaitu RM42,000.00 dan RM72,500.00. Saya amat mengalu-alukan agar lawatan yang dibuat sebelum ini bersama Lembaga Perumahan Negeri dan juga KPKT di lot 244 di Mukim 9, Teluk Kumbar iaitu tanah milik Kerajaan bagi membina perumahan rakyat dapat direalisasikan dengan segera. Dengan adanya rumah-rumah kos rendah, kita akan dapat menarik pekerja tempatan untuk bekerja di Pulau Pinang sekaligus mengurangkan kebergantungan kita kepada warga asing. Saya juga mengharapkan agar Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pianng memfokuskan rumah mampu milik Jenis A, B dan bukan C yang bernilai RM250,000 ke atas. Yang agak sukar dibeli oleh golongan pekerja kilang dan B40. Saya juga menyeru kepada rakan ADUN kita, Pengerusi PERDA, YB. Bertam yang ada dalam Dewan ini, CEO Perda Ventures, YB. Sungai Dua agar campur tangan dengan cadangan projek perumahan di Teluk Bayu, Sungai Batu. Yang tidak disertakan dengan RMM A dan B. Bagi saya PERDA sebagai instrumen kerajaan wajib meletakkan keperluan rakyat di depan dengan penyediaan jenis rumah itu, RM42,000.00 dan RM72,000.00. Saya juga ingin mohon jasa baik Kerajaan Negeri dan rakan-rakan YB. yang ada kuasa di PERDA supaya tidak mengabaikan Pantai Teluk Bayu yang sekarang ini menjadi tempat perkelahan tumpuan setiap hujung minggu…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Bayan Lepas. Saya padamkan mic kamu. Kalau di Parlimen hanya tiga (3) minit. Di sini kita bagi sampai 35 minit. Boleh… Sokong tak sokong?

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Tolong. Tak habis lagi. Tolong pastikan. Okey, penutup. Okey, saya laju. Ada banyak lagi. Isu pendidikan. Okey, last last. Pendidikan…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Setengah minit just kata sokong, sudah. Tak boleh you orang kena short cut sikit, tulis panjang-panjang.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Pendidikan adalah perkara asas yang menghasilkan modal insan pada negeri dan negara. Namun, kita lihat sejak Pakatan Harapan dibelot, kita sebagai wakil rakyat, ADUN ataupun Ahli Parlimen susah nak masuk ke institusi-institusi pengajian termasuk sekolah-sekolah. Namun demikian dalam masa yang sama, kita didekati oleh PIBG sekolah yang mewakili sekolah, minta

macam-macam, minta Smart TV, minta air-cond dan sebagainya. Jadi, saya mohon agar PPD, JPN dan KPM bersifat terbuka supaya kita boleh sama-sama memajukan anak bangsa kita. Saya rasa yang itu saja. Akhirnya…(gangguan)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ahkirnya saya sokong.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Akhirnya, kesempatan ini juga saya ucapkan terima kasih kepada YB. EXCO Belia dan Sukan yang telah meluluskan projek naik taraf gelanggang sepak takraw di Kampung Nelayan dan juga naik taraf gelanggang futsal di Sungai Batu, Teluk Kumbar untuk keperluan anak muda kita…(gangguan).

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan”

Sat lagi jumpa masa minum teh, ucap sana terima kasih boleh.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Akhirnya, saya juga ingin menarik perhatian kali terakhir untuk Lembaga Perumahan dan KPKT bahawa ada sebidang tanah milik PRIMA Corporation Sdn. Bhd. di Lot 2428 dan Lot 2144, Mukim 11, Bayan Lepas bersebelahan dengan Saujana Heights. Mohon ambil maklum, tanah itu adalah tanah PRIMA dan kita minta dimajukan untuk perumahan rakyat supaya rakyat kita boleh menikmati kehidupan yang lebih selesa dan ada rumah sendiri. Terima kasih kepada yang banyak membantu saya menyelesaikan isu perumahan YB. TKM, YB. MMK Agama, YB. Zairil, MMK Tebatan Banjir dan semua mereka yang terlibat dalam membantu saya di lapangan. Akhir sekali lagi, amalan yang baik, InsyaAllah akan dicatit oleh Tuhan. Pantun sedikit Dato’ Speaker.

Perbahasan usul bukannya bermadah; Mata kail panjangnya sejengkal; Demi rakyat dan negeriku teruskan melangkah; Kepada Allah berusaha, doa dan tawakal.

Mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Kekalkan Bayan Lepas sampai bila-bila.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dipersilakan Bukit Tambun. 25 minit ya. Lagi nanti you minta bola pula lagi lima minit.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Padang Kota, Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato’ Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Puan-puan dan Tuan-tuan yang saya hormati sekalian. Salam Sejahtera, Terlebih dahulu saya ingin panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana diberi kesempatan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan terhadap ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bagi Mesyuarat Pertama Pembukaan Persidangan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Keempat Belas. Sepanjang dua (2) hari, Sidang Dewan telah hangat membincangkan isu air, kesesakan lalu lintas dan jaminan bekalan makanan. Jawi juga, telah menerangkan secara terperinci dan panjang lebar tentang krisis air dan kesesakan di Seberang Perai Selatan. Oleh itu, saya tidak ingin menerangkan masalah-masalah tersebut, tetapi di sini saya ingin melontarkan soalan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan barisan EXCO tentang tindakan penyelesaian. Bilakah reservoir atau elevated tank di Batu Kawan akan dibina, siapakah yang akan bina dan kos pembinaan tersebut? Sebelum reservoir ini dilaksanakan, apakah tindakan kontigensi yang lebih menyeluruh akan dilaksanakan oleh PBA selain daripada pelan kontigensi yang telah dimulakan pada 26 Mei yang lalu. Selain daripada kita terus menunggu keputusan Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS), apakah alternative untuk menangani krisis air khususnya di SPS dan sekarang telah merebak ke lain-lain tempat. Di sini, saya ingin mencadangkan satu loji rawatan air dibina bersebelahan Empangan Mengkuang dan disalurkan ke sebahagian Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Ini dapat mengurangkan kebergantungan bekalan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Dua. Untuk makluman Sidang Dewan, loji rawatan Sungai Dua membekalkan 85% kepada air di seluruh Negeri Pulau Pinang. Mengenai isu kesesakan lalu lintas, ia bukan sahaja berlaku di Seberang Perai Selatan tetapi sebenarnya di seluruh Negeri Pulau Pinang. Antara hotspot kesesakan lalu lintas di Seberang Perai adalah meliputi Sungai Dua ke Jambatan Pulau Pinang, terutamanya pada waktu pagi. Persimpangan Bertingkat Bandar Cassia ke Sungai Dua pada sebelah petang. Jalan Perusahaan dan Jalan Kebun Nenas di DUN Bukit Tengah. Jalan Persekutuan dari Bayu Mutiara

sehingga ke Permatang Tinggi, iaitu sempadan DUN Bukit Tengah dan DUN Machang Bubuk. Jalan Persekutuan dari Kilang Silitech hingga ke Sungai Bakap, Jalan Bukit Tambun (FT149), Jalan Batu Kawan pada waktu senja iaitu jemnya dari Stadium Batu Kawan sehingga ke Tol Bukit Tambun. Jalan Perusahaan Valdor dan juga Tol Jawi. Oleh itu, di sini saya ingin mencadangkan satu Pelan Induk Pengangkutan Seberang Perai saya ringkaskan sebagai SPTMP diadakan di bahagian Pulau kita sudah ada PTMP. Oleh yang demikian Yang Amat Berhormat Ketua Menteri selalu mengatakan the future of Penang is Seberang Perai akan tetapi sebelum the future sampai ke Seberang Perai kesesakan di Seberang Perai sudah….(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sampai dulu.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Sudah sampai dulu dan kesesakannya lebih teruk daripada bahagian Pulau. Bagi cadangan Pelan Induk Pengangkutan Seberang Perai ini saya mencadangkan agar Penang Infrastructure Corporation Sdn Bhd untuk menerajui perancangan dan pelaksanaan memandangkan jalan-jalan di Seberang Perai ini merangkumi terlalu banyak agensi. Jalan Persekutuan, Jalan Bukit Tambun di bawah Kementerian Kerja Raya, Jalan-Jalan Negeri di bawah JKR (Jabatan Kerja Raya) JKR dengan KKR ni walaupun bawah payung yang sama tetapi bidang kuasa berlainan keseluruhan Batu Kawan dan jalan-jalan yang dibina oleh PDC masih lagi di bawah PDC, tanah –tanah kawasan-kawasan perindustrian PERDA masih belum diserahkan kepada MBSP masih di bawah PERDA. Stesen bas Penang Sentral bawah Penang Sentral dan semua stesen keretapi di bawah KTM. Oleh yang demikian, kita perlu ada satu agensi milik Kerjaan Negeri untuk untuk mengkoordinasikan bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas ini. Apabila kita menyentuh tentang isu air dan kesesakan lalu lintas, saya faham sejak Ogos 2018 saya mengutarakan soalan-soalan yang berkaitan ini ada yang sudah diselesaikan ada yang masih berlanjutan kekangan utama Kerajaan Negeri adalah kewangan. ‘No Money No Action’…(dengan izin), Dato’ Timbalan Speaker. Berdasarkan kepada jawapan Yang Amat Berhormat Padang Kota kepada saya kepada soalan bertulis saya Kerajaan Negeri telah mengutip berjaya mengutip hasil keseluruhan berjumlah RM692.24 juta pada tahun 2021 iaitu mendapat pencapaian 136.8% berbanding anggaran hasil berjumlah RM560.02juta. Tahniah Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Pulau Pinang. Walau bagaimanapun prestasi kutipan hasil ini masih tidak mampu menampung Perbelanjaan Mengurus sebenar yang berjumlah RM734.06 juta Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjimat cermat dapat menjimatkan sebanyak 20% berbanding anggaran bajet berjumlah RM909.82 juta namun kita masih lagi mengalami defisit. Oleh yang demikian sebenarnya Kerajaan Negeri tidak memiliki peruntukan kewangan berlebihan untuk menangani terutamanya isu kesesakan lalulintas di Jalan-Jalan Persekutuan di Lebuh Raya Utara Selatan dan juga Lebuh Raya Utara Selatan. Oleh yang demikian seperti yang diketengahkan oleh ADUN Bukit Tengah tentang peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Negeri kesaksamaan menurunkan peruntukan Persekutuan. Di sini saya menyaran Kerajaan Persekutuan perlu menyalurkan peruntukan untuk menaik taraf infrastruktur terutamanya sistem jalan raya di jalan-jalan Persekutuan di persimpangan bertingkat Lebuh Raya Utara Selatan dan juga plaza tol di Tol Jawi, di Tol Bukit Tambun, di Tol Juru, kesemua ini perlu dipertingkatkan. Antara permintaan Bukit Tambun ialah Jejambat Jalan Bukit Tambun. Ini merupakan bottleneck, kesesakan bagi hampir bagi keseluruhan kesesakan di Seberang Perai Selatan. Kedua jejambat Jalan Perusahaan Valdor berdekatan dengan Kilang Esteno. Walaupun PDC telah menjalankan

pelebaran Jalan Perusahaan Jalan Valdor daripada dua laluan kepada empat laluan tetapi bottleneck yang baru akan wujud di jejambat Jalan Perusahaan Valdor yang merentasi Lebuh Raya Utara Selatan. Ketiga persimpangan bertingkat bandaraya Bandar Cassia Lebuh Raya Selatan sekarang persimpangan bertingkat ini hanya menyambungkan Lebuh Raya Utara Selatan dengan Jambatan Kedua dan tidak bersambung ke Jalan Persekutuan. Oleh yang demikian Persimpangan Bertingkat Bandar Cassia ini perlu dinaiktarafkan sebagai Persimpangan Bertingkat yang penuh…(gangguan).

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Minta laluan Bukit Tambun. Saya cuma ingat nak tanya Bukit Tambun di mana tadi saya ada dengar untuk menaik taraf di ketiga-tiga tol yang sedia ada. Memang ini kita kena minta kebenaran daripada LLM. Selain daripada tol, adakah Bukit Tambun berpendapat saya rasa terdapat dua audi, dua jambatan di bawah Kawasan Bukit Tambun iaitu satu di Jalan Tasek ia bukan Jalan Tasek yang Tasek Mutiara yang nak melintas ke Jalan Bukit Tambun dan satu juga jambatan di jambatan Perusahaan Valdor sebab memang itu memang jambatan yang di design direka pada tahun zaman dahulu hanya satu laluan sahaja satu laluan pergi satu laluan balik dan ini akan menjadikan bottleneck di persimpangan so adakah Bukit Tambun berasa kedua-dua jambatan ini perlu dinaik taraf?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saya sokong.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih kepada Jawi. Saya memang menyokong cadangan Jawi. Sebenarnya tadi saya sudah menyentuh tentang Jejambat Jalan Perusahaan Valdor dan tambah pula Jejambat yang merentangi laluan kereta api iaitu menghubungkan Bandar Tasek Mutiara ke Jalan Persekutuan yang digunakan oleh Yang Berhormat Perai setiap hari. Perai dia pun mengadu balik kepada saya dia jammed dari rumah ke KOMTAR kadang-kadang dekat dua jam. Oleh yang demikian satu penyelesaian kesesakan ini perlu dilakukan secara komprehensif dan peruntukan sebab melibatkan Jalan-Jalan Persekutuan peruntukan Persekutuan adalah diperlukan. Keempat tentang dedicated bypass…(dengan izin), dari Juru ke Sungai Dua kita sedia maklum dari Juru Auto City ke Sungai Dua pagi, petang, malam jem. Oleh itu satu dedicated bypass perlu disediakan bagi mengasingkan through traffic dan local traffic seperti yang seperti di Ipoh. Kita perlu ada kalau tidak Lebuh Raya kalau masa kerja memang sesak teruk kalau bila musim perayaan musim kecutian mencutian lagi tidak boleh dilalui…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tiap-tiap hari Jumaat juga.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Ya, tiap-tiap jumaat memang jem. Sekarang bukan lagi untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker kesesakan dari Juru ke Sungai Dua tidak lagi tahap kepada hari Jumaat sahaja tiap-tiap hari tiap-tiap pagi tiap-tiap petang selepas waktu bekerja memang sesak hingga tidak boleh bergerak.

Seterusnya saya ingin menyentuh tentang isu tempatan tentang pencemaran udara dan sungai di Hijauan Valdor. Baru-baru ini Jabatan Alam Sekitar telah mengadakan kajian di tapak selama 24 jam dan tiga parameter telah dikesan iaitu Toulene, Hydrogen Sulfide, Methane yang telah melebihi Standard Accurate Exposure Guideline Level iaitu dengan singkatan AEGL. Dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan DO, kami telah membuat keputusan untuk merujuk perkara ini kepada Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Kimia untuk dapat ulasan selanjutnya. Oleh yang demikian dalam isu ini saya memohon dalam peringkat jangka pendek ini pihak JPS saya minta sekali lagi walaupun kita pernah lakukan kita perlu mengorek balik parit yang dipenuhi kumbahan ternakan ini sekali lagi kita bersihkan kemudian pada masa yang sama Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Kesihatan bawah Majlis Bandaraya Seberang Perai perlu memantau dan menjalankan penguatkuasaan dengan ketat dan tegas terhadap penternak-penternak yang melepaskan kumbahan terus ke parit atau saliran, itu penting. Dalam isu ini kita perlu ambil tindakan yang tegas. Penduduk-penduduk sekitar tidak membantah ternakan di kawasan Valdor, akan tetapi penternakan dan isu pencemaran kita tidak boleh samakan kalau peternakan dijalankan mengikut garis panduan garis panduan dan syarat-syarat bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan juga MBSP pencemaran sungai tidak sepatutnya berlaku. Ketiga bagi menangani isu kumbahan ini satu pelan kontigensi jangka pendek juga perlu dilakukan disebabkan loji rawatan kumbahan berasaskan biogas yang dijangka akan dibina pada pertengahan dimulakan pada pertengahan Jun ini namun dalam tempoh 24 bulan atau dua (2) tahun sebelum loji ini disiapkan kita perlu ada satu Plan Kontigensi kalau tidak sepanjang dua (2) tahun ini pencemaran akan berlarutan, masalah penduduk-penduduk di Hijauan Valdor, di Perkampungan Valdor, masalah pengerat, barang-barang logam yang berkarat, barang-barang elektrik yang mengalami kerosakan akan berlanjutan. Oleh itu, kita perlu ada satu Pelan Kontigensi. Selain daripada pencemaran sungai yang berlaku di SPS, sebenarnya pencemaran sungai juga berlaku di seluruh negeri, dalam perkara ini saya tidak akan menerangkan secara panjang lebar, sebab saya mempunyai soalan lisan dalam bab ini. Seterusnya adalah tentang ternakan ikan sangkar. Dalam ucapan perasmian Tuan Yang Terutama (TYT), beliau ada menyentuh tentang Pulau Pinang merupakan pengeluar ikan sangkar yang tertinggi di Malaysia bagi tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2019, 2020, 2021 dengan pengeluaran sebanyak 12,039.45 metrik tan dengan nilai RM260.8 juta yang dimana melibatkan 226 penternak pada tahun 2021. Di sini kita mungkin kita bangga dengan pencapaian ini akan tetapi sebenarnya penternak ikan sangkar ini semakin berkurangan. Antara masalah yang dihadapi oleh mereka adalah masalah pencemaran air laut, masalah perubahan ekologi air iaitu isu kekurangan oksigen apabila berlaku masalah kekurangan oksigen dalam satu sangkar itu, semua ikan akan mati. Masalah penternakan secara konvesional, penternak-penternak sehingga kini masih lagi tidak dapat membuat pinjaman bank disebabkan sangkar ikan ini adalah hanyalah TOL yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dan masalah yang terbesar adalah kekurangan tenaga pekerja. Kalau kita melalui jambatan kedua kita akan dapat melihat sangkar-sangkar ikan ini kalau dari Batu Kawan ke arah Pulau Pinang disebelah kiri kita dapat lihat sangkar-sangkar ikan. Siapakah anak-anak tempatan yang boleh, yang ingin, yang mampu bekerja di atas sangkar sepanjang 24 jam? Oleh itu, sektor ini sebenarnya memerlukan tenaga kerja asing terutamanya dari Myanmar, akan tetapi sudah 3,4 tahun kerajaan memberhentikan pengambilan pekerja asing. Oleh demikian, saya di sini menyeru agar Kerajaan Pesekutuan membuka semula atau melonggarkan syarat-syarat untuk penternak-penternak ikan sangkar mendapatkan pekerja asing untuk bekerja di atas sangkar.

Seterusnya tentang Stadium Negeri Pulau Pinang, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Bagan Jermal yang telah menjawab soalan lisan saya pada kelmarin dan saya juga mengalu-alukan cadangan Bagan Jermal untuk membangunkan Stadium Batu Kawan sebagai Sport City. Untuk makluman Sidang Dewan, Stadium Batu Kawan ini terletak di persimpangan Jalan Batu Kawan dan Lebuhraya Bandar Cassia. Tanah seluas 150 ekar iaitu sebidang tanah di atas tempat yang begitu strategik. Sudah 22 tahun kita masih lagi kekal dengan venue utama sahaja iaitu yang hanya melibatkan seluas 40 ekar, balance, baki masih lagi 100 hingga 110 ekar. Oleh itu saya sudah dapat melihat usaha gigih daripada Bagan Jermal untuk membangunkan kemudahan untuk merancang membangunkan kemudahan-kemudahan sukan yang berkualiti seperti yang dicadangkan oleh T.Y.T. dalam ucapan rasmi beliau. Oleh itu, kita perlu cepat, kalau kita dah bersedia untuk menganjurkan sekiranya dapat SUKMA pada tahun 2028, kemudahan-kemudahan sukan yang berkualiti ini perlu dimulakan mulai hari ini juga. Kemudahan-kemudahan sukan, perkampungan sukan dan juga lain-lain, fasiliti yang berkaitan. Dalam pembangunan sport city ini kita perlu penglibatan swasta sebab sukan ini merupakan satu sektor yang membakar wang ringgit. Oleh itu, kita perlu pembangunan komersial untuk cross subsidy…(dengan izin), bagi memastikan pembangunan sukan ini maju secara mampan. Apabila menyentuh tentang Stadium Batu Kawan, saya tidak boleh elak daripada menyentuh tentang bola sepak. Sejak Bagan Jermal memegang Portfolio EXCO Belia dan Sukan, memang Stadium Batu Kawan kini kita telah dinaiktraf dengan trek olehraga dan perlawanan-perlawanan bola sepak seperti Belia dan juga Piala Presiden telah diadakan semalam, pasukan Piala Presiden Pulau Pinang telah menewaskan Kedah 3-1, saya berharap bukan sahaja liga untuk Belia dan Piala Presiden tetapi Penang FC juga perlu menjadikan Batu Kawan sebagai stadium utama. Apabila menyentuh tentang Penang FC, di sini saya juga perlu meluahkan pandangan saya tentang Penang FC, 2020 kita johan Liga Premier, 2021 kita mendapat tempat ketiga Liga Super, pada ketika ini kita dalam tempat tercorot. Oleh yang demikian, satu post moterm dan juga rombakan perlu diadakan. Ini kita perlu sebab kita telah membelanjakan peruntukan kewangan yang agak besar dan bola sepak ini merupakan sukan diminati keseluruhan rakyat. Oleh itu, kita perlu, kita perlu memastikan pasukan bola sepak kita sentiasa mempamerkan pretasi terbaik…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Lagi satu minit sahaja.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Okey. Macam ni kena masuk Sungai Bakap. Di Sungai Bakap memang…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tambah 2 minit.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Saya telah dalam 30, dalam 30 soalan bertulis saya kepada ini saya lebih kurang 6 soalan menyentuh tentang Sungai Bakap, dan Sungai Bakap juga menghadapi masalah kesesakan iaitu di persimpangan Jalan Tasek dan juga Jalan Valdor, jawapan yang saya perolehi daripada Tanjong Bunga iaitu Jalan Tasek dari Petronas sehingga ke Kilang Muda tidak akan dinaiktaraf. Oleh yang demikian, saya berharap pihak Kerajaan Negeri, JKR dapat mengambil tindakan untuk

menangani isu kesesakan lalu lintas di Sungai Bakap sebab kita sudah ada Laporan TIA, pihak pemaju swasta, tidak kira Asas Dunia, Tambun Indah atau dan juga GUH sebenarnya satu loop iaitu dari bermula dari Balai Polis Simpang Empat, Jalan Tasek ke Kilang Muda kemudian belok kanan Jalan Valdor sehingga ke SMK Valdor kemudian balik ikut jalan Persekutuan sehingga ke Balai Polis Simpang Empat satu lingkaran tersebut sebenarnya Kajian TIA yang terperinci sudah dibentangkan di pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai. Oleh itu, tindakan-tindakan selanjutnya perlu kita lakukan dengan segera. Kedua tentang kuari-kuari di sepanjang Jalan Valdor. Kita sedia maklum, Dato’ Timbalan Speaker selalu menyentuh kita buka kuari tanah, kuari batu di sepanjang Jalan Valdor dan pengangkutan lori lebih kurang 500 trip sehari ke arah Batu Kawan ke arah Byram. Oleh yang demikian, kita sebenarnya perlu membangunkan Tanah Perindustrian IKS ataupun berasaskan pertanian di Jalan Valdor, di kawasan Sungai Bakap untuk mewujudkan peluang pekerjaan, mengurangkan mobiliti dari bahagian timur ke barat dan juga mengurangkan pembukaan kuari-kuari baru, kuari-kuari baru sebab bahagian Batu Kawan, bahagian Byram, bahagian sebelah barat, persisiran pantai semua merupakan kawasan tanah paya, tanah lembut.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Satu minit campur 2 minit, 3 minit sudah habis.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Okey dan sebagai ADUN angkat Sungai Acheh, saya menyentuh sedikit tentang Sungai Acheh, di sini saya memohon jalan-jalan kampung di sekitar Sungai Acheh perlu dinaiktaraf oleh Pejabat Daerah ataupun JKR sebab Peruntukan 02 oleh ADUN-ADUN sebenarnya tidak cukup untuk membina satu jalan tar di satu kampung pun, oleh itu jalan-jalan ini perlu dinaiktaraf disebabkan 60% daripada DUN Sungai Acheh ini adalah kawasan kampung dan jalan ini masih lagi dalam status crusher run iaitu jalan-jalan berbatu sahaja. Pada masa yang sama Jawi ada sentuh tentang jeti. Jeti-jeti nelayan yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di kawasan Changkat, kawasan Nibong Tebal. Sebenarnya perkara yang sama juga berlaku di sepanjang Sungai Kerian, di pesisiran pantai di Sungai Chenaam, dan Sungai Udang. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada Penanti agar kita, kita kenal pasti jeti-jeti nelayan sedia ada di bahagian SPS termasuk di DUN Bukit Tambun, DUN Jawi ataupun DUN Sungai Acheh kita kenal pasti dan kita naiktaraf kepada jeti yang lebih…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Bukit Tambun.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Sistematik untuk menjadikan pengkalan kepada nelayan-nelayan dan juga kepada pengusaha ikan ternakan sangkar. Dengan…

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Masa 30 minit campur 5 minit, Sungai Bakap sudah habis.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Okey. Dengan ini …(gangguan).

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Sokong?

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Saya sekali lagi, saya sekali lagi menyeru kepada Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan dan juga Sidang Dewan sekalian. Memang, Kerajaan Negeri kita telah mencapai 90% berdasarkan manifesto yang kita ketengahkan pada tahun 2018, akan tetapi kita masih lagi menghadapi isu air, isu kesesakan lalu lintas, isu pencemaran sungai. Tetapi Kerajaan Negeri kita menghadapi kekangan kewangan. Peruntukan kewangan merupakan kunci utama untuk menyelesaikan ketiga-tiga masalah ini dan kita mohon Kerajaan Persekutuan bersikap saksama kepada Kerajaan Negeri, luluskan permohonan kita tak kira RMK-12 atau RMK-13. Yang tidak termasuk dalam RMK, kita juga perlu memberi peruntukan kecemasan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengatasi masalah-masalah tersebut bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat di Negeri Pulau Pinang. Sekian, terima kasih. Saya, Bukit Tambun menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat, kalau macam ni, kemungkinan kita akan bersidang sampai pukul 8.00 esok malam. Terima kasih Bukit Tambun. Dipersilakan Sungai Pinang.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Okey. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, puan-puan dan tuan-tuan yang saya hormati sekalian. Salam Sejahtera dan Salam Penang2030. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan di dalam Dewan yang mulia ini. Dato’ Yang di-Pertua, masih belum terlambat untuk saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada para hadirin dan seluruh anggota pentadbiran Kerajaan Negeri, semoga kalian senantiasa beroleh kesejahteraan, sihat sejahtera dan sentosa. Saya ingin memanjangkan rasa bersyukur kepada Ilahi kerana kita semua kini telah diberi keberkatan untuk beralih ke fasa endemik. Tetapi kita semua perlu ingat bahawa kita masih belum lagi berada dalam fasa yang benar-benar selamat maka senantiasa jaga SOP sekiranya tiada keperluan, kita duduk di rumah sahaja.

COVID ya, tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Ketua Menteri Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, di atas kepimpinan beliau yang berwibawa, kita dapat memastikan tiada golongan yang terpinggir dalam mendapat inisiatif dan bantuan dari Kerajaan Negeri agar mereka dapat meneruskan dengan kehidupan harian mereka. Tidak lupa juga kepada pasukan saya di KADUN Sungai Pinang, iaitu MPKK, JPWK, Pasukan C-Dert, Relanita dan para sukarelawan yang telah banyak menabur jasa dan bakti sepanjang tempoh yang sukar dan mencabar ini. Sepanjang pelaksanaan PKP akibat daripada penularan wabak COVID-19, Pejabat KADUN Sungai Pinang telah menyalurkan bantuan sebanyak lebih kurang

7,000 set bakul makanan dan juga ada ayam, ada ikan, sayur-sayuran dan lain-lain kepada penduduk yang kurang bernasih baik di KADUN Sungai Pinang. Saya ingin sentuh tentang pusat penjagaan ibu selepas bersalin. Isu pusat penjagaan ibu selepas bersalin iaitu confinement centre…(dengan izin), telah lama menjadi topik hangat di setiap Sidang Dewan Undangan Negeri. Menurut Organisasi Kesihatan Dunia ataupun World Health Organisation (WHO) penjagaan ibu selepas bersalin ‘post natal care’ sangat penting untuk kesihatan mental dan fizikal ibu, dan juga pertumbuhan bayi khususnya pada bulan pertama mereka dilahirkan. Bayi yang dapat penjagaan selepas bersalin yang baik akan kurang risiko menjangkit penyakit kronik ataupun meninggal pada tempoh baru dilahirkan. Manakala ibu dapat mengelakkan mendapat penyakit tempoh panjang selepas bersalin dan mengurangkan risiko mendapat postpartum depression. Maka Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk mencari cara penyelesaian untuk isu ini dan pada tahun 2022, satu pencapaian yang amat besar telah didapati.

Mesyuarat EXCO pada 25hb Mei telah meluluskan cadangan garis panduan pusat penjagaan ibu selepas bersalin. Garis Panduan ini menyelaraskan kualiti perkhidmatan dan isu operasi pusat penjagaan ibu selepas bersalin. Penggubalan garis panduan ini diketuai oleh MMK Pembangunan Sosial dan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang iaitu PWDC dan Tuan Penasihat Undang-Undang telah pun memberi input kepada garis panduan tersebut. Selepas ini, kedua-kedua Kerajaan Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) merupakan agensi pelaksanaan garis panduan tersebut. Kelulusan garis panduan ini telah menunjukkan keprihatinan dan keazaman Kerajaan Negeri untuk menangani isu ini dan kesihatan rakyat Pulau Pinang. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Petugas, mendraf garis panduan pusat jagaan ibu selepas bersalin, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam jawatankuasa tersebut seperti Yang Berhormat Bukit Tambun, terima kasih, Yang Berhormat Berapit, Ketua Pegawai Eksekutif PWDC iaitu Madam Ong serta Ahli Majlis, Puan Tan Soo Siang dan Puan Heng atas usaha-usaha yang diberikan. Sebanyak dua belas (12) mesyuarat berasingan telah diadakan bersama kedua-dua pihak Pihak Berkuasa Tempatan, pengusaha-pengusaha, agensi kerajaan dan AJK Jawatankuasa Petugas. Syabas, ini adalah usaha kita semua secara bersama. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Di sini saya ingin sentuh tentang dasar keluarga selamat, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, menekankan kepentingan dasar keluarga selamat semasa ucapan beliau pada Jumaat minggu lepas. Betul, dasar ini hanya terdapat di Pulau Pinang dan first support points Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga semakin dikembangkan. Baru-baru ini pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Pejabat Tanah dan Daerah Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menghantar first support points yang dikenal pastikan ke bengkel yang diadakan oleh PWDC dan Pusat Kesedaran Wanita iaitu WCC. Selain itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah menghadiri sebanyak tiga (3) bengkel yang disediakan oleh PWDC dan Kemban Kolektif untuk mempertingkatkan kemahiran mereka dalam pengendalian kes keganasan rumah tangga. Ini menunjukkan pihak kerajaan dan penguatkuasa Pulau Pinang sangat tegas dalam membanteras masalah keganasan sosial ini.

Sesi kesedaran dasar keluarga selamat juga diadakan secara ketara di mana dalam tempoh dua (2) tahun lebih telah terdapat lebih daripada 20 sesi diadakan dengan pihak yang pelbagai yang melibatkan lebih daripada 1,000 para peserta. Semua usaha ini merupakan testimoni kegigihan Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan dasar ini dan usaha ini baru-baru diiktiraf oleh pihak antarabangsa. Pada bulan ini, aplikasi mobile 'Penang Stops Violence' oleh Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dan Jabatan Penang GIS telah memenangi 'Geospatial World Award' dalam kategori Keselamatan Awam. Tahniah, kepada EXCO MMK Pembangunan Sosial dan Kerajaan Negeri. Aplikasi ini dicipta dengan tujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada mangsa keganasan rumah tangga, lokasi dapat bantuan dan first

support points melalui aplikasi mobile pada masa yang diperlukan. Justeru, anugerah ini merupakan pengiktirafan kepimpinan transformasi dan organisasi yang ingin membawa suatu perubahan kepada industri dan kemanusiaan.

Di sini, dengan bangganya juga, saya ingin kongsi pengalaman saya di mana kami bersama dengan pejabat saya, kami telah berjaya menyelamatkan dua (2) ibu bersama anak-anak mereka. Sejak wujudnya first support points. Mereka sekarang sedang menjalani kehidupan baharu yang lebih selamat, lebih sihat dan selesa, dan salah seorang bapa telah didakwa di mahkamah atas tuduhan cederakan isteri dan dera anak-anak. Jadi saya rasa ini adalah satu mesej yang boleh disalurkan, mesej kepada mereka yang ingin melakukan keganasan, bahawa Kerajaan Negeri dan pasukan penguatkuasa di Pulau Pinang akan menjadi sokongan kepada mereka, kepada ibu-ibu, kepada anak-anak iaitu kepada mangsa-mangsa supaya mereka akan takutlah, saya rasa. Pelaku selalunya mereka rasa “oh!.. mangsa, dia tak ada siapa yang boleh sokong mereka”.

Maka kita jadi support system mereka dan saya berharaplah bahawa usaha, saya haraplah bahawa usaha kerajaan ini akan dapat sokongan daripada semua dan kita perkembangkan first support points ini di seluruh Pulau Pinang. Jadi di mana sahaja kita boleh nampak ada, kita boleh mangsa boleh cari maybe jiran, persatuan di mana-mana sahaja, di komuniti bila-bila dia didera atau dicederakan, dia mengalami keganasan rumah tangga, dia dapat bantuan segera. Jadi ini adalah satu kejayaan yang saya rasa kita boleh melangkau lebih jauh lagi dan saya suka bahawa ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya keluarga selamat. Polisi keluarga selamat ini dapat menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai satu negeri yang sesuai ditinggal yang mana satu negeri, keluarga di Negeri Pulau Pinang adalah lebih selamat, lebih sesuai ditinggal, diduduki. Pembangunan sosial di Pulau Pinang, Dato’ Yang di-Pertua, pada tahun 2020, Kerajaan Negeri telah melakukan satu rombakan bagi semua portfolio EXCO di Pulau Pinang. Salah satu portfolio yang telah dirombak adalah Pembangunan Sosial dahulu dikenali sebagai Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Saya amat bersetuju dan menyokong penuh dengan rombakan portfolio ini kerana ini boleh mejadi salah satu cara untuk kita menyentuh lebih ramai golongan yang terpinggir. Walau bagaimanapun, saya berasa kita perlu mempunyai satu skop yang lebih jelas mengenai portfolio ini agar ianya tidak bercanggah dengan portfolio lain yang sedia ada. Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang dapat memudahkan golongan kanak-kanak, wanita, keluarga dan warga emas melalui portfolio ini. Namun jika kita lihat dengan lebih jelas kita juga sudah mempunyai portfolio kebajikan untuk mengendali isu-isu ini serta ianya juga bercanggah di antara dua (2) atau tiga (3) portfolio. Barangkali ini akan melambatkan sesuatu proses itu untuk dilaksanakan dengan kadar segera kerana melibatkan suara dari pelbagai pihak. Oleh itu, saya berharap Kerajaan Negeri dapat memastikan peranan dan tanggungjawab portfolio masing-masing ini untuk menyentuh golongan masyarakat yang berlainan contohnya seperti belia warga orang kurang upaya atau banduan melalui portfolio pembangunan sosial. Ya, saya akui saya menyatakan belia dan kita sudah mempunyai portfolio belia dan sukan untuk menjaga golongan anak muda tetapi saya yakin apabila kita telah merombak portfolio pembangunan sosial, maka portfolio ini juga harus memainkan peranan bagi menjaga isu-isu sosial melibatkan belia. Perkara ini harus dipercerahkan dan dijelaskan serta dipermudahkan pada masa ini agar pihak-pihak yang terlibat dalam membuat dasar untuk menjalankan kerja-kerja yang sepatutnya serta memastikan kita membuat perancangan hala tuju yang kena pada tempatnya. Di sini saya ingin sentuh tentang belia dan kita akan adakan satu jelajah Belia Sungai Pinang selain daripada jelajah cendol, pasembor oleh PWDC.

Dato’ Yang di-Pertua, saya dengan penuh gembira ini memaklumkan kepada Ahli Dewan bahawa dibawah KADUN Sungai Pinang, kita telah memulakan dua inisiatif. Yang pertamanya adalah, Pusat Belia yang telah ditubuhkan dan dirasmikan juga oleh Yang Berhormat Soon Lip Chee, EXCO Belia dan Sukan pada 19hb Mac tahun ini. Pelbagai program juga telah dilaksanakan dibawah pusat belia ini sejak ianya diwujudkan. Sehingga kini pusat ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti barangan IT dan lain-lain lagi yang memudahkan anak muda Sungai Pinang untuk melakukan aktiviti serta meluang masa mereka dengan lebih berfaedah. Yang kedua pula adalah pusat gym yang telah diwujudkan di kawasan PPR Jalan Sungai iaitu di Sungai Pinang yang masih belum dirasmikan oleh YB. EXCO Belia dan Sukan. Saya akan memohon satu tarikh daripada pejabat YB. untuk meminta kehadiran anda bagi perasmian pusat gym ini. Ingin mewakili penduduk PPR Jalan Sungai walaupun mereka terdiri dari golongan yang kurang berada tetapi mereka berhak juga menikmati apa yang golongan lain ada. Jadi dengan adanya atas keprihatinan EXCO Belia dan Sukan mereka dapat bersenam dengan gym-gym yang dipasang dan saya nampak selepas itu saya nampak memang badan mereka lebih cergas, mereka lebih sihat sekarang ya, terima kasih. Terima kasih kepada YB. EXCO di atas segala usaha dan kerjasama yang telah anda berikan bagi menjayakan inisiatif untuk memperkasakan anak muda Sungai Pinang, teruskan semangat ini. Saya juga ingin mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana telah berjaya mewujudkan sebuah Jawatankuasa Belia Pulau Pinang di negeri ini. KADUN Sungai Pinang juga telah berjaya untuk membentuk sebuah jawatankuasa yang merangkumi pelbagai kaum, bangsa, agama dan jantina untuk menerajui jawatankuasa ini di peringkat kawasan Sungai Pinang. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada Ahli Dewan di sini mengenai satu pendekatan yang bakal diambil oleh Jawatankuasa Belia Sungai Pinang iaitu untuk memulakan suatu Jelajah Belia Sungai Pinang di peringkat KADUN Sungai Pinang dengan kerjasama bersama pelbagai rakan strategik dari agensi kerajaan. Jelajah Belia Sungai Pinang merupakan suatu inisiatif yang telah dicadangkan saya selaku ADUN Sungai Pinang bagi memperkasakan golongan anak muda di KADUN Sungai Pinang. Menerusi jelajah ini anak muda akan didedahkan dengan pelbagai inisiatif dibawah agensi kerajaan sama ada di bawah Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat, agar mereka dapat diberi pemahaman dan hala tuju mengenai permohonan kerja atau peluang perniagaan yang barangkali dapat memberi harapan untuk mereka menuju ke hadapan. Bukan itu sahaja, golongan belia dari Sungai Pinang yang mempunyai produk jualan mereka juga boleh membuka gerai, membuka booth bagi mempamerkan dan membuat jualan produk ini dan ini juga bagi membuat membuka suatu platform kepada anak-anak muda untuk membuat pemasaran produk mereka di kalangan penduduk tempatan itu sendiri. Saya bersama Ahli Jawatankuasa Belia Sungai Pinang juga akan melakukan satu sidang media bagi meguar-uarkan mengenai inisiatif ini. Satu pesanan untuk anak-anak muda saya di KADUN Sungai Pinang, anda merupakan pewaris Pulau Pinang! Selaku ADUN atau seorang wanita yang berpangkat ibu untuk anda semua, saya akan berusaha untuk membuka pelbagai platform dan peluang untuk anda menceburi dan mencungkil bakat anda sendiri. Dato’ Speaker, saya ingin sentuh tentang isu pembangunan tempatan di Sungai Pinang.

Di sini saya ingin membangkitkan satu isu mengenai pembangunan melibatkan kawasan Sungai Pinang yang isu ini saya pernah bangkitkan berkali-kali di Dewan, namun saya akan bangkitkan sekali lagi. Ketika Pakatan Harapan mentadbir Kerajaan Pusat, cadangan untuk perancangan pembangunan rumah PPR di Lot 10042 dan Lot 10043 berhampiran Kota Giam, Tokong Batu dan IWK di Jelutong telah dipertimbangkan oleh KPKT serta beberapa lawatan tapak juga telah dilakukan oleh mereka. Namun tetapi, pembinaan ini tidak dapat direalisasikan dengan lebih lanjut akibat daripada tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan di peringkat

Persekutuan. Oleh itu, saya ingin memanjangkan permohonan ini sekali lagi demi rakyat dan penduduk saya di Sungai Pinang. Bilakah Kerajaan Pusat akan meneruskan semula dengan projek pembinaan ini? Saya difahamkan terdapat juga cadangan pembangunan yang akan merangkumi tanah Lot 500, 501 & 503, Seksyen 9W, Daerah Timur Laut di bersebelahan kilang Pen Apparel, Lebuh Bakau. Cadangan ini bertujuan untuk penempatan semula premis industri, bengkel-bengkel dan lain-lain. Di sini saya ingin maklumkan bahawa sejak jadi wakil rakyat di Sungai Pinang, saya telah cadangkan supaya tanah Lot 10042 dan 10043 dibangun semula dengan perancangan lebih teratur supaya penduduk tempatan dapat hidup dalam suasana yang lebih selesa dan sihat. Disebabkan projek pembangunan di sekeliling dan binanya Lebuhraya Dr. Lim Chong Eu, penduduk di kawasan tersebut terhimpit dalam arus pembangunan. Mereka terpaksa mengalami pelbagai masalah seperti keadaan persekitaran yang kurang hygiene, keadaan infrastruktur dan sistem perparitan yang kurang memuaskan telah menyumbangkan kekerapan berlakunya banjir kilat dan ancaman keselamatan nyawa sekiranya berlaku kebakaran. Kebajikan dan kualiti kehidupan rakyat Pulau Pinang amat sangat diutamakan. Penduduk telah hidup terseksa sekian lama ini dan mereka adalah daripada golongan B40. Tidak mungkin berkebolehan membeli rumah mampu milik. Penyelenggaraan masa panjang telah menelan banyak peruntukan tetapi tidak akan menangani masalah tertimbul atau dihadapi penduduk tempatan. Saya sedar proses pembinaan ini bukannya merupakan suatu proses yang mudah malah akan memakan masa dan melibatkan implikasi kewangan juga, tetapi jangan disebabkan itu kita abaikan kebajikan penduduk yang kurang bernasib baik ini. Saya berharap Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak yang terlibat akan memberi keutamaan dalam perancangan pembangunan ini demi merealisasikan harapan penduduk yang telah lama tertunggu-tunggu. Dato’ Yang di-Pertua, isu pencemaran sungai. Satu lagi isu yang ingin saya bangkitkan adalah yang mengenai…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, masa hampir cukup. Masa hampir cukup.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Okey, jadi bagilah sedikit. Thank you terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, yang ini sangat penting sebab ini bukan kali pertama saya bangkitkan tetapi masih belum ada satu jalan penyelesaian. Kita mengatakan bahawa visi Pulau Pinang 'Cleaner, Greener Penang' tetapi bagaimana kita ingin mengangkat visi ini sekiranya sungai kita berada dalam keadaan yang tercemar ok. Isu pembuangan sampah telah lama berlarutan disebabkan kerana kekurangan tindakan penguatkuasaan yang agresif oleh Kerajaan Negeri. Selaku ADUN saya tidak terperanjat dengan pendedahan kira-kira satu tan sampah sedang dikutip dari Sungai Pinang setiap hari. Adakah ini soal kekurangan pendidikan, sikap acuh tidak acuh atau masalah pengurusan sisa pepejal dan infrastruktur yang tidak mencukupi. Dasar Pengasingan Sisa di Punca Pulau Pinang 2016 telah dikuatkuasakan sejak Jun 2017, namun mengapa rakyat tidak mematuhi peraturan di bawah Akta Kerajaan Tempatan ini? Saya yakin masalah pembuangan sampah dapat ditangani dengan pendidikan, perancangan pengurusan sisa yang berkesan, kemudahan bagi pengumpulan sisa besar atau pukal, pelaksanaan yang cekap dan penguatkuasaan yang ketat. Semua pihak sering mengaitkan pembuangan sampah dengan tingkah laku masyarakat tetapi adalah perlu mengetahui mengapa mereka bertindak demikian, kemudian baru kita boleh melaksanakan

tindakan yang sewajarnya. Pulau Pinang merupakan sebuah bandaraya, dan kita harus bersama-sama dalam mengekalkan status itu dengan membuktikan kepada persada antarabangsa bahawa sungai di negeri kita sentiasa bersih. Sudah cukup untuk kita bercakap mengenai pendidikan kesedaran awam, sekarang masa untuk kita ambil tindakan tegas. Dengan tindakan yang diambil, kita sama-sama boleh memastikan Negeri Pulau Pinang akan kekal cleaner, greener pada bila-bila masa. Saya berharap cadangan saya akan dipertimbangkan oleh pihak berkenaan. Sekarang masa untuk kita ambil tindakan tegas.

Yang di-Pertua (Speaker)

Habis?

Sedikit habis.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih, saya percaya rakyat jelata Pulau Pinang juga akan bersetuju, dengan pelaksanaan tindakan tegas maka kita dapatkan kekalkan visi Penang Cleaner, Greener dan saya juga yakin cadangan ini akan mendapat sambutan yang baik dan akan disokong oleh rakyat Pulau Pinang kerana kita semua mahukan sebuah negeri yang bersih dan selesa untuk menjalani kehidupan. Dato’ Speaker, cadangan KOMTAR untuk penanaman pokok tekoma sebagai tarikan, sebenarnya kita telah tanam 63 pokok tekoma di Karpal Singh Drive pada Oktober 2020, jadi inisiatif bersama ini adalah ini Inisiatif bersama dengan The Pink Hibiscus Club, MBPP dan saya dan ia akan dijangka berbunga lepas 3 tahun ditanam. Maka kita berharaplah pada akhir tahun depan, Persiaran Karpal Singh akan mekar dengan bunga-bunga tekoma. Jadi Dato’ Yang di-Pertua, selaku ADUN, ianya akan sentiasa menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan rakyat Pulau Pinang khususnya di KADUN Sungai Pinang tidak termasuk dalam golongan yang terpinggir tidak kisah dalam mana-mana aspek pun sekali, oleh itu saya berharap cadangan saya dapat dipertimbangkan serta menerima sambutan baik daripada rakan Ahli Dewan yang lain. Saya dengan ini menyokong ucapan Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Keempat Belas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Sekian, terima kasih Dato Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih tepat 25 minit. Sila Pengkalan Kota belajar daripada Sungai Pinang, 25 minit dari sekarang.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Baik terima kasih Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, ingin saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih di atas peluang untuk turut mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul terima kasih ke atas ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas ini. Pada sesi Dewan Undangan Negeri ini, ia dapat dianjurkan dibawah situasi yang lebih longgar selaras dengan fasa peralihan kepada endemik selepas musibah COVID-19 melanda negara dan negeri kita. Ingin saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapakan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga petugas-petugas barisan hadapan kita yang bertungkus lumus untuk memastikan situasi pandemik COVID-19 di Pulau Pinang ini terkawal dengan kadar R-Naught pada 0.88 yang dicatatkan pada 29 Mei 2022. Melihat kembali kepada peranan yang diambil oleh Kerajaan Negeri berhadapan dengan pandemik COVID-19, saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini boleh turut bersetuju bahawa Kerajaan Negeri telah melakukan yang terbaik, melalui kempen Penang Lawan COVID-19 serta pakej-pakej bantuan yang disampaikan dan banyak rakyat Pulau Pinang turut berasa bangga kerana dasar, polisi serta tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinag benar-benar prihatin dan sampai kepada rakyat. Situasi ini telah mewujudkan satu perbandingan, di antara pentadbiran dengan pentadbiran iaitu secara khususnya di antara Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Pakatan Harapan dan Kerajaan Persekutuan dibawah Perikatan Nasional terdahulunya yang telah dilabelkan sebagai #KerajaanGagal dan kini di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Melihat kepada isu yang sering kali dibangkitkan khususnya melalui media masa, saya yakin rakyat di luar sana masih menaruh harapan yang tinggi khususnya kepada Kerajaan Negeri dibawah pentadbiran Pakatan Harapan. Banyak isu juga berjaya kita menangani dan diatasi oleh Kerajaan Negeri dan ini telah menyumbangkan kepada tanda aras ataupun, (dengan izin)…benchmark yang lebih tinggi kini diletakkkan di atas bahu Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini adalah langsung berbeza dengan Kerajaan Persekutuan, di mana pada ketika ini ramai yang tidak lagi menaruh harapan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh rakyat. Kita lihat menteri pimpinan Kerajaan Persekutuan, telah hilang entah ke mana apabila negara kita dilanda pelbagai jenis krisis dan kes-kes rasuah, penyalahgunaan kuasa termasuk pimpinan tertinggi UMNO ini, malah tidak diambil seriuslah, boleh dianggapkan sebagai norma baharu di era pentadbiran di bawah Kerajaan Barisan Nasional ini.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, baru-baru ini, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan telah mengumumkan pencapaian Manifesto seperti mana yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-14, di bawah tema “Saya Sayang Pulau Pinang”. Dan sehingga 9 Mei tahun 2022, 68 Manifesto yang telah dijanjikan tersebut telah mencapai 90% dan banyak lagi usaha yang telah diambil untuk memastikan ke semua janji di dalam Manifesto tersebut akan ditunaikan. Namun demikian, terdapat pihak-pihak yang tertentu yang mempertikaikan kadar pencapaian di dalam Manifesto tersebut cuba untuk memutarbelitkan fakta. Dan ada pula yang cuba mendakwa bahawasanya Kerajaan Negeri dalam penggal sepanjang empat tahun ini, hanya fokus untuk melaksanakan 68 perkara di dalam Manifesto yang tercatat dalam Manifesto saja. Dan sebenarnya ini adalah pandangan daripada mereka yang pantang, melihat kejayaan dan pencapaian Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

Bagi saya, antara pencapaian yang patut dibanggakan adalah reformasi-reformasi institusi yang dijanjikan dan selanjutnya ditunaikan oleh Kerajaan Negeri untuk mengukuhkan lagi semangat demokrasi di dalam negeri ini. Reformasi institusi yang penting seperti had penggal jawatan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga pelantikan Yang Berhormat Ketua Pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Dewan, adalah untuk mengekang sebarang penyelewengan dan ketirisan pentadbiran Kerajaan Negeri. Dan terdapat pihak di luar sana yang cuba untuk menggambarkan bahawasanya, sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan menerajui pentadbiran di Kerajaan Persekutuan ini, seolah-olahnya di bawah Pakatan Harapan tidak apa, apa benda yang telah dibuat. Sebaiknya, banyak sebenarnya yang dibuat. Cumanya saya yakin sekiranya "Langkah Sheraton" ini tidak berlaku, kerajaan pintu belakang ini tidak berlaku, saya yakin lebih banyak lagi Pakatan Harapan dapat sampaikan kepada rakyat. (Ahli Dewan Menepuk Meja)

Ada dikalangan rakan-rakan kita dari pembangkang, yang cuba untuk mempertikaikanlah pencapaian di dalam Manifesto yang kita tawarkan kepada rakyat menjelang PRU yang ke-14 ini. Tapi bagi saya, ada Manifesto lebih baik daripada Kerajaan Persekutuan yang sekarang, yang tak ada Manifesto yang kita semua orang pun tak tau Kerajaan Persekutuan kini nak buat apa, seolah-olahnya ada banyak hala tuju, kita pun tidak pasti ke mana mereka hendak nak pergi.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang prihatin, khasnya kepada isu-isu yang dihadapi oleh warga Pulau Pinang, termasuk isu perumahan khususnya berhubung dengan kemampuan pemilikan dan pembangunan dan pengurusan perumahan di negeri ini, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang yang telah memainkan peranan yang begitu baik untuk memastikan aspirasi Kerajaan Negeri di dalam aspek pembekalan perumahan mampu milik ini telah dicapai mengikut sasaran yang telah ditetapkan. Dan selain daripada peranan teras di dalam pembangunan perumahan mampu milik, Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang turut memainkan peranan yang penting bagi membantu penduduk-penduduk yang menetap di skim perumahan awam yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri bagi menubuhkan Perbadanan Pengurusan selepas telah mencapai ¼ agreget unit syer yang telah dipindah milik, iaitu selaras dengan keperluan yang termaktub di dalam Akta Hakmilik Strata dan juga Akta Pengurusan Strata. Dan susulan daripada ini, beberapa projek perumahan awam telah berjaya ditubuhkan Perbadanan Pengurusan khususnya pada tahun ini selaras dengan kelonggaran daripada segi SOP (Prosedur Operasi Standard) untuk menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan secara fizikal, dan ini termasuk Flat Gat Lebuh Noordin yang selepas siap dibina pada tahun 1970 telah berjaya menubuhkan Perbadanan Pengurusan pada 30 April 2022, iaitu selepas 52 tahun. Meskipun mengambil satu masa yang panjang, saya rasa ini adalah satu pencapaian yang baik di mana ia bukan satu usaha yang senang dan banyak sesi libat urus perlu dilaksanakan untuk mendapatkan persetujuan daripada penduduk setempat untuk memikul tanggungjawab bagi menguruskan rumah kediaman yang kini telah menjadi milikan mereka sendiri.

Namun demikian, pada saat Kerajaan Negeri memberi tumpuan ke atas pembangunan perumahan mampu milik bagi memenuhi permintaan rakyat Pulau Pinang, saya rasa perlu juga kita memperkasakan dari segi aspek pengurusan bangunan berstrata dan ini boleh dilihat oleh Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang. Dengan jumlah peningkatan unit kediaman berstrata, semestinya ia akan membebankan agensi yang bertanggungjawab. Misalnya Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB), di kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan dengan tambahannya jumlah unit nombor strata ini, ini akan membebankan tugas mereka dan tanggungjawab mereka. Dan dengan ini, saya ingin mencadangkan supaya Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang dapat mengambil peranan yang lebih proaktif di dalam aspek ini, untuk mengenal pasti amalan terbaik ataupun, (dengan izin)…best practise dan memberikan latihan, panduan serta sokongan yang berkenaan kepada Badan Pengurusan Bersama dan Perbadanan Pengurusan di skim-skim perumahan berstrata ini.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Pengkalan Kota.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Silakan, Bagan Dalam.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Boleh, minta laluan. Okey. Pengkalan Kota, saya pun nak rekodkan di dalam Dewan ini, apabila kita bercakap tentang perumahan, Negeri Pulau Pinang adalah salah satu negeri contoh, di mana pembekalan rumah-rumah ataupun Skim Perumahan kepada penduduk adalah tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain, di mana harga rumah mampu milik pun di Pulau Pinang yang paling terendah RM42,000.00, di mana KL semua sudah naik. Tetapi kita lihat kadang kala pemaju mengambil mudah apabila mereka buat rumah-rumah, projek perumahan skim perumahan RMM A dan B dan ada yang pemaju-pemaju yang buat projek strata tidak menjalankan AGM ataupun tidak menyerahkan secara, secara eloknya. Ini menjadi satu masalah di mana LPNPP perlu mengambil, perlu mengenalpasti satu cara untuk mengawal pemaju ini biar dia pemaju di luar kawalan kita, di luar Kerajaan Negeri dalam Kerajaan Negeri, PDC sendiri di kawasan saya ‘Jiran Residensi’ ada banyak isu. Sudah dibina, sudah diberi kepada penduduk ada defection, lebih daripada enam (6) bulan tidak ada apa-apa respon daripada PDC sampai mereka tulis surat kepada CM. So, saya nak minta LPNPP mengambil perhatian perkara ini dan keep track, apa ni the track record of this such a developer untuk in future ini saya nak rekodkan. Pinjam masa Pengkalan Kota sikit.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih rakan saya daripada Bagan Dalam. Ya, saya setuju tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Dalam tadi. Tapi, sebenarnya terdapat agensi yang berkenaan sepatutnya untuk menguatkuasakan Akta-Akta ataupun Klausa-Klausa yang tertentu di dalam Akta Pengurusan Strata yang tersebut bagi memastikan pihak pemaju apabila siapnya

sesebuah skim perumahan untuk membantu penduduk yang membeli skim perumahan tersebut untuk menubuhkan Perbadanan Pengurusan yang sewajarnya. Tapi, saya rasa kurang adil untuk kita membebankan Lembaga Perumahan untuk execute ataupun menjalankan fungsi yang termaktub dalam Akta. Tapi, bagi saya Lembaga Perumahan boleh memainkan satu peranan supporting untuk membantu skim-skim ini supaya pengurusannya dapat mencatatkan satu keadaan yang lebih baik.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Ramai di antara Ahli-AhIi Yang Berhormat, tadi telah membangkitkan dan hari ini juga kita ada satu usul daripada rakan saya daripada Machang Bubuk untuk membincangkan tentang kenaikan harga dan kos sara hidup yang menjadi masalah utama yang dihadapi oleh rakyat secara umum. Saya tak bercadang untuk masuk kesana sebab banyak rakan-rakan kita telah mengambil bahagian dalam perbahasan pagi tadi. Namun, situasi ini sebenarnya juga memberikan kesan dan impak negatif terhadap perniagaan dan sektor swasta khususnya dengan peningkatan kos bahan mentah, akibat daripada penyusutan nilai mata wang dan juga kekurangan tenaga kerja. Perbezaannya di antara sektor swasta, di mana sektor swasta boleh membuat keputusan perniagaan. Mereka boleh membincang, mengkaji selepas itu membuat keputusan perniagaan untuk menyelaraskan harga dan juga kuantiti hasil untuk mengurangkan kadar kerugian yang terpaksa mereka hadapi menjelang situasi yang tidak menentu ini. Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula, kita tidak mempunyai sebarang pilihan. Tetapi untuk meneruskan projek-projek pembangunan yang telah dirancang ini, demi kesejahteraan rakyat Pulau Pinang secara keseluruhannya. Faktor ini telah mengakibatkan kepada nilai projek yang boleh direalisasikan melalui peruntukan pembangunan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Untuk projek yang sama, ia mungkin akan menelan kos yang lebih tinggi kalau dibandingkan saya bagi contoh mungkin kalau kita nak bina satu gelanggang bola keranjang, mungkin nilai dia adalah lebih rendah berbanding dengan tahun ini di mana berikutan dengan peningkatan kos-kos bahan binaan tersebut. Nilai matawang yang sama mungkin tidak dapat menghasilkan projek pembangunan yang setimpal berbanding dengan tahun yang lepas. Jadi, sehubungan dengan ini saya ingin mencadangkan bahawa satu mekanisma boleh dikaji untuk menyelaraskan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang akan membawa nilai yang terbaik serta mengikut garis masa yang telah ditetapkan. Saya rasa yang penting juga adalah untuk kita lihat kepada penyediaan perancangan, serta sebut harga juga harus diteliti dengan baik dengan mengambil kira faktor harga yang sewajarnya ataupun melaksanakan rundingan bersama dengan pihak-pihak pembekal khususnya dalam proses pemerolehan secara pukal untuk menggandakan nilai setiap sen peruntukan yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri ataupun, (dengan izin)…value for money. Dan selain daripada itu, perancangan yang rapi juga akan membolehkan Kerajaan Negeri untuk mencatatkan penjimatan dalam pelaksanaan projek pembangunan. Saya bagi contoh mungkin untuk kerja-kerja penyelenggaraan yang kita telah memberikan komitmen, misalnya di bawah Tabung Penyelenggaraan Maksima. Mungkin kita boleh lihat perancangan di mana berapakah, tangki air yang kita perlu rancang untuk dijalankan untuk tahun semasa tersebut? Mungkin kita boleh laksanakan pembelian secara pukal bagi menjimatkan sedikit sebanyak kos bagi melaksanakan komitmen pembangunan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini. Dan juga terma pembayaran yang berkaitan juga boleh dikaji untuk memastikan projek pembangunan dapat diteruskan, meskipun di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Tadi usul Machang Bubuk yang dibangkitkan itu berkait rapat dengan nasib rakyat Negeri Pulau Pinang. Dan cadangan saya ini adalah berkait rapat dengan nasib, situasi, prestasi kewangan Kerajaan Negeri. Saya harap perkara ini dapat dipertimbangkan.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, situasi ekonomi yang seperti mana saya sebutkan tadi, selaras dengan selepas pandemik COVID-19 ini, telah mendatangkan pelbagai isu yang melibatkan sosial dan kemasyarakatan. Baru-baru ini, terdapat isu-isu di mana terdapat pemilik tanah yang ingin mendapatkan penjanaan ekonomi yang Iebih baik keatas tanah mereka, dengan melaksanakan perintah pindah ke atas penduduk setinggan yang sedia ada. Namun kita rasa bangga di mana di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh Pakatan Harapan, kita sentiasa prihatin tentang pemilikan perumahan, khususnya golongan yang terjejas dengan perintah pindah ini. Jawatankuasa SPEC telah banyak membantu dengan memberikan keutamaan kepada mereka yang terlibat dalam kes perintah pindah untuk membeli Rumah Mampu Milik Jenis 'A' atau 'B'. Dan dasar yang sewajarnya juga dilaksanakan untuk memastikan pemilik tanah untuk menawarkan pampasan kepada golongan yang terjejas dengan perintah pindah ini. Namun, kita ada satu dasar yang baik, apabila terdapat isu penduduk setinggan yang terpaksa dipindah keluar, kita boleh bantu untuk menawarkan Rumah Mampu Milik. Nasibnya kurang berbeza dengan Rumah-Rumah Ibadat Bukan Islam ini. Rumah-Rumah Ibadat yang terlibat dengan perintah pindah ini akan menerima impak yang lebih besar berbanding dengan penduduk setinggan. Kalau penduduk kita boleh carikan rumah untuk pindahkan mereka. Kalau tokong ke, kuil ke, susah untuk kita dapatkan rumah melainkan dasar di bawah Kerajaan Negeri untuk menawarkan tapak-tapak RIBI, Rumah Ibadat Bukan Islam. Dan di sini saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datok Keramat dan juga Yang Berhormat Padang Lalang yang senantiasa prihatin dalam penawaran tanah RIBI dan juga prihatin tentang hal ehwal yang berkait rapat dengan isu RIBI. Dan isu tanah RIBI ataupun kekangan tanah yang kita hadapi di Negeri Pulau Pinang ini, bukan satu perkara yang barulah. Dan seperti rakan saya daripada Batu Uban pun, pernah bangkit dalam perbahasan beliau tentang lokasi tapak RIBI yang kurang sesuainya untuk kita menjalankan relocation untuk tapak RIBI ini. Justeru dengan ini, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memulakan kajian, untuk mempertimbangkan pembangunan bangunan RIBI secara bertingkat. Saya rasa kita sampai masa untuk mempertimbangkan untuk mewujudkan bangunan RIBI secara bertingkat bagi mengatasi kekangan, kekurangan tanah yang sesuai untuk kita menempatkan rumah-rumah ibadat yang terlibat dengan perintah pindah.

Dengan bentuk bangunan secara bertingkat, ia mampu menyediakan kemudahan-kemudahan seperti bilik mesyuarat, bilk persidangan, tempat letak kereta dan lain-lain kemudahan yang boleh dikongsikan bersama bagi menampung keperluan para penganut di sesebuah Rumah Ibadat Bukan Islam dan ini saya rasa perlu satu kajian dan sesi libat urus secara holistik lah. Banyak stakeholders, pemegang taruh yang perlu kita engaged bagi kita cuba untuk merealisasikan cadangan ini. YB. Dato' Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk membangkitkan isu tentang Pelabuhan Pulau Pinang dan juga perkhidmatan feri. Saya masih ingat pada persidangan yang sebelum ini, saya telah membangkitkan tentang isu jadual feri yang hanya bermula pada jam 7.30 pagi dan ini tidak akan

memanfaatkan mereka yang terpaksa sampai ke tempat bekerja ataupun sekolah pada awal pagi.

Dan perkara ini sebenarnya telah diberi perhatian oleh pihak yang tertentu di mana mulanya 10 Januari 2022, tambahan perkhidmatan pada jam 6.30 pagi telah dilaksanakan. Saya ucapkan teriam kasih atas tindakan yang diambil selepas perkara ini telah dibangkitkan. Tapi, agak malangnya baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada 18 Mei 2022, berhubung kerja-kerja untuk mengeluarkan kemasan bumbung di gudang tujuh (7) dan lapan (8) di Pengkalan Weld Pulau Pinang yang merupakan bangunan warisan kategori dua (2) tanpa sebarang kelulusan. Dan saya difahamkan kerja-kerja yang dijalankan tanpa kelulusan itu adalah sebahagian daripada usaha pembangunan semula kawasan Tanjung City Marina dan meskipun permohonan pembangunan tersebut masih belum diluluskan, kerja-kerja untuk mengeluarkan kemasan bumbung telah pun dilaksanakan.

Dan saya yakin Ahli-ahli Yang Berhormat apabila melalui Pengkalan Weld sebelum sampai ke Dewan Undangan Negeri, anda boleh lihat rangka gudang tersebut yang telah tertonjol akibat kemasan bumbung yang telah dikeluarkan tersebut. Dan ini adalah satu tindakan langsung tidak menghormati undang-undang dan khususnya di kawasan zon teras Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town. Saya boleh memahami sekiranya sektor swasta yang tidak begitu arif tentang undang-undang ataupun peraturan yang terpakai khususnya di kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town di mana ia telah dinyatakan secara teliti di dalam rancangan kawasan khas Tapak Warisan Dunia George Town namun, adalah begitu menyesal apabila terdapat pihak yang melakukan kesalahan tersebut adalah sebahagian daripada Agensi Kerajaan.

Jadi dengan itu saya ingin memohon agar Kerajaan Negeri untuk menyemak secara teliti isu dan kesalahan ini serta mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan ini supaya ia dijadikan satu pengajaran kepada semua pihak untuk tidak memperlekehkan undang-undang yang berkenaan, khususnya yang berkait rapat dengan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town kita. Ini adalah secara langsung berbeza dengan usaha Kerajaan Negeri yang melakukan konservasi dan pengurusan yang baik ke atas Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town kita melalui George Town World Heritage Incorporated dengan pelaksanaan dasar-dasar seperti Heritage Seed Fund dan juga norma baharu untuk membantu warisan tidak ketara seperti kraf dan juga perniagaan tradisi yang masih beroperasi di Bandar George Town ini. YB. Dato' Yang di-Pertua, usaha gigih turut di ambil oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan melalui proses pendigitalan. Di dalam era digital baharu ini, banyak urusan harian kini boleh dilakukan secara atas talian. Namun ini telah membuka risiko baharu yang mendedahkan identiti dan maklumat sensitif kepada pihak-pihak yang mempunyai agenda tersendiri. Selain daripada kes penipuan yang sering kali kita boleh baca melalui laporan akhbar, kes penipuan atas talian, pelbagai jenis scam, macau scam ke yang kini semakin kerap. Kita baru-baru ini juga dikejutkan dengan kes di mana simpanan tetap di dalam bank boleh dipindahkan kosnya kalau tak silap saya dekat RM18,000.00 boleh dipindahkan keluar daripada bank tanpa sebarang kelulusan atau pun notifikasi melalui OTP ataupun, (dengan izin)…one time passcode.

Perkara ini kini menjadi serius apabila terdapat pihak yang tertentu mengadakan penjualan pengkalan data yang mengandungi maklumat-maklumat peribadi lebih daripada 22 juta warganegara Malaysia yang lahir pada dari tahun 1940 hingga 2004. Maksudnya semua saya yakin Ahli-ahli Yang Berhormat di sini, maklumat anda kini sedang dijual di luar sana dengan harga Dolar Amerika Syarikat sebanyak 10,000 Dolar sahaja atau pun bersamaan dengan RM43,000.00. Penjual pengkalan data ini turut memaparkan maklumat persendirian Menteri

Dalam Negeri, bayangkan Menteri Dalam Negeri nombor IC dia, alamat dia, gambar dia dipaparkan oleh penjual pengkalan data ini untuk mengesahkan kesahihan pengkalan data yang dijual ini. Dan sehingga kini, tiada sebarang tindakan ataupun sebarang penjelasan yang baik telah dibuat berhubung isu ini dan ini adalah amat mengecewakan. Jadi daripada ini, ingin saya menyarankan supaya perkara ini perlu diambil sebagai satu pengajaran khususnya berhubung dengan pengurusan maklumat digital ini.

Dan saya percaya pada masa yang sama, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif di dalam usaha pendigitalan, di dalam penyampaian perkhidmatan, pengurusan dan keselamatan pengkalan data perlu dipertingkatkan bagi mengelakkan sebarang eksploitasi daripada pihak-pihak tertentu. YB. Dato' Yang di-Pertua, cabaran yang dihadapi masa kini khususnya dengan keadaan eknomi yang tidak menentu dan impak akibat daripada musibah COVID-19 ini, cabaran ini adalah lebih terasa oleh golongan belia khususnya mereka yang baru sahaja menamatkan pelajaran dan menceburi alam pekerjaan. Dan saya percaya isu yang dihadapi oleh golongan belia hari ini kian hangat diperbahaskan susulan daripada pelaksanaan dasar undi 18 yang bukan sahaja membenarkan mereka menjadi pengundi menjelang Pilihan Raya Umum yang datang ini dan juga menjadi calon yang dapat juga bertanding di dalam Pilihan Raya Umum.

Namun penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh golongan belia yang dihadapi pada hari ini perlu kita lihat dalam pelbagai spektrum dan adalah berbeza daripada kita melihat kepada isu-isu yang dihadapi oleh kumpulan umur yang berlainan. Dan secara spesifiknya dalam isu peluang pekerjaan, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Perai, Yang Berhormat Bagan Jermal dan juga Yang Berhormat Paya Terubong kerana masing-masing telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program kerjaya sebagai outreach yang secara langsungnya untuk menyampaikan peluang pekerjaan kepada golongan sasar ini. Dan juga di sini saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri yang telah berjaya melancarkan inisiatif Creative Digital District ataupun CD Square pada 25 Februari sebagai satu hub digital pertama di Pulau Pinang melalui program Placemaking.

Dan saya yakin ini adalah salah sebuah inisiatif Kerajaan Negeri yang diamalkan untuk kita memberi perhatian kepada isu khususnya dari segi peluang pekerjaan yang dihadapi oleh golongan belia ini. Namun, kita berhadapan dengan pasaran sumber manusia yang terbuka ini dan ia secara sedianya kita juga perlu takluk kepada penawaran dan permintaan yang digerakkan oleh pasaran sumber manusia ini. Dan baru-baru ini agak menyedihkan saya diberitahu ada di kalangan pekerja warga asing yang menerima gaji yang lebih tinggi berbanding dengan graduan baharu. Orang kita, warganegara kita yang baru sahaja tamat pengajian, warga asing itu gaji dia mungkin lebih tinggi daripada sebab ada overtime dan sebagainya, dan juga faktor keperluan penawaran dan permintaan di dalam pasaran ini.

Dan di sini saya harap Kerajaan Negeri dapat mempertingkatkan lagilah proses libat urus bersama dengan golongan belia. Dan syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Yang Berhormat Bagan Jermal dan juga Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang di atas program-program penglibatan belia yang telah dianjurkan serta pusat-pusat belia seperti mana tadi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Pinang dan juga baru-baru ini dengan penubuhan Jawatankuasa Belia Pulau Pinang…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Pengkalan Kota, rumuskan.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Okey baik. Dan kita harap salah satu tugas utama untuk kita mengadakan sesi libat urus dengan golongan belia adalah melalui Jawatankuasa Belia Pulau Pinang dan harap mereka dapat mempertingkatkan isu ini. Satu lagi isu tentang perubahan iklim juga menjadi topik yang hangat dibincangkan di dalam negeri kita dan isu-isu seperti banjir kilat, masalah air yang disebabkan cuaca yang tidak menentu juga hangat dibincangkan di dalam sesi Dewan kali ini.

Dan di kawasan Pengkalan Kota juga kita mengalami isu yang kian ketara dirasai seperti insiden air laut pasang yang tidak menentu mengakibatkan banjir kilat walaupun bukan cuaca hujan. Di antara kawasan-kawasan yang terjejas adalah di Pangsapuri Pelangi, Tanah Tambun, Pengkalan Weld dan juga di kawasan Clan Jetty. Isu ini juga dibangkit oleh rakan saya daripada Bagan Dalam dan juga Teluk Bahang. Dan saya rasa perlunya untuk Kerajaan Negeri untuk melihat dengan lebih teliti bagi mengatasi cabaran yang didatangkan oleh perubahan iklim ini. Dan kita mengambil maklum terhadap program yang adaptasi iklim berasaskan alam semula jadi untuk Kawasan Bandar Pulau Pinang melalui UN-Habitat. Ini telah kita berjaya dapat dan saya harap lebih banyak sesi libat uruslah dapat diambil untuk memastikan isu climate change ataupun perubahan iklim ini dapat ditangani dengan baik.

Tapi saya ingin menggesa juga pihak Kerajaan Persekutuan, mungkin kita oleh jemput Yang Berhormat Penaga yang sangat baik dengan menterinya untuk cuba dapatkan sedikit peruntukan untuk menyokong usaha Kerajaan Negeri untuk melihat isu perubahan iklim yang semakin ketara dirasai ini. Dan kita perlu lakukan secara segera sebelum impak yang lebih besar bakal melimpah di negeri kita. Akhir kata…(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Pengkalan Kota, sikit sahaja. PAS lah punca perubahan iklim. Dia balak tak control, jangan minta dia nanti dia kata balak di Pulau Pinang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Akhir kata.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Nanti Yang Berhormat Penaga masuk baru kita tanya dia. Ok akhir kata, usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di dalam memastikan pembangunan dan kemajuan di negeri kita adalah di atas landasan yang baik di bawah Visi Penang2030 untuk kita mewujudkan sebuah Negeri Pulau Pinang yang pintar, hijau berteraskan keluarga yang saya pasti akan menjadi inspirasi kepada Negara Malaysia. Marilah kita semua berganding bahu memainkan peranan masing-masing secara Cekap, Akauntabiliti dan Telus bagi merealisasikan impian dan harapan ini. Jadi dengan kata-kata itu, sekian saya memohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Teirma kasih Pengkalan Kota. Saya nak jemput Ahli-ahli Yang Berhormat kalau tak ada, saya nak tangguh dan besok gulung. Satu, dua, kalau tak adalah. Kalau tak adanya, maksudnya tak ada yang berminat nak bahas.

Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Izinkan Dato' Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Kebun Bunga.

Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Dato' Speaker. Yang di-Pertua Dato' Speaker, Yang Berhormat-Yang Berhormat dan rakan-rakan sekerja saya. Salam Sejahtera dan Salam Hormat. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk mengambil bahagian dan perbahasan mengenai ucapan Tuan Yang Terutama. Sekali lagi kita kembali bertemu di Dewan yang mulia ini. Sebelum saya bermula, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang terutamanya kepada Ketua Menteri kita Yang Amat Berhormat Chow Kon Yeow di atas pelancaran Buku Prestasi Negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Dato' Speaker, saya akan menyentuh enam (6) topik dalam perbahasan saya kali ini. Yang pertama ini berkenaan dengan kemudahan Internet 5G. Dato' Speaker, susulan daripada pelantikan Syarikat Telekomunikasi Ericsson sebagai rakan strategik Digital Nasional Berhad (DNB), dalam pelaksanaan pembangunan rangkaian 5G di seluruh negara. Rakyat Pulau Pinang masih menunggu pelaksanaannya di negeri ini. Ternyatalah infrastruktur dan ekosistem perkhidmatan 5G yang bakal didirikan di Pulau Pinang akan meningkatkan produktiviti dalam ketiga-tiga vertikal yang telah dikenalpasti iaitu Bandar Pintar, Sektor Perindustrian dan Pelancongan. Sayang sekali usaha dan sasaran Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjadikan negeri ini sebagai Bandar Gigabyte seawal 2022 tidak dapat direalisasikan memandangkan COVID-19 telah melambatkan proses pelaksanaan dan prestasi rangkaian 5G di seluruh dunia sejak dua (2) tahun yang lalu. Dato' Speaker, walau bagaimanapun, merujuk kepada beberapa keratan akhbar yang bertarikh 4 Februari 2020, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan RM23.2 juta untuk membangunkan kemudahan 5G di Pulau Pinang dengan pembabitan tujuh (7) syarikat swasta sebagai penyedia kemudahan rangkaian NFP serta penyedia perkhidmatan rangkaian, NSP. Pada masa yang sama, EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir, YB. Tuan Zairil Khir Johari pernah membangkitkan 19 buah projek yang bekaitan dengan 5G, yang telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Kerjasama di antara Private Public Partnership ini dalam menyediakan kemudahan rangkaian 5G yang turut melibatkan Agensi-Agensi Kerajaan serta di Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Prasarana Malaysia Berhad dan Perbadanan Bukit Bendera (PHC), perlu diberi keutamaan untuk dilaksanakan secepat mungkin memandangkan SOP COVID-19 telah dilonggarkan semenjak awal bulan Mei. Dalam pada itu, Tiang Pintar, Smart Street Pole (SSP) yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri pada bulan Oktober yang lepas dengan sasaran mendirikan 1,500 Tiang Pintar (SSP) menjelang Tahun 2025 di kawasan-kawasan perindustrian serta kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi merupakan konsep yang baik untuk menambahbaikkan perkhidmatan internet pada keseluruhannya. Sebagai sebuah negeri yang bergantung kepada pengeluaran industri pembuatan dan juga pelancongan, bekalan dan kelajuan internet selain daripada bekalan tenaga elektrik dan air yang tetap dan tidak terganggu sudah pun menjadi satu keperluan asas. Dan sumber untuk memperkasakan daya persaingan

yang mantap terutamanya dalam pasaran global, dengan infrastruktur internet yang mampan, Negeri Pulau Pinang mampu menjadi hab teknologi dan Fintech yang terunggul di negara ini dan mungkin juga di rantau Asia Tenggara. Di sini saya ingin mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk memulakan perbincangan atau, (dengan izin)….engage dengan konglomerat-konglomerat besar seperti Microsoft, Google, Alibaba, Tencent dan sebagainya untuk menjemput mereka menubuhkan cloud server dan data centre di Pulau Pinang dengan tawaran yang lebih menarik dan istimewa berbanding dengan Singapura dan Thailand. Kebarangkalian langkah ini sekiranya ia berjaya dilaksanakan dapat memajukan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah destinasi pilihan buat pelabur-pelabur asing, terutamanya negeri kita yang baru menyambut Ulang Tahun Ke-50 Industrilisasi. Dan sekarang saya ingin sentuh tentang e-Wallet Pulau Pinang & Bank Digital. Dato' Speaker, seperti mana yang dimaklumkan oleh Kerajaan Sarawak, penggunaan aplikasi e-Dompet, S-Pay Global ataupun dikenali sebagai Sarawak Pay merupakan sebuah satu aplikasi yang sangat popular di negeri tersebut sejak pelancarannya pada tahun 2017. Saya juga berpendapat bahawa dah tiba masanya untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang mewujudkan satu aplikasi e-dompet yang dikenali sebagai PenangPay yang dapat memenuhi keperluan rakyat Pulau Pinang ketika membuat bayaran dalam negeri ini, khususnya Super Apps Pulau Pinang sekiranya ianya menjadi realiti boleh dijadikan sebagai one stop payment centre untuk ke semua transkasi di Agensi-Agensi Kerajaan termasuklah Kerajaan Persekutuan. Sebagai contoh, pembayaran saman, hasil, zakat, cukai tanah, cukai petak dan cukai taksiran atau cukai pintu, sewa rumah termasuk semua urusan wang di PDC dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Dalam masa yang sama, pembayaran juga boleh dibuat untuk petak letak kereta dan sebagainya. Aplikasi ini juga boleh digunakan untuk menyalurkan bantuan Kerajaan Negeri kepada rakyat Pulau Pinang, permohonan pinjaman mikro dan lain-lain. Demi merealisasikan pelaksanaan PenangPay ini, Kerajaan Pulau Pinang boleh membuat permohonan kepada Bank Negara Malaysia untuk lesen Bank Digital. Walaupun lesen Bank Digital dihadkan cuma kepada lima (5) syarikat sahaja buat masa ini, kita masih boleh membuat persediaan untuk masa hadapan. Tidak mustahil Dato' Speaker juga, dan tidak menjadi masalah sekiranya Kerajaan Pulau Pinang dan Kerajaan Sarawak bersetuju untuk berganding bahu, berusaha sama dalam menjalin hubungan yang erat di antara dua (2) negeri untuk bersama-sama proses permohonan lesen Bank Digital ini. Pandang ke depan Dato' Speaker, melalui gabungan serta kerjasama dengan Negeri Sarawak mungkin boleh dimulakan dengan persahabatan (dengan izin)….twin city ataupun sisters cities dan ini juga dapat meningkatkan bilangan pelancong tempatan di antara kedua-dua negeri ini serta kekerapan penerbangan flight di antara Negeri Pulau Pinang dan Sarawak. Persahabatan di antara Malaysia Timur dan Semenanjung seperti ini bukan sahaja akan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama sesama negeri malahan dapat mewujudkan connectivity serta economical spin-off….(dengan izin), kedua-dua negeri. Dato' Speaker, saya ingin sekarang menyentuh tentang Pulau Pinang sebagai pusat MRO, (dengan izin)….Maintenance, Repair and Operation. Dan pusat Shipbuilding and Ship Repair (SBSR). Dato' Speaker, saya pernah membangkitkan isu ini pada satu ketika dahulu dan saya ingin membangkitkannya sekali lagi pada pendapat saya, selain daripada menjadi hab teknologi dan Fintech, Pulau Pinang juga seharusnya diversified ataupun mempelbagaikan servis-servis yang boleh ditawarkan untuk memenuhi kehendak antarabangsa, (dengan izin)….fullfil international demand. Di antaranya adalah dalam pelaburan pembinaan sebuah pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baikpulih, (dengan izin)….MRO di Pulau Pinang dan juga pembuatan kapal dan baikpulih kapal SPSR. Menurut laman Web MITI, MRO pesawat dan perkapalan merupakan salah satu tumpuan Akta Perdagangan Strategik 2010 di mana undang-undang tersebut berupaya mengawal eksport pemindahan, transit dan pembrokeran, barangan

strategik dan teknologi, termasuklah aktiviti-aktiviti yang mungkin memudahkan reka bentuk pembangunan, pengeluaran dan penghantaran senjata pemusnah besar-besaran dan mesin ke negara lain. Dato' Speaker, dengan adanya Akta Perdagangan Strategik 2010, Malaysia berupaya menarik pelaburan daripada syarikat-syarikat asing yang berteknologi tinggi dan canggih yang dapat mewujudkan peluang pekerjaan bagi orang tempatan untuk mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi. MITI juga melaporkan pada bulan April tahun lepas bahawa seramai 617 syarikat telah mendaftar sebagai pemohon permit SPA iaitu peningkatan sebanyak 54 peratus berbanding dengan 400 permohonan yang diterima pada tahun 2013. Sebagai contoh, pada bulan Februari, Collins Aero Group dari Amerika Syarikat dilaporkan membuat pelaburan RM16 juta untuk mengembangkan operasinya dengan memindah ke tapak baru yang berkeluasan 160,000 kaki persegi di Subang Aero Tech Park. Subang Aero Tech Park merupakan fasiliti industri penerbangan dan Taman Teknologi Tinggi yang mempunyai keluasan 24.3 hektar yang dibangunkan oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan merupakan sebahagian daripada pembangunan dari Aeropolis. Dato' Speaker, saya berpendapat bahawa Negeri Pulau Pinang memang berkebolehan untuk menjadi satu hab MRO pesawat dan perkapalan di rantau ini. Negeri Pulau Pinang berpotensi mewujudkan pekerjaan yang bergaji lumayan kerana rakyat Pulau Pinang tidak kekurangan bakat dan kualifikasi dan juga mempunyai pekerja berkemahiran skilled workers, (dengan izin)…we have enough skilled and qualified people in Penang. Tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) masih perlu diperbesarkan untuk menampung kenaikan jumlah penumpang. Mengikut pelan asal, kapasiti LTAPP adalah untuk 12 juta penumpang setahun sahaja. Dan sekiranya Kerajaan Negeri ingin mensasarkan lebih daripada itu, LTAPP perlu diperluaskan dengan segera dan untuk ini saya pun tahu bahawa Kerajaan Negeri memang telah berusaha dan juga telah membuat permohonan kepada Kerajan Pusat untuk bantuan kewangan tetapi malangnya ini terjadi. Tidak dapat dilaksanakan sebab ada perubahan Kerajaan di Pusat. Dalam keadaan ini, saya berharap Kerajaan Negeri akan memberi pertimbangan kepada cadangan saya untuk memasukkan sebuah pusat MRO pesawat dalam pelan pembesaran ini. Dalam masa yang sama, Pelabuhan Pulau Pinang kini juga perlu diperbesarkan untuk menampung jumlah penumpang (dengan izin)…passenger load yang semakin bertambah tahun demi tahun. Kapal persiaran ataupun kapal kargo, kapal bersenjata dan lain-lain jenis kapal yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang juga boleh mendapatkan perkhidmatan pembaikian dan naik taraf di Pulau Pinang dengan adanya pusat sehenti, (dengan izin)…one stop centre SBSR di persekitaran Pelabuhan Pulau Pinang. Carian Google mendapati bahawa hanya satu syarikat pembaikian kapal kini yang beroperasi di Pulau Pinang di kawasan Barat Daya yang dikenali sebagai Limbungan Batu Maung Sdn. Bhd. Manakala dua (2) syarikat sahaja yang menjual alat gantian spare parts. Ini merupakan peluang yang terbaik untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membina ataupun menggalakkan syarikat-syarikat swasta untuk membuat pelaburan dalam perkhidmatan SBSR yang dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Memandangkan industri logistik perkapalan menunjukkan pertubuhan yang positif dan berpotensi untuk berkembang, daya saing Negeri Pulau Pinang pasti akan bertambah baik sekiranya kita mempunyai sebuah pusat SBSR yang berkelengkapan moden serta berteknologi terkini seperti di Taiwan. Cadangan perancangan Bajet 2023 bagi penyelenggaraan dan naik taraf fasiliti-fasiliti Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang. Dato' Speaker, sebagai seorang ADUN, saya pernah menerima permohonan daripada pihak-pihak yang berkaitan dengan fasiliti-fasiliti yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang. Sebagai contoh, saya pernah menyalurkan peruntukan untuk membeli perabot dan juga panel LED untuk pihak PIBG, menghadiahkan kepada pihak Sekolah Kebangsaan. Selain itu, saya juga menggunakan peruntukan saya untuk melengkapi sebuah Sekolah Tahfiz dengan penghawa dingin. Saya juga pernah menyumbang penghawa dingin kepada balai-balai polis termasuk kelab-kelab rekreasi, unit berseragam memandangkan perkhidmatan-perkhidmatan awam ini juga merupakan

penduduk yang berkhidmat untuk rakyat Pulau Pinang. Dalam konteks ini, saya juga fahami bahawa Kerajaan Pulau Pinang ada menyediakan bajet setiap tahun untuk penyelenggaraan Sekolah-sekolah Vernakular Cina dan Mubaligh. Oleh itu saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memanjangkan sedikit sebanyak peruntukan kepada Sekolah-sekolah Kebangsaan lain dan juga pihak Perkhidmatan Awam di Pulau Pinang seperti balai-balai polis, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 3 di Padang Tembak. Melalui pemerhatian saya Dato' Speaker, golongan perkhidmat awam ini sukar mendapat kelulusan bajet daripada Kerajaan Pusat untuk membeli kelengkapan-kelengkapan dan kemudahan nonessential. Oleh yang demikian, saya memohon kepada Kerajaan Pulau Pinang supaya memperuntukkan sebahagian daripada Bajet Tahunan 2023 untuk memenuhi keperluan permohonan kewangan yang tidak melebihi RM10.00 untuk setiap permohonan oleh golongan Agensi Kerajaan Persekutuan yang memerlukan bantuan ini. Saya yakin ini akan membantu dalam mempertingkatkan lagi prestasi perkhidmatan mereka kepada orang awam. Dan juga tidak ketinggalan adalah berkenaan pemohonan-permohonan daripada pihak NGO seperti Children’s Protection Society, Shan’s Home dan Wisma Yatim Perempuan Islam dan Wisma Yatim Laki-laki Islam. Dan di sini saya juga ingin menyentuh tentang keperluan MBPP mewujudkan sebuah bahagian satu (1) bahagian geoteknikal yang lebih efisien dan berfungsi. Dato' Speaker, satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Lorong Air Terjun baru-baru ini di Kebun Bunga, kawasan saya. Insiden ini mengingatkan kita semua mengenai tragedi-tragedi tanah yang pernah berlaku di tapak kuari dan juga di tapak pembinaan itu projek Beverly Hills di Tanjong Bunga pada 2017 dan kemudian di Paya Terubong pada 2018. Untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh penguatkuasaan MBPP perlu tegas dan Pelan Struktur Pulau Pinang perlu dipatuhi dengan sepenuhnya dengan memastikan larangan terhadap pembangunan di cerun bukit yang melebihi 76-meter atau kawasan yang mempunyai kecerunan yang melebihi 25 darjah. Balik kepada kejadian tanah runtuh yang saya sebutkan tadi di Lorong Air Terjun, pihak MBPP telah mendapati bahawa keadaan di sana adalah selamat di mana penduduk-penduduk tidak perlu mengosongkan tempat tinggal mereka buat masa ini. Iya, Dato’ Speaker, bukan kita tidak mempercayai Pihak Berkuasa Tempatan kita tetapi seperti pepatah, ‘Malang Tidak Berbau’ dan kita sepatutnya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga sebelum ditimpa peristiwa yang tidak diingini. Sementara itu pihak Geoteknikal MBPP juga perlu kerap membuat pemantauan dan menjalankan pemeriksaan secara mendalam ke atas cerun-cerun yang telah dikenal pasti sebagai cerun yang tidak stabil ataupun membahayakan. Saya difahamkan bahawa Bahagian Geoteknikal MBPP kekurangan Jurutera-Jurutera dan Techinician. Dalam keadaan ini, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Datuk Bandar supaya mempertimbangkan untuk memperbesarkan Bahagian Geoteknikal supaya kerja-kerja siasatan, pemantauan dan penelitian keadaan bawah permukaan tanah, (dengan izin)….subsurface geological condition dapat dibuat dengan menyeluruh dan mendalam. Antara contoh yang terbaik ialah adalah pasukan juruteknikal dari Hong Kong dan Singapura di mana kajian selidik cerun-cerun adalah dilakukan dengan teknologi yang terkini dan canggih. Saya yakin Negeri Pulau Pinang pun dapat mencontohi kedua-dua Hong Kong dan Singapura dalam bidang geoteknikal. Pulau Pinang sebagai Pusat Seni Dan Kebudayaan. Dato’ Speaker, Pulau Pinang sudah terkenal sebagai pusat kesenian dan kebudayaan di kalangan orang tempatan dan juga di rantau ini. Tambahan pula Pulau Pinang telah banyak kali menerima anugerah sebagai destinasi pelancongan yang menarik. Di samping itu, makanan tempatan yang beraneka jenis yang terdiri daripada pelbagai budaya dengan asal usul yang berlainan juga menjadi tumpuan dan tarikan yang utama.

Di antara tempat-tempat yang menarik dan berpotensi untuk menarik pelancong asing adalah Penang Art District, Prangin Canal, Padang Kota Lama, Bandar George Town yang juga merupakan tapak warisan dunia UNESCO dan juga Bukit Bendera yang kini sudah diiktiraf sebagai Tapak Rizab Biosfera. Mural-mural yang dilukis oleh artis-artis antarabangsa dan seni, street arts turut menjadi satu tarikan pelancongan. Di samping itu, dengan adanya campuran Kebudayaan Nyonya dan Baba, Cina, Melayu dan India. Pulau Pinang sememangnya merupakan satu biji permata tersembunyi, hidden gem yang berpotensinya masih belum diterokai dengan sepenuhnya. MICE Tourism iaitu pelancongan berlandaskan Meetings, Incentives, Conferences dan Exhibitions juga dapat menjanakan banyak tourism dollar…(dengan izin), untuk merangsangkan ekonomi kita. Setia Spice Convention Centre di Bayan Baru dan juga banyak lagi lokasi di Pulau Pinang sangat sesuai dan padan untuk mengadakan pameran antarabangsa serta perhimpunan berperingkat global. Di samping itu, acara-acara sukan juga dapat menarik pelancong-pelancong ke negeri kita. Kita juga perlu kembalikan dan mempopularkan, (dengan izin)… Popularize Frasa ‘Penang The Pearl of The Orient’ ataupun Pulau Pinang, Pulau Pinang Mutiara kepada para pelancong supaya nama samaan untuk negeri kita. Ini adalah kerana The Pearl of The Orient adalah satu nama yang sangat istimewa dan senang untuk diingati apabila pelancong-pelancong ingin melawat lagi. Penang George Town Festival adalah satu lagi produk yang mesti diteruskan. Walaupun pandemik COVID-19 telah menjejaskan sambutan Hari George Town dan juga Penang George Town Festival selama dua (2) tahun yang lepas. Sudah tiba masanya untuk kita menyambut pelancong-pelancong secara beramai-ramai dan menyakinkan mereka bahawa Pulau Pinang adalah selamat dilawat. Sekiranya kita selalu bertambah baik dan mewujudkan produk pelancongan baru dan bersejarah dan pelancong-pelancong tentu akan kembali ke Pulau kita berkali-kali. Dengan itu, okey Pulau Tikus nak? Dengan itu, saya memohon untuk menyokong, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Kebun Bunga. Ahli-ahli Yang Berhormat maka ditangguhkan untuk hari ini dan kita akan bersidang semula esok, 1 Jun, Rabu, 9.30 pagi.

Dewan ditangguhkan pada jam 6.20 petang.