Pulau Pinang · 14 May 2026

15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 708 turns · 52,134 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Absent: Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid (Batu Maung), Dato‘ Seri Reezal Merican bin Naina (Bertam), Muhammad Fauzi bin Yusoff (Sungai Dua 3 AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A), Dato’ Seri Haji Zulkifli bin Long (Setiausaha Kerajaan Negeri), Dato’ Wan Nor Sakina binti Saad (Penasihat Undang–Undang Negeri), Dato’ Haji Zairi bin Haji Mat Ali (Pegawai Kewangan Negeri)

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Bacaan Doa.

Yang di-Pertua (Speaker)

Selamat pagi Ahli-ahli Yang Berhormat, maka Dewan bersidang semula.

Setiausaha Dewan

Soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pagi ini kita hendak jemput Pulau Tikus.

Joshua Woo Sze ZengDAP · PHPulau Tikus

Dato’ Seri Yang di-Pertua, selamat pagi. Soalan saya nombor 27.

No.27 Nyatakan perancangan bagi pusat penjaja baharu di Gurney Bay.

(a) Bilakah pusat tersebut dijangka siap, berapakah jumlah meja dan

kerusi yang akan disediakan serta berapakah jumlah gerai penjaja

yang akan ditawarkan?

(b) Berapakah kadar sewaan bagi penjaja?

(c) Adakah penjaja sedia ada di Anjung Gurney akan dipindahkan ke pusat

baharu tersebut?

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Joshua Woo Sze ZengDAP · PHPulau Tikus

Terima kasih.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Bagi jawab soalan daripada Pulau Tikus, merujuk kepada soalan yang diajukan boleh dirumuskan bahawa terdapat lima persoalan utama yang perlu dijawab iaitu berkenaan perancangan pusat penjaja baharu di Gurney Bay, jangkaan masa siap projek, ketersediaan kemudahan serta kapasiti pusat penjaja, kadar sewaan yang dikenakan kepada penjaja dan terakhir adalah perkara yang berkaitan dengan pemindahan penjaja sedia ada di Anjung Gurney.

Perancangan pusat penjaja baharu di Gurney Bay, pembangunan Gurney Bay telah mendapat kelulusan kebenaran merancang pada 20 Januari 2022 yang diberikan kepada Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang, selaku pemilik projek.

Projek ini dilaksanakan secara berfasa yang melibatkan fasa 1A, 1B dan 2. Dalam konteks perancangan pembangunan yang dilaksanakan, komponen pusat penjaja merupakan salah satu komponen utama pembangunan awam yang dirancang bagi penyediaan kemudahan penjaja yang lebih teratur, selesa dan kondusif selaras dengan pembangunan Gurney Bay sebagai destinasi rekreasi, serta tumpuan awam di Pulau Pinang.

Jangkaan masa siap, ketersediaan kemudahan dan kapasiti pusat penjaja bagi komponen pusat penjaja ini, kerja-kerja pembinaan sedang giat dilaksanakan, dan pada masa ini kemajuan fizikal di tapak adalah sebanyak 4.16%. Projek ini dijadualkan untuk siap pada suku pertama tahun 2027.

Perincian komponen pusat penjaja yang dirancang adalah seperti berikut, 17 unit kedai runcit iaitu retail shop,127 unit gerai penjaja, 7 unit gerai minuman dan 43 tapak kiosk bergerak iaitu mobile kiosk.

Penyediaan meja dan kerusi bagi kemudahan pengunjung masih di peringkat penelitian, dan akan dimuktamadkan berdasarkan reka bentuk akhir susun, berdasarkan reka bentuk akhir susun atur dalaman pusat penjaja tersebut.

Setelah kerja-kerja pembinaan siap, sebanyak 134 unit gerai penjaja bersama 17 unit kedai runcit iaitu retail shop akan ditawarkan melalui proses pelesenan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Kadar sewaan penjaja, bagi kadar sewaan ia masih dalam peringkat penelitian dan belum dimuktamadkan pada masa ini. Penetapan kadar sewaan adalah tertakluk kepada pertimbangan kos operasi dan penyelenggaraan pusat penjaja tersebut, supaya lebih mampan dan berdaya tahan dan berdaya tahan untuk jangka panjang.

Pemindahan penjaja sedia ada di Anjung Gurney, selaras dengan keputusan asal Kerajaan Negeri, pusat penjaja baharu di Gurney Bay ini sememangnya dirancang sebagai lokasi penempatan semula iaitu relocate bagi penjaja sedia ada di kawasan Bulatan Gurney iaitu di Anjung Gurney. Pemindahan ini akan dilaksanakan secara teratur bagi memastikan operasi penjaja berjalan dengan lancar dan keselesaan semua pihak terjamin. Terima kasih.

Joshua Woo Sze ZengDAP · PHPulau Tikus

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Joshua Woo Sze ZengDAP · PHPulau Tikus

Dato’ Seri. Ya, adakah pihak Kerajaan Negeri akan melantik pihak swasta untuk menguruskan pusat penjaja ini? Terima kasih.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Buat masa ini Gurney Bay masih di bawah seliaan CMI iaitu Perbadanan Ketua Menteri, dan setelah pusat penjaja siap dibina pada suku tahun suku pertama tahun 2027, CMI akan melantik pengusaha untuk mengurus keseluruhan pusat penjaja tersebut. Dalam perancangan Kerajaan Negeri, pusat penjaja ini memang merupakan satu tapak untuk menempatkan penjaja yang berniaga di tapak penjaja Anjung Gurney serta penjaja statik di sekitar Bulatan Gurney. Iaitu kita akan memberi peluang kepada penjaja khususnya first priority kepada penjaja di tapak Anjung Gurney, yang kedua adalah menempatkan penjaja statik mungkin di tepi jalan yang di sekeliling Anjung Gurney tersebut.

Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, mengikut rekod Majlis Bandaraya Pulau Pinang terdapat 93 peniaga kini berniaga di tapak penjaja Anjung Gurney dan 12 peniaga penjaja statik sementara iaitu PSS di sekitar Persiaran Gurney.

MBPP telah menerima surat daripada CMI bertarikh 3 April 2026, memaklumkan kerja-kerja pembangunan pusat penjaja di Gurney Bay fasa tiga sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada suku pertama tahun 2027, seperti apa yang saya maklum tadi dan serta memohon maklumat para peniaga yang berniaga di tapak penjaja Anjung Gurney dan penjaja di sekitar Bulatan Persiaran Gurney. Susulan daripada itu, MBPP telah mengemukakan maklumat penjaja yang terlibat kepada pihak CMI melalui surat bertarikh 28 April 2026, dan CMI akan bekerjasama dengan MBPP dalam menangani isu penempatan penjaja dari Anjung Gurney dan sekitar Bulatan Gurney ke pusat penjaja Gurney Bay pada masa hadapan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Soalan tambahan. Dato’ Seri. Terima kasih YB EXCO. Apabila kita berbincang tentang kadar sewaan bagi penjaja, saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini dengan saranan untuk mengurangkan kadar sewaan kepada agensi di bawah milik PBT dan sebagainya, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mempertimbangkan perkara ini atau mengurangkan kadar sewaan kepada gerai-gerai di bawah PBT?

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Kalau Bagan Dalam ada baca surat khabar, pasti Bagan Dalam dapat baca apa yang saya telah, satu kenyataan media yang saya telah adakan pada 7 Mei iaitu Kerajaan Negeri memang menyambut baik saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, agar Pihak Berkuasa Tempatan serta agensi-agensi berkaitan mempertimbangkan penurunan kadar sewa premis perniagaan bagi membantu peniaga kecil yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup dan kos operasi semasa.

Kerajaan Negeri sentiasa mengambil pendekatan prihatin dan proaktif dalam menetapkan kadar sewaan premis perniagaan di bawah seliaan PBT dengan memastikan kadar yang dikenakan kekal berpatutan dan lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa serta tertakluk kepada keluasan fasiliti dan lokaliti, lokaliti premis perniagaan.

Kadar sewa premis perniagaan yang ditetapkan kedua-dua PBT bermula daripada RM6.00 iaitu di gerai ataupun pasar sehingga RM300.00. Manakala di kompleks makanan bermula RM8.00 sehingga RM800.00. Konflik geopolitik yang berpanjangan di Timur Tengah telah memberi kesan rantaian kepada ekonomi global. Peningkatan harga minyak mentah dan kos logistik. Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan PBT turut terkesan daripada kenaikan kos tersebut, khususnya melibatkan kenaikan harga diesel di pasaran antarabangsa.

Keadaan ini menyebabkan perbelanjaan operasi PBT meningkat secara mendadak, terutamanya bagi penggunaan kenderaan berat yang digunakan setiap hari untuk kerja-kerja pembersihan awam, kutipan sisa pepejal, penyelenggaraan pokok serta pelbagai perkhidmatan perbandaran yang lain.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jawi, Jawi. Rumuskan.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Rumuskan haa?

Yang di-Pertua (Speaker)

Sebab.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Pulau Pinang akan mengekalkan kadar sewaan sedia ada bagi premis-premis perniagaan di bawah seliaan PBT buat masa ini, memandangkan kadar tersebut adalah berpatutan dan lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa.

Walau bagaimanapun, PBT akan pastikan kadar ini kita tidak akan menaikkan kadar ini untuk menjadikan beban kepada penjaja dan kita akan meneliti dari semasa ke semasa untuk kadar sewaan ini sehingga hujung tahun ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Cuma, kadangkala saya izinkan soalan sebegini. Sepatutnya kalau ikut peraturan mesyuarat pun, haa kalau 25(m) “Sesuatu soalan itu tidak boleh meminta keterangan yang ada dalam dokumen-dokumen yang boleh didapati, atau yang ada dalam buku-buku rujukan”. Ini sudah pun ada kenyataan daripada kerajaan haa. Ini sebenarnya saya boleh tolaklah. Tapi, namun pagi ini. Sungai Puyu sila.

Phee Syn TzeDAP · PHSungai Puyu

Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Soalan saya 28.

No.28 Apakah langkah strategik yang telah dan akan diambil Kerajaan

Negeri untuk meningkatkan hasil negeri tanpa membebankan

rakyat, khususnya dalam keadaan kos sara hidup yang semakin

meningkat?

(a) Apakah peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam

menyumbang kepada peningkatan hasil negeri?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sungai Puyu dan untuk makluman Dewan yang Mulia ini, dalam usaha memastikan hasil negeri terus diperkukuh secara mampan tanpa membebankan rakyat, khususnya dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, Kerajaan Negeri telah dan sedang melaksanakan pendekatan yang holistik, bersepadu serta berfokus kepada pengukuhan sumber dalaman dan peningkatan kecekapan pengurusan kewangan. Antara langkah strategik yang diambil adalah seperti berikut:

i. Meningkatkan kecekapan kutipan hasil sedia ada melalui penambahbaikan sistem kutipan dan penguatkuasaan terhadap tunggakan;

ii. Mengoptimumkan penggunaan aset milik Kerajaan Negeri melalui pendekatan pelupusan, penyewaan dan pembangunan semula aset tidak produktif bagi menjana pulangan yang lebih tinggi;

iii. Memperkasa sektor ekonomi bernilai tambah melalui galakan pelaburan strategik, khususnya dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi, perkhidmatan moden serta pelancongan;

iv. Mempelbagaikan sumber hasil negeri secara berhemat tanpa melibatkan kenaikan cukai atau cas perkhidmatan secara mendadak;

v. Memperkukuh tadbir urus fiskal melalui pelaksanaan pendekatan seperti zero-based based budgeting, perbelanjaan berimpak tinggi, pemantauan prestasi kewangan secara bersepadu serta pengukuhan aspek ketelusan dan akauntabiliti melalui audit dan pelaporan berkala.

Pendekatan ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan hasil negeri dalam jangka pendek, malah membina asas kewangan yang lebih berdaya tahan, inklusif dan mampan dalam jangka panjang dengan kesejahteraan rakyat kekal sebagai keutamaan Kerajaan Negeri. Syarikat GLC memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi negeri melalui pelaksanaan projek strategik, pembangunan infrastruktur dan penyediaan kemudahan awam yang menyokong pertumbuhan ekonomi. Walaupun GLC tidak berfungsi sebagai penyumbang hasil secara langsung dalam bentuk kutipan cukai, peranan mereka adalah signifikan dalam menjana nilai ekonomi yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan hasil negeri secara tidak langsung.

Di samping itu, agensi seperti CMI berperanan secara lebih langsung dalam penjanaan hasil melalui pengurusan dan pengoptimuman aset-aset negeri. Ini termasuk kutipan sewaan, pulangan pajakan serta pelaksanaan kaedah RFP bagi memaksimumkan nilai aset strategik negeri secara kompetitif dan telus. Hasil daripada pendekatan ini, CMI telah menyumbang hasil RM6.41 juta pada tahun 2024 dan meningkat kepada RM54.2 juta pada tahun 2025, mencerminkan keberkesanan strategi pengurusan aset yang dilaksanakan. Secara keseluruhannya, peranan GLC adalah saling melengkapi dengan dasar Kerajaan Negeri dalam memperkukuh asas ekonomi dan kewangan negeri secara mampan tanpa menjejaskan kesejahteraan rakyat. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Phee Syn TzeDAP · PHSungai Puyu

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ah, soalan tambahan. Adakah Kerajaan Negeri masih terlalu bergantung kepada penjualan dan pembangunan tanah sebagai sumber hasil utama negeri. Jika ya, sampai bila kaedah ini boleh bertahan. Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Ini soalan yang mencabarkan. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, hasil negeri merangkumi hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil. Hasil cukai contohnya cukai tanah yang kita bincangkan dengan begitu hebat dalam sesi ini, iaitu secara langsung kita kutip cukai daripada ah hak milikan tanah yang ada dan jumlah yang dapat kita kutip termasuk cukai petak dalam lingkungan RM130 juta lebih kurang. Manakala lain-lain yang membawa hasil yang lebih besar adalah adakalanya bukan cukai dari segi premium daripada tanah-tanah yang dilupuskan oleh pihak Kerajaan Negeri, termasuk premium yang diperoleh daripada perlanjutan pajakan, penukaran ah kegunaan tanah dan sebagainya.

Kita tidak nafikan bahawa pelupusan tanah tambakan merupakan satu sumber kewangan yang besar bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan saya mahu terus terang sekiranya sumber ini habis, maka kita ada cabaran untuk menggantikan sumber ini dengan sumber-sumber yang lain. Dalam kaji semula cukai tanah, itu pun cuma menambahkan hasil RM50 juta daripada setelah pengurangan, pengecualian, rebate, diskaun dan sebagainya. Maka bila sampai bila kita boleh tahan. Kita tahan sampai tak boleh tahan.

Oleh sebab itu kita telah bersama-sama dengan negeri-negeri tertentu telah membuat, saya tidak boleh kata tuntutan, saya rasa ini satu permintaan daripada negeri-negeri yang rata-rata hadapi keadaan yang sama dengan negeri Pulau Pinang dari segi sumber hasil yang terhad, jenis hasil yang terhad. Maka ada negeri yang yang meminta Kerajaan kongsikan 20%, 30%, 25%, 40% seperti Sabah, tertakluk kepada kemampuan atau persetujuan Persekutuan untuk melihat kalau negeri maju, negeri kukuh, negara kita kukuh. Kalau semua sumber dipusatkan di persekutuan, maka keadaan ini akan berlarutan eh oleh semua negeri di Persekutuan Malaysia ini.

Kita bukan macam Sarawak ada sumber atau bidang kuasa mengenakan sales tax petroleum yang membawa berbilion-bilion ringgit. Kita pun tak ada petroleum di eh Pulau Pinang, lain-lain negeri pun tak ada. Sabah ada perjanjian MA63 40% pulangkan, kita pun tak ada. Jadi kalau Persekutuan menimbang dan meneliti betapa mencabar kita terus membangunkan negeri kita dengan sumber yang terhad, maka kita masih perlu bergantung kepada sumber hasil yang tradisional. Selagi perkongsian hasil dengan pusat tidak dijadi kenyataan, maka kita perlu menguatkan suara negeri untuk memastikan persekutuan dapat mendengar suara-suara daripada negeri-negeri kita.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya nak jemput Pengkalan Kota.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Pusingan kedua bagi soalan lisan, soalan saya 29.

No.29 Adakah peruntukan RM15 juta yang disediakan oleh Kerajaan

Negeri mencukupi bagi penganjuran enam (6) jenis sukan di

Negeri Pulau Pinang pada tahun 2027 kelak berikutan dunia kini

sedang bergelut dengan krisis ekonomi yang teruk akibat konflik di

Asia Barat.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada rakan saya daripada Pengkalan Kota yang menanyakan tentang khususnya penganjuran Sukan SEA di Pulau Pinang pada tahun 2027. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, dengan keadaan ekonomi semasa yang mencabar, peruntukan sebanyak RM15 juta daripada Kerajaan Negeri sememangnya perlu diuruskan secara berhemat kerana jumlah ini boleh dikatakan berada pada tahap perbelanjaan yang terhad berbanding dengan keperluan keseluruhan yang perlu dibiayai oleh Jawatankuasa Pengelola Induk penganjuran Sukan Asia Tenggara Malaysia 2027 peringkat Pulau Pinang yang membabitkan enam (6) jenis sukan yang akan diadakan di Pulau Pinang kelak.

Jadi untuk makluman Dewan yang Mulia ini, pada asalnya apabila Kerajaan Negeri bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada penganjuran Sukan SEA pada tahun 2027, peruntukan yang disediakan tersebut yang berjumlah RM15 juta sebenarnya pada asal untuk satu acara sahaja iaitu untuk acara sukan snuker dan biliard. Tapi apabila kita adakan perbincangan bersama dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan, kita dapati sebenarnya untuk peruntukan yang disediakan tersebut kita mampu untuk mengadakan enam (6) jenis sukan di Negeri Pulau Pinang termasuk ping pong, judo, tinju, sepak takraw dan juga floorball dan di mana itu berlaku sebelum konflik yang yang kini kita hadapi di Asia Barat lah. Jadi suntikan dana tambahan antara RM5 juta dan sehingga RM10 juta daripada sektor swasta dan awam akan berupaya menyerap lebihan perbelanjaan yang dijangka berlaku dalam tempoh 15 bulan yang akan datang. Jadi peningkatan ini melibatkan kos-kos utama seperti penginapan, pengangkutan, logistik, pengurusan dan pentadbiran, urusan teknikal, perolehan peralatan sukan dan lain-lain perbelanjaan di luar jangkaan bagi penganjuran sukan ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Soalan tambahan. Jadi apakah unjuran pulangan ekonomi kepada negeri hasil penganjuran enam (6) sukan ini dan khususnya dari segi pelancongan, peluang pekerjaan ataupun limpahan kepada peniaga tempatan dan sekiranya kos penganjuran meningkat akibat faktor ekonomi global lagi, apakah Kerajaan Negeri mempunyai adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan kontingensi bagi memastikan program ini tidak membebankan lagi kewangan Kerajaan Negeri. Thank you.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih rakan saya daripada Pengkalan Kota. Sememangnya kalau kita lihat berhubung impak penganjuran ini sememangnya pada asal apabila Kerajaan Negeri bersetuju untuk menganjurkan Sukan SEA ini sememangnya ia akan membawa economic multiplier (dengan izin) yang memang akan membantu melonjakkan status Negeri Pulau Pinang. Antaranya sepertimana semua sedia maklum sektor pelancongan antaranya akan mendapat pulangan daripada penganjuran temasya sukan yang berprestij ini, termasuk peluang pekerjaan dan juga limpahan ekonomi lain seperti di sektor makanan, minuman, penginapan dan juga pengangkutan dan lain-lain.

Saya nak ambil contoh kalau kita lihat kepada data dalam kajian yang sedia ada. Kita ambil contoh apabila negara Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998, itu saya ambil data yang lamalah. Pada masa ketika itu ada kajian yang menunjukkan secara puratanya setiap pengunjung yang datang untuk menyertai Sukan Komanwel, mereka belanja lebih kurang dalam lingkungan RM3,800.00 dalam tempoh penganjuran tersebutlah. Jadi kalau kita ikut piawaian ini harga pada tahun 1998, kita kalau kali ini kita anjurkan Sukan SEA kita menjangkakan 3,000 hingga 5,000 pengunjung, atlet, pegawai yang bakal datang ke Pulau Pinang untuk temasya sukan ini dan sememangnya kalau kita buat kiraan menggunakan angka pada tahun 1998, ini pun telah melebihi apa yang bajet yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Namun kalau kita lihat perbelanjaan pada hari ini, kita yakin ini akan bantu untuk melonjakkan lagilah dan membawa manfaat kepada ekosistem dan juga masyarakat kita di kawasan tempatan. Untuk soalan kedua Yang Berhormat Pengkalan Kota tentang pelan kontingensi dan sebagainya, untuk makluman khasnya di Negeri Pulau Pinang, peringkat Pulau Pinang bagi penganjuran Sukan SEA, kita lain dengan wilayah dan juga negeri yang lain yang turut mengambil serta dalam penganjuran Sukan SEA pada tahun 2027 di mana antaranya negeri yang melibatkan pembinaan tempat ataupun venue (dengan izin) yang baharu untuk kita menjadi host kepada Sukan SEA ini.

Cumanya di Negeri Pulau Pinang ini kita tidak melibatkan sebarang pembinaan bangunan ataupun prasarana yang baharu untuk penganjuran temasya kali ini. Kita pun dalam usaha untuk cuba mendapatkan dari segi tajaan kita pun tengah kenal pasti bersama dengan jawatankuasa penganjur kebangsaan, sebab ada terma-terma termasuk dari segi pemasaran dan sebagainya yang akan melibatkan juga bukan sahaja Pulau Pinang secara sendiri tetapi keseluruhan kebangsaan dalam program pemasaran dan sebagainya. Kami yakin sebenarnya untuk peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dengan sumbangan dan juga tajaan daripada sektor awam dan sektor swasta, saya yakin kita masih mampu meskipun berhadapan dengan konflik yang tidak menentu ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Seterusnya soalan 30 telah pun dijawab bersamaan dengan soalan 26 dan maka kita ke soalan 31, Batu Lancang.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Ya, Dato' Seri. Soalan saya nombor 31.

No.31 Huraikan prestasi pelaburan secara keseluruhan di Pulau Pinang

bagi tahun 2025.

(a) Nyatakan nilai eksport dan import melalui Pelabuhan Pulau

Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

bagi tahun 2025.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Yang Berhormat Batu Lancang. Untuk makluman Yang Berhormat serta Dewan yang Mulia ini, prestasi pelaburan Pulau Pinang bagi tahun 2025 menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dan kekal sebagai antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Negeri ini terus menarik pelaburan berkualiti tinggi khususnya dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi seperti Elektronik dan Elektrik (E&E), semi-konduktor serta peranti perubatan. Berdasarkan data daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), jumlah pelaburan keseluruhan yang diluluskan di Pulau Pinang adalah sebanyak RM32.9 bilion. Aliran masuk pelaburan ini didorong oleh kekuatan ekosistem industri sedia ada, ketersediaan tenaga kerja mahir, kemudahan infrastruktur serta kedudukan strategik Pulau Pinang dalam rantaian bekalan global.

Selain itu, kestabilan dasar serta sokongan berterusan kerajaan turut meningkatkan keyakinan pelabur asing dan domestik. Bagi nilai eksport dan import melalui Pelabuhan Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi tahun 2025 adalah seperti berikut, nilai eksport jumlahnya RM573 bilion. Nilai import pula RM382 bilion. Itu sumber dari DOSM. Pecahan jumlah perdagangan spesifik melalui Pelabuhan Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tidak tersedia buat masa ini. Secara keseluruhannya, prestasi eksport dan import melalui kedua-dua pintu masuk utama ini mencerminkan tahap aktiviti perdagangan yang aktif serta peranan Pulau Pinang sebagai nod penting dalam rantaian bekalan serantau dan global khususnya bagi barangan berteknologi tinggi dan bernilai tambah. Dan Yang Berhormat Bertam selaku Pengerusi MATRADE juga telah mengongsikan statistik-statistik yang terkini tentang peranan Negeri Pulau Pinang semakin kukuh kerana angka-angka yang terus meningkat. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Seri Yang-di Pertua, soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Apakah kriteria yang akan digunakan oleh Kerajaan Negeri dalam mempertimbangkan permohonan tanah industri oleh pelabur asing serta kekurangan tenaga mahir? Soalan yang kedua, apakah cabaran yang bakal dihadapi serta manfaat yang boleh dikecapi oleh Pulau Pinang susulan dengan krisis di Timur Tengah?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Lancang atas soalan tambahan. Bagi sebarang investment melalui InvestPenang yang sememangnya melibatkan MIDA dan lain agensi-agensi, di Pulau Pinang kita memberi pengkhususan atau keutamaan kepada industri-industri atau pelabur-pelabur yang dapat mengukuhkan supply chain kita. Dan juga nilai teknologi tinggi, penggunaan sumber-sumber yang tidak melampau seperti tanah, air, tenaga pekerja dan sebagainya merupakan pertimbangan kita untuk menarik pelabur-pelabur berkaitan.

Sebab ini memang kekuatan Negeri Pulau Pinang. Dan pada beberapa tahun dahulu, memang ada pelabur-pelabur dari jenis-jenis industri yang kita rasa tidak menambah nilai kepada ekosistem kita, maka kita mengesyorkan mereka pergi ke negeri-negeri berdekatan yang mungkin ada tanah yang lebih luas. Sebab katakan kita menjual 100 ekar kepada pelabur A, maknanya opportunity cost itu kita tidak ada 100 ekar untuk promoted industry yang kita mahu itu. So, itulah pendekatan di Negeri Pulau Pinang. Manakala kalau ada taman-taman industri dari pemaju swasta kita tidak mengawal dengan lebih ketat. Dengan ada pengusaha swasta ini sebenarnya apa yang kita tak dapat terima bawah tanah PDC, kita sekarang boleh syorkan mereka masih kekal di Pulau Pinang tetapi mungkin melihat taman-taman industri yang dimaju oleh swasta dan tidak mengalir pulak kepada pusat-pusat yang lain la. Kita percaya walaupun dalam menghadapi kekangan konflik di Timur Tengah oleh kerana perubahan teknologi AI, Cloud Computing dan sebagainya sebenarnya ada kilang-kilang yang begitu desperate untuk menambahkan kapasiti mereka. Tempoh hari minggu lepas, ada satu (1) kilang datang minta saya timbangkan 100 ekar, cepat saya mau kelmarin bukan esok. Sebab order daripada customer begitu hebat sehingga mereka tak dapat, tak mampu melayan kapasiti itu, kalau kita tak dapat memenuhi permintaan sedemikian mereka akan tak ada pilihan mereka perlu lihat lokasi-lokasi yang lain. Boleh kata walaupun cabaran besar kita masih memantau, kita nasib baik adalah negeri yang ada niche sector dan kita rasakan dalam ketika ini pengembangan AI, Cloud Computing dan sebagainya. Masa depan kita pada masa ini masih kukuh dan cerah. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Dan saya nak mohon Telok Bahang, sila.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Terima kasih YBhg. Dato’ Seri Speaker. Soalan saya soalan nombor 32. Walaupun hari itu Yang Amat Berhormat telah pun menjawab sedikit, tapi saya mohon sedikit lagi untuk saya campurkan dengan saya punya soalan tambahan. Terima kasih.

No.32 Percukaian baharu.

(a) Adakah kadar cukai baharu ini sebenarnya tidak dilakukan dengan

terperinci tetapi hanya untuk mengutip cukai semata-mata?

(b) Alasan kadar cukai tidak dibuat kajian semula setelah 38 tahun, adakah

ini untuk menaikkan kadar cukai semata mata?

(c) Apakah perbandingan cukai Negeri Pulau Pinang yang baharu ini

dibuat perbandingan dengan negeri lain?

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Saya akan memberi jawapan kepada isu cukai tanah. Sebab hari ini pun hari yang kita sempurnakan persidangan ini, maka isu ini masih perlu diperjelaskan lagi. Jadi soalan Yang Berhormat, menyatakan kita lakukan kajian ini dengan tidak beberapa terperinci. Jadi saya ingin menyatakan bahawa Kerajaan Negeri memang laksanakan kuasa semakan kadar cukai tanah berdasarkan undang-undang tanah, peraturan dan garis panduan sepertimana dalam Kanun Tanah Negara, Kaedah-Kaedah Tanah Pulau Pinang, National Land Code (Penang and Malacca Titles Act) dan sebagainya. Malah cadangan semakan itu perlu dibentang dalam Mesyuarat MMK di peringkat negeri pada tahun 2024 lagi, Mac 20. Sebenarnya dua tahun sebelum kita laksanakan kita sudah pun mulakan inisiatif ini. Dan ianya pun dapat kelulusan dari Majlis Tanah Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri pada 19 September 2024. Apabila saya maklumkan kepada Majlis Tanah Negara kita cadang 2026 pelaksanaannya. Perdana Menteri kata 'Cepatkanlah, 2025 lagi bagus.' Tetapi kita rasa kita perlu masa tambahan itu untuk melakukan segala kerja-kerja berkaitan. Kita tidak tergesa-gesa. Kita sudah tunggu 32 tahun, apa bezanya tunggu satu dua tahun lagi. So, I want the House to be aware that itu satu inisiatif yang kita memberi perhatian yang sungguh dan sehingga ianya pun dibahaskan dalam Dewan, kita pun ada sesi libat urus dan sebagainya. Kita pun tubuhkan Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dengan semua jabatan yang berkaitan. Satu lagi Jawatankuasa Teknikal Semakan Cukai yang dipengerusikan oleh Pengarah Tanah dan Galian dengan semua Pegawai Daerah bagi meneliti semua isu-isu pelaksanaan dan juga pengkelasan semula tanah desa dan tanah bandar.

Sebagai rumusan, proses ini merupakan tindakan yang dirancang dengan rapi oleh Kerajaan Negeri dan bukannya dasar yang digubal secara tergesa-gesa. Saya cuma nak secara ringkas menjawab apakah asas-asas keputusan negeri. Ada enam (6) asas kita menyemak kadar cukai. Satu, menyemak dan mengemaskini struktur percukaian tanah yang tidak disemak sejak tahun 1994. Keduanya, mengemaskini kadar cukai tanah sejak 1994 juga. Ketiga, mengemaskini maklumat tanah dan cukai tanah. Keempat, menaik taraf tanah-tanah desa kepada tanah bandar. Kelima, membendung ketirisan hasil cukai tanah First Grade/Condition A, B, C dan kategori syarat nyata 'Tiada' di mana kebanyakan aduan dan rungutan adalah datang dari kategori ini di mana oleh kerana tidak ada syarat kegunaan, maka susah untuk kita menetapkan satu kadar cukai pada masa dahulu, dan pada kali ini kita telah meletakkan cukai berdasarkan kegunaan sebenar di tapak.

Misalnya Yang Berhormat Sungai Bakap ada sebut dalam perbahasan, di kawasan Yang Berhormat Sungai Bakap ada satu kes di mana First Grade atau Condition A, B, C dia sebenarnya sudah sewa sebahagian tanah yang membawa sewa dalam lingkungan RM3-4 ribu sebulan, mungkin dapat RM40,000.00. Tetapi dia sebenarnya bayar RM10.00 selama ini. Jadi satu matlamat kajian ini juga nak memastikan keadilan kepada semua. Sebab yang lain-lain sudah bayar cukai berdasarkan pengiraan meter persegi, tetapi bagi kes-kes First Grade/Condition A, B, C itu dikira mengikut lot. Jadi kalau kes ini dia terus bayar RM10.00 katakan, adakah ianya sistem yang adil atau tidak? Semestinya tidak adil.

Kita tahu bahawa mungkin lonjakan itu amat besar dan melalui pengurangan rebat dan sebagainya, kita harap rakyat dapat menampung kenaikan dan saya pun sudah jelaskan sebenarnya berapa peratus sebenarnya bayar kurang dari RM200.00. Saya pun boleh mengarahkan cari statistik yang kurang dari RM100.00 mungkin pun dalam lingkungan 50 peratus. Itulah keadaannya. Kita yang bayar lebih dari RM5,000.00, 8 peratus. Dalam penggulungan, saya akan memberi sedikit makluman tambahan untuk memberi gambaran yang keseluruhannya. Jadi matlamat atau asas yang terakhir, juga menambahkan hasil. Sudah banyak kali saya sebut dan satu isu secara perbandingan.

Secara perbandingan Pulau Pinang dan semakan ini turut mengambil amalan dan struktur kadar di negeri-negeri lain. Kita pun buat perbandingan, di samping menyesuaikan dalam konteks dan keperluan Negeri Pulau Pinang. Pulau Pinang adalah negeri yang tidak buat semakan untuk tempoh yang paling panjang. Negeri-negeri lain misalnya, Selangor, dia buat pindaan pada 2016, Wilayah Persekutuan 2006, Johor 2020, Melaka 2024 dan Pahang 2019.

Sebagai perbandingan, kadar cukai kediaman di Pulau Pinang selepas semakan tidak jauh berbeza dengan negeri-negeri lain. Bagi tanah bandar, kadar dikenakan adalah RM70.00 bagi 100 meter persegi dan RM50.00 di bandar. Bagi desa pula, RM50.00 per 100 meter square. Di Selangor pula, kadar yang mereka kenakan minimum adalah RM39.00 hingga RM53.00 per lot. Manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah di antara 33 sen hingga 72 sen meter persegi. Maka ini lingkungan lain-lain negeri-negeri lah. Di Melaka dan Negeri Sembilan adalah hampir sama dengan kita bagi kadar cukai kediaman.

Bagi kegunaan perniagaan dan komersial pula, kadar cukai di Johor bagi bandar adalah RM3.92 sen. Kita cas RM3.25 sen. RM3.92 sen sehingga RM7.84 sen di Johor per meter square. Bagi kegunaan perniagaan pangsapuri perkhidmatan, hospital swasta, pusat konvensyen, manakala hotel kadar dikenakan RM6.39 sen hingga RM8.43 sen. Menunjukkan kadar di Johor jauh lebih tinggi berbanding Negeri Pulau Pinang. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mengenakan cukai di antara RM3.45 sen sehingga RM4.60 sen bagi perniagaan. Manakala Selangor pada kadar RM3.30 sen. Lebih dekat dengan Pulau Pinanglah. Tetapi dia punya kadar tidak dikaji sejak 2016, pun sudah 10 tahunlah.

Jadi bagi industri pula, Kuala Lumpur RM3.80 kupang pada tahun 2006. Kita sekarang RM3.25 sen, 2026. Dia tahun 2006, 20 years ago sudah RM3.80 kupang. Jauh tinggi dari Negeri Pulau Pinang. Jadi kita mengkaji dan buat perbandingan dan kita rasa apa yang kita cadangkan adalah dalam lingkungan sederhana dan bukan keterlebihan. Dan sepertimana dikatakan, kita melakukan dengan berhemah, seimbang, memastikan tanggungan tidak terlalu berat. Kalau berat kita ada mekanisma rayuan, kita ada mekanisma rebat supaya kita dapat memainkan fungsi dalam menaikkan hasil negeri tetapi menjaga kesejahteraan rakyat dan membayar cukai seperti ramai Ahli-ahli Yang Berhormat setuju negeri perlu hasil, tak ada bantahan kalau nak naik tetapi kali ini mungkin kenaikan bagi certain category adalah tinggi, tapi bagi lain-lain adalah dalam lingkungan 25% hingga 200% tertakluk kepada kegunaan lokasi dan sebagainya.

A lot of cases sebenarnya bayar lebih kurang daripada sebelum ini. Ada, dan bagi kes-kes itu mereka bayar minimum sebab kita pun ada kadar minimum. Dan ada yang tak layak dapat 50% kerana setelah buat pindaan, kadar yang dia terima sudah 70, 80% lebih kurang daripada cadangan. Jadi itulah harap Ahli-ahli Yang Berhormat memahami apa yang kita lakukan secara berhemah dan maklumat ini dapat juga dihargai oleh pembayar-pembayar cukai di lapangan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Tambahan. Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Padang Kota di atas penjelasan dan pencerahan yang telah diberikan. Sedikit sebanyak telah memberi harapan kepada pembayar-pembayar cukai tanah tentang mekanisma yang telah digunakan serta perbandingan yang telah Kerajaan Negeri lakukan. Dan ini juga termasuk penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Padang Kota tentang pelepasan rebat sekiranya ada yang terlebih bayar dan sebagainya. Sekiranya kalau boleh dimasukkan dalam penggal yang kedua di atas rebat tersebut ataupun kalau dia bayar 1 tahun, dibawa kepada tahun hadapan. Tetapi saya ingin menambah sedikit, ini terkeluar sedikit daripada hal cukai iaitu untuk tanah-tanah pajakan (leasehold). Bolehkah kerajaan untuk tanah-tanah tersebut daripada leasehold ditukar…

Yang di-Pertua (Speaker)

Freehold.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Ditukar syarat kepada freehold? Namun dengan kadar pembayaran premium yang agak tidak orang kata terlampau menekan ataupun boleh bagi secara ansuran dan sebagainya. Kerana kita faham Kerajaan Negeri menggunakan tanah untuk mendapatkan pulangan untuk negeri. Tetapi kalau kita biar tanah-tanah tersebut secara leasehold, dia punya kategori ataupun dia punya tu tidak berapa memberangsangkan. Kalau ditukar kepada freehold, dia punya premium mungkin mahal dan cukai yang akan dipulangkan kepada Kerajaan Negeri mungkin lebih tinggi. Sekian, terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Saya ada jawapan dalam penggulungan tentang isu yang dibangkitkan yang sama dibangkitkan oleh Seberang Jaya. Pada ketika ini kita memang sudah melaksanakan extension of lease, lanjutan kepada pajakan walaupun tak tamat, walaupun masih ada 30, 40 tahun, kita tak ada halangan permohonan dibuat sekarang. Tetapi untuk menukar dari pajakan kepada freehold.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pegangan kekal.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Ini cuma dilakukan dalam kes-kes istimewa dan tertentu. Tetapi di seluruh Negeri Pulau Pinang, tanah pajakan cuma melibatkan 10% daripada semua lot di Negeri Pulau Pinang. Tak banyaklah kira. Bukan kita ada 80% pajakan, 20% freehold. Bukan. Zaman British sudah kebanyakan tanah sudah diberikan freehold. Yang leasehold cuma dalam lingkungan 10% tak sampai pun. Nak kira akan tamat dalam beberapa tahun ini cuma 800 kes saja. Yang ada tak tamat itu 30, 40 tahun lagi.

Cuma di pembangunan seperti di rumah pangsa PDC atau rumah-rumah PDC dan perkampungan-perkampungan yang diwujudkan selepas occupation British itu, kebanyakan leasehold adalah di tempat-tempat sedemikian. Dan kita pun sudah mulakan extension of lease. Pengiraannya simple. Nilai walaupun mereka 60 tahun, kita membenarkan mereka lanjut sampai 99 tahun. Itu satu kelebihanlah. Value 99 years sekian X minus your residual value, kalau katakan ada 30 tahun lagi ada value Y. X minus Y equal to Z. Itulah premium yang sepatutnya nak bayar. Tetapi kita bayar... kita beri bagi kategori kediaman 90% discount. You bayar 10% saja. Banyak kes di Valdor, RM6,000, RM5,000, RM7,000 lebih-lebihnya. Di Bukit Gelugor mungkin dia lagi dekat bandar kan strategik, RM20,000. Dari baki 10, 20 tahun boleh dapat sehingga kalau Valdor, Jawi itu Juru semua 60 years. Tetapi kita benarkan sampai 99 years. Itu pun dekat-dekat freehold lah, macam freehold. Tapi bukan freehold lah, pajakan 99 years.

So, itulah kita sudah ambil kira untuk menggalakkan at least mengatasi kerisauan pemilik bahawa oh saya cuma tinggal 20 tahun macam mana nak buat? Tak apa, sekarang pun boleh pohon. Whether you have 20 years balance, 30 years balance, kita menerima permohonan sebab ada nilai baki itu yang penting. Kalau you sampai kosong tahun, memang itu nilai tak adalah kan? X minus Y sebab Y kosong jadi, jadi X pula. Dia bayar walaupun itu pun dia dapat discount 90%. Kalau untuk pertanian 80%. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya nak ke Kebun Bunga, sila.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Tak mahu bagi peluang ya?

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

(Ketawa) Terima kasih Dato’ Speaker bagi peluang pada saya. Perdagangan dan pelabuhan, pelabuhan Pulau Pinang terus dijaga. Kini soalan saya nombor 33.

No.33 Nyatakan nilai perdagangan antarabangsa terkini (sehingga bulan

April 2026) di Pulau Pinang mengikut sektor.

(a) Berikan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) dan pelabuhan

domestik di Pulau Pinang pada tahun 2025 dan hingga bulan

April 2026.

(b) Senaraikan syarikat luar negara yang membuat pelaburan semula di

Pulau Pinang serta jumlah pelaburan.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih Dato’ Seri. Terima kasih kepada soalan daripada Kebun Bunga. Soalannya, nyatakan nilai perdagangan antarabangsa terkini di Pulau Pinang mengikut sektor. Berdasarkan data Malaysia External Trade Statistics daripada Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSM, nilai eksport Pulau Pinang bagi tempoh Januari hingga Mac 2026 adalah sebanyak RM184.325 bilion.

Manakala nilai import adalah sebanyak RM107.358 bilion. Perincian mengikut sektor utama adalah seperti berikut, iaitu jentera dan peralatan elektrik sejumlah RM149.653 bilion. Optik, fotografi, mengukur, memeriksa dan alat perubatan dan pembedahan, RM14.413 bilion. Jentera dan peralatan mekanikal RM8.987 bilion.

Yang di-Pertua (Speaker)

Million kah bilion?

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Bilion, bilion. Jawapan is 8,987 juta, tetapi saya guna RM8.987 bilion.

Yang di-Pertua (Speaker)

(Mencelah) Oh ya kah?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Bertam sudah cakap kita capai trilion dah.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Ya. Sebab jawapan dia tulis dalam juta. Dia 8,987 juta. Saya singkatkan kepada RM8.987 bilion. Ya. Dan seterusnya adalah bahan logam, RM2.969 bilion. Getah dan barangannya RM1.31 bilion. Dan yang ini bagi plastik dan artikel, dia hanya import. Kita tak ada eksport. Yang lain-lain semua ada eksport dan import. Mengenai jumlah pelaburan langsung asing dan pelaburan domestik bagi tahun 2025. Data pelaburan terkini yang diterbitkan adalah sehingga Disember 2025. Sebab saya baru mendapat bertanya kepada DOSM, sehingga kini untuk suku tahun pertama 2026 masih belum keluar lagi statistik terkini. Berdasarkan data Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), jumlah pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan di Pulau Pinang bagi tahun 2025 adalah seperti berikut Pelaburan Langsung Asing (FDI) RM15.2 bilion. Pelaburan Langsung Domestik (DDI) RM7.2 bilion.

Untuk soalan B, senaraikan syarikat luar negara yang membuat pelaburan semula di Pulau Pinang. Berdasarkan kepada data MIDA, terdapat sebanyak 114 projek pelaburan yang melibatkan aktiviti peluasan iaitu expansion dan extension pada tahun 2025. Antara projek pelaburan semula terbesar oleh syarikat asing yang direkodkan pada tahun 2025 adalah seperti berikut:

Pentamaster Technology (M) Sdn. Bhd. Jangan terkejut sebab dia adalah di bawah, register di bawah Cayman Island. Iaitu mengenai machinery and equipment. Kedua, TF-AMD Microelectronics Penang Sdn. Bhd. iaitu yang berdaftar di Hong Kong dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.5 bilion. Dan lain-lain yang baru adalah Guangdong Fenghua Semiconductor Co., Ltd. di bawah China iaitu chemical and chemical products, Chipbond Technology (Malaysia) Sdn. Bhd. dari Taiwan untuk E&E, Altera Semiconductor Technology (Malaysia) Sdn. Bhd. daripada USA. Itu adalah jawapan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Terima kasih. Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Dato’ Seri Speaker, terima kasih kepada Bukit Tambun, semalam maiden speech, hari ini pertama kali jawab soalan di Dewan ini. Soalan tambahan saya ialah, kita memang bangga dengan angka-angka bilion sehingga ke trilion. Tetapi adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan satu pangkalan data ataupun database supaya kita dapat tahu kenapa investor-investor ini mereka akan nak buat expansion di Pulau Pinang tetapi tidak memilih negara ataupun negeri yang lain? Begitu juga dengan segmen-segmen industri yang membuat pelabur pelaburan di Pulau Pinang supaya selepas ini kita dapat satu data yang boleh dianalisis. Kita tahu kerajaan Pulau Pinang ni kekurangan tanah, kekurangan mainpower, tetapi yang kita ada adalah ekosistem yang sangat kukuh. So, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan satu pangkalan data untuk kegunaan masa akan datang? Terima kasih.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih diucapkan kepada Kebun Bunga. Ini soalan yang saya tanya semasa saya di backbencher (ketawa). Ya. Untuk makluman, sidang hadirin dan Kebun Bunga, sebenarnya dalam pangkalan data ini kita boleh terbahagi kepada tiga. Pertama dari segi syarikat-syarikat yang di bawah entiti kategori industri. Yang sedia ada kita ada maklumat daripada MIDA, PDC, PERDA, InvestPenang dan juga SSM. Contohnya SSM semalam baru memberi maklumat kepada saya, statistik entiti kategori industri yang berdasarkan industri syarikat saja di Pulau Pinang sedia ada ada 7,397. Perniagaan, perniagaan bererti sole proprietor enterprise, 17,702, 02 syarikat berasaskan industri. Dan bagi maklumat ini, sebaik saja saya memegang portfolio ini saya terus berjumpa dengan CEO InvestPenang, Dato' Loo, untuk membincangkan tentang pewujudan pangkalan data. Dan perkara ini juga telah dibincangkan semasa dalam mesyuarat MMK Perdagangan Antarabangsa bertarikh 24 April yang turut dihadiri oleh Sungai Puyu dan juga Batu Uban dan juga KOMTAR. Kedua, data pelaburan. Data pelaburan ini selalunya maklumat ini sebenarnya dikutip dikumpulkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan MIDA. Dan DOSM akan menganalisis data-data tersebut dan akan mengeluarkan statistik terbaru untuk dipanjangkan kepada MIDA. MIDA akan membuat pengumuman. Selepas pengumuman, InvestPenang baru akan memperincikan...

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, terus kepada soalan sudah. Pengkalan Kota boleh buat satu, bila sudah?

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Pengkalan data.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pengakalan data, (ketawa) you buat pusing ya (ketawa).

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Dah, Dato’ Seri, sebab maksud saya faham maksud Kebun Bunga sebab data yang selalu dikemukakan oleh MIDA dengan InvestPenang mungkin berlaku sedikit perbezaan. Mengapa perbezaan? Sebab kod yang digunakan adalah berbeza. Kita teruskan kepada data perdagangan iaitu eksport dan import. Ia juga dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat tanya, the database boleh buat satu yang bersepadu ka? (ketawa)

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Boleh. Itu nak cerita dulu. Itu perlu cerita panjang dulu baru boleh kita rumuskan.

Yang di-Pertua (Speaker)

No, no. Make it short.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Macam kalau data perdagangan antarabangsa, MATRADE guna SITC.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang ini sedia ada saya tahu.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Ah. Itu untuk dia rumuskan semua sebagai mesin dan peralatan pengangkutan. Tetapi di Pulau Pinang, InvestPenang dia perincikan kepada E&E. Lepas tu ada machinery dan juga peralatan pengangkutan. Yang tu adalah di bawah sub-group 7.5, 7.6, 7.7. Kalau data yang sidang hadirin dapat adalah dari MATRADE, hanya mesin dan peralatan pengangkutan lebih kurang 76 peratus. Tetapi InvestPenang dia perincikan kepada E&E. Pertama, peralatan pengangkutan pula ada figure dia berlainan sebab di Negeri Pulau Pinang kita merupakan bagi E&E merupakan industri yang paling utama. Kalau kita letak jentera dan peralatan pengangkutan semua orang confused. Itu sebab ada perbezaan. InvestPenang masih lagi berfungsi ya, Kebun Bunga. Dia perlu memperincikan dari segi sektor-sektor. Dan mengenai ini, oleh itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, Tambun. Rumuskan.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Okey.

Yang di-Pertua (Speaker)

Hari ini semua masalah yang YB sudah tahu dia nak satu pangkalan data yang boleh selesaikan. (ketawa)

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Ya. Itu sebab mesyuarat MMK bertarikh 18 Mac yang lalu telah meluluskan MMK Perdagangan Antarabangsa dan MMK KPDN dan Kos Sara Hidup. Kita asingkan perdagangan dalam negeri dan perdagangan antarabangsa. Dan Mesyuarat Perdagangan Antarabangsa yang pertama yang diadakan pada 24 April dihadiri oleh CEO InvestPenang, PDC, Pengarah MITI, Pengarah MIDA, DOSM, semua ketua jabatan telah hadir dan bersetuju untuk mewujudkan satu pangkalan data. Ah. Itu yang penting.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ini saja lah? Bila? Bila? Speaker pula jadi mahu tanya.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Dato’ Seri, ini baru permulaan (ketawa) sebab seperti yang ditegur oleh Bertam semalam, statistik atau angka-angka yang kita ada ni perlu berasaskan kepada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Dan kita perlu mengumpulkan semua jabatan yang ada untuk memperincikan cuma adakah nak buat secara manual atau perlu menggunakan software. Itu masih dalam peringkat perbincangan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ah, ini jawapan sudah. Sudah.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Itu saja. (ketawa) Sekian terima kasih Dato’ Seri dan juga Kebun Bunga.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. First time jawab kita bagi masa lebih sikit. Dan seterusnya, oh, tak ada soalan tambahan maka saya nak pergi ke soalan yang 34, Pantai Jerejak. Namun beliau telah pun maklum kepada saya pagi ini dia ada perkara yang perlu diuruskan di luar maka soalan ini dilangkau. Soalan 35, TAT.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Buku 35, soalan saya nombor 35.

No.35 Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai

berkaitan kiosk terbengkalai tanpa peniaga di Robina Eco Park walau pada

dasarnya semua kiosk tersebut sudah bertuan? Keadaan ini memberi impak

kepada peniaga lain kerana keadaan kawasan menjadi sunyi, mengakibatkan

pengujung tidak akan datang ke kawasan tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Buku 35. (ketawa)

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Pihak MBSP telah mengenal pasti empat unit kiosk di Robina Eco Park yang tidak menjalankan operasi perniagaan. Susulan itu, MBSP telah membuat pembatalan sewaan terhadap empat unit kiosk tersebut pada Januari 2026, setelah mendapati penyewa gagal menjalankan perniagaan seperti yang ditetapkan. Seterusnya, pihak MBSP telah mengiklankan semula unit-unit kiosk yang kosong tersebut pada bulan April 2026 bagi memberi peluang kepada peniaga-peniaga lain yang berminat untuk mengisi kekosongan kiosk berkenaan. Seramai empat peniaga telah berjaya dipilih untuk mengisi kekosongan kiosk di Robina Eco Park pada 27 hari bulan April 2026. Terkini kesemua 33 unit kiosk di Robina Eco Park telah diisi sepenuhnya. MBSP sentiasa memandang serius isu kiosk yang tidak beroperasi kerana ia boleh menjejaskan imej kawasan perniagaan di Robina Eco Park serta tujuan asal penyediaan kemudahan kepada peniaga dan pengunjung. Sehubungan itu, pihak MBSP juga mengambil langkah proaktif bagi memastikan kiosk- kiosk dimanfaatkan secara optimum seperti yang berikut, pelaksanaan pemantauan dan penelitian semula terhadap status pengoperasian kiosk-kiosk yang terlibat bagi memastikan hanya peniaga yang benar-benar aktif sahaja menjalankan perniagaan di lokasi berkenaan.

Kedua, pelaksanaan tindakan penamatan akan dikenakan terhadap peniaga-peniaga yang didapati tidak aktif atau gagal beroperasi dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebab. Ketiga, pelaksanaan hebahan dan pengiklanan semula kiosk- kiosk yang telah dikosongkan bagi memberi peluang kepada peniaga-peniaga lain yang berminat. Keempat, pemindahan unit kiosk yang dikenal pasti sekiranya tidak mendapat sambutan ke lokasi strategik yang lain khususnya di kawasan tumpuan pengunjung yang lebih tinggi.

Pihak MBSP komited untuk memastikan setiap kiosk yang disediakan dimanfaatkan sepenuhnya bagi mencapai matlamat asal pelaksanaan inisiatif (Telok Ayer Tawar dok senyum). Dengan pelaksanaan langkah-langkah ini adalah diharapkan kiosk- kiosk dapat beroperasi dengan lebih aktif dan berdaya saing. Terima kasih.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Soalan tambahan. Ada tambahan sikit. Apa yang Jawi disampaikan empat kiosk kosong telah diberi kepada peniaga-peniaga baru. Tapi berapa ramaikah yang beroperasi? Memang ada nama, semua ada nama. Tapi yang beroperasi kita tengok tak sampai pun daripada 15 kiosk. Kiosk banyak di situ. Dan saya nak tahu berapakah MBSP bagi kepada anak tempatan kiosk- kiosk ni? Saya dengar kiosk- kiosk ni bukan anak tempatan, banyak ada orang luar daripada kawasan Telok Ayer Tawar berniaga. Ada orang Sungai Tikam Batu pun ada, orang Padang Serai pun ada berniaga. Minta penjelasan Jawi.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Okey, terima kasih, Telok Ayer Tawar. Untuk makluman berhubung dengan peniaga-peniaga yang berniaga di kiosk tersebut, saya mungkin saya perlu dapat maklumat data dan saya akan salurkan kepada terus Telok Ayer Tawar. Memang tidak menafikan setiap kali temu duga dijalankan apabila kita menawarkan tapak penjaja mahupun kiosk ataupun petak-petak di bawah PBT, kita akan memberi keutamaan kepada anak tempatan.

Itu memang tidak dinafikan. Temu duga akan dijalankan di bawah oleh Ahli Majlis. Untuk menjawab mengapa kiosk yang ada 15 yang aktif ataupun yang lain, mungkin Telok Ayer Tawar bukan setiap hari pergi sana ke? Semalam saya dah tanya. Ada juga seperti kiosk ada yang berniaga, mungkin dia akan pilih hari mungkin dalam seminggu hari Khamis sehingga hari Ahad. Mungkin dia berehat hari Isnin sampai hari Rabu. Kita tak pasti. Tapi yang kita boleh pastikan semua kiosk yang tidak beraktif ataupun gagal untuk membuat bayaran, kita akan tarik balik.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Ah, Yang Berhormat Jawi kata Telok Ayer Tawar tak pergi tu. Telok Ayer Tawar boleh kata…

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Tiap-tiap hari pergi itu ka.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Kawasan tu, kawasan tak jauh dengan pejabat saya.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya tahu. Saya tau.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Ya, kalau saya tak pergi tu saya tak kurus ni. Saya duk pi exercise situ saya kurus. (ketawa) Yang Berhormat, dulu Yang Berhormat tengok saya masuk Dewan badan lain. Sekarang saya duk pi exercise situ, saya kurus Yang Berhormat. Okey boleh,

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya tengok sampai zip pun tak boleh, zip dah.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Ni kot boleh muat. Yang Berhormat. Okey, bergurau-bergurau juga Yang Berhormat. Tapi kita tengok di kiosk tu cuma berniaga pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad yang buka banyak. Pada hari lain tidak yang begitu ketara buka, hanya yang kiosk food truck di depan tempat budak-budak main tu, di situ adalah daripada orang luar datang berjual di situ. Yang kiosk food truck ada dua tiga truck tu. Habis kita tengok kita nak bagikan Robina Park ni sebagai satu tempat riadah yang…

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Pelancongan.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Ya, pelancongan. Kita minta apakah inisiatif-inisiatif dan untuk kemajuan tempat tu, saya mohon EXCO Jawi rancangkanlah yang terbaik untuk Telok Ayer Tawar. Jangan duk main belah Pulau Pinang saja. Okey, terima kasih.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Telok Ayer Tawar. Saya akan bincang dengan sahabat saya, EXCO Pelancongan, kita lihat bagaimana kita untuk menghidupkan kawasan yang dibangkitkan oleh Telok Ayer Tawar. Terima kasih. (gangguan)

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, terima kasih Jawi. Dan Batu Uban sila.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Soalan saya soalan nombor 36.

No.36 Bagaimanakah Kerajaan Negeri memanfaatkan warisan sebagai aset

pelancongan tanpa menjejaskan keaslian dan nilai sejarah?

(a) Mengapakah masih terdapat bangunan warisan yang terbiar atau rosak

walaupun negeri ini mempunyai status warisan dunia?

(b) Apakah jaminan bahawa pembangunan pesat tidak akan

mengorbankan identiti warisan negeri ini, khususnya di kawasan

sensitif seperti George Town?

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih kepada Adun Batu Uban menanyakan tentang bangunan warisan. Yang Berhormat, pengiktirafan sesuatu tapak sebagai warisan sama ada di peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa secara tidak langsung memberi manfaat kepada sektor pelancongan. Status warisan ini mampu menarik minat pelancong untuk melawat dan meneroka keunikan suatu tempat yang mempunyai nilai keunggulan dari segi sejarah, budaya mahupun alam sekitar.

Dan walau bagaimanapun, bagi memastikan keaslian tapak warisan tidak terjejas, pelan pengurusan yang komprehensif perlu disediakan bagi tapak-tapak yang diwartakan. Bagi Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town serta Penang Hill Biosphere Reserve, penyediaan Rancangan Kawasan Khas sebagai Pelan Pengurusan Warisan merupakan dokumen utama yang disediakan selaras dengan keputusan Jawatankuasa Warisan Dunia (World Heritage Committee). Pelan ini berperanan sebagai garis panduan utama dalam memastikan pengurusan, pemuliharaan dan pembangunan kawasan warisan dilaksanakan secara sistematik, terancang dan lestari tanpa menjejaskan nilai keaslian serta kepentingan sejarahnya.

Sebanyak 99% daripada bangunan warisan dalam Tapak Warisan Dunia George Town adalah dimiliki oleh pemilik persendirian. Terdapat pelbagai isu yang menyebabkan bangunan warisan yang terbiar atau rosak, termasuk tuntutan harta pusaka yang bertindih, ketiadaan waris dan tidak mampu menanggung kos pemuliharaan. Berdasarkan inventori bangunan usang yang dijalankan oleh George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) pada tahun 2023, terdapat 11 buah bangunan dalam keadaan bahaya dan mungkin mendatangkan kacau ganggu (dangerous and nuisance). Manakala, 120 buah bangunan dalam keadaan usang (dilapidated condition). Senarai ini telah dihantar kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

Lantaran itu, GTWHI telah mengambil inisiatif melaksanakan projek insentif untuk pembaikan Bangunan Warisan Kategori 1 dan Kategori 2 dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town pada tahun 2024. Insentif ini bertujuan untuk membantu pemilik bangunan menjalankan kerja-kerja pembaikan dan memberikan nafas baharu yang sangat diperlukan untuk bangunan mereka. Sebanyak 52 bangunan warisan Kategori 1 dan 300 bangunan warisan Kategori 2 telah menerima manfaat dari projek ini yang melibatkan kerja-kerja pembaikan seperti pembersihan bangunan, pembaikan facade, kemasan bumbung, dinding luaran dan dalaman. Elemen warisan seperti motif ukuran, pintu, tingkap, tangga, telaga udara, menaik taraf pendawaian elektrik, sistem perparitan, pembentungan, rawatan anai-anai, membuang pokok menjalar dan sebagainya.

Untuk yang, untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan pesat dan pemeliharaan identiti warisan khususnya di kawasan sensitif seperti Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town bukanlah dua perkara yang saling eksklusif. Sebaliknya, pengurusan aset warisan melalui pemikiran dinamik kini diiktiraf secara global sebagai pemacu ekonomi moden yang berupaya melangkaui fungsi asal sesebuah monumen sejarah. Dengan menyatupadukan kepakaran teknikal, ketelusan tadbir urus dan pemahaman budaya mendalam, kita mampu mengimbangi kemajuan tanpa mengorbankan akar budaya melalui beberapa jaminan strategi seperti berikut.

Pertama, sistem tadbir urus yang baik (good governance). Kedua, proses semakan profesional yang tulus bagi setiap cadangan pembangunan di kawasan sensitif. Ketiga, program latihan dan pendidikan berterusan bagi penjawat awam serta policy maker. Dan inisiatif bertujuan untuk memperkasa visi mereka selari dengan standard pelestarian global terkini. Yang keempat, sistem pendidikan dan perkhidmatan awam perlu diperkukuh melalui latihan berasaskan nilai kemanusiaan dan menyerapkan elemen sejarah, seni dan budaya dalam model latihan. Itu jawapan saya.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Soalan tambahan Dato’ Seri. Terima kasih Paya Terubong atas penjelasan yang diberikan tentang penyelenggaraan bangunan-bangunan warisan ini. Saya dimaklumkan juga, kita difahamkan bahawa Kerajaan Negeri juga ada menyediakan dana ataupun skim insentif untuk apa, membantu menyelenggara bangunan warisan ini. Saya just nak tahu adakah ada satu fixed amount yang diberikan pada setiap tahun. Kalau ada berapakah peruntukan yang diberikan.

Dan yang kedua, selain George Town, apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memelihara juga warisan budaya rumah ibadat yang lama dan juga kampung tradisi dan juga lain-lain bangunan selain daripada kawasan George Town ini. Terima kasih.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih. Dan tentang angka-angka tersebut, mungkin saya akan bekalkan secara bertulis kepada Yang Berhormat kerana untuk pastikan dollar and cents yang tepat. Dan Kerajaan Negeri telah sebelum ini telah juga menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan di bawah subject matter untuk pemuliharaan warisan di kawasan George Town. Dan Kerajaan Negeri menggunakan dana itu bersama GTWHI dan MBPP untuk membuat baik pulih dan sebagainya.

Dan untuk kawasan di luar George Town UNESCO Site, dan semalam saya tadi telah menjawab, kita baru mengorak langkah iaitu kita menyenaraikan beberapa yang tempat warisan di luar kawasan George Town sebagai warisan negeri. Dan kita baru sahaja mengorak langkah dan langkah seterusnya kita akan menyusuli dengan usaha-usaha pengurusan dan dana dan sebagainya. Itu jawapan saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Air Itam.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Soalan tambahan. Sikit saja. Yang Berhormat Paya Terubong cakap soal bangunan-bangunan warisan, rumah warisan. Apa terjadi dengan rumah warisan di Bagan Belat iaitu Haji Hashim Itam. Sampai sekarang kita tengok rumah itu dikepung dengan zink, tidak diperbaiki. Sekian, terima kasih.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ulang.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Di Bagan Belat. Rumah Haji Hashim Itam. Rumah warisan. Tapi sampai ke hari ini kita tengok di.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tidak apa TAT. Sebab soalan pokoknya tidak berapa sabit dengan spesifiklah. Nanti.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Bangunan-bangunan warisan.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Bincang tepi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Di George Town, di George Town. Yang ini di George Town. Tidak apa. Nanti EXCO bincang. Saya nak ke soalan Air Itam.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 37.

No.37 Apakah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan dalam pelaksanaan Perintah

Khidmat Masyarakat (PKM) di Negeri Pulau Pinang?

(a) Bilakah pelaksanaan PKM akan bermula dan sejauh manakah usaha

hebahan serta pendidikan awam yang telah dilaksanakan oleh

Kerajaan Negeri bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat

mengenai PKM?

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Untuk saya jawab soalan yang berhubung dengan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM). Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai bidang kuasa yang jelas dalam pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat di negeri Pulau Pinang selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2025 (Akta A1772) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 1974 (Akta A1773).

Dalam hal ini, PBT juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang kecil berkaitan kebersihan serta mengambil tindakan terhadap kesalahan pembuangan sampah kecil termasuk melaksanakan hukuman alternatif berbentuk khidmat masyarakat. Selain itu, PBT berperanan dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan program PKM dengan menentukan jenis aktiviti yang bersesuaian, lokasi pelaksanaan serta jadual kerja bagi pesalah. Pelaksanaan ini turut disokong melalui penyediaan garis panduan dan prosedur operasi standard yang menetapkan kaedah pelaksanaan, pengiraan jam khidmat serta mekanisme pengawasan yang teratur dan seragam.

Di samping itu, PBT juga bertanggungjawab dalam aspek pengawasan dan pemantauan pelaksanaan PKM melalui pegawai yang diberi kuasa bagi memastikan pesalah mematuhi syarat yang ditetapkan termasuk kehadiran, tempoh pelaksanaan dan kualiti kerja yang dilaksanakan. Laporan pemantauan turut disediakan bagi tujuan rekod dan penilaian. Sekiranya berlaku ketidakpatuhan, PBT mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan susulan yang bersesuaian bagi memastikan hukuman dilaksanakan sepenuhnya.

Secara keseluruhannya, bidang kuasa ini membolehkan PBT melaksanakan PKM secara berkesan, sistematik selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Pelaksanaan PKM di Negeri Pulau Pinang akan mula berkuat kuasa pada 1 haribulan Julai 2026 selaras dengan keputusan Kerajaan Negeri setelah semua garis panduan SOP serta mekanisme pelaksanaan dimuktamadkan di peringkat PBT. Pelaksanaan ini akan diselaraskan secara berperingkat dan selaras bagi memastikan keberkesanaan serta kelancaran pelaksanaannya di seluruh kawasan pentadbiran PBT. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri melalui PBT akan melaksanakan usaha hebahan serta pendidikan awam yang meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai pelaksanaan PKM. Antara inisiatif yang akan diambil termasuk penyebaran maklumat melalui media sosial rasmi, hebahan awam, kempen kesedaran kebersihan, program libat urus bersama komuniti serta pemasangan papan tanda peringatan di lokasi tumpuan.

Usaha ini bertujuan untuk memberi pemahaman yang jelas kepada masyarakat mengenai pelaksanaan PKM sebagai satu bentuk hukuman alternatif yang lebih mendidik di samping menggalakkan perubahan sikap serta peningkatan tahap pematuhan terhadap peraturan kebersihan. Secara keseluruhannya, usaha hebahan dan pendidikan awam yang dilaksanakan adalah berterusan dan menyeluruh serta dijangka dapat meningkatkan kesedaran dan penerimaan masyarakat terhadap pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat di Negeri Pulau Pinang. Terima kasih.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih saudara Jawi atas penjelasan tadi. Soalan tambahan saya. Adakah PBT telah mengenal pasti jenis aktiviti, lokasi pelaksanaan serta jadual kerja bagi pesalah. Sila memberikan satu penerangan yang lebih lanjut. Dan soalan kedua, apakah implikasi kewangan terhadap PBT dalam pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat. Okey. Terima kasih.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Untuk menjawab mengenai dengan aktiviti yang bersesuaian, ia termasuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan seperti mengutip, menyapu, mencuci, mengelap, mengecat serta mengumpul sisa pepejal di kawasan-kawasan awam tertentu. Antara lokasi yang boleh dikenalpasti adalah seperti di pasar, di jalan awam, pasar awam, pasar tani, pasar pagi atau pasar malam, longkang awam, pantai awam, perhentian bas, tandas awam, taman awam, laluan pejalan kaki, jejantas ataupun medan selera dan pusat penjaja ataupun di kawasan lapang di taman-taman. Dan untuk menjawab.

Yang di-Pertua (Speaker)

Implikasi kewangan.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Implikasi kewangan. Sememangnya ini dia tidak menjejaskan implikasi kewangan kita. Dari aspek kewangan, pelaksanaan PKM ini tidak melibatkan implikasi kewangan tambahan kepada Kerajaan Negeri memandangkan ia dilaksanakan dengan menggunakan sumber manusia ataupun sumber yang sedia ada di bawah PBT termasuk pengoptimumkan sumber manusia dan operasi semasa bagi tujuan logistik serta penyeliaan. Mungkin ia perlu tambah sedikit, contoh body cam. Hal ini adalah extra yang perlu kita tambah semasa buat operasi penguatkuasaan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Berapit.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Nasib baik ada masa lagi. Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan 38.

No.38 Berapakah peningkatan kapasiti keseluruhan selepas naik taraf

Hospital Seberang Jaya yang siap pada bulan April 2025 dan

berapakah peratus katil yang telah dibuka serta digunakan

sepenuhnya setakat ini bagi menampung keperluan pesakit?

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua. Bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Berapit. Peningkatan kapasiti katil di Hospital Seberang Jaya kini adalah sebanyak 729 katil. Walau bagaimanapun, jumlah katil yang beroperasi dan dibuka pada masa kini adalah 512, bersamaan dengan 70% daripada keseluruhan jumlah katil berikutan dengan isu kekurangan sumber manusia dan juga proses perolehan peralatan perubatan yang sedang dilaksanakan. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang akan terus menyusuli perkara tersebut bagi memastikan tahap operasi Hospital Seberang Jaya yang telah dinaik taraf ini dapat dilaksanakan secara optimum. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Padang Lalang dengan berita 70% yang telah, katil yang telah dioperasikan. Dan saya, saya difahamkan ada kekangan, tadi kata faktor kekangan seperti kekurangan tenaga kerja dan juga perubatan. Jadi saya ingin minta tahu apakah satu garis, garis masa yang telah ditetapkan supaya boleh mencapaikan penggunaan penuh kapasiti ini. Dan berapakah peratus pengisian jawatan bagi jawatan baru di Hospital Seberang Jaya termasuk doktor, jururawat dan kakitangan sokongan berbanding dengan jumlah yang telah diluluskan (apply dan approval). Dan apakah langkah segeranya boleh diambil. Terima kasih.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Berapit. Bagi jawab soalan yang kedua tentang data itu, sememangnya saya tidak mempunyai data tersebut off-hand. Tapi mungkin pada mesyuarat MMK Kesihatan yang akan datang saya akan minta supaya data ini dapat dibentangkanlah untuk makluman Yang Berhormat Berapit. Bagi perkara pertama dari segi kapasiti katil dan sebagainya, memang kita dalam usaha dan buat masa kini kita memang tidak dapat mengenal pasti satu garis masa lah untuk kita cuba untuk memaksimumkan atau optimumkan secara 100%. Namun demikian, kalau kita lihat secara keseluruhan dalam kesihatan awam ini, adalah menjadi hasrat saya supaya kapasiti katil ini tidak menjadi 100%. Saya nak rakyat Pulau Pinang jauh lebih sihat. Saya nak rakyat Pulau Pinang jangan masuk hospital dengan dalam keadaan sihat walafiat. Semua kita tidak perlu pun sebenarnya untuk kalau kita menuju sebuah negeri yang sihat. Tapi that would be the worst case (dengan izin) kalau semua katil kita mencapai 100% kapasiti. Sekian, terima kasih.

Sesi Penggulungan

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat, satu jam tiga puluh minit sudah pun tamat selaras dengan subperaturan 26(7), Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja Ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam penyata rasmi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Juga dengan Peraturan 6A(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, saya mohon supaya masa persidangan hari ini, 15 Mei 2026 hari Khamis, dilanjutkan sehingga semua urusan mesyuarat selesai. Terima kasih, sokongan.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Dato' Seri Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Pada Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun mengemukakan usul di bawah Peraturan 6A(1) untuk kita melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini, 14 Mei hari Khamis, dilanjutkan sehingga semua urusan mesyuarat selesai. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘ya’.

Ahli-ahli Berhormat:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan tidak. Hmm, tidak setujulah. Lebih suara bersetuju. Usul dipersetujui. Ahli-ahli Yang Berhormat, maka kita berada dalam sesi penggulungan atas usul ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang telah pun berkenan berucap di Dewan ini pada tempoh hari 8 Mei yang lalu. Saya nak mempersilakan Yang Berhormat yang nak menggulung, sila. Tanjong Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato' Seri Speaker. Dalam mendepani cabaran urbanisasi, perubahan iklim, mobiliti rakyat dan transformasi digital, Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus melangkah dengan tekad yang jelas, membina sebuah negeri yang bukan sahaja maju dari segi fizikal dan teknologi, tapi juga negeri yang mampan, inklusif serta berdaya tahan untuk generasi masa depan.

Ucapan penggulungan pada hari ini bukan sekadar menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, malah menjadi gambaran menyeluruh terhadap hala tuju pembangunan infrastruktur, pengangkutan awam, pengurusan sumber air, tenaga hijau dan agenda pendigitalan negeri yang sedang dirangka dengan penuh tanggungjawab dan visi jangka panjang.

Di sebalik setiap projek dan dasar yang dilaksanakan, Kerajaan Negeri memahami bahawa ukuran sebenar kejayaan bukan hanya terletak pada pembinaan fizikal atau angka pelaburan, tapi pada sejauh mana rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih lancar, yang lebih selamat, lestari dan bermaruah. Maka dengan semangat itu, izinkan saya menggulung perbahasan bagi portfolio infrastruktur pengangkutan dan digital.

Dato' Seri Speaker, Kerajaan Negeri ingin merakamkan penghargaan atas cadangan dan pandangan Yang Berhormat Pengkalan Kota berkaitan potensi Penang Silicon Island sebagai zon ekonomi khas bertaraf antarabangsa. Sesungguhnya Kerajaan Negeri melihat Silicon Island bukan sekadar projek penambakan, tapi sebagai pemangkin ekonomi masa depan yang akan memperkukuh kedudukan Pulau Pinang sebagai hab teknologi dan pelaburan berimpak tinggi di rantau ini. Fokus pembangunan melalui Green Tech Park, sektor semikonduktor, IC Design dan juga ekonomi digital akan menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi bernilai tinggi serta penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat negeri ini.

Kelebihan strategik Silicon Island turut diperkukuh melalui kesalinghubungan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, projek Penang International Logistics Aeropark, serta jaringan LRT Laluan Mutiara. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga memberi penekanan kepada prinsip ESG dan pembangunan mampan supaya Silicon Island berkembang sebagai pulau hijau yang moden, berdaya saing dan memenuhi kehendak pelabur global masa kini.

Kerajaan Negeri melalui Silicon Island Development Sdn. Bhd. dan InvestPenang akan terus bekerjasama dengan agensi Persekutuan termasuk MIDA dan NCIA bagi meneliti keperluan insentif serta potensi pewujudan zon ekonomi khas yang mampu meningkatkan lagi daya saing Pulau Pinang di peringkat antarabangsa. Jadi masih lagi satu work in progress, Yang Berhormat.

Dato’ Seri Speaker, Yang Berhormat Telok Bahang turut bangkitkan kebimbangan dan menjangkakan projek Silicon Island berkemungkinan gagal. Namun demikian, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa projek ini mempunyai satu asas perancangan yang kukuh serta disokong oleh keperluan pembangunan ekonomi jangka panjang Pulau Pinang. Untuk maklum Dewan yang Mulia ini, Silicon Island bukan sekadar projek hartanah, tapi merupakan satu platform strategik bagi memastikan Pulau Pinang kekal berdaya saing dalam sektor teknologi tinggi. Pelaksanaan projek ini juga dilaksanakan secara berfasa dan berpandukan kepada permintaan pasaran serta keupayaan kewangan semasa. Kerajaan Negeri juga akan terus mengambil pendekatan berhati-hati, bertanggungjawab dan pragmatik bagi memastikan pelaksanaan Silicon Island akan berjaya mencapai matlamat ekonomi jangka panjang bagi kemaslahatan rakyat Pulau Pinang.

Dato’ Seri Speaker, saya ucapkan terima kasih juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu-isu berkaitan dengan PTMP dan juga LRT Laluan Mutiara. Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa rakyat mahu melihat penyelesaian yang bukan sahaja bersifat jangka panjang, tapi juga langkah segera yang mampu mengurangkan kesesakan harian, khususnya di koridor kritikal seperti Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, Jambatan Pulau Pinang, Green Lane, Jalan Sultan Azlan Shah serta kawasan Juru-Sungai Dua. Atas sebab itu, pendekatan yang diambil adalah serampang dua mata, iaitu melaksanakan infrastruktur pengangkutan awam berkapasiti tinggi untuk jangka panjang dan pada masa yang sama memperkukuhkan intervensi trafik jangka pendek.

Kerajaan Negeri mengambil pendirian tegas bahawa membina jalan semata-mata bukan penyelesaian jangka panjang. Setiap negara maju membuktikan bahawa induced demand akan menyebabkan jalan baru kembali sesak dalam beberapa tahun. Sebab itulah PTMP dirangka sebagai satu pelan menyeluruh, satu pelan untuk 50 tahun dan bukan projek sekadar secara ad hoc. PTMP menggabungkan komponen-komponen strategik di pulau dan juga di seberang, seperti sistem rel contohnya LRT dan juga mod-mod rel yang berlainan, sistem BRT (Bus Rapid Transit), rangkaian jalan raya penyuraian yang strategik, pengangkutan air, serta mengintegrasi pembangunan berasaskan transit atau pun TOD ke dalam PTMP yang dirancangkan.

Dato’ Seri Speaker, LRT Laluan Mutiara kekal sebagai tulang belakang sistem pengangkutan awam Pulau Pinang dan laluan ini dijangka menampung lebih 200,000 penumpang sehari menjelang 30 tahun pengoperasiannya, iaitu ultimate design year, yang akan dan sudah tentu ini akan membantu mengurangkan kesesakan dan kebergantungan kepada kereta dan motosikal. Laluan ini menghubungkan kawasan berintensiti tinggi seperti Silicon Island, Bayan Lepas, Zon Perindustrian FIZ, Sungai Nibong, Gelugor, KOMTAR dan seterusnya ke Penang Sentral.

Jajaran Penang Sentral tersebut juga menghubung kepada rangkaian kereta api, feri dan bas di Seberang Perai, dan ini membuktikan bahawa pelaksanaan PTMP bukan hanya tertumpu kepada bahagian pulau, tapi melibatkan pembangunan sistem pengangkutan awam secara menyeluruh antara pulau dan seberang. Selain itu, PTMP turut merancang pembangunan beberapa jajaran rel dan jaringan pengangkutan awam termasuk koridor BRT di Seberang Perai bagi menyokong kawasan perindustrian, perdagangan dan pertumbuhan penduduk di daerah SPU, SPT dan SPS.

Berhubung persoalan tender ataupun kontrak bagi pelaksanaan projek LRT yang dibangkitkan oleh Pulau Betong, pihak MRT Corporation memaklumkan bahawa status pelaksanaan bagi segmen dua, iaitu jajaran Penang Sentral-Macallum yang dikenali sebagai projek pakej CMC2, kini berada dalam proses tender dan dijadualkan ditutup pada suku kedua tahun 2026, seterusnya dimuktamadkan menjelang suku ketiga tahun ini. Demikian juga jangkaan bagi pakej sistem turnkey contractor yang dikenali sebagai CMC3. Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa perkara ini adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri dan pada masa ini memegang kepada komitmen MRTC yang menyatakan kemajuan projek masih mengikut jadual, iaitu siap pembinaan dan mula operasi pada Disember 2031.

Manakala berhubung kesesakan semasa pembinaan LRT, MRT Mutiara Sdn. Bhd. dan juga pihak kontraktor sememangnya sedang melaksanakan pelbagai langkah mitigasi termasuk pelan pengurusan trafik berfasa, penambahbaikan papan tanda arah dan juga pemantauan trafik secara berterusan di lokasi pembinaan utama. Penggunaan ataupun pengguna jalan raya juga sentiasa dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan menggunakan aplikasi navigasi bagi mendapatkan anggaran waktu ketibaan yang lebih tepat dan realistik.

Sebagai maklumat Yang Berhormat Kebun Bunga, pihak kontraktor juga akan melaksanakan aliran trafik bebas (free flow traffic) di persimpangan Jalan Tengah Jalan, Sultan Azlan Shah bermula 16 Mei hingga 31 Disember 2028. Untuk iaitu bulan Mei tahun ini sehingga Disember 2028 untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan LRT di kawasan tersebut. Pengguna jalan raya tidak perlu berhenti di lampu isyarat di persimpangan yang sibuk itu lagi, tapi perlu membiasakan diri dengan lencongan trafik yang akan diperkenalkan di kawasan tersebut. Butiran pelaksanaan trafik bebas dan lencongan trafik ini sudah pun dihebahkan melalui media sosial sejak Jumaat yang lalu. Kerajaan Negeri mengakui terdapat kesulitan sementara sepanjang tempoh pembinaan. Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan penyelarasan bersama dengan pihak polis, dengan pihak PBT untuk membantu meminimumkan impak trafik yang berterusan di lokasi pembinaan utama.

Kerajaan Negeri juga menghargai sokongan serta persaranan proaktif daripada Yang Berhormat Pangkalan Kota. Kerajaan Negeri menyandarkan keyakinan bahawa projek LRT Laluan Mutiara bukan sekadar penyelesaian kepada kemelut kesesakan trafik, malah berfungsi sebagai pemangkin utama pertumbuhan ekonomi yang mampan bagi Negeri Pulau Pinang. Mengambil kira cadangan Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui pemaju projek, MRTC, kini memberi tumpuan khusus kepada pembangunan Stesen Macallum. Stesen ini telah dikenal pasti sebagai stesen pertukaran strategik atau salah satu interchange station yang penting yang akan mengintegrasikan sistem pengangkutan di bahagian pulau dengan Seberang Perai. Melalui jajaran ini, perkhidmatan LRT akan merentasi Selat Utara melalui jejambat marin atau marine viaduct menuju ke Jalan Bagan Luar dan seterusnya ke Penang Sentral di Butterworth. Integrasi di Penang Sentral adalah kritikal kerana ia bakal menghubungkan LRT kita dengan rangkaian rel nasional kendalian KTMB termasuk ETS dan KTM Komuter Utara. Selain itu, Stesen Macallum.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Yang Berhormat.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya, sila.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Bunga. Berkenaan dengan pembangunan stesen LRT, antaranya adalah sesebuah tempat letak kereta yang sedia ada diguna pakai oleh komuniti di tempatan, kini diambil tanah oleh pihak LRT untuk pembinaan jajaran LRT. Jadi menyebabkan ketidakcukupan tempat letak kereta bagi komuniti tempatan. Jadi saya ingat kalau Kerajaan Negeri mampu menyediakan lagi tempat letak kereta penggantian buat sementara waktu sepanjang tempoh masa pembinaan LRT.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Pangkalan Kota. Perkara ini uh kita mengambil maklum dan ya Yang Berhormat sendiri pun tahu sudah ada sedikit sesi libat urus yang telah dilaksanakan bersama-sama dengan Yang Berhormat juga dan atas permintaan daripada Yang Berhormat kita telah mengurangkan tempat letak kereta yang telah atau pun akan diambil dengan untuk projek tersebut. Kita juga akan terus ya, mencari penyelesaian untuk mengurangkan impak ya dan supaya orang penduduk yang terjejas itu akan dikurangkanlah sebanyak mana yang kita boleh, kita akan cuba untuk memudah cara dan membantu. Terima kasih Yang Berhormat.

Selain itu, Stesen Macallum berperanan sebagai titik ketersambungan terus antara Penang Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, sekaligus meletakkan stesen ini sebagai kunci utama dalam visi integrasi pengangkutan dan ekonomi negeri. Lokasi stesen yang bakal dibina di persimpangan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dan Gat Lebuh Macallum ini dipilih berasaskan pertimbangan strategik bagi memberi impak sosio-ekonomi langsung kepada komuniti setempat. Dan aspek-aspek berikut telah diambil kira iaitu pertamanya, peluang ekonomi peniaga kecil yang di mana kehadiran aliran penumpang yang tinggi sebagai titik pertukaran antara pulau dan tanah besar bakal merangsang aktiviti komersial khususnya bagi unit perniagaan di aras bawah perumahan sekitar Gat Lebuh Macallum melalui peningkatan perkhidmatan permintaan. Keduanya, mobiliti rakyat dan ketersambungan inklusif. Stesen ini akan menjadi nadi pengangkutan bagi kawasan berkepadatan tinggi seperti Flat PDC Lebuh Macallum, Sri Saujana dan komuniti Seven Road Precinct. Ia menawarkan akses mobiliti yang pantas dan kos efektif ke Pusat Bandar KOMTAR, Seberang Perai serta Zon Perindustrian Bayan Lepas. Dan ketiga, peningkatan nilai hartanah dan pembaharuan bandar. Stesen Macallum sebagai gerbang utama ataupun gateway bagi Jajaran Rentas Laut akan merangsang aktiviti pembaharuan bandar yang lebih tersusun sekaligus meningkatkan nilai hartanah di kawasan perumahan lama tanpa mengabaikan identiti serta warisan komuniti asal.

Sebagai maklumat Dewan yang Mulia ini, Pakej Jajaran Rentas Laut kini sedang melalui proses pemeriksaan awam bermula 24 Februari hingga 24 Mei 2026. Proses ini melibatkan lokasi-lokasi strategik seperti Ibu Pejabat Agensi APAD, Penang Sentral, KOMTAR dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Inisiatif ini telah memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat terperinci serta menyalurkan maklum balas bagi memastikan pelaksanaan projek ini menepati aspirasi rakyat. Bagi memastikan rakyat mempunyai saluran untuk bertanya soalan dan mendapatkan maklumat terkini mengenai Projek Laluan Mutiara, pihak MRTC dan kontraktor juga telah menyediakan platform seperti berikut: MRT Careline iaitu 1-800-88-6782, saluran komunikasi dua hala untuk aduan dan pertanyaan dan juga akaun media sosial Facebook dan juga X iaitu LRT Mutiara Pulau Pinang dan juga SRS LRT. Orang awam disaran menyalurkan sebarang kemusykilan atau aduan secara terus melalui saluran rasmi ini bagi memastikan maklum balas serta tindakan susulan yang sewajarnya dapat diambil oleh pihak pengurusan projek dan kontraktor.

Untuk mengetahui keadaan trafik terkini, orang ramai juga diminta merujuk kepada aplikasi Waze dan Google Maps sebelum memulakan perjalanan. Untuk maklumat Yang Berhormat, MBPP merupakan PBT yang pertama di Malaysia yang untuk menjadi Citizen Engagement Partner dengan pihak Waze. Hubungan ini membenarkan perkongsian data secara dua hala melalui penggunaan API ataupun Application Programming Interface dan ia membenarkan MBPP untuk mengemaskini sistem lalu lintas secara nyata dalam sistem Waze melalui sistem Virtual Island Penang.

Ini bermaksud bahawa sebarang penutupan jalan oleh MBPP akan dikemaskini dengan segera dalam sistem Waze dan kemudiannya akan terpapar dalam Google Maps. MBPP kini bercadang untuk memperluaskan akses kepada JKR dan juga PDRM agar sebarang penutupan jalan oleh pihak mereka dapat dikemaskini dalam Waze dan Google Maps juga.

YB Dato’ Seri Speaker, ketika pandemik COVID-19 melanda, jumlah pengguna pengangkutan awam amatlah rendah di mana terdapat penurunan sehingga tiga kali ganda daripada 2.38 juta penumpang sebulan pada tahun 2019 kepada hanya 750,000 penumpang sebulan pada tahun 2020 dan terus menjunam kepada 540,000 penumpang sebulan pada tahun 2021. Bagi merangsangkan kembali ridership pengangkutan awam, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan pelbagai program termasuk langganan Pas Mutiara secara percuma pada 1 Mac 2021 dan sehingga kini mana-mana penduduk Pulau Pinang yang menaiki bas menggunakan Pas Mutiara yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri akan menikmati perjalanan percuma. Dengan usaha yang dikatakan sedikit dan tidak mencukupi ini, jumlah penumpang semakin meningkat saban tahun dan semua data ini boleh dilihat secara live di dashboard Penang 2030 di bawah inisiatif D2. Kini sebanyak 1.45juta penumpang sebulan perkhidmatan bas telah direkodkan pada tahun ini pada tahun 2025 tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 1juta penumpang sebulan berbanding tahun 2021.

Saya juga ingin mengucapkan syabas dan penghargaan kepada MBPP yang sentiasa komited menyokong serta bergerak seiring dengan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh sektor perkhidmatan pengangkutan awam. Perkhidmatan bas percuma terbaru iaitu CAT Hospital disambut dengan amat baik. Ridership CAT Hospital telah merekodkan peningkatan ketara daripada purata 305 penumpang sehari pada bulan Januari dan sehingga sekarang puratanya 579 penumpang sehari sekaligus mencerminkan keperluan dan penerimaan rakyat terhadap penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih inklusif, mudah diakses dan berorientasikan kebajikan rakyat.

YB Dato’ Seri Speaker, Yang Berhormat Batu Uban memohon agar laluan van Rapid On Demand turut meliputi kawasan Lebuh Lengkok Nipah. Sebagai maklumat Yang Berhormat, syarikat Kumpool telah mengoperasikan perkhidmatan on demand pada bulan Februari tahun 2024 dan kawasan Lebuh dan Lengkok Nipah, USM, Sungai Dua, Queensbay Mall dan sebahagian daripada Bayan Baru merupakan kawasan yang terlibat. Walau bagaimanapun, pihak Kumpool telah menamatkan perkhidmatan di kawasan tersebut dan kini pihak Rapid Penang sedang mempunyai perancangan untuk beroperasi di kawasan ini setelah menerima van baru pada tahun 2027 iaitu tahun depan.

Yang Berhormat Seri Delima mencadangkan agar Laluan Bas 206 dapat diteliti semula dari segi kekerapan perjalanan supaya lebih sesuai dengan keperluan warga emas. Sebagai maklumat Yang Berhormat, Rapid Penang mengguna pakai Network Planning Tools untuk mengenal pasti pergerakan orang awam di sesuatu kawasan dan hasil daripada penggunaan Sistem Network Planning Tools ini, kawasan tersebut didapati kurang permintaan. Mengikut rekod Rapid Penang, jumlah penumpang harian Laluan 206 adalah hanya 200 orang setiap hari, per bus per day. Jadi, namun begitu, Rapid Penang telah mengambil inisiatif demi kemudahan penduduk khususnya warga emas dengan menyediakan perkhidmatan ROD ataupun Rapid On Demand di Zon Jelutong yang turut melingkungi kawasan Seri Delima mulai April 2025. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sungai Dua bahawa kesesakan di Pulau Pinang

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Mohon mencelah. (dengan izin)

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Oh, sila.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Terima kasih Tanjong Bunga atas jawapan yang diberikan tadi. Berdasarkan maklumat yang saya dapat oleh Rapid, buat sementara waktu kekerapannya memang sangat kurang di mana penunggu ataupun passenger mereka perlu menunggu sepanjang satu setengah jam or more than that untuk dapatkan bas itu. Mungkin inilah sebabnya penaiki bas ini kurang. Mungkin inilah puncanya. Kalau kita tambah lagi, mungkin kita akan nampak kenaikan penumpang Rapid ini. So saya mohonlah Tanjong Bunga kalau boleh kita tambahkan kekerapan ini mulai April. Nak tanya berapa berapa kerap akan diadakan? Soalan saya kepada Tanjong Bungalah. Kalau boleh kena tingkatkan kerana kebanyakan penumpang di Seri Delima ini warga emas dan mereka terpaksa tunggu di tepi jalan di bawah matahari yang terik. Jadi saya mohon prihatin, keprihatinan oleh Tanjong Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Baik, terima kasih Yang Berhormat Seri Delima. Kekerapan ini kita kena bincang dengan pemilik baslah dan operator Rapid Penang. Jadi saya akan bawa perkara ini untuk perbincangan. Kita akan melihatlah sama ada kita boleh meningkatkan kekerapan bas ataupun kita boleh menggunakan van ROD dan sebagainya untuk bagi menangani isu pengangkutan awam di kawasan Yang Berhormatlah. Kita akan cuba jalan cari jalan ya.

Saya mengenai kesesakan jalan, pelan mitigasi trafik yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengurangkan kesesakan jalan raya untuk tempoh segera adalah seperti berikut, YB Dato’ Seri Speaker, bekerjasama dengan Rapid Penang untuk menambah baik mutu perkhidmatan bas awam di Pulau Pinang, melaksanakan program insentif Pas Mutiara My50, menyediakan perkhidmatan bas percuma seperti CAT Bridge, CAT Hospital, CAT Bridge BM, CAT Georgetown, menaik taraf lampu isyarat secara berfasa kepada sistem adaptif bagi melancarkan aliran trafik melalui konsep Green Wave, melaksanakan pelebaran jalan, larangan belok kanan dan sistem jalan sehala di kawasan kritikal, dan memasang CCTV bagi tujuan keselamatan, pemantauan lalu lintas dan kawalan kesesakan.

Kerajaan Negeri juga ingin menegaskan bahawa penyelesaian kesesakan tidak boleh lagi bergantung kepada pelebaran jalan semata-mata kerana pertumbuhan kenderaan persendirian berlaku lebih pantas daripada kapasiti jalan raya sedia ada. Justeru, Kerajaan Negeri ingin menyeru sokongan semua Ahli Yang Berhormat di sini terhadap cadangan pelaksanaan lorong bas khusus ataupun dedicated bus lane di koridor utama yang mempunyai kepadatan trafik tinggi seperti Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, Green Lane dan beberapa laluan strategik lain. Jika kita benar-benar mahu mengurangkan kesesakan, maka pengangkutan awam mesti diberi keutamaan di atas jalan raya. Sebuah bas mampu membawa puluhan penumpang dalam satu perjalanan berbanding dengan sebuah kereta persendirian yang kebanyakannya hanya membawa seorang penumpang sahaja.

Jadi pelaksanaan lorong bas dedicated bus lane ini akan membantu meningkatkan ketepatan masa, kebolehpercayaan dan daya tarikan sistem bas. Tapi dari segi pelaksanaan itu, kita perlu memastikan boleh dirancang dengan rapi dengan mendapatkan libat urus dengan semua stakeholder juga lah Ahli Yang Berhormat, sebab tidak senang untuk mengeluarkan satu lorong di atas jalan yang sesak untuk pengangkutan awam. Tapi akhirnya terpaksa akan dibuat juga cuma dari segi timing kita akan lihat pelaksanaannya most likely dia akan dilaksanakan apabila Laluan Mutiara itu siap supaya ada alternatif pengangkutan awam bagi bagi rakyat.

Kerajaan Negeri juga sentiasa terbuka untuk meneroka pelibatan pihak swasta serta menggalakkan kaedah PPP ataupun Public Private Partnership, PFI Private Finance Initiative atau model Rail Plus Property sebagaimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pulau Tikus. Antara fokus utama pembangunan berasaskan transit ataupun TOD di kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong adalah untuk memodenkan semula kawasan ikonik Tapak Pesta Pulau Pinang agar menjadi sebuah hab bandar moden yang lebih dinamik, mesra rakyat dan berorientasikan pengangkutan awam. Kerajaan Negeri juga melihat Tapak Pesta Sungai Nibong sebagai mempunyai nilai sejarah dan sentimental yang sangat dekat dengan rakyat Pulau Pinang. Justeru, pendekatan pembangunan yang dirancang bukan bertujuan untuk menghilangkan identiti asal kawasan tersebut tapi untuk mentransformasikannya dengan memodenkan kepada sebuah destinasi bandar masa depan yang lebih relevan dengan keperluan generasi kini dan akan datang. Melalui pendekatan TOD ini, kawasan tersebut berpotensi dibangunkan sebagai pusat integrasi pengangkutan awam, aktiviti ekonomi, ruang komuniti, pembangunan komersial, perumahan dan kemudahan awam yang saling berhubung secara lebih tersusun di sekitar stesen LRT. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga meneliti bagaimana elemen warisan, identiti dan fungsi sosial tapak pesta dapat dikekalkan supaya kawasan ini terus menjadi ruang tumpuan rakyat namun dengan wajah yang lebih moden, selamat, hijau dan berdaya huni. Sehubungan dengan itu, penyediaan pelan induk TOD yang sedang diperincikan dan dijangka siap menjelang penghujung tahun ini akan menjadi asas penting bagi menentukan hala tuju pembangunan semula kawasan tersebut secara menyeluruh, inklusif dan mampan.

YB Dato’ Seri Speaker, bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Pulau Betong, Telok Ayer Tawar berkenaan Projek Laluan Ketiga, Penang Third Link. Sebagai maklumat Ahli Yang Berhormat, laporan kajian keboleh laksanaan bagi cadangan projek terowong dasar laut, Penang Third Link telahpun disiapkan, dikemukakan dan dibentangkan kepada Kerajaan Negeri dan diluluskan pada 5 April 2023. Skop kerja yang terlibat adalah penyediaan laporan dan kajian atau pun komponen teknikal dan profesional termasuk kerja ukur tanah, kajian teknikal kejuruteraan, reka bentuk awal, penyediaan pelan, khidmat perunding profesional serta kajian-kajian yang berkaitan. Bagi peringkat kerja tersebut, jumlah kelayakan bayaran yang terlibat adalah sebanyak RM20 juta melalui kaedah pertukaran tanah ataupun land exchange. Walau bagaimanapun, setakat ini Kerajaan Negeri masih belum membuat sebarang bayaran terhadap projek tersebut. Ini bermakna tiada pembayaran tunai telah dibuat oleh Kerajaan Negeri setakat ini dan segala tuntutan berkaitan masih tertakluk kepada penelitian serta pertimbangan lanjut berdasarkan kedudukan semasa projek dan hala tuju pembangunan infrastruktur negeri. Kerajaan Negeri mengambil pendekatan berhemah serta praktikal dalam meneliti hala tuju projek ini bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat mengambilkira aspek kebolehlaksanaan teknikal, impak kewangan, keperluan mobiliti rakyat serta manfaat jangka panjang.

Kerajaan Negeri kini sedang mengkaji daya maju cadangan pembinaan sebuah jambatan yang menghubungkan bahagian Pulau dan tanah besar sebagai alternatif kepada terowong bawah dasar laut. Kajian ini merupakan sebahagian daripada usaha menyeluruh untuk memastikan sebarang projek infrastruktur mega yang dilaksanakan benar-benar bersifat mampan, praktikal dan memberi pulangan yang optimum kepada rakyat. Pada masa ini, penyelarasan bersama pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang masih lagi diteruskan untuk mencapai satu keputusan yang menyeluruh dan mengambilkira semua aspek teknikal, logistik, navigasi marin serta kepentingan strategik pembangunan negeri.

Dato’ Seri Speaker, saya ambil maklum juga mengenai cadangan Yang Berhormat Bukit Tengah mengenai projek menaiktaraf jalan di Jalan Kebun Nenas, Jalan Chan Hing Kai ke persimpangan Jalan Song Ban Kheng. Suka saya memaklumkan projek ini bukan sebahagian daripada projek penyuraian trafik di antara Plaza Tol Juru ke Plaza Tol Sungai Dua dan saya pun telah menjawab secara bertulislah sebenarnya mengenai perkara ini dan walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri bersedia meneliti cadangan yang dikemukakan sekiranya ia dapat memberikan manfaat yang lebih optimum kepada pengguna jalan raya serta tidak melibatkan pertambahan kos melebihi siling projek. Berkaitannya, sesi perbincangan lanjut akan diadakan agar perkara ini dapat diteliti sewajarnya.

Dato’ Seri Speaker, seterusnya isu Sungai Dua berkenaan isu jalan beralun dan tidak rata di Sungai Lokan. Sebagai makluman Yang Berhormat, jalan ini telah dimasukkan ke dalam perancangan kerja tahun 2026, JKR SPU untuk pelaksanaan kerja menurap dan mengecat semula. Kerja ini dijangka diiklankan pada 15 Mei 2026 dan proses pemilihan kontraktor dijangka selesai dengan penyerahan SST pada pertengahan bulan Jun.

Berkenaan isu lubang benam yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Puyu, JKR SPU telah menyenaraikan beberapa siri ujian teknikal bagi mendapatkan data terperinci mengenai ketahanan struktur serta keupayaan kapasiti jangka panjang Jalan Bagan Lalang. Sekiranya cadangan ini diluluskan, pelaksanaan ujian akan dikendalikan oleh pihak perunding. Berdasarkan penilaian teknikal, Jalan Bagan Lalang mempunyai kelebaran rizab jalan yang mencukupi untuk penyediaan laluan lencongan sementara atau temporary diversion sekiranya perlu. Walaupun terdapat penutupan sebahagian jalan oleh pihak IWK bagi kerja-kerja pembaikan lubang benam, aliran kenderaan masih boleh diteruskan melalui lencongan yang disediakan. Berkenaan kesesakan lalu lintas di… ya, ya sila Sungai Puyu.

Phee Syn TzeDAP · PHSungai Puyu

Minta mencelah. Berapa lama ujian teknikal ambil masa dan adakah Jalan Bagan Lalang masih selamat? Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Kalau tak selamat kita tak benarkan orang menggunakan jalan Yang Berhormat. Sekarang ini ujian teknikal tu dalam fasa cadanganlah, so dia tengah prepare paper dan sekiranya dapat approval dan juga peruntukan baru kita akan melaksanakannya. Jadi sekiranya perkara itu dapat diluluskan, saya akan maklumkan pada pihak Yang Berhormat mengenai ujian teknikal dan Yang Berhormat boleh sekali terlibat juga ya sebagai salah satu stakeholder yang penting dalam kawasan tersebut.

Yang Berhormat yang bangkitkan mengenai kesesakan lalu lintas di Jalan Raja Uda berikutan pembinaan Klinik Kesihatan Bagan Ajam. Sebagai makluman Yang Berhormat, reka bentuk pembinaan Klinik Kesihatan Bagan Ajam di Jalan Tamby Kecil telah secara khusus mengambilkira keperluan teknikal untuk menyediakan lorong pecutan dan nyah pecutan atau acceleration and deceleration lane. Pembinaan lorong ACDC ini akan dilaksanakan di bawah skop kerja projek klinik tersebut dengan menggunakan peruntukan KKM, Kementerian Kesihatan Malaysia. Berdasarkan penilaian teknikal oleh pihak pereka bentuk di JKR Malaysia, penyediaan lorong-lorong ini adalah memadai untuk meminimumkan impak kesesakan trafik yang timbul berikutan pengoperasian klinik kesihatan. Berkenaan cadangan pelebaran keseluruhan Jalan Tamby Kecil ke Jalan Raja Uda, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan untuk menilai dan mempertimbangkan semula perkara ini pada masa depan. Penilaian semula ini akan dilaksanakan secara lebih komprehensif setelah klinik baru tersebut mula beroperasi sebab kita nak melihat pola aliran trafik yang sebenar di jajaran tersebut setelah dibuka untuk pengoperasian klinik tersebut. JKR dan KKM akan terus bekerjasama bagi memastikan kemudahan kesihatan yang dibina selaras dengan keselesaan serta keselamatan sistem perhubungan jalan raya untuk penduduk setempat.

Berkenaan pula dengan kesesakan lalu lintas di Jalan Tasek Gelugor, Pokok Sena, Jalan Ara Kuda, Lahar Yooi seperti yang dibangkitkan oleh Permatang Berangan. Jalan-jalan tersebut telah disyaratkan kepada pemaju yang berdekatan untuk dinaiktaraf. Jangkaan kerja fizikal bermula di tapak adalah pada bulan April 2027 bagi Jalan Tasek Gelugor, Oktober 2027 bagi Jalan Pokok Sena dan Disember 2026 bagi Jalan Ara Kuda dan Lahar Yooi.

Dato’ Seri Speaker, beberapa Ahli Yang Berhormat juga membangkitkan isu keselamatan jalan raya.

Mohd Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Mohon pencerahan Yang Berhormat Tanjong Bunga?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Sila, sila.

Mohd Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan. Cumanya kita dah tahu tentang kerja-kerja pembesaran yang akan dibuat oleh pemaju, cumanya di antara satu projek dengan satu projek tu kadang-kadang ada bottleneck. Yang itu yang saya bangkitkan supaya kerajaan ada perancangan untuk tengok tempat-tempat yang jadi bottleneck itu supaya kita boleh selaraskan laluan yang ada tu supaya dia tak jadi bottleneck lagi sebab bottleneck ini biasanya akan membahayakan kenderaan dan pengguna jalan raya bila empat lorong kemudian dia akan jadi dua lorong, kan? Itu yang saya bangkitkan dalam perbahasan saya ini.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Berangan saya ambil maklum dan akan maklum pada JKR SPU dan juga MBSP untuk melihat berkenaan isu bottleneck di antara kawasan-kawasan yang akan dinaiktaraf untuk memastikan tidak berlakulah sepertimana yang Yang Berhormat sebut tadi yang di mana kita naik taraf di kawasan-kawasan dan kawasan di antaranya ya akan berlaku bottleneck. Jadi kita akan elak kalau boleh, kita cuba elak daripada berlaku bottleneck dan cari jalan untuk memastikan bahawa jalan dinaiktaraf secara sepenuhnya.

Terima kasih Dato’ Seri Speaker, berkenaan dengan isu kemalangan dan kematian di kawasan jalan raya, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, melalui MMK Pengangkutan kita telah menubuhkan satu task force khas keselamatan jalan raya yang diterajui oleh Yang Berhormat Pulau Tikus dan tumpuan utama diberikan di kawasan hotspot kemalangan yang telah dikenalpasti iaitu Jalan Telok Ayer Tawar ke Jalan Bagan Luar, Jalan Besar Simpang Empat, Jalan Perusahaan Perai, Jalan Air Itam, Paya Terubong, Jalan Tun Dr Awang berhadapan Kem Tun Razak, Jalan Sultan Azlan Shah, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Lebuhraya PLUS Juru-Sungai Dua dan juga Jalan Baru. Walau bagaimanapun, isu keselamatan jalan raya ini adalah isu yang meluas dan keadaannya adalah berbeza dari satu lokasi dengan lokasi yang lain. Maka pendekatan penyelesaian secara cut and paste tidak dapat dilaksanakan dan kita akan, kita perlu mencari penyelesaian yang berlainan bagi setiap lokasi. Permohonan untuk garisan tebal bagi mengurangkan kelajuan kenderaan misalnya boleh dimohon terus dengan pemilik jalan sama ada JKR ataupun PBT dan mengenai kemalangan yang sering berlaku di kawasan sekolah, Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MKJR) melalui Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun lalu telah pun menetapkan had laju di kawasan sekolah adalah 30 kilometer sejam dan kini sedang dalam proses pewartaan dan penguatkuasaan oleh pihak PDRM dan JPJ. Pihak MKJR Malaysia juga kini sedang melaksanakan projek perintis program zon sekolah selamat dan sekolah rintis yang dipilih di Pulau Pinang adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Muda, SPU. Projek perintis fasa satu ini akan dilaksanakan terlebih dahulu dengan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM200,000.00, dan sekiranya berjaya sekolah-sekolah lain akan dikenalpasti untuk fasa berikutnya bagi zon sekolah selamat. Dato’ Seri Speaker, seterusnya saya teruskan dengan isu banjir di Bagan Ajam.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Mohon mencelah? Tanjong Bungah.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya sila, Sungai Bakap.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Terima kasih Dato’ Seri Speaker, untuk makluman Tanjong Bunga di DUN Sungai Bakap antara tempat pengambilan tanah di Kedah. Seluruh DUN Sungai Bakap ni masalah lori tanah yang banyak. Isu dia serupa YB Tanjong Bunga cakap, keselamatan. Lori tanah ni dah kita adu pada peringkat jabatan polis, polis dan JPJ, tak ada enforcement, tidak ada penguatkuasaan. Apa yang kita lihat di atas jalan ini lori tanah ini dia kejar trip. Kalau dia dapat banyak trip hari itu, maka banyaklah dia dapat. Isu dia keselamatan, terutama warga emas dan kenderaan motosikal dan basikal lah.

Jadi saya mohonlah pada YB EXCO untuk ambil maklum berkaitan isu yang dibangkit oleh Kawasan ADUN Sungai Bakap. Terima kasih.

Sikit.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Sungai Bakap. Ya, Permatang Pasir.

Sikit, ada sedikit berkenaan dengan apa kenderaan berat yang bergerak melalui apa ni Pekan Permatang Pauh tu dan dia menyebabkan apa menyebabkan trafik jam lah, trafik jam dan bahaya untuk budak sekolah, orang-orang ke masjid. So, saya mahu apa waktu laluan kenderaan berat ni diberi laluan, boleh bergerak apa selepas jam, waktu bergerak 6.30 hingga 8.30 yang saya sentuh dalam ucapan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya, terima kasih Sungai Bakap dan juga Permatang Pasir. Kerajaan Negeri mengambil maklum berkenaan isu keselamatan dan juga kesesakan yang diakibatkan oleh kenderaan berat khususnya lori-lori besar, lori tanah contohnya dan penyelesaian kepada masalah ini adalah satu apa ni dari segi penguatkuasaan pelbagai agensi dan kebanyakan agensi ni pun bukan dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri tetapi kita akan bekerjasama melalui PBT, melalui pemilik jalan untuk highlight perkara ini semasa mesyuarat bersama-sama dengan PDRM dengan JPJ sebab sebenarnya merekalah yang mempunyai bidang kuasa untuk melaksanakan penguatkuasaan terhadap apa ni, isu lori besar dan Kerajaan Negeri selain daripada itu, kita akan cuba untuk membangkitkan dalam mesyuarat dan juga berbincang dengan pemilik jalan, kaedah-kaedah seperti menghadkan masa dan sebagainya boleh dibincangkan. Ada jalan yang boleh dilaksanakan memang kita ada buat juga di Jambatan Pulau Pinang contohnya, tapi ada juga kawasan yang tidak boleh dilaksanakan oleh kerana tiada jalan alternatif dan sebagainya yang sesuai. Jadi macam mana pun saya ambil maklum kawasan Yang Berhormat yang sebut tadi dan saya akan bincang dalam MMK Pengangkutan itulah.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Minta celah.

Saya minta satu kajian dibuat. Satu kajian JKJKR untuk pastikan apa sama ada benar atau tidak kan, tetapi memanglah benda ini berlaku, tetapi kajian dibuat untuk nak menghadkan kenderaan berat ni. Satu kajianlah, baik.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Minta celah daripada Tanjong Bunga. Ya, seperti yang saya dalam perbahasan saya, saya sebut juga keselamatan jalan di Jalan Berapit. Saya tidak pasti sama ada nanti akan disebutkan, sebab saya tengok sekarang sudah sampai ke, nak sampai ke bab banjir. Kalau berkaitan dengan kenderaan berat memang apa yang berlaku di Jalan Berapit pun sama tetapi seperti yang tadi saya, yang dua hari saya sebutkan bukan fasal penguatkuasaan sahaja tetapi kajian dan reka bentuk jalan mungkin tidak sesuai dengan keadaan sekarang. Saya rasa kalau kita mengehadkan had laju mereka atau bagi masa mereka lalu pun mungkin tidak sesuai sebab memang tempat itu ada penduduk. Saya rasa itu adalah satu, ciri yang sangat-sangat penting yang saya minta kajian sepenuhnya dibuat. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Berapit. I think isu... ya, sememangnya betul apa yang Yang Berhormat Berapit kata. Dia isu dari segi reka bentuk di kawasan apa ni reka bentuk jalan di kawasan tersebut tapi itu kawasan yang lama dan reka bentuk pun reka bentuk yang lama. Dan kalau kita nak buat apa ni perubahan pun bukan senang tapi antara cadangan-cadangan yang, yang ada dibincangkan juga adalah untuk mungkin kita perlu err melaksanakan left-in-left-out di sesetengah... apa ni jalan untuk mengurangkan akses kepada jalan besarlah daripada apa ni... kampung-kampung dan kawasan-kawasan perumahan dan sebagainya. Tapi tak senanglah untuk menyelesaikan isu di kawasan Yang Berhormat ya kita memang apa ni... sedang dalam penelitian dan akan saya bincangkan lebihlah dengan apa ni agensi-agensi Insya-Allah kita akan cari jalan. Mungkin kita boleh, cuba beberapa kaedah untuk membantu Yang Berhormat di kawasan tersebut.

Okey. Berkenaan dengan isu banjir, Dato’ Seri Speaker. Di Bagan Ajam dan Bagan Lebai Tahir, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Air Tawar. JPS telah melaksanakan Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir dan Sistem Saliran Mesra Alam bagi SPU pada tahun 2019. Dan antara kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan hotspot banjir dalam DUN Telok Air Tawar adalah flat Bagan Ajam dan juga Kampung Lebai Tahir dan Kampung Contoh. Sebagai langkah mitigasi jangka pendek, JPS telah melaksanakan projek mengurangkan risiko banjir dan menaik taraf sistem saliran keluar ke laut di Kampung Contoh, Bagan Lebai Tahir dengan kos sebanyak RM377,500.00. Projek tersebut telah bermula pada 30 April 2026 dan dijangka siap pada 23 Julai 2026 bagi meningkatkan keupayaan sistem saliran dan mengurangkan risiko banjir di kawasan terlibat. Selain itu bagi tindakan jangka panjang, di bawah RP1 RMK13 Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek pembinaan dan pembaikan ban pantai di persisir kawasan Bagan Lebai Tahir dengan kos sebanyak RM10juta. Projek ini kini berada di peringkat pelantikan juruukur dan dijangka dapat membantu mengurangkan risiko banjir dan hakisan pantai di kawasan berkenaan secara lebih menyeluruh.

Berkenaan isu banjir di Sungai Junjung seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Bakap. Sebagai makluman Yang Berhormat, JPS Malaysia sedang melaksanakan Kajian Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) bagi Lembangan Sungai Jawi. Kajian IRBM ini merangkumi pelbagai pelan tindakan yang bertujuan untuk memastikan sumber air yang mencukupi dan bersih, mengurangkan risiko banjir serta meningkatkan kualiti persekitaran di kawasan lembangan sungai tersebut. Kajian ini sedang dilaksanakan oleh pihak perunding dan dijangka siap 15 November 2026. Selain itu, JPS SPS turut melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan Sungai Junjung setiap tahun bagi mengurangkan risiko banjir di Kampung Sepulau serta Kampung Tasek Cempedak.

Merujuk kepada isu banjir di Sungai Nipah yang dibangkitkan Yang Berhormat Pulau Betong. Sebagai makluman Yang Berhormat, kerja penyenggaraan Sungai Nipah akan dilaksanakan di bawah peruntukan Projek Pemuliharaan Sungai bagi mengurangkan risiko banjir. Peruntukan tersebut telah pun diterima pada awal Mei 2026 dan kini dalam proses perolehan. Pelaksanaan kerja di tapak dijangka bermula Julai 2026. Berkenaan RTB Pondok Upeh, Sungai Burung pula. Sebagai makluman Yang Berhormat, tarikh siap untuk pakej 1 projek tersebut adalah pada 11 Julai 2027 manakala pakej 2 dijangka siap pada 20 Julai 2027.

Berkenaan isu banjir di kawasan Kampung Terus, Kampung Guar Jering, Guar Perahu, Mengkuang, Padang Lembu dan Tanah Liat, yang dibangkitkan Penanti. Sebagai makluman Yang Berhormat bagi menangani masalah banjir di kawasan berkenaan. JPS telah melaksanakan beberapa langkah mitigasi seperti berikut, pertamanya penyelenggaraan berkala sistem saliran utama. Kedua, kerja pengorekan dan mendalamkan alur sungai. Ketiga, pemantauan serta pelaksanaan operasi ops lumpur terhadap aktiviti kerja tanah dan keempat, memastikan setiap pembangunan baru mematuhi konsep MASMA ataupun Manual Saliran Mesra Alam bagi mengawal kadar aliran air larian permukaan serta mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut.

Abidin Bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Mohon mencelah, Tanjong Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya, Sungai Bakap.

Abidin Bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Okey, untuk makluman Tanjong Bunga berkaitan jajaran Sungai Junjung. Dia bersempadan antara Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Apabila pihak JPS selenggara sungai tersebut, dia ada isu di situ. Apabila pihak SPT, JPS selenggara sungai tersebut dia akan korek pasir tersebut dan akan letak di tebing sebelah SPT. Jadi bila sampai masa tu hujan atau banjir kilat, air akan sampai ke SPS sebab dia pengorekan tu pasir tu dia akan tambun di sebelah SPT lah sebab skop tugas dia belah SPT dia akan korek, akan letak di tebing SPT. Tapi sebaliknya bila SPS, pulak buat di belah SPS bila berlaku banjir pulak SPT dah reban dah. Dia berlaku banjir di belah sana pulak. Jadi kalau boleh saya mohonlah isu ni kita dah angkat dah dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah. Kita mohonlah proses mempercepatkan RTB (Rancangan Tambatan Banjir) untuk Sungai Junjung. sebab kita tengok, saya bukan tengoklah boleh kata saban tahun 3,4 kali banjir. Jadi saya mohon pada YB Exco untuk lihatlah masalah tersebut. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih, Sungai Bakap membangkitkan isu. Saya rasa memang isu yang memerlukan penyelarasanlah antara dua daerah tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dua negeri… Negeri Kedah.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dan juga negeri ya, Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker. Itu betul. Sia satu penyelesaian tu memerlukan juga aa kerjasama daripada pihak Negeri Kedah, dan... Pengarah JPS pun ada dalam dewan ni saya rasa beliau pun, apa ni tahu mengenai perkara ni dan akan mengambil maklum dan mengambil tindakan yang sewajarnyalah.

Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan tahunan bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan saliran dan sungai berdasarkan keutamaan serta tahap kritikal kawasan yang terlibat. Antara projek penyenggaraan dan mitigasi yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

Kerja-kerja pemuliharaan tali air utama skim pengairan Sungai Kulim bagi mengurangkan risiko banjir di SPT sebanyak RM35,800.00. Kerja menyenggara Sungai Bongkok Keriang dari SAR Padang Ibu ke SAR Gua Jering RM49,900.00. Kerja menaiktaraf alur Sungai Bongkok Keriang di Kampung Labuh Banting RM166,600.00. Kerja-kerja menyenggara tali air utama kawasan Kepala Bukit Blok K2 skim pengairan Sungai Kulim sebanyak RM81,925.00.

Bagi isu banjir di Permatang Pasir. Kerajaan Negeri mengambil baik saranan Yang Berhormat untuk menggunakan kolam ikan yang tidak digunakan sebagai kolam takungan sementara. Perkara ni akan diteliti dengan lebih lanjut dalam jawatankuasa MMK Tebatan Banjir kita akan lihat sejauh manakah kebolehlaksanaan idea tersebut.

Merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Bahang. Berkenaan dengan pelaksanaan Projek Tebatan Banjir di Kuala Sungai Pinang dan RTB Telok Bahang. Sebagai makluman Yang Berhormat, JPS sedang melaksanakan kajian di kawasan Kuala Sungai Pinang untuk menaik taraf sistem saliran Taman Nelayan. Kajian tersebut kini di peringkat laporan konsep dan reka bentuk terperinci dijangka siap pada bulan Disember tahun ini. Manakala projek RTB Telok Bahang pula telah dibatalkan berikutan peruntukan yang diperolehi tidak mencukupi dan tidak dapat menampung kos pelaksanaan skop projek. Namun begitu, JPS akan memohon semula peruntukan berdasarkan kos yang terbaru dan kos yang sebenar projek tersebut.

Bagi menilai keberkesanan projek tebatan banjir yang dilaksanakan, JPS Malaysia telah melaksanakan kajian keberkesanan penyelesaian banjir jangka panjang di negeri Pulau Pinang. Termasuk daerah Kulim dan Bandar Baharu yang telah siap pada tahun 2025. Kajian tersebut menilai keberkesanan projek RTB berdasarkan aspek fizikal seperti peratus pengurangan banjir di samping aspek sosial dan juga ekonomi. Daripada 13 projek RTB yang telah dilaksanakan di Pulau Pinang, sebanyak lima projek dikategorikan sebagai sangat baik, lima projek sebagai baik, dan tiga projek sederhana.

Dato’ Seri Speaker, seterusnya saya menyentuh berkenaan dengan pelaksanaan...

Mohamad Shukor bin ZakariaPAS · PNPulau Betong

Dato’ Seri Yang di-Pertua. Yang Berhormat, Tanjong Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya, okey… sila.

Mohamad Shukor bin ZakariaPAS · PNPulau Betong

Sesi sidang DUN yang lepas, Pulau Betong sudah bangkitkan isu banjir di Simpang Tiga. Jadi kita dapati jawapan daripada EXCO, sepatutnya kajian hidrologi dan juga topografi sudah dibuat di kawasan tersebut tapi saya tengok takde tindakan pun daripada pihak EXCO. Simpang Tiga Air Putih, 25 tahun duduk di situ mengalami kesusahan, tahun lepas saja tiga kali banjir.

Begitu juga dengan jawapan EXCO tentang peruntukan untuk melaksanakan kerja pengorekan pembersihan kolam takungan Taman Manggis Simpang Tiga Air Putih, begitu juga dengan pengorekan paritan di kawasan Sungai Pak Long Konkrit dan juga Sungai Bagan Air Hitam. Juga tak berlaku ni, tak berlaku. Jadi kita minta sangat-sangatlah supaya tindakan drastik untuk mengatasi isu banjir di Simpang Tiga Air Putih di situ juga ada rumah imam masjid, imam masjid Haji Taufik Hashim, dia imam masjid di situ. Jadi kita minta sangat-sangatlah keprihatinan daripada pihak EXCO. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih apa ni… Pulau Betong. Saya akan minta senarai kerja laporan senarai kerja daripada pihak JPS dan setelah mendapat maklumat saya akan kongsikan dengan Yang Berhormat Pulau Betong, mengenai kerja-kerja yang sepatutnya telah dilaksanakanlah. Saya teruskan, Dato’ Seri Speaker. Berkenaan dengan projek Penang Nature Based Climate Adaptation Program (PNBCAP), yang merupakan manifestasi...

Bukhori GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Yang Berhormat Tanjong Bunga, saya tengok nak habis dah pasal pengairan tu. Boleh?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya, silakan.

Bukhori GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Terima kasih Dato’ Seri Speaker, dalam perbahasan saya bangkitkan tentang masalah pengairan sawah-sawah di kampung Pinang Tunggal tepi sungai tu, yang memang dia agak tinggi. Tadi Pulau Betong 30 tahun. Masalah di sini dah 45 tahun 4 bulan.

Yang di-Pertua (Speaker)

4 bulan.

Bukhori GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Jadi sawah tinggi so bila JPS pam ayaq untuk masuk sawah ni dia akan menyebabkan beberapa rumah kampung di Permatang Saga tu banjir. Jadi benda ni dah lamalah, saya, saya faham mungkin kekangan bajet ataupun mungkin segi teknikal saya tak tahulah, tapi saya perlukan aa satu pencerahanlah, satu keputusan, sebab isu ni dah bangkitkan lama dah. Dia dengan izinlah, long standing issue lah.

Jadi dalam perbahasan saya bangkitkan cadanganlah, sebelum ni saya dah bawa benda ni ke peringkat Pejabat Daerah, pihak IADA pun tahu, pihak Jabatan Pertanian pun tahu, JPS pun tahu. Cuma mungkin takde siapa yang nak champion this issue lah. Jadi saya dah buat lawatan tapak beberapa kali. Saya nampaklah kalau kita nak ambil, nak buat satu rumah pam di, di Sungai Muda tu nak mai ke kawasan yang berhampiran dengan sawah yang tinggi tu nampak macam tak jauhlah mungkin dalam 200 meter kot. Jadi itulah saya bangkitkan kali kedualah sebenarnya ni. Jadi mohon aa sikit aa respons lah. Terima kasih.

Mohd Sobri SallehPAS · PNPermatang Berangan

Minta pencelahan Yang Berhormat Tanjong Bunga. Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Saya juga ada membangkitkan tentang RTB di Sungai Perai yang berhampiran dengan Kampung Lebuh Banting, tentang katanya JPS dah buat permohonan RTB tu, RTB ni penting sebab dia boleh menghalang banjir di kawasan Pematang Berangan, di DUN Permatang Berangan, di DUN Permatang Pasir, dan juga di DUN Penanti. Mungkin RTB ni projek dia besar dan memerlukan bajet yang besar, sebab tu dalam jawapan yang dulu dimaklumkan tentang aa projek ini dimasuk dalam RMK13 tapi tak diberi keutamaan lagi. Saya nak minta, kita nak nak minta nak nak tanyalah status RTB tu, samada ianya akan dibuat dalam RMK13 ini atau macam mana. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Permatang Berangan dan juga Pinang Tunggal. Yang pertamanya untuk menjawab Pinang Tunggal, kenapa... sebab kenapa isu pengairan tak masuk dalam penggulungan sebab saya tak jaga pengairan.

Yang di-Pertua (Speaker)

IADA ya.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Yang ini rakan saya akan jawab nanti.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dia bawah IADA.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dia bawah pertanian, IADA. Jadi mitigasi banjir saja yang kita jaga di bawah JPS. Untuk Permatang Berangan, RTB Sungai Perai itu kita masuk dalam Rolling Plan Kedua, RMK-13. Tapi belum mendapat maklum balas lagilah daripada Kerajaan Persekutuan. Dia ada dalam senarai permintaan Kerajaan Negeri. Dan sudah tentu dari pihak Kerajaan Negeri kita haraplah Insya-Allah boleh dapat. Kita juga ada minta RTB Sungai Kilang Ubi dan selain daripada projek-projek jalan raya, contohnya penaiktarafan FT001 dan sebagainya lah. Semua ini dalam senarai keutamaan Kerajaan Negeri dan kita harap dapat apa ni kelulusan daripada peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan lah. Terima kasih Dato’ Seri Speaker. So saya beralih kepada... (gangguan).

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Yang Berhormat Tanjong Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Oh, ada lagi tak habis lagi.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Minta maaf, minta maaf.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Kita nak teruskan lah.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Sikit lagi. Terima kasih Dato’ Seri Speaker ya. Sebenarnya tadi saya duk tunggu respon tentang isu-isu jalan di DUN Pinang Tunggal. Tapi saya tengok macam tak cover. Sebab tiga-tiga isu ini adalah tiga isu yang penting yang saya sering diberikan feedback oleh penduduk dan penggunalah. Pertama isu Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir daripada Tol Bertam sampai ke Kubang Menerong. Isu utama ialah pertama memanglah dalam perancangan dan memang MBSP dah buat dah jalan itu sebab kedua-dua kiri kanan itu memang ada pembangunan.

Daripada tol sampai ke PTP itu dah ada jalan empat lorong, empat-empat. Dia sampai dekat dengan masjid yang baru itu, Masjid As-Syafie itu. Dari situ sampai ke Kubang Menerong dia hanya one-one lah, satu-satu. Lepas Kubang Menerong pi ke Tasek Gelugor Utama itu, empat-empat balik. Jadi jalan ini dia sempit dan satu sesak satu hal, kedua bila sempit ni dengan motor ni time puncak ni, dia menyebabkan banyak kemalangan berlaku. So kalau kita tanya MBSP, dia akan sebut masalah dia tak boleh buat sebab dia hanya akan boleh buat empat-empat, bajet mai daripada kontraktorlah, kalau ada pembangunan tu. Jadi saya difahamkan kawasan itu memang kawasan agak kampung, Kubang Menerong, Pokok Jenerih itu. So mintalah satu perhatianlah. Kedua ni…

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ha ada lagi.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Yang ini pun penting-penting ni. Kedua ni apa ni kebanyakan kereta ni daripada Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir ni ke Paya Keladi ataupun ke bomba tu dia guna Jalan Lebuh Bertam Perdana. Saya nak tahu bilalah kita akan buka jalan sebab dia ada jalan ni daripada PTP dia pi ke INV itu kilang baru itu, dia ada buat bangunan apa ni roundabout baru. So bila jalan-jalan ni akan digunakan, apa boleh digunakan?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Yang mana?

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Daripada Mekarsari itu dia nak pi ke INV, dia boleh pi kilang INV itu. Tapi INV nak pi ke roundabout baru itu yang dekat nak pi ke bomba itu dia masih lagi block lah. So kalau boleh buka jalan ini dia akan mengurang kesesakan dekat Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahirlah. Okey yang next, satu lagi ni, ini dalam perbahasan. Dalam perbahasan tak dijawab.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dato’ Seri Speaker, dia tak jawab sebab Yang Berhormat Pinang Tunggal tanya perkara yang sama dalam soalan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Oh, sudah ada dalam soalan bertulis.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Sudah ada dia punya jawapan.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Bukan, yang tu soalan lisan. Soalan lisan tak sempat tadi.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Saya faham bottleneck yang di kawasan apa Kubang Menerong itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Duduk dulu, dengar dulu.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Jadi sememangnya seperti mana Yang Berhormat ada sebut, dia kalau kita nak syaratkan pada pemaju dan sebagainya pun tak dapat sebab dalam kawasan itu memang kalau kita nak buat kita perlu buat sebagai projek kerajaanlah. Maksudnya kena ada pengambilan tanah dan sebagainya. Dan buat masa ini JKR sedang melaksanakan kerja-kerja ukur daripada Mekarsari kepada Kubang Menerong. Dan kita akan mengumpul data terlebih dahulu sebelum kita apa ni membuat keputusan yang selanjutnyalah. Sekiranya apa ni, itu sahaja maklumat yang kita ada dan sekiranya kita apa ni nak bincang lanjut itu bolehlah Yang Berhormat. Nanti kita boleh bincang, PM tepi lain eh.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Tanjong Bunga?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ada lagi eh? Ada lagi eh?

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Ada sikit.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

JKR?

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Bukan, tebatan banjir sebelum pi ke JKR.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Tebatan banjir, boleh.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih Tanjong Bunga, Dato’ Seri Speaker. Saya ucapkan terima kasihlah kepada Kerajaan Negeri kerana telah meluluskan dan juga Kerajaan Persekutuan atas projek tebatan banjir, RTB Sungai Dua yang berjumlah RM45 juta. Tetapi saya nak tahu juga apakah proses projek tersebut kerana sudah lama isu ini dibangkitkan. Saya pun dah bangkitkan dalam Dewan dan saya dimaklumkan dalam proses tender. Dan adakah telah ditender dan bilakah akan bermula kerja-kerja tersebut kerana pada pagi ini pun saya mendapat satu mesej daripada penduduk kerana berlaku sedikit banjir kilat juga di kawasan Sungai Dua dan juga di Taman Century di Batu Uban. Dan juga, saya juga telah membuat permohonan, saya mohon kalau boleh di Taman Batu Uban 2 berlaku juga sedikit hakisan tebing di kawasan tersebut, kalau boleh masukkan sekalilah elemen-elemen kerja-kerja tersebut untuk pengukuhan tebing di kawasan Taman Batu Uban 2 kerana yang ini pun sudah berlarutan lama. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan projek Sungai Dua Besar RTB, sefaham saya tender sudah pun dilaksanakan dan surat setuju terima bakal dikeluarkan pada minggu depan. Pelaksanaan projek akan mula pada bulan Jun 2026 dan mengambil masa dalam lingkungan dua tahunlah, Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker. Dan apa yang dibangkitkan tadi oleh Batu Uban mengenai perincian skop itu, kita boleh bincanglah. Nanti saya highlight kepada JPS untuk melihat. Ini projek di bawah Federal lah. Okey terima kasih Yang Berhormat.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Dato’ Seri.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Tanjong Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Kita nak on susah, susah sangat Dato’ Seri Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Singkatkan masa.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Ini isu penting.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sesak dalam Dewan pun sesak.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Ini isu, ini saya nak cakapkan juga supaya yang di pihak EXCO dapat tangani yang terbaik. Isu Jalan Tun Sardon sekarang ni masalahnya tanah runtuhkan? Jadi sekarang ni kita dapati lebih kurang dalam 10 lokasilah yang ada tanah runtuh ni. Terutama sekali kita tengok tak dibuat dengan drastik repair itu. Kita minta sangat-sangatlah baiki tanah, baiki jalan. Kalau boleh tak mahu guna kon, kon itu kalau boleh ganggu sangat. Bila kon kita letak kon, bila kawasan itu air hujan, jadi kon itu dia akan bergerak. Jadi mana mungkin kita dapat guna jalan dalam keadaan selesa, dia jadi sempit. Jadi kita minta sangat-sangatlah kepada EXCO yang prihatinlah sangat-sangat rakyat Balik Pulau ni. Tambah sekarang pula musim durian kan? Jadi bayangkan rakyat Balik Pulau, Sabtu Ahad jammed, Pekan Kongsi jammed. Jadi kita harap sangat-sangatlah supaya dibuat tindakan drastik daripada pihak EXCO. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Pulau Betong. Pasal durian ni, ihsan daripada Sungai Acheh dah duk tunggu kat luar. So kalau Yang Berhormat nak cepat bagi saya teruskan apa ni ucapan dulu. Tapi saya ambil maklum Yang Berhormat. Sebenarnya apa ni pembaikan cerun-cerun di Jalan Tun Sardon itu kita telah minta daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Persekutuan pun sangat membantu walaupun itu jalan negeri ya tapi telah meluluskan sebab saya minta direct dengan Menteri Kerja Raya dan telah diluluskan untuk apa ni pembaikan. Dan saya difahamkan kerja-kerja akan mulalah pada apa ni dalam masa terdekat, peruntukan pun baru sampai dan Insya-Allah kita akan apa ni. Tapi dari segi kon yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu, sebab alternatifnya adalah meletakkan barrier concrete yang lebih bahayalah. Pada keamatan saya, kalau meletakkan kon yang plastik itu agak lebih selamat sebenarnya. Tapi perkara ini saya akan bincang balik dengan JKR dan kita melihatlah mana yang kesesuaian di tapak tersebut. Terima kasih Yang Berhormat. So... (gangguan).

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Tanjong Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Oh, ini tak habis lagi, okey sila.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Bukan Tanjong Bunga, cuma saya nak menarik perhatian Dato’ Seri Speaker ke Dewan ini dengan soalan nombor 9 yang dibangkitkan oleh Air Putih. Saya go through sebab semalam saya tak sempat Jawi, di sini dan jawapan ini dijawab oleh Tanjong Bunga bahawa Air Putih dan Kebun Bunga tak ada peruntukan, jumlah peruntukan. Saya rasa mungkin ada kesilapan yang jawapan ni. Saya difahamkan dan saya jumpa JD, ada juga peruntukan kepada Kebun Bunga dan juga Datuk Bandar. So saya harap ada pembetulanlah, Dato’ Seri Speaker sebab saya tak mahu nanti persepsi luar kata saya tak buat kerja. Sebab kosong, di sini jawapan dia memang Kebun Bunga dengan Air Putih tak ada langsung peruntukan yang diperuntukkan di bawah DUN ini. So saya harap ada sedikit pembetulan dan saya tak mahu persepsi di luarlah nanti kata Kebun Bunga ni tak buat kerja, tak ambil peruntukan untuk kawasan. So soalan 9 yang dibangkitkan, bertulis.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Soalan Yang Berhormat tanya mengenai road resurfacing, eh?

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Bukan soalan yang ditanya oleh Air Putih soalan 9, soalan bertulis.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Soalan bertulis, apa soalannya?

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang bersabit peruntukan kepada kawasan DUN.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

40 kawasan Dewan Undangan Negeri untuk pembinaan, penurapan dan penyelenggaraan jalan raya negeri dan Kerajaan Tempatan oleh JKR, Pejabat Daerah dan PBT bagi tahun 2026.

Yang di-Pertua (Speaker)

Nanti semak semula.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dia kadang-kadang kita akan semak semula tapi kadang-kadang dia bergantung kepada ayat yang digunakan. Kalau dia contohnya kata penurapan semula mungkin peruntukan untuk street furniture, for example. Dia bukan untuk kerja penurapan semula. So mungkin pegawai yang apa ni menyediakan jawapan itu mungkin dia tak masukkanlah tapi saya akan semak semula.

Yang di-Pertua (Speaker)

Check, check.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Sekiranya ada kesilapan maka kita akan buat pembetulanlah. Terima kasih Yang Berhormat kerana bangkitkan. Okey.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah lebih satu jam ya.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Itulah Dato’ Seri Speaker, saya nak cepat. Tapi jammed dalam Dewan ni.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Satu lagi EXCO minta maaf.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ada lagi?

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Berkaitan dengan penjelasan tentang lampu isyarat. Saya minta dua tu, satu simpang Kuala Jalan Baru dan yang kedua dekat Mr. DIY itu yang dekat dengan SJKC Chong Teik.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat, jawapan akan dibekalkan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Saya akan minta pegawai semak perkara itu. Okey tak ada lagi. Saya sambung ya, Dato’ Seri Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sambung, sambung.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Okey projek PNBCAP, saya nak sebut ni projek yang penting yang kita buat di Negeri Pulau Pinang. Satu projek yang strategik yang bersepadu yang terhasil daripada kerjasama erat antara World Bank Adaptation Fund, UN Habitat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, MBPP, JPS serta Think City Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Khazanah Nasional yang menyatukan kepakaran tempatan dan antarabangsa dalam menangani cabaran perubahan iklim secara menyeluruh, sistematik dan berimpak tinggi. Program ini memberi tumpuan kepada aspek penyesuaian ataupun adaptation dan bukannya hanya mitigasi, satu peralihan penting dalam pendekatan perancangan bandar yang menekankan keupayaan menyesuaikan diri, ketangkasan serta pembangunan berasaskan bukti dan sains.

Projek ini merupakan satu langkah berani dalam menggabungkan sains dan pembangunan bandar melalui penggunaan tiga (3) jenis kemasan utama iaitu interlocking pavers, granit dan bitumen. Ia bukan sekadar naik taraf jalan biasa malahan berfungsi sebagai makmal hidup ataupun living lab untuk mengkaji bagaimana material permukaan mampu mengubah iklim mikro bandar kita.

Projek ini sangat menarik Yang Berhormat. Pemilihan bahan seperti interlocking pavers dan granit adalah bukti komitmen terhadap pendekatan berasaskan alam semula jadi. Di Pesara King Edward, kerja-kerja telah pun siap sepenuhnya menggunakan interlocking pavers yang istimewa ini yang memberikan satu kesan berkilau ataupun bling effect. Kilauan unik ini dihasilkan daripada penggunaan kaca kitar semula, recycled glass, sekali gus memberikan identiti visual yang mempesonakan di samping menyokong ekonomi kitar semula. Dan data pemantauan suhu permukaan sebelum dan selepas projek ini menunjukkan bahawa penurunan suhu secara drastik telah berlaku sehingga 24 degree celcius. Ini membuktikan bahawa pemilihan material yang tepat mampu memerangi fenomena pulau haba bandar atau urban heat island effect secara efektif dan menjadikan kawasan pejalan kaki jauh lebih sejuk dan selesa. Demi ketelusan dan ketepatan data, projek ini turut dilengkapi dengan sensor IoT. Teknologi ini memantau suhu permukaan secara masa nyata (real time) untuk membandingkan prestasi haba setiap bahan. Selain membekalkan data teknikal, ia juga berperanan sebagai alat pendidikan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang betapa pentingnya pemilihan bahan binaan yang berdaya tahan dalam mendepani perubahan iklim dunia. Kita juga berbangga kerana menjadi antara perintis terawal di Malaysia yang menggunakan sistem soil cell untuk penanaman pokok bandar. Teknologi inovatif ini menjamin sistem akar yang lebih sihat dan meningkatkan kapasiti penyerapan air hujan, seterusnya menjanjikan landskap yang lebih hijau dan teduh buat warga kota.

Sebagai pelengkap kepada visi bandar pintar ini, elemen laluan kinetik atau kinetic walkway turut diperkenalkan. Setiap langkah pejalan kaki di sini bukan sekadar pergerakan biasa, malahan ia mampu menjana tenaga bersih. Inisiatif ini mencerminkan tekad padu Kerajaan Negeri dalam menerajui pembangunan rendah karbon yang mampan, pintar dan berdaya tahan demi generasi akan datang. Kerajaan Negeri berharap supaya semua pihak, khususnya pengguna jalan raya, komuniti setempat dan pemilik premis perniagaan di kawasan terlibat, dapat memberikan kerjasama dan sokongan sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini demi memastikan kelancaran pelaksanaan serta merealisasikan manfaat jangka panjang pada Bandaraya George Town dan juga rakyat Pulau Pinang.

Dato’ Seri Speaker, isu mengenai enakmen sumber air ada dalam jawapan bertulis. Berkenaan dengan isu kadar air tidak terhasil ataupun non-revenue water, untuk maklumat Yang Berhormat, PBA akan mempergiatkan usaha menggantikan paip-paip lama dan uzur yang berisiko tinggi untuk mengalami kebocoran serta memperluaskan pelaksanaan district metering zone bagi meningkatkan kecekapan pemantauan sistem bekalan air. Penggunaan teknologi pintar seperti meter pintar (smart meter), sensor tekanan, sistem kawalan penyeliaan dan juga pemerolehan data, data logger dan sistem pengesan kebocoran juga perlu ditingkatkan untuk membantu keberkesanan pengesanan dan pembaikan kebocoran.

Berkaitan itu, menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sungai Puyu, panjang keseluruhan paip usang khususnya yang membabitkan paip jenis asbestos simen bagi keseluruhan Negeri Pulau Pinang adalah sepanjang 1,155 kilometer panjang, yang merangkumi 24% daripada jumlah keseluruhan paip di Negeri Pulau Pinang iaitu 4,801 kilometer.

PBA menganggarkan sepanjang 60 kilometer paip usang, dapat digantikan dalam masa tiga tahun ini di mana tempoh masa tersebut adalah termasuk fasa pelantikan perunding, fasa reka bentuk, fasa permohonan kebenaran pengorekan jalan dan juga fasa pembinaan. Oleh itu, PBA menganggarkan keseluruhan paip usang sepanjang 1,155 kilometer dapat digantikan dalam masa tempoh apa ni tempoh masa 20 tahun.

Berkenaan dengan isu kenaikan tarif air, yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai maklumat, kadar tarif air adalah tertakluk kepada mekanisma penetapan tarif ataupun dikenali sebagai tariff setting mechanism yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Di bawah mekanisma tersebut, semakan tarif air bagi semua negeri dilaksanakan secara berkala setiap tiga tahun. Oleh itu, sebarang kenaikan atau pelarasan tarif air, akan diputuskan berdasarkan ketetapan dan semakan yang dibuat melalui mekanisma tersebut. Selaras dengan keputusan MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) pada 26 Mac 2025, pelarasan tarif air baru yang telah digezetkan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025 di peringkat nasional, hanya akan dilaksanakan di Negeri Pulau Pinang bermula 1 Julai 2026 iaitu selepas tempoh penangguhan selama setahun.

Tapi untuk maklumat Yang Berhormat di sini, meskipun dengan kenaikan tarif ini, tarif di Negeri Pulau Pinang masih lagi antara yang terendah di Malaysia iaitu hanya RM0.93 sen setiap 1,000 liter bagi 35 liter pertama setiap bulan. Purata kebangsaan adalah RM1.12, manakala di Pulau Pinang hanya RM0.93 sen. Kita yang kedua terendah, kalau tidak silap saya, Dato’ Seri Speaker.

Namun begitu, saya nak menekankan di sini bahawa perkara ini hakikat bahawa tarif air di Negeri Pulau Pinang adalah rendah, bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan kerana tarif yang rendah lazimnya datang bersekali dengan penggunaan air yang tinggi. Ini merupakan hakikat yang tidak boleh dinafikan. Negeri dengan tarif air yang paling tinggi iaitu Negeri Johor, juga merupakan negeri dengan penggunaan air yang paling rendah. Jadi, maksudnya bila apa ni air itu mahal, maka rakyat akan lebih berjimat dan lebih apa ni faham kepada betapa pentingnya penjimatan air. Dan malah data di Negeri Pulau Pinang menunjukkan bahawa sejak kita meningkatkan tarif air di Negeri Pulau Pinang beberapa tahun yang lalu, kita telah menyaksikan penurunan penggunaan air domestik.

Pada tahun 2021, penggunaan air domestik per kapita di Negeri Pulau Pinang adalah 308 liter seorang sehari, dan angka ini telah menurun kepada hanya 267 liter seorang sehari pada tahun 2025. Jadi membuktikan bahawa peningkatan air, tarif air telah berjaya mengurangkan pembaziran air di kalangan rakyat Negeri Pulau Pinang. Jadi, saya juga percaya bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat setuju jika saya menyatakan bahawa air merupakan satu khazanah yang penting, bagi kelangsungan kehidupan dan juga ekonomi Negeri Pulau Pinang. Ia perlu dipelihara dan tidak dibazirkan. Sekiranya tarif air kekal terlalu rendah, sudah tentu pembaziran akan berlaku sepertimana telah berlaku, tahun-tahun ini berdasarkan data-data 10, 20, 30 tahun yang lepas.

Pada masa yang sama, PBA juga memerlukan pelarasan tarif air baru agar dapat membiayai pembinaan infrastruktur air baru serta penaiktarafan infrastruktur sedia ada.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Timbalan MITI, Yang Berhormat Sim.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Berkenaan Dato’ Seri Speaker, isu tekanan air rendah di kawasan Flat Lily. Untuk isu-isu lain yang dibangkitkan mengenai PBA, berkenaan enapan dan juga.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Tanjong Bunga, boleh sedikit?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Pengorekan. Sila, Kebun Bunga.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Dengan pengumuman Tanjong Bunga tadi, saya rasa selepas ini kita akan terimalah respon-respon yang berbagai terutama kenaikan kadar air itu. So bagi saya, saya faham situasi yang dihadapi oleh PBA, cuma saya berharaplah Kerajaan Negeri dapat menyampaikan information- information yang Tanjong Bunga cakap tadi itu, dalam bentuk yang lebih mudah difahami oleh rakyat di luar sana. So, supaya kita tidaklah di terima, terima kritikan ataupun kecaman daripada rakyat. Terima kasih Tanjong Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih dan saya ambil maklum. PBA kita perlu meningkatkanlah dari segi kesedaran awam, pendidikan awam, orang kena faham ya, bahawa hakikat yang di mana lagi rendah tarif air lagi besar penggunaan. Ini adalah satu fakta yang tidak boleh dinafikan. Dan apabila kita meningkatkan tarif air, kita melihat effect terus ya, effect langsung yang di mana penggunaan air per kapita domestik akan menurun ya.

Dan ini adalah perkara yang baik sebab rakyat Pulau Pinang pun belajar untuk berjimat air. Kalau kita lihat pada negara Singapore, dia antara yang terendah penggunaan air domestik di dunia sebab dia punya tarif adalah antara yang paling tinggi ya. Jadi, ini adalah satu cause and effect yang tidak boleh dinafikan. Jadi kita pun harap Kerajaan Negeri pun harap, supaya rakyat boleh faham dan turut serta dalam usaha untuk tidak membazirkan khazanah kita yang sangat penting. Ada beberapa isu yang.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Yang Berhormat Tanjong Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ooh, sila, Pinang Tunggal.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Terima kasih Dato’ Speaker. Cuma, cuma nak tanyalah dulu ni ada cadangan untuk mendapatkan air daripada sumber bawah tanah. Jadi, bagaimana dengan cadangan tu la ni?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih. Cadangan air bawah tanah, dia perlu pemerhatian dan juga kajian yang lanjut, disebabkan beberapa perkara. Yang satunya adalah kita nak mengelak berlaku land subsidence iaitu apabila kita mengambil air bawah tanah dengan jumlah yang begitu besar, di banyak negara-negara lain kita melihat berlakunya land subsidence. Contohnya di Jakarta, di Bangkok dan sebagainya, yang di mana apa ini tanah akan mula menurun ya. Dan ini boleh menjadikan isu-isu masalah lainlah dari segi infrastruktur jalan, lubang benam dan sebagainya.

Tapi bukan nak kata tak boleh buat ya. Jadi, itu yang saya kata kajian kebolehlaksanaan itu perlu dibuat dan Kerajaan Negeri sedang memohon daripada Kerajaan Persekutuan peruntukan untuk membuat kajian yang menyeluruh untuk seluruh Negeri Pulau Pinang menggunakan teknologi terbaru, contohnya 4D mapping untuk mengenal pasti laluan-laluan air bawah tanah. Dan kita nak sebab dengan adanya teknologi yang baru ini, kita boleh kenal pasti di kawasan yang mempunyai laluan air yang besar, yang mungkin mempunyai jumlah yang mencukupi untuk kita apa ni mengabstrakkan air tersebut, tapi dia bergantung kepada kajian yang dibuatlah ya sebab kita pun tak nak berlaku masalah yang lain pula yang seperti saya sebut tadi. Terima kasih.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Cuma, cuma saya difahamkan Kerajaan Negeri pun telah pun menghantar beberapa wakil untuk mengkaji sumber air bawah tanah di Jepunlah. So, selama beberapa tahun ni adakah dibuat apa kajian?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ketua Menteri kita sendiri menjadi wakil tersebut yang pergi melihat di Kumamoto, Yang Berhormat. Yang di mana Bandar Kumamoto di Jepun adalah satu bandar yang di mana hampir keseluruhan, I think lebih 90% air adalah sumbernya adalah air bawah tanah. Jadi dan di situ tidak berlaku land subsidence. So, itu yang kita perlu mengetahui dan kaedah yang kita nak menggunakan adalah yang saya sebut tadi 4D mapping pun adalah kaedah yang sama yang dilakukan di Jepun.

Jadi tapi, kaedahnya agak mahal. So, sebab itu kita minta melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk apa ini memohon peruntukan daripada dalam RMK-13, supaya kita boleh melaksanakan feasibility study dan juga underground mapping dengan menggunakan kaedah yang terkinilah, Yang Berhormat. Okay.

Yang di-Pertua (Speaker)

Mood landing ah?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Erm?

Yang di-Pertua (Speaker)

Mood landing.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Saya cuba Dato’ Seri. Okay, ada beberapa isu yang sama dalam jawapan soalan bertulis dan sebagainya saya takkan, tidak akan repeat Dato’ Seri Speaker. Tapi, berkenaan dengan isu tekanan air rendah di kawasan Flat Lily, Taman Sri Indah dan Flat Hijau. Flat Lily merupakan kediaman strata lima tingkat yang masa ini tidak dilengkapi dengan rumah pam dan tangki sedutan. Walau bagaimanapun, bacaan tekanan air semasa adalah sekitar 20 meter iaitu melebihi paras minimum 10 meter yang ditetapkan oleh SPAN.

Sehubungan itu, tiada projek khusus oleh PBA di kawasan tersebut tapi namun begitu, PBA sedang melaksanakan projek pembinaan tangki air Bukit Penara yang dijangka akan dapat membantu di kawasan sekitar termasuk kawasan Flat Lily dan juga Titi Serong. Dan projek ini adalah satu projek penyelesaian jangka panjanglah juga boleh kira. Dan sekarang ini dalam fasa pengambilan tanah, malah dalam mesyuarat ahli lembaga PBA yang baru lepas, kita baru meluluskan peruntukan untuk pembelian pengambilan tanah tersebut.

Dan Kerajaan Negeri turut mengambil maklum berkenaan isu tekanan air rendah di Kampung Manggis dan Tok Sani yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Puyu. Untuk maklumat Yang Berhormat, isunya adalah penggantian paip yang perlu dilakukan dan projek tersebut akan ditender pada suku ketiga tahun 2026 dan dijangka siap pada penghujung 2027.

Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker, Kerajaan Negeri melalui PGC (Penang Green Council) telah melancarkan Rangka Kerja Tenaga Pulau Pinang atau dikenali sebagai Penang Energy Framework, pada tahun 2024 untuk mencapai sebanyak 25% kecekapan tenaga (energy efficiency) dan 10% penggunaan tenaga boleh baharu menjelang tahun 2030. Dan PEF ini dirangka selaras dengan National Energy Transition Roadmap dan aspirasi Kerajaan Persekutuan yang menyasarkan 70% kapasiti tenaga boleh baharu menjelang tahun 2050.

Pada tahun 2020, kadar penggunaan tenaga boleh baharu di Pulau Pinang adalah lebih kurang 1.5% dan kini kadar tersebut telah meningkat kepada 5%. Ini menunjukkan perkembangan yang positif hasil sokongan dasar seperti PEF dan juga dasar Kerajaan Persekutuan. Dalam tempoh satu setengah tahun pelaksanaan PEF, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan antaranya kursus pengurusan tenaga bagi bangunan awam, program Communication Education and Public Awareness bersama pihak PBT dan juga badan profesional dan industri, bengkel Building Energy Intensity, integrasi syarat-syarat PEF dalam pelan perancangan pembangunan ke atas bangunan komersial oleh kedua-dua PBT. Selain itu, Kerajaan Negeri juga sedang bekerjasama dengan anak syarikat PDC iaitu PDC solarvoltaic bagi melaksanakan projek rintis kecekapan tenaga di bangunan kerajaan sebagai langkah memperkukuhkan amalan penjimatan tenaga dalam sektor awam. Kerajaan Negeri turut menyokong pelaksanaan projek LSS ataupun Large Scale Solar dan sehingga kini terdapat enam (6) projek LSS yang telah diluluskan di negeri ini dengan jumlah kapasiti 173.69 megawatt. Inisiatif ini akan menyumbang kepada peningkatan penggunaan tenaga boleh baharu di Pulau Pinang serta menyokong sasaran tenaga hijau negeri dan negara.

YB Dato’ Seri Speaker, sehingga April 2026 prestasi liputan komunikasi bagi rangkaian 4G di kawasan berpenduduk di seluruh Negeri Pulau Pinang berada pada tahap 100%. Namun begitu, bila kita sebut 100% ini, ini adalah secara teori kerana dilihat melalui kanta-kanta network planning, tapi realitinya masih terdapat kelompongan di sesetengah kawasan khususnya di sempadan antara dua (2) kawasan liputan. Dia bila ada satu (1) struktur telekomunikasi mempunyai liputan dan satu lagi, kadang-kadang di tengah di sempadan antara dua (2) kawasan liputan itu akan berlaku sedikit kelompongan dan perkara ini kita sedang memperhalusi. Mana-mana sekiranya Yang Berhormat mendapat laporan ataupun aduan berkenaan kawasan-kawasan yang tidak mencukupi ataupun dia punya liputan telekomunikasi tidak mencukupi, tidak kualitinya tidak bagus, boleh maklumkan kepada pihak Kerajaan Negeri, kita akan salurkan kepada pihak MCMC untuk diambil tindakan seterusnya.

Jadi bagi rangkaian 5G pula,5G Kerajaan Negeri melalui BKT, DNB dan juga U Mobile akan terus memperkasa pelaksanaan 5G agar berjalan dengan lancar dan teratur. Sehingga April 2026, kadar liputan 5G di kawasan berpenduduk telah mencapai 91.9% dan nilai ini dijangka akan meningkat dengan pelaksanaan liputan 5G oleh pihak U Mobile iaitu Second 5G Network Provider. Dari segi kelajuan jalur lebar mudah alih, Negeri Pulau Pinang telah mencapai purata kelajuan sebanyak 211.9 megabit per second sekaligus melepasi sasaran nasional sebanyak 100 megabit per second. Di samping liputan rangkaian 5G bagi struktur luar, Kerajaan Negeri juga memberikan fokus kepada rangkaian dalam bangunan ataupun in-building coverage. Bangunan dan premis kerajaan yang penting akan diberi keutamaan untuk penambahbaikan yang bersesuaian.

YB Dato’ Seri Speaker, Kerajaan Negeri juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri Komunikasi atas penambahan lokasi NADI ataupun Pusat Sebaran Maklumat Nasional. Kini sebanyak 42 Pusat NADI beroperasi di Pulau Pinang untuk memperkasa.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Dato’ Speaker. Sikit. Tanjong Bunga.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Batu Uban.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih atas penjelasan dan juga langkah-langkah yang diambil terutamanya penukaran kepada 5G dan juga menaik taraf fiber optik terutamanya di kawasan Minden Heights. Tapi masalahnya sejak kebelakangan ini berlaku banyak kes kecurian kabel melibatkan kabel telko dan saya mohon Telekom Malaysia mengambil tindakan yang proaktif kerana kes kecurian ini dia buka lubang apa fiber optik tersebut dan dibiarkan saja dan juga ini membahayakan orang awam juga. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Batu Uban dan Kerajaan Negeri pun mengambil maklum masalah kecurian kabel ini memang berlaku di banyak kawasan dan walaupun terdapat penangkapan, pihak PDRM pun ada buat operasi dapat berjaya menangkap beberapa penjenayah tersebut tapi masih lagi perkara ini berlaku dan penyelesaiannya adalah satu kita memerlukan usaha yang bersepadulah dengan bantuan daripada peronda-peronda daripada PDRM, daripada mungkin MPKK dan sebagainya sekiranya melihat orang-orang yang apa ni mencurigakan ya di tengah malam dan sebagainya boleh dilaporkan kepada pihak-pihak berkuasa. Dia isu penguatkuasaan ya. Saya rasa TM pun sebagai syarikat pemilik pun tidak mempunyai kuasa-kuasa penguatkuasaan, kita pun berharap kepada agensi penguatkuasalah seperti PDRM untuk mengambil tindakan.

Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker, saya nak apa ni habiskan ucapan saya dan saya sebut mengenai NADI tadi, saya nak sebut bahawa Kerajaan Negeri sangat berbesar hati kerana telah menjadi tuan rumah kepada perasmian NADI, Majlis Pengiktirafan NADI sebagai Pusat Transformasi Digital Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Pusat NADI Kubang Semang, Yayasan Aman pada 25 April 2026.

Dan Dato’ Speaker, boleh saya habiskan di sinilah. Dato’ Seri Speaker, sesungguhnya pembangunan sesebuah negeri bukan dibina dalam sehari dan transformasi masa depan tidak tercapai tanpa keberanian untuk merancang pada hari ini. Apa yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri adalah satu perjalanan yang besar dan satu perjalanan yang panjang untuk membina Pulau Pinang yang lebih terhubung, yang lebih lestari, yang lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan. Dengan sokongan semua pihak, saya yakin segala usaha yang dilaksanakan ini akan menjadi asas kukuh kepada kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri yang berkekalan. Jadi sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Tanjong Bunga. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan dan kita bersidang semula pada jam 2 petang nanti.

Dewan ditangguhkan pada jam 12.37 tengahari.

Dewan bersidang semula pada jam 2.00 petang.

Timbalan Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Selamat petang. Kita kembali ke persidangan Dewan Undangan Negeri ke sesi penggulungan. Terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Exco, YB Dato' Rashidi, kerana belanja kita makan durian harini ya. Terima kasih banyak-banyak. Memang panas, jaga-jaga, jaga dirilah ya.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Minta aircond buka sikit boleh?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Jadi, memang akan panas juga petang ni dengan suasana duriannya dan juga satu dewan bau durian ni. Tolong-tolong control lah ya, jangan ada terbelahak macam-macam. Okey, seterusnya saya dengan segala hormatnya mempersilakan sesi penggulungan, Sungai Acheh.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin, Wassalatu Wassalamu Ala Ashrafil Anbiya’i Wal Mursalin, Wa’ala Alihi Wasahbihi Ajma’in. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Waalaikummussalam.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Timbalan Speaker, Yang saya hormati, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Ahli-ahli EXCO, Ahli-ahli YB, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. "Salam Perpaduan, Salam Madani, Salam Penang 2030. "Salam Pertanian, Satu Perniagaan". Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas keizinan-Nya, Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-15 yang bermula pada Jumaat, 8 Mei 2026 yang lalu telah berjalan dengan lancarnya. Terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan dasar dan inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat. Kami di pihak Kerajaan Negeri akan terus berusaha untuk memperkukuhkan daya saing ekonomi negeri, sekali gus memastikan tiada golongan yang tertinggal dalam arus pembangunan. Ini khususnya perkara-perkara mengenai Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi, dan Keterjaminan Makanan dan Usahawan. Contohnya hari ini, kita bagi durian semua sampai ke bawah, saya tengok boleh bawa balik dua tiga biji lagi makan. Jadi makna durian cukup.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ada lagi ke?

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Ada. Ada yang bawa balik, yang depan saya tak tahu lah. Tapi semua kita takda yang tertinggal, baik di tepi pagar ataupun di dalam, semua dapat durian, Insya-Allah. Mengambil kesempatan ini, saya turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui portfolio Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan yang dirasakan dekat di hati saya, memandangkan saya juga anak petani. Saya turut mengucapkan terima kasih kepada mantan YB EXCO Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan yang dahulunya berjasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada Kerajaan Negeri.

Dato' Timbalan Speaker, atas komitmen dan penglibatan baik semua pihak, khususnya Pejabat Daerah dan Tanah, Kerajaan Negeri masih meneruskan bantuan di bawah portfolio Pembangunan Luar Bandar melalui program Peruntukan Khas Ekonomi pada tahun ini. PKE merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu golongan berpendapatan rendah melalui pembiayaan bagi projek bina rumah baru dan bantuan peralatan kepada pemohon yang layak dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. PKE telah dilaksanakan sejak tahun 2008 dan diselaraskan oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri serta dilaksanakan melalui Pejabat Daerah dan Tanah.

Pada tahun 2026, sebanyak RM5.8 juta peruntukan PKE, termasuk projek bina baharu rumah dan bantuan peralatan serta lain-lain bantuan telah diluluskan dengan penyaluran dibuat kepada daerah di setiap Negeri Pulau Pinang. Selain itu, Kerajaan Negeri juga sedang dalam penelitian dan semakan untuk meningkatkan kadar siling program bina baharu rumah rakyat termiskin di bawah (PKE) ini, daripada RM75,000.00 kepada RM85,000.00 selaras dengan peningkatan kos semasa. Sehingga Mac 2026, sejumlah RM749,000.00 telah dibelanjakan bagi program bina baru, baiki rumah dan juga bantuan peralatan di kelima-lima daerah yang telah memanfaatkan hampir 30 penerima.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Uban atas keprihatinan dan penghargaan yang telah diberikan terhadap usaha dan inisiatif MMK Pembangunan Luar Bandar yang telah melaksanakan program bina baharu rumah kepada dua (2) orang warga emas di kawasan beliau. Cuma dua (2) warga emas ni special sikit di kawasan Batu Uban ni, seorang ibu tunggal dan bapa tunggal yang saya rasa masih kuat, ibu tunggal pun masih kuat, bapa tunggal pun masih kuat, rumah sebelah-menyebelah. Dan cuma saya agak kecewa lah mengapa daripada dua kita tak jadikan satu. Andai kita boleh bawa jadi bersama Insya-Allah jadikan satu, jadi kita boleh jimat satu biji rumah. Tapi apa pun tahniah keprihatinan daripada pihak Pejabat Daerah dan bersama dengan YB. Semoga kerjasama dan komitmen sebegini dapat diteruskan demi menjaga kebajikan rakyat khususnya golongan yang memerlukan. Tuan-tuan, tapi rumah ni kita special sikit, rumah ni memang kita atas nama Pejabat Daerah dan apa-apa terjadi kepada yang tinggal di rumah, dia akan balik kepada Pejabat Daerah dan kita boleh bantu kepada golongan-golongan yang lain. Alhamdulillah satu tindakan yang cukup bijak daripada Pejabat Daerah bersama YB, terima kasih.

Kejayaan pelaksanaan Program Sokongan Desa Sejahtera Negeri Pulau Pinang tahun 2025. Program Sokongan Desa Sejahtera Negeri Pulau Pinang 2025 merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri di bawah portfolio Pembangunan Luar Bandar bagi menyokong usaha memperkukuhkan ekonomi serta kesejahteraan komuniti di luar bandar. Program ini memberi tumpuan kepada aktiviti pembangunan sosioekonomi berskala kecil melalui pemberian bentuk peralatan yang dapat meningkatkan taraf hidup penduduk di luar bandar kepada peniaga-peniaga kecil, di kedai-kedai makan dan sebagainya. Terutama kita tumpu kepada home-based, Insya-Allah kita bantu untuk naik taraf dan pendapatan mereka. Sebagai maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, pelaksanaan Program Sokongan Desa Sejahtera tahun 2025 ini dilaksanakan secara rintis bagi menilai keberkesanan pendekatan dan impak kepada komuniti luar bandar. Program ini bertujuan menilai kesesuaian tata cara pelaksanaan di peringkat daerah sebagai asas kepada pertimbangan perluasan program. Program ini telah memperuntukkan RM15,000.00 bagi setiap daerah dan direkodkan senarai lebih 20 orang penerima manfaat melalui pemberian bantuan pemerkasaan ekonomi. Bantuan kesejahteraan kehidupan dan penyediaan barang-barang keperluan serta kemudahan asas kepada penduduk yang memerlukan.

Justeru itu, pelaksanaan Program Sokongan Desa Sejahtera tahun 2025 ini dilihat berjaya mencapai objektif yang ditetapkan, khususnya dalam membantu meningkatkan kesejahteraan komuniti luar bandar melalui penyaluran bantuan dan sokongan secara bersasar kepada golongan yang memerlukan. Kayu ukur dan indikator kejayaan program ini dapat juga dilihat menerusi peningkatan produktiviti dan keupayaan para penerima bantuan dalam menjalankan aktiviti perniagaan. Berdasarkan maklum balas pemantauan yang diterima, bantuan yang disalurkan telah banyak membantu memudahkan urusan perniagaan serta meningkatkan kecekapan operasi harian mereka.

Jawatankuasa MMK Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan. Dato' Timbalan Speaker, Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan kerana telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM6.9 juta bagi pelaksanaan Program Pemerkasaan Agromakanan Negara (PPAN) tahun 2026. Melalui penyelarasan yang dilakukan oleh pihak Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, sebanyak sembilan (9) projek telah diluluskan pada tahun ini dengan melibatkan sektor tanaman padi, tanaman nenas dan sektor ternakan akuakultur. Kelulusan peruntukan bagi tahun ketiga berturut-turut sejak tahun 2024 kepada Kerajaan Negeri ini menunjukkan komitmen pihak Kerajaan Persekutuan melalui KPKM dalam membantu usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan lagi keterjaminan makanan negeri ini.

Dato' Timbalan Speaker, menjawab kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Air Itam berkenaan pertindihan fungsi Penang Agrotech Sdn Bhd. Sebagai maklum Yang Berhormat, penubuhan PASB adalah sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri yang berfungsi untuk melaksanakan program dan aktiviti di bawah Jawatankuasa MMK Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan. Di samping bertindak sebagai medium perantaraan di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dan di peringkat antarabangsa bagi meningkatkan lagi pulangan hasil dan kolaborasi kerjasama dengan pelbagai pihak di bawah sektor pertanian, perikanan dan penternakan selari dengan agenda ekonomi dan kelestarian negeri. Selain itu, PASB turut berperanan dalam menjalin kerjasama dengan sektor swasta dan institusi pendidikan bagi memacu inovasi dalam sektor agro dan menjalin kerjasama strategik yang menjanakan pulangan kepada kedua-dua pihak. Pertindihan dengan jabatan agensi sedia ada tidak berlaku kerana PASB bertindak sebagai agensi koordinasi antara jabatan serta agensi negeri bagi merealisasikan matlamat dasar dan program yang boleh menjana hasil kepada Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, pembangunan tanah negeri di Relau yang bakal akan dijenamakan sebagai Penang Durian Valley atau Relau selepas projek pembangunan ini siap pada tahun 2027. PASB akan menjadi operator yang menguruskan sebuah taman agroteknologi berteraskan tanaman durian melalui bisnes model yang berkesan. Pusat ini berpotensi menjana hasil kepada agensi sepanjang tahun dan pelbagai aktiviti ekonomi dan penganjuran acara di sini.

Selain itu, Yang Berhormat Air Itam juga perlu ambil cakna bahawa jualan beras Cap Feri di seluruh Negeri Pulau Pinang adalah amat menggalakkan dengan permintaan yang tinggi di lokasi-lokasi jualan. Tengok dulu ya, ini menunjukkan bahawa inisiatif ini benar-benar memberi manfaat kepada kumpulan sasar. Rekod jualan beras Cap Feri pada tahun 2025 adalah sebanyak 14,854 kampit dan pada tahun 2026 sehingga April 2026 adalah sebanyak 9,913 kampit. Bekalan dari pembekal adalah mencukupi dan tiada isu kekurangan bekalan beras.

Sebagai maklumat, fungsi asal pelaksanaan program beras Cap Feri ini adalah untuk menampung kekurangan beras putih tempatan yang berkurangan dalam pasaran pada tahun 2024 dan 2025. Justifikasi penggunaan beras import untuk beras Cap Feri adalah kerana bekalan beras import lebih murah daripada bekalan beras putih pada ketika itu. MMK Kerajaan Negeri pada tahun 2024 telah meluluskan cadangan pelaksanaan program beras Cap Feri dengan tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada pihak Kerajaan Negeri memandangkan program ini dilaksanakan secara kaedah public-private partnership.

Dato' Timbalan Speaker, saya juga amat berterima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengutarakan pelbagai idea bernas yang dapat memacu kelestarian dan kemampanan sektor agro di Negeri Pulau Pinang ini. Yang Berhormat Berapit mencadangkan agar program kebun komuniti terus diperluaskan. Kerajaan Negeri akan meneliti cadangan ini dengan membuka lebih banyak ruang yang bersesuaian dan selamat. Dan saya kira kita tak meneliti, memang kita sentiasa terbuka untuk program sebegini dan saya kira pihak Jabatan Pertanian sentiasa bersedia untuk membantu Insya-Allah, berdasarkan kepada peruntukan yang ada. Kalau lebih kita akan bagi lebih, kalau takda kita stop sat, Insya-Allah kita cuba membantu. Seperti tanah kosong dan kawasan-kawasan di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah.

Sebagai maklum kepada Yang Berhormat Pematang Pasir juga, program pertanian komuniti dan kebun komuniti terus diperluaskan dengan penglibatan lebih 2,000 peserta di seluruh negeri bagi meningkatkan pengeluaran makanan di peringkat komuniti. Selain itu, sebagai langkah panjang bagi menjamin sekuriti makanan negara, Yang Berhormat Pantai Jerejak juga mencadangkan pewartaan zon keterjaminan makanan dan membangun sistem data agar agromakanan bersepadu di negeri ini. Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan ini dan akan meneliti serta memperhalusi cadangan Yang Berhormat ini. Yang Berhormat Permatang Pasir juga memohon agar satu kajian yang menyeluruh dilaksanakan bagi melihat kesesuaian tanaman padi diganti dengan tanaman kelapa. Kerajaan Negeri mengambil maklum cadangan tersebut dan sebarang pertukaran kawasan sawah kepada tanaman yang lain perlu melalui kajian teknikal menyeluruh melibatkan kesesuaian tanah, sumber air, pulangan ekonomi dan impak kepada keterjaminan makanan negeri.

Kawasan sawah padi mempunyai kepentingan strategik dalam memastikan bekalan makanan ruji negara dengan tahap SSL beras negara masih sekitar 56%. Tanaman padi juga memberi pulangan lebih cepat kerana boleh dituai dua kali setahun serta mempunyai jaminan pasaran dan subsidi kerajaan. Walaupun tanaman kelapa mempunyai nilai komersial yang agak baik dan turut diberi perhatian melalui Program Pembangunan Industri Tanaman Kelapa, tempoh matang pokok mengambil masa antara empat hingga lima tahun sebelum berhasil sepenuhnya.

Kerajaan Negeri memahami kegusaran Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, termasuk Yang Berhormat Bertam, Yang Berhormat Penaga berkaitan isu peningkatan kos bahan bakar atau diesel dan petrol yang memberi kesan kepada golongan pesawah dan penternak. Kerajaan Negeri juga mengambil perhatian serius terhadap kenaikan harga diesel yang dijangka meningkat kos penggunaan jentera pertanian serta traktor, jentua, dan pam air sehingga sekitar 40%, sekaligus memberi kesan kepada keseluruhan kos pengeluaran pertanian dan rantaian bekalan makanan. Justeru, Kerajaan Negeri akan meletakkan keutamaan kepada isu-isu ini dan sedang meneliti cadangan bagi pemberian bantuan kepada pesawah dan penternak yang terkesan. Setiap sudut diteliti, diambil kira agar bantuan yang akan disampaikan benar-benar sampai kepada golongan sasaran dan memberi impak positif yang sewajarnya.

Pada masa yang sama, bantuan input pertanian, penggunaan mekanisma secara guna sama serta bantuan sara hidup kepada pesawah serta petani sayur terus diperkasakan bagi mengurang beban kos operasi dan memastikan pengeluaran makanan tempatan kekal stabil. Pihak Lembaga Pertubuhan Peladang melalui PPK juga sentiasa memantau rapat situasi kenaikan kos operasi yang dihadapi oleh pesawah khususnya di kawasan Penaga. Pihak LPPPP memahami bahawa kenaikan harga input dan kos mekanisma memberi tekanan kepada kelestarian pendapatan petani. Kerajaan Negeri komited untuk memastikan setiap bantuan dan inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan sampai kepada golongan sasaran dengan efisien demi menjaminkan sekuriti makanan negara dan kesejahteraan warga peladang.

Bagi menangani perkara ini, KPKM telah merangka dan melaksanakan strategi berikut. Pada 5 April 2026, kerajaan telah meluluskan penyelarasan kadar inisiatif pembajakan kepada pesawah daripada RM160 kepada RM300 per hektar per musim berkuat kuasa bagi Musim satu tahun 2026 di Semenanjung Malaysia. Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membayar RM200 iaitu sebahagian daripada kadar bantuan khas inisiatif pembajakan secara pendahuluan. Penyaluran ini dijangka akan sampai manfaat hampir 5,600 orang pesawah yang berdaftar di Negeri Pulau Pinang.

Yang Berhormat Permatang Pasir turut mempersoalkan apakah usaha-usaha diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan rantaian makanan dan keperluan asas tidak terputus. Sebagai makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah menyeluruh bagi memastikan keterjaminan makanan negeri melalui penyaluran peruntukan pembangunan kepada Jabatan Pertanian. Pada tahun 2026, pihak Jabatan Pertanian Negeri telah menerima peruntukan daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM6.3 juta berbanding RM5.5 juta pada tahun 2025. Manakala peruntukan yang diterima melalui Kerajaan Persekutuan pula adalah berjumlah RM2.01 juta pada tahun 2026 berbanding dengan RM4.72 juta pada tahun 2025. Pihak KPKM telah meluluskan penyaluran sebanyak RM3.718 juta kepada Jabatan Pertanian Negeri bagi pelaksanaan projek pertanian di Negeri Pulau Pinang pada tahun ini, manakala jumlah peruntukan yang telah diterima bagi pelaksanaan projek pertanian pada tahun 2025 adalah RM3.122 juta. Ini menjadikan peruntukan diterima oleh Jabatan Pertanian Negeri pada tahun 2026 adalah berjumlah RM12.097 juta berbanding RM13.375 juta pada tahun 2025.

Peruntukan ini digunakan untuk melaksanakan program utama yang berkaitan dengan keterjaminan makanan dalam sektor pertanian seperti berikut. Bantuan input seperti baja, racun, benih serta sistem pengairan. Menyediakan jentera seperti minituai, dron secara guna sama bagi meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos operasi. Pembangunan industri asas tani. Menyediakan platform pemasaran bagi mengurangkan peranan orang tengah. Pembangunan infrastruktur di Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Pelaksanaan program ini nilai tambah kepada program home-based dan program farmer-to-farmers (dengan izin).

Selain itu, bagi sektor perikanan, Jabatan Perikanan Negeri telah menerima peruntukan melalui pihak KPKM melalui program kerjasama Kerajaan Negeri tahun 2024 dan tahun 2025 serta Program Pemerkasaan Agromakanan Negara Tahun 2026 dengan jumlah penyaluran sebanyak RM2.1 juta bagi pelaksanaan projek seperti berikut. Program pelepasan benih ikan, udang ke pengairan umum dan darat serta pelepasan benih kerang di pengairan laut Negeri Pulau Pinang. Bantuan khas Build and Protect 2 kepada penternak ikan sangkar di Pulau Pinang. Kajian aplikasi Sir-Mek kepada penternak akuakultur di Pulau Pinang bagi tujuan keterjaminan makanan.

Sebagai makluman Yang Berhormat Permatang Pasir juga, kerajaan telah memohon peruntukan daripada Kementerian Persekutuan melalui KPKM bagi menaik taraf infrastruktur dan sistem pengairan di kawasan jelapang padi di negeri ini. Pada tahun 2026, pihak KPKM melalui Program Pemerkasaan Agromakanan Negara telah meluluskan projek menaik taraf, menyenggara dan memelihara Stesen Pertanian Bukit Merah dan Stesen Pertanian Bumbung Lima berjumlah RM775,000 serta projek menyediakan parit ladang serta kerja-kerja menambun tanah jerlus dalam petak sawah di daerah SPU berjumlah RM2 juta. RM2 juta tu untuk SPU saja eh. Jadi YB-YB SPU tu boleh tengok, kalau tak kena tanya Jabatan Pertanian, jangan tanya saya. Duit tu dia melalui Jabatan Pertanian. Okey, RM2 juta khas untuk SPU saja.

Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Negeri Pulau Pinang turut melaksanakan program naik taraf saliran sawah padi di Skim Pengairan Sungai Muda, Pinang Tunggal dan Sungai Acheh. Kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran ini dijalankan oleh IADA secara berkala pada setiap tahun. Pihak IADA juga membantu pesawah dalam membuat perataan sawah, membina parit keluar, menimbus tanah jerlus. Selain itu, tumpuan juga diberi kepada kerja-kerja menaik taraf infrastruktur pengairan dan saliran di Skim Pengairan Sungai Kulim di Blok K5 dan K6 dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang.

Yang Berhormat Telok Bahang turut memohon agar libat urus bersama petani diadakan bagi menyelami permasalahan mereka. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri sentiasa melaksanakan program turun padang, khidmat mengembang dan sesi libat urus bersama petani bagi memahami isu serta cabaran di lapangan. Antara pendekatan yang dilaksanakan termasuk kursus latihan, lawatan teknikal dan pengembangan teknologi pertanian kepada pelanggan jabatan. Kerajaan Negeri juga mengambil maklum cadangan supaya Jabatan Pertanian bersama-sama PERHILITAN memperkukuhkan kerjasama turun padang khususnya dalam menangani isu gangguan hidupan liar yang menjejaskan hasil pertanian petani.

Kita pergi ke last, MMK Usahawan. Yang Berhormat Timbalan Speaker, menjawab kepada Yang Berhormat Komtar, pihak Kerajaan Negeri mengambil maklum akan cadangan supaya Skim Pinjaman Harapan diperluaskan kepada golongan peniaga kecil dan sederhana, khususnya peniaga kecil di Pulau Pinang seperti peniaga pasar awam, pasar malam, penjaja berlesen. Kerajaan Negeri sememangnya mengalu-alukan penyertaan golongan ini selaras dengan objektif SPH untuk memperkasakan usahawan mikro di negeri ini.

Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) juga bersedia meneliti cadangan perluaskan skim ini secara berterusan termasuk syarat kelayakan, kaedah pelaksanaan, tambahan peruntukan serta cadangan menaikkan had pinjaman bagi memastikan lebih ramai golongan sasar dapat memanfaat. Sepanjang tempoh 2 tahun ini, pihak PDC telah menyalurkan RM8.31 juta kepada 339 peminjam dengan kadar kutipan balik pinjaman sebanyak 90%. Dalam tempoh yang sama, 212 pemohon ditolak kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan. PDC terus memperkukuhkan usaha promosi dan hebahan melalui pelbagai saluran termasuk kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat KADUN dan promosi lapangan di pasar awam serta pasar malam. Lebih kurang 60 program promosi telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap SPH ini. Skim Pinjaman Harapan. Proses pemohon Skim Pinjaman Harapan secara atas online juga mudah dan mesra pengguna dengan bantuan serta bimbingan daripada kakitangan PDC sepanjang proses permohonan.

Kerajaan Negeri turut berbangga dengan pencapaian di bawah Jawatankuasa MMK Usahawan yang telah menembusi pasaran perniagaan di institusi kerajaan dan industri kilang. TREND Marketplace kilang mendapat sambutan yang sangat baik. Kita bawa usahawan-usahawan masuk ke kilang-kilang dengan konsisten bagi pelaksanaan tahun yang kedua. Lokasi telah berkembang daripada 29 buah kilang di seluruh Negeri Pulau Pinang antaranya Straits Orthopaedics, Renesas, Dexcom, Kaifa Alma, Osram dan lain-lain lagi. Banyak sangat ni. Di setiap kilang pelbagai jualan makanan, minuman kepada produk kraf tangan dan makanan ready-to-eat yang disediakan dan kita bawa usahawan ke sana.

Seterusnya adalah program TREND Marketplace KOMTAR yang dilaksanakan sebanyak dua kali sebulan yang melibatkan 25 hingga 30 usahawan di ruang legar KOMTAR. Purata jumlah jualan adalah RM23,000 bagi setiap... setiap program. Program ini turut mendapat nilai tambah kepada usahawan kerana mereka turut melaksanakan program-program seperti ini bersama usahawan lain di Negeri Pulau Pinang.

Timbalan Speaker, semenjak tahun 2024, Jawatankuasa MMK Usahawan telah turut melaksanakan empat siri jelajah Penang Day kolaborasi bersama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan yakni FAMA. Ini membantu meningkatkan keuntungan kepada usahawan-usahawan kecil negeri ini di mana pelaksanaan dijalankan di negeri-negeri luar daripada Pulau Pinang, seperti Melaka pada tahun 2024, Kelantan, Sarawak, dan apa lagi, Johor, dan Insya-Allah yang terbaru ini kita akan masuk ke UKM di Kuala Lumpur. Selain itu, FAMA turut mengerjakan program Agrofesta Aidilfitri bertempat di 1st Avenue Mall dan Sunway Carnival.

Seterusnya menjawab kepada soalan Yang Berhormat Seberang Jaya. Ini menarik. Bagi isu pembangunan Bazar Perdana. Sebagai makluman Yang Berhormat, isu ini sedang diselaraskan oleh Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di bawah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Negeri Pulau Pinang. Mengambil tanggungjawab ini, Kerajaan Negeri amat komited untuk membantu mencari titik penyelesaian memandangkan isu ini sudah berlarutan 22 tahun. Saya kira dalam tempoh tersebut cukup lama dan kita YB sendiri memahami sejarah dan bagi pihak Kerajaan Negeri kita bersedia untuk membantu. Tapi kita tak ada kuasa untuk jadi pemain utama. Tapi kita boleh membantu menjadi orang tengah untuk penyelesaian kerana terlalu banyak peranan yang perlu, harga tanah yang mahal, bangunan ada 1,150 pemilik, betul? Unit ada pemilik dan semua ada ada nilai hutang di situ dan sukar untuk kita kecuali kita ada duit banyak, kita baru selesai. Tapi apa pun kita sebagai orang tengah Kerajaan Negeri, kita tak ada kuasa atas tanah dah jadi tanah private. Dan Insya-Allah kita boleh membantu dari segi menyelesaikan antara jabatan-jabatan. Dan ini saya baru bincang semalam dengan pihak ICU dan memang mereka akan memainkan peranan utama dalam berusaha untuk mencari dana dan akan bersama dengan UDA untuk melihat di mana ruang dan yang boleh kita membantu. Saya harap dia akan dapat kerjasama maklumat seterusnya daripada YB kawasan lah.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Sedikit penjelasan, Yang Berhormat Sungai Acheh. Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Acheh. Rasa untuk Bazar Perdana ada lagi jawapan susulan ke atau setakat itu?

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Semalam perbincangan semalam sebab dia perlu bentang untuk mendapatkan dana.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Untuk penggulungan ini, setakat itu?

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Setakat itu.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Mengamati dan meneliti jawapan tersebut bermakna Kerajaan Negeri hanya mengambil pendirian sebagai pengantara. Memandangkan dalam perbahasan yang telah saya bahaskan, saya juga telah memberi salah satu kaedah yang boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri di mana telah wujudnya Akaun Amanah Perumahan Bumiputera ini. Dan sepertimana yang saya sebutkan dan saya bahaskan, malah saya tegaskan, janganlah kita sempitkan pemandangan kita melihat kepada isu masalah antara pemaju dan juga pemilik. Untuk makluman, 1,153 unit yang dimiliki oleh hampir 900 atau pun lebih 900 pemilik. Dan janganlah kita sempitkan hanya pemandangan ke arah faktor itu. Sepatutnya Kerajaan Negeri melihat peluang ini untuk mendapat pegangan ekuiti Bumiputera dan saya juga memberi cadangan untuk Kerajaan Negeri supaya dilihat dapat membantu memperbanyakkan lagi pegangan tanah Bumiputera dalam kawasan yang sangat strategik. Itu saya kira itulah pendirian yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri yang perlu saya maklumkan semula kepada para pemilik di mana hanya Kerajaan Negeri hendak mengambil jalan menjadi orang tengah memandangkan ada resources yang sepatutnya boleh di-utilize oleh Kerajaan Negeri.

Tetapi mungkin telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Perai bahawa ada komitmen-komitmen lain yang melihat bahawa tiada kepentingan tanah ini untuk dijadikan pegangan aset Bumiputera oleh Kerajaan Negeri. Dan soalan tambahan saya sekiranya Yang Berhormat Sungai Acheh dapat bantu jawab, pada beberapa kali lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke kawasan Permatang Pauh dan baru-baru ini tak silap saya berada Majlis Tindakan Pembangunan Daerah di peringkat Seberang Perai Tengah itu sendiri, pernahkah perkara ini dibawa ke perhatian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sama ada untuk dicadangkan solusi ini ataupun untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pertimbangkan? Kerana saya fikir perkara ini juga telah berlarutan sewaktu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjadi Ahli Parlimen, isterinya juga menjadi Ahli Parlimen, malah anaknya turut menjadi Ahli Parlimen di situ, masih juga belum selesai. Saya to be fair, ayah saya juga pernah menjadi wakil rakyat di situ. Pada waktu itu kalau boleh check hansard, saya dah check hansard daripada semalam membuktikan bahawa ayah saya memperjuangkan supaya projek itu siap oleh pihak pemaju. Maka sampai ke hari ini pun tak siap dan berlarutanlah sampai anaknya pula perlu perjuangkan. Tetapi melihat kepada pendirian Kerajaan Negeri, hanya hendak ambil jalan tengah tanpa hendak menggunakan resources yang ada oleh Kerajaan Negeri, maka saya akan maklumkan pendirian tersebut kepada 900 pemilik yang masih ada. Terima kasih, Sungai Acheh.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Saya ingat Seberang Jaya kena juga kena rasional. Sebenarnya seperti yang dimaklumkan oleh Dato’ Seri Sundarajoo, memang kita komitmen duit yang kita guna dan kita pun tak guna sembarangan. Ada pembentangan yang lebih yang memang terurus dan pembentangan yang memang menguntungkan, ambil. Kita biasa kita tak halang, Insya-Allah setakat pengalaman saya berada bersama-samalah.

Tetapi yang ini memang dibincang, saya berbincang dengan ICU, mereka akan bentang penggunaan yang macam mana dan akan dibentang dalam duit amanah. Itu yang seterusnya yang kita bercakap dengan ICU. Cuma apa saya harap, cuma saya berharap, kerana dia akan melibatkan kos. Bila pembentangan awal, dia akan melibatkan kos yang berganda. Kalau dulunya rumah itu RM15,000.00, dia akan melibatkan kos satu rumah jadi RM40,000.00. Saya kata ini tak adil. Kita patut berbincang mungkin kita akan panggil YB Seberang Jaya masuk perbincangan itu.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Sungai Acheh, saya sentiasa berada berhubungan dengan pemilik-pemilik ini. Pada asalnya kos mereka RM15,000.00, hampir 900 pemilik. Mereka dapat balik RM15,000.00 itu pun dah jadi dah, sebagai contoh ya. Tapi kalau ada lebih hendak bagi pun tak ada masalah, tapi RM15,000.00 pun jadi. Kerana pemilik-pemilik ini asalnya penerima-penerima orang kata pengambilan tanah yang dahulunya pesawah, pemilik penduduk tempatan yang berdekatan ya, nelayan-nelayan yang ada di kawasan, peniaga-peniaga kecil yang telah diberikan gambaran bahawa dengan adanya pembangunan ini. Malah dulunya Perda City Mall itu walaupun saya masih kecil, tapi oleh kerana saya ini anak Seberang Jaya, saya tahu Perda City Mall itu dahulunya hendak dibuat salah satu stesen bas daripada Summit nak bawa ke situ dahulunya, akan tetapi tidak berlaku.

Malah apabila terjadinya isu ini, maka saya melihat ada peluang daripada tahun 2008 pada masa itu mungkin Yang Berhormat Dato’ Keramat dengan saya hormatnya, tidak membelanjakan ataupun tidak menggunakan resource yang ada ini, malah sebab itu saya pernah bangkitkan dalam persidangan yang lepas. Berkali-kali saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri pertimbangkan. Malah saya kira kalau daripada jawapan Yang Berhormat Perai semalam, ada lagi lebih kurang RM100 juta ataupun perkara itu telah ada perincian yang lain yang dah di-commit. Kalaulah Majlis Bumiputera bawa ini ke perhatian Kerajaan Negeri, adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk commit sekurang-kurangnya dapat semula kos kepada pemilik? Terima kasih,

Timbalan Yang di-Pertua

Okey, Sungai Acheh.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Okey, terima kasih daripada Seberang Jaya. Saya kata ayat Seberang Jaya itu saya pegang, RM15,000.00 dan kita akan bawa dalam perbincangan bersama dengan ICU setakat 70 peratus kita boleh bincang. Nampak ke arah itu. Pasal yang dibawa ke saya ini bukan RM15,000.00, bawa saya sampai RM40,000.00. Jadi dia duit walaupun kita kata duit ini hak semua Bumiputera. Jadi saya kata Penaga, ayat Penaga bercakap hari itu cukup cantik. Pakai ayat itu, jangan duk sesuka.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Sekurang-kurangnya ini menjadi permulaan kepada penyelesaian.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Saya akan jemput Seberang Jaya untuk bincang.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Terima kasih Sungai Acheh.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Akhir kata sebagai sebuah negeri yang memacu ke arah peningkatan kualiti hidup, habis dah ka (gangguan) berteraskan Misi dan Visi Penang2030, (gangguan) Kerajaan Negeri sentiasa mempertingkatkan segala usaha untuk memberi sepenuh perhatian kepada sektor pembangunan luar bandar agar terus mampan dan seimbang. Manakala sebagai sektor agroteknologi pula, Kerajaan Negeri amat menitikberatkan isu-isu sekuriti makanan dan sentiasa meletakkan fokus utama kepada pemodenan sektor pertanian, perikanan dan penternakan serta usaha-usaha untuk memberi bantuan langsung kepada golongan sasar. Seterusnya tidak dilupakan juga langkah-langkah strategik yang sentiasa Kerajaan Negeri laksanakan agar usahawan kecil negeri ini tidak terpinggir dari arus pemodenan dan kepesatan industri ekonomi dan perniagaan ini. Saya yakin bahawa dengan kerjasama dan sokongan semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri akan terus memainkan peranan penting untuk kelestarian sektor-sektor ini sebagai satu langkah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat serta mengembangkan ekonomi sekaligus menyumbang kepada hasil negara.

Timbalan Speaker, selaku ADUN Sungai Acheh saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang serta Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat dan pembangunan kawasan Sungai Acheh. Hasil keprihatinan serta sokongan Kerajaan Negeri pelbagai projek pembangunan dan inisiatif rakyat telah berjaya dilaksanakan di kawasan DUN Sungai Acheh.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Yang Berhormat Sungai Acheh nak landing ini?

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Nak landing untuk satu kes portfolio. Saya ada dua hari ini, saya hendak cepat sikit. Sat lagi kita balik lambat.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Pertanian dak lagi?

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Ada lagi. Hendak tanya apa? Hendak tanya pasal yang masuk portfolio ini, silakan. Okey, sila, tanya apa, tanya sajalah. (ketawa)

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Acheh. Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker, saya cuma hendak minta respons tentang apa yang saya utarakan tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Tanjong Bunga iaitu di bawah portfolio dia.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

(Gangguan). Insya-Allah saya akan bincang dengan pertanian, saya akan minta IADA ataupun Jabatan Pertanian kita akan ambil tindakan segera. Kalau perlu kita bincang tengok apa yang patut kita buat. Dan mungkin YB ada pandangan, ada teori yang baru yang boleh masuk jadi Insya-Allah. Apa kita boleh dengar pandangan dan kalau benda itu menjimatkan menguntungkan rakyat, Insya-Allah kita akan usaha. Cuma pokok yang tadi saya kata bajet itu kita kena dapat Insya-Allah. Tengok Kerajaan Negeri bagi minta sikit, Kerajaan Pusat kita minta sikit. Tolong doa sama-sama, boleh?

Menaik taraf persimpangan di Jalan Sungai Chenaam, pembinaan gerai, projek perumahan Sungai Chenaam, pembangunan ekopelancongan Kuala Haji Ibrahim, projek pendalaman Sungai Kuala Haji Ibrahim, crossing di Sungai Udang, projek pembersihan parit Sungai Udang. Insya-Allah, alhamdulillah saya, banyak yang saya dapat. Jadi tuan-tuan berdamailah dengan Kerajaan Negeri Insya-Allah banyak peluang-peluang dan ruang yang ada yang kita boleh bantu segera.

Selain itu, beberapa projek baru juga sedang dirancang bakal dilaksanakan di Sungai Acheh untuk kesejahteraan rakyat Sungai Acheh. Dan Sungai Acheh ini tuan-tuan, saya nak bagi tahu Penaga. Penaga alhamdulillah projek dapat. Sungai Acheh sepatutnya dia dapat satu projek highway jalan besar, tapi dibatalkan disebabkan dilulus di Penaga. Jadi tahniah Penaga. CM pun tahu. Dah boleh tanya dah bila nak keluar projek itu, kurang-kurang dah masuk dalam senarai. (Gangguan) Saya punya terkeluar.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Yang masuk dalam senarai, terkeluar pun ada.

Jangan sampai saya (tidak jelas) pula kena tunggu sini.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Insya-Allah Dato’ Reezal sentiasa ada di pejabat saya dia naik turun naik turun.

Saya percaya segala usaha dan perhatian diberikan ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat di kawasan luar bandar turut menikmati pembangunan yang seimbang dan menyeluruh. Insya-Allah saya sebagai wakil rakyat kawasan Sungai Acheh akan terus membawa suara rakyat dan memastikan segala perancangan pembangunan yang diluluskan benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat di peringkat akar umbi. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua jabatan dan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, kempipinan kampung, NGO serta seluruh warga Sungai Acheh yang sentiasa bersama-sama membantu menjayakan agenda pembangunan kawasan ini.

Akhir sekali, pelaksanaan kempen makan sayur dan buah-buahan tempatan. Sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan saya pada hari ini dengan serangkap pantun, izinkan saya untuk menguar-uarkan.

Menguar-uarkan kempen makanlah sayur dan buahan tempatan yang akan dianjurkan oleh pihak FAMA bersama dengan Jabatan Pertanian dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tahap amalan pemakanan sihat sekaligus menggalakkan pengambilan sayur-sayur tempatan dan buah-buah tempatan dalam kehidupan seharian agar buah-buah dan sayur-sayur tempatan tak jatuh sampai ke lantai teruk sangat. Kita faham keadaan hari ini kita sokong dan Insya-Allah hari ini kita perkenalkan kalau contoh hari ini harga kangkung di lantai, di ladang RM1.10, RM1.20 tapi di market sini dah jadi sampai RM4.00. Sama juga sawi.

Jadi alhamdulillah hari ini kita dapat dua tiga program yang saya bincang bersama FAMA kita terus bawa mai ke kawasan-kawasan penduduk jadi orang tengah boleh makan sikit, harga lantai boleh naik sikit. Naiklah dua tiga tangga, kalau lantai saja pun teruk. Boleh tera tu Penaga, Insya-Allah terima kasih. Jadi tuan-tuan kempen ini juga merupakan tanda sokongan berterusan Kerajaan Negeri terhadap sektor pertanian dan para pengusaha sayur dan buah-buahan tempatan agar antara penyumbang terpenting dalam keterjaminan makanan negeri. Sehubungan dengan itu pihak kami turut menyediakan agihan, harap semua dapatlah, agihan buah-buah untuk pada hari ini terima kasih.

Dan akhir sekali.

pangkas palas hujung tanjung, buah ketupat tiada berbaki, kerja ikhlas tak harap sanjung, mengharap berkat dalam rezeki.

Sekian wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya mohon menyokong bagi pihak EXCO Pembangunan Luar Bandar. Jadi hendak sambung terus.

Timbalan Yang di-Pertua

MMK nak tambah, boleh terus.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Pendek saja, jangan tanya banyak-banyak. (Gangguan) Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Dato’ Timbalan, Timbalan Speaker, saya teruskan portfolio sementara. Boleh? Sepatutnya diambil oleh YB Goh. Tetapi itu saya kata kalau YB hendak ambil dia kena kena potong dululah. Jawi saja tau, Insya-Allah kita teruskan, terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, bismillahirrahmanirrahim, terima kasih kepada semua. Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan selamat berangkat kepada sahabat kita, semoga mabrur khususnya dari Pulau Pinang. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan kesihatan, kekuatan, kemudahan dalam menunaikan ibadah haji seterusnya memperoleh haji yang mabrur dan kembali ke tanah air dengan selamat amin ya rabbal alamin. Terima kasih, Penaga sebut amin lega.

Kerajaan Negeri melalui portfolio Pembangunan Agama Islam terus komited memperkukuhkan dasar serta pelaksanaan program secara menyeluruh melalui agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI 2030) sebagai kerangka utama pembangunan ummah di negeri ini.

Sepertimana yang telah disentuh dalam ucapan perasmian sidang Dewan Undangan Negeri oleh TYT, komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasakan syiar Islam serta memperkukuhkan institusi keagamaan terus diperkasakan melalui pelbagai inisiatif pembangunan. Hal ini dibuktikan melalui peningkatan peruntukan Kerajaan Negeri bagi maksud pembangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) sebanyak RM25,335,090.00 bagi tahun 2026 berbanding RM17,670,030.00 iaitu peningkatan sebanyak 43 peratus.

Ini membuktikan Kerajaan Negeri tidak pernah alpa atau leka dan sentiasa komited dalam memartabatkan agenda pembangunan Islam selari dengan gagasan Visi Penang2030 dalam mencorak hala tuju Negeri Pulau Pinang ke arah sebuah negeri pintar dan hijau berteraskan keluarga inspirasi negara menjelang 2030.

Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri yang mengamalkan pendekatan pembiayaan pembangunan masjid secara perkongsian. Melalui konsep ini, projek menaik taraf serta pembinaan baru masjid dilaksanakan berdasarkan nisbah 60:30:10 iaitu 60 peratus dibiayai oleh Kerajaan Pusat, 30 peratus dibiayai oleh Kerajaan Negeri manakala 10 peratus melalui sumbangan dari wakaf daripada orang ramai. Pendekatan ini bukan sahaja memastikan pembangunan masjid dapat dilaksanakan secara mampan, malah mencerminkan semangat kebersamaan antara Kerajaan Negeri dan masyarakat dalam memakmurkan institusi masjid di negeri ini.

Dato’ Timbalan Speaker, menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Dua berkaitan, oh tak ada juga. Sungai Dua, saya jawab soalan Sungai Dua.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Jawab jawab.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Berkaitan kesilapan tambakan tanah pusara dengan tanah pusaka. Tanah pusara dan tanah pusaka, dan cadangan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang membuka tabung wakaf kutipan bagi mempercepatkan kerja-kerja tambun supaya dapat digunakan segera. Kerajaan Negeri melalui MAINPP telah mengambil tindakan berperingkat dan berstruktur untuk menyelesaikan isu tambakan tanah individu ini. Langkah yang diambil bermula dengan lawatan tapak, diikuti perbincangan bersama pemilik dan seterusnya mesyuarat MAINPP memutuskan untuk mengambil alih tanah berkenaan mengikut kaedah Akta Pengambilan Tanah APT 1960. Ada pertanyaan, tak ada. Saya rasa yang ni kita pun faham. Saya tengok TikTok saya pun terkejut. Projek ni diberi kepada JHEAIPP, daripada tanah Majlis Agama Islam diberi kepada JHEAIPP dan JHEAIPP serah kepada JKR, betul, untuk sana. Jadi ada berlaku kesilapan teknikal tambakan berlaku di petak yang tak betul. Betul dak, kemudian usaha daripada Majlis Agama Islam perbincangan depa akan ambil alih tanah tu, betul, saya harap selesailah kut kes tu noh.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Betul, saya nak celah sikitlah.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Ya.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Baru-baru ni ada saya melawat pada hari Jumaat, hari kita perasmian sidang DUN yang baru ni, kita balik tu saya singgah, saya tengok kerja-kerja menambun tanah di tapak sebenar tu dilakukan oleh pihak mana kita tak tahulah, tapi berlaku tambakan dan ada tanah yang dibawa masuk ke situ bercampur dengan sampah sarap, ketul-ketul batu apa semua

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Di tanah-tanah.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Tanah yang betul, yang betul tanah pusara, okay, yang betul, bukan yang silap tu. Yang sepatutnya tu. Jadi bila kita tengok tu kita sedihlah takut nanti jadi masalah bila kita nak korek kubur tu jumpa dengan batu dengan kayu semua kan, dia tak sepatutnyalah. Terima kasih.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Daripada maklumat yang saya bincang, tanah yang silap tambak itulah akan jadi tanah kubur.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Akan buat pengambilan kan.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Akan buat pengambilan pasal tanah tu adalah tanah yang mai daripada bukit, memang tanah original tanah. Okay, tanah yang tambak yang pakai sisa-sisa ni, yang UDA Land terlibat tu, mungkin yang tu dia akan terlibat dalam pembangunanlah kut. Tapi untunglah orang situ dapat dua lot. Ha, daripada satu lot jadi dua lot. Jadi saya ingat yang ni tak ada isu. Kalau benda ni boleh selesai, bermakna benda ni selesailah. Cuma saya tak mahulah benda tu berpanjangan jadi nampak tak cantik. Kalau kita nak cari salah, saya senang, saya tahu dah salah siapa. Saya tengok TikTok tu pun saya tahu salah siapa. Bila tanah ni bagi kat JKR, dia akan pi situ lah. Dia takkan pi ke Majlis Agama, dia mai siapa yang buat. Jadi jadi panjang. Jadi mungkin depa pun tak sengaja tanah tu dah satu geran besar jadi kecil. Jadi saya anggap benda tu boleh selesai. Okey, boleh selesai eh, Alhamdulillah hari ni tutup buku.

Ada hikmah ya.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Ada hikmah ya dapat dua. Yang satu boleh buat pembangunan. Terima kasih. Jadi saya nak pindah laju sikit, tak payah cerita dah pasal tanah tu. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga pada tahun 2026, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan satu, ah ini untuk pagar, untuk pagar kawasan pusara tu untuk lulus JHEAIPP dah lulus satu juta. Ada pegawai JHEAIPP belakang senyum ja tengok hari ni kita dah selesai.

Selanjutnya Yang Berhormat Pulau Betong ada mencadangkan agar Dana Tawaquf lebihan zakat digunakan untuk menaikkan elaun Guru KAFA dan guru besar mengikut kadar gaji maksimum nasional iaitu RM1,700.00. Untuk maklum Yang Berhormat, Guru KAFA tidak menerima gaji seperti kakitangan awam sepenuh masa, sebaliknya diberi elaun khas berdasarkan waktu bertugas iaitu sebanyak…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tiga jam.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Tiga jam sehari. Sebelum ini, operasi KAFA dilaksanakan selama tiga hari seminggu dan kini telah diselaras menjadi lima hari seminggu. Pada tahun 2025, Kerajaan Negeri melalui MAINPP telah melaksanakan kenaikan elaun Guru KAFA daripada RM1,300.00 kepada RM1,500.00. Manakala elaun guru besar KAFA dinaikkan daripada RM1,350.00 kepada RM1,600.00 seiring dengan pelaksanaan penambahan hari operasi KAFA daripada tiga hari kepada lima hari.

Bagi tahun 2026, JHEAIPP telah membentangkan cadangan tambahan kenaikan elaun kepada Guru KAFA yang berkhidmat di Negeri Pulau Pinang dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat tersebut telah mengesyorkan supaya pihak JHEAIPP melaksanakan kajian perbandingan kadar elaun KAFA di semua negeri serta mendapat ulasan daripada agensi berkaitan untuk pertimbangan selanjutnya. Insya-Allah tuan-tuan, saya rasa ada kenaikan. Saya pun sembang dengan pegawailah kan, Insya-Allah kalau dapat ada pendapatan zakat tu bertambah lagi ya kita tambah lagilah. Jadi kita haraplah YB-YB yang ada tolonglah sokong bagi zakat dapat kutip banyak sikit kan, saya risau juga kalau kita duk taruh, taruh, taruh orang tak bayar zakat lepas tu kita minta tambah elaun tu lagu mana, duit tu lah kita nak guna pakai, duit fisabilillah. Boleh ya noh, kan, Insya-Allah kita bersama membantu. Bagi saya benda yang baik ni kita buat bagi baik, Insya-Allah.

Yang Berhormat Telok Bahang turut membangkitkan isu berkaitan cabaran dan pengurusan beberapa kariah di bawah Majlis Agama Islam termasuk dakwaan mewujudkan campur tangan pihak tertentu melalui tekanan dan pentadbiran kariah sehingga terdapat AJK yang memilih untuk melepas jawatan. Banyak sangat saya nak baca ni. Saya rasa yang ni isu ni boleh selesai. Tuan-tuan kalau ada masalah, buat surat kat Dato' Marzuki, pengarah JHEAIPP kita, terus pi bincang kalau kariah-kariah yang masalah.

Insya-Allah. Sungai Acheh pun saya tak campur, siapa naik pun saya okey kan, geng mana pun saya okay. Panggil duduk boleh minum air sekali-sekala kira okeylah kan, jadi Sungai Acheh clear kan, boleh panggil duduk minum air sekali, makan nasi sekali kut tuan-tuan, clear. Bukan nak buat macam mana. Ha, macam tu tengok, kita selesai macam tulah. Bagi saya mudah yang sangat. Orang Islam ni kena mudah, kita pi sembahyang Jumaat sekali, clear lah tu. Imam duduk kita duduk sembahyang sekali, okeylah. Okey. Sana duk pun okey juga, tak masalah. Kalau semua hangpa duk sini, esok aku sana, boleh ya cakap lagu tu.

Selain itu Yang Berhormat Penaga memohon penjelasan mengenai penutupan KAFA Menengah pada tahun 2027. Kerajaan Negeri melalui Yayasan Islam Pulau Pinang memaklumkan bahawa tiada keputusan dibuat untuk menutup KAFA Menengah Pulau Pinang pada tahun 2027. Ni depa tulis eh, saya baca saja. Sebaliknya dia macam satu Ketua Menteri tu cakaplah kan, Menteri Besar tu cakap, saya baca. Sebaliknya YIPP hanya menangguh pengambilan baharu sementara bagi memberi ruang penambahbaikan dan pemerkasaan program pembangunan pelajar remaja melalui program MyInsaniyah yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Seterusnya Yang Berhormat Sungai Dua

Sungai Acheh, minta laluan sikit ya.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Silakan.

KAFA ni, KAFA Menengah yang saya bangkitkan tu, kegusaranlah ataupun kebimbangan Guru KAFA ni sebab difahamkan akan ditutup. Tapi jawapan yang telah diberi tadi oleh Yang Berhormat Sungai Acheh, saya sampaikan komitmen daripada pihak kerajaan melalui Yayasan Islam Pulau Pinang takkan tutuplah untuk tahun 2027. Kebimbangan mereka itu berkait apabila sudah dua tahun tidak dibuat pengambilan pelajar baharu. Itu yang mereka bimbang tu. Sudah dua tahun eh bukan setahun, makna tahun ni dan tahun lepas memang tidak ada pengambilan baharu. Jadi kalau tak tutup maknanya pengambilan mesti dibuat. Terima kasih.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Saya rasa apa tak apa YB Penaga boleh buat perjumpaan dengan YIPP tengok, kita bincang. Bila mungkin pelajar di situ tak ramai ke apa saya tak tahulah, saya pun tak tak kenal pasti masalah ni.

Dalam 80 ke 90 orang.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Okey, kita bincang dan kena ada mungkin dari pihak YB Penaga ataupun perancangan komuniti sana mungkin kita ada perancangan yang boleh kita bagi cadangan kepada YIPP ataupun kepada Majlis Agama Islam apa yang patut kita buat kalau kalau benda ni berlakulah, kalau benda berlaku Plan A apa, Plan B apa. Jadi kita bincang. Boleh, Insya-Allah.

Seterusnya Sungai Dua mengusulkan penubuhan Badan Audit Syariah Bebas di peringkat negeri untuk mengaudit semua agensi yang berkaitan agama Islam. Penubuhan Jawatankuasa Syariah ini bertujuan tuan-tuan sebenarnya Majlis Zakat ni berada di bawah Majlis Agama Islam, di bawah Agong, di bawah Agong.

Jadi kalau saya baca sat lagi banyak sangat saya baca, saya ingat benda ni kita fokus memang agak sukar nanti kita bincang tengok, kita buat satu perbincangan khaslah sebab saya tak mahu benda-benda lagu ni duk bertengkar sini saya pun pening nah, Insya-Allah nanti kita jemput… Dari segi fungsi tanggungjawab Jawatankuasa Syariah ini akan menyemak.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Yang Berhormat Sungai Acheh,

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Ya.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Nak celah sikit.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Sila.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Saya melihat, terima kasih Dato' Timbalan Speaker. Saya melihat kadang-kadang benda ni berlaku salah faham mungkin disebabkan oleh tidak ada satu apa ni libat urus. Kalaulah saya tengok EXCO-EXCO lain boleh buat libat urus kenapa tidak dalam konteks ni kita buat libat urus, sebab apa pun permasalahan, apa yang kita rasa yelah di mana perlu penambahbaikan kita kita nilah, kita ada channel lah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, Sungai Acheh seperti yang saya cadangkan sebelum nilah, seperti yang kita cadang sebelum ni boleh buat table lain untuk bincang.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Tak apa lah saya terima lah kalau saya panggil panggil buat libat urus okeylah, janganlah ambil gambar kata nak apa nak ni pula, dia cerita lain pula juga sat lagi, UMNO jumpa depa depa buat cerita lain jadi kita nak jadi orang tengah saja. Okey, pasal lani hari ni masalah dia, bila kita kita di TikTok terlalu banyak cerita ni jumpa pun jadi takut. Jadi saya nak jumpa hari tu saya habaq kat CM saya nak jumpa dengan YB-YB untuk program Jabatan Pertanian dan ha. Jadi Alhamdulillah kita jumpa, saya tengok suasana elok, at least apa perkembangan apa yang hala tuju Kerajaan Negeri saya boleh sampai secara elok dan apa pandangan daripada YB-YB kita terima yang mana kita boleh kerjasama.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Kami pun duk jumpa tak ada masalah pun.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Ya, Insya-Allah. Dia jumpa tak masalah, cerita dalam TikTok tu. lawan UMDAP, ha itu yang letih. Saya tengok dalam TikTok keluar-keluar pagi-pagi dah lawan UMDAP. Oh, saya kata kena lagi aku hari ni.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Tarik balik, kami tak kata UMDAP, kami tak kata pun.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Penaga boleh bagi jawapan dalam TikTok dia. Jadi bagi saya saya tak ada masalahlah bukan, tapi dalam benda yang bagi saya hari ni kita berada, kita berada dalam kerajaan, kita sama-sama bantu. Dia akan sampai satu masa kita bertanding-tandinglah dan habis tu kita sama-sama untuk membina negeri. Tuan-tuan kalau negeri kita tak kuat, ekonomi tak kuat, kita nak bercakap bantuan apa lagi ada, hari ni kita minta parit, kita minta jalan, kita minta nak pelebar jalan. Seberang Jaya orang business, dia tahu kalau duit tak ada kita nak ambil di mana.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sungai Acheh teruskan, MMK Agama.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Saya nak teruskan dah dah nak habis dah ni.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

MMK Agama habis dah.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Nak habis dah, jadi Insya-Allah yang tu selesai, saya lompatlah,

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Semua selesai ni.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Yang Berhormat Sungai Acheh celah sikit ya, sikit saja. Yang Berhormat kata tadi kita ni kalau kita kena bersatu hati untuk majukan Pulau Pinang, kita kalau kita bersatu hati ni negeri kita mendapat untungan banyak. Tapi saya dengar dah kita ni trilion, trilion, trilion sembang. Tadi pun CM habaq masa makan durian, trilion, trilion dia kata kan, tapi yang dengar trilion tapi kami ni kesian belah pembangkang ni tak ada dengar ratus pun tak ada. Ratus pun tak ada ni belah ni, kami pun wakil rakyat di bantu dan dicalon oleh rakyat. Hak peruntukan hak YB ni pun kena bagi, saya sebut trilion, pasal sebut trilion kena tengoklah hah.

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Telok Air Tawar, borang nanti ambil kat kita masuk DAP.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Tak apa CM akan jawab, CM akan jawab.

Izhar Shah bin Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Tak apa Telok Air Tawar tak lama kita kat sana.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Terima kasih Seberang Jaya.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Okey Dato’ Seri, Timbalan Yang di-Pertua.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Betul sat, Seberang Jaya kata tu saya sokonglah. Pasai apa di sebelah sana ada seorang Punjab (kurang jelas). Kita nak kena tukar.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Jangan kacau orang. Sungai Acheh, Sungai Acheh teruskan.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Sungai Acheh, Sungai Acheh

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Ada lagi.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Bukan saya nak sambung yang peruntukan tu. Kata tadi nak kerja bersama membangunkan negeri bersama, memang kita peranan kita membangunkan negeri sama, cuma saya nak penjelasan. Kita ada peruntukan setahun RM60 ribu, RM60 ribu tu dalam bentuk infra. Tahun sudah, saya dengan ketua pembangkang ada jumpa dengan CM lah minta pertimbangkan tak apalah 60, 60 lah tak apalah kita terima kasih syukur Alhamdulillah 60 tu. Kita minta jasa baik untuk 30 infra, 30 bekalan. Itu pun tak dapat. Jadi itulah.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Pasal nak perbetul Sungai Acheh.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Silakan.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Okey prestasi kutipan zakat di negeri ini terus menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Pada tahun 2025 jumlah kutipan zakat mencatatkan sebanyak RM202.48 juta, meningkat 17% berbanding tahun sebelumnya. Pada masa yang sama jumlah agihan zakat turut meningkat kepada RM211 juta iaitu peningkatan sebanyak 23% berbanding tahun 2024 sebanyak RM162.13 juta. Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan tahap keyakinan masyarakat terhadap institusi zakat, malah berperanan penting dalam memastikan kebajikan golongan asnaf terus terbela serta memperkukuhkan pembangunan sosioekonomi ummah secara menyeluruh.

Menjawab soalan yang dibangkit oleh Yang Berhormat Penaga berkaitan pelantikan pengurus besar kutipan iaitu temuduga dilaksanakan namun melantik pegawai yang tidak mengikut kriteria yang ditetapkan seperti umur dan pengalaman. Berhubung isu ini lantikan pengurus besar kutipan zakat, Zakat MAINPP Pulau Pinang, pelantikan tersebut telah dilaksana mengikut prosedur dan tata kelola yang ditetapkan di bawah prosedur dalaman pengambilan kakitangan baharu Zakat MAINPP serta melalui proses penilaian dan kelulusan. Dakwaan bahawa pelantikan tersebut dibuat tanpa mematuhi syarat kelayakan adalah tidak berasas. Penilaian calon telah dibuat secara menyeluruh dan mengambil kira kelayakan akademik, pengalaman kerja, kompetensi, aspek kepimpinan serta keperluan semasa Zakat MAINPP.

Semua pertimbangan dibuat secara profesional dan selaras dengan dasar serta garis panduan pengambilan yang sedang berkuat kuasa. Dakwaan berkaitan salah guna kuasa dan amalan kronisme…

Mohd Yusni Mat PiahPAS · PNPenaga

YB Sungai Acheh, isu lantikan pegawai tadi yang dikatakan dibuat secara profesional dan tidak melanggar tata kelola tapi ketika mana dibuka perjawatan ini, jelas di sini disebut kalau 2.1 kita tahu taraf jawatan adalah dalam bentuk kontrak. 2.2 berumur sekurang-kurangnya 35 tahun ke atas. Ini syarat yang diletakkan. Diterima pegawai ini tahun 2024 ketika mana dia berusia 32 tahun, sedangkan syarat diletakkan mesti berusia 35 tahun. Mana yang kata ikut tatakelola? Kan? Kemudian, pengalaman. Ini juga disebut di sini sebelum pengambilan itu, mempunyai sekurang-kurangnya lapan tahun pengalaman. Pegawai ini tidak ada pengalaman, baru berusia 32 tahun. Jadi kenapa diambil pegawai ini dengan mengetepikan mungkin calon-calon yang lain yang lebih berwibawa? Jadi memang jelas langgar tatakelola.

Dato' Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Boleh tahu berapa orang yang pergi interview itu?

Ya?

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

YB tahu tak berapa orang yang masuk interview itu semua?

Ha, itu yang kita sepatutnya diberi penjelasan oleh pihak Majlis. Diberi penjelasan. Kalau sekiranya bila buka temu duga tak ada yang mai untuk untuk buat permohonan, boleh dimaklumkan kemudian ataupun kami baru terima seorang tapi seorang ini tak layak lagi sebab umur 32. Mungkin ada orang lain boleh masuk lagi.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Maknanya penjelasan ini tak jelaslah?

Ya.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Insya-Allah kita bagi jawapan bertulis yang jelas. Saya minta pegawai tolong bagi jawapan bertulis, bagi penjelasan yang jelas. Saya ini tengok pun saya rasa tak jelas. Okey, terima kasih. Kita lompat sekali lagi. Selain itu Yang Berhormat Penaga juga membangkitkan perkara berkaitan kakitangan zakat dipecat, dituduh membocor rahsia pembayaran wang zakat serta kepada syarikat. Yang ini saya rasa dalam dalam mahkamah.

Timbalan Yang di-Pertua

Dalam mahkamah.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Berkaitan kaedah pelantikan atase untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar di Mesir termasuk isu sama ada pelantikan tersebut dibuat melalui proses permohonan terbuka, sesi temu duga atau pematuhan terhadap tatakelola pelantikan ditetapkan. Menurut MAINPP, pelantikan pegawai atase ini adalah bagi menjaga kebajikan pelajar-pelajar di Mesir dibuat berdasarkan pertimbangan pengalaman, kelayakan, kemampuan pengurusan serta keperluan semasa melibatkan urusan pelajar Pulau Pinang di Timur Tengah. Sejak tahun 1978 Pulau Pinang tidak pernah menghantar ataupun menempatkan pegawai atau kakitangan untuk bertugas sebagai wakil Kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Jadi, okey, kot noh? Ada juga pertanyaan?

Ia begini Yang Berhormat Sungai Acheh, pegawai atase ini saya tahu memang ini adalah pegawai yang pertama yang dihantar oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk jaga kebajikan untuk melihat pembelajaran anak-anak Penang di Mesir. Isu dia, kalau di Kedah pun lantik pegawai atase ini diperbuat secara terbuka. Biar orang calon mari buat permohonan apa semua, di-interview kemudian dipilih. Tapi ini lantikan direct. Itu yang saya persoalkan.

Sebab itulah saya sentuh dalam isu ini dalam perbahasan saya tatakelola dan saya nampak pemusatan kuasa itu semua pada satu tubuh, satu orang. Itu yang masalah. Sampai pegang 13 jawatan. Kalau dengan jawapan Sungai Acheh tadi sebagai contoh, kalau Pengerusi Lembaga Zakat ini diberi pada Sungai Acheh pun saya bersetuju, walaupun mungkin berlainan parti dengan dengan hak sedia ada. Tapi maknanya tidak pemusatan kuasa itu pada seorang. Bila pada seorang, benda-benda yang saya timbul ini berlaku. Kejap lagi kita nak tengok yang itu, yang status pinjaman.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Okey, terima kasih. Saya rasa yang ini tak apalah kita nanti saya akan buat satu libat uruslah dengan kawan-kawan semua kan kita tengok benda-benda yang macam ini. Kalau kalau kita jawab hari ini kita letih kan. Jadi Insya-Allah saya bersama dengan apa rakan-rakan di jabatan di bawah kita akan bincang tengok apa cara jalan yang terbaik untuk membuat satu libat urus yang melibatkan semua. Persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penaga berkaitan penjelasan menyelesaikan baki hutang pembelian tanah di Daerah Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Selatan serta persoalan Yang Berhormat Seberang Jaya berkaitan lawatan ke Mesir. Ada isukah ini? Tiada saya teruskan.

Phee Syn TzeDAP · PHSungai Puyu

Dato’ Speaker, saya mohon mencelah. Ada isu.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Oh, isu masjid. Isu Sungai Puyu.

Phee Syn TzeDAP · PHSungai Puyu

Isu Sungai Puyu sebab dalam perbahasan saya ada bangkitkan isu tiada rekod permohonan membaiki surau dan masjid di Sungai Puyu yang telah Pejabat saya hantar kepada Pejabat Agama SPU. So saya hendak tanya kenapa tiada rekod dan berapa lamakah tempoh masa yang diambil untuk meluluskan setiap permohonan pembaikan naiktaraf surau dan masjid? Pada saya rumah ibadat ini seharusnya Kerajaan Negeri beri penekanan serius dan tindakan segera untuk keselesaan semua jemaah sebab selepas bahas saya, pejabat saya terima telefon dari Pejabat Agama SPU kata tiada terima permohonan. Saya ada bukti untuk cop, sign terima daripada Pejabat Agama SPU. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Sungai Acheh jawab dulu hak pinjaman bagi habis tadi sekerat.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Pinjaman apa lagi.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang tadi yang Sungai Acheh baca tak habis tadi ada isu.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Oh, menyelesaikan baki hutang tadi saya dah bincang dengan yang ini dia sangkut paut dengan yang ini kot pembelian tanah. Berhubung soalan yang dibangkitkan Yang Berhormat Penaga berkenaan penjelasan bagi menyelesaikan baki hutang pembelian tanah SPS. Soalan Seberang Jaya berkaitan lawatan kerja, masih dalam siasatan. Oh, ini masih dalam siasatan tak perlu cerita. Hutang itu hutang pasal kes TYT punya perjalanan Mesir. Itu dalam siasatan jadi kita tutup.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Yang Berhormat Sungai Acheh. Di dalam soalan bertulis saya baru-baru ini berkaitan potensi pembelian tanah di lot 240, 264 dan 265 di Mukim 1 di DUN Sungai Bakap. Saya dapat soalan yang ditulis di sini yang mana pihak kerajaan membeli tanah ini tujuan dia antara dia menanam rumput napier, tanam kelapa sawit serta penternakan lembu feedlot. Soalan saya...

Timbalan Yang di-Pertua

Sat Sungai Bakap, ini lot yang sama kah?

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Ya, lot sama.

Timbalan Yang di-Pertua

Lot sama yang isu mahkamah itu?

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Soalan lisan. Saya nak tanya, bukan saya pertikai fasal beli ke apa. Okey. Pertama, bagaimana kerajaan boleh menjelaskan kewajaran pembelian tanah seluas hanya 14 ekar dengan nilai mencecah RM714,000 seekar? Sedangkan tujuan yang diumumkan dalam soalan lisan saya hanyalah untuk tanah rumput napier, kelapa sawit dan ternakan feedlot yang diketahui mempunyai pulangan pertanian yang sederhana saja dan akan mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan keuntungan.

Yang kedua adakah kerajaan telah menjalani kajian daya maju ekonomi secara terperinci sebelum membuat pembelian tersebut termasuk unjuran pulangan pelaburan ROI? Tempoh pulangan modal dan analisis kos operasi projek feedlot tersebut. Jika ada adakah kerajaan bersedia membentangkan secara terbuka pada rakyat? Satu lagi sahabat, Yang Berhormat. Apakah justifikasi memilih tanah yang bernilai dengan harga RM10 juta untuk projek pertanian yang mana jangka mendapat keuntungan atau pulangan dengan nilai RM10 juta adakah pihak kerajaan mengkaji dahulu sebelum proses pengambilan tanah tersebut? Kalau kita tengok dari dasarnya dengan beli dengan harga RM10 juta jangka masa yang panjang itu satu pembaziran.

Timbalan Yang di-Pertua

Sungai Acheh kalau lot yang sama tak payah jawablah. Kalau berkaitan dengan mahkamah tak payah jawab.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Untuk projek saya memang diamanahkan untuk tengok tanah itu apa yang boleh buat. Kita memang dah dalam perancangan Insya-Allah saya rasa saya akan bawa dalam sesi libat urus saya akan bentang kat tuan-tuan.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Terima kasih. Ini bukan saya pertikai bab membeli tanah, tapi kita beli tanah tujuan benda yang tidak boleh mendatangkan hasil yang...

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Okey, kita dah panggil TNB, kita dah tengok memang kita dalam proses untuk dapat permit untuk buat solar atas dan bawahnya kita akan tengok tanam apa yang sesuai. Jadi kita dapat dua hasil. Yang itu memang saya tunggu jawapan saja. Insya-Allah.

Timbalan Yang di-Pertua

Sungai Acheh, tolong jawab sat yang Sungai Puyu dulu.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Yang mana?

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Yang Sungai Puyu habis dah. Sungai Puyu punya katanya saya akan minta pejabat agama tolong tengok secepat mungkin. Oh, hari ini! Dah lantik. Dia sudah lompat habis dah. Tapi Insya-Allah pejabat agama akan akan tengok turun melawat kawasan. Kalau yang benda perlu repair kita repair, kalau penambahan kita tengok dulu fasal baru sangat. Dia dia bagi jangka masa kalau berapa tiga tahun empat tahun baru kita boleh tambah sikit. Kalau perlu pembaikan itu yang wajib kita buat kita buat dulu. Kalau nak pembesaran kita tengok dia ada tempoh had masa. Fasal kita bukan ada sikit, kita ada cukup banyak surau. Masjid saja kita ada 200 hampir 230 masjid. Masjid saja. Itu kita tak campur surau lagi. Jadi dia mamanlah.

Timbalan Yang di-Pertua

Okey, Sungai Acheh teruskan.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

YB Timbalan Speaker, Sungai Acheh sikit. Saya minta penjelasan berkenaan dengan lawatan ke Mesir sepertimana celahan saya kepada Penaga tempoh hari. Adakah perkara itu turut akan dibicarakan ataupun disiasat dalam mahkamah? Kerana saya fikir perkara itu adalah satu pemakluman baharu yang saya minta supaya diperjelaskan dalam Dewan ini berkenaan dengan lawatan ke Mesir bersama dengan Tuan Yang Terutama Tun yang sebelum ini pada kira-kira bulan Februari 2025. Kita minta perincian penggunaan dana adakah keseluruhannya lawatan itu menggunakan dana Kerajaan Negeri atau terdapat penggunaan dana zakat? Dan jika ada tambahan, adakah ada dana tambahan yang diluluskan dan untuk apa tambahan itu diluluskan dan disalurkan kepada siapa? Terima kasih.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Memandangkan soalan ini tak ada dalam skrip saya, jadi saya tak boleh jawab. Saya tak berada di ketika itu. Dalam kelompok itu saya tak ada. Jadi perjalanan itu pun saya tak terlibat. Dan saya cerita apa yang saya tahu saya cerita macam tuan-tuan saja. Jadi Insya-Allah saya akan minta jawapan bertulis untuk di dihantar kepada tuan-tuan mungkin dalam masa libat urus kita perjumpaan kita saya akan cuba bawa penjelasan.

Sikit celahan.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Saya menantikan jawapan bertulis tersebut.

Dato' Timbalan Yang di-Pertua atas apa yang telah dibangkitkan oleh Seberang Jaya tadilah isu lawatan itu. Kerana sememangnya kita difahamkan ada amount, ada jumlah yang digunakan daripada wang zakat dan dimasukkan dalam akaun peribadi. Jadi yang itulah yang kita nak dapat detail perbelanjaan jumlah yang masuk dan apa yang telah dibelanjakan sebab jumlah itu besar. Minta tolong sampaikan.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Tuan-tuan, terima kasih kepada semua. Okey yang mana?

Hutang daripada pemberian?

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Itu termasuk dalam kes mahkamahkah?

Belum belum dijelaskan dan memang bukan. Ini isu lain yang saya bangkitkan. Cuma dalam perbahasan saya itu banyak gangguan apa semua jadi mungkin ada yang tak sempat nak melihat dengan lebih jelas. Yang saya bangkitkan adalah isu yang penting dan sangat besar apatah lagi ia melibatkan wang zakat sebagaimana yang saya sebutlah wang zakat ini kita juga pemegang taruh, kita pembayar zakat dan wang zakat ini ada asnaf yang ada hak milik dia. Bukan, ini adalah penukaran status daripada wang zakat itu diberi sebagai pinjaman kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ditukar status dia kepada pemberian. Dan jumlah ini bukan jumlah yang kecil sebab itu saya minta supaya penjelasan diberi.

Disebut di sini yang diberi pinjaman kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak RM16,527,634.20. Asalnya wang zakat wang tawaquf zakat ini diberi sebagai pinjaman kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang tapi bila di peringkat Negeri Pulau Pinang pula dalam mesyuarat mereka telah pun menukar status ini. Pinjaman tukar status pinjaman wang tawaquf ini kepada pemberian dengan makna Majlis Agama Islam tak perlu bayar balik sebab bukan pinjam, pemberian. Persoalan yang saya bangkit sebab itu saya sebut tadi pemusatan kuasa itu pada seorang individu. Dia Pengerusi Lembaga Zakat jadi mungkin dalam mesyuarat Lembaga Zakat bila ada nak pinjam okey diluluskan, pengerusi kita kita lulus beri pinjaman kepada Majlis Agama. Tapi nanti bila mesyuarat di peringkat Majlis Agama dia juga sebagai Yang di-Pertua ha pinjaman hak yang kita terima itu kita tukar status kepada pemberian. Duit zakat bukan sikit kalau RM100,000, RM200,000 mungkin boleh ini lagi tapi ini adalah sebanyak RM16 juta lebih itu. Itu yang saya minta penjelasan dan jawapan detail yang saya perlukan. Terima kasih.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Terima kasih Penaga. Jawapan tepat saya takkan bagi. Cuma saya rasa kita perlu hormat kepada institusi Mufti yang ada.

Sebab itu rujuk kepada Jawatankuasa Mufti. Ini masa dia.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Saya akan minta. Mufti ada bersama dengan Majlis Agama Islam dan setiap mesyuarat mereka ada dan mereka buat keputusan mesti ada justifikasi mereka. Dan saya sebab itu saya kata kita buat libat urus antara ini kita tengok dan kita bincang. Boleh tak boleh?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sungai Acheh, saya rasa isu ni isu besar, isu zakat, wang zakat dan perlu ada jawapan untuk dimaklumkan kepada Dewan sebenarnya dan sepatutnya.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Ya, untuk jawapan, bertulis lah, saya bukan boleh jawab.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dan saya mintalah pihak yang berkenaan supaya berikan jawapan yang clear walaupun tak berada dalam DUN sebab yang ini melibatkan kemaslahatan besarlah. Jadi sebolehnya.

Saya bersetuju dengan Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Kalau boleh panggil pihak kami pun supaya Majlis Agama boleh jelas supaya kita boleh duduk sekali berbincang dan penjelasan perlu diberi. Boleh melibatkan juga dengan Mufti.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sebolehnya saya nak jawapan daripada pihak berkenaan tu secara official. Saya tak mahulah jawab dalam TikTok, media sosial, saya tak nak. Sebolehnya minta saya dengan kebenaran Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan minta YB EXCO selaraskan satu taklimat jelas supaya di official-kan sebab yang ini adalah satu tempat yang besar, tempat buat keputusan yang besar dan untuk bincang benda yang besar, supaya tak jadi fitnah dan sebagainya kan.

Terima kasih juga kepada YB Sungai Acheh jawab bagi pihak Batu Maung. Terima kasih.

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Okey, terima kasih semua. Saya rasa habis setakat ini. Jadi untuk yang...

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Habis dah?

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Habis, untuk lebih kurang saya minta maaf banyak-banyak, yang kasar, yang lembut. Jadi kita berdoa semoga kita ini diberi kekuatan dari segi ukhuwah kita dan Insya-Allah saya akan cari jalan yang terbaik untuk perbincangan. Benda yang masalah ini kita bincang secara hati ke hati dan apa yang boleh kita perbetul kita perbetul untuk kebaikan semua. Bukan kebaikan umat Islam saja tapi untuk Negeri Pulau Pinang dan Insya-Allah mudah-mudahan kita semua diberi rahmat dan dilindungi oleh Allah SWT. Sekian wabillahi taufiq wal hidayah, wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Sungai Acheh atas sesi penggulungan dan jawapan yang telah diberikan dan seterusnya saya persilakan Datok Keramat yang dinanti-nantikan untuk buat penggulungan. Telok Ayer Tawar.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Sebelum Datok Keramat membahas, saya nak tanya dulu, tak selesai. Tak, tak, saya sebelum, sebelum Datok Keramat nak bahas, sebelum you nak bahas saya nak tanya dulu, pasal that day punya isu tak selesai lagi you keluar, ha pasal.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Telok Ayer Tawar bagi salam dulu.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Duduk, duduklah.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Ha? Tak apa, saya pasal Ketua Pembangkang tak ada itu saya tanya. Kalau, bukan, dia tak ada saya tanyalah. Saya nak tanya, ini betul, kalau joke kah apa kah you perjelaskan. Kalau, you joke dalam Dewan atau pun ini you perjelaskan pasal di dalam Dewan dia ada rakaman hansard dalam Dewan. Pasal Yang Berhormat Datok Keramat cakap hari itu mata you jangan main-main sama kita orang, you tahu kita mai daripada mana. Hari itu you kalih tengok Perai pula you tanya sama Perai, Perai pun senyum, tak apa lah dia senyum, dia tak jawab apa. Tak, tak, nanti Padang Lalang saya nak sahih dalam Dewan, selesai dalam Dewan, cerita dalam Dewan. Kalau dia born di Punjab, IC dia macam mana 07?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, Telok Ayer Tawar sudah.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Tak Yang Berhormat, sat.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Datok Keramat silakan.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Sat, sebelum dia bercakap dalam Dewan pasal dia cakap dia born in Punjab.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bagilah salam dulu, aduh.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Takpa, satgi lepas Datok Keramat cakap dia nak bagi salam sampai habis tak apa saya dengar, saya takkan kacau dia. Saya takkan kacau dia sampai habis, bagi dia penjelas. Wait, wait.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sudah, sudah.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

No, kalau mahu cakap kalau, mesti dengar juga.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Datok Keramat cakap.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Telok Ayer Tawar beranak di mana?

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Saya? Dia kita jangan cakap… Okey, saya beranak di Malaysia. (Gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, duduk, duduk, duduk, duduk. Satu.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Di Hospital Adventist saya beranak... (gangguan)…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey. duduk, duduk… (gangguan) Telok Ayer Tawar duduk.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

I born in Alor Setar.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Kita tahu kebenarannya sekarang... (gangguan)...

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Hello, Telok Ayer Tawar duduk.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Telok Ayer Tawar duduk, duduk.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Telok Ayer Tawar duduk... (gangguan) Telok Ayer Tawar cukuplah tu.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Telok Ayer Tawar jangan wayanglah Telok Ayer tawar. Cukup.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey sudah perjelaskan…(gangguan) Okey, sudah-sudah. (Gangguan) Telok Ayer Tawar.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Okey, since semua bersaudara, duduk, duduk...

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Standing order.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Semua bersaudara, okey, okey, duduk, duduk.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sudah, sudah. (gangguan)... Okey, sudah, sudah. (Gangguan). Sudah standing order, hanya Speaker sahaja boleh benarkan siapa yang nak bercakap. Duduk, sudah habis dah, durian pun sudah habis, panas pun sudah habis. Silakan Datok Keramat. Datok Keramat is very handsome today. Please.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

You maafkan saya. Okey. Thank you.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

I forgive you.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Okay, thank you very much.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Otherwise, we go to Punjab together. I think it won’t start lah, im very sorry. Saya nak cakap, you know terima kasih kepada Timbalan Speaker kita untuk beri saya dan saya sudah tak ada suara.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, okey. Never mind.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Okey, sekejab sekejab, all calm down, calm down, semua sabar, sabar okay, take it easy, we are all okay.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, okey steady.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Okey, Yang Berhormat Dato' Timbalan Speaker, terima kasih kepada peluang yang saya diberikan untuk memberi penggulungan pada petang ini. Kepada of course rakan saya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang dan kepada semua rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri EXCO kita yang hadir dan of course to all Ahli Dewan Undangan Negeri, tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang hadir. I am very happy, saya begitu gembira kerana dapat membuat penggulungan pada petang ini dan saya tidak akan ambil terlalu banyak masa.

Dato’ Timbalan Speaker, sepertimana semua tahu sekarang saya sudah pun mengambil alih portfolio sebagai Timbalan Ketua Menteri di bawah modal insan dan juga sains dan teknologi yang begitu penting untuk Negeri Pulau Pinang kerana Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang sepertimana semua tahu secara tradisi adalah satu negeri yang berteraskan sains dan teknologi dan saya ingin nyatakan beberapa perkara sahaja pada petang ini bahawasanya kita dari segi pembangunan modal insan Dato’ Timbalan Speaker, dalam zaman pada hari ini, zaman teknologi yang kita ada, I think saya dengar ramai daripada sudut di situ juga dan Ketua Menteri kita juga nyatakan kita di zaman teknologi tinggi. Actually, I just want to correct that. It's not high-tech, teknologi tinggi is high-tech tetapi kita actually di zaman deep-tech. That's what it's called now. You see, even from high-tech kita pergi ke era dan zaman deep-tech. That means teknologi yang begitu, begitu mendalam if I can say lah, right? And now actually we have gone even beyond that, Dato’ Timbalan Speaker. We are now dalam era AI. Now, that is the whole question. When you talk about science and technology, that is where we are. And that is where Penang is. Now saya ingin nyatakan ada satu kenyataan rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyatakan mereka memberi angka ini yang memilih, pelajar yang memilih aliran STEM. You know what STEM is, right? Science, technology, engineering, mathematics (dengan izin) STEM, has increased telah meningkat 51 peratus.

Dato’ Timbalan Speaker, daripada tahun 2024 banding dengan 45 percent, 45.7 peratus daripada tahun sebelumnya iaitu 2023 and we still are looking at how we can increase bagaimana kita hendak menaikkan minat untuk lihat kepada bakat dalam bidang STEM tersebut. Why? Kerana industri kita di Pulau Pinang Dato’ Timbalan Speaker memerlukan bakat dan kemahiran tersebut and we are looking, if I look at data daripada KPM yang saya nyatakan tadi, we are looking at a higher number towards aliran sains compared to other aliran banding dengan aliran yang lain and that is going to make us satu negara yang akan lahirkan tenaga mahir yang berteknologi tinggi tau. Itulah apa keperluan kita di Pulau Pinang and I can tell you Dato’ Timbalan Speaker, that that is what is necessary not here in Penang alone. Di seluruh Malaysia saya boleh nyatakan saya telah pergi ke banyak tempat bukan saja di Malaysia di lain negeri tetapi saya baru balik daripada Negara China.

Tiga tempat di situ dan di situ Dato’ Timbalan Speaker, kita sign dua Memorandum of Understanding. Saya sign dengan Tech Dome Penang of course, wakil mereka, dengan Shanghai Science and Technology Museum dan dengan Shenzhen Science and Technology Museum and you know when we talk about that, kita berbincang tentang hal bagaimana kita hendak perkukuhkan bakat dan kemahiran di Negeri Pulau Pinang dan apabila kita ada kolaborasi sebegini rupa dengan negeri lain, negara lain, itu akan berlaku. Saya juga pergi ke India dan baru balik India bulan Januari. Minggu depan satu lagi Memorandum of Understanding akan ditandatangani dan dimeterai dengan di witness, disaksikan oleh Ketua Menteri saya sendiri, oleh Ketua Menteri Bangalore, IT negeri yang terbesar di India. First time dia akan datang ke Malaysia. You see, Pulau Pinang berjaya buat itu. We can do it and that is the reason why we're going and visiting them. You know why? Kita hendak bawa yang terbaik ke Pulau Pinang. That is the pendekatan yang kita ada Dato’ Timbalan Speaker.

Saya hendak nyatakan juga ada beberapa agensi kita yang lain Dato’ Timbalan Speaker, seperti Penang Science Cluster (PSC) yang mana kita ada banyak inisiatif Timbalan Speaker seperti MakerLab untuk perkasakan pendidikan STEM dan kita ada pelbagai yang lain di mana kita masuk ke sekolah untuk lihat kepada kanak-kanak dan generasi muda kita untuk mulakan pendidikan pada terawal sekali if I can say that. When we talk about it now, we have a program yang menyediakan ruang inovasi di sekolah yang dilengkapi peralatan moden seperti pencetak tiga dimensi, 3D and kit robotic. We are looking at that. I think my Chief Minister has mentioned many a time in his answers to many here in the last two days, how... betapa penting dia kita mesti cukupi apa yang berlaku dalam dunia hari ini dan itulah yang sedang berlaku dan itulah yang kita akan lakukan.

So, apabila kita lihat pada item 3D ini, tujuan dia, YB Timbalan Speaker, adalah untuk memupuk budaya reka cipta dan kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan generasi muda kita. And setakat ini, Dato' Timbalan Speaker, kita sudah pun ada sebanyak 136 buah sekolah yang telah dilengkapi dengan kemudahan MakerLab di seluruh Penang. Penang, actually, we have about nearly 300 sekolah but we have already sampai 136.

Dan kita have, the most important, Dato' Timbalan Speaker, ialah program-program ini bukan sahaja adalah kita sebagai Kerajaan Negeri facilitate, tapi perlu ada bantuan daripada pihak swasta juga, iaitu industri dan kita mendapat dalam 136 buah sekolah itu, MakerLab tersebut, semua mendapat sokongan daripada industri. Di mana mereka ada bimbingan mentor, mentor profesional kepada pelajar-pelajar.

Di samping itu, YB Dato' Timbalan Speaker. Kita melalui STEM, Penang STEM, juga membina laluan kemahiran dalam bidang STEM dan TVET melalui inisiatif Technical Skill Learning. Now, that is something new, TSL, yang dipanggil TSL, Technical Skill Learning yang dilahirkan di Pulau Pinang untuk maklumat YB Dato' Timbalan Speaker. Iaitu program pra-akademi dalam industri, if I can say ADI di peringkat menengah atas, mula daripada pelajar tingkatan empat dan lima, but kita dalam perbincangan, in fact, untuk membawa dia ke hadapan. That means earlier. Kita akan mula instead of form four, form five, we might start earlier. We are already in discussions on that score. So, program selama dua tahun itu, TSL, mengintegrasikan silibus National Occupational Skills Standard (NOSS) (dengan izin), serta pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran Negara (JPK).

So, kita dalam hal ini, Dato' Timbalan Speaker, sedang berdiri di barisan hadapan dalam mencorakkan pemupukan STEM di peringkat nasional kerana program TSL dalam kalangan pelajar menengah atas ini adalah yang pertama di Malaysia seperti mana saya nyatakan, berbeza dengan pendekatan TVET konvensional yang bermula selepas tamat persekolahan. Program yang bermula pada 2024 ini mengamalkan konsep school to industry pipeline (dengan izin) di mana pelajar didedahkan lebih awal kepada latihan berasaskan industri melalui hands-on training (dengan izin). Dan pendekatan ini YB Dato' Timbalan Speaker, bukan sahaja meningkatkan kebolehpasaran pelajar malah memberi peluang kepada pelajar golongan B40 untuk memperoleh pendapatan melalui work study. Now, that is, itu yang begitu penting pada saya.

Selepas kita tamat program TSL selama dua tahun, YB Dato' Timbalan Speaker, apa akan berlaku? Pelajar akan terus kepada laluan ke program akademi dalam industri, ADI dan diserapkan dalam dunia pekerjaan dengan jalinan kerjasama dengan syarikat teknologi and dalam tempoh tersebut, YB Dato' Timbalan Speaker, pelajar lepasan TSL tersebut akan jalani latihan sebagai perantis, akan terima elaun dan pada masa yang sama mengikuti pengajian untuk perolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Salah satu pusat pengajian yang disediakan di sini di Pulau Pinang, Dato' Timbalan Speaker ialah Penang Skills Development Centre (PSDC), yang menyediakan program latihan industri dan apprenticeship (dengan izin) yang memberi peluang kepada pelajar untuk bekerja sambil melatih dan memberi peluang kepada graduan untuk membina kerjaya yang stable dan berkembang.

Now YB Dato' Timbalan Speaker, kesemuanya inisiatif ini membuktikan bahawa ekosistem pembangunan modal insan terutama dalam bidang sains dan teknologi disokong kuat dari pelbagai sudut bermula dari peringkat akar umbi sehingga ke alam pekerjaan.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Datok Keramat, boleh celah sikit?

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Yes, please. Thank you. Boleh, eh? Thank you.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Terima kasih, YB Dato' Timbalan Speaker. Saya tertarik dengan statement tadi tentang STEM, peningkatan 50 peratus lebih dan kita pun tahu TVET dan Penang ini sebuah negeri yang struktur ekonomi kukuh dan FDI pun tinggilah. Cuma saya agak heranlah, kenapa kadar pengangguran di Pulau Pinang ini semakin meningkat, padahal di peringkat Malaysia, dia menurun. So, boleh jelaskan?

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Saya, saya, tidak tahu. sorry ya, Pinang Tunggal. I think maklumat yang Pinang Tunggal nyatakan tadi, tak tepat langsung.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Saya berdasarkan jawapan yang saya dapat daripada sini, ni. Kadar pengangguran Pulau Pinang meningkat berbanding dengan... berbanding dengan daripada tiga tahun ke kebelakangan ini.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Um... Saya...

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Dah siapa yang bagi jawapan ni bagi saya?

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Well, Kepada saya, saya ingat itu bukan begitu tepat. Kalau kita hendak lihat pada, you see you are talking about kadar.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Saya cakap, saya bercakap berdasarkan data yang ada pada saya. kadar, pengangguran.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Peng...

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Pengangguran.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Pengangguran.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Ya, Pengangguran. Sebab kita tahu bahawa ekonomi kita kukuh, kita ada banyak bakat-bakat yang kita keluarkan tetapi bila saya tengok data ni menunjukkan kadar pengangguran di Pulau Pinang meningkat, dia agak contradict lah. Pada waktu yang sama di Malaysia pula dia menurun, di peringkat nasional.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Tapi, saya hendak nyatakan satu perkara. Yes, mungkin itu jawapan yang kamu dapat daripada Pinang Tunggal tentang Pulau Pinang tapi ingin saya nyatakan pada seluruh dewan bahawasanya kadar permintaan untuk pekerjaan daripada industri kita adalah luar biasa. It's not... langsung tak boleh nyatakan ada pengangguran. Mungkin itu wait, wait, wait. Sekejap. (ketawa) Ha mungkin itu satu angka yang you dapat daripada dahulu, mungkin. Wait, just listen. Tapi sekarang, if you ask me, kita kekurangan tenaga mahir dan bakat yang diperlukan dalam industri kita. So, there is no question, tiada soalan.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

That's why saya tanya, sebab saya data.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

No, Okey, wait, wait. I will look at that answer and I will answer you, I'm answering you now as to the current situations kerana hari-hari saya pergi ke fasiliti, saya pergi ke industri, saya pergi ke factory dan soalan yang pertama mereka tanya, mana bakat tersebut, mana kemahiran tersebut? And you know what we have done

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Datok Keramat, tak apa.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Saya mahu jawab. Sekejap, YB. Just give me one minute. One minute. Mereka sudah setuju dengan Negeri Pulau Pinang sekarang untuk latih mereka iaitu generasi hadapan kita untuk tenaga itu di industri mereka. Kita ada satu universiti di Pulau Pinang, USM, we all know that. Kita ada satu universiti di fasiliti kita di ViTrox, we all know that. But how many people do they need? You know berapa tenaga yang mereka hendak jelang 2030? I give you the number. You. You guess.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey Datok... seminit dah.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

That's why I ask you why the data doesn't synchronize with what you say.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

No, can you guess?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, Datok Keramat, ...aik? (ketawa)

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

You ask, you must listen to the answer, right?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, Datok Keramat.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

60,000 they need by 2030. We have already reached maybe about 40,000 and it is going to increase. Now, that is what we are doing. Now, how can you say kadar pengangguran.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, Datok Keramat. Okey, sat, sekejap.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Kejap, kejap, kejap. YB Dato' Timbalan Speaker. Okey. Sekarang ni nak pakai hearsay ke nak pakai data?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey. Sekarang ni, kita pakai apa yang YB Datok Keramat maklum kat kita lebih tepat daripada jawapan yang telah diberikan kepada Pinang Tunggal. Jadi, minta Datok Keramat supaya tengok balik nanti.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Kalau ikut, kalau ikut.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Yeah, we are talking very specific. You are talking about the whole state but we are talking about engineers, you know, technicians, engineers.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

That's why, adakah betul kadar. Saya punya soalan mudah saja, adakah benar kadar pengangguran di Pulau Pinang meningkat? Adakah benar?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Secara umumnya.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Secara umumnya.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Well, I will look at what you have got the information and from where you got it and I will get back to you.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Of course, from Pulau Pinang punya

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Itu jawapan bertuliskah?

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Soalan bertulis. Jawapan bertulis,

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Itu saya cakap tadi, perlu perkemaskan balik. (ketawa)

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

So, I look into it

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Kita percaya kepada Datok Keramat. Pegang so pegang balik pada Datok Keramat. punya.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

So saya percaya pada data diberi lah mesti daripada EXCO

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

So, saya tumpu kepada, khas kepada bidang sains dan teknologi. Di mana memang ada permintaan yang begitu luas dan banyak. There is no doubt about that. In fact, kita kekurangan tenaga tersebut. Ha, it's the other way round. Ha, you can answer me? Ha, see, you cannot.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Datok Keramat tanya pula dah. (ketawa) Terus.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Because I know, it's a fact. See? Now I have to go back to my speech. (ketawa) Just try not to disturb me. (ketawa)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tak apa, nanti tengok.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

No, no, you are my friend, my good friend. Eh, kawan-kawan, bukan lawan. Kita kawan, bukan lawan, okey? So, rileks, rileks, okey. Calm down.

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Yang Berhormat Datok Keramat, sedikit penjelasan. Saya lihat tadi laporan yang dipegang tu, ini merupakan laporan survey tenaga buruh oleh DOSM untuk tahun 2023, 2024 dan suku pertama, kedua, ketiga dan keempat. Kalau kita bandingkan dengan kadar pengangguran, maklumat tu yang Yang Berhormat Pinang Tunggal tak betul tu. Kalau tengok Malaysia, 3.0, 3 peratus, 2.9 peratus, Pulau Pinang masih rendah lagi, 2.7. So, itu bercanggah tu mengatakan Pulau Pinang lebih tinggi dari kadar pengangguran Malaysia tu. Mungkin tahun-tahun sebelumnya tapi ini merupakan survey tenaga buruh sahaja daripada DOSM. Saya rasa maklumat ni kurang tepat.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

That's what I just said just now. Let me look at what you, you have, the information, because the information that we have is different. Itu saja, Kita, you know, at the end of the day, kita hendak anak-anak kita ada kerja. Itu saja. Kita tak mau ada kadar pengangguran langsung. I want 0 percent if possible and it can happen here in Penang

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, okey. Terus... Okey.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Thank you. Now, I get back to my speech. Kita lihat pada pembangunan bakat di Penang. YB Dato' Timbalan Speaker, pelaburan yang masuk ke Pulau Pinang kita akan pasti, just answering your question again, mewujudkan peluang pekerjaan dan peningkatan taraf hidup rakyat. Kepada saya, berdasarkan statistik daripada PERKESO iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial sebanyak 1,016 pemohon MyFutureJobs mendapat penempatan pekerjaan berbanding 1,152 permohonan bagi pemohon berumur 15 hingga 30 tahun di Penang untuk kelayakan diploma dan ke atas termasuk kategori berkemahiran tinggi. Dan statistik ini YB Dato' Timbalan Speaker menunjukkan bahawa perkembangan dunia digitalization tidak memberi kesan ketara terhadap peluang pekerjaan kepada golongan belia di Negeri Pulau Pinang. Walaupun data tersebut menenangkan Kerajaan Negeri, I say this again to Pinang Tunggal, kita sentiasa bersedia dengan pelbagai cabaran semasa dengan usaha yang berterusan dalam membina kemajuan yang inklusif dan segala usaha ini perlu dipromosi dan disebar luas kepada seluruh rakyat Pulau Pinang supaya peluang ini dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Perkara ini YB Dato' Timbalan Speaker, secara langsung menjawab persoalan daripada YB ADUN Telok Ayer Tawar yang menimbulkan persoalan kepada sidang Dewan supaya membuat usaha untuk anak dan generasi belia yang bertarung untuk mencari pekerjaan. Berkenaan dengan, Dato’ Timbalan Speaker berkenaan dengan kolaborasi tempatan dan antarabangsa, ADUN Bagan Jermal telah bangkitkan isu kerjasama dengan agensi antara agensi dalam perkongsian data.

Now dengan, berkenaan ini pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) telah pun mengulas berhubungan isu kesukaran mengesan majikan dalam urusan tuntutan kes buruh khususnya apabila alamat syarikat yang direkodkan telah berubah atau tidak lagi beroperasi di lokasi yang tersebut.

So kita sedang berbincang dengan pegawai JTK yang kendalikan kes-kes sebegini rupa, untuk melihat pada bagaimana prosiding-prosiding di Mahkamah Buruh tersebut dapat kita lihat kepada dan atasi. Bersama, berkenaan ini juga Dato’ Timbalan Speaker, saya cuba ringkaskan, we are looking forward as I said, to a more cooperation with the rest of the world, I think for us that is the most important, the moment when it is going to happen.

ADUN Bertam also telah pun menyampaikan satu berita gembira tentang pencapaian ekonomi Pulau Pinang di peringkat antarabangsa dan I think itu bukan saja sahaja satu perkara yang statik, if I can say, ya that’s mean ia tidak berhenti di situlah. Ada banyak yang lain yang telah pun kita rancangkan, dengan agensi-agensi kita melalui InvestPenang, of course melalui PDC juga and lain-lain agensi kita. Of course I talk about my agencies, STEM, PSC, Penang Science Cluster and so forth, we are working, Tech DOME, working very hard to get investment from the rest of the world and we are talking with them as I speak right now.

So kita sebagai penyediaan khidmat fasiliti pelabur baru akan turut menggalakkan syarikat multinasional yang kita sudah ada di Negeri Pulau Pinang, Dato’ Timbalan Speaker, 450 multinational companies dari seluruh dunia dan 7,500 SME dari seluruh dunia yang sudah pun bertapak di Negeri Pulau Pinang dan kita akan lihat bagaimana kita boleh perkasakan program business matching yang akan membuka lebih banyak ruang dan peluang kerjasama dan pertumbuhan kepada syarikat-syarikat tempatan. Itu yang terpenting. Dato’ Seri Speaker, Dato’ Seri Timbalan Speaker, saya ingin finalize... (gangguan)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sila, sila. Sila.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Sorry?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saja kacau, Bagan Jermal.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Almost finalizing already. So kita akan hebatkan juga hebahkan juga banyak inisiatif seperti incubation space at the GBS (Global Business Service) yang mencatatkan tujuh syarikat tempatan yang terdiri daripada start-up dan large local corporation yang telah beroperasi sebagai inkubator pada tahun pertama pelaksanaannya dan ini cerminkan keberkesanan platform tersebut dalam menarik dan mempercepatkan pembangunan syarikat reka bentuk cip tempatan.

Syarikat yang terlibat Dato’ Timbalan Speaker adalah Channel Microsystems, Filpal, GreatAsic, Infinecs Lab, Silicon X, Skyechip and Sophic Automation yang mewakili kepelbagaian kepakaran dalam ekosistem semikonduktor serta mencipta inovasi memori dan cip untuk aplikasi AI bertaraf dunia di bawah jenama Made by Malaysia.

Malah dalam inisiatif yang diterajui Ketua Menteri kita, PSD@5km+ yang bermula 2024, jumlah syarikat reka bentuk IC di Pulau Pinang telah melonjak lebih dua kali ganda daripada 20 kepada 50 buah syarikat. Dan pertumbuhan drastik ini menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai kluster reka bentuk IC terbesar di Malaysia dan mengukuhkan kedudukan dalam pasaran semikonduktor global.

So, Dato’ Timbalan Speaker, I don’t want to say too much more. I think I might as well end. I think we are on the right track in Penang dari segi dan sudut portfolio saya di bawah Sains dan Tech, ada banyak perancangan yang sudah pun dilaksanakan, yang sedang dirancangkan dan yang akan kita pastikan akan diselesaikan di Pulau Pinang.

Bukan sahaja dengan negara Malaysia dan rantau kita di Asia Tenggara tetapi dengan rakan-rakan kita di seluruh dunia. Itu yang ingin saya nyatakan. Sekian terima kasih, thank you very much.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Datuk Keramat atas penggulungan. Seterusnya saya persilakan Padang Kota. Silakan.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media, tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas ucapan perasmian sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-15, pada Jumaat, 8hb Mei yang lalu. Saya turut ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ke atas ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri.

Ekonomi Pulau Pinang. Berdasarkan makluman ekonomi terkini, KDNK Negeri Pulau Pinang pada tahun 2026 dianggarkan antara 4% hingga 5%. Angka ini mencerminkan prestasi kukuh sektor pembuatan berteknologi tinggi, elektronik dan elektrik serta aktiviti perdagangan luar yang terus menjadi pemacu utama ekonomi negeri. Manakala kadar inflasi dijangka kekal sederhana iaitu 1.5 % hingga 2.5%.

Berdasarkan statistik rasmi MIDA, Negeri Pulau Pinang terus mengekalkan kedudukannya sebagai antara destinasi pelaburan utama negara dengan merekodkan prestasi pelaburan yang amat memberangsangkan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Pencapaian ini sekali gus mencerminkan tahap keyakinan yang tinggi dan berterusan daripada para pelabur terhadap kekuatan asas ekonomi, kestabilan ekosistem industri serta hala tuju pembangunan negeri yang progresif serta berdaya saing.

Secara keseluruhannya, jumlah pelaburan diluluskan bagi Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak RM63.96 bilion, dengan sektor perkhidmatan merekodkan RM41.22 bilion, manakala sektor pembuatan mencatatkan RM22.38 bilion.

Kesan krisis global terhadap Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Air Itam dalam usaha membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat serta menangani cabaran tekanan ekonomi semasa melalui pemberian diskaun dan bantuan. Cadangan tersebut mencerminkan keprihatinan terhadap kebajikan rakyat dan selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri yang sentiasa menitikberatkan kesejahteraan masyarakat.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan meneliti dan mengkaji cadangan berkenaan secara menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk implikasi kewangan, keberkesanan pelaksanaan serta manfaat jangka panjang kepada rakyat dan negeri. Kerajaan Negeri perlu membuat keputusan sama ada untuk mengambil pendekatan bersifat populist atau bertanggungjawab dalam memastikan kelangsungan tadbir urus mampan. Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu serta peningkatan perbelanjaan akibat faktor dalaman dan luaran, pada masa sama keperluan untuk menjaga kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan. Justeru, saya dan barisan Pentadbir Kerajaan Negeri perlu bijak dalam merancang serta mengoptimumkan penggunaan setiap sumber yang ada.

Kewangan. Kedudukan kewangan terkini berdasarkan Penyata Akaun Hasil Disatukan sehingga 13hb Mei 2026, Kerajaan Negeri telah mencatatkan jumlah hasil sebanyak RM403.39 juta. Prestasi ini merangkumi hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil.

Dari sudut Perbelanjaan Mengurus, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM310.22 juta dan berada pada tahap yang terkawal. Keadaan ini menunjukkan disiplin fiskal yang berterusan dalam memastikan perbelanjaan diurus secara berhemat.

Susunan itu, Kerajaan Negeri mencatatkan lebihan semasa sebanyak RM93.17 juta. Ini seterusnya menyumbang kepada peningkatan baki Akaun Hasil Disatukan. Prestasi ini menunjukkan kedudukan kewangan negeri yang kekal kukuh dan berdaya tahan, hasil daripada pengurusan hasil yang cekap serta kawalan perbelanjaan berhemah oleh Kerajaan Negeri.

Penyaluran semula hasil negeri. Menjawab kepada Yang Berhormat Sungai Dua berhubung penyaluran semula hasil kepada rakyat, Kerajaan Negeri amat mengambil berat terhadap kesan pelaksanaan semakan kadar cukai tanah ini kepada rakyat. Dalam membuat setiap keputusan dasar, Kerajaan Negeri sentiasa menitikberatkan keseimbangan antara keperluan memperkukuhkan hasil dan kedudukan kewangan negeri dengan kemampuan rakyat dalam menghadapi cabaran ekonomi serta kos sara hidup semasa.

Prinsip ini menjadi asas utama supaya pembangunan negeri dapat diteruskan secara mampan tanpa mengabaikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Hasil tambahan yang diperoleh akan disalurkan semula kepada rakyat melalui pembangunan infrastruktur, program pemerkasaan sosial seperti Program i-Sejahtera dan pengurusan bencana serta pelbagai inisiatif pembangunan negeri yang memberi manfaat langsung kepada kesejahteraan rakyat.

Hasil tambahan tersebut tidak diperuntukkan kepada satu inisiatif khusus, sebaliknya akan disalurkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Negeri dan dimanfaatkan secara strategik berdasarkan keutamaan semasa Kerajaan Negeri. Dalam masa sama, Kerajaan Negeri kekal komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat serta daya tahan ekonomi negeri terus terpelihara.

Hasil tambahan ini juga berpotensi menyokong pelaksanaan langkah-langkah bersasar seperti inisiatif kecekapan tenaga dan kelestarian, sokongan kepada sektor industri serta perusahaan kecil dan sederhana, serta program pembangunan ekonomi serta pelaburan bernilai tambah tinggi.

Pendekatan ini adalah selaras dengan prinsip pengurusan fiskal berhemah yang mana setiap hasil yang diperoleh bakal dimanfaatkan secara optimum bagi memastikan kestabilan kewangan negeri tanpa membebankan rakyat.

Seterusnya Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang (PIFC) yang sudah pun diberi jawapan dan kita berharap bahawa perunding antarabangsa yang dilantik akan dapat menyediakan kertas putih, pelan strategik dan pelan tindakan yang komprehensif supaya kita dapat kemukakannya kepada Kerajaan Persekutuan sebagai langkah merealisasikan penubuhan PIFC secara lebih tersusun dan mampan. Kita jangka laporan ini dapat disiapkan dalam lingkungan tiga bulan dan selepas itu kita akan kemukakan kepada Kerajaan Persekutuan.

Seterusnya Dana Pelaburan Strategik Negeri Pulau Pinang. Terima kasih kepada cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bukit Tengah berhubung penubuhan Dana Pelaburan Strategik Negeri Pulau Pinang bernilai RM1bilion sebagai satu langkah proaktif untuk memperkukuh daya tahan ekonomi negeri dalam jangka panjang. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa dana pelaburan strategik perlu diurus secara profesional, telus, berintegriti, diaudit secara berkala dan bebas daripada sebarang campur tangan demi memastikan keyakinan pelabur serta keberkesanan tadbir urus.

Oleh yang demikian, cadangan ini perlu diteliti dan akan diteliti secara menyeluruh dengan mengambil kira aspek kewangan, perundangan, tadbir urus dan impak jangka panjang kepada kedudukan fiskal negeri agar sebarang pelaksanaan dapat memberi manfaat optimum kepada rakyat dan ekonomi Pulau Pinang secara keseluruhannya.

Pentadbiran Tanah. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, isu semakan cukai pada ketika ini telah menjadi antara perkara utama yang dibahaskan. Justeru, izinkan saya memberi penjelasan secara ringkas namun menyeluruh memandangkan perkara ini juga telah diperjelaskan melalui jawapan bertulis dan jawapan lisan sebelum ini.

Justifikasi semakan cukai. Semakan kadar cukai tanah tahun 2026 dilaksanakan berasaskan keperluan untuk menstruktur semula sistem percukaian tanah Negeri Pulau Pinang yang tidak disemak sejak tahun 1994 agar lebih moden, tersusun, telus dan adil selaras dengan perkembangan pesat ekonomi, sosial serta pembangunan negeri.

Semakan ini bukan suatu kemahuan politik, sebaliknya merupakan satu keperluan yang mesti dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan fiskal Kerajaan Negeri untuk jangka panjang. Hakikatnya, selepas hampir 32 tahun tanpa semakan, Kerajaan Negeri mengambil satu langkah yang jelas tidak popular dan bukan sesuatu yang digemari oleh mana-mana pihak. Namun, mesti ada sebab mengapa Kanun Tanah Negara sendiri memperuntukkan keperluan supaya semakan cukai tanah dibuat secara berkala setiap 10 tahun. Harap mulai dengan 2026 ini, semakan cukai tanah boleh dibuat setiap 10 tahun selari dengan Kanun Tanah Negara.

Dalam tempoh tiga lebih tiga dekad, Pulau Pinang telah berubah menjadi sebuah negeri berindustrian dan pembandaran maju dengan pembangunan infrastruktur yang menyeluruh. Namun, struktur cukai tanah masih menggunakan asas dan klasifikasi lama yang tidak lagi mencerminkan keadaan semasa.

Semakan ini turut mengambil kira keperluan untuk menyeragamkan kadar cukai antara kawasan bandar dan desa, khususnya bagi kawasan yang telah lama membangun seperti Bayan Baru, Bukit Jambul, Seberang Jaya, Bertam dan Bandar Cassia tetapi masih dikenakan kadar tanah desa yang lebih rendah. Kerajaan Negeri juga telah mempermudah struktur percukaian dengan mengurangkan pelbagai pecahan kategori lama kepada sistem yang lebih jelas berasaskan kegunaan tanah, keluasan lokasi dan kadar yang diwartakan. Selain mengambil kira amalan serta kadar di negeri-negeri lain sebagai penanda aras supaya kadar yang ditetapkan kekal kompetitif dan seimbang.

Pada masa sama, semakan ini juga merupakan proses pengemaskinian dan pemutihan data tanah secara menyeluruh selepas perubahan sistem pentadbiran tanah daripada manual kepada sistem berkomputer, termasuk membetulkan ketidakselarasan maklumat hak milik serta kegunaan tanah yang berlaku sejak sekian lama. Proses semakan cukai ini telah menemui 11,263 hak milik atau akaun cukai bermasalah, hak milik bertindih dua akaun cukai aktif untuk hak milik yang sama dan hak milik tersalah daftar daerah dan lain-lain.

Semakan ini amat penting khususnya melibatkan tanah-tanah first grade condition A, B dan C yang tidak mempunyai kategori dan syarat nyata tanah yang jelas sehingga menyebabkan berlakunya perubahan penggunaan tanah tanpa rekod yang tepat serta mengakibatkan ketirisan hasil negeri. Melalui semakan ini, kadar cukai ditentukan berdasarkan kegunaan semasa tanah supaya wujud keadilan dan kesaksamaan kepada semua pemilik tanah tanpa diskriminasi.

Walaupun terdapat kes kenaikan yang ketara, khususnya melibatkan tanah yang sebelum ini dikenakan kadar pertanian atau desa walaupun digunakan bagi tujuan komersial atau industri, pelaksanaan kadar baharu ini sebenarnya memastikan semua pemilik tanah membayar cukai berdasarkan penggunaan sebenar dan tahap pembangunan semasa negeri. Selain memperkukuh hasil negeri secara lebih mampan untuk jangka panjang, semakan ini juga membolehkan sistem cukai tanah Pulau Pinang menjadi lebih telus, tersusun dan kekal relevan sekurang-kurangnya bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod, 89 peratus akaun cukai tanah adalah berjumlah di bawah RM500 seperti saya terangkan kelmarin. Statistik ini jelas menunjukkan bahawa majoriti atau sebahagian besar pemilik tanah di Pulau Pinang masih membayar cukai tanah pada kadar yang rendah dan munasabah walaupun selepas semakan tahun 2026 dilaksanakan. Saya mengkongsikan carta semalam dan saya menerangkan seterusnya, bagi kadar cukai kurang dari RM200 melibatkan 72 peratus, dari RM201 ke RM500, 17 peratus, dari RM501 ke RM1,000, 4 peratus, dari RM1,001 ke RM5,000, 5 peratus dan melebihi RM5,000 cukai melibatkan 2 peratus dari semua akaun cukai di Negeri Pulau Pinang.

Dan bagi yang kurang dari RM200, keperincian data menunjukkan ada 50,000 akaun yang sebenarnya membayar minimum RM50 sahaja. Jadi statistik ini menunjukkan bahawa ini adalah sebelum rebat. Bayangkan kalau setelah rebat, ini menunjukkan satu keadaan yang kita faham bahawa bagi golongan-golongan tertentu ada kenaikan yang tinggi tetapi bagi keseluruhannya ianya adalah secara berhemah.

Perbandingan antara negeri. Saya juga dalam jawapan hari ini telah memberi maklumat di mana kita banding dengan negeri-negeri lain dan mendapati semakan kadar cukai tanah di Pulau Pinang sebenarnya dibuat secara berhati-hati dengan mengambil kira amalan dan struktur percukaian negeri-negeri yang lain sebagai penanda aras supaya kadar yang ditetapkan kelak kekal kompetitif, seimbang dan tidak membebankan rakyat secara tidak munasabah.

Sebagai makluman, Pulau Pinang merupakan antara negeri yang paling lama tidak membuat semakan kadar cukai tanah iaitu hampir 32 tahun sejak 1994, berbanding Selangor yang menyemak pada tahun 2003 dan dipinda semula pada 2016, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2006, Pahang 2019, Johor 2020 dan Melaka 2024. Malah kadar cukai selepas semakan di Pulau Pinang masih setanding atau lebih rendah berbanding beberapa negeri maju yang lain, khususnya bagi kategori komersial dan industri. Ini menunjukkan bahawa semakan yang dibuat bukanlah keterlaluan, sebaliknya satu pelarasan yang munasabah dan selaras dengan kedudukan Pulau Pinang sebagai negeri maju yang telah lama tidak menyemak struktur cukai tanahnya.

Kerajaan Negeri menegaskan bahawa semakan cukai tahun 2026 dilaksanakan secara berhati-hati, terancang dan mengikut prosedur yang sewajarnya melalui pelbagai peringkat penelitian, libat urus serta kelulusan rasmi sepanjang hampir dua tahun.

Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, sehingga 13 hari bulan Mei 2026, jumlah kutipan cukai tanah berbanding tempoh yang sama pada tahun 2025 adalah seperti berikut, 2025, setakat tempoh yang sama, yang bayar 234,092 akaun berjumlah RM75.58juta. Manakala bagi tahun 2026 selepas semakan ini, yang bayar dalam tempoh yang sama kurang sedikit tetapi mencecah 222,513 akaun dan cukai yang dikutip adalah RM108.80juta.

Ini bermaksud dari 300,000 yang membayar tahun lepas setakat ini, sudah 222,000 yang membayar dan kita ada tempoh yang panjang lagi untuk membayar dan ini menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya bagi yang sudah membayar, mereka menerima kadar cukai yang dikenakan.

Kerajaan Negeri juga bercadang, satu soalan yang timbul dalam perbahasan adalah sama ada akan meneruskan pemberian rebat cukai tanah dan sebenarnya pada tahun lepas kita pun sudah mengumumkan rebat akan diberikan untuk tiga tahun. Pertamanya kita umumkan bagi tahun ini, kita memberikan rebat 32.5 peratus, tetapi kita naikkan kepada 50 peratus dan untuk tahun kedua 2027 dan tahun ketiga 2028, kita pun sudah umumkan 20 peratus rebat akan diberikan. Tetapi kita akan meneliti dan menetapkan bagi tahun-tahun yang seterusnya kadar peratusan yang akan dimuktamadkan kemudian.

Isu hak milik pajakan itu pun saya pun sudah jelaskan pagi tadi, tetapi dengan angka yang lebih tepat yang juga dibangkitkan oleh Seberang Jaya. Bilangan hak milik pajakan atau leasehold berjumlah lebih kurang RM34,000.00 sahaja atau kurang dari 10% berbanding hak milik kekal. Berdasarkan rekod di Pengarah Tanah dan Galian, bilangan hak milik pajakan dengan tempoh kurang 10 tahun adalah berjumlah 805 sahaja. Kerajaan Negeri pada masa ini telah menyediakan satu dasar pelanjutan tempoh pajakan yang komprehensif, adil dan berkebajikan kepada semua pemilik tanah berstatus pajakan negeri dan pajakan mukim. Melalui dasar sedia ada, pemilik tanah kategori kediaman dan pertanian diberikan diskaun premium sehingga 90 peratus manakala kategori perniagaan diberikan diskaun sebanyak 80 peratus dan bagi industri pula diberi diskaun antara 30 peratus hingga 75 peratus tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Bagi tanah yang telah tamat tempoh pajakan pula. Sepatutnya boleh Kerajaan Negeri ambil baliklah tanah dan apa bangunan pun tetapi kerajaan ini masih membenarkan permohonan dan akan ditimbangkan melalui kaedah pemberimilikan semula dan dalam kes ini kita kurangkan sedikitlah diskaun. Dari 90 peratus bagi kategori yang sudah tamat, kita kenakan diskaun atau kita bagi diskaun 80 peratus. Maka kita tak merampas tanah sewenang-wenangnya. Masih diberi peluang, sudah tamat, masih kita terima permohonan sejak tahun 2024 tetapi bukan ramai atau banyak yang pohonlah.

Dari tahun 2024 sebanyak 232 permohonan pelanjutan tempoh pajakan telah diterima dan diproses oleh Kerajaan Negeri. Ini menunjukkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan pemilik tanah pajakan terus mendapat manfaat serta jaminan pegangan tanah. Sebagai makluman juga, dasar pemberimilikan tanah secara pegangan selama-lamanya atau freehold oleh Kerajaan Negeri pada masa ini dilaksanakan secara terhad dan tertakluk kepada pertimbangan khusus di bawah pekeliling Pengarah Tanah dan Galian iaitu dalam keadaan-keadaan tertentu yang mempunyai justifikasi dan merit yang kukuh.

Seterusnya pengurangan bayaran LPS dan bayaran khas. Menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sungai Puyu. Bayaran khas yang dikenakan ke atas sesuatu permohonan LPS lazimnya melibatkan kes pendudukan tanah secara tanpa kebenaran. Sebelum permohonan dibuat, sudah duduk di sana tanpa kelulusan 10, 20 tahun katakan. Maka dalam keadaan ini, sebelum kita luluskan atau apabila kita luluskan, kita juga kenakan satu bayaran khas untuk kutip balik tempoh yang pemohon duduk secara tak sah. Kalau kata 10 tahun sudah duduk sana tanpa LPS, maka kita kira baliklah. Kalau kita kenakan 250, maka darab dengan 10 tahun, dia akan dikenakan satu bayaran khas RM2,500.00 supaya ini adil kepada kerajaan yang tidak mendapat hasil kerana menduduki tanah itu secara tidak sah. Saya rasa faham ha.

Sungai Puyu juga bangkitkan LPS bagi Persatuan Bomba Sukarela Pematang Pauh dan persatuan ini diluluskan LPS bagi tujuan pejabat operasi dan tempat menyimpan kereta bomba sukarela berkeluasan 780 meter persegi bermula tahun 2022 dan kadar bayaran sebanyak RM1,200.00 setahun berdasarkan kepada kadar kaedah Tanah Pulau Pinang. Bayaran LPS ini juga telah dijelaskan sejak tahun 2022 hingga 2026. Selain PBS Pematang Pauh, ada beberapa lagi PBS yang menduduki tanah kerajaan bagi tujuan operasi dan simpanan aset secara LPS. Ini pun Kerajaan Negeri telah buat keputusan beberapa tahun dahulu dalam kes-kes sedemikian mereka digalakkan untuk buat permohonan supaya mereka boleh beroperasi secara sah dengan LPS yang dapat kita keluarkan. Sebarang permohonan kurang atau pengecualian bayaran akan dipertimbangkan secara case-by-case basis.

Isu rampasan tanah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan Sungai Dua. Kerajaan Negeri merekodkan sebanyak...

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Ya. Yang Berhormat.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Sila.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Ya, sebelum pergi ke itu kes rampasan tanah. Tadi Yang Amat Berhormat ada sebut berkaitan dengan diskaun yang diberikan untuk tanah yang telah luput pajakan dan memohon untuk pelanjutan tempoh. Tadi Yang Berhormat sebut bahawa diskaun sebanyak 90 peratus tetap diberikan. Saya ada kes di Kampung Selamat di mana aduan dibuat bahawa rayuan atau permohonan mereka untuk diskaun sedemikian tidak diluluskan. Bolehkah, adakah perkara ini dasar atau mungkin saya boleh rujuk kepada Yang Amat Berhormat.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Kes ini boleh dirujuk. Mesti ada sebab, ada kes-kes tertentu mereka tak layak. Ada ada sebabnya, kita akan maklumkan apa sebab sebenar dalam kes-kes yang berkaitan. So, bagi meneruskan kes-kes rampasan tanah, kita rekodkan sebanyak 413 kes berlucut hak tanah bagi tempoh tahun 2020 hingga Disember 2025. Manakala tiada tindakan berlucut hak dilaksanakan pada tahun 2026 setakat ini.

Sebagai makluman kepada Dewan yang Mulia, tindakan berlucut hakkan merupakan satu mekanisme penguatkuasaan yang amat suka oleh Pinang Tunggal lah, selalu cakap tentang penguatkuasaan, yang diperuntukkan di bawah Kanun Tanah Negara terhadap pemilik tanah yang mempunyai tunggakan cukai tanah melebihi RM3,000.00 atau tertunggak melebihi tempoh lima (5) tahun. Tanah-tanah yang terlibat kebanyakannya terdiri daripada projek perumahan terbengkalai, bangunan perniagaan terbiar, kawasan semak semak samun dan tanah lapang yang tidak diuruskan serta melibatkan pemilik atau pemaju yang telah gulung tikar atau diisytiharkan bankrap. Kadangkala ada dalam kebenaran merancang itu disyaratkan pemaju serah tanah lapang kepada Majlis, tetapi tidak diserahkan, tetapi geran itu sudah pun dikeluarkan atas nama pemaju. Pemaju tak tak serah, tak habiskan prosedurlah. Maka kekal dalam rekod pemaju yang masih milik tanah-tanah kosong ini dan mungkin dia pun tak tahu dan dia tak bayar. Jadi ada beberapa kes sedemikian di mana kita ambil baliklah tanah-tanah lapang yang tidak membayar cukai berkaitan.

Tindakan ini bukan dilaksanakan secara sewenang-wenangnya, sebaliknya sebagai langkah penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan kepada undang-undang tanah serta mengelakkan tanah terbiar terus memberi kesan negatif kepada pembangunan dan persekitaran. Ada statistik di sini bagi 2020 hingga 2025 kes-kes yang berlaku, SPU - 96, SPS - 114, SPT - 56, Timur Laut - 71 dan Barat Daya - 76.

Seterusnya Dato’ Seri Yang di-Pertua. Isu berhubung dengan Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC. Tatakelola Perbadanan Ketua Menteri (CMI). Saya ingin merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua dan Yang Berhormat Seberang Jaya berkaitan audit hasil dan geran peruntukan CMI. Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang atau CMI telah ditubuhkan di bawah Enakmen Ketua Menteri Pemerbadanan Pulau Pinang tahun 2009. Di bawah enakmen asal tersebut, CMI sebenarnya berfungsi sebagai sebuah unit yang dikawal selia di bawah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri atau BPEN dan tidak diperuntukkan kuasa untuk membuka akaun berasingan, menyediakan penyata kewangan sendiri atau melaksanakan pengauditan secara berasingan.

Pengurusan kewangan, bajet pengurus dan hasil CMI ketika itu berada di bawah kawal selia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sehubungan itu, semua urusan berkaitan kewangan, perolehan, tadbir urus dan sumber manusia tertakluk sepenuhnya kepada peraturan kewangan, pekeliling dan prosedur yang diguna pakai oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Kalau tanya saya, saya pun tak boleh jawab sebab ini berada dalam Enakmen 2009.

Selain itu, CMI juga tertakluk kepada Pemantauan Audit Dalaman Pejabat Setiausaha Kerajaan. Manakala semua kutipan hasil dilaporkan kepada Bendahari Negeri dan dipantau oleh Jabatan Kewangan Negeri (JKN). Justeru, isu berkaitan ketidakadaan laporan tahunan dan penyata kewangan berasingan adalah disebabkan tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan perkara tersebut di bawah enakmen CMI tahun 2009. Tetapi Kerajaan Negeri telah meneliti dan mendapat tau ada yang tak betul, maka pada tahun 2021 kita membawa pindaan kepada Enakmen Ketua Menteri Pemerbadanan Pulau Pinang bagi membolehkan CMI beroperasi sebagai sebuah entiti perbadanan yang mempunyai kuasa melantik kakitangan sendiri, menyediakan akaun berasingan serta melaksanakan pengauditan secara rasmi.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan pengasingan operasi, pembangunan sistem perakaunan dan pengambilan tenaga kerja tidak dapat dilaksanakan serta-merta berikutan kekangan semasa pandemik COVID-19 serta implikasi kos tambahan yang diperlukan bagi proses penstrukturan semula organisasi. Sepanjang tempoh 2022 hingga 2024, operasi CMI hanya disokong oleh seramai 12 kakitangan sahaja. Bagi memastikan kesiapsiagaan operasi CMI sebagai badan berkanun sepenuhnya, Mesyuarat Lembaga Pengarah CMI Bilangan 1/2026 telah meluluskan pengisian 35 jawatan kritikal secara berperingkat sehingga tahun 2026. Jawatan utama adalah seperti akauntan, penolong akauntan, pegawai sumber manusia dan pegawai undang-undang telah disandang bagi membolehkan penyediaan penyata kewangan, pengurusan sumber manusia, tadbir urus organisasi diperkukuh, manakala juruaudit dijadualkan melapor diri pada 3 haribulan Jun ini. Sebelum ini tak adalah.

Selaras dengan keperluan enakmen yang dipinda, beberapa jawatankuasa tadbir urus telah ditubuhkan di bawah CMI. Antaranya Jawatankuasa Kewangan, Sumber Manusia, Audit Dalaman, Perolehan, Pelaburan Strategik, Pemantauan Projek. Di samping itu, Kerajaan Negeri turut menubuhkan Jawatankuasa Tatakelola GLC di bawah CMI yang dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pembangunan bagi memperkukuh pemantauan dan tadbir urus GLC. Melalui pindaan Seksyen 5L Enakmen 2021 memperuntukkan bahawa akaun CMI hendaklah diaudit setiap tahun oleh Ketua Audit Negara dan laporan audit tersebut dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri serta dibentangkan dalam Dewan yang Mulia ini. Sehubungan itu, CMI akan mula operasi secara berasingan mulai 1 Julai tahun ini. Bagi tempoh peralihan sehingga Disember 2026, semua hasil CMI masih akan disalurkan ke Akaun Bendahari Negeri manakala mulai Januari 2027, hasil tersebut akan dikreditkan terus ke akaun CMI. Itu jadi…. (gangguan)

Yang di-Pertua (Speaker)

CMI ada?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

CMI?

Yang di-Pertua (Speaker)

CMI ada?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Ada.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada. Bukan penguruslah.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Timbalan dia.

Yang di-Pertua (Speaker)

Nasib baik ada.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Nasib baik ada. Bisa diatur. (Ketawa). Tapi Pengerusi ada. (Ketawa).

Yang di-Pertua (Speaker)

Pengerusi selamatkan you all.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Sebagai maklumat Dewan yang Mulia ini, sebenarnya walaupun tak ada apa-apa yang saya sebutkan tadi, CMI telah menyalurkan hasil kepada Kerajaan Negeri bagi tempoh tahun 2013 hingga 30 April 2026 berjumlah RM266.8 juta. Itulah hasil yang diperolehi melalui usaha CMI.

Bukhori Bin ZakariahPAS · PNPinang Tunggal

RM3 bilion?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

RM266.8 juta. Milion, tak sampai bilion pun, apa lagi trilion.

Yang di-Pertua (Speaker)

0.266 billion lah.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Kerajaan Negeri juga akan menyediakan geran sokongan kepada CMI bagi memastikan kestabilan kewangan organisasi dalam tempoh awal operasi sebagai entiti berasingan. Memandangkan peralihan penuh CMI sebagai badan berkanun hanya berkuat kuasa pada 1 Julai tahun ini, laporan kewangan bagi tahun tersebut akan disediakan bagi tempoh enam (6) bulan berakhir 31 Disember 2026 untuk tujuan pengauditan oleh Ketua Audit Negara. Laporan kewangan tersebut seterusnya dijangka akan dibentang dalam Dewan Undangan Negeri pada tahun 2027. Maka dengan penjelasan yang panjang lebar ini, saya harap Ahli-ahli Dewan memahamilah operasi CMI selama ini.

Seterusnya, GLC Negeri. Semasa sesi perbahasan, beberapa Yang Berhormat telah membangkitkan isu berkaitan GLC Negeri. Sebagai makluman, CMI merupakan pemegang saham penuh atau majoriti bagi semua GLC kecuali George Town Conservation and Development Corporation (GTCDC) yang dimiliki secara bersama antara CMI dan Think City Sdn. Bhd. dengan pegangan 50-50.

Merujuk kepada perbahasan Yang Berhormat Sungai Dua, penetapan emolumen pengurusan tertinggi dibuat secara dalaman berdasarkan struktur skala gaji dan tertakluk kepada pertimbangan serta kelulusan Lembaga syarikat masing-masing. Penetapan tersebut mengambil kira aspek tadbir urus, kedudukan kewangan dan prestasi semasa syarikat serta keperluan organisasi. Penilaian emolumen juga dibuat berdasarkan skop tugas, tahap tanggungjawab jawatan, kemampuan kewangan negeri dan penanda aras industri yang berkaitan.

Mulai tahun 2025, semua GLC digalakkan menyediakan pelan penjanaan hasil serta mendapatkan sekurang-kurangnya 50 peratus sumbangan melalui model Public Private Partnership (PPP) dan pendekatan matching grant bagi pelaksanaan program dan projek. Program dan projek yang dilaksanakan oleh GLC bukan berorientasikan keuntungan semata-mata, sebaliknya memberi fokus kepada pembangunan sosioekonomi serta kesejahteraan rakyat melalui pendekatan yang lebih strategik dan terselaras.

Walau bagaimanapun, terdapat tiga (3) GLC yang telah mula menjana hasil melalui pendekatan PPP iaitu dengan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan GLC untuk negeri-negeri lain dari Pulau Pinang atau agensi Kerajaan Persekutuan. Antaranya Digital Penang, Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dan Penang Science Cluster.

Sebagai makluman Dewan yang Mulia ini, kita dapat GLC-GLC Negeri seperti berikut: Invest-in-Penang Berhad yang berfungsi sebagai badan menarik pelaburan asing dan FDI melalui promosi pelaburan strategik, fasilitasi pelabur serta jaringan industri. Kita ada Digital Penang yang diberi tanggungjawab mempercepatkan agenda pendigitalan negeri melalui pembangunan ekosistem digital dan inovasi teknologi termasuk menjalankan program-program di lapangan untuk memperkasakan literasi digital dan melahirkan lebih banyak start-up dalam bidang digital ekonomi serta kesiapsiagaan Pulau Pinang ke arah ekonomi digital selain dari industri E&E.

Kita ada Penang Infrastructure Corporation Sdn. Bhd. yang menyelaras pembangunan infrastruktur strategik termasuk projek Penang South Island dan Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang. Kita ada Penang Halal International Sdn. Bhd. bagi memperkukuh kedudukan Pulau Pinang dalam industri halal global melalui penganjuran PIHEX di samping membantu usahawan tempatan memperluaskan akses pasaran eksport dan peluang perniagaan antarabangsa.

Penang FC Sdn. Bhd. juga di bawah Kerajaan Negeri dan Yang Berhormat sudah pun merasa bangga dengan pencapaian suku pertama 2026 apabila kita buat pertama kalinya dalam sejarah layak ke piala cabaran dan muncul sebagai naib juara setelah 24 tahun. Kita ada Penang Agrotech Sdn. Bhd. di mana Yang Berhormat Sungai Acheh pun memaklumkan bahawa projek yang terkini iaitu Durian Valley@Relau itu akan diletak di bawah Penang Agrotech Sdn. Bhd. apabila siap.

Kita ada Penang Green Council yang diberi tanggungjawab memperkasa agenda kelestarian negeri melalui pelbagai inisiatif termasuk Program Kecemerlangan Hotel Hijau Pulau Pinang, kempen dan program kesedaran alam sekitar, pengurangan sisa seperti I am EcoChamps, pembangunan ekosistem industri hijau melalui Penang Green Industry Fund serta Climate Mitigation Fund, selain memperkukuh pendidikan alam sekitar dan amalan lestari dalam kalangan masyarakat, sekolah dan industri di Pulau Pinang.

Kita ada satu GLC yang baharu, Penang Waste Management Corporation yang ditubuhkan dengan tujuan apabila Akta 672 (Pengurusan Sisa Pepejal) kita terima pakai Akta ini, maka syarikat Waste Management Corporation ini akan memainkan peranan untuk memacu pembangunan ekonomi hijau, pengurusan sisa dengan mampan dan agenda kelestarian negeri.

Kita ada Penang Global Tourism Sdn. Bhd. saudara Yang Berhormat Paya Terubong sudah berhujah dengan panjang lebar, saya tak perlu ulangkan. Kita ada Penang Convention and Exhibition Bureau (PCEB) juga banyak dikongsikan pencapaian. Kita ada Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang. Kita ada Perbadanan Belia Pulau Pinang. Kita ada Penang Harmony Corporation iaitu satu badan khusus yang berperanan memperkukuh perpaduan masyarakat berteraskan keharmonian sosial melalui pelaksanaan dialog antara agama dan program keharmonian di Negeri Pulau Pinang serta bertindak sebagai agensi pelaksana hal ehwal bukan Islam di Negeri Pulau Pinang.

George Town Conservation and Development Corporation (GTCDC) sebenarnya adalah satu kolaborasi antara CMI dengan Think City untuk melaksanakan projek-projek yang digariskan dalam George Town World Heritage Site Special Area Plan. Kita ada George Town Heritage Incorporated yang menjadi badan berperanan memelihara warisan sejarah dan budaya negeri selaras dengan status Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town. Penang Tech Centre, Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri II telah mengkongsikan beberapa pencapaian. Penang STEM Sdn. Bhd. dan Penang Science Cluster.

Kesemuanya 18 GLC Negeri yang masing-masing memainkan peranan bagi memperkukuhkan ekosistem ekonomi Pulau Pinang melalui usaha menarik pelaburan, menjana pertumbuhan ekonomi, memperkasa pembangunan sosial serta menyokong agenda pembangunan mampan negeri. Kesemua inisiatif dan pencapaian GLC Negeri turut menyokong aspirasi Visi Penang2030.

Yang terkini, bagi memperkukuh penyelarasan dan tadbir urus GLC, Kerajaan Negeri melalui CMI sedang melaksanakan kajian menyeluruh ke atas semua GLC dengan kerjasama pakar perunding yang kita lantik iaitu USAINS Holding Sdn. Bhd. bagi membuat kajian kepada aspek tadbir urus korporat, transformasi perniagaan, ekonomi digital dan amalan kelestarian. Untuk kajian ini bertempoh satu (1) tahun dan ketika ini kajian ini berada di peringkat laporan interim dan dapatan kajian akan dibentang kepada Lembaga Pengarah CMI serta kepada EXCO Kerajaan Negeri bagi tujuan penambahbaikan dasar, pengukuhan tadbir urus dan keberkesanan pengoperasian GLC Negeri.

Projek Akademi Badminton yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Air Itam. Ianya adalah satu (1) projek yang melibatkan CMI dan PGBC Sdn. Bhd. di mana dilaksanakan melalui kaedah PPP dan Build-Operate-Transfer (BOT) berdasarkan perjanjian konsesi yang dimeterai pada 27 Disember 2023 bagi pembangunan Kompleks Akademi Badminton dan komponen komersial sokongan di lot PT214 dan PT217, Seksyen 8 Bandar George Town. Di bawah perjanjian tersebut, pihak PGBC bertanggungjawab mendapat semua kelulusan termasuk Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan dalam tempoh ditetapkan. Namun begitu, pihak pemaju gagal memenuhi milestone utama pembangunan ini serta mengemukakan cadangan yang tidak selaras dengan skop asal perjanjian walaupun telah diberi peringatan dan tempoh munasabah untuk pematuhan.

Sehubungan itu, selaras dengan perjanjian konsesi, CMI telah melaksanakan hak penamatan secara sah dan teratur berdasarkan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah CMI Bilangan 1/2026 demi melindungi kepentingan Kerajaan Negeri dan kepentingan awam. CMI juga berhak mengambil tindakan lanjut termasuk penguatkuasaan hak kontrak dan tuntutan remedi sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap keputusan penamatan tersebut.

Sementara itu, Kerajaan Negeri akan menimbang cadangan baharu bagi tapak tersebut dan penggunaan sementara telah diluluskan kepada Prasarana Malaysia Berhad sebagai depoh operasi untuk tempoh tiga (3) hingga lima (5) tahun dan ini juga dapat menjana sedikit hasil kepada pihak CMI. Isu pembangunan perumahan di Sungai Dua, Timur Laut, bukan Sungai Dua SPU yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Uban berkaitan pembangunan perumahan di Sungai Dua melibatkan lot yang dimiliki oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan atau SSI. Status projek ini telah pun dijelaskan oleh Yang Berhormat EXCO Perumahan dan Alam Sekitar semasa sesi penggulungan beliau. Mengikut perjanjian tahun 1991, Kerajaan Negeri telah meluluskan pembangunan oleh Hamna Sendirian Berhad dan masih terdapat komponen yang belum disiapkan, iaitu pasar awam dan pusat penjaja. Sehubungan itu, pihak pemaju telah diberikan development rights di baki tanah tersebut dalam, bagi pelaksanaan projek rumah mampu milik. Walau bagaimanapun, selepas tempoh yang panjang susulan kes arbitration, kes ini sampai ke arbitration dan diputuskan sedemikian, pihak pemaju masih belum memuktamadkan pelantikan rakan pemaju dan cadangan balas juga masih belum diterima oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2024. Justeru, Kerajaan Negeri sedang meneliti sama ada projek ini akan diteruskan oleh Hamna atau dibuka kepada pemaju lain yang berminat. Keputusan akan dibuat dalam tempoh terdekat sementara memberi ruang kepada pihak pemaju untuk kemukakan maklum balas.

Isu seterusnya, cadangan pembangunan bercampur di Lot 642, sounds familiar. Bandar Gelugor. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua, Seri Delima dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain berkaitan pembangunan bercampur di Lot 642, Bandar Gelugor.

Sebagai makluman, isu-isu perancangan sudah pun dijelaskan oleh Yang Berhormat Jawi. Saya cuma menyentuh tentang perjanjian di antara pihak Kerajaan Negeri dengan syarikat yang dilantik. Kerajaan Negeri melalui CMI telah diberi tanggungjawab untuk membangunkan aset strategik negeri secara terancang dan telus melalui proses RFP terbuka yang diluluskan oleh Lembaga Perolehan Negeri. Pada 18 Disember 2025, Perjanjian Pemberian dan Pembangunan ataupun Purchase and Development Agreement (PDA) telah dimeterai dan sehingga kini bayaran sebanyak 20 peratus telah diterima oleh Kerajaan Negeri.

Walau bagaimanapun, perjanjian tambahan masih belum ditandatangani kerana masih tertakluk kepada kelulusan Kebenaran Merancang oleh MBPP. Sebarang pembangunan masih tertakluk kepada pertimbangan teknikal dan kelulusan Kebenaran Merancang oleh MBPP. Susulan sesi libat urus MBPP, pihak pemaju memaklumkan sedang mengkaji semula komponen pembangunan. Kerajaan Negeri juga menegaskan bahawa mana-mana pembangunan yang tidak memenuhi dasar guna tanah, kepentingan awam, keperluan teknikal atau prinsip pembangunan mampan, boleh diteliti semula, ditangguh atau tidak diteruskan. Justeru, Kerajaan Negeri juga berharap cadangan pembangunan tersebut dapat mengambil kira permintaan penduduk Gelugor dengan menitikberatkan elemen pembangunan mampan serta penyediaan kawasan riadah dan kawasan lapang untuk kegunaan penduduk sekitar.

Seterusnya, InvestPenang. Kerajaan Negeri mengambil serius segala teguran... (gangguan).

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Minta laluan sikit. Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Berkenaan dengan tanah di Sungai Dua tu, saya berharap bahawa isu ini telah berlanjutan dengan lebih lama, sudah lebih 35 tahun dan beberapa ADUN juga telah bergilir-gilir. Dan saya diberikan mandat untuk menyelesaikan isu ini dan saya berharap Kerajaan Negeri akan mengambil alih dan juga membuka RFP untuk pihak-pihak yang berminat untuk mengambil bahagian. Tetapi saya minta untuk mengekalkan komponen pembangunan rumah mampu milik kerana di kawasan Batu Uban ni kita kekurangan rumah mampu milik. Terima kasih.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Yang Berhormat, sedikit. Saya satu persoalan yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tadi. Adakah kita ada rekod sejarah di mana Kerajaan Negeri telah menunda ataupun membatalkan projek yang dilihat sebagai tidak mampan seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tadi. Terima kasih. Maksud saya, refer untuk kes Gelugor, ada tak sebelum-sebelum ni kes kita membatalkan mana-mana projek yang dilihat tidak mampan dan kita membatalkan projek tersebut. Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Untuk menjawab cadangan pembangunan Gelugor, ini diutarakan oleh pemaju sendiri untuk melihat semula. Kita tunggu keputusan pemaju dan ianya semestinya melibatkan perjanjian yang sudah ditandatangani. Bagi Hamna di kawasan Batu Uban pula, kita perlu meneliti perjanjian sebelum kita dapat buat satu keputusan.

Balik ke InvestPenang. Kerajaan Negeri mengambil serius segala teguran dan pandangan yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara berhubung aspek tadbir urus dalam InvestPenang dan melihatnya sebagai sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan terhadap tadbir urus, integriti serta keberkesanan organisasi. Walau bagaimanapun, kita juga mengambil maklum bahawa laporan Ketua Audit Negara sendiri turut mengiktiraf bahawa objektif penubuhan InvestPenang telah tercapai melalui prestasi aktiviti promosi pelaburan dan perkhidmatan fasilitasi pelabur yang dilaksanakan.

Berhubung dengan isu tadbir urus, langkah penambahbaikan telah dan sedang diambil termasuk pembangunan board charter yang diselaras di peringkat negeri melalui CMI, penyeragaman format laporan misi pelaburan luar negara serta penambahbaikan prosedur dalaman organisasi seperti apa yang diperhatikan oleh Laporan Audit Negara. Penjelasan juga telah diberikan bahawa peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak Ringgit Malaysia, saya pun sudah jelaskan kepada Kebun Bunga, bahawa RM18.5 juta yang diperuntukkan kepada InvestPenang sebenarnya adalah untuk empat (4) tahun lebih, bukan satu (1) tahun ya. Dan perbelanjaan bagi 16 misi pelaburan luar negara berjumlah setengah juta ringgit untuk 16 misi pelaburan. Sememangnya kita, saya pun pernah ikut satu dua misi yang dianjurkan oleh InvestPenang, maka kita memang travel light, stay as short as possible, dan habis kerja dan terus balik. Itu, itu pendekatan yang kita buatlah. Okey, yang lain adalah details-details yang boleh didapati.

Mengenai isu imbuhan kakitangan, ingin dijelaskan bahawa sejak penubuhan, gaji dan terma perkhidmatan kakitangan termasuk CEO telah dilulus oleh Executive Committee Board selaras dengan struktur pentadbiran dan tatakelola yang diamalkan pada ketika itu. Perkara ini bukanlah sesuatu yang disembunyikan kerana maklumat berkaitan telah dijelaskan secara terbuka semasa persidangan DUN pada tahun 2025, November dan pun ada keratan akhbar. Berhubung dengan dakwaan pertindihan fungsi antara InvestPenang serta MIDA, dan Batu Lancang mengesyorkan bubarkan InvestPenang, saya harap Yang Berhormat timbang semulalah (ketawa). Setelah dengar keterangan ini, boleh tukar fikiran. Kita ingin tegaskan di sini bahawa kedua-dua agensi ini sebenarnya memainkan peranan yang saling melengkapi dan bukannya bertindih. MIDA berperanan di peringkat Persekutuan dalam menggubal dasar, menyediakan insentif serta mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan global. Manakala InvestPenang berfungsi di peringkat negeri dengan memberi tumpuan kepada fasilitasi pelabur, penyelarasan antara agensi, pembangunan ekosistem industri dan pembangunan bakat tempatan. Hakikatnya apabila pelabur telah memilih Malaysia, setiap negeri masih perlu bersaing secara aktif untuk menarik pelaburan tersebut ke negeri masing-masing. Pagi tadi Yang Berhormat, Yang di-Pertua mengalu-alukan kedatangan Timbalan Menteri MITI, harap Timbalan Menteri ini membawa tuah kepada Negeri Pulau Pinang. Jangan datang dengan...(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Tangan kosong.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Tangan kosong. Itulah hakikat dia. Investor, bakal investor akan buat due diligence bukan di sebuah negara sahaja. Kalau dia putuskan mahu datang ke Asia Pasifik, dia akan buat due diligence di beberapa negara; Malaysia, Vietnam, Thailand dan sebagainya. Walaupun dia agak mahu pilih Malaysia, di negeri mana? Tiap-tiap negeri pun ada badan seperti InvestPenang, InvestKL, InvestKedah, InvestPahang, InvestPerak. Masing-masing perlu rebut peluang berkenaan.

Jadi peranan agensi pelaburan negeri memang ada tempatnya. Dan saya masih ingat ada satu cadangan di peringkat Persekutuan untuk sebenarnya membubarkan semua Invest negeri-negeri, tetapi takda setiap negeri boleh sokong cadangan ini. Sebab dia ada peranan, tiap-tiap negeri pun jaga kepentingan negeri. You ingat MIDA mahu jaga Negeri Pulau Pinang? Sekarang saya kata ada Timbalan Menteri, sebelum ini kita tak ada Timbalan Menteri, kita tak ada Menteri, kita dalam barisan politik yang berlainan. Bayangkan pelabur pergi ke MITI, dia mahu datang ke Pulau Pinang, mungkin dicadangkan "You lihat Kedahlah, pergi Johorlah, Pulau Pinang tak bagus".

Jadi kita perlu faham bahawa memang InvestPenang memainkan peranan penting untuk membentangkan kelebihan Pulau Pinang kepada pelabur antarabangsa, menyelaras keperluan projek bersama agensi tempatan misalnya PDC, MBPP, MPSP. Kita perlu facilitate semua agensi untuk membantu investor yang datang ini, memastikan bekalan elektrik, bekalan air semua ada supaya dapat memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan mengikut jadual. Peranan ini tidak dilaksanakan oleh MIDA di tempatan, kerana fungsi MIDA bersifat nasional dan bukan khusus kepada mana-mana negeri. Hasil usaha fasilitasi dan pembangunan ekosistem yang diterajui oleh InvestPenang, Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan bernilai tinggi, memperkukuh ekosistem semikonduktor, automasi, reka bentuk cip serta membangunkan pelbagai inisiatif strategik seperti Penang Future Foundation, Penang i4.0 Seed Fund, Penang Silicon Design @ 5km+ dan yang terkini Penang Automation Test and Equipment (ATE) Campus.

Semua ini perlu diusahakan oleh agensi negeri. MIDA ada peranan dia berlainan. Untuk maklumat Dewan yang Mulia ini, sejak tahun 2010, Pulau Pinang telah merekodkan pelaburan asing dan domestik berjumlah RM287.5 bilion. Maksudnya RM0.287 trilion lah. Ya lah betul lah. Kalau mahu guna trilion itu cara dia lah. Dan mencipta lebih 249,000 peluang pekerjaan. Malah, pelaburan pembuatan yang diluluskan di Pulau Pinang bagi tempoh 2018 hingga 2025. Selalunya InvestPenang dan saya pun tak mahu heboh-hebohkan, tetapi mungkin perbahasaan ini InvestPenang rasa sakit sikitlah. Sekarang dia mahu tunjuk bahawa dalam tempoh 2018 hingga 2025, berbanding dengan tempoh sebelumnya, investment kita naik bukan satu kali ganda, bukan dua kali ganda, bukan tiga kali ganda, tetapi empat kali ganda. Jadi nak bubar atau tidak Yang Berhormat?

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Seri Yang di-Pertua, bolehlah bagi sedikit pertanyaan sebab kita hanya merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara yang letak di atas meja. Kalau seperti yang YAB Ketua Menteri yang terangkan, so why kita tak lebih cepat memberitahu kepada audit negara apa yang telah mereka buat siasatan ini? Adakah apa yang salah? At least kita nak satu laporan audit yang cantik untuk letak di atas meja kita. So kita taklah soalan yang banyaklah.

Sebab saya juga nampak dia tanya tentang di muka surat 20 tentang dia kata: "Ketua Pegawai Eksekutif kenaikan gaji dan pemberian bonus KP hanya diluluskan oleh pengerusi tanpa perbincangan dan kelulusan mesyuarat Lembaga Pengarah." So kita baca semua mengikut buku yang disediakanlah.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Memang saya sudah jelaskan memang ada pada ketika itu ada executive committee untuk luluskan. Kita ambil maklumlah apa yang dikemukakan dalam laporan ini dan akan ambil tindakan untuk menangani isu-isu apabila berlakunya kekurangan. Mengenai PDC…

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Yang Berhormat Padang Kota.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Ya, sila.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

MIDA ada pejabat dia di Pulau Pinang. Tentulah kalau dia pejabat di Pulau Pinang, dia akan mengambil kira kepentingan Negeri Pulau Pinang. Cuma soalan saya, adakah setakat ini Kerajaan Negeri melalui agensi yang berkaitanlah, membuat hubungan dengan MIDA untuk pastikan pelaburan-pelaburan yang tertentu masuk Pulau Pinang?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Sebenarnya kita boleh tak boleh kata bahawa kesemua laporan yang masuk ke Pulau Pinang adalah melalui InvestPenang, tidak. Sebab ada agensi MIDA, ada NCIA dan lain-lain, ada yang private sector pun. Tetapi selalunya kita gunakan angka yang dikeluarkan oleh MIDA untuk seluruh negeri apabila kita buat promosi, kita selalu tunjukkan inilah kedudukan Negeri Pulau Pinang, pada keseluruhannya kita selalu dalam tangga tiga atau empatlah sebab ada negeri yang lebih cemerlang. Itulah tujuan kita menggunakan statistik MIDA. Tidak claim kredit sebab bukan semua pelabur sampai ke InvestPenang, ada yang terus diputuskan oleh MIDA ibu pejabat pun adalah.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Yang Amat Berhormat Padang Kota, sikit mengenai InvestPenang. Pada sidang yang lepas saya bertanya secara bertulis berkenaan dengan maklumat emolumen dan seperti dalam perbahasan saya, saya menekankan bahawa pemakluman daripada InvestPenang tidak diberikan oleh kerana atas alasan dikatakan non-disclosure punya syarat. Saya persoalkan apakah perkara ini boleh dijadikan amalan untuk InvestPenang? Kenapa InvestPenang sahaja yang tidak memaklumkan dari segi emolumennya? Dan kita meraikan reformasi untuk mendapatkan transparansi dari pihak kerajaan. Jadi saya minta penjelasan Yang Amat Berhormat dari segi emolumen.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Tadi Yang Berhormat pun sudah bangkitkan dan kita ambil maklum. Seterusnya isu berhubung dengan PDC yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Air Putih. Pertamanya tentang hutang Kerajaan Negeri kepada PDC. Perkara berkaitan hutang Kerajaan Negeri kepada PDC sebenarnya telah dijelaskan dalam sidang Dewan pada bulan Mei tahun 2025. Secara ringkasnya ia adalah mengenai perkongsian hasil antara Kerajaan Negeri dan PDC bagi projek pembangunan Bayan Mutiara. Jumlah hasil projek bernilai RM1.07 bilion telah disalurkan ke dalam akaun hasil Kerajaan Negeri melalui CMI. Sebenarnya tanah ini ditambak oleh PDC, tetapi oleh amalan dia, title tidak dikeluarkan sehingga ada pembeli. Maka CMI dibawa masuk dan penjualan ini RM1.07 disalurkan kepada akaun hasil Kerajaan Negeri secara tahunanlah dari 2012 hingga 2018.

Sebenarnya hasil itu perlu dipulangkan kepada PDC melalui pembiayaan pelaksanaan Skim Perumahan Mampu Milik (AHS). Dan pihak PDC pada tahun yang lepas setelah isu ini dibangkitkan, memang telah membentangkan cadangan penyaluran hasil baki dia yang belum diselaraskan dengan PDC. Maka dalam MMK, Mesyuarat MMK bilangan 15/2025 telah memuktamadkan penetapan bahagian hasil PDC daripada penjualan tanah Bayan Mutiara itu dan kita setuju untuk penulasan yang berkaitanlah melalui kaedah Geran Affordable Housing Scheme yang dianggarkan RM173.8 juta baki tersebut diberikan kepada PDC bagi melunaskan bahagian tuntutan PDC. Dan bahagian kedua adalah berjumlah RM320.6 juta melalui hasil kepada Kerajaan Negeri tetapi kita pulangkan kepada PDC berhubung dengan projek tebus guna oleh PDC di Bayan Lepas nanti. Itulah keadaan sebenar. Satu bilion itu sebenarnya perlu dipulangkan kepada PDC.

Berhubung dengan Byram, Yang Berhormat sekali lagi membangkitkan isu yang sama. Mesyuarat lepas saya kata saya tak faham mengapa begitu minat Yang Berhormat. Masa itu Yang Berhormat kata bukan isu minat tak minat, tetapi sesi ini minat juga isu sama dibangkitkan berhubung dengan RFP Ladang Byram. Dan sebenarnya jawapan yang sama sebab sudah pun diberi jawapan pada sesi yang lalu. Keputusan PDC untuk tidak meneruskan tawaran RFP bukanlah dibuat berdasarkan nilai tawaran semata-mata tanpa mengambil kira aspek tadbir urus, risiko perundangan, kepentingan jangka panjang serta perlindungan terhadap aset strategik negeri. PDC telah ambil kira keseluruhan syarat implikasi kewangan serta pematuhan kepada syarat utama RFP yang telah ditetapkan. Prinsip pematuhan kepada syarat tender dan amalan tadbir urus yang baik mesti kekal menjadi keutamaan.

Seperti mana yang telah dimaklumkan dalam persidangan DUN yang lepas, tawaran tender terbuka RFP 2024 oleh IJM dan Aspen tidak diteruskan kerana syarikat tersebut gagal mematuhi lima daripada sembilan syarat utama yang telah ditetapkan dan tidak boleh dipertimbangkan serta mengenakan pelbagai syarat tambahan yang akan membebankan kos ke atas PDC. Mengikut syarat utama yang ditetapkan dengan jelas menerangkan bahawa tiada sebarang syarat tambahan yang boleh dipohon atau dikenakan oleh petender kepada PDC. Tawaran yang melebihi harga rizab tidak boleh dijadikan justifikasi utama untuk melayakkan sesuatu tender itu berjaya. Mengambil kira kos-kos yang akan ditanggung oleh PDC sekiranya syarat-syarat tambahan itu yang dikemukakan oleh penender itu disetujui melibatkan implikasi kos yang amat tinggi. Ia akan menjadikan tawaran bersih itu sebanyak RM500 juta dan bukan RM818 juta yang ditawarkan oleh syarikat itu.

Sebab satu perbelanjaan yang amat besar kita syaratkan siapa yang menang perlu membina jambatan untuk sambung kepada Batu Kawan Industrial Park, tetapi syarikat ini kata dia tak mahu buat. Bolehkah kita terima syarat tambahan ini? Sebab ini melibatkan RM200 lebih juta ringgit. Kalau dia bagi RM818 juta tolak 200 lebih dan lain-lain lagi, sebenarnya RM500 lebih juta itu bersihlah.

Jadi dan lain-lain yang saya pun sudah nyatakan termasuk first right of refusal sebagai satu perkara yang kita tidak boleh bertolak ansur. Saya pun jelaskan di IKEA itu pun Aspen dengan PDC ada syarat yang sama. Sebidang tanah 30 lebih ekar, first right of refusal beberapa tahun sampai sekarang PDC tak boleh majukan kerana Aspen tidak setuju tentang apa-apa cadangan yang kita kemukakan. Sekiranya beberapa ratus ekar di tepi tanah ini diberikan first right of refusal, kita tak jadi kerajaanlah, Aspen yang menjadi kerajaan sebab dia boleh tentu tanah bagaimana tanah itu boleh digunakan.

Maka saya harap ini penjelasan yang boleh diterima oleh Yang Berhormat dan tak perlu bangkitkan semula sebab kita masih berurusan dengan IJM dengan Aspen. Mereka tak pernah membangkitkan isu ini kepada kita. Tak pernah adu, tak ada apa-apa surat pun kalau mereka benar-benar terkilan dengan keputusan. Itu pun tak ada, tak terima. Itu sajalah penjelasan saya.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Ya, terima kasih. Terima kasih atas penjelasan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat. Saya bawa perkara ini kerana dalam sesi DUN yang lepas iaitu pada tahun lepas, masa itu Yang Amat Berhormat menyatakan bahawa RFP kedua masih dipertimbangkan oleh PDC. So, itulah sebabnya saya tanya sekarang kerana kita tunggu apakah keputusan.

So, di sini Yang Amat Berhormat menyatakan bahawa RFP kedua ini tidak diteruskan. Cuma pun tidak sebut syarikat mana yang buat permohonan, mungkin boleh sebut syarikat mana yang buat permohonan, syarikat mana yang berjaya dan akhirnya sebab RFP kedua ini tidak boleh diteruskan.

Berkaitan dengan tentu RFP pertama, Yang Amat Berhormat menyatakan bahawa memang ini tidak memihak kepada kerajaan sekiranya benar tentu ini akan disokong oleh semua wakil rakyat kerana kita mahu pulangan yang maksimal, yang optimal kepada Kerajaan Negeri. Tapi apabila kita lihat laporan-laporan yang dibuat baik oleh surat akhbar The Edge di mana disebut bahawa urusan tanah ini dianggap sebagai "Turkey of the Year" (dengan izin). So, kita lihat ini adalah satu perkara serius kerana ia melibatkan satu jumlah yang begitu besar. So, di sini kita hanya minta bahawa perkara ini mengikut prinsip akauntabiliti supaya dijelaskan dan kita tidak dapat gambaran yang negatif daripada surat khabar seperti The Edge yang saya rasa tidak akan, yang saya rasa akan merugikan imej Negeri Pulau Pinang. Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Saya minta maaflah kepada Yang Berhormat kalau Yang Berhormat mahu PDC dan Kerajaan Negeri menerima tawaran IJM-Aspen dengan apa yang saya sudah jelaskan. Kita tidak dapat melakukannya.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Ya, ya. Saya tidak sebut itu. Saya ucap jelaskan supaya orang tahu apakah...

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Sudah jelaskan. Tapi Yang Berhormat masih membawa ke sini.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

No, saya jelaskan apakah sebabnya kerana tidak jelas di sini.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Sudah, sudah jelas. Dia tak mahu bina jambatan, sudah syarat yang wajib. Syarat yang wajib!

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Ya, syarat wajib, tapi untuk kes pertama, kedua, ketiga. Saya rasa daripada direct nego...

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Itu beza-beza tiap-tiap kes berbeza.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Tak boleh cakap berbeza kerana ini serupa. Semua tanah yang sama.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Tak serupa, macam mana serupa RFP yang berlainan tawaran yang berlainan macam mana serupa. Tanah serupa.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Jika RFP yang serupa kalau ada lihat.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Tawaran syarat pun berubah-ubah sebab kita ambil syarat yang ditambah baik supaya…

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Syarat ditetapkan oleh PDC bukannya oleh syarikat-syarikat tertentu.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Kita selalu tambah baik syarat-syarat supaya ia menjadi lebih attractive kepada RFP yang seterusnya.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Ya, ya.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

That one itu tak ada masalah. Asalkan rakyat… kalau Yang Berhormat mahu kita terima tawaran sedemikian, urus tadbir yang baik, saya katakan sorry, maaf, dui bu qi, mannichi kungga. Kita tak boleh terima.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Tapi ini bukan perkara…

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Okey, seterusnya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Air Putih. Sekejap, sekejap. Yang lain sudah cukup, cukup. Sebab soalan ini pun saya sudah boleh hafal jawapan. Sudah. Saya boleh hafal jawapanlah.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Sekejap sahaja Yang di-Pertua. Ini bukan berkaitan dengan sama ada kita mahu ikut arahan telunjuk syarikat tidak. Saya cakap ini hanya dapat dijelaskan supaya rakyat tahu

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah jelas.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Bukannya surat khabar.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Tak apa. Yang Berhormat tak mahu faham saja.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Dan laporan yang negatif daripada The Edge. Kalau The Edge boleh sebut macam itu…

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat percaya dengan The Edge, tak percaya dengan rakan seperjuangan you.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Oh, janganlah emosi sangat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah, duduk.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Kalau kita ada fakta,

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Sudah! Duduk, duduk.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Segala fakta kita boleh jelaskan kepada The Edge.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah, cukup, cukup.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Apa lah nak emosi sangat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Duduk, duduk.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Jangan jelaskan kepada The Edge saja.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Duduk, duduk.

Yang di-Pertua (Speaker)

Rasanya jawapan ini sudah pun didengar oleh rakan-rakan media.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Ini turut serah kepada rakyat. Saya jelaskan bahawa jelaskan dengan baik saja. Lagi Padang Kota sama…

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Apa lagi, apa lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Padang Kota teruskan.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Saya mahu teruskan, masa pun…

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Jangan emosi sangat.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Kalau mahu calon senator pun tunggulah.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Sabar, sabar.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Seterusnya tapak pelupusan sampah Jelutong. Seterusnya Kerajaan Negeri pada tahun 2017 telah memilih menganugerahkan projek ini kepada PLB Engineering. Lanjutan itu, PDC dan PLBE telah menandatangani Joint Development Agreement pada 21 Februari 2020. Pihak PDC telah dilantik sebagai pengurus projek untuk menyelia pelaksanaan projek ini. Sehingga kini, pihak PDC telah menerima fi pengurusan sebanyak RM5juta daripada pihak pemaju.

Kerajaan Negeri berpandangan bahawa projek ini penting bagi menangani isu keselamatan dan pencemaran sedia ada di tapak berkenaan termasuk risiko kebakaran, pelepasan gas leachate serta ketidakstabilan struktur tapak pelupusan. Pelanjutan tempoh masa EOT yang dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri dengan mengambil kira faktor-faktor yang berada di luar kawalan pihak pemaju bagi membolehkan keperluan teknikal serta memenuhi syarat tambahan kritikal laporan EIA yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Terkini, Kerajaan Negeri memandang berat bahawa kelulusan EIA masih belum diperoleh. Kerajaan Negeri akan meneliti laporan daripada PDC sebelum kita membuat keputusan tentang hala tuju projek ini.

Seterusnya projek Jalan Tok Kangar. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, PDC telah melantik kontraktor penyelamat bagi projek pelebaran Jalan Tok Kangar Fasa 2 untuk melaksanakan baki kerja yang ditinggalkan oleh kontraktor asal. Tempoh siap untuk kontraktor penyelamat ini adalah pada Oktober tahun ini. Sehingga kini kemajuan keseluruhan projek adalah sebanyak 76 peratus berbanding jadual asal 77 peratus dengan kelewatan sebanyak 1 peratus disebabkan oleh beberapa isu utiliti luar jangka semasa pelaksanaan kerja-kerja piling.

Walau bagaimanapun, berdasarkan kemajuan semasa di tapak dan perancangan kerja yang telah disusun, projek ini masih berada dalam tempoh jadual untuk disiapkan pada Oktober ini. Aduan yang diterima daripada pengguna dan penduduk tempatan didapati berkurangan semasa kontraktor penyelamat ini melaksanakan tugas berbanding dengan kontraktor dahulu. Semua aduan yang diterima telah diambil tindakan mitigasi dan telah diselesaikan dengan segera.

Tapak ekspo Seberang Jaya saya rasa tak…

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Ya, Yang Berhormat. Berkaitan dengan tapak pelupusan sampah Jelutong ini. Adakah PDC, berapakah PDC yang dapat bayaran daripada PLB Engineering? Dan kerana sekiranya mereka tak dapat bayaran sepertimana yang disyaratkan, apakah tindakan yang akan diambil oleh PDC untuk mendapat bayaran tersebut dan peranan yang dimainkan oleh PDC berkaitan perkara ini?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Saya telah jawab tadi, setakat ini RM5juta diterima dan saya pun sudah jawab kita akan menunggu laporan terkini oleh PDC untuk menentukan hala tuju projek ini.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Tapi sudah 4 tahun kan tak terima wang?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Itu yang diterima RM5 jutalah, mungkin sudah...

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Ini hanya 1 tahun saja lah, sudah 4 tahun tak terima wang. So, 4 tahun tak terima wang. Adakah PDC perlukan 4 tahun untuk buat hala tuju?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Projek ini pun tak dapat kelulusan, saya perlu telitilah apakah syarat di mana bayaran perlu dibuat. Mengenai Seberang Jaya, tapak ekspo saya rasa tak perlu dijawab di sini. Dan saya rasa sudah sampai ke penghujung kepada isu yang dibangkitkan. Jadi sebagai penutup kepada Yang Berhormat…

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Sebelum habis yang terakhir. Saya ada buat 1 soalan lisan tapi tak sempat kerana jauh belakang Yang Berhormat Speaker iaitu berkaitan dengan pilihan raya negeri. Sekiranya parlimen dibubarkan, adakah pihak Yang Berhormat juga akan membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya kita adakan pilihan raya serentak dengan pembubaran parlimen memandangkan bahawa kita adakan pilihan raya negeri lebih lewat daripada parlimen dan juga Kerajaan Persekutuan?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih, soalan ini ada 2 sudutlah. 1 sudut perlembagaan, kita tahu, 1 sudut politik, pertimbangan politik. Untuk sudut perlembagaan saya rujuk kepada penasihat undang-undang. Untuk sudut politik saya minta nasihat dari penasihat kebangsaan parti. Untuk putuskan.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Bukan, saya memang terima jawapan daripada Yang Amat Berhormat tentang peruntukan perlembagaan tapi kuasanya masih dalam tangan Ketua Menteri. Saya sebagai penasihat, saya rasa saya juga akur kepada Setiausaha Agung parti di mana Setiausaha Agung parti, Saudara Loke telah membuat kenyataan secara terbuka bahawa perlunya…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ini cara politik ah tengok.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Bahawa perlunya ini nasihatlah, bahawa perlunya ada pilihan raya serentak bersama dengan Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri. Kerana ini adalah arahan daripada Setiausaha Agung, saya akur dan saya percaya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pun akan akur. Terima kasih.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Dan saya rasa Padang Kota rasa, saya rasalah…

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

masuk campur buat apa?

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Bagi chance, bagi chance. Kejap, kejap. I want to simplify, I want to simplify. I teringat satu itu bahasa Hokkien tu, khong kang kho, bo khong pun kang kho.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Bukan macam itu, cho kang kho, bo cho ko ka kang kho Aiyaya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila terjemah sat, orang ramai tak clear.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Buat susah tak buat lagi susah. Saya mesti akur dengan keputusan partilah.

Sebagai penutup, Kerajaan Negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat atas perbahasan, pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan sepanjang persidangan ini. Penghargaan juga dirakamkan atas komitmen dan hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pemimpin, Jabatan, Agensi dan GLC yang menjalankan amanah untuk negeri kita. Segala input yang diberikan akan diteliti dengan sewajarnya manakala setiap dasar dan keputusan Kerajaan Negeri akan terus berpaksikan kepentingan rakyat serta kesejahteraan Negeri Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri kekal komited untuk memperkukuh tadbir urus yang cekap, pengurusan kewangan yang berhemah serta pembangunan yang inklusif dan mampan selaras dengan aspirasi visi Penang2030, Negeri Pintar Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara.

Dari Tanjung membawa harapan, ke Batu Kawan mencipta sejarah. Bersama kita memacu pembangunan, demi Pulau Pinang yang lebih megah.

Sekian Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Pembentangan Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pindaan Dan Pemakaian) Tahun 2026Bill

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat Padang Kota. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, selesailah sesi penggulungan kita untuk mesyuarat kali ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah usul bahawa kami Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang memohon mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana berkenan menyampaikan ucapan kepada dewan ini di Mesyuarat Yang Pertama Penggal Yang Keempat Dewan Undangan Yang ke-15 pada 8 Mei 2026 dipersetujui. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ya.

Semua Ahli Yang Berhormat

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju katakan tidak. (Senyap).

Sebulat suara kita mempersetujuikan usul ini. Usul dipersetujui.

Sebelum kita melangkah ke agenda seterusnya, cuma saya nak sedikit maklumat kepada dewan, saya dimaklum oleh Yang Berhormat rakan-rakan Yang Berhormat bahawanya Ketua Pembangkang telah pun dimasukkan wad di hospital sebab tekanan darah yang masih tinggi. Dan sama-sama kita doakanlah supaya beliau sembuh secepat mungkin dan segala urusan dipermudahkan. Sila.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pindaan dan Pemakaian) Tahun 2026.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bertajuk Suatu Enakmen untuk Menerima Pakai Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [A1667] di Negeri Pulau Pinang dibacakan bagi kali yang pertama dan selaras dengan Peraturan 83, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, cadangan ini adalah ditarik balik.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya setuju. Ada sokongan?

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Pembentangan Rang Undang-Undang Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang Pindaan 2026Bill

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk Menerima Pakai Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [A1667] di Negeri Pulau Pinang dibacakan bagi kali yang pertama dan ditarik balik.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah Rang Undang-Undang yang bernama Suatu Enakmen untuk Menerima Pakai Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [A1667] di Negeri Pulau Pinang telah dibacakan kali yang pertama dan selaras dengan Peraturan 83 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bahawa cadangan ini adalah ditarik balik. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ya! (Suara ramai: "Ya!") Yang tidak bersetuju katakan tidak! Kita semua setuju usul ini.

Maka, Rang Undang-undang bernama Suatu Enakmen untuk menerima pakai Akta Perhutanan Negara (pindaan) 2022 (Akta 1667) di Negeri Pulau Pinang adalah ditarik balik.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang pindaan 2026.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang 2020 dibacakan bagi kali yang pertama.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sokongan.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya memohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang 2020 dibacakan bagi kali yang pertama.

Yang di-Pertua (Speaker)

Rang Undang-undang telah dibacakan kali yang pertama. Sila.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, mengikut Peraturan 59, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mencadangkan bacaan kali yang kedua Rang Undang-undang ini diteruskan dengan serta-merta.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (pindaan) 2026, bacaan kali yang kedua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang 2020 dibacakan bagi kali yang kedua dan diteruskan dengan ucapan.

Saya dengan penuh takzim berdiri dalam Dewan ini untuk mengemukakan Rang Undang-undang ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan di bawah Enakmen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang 1972. Pada tahun 2020, satu Enakmen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang 2020 iaitu Enakmen 24 telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri pada 19 Oktober 2020 dan diwartakan pada 31 Disember 2020 untuk menggantikan enakmen lama tahun 1972.

Enakmen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang ini berperanan sebagai kerangka perundangan utama dalam pengurusan Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang serta kawal selia muzium-muzium swasta di Pulau Pinang. Terdapat beberapa aspek yang perlu ditambah baik bagi memastikan perundangan ini terus kekal relevan, jelas, dan berkesan.

Objektif pindaan ini adalah seperti berikut. Pertama, memperkukuhkan kawal selia aktiviti muzium. Cadangan penggantian Seksyen 30 bertujuan menetapkan dengan jelas bahawa tiada mana-mana pihak boleh menjalankan aktiviti muzium tanpa kelulusan Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang. Pendekatan ini penting bagi memastikan standard pengurusan, pemeliharaan koleksi, dan keselamatan artifak sentiasa terpelihara.

Takrif baru aktiviti muzium diperkenalkan bagi mengelakkan kekaburan tafsiran dan memastikan hanya aktiviti yang benar-benar berkaitan dengan fungsi muzium tertakluk kepada keperluan kelulusan. Pindaan ini akan mewujudkan sistem kawal selia yang lebih tersusun dan seragam di seluruh negeri Pulau Pinang, sekaligus mengelakkan penyalahgunaan nama muzium serta konsep muzium bagi tujuan yang tidak selaras dengan prinsip pemeliharaan warisan.

Kedua, pengukuhan kuasa penguatkuasaan. Cadangan penambahbaikan Bahagian Penguatkuasaan adalah selaras dengan keperluan untuk memberikan kuasa yang mencukupi kepada pegawai diberi kuasa bagi menjalankan penyiasatan dan tindakan penguatkuasaan secara sah dan teratur. Peruntukan baharu berkaitan kuasa memasuki premis, penyitaan, pelucuthakan, serta akses kepada data komputer adalah penting dalam menangani cabaran semasa termasuk pengurusan koleksi digital dan dokumentasi elektronik. Dengan adanya peruntukan penguatkuasaan yang jelas, pelaksanaan undang-undang dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan lebih tulus.

Ketiga, penambahbaikan tadbir urus dan struktur pentadbiran. Pindaan berkaitan fungsi lembaga, keahlian, kuasa pengarah muzium serta korum mesyuarat bertujuan memastikan struktur pentadbiran Lembaga Muzium lebih mantap dan selaras dengan amalan terbaik tadbir urus Badan Berkanun. Peruntukan baharu berkaitan penyampaian dokumen, permulaan pendakwaan, pengkompaunan kesalahan serta liabiliti pihak berkaitan adalah penting bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan undang-undang dan kejelasan tanggungjawab.

Keempat, penyeragaman dan kejelasan perundangan. Pindaan istilah dan tafsiran dibuat bagi memastikan konsistensi penggunaan istilah serta mengelakkan kekeliruan antara Muzium Negeri dan Muzium secara umum.

Secara keseluruhannya, pindaan ini melibatkan 18 peruntukan sedia ada, 25 peruntukan baru, dan 23 peruntukan yang dikekalkan mencerminkan pendekatan yang menyeluruh namun terkawal tanpa mengubah dasar pemuziuman.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Enakmen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang berperanan sebagai kerangka perundangan utama dalam mengawal selia pengurusan serta pengendalian muzium di negeri ini. Walau bagaimanapun, berdasarkan pelaksanaan sepanjang tempoh tersebut, terdapat kelemahan yang wajar ditambah baik bagi memastikan perundangan ini terus kekal relevan, jelas, dan berkesan.

Dan tujuan utama pindaan ini adalah untuk memperkukuh penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti muzium tanpa kelulusan. Seksyen 30(1) yang baharu memperuntukkan bahawa mana-mana pihak yang hendak menjalankan aktiviti muzium hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang.

Selain itu, satu takrif baru bagi aktiviti muzium diperkenalkan bagi mengelakkan kekaburan tafsiran serta memastikan skop kawal selia dapat dilaksanakan lebih jelas dan konsisten. Muzium ertinya suatu institusi yang menjalankan aktiviti penyelidikan, pengumpulan, pemuliharaan, tafsiran atau pameran apa-apa warisan ketara atau warisan tidak ketara, dan premisnya dibuka kepada dan boleh diakses oleh orang ramai pada masa yang ditentukan. Aktiviti muzium ertinya pengendalian apa-apa muzium, penyelidikan, pengumpulan, pemuliharaan, pentafsiran atau pameran apa-apa warisan ketara atau warisan tidak ketara, atau penggunaan perkataan muzium bagi apa-apa aktiviti.

Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang sentiasa menyokong sebarang usaha untuk memperkasakan institusi permuziuman di Pulau Pinang termasuk penubuhan muzium-muzium baharu. Bagaimanapun, ia haruslah menepati takrif terkini muzium sepertimana ditetapkan oleh Majlis Muzium Antarabangsa iaitu ICOM yang diluluskan semasa Persidangan Antarabangsa di Prague, Republik Czech pada 24 Ogos 2022 iaitu: "Muzium merupakan sebuah institusi kekal yang tidak berasaskan keuntungan demi berkhidmat kepada masyarakat. Ia berfungsi untuk menyelidik, mengumpul, memelihara, mentafsir dan mempamerkan warisan ketara dan tidak ketara, dibuka kepada orang ramai, mudah diakses dan bersifat inklusif. Muzium memupuk kepelbagaian dan kelestarian. Muzium beroperasi dan berkomunikasi secara etika, profesional dan dengan penyertaan masyarakat bagi menawarkan pelbagai pengalaman untuk tujuan pendidikan, penghayatan, refleksi serta perkongsian ilmu."

Dan setiap muzium juga harus memenuhi garis panduan serta kriteria seperti yang ditetapkan dalam Kod Etika International Council of Museums. Muzium yang tidak dapat menepati kriteria berkenaan lebih sesuai dinamakan sebagai galeri ataupun dewan pameran Exhibition Hall serta nama lain yang setara. Iaitu kita nak buat kawalan terhadap nama penggunaan nama muzium itu seperti yang memenuhi kriteria ditetapkan oleh ICOM.

Sebagai penjelasan kepada definisi yang ditetapkan oleh ICOM, kriteria-kriteria seperti berikut untuk mentakrifkan sebuah muzium antaranya, penjawatan atau profesionalisme permuziuman seperti kurator yang mempunyai kemahiran pengurusan muzium serta pengendalian setiap aktiviti permuziuman atau sekurang-kurangnya mempunyai sebilangan kakitangan yang terlatih mahupun dilatih dalam pengurusan permuziuman. Koleksi, Mempunyai dan menguruskan koleksi artifak, ekofak yang sahih, sah dan berdata mengikut tatacara pengurusan koleksi sepertimana piawaian ICOM. Ruang pameran dan teknik peragaan, mempunyai ruang pameran tetap dan setiap koleksi dipamerkan mengikut teknik peragaan yang menepati piawaian ICOM. Kelengkapan fasiliti, muzium dengan ruang penyimpanan koleksi, pelawat, akses dan kemudahan OKU dan lain-lain kemudahan untuk keselesaan pelawat. Keselamatan, meliputi keselamatan fizikal bangunan, koleksi dan harta benda dan nyawa pelawat dan kakitangan. Bersifat representasi, untuk memiliki profil dan tidak menimbulkan apa-apa polemik dari aspek sejarah, adat mahupun budaya. Peruntukan untuk penyelenggaraan, mempunyai peruntukan tetap konsisten dan berkala untuk pengurusan operasi, kerja-kerja penyelenggaraan bangunan dan keselamatan. Melaksanakan aktiviti permuziuman pameran, penyelidikan, pemuliharaan dan pemuliharaan koleksi, program pendidikan dan pengembangan muzium serta pemasaran muzium secara konsisten.

Setakat ini, iaitu selepas Enakmen tahun 2020 diluluskan di Dewan ini, telah diluluskan dua buah entiti yang dinamakan sebagai muzium iaitu Penang Straits Oriental Museum dan juga Penang Ferry Museum yang menggunakan muzium di bawah enakmen tahun 2020.

Sebagai perlindungan ataupun safeguard dalam enakmen pindaan ini, Seksyen 31 telah jelas menyatakan walau apa pun Seksyen 30, enakmen ini tidak terpakai bagi mana-mana muzium persendirian yang telah beroperasi sebelum enakmen ini mula berkuatkuasa. Dan mana-mana muzium yang ditubuhkan atau dikendalikan oleh jabatan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, iaitu terdapat exception iaitu ia tidak terpakai untuk kedua-dua kategori ini. Dan Seksyen 34A, satu lagi safeguard yang lain, tiada pendakwaan bagi satu kesalahan di bawah enakmen ini boleh dimulakan kecuali atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.

Maksudnya pihak LAO office dengan Pendakwa Raya perlu membuat kelulusan, bukan bidang kuasa Lembaga Muzium untuk memulakan pendakwaan. It has to be refer keizinan bertulis daripada Pendakwa Raya. This is one of the aspects sebagai satu safeguard. Berhubung keperluan memperkukuh aspek kawal selia, pindaan yang dicadangkan khususnya berkaitan keperluan mendapat kelulusan Lembaga sebelum menjalankan aktiviti muzium adalah bertujuan memastikan semua pengendali mematuhi piawaian yang ditetapkan. Ini penting bagi menjamin keselamatan koleksi serta memelihara nilai warisan negeri.

Kedua, berkenaan kebimbangan terhadap pelaksanaan dan penguatkuasaan, Kerajaan Negeri memberi jaminan bahawa kuasa yang diperuntukkan akan dilaksanakan secara berhemah, telus dan mengikut lunas undang-undang. Pengwujudan bahagian penguatkuasaan lebih komprehensif untuk memastikan tindakan yang diambil adalah konsisten dan berkesan.

Ketiga, dari segi tadbir urus dan pentadbiran, penambahbaikan yang dicadangkan akan menjelaskan fungsi dan tanggungjawab semua pihak terlibat, sekaligus meningkatkan kecekapan serta akauntabiliti dalam pengurusan institut muzium negeri.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan pindaan ini bukan bertujuan untuk menambahkan beban sebaliknya untuk memperkukuh dan memperkasa kerangka perundangan sedia ada agar lebih responsif terhadap cabaran dan perkembangan semasa, termasuk dalam aspek teknologi pengurusan koleksi dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Dan seperti yang semua maklum, dalam masa 10 tahun ini banyak muzium-muzium tumbuh seperti cendawan di Pulau Pinang, ramai yang tumbuh dan kita memperkenalkan Rang Undang-undang ini pada tahun 2020 untuk memastikan supaya apa yang mereka boleh dinamakan muzium adalah menepati standard ICOM dan hari ini kita mencadangkan pindaan untuk memperkukuhkan Enakmen tahun 2020 ini supaya lebih konsisten.

Untuk makluman Dewan juga, Kerajaan Persekutuan turut berhasrat untuk mewujudkan RUU Muzium Malaysia. Pulau Pinang ialah satu-satunya negeri yang mempunyai RUU untuk meminta muzium untuk mendapat kelulusan sekiranya mereka perlu menggunakan muzium. Sekarang, Kerajaan Persekutuan bercadang berhasrat untuk mewujudkan RUU Muzium Malaysia bagi mengawal selia muzium persendirian agar standard muzium-muzium di Malaysia mengikut piawaian ICOM. Dan saya difahamkan proses pendaftaran undang-undang tersebut masih berjalan. Kerajaan Negeri komited untuk memastikan warisan sejarah dan budaya Pulau Pinang terus dipelihara dengan baik, bukan sahaja untuk generasi masa kini tetapi untuk generasi akan datang. Dan semasa selepas ini peringkat jawatankuasa untuk Fasa 31Q, saya akan kemukakan satu cadangan pindaan, saya akan ulang selepas ini iaitu hukuman denda Seksyen-Fasa 31Q, hukuman denda tidak melebihi RM100,000.00 dipinda kepada hukuman denda tidak melebihi RM10,000.00. Kita down dia punya turunkan denda itu selaras dengan hukuman denda di bawah peruntukan undang-undang yang setara Fasa 31Q. Adalah diharapkan pindaan ini dapat mempertingkatkan kredibiliti institusi muzium negeri, memelihara warisan secara lebih sistematik serta memastikan perundangan negeri kekal responsif terhadap perkembangan semasa.

Untuk makluman tambahan Yang Berhormat, pada awal tahun ini kita telah membuka Galeri Arkeologi di Guar Kepah dan menonjolkan sejarah arkeologi kita yang melebihi 5,000 tahun di Seberang Perai Utara. Pada bulan Februari juga kita telah membuka Galeri Automotif Lembaga Muzium di No. 57 Jalan Macalister iaitu cawangan Lembaga Muzium pada bulan Februari dan untuk muzium di Lebuh Farquhar iaitu muzium utama kita, kita telah tutup beberapa tahun dan akan dibuka dicadangkan I mean dijadualkan dibuka semula kepada orang ramai pada bulan Julai 2026 apabila selepas kita siap semua projek-projek naik taraf dan ubah suaian yang kita yang buat ini. Sehubungan itu, saya saya mohon sokongan Ahli-ahli Dewan yang Mulia ini terhadap cadangan pindaan RUU ini. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ada sokongan.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya memohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berada dalam sesi perbahasan atas Rang Undang-Undang Lembaga Muzium (Negeri Pulau Pinang) (Pindaan) 2026. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, siapa yang ingin mengambil bahagian dalam perbahasan dipersilakan. Tak ada, saya, sila Berapit.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua. Saya ingin ambil perbahasan dalam enakmen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang yang pindaan RUU ini untuk pindaan 2020. Pulau Pinang adalah sebuah negeri pelancongan dan juga negeri yang sangat kaya dengan aset budaya dan sejarah. Bagi pelancong dan orang awam, istilah muzium itu sendiri membawa satu unsur kepercayaan. Apabila orang melihat nama muzium, mereka secara semula jadi automatically akan mengharapkan tempat tersebut mempunyai nilai koleksi, pameran, pendidikan, budaya dan sejarah. Jadi muzium bukan sekadar papan tanda perniagaan biasa, ia adalah satu bentuk kepercayaan awam dan juga sebahagian daripada jenama pelancongan budaya Pulau Pinang.

Saya khususnya menyokong pindaan dalam Rang Undang-Undang ini yang melibatkan Seksyen 2 berkaitan takrif muzium. Ini kerana apabila definisi jelas, barulah pengawalseliaan mempunyai asas yang kukuh. Jadi takrif muzium terlalu kabur, mana-mana tempat boleh menggunakan nama muzium sebagai pembungkusan komersial. Akhirnya yang terkesan adalah pelancong, orang awam dan juga institusi budaya yang benar-benar usaha diusahakan dengan serius. Saya faham bahawa Enakmen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang Tahun 2020 sudah menetapkan standard berkaitan penggunaan dan permohonan nama muzium, namun sistem sedia ada mempunyai satu kelemahan. Jika sesuatu institusi berjaya mendapat kelulusan untuk menggunakan nama muzium tetapi kemudiannya tidak lagi mematuhi standard asas semasa permohonan, ruang pengawa-ruang pengawasan monitor pihak kerajaan akan menjadi terhad.

Sebagai contoh, kalau katakan sebuah muzium namakan Handphone Museum, pada asalnya mungkin memohon sebagai tempat mempamerkan sejarah telefon bimbit, perkembangan teknologi dan koleksi berkaitan, tetapi selepas beroperasi satu tempoh, kalau katakan ia bertukar menjadi restoran atau kedai menjual beli telefon bimbit tetapi masih terus menggunakan nama muzium. Keadaan ini boleh mengelirukan pelancong dan turut menjejaskan imej sektor pemuziuman Pulau Pinang. Oleh itu, pindaan kepada Seksyen 2 akan memperjelaskan lagi takrif muzium supaya hanya institut yang memenuhi fungsi standard dan kualiti tertentu boleh dikategorikan sebagai muzium. Bagi pindaan kepada Seksyen 20, ia akan memperkukuhkan lagi kuasa Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang dalam aspek pengurusan, pemantauan dan pembuatkan keputusan untuk memberhentikan aktiviti muzium yang telah diluluskan. Ia bukan sekadar untuk menilai siapa yang boleh memohon menggunakan nama muzium, tetapi lebih penting lagi untuk memastikan institut yang sudah mendapat kelulusan terus mengekalkan standard yang ditetapkan.

Dengan kata lain, satu sistem yang baik tidak sepatutnya hanya ada semakan di pintu masuk tetapi juga mesti ada pemantauan susulan. Jika sesebuah institusi sudah tidak lagi mempunyai fungsi pameran, koleksi, pendidikan atau budaya sebagai sebuah muzium, tetapi masih terus menggunakan nama muzium, maka Lembaga Muzium sepatutnya mempunyai asas undang-undang yang lebih jelas untuk membuat susulan pemantauan dan juga meminta supaya tambah baikkan. Sudah tentu dalam pelaksanaan nanti, saya harap saya juga berharap standard yang ditetapkan adalah jelas dan pelaksanaannya adalah adil. Jika ya jika ada institusi sedia ada yang memerlukan masa untuk membuat penambahbaikan, tempoh peralihan yang munasabah boleh dipertimbangkan. Matlamat kita bukan untuk menekan pengusaha, tetapi untuk meningkatkan mutu keseluruhan muzium dan tarikan budaya di Pulau Pinang. Secara keseluruhannya, pindaan ini bukan sekadar pindaan teknikal dari sudut undang-undang, ia adalah satu rangka satu langkah penting untuk melindungi jenama pelancongan Pulau Pinang, aset budaya dan kepercayaan awam.

Jika Pulau Pinang mahu menjadi negeri pelancongan yang berkualiti tinggi, kita tidak boleh hanya mengejar jumlah, kita tidak boleh hanya mengejar jumlah tarikan pelancong. Kita juga mesti menitikberatkan kualiti tarikan tersebut. Nama muzium hanya boleh nama muzium boleh menarik pelancong, tetapi Kerajaan Negeri juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan di bawah memastikan bahawa di sebalik nama itu benar-benar ada kandungan, standard dan integriti. Oleh itu, saya menyokong Rang Undang-Undang Enakmen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang Pindaan 2026 dan berharap Pulau Pinang boleh menjadi satu peneraju di peringkat negara dalam pengusahaan menggunakan nama muzium serta kawal selia kualiti pelancong budaya. Dengan ini, sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Berapit. Bukit Tengah, sila.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Dato' Seri. Saya point saya nak bahas ringkas sahaja, lebih kepada dasar dan bukan kepada seksyen-seksyen yang ingin di, dipinda. Tadi kita mendengar bahawa kita berhadapan dengan Rang Undang-Undang Muzium. Jadi soalan pertama yang saya ingin tujukan kepada EXCO adalah bilakah Muzium Pulau Pinang akan dibuka semula, Sebab sebab ha, oh you nak tanya dah jawab, oh sudah jawab. Oh, minta maaf, tak saya ter okay.

So itu itu sebab memanglah kita tahu muzium telah pun tutup sembilan tahun daripada 2017. Jadi mungkin I tak tau jawapan tadi ada diberikan jawapan berkenaan skop pembinaan muzium baru sebab yang ambil sembilan tahun, jadi apakah bajet yang telah pun dibelanjakan untuk membinakan muzium baru ini, skop dan apakah exhibit-exhibit yang kita mungkin boleh expect untuk melihat ataupun melawat bila akan dibuka nanti. Itu satu isu pertama.

Yang kedua, saya pernah sebelum ini dan juga terima kasih tadi bila bermula dengan ucapan EXCO telah pun menjelaskan tafsiran apa itu muzium, tujuan muzium, right untuk dari segi benefit kepada masyarakat awam dan sebagainya. Jadi sebelum ini saya pun pernah mencadangkan kepada Kerajaan Pulau Pinang supaya boleh mentimbangkan untuk membuka ataupun menubuhkan satu living museum, the people's living museum seperti yang saya pernah melawat di Manchester dulu. Apa yang saya maksudkan living people's museum adalah satu muzium di mana kita meraikan orang-orang terkenal di Pulau Pinang yang telah pun banyak berkorban untuk membangunkan Pulau Pinang sehinggalah Pulau Pinang berjaya kepada hari ini.

Ada banyak-banyak tokoh-tokoh di Pulau Pinang yang kita harus meraikan seperti Syed Sheikh Al-Hadi, ada Profesor Syed Hussein Alatas, Tun Dr. Lim Chong Eu, Devan Nair, P. Patto, Karpal Singh dan juga the two Chief Ministers yang ada bersama dengan kita hari ini, present and past. Because saya rasa saya rasa bila kita sebut tentang.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Kita belum mahu masuk muzium lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pantang masuk muzium.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Bukit Tengah nak bawa Air Putih masuk muzium kah?

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Di, di Manchester pun, ini bukan pasal untuk orang yang saja sudah tidak ada.

Yang di-Pertua (Speaker)

I know, I know.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

ataupun bersara. Itu bukan maksud muzium, tetapi satu pengajaran kepada you know dan pengiktirafan kepada semua tokoh-tokoh yang telah pun menyumbang besar kepada pembangunan Pulau Pinang termasuk parti-parti sejarah politik daripada PAS, UMNO, Gerakan, MCA, semua boleh masuk sekali. Sebab inilah it can be, it can be in Manchester.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, okey sila.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

So jadi saya haraplah in Manchester memang ada, dia ada dia punya historical background daripada labour movement bagaimana bermula, conservative bagaimana bermula dan sebagainya. Jadi saya berharaplah ini adalah salah satu perkara yang kerajaan boleh mempertimbangkan. So we can have a living people's museum. Anak-anak muda sekarang ni, mereka tak faham sejarah kita. Dan saya rasa kalau kita ada satu muzium seperti begini, bukan sahaja mereka boleh faham dan boleh juga memupuk perpaduan dalam negeri kita yang kita tahu sejarahnya very valuable, rich culturally, historically, pelbagai bangsa, agama dan latar belakang. Terima kasih dan saya mohon untuk menyokong.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Dato' Speaker,

Yang di-Pertua (Speaker)

Nanti, Air Itam dululah, saya ada masa yang secukupnya.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Air Itam untuk membahas Rang Undang-Undang Enakmen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang Pindaan 2026. Dewan yang Mulia ini sedia maklum bahawa muzium bukan kedai Tuan Syeikh Sadiq Segaraga dari cerita lakonan seniman Pulau Pinang mahupun sekadar bangunan yang menyimpan barang purba, tetapi ia adalah penjaga nadi sejarah dan identiti bangsa kita. Namun sejauh mana pindaan ini benar-benar mampu memperkasakan institusi ini atau adakah ia sekadar gincu pentadbiran.

Dato' Seri Yang di-Pertua, apabila kita meneliti RUU Pindaan 2026, terdapat beberapa anjakan yang ketara berbanding enakmen asal. Antaranya pertama, di bawah Fasa 4, pelantikan. Di bawah pindaan ini, kurator diletakkan di bawah pengawasan pengarah. Pengarah mempunyai kawalan am terhadap semua pegawai dan bertanggungjawab ke atas pelaksanaan fungsi-fungsi lembaga.

Walaupun RUU ini memperincikan pelantikan, terdapat beberapa kelonggaran atau loopholes dari sudut tata kelola yang ingin dibangkitkan oleh Air Itam iaitu ketiadaan had tempoh. RUU ini tidak menyatakan had tempoh perkhidmatan bagi jawatan kurator atau pengarah di satu-satu posisi. Ini boleh bercanggah dengan prinsip pusingan kerja iaitu job rotation di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Kedua, isu penguatkuasaan dan implikasi negatif. Pindaan ini memberikan kuasa yang sangat luas kepada pegawai diberi kuasa di bawah Bahagian VAI yang baharu. Di bawah Seksyen 31D, pegawai boleh menggeledah dan menyita, malah menggunakan kekerasan jika perlu.

Persoalannya, adakah Lembaga Muzium mempunyai anggota yang cukup terlatih dalam aspek perundangan dan prosedur jenayah untuk mengendalikan kuasa sebesar ini? Kita tidak mahu melihat agensi kebudayaan bertindak seperti agensi separa polis sehingga menimbulkan ketakutan dalam kalangan pengusaha pelancongan warisan.

Dato' Seri Yang di-Pertua, isu sebenar Muzium Negeri Pulau Pinang bukan sekadar perundangan, tetapi pelaksanaan. Kita lihat bangunan muzium di Lebuh Farquhar dan Jalan Macalister. Masalah utama yang dihadapi adalah:

1. Kelewatan kerja pemuliharaan: Proses baik pulih bangunan muzium utama di Lebuh Farquhar telah mengambil masa yang terlalu lama. Rekod Hansard bertarikh 27 hingga 28 November 1996 membuktikan bahawa Muzium Negeri pernah ditutup selama lebih dua (2) tahun bagi tujuan pengubahsuaian yang gagal disiapkan pada waktunya. Pada ketika itu, pemerhati dasar di dalam Dewan telah membidas Eksekutif kerana kelewatan tersebut secara langsung menghancurkan nilai kebudayaan sejarah dan menghampakan pelancong yang ingin mengimbas tamadun Pulau Pinang. Yang terbaru, penutupan bangunan Muzium Negeri di Lebuh Farquhar yang berpanjangan sehingga diunjurkan ke pertengahan tahun 2025 mendedahkan kelemahan quality assurance dan quality control Kerajaan Negeri. Pemakaian alasan status warisan UNESCO yang memerlukan kerja teliti tidak membebaskan Kerajaan Negeri daripada tanggungjawab mengaudit kecekapan kontraktor yang dilantik.

2. Kekurangan kepakaran tempatan: Kita masih terlalu bergantung kepada pakar luar untuk kerja-kerja kuratorial dan konservasi. Ini membuktikan bahawa pembangunan modal insan dalam muzium kita selama ini adalah gagal. 3.

3. Koleksi yang tidak terurus: Terdapat laporan mengenai artifak yang disimpan di stor-stor luar yang tidak mempunyai sistem kawalan suhu dan kelembapan yang betul, menyebabkan kerosakan kekal kepada warisan negeri. Antaranya pemindahan rangkaian jagaan ke kediaman persendirian akibat daripada kelemahan fasiliti penyimpanan yang kronik. Integriti keselamatan bahan warisan terpaksa dikompromi. Perkara ini terbukti melalui satu krisis pengurusan pada tahun 1991 apabila serpihan artifak porselin bersejarah dari abad ke-17 dan ke-19 ditemui di tapak pembinaan Hospital Besar Pulau Pinang. Artifak tersebut tidak diserahkan ke bilik kebal atau stor muzium Negeri, sebaliknya disimpan secara tidak konvensional di kediaman peribadi. Ianya adalah merujuk kepada Hansard Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1991.

Dato' Seri Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai ketelusan dalam pengurusan perolehan artifak. Berapa banyakkah peruntukan yang telah digunakan untuk membeli koleksi baharu setiap tahun? Dan siapakah yang menentukan nilai harga artifak tersebut? Sistem audit yang ketat perlu diperkukuhkan di bawah pindaan baharu ini. Risiko berlakunya pembelian harga kayangan bagi barang yang tidak bernilai sejarah tinggi adalah sangat besar.

Dato' Seri Yang di-Pertua, berdasarkan Pindaan 2026, kawal selia terhadap penggunaan istilah 'muzium' diperkukuhkan secara drastik melalui pengenalan Fasa 16 yang memasukkan Seksyen 30 baharu ke dalam enakmen ibu. Pindaan ini memastikan entiti perniagaan tidak sewenang-wenangnya mengeksploitasikan jenama muzium untuk pameran yang tidak sahih atau bersifat komersial semata-mata tanpa nilai sejarah tulen.

Di bawah Seksyen 30, mana-mana orang atau entiti dilarang menggunakan perkataan 'muzium' bagi apa-apa aktiviti atau menjalankan aktiviti muzium melainkan mereka memperolehi kelulusan bertulis daripada Lembaga Muzium Negeri. Langkah ini bertindak sebagai tapis perundangan di mana setiap permohonan akan dinilai oleh Lembaga bagi memastikan kandungan pameran mencerminkan naratif sejarah Pulau Pinang yang tepat dan berkualiti.

Selain itu, kawal selia menjadi lebih teratur dengan adanya peruntukan penalti yang berat. Jika entiti perniagaan gagal mematuhi peraturan ini, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua (2) tahun. Kuasa tambahan yang diberikan kepada pegawai diberi kuasa untuk memeriksa dan menyiasat premis memastikan tiada pihak yang terlepas daripada pemantauan. Dengan penguatkuasaan ini, identiti warisan Pulau Pinang terlindung daripada pendekatan 'tangkap muat' oleh pihak swasta seperti ada yang dikatakan, negeri ini ada 'muzium benda-benda halus-halus'. Mungkin terlalu halus, harap EXCO tidak terlepas pandang. Ini sekaligus menjamin bahawa hanya institusi yang memenuhi piawaian sejarah tulen sahaja dibenarkan beroperasi menggunakan gelaran muzium.

Akhir sekali, berhubung pindaan RUU ini dan kedaulatan Negeri Pulau Pinang, pindaan ini membolehkan pemuliharaan Batu Sempadan Pulau Pinang-Siam di Pinang Tunggal yang diletakkan pada 6 Mei 1869. Batu itu bukan sekadar penanda geografi, tetapi bukti sejarah kedaulatan kita mengikut Perjanjian Bangkok tahun 1909. Untuk makluman, batu sempadan ini bukan hanya satu yang diketahui umum, tetapi Kerajaan Siam dan Negeri-Negeri Selat telah mendirikan sederetan batu sempadan dari Pinang Tunggal hingga ke Nibong Tebal, dan membuktikan kedaulatan kita yang juga adalah artifak sejarah perlu dipulihara.

Melalui Fasa 16 Seksyen 30, Lembaga kini mempunyai kuasa mutlak mewartakan aktiviti berkaitan tapak ini sebagai aktiviti muzium yang dilindungi. Ini adalah jawapan tuntas terhadap tuntutan melobi kedaulatan oleh pihak luar, termasuk kenyataan Menteri Besar Kedah yang sering mempertikaikan status negeri kita. Dengan penguatkuasaan baharu ini, artifak kedaulatan ini tidak lagi boleh diperlekehkan, malah akan dipelihara sebagai saksi kekal bahawa Pulau Pinang adalah negeri yang berdaulat dan mempunyai sempadan antarabangsa yang sah sejak abad ke-19 lagi.

Dato' Seri Yang di-Pertua, Air Itam menyokong prinsip untuk memodenkan Enakmen Muzium. Namun, Air Itam memohon juga agar perkara-perkara mengenai had tempoh jawatan, SOP penguatkuasaan, dan cadangan batu sempadan Siam-Pulau Pinang diperincikan dalam peraturan-peraturan di bawah enakmen ini kelak. Jika tidak, pindaan ini hanyalah sebuah artifak perundangan yang tidak mempunyai roh untuk menyelamatkan sejarah kita. Sekian, terima kasih. Air Itam mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Siapa lagi? Seberang Jaya, silakan.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua. Saya mengambil bahagian dalam perbahasan Undang-Undang Enakmen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2026 ini dengan semangat yang membina.

Pada asasnya, saya menyokong hasrat kerajaan untuk memperkukuh tadbir urus, pengurusan, dan penguatkuasaan berkaitan aktiviti muzium di Negeri Pulau Pinang. Pulau Pinang sememangnya kaya dengan warisan. Kita ada sejarah, kita ada budaya, seni, bangunan lama, komuniti warisan, tokoh-tokoh tempatan di luar sana, malah yang dicadangkan ada turut ada tokoh tempatan dalam ini, dalam Dewan, dan khazanah masyarakat yang perlu kita jaga dengan baik. Maka apabila Kerajaan Negeri mahu memastikan sesuatu aktiviti muzium dijalankan dengan lebih tersusun, lebih selamat, dan lebih bertanggungjawab, saya melihat niat itu sebagai satu sesuatu perkara yang baik.

Namun begitu, Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, dalam pindaan ini terdapat beberapa perkara yang pada hemat saya perlu diperhalusi dengan cermat supaya tujuan baik ini tidak akhirnya menimbulkan beban baharu kepada rakyat, penggiat warisan, NGO, komuniti kecil, institusi pendidikan, galeri persendirian, atau individu yang sekadar mahu memelihara sejarah tempatan.

Pindaan paling ketara ialah penggantian Seksyen 30 yang menetapkan bahawa mana-mana orang yang hendak menjalankan aktiviti muzium hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan Lembaga. Jika melanggar peruntukan ini, seseorang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya. Ini satu pindaan yang besar. Saya faham rasionalnya; kerajaan tentu mahu mengelakkan mana-mana pihak menggunakan nama muzium secara sesuka hati, mempamerkan bahan secara tidak bertanggungjawab, atau menjalankan aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan pengunjung dan integriti warisan sepertimana yang disebutkan oleh rakan saya, Ahli Yang Berhormat daripada Berapit.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya mengambil maklum bahawa pindaan ini juga memasukkan kuasa baru kepada Lembaga untuk membatalkan kelulusan, mengeluarkan arahan bertulis, dan mengarahkan aktiviti muzium diberhentikan jika terdapat risiko bahaya ataupun arahan yang tidak dipatuhi. Dari sudut keselamatan, ini wajar. Cuma kita tidak mahu premis yang tidak selamat, sorry, kita tidak mahu premis yang tidak selamat atau tidak mematuhi peraturan terus beroperasi. Tetapi dalam masa yang sama, kuasa yang begitu luas ini mesti datang bersama garis panduan yang jelas.

Saya ingin mengesyorkan, malah mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menyediakan satu garis panduan yang mudah difahami oleh rakyat. Nyatakan dengan jelas kategori aktiviti yang wajib mohon kelulusan, kategori aktiviti yang boleh dikecualikan, prosedur setiap permohonan, tempoh kelulusannya, kadar fi jika ada, mekanisme rayuan, serta tempoh masa Lembaga untuk memberi sebarang keputusan.

Pengecualian ini baik, tetapi saya mohon penjelasan. Adakah diberi kelonggaran kepada institusi muzium di luar sana untuk tidak tertakluk kepada pindaan enakmen ini? Dan namun jika persoalan juga timbul bila tiba masanya, apakah mekanisme pengesahan bagi muzium persendirian yang sudah telah pun beroperasi? Adakah mereka diberi tempoh peralihan? Bagaimana pula dengan pengusaha kecil yang telah lama menjalankan aktiviti warisan dengan nama muzium secara di peringkat komuniti?

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya tidak menolak pindaan ini secara dasarnya, malah saya melihat ada keperluan untuk kerajaan memperkemaskan ekosistem muzium dan warisan negeri. Tetapi saya mohon supaya Kerajaan Negeri memastikan pindaan ini tidak menjadi terlalu berat kepada rakyat secara amnya. Justeru, saya mencadangkan tiga perkara:

1. Kerajaan sepertimana yang saya sebutkan perlu menyediakan

garis panduan pelaksanaan yang jelas dan mesra rakyat.

2. Berikan ataupun wujudkan tempoh peralihan dan sesi libat urus

yang secukup-cukupnya kepada penggiat warisan, pengusaha

galeri, pengusaha muzium, NGO, sekolah, dan komuniti sebelum

penguatkuasaan penuh dibuat.

3. Pastikan pendekatan awal adalah pendidikan, pendaftaran dan pemudah

caraan (facilitation), bukan semata-mata penguatkuasaan penalti dan

memberi hukuman.

Akhirnya, saya percaya pindaan ini boleh menjadi baik jika dilaksanakan dengan adil, jelas dan berhemat. Kita mahu warisan Pulau Pinang terus dijaga, tetapi dalam masa kita nak menjaga warisan, usahlah juga kita menyukarkan segmen industri ataupun rakyat yang selama ini turut menjadi sebahagian penjaga dan yang sentiasa memperjuangkan sesuatu warisan itu sendiri.

Sekian, saya mohon menyokong dengan penegasan yang diberi... Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya nak bagi Pengkalan Kota dulu.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2026 bagi bacaan kedua.

Satu perkara yang perlu kita beri perhatian serius dalam pindaan ini adalah mengenai keselamatan awam dan tanggungjawab usaha. Melalui peruntukan seksyen baharu 30B dan 30C, Lembaga kini mempunyai kuasa mutlak untuk mengeluarkan arahan bagi memastikan kelengkapan perlindungan kebakaran disediakan dan pengurusan muzium dijalankan dengan memuaskan. Kita tidak mahu melihat aktiviti muzium dijalankan di premis yang berisiko kepada pengunjung, sama ada kes kebakaran mahupun kes pokok tumbang. Kuasa yang memerintah pemberhentian aktiviti jika wujud bahaya adalah satu tindakan yang tepat demi melindungi nyawa rakyat dan juga pelancong yang berkunjung ke negeri kita. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri tidak berkompromi dalam soal keselamatan di tempat awam.

Bahagian implikasi kewangan dalam Rang Undang-Undang ini yang menyatakan bahawa pindaan ini akan melibatkan perbelanjaan wang tambahan oleh kerajaan. Saya ingin bertanya; adakah sebahagian daripada peruntukan ini akan disalurkan sebagai insentif ataupun bantuan kepada pengusaha muzium persendirian sedia ada untuk membantu mereka menaik taraf premis mengikut piawaian baharu, terutamanya dalam aspek keselamatan, kebakaran dan sebagainya sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 30B?

Kerajaan Negeri harus menyediakan jambatan kerjasama melalui bimbingan dan bantuan kewangan bagi memastikan pengusaha tempatan kita dapat terus menyumbangkan kepada ekonomi negeri tanpa rasa terancam oleh pindaan undang-undang ini. Penjelasan Kerajaan Negeri dalam perkara ini amat penting bagi mengelakkan kegelisahan dalam kalangan komuniti, usahawan, warisan dan pelancongan kita. Dengan itu, Pengkalan Kota memohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Kalau boleh, anyone? Sila Seri Delima.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Seri Delima tidak akan mengambil masa yang panjang memandangkan Machang Bubuk dan juga Bagan Dalam ingin membahas. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Dato’ Seri kerana memberikan peluang kepada Seri Delima untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan RUU ini. Secara prinsipnya, Seri Delima memahami dan bersetuju dengan hasrat kerajaan melalui pindaan ini, khususnya untuk memperkemaskan pentadbiran, pengawal seliaan, serta penguatkuasaan berkaitan aktiviti muzium di Pulau Pinang. Di Pulau Pinang sejak sekian lama terdapat banyak premis daripada sektor swasta yang menggunakan istilah 'muzium' bagi tujuan pemasaran dan juga pelancongan. Apabila pengunjung ataupun pelancong melihat penggunaan istilah ‘muzium’, wujud persepsi bahawa premis tersebut mempunyai pengiktirafan ataupun kelulusan tertentu daripada Kerajaan Negeri. Maka apabila pengalaman yang diterima tidak mencapai jangkaan, Kerajaan Negeri pula akhirnya menerima kritikan dan dipersalahkan. Dalam konteks ini, Seri Delima memahami rasional utama enakmen ini. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang Seri Delima ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak EXCO.

Pertama, merujuk kepada muka surat 16 berhubung dengan seksyen baru 30 A, B, C, klausa 17 tentang pembatalan kelulusan. 30A yang dibaca:

"Lembaga boleh membatalkan kelulusan yang diberikan jika orang yang kepadanya kelulusan itu 30A (3) disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah enakmen ini atau apa-apa kesalahan yang melibatkan keburukan akhlak."

Dan Seri Delima berpendapat perkataan 'keburukan akhlak' dalam konteks enakmen ini adalah kurang jelas kerana memang tiada definisi yang dibekalkan dan mempunyai tafsiran yang luas dan berbeza. Saya ingat mungkin kerajaan boleh pertimbangkan keluarkan istilah ini bagi mengelakkan tafsiran terlalu luas atau persepsi bahawa lembaga bertindak sebagai moral police. Sebagai contoh, jika sesebuah muzium yang memaparkan karya seni klasik seperti Patung David yang terkenal dalam sejarah seni dunia, adakah ia boleh menimbulkan tafsiran tertentu berkaitan keburukan akhlak? Perkara ini penting supaya sempadan tafsiran undang-undang lebih jelas.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Ingin mencelah.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Silakan.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Isu ini saya agak tertarik kepada dan saya juga berharap bahawa EXCO mungkin boleh jelaskan apakah itu kesalahan yang boleh melibatkan keburukan akhlak. Adakah itu satu kesalahan di bawah Penal Code ataupun mana-mana kesalahan? Sebab sudah tentu I bersetuju dengan Seri Delima bahawa kita tidak sepatutnya become a moral policing apabila kita, you know, dealing dengan isu ini lah. Jadi, hanya of course kalau seperti yang Seberang Jaya katakan tadi, kalau ada guideline yang clear, then it's a different issue. Tetapi kalau tidak ada keperluan daripada mulanya untuk kenapa kita perlu ada kesalahan moral akhlak, kenapa kita nak mempertimbangkan untuk masukkan itu? It’s unnecessary. Jadi saya pun bersetuju dan kalau tidak ada kebimbangan yang tertentu, any specific complaint, aduan, or kerisauan, saya juga bersetuju nak harap EXCO boleh mempertimbangkan untuk mengeluarkan peruntukan di mana dinyatakan kesalahan melibatkan keburukan akhlak. Terima kasih.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Terima kasih Bukit Tengah. Saya berharap apa yang dibangkitkan oleh Bukit Tengah boleh dimasukkan dalam ucapan perbahasan saya. Seterusnya, kedua, Seri Delima ingin menyentuh mengenai kesan tidak langsung pindaan ini terhadap sektor swasta. Dengan kewujudan Seksyen 30 yang mewajibkan kelulusan bagi menjalankan aktiviti muzium di samping bahagian baru 6A yang memperuntukkan kuasa penguatkuasaan yang agak luas, threshold untuk mewujudkan sebuah muzium dilihat menjadi lebih tinggi. Seri Delima bimbang keadaan ini mungkin menyebabkan sesetengah pihak swasta tidak lagi berminat menggunakan istilah 'muzium', sebaliknya memilih istilah seperti 'galeri', 'heritage space' ataupun 'experience center' sebagai alternatif. Namun enakmen ini hanya memberi kuasa kepada lembaga terhadap muzium dan bukannya galeri dan sebagainya. Maka persoalannya, sekiranya lebih banyak galeri diwujudkan selepas ini sebagai alternatif untuk mengelakkan proses kelulusan Lembaga Muzium, siapakah pihak yang akan bertanggungjawab dari segi kawal selia kandungan, standard pameran dan sebagainya? Adakah ini akan mewujudkan satu loophole baru secara tidak langsung?

Ketiga, berhubung seksyen 31 berkaitan pengecualian pemakaian. Seksyen ini menyatakan bahawa enakmen ini tidak terpakai kepada muzium persendirian yang telah beroperasi sebelum enakmen ini mula berkuat kuasa. Maka dia akan wujud keadaan di mana muzium lama dikecualikan tetapi muzium baru tertakluk kepada syarat yang jauh lebih ketat. Seri Delima ingin mendapatkan penjelasan sama ada keadaan ini akan mewujudkan ketidakseimbangan dari segi standard dan juga pengawalseliaan antara muzium sedia ada dan muzium yang baru. Keempat, Seri Delima ingin menyentuh...

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Seri Delima, mohon mencelah.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Silakan Bagan Dalam.

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Memandangkan banyak perkara yang saya ingin sentuh sudah disentuh, jadi saya ingin menyokong apa yang dibawa oleh Seri Delima iaitu kita tidak boleh ada dua set undang-undang di mana setiap muzium yang baru harus mengikuti dasar ini dan muzium lama tidak terpakai. Jadi saya harap mungkin pihak Kerajaan Negeri boleh mencadangkan satu aktiviti pemutihan kepada muzium lama yang sedia ada supaya kita boleh ada satu dasar yang boleh diguna pakai kepada muzium yang baharu ataupun muzium yang sedia ada. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima Kasih.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Terima kasih Bagan Dalam. Izinkan saya teruskan point yang terakhir saya. Keempat, Seri Delima ingin menyentuh mengenai bahagian 6A berkaitan penguatkuasaan, khususnya seksyen 30A sehingga seksyen 31Q. Kuasa yang diberikan kepada pegawai adalah agak besar termasuk kuasa penyiasatan, penggeledahan, penyitaan, akses kepada data komputer dan juga kuasa penguatkuasaan yang lain. Seri Delima ingin bertanya berapakah jumlah pegawai yang akan diberikan kuasa ini dan apakah SOP serta mekanisme semak imbang yang akan diwujudkan bagi memastikan kuasa ini dilaksanakan secara profesional dan tidak disalahgunakan.

Seri Delima bersetuju bahawa penguatkuasaan adalah penting, namun kuasa yang diberikan juga perlu seimbang dan proporsionate dengan sifat kesalahan di bawah enakmen ini. Kesalahan di bawah enakmen ini bukan jenayah yang berat, maka dengan izin: "We should not use a sledgehammer to crack a nut."

Kita tidak mahu akhirnya terlalu banyak birokrasi dan juga ketakutan diwujudkan sehingga menghalang usaha komuniti, penggiat sejarah dan juga sektor swasta untuk bersama-sama memelihara warisan Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, Seri Delima menyokong pindaan RUU ini secara keseluruhannya dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memperkemaskan pentadbiran, pengawalseliaan berkaitan aktiviti muzium di Pulau Pinang. Itu saja, sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima Kasih.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Kejap saja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau hujah yang sama, elakkan.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Tadi bukan, bukan hujah yang sama. Saya terima kasih Dato' Seri Speaker kerana memberi peluang kepada saya. Saya setuju usaha kerajaan untuk memelihara warisan dan meningkatkan standard institusi muzium di Pulau Pinang. Namun, saya rasa ada satu soalan yang kritikal iaitu apakah sebenarnya masalah sebenar yang cuba diselesaikan oleh RUU ini? Kerana saya nak tahu adakah benar wujud muzium secara tidak terkawal di Pulau Pinang sehingga memerlukan kuasa yang sebesar ini? Ya, saya bangkitkan ini kerana sekarang pembukaan muzium seolah-olah sudah menjadi satu jenayah yang boleh dikenakan masuk penjara dan juga hukuman denda. Dan saya juga nak dapatkan data berapa banyak kes muzium yang beroperasi tanpa kawalan ini? Atau ini hanya segelintir kecil yang boleh kita bagi nasihat atau teguran? Adakah muzium-muzium tersebut menjejaskan nama baik negeri kita? Ya, dan kalau tidak ada satu justifikasi yang jelas, saya rasa pendekatan RUU ini dia nampak sebagai tidak proporsionate. Ya, dalam bahasa Mandarin pepatah kita kata, "sā jī yān yòng niú dāo".

Yang di-Pertua (Speaker)

Terjemah.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

‘Membunuh ayam tak perlu guna pisau sembelih lembu’. So jika masalahnya adalah kecil, jangan sampailah undang-undang digubal terlalu berat sehingga pada akhirnya mungkin menyekat kreativiti dan juga inovatif daripada budaya masyarakat. Dan tadi saya setuju sangat dengan apa yang disebutkan oleh YB Bukit Tengah di mana muzium kita apa sebenarnya peranan muzium kita? Fokus kita bukan mengawal muzium, ya, tapi bagaimana kita boleh menjadikan muzium kita relevan kepada generasi orang muda. Ya, bagaimana kita boleh jadi muzium kita lebih interaktif, lebih menarik dan juga menjadi sebahagian dalam kreatif ekonomi negeri kita. So itulah saya rasa hala tuju rang undang-undang ini sepatutnya memberi penekanan ke atas perkara tersebut dan bukan setakat untuk menekankan dalam segi penguatkuasaan. So itulah saja daripada saya, terima kasih Dato' Seri Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Machang Bubok. Saya rasa telah pun dikupas sehalusnya lah. So maka Ahli-ahli Yang Berhormat kita beralih ke sesi penggulungan Rang Undang-Undang Lembaga Muzium (Negeri Pulau Pinang) (Pindaan) 2026. Silakan untuk gulung.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya, saya menghargai semua perbahasan Yang Berhormat-Yang Berhormat tadi. Dan untuk makluman Yang Berhormat, terdapat banyak jurisdiction ataupun negara-negara telah enact undang-undang berkenaan dengan muzium. Iaitu antaranya Japan, private entities dia perlu yang perlu guna nama muzium perlu membuat pendaftaran dan sebagainya. Dan China, China Museum Regulations. Di Perancis, sesiapa yang nak gunakan nama muzium perlu mendapat kelulusan di dan di South Korea juga. So kamu lihat ada satu satu tren antarabangsa. Tadi saya sebut ICOM telah meluluskan definisi itu. Sebenar satu tren global bahawa institusi yang nak gunakan muzium perlu memenuhi tadi saya sebut koleksi. Ya, kita tak mahu lihat satu keadaan sebelum ini di Pulau Pinang semua nama muzium.

Kita tahu muzium-muzium yang yang telah nak guna nama muzium walaupun tak ada dengan cas tiket-tiket yang mahal. Tetapi lepas itu bila pelancong keluar, you know, complain. Kerana sebelum ini banyak muzium. Sebelum COVID. Sebelum COVID banyak muzium yang telah menggunakan nama muzium. Saya cari senarai tersebut, sekejap ya. Sekejap ya, sorry. Yang menggunakan nama-nama muzium. Muzium yang telah dibuka guna nama muzium: Amazing Museum, tak tahu apa amazing. O Museum. Asia Camera Museum. Ben's Vintage Toy Museum. Made in Penang Interactive Museum. Nama-nama muzium yang saya bersembunyi tadi sudah tutup, sudah gulung tikar. Mereka sudah tutup. I think due to COVID lah. Sudah tutup.

Oleh itu, Dewan ini pada tahun 2020 telah meluluskan enakmen itu untuk menghentikan tren penggunaan muzium supaya dia tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Semua guna muzium, you know. So, Dewan ini telah meluluskan rang undang-undang pada tahun 2020 di mana Yang Berhormat-Yang Berhormat waktu itu menjadi Yang Berhormat di dalam Dewan ini. Saya tidak ada di dalam Dewan ini. Apabila saya ambil take over saya lihat enakmen ini mempunyai kelemahan-keleman yang amat serius. Maksud dia apabila kita grant satu nama muzium kepada sesuatu entiti, kita tak ada kuasa tarik balik.

Ya, tadi Yang Berhormat Berapit kata seksyen 30A. Seksyen 30A yang kita cadangkan, kita boleh membatalkan kelulusan. Sebelum ini tak boleh batal. You bagi dia lulus, seumur hidup dia sudah lulus. Tak boleh batal. So ia satu kelemahan yang amat serius. Ya, dewan ini luluskan tahun 2020, bagi-bagi tak boleh batal. So kita enabling, now kita boleh batal. Dalam pembatalan ini tadi sebut melibatkan one of that, one of the questions he raised by a few YBs, keburukan akhlak. Antara dia ialah seperti contoh kalau dia menyalahi Penal Code, kesalahan di bawah Penal Code. Exhibit, exhibit yang dipamerkan merupakan barang-barang yang dicuri. Kalau dia merupakan barang-barang yang dicuri, kemudian dia exhibit keluar dan maka dia menyalahi Penal Codelah. Kalau dia disabitkan Penal Code dan sebagainya, kecurian sebagainya, dan kita boleh menggunakan seksyen ini untuk tarik balik dia punya license.

Kerana kita tak mahu muzium juga, dia ambil barang yang dicuri ataupun dia jual exhibit. Ada muzium di tempat-tempat lain, I mean, bukan di… I mean saya bagi contoh lah kalau dia guna dia punya artifact, dia jual artifact. Dengan jual artifact dengan harga yang mahal dan sebagainya, maka itu juga kalau disabitkan kesalahan dalam kanun keseksaan Penal Code, maka boleh dibatalkan license tersebut.

So, it's an enabling act. Kita bukan kata dia jahat, dia nampak kelakuan tak baik, mesti ada justifikasi dan rasional. Dan saya rasa lembaga muzium, I mean, it is an enabling act. Apa yang kita bahaskan hari ini is an enabling act dari segi perundangan kita mempunyai kuasa. Kalau sebelum ini kita tak ada kuasa langsung. Kalau dia exhibit barang-barang curi, barang-barang lucah, barang-barang yang sebagainya, kita tak ada kuasa untuk batalkan.

Dia boleh dicharge di bawah kanun keseksaan dan sebagainya, kita tak ada kuasa untuk membatalkan license. Oleh itu, enakmen ini adalah satu undang-undang untuk memberikan kuasa, sekiranya dia disabitkan di bawah kanun keseksaan dan sebagainya. Dia bukan kita ragui dan sebagainya. So, it's an enabling act di bawah seksyen tersebut untuk...

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Dengan izin… dengan izin Yang Berhormat, saya bersetujulah kalau seseorang itu yang disabit mengekshibitkan barangan yang dicuri, yang telahpun disabit salah di bawah kanun keseksaan, sudah tentu saya rasa kita harus tarik balik license dia, kelulusan dia. Cuma yang saya nak klarifikasi di sini adalah in the enabling act, adakah kesalahan yang melibatkan keburukan akhlak definisi itu terkandung dalam Akta Ibu ataupun dalam pindaan yang nak dibuat? Kalau tidak, maksudnya dia akan dibuka untuk macam-macam punya interpretasi apakah maksudnya kesalahan yang melibatkan keburukan akhlak.

Because we are talking akhlak is moral, moral action as I understand it. So, if you steal, curi barang itu, itu boleh dikira sebagai keburukan akhlak. Jadi sebab itu tadi saya bersetuju bahawa bukanlah tanggungjawab kerajaan untuk polis perkara-perkara moral yang saya rasa ini kalau bukan satu masalah, jangan jadikan dia satu masalah.

Because in Malaysia, saya rasa selalu yang berlaku, there is no problem, but we create. We say this one cannot, that one cannot, this one is against satu, you know, pandangan ini dan pandangan itu. Jadi, unless it is clearly satu kelakuan jenayah di bawah Penal Code, then it is a different issue.

Mohon penjelasan, Yang Berhormat.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Kita tidak akan, tidak berhasrat menjadi moral policing. Tetapi kita perlu ada kuasa untuk membatalkan penggunaan license museum ini sekiranya dia disabitkan kesalahan.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Ya, I understand. The definition of keburukan akhlak itu apa itu? In most any acts also you have to explain apakah keburukan akhlak itu?

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Saya rasa…

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

It has to be like under what section. If it is penal code, then you kena sebut kesalahan yang disabitkan di bawah kesalahan kanun keseksaan.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Kesalahan tersebut… ye lah berkenaan dengan…

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

You see the first part here, dia tuliskan disabitkan atas kesalahan di bawah enakmen. Okey. Kalau ada kesalahan di bawah enakmen, fine.

Tetapi kalau kita nak sebut kesalahan di bawah kanun keseksaan, we have to say it. Because this one is something very unusual. Saya tak pernah tengok dalam enakmen kita ada nyatakan keburukan akhlak. We are creating a new category of offences. Dengan izin Dato' Seri Speaker.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Keburukan untuk penjelasan, keburukan akhlak merujuk kepada apa-apa kesalahan di bawah Penal Code atau apa-apa kesalahan di bawah undang-undang lain.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Is it… (gangguan).

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Itulah, itulah… itulah kesalahan, itulah…

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Where is it stipulated? In the act? Is it in the 2020 enactment that is under penal code? That defines kelakuan akhlak.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Saya telah menjelaskan tadi.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Which other?

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Saya telah menjelaskan bahawa kebersalahan akhlak ini merujuk kepada kesalahan di bawah Penal Code ataupun...

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

I mean, I think it is under the Principal Act. Mungkin L.A boleh beri penjelasan… nasihat.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Dato’…

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Sementara, saya go through all the other issues first.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Yang Berhormat, can I just say one thing?

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya. No, I mean...

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Keburukan akhlak, untuk maksud...

Yang di-Pertua (Speaker)

Bantu?

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Saya bantu sedikit. Saya peguam sudah lama. Sudah orang lama juga. Tapi kita tak akan... Saya tahu Mr. Bukit Tengah. Dia saya punya murid dulu. Mungkin saya tak ajar dia baik-baik. Hari ini saya akan ajar. You see... In law... The words mean a very wide range of things.

Spektrum dia besar. Keburukan akhlak. Kalau saya bunuh seorang, buruk atau tidak saya punya akhlak? Betul atau tidak? Jawab. Now, I'm going to ask the question.

Yang di-Pertua (Speaker)

You just jelaskan.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

You made me talk like this. Kalau saya curi barang, betul atau tidak? Buruk atau tidak akhlak kita? Wait. Listen. Answer my question first. Okay? The judge is there.

You are the witness. I am a lawyer today. Understand? Apa? You, see? Kalau you mau akhlak betul, macam saya punya kawan dari Telok Ayer Tawar. You understand? So, that is the reason why it is always open to interpretation. You must understand the law. You know, when I used to defend people who are on death penalty. Oh my God. You have no idea how we had to fight about that word.

What they did. Mandatory death sentence. This is buruk akhlak. Come on, he is not going to be sentenced to death. But he will be punished if he is found to have done something wrong.

That is what we are trying to do. My brother Wong Hon Wai has been working hard on this since 2020. Come on. Let's move on. Alright? Alright. Terima kasih.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Datok Keramat, Datok Keramat sekarang (tidak jelas).

Yang di-Pertua (Speaker)

Back to business.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Dalam cadangan enakmen ini dan juga enakmen 2020, tak ada definisi keburukan akhlak. Tapi, kita memberikan makna perkataan yang biasa. Iaitu tidak merujuk kepada kesalahan tertentu. Apabila disabitkan, maka bermaksud disabitkan mana-mana.

Yang di-Pertua (Speaker)

Paya Terubong, sebab itu, pentingnya waktu rang undang-undang itu dibentangkan dengan penjelasan di dalam Dewan. Segala ini akan diguna pakai sehari kalau timbulnya permasalahan atas definisi. The intention of the law and with this specific item. Penjelasan ini perlu diangkat sejelas-jelasnya dan direkodkan.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Oleh itu, kalau disabitkan, dibawah kanun keseksaan ataupun undang-undang lain, maka kita boleh menggunakan enakmen ini untuk membatalkan. Dan sekiranya aggrived party yang telah dibatalkan kerana ia satu keputusan administrative. Satu keputusan pentadbiran, ia boleh menyemak judicial review di mahkamah tinggi. Untuk… supaya untuk menyemak semula keputusan lembaga itu. Oleh itu, kita memberikan maksud biasa kepada wording keburukan alat dan tidak seperti yang diminta itu ditakrifkan. Is just ordinary meaning.

Iaitu telah disabitkan, dibawakan kanun keseksaan ataupun undang-undang lain. Saya beralih kepada soalan-soalan yang kita perlukan kuasa itu untuk membatalkan kelulusan tersebut.

Kerana enakmen sedia ada tiada, ia satu enabling act. Dan Seksyen 31, seperti saya banyak sebut, pengecualian pemakaian. Kerana sebelum ini ada beberapa muzium yang menggunakan nama muzium sebelum enakmen itu.

Antaranya, Ghost Museum, Penang Bicycle Museum, Penang War Museum, Glass Museum Penang. Kalau kita tidak mengecualikan mereka, maka mereka kena turunkan signboard. Need to do a lot of drastic things.

Jadi kita tidak mahu menggunakan kuasa begitu drastik. Oleh itu, kita mengecualikan mereka. Walau bagaimana pun, saya ambil maklum tentang pemutihan tersebut, kita akan cuba lihat bagaimana, bincang dengan mereka.

Kita tidak mahu menggunakan kuasa yang keras dengan memaksa mereka menukar nama. We are trying to do a soft approach. Oleh itu, kita membuat pengecualian kepada muzium-muzium yang menggunakan nama muzium sebelum tahun 2020.

Untuk kalau, kita melihat dalam beberapa tahun ini, ada tumbuhnya Galeri Arkeologi Guar Kepah. Ada tumbuhnya Galeri Indian Culture yang baru-baru ini diluluskan. Penang Hill juga tidak gunakan nama muzium. The Edgecliff Gallery of Penang Hill. Kerana… kenapa mereka tidak gunakan nama muzium? Kerana ada enakmen ini. Kita telah menasihatkan mereka.

Kerana you nak gunakan nama muzium, kena ada curator. You tak ada curator langsung, ada satu staf jual tiket sahaja. You don’t have curator at all. Ada galeri, dia tak ada artifact. Ada gambar sahaja. Ada gambar, representasi. Tak ada artifact langsung. Maksudnya, dia ada gambar-gambar. Gambar is not artifact. Dia ada gambar secondary gambar sahaja.

Dia tak ada artifact. Oleh itu, kita menasihatkan dia supaya tidak mengunakan nama muzium. Seperti ada satu permohonan sebelum ini, muzium kaca… muzium kacamata. Dia sebuah kedai kacamata yang nak menggunakan muzium kacamata. Dia jual kacamata.

Tetapi, kita lihat tak ada justifikasi untuk kalau dia nak namakan dia sebagai muzium kacamata. Jadi, kalau kita tak ada undang-undang ini, we lost control. Semua orang nak gunakan nama muzium. So, you akan lihat puluhan entiti akan menggunakan nama muzium. Dan kita tidak… kita akan menggunakan kuasa ini secara hemah untuk makluman Yang Berhormat. Tadi ada tanya penggeledahan dan sebagainya.

Kalau ini baca dengan teliti, 31(D) perlu rujuk kepada magistrate. Kuasa penggeledahan dan penyitaan perlu rujuk kepada magistrate. Bukan pegawai boleh buat begitu sahaja. Dia perlu rujuk kepada magistrate. Kita perlu ada enabling power untuk berbuat demikian. Sebenarnya, dalam satu tahun, kita tak terima banyak permohonan. Satu dua sahaja. Satu dua permohonan untuk nak gunakan nama muzium. Tetapi, kita biasa bercakap, berunding baik dengan mereka.

Tetapi, apabila kita buat demikian, kita perlu ada kuasa-kuasa tertentu. Sekiranya pihak-pihak berkenaan tidak menerima nasihat kita, mereka berdegil nak buat nama muzium. Tetapi mungkin exhibit yang melanggar undang-undang dan sebagainya dan moral dan sebagainya. Maka kita mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Dan kuasa kita bukan kuasa mutlak kerana kuasa Lembaga Muzium perlu tertakluk sekiranya ada satu judicial review di Mahkamah Tinggi. Maka keputusan kita perlu bertahan, keputusan kita perlu subject for judicial review. Kita tidak menggunakan kuasa secara sewenang-wenangnya.

Dan itulah beberapa pandangan Yang Berhormat tentang penggeledahan, tentang pembatalan pelesenan, tentang... kita juga di bawah Seksyen 37, Yang Berhormat Seberang Jaya menanyakan tentang peraturan-peraturan dan sebagainya. Seksyen 37 yang memberikan punca kuasa kepada Lembaga Muzium untuk membuat peraturan-peraturan.

So, this is the main section, tetapi kita ada seksyen-seksyen untuk membuat peraturan, untuk membantu menambahbaikkan dengan publisiti dan sebagainya. Dan hala tuju tentang Muzium Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang ialah digital. Dan apabila kita akan jemput Yang Berhormat-Yang Berhormat apabila Muzium Farquhar Street dibuka semula yang dijangka pada bulan Julai seperti saya sebut tadi.

Dan kita menggunakan digital, kita menggunakan multimedia, interaktif dan sebagainya untuk menonjolkan... dan sebelum ini kita hanya menggunakan storyboard dan sebagainya yang statik. Selepas ini dia ada nilai-nilai digital dan multimedia.

Dan usaha pemutihan yang dicadangkan, sebenarnya kita akan revisit that part untuk entiti yang masih menggunakan nama muzium sebelum enakmen ini kerana kita lihat bagaimana untuk membantu mereka. Dan...

Yang di-Pertua (Speaker)

10?

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya. Dan itu sahaja seperti yang saya sebut tadi. It's an enabling act yang memberi kuasa kepada Lembaga Muzium kerana enakmen sebelum ini kita tak ada kuasa langsung. Enakmen sebelum ini tidak membezakan muzium dan juga muzium negeri. Dan kita tidak dapat tiada kuasa membatalkan langsung. So kita tak ada kuasa untuk membuat siasatan dan sebagainya yang very limited. That's why we try to expand this dan memperbetulkan beberapa…

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak perlu ulang-ulang.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Dan kelemahan enakmen yang sebelum ini. Itu sahaja hujah saya, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Paya Terubong. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat masalah yang kita hadapi sekarang adalah Rang Undang-Undang Lembaga Muzium (Negeri Pulau Pinang) (Pindaan) 2026 dibacakan bagi kali yang kedua. Ahli-ahli yang setuju katakan 'Ya'.

(Suara ramai: Ya!)

Yang tidak setuju katakan 'Tidak'.

(Senyap)

Semua kita setuju dibawa ke bacaan yang kali yang kedua.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang Tahun 2020.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, maka Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang kedua. Rang Undang-Undang ini sekarang akan dipertimbangkan di dalam jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang 2020. Peruntukan 31Q.

Yang di-Pertua (Speaker)

You have to mention the amendment.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya. Peruntukan 31Q.

Yang di-Pertua (Speaker)

Before i go to… kalau tak ada, tak ada orang tak tahu.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya, ya. Peruntukan 31Q. Saya cadangkan pindaan bahawa pindaan tersebut iaitu... hold on, sorry...

Yang di-Pertua (Speaker)

31Q.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya. Di bawah peruntukan 31Q itu, hukuman denda tidak melebihi RM100,000 dipinda kepada hukuman denda tidak melebihi RM10,000. Itulah pindaan yang saya cadangkan di bawah 31Q.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak perlu jelaskan mengapa you nak pinda? Jelaskan mengapa you nak pinda, typo error ke?

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Pihak jawatankuasa sebenarnya mencadangkan RM100,000. Tetapi apabila kita mengkaji secara lebih mendalam, perlu setara dengan undang-undang yang sedia ada. Oleh itu dicadangkan diturunkan daripada RM100,000 kepada RM10,000. Sama dengan undang-undang yang sedia ada, setara maksud saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Maka saya teruskan. Peruntukan 31Q bahawa peruntukan ini sebagaimana yang dipinda yang telah disebut, menjadikan sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

(Suara ramai: Ya!)

Tajuk penuh yang mengundangkan, adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

(Suara ramai: Ya!)

Usul Pelantikan Ahli Jawatankuasa Tetap Dewan Undangan NegeriMotion

Yang di-Pertua (Speaker)

Maka Dewan bersidang semula. Paya Terubong, sila. Bacaan kali ketiga.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Okey. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-Undang Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2026 telah pun dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan dipersetujui dengan pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini sekarang dibacakan bagi kali yang ketiga serta diluluskan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Paya Terubong. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang ialah Rang Undang-Undang dibacakan bagi kali yang ketiga dengan pindaan serta diluluskan. Ahli-ahli yang bersetuju katakan 'Ya'.

(Suara ramai: Ya!)

Yang tidak bersetuju katakan 'Tidak'.

(Senyap)

Ya, lebih banyak.

Setiausaha Dewan

Enakmen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2026. Maka dengan ini adalah diperundangkan oleh Kuasa Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan dengan pindaan.

(Bunyi tepukan)

Setiausaha Dewan

Usul pelantikan Ahli Jawatankuasa Tetap Dewan Undangan Negeri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang telah tunggu lama. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Ahli Kawasan Bukit Tambun, Yang Berhormat Goh Choon Aik telah pun dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 4 Mac yang lalu. Justeru, peranannya Yang Berhormat YB Goh Choon Aik selaku Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan dan Jawatankuasa Perlembagaan adalah dicadang untuk diambil alih oleh ahli kawasan lain. Merujuk kepada Sub-peraturan 109B(5) dan Sub-peraturan 109D(5), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Pemilihan Ahli Dewan Negara

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan akan melantik ahli baru untuk kedua-dua jawatankuasa bagi tempoh baki penggal pilihan raya. Ahli-ahli Yang Berhormat, dicadangkan Yang Berhormat Ahli Kawasan Bukit Tengah, Yang Berhormat Gooi Hsiao Leung dilantik sebagai ahli bagi mengganti Yang Berhormat Goh dalam Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan. Dan juga dicadang Yang Berhormat Ahli Kawasan Machang Bubok, Yang Berhormat Lee Khai Loon dilantik untuk mengganti Yang Berhormat Goh dalam Jawatankuasa Perlembagaan. Ahli-ahli yang bersetuju katakan 'Ya'.

(Suara ramai: Ya!)

Yang tidak bersetuju katakan 'Tidak'.

(Senyap)

Ya, lebih banyak kita bersetuju ya. Maka Yang Berhormat Ahli Kawasan Bukit Tengah, YB Gooi Hsiao Leung dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan dan Yang Berhormat Ahli Kawasan Machang Bubok, Yang Berhormat YB Lee Khai Loon dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Perlembagaan bagi tempoh baki penggal pilihan raya.

Setiausaha Dewan

Pemilihan Ahli Dewan Negara.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sedia maklum dan kita dalam pemilihan Ahli Dewan Negara ya. Diminta mengemukakan cadangan nama-nama calon untuk dipilih sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu bagi menggantikan Yang Berhormat Senator Dr. Lingeshwaran anak lelaki R. Arunasalam dan Yang Berhormat Senator Amir bin Mohammad Ghazali yang telah pun sama-sama tamat tempoh perkhidmatan pada 6 Mac 2026.

Mereka yang akan dipilih nanti berkhidmat selama tiga tahun. Nama calon untuk dipilih hendaklah dicadang dan disokong oleh Ahli-Ahli Dewan ini dan ahli yang mencadang atau ahli yang menyokong hendaklah mengemukakan suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani oleh orang yang dinamakan bahawa dia bersetuju untuk berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara jika dipilih. Sila.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Dewan yang saya hormati. Saya mencadangkan Yang Berusaha Dr. Lingeshwaran a/l R. Arunasalam sebagai Ahli Dewan Negara. Dr. Lingeshwaran a/l R. Arunasalam, 39 tahun, seorang tokoh profesional kesihatan dan pemimpin masyarakat yang aktif memperjuangkan kebajikan rakyat serta pembangunan Negeri Pulau Pinang. Beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 2011 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang sarjana undang-undang iaitu Undang-Undang Penjagaan Kesihatan dan Perubatan di Universiti Taylor's pada tahun 2018.

Beliau seterusnya memperoleh Sarjana Pengurusan Kesihatan dan Kepimpinan daripada University of New South Wales, Australia pada tahun 2022. Dalam sektor kesihatan awam, beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Hospital Sungai Bakap di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal pertama pada tahun 2023.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Ahli Dewan Negara dari Mac 2023 hingga 2026, beliau telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memperjuangkan pelbagai isu berkaitan khasnya kesihatan awam, kebajikan warga perubatan, pendidikan serta pembangunan negeri di peringkat Parlimen.

Beliau juga aktif mewakili negara ke forum antarabangsa termasuk Asia Pacific Parliamentary Forum dan diberi penghormatan menyampaikan ucapan negara berkaitan kerjasama serantau, pembangunan mampan dan ketahanan institusi kesihatan.

Di peringkat negeri pula, beliau turut memainkan peranan penting sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang serta Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Tamil Pulau Pinang sejak tahun 2023 selain aktif dalam pelbagai program kebajikan dan pembangunan komuniti.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sokongan?

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya memohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, ada cadangan yang lain?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Negeri, nama kedua yang saya ingin kemukakan ialah Dato' Seri Profesor Dr. Nor Inayah binti Yaakub, 57 tahun, seorang anak jati Pulau Pinang, Bukit Tambun, Batu Kawan yang memiliki rekod akademik dan profesional yang amat cemerlang.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist Nibong Tebal dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad Pulau Pinang sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, serta berjaya memperoleh dua ijazah sarjana muda kepujian iaitu LLB (Hons) serta LLB (Syariah) (Hons).

Kecemerlangan akademik beliau diteruskan melalui pengajian Sarjana Undang-Undang di University of Bristol dan seterusnya memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang undang-undang dari University of Manchester, United Kingdom.

Sepanjang kerjaya beliau, Dato' Seri Profesor Dr. Nor Inayah telah diberikan kepercayaan memegang pelbagai jawatan penting di peringkat pendidikan tinggi dan institusi strategik negara. Antaranya sebagai Presiden dan Naib Canselor Infrastruktur Universiti Kuala Lumpur, Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Antarabangsa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, serta Profesor Undang-Undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Profesor Pelawat di beberapa universiti dalam dan luar negara.

Kepakaran beliau dalam bidang undang-undang, tadbir urus, kewangan Islam dan Syariah turut mendapat pengiktirafan meluas apabila beliau dilantik menganggotai pelbagai institusi penting termasuk Bank Islam Malaysia Berhad, Amanah Raya Berhad, Yayasan Wakaf Malaysia, serta pernah berkhidmat sebagai Penasihat Syariah kepada beberapa institusi kewangan utama negara.

Di peringkat negeri pula, penglibatan beliau amat membanggakan apabila satu-satunya wanita yang dilantik menganggotai Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, serta turut memainkan peranan penting dalam Yayasan Pendidikan Islam Pulau Pinang, Penang Halal International dan pelbagai institusi pembangunan masyarakat Islam. Beliau juga mencipta sejarah sebagai Nazir wanita pertama bagi sebuah institusi masjid di Negeri Selangor.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya percaya kedua-dua individu yang dicadangkan ini memiliki kewibawaan, pengalaman, kepakaran serta komitmen yang amat diperlukan untuk membawa suara dan kepentingan rakyat Pulau Pinang di peringkat Dewan Negara dengan lebih berkesan dan bermakna.

Pelantikan mereka bukan sekadar memenuhi keperluan perjawatan, tetapi merupakan satu langkah penting dalam memastikan Pulau Pinang terus diwakili oleh individu yang berintegriti, progresif dan mampu menyumbang kepada pembentukan dasar negara secara matang dan konstruktif.

Dengan itu, saya mohon mencadangkan supaya dua (2) calon ini dipilih sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Negeri Pulau Pinang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, saya perlu sokongan.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah terdapat dua (2) nama yang telah dicalonkan sebagai Ahli Dewan Negara yang akan berkhidmat selama tiga (3) tahun iaitu Yang Berusaha Dr. Lingeshwaran a/l R. Arunasalam dan Yang Berbahagia Dato' Seri Profesor Dr. Nor Inayah binti Yaakub untuk dipersetujui di dewan.

Ahli-ahli yang bersetuju katakan “Ya”.

Ahli-ahli Dewan:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan Tidak.

(Senyap)

Kita semua setuju ya? Usul dipersetujui."

(Tepukan gemuruh dari Ahli-ahli Dewan)

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat Yang di-Pertua Negeri serta Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mohon mencadangkan supaya dewan ini ditangguhkan sekarang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sokongan? Tak mahu sokong ya? Tak ada sokong? Kita terus.

(Ketawa dari Ahli-ahli Dewan)

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Yang Berhormat Yang di-Pertua Negeri, saya mohon mencadangkan...

Yang di-Pertua (Speaker)

No, no.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Mohon menyokong.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Mencadangkan permohonan Yang Amat Berhormat disokong. Terima kasih.

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mencadangkan supaya dewan ditangguhkan dan usul telah mendapat sokongan.

Dewan Ditangguhkan

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua sepanjang perjalanan persidangan dewan kali ini. Maka dengan ini, dewan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

(Tepukan dan dewan bersurai)

Dewan ditangguhkan pada jam 7.06 petang.